Dewan Rakyat · 3 October 2022

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 566 turns · 49,600 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Tatacara Pelaksanaan Persidangan Parlimen

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas bersidang mulai hari ini, 3 Oktober sehingga 29 November 2022 iaitu selama 32 hari. Bagi memastikan Mesyuarat Ketiga ini dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat, surat edaran Tatacara Pelaksanaan Persidangan Parlimen bagi Ahli Parlimen dan Pegawai Pengiring telah diedarkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Ahli-ahli Yang Berhormat adalah amat digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan Rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membuka pelitup muka ketika berucap di Dewan Rakyat dan memakai semula dengan kadar segera selepas selesai berucap. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana saya maklumkan Dewan yang mulia pada 18 Julai yang lalu, langkah-langkah telah diambil dalam Dewan ini dan beberapa tempat lain di Kompleks Parlimen untuk meningkatkan kualiti udara dalaman dengan memasang sistem yang dapat membasmi virus COVID-19. Parlimen Malaysia akan terus melaksanakan sanitasi berkala oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19. Dengan demikian, saya pohon semua pihak agar sentiasa peka dan mematuhi Tatacara Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang telah ditetapkan. Semoga kita semua dilindungi daripada wabak penyakit ini. Akhir sekali, di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah diletakkan jadual kementerian menjawab semasa Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Jadual ini akan diguna pakai bagi penentuan hari kementerian menjawab sepanjang Mesyuarat Ketiga ini. Sekian, terima kasih.

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut: 1. Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022;

Tuan Yang di-Pertua

2. Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022; 3. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022; 4. Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022; 5. Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022; 6. Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; 7. Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2022; 8. Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022; 9. Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022; 10. Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022; 11. Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; 12. Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022; 13. Akta Racun (Pindaan) 2022; dan 14. Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas 2022 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] “17 Ogos 2022 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan: 1. Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 2. Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 3. Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 4. Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 5. Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 6. Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022

Tuan Yang di-Pertua

7. Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 8. Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah (Pindaan) 2022 9. Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 10. Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 11. Rang Undang-undang Perlembagaan Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 12. Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022 13. Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 14. Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 15. Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 16. Rang Undang-undang Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 17. Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 18. Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022 19. Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2022 20. Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 21. Rang Undang-undang Levi Pelepasan (Pindaan) 2022 22. Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 23. Rang Undang-undang Levi Kenderaan Barang-barang (Pindaan) 2022 24. Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 25. Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 Yang Ikhlas, t.t “ YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA ”

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNPasir Salak · question

1. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Perdana Menteri menyatakan senario cabaran ekonomi dalam dan luar negara dan apakah tindakan kerajaan menanganinya demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat Keluarga Malaysia.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan dengan pantun Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

COVID-19, Ukraine semuanya mencabar, Penduduk seluruh dunia rasa tertekan, Wakil rakyat kerajaan, pembangkang berdebar-debar, Tunggu masa bila wisel akan ditiupkan. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, dunia sedang berhadapan dengan cabaran persekitaran global yang tidak menentu, antaranya: (i) pandemik COVID-19 yang telah bermula pada Disember 2019; (ii) konflik Rusia dan Ukraine bermula 24 Februari yang lalu; dan (iii) ancaman perubahan iklim seperti banjir dan kemarau. Memandangkan persekitaran ekonomi global yang mencabar, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah tiga kali menyemak anggaran pertumbuhan ekonomi dunia kepada kadar lebih rendah bagi tahun ini daripada 4.9 peratus kepada 3.2 peratus. Dengan mengambil kira pelbagai cabaran dan ketidaktentuan yang dijangka berlarutan, pihak IMF telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun depan, 2023 kepada 2.9 peratus berbanding 3.8 peratus sebelum ini. Walaupun persekitaran ekonomi global amat mencabar, ekonomi Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh iaitu sebanyak lima peratus pada suku pertama tahun ini dan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini. Ini disokong antara lain oleh pelbagai strategi di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Bajet 2022, Pakej Rangsangan Ekonomi dan pembukaan semula sempadan negara. Kerajaan yakin, sasaran pertumbuhan di antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus tahun ini akan dicapai. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan kita kepada 6.4 peratus. Berikut adalah di antara petunjuk ekonomi yang membuktikan prestasi ekonomi negara menggalakkan: (i) jumlah eksport meningkat sebanyak 30.3 peratus kepada RM1 trilion pada lapan bulan tahun ini; (ii) jumlah jualan kenderaan penumpang dan komersial meningkat 63 peratus kepada kira-kira 450,000 unit pada Januari hingga Ogos tahun ini; (iii) ketibaan pelancong meningkat kepada 3.2 juta bagi Januari hingga Julai tahun ini; dan (iv) kadar pengangguran sudah turun kepada 3.7 peratus pada bulan Julai. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan Keluarga Malaysia. Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah peruntukan kira-kira RM80 bilion untuk subsidi bantuan insentif, harga runcit petrol RON95 umpamanya di Malaysia ialah RM2.05 seliter berbanding dengan RM2.70 di Qatar, RM2.80 di Arab Saudi, RM4.20 di Indonesia. Kerajaan juga menyediakan bantuan-bantuan lain termasuklah; (i) bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM8 bilion. Sehingga September tahun ini, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada 8.7 juta penerima; (ii) meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam yang dianggarkan sebanyak RM1.1 bilion; (iii) meneruskan kawalan harga minyak masak tulen dan minyak masak sawit tulen, kemasan botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5 kg;

(iv) memberi subsidi tarif elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi tempoh Julai hingga Disember 2022; dan (v) akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tanpa subsidi yang disediakan oleh kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan kadar inflasi negara jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 10.6 peratus berbanding dengan 4.7 peratus bulan Ogos lalu. Walaupun ekonomi negara kini sedang menghadapi pelbagai cabaran domestik dan global, dasar-dasar dan inisiatif kerajaan telah berjaya memulihkan ekonomi dan meringankan beban Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2023 kesemua pakar ekonomi termasuk daripada pertubuhan antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih rendah. Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka tidak terkecuali daripada terkena tempias daripada cabaran ini. Langkah- langkah untuk menangani cabaran-cabaran itu akan diperincikan dengan lebih dalam, dalam Belanjawan 2023. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap syabas dan tahniah kepada kerajaan yang dapat mendepani cabaran global dan domestik. Ini petanda baik kalau pilihan raya tidak lama lagi, insya-Allah menanglah kita. Ini Ketua Pembangkang tengok-tengok saya pasal apa? Lawan. Jangan tidak lawan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Belum bercakap lagi sudah habis masa macam mana. Minta masa sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri. Banyak kerugian ekonomi kita disebabkan kelemahan dari segi pelaksanaan kita berhubung kait dengan beberapa aspek ekonomi. Umpamanya plantation kita rugi hampir RM20 bilion satu tahun. FELCRA kita rugi RM3 bilion satu bulan. What is this? Ini income, pendapatan kepada negara dan kepada rakyat. Apa pasal ini berlaku? Tolong jawab. Lagi selain daripada itu, production of all the E&E, electric & electronic mereka tidak boleh keluarkan berpuluh-puluh bilion untuk memenuhi permintaan daripada luar. Kalau sekiranya dapat dipenuhi, maka beratus bilion kita boleh dapat dari segi income kepada kerajaan dan negara kita. Wang ini boleh membantu rakyat dalam banyak bentuk seperti subsidi, hendak buat projek, hendak buat apa. Boleh dikatakan lebih kurang beratus bilion we lost in the revenue. Tunggulah dahulu, kita hendak pilihan raya ini, kempen sedikit.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hai, tidak habis lagikah?

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis.

Tidak ada masalah. Kita masih UMNO, no problem. Itu gantung bukan gantung mati. Apa masalah?

Tuan Yang di-Pertua

All right, habis.

Kalau hendak gantung, gantung bagi mati okey. Kalau tidak mati, dia nanti takut dia hidup balik.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Takut mati gantung tidak habis lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Betullah memang banyak isu pelaksanaan yang perlu ditangani oleh kerajaan. Atas kertas cantik ya. Umpamanya setakat ini kira-kira 450,000 pekerja asing sudah pun diluluskan untuk masuk ke Malaysia tetapi yang masuk cuma 100,000. Untuk makluman, petang ini Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia akan berjumpa dengan pihak-pihak berkepentingan. Ada di hadapan kita ini untuk memperincikan apa

masalah sebenarnya. Masalah Bangladesh kah, masalah imigresen kah, masalah sumber manusia. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan di sini bahawa setiap minggu dalam Kabinet isu ini dibincangkan lima enam bulan setiap minggu sampai jemu kami. Jadi, kami sudah buat keputusan tidak mahu dengar lagilah hal ini. Itu sebabnya petang ini Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia akan berjumpa pihak- pihak berkepentingan. Saya yakin beliau akan dapat menangani sebahagian besar masalah tersebut. Betullah kelapa sawit industri yang terkesan, FELDA, FELCRA, FGV, syarikat plantation anggaran RM20 bilion satu tahun. Satu angka yang amat besar, kerugian besar. Jadi, kerajaan memandang serius perkara ini. Selain itu, saya hendak memaklumkan bahawa kita ada PEMUDAH yang berkebetulan bersama dengan pihak swasta. Kami mesyuarat setiap bulan. Ini juga dibicarakan iaitu kerenah birokrasi. Kita telah buat keputusan hujung tahun ini setiap kementerian dan jabatan perlu menubuhkan MyMudah. Tujuannya ialah untuk mendengar isu-isu swasta dan menangani secepat mungkin. Ini berlarutan enam bulan, isu pekerja asing. Betullah kata Yang Berhormat Pasir Salak, berpuluh bilion industri kelapa sawit sahaja dianggarkan RM20 bilion. Terima kasih Yang Berhormat. Kita menaruh keyakinan bahawa Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan pihak-pihak Menteri Dalam Negeri dan pihak berkenaan, termasuklah Jabatan Tenaga Kerja, imigresen akan menangani perkara ini supaya kita tidak perlu hendak bincang setiap minggu hal yang penting ini. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, dipersilakan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Soalan nombor dua.

Papar, Papar.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Sri Gading.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Saya ingatkan Yang Berhormat hendak tanya soalan tambahan kedua tadi. Bukan. Maaf. Sila Yang Berhormat Papar, silakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dengan kebanyakan badan antarabangsa dan pakar menjangkakan tahun hadapan akan berlaku krisis ekonomi global dan dengan peruntukan yang terhad serta terbatas dalam memastikan fiskal kerajaan yang sihat, soalan tambahan saya adalah, adakan kerajaan akan meneruskan dasar penjimatan pada tahun hadapan, dan akan meluaskan dasar tersebut kepada perbelanjaan yang melibatkan anggota-anggota Kabinet dan kakitangannya. Bagaimana pula dengan kebajikan-kebajikan anggota beruniform yang telah bersara dan yang masih lagi dalam perkhidmatan di mana gaji dan elaun mereka ini tidak dapat menampung kenaikan sara hidup. Terakhir soalan saya ialah, tentang langkah kerajaan dalam menentukan keutamaan antara pembangunan infrastruktur asas wilayah yang jauh ketinggalan seperti Sabah dan Sarawak, dengan projek-projek mega yang ada di Semenanjung. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan tersebut- yang pertama saya jawab yang akhir dahulu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak, infrastruktur. Ini sedang ditangani oleh kerajaan melalui Majlis Khas (MA63) ada empat buah Jawatankuasa di bawahnya termasuklah Jawatankuasa Sosioekonomi yang

saya mempengerusikannya dan kita memang akur dan faham betapa lebarnya jurang infrastruktur antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Oleh itu dalam RMKe-12 telah pun ditetapkan bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas akan disediakan kepada enam buah negeri termiskin iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan komitmen ini dalam RMKe-12 insya-Allah kita akan penuhi untuk tahun-tahun seterusnya. Itu berkaitan infrastruktur, dan yang kedua berkaitan dengan penjimatan. Memang pada bulan Ogos, September yang lalu dikeluarkan- sudah lama sudah Julai yang lalu dikeluarkan pekeliling daripada Kementerian Kewangan langkah-langkah penjimatan termasuklah khususnya penjimatan perbelanjaan mengurus. Ini penting kita jimatkan perbelanjaan mengurus pada masa yang sama kita tekankan belanja yang berhemah. Mengenai pembangunan- kita sedia maklum walaupun peruntukan sebelum ini adalah kritikal RM64 atau RM65 bilion tetapi terkini untuk tahun 2022 lebih tinggi daripada yang diperuntukkan. Jadi yang detilnya kita akan dengar dengan lebih terperinci pembentangan Belanjawan Yang Berhormat Menteri Kewangan. Berkaitan dengan pasukan keselamatan yang beruniform perkara ini sedang ditangani oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Langkawi, silakan.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, sejak Bajet untuk 2022 diluluskan oleh Dewan ini, nilai mata wang sudah jatuh dengan teruk. Apakah kesannya terhadap Bajet terutama berkenaan dengan apa yang perlu dibayar oleh kerajaan dalam Dolar Amerika, dan adakah ini akan menyebabkan defisit bertambah dalam Bajet yang diperkenalkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Pertama, kita sedia maklum bahawa nilai mata wang ini ditentukan oleh pasaran melainkan negara-negara yang menetapkan kadar- pada kadar tertentu. Jadi turun naik itu biasa. Apa yang penting yang perlu kita tekankan bahawa ini berikutan daripada dasar monetari yang agresif oleh Fed. Reserve, Bank Pusat Amerika Syarikat yang telah menyebabkan kenaikan tiga peratus, ataupun 300 basis points kadar faedah, di Amerika Syarikat yang telah menyebabkan penurunan beberapa mata wang termasuklah Yen Jepun – 20 peratus; Pound Sterling – 20 peratus; Ringgit kekal 10 peratus. Jadi prestasi Ringgit Malaysia tidaklah seteruk beberapa currency itu. Itu yang pertama. Kedua, kesan- kalau Yang Berhormat Langkawi tanya tentang kesan kepada bayaran kerajaan? Hutang langsung Kerajaan Pusat tidak sampai 5 peratus pun dalam Dolar Amerika. Kebanyakan hutang Kerajaan Pusat adalah dalam Ringgit Malaysia. Jadi kalau hutang langsung Kerajaan Pusat kesannya kecil sekali. Manakala yang lain-lainnya mungkin swasta iaitu setengahnya ada hutang luar negara. Akan tetapi mengikut pandangan Bank Negara, kedudukan kecairan bank-bank kita adalah baik. Liputan ataupun coverage reserve kita yang sekarang ini kira-kira 106 bilion Dolar Amerika Syarikat, melebihi short-term debt, dengan izin. Jadi dengan lain perkataan, bagi hutang langsung Kerajaan Pusat, kesan kemerosotan sedikit nilai Ringgit itu kepada bayaran hutang Kerajaan Pusat secara langsung adalah kecil kerana kira-kira kurang 5 peratus daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah dalam Dolar Amerika. Kebanyakan hutang Kerajaan Persekutuan adalah dalam Ringgit Malaysia, khususnya Treasury Bills, dan juga Government Securities. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Silakan.

Anwar bin IbrahimPKR · PHTambun · question

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan, perangkaan terkini butiran kategori pendapatan berkenaan isi rumah mengikut kategori B40, M40, T20 menurut pecahan tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Menteri di Jabatan Perdana MenteriEkonomi] [Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Nasib saya hari ini, saya dua soalan, satu dan dua. Terima kasih atas peluang memberi saya sedikit pencerahan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson, kerajaan membuat pengelasan kumpulan pendapatan bagi menggubal Dasar Membantu Kumpulan Miskin dan Kumpulan Rentan melalui penyampaian bantuan dan perkhidmatan. Pengelasan kumpulan pendapatan-pendapatan ini mula diperkenalkan oleh Bank Dunia pada September tahun 1972- sudah lama, sudah 50 tahun, dengan keutamaan kepada kumpulan B40. Setiap negara menggunakan kaedah pengelasan kumpulan pendapatan tersendiri umpamanya Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura menggunakan B20, M60 dan T50. Thailand menggunakan D50, M40 dan T10. Kita di Malaysia menggunakan B40, M40 dan T20- berdasarkan pendapatan isi rumah. Dan ia bukan merujuk kepada pendapatan individu. Jadi mengikut klasifikasi terkini, B40 yang meliputi 2.91 juta isi rumah pendapatan kurang daripada RM4,850; M40 antara RM4,050 kepada RM10,959 - melibatkan 2.91 isi rumah; seterusnya T20 pendapatan lebih daripada RM10 ribu pendapatan isi rumah lebih daripada RM10,960, meliputi 1.46 juta isi rumah. Pengelasan kumpulan berdasarkan pendapatan ini penting untuk kerajaan menyalurkan bantuan secara bersasar, umpamanya Bantuan Keluarga Malaysia kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah; Peranti Siswa oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, juga B40 yang di IPT; Bantuan Kanak-kanak dan Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Rancangan Makanan Tambahan. Jadi ini antara bantuan-bantuan bersasar yang digunakan berdasarkan kepada pengelasan B40. Tuan Yang di-Pertua, komponen isi rumah B40, M40, T20 juga boleh diklasifikasikan selanjutnya kepada kelompok-kelompok yang 10 peratus B1, B2, B3, B4, M1, M2, M3, M4, T1, T2 umpamanya bagi B1 yang paling miskin pendapatannya RM2,500 sebulan isi rumah ke bawah. Bagi T2 yang tertinggi pendapatan isi rumah RM15,040. Pada masa ini untuk makluman Yang Berhormat ’Permatang Pauh’, Jabatan Perangkaan sedang melaksanakan survey pendapatan dan kemudahan...

Port Dickson, Port Dickson.

Minta maaf, Yang Berhormat Port Dickson. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Port Dickson. Pada masa ini, Jabatan Perangkaan Malaysia sedang melaksanakan survey pendapatan perbelanjaan dan kemudahan asas 2022 melibatkan 92,000 isi rumah bermula daripada Januari 2022 hingga Disember tahun ini. Sampel yang secukupnya adalah penting untuk melihat corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah Keluarga Malaysia. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang akan bermula lagi dua minggu, kerajaan akan menyemak semula Kategori Kumpulan Pendapatan berdasarkan hasil survey pendapatan perbelanjaan kemudahan asas yang sedang dilaksanakan. Pada masa ini, analisis ke atas survey akan kita laksanakan pada awal tahun depan, dan dijangka siap pada suku pertama tahun depan. Maka kita akan gunakan had-had pendapatan baru.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, semakan ini akan mengambil kira, antaranya perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan, kos sara hidup, demografi serta lokasi

isi rumah. Kategori kumpulan pendapatan isi rumah yang baharu akan memantapkan lagi penggubalan dasar dan menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak sangat terkesan dengan silap angka ini, yang saya hendak jelaskan di sini, yang tidak ditekankan oleh Yang Berhormat Menteri ialah jumlah sebenarnya kemiskinan tegar, kemiskinan, jurang pendapatan itu meningkat tinggi. Maka pendekatan lama tentunya tidak sesuai kerana kerajaan terpaksa menangani masalah yang lebih rumit sekarang. Kalau kita lihat umpamanya, kesan bukan sahaja di desa atau pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi di kalangan miskin bandar juga jauh meningkat dan keadaan sekarang ini dengan semua pengumuman yang dibuat dan juga harus diambil kira kebocoran, ketirisan yang puluhan bilion yang disebut sama ada kemiskinan ‘yang 22’ dan keseluruhannya RM80 bilion. Itu daripada segi kesengsaraan kebanyakan rakyat untuk dapat hidup dengan munasabah setiap hari kerana kos yang meningkat. Jadi, bertambahnya peruntukan setakat yang diumumkan tidak menyelesaikan masalah struktural. Jadi sebab itu yang saya perlukan daripada Yang Berhormat Menteri ialah apakah langkah perubahan yang boleh dijamin jauh lebih berkesan. Janganlah jawab macam jawab kejatuhan Ringgit itu, seolah-olah tidak ada masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ada masalah yang real kerana kita trading nation dan import yang tinggi. Maka bahan- bahan makanan, kos makanan pun meningkat. Jadi, ada kaitan. Saya tanya soalan tentang B40 dan kemiskinan tegar ini kerana kaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang. Itu saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Kerajaan sedar bahawa kerajaan menghadapi cabaran dalam masa COVID-19 dan juga pasca COVID-19 dan kini kenaikan harga. Sebagai makluman, sebelum COVID-19, kadar kemiskinan 5.6 peratus dan semasa COVID-19, 8.4 peratus. Apabila ekonomi dibuka semula pada bulan April tahun lalu dan apabila kadar pertumbuhan meningkat, bila kadar pengangguran turun daripada 5.3 peratus pada bulan Mei 2020 kepada 3.7 peratus pada bulan Ogos yang lalu, kita dapati bahawa sudah pasti kadar kemiskinan dan miskin tegar turun daripada angka tinggi 8.4 peratus semasa COVID-19. Itu yang pertama. Ya, betul semasa COVID-19 meningkat dengan ketara tetapi selepas COVID-19, ekonomi dibuka, maka berlaku penurunan. Sebagai contoh, salah satu daripada angka yang digunakan untuk mengira miskin tegar ini ialah e-Kasih oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri. Setahun lalu, angkanya 262,000 miskin tegar. Hari ini, 15 September 2022, angkanya adalah 130,000. Makna, penurunan yang ketara. Ini ada kaitan dengan pembukaan ekonomi, dah boleh kerja semula, pengangguran turun. Itu yang pertama. Yang keduanya, apabila inflasi berlaku. Sekarang ini yang terkini, pada bulan Ogos ialah 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada bulan Julai. Maka kerajaan sedar bahawa sebahagian rakyat rasa tertekan khususnya B40. Itu sebabnya kita teruskan subsidi. Subsidi petrol, minyak masak untuk 1kg, 3kg, 4kg dan 5kg. Kita adakan Jualan Murah Keluarga Malaysia. Ini adalah langkah-langkah yang membolehkan kerajaan menjual ataupun pekedai menjual barang tertentu dengan diskaun 20 peratus. Harganya murah. Sebanyak 639 DUN sudah pun melaksanakan program ini akan diteruskan sehingga hujung tahun. Jadi, langkah-langkah yang diambil untuk meringankan beban rakyat dan dalam Belanjawan, mungkin langkah-langkah seterusnya akan diumumkan oleh kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Inflasi makanan, 7.2 peratus. Jadi, bantuan itu tidak membantu. Oleh sebab itu saya minta penjelasan perubahan dasar yang lebih berkesan.

Ya, betul angka-angka bagi bulan Ogos, inflasi naik 4.7 peratus. Makanan 7.2 peratus. Sebahagian besar kenaikan itu ialah makanan dipanggil luar rumah. Makanan ada dua, nombor satu ialah makanan di rumah. Luar

rumah, kita dapati 8.4 peratus. Antaranya nasi campur, roti canai. Itu antaranya. Angka- angka ini diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan. Jadi, langkah yang lebih berkesan antara yang kita ambil hari ini adalah Program Miskin Tegar yang saya sendiri memantaunya. Kita sudah melaksanakan, 70 lokaliti sudah selesai. 110 lokaliti lagi akan kita pilih dalam masa dua ke tiga minggu lagi melibatkan seluruh negara. Banyak di Sabah dan Sarawak termasuklah Orang Asli dan ini adalah antara langkah jangka panjang dan jangka pendek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Sudah pasti langkah-langkah untuk mengurangkan ketirisan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi, ini satu perkara yang diambil berat oleh kerajaan. Delivery, maknanya penyampaian dasar-dasar kerajaan lebih berkesan. Ini juga yang kita tekankan dalam melaksanakan program membasmi miskin tegar ini ialah pendekatan whole of nation, melibatkan semua pihak. Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, badan-badan amal, syarikat-syarikat dan setakat ini projek rintis di 80 lokaliti telah berjalan. Ada sedikit sebanyak isu tetapi berjalan dengan baik, Insya-Allah dan apabila dilaksanakan fasa kedua untuk menangani isu miskin tegar, termasuklah untuk menangani isu makanan tadi. Umpamanya di Koridor Utara, ada Program Kasih Ibu, RM250 sebulan diberikan kad yang membolehkan mereka yang layak untuk membeli barangan makanan kepada yang dibekalkan melalui bantuan oleh kerajaan. Ini antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dan kita akan teruskan langkah-langkah ini bagi memastikan bahawa Keluarga Malaysia akan dapat dipertahankan daripada segi kedudukan ekonomi. Kita tahu mencabar dan tahun depan kita pasti lebih mencabar lagi, maka Bajet 2023 akan address dengan izin, akan menangani beberapa cabaran yang kita hadapi sekarang dan juga tahun depan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jempol, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Status sebuah negara berpendapatan tinggi sudah tentulah dibayangi dengan perolehan pendapatan isi rumah yang hampir sama. Sejak sekian lama pihak kerajaan telah melakukan pelbagai perancangan dan tindakan intervensi bagi mengecilkan jurang pendapatan rakyat. Walau bagaimanapun di Malaysia, dalam keadaan tersebut tidak benar-benar berlaku. Contohnya minyak masak dapat subsidi paket. Di kampung, masih tak ada. Masih kurang dan terputus. Jadi soalan saya, apakah faktor yang telah menyumbang kepada keadaan yang mana jurang pendapatan didapati semakin melebar daripada masa ke semasa dan di mana kah silap? Apakah punca sebenarnya permasalahan ini terus berlanjutan hingga hari ini? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengukur kesenjangan pendapatan ataupun income security ini banyaklah ukuran-ukuran. Bukan sahaja berpaksikan kepada pendapatan tetapi juga akses kepada pendidikan, kepada kesihatan, apa yang dipanggil multidimensional poverty index yang sekarang ini sedang cuba kita laksanakan di Malaysia. Jadi untuk mengukur jurang ini, bukan sahaja pendapatan. Pendapatan kita tahu ada Gini coefficient dan lain-lain dan sebenarnya Gini coefficient benar kata Yang Berhormat Jempol tadi, ada bertambah sedikit. Jadi, ada tanda-tanda bahawa jurang pendapatan melebar sedikit. Jurang ini ada dua, satu jurang antara bandar dan luar bandar yang kita harap akan semakin mengecil dalam Rancangan Malaysia Ke-12, jurang antara kaum, jurang dalam kaum itu juga ada masalah. Jadi, isu ini isu yang semakin besar. Bukan sahaja di Malaysia, di Eropah, di Amerika, isu terkini dalam lima tahun ini ialah jurang pendapatan yang lebih lebar antara orang miskin dengan orang kaya. Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 telah menangani isu ini dengan memperkenalkan beberapa dasar termasuklah umpamanya untuk mengurangkan jurang antara Wilayah Sabah, Sarawak dengan Semenanjung. Langkah-langkah telah dilaksanakan dengan menyediakan peruntukan lebih kepada Sabah dan Sarawak, sebagai contoh. Selain itu, kita juga perlu tingkatkan usaha-

usaha reformasi, transformasi struktural termasuklah ekonomi, termasuklah pelaburan berkualiti, menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendidikan adalah satu perkara yang penting untuk kita mengurangkan jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin. Mengenai minyak masak, kita sedang menanganinya. Bekalan tadi, kita tahu kadang-kadang ada isu tetapi perkara ini sedang dalam perhatian kerajaan. Langkah- langkah telah diambil untuk mengurangkan masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Pontian.

Apabila yang perlu ialah rakyat yang berpendapatan tinggi. Bukan hanya sekadar negara berpendapatan tinggi Yang Berhormat Menteri. Maka kemahiran tinggi, pendidikan tinggi adalah penting dan satu lagi ialah usahawan yang berdaya saing. Kita tahu kita ada banyak mengimport barang makanan. Apa salahnya kalau rakyat menjadi usahawan tani. Kita juga ingin menuju kepada e-dagang. Apa salahnya jika rakyat menjadi usahawan online. Setakat mana usaha-usaha untuk mendapatkan rakyat berpendapatan tinggi ini dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan?

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Yang di-Pertua, memang matlamat kita ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Negara itu maksudnya rakyatlah. Mengikut perkiraan terkini, gap antara pendapatan kita dengan pendapatan untuk mencapai taraf tinggi tersebut ialah 16 peratus. Maka, kita ada masa tiga empat tahun ini perlu melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia supaya jurang itu dapat dipenuhi dan kita dapat capai taraf negara dan rakyat pendapatan tinggi. Betul, e-dagang sedang rancak dilaksanakan, tingkatkan kemahiran TVET dan lain- lain, pelaburan berkualiti tinggi dengan gaji lebih tinggi. Kita perlu laksanakan dengan lebih tegas lagi. Ini juga ada berkaitan dengan delivery ataupun sistem penyampaian. Dasar yang cantik atas kertas mengenai TVET untuk kita rapatkan jurang antara keperluan industri dengan yang dibekalkan oleh institusi pendidikan kita. Maka, priority kita untuk membentang ini ialah untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti, pelaburan yang berkualiti, kemahiran yang berkualiti, e-dagang dan lain-lain. Insya-Allah ini akan diperhebatkan dalam tiga tahun− apa ada dalam baki, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga bajet tahunan termasuk Bajet 2023. Terima kasih Yang Berhormat Pontian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan · question

3. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Perdana Menteri menyatakan status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir pada hujung tahun ini.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Tuan Yang di-Pertua, saya memerlukan sedikit masa untuk menjawab persoalan ini. Izinkan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat, bagi menghadapi sebarang kemungkinannya berlaku bencana khususnya banjir, status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah adalah seperti berikut. Untuk memastikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berada pada tahap yang optimum, Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara akan mempengerusikan Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023.

Mesyuarat task force akan diadakan secara berkala sehingga MTL bermula dan seterusnya. Seramai 76,336 orang pegawai dan anggota agensi tindak balas semua peringkat termasuk peringkat daerah berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya. Semua aset berjumlah 22,622 meliputi darat, air, udara, perubatan dan lain-lain. Daripada aspek pemantauan dan amaran awal, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah bersedia dengan 1,312 buah stesen telemetri hujan dan aras air, 526 buah siren amaran banjir dan 1,571 buah tolok lurus sedia serta 184 buah pam bergerak. Sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada setiap daerah. Manakala peruntukan berjumlah RM1.08 juta disalurkan kepada lapan agensi tindak balas sebanyak RM100,000 bagi setiap agensi. NADMA juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi pembekalan dua buah bot fiber berenjin untuk setiap daerah berserta jaket keselamatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan melaksanakan perolehan bot tersebut. Bagi pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan sebanyak 6,010 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara untuk menempatkan seramai 1,620,855 orang mangsa yang dijangka. Pihak JKM juga bersiap siaga memaksimumkan facility penyimpanan bantuan bencana di seluruh negara di lapan buah depot simpanan keperluan bencana di seluruh negara yang menjadi stor utama penyimpanan bekalan. Sebanyak 140 buah stor bencana di peringkat negeri dan daerah, termasuk 53 buah mini depot kontena. Selain daripada itu, JKM juga mempunyai sebanyak 140 buah stor bencana di peringkat negeri dan daerah termasuk 53 buah mini depot atau kita sebut ‘kontena’. Bagi memastikan bekalan barang keperluan bencana mencukupi terutama di kawasan berisiko tinggi terputus hubungan apabila berlaku bencana, sebanyak 518 buah pangkalan hadapan telah disediakan. Ketua komuniti dan jawatankuasanya akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras pangkalan hadapan ini dengan penyeliaan oleh pegawai kebajikan masyarakat daerah berkenaan. JKM juga akan menyediakan makanan retort dalam tempoh 24 jam pertama dan lain-lain barangan keperluan khas bayi, warga emas dan OKU untuk mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Selain itu, NADMA dalam proses mengagihkan sebanyak 62,500 unit kit makanan manakala sebanyak 127,272 buah collapsible tent atau kita sebut sebagai ‘C- tent’ telah diagihkan ke seluruh negara. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga telah diarahkan untuk bersedia lebih awal bagi memastikan bantuan bekalan sampai di semua lokasi yang terlibat bagi mengelakkan keadaan lebih sukar sekiranya jalan terputus dan sebaginya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat...

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Samarahan dahulu.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Saya amat gembira dengan penjelasan yang begitu detailed sekali terutamanya di peringkat daerah, khasnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diberi peruntukan RM50,000 untuk pengurusan yang lebih teratur. Harapan saya di Sarawak turut menerima peruntukan tersebut. Namun, begitu saya ingin menarik perhatian, pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan tahun ini Kerajaan Keluarga Malaysia telah membelanjakan RM2.03 bilion untuk menyalurkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang meliputi bantuan tunai, pembiayaan dan bantuan komuniti. Jadi soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan telah merangka pemberian bantuan yang sama untuk menghadapi kebarangkalian banjir yang dijangka berlaku pada hujung tahun ini dan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim perkhidmatan tambahan susulan kepada mangsa-mangsa banjir

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

seperti bantuan baik pulih rumah yang rosak, skim diskaun pembelian perabot dan bantuan khairat termasuk di Sarawak memandangkan kawasan-kawasan banjir dan mangsa-mangsa banjir hampir setiap tahun orang yang sama. Mereka sebenarnya mengalami kerugian yang besar setiap tahun. Kalau boleh dipertimbangkan kembali permohonan skim tambahan ini khususnya untuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sememangnya setiap apa sahaja bantuan yang diselaraskan mesti meliputi Sarawak dan kita juga mengambil kira hot spot- hot spot yang berada di Sarawak. Jadi, persediaan lebih awal dibuat dan penambahan- penambahan perangkaan mengikut permintaan daripada peringkat daerah tersebut juga diambil kira Yang Berhormat. Bagi menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa-mangsa bencana banjir termasuk berada di Sarawak, kerajaan sebagaimana kebiasaan memberikan Bantuan Wang Ehsan sejumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah Yang Berhormat yang terjejas untuk meringankan beban mangsa. Selain itu berdasarkan pertanyaan Yang Berhormat, berikut: (i) Bantuan Wang Ehsan Kematian RM10,000 kepada waris. Ini merupakan bantuan khairat kematian yang diselaraskan oleh NADMA; (ii) Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) sebanyak RM2,500 setiap KIR. Bantuan ini juga membolehkan mangsa membeli keperluan-keperluan asas termasuk menggantikan perabot yang rosak; (iii) sumbangan pembaikan rumah secara tunai bagi kerosakan rumah kurang dari RM5,000 yang diselaraskan oleh NADMA; dan (iv) baik pulih rumah dan bina baharu rumah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, sila.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan bencana banjir akan berlaku pada hujung tahun ini, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercadang untuk membubarkan Parlimen seperti yang dikehendaki oleh UMNO? Ini kerana, kalau kita bubarkan Parlimen waktu bencana banjir ini, ia amat tidak bertanggungjawab dan membelakangkan kepentingan rakyat. Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat maaf, saya rasa soalan itu patut ditanya kepada Yang Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, silakan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ini soalan untuk Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, hari ini laporan berita dilaporkan Kedutaan

Amerika Syarikat telah pun mengeluarkan amaran cuaca buruk ini akan bermula dari 1 November. Soalan saya mudah, saya ucap tahniah kerana kerajaan telah pun foresee, membuat persiapan awal. Pertamanya penglibatan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN. Kita dapati bagi kawasan- kawasan yang Ahli Parlimen daripada pembangkang, ia tidak dilibatkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ini. Jadi, saya percaya Yang Berhormat Menteri punya kuasa untuk mengarahkan perkara itu tidak berlaku. Kedua Yang Berhormat Menteri, tadi soalan sahabat saya Yang Berhormat Kota Melaka tetapi saya hendak rephrase soalan itu. Ubah sedikit soalan. Bagaimana persiapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ataupun Jawatankuasa Bencana ini sekiranya pilihan raya dibuat sewaktu banjir? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan kedua itu merupakan soalan spekulasi sebenarnya. So, tidak boleh di dalam peraturan mesyuarat. Silakan Yang Berhormat.

Persiapan, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka tetapi saya tidak dapat menjawab soalan kedua seperti yang diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua tetapi saya akan menjawab soalan pertama, terima kasih.

Jawab sipi pun tidak apa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, dari segi penglibatan Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN, saya difahamkan bahawa penglibatan MP-MP dan juga ADUN-ADUN ada juga dicadangkan untuk dilibat sekali di peringkat Jawatankuasa Bencana Daerah. Saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dan kita sedang melihat perkara ini dan sememangnya ialah satu usaha dan pandangan yang amat praktikal dan saya jangka ia akan dijalankan insya-Allah kalau...

Itu dibuat segera?

...Maklumat-maklumat yang kita perlukan daripada pemimpin-pemimpin akar umbi dan semestinya Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN yang mempunyai maklumat-maklumat yang terkini dan merasai hal-hal yang berlaku di peringkat akar umbi. Terima kasih.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook. Silakan.

Anthony Loke Siew FookDAP · PHSeremban · question

4. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan jangkaan tarikh siap projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara - Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Bertingkat Setiawangsa - Pantai (SPE) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) serta senaraikan kadar tol yang akan dikenakan kepada semua jenis kelas kenderaan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE) telah dibuka secara berperingkat ataupun sectional opening dengan izin di jajaran Pakej CA4 iaitu dari persimpangan Cheras ke Kajang ataupun Lebuhraya Grand Saga sehingga CB5 Jalan Lingkaran Tengah Dua atau MRR2 Bukit Antarabangsa sepanjang 16.6 kilometer pada 16 September 2022. Manakala baki tiga pakej lagi iaitu Pakej CA1, CA2 dan CA3 dari Sri Petaling, Bukit Jalil, Alam Damai dan Persimpangan Cheras, Kajang dijangka dibuka sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Bagi Lebuh Raya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) pula pembinaan keseluruhan telah mencapai 99.64 peratus dan dijangka siap pada akhir tahun 2022. Selain itu Lebuh Raya Bertingkat Setiawangsa – Pantai (SPE) telah dibuka sebahagian iaitu Seksyen 4 daripada Setiawangsa ke Taman Melati pada 21 Disember 2021 manakala peratus kemajuan adalah 94.97 peratus dan keseluruhan jajaran melibatkan tiga seksyen iaitu seksyen 1, 2 dan 3 dari Kerinchi, Jalan Klang Lama, Salak, Pandan, Ampang dan Setiawangsa dijangka siap pada hujung 2022. Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) masih dalam pembinaan dengan kemajuan telah dicapai sebanyak 96.93 peratus dan dijangka siap pada hujung tahun 2023. Kadar tol untuk tempoh operasi pertama Plaza Tol Wangsa Maju Lebuh Raya SPE yang telah dibuka adalah RM3.50 bagi Kelas 1, RM7 bagi Kelas 2, RM 10.50 bagi Kelas 3, RM1.80 bagi Kelas 4, RM3.50 bagi Kelas 5. Manakala kadar tol bagi Lebuh Raya SUKE, DASH dan EKVE akan diumumkan setelah selesai pewartaan pungutan tol dan lebuh raya dibuka kepada lalu lintas kelak. Sekian, terima kasih

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Seremban.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan yang pertamanya saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Berapakah nilai pampasan tol yang perlu dibayar kepada semua pemegang konsesi lebuh raya untuk tahun ini sekiranya ada dan apakah perancangan kementerian untuk menstrukturkan semula supaya bebanan kepada pihak kerajaan dan juga pengguna tol dapat diringankan. Keduanya berkenaan dengan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) ini. Saya pun ada menggunakan lebuh raya ini daripada arah Bukit Antarabangsa sehingga ke arah Cheras. Saya mendapati apabila di simpang keluar berdekatan dengan Maktab PGRM, hendak masuk balik ke Grand Saga Highway itu, lorong untuk keluar itu amatlah kecil. Satu lorong sahaja. Apa yang lebih menyusahkan ialah selepas keluar daripada lorong itu, ada satu traffic light yang menyebabkan kalau kesesakan lalu lintas, banyak kenderaan, ia akan menjadi satu bottleneck kepada pengguna-pengguna kenderaan daripada arah itu hendak keluar simpang tersebut. Saya hendak tanya bagaimanakah pihak kementerian boleh meluluskan reka bentuk itu. Sepatutnya kalau mana-mana lebuh raya hendak sambung kepada lebuh raya yang lain, ia tidak sepatutnya ada sekatan apatah lagi dengan traffic light. Adakah tindakan kementerian untuk mengubah suai reka bentuk tersebut walaupun telah dibuka sekarang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan pertama mungkin keluar sedikit daripada tajuk asal soalan sebab soalan pertama hanya menyentuh kepada tiga lebuh raya. Berhubung kait dengan SUKE, jalan turun the ramp down, memang kita— ada kekangan di situ. Satu ialah apabila dalam pelaksanaan dahulu, tiba-tiba ada kelulusan untuk MRT. Disebabkan itu, ada technical issue yang perlu diselesaikan. Akan tetapi apa pun langkah yang bakal diambil, untuk langkah sementara, pertama sekali ialah untuk apakan balik traffic light system iaitu masa akan dipanjangkan supaya aliran trafik yang turun itu akan lebih lancar. Kedua, untuk menambah satu lorong lagi dan akhirnya yang ketiga nanti apabila sudah dibuka keseluruhan, insya-Allah akan dapat dikurangkan sebab akan ada jalan tambahan baharu yang sedang dalam pembinaan untuk siapnya fasa yang ke seterusnya nanti sehingga suku pertama tahun depan. Yang ini memang dalam perancangan. Apabila mana-mana highway pun, masalah cabarannya di highway itu jalan okey tetapi apabila hendak memasuki persimpangan sama ada bandar, pekan dan sebagainya, di situlah akan timbul bottleneck. Akan tetapi keseluruhannya saya kira SUKE itu akan memberi manfaat daripada segi perjalanan, mengurangkan kesesakan lalu lintas di MMR2 dan yang menggunakan lebuh raya itu memang menjimatkan masa kecuali di beberapa tempat apabila hendak turun daripada highway masuk kepada jalan-jalan yang bukan highway.

Grand Saga itu kita sedang muktamadkan, masih dalam perundingan untuk jangka panjang tetapi untuk jangka pendek ialah menyelesaikan daripada segi tempoh waktu traffic light itu akan dipanjangkan. Itu langkah pertama. Kedua, untuk tingkatkan daripada segi satu lorong tambahan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan dari Yang Berhormat Seremban. Ini mengenai isu lebuh raya jadi saya hendak bangkitkan isu Lebuhraya Pasir Gudang. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sudah luluskan peruntukan untuk menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang dari Bandar Sri Alam ke Pasir Gudang. Akan tetapi saya hendak bangkitkan isu adalah di seksyen dari Johor Jaya ke Bandar Sri Alam, di situ berlaku isu lubang yang tidak diselesaikan. In akan menambah kesesakan trafik ketika kerja turap-menurap dilakukan dan di Bandar Sri Alam pun, selalu berlaku banjir kilat dan akan buat lalu lintas terputus ketika banjir berlaku. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri menjawab bila stesen dari Kangkar Tebrau ke Taman Perling akan dinaikkan taraf dari empat lorong ke enam lorong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai soalan daripada Yang Berhormat Tebrau tetapi mungkin keluar dari skop.

Keluar tajuk.

Saya akan bagi jawapan secara bertulis dan akan berjumpa sendiri dengan beliau untuk ..... [Tidak jelas]

Lembah Pantai.

Memang dia pun keluar parti Yang Berhormat Menteri. Boleh duduk.

Tuan Yang di- Pertua, Lembah Pantai.

...Yang diinginkan dan disuarakan oleh beliau tersebut.

Tuan Yang di- Pertua, Lembah Pantai, SPE.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai.

SPE.

Tuan Yang di-Pertua

Sikit sahaja.

Sikit, sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya perancangan untuk jajaran lebuh raya ini sebagai contoh SPE. Ia diluluskan sebelum banyak daripada bangunan-bangunan di kawasan Kampung Kerinchi telah siap. Saya bagi contoh sekarang ini, dari laluan Kerinchi Link masuk ke dalam SPE, ia ada satu jajaran yang sangat dekat dengan banyak bangunan yang mana pada ketika diluluskan tidak ada bangunan itu termasuklah Masjid Ar-Rahah, Angkasapuri, South View dan banyak lagi. Sekarang ini masalah yang penduduk hadapi ialah memang betul dalam lebih kurang 10 meter, highway itu ada di situ dan tidak ada perancangan untuk membina sebarang sound dampener, barrier dan sebagainya. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah yang boleh dilakukan segera untuk mengarahkan pengusaha ataupun operator lebuh raya ini melakukan sound barrier ini sekarang?

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, adakah boleh diselaraskan satu mekanisme sekiranya satu lebuh raya itu diluluskan tetapi di masa kemudian ada pembangunan lain di kawasan itu, maka perlu ada sedikit adjustment? Sekarang ini itulah jawapan daripada pihak SPE kepada saya. Terima kasih.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Cabaran dalam membangunkan infra di negara kita ialah: (i) peringkat Persekutuan; (ii) negeri; dan (iii) Majlis Perbandaran. Kadang-kadang masalahnya ialah koordinasi. Oleh sebab itu, kadang-kadang bila highway diluluskan bangunan-bangunan pembangunan baharu juga naik. Kadang- kadang pembangunan baharu, baru highway dibuat. Itu lebih mudah untuk kita rancang. Oleh sebab itu, memang daripada segi dasar kalau highway dilaksanakan kalau berdekatan dengan residential, ia mesti ada sound barrier mesti diletakkan. Itu memang daripada segi dasar tetapi kalau pembangunan datang kemudian, memang tidak ada requirement. Bukan tidak ada requirement tetapi kalau tidak dimasukkan sebab kos akan menentukan kadar tol. Oleh sebab itu, kadang-kadang ia menjadi satu cabaran pada kita. Akan tetapi apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, saya akan bincang dengan pemaju highway tersebut sama ada boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan sound barrier sebagai CSR daripada pihak pemaju tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

Ahmad Fadhli bin ShaariPAS · PNPasir Mas · question

5. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan sama ada kementerian telah melakukan pengemaskinian prosedur dalam penganugerahan kontrak pembinaan kepada sesebuah syarikat yang akan bertanggungjawab membina aset pertahanan negara yang bernilai tinggi lanjutan daripada isu skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas, orang muda atas soalan yang dikemukakan sebentar tadi. Bagi menjawab soalan tersebut, suka saya jelaskan di sini, Kementerian Pertahanan sentiasa memastikan pematuhan peraturan kewangan semasa dikuatkuasakan sepenuhnya dalam setiap peringkat dan proses perolehan. Prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Perolehan Dalaman MINDEF, merupakan mekanisme tambahan yang diwujudkan untuk mencegah dan mengelak sebarang unsur penyelewengan daripada berlaku. Kementerian juga sentiasa melaksanakan kajian semula dan mengemas kini SOP Pengurusan Perolehan Dalaman MINDEF supaya prosedur ini mematuhi dan merangkumi semua dasar dan peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa. Sebagai maklumat Yang Berhormat Pasir Mas dan semua Ahli Dewan yang mulia ini, pihak kementerian juga menetapkan supaya setiap permohonan perolehan aset dan kelengkapan yang baharu perlu diperakukan oleh pihak pengguna ataupun user sendiri

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

iaitu sama ada daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia terlebih dahulu sebelum proses perolehan dilaksanakan dan seterusnya dikemukakan kepada agensi pusat seperti Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk kelulusan perolehan. Perkara ini merupakan salah satu usaha untuk mencegah dan mengelak sebarang unsur penyelewengan. Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan juga merancang untuk menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Pertahanan sebagaimana yang disyorkan di dalam Kertas Putih Pertahanan. Jawatankuasa ini insya-Allah akan berfungsi untuk menetapkan dasar dan membuat keputusan berkaitan perolehan aset khususnya bagi aset strategik yang bernilai tinggi yang memerlukan keputusan dibuat secara kolektif selain daripada mengambil kira keperluan dan kehendak pihak Angkatan Tentera Malaysia sendiri. Platform di peringkat tertinggi ini akan dapat membantu meningkatkan tahap kesiagaan ATM daripada segi aset dan juga kelengkapan. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi dan saya menyambut baik jawapan yang diberikan tadi bahawa setiap perolehan aset haruslah ditentukan oleh end user itu sendiri. Itu satu perkembangan yang baik tetapi sayangnya ia tidak berlaku dalam perolehan LCS di mana TLDM sebagai end user, pandangan mereka telah diketepikan dan mengambi kira pandangan kontraktor. Tidak apalah, kerana itu telah berlalu dan telah disebut dalam laporan detail di dalam PAC. Kita minta kerajaan mengambil tindakan yang selanjutnya selepas daripada ini. Akan tetapi ia telah menjejaskan perancangan daripada TLDM dan kita melihat semalam, BERNAMA melaporkan wawancara dengan TLDM dan menyebut bahawa kelewatan LCS ini menjejaskan perancangan TLDM. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa dalam permasalahan detail design projek LCS ini, sampai sekarang kita dimaklumkan bahawa detail design ini masih belum lagi siap. Jadi adakah masalah ini akan melewatkan lagi penyiapan kapal LCS yang pertama sekurang-kurangnya. Apa jaminan daripada kerajaan untuk menyiapkan LCS-1 dalam tempoh dua tahun seperti yang telah diberikan jaminan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan baru-baru ini? Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

[Bangun]

Terima kasih atas soalan tambahan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, seorang Ahli PAC, yang menyentuh mengenai cabaran yang pembinaan kapal LCS terutama mengenai detail design dan jangka waktu penyerahan kapal pertama oleh kontraktor yang dilantik. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas dan untuk makluman Ahli Dewan, fokus Kementerian Pertahanan pada masa ini adalah untuk memastikan Syarikat Boustead Naval Shipyard Sendirian Berhad dapat menyelesaikan design detail untuk dimuktamadkan serentak dengan pembinaan kapal. Buat masa ini sebanyak 94 peratus detail design telah disiapkan oleh pihak kontraktor. Sehingga November 2019, pihak OEM iaitu Naval Group telah meluluskan 82 peratus daripada 94 peratus detail design yang telah disiapkan oleh BNS. Mengenai pertanyaan detail design, ini juga sedang dirunding oleh BNS dengan pihak Naval Group dari Perancis. Ini penting bagi memastikan apa jua yang diputuskan kelak akan dapat memenuhi keperluan TUDM, TLDM sebagai end user. Pihak Naval Group juga telah memutuskan akan menghantar pasukan teknikalnya untuk melakukan audit terhadap detail design tersebut pada bulan ini. Menyentuh mengenai pembinaan kapal LCS, ia adalah mengikut konsep zon. Baki enam peratus yang masih belum disiapkan oleh BNS adalah hanya untuk melibatkan detail design yang non-critical zone iaitu zon kapal atas permukaan air.

Manakala bagi kritikal zon, detail design yang telah siap adalah antara 98 sehingga 100 peratus iaitu hampir sudah siap. Critical zone ini merupakan zon kapal di bawah permukaan air. Kalau non-critical, zon kapal atas permukaan air. Critical zone merupakan zon kapal di bawah permukaan air. Tentang persoalan jaminan kerajaan untuk menyiapkan LCS dalam tempoh dua tahun, ingin saya mengulangi penegasan yang dibuat sendiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan sewaktu sesi perbahasan Usul Khas mengenai isu LCS di Dewan Negara baru-baru ini. Kementerian optimis dalam tempoh waktu selama dua tahun, LCS-1 ini akan siap pembinaannya.

Tempoh ini realistik memandangkan fasa mobilisasi selesai pada Disember tahun ini. Semua pihak terlibat mempunyai 14 bulan untuk memastikan kapal siap pembinaan dan berada di permukaan air untuk memastikan kapal siap pembinaan sebelum menjalani trial seperti harbour acceptance test dan sea acceptance trial. Garis masa ini mesti dipatuhi semula oleh semua pemegang taruh atau stakeholders khususnya Boustead Naval Shipyard selaku kontraktor yang telah dilantik. Perkara ini selari – semalam Yang Berhormat ‘MEHAN’ ada mengeluarkan kenyataan media perkembangan terkini fasa mobilisasi projek Littoral Combat Ship. Ini dikemukakan semalam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan. Padang Serai bermula dengan sebuah pantun– Kapal dibeli berbilion-bilion, Namun singgah tiada di pelabuhan, Keluarga ditinggal menjaga sempadan, Janji veteran bila hendak tunaikan. Padang Serai minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan menjelaskan mengenai rasional pembayaran berjumlah RM6.08 bilion yang telah dijelaskan oleh pihak kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard tetapi tidak ada sebuah kapal yang telah disiap. Lebih buruk lagi projek ini mengalami kelewatan selama tiga tahun sedangkan kos pembinaan sebuah kapal LCS hanya melibatkan sejumlah RM1.7 bilion. Dengan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan, TLDM seharusnya sudah menerima sekurang-kurangnya tiga buah kapal. Mengapa perkara ini terjadi? Di mana sebenarnya duit yang dibayar telah dibelanjakan? Mohon jelaskan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Rasuah. Rasuah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab satu minit.

Berpeluh juga hendak jawab soalan ini. Terima kasihlah Yang Berhormat Padang Serai. Oleh Sebab Yang Berhormat Padang Serai ini saya tahu kalau dia bangun sahaja mesti fasal veteran sebab dia seorang veteran. Akan tetapi baguslah, saya tahniah seorang pejuang veteran yang dalam Parlimen ini. Mengenai soalan Yang Berhormat Padang Serai, okey. Kenapa terjadi, mana duit yang dibayar. Untuk pengetahuan semua dan juga Yang Berhormat Padang Serai, kementerian melaksanakan pembayaran berdasarkan kontrak yang termaktub. Secara ringkasnya, kemajuan pembayaran tidak dirangkaikan dengan peratusan kemajuan kerja. Akan tetapi sebaliknya pembayaran adalah berdasarkan aktiviti dan kontrak untuk

kesemua kapal dapat dilaksanakan. Tambahan pula kontrak juga berdasarkan kepada dua mata wang iaitu Ringgit Malaysia dan Euro. Oleh itu ada pembayaran juga telah dibayar mengikut kadar mata wang Euro pada masa itu. Kapal ini untuk pengetahuan semua dibina secara serentak untuk membolehkan kapal disiapkan selang 10 bulan antara kapal yang pertama dengan yang seterusnya. Justeru kemajuan setiap kapal perlu dibayar kerana kerja telah bermula dan peralatan perlu dibeli untuk dipasang di kapal- kapal yang terlibat. Untuk makluman juga inventori peralatan berkaitan kapal LCS dalam ruang penjimatan kini sudah pun bernilai RM1.7 bilion. Jadi Yang Berhormat Padang Serai, ini telah dibuktikan dan dilaporkan oleh PAC sendiri. Oleh demikian RM6 bilion yang dibelanja itu bukanlah rugi begitu sahaja. Akan tetapi saya hendak maklum kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, insya-Allah Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin, Menteri Kanan Pertahanan amat berbesar hati akan menjawab semua soalan lain selanjutnya mengenai kemajuan LCS ini pada minggu-minggu akan datang, insya-Allah. Mungkin minggu depan atau minggu satu lagi. Saya percaya nanti penjelasan beliau akan merungkaikan segala kegusaran semua pihak terhadap kelangsungan projek ini. Saya harap nanti apabila beliau sendiri yang akan menjelaskan dan kita akan lebih jelas. Terima kasih. Harap sabar.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Soalan tambahan satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jawapan agak panjang tadi diberikan. Saya hendak pergi...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tidak ada jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

... melompat kepada soalan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Mohamad bin Sabu, Kota Raja.

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Aiyo, hari pertama pun tidak bagi.

Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja · question

6. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kota Raja] minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Malaysia kekal dengan Dasar Negara Berkecuali sebagaimana diamalkan sejak zaman Tun Abdul Razak dan apakah sikap Malaysia terhadap usaha bersama Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (US) untuk mewujudkan Nuclear Powered Submarine (AUKUS) di Australia yang melibatkan rantau ini.

Dato’ Haji Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja di atas soalan yang dikemukakan. Sebelum menjawab saya ingin mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat di atas pulangnya ke rahmatullah Naib Ketua Pemuda parti Yang Berhormat semalam. Yang Berhormat menanyakan berkaitan dengan hubungan berhubung pendirian Malaysia terhadap dasar negara berkecuali dan kerjasama keselamatan tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai AUKUS. Untuk makluman Yang Berhormat, semenjak penyertaan Malaysia sebagai negara anggota Non-Aligned Movement (NAM) pada tahun 1970, Malaysia terus berpegang teguh kepada 10 Prinsip Bandung 1955 yang merupakan penyataan politik yang mengandungi prinsip-prinsip asas dalam usaha menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa. Dasar Negara Berkecuali juga turut digariskan sebagai salah

Dato’ Haji Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

satu prinsip utama dalam kerangka dasar luar negeri Malaysia, tumpuan dalam kesinambungan yang telah dilancarkan pada tahun ini. Pematuhan ke atas prinsip-prinsip ini adalah sangat penting bagi kepentingan negara dan untuk Malaysia diterima sebagai sebuah negara yang mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai. Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum, penumbuhan AUKUS melibatkan isu-isu keselamatan negara serta serantau. Oleh itu adalah tanggungjawab pihak kerajaan bagi memastikan ia tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara dan rantau ini. Sebagaimana kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 September 2021 yang lalu, Malaysia telah menyuarakan kegusaran berhubung AUKUS yang bakal memangkin ketegangan antara kuasa-kuasa lain terutamanya di rantau induk Pasifik ini. Sebagai sebuah negara dalam ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) adalah penting untuk Malaysia memastikan kestabilan di rantau ini kekal terpelihara. Selain itu Malaysia juga telah menggesa supaya semua pihak perlu mengambil pendekatan secara waspada atau dengan izin self-restraint agar tidak menimbulkan ketegangan dan mengelakkan tindakan berkaitan ketenteraan atau dengan izin militarization. Menteri Luar Negeri juga telah acap kali mengulangi pendirian Malaysia berhubung AUKUS melalui beberapa sesi perbincangan dengan negara-negara AUKUS ini. Justeru pendirian terhadap kerjasama AUKUS secara amnya adalah selaras dengan dasar luar negeri dan dasar negara berkecuali Malaysia. Kerajaan komited untuk terus mengekalkan dasar dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali yang tidak akan menyebelahi mana-mana kuasa besar seperti mana yang telah dipraktikkan selama ini. Walau bagaimanapun, kerajaan juga akan sentiasa memantau perkembangan serantau dan tidak teragak-agak untuk menyuarakan kegusaran apabila ia melibatkan kedaulatan dan kepentingan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, apabila Ukraine diserang Amerika dan sekutunya akan mengatakan mereka akan mempertahankan Ukraine. Apabila Taiwan mungkin diserang oleh China, Amerika telah membuat pengakuan dia akan mempertahankan Taiwan. Amerika bersama dengan Australia dan UK dalam AUKUS. Australia ada hubungan baik dengan Malaysia terutama dalam FPDA. Kebelakangan ini kita lihat Malaysia semakin seolah-olah keluar daripada konsep berkecuali. Konflik timur tengah Yaman-Saudi, kita menghantar tentera tanpa melalui kebenaran United Nations. Ini menandakan bahawa Malaysia tidak lagi bersikap berkecuali.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Apakah sikap ini mendorong kuasa besar untuk menarik Malaysia ke arah konflik kalau berlaku di rantau ini melalui Australia untuk membawa Malaysia memihak kepada kuasa besar khasnya diketuai oleh Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Haji Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya amat memahami pendirian dan prinsip Yang Berhormat telah pegang secara konsisten semenjak dahulu lagi dan saya boleh beri jaminan bahawa prinsip-prinsip Yang Berhormat bangkitkan tadi dan ulangi tadi adalah boleh dikatakan sama dengan prinsip-prinsip yang kerajaan kita pegang. Mungkin dalam satu, dua insiden ada boleh dianggap berbeza sedikit tetapi secara umumnya dasar berkecuali, dasar keamanan untuk rantau kita dan dasar tidak terlibat dalam bentuk-bentuk ketenteraan dengan negara-negara asing tetap merupakan pendirian dan dasar luar negara kita.

Dato’ Haji Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Begitu jugalah dalam kes-kes yang berkaitan dengan AFPDA. Ini memang tetap merupakan salah satu yang mungkin hanya merupakan satu jenis kerjasama kita yang berbentuk ketenteraan. Itu pun untuk menjamin keselamatan negara kita dan itu pun sebagaimana Yang Berhormat maklum hasil daripada apa yang berlaku di mana negara kita telah dicabar secara ketenteraan di dalam tahun-tahun 60-an yang lalu. Jadi, ini insya-Allah akan kekal merupakan pegangan dan prinsip kita dan isu keselamatan dan dasar luar negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan tambahan Hang Tuah Jaya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua. Saya tengok sebelah sini tidak ada. Saya pergi sebelah sini. Sila Yang Berhormat Jerlun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya apabila kita lihat sikap hegemoni kuasa-kuasa Barat khususnya Amerika Syarikat di luar perairan mereka, termasuk di Eropah. Sekarang perkara yang sama boleh juga berlaku di rantau ASEAN ini dan dengan wujudnya Nuclear Powered Submarine (AUKUS). Ini adalah satu kumpulan military yang tentunya boleh mengambil tindakan-tindakan military dalam kawasan perairan kita. Jadi, saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Pertamanya saya lihat bahawa ucapan yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di UNGA baru-baru ini pun tidaklah betul-betul menekankan soal keamanan dan ZOPFAN di rantau ini sepertimana yang telah ditekankan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Apakah tindakan yang boleh Malaysia ataupun ASEAN ambil sekiranya ZOPFAN kita ini dilanggar ataupun diabaikan dengan kemasukan kapal-kapal selam Amerika Syarikat dan UK di dalam perairan kita. Apabila kita lihat bahawa Amerika Syarikat sudah pun memberi tekanan kepada Malaysia apabila kapal-kapal daripada Rusia ingin berlabuh untuk tujuan perdagangan sahaja, bukan untuk tujuan military. Jadi apa kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia ini bersama dengan rakan-rakan ASEAN ini untuk mengelak daripada berkembangnya AUKUS ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Haji Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya fikir sama juga sentimen sebagaimana yang kita dengar daripada Yang Berhormat Kota Raja tadi iaitu mengharapkan dan meminta supaya kerajaan memberikan kenyataan dan membuat pendirian-pendirian yang lebih tegas daripada segi kita sebagai satu negara dan juga dari segi kita sebagai anggota ASEAN. Sekali lagi saya harap bahawa kerajaan kita juga akan kekal dengan pendirian itu dan kita akan memainkan peranan kita masing-masing untuk memastikan bahawa penglibatan negara asing dalam bentuk ketenteraan dalam wilayah kita ini akan kita lakukan sebagai mana Yang Berhormat Jerlun maklumkan tadi sebagai satu negara dan juga sebagai kumpulan negara ASEAN. Ini juga suatu daripada pendirian dan usaha kita yang bermula daripada awal lagi bahawa kita berpaksikan kepada ASEAN sebagai prinsip kita iaitu konsep dengan izin ASEAN centrality ini untuk menangani cabaran yang pelbagai yang datang daripada kuasa besar di Barat ataupun di Timur. Itu kekal pendirian kita dan saya yakin bahawa kerajaan akan mengekalkan siapa sekali pun yang mengambil alih kerajaan, akan mengekalkan pendirian untuk menjamin kemerdekaan Malaysia yang berprinsip ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato' Sri Richard Riot anak Jaem.

Richard Riot anak JaemSUPP · GPSSerian · question

7. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan komitmen kementerian untuk memastikan liputan jalur lebar yang menyeluruh dan stabil di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dapat direalisasikan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia. Saya mohon untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Serian bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan Yang Berhormat Betong nombor soalan tujuh pada 2 November 2022. Kerajaan komited dalam memastikan jalur lebar menyeluruh di seluruh negara termasuk di kawasan pendalaman di negeri Sarawak di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu inisiatif yang telah sedang dijalankan di Sarawak dan Parlimen Serian serta Parlimen Betong setakat suku kedua 2022 adalah seperti berikut: (i) Serian- tapak menara baru perancangan 25, siap dua; (ii) naik taraf stesen pemancar- perancangan 92, siap 83; (iii) premis tersedia gentian optik Serian- 1,267, siap 2,061; (iv) Betong, tapak menara baru- perancangan 23, belum ada yang siap; (v) naik taraf stesen pemancar- perancangan 75, siap 71; dan (vi) premis tersedia genting optik- perancangan 1,201, siap 1,052. Kerajaan telah mempercepat penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit daripada JENDELA fasa dua ke fasa satu dengan keseluruhan 523 lokasi telah siap dipasang di seluruh pendalaman negeri Sarawak yang memberi manfaat kepada penduduk kawasan pendalaman. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di negeri Sarawak telah meningkat kepada 82.84 peratus pada suku kedua 2022, berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA. Manakala di Parlimen Serian dan Parlimen Betong adalah seperti berikut: (i) Serian sebelum JENDELA- 54.27 peratus. Setelah siap JENDELA, 80.17 peratus; dan (ii) Bentong- 70.6 peratus. Setelah siap, 79.74 peratus. Penambahan liputan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar di pendalaman akan diteruskan melalui pelan JENDELA fasa dua 2023 hingga 2025. Semua inisiatif ini melibatkan peruntukan kerajaan melalui program pemberian perkhidmatan sejagat ataupun USP fund dan pelaburan menurut komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan melebihi RM4 bilion di negeri Sarawak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.12 bilion telah siap dilaksanakan manakala baki RM1.9 bilion lagi dalam peringkat pelaksanaan. Selain pembelaan menara telekomunikasi melalui pelaksanaan projek Pelan JENDELA dan Satelit, pihak kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan point of presence. Secara keseluruhannya, projek POP fasa satu akan melibatkan 630 lokasi dan fasa dua pula melibatkan 3,693 lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara. Manakala jumlah POP secara keseluruhan di Sarawak adalah sebanyak 741. Daripada jumlah tersebut pula, lima kawasan berhampiran sekolah luar bandar di Parlimen Serian dan kawasan di Parlimen Betong akan terlibat dengan perlaksanaan POP fasa satu. Manakala bagi fasa dua pula, 31 Parlimen Serian dan 20 Parlimen Betong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Serian.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan cantik, jawapan elok. Akan tetapi on the ground payah, betul-betul payah. Jadi, jawapan itu saya tidak terima. Kawasan saya sendiri Serian, kawasan saya, kawasan Serian hanya 60 kilometer dari Kuching. Dari ibu kota negeri Sarawak hanya 60 kilometer. Saya punya kampung Serian di mana tempat saya tinggal, liputan pun tiada. Hanya Celcom sahaja. Jadi kita sememangnya faham,, di negeri Sarawak sebenarnya Kerajaan Negeri Sarawak telah membina ratusan menara telco. Akan tetapi masalahnya saya nampak menara-menara ini tidak dilengkapkan dengan alat pemancar. Jadi, selagi alat pemancar tidak dibekalkan, selagi itulah masalah tiada liputan di pedalaman Sarawak tidak akan terjawab. Jadi, tolong betulkan jawapan. Maaf bunyi marah. Sebab orang kampung marah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Ini untuk makluman Yang Berhormat lah. Memang kita merancang seperti mana yang saya baca tadi. Akan tetapi, ada cabaran untuk kita untuk kita melaksanakan projek-projek tersebut. Antaranya, pertukaran lokasi tapak JENDELA akibat daripada pertindihan lokasi dengan menara di bawah kerajaan negeri. Oleh sebab, di Malaysia ini, Sarawak sahaja yang ada dia punya multimedia sendiri. Kadang-kadang dia – bina tower, kita pun hendak buat tower. Jadi, kadang-kadang itu ada lah pertukaran lokasi. Pengambilan tanah melibatkan seperti mana yang dikatakan tadi macam Jabatan Kerja Raya juga. Kita hendak kerajaan negeri, hendak ambil tanah kerajaan tempatan, ini semua merupakan proses yang melambatkan kerja-kerja kita. Satu lagi akses, akses ke kawasan-kawasan yang kita hendak bina tower, terdapat lokasi yang ada sungai, menyebabkan usaha pencarian tapak ini memerlukan masa yang lebih panjang. Lokasi menara tanah oleh korporat dengan cadangan peletakan tapak kawasan milik badan korporat seperti ladang sawit melalui proses rundingan yang lama. Bekalan kuasa seperti bekalan elektrik dan sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kita mintalah Yang Berhormat kalau boleh untuk kawasan Yang Berhormat, mana yang perancangan yang belum ada lagi, berjumpa dengan MCMC negeri. Negeri kita ada MCMC, Yang Berhormat boleh jumpa, dan Yang Berhormat boleh lapor semula kepada kita. Terima kasih banyak. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Kepong, Kepong. Tuan Yang di-Pertua, Kepong. Kepong sudah berdiri selama sejam.

Muar. Tuan Yang di- Pertua, Muar Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis. Sila Yang Berhormat...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Kepong.

Tambahan. Soalan tambahan, Muar.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Yang Berhormat Serian sudah habis?

Sudah, sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua

Kepong, silakan Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Kepong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minggu lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri telah kata, di Malaysia liputan 5G berada di lapan buah kawasan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan sebagainya. Soalan saya, mengapa handphone saya ini yang ada fungsi 5G tidak tunjuk ada perkhidmatan 5G di Kuala Lumpur khususnya di kawasan Kepong. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bohong? Terima kasih... [Ketawa]

Soalan tentang Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan ...

Boleh saya?

Straight to the point.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Kita bagi tahu, bukan bohong. Kita bagi tahu bahawa sebanyak lapan buah negeri ini terlibat dengan 5G dahulu. Jadi, antaranya kita tengah bincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk kawasan-kawasan tertentu yang kita dapat letak pemancar. Mungkin di Kepong belum lagi. Jadi, kita akan sampai ke Kepong sebab dia termasuk di kawasan Kuala Lumpur. Jadi, tunggu-tunggulah, tunggu. Kita pun akan bagi tahu sebab masalahnya gelombang ini tidak ada telinga. Kita kata okey pergi Kepong, kawasan Yang Berhormat, dia tidak pergi-kan, jadi sabar sekejap. Sementara kita dapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga pemancar – untuk kita letak 5G. Terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Parlimen pun tidak ada 5G.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar, silakan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun saya faham Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin berniat baik. Akan tetapi, saya rasa bukan sahaja bagi kerajaan ini, tetapi sudah tiga buah kerajaan. Saya rasa angka-angka rasmi daripada kementerian berkenaan capaian internet merupakan penipuan terbesar. Tadi kita dengan di Sarawak sudah capai sebanyak 80 peratus, tidak payah pergi ke Sarawak, angka rasmi bagi Parlimen saya di Muar sudah hendak 100 peratus. Tidak payah pergi jauh, tiga puluh minit sahaja dari bandar pergi ke Sungai Balang, tidak ada 4G pun, 3G pun sangat lemah. Apabila saya terbang ke KK, mandi sungai, 30 minit daripada KK, 4G pun tidak ada, internet tidak ada langsung. Oleh sebab itu apabila banyak kali- ini bukan pertama kali saya bangkitkan, berkali-kali, sudah tunjukkan kawasannya dekat mana, buat liputan, laporan, sidang media khas, tindakannya tidak menyeluruh. Persoalan saya ini, dua perkara. Pertama, bagaimana kerajaan mendapatkan audit berkenaan capaian internet ini supaya ia telus, dan tidak ada telco-telco yang mungkin berkepentingan peribadi, yang kata mereka telah letak rural infra internet infrastructure, tetapi penipuan terbesar- kalau kawasan saya di Muar tidak dapat- bayangkan Sabah dan Sarawak. Kedua, walaupun capaian itu ada, tetapi kadang-kadang menunjukkan bahawa anak-anak muda, mahasiswa di Borneo, lebih 50 peratus tidak ada tablet, laptop dengan smartphone langsung untuk gunakan internet. Apakah cadangan dan solusi daripada kementerian? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih. Sebab itu saya katakan tadi kalau boleh pertama sekali kawasan yang tidak ada liputan itu, tolong bagi tahu kepada MCMC negeri, di Kuala Lumpur dia ada MCMC negeri setiap negeri. Okey. Kedua, contohnya tadi Yang Berhormat kepong beritahu tentang DNB tiada liputan. Saya hendak terangkan di sini, MCMC kita keluar duit, kita bina menara, kita bantu telco, kena ingat itu. Kita keluarkan duit kerajaan, duit tuan-tuan, duit rakyat, kita buat menara. Akan tetapi, pemancar yang hendak letak di situ, telco. Ini yang kita hadapi masalah. Di mana kita beritahu, terima kasih Yang Berhormat Muar, bahawa kadang- kadang telco tidak letak pemancar di situ. Dia tidak tambah kekuatan pemancar. Jadi, kita arahkan dia, sebab punca kuasa MCMC mengarah. Contoh, DNB, 5G- tadi Yang Berhormat Kepong beritahu 5G tidak ada di Kepong. DNB dia mengarahkan telco, kadang-kadang kita tidak dapat kerjasama telco. Telco tidak bersetuju mungkin banyak sebab, sebab-sebabnya tidak bersetuju. Jadi, dia tidak bagi di Kuala Lumpur kawasan- kawasan yang kita arahkan. Oleh sebab, DNB pula dia tidak ada kuasa mengarahkan telco, yang ada MCMC. Oleh sebab yang buat 5G ini DNB. Jadi, kita kena ingat dalam Parlimen kita beritahu bahawa serah balik 5G ini kepada MCMC supaya kita dapat arahkan telco, kena sign mengikut peraturan sebab kita ada akta. Memaksa telco supaya ikut cakap kita. Jadi, ini permasalahan yang kita hadapi dan kalau boleh maknanya kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat lapor, kita akan beritahu telco, kenapakah tidak letah pemancar dekat situ? Sini tidak ada line. Jadi, maknanya – sebab kita tenaga kita pun bukanlah kita dapat check semua tempat. Jadi, kita harap penduduk akan complain dan check tempat yang ada line. Kedua, last sekali. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada teknologi. Teknologi kata kawasan itu satu bar sahaja, kita boleh naik jadi empat bar, tetapi teknologi ini kena bayar. Ataupun kita kena ambil duit USB Fund di kawasan luar bandar, di bandar tidak boleh. Di luar bandar kita boleh ambil dan kalau boleh, contoh di Sarawak atau di mana, kita boleh pakai duit kerajaan negeri sebab dia ada telco sendiri. Dia ada badan, agensi multimedia dia sendiri. Jadi kita minta swasta. Yang ini kena bayar. Maknanya kita hendak kuatkan kawasan tersebut sebab kita hendak pakai pemancar sendiri, kita kena bayar. Jadi, kalau boleh- maknanya Ahli-ahli Parlimen minta bajet, kita bayar itu untuk kawasan-kawasan ini. Oleh sebab kita ada beberapa teknologi yang kita kena bayar untuk kita dapatkan liputan yang terbaik, ini kena tambah duit sedikit. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal.

Mohd Shafie bin ApdalWARISANSemporna · question

8. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, persediaan negara dalam mendepani peluasan Trade Protectionism di peringkat global yang akan memberikan kesan besar ke atas inflasi, dan kos sara hidup rakyat.

Datuk Lim Ban HongTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu Trade protectionism bukanlah satu perkara baharu, tetapi telah banyak diperkatakan dan semakin runcing akhir-akhir ini berikutan penularan wabak COVID-19 dan disusuli dengan konflik antara Rusia dan Ukraine. Untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi, dan pemulihan ekonomi dapat berjalan lancar, di samping untuk menangani ketegangan perdagangan antara negara, inisiatif-inisiatif berikut telah diambil untuk mengurangkan impak trade protectionism. Pertama, mempelbagaikan sumber bahan mentah dan makanan dari pelbagai negara alternatif bagi memastikan bekalan domestik mencukupi dan harga berada di tahap mampu milik.

Datuk Lim Ban HongTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Kedua, Malaysia konsisten dalam membangkit isu trade protectionism ini dalam mesyuarat atau persidangan antarabangsa di semua peringkat, termasuk mesyuarat dua hala, mesyuarat serantau seperti ASEAN dan juga APEC, dan juga di peringkat pelbagai hala iaitu Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) bagi memastikan amalan ini tidak dilaksanakan dalam perdagangan antarabangsa. Semasa persidangan Menteri WTO yang Kedua belas yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, Malaysia telah menyeru supaya WTO selaku institusi antarabangsa yang mengawal selia sistem perdagangan pelbagai hala, agar bertindak segera bagi memastikan kestabilan, keselamatan dan kebolehramalan perdagangan antarabangsa dalam menangani krisis semasa terutamanya trade protectionism. Malaysia telah menekankan bahawa usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk menyelaras prosedur perdagangan, dan mempercepatkan kelulusan untuk barangan keperluan yang penting dan mudah rosak, seperti makanan dan ubat-ubatan khususnya dalam menangani krisis kesihatan awam, dan juga makanan yang dihadapi pada masa ini selaras dengan kewajipan yang ditetapkan di bawah perjanjian fasilitasi perdagangan WTO.

Datuk Lim Ban HongTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Di peringkat ASEAN pula, Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN Ke-54 baru-baru ini telah bersetuju untuk mengukuhkan lagi komitmen supaya tiada larangan atau sekatan eksport yang tidak konsisten dengan peraturan-peraturan WTO, Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan Memorandum of Understanding on the Implementation of the Non-Tariff Measures on Essential Goods under the Hanoi Plan of Action. Tuan Yang di-Pertua, dalam kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik, Malaysia bersama dengan rakan-rakan APEC juga giat berusaha untuk memastikan rantaian bekalan di rantau ini tidak terganggu. Sebagai contoh, semasa pandemik ekonomi- ekonomi Asia Pasifik telah bermuafakat dalam memastikan bekalan vaksin, ubat-ubatan dan barangan keperluan tidak terputus. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif ketiga iaitu melalui Perjanjian Perdagangan Bebas, Malaysia turut menekankan aspirasi perdagangan bebas dan adil bagi memajukan lagi usaha liberalisasi perdagangan untuk mempercepatkan lagi proses integrasi ekonomi global, sekali gus menentang trade protectionism. Keempat, Malaysia turut mengambil langkah proaktif dalam menjalinkan hubungan baik dan erat dengan negara-negara dagangan utama. Terkini, Malaysia telah menyertai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) bersama 13 rakan dagang di rantau Indo-Pasifik. IPEF ini dilihat sebagai instrumen diplomasi ekonomi yang penting dalam mengukuhkan jalinan hubungan dan kerjasama di antara negara-negara IPEF yang dapat meminimumkan trade protectionism yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Kesemua pendekatan dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini merupakan inisiatif untuk mengurangkan atau meminimumkan trade protectionism dan seterusnya menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara. Pada masa yang sama, mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setelah mendengar apa yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung kait dengan protectionism dan saya mendapati bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa dasar kerajaan pada hari ini ialah supaya mengelakkan amalan itu dilakukan, perlindungan ya. Saya melihat bahawa ini tidak konsisten dengan amalan kerajaan yang ada pada hari ini. Kita sedar dan tahu bahawa salah satu langkah mengatasi protectionism nya ialah barter trade. Kita boleh dagang dengan minyak masaknya, oil- kelapa sawitnya dengan barang-barang lain ya. Akan tetapi kita lihat, kerana kita hendak kan ayam, contoh. Kita kawal eksport ayam ke luar negara. Saya bekas Menteri Dalam Negeri Perdagangan. Saya nyatakan, kita tidak pernah pun menghalang pengeksportan harga ayam ke luar negara ya. Apa yang penting, kita tingkatkan produktiviti negara kita untuk membolehkan supaya food

security secured, cukup untuk ayam dibekalkan we need to know berapa juta- 15 juta ekor ayam yang perlu dibekalkan dalam negara kita. Akan tetapi saya melihat dasar kerajaan hari ini bercanggah dengan apa Yang Berhormat nyatakan. Kita amalkan – kita ban export of ayam, kita subsidise ayam dengan jumlah hampir RM400 juta. Telurnya, ayamnya, minyak masaknya. Where the country goes? How do you manage the financial system in this country? Dengan jumlah subsidi yang begitu besar dan di samping itu, sudah kita lift up ayam, hendak menembusi Singapore punya market sudah tidak boleh sudah, fasal Singapore sudah dapat dari Thailand. Jadi, ini yang kesannya. Saya berharap jangan cakap lain, buat lain. You must very consistent daripada segi amalan, bila negara lain mengambil tindakan bawang dahulu, India hendak banned dan kita protest ya, semasa hari itu. Akan tetapi hari ini, kita juga ban ayam yang ada. Ya, saya sedar itu food security, but can we increase productivity? Market intervention is a failure in the market forces yang ada ya. Market mechanism must prevail in the economy. Jangan ada interventions banyak sangat. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Saya fikir Kerajaan Malaysia tidak lari daripada amalan perdagangan bebas yang diamalkan selama ini kerana kita juga merupakan negara anggota, contohnya kepada Perjanjian RCEP yang berkuat kuasa pada 18 Mac. Berkenaan dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna, saya fikir yang dilakukan itu mungkin apabila kita menghadapi krisis pandemik ataupun sesetengah krisis. Ia bukan merupakan amalan dan hala tuju kerajaan kerana kita masih berpegang teguh kepada perdagangan bebas. Yang Berhormat Semporna, sekiranya kita lihat jumlah perdagangan Malaysia dari bulan Januari hingga 8, eksport kita mencecah RM1 trilion. Itu merupakan masa tersingkat kita dapat mencecah nilai eksport kita RM1 trilion dan jumlah perdagangan kita juga telah mencapai melepasi RM1.8 bilion. Ini menunjukkan perdagangan bebas yang diamalkan oleh negara kita ini membolehkan barangan, produk dan juga perkhidmatan negara kita sama ada untuk import dan eksport. Begitu juga perdagangan bebas yang diamalkan oleh negara kita, juga memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing. Tahun ini untuk enam bulan yang depan, kita telah meluluskan jumlah pelaburan RM123.3 bilion. Sekiranya kita tidak mengamalkan perdagangan bebas, saya yakin dan percaya perdagangan negara kita tidak akan berkembang kepada tahap yang ada pada hari ini dan pelabur-pelabur asing juga tidak akan masuk ke negara kita. Jadi, saya fikir berkenaan dengan sesetengah pendekatan yang telah diambil untuk pengawalan inflasi ini, Yang Berhormat boleh rujuk kepada Kementerian KPDNHEP mahupun Kementerian Pertanian berkenaan dengan pendekatan yang dijalankan dan juga objektif yang hendak dicapai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan terakhir untuk hari ini. Silakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

Isu trade protectionism ini tidak dapat kita pisahkan dengan isu technical various, khususnya dalam kita bincang isu food security bagi negara kita. Jadi, sejauh mana kerajaan memberi kemudahan untuk supaya segala isu berkaitan dengan food security kita tetap dapat dilaksanakan dengan baik dan akhirnya, memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan food security, saya fikir banyak program telah diadakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) dan pelbagai program yang juga sedang dilaksanakan ini adalah untuk menjamin food security. Saya fikir boleh rujuk kepada usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian. Bagi di peringkat MITI, kita sentiasa menggalakkan industri dan juga syarikat-syarikat tempatan untuk mempelbagaikan sumber eksport dan import agar kepelbagaian ini dapat menjamin kelestarian, kemapanan dan juga supply chain bekalan makanan ataupun bekalan bahan mentah ataupun sumber yang berterusan.

Akan tetapi kalau spesifik berkenaan dengan food security ini, saya fikir ia perlu ditujukan kepada Kementerian Pertanian memandangkan banyak usaha yang telah dilakukan untuk menuju ke hala tuju tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Henry Sum Agong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Henry Sum Agong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Henry Sum Agong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Alam Sekitar dan Air [Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Usul-Usul — Menangguhkan Pemilihan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan RakyatMotion

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti perkara 1 yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini ke Mesyuarat yang akan datang.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Saya sokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat tahu kenapa ia ditangguhkan setiap kali Parlimen bersidang? Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Kerana telah dipersetujui.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat penjelasan?

Tuan Yang di-Pertua

Tak perlu penjelasan, Yang Berhormat. Telah disetujui, Yang Berhormat.

Itu tadi dah setuju dah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kerana tidak ada kesepakatan. [Ketawa]

Usul-Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 4 Oktober 2022.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Melanjutkan Tempoh Pembentangan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang- Undang Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022Bill

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang melalui ketetapan yang dibuat oleh Majlis pada hari Selasa, 2 Ogos 2022, hendaklah meneliti Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dengan membentangkan suatu Penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada rang undang-undang tersebut kepada Dewan ini tidak melebihi tarikh hari pertama persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas; “Bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang Rang Undang-undang memerlukan lebih masa bagi membolehkan Jawatankuasa ini meneliti isu- isu yang menjadi perhatian awam dengan lebih menyeluruh dan mendalam sebelum menyedia dan membentangkan Penyatanya kepada Dewan ini; dan “Bahawa Majlis membuat ketetapan melanjutkan tarikh bagi Jawatankuasa Pilihan Khas ini membentangkan suatu Penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada rang undang-undang tersebut kepada Dewan ini tidak lewat daripada hari Khamis, 6 Oktober 2022.” Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong usul ini?

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya rasa tidak perlu dibahaskan ya. Kalau begitu, maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan di bawah nombor 2 dalam Aturan Urusan-urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, pada 26 September 2022, saya telah menulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan disahkan penerimaan pada keesokannya, iaitu memohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengemukakan usul khas langkah-langkah kerajaan untuk menangani krisis kenaikan harga barang dan juga kejatuhan mata wang negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bersedia mengemukakan, saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi laluan kepada Ketua Pembangkang mengemukakan usul berkenaan. Tidak ada keputusan muktamad oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka pada 30 September 2022, saya telah menulis kepada Tuan Yang di-Pertua dan disahkan penerimaannya, supaya Dewan membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dan isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara. Jadi, saya pohon persetujuan Tuan Yang di-Pertua kerana keadaan, seperti mana telah kita tekankan, merudumnya pertukaran kadar mata wang ringgit sekarang ini dan juga kos sara hidup yang meningkat dan ini ditambah dengan beberapa isu seperti aliran modal keluar dalam tempoh yang terdekat yang saya sebutkan itu terlalu tinggi, RM123 bilion ketimbang aliran masuk. Ini ada kaitan juga dengan jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan adakan siasatan rapi tentang pengaliran luar termasuk Pandora Papers yang sampai sekarang tidak ada keputusan dan maklumat lanjut. Saya tekankan ini, Tuan Yang di-Pertua, dan minta Tuan Yang di-Pertua berikan perhatian. Kerana kalau katakan ini boleh dibincangkan dan dibahaskan dalam Belanjawan, yang saya boleh jangka jawapannya, Belanjawan ini unjuran pendapatan tahun depan dan belanjawan tahun depan. Yang saya kemukakan ialah permasalahan sekarang dan yang dikemukakan sebelumnya. Wang beratus bilion ringgit dibawa keluar oleh pemimpin sekarang dan dahulu dan tidak ada siasatan. Kemudian, kita bicara beberapa ratus ringgit untuk orang-orang miskin yang dikemukakan oleh kerajaan. Jadi, hal yang pokok iaitu pengurusan dana dan pengaliran keluar simpanan wang besar oleh pemimpin-pemimpin sekarang dan lalu tidak disiasat. Dan ini, bagi saya, ada kaitan dengan peningkatan kos sara hidup dan merudumnya Ringgit yang akan menjejaskan kehidupan rakyat. Jadi, saya mohonlah supaya Tuan Yang di-Pertua bertegas memberi laluan supaya Ahli-ahli Dewan membahaskan hari ini juga dan kemudian dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya mengaku terima sesalinan surat Yang Berhormat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai usul yang hendak difailkan. Saya juga menerima usul Yang Berhormat Ketua Pembangkang bertarikh 30 September 2022 untuk membincangkan masalah yang berbunyi berikut— saya petik— “Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dan isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara.” Itu usul yang difailkan. Saya dapati bahawa usul tersebut tidak perlu disegerakan, Yang Berhormat, kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan kepada Yang Berhormat melalui surat saya yang bertarikh hari ini. Antara lainnya ialah kerana persoalan tersebut telah pun dibincangkan di dalam Dewan ini amat banyak kali sebenarnya. Lapan kali sebenarnya, Yang Berhormat. Termasuklah juga usul tergempar yang difailkan oleh Yang Berhormat Pulai, kalau tidak silap saya.

Tuan Yang di-Pertua

Malah pada hari ini pun, terdapat dua soalan yang mendekati perkara yang dinaikkan oleh usul tersebut yang telah dijawab secara panjang lebar. Saya telah memberi lapan soalan untuk diajukan kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi pada pagi tadi dibincangkan selama 45 minit lebih kurang. Esok pun ada lagi satu soalan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Malah seperti Yang Berhormat kata tadi, Yang Berhormat memang amat peka terhadap apa yang mungkin saya katakan, sesi ini ialah sesi bajet di mana kita akan membincangkan bajet selama 23 hari di peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa, insya-Allah. Saya pasti isu ini akan diperdebatkan, akan dibahaskan oleh semua Ahli Parlimen dan akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkaitan. Oleh itu, saya terpaksa menolak usul tersebut Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelaskan, belanjawan pada pengertiannya adalah unjuran pendapatan dan belanjawan tahun depan. [Disampuk] Itu pertama. Walaupun Tuan Yang di-Pertua seperti biasa lazim tahu, Ahli-ahli Yang Berhormat akan memanfaatkan waktu itu membahaskan keadaan kini dan juga masa depan. Baik. Kedua, saya hendak jelaskan di sini, jawapan-jawapan yang dalam sesi soal jawab itu memberi ruang kepada Menteri memberi kuliah kenyataan tetapi tidak ada perbahasan. Ada soalan tambahan sedikit tetapi sangat terbatas. Isu seperti kejatuhan Ringgit, umpamanya dijawab perang Ukraine-Rusia yang berlaku di seluruh dunia. Itu tidak menjawab permasalahan harga barang makanan yang meningkat kerana kejatuhan nilai ringgit. Kedua, dalam soal ini juga dalam kos sara hidup itu permasalahan sekarang, bukan untuk dibahaskan sebulan lagi. Jadi, kita minta beberapa pendekatan baharu oleh kerajaan supaya dapat meyakinkan ada langkah-langkah yang segera. Kita tidak boleh pandang ringan apabila jawapan Menteri kita akan tambah beberapa peruntukan. Ia tidak lihat bahawa penambahan itu tidak dapat menyelesaikan permasalahan hidup harian rakyat. Jadi yang saya tekankan supaya beri keutamaan, ada urgency masalah. Masalah apa lagi yang dihadapi oleh rakyat sekarang? Masalah kos sara hidup. Jadi, lebih utama daripada semua yang lain. Jadi, kalau itu tidak boleh dibahaskan, saya bimbang akan dipertikaikan peranan Parlimen ini. Begitu juga kejatuhan ringgit. Penyelesaian yang dijawab oleh Menteri itu soal tindakan terbaru. Keyakinan kepada sistem menyebabkan ringgit itu tidak pernah pulih dengan baik, itu bukan bulan ini. Itu sudah berlaku sekian lama. Akan tetapi kerana tahap perbahasan dan perbincangan itu tidak telus dan terbuka, jadi ada masalah kita tidak dapat rungkai masalah itu dengan meyakinkan. Jadi, dengan sedikit pengalaman saya sebagai Menteri Kewangan, saya tidak dapat terima jawapan yang begitu bagi saya standard jawapannya, tidak menunjukkan ada kesediaan menerima ada masalah dan krisis. Ini kenyataan yang berulang kali dibuat seolah-olah boleh selesai. Dia tidak ada perasaan keprihatinan bahawa ada masalah yang real dihadapi oleh rakyat. Banyak kategori, bukan sahaja veteran tentera yang dibangkitkan baru-baru ini tetapi semua. Saya ke Port Dickson dan tidak terlepas daripada permasalahan ini. Akan tetapi apa jawapan Menteri? Unjuran pertumbuhan meningkat dan kita boleh pulihkan ekonomi. Ini cakap apa? Boleh menyenangkan sesetengah pihak tetapi membebankan rakyat yang terpaksa hadapi masalah harian. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan dan wewenang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Bukan terpulang kepada wewenang saya Yang Berhormat. Akan tetapi pendapat saya ialah kita telah bincangkan perkara ini pada masa yang amat banyak pada penggal ini sebenarnya. Saya pasti semasa 23 hari selepas bajet dibentangkan hari Jumaat ini, insya-Allah perkara ini akan dibahaskan dengan hangat sekali. Bajet itu ya lah mengenai belanjawan tahun hadapan tetapi semestinya ia mempunyai polisi kerajaan untuk menangani masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, insya-Allah. Maka saya terpaksa tolak Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 2 berkaitan dengan seating arrangement. Kita tahu bahawa Yang Berhormat Pasir Salak telah digantung. Jadi, adakah wajar beliau duduk di tempat UMNO? Sementara digantung ini, kalau boleh campak tempat lain boleh tak? Itu pertama. Kedua, mengenai petua daripada Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Pekan masih lagi Ahli Parlimen. Oleh sebab dia masih Ahli Parlimen,

saya cadangkan sepatutnya kita membenarkan dia hadir ke Parlimen tetapi saya letak syarat mesti bergari.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

Akan tetapi dia boleh pakai baju macam kita semua tetapi bergari. Kami hendak tengok semua, satu dunia hendak tengok macam mana Ahli Parlimen bergari datang ke Parlimen. Minta dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya belum mempunyai apa-apa notis daripada Chief Whip untuk mengubah kerusi tempat duduk Yang Berhormat Pasir Salak. Maka, tempat duduk Yang Berhormat Pasir Salak adalah kekal sehingga hari ini. Kedua, mengenai Yang Berhormat Pekan. Saya ingin nyatakan sedikit pendirian saya mengenai perkara ini. Sebenarnya tiap-tiap Ahli Parlimen berhak datang ke Parlimen dan masuk ke Dewan Rakyat. Itu secara amnya. Ia tidak memerlukan kebenaran saya pun. Seperti Yang Berhormat datang hari ini hendak masuk Dewan Rakyat tidak perlu kebenaran saya pun.

Akan tetapi dia banduan.

Tuan Yang di-Pertua

Sabar, tolonglah. Belum habis, belum habis. Itu secara am. So that’s general. So, mengenai kehadiran Yang Berhormat Pekan, ia bukan di bawah kuasa saya langsung. Saya tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan beliau datang atau tidak datang. Kalau dia hadir, maka dia tidak perlu meminta kebenaran saya untuk masuk ke Dewan tetapi persoalannya sekarang ialah adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah bidang kuasa saya. Ini kerana dalam bahasa Inggeris maaf, he is not in my custody. Who has his custody? So, penjara ada custody beliau. Maka terpulanglah kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan atau custody tersebut. Jadi, itu bukan kuasa saya. Satu lagi, saya rasa lah, sefahaman saya kalau pihak penjara melepaskan beliau daripada penjagaan penjara itu, maka pihak penjaralah yang akan memberikan atau menetapkan syarat pelepasan tersebut. Sekali lagi, bukan juga di bawah kuasa saya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapatkan penjelasan berhubung dengan bilakah dia akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen? Kerana kita telah melihat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pekan, mengikut Perlembagaan Persekutuan akan hilang kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen apabila pertamanya permohonan pengampunan beliau ditolak.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Permohonan pengampunan?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, permohonan pengampunan. Yes.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidakkah sekiranya dia sudah didapati bersalah, maka dengan sendirinya akan terlucut kerana selepas itu barulah kalau dia dapat pengampunan, dengan izin you must take things in the process one by one. Maknanya sekarang ini kalau kita semua sudah akui bahawa dia telah bersalah dan telah didapati bersalah dan rayuannya semua telah ditolak, maka sepatutnya dia terus dikenakan hukuman. Dengan itu terus dikenakan tindakan dan perlucutan sebagai Ahli Parlimen. Sekiranya dia diampun pada ketika yang akan datang, barulah boleh direinstate dia sebagai Ahli Parlimen. Ini kerana kita tidak merasakan bahawa Dewan yang mulia ini wajar menerima seorang banduan yang telah merompak negara dengan jumlah yang begitu tinggi dibenarkan masuk dengan begitu sahaja. Saya mengharapkan bahawa Tuan Yang di- Pertua akan mengambil satu sikap yang lebih tegas step-by-step.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sendiri kata sepatutnya begitu. Akan tetapi, undang-undang ini pada semua masanya bukan mengenai perkara yang sepatutnya. The law is not always as it ought to be, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Then, we should change it. As the Parliament should change it.

Tuan Yang di-Pertua

So, Perlembagaan − ought as it should be. Ya, the law is as it is. Not as it should be or as it ought to be. We can go on fighting until all the cows come home as what to the law, as it ought to be. But, the most important thing is how it is. So, how it is? Izinkan saya baca, Yang Berhormat. Bahasa Inggerislah saya ada versi bahasa Inggeris. Bukan sudah sedia, saya memang sudah hafal benda ini. Dia kata, “If within the period of fourteen days specified in paragraph ‘A’ − meaning if within the period of conviction lah − An appeal or any other court proceeding is brought and in respect of such conviction, the disqualification shall take effect upon the expiry of fourteen days from the date on with such appeal or other court proceeding is dispose off”. Itu masalahnya. Ia tidak ada − disqualification beliau itu tidak ada effect sehingga 14 hari lepas rayuan tersebut ditolak.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Rayuan yang di − which is referred to − with all due respect, adalah rayuan kepada mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

But, what Tuan Yang di-Pertua is talking about ia adalah adalah pengampunan. So, pengampunan is not nothing to do with the court.

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak datang ke situ. Saya hendak datang ke situ.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, all right.

Tuan Yang di-Pertua

Itu pertama mengenai rayuan atau any other court proceeding. So, sekarang ada “any other court proceeding” itu iaitu permohonan untuk review. Kemudian mengenai pengampunan, ia paragraph lain. Juga kata, “If within the period specified in paragraph ‘A’ − period yang conviction itu − or the period after the disposal of the appeal” ataupun apa-apa jangka masa selepas rayuan itu ditolak. Macam inilah rayuan tolak 23 Ogos saya rasa. So, kalau masih dalam 14 hari itu, there is filed a petition for a pardon. And then dia kata, “Such the qualification shall take effect immediately upon the petition being disposed off”. So, serupa juga. Hilang kelayakan itu akan hanya mengambil kesan selepas petisyen itu dilupuskan atau disposed of. So, itulah peruntukan Perlembagaan Persekutuan saya terikat dengan ini. So, kita boleh bincanglah dan membuat naratif...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita buat usul untuk...

Tuan Yang di-Pertua

How the law is ought to be or how the law as it should be but I implement the law as it is. Maaf.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

So, kita akan buat satu usul untuk pinda itu. Because let’s go for what as it should be not as what it is, insya-Allah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terpulanglah kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua aware tidak ada satu kenyataan daripada peguam yang agak senior iaitu GK Ganesan yang mengatakan ada kes di India keputusan Tuan Yang di-Pertua itu sebenarnya keputusan yang lama...

Tuan Yang di-Pertua

Yang lama?

Itu adalah keputusan − Saya tidak tahu, are you aware of the statement by a lawyer yang mengatakan bahawa sebenarnya tafsiran Tuan Yang di-Pertua tidak seperti begitu ya. Ini kerana, ada kes di India. Jadi, saya cadangkan apa kata benda itu kita bahaskan di Parlimen ini untuk kita sama-sama dapat kepastian, sebenarnya Ahli Parlimen seperti ‘merpati putih’ ini adakah benar-benar putih lagi atau tidak? Jadi, kita kena bincangkan ini dahulu. Ini sebenarnya isu Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat kena konsisten sebab tadi Yang Berhormat yang cadangkan bahawa Yang Berhormat Pekan dibenarkan datang.

Saya bersetuju dengan− saya hendak kata begini...

Tuan Yang di-Pertua

So, bagaimana itu?

Tidak, bukan. Saya nak katakan begini. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah. I’m with you on that point.

Tuan Yang di-Pertua

So, Yang Berhormat yang mana sekarang?

Tidak, saya hendak katakan adanya perbahasan lain. Are you aware or not?

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak aware.

Tidak aware.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan mesyuarat.

So, kalau Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma aware yang inilah.

Tak mengapa Tuan Yang di- Pertua. I will write to you − saya akan bagikan satu judgement of the Indian High Court, Indian Court...

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi Yang Berhormat cadang beliau datang tadi.

Tidak, saya cadang − bukan apa. Saya cadang, saya hendak tengok dia bergari itu sahaja.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia hendak tengok bergari itu sahaja. [Ketawa]

Bergari, itu sahaja.

[Dewan ketawa]

Oleh sebab apabila – saya dapat maklumat bahawa dia telah pergi ke tempat- tempat tertentu tidak bergari sedangkan dia adalah seorang banduan yang berbahaya. Kita mesti gari dia, bukan sampai gari kaki lah. Gari tangan cukuplah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, last ya, last ya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ya. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya membawa Peraturan Mesyuarat 66(1), (2) dan (5) oleh kerana terlalu panjang saya hanya bacakan tentang bacakan peruntukan (5) tetapi secara amnya ialah mengenai Rang Undang-undang Perbekalan.

Tuan Yang di-Pertua

66?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peruntukan Mesyuarat 66(1), (2) dan (5). Saya bacakan peruntukan yang (5) itu tetapi secara amnya tadi saya sebut ialah mengenai Rang Undang-undang Perbekalan. Jadi, Perkara Peruntukan 66(5) berbunyi,

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

“Hendaklah diuntukkan 20 hari selebih-lebihnya bagi membincangkan Rang Undang- undang Perbekalan dan kedua-dua anggaran-anggaran biasa dan pembangunan dalam Jawatankuasa”. Sebelum itu disebut pula perbahasan tentang rang undang-undang itu dalam sesi Dewan ataupun Majlis. Jadi, tadi saya pun dengar petua Tuan Yang di-Pertua kepada Ketua Pembangkang untuk membangkitkan usul kecemasan beliau ataupun emergency motion beliau, dengan izin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan. Perdana Menteri mungkin akan menyebut tentang isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Jadi, di sini dengan ura-ura bahawa mungkin Parlimen akan dibubarkan dan sebagainya, bolehkah Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini memberi satu petua supaya Perdana Menteri memberi jaminan agar kita dapat membincangkan ataupun membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini sehingga selesai sehingga diluluskan supaya kita bukan sahaja mematuhi peraturan mesyuarat Dewan tetapi kita juga menghormati prosedur Dewan ini dalam membincangkan belanjawan negara yang merupakan perkara yang penting terutamanya dalam keadaan pasca pandemik dan dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan dan kita menjangkakan akan ada recession selepas ini. Jadi, saya harap mungkin Tuan Yang di-Pertua, kita boleh minta Perdana Menteri memberikan satu jaminan bahawa perbahasan belanjawan ataupun Rang Undang- undang Perbekalan akan diteruskan seperti biasa sehingga tamat seluruh proses jawatankuasa dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan juga Senat selepas ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, alokasi itu, allotment masa untuk dibahaskan pada peringkat jawatankuasa − pada peringkat dasar dan juga jawatankuasa itu − pada peringkat dasar saya rasa diperuntukkan bahawa ia mesti maksimum 13 hari kalau tidak silap saya. Saya yang allot masa itu. So, saya selalu beri lapan hingga sepuluh hari. Pada pada peringkat seterusnya, 20 hari itu adalah maksimum dan saya juga yang allot berapa − 12 harikah atau 10 hari. Itu di bawah kuasa saya dan bukan di bawah kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka, beliau tidak boleh memberi jaminan tersebut, nombor satu. Nombor duanya, sudah tentulah belanjawan itu akan dibahaskan sekiranya Dewan Rakyat masih ada. Kalau Dewan Rakyat tidak ada, maka tidak boleh bahaslah. Kuasa untuk dissolve itu adalah kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tidak boleh kata apa-apalah tentang perkara itu.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya setuju ini merupakan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Itulah sebabnya saya minta Tuan Yang di-Pertua berikan petua kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri kena bagi jaminan sebab kuasa untuk membubarkan Dewan dalam tangan beliau untuk memberikan nasihat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi, Tuan Yang di-Pertua harus memberikan satu petua agar Perdana Menteri jangan mempermainkan sesi bajet ini. Kita hormati proses Dewan. Kita habiskan perbahasan dan kita luluskan bajet sebelum apa-apa keputusan hendak fikir tentang pembubaran. Tadi Tuan Yang di-Pertua kata, kita tidak boleh buat apa-apa kalau Dewan dibubarkan, tetapi untuk saya memang tidak ada alasan yang munasabah untuk Dewan dibubarkan sejurus selepas belanjawan dibentangkan. Kalau proses ini sudah pun termaktub dalam peraturan mesyuarat kita, kita harus lengkapkan dan sempurnakan proses perbahasan supaya kita menghormati sesi Dewan dan kita menghormati kepentingan (the importance), dengan izin, the importance of the budget not only to the country but to the people of Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Yang Berhormat, dalam jurisprudence apabila seseorang itu mempunyai kuasa, maka di sebelah pihak yang lain pula tidak mempunyai kuasa. He has power, this side will have non-power, itu masalahnya. Kita kena terimalah perkara sebegitu, Yang Berhormat. Terima kasih.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya minta sebab kuasa kerajaan dibahagi kepada tiga...

Tuan Yang di-Pertua

I cannot − I cannot − I cannot −

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

...Termasuk.

Tuan Yang di-Pertua

Sorry, I cannot overwrite the power that he has.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ya, kuasa kerajaan terbahagi kepada tiga, termasuk bahagian perundangan (legislative) di mana kuasanya secara simbol berada di tangan dan kerusi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi saya tidak ada kuasa untuk memaksa mana- mana pihak untuk meneruskan usul mereka. Saya tidak ada.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua harus memberi petua...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau usul itu diteruskan, maka kuasa saya untuk allot time. Akan tetapi untuk teruskan atau tidak, bukan kuasa saya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya rasa kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebagai bahagian perundangan (legislative) untuk memberikan check and balance the power. Itulah maksudnya check and balance dalam keadaan pembahagian kuasa antara tiga bahagian dalam kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau perkara itu tidak terjadi langsung, macam mana hendak check and balance? There is nothing to check and balance.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kalau Dewan ini mengemukakan satu petua supaya disempurnakan keseluruhan perbahasan belanjawan, maka saya harap kerajaan akan ikut. Kalau kerajaan tidak ikut, itu mungkin terpulang kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua

Petua itu...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Akan tetapi kita harus...

Tuan Yang di-Pertua

Petua itu tidak boleh diberi kerana ia akan overwrite kuasa Perdana Menteri di dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang Berhormat ya. Terima kasih. Yang Berhormat, last.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Ya, last ya. Tuan Yang di-Pertua, pada 1 Oktober kita dengar yang Pengerusi PBM mengumumkan Ahli Parlimen Segamat dan juga Yang Berhormat Kuala Langat mereka telah keluar daripada BERSATU dan masuk ke partinya. Soalan saya ialah, kita semua sudah bahas dan luluskan akta “antilompat parti” dan malah diwartakan. Jadi, pengumuman macam ini masih sahkah? Adakah antilompat parti law ini telah pun dilaksanakan? Jadi, adakah Yang Berhormat Segamat masih Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Tuan Yang di-Pertua

Ini peraturan mesyuarat mana ini?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Sekarang PBM ini, adakah ia bukan di bawah Perikatan Nasional, bukan di bawah Barisan Nasional, ia macam di tengah-tengah. Adakah ia masih bebas? Sekarang ini, kerajaan kita ini masih kukuhkah?

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa ini Yang Berhormat?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Stabilkah? Itu soalan saya. Masihkah mereka perlu duduk di sebelah kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Okey Yang Berhormat. Baik, saya tidak dengar peraturan mesyuarat berapa itu Yang Berhormat, jadi saya tidak boleh buat ruling lah. Terima kasih ya semua. Silakan Tuan Setiausaha.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tiada jawapan, tiada jawapan Tuan Yang di- Pertua?

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bersama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah merupakan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 yang melibatkan peruntukan berhubung dengan kesalahan menghendap (stalking) dengan izin. Perlakuan menghendap pada kebiasaannya melibatkan beberapa siri perbuatan seperti mengikuti atau mengekori seseorang atau melakukan sesuatu gangguan (harassment) dengan izin dengan secara berulang-ulang sama ada dalam kehidupan sebenar ataupun di alam maya sehingga menimbulkan ketakutan kepada mangsa terhadap kecederaan atau perlakuan yang mungkin boleh mengakibatkan kepada kematian. Pada 30 Mei 2019, mantan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) telah pun menerima kertas cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Women’s Aid Organization (WAO) yang telah pun mencadangkan supaya undang-undang perlakuan mengganggu dan juga menghendap diperkenalkan di negara kita ini. Dalam hal itu, pada 2 Julai 2019, kerajaan telah pun menubuhkan Jawatankuasa Kerja Kajian Dasar Mengenai Perlakuan Mengganggu dan Menghendap yang bertujuan untuk mengkaji dan meneliti isu-isu berhubung kesalahan menghendap dan mendapatkan keputusan dasar dalam penggubalan peruntukan undang-undang berhubung kesalahan menghendap ini melalui beberapa mesyuarat yang telah pun diadakan oleh jawatankuasa ini. Selain itu, beberapa siri perbincangan dan bengkel bersama-sama dengan pemegang taruh bagi membincangkan hala tuju serta penyediaan dasar dan cadangan perundangan perlakuan mengganggu dan menghendap juga telah diadakan. Antara pihak-pihak pemegang taruh dan pihak-pihak berkaitan yang terlibat dalam sesi mesyuarat, bengkel dan libat urus adalah seperti berikut: (i) Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara; (ii) Kementerian Dalam Negeri; (iii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; (iv) Kementerian Komunikasi dan Multimedia; (v) Kementerian Kesihatan Malaysia; (vi) Polis Diraja Malaysia; (vii) Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(viii) Jabatan Penjara Malaysia; (ix) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan; (x) Majlis Peguam Malaysia; (xi) Ahli akademik daripada UiTM; (xii) Women’s Aid Organization; dan (xiii) Lembaga Kaunselor Malaysia. Dalam menyediakan penyediaan dasar dan undang-undang antimenghendap ini, aspek-aspek penting yang diberi perhatian adalah seperti penentuan parameter yang khusus berhubung dengan elemen yang dicadangkan bagi peruntukan kesalahan mengganggu dan menghendap yang telah diformulasikan berdasarkan faktor-faktor seperti kesesuaian dan senario sebenar di negara kita ini. Ini bagi memastikan undang-undang berkenaan dibentuk mengikut acuan Malaysia bagi mengelakkan sebarang permasalahan atau komplikasi sekiranya ia dilaksanakan kelak. Selain itu, aspek siasatan, pendakwaan, pembuktian dan hukuman serta perlindungan kepada mangsa perlakuan mengganggu dan menghendap turut juga diteliti. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan [Akta 574]. Tujuan pindaan ini adalah untuk memasukkan kesalahan baharu menghendap ke dalam Akta 574 seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap dan mengadakan peruntukan hukuman bagi kesalahan menghendap. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rasional bagi meminda Kanun Keseksaan untuk menjadikan perlakuan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah adalah seperti berikut; Perlakuan mengganggu dan menghendap boleh menimbulkan perasaan takut dan bimbang kepada mangsa. Perlakuan ini boleh mencapai ke tahap di mana mangsa boleh dicederakan dan sehingga ada yang menyebabkan kematian. Selain itu, perlakuan ini turut memberikan implikasi serius terhadap kesihatan mental mangsa akibat diganggu dan dihendap bagi jangka masa yang lama. Hasil tinjauan, dengan izin Understanding Malaysian’s Experiences of Stalking oleh sebuah syarikat penyelidikan iaitu dengan kerjasama NGO WAO mendapati senario perlakuan mengganggu dan menghendap di Malaysia adalah meluas, di mana 36 peratus rakyat Malaysia pernah dihendap dan juga merasa ketakutan, 12 peratus mendapat ancaman dan sebanyak 17 peratus telah pun mendapat kecederaan. Hasil tinjauan ini juga mendapati perlakuan mengganggu dan menghendap memberikan kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia daripada segi aktiviti ekonomi, sosial, rekreasi dan hal ehwal penjagaan kanak-kanak. Manakala, sebanyak 69 peratus daripada rakyat Malaysia percaya bahawa perlakuan mengganggu dan menghendap ini adalah merupakan satu kesalahan. Negara-negara luar telah pun mengambil inisiatif lebih awal dalam mewujudkan undang-undang berkaitan perlakuan menghendap ini. Bagi tujuan pindaan ini, rujukan terhadap model perundangan beberapa buah negara seperti Singapura, United Kingdom dan India telah dilaksanakan dengan tujuan mengenal pasti model perundangan yang sesuai sebagai tanda aras. Singapura telah memperuntukkan perbuatan mengganggu dan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Protection from Harassment Act 2014. Negara India pada tahun 2013 telah melakukan pindaan ke atas Indian Penal Code dan memasukkan perlakuan menghendap di bawah seksyen 354D. Manakala United Kingdom

telah menggubal undang-undang seperti United Kingdom Protection from Harassment Act pada tahun 1997 dan telah dipinda pada tahun 2012 bagi memasukkan undang-undang berkaitan kesalahan menghendap. Pindaan kepada Akta 574 ini telah melibatkan dan mengambil kira pandangan setiap lapisan masyarakat melalui beberapa siri libat urus menerusi pelbagai platform terutamanya bersama dengan WAO termasuklah sesi yang turut melibatkan penyertaan beberapa orang mangsa perlakuan menghendap. Proses ini secara tidak langsung memberikan hak kepada setiap individu untuk menyuarakan pandangan terhadap cadangan pindaan ini. Oleh itu, penetapan dasar dan perundangan antimenghendap dalam pindaan ini adalah berdasarkan kepada input dan maklum balas menyeluruh yang diterima daripada pelbagai pihak. Pindaan kepada Akta 574 ini dilihat sebagai satu mekanisme yang mampu memberi impak tinggi apabila pihak berkuasa bukan sahaja dapat menghalang perlakuan mengganggu dan menghendap, malah lebih penting ia dapat menyelamatkan nyawa. Ini secara tidak langsung berpotensi untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu perlakuan mengganggu dan juga menghendap ini.

Dimensi kelakuan menghendap pada masa kini semakin mencabar kerana ia tidak lagi terhad kepada kelakuan secara fizikal, tetapi turut melibatkan kelakuan menghendap secara maya melalui media sosial seperti akaun Facebook, Instagram dan sebagainya. Pindaan kepada Akta 574 ini akan turut merangkumi kesalahan menghendap yang dilakukan menerusi platform media sosial dengan matlamat untuk menangani kesalahan menghendap secara menyeluruh. Rang undang-undang ini memperkenalkan hukuman penjara dan denda yang lebih berat bagi membendung kemudaratan yang boleh berlaku akibat daripada perubatan mengganggu dan menghendap ini. Pindaan kepada Akta 574 ini juga antara satu bentuk pencegahan sebelum satu jenayah berlaku kepada mana-mana mangsa yang mungkin telah diganggu dan dihendap beberapa kali atau berbulan-bulan lamanya. Kelakuan menghendap adalah sukar untuk dibuktikan sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 507 Akta 574 sedia ada kerana peruntukan tersebut adalah bersifat umum. Sehubungan dengan itu pindaan kepada Akta 574 dengan memasukkan peruntukan baharu iaitu Seksyen 507A berhubung pelakuan menghendap adalah lebih spesifik dan memudahkan siasatan oleh pihak berkuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rasional yang telah dinyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan agar melalui peruntukan undang-undang yang jelas ini dapat melindungi mangsa dan mampu mengurangkan risiko pelaku bertindak secara lebih agresif atau ganas. Pada masa yang sama dengan wujudnya peruntukan undang-undang ini, dapat membuktikan tindakan proaktif kerajaan untuk mengatasi masalah pelakuan menghendap dan meletakkan kedudukan Malaysia serta negara-negara lain yang telah pun lama mewujudkan undang-undang berkaitan pelakuan menghendap ini. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, saya ada menerima seramai tujuh orang Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas. Dimulakan dengan Yang Berhormat Segambut, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tebrau, kemudian Yang Berhormat Sepang, kemudian Yang Berhormat Pasir Gudang, kemudian Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dengan itu saya ingin menjemput Yang Berhormat Segambut, tempoh masa 10 minit. Silakan.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Segambut bangun menyokong rang undang-undang ini dan saya hendak mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan juga mendiang Yang Berhormat VK Liew mantan Menteri Undang-undang yang telah memulakan perbincangan dengan WAO dan seperti yang dikatakan oleh Ren-Chung, WAO’s Deputy Executive Director. Beliau mengatakan ini a multiagency committee was set up which survived the change of government dan ini kita kena ucapkan terima kasih kepada mendiang Yang Berhormat VK Liew yang pada tahun 2020 telah menghadiri satu perbincangan bersama WAO di pejabat saya di KPWKM pada ketika itu. Saya percaya beliau pasti gembira untuk melihat perkembangan rang undang-undang ini di Parlimen hari ini. Mengapa RUU ini wajar disokong? Seperti yang dikatakan oleh pihak kerajaan, ia memang sangat diperlukan untuk menghentikan aktiviti menghendap di Malaysia dan 1/3 rakyat Malaysia termasuk 39 peratus wanita pernah dihendap sampai rasa ketakutan atau kecederaan. Ini menurut satu kajian tahun 2020. Kajian itu juga mendapati menghendap memberi kesan negatif termasuk tidak dapat memberi tumpuan di tempat kerja, tidak boleh atau tidak berasa selamat bersendirian di tempat awam dan tidak dapat hadir atau tidak berasa selamat untuk hadir ke kelas. Oleh sebab itu saya percaya dengan adanya undang-undang ini, golongan wanita di tempat kerja juga akan dipertingkatkan. Menghendap juga boleh diikuti oleh kejadian lebih buruk termasuk kes bunuh dan kebanyakan mangsa pembunuhan yang dilaporkan di Malaysia pernah dihendap sebelum dibunuh. Itu sebab saya percaya undang-undang ini apabila ada siasatan oleh pihak polis akan diambil secara lebih serius dan dengan sekali gus boleh mencegah kes pembunuhan seperti ini. Keduanya, menjadikan stalking jenayah telah mendapat sokongan secara menyeluruh agensi kerajaan, masyarakat sivil, ahli akademik dan sokongan politik bipartisan. Saya percaya tidak ada orang yang akan bangun membantah rang undang- undang ini. Menjadikan stalking satu jenayah telah menjadi norma antarabangsa dan cadangan yang saya hendak kemukakan di sini mempunyai precedent dan contoh negara-negara yang telah melaksanakan pindaan. Jadi, seperti yang saya katakan saya menyokong rang undang-undang ini tetapi saya lihat ada dua aspek yang perlu diperkukuhkan lagi dan saya meminta kerajaan kalau boleh di peringkat jawatankuasa nanti untuk membawa pindaan ini. Pertamanya adalah untuk meluaskan definisi stalking untuk merangkumi tingkah laku berterusan, continuous dan cadangan Seksyen 507A, “Whoever repeatedly or continuously by any act of harassment, intending to cause, or knowing or ought to know that the act is likely to cause, distress, fear or alarm to any person of the person’s safety, commits an offence of stalking.” Ini ada dua precedent. Satu, Queensland’s Criminal Code Act dan Singapore’s Protection from Harassment Act. Jika perkataan “continuous” ini tidak dimasukkan dalam pindaan, saya khuatir apakah impak jika pindaan tidak dilaksanakan kalau rang undang-undang sedia

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

ada ini diluluskan hari ini tanpa perkataan “or continuously” saya risau banyak kes mungkin tidak dapat sampai ke mahkamah. Keduanya adalah untuk memastikan tambahan doxing ataupun merosakkan, mengacau harta dan mengintip kepada senarai act of harassment. Saya bagi cadangan untuk tambah pada (c), “entering or loitering at the place of residence or business of a person or any other place frequented by the person.” Untuk (e), “publishing any statement or other material by any means relating or purporting to relate to a person to purporting to originate from a person. Untuk (f), “Interfering with any property in the possession of a person or anyone in whom that person is interested” or (g), “Watching or spying on a person or anyone in whom that person is interested in any means or by any means”. Cadangan untuk menambah (e), (f), (g) dan pindaan (c) ini perlu untuk pastikan perkara-perkara berikut. Perbuatan-perbuatan tersebut belum disenaraikan dalam kesalahan stalking dan kerana tingkah laku stalkers sering melibatkan perbuatan- perbuatan doxxing atau mengacau harta benda. Jika perbuatan ini dirangkumi dalam kesalahan stalking, ini akan memudahkan proses laporan dan siasatan. Dengan itu mangsa dan pihak penguasa tidak perlu membuka pelbagai siasatan kerana cadangan yang kita bawa ini adalah dalam kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadi walaupun dia adalah kesalahan sedia ada tetapi kalau tidak masukkan bersama, nanti bila laporan polis dibuat oleh mangsa, kita kena tunggu dua kementerian untuk bertindak. Satu KDN dan satu lagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jika semua perbuatan pelaku dapat dianalisis bersama, ini akan memberi gambaran lebih menyeluruh berkenaan stalking yang berlaku. Akhir sekali, kelebihan membuka kes di bawah kesalahan stalking berbanding kesalahan lain dalam Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi dan Multimedia, adalah mangsa boleh mendapatkan protection order jika kita list-kan bersama. Saya faham mungkin kerajaan akan kata ini adalah peringkat pertama kita luluskan dahulu dan kita akan bawa cadangan ini dalam masa yang akan datang. Akan tetapi kalau kita lihat keadaan politik dan senario hari ini, ada banyak undang-undang yang mementingkan kebajikan dan keselamatan rakyat tidak dapat sampai ke Parlimen kerana mainan politik. Jadi, isu kewarganegaraan satu. Kita kena tunggu lama, tetapi masih tidak sampai sini dan setiap agensi ataupun badan yang kita pergi untuk merayu mereka akan ‘tai chi’. Sekarang ini yang terbaru sampai Tuan Yang di-Pertua pun ‘tai chi’ kepada Majlis Diraja. Kata private members tidak boleh kerana ini di peringkat Majlis Diraja. Jadi kalau kita tidak buat sekali gus, saya risau ini yang akan berlaku walaupun ada undang-undang tetapi akan ada kes yang akan tercicir daripada rang undang-undang ini tanpa pindaan. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri pertimbangkan untuk bawa sekali pindaan ini kerana apa yang saya telah bangkitkan di sini ialah suara NGO, WAO khasnya kerana mereka telah banyak melihat kes-kes seperti ini dan saya pasti semua pihak hendak kita lihat kejayaan dalam membawa kes-kes seperti ini ke mahkamah supaya perkara ini tidak akan berlaku kepada anak-anak kita ataupun cucu- cucu kita. Jadi saya mohon segerakan pindaan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Seterusnya saya ingin menjemput– Yang Berhormat Tebrau belum ada di Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Sepang. Saya bagi tempoh masa lima minit. Kalau hendak lebih beritahu. [Ketawa]

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut serta dalam perbahasan ini. Sebelum saya mulakan perbahasan ini, izinkan saya membangkitkan isu ini. Saya sudah melihat kepada kertas biru ini.

Walaupun negara kita nampaknya cuba untuk memperkasakan bahasa Melayu apabila Yang Berhormat Menteri berucap di luar negara dalam bahasa Melayu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini seperti Mat Kilau, berucap di PBB dalam bahasa Melayu tetapi kita punya rang undang-undang ini masih lagi dalam bahasa Inggeris. Apa jadi ini? Di manakah kerajaan letak peranan bahasa Melayu apabila rang undang-undang ini versi Melayu dan bahasa Inggeris, dua-dua bahasa Inggeris? So, satu yang agak mengelirukan. Patutnya satu versi dalam bahasa Melayu, memang bahasa Melayu tetapi versi bahasa Melayu pun bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris, bahasa Inggeris. Itu pertamanya. Jadi yang keduanya saya lihat perkataan stoking di sini. Tuan Yang di-Pertua, saya memang setuju dengan pindaan ini, tidak ada masalah. Cumanya saya ingin mengatakan bahawa saya mencadangkan – ini saya punya pandangan. Dalam undang- undang ini Tuan Yang di-Pertua, ada dua elemen. Satu dipanggil mens rea, mental element. Satu lagi dipanggil actus reus iaitu perbuatan jenayah itu sendiri. Sekali lalu apabila kita lihat perundangan ini, seksyen 507, oleh sebab perkataan “intending to cause, or knowing or ought to know that the act”, maknanya kes ini melibatkan adanya unsur niat. Dalam undang-undang untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, certain kesalahan sepatutnya kita jadikan kesalahan strict liability iaitu kesalahan yang lebih mudah untuk dibuktikan kerana tidak perlu membuktikan niat. So dalam kes ini, berdasarkan pengalaman saya sebagai peguam, bila ada perkataan intending dan sebagainya, ia akan mengakibatkan kadangkala kes mungkin banyak dilepaskan kerana kegagalan pihak pendakwa meletakkan perkataan itu di dalam kertas pertuduhan. Sebab Tuan Yang di-Pertua, kita ini sepatutnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita cakap undang-undang ini, jangan semasa kita menang sahaja kita rasa undang-undang ini bagus. Akan tetapi apabila kita kalah, tidak boleh terima seperti pernah berlaku, tahulah Tuan Yang di-Pertua ya. Jadi saya rasa undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak memastikan – memang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, hakim di mahkamah dia memutuskan keputusan berdasarkan undang-undang. Tidak timbul hakim ini – bagi saya biased dan sebagainya sebab baru-baru ini saya dapati ada kekeliruan. Sebagai contoh apabila seorang hakim di Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk kemukakan bukti baharu atas alasan adanya empat syarat yang perlu dipatuhi tetapi ada seorang pemimpin daripada UMNO kata ini maknanya kita menolak atas dasar teknikal. Saya tak faham dia faham atau tidak alasan teknikal atau tidak. Alasan teknikal itu Tuan Yang di-Pertua, kalau contohnya kita ada kesalahan koma dan sebagainya. Itu alasan teknikal yang kita boleh tolak, dalam bahasa Inggeris in limine. Kita boleh tolak begitu sahaja. Akan tetapi dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan, empat syarat ini tidak dipenuhi dan empat syarat itu mesti dipenuhi, dipatuhi secara kumulatif, secara empat-empat bukan satu sahaja. Akan tetapi dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan apabila mereka gagal membuktikan kes itu dan apa lagi, mereka tukar peguam di akhir-akhir. Tuan Yang di-Pertua, dalam undang-undang Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena bela juga mahkamah. Bukan saya kata apa Tuan Yang di-Pertua, sebab cara kita menyerang mahkamah seolah-olah kita meletakkan mahkamah ini tidak faham undang- undang. Seolah-olah UMNO sahaja faham undang-undang. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, mereka kata, “kenapa tidak benarkan bukti baharu?” Bukan tidak benarkan tetapi ada syarat. Macam kita main bola Tuan Yang di- Pertua, kalau kita main bola, kalau kita kalah dalam perlawanan bola itu, kita boleh bantah. Boleh bantah kepada FIFA tetapi mesti ikut syarat. FIFA kata empat syarat mesti ikut tetapi mereka tak ikut syarat itu. Mereka kata, “ini mahkamah tidak adil”. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Bagan Datuk, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi tidak dipanggil bela diri di mahkamah di Shah Alam, terus kata “mahkamah ini tidak adil”. Apabila mereka kalah, mahkamah tidak adil. Apabila mereka bebas, ini menunjukkan mahkamah ini– saya baca kenyataan daripada Yang Berhormat Bagan

Datuk di luar mahkamah, beliau mengatakan ini menunjukkan kemenangan UMNO. Sejak bila pula kes ini berkaitan dengan UMNO? Itu yang pertama. Kedua, dia kata ini menunjukkan saya tidak bersalah. Tuan Yang di-Pertua, dia kena betulkan itu. Di akhir kes pendakwa bukan peranan mahkamah untuk menentukan kesalahan orang tetapi menentukan ada kes atau tidak ada kes. Ada sufficient evidence atau tidak. Apabila mahkamah tidak memanggil dia membela diri, bermakna tidak cukup evidence. Apabila dia kata saya tidak bersalah, adakah dia hendak mengatakan apabila dia dipanggil membela diri dalam empat pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur, bermakna dia bersalah? So, kalau tidak faham, diam jangan bercakap. Ini undang-undang. Jangan nampakkan kebodohan kita. Kadang-kadang kita kena sembunyikan kebodohan kita supaya orang tidak tahu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan undang-undang ini kalau kita hendak buat macam mana undang-undang yang baik pun Tuan Yang di-Pertua, mesti ada kesedaran tentang peranan undang-undang, peranan mahkamah, peranan pendakwa raya dan sebagainya. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan undang-undang ini kalau kita hendak buat nanti supaya lebih efektif, saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh sebelum buat undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, kita pastikan Tuan Yang di- Pertua, semua stakeholders ini mendapat– kita telah menghubungi semua stakeholders. Saya tidak pasti sejauh manakah stakeholders telah betul-betul dihubungi secara– telah pun mendapat input mereka secara mencukupi. Saya akui Tuan Yang di-Pertua, semasa saya menjadi Timbalan Menteri Undang- undang dahulu, memang kita ada cadangan untuk menggubal undang-undang ini tetapi kita merasakan ketika itu berkemungkinan belum mencukupi stakeholders yang telah kita hubungi. Sebab Tuan Yang di-Pertua, dalam kes yang melibatkan jenayah-jenayah seksual ini, Tuan Yang di-Pertua, selalunya dalam banyak keadaan Tuan Yang di-Pertua, banyak tertuduh terlepas kerana isu technicalities. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, pernah berlaku di dalam Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, pernah seorang yang dituduh kes rogol bawah umur, walaupun ada evidence lain, tetapi kerana kesilapan tidak bawa surat beranak untuk menunjukkan umur itu, akhirnya terlepas. Daripada segi undang-undang Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh kita salahkan kalau mereka terlepas sebab itu undang-undang membenarkan seseorang itu– Sebagai seorang peguam, kita boleh bangkitkan apa sahaja pembelaan within the perimeters of the law. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apabila mereka terlepas kerana benda itu, mungkin orang akan salah faham, orang akan kata seolah-olah kita macam tidak keras terhadap undang-undang ini. Sebab itu saya kata sebelum kita buat undang-undang ini, perkataan-perkataan ini saya tidak pasti, saya tanya kepada kerajaan, kenapakah kerajaan tidak menjadikan kesalahan ini sebagai kesalahan strict liability di mana tidak perlu kita buktikan mens rea? Akan tetapi di sini kita kata “intending” bermakna kita perlu buktikan mens rea. Kenapa tidak jadikan kesalahan sebagai strict liability offence? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Lima minit.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan memang menyokong pindaan rang undang-undang ini, Akta 574, tentang kesalahan menghendap. Ini perkara yang baik. Kita lakukan pindaan ini sebab ada tiga negara Komanwel telah disebut tadi. Jadi contoh yang baik eloklah Malaysia sokong.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Kedua, dengan adanya undang-undang mencegah menghendap ini, kita menaikkan tamadun masyarakat di Malaysia ini. Kita menjamin kehormatan terutama kaum wanita kita, kanak-kanak dalam perkara ini. Jadi saya melihat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sepang tadi. Rang undang-undang ini bagus tetapi kalau dibaca seksyen 507A itu, saya pun bimbang. Saya bagi perbandingan begini. Antara rang undang-undang pindaan cegah menghendap ini dengan Akta Hasutan 1948. Saya pernah dituduh di bawah Akta Hasutan. Hukumannya penjara.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Di dalam Akta Hasutan yang berat itu, yang dibuat masa zaman kita belum merdeka lagi, elemen niat (intention element) tidak ada dalam undang-undang itu, Akta Hasutan. Ertinya, mereka yang dituduh di bawah Akta Hasutan itu mudah sahaja untuk dijatuhkan bersalah dan dihukum penjara. Akan tetapi mengapa kita dalam satu undang- undang niat kita baik, kita hendak cegah orang yang suka menghendap ini supaya dihukum, kita susahkan pihak pendakwaan, terpaksa hendak membuktikan elemen seperti yang disebut tadi, mens rea. Elemen niat itu. Jadi, yang hendak dikejar tidak dapat, ramai yang terlepas. Kalau saya lihatlah benda macam ini, saya sebagai pengamal undang-undang Tuan Yang di-Pertua, ertinya pihak yang dituduh itu mudah lepas daripada pendakwaan. Susah pihak pendakwaan hendak buktikan. Jadi, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Sepang iaitu jadikan ini- pihak pendakwaan tidak perlu memikul beban yang terlalu berat untuk membuktikan niat. Kalau dia menghendap itu, tidak akan dia tidak ada niat apa pun yang buruk? Kalau Akta Hasutan, elemen niat itu tidak ada, kenapa dalam akta yang baik ini hendak disusahkan pendakwaan? Mereka yang jadi mangsa nanti, anak-anak kita, gadis-gadis kita, wanita-wanita kita khususnya. Jadi begitulah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau boleh rephrase semula. Ini Jabatan Peguam Negara. Maknanya, rephrase semula ini. Kalau jadikan ini satu kesalahan strict liability, dia kalau buat Act of Harassment itu, tidak payah hendak buktikanlah. Beban membuktikan niat itu terlalu susah. Jadi, kita mahu anak-anak gadis kita, wanita-wanita kita, kanak- kanak kita bebas daripada ancaman ini. Kita mahu wujudkan masyarakat yang menghormati privasi warganegaranya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Papar, lima minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022. Saya menyokong penuh RUU ini yang dijangka akan memberikan perlindungan kepada mangsa, khususnya wanita daripada gangguan secara realiti ataupun dalam talian. Gangguan secara berterusan menggunakan pelbagai instrumen atau medium, termasuk telekomunikasi dan sosial media sememangnya mengganggu emosi dan bukan terhad kepada wanita sahaja, malah kaum lelaki juga akan diganggu seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja dan saya ada tiga soalan berkaitan dengan RUU ini. Pertama, berkenaan dengan kesalahan berulang. Dimaklumkan kesalahan berulang membawa maksud sekurang-kurangnya dua kali. Soalan saya, adakah ia terpakai dalam semua keadaan seperti yang telah disenaraikan di dalam RUU ini? Kedua, adakah kesalahan membocorkan data peribadi juga akan termasuk dalam kesalahan ini? Ketiga, melalui pemerhatian kerajaan setakat ini, berapakah laporan yang diterima berkenaan gangguan stalker daripada golongan wanita kepada lelaki dan sebaliknya? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk

menyuarakan mengenai kebajikan anggota-anggota polis yang akan ditugaskan untuk menangani permasalahan ini. Dengan pindaan kepada RUU ini, maka tugasan polis akan semakin berat dan mencabar. Justeru, aspek kebajikan anggota polis, termasuk soal perjawatannya, isu perumahannya, kemudahan peralatan serta gaji pokok anggota polis juga mesti diberi perhatian oleh kerajaan sepanjang masa. Di Parlimen saya misalnya, ada balai polis yang sudah lama bangunannya dan tidak pernah pun diubahsuai ataupun dibesarkan untuk menampung tambahan anggota- anggota baharu disebabkan oleh tugasan yang banyak. Termasuk juga tugas-tugasan yang akan dilaksanakan apabila RUU ini berkuat kuasa, maka anggota-anggota polis ini harus ditambah. Saya juga inginkan kerajaan memberikan perhatian kepada kebajikan mereka iaitu daripada segi tempat tinggal mereka. Oleh kerana saya pernah melihat dan masuk ke kuarters mereka, di mana tempat mereka tinggal ini sangat-sangat tidak selesa dan ini saya rasa akan membawa mereka terasa tertekan. Jadi, aspek kesihatan mental anggota- anggota polis ini juga perlu ditangani oleh kerajaan secepat mungkin dan seawal mungkin agar kejadian-kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong RUU ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Batu Kawan. Sila, lima minit.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk Batu Kawan mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan kepada Kanun Keseksaan untuk menjenayahkan kelakuan menghendap atau, dengan izin, to criminalize stalking. Saya telah membawa perkara ini ke Dewan Rakyat hampir lapan tahun lalu. Setelah bersilih ganti Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendiang Datuk V.K Liew di bawah Pakatan Harapan yang, dengan izin, started the ball rolling, sehinggalah Menteri dan Timbalan Menteri hari ini. Yang Berhormat Santubong dan Yang Berhormat Masjid Tanah merealisasikannya dengan sokongan dan persetujuan Jabatan Peguam Negara, PDRM, NGO seperti Women’s Aid of Organisation dan ramai lagi yang telah bertungkus-lumus berjuang untuk memastikan menghendap menjadi satu jenayah di Malaysia. Beberapa tahun yang lepas, seorang bekas suami telah menghendap bekas isterinya di tempat kerja bekas isterinya sehingga bekas isteri tersebut beberapa kali bertukar tempat kerja. Kesudahan kepada kisah ini ialah si bekas suami telah datang ke tempat terakhir beliau bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur, menembaknya dan telah membunuh diri di tempat tersebut. Namun pada masa itu, ia tidak lagi- belum lagi dikategorikan sebagai satu jenayah menghendap. Akan tetapi menghendap atau stalking ini bukan hanya terbatas atau tergolong sebagai satu isu orang bandar ataupun pinggiran bandar. Seramai 88 peratus daripada rakyat Malaysia pernah menjadi mangsa menghendap sampai mereka berasa rimas, takut dan trauma. Mungkin Tuan Yang di-Pertua juga sendiri pernah menjadi mangsa menghendap. Jangan risau Tuan Yang di-Pertua, selepas pindaan ini diluluskan, undang- undang ini akan melindungi Tuan Yang di-Pertua juga. Perlukah negara kita satu undang- undang untuk menjenayahkan perbuatan menghendap? We are long overdue, Tuan Yang di-Pertua. Negara-negara seperti Australia, India, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Bangladesh, Afrika Selatan, Jerman, United Kingdom, Korea Selatan dan lain- lain lagi jauh ke hadapan dalam menjenayahkan menghendap ini. Di benua ASEAN, selain Filipina dan Singapura, Malaysia akan menjadi negara ketiga untuk meluluskan pindaan untuk menjenayahkan perbuatan menghendap.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Menghendap atau stalking didefinisikan sebagai satu perbuatan kesalahan menghendap merangkumi perbuatan mengekori, berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara, berlegar-legar di kediaman atau di tempat kerja seseorang dan memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara. Di Malaysia setakat ini kerana tiada undang-undang yang menjenayahkan perbuatan menghendap, tiada data yang dapat dikumpulkan, dianalisis dan diambil serius akan isu ini. Ini selaras dengan soalan saya di Parlimen juga. Saya berharap dengan pindaan ini, jenayah menghendap dapat dijadikan bukan sahaja sebagai satu iktibar tetapi keadilan bagi mangsa-mangsa menghendap sebelum ini. Saya berharap tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana orang, tidak mengira jantina, kaum, agama, jawatan, latar belakang dan kuasa akan kesalahan mereka menghendap. Ini merupakan satu langkah yang berani dan progresif oleh Jabatan Perdana Menteri dan saya mengalu-alukan pindaan ini. Namun, ada sedikit penambahbaikan yang perlu dipertimbangkan dan saya harap akan dimasukkan sekali ke dalam dokumen ini. Saya ingin mencadangkan agar seksyen 507A (1) diluaskan definisi menghendap kepada satu perbuatan yang berterusan iaitu, dengan izin, “whoever repeatedly or continuosly by any act of harassment, intending to cause, or knowing or ought to know that the act is likely to cause distress, fear or alarm to any person of the person's safety, commits an offence of stalking”. Dalam nafas yang sama, saya juga ingin mencadangkan agar perbuatan doxing, merosakkan atau mengacau harta dan mengintip turut dimasukkan dalam senarai Act of Harassment. Walaupun mungkin akan ada pandangan bahawa jenayah ini boleh dikategorikan sebagai jenayah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, namun ia seharusnya dimasukkan dalam jenayah menghendap juga. Untuk membantu dalam proses laporan dan siasatan jika ia diletakkan di bawah pindaan ini, maka satu siasatan sahaja yang perlu dimulakan dan bukannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga proses untuk mangsa jenayah hendap dapat memohon untuk protection order dapat berjalan dengan licin. Tambahan kepada itu, saya ingin cadangkan juga perkataan-perkataan seperti “entering or loitering at the place of residence of business of a person or any other place frequented by the person, publishing any statement or other material by any means relating of purporting to relate to a person purporting to originate from a person, interfering with any property in the possession of a person or anyone in whom that person is interested or watching or spying on a person or anyone in whom that person is interested in any manner or by any means”. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan meneliti pindaan dalam Kanun Tatacara Jenayah yang juga meliputi pemanjangan tempoh berkuat kuasa perintah perlindungan dan juga cadangan-cadangan yang lain. Tuan Yang di- Pertua, kita berada di sini hari ini untuk membahaskan pindaan ini kerana sudah datang satu masa dan satu waktu apabila kita memerlukan peraturan ataupun undang-undang ini. Saya harap Ahli-ahli Parlimen sebelah sana dan di sini akan menyokong pindaan kepada Kanun Keseksaan ini agar kita boleh memastikan kita wujudkan satu persekitaran atau suasana yang selamat. Bukan apabila seorang itu menjadi mangsa jenayah hendap, bila membuat laporan polis, polis pun tidak tahu hendak buat apa memandangkan tidak ada peruntukan dalam Kanun Keseksaan ini. Pada masa yang sama juga, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Menteri atas kesungguhan untuk memastikan bahawa pindaan ini sampai ke Dewan Rakyat dan bukan sahaja atas dokumen. Saya harap PDRM akan memastikan anggota polis juga menerima latihan yang sepatutnya agar mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka. Saya harap dalam masa ini, dalam penggal ini, kita masih menjadi Ahli Parlimen, ini akan jadi satu realiti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat, ada tiga lagi Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas iaitu Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Setiu. Akan tetapi jam telah menunjukkan pukul 1 dan kita akan berhenti rehat dan disambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bismillahi Rahmani Rahim. Kita teruskan persidangan dengan perbahasan. Saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hang Tuah Jaya turut terpanggil pada petang ini untuk membahaskan tentang pindaan yang telah pun dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri berkait tentang Akta Kanun Keseksaan yang telah memasukkan seksyen baharu 507A berkait tentang the offence, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the offence of stalking. Semasa pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi, beliau telah pun memaklumkan kepada Dewan bahawa dalam membuat ataupun mencadangkan pindaan ini, beberapa pengalaman negara-negara telah pun diambil kira ataupun dikaji. Beliau sebut tadi pengalaman di Singapura, di UK dan di India. Secara khusus saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan tentang undang-undang mengenai stalking ataupun mengendap ini di United Kingdom. Di United Kingdom, ada empat warning sign, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, empat amaran ataupun tanda-tanda untuk kita simpulkan berlakunya stalking ataupun mengendap ini. Pertama, it is fixated, dengan izin, obsessive, unwanted dan juga repeated. Saya bangkitkan perkara ini kerana mungkin elok kalau kita zahirkan di dalam Dewan Rakyat ini tentang pindaan ini, apakah di Malaysia ini berkait pindaan ini terdapat ciri-ciri yang khusus ataupun peculiar, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkaitan tentang undang-undang mengendap ini. Apakah kita meniru ataupun mengambil verbatim apa yang diamalkan di United Kingdom ataupun kita mempunyai suatu pandangan yang sendiri ataupun pendekatan yang tersendiri apakah yang boleh kita jumlahkan dengan mengendap ini yang kita cernakan ataupun zahirkan di dalam pindaan ini? Itu yang pertama. Kedua, Tuan Yang di-Pertua. Kita semua sedia maklum kalau kita melihat beberapa undang-undang yang sedia ada, misalnya Domestic Violence Act, Akta Keganasan Rumah Tangga, kalau berlaku keganasan ini, kebiasaannya kita boleh mohon apa yang dipanggil sebagai interim protection order. Maknanya, arahan sementaralah untuk menghalang sama ada suami kah abuse ataupun isteri kah abuse daripada mendekati mangsa. Saya lihat beberapa negara yang maju yang berkait tentang stalking ini, mereka ada dipanggil sebagai stalking protection order (SPO). Jadi kalau ada elemen-elemen tadi,

mereka boleh mohon di mahkamah untuk mendapat perintah sementara, dipanggil sebagai temporary, untuk memastikan agar perkara itu tidak berlaku. Jadi, saya ingin tanya, apakah ini ada dizahirkan di dalam pindaan ini? Ataupun di masa yang akan datang, Jabatan Perdana Menteri khususnya yang menjaga bahagian undang-undang ini mempunyai strategi yang tersendiri untuk meletakkan beberapa pindaan-pindaan lain di bawah undang-undang berkaitan? Misalnya, saya ambil contoh di Filipina. Pengalaman Filipina, mereka letak stalking atau mengendap ini di bawah gangguan seksual, kalau tidak silap sayalah. Kita baru sahaja luluskan undang-undang anti-gangguan seksual. Saya tidak ingat sama ada kita ada atau tidak provision mengenai mengendap ini di dalam Akta Antigangguan Seksual. Kalau tidak ada, apakah nanti akan ada buat adjustment ataupun pindaan, misalnya ada undang-undang ibu tetapi ada peraturan-peraturan, misalnya seseorang itu boleh mohon stalking protection order dan sebagainya? Jadi, perkara-perkara ini saya percaya wajar saya bangkitkan di sini supaya Dewan boleh dimaklumkan tentang pendekatan yang segera sekarang ini yang sedang kita lakukan dengan melakukan pindaan terhadap Kanun Keseksaan, maknanya kita masuk satu peruntukan yang tambahan menjadikan ia satu offence. Ataupun di sana terdapat strategi Jabatan Perdana Menteri untuk meletakkan di bawah undang-undang yang sedia ada yang berkait tentang apa yang boleh disimpulkan sebagai kemungkinan berlakunya pengendapan dalam kes keganasan rumah tangga, dalam kes gangguan seksual dan sebagainya. Terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Kita sebagai ahli politik ini, kadang-kadang kita juga berdepan dengan political stalker. Ya tak? Mengendap secara politik. Selepas itu dia troll kita. Jadi dalam hal ini, apakah undang-undang ini terpakai? Sekarang, kita tentulah sebagai ahli politik, kita harus sedikit sebanyak mempunyai ketahananlah. Kalau ikut kata the late Tun Samy Vellu, dia kata ahli politik kalau tampar pun kita kena senyum, tidak tampar pun kita senyum, kan? Jadi, isu stalking ini ataupun political stalker ini kadang- kadang boleh menyebabkan bagi mana-mana pimpinan yang mungkin tiada ketahanan mental, terdapat elemen gangguan mental dan sebagainya. Jadi, pada saya, perkara ini, adakah ia di-addressed ataupun dizahirkan di dalam pindaan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Setiu untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022. Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi kebimbangan saya di sini adalah kadang- kadang mengendap ini diperlukan ketika dalam urusan amal makruf nahi mungkar seperti pensabitan khalwat, minum arak dan lain-lain. Oleh itu, pelaksanaan mengendap turut diperlukan dalam tujuan pensabitan jenayah yang melibatkan syariah. Justeru itu, saya memohon agar pihak kementerian menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan larangan ini bagi memastikan kekeliruan pemakaian akta ini tidak berlaku, dan dalam masa yang sama akta ini tidak menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan tugas khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan amal makruf nahi mungkar. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya. Berdasarkan akta ini juga, saya mohon pencerahan kementerian, sama ada perbuatan mengendap atau stalking, dengan izin, melalui medium sosial turut dimasukkan di bawah RUU ini? Sekiranya ya, apakah mekanisme siasatan dan pembuktian jika ia dilakukan melalui medium media sosial seperti aplikasi Facebook, Instagram, TikTok, dengan izin dan sebagainya?

Selain itu, perkara terakhir yang ingin saya bangkitkan mengenai bidang kuasa PDRM. Berdasarkan akta ini, sama ada hanya PDRM yang diberi sepenuhnya untuk menjalankan siasatan dan pembuktian atau akan wujudnya kerjasama rentas kementerian antara PDRM dengan mana-mana kementerian lain yang berkaitan. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa isu stalking ini telah menyebabkan banyak kematian dan serangan dengan jenayah berasaskan gender dan juga menjejaskan wanita dan kanak-kanak secara tidak seimbang, tidak kira wanita atau lelaki. Statistik menunjukkan bahawa lebih satu pertiga rakyat Malaysia pernah dihendap atau distalked sampai ketakutan. Ini adalah satu isu yang kita hendak mengambil tindakan dengan segera dan sudah tiba masa untuk kita menjenayahkan kegiatan stalking tanpa berlengah-lengah lagi kerana ia boleh memberi mesej bahawa stalking tidak serius kalau kita tidak ambil tindakan tentang stalking dan pelaku atau pesalah akan memangsakan mereka tanpa sebarang hukuman. Lagipun bentuk traditional stalking termasuk stalking di sekeliling seseorang atau rumah dan tempat kerja, hantar mesej, panggilan telefon dan sebagainya. Akan tetapi pada masa ini juga temporary stalking dengan izin berlaku di internet dan ruang digital, ini lebih berbahaya. Saya juga hendak menegaskan bahawa mengadu kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhadapan dengan sedikit atau tiada tindakan kerana pelaku boleh mendaftar dengan akaun lain dan bermula jenayah semula lagi. Ini adalah satu cabaran dan saya harap apabila kita mengimplementasikan dalam RUU ini, kita akan mengambil kira isu ini. Saya mencadangkan bahawa perlindungan dan pampasan untuk mangsa perlu dan mesti dipertimbangkan oleh kerajaan dan kita sedia ada seksyen 426(1A) Kanun Tatacara Jenayah memberi kuasa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah memerintahkan orang yang disabitkan membayar pampasan kepada mangsa. Pertimbangan lain ialah mempunyai sesi terapi mandatori untuk pesalah. Ini adalah yang penting saya rasa walaupun pesalah perlu dihukum, ia mesti ditambah dengan beberapa bentuk pemulihan. Jika tidak, dikhuatiri jenayah akan naik tinggi lagi. Saya juga mencadangkan bahawa Kementerian Kesihatan juga mengambil tanggungjawab dalam isu ini dan mesti bekerjasama dengan kementerian untuk membantu komponen utama menangani penjenayah ini. Dalam RUU ini, saya ada satu- saya rasa beberapa cadangan telah dibentangkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Saya hanya hendak tambah satu lagi iaitu berkenaan dengan memanjangkan tempoh berkuat kuasa perlindungan stalking. Ini adalah penting kerana kalau kita lihat Kanun Tatacara Jenayah, seksyen 96A(1) dalam ayat terakhir seksyen ini. Bolehkah saya harap menambahkan satu ayat juga dengan izin, “and maybe extended for an additional period where the court is satisfied and such extension is necessary for the protection and personal safety of the protected person or persons”. Tambahan ini akan mengutamakan keselamatan mangsa, memberi protection order kepada mangsa dengan izin dan mahkamah harus diberi budi bicara untuk memanjangkan tempoh berkuat kuasa perintah perlindungan jika diperlukan. Satu lagi sebab ialah apabila kita memanjangkan tempoh ini, ia adalah selaras dengan Akta Keganasan Rumah Tangga yang memberikan perintah perlindungan selama 12 bulan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Yang Berhormat Tebrau tidak ada.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Jika Yang Berhormat Tebrau tidak ada di dalam Dewan, dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas. Yang Berhormat Padang Rengas juga tiada. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri. Silakan. Yang Berhormat Menteri menjawab 20 minit.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) bagi tahun 2022. Segala cadangan serta pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat kami hargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Ada juga yang berjumpa dengan saya di luar Dewan walaupun mereka tidak berbahas tetapi mereka juga melahirkan rasa sokongan dan juga memberikan perhatian kepada perkara yang ingin dipinda ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Segambut dan juga Yang Berhormat Batu Kawan telah pun mencadangkan mengenai dua perkara yang perlu diperkukuhkan bagi Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) iaitu bagi tahun 2022 iaitu supaya dimasukkan perkataan “continuously” selepas perkataan “repeatedly” dalam seksyen 507(1) bagi mengambil kira perbuatan stalking dilaksanakan secara berterusan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang dicadangkan telah pun mengambil kira aspek ini dengan memasukkan perkataan “repeatedly” di bawah subseksyen 507A subseksyen (1) Akta 574. Perkataan “repeatedly” juga merujuk kepada sekurang-kurangnya dua kali perlakuan menghendap dilakukan terhadap mangsa sebagai mana diperuntukkan di bawah subseksyen 507A(4) Akta 574 dan sebagai contoh dalam Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak [Akta 792] perenggan 15A(3) telah menggunakan terma “repeatedly” or “constantly”. Terma “constantly” merujuk kepada perlakuan yang dilakukan secara berterusan dan tidak terputus sama seperti “continuously” yang akan menyukarkan pendakwaan untuk membuktikan kesalahan menghendap. Berbanding dengan terma “repeatedly” yang tidak mensyaratkan perlakuan yang berterusan. Di samping itu juga, Indian Penal Code 2013, California Penal Code, Domestic Violence Act 116 of 1998 South Africa menggunakan terma “repeatedly” sahaja kerana ia lebih mudah dibuktikan. Manakala cadangan bagi menambah peruntukan di bawah subseksyen 507A(2) Akta 574 bagi perlakuan doxing interfering with any property in the possession of a person, keeping a person under surveillance and any other places frequented by a person.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai di bawah di bawah subseksyen 507A(2) Akta 574 yang dicadangkan merupakan satu senarai non-exhaustive. Ini maknanya, mahkamah mempunyai budi bicara untuk memperluaskan pemakaian situasi selain apa yang telah pun disenaraikan. Berhubung isu...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri, saya minta mencelah. Saya faham mahkamah mungkin akan memahami bidang kuasa mereka, tetapi, masalah wujud di balai polis. Apabila mereka mengambil aduan dan mereka

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

melihat – Oh, saya baca akta ini ianya bukan satu jenayah. Jadi, dia langsung tak nak siasat. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Untuk purpose of Hansard, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri kata repeatedly adalah sama dengan continuously?

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk persoalan yang pertama tadi, maksudnya dengan mengambil aduan dan sebagainya untuk pihak anggota polis. Oleh sebab itu, ia tidak terhenti sahaja pada hari ini ataupun pada– kita membincangkan tentang situasi ini, tetapi ia adalah melalui engagement ataupun perkara yang akan berlaku selepas ini, way forward. Maksudnya, dengan anggota polis bukan hanya dengan itu, dengan pihak DPP, dengan banyak lagi pihak yang akan kita adakan sesi libat urus dan juga untuk memberikan pengetahuan tentang perkara ini supaya masing-masing tahu peranan yang hendak dimainkan supaya lebih ramai lagi masyarakat yang lebih alert, lebih cakna tentang isu ini. Malah, mereka boleh mengambil apa juga diadukan kepada mereka untuk tindakannya dengan mereka lebih berpengetahuan. Ini tidak boleh dalam masa semalaman, ia memerlukan komitmen daripada semua pihak. Oleh sebab itulah, saya mengharapkan supaya pindaan ini dapat kita lakukan supaya lebih banyak lagi kerja-kerja yang dapat kita laksanakan pada hari ini dapat dipikul oleh semua pihak.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah ya. Oleh sebab dalam bills ini mengatakan rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan kalau kita tambah pindaan cadangan E sehingga G. Akan tetapi, kalau kita tunggu kali kedua untuk buat pindaan, ia akan melibatkan lebih banyak lagi perbelanjaan kerajaan untuk buat banyak lagi stakeholders meeting. Jadi, cadangan saya sekali gus kita buat dalam peringkat jawatankuasa. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri pertimbangkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya melihat Yang Berhormat Segambut ini memang begitu prihatin, malah beliau sangat konsisten, bukan sahaja Yang Berhormat Segambut, tetapi juga sahabat saya Yang Berhormat Batu Kawan juga very consistent, dengan izin. Oleh sebab itu saya memahami tentang aspirasi ataupun semangat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat untuk memastikan apa juga yang kita lakukan pada hari ini supaya capai kepada matlamatnya. Cuma apabila tidak ada perbelanjaan daripada pihak kerajaan itu, ia boleh dilakukan dengan pelbagai lagi– maksudnya kursus ataupun latihan yang sedia ada untuk kita tambah baik apa juga prestasi oleh pihak kerajaan pada hari ini. Saya mohon untuk saya teruskan Yang Berhormat. Bagi – berhubung isu kesalahan dan siasatan kes gangguan (harassment) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Mengikut laporan FMT pada Disember 2021, sebanyak 15,000 aduan gangguan online (online harassment yang diterima oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Daripada jumlah ini, hanya enam peratus iaitu 963 aduan sahaja yang disiasat oleh pihak MCMC. Oleh itu, cadangan kerajaan untuk menangani isu di bawah dua akta yang berbeza adalah wajar dan lebih efisien memandangkan pihak berkuasa diberi lebih pilihan untuk membuat siasatan. Ahli Yang Berhormat Sepang dan juga Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang telah pun membangkitkan mengenai cadangan untuk menjadikan kesalahan ini sebagai strict liability yang mana tiada keperluan untuk membuktikan elemen mens rea dan juga actus reus. Sebenarnya peruntukan yang dicadangkan telah pun mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak iaitu mangsa dan juga pelaku dan undang-undang perlulah adil kepada

kedua-dua pihak di mana kedua-dua pihak mempunyai hak untuk mempertahankan diri masing-masing demi mencapai keadilan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Papar telah...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, minta – terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak betulkan sedikit, saya bukan kata tidak perlu kepada actus reus. Saya rasa yang berhormat timbalan menteri mungkin tersilap memahami makna strict liability bermakna kesalahan hanya memerlukan actus reus tanpa perlu membuktikan mens rea. akan tetapi jawapan tadi kata, saya mengatakan tidak perlu buktikan mens rea, actus reus, tidak betul itu. maknanya yang berhormat mungkin tersilap memahami elemen yang patut ada dalam jenayah. Kenapa saya mencadangkan itu? Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pengalaman, kita tidak mahu nanti mana-mana tertuduh yang dituduh di bawah akta, di bawah seksyen ini, terlepas kerana isu teknikal. Jadi, saya mengharapkan bukanlah– memang saya bersetuju, memang kita berlaku adil kepada kedua-dua pihak. Kalau kita kata hendak berlaku adil kerana kita perlu adanya dua-dua bukti mens rea dan juga actus reus, saya hendak tanya kepada yang berhormat timbalan menteri, yang berhormat timbalan menteri sedar atau tidak dalam undang-undang negara kita, banyak undang- undang yang memang kita telah pun kata orang itu pembuktian mens rea is dispensed with dengan izin, bermakna ada undang-undang yang kita boleh buat begitu. Jadi, kenapa dalam undang-undang ini kita tidak mahu buat begitu, sedangkan undang-undang begini kita mengharapkan mana-mana kesalahan offender ini kita boleh dapatkan sabitan dalam keadaan, mungkin saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan bahawa dalam negara kita, macam mana kita hendak memantau mereka yang contohnya, the convicted rapist. Oleh sebab yang saya tahulah, minta maaf kalau saya salah, masih boleh betulkan, yang saya ingat kita tidak ada lagi satu akta yang mewajibkan mana-mana convicted rapist ini didaftarkan dalam undang-undang Criminal Registry Act. Dahulu ada cadangan hendak buat undang-undang itu, tetapi tidak dilaksanakan. Jadi, macam mana kita hendak memantau mereka yang memang convicted rapist, katakan duduk di Kuala Lumpur, selepas itu pergi ke Melaka, tempat Yang Berhormat. Sepatutnya mereka kena daftar di balai polis untuk polis memantau. Jadi, dalam keadaan begitu, orang-orang macam ini yang kita patut kena tumpukan mereka ini mungkin – kata orang potential stalker ini. Macam mana Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong jawab.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, kita memahami tentang saranan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Sepang itu tadi. Akan tetapi, kita tidak boleh menggunakan strict liability sewenang-sewenangnya termasuklah dalam akta untuk pindaan ini. Oleh sebab, ia cukup dengan memberikan di bawah peruntukan sedia ada iaitu dengan dapat membuktikan mens rea dan juga actus reus yang berlaku dalam perbuatan dengan elemen-elemen yang telah pun dinyatakan di bawah pindaan tersebut. Saya lihat perkara ini yang menjadi pembuktian– bukan hanya untuk kesalahan ini, tetapi juga untuk pembuktian lain. Kalau kita tengok strict liability sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat mana tadi sebut, maknanya perbandingan yang disebutkan dengan Akta Hasutan juga, ianya adalah berbeza. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan jawapan. Ahli Yang Berhormat Papar telah membangkitkan mengenai kesalahan berulang. Kesalahan membocorkan data peribadi. Adakah termasuk dalam rang undang-undang ini? Statistik pelaporan stalking, berdasarkan jantina dan juga kebajikan serta beban kerja pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagaimana yang telah dimaklumkan tadi, kesalahan berulang telah pun diambil kira dalam kesalahan stalking di bawah rang undang-undang ini. Berhubung isu kesalahan membocorkan data peribadi, adalah tidak

termasuk di bawah undang-undang stalking di mana kesalahan tersebut adalah lebih menjurus kepada satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 iaitu Akta 709. Seterusnya, berkaitan dengan statistik pelaporan kes stalking. Setakat tiada pelaporan yang direkodkan oleh pihak kerajaan terutamanya PDRM berkaitan dengan kes stalking. Ini kerana sehingga kini, stalking bukanlah satu kesalahan jenayah. Namun, menurut tinjauan WAO, pada tahun 2020, sebanyak 39 peratus orang wanita dan sebanyak 32 peratus orang lelaki telah pun menjadi mangsa perbuatan stalking. Jadi, ini bukan hanya bermakna mangsa itu hanya wanita semata-mata, tetapi yang menjadi mangsanya, lelaki juga tidak turut ketinggalan. Sebagaimana yang telah dibuat tinjauan oleh pihak WAO. Berhubung dengan beban tugas kepada pihak PDRM setelah rang undang- undang ini dikuatkuasakan. Rang undang-undang ini telah digubal melalui sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuklah pihak PDRM, di mana pihak PDRM amat menyambut baik menjadikan stalking sebagai kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan bagi membolehkan aduan kepada stalking disiasat dan seterusnya dihukum.

Ini termasuklah pihak PDRM, di mana pihak PDRM amat menyambut baik menjadikan stalking sebagai kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan bagi membolehkan aduan kepada stalking disiasat dan seterusnya dihukum. Di samping itu juga, menurut pihak PDRM kesalahan stalking sekiranya disiasat atau dihukum ia boleh mengekang kepada perlakuan jenayah yang lebih serius seperti jenayah mencederakan dan juga membunuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Batu Kawan juga telah membangkitkan mengenai latihan kepada PDRM bagi menguruskan kes stalking sebagai mana yang telah awal saya maklumkan pihak PDRM telah pun dilibatkan sejak daripada awal dalam Jawatankuasa Anti-Stalking yang telah ditubuhkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri. Pihak PDM telah memaklumkan bahawa Bahagian D11 iaitu Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak telah pun diberi latihan khusus untuk menguruskan kes jenayah seksual wanita dan kanak-kanak termasuklah juga jenayah melibatkan stalking. Di samping itu, latihan seperti ini juga boleh disediakan di bawah Institut Latihan Kehakiman dan juga Perundangan iaitu (ILKAP). Tuan Yang di-Pertua, ya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Soalan tambahan. Kita dimaklumkan tahun lepas sebanyak RM13 juta telah diperuntukkan untuk Bahagian D11 Bukit Aman tetapi sehingga kini masih tidak cukup lagi pegawai-pegawai sebab RM13 juta itu diikat dengan 100 pegawai yang akan dilantik untuk membantu dalam kes-kes jenayah dan sebagainya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan, pegawai-pegawai daripada D11 telah menjalani latihan. Saya ingin tahu berapa pegawai dari D11 telah menjalani latihan. Selepas pelantikan tambahan 100 lagi pegawai selepas pengumuman Yang Berhormat Menteri Kewangan tahun lepas RM13 juta itu, berapa ramai lagi akan dilatih dan adakah mereka akan beroperasi daripada Bukit Aman ataupun akan berada di negeri-negeri seperti apa yang disarankan oleh D11? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Yang itu luar bidang kuasa kami untuk menjawab soalan berapa ramai pegawai-pegawai yang akan dilatih tetapi besar juga harapan kami supaya lebih ramai lagi pegawai-pegawai yang dapat dilibatkan dalam latihan itu sebab ia nya sangat penting sekali terutama sekali apabila kita mengelolakan kes seumpama ini. Pengetahuan kepada anggota itu cukup amat diperlukan dan bukan hanya sekadar mengambil nota ataupun aduan semata-mata tetapi tindakan selepas itu bagi melindungi mangsa supaya tidak ada pihak yang teraniaya dengan hanya setakat aduan

itu sahaja diambil tetapi selepas itunya bagaimana yang harus kita lindungi dengan mengambil tindakan kepada mereka Yang Berhormat. Jadi, sama-samalah kita doakan ke hari Jumaat ini pembentangan bajet kalau dapat tambahkan lagi untuk semua pihak, terutama sekali bagi kita mengatasi masalah jenayah ini daripada berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya untuk jawapan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya, yang mana banyak yang membangkitkan tentang rang undang-undang anti-stalking ini adakah meliputi kes-kes yang berlaku seperti contoh cyber stalking. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai Act Of Harassment 507A(2) sebenarnya adalah secara terbuka ia sangat luas. Jadi, frasa yang digunakan di dalam Seksyen 507A(2)(a), subseksyen (b) dan subseksyen (d) adalah by any means yang termasuk dalam apa-apa juga cara termasuklah cara di atas talian. Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk rang undang-undang yang lebih spesifik kepada cyber stalking yang boleh dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu pihak MCMC. Malah, sudah terdapat beberapa larangan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Antaranya, di bawah seksyen 211 yang memperuntukkan larangan terhadap penggunaan perkhidmatan aplikasi kandungan yang tidak senonoh, lucah, palsu, mengancam atau bersifat offensive dengan niat untuk mengganggu, mendera atau mengugut mana-mana pihak. Seterusnya juga soalan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Cadangan rang undang-undang ini diselaraskan sekali dengan Akta Gangguan Seksual. Sebenarnya Yang Berhormat, rang undang-undang ini adalah merupakan undang-undang jenayah manakala Akta Gangguan Seksual adalah merupakan undang-undang bagi tuntutan sivil dan beban pembuktian bagi kedua-dua undang-undang ini adalah berbeza. Oleh sebab itulah, kami perlukan pindaan ini supaya ia dapat memenuhi lacuna yang terdapat pada Akta Gangguan Seksual dan ia saling lengkap melengkapi dan ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Seterusnya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga bertanya— yang ini saya minat. The political stalker ya. Ramai di kalangan kita ini menjadi mangsa kepada... [Disampuk] Mangsa stalking ya jadi ini tidak boleh dielakkan apabila kita bergelar sebagai ahli politik kita semua menjadi— maksudnya menjadi sasaran kepada orang lain yang kita tidak kenali untuk menghendap kita, sama ada secara fizikal atau pun secara atas talian. Untuk jawapan ini Yang Berhormat, peruntukan ini sebenarnya terpakai kepada semua kategori pelaku tanpa membezakan status mereka sekiranya semua elemen di bawah seksyen 507A(1) itu dipenuhi. So, maksudnya sama ada political stalker ke marital stalker ke ataupun apa-apa namakanlah ini tetapi sekiranya ada elemen-elemen itu telah dipenuhi, maka mereka boleh membuat laporan dan sebagainya. Saya hendak Tuan Pengerusi dengan Yang Berhormat tuan dan puan-puan.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat, boleh saya tanya satu soalan.

Oh ya, Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih. saya hendak tanya berkenaan dengan cyber stalking going back kerana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kes yang dihadapi oleh MCMC adalah masih rendah. Adakah latihan yang akan dijalankan selepas kita buat pindaan ini latihan akan dipanjangkan kepada pegawai-pegawai daripada MCMC dan juga lain-lain Yang Berhormat Menteri kerana isu stalking ini baharu. Saya harap pegawai yang melaksanakan atau frontliners boleh dapat latihan dan clarify apakah definisi stalking dan bagaimana mereka boleh menghadapi isu ini. Thank you.

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Ya, sebenarnya apabila kita bicara tentang isu stalking ini sebenarnya ia adalah merupakan isu yang sangat mendesak berikutan dengan jumlah kes yang semakin meningkat lebih-lebih lagi disebabkan oleh perkembangan teknologi terkini yang mana ia lebih mudah untuk mendapatkan maklumat seseorang. Jadi, kalau kita tengok sebagai mana hasil tinjauan daripada Understanding Malaysians’ Experiences of Stalking oleh satu syarikat penyelidikan bersama dengan WAO yang mana saya telah pun menyatakan awal pagi tadi, 36 peratus rakyat Malaysia pernah dihendap dan mereka berasa ketakutan, 12 peratus mendapat ancaman dan itu sebenarnya membuktikan bahawa kita sebenarnya amat memerlukan kepada undang- undang ini dan sebagai mana telah pun saya nyatakan tadi Yang Berhormat, ia bukan sahaja pihak PDRM sahaja yang kita libatkan daripada awal tetapi pihak KKMM juga telah pun kami libatkan daripada awal dan juga mereka juga ada memberikan pandangan dan juga input. Akan tetapi pada masa yang sama sebagai mana saya nyatakan tadi, ada juga perkara-perkara di bawah budi bicara ataupun perkara-perkara yang di bawah Kementerian Komunikasi yang perlu diambil kira bagi kita melihat jenayah yang hari ini cyber stalking yang cukup banyak scam dan sebagainya yang cukup menjadi secara luas. Disebabkan itu, di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Parlimen Undang-undang, yang ini pindaan yang perlu kita lakukan iaitu Kanun Keseksaan dan juga Kanun Acara Jenayah bagi untuk kita atasi masalah stalking ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands] mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO. 2) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(No. 2) 2022 yang melibatkan peruntukan perlindungan kepada mangsa berhubung perlakuan menghendap atau pun stalking, dengan izin. Rang undang-undang ini telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 4 Ogos 2022 bersama-sama dengan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022. Rang undang-undang ini bakal melakar satu episod baharu kepada negara dalam memberikan perlindungan undang-undang bagi menangani jenayah menghendap dan perkara-perkara bersampingan dengannya. Dengan pindaan ini, kebimbangan mangsa jenayah menghendap di negara ini terutamanya wanita dapat dikurangkan. Kerajaan telah bersetuju supaya peruntukan undang-undang perlu diwujudkan bagi memberikan perlindungan undang-undang yang lebih berkesan kepada mangsa perlakuan menghendap terutamanya wanita. Usaha dan gerak kerja bagi mewujudkan peruntukan undang-undang untuk memberi perlindungan kepada mangsa menghendap telah dilaksanakan bersekali dengan cadangan menjadikan perlakuan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah dengan meminda Kanun Keseksaan. Usaha ini telah dimulakan sejak dari tahun 2019 dan inisiatif telah mendapat sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Women’s Aid Organization (WAO) yang turut membantu memberikan input serta cadangan kepada undang-undang berkaitan dengan kesalahan menghendap ini. Sesi libat urus, mesyuarat, bengkel dan juga konsultasi secara menyeluruh telah pun dilaksanakan dan melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Majlis Peguam Malaysia, ahli akademik daripada UiTM, Women’s Aid Organization dan juga Lembaga Kaunselor Malaysia. Pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memberikan perlindungan undang-undang kepada mangsa jenayah menghendap melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Pindaan ini juga diwujudkan berdasarkan falsafah untuk membendung jenayah menghendap dan pada masa yang sama, dapat mengurangkan kebimbangan, ketakutan dan juga trauma kepada mangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini undang-undang sedia ada hanya melindungi mangsa kepada perlakuan mengganggu dan menghendap yang terjadi kepada pasangan yang pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah atau yang telah bercerai. Namun, bagi perlakuan yang melibatkan pihak-pihak yang tidak pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah, tiada peruntukan undang-undang yang khusus dan juga jelas. Selain itu, kita juga perlu ingat bahawa mangsa perlakuan menghendap ini boleh jadi sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita dan tidak mengira mana-mana peringkat umur atau pun status.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Berdasarkan statistik pada tahun 2020, seramai 1,008 orang mangsa yang membuat laporan dan mendapat perlindungan daripada NGO, khususnya daripada WAO yang menunjukkan sebanyak 88 peratus yang pernah dihendap dan 60 peratus pernah dihendap secara berterusan oleh pelaku yang sama dalam insiden yang direkodkan pada tahun lepas. Jenis-jenis kes perlakuan mengganggu dan menghendap mengikut statistik laporan daripada pihak WAO adalah melibatkan pelaku daripada kalangan: (i) orang asing; (ii) kenalan; (iii) teman lelaki atau teman wanita; (iv) tinggal bersama pasangan; (v) saudara-mara; (vi) pasangan suami isteri; dan (vii) bekas pasangan suami isteri. Sehubungan dengan itu, perintah perlindungan untuk mangsa adalah sangat diperlukan bagi mengekang situasi perlakuan menghendap yang dilakukan oleh pelaku- pelaku sebagaimana yang telah dinyatakan sebentar tadi. Negara-negara lain seperti Singapura melalui Protection from Harassment Act 2014 dan United Kingdom melalui Stalking Protection Act 2019 telah memperuntukkan perlindungan kepada mangsa perlakuan menghendap melalui perintah perlindungan (protection order) oleh pihak mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya, pindaan Akta 593 ini meliputi tiga fasal dan hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan baharu seksyen 507A Kanun Keseksaan. Pindaan di dalam Akta 593 adalah seperti berikut: Fasal 1 yang mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberikan Menteri kuasa menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan bab baharu iaitu XA dan peruntukan baharu seksyen 98A ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa atas permohonan untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat bagi, atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu itu, iaitu seksyen 507A Kanun Keseksaan. Fasal 3 bertujuan untuk meminda jadual pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam kanun keseksaan. Tujuan utama peruntukan ini adalah bagi memberikan perlindungan yang mencukupi kepada mangsa terhadap perlakuan menghendap dan aspek perlindungan ini adalah untuk menjamin satu persekitaran yang selamat bagi mangsa perlakuan mengganggu dan menghendap semasa kes ini disiasat oleh pihak yang berwajib. Ketika tempoh prosiding berjalan sampailah kes ini selesai dan pelaku dijatuhkan hukuman. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara kesimpulannya, keprihatinan terhadap mangsa perlakuan menghendap di negara ini dijangka akan membawa keharmonian dan juga kestabilan sosial di dalam negara, seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Cadangan pindaan kepada Akta 593 ini diyakini akan dapat memberikan keadilan dan perlindungan kepada mangsa perlakuan menghendap dengan sewajarnya. Pihak kerajaan sedar bahawa pindaan kepada undang-undang hanyalah sebagai langkah pertama dalam usaha kita membendung perlakuan menghendap ini. Kerjasama dan usaha yang lebih gigih diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan kepada peruntukan undang-undang ini dilaksanakan dengan lebih baik oleh agensi-agensi yang terlibat terutamanya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Semua pegawai yang terlibat dalam pengendalian kes-kes berkaitan dengan kesalahan menghendap perlu diberi pengetahuan serta latihan yang mencukupi. Tuan

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah pun bersama-sama terlibat sejak daripada awal dalam usaha untuk mewujudkan peruntukan undang-undang berhubung dengan perlakuan menghendap baik daripada agensi kerajaan ataupun daripada pihak NGO. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada di kalangan Yang Berhormat menyokong?

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Saya menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Mengikut senarai yang berada di hadapan saya, sejumlah tujuh orang Yang Berhormat akan berbahas. Mereka adalah Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas, lima minit.

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahas dalam pembentangan rang undang-undang ini. Saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membentang terlebih awal tadi, sepertimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira ini merupakan satu jenayah yang baharu sebab dengan adanya media sosial, maka stalking ini akan bertambah menjadi satu masalah kalau tidak kita tangani dengan betul. Jadi, sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut iaitu bahawa kita akan memberikan perlindungan yang sepenuhnya kepada mangsa. Ini adalah kerana stalking ini sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan, terutamanya sekali kepada golongan wanita. Jadi, saya ucapkan tahniah. Cuma saya hendak bertanya, di dalam Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah ini iaitu kalau kita lihat kepada 98A(3). 98 ini adalah power to issue protection order in cases of stalking, dengan izin, saya cakap dalam bahasa Inggeris. 98A(3) menyatakan iaitu a person against whom the protection order is made, may apply to set aside the protection order. Saya agak berasa kurang comfortable dengan adanya subseksyen ini iaitu a person against whom the protection order is made, may apply to set aside the protection order. Tadi kita menyatakan bahawa kita hendak memberikan perlindungan sepenuhnya kepada mangsa. Kalau itu yang dimaksudkan, saya rasa subseksyen (3) ini tidak memberikan- dengan wujudnya ia, tidak memberikan perlindungan yang sepenuhnya kepada mangsa. Saya tidak tahu atas alasan apa, mungkin. Kalau dibuatkan permintaan to set aside, apakah sebenarnya alasan yang boleh diberikan untuk membenarkan orang ini tidak dikenakan protection order ini? Saya tidak faham sebenarnya. Why this subsection should be here? Ini adalah sebab kalau kita hendak melindungi mangsa dan perkara ini sedang dalam siasatan, maka sudah tentulah kalau kita membenarkan protection order ini to be set aside, ini akan memberikan ruang kepada orang yang stalking itu, yang sedang disiasat, untuk dia mengacau lagi mangsa ini. Pada saya, mengikut apa yang saya fikir, kita tidak perlu mengadakan subseksyen (3) ini. Kalau boleh, kita hapus terus. Ini adalah sebab dalam siasatan. Saya tidak faham

alasan apakah kita boleh set aside? Walhal, dia memang dok stalk kawan ini. Kalau dia– kita set aside the order, maka dia boleh kacau. Jadi kepada saya, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa subsekyen ini tidak perlu diwujudkan. Kalau boleh, kita gugur teruslah kerana sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita akan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada mangsa. Saya tidak fikir dengan wujudnya subseksyen (3) ini, apa yang dihajatkan oleh kita itu dapat dicapai. Ini adalah kerana sudah tentulah kalau kita boleh set aside the protection order, maka orang yang stalking ini akan terus boleh melakukan lagi stalking dia terhadap mangsa. Jadi, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa perlunya adanya subseksyen (3) ini kalau kita sebenarnya mahu memberikan perlindungan sepenuh kepada mangsa? Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Memandangkan Yang Berhormat Sepang tidak ada. Yang Berhormat Segambut.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bahas juga dan cadangkan beberapa pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah. Pertama adalah untuk panjangkan tempoh berkuat kuasa perintah perlindungan stalking. Perbuatan stalking mungkin berterusan walaupun selepas penyiasatan ataupun penyabitan untuk mengutamakan keselamatan mangsa. Mahkamah harus diberi budi bicara untuk memanjangkan tempoh berkuat kuasa perintah perlindungan jika perlu. Saya cadangkan untuk gunakan threshold yang sama seperti dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kedua adalah untuk memastikan pindaan dibuat dengan menambah satu lagi subseksyen (9) iaitu menyatakan pelanggaran perintah perlindungan adalah kesalahan boleh tangkap. Cadangannya adalah dengan menambah perkataan contravention of the protection order issued under subsection 1, shall be deemed to be a seizable offence. Pindaan sedia ada menyatakan yang stalking adalah kesalahan boleh tangkap. Untuk semangat yang sama, mengangkat semangat undang-undang ini, tujuan perintah perlindungan adalah memberikan bantuan serta-merta kepada mangsa. Kesalahan melanggar perintah perlindungan stalking juga harus dijadikan kesalahan boleh tangkap supaya dalam senario di mana ada ancaman keselamatan kepada mangsa, pihak polis boleh bertindak serta-merta. Ketiga adalah untuk menyatakan kesalahan melanggar perintah perlindungan yang berulang akan dikenakan hukuman yang lebih serius. Ini juga untuk memastikan keselamatan mangsa, di mana pelaku tidak berhenti menghendap. Dengan adanya pindaan ini, pihak polis boleh menghentikan aktiviti menghendap dengan lebih efektif. Contoh, boleh juga guna Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Akhir sekali, saya setuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas untuk kita delete sahaja subseksyen (3) iaitu a person against whom the protection order is made, may apply to set aside the protection order. Saya rasa dengan adanya klausa ini, ia akan mengelirukan lagi tugasan pihak penguat kuasa untuk melaksanakan undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dimaklumkan bahawa tujuan utama pindaan ini adalah untuk memberi mahkamah kuasa atas permohonan untuk mengeluarkan satu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507A Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan

Menghendap. Saya mendapat maklumat bahawa pindaan kali ini lebih berfokus kepada perintah perlindungan terhadap tertuduh yang terlibat dengan kes menghendap. Oleh itu, saya ingin membawa beberapa persoalan berkenaan pindaan ini.

Pertamanya, kita memahami bahawa wujud perintah dari mahkamah agar tertuduh kes ini daripada mengganggu mangsa secara fizikal supaya siasatan dapat dijalankan secara adil. Akan tetapi, bagaimanakah perintah perlindungan dapat menghalang tertuduh daripada mengganggu di “medsos”? Pada hari ini, kita dimaklumkan bahawa urusan peribadi seseorang boleh diakses dan dihubungkan di media sosial. Saya melahirkan kebimbangan dan berharap Menteri dapat memberi penjelasan bagaimana perintah ini hendak dilaksanakan yang melibatkan gangguan di media sosial. Kedua, kita memahami bahawa perintah ini akan dikenakan kepada tertuduh. Namun, soalan saya, adakah perintah perlindungan ini turut terpakai kepada keluarga tertuduh yang mungkin ingin memberi tekanan kepada mangsa? Kita khuatir bahawa waris atau ahli keluarga tertuduh menjumpai kelompangan undang-undang ini dan seterusnya mengganggu mangsa bagi memberi tekanan yang berbentuk ugutan dan seterusnya mengganggu proses siasatan. Ketiga, kita memahami bahawa permohonan perintah perlindungan ini dibuat sebelah pihak sahaja iaitu oleh pihak mangsa. Soalan saya, sejauh manakah proses permohonan perintah perlindungan ini dipermudahkan bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan secepat mungkin atau dalam tempoh 24 jam selepas permohonan dibuat? Kita khuatir bahawa kerenah birokrasi yang wujud dalam memohon perintah ini akan memakan masa yang menyebabkan perintah perlindungan ini lambat dalam berfungsi bagi memastikan mangsa dilindungi secepat mungkin. Keempat, seterusnya, sejauh manakah pihak berkuasa seperti PDRM sudah mempunyai kemampuan dalam amalan standard operasi yang sesuai bagi memberi perlindungan kepada mangsa mengendap pada waktu ini? Saya membangkitkan isu ini bagi memastikan objektif sebenar dalam memberi perlindungan kepada mangsa hendak tercapai. Kelima, selain itu, mangsa dan pemangsa tidak mustahil daripada kalangan mereka yang terdekat, sama ada ahli keluarga ataupun rakan serumah dan sebagainya. Oleh itu, apakah kerajaan ada menyediakan tempat perlindungan kepada mangsa terutama apabila kes yang melibatkan mereka yang tinggal sebumbung? Keenam, soalan terakhir saya, adakah kerajaan ada menyediakan apa-apa bentuk inisiatif bagi membantu mangsa yang tidak mempunyai kemampuan kewangan namun memerlukan khidmat peguam dalam menyelesaikan isu ini? Saya mohon pencerahan dan menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang? Jika tiada, saya persilakan Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau pun tiada. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah berkaitan dengan kesalahan stalking atau menghendap. Saya secara prinsip menyokong penuh pindaan ini. Akan tetapi, saya seperti mana beberapa orang rakan lain telah sebut tadi, peruntukan di sini boleh ditambahbaikkan daripada beberapa aspek. Izinkan saya bermula dengan poin yang pertama iaitu berkaitan dengan tempoh perintah perlindungan. Sebab, saya nampak macam pindaan yang dicadangkan ini

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

macam tak begitu jelas tentang perintah itu. Disebut, mahkamah boleh, bila diminta melalui permohonan ex parte iaitu satu pihak yang mangsa buat, boleh begitu. Kita mahu kuasa yang jelas seperti Yang Berhormat Segambut sebutkan tadi, perintah itu boleh— mahkamah ada kuasa yang jelas untuk sambung perintah yang pertama. Biasa mahkamah akan beri perintah pertama, katakan ini sah enam bulan kah, satu tahun kah atau apa. Then selepas itu, kita sebut secara jelas dia ada kuasa untuk sambung perintah itu kalau dianggap perlu. Itu satu. Tuan Yang di-Pertua, biasanya perintah begini diperlukan bila seseorang disiasat oleh pihak polis ataupun telah dituduh di mahkamah. Kita ada dua keadaan. So, bagi saya— tadi Yang Berhormat Padang Rengas cadang mungkin kita tak perlu beri hak untuk mengetepikan atau memohon untuk mengetepikan perintah itu oleh pihak yang dituduh. Saya rasa dalam proses perundangan, prinsip yang utama juga adalah untuk memastikan hak semua pihak dilindungi. So, bila yang dituduh ataupun yang disyaki (OKS) melakukan dan dia masih belum dituduh, saya rasa adalah sesuai kita beri dia hak untuk memohon ke mahkamah. Selepas disampaikan perintah itu, dia tahu wujudnya perintah, hak untuk memohon untuk ketepikan, saya rasa sesuai. Dia boleh beritahu mahkamah versi dia. Due process boleh berlaku. Akan tetapi, selepas keadaan di mana dia sudah dituduh di mahkamah— maksudnya, polis siasat, panggil semua saksi buat statement, polis buat keputusan dengan AG, memang ada kes yang jelas, dia dituduh di mahkamah. Dalam keadaan itu, saya setuju tidak perlu lagi dia dapat hak untuk memohon untuk mengetepikan lagi sebab sudah dituduh. Kalau mahkamah rasa perintah perlindungan itu perlu, dia kekal, tanpa had. Akan tetapi dalam keadaan masih disiasat, saya rasa kita perlu kekalkan hak untuk memohon untuk diketepikan perintah itu. Satu lagi macam lacuna atau isu yang tidak ditangani dengan jelas ialah apa jadi selepas bicara orang itu, orang yang dituduh? Ada dua kemungkinan. Dia akan disabit— so, kita biar proses itu berlangsung— ataupun dia dibebaskan. Di beberapa negara lain, dalam keadaan itu pun bila dia dibebaskan, mahkamah kekalkan bidang kuasa untuk teruskan dengan perintah perlindungan. Sebab, untuk sabitkan dalam mahkamah, beban bukti adalah lain. Dengan izin, beyond reasonable doubt. Akan tetapi untuk perintah perlindungan, tak perlu beban yang begitu tinggi. Biasanya pihak mahkamah akan keluarkan atas balance of probabilities. Jadi, mahkamah pun mesti ada kuasa untuk pertimbangkan, walaupun tidak ada sabitan, adakah keperluan untuk perintah perlindungan ini dikekalkan dalam keadaan tertentu memandangkan fakta kes itu. Jadi, itulah antara penambahbaikan saya rasa perlu ditimbangkan. Saya harap kementerian boleh pertimbangkan ini dalam sesi jawatankuasa. Ataupun kalau tidak boleh buat dalam sesi ini, buat secepat mungkin supaya pindaan ini kepada Kanun Tatacara Jenayah akan bersama dengan pindaan Kanun Keseksaan dijadikan undang-undang baharu yang betul-betul dan secara berkesan membantu mangsa-mangsa kesalahan stalking ini. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Yang Berhormat Petaling Jaya, anda nak berbahas? Senarai ada ini, walaupun sudah beri ruang kepada Yang Berhormat Sungai Buloh.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Ya, tidak.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tidak ya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta sedikit masa untuk membangkitkan beberapa perkara?

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Berkaitan isu...?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, berkaitan. Kalau boleh.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ya, sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit untuk menimbulkan beberapa perkara berkaitan dengan rang undang-undang yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, kalau kita lihat kepada seksyen 98A(2), ini menyatakan di situ Tuan Yang di-Pertua, seperti berikut. “(2) An application for a protection order under this section shall be made...” — “shall” maksudnya mandatori.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yes.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itu bermakna bahawa hanya boleh dibuat oleh mereka yang dinamakan di sini, disenaraikan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

(a) the victim; (b) the victim’s counsel; or (c) in the case where the victim is a child or an incapacitated adult, the guardian, relative or person responsible for the care of such child or incapacitated adult. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya apa beza dia berkenaan dengan victim dan victim’s counsel kerana biasanya apabila ada victim, ianya termasuk counsel bagi pihak victim itu ataupun victim boleh bertindak bagi diri sendiri. That’s how it normally happened, either if you represent yourself or you are represented. So why is it the distinction between victim and victim’s counsel? Itu satu. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga bangkitkan kenapa tidak juga dimasukkan kuasa kepada pihak pendakwaan atau pendakwa raya untuk membuat permohonan tersebut? Ini kerana pihak pendakwaan yang mengendalikan siasatan, kerap kali laporan polis dibuat kepada pihak polis dan pihak polis harus diberi kuasa untuk juga memohon untuk dibuat perintah di mana difikirkan bahawa adalah perlu untuk satu perintah perlindungan. So, soalan yang saya bangkitkan adalah kenapa ia tidak juga melibatkan pegawai polis melalui pihak timbalan pendakwa raya. Saya rasa itu sangat penting khususnya kerana ia berhubung kait dengan seksyen 98A. Seksyen 98A Tuan Yang di-Pertua, dengan jelas menyatakan kedua-dua keadaan dalam mana satu perintah sedemikian rupa boleh dibuat: (i) when there is an investigation; (ii) where the person has already been charged. Dalam keadaan tersebut sudah tentunya bahawa yang akan mempunyai segala maklumat berkenaan kes itu adalah pihak pendakwaan ataupun pihak polis. So, I think it should be expanded to give powers also to the public prosecutor to make an application of this nature, Tuan Yang di-Yang di-Pertua. Kedua Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada soal berkenaan dengan sama ada ataupun tidak peruntukan (3), subseksyen (3) harus digubalkan. Ada kekhuatiran bahawa disebut di situ “A person against whom the protection order is made may apply to set aside the protection order”. Tuan Yang di-Pertua, adalah harus untuk kita faham bahawa apabila ada hak untuk membuat suatu perintah, orang terhadap mana perintah itu dibuat ada hak untuk memohon supaya ia diketepikan. Soal sama ada dia akan diketepikan ataupun tidak, keputusan akan dibuat oleh mahkamah. Jadi dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, kita kena fikir baik-baik, it’s better to have it there and let the court decides whether or not, it should be set aside. But

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

the procedure to be set aside Tuan Yang di-Pertua, ought to be settled there. Dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya juga khuatir kerana tidak dinyatakan di sini apakah prosedur? Bagaimanakah permohonan perlu dibuat dan apakah faktor-faktor yang akan diambil kira oleh seorang majistret dalam perkara membuat perintah tersebut? In addition to that Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat bahawa tidak dinyatakan apakah had perintah yang boleh dibuat oleh mahkamah dalam permohonan-permohonan ini? So an application – the procedure is important, also the limits Tuan Yang di-Pertua, very important. Ini kerana dalam undang-undang kalau tidak ada limit then of course if there is no – dia kata ketentuan dia. Maka undang-undang mungkin akan menyebabkan perintah itu apa yang dinyatakan sebagai bad in law. Lastly Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada seksyen 98A, ia adalah suatu perintah yang akan berkuat kuasa semasa siasatan atau semasa kes berjalan. What about after the case? Bagaimana dalam satu keadaan di mana satu keputusan dibuat bahawa seseorang itu bersalah? Tidakkah itu juga adalah satu keadaan di mana mahkamah harus diberi kuasa untuk mengadakan suatu perintah supaya orang yang dikenakan ataupun didapati bersalah itu dihalang daripada teruskan dengan usaha ataupun dengan apa yang disebut sebagai harassment ini. Jadi saya rasa itu adalah perkara-perkara yang harus kita lihat kerana kita mahu satu undang-undang yang jelas dan juga tepat pada tempatnya dan itu menjadi perkara- perkara yang saya harap Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh jawab dalam penggulungan nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, ambil maklum. Selanjutnya, saya persilakan Yang Berhormat Sepang. Silakan.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil bahagian ini. Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa walaupun mungkin saya ada sedikit kritikan kepada undang-undang ini tetapi pada dasarnya saya rasa undang-undang CPC ini undang-undang yang terbaik. Oleh sebab itulah kita Tuan Yang di-Pertua agak kritikal dengan undang-undang seperti SOSMA sebab kita rasa CPC adalah undang-undang terbaik untuk memberi keadilan. Walaupun di sana mungkin ada kekurangan di sana sini. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sudah dengar sahabat saya daripada Yang Berhormat Subang, daripada... [Ketawa] minta maaf Yang Berhormat Sungai Buloh, ada juga dari Yang Berhormat Puchong. Kedua-dua ini peguam senior. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak bercakap tentang soal keadilan semata-mata Tuan Yang di-Pertua, memang saya rasa seksyen 98A ini juga boleh kita pertikaikan. Ini kerana Tuan Yang di- Pertua, hanya kerana seorang itu dituduh dan juga disiasat, dia belum lagi dikatakan bersalah. Maknanya dia hanya dianggap tidak bersalah berdasarkan prinsip presumption of innocent. Akan tetapi oleh sebab nature kesalahan ini iaitu kesalahan yang kita kata sexual related case, maka sebab itulah saya rasa kerajaan merasakan bahawa perlunya undang-undang ini kita mungkin modify sedikit sehingga kita mungkin compromise dengan izin, prinsip-prinsip seperti presumption of innocence dan sebagainya. Malahan Tuan Yang di-Pertua, mana-mana permohonan kalau berbentuk ex parte Tuan Yang di-Pertua, dia adalah drastik adalah satu draconian juga in nature sebab kita hanya memberi satu pihak sahaja mendengar sebab undang-undang ini pada dasarnya kita mesti bagi kedua-dua pihak hak untuk didengar. Akan tetapi saya kata nature kesalahan ini menyebabkan undang-undang ini it’s moulded in such a way dengan izin, untuk memastikan supaya penguatkuasaan undang-undang ini dapat dilakukan dengan efisien.

Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mungkin hendak lebih baik undang-undang ini, kalau kita cakap tentang soal dua-dua keadilan ini, mungkin kita boleh ambil roh undang-undang injunksi di mana sesuatu permohonan yang berbentuk ex parte itu dia ada life span. Dalam masa 14 hari, kamu mesti mohon untuk inter parte untuk memastikan permohonan itu boleh dilanjutkan setelah kedua-dua pihak dengar. Seperti mana kata Yang Berhormat Puchong bahawa kita tidak boleh buang hak seseorang itu untuk set aside sama ada ia buat atau tidak, itu hal lain. Akan tetapi bagi saya Tuan Yang di-Pertua, permohonan di bawah seksyen 98A(3) ini mungkin seolah-olah tuan majistret ataupun pihak hakim itu dia hanya ada kuasa sama ada hendak set aside ataupun tidak set aside. So, kemungkinan dia merasakan perintah protection order itu baik tetapi dia kata perlukan dengan izin, ‘very’. Very maknanya apa? Di – apa dalam bahasa Melayu ya? What is very? Tidak tahu dalam bahasa Melayu apa.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Sepang, boleh minta penjelasan? Ini tentang hak untuk memohon untuk mengetepikan perintah. Tadi saya sudah sebut bila kalau perintah perlindungan ini diberi masa siasatan, tentunya hak untuk memohon untuk mengetepikan mesti ada sebab permohonan itu dibuat secara ex parte, mangsa atau wakil dia ataupun pendakwa raya - mangsa atau wakil akan memohon kepada mahkamah secara ex parte. Akan tetapi apabila perintah perlindungan diberi selepas dituduh di mahkamah proses itu bukan lagi ex parte, semua pihak adalah di depan. Jadi dalam keadaan itu, apabila permohonan perintah dibuat dan semua pihak ada, tertuduh pun boleh jawab terus because dia adalah di hadapan mahkamah dan dalam keadaan itu, kita tidak perlu lagi hak untuk memohon untuk ketepikan. Jadi boleh Yang Berhormat Sepang terima pandangan itu dan bersetuju dengan itu. Sekian.

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Buloh. Yang Berhormat Sungai Buloh membezakan antara investigated dengan charge. Bagi saya ia satu cadangan yang boleh di-consider tetapi saya mengatakan kalau dari segi speaking bercakap tentang presumption of innocence hatta dituduh pun belum lagi dikata bersalah. Kalau kita cakap dari segi soal keadilan lah. Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab dalam permohonan di bawah provision 98A(3) ini, pihak hakim atau majistret ini hanya diberikan kuasa untuk set aside ataupun tidak set aside. Tidak ada kuasa lain. Saya mencadangkan kalau boleh di samping set aside, kita juga boleh menggunakan perkataan very. Maknanya mungkin majistret mengatakan perintah seperti saya kata tadi agak adil tetapi mungkin ada yang perlu dipinda dan sebagainya, very itu maksudnya. Itu yang kedua. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan undang-undang ini tanpa adanya undang-undang seperti dipanggil undang-undang SORA. SORA ialah Sexual Offender Registration Act seperti sesetengah negara ada mempunyai undang-undang itu.

Oleh sebab undang-undang ini menyatakan bahawa mana-mana pesalah seks ini, ia telah disabitkan bersalah mesti wajib mendaftar. Dalam keadaan begitu, saya merasakan bahawa kalau kita ada - saya hendak bagi satu, kerana apa kita lebih konflik kat sini ya. Katakan kita berhadapan dengan seorang pesalah seks yang telah pun didapati bersalah, (convicted) tetapi dia tidak pernah diinvestigated neither dicharged, akan tetapi, dia seorang convicted offender. Macam mana kalau dalam keadaan begitu? Adakah dia juga. Saya hendak bertanya kepada Menteri, adakah dia juga akan - is caught by this section atau tidak? Jadi, saya hendak tanya Yang di-Pertua, saya rasa undang-undang yang kita hendak buat ini, kita mesti memastikan undang-undang ini bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi dapat dilaksanakan secara berkesan. Oleh sebab itu, saya merasakan bahawa hatta daripada segi Bahasa Melayu pun, tadi kita ada dengar perkataan

menghendap. Akan tetapi, saya tengok di dalam kamus, dia kata stalking ini perkataan menguntip. Saya tidak pernah dengar perkataan menguntip. Saya tidak tahu apa menghendap ini, mungkin hanya sebahagian daripada stalking. Stalking ini adalah satu gambaran yang lebih besar, adalah satu kesalahan yang agak berat Yang di-Pertua. Oleh sebab stalker ini Yang di-Pertua, dia adalah orang-orang yang biasanya saya rasa, orang-orang yang mungkin ada disabitkan kesalahan seperti committed rapist. Ini lah orang-orang yang patut kita fokuskan. Oleh sebab kalau orang- orang sebegini kita biarkan Yang di-Pertua, kita khuatir. Walaupun, kita ada undang-undang berkenaan dengan stalking ini, tetapi kalau undang-undang ini mungkin ada – sepertimana dikata oleh sesetengah dalam pembahas kita, ada loopholes. Ada dipanggil lakuna yang menyebabkan ramai orang-orang yang boleh menggunakan kelemahan itu, kelonggaran itu untuk mereka melakukan kesalahan. Jadi, saya harap pihak Menteri dapat mungkin memberikan jawapan, bagaimana kita hendak mengatasi kesalahan-kesalahan yang telah pun disabitkan bersalah di bawah seksyen 98A. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Kalau ikut senarai ini, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dia tidak ada di dalam Dewan. Jadi, saya memberi ruang kepada seorang, jika ada yang hendak berbahas. Kalau tidak saya teruskan, Menteri menjawab. Jika tidak ada, Menteri, 20 minit menjawab.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Terima kasih Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022. Segala cadangan dan juga pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan juga akan diberikan perhatian sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menjawab persoalan daripada Ahli Yang Berhormat Batu Kawan sewaktu perbahasan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 sebentar tadi. Begitu juga yang telah dibangkitkan Yang Berhormat Puchong tadi mengenai cadangan untuk memanjangkan tempoh perintah perlindungan di bawah RUU ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perintah perlindungan di bawah peruntukan seksyen 98A(1) Kanun Tatacara Jenayah yang diberikan kepada mangsa perlakuan menghendap akan berkuat kuasa sehingga selesai penyiasatan dijalankan dan di bawah pindaan 507A atau sehingga selesai prosiding jenayah di mahkamah. Manakala, berdasarkan peruntukan seksyen 98(7), mahkamah memberikan kuasa untuk perintah tambahan bagi melindungi mangsa supaya pelaku ini tidak berdekatan dengan mangsa atau lain-lain perintah yang difikirkan sesuai bagi menjaga keselamatan mangsa tersebut. Oleh yang demikian, berdasarkan peruntukan seksyen 98A(7) ini, tempoh perintah perlindungan boleh dipanjangkan mengikut budi bicara pihak mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Berhormat Padang Rengas juga telah membangkitkan mengenai isu peruntukan subseksyen (3) untuk set aside perintah perlindungan. Alasan untuk set aside ini adalah tertakluk kepada fakta kes dan juga budi bicara mahkamah dan peruntukan ini adalah bertujuan untuk memberikan keadilan kepada kedua-dua belah pihak supaya mangsa dan tertuduh diberikan keadilan sewajarnya. Begitu juga dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya sewaktu membahaskan Kanun Keseksaan petang tadi. Jawapan saya juga sebagaimana yang telah turut dinyatakan oleh Yang Berhormat Puchong sebentar tadi kerana peruntukan ini sebenarnya memberikan pertimbangan kepada mangsa dan pelaku secara seimbang. Dan peruntukan yang serupa telah diperuntukkan sebagaimana di bawah seksyen 12B Akta Keganasan Rumah tangga 1994.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Segambut, telah pun menyatakan tentang protection order di bawah Pindaan 98A subseksyen (6) CPC dan 98A subseksyen (7) CPC dan berapa lama kah protection order ini berkuat kuasa dan adakah ia selama mana mahkamah tetapkan berdasarkan pertimbangan keselamatan mangsa. Untuk makluman Yang Berhormat, protection order di bawah pindaan 98A subseksyen (6) CPC dan juga subseksyen (7) CPC yang diberikan kepada mangsa stalking akan berkuat kuasa sehingga selesai penyiasatan dijalankan. Di bawah Pindaan 507A atau sehingga selesai prosiding jenayah di mahkamah. Yang Berhormat Segambut juga bertanyakan adakah mahkamah mempunyai budi bicara untuk melanjutkan perintah perlindungan ini jika dirasakan sesuai dan juga perlu walaupun selepas perbicaraan ataupun selepas siasatan selesai dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah pindaan 98A(1) perintah perlindungan yang diberikan kepada mangsa stalking berkuat kuasa sebagaimana yang telah saya sebutkan sebentar tadi hingga selesai siasatan dijalankan dan juga perbicaraan jenayah di mahkamah. Berdasarkan Pindaan 98A(7), mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan perintah supaya perintah tambahan bagi melindungi mangsa supaya pelaku tidak lagi berdekatan mangsa ataupun mengganggu mangsa dan juga lain-lain perintah yang difikirkan sesuai bagi menjamin keselamatan mangsa tersebut. Yang Berhormat Setiu juga telah pun...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Menteri, boleh tanya sedikit point yang terakhir itu. Mungkin Yang Berhormat Segambut sebut dan saya pun sebut dalam perbahasan. Peruntukan yang sedia ada berkata, perintah perlindungan itu sah sehingga tamat perbicaraan (the trial). So, lepas bicara, mungkin dibebaskan, mungkin disabitkan ya. Cadangan juga adalah ikut menggunakan contoh di Queensland Criminal Code Act dan juga UK Protection from Harrasment Act dan kekalkan kuasa untuk mahkamah untuk memberi perintah selanjutnya. Walaupun apa pun keputusan di mahkamah untuk kes bicara kes jenayah. Mahkamah masih pegang kuasa. Bukan perintah itu berhenti dengan itu sahaja. Macam mana dengan pandangan Menteri terhadap cadangan itu?

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Sebenarnya untuk di bawah...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sungai Buloh.

Eh! Sorry. Sungai Buloh. Minta maaf. Untuk di bawah pindaan ini Yang Berhormat, ia sebenarnya - bila selesai kes mahkamah, sekiranya ada berlaku lagi, ianya boleh memohon kepada pihak mahkamah untuk perkara yang sama. Jadi, mahkamah boleh dengan budi bicaranya untuk memberikan perintah perlindungan yang baru kepada mangsa. Saya berpandangan bahawa ia mencukupi dengan apa yang telah termaktub di bawah pindaan ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Izinkan saya Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri tadi ada sebut bahawa menurut subseksyen (7), mahkamah mempunyai kuasa untuk mengekalkan perintah sedemikian rupa atau selepas kes siasatan dan kes selesai. Akan tetapi, Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita lihat perkataan-perkataan digunakan dalam (7), it says this, “The court may in addition to the order under subsection (6)”. Ianya bermaksud bahawa its additional powers to the order under subsection (1) kerana subseksyen (6) merujuk kepada order issue under subsection (1). It doesn’t go beyond. If you really get it, the court may in addition to the order under subsection (6). So order under subsection (6) is under the order of subsection (1) is only valid. Ia hanya berkuat kuasa hanya untuk masa siasatan dan semasa perbicaraan. So can you get the explanation for that? Ia jelas tidak memberi kuasa kepada mahkamah membuat satu perintah selepas sabitan.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pesalah kali kedua, pihak berkuasa mendapati bahawa tertuduh melakukan kesalahan semula dan pihak PO - perintah perlindungan boleh dipohon semula dan hukuman yang dijatuhkan ia masih lagi sama dan tiada hukuman yang lebih

berat untuk kesalahan kali kedua. Pesalah sebagaimana yang telah dinyatakan ini, maksudnya ia setakat itu sahaja.

Maksudnya tidak ada kesalahan yang berat dinyatakan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, just, sorry. Isu yang berbangkit adalah semasa siasatan dan semasa perbicaraan, mahkamah ada kuasa untuk keluarkan perintah larangan ini. Soal dia, sama ada selepas bicara habis, mahkamah masih ada kuasa untuk membuat perintah larangan. Itu isu dia. It’s not about a second offence and what you have not. Kalau kita lihat kepada (7), (7) tidak menyatakan bahawa mahkamah ada kuasa untuk menetapkan atau teruskan dengan perintah larangan selepas sabitan. So, itu isu dia. Can I get an explanation on that? Bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan tadi bahawa menurut subseksyen (7), ianya memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat perintah larangan seterusnya selepas sabitan. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Okey. Untuk makluman Yang Berhormat Puchong, ini merujuk kepada sekiranya masih ada lagi berlaku perbuatan kesalahan untuk menghendap ini yang dilakukan terhadap mangsa dan permohonan dibuat oleh pihak mangsa kepada pihak polis dan sebagainya, kepada pihak mahkamah untuk mendapatkan perintah selanjutnya dan ini adalah apabila ianya dah selesai. Maksudnya tempoh kesnya dah selesai di pihak mahkamah dan diberikan hukuman, dah selesai. Tiba-tiba ada lagi pihak pelaku itu, orang yang sama, buat lagi perkara yang sama dan pihak mangsa boleh buat laporan lagi dan juga diberikan perhatian oleh pihak mahkamah dan diberikan hukuman sebagaimana yang termaktub di bawah 98A(7).

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Baik, baik. Itu bermaksud bahawa selepas selesai, mahkamah tidak ada kuasa untuk teruskan dengan perintah larangan itu kecuali ada laporan lain dibuat pada masa depan. Itu jawapannya?

Betul Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Baik.

Seterusnya saya ingin menjawab Yang Berhormat Puchong berkenaan dengan kaedah pemberian perintah perlindungan iaitu kaedah atau prosedur pemberian perintah perlindungan boleh diperincikan sebagaimana dalam kaedah-kaedah mahkamah. Seterusnya, saya ingin menyentuh kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu ada bangkitkan banyak perkara mengenai dengan apa jawapan yang kita hendak berikan. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita beralih kepada perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat Setiu, minta maaf Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan berkenaan dengan siapa boleh buat permohonan. Ianya dihadkan kepada mereka yang disebutkan dalam subseksyen (2) iaitu victim dan penama tersebut. Kenapa tidak diberikan juga kuasa kepada pihak pendakwaan? Timbalan pendakwa raya untuk membuat permohonan? Kerap kali Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka yang melalui masalah ini, mereka tidak ada dana untuk melantik peguam dan sebagainya. Jadi kalau mereka dibenarkan membuat permohonan melalui timbalan pendakwa raya, ianya akan meringankan beban mereka. Itu satu. Keduanya, keseluruhan fakta kes

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

itu kebiasaannya dalam fail pendakwaan. It’s very rare that you get counsel holding a watching brief untuk buat permohonan tersebut. Jadi, bolehkah itu satu perkara yang mungkin dipertimbangkan untuk kita memperkuatkan ruang peruntukan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sila.

Buat masa ini, sebagaimana yang telah termaktub di bawah pindaan ini, hanya itu sahaja yang diperuntukkan untuk proses bagaimana untuk pihak mahkamah mengambil tindakan ataupun memberikan penyelesaian kepada kes ini. Yang Berhormat Puchong tadi juga ada bertanyakan tentang mahkamah ada kuasa ataupun tidak untuk extend atau memanjangkan tempoh perintah perlindungan selepas bicara dan jawapannya tidak. Mahkamah tidak ada kuasa untuk melanjutkan sebab saya pun dah sebut tadi, tidak ada melanjutkan perintah perlindungan bagi kes yang telah pun dijatuhkan hukuman. Saya nak pergi kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu ada bertanyakan apakah proses untuk memohon protection order yang panjang dan juga rumit. Apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan secukupnya pada masa yang diperlukan? Bolehkah time frame ditetapkan bagi mendapat protection order secepat mungkin contohnya dalam masa 24 jam? Untuk makluman Yang Berhormat, perintah perlindungan boleh dipohon sebaik sahaja pelaku stalking disiasat oleh pihak polis dan mangsa stalking akan dapat perlindungan sebaik sahaja perintah perlindungan diperolehi oleh mangsa. Rang undang- undang ini memperuntukkan permohonan bagi memohon perintah perlindungan di bawah seksyen 98(A)(1) yang boleh dipohon secara ex parte dan permohonan tersebut boleh dimohon oleh mangsa, wakil mangsa dan juga penjaga bagi kanak-kanak ataupun OKU di bawah seksyen 98(A) sub 2. Saya juga ingin menyentuh tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya walaupun beliau tak ada di sini sebab tadi dia ada sebut tentang perkara ini. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya menyatakan bahawa perintah perlindungan interim sebagaimana di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] yang boleh melindungi mangsa keganasan rumah tangga sehingga selesai penyiasatan kes dan mencadangkan agar peruntukan yang serupa diadakan di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Untuk makluman Yang Berhormat, perintah perlindungan di bawah RUU ini sebenarnya adalah memadai untuk memberikan perlindungan kepada mangsa dalam kes-kes mengendap, perintah perlindungan di bawah peruntukan seksyen 98(A)(1) Kanun Prosedur Jenayah boleh dipohon sebaik sahaja pelaku menghendap disiasat oleh pihak polis. Perintah perlindungan yang diberikan kepada mangsa perlakuan menghendap akan berkuat kuasa sehingga selesainya penyiasatan kes yang dijalankan di bawah pindaan 507(A) atau sehingga selesai prosiding jenayah di mahkamah. Peruntukan ini sama, hampir serupa dengan peruntukan seksyen 4 Akta 521 berkenaan dengan perintah perlindungan interim. Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, hanya satu soalan. Soalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Setiu tadi, saya rasa soalan itu adalah soalan yang tepat berkenaan dengan sama ada ataupun tidak perintah ini boleh dibuat terhadap atau dalam satu keadaan di mana pengadu adalah dalam rumah tangga yang sama dengan pengganas ataupun orang yang dikatakan melakukan kesalahan itu. Dalam keadaan tersebut, apakah sebenarnya kuasa majistret atau mahkamah kerana mereka itu duduk memang dalam rumah tangga yang sama.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi soalan dia, macam mana kuasa dia akan dihadkan dan sebagainya kerana tidak ada langsung disebut dalam rang undang-undang ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Okey. Oleh sebab itu tujuan untuk akta ini sebenarnya kalau kita tengok untuk Akta Keganasan Rumah Tangga, ianya untuk pasangan yang telah berkahwin. Kalau kita tengok yang ini, sebenarnya adalah untuk mereka dengan orang asing yang kita langsung tidak mengenali dan juga kenalan, teman lelaki ataupun teman wanita tinggal bersama pasangan walaupun tidak berkahwin tetapi mereka duduk bersama dan banyak kes sebenarnya yang datang kepada pihak NGO dan juga pihak kami yang mana mereka menceritakan bahawa mereka sebelum ini duduk bersama dengan teman lelaki, berpisah. Apabila berpisah dan pihak bekas teman lelaki ini telah menghantui hidup dia dengan mengganggu hidupnya, duduk di luar rumah, duduk di luar pejabat berjam-jam, hantar mesej yang sangat menakutkan dan sehingga ada perasaan trauma. Apabila pergi ke balai polis, tidak ada akta yang boleh digunakan untuk melindungi mangsa ini. Oleh sebab itulah adanya pindaan pada hari ini adalah untuk memberi perlindungan kepada mereka sebab mereka tidak tahu ke mana hendak pergi sehingga ada yang trauma sampai ingin membunuh diri. Ada yang trauma sehingga hendak meninggalkan Malaysia kerana mereka merasakan bahawa undang-undang pada ketika itu tidak mencukupi untuk melindungi mereka. Mereka merasa amat tidak selamat dan takut. Jadi, saya benar-benar berharap dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu, maksudnya walaupun dia dekat dengan kita, duduk serumah tetapi walaupun tidak ada ikatan, dengan adanya peruntukan seumpama ini, ianya mampu memberikan sedikit sinar dan juga harapan kepada mereka bahawa mereka ini kita boleh lindungi dengan apa juga yang kita ada melalui pindaan peruntukan pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Pengerusi, sebelum saya duduk tadi saya ada minta penjelasan— for the record. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila disebut victim and counsel. Victim’s counsel. Apakah yang dimaksudkan perbezaan di situ? Hanya untuk rekod.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak. Boleh respons dahulu kepada Yang Berhormat Puchong. Switch on your mic.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Pengerusi, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat kepada 98A(2)(a) dan (b). Satu is victim and the other is victim’s counsel. Doesn’t victim include counsel if represented? So, kenapa ada perbezaan? Counsel itu apakah maksud sebenarnya.

Untuk maklumat Yang Berhormat Puchong, counsel di sini adalah merupakan peguam yang mewakili pihak mangsa. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Thank you. Baik, terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Pengerusi, sini Sungai Buloh. Klausa 3, boleh saya just minta Menteri cakap atas rekod di Dewan soalan yang ditanya tadi adakah kesalahan stalking ini seizable atau tidak? Boleh tangkap atau tidak sebab walaupun disebut di sini di bawah Jadual Pertama kepada CPC, boleh Menteri untuk rekod sahaja, boleh terangkan berdasarkan apa yang disebut di klausa 3?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Okey, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Buloh, kesalahan ini adalah kesalahan yang tidak boleh ditangkap. Tidak ada dah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Saya mohon maaf Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk balik semula kepada persoalan oleh pihak Yang Berhormat Sungai Buloh. Sebenarnya ia memang termasuk bawah kesalahan yang boleh ditangkap. Dimasukkan dalam rekod. [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan] dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG TENAGA BOLEH BAHARU (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2001 dibaca kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa terdapat empat undang-undang ataupun akta yang berkaitan secara langsung dengan pembekalan elektrik dan kawal selia serta perkara-perkara yang berkaitan dengan elektrik di dalam negara kita Malaysia ini iaitu: (i) Akta Bekalan Elektrik Tahun 1990 [Akta 447];

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

(ii) Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]; (iii) Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725]; dan (iv) Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Tuan Yang di-Pertua, daripada empat akta yang saya sebutkan tadi, hanya dua daripada akta tersebut iaitu Akta 447 dan juga Akta 610 yang mempunyai peruntukan yang berbunyi, “Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia, walau bagaimanapun Menteri boleh membuat perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana- mana peruntukan akta ini di mana-mana negeri.” Hanya dua sahaja. Manakala dalam dua lagi akta iaitu termasuklah Akta 725 yang sedang saya bentangkan sekarang ini pindaannya dan juga Akta 726 tidak mempunyai peruntukan yang mana Menteri boleh menggantung penguatkuasaan akta tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan dengan hak serta kuasa autonomi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak di mana kuasa pembekalan elektrik yang pada masa ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan adalah merupakan salah satu perkara yang perlu diteliti semula. Maka dalam hal ini, pembekalan elektrik di negeri Sabah turut melibatkan pelaksanaan mekanisme yang dipanggil feed-in tarif ataupun FIT yang diperkenalkan pada tahun 2011 bagi merancakkan perkembangan dan pembangunan industri tenaga boleh baharu atau TBB dikawal selia oleh Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 ataupun Akta 725. Penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada negeri Sabah ini Tuan Yang di- Pertua memerlukan akta-akta berkaitan perbekalan elektrik dan kawal selia digantung pemakaiannya di negeri Sabah iaitu melalui satu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 93, Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa untuk memperluaskan kuasa perundangan atau eksekutif negeri melalui perintah. Dalam konteks penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah ini, Perintah 95C adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri Sabah untuk mewujudkan kuasa undang-undangnya sendiri berkaitan perbekalan elektrik negeri tersebut iaitu negeri Sabah. Sebagaimana yang saya sebutkan di awal tadi, oleh kerana Akta 725 iaitu Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 tidak mengandungi peruntukan yang membolehkan akta ini digantung di mana-mana bahagian di Malaysia termasuklah di negeri Sabah, oleh itu peruntukan undang-undang bagi membolehkan penggantungan pemakaian Akta 725 perlu disediakan terlebih dahulu. Ini supaya proses penyerahan kuasa untuk perbekalan elektrik termasuk daripada mekanisme FIT dapat dilaksanakan dengan teratur tanpa menimbulkan implikasi terhadap aspek perundangan kelak. Dengan kata lain Tuan Yang di-Pertua, Akta 725 perlu dipinda untuk memasukkan peruntukan penggantungan pemakaian akta ini di mana-mana bahagian di Malaysia.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Pemakaian akta ini di mana-mana bahagian di Malaysia dalam kes ini di Sabah yang mana Akta 725 dan akta-akta lain berkaitan pembekalan dan kawal selia akan digantung melalui perintah di bawah kuasa Menteri yang bertanggungjawab. Melalui Perintah 95C Perlembagaan Persekutuan ini nanti, Kerajaan Negeri Sabah akan mempunyai kuasa perundangan dalam hal pembekalan elektriknya sendiri yang diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri Sabah ataupun Dewan Undangan Negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, pindaan yang saya cadangkan ini adalah ringkas sahaja dan merupakan satu pindaan

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

straightforward, tidak melibatkan aspek substance kepada akta ini, dengan izin yang mana pindaan ini melibatkan dua fasal sahaja. Fasal pertama iaitu pindaan kepada tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa dan fasal yang kedua adalah pula bertujuan untuk meminda seksyen 1 kepada Akta 725 dengan memasukkan subseksyen baharu iaitu subseksyen (3) bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 725 di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia, dalam kes ini di negeri Sabah. Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah merupakan pindaan kecil bersifat editorial, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, demikianlah rang undang-undang yang dikemukakan ini. Saya yakin rang undang-undang ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus Akta 725 serta memastikan proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah terutamanya yang melibatkan mekanisme FIT dapat dilakukan dengan lancar dan teratur. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta yang meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya ada 14 senarai pembahas dimulai dengan Yang Berhormat Bakri, kemudian Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Bakri memulakannya, 10 minit.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik niat kerajaan untuk meneruskan usaha kami untuk penyerahan semula kuasa untuk pembekalan elektrik kepada Sabah tetapi apa yang saya khuatir ialah di mana akta ini dipinda untuk memberi Menteri kuasa untuk memberi perintah yang disiarkan dalam warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian- bahagian yang berlainan di Malaysia. Saya khuatir bahawa apakah jaminan yang di mana seksyen ini digunakan untuk penyerahan kuasa kepada Sabah sahaja dan bukan untuk salah guna kuasa di tempat- tempat lain ataupun di seksyen-seksyen lain yang perlu digantungkan. Oleh sebab kita perlu tahu bahawa terdapatnya prinsip pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Kuasa Menteri untuk menggantung peruntukan adalah bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa untuk saya. Jika Menteri boleh menggantung apa-apa peruntukan akta, tiada makna Parlimen membuat undang-undang. Kedua ialah Menteri – untuk bidang-bidang yang lain yang bukan penyerahan kuasa, Menteri sudah ada kuasa di peraturan seksyen 60 dan juga seksyen 63 di mana boleh menjalankan tugas dengan baik. So, saya daripada pengalaman saya menjadi Menteri, saya rasa Bakri boleh menjalankan tugas sebagai seorang Menteri tanpa ada kuasa ini. Kalau boleh kita buatkan pindaan ini di mana kita spesifik untuk penyerahan kuasa sahaja kepada Sabah dan bukan akta ini yang perlu dipinda tetapi Akta Bekalan Elektrik dan Akta Suruhanjaya Tenaga yang perlu dipinda supaya kita melimitkan kuasa Menteri untuk penyerahan kuasa untuk pembekalan elektrik di Sabah sahaja.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Daripada segi dasar untuk tenaga boleh baharu (TBB) jika boleh Tuan Yang di- Pertua, saya hendak bangkitkan beberapa perkara yang saya nampak ada perkembangan TBB sekarang. Pertama adalah baru-baru ini pada 23 September 2022, Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040. Saya tengok sasaran Dasar Tenaga Negara (DTN), terdapat tiga yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan TBB. Pertama, meningkatkan penggunaan electric vehicle (EV) kurang daripada satu peratus ke 35 peratus menjelang tahun 2040. Kedua, jumlah kapasiti terpasang TBB dari 4.6 gigawatt ke 18.4 gigawatt. Ketiga, peratus TBB dalam total primary energy share (TPES) iaitu campuran jumlah tenaga utama dari 7.2 peratus pada tahun 2018 ke 17 peratus menjelang tahun 2040. Tiga lagi sasaran DTN juga di bawah bidang kuasa KeTSA. Dengan pendek kata, enam daripada sembilan sasaran DTN adalah di bawah bidang kuasa KeTSA tetapi ini adalah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Soalan pertama saya ialah kepada Menteri ialah sama ada sejauh manakah KeTSA terlibat dalam merangka dasar ini? Oleh sebab dalam perbahasan hari ini kita tumpu kepada TBB, saya ada beberapa soalan untuk Menteri yang berkenaan dengan TBB dalam DTN. Pertama, untuk sasaran jumlah terpasang TBB dan peratus TBB dalam TPES, berapakah pengurangan karbon yang akan dicapai? Bakri sebenarnya sangat hairan bagaimanakah kerajaan boleh meletakkan sasaran peratus TBB sebelum siap merangka strategi untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 iaitu net zero 2050 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini adalah kerana hampir 80 peratus pengeluaran karbon adalah daripada sektor tenaga. Bakri berpendapat bahawa sasaran TBB 17 peratus dalam TPES adalah tidak mencukupi untuk kita mencapai sasaran net zero 2050. Jika kita merujuk kepada laporan Shell Malaysia, Sky Scenario bertajuk, “The Tree, The Sky, The Sun” yang dilancarkan pada 6 Julai 2021. Laporan ini menggariskan cara untuk Malaysia mencapai net zero 2065 iaitu 15 tahun lebih lambat daripada sasaran yang kita buat hari ini. Dengan sasaran ini pun menjelang 2050, kadar pengelektrikan iaitu electrification rate daripada jumlah tenaga utama ialah 43 peratus di mana 50 peratus daripadanya tenaga utama adalah daripada TBB. Dengan pendek kata, sasaran TBB yang diletakkan dalam DTN adalah jauh lebih rendah daripada Sky Scenario yang sebenarnya sasarannya lebih lambat 15 tahun daripada sasaran yang diumumkan oleh Perdana Menteri. How does the number adds up? Oleh itu Bakri ingin tahu bagaimanakah KeTSA menentukan sasaran ini? Adakah ia berdasarkan sasaran pelepasan karbon ataupun sasaran ini adalah plucked from the sky or an extrapolation of business as usual, dengan izin? Tambahan lagi, apakah kadar pengelektrikan iaitu electrification rate kerana ini adalah diperlukan untuk menentukan sasaran TBB dalam TPES. Adalah penting KeTSA sudah ada angka ini kerana kementerian perlu merancang strategi electrification, mengenal pasti potensi electrification subsektor tenaga seperti pengangkutan industri dan sebagainya. Di samping itu, apakah penembusan solar dalam grid dengan sasaran TBB ini kerana ini adalah sangat penting supaya kita ada rancangan untuk mengukur grid mengikut cabaran intermittency solar, dengan izi? Daripada segi TBB pula, salah satu pelan tindakan DTN berkenaan dengan TBB ialah membuka daya tarikan solar teragih melalui P2P (peer-to-peer) dan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) MyRER.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ia boleh dicapai paling efektif dengan meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 merangkumi Third Party Access Framework, di mana pihak ketiga boleh akses kepada grid nasional. Adakah kementerian ada rancangan untuk membawa pindaan ini? Bila

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

pindaan ini akan dibentangkan di Parlimen? Daripada segi EV, kita memang tahu bahawa ini ialah landskap teknologi EV berkembang dengan sangat cepat dan Bakri percaya ini ialah permulaan pertumbuhan peningkatan mendadak untuk EV. Ketika pandemik, kalau kita tengok pada tahun 2020, bilangan penjualan EV sedunia meningkat 41 peratus berbanding dengan penjualan kereta sedunia yang mencatat penurunan sebanyak 16 peratus. Sekarang, 18 daripada 20 pengeluar kenderaan terkemuka di dunia memperluas portfolio mereka ke EV. Akan tetapi masalahnya ialah apakah yang kita tengok- EV kita tidak seharusnya tengok daripada segi sebagai pengguna. Macam mana kita memperluas penggunaan EV. Akan tetapi bagaimana kita menubuhkan ataupun satu industri di Malaysia supaya Malaysia menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan EV sedunia (global supply chain of EV). Bakri ingin tahu, apakah rancangan kerajaan dalam memperkembangkan industri rantaian bekalan EV? Aspek specific EV yang di bawah tanggungjawab KETSA ialah memperluas stesen pengecasan (charging station). Untuk mencapai 35 peratus EV, rangkaian stesen pengecasan yang meluas adalah diperlukan. Apakah rancangan KETSA? Bilakah pelan dan hala tuju akan diumumkan? Bagi saya, economy of scale boleh dicapai jika rangkaian stesen pengecasan dirancang bersama dengan grid kebangsaan di bawah Incentive-Based Regulation (IBR). Apakan pendirian Yang Berhormat Menteri? Apakah hala tuju kementerian? Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sedikit masa lagi. Saya hendak bangkitkan satu perkara sahaja untuk dasar TBB.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Satu lagi ialah isu- sekali lagi saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Menteri, kalau boleh timbangkan isu ini lagi iaitu isu pengeksportan TBB. Sudah dua, tiga kali saya bangkitkan. Saya tengok berita- saya tengok sekali lagi berita 23 Jun 2022. Singapura mengumumkan bahawa mereka akan mengimport elektrik hidro dari Laos melalui grid Thailand dan Malaysia. Ini ialah Projek Integrasi Kuasa Laos – Thailand – Malaysia – Singapura (LTMS) Power Integration Project (PIP). Ini bermaksud bahawa Laos akan menggunakan grid Thailand dan grid Malaysia untuk menjual TBB mereka ke Singapura. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menggunakan sekali lagi menyeru kerajaan kerana kita perlu tahu peluang yang Malaysia lepaskan apabila kerajaan membuat polisi untuk menghalang pengeksportan TBB ke Singapura. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 25 Oktober 2021, Kerajaan Singapura mengumumkan hasrat untuk mengimport sehingga empat gigawatt renewable energy TBB berkarbon rendah menjelang 2035. Apakah bermaksud dengan ekonomi? Ia bermaksud bahawa dengan empat gigawatt kita boleh menjana RM6 bilion dalam bentuk pelaburan hijau dan 50,000 peluang pekerjaan. Kita melepaskan peluang ini dengan satu alasan yang saya rasa tidak berapa munasabah. Saya telah pun ajukan soalan ini kepada kementerian. Apa yang saya dapat jawapan adalah di mana kalau kita eksport TBB, akan menjadi penghalang untuk Malaysia mencapai sasaran pengurangan karbon. Izinkan saya memberi satu statistik di mana kenapa jawapan ini perlu dipertimbangkan semula. Secara keseluruhannya di Malaysia, potensi tenaga solar, biotenaga dan hidro kuasa kecil yang belum diterokai, masing-masing ialah 270 gigawatt, 3.6 gigawatt dan 2.5 gigawatt. Sebagai perbandingan, kapasiti jana kuasa sedia ada di seluruh negara ialah 34.6 gigawatt. Ia bermaksud, potensi solar sahaja boleh menjana lebih kurang lapan Malaysia sekarang. Kita ada cukup TBB untuk kita mencapai sasaran pengurangan karbon dan mengeksport TBB supaya kita boleh menumbuhkan ekonomi hijau di Malaysia dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, Energy Market Authorities Singapura telah membuat sekali RFP, mengeluarkan permintaan untuk cadangan RFP yang pertama pada 12 November 2021 untuk mengimport sehingga 1.2 gigawatt tenaga elektrik. Tarikh tutup penghantaran RFP telah pun berlalu iaitu 14 Jun 2022. Pemain-pemain RE TBB yang berpangkalan di Malaysia terlepas pusingan ini. Manakala RFP yang kedua telah dibuka pada suku kedua tahun ini. Saya mendapat tahu bahawa EMA Singapura akan menerima RFP secara berterusan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Dengan itu, Bakri sekali lagi menyeru kementerian untuk menimbang semula polisi yang melarang pengeksportan TBB supaya pemain-pemain TBB yang berpangkalan di Malaysia dapat menyertai RFP yang kedua serta kita boleh menerokai banyak lagi peluang pengeksportan TBB daripada segi bio jisim, bio C&G ke negara-negara lain. Apabila kita boleh menang bidaan, apabila kita boleh eksport lebih banyak TBB, pemain RE boleh membuat lebih banyak pelaburan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia. Janganlah kita lepaskan peluang untuk menambah baik ekonomi negara, terutamanya sekarang di mana ekonomi kita sangat-sangat memerlukan perangsangan pascaCOVID-19. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Diharap mendapat pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri dan kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau, tidak ada ya? Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar, lima minit.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Saya hanya ingin mengutarakan perkara-perkara yang lebih bersifat polisi bagi menjayakan tenaga boleh baharu (renewable energy). Sasaran kementerian, sasaran kerajaan sejak 2006 telah mensasarkan 18 peratus hasil sumber itu datang daripada renewable energy dan disasarkan juga pada tahun 2025, kita akan capai 31 peratus. Manakala pada tahun 2035 sebanyak 40 peratus. Pada tahun 2040 Tuan Yang di-Pertua, kita akan dapat keadaan di mana negara kita akan menggunakan sumber tenaga boleh baharu ini secara besar-besaran. Ini sangat baiklah rancangan dan sasaran ini. Cuma saya minta kepada pihak kementerian menjelaskan kepada Dewan ini, apakah sebenarnya framework yang diguna pakai untuk memastikan semua ini dapat dicapai? Saya timbulkan persoalan ini ialah isu kita berpindah daripada sumber yang biasa dipakai, fosil dan sebagainya dan kita tahu kesannya kepada alam sekitar. Untuk berpindah kepada satu keadaan di mana tenaga boleh baharu menjadi asas kepada sumber tenaga kita, kita kena berfikir secara holistik, secara terangkum. Ia bermakna bukan sahaja kementerian yang ada memikirkan soal itu tetapi ia mesti across kementerian yang lain, termasuk dalam menjana ekonomi, termasuk di dalam menjana sosial, peluang pekerjaan dan sebagainya. Jadi, kalau tidak ada keterangkuman itu, kita khuatir target yang kita hendak iaitu 2040 di mana sumber kita akan bergantung penuh kepada sumber baharu ini akan terjejas. Itu satu. Kedua, saya mohon beri penjelasan antara challenges ataupun cabaran yang dihadapi oleh negara ini dan mungkin negara lain dalam berpindah kepada TBB ini adalah tentang high cost. High cost ataupun kos yang tinggi ini menyebabkan lembap kita punya perkembangan untuk memastikan tenaga boleh baharu ini menjadi sumber utama. Itu satu.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang kedua ialah kita melihat pasaran untuk meletakkan renewable energy ini juga agak terbatas dan terhad. Apatah lagi tadi disebut oleh Yang Berhormat Bakri, kalau ada polisi kita tidak boleh hendak mengeksport kita punya tenaga, itu sudah tentu akan lebih memburukkan keadaan. Seterusnya ialah para industri kurang berminat kerana ini menjejaskan kapital mereka apabila mereka terpaksa incur high cost dalam hendak berpindah secara total ataupun secara besar-besaran kepada sumber TBB ini. Dan yang paling utama, saya kira, ialah keselesaan kita untuk sudah lama kita biasa dengan tenaga fosil. Dan lebih penting daripada itu— saya bagi satu contoh. Kalau

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

pertanianlah, kita kata. Di tempat saya, sawah padi. Kalau kita hendak bercerita kepada para pesawah supaya kita berpindah kepada teknologi yang lebih mesra alam yang tidak menjejaskan isu rumah hijau dan sebagainya kerana mereka menggunakan pesticide ataupun racun yang ada chemical, tetapi kalau dia tanya, “Macam mana kami hendak berpindah untuk selamatkan alam sekitar, kalau kos racun pun tinggi tapi kalau saya guna kos yang lebih mesra alam sekitar, lagi tinggi?” Ini menimbulkan isu-isu kartel yang menguasai industri ini, mereka tidak bersedia. Kalau kita secara agresif dari pihak pelbagai sektor menumpukan kepada satu pendekatan yang lebih mesra alam sekitar, maka mereka merasakan pendapatan mereka terjejas. So, bagaimana kita harus mendepani hal ini? Mungkin ia ada kaitan dengan Kementerian Teknologi Hijau dan sebagainya. Oleh sebab itu saya kata kalau kita mendekati isu ini secara isolation, maka kita tidak akan dapat satu polisi framework— yang mana saya mencadangkan polisi framework untuk kita benar-benar menjayakan TBB ini, saya mencadangkan untuk diberi perhatian kepada satu model pertumbuhan ekonomi yang baharu. Baru perkara ini boleh berkembang. Pertumbuhan ekonomi baharu— sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Pertumbuhan ekonomi baharu ini bermula dengan apa yang kita namakan sebagai smart growth, pertumbuhan pintar. Bukan lagi pertumbuhan ekonomi yang kita sudah sedia maklum selama ini yang telah menjejaskan alam sekitar. Yang melibatkan education, knowledge, innovation. Yang ini kena bekerja rapat dengan MOSTI. So, oleh sebab itu saya kata ia bukan hanya renewable energy ini sekadar satu akta secara isolasi dan tidak melibatkan orang lain. Yang kedua ialah sustainable growth iaitu pertumbuhan mampan yang kita pun tahu hari ini kita akan dengar, mungkin dalam bajet, tentang SDG dan sebagainya. Itu sangat baik. Akan tetapi, sejauh mana ia diletakkan sebagai satu framework yang menyeluruh tentang sustainable growth? Kemudian, yang terakhirnya ialah inclusive growth iaitu pertumbuhan secara inklusif yang melibatkan pelbagai sektor. Jangan pula apabila kita bertumpu kepada ekonomi baharu ini, hanya sesetengah wilayah sahaja yang menikmatinya, sesetengah pihak sahaja yang menikmatinya. Ia mestilah bersifat inklusif. Oleh kerana itu, saya mengharapkan sedikit pandangan daripada asal pindaan yang lebih kepada soal kuat kuasa dan soal-soal kuasa yang ada, tetapi saya kira ini sangat penting untuk saya menyampaikan pandangan bagi menjayakan tenaga boleh baharu ini dengan lebih efektif. Ini kerana, seperti mana yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Bakri, kita punya aim tinggi tetapi pelan kita untuk meletakkan apakah indicator emission of carbon ini, apa dia punya indicator, apa dia punya perancangan menyeluruh, baru kita boleh bercakap— kerana kita kena ingat, akhirnya renewal energy adalah untuk mengurangkan emission. Jadi, kalau kita tidak selesai masalah indicator itu, maka kalau kita bawa isu renewable energy pun, takut terbantut di sana kerana tidak ada connection between the purpose in the first place. This exists for what purpose? Oleh sebab itu, saya mohon mencadangkan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Tidak ada di dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut bahas pindaan rang undang- undang ini ataupun kedua-dua akta ini. Pertamanya, saya ingin menyatakan bahawa saya lihat bahawa dengan pindaan ini, Menteri akan mempunyai kuasa yang agak besar untuk menukar atau menggantung mana-mana peruntukan akta. Adakah ini boleh dilakukan sehingga memberi kesan

kepada daya niaga pihak swasta yang mengoperasikan independent power plant (IPP)? Jadi, itu satu kebimbangan. Seterusnya, saya lihat bahawa kedua-dua Akta SEDA atau Sustainable Energy Development Authority dan juga Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) ini, ternampak tidak menyeluruh. Kita tahu bahawa Kerajaan Malaysia menggalakkan pembinaan mini hidro sebagai sumber yang bersih bagi mengurangkan kegunaan diesel dan arang batu. Namun, ini memerlukan kerjasama kerajaan negeri kerana lokasi mini hidro ini mestilah di aliran sungai dan juga tasik. Oleh kerana peruntukan akta ini nampaknya agak kurang jelas, maka ada negeri-negeri yang ambil kesempatan, contohnya untuk mengenakan caj bagi setiap kubik meter air yang digunakan untuk menjana tenaga melalui hidro mini. Contohnya di Perak, cajnya 11 sen bagi setiap meter kubik. Maka, projek menjadi tidak ekonomik. Ada negeri pula yang mengenakan caj pukal setiap tahun lebih kurang RM10,000, ada yang sampai RM30,000 setahun. Saya lihat ini lebih bersifat komersial. Apabila caj yang dikenakan itu tidak economical, maka swasta yang mengusahakan itu tentunya tidak akan meneruskan dengan perbelanjaan kapital membina hidro-hidro mini ini. Maka, semua pihak rugi akibat daripada pengenaan caj yang tidak economical. Pihak pemaju akan rugi kerana tidak dapat berniaga. Kerajaan negeri pun tidak dapat hasil. Negara juga rugi kerana tidak dapat tenaga yang boleh diperbaharu. Dan juga, pengguna tidak dapat sumber tenaga tambahan. Maka, oleh sebab itu, saya lihat bahawa Akta SEDA dan Akta TBB ini perlulah diselaraskan dengan kerajaan negeri. Sepatutnya tujuan wujudnya akta-akta ini adalah untuk mempermudah di semua peringkat. Maka, penyelarasan di antara rang undang- undang di peringkat persekutuan dan juga negeri ini, saya rasa sangat diperlukan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berbangkit. Selain itu, saya juga lihat bahawa program Net Energy Metering (NEM) juga tidak dilihat memberi manfaat kepada rakyat B40 yang marhaen seperti mana yang dihasratkan. Sebaliknya, ia memberi manfaat kepada T20 sahaja dan oleh kerana itu, 100 megawatt yang diperuntukkan di bawah NEM ini tidak habis lagi. Setakat yang kita tahu, hanya 30 megawatt sahaja yang digunakan. Walhal, kuota industri dan sektor komersial 500 megawatt sudah habis digunakan. Tidakkah boleh Yang Berhormat Menteri menggunakan kuasa untuk bantu B40 ini pasang panel-panel solar di rumah sepertimana yang boleh dibuat untuk sektor komersial dan industri, di mana kosnya boleh dipotong dari bil elektrik bulanan yang disalurkan kepada TNB? Saya kira Yang Berhormat Menteri perlu membuat keputusan yang agak berani untuk mengatasi ketetapan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang ternampak mempunyai kuasa yang terlalu besar. Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan mengeksport TBB ke luar negara termasuk Singapura. Tadi pun ada disentuh oleh rakan saya. Kita lihat bahawa Singapura menggunakan tenaga daripada TBB ini bertujuan untuk menjana pusat-pusat data yang menggunakan penjanaan elektrik yang begitu tinggi, malah tahap penggunaannya mungkin menyamai penggunaan elektrik bagi beberapa buah negeri di dalam Malaysia ini.

Begitu besarnya dia punya permintaan untuk tenaga elektrik khususnya TBB ini. Kita tahu bahawa negara kita ini sepatutnya tidak mengeksportkan bahan mentah sebaliknya kita perlu menilai tambah dahulu semaksimum yang boleh sebelum kita mengeksport. Maka kalau kita menganggap TBB itu juga sebagai satu bahan mentah, kenapa tidak kita melabur dalam pusat data di Malaysia ini kerana kita mempunyai banyak TBB maka kita gunakan tenaga itu untuk menjana pendapatan bagi rakyat kita dan juga untuk menjana keuntungan yang besar kerana pusat data ini satu business yang boleh menjana keuntungan yang sangat besar dan daripada situ barulah kita mengeksport ke luar negara.

Mungkin syarikat-syarikat daripada Singapura akan menggunakan pusat data kita di sini berbanding kita mengeksport bahan mentah seperti TBB ini kepada Singapura. Jadi itu cadangan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat.

Saya juga akhirnya ingin menyatakan bahawa Dasar Tenaga Negara kita ini rakan-rakan tadi pun ada menyebut meletakkan sasaran yang begitu rendah, saya lihat. Tidakkah boleh kita meletakkan satu jadual bila agaknya kita boleh menurunkan penggunaan arang batu contohnya, kurangkan subsidi minyak dan sebagainya sebagai sasaran-sasaran yang menjadi tumpuan kepada segala dasar kerajaan selepas ini. Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan RUU Pindaan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Seperti dalam mukadimah akta tersebut bertujuan untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tarif galakan bagi meningkatkan penjana tenaga dari sumber tenaga boleh baharu. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut dan saya rasa kita jelas dengan tujuan pindaan ini. Akan tetapi apa yang saya ingin sebut - tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa berdasarkan semangat MA63, betul? Itu seperti yang dinyatakan tetapi saya juga ingin membangkitkan Dasar Tenaga Negara (DTN) seperti Yang Berhormat Bakri kata, seperti Yang Berhormat Jerlun menyebut Dasar Tenaga Negara 2022-2040 yang baru-baru ini telah dilancarkan dokumen 73 muka surat ini menyatakan antara lain penubuhan Majlis Tenaga Negara (MTN) dan cadangan MTN ini tiada disebut keanggotaan dari negeri-negeri. Apabila kita ada majlis-majlis seperti Majlis Air Negara, Majlis Perancang Fizikal Negara dan Majlis Tanah Negara ada disebut perwakilan negeri-negeri supaya negeri- negeri boleh memberikan pandangan mereka, semangat persekutuan. Akan tetapi dalam Dasar Tenaga Negara yang baru-baru ini dilancarkan, tidak disebut pun dan saya hairan kenapa tiada satu harmonization daripada segi itu kerana dalam Dasar Tenaga Negara adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan TBB di bawah pula KeTSA. Itulah satu perkara pokok yang saya nampak kelemahan Dasar Tenaga Negara yang baru-baru ini dilancarkan. Sebagai wakil dari Bukit Bendera, Pulau Pinang saya ingin sebut perkara itu kerana semangat persekutuan tidak diberikan perhatian dan saya ingin juga seperti rakan- rakan saya tadi menyatakan bahawa apabila kerajaan melancarkan tatkala Eropah dan bahagian dunia lain menghadapi energy crisis, adalah penting juga kita membuat perancangan jangka panjang untuk memastikan tiga perkara. Sekuriti tenaga, sekuriti iklim (climate security) dari segi kelestarian alam sekitar serta bekalan tenaga mampu bayar (affordable). Sektor tenaga menjadi sumber utama pendapatan fiskal bagi perbendaharaan negara. Petroleum dan gas 31 peratus kepada pendapatan fiskal negara. Transformasi sektor tenaga sedang berlaku anjakan daripada sumber berasaskan fosil bagi pengeluaran dan penggunaan kepada sumber tenaga boleh baharu dan mampan. Saya nampak DTN merangkumi kesemua sumber tenaga boleh baharu sama ada hidro, solar, biotenaga dan sumber-sumber lain tenaga baharu dan juga tidak boleh diperbaharui seperti minyak, gas asli dan juga arang batu. Mempunyai aspirasi yang besar dalam DTN ini, negara rendah karbon menjelang tahun 2040 tetapi antara lain salah satu dinyatakan tiada lagi stesen jana kuasa arang

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

batu baharu dan meningkatkan sumber sumbangan TBB. Pelepasan gas rumah kaca sifar bersih pada tahun 2050. Saya ingin membahaskan secara dasar terhadap TBB ini. Walaupun telah dinyatakan 12 strategi dan pelan tindakan dalam Dasar Tenaga Negara, antaranya seperti solar park, rooftop solar panel tetapi ia hanya one-line statement. Statement satu baris sahaja. Tiada detailed execution plan. Apa yang ada barangkali adalah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 oleh KeTSA tetapi strategi-strategi lain seperti merasionalisasikan subsidi tenaga ke arah harga berdasarkan pasaran. One-line statement sahaja. Tidak ada hala tuju. Tidak dinyatakan satu action plan yang jelas kerana kita mempunyai subsidi elektrik melalui imbalance cost pass-through (ICPT) sejak 2015. Subsidi petrol sejak subsidi liquefied petroleum gas (LPG) sejak tahun 80-an. Saya rasa tiada action plan yang jelas, roadmap yang jelas terhadap meningkatkan TBB dan juga dari segi Dasar Tenaga Negara. Saya rasa ini saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri khasnya apa yang telah saya bangkitkan tentang Majlis Tenaga Negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sepang. Tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kangar. Lima minit.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk membicarakan tentang RUU Akta Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022. Ketika dunia sedang membicarakan tentang pemanasan global dan juga perubahan iklim, persoalan tentang tenaga boleh baharu ini tentulah menjadi bahagian penting dalam keseluruhan skim ini. Objektif akta ini kalau kita tengok adalah untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu dan juga mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. Manakala pindaan yang dibuat daripada apa yang saya lihat di sini adalah untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada Menteri bagi menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana- mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia. Tadi disebut keutamaan kepada negeri Sabah. Bersekali dengan rang undang-undang yang kita dibincangkan sekarang, selepas ini kita juga akan membincangkan tentang tenaga lestari yang mana yang saya menganggap ia sebenarnya adalah sebahagian daripada perkara yang sama dan apa yang kita bincangkan pada petang ini bukanlah tentang sains tetapi tentang soal tata kelola (governance) dengan izin bagi usaha mencapai kelestarian dalam pembangunan negara kita. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana meletakkan sasaran mencapai 31 peratus TBB pada tahun 2025 berbanding sasaran 20 peratus sebelum ini. Ini bagi saya adalah satu keberanian dan ia nampak realistik kerana berdasarkan jawapan Timbalan Menteri di dalam sidang kita yang lalu sekarang TBB kita sudah pun mencapai 23 peratus. Meskipun mengharapkan sasaran ini sangat realistik, saya tertanya juga bagaimana sasaran ini boleh dicapai ketika sumber jumlah pembekalan tenaga utama ataupun total primary energy supply (TPES) di negara kita menunjukkan penggunaan batu arang juga meningkat dengan lebih cepat iaitu 11 peratus berbanding penggunaan tenaga boleh baharu termasuk hidro iaitu lapan peratus. Jadi, di samping kita hendak meningkatkan TBB dalam tempoh yang bagi saya relatif singkat, kita juga melihatkan dalam tempoh yang sama sejak akta in diperkenalkan jumlah penggunaan batu arang terus meningkat, tidak pun berkurangan.

Jadi bagaimanakah kementerian secara khususnya dapat mengimbangi perkara ini? Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah langkah untuk kita mengurangkan kebergantungan kepada batu arang ini? Ataupun kita hendak phase out daripada penggunaan batu arang. Saya juga ingin tahu sekiranya kita ada membeli bekalan tenaga dari luar. Apakah jenis tenaga yang kita beli? Adakah ia 100 peratus bersih atau bagaimana? Tadi kalau banyak kawan di sini bercakap tentang eksport tetapi bagaimana pula dengan tenaga yang kita import? Jika ada saya mohon satu senarai lengkap tentang negara berkaitan, jumlah bekalan dan kos yang kita belanjakan. Soalan ini bagi saya penting kerana kalau kita bercakap tadi tentang perubahan iklim, tentang pemanasan global di peringkat antarabangsa pun bukan senang kita hendak capai satu perjanjian. Hal ini kerana negara yang membangun, negara yang sederhana pendapatannya, mereka juga bergelut tentang untuk keluar daripada kemiskinan. Jadi mereka selalu menuntut negara maju yang seharusnya memberikan komitmen yang lebih, yang mana negara-negara yang miskin, negara membangun seharusnya diberikan sedikit kelonggaran supaya mereka dapat keluar daripada kemiskinan dan juga berada lebih kurang setara dengan negara maju. Jadi saya fikir kita perlu mengawasi kuasa besar yang kita hendak berikan kepada Menteri ini. Adakah nanti pengecualian yang akan diberikan akan lebih manfaatkan tauke ataupun ‘Cukong Besar’ yang enggan beralih kepada sumber tenaga boleh baharu berbanding untuk memanfaatkan rakyat yang terbanyak. Saya mengambil contoh misalnya, Program MySuria, saya sebab masa singkat saya akan cuba bawa perbahasan yang lain dalam RUU selepas ini. Akan tetapi saya hendak mengambil satu contoh, MySuria program yang telah ditamatkan oleh kerajaan, sedangkan bagi saya, daripada beberapa petunjuk saya menganggapkan program ini baik kerana ia bukan sahaja menggalakkan rakyat terlibat dalam penggunaan TBB tetapi ia juga dapat meningkatkan pendapatan. Jadi ia ada multipronged objektif. Bukan hanya bercakap soal tenaga tetapi juga membantu menyelesaikan satu sisi daripada keperluan negara iaitu membasmi kemiskinan. Setakat yang saya tahu program ini telah ditamatkan, maksudnya tidak ada lagi permohonan baharu. Jadi permohonan yang ada, yang saya lihat dalam rujukan saya ini sangat sedikitlah. Kita hanya ada ratusan sahaja pemohon yang lama. Jadi saya hendak tanya kenapa program ini tidak diteruskan? Adakah ia dinilai gagal sedangkan bagi saya ia jauh lebih baik berbanding pemberian subsidi elektrik. Tadi sahabat saya dari Jerlun mencadangkan insentif. Saya juga ingin mencadangkan insentif berkaitan ini daripada kita memberikan subsidi elektrik dalam bentuk pengurangan bil semata-mata. Adalah lebih baik kita menjadikan insentif untuk mereka beralih kepada TBB. Jadi memudahkan pengenalan renewable energy kepada rakyat yang terbanyak. Jadi, oleh kerana masa saya singkat saya akan sambung lagi perbahasan mengenai topik yang sama dalam RUU yang seterusnya nanti. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Labuan tidak ada, tetapi diganti oleh Yang Berhormat Kota Belud. Sila, lima minit.

Bismillahi Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa pindaan ini adalah bagi memberi kuasa untuk Yang Berhormat Menteri menggantung peruntukan-peruntukan dua RUU, iaitu Akta 725 dan Akta 726 yang sebelum ini terpakai untuk seluruh Malaysia.

Pertama, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bakri tadi. Kemungkinan salah guna kuasa boleh berlaku apabila pindaan bersifat umum ini dibuat. Saya juga mohon penjelasan dan jaminan daripada kerajaan bahawa perkara ini tidak akan berlaku. Kedua, saya lihat akta ibu iaitu Seksyen 1(2) subseksyen A dan C yang ada disebutkan Malaysia. Mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan, mengapa kita tidak meletakkan selepas perkataan Malaysia, perkataan kecuali Sabah dan Sarawak. Hal ini sebab saya berpandangan jika ini dilakukan ia akan lebih jelas dan objektif kerajaan untuk mengembalikan semula hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Terakhir, mungkin ini berkaitan dengan penyerahan SSB kepada Kerajaan Sabah. Saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan di sini garis masa sebenar penyerahan ini dapat dilakukan sepenuhnya dan apakah jaminan kerajaan bahawa tarif elektrik di Sabah tidak akan melebihi purata nasional apabila penyerahan ini berlaku. Saya juga ingin mengetahui bahawa sekiranya selepas SSB itu diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Sabah oleh Kerajaan Persekutuan. Adakah kerajaan akan meneruskan geran, pinjaman dan subsidi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah? Mungkin pada lima tahun pertama ataupun sebagai contoh tempoh masa yang dianggap sesuai oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Seputeh tidak ada. Kemudian Yang Berhormat Kota Melaka, lima minit.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu tenaga boleh baharu ini, salah satu sektor utama ialah tenaga solar dan dianggarkan kapasiti tenaga solar di Malaysia adalah sekitar 2 gigawatt pada tahun 2022. Menurut Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER), kerajaan sasarkan kapasiti tenaga solar kepada 4.7 gigawatt menjelang tahun 2023 dan menyasarkan menjelang tahun 2035 ialah 7.28 gigawatt. Jadi pertama, soalan yang saya hendak tanya ialah ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengenai status pencapaian target ini. Adakah kita sedang on track ataupun perlu diselaraskan? Kedua, kerajaan telah melancarkan program solar berkala besar ataupun large scale solar (LSS) dan setakat ini ada empat proses binaan telah dilaksanakan dan projek- projek sedang berlangsung. Jadi ingin memohon pencerahan tentang status pelaksanaan projek-projek ini di bawah LSS ini dan adakah telah mendapat target? Berapakah projek yang telah disiapkan dan berapakah yang menghadapi masalah ataupun tergendala? Ketiga, yang saya hendak tanya ialah daripada segi meningkatkan kapasiti tenaga solar. Yang Berhormat Menteri, salah satu sektor yang kurang diberi perhatian ialah pengeluar berskala kecil khususnya untuk unit residential ataupun perumahan. Jika dilihat untuk pengeluar besar atau pihak komersial dan industri, kerajaan ada menyediakan pelbagai insentif, geran dan potongan cukai. Malah bank-bank juga bersedia untuk memberikan pinjaman kepada pengeluar besar. Akan tetapi untuk individu yang berminat untuk memasang tenaga solar di rumah mereka, pengiraan kos benefit dan pay back period, masih kurang meyakinkan. Oleh itu, ramai yang tidak tertarik untuk memasang tenaga solar. Jadi ingin memohon penjelasan daripada kerajaan. Apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk merangsang pengeluar berskala kecil seperti individu, memasang di rumah masing-masing? Itu sahaja yang saya hendak bangkit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang saya berbahas dengan ringkas dalam meminda Akta Tenaga Boleh Baharu dan pindaan RUU yang selepas ini juga saya rasa sangat terkait dengan tenaga boleh baharu. Saya cuma ingin menyentuh soal dasar. Suka tidak suka negara kita sangat bergantung kepada petroleum dan kita sedia maklum bahawa petroleum ini adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan terdapat kajian telah meramalkan, jika kita terus berterusan menggunakan sumber ini, kita akan habis dalam tempoh satu abad lagi. Tidak kurang juga kebimbangan kita faktor ini juga kerosakan persekitaran daripada pembebasan bahan pencemar. Jadi pelaksanaan tenaga lebih baharu ini sebenarnya akan memberikan manfaat kelangsungan sumber bahan mentah sebaliknya turut mesra alam dan sewajarnya isu ini harus kita ketengahkan, penggunaan TBB. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga merujuk kepada Laporan Tahunan Suruhanjaya Tenaga, yang mana sebanyak 24.63 juta tan metrik arang batu untuk kegunaan sisa-sisa dan kuasa arang batu di Semenanjung diimport dari luar negara dan Indonesia merupakan pembekal tertinggi dengan bekalan sebanyak 54 peratus, diikuti oleh Australia sebanyak 30 peratus, Rusia sebanyak sembilan peratus dan Afrika Selatan sebanyak lima peratus.

Berdasarkan kajian terkini ke atas kadar penggunaan tenaga menyatakan, dunia akan mengalami kerajaan krisis kekurangan tenaga bagi sumber gas asli dalam tempoh 60 tahun. Jangka hayat arang batu pula hanya mampu bertahan selama 130 tahun dari sekarang. Jadi, sebab itulah saya Tuan Yang di-Pertua, apabila bercakap berkenaan pembangunan lestari ini, saya yakin harus ada sumber tenaga alternatif yang perlu diusahakan daripada sumber yang boleh diperbaharui dan mesra alam selain daripada solar. Sebagai contoh saya ada membaca artikel Profesor Datuk Omar Yaakob iaitu Felo Penyelidik Pusat Teknologi Marin UTM. Beliau ada menyatakan bahawa keluasan laut Malaysia ini adalah seluas 614.159 kilometer persegi iaitu hampir dua kali ganda daratannya. Manakala, ukuran Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah 453.186 kilometer persegi. Jadi, lautan ini mempunyai takungan tenaga yang boleh diperbaharui yang sangat besar dan luas. Sekiranya kita boleh eksploitasi secara strategik yang mampu menyumbang untuk memenuhi permintaan negara sumber tenaga kita yang semakin meningkat. Potensi lautan sebagai sumber tenaga alternatif ini sangat besar kerana sistem tenaga lautan ini boleh dibangunkan berdasarkan: (i) konsep perbezaan suhu; (ii) julat pasang surut; (iii) harus pasang surut; (iv) ombak laut; dan (v) kecerunan kemasinan. Maka, saya mengharapkan kementerian − sebarang aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D dalam bidang ini yang rata-rata dipelopori oleh negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Utara, Asia Utara dan Australia. Harus kita kementerian memberikan sokongan khususnya penyelidik-penyelidik tempatan untuk membangunkan bidang ini di Malaysia. Saya amat mengharapkan agar galakan dan sokongan ini akan diberikan secara berterusan.

UTM adalah antara pelopor pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Selain daripada UTM, sebenarnya kita ada universiti lain seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaya dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk turut melaksanakan penyelidikan ini. Jadi, saya yakin tenaga boleh baharu ini mampu membantu daripada segi kewangan kepada negara berbanding dengan penggunaan bahan api fosil seperti minyak dan juga gas. Kita juga harus ingat bahawa resap gas dan minyak kebangsaan yang semakin berkurangan. Bekal yang terhad dan ketidaktentuan harga pasaran akan membebankan sektor tenaga. Dengan pembangunan tenaga boleh baharu di Malaysia maka akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai untuk menceburkan diri dalam teknologi baharu dan akan mengurangkan kadar pengangguran. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya tenaga boleh baharu merupakan salah satu sumber tenaga yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan kerana ia lebih menguntungkan negara daripada segi pengurangan kos pengimportan bahan api fosil dari luar negara. Jadi, saya harap pindaan RUU ini bukan sahaja memberi manfaat yang besar buat rakyat tetapi khususnya rakyat di Sabah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Seterusnya, saya jemput yang kedua terakhir Yang Berhormat Wangsa Maju. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya tiada masalah tentang pindaan dibentangkan ini. Walau bagaimanapun, saya ingin menyentuh sedikit dengan beberapa isu kelemahan kerajaan untuk mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu. Masa kini kadar penggunaan tenaga boleh baharu boleh bagi menggantikan bahan api fosil komersial di negara ini jauh daripada sasaran kita. Tuan Yang di-Pertua, bagi mencapai sasaran kita, kita mestilah terlebih dahulu mengatasi dua halangan utama iaitu pertama, pengeluaran upfront ataupun modal permulaan yang besar. Sebagai contoh pemasangan sistem solar untuk kilang bersaiz sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 dan akan mengambil masa kira- kira tujuh tahun untuk pemilik kilang mendapatkan semula pelaburan modal awal mereka. Banyak PKS tertarik dengan sistem feed-in tariff atau FiT dan sangat berminat untuk mengambil bahagian. Akan tetapi, kos awal pemasangan menghalang mereka untuk beralih kepada sistem tersebut. Saya ingin tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kos upfront ini? Saya mencadangkan bagi solar panel dan semua peralatan berkaitan dikecualikan duti import. Kedua, memanjangkan tempoh masa untuk kitar ataupun Green Investment Tax Allowance ke tahun-tahun selepas tahun 2023. Halangan yang kedua yang perlu diatasi adalah kewujudan kesedaran yang mencukupi dalam kalangan pengguna elektrik terutamanya pemilik-pemilik rumah. Penggunaan FiT yang perlahan dalam kalangan pemilik rumah kerana kurangnya kesedaran. Promosi sistem FiT perlulah lebih agresif. Kos tinggi untuk perbelanjaan modal permulaan juga mempengaruhi keputusan pemilik rumah untuk membelanjakan sejumlah besar bagi pemasangan sistem solar terutamanya bagi mereka yang mempunyai nilai bil elektrik yang kecil. Jadi, saya ingin mencadangkan memberi tax incentive bagi pemilik rumah yang menggunakan tenaga boleh baharu. Tuan Yang di-Pertua, sistem tenaga solar mahal sebab komponen utamanya iaitu panel solar, kesemuanya diimport. Kita tidak mempunyai teknologi ini. Akan tetapi, kita mempunyai sumber cahaya matahari yang melimpah luah di mana ia memenuhi kondisi utama yang diperlukan untuk kita membangunkan industri tenaga solar sendiri. Kita harus melihat lebih daripada sekadar meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu dalam negara. Industri tenaga solar merupakan sektor perniagaan multibillion. Hasil jualan eksport tenaga elektrik antarabangsa daripada seluruh negara berjumlah USD 61.5 bilion pada tahun 2021.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Malaysia mampu menjadi negara pengeksport tenaga solar jika kita bekerjasama dengan negara pengeluar tenaga solar bagi memanfaatkan sumber tenaga solar di negara ini serta pasarannya di rantau ASEAN. Tidak mustahil untuk membina grid penghantaran elektrik di rantau ASEAN dan tenaga solar dijana di Malaysia boleh dieksport melalui gred ke negara-negara ASEAN yang pesat membangun dan keperluan elektrik yang dijangka akan meningkat. Australia, China dan India semuanya mempunyai teknologi HBDC dan kemampuan dan keupayaan untuk mereka membentuk dan membina sistem yang panjang berkuasa untuk menghantar elektrik ke seluruh negara sejauh beribu-ribu kilometer. Semua negara ini mempunyai niat mengeksploitasikan tenaga boleh baharu mereka untuk kegunaan domestik dan juga eksport. Mereka adalah potensi rakan kongsi kita. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya inilah laluan yang harus kita rintas untuk negara terus hidup dan mampu bertahan apabila 50 tahun yang mendatang ini kita akan kehabisan petroleum dan gas. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai. Lima minit.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengan rendah hati ingin membahas Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu. Ada beberapa isu yang ingin saya bangkitkan agar dapat perhatian Menteri mengenai tenaga boleh baharu. Kita sedia maklum bahawa telah berlaku krisis tenaga global disebabkan berlaku konflik antara Rusia dan Ukraine dan akhirnya memberi kesan pada kos sara hidup terutama melibatkan kos makanan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan mengenai tenaga boleh guna. Kita setuju bahawa tenaga boleh baharu adalah alternatif sudah ada beberapa universiti menggunakan tenaga baharu ini seperti Universiti Sultan Azlan Shah. Akan tetapi yang menjadi persoalan sekarang adalah mengenai penggunaan oleh rakyat biasa. Bolehkah kerajaan nyatakan berapa peratus rakyat di kalangan B50 yang menggunakan tenaga boleh baharu ini untuk aktiviti harian? Jika ditanya pada golongan B30 supaya pasti mereka tidak mampu kerana kos yang tinggi. Berdasarkan kos di pasaran kos untuk memiliki panel solar adalah antara RM16,000 hingga RM23,000 untuk sistem asas. Isu lain yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai polisi kerajaan dalam meningkatkan penggunaan tenaga daripada tenaga boleh baharu. Kerajaan ada membuat polisi untuk menetapkan sasaran 31 peratus daripada jumlah tenaga di Malaysia daripada tenaga boleh baharu ke tahun 2025. Maka persoalan saya ingin ditimbulkan adalah apakah perkembangan terkini mengenai polisi ini. Bagaimanakah proses untuk mencapai objektif ini? Saya juga mohon kerajaan nyatakan tempat yang menjadi fokus dalam proses tenaga boleh baharu ini. saya berdiri teguh dalam apa-apa perkara yang memberikan kebaikan kepada rakyat. Akan tetapi ada beberapa soalan yang memerlukan perhatian agar rakyat lebih mendapat kebaikan daripadanya. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat, 10 Ahli-ahli Yang Berhormat telah membuat perbahasan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada 10 orang rakan-rakan saya Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan akta untuk meminda Akta 725 ini yang pada saya. Saya tidak sangka begitu ramai kerana pindaan yang saya bawa ini adalah pindaan untuk tadbir urus sahaja. Bukan mengenai substance kepada akta ini tetapi tidak apa. Ini menunjukkan bahawa bidang tenaga boleh baharu ini mendapat minat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat kita yang saya percaya ini satu perkara yang cukup baik untuk rakyat kita. Saya ingin memberi respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri iaitu Menteri yang dahulu menjadi Menteri di kementerian ini yang mempersoalkan apakah jaminan seksyen yang dipinda ini hanya digunakan untuk penyerahan kuasa di Sabah sahaja. Dia kata tidak disalahgunakan. Kerajaan memberi jaminan bahawa peruntukan pindaan ini adalah untuk memberi kuasa kepada Menteri bagi menggantung pemakaian akta ini di negeri Sabah sahaja untuk tujuan ini kerana sebelum daripada akta ini telah pun dikecualikan untuk penggunaan di Sarawak. Akta ini sebagaimana saya sebutkan tadi adalah akta yang govern perkara- perkara berkaitan dengan elektrik TBB ini di Semenanjung dan juga di Sabah sekarang ini. Apabila Sabah ingin mengambil alih pengurusan elektrik termasuk TBB ini, maka akta ini memperuntukkan ia digantung. Jadi, peruntukkan gantung itulah yang hendak dimasukkan dalam akta ini. Itu sahaja. Namun demikian bagi menjawab Yang Berhormat Bakri, bagi membolehkan pergantungan dikuatkuasakan, Menteri perlu membuat satu perintah penggantungan akta ini yang disiarkan di dalam warta sebagaimana sebelum ini kita buat untuk negeri Sarawak. Kedua, Yang Berhormat Bakri juga bertanya peluang...

Yang Berhormat Menteri.

...Yang Malaysia terlepas kerana dasar tidak mengeksport TBB...

Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan jawapan pertama.

...Umpamanya ke Singapura.

Berkaitan jawapan pertama tadi.

Ya.

Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang Sabah sebelum ini kita sudah pengecualian kepada Sarawak. Di negara kita ini ada satu kes yang cukup popular iaitu Empangan Bakun dahulu. Kita buat itu adalah untuk pembekalan tenaga seluruh negara. Akan tetapi akhirnya kita tahu nasib dia hari ini kita tidak dapat manfaat untuk seluruh negara. Jadi, adakah kesilapan yang sama akan berulang sekiranya kita melaksanakan untuk Sabah pula?

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kangar. Jadi kalau itu memang merupakan perkara yang terkandung dalam akta ini. Ini merupakan dasar negara dan apabila ia dipindahkan kuasa elektrik ini ke negeri-negeri, dia masih lagi merupakan dasar nasional. Sebagai contohnya apabila TBB ini tidak boleh dieksport ke negara luar, ia terpakai juga kepada negeri yang tidak menggunakan akta TBB ini. Umpamanya Sarawak dan selepas ini ke Sabah. Itu jelas. Jadi, tidak berlakulah apa ini— berlakunya kerugian kepada negara apabila perbekalan ini dikawal oleh negeri dan sebagainya. Okey, untuk TBB yang dikatakan terlepas peluang industry players di Malaysia kerana tidak ada dasar, tidak dijual PBB ini. Saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya dalam negara ini keperluan negara kita sendiri kepada sumber TBB ini masih tidak

mencukupi. Inilah merupakan asas kenapa kerajaan buat dasar tidak boleh kita eksport keluar negara. Apabila tidak cukup— kalau tidak mencukupi TBB dalam negara, ia tidak boleh menarik pelabur-pelabur dari luar negara yang fokus kepada RE. Sebagai contohnya syarikat dinamakan RE100 yang menggunakan 100 peratus tenaga boleh baharu. Mereka tidak datang ke Malaysia ini kerana tidak cukupnya TBB ini. Dasar ini juga supaya negara kita tidak rugi daripada segi kredit karbon. Kalau sekiranya kita menjual ataupun mengeksport TBB ini kita tidak mendapat keuntungan daripada segi kredit karbon kerana kredit karbon ini akan diperoleh kepada negara yang kita eksport. Kalau ke Singapura, Singapura lah yang dapat. Ekoran daripada keputusan kerajaan tidak mengeksport TBB. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat negara kita telah mendapat banyak cadangan pelaburan dari pusat-pusat data ataupun data center sebagai mana disebut oleh Yang Berhormat Jerlun tadi. Data center mendapat banyak permintaan dibina di Malaysia walaupun syarikatnya terletak di Singapura tetapi data center-nya terletak di Malaysia. Saya baru berjumpa dengan satu pelabur yang akan membina data center di atas tanah sebuah syarikat GLC seluas 1,000 ekar di selatan negara ini. Jadi, kita mendapat banyak cadangan pelaburan untuk pusat-pusat data ini. Mereka ini inginkan TBB ini melabur di dalam negara kita ini sekali gus ia sudah tentulah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat kita sendiri. Jadi, tindakan kita tidak mengeksport TBB ini telah menyelamatkan daripada kita kehilangan lebih banyak lagi pelaburan yang memerlukan TBB dalam negara kita ini. Yang Berhormat Bakri juga membangkitkan mengenai Dasar Tenaga Negara sebagaimana juga beberapa Yang Berhormat yang lain yang mengatakan sejauh mana penglibatan KeTSA. Saya hendak menyebutkan bahawa Dasar Tenaga Negara (DTN) ini hanya diurus selia sahaja oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu Unit Perancang Ekonomi oleh kerana Dasar Tenaga Negara (DTN) ini melibatkan banyak sekali kementerian- kementerian. Selain daripada KeTSA, ada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Perusahaan dan Perdagangan Antarabangsa, MITI yang terlibat dengan EV dan juga KeTSA sendiri dan beberapa kementerian yang lain. Oleh sebab itulah kabinet memutuskan supaya Economic Planning Unit (EPU) menjadi penyelaras sahaja kepada Dasar Tenaga Negara (DTN) ini, bukan mereka yang mengendalikan. Akan tetapi tugasan-tugasan untuk menjayakan DTN ini diuruskan oleh pelbagai kementerian termasuklah kementerian KeTSA yang menguruskan tenaga dan juga MITI akan menguruskan mengenai electric vehicle (EV). Yang Berhormat Bukit Bendera juga ingin menjelaskan kenapa apabila ditubuhkan Majlis Tenaga Negara ini tidak disenaraikan keahliannya. Saya mohon izin untuk memberi jawapan selepas ini sebab ia dikendalikan oleh EPU. Saya belum lagi mendapat siapa ahlinya. Akan tetapi pada dasarnya oleh sebab Majlis Tenaga Negara ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya yakin dan percaya ia akan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri. Sebagaimana Yang Berhormat Jerlun sebut tadi, kita perlu ada satu kolaborasi antara kerajaan Persekutuan Dewan Negara kerajaan negeri dalam menjayakan perkara berkaitan TBB ini. Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar mempersoalkan sejauh mana kerajaan dapat memastikan kerangka tenaga boleh baharu ini yang lestari dan konklusif. Saya ingin memaklumkan bahawa bagi memastikan kerangka TBB ini berbentuk lestari dan inklusif, kerajaan telah menerbitkan dokumen yang bernama Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) yang menetapkan hala tuju yang jelas dan strategik untuk membolehkan pembangunan tenaga boleh baharu yang lestari yang inklusif melalui pembangunan sumber-sumber tenaga boleh baharu, bukan sahaja solar tetapi biojisim, biogas dan juga hidro kuasa kecil dan sebagainya.

Yang Berhormat Kota Belud meminta dijelaskan mengenai garis masa (timeline) yang jelas mengenai rancangan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengambil alih sektor elektrik ataupun khususnya Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB).

Untuk makluman Yang Berhormat, telah ada satu mesyuarat Pemandu yang dipengerusikan bersama oleh saya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah mengenai penyerahan kuasa pembekalan elektrik negeri Sabah dan juga SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah. Baru sahaja diadakan pada bulan Ogos 2022. Mesyuarat ini dihadiri oleh kementerian dan juga agensi pusat serta juga agensi-agensi daripada Kerajaan Negeri Sabah. Kementerian ini mengambil maklum akan pendirian terkini Kerajaan Sabah. Ini pendirian Kerajaan Sabah berhubung dengan penyerahan kuasa ini yang mana setakat ini, pembekalan elektrik Sabah dan SESB mencadangkan diadakan secara berfasa. Fasa yang pertama ialah penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik Sabah daripada segi kawal selia. Oleh sebab itulah kita perlu pinda Akta 726, akta SEDA tadi. Fasa yang kedua ialah penyerahan SESB berdasarkan Pelan Transformasi SESB yang dijangka mengambil masa selama tujuh tahun. Tujuh tahun itu selepas daripada tarikh penyerahan. Jadi, tidak diserahkan 100 peratus. Ini adalah untuk menjamin bekalan tenaga di Sabah ini tidak tergendala disebabkan tidak ada penyertaan daripada Kerajaan Persekutuan. Dalam hubungan ini, kementerian bersama-sama dengan agensi pusat sedang meneliti dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah ini. Berhubung dengan – soalan Yang Berhormat mengenai isu kadar tarif elektrik selepas pengambil alihan berlaku. Saya ingin memaklumkan bahawa, kerajaan telah melaksanakan satu mekanisme yang bernama Incentive-based Regulation (IBR) di Sabah bermula pada Januari 2022. Inilah satu mekanisme yang mengawal supaya kadar tarif tidak dapat dinaikkan sewenang-wenangnya oleh syarikat utiliti. Jikalau di Malaysia ini TNB, kalau di Sabah SESB. Inilah mekanisme kawalan yang dikenakan yang dikaji setiap tiga tahun yang mana kos penjanaannya disemak setiap enam bulan yang dipanggil mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) itu dengan izin. Itu dinyatakan. Setakat ini, purata tarif asas elektrik dikekalkan pada kadar 34.52 sen per kilowatt jam berbanding dengan kos perbekalan elektrik sebenar di Sabah sebanyak 43.83 sen. Akan tetapi, dikenakan hanya sebanyak 34.52 sen. Ini adalah kawalan di bawah ICPT yang tidak membebankan rakyat jelata terutamanya B40 dan sebagainya. Seterusnya Yang Berhormat Kota Belud juga mencadangkan supaya meletakkan perkataan ‘kecuali Sabah dan Sarawak’ selepas Malaysia. Ini saya rasa – tujuan pindaan ini adalah untuk menggantung kuat kuasa sebagaimana saya sebutkan tadi, mana-mana bahagian termasuk Sabah dan Sarawak. Akan tetapi kalau dikecualikan Sarawak dan Sabah maka itulah pentingnya peruntukan Menteri boleh menggantung sebagaimana yang saya sebutkan tadi, dua akta yang terdahulu iaitu Akta Bekalan Elektrik dan Akta Suruhanjaya Tenaga ini ada peruntukan ini. Saya tidak pasti kenapa pada tahun 2011, akta ini diluluskan tanpa memasukkan peruntukan tersebut dan kini kita mengambil langkah untuk membetulkan keadaan ini. Yang Berhormat Jerlun dan juga Yang Berhormat Kangar rakan saya telah membangkitkan mengenai apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan penjanaan elektrik menggunakan sumber arang batu. Yang Berhormat kangar sebut batu arang, lebih kuranglah. Saya hendak maklumkan bahawa ada satu mesyuarat yang dipanggil mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Perbekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang diadakan pada bulan Disember 2021 memutuskan – ini dasar ya, tidak ada lagi jana kuasa arang batu yang baharu akan dibina. Apabila jana kuasa arang batu sekarang ini retire, bersara ataupun sudah cukup tempoh dia, ada yang tahun 2026, tahun 2027 dan ada yang sampai tahun 2031. Kerajaan buat dasar, tidak ada lagi loji jana kuasa arang batu dibenarkan. Ia perlu dialih kepada sumber-sumber penjanaan yang lain. Sumber TBB sama ada solar ataupun gas dan juga sedang mengkaji sekarang ini daripada sumber hidrogen pun sedang dikaji sekarang ini. Atom itu belum lagilah. Opsyen pelanjutan operasi arang batu – walaupun ada tetapi kadarnya telah dikurangkan dengan begitu banyak sekali. Kalaupun ada, sebabnya isunya kerana

struktur loji jana kuasa itu dibina dengan kos yang begitu besar, sebahagiannya belum lagi mendapat pulangannya. Akan tetapi, dia tidak boleh menggunakan TBB. Jadi, kadang-kadang kerajaan perlu memikirkan supaya stesen jana kuasa itu dapat dia punya pulangan yang sewajarnya, kita mungkin membenarkan perkara ini. Yang Berhormat Merbok membangkitkan apakah potensi sumber TBB yang lain? Buat masa ini, pembangunan TBB di bawah Akta 725 ini tertumpu kepada sumber sedia ada seperti solar, hidroelektrik termasuklah mini hidro, biogas dan biojisim. Walau bagaimanapun, berdasarkan dasar Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER), kementerian terbuka untuk penerokaan sumber tenaga boleh baharu yang lain termasuklah ombak (wave), Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC), hidrogen, termasuklah kajian mengenai kos penjanaan dan juga daya harap. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun kita setuju usaha-usaha kerajaan untuk menambahkan penggunaan TBB sebagai sumber penjanaan tenaga, kita juga faham bahawa kadang- kadang kosnya tinggi dan kita tahu kerajaan pun mengeluarkan peruntukan yang agak banyak untuk subsidi. Jadi, kita juga tahu dan kita terima hakikat bahawa penjanaan melalui pembakaran arang batu ini perlu dikurangkan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Saya faham juga bahawa pelaburan untuk semua loji-loji penjanaan yang menggunakan arang batu ini ada yang di kalangan mereka belum lagi habis dia punya tempoh amortization perbelanjaan suatu pembinaan yang awalnya dahulu. Jadi, yang kita minta ialah untuk tempoh itu, suatu tempoh yang sesuai, tidak membebankan rakyat dengan kos yang melambung tinggi sekiranya kita dengan tergesa- gesa berubah terus kepada TBB. Itu pandangan saya. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jerlun. Satu pandangan yang cukup baik. Memang itulah juga yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini. Oleh sebab itulah kita melihat bahawa kadar peralihan kepada TBB ini tidaklah dibuat sekali gus, ia berfasa. Sekarang ini tahun 2022, sekitar 23 peratus. Pada tahun 2025, kita anggarkan kita boleh capai sebanyak 31 peratus sahaja dan tahun 2035 hanya 40 peratus. Pada tahun 2025 sebanyak 31 peratus. Jadi, itu telah mengambil kira – saya rasa dasar kita supaya ia tidak membebankan terutamanya kepada pengguna-pengguna elektrik kita dan sebagainya. Sekarang ini pun untuk makluman Yang Berhormat, saya pernah sebut dalam Dewan ini, kerajaan telah memberikan subsidi untuk menampung kos ICPT hampir RM6 bilion untuk penjanaan bagi bulan Januari sehingga bulan Jun tahun ini yang dikenakan pada bulan Julai sehingga Disember. Pada bulan Julai sehingga Disember, saya kira ia mencapai yang lebih tinggi lagi. Yang Berhormat Kangar juga membangkitkan mengenai Program MySuria yang tidak diteruskan. Saya ingin menjelaskan bahawa program MySuria merupakan program yang baik. Namun, ia ditamatkan semasa kerajaan dahulu selaras dengan dasar kerajaan pada masa itu untuk merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan. Jadi, itu telah ditamatkan oleh kerajaan sebelum ini atas asas-asas yang mereka sendiri berikan. Yang Berhormat Kota Melaka...

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja berkaitan dengan My Suria ini.

Ya, ya.

Saya faham, ditamatkan tetapi cuma saya hendak tahulah sama ada kementerian sekarang ingin menghidupkan semula program ini?

Ya, ia bergantung kepada permintaan pihak- pihak yang berkenaan. Kalau sekiranya pihak yang berkenaan dalam projek ini meminta supaya kita mengkaji- ada banyak program, projek-projek yang dibatalkan di reactivate

semula apabila diberikan syarat-syarat baharu dan sebagainya yang menguntungkan kerajaan dan juga tidak membebankan rakyat. Itu bergantunglah, kalau ada, kita boleh tengoklah benda itu. Yang Berhormat Kangar tidak ada kepentingan ya? Okey, terima kasih. Sahabat saya, Yang Berhormat Kota Melaka bertanya mengenai status pelaksanaan large scale solar (LSS). Saya ingin memaklumkan bahawa setakat empat pusingan RFP yang telah dibuat melalui LSS ini, kita telah luluskan sebanyak 87 projek. Daripada jumlah tersebut, 40 projek telah mula beroperasi. Kerajaan akan memastikan supaya semua Projek LSS akan beroperasi menjelang tahun 2055 supaya sasaran kita 31 percent TBB dalam perbekalan elektrik akan dapat dicapai. 40 out of 87, yang lain itu masih lagi berjalan ya. Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan insentif solar kepada pengguna domestik. Kementerian telah mengemukakan cadangan insentif solar ini bagi penggunaan domestik kepada Kementerian Kewangan untuk Belanjawan 2023 ini. Jadi, kita cubalah. Sekarang ini insentif nya tidaklah begitu jelas tetapi memang memikirkan pentingnya sebagai mana yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mengemukakan satu cadangan supaya Belanjawan 2023 ini juga memberi peruntukan untuk insentif kepada pengguna-pengguna domestik bagi penggunaan solar ini. Kita tengoklah apa yang akan disebut nanti. Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan isu mengapa kerajaan tidak meletakkan sasaran TBB yang tinggi, sedangkan Malaysia mempunyai potensi TBB yang besar? Saya ingin menyatakan bahawa penetapan sasaran TBB perlu dilakukan secara realistik sebagaimana yang saya sebutkan tadi dan objektif bagi kita memastikan supaya ia nya tidak menimbulkan kesan dan implikasi kenaikan tarif kepada pengguna. The target must be achievable, dengan izin. Sumber TBB yang berpotensi tinggi di Malaysia ialah sumber solar. Namun, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Bakri tadi, ia nya berbentuk intermittent, tidak tetap, tidak sepanjang tahun kita ada solar. Oleh itu, bagi memastikan kemasukan bekalan elektrik daripada tenaga solar yang stabil, kita memerlukan kepada teknologi bateri untuk storage. Namun demikian, kos pemasangan bateri juga masih tinggi. Oleh itu, ia nya dilakukan secara beransur-ansur, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, setakat itu sahaja yang dapat saya sampaikan dalam penggulungan saya. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (Datuk Ali anak Biju) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Tahun 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, izinkan saya untuk turut kali ini juga membentang rang undang-undang ini yang bertujuan untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 atau Akta 726 yang mana ia adalah susulan daripada Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sekejap tadi. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, latar belakang bagi pindaan yang saya cadangkan melalui RUU ini adalah sebagaimana yang telah saya bentangkan sekejap tadi iaitu dalam Akta 726 ini tidak ada peruntukan sebagai mana yang saya sebutkan tadi. Jadi, adalah menjadi hasrat saya, pembentangan ini membolehkan proses dan urusan penyerahan kuasa autonomi perbekalan elektrik pada Kerajaan Negeri Sabah, termasuk bagi perkara-perkara berkenaan dengan kawal selia pembangunan tenaga boleh baharu dilakukan dengan teratur kepada Kerajaan Negeri Sabah, selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan semula kuasa autonomi kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui satu perintah penggantungan di bawah Perkara 96C Perlembagaan Persekutuan. Sebagai mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Tahun 2011 atau Akta 726 ini merupakan suatu akta yang diwujudkan bagi memperuntukkan kuasa terhadap penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau lebih dikenali sebagai Sustainable Energy Development Authority (SEDA) yang mana agensi ini bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi dan kuasa terhadap perkara-perkara berkaitan tenaga lestari. Ini termasuk fungsi dan kawal selia bagi pelaksanaan mekanisme tarif galakan ataupun feed- in tariff (FiT) yang diperuntukkan di bawah Akta 725 di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah. Namun demikian, seperti Akta 725, Akta 726 ini juga tidak mengandungi peruntukan yang membolehkan pemakaian akta ini digantung di mana-mana bahagian di Malaysia. Oleh itu, pindaan ke atas akta ini adalah perlu dilakukan bagi memasukkan peruntukan tersebut supaya proses dan urusan penyerahan kuasa autonomi perbekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah termasuk fungsi kawal selia terhadap perkara- perkara berkaitan tenaga lestari, khususnya mekanisme FiT dapat dilaksanakan. Dengan wujudnya klausa penggantungan ini, Yang Berhormat Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta, menggantung penggunaan Akta 726 agar kuasa kawal selia pembangunan TBB, termasuk mekanisme FiT diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sabah iaitu melalui satu enakmen yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Kerajaan difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah pun menubuhkan apa yang dinamakan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk melaksanakan tugas-tugas perancangan dan kawal selia pembangunan TBB sekiranya proses penyerahan kuasa perbekalan elektrik dilakukan. Ini adalah satu langkah proaktif Kerajaan Negeri Sabah. Mereka mewujudkan Unit Tenaga Negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, sebagaimana rang undang-undang sebelum ini, pindaan yang saya hendak cadangkan untuk Rang

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022 ini atau Akta 726 ini juga adalah ringkas dan straightforward sahaja. Pindaannya melibatkan dua fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta. Manakala Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 1 Akta 726 dengan memasukkan subseksyen baharu iaitu subseksyen (3) untuk memberikan Menteri kuasa untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 726 di mana-mana bahagian di Malaysia, dalam konteks Kerajaan Negeri Sabah, untuk tujuan ini. Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah merupakan pindaan kecil bersifat editorial atau berbangkit, consequential in nature, dengan izin. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya yakin rang undang- undang yang dikemukakan ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus akta ini serta memastikan proses pemulangan kuasa perbekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah kelak berjalan dengan lancar terutamanya bagi perkara-perkara yang melibatkan pelaksanaan kawal selia program TBB ini di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul ini.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tunggu sebentar. Bagi saya bercakap dahulu. Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul ini.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Mengikut senarai yang ada pada saya, seramai lima orang Yang Berhormat akan berucap, terdiri daripada Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Bakri membuka tirai.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Bakri untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, saya telah menerima maklum balas daripada pemain-pemain industri solar berkenaan dengan terdapatnya kelambatan dalam kelulusan lesen dan permit yang diperlukan untuk projek Net Energy Metering (NEM) yang kadangkala boleh mengambil masa enam bulan. Selain itu, ia mengambil lebih lama lagi untuk mendapatkan kelulusan Green Investment Tax Allowance (GITA) yang boleh mengambil masa sembilan bulan. Ia bermaksud bahawa untuk pemain industri yang telah pun mendapat kontrak daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk memasang solar atas bumbung, mereka perlu menunggu sembilan bulan selepas itu, baru projek boleh start. Dalam sembilan bulan ini, kadangkala syarikat akan tukar idea ataupun tukar keputusan mereka. Oleh itu, saya rasa bahawa SEDA perlu mengambil satu inisiatif untuk menyelaraskan semua permohonan ini supaya kita boleh meringkaskan kerenah birokrasi yang terlibat dalam permohonan NEM. Jika boleh, saya nak cadangkan supaya Menteri ataupun Kementerian membuat satu penyelarasan di mana setiap peringkat permohonan, kita letakkan KPI. Ini supaya

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

kita tahu bahawa di setiap permohonan, apakah eventually— akhirnya bila mereka akan dapat kelulusan ataupun tidak lulus, tetapi sekurang-kurangnya kita ada KPI untuk kelulusan. Untuk Green Investment Tax Allowance (GITA), saya memang tahu bahawa bukan di bawah kementerian tetapi di MIDA dan juga MOF. Akan tetapi, kalau kita boleh, kita membuat penyelarasan untuk menyenangkan birokrasi ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah pun meneliti The Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) dan ingin mendapatkan beberapa penjelasan. Kalau hari ini boleh dijelaskan, jelaskan hari ini. Kalau tidak ada, secara bertulis pun boleh. Saya sangat bersetuju dengan beberapa tindakan utama SEDA menjelang tahun 2025 dalam MyRER termasuk dengan memulakan program tender solar atas bumbung untuk bangunan kerajaan, membolehkan perjanjian pembelian kuasa (PPA) melalui kerangka third-party access, terokai kebolehlaksanaan tenaga bio dan terokai kemungkinan Bio-CNG dan pembakaran biojisim, cofiring. Sebenarnya, idea ini bermula apabila kita masih lagi jadi kerajaan dan saya sangat gembira bahawa idea ini diteruskan dalam MyRER ini. Bakri ingin tahu, apakah perkembangan ketiga-tiga ini? Secara spesifiknya, bilakah kerajaan akan membuka tender solar atas bumbung untuk bangunan kerajaan? Apakah saiz projek? Ini kerana saiz projek akan menentukan ‘…..ability’ projek tersebut. Sekali lagi, apakah perancangan dengan pindaan undang-undang yang membenarkan third-party access di grid nasional? Apakah perancangan dengan NEM untuk bioenergy? Adakah kita sekarang merangka dasar NEM yang boleh bagi untuk Bio-CNG, cofiring untuk this bio-coal, dengan izin? Tuan Yang di-Pertua, Bakri juga ingin tahu, apakah perkembangan Waste-To- Energy (WTE)? Berapa kuota yang telah pun dirancang untuk WTE untuk 10 tahun yang akan datang dan apakah kadar Feed-In Tariff (FiT)? Ini kerana ini semua sangat penting untuk merancang sama ada tabung TBB kita mencukupi ataupun kita memerlukan dana dari luar ataupun dana tambahan. Akhirnya, Bakri juga ingin mendapat maklum balas daripada kementerian, sama ada SEDA akan diberi kuasa di bawah Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) yang harap-harap kementerian akan bentangkan di Parlimen tidak lama lagi untuk juga menjadi badan urus setia kecekapan tenaga. Ini kerana saya tengok tenaga boleh baharu (TBB) dan kecekapan tenaga kalau boleh kita urus setia dalam satu badan, ia akan create synergy dan kita juga boleh mengurangkan kerenah birokrasi, mengurangkan banyak kos operasi yang tidak diperlukan. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Saya sekali lagi menyeru kerajaan untuk memberi jaminan bahawa tidak akan menyalahgunakan kuasa daripada pindaan ini iaitu kuasa Menteri untuk menggantung peruntukan akta ini.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Parit Buntar tidak ada. Yang Berhormat Kangar.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya maklum bahawa penyumbang terbesar kepada sasaran 31 peratus tenaga boleh diperbaharui ini dijangka disumbangkan oleh pembukaan ladang solar. Ini diramalkan oleh Fitch Solutions, sebuah syarikat luar negara, berdasarkan pembukaan projek LSS di negara kita yang dijangka akan kick-start ataupun bermula pada tahun ini dan juga tahun depan. Saya difahamkan ada lebih 100 buah syarikat telah membida 20 projek yang dirancang, dan saya tidak ada banyak pengalaman tentang ini. Namun, saya ingin berkongsi pengalaman yang sedikit ketika sebelum pandemik COVID-19 di mana saya

didatangi oleh sebuah syarikat pelabur dari luar negara yang meminta bantuan untuk berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Perlis dalam soal ladang solar ini. Jadi, saya tidak ada apa-apa interest dalam ini. Cuma, mungkin latar belakang saya dalam bidang Sains Perhutanan, jadi saya ada sedikit minat dalam isu alam sekitar. Jadi, untuk makluman Dewan, titik terpanas di Semenanjung Malaysia ini terletak di Chuping, iaitu sebuah tempat dalam kawasan Parlimen Padang Besar di negeri Perlis. Sebahagian daripada lokasi ini pun telah ditentukan untuk pembukaan ladang solar. Malangnya, setelah lebih 10 tahun, akta yang kita bahaskan ini berserta dengan Akta TBB yang kita bahaskan sebelum ini, saya merasa hairan mengapa kita masih lagi tidak dapat membuka sebuah ladang solar di sana. Bagi saya, ini boleh dijadikan satu ukuran tahap keseriusan kita dalam memanfaatkan tenaga solar sebagai satu bentuk TBB iaitu sumber tenaga lestari utama di negara kita.

Saya membaca berita kalau ikut dalam dari segi trend sebagai mana diterbitkan oleh Boston Consulting Group, ada satu wave di rantau Asia Pasifik ini tentang renewable energy dan amat malang kalau kita berlengah-lengah ataupun lambat dalam memanfaatkan potensi pelaburan yang dijangkakan mencecah lebih daripada RM15 bilion. Dalam aspek pembangunan tenaga lestari, saya melihat beberapa perkara dalam pengalaman kecil saya. Pertama ialah sebab kita bercakap tentang pihak berkuasa – pertama ialah tanah yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bagi saya ini sudah tentu membentuk birokrasi tertentu kerana semua syarikat yang mahu membida mana-mana projek ladang solar yang besar, LSS ini memerlukan satu jaminan bahawa mereka mempunyai tanah yang diperlukan untuk pelaksanaan dalam satu tempoh relatif sederhana iaitu antara kira-kira 20 hingga 25 tahun. Jadi saya ingat syarikat yang minta saya berurusan dengan kerajaan negeri itu, dia berbincang tentang satu jaminan daripada kerajaan negeri sekiranya mereka menang membida untuk projek LSS ini supaya kerajaan negeri memberikan kebenaran dari segi penggunaan tanah. Kedua, ini juga sekali gus memberi kesan ke dalam aspek sewa tanah. Bagi negeri Perlis yang kecil kadar sewa yang ditawarkan mungkin lebih tinggi sedikit berbanding negeri lain. Bagi syarikat yang membida, sudah tentulah keuntungan mereka akan menjadi lebih kecil apabila kadar sewa tanah ini lebih tinggi. Ketiga ialah tentang keupayaan kewangan iaitu ada dua aspek yang ingin saya sentuh. Pertama dalam kes negeri Perlis jarak lokasi yang baik jauh daripada stesen elektrik yang terhampir. Justeru kos untuk membekalkan TBB solar ke grid utama menjadi lebih tinggi. Ini juga mungkin satu alasan kenapa projek MySuria tidak diteruskan. Saya difahamkan ada tarik tali antara kerajaan negeri dan juga agensi persekutuan tentang siapa yang sepatutnya membiayai pembinaan stesen ini. Kosnya agak besar bagi Kerajaan Negeri Perlis tetapi mungkin lebih kecil bagi pihak persekutuan. Saya pernah bercakap di Dewan ini beberapa kali dan saya harap Kerajaan Persekutuan benar-benar dapat mempertimbangkan. Ini adalah sebab apabila adanya stesen elektrik ini dia bukan sahaja membantu dalam aspek renewable energy tadi, tetapi ia juga dapat membantu menarik pelabur-pelabur datang ke negeri Perlis kerana kita telah mengkhususkan Lembah Chuping dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Sehingga hari ini, perkembangannya bagi saya sangat perlahan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan tentang perkara ini. Biarlah Kerajaan Persekutuan yang lebih banyak duit melabur dan seterusnya dapat membantu negeri Perlis. Kedua ialah kekurangan kapasiti pembekal tempatan. Tadi sahabat saya Yang Berhormat Wangsa Maju ada sebutkan, tentang bagaimana kos pemasangan solar di negara kita yang agak tinggi kerana banyak bahan yang diperlukan perlu diimport. Semua tiga masalah ini bagi saya ialah masalah structural terkait dengan pihak berkuasa yang dalam kerangka untuk memperkenalkan tenaga lestari di negara kita. Jadi, walaupun saya mengambil contoh di negeri Perlis saya percaya masalah yang sama juga ada di negeri- negeri yang lain. Misalnya Sabah negeri yang luas, negeri yang banyak orang miskin,

yang jarak perjalanannya jauh pasti juga akan menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Dalam perbahasan yang sebelum ini saya ada membangkitkan pentingnya agenda kelestarian melalui tenaga boleh baharu mengambil kira objektif pembangunan yang lebih menyeluruh, khususnya usaha negara kita untuk maju dan sekali gus membasmi kemiskinan. Dalam realiti yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat tentulah tentang perbezaan harga bagi produk hijau ataupun produk mesra alam yang biasanya lebih mahal daripada produk lain. Ini terkait tadilah dengan pembekal yang mana ingin masuk membida ataupun orang kata menjalankan projek-projek yang bertujuan sama membekalkan tenaga lestari. Ini antara cabaran kenapa peralihan kepada produk mesra alam selalunya mengambil masa yang lebih panjang. Jadi, sektor tenaga ini melibatkan pembiayaan yang besar di mana ramai mungkin melihat peluang untuk menjana keuntungan. Ia bukanlah satu kesalahan namun saya ingin mengingatkan Menteri dan kita semua di Dewan ini, bahawa kita sebagai wakil rakyat apa yang lebih penting adalah kita memastikan keadilan terlaksana bagi semua pihak bukan hanya kepada mereka yang mempunyai keupayaan kewangan yang besar. Itu sahaja, sekian daripada saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengan rendah hati ingin membahas mengenai Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Perlembagaan Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022. RUU ini berfokus kepada tugas-tugas yang diberikan kepada pihak berkuasa dalam mengawal perkembangan tenaga lestari di Malaysia. Tenaga lestari berfungsi dalam memastikan penggunaan tenaga sekiranya tidak menjelaskan penawaran tenaga kepada generasi akan datang. Mengikut data 51 peratus tenaga dihasilkan di Malaysia melalui bahan api fosil terutama melalui arang batu. Ini perlu diberi perhatian walaupun peratusan ini menunjukkan penurunan. Dengan perubahan iklim yang semakin menunjukkan kesan negatif kepada bumi, Malaysia perlu ke hadapan dalam bersedia dan menjadi pemacu utama dalam menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Maka persoalan saya kepada pihak kerajaan adakah boleh kerajaan menjelaskan apakah polisi yang melibatkan tenaga lestari yang masih bergerak dan apakah perkembangan polisi ini? Dengan perkataan mudahnya apakah hasil pencapaian melalui polisi yang dijalankan? Ini perkara yang kita perlu ditekankan kerana setiap kali kita membuat polisi, hasil tidak diletakkan di ruang awam dan akhirnya polisinya habis begitu sahaja dan tutup dengan polisi baharu seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bakri. Saya juga ingin suarakan mengenai perkembangan penyelidikan dalam sektor tenaga lestari. Penyelidikan ini penting dalam memastikan negara mempunyai teknologi dan kepakaran tersendiri dalam menguruskan tenaga dalam negara. Selain itu, saya juga ingin menanyakan kepada kerajaan mengenai perkembangan pelaburan swasta dalam tenaga lestari. Berdasarkan data tahun 2021, sebanyak RM406 juta pelaburan diperolehi dalam sektor tenaga dan masih dikuasai oleh pelabur domestik iaitu sebanyak 98 peratus. Manakala pelabur asing hanya dua peratus sahaja. Mohon penjelasan kerajaan apakah langkah sedang dan akan dibuat oleh menggalakkan lagi pelabur asing dalam sektor tenaga ini di Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya walaupun saya tidak daftar nama sebab saya dan Yang Berhormat Libaran baru sampai Malaysia dua jam yang lalu. Akan tetapi sempat mendengar pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Saya hanya ada perkara yang kecil sahaja berkenaan dengan fasal baharu yang dimasukkan iaitu di bawah fasal 3 yang bertujuan supaya memberikan kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan di bawah akta ini. Seperti mana kita sedia maklum, akta ini atau Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 mula digubal dan digazetkan pada tahun 2011. Kalau tidak silap saya, ini adalah pindaan pertama terhadap kesemua 49 fasal ataupun kesemua 49 seksyen yang terkandung dalam akta induk iaitu Akta 726 yang ada. Jadi saya hendak tanya dengan adanya fasal baharu iaitu kalau kita masukkan sebagai seksyen 2 sub (3) yang baharu yang memberikan kuasa kepada Menteri apakah ia akan berlaku pertindihan ataupun percanggahan kuasa yang telah diberikan ataupun diperuntukkan daripada akta induk kepada Pihak Berkuasa Tenaga Lestari Malaysia ataupun dipanggil SEDA. Apakah ada percanggahan ataupun kalau tidak ada, kuasa yang kita sebutkan yang menjadi perkara subjek pada petang ini, kuasa Menteri tersebut akan diwakilkan kepada pihak SEDA. Ini adalah sebab bagi saya macam ini. Yang Berhormat Menteri kita ini memang educated, memang tidak ada masalah. Kadang-kadang orang politik ini saya lebih suka kalau kuasa yang penting mustahak kita berikan kepada badan profesional, badan berwajib yang mempunyai kepakaran tertentu sebelum membuat apa-apa keputusan ataupun apabila Menteri membuat apa-apa keputusan untuk penggantungan, apakah Menteri diperlukan ataupun dikehendaki merujuk kepada SEDA dahulu, mendapatkan nasihat daripada SEDA. Ini adalah sebab SEDA pun di bawah akta ini. Dia bukan badan- badan ataupun agensi di luar daripada akta ini.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri supaya – kita boleh sokong, ini perkara yang baik sebab tenaga lestari ini sesuatu bagi saya, kita perlu sama-sama memberikan fokus untuk sama-sama kita maju ke hadapan dan ia juga membantu kita dalam semua aspek pembangunan supaya alam sekitar kita sentiasa terjaga. Jadi singkat sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. 10 minit.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengucap terima kasih kepada empat orang Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan rang undang-undang ini dan telah memberikan pandangan-pandangan yang cukup baik sekali kepada kementerian saya khususnya saya ucap terima kasih. Pertamanya Yang Berhormat Bakri membangkitkan kenapa berlaku kelewatan dalam kelulusan lesen Net Energy Metering (NEM) dengan jujurnya saya mengambil maklum perkara ini dan kita akan mengambil tindakan atas cadangan Yang Berhormat untuk memastikan proses kelulusan ini dilakukan berdasarkan KPI yang telah ditetapkan. Isunya Yang Berhormat, apabila saya berjumpa dengan industry players ini, saya bertanya “ada problem? No problem sir, no problem.” Tapi apabila mereka berjumpa dengan orang-orang lain, dia kata lambat, lambat dan sebagainya. Mungkin itu alasan dan sebagainya tapi saya tidak tahulah tetapi apa pun we take note of your cadangan dan sebagainya. Terima kasih. KeTSA juga akan menyusuli perkara ini dengan pihak-pihak lain yang berkaitan. Pihak MIDA, pihak MOF dan juga pihak-pihak yang berkaitan bagi membantu pemaju

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

solar ini dalam mendapatkan insentif sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kelewatan kelulusan Green Investment Tax Allowance (GITA). Kita akan ambil tindakan. Begitu juga Yang Berhormat Bakri membangkitkan mengenai status waste-to- energy (WTE). Saya ingin menyatakan bahawa setakat ini kerajaan telah meluluskan kuota sebanyak 322 megawatt kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kadar tarif 42 sen untuk tarikh mula operasi (COD) sebelum tahun 2025 dan 35 sen selepas tahun 2025. Itu telah diperuntukkan kepada KPKT dan buat masa ini kita dilaporkan sebanyak 90 megawatt telah diluluskan dan kini dalam proses memuktamadkan ataupun power purchase agreement (PPA). Yang Berhormat Bakri juga menyatakan ingin tahu mengenai status terkini rangkaan ataupun deraf untuk Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga. Untuk makluman Yang Berhormat, KeTSA telah pun mengemukakan deraf rang undang-undang ini kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) iaitu satu draf yang dinamakan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) pada bulan Mac dulu lagi dan beberapa siri perbincangan telah dibuat antara AGC untuk menambah baik draf berkenaan dan draf ini masih dalam pertimbangan lagi di peringkat AGC. Setelah dipersetujui oleh AGC kelak, draf tersebut akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan bagi pembentangan di Parlimen dan saya jangka ia boleh dibentangkan dalam penggal Parlimen akan datang lah. Insya-Allah, tertakluk kepada proses akhir dan kelulusan draf akta ini. Jadi mengambil kira keupayaan kewangan dan juga skop bidang kuasa KeTSA, ini satu perkara yang lain. Kita telah melantik Suruhanjaya Tenaga untuk menjadi agensi kawal selia bagi akta ini. Yang Berhormat Kangar bertanya mengapa tidak ada solar – ladang solar (solar farm) di Chuping ini sedangkan Chuping ini menjadi titik terpanas, walaupun Kangar ini sejuk sahaja. Saya hendak maklumkan bahawa pemilihan lokasi pembangunan ladang LLS ini bukan ditetapkan oleh kerajaan tetapi ianya ditetapkan sendiri oleh pemaju berdasarkan kepada pertimbangan kos pembangunan yang secara menyeluruh. They are the ones who determine the place. Jadi mungkin di Perlis tiada orang lagi, kena carilah.

Yang Berhormat Menteri, yang saya sebutkan tadi sebenarnya dalam Rancangan Malaysia Ke-11, salah satu ditentukan ialah pembangunan kawasan Lembah Chuping di Padang Besar di mana 30 peratus daripada kawasan ini memang ditetapkan untuk pembangunan solar tapi seolah-olah tidak ada proper coordination yang menyebabkan wastage sedangkan di situ titik terpanas. Sepatutnya kita bantu untuk menjayakan.

Okey, kita ambil tindakan ya. Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan mengenai kuasa untuk gantung ini boleh diberikan kepada SEDA. Kuasa untuk menetapkan atau menggantung ini terletak kepada Menteri. Gantung ini Yang Berhormat Padang Serai adalah gantung Akta 726 daripada digunakan di Sabah apabila berlakunya pengambilalihan kerana di Sabah nanti dia ada akan ada undang-undang dia sendiri. Jadi dia tidak boleh ada suatu undang-undang di peringkat pusat, kuat kuasa di sana dan di Sabah juga tidak boleh, sebagaimana di Sarawak. Apabila di Sarawak di ambil alih urusan perbekalan elektrik termasuk TBB di Sarawak, dia ada ordinan di Sarawak. Di Sabah ini dia akan ada enakmen. Jadi kita kena gantung ini barulah dia boleh wujudkan enakmen di sana termasuklah yang saya sebutkan tadi, Unit Tenaga Sabah. Unit Tenaga Sabah ini macam SEDA Sabah lah. SEDA di Malaysia ini SEDA. Unit Tenaga Sabah ini adalah SEDA Sabah, begitu. Okey, Yang Berhormat Padang Serai juga menyoal apakah pencapaian TBB ekoran pelaksanaan dasar-dasar TBB. Sebagaimana disebutkan bahawa pelaksanaan TBB sejak tahun 2010 telah membuahkan banyak hasil. Antaranya wujudnya kerangka regulation yang membolehkan pelaksanaan mekanisme FiT sebagaimana disebut tadi di bawah Akta 723. Wujudnya kerangka institusi penubuhan SEDA di bawah Akta 726 dan kapasiti TBB telah meningkat daripada lima peratus sahaja pada tahun 2010 kepada 23 peratus pada tahun ini. Maknanya dalam masa 12 tahun , telah naik 13 peratus.

Jadi ini satu perkembangan yang baik dan juga pelaksanaan TBB Yang Berhormat Padang Serai telah mewujudkan tidak kurang daripada pelaburan berjumlah RM50 bilion dan juga telah memberi peluang pekerjaan sebanyak lebih daripada 12,000 pekerjaan pada setiap masa. Jadi itulah pembangunan yang telah diberikan kepada Dasar Pembangunan TBB ini. Dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, itulah penggulungan bagi pihak saya dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya rang undang-undang ini dibaca kali kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (Datuk Ali anak Biju) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-129 pada 8 Februari 1984, demi menjaga kesucian ayat-ayat Al-Quran di negara ini, Rang Undang-undang Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 telah dibentang dan diluluskan di Parlimen pada 8 April 1986 dan telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1987 melalui PUU [B763/1986]. Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (APTQ 1986) bertujuan untuk mengawal pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan, pengendalian teks Al-Quran dan bahan Al-Quran. Pentadbiran dan penguatkuasaan akta ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Bagi melaksanakan fungsi di bawah akta ini, Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) telah diwujudkan melalui peruntukan seksyen 3 APTQ 1986. LPPPQ berperanan untuk menjalankan fungsinya di bawah APTQ 1986 dan lembaga hendaklah tertakluk kepada kawalan, pengawasan dan arahan Menteri Dalam Negeri. Keahlian LPPPQ terdiri daripada 15 orang yang mewakili negeri-negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan Ahli LPPPQ bagi Wilayah

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, manakala lain-lain negeri oleh Raja negeri masing-masing. Akta ini dicadangkan untuk dipinda oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) bagi menambah baik dan memastikan APTQ 1986 selaras dengan peredaran waktu dan perkembangan semasa supaya lebih holistik, efisien dan mantap. Keanggotaan LPPPQ termasuk dari sudut kedudukan LPPPQ yang lebih kemas dan kukuh serta penguatkuasaan yang lebih wajar dan sesuai. Mesyuarat Persidangan Ketua-ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-93 yang bersidang pada 31 Mac 2014 telah bersetuju dengan cadangan pindaan dan mencadangkan supaya cadangan pindaan diangkat sembah bagi meminta perkenan Majlis Raja-raja. Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Jun 2016 juga telah bersetuju dengan cadangan pindaan APTQ 1986, mengesyorkan supaya cadangan pindaan diangkat bagi perkenan Majlis Raja-raja. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan APTQ 1986 juga telah dibentang dan dibincangkan dengan kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan segala input serta pandangan daripada MAIN ini telah diambil kira dalam penyediaan cadangan pindaan ini. Selanjutnya, cadangan pindaan APTQ 1986 ini telah dibentangkan kepada Pre-Council Majlis Raja-raja pada 23 Mei 2017. Penyimpan Mohon Besar Raja-raja melalui surat bertarikh 14 November 2017 yang telah memaklumkan perkenan Majlis Raja-raja ke atas cadangan pindaan APTQ 1986. Setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-raja, draf cadangan pindaan APTQ 1986 telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 25 Januari 2016 untuk semakan dan kelulusan sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan. Pada 1 September 2020, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah meneruskan semula cadangan pindaan APTQ 1986 ini. Seterusnya pada 4 Januari 2021, Majlis Raja-raja secara berutus telah mengambil maklum mengenai kedudukan semasa pelaksanaan cadangan pindaan APTQ 1986 dan menyembah maklum kepada Majlis Raja-raja mengenai kedudukan semasa pindaan APTQ 1986 semasa Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-257. Sehubungan itu, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2022 telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022 dibentangkan di Parlimen. Secara umumnya, Rang Undang-undang Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022 ini merangkumi perkara-perkara berikut; (a) Demi menjaga kesucian Al-Quran, tidak dicemari dan disalah guna oleh golongan yang tidak bertanggungjawab terutama daripada segi penerbitan dan percetakan, jumlah penalti yang diperuntukkan dalam APTQ 1986 dilihat tidak memadai lagi dan perlu dinaikkan bagi memberikan pengajaran kepada seseorang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini, selaras dengan kesucian dan keagungan Al-Quran; (b) Untuk makluman, Al-Quran di dalam negara ini yang hendak diterbit, dijual, diedar dan diimport dalam negara perlu melalui permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri. Setelah permohonan diterima, pruf akhir teks Al-Quran akan disemak oleh Ahli Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran (Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri). Setelah penilaian dan penyemakan dilaksanakan, pruf akhir teks Al-Quran tersebut akan diluluskan melalui Mesyuarat Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ). Setelah disahkan oleh LPPPQ, maka pruf akhir teks Al-Quran tersebut boleh dicetak dan diterbitkan serta boleh diedar di dalam negara. Al-Quran yang

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

telah diluluskan oleh LPPPQ, mestilah mengandungi nombor perakuan dan pelekat hologram Kementerian Dalam Negeri; (c) Dari tahun 2018 sehingga Jun 2022, penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan sebanyak 119,619 pemeriksaan di lapangan dan premis di seluruh Malaysia. Sepanjang tempoh lima tahun itu, sebanyak 1,496,737 jumlah rampasan yang bernilai RM1,465,206.60 melibatkan naskhah Al- Quran yang merujuk kepada teks Al-Quran berbahasa Arab yang mengandungi satu juzuk atau lebih dan bahan Al-Quran yang merujuk kepada dokumen yang mengandungi mana-mana ayat Al- Quran yang tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri; (d) Dalam tempoh yang sama, sebanyak 776,920 consignment dan bungkusan telah diperiksa dengan nilai rampasan melalui pintu masuk negara berjumlah RM4,075,981.71 yang melibatkan sebanyak 4,136,413 penahanan naskhah Al-Quran dan bahan Al- Quran yang tiada kelulusan KDN. Peningkatan kesalahan- kesalahan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan meningkatkan penalti di bawah akta ini supaya kemuliaan Al- Quran terpelihara;

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

(e) Buat masa ini dalam APTQ 1986, naskhah Al-Quran versi tulisan braille tidak dimasukkan dalam akta. Terdapat keperluan agar penulisan Al-Quran menggunakan tulisan braille dikawal rapi agar tidak disalah guna dan diseleweng. Oleh yang demikian, pindaan akta diperluaskan meliputi penggunaan tulisan braille di dalam teks Al-Quran dan bahan Al-Quran; (f) Ketiadaan peruntukan yang nyata di dalam APTQ 1986 mengenai kuasa penjawat awam iaitu penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri khasnya bagi menjalankan siasatan bagi kesalahan di bawah akta ini. Ini menyebabkan pegawai-pegawai penguat kuasa tidak boleh menjalankan siasatan bagi mana-mana kesalahan di bawah akta ini. Amalan sedia ada segala siasatan bagi kes di bawah akta APTQ 1986 akan dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut sebelum pihak pendakwa raya memutuskan tindakan selanjutnya; (g) Akta sedia ada tidak memberikan kuasa bagi pihak kementerian untuk melaksanakan kompaun bagi kesalahan di bawah APTQ 1986. Nilai kompaun pula diberikan dengan amaun yang tidak melebihi 50 peratus amaun denda maksimum. Kaedah ini adalah langkah segera untuk pelaksanaan penguatkuasaan bersifat kawalan dengan mengkompaun mereka yang melakukan kesalahan sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan terhadap orang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini; dan (h) Bagi menambah baik tadbir urus Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ), beberapa cadangan penambahbaikan diadakan khususnya tempoh lantikan ahli lembaga semasa menjalankan tugas di bawah APTQ 1986 ini. Wujudnya pelantikan ahli silih ganti agar kuorum mesyuarat dipenuhi bagi mendapatkan keputusan yang lebih cepat dan efektif. Selain itu sebelum ini, lembaga tidak dilindungi dari apa jua tindakan semasa menjalankan tugas serta tiada seksyen yang jelas untuk mereka mengeluarkan apa jua arahan serta garis panduan bagi mengawal selia akta ini. Lembaga juga diberi tanggungjawab bagi memastikan kaedah penulisan yang ditentukan iaitu tulisan Rasm Uthmani dalam penulisan teks Al-

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Quran di Malaysia. Maka, dengan pindaan ini mampu memantapkan urusan pindaan lembaga. Peruntukan Rang Undang-undang Percetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2022. Rang Undang-undang Percetakan Al-Quran (Pindaan) 2022 ini mengandungi 22 fasal seperti berikut; Fasal 1 memperuntukkan bagi perkara yang berhubungan dengan tajuk ringkas akta dan tarikh permulaan berkuat kuasa. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 Akta 236 dengan memasukkan tulisan braille selain tulisan bahasa Arab. Fasal 3,4,6,16 dan 18 bertujuan untuk meminda seksyen 3, seksyen 6, seksyen 7 dan seksyen 15 dan seksyen 18 untuk memantapkan lembaga termasuk tempoh lantikan, penetapan anggota silih ganti, tata kelola pengurusan lembaga serta kuasa lembaga adalah untuk menolak mana-mana penulisan selain kaedah penulisan yang telah ditentukan lembaga. Fasal 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 bertujuan untuk meningkatkan kadar denda dengan meminda seksyen 5, seksyen 6, seksyen 7, seksyen 8, seksyen 9, seksyen 10, seksyen 11, seksyen 13 dan seksyen 14. Seksyen ini adalah berkaitan meningkatkan kadar denda dan penjara dari RM5,000 sehingga RM20,000 atau satu tahun ke lima tahun penjara kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau lima tahun penjara. Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 326 berkenaan kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah akta ini diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu negeri atau Wilayah Persekutuan. Fasal 16 bertujuan meminda subseksyen 15(1) dengan memberi mahkamah kuasa pelucuthakan sesuatu teks Al-Quran atau bahan Al-Quran jika tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan lembaga. Fasal 17 bertujuan meminda seksyen 17 Akta 326 dengan meluaskan penguatkuasaan dengan elemen menyita, menahan dan memeriksa semasa aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 18 berkaitan teks Al-Quran dan bahan Al-Quran yang disita dan ditahan di bawah seksyen 17 Akta 326 dikembalikan kepada orang yang daripadanya ia disita jika lembaga tidak memperakui kaedah penulisan tersebut. Fasal 19 bertujuan memasukkan seksyen baharu 20A ke dalam Akta 326 berkenaan pengkompaunan kesalahan sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan. Fasal 20 bertujuan memasukkan seksyen baharu 21A dan 21B ke dalam Akta 326 bagi melindungi lembaga dengan disifatkan sebagai pekhidmat awam sebagai mana Kanun Keseksaan [Akta 574] dan pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Fasal 21 bertujuan memasukkan seksyen baharu 26 ke dalam Akta 326 bagi memberi lembaga kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan arahan untuk mengawal selia akta ini. Fasal 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Oleh itu cadangan pindaan APTQ 1986 ini amat penting kerana bertujuan memperkukuh kuasa penguatkuasaan pegawai awam yang diberi kuasa di bawah Akta 326 dan untuk menaikkan jumlah penalti serta menyelaraskan peruntukkan undang- undang dengan peredaran waktu dan perkembangan isu semasa. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk perbahasan. [Tiada perbahasan] Walau bagaimanapun, tidak ada yang ingin berbahas. Saya teruskan, Menteri pun tak perlu menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis besidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 22 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary) dan diluluskan]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa 4 Oktober 2022.”

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Saya menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti dikemukakan oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi pada hari Selasa, 4 Oktober 2022.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.42 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Jejambat Lalu Lintas Diperlukan untuk Persimpangan Bulatan Batu 7Special Chamber

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kanan Kerja Raya, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat tentang keperluan segera untuk menaik taraf persimpangan bulatan di Batu 7 kepada persimpangan jejambat bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan ini. Batu 7, Sandakan ya.

Tuan Yang di-Pertua, Bulatan Libaran ataupun lebih dikenali sebagai Bulatan Helang dan Bulatan Rimba, ataupun lebih dikenali sebagai Bulatan Buaya yang mana kedua-duanya terletak di Batu 7, Sandakan yang berjarak hanya 950 meter dianggap sebagai persimpangan lalu lintas paling sibuk di Sandakan.

Terdapat empat buah sekolah, 10 buah taman perumahan, banyak kawasan pusat perniagaan, klinik kesihatan, Kompleks Mahkamah Sandakan, Pusat Pentadbiran Persekutuan dan negeri dan begitu juga Lapangan Terbang Sandakan yang terletak sekitar dua kawasan persimpangan lalu lintas yang sibuk ini. Beribu-ribu pengguna jalan raya juga melalui dua bulatan ini setiap hari.

Kesesakan lalu lintas yang sangat serius di lokasi ini juga turut melangkaui waktu puncak yang pada kebiasaan waktu pagi dan petang.

Tambahan pula, dua lokasi ini juga berisiko terdedah kepada kemalangan jalan raya kerana pengguna jalan raya bersaing untuk mendapatkan hak laluan untuk memasuki bulatan dan ini juga menjadikannya persimpangan lalu lintas yang berbahaya. Oleh itu saya ada menyediakan lampiran untuk Yang Berhormat Menteri tengok nanti, sangat mirip dengan lokasi di Sandakan. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Sehubungan dengan itu, saya amat menyeru kepada Yang Berhormat Menteri Kanan untuk menaik taraf dua bulatan persimpangan ini kepada jejambat lalu lintas, which is flyover-lah − lalu lintas − bukan hanya akan mengurangkan dan mengatasi masalah kesesakan harian lalu lintas, tetapi juga untuk

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk kesemua pengguna jalan raya, termasuk ribuan murid dan pelajar sekolah yang melalui jalan itu setiap hari.

Sekian, terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Selamat petang dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian ini mengambil maklum akan keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung kesesakan lalu lintas di sekitar Bulatan Buaya dan Bulatan Helang di kawasan Batu 7, Sandakan serta cadangan supaya bulatan-bulatan tersebut dinaik taraf kepada persimpangan dengan pembinaan jejambat.

Semakan kementerian ini mendapati Bulatan Buaya terletak di Jalan Kota Kinabalu-Sandakan dan merupakan Laluan Persekutuan 22. Manakala, Bulatan Helang pula terletak di persimpangan di antara Jalan Airport, Jalan Lintas Utara dan Jalan Lintas Labuk yang mana jalan tersebut adalah Jalan Negeri.

Berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, jajaran jalan antara Bulatan Buaya dan Bulatan Helang iaitu Jalan Lintas Labuk adalah Jalan Negeri dengan empat lorong dua hala (four lane dual carriageway) sepanjang 950 meter.

Jajaran ini didapati mengalami kesesakan yang tinggi pada waktu puncak disebabkan peranannya yang menghubungkan jalan utama iaitu Jalan Kota Kinabalu-Sandakan dengan kawasan yang padat dengan pembangunan serta terdapat Lapangan Terbang Sandakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia adalah berdasarkan senarai keutamaan yang diterima daripada kerajaan negeri. Kementerian ini mendapati tiada permohonan diterima daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk menaik taraf Bulatan Buaya yang terletak di Jalan Persekutuan kepada jejambat dalam Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Berdasarkan Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376], bidang kuasa kementerian ini adalah tertakluk kepada Jalan Persekutuan sahaja. Selaras dengan Fasal 1, Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, kuasa Eksekutif Persekutuan atau negeri adalah tertakluk kepada perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan atau negeri yang disenaraikan dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, apa-apa kos pembangunan yang melibatkan perkara di bawah senarai Persekutuan akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan manakala apa-apa kos pembangunan yang melibatkan jalan negeri akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Cadangan menaik taraf Bulatan Helang kepada jejambat perlu dimohon melalui Kerajaan Sabah memandangkan jalan yang terlibat adalah jalan negeri.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut boleh dimohon untuk dilaksanakan di bawah peruntukan pembangunan Persekutuan sekiranya jajaran jalan negeri di Bulatan Helang diwartakan kepada Jalan Persekutuan terlebih dahulu.

Kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini apabila dimohon oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam Rolling Plan yang akan datang dan akan diangkat untuk pertimbangan Agensi Pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

dilaksanakan, tertakluk kepada keutamaan projek serta ketersediaan agihan peruntukan pembangunan. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang sudi datang sendiri untuk menjawab beberapa persoalan yang saya akan bangkitkan berkaitan dengan hubungan kerjasama Malaysia dan India.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan India mempunyai hubungan dua hala sejak zaman silam lagi. Sejarah membuktikan bahawa wujudnya Kerajaan- kerajaan India yang menjajah tanah air ini. Hubungan perdagangan juga telah lama wujud di antara Malaysia dan India sejak ratusan tahun dahulu. Dalam zaman penjajahan British pula, pekerja-pekerja India telah dibawa masuk untuk bekerja dalam ladang getah dan sektor-sektor yang lain.

Hubungan Malaysia dan India masin terjalin dengan baik. Sebagai sebuah kuasa besar ekonomi di perantauan Asia, India perlu diberi keutamaan dalam semua dasar-dasar luar negeri Malaysia. Kita tidak sepatutnya memandang ringan kemampuan India yang bakal menjadi salah satu kuasa ekonomi yang terbesar di dunia.

Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan beberapa input mengenai hubungan Malaysia-India ketika ini:

(i) apakah dasar luar negeri Malaysia yang terkini terhadap negara India?;

(ii) nyatakan secara terperinci mengenai sektor-sektor perdagangan dan komersial yang melibatkan Malaysia dan India. Berapakah imbangan perdagangan antara kedua-dua negara bagi tahun 2021 dan 2022;

(iii) berapakah jumlah pelaburan India di negara kita? Nyatakan syarikat-syarikat yang membawa pelaburan yang besar?

Adakah Malaysia juga turut melabur di India atau terlibat dalam melaksanakan apa-apa projek yang besar di negara itu?;

(iv) sejauh manakah kedua-dua negara ini menjalani hubungan baik dalam sektor pendidikan? Apakah usaha-usaha sama pendidikan sedang dan akan dilaksanakan kedua-dua negara ini?;

(v) berapakah jumlah warga Malaysia yang melancong ke India setiap tahun? Berapakah jumlah warga India yang melancong ke Malaysia setiap tahun?;

(vi) nyatakan semua usaha-usaha diplomasi politik antara kedua-dua negara serta keberkesanan hubungan ini bagi kepentingan negara masing-masing;

(vii) adakah sebarang hubungan daripada segi ketenteraan di antara kedua-dua negara seperti latihan dan urusan jual beli peralatan dan kelengkapan ketenteraan?;

(viii) sejauh manakan hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan India dalam industri perfileman dan sektor- sektor seni budaya? Apakah perancangan kerajaan dalam sektor ini yang mempunyai potensi komersial yang tinggi?;

(ix) bagaimanakah Malaysia dan India bekerjasama dalam bidang IT dan bioteknologi?; dan

(x) apakah usahasama dan pemindahan teknologi serta kepakaran dalan sektor komoditi agro. Bagaimanakah kedua-dua negara ini menikmati keuntungan bersama melalu industri pertanian?

Tuan Yang di-Pertua saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah atas pertanyaan yang dikemukakan.

Hubungan dan kerjasama akrab dua hala serta hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan India telah terjalin sejak 65 tahun dahulu. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kira-kira sebulan yang lalu pihak Kedutaan Besar India di Kuala Lumpur telah menganjurkan suatu jamuan makan malam meraikan ulang tahun tersebut dan saya telah menghadirinya.

Seperti soalan Yang Berhormat, hubungan antara Malaysia dan India, terutamanya daripada segi rakyat kepada ini telah berjalin beribu-ribu tahun yang lalu. Malah ia bukan saya oleh dikatakan hubungan bilateral yang rasmi, tetapi boleh ditakrifkan sebagai hubungan ketamadunan (civilizational ties), dengan izin.

Sementara daripada segi hubungan pelbagai hala (multilateral), Malaysia berpegang kepada prinsip multilateralisme dan kita menginginkan dunia yang aman dan dunia yang aman bukan sahaja ditentukan oleh kuasa-kuasa besar.

Kerana itu, kita melihat India sebagai sebuah kuasa Asia yang penting bagi melahirkan atau menghidupkan apa yang kita sebut ‘dunia mulitpolar’ (mulitipolar world) di mana ada keseimbangan kuasa-kuasa di dalam dunia ini dan tidaklah hanya ditentukan oleh lima kuasa besar sahaja.

Hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-India meliputi pelbagai spektrum termasuk politik, ekonomi dan perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pelancongan dan pendidikan, kesihatan, sumber manusia dan pentadbiran awam. Pada tahun 2015, Malaysia dan India telah menaik taraf hubungan kepada Kerjasama Perkongsian Strategik Dipertingkatkan (Enhanced Strategic Partnership). Bagi mengekalkan momentum hubungan strategik ini, saya telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala Malaysia-India dengan rakan sejawat saya, Tuan Yang Terutama Dr. S. Jaishankar di New Delhi pada Jun 2022. Kami bersetuju untuk memperbaharui dan mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala.

Dalam bidang perdagangan, kedua-dua negara memeterai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA) pada Februari 2011.

India merupakan rakan dagang kesepuluh terbesar Malaysia di peringkat global,

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

destinasi eksport kelapan terbesar, dan sumber import kesepuluh terbesar. Purata jumlah perdagangan tahunan mencatatkan lebih USD 15 bilion bagi lima tahun berturut-turut.

India adalah merupakan negara pengimport ketiga terbesar dunia bagi minyak sawit Malaysia. India mengimport purata lebih tiga juta tan minyak sawit Malaysia bagi tempoh lima tahun yang lalu. India telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan import tahunannya dari Malaysia sebanyak 2 juta tan lagi atau kira- kira 67 peratus berbanding purata lima tahun tersebut. Perbincangan sedang berjalan antara kedua-dua pihak.

Pada 2021, jumlah perdagangan meningkat 26.0 peratus kepada RM 69.73 bilion yakni daripada RM 55.33 pada tahun 2020. Jumlah eksport Malaysia meningkat sebanyak 48.7 persen kepada RM 45.20 bilion − dan ini berbanding RM 24.93 bilion pada 2020.

Dalam bidang pelaburan dari India ke Malaysia, sehingga Mac 2022, 271 pelaburan berjumlah RM9.4 bilion telah diluluskan. Pelaburan tersebut dijangka mewujudkan 27,000 pekerjaan dalam bidang tekstil, farmaseutikal, produk petroleum dan produk kimia.

Bagi Malaysia pula, lima syarikat terbesar negara di India iaitu Bumi Armada Berhad, Khazanah Nasional Berhad, UEM Builders Berhad, PETRONAS Lubricants International Sdn. Bhd, dan Tenaga Nasional Berhad melabur di India yang melibatkan jumlah USD 4.5 bilion. Pelaburan tersebut merangkumi bidang penyewaan dan pengendalian Penyimpanan Pengeluaran Terapung dan Pemunggahan, hospital, perbankan, beli-belah dalam talian, analisis data besar, pembinaan, pembuatan pelincir dan operasi loji kuasa.

Dalam bidang pendidikan, MOU mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi antara Malaysia dan India telah dimeterai pada Januari 2010 dan berkuat kuasa sehingga Januari 2020. Rundingan untuk memperbaharui MOU tersebut telah dimulakan.

Sehingga kini, terdapat 88 MOU yang ditandatangani antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara mencermin kerjasama rapat antara kedua-dua negara. Setakat Jun 2022, 3,569 pelajar India sedang menyambung pengajian di Malaysia manakala 591 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di India.

Di samping itu, India Institute of Technology (IIT) akan membuka kampus pertama di luar India dalam masa terdekat di Malaysia. Ia akan dikenali sebagai Indian International Institute of Technology. IIT adalah merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi terkemuka India dalam bidang IT terutamanya dan juga dalam bidang-bidang yang lain. Ramai alumni IIT memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa sebagai CEO syarikat gergasi teknologi global.

Dalam aspek diplomasi bahasa, Bahasa Melayu akan dimartabatkan di India dengan penubuhan Kursi Pengajian Bahasa Melayu di Jawarlal Nehru Universiti, sebuah universiti terkemuka India.

Pada masa yang sama daripada aspek budaya saya telah mengadakan libat urus dengan Pengerusi Majlis Perhubungan Kebudayaan India (Indian Council For Cultural Relation) pada Jun 2022. Ia untuk memperkasa diplomasi budaya di bawah kerangka dasar luar Malaysia dan melihat pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan termasuklah dalam bidang-bidang seni budaya seperti filem, muzik dan sebagainya.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

India merupakan antara pasaran penting bagi sektor pelancongan Malaysia. Bagi tempoh Januari-Jun 2022, jumlah pelancong India ke Malaysia telah meningkat sebanyak 71,841 orang.

Malaysia dan India terus berusaha mempertingkatkan hubungan pertahanan dan keselamatan melalui Mesyuarat Kerjasama Pertahanan Malaysia-India (MIDCOM) sejak tahun 1993. Mekanisme ini adalah untuk memudahkan perkongsian dan pertukaran idea dan pendapat antara kedua-dua pihak. India juga antara yang aktif melibatkan diri dalam beberapa aktiviti yang berkaitan dengan industri pertahanan di Malaysia.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, hubungan antara Malaysia-India adalah penting dan dinamik. Malaysia akan terus bekerjasama dengan India terutamanya dalam usaha India ke arah negara maju menjelang 2047. Kerjasama ini akan melengkapkan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju pada 2030.

Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua negara boleh meneroka bidang kerjasama baharu, antaranya ialah dalam bidang ekonomi digital dan dalam pembanggunan teknologi IT. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga esok Selasa 4 Oktober 2022. Sekian, terima kasih, Ahli- ahli Yang Berhormat.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.55 petang]