Dewan Rakyat · 20 July 2022

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 1,642 turns · 58,801 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan dengan saya menjemput Yang Berhormat Jerantut, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya untuk mengemukakan soalan. Izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun. Ayam di kepuk mati kelaparan, Setelah sepurnama baharu perasan, Yang Berhormat Menteri MAFI dari Beluran, Soalan satu Jerantut pohon penjelasan.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan cabaran yang dihadapi oleh sektor agromakanan untuk memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Ya, saya akan menjawab soalan nombor satu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jerantut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sektor agromakanan negara berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran di peringkat global mahupun domestik. Malah, kesannya semakin dirasai sekarang. Isu penularan pandemik COVID-19, dasar-dasar perlindungan yang diamalkan oleh beberapa buah negara serta konflik geopolitik dunia seperti krisis Ukraine-Russia telah memberi kesan terhadap rantaian bekalan makanan dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Selain itu, peningkatan inflasi turut memberi kesan terhadap kitaran pengeluaran bahan makanan disebabkan oleh kenaikan harga makanan, termasuk input pertanian, baja, racun, selain kenaikan kos logistik, pasca pandemik COVID-19. Di samping itu, isu kekurangan sumber asli seperti kawasan tanah yang terhad dan semakin berkurangan merupakan antara cabaran yang dihadapi selain daripada perubahan iklim global. Perubahan iklim meningkatkan risiko kejadian bencana alam seperti banjir, kemarau yang berpanjangan, peningkatan suhu, pola hujan yang berubah serta kenaikan aras air laut sehingga mempengaruhi ketersediaan air. Pada... [Tidak jelas] rekod sepanjang tempoh lima tahun sahaja, 2017 hingga 2021, sebanyak 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau. Pada masa yang sama, pertambahan populasi, produktiviti dan inovasi pertanian yang masih rendah, amalan pertanian yang tidak mampan, manipulasi orang tengah dalam rantaian

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

pemasaran, kekurangan pelaburan swasta, serangan penyakit dan perosak, tahap penggunaan teknologi dan pertanian pintar yang rendah, kebergantungan kepada pekerja asing dan kekurangan penglibatan golongan muda turut menjadi cabaran dalam sektor ini. Melangkah ke hadapan, MAFI akan terus melaksanakan strategi-strategi yang digariskan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021/2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021/2025 bagi mendepani cabaran-cabaran sekuriti makanan secara inklusif supaya sistem makanan negara lebih berdaya tahan dan mampan, terutama sebagai persediaan menangani apa jua krisis semasa atau yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Dalam hal ini, usaha-usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan negara akan terus diperkasa menerusi kerjasama dan kolaborasi strategik semua pihak beraspirasikan “food security is a shared responsibility” bagi meningkatkan tahap pengeluaran makanan negara dan memantapkan rantaian bekalan makanan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Jerantut, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Cuma saya ingin bertanya kerana kerisauan rakyat di luar sana ialah sumber bekalan makanan yang semakin kadang-kadang susah hendak dapat, harganya makin meningkat. Jadi, apakah persiapan kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri dan kementerian daripada segi langkah jangka pendek yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan usaha-usaha segera dapat dilaksanakan untuk mengelak atau memastikan jaminan bekalan makanan kita itu dapat sampai kepada rakyat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Isu sekuriti makanan merupakan isu yang dipandang berat oleh kerajaan. Pelbagai jawatankuasa telah dibentuk. Jawatankuasa Cabinet on Food Security (FACC), Jawatankuasa Teknikal bagi menangani isu sekuriti makanan negara, Jawatankuasa Khas Pasukan Jihad Menangani Inflasi ditubuhkan oleh kerajaan semata-mata untuk mengambil pelbagai langkah dan tindakan bagi memastikan isu bekalan dapat ditangani oleh negara. Bagi MAFI, beberapa tindakan jangka masa pendek telah diambil yang berorientasikan kepada tiga jenis intervensi iaitu intervensi berorientasikan perdagangan, pengeluaran, pengguna, telah diambil oleh kementerian. Antara langkah-langkah jangka masa pendek: (i) membatalkan kuota import barangan makanan dari luar negara, termasuk ayam, gula; (ii) melaksanakan stockpile ayam dan stok penimbal tambahan untuk produk ikan; (iii) mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi untuk memastikan bahawa pengeluaran ayam itu stabil dan berkelangsungan; (iv) memudahcara proses import IP melalui penangguhan fi permit; (v) priority lane ke atas empat komuniti merangkumi soya, gandum, jagung, makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan;

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

(vi) memberikan pengecualian khas bagi pengambilan pekerja asing dalam industri penternakan ayam contohnya;

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

(vii) mengkaji mekanisme mengurangkan kos minyak sawit mentah, crude palm oil bagi syarikat-syarikat pengilang yang melaksanakan pengilangan makanan ternakan; dan (viii) penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi meningkatkan dan mempelbagaikan sumber input makanan, import bekalan makanan ayam dan daging. Itu merupakan antara langkah-langkah jangka masa pendek yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan bekalan makanan untuk rakyat Malaysia.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

[Bangun]

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan gambaran dan dasar tentang rantaian bekalan makanan dan sekuriti makanan tetapi tindakan kementerian itu bertentangan dengan dasar ini. Saya beri contoh. Baru-baru ini diumumkan BERNAS mempunyai monopoli import beras. Satu syarikat punyai monopoli dan keuntungan ratusan juta ringgit, mengapa tidak boleh dibantu petani melalui NAFAS ataupun pertubuhan peladang? Mengapa diteruskan dasar monopoli memberikan keperluan kepada orang kaya mengaut keuntungan padahal kita bicara tentang usaha mengurangkan beban kepada rakyat. Kenyataan ini harus tegas oleh Yang Berhormat Menteri. Hentikan monopoli import beras, [Tepuk] supaya peladang, petani dan pesawah padi mendapat manfaat yang langsung. Saya punyai pengalaman dalam hal ini. Dahulu kita berikan kuota, peratusan kepada persatuan peladang, terutamanya NAFAS. Mengapakah hal ini diteruskan? Ini kerana kita bantah keras dasar yang menuntungkan pemodal dalam keadaan rakyat dan pesawah padi susah.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Semalam saya memperjelaskan agak panjang tentang mengapa kita lanjutkan tempoh konsesi untuk BERNAS menjadi pengimport tunggal beras bagi negara kita. Keputusan telah diambil sejak tahun 2020 dan yang itu adalah lanjutan kepada tempoh BERNAS sebagai pengimport tunggal. Saya katakan semalam bahawa keputusan kerajaan itu merupakan satu keputusan yang tepat kerana BERNAS dipertanggungjawabkan bagi menentukan bekalan beras negara sentiasa dalam keadaan yang stabil. Konsesi BERNAS bukan satu konsesi yang berat sebelah, malah BERNAS diminta memenuhi 10 obligasi yang saya telah terangkan semalam. Antaranya adalah untuk membantu pesawah-pesawah, membangunkan sistem soil profiling, mengurus pelbagai, 10 obligasi yang dilaksanakan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tidak berlaku dan biar persatuan peladang sendiri bantu. Mengapakah hendak suruh tauke besar senggara masalah pesawah padi?

Tuan Yang di-Pertua

Dijelaskan Yang Berhormat...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Soalnya sudah berpuluh tahun. Patut review Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Kita sudah buat keputusan pada tahun 2020.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Review jangan tanya tauke, review tanya rakyat dan pesawah padi miskin.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Beras – obligasi BERNAS. Antara obligasi BERNAS adalah untuk membantu pesawah dan petani. Itu antara obligasi.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Keputusan untuk menyambung konsesi BERNAS sebagai pengimport tunggal sebenarnya membantu negara dalam memastikan bekalan beras sentiasa stabil dan terkawal. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Alor Gajah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana mengharungi cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menguruskan industri agromakanan. Hari Isnin, Perdana Menteri ada menyebutkan food import berjumlah lebih daripada RM73.6 bilion, disebutkan. Tahniah atas segala usaha dan inisiatif yang hendak dilaksanakan, yang telah didasarkan. Cumanya saya mohon Yang Berhormat Menteri memaklumkan sekiranya RM73.6 bilion ialah nilai import, adakah sasaran-sasaran tertentu yang diwujudkan, yang diadakan, yang dibukukan dalam dasar itu contohnya, dalam masa dua tahun kita mahu mengurangkan import sebahagian banyak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Memang benar kita mengimport some RM60 bilion untuk food import. Itu merupakan satu permintaan tetapi kalau kita perincikan sebahagian besar daripada import makanan ke negara kita, adalah komponen import untuk makanan ternakan, bijirin. Kita mengimport jagung, kita mengimport soya bean mill untuk makanan ternakan sebagai sebahagian daripada komponen makanan ternakan yang pada ketika ini kita melihat bahawa komponen ini harus dikurangkan. Oleh sebab itu pelbagai dasar dan pendekatan dibuat oleh kerajaan melalui MAFI dan agensi serta jabatan MAFI untuk melihat pendekatan jagung umpamanya, kita mengolah dasar untuk menggalakkan penanaman jagung di negara kita. Jadi, itu merupakan antara pendekatan bagi mengurangkan bil import makanan yang ditanggung kerajaan pada ketika ini. Tentulah dalam mengolah satu dasar dan pendekatan baharu, kita perlu memperincikan pendekatan supaya pendekatan itu merupakan satu pendekatan yang mampan. Kita tidak mahu ketika kita mengolah satu galakan untuk menanam jagung tetapi pada ketika jagung boleh didapati dari luar pada harga yang murah berbanding dengan kos pengeluaran jagung negara kita. Itu merupakan antara sebab mengapa selama ini kita mengimport jagung. Tuan Yang di-Pertua, dahulu harga jagung per tan lebih kurang RM600 hingga RM800. Oleh sebab itu, kita mempunyai dasar untuk mengimport jagung dari luar. Akan tetapi pada ketika ini, harga jagung diimport pada harga melebihi daripada RM1,700, RM1,800 untuk satu tan. Oleh sebab itu ada urgency bagi kita mengolah pendekatan baharu bagi memastikan jagung boleh dikeluarkan secara domestik melalui dasar-dasar penggalakan dan juga intervensi yang perlu dilakukan oleh kerajaan melalui MAFI dan jabatan. Tentulah penglibatan pihak swasta diperlukan bagi menjayakan dasar baharu jagung yang akan diolah oleh kerajaan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf, tiga sahaja. Yang Berhormat, tidak boleh.

Saya memohon dengan dasar dan inisiatif itu, berapakah kita boleh mengurangkan pengimportan makanan? Contoh, daripada RM60 bilion, lagi dua tahun kita boleh mengurangkan import kepada RM50 bilion contohnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat. Baik, secara bertulis Yang Berhormat Menteri.

Charles Anthony a/l SantiagoDAP · PHKlang · question

2. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Klang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar serta menggalakkan inisiatif-inisiatif baharu yang menyokong kesejahteraan dan kebajikan semua golongan termasuk wanita. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan. Ini kerana proses memperkenalkan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita tetapi juga memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara. Buat masa ini terdapat kemudahan cuti sakit dan cuti rehat sedia ada yang diperuntukkan oleh majikan kepada pekerja sama ada sektor swasta ataupun sektor awam. Kemiskinan haid secara relatifnya adalah merujuk kepada situasi apabila individu perempuan tidak mendapat akses kepada tuala wanita disebabkan kekangan kewangan. Jadi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanakan berhubung dengan keperluan pemberian subsidi tuala wanita bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung dengan isu kemiskinan haid ini yang dialami oleh golongan wanita, khususnya dalam kalangan B40. Selain daripada itu, dapatan kajian juga membolehkan satu pendekatan lebih komprehensif dan bersasar diperkenalkan bagi menangani isu kemiskinan haid. Setakat ini kajian yang telah dibuat melalui LPPKN dan insya-Allah kajian itu dijangka siap pada Oktober tahun ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya datang ke sini untuk bangkitkan isu ini sebab ada keperluan untuk cuti haid termasuk dengan tuala wanita. Saya sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri harapkan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri akan announce today satu kajian telah dibuat dan akan diperkenalkan dalam masa terdekat tetapi malangnya kementerian backward. Negara-negara lain telah go forward tetapi kementerian backward.

Saya minta kepastian daripada Menteri supaya jangan mengecewakan golongan wanita Keluarga Malaysia. Berikan satu komitmen kepada Parlimen, bilakah penilaian ini akan bermula, bilakah akan habis dan bila akan diperkenalkan? Termasuk juga perbincangan dengan kumpulan berkepentingan.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kepekaan Yang Berhormat tentang keperluan wanita. Kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih-lebih lagi, apalagi saya sebagai seorang wanita sangat memahami isu-isu yang dihadapi. Jadi, buat masa ini...

Tapi mesti memperkenalkan sekarang juga.

Buat masa ini dalam negara kita belum ada kajian yang dibuat secara khusus tentang isu cuti haid ini. Jadi LPPKN, sedang buat kajian berkaitan isu kemiskinan haid, yang melibatkan lebih daripada 27,000 responden dan insya-Allah, jangkaannya akan siap pada Oktober 2022. Jadi, berkaitan dengan cuti ini, sebagaimana yang sedia maklum, ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan Kesatuan Sekerja dan pertubuhan majikan. Selain itu juga,

bergantung kepada agensi-agensi yang memerlukan–pemegang taruh yang terlibat. Jadi, saya mengharapkan insya-Allah, selepas kajian ini dibuat, insya-Allah kita akan bentangkan kepada kerajaan untuk tindakan seterusnya. Itulah jawapan saya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kemudian, sebelah sini, Pasir Mas ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri di mana, menstrual leave ini telah diperkenalkan di beberapa buah negara, terutamanya di Jepun semenjak 70 tahun dan juga di Korea Selatan di mana yang tidak mengambil cuti ini, mereka diberikan bayaran tambahan. Jadi, soalan saya ialah, apakah dalam masa yang sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pandangannya turut untuk mempertimbangkan, apa yang disebut sebagai cuti ihdad iaitu cuti untuk wanita yang kematian suami, yang pada hari ini cuma sekitar tiga hari ke seminggu. Di Kelantan, sudah diperkenalkan sehingga sebulan iaitu 27 hari tambahan, yang sepatutnya dalam Islam, empat bulan untuk wanita yang kematian suami. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas di atas soalan yang dikemukakan. Memang benar, di Jepun sejak tahun 1947 telah diperkenalkan dasar cuti berkaitan dengan haid ini. Akan tetapi makluman dan kajian kita mendapati ramai yang tidak mohon terutama kerana mereka malu dan ada dalam kalangan mereka yang tidak mahu dianggap tidak produktif. Kita lihat juga di beberapa buah negara lain termasuk di Indonesia dan Korea Selatan. Jadi, bagi saya, perkara ini baik sekiranya apabila kajian didapati keperluan itu dalam negara kita. Saya sangat setuju sekiranya apabila hasil siap kajian, kita kemukakan pada kerajaan, sekiranya perkara ini ada kepentingan dalam negara kita. Maknanya kita akan cadangkan kepada kerajaan bagaimana untuk melihat ke depan. Berkaitan dengan cuti ihdad itu, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberikan cuti gaji penuh sebulan kepada isteri yang kematian suami. Bagi kerajaan kita insya-Allah, setakat ini sebagaimana pengumuman sebelum ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan ruang kepada mereka yang kematian suami dengan satu insentif bekerja dari rumah (BDR) bagi isteri baru kematian suami. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita fahami sebenarnya kemiskinan haid ini bukan masalah yang baru berlaku. Sebenarnya, sudah berlaku sekurang-kurangnya satu ke dua tahun sudah semenjak PKP bermula. Jadi, pada tahun yang lepas, sebenarnya Kementerian Kewangan pun sudah bentangkan bajet dan memperuntukkan RM10 juta untuk bantu keluarga B40 dalam membeli kit asas kebersihan. Jadi, saya minta Timbalan Menteri, nyatakan jumlah permohonan yang telah diterima dan diluluskan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia untuk bantuan kit asas kebersihan diri percuma, jumlah pengagihan mengikut negeri dan jumlah wang yang telah dibelanjakan berbanding dengan peruntukan RM10 juta tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang baik. Sebagaimana yang kita maklum, dalam Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta peruntukan di mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi peruntukan sebanyak RM3 juta dan yang RM7 juta selebihnya itu melalui Kementerian Dalam Negeri melalui agensi penjara. Jadi, setakat ini, kita telah melaksanakan projek-projek yang di bawah peruntukan kementerian, yang melibatkan 130,000 orang pelajar melibatkan sekolah-sekolah di seluruh negara, yang mana jumlah sekolah, di Perlis 10 buah sekolah, Kedah 93 buah sekolah, Pulau Pinang 50 buah sekolah, Perak 110 buah sekolah, Selangor 155 buah

sekolah, Wilayah Persekutuan Putrajaya 30 buah sekolah, dan seterusnya masa terhad, saya tidak membaca semua, yang melibatkan 130,000 orang pelajar. Setakat ini kita telah belanja peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan dengan Kit SERI atau pun tuala wanita ini yang melibatkan RM2.39 juta. Hampir 77 peratus, di mana melibatkan dua komponen utama, iaitu yang pertama, sumbangan tuala wanita kepada pelajar-pelajar keluarga B40 yang memerlukan dan seterusnya program pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik pelajar tentang kebersihan.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Minta Timbalan Menteri kalau boleh, bagi soalan bertulis dengan statistik. Terima kasih.

Boleh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain, silakan.

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

3. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan sejauh mana konsep Islamic Tourism diketengahkan dalam memajukan sektor pelancongan di Malaysia.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia menawarkan kemudahan dan perkhidmatan serta produk mesra Muslim yang menarik dan pelbagai. Antaranya adalah seperti kemudahan menunaikan solat yang selesa, dan di lokasi yang mudah, pilihan makanan halal yang luas, pelbagai dan mudah diperolehi serta kemudahan penginapan mesra Muslim. Berdasarkan kajian Crescent Rating-Mastercard pada tahun 2018, kira-kira 63 juta orang pengembara wanita Islam berusia 18 hingga 40 tahun membelanjakan USD80 bilion di seluruh dunia. Bagi konteks industri pelancongan negara, Malaysia telah menerima kehadiran seramai 5.32 juta orang pelancong Muslim pada tahun 2019, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM16.72 bilion. Statistik-statistik ini membuktikan bahawa pasaran pelancong Islam adalah luas dan Malaysia tidak harus ketinggalan untuk mengambil peluang dan meraih manfaat daripada potensi pasaran ini. Dengan hal ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mempunyai agensi khas di bawah seliaannya yang memberi tumpuan khusus dalam memperkenalkan konsep pelancongan Islam di Malaysia dan antarabangsa iaitu, Islamic Tourism Centre (ITC). Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, ITC telah berjaya membawa Malaysia menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa. Antaranya, Malaysia dinobatkan sebagai destinasi pilihan nombor satu, mesra Muslim di dunia berturut-turut dari tahun 2011 hingga 2022 oleh CrescentRating yang berpangkalan di Singapura. Kedua, Malaysia dinamakan sebagai negara yang mempunyai ekosistem ekonomi Islam paling maju di dunia bagi sektor pelancongan halal dari tahun 2014 hingga tahun 2022 oleh Dinar Standard yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Mengenai ITC, MOTAC telah memperkenalkan banyak inisiatif baharu dalam memajukan pelancongan Islam di Malaysia. Beberapa contoh yang suka saya kongsikan termasuklah memperkenalkan Program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim atau pun Muslim Friendly Accommodation Recognition (MFAR). Program ini mengiktiraf pengusaha hotel atau premis penginapan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan mesra Muslim berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh ITC. Selain itu juga, pengetahuan dan kemahiran pemandu pelancong berlesen diperkasakan melalui Program Latihan Pemandu Pelancong Mesra Muslim iaitu Muslim Friendly Tourist Guide (MFTG). Program ini ditawarkan kepada pemandu-pemandu pelancong berlesen di bawah MOTAC dan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka mengenai tatacara mengendalikan dan melayan pelancong Muslim. ITC juga telah

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

mengenal pasti dan membina jaringan masjid-masjid pelancongan dalam koridor pelancongan dan diperkenalkan sebagai Jejak Pelancongan Masjid serta pemantapan kefahaman dan kemahiran jawatankuasa dan sukarelawan masjid untuk program lawatan masjid melalui persidangan imam untuk pelancongan Islam dan seminar-seminar. Jadi, terdapat lebih 100 buah masjid di seluruh negara yang telah dikenal pasti melalui inisiatif ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya tertarik berkait dengan Program Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim (MFAR). Soalan saya, apakah kriteria yang diambil kira untuk membolehkan hotel mendapatkan MFAR tersebut? Bagaimana konsep yang patuh syariah boleh terus menjadikan sesebuah hotel itu akan terus mendapat sambutan daripada pelanggan? Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim ataupun Muslim-Friendly Accommodation Recognition (MFAR) ini adalah berbeza daripada penarafan bintang di mana hotel perlu mendapat pengiktirafan bintang dahulu daripada MOTAC sebelum ia diiktiraf sebagai hotel star rating untuk recognition dengan izin. Seperti saya sebutkan tadi, program ini mengiktiraf hotel atau premis penginapan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan mesra Muslim. Pengiktirafan diberi kepada hotel mengikut tiga kategori iaitu platinum, emas dan perak dengan kategori platinum adalah pengiktirafan tertinggi iaitu berciri-cirikan lebih kepada patuh syariah. Antara kriteria yang diambil untuk mendapatkan MFAR termasuklah maklumat berkenaan lokasi masjid, tempat tumpuan pelancongan mesra Muslim dan restoran yang menyediakan makanan dan minuman halal. Arah kiblat disediakan dengan jelas bilik di bilik air, sejadah dan mashaf al-Quran di dalam bilik penginapan, surau dengan kemudahan untuk berwuduk dan dapur dan restoran menyediakan makanan dan minuman halal. Bagi mendapatkan yang tertinggi iaitu platinum antara kriteria tambahan yang turut diambil kira termasuklah peruntukan waktu bagi penggunaan fasiliti seperti gimnasium dan kolam renang disediakan untuk pengguna wanita yang beragama Islam. Banyak lagilah dia punya kriteria Yang Berhormat, nanti saya bagi secara bertulis ya, terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan? Yang Berhormat kota Melaka, silakan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha kita ingin memperkuatkan Islamic Tourism ini, salah satu faktor utama ialah tentang perlu adanya pekerja yang cukup. Mengikut laporan telah dilaporkan dalam sektor pelancongan ini, terdapat kekurangan pekerja lebih kurang 20,000 orang. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini dan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi kekurangan pekerja di sektor ini agar kita dapat memastikan konsep Islamik tourism ini dapat diperkembangkan? Terima kasih.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang telah dimaklumkan ataupun diumumkan oleh menteri-menteri yang berkaitan dengan pengambilan pekerja ini – memang kita mengaku, memang masih kekurangan, namun begitu kita telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Human Resource dan juga Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan kita dapat membawa pekerja-pekerja asing ini ke negara kita. Cara kita semasa ini iaitu yang immediate action dengan izin, kita menganjurkan program seperti job fair untuk membolehkan mereka dalam negara kita ini memohon untuk bekerja di sektor tersebut. Memang ada yang mungkin mempunyai pengalaman yang

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

manis, pengalaman yang pahit dalam sektor pelancongan ini, terutama sekali apabila kita ikuti sosial media mengatakan ada yang tidak begitu bersih. Jadi, maka sebab itu, kita hendak tahu juga apakah yang dimaksudkan dengan penginapan yang tidak bersih itu, sama ada ia ada pendaftaran di bawah MOTAC ataupun tidak. Jadi, untuk mengatasi semua ini, memang kita bekerjasama dengan pihak industri MATTA, MAH, MYBA semuanya bekerjasama dengan kita untuk membantu memberi maklum balas kepada kita sama ada, ada lagi pekerja-pekerja yang mereka perlukan, berapa ribu lagi. Oleh sebab yang saya pohon melalui Kabinet daripada kementerian-kementerian berkenaan dan telah diluluskan adalah dari tahun 2022 ini sehingga tahun 2024, seramai 34,000 orang. Itu termasuk untuk – bukan sahaja housekeeping, tetapi termasuk kedi, tukang urut, spa dan jadi semua ini adalah maklum balas daripada sektor-sektor yang berkaitan. Jadi, sebab itu, kita mengatasinya dengan bekerjasama dan membuat program dalam negara dahulu untuk memastikan ada orang dalam negara ini untuk bekerja terutamanya sekali apabila mereka mengatakan tidak ada kerja, kerajaan tidak bagi kerja, sektor ekonomi teruk. Jadi, kita membantu dengan memudahkan untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Tuan Ma'mun bin Sulaiman.

Ma'Mun bin SulaimanWARISANKalabakan · question

4. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sama ada proses pengambilan guru khas one-off seramai 18,702 telah dilaksanakan sepenuhnya. Berapa jumlah lantikan guru sama ada lantikan tetap atau lantikan secara perkhidmatan kontrak atau contract of service yang diisi oleh calon-calon guru berasal dari Sabah untuk mengisi kekosongan dan kekurangan guru di Sabah.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pengambilan khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off pada 20 Jun 2021 bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di seluruh negara. Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh KPM bagi mengatasi isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama. KPM telah memperkenalkan kaedah kluster mata pelajaran bagi pengambilan guru secara one-off ini agar dapat membuka peluang kepada lebih ramai graduan untuk memohon berdasarkan kepada pemetaan Ijazah Sarjana Muda dengan mata pelajaran yang bersesuaian. Graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu, boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama. Penggunaan kluster mata pelajaran akan diteruskan dalam urusan pengambilan yang seterusnya. Kluster yang digunakan ini akan sentiasa dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Urusan pengambilan khas guru baharu ini telah selesai dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Seramai 16,381 orang guru telah dilantik dan ditempatkan di sekolah bawah KPM. Daripada jumlah tersebut, seramai 13,770 orang adalah lantikan secara tetap, manakala seramai 2,611 orang adalah lantikan Contract of Service (COS). KPM mengucapkan terima kasih di atas kerjasama SPP dalam menjayakan urusan pengambilan guru one-off ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, khusus bagi negeri Sabah, seramai 1,653 orang guru yang dilantik melalui pengambilan one-off merupakan anak kelahiran Sabah yang terdiri daripada 1,498 orang guru lantikan tetap dan seramai 155 orang guru lantikan COS. Daripada 1,653 orang guru yang dilantik, seramai 1,221 orang guru baharu telah ditempatkan di sekolah negeri Sabah. Ini melibatkan 1,104 orang guru lantikan tetap dan seramai 117 orang guru lantikan COS. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya. Saya melihat situasinya begini, bila ada lantikan baharu, guru yang tidak berasal dari Sabah dihantar pergi ke Sabah dan mereka ini memohon untuk perpindahan, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjamin bahawa tempat itu akan diisi segera? Oleh sebab, apa yang berlaku selama ini, tempat-tempat kosong ini, kekurangan guru yang berlaku di Sabah, fasal ada perpindahan yang berlaku begitu kerap. Mereka yang tidak berasal dari Sabah, jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kenapa tidak lantik guru-guru berasal dari Sabah untuk mengajar di Sabah? Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama sekali berkaitan dengan kenapa tidak dilantik guru-guru berasal dari Sabah untuk berkhidmat di Sabah? Sekiranya kita mempunyai bekalan mengikut opsyen yang diperlukan itulah pilihan pertama kita. Kita mahukan guru-guru ini sebaik-baiknya ditempatkan di tempat paling dekat. Jadi, isu pertukaran ini tidak berlaku pada masa yang akan datang. Namun begitu terdapat opsyen-opsyen tertentu yang tidak ada bekalan daripada anak-anak kelahiran Sabah. Jadi, terpaksa kita ambil guru-guru daripada tempat lain untuk ditempatkan di negeri Sabah, itu pertama.

Kedua, berkaitan dengan urusan pertukaran. Sebelum ini pertukaran selama ini, pertukaran guru dibuat secara berasingan dengan penempatan guru. Namun, pendekatan yang digunakan oleh KPM pada waktu ini adalah untuk membuatnya secara bersama. Jadi, nanti bila ada hendak tukar, ada kemasukan yang kita telah tetapkan lebih awal. Jadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kita dapat atasi dalam masa- masa yang akan datang insya-Allah. Ini merupakan satu pendekatan baharu yang lebih cekap untuk memastikan supaya perkara yang disebut itu tidak berlaku lagi atau kita dapat meminimumkan perkara tersebut pada masa akan datang, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Jerai, silakan.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menerima rungutan dan aduan yang cukup banyak daripada graduan COS yang telah ditemu duga dan ada dua kali pertemuan dalam talian bersama-sama dengan graduan yang tidak dapat masuklah. Oleh itu, pertanyaan saya ialah berapakah jumlah COS yang ada ikhtisas telah diterima masuk dan ada rungutan KPM telah menerima graduan yang bukan ikhtisas dalam Program COS ini. Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Pertama sekali, izin saya jelaskan apakah asas pengambilan guru one-off ini. Pertama sekali, asas pengambilan guru one-off ini seramai 18,702 orang apabila kita umumkan adalah kita beri keutamaan kepada mereka yang mempunyai ikhtisas. Itu merupakan keutamaan, maknanya guru-guru yang graduan di universiti yang memang belajar dalam bidang perguruan ini yang akan diberi keutamaan. Itu daripada awal lagi, itulah ketetapan yang kita laksanakan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman sebelum ini, terdapat keadaan di mana ada mata pelajaran tertentu yang mana tidak ada bekalan daripada guru-guru yang mempunyai ikhtisas ini. Maka, kita terpaksa ambil dan buka kepada mereka yang tidak mempunyai ikhtisas, yang ini yang kita panggil laluan khusus COS, ya itu dua asasnya. Dalam konteks penempatan ini, daripada 18,702 orang yang kita umumkan, jumlah yang ditawarkan seperti yang saya sebut tadi adalah seramai 16,381 orang ataupun 88 peratus. Daripada 88 peratus ini, lantikan tetap adalah seramai 13,770 orang. Ini lantikan tetap dan juga lantikan COS seramai 2,611 orang.

Daripada lantikan COS ini, ada lantikan COS daripada guru yang ada ikhtisas. Ini kerana guru-guru ini sewaktu diluluskan, diadakan temu duga, mereka telah mencapai semua tahap yang diperlukan. Akan tetapi, mereka ini menunggu keputusan daripada senat universiti untuk mendapat sijil mereka. Jadi, mereka semua sudah lepas kecuali menunggu formalities senat universiti untuk mendapat sijil mereka. So, daripada 262 lantikan COS ini adalah daripada yang ada ikhtisas, manakala 2,349 adalah lantikan yang tidak mempunyai ikhtisas. Ada yang kata bahawa kita mengambil yang ada ikhtisas ini, mengambil kuota yang tidak ada ikhtisas. Tidak ada istilah kuota di sini. Laluannya dua-dua berbeza. Laluan yang ada ikhtisas ini memang daripada asal adalah laluan yang ada ikhtisas tetapi apabila mereka masih belum mendapat surat senat, maka kita ambil mereka melalui COS. Ini laluan yang berbeza. Nama sahaja sama. Untuk yang COS tadi, 2,349 orang Yang Berhormat, ada yang kata kita hantar nama kepada JPA lebih ramai. Memang kita hantar nama kepada JPA lebih ramai untuk mendapat kelonggaran syarat kerana mereka ini tidak ada ikhtisas. Untuk masuk perkhidmatan pendidikan, kita kena mohon pada JPA untuk kelonggaran syarat supaya mereka ini boleh dipertimbangkan oleh SPP. Jadi, pada jumlah yang kita hantar itu bukan bermakna kita hantar, semua SPP akan ambil. Itu untuk kelonggaran syarat. Jadi, bila SPP hendak pertimbangkan nanti, SPP ada pool of calon untuk dipertimbangkan. Daripada situlah diambil seramai 2,349 orang. Jadi, apa yang dikatakan ramai, yang berkata seolah-olah kita tidak melaksanakan dengan telus, ini saya jelaskan satu proses yang cukup telus dan mengikuti peraturan-peraturan KPM dan juga apa yang dilaksanakan oleh SPP selaku pihak jawatankuasa melantik, terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

KPM tidak ada kuota tetapi SPP ada kuota, itu maksud dia.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Untuk buktikan bahawa saya bukan pro-seksis sebagai mana Yang Berhormat Kulai kata semalam dan oleh kerana belum ada Ahli Parlimen wanita yang bertanya soalan hari ini, saya hendak menjemput Yang Berhormat Kulai, silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sayangi wanita. Saya hendak tanya di sini memandangkan bahawa masih ada vacancy ataupun kekosongan sebanyak 2,321 orang yang belum diisi apa rancangan KPM untuk mengisikan kekosongan tersebut memandangkan bahawa telah sahkan bahawa kita memang kekurangan guru sebanyak 18,702 orang. Itu adalah kekosongan pada tahun yang lalu. Setakat ini kekosongannya sudah meningkat. Memandangkan bahawa banyak lagi calon-calon yang telah lulus temu duga calon COS yang telah lulus temu duga, kenapa kita tidak lantik mereka sebagai guru untuk mengatasi masalah kekosongan, tidak cukup, kekurangan guru ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Satu soalan yang baik. Ini memberi peluang untuk saya jelaskan keadaan sebenar. Apa yang berlaku adalah apabila kita selesai ambil guru yang ada opsyen yang ada ikhtisas tadi, kita buka kepada guru-guru yang tidak ada ikhtisas. Namun begitu, bekalan untuk ikhtisas yang diperlukan ataupun opsyen yang diperlukan itu memang tidak adapun dalam konteks di luar sana. Saya bagi contoh antara kekangan utama kita daripada 18,702 tadi, kita dapat 88 peratus. Kita tidak dapat dalam 2,321. Antara subjek paling utama adalah Bahasa Inggeris. Maknanya, walaupun kita telah buka kepada mereka yang tidak ada ikhtisas, kita

masih belum mendapat calon yang mencukupi dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk dilantik bagi mata pelajaran tersebut. Jadi, cabaran kita adalah dalam konteks mata pelajaran tertentu. Bahasa Inggeris dan beberapa mata pelajaran di SJK(C) sebagai contoh. Jadi, ini akan diisi melalui pengambilan biasa yang sebelum ini dibuat oleh SPP sepertimana tahun sebelumnya. Apa yang kita ingin laksanakan kali ini adalah untuk memastikan pendekatan kluster mata pelajaran yang baharu diperkenalkan ini kita dapat teruskan. Jadi, maknanya kalau dahulu cikgu yang ataupun graduan universiti ikhtisas dia keluar universiti dengan fizik, dia kena tunggu kekosongan opsyen fizik di sekolah, baharu dia boleh masuk. Sedangkan kalau guru yang ada ikhtisas fizik ini, dia boleh mengajar mata pelajaran lain sebagai contoh Matematik. Jadi, sebab itu kita gunakan kluster. Jadi, bermula daripada one-off sehinggalah pengambilan seterusnya, kita akan gunakan kluster ini dan untuk tujuan COS ini sekiranya tadi sepertimana saya sebut kalau ada bekalan, memang kita akan ambil tetapi kekangan kita adalah bekalan mengikut opsyen. Bekalan opsyen lain ramai.

Satu sahaja.

...Akan tetapi bekalan mengikut opsyen yang diperlukan itu tidak ada dalam pasaran, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, dalam peraturan...

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Satu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

...saya cuma boleh bagi soalan tambahan tiga sahaja. Maaf ya. Untuk berlaku adil kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada soalan penyoal- penyoal lain. Saya teruskan dengan Yang Berhormat Hulu Rajang, silakan.

Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang · question

5. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan: (a) bilangan dan lokasi menara-menara telekomunikasi yang terkini dan yang baharu akan dibina di kawasan Parlimen Hulu Rajang; dan (b) status terkini perlaksanaan inisiatif JENDELA di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang yang berhubung dengan lokasi dan juga progress kemajuan pelaksanaan Program JENDELA bersekali dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram yang menyentuh tentang status pelaksanaan JENDELA dan juga Yang Berhormat Igan, soalan nombor 25 dan soalan nombor 39. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak yang telah menunjukkan komitmen dan keprihatinan yang tinggi tentang kemajuan perkhidmatan jalur lebar ataupun internet yang berkualiti bagi negeri Sarawak.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak, antara kerajaan yang menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan jalur lebar di negeri berkenaan melalui pelbagai inisiatif. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, yang pertama sekali komitmen Kerajaan Pusat untuk memastikan negeri Sarawak mendapat perkhidmatan internet yang terbaik adalah jelas dan sejumlah peruntukan sebanyak RM4.09 bilion di bawah JENDELA Fasa 1 telah pun diperuntukkan dan sedang dalam pelaksanaan. Perkembangan yang berlaku sehingga suku tahun pertama pada tahun ini adalah seperti berikut. Bagi seluruh negeri Sarawak, tapak-tapak menara baharu ataupun binaan menara baharu yang telah siap, 85 dan yang dalam pelaksanaan sebanyak 741.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

Daripada jumlah tersebut, untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang, belum ada tapak menara baharu yang siap di Hulu Rajang tetapi terdapat 59 buah tapak menara baharu sedang dalam pembinaan. Sementara bagi Marang pula, hanya satu sahaja yang baru siap dan terdapat 110 buah menara baharu dalam pembinaan. Bagi kawasan Parlimen Igan, lima sahaja yang telah siap dan ada lapan lagi sedang dalam pembinaan. Itu bagi tapak-tapak menara baharu di kawasan Parlimen yang berkenaan, sementara usaha untuk menaik tarafkan stesen pemancar juga sedang berjalan secara serentak di bawah Program JENDELA. Untuk Keseluruhan negeri Sarawak, 2,933 menara telah pun disiapkan di bawah JENDELA Fasa 1, sementara masih terdapat 247 menara yang atau pun pemancar yang sedang yang sedang dinaik taraf. Mengikut kawasan Parlimen bagi Hulu Rajang, 38 telah pun siap dan 12 masih dalam pelaksanaan. Bagi Baram, 49 telah siap dan 15 dalam pelaksanaan. Bagi Igan, 36 telah siap dan sembilan dalam pelaksanaan. Berasaskan progress yang telah dilalui oleh Program JENDELA, coverage bagi negeri Sarawak telah pun meningkat daripada 73.67 peratus dulu, sekarang ini kepada 84.24 peratus. Bagi liputan ini untuk makluman di Hulu Rajang, sekarang ini, liputan masih rendah. Sebelum dalam tahun 2020, suku tahun kedua misalnya, coverage 11.21 peratus. Sekarang baru berada pada tahap 21.56 peratus. Bagi Baram, daripada 25.97 peratus, sekarang baru mencapai 35.34 peratus. Bagi Igan, 72.75 peratus, sekarang ini berada pada tahap 74.16 peratus. Saya mengakui banyak usaha yang sedang berjalan sekarang perlu meningkatkan tahap digital divide bagi kawasan-kawasan Parlimen yang diwakili oleh Yang Berhormat. Akhir sekali, bagi pertanyaan Yang Berhormat Igan, tentang kewujudan lokasi WiFi Komuniti di Parlimen Igan. Terdapat lima perkhidmatan sedemikian: (i) PEDi Igan; (ii) PEDi Kampung Hilir; (iii) PEDi Kampung Tian; (iv) Rumah Fatimah; dan (v) Rumah Haji Suhaili. Selain daripada itu, terdapat dua buah lokasi yang disediakan dengan perkhidmatan jalur lebar satelit iaitu di Rumah Sandom dan di Kampung Muara Sawai. Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama. Yang Berhormat Hulu Rajang.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hulu Rajang sebelah sini tengah-tengah. Jadi, terima kasih atas jawapan Menteri tadi. Walaupun belum siap sepenuhnya tetapi internet WiFi Komuniti yang telah dibina atau dibuat oleh kontraktor-kontraktor di kawasan saya seperti di Rumah Sang Anau di Tasik Bakun dan Rumah Rantai di Nanga Sebakut.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Itulah, setelah dipasang tetapi tidak berfungsi Yang Berhormat. Jadi, mereka dan ketua kampung telah berkata bertanya kepada saya macam mana hendak membuatnya. Jadi, MCMC kata diarah log in. Rumah panjang ini Tuan Yang di-Pertua, log in nya susah sikit. Apatah lagi WiFi dan line WiFi itu begitu rendah sekali. Internet-internet ini sangat hangat di luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Saya mohonlah sekiranya kontraktor atau syarikat telah dipadu supaya memberitahu Ahli Parlimen kawasan. Sometime lokasinya tidak tepat. Jadi, saya mohon Menteri arahankan syarikat yang telah dipadu supaya berjumpa dengan pejabat residen, berjumpa dengan pejabat daerah dan jangan lupa ADUN dan Ahli Parlimen mesti diberitahu sebelum menara itu dibina. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih atas maklumat yang diberikan. Saya akan susuli untuk lihat apa sebenarnya masalah yang berlaku di situ. Kita, satu hakikat yang kerajaan perlu mengakui bahawasanya sebahagian daripada perkhidmatan jalur lebar di Sarawak menggunakan perkhidmatan jalur lebar satelit yang masih rendah kapasitinya. Sebagai contoh, untuk seluruh negeri Sarawak sebanyak 523 buah lokasi perkhidmatan semata- mata menggunakan perkhidmatan jalur lebar satelit. Oleh sebab itu, pada kira-kira pada bulan Jun yang lalu, negara telah pun melancarkan satu satelit baharu yang dinamakan MEASAT-3d yang mempunyai high- throughput technology yang boleh membawa kapasiti yang lebih tinggi dan buat pertama kalinya, kita mempunyai fasiliti jalur lebar satelit yang boleh mencapai sehingga 100 megabits per second. Ini merupakan stau perkembangan terbaru dalam teknologi satelit negara yang sudah tentunya negeri Sarawak antara negeri yang akan menerima kemudahan untuk kita upgrade sebab rata-rata sekarang ini, di mana kita menggunakan teknologi satelit, speednya adalah terlalu atau pun tersangat rendah. Sekarang ini, tahap penggunaan data agak tinggi kerana semua orang menggunakan data dan sebagainya. Maka efisiensinya memang tidak memuaskan tetapi secara spesifik apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat, saya fikir kementerian perlu membuat susulan dan terima kasih atas maklumat. Data-data tentang perangkaan-perangkaan yang diminta oleh ketiga-tiga Ahli Berhormat, saya akan bekalkan selepas daripada ini kepada setiap Ahli Berhormat yang bertanyakan soalan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Sandakan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, saya hendak tanya apakah status terkini rancangan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan rangkaian 5G di 10 buah sekolah dan berapakah syarikat dilantik oleh kerajaan untuk membekalkan perkhidmatan 5G di 1,000 buah sekolah. Terima kasih.

Saya ingin membuat sedikit penjelasan kerana semalam saya adakan perbincangan Yang Berhormat Menteri Pendidikan tentang perkara ini. Sebenarnya apa yang dimaksudkan itu ialah suatu projek proof of concept. Sama ada ia dilaksanakan atau tidak dan bila dilaksanakan ia adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan kerana ada perkara-perkara tertentu yang sedang disempurnakan oleh Kementerian Pendidikan terutamanya berkaitan dengan kontrak yang membekalkan perkhidmatan internet di sekolah pada masa ini. Tentang perkhidmatan 5G, saya telah memaklumkan pada Kementerian Pendidikan bahawasanya teknologi terkini memungkinkan kita untuk membuat lonjakan instead of kita tunggu atau pun nak melaksanakan 4G, ada teknologi yang boleh terus pergi terus kepada 5G di sekolah-sekolah terutama sekali menggunakan konsep fixed wireless network.

Jadi, apa yang sedang kita lakukan sekarang ini membuat proof of concept berdasarkan kepada teknologi berkenaan di lima atau enam buah sekolah dengan kebenaran Kementerian Pendidikan. Berdasarkan pada proof of concept, kita akan kemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan kerana pihak- pihak yang terbabit adalah TNB, Telekom Malaysia dan MCMC bersedia untuk melaksanakan the first 1,000 tetapi dia tertakluk pada keizinan dan persetujuan daripada Kementerian Pendidikan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Satu lagi soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Syarikat dilantik untuk...

Tuan Yang di-Pertua

Kejap, kejap. Yang Berhormat Sandakan silakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah rancangan perkembangan terkini pemasangan hab rangkaian gantian optik-optik kehadiran atau point of presence (PoP) di 700 buah sekolah luar bandar di Sabah seperti yang diumumkan oleh Menteri pada Mac tahun ini? Bagaimanakah projek ini akan meningkatkan keseluruhan akses internet untuk sekolah-sekolah di Sabah, di mana hanya 52 peratus daripadanya masih belum mempunyai akses internet asas. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Projek Point Of Presence Fasa 1 sedang dijalankan dan sepatutnya disiapkan pada akhir tahun ini. Bagi negeri Sabah, kita sedang memantau perkembangan kerana didapati pelaksanaan oleh mereka yang dilantik agak perlahan dan mereka perlu pertingkatkan prestasi pelaksanaan bagi PoP 1 kerana kementerian akan melancarkan PoP 2 sebelum penghujung tahun ini. Jadi, kesemua 500 lebih sekolah yang terlibat di Sabah itu diteruskan dan PoP 2 juga Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan dengan jumlah bilangan sekolah yang agak besar jumlahnya. Jadi, kementerian khususnya MCMC dan juga kementerian sendiri kerana PoP ini secara langsung di bawah kementerian, sedang membuat pemantauan terhadap prestasi syarikat-syarikat yang telah dipilih melalui tender terbuka sebelum daripada ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Parit, silakan.

Mohd Nizar bin ZakariaUMNO · BNParit · question

7. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan: (a) sejauh manakah kedai koperasi (Co-op Mart) mampu berperanan membantu rakyat menangani isu kenaikan harga barangan; dan (b) apakah usaha yang telah dilaksanakan kementerian bagi mempertingkatkan gerakan koperasi.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan lisan daripada Yang Berhormat Parit bersekali dengan pertanyaan lisan daripada Yang Berhormat Batu bertarikh 26 Julai 2022 kerana membawa maksud yang sama iaitu usaha kementerian membantu rakyat dalam mengatasi isu kenaikan harga barang serta usaha mempertingkatkan peranan koperasi. Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu kerajaan menangani usaha kenaikan harga barangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengambil insentif untuk menjenamakan semula kedai koperasi Coop Mart yang akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya di kawasan yang majoritinya penduduk dalam golongan B40. Sehingga Julai 2022, terdapat sebanyak 2,581 outlets Coop Mart dan 28 pusat pengedaran yang memainkan peranan dalam membantu

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga barangan dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini lima barangan asas setelah dikenal pasti untuk dijual di Coop Mart dengan harga yang lebih murah daripada pasaran iaitu ayam sejuk beku, gula, minyak masak, tepung dan beras. Selain itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga melaksanakan Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat yang menyediakan insentif jualan subsidi melalui premis Coop Mart yang menjalankan aktiviti peruncitan untuk mengurangkan harga barangan keperluan harian rakyat. Insentif ini menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dan membeli barangan keperluan di kedai koperasi dan menawarkan barangan yang lebih murah. Program JKPR ini turut menyokong Jualan Keluarga Malaysia di bawah Jelajah Inspirasi Keluarga Malaysia sehingga kini sebanyak 235 Coop Mart yang terlibat dalam Jualan Keluarga Malaysia melalui JKPR telah diluluskan bantuan insentif jumlah RM3 juta. Untuk memperkasakan kenaikan koperasi, kementerian melalui SKM telah menubuhkan federasi koperasi yang merupakan gabungan semua koperasi yang menjalankan semua aktiviti di bawah staf sektor ekonomi di bawah federasi. Terdapat enam buah federasi yang telah ditubuhkan. Antaranya KUSKOP akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia supaya federasi koperasi yang terlibat dalam sektor perladangan turut diberikan kuota pekerja asing. Untuk federasi koperasi pertanian dan industri asas tani, peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Tabung Modal Pusingan SKM akan digunakan sebagai dana Tabung Agromakanan untuk membiayai aktiviti pengeluaran hasil agromakanan oleh gerakan koperasi. Dalam masa yang sama Federasi Pemborongan dan Peruncitan Berhad melalui SKM melaksanakan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) sebagi usaha untuk memastikan bekalan barangan keperluan pengguna dapat dibekalkan secara konsisten dengan harga yang berpatutan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjelaskan kepada kit semua tentang jaminan khususnya dalam bentuk jaminan makanan. Koperasi memainkan peranan yang cukup penting, apatah lagi adanya Coop Mart . Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana cara ataupun kaedah yang akan diguna pakai oleh Coop Mart untuk memastikan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, lima produk yang disebut tadi akan lebih murah daripada pasaran dan bagaimana kementerian melihat kepada potensi, khususnya koperasi untuk mengembangkan industri agromakanan bagi meningkatkan pengeluaran hasil makanan, seterusnya melonjakkan peratusan jaminan keselamatan makanan negara? Akan tetapi, saya ingin fokuskan tentang lima produk yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Terima kasih.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Kita berusaha untuk mengurangkan peranan ‘orang tengah’ kerana itu kita akan mempertingkatkan pusat pengumpulan dan juga pengedaran. Jadi semua barang-barang ini akan dibeli, dikumpulkan satu pusat dan terus dibawa pasaran. Untuk memastikan bahawa harga yang dikeluarkan yang dijual di bawah Coop Mart ini harganya murah dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Maka, kita akan membuat seperti inilah. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Kita ada tanda ‘COOP’ gula kasar. Macam kita- minyak macam ini Coop Mart. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Jadi kalau ada tanda Coop Mart ini, harga kita akan umum bahawa tidak ada siapa yang boleh menyeludup ataupun jual harga yang lebih mahal. Kemudian, kita juga akan berusaha untuk membuat penjualan ini secara online kerana kita nampak bahawa bukannya mudah juga untuk kita hendak penetrate pasaran yang sedia ada. Selain daripada kita gunakan Coop Mart, kita juga akan mulakan berniaga secara online dengan harapan kita bahawa lima− kita mulakan dengan lima ini dahulu supaya ini bahan yang diperlukan oleh rakyat supaya dapat meringankan beban rakyat dan rakyat

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

ada pilihan hendak beli sepertimana ayam. Kita kenalkan ayam beku dan ada juga ayam segar. Jadi, kalau hendak ayam murah, mungkin pilih ayam beku lah. Jadi, ini sebagai contoh untuk beri pilihan kepada rakyat, mana barang yang lebih murah untuk mereka dapat di bawah koperasi ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Eh! Yang Berhormat Ledang. Maaf, maaf.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, saya rasa insentif apa pun untuk memastikan supaya kita dapat membantu, menangani isu krisis makanan sekarang sangat dihargai. Cuma, saya hendak bangkitkan berkenaan dengan beberapa program juga yang dilaksanakan oleh pihak Angkasa iaitu antaranya Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100). Begitu juga dengan JiMAT Shop. Apakah ada penyelarasan yang kalau program yang dilaksanakan di bawah kementerian ini iaitu Coop Mart tadi dengan yang dilaksanakan oleh pihak Angkasa? Dalam keadaan suasana di mana kita tahu ada banyak pembaziran berlaku tetapi kita juga ada usaha-usaha penjimatan dan juga keseragaman dilakukan supaya koperasi memainkan peranan yang lebih baik untuk membasmi kemiskinan untuk mengagih kekayaan dengan lebih baik kepada rakyat keseluruhannya. Terima kasih.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat mengenai maklumat yang diberi. Kita memang menyedari perkara ini berlaku. Oleh sebab itu, kita telah membuat dasar yang baharu di mana semua, sama ada walaupun Angkasa ini ada identitinya sendiri tetapi koperasi pula ada identitinya sendiri. Kemudian bawah TEKUN pun ada pula lagi koperasinya sendiri. Masing-masing ada identiti masing-masing. Jadi kerana itu, kita KUSKOP telah membuat satu rasa bahawa kita kena selaraskan. Salah satu penyelarasannya, semua kena tulis ‘COOP’ macam saya kata tadi, supaya mereka tahu. Ini ialah barang keluaran dari koperasi serta pengurusannya hendaklah diselaraskan. Oleh sebab Angkasa, lebih advance daripada perkara ini, maka kita telah melantik Angkasa sebagai pengendali untuk kita menyelaraskan barang-barang keluaran daripada koperasi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Tak ada? Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi. Silakan.

Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa · question

8. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah usaha di kampus bagi memberikan mahasiswa pendedahan mengenai isu-isu sivik dan politik selari dengan pengenalan Undi 18.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat daripada Setiawangsa atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di- Pertua, penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun oleh Kerajaan Malaysia telah meningkatkan lagi bilangan pengundi muda dalam pilihan raya dan yang akan datang termasuk daripada golongan mahasiswa. Menyedari kepentingan inisiatif Undi 18 ini, kerajaan komited dalam memastikan golongan mahasiswa diberi pendedahan berhubung demokrasi, pilihan raya dan politik negara. Dalam hubungan ini, pelbagai program pemerkasaan literasi politik dan pendidikan pengundi dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama aktif institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), Akademi Pilihan Raya (APR) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui UA telah pun menjalankan pelbagai program berkaitan kesedaran politik di semua universiti awam seperti berikut. Ini hanya memberikan beberapa program: (i) pengenalan asas kesedaran mengundi kepada pelajar baharu IPT; (ii) kursus ceramah, forum, bual bicara, taklimat, bengkel, seminar berkaitan undi 18;

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

(iii) penerbitan dan hebahan digital berkaitan pendidikan pengundi; (iv) pendedahan terhadap simulasi sebenar pilihan raya; (v) APR Associate Trainer ataupun Training of Trainers; (vi) Jelajah Perpaduan Negara; dan (vii) antara contoh-contohnya adalah program Mahasiswa Cakna Undi18. Program ini memberi pendedahan kepada Perlembagaan Persekutuan, demokrasi, proses pilihan raya umum dan kepentingan mengundi yang merupakan naratif yang relevan kepada mahasiswa. Usaha ini akan dapat melahirkan pengundi daripada kalangan mahasiswa yang lebih matang dan bertanggungjawab serta memahami kepentingan keluar mengundi dan hak mereka sebagai pengundi. Bagi tujuan pelaksanaan program yang lebih tersusun, KPT aktif bekerjasama dengan SPR. Dalam hubungan ini, pihak kementerian dengan kerjasama SPR telah memulakan usaha untuk menandatangani memorandum persefahaman MoU bersama 20 buah universiti awam untuk memberi pendedahan dan literasi politik kepada mahasiswa. Dalam hubungan ini, kerjasama ini telah pun dimulakan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan perintis MoU bersama SPR dan ini akan disusuli oleh 19 buah universiti lain dalam masa yang terdekat. Melalui kerjasama ini juga, pihak universiti awam dapat memanfaatkan kepakaran APR dalam melaksanakan program- program pemerkasaan literasi politik kepada mahasiswa. Selain daripada itu, bagi memberikan pendedahan mengenai isu-isu sivik, penerapan sivik dan kenegaraan juga ditekankan di dalam mata pelajaran umum atau MPU melalui penghayatan etika dan peradaban serta falsafah dan isu semasa yang merupakan mata pelajaran wajib di semua IPTA. Terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah pihak kerajaan memastikan ada ruang yang cukup untuk pihak mahasiswa mendapat pandangan yang seimbang? Kita faham ada pelbagai parti di dalam negara kita, sekarang dah bertambah banyak. Jadi bagaimana mahasiswa ini boleh mendapat pandangan yang pelbagai dan misalnya mereka diberi kebebasan untuk menjemput penceramah-penceramah sama ada ahli-ahli politik ataupun wakil-wakil daripada masyarakat sivil yang mewakili pelbagai sudut pandang.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih di atas soalan tambahan berkenaan. IPT memang sentiasa meraikan kepelbagaian idea dan juga pendapat termasuk daripada pelbagai kepimpinan parti politik di Malaysia ini dan perbincangan dalam kerangka akademik dan ilmiah selalunya disusun. Ini sebagai contoh, disusun penglibatan pimpinan politik daripada pelbagai parti, Yang Berhormat. Ini juga selaras dengan pindaan pada tahun 2012 yang membenarkan aktiviti dan parti politik aktif di luar kampus dan semasa zaman Yang Berhormat dari Simpang Renggam juga ada pindaan tahun 2019, Akta A946 yang membenarkan aktiviti dan parti politik aktif di dalam kampus. Kita memang sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan bantuan asalkan yang penting, kepentingan dan kesedaran hak Undi18 kepada pelajar itu dapat dicapai, terima kasih.

Ya, terima kasih. Terima kasih. Jempol.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Jempol?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.

Eh! Potong kona. [Ketawa]

Apakah inisiatif yang dijalankan pihak kerajaan untuk menggalakkan pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di negeri lain untuk mengundi, khususnya dalam PRU Ke-15 akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya apa yang dilaksanakan oleh kementerian melalui IPT ini adalah IPT memang sentiasa komited dan prihatin dalam memastikan semua pengundi yang layak untuk mengundi untuk turun mengundi dan sebagai contoh baru-baru ini dalam PRN Negeri Johor, mahasiswa universiti awam yang layak mengundi diberikan pelepasan untuk keluar mengundi. Bagi mahasiswa di Semenanjung pula, pihak universiti awam mengambil inisiatif tambahan selain daripada memberikan pelepasan untuk keluar mengundi, mereka juga diberikan kemudahan pengangkutan untuk membawa mahasiswa ini pulang dan untuk memberi galakan kepada mahasiswa ini keluar mengundi dan menjalankan peranan mereka selaku warganegara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, dah lama bangun. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada tahun 2017, pihak SPRM telah mencadangkan supaya subjek integriti dan pembanterasan rasuah diperkenalkan di institusi pengajian tinggi dan baru- baru ini juga perkara ini telah ditimbulkan semula, di mana telah dicadangkan di semua universiti awam. Subjek pembanterasan rasuah diperkenalkan kerana kita melihat kepada soalan pokok mengenai isu-isu sivik dan isu-isu politik. Rasuah adalah sesuatu yang berkait rapat dengan kedua-dua perkara ini. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk kita memastikan subjek ini diperkenalkan dan diajar di institusi pengajian tinggi awam? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ini antara fokus utama di pihak kementerian dalam memastikan mata pelajaran ini diperkenalkan di universiti-universiti, terutamanya universiti awam tetapi ia merangkumi semua universiti. Itulah kerana kami telah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama SPRM dan yang terbaru pula, insya-Allah saya sendiri akan berjumpa dengan Ketua Pengarah SPRM untuk memastikan bahawa cadangan ini dapat kita pastikan juga. Kita juga telah membuat libat urus juga dan peringkat pilot project akan dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Yang Berhormat. Terima kasih.

Syabas Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja. Ringkas sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Simpang Renggam.

Tuan Yang di-Pertua

Dah tiga. Yang Berhormat Kuala Krai, Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Kayu keras pohon meranti, Hijau daun pohon jati, Soalan nombor 9 sedang menanti, Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

9. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan apakah langkah kementerian untuk melindungi rakyat bagi berhadapan dengan krisis tenaga global yang menyebabkan peningkatan kos harga bahan api.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya dari Kuala Krai yang bertanya mengenai bekalan elektrik negara dan juga cabaran-cabarannya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam negara kita ini, pelarasan tarif elektrik dibuat melalui suatu mekanisme yang dipanggil pelepasan kos- kos tidak seimbang atau dalam bahasa Inggeris dengan izin, imbalance cost past-through (ICPT). Melalui mekanisme ICPT ini, pelarasan tarif elektrik dalam negara kita disemak setiap enam bulan dengan mengambil kira kos bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Dalam hal ini, saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa bagi tempoh Januari sehingga Jun 2022, kos ICPT adalah berjumlah RM7 bilion, yang mana ianya bersamaan kalau sekiranya kita hendak kenakan surcaj kepada pengguna elektrik adalah bersamaan RM11.81 per kilowatt jam. Itu surcaj jika sekiranya hendak dilepaskan kepada semua para pengguna, sebanyak 9 juta akaun dalam negara kita ini bagi tempoh Julai hingga Disember 2022. Namun demikian, sebagai langkah mitigasi jangka pendek bagi melindungi rakyat yang berhadapan dengan krisis tenaga global juga terlibat dalam negara kita, kerajaan kita pada 24 Jun 2022 telah bersetuju di dalam mesyuarat Kabinet untuk menampung subsidi elektrik daripada RM7 bilion ini ditampung sebanyak RM5.8 bilion. Itu bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2022, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api di pasaran global. Dengan dasar yang dibuat oleh kerajaan itu Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna pengguna-pengguna domestik iaitu lebih kurang 7.9 juta pengguna masih dikekalkan dengan rebat dua sen satu kilowatt jam.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Manakala pengguna bukan domestik iaitu PKMS, industri dan juga komersial, hanya dikenakan caj sama sebagaimana sebelum ini iaitu 3.70 sen 1 kilowatt jam. Berbanding dengan surcaj ICPT 11.81 sen. Itu yang dibuat oleh kerajaan. Dalam pada ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama sebagaimana enam bulan sebelum ini iaitu Januari sehingga Jun 2022. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, analisis daripada Suruhanjaya Tenaga menganggarkan bahawa harga bahan api di pasaran dunia masih lagi kekal tinggi berikutan peperangan Rusia dan Ukraine sejak Mac 2022 dan permintaan bahan api arang batu yang tinggi daripada negara-negara luar. Bagi mengatasi krisis tenaga dan kos ICPT yang dijangka meningkat, kerajaan telah merancang beberapa pelan mitigasi jangka panjang. Antaranya mengutamakan bahan api yang paling murah (least cost dispatch) untuk penjanaan elektrik. Seterusnya akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar (targeted) untuk tempoh kitaran ICPT akan datang. Sekarang ini semua sama. M40 pun dua sen, B40 dua sen, T20 pun dua sen. Semua, orang kaya, orang miskin, menikmati rebat dua sen ini dalam bekalan elektrik negara kita. Akan tetapi masa akan datang mungkin diperlukan bersasar. Mungkin T20 akan dikenakan surcaj ataupun ICPT ini.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Selain daripada itu, kementerian kita juga telah menyediakan Pelan Pembangunan Penjanaan Jangka Panjang, menetapkan hala tuju bagi perancangan pembekalan elektrik negara dengan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api import seperti arang batu secara berperingkat. Kita tidak boleh sekali gus kerana pelan penjanaan kita adalah untuk menggunakan arang batu. Kalau hendak dibuat gas dan sebagainya, terpaksa ditukar. Sekarang ini kita meletakkan sasaran 31 peratus penggunaan campuran tenaga boleh baharu (renewable energy) pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035. Satu perkara yang saya ingin highlight di dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua ialah, bagi menggalakkan sikap atau peranan rakyat untuk berjimat-cermat mulai dari bulan Julai 2020, Tenaga Nasional (TNB) melalui bil elektrik– Ini yang saya telah besarkan, [Menunjukkan satu salinan bil elektrik] akan menyebutkan di dalam bil ini berapa subsidi yang diberikan kepada setiap rakyat Malaysia. Ini sebagai contoh. Satu bil ini, bil semasanya hanya berjumlah RM115.45. Ini bil ini. Saya jangka ini B40 lah. Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM37.46, lebih kurang 29 peratus. Apa yang dibuat ini adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia betapa besarnya subsidi yang diberikan oleh kerajaan kita kepada rakyat. Dengan ini kita mengharapkan rakyat mengamalkan sikap menjimatkan tenaga elektrik kerana besarnya. Akan tetapi subsidi tidak akan selama-lamanya. Mungkin pada masa akan datang, subsidi tidak akan diberikan. Rakyat kalau dalam kes ini, sepatutnya bil ini RM152.91 sen tetapi dibayar hanya RM115 sahaja dengan subsidi RM37.46. Jadi, inilah yang kita harapkan dapat disedari oleh seluruh rakyat Malaysia agar negara kita ini tidak menghadapi krisis bekalan sama ada brownout ataupun blackout. Kita minta supaya tidak berlaku di dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Melihatkan situasi perang Rusia dan Ukraine yang masih belum ada titik noktahnya, ini bermakna krisis tenaga global juga kian berpanjangan. Soalan saya, mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan perbandingan antara bagaimanakah Malaysia dalam menangani krisis tenaga global ini, berbanding dengan negara-negara serantau dan juga negara maju, untuk sama-sama kita ketahui perbandingan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebagaimana yang kita tahu bahawa kenaikan bahan api secara mendadak di pasaran global pada tahun 2022 ini disebabkan antaranya ialah peningkatan permintaan oleh pihak pengguna berikutan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 dan juga sebagaimana yang saya sebutkan tadi, berlakunya peperangan Rusia dan Ukraine. Selain daripada itu, negara pengeluar bahan api dunia seperti Australia dan Rusia turut mengalami beberapa siri gangguan rantaian bekalan. Mereka juga shortage of supply bahan-bahan api seperti arang batu dan sebagainya. Saya hendak jelaskan sebagaimana yang diminta oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Negara maju seperti Jerman turut mengalami krisis tenaga sehingga menyaksikan kenaikan tarif elektrik secara purata sebanyak 63.7 peratus kepada 4.2 juta isi rumah pada tahun ini. Saya mempunyai beberapa contoh yang lain. Sebagai contoh di United Kingdom, “Household in United Kingdom will see their energy bill rise by 54 percent by first April”, semasa first April. Di Thailand juga kenaikan sebanyak 5.8 peratus. Di Filipina, ini lagi tinggi. Dia sebut, “Have already hiked power rates by 160 times” daripada tarif asal. Begitu juga di Hong Kong, kenaikan sebanyak tujuh peratus. Di Indonesia, antara 17 sehingga 36 peratus kenaikan tarif elektrik.

Jadi, ini kalau kita hendak bandingkan keadaan dalam negara kita, yang masih lagi menikmati subsidi, sedangkan di negara-negara ada yang telah mengalami kenaikan tarif yang begitu mendadak sekali. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih kepada Menteri. Saya ingin bertanyakan satu soalan ini. Bagaimanakah pendirian kerajaan berkenaan untuk kita menguruskan– maksudnya, empat sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai contoh, kita sebagai pengeluar minyak sawit mentah kedua terbesar di dunia yang mana jumlah pemprosesan buah sawit kita yang dijadikan sisa buangan dalam tandan buah dan kosong. Jadi, bagaimanakah kita menggunakan sumber yang sedia ada itu untuk kita mempromosikan sesuatu yang lebih baik daripada sudut tenaga kita? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Merbok yang menyentuh mengenai bahan yang boleh menjanakan bahan api kita melalui tenaga boleh baharu, termasuklah yang disebutkan tadi. Sebagaimana yang kita maklum bahawa dalam negara kita ini kita mempunyai satu agensi yang bernama sustainable energy development authority (SEDA) yang menguruskan mengenai tenaga boleh baharu ini, yang antara lainnya yang terbesar sudah tentulah hidro. Hidro sekarang ini ramai orang bercakap mengenai hidrogen tetapi yang lebih berbentuk tradisional, biomass, biojisim dan sebagainya. Jadi, itu merupakan bahan- bahan penjanaan selain daripada arang batu dan juga gas yang digunakan secara konvensional sekarang ini yang harganya mendadak tinggi. Memang kerajaan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dalam penjanaan elektrik negara kita. Buat masa ini, saya boleh maklumkan kepada Dewan ini, sejumlah 23 peratus sahaja bahan penjanaan daripada tenaga boleh baharu ini dicampurkan dalam penjanaan elektrik kita. Baru 23 peratus. Tadi saya sebut, kita mensasarkan 31 peratus pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035. Ia bergantung kepada secepat mana stesen penjanaan yang ada pada masa ini bersara (retired), the plant sekarang ini retired. Untuk maklumat, biomass sekarang ini hanya digunakan di Sabah sebanyak tiga peratus sahaja, di Semenanjung dan di Sarawak tidak digunakan. Ini fakta, ya. Hanya di Sabah sahaja untuk biomass dan juga yang lain-lain itu banyaklah yang tidak perlu saya sebutkan. Akan tetapi kita menetapkan tenaga boleh baharu ini memang kita menjadi satu sasaran pada masa hadapan, terutamanya solar dan juga aspek-aspek yang lain sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Merbok tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kubang Pasu.

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini dahulu. Yang Berhormat Kubang Pasu sudah berdiri lama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat untuk kita lari daripada mungkin risiko kenaikan harga bahan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya juga hendak sentuh tentang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok iaitu tentang salah daripada sumber boleh diperbaharui ini iaitu hidro, bukan yang jenis besar-besar seperti Bakun, Kenyir dan sebagainya tetapi jenis hidro run of the river (RoR) ini. Dalam satu report yang dibuat, as far back as 2010, 149 site RoR telah pun dikenal pasti tetapi sehingga kini hanya 17.5 peratus sahaja daripada 149 sites yang dikenal pasti itu telah dibuat RoR. Jadi persoalan saya, sejauh mana kita memberikan penekanan terhadap perkara ini yang kita tidak payah hendak fikir naik turun harga arang batu, minyak dan sebagainya. Ini yang dah ada di depan mata kita. It does not take a lot of time untuk kita bangunkan, untuk kita manfaatkan untuk tujuan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kubang Pasu, mengenai tenaga hidro daripada RoR ini, memang

kita mengesahkan bahawa kerajaan banyak meluluskan site untuk projek hidro RoR ini. Akan tetapi saya hendak sebutkan sebahagian besar daripada syarikat yang ditawarkan untuk melaksanakan RoR ini tidak dapat melaksanakan dalam kadar tarif yang mereka menangis, biasanya kita buat di dalam e-Bidding untuk mendapat harga yang kompetitif. SEDA membuka bidding atau tender terbuka kepada syarikat-syarikat, menawarkan kadar tarif yang dapat dilaksanakan tetapi berdasarkan keadaan ekonomi sekarang sebahagian daripada syarikat itu sendiri bukan di pihak kerajaan. Syarikat itu sendiri tidak dapat melaksanakan atas dasar faktor ekonomi dan juga rate yang mereka dipersetujui itu tidak dapat direalisasikan. Itu antaranya. Namun demikian, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang tamatlah sesi untuk...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, sekejap.

Peraturan Mesyuarat 18, ingin bertanya sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, nanti saya habiskan yang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Yang di-Pertua.

Ya. Saya ingin menyentuh tentang usul yang saya buat secara bertulis mengenai laporan penuh pemberhentian, cess payment pada Kesultanan Sulu. Saya menerima surat yang mana usul ini adalah ditolak kerana terdapat prosiding-prosiding mahkamah berkenan tuntutan waris Kesultanan Sulu. Akan tetapi apa yang sebenarnya saya mahu di sini Tuan Yang di-Pertua adalah laporan penuh daripada Kementerian Luar Negeri tentang apakah sebenarnya yang berlaku apabila cess payment itu telah dihentikan kerana sebelum ini kerajaan, Wisma Putra cuma katakan cess payment itu dihentikan, itu sahaja. Akan tetapi apakah repercussion yang lain, kita tidak tahu. Adakah ia secara unilateral dan bagaimana kedudukan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mana telah menolak segala tuntutan ini. Jadi, rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhan berhak tahu secara penuh apakah yang sebenarnya berlaku kerana ini adalah merupakan satu kerisauan yang amat tinggi. Saya tidak menyentuh tentang prosiding-prosiding Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja saya pohon, kalau boleh saya merayu untuk kali kedua tentang apa sebenarnya yang berlaku apabila cess payment ini dihentikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di-Pertua jawab, boleh sedikit iaitu yang diusulkan itu tidak ada kaitan dengan kes mahkamah per se, yang dibangkitkan ialah mengapa dan apa yang mencetuskan krisis sekarang ini? Ia menyentuh soal kedaulatan negara, betul. Soal pentafsiran dan juga keputusan Sepanyol dan Perancis, itu keputusan mahkamah, ya betul tetapi sub judice kes mahkamah di Paris ini tidak adalah munasabah tetapi tidak apalah kalau keputusan Tuan Yang di-Pertua begitu. Akan tetapi mengapa dihentikan pembayaran 2013 yang menyebabkan kes ini hidup? Itu hal-hal yang boleh dijelaskan oleh Kementerian Luar Negeri. Dia tidak ada kaitan dengan mahkamah, daripada 1939. Kita guna keputusan 1939 dan kita jalankan sehingga 2013, Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pekan pandai-pandai berhentikan dan ini menyebabkan kita kalah dalam kes kerana kita tidak tunai janji itu.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Sekarang pada tahun 2019, dalam masa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengusulkan supaya ini dapat diteliti semula, dia disambung tetapi yang ini harus difahamkan. Jadi, kalau usul itu bawa– mohon pandangan Kementerian Luar Negeri ataupun kerajaan, bagi saya ini Perdana Menteri, soal kedaulatan dan lain-lain. Jangan isu ini dihalang semata-mata kerana mahkamah dan mahkamah pula di luar negara. Kalau bicara soal mahkamah, maknanya semua isu tidak boleh disebut, 1MDB tidak boleh sebut, semua tidak boleh sebut. Jadi, saya mohon timbangan Tuan Yang di-Pertua kerana ini sangat menyentuh perasaan bukan sahaja orang Sabah tetapi juga rakyat Malaysia. Mana mungkin satu negara merdeka dan berdaulat dicabar tentang kedaulatannya dan Parlimen tidak dibenarkan membahaskan. [Tepuk] Kalau pandangan saya, isu-isu seperti ini membolehkan Tuan Yang di-Pertua menangguhkan semua isu lain hanya untuk putuskan pendirian Parlimen supaya Parlimen boleh memberikan sokongan kepada kerajaan sekiranya diambil keputusan penuh. Keputusan yang tepat kita patut sokong. Jadi maknanya, kesemua Ahli-ahli Parlimen boleh bersetuju dan menyokong pendirian Perdana Menteri untuk mempertahankan Wilayah dan memberi pentafsiran yang sah sejak 1939 dan akan membantah segala usaha yang mempertikai kedaulatan kita.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang kerana telah membangkitkan isu ini secara rasional dan tanpa emosi. Banyak perkara yang kita boleh capai sekiranya kita tidak beremosi. Isu yang ditangani oleh mahkamah di Sepanyol dan juga di Paris adalah berbangkit daripada sebenarnya pemberhentian bayaran tersebut. Antara lainnya, bukan satu-satu isu, antara lainnya. Yang Berhormat Ketua Pembangkang sendiri pun telah berkata tadi bahawa pemberhentian bayaran tersebut telah menyebabkan kita kalah. Jadi, adalah terang bahawa isu tersebut merupakan satu core isu dalam litigasi di Sepanyol dan di Paris serta juga di dalam prosiding arbitration tersebut. Jadi, ia tertakluk kepada argument, pertikaian dan juga argument submission dalam proses-proses litigasi tersebut. Maka ianya sub judice pada pendapat saya. Akan tetapi satu lagi hal ialah begini, saya teliti usul Yang Berhormat Putatan. Usul beliau ialah bukan untuk membincangkan tetapi untuk membahaskan dan untuk meminta Menteri memperjelaskan. Jadi, ia memerlukan satu ketetapan. Dalam 18(2) tidak ada ketetapan, nombor satu. Tidak ada perbahasan, ia untuk membincangkan sesuatu isu yang berbangkit. Jadi, perlu kita tengok tujuan 18(2) tersebut, purpose dan objektifnya. Kalau kita hendak minta untuk memperjelaskan atau menjawab, maka begitulah saya tulis dalam surat saya kepada Yang Berhormat Putatan, terdapat alternatif lain iaitu dengan menanyakan soalan untuk jawab lisan. Sebegitu prosedurnya. Kalau 18(2) kita hanya untuk bincang sahaja. Kita tidak boleh suruh Menteri atau Kabinet buat itu dan ini kerana tidak akan ada ketetapan, tidak akan ada perbahasan, tidak akan ada undi pun 18(2) ini.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya nampak usul 18(2) ini selama ini telah disalah faham. Sebanyak 98 peratus usul yang difailkan 18(2) yang datang kepada saya, untuk meminta itu dan ini, bukan untuk membincangkan. Itu telah saya kata banyak kali 18(2) bukan untuk meminta, memohon dibuat itu dan ini, kerana tidak akan ada perbahasan dalam 18(2). Oleh kerana tidak ada perbahasan, maka tidak akan ada undi, tidak akan ada masalah dan oleh itu tidak akan ada ketetapan. Jadi saya rasa Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Putatan lebih baik sekiranya kalau kita hendak penjelasan, difailkan soalan untuk jawab lisan. Itu keputusan saya ya, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, ia tidak menghalang perbincangan supaya ada kertas untuk Ahli-ahli Dewan. Kalau selepas itu tidak boleh dibincang, tidak apa. Jadi kita ada perbincangan, kemudian kementerian beri penjelasan atau jawapan untuk membantu menjawab kepada hal-hal ini dibangkitkan. Tafsiran teknikal itu terserah kepada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi yang kita bangkitkan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat ini prepare Perjanjian 1878, ketetapan Mahkamah Tinggi Borneo 1939 itu kita tengok dan bayaran daripada 1939 oleh Kerajaan Inggeris sehingga kita Merdeka diteruskan sehingga 2013. Tahun 2013 keputusan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan yang membuat kacau sehingga ada masalah sekarang. Kalau diteruskan lagi itu perkara ini tidak akan dibangkit, perkara ini terbatal bila dihentikan pembayaran itu atas alasan pencerobohan tetapi perjanjian itu jelas. Saya pun baca keputusan Mahkamah Borneo 1939. Ini semua pentafsiran oleh Kerajaan Inggeris sehingga Kerajaan Malaysia tidak tahu, berpuluh kah, berbelas kah orang Peguam Negara yang semuanya membuat keputusan yang sama, mesti bayar ikut keputusan mahkamah 1939. Bila dihentikan, ini masalahnya. Mengapa kita boleh biarkan satu keputusan yang merosakkan, mengganggu- gugat dan kemudian digunakan untuk mempersoalkan semua yang lain. Tuan Yang di- Pertua tepat tadi. Bila dibawa dan dicabar di mahkamah Sepanyol dan Perancis, ia tidak lagi membangkitkan soal 1939, dibangkitkan umpamanya istilah ‘succession’, ‘cede’ atau pajak dalam tulisan jawi yang walau pun dikatakan di sini Arabic script, Arabic dia kata Arabic, jawi lama dengan Inggeris. Akan tetapi ini semua sudah diputuskan di mahkamah 1939 kerana perjanjian itu 1878. Oleh sebab itu saya betul-betul merayu Tuan Yang di-Pertua, paling kurang minta keputusan Ahli-ahli Dewan Rakyat, minta satu keterangan terperinci daripada Perdana Menteri atau Menteri Luar supaya memberi kefahaman kepada rakyat dan negara tentang isu yang menyentuh kedaulatan kita kerana bila dicabar di mahkamah, Tuan Yang di- Pertua, tidak lagi pentafsiran Perjanjian 1939. Bila dicabar di mahkamah, dipertikai semua hak kebebasan Sabah yang menjadi satu wilayah Malaysia. Mana boleh satu negara atau rakyat boleh menganggap ini satu perkara yang ringan. Siapa sahaja yang mencabar satu inci tanah kita itu mencabar seluruh. [Tepuk] Oleh sebab itu saya faham bila Yang Berhormat Kota Belud dengan sentimen dan sebagainya yang ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua tetapi kalau saya bukan rakyat Sabah saya pun terasa perkara ini sangat berat. Tidak buat homework seperti ini. Saya bukan pakar undang-undang seperti Tuan Yang di-Pertua tetapi saya terpaksa teliti, baca, minta pandangan peguam-peguam kerana ini soal kedaulatan. Jadi saya harap semua bermula daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah tidak kira parti mana, kalau tidak bangun menyokong ini, saya minta rakyat Sabah hukum mereka. [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat telah membuat permintaan kepada pihak eksekutif, saya harap itu akan mendapat pertimbangan daripada pihak eksekutif untuk memberikan penerangan.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Usul...

Peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 20.

Tuan Yang di-Pertua

20?

20 dan juga Peraturan Mesyuarat 14(1)(g). Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat ini sebenarnya berkait rapat dengan soalan saya juga yang secara kebetulan bernombor 116 hari ini dan soalan saya pada hari terakhir bernombor 104.

Kalau kita rujuk kepada sidang Parlimen yang lepas Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua ingat. Saya pernah merujuk Yang Berhormat Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Khas kerana memberikan jawapan yang bercanggah dengan Menteri Hal Ehwal Sabah berkaitan dengan isu 112C dan 112D. Semalam kita menerima Tuan Yang di-Pertua, menerima satu statut baru yang mana berkait rapat juga dengan soalan yang saya pernah keluarkan sebelum ini iaitu Warta Rahsia yang telah diberikan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kepada saya sewaktu saya merujuk beliau. Saya diberikan dengan Warta Rahsia berkenaan dengan pemberian geran khas Sabah. Semalam kita menerima statut baru dan nampak Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tengok kepada aturannya nampak teratur pada 14 April 2022, Perdana Menteri telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah dan bersetuju dengan statut baru ini. Pada 17 April, Warta 112 dikeluarkan, dipersetujui. Semalam bertarikh 19 Julai 2022, Warta 200 Parlimen statut baru telah diluluskan dengan membatalkan Warta 1970. Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, apabila saya melihat statut baru ini yang menarik perhatian saya adalah tarikh di mana kalau saya boleh bacakan dengan izin, “Diperintahkan oleh Dewan Rakyat untuk dibentangkan atas meja mesyuarat 29 September 1971” dan saya buat kajian Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 1970/1971, ada tiga sesi sidang Parlimen dilakukan pada tahun tersebut. Sidang pertama pada 20 Februari tahun 1971 sehingga 19 Mac tahun 1971, sidang kedua pada 5 Julai 1971 sehingga 30 Julai 1971 dan kemudian sidang ketiga pada 8 Disember 1971 sehingga 17 Disember 1971. Persoalan yang saya ingin bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana mungkin warta yang diberikan kepada saya ini, statut pada tahun 1971 ini dibentangkan di Mesyuarat Dewan ini pada 29 September 1971 pada ketika tidak ada manusia berada di dalam Dewan Parlimen ini. Jadi ini persoalannya, ia melibatkan hak Sabah 40 peratus. Oleh sebab itu saya ingin nyatakan di dalam Parlimen hari ini yang mana melalui pembatalan 1971, terbukti Kerajaan Persekutuan telah mencuri hak negeri Sabah di dalam Parlimen, di dalam Dewan Rakyat ini. Inilah yang ingin kami bangkitkan. Saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, apa sebab pada 29 September 1971, dibentangkan warta yang pada ketika itu tidak ada persidangan. Kepada siapa mereka bentangkan dan siapa yang bersetuju terhadap warta ini. Ini yang kita ingin tahu sebab berkait rapat dengan hak kita. Oleh kerana soalan yang saya buat itu Tuan Yang di-Pertua perihal sidang lepas, warta yang dirahsiakan menjadi persoalan kepada saya. Bagaimana mungkin warta ini yang saya dan researchers cari sebelum ini tidak jumpa dan suddenly hari ini kita jumpa di library Parlimen. Jadi saya minta penjelasan Menteri Kewangan kerana ini melibatkan hak negeri Sabah. Di sini juga saya ingin rekodkan Tuan Yang di-Pertua, jika benar Ketua Menteri Sabah bersetuju terhadap jadual baru ini dan mengabaikan prosedur hak Sabah ini, saya menuntut rakyat Sabah menghukum Kerajaan GRS kerana telah mengabaikan dan menidakkan hak Sabah, bersekongkol dengan Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Itu bukan point of order sebenarnya Yang Berhormat. Saya tidak faham satu pun Yang Berhormat kata tadi sebab saya tidak baca lagi [Ketawa] warta 1971 dan warta yang semalam ini. Lain kali Yang Berhormat, sekiranya ada point of order yang sebegitu detailed, saya mohon Yang Berhormat jumpa saya dahulu, semua Yang Berhormat sebab...

Akan disahkan kembali, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, kalau di UK House of Commons, praktisnya kalau point of order itu penting dan amat detailed, mereka selalunya berjumpa dengan Speaker dahulu supaya Speaker boleh faham apa yang akan dinyatakan dan boleh dibuat ruling.

Mungkin saya boleh mengajak Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah Tuan Yang di-Pertua untuk bersama-sama saya berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Ya, jumpa saya dulu.

Saya minta Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua selepas ini untuk melihat perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, tak nak lah ucapan sebegitu. Boleh jumpa saya dulu, bagi saya faham dulu, ya. Terima kasih. Usul Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi?

Peraturan Mesyuarat 36(2).

Tuan Yang di-Pertua

36?

(2).

Tuan Yang di-Pertua

Apa tu? Ini untuk membuktikan bahawa saya tidak pernah lari ya sepertimana yang...

Tidak apalah, kalau Tuan Yang di-Pertua lari pun tidak apa, kami lagi suka.

Tuan Yang di-Pertua

...Digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, saya lari. Ya Yang Berhormat Sepang.

Sabar Tuan Yang di-Pertua, jangan emosi. [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak emosi.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Semalam tidak lari ke tu?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Hari ini Tuan Yang di-Pertua memang aman dan senyum. Inilah yang kita hendak daripada Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya...

Tuan Yang di-Pertua

Bukan emosi, semangat saja.

Okey.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam Mat Kilaulah.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2) rasanya Tuan Yang di-Pertua tahu tentang sub judice. Saya ingin mendapat satu penjelasan yang jelas supaya kita mudah dalam perbahasan nanti. Saya difahamkan setakat yang saya faham, semasa Tuan Yang di-Pertua menolak usul daripada Yang Berhormat Kota Belud atas alasannya ialah alasan sub judice. Tuan Yang di-Pertua, with due respect saya tidak bersetuju dengan alasan tersebut. Saya rasa kalau kita baca Peraturan Mesyuarat 36(2) ini, ia tidak sepatutnya satu blanket prohibition dengan izin. Ia sepatutnya case-by-case basis. Maknanya kalau ada suatu perbahasan, Tuan Yang di-Pertua berpendapat ketika perbahasan itu ada

menyentuh soal merits of the case, barulah Tuan Yang di-Pertua kata tidak boleh disentuh kerana sub judice. Akan tetapi dia belum lagi bahas, telah dikatakan sub judice. Ini yang berlaku masa kami dulu, semasa Yang Berhormat Pekan jadi Perdana Menteri, semua soalan tentang 1MDB, semua diborong tolak atas alasan sub judice. Masa itu Tuan Yang di- Pertua pun marah, masa itulah. Masa itu bukan Tuan Yang di-Pertua, masa itu Azhar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan, Tuan Yang di-Pertua saya ada kes law ini yang diputuskan oleh Tan Sri Arif ketika dia jadi hakim. Nama kes itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. vs Fahda Nur binti Ahmad Kamar & Other. Other itu ialah Arwah Lutfi Othman. Saya terpaksa menyatakan kepentingan saya, saya terlibat dalam kes ini. I was representing Arwah Lutfi.

Tuan Yang di-Pertua

Cepat sikit, cepat sikit.

Ini melibatkan kes contempt of court dan ada terlibat dengan sub judice di mana Tan Sri Arif kata, Tuan Yang di-Pertua kena bacalah judgement ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Memang sub judice ini tidak boleh pakai secara sparingly dengan izin. Mesti berdasarkan case-by-case basis. Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh tolak usul daripada Yang Berhormat Kota Belud atas alasan sub judice. Kita tidak buat hal lagi pun. Itu satu. Kedua, Tuan Yang di-Pertua kata semalam jangan pre-empt saya tetapi semalam ketika Tuan Yang di-Pertua buat ruling tentang yang kata benarkan dua hari itu untuk Yang Berhormat Kota Belud dikeluarkan, Tuan Yang di-Pertua pun pre-empt juga. You are pre-empting sebab beliau bangun, tidak semestinya untuk mengutarakan peraturan mesyuarat yang sama. She might invoke another peraturan mesyuarat tetapi you dah pre- empt dulu. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, apabila sesiapa Ahli Parlimen bangun dan mengatakan untuk membangkitkan peraturan mesyuarat, you as a Tuan Yang di-Pertua ataupun Timbalan Yang di-Pertua yang mungkin agak blur itu, minta maaf saya cakap terus terang memang blur lah sebab itu saya tidak berani bahas ini kalau sekiranya di depan dia. Saya berani bahas kalau depan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Janganlah macam itu. [Ketawa]

I’m telling the truth but don’t prey at me ya. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Sometimes truth hurts.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat, baik-baik. Baik Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Kita hendak debate Antigangguan Seksual...

Tuan Yang di-Pertua, jangan kata kami tidak simpati kepada Bentara. It’s nothing to do with Bentara, it’s something to do with your seat, bukan shit ya, seat.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sekejap ya, okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini Erskine May cakap ya, “It is not in order for another member to make a further submission while an application is being made”. Erskine May ya. “Interventions are not permitted nor are points of order normally taken”. Kemudian dia kata, “If the decision is that the application should not be granted, further debate on the submission is out of order”. Tetapi saya duduk dan saya dengar satu-persatu. Kalau tidak emosi, macam inilah kita. Saya

Tuan Yang di-Pertua

dengar saja dan kalau kita hendak berbalah dan berbahas, saya okey saja. Bring it on!

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Tepuk]

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

It takes two to tango lah Tuan Yang di-Pertua, biasanya begitu.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau berlandaskan fakta dan undang-undang. Kalau berlandaskan fakta dan undang-undang, jangan berlandaskan politik. Saya bukan orang politik, jadi saya tidak tahu berpolitik. Maaf ya. Tentang sub judice, Peraturan Mesyuarat 36(2) mengatakan bahawa sekiranya sesuatu itu tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu. Kita sekarang sedang berbicara soal Sulu ini, tuntutan Sulu ini ya. Ada dah ex-parte order, kita kena bayar USD15 bilion. Mahukah kita berbincang dan sedang perbincangan itu berjalan, tidak tahulah apa yang akan dikatakan, maka terserlahlah strategi kerajaan untuk berbuat itu dan ini dan maka akan adalah kritikan terhadap tindakan kerajaan yang akan dibuat itu ataupun yang telah dibuat, maka pihak yang satu lagi boleh membacanya? Apakah itu tidak akan merosakkan kepentingan kerajaan di dalam prosiding litigasi tersebut? Mahukah kita tunjuk strategi kita kepada dunia? First rule of litigation is the element of surprise, first rule of war pun serupa. Ini kita sedang mempertahankan kedaulatan kita yang Ahli-ahli Yang Berhormat complaint ini kita tidak mempertahankan, kita sedang mempertahankan dan kita hendak dedahkan strategi kita kepada orang lain. Mahukah kita berbuat begitu? Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk tidak membenarkan perkara ini. Terima kasih. [Tepuk] Usul Yang Berhormat Menteri, silakan.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Khamis, 21 Julai 2022.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II [Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG TENAGA BOLEH BAHARU (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KASTAM (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG EKSAIS (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG ZON BEBAS (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PELANCONGAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pelancongan 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Levi Pelepasan 2019; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [19 Julai 2022]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan perbahasan, ada pemakluman mengenai dengan perbahasan ini. Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk meminda beberapa fasal dalam peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Yang di-Pertua Dewan Rakyat membenarkan pindaan ini dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2). Susulan daripada itu, kertas pindaan dalam Jawatankuasa yang terkini iaitu yang berwarna merah jambu telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat pada hari ini Rabu, 20 Julai 2022. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memaklumkan bahawa pindaan dalam Jawatankuasa bagi rang undang-undang ini telah diedarkan pada Selasa, semalam iaitu kertas berwarna putih telah ditarik balik. Jadi gunakan yang berwarna merah jambu. Sekian, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, untuk perbahasan pada pagi ini, kita akan memulakannya dengan menjemput Yang Berhormat Pengerang 20 minit bagi pihak kerajaan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang dua- duanya berada dalam Dewan pada hari yang mulia ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada kerajaan kerana rakyat menunggu akta ini sejak pada tahun 2011. Punyalah lama hendak keluarkan undang-undang gangguan seksual ya. Jadi, sekarang ini kita tengok dengan adanya akta ini, secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai zero tolerance dengan izin kepada sifat gangguan seksual dalam negara kita. Itu sebabnya saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan satu definisi yang agak luas iaitu lisan, bukan lisan, visual, isyarat fizikal di mana yang berleluasa pada hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua NGO-NGO yang terlibat membantu kerajaan secara langsung dan tidak langsung kepada kewujudan akta ini. Daripada tinjauan oleh ‘Cent GPS’ dan AWAM pada tahun 2021, kita tengok daripada segi statistik Tuan Yang di-Pertua ya, 79 peratus daripada penduduk mengalami gangguan seksual. Kalau kita tengok dengan lebih dalam pada 2019, Omnibus YouGov membuat kajian ya, ini yang bagi saya sesuatu yang kadang-kadang terdapat misconception dengan izin, kononnya gangguan seksual banyak berlaku di bandar tetapi tidak. Daripada kajian ini didapati bahawa empat tempat telah diadakan tinjauan dengan izin, Kuala Selangor,

Sibuti, Kuala Langat, Kuala Pilah dan didapati kebanyakan yang mendapat gangguan seksual adalah wanita yang berpendapatan RM2,000 ke bawah atau yang menganggur. Maknanya kemungkinan, saya tidak tahulah mungkin Yang Berhormat Menteri dan Timbalan lebih arif dalam bidang ini, bahawa gangguan seksual ini mungkin mempunyai satu budaya di mana antara mereka yang boleh mengambil kesempatan daripada mereka yang dianggap tidak berkemampuan untuk membela diri. Itu sebabnya bila kerajaan mengatakan bahawa zero tolerance, kita mahu melihat bahawa walaupun ini adalah lebih kepada tuntutan sivil dan quasi-judicial, kita tidak boleh lari bahawa kerajaan kita hari ini memberikan komitmen seperti yang disebut dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong kita dalam Perasmian Parlimen sesi ini bahawa kerajaan begitu bertekad untuk menentukan akta ini diwujudkan. Itu sebabnya bagi saya yang lebih penting ialah tiga atau tiga rangkap perkataan iaitu murah, mudah dan cepat iaitu dapatnya mereka mendapat satu perlindungan daripada kerajaan dan juga kepada hak mereka. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua perkara yang saya agak musykil. Tapi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kerana mewujudkan pindaan ya. Dari semalam dalam perbahasan telah ditimbulkan beberapa perkara dan saya harap yang saya hendak bawa ini bukan kerana saya menentang, tetapi lebih kepada teguran daripada segi undang-undang supaya pelaksanaan ini boleh dilihat seperti perkataan murah, mudah dan cepat. Pertama sekali saya rujuk kepada fasal 4 dalam kewujudan ‘anggota, tempoh jawatan dan elaun’. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, antara isu yang paling besar dalam kewujudan tribunal ialah implimentasinya bila? Kalau daripada 2011 sampai 2022 untuk ia diwujudkan, kita tidak mahu dari segi bawa ke mahkamah ataupun contohnya quasi- judiciary di mana ia dibawa di bawah satu tribunal mengambil masa yang lama. Kalau kita tengok undang-undang ini akan dibahaskan di Dewan Rakyat kemudian Dewan Negara dan implimentasi oleh pihak kerajaan. Sebab kalau kita tengok fasal 4 tidak disebutnya kewujudan tribunal di peringkat negeri-negeri dan daerah. Saya puji kalau kita tengok kepada Tribunal Pengguna, The Consumer Tribunal dan juga Housebuyer’s Tribunal, Housing Tribunal. Dia wujud di peringkat negeri-negeri dan kalau kita tengok daripada kewujudan dalam fasal 4 ini, kita tahu bahawa memang perlunya kelayakan daripada segi undang-undang yang diduduki dalam tribunal ini. Namun takkan lah hanya daripada fasal 4, satu saja tribunal. Kalaulah kita tengok daripada kajian yang telah dibuat, banyak mangsa dari luar bandar. Kadang- kadang Tuan Yang di-Pertua, hendak jalan pergi kerja, pergi kedai pun takut sebab diganggu. Jadi isu dia ialah hendak tunggu bila. Kalau 2011 sampai 2022, hendak dekat sepuluh tahun undang-undang baru hendak wujud, takkan tribunal pun makan masa yang lama. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberikan komitmen dalam Dewan ini bilakah tribunal akan diwujudkan, serta-merta kah dan juga hendak tanya di peringkat negeri dan daerah. Saya rujuk kepada Tribunal Consumer dengan izin Tuan Yang di-Pertua, mereka mempunyai permohonan online, bayar RM5 dia pohon. Jadi, sekarang ini bagaimana pula mereka yang tidak berupaya, yang mempunyai cabaran daripada segi tidak berkemampuan untuk pergi.

Bukan saja daripada segi ekonomi, tetapi daripada segi ketidakbolehan. Contohnya mereka yang mempunyai cabaran daripada segi kesihatan, dengan izin, mentally challenged, physically challenged. Dia nak pergi ke mana? Takkanlah dia nak kena pergi ke tribunal, tunggu tribunal pun lama. Kita tahu dalam kes-kes sedemikian, yang menjadi mangsa selalunya mereka yang dilihat boleh diambil kesempatan. Jadi, saya nak mintalah jasa baik kementerian untuk mewujudkan dengan serta- merta, dan menjadi satu kapasiti yang mana accessibility, dengan izin, dapat diwujudkan kepada rakyat kita. Ini sebab kalau kita kata, zero tolerance Tuan Yang di-Pertua, bererti

kerajaan mesti betul-betul 100 peratus ataupun lebih 100 peratus serius kepada elemen zero tolerance pada gangguan seksual dalam negara kita...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sedikit tentang ini juga.

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang tentang penubuhan tribunal, dan juga kita perlu mengambil tindakan yang segera. Sebenarnya bukan tahun 2011 Yang Berhormat Pengerang, sebenarnya sejak tahun 2001 lagi perkara ini telah dibangkitkan oleh gabungan NGO, Joint Action Group against violence against women (JAG). Sejak 2001 lagi. Jadi, kita dah tunggu 20 tahun. Satu lagi masalah ialah, bukan sekadar masa penubuhan ataupun nak segerakan penubuhan, tetapi juga budaya menghormati wanita, lelaki dan sebagainya. Ini sebab saya nampak kalau kita ada tribunal, kita ada badan penguat kuasa sekali pun, kalau kita tidak memupuk semangat hormat kepada wanita contohnya, kita akan kembali kepada kes seperti keganasan rumah tangga. Apabila dilaporkan, pihak berkuasa akan kata tak apalah, bersabar sahajalah kerana ini hanya jenaka contohnya, ataupun ini tindakan yang harmless ataupun ini masalah keluarga. Saya rasa itu juga penting, kesedaran, pendidikan kepada mereka yang terlibat, pemegang taruh termasuklah pihak tribunal, pihak penguat kuasa supaya mereka mempunyai kesedaran tentang nilai tersebut. Menghormati hak asasi sama ada wanita atau lelaki dalam isu aspek gangguan seksual ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memanglah kita tahu bahawa gangguan seksual ini ialah lebih kepada budaya ya. Budaya kita sebagai sebuah negara- apa yang kita lihat boleh, dan tidak boleh dijadikan toleransi. Masalah sekarang, kita tahu daripada segi tribunal ini yang mana menjadi masalahnya ialah isu daripada segi bukti. Ini sebab dia merupakan permohonan tribunal dalam aspek civil compensation, bukan dalam segi aspek jenayah. Kementerian dah berikan penerangan. Yang Berhormat Menteri menerangkan bahawa yang kes-kes jenayah tuntutan itu berlaksana. Akan tetapi kalau di bawah sivil, kerana kita nak kan ia mudah dan cepat, dia memang mempunyai satu beban bukti yang agak berlainan, kita tahu- iaitu bukan beyond any reasonable doubt, tetapi balance of probability. Akan tetapi macam saya sebut tadilah, kalau mereka mangsa yang mempunyai cabaran nak bawa bukti- semalam saya dengar dalam Dewan ini sahabat- sahabat bercakap macam mana Wakil Rakyat kita ini yang bercakap sesuatu dalam Dewan yang mempunyai imuniti, adakah bererti mereka boleh ditarik ataupun tidak. Saya nak jawab mudah sahaja pada sahabat-sahabat Yang Berhormat saya- sebab bila contohnya tribunal, tribunal ini...

Standing order.

Saya nak jawab.

Standing order.

Fasal ini?

Ya, fasal gangguan seksual.

Oh, saya nak terang dengan perbezaan dia. Boleh tak saya habis kejap?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh Yang Berhormat Pengerang habiskan poin dia? Kemudian Yang Berhormat Pasir Salak.

Sekejap sahaja. Sekejap, sekejap. Sekejap sahaja saya nak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bagi Yang Berhormat Pengerang habiskan dulu poin dia.

Sebenarnya yang saya cakap ialah daripada segi undang-undang dalam Dewan ini. Bagi saya betul- imuniti, tetapi imuniti tidak pada jenayah. Jadi, siapa nak bertindak boleh bertindak di luar. Satu. Nombor dua, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tuduhan demi tuduhan boleh dibuat, tetapi yang dituduh pun mesti mempunyai pembelaan, yang menuduhkan pun perlu ada pembelaan. Itu yang dikatakan keseimbangan undang-undang. Akan tetapi yang paling penting bagi saya dalam tribunal ini, perbicaraannya bersifat rahsia. Maknanya orang tak tahu apa yang berlaku kerana nak melindungi maruah dua-dua pihak. Akan tetapi dalam Dewan ini, apa pun kita cakap, saya berbahas hari ini pun rakyat menengok kita- ini dalam sistem yang begitu terbuka, online media. Jadi, sebenarnya pengukur hukuman- merupakan rakyat kepada kita, sebagai Wakil Rakyat. Jadi, bagi saya isu ini sesuatu yang lebih kepada isu yang tuduh menuduh. Akan tetapi daripada segi tribunal ini bagi pandangan saya, kerana ia tertutup, ia boleh menggalakkan laporan yang boleh dibuat dengan banyak untuk menuntut ganti rugi kalau dilihat sebagai sesuatu yang boleh diberikan ganti rugi. Itu sebenarnya bagi saya- kenapa bila kita tengok dalam segi fasal ini, ia diberikan bentuk sedemikian. Hari ini saya ucapkan tahniahlah kepada kementerian kerana meletakkan beberapa pindaan, kerana respons kepada ucapan dan perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sedemikian. Saya sambung?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Pasir Salak.

Saya ada poin yang kedua. Lima minit.

Sekejap.

Apa yang disebutkan Tuan Yang di-Pertua oleh Yang Berhormat Pengerang, berkaitan perkara yang sama saya nak bangkitkan di bawah Standing Order 36(6) ini. Semalam bukan main hebat lagi satu, dua orang Wakil Rakyat - dari mana? Pulai, Pulai. Disokong oleh Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong semalam? Belah sini. Ini...

Tuan Yang di-Pertua, beliau perlu tahu fakta dahulu. Kelmarin saya tak hadir.

Sorry, sorry.

Tentukan fakta dahulu, jangan datang pakai hentam sahaja! Get your facts right Yang Berhormat Pasir Salak!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

You don’t have to shout. This is a small matter. If it’s not right, then I withdraw.

It is not a small matter.

Hey, shut up! What do you think?

Ini kelakuan.

You people trying to portray a bad image on all of us.

Inilah... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya nak stop. Saya nak hentikan perbahasan ini. This is floor Yang Berhormat Pengerang sebenarnya. Yang Berhormat Pengerang, do you allow it Yang Berhormat Pengerang?

Tuan Yang di-Pertua...

Bagilah saya cakap. Just because you are protested by this Yang Berhormat Jelutong, you stop me. What is this?

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Ini Yang Berhormat Pengerang punya floor, please.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Silakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Peluang Yang Berhormat Pengerang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, ini, ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, silakan. Teruskan, teruskan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Please, kita nak dengar hujahan Yang Berhormat Pengerang.

Nah ini, Standing Order 36(6). Betul tak?

Tiga minit dah hilang. Tiga minit dah hilang.

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Akhir sekali...

He wants to fight, all the way wants to fight.

Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua...

Macam kita tak ada maruah diri, kah?

Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua...

Yang Berhormat Pengerang!

Sekejap.

Tuan Yang di-Pertua.

Macam kita tak ada maruah diri?

Takut dengan Yang Berhormat Pasir Salak, kah?

Yang Berhormat...

Come on man!

Are you afraid of Yang Berhormat Pasir Salak?

[Ketawa]

Tengok...

Send him out! Send him out!

He is playing that kind of tactic.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Ketawa]

Tunjuk kuasa, send him… [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini perbahasan daripada Yang Berhormat Pengerang. Sila... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Pengerang.

No, no. Tuan Yang di- Pertua, kelmarin Yang Berhormat Kota Belud dihantar keluar. Perangai macam ini tak hantar keluar. Kenapa, takut?

Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian...

Kenapa Tuan Yang di- Pertua, takut kah?

Why you cabar Tuan Yang di-Pertua? Why do you provoke Speaker? [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, sila... [Dewan riuh]

Kalau- Tuan Yang di-Pertua...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Ini isu gangguan seksual yang lebih pentinglah. Duduk!

Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, kalau siapa tak puas hati, dia boleh bawa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk...

I am using this…

Biar saya...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sekejap sahaja nak selesai. Okey, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Pengerang, silakan.

Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja fasal yang saya susah hati...

Saya- I am willing to give you a way. But then, I am not prepared to accept this kind of...

Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Sudahlah!

Tuan Yang di-Pertua...

Sudah what? Poodah! [Ketawa]

You punya kerja... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dah, dah. Cukup dah. Cukup, cukup. Sila, sila... [Ketawa]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Can you ask him to retract…

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

How can we use the word “poodah” and “shut up” in the Dewan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Yang Berhormat Batu Kawan, duduk.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Either you send him out or ask him to keep quiet, so Yang Berhormat Pengerang can continue. If not, wasting the Dewan’s time.

Tuan Yang di-Pertua, berani bertindaklah!

Tengok! Tengok!

Kelmarin Yang Berhormat Kota Belud dihantar keluar atas Usul...

Tengok, tengok.

Ini! Ini perangai dia, tak boleh hantar dia keluar.

Perangai apa? Perangai apa? [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta kedua-dua Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk. Okey, cukup. Duduklah duduk. Baik, terima kasih.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Sila.

Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dah, dah. Minta Ahli- ahli semua duduk, kecuali floor Yang Berhormat Pengerang.

Dah, habis dah? Okey, kejap, kejap. Lepas itu sambunglah masa pukul 1 petang ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dah, dah habis.

Yang Berhormat Menteri dan Timbalan ada...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak, duduk.

Yang Berhormat Menteri dan Timbalan ada, soalan saya satu sahaja Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya satu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Sekejap, sekejap. Tuan Yang di- Pertua, soalan saya satu sahaja kepada Yang Berhormat Menteri dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah fasal 24...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Fasal 24, okey.

Fasal 24 dengan fasal 25, saya nak timbulkan bantahan daripada segi undang-undang tentang wujudnya Ketua Setiausaha kementerian, maknanya, Datuk KSU daripada kementerian disebut sebagai “Pentadbir Antigangguan Seksual.”

Saya tak pernah tengok dalam mana-mana dunia adanya Administrator for sexual harassment. Jadi, saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri sudah bawa borang pink ini, saya rasa boleh tidak Jabatan Peguam Negara kaji semula- sebab fasal 24 dengan fasal 25 berkaitan fungsi dan kuasa Pentadbir. Maknanya Tribunal ada Presiden iaitu macam hakim- quasi hakim, saya faham. Fasal 26, Menteri mempunyai peraturan-peraturan kepada Tribunal. Saya faham, saya terima. Akan tetapi, fasal 24 dan 25 ini saya tak terima- sebab macam mana seorang individu yang dipanggil “Ketua Setiausaha Kementerian” dipanggil sebagai “Pentadbir kepada gangguan seksual.” Tak masuk akal. Kalaulah pada dia ini bukan gangguan seksual, maknanya ini bukan gangguan seksual. Akan tetapi, kalau dia kata ini gangguan seksual, ini gangguan seksual. Jadi isunya kenapa mesti Datuk KSUkah- KSU Kementerian menjadi moral policing kepada gangguan seksual dalam negara kita. Tak masuk akal Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri dengan jasa baik, kalau boleh tengok kepada Akta Kanak-kanak - The Child Act ya. The Child Act ini, dengan izin, mempunyai fasal- seksyen 3 iaitu Establishment of The National Council for Children. Di mana- a council to be known, dengan izin, by the name of National Council for Children, di established wakil-wakil dia daripada pelbagai kementerian- daripada IGP kementerian semua. Mereka duduk dalam Jawatankuasa dan menilai apa boleh atau tak boleh dinilai, dilihat dan dikaji. Jadi, berlaku agak adil sebab lebih daripada satu orang individu. Akan tetapi, kalau KSU Kementerian menjadi moral policing kepada Pentadbir antigangguan seksual- dia Tuan Yang di-Pertua boleh dicabar satu hari nanti di bawah undang-undang pentadbiran- administrative law. Ini kerana, dalam fasal undang-undang ini- tidak adanya ouster clause kepada keputusan Pentadbir. Maknanya, katakan contohnya dia kata- Datuk KSU Kementerian mengatakan perangai ini merupakan gangguan seksual, sebagai contoh ya Tuan Yang di-Pertua... [Membuat bunyian mulut] ... “Psst, psst, psst. Wiwit, wiwit”. Dia kata ini gangguan seksual. Orang ini dituduh. Mungkin dia wisel dekat orang lain tetapi dia dituduh, “Eh, ini dah

gangguan seksual ini.” Selepas itu dia masuk ke dalam Tribunal, pergi kes kemudian Pentadbir kata ini gangguan seksual, dia kena hukum. Okey, kita terima. Selepas itu, peguam dia pergi ke Mahkamah Sivil- mahkamah dia kata, “Judicial review- eh, tak bolehlah. Macam mana KSU boleh kata.... [Membuat bunyian mulut] Wiwit, wiwit, psst, psst, gangguan seksual?” Saya tak tahu. Jadi bagi saya lebih elok, lebih afdal, lebih adil kalau diwujudkan dan dirujuk kepada Jawatankuasa. Bukan satu orang. Kalau satu orang yang membuat penentuan Tuan Yang di-Pertua, kebahayaan akan berlaku, dengan izin, damages, aggravated damages sebab takkan individu itu boleh dinilai. Kalau individu itu tak faham gangguan seksual, benda itu- orang berjalanlah, dia lompat, dia ganggu, dia kacau, lebih daripada biasa. Pada dia, eh ini bukan gangguan seksual. Jadi bagi saya Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk betul-betul memahami tentang fasal 24 dan 25. Ini kerana, kita takut nanti- kalau saya baca fasal 25 “Fungsi dan Kuasa Pentadbir”, ini Datuk KSU Kementerian, “(a) untuk merumuskan dasar atau mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pencegahan kesedaran gangguan seksual; (b) untuk menggalakkan aktiviti berhubung dengan pencegahan kesedaran gangguan seksual; (c) untuk mentadbir perkara-perkara berhubungan pencegahan kesedaran gangguan seksual...” Itu saya faham. Yang (d) ini saya tak faham- “(d) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pembaikan dan pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini”. Jadi isu sekarang, sebelum saya duduk, kesimpulan saya dalam Akta Kanak- kanak adanya Jawatankuasa. Jadi kalaupun Menteri sudah bawa fasal 26 iaitu ada kuasa untuk Pentadbir, saya faham kuasa Menteri sebab selalunya Menteri lebih afdal dan dinasihati. Kalau individu iaitu KSU Kementerian membuat penentuan tentang definisi gangguan seksual, apa itu gangguan seksual, saya takut di bawah undang-undang pentadbiran- administrative law, beliau akan dicabar, dengan izin, atas isu illegality, irrationality, unreasonableness procedure impropriety of the rules of court.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Dengan itu Pengerang menyokong dengan syarat fasal 25 dan 24. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Pengerang, saya minta penjelasan Yang Berhormat Pengerang. Satu minit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta pencelahan ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat- cuma ringkaslah.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tak apa tadi saya bangun sebelum beliau tamatkan ucapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Cuma mengenai cadangan Yang Berhormat Pengerang mengenai- kalau kita wujudkan satu Jawatankuasa lebih selamat, mengikut fasal 25- setujukah Yang Berhormat Pengerang bahawa Jawatankuasa ataupun Tribunal perlu dianggotai oleh ahli-ahli pelbagai agama dan kaum, untuk kita refleks negara Malaysia? Ini kerana isu gangguan seksual ini isu subjektif. Jadi, kalau nanti ada ahli anggota yang mengatakan bahawa berpakaian seperti ini adalah seksi, kalau kita tak ada wakil agama dan bangsa lain, saya takutlah kecenderungan untuk definisi ini akan tidak seimbang. Jadi setujukah Yang Berhormat Pengerang untuk memastikan Jawatankuasa ini dia refleks negara Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Segambut, itu sebabnya bagi saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu minit sahaja.

...Apa yang disebut bawah fasal 26 iaitu kuasa untuk membuat peraturan oleh Yang Berhormat Menteri. Bagi saya kuasa Menteri dalam Tribunal ini boleh diluaskan kepada kuasa Menteri atas Pentadbir. Jadi maknanya bagi saya, Menteri adalah accountable, sebagai contoh dalam Parlimen- untuk menjawab. Masalah kita ialah apabila KSU yang pegawai kerajaan tidak accountable di dalam Dewan, maka siapa yang kita hendak tanya soalan? Jadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Segambut itu betul, iaitu kita boleh luaskan kuasa Menteri dalam fasal 24 dan fasal 25, sama ada pindaan boleh dimasukkan. Kalau tidak saya tengok, fasal 24 dan fasal 25 akan mewujudkan bukan sahaja keganasan gangguan seksual tetapi keganasan mental oleh mana-mana pihak, agak tidak adil dan tidak mempunyai kewarasan dengan izin. Terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, tidak ada di dalam Dewan. Seterusnya, Yang Berhormat Beaufort tidak ada. Saya, saya...

On the standing order ini macam mana Tuan Yang di-Pertua, tak boleh pakai, tak boleh pakai? Tak boleh pakai saya keluar. Saya campak sahaja buku ini... [Menunjukkan Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Hah, I want to ask you, boleh pakai kah atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebutkan standing order mana tadi?

Tadi saya sebutkan P.M. 36(6).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, ya.

P.M. 36(6), boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan.

Saya hendak membangkitkan semalam bahawa Ahli Parlimen telah menyebut “Pasir Salak” lah, “Kinabatangan” lah, “Baling” lah dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan nama, maruah, imej tiga orang Wakil Rakyat ini. Kononnya tidak hormati wanita, tak hormat kepada wanita, tidak menjaga maruah wanita. Saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, mereka tak kenal siapa ini tiga orang. Kita- bagaimana kita menjaga maruah wanita. Bagaimana kita menolong wanita. You don’t know how we treat our wanita. You don’t laugh, you can ask- tanya wanita UMNO, macam mana- yang kita masalah ini beberapa orang wanita DAP, perangai tak senonoh, mulut cabul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta kenyataan itu ditarik balik- perangai wanita DAP tidak senonoh.

Semalam berlaku. It happened, semalam berlaku.

Itu sesuatu yang tidak sepatutnya dinyatakan.

Itu you punya interpretasi. You ada hak boleh cakap apa sahaja.

Baru tadi dinyatakan, “perangai wanita DAP tidak senonoh”. Saya minta beliau tarik balik.

Saya ada hak untuk bercakap Tuan Yang di-Pertua. I had my own right to speak. Kenapa dia yang hendak bantah? Kenapa you hendak bantah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak ringkaskan apa yang you hendak rujuk.

Tuan Yang di-Pertua tolonglah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yes, saya minta ringkaskan, teruskan sebab ini ada...

You apabila dia orang bercakap- saya tak naklah gaya Yang Berhormat Jelutong tuduh Tuan Yang di-Pertua takut, Tuan Yang di-Pertua tak reti guna kuasa. I don’t do that.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, teruskan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 36(4).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Apa P.M. 36(4), saya belum habis lagi.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, P.M. 36(4).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta dirumuskan dulu P.M. 36(6) dulu.

P.M. 36(6) jelas you hendak baca, I boleh baca di sini. Apa motif disebut nama tiga orang Ahli Parlimen semalam yang menuduh kata, tidak hormat wanita, tidak menjaga maruah wanita? What is the purpose, you nak spoiled kita punya imej? Eh, we have been winning, we have won election you know all the time-lah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

...And most of the wanita support us-lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih.

No, no saya hendak clear-kan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Jangan senang- senang tuduh kita tidak hormat wanita. Kita yang banyak- bukan sahaja hormat, kita menolong, membantu, bukan cakap mulut sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Point taken. Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua P.M. 36(6).

Ini ajar sikit ini!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, ya faham-faham.

Ajar sikit!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, baik.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Saya gunakan peraturan.

Not enoughlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya serahkan ini kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Saya ingat kita selesaikan. Saya hendak teruskan kepada perbahasan kita. Terima kasih.

Buat ruling. Kelmarin saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(4) juga. Kenyataan-kenyataan kurang sopan. Kelmarin Timbalan Yang di-Pertua telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Yang Berhormat Kota Belud kerana membangkitkan Usul yang berkenaan dengan kedaulatan negara. Hari ini saya tanya dengan Tuan Yang di- Pertua- kita kebetulan membahaskan Akta Gangguan Seksual memartabatkan wanita, melindungi wanita. Baharu tadi Yang Berhormat Pasir Salak telah mengeluarkan kenyataan mengatakan perangai wanita DAP tidak senonoh...

Memang betul pun, memang tidak senonoh.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Beliau ulangi kenyataan itu.

Ya tidak? Bukan all. Not all of you, some of you. Adakah Tuan Yang di-Pertua akan membenarkan perkara ini diulangi?

Not all, but some of you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Saya belum habis, saya belum habis.

Some of you, mulut jahat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Some of you. I don’t want to name it...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta kedua- dua Yang Berhormat Jelutong...

Kaki cucuk, kaki menghasut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Kalau ini perkara yang sama, saya minta duduk.

...Mencabar, cabar Speaker, cabar...

Are you not brave enough to send him out? That’s my question.

...Cabar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, cabar semua orang.

Are you not brave enough to send him out?

Tengok, he is trying to provoke you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Cukup Yang Berhormat Pasir Salak, cukup.

Alamak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam, isu yang sama juga.

We fight through electionlah, we see who wins.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya rasa satu tindakan yang tegas patut diambil terutamanya apabila kita tengah berbahas isu gangguan seksual.

Tunggu election. We fight in the election. Siapakah yang dapat support you?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya rasa kalau tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan yang bukan sahaja tidak sopan, malah seksis itu...

Tindakan apa? It is true. Seksis apa- what do you mean by sexist?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tidak ada maknanya kita bincangkan bahas tentang gangguan seksual.

You interpret. You kata tidak hormat wanita. There are many of you tidak hormat outside there, you know?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Apa yang beliau katakan...

All of you.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

...Beliau hormat wanita tetapi tidak hormat wanita DAP- kerana tidak senonoh. Adakah ini menjadikan wanita mangsa...

Apa mangsa, mangsa apa?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

...Menyalahkan mangsa.

Menyalahkan mangsa apa?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Perkara yang kita hendak- bukan elakkan tetapi kita hendak banteras. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak hendak berlaku pertengkaran seperti ini. Saya buat ruling. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Saya ingin teruskan. Yang Berhormat Kulai, sila duduk. Saya ingin meneruskan perbahasan ini mengenai RUU kita. Saya dengan ini ingin menjemput Yang Berhormat Kota Samarahan.

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan- wanita DAP tidak senonoh kelakuan mereka telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, apakah tindakan yang akan diambil?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, kena buat ruling. Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh benarkan perangai Yang Berhormat Pasir Salak berterusan.

Adakah Tuan Yang di- Pertua tidak berani melindungi wanita dalam Dewan ini?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, keputusan mesti dibuat.

Are you not brave enough to protect the women here?

He is trying to challenge you.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Macam mana kerajaan boleh tarik watikah pelantikan, macam itulah cara dia.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak, saya bagi amaran yang pertama. Minta duduk dengan senyap.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi amaran kepada semua yang mengganggu urusan. Saya minta semua duduk.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, mohon Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik, dan mohon maaf. Itu yang kami minta. Tarik balik dan mohon maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

Tuan Yang di-Pertua, minta beliau tarik baliklah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kita tidak boleh benarkan Yang Berhormat Pasir Salak berperangai macam ini.

Perangai DAP tidak senonoh.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Berhormat Pasir Salak hari ini...

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Pasir Salak mohon maaf dan tarik balik. This is unparliamentary.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, perangai...

Perangai racist. DAP racist..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah bagi warning kali pertama, jangan bercakap. Pasir Salak sila keluar Yang Berhormat .

[Bangun] [Berjalan keluar Dewan]

Who’s racist?

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Itulah kenapa dia hilang jawatan Duta. Indonesia pun tidak mahu you lah.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, perangai senonoh tidak senonoh tidak berkaitan dengan gender. Kenapakah Yang Berhormat Pasir Salak masih tidak faham kesalahan sendiri?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, kena ambil tindakan.

[Berjalan menuju semula ke tempat duduk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

Ask them to sit down.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

I am asking you all to sit down.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, kita hanya menuntut supaya berlandaskan semangat Rang Undang-undang Antigangguan Seksual, kita suruh dia tarik balik dan minta maaf. Itu sahaja.

Betul Tuan Yang di- Pertua. Kami merayu. Tolonglah ambil tindakan. Kami merayu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah buat ruling. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Jangan diganggu sidang yang ada pada waktu ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Faham tetapi Tuan Yang di-Pertua belum buat ruling terhadap Peraturan Mesyuarat 36(4).

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, apakah ruling Tuan Yang di-Pertua terhadap beliau?

Tuan Yang di-Pertua...

[Bangun] [Berjalan keluar Dewan]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tengok dia lari. Berani cakap, berani buat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Kota Samarahan, teruskan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, tindakan wajib diambil. Kita tidak boleh benarkan dia macam ini.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Akan tercatat dalam Hansard bahawa dalam kita bincang bahaskan tentang Undang-undang Antigangguan Seksual, seorang Ahli Parlimen telah mengeluarkan satu perkataan, kenyataan yang tidak senonoh, biadab, tidak sopan, dan seksis terhadap ahli Parlimen wanita. Bagaimana kita...

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya telah bagi amaran tadi.

Tuan Yang di-Pertua, tolong ambil tindakan. Minta beliau minta maaf. Kalau tidak perkara ini akan berulang

di masa hadapan Tuan Yang di-Pertua beliau ulangi kenyataan. Tidak akan Tuan Yang di-Pertua hendak benarkan beliau keluar begitu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Yang Berhormat Pasir Salak, saya bagi amaran untuk...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu Rang Undang-undang Antigangguan Seksual...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Bayangkan dalam Hansard ada Ahli Parlimen lelaki yang menuduh Ahli Parlimen wanita tidak senonoh. Betapa buruk dalam sejarah Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak sudah berjalan keluar. Baik Yang Berhormat Pasir Salak.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, dalam peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya minta semua Ahli Parlimen untuk duduk. My ruling untuk duduk. Saya telah memberi amaran kepada Yang Berhormat Pasir Salak untuk tidak mengulanginya, dan saya minta Yang Berhormat Kota Samarahan teruskan untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua....

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya sama-sama turut serta dalam membahaskan Rang Undang- undang Antigangguan Seksual 2021.

[Dewan riuh]

Mencarut.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Saya bangun menyokong Rang Undang-undang Antigangguan Seksual memandangkan usaha ini telah bermula sejak sekian lama...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Salak mencarut dalam Dewan tadi tanpa membuka mike kepada Ahli Parlimen yang lain. He just cursed in this House under your watch Tuan Yang di-Pertua. Maafkan saya Yang Berhormat Kota Samarahan. Maafkan saya.

[Dewan riuh]

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

...Dari tahun 2011 dalam pelbagai peringkat khususnya yang menunjukkan keseriusan kerajaan dalam iktiraf gangguan seksual sebagai satu kesalahan yang tidak boleh dipandang ringan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil petikan daripada perbicaraan kes Mohd Ridzwan versus Asmah pada tahun 2014, iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan... [Rakaman kurang jelas] Menyampaikan...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Berucap serentak ketika YB Kota Samarahan berucap] Tuan Yang di-Pertua, you allow this to happen. He used a bad word in the House, he insulted women MPs under your watch. You allowed this to happen? Kita ada Peraturan Mesyuarat 36(4) untuk melindungi Ahli Parlimen Wanita daripada kenyataan seksis. You let Yang Berhormat Pasir Salak walk away after using a sexist statement in the House again and again. He used a bad word in the House again and again. You allowed this to happen. It is under your watch. You have to apologize to us Tuan Yang di-Pertua. You have to take responsibility on this.

Yang Berhormat Kota Samarahan, maaf.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

[Tidak jelas]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

You didn’t ask him to apologize, you didn’t ask him to retract, and he is just walking out.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Gangguan seksual ialah salah satu kesalahan serius dan dalam keadaan apa sekali pun..

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Berucap serentak ketika YB Kota Samarahan berucap] If anyone from our side has said it, you would have taken – you would have sent us out. Jika ada Ahli Parlimen sebelah sini mengeluarkan kata- kata macam itu, Tuan Yang di-Pertua sudah lama halau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Yang Berhormat Batu Kawan, saya sudah bagi amaran kepada Yang Berhormat dan dia keluar.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, ini terbukti ucapan saya semalam adalah betul.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, beberapa kali beri amaran, dia datang balik.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Apabila Tuan Yang di-Pertua boleh mempertahankan maruah dan dignity Ahli Parlimen wanita, ini yang akan berlaku sekali lagi dan berulang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Oleh sebab itu saya sebut...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Oleh sebab itu kita perlu tindakan yang lebih tegas daripada Tuan Yang di-Pertua.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Masa saya berjalan ini.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua ada kuasa. Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta semua Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Saya minta teruskan Yang Berhormat Samarahan.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua kena siasat apa yang dia cakap tadi. Tuan Yang di-Pertua kena siasat apa yang dia cakap tadi.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, sudah terlepas satu minit ini. Gangguan seksual adalah salah laku yang sangat serius dan dalam keadaan apa sekalipun...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan, adakah Yang Berhormat Kota Samarahan...

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

...Ia tidak boleh ditolak ansur ialah..

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kota Samarahan...

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

...Dihukum dan akan terus mengancam kerana memalu dan menyebabkan trauma kepada mangsa sekali gus menyebabkan sekurang-kurangnya persekitaran kerja yang tidak lagi sihat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan, saya hendak minta laluan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Peraturan mesyuarat.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Berdasarkan hujahan yang...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Kota Samarahan, maaf ya.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

...Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Selepas habis ini, lepas habis ini. Bagi habiskan dahulu.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

...Jelas menunjukkan perbuatan gangguan seksual tidak akan berhenti setakat itu sahaja tetapi ia boleh menjadi suatu kesalahan yang berterusan sehingga boleh membawa kepada satu tindakan yang melampau, termasuk jenayah cabul dan rogol kepada mangsa.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kota Samarahan, minta laluan.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan, minta laluan.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kerajaan juga belum mempunyai satu undang-undang khusus bagi mengendalikan isu gangguan seksual.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, boleh mohon Yang Berhormat Kota Samarahan berhenti sekejap. Kami hendak bangkitkan peraturan mesyuarat- point of order.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Bahkan, dalam sesetengah keadaan, gangguan seksual itu sangat sukar untuk ditafsirkan sebagai sebuah kesalahan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Can you ask Yang Berhormat Kota Samarahan to stop for a while please? Kami hendak bangkitkan peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta habiskan.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Berdasarkan hal itu, ramai ahli perundangan yang berpendapat, peruntukan perundangan yang sedia ada sangat tidak mencukupi dan tidak membawa apa-apa kesan yang lebih baik kepada mangsa.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Di satu sudut, kita perlu faham bahawa kesalahan yang berkait kesalahan seksual sangat berbeza dengan jenayah dan kesalahan lain. Masalah jenayah komersial, jenayah kekerasan dan seumpamanya. Oleh sebab, apabila berlaku tuntutan keadilan, ia hanya melibatkan kesan seterusnya kepada mereka yang dituduh dan dihukum. Berbeza dengan kesalahan melibatkan gangguan seksual, kesan selepas hukuman bukan sahaja dirasai oleh

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

pemangsa atau pelaku tetapi turut menjejaskan mangsa ataupun individu yang mengalami gangguan seksual sama ada dari sudut maruah, reputasi dan juga sebagainya...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kota Samarahan, adakah Yang Berhormat setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi?

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

...Mangsa mungkin sudah hilang punca pendapatan berikutan trauma untuk bekerja, dipandang serong oleh rakan sekerja dan menjadi bahan bualan di tempat kerja sehingga terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan di tempat baharu...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Berucap serentak ketika YB Kota Samarahan berucap] Shame all of you all. You support him. Shame on you all. Call yourself Ministers and Deputy Ministers. Shame on you all.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Justeru itu, Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 ini mustahak dalam menyediakan keadilan kepada mangsa gangguan seksual untuk mendapatkan pampasan, ganti rugi dan tebus rugi atas kemusnahan yang berlaku akibat gangguan seksual berkenaan. Dalam soal ini, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian mengenai mekanisme pemberian award kepada mangsa setelah Tribunal yang ditubuhkan nanti membuat keputusan, dan jumlah minimum award berkenaan kerana perkara ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam penyata rang undang-undang ini. Perkara ini penting untuk diperjelaskan kerana individu-individu yang melakukan gangguan seksual ini perlu diberikan amaran bahawa hukuman yang diberikan tidak terlalu ringan dan perlu berfikir panjang sebelum meneruskan niat keji masing-masing.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Contoh terbaik di dalam Dewan. Hukuman yang terlalu ringan.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

[Bangun]

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan tadi, kerajaan masih belum mempunyai satu peruntukan perundangan khusus untuk menangani isu gangguan seksual kerana kebanyakan daripada peruntukan perundangan berkenaan bersifat umum. Misalannya, peruntukan dalam Kanun Keseksaan, lebih spesifiknya seperti seksyen 293 berkaitan jualan bahan lucah kepada orang muda, seksyen 294 berkaitan dengan nyanyian lucah, seksyen 377D melanggar kesopanan dan seksyen 509- kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang. Standard pembuktian untuk kesalahan yang dinyatakan adalah sangat sukar dan tahap pembuktian yang paling tinggi iaitu harus melampaui keraguan yang munasabah...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta pencelahan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Samarahan, boleh berhenti sekejap tak?

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Hal ini, pihak pendakwaan akan mengalami kesukaran dalam pembuktian niat jahat dan pelaku-pelaku dalam kes gangguan seksual kerana gangguan sebagai gurauan dan tidak serius.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

[Berucap serentak ketika YB Kota Samarahan berucap] Tuan Yang di-Pertua, tidak ada makna saya rasa kalau kita bincang pasal isu bahasa lucah dekat luar, bahasa tidak senonoh dekat luar kalau dalam Parlimen sendiri kita tidak ada decorum. Saya sendiri dengar dari sini Yang Berhormat Pasir Salak guna perkataan ‘P’, tak senonoh tetapi tidak ada tindakan apa-apa. Tuan Yang di-Pertua biarkan sahaja.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun lalu, menunjukkan lebih separuh daripada kes-kes yang dilaporkan tidak membawa apa-apa perubahan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Bukan kali pertama Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Samarahan, rumuskan Yang Berhormat.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Ya saya, saya...

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Dengan 42.4 peratus kes-kes tersebut tiada tindakan lanjut, 22.4 peratus daripada kes berkenaan hanya disiasat tetapi tiada tindakan dikenakan kepada pelaku.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Kota Samarahan, tidak perlu baca perbahasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Samarahan, masa sudah tamat.

Datuk Hajah Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Perkara sebegini merencatkan usaha kita untuk menangani isu gangguan seksual kerana kelemahan dalam sistem perundangan sedia ada dan tidak dapat menawarkan keadilan sepenuhnya kepada mangsa gangguan seksual berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, atas kepentingan ini Kota Samarahan menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Point of order.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebelum saya handle, saya hendak menyebutkan siapa senarai pembahas selepas ini. Saya bacakan dahulu. Yang Berhormat Lanang, kemudian Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Hulu Selangor. Baik, ya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Peraturan mesyuarat.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Isu yang saya bangkitkan, Tuan Yang di- Pertua.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tadi saya telah bangkitkan bahawa perbahasan sekarang ini mengenai bahasa kurang senonoh, bahasa lucah semua tetapi tadi sebagai saksi, saya duduk di sini, saya boleh dengar Yang Berhormat Pasir Salak guna perkataan ‘P’. Saya sendiri malu untuk ulang perkataan tersebut tetapi tak ada tindakan dalam Dewan Rakyat ini. So, kalau kita tidak boleh menjunjung semangat itu bahawa kita merupakan Wakil Rakyat, dan kita nak pastikan tidak ada gangguan seksual, tidak ada bahasa lucah, bahasa tak senonoh diulangi di luar, kenapakah kita tidak boleh pastikan peraturan itu kita hormat di dalam Dewan Rakyat ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, terima kasih Yang Berhormat Segambut.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

...Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak ambil tindakan, biarkan sahaja seperti itu, tak ada makna kita buat perbahasan di sini. Saya lihat memang double standard, Tuan Yang di-Pertua. Kalau macam Yang Berhormat Kota Belud, beliau bangkitkan isu Sulu, Tuan Yang di-Pertua marah. Cepat hantar dia keluar dua hari tetapi Yang Berhormat Pasir Salak kalau lelaki, kalau UMNO, Tuan Yang di-Pertua takut... [Tepuk] Kenapa ada double standard? Kenapakah kalau Wakil Rakyat wanita macam boleh dibuli? Perintah yang sangat tegas terhadap mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Segambut. Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Jangan samakan dengan kes yang semalam, hari pertama... [Disampuk] Boleh saya bercakap? Apabila saya bercakap, tolong dengar. Saya telah buat ruling. Punca kepada untuk pagi ini adalah daripada Yang Berhormat Pasir Salak, dan saya telah bagi petua saya. Saya telah buat ruling tadi untuk bagi warning kali yang pertama. Saya telah beri amaran kepada beliau. Okey, jadi ruling yang saya buat pada hari yang pertama itu adalah kerana saya mendukung keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua. Itu dua perkara yang berbeza. Minta maaf Yang Berhormat Segambut. Jadi, saya tidak mahu hendak mengulas kembali tentang petua saya. Saya ingin nak meneruskan waktu sekarang ini kita- perbahasan dalam rang undang-undang ini. Itu saya punya keputusan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Peraturan mesyuarat.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya berikan sedikit rujukan, teguran daripada peraturan mesyuarat?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Apabila point of order atau peraturan mesyuarat itu dibangkitkan, Tuan Yang di-Pertua tidak ada pilihan untuk mendengar apa masalah yang dibangkitkan dalam peraturan mana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Apabila dilontarkan, Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan sepertimana yang dijerit sebentar tadi. Tuan Yang di- Pertua kena kata bahawa kena disiasat atau pun ambil tindakan kemudian atau laporan yang diberikan. Begitulah dipanggil keadilan di tempatnya. Saya mohon Tuan Yang di- Pertua supaya melihat peraturan mesyuarat itu melebihi daripada apa yang ada dalam emosi, pada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

Apabila Yang Berhormat mintakan penjelasan, mesti diberikan alasan mengikut peraturan. Itu wajib dalam point of order. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Peraturan mesyuarat... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya telah respons kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam, Peraturan Mesyuarat 36(6) yang...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan Mesyuarat 36(4), Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Peraturan Mesyuarat 34(4), pada peringkat awalnya dan saya telah buat ruling. Sekiranya tidak berpuas hati dengan ruling saya, boleh buat Usul kepada saya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, beliau merupakan Ahli Parlimen yang senior. Takkan hanya beri amaran sahaja? Ini bukan kali pertama dan perkara yang dibincangkan hari ini berkaitan dengan semangat perkara yang

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

dibahaskan. Kalau kita tidak ambil tindakan, maka tidak ada makna kita membahaskan perkara ini sebab di luar sana nanti apabila undang-undang ini telah diluluskan, tidak ada orang akan hormat undang-undang ini sedangkan berlaku di tengah-tengah perbahasan undang-undang. Berlaku keadaan di mana seorang Ahli Parlimen lelaki mengeluarkan kenyataan yang tidak senonoh terhadap Ahli Parlimen wanita.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kita perlu ambil tindakan dan tindakan yang kita minta ialah supaya beliau tarik balik dan minta maaf. Itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada peraturan mesyuarat yang sama...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya telah buat keputusan. Saya minta supaya kalau tidak puas hati, minta tulis Usul kepada saya dan saya akan siasat.

Kita akan buat tetapi...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Saya hendak bangkitkan peraturan mesyuarat yang sama 36(4)- menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat pernyataan yang sexist.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tadi Tuan Yang di-Pertua memberikan amaran kepada Yang Berhormat Pasir Salak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Betul, betul.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Walaupun telah memberi amaran, Yang Berhormat Pasir Salak masih lagi menggunakan perkataan yang lucah dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Jadi, amaran yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua itu tidak berbaloi, tidak berhasil, tidak berguna langsung kepada Ahli- ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Pasir Salak. Now tell me Tuan Yang di-Pertua, let’s clear the air here, you give a warning to this MP. He didn’t heed it. So, all we ask, seperti Yang Berhormat Bukit Mertajam katakan, adalah untuk beliau mohon maaf, tarik balik apa yang telah di katakan. You allowed him to continue monopolize the House, to control the House, he went on and on, wasting the time of the House and you did not act on it, Tuan Yang di-Pertua. Tidak guna kita ada Peraturan Mesyuarat 36(4) ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Kalau ia tidak boleh junjung dalam Dewan yang mulia ini. Ahli-ahli Parlimen seperti Pasir Salak dan sekutu dengan dia sering kali, dengan izin, always let off the hook and we must suffer here in this House. It is not about immunity Tuan Yang di-Pertua, it’s about the decorum and language. The warning didn’t work.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, last. I’ll just make it very short. Tolong jangan samakan apa Tuan Yang di-Pertua buat kelmarin dan hari ini. Kelmarin Yang Berhormat Kota Belud berhak untuk membangkitkan sesuatu perkara yang memang penting, melibatkan kedaulatan negara, tetapi Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan, masih terus untuk menggantungkan beliau.

Pada hari ini Yang Berhormat Pasir Salak bangun, mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan, dan sexists tanpa diundangkan. Beliau yang sebenarnya melakukan provokasi, beberapa kali diulangi, jadi jangan sama kan. Namun demikian saya minta maaflah, Tuan Yang di-Pertua tidak berani untuk hantar dia keluar. Persoalannya- kenapa? Macam mana kita ingin pertahankan, martabatkan wanita kalau di Dewan ini Tuan Yang di-Pertua boleh benarkan perkara itu berlaku di depan mata dan takut ambil tindakan. Adakah sebab Yang Berhormat Pasir Salak ini adalah daripada UMNO? Saya minta penjelasan, dan Yang Berhormat Kota Belud daripada Parti Warisan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Yang Berhormat Kota Belud merupakan seorang wanita. Saya minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua!

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu, satu. Saya minta Yang Berhormat Kluang...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa di sini ada dua isu. Pada awalnya Yang Berhormat Bukit Mertajam sudah bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 36(4) untuk tuduhan dia...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak! Peraturan Mesyuarat 36(6).

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Iaitu amaran sudah diberikan. Akan tetapi, selepas itu, selepas dia off-kan microphone, Yang Berhormat Pasir Salak off-kan microphone, dia menggunakan bahasa amat kasar. Jerit pada kami di sini dan bukan sahaja saya yang dengar, beberapa orang di sini sampai sana, semua dengar apa yang Yang Berhormat Pasir Salak gunakan. Saya rasa ini amat tidak boleh berlaku dalam Parlimen ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Kalau tindakan tidak diambil, merupakan satu sejarah hitam dalam Parlimen kita. Ini kerana ramai kita di sini dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kluang.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap, sekejap. Satu, satu. Baik, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Kalau Ahli Yang Berhormat Kluang- saya telah buat ruling tadi, kalau tidak puas hati dengan ruling saya, boleh buat secara bertulis, Usul, dan tadi semasa microphone off, saya sedang memberi perhatian kepada memberikan floor kepada Yang Berhormat Kota Samarahan. Jika tidak pusa hati dengan keputusan saya, boleh buat Usul. Baik, saya tidak mahu membuang masa, saya ingin teruskan dengan menjemput- minta maaf Yang Berhormat Sungai Buloh, minta maaf. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Jerlun, sila Yang Berhormat Jerlun.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, maksudnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Adakah ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf. Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Kluang, sila duduk Yang Berhormat Kluang. Sila Yang Berhormat Lanang.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Lanang untuk membahaskan Rang Undang- undang Antigangguan Seksual 2021. Rang undang-undang ini telah lama ditunggu- tunggu oleh semua lapisan masyarakat dan akhirnya telah dibentangkan dan di bahas di Dewan Rakyat sejak semalam. Saya sememangnya sokong rang undang-undang ini tetapi saya rasa rang undang-undang ini boleh diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, kes-kes gangguan seksual perlulah dipandang dengan serius terutama gangguan seksual kanak-kanak. Apabila kita menggubal dan meluluskan satu rang undang-undang baharu, saya rasa pendidikan dan program kesedaran perlu diadakan dengan meluas. Kesedaran bagi kanak-kanak perlu dimulakan daripada peringkat tadika dan sekolah untuk memperkenalkan mereka apakah itu gangguan seksual dengan memberi contoh-contoh yang mungkin berlaku kepada mereka. Ini kerana, mereka mungkin tidak tahu gangguan seksual itu merupakan sesuatu yang salah. Selain itu, kesedaran perlu diadakan di semua lapisan terutama di tempat kerja dan kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman. Banyak kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana rasa takut untuk tampil ke hadapan dan gentar apabila mereka melihat tiada perlindungan jika mereka mendedahkan kes tersebut. Saya juga rasa kesedaran perlu diadakan di Parlimen, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hormat kepada wanita dengan mengeluarkan perkataan, “Perangai wanita DAP tidak senonoh”. Sebenarnya saya rasa ini telah menyinggung perasaan saya sebagai Ahli Parlimen wanita DAP. Jadi, saya rasa kita perlu mengambil tindakan kepada Yang Berhormat yang mengeluarkan perkataan tersebut...

...Saya harap, satu saluran atau cara atau kaedah untuk melaporkan kes gangguan seksual harus dihebahkan kepada semua lapisan masyarakat terutama di kawasan pedalaman. Perlindungan yang sewajarnya perlu ditawarkan supaya mangsa tidak berasa risau atau malu untuk melaporkan kes mereka terutama apabila pengganggu seksual merupakan saudara terdekat mereka termasuk ibu bapa mereka sendiri. Kaunseling juga perlu ditawarkan kepada mangsa supaya mereka tidak mengalami gangguan emosi atau mental stress. Selain itu, saya rasa di negara kita memang ada banyak rang undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan atau penguatkuasaan yang menjadi masalah. Saya harap kerajaan bukan sahaja mementingkan penggubalan rang undang-undang ini tetapi lebih usaha ke atas penguatkuasaannya. Kalau tiada penguatkuasaan yang baik, rang undang- undang ini hanya menjadi hiasan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru supaya kerajaan dapat mengambil langkah proaktif terhadap kes-kes gangguan seksual. Saya banyak menerima aduan bahawa tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa sama ada pihak polis atau SKMM apabila kes-kes gangguan seksual dilaporkan kepada mereka. Saya difahamkan bahawa rang undang-undang ini juga melibatkan gangguan seksual dalam talian. Jadi, apa gunanya kalau pihak berkuasa tidak berupaya menyemak atau trace dari mana penyebaran gambar-gambar lucah atau rakaman video seksual ke media sosial. Oleh itu saya berharap usaha rentas kementerian boleh dipertingkatkan lagi supaya mangsa lebih yakin dan berani untuk melaporkan kes mereka. Satu lagi soalan yang ingin saya tujukan kepada kerajaan adalah sama ada rang undang-undang ini juga merangkumi pihak ketiga yang menyebarkan gambar-gambar lucah atau video seksual kepada orang lain diambil tindakan atau dikenakan hukuman.

Banyak kali, apabila seseorang menerima WhatsApp gambar-gambar atau video-video berbentuk seksual atau lucah, adakah mereka juga dianggap pelaku seksual kerana menyebarkan gambar dan video tersebut kepada orang lain? Saya juga ingin tahu, sama ada pihak ketiga boleh membuat laporan ke tribunal bagi pihak mangsa yang OKU fizikal atau mental atau yang mengalami tekanan mental. Apakah langkah seterusnya jika keputusan tribunal tidak diterima oleh pihak mangsa? Adakah mangsa boleh membuat laporan baharu kepada PDRM supaya pelaku boleh dihadapkan ke mahkamah dan apakah saluran yang boleh digunakan oleh pihak mangsa atau pihak ketiga untuk mendapatkan keadilan? Walaupun rang undang-undang ini memang diperlukan, saya juga ingin tahu sama ada kerajaan telah mengkaji langkah-langkah untuk mengelakkan laporan palsu yang mungkin akan berlaku apabila ada pihak mungkin ingin membalas dendam atau menganiaya sesuatu pihak. Adakah pengadu yang membuat laporan palsu diambil tindakan yang sewajarnya? Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ramai di sini yang ingin tahu sama ada rang undang-undang ini boleh digunakan ke atas Ahli-ahli Parlimen yang mengeluarkan kata- kata berbau sexist. Sama ada mereka masih menikmati imuniti jika kata-kata itu dikeluarkan di Dewan ini? Kita sebagai Ahli Parlimen yang menggubal dan meluluskan rang undang-undang ini perlu menunjukkan teladan yang baik untuk masyarakat. Jadi, saya rasa perkataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi perlu ditarik balik dan minta maaf kepada kita. Terutamanya wanita DAP. Jadi, itu...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta laluan, satu minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah habis. Bukan seminit, memang masa sudah habis. Rumuskan.

Okey, itu sahaja daripada saya...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Satu sahaja...

Saya menyokong rang undang-undang ini dan berharap ia dapat menangani masalah kes gangguan seksual di negara kita termasuk di Parlimen. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya hendak tanya Yang Berhormat Lanang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sama ada kita boleh tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada Menteri sendiri setuju kah dengan kenyataan dan tingkah laku yang dilakukan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi? Kita hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lanang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Kita berhenti rehat dan disambung semula pada pukul 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Jerlun.

Tuan Yang di-Pertua yang saya sangat hormati. Saya minta maaf tetapi saya bangun untuk membangkitkan peraturan mesyuarat sebelum kita mendengar ucapan Yang Berhormat Jerlun. Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya percaya Tuan Yang di-Pertua memang mahir dan sedia maklum tentang peruntukan tersebut. Saya ingin sekali lagi membawa kepada perhatian Tuan Yang di-Pertua. Apa yang telah berlaku di Dewan pagi tadi di hadapan Tuan Yang di-Pertua. Saya bersyukur kerana Tuan Yang di-Pertua telah kembali untuk mempengerusikan Mesyuarat sekarang. Saya dengan segala hormatnya berpendirian bahawa tindakan Yang Berhormat Pasir Salak tadi yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan dan seksis terhadap wanita DAP dan juga mencarut walaupun mike tidak terbuka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, mike off tadi.

Tidak boleh dibenarkan berlaku begitu sahaja dan Tuan Yang di-Pertua hanya sekadar memberikan beliau warning untuk duduk. Kalau perkara itu dibiarkan untuk berlaku ketika waktu makan tengah hari tadi, berita ini telah tular dalam portal-portal berita. Sungguh memalukan. Saya menggunakan kesempatan ini sebagai Ahli Dewan Rakyat untuk dengan segala hormatnya, dengan rendah diri merayu kepada Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini cara kita mengadakan persidangan menghormati wanita? Keluarga Malaysia dikatakan, diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi, di Dewan kita sendiri, bila berlaku sesuatu perkara yang mengaibkan wanita, Tuan Yang di-Pertua tidak mengambil sebarang tindakan. So, saya di sini, saya minta maaf. Sekali lagi saya merayu supaya Tuan Yang di-Pertua mengeluarkan petua minta Yang Berhormat Pasir Salak kembali ke Dewan untuk meminta maaf kepada Wakil-wakil Rakyat DAP kerana mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak berkelakuan senonoh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Saya minta beliau menarik balik kenyataan itu. Kalau tidak, saya minta beliau dikenakan hukuman digantung daripada menghadiri persidangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, saya tidak kedengaran kerana mike, dengan izin, was off at that particular time. Akan tetapi, saya telah memberikan petua tadi; pertama, saya telah memberi amaran kepada Yang Berhormat Pasir Salak; dan kedua, saya mohon kalau tidak puas hati untuk menulis Usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Saya minta tulis Usul dan mungkin kita boleh buat rujukan untuk buat penyelidikan tentang- mungkin ada verbatim kita boleh rujuk, dan kita boleh ambil tindakan selanjutnya selepas daripada itu. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya tidak mahu membuang masa.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih. Akan tetapi ada dua kenyataan yang dikeluarkan. Beri saya peluang untuk respons. Satu kenyataan dikeluarkan berulang kali ketika mike dibuka. Apabila beliau menuduh mengatakan bahawa wanita DAP- kelakuan tidak senonoh. Perkataan itu dikeluarkan ketika mike buka, dan ada di Hansard. Kedua, beliau mencarut dan memanggil kita rasis. Walaupun mike tidak terbuka tetapi ia dalam kedengaran oleh beberapa orang Wakil Rakyat. In fact, Yang Berhormat Segambut yang duduk di sana pun telah dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Jadi, perkara ini jangan minta kita usulkan apa-apa. Kalau kelmarin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Kota Belud atas isu beliau membangkitkan Usul, kenapakah tidak perkara ini diambil tindakan? Arahkan supaya Yang Berhormat Pasir Salak kembali ke Dewan. Apakah yang perlu diselidik? Bukankah itu kelakuan yang begitu seksis, kurang sopan terhadap wanita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong, baik. Saya tidak mahu hendak mengulangi apa yang telah saya cakap tadi ya. Kena buat pengesahan apa yang telah diucapkan dalam keadaan mikrofon off tadi. Saya minta maaf. Saya hendak teruskan dengan memanggil Yang Berhormat Jerlun, sila.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Jerlun juga ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual pada petang ini. Secara umumnya saya lihat bahawa RUU ini adalah satu yang sangat dialu-alukan dan dinantikan oleh pelbagai pihak, khususnya mangsa-mangsa gangguan seksual. Ia memakan masa yang begitu lama, mengikut apa yang telah disebut oleh Anti- Sexual Harassment Bill Advocacy Group, sejak tahun 2001 lagi kerja-kerja advokasi telah dilakukan supaya RUU ini dibentangkan dan dibahaskan dan seterusnya diluluskan dalam Dewan Rakyat. Namun begitu, saya lihat masih ada banyak ruang untuk ditambah baik. Antara masalah bagi mangsa-mangsa gangguan seksual ini ialah tiada kecederaan fizikal bila gangguan seksual berlaku iaitu pencabulan yang tidak tinggalkan kesan fizikal. Maka, inilah antara sebabnya mangsa yang tanggung beban bukti ini yang mungkin terkesan emosi dan tidak dapat membuktikan perkara itu berlaku. Mangsa atau pun pengadu juga mungkin tidak biasa dengan prosedur-prosedur tribunal dan ini boleh menggagalkan aduan mereka itu. Walaupun begitu, saya sangat setuju dengan pindaan yang telah dibuat pada hari ini di dalam kertas pindaan warna pink ini. Perkara 13(2) yang membenarkan pengadu malah plaintif juga untuk diwakili oleh peguam kerana ini tentunya membantu proses Tribunal.

Penubuhan Tribunal pula belum lagi cukup untuk meyakinkan sebagai satu solusi yang boleh mempertimbangkan aduan secara menyeluruh. Sebentar tadi Yang Berhormat Pengerang mencadangkan supaya tribunal ini juga ditubuhkan di peringkat negeri dan juga daerah. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah kaedah agaknya aduan itu boleh dibuat di peringkat negeri dan daerah itu? Adakah dengan membuat laporan kepada balai polis terdekat dan sebagainya? Satu perkara yang saya lihat di dalam draf rang undang-undang ini berkenaan dengan takrifan gangguan seksual. Pada hemat saya ia agak longgar dan tidak cukup tegas. Sepatutnya definisi gangguan seksual ini mestilah menjurus ke arah pencabulan maruah seseorang itu. Jadi, kalau kita lihat draf ini, ia menyatakan bahawa, “... gangguan seksual itu yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya, menyinggung atau menghina dan sebagainya.” Jadi secara munasabahnya saya kira, satu istilah yang sangat subjektif. Sepatutnya kita lebih tegas untuk mendefinisikan- apa itu gangguan seksual. Kalau kita lihat dalam Perkara 509, Akta Kanun Keseksaan, ayat yang dipakai ialah “Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang, barang sesiapa yang maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa

perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukkan apa-apa benda dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu atau mengganggu kesantunan seseorang itu hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.” Walaupun begitu, fasal dalam Akta Kanun Keseksaan ini tidaklah khusus bagi gangguan seksual. Jadi saya harap definisi ataupun takrifan yang sebegitu tegas boleh dimuatkan dalam draf ini. Setakat ini juga tiada seksyen khusus jika gangguan seksual berlaku di tempat kerja. Lebih-lebih lagi kalau mangsa merupakan pekerja dan pelakunya adalah majikan ataupun ketua. Jadi, saya kira perlu ada juga peruntukan supaya perlindungan diberikan kepada mangsa. Ini kerana dia sambil mengadu masih lagi terpaksa pergi ke tempat kerja. Di tempat kerjanya masih diganggu oleh si pelaku. Jadi, dalam keadaan seperti ini sebenarnya peguam lazim menasihatkan kliennya untuk pergi terus pada mahkamah sivil di mana ada ketentuan ataupun peruntukan dan perintah untuk membantu mangsa. Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat ini perlulah menunjukkan teladan yang baik dalam menghormati rang undang-undang ini setelah ia diluluskan. Tidak boleh ada apa-apa ungkapan sekalipun yang bersifat seksis di dalam Dewan yang mulia ini. Tindakan tegas perlu diambil untuk menguatkuasakan dalam Dewan Rakyat ini bagi menjaga nama baik Dewan Rakyat dan menunjuk contoh yang boleh diikuti rakyat jelata. Jadi, saya harap itu dapat dipertimbangkan sebaik-baiknya dan mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, lima minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hang Tuah Jaya ingin merakamkan rasa malu hari ini kerana dalam kita membahaskan Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual 2021, kita ada watak-watak seperti Yang Berhormat Pasir Salak yang meletakkan Ahli-ahli Parlimen dalam keadaan defensif. Saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hadir hari ini untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Dewan agar peraturan mesyuarat kita dipinda untuk memasukkan perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan berlakunya gangguan seksual ini dan Tuan Yang di-Pertua, dia tidak boleh ada cara lain kecuali buat keputusan berdasarkan peraturan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Sekarang ini saya tengok Tuan Yang di-Pertua pun serba salah juga. Hendak buang kah tak nak buang. Hendak buang- ini Yang Berhormat Pasir Salak, orang lama, bekas calon duta... [Ketawa] Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk panjangkan perkara ini tetapi itulah permintaan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana beliau hadir dalam Dewan ini. Kedua, dalam kes Mahkamah Persekutuan, Mohd Riduan Abdul Razak versus Asmah Haji Mad Nor pada tahun 2016, Mahkamah Persekutuan pada ketika itu telah pun meletakkan atau telah pun membuat keputusan bahawa gangguan seksual ini terpakai kepada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita. Sefaham saya dalam kes ini, gangguan seksual lelaki kepada lelaki pun dianggap gangguan seksual juga. Lelaki dan wanita pun dianggap gangguan seksual juga. Jadi, saya ingin tanya untuk kepastian dan jawapan daripada kementerian apakah undang-undang ini terpakai dalam konteks itu- rang undang-undang ini. Kalau ada lelaki

mengurat lelaki. Maksudnya mengganggu seksual, adakah terpakai? Ini kerana kita tahu dalam politik Malaysia ini kadang-kadang berlaku walaupun tidak ada tindakan. Ini penting kerana dalam- maaf mungkin saya baca tidak nampak definitionnya tetapi kalau ada definisi yang jelas dalam undang-undang ini harus dizahirkan kerana ini penting untuk panduan rakyat apabila undang-undang ini dikuatkuasakan. Perkara yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang perlindungan kepada pembuat aduan untuk mengelakkan apa-apa jua diskriminasi di tempat kerja sebelum tribunal membuat apa-apa keputusan. Apakah di sana terdapat satu kerjasama antara kementerian Yang Berhormat dengan kementerian pekerja ataupun sumber manusia dalam usaha kita untuk melihat mana-mana lacuna ataupun loophole, dengan izin, makna kelompangan yang boleh kita tambah baik dengan wujudnya rang undang-undang ini dan juga Akta Kerja dan mereka yang membuat aduan itu, dia tidak akan ada berlaku diskriminasi terhadap si pengadu dalam hal yang berkaitan tentang gangguan seksual ini. Ini kerana rang undang-undang ini juga pada sefaham saya, tidak mengenakan obligasi yang khusus kepada majikan. Kita sedia maklum dalam konteks Malaysia negara kita, gangguan seksual ini sering berlaku di tempat kerja dan kekurangan peruntukan ataupun undang-undang untuk menangani isu-isu sebegini. Saya secara khususlah maksudnya di tempat kerja, mungkin masih menyebabkan ramai individu ataupun rakyat yang bekerja tidak dilindungi. Sebagai contoh tidak ada keperluan untuk majikan mewujudkan saluran untuk melaporkan dan rang undang-undang ini juga tidak melarang sebarang tindak balas terhadap pengadu. Kalau kita ambil contoh Singapore Protection Against Harassment Aid 2014, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang melindungi individu daripada menjadi sasaran gangguan atau mengintai, bullying, stalking sama ada talian atau dalam realiti kehidupan sebenar dengan menjadikan kesalahan ini sebagai satu kesalahan jenayah. Seterusnya yang terakhir ialah saya senada dengan rakan-rakan yang lain tentang pelaksanaan kerana kita tahu bahawa perkara ini mesti kita laksanakan segera. Saya tidak mahu dengan lulusnya undang-undang ini, daripada segi pelaksanaannya akan tertangguh. Jadi, saya ingin cadangkan supaya tidak perlu wujudkan jawatankuasa ataupun tempat-tempat yang baharu. Boleh sahaja kita bincang dengan mahkamah kerana kalau kita hendak laksanakan tribunal secara segera di peringkat negeri-negeri, saya percaya kementerian wanita mungkin ada, mungkin tidak ada keupayaan. Akan tetapi kita boleh sahaja kerjasama dengan mahkamah untuk mewujudkan mungkin satu ruang ataupun satu bilik di dalam mahkamah itu yang boleh kita isytiharkan sebagai tempat tribunal untuk membawa kes-kes gangguan seksual ini kerana ia perlukan pendekatan yang segera kerana saya yakin hasrat kementerian dalam membentangkan undang-undang ini tadi dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri ia mesti mengambil kira tiga sikap iaitu murah, mudah dan cepat. Dalam mana-mana aspek tribunal ini yang masalah cepat ini yang akan menjadi cabaran daripada segi pelaksanaan. Jadi, saya minta kementerian untuk paling tidak pun menzahirkan dalam Dewan apa plan untuk menyegerakan tindakan ini dan saya ingin tutup dengan menyatakan komitmen Ahli-ahli Dewan ini tentang pindaan Peraturan Mesyuarat itu, kalau boleh cadang cepat insya-Allah kita akan terus menyokong pindaan Peraturan Mesyuarat supaya kita tunjukkan disiplin kita kepada rakyat di luar sana. We walk the talk.

Kita bahas undang-undang ini, kita sokong. Kita mahu di dalam Parlimen ini ada tertib dan adab ketika kita mengemukakan hujah dan pandangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. I change this side to this side... [Merujuk kepada Blok Kerajaan dan Blok Pembangkang] Baik.

Terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya juga ingin memberikan pandangan-pandangan mengenai Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual (AGS). Penubuhan Tribunal AGS, fungsinya tetapi apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah, apa punca kejadian kes gangguan seksual. Maka punca-puncanya itu perlulah ditangani. Laporan PDRM yang ada di tangan saya, kes tahun 2018 hingga Ogos 2021, terdapat 11,914 kes. Banyak itu, Tuan Yang di-Pertua. Dan 90 peratus pemangsa merupakan mereka yang dikenali oleh mangsa. Ini satu perkara, data yang ingin saya kongsi. Terdapat juga kes gangguan seksual terhadap lelaki. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi, adakah melibatkan lelaki? Tentunya lah rang undang-undang ini juga melibatkan lelaki. Dalam fasal 25 RUU ini, KSU Kementerian menjadi pentadbir AGS untuk berfungsi. Tadi Yang Berhormat Pengerang menyebut, beliau tidak bersetuju jika hanya seorang KSU. Beliau mencadangkan sebuah Jawatankuasa untuk menjadi pentadbir AGS agar berfungsi, dan saya ingin juga mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai sebuah Jawatankuasa untuk menggantikan KSU sebagai pentadbir supaya tidak ada salah guna kuasa. Yang saya ingin tanyakan tentang pentadbir ini ialah fungsinya daripada segi pencegahan dan kesedaran. Maka saya ingin data-data diberikan oleh kementerian, apa program-program yang telah dibuat sebab kes gangguan seksual ini bukan baharu, ia satu perkara yang lama. Berapa ramai rakyat yang telah terlibat dikenal pasti yang telah mendapat program-program yang berkaitan? Yang ketiga, jumlah peruntukan yang diberikan- jumlah peruntukan yang perlu, berapa yang sudah dibelanjakan? Yang keempat, adakah perancangan masa hadapan bagi pencegahan dan beri kesedaran tentang gangguan seksual; serta yang kelima, adakah saluran-saluran pendidikan dan maklumat yang digunakan itu melibatkan media sosial. Jadi, pandangan saya yang utama di sini ialah usaha-usaha secara proaktif perlu dibuat melalui pendidikan secara formal ataupun tidak formal, melalui pendidikan daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi kemahiran, universiti, tempat kerja. Setakat mana ia telah dilakukan supaya root cause ataupun punca utama akar umbi yang menyebabkan gangguan seksual itu wujud. Sejak Ogos 1999, telah ada kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Sebelum ini, langkah perundangan seperti Undang- undang Buruh dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 pada tahun 2018, sebagai contoh JPA telah mengeluarkan Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999 telah melancarkan kod amalan itu. Kemudian saya juga ingin mengetahui, setakat mana keberkesanan kod yang berkaitan. Seksyen 21 Akta Perhubungan Perusahaan 1997, atau Akta 177, boleh digunakan sebagai pampasan ataupun remedi kepada mangsa. Saya ingin bertanya, setakat mana seksyen ini telah diguna pakai dan berapa kes remedi yang telah diberikan. Pada 2012, Akta Kerja 1955 iaitu Akta 265, telah ada satu bahagian untuk gangguan seksual. Saya ingin bertanya setakat mana seksyen ini telah diguna pakai. Kemudian, Kanun Keseksaan seksyen 355, Akta 574, ada melibatkan serangan, cabul kehormatan, menjatuhkan kehormatan seseorang. Saya juga ingin bertanya, setakat mana seksyen ini telah diguna pakai dan berapa remedi yang telah dikenakan? Oleh itu, bagi negara Malaysia yang berbilang kaum, kod amalan pendidikan yang berkaitan gangguan seksual ini perlu diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dan perlu dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Komunikasi. Harus ada pendidikan khusus di peringkat rendah, peringkat menengah agar menghormati antara wanita, antara lelaki dan semuanya ini tentulah sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Sesungguhnya yang paling

baik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya”, Hadis Riwayat Bukhari. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya. Saya juga turut terkesima ataupun tercengang sebelum daripada kita adakan rehat sebentar tadi. Sementara kita berdepan, berbincang dan berbahas dengan satu tuntutan yang besar ke atas kita semua sebagai Ahli-ahli Parlimen dan wakil rakyat yang diangkat oleh rakyat, namun nampaknya kita tidak sebenar-benarnya menghayati apa yang menjadi tuntutan dan apa yang sebenar-benarnya menjadi penghayatan kepada Rang Undang-undang Antigangguan Seksual ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang sangat malang dan saya terpaksa merakamkan ini kerana kemuncaknya erti sebuah masyarakat, sebuah negara yang telah berani mengangkat satu legislation seumpamanya walaupun sifatnya adalah kuasa judiciary ataupun ia tidaklah seperti mendapat remedi, penyelesaian di mahkamah tetapi ia sebenar-benarnya membayangkan sebuah penghayatan masyarakat yang memberi penghormatan, yang mengangkat kemuliaan terutama bagi bukan sahaja wanita tetapi seluruhnya warga, rentas gender, rentas umur, rentas kelas, agama, budaya, kaum. Itulah yang dikatakan sebagai mengangkat kemuliaan insan ataupun karamah insaniah. Saya fahamnya begitu, Tuan Yang di-Pertua. Andai kalau itu tidak lagi kita fahami, saya khuatir kita di sini pertama-tamanya dengan apa yang telah kita saksikan. Hilangnya rasa malu, ha ini penting Tuan Yang di-Pertua. Itu sebab itu jangan sebut-sebut tentang, “Apa malu bossku?” Sebabnya hilangnya rasa malu itulah kita bersedia mencarut, melafazkan dan menghamburkan perkataan-perkataan yang terutama terhadap kaum hawa... [Tepuk] Jadi saya terpaksa menimbulkan ini pertamanya, Tuan Yang di-Pertua. Dah makan masa dua, tiga, minit dah pun. Sangat malang kalau saya terpaksa menghabiskan kerana ini sebenarnya seluruh rakyat, 30 tahun lebih rakyat sebenar-benarnya khususnya yang menjadi mangsa tetapi perundangan ini tidak retrospectives implementation. Jadi, mangsa-mangsa itu yang untuk ke depan nanti. Memang menarik nafas lega dengan penampilan dan dengan pembentangan rang undang-undang ini. Namun seperti mana kawan-kawan lain sebutkan, sahabat-sahabat lain ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain menyebutkan, persoalan besarnya adalah bagaimana mengangkat dan mengimplementasikan dan menghayati supaya benar-benar kemuliaan, penghormatan bukan sahaja kepada wanita khasnya tetapi kepada seluruh warga, seluruh rakyat, seluruh insan supaya kemuliaan manusia itu dapat kita bangkit, dapat kita berikan dia justice dan keadilan, penghormatan dengan kita sama-sama akan meluluskan rang undang-undang ini meskipun dengan pelbagai kekurangannya. Telah pun disebutkan khasnya oleh Yang Berhormat Pengerang akan bagaimana untuk kita perbaiki. Saya pun ada beberapa butiran yang hendak saya sebutkan tetapi telah pun disebutkan. Persoalan yang pertama yang saya agak sikit khuatir adalah bermula dengan terminologi itu, istilah itu yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Jerlun sebentar tadi, pentakrifan apa yang diertikan dengan munasabah itu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu perlu pertikaian dan perlu perbincangan supaya ia dapat ditanggapi dan ada persefahaman dan kesatuan erti dan fahamnya supaya difahami oleh pentadbir, difahami oleh presiden, oleh ahli-ahli Tribunal, dan semua yang sepatutnya mesti ada proses penyelarasan kefahaman itu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya kira tidak apalah hal-hal butiran itu telah banyak disinggung tetapi saya kira selagi kita tidak dapat menghayati tuntutan ertinya kemuliaan insan ataupun karamah insaniah yang diangkat oleh tujuan besarnya Islam dan syariat itu sebagai satu maqasid, selama itulah kita akan saling berbalah dan terutamanya kita tidak akan hormat kepada benar-benarnya apa yang dikatakan sebagai kemuliaan dan the dignity of man and particularly women dalam konteks ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Begitu sahaja ringkasnya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah khususnya kepada Joint Action Group for Gender Equality kerana gabungan hak wanita ini yang terdiri daripada 14 buah NGO dari seluruh Malaysia telah berkempen untuk Rang Undang-undang Antigangguan Seksual (AGS) ini sejak tahun 1985. Itulah tempoh masa wanita terpaksa menunggu untuk mendapat keadilan di Malaysia. JAG turut disertai oleh ENGENDER dan Young Women Making Change selaku kumpulan advokasi AGS. Oleh itu, rang undang-undang ini melambangkan kemenangan pergerakan wanita di Malaysia... [Tepuk] Terima kasih kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana memperjuangkan rang undang-undang ini dan memastikan hari ini ia dikemukakan di Dewan yang mulia ini menjadi satu kenyataan. Saya harap bergerak ke hadapan, wanita tidak perlu tunggu selama ini untuk menuntut hak-hak mereka terutama hak mereka untuk hidup secara selamat dan perlindungan. Isu gangguan seksual ini sering kali dianggap sebagai gurauan tetapi ini bukan gurauan dan selalunya berkali-kali. Gangguan seksual merupakan masalah salah guna kuasa dan Dewan yang mulia ini pun berulang kali menjadi saksi kepada gangguan seksual termasuk melalui kenyataan-kenyataan seksis dan perkataan lucah. Baru tadi kita nampak ada corak untuk merapatkan barisan, tidak mengaku apa-apa, dan tanpa tindakan adil diambil terutamanya minta maaf daripada Timbalan Yang di-Pertua... [Tepuk] Pemikiran diskriminasi terhadap wanita perlu dihentikan. Saya harap nada dan suasana ditetapkan di peringkat atasan. Leadership by example Tuan Yang di-Pertua. Sebagai penggubal undang-undang, kita mempunyai kewajipan untuk melancarkan proses perubahan. Kepada semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini, jika rang undang-undang diluluskan, saya harap jangan anda mengeluarkan lagi gurauan dan tindakan seksis dan perkauman dalam Dewan ini... [Tepuk] Sepatutnya kita saling menghormati dan berdebat sebagai Ahli Parlimen serta membuktikan kepada orang ramai bahawa kita menunaikan janji kita. Rang undang- undang ini walaupun terpuji tetapi ia masih tidak berapa jelas terutamanya ialah tidak ada larangan jelas terhadap gangguan seksual. Kementerian perlu mengetatkan lagi definisi perkataan “munasabah” supaya kita tidak bagi beban pembuktian ke atas mangsa- the burden of proof should not be on the victim, dengan izin. Kedua ialah rang undang-undang ini perlu memperkukuhkan perlindungan mangsa keganasan dan memperluaskan definisi sedia ada berkenaan apa yang dianggap sebagai gangguan seksual. Satu lagi ialah punca kuasa untuk memastikan kewajipan organisasi- organizational responsibility untuk mencegah dan menangani gangguan seksual masih tidak jelas dalam rang undang-undang. Apa tindakan daripada Tribunal atau dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kalau sekiranya sebuah organisasi tidak mahu mengikut dasar-dasar, garis panduan atau mempromosikan anti gangguan seksual? Apakah yang kita boleh buat kalau mereka tidak hendak mengikut? Contohnya, di dalam Dewan yang mulia ini, apakah tindakan yang Tribunal boleh buat kalau Parlimen tidak ikut anti gangguan seksual?... [Tepuk]

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Dengan ini saya harap Yang Berhormat Menteri akan mengambil kira isu-isu yang telah saya kemukakan. Saya khuatir Tribunal dan akta ini akan menjadi ‘white elephant’ dengan izin, yang tidak akan ada kuasa untuk menghentikan gangguan seksual. Saya juga harap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus bekerjasama dengan NGO-NGO wanita untuk merangka peraturan serta garis panduan yang diperlukan dan dalam pemantauan pelaksanaan undang-undang AGS ini untuk memastikan keberkesanan pemakaiannya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana berjaya membentangkan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual di Dewan Rakyat hari ini, dan mengadakan mekanisme untuk menangani perbuatan gangguan seksual. Satu undang-undang yang memang telah lama dinanti- nantikan oleh masyarakat kita khususnya bagi aktivis NGO dan juga wakil rakyat di Dewan Rakyat yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya surf internet atas isu gangguan seksual dan saya tertarik untuk membaca di negara jiran, seorang pegawai polis yang pegang jawatan tinggi di Myanmar dijatuhkan pemenjaraan beberapa tahun kerana beliau minta hubungan seks daripada pegawai polis wanita bawahannya sebagai pertukaran untuk promosi. Di Singapura, seorang lelaki dijatuhkan pemenjaraan enam bulan kerana menghantar mesej teks- text message yang berbaur gangguan seksual melalui WhatsApp kepada rakan sekerja wanita dan beliau juga meraba-raba rakan sekerja wanita itu. Kedua-dua kes yang saya sebut menunjukkan betapa seriusnya undang-undang di negara jiran kita dalam kes berhubung dengan gangguan seksual. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kes gangguan seksual yang berlaku di satu sekolah di Selangor yang dibongkar oleh seorang pelajar Tingkatan 5 iaitu Ain Husniza pada April 2021. Mengikut catatan Ain Husniza, guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Kesihatan dan Jasmani di sekolah menengahnya membuat jenaka di dalam kelas yang dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan. Guru lelaki itu berkata; “So nanti korang nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogollah yang atas 18 tahun”. Selepas itu, guru lelaki ini juga tanya pelajar dalam kelasnya; “Budak lelaki kena rogol tak? Ada tetapi dorang tidak report sebab sedap” Dan dia ketawa selepas bercakap. Selepas itu guru lelaki ini teruskan jenakanya dengan berkata; “Sekiranya perempuan dirogol, apa yang perlu dia buat? Perempuan kena jeritlah sebab itu saja dia tahu buat dan redha”.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Ain Husniza dan pelajar perempuan dalam kelas itu merasa terkejut dan marah apabila dengar kenyataan daripada guru lelaki dalam kelas itu dan Ain pun mendedahkan isu ini dalam media sosial TikTok dan isu ini menjadi isu yang hangat dalam media dan juga media sosial. Kenyataan guru lelaki tersebut juga telah mempengaruhi fikiran budak sekolah lelaki yang lain. Dalam satu perbincangan kumpulan di dalam WhatsApp, seorang pelajar lelaki di sekolah itu berkata, “Kalau aku dapat budak itu, aku rogol dia, sagat dia lepas itu hantar dia pergi ke Thailand”. Ini semua ada bukti apabila saya bentangkan isu ini. Dalam kes ini Ain Husniza pernah membuat aduan kepada kaunselor di sekolah dan guru darjahnya tetapi mereka tidak buat apa-apa dan kaunselor sekolah malah berkata bahawa memang biasa bagi lelaki untuk berjenaka demikian.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Ain Husniza dan ayahnya kemudian membuat laporan polis atas kenyataan gangguan seksual yang dikeluarkan oleh guru lelaki dan pelajar sekolah yang kata ingin rogol Ain Husniza tersebut tetapi laporan polis mereka tidak diambil serius oleh pihak polis. Pihak polis malah berkata yang budak sekolah ini memang bawah umur dan tidak boleh diambil apa-apa tindakan. Ini menunjukkan macam mana kenyataan guru di sekolah itu boleh mempengaruhi pelajar dalam sekolah. Saya difahamkan apabila Ain Husniza dan ayahnya memberi keterangan kepada polis, mereka juga dikelilingi oleh beberapa anggota polis Cawangan Khas Special Branch. Pegawai polis menegur Ain Husniza kerana membuat TikTok yang telah mencetuskan ketidaktenteraman masyarakat. Sikap dan kenyataan anggota polis tersebut yang langsung tidak memandang serius dan tidak bersimpati kepada aduan yang daripada seorang gadis sekolah tetapi mereka malah mengkritik Ain Husniza kerana mendedahkan kenyataan guru lelakinya dan mereka menganggap ini adalah perbuatan yang salah. Selain itu Ain Husniza dan ibunya apabila dijemput untuk berucap dalam satu webinar berkenaan kes tersebut. Guru besar sekolah Ain Husniza malah tulis komen dalam Facebook dengan menyelar Ain Husniza sebagai hipokrit dan anak syaitan. Selepas episod ini guru lelaki tersebut membuat laporan polis terhadap Ain Husniza dan malah menghantar saman malu yang menghendaki beliau bayar pampasan RM1 juta. Apabila Ain Husniza buat saman balas counterclaim, kita kata terhadap guru lelaki dan pihak berkaitan di Kementerian Pendidikan. Peguam di Jabatan Peguam Negara negara kita, malah mewakili guru lelaki itu dan guru besar sekolah yang telah bersara tersebut. Perwakilan peguam kerajaan hanya ditarik balik apabila 76 Ahli Parlimen pembangkang mengeluarkan kenyataan mengkritik perbuatan Jabatan Peguam Negara yang berpihak mewakili guru sekolah lelaki yang membuat jenaka rogol di kelas. Akan tetapi pejabat peguam negara sampai hari ini masih mewakili guru besar sekolah yang bersara tersebut. Kenapakah Jabatan Peguam Negara (AGC) mewakili guru besar yang telah bersara yang mengkritik mangsa gangguan seksual secara terbuka dalam suit peribadi counterclaim nya. Ini memang tidak patut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Okey, hendak rumuskan Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dewan ini, mangsa gangguan seksual Ain Husniza akhirnya terpaksa bertukar sekolah kerana tidak tahan tekanan dalam sekolah asalnya dan seluruh keluarganya juga terpaksa berpindah rumah ke tempat lain yang jauh daripada sekolah asalnya untuk mengelakkan gangguan dan juga keseksaan mental daripada masyarakat setempat. Tuan Yang di-Pertua, apabila Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang- undang Gangguan Seksual ini, adalah penting bagi kita lihat kesihatan gangguan seksual yang didedahkan oleh seorang gadis bawah umur Ain Husniza kerana kes ini menunjukkan guru sekolah, pegawai polis dan penjawat awam secara umumnya tidak mempunyai sensitiviti jantina atau kita kata gender sensitiviti. Mereka bukan sahaja tidak berpihak kepada mangsa gangguan seksual tetapi malah mereka memperlekehkan aduan berkenaan gangguan seksual tersebut. Gangguan seksual yang didedahkan oleh Ain Husniza juga menunjukkan usaha untuk meningkatkan gender sensitization harus dimasukkan dalam semua latihan penjawat awam, institut latihan guru, latihan pegawai penguat kuasa sama ada di Jabatan Imigresen, polis, tentera dan sebagainya. Segala aduan tentang gangguan seksual seharusnya ditangani dengan serius oleh agensi-agensi kerajaan tersebut. Di sini akhirnya kita sudah dengar apa yang sudah berlaku pagi tadi. Saya rasa di Parlimen kita juga haruslah cari satu cara kalau Speaker tidak mahu buat keputusan ambil tindakan terhadap Ahli Parlimen yang keluarkan kenyataan yang berbaur gangguan seksual terhadap Ahli Yang Berhormat yang lain. Mungkin Parlimen perlu ada satu tribunal, tubuhkan satu mekanisme untuk menangani

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

isu-isu gangguan seksual yang berlaku di Parlimen kerana apa yang berlaku di Parlimen sebenarnya membayangkan apa yang berlaku di masyarakat kita. Kalau kita tidak buat betul di Dewan Rakyat ini dan tindak tanduk kita semua ucapan kita ini dilihat, ditonton oleh orang ramai, di khalayak ramai. Jadi, saya rasa kalau kita hendak luluskan undang-undang ini, saya rasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kita ini haruslah dijadikan contoh di mana mereka yang memang menyalahi atau mengeluarkan kenyataan yang tidak hormat yang berbaur gangguan seksual ini haruslah diambil tindakan untuk menunjukkan bahawa negara kita ini memang serius terhadap segala kes-kes gangguan seksual. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah tamat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuantan, kemudian diikuti Yang Berhormat Beaufort kemudian Yang Berhormat Batu Kawan dan yang terakhir Yang Berhormat Hulu Selangor. Yang Berhormat Menteri akan menjawab pukul 3.30 petang. Sila Yang Berhormat Kuantan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, ianya bermula pada world conference yang keempat pada tahun 1995 di Beijing. Ketika itu wanita seluruh dunia berkumpul dan Beijing Declaration and Platform for Action tercetus dan Malaysia seterusnya menerima pakai konvensyen CEDAW ataupun Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita. Pada tahun 2001, Women’s Agenda for Change, satu kumpulan NGO wanita berkumpul dan menubuhkan Women’s Agenda for Change dan pada tahun 2003, Women’s Candidacy Initiative. Itu permulaan, perjuangan lebih dua dekad mahu dibahaskan dalam lima minit. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah bukan sahaja kepada kementerian tetapi juga kepada semua aktivis wanita di luar sana yang tidak kenal penat lelah untuk terus memperjuangkan isu ini sehingga kita sampai ke tahap ini pada hari ini. Malah Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi yang harus kita buat berkaitan dengan kesaksamaan gender. Contohnya undang-undang gender equality atau kesamarataan gender juga belum dibawa ke Dewan Rakyat dan itu juga antara perkara yang harus kita lihat teliti ke hadapan kerana pada hari ini kita juga lihat bagaimana anak- anak kepada warganegara yang ibunya warganegara tetapi bapanya bukan warganegara tidak dapat hak kewarganegaraan berbanding dengan anak-anak kepada bapa warganegara tetapi ibunya bukan warganegara. Jadi kesaksamaan gender itu tidak wujud lagi di Malaysia dan ini juga perkara yang seterusnya selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Yang Berhormat Menteri semalam di mana Yang Berhormat Menteri berkongsi dapatan daripada soal selidik yang mengatakan 90 peratus daripada mangsa gangguan seksual tidak membuat laporan. Ini satu angka yang merisaukan dan harus kita teliti kenapa. Adakah kerana mereka malu? Adakah kerana mereka takut? Bagaimana kita hendak wujudkan satu persekitaran yang kondusif? Bagaimana kita hendak mewujudkan enabling environment. Persekitaran yang tidak menghukum supaya mangsa-mangsa ini berani untuk ke hadapan dan membuat laporan. Sifat menghukum ataupun judgmental ini adalah sesuatu yang kadang-kadang orang yang menghukum itu tidak sedar bahawa mereka menghukum. Contohnya apabila seseorang mengatakan, “Pakai lagi seksi-seksi, kan sudah kena ganggu”. Itu sebenarnya ialah sikap menghukum.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Ia tidak membantu mangsa-mangsa untuk membuat laporan dan membuat aduan. Kemudian kalau ada yang kata, “Buat lagilah, celupar lagi, kacau orang lagi,

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

biadab lagi, tengok, you deserve it”. Ini juga kita dengar bukan sahaja di luar sana Tuan Yang di-Pertua, kita dengar dalam Dewan ini juga. Kita dengar dalam Dewan ini juga. Semalam ada Ahli Parlimen bercakap tentang tutup aurat, ya betul. Itu saranan agama tetapi dikaitkan dengan untuk membanteras gangguan seksual. Saya kira ini untuk mengaibkan dan pagi tadi semalam juga ada Ahli Parlimen yang mengatakan tingkah laku seseorang itu mengundang dan seolah-olah justifikasi kepada gangguan seksual ke atas dirinya. Ini adalah sikap judgmental yang tidak membantu kepada enabling environment. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cerita bahawa di Brussels pada tahun 2018, diadakan satu pameran yang dinamakan, “Am I at Fault” di mana dipamerkan baju-baju mangsa. Ada baju budak lima tahun yang tertulis My Little Pony, ada baju uniform mangsa rogol, ada baju orang bersukan, pakai t-shirt. Mereka semua baju-baju kepada mangsa rogol. Adakah kita mengatakan bahawa, “They asked for it?” Ini sesuatu yang kita harus apa- reorientate pemikiran pihak-pihak penggubal undang-undang ini untuk memastikan ada enabling environment. Tuan Yang di-Pertua, nenek 74 tahun pun kena rogol. Kanak-kanak lima tahun pun kena rogol, remaja lelaki pun kena rogol, malah kambing pun kena rogol, Tuan Yang di-Pertua sampai mati kambing itu. Adakah kita kata mereka seksi? Berpakaian seksi? Ini hujah-hujah yang pada saya tidak rasional dan langsung tidak mencerminkan bahawa kita boleh membela, bahawa kita boleh membela nasib rakyat. Kita Ahli Parlimen tentu sekali menerima aduan-aduan ini daripada ahli-ahli warga di kawasan kita. Kalau mereka datang membawa aduan, belum apa-apa lagi kita jawab, “Seksi lagi, pakai lagi seksi-seksi!” Kalau Ahli Parlimen macam ini, macam mana kita hendak wujudkan persekitaran yang boleh mengajak mangsa-mangsa ini berani untuk ke depan. [Tepuk] Rang undang-undang ini digubal untuk membela mangsa. Rang undang-undang ini untuk murah, mudah, cepat. Bukan untuk menghukum mangsa, Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kekhuatiran saya amat sangat. Selepas ini, bagaimana kita hendak didik. Kita bermula di sini. Bagaimanakah kita hendak educate? Bagaimanakah kita hendak latih? Bagaimanakah kita hendak guna bahasa-bahasa yang sensitive gender? [Tepuk] [Dewan riuh] Masalah kita, kawan-kawan kita dalam Dewan ini tidak sedar pun mereka tidak sensitive gender. Mereka rasa mereka hebat, mereka rasa mereka betul. Mereka kita perlu didik, sensitize mereka. Bagaimanakah kita hendak buat itu? Ini satu Yang Berhormat Menteri kena fikir, bagaimana kita hendak gender sensitize Ahli-ahli kita dalam Dewan ini supaya apabila mereka bercakap itu, walaupun mereka kata mereka martabatkan wanita, sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka mendiskriminasikan wanita dalam masa yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat.

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya cakap fasal enabling environment. Bermula di sini, di luar sana semua pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara wanita memastikan bahawa rang undang-undang ini nanti apabila diluluskan akan dapat benar-benar membela wanita. Itulah harapan saya yang telah berjuang sama-sama daripada awal supaya ia dapat diguna pakai dengan sebaiknya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas pembentangan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual tahun 2021. Alhamdulillah kesemua Ahli Parlimen nampaknya terlibat menyambut baik dan menyokong Rang Undang-undang Antigangguan Seksual ini yang merupakan manifestasi penting kerajaan bahawa gangguan seksual kini diberikan perhatian yang serius menerusi penggubalan undang- undang khusus berhubung gangguan seksual. Rang undang-undang ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dalam kalangan mangsa gangguan seksual mengenai apa yang mereka alami, malah dalam kalangan pelaku kesalahan ini yang mungkin sudah mempunyai tabiat kebiasaan melakukan gangguan tersebut. Mungkin selama ini mereka tidak menyedari mereka melakukannya melalui media sosial, dalam WhatsApp group dan sebagainya, macam-macam yang dibuat yang kita kadang-kadang terpaksa memberikan peringatan kepada mereka bahawa ini adalah satu gangguan seksual, terutamanya sekali kepada kaum wanita. Berdasarkan laporan PDRM, sebanyak 11,914 kes gangguan seksual yang telah direkodkan dalam tempoh empat tahun sejak 2018 sehingga 2021 dan 90 peratus pemangsa adalah mereka yang dikenali dengan modus operandinya berperwatakan yang baik. Jadi, kerana itulah kita kena melihat dengan hati-hati mereka ini yang kononnya nampak baik itu sebenarnya boleh jadi pemangsa. Lebih membimbangkan kita jika mangsa gangguan seksual ini tidak melaporkan kepada pihak yang berkuasa atas sebab rasa takut dan malu kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka. Ini jika tidak ditangani atau mendapatkan bantuan dan berlaku secara berterusan, akan membawa kepada trauma yang teruk, hatta boleh membawa kepada permasalahan mental. Akhirnya, mereka bertindak di luar kawalan dengan mengambil keputusan yang dahsyat seperti membunuh diri dan menjadi gila. Justeru, pendengaran aduan dengan sistem tribunal yang dibuat secara tertutup adalah lebih mesra dan mudah bagi mangsa yang terlibat dalam kes gangguan seksual. Sehubungan dengan itu juga, saya mencadangkan agar kementerian mempelbagaikan usaha dengan kerjasama pelbagai pihak dalam memberikan kesedaran, dengan izin awareness programme kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat serta diperluaskan kepada pelajar sekolah berdasarkan rekod sebanyak 79.4 peratus daripada hampir 300 gangguan seksual di institusi pendidikan melibatkan pendidik dan pihak berkuasa sekolah, menurut kajian yang telah dibuat oleh All Women’s Action Society (AWAM) dan statistik jenayah seksual ke atas kanak-kanak. Kaedah awareness yang bakal diambil oleh pihak kementerian, khususnya bagi memastikan masyarakat memahami fungsi rang undang-undang ini dan dapat membezakan bidang kuasanya berbanding perundangan jenayah yang lain.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Beaufort.

Begitu jugalah dengan mekanisme pemudah cara pelaksanaan oleh tribunal Rang Undang-undang AGS di peringkat negeri, daerah dan sekolah di kawasan...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Beaufort, izinkan saya...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Simpang Renggam, Simpang Renggam.

Simpang Renggam. Sedikit sahaja, ini hendak habis sudah.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Sedikit, setengah minit, setengah minit.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Simpang Renggam, sila.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort beri laluan. Tadi Yang Berhormat Beaufort ada sebutkan tentang pendidikan di sekolah, pendedahan awal. Saya teringat pada tahun 2019 ketika berada di sana, di KPM. Saya telah mengeluarkan satu pekeliling berkaitan dengan kaedah pencegahan dan juga kaedah untuk mengelakkan gangguan seksual di sekolah. Jadi, kita berharap supaya adanya kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga dengan KPM untuk laksanakan semula pekeliling tersebut agar ia selari dengan apa yang dibawakan. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Okey, baik, faham. Itulah juga yang saya cadangkan supaya di semua, bukan sahaja di Kementerian Pendidikan, di sekolah dan sebagainya tetapi semua sektor dalam sektor kerajaan, di sektor awam, di sektor swasta, di semua tempat, perlu ada awareness programme dilaksanakan supaya semua pihak memahami keadaan ini dan dapat menghormati rang undang-undang yang akan kita luluskan sebentar lagi ini. Oleh kerana kerja ini adalah memang agak berat dan besar perlu dilakukan, saya amat berharaplah pihak kementerian akan menggunakan segala tenaganya di seluruh negara, di setiap negeri dan juga sampai ke daerah-daerah. Begitulah juga saya ingin menyebut tentang di tempat-tempat awam seperti di dalam bas awam, teksi, stesen LRT, kenderaan dan sebagainya, di sini juga berlaku gangguan seksual ini. Jadi saya mencadangkan di sini supaya satu kaedah dengan memasangkan kamera litar tertutup dilaksanakan di semua tempat awam ini supaya kita dapat melihat apa yang berlaku dan daripada segi pembuktian pun dapat dibuat nanti oleh pihak yang mengadu.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah pendekatan dan strategi pihak kementerian kepada mangsa sedemikian yang takut dan malu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa? Adakah cara mekanisme di bawah kementerian, di bawah rang undang-undang yang akan kita luluskan ini supaya ini akan memberikan kemudahan kepada pengadu kita untuk— memang baik kita adakan rang undang-undang ini tetapi kalau tidak ada cara mekanisme untuk mereka laporkan, membuat aduan-aduan mereka dan siapa yang akan mereka temui dan sebagainya, maka ia akan jadi sia-sia. Namun demikian, saya tetap mengharapkan rang undang-undang ini akan mencapai kejayaan. Kempen seperti “Jangan Takut Buat Laporan” perlu kita lakukan, diberikan perhatian di semua peringkat bagi mewujudkan kesedaran kepada orang ramai termasuk juga melalui Talian Nur dan polis sekiranya berdepan dengan situasi gangguan seksual atau dicabul. Begitu juga saya mengucapkan tahniah kerana ada pindaan nanti daripada segi bantuan nasihat perundangan ini akan dibenarkan para peguam untuk hadir. Ini saya ucapkan tahniah. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian nanti akan menyediakan unit yang khusus yang akan ada peguam-peguam yang dilantik yang boleh membantu para pengadu kita, mangsa kita untuk mereka mendapatkan nasihat undang- undang? Bukan sahaja di peringkat kementerian. Ini kerana kalau di peringkat kementerian itu, ia jauh di Putrajaya. Akan tetapi, bagaimana mereka yang berada di negeri-negeri, di daerah-daerah? Mereka juga akan menghadapi masalah ini dan biasanya mereka ini tidak akan dapat bantuan.

Saya tahu ini tentunya akan menelan belanja yang besar, banyak kerja yang perlu dilakukan. Namun, dengan niat kita yang baik untuk memastikan semua pihak yang menjadi mangsa ini dapat dibela oleh kerajaan kita, oleh kementerian melalui rang undang-undang yang akan kita luluskan sebentar lagi ini, maka kerja ini perlulah kita lakukan dengan secara serius.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, masa dah berakhir.

Saya harap ia akan menjadi sesuatu yang memberikan manfaat kepada semua dan saya yakin kita semua yang berada di dalam Dewan ini mempunyai niat yang ikhlas memastikan ini akan menjadi sesuatu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

...Yang memberikan kebaikan kepada rakyat kita terutama sekali kaum wanita, insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Batu Kawan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual pada julung kalinya di Dewan yang mulia ini selepas hampir dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020. Malangnya terpaksa ditangguhkan disebabkan musibat ‘Langkah Sheraton’. Saya berasa tersinggung, marah, kecewa, kesal dengan perangai MP Pasir Salak tetapi juga dengan keputusan Timbalan Speaker yang melepaskannya dengan satu amaran sahaja. Pada tahun 2020, selepas Yang Berhormat Baling menghina saya dalam Dewan ini mengatakan saya gelap dan disuruh pakai bedak, saya usulkan kepada Tuan Yang di- Pertua agar peraturan mesyuarat dipinda supaya satu denda dikenakan ke atas Ahli-ahli Parlimen yang mulut celopar seperti Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kinabatangan dan sekutu dengan mereka. Sampai hari ini saya belum dengar lagi apa keputusan daripada usul yang saya sampaikan. Namun, perbahasan hari ini tidak mungkin menjadi realiti tanpa semangat jitu, ketabahan, keberanian dan ketekunan yang tidak pernah luntur wanita dan lelaki selama hampir tiga dekad. Mungkin ada juga Ahli Parlimen di sini yang belum lahir apabila NGO wanita mula berkempen dan mendalami idea satu rang undang-undang khas, khusus untuk antigangguan seksual untuk Parlimen dan Dewan yang mulia ini agar perlindungan kepada mangsa gangguan seksual serta hukuman setimpal terhadap pemangsa tidak kiralah jawatan, pengaruh dan kuasa. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the conversation on the needs of the Antisexual Harassment Bill begins when I was six years old and I am 43 now. Maka terciptalah sejarah Dewan menjadi saksi kepada impian aktivis wanita dan semua mangsa gangguan seksual hari ini menjadi kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, pada hari Khamis 17 Disember 2020, saya telah membawa satu petisyen yang ditandatangani oleh 512 rakyat Malaysia ke Dewan yang mulia ini dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua pada masa itu untuk dibaca mengikut Peraturan Mesyuarat 19 untuk menggesa kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual secepat mungkin. Yang Berhormat Pontian pada masa itu telah bangun untuk menyokong petisyen saya dan membuktikan perkara yang begitu penting seperti ini mampu dan harus mendapat sokongan bipartisan tanpa bersandar kepada ideologi parti dan

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

mengetengahkan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik. Selepas 19 bulan, saya berdiri di sini bukan untuk membawa petisyen lagi tetapi untuk membahas dan melihat Dewan ini meluluskan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual dengan kadar segera. Tuan Yang di-Pertua, berapa kalikah kita sendiri pernah lihat, mendengar atau menyaksikan perbuatan, kata-kata dan pandangan lucah oleh seorang pemangsa gangguan seksual? Di tempat awam seperti di dalam teksi, dalam bas, kereta api, semasa membeli belah, semasa menjamu selera dalam majlis keraian sama ada bersama keluarga atau bukan. Di hospital sebagai pelajar houseman, wartawan di lapangan. Malah ada juga sebelum ini wartawan yang meliputi berita di Parlimen menjadi mangsa gangguan seksual. Dalam rumah di antara ahli keluarga, di pejabat kerajaan, di firma guaman, di kolej dan universiti, latihan polis dan askar, di arena sukan. Di mana-mana sahaja kelibat pemangsa gangguan seksual pastinya wujud. Apakah kesudahannya? Satu undang-undang untuk melindungi mangsa dan menghukum pemangsa. Adakah rang undang-undang ini hari ini meliputi apa yang dikatakan dalam Dewan yang mulia ini? Bolehkah Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Baling diambil tindakan...

Point of Order 36(6). P.M. 36(6). Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Terima kasihlah. Apa yang kita dengar daripada semalam— “Baling”, “Baling”, “Baling”. Jadi, saya harus mempertahankannya. Pertama sekali, Yang Berhormat Menteri ada.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sorry ya. Tuan Yang di-Pertua, mohon masa untuk diberhentikan sebab point or order.

Tidak apa. Boleh diberhentikan. Hentikan, hentikan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

My time. Ya, thank you.

Hentikan dan jangan ada gangguan. Please, bagi saya bercakap pula ya. P.M. 36(6)— sangkaan jahat, bila mana menyatakan bahawa saya telah sebutkan perkataan-perkataan seksis. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri bila dia gulung nanti, siasat dahulu dengan kementerian, adakah saya kata diri saya gelap itu seksis? Saya beritahu, saya kalau gelap, saya pakai bedak. Ini cerita dulu ya. Saya menghormati Dewan yang mulia, saya sudah minta maaf, tarik balik semua. Selesai. Semalam Yang Berhormat Kulai beritahu— Yang Berhormat Menteri ada. Dia kata, berkali-kali saya ulang. Tidak pernah. That is the only first time iaitu pada bulan Julai 2020, first day. Saya nak beritahu juga kepada Dewan yang mulia ini, sangkaan jahat dengan menggunakan bahasa kurang sopan iaitu P.M. 36(4), ‘barua’ itu lagi dahsyat. Ini Yang Berhormat Batu Kawan panggil Speaker barua pada hari tersebut. Pergi check Hansard. Dia panggil barua. “You ikut atap, tebuk atap, pintu belakang.” Saya nak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, mulianya seorang Speaker, dia tak pernah ambil itu sebagai satu dendam. Baru-baru ini, Speaker pergi ke Turki bawa Yang Berhormat Batu Kawan, muliakan Yang Berhormat Batu Kawan dalam upacara rasmi. Saya nak minta Yang Berhormat Menteri, tolong...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Apa kaitannya?

Yang Berhormat Menteri, you have to clear this.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Apa kaitannya?

Please, Yang Berhormat Menteri, I am talking to Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Lari topiklah.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Apa kaitannya?

P.M. 36(6)— sangkaan jahat. Saya minta Yang Berhormat Menteri, tolong check dengan rang undang- undang bila you gulung, Yang Berhormat Menteri, please, adakah perkataan ‘gelap’ ataupun pakai bedak untuk diri saya itu seksis? Akan tetapi, saya sudah minta maaf dan tarik balik.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

This is my point.

Akan tetapi, kenapa harus diulang-ulang?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Memang seksislah.

Saya hanya cakap dia sekali.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, this is my point.

No, no, no. Yang Berhormat Menteri yang jawab, bukan dia orang yang jawab. Yang Berhormat Menteri check, saya akan terima apa jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya akan terima.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

No. This is the point of RUU.

Sit down lah. Tuan Yang di-Pertua tak perlu dengar. Ini bukan syarahan.

This is point of order. P.M. 36(6)— sangkaan jahat. Kerana saya sebut saya gelap. Kalau saya putih, saya kata orang lain gelap, tak apa, saya pun lagi gelap dan saya kata ini cerita dulu dan saya sudah minta maaf.

Masa itu kita dengar Yang Berhormat Baling yang keluarkan kenyataan... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Yang Berhormat Baling, terima kasih Yang Berhormat Baling. Kita dah dengar.

Jangan benarkan Yang Berhormat Baling ulangi kenyataan... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kita minta nanti Yang Berhormat Menteri menjawab.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Rakyat ingat nanti yang kita orang ini datang sini hari- hari cakap seksis.

Tuan Yang di-Pertua, apa ini, Tuan Yang di-Pertua?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Can I go on, please?

Sebenarnya the elaboration yang dia orang elaborate ini sengaja dengan sangkaan hendak menjatuhkan maruah Ahli Parlimen yang ada di sebelah sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Baling.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]...Seorang perempuan panggil Speaker barua. “Barua”, “barua”, “barua”.

Tuan Yang di-Pertua, itu adalah tuduhan.

Itu adalah tuduhan. Itu tidak betul.

No. Check Hansard. Ambil tindakan kalau dia tak cakap. Ambil tindakan pada saya.

That does not justify you behaving in that manner.

Pergi check. Saya hendak beritahu, Yang Berhormat Batu Kawan berulang kali panggil barua kepada Speaker.

Itu tidak beri hak kepada beliau.

Kepada Speaker Tan Sri Azhar. Check tengok. Ada tak ada? Hari pertama!

Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat Baling. Saya off kan mic. I speak. Baik, kita sudah dengar dan permintaan nanti untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri yang menggulung dan saya minta Yang Berhormat Batu Kawan ada seminit lagi untuk rumuskan. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit lagi masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, satu minit.

Untuk just to clear the air. Takrifan gangguan seksual ertinya apa-apa kelakuan tidak diingini, yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. In my opinion Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih

...dengan munasabahnya it was an insult before. Akan tetapi saya teruskan. Daripada kes pelajar sekolah, Ain Husniza yang menjadi ikon make school a safer place melalui pengalaman sendiri, seorang mangsa gangguan seksual selepas pendedahan perangai jijik seorang guru. There is no compromise on the type of behaviour or language Tuan Yang di- Pertua and it is up to us here including you and I to ensure that Ain is the last person to have to go through this ever again. Apakah status period spot check di sekolah-sekolah sebelum ini? Adakah ia bukan satu gangguan seksual? Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan satu jawapan yang bernas dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Bukan wanita sahaja, lelaki juga menjadi mangsa gangguan seksual, sama ada oleh wanita mahupun lelaki dan kita perlu menormalisasikan dialog mengenai gangguan seksual dan betapa pentingnya undang- undang ini untuk mendapat keadilan bagi yang memilih untuk berdiam diri atas struktur kuasa dengan izin, power structure yang selalunya melindungi pemangsa daripada melindungi mangsa. Tuan Yang di-Pertua, pada alaf ini tiada alasan untuk wanita atau lelaki untuk menelan bolos pahit cubaan atau gangguan seksual oleh pemangsa semata-mata kerana ia harus diterima oleh masyarakat kerana ia sudah menjadi lumrah kehidupan kita. Di United Kingdom, Ahli Parlimen kerajaan, Christopher Pincher telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip kerana telah meramas dua orang lelaki di sebuah kelab dan apa yang berlaku dengan izin, a chain reaction and a series of event telah mengakibatkan Perdana Menteri Boris Johnson untuk meletak jawatan. This is the seriousness of a sexual harrasment case and it led to a Prime Minister to resign in a country.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Di Malaysia juga banyak kes gangguan seksual tetapi sebelum ini tidak dapat diambil tindakan yang khas memandangkan tiada undang-undang khusus apabila laporan polis dibuat dan kita hendak salahkan anggota polis pun susah sebab tak ada undang-undang untuk mereka gunakan untuk membuka fail, membuka siasatan dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

Saya rumuskan Tuan Yang di- Pertua. Seperti jenayah rogol, kebiasaannya mangsa akan dipersalahkan dahulu dan mulalah soalan-soalan sampah seperti apakah yang dipakai oleh mangsa, mengapa mangsa berada di tempat tersebut, perangai mangsa memang mengundang jenayah rogol dan sebagainya. Apakah usaha pihak kementerian untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat, terutama golongan yang sudah biasa dengan komen, pandangan dan perbuatan lucah tetapi dipertahankan sebagai lawak jenaka seperti jemputan oleh pihak mangsa dan alasan sampah suka sama suka serta dia tidak menolak, maka dia bersetujulah. Adakah kementerian bersedia untuk memastikan maklumat perlindungan mangsa dan pemangsa dalam akta ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa, bahasa Tamil, bahasa Cina, bahasa-bahasa native di Sabah dan Sarawak dan bagi rakan-rakan Orang Asli kita. Bagaimana pula dengan golongan OKU yang buta, yang pekak dan mengalami masalah kesihatan mental? Hampas seperti ini harus diberi pengajaran. Lelaki mahupun perempuan yang cuba menghalalkan tabiat meloyakan dengan hukuman dan kesedaran apa yang mereka lakukan akan mempunyai impak yang besar dalam minda dan fizikal psikologi mangsa. Adakah kementerian akan menyediakan sokongan moral, psikologi dan psikososial bagi mangsa gangguan seksual ini? Adakah anggota penguat kuasa akan menjalani latihan untuk menyediakan mereka berdepan dengan kes gangguan seksual? Adakah pasukan di pejabat Peguam Negara, termasuk Timbalan Pendakwa Raya (DPP) cakna mengenai hal gangguan seksual ini? Adakah hakim sebagai pihak yang berkepentingan akan juga menjalani refresher course untuk memberikan penghakiman yang adil bagi mangsa gangguan seksual? Kitaran jenayah atau cycle of violence boleh dan mampu dibendung sekiranya kita fokus kepada punca berlakunya gangguan seksual. It’s a power play and we cannot allow the powerful, privileged and the influential to walk court free after inflicting sexual harassment on victims.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat, Yang Berhormat Batu Kawan.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini, akta ini, RUU ini haruslah universal dan bukan di atas pemahaman atau pendapat based on culture, budaya ataupun budaya tempatan. Ia haruslah mengikut piawaian antarabangsa. Akta Gangguan Seksual hari ini perlu ada kerana undang-undang sebelum ini telah gagal untuk memastikan keadilan terbela bagi mangsa gangguan seksual. Maka dengan ini saya menyokong akta ini dan harap akan ada pembaharuan dan pindaan kepada akta tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila pembahas terakhir, Yang Berhormat Hulu Selangor.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor menyambut baik Rang Undang-undang Antigangguan Seksual sebagai satu usaha menambah baik kelemahan akta dan peraturan yang sedia ada terhadap isu gangguan seksual agar dapat memberi perlindungan kepada mangsa sepenuhnya. Gangguan seksual adalah perilaku negatif yang boleh berlaku di mana-mana tempat dengan tidak mengira fakta, umur, jantina dan juga bangsa. Mangsa gangguan seksual bukan sahaja dibendung perasaan trauma dan di sepanjang hayat malahan menderita secara fizikal. Namun begitu, sebilangan masyarakat masih menganggap gangguan seksual sebagai isu remeh yang sengaja dibesar-besarkan mangsa kerana budaya dan pemikiran masyarakat tidak melihat gangguan seksual sebagai perbuatan jenayah. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa antara objektif penggubalan RUU ini adalah bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang perlakuan gangguan seksual. Usaha untuk melaksanakan kempen berterusan sahaja kurang memadai. Oleh itu dicadangkan satu bentuk kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia agar isu ini dapat dijadikan antara topik mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, ia secara tidak langsung mencerminkan keseriusan pihak kerajaan dalam mengambil langkah-langkah intervensi terhadap isu ini. Ia juga dilihat dapat menjadi serampang dua mata kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya isu gangguan seksual di persekitaran sekolah. Perkara ini juga tidak mustahil untuk diserap juga dalam sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi yang dapat digarap dalam subjek yang bersesuaian. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Saya melihat pada fasal-fasal yang terkandung dalam RUU, saya berpendapat kementerian perlu menjelaskan tindakan atau bentuk perlindungan yang diberikan bagi melindungi pihak pengadu sepanjang tempoh prosiding tribunal tersebut. Sepanjang prosiding, sudah pasti mangsa terdedah dengan ancaman, ugutan dan sebagainya. Sekiranya benar RUU ini diwujudkan bagi melindungi mangsa gangguan seksual, sewajarnya harus mengenal pasti segala bentuk ancaman semasa dan selepas tempoh prosiding. Jaminan keselamatan perlu menjadi keutamaan di dalam RUU ini. Seterusnya saya juga bimbang sekiranya akta ini tidak melibatkan perlindungan terhadap kesan psikologi ke atas mangsa. Adakah RUU ini atau tribunal ini akan mengambil pertimbangan kesan psikologi yang dialami mangsa. Kita semua sedia maklum bahawa gangguan seksual ini bukan hanya memberi kesan pada fizikal malah memberi kesan terhadap tahap kesihatan mental mangsa. Untuk itu saya rasa wajar bagi kementerian untuk memastikan mangsa mendapat sokongan psikologi yang mencukupi agar secara tidak langsung dapat membantu prosiding tribunal yang berkualiti. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan keanggotaan tribunal yang akan dilantik oleh Menteri. Bagaimana pertimbangan pelantikan ini dijalankan? Saya

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

bimbang sekiranya perkara tidak dijelaskan, ia akan terpalit dengan isu integriti. Umum kita ketahui bahawa hal-hal berkait dengan budi bicara ini akan cenderung kepada isu salah guna. Pada pandangan saya, dengan kewujudan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual ini, maka ia perlu melibatkan hal-hal yang telah saya bangkitkan itu secara terperinci dan jelas.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Namun sebaliknya, rang undang-undang ini hanya tertumpu kepada fungsi tribunal sahaja. Saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hulu Selangor dengan ini menyokong Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Tempoh masa 30 minit.

Baling tidak dapat Tuan Yang di-Pertua? Saya minta lima minit sahaja. Ada Baling tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak ada.

Five minutes sahaja. Bagilah last, bagi saya peluang.

Lembah Pantai pun ada minta sebelum ini. Lembah Pantai pun.

Menteri, boleh sekejap? Lima minit tidak sampai, tiga minit sahaja. Saya hendak ada dua atau tiga perkara saya hendak bahas. Tolong.

Lembah Pantai pun ada mohon.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya benarkan last, five minutes.

Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana beri peluang kepada saya. Saya juga tertarik dengan perbahasan ini, bilamana kita mendengar banyak sangat rakan-rakan di sana dan di sini bahas. Cuma saya ada beberapa perkara hendak diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri dengan seterang-terangnya berkaitan dengan perkataan-perkataan kononnya “rasis” – sorry, “seksis”. Maaf, “seksis”. Jadi, saya nak ini diiktiraf, ditakrifkan, apakah yang dikatakan seksis. Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kalau kita masih ingat lagi, kita dalam Dewan yang mulia ini kita terkejut dan tergempar, bilamana seorang bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, dari Sepanggar dengan izin, dia pergi check mata. Pegawai dia ambil video. Ambil bawah perempuan yang sedang ambil spectacles, check spectacles itu. Dia ambil gambar di bawah iaitu perempuan itu pakai skirt, diambil gambar di bawah dan dia buat laporan polis. Saya hendak tahu Menteri, tolong check dan jawab apakah tindakan yang dibuat. Sama juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, DAP yang dituduh mahkamah suruh bela diri. Dia telah merogol seorang staf ataupun seorang pembantu rumah dari Indonesia. Jadi, ini semua tidak diperkatakan oleh mana-mana pihak. Kalaulah kita telus, we are very transparent, kita harus sebutkan kedua-dua pihak...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Minta mencelah Yang Berhormat.

Janganlah kalau ada pihak-pihak yang tertentu sahaja dituduh...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat.

...dinyatakan bahawa sentiasa mengamalkan perkataan-perkataan seksis dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita tengok, jelas hari ini kalau kita tengok seksyen kita iaitu Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6), 36(7), semuanya ini boleh diguna pakai dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, kita kena adil. Kalau memang sebenarnya- saya setuju. Saya setuju selepas ini, selepas undang-undang ini telah ditakrifkan, saya setuju...

Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Peraturan Dewan 36(2), “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara”. Untuk makluman...

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, saya faham...

Saya belum habis. Yang Berhormat Baling, saya belum habis lagi.

Saya faham. Saya tidak mengolah...

Saya tidak mengolah lebih lanjut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Tidak jelas]

Tuan Yang di-Pertua, berikan saya untuk...

Ya. Pertamanya, yang dituduh di mahkamah bukan lagi merupakan ahli DAP. Nombor satu. Nombor dua, perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah. Saya minta supaya Yang Berhormat Baling tidak mengulangi perkara itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Baik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. You are the man. You are the best lawyer in the world. I respect you. Akan tetapi, saya pun ada kes mahkamah. Awak sentiasa panggil saya pencuri dalam ini. Awak panggil saya [Bercakap dalam bahasa Tamil] Pencuri, pencuri, pencuri. Awak sebagai seorang lawyer, tidak sepatut mengeluarkan kenyataan saya pencuri kerana mahkamah belum lagi putuskan apa-apa berkaitan dengan saya, pencuri. Jawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan isu peraturan. Dalam...

Double standard punya peraturan Tuan Yang di-Pertua. Tak payah dengar.

No. Yang Berhormat Baling, isu peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling. Saya ingat sudahlah, sudah. Sudah Yang Berhormat Baling.

No. Dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini, perkataan-perkataan itu diulangi oleh Yang Berhormat Baling sendiri, bukan oleh saya.

You cakap. You cakap. [Bercakap dalam bahasa Tamil] “Pencuri” datang daripada mulut you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Jangan ketawa. Be honest yourself.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yalah. Duduk, duduk.

Esok you mati kena jawab, saya mati kena jawab.

Bagi Hansard dekat dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apa, tidak apa. Sila. Yang Berhormat Baling, ini floor – Yang Berhormat Baling, ada tinggal dua minit sahaja lagi berbahas tentang rang undang-undang.

Tak bolehlah. Waktu dia kacau saya, tidak dikiralah.

Tuan Yang di-Pertua...

Perkataan [Bercakap dalam bahasa Tamil] Tidak dikatakan oleh saya. Hari ini dia ulangi.

Saya beri penjelasan...

Ambil Hansard tengok...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] itu merupakan perkataan Tamil “pencuri”.

...berapa kali awak cakap. Awak cakap dalam bahasa Malaysia “pencuri” dan India pun dia cakap. Padahal kes itu dalam mahkamah, salahlah. Sebagai seorang lawyer yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah Yang Berhormat Baling, sudah. Teruskan.

Okey, tidak apa. Saya hendak beritahu, saya hendak habiskan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah, sudah, sudah.

Sekarang saya tidak ulangi. Yang Berhormat Baling sendiri yang ulangi.

Jangan hendak putar belitlah. DAP ini memang kaki putar belitlah. Itulah hakikatnya kerana bila dia kata, “Oh! Ini bukan lagi ahli DAP”. Masa buat kerja itu ahli DAP. Sudah habis, bukan ahli DAP.

[Dewan riuh]

What is this? Doesn’t make sense lah. This is not court lah…

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling.

It is off-topic.

...awak hendak putar belit. Ini Dewan yang mulialah...

Yang Berhormat Baling, ini off-topic.

...Dewan... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Yang Berhormat Baling, saya telah beri peluang Yang Berhormat Baling tiga minit. Cukup sudah.

Akan tetapi janganlah ganggu saya. Kalau ganggu saya, macam mana saya hendak habiskan bahas saya? Saya tidak pernah ganggu mereka. Jadi isu sekarang ini, saya hendak bertanyakan kepada Tuan Yang di-Pertua, kita ini beramalkan sistem Demokrasi Berperlembagaan dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. I just want to be fair. Betul, saya setuju kalau rang undang-undang ini boleh juga diambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Parlimen belah sini ataupun belah sana yang panggil “barua” ke atau pakai bedak ke atau hitam atau apa, sama, fair. Janganlah bila kita sahaja boleh, “barua” tidak boleh. “Barua” itu satu ayat yang begitu mulia. Bila orang panggil “barua”, dapat pergi Turki. Saya tidak dapat pergi Turki. Lepas ini saya kena panggil “barua” lah baru boleh pergi Turki kut. Jadi, itulah di antara contoh yang...

Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling, had bincang tentang...

Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan. Peraturan Dewan...

...atas... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah, sudah. Okey, saya minta Yang Berhormat Baling untuk rumuskan satu minit. Yang Berhormat Baling, sila.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Terima kasih. Saya hendak buat rumusan, saya hendak Yang Berhormat Menteri...

Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Yang Berhormat Menteri jawab dalam erti kata yang sebenarnya...

Tuan Yang di-Pertua, perkara itu telah disiasat...

...tanpa rasa ragu, tanpa bincang...

Tuan Yang di-Pertua kata kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan. Jangan buat sangkaan jahat.

Tak ada, tak ada. Saya ada video dia, saya boleh share. I have the video, the thing happened...

You can have many videos but go according to the Hansard.

Tidak apa. Boleh check Hansard. Kalau video saya dapat, takkan Hansard tidak ada. Akan tetapi apa yang saya hendak sebutkan di sini, jangan tegakkan benang yang basah. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menggulung, jawab, beritahu kita dalam Dewan yang mulia ini, apakah erti-erti makna seksis. Kata-kata seksis itu apa dia? Ini sebab saya tidak nak cakap lebih kurang, saya gelap, gelap – Yang Berhormat Menteri, kalau pergi tanya budak-budak Darjah 5 pun, kalau cakap awak hitam, seksiskah? Ayat cakap hitam, kulit awak hitam, seksiskah? Kulit hitam, kulit. Tak ada seksis. Akan tetapi, kalau pergi bawa video tunjuk dekat bawah masa tengah check mata itu, itu lebih bapak daripada seksis. [Ketawa] Ini yang hakikatnya. Kita kena beri– kita kena terang-terang. Jadi, saya hendak Menteri, tolong dalam penggulungan, beritahu Dewan yang mulia ini, selepas ini Yang Berhormat Menteri boleh...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, tukar tajuk lain. Ini apa ini? Pasar malam kah?

...Boleh ambil tindakan kepada mana-mana wakil rakyat...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Macam-macam ini.

Mana-mana Ahli Dewan Rakyat ini, kalau...

[Dewan riuh]

...perkataan seksis, diambil tindakan. Saya setuju.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menggulung, 30 minit.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 (RUU AGS 2021). Saya sekali lagi ingin mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada semua pihak berkepentingan yang bersama-sama dengan kementerian seperti kementerian dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ahli-ahli Joint Action Group for Gender Equality, ENGENDER, Young Women Making Change serta semua pihak yang telah bersama-sama dengan kementerian dalam perjalanan untuk merealisasikan rang undang- undang ini. Kementerian juga menerima pandangan serta input yang sangat berguna daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial yang diterajui oleh Yang Berhormat Pengerang. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah menyertai soal selidik di laman mikro KPWKM.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Kementerian menghargai dan mengambil perhatian atas cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh semua pihak dalam memantapkan rang undang-undang ini. Secara ikhlasnya, saya turut ingin menyatakan bahawa hasrat murni kita mewujudkan Rang Undang-undang AGS ini tidak mungkin termeterai tanpa usaha daripada barisan kepimpinan KPWKM terdahulu yang turut berada di dalam Dewan ini. Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Segambut. Di samping tidak ketinggalan, setinggi-tinggi penghargaan kami kepada kaum Adam yang turut menunjukkan komitmen menyokong kementerian dalam usaha ini terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini dan semua yang berada di luar sana.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Sesungguhnya sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian semasa perbahasan ini menunjukkan solidariti kita ke arah meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat bahawa gangguan seksual tidak wajar dianggap kecil, remeh dan tidak penting kerana ia memberi kesan negatif terutama kepada psikologi mangsa seperti trauma, fobia, takut dan seterusnya menjejaskan kehidupan mereka. Rang undang- undang ini penting dan bertepatan pada masanya kerana saya percaya secara tidak langsung kita akan menghapuskan budaya menormalisasikan gangguan seksual dalam kalangan masyarakat Malaysia. Rang undang-undang ini diharap dapat mengurangkan kejadian gangguan seksual sama ada di tempat kerja mahupun di tempat awam tanpa mengira gender terutamanya bagi kaum wanita agar wanita rasa selamat dan seterusnya meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam pasaran buruh dan dapat bersama-sama membangunkan negara. [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Sesungguhnya rang undang-undang ini merupakan langkah pertama untuk Malaysia menyediakan perlindungan khusus melibatkan isu gangguan seksual. Kita telah lama bekerja keras untuk menjadikan rang undang-undang ini satu kenyataan dan alhamdulilah inilah masanya. Saya harap tarikh 20 Julai 2022 akan mencipta sejarah di Dewan Rakyat apabila rang undang-undang ini diluluskan. Pembaharuan struktur melalui penggubalan akta khusus ini adalah perlu sebagai usaha untuk mengurangkan jurang gender di antara lelaki dan wanita di Malaysia. Penyediaan persekitaran yang selamat pastinya akan membantu meningkatkan pengupayaan rakyat terutamanya kaum wanita kita dalam ekonomi, sosial dan politik selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara. Seramai 26 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan sepanjang sesi perbahasan kali ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih dan amat-amat menghargainya. Izinkan saya semampu mungkin untuk menjawab segala pertanyaan, pandangan atau cadangan tersebut berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun sekiranya kedapatan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak sempat dijawab dalam ruang ini, saya akan dengan izin Tuan Yang di-Pertua memberikan maklum balas tersebut kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi merakamkan penghargaan atas segala sokongan serta cadangan Yang Berhormat Segambut terhadap rang undang-undang ini. Saya beri jaminan bahawa kementerian akan berjalan seiring dan berganding bahu dengan semua pihak dalam pelaksanaan rang undang-undang ini. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, bahawa terhasilnya blue bill rang undang-undang ini, adalah hasil kerjasama dan komitmen semua pihak. Bukan

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

hanya satu pihak sahaja, semua pihak dalam membantu menghasilkan blue bill ini. Justeru kerjasama yang telah terjalin tidak akan terhenti di sini sahaja. Saya beri jaminan bahawa usaha-usaha advokasi pengoperasian dan penggubalan peraturan tribunal serta garis panduan akan mempertimbangkan pandangan dan input dari semua pihak yang berkepentingan. Kementerian juga akan bekerjasama bersama organisasi dan menggunakan media massa untuk mengadakan siri jelajah berkaitan Rang Undang- undang AGS. Melalui siri jelajah ini, diharap kita akan mendapat maklum balas daripada masyarakat umum berkaitan kandungan, garis panduan dan peraturan yang akan dibangunkan supaya masyarakat umum cakna mengenainya. Yang lebih penting apabila kita luluskan rang undang-undang ini bukan untuk menghukum, tapi kita hendak berikan lebih kesedaran dan pendidikan ini dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Kerajaan juga akan meningkatkan sesi libat urus bersama agensi-agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi supaya bersama-sama merealisasikan aspirasi rang undang-undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat Segambut, kementerian memang bercadang menubuhkan suatu Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Khas yang akan diwakili oleh wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan agensi kerajaan. Jawatankuasa ini akan memantau keberkesanan pelaksanaan rang undang- undang ini dari semasa ke semasa dan melaporkannya dalam satu platform yang akan dikenal pasti kelak. Saya juga menyambut baik cadangan supaya kementerian memperkenalkan satu pelan tindakan yang komprehensif untuk pengoperasian tribunal dan menginstitusikan peraturan yang dibangunkan sebagai langkah meningkatkan kesedaran umum mengenai gangguan seksual di samping memastikan amalan tabir urus yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah menyediakan draf pelan tindakan untuk pelaksanaan rang undang-undang ini. Terima kasih juga atas saranan Yang Berhormat supaya kementerian memastikan lantikan anggota tribunal di bawah fasal 4(1)(c) mempunyai kredibiliti dan berpengalaman dalam mengendalikan kes berkaitan gangguan seksual. Saya ingin memberi jaminan di sini bahawa anggota yang akan dilantik adalah di kalangan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dengan gangguan seksual. Ini termasuklah daripada kalangan pegawai polis, kaunselor, pegawai kesihatan, NGO dan ahli akademik. Fasal 25 rang undang-undang menjelaskan tugas serta kuasa pentadbir antigangguan seksual yang merangkumi pembangunan dasar atau mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual. Ini termasuklah menggalakkan aktiviti atau notis yang berkaitan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual. Pemakaian notis adalah tidak bersifat menghukum tetapi lebih kepada memberi kesedaran apa itu gangguan seksual, implikasi serta cara mencegahnya. Saya berharap agar Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial akan dapat bersama-sama membangunkan draf peraturan di bawah fasal 26 kelak. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa iltizam politik adalah elemen penting dalam meningkatkan kesedaran dan menangani kes gangguan seksual. Apabila rang undang-undang ini diluluskan di sini, maka di sinilah ianya bermula. Oleh kerana itu, saya ingin menyeru supaya semua para pemimpin terutama semua ahli politik yang terlibat agar lebih proaktif dalam membendung perlakuan gangguan seksual. Usaha ini merupakan isu merentas agensi dan keadaan yang memerlukan penglibatan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak. Suka saya tekankan di sini bahawa tanggungjawab mencegah, memberi kesedaran dan seterusnya menangani gangguan seksual perlu dipikul oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru, majikan, pekerja, syarikat kesatuan dan organisasi.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Kementerian juga mengambil maklum akan cadangan perlunya perkhidmatan kaunseling sebagai saluran untuk mendidik masyarakat mengenai hak mereka.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menerusi Lembaga Kaunselor Malaysia telah menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam menangani isu psikososial termasuk kes berkaitan kanak-kanak.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Salah satu perkara Yang Berhormat bangkitkan adalah mengenai peranan media sebagai medium hebahan yang perlu lebih peka dan tidak mensensasikan berita atau kes gangguan seksual. Bagi tujuan ini, kementerian akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus dan bekerjasama dengan semua pihak untuk mengadakan kursus kepekaan gangguan seksual bersama media.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan sikit mengenai khidmat kaunseling tadi yang saya bangkitkan dalam perbahasan adalah untuk khidmat kaunseling itu disediakan di tribunal. Sebelum mereka hendak failkan aduan mungkin mereka hendak tahu apa yang akan berlaku selepas mereka failkan aduan. Jadi saya minta KPWKM pertimbangkan untuk sediakan khidmat kaunseling di tribunal, di kaunter yang ada borang aduan. Terima kasih.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Kita mengambil maklum atas cadangan baik Yang Berhormat Segambut. Saya juga menyokong saranan Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Permatang Pauh agar Kementerian Kewangan menyediakan dan menyalurkan peruntukan khusus bagi program-program advokasi serta kursus kesedaran gangguan seksual sebagai langkah pertama untuk kita meningkatkan kesedaran dalam masyarakat kita.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tebrau atas sokongan serta cadangan yang telah diutarakan. Kementerian mengambil maklum bahawa kes-kes gangguan seksual berlaku di seluruh negara berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Bagi permulaan Pejabat Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, merujuk kepada fasal 12(3), tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada bila- bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh presiden. Oleh itu forum persidangan ini boleh dilaksanakan di mana-mana tempat mengikut keperluan. Misalnya seperti Tribunal Rayuan Kastam di mana pemfailan kes boleh dibuat di Putrajaya, tetapi prosiding boleh dilaksanakan di negeri-negeri mengikut keperluan. Insya-Allah kementerian juga berhasrat untuk meluaskan tribunal ini kelak ke semua negeri bagi memberi kemudahan berkaitan kepada masyarakat. Bagi pertanyaan Yang Berhormat mengenai panduan kepada tribunal untuk mengelakkan mangsa yang ingin membuat aduan dengan niat jahat. Tribunal bagi antigangguan seksual mempunyai bidang kuasa untuk menolak aduan gangguan seksual yang tidak munasabah atau tidak benar sepertimana yang dinyatakan dalam fasal 23. Selanjutnya Yang Berhormat, jika didapati bahawa aduan tersebut merupakan suatu fitnah, maka mangsa fitnah berkenaan boleh memfailkan kes saman malu secara berasingan di mahkamah sivil. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga telah membuat pindaan ke atas fasal 13 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli Dewan Rakyat yang mana menyatakan mana-mana pihak boleh dengan kebenaran tribunal dibenarkan untuk diwakili oleh peguam sekiranya aduan gangguan seksual tersebut melibatkan isu undang- undang yang kompleks dan sekiranya satu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh peguam, maka satu pihak lagi juga memihak perwakilan yang sama. Kaedah-kaedah pengoperasian...

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Okey. Kaedah-kaedah pengoperasian seperti tatacara permohonan dan syarat bagi perkara ini akan diperincikan di bawah pembangunan peraturan RUU. Bagi seseorang kanak-kanak atau orang kurang upaya yang terbabit dalam prosiding tribunal, ia boleh diwakili sahabat wakil ataupun penjaga ad litem. Yang Berhormat juga telah bangkitkan persoalan mengenai rujukan kepada Mahkamah Tinggi sepertimana hak tribunal. Fasal 22(1)(a) memperuntukkan bahawa Award Tribunal AGS adalah muktamad dan mengikat semua pihak dan disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah. Walau bagaimanapun, mana-mana pihak boleh mencabar award di bawah fasal 23 dengan menfailkan permohonan semakan kehakiman dengan izin judicial review, sekiranya tidak berpuas hati dengan Award Tribunal AGS. Namun begitu, untuk mencapai sesuatu award, ia adalah atas alasan ketidakaturan yang serius yang dilihat menjejaskan sesuatu award itu. Hal ini bermaksud Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula award secara keseluruhan atau sebahagian kepada Tribunal bagi Antigangguan Seksual untuk pertimbangan semula atau mengenepikan award itu secara keseluruhan atau sebahagian sekiranya terbukti wujudnya ketidakaturan yang serius tersebut. Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa tribunal hanya mempunyai kuasa untuk membuat perintah melibatkan bayaran kepada pengadu berkenaan dengan perbuatan gangguan seksual seperti yang termaktub dalam fasal 20. Mana-mana tribunal tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan kos tambahan atau denda ke atas pengadu yang membuat tuduhan palsu. Namun, perkara ini boleh diadukan menerusi perundangan lain yang lebih sesuai, sebagai contoh menerusi saman fitnah. Selain itu di fasal 23, tribunal juga boleh menolak aduan tersebut sekiranya wujud elemen tuduhan palsu. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol kerana menyokong RUU ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, kementerian telah mula mempergiatkan usaha advokasi berkaitan gangguan seksual termasuk melalui sesi libat urus, bengkel, kursus, latihan serta sesi penerangan berkenaan jenis gangguan seksual dan perkara yang berkaitan supaya gangguan seksual tidak dan tidak sama sekali dinormalisasikan dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk masyarakat. Mangsa gangguan seksual selalunya mengalami kesan emosi atau trauma akibat gangguan seksual. Justeru di bawah fasal 20 RUU ini, tribunal boleh mengarahkan mana- mana pihak sama ada pengadu dan responden untuk menghadiri apa-apa program seperti kaunseling, khidmat masyarakat dan lain-lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh tribunal. Selain itu, kementerian turut menyediakan perkhidmatan Talian Kasih 15999 sebagai platform penghubung antara kumpulan sasar dengan pihak kementerian. Bagi tujuan pertanyaan aduan dan permohonan bantuan yang turut merangkumi aspek antara lain kaunseling perlindungan dan kebajikan termasuk aduan gangguan seksual. Tambahan pula kementerian menerusi agensi-agensi giat melaksanakan program dan inisiatif seperti program-program melalui Lembaga Kaunselor Malaysia dan juga Skuad Waja yang dapat membantu mangsa dari segi sokongan emosi dan kaunseling dalam menguruskan trauma dan kesan akibat gangguan seksual yang dialami. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Hulu Langat supaya RUU AGS ini dijelmakan sebagai undang-undang untuk masyarakat Malaysia. Ini adalah manifestasi penting yang menunjukkan bahawa kerajaan kini amat prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender. Saranan Yang Berhormat Hulu Langat bahawa penambahbaikan adalah satu proses berterusan dari masa ke semasa adalah bertepatan dengan hasrat kementerian ini di mana kami tidak akan berhenti setakat pewartaan RUU AGS ini sahaja. Namun, akan terus menambahbaik undang-undang ini berdasarkan keperluan dan keadaan semasa setelah RUU ini dikuatkuasa kelak. Adalah lebih praktikal untuk

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

penambahbaikan dibuat setelah melihat cara pengoperasian undang-undang ini nanti supaya ia lebih menyeluruh dan menepati keperluan semua pihak. Berkenaan persoalan Yang Berhormat Hulu Langat, RUU AGS ini adalah terpakai kepada mana-mana pihak dan tetap memberi perlindungan kepada sesiapa yang diganggu secara seksual tanpa mendiskriminasi sesiapa jua. Perkara ini adalah merujuk kepada fasal 7 RUU AGS yang menyatakan Tribunal AGS mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa aduan gangguan seksual yang dibuat oleh mana-mana orang. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi penjelasan bagi saranan Yang Berhormat Sik yang mana salah satunya menyentuh tanggungjawab organisasi bagi mencegah gangguan seksual. Untuk makluman Yang Berhormat, elemen pencegahan akan dibangunkan menerusi dasar atau garis panduan berhubung pencegahan atau kesedaran mengenai gangguan seksual di bawah kuasa pentadbir seperti yang dinyatakan di fasal 25.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Di dalam fasal 25, kementerian turut menyatakan mengenai fungsi Pentadbir untuk menggalakkan apa-apa aktiviti termasuklah mempamerkan notis yang berhubung dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual. Di samping itu, menerusi pindaan Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang telah diluluskan pada Mac 2022, terdapat penambahbaikan yang bakal dilaksanakan turut memasukkan seksyen baharu 81H yang menyatakan majikan perlu mempamerkan notis kesedaran tentang gangguan seksual. Selain itu, pindaan ini juga dibuat terhadap seksyen 81F dengan meningkatkan jumlah maksimum denda yang dikenakan kepada majikan atas kegagalan menguruskan aduan gangguan seksual daripada RM10,000 kepada RM50,000. Oleh itu, KPWKM akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi meningkatkan kesedaran gangguan seksual di tempat kerja. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat untuk meluaskan definisi ‘gangguan seksual’ supaya turut memasukkan elemen persekitaran. Takrifan yang digunakan di dalam RUU AGS ini telah diseragamkan dengan definisi yang digunakan di bawah Akta Kerja 1955. Sekiranya takrifan gangguan seksual ini diperluaskan sehingga over defined dengan izin dikhuatiri akan menyebabkan penyalahgunaan serta menyukarkan pelaksanaan rang undang-undang kelak. Seperti mana yang dinyatakan di bawah peruntukan fasal 2, RUU AGS, definisi ‘gangguan seksual’ merangkumkan tiga elemen penting dan komprehensif iaitu apa-apa kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual dan dalam apa-apa bentuk sama ada secara lisan, bukan lisan, visual isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Yang Berhormat Sik turut menyentuh berkenaan keperluan fasal khusus penganiayaan dalam RUU AGS. Elemen penganiayaan melibatkan skop yang sangat luas dan di luar skop bidang RUU AGS ini yang mana bidang kuasa tribunal adalah spesifik untuk mendengar dan menentukan aduan gangguan seksual. Selain daripada itu, elemen penganiayaan ini sekiranya berlaku boleh ditangani menerusi perundangan sedia ada. Sebagai contoh, dalam konteks pekerjaan ia boleh ditangani di bawah Mahkamah Perusahaan atau sekiranya melibatkan ancaman atau ugutan yang bersifat jenayah, ia boleh dirujuk kepada kanun keseksaan Akta 574. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa pendidikan seksual perlu diterapkan dari awal sejak peringkat persekolahan. Untuk makluman semua, kementerian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) telah mengemas kini Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) bagi tempoh 2022 hingga 2025 dan juga menerusi pendekatan consultative termasuk bengkel pengemaskinian bersama pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, ahli akademik, pakar dalam bidang kesihatan dan juga NGO.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Versi terkini PEKERTI menyentuh pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang merangkumi peranan pelbagai kementerian, jabatan, agensi dan NGO berkaitan dan terpakai kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial merupakan asas kepada pembangunan insan yang sihat dan sejahtera. Selaras dengan syariat Islam, ia seharusnya menjadi satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek biological, sosiobudaya, psychological dan kerohanian untuk kita sama-sama ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dapat diterapkan dan diamalkan oleh semua. Menerusi PEKERTI, kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menerapkan elemen pendidikan seks atau lebih dikenali sebagai Reproduktif dan Pendidikan Kesihatan Sosial (PEERS). Saya juga mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Sik atas dua usul yang dikemukakan mengenai had masa bagi satu aduan yang dibuat dan representasi peguam yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa gangguan seksual boleh berlaku kepada mana-mana individu yang mana ia selari dengan hasrat RUU AGS ini untuk terpakai kepada semua individu tanpa mengira jantina. RUU AGS ini bertujuan untuk melengkapi perundangan dan polisi sedia ada berkenaan gangguan seksual di Malaysia yang sebelum ini tidak dapat memberikan tebus rugi (redress) dengan izin yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa gangguan dan hanya memberikan fokus utama kepada menghukum pelaku. Penggubalan undang-undang ini juga akan menyumbang kepada kewujudan persekitaran yang selamat khususnya kepada wanita. Pendekatan RUU AGS ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada setiap pihak supaya berhenti menormalisasikan gangguan seksual serta memastikan matlamat untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan bebas daripada gangguan seksual ini tercapai. Kementerian telah meneliti dan mengenal pasti kekangan melibatkan perundangan dan dasar sedia ada berkaitan peruntukan dan pengendalian isu gangguan seksual. Di bawah kanun keseksaan Akta 574, definisi bagi ‘gangguan seksual’ yang digunakan adalah terlalu luas dan kurang jelas. Sebagai contoh, seksyen 354 merujuk secara khusus kepada kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat mencabul kehormatan. Seksyen 355 merujuk kepada kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat untuk menjatuhkan kehormatan seseorang kecuali atas bangkitan marah. Seksyen 377D merujuk kepada melanggar kesopanan sama ada di tempat awam atau persendirian dan seksyen 509 merujuk kepada kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang sama ada dengan perkataan atau isyarat. Di samping itu, seksyen 354 dan seksyen 509...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, adakah perlu masa lagi?

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Banyak lagi.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya bagi lagi lima minit dan sila gulung.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Kebanyakan kes aduan yang didengar di bawah kanun keseksaan akan melibatkan kos pengurusan yang tinggi kepada mangsa mengambil kira akan terdapat keperluan untuk melantik peguam cara untuk mewakili mangsa di mahkamah. Selain itu, gangguan seksual juga turut ditangani melalui Akta Kerja 1955 atau Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja Perkhidmatan Awam (MyPPSM). Namun begitu, pemakaian akta dan pekeliling ini adalah terhad kepada sektor pekerjaan serta melibatkan tindakan ke atas pekerjaan pelaku sahaja.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Yang Berhormat turut bertanyakan mengenai kebolehlaksanaan untuk membuat aduan gangguan seksual di dua platform yang berbeza iaitu aduan polis dan aduan di tribunal. Bagi perkara ini, di bawah fasal 27 RUU AGS juga ada menetapkan bahawa pengadu tidak terhalang daripada membuat suatu laporan polis bagi apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan gangguan seksual di bawah mana-mana undang-undang bertulis walaupun aduan telah dikemukakan kepada tribunal. Perkara ini juga perlu dibaca secara bersama dengan fasal 8 RUU AGS. Untuk makluman Yang Berhormat, gangguan seksual merupakan suatu perbuatan in personam dengan izin iaitu di antara individu dan individu yang lain dalam kapasiti peribadi mereka. Pengadu perlu mengenal pasti pelaku bagi membolehkan aduan dikemukakan kepada Tribunal bagi Anti Gangguan Seksual mengambil kira tribunal tidak mempunyai kapasiti untuk melaksanakan siasatan dan elemen penguatkuasaan. Namun, diingatkan bahawa RUU AGS ini merupakan forum alternatif dan pengadu masih boleh membuat laporan polis di bawah kanun keseksaan Akta 574 bagi tujuan siasatan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat juga, Tribunal bagi antigangguan seksual ini akan ditubuhkan sebagai satu entiti berasingan di bawah Kementerian, terdiri daripada panel Tribunal yang bertanggungjawab untuk mendengar dan menentukan sesuatu aduan gangguan seksual yang dibuat di bawah RUU AGS ini kelak. Tribunal ini akan dianggotai oleh seorang Presiden dan Timbalan Presiden dalam kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Tidak kurang daripada lima orang anggota lain, yang merupakan atau pernah memegang jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan atau individu yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang- undang 1976, Ordinan Peguam Bela Sabah dan Ordinan Peguam Bela Sarawak dan yang menjalankan amalan selama tidak kurang daripada tujuh tahun, serta tidak kurang daripada lima anggota lain yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam perkara berhubung gangguan seksual. Yang Berhormat turut mengutarakan persoalan sama ada pakaian mencolok mata boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual. Sepertimana yang telah saya maklumkan, semasa sesi huraian, gangguan seksual didefinisikan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang, yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Gangguan seksual juga merupakan suatu perbuatan in person iaitu di antara individu dan individu yang lain dalam kapasiti peribadi mereka. Sehubungan dengan itu, sekiranya tujuan memakai pakaian mencolok mata atau tidak sopan tersebut ditujukan terus, ini kalau ditujukan terus kepada seseorang dan menepati definisi gangguan seksual, maka ia merupakan suatu kesalahan yang boleh diadukan kepada tribunal bagi antigangguan seksual.

Yang Berhormat Menteri. Definisi.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Namun dari sudut pekerjaan, tatacara pemakaian penjawat awam dalam tempoh waktu bekerja adalah tertakluk kepada arahan sedia ada yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala, sektor swasta pula tiada tatacara pemakaian khusus dikeluarkan, namun majikan mempunyai kuasa untuk mewujudkan peraturan di tempat kerja masing-masing. Bagi persoalan Yang Berhormat mengenai pengecualian bidang kuasa mahkamah, fasal 8 RUU AGS hanya mengecualikan bidang kuasa mahkamah untuk membicarakan isu gangguan seksual jika insiden yang sama telah pun diadukan kepada tribunal bagi antigangguan seksual terlebih dahulu. Bagi membolehkan Tribunal memutuskan isu ini tanpa pertindihan bidang kuasa dengan mahkamah sivil. Namun, pemfailan aduan ke tribunal tidak menghalang pihak-

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

pihak yang terlibat untuk memfailkan kes sivil berkenaan isu selain insiden gangguan seksual yang sama.

Yang Berhormat Menteri, satu saat sahaja.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, jika ada banyak lagi, sila jawab secara bertulis ya. Masa telah mencukupi. Duduk Yang Berhormat Baling. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Tajuk Panjang [Pindaan] -Bill

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Terdapat pindaan pada tajuk panjang dalam rang undang-undang ini. Tajuk panjang dipinda dengan menggantikan perkataan “Menggalakkan kesedaran tentang” dengan perkataan, “Meningkatkan kesedaran tentang dan mencegah berlakunya”. Penulisan pindaan adalah seperti yang berikut, “Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi suatu hak tebus rugi, bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual”. Penubuhan Tribunal bagi antigangguan seksual meningkatkan kesedaran tentang dan mencegah berlakunya gangguan seksual dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya. Pindaan ini dibuat bagi memperjelaskan tujuan penggubalan rang undang-undang ini dan supaya selari dengan fasal 25 rang undang- undang ini yang menyatakan mengenai peranan Pentadbir bagi antigangguan seksual khususnya berkaitan elemen pencegahan dan kesedaran gangguan seksual.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang telah tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dibentangkan sekarang dibuka untuk dibahas.

Tuan Pengerusi, Sik mohon bangun.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sebentar. Sebelah kerajaan dua orang, sebelah pembangkang dua orang. Tiga minit. Silakan. Kerajaan, jika ada, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya bangun sekali lagi untuk yang pertamanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian atas usaha untuk membuat pindaan dalam RUU ini khususnya dalam fasal 7(2) yang menyebut berkaitan aduan gangguan seksual...

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat, sebentar. Untuk makluman Dewan, keep the scope dengan izin to what is apa yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Dewan ya.

Baik. Saya memberi tumpuan untuk pindaan fasal 7(2) iaitu “(2) Aduan gangguan seksual dibuat di bawah kurungan subseksyen (1) hendaklah merujuk pada gangguan seksual yang berlaku selepas akta ini mula berkuat kuasa” dan “(3) Aduan gangguan seksual yang dirujukkan kepada Tribunal di bawah Akta ini adalah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953 [Akta 254] .” Jadi, pindaan ini telah pun dibuat dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Begitu juga dalam fasal 13 yang telah pun dibuat pindaan iaitu berkaitan dengan hak pengadu yang berada dalam prosiding. Mereka mempunyai hak untuk mendapatkan khidmat peguam cara dan peguam bela dan ini adalah yang telah termaktub dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi hak kepada seluruh rakyat Malaysia untuk diwakili oleh peguam dalam setiap prosiding dan juga proses pembelaan di mahkamah. Pihak saya menyokong pindaan ini yang telah dibuat oleh pihak kementerian sendiri. Sekali lagi, saya menyokong sepenuhnya RUU ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sebelah kiri, silakan Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencadangkan pindaan kepada tajuk panjang di mana tajuk panjang ini seharusnya mempunyai rujukan yang lebih mendalam kepada niat rang undang-undang tersebut, di mana dalam tajuk panjang yang dicadangkan oleh pihak kementerian ialah ia deskripsi kepada apa akta itu boleh buat. Akan tetapi apa yang saya cadangkan ialah ia mempunyai rujukan kepada niat, termasuk untuk pencegahan gangguan seksual dan juga untuk menyediakan akses kepada keadilan dan remedy yang tepat pada masanya dan percuma atau sekurang- kurangnya berpatutan, kerana ini merupakan prinsip-prinsip Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita ataupun CEDAW. Mengenai kesaksamaan gender dan penghapusan keganasan berasaskan gender yang dilihat sebagai bentuk diskriminasi yang kejam terhadap wanita. Sebab itu, saya mencadangkan tajuk panjang ini dipinda, untuk membawa masuk niat rang undang- undang ini kepada satu tajuk panjang yang berbunyi, “Suatu akta yang mengiktiraf gangguan seksual sebagai pencabulan maruah manusia”.

Satu bentuk diskriminasi dan keganasan berasaskan gender dan kemudian sambung yang tadi itu dan mengadakan peruntukan bagi suatu hak tebus rugi bagi mana- mana orang yang diganggu secara seksual, penubuhan Tribunal bagi antigangguan seksual, “menggalakkan kesedaran” tadi Yang Berhormat Menteri sudah tukar kepada “meningkatkan kesedaran tentang dan mencegah berlakunya”, saya setuju yang itu dan seterusnya sehingga akhir ayat tersebut. Jadi, untuk meluaskan tajuk panjang itu kepada niat rang undang-undang itu sendiri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan sebelah kanan jika ada, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya tentang perkara yang melibatkan “Jika suatu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2), pihak yang satu lagi juga berhak sedemikian”. Adakah bermakna jika sesuatu pihak dibenarkan, dia mungkin boleh berlaku tidak dibenarkan? Itu yang saya perlu dapatkan penjelasan.

Seterusnya oleh kerana dinomborkan semula subfasal (3) sedia ada sebagai subfasal (4) yang melibatkan daripada fasal 13 asal, jadi saya ingin untuk bertanya, tertakluk kepada subseksyen (1) dan (2) “Satu pihak yang merupakan seorang yang belum dewasa”. Bolehkah diberikan takrifan tepat apa yang dimaksudkan dengan “Seorang yang belum dewasa itu?” Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Silakan sebelah kiri. Saya lihat Yang Berhormat– tidak keluar di sini. Yang Berhormat Lumut, silakan. Maaf, tidak keluar di sini. Silakan, tiga minit.

Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan mengenai perkara empat iaitu peranan Menteri di dalam lantikan-lantikan ini. Menteri boleh melantik presiden, timbalan dan lima orang anggota yang mana Menteri boleh pula diberikan kuasa untuk membatalkan pelantikan anggota. Akan tetapi, tidak ada peruntukan untuk membatalkan pelantikan Pengerusi ataupun Presiden dan Timbalan Presiden. Saya mohon penjelasan, apakah rasional yang ditetapkan sedemikian kerana lantikan itu dibuat oleh Menteri, ertinya kalau ikut biasanya lah, kuasa itu diberikan untuk juga membatalkan pelantikan semua, bukan hanya anggota-anggota. Di samping itu Tuan Pengerusi, semalam saya bahaskan pelantikan dalam rang undang-undang lain mengenai Timbalan Ketua Pengarah contohnya, yang ini Timbalan Presiden kepada– ya, habis sudah. Sikit lagi ya. Adakah lebih wajar kalau kita lantik seperti cadangan semalam yang jadi amalan biasa katanya daripada AG’s Chambers.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Lumut.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Skop pada tajuk panjang tadi.

Ya, skop inilah, timbalan. Memberikan satu peruntukan supaya melantik beberapa orang timbalan mengikut kesesuaian seperti argument semalam, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, lima minit.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Yang Berhormat, boleh saya terus menjawab kepada persoalan tentang tajuk panjang ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Tajuk panjang.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ini sebab yang kita pinda pada– ini adalah mengenai tajuk panjang yang telah pun disebutkan tadi. Jadi, cadangan untuk memasukkan elemen mengiktiraf gangguan seksual sebagai pencabulan maruah manusia suatu bentuk diskriminasi keganasan berasaskan gender dalam tajuk panjang Rang Undang-undang AGS ini. Pernyataan ini telah saya nyatakan dalam ucapan pengenalan rang undang- undang semalam yang telah sampaikan. Oleh itu, kementerian ini tidak menafikan bahawa gangguan seksual ini sememangnya suatu bentuk pencabulan, tetapi kita berpandangan, cukup dengan apa yang telah kita pinda buat setakat ini, apa yang telah kita pinda dengan memasukkan elemen meningkatkan kesedaran tentang dan mencegah berlakunya.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Okey. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri? Baik.

Tuan Pengerusi, dia tidak menjawab pertanyaan saya tadi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Untuk makluman, perbincangan ini adalah atas tajuk panjang sebagaimana yang saya tegur tadi.

Tajuk lain ini, belum?

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Kemudian. Belum lagi. Kita jangan divert 36(1) itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah pada...

Tuan Pengerusi, nampaknya tiada jawapanlah pada soalan saya tadi? Satu, satu.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Belum sampai lagi Yang Berhormat Lumut, belum sampai lagi. Baru sampai...

Yang Berhormat Kuantan bangkitkan nombor satu.

Baru sampai Kuala Lumpur, belum sampai Lumut lagi. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Tajuk Panjang sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)UMNO · BNFasal-fasal 1 hingga 6 - Tuan Pengerusi · Cameron Highlands

Jika ada...

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sebentar Yang Berhormat, biar saya putuskan jika ada orang hendak berbahas, saya bahagikan satu minit sebelah kerajaan, satu minit sebelah pembangkang. Silakan seorang. Jika tidak ada dan – pembangkang sebelah sini? Satu minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkitkan balik soalan-soalan saya tadi tanpa saya ulang perbicaraannya. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Terima kasih Yang Berhormat Lumut.

Seperti di dalam Hansard.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Fasal-fasal 1 hingga...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Tuan Pengerusi, saya pohon satu lagi di bawah fasal 2.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Silakan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah fasal 2, pindaan dicadangkan di bawah tafsiran ini, tafsiran yang satu, dua, tiga para yang keempat, “gangguan seksual ertinya apa-apa kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk, sama ada lisan bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan satu ancaman kepada kesejahteraannya.” Saya mencadangkan “ditujukan kepada seseorang” ditukar kepada “terhadap orang lain” kerana ianya perlu untuk memastikan bahawa ia meliputi insiden di mana kelakuan yang diadukan tidak ditujukan kepada orang tertentu. Akan tetapi, dalam kehadiran sekumpulan orang. Ia boleh termasuk situasi di mana seseorang menghantar mesej yang tidak wajar di Twitter atau melakukan onani di kawasan awam, contohnya di perhentian bas. Jadi, dia tidak ditujukan kepada seseorang, tetapi terhadap orang lain. Jadi, pohon pindaan yang tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Respond Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Pengerusi, boleh saya add one point.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Tentang definisi tadi, kalau saya terangkan tadi semasa penggulungan, rang undang-undang ini ia bersifat interpersonal, individu kepada individu. So, kena faham tentang itu. Apabila kita membuat– kerana ditujukan kepada seseorang. Jadi, apabila aduan dibuat, dia sudah kena tahu siapa pelaku dan siapa yang menjadi mangsa. Jadi, itu asasnya kepada rang undang-undang ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Majlis...

Tuan Pengerusi, tidak jawab tadi saya.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ini saya hendak jawab dua kali.

Thank you, thank you.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Okey. Kalau kita tengokkan pada fasal 4, “Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri”. Tadi ditimbulkan kenapa pelantikan Presiden ini atau pun Presiden ini boleh dilucutkan jawatannya oleh Menteri pada bila-bila masa sahaja.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Jadi kalau kita tengok, siapa Presiden ini? “Presiden dan seorang Timbalan Presiden ini hendaklah dilantik dalam kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.” Maksudnya dia dilantik semasa dia dalam perkhidmatan. Jadi, sekiranya dia telah pun tamat ataupun dia telah pun tidak meneruskan perjawatan atau sebagainya, maka ia boleh ditukar dan juga digantikan dengan yang lain sekiranya mereka hilang kelayakan dan juga boleh digantikan lain. Jadi, itu sebabnya kalau kita tengok yang lain itu, kalau mereka hendak meletak jawatan, mereka kena bagi notis tiga bulan. Akan tetapi, Menteri pada bila-bila masa boleh menggantikan mereka ini. Ini sebab mereka ini dilantik semasa dalam perkhidmatan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Pengerusi, satu perkara.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Saya telah tetapkan tadi one on both sides.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Akan tetapi kalau sebelah tidak berminat, itu bukan kesalahan saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Duduk. Please proceed.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hanya satu perkara untuk fasal 12.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu minit sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Saya telah putuskan. Muktamad.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu minit sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Itu pun tidak boleh?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Amaran.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu minit untuk wanita untuk bahas tentang undang-undang ini tidak boleh?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Amaran pertama.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Bagilah kelonggaran sikit.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Please duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sila duduk.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Kelonggaran sikitlah. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sila duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu minit sahaja, Tuan Pengerusi, dan saya cakap... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sila duduk.

[Dewan riuh]

Bagilah chance.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sila duduk.

Nak tunjuk kuasa sangatkah?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sila duduk Yang Berhormat. Terima kasih. Kita jalankan Mesyuarat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Pengerusi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu minit pun tidak boleh bagikah?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jangan tetapkan terlalu ketatlah. Supaya keputusan kemudian ini, jangan terlalu ketat. Bagilah kelonggaran.

[Dewan riuh]

Apalah Tuan Pengerusi, tidak ada langsung bagi ruang... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Saya telah membuat keputusan, Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Alah, keputusan boleh berubahlah. Ini bukan keputusan-keputusan yang ini. [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 7 [Pindaan] -Bill

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Terdapat pindaan pada fasal 7 rang undang-undang ini. Pindaan pada fasal 7 adalah untuk menyatakan elemen aduan berbentuk prospektif dan had masa untuk mengemukakan aduan. Penulisan pindaan adalah seperti yang berikut: (i) “Aduan gangguan seksual yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dirujuk pada gangguan seksual yang berlaku selepas Akta ini mula berkuat kuasa”; dan (ii) “Aduan gangguan seksual yang dirujukkan kepada Tribunal di bawah Akta ini adalah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953 [Akta 254] ”. Pindaan ini dibuat kerana terdapat keperluan untuk menyatakan elemen prospektif dan memperjelaskan penggunaan Akta 254 bagi penerimaan aduan gangguan seksual supaya tidak berlaku lambakan kes untuk dipertimbangkan oleh Tribunal bagi Antigangguan Seksual kelak.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dibentang sekarang dibuka untuk dibahas. Okey, saya benarkan dua orang daripada kerajaan, dua orang dari kiri. Tiga minit satu orang. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 7 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)UMNO · BNFasal 8 hingga 12 - Tuan Pengerusi · Cameron Highlands

Memandangkan ada yang hendak berbahas? Jika tidak ada...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ada.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Okey. Silakan, tiga minit.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk pada fasal 12 di mana kita sebut tentang siapa yang akan duduk dalam Tribunal, siapa yang akan jadi anggota Tribunal. Merujuk pada fasal 12, ia cakap bahawa setiap panel bagi persidangan Tribunal perlu ada tiga orang anggota dan sekurang-kurangnya seorang adalah wanita iaitu fasal 12(2). Jadi, saya hendak cakap di sini bahawa mangsa ataupun pengadu dalam Tribunal ini ada kemungkinan adalah lelaki dan orang yang kena adu itu ataupun defendan juga ada kemungkinan bahawa adalah seorang lelaki. Jadi, walaupun saya setuju bahawa sekurang-kurangnya anggota Tribunal ini mestilah seorang wanita tetapi saya rasa lebih adil kalau kita boleh masukkan atau pastikan bahawa persidangan Tribunal ini ada sekurang-kurangnya seorang lelaki juga untuk kita dapat satu representasi yang lebih adil. Jadi, saya hendak tanya di sini kerana cara kita letakkan perkataan-perkataan dalam fasal ini sepertinya kami sudah ada satu anggapan bahawa kebanyakan anggota dalam Tribunal ini adalah lelaki, dan oleh sebab itu kami hanya ada satu kewajipan untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya seorang adalah wanita. Akan tetapi, saya rasa itu bukan konsep yang maju. Saya di sini hendak cadangkan bahawa bukan sahaja sekurang-kurangnya mesti wanita tetapi daripada tiga orang anggota di setiap persidangan Tribunal, sekurang- kurangnya mestilah jadi lelaki juga kerana kita perlu faham ada kemungkinan kedua-dua pengadu dan juga defendan adalah lelaki.

Yang Berhormat. Yang Berhormat, boleh mencelah sekejap?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sure. Sila. Sila.

Bolehkah kita masukkan di antara ahli Tribunal itu, dua orang mesti wanita?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Dalam pandangan saya, sekurang-kurangnya seorang adalah daripada mana-mana gender. Itu adalah prinsip yang perlu kita pegang. Jadi, hendak letak cakap bahawa mestilah dua orang wanita atau bagaimana, saya harap nampak lebih banyak anggota dalam Tribunal ini adalah dilantik daripada golongan wanita tetapi itu adalah kuasa Menteri. Akan tetapi, dalam pandangan saya, apabila kita sebut tentang gender equality, we should try to make sure each side should have a representation di dalam semua Tribunal. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Ada yang hendak berbahas? Sebelum saya serah kepada Yang Berhormat Menteri. Anybody? Jika tidak ada, Yang Berhormat Menteri silakan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai. Kalau kita tengok pada fasal 12, panel bagi setiap persidangan Tribunal dalam subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wanita. Tentang permintaan yang dikatakan perlu ada juga lelaki, sebenarnya kita akan perincikan dalam tatacara Tribunal nanti.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Baik.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

[Fasal-fasal 8 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 13 [Pindaan] –Bill

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Terdapat pindaan pada fasal 13 rang undang-undang ini. Pindaan pada fasal 13 adalah untuk menyatakan perihal representasi undang-undang di bawah rang undang-undang ini. Penulisan pindaan adalah seperti yang berikut: (i) “Pada pendengaran sesuatu aduan gangguan seksual, tiap-tiap pihak kepada prosiding berhak hadir dan didengar”; (ii) “Tiada pihak boleh diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada sesuatu pendengaran, melainkan jika pada pendapat Tribunal, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks”; dan (iii) “Jika satu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2), pihak yang satu lagi juga berhak sedemikian.”. Subfasal (3) sedia ada dinomborkan semula sebagai subfasal (4) dan subfasal (4) sedia ada dinomborkan semula sebagai subfasal (5). Pindaan ini dibuat bagi membenarkan pihak-pihak dalam pendengaran untuk diwakili oleh peguam bela atau peguam bagi isu-isu undang-undang yang kompleks.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan...

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Tiga minit.

Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan ayat, “Melainkan jika, pada pendapat Tribunal, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks”.

Saya fikir bukan masalah undang-undang yang kompleks tetapi kefahaman orang yang mengadu itu. Kalau lah dia berkefahaman tinggi, masalah undang-undang yang kompleks itu tidak tertimbul. Akan tetapi kalau lah dia kurang memahami undang-undang, tidak kira kompleks atau tidak kompleks pun, dia memerlukan khidmat nasihat daripada seorang peguam. Jadi, saya mohon supaya ayat ini diperbetulkan, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang tidak difahami oleh si pengadu atau pun pelaku.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tidak ada.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Silakan Yang Berhormat Sungai Buloh.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya faham niat di belakang pindaan ini. Akan tetapi saya risau ini akan membuka satu pintu besar untuk pihak-pihak khususnya pihak yang di saman untuk khususnya bila dia ada kemampuan kewangan untuk membawa peguam bela untuk dimasukkan dalam pendengaran di hadapan tribunal dengan menggunakan alasan ini. Kalau kita baca ayat, klausa 13B(3) dengan bahasa Inggeris, dengan izin, “If one party is allowed to be represented by an advocate and solicitor under subsection(2), the other party shall also be so entitled ”. Perkataan, “is allowed to be represented” memberi gambaran yang jelas bahawa pihak itu akan memohon kepada tribunal. Dia akan memohon, dia akan membawa peguam dia, dia memohon kata kes ini melibatkan isu perundangan yang kompleks. Saya minta diwakili oleh peguam, baik. Akan tetapi adakah keadilan untuk pihak yang saman, kita kata di sini, okey kamu esok juga boleh bawa peguam. Sama ada dia ada kemampuan itu, kewangan itu untuk membawa peguam bukan satu perkara yang nyata di semua kes. Ada banyak kes pengadu datang ke tribunal dan kita faham yang Tribunal ini memang proses yang mudah, tidak mahal, senang untuk digunakan tetapi tiba-tiba dia ada cabaran, dia kena cari peguam. Jadi, bagi saya adakah ini perlu kah ini ataupun kita ada cara lain di mana katakan kes-kes itu membangkitkan isu perundangan yang rumit. Tribunal ada orang yang layak, yang berkelayakan undang-undang. Satu cara lain ialah mereka mendefinisikan isu undang-undang itu dan rujuk pada Mahkamah Tinggi bagi jawapan dan selepas itu, jalan. Mereka tidak perlu buka pintu yang besar dan kita jadikan satu keadaan yang bukan imbang lagi, tidak adil kepada satu pihak atau pun kita kena ada sistem di mana pihak kerajaan atau pihak tribunal akan pastikan ini yang kita kena fikirkan. Macam mana hendak pastikan dua-dua pihak tentu akan ada perwakilan melalui peguam. Itu lah yang saya hendak bangkitkan untuk dipertimbangkan oleh Menteri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Jika tiada- Menteri, sila...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Kuantan, Tuan Pengerusi...

Sik juga, sedikit.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Oh, sila.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan fasal 13, saya merujuk kepada mangsa sekiranya mangsa itu seorang kanak- kanak atau seorang yang tidak berupaya, seorang OKU. Saya mengandaikan pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri, “Untuk membenarkan untuk diwakili oleh sorang peguam bela dan peguam cara”, ini terpakai untuk kanak-kanak dan OKU ini. Saya khuatir Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan OKU ini kerana saya pernah berhadapan dengan kes yang begini di mana seorang kanak- kanak bawah umur, down syndrome yang tidak boleh hendak menyampaikan masalah dia atau pun aduan dia tetapi ada saksi nampak pelaku keluar dari bilik dan dia tidak boleh hendak testify dan sebagainya dan dia hanya menangis ketakutan. Jadi, saya kira- saya harap bahawa pihak kementerian, pihak Yang Berhormat Menteri melihat kepada in-depth bagaimana kita hendak mengendalikan tribunal apabila ia melibatkan kanak-kanak dan OKU dan kalau kanak-kanak OKU itu lebih rumit keadaannya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, dari Sik satu lagi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Jika tidak ada...

Satu lagi, mohon. Tuan Pengerusi, Sik mohon.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Sik, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi, ringkas sahaja. Secara keseluruhan, saya bersetuju dengan fasal 13 ini. Cuma dua persoalan saya. Jika dalam keadaan pihak pengadu itu tidak ada kemampuan untuk diwakili peguam adakah ada ruang untuk Biro Bantuan Guaman mewakili beliau ketika mana ada isu-isu kompleks berkaitan dengan perundangan dalam prosiding. Soalan kedua, adakah ketika mana ada satu pihak telah pun menggunakan khidmat peguam, adakah satu pihak lagi dia juga ada pilihan untuk diwakili peguam atau pun tidak perlu diwakili peguam. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya hendak ingatkan sekali lagi RUU ini untuk kita tubuhkan atas asas bahawa ramai mereka yang terlibat dalam gangguan seksual ini tidak membuat laporan. Kajian yang kita buat lebih daripada 20 ribu orang melaporkan hendak dekat 80 peratus melaporkan bahawa mereka tidak buat pun laporan disebabkan perkara-perkara berikut: malu, takut dengan keadaan undang-undang yang sedia ada. Oleh sebab itu, RUU AGS ini dibuat. Jadi, tujuannya untuk memudahkan, untuk mempercepatkan dengan fi yang murah, affordable. Jadi, ini tujuannya. Jadi, kepada saranan Yang Berhormat Jerlun itu kalau semua saya hendak bagi juga mereka ini ada peguam bela dan peguam cara, saya kira dia akan jadi sama juga macam undang-undang yang lain, dia bukan Tribunal. Jadi, saya setuju dengan Yang Berhormat Jerlun bahawa pemahaman dan kesedaran advokasi itu sangat penting untuk kita terapkan kepada lapisan masyarakat. Seterusnya, kepada Yang Berhormat Sungai Buloh tadi, yang memberi cadangan. Secara dasarnya tribunal ini kita tidak membenarkan secara dasarnya- pada asalnya kita tidak membenarkan mereka ini diwakili oleh mana-mana peguam bela atau peguam cara pada suatu pendengaran. Akan tetapi sekiranya ia melibatkan satu perundangan yang kompleks. Maksudnya, perundangan kompleks ini pula yang akan menentukan iaitu Pengerusi Tribunal. Dia yang akan tentukan ini sama ada kompleks atau pun tidak. Bukan semua isu yang dibawa itu akan dijadikan sebagai perundangan yang kompleks. Jadi, kita pun mengambil kira juga sebab hasrat aspirasi RUU ini, kita hendak membantu mereka ini, hendak membantu dan memudahkan. Jadi, kemampuan kewangan kedua-dua pihak juga akan dipertimbangkan oleh pengerusi. Kalau terlalu jauh berkemampuan, contohnya. Jadi, pengerusi boleh buat pilihan untuk tidak benarkan perwakilan dan kita juga, dalam fasal 17 RUU ini juga, tribunal boleh untuk merujuk pada Mahkamah Tinggi mengenai apa-apa isu perundangan yang timbul. Maksudnya, sebelum timbul kepada kompleks itu, kita Tribunal boleh pergi dahulu pada Mahkamah Tinggi, rujuk dulu kepada perundangan. Jadi, bukan semudah itu untuk kita mengklasifikasikan tentang perundangan yang kompleks ini. Seterusnya, tadi siapa lagi?... [Disampuk] Yang Berhormat Sik. Ya, Yang Berhormat Sik tadi apa? Itu yang saya sebutkan tadi itu. Ya, maksudnya, sekiranya...

Boleh diwakili oleh Biro Bantuan Guaman atau pun tidak? Jika tidak berkemampuan daripada segi melantik peguam.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ya boleh dan sebelum sampai ke situ, kita hendak beritahu tadi, yang sebenarnya keputusan sama ada ia merupakan perundangan kompleks atau pun tidak, akan diputuskan oleh Pengerusi Tribunal.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Kuantan tadi tak jawab. Menteri tidak jawab. Menteri tidak jawab yang Kuantan punya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Jawab bertulislah nanti. Saya sudah proceed sudah ini. Kalau tidak proceed tadi lain. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 13 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)UMNO · BNFasal 14 hingga 24 - Tuan Pengerusi · Cameron Highlands

Silakan jika ada.

Boleh Tuan Pengerusi, Hang Tuah Jaya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak pergi kepada fasal 19 yang mana dalam bahasa Inggeris ini disebut; “The Tribunal shall make its award without delay within 60 days on the first day they’re heading before the Tribunal commences”. Soalan saya ialah, daripada segi practicality lah. Kalau katakan maknanya ia melebihi 60 hari, jadi apakah prosesnya? Apakah pemohon ada pre-hearing ataupun keputusan itu tidak sah dan sebagainya? Jadi sebab perkara ini di-limit ya. Undang- undang ini mengehadkan Tribunal shall make its award without delay dalam masa 60 hari. Kedua Tuan Pengerusi, berkaitan dengan fasal 22 dan fasal 23 ya. Yang ini sebahagiannya telah pun diulas sedikit oleh Yang Berhormat Menteri. Berkaitan tentang award Tribunal itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar kecuali atas alasan prosedur ketidakteraturan yang serius. Saya ingin ingatkan kementerian saya percaya pegawai undang-undang kementerian tentunya maklum tentang kes R. Ramachandran lawan Mahkamah Perusahaan Malaysia yang merupakan ibu kepada semua kes yang berkaitan tentang semakan ini. Ini adalah kerana ini merupakan undang-undang pentadbiran- administrator law. Jadi, keputusan ialah melalui semakan kehakiman. Ini di mana di dalam Mahkamah Persekutuan ini mereka memutuskan bahawa keputusan tribunal ini boleh dikaji atas alasan tidak sah, tidak rasional dan possibly proportionality, dengan izin, Tuan Pengerusi. Jadi, saya tidak mahu bila kita sudah luluskan undang-undang ini, ada kita buka ruang untuk dicabar kerana ia nya bertentangan dengan satu keputusan Mahkamah Persekutuan. Jadi, saya fikir ini satu perkara yang wajar untuk pihak kementerian tengok. Terakhir Tuan Pengerusi, walaupun tadi kita telah luluskan tentang fasal 10 yang dinyatakan mana-mana yang hendak buat aduan ini boleh dibuat dengan borang yang ditetapkan bersama dengan fee. Jadi, saya harap fee ini kalau boleh very nominal lah, dengan izin, kerana saya difahamkan Yang Berhormat Menteri sebut tadi RM20 ribu lebih kes gangguan seksual ini. Ini kalau mereka caj yang mahal itu menyusahkan rakyat dan pengadu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Ada lagi? Silakan.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada klausa 17 yang bertajuk rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang yang tadi dirujuk. Disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Dengan izin saya baca 17(1), “Sebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 19, Tribunal boleh mengikut budi bicaranya merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undang-undang...” Inilah syaratnya ya. So, boleh rujuk soalan undang-undang yang: (a) timbul dalam perjalanan prosiding itu memang cukup jelaslah maksudnya dan tidak ada masalah; (b) yang pada pendapat Tribunal adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu. Itu pun cukup jelas dan munasabah dan ada maksud yang jelas juga. Tidak ada masalah dengan ini; (c) yang saya bangkitkan sebab ini macam I pun tidak faham. I sudah baca ini beberapa kali saya masih kurang faham apakah niat dan tujuan peruntukan ini? Saya baca dengan izin. Yang penentuannya oleh Tribunal itu pun boleh mengelirukan sebab sebelum itu dia bukan tentukan persoalan undang-undang dia rujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi. Jadi, perkataan di (c) ini kelirukan. Yang penentuannya oleh Tribunal. Pada hal, perkara ini tidak dibangkit dalam perenggan (1) (a) dan (b). So, saya teruskan. Penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu. Apakah maksud dia? It raises- sekarang saya terjemahkan dalam bahasa Inggeris- that the determination by the Tribunal raises in the opinion of the Tribunal satu reasonable doubt untuk mewajarkan, is to justify the reference. Saya rujuk kepada versi bahasa Inggeris di sini. Dengan izin, saya baca- the determination of which by the Tribunal itu pun yang maksud saya bercanggah raises in the opinion of the Tribunal sufficient doubt to merit such a reference. Ini yang I tidak- maksud, I’m reading it and I don’t understand.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tribunal is not for itself.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Why should it raise sufficient doubt? The first two, (a) dan (b) adalah cukup. It is arising in the course of the proceeding dalam perjalanan prosiding cukup penting. Cukup penting untuk mewajarkan rujukan dengan dua itu cukup. Apabila kita masukkan yang (c) ini, it is totally confused. Maksudnya macam sangat keliru, sangat tidak jelas, dan saya minta Yang Berhormat Menteri pertimbangkan secara serius tarik balik klausa itu yang tidak membantu dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada klausa ini secara keseluruhan dan akan timbulkan banyak kekeliruan di mahkamah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Sungai Buloh, tolong gulung.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Oleh sebab Mahkamah akan tanya, apakah tujuan ini? Macam Dewan Rakyat tidak tahu Bahasa Malaysia kah, ataupun bahasa Inggeris ya?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Sungai Buloh, time’s up.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Itu sahaja, all right terima kasih. Itu yang saya hendak membangkitkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada fasal 23 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana- mana pihak kepada prosiding tribunal boleh memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar suatu award dalam prosiding itu hanya atas alasan ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award itu. Pasir Gudang memang akan menyokong supaya diluluskan rang undang-undang ini menjadi undang-undang. Akan tetapi, dalam fasal 23 ini merupakan semakan kehakiman judicial review. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengapa dikenakan syarat hanya atas alasan ketidakteraturan yang serius baharu boleh award itu dicabar atau dibatalkan. Ini bermakna kita mengikat kuasa budi bicara Hakim di Mahkamah Tinggi dan disebut oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi ada kes mahkamah, Federal Court- Mahkamah Persekutuan yang perlu menjadi rujukan. Jadi, saya hendak luluskan ini- menyokong tetapi tidak berapa selesa dengan mengenakan syarat ini mengikat hakim-hakim hanya atas alasan ketidakteraturan dan prosedur. Bagaimanakah tentang substantif ini kes itu? Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri ada rasionalnya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Okey last ya. Yang Berhormat Dungun, sila Yang Berhormat Dungun.

Dua fasal sahaja.

Tuan Pengerusi, selepas ini boleh?

Fasal 16, berkait dengan rundingan penyelesaian. Setelah dipinda fasal 13, masih adakah kesesuaian untuk tribunal membantu pihak-pihak dalam merundingkan sesuatu penyelesaian seperti mana yang dinyatakan di bawah fasal 16 ini. Kedua ialah fasal 19 award Tribunal. Apakah formula pengiraan bagi menentukan award oleh tribunal ini? Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi. Tadi, daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya ya yang menyatakan tentang fasal 23, tentang fi ya?

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Memang itu pun hasrat kita supaya bukan fi yang mahal untuk kita berikan kepada mereka dan kemudian memperuntukkan kepada mana-mana pihak kepada prosiding Tribunal supaya boleh memohon pada Mahkamah Tinggi untuk mencabar sesuatu award dalam prosiding itu hanya atas alasan ketidakaturan yang serius yang menjejaskan award itu. Jadi jika terdapat ketidakaturan yang serius yang menjejaskan award, Mahkamah Tinggi boleh mengembalikan award itu secara keseluruhan atau sebahagian kepada tribunal untuk pertimbangan semula atau mengetepikan award itu secara keseluruhan. Kalau kita lihat kenapa hanya ketidakaturan itu. Dalam ketidakaturan prosiding itu sebagai contohnya ada bahan-bahan pembuktian yang mungkin tidak dimasukkan ataupun dan sebagainya dan ketidakaturan yang serius ini menjejaskan tentang award ini. Jadi, itu kita boleh refer pada Mahkamah Tinggi. Jadi, memberi peluang kepada mereka

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

yang dikenakan apabila mendapat keputusan itu untuk memohon pada Mahkamah Tinggi. Jadi, Mahkamah Tinggi boleh membuat keputusan tersebut. Selain daripada itu, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi tentang seksyen 17- sekejap. Tadi yang permohonan berkaitan untuk ketidak- sorry. Tadi dah selesai yang ketidakaturan. Jadi, saya perlukan- yang untuk mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi tadi sudah. Dalam menentukan jumlah award tadi disebutkan tentang bukti yang dikemukakan oleh pengadu, laporan perubatan, laporan psikiatri, kerugian daripada segi kewangan disebabkan oleh perbuatan gangguan seksual oleh responden dan sebagainya. Di samping itu, Tribunal AGS juga boleh berpandukan kepada kes gangguan seksual yang telah diputuskan mahkamah sivil dalam menentukan jumlah award yang boleh diberikan kepada kerugian yang tidak dapat ditafsirkan. Saya juga nak merujuk kepada Yang Berhormat Sungai Buloh tadi. Soalan yang diberikan tentang berkaitan dengan seksyen 17(1)(c) tadi. Tadi disebutkan tentang: (a) yang timbul dalam perjalanan prosiding; (b) yang pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan (c) yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu. Jadi keraguan yang mencukupi ini akan ditentukan oleh tribunal. Tribunal yang akan menentukan keraguan yang mencukupi ini supaya ia boleh membuat rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang. So, ini kerana itu bila kita melantik tribunal ini, mereka ini merupakan mereka yang mempunyai latar belakang kehakiman, perundangan, bukan sahaja presiden atau timbalan presiden tetapi sekurang- kurangnya lima daripada mereka juga yang mempunyai latar belakang undang-undang yang tidak kurang daripada tujuh tahun. Jadi ini juga bila dikatakan keraguan yang mencukupi ini, sudah pasti mereka ini juga mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang undang-undang dan sekiranya tidak dapat dia memberikan bahawa terdapat keraguan, maka dia perlu untuk merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi.

Yang Berhormat Menteri, dari Sepang.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Boleh saya jawab sedikit dulu, Yang Berhormat Sepang?

Okey, silakan.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Isu yang saya bangkitkan ialah satu, kenapa kita sebut the determination of which by the Tribunal atau penentuan ini oleh Tribunal. Bila seksyen 17 telah jelas ini bukan berkaitan dengan penentuan oleh Tribunal, ini ialah berkaitan dengan rujukan soalan itu ditentukan oleh Mahkamah Tinggi, bukan Tribunal. So, itu yang percanggahan yang ada. It doesn’t make sense, dengan izin. Kedua, bila kita gunakan ungkapan dalam Bahasa Malaysia, “keraguan yang mencukupi” dan dalam bahasa Inggeris, "sufficient doubt” itu pun tak ngam, tak selaras. Bila kita gunakan huraian itu kepada satu persoalan undang-undang, it doesn’t make sense how a question of law creates sufficient doubt ataupun keraguan- it doesn’t make sense. Yang klausa sebelum itu memang clear. When the question of law is of sufficient important. Bila persoalan undang-undang adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan. That is clear but to say ada juga syarat di mana ini creates sufficient doubt. I’m sorry, dengan izin, it doesn’t make sense. That is why I raised it. Kita tak boleh pakai perkataan itu untuk menghuraikan.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat Menteri faham. Biarlah Yang Berhormat Menteri jawab.

Minta sikit Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya sikit boleh ya? Soalan yang sama. Seksyen 17 ini, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi. Saya sendiri pun ada menghadapi masalah untuk memahami ini sebab Yang Berhormat Menteri- secara mudahnya beginilah. Apabila kita kata seksyen 17 itu kita boleh berikan tribunal satu budi bicara untuk merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi tentang persoalan undang-undang tetapi dalam (c) itu kita kata tiba-tiba ada sufficient doubt. Ini Yang Berhormat Menteri, daripada segi undang-undang, apabila timbul persoalan undang-undang tak kiralah sama ada, ada sufficient doubt atau tidak, mesti dibenarkan. Jadi sekarang saya nak tanya, adakah question of law itu tertakluk kepada ada sufficient doubt? Jadi nampak macam- kalau kita bukan peguam, mungkin lainlah tetapi kalau kita peguam, saya rasa peguam yang nak kena pergi tribunal ini pun dia akan pening. Jadi sebelum dia pening, baik kita pening di sini dahulu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Yang ini saya ambil maklum dan kita akan tengok dalam peraturan-peraturan yang akan dibangunkan nanti. Soalan lain tadi yang Tribunal hendaklah membuat awardnya tanpa kelengahan dan tadi ditanya jika apa terjadi sekiranya selepas 60 hari. Kalau kita baca daripada fasal 19, Tribunal hendaklah membuat awardnya tanpa kelengahan dan jika dapat dilaksanakan dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran di hadapan tribunal bermula. Jadi itu dah ada perkataan, “jika dapat dilaksanakan”. Jadi yang lain lagi, okey saya jawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Baik. [Fasal-fasal 14 hingga 24 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 25 [Pindaan] -Bill

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Terdapat pindaan pada fasal 25 rang undang-undang ini. Pindaan pada fasal 25 dicadangkan untuk menyertakan elemen mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual dengan cadangan penulisan seperti yang berikut: Pentadbir hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (b) untuk menggalakkan apa-apa aktiviti termasuklah mempamerkan apa-apa notis yang berhubungan dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual. Pindaan ini dicadangkan bagi menerangkan dengan lebih jelas skop aktiviti berhubung pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual terutamanya melibatkan Notis yang menggalakkan pencegahan gangguan seksual yang perlu dipamerkan oleh organisasi. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam menyebar luas pengetahuan mengenai pencegahan gangguan seksual dalam kalangan masyarakat. Ini selaras dengan seksyen 81H di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2021.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dibentangkan sekarang ini dibuka untuk dibahaskan. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands))

oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 25 sebagaimana diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)UMNO · BNFasal-fasal 26 dan 27 – Tuan Pengerusi · Cameron Highlands

Jika tidak ada, saya teruskan. [Fasal-fasal 26 dan 27 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff) dan diluluskan] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Usul Menteri Dalam Negeri — Membatalkan Keputusan Majlis Mesyuarat Di Bawah P.M. 36(3)Motion

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua, sebelum Yang Berhormat Menteri membentangkan Usul beliau, izinkan saya memberi sedikit huraian. Saya ingin memperingati Yang Berhormat Menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa usul yang akan dibentangkan ini bukanlah usul primary, bukanlah usul untuk memanjangkan tempoh kuat kuasa seksyen 4, SOSMA itu tetapi usul ini hanyalah untuk menimbangkan semula keputusan usul yang sama pada masa yang lepas. Ini adalah kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 36(3), perkara yang telah diputuskan pada sesi yang sama tidak boleh ditimbangkan semula oleh Dewan ini, kita kena tunggu sesi yang depan baru boleh ditimbangkan semula. Akan tetapi kalau hendak ditimbangkan semula perkara yang telah dibuat ketetapan itu, ketetapan tersebut perlu dibatalkan terlebih dahulu, baru boleh usul yang sama diusulkan pada sesi yang sama. Jadi, saya ingin memperingatkan Yang Berhormat Menteri, dan semua Ahli Yang Berhormat bahawa pada hari ini Usul yang di hadapan kita sekarang ini bukan untuk memanjangkan kuat kuasa seksyen 4 itu, ia hanya untuk membatalkan ketetapan yang telah kita buat. Jadi perbahasan pada hari ini saya harap semua Ahli Yang Berhormat juga Yang Berhormat Menteri kita bataskan kepada persoalan sama ada hendak dibatalkan ketetapan yang telah kita buat dan bukannya kepada merit usul primary itu ya. Saya terpaksa membuat pemasyhuran ini kerana tidak ada precedent lagi di bawah Peraturan Mesyuarat 36(3), ini kali pertama kita guna Peraturan Mesyuarat 36(3). Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, sebelum itu atas penjelasan yang telah diberikan, saya berbalik kepada Peraturan Mesyuarat 36(3).

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Ini peruntukannya. “Adalah salah pada peraturan mesyuarat jika dicuba menimbangkan semula apa-apa perkara tertentu yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat dalam Penggal Majlis yang ada sekarang kecuali dengan dikeluarkan Usul bersendiri bagi membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat berkenaan dengan perkara itu”. Masalah saya ialah Yang Berhormat Menteri mengatakan, kita tidak boleh bahas isu merit. Saya percaya pertamanya kalau usul ini ingin dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri, kita sepatutnya dibenarkan untuk membahaskan isu merit kerana dalam perkara ini kita berbahas tentang kuasa Menteri di bawah akta untuk membenarkan seseorang itu ditahan selama 28 hari. Itu adalah apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Menteri. Maka kita perlu diberi peluang dan ruang untuk berbahas- kenapakah peruntukan tersebut tidak boleh dibenarkan?

Tuan Yang di-Pertua

Okey, faham.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Itu adalah, Tuan Yang di- Pertua tidak boleh mengehadkan perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, macam ini. Kita tidak boleh mendahului perbahasan- we cannot anticipate the Motion that is going to be filed. Bagi saya, ini adalah macam permohonan untuk leave, to appeal to Federal Court, ia macam itu. Saya ingin rujuk Yang Berhormat semua, Yang Berhormat Puchong pun dah bangun. Peraturan Mesyuarat 39 – mendahului perbahasan. Mendahului perbahasan ini tidak dibenarkan- we cannot anticipate what is going to happen in the Motion that is going to be filed. Kalau kita tengok Peraturan Mesyuarat 39(3); “Bagi memutuskan adakah sesuatu perbahasan itu salah atau tidak pada Peraturan Mesyuarat kerana mendahului perbahasan Mesyuarat, maka Pengerusi hendaklah menimbangkan adakah perkara itu harus akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat dalam tempoh yang munasabah”. So, usul primary itu akan difailkan sekiranya Usul hari ini diluluskan dalam masa yang munasabah. So, pada masa itu kita akan discuss atau bahaskan merit, pada masa itu. Jadi hari ini, kita tidak boleh mendahului perbahasan tersebut- we cannot pre-empt that debate.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sekiranya diizinkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara yang ingin saya bangkitkan. Pertama adalah berkaitan dengan usul yang di hadapan Dewan yang mulia pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya baca apa yang disebut di situ, ini apa yang dinyatakan Tuan Yang di-Pertua; “Bahawa Majlis ini membawa satu ketetapan untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat berkenaan dengan Usul menurut subseksyen 4(11) supaya subseksyen hendak terus berkuasa dan sebagainya”. Tuan Yang di-Pertua, tidak disebut dalam usul ini apa keputusan yang hendak dibatalkan, tidak disebut. Jadi dalam keadaan tersebut, Usul ini adalah defective. I read it; “Bahawa Majlis ini membuat satu ketetapan untuk batalkan keputusan”. Apakah keputusan itu? Adakah diluluskan atau ditolak? Itu merupakan perkara yang sangat penting, asasnya. It is not stated there. So what are we actually going to discuss here? Itu satu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 39 tadi yang Tuan Yang di-Pertua buat rujukan. Sudah tentu ada perlunya sebab-sebab atas mana usul itu hendak dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Of course, in order for adanya sebab-sebab dihuraikan, kita kena tahu apa keputusannya tetapi ia tidak disebut dalam Usul ini.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi, dalam keadaan tersebut, kalau tidak disebut dalam usul ini ia tidak seharusnya dibenarkan kerana tidak ikut dengan Peraturan- peraturan Mesyuarat 24, Tuan Yang di-Pertua. So, we cannot have a debate on a Motion, dengan izin, that is not set out in exact terms the decision that we now seek to remove. Tuan Yang di-Pertua, itu merupakan peraturan atau perkara yang saya bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puchong tapi saya rasa Yang Berhormat Puchong baru balik dari Mahkamah Jenayah, jadi dia berbahas seperti peguam jenayah... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Kalau kita lihat usul itu Yang Berhormat Puchong... [Ketawa] Maaf Yang Berhormat Puchong. Dia kata bahawa, Majlis membuat satu ketetapan untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022 berkenaan dengan usul menurut subseksyen 4(11) dan sebagainya. Saya rasa itu sudah terang. Ia kata kita hendak batalkan keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac mengenai usul menurut subseksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa keputusan itu, apakah keputusannya?

Tuan Yang di-Pertua

Ia membatalkan keputusan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Benarkan atau ditolak?

Tuan Yang di-Pertua

Ya kita dapat identify keputusan tersebut.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No, it is specific. A Motion is specific Tuan Yang di-Pertua. Kena diberikan Notis. Ia kena betul.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak boleh setakat kita batalkan tetapi tidak tahu apa yang hendak dibatalkan. Adakah keputusan untuk benarkan ataupun tolak usul itu.

Tuan Yang di-Pertua

Kita pun tahu...

Judicial Notice taken.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

This is basic Tuan Yang di-Pertua. I am sure you know that.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, membatalkan keputusan yang dibuat...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apakah keputusannya?

Tuan Yang di-Pertua

Pada 23 Mac. Kita tahu keputusan itu. So, semua orang tahu. Keputusan pada hari.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No, maksudnya Tuan Yang di-Pertua should be there?

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan pada hari itu ialah usul tersebut ditolak.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Usul itu ditolak tetapi kena disebut dalam usul ini. Ini kerana, kita akan membuat keputusan untuk to revoke Usul yang ditolak.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Yang Berhormat- apa orang kata...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Basic drafting Tuan Yang di-Pertua. Kalau ini pun kementerian tidak tahu hendak buat macam mana, I don’t understand what kind of a government this is? Ini perkara yang sangat penting Tuan Yang di-Pertua kerana ia melibatkan hak asasi. It’s going back to peruntukan-peruntukan keras dalam SOSMA, it has to be done properly Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara yang harus diperbetulkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Untuk diperbetulkan ia perlu ditarik balik dan dibentangkan semula, dalam kata-kata yang betul Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Puchong saya rasa begini sekiranya kita boleh identify atau recognize keputusan yang hendak kita batalkan. Maka, cukuplah, teranglah kan. “Sudah terang, tidak perlu lah bersuluh” bukan? Elektrik mahal sekarang... [Disorak] Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya bangkitkan itu- sorry Minister. Just perkara yang saya bangkitkan tadi perkara yang kedua iaitu sebab-sebab perlu diberikan- perhaps the Minister…

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Menteri, tolong berikan sebab-sebab kerana Yang Berhormat Puchong hendak mendengarnya.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Puchong, Tuan Yang di-Pertua sudah satisfied dengan Usul yang saya mohon sebab itu dia minta saya baca. Jadi, dia jelas saya hendak mencadangkan. Saya mohon mencadangkan, “Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022 berkenaan dengan Usul menurut subseksyen 4(11) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5), akta ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai daripada 31 Julai 2022.” Itu yang dibatalkan, kita hendak batalkan itu. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), atau Akta 747 merupakan satu akta yang digubal khusus untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Antara langkah-langkah khas yang diperuntukkan di bawah akta ini termasuklah tempoh tahanan selama 28 hari yang perlu disemak setiap lima tahun sekali oleh Parlimen. Peruntukan ini akan berakhir pada 31 Julai. Ia akan berakhir 31 Julai 2022 sekiranya ia tidak mendapat kelulusan pelanjutan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Jadi, kementerian ini pada 23 Mac 2022 telah pun mengusulkan pelanjutan subseksyen 4(5) SOSMA 2012 ini. Namun, yang ini saya hendak jawab, usul ini telah ditolak semasa dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, sesi Parlimen ini. Kementerian mengaku penolakan usul ini amat mendukacitakan, dan kementerian dan PDRM dalam usaha menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Namun, memikirkan kemaslahatan Keluarga Malaysia serta berteraskan prinsip Maqasid Syariah...

[Dewan Riuh]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ingat jangan kita mencemarkan Maqasid Syariah dengan hujah ini.

...Kementerian ini berhasrat untuk mengemukakan sekali lagi Usul pelanjutan tempoh 28 hari ini untuk pertimbangan Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, mengikut Peraturan Mesyuarat 36(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pembentangan semula Usul yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat sebelum ini dibenarkan dengan membawa Usul membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat sebelum ini terlebih dahulu. Jika diteliti dengan lebih lanjut senarai kesalahan di bawah Jadual Pertama SOSMA 2012 merupakan kesalahan jenayah yang amat serius, kompleks serta boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam yang memerlukan tempoh siasatan yang panjang. Sebagai contohnya pada 24 Mei 2022 selepas kita batalkan, pihak PDRM telah membuat tangkapan di bawah SOSMA kerana ia masih lagi ada terhadap 14 orang individu yang terlibat dalam sindiket yang menjalankan aktiviti haram, pengedaran dadah dan penyeludupan senjata api ke negara jiran. Senjata api. Seterusnya, pada 23 Jun 2022 seramai 27 orang telah ditangkap di bawah SOSMA atas kesalahan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang melakukan pengedaran dadah, pemerasan wang perlindungan, aktiviti judi atas talian dan menjalankan judi loteri wang haram. Manakala, beberapa kes yang telah ditangkap pada pertengahan bulan Julai ini, sekarang ini, bulan Julai ini termasuk 17 orang dalam kes penyeludupan migran. Jika tidak dilanjutkan, Usul ini akan menyebabkan terbantut usaha PDRM daripada segi siasatan suspek-suspek mungkin akan terlepas. Ini hanyalah sebilangan kecil contoh-contoh kes yang disiasat di bawah SOSMA. Sekiranya tempoh 28 hari ini tidak dilanjutkan kementerian bimbang, Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk menangani kumpulan jenayah terancang dan ancaman kumpulan keganasan akan terjejas terutamanya kes-kes sedang disiasat pada bulan Julai ini. Saya percaya jika suspek-suspek ini dilepaskan, suspek ini boleh mengganggu rantaian bukti dan kesannya jenayah-jenayah keselamatan ini akan semakin berleluasa...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya suspek itu sudah didapati bersalah lah?

Di atas...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sudah jatuh hukum dia bersalah? Jangan cakap suspek...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Don’t pretend lah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong microphone, microphone.

...Tuan Yang di-Pertua, atas justifikasi yang telah saya nyatakan di atas, saya ingin memohon pertimbangan semua Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama memikirkan demi kepentingan kedaulatan negara, kepentingan umum, keselamatan dan ketenteraman awam agar menyokong usul ini untuk membolehkan usul pelanjutan subseksyen 4(5) SOSMA dibentangkan semula pada sesi ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

PAS pun sudah berubahlah. Sokonglah ISA.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Sokong kita sokong. Benda baik untuk negara kita... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa, tidak sokong ISA? [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Diamlah Yang Berhormat Shah Alam. Kamu pun bukan tahu sangat undang-undang.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau tidak tahu hujahlah.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini terbuka untuk dibahaskan. Saya mempunyai senarai pembahas. Mula-mulanya 15 orang, sekarang sudah tinggal 14 orang. Saya akan menjemput Yang Berhormat Pontian diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut: Yang Berhormat Jempol; Yang Berhormat Hang Tuah Jaya; Yang Berhormat Kuala Langat; Yang Berhormat Jelutong; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Sepang; Yang Berhormat Jerantut; Yang Berhormat Setiawangsa; Yang Berhormat Rasah; Yang Berhormat Padang Serai; Yang Berhormat Ledang; Yang Berhormat Pasir Gudang; dan Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian. Masa lima minit Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong bahawa Majlis ini membuat satu ketetapan untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022 berkenaan dengan usul menurut subseksyen 4(11) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5) akta ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai dari 31 Julai 2022. SOSMA 2012, atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)- The Security Offences (Special Measures) Act. Ia melibatkan empat kesalahan: (i) kesalahan terhadap negara; (ii) jenayah terancang; (iii) penyeludupan migran; dan (iv) keganasan di luar negara dan dia tidak diguna untuk tujuan politik. Saya ingin mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri bahawa ia tidak diguna untuk tujuan politik.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

ISA pun begitu juga. Akan tetapi saya sokonglah perubahan sikap PAS ini... [Ketawa]

ISA tahun 1960 tujuannya untuk pencegahan dan pemulihan tindak tanduk mengancam keselamatan. Tempoh tahanan 60 hari.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

Perbicaraan penahanan tanpa bicara, kaedah hukuman perintah tahanan, jamin tiada, akses peguam tiada...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, point of order. One minute, just a minute.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Rindu dekat PAS itu, kasih dekat PAS.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, keputusan tadi. We are not going to- so, saya hendak... [Rakaman kurang jelas]

Akan tetapi SOSMA 2012 tujuannya untuk hukuman dan pencegahan ketenteraman awam dan keselamatan. Tiada tahanan politik dibenarkan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya pun akan tukar. Cerita berkenaan dengan merit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Yang Berhormat Pontian sedang menyentuh soal merit. Jadi...

Kalau tidak sentuh merit saya hendak bercakap apa Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itulah Tuan Yang di-Pertua yang buat keputusan. Bila kita bantah you tidak sokong. Ini masalah dia.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jangan, jangan kita..

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Kenapakah perlu dibatalkan sahaja?

Saya sudah sokong sudah tadi, saya sudah sokong. Hendak saya duduk terus kah?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Kenapa perlu dibatalkan sahaja.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Keputusan sudah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak boleh teruskan.

[Dewan riuh]

SOSMA, ia tiada tahanan politik, tempoh tahanan 28 hari, perbicaraan di Mahkamah Terbuka, kaedah hukuman diputuskan oleh mahkamah. Sebab ada kawan-kawan sebut beza dengan ISA, jadi saya sebutlah... [Ketawa]

[Dewan riuh]

Justifikasi subseksyen 4(5)...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak ada beza, samalah tahan tanpa bicara.

Justifikasi subseksyen 4(5) perlu dilanjutkan- demi...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tahanan 60 hari ISA untuk soal siasat. Saya tahulah dahulu saya kena.

Selepas ini Yang Berhormat Shah Alam bercakaplah. Ini masa saya. Selepas ini Yang Berhormat Shah Alam bercakap.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

PAS dahulu dia lawan- ISA ditolak tetapi sekarang ini PAS nampak sudah berubahlah saya ingat.

Saya sudah sebut.. [Pembesar suara dimatikan]

Diamlah Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Saya sebut tadi, apakah perbezaan SOSMA dengan ISA? Yang Berhormat Shah Alam macam tidak faham sahaja.

Ini jadi tidak jadi ini... [Rakaman kurang jelas]

Okey. Justifikasi subseksyen ini..

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Faham- tahanan tanpa bicara.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Faham, baliklah.

Mengacau betullah dia ini... [Ketawa] Justifikasi subseksyen 4(5) perlu dilanjutkan demi mengekalkan ketenteraman awam dan memberi ruang masa yang cukup kepada polis. Jika tempoh 28 hari itu tidak dilanjutkan maka tempoh tahanan hanya 24 jam. Saya ada satu minit 46 saat lagi. Reman di bawah Kanun Tatacara Jenayah, siasatan tidak menyeluruh, risiko orang tahanan melarikan diri dan risiko orang tahanan berkomunikasi dengan yang lain maka rantaian bukti akan terganggu. Polis sekarang ini menghadapi cabaran. Ramai suspek yang ditangkap melibatkan jenayah terancang, perlu tempoh masa untuk verifikasi, pengecaman ahli sindiket perlukan masa, penyeludupan migran yang kompleks dan untuk meyakinkan saksi terlindung untuk memberi pernyataan. Dalam satu minit 15 saat lagi saya ingin menyebut bahawa 1,149 tangkapan dari tahun 2015 hingga 2022, 397 dijatuhkan hukum untuk jenayah terancang. Untuk penyeludupan migran dari tahun 2020 hingga 2021 sebanyak 1,097 tangkapan, 494 jatuh hukum. Untuk keganasan dari tahun 2017 hingga 2022 sebanyak 276 tangkapan, sabitan salah 111. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Menteri Dalam Negeri supaya Mesyuarat ini membuat ketetapan untuk membatalkan keputusan yang lepas itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Jempol, maaf. Nombor dua sebenarnya sebelah sini yang asalnya telah menarik diri diganti oleh Yang Berhormat Puchong. Sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum daripada itu bolehkah saya berhujah berkenaan dengan merit, bil ini. Tuan Yang di-Pertua, buat keputusan kena pegang kepada keputusan itu, jangan lari sini, lari sana. Beritahu terang-terang adakah keputusan itu masih berkuat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua

Berkuat kuasa.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Berkuat kuasa tetapi tiada tindakan diambil, Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa punya kuat kuasa ini?

Tuan Yang di-Pertua

Selepas ini kita kuat kuasa.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ada permohonan..

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Set the time back to five fasal tadi bukan ucapan itu dia tengah menjelaskan tanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merekodkan bahawa kami di dalam ini- kami faham betapa pentingnya perlu

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

untuk kami jamin keselamatan di dalam negara ini. Jadi tidak ada masalah untuk kita menyokong sesuatu yang boleh menentukan bahawa keselamatan negara kita terjamin, let’s put that on record. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, adalah penting bagi kita juga menyatakan bahawa selain daripada SOSMA, wujudnya undang-undang lain dalam negara ini untuk menangani masalah jenayah. Jadi sekiranya tidak ada peruntukan seksyen 4(5) ini, ada peruntukan-peruntukan lain yang boleh digunakan untuk jenayah-jenayah. Misalnya Kanun Tatacara Jenayah di mana diperuntukkan masa untuk reman. Jadi kalau ada satu kesalahan maka boleh orang itu ditangkap dan di reman kalau kes yang berat- untuk 14 hari. Di bawah seksyen 117 Tuan Yang di-Pertua, seseorang itu perlu dibawa kepada Majistret 24 jam selepas beliau ditangkap dan permohonan dibuat untuk reman. Tujuan Perlembagaan ada peruntukan itu adalah untuk memberikan forum kepada seseorang yang ditangkap itu untuk membuat aduan kepada Majistret. Sekiranya orang itu dipukul, sekiranya seseorang itu dilayan dengan tidak adil, maka ada forum untuk beliau membuat aduan. Itu lah tujuannya. Akan tetapi bila kita lihat kepada peruntukan 4(5) ini, cukup jelas bahawa untuk 28 hari seseorang itu tidak ada forum. Tidak dibawa ke hadapan Majistret, tidak dibawa ke hadapan sesiapa untuk tahanan lanjutan reman. Ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, ada ruang untuk undang-undang itu disalahgunakan. Banyak kes di mana orang itu mengadu selepas beliau ditahan 28 hari, dipukul, dibelasah oleh pihak polis dan keluarganya diugut. Pihak polis dan pihak berkuasa minta wang untuk rasuah dan sebagainya untuk kes itu diselesaikan. Kita- semua tahu perkara ini. Ini Dewan Rakyat telah dengar perkara ini untuk bertahun tetapi hari ini kita hendak luluskan lagi satu undang-undang yang membenarkan tahanan 28 hari tanpa ada forum seseorang itu membuat aduan. Apakah undang-undang ini undang-undang yang adil? Ya, kita hendak ada ruang untuk pihak polis minta masa untuk tahanan untuk seseorang itu disiasat. Yes, siasatan itu perlu dilaksanakan tetapi betapa adilnya kita ada peruntukan yang membenarkan tahanan, polis boleh ambil tindakan siasat tetapi orang yang ditahan itu tidak dibenarkan sama sekali membawa aduan kepada pihak-pihak berkuasa atau pengadilan. Ini masalahnya. Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi pada awalnya. Apakah alasan sebenarnya undang-undang ini ataupun usul ini perlu diluluskan? Kenapakah kita hendak batalkan keputusan yang dahulu? Manakah kerajaan ini masa itu? Sebenarnya mereka hendak batalkan kerana mereka gagal hadir dalam Parlimen pada hari itu... [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau betul Keluarga Malaysia, kalau betul undang-undang ini sangat penting, di manakah semua Ahli Parlimen mereka hari itu? Memalukan. You come to Parliament, you say it is important but you don’t have the numbers, and only itu kamu menghadapi keputusan di mana usul itu ditolak. Tuan Yang di-Pertua, kami di sini membawa perkara ini untuk kepentingan awam. Baik kalau perlu disiasat, siasat. Akan tetapi mana kita boleh sokong satu undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa ada akses kepada hakim.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bagaimanakah kalau Tuan Yang di-Pertua ditangkap? Dua puluh lapan hari dibawa ke dalam penjara. Family tidak tahu di mana kamu. Dipukul, dibelasah... [Dewan riuh] Bukankah Tuan Yang di-Pertua akan menentang perkara itu dan meminta untuk keadilan? Itu apa yang kita sebut di sini. Undang-undang perlu untuk siasatan. Kita setuju tetapi jangan kita lupa bahawa orang yang ditahan itu juga ada hak. Di sini saya berdiri untuk menyatakan bahawa hak itu merupakan hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan... [Tepuk] Kami sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan, we should respect the Constitution. Pastikan bahawa undang-undang yang diluluskan itu mempunyai ruang untuk orang yang ditangkap dan ditahan itu untuk membuat aduan sekiranya beliau atau undang-undang disalah laksanakan terhadap dia.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Atas alasan itu, kita membantah terhadap usul ini. Keputusan sudah pun dibuat. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada kesalahan yang dilaksanakan hari ini, undang- undang masih ada yang membenarkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan untuk mengatasinya. Atas asas itu, saya membantah usul ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Terima kasih tetapi soalan Yang Berhormat Puchong tanya kepada saya itu, sebenarnya salah dia bertanya. Ini kerana saya takkan melakukan kesalahan SOSMA... [Ketawa] Yang Berhormat...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu yang kita takut. Antara juga kesalahan ditahan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Speaker, Speaker jangan sombong sangat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau tengok video Tuan Yang di- Pertua hat sebelum pilihan raya, mungkin dia mahu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kalau ada keputusan politik mengenakan Speaker. Kalau Speaker tidak faham sejarah tanah air setelah merdeka, saya rasa dukacita, I believe you understand. You are simplifying matters.

Jam, jam.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Speaker, yang tidak lakukan kesalahan akan ditahan di bawah SOSMA. Itulah kezaliman dia.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Assalamualaikum.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Kita sebagai seorang Ahli Parlimen, takkan dirampas tetapi kelmarin dirampas. Undang-undang ini kita tahulah. Untuk kepentingan semasa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, silakan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau ikut video Tuan Yang di- Pertua hat sebelum pilihan raya itu, boleh kena itu. [Ketawa]

Assalamualaikum. Masa, masa.

Speaker, saya beritahu ada... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, okey, okey.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Panas ini, panas. Yang Berhormat Jempol, silakan. [Ketawa]

Ada polis pun ditahan di bawah SOSMA.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebentar tadi. Saya bangkitkan untuk menyokong usul tersebut supaya keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022 berkenaan SOSMA dibatalkan. Hal ini membolehkan subseksyen 4(5) terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun yang akan datang yang akan bermula pada 31 Julai 2022. Akta tersebut bakal menjangkaui usia 10 tahun, sememangnya wajar dilanjutkan demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara. Saya menyeru kepada semua Ahli Dewan untuk menyokong usul tersebut agar ia diluluskan dengan sebulat suara kerana demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara membangun...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita tidak layan ahli keluarga macam itulah.

...Dan sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman serta cabaran seiring pembangunan ekonomi yang kelicikan dan modus operandi penjenayah yang semakin kompleks serta mencabar tugas-tugas pihak berkuasa. Selain itu, penjenayah dan pengganas masa kini juga semakin bijak dalam mencari ruang-ruang kelemahan dalam undang-undang untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, SOSMA yang tegas dari sudut perundangan dan bersifat pencegahan amat diperlukan untuk negara, untuk menyekat pergerakan kumpulan ekstremis, militan dan juga jenayah terancang. Umum mengetahui usaha negara untuk menangani jenayah keganasan menerusi SOSMA dianggap antara yang terbaik yang dapat pengiktirafan dunia.

[Bangun]

Tanpa SOSMA, negara kita akan berdepan kesukaran untuk menangani...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Pengiktirafan dunia mana ini?

Ancaman keselamatan- diamlah. Apakah ini? Bagilah ruang bercakap.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dunia Komunis memang diiktiraf lah. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, tolong.

[Disampuk] Hah, tidak takut. Ini kenapa jadi macam ini? Dengarlah. Apa yang salah, salah- yang tidak salah, tidak salahlah. Tanpa SOSMA negara akan...

Tuan Yang di-Pertua.

... Berdepan dengan kesukaran untuk menangani krisis ancaman keselamatan seperti pencerobohan...

Boleh, beri saya mencelah?

Di Lahad Datu, keganasan pemberontakan bersenjata Tamil Eelam. Sesungguhnya, aspek keselamatan negara sememangnya untuk dijadikan subjek...

Yang Berhormat Jempol.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh, di Lahad Datu Tamil Eelam?

...Menangani keganasan sudah menjadi agenda utama di dunia sejak sekian lama.

Yang Berhormat Jempol.

Berkenaan SOSMA, berkenaan dakwaan bahawa SOSMA menjejaskan hak asasi manusia adalah tidak benar sama sekali kerana individu yang ditahan masih berhak untuk membela diri. SOSMA tidaklah seteruk yang disangka yang tidak boleh seperti mana di Amerika Syarikat. Pengganas yang ditahan di sini...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sudah kita guna SOSMA untuk semualah. Bukan khas untuk kes-kes itu sahaja.

...Termasuk dua orang rakyat Malaysia didakwa tersebut dalam gerakan Al-Qaeda...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam.

...Telah ditahan tanpa diberi peluang untuk membela diri di pusat tahanan Guantanamo Bay. SOSMA juga berbeza daripada akta seperti ISA yang memberikan kuasa kepada PDRM untuk menahan mana-mana suspek selama 60 hari dan dikeluarkan perintah tahanan selama dua tahun. Hakikatnya, tiada sebab kukuh untuk kita menyatakan SOSMA ini zalim dan menjejaskan hak asasi manusia, apatah lagi memusuhinya. Dengan adanya SOSMA, Malaysia berjaya mengurangkan kes-kes seperti gengsterisme, perjudian dan pelacuran yang mana PDRM boleh mengambil langkah pencegahan awal sebelum kegiatan tersebut semakin parah. Selain itu, perlu kita ingat bahawa SOSMA turut memainkan peranan dalam memelihara kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta kepentingan Keluarga Malaysia yang pelbagai kaum. Berkaitan tempoh tahanan reman selama 28 hari pula, sebenarnya adalah bagi memberikan PDRM ruang secukupnya untuk menjalankan siasatan seluruhnya menerusi risikan lengkap dan juga terperinci. Berhubung perkara itu, masih ramai yang keliru kerana beranggapan setiap suspek yang ditangkap, akan ditahan selama tempoh. Hakikatnya, tidak sebegitu. Tempoh yang diperuntukkan tersebut merupakan tempoh maksimum. Boleh jadi satu- tahanan, ataupun kes itu diselesaikan lebih awal daripada apa yang dijangkakan. Tempoh tersebut juga tidak keterlaluan dan merupakan suatu tempoh yang sesuai untuk mengendalikan siasatan bagi kesalahan yang melibatkan ketenteraman rakyat dan juga keselamatan negara. Hal ini kerana kerumitan kes yang di bawah bidang kuasa SOSMA menuntut kepada keperluan masa. Antaranya untuk dokumen penglibatan ejen daripada luar sumber, melibatkan suspek yang ramai dan sebagainya. Tanpa tempoh tahanan yang cukup, PDRM akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti orang tahanan melarikan diri, orang tahanan berkomunikasi dengan suspek lain, siasatan tidak menyeluruh dan sebagainya. Sekian sahaja daripada saya. Saya mohon menyokong untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022 berkenaan SOSMA bagi membolehkan subseksyen 4(5) terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak penjelasan. Tadi katakan bahawa SOSMA tidak menafikan hak asasi dalam prosedur penahanannya dan sebagainya. Kalau begitu...

Bagi Yang Berhormat Menteri jawablah dahulu. Sabar lah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau begitu- saya hendak tanya Speaker, tolonglah. Kalau begitu, kenapakah SOSMA dikenakan khas kes-kes tertentu? Kalau hak asasi dijamin, gunalah untuk semua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apakah pandangan Speaker? Fasal... [Ketawa] I mean...

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau Ahli Parlimen cakap...

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

Lupa makan ubat. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Shah Alam...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam tidak boleh mencelah saya, sebab saya tidak berbahas. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, silakan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada, saya sebut sebab saya jawab itu Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, silakan.

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak mulakan dengan merakamkan dukacita saya kepada Speaker sebenarnya. Ini sebab di bawah Peraturan Mesyuarat 36 ini, seperti mana yang Speaker memaklumkan, ia first time kita buat. Kalau kita baca wording dia, 36(3) “it shall be out of order to attempt to reconsider any specific question upon which the House come to conclusion during the current session except upon a Substantive Motion”. The keyword here, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua ialah “Substantive Motion”. Saya tidak nampak kenapa Speaker hendak buka floodgate ini. Oleh sebab itu saya percaya perkataan “Substantive Motion” ini diletakkan, dan saya percaya kalau boleh kita buka Hansard, melihat balik apa tujuan peraturan ini digubal. Tentunya untuk menghalang perkara-perkara seperti ini berlaku kerana kecuaian beberapa orang anggota Parlimen dalam sidang yang lalu, untuk hadir menjalankan tanggungjawab mereka membuat undian.

Atas kecuaian itu, kita kena tanggung hari ini, buka floodgate. Lepas ini, saya percaya kerana adanya precedent ini, sudah pasti akan dijadikan rujukan kepada Speaker-speaker yang akan datang. Jadi, walaupun saya percaya Tuan Yang di-Pertua tidak berbahas tetapi saya yakin wujud juga kebijaksanaan untuk Tuan Yang di-Pertua menjelaskan why- kenapa Tuan Yang di-Pertua membuka ruang yang luas seperti ini.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apakah yang substantifnya?

Yes, apakah yang substantif? Dan kenapa kecuaian ini, kita dihukum, kita buka? Itu yang pertama. Kedua, seperti mana yang Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri- saya ucap terima kasihlah kerana beliau cuba bersungguh-sungguh meyakinkan kita bahawa undang-undang ini diperlukan...

Walaupun dia sendiri tidak yakin.

Termasuk menggunakan perkataan maqasid syariah. Lepas ini, Yang Berhormat Menteri, saya bagi dia buku Ibnu Asyur. Jadi, boleh kita bahas nantilah dengan secara detil, apa dia maqasid syariah, Ibnu Raisuni dan sebagainya ya. Akan tetapi kalau kita tengok peruntukan artikel 4(5) ya, seseorang itu ada jaminan dia, apabila dia ditahan, untuk dibawa kepada Majistret dalam masa 24 jam, dan Majistret mempunyai kuasa untuk memberikan reman sehingga 14 hari. Yang Berhormat Menteri, saya pernah duduk lokap beberapa kali. Waktu ditahan di lokap, hari pertama itu memang dia biarkan sajalah. Hari kedua, hari ketiga barulah hendak buat siasatan- maknanya apa? Tidak digunakan sepenuhnya masa itu untuk dilakukan siasatan. Saya hendak ambil contoh misalnya- tadi Yang Berhormat Menteri menyebut, ini kes-kes jenayah dan sebagainya. Kita akui memang ada kes-kes yang begini yang tentunya mengancam keselamatan. Apakah tidak ada undang-undang? Ada. Saya- misalnya membaca kenyataan Tan Sri Acryl Sani- IGP sendiri selepas daripada kita reject Motion ini, di mana beliau menyatakan- sebagai Ketua Polis Negara, ““PDRM to use other legal provisions after rejection of SOSMA subsection Motion”, says IGP”. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apakah ada penyelarasan di peringkat kementerian dengan IGP? IGP kata yes, sudah tidak ada peruntukan ini, kita boleh guna undang-undang lain. Kenapa hari ini Menteri kena datang balik meyakinkan kita untuk meluluskan Usul yang kita telah pun samas-sama batalkan dan bila kita batalkan, Ketua Polis Negara sendiri menyatakan bahawa it is okay, kita ada undang-undang yang lain untuk mengawal keselamatan? Jadi, yang ini saya percaya- Yang Berhormat Menteri sudah senyum, dia mungkin ada jawapan. Jadi saya harap perkara ini dapat dibangkitkan. Perkara yang seterusnya, Yang Berhormat Menteri, saya ingin ingatkan- mungkin saya percaya Yang Berhormat Menteri tidak mudah lupa sebab dia ada Special Branch, ada semua. Yang lain ramainya mudah lupa. Apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin?... [Tepuk] Beliau ditahan under SOSMA. Saya tidak tahulah sama ada Maria ini pandai main pistol kah apa, saya tidak tahulah. Saya ingat kayu pun dia tidak reti pegang. Jadi, come on lah, Minister, janganlah macam itu. Ya tidak? Kita tahu SOSMA ini telah pun disalahgunakan. Boleh, betul, tapi telah pun disalahgunakan. Saya tidak tahulah kalau ada rekod. Kalau boleh dikongsi di dalam Parlimen ini, apa kesalahan Maria Chin yang menyebabkan keganasan dalam negara ini, yang menyebabkan- mewajarkan menggunakan tindakan SOSMA? Jadi, perkara ini saya percaya, Yang Berhormat Menteri, harus kita lihat secara totality. Usaha untuk membanteras jenayah ini, saya percaya tidak adapun Ahli Parlimen yang tidak setuju, semua setuju. Akan tetapi, apakah kita tidak punya undang-undang? Kita ada undang-undang. Adakah kita tidak ada kapasiti, pasukan? Ada. Jadi, perkara- perkara yang melebihi yang sepatutnya, saya percaya Parlimen mesti ada keupayaan dan kewajaran untuk menyekat sebarang usaha untuk melakukan penyelewengan kuasa terutamanya oleh pihak yang berkuasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Langat, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepentingan Kuala Langat di sini ialah kepentingan awam, public safety dan individual safety dan juga kepada victim, dan juga orang-orang yang berkenaan. Saya harap bahawa SOSMA ini akan tidak digunakan untuk kepentingan politik. Saya harap...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak boleh sekadar harap, Yang Berhormat.

Untuk ini, bahaslah, you bahaslah bila masa you. Then, I would think that it is important that we have safety and to give the power to Polis Diraja Malaysia untuk lakukan sesuatu di dalam negara kita untuk masa depan yang akan datang. Sekarang negara diancam oleh beberapa sindiket dan sebagainya. We don’t know. Without investigation, kita tidak tahu. Akan tetapi, saya harap ini akan diambil sebagai satu isu penting untuk keselamatan negara dan individu untuk masa depan yang akan datang. Saya sokong usul. Terima kasih.

Tuan Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Lompat, lompat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Lompat parti pun ancam negara.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang memang mendukung dan akan menyokong apa-apa langkah yang diambil bagi keselamatan negara. Akan tetapi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, tadi saya dengar kepada penjelasan yang diberikan oleh Menteri bahawa undang-undang ini perlu untuk keselamatan negara dan perlu untuk mengatasi masalah-masalah yang melibatkan keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua boleh ambil perhatian bahawa ketika ini ada lebih kurang sembilan orang anggota PDRM termasuklah seorang DSP- bagi yang mengikuti perbahasan ini, termasuklah anggota-anggota polis yang telah ditahan di Kedah. Mereka terdiri daripada Cawangan E6, IPK Kedah yang membantu negara kita membanteras kemasukan migran asing. Isteri kepada DSP ini sendiri tertanya-tanya kenapa beliau ditahan. Saya hendak buat perbandingan. Kita tahu seorang yang dikatakan dikehendaki iaitu Nicky atau Geng Nicky, beliau tiba-tiba menyerah diri kepada pihak polis. Kemudian dituduh di mahkamah dan tiba-tiba baru-baru ini 14 orang daripada Geng Nicky yang dituduh terlibat dalam jenayah terancang tiba-tiba dibebaskan. Persoalan saya- kenapa? Kita buat perbandingan. Undang-undang ini boleh disalahgunakan. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua sendiri boleh ditahan di bawah SOSMA. Kerana perkara ini berlaku. Jangan memberi persepsi bahawa undang- undang ini perlu untuk menahan penjenayah dan sebagainya. Sekarang, ketika kita membahaskan undang-undang ini, ada anggota-anggota PDRM yang ditahan termasuk seorang DSP. Mereka tidak tahu kenapa. Kalau kesalahan-kesalahan seperti membunuh, kesalahan 39B yang melibatkan hukuman gantung sampai mati, pihak polis boleh menyiasat dalam masa sehari dua, 24 jam boleh dibawa ke hadapan Majistret.

Kesalahan-kesalahan jenayah terancang di bawah seksyen 130V hanya membawa hukuman dari lima tahun hingga 20 tahun sahaja. Kenapakah perlu 28 hari untuk menyiasat tanpa membawa mereka ke hadapan seorang Majistret? Kalau pihak PDRM mempunyai kewibawaan untuk menyiasat, menuduh di mahkamah, pesalah-pesalah yang terlibat dalam kes bunuh, kes 39B yang melibatkan hukuman gantung, apakah perlunya menahan seseorang yang dituduh di bawah seksyen

130V melibatkan jenayah terancang yang hanya membawa hukuman lima hingga 20 tahun untuk ditahan selama 28 hari? So, tolonglah Menteri. Saya dengan segala hormatnya memohon jangan datang ke Dewan ini dan sandiwara kononnya undang-undang ini diperlukan untuk membanteras jenayah, menjaga keselamatan dan sebagainya. Kerana, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong, kelalaian kementerian, Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana yang menyebabkan undang-undang ini terbatal. Akan tetapi, saya di sini bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen di pihak pembangkang mementingkan hak seseorang yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya yakin bahawa undang-undang yang ada sekarang, seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sudah pun mencukupi untuk memberikan cukup kuasa kepada pihak polis untuk menyiasat sesuatu kesalahan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Jelutong. Adakah digunakan SOSMA kerana tidak ada bukti, maka hendak ditahan selama 28 hari untuk hendak dapatkan bukti? Apakah pandangan Yang Berhormat Jelutong?

Untuk makluman, itu saya tidak dapat memberi sebarang penjelasan. Kita serah kepada Yang Berhormat Menteri, tetapi saya yakin sebagai seorang peguam bahawa undang-undang yang ada sekarang sudah pun mencukupi di bawah seksyen 117 untuk menyiasat. Pihak polis boleh menyiasat daripada mula hingga sekarang, semua kesalahan jenayah yang serius boleh disiasat oleh PDRM di bawah seksyen 117. Apabila seseorang itu didapati mempunyai cukup keterangan, beliau boleh dihadapkan ke mahkamah. Akan tetapi, kita mempunyai jaminan di bawah seksyen 117. Sekiranya seseorang Majistret mendapati bahawa seseorang yang ditahan itu telah dipukul, telah dianiayai oleh pihak polis, maka ada ruang dan peluang untuk beliau membuat aduan kepada pihak Majistret, dan Majistret boleh mengarahkan supaya langkah-langkah diambil supaya beliau diberi rawatan dan menjamin supaya beliau tidak menjadi mangsa dipukul dan dibelasah. So, saya di sini Tuan Yang di-Pertua, ingin membantah dan ingin menyatakan bahawa undang-undang ini ataupun Usul ini tidak seharusnya dibenarkan kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, ini bukanlah Substantive Motion. Kesan membenarkan usul ini akan memberi pihak PDRM dan kementerian hak untuk menahan seseorang itu untuk 28 hari. The effect is the same. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon membantah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan sub seksyen 4(5) SOSMA, bukan satu peruntukan yang kekal dan perlu dikaji semula setiap lima tahun. Ia kemungkinan tidak perlu lagi sekiranya negara sudah tidak ada lagi ancaman keselamatan, keganasan, jenayah terancang serta penyeludupan migran. Kes-kes yang tersebut bersindiket dan amat kompleks yang Ahli-ahli Yang Berhormat telah difahamkan oleh pihak KDN dan PDRM. Saya tidak menafikan memang ada peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksanakan penahanan. Satu ketika dahulu, saya pun tidak setuju untuk adakan satu peruntukan yang membolehkan PDRM menahan seseorang suspek sehingga 28 hari. Akan tetapi, setelah saya difahamkan dengan fakta- fakta yang dikemukakan oleh pihak KDN dan PDRM serta jaminan SOSMA tidak akan diguna pakai kepada ahli-ahli politik, maka saya sudah bertukar pendirian untuk menyokong melanjutkan sub seksyen 4(5) SOSMA untuk lima tahun lagi. Negara kita masih mengalami ancaman berjenis-jenis seperti scam...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Tebrau, laluan, laluan.

...Perjudian haram, dadah, pengubahan wang haram...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Tebrau, boleh minta laluan Yang Berhormat Tebrau?

...Seperti penyeludupan barangan dan migran...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta laluan daripada Yang Berhormat Tebrau.

Maka saya menyeru kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain menyokong...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Tebrau!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, dia tidak benarkan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Minta laluan Yang Berhormat Tebrau.

...Usul KDN untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa sub seksyen 4(5) SOSMA...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Tebrau kata tadi, ada jaminan, jaminan daripada siapa- siapa yang jamin?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, tolong. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Tebrau tidak benarkan. Duduk, duduk.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau, benarkan atau tidak benarkan?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Benar atau tidak benar Yang Berhormat Tebrau?

Tidak benar, tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak benar, okey.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tidak benar. Siapakah bagi jaminan?

Tebrau menyokong usul untuk membatalkan keputusan...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jaminan untuk lompat. Dahulu ada jaminan untuk... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kota Melaka.

...Supaya KDN boleh membawa usul yang sama lagi sekali dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, masing-masing boleh menentukan Usul yang akan dibawa lagi sekali oleh KDN. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Sepang...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tebrau. Hendak tanya sikit, ini ada dua minit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau tidak benarkan. Yang Berhormat Tebrau dah habis Yang Berhormat Shah Alam.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Nampaknya ramai yang terlebih minum kopi petang ini. Yang Berhormat Sepang, silakan.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas juga. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat satu cadangan pindaan sedikitlah kepada Usul ini. Izinkan saya membaca, “Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan untuk membatalkan kelulusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022...” oleh sebab ada beberapa orang ahli UMNO yang berbahas yang tidak datang pada hari itu, saya hendak mencadangkan ditukar kepada, “Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan untuk membatalkan kelulusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac 2022 atas kecuaian beberapa orang ahli UMNO yang tidak datang”. Itu kalau sekiranya di dalam Dewan. Kalau di luar Dewan, saya kata- kerana kebebalan mereka. Di luar Dewan- di dalam, saya cakap lainlah...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu yang substantif itu, yang substantif itu, dia tidak datang... [Ketawa]

Itu yang pertama. Keduanya, saya sebenarnya kesian kepada Yang Berhormat Menteri ini. Saya tahu dia tidak tahu kuasa alif ba ta tentang maqasid syariah, tetapi dia baca skrip dia. Akan tetapi saya rasa tidak payah sebutlah maqasid syariah. Hendak muntah dengar ini, minta maaf. [Ketawa] Ketiganya- semalam saya difahamkan ada taklimat dan telah diberikan macam ada goodies dan hari ini nampaknya dia bermain satu sentimen. Ini kena tangkap, ini kena tangkap, ini kena tahan, jenayah serius. Saya rasa kita semua tidak ada masalah. Kita- semua menentang jenayah serius. Ini bukan isu itu. Walaupun kita menghadapi masalah- masalah orang melakukan jenayah, sejahat mana pun, kita ada panduan. Kita tidak boleh lagi menambah kezaliman itu dengan kita menangkap mereka dengan akta yang zalim. Itu tidak boleh. Kalau kita sebagai orang Islam, sebagai orang Islam, maqasid syariah, balik nanti baca al-Quran surah al-Maidah ayat 8... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah al- Maidah ayat 8, bacalah. “Janganlah kerana kebencian kepada sesuatu kaum, menyebabkan kamu berlaku tidak adil”. Walaupun kita benci kepada mana-mana orang sekali pun, hatta kepada musuh kita, tidak boleh berlaku zalim. Itu keadilan yang dianjurkan oleh Islam. PAS takkan tidak faham lagi. Kenapakah bangang sangat ini?...

[Dewan riuh]

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Awat yang sakit hati sangat dekat PAS itu?

Memanglah sebab PAS yang bangang.

Kami faham, takkan kami hendak habaq dekat hang.

Kalau faham...

Hang pun pelik sahaja.

Kalau faham, tidak sokong SOSMA. Come on-lah.

...Ingat hang pandai... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, okey. Yang Berhormat Sepang...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

Saya merasakan bahawa...

Itu Islam sangatlah itu.

Ingat aku jahat. Hoi!

Bangang lah, apalah.

Cakap ikut sedap. Itu Islam, kah? Kata kat orang bangang.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

Mari, mari cakap bangang.

Islam kah itu?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Digunakan SOSMA kerana tidak ada bukti yang kukuh, kerana tak ada bukti yang kukuh...

Cakap ikut sedap sahaja.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Ini kerana tidak ada bukti yang kukuh, maka tidak dibawa ke mahkamah. Kalau ada bukti yang kukuh, boleh didakwa di mahkamah. Sekarang ini tidak ada bukti, maka ditangkap bawah SOSMA. Soal keadilan menjamin hak seseorang untuk diberikan peluang pembelaan.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Jadi Yang Berhormat Shah Alam, saya rasa lebih mudah faham. Jadi saya hendak mengatakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa walaupun kita hendak menangkap...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu yang keluar PAS.

...Orang yang melakukan jenayah serius macam mana pun, kita mesti tidak boleh berlaku tidak adil. Tidak ada undang- undang yang sedia ada yang boleh cater the problem. Jadi, saya rasa SOSMA ini tidak perlulah kita bahas. Saya pun rasa tidak perlu bahas bahan ini pun tidak mengapa. Saya rasa benda ini memang sudah tahu. Kami pernah berbahas sampai pukul 3 pagi Tuan Yang di-Pertua...

Tidak mengapalah. Election lah kita, senang.

Ini tidak pergi Indonesia ini meracau kenapa ini?... [Ketawa] Orang UMNO pun tolak dia, hendak sibuk lagi... [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Pergi Indonesia cepat-cepatlah.

Jadi, saya hendak kata beginilah...

Election-lah, lawan tengok.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Suruh Perdana Menteri...

Janji kencing banyak.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Suruh Perdana Menterilah.

Kencing tidak habis- habis.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Tidak puas tidak pergi Indonesia kah?... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, hatta kalau orang gila macam dia kena tangkap SOSMA pun saya tentang. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Alright. Yang Berhormat Sepang.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, semua calm down, calm down. Ya, Yang Berhormat Sepang, habiskan.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Mic, mic.

SOSMA, seandainya orang seperti Yang Berhormat Pasir Salak ditahan oleh SOSMA pun, kita akan menentang. Tuan Yang di-Pertua, jenayah serius macam mana pun, jenayah dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan, jenayah serius. Ia menyebabkan rakyat dalam keadaan kelaparan, ada yang bunuh diri, dia bersenang-lenang ambil duit rakyat. Akan tetapi, kita tidak mahu dia dibicarakan di bawah SOSMA, kita mahu dibicarakan secara adil. Oleh sebab itu, sampai sekarang dia tidak masuk penjara lagi. Kalau ditahan bawah SOSMA, dia dah lama dihumban di dalam penjara. Oleh sebab itu Tuan Yang di- Pertua, walaupun kami benci dengan Yang Berhormat Pekan kerana merompak duit rakyat, tetapi kami tidak mahu dia dibicarakan di bawah SOSMA. Itu perbezaan kita dengan mereka. [Tepuk]

Jadi Tuan Yang di-Pertua, orang kata dalam satu kaedah itu... [Berucap dalam bahasa Arab] Kalau kamu hendak berhukum dalam satu perkara, kamu kena faham itu adalah sebahagian daripada pemahaman kamu. Bila kamu tidak faham Mahkamah Syariah, jangan kata ini adalah selaras dengan Mahkamah Syariah. Tuan Yang di-Pertua, saya benda macam ini Tuan Yang di-Pertua tidak boleh kita buat main. Kalau kita tidak tahu alif, ba, ta tentang Mahkamah Syariah jangan bercakap. Lebih baik kita diam...

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua, saya banyak diganggu oleh orang-orang yang tidak sepatutnya- diganggu.

Tuan Yang di-Pertua

Diganggu oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Tidak termasuk yang daripada- Yang Berhormat Shah Alam paling lantang. Bagi satu minit

Tuan Yang di-Pertua

Sila 30 saat.

Cukuplah itu.

Tuan Yang di-Pertua, SOSMA Tuan Yang di-Pertua merupakan undang-undang- prosedur ya Tuan Yang di-Pertua mungkin tahu. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada masalah Tuan Yang di- Pertua. Kita sudah ada Kanun Keseksaan seperti mana yang dikata oleh Yang Berhormat Jelutong. Kita ada seksyen 117, kita ada Artikel 5 Perlembagaan yang memperuntukkan, dalam masa 24 jam mesti dibawa ke mahkamah. Ini merupakan undang-undang tinggi. Sehingga sekarang, kita tidak mengubah kedudukan Malaysia iaitu Perlembagaan- undang-undang tertinggi bukan SOSMA. Bukan SOSMA, bukan “Rosmah”, bukan sesiapa...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Ia merupakan Perlembagaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita mesti menghormati Perlembagaan, sebab kita langgar sumpah sebagai Ahli Parlimen untuk mempertahankan melindungi Perlembagaan. We are bound by Constitution... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Masa tamat.

Apabila kita menyokong membatalkan undang-undang ini bermakna kita- semua telah merogol Perlembagaan, secara perogol bersiri. Sekian, terima kasih. Saya menolak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jerantut, silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua turut memberikan saya untuk bersama-sama membahaskan pindaan Usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya keselamatan negara merupakan tanggungjawab bersama, mengatasi kepentingan peribadi, puak, kaum apatah lagi fahaman politik. Mencegah lebih baik daripada mengubati sebelum parah...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan kepentingan, hak!

Kalau sudah parah kita ubat macam mana sekalipun ia mungkin tidak sempurna. Oleh itu pada saya, keselamatan negara merupakan topik yang sangat penting kerana keselamatan negaralah kita boleh berada dalam Dewan ini berbanding dengan negara-negara lain. Isu pokoknya ialah bagi saya, ada yang kata undang-undang ini zalim dan sebagainya. Bagi saya undang-undang ini tidak sumur semua, ia boleh diperbaiki berdasarkan kepada masa dan kepentingan tertentu. Isunya di sini yang saya nampak, walaupun saya bukan pengamal undang- undang tapi sebagai seorang bekas pendidik- yang menjadi masalahnya ialah tempoh penahanan 28 hari yang menjadi kalut kita- semua. Yang terlibatnya ialah jenayah-jenayah berat, jenayah yang terancang. Bila kita sebut jenayah berat, terancang apa maksud “terancang”? Orang ini sudah letak dah, bincang dah, gaya dah tengok daripada pelbagai aspek untuk melakukan jenayah. Tambah pula yang terlibatnya bilangannya ramai. Apatah lagi kalau melibatkan kepentingan-kepentingan di luar negara yang memungkinkan pihak PDRM perlu mengambil lebih masa, dan mereka ini setelah tempoh siasatan itu kita sudah diberikan kefahaman. Ini seolah-olah si orang yang kena tuduh ini seolah-olah tidak ada pembelaan langsung, seolah-olah mereka mangsa kezaliman, seolah-olah kerajaan ini kerajaan yang zalim tanpa memberi ruang kepada rakyat untuk membela diri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tahu pun. Tahu pun.

Akan tetapi kita sebagai Wakil Rakyat yang bertanggungjawab bukan kerana parti, bagi saya kerana masalah peribadi kita hendak marah kementerian sebabnya bukan yang pentingnya ialah tempoh 28 hari itu pun tidak dipenuhi. Ini kerana saya difahamkan, apa yang saya faham ialah, pihak PDRM memakan masa mungkin 21 hari. Kemudian baki itu sudah tidak boleh hendak buat siasatan sudah perlu dibuat laporan. Bagi saya 21 hari ini kemudian boleh dibawa ke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah bagi tengah hari sudah, sudah bagi tengah hari ini.

Para hakim, para peguam, lawyer yang ramai-ramai di sini boleh membantu mereka untuk memastikan kalau mereka tidak bersalah- bebas.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh bebas juga. Tidak boleh bebas. Boleh terus ditahan selepas itu. Ini yang masalah dia tidak faham.

Yang menjadi masalahnya- disiplin.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sepang tolong ikut peraturan, tolong ikut peraturan. Yang Berhormat Sepang tadi bercakap pasal prosedur, kan? Jadi kita ikut prosedurlah.

Tuan Yang di-Pertua, dia kata kalau ditahan dilepaskan tidak boleh...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang duduk. Yang Berhormat Sepang duduk, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam- silakan Yang Berhormat Jerantut.

Ini masalah Tuan Yang di-Pertua, bila kita berbahas tengok cakap pasal agama perlakuan melambangkan kita ini imam sumur tapi tindakan tidak kena dengan amal.

Macam hantu, macam hantu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Factually wrong!

Nampak cakap pasal agama bukan main. Tidak menjaga amalan...

Perangai macam hantu!

Tidak menggambarkan kita seorang yang beragama yang berakhlak mulia.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Awak hendak mengkafirkan orang pula. Awak hendak mengkafirkan orang pula!...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sepang- Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam. Okey baik...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam sila bawa mengucap, bawa mengucap. Yang Berhormat Jerantut ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapakah pula bawa mengucap?

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham apa dia cakap. Saya cakap bukannya tidak boleh dibawa, cumanya untuk tempoh siasatan.

You don’t know lah, diamlah.

Dia seolah-olah- kenapa tidak faham kenapa tidak dibawa ke mahkamah, tipu! Sebab mereka boleh dibawa ke mahkamah selepas habis tempoh siasatan yang kita hendak melakukan seolah-olah dalam kempen kata, ini undang-undang yang zalim tanpa ada ruang pembebasan- ruang.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Memang zalim, tahan tanpa bicara. Faham tak!...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Sepang amaran terakhir...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Tepuk] Amaran terakhir. Amaran terakhir. Hormat sikit Dewan. Yang Berhormat Jerantut saya tambah seminit.

Saya setuju Tuan Yang di-Pertua, kita ini lupa siapa kita. Bahkan terjerit-jerit mengalahkan- siapalah lagi kita ini, hendak kata monyet karang salah sangat, kan...

[Dewan ketawa]

Kita ini sudah, tua belaka sudah...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tapi perangai tidak menggambarkan yang tua- kata tahan tanpa bicara dalam tempoh siasatan. Lebih daripada itu pendakwaan.

Hendak tua itu pun zalimlah.

Fahamlah sikit lawyer tapi ini mungkin ‘loyar buruk’, lah agaknya kalau begini...

[Dewan ketawa]

Minta maaflah kalau saya boleh gunakan perkataan...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua.

Saya jarang hendak menggunakannya tapi kita agak keterlaluan dalam menyampaikan hasrat kerana kepentingan politik tanpa kepentingan rakyat negara.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini bukan politik, ini undang-undang!

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam.

Kalau beginilah perangai kita Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Halau, halau, halau.

Patut floor saya bagilah- ini peraturan. Terjerit tanpa peraturan. Sekolah tinggi, umur pun sudah lebih- sudah beruban macam saya. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih banyak.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia menentang kezaliman dengan segala kekuatan!

Yang Berhormat Shah Alam penyokong penjenayah!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah, silakan.

Macam bodoh ini. Aduh! Yang Berhormat Jempol- come on lah! Kalau bodoh, sembunyi sikit, boleh tak?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sabar, sabar, sabar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya sebenarnya selepas meneliti cadangan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya lebih menjurus ayat daripada Tuan Yang di-Pertua tadi yang menyatakan bahawa ini kali pertama Dewan yang mulia ini terpaksa menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(3). Dalam lebih enam dekad Parlimen kita ada, peraturan ini ada, kenapa hari ini kita hendak gunakan peraturan ini. Kalau kita tengok Peraturan 36(3), ia bermula dengan perkataan, “Adalah salah...” pada Peraturan Mesyuarat. Mula dengan perkataan, “salah.” Maknanya apa? Daripada segi secara amnya- general rule ia merupakan satu kesalahan kepada diri kita sendiri selaku pembuat undang-undang untuk ubah apa-apa keputusan yang telah diputuskan dalam Dewan yang mulia ini pada Penggal yang sama iaitu pada 23 Mac yang lepas, dengan membawa satu Usul. Kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku. Ini saya hendak sebut secara prosedur. Kita kena hormati Dewan yang mulia ini yang kita sendiri telah membuat satu keputusan secara kolektif pada 23 Mac yang lepas. Tidak kiralah keputusan itu menyebelahi kita kah, tidak menyebelahi kita kah, Kerajaan menang kah, Pembangkang menang kah- itu soal kedua. Itu soal yang mana- Dewan yang mulia ini keputusannya mesti sentiasa kita junjung dan kita martabatkan... [Tepuk]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kita tidak boleh main suka-suka. Oh, hari itu kita kalah, jadi bawa balik Usul, gunakan 36(3). Kalau macam itu, mana-mana Ahli Parlimen kerajaan jangan hadir. Selepas itu sidang akan datang, bawalah usul lagi. Ini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa lebih maklum berbanding dengan saya. Ia akan menyebabkan floodgate of cases. Sesuatu yang unprecedented. Akan tetapi kalau kita buka floodgates ini, ia akan menjadi sesuatu yang akhirnya yang akan menyebabkan sistem Demokrasi Berparlimen ini tidak dianggap penting lagi oleh rakyat, 30 juta orang rakyat Malaysia yang tengok kita. Rakyat akan anggap, kita ini bukan pembahas, kita bukan buat kerja dalam Dewan ini, tetapi hanya bersandiwara sahaja. Jadi, saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak kira daripada sebelah mana. Kita kena fikir, kita kena fikir itu keputusan kita bersama. Saya hendak sebutkan, tadi Yang Berhormat Menteri sebut- saya dengar tadi, sebab saya bersedia untuk bahas, saya ambil setiap perkataan daripada Yang Berhormat Menteri tadi sebut...

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sekejap Yang Berhormat Jelutong. Kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam. Ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri KDN tadi. Soal kedaulatan, dua hari lalu. Siapakah yang membangkitkan isu kedaulatan? Kami- Pembangkang di sebelah sini... [Tepuk] Usul ditolak. Yang hendak martabatkan kedaulatan negara? Kami Pembangkang, dan bukan pihak Kerajaan. Jangan gunakan soal keselamatan, kedaulatan sebagai alasan untuk membawa usul ini. Keselamatan negara tidak terjejas. This is not something substantive in law, it’s only procedural. Tadi rakan-rakan saya telah mengatakan bahawa Kanun Tatacara Jenayah dan pelbagai lagi peraturan undang-undang yang kita sedia ada, boleh digunakan. Keselamatan negara tidak terjejas. Yang terjejas mungkin keegoan daripada Menteri KDN sebab hari itu ditumpaskan oleh orang-orang UMNO yang tidak hadir- dia hendak buat semula dan menyusahkan Ahli Dewan, dan tidak menghormati keputusan Dewan. Itu sahaja masalah dia. Jadi saya mohon rakan-rakan daripada kedua-dua belah pihak. Kita fikir. Kalau keputusan itu boleh diubah sedemikian rupa, apa pandangan, apakah persepsi rakyat terhadap kita?

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

...Rakyat akan fikir, ini bukan setakat kerajaan ‘tebuk atap’, ini kerajaan yang boleh buat pinda keputusan dalam sekelip mata, langgar peraturan. Padahal Peraturan 36(3) kata, “Adalah salah...” Saya sendiri tidak nampak, tidak ada apa-apa keperluan, alasan kukuh untuk kita pinda dan ubah keputusan yang telah dibuat. Saya tidak nampak.

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ya Yang Berhormat Jelutong.

Saya ada soalan. Apa pendirian Yang Berhormat Rasah ataupun pendirian Ahli Parlimen Tapah kerana dia luar MIC memperjuangkan semua yang telah ditahan di bawah SOSMA. Baru- baru ini Tan Sri Vigneswaran bangun mengatakan bahawa, ini merupakan undang- undang zalim. Saya hendak tahu, apakah pendirian Yang Berhormat Tapah? Sokong undang-undang ini, jangan sandiwara dalam Dewan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon 20 saat lagi.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya mohon kepada- masa sudah lepas Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Okey.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya hendak sebut secara tegas keselamatan negara tidak terjejas. Jangan gunakan alasan. Nanti kami tolak. Kata kami tidak jaga kedaulatan dan keselamatan negara. Saya tahu itu alasan dia. Semalam saya hadir ke taklimat dikatakan apa? Berbanding dengan ISA, berbanding dengan EOs 69, ini lebih baik, lebih friendly. Kepala hotak! Itu tahun bila? Itu tahun 60-an, zaman kita baharu merdeka. Janganlah banding macam itu. Kita kena gunakan alasan yang lebih kukuh, konklusif dan berfakta kalau hendak buat perbandingan. Jadi saya mohon kepada rakan-rakan semua. Tidak kira kedua-dua belah pihak. Kita fikir secara objektif. Menjunjung, mengangkat keputusan Dewan yang kita telah sama- sama buat. Tidak kira soal siapa menang. Ini bukan soal politik. Keselamatan negara tidak terjejas. Semua substantive law yang kita ada masih terpakai, dan akan terus terpakai, dan kami Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tetap menjunjung dan memartabatkan keselamatan dan kedaulatan negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi dia menyebut, “kepala hotak” itu untuk siapa- “kepala hotak” untuk siapakah Yang Berhormat?

Dia tuju pada polislah itu.

Tuan Yang di-Pertua

Speaker speaking. Tidak apa. Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, telah empat kali Yang Berhormat-Yang Berhormat mempersoalkan keputusan saya bahawa Motion ini bukan Substantive Motion dan merupakan hanya procedural. Saya rasa, maaflah ya- with all due respect, saya rasa Yang Berhormat tidak faham apa itu Substantive Motion. Substantive Motion bukan seperti substantive application di mahkamah. Substantive Motion di dalam Parlimen ialah satu usul yang dibahasakan sebegitu rupa di mana memerlukan keputusan Dewan. Itu Substantive Motion. Non-substantive ialah usul yang tidak memerlukan keputusan seperti 18(2). Itu bukan usul substantif. Saya cuma hendak terangkan sahaja.

Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, dengan segala hormatnya, kesannya sama.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduklah. Ini pasal substantif dan bukan substantif. Bukan saya hendak berbahas tentang ini.

Sama, ia sama.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak tanya Tuan Yang di- Pertua, for your definition...

Tuan Yang di-Pertua

Bukan saya hendak bagi definition. Itu bukan saya punya definition. Itu definition House of Commons.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak apa. If that’s the definition, maknanya every other secara umum boleh dibawa, dan kalau sudah kalah, boleh diundi baliklah. I mean, every motion needs a decision. The decision was made.

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Then you bring it back to make a new decision.

Tuan Yang di-Pertua

Kenapa kita tidak tukar peraturan 36(3) dahulu- peraturan ada dalam ini. Saya ikut sahaja.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Jelas.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, jelaslah. Dia kata perlu Substantive Motion, this is a Substantive Motion. Tolong. Yang Berhormat Padang Serai, silakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sudah 60 tahun, tidak pernah bawa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebagai bekas tentera dan juga veteran, saya amat ambil berat atas keselamatan negara bukan tentera tanam sayur. Akan tetapi mengapa kita hendak tolak SOSMA, bukanlah kita sengaja hendak tolak SOSMA, tetapi ada alasan-alasan di mana kadang-kadang disalahgunakan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Maka dianiayai pada golongan-golongan miskin terutama B40 dan sebaginya. Apabila mereka kembali balik didapati mereka ditahan 28 hari dan dibebaskan. Mereka kehilangan kerja tidak ada pendapatan. Bolehkah kerajaan jamin mereka akan dapat kembali balik kerja tersebut. Itu penting sebab yang terlibat merupakan orang- orang miskin apabila ditahan dan selepas mereka tidak ada kerja dan dibuang kerja, apabila dapat SOCSO, apabila ada title SUKMA sahaja, dia tidak dapat kerja di mana- mana apabila dia balik ke tempat asal.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

“SOSMA” bukan “SUKMA”. “SUKMA” itu Sukan Malaysia.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sorry, SUKMA... [Ketawa]

Itu sukanlah, sukan, sukan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Hendak sebut SOSMA pun mulut saya tidak mahu terima lagi. Apa boleh buat?...

[Dewan ketawa]

SUKMA pun boleh, SUKMA pun boleh pakai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

So, mulut pun tidak mahu terima saya mahu buat macam mana? Saya macam mana mahu sokong Yang Berhormat Menteri?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Padang Serai, boleh mencelah? Seminit sahaja.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Okey.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pernah membuat kaunseling bagi tahanan SOSMA di Sungai Buloh. Saya menyaksikan sendiri dengan mata kepala saya mangsa-mangsa yang dizalimi oleh SOSMA hanya kerana mereka memiliki beberapa stickers atau tersalah menghadiri kuliah ataupun mengirimkan wang kepada abang ataupun adik yang berada di luar terlibat dengan kegiatan. Mereka disumbat masuk melalui SOSMA, terperosok dalam penjara bercerai-berai anak bini. Ini semua kerana SOSMA. Saya telah berjanji kepada mereka yang innocent ini bahawa kita akan menentang akta ini demi orang yang tidak bersalah. Jadi di dalam Dewan ini, saya- kita saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang mempunyai domir MP-MP sekalian, sudah sampai waktu untuk kita letakkan noktah, jangan akta zalim ini diteruskan. Kita telah membuat keputusan pada masa yang lalu dan jangan ulangi kesilapan untuk meneruskan akta zalim ini. Kepada mangsa SOSMA di luar sana, saya telah menunaikan janji saya bersama dengan MP kerajaan untuk menghentikan akta yang zalim.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Juga terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Ini orang yang patriotik, veteran. Sepertinya juga di luar, ramai veteran yang mempertahankan negara dengan nyawa dan darah mereka tidak bersetuju dan menentang SOSMA. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Padang Serai, just sekejap sahaja. Terima kasih. Yang Berhormat Pasang Serai telah pun membuat poin yang bagus berkenaan dengan stigma. Stigma yang akan berlaku kepada mereka yang ditahan SOSMA apabila mereka keluar untuk bekerja dan sebagainya. Berkaitan dengan isu itu Yang Berhormat Padang Serai, adakah Yang Berhormat Padang Serai tahu bahawa mereka yang dalam golongan terancang 130V, kebanyakan mereka seperti data bank. Mereka sudah diketahui. Bila ada apa pengesyakan, mereka akan ditahan sama ada mereka terlibat atau tidak- sebab mereka berada dalam satu senarai. Itu telah berlaku beberapa kali. Adakah ini dalam pengetahuan Yang Berhormat Padang Serai, dan apakah pandangan Yang Berhormat Padang Serai?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Saya terima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dan juga masukkan dalam ucapan saya.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Simpang Renggam boleh masukkan sekali?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sekali dengan Yang Berhormat Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Memang hebat sekali. Juga sekiranya Menteri yang ada sekarang duduk di sebelah kita, dia pun akan against SOSMA ini. Oleh sebab dia duduk sana itu pasal dia terpaksa tahankan. Kalau dia duduk sebelah kita ini, dia mesti kata, “No, no, no...” Oleh itu, saya rasa Menteri- kita kaji balik dan bawa ke Dewan yang mulia ini, dan kita bentang dan kita sama-sama bincang. Sekian, terima kasih daripada saya.

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Okey Yang Berhormat Jelutong teruskan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai sudah habis itu. Dia sudah sekian.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, yang ditahan, yang saya rujuk tadi bukanlah DSP. Beliau merupakan seorang Superintenden... [Melihat kepada YB Menteri Dalam Negeri] Menteri mengangguk kepala. Superintenden Mohd Nazrul bin Amir, seorang Ketua Cawangan E6, IPK Kedah. Saya minta penjelasan, kenapa beliau ditahan di bawah SOSMA. So, jangan mengatakan hanya orang-orang yang terlibat dalam geng dan sebagainya, jenayah terancang akan ditahan. Undang-undang ini boleh disalahgunakan terhadap anggota- anggota PDRM juga, untuk makluman.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Ledang. Silakan ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun pada petang ini juga untuk membahaskan berkenaan dengan usul untuk membatalkan keputusan majlis mesyuarat pada 23 Mac 2022. Saya ingin menyebutkan beberapa perkara asas yang kita bahaskan pada hari ini dan sebenarnya telah pun disebutkan dalam mesyuarat yang lepas iaitu berkenaan dengan perkara keadilan, berkenaan dengan salah guna, berkenaan dengan prinsip- prinsip yang besar yang sebenarnya kita pasti semua orang faham tetapi tidak mungkin memahami berkenaan dengan pelaksanaan yang berlaku. Oleh sebab itu, kalau kita tengok pada awal Jun yang lalu, ada seorang bekas Perdana Menteri ada menyebutkan cadangan supaya orang yang seleweng bekalan minyak masak perlu dikenakan tindakan bawah Akta SOSMA. Faham tak faham maksudnya perkara ini? Saya hendak sebut awal-awal. Saya memang bersetuju bahawa pihak yang seleweng, yang sorok, yang seludup minyak masak ini memang dikenakan tindakan, memang perlu disiasat tetapi janganlah sebut mudah-mudah untuk menggunakan Akta SOSMA.

Kita ada banyak undang-undang yang lain, ada perundangan yang lain yang kita boleh gunakan seperti Akta Kawalan Bekalan, Akta Kesalahan Kecil, Akta Imigresen. Macam-macam cara undang-undang yang boleh digunakan. Akan tetapi yang curi berbilion-bilion ringgit untuk kesenangan poket kawan-kawan sendiri, yang ini tidak pula disebut boleh dikenakan SOSMA, walaupun saya memang tidak setuju untuk digunakan SOSMA. Akan tetapi itu menggambarkan bahawa kita memberi satu persepsi yang salah kepada masyarakat, kepada rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada Mac tahun ini juga- tadi rakan saya daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya sebutkan bahawa, Ketua Polis Negara sendiri telah menyebut dalam kenyataan beliau- PDRM sedia akur dengan penolakan penggunaan subseksyen 4(5) SOSMA, dan menggunakan akta dan peruntukan sedia ada yang lain untuk kesalahan di bawah akta ini. Maksudnya boleh. Boleh, dan kita ada mengadakan, kita ada subseksyen ini- sunset clause ini, kerana kita percaya dan yakin dalam tempoh lima tahun itu bahawa pihak kerajaan, pihak polis akan mengangkat lagi, akan meningkatkan keprofesionalan mereka itu untuk memastikan siasatan dapat dilakukan dengan bernas, dengan berkesan dalam tempoh masa yang wajar.

Jadi, kalau kita lihat daripada segi tempoh masa, ya saya faham penetapan subseksyen ini digunakan untuk membantu siasatan pihak polis, untuk mengelakkan orang dalam siasatan melarikan diri dan untuk memastikan chain of evidence, dengan izin, itu tidak diganggu. Saya faham betul, dan telah disebutkan. Kita pun dengar taklimat semalam ia digunakan kepada jenayah terancang geng Chandran, geng Niki dan sebagainya. Akan tetapi itu sebab-sebab teknikal...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

...Saya percaya cuma sebenarnya kita masih ada kaedah jalan lain untuk kita menguruskan sebab-sebab tanpa menggunakan mekanisme tempoh penahanan tanpa bicara dalam tempoh 28 hari. Yang Berhormat Shah Alam, hendak cakap?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau boleh diizinkan.

Sila, sila.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Pihak sebelah sana dia bangga bahawa SOSMA ini tidak akan digunakan terhadap orang politik. Dia tidak faham bahawa, kita mempersoalkan dari sudut prinsip keadilan. Sama ada orang politik kah, bukan politik, petani, orang biasa kah, soal tahan tanpa bicara ditolak. Ini prinsipnya. Saya hendak tegur tadi, bila tidak boleh hujah dia bawa “monyet”, dia bawa hujah tidak ada agamalah. Jawablah hujah. Kita tengah berhujah. Lawan hujah dengan hujah...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Bukan dengan branding, branding, labeling, labeling. So, mereka sebelah sana tidak faham. Mereka fikir, bila kita kata- jaminan tidak ada digunakan untuk ahli politik maka it’s okay. No! It’s not okay. Apakah pandangan?

Setuju 100 peratus dengan Yang Berhormat Shah Alam. Tahan tanpa bicara melanggar prinsip asas hak kemanusiaan, hak Islam. Sebagai umat Islam juga, tahan tanpa bicara merupakan satu kesalahan yang besar ,dan ia merupakan satu perkara yang kita mesti banteras bukan kerana kita tidak memikirkan tentang soal keselamatan, tentang ketenteraman awam. Akan tetapi kita kena seimbangkan antara keselamatan negara dengan pelanggaran hak asasi manusia. Mesti ada pertimbangan wajar yang diberikan. Dalam hal ini, 28 hari itu merupakan satu masa yang sudah pun lama. Sudah memadai dengan adanya tahanan reman sehingga 14 hari. Mereka boleh lagi ditahan, disiasat dalam tempoh tersebut. Jadi, itu sudah pun memadai. Jadi Tuan Yang di-Pertua, secara tuntasnya saya tidak bersetuju dengan tindakan untuk kita melanjutkan pemakaian SOSMA, akta ini dan ia kerana ia bersifat draconian, ia melanggar prinsip keadilan, ia boleh disalahgunakan. Terima kasih. Saya menolak Usul ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Gudang, silakan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, saya memahami dan menghormati tugas Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam perkara ini. Begitu juga menghormati dan memahami pendirian kerajaan dan juga tanggungjawab polis tentang keselamatan dalam negeri ini kita jaga bersama-sama.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, usul Yang Berhormat hendak bawa ini berkaitan subseksyen 4(5) Akta SOSMA ini. Biarlah saya ulang semula- walaupun sudah faham. Seksyen 4(5) ini memberi polis kuasa menahan seseorang tanpa bicara selama 28 hari. Tidak dibawa ke mahkamah, tidak dibawa depan Majistret untuk dapatkan Perintah, tidak dibenarkan peguam mewakili orang tahanan itu apabila beliau telah ditahan. Macamlah zaman dahulu ada ISA dalam tempoh 60 hari yang pertama. Yang Berhormat Menteri, saya ada pengalaman dipenjarakan dan ditahan. Dalam penjara bukan senang apa Yang Berhormat Menteri. Mungkin kalau Yang Berhormat Menteri ada pengalaman ditahan tanpa bicara sampai 28 hari- tidak usahlah sampai 28 hari- dua, tiga hari pun susah Yang Berhormat Menteri. Jadi, seksa.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi, isunya − saya bersetuju dengan rakan-rakan tadi ialah isu tahanan tanpa bicara dan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kita semua Ahli Parlimen di sini angkat sumpah untuk melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan? Pada Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kebebasan diri seseorang warganegara itu dijamin oleh undang-undang. Tidak boleh dilucutkan kebebasan diri seseorang itu. Yang Berhormat Menteri, tengok baliklah Perlembagaan itu. Pada Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, boleh tangkap − polis boleh tangkap seseorang, tetapi Perlembagaan menyatakan apabila seseorang itu ditangkap, dia juga berhak untuk mendapat khidmat peguam bela pilihannya. [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi, dalam SOSMA subseksyen 4(5) tidak boleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, pada bulan 23 Mac yang lepas, usulnya telah ditolak. Sekarang sudah empat bulan. Pada hari ini usul ini datang semula walaupun ia bukan usul substantive − datang semula. Jadi, dalam empat bulan ini, pihak polis ada undang-undang yang lain. Kanun Keseksaan ada. Bukan tidak ada jenayah berlaku, ada jenayah berlaku. Kanun Acara Jenayah ada Yang Berhormat Menteri seksyen 117 itu. Iaitu kalau kena tahan, kita tidak boleh halang. Polis ada hak untuk tahan tetapi dalam masa 24 jam, tahanan itu akan dihadapkan ke hadapan Majistret. Erti ini adalah separation of powers. Polis adalah Eksekutif yang melaksanakan undang-undang, itu kita hormat. Akan tetapi, apabila ditahan, kebebasan diri seseorang itu terancam. Ini tanggungjawab Judiciary untuk memutuskan. Sekiranya pihak polis datang di hadapan mahkamah, di hadapan Majistret, kalau ada rasional yang betul, hakim atau Majistret tidak ada masalah bagi reman. Orang yang membunuh seseorang itu pun, dia akan ditahan di bawah tahanan reman selama 14 hari. Akan tetapi, itu pun kesalahan − suspek itu dituduh membunuh dihadapkan ke mahkamah, dia boleh bawa lawyer. Ertinya, ada pembelaan iaitu peruntukan undang-undang. Akan tetapi, dalam kes yang SOSMA ini, itu semua dinafikan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa sebab-sebab yang dibagi oleh Yang Berhormat Menteri, saya tidak boleh terima. Sebab-sebab itu saya rasa tidak memberi sesuatu answer yang rasional berkaitan apa yang berlaku dengan tahanan. Ini kerana, apa yang berlaku dalam SOSMA

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

ialah ia adalah satu prosedur yang mana melanggar rule of law. Itu adalah fundamental dan saya tidak faham mengapa kita hendak kembalikan SOSMA ini. Selain daripada itu, ada kes-kes yang mana penderaan fizikal terhadap tahanan. Ini adalah kes-kes yang benar berlaku Yang Berhormat Menteri. Contohnya, pada tahun 2016, SUARAM telah membuat aduan untuk sekurang-kurangnya 14 orang tahanan bawah SOSMA yang mana mereka telah dipukul, diseksa dan diperlakukan dengan cara yang merendahkan mereka dan tidak berperikemanusiaan. Ini benar dan saya juga tahu satu kes yang saya sendiri yang handle iaitu seorang body builder yang kena ditahan di bawah SOSMA, sampai sekarang dia dijatuhi hukuman selama 11 tahun dan kena dipukul juga. Saya rasa, semasa ditahan, saya rasa ini adalah perbuatan untuk menghina dan bukan untuk tahanan kena siasatan. Ini hanya pukul untuk dapat confession sahaja. Saya pun tak faham macam mana kita boleh pulangkan SOSMA kalau masa sekarang, kes-kes yang berada di penjara dan di lokap di bawah SOSMA belum diselesaikan? Ada juga Menteri kata yang mana SOSMA tidak akan sentuh politik. Saya pernah ditahan di bawah SOSMA dan berkaitan dengan itu adalah seksyen 124B dan C, untuk aktiviti yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen. Kalau kita kata tidak ada politik, ini adalah satu contoh yang mana SOSMA boleh disalah guna. So, apabila Menteri kata tiada tahanan politik, saya rasa ini dan saya hendak dan perlukan penjelasan daripada Menteri. Di bawah SOSMA kedaulatan undang-undang tidak dipatuhi kerana mahkamah perbicaraan tidak boleh mengarahkan pendakwa raya untuk mengemukakan sebarang kenyataan atau ringkasan maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan negara. So, where is the justice? Mana keadilan untuk tahanan? Seksyen 11(5) di bawah SOSMA menyatakan bahawa semakan dijalankan setiap lima tahun. Saya sendiri sudah hantar beberapa kes kepada KDN. Pada masa itu di bawah bekas Perdana Menteri Yang Berhormat Muhyiddin yang mana menunjukkan beberapa kes yang saya hantar setiap tahanan dijatuh hukum lebih daripada lima tahun. Apabila saya tanya untuk penjelasan, tidak ada. Tidak ada action, tidak ada tindakan yang mana mengapa mereka kena ditahan lebih daripada lima tahun. It’s indefinite. Ada yang kena jatuh hukuman selama 15 tahun. Sila jelaskan. Jadi, saya tidak percaya bahawa kita memerlukan kembalikan SOSMA procedures ini kerana ini adalah sangat-sangat menjejaskan hak asasi manusia dan tidak menyelesaikan isu jenayah dan juga terrorism. Sekian, saya tolak untuk mengembalikan SOSMA ini. Sekian dan terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Dewan, masa perbahasan telah tamat. Silakan Menteri untuk menjawab 10 minit.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan semua Ahli-ahli Parlimen yang telah pun membahaskan usul yang saya bentangkan tadi. Saya kata usul ini adalah untuk membatalkan. Saya tidak mahu cerita tentang merit. Ini kerana, kalau hari ini pun – kalau sebelah kerajaan menang sebagi contohnya, saya akan bentangkan usul yang meritnya nanti akan dibangkitkan semula. Nanti dua kali ceritanya.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Keduanya, saya hanya hendak menerangkan bahawa SOSMA ini hanya kita berikan kepada kesalahan-kesalahan jadual pertama dalam SOSMA. Itu sahaja yang banyak dibangkitkan ini kes-kes yang tidak sama dengan apa yang saya katakan. Contohnya, kesalahan terhadap negara kanun keseksaan Akta 574 Bab VIA kesalahan yang berhubungan dengan keganasan. Bab IVB jenayah terancang. Bahagian III A Penyeludupan Migran Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita cerita tentang Jadual Pertama ini kesalahan yang saya katakan, banyak daripada kesalahan-kesalahan ini adalah merupakan kesalahan yang merangkumi ramai daripada penjenayah yang kita tangkap.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta penjelasan.

Ini adalah sesuatu yang memerlukan masa yang agak lama untuk kita siasat. Ramai daripada rakan-rakan mengatakan Ahli Parlimen di sini menimbulkan proses siasatan mengikut seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Saya faham bahawa kalau kita hendak ikutkan seksyen 117 ini, betul saya maklumkan memang betullah bila 24 jam hari pertama kita siasat dan kita akan lengkap dan bawa terus kepada majistret itu. Kemudian kita minta tambah empat hari. Kemudian, kalau tidak cukup minta tambah lagi. Masalahnya bila terlampau ramai yang kita rangkumkan semua ini, kadang- kadang change of evidence is very important dalam siasatan yang dilakukan. Kalau kita bawa mereka ini ke mahkamah, sudah ada cerita-cerita yang terbuka. Oleh sebab itu kita perlukan 48 jam, yang pertama itu 48 jam seperti Yang Berhormat Jelutong ini. Dia sendiri kata tidak dibenarkan, tidak tahu pun apa perkara yang ꟷ Saya hendak maklumkan bahawa saya tidak tahu siapa ini. Peguam Rayer telah dilantik sebagai peguam kepada superintenden Nasrul pada 2 Julai 2022. So, ini menunjukkan siapa yang salah di sini? Kita memang benarkan. Siapa kata kita tidak boleh berikan peguam untuk dilantik? Ini masalah kita.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan, Yang Berhormat Menteri penjelasan.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan, penjelasan.

Saya hendak maklumkan sebab itu Tuan Yang di-Pertua apa pun yang saya hendak jawab di sini adalah semata-mata kerana hendak bagi tahu bukannya saya tidak tahu tentang seksyen 117.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri sendiri cakap tidak perlu – dia tak pernah cakap mengenai [Tidak jelas] , he’s talking about the merits of the matter. What is his point?

Akan tetapi, kesalahan-kesalahan yang berat ini adalah... [Tidak jelas]

[Dewan riuh]

[Tidak jelas]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri cakap – I know the floor.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

The floor is on his side. If he allows, boleh benarkan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat boleh bagi laluan saya hendak tanya satu soalan sahaja Yang Berhormat.

Saya tunggu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi sedikit laluan?

Oleh sebab itu saya hendak maklumkan Tuan Yang di-Pertua, kalaulah semualah dalam seksyen peraturan kita 35..

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri. Ini cakap merit ini macam mana?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Jangan mengelirukan Dewan Yang Berhormat Menteri. Mengelirukan Dewan. Biarlah bila sudah sebut tentang Rayer, biar dia jelaskan.

Janganlah ganggu.

35(6) Seseorang Ahli tidak boleh bercakap berkenaan dengan apa-apa perkara yang ada di dalamnya faedah hal kewangan yang telah bagi dirinya atau macam-macam lagi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak berani jawab ya Yang Berhormat Menteri.

Ini menunjukkan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, saya tunggu daripada mula tadi saya dengar semua ini. Saya berikan peluang.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

The floor is the Minister’s floor.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan saya Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Pasir Gudang kata tidak [Sistem pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Please, the Minister is answering, and he doesn’t allow the floor. Peraturan is clear. Please Yang Berhormat Ipoh Barat, please.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu Yang Berhormat Pasir Gudang kata tidak boleh, saya tidak – saya kata boleh lepas ini... Yang Berhormat Jelutong.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Takut untuk mengambil soalan.

Dia pun telah dilantik beberapa lagi macam- macam kes yang saya hendak maklumkan bahawa...

Tuan Yang di-Pertua, di bawah undang-undang, kita tidak dibenarkan untuk berjumpa.

Kalaulah saya katakan ini semua adalah sesuatu yang tidak memberikan ruang kepada mereka yang telah pun ditangkap tidak benar sama sekali. Kita beri peluang dan sebab itu Tuan Yang di-Pertua.

Kita tidak diberi peluang untuk berjumpa.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan juga di sini...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Jangan kelirukan Dewan.

Jangan kelirukan Dewan.

...Bahawa kes-kes yang ada hari ini kerana kes-kesnya adalah merupakan kes-kes yang terancang. Kes-kes yang terancang ini adalah merupakan kes-kes yang agak banyak. Oleh sebab itu, kita memerlukan agak lama siasatannya walaupun 28 hari itu pada kita semua kita beranggapan 28 hari itu lama tetapi sebenarnya siasatan hanya kita buat 20 hari sebab hari yang ke-21 kita terpaksa berikan kepada AGC untuk menentukan...

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan 36(6).

...untuk menentukan bahawa sama ada merit ataupun tidak. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sebentar Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jelutong yes?

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa saya tidak membuat pengisytiharan bahawa superintenden itu adalah anak guam saya. Untuk makluman, mereka telah datang ke pejabat saya untuk mendapat nasihat tetapi belum lagi melantik saya sebagai peguam. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah bersuara dalam sesi yang lalu, menentang usul ini, mereka mendapatkan pendapat saya sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai peguam. Jangan membuat tuduhan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, please get your facts right. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Okey Yang Berhormat Jelutong. You have got your point across the floor. Dipersilakan.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini pada saya adalah sesuatu yang boleh sepatutnya Yang Berhormat Jelutong juga boleh memaklumkan pada kita mereka ini sudah berjumpa dengan saya. Ini yang saya tahu sedikit tapi...

Sebagai Ahli Parlimen, apakah salahnya mereka berjumpa dengan saya?

Akan tetapi, inilah dia ceritanya. Ceritanya...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini kata ada monetary benefit mana ada monetary benefit? Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan. Mana ada monetary benefit.

Undi sahajalah.

Saya tidak kata – Saya baca peraturan. Saya tidak kata benefit kepada dia. Saya baca peraturan faham tidak Yang Berhormat Shah Alam? Yang Berhormat Shah Alam yang tidak faham.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, and you are implying dia ada monetary benefit, janganlah kelirukan Dewan.

Kalau Yang Berhormat Shah Alam tidak faham, jangan cuba [Sistem pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat ikut pada peraturan ya.

[Dewan riuh]

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan kalau boleh penjelasan okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya rasa kita di sini melihat kepada peruntukan seksyen 4(5) dan di situ dinyatakan 28 hari dan kita semua tahu bahawa masa itu menjadi soal yang dibangkitkan kemungkinan ada salah guna kuasa dan sebagainya dan ini perkara yang berlaku. Kita semua terima ada kes-kes yang dilaporkan yang menyatakan sebegitu rupa. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah sama ada kementerian sedia untuk melihat bagaimana kita ini boleh menambah baik peruntukan tersebut supaya masalah yang dibangkitkan ini dapat kita halusi dan cari jalan penyelesaian supaya kita

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

boleh dapat mungkin ruang untuk seseorang ditahan itu dibawa ke hadapan majistret mungkin dalam 14 hari Tuan Yang di-Pertua. Ini supaya sekiranya ada masalah sedemikian, masalah itu dapat diketengahkan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa. Saya cadangkan daripada –.

Yang Berhormat Puchong, patutnya Yang Berhormat Puchong bincang dengan semua rakan-rakan. Itu caranya. Ini sebab kita sudah hendak tamat 31 Julai ini. Maka, SOSMA yang kita perlukan adalah prosedur tadi hanya 28 hari. Itu sahaja yang kita perlukan sekarang ini. Saya sudah maklumkan pada sesi yang lepas pun sama saya kata okey yang itu yang lebih baik. Kita luluskan dan kita bincangkan supaya kita buat pindaan terhadap ini. Ini yang saya mahukan bukan menuduh seolah-olah polis jahat, menuduh seolah-olah ditangkap, dizalimi, siapakah yang zalim?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Siapakah yang tuduh? Fakta, ianya berlaku.

Kalau kita hendak fikirkan...

[Dewan riuh]

Duduklah Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam ini ganggu betullah.

[Dewan riuh]

Sudah pergi Indonesia meracau ke?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sabar bapak, sabar bapak ya.

[Dewan riuh]

Sabar kepala... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri perlu masa. Sudah hendak gulung.

Kasih sayang. [Tidak jelas]

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak payah cakap panjang lagi. Saya rasa itulah yang saya mahukan supaya kita batalkan ini untuk saya masukkan usul baharu untuk kita teruskan SOSMA pada minggu hadapan. Terima kasih.

[Dewan riuh]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi perbahasan telah selesai. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan ya. Masalahnya ialah berusul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di bawah nombor dua dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan]

Lebih suara bersetuju.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Belah bahagi.

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya belah bahagi diadakan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bentara, sila kira.

Kaji balik peruntukan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sila kira.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa ini ugut-ugut. Tidak boleh lawan hujah, hendak tarik balik peruntukan. Bangang betullah.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, cool down, cool down. Biar saya kira dahulu. Cukup 15 orang atau tidak ini. Okey, please.

[Dewan riuh]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Okey, okey. I'm satisfied, I'm satisfied.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak boleh lawan hujah, tarik peruntukan.

Yang Berhormat Shah Alam tidak ada peruntukan. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada peruntukan.

[Dewan riuh]

[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, please cool down. Let me go ahead. Silakan dengan urusan Majlis ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang telah bangun minta diadakan belah bahagian maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagi diadakan sekarang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, tutup pintu.

Loceng bunyi dahulu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tahniah, PAS sudah sokong ISA. Tahniah.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

PAS insaf.

Yang Berhormat Shah Alam sokong penjenayah.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Sebelum...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

PAS sudah insaf. Menyokong ISA SOSMA.

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum kita mulakan proses pengundian, saya ingin mengumumkan nama-nama penghitung. Blok A, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim). Blok B, Yang Berhormat Kepala Batas. Pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Batu Gajah. Blok C, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Ledang. Blok D1, Yang Berhormat Jempol diperhati oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Blok D2, Yang Berhormat Kluang, diperhati oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Blok E, Yang Berhormat Lumut dan diperhati oleh Yang Berhormat Tebrau. Blok F, Yang Berhormat Lanang bersama Yang Berhormat Parit. Akhir sekali, Blok G, Yang Berhormat Sungai Petani bersama Yang Berhormat Sibuti. Usul Menteri sekarang. Usul Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghirau usul terdahulu. Saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputus usul Menteri Dalam Negeri di nombor dua dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul- usul hari ini. Selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 21 Julai 2022.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi perlu disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin umumkan keputusan belah bahagian untuk usul ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju seramai 104 orang... [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju seramai 83 orang. Semua mengundi. Tidak hadir seramai 33 orang.

[Usul disetujukan]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Ahli-Ahli Yang Bersetuju:Motion

1. YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 3. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 4. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 5. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 6. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 7. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 8. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 9. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 10. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 11. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara)

12. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 13. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 14. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 15. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 16. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 17. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 18. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 19. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 20. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 21. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 22. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 23. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 24. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 25. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 26. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 27. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 28. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 29. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 30. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 31. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 32. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 33. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 34. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 35. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 36. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 37. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 41. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 42. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 43. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 44. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 45. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 46. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 47. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 48. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 49. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 51. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 52. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 53. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 54. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 55. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 56. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 57. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 58. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 59. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 60. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 61. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 62. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 63. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 64. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 65. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 66. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 67. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 68. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 69. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas)

70. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 71. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 72. YB. Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 73. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 74. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 75. YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 76. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 77. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 78. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 79. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 80. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 81. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 82. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 83. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 84. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 85. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 86. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 87. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 88. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 89. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 90. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 91. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 92. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 93. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 94. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 95. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 96. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun (Beaufort) 97. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 98. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 99. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 100. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 101. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 102. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 103. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 104. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong)

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:Motion

1. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 6. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 7. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 8. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 9. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 10. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 11. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 12. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 13. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 14. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 15. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 16. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 17. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 18. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 19. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 20. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 21. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa)

22. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 23. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 24. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 25. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 26. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 27. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 28. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 29. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 30. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 31. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 32. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 33. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 34. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 35. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 36. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 37. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 38. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 39. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 40. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 41. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 42. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 43. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 44. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 45. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 46. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 47. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 48. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 49. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 50. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 51. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 52. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 53. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 54. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 55. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 56. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 57. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 58. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 59. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 60. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 61. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 62. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 63. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 64. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 65. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 66. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 67. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 68. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 69. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 70. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 71. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 72. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 73. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 74. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 75. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 76. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 77. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 78. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 79. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas)

80. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 81. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 82. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 83. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:Motion

1. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 2. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 3. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 4. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 5. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 6. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 7. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 8. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 9. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 10. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 11. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 12. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 13. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 14. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 15. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 16. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 17. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 18. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 19. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 20. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 21. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 22. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 23. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 24. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 25. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 26. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 27. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 28. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 29. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 30. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 31. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 32. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 33. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak)

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 21 Julai 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.39 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Memohon untuk Semakan Semula Mata Pelajaran Sejarah sebagai Subjek Wajib Lulus Peringkat SPMSpecial Chamber

Tuan Yang di- Pertua, Tuaran telah menerima aduan dan rintihan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta juga individu, memohon agar dasar subjek sejarah wajib lulus peringkat spm dikaji semula. Mereka bimbang tentang masa depan ribuan generasi muda setelah gagal mendapat sijil SPM yang sangat ramai seperti yang ditunjukkan dalam keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2017 hingga 2021.

|Tahun|Jumlah Gagal (orang)| |----:|-------------------:| | 2017| 58690| | 2018| 36136| | 2019| 46732| | 2020| 39175| | 2021| 45514|

Subjek Sejarah telah dijadikan subjek wajib lulus SPM pada tahun 2013 yang diiringi dengan pengenalan Kertas 3 yang membolehkan pelajar membuat rujukan sebulan lebih awal dan membawa bahan rujukan ke dalam bilik peperiksaan. Kertas 3 ini telah dimansuhkan pada tahun 2021.

Para ibu bapa juga risau tentang peperiksaan ulangan yang akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula tahun 2022 iaitu tahun ini. Pasti, kohort KBSM tidak akan dapat menjawab soalan yang menggunakan sukatan dan buku teks yang baharu.

Tuaran mencadangkan agar subjek ini kekal wajib diambil oleh semua pelajar tetapi wajib lulus itu perlu disemak semula. Sekiranya persoalan patriotisme menjadi sebab subjek sejarah menjadi wajib, unsur patriotisme ini hendaklah juga diajar merentas kurikulum seperti dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan subjek-subjek lain.

Kerajaan harus mengkaji, ke manakah ribuan anak-anak yang gagal mendapat sijil SPM tersebut? Tentunya kegagalan itu bukanlah kerana mereka tidak mempunyai perasaan cinta negara. Ibu bapa sangat berharap agar anak- anak mereka tamat SPM dengan sijil selepas 11 tahun di bangku sekolah kerana PT3 juga telah dimansuhkan.

Oleh yang demikian, Tuaran mencadangkan agar dasar subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk layak mendapat sijil SPM dikaji semula.

Sekiranya perkara ini perlu diteruskan, banyak perkara harus diambil perhatian.

Ini termasuk masa mengajar guru, kaedah penaksiran, sukatan pelajaran dan kandungan serta fakta yang dimasukkan dalam buku-buku teks Sejarah.

Ketika ini, hanya 64 jam setahun mengajar subjek Sejarah berbanding 128 jam untuk Bahasa Melayu sedangkan, kedua-dua subjek wajib untuk layak dapat Sijil Kelulusan SPM. Tuaran juga mencadangkan supaya buku teks Sejarah yang ada sekarang ditulis semula oleh satu pasukan pakar sejarah yang terdiri daripada sarjana berbilang kaum yang mewakili Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak dan Semenanjung. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun 4, pada peringkat rendah sebelum dipelajari secara lebih mendalam pada peringkat menengah. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Sejarah, bermatlamat untuk memberi kefahaman mengenai masyarakat, negara Malaysia dan dunia. Usaha ini dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri sebagai warganegara Malaysia yang arif dan peka sejarah serta cinta akan negara.

Mulai tahun 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah calon yang gagal mata pelajaran Sejarah SPM adalah seramai 58,407 atau bersamaan dengan 14.1 peratus pada tahun 2017; 48,554 atau 12.5 peratus pada tahun 2018, 46,550 atau 12.1 peratus pada tahun 2019, 38,831 atau 10.2 peratus pada tahun 2020 dan 39,470 atau 10.4 peratus pada tahun 2021.

KPM prihatin akan calon yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Justeru, bagi calon tersebut, mereka boleh menduduki peperiksaan SPM Ulangan

(SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun. SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Untuk tahun ini, SPMU akan dilaksanakan pada bulan September. Selain daripada itu, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya. Keputusan ini boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan melalui perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM.

Calon yang telah memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009, layak untuk memohon perkhidmatan ini. Dengan cara ini, calon masih berpeluang untuk mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu calon menguasai mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM, KPM memastikan kualiti

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

pedagogi dan pengetahuan guru mata pelajaran Sejarah sentiasa dipertingkatkan melalui pembangunan profesionalisme yang berterusan.

Di samping itu, KPM juga menyediakan pelbagai bahan sokongan dalam bentuk bercetak dan digital. Bahan yang boleh diakses melalui pelantar DELIMa dan repositori SumberKU adalah termasuk:

(i) nota komprehensif bagi setiap bab yang merangkumi ringkasan bab, nota penuh, latihan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berbentuk esei pendek, latihan objektif dan latihan struktur;

(ii) latihan pengukuhan bagi setiap bab yang lebih komprehensif merangkumi ringkasan bab, latihan KBAT

(Esei Pendek), latihan objektif dan latihan struktur;

(iii) Modul Latihan Objektif Berpandu untuk mata pelajaran Sejarah bagi setiap bab Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 berserta skema jawapan; dan

(iv) Modul Lonjakan SPM Sejarah merangkumi set soalan berformatkan SPM berserta skema jawapan.

Selain itu, KPM juga telah melaksanakan beberapa program sokongan, antaranya:

(i) perkongsian video pendek sebagai bahan sokongan PdP mata pelajaran Sejarah yang boleh diakses di portal melalui kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia; dan

(ii) kerjasama antara KPM dengan Perpustakaan Negara Malaysia (u-Pustaka) melalui penggunaan portal E- pembelajaran untuk kelas tuisyen secara dalam talian yang dibangunkan oleh Sasbadi Online.

KPM akan terus mengukuhkan usaha dalam melaksanakan intervensi khusus bagi meningkatkan minat dan pemahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula tahun 2013. KPM tidak bercadang untuk memansuhkan mata pelajaran Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

Berkaitan dengan kurikulum dan buku teks mata pelajaran Sejarah, KPM ingin menjelaskan bahawa penggubalan kurikulum Sejarah adalah berasaskan Standard Kurikulum Kebangsaan. Kandungan kurikulum ini diterjemahkan dalam buku teks Sejarah secara khusus daripada segi nama tokoh, tempat, peristiwa, masa dan lain-lain mengikut garis masa peristiwa sejarah negara.

Fakta sejarah dalam buku teks Sejarah ini telah diteliti, disemak dan dikawal mutu kesahihannya oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Panel ini terdiri daripada pensyarah sejarah yang mempunyai kepakaran daripada pelbagai latar belakang disiplin ilmu sejarah, akademik, universiti dan kaum. Panel pakar ini telah memastikan fakta sejarah negara dalam penulisan buku teks Sejarah KPM adalah tepat dan benar berdasarkan sumber dan bahan sejarah yang sebenar.

KPM komited untuk memastikan semua calon SPM bukan sahaja lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM, malah mampu memahami dan

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

menghayati elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti yang dihasratkan dalam kurikulum kebangsaan. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Monyet Liar yang Semakin Hari Semakin Banyak di Taman-taman PerumahanSpecial Chamber

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, saya ingin menyampaikan kebimbangan penduduk berhubung kehadiran monyet liar di taman perumahan di Parlimen Tebrau yang semakin berani mencuri makanan dengan memasuki rumah penduduk.

Tong sampah habis diselongkar, sisa makanan dan lebihan sampah lain dibaling begitu sahaja di jalan-jalan utama. Monyet-monyet ini pula akan mula menyerang penduduk apabila tidak mendapat makanan.

Kehadiran banyak monyet-monyet liar ini berikutan faktor pembangunan dan pembukaan kawasan hutan berhampiran kawasan perumahan yang menyebabkan habitat monyet semakin mengecil. Keadaan itu sukar dikawal berikutan bilangan monyet yang membuat kacau terlalu banyak hingga mencecah ratusan ekor.

Selain daripada itu, aktiviti memberi makanan kepada monyet-monyet liar juga mengubah perlakuan monyet tersebut dengan bergantung kepada manusia untuk mendapatkan makanan. Ia juga akan menghilangkan rasa takut monyet terhadap manusia.

Sehubungan itu, saya memohon tindakan tangkap-pindah diambil terhadap monyet-monyet liar yang mengganggu di kawasan perumahan dan dipindahkan ke habitat yang lebih luas dan sesuai. Tindakan penghapusan secara tembak mati atau tangkap-hapus secara humane, saya tegaskan perlu dijalankan terhadap monyet-monyet liar yang agresif atau telah mula menyerang manusia.

Semoga permohonan rakyat di Parlimen Tebrau dapat dipertimbangkan. Terima kasih.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 437 aduan gangguan kera ke atas orang ramai direkodkan bagi negeri Johor pada bulan Januari hingga Mei 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 156 aduan direkodkan di daerah Johor Bahru, Johor dan 27 aduan direkodkan bagi Parlimen Tebrau.

Pelbagai tindakan telah diambil oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(PERHILITAN) Semenanjung Malaysia untuk menangani konflik manusia dan kera melalui langkah jangka pendek dan jangka panjang. Langkah-langkah jangka pendek yang telah dilaksanakan sepanjang tahun adalah seperti berikut:

(i) memasang perangkap kera di setiap kawasan aduan. Bagi tahun 2022, Jabatan PERHILITAN telah memasang dan menguruskan sebanyak 63 buah perangkap kera di daerah Johor Bahru;

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

(ii) menjalankan Program Penakaian Populasi (culling) bagi mengurangkan populasi kera bagi kera-kera yang mengancam keselamatan penduduk. Berdasarkan rekod, sebanyak 999 ekor kera telah dilupuskan di negeri Johor bagi tempoh Januari hingga Mei 2022. Untuk Parlimen Tebrau, 46 ekor kera telah dilupuskan. Bagi keseluruhan daerah Johor Bahru sebanyak 9,559 ekor kera telah dilupuskan dari tahun 2018 hingga bulan Mei 2022; dan

(iii) menjalankan 57 operasi kawalan musuh tanaman bagi mengurangkan konflik manusia dan kera di kawasan ini bermula Januari hingga Jun 2022.

Antara tindakan jangka panjang bagi membendung peningkatan konflik manusia dan kera pula adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan kekerapan operasi penakaian kera secara berkala, setiap bulan diadakan;

(ii) meningkatkan libat urus dengan komuniti bagi menerangkan langkah-langkah mencegah konflik kera melalui pengurusan sisa pepejal dan penjelasan larangan memberi makan kepada kera;

(iii) mengadakan siri perbincangan dengan Kerajaan Negeri dan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggubal peruntukan undang-undang peraturan kecil untuk menghalang orang ramai memberi makan kepada kera;

(iv) mengadakan perbincangan dengan pihak perkhidmatan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor yang dilantik supaya lebih efisien dengan menyediakan kemudahan tong sampah kalis kera (monkey-proof bin);

(v) meningkatkan kerjasama antara jabatan, agensi Persekutuan dan negeri bagi memastikan maklumat, isu-isu dan masalah pembukaan kawasan dapat diteliti dan ditangani secara bersama;

(vi) Jabatan PERHILITAN Negeri dilibatkan sebagai ahli jawatankuasa teknikal bagi memberikan khidmat nasihat teknikal sebelum sesuatu permohonan pembukaan kawasan yang mempunyai populasi kera diluluskan;

(vii) menambah bilangan papan tanda larangan memberi makan kera di kawasan konflik. Pada masa ini, terdapat hanya dua papan tanda yang telah dipasang di kawasan Tanjung Piai dan Lake Garden Seri Alam – So, ini kita perlu perbanyakan lagi; dan

(viii) Jabatan PERHILITAN mencadangkan penambahan bilangan perangkap kera di kawasan konflik bagi membendung konflik manusia-kera. Dalam hal ini, Jabatan PERHILITAN memohon kerjasama daripada kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi membantu Jabatan PERHILITAN menambah kapasiti bilangan perangkap kera

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

kerana peruntukan sedia ada di peringkat Jabatan PERHILITAN agak terhad.

Semoga usaha kerjasama ini akan meningkatkan keberkesanan usaha- usaha membendung konflik tersebut. Pada masa ini, sebanyak 63 perangkap di daerah Johor Bahru perangkap kera telah dipasang di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sebelum saya akhiri sesi ini, just out of curiosity, Yang Berhormat Menteri, did you receive any objection from the activist of animal protection?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Memang ada. Terutama cara kita culling kera itu, memang ada. Jadi, kita kena hadapi secara berhemahlah macam mana kita hendak menentukan konflik ini boleh kita tangani secara win-win situation. Ini kerana, ada yang dilaporkan di akhbar yang kita culling monyet ini tetapi monyet itu memang ganas pun. Jadi ini adalah salah satu daripada isu yang kita hendak terangkan semasa membuat dialog-dialog libat urus tersebut yang saya ketengahkan tadi.

Populasi kera memang semakin bertambah mengikut rekod yang kita ada.

Kebanyakan kera ini pergi ke kawasan manusia. Sebenarnya, mereka tertarik dengan makanan yang kita ada itu. Ini kerana, makanan manusia ini lebih banyak khasiat. Jadi, lebih banyak khasiat jadi makanan dia lebih bermutu. Jadi, populasi kera pun bertambah. Beranak banyak lagi.

[Ketawa] Jadi dia macam chicken and eggs situation yang mana satu − Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya rasa Yang Berhormat Tebrau kalau ada apa-apa isu berhubungan kera ini boleh hubungi Jabatan PERHILITAN ataupun boleh text saya direct, Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Khamis, 21 Julai 2022, jam 2.30 petang. Terima kasih.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.56 petang]