Dewan Rakyat · 4 October 2022
15th Parliament, session 5, meeting 3 · 522 turns · 41,057 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk berikutan nilai Ringgit Malaysia menjunam berbanding US Dolar, kadar inflasi yang kian genting serta hutang Kerajaan Persekutuan yang kian meruncing.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara amnya inflasi ataupun definisi sebenar krisis ekonomi bagi sesebuah negara adalah apabila pertumbuhan KDNK merudum, pengangguran mencanak naik, perniagaan tutup mengakibatkan hutang lapuk yang tinggi sehingga mengakibatkan kesan buruk kepada bank-bank. Negara kita pernah mengalami keadaan sedemikian semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998. Terbaharu, kita mengalami krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19. Semasa Krisis Kewangan Asia, ekonomi menguncup sebanyak -7.4 peratus. Manakala semasa krisis kewangan global, KDNK menguncup 1.5 peratus dan terkini di puncak krisis COVID- 19, ianya menguncup sebanyak 5.5 peratus. Saya juga ingin menekankan bahawa Krisis Kewangan Asia 1997-1998 juga disifatkan sebagai salah satu krisis ekonomi terburuk yang pernah dihadapi Malaysia sehingga kini. Jika diimbas kembali, mata wang kita telah jatuh hampir 54 peratus pada tahun 1997 dengan kadar terendah sehingga RM4.88 sen bagi setiap satu dolar Amerika Syarikat. Pasaran saham negara juga terkesan dengan begitu teruk di mana indeks pasaran saham di waktu itu ataupun Kuala Lumpur Stock Exchange menurun lebih daripada 800 mata dalam masa yang begitu singkat, dalam masa dua bulan iaitu dari 1,077 mata pada Jun 1997 kepada 262.7 mata pada September 1997. Negara juga mengalami defisit akaun semasa pada tahun 1997 dengan kekurangan melebihi RM16.7 bilion. Pada hujung 1997, Bank Negara telah meningkatkan kadar faedah kepada 11 peratus untuk menangani penurunan Ringgit dan mengawal inflasi dan mengekalkan tahap kadar faedah pada tujuh peratus menjelang hujung 1998. Sepanjang krisis tersebut, lebih daripada 102,000 rakyat telah kehilangan pekerjaan, manakala kadar inflasi melonjak kepada 6.2 peratus pada Jun 1998, sebelum menyederhana kepada 5.3 peratus pada penghujung tahun tersebut. Keadaan ekonomi negara sekarang amatlah jauh berbeza daripada apa yang saya baru kongsikan. Asas-asas ekonomi dan sistem kewangan Malaysia kini jauh lebih berbeza. Ini adalah berikutan pelbagai pembaharuan ekonomi dan kewangan yang dilaksanakan berikutan krisis kewangan Asia seperti struktur ekonomi domestik yang lebih
pelbagai, disokong oleh sistem kewangan yang bermodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh. Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi dan kita punyai pelbagai ekonomi dan juga lebihan akaun semasa didorong oleh eksport yang pelbagai. Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif. Jumlahnya RM3 bilion pada suku pertama dan RM4.4 bilion pada suku kedua. Oleh itu, walaupun kita dilanda beberapa cabaran yang berpunca daripada faktor luaran yang berada di luar kawalan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa negara kita tidak berhadapan atau menuju ke arah sebarang krisis ekonomi ataupun krisis kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang pertama, sila Yang Berhormat Bukit Bendera.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya terima jawapan Yang Berhormat Menteri Kewangan khasnya berkenaan dengan pertumbuhan KDNK. Senario kita berbeza dengan waktu 1997-1998 apabila kita dilanda Asian Financial Crisis. Soalan saya, kalau kita imbas kembali rekod foreign exchange kita pada tahun 1980, 1USD tukar kepada RM2.122. So, sampai sekarang, kelmarin RM4.6512. The lowest point dalam masa 24 tahun sejak Asian Financial Crisis. Soalan saya, apakah atau bagaimana langkah-langkah yang bakal diambil oleh kerajaan untuk kehadapan? Waktu tahun 1980, RM2.122 dan sekarang RM4.651. Apakah langkah-langkah, sama ada kerajaan akan mengambil langkah further liberation tentang foreign exchange policy kita ataupun tightening iaitu pengetatan terhadap foreign exchange policy? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan berkenaan dengan foreign exchange policy kita. Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat. Izinkan untuk saya mengulangi bahawa seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia baru-baru ini, tiada penyelesaian mudah atau cepat bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh nilai ringgit berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat. Namun untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Bank Negara telah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi mengurus risiko berkaitan pertukaran asing. Langkah pertama, menggunakan instrumen dasar operasi bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing. Walaupun Bank Negara tidak menyasarkan sebarang paras kadar pertukaran, Bank Negara berusaha agar tidak berlaku perubahan secara drastik atau melampau dalam nilai Ringgit.
Tindakan ini akan membantu perniagaan merancang serta melaksanakan keputusan perniagaan dan pelaburan yang lebih baik. Langkah kedua ialah memastikan institusi perbankan dan syarikat korporat di Malaysia mengambil langkah-langkah hemat dalam menghadapi risiko pertukaran asing dan melindungi ringgit daripada aktiviti spekulatif. Langkah ini dapat mengurangkan risiko perubahan kadar ringgit yang berlebihan. Sebagai contoh, Bank Negara telah memperkenalkan instrumen pelindung nilai seperti dynamic hedging bagi menyediakan fleksibiliti agar peserta pasaran kewangan dan sektor perniagaan boleh melaksanakan pengurusan risiko pendedahan mata wang asing dengan lebih baik. Selain itu, sebahagian besar hutang luar negeri syarikat adalah dalam bentuk pinjaman antara syarikat perkaitan serta kredit perdagangan. Pinjaman ini secara umumnya dikenakan syarat yang fleksibel dan pada kadar konsesi atau disokong oleh perolehan eksport mata wang asing. Langkah ketiga, melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan akses dan menarik pelabur asing dalam pasaran bon domestik. Ini termasuk usaha menambah baik
mudah tunai bon pasaran sekunder serta memperkukuh struktur dan mudah tunai pasaran pertukaran asing. Jumlah urus niaga pertukaran asing harian tempatan terus meningkat hingga mencapai purata USD13.3 bilion setakat ini berbanding dengan USD11.3 bilion pada tahun 2021 berikutan aliran pertukaran dua hala. Kerajaan juga akan kekal terus menggiatkan usaha untuk mengukuhkan sentimen pelabur asing terhadap Malaysia menerusi pelaksanaan dasar-dasar yang berupaya meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Sebagai contoh, kerajaan telah meningkatkan tumpuan untuk menggalakkan pelaburan ke dalam industri membangun. Contohnya industri digital dan melaksanakan rangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi. Risiko berkaitan hutang luar korporat juga kekal terurus. Selain itu, agenda ESG diutamakan juga bagi memastikan Malaysia terus berdaya asing di peringkat global. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selain ringgit dan inflasi, bagaimana perkembangan terkini pasaran modal negara kita iaitu pasaran saham, sukuk dan bon? Kebimbangan ini adalah berasaskan kepada indeks Bursa Malaysia (KLCI) berada di tahap 1,400 mata. Itu soalannya.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan sebelum ini sistem kewangan negara dan pasaran saham terus berfungsi dengan baik dan teratur. Sehingga kini, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan dan aktiviti pinjaman kekal lancar. Aktiviti perniagaan juga terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan juga pasaran modal. Namun, kita perlu peka dengan perkembangan dunia yang turut memberikan kesan kepada pasaran kewangan. Ini termasuklah peningkatan kadar faedah oleh Bank Pusat di Amerika Syarikat yang telah meningkatkan sebanyak 300 mata asas dan dijangka akan ditingkatkan lagi kepada 47.5 penghujung tahun 2023 serta langkah lebih daripada 80 Bank Pusat di seluruh dunia yang telah meningkatkan kadar faedah mereka. Secara keseluruhan, menurut laporan dari Reuters, lebih daripada 300 kenaikan kadar faedah telah dilaksanakan sepanjang 12 bulan yang lalu. Akibat daripada ini, adalah dianggarkan pasaran saham di seluruh dunia mengalami kerugian berjumlah USD9 trilion ataupun RM41.9 trilion. Jika kita lihat kerugian di pasaran bon dunia pula, jumlah kerugian ini pula adalah lebih besar iaitu sekitar USD46 trilion atau RM214 trilion. Walaupun setakat hujung September ini pasaran saham bursa yang dijejaki oleh indeks FBMKLCI telah menyusut sebanyak 11 peratus. Betullah apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi mencecah ke tahap 1,400, pasaran saham di negara lain juga telah menurun. Sebagai contoh, pasaran saham Korea sebanyak negatif 27.6 peratus, di Hong Kong sebanyak -26 peratus, Amerika Syarikat sebanyak -24 peratus, Jerman sebanyak - 23.7 peratus. Begitu juga dengan Perancis dan Filipina sebanyak -19.4 peratus, China pun jatuh sebanyak -16.9 peratus dan sebagainya. Di Malaysia setakat ini pasaran saham kita masih mencatatkan jumlah pelaburan asing bersih sebanyak RM6.6 bilion berbanding jumlah modal keluar bersih bagi keseluruhan negara membangun Asia ini tidak termasuk China berjumlah hampir RM313 bilion. Selain itu, aktiviti pengumpulan dana atau dengan izin fundraising activities di Bursa Malaysia kekal kukuh jumlahnya RM7.2 bilion setakat hujung September. Bagi pasaran bon swasta, aktiviti pembiayaan terus berfungsi dengan baik. Dana yang dikumpul ialah RM70 bilion pada hujung Ogos. Manakala pasaran bon kerajaan alhamdulillah jumlah ini adalah RM118.7 bilion pada tempoh yang sama. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian bagi membantu warga Malaysia yang telah ditipu dan diculik oleh sindiket penipuan pekerjaan terutamanya di rantau Asia Tenggara dan apakah tindakan pencegahan yang diambil oleh kementerian dan kedutaan-kedutaan Malaysia bagi membanteras kegiatan-kegiatan penipuan pekerjaan tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara bulan April tahun ini sehingga akhir bulan September, seramai 260 orang mangsa, yakni rakyat Malaysia telah berjaya diselamatkan di empat buah negara iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand. Daripada jumlah tersebut, 171 orang telah dibawa pulang ke Malaysia manakala 90 orang yang lain sedang menunggu proses penghantaran pulang. Dalam keempat- empat negara ini yang terbanyak sekali ialah di Cambodia iaitu 139 orang telah dibawa pulang dan 56 orang masih dalam tahanan, dalam proses penghantaran pulang. Kita memang berusaha sedaya upaya. Kementerian Luar Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan sebagainya sentiasa bekerjasama untuk mengesan mereka yakni dengan kerjasama pihak berkuasa keempat-empat negara tersebut dan setelah dikesan, mereka biasanya ditahan sementara untuk disiasat dan setelah selesai mereka dibawa balik. Pada 8 September yang lalu, saya ke Phnom Penh dan pada keesokan harinya saya pulang bersama 24 orang yang kita telah selamatkan. Semua aduan yang diterima oleh Kementerian Luar Negeri daripada pihak waris akan disalurkan terus kepada perwakilan-perwakilan Malaysia yang berkenaan. Mereka akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan. Setakat ini kita mendapat kerjasama yang sangat baik daripada negara-negara tersebut. Proses untuk mencari mereka dan sebagainya ini mestilah mengikut prosedur yang diadakan, dilaksanakan di negara tersebut seperti siasatan, intipan, usaha menyelamat, dokumentasi dan sebagainya. Tindakan-tindakan yang diambil oleh perwakilan Malaysia termasuklah mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada pihak kerajaan negara tersebut dan mengadakan pertemuan dengan pihak yang berkuasa. Kemudian apabila rakyat Malaysia ini ditemui dan ditahan untuk proses undang-undang negara tersebut, kaunselor kita di setiap Malawakil akan menziarahi mereka untuk memastikan yang mereka berada dalam keadaan yang selamat daripada segi makanan, kesihatan dan sebagainya. Mesyuarat Kabinet pada 21 September yang lalu telah mengarahkan supaya sebuah jawatankuasa khas melibatkan agensi-agensi yang berkaitan ditubuhkan dengan diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan saya mengetuai sendiri dan kita telah pun mengadakan mesyuarat. Seyogia dinyatakan bahawa sebelum ini pun semua agensi yang sama telah pun memberikan kerjasama kepada Kementerian Luar Negeri dan jawatankuasa itu adalah untuk memperkemaskan lagi tugasan-tugasan yang selama ini telah kita laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Sabak Bernam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjelaskan dan memberikan jawapan serta berusaha untuk melihat, bagaimana penipuan telah dilaksanakan. Baru-baru ini, laporan media mendedahkan berkenaan- oleh sindiket-sindiket telah menawarkan peluang pekerjaan palsu dengan menjanjikan pendapatan yang sangat
lumayan di luar negara khususnya kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat hilang pekerjaan dalam negara. Soalan tambahan saya, sejauh mana hubungan diplomasi dan kerjasama Malaysia dengan negara Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar bagi menangani isu sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia (human trafficking), terutama rakyat Malaysia yang terkandas? Apa jaminan kerajaan terhadap keselamatan mangsa-mangsa yang hampir 3,000 orang ini, yang masih terkandas akibat penipuan pekerjaan, dan pemerdagangan manusia ini dapat dibawa pulang secara selamat, dan segera? Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, data yang ada di Kementerian Luar Negeri pada hari ini ialah di samping 261 orang yang telah diselamatkan, yang sedang dikesan ialah 88 orang. Jadi, jumlah kesemua ialah 261 campur 88 orang ialah 349 orang dari bulan April sehingga bulan September tahun ini. Angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu mungkin terlalu besar. Mungkin itu mengambil kira yang dahulu-dahulu. Misalnya, semasa saya Menteri Luar Negeri – kali yang pertama dahulu, ada kes yang kita selamatkan 47 orang sekali gus dari Cambodia yang majoritinya dari Sarawak. Daripada segi hubungan diplomasi antara kita dengan empat buah negara tersebut, kita tidak ada masalah, mereka membantu. Misalnya baru-baru ini, Perdana Menteri Hun Sen sendiri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan. Itu yang ada satu kumpulan 53 orang dapat diselamatkan pada suatu ketika. Kita faham tentang isu human trafficking dan pihak Polis Diraja Malaysia memang sentiasa memantau hal ini. Memang benar, majoriti daripada mereka ini ditipu, dijanjikan macam-macam, gaji yang besar, pelbagai kemewahan. Ada yang pergi kerana bercuti, selepas itu ditipu untuk bekerja. Namun saya juga kena sebutkan, ada juga segelintir daripada mereka ini yang tidak mahu balik. Mengapa mereka tidak mahu balik, ini tidak dapatlah saya ceritakan dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, kita sentiasa menasihatkan rakyat Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga sudah mula untuk mengadakan pesanan- pesanan supaya rakyat Malaysia jangan terpengaruh. Kami panggil balik duta kami di Cambodia dan beliau mengadakan temu ramah dengan beberapa buah surat khabar tempatan khusus- dan juga televisyen tempatan, khususnya yang menggunakan bahasa Mandarin untuk menerangkan masalah-masalah yang berlaku membolehkan majoriti mereka ini yang saya katakan tadi, sebenarnya tertipu. Namun, saya kena garis bawahi dengan satu persatu ayat. Kemboja sebagai contoh, ada hampir 500 buah syarikat Malaysia yang beroperasi di sana, syarikat besar dan kecil yang baik. Hampir lebih kurang 5,000 orang pekerja Malaysia, rakyat Malaysia yang bekerja di Kemboja dengan suasana yang baik dan tenang. Mereka ini tidak terlibat dalam hal-hal ini. Jaminan kita ialah, kita akan bantu walau seorang pun daripada mereka sekiranya mereka dilaporkan hilang dan sebagainya, kita akan bantu dan kita tidak akan biarkan begitu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat daripada jaminan yang diberikan untuk membantu walaupun seorang mangsa, ia akan melibatkan kos. Mereka ini kos bawa pulang, kos di sana dan juga termasuk denda yang akan dikenakan kepada mereka ini kerana mereka tidak berdokumen oleh beberapa buah negara tersebut. Jadi, apakah perancangan Kementerian Luar Negeri? Adakah kerajaan akan menanggung segala kos tersebut, dan akan berunding dengan kerajaan-kerajaan yang mendenda rakyat kita itu untuk mereka dikecualikan didenda? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Ada dua perkara di sini Tuan Yang di-Pertua. Pertama, ialah soal andainya rakyat kita ini melakukan sesuatu kesalahan jenayah di negara tersebut, kita kena bayangkan bagaimana kalau warganegara lain yang datang ke negara kita dan melakukan sesuatu jenayah. Jadi, proses perundangan itu harus diikuti juga. Itu yang pertama. Jadi tidak kiralah ditahan dalam penjara ataupun dikenakan denda dan sebagainya. Itu sebagai warga dunia, kita harus menghormati undang-undang tempatan. Kedua ialah, membawa mereka pulang. Ini ada pelbagai cara. Kita pernah misalnya charter sebuah kapal terbang. Izinkan saya, saya betulkan. Syarikat AirAsia ketika saya menjadi Menteri Luar Negeri kali pertama dahulu, pernah menghantar sebuah pesawat dan dia tidak kenakan apa-apa bayaran, itu atas perikemanusiaan ke Phnom Penh untuk bawa balik – kalau saya tidak silap, angkanya yang tepat ialah 47 orang, yang majoritinya dari Sarawak. Kemudian bawa balik ke sini dan kemudian dihantar balik ke Kuching. Ini kita memang tidak mempunyai dananya dan dalam hal tertentu, kita meminta bantuan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Namun demikian, saya sangat berharap kerana perkara ini kami timbulkan dalam permohonan kami untuk Belanjawan 2023, belanja untuk perkhidmatan kaunselor di negara-negara tertentu yang mungkin tadi yang disebutkan 2,500 itu ialah angka rakyat Malaysia yang ditahan di seluruh dunia, yang sentiasa dilawati oleh Malawakil untuk bertanya khabar, untuk memastikan mereka dalam keadaan yang sihat, makanan mereka, kebajikan mereka dijaga. Jadi, ringkasnya memanglah dana itu tidak mencukupi. Kami berusaha mencarinya dan kami harap dapat sedikit tambahan dalam belanjawan yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan-pertanyaan Menteri...
[Bangun] Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, tambah satu soalan Papar, Papar. Satu soalan.
Satu soalan tambahan.
Minta maaf. Peraturan Mesyuarat 24A(5) mengehadkan 10 minit setiap – overall satu question. Jadi, saya hendak teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.
3. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan: (a) berapa harga minimum terjamin padi (GMP) bagi 1kg yang dibeli daripada petani padi; dan (b) bilakah tarikh akhir semakan harga minimum terjamin padi (GMP) ini dibuat adakah Kementerian berhasrat untuk menyemak semula dan menaikkan harga GMP.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pesawah menikmati penyeragaman harga padi atau harga minimum terjamin padi, guarantee minimum price (GMP) di Semenanjung pada kadar RM1,200 per tan metrik atau RM1.20 bagi sekilogram. GMP telah diselaraskan pada tahun 2014 dan penetapan ini juga tertakluk kepada pemutuan sebenar padi. Tarikh akhir semakan GMP adalah pada 21 Februari 2014 dan pelaksanaan GMP ini telah dibuat melalui Perintah Tetap oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras yang sedang berkuat kuasa sehingga hari ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan belum berhasrat untuk mengkaji semula harga minimum terjamin padi yang telah ditetapkan. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya fikir bahawa itu suatu yang sangat mengelirukan masyarakat dan rakyat, khususnya para petani, dengan istilah penyelarasan kepada GMP sebanyak RM1.20 sekilogram. Sedangkan di tangan saya ialah, Slip Jualan Padi yang dikeluarkan oleh BERNAS yang ternyata dituliskan ialah harga padi yang dibeli daripada petani harga GMP ialah 75 sen untuk sekilogram, dan insentif dalaman iaitu insentif yang diberikan oleh kilang ialah 45 sen dan itulah yang menjadikan ia RM1.20.
Sedangkan harga GMP yang digazet ialah 75 sen untuk satu kilogram. Ini bermakna bahawa kalau kilang semua bersepakat mereka hendak beli dengan harga 75 sen, rakyat ataupun petani padi tidak boleh apa-apa, dia terpaksa jual dengan harga 75 sen. Oleh sebab itu, saya hendak minta supaya pihak kerajaan menyemak semula harga GMP ini sebab alasan standard yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini ialah kenaikan harga padi akan membebankan pengguna secara keseluruhan iaitu akan menyebabkan kenaikan harga beras. Sedangkan sejak dari tahun 2014, harga beras telah pun dinaikkan walaupun kecil dan hari ini RM2.60. Bermakna bahawa tanpa kenaikan harga GMP harga beras telah pun mendahului kenaikan daripada harga GMP. Oleh sebab itu, berlaku adillah kita kepada petani-petani yang memberikan kita makan, beras yang mereka membanting tulang setiap hari sedangkan mereka hanya mendapat 75 sen.
Terima kasih.
Saya mencadangkan kerajaan menyemak semula untuk memberikan harga GMP ini ialah RM1.30.
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pokok Sena nampak berjuang untuk pesawah tetapi kerajaan juga berjuang lebih banyak dan besar untuk pesawah di negara kita ini. Harga yang ditetapkan seperti saya katakan tadi adalah 1,200 per tan metrik ataupun RM1.20 per kilogram berdasarkan kepada kualiti padi mengikut pemutuan. Jadi, kenapa dibuat pemutuan? Ini kerana kita memberi subsidi output melalui skim yang dilakukan oleh kerajaan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan membelanjakan RM1.53 bilion untuk membantu pesawah di seluruh negara termasuk bantuan subsidi input dan juga subsidi output. Subsidi input pertanian meliputi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi, Skim Baja dan Racun Padi Bukit dan Huma, Skim Insentif Benih Padi Sah. Subsidi output diberikan melalui Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) yang mana pesawah mendapat insentif apabila menjual harga padi. Untuk makluman Yang Berhormat, bukan itu sahaja kerajaan dalam menaikkan kadar bersubsidi racun makhluk perosak di bawah SIPP daripada RM200 per hektar semusim kepada RM300 per hektar semusim untuk tahun 2022 dan ini melibatkan lebih kurang RM62 juta. Selain itu Bantuan Khas Pesawah Sementara Menunggu Hasil Padi juga bakal diberikan pada tahun 2023 dengan kadar bantuan sebanyak RM200 setiap bulan untuk tempoh tiga bulan dengan jumlah peruntukan hampir RM230 juta. Jadi, harga padi adalah mengikut pemutuan yang ditetapkan oleh IPB dan kerajaan kerana pemutuan ada diselaraskan dengan bantuan subsidi output. Akan tetapi pendeknya Yang Berhormat, kerajaan membelanjakan lebih daripada RM1.53 bilion untuk membantu pesawah. Jadi, kalau dikatakan bahawa kita abaikan pesawah adalah tidak benar kerana kerajaan mengolah pelbagai bentuk program dan subsidi untuk membantu pesawah di seluruh negara.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, sila saya jemput Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya juga akan berkenaan dengan harga minimum padi. Jadi, apa yang terjadi di tempat saya ialah di Papar, ramai petani yang enggan ataupun tidak mahu ingin lagi menanam padi disebabkan oleh harga padi yang begitu rendah dan mereka katakan kepada saya tidak begitu ekonomi di mana mereka akan kerugian kerana kos-kos penanaman, baja dan sebagainya begitu tinggi. Jadi, ini adalah masalah yang dihadapi oleh petani-petani di Sabah bukan sahaja di Papar. Soalan saya juga ada berkait dengan GMP ini. Adakah kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Tanah Pertanian dan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah kekurangan tapak penanaman serta perusahaan asas tani dan apakah jenis insentif yang dilihat sesuai diberikan kepada kerajaan negeri yang mengekalkan tanah pertanian dan tanah penternakan? Soalan kedua saya ialah apakah tindakan yang boleh diambil kepada syarikat- syarikat ataupun vendor-vendor yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan baja, benih dan input-input pertanian yang menghantar barangan yang tidak mengikut jadual dan kualiti yang rendah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat Papar, di Sabah kita ada program IADA di Kota Belud dan lebih daripada 500 orang peserta sedang mengikuti program IADA di Kota Belud. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian RM1.53 bilion yang saya katakan tadi adalah merupakan bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada pesawah di seluruh negara, termasuk pesawah di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman ahli-ahli Dewan ini, RM1.3 bilion itu merupakan 60 peratus daripada kos pengeluaran padi, penanaman padi di negara kita ditampung oleh kerajaan. Satu jumlah yang besar, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, pelbagai langkah kita ambil untuk meneruskan usaha bagi menggalakkan penanaman padi dan meningkatkan pengeluaran padi di seluruh negara. Kita mendengar di Dewan ini program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) sekarang ini telah melibatkan lebih daripada 11,000 orang pesawah di seluruh negara yang akan memberi manfaat yang lebih dan menarik minat golongan pesawah termasuk golongan muda untuk menceburi di dalam penanaman padi. Jadi, kerajaan mengambil maklum penting usaha untuk terus meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara dan mengurangkan kebergantungan kita kepada import beras daripada luar. Jadi setakat ini Yang Berhormat, program SMART SBB bukan sahaja menumpukan kepada penanaman padi beras biasa tetapi beras wangi. Jadi, beras wangi yang dikeluarkan melalui program SMART SBB ini tidak tertakluk kepada had harga RM1,200 per metrik tan. Jadi, pesawah yang mencebur diri yang melibatkan diri dalam penanaman padi beras wangi akan dapat menikmati harga yang lebih tinggi daripada RM1,200 kerana mereka tidak tertakluk kepada harga kawalan beras putih yang disekat pada harga RM1,200 per metrik tan. Perkara lain yang disebutkan oleh Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui MAFI menyalurkan lebih daripada RM250 juta setiap tahun disalurkan kepada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Negeri Sabah untuk membantu pesawah, penternak, nelayan di negeri Sabah melalui program- program yang diolah oleh kerajaan negeri. Terima kasih.
Baik.
Sedikit lagi.
Ada sedikit masa lagi, saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menyebut tadi tentang pemberian semula insentif kepada petani sementara menunggu padi masak. Sebelum itu terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri mengumumkan yang sedemikian itu.
Apakah dengan RM200 sementara untuk padi masak ini, sebanyak RM600 selama tiga bulan mencukupi? Bagi saya, harga ini perlu dinaikkan untuk menampung kos petani yang semakin meningkat. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, kalau cukup, tidak cukup dia very subjective tetapi ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban pesawah terutama ketika menunggu musim menuai padi. Jadi, perkara ini telah pun diumumkan dan dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan akan disalurkan melalui peruntukan melalui bajet yang akan diumumkan pada hari Jumaat ini. Kalau ada bajet diumumkan pada Jumaat.
[Dewan riuh]
Jadi, kos ini akan melibatkan RM230 juta untuk tempoh tiga bulan jadi RM600 per head, RM200 setiap bulan, jadi RM600 untuk setiap pesawah. Jadi, kalau ditanya sama ada mencukupi atau tidak mencukupi, jawapannya boleh mencukupi tidak mencukupi tetapi ini merupakan sebahagian tambahan daripada jumlah dana yang disalurkan kepada pesawah, membantu pesawah di dalam pelbagai program subsidi yang memberi kos kepada kerajaan lebih daripada RM1.53 bilion setiap tahun.
Jadi ini on top of apa yang diberi oleh kerajaan. Jadi, kita harap ia akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban pesawah negara kita ketika menunggu musim tuai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pengangkutan menyatakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi mengawal dan memantau harga tiket penerbangan domestik pada kebanyakan masa adalah mahal dan tidak berpatutan.
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Dungun bersekali dengan Yang Berhormat Kinabatangan yang bertarikh 17 Oktober 2022 serta Yang Berhormat Lanang yang bertarikh 24 November 2022 kerana pertanyaan ialah mengenai isu yang sama. Sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan Keluarga Malaysia, Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan. Bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Hasil perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa bergantung pada permintaan. Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lanang, berdasarkan pemerhatian oleh MAVCOM pada 14 September 2020, harga tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh penerbangan untuk musim perayaan
Tahun Baru Cina 2023 iaitu dari 18 hingga 26 Januari 2023 tempoh pemerhatian adalah antara RM100 hingga RM1,235. Manakala bagi 20 hingga 21 Januari 2023 tempoh puncak, harga tambang sehala adalah antara RM210 hingga RM1,400. Daripada julat harga tambang tersebut, majoriti harga tiket penerbangan tersedia untuk pembelian bagi semua laluan ekonomi sehala ke wilayah Sabah dan Sarawak pada tempoh yang dipantau adalah di bawah RM400. Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan-laluan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Berhubung dengan harga tiket penerbangan domestik dalam Sarawak sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang, kadar tambang yang dikenakan oleh syarikat MASwings ke kawasan luar bandar di Sarawak adalah berdasarkan siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Julai 2011. Harga siling yang ditetapkan ini adalah tidak termasuk dengan bayaran lain seperti cukai, yuran dan caj. Sehingga kini, tiada kenaikan harga siling yang telah dilaksanakan atau diumumkan oleh kerajaan sejak 2011.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa. Jawapan ringkaskan.
Ya, sedikit lagi. Pihak operator iaitu MASwings yang melaksanakan perkhidmatan RAS tidak akan menaikkan tambang dengan sewenang- wenangnya kerana tertakluk kepada harga siling yang telah ditetapkan di bawah Perjanjian Public Service Obligation for Rural Air Service (PSO for RAS). Untuk makluman Yang Berhormat Lanang, kementerian senantiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan semasa musim-musim perayaan, khususnya di laluan-laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti Kuala Lumpur–Sibu, Pulau Pinang–Sibu dan Johor Bahru–Sibu. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meningkatkan kekerapan bagi laluan tersebut adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju (commercial viability) laluan. Buat masa ini, terdapat 35 penerbangan seminggu bagi laluan Kuala Lumpur–Sibu, satu penerbangan seminggu bagi laluan Pulau Pinang–Sibu dan tujuh penerbangan seminggu bagi laluan Johor Bahru–Sibu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Senario kenaikan harga tambang penerbangan domestik ke Sabah Sarawak dan dari Sabah Sarawak ke Semenanjung ini adalah suatu yang berlaku pada saban tahun. Jadi, pohon secara jelas jaminan pihak kementerian bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi dan perancangan dan inisiatif kementerian bagi menangani isu yang membebankan rakyat ketika musim perayaan yang melibatkan tambang penerbangan domestik ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan tidak mengawal harga tiket penerbangan selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2006. Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga pernah membuat kajian mengenai penetapan harga siling bagi mengawal harga tiket penerbangan pada Ogos 2018. Kajian tersebut menunjukkan bahawa mekanisme harga siling akan memberi kesan yang negatif kepada pengguna dalam jangka panjang. Seterusnya, MAVCOM mendapati bahawa laluan yang mempunyai kekerapan penerbangan yang rendah terutamanya semasa musim puncak, secara umumnya akan merekodkan harga penerbangan yang lebih tinggi. Kerajaan melalui MAVCOM telah memantau harga tiket serta kekerapan penerbangan domestik terutamanya bagi laluan
Semenanjung–Sarawak dan mencadangkan agar syarikat-syarikat penerbangan meningkatkan kapasiti penerbangan untuk memenuhi permintaan pada musim puncak. Sekian, terima kasih.
Okey, soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Penampang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat tahu bahawa Singapura dan Indonesia telah meratifikasikan di Indonesia flight information region di mana mereka boleh menguruskan segala flight path dan management di Indonesia. Saya faham bahawa satu faktor peningkatan seperti mana yang disoal kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu faktor kenaikan harga flight ke Sabah dan Sarawak adalah kerana flight information region. Masalah di mana Singapura mentadbir air space kita.
Pada tahun 2019 Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa kerajaan pada waktu itu telah mengumumkan hasrat untuk mengambil balik pengalihan ruang udara flight information region ini dari Singapura, dan dijangka proses pengambilan alihan pada tahun 2019 itu patut dimuktamadkan dan diakhiri pada tahun 2023. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perkembangan pengambilan balik flight information region ini? Adakah ini akan menurunkan harga kos penerbangan ke Sabah dan Sarawak termasuk juga dengan pengumuman airline yang baharu, MYAirline sama ada mereka juga akan memberikan kos yang kompetitif daripada MAS dan AirAsia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang diutarakan. Maklumat ini tidak ada di tangan saya dan kita akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Boleh soalan tambahan?
Soalan lagi boleh? Sibu.
Alor Gajah, Alor Gajah.
Masa sebenarnya dah diberikan agak panjang, tetapi saya bagi peluang soalan tambahan yang ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bagi soalan macam mana hendak memantau harga tiket itu semua. Saya difahamkan, airlines sekarang oleh sebab COVID-19 dua tahun- dalam dua tahun kapal terbang semua tidak jalan, tidak terbang. Semua sebelum mereka terbang semula, dia mesti mahu ada servis, baharu boleh. Contoh macam AirAsia, memang tidak mencukupi kewangan. Saya difahamkan dia sudah minta kerajaan bantu bagi loan ataupun bagi bantuan macam mana membantu mereka servis air craft, baru dia boleh tambah frequency. Kalau airlines sudah cukup frequency, memang harga turun. Kalau tidak- sekarang memang harga akan mahal because of operation cost and all this. Sampai hari ini saya difahamkan, dia sudah minta Kementerian Pengangkutan membantu. Mengapa sampai sekarang, Kementerian Pengangkutan atas isu ini tidak ambil begitu serius on this matter? Saya minta jawapan daripada Timbalan Menteri.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Memang pun disebabkan pandemik COVID-19, syarikat-syarikat penerbangan masih dalam fasa pemulihan di mana kapasiti daripada kekerapan penerbangan masih terhad.
Bagi bulan September misalnya 2022, kekerapan penerbangan domestik masih rendah, iaitu hanya pada tahap 68.2 peratus berbanding pra pandemik Disember 2019. Jadi ini satu fakta selain daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sibu tadi yang menyebabkan harga tiket mungkin mahal daripada kebiasaan. Jadi maklumat ini juga saya akan sampaikan jawapan kepada Yang Berhormat Bintulu secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Port Dickson.
Terima kasih, soalan kedua. Cuma pembetulan. Indeks Harga Pengguna saya gunakan bulan Julai. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri berikan IHP yang terakhir.
2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan prestasi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam menangani kenaikan kadar inflasi keseluruhan yang meningkat kepada 4.4 peratus, dan inflasi makanan kepada 6.9 peratus pada bulan Julai 2022 seperti mana Laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) terbitan Jabatan Perangkaan Negara (DOSM).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, jawapannya kadar julat inflasi Januari hingga Ogos 2022 adalah pada kadar 3.1 peratus. Kadar julat inflasi ini selari dengan unjuran Bank Negara Malaysia bagi tahun 2022 yang berlegar di antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus. Ini bermakna walaupun bulan Ogos mencatatkan kadar inflasi 4.7 peratus, namun hakikat sebenar julat Januari hingga Ogos 2022 pada kadar 3.1 peratus ini masih berada dalam julat yang telah diunjurkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu di bawah 3.2 peratus. Tuan Yang di-Pertua, kadar inflasi yang tinggi pada masa ini merupakan fenomena global dan didorong oleh faktor-faktor luaran. Pada masa ini kadar inflasi di sesetengah negara di peringkat serantau dan global masih mencatatkan paras yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Kadar inflasi yang rendah di Malaysia didorong oleh inisiatif dan langkah proaktif kerajaan untuk menyediakan subsidi bagi mengekang inflasi serta memastikan Keluarga Malaysia tidak terlalu terbeban apabila berhadapan dengan cabaran kos sara hidup. Tidak benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa subsidi kerajaan untuk beberapa barang keperluan asas ditarik balik. Malah jumlah pemberian subsidi kerajaan terus meningkat. Kadar inflasi di negara ini akan mencecah ke paras yang lebih tinggi iaitu sehingga 10.6 peratus sekiranya tiada intervensi dari kerajaan dan kesan pelaksanaan subsidi serta strategi di bahawa dasar monetary negara menjadikan kadar inflasi negara kekal pada paras terkawal. Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang bersifat kerjasama synergy rentas kementerian adalah untuk menangani kos sara hidup dan mengawal kadar inflasi. Platform ini membincangkan isu tersebut secara inclusive dan pelaksanaan segera secara bersepadu dapat dilaksanakan. Perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di antaranya adalah seperti berikut: (i) memperluaskan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) kepada semua kawasan Dewan Undangan Negeri sebanyak 512 DUN atau 80.1 peratus daripada 639 buah kawasan DUN dan lokasi telah bermula Program JMKM semenjak pertengahan Ogos 2022. Keluarga Malaysia boleh mendapatkan barangan sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat. Harga yang murah ini adalah
manfaat secara langsung subsidi harga melibatkan peruntukan RM100 juta; (ii) meneruskan kawalan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol satu kilogram, dua kilogram, tiga kilogram, dan lima kilogram secara harga siling bergerak berdasarkan harga minyak sawit mentah dunia. Semalam saya telah membuat pengumuman bahawa harga baru minyak masak sawit tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Oktober 2022 sehingga 7 November 2022 adalah seperti berikut: (a) satu kilogram dari harga RM7.50 turun kepada RM7.10; (b) dua kilogram per botol dari harga RM14.30 kepada RM13.50; (c) tiga kilogram dari harga RM21.10 turun kepada RM19.90; dan (d) lima kilogram dari harga RM33.50 turun kepada RM31.50. Ini merupakan pengumuman buat kali ketiga dalam tempoh berkenaan berhubung penurunan harga minyak masak sawit tulen. (iii) meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam serta pemberian subsidi penternakan sebanyak RM1.1 bilion; dan (iv) memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di bawah inisiatif Bakul Makanan Siswa bagi sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang berkualiti pada harga RM3.50 di kampus-kampus Institut Pengajian Tinggi Awam.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi inisiatif yang berjaya dilaksanakan oleh Pasukan Khas Jihad ini tetapi disebabkan kesuntukan masa, saya tidak dapat menyatakan di sini dan banyaklah ini lebih 10 lagi. Jadi, Pasukan Khas Jihad ini telah berjaya memastikan kadar inflasi adalah pada tahap yang terkawal seperti yang diunjurkan oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kalau diizinkan membaca, saya memerlukan mungkin 15 minit atau...
Tidak apa, saya hendak memberikan soalan tambahan.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan saya mohon supaya kalau boleh jawapan itu diberi kepada saya lengkap. Saya juga faham bahawa Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad ini merentasi kementerian. Maknanya ini bukanlah tugas yang boleh terhad atau terbatas kepada kementerian Yang Berhormat. Cuma kalau kita katakan pasukan jihad ini, maknanya langkah-langkah diambil itu harus lebih struktural. Ada permasalahan besar umpamanya pertanian, pengeluaran pertanian hal yang mungkin tidak terbatas pada tugas dan skop kerja kementerian Yang Berhormat. Oleh sebab itu, saya tujukan soalan ini kepada Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Saya juga berterima kasih kerana beberapa langkah seperti jualan murah yang sementara ini. Langkah-langkah sementara yang sebenarnya mengikuti inisiatif Kerajaan Negeri Selangor, yang telah melakukan lebih setahun yang lalu. Begitu juga makanan
tambahan untuk siswa yang mengikuti ataupun langkah yang diambil oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, food bank. Akan tetapi minyak mentah sawit ini banyak rayuan termasuk Yang Berhormat daripada pihak sana juga mengatakan tidak diperoleh di beberapa tempat. Ada complaint di Port Dickson semalam, Bandar Tun Razak kerana Yang Berhormat tidak turun jadi saya terpaksa turun dan feedback yang sama. Begitu juga saya dengar, kalau tidak salah saya Jelebu. Sebelum ini, Jempol. Akan tetapi cadangan kita yang lebih serius iaitu menekankan supaya syarikat- syarikat besar yang mencatat keuntungan setengah bilion, RM1 bilion setahun, mengapa tidak boleh kita cap 10 peratus jual dalam negeri supaya tidak membebankan kerajaan berbilion ringgit. Jadi, keupayaan kerajaan berunding dengan syarikat-syarikat besar ini lemah sekali, dia mengalah terus. Syarikat itu untung RM1 bilion apa salahnya diletakkan syarat 10 peratus, 15 peratus jual dalam negeri dengan keuntungan kecil dan tidak ikut harga pasaran dunia. Kalau yang import kita faham dan terkait juga ialah harga import yang menyebabkan harga ayam itu melambung kerana makanan. Harga makanan itu dikaitkan dengan kejatuhan nilai ringgit. Walaupun Menteri Kewangan sebut tidak membimbangkan. Ini Menteri Kewangan yang satu-satunya di dunia yang tidak bimbang pada nilai ringgit jatuh. Saya hairan.
Ringkaskan soalan.
Ya. Jadi soalan saya ialah sementara saya akui beberapa langkah sementara yang dibuat oleh kementerian Yang Berhormat tetapi saya hendak tahu dengan lebih jelas keupayaan, kesanggupan jawatankuasa ini, yang disebut jihad. Jihad ini ia berat bunyi tahu sebab itu jihad. Kalau tidak, kalau kita kata jawatankuasa biasa sahaja, ini bunyinya jihad. Kalau jihad, mesti ada kesanggupan mengambil langkah tegas, berperang, cuba mencari penyelesaian kepada masalah ini.
Baik.
Ini hendak berunding dengan syarikat besar kelapa sawit pun tidak sanggup. Jadi, ini yang saya hendak tegaskan kepada Yang Berhormat. Apakah langkah-langkah yang lebih struktural yang dianggap perubahan dasar untuk menjamin harga ini tidak tinggi? Hal ini kerana sikit sahaja lagi Yang Berhormat iaitu Malaysia kadar inflasi makanan itu yang penting, masih tinggi. Lebih tinggi dari Singapura, lebih tinggi dari Brunei dan lebih tinggi dari Vietnam. Tahniah kerana lebih rendah dari Myanmar. Jadi kita selalu catat kejayaan berbanding dengan Myanmar, itu betul. Macam susu, keju dan telur, kadar inflasi masih 9.4 peratus. Begitu tinggi bagi rakyat biasa, terlalu tinggi. Ini yang saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, soalannya banyak jadi saya cuba jawab apa yang ada pada saya, yang ditanya tadi langkah-langkah yang lain. Sebenarnya mungkin Yang Berhormat Port Dickson sendiri pun maklum, kerajaan ada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (National Action Council on Cost of Living). Peranan utama NACCOL adalah mengenal pasti isu serta cabaran yang berkaitan sara hidup rakyat. Seterusnya, NACCOL mengkaji, menggubal serta memantau pelaksanaan dasar strategi dan tindakan jangka sederhana dan panjang. Tadi jangka pendek, yang jihad ini tadi. Hal yang kita ada isu kita bincang, rentas kementerian, rentas agensi dan kita buat keputusan. Ya, dan kita laksanakan sebab itu ada banyak inisiatif tadi. Ini secara jangka sederhana dan jangka panjang, NACCOL yang perlu bermesyuarat, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Jadi sebenarnya semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Pengerusi NACCOL, beliau telah mempengerusikan sebanyak empat kali mesyuarat dalam tempoh sembilan bulan semenjak Disember 2021. Komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup. Untuk makluman, berdasarkan terma rujukan (terms of reference) NACCOL hanya bermesyuarat dua kali setahun tetapi baru setengah tahun sudah masuk empat kali. Maknanya menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam isu ini. Jadi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi fokus kepada isu jangka pendek dan perlu ditangani segera dalam menangani kos sara hidup rakyat. Justeru, peranannya lebih berfokus kepada melibatkan pelbagai kementerian dan agensi merentas pelbagai isu. Jadi, namun ada tindakan-tindakan yang mempunyai implikasi dasar dan polisi kerajaan masih memerlukan kelulusan Jemaah Menteri dan NACCOL. Jadi saya bagi gambaran Yang Berhormat sebab kita ada peringkat-peringkat. Ada juga jawatankuasa teknikal di mana sebelum keputusan muktamad, jadi perlulah di peringkat teknikal kerana perlu diperincikan segala-galanya langkah-langkah yang akan diambil ataupun dibuat sebagai satu dasar yang baharu ataupun langkah-langkah yang lebih tepat, Yang Berhormat. Jadi oleh sebab banyak ditanya tadi Yang Berhormat, apa langkah sebenarnya. Memang food security issue memang satunya yang besar isunya dan dalam sawit tadi minyak masa 10 peratus itu pun kita bincang. Betul Yang Berhormat Port Dickson, memang kami melibat urus dengan industry players, stakeholders. Kita sudah sampaikan kepada mereka memohon supaya dapat kita bersama dalam mengagihkan 10 peratus keluaran sawit di Malaysia untuk kegunaan domestik. Saya akui setakat ini kita belum dapat memutuskan ataupun kebersamaan dalam keputusannya tetapi usaha kita masih teruskan sebab ia memerlukan kerjasama dengan kementerian lain juga yang lebih khusus kepada industri perladangan dan komoditi ini. Jadi sementara itu, kita buatlah sebab itu kita ada sistem bergerak. Harga siling bergerak dari sebulan ke sebulan yang telah saya sebutkan dan jelaskan tadi. Itu bagi sementara. Ketidakcukupan bekalan atau keberadaan di pasaran, Yang Berhormat walaupun saya tidak pergi Port Dickson tetapi saya tahu secara harian sebenarnya. Hal ini sebab kita ada 72 Enforcement Command Centre (ECC) seluruh negara termasuk ada di Kapit juga, di Port Dickson pun ada. Kita ada dedicated retail outlet dan dedicated wholesale outlet untuk kita memahami apa sebenarnya keadaan di pasaran di bawah sana. Jadi tidak betul lah kalau dikatakan kami di peringkat kementerian ataupun pegawai-pegawai kanan di kementerian ini tidak turun, tidak tahu. Kita tahu setiap hari kita dapat laporan. Jadi saya akuilah kita ada permasalahannya sebab itu pengedaran itu tidak sempurna. Oleh sebab itu, kita pun telah buat audit kepada program Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) ini harga minyak bersubsidi, minyak masak ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jadi banyak lagi Yang Berhormat. Jadi kalau boleh, boleh hantar kepada Yang Berhormat Port Dickson sudah secara bertulis, yang lain itu tadi. Terima kasih.
Baik.
Tanjong Manis. Tanjong Manis.
Saya berikan peluang soalan tambahan yang kedua, Yang Berhormat Tanjong Manis.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, salah satu daripada cara untuk mengurangkan kesan inflasi adalah mengadakan lebih banyak lagi program Jualan Murah Keluarga Malaysia. Jadi begitu juga dengan penyeragaman harga terutama sekali di kawasan luar bandar sebab di kawasan saya banyak harga, sebagai contoh tong gas yang lebih mahal daripada harga bandar. Jadi saya cadangkan dan saya mohonlah, bolehkah pihak kementerian mengadakan lebih banyak program Jualan Murah Keluarga Malaysia terutama sekali di kawasan luar bandar kerana ia memberi kesan yang lebih dan sangat besar kepada penduduk-penduduk di kawasan saya, terutama sekali. Juga penyeragaman harga-harga barangan seperti tong gas dan sebagainya masih belum terjadi di kawasan saya yang mana harga tong gas melebihi RM30 sampai RM50 untuk sebiji tong gas. Mohon kerjasama daripada kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sila Yang Berhormat Menteri.
Ya terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sebenarnya kita ada program yang dipanggil Community Drumming. Sekarang mungkin sepatutnya dinamakan lain sebab pada mulanya tahun 2009 untuk membantu rakyat yang memerlukan dan menangani masalah kos pengangkutan, logistik. Dahulu hantarkan kepada kawasan-kawasan tertentu di luar bandar dengan menggunakan drum untuk minyak sahaja. Akan tetapi sekarang diperluaskan kepada barangan keperluan yang lain. Jadi masih juga dinamakan Community Drumming dan program ini masih dilaksanakan. Pada tahun 2022 ini kementerian mendapat RM200 juta untuk program ini. Sebenarnya untuk bajet ini kita memohon peruntukan tambahan tetapi tidak tahulah apabila di bentang nanti baru kita tahu ada tambahan atau tidak. Oleh sebab kerajaan akui masih banyak lagi kawasan-kawasan di luar bandar dan pos-pos yang memerlukan program ini bagi mengurangkan bebanan harga yang tinggi di luar bandar dengan kerajaan memberi subsidi kepada kos pengangkutan. Jadi program Jualan Murah Keluarga Malaysia memang saya banggalah kerana banyak maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk wakil-wakil rakyat yang mengatakan program ini berjalan dengan baik, walaupun belum 100 peratus lancar tetapi boleh ditambah baik. Jadi sekurang-kurangnya ramai yang dapat manfaat daripada program ini. Jadi program ini akan kita teruskan dan perluaskan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang dalam fasa Program Jualan Murah 2.0. Semasa 2.1 dahulu hanya kementerian KPDNHEP sahaja. Jadi kita tidak mampulah hendak buat ke seluruh negara. Jadi kita buat penambahbaikan. Oleh sebab itu kita bersama dengan kementerian-kementerian lain supaya kekerapan dan kesannya lebih baik kerana apabila kementerian-kementerian lain membantu KPDNHEP dalam program ini, jadi banyak lagilah program-program ini boleh dijalankan dan banyak yang dapat manfaat daripada program ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sekian terima kasih.
Sedikit sahaja. Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua minta soalan ketiga. Minta soalan.
Panjang masa. Untuk soalan ini, saya ingin meneruskan dengan menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Pontian.
3. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sejauh mana kejayaan-kejayaan program-program meningkatkan pendapatan penduduk di desa. Apakah contoh-contoh program yang berjaya dan contoh-contoh kampung yang terbaik serta aktiviti-aktiviti di kampung itu?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan pelbagai program ekonomi sama ada secara individu atau berkelompok bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk luar bandar. Antara program untuk penduduk luar bandar secara individu adalah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan satu lagi ialah program secara berkelompok iaitu Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Program PPP tadi daripada tahun 2016 hingga tahun 2020, seramai 3,996 orang peserta telah mengikuti program ini dengan perbelanjaan RM29.2 juta. Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya pula untuk luar bandar ini seramai 11,269 orang peserta telah turut serta dengan perbelanjaan RM73.4 juta. Selain daripada itu adalah satu lagi projek, Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung iaitu pembangunan luar bandar kampung yang secara ringkasnya ialah PROSPEK. Bilangan PROSPEK yang telah dan sedang dilaksanakan sehingga tahun 2022 adalah berjumlah 16 projek. Antara contoh projek PROSPEK adalah projek Rintis Kampung Sidam, Kulim Kedah yang menjalankan aktiviti tanaman jagung sebagai niche product dan juga dan pemprosesan produk berasaskan jagung, pemprosesan silaj dan lain-lain aktiviti industri kecil. Sehingga kini antara impak bagi projek berkenaan adalah peningkatan penempatan yang berterusan kepada peserta daripada golongan B40. Jumlah peserta dan penerima bantuan PROSPEK Rintis Kampung Sidam ini sehingga September 2022 iaitu ketiga-tiga komponen PROSPEK iaitu ekonomi, perumahan dan prasarana adalah berjumlah 253 orang. Pelbagai projek ekonomi dan prasarana asas yang dilaksanakan sejak tahun 2018 akan memberi peningkatan penempatan kepada peserta, penduduk dan peniaga yang menjalankan aktiviti di kawasan tersebut. Antara kejayaannya ialah peningkatan pendapatan yang ketara bagi peserta tanaman jagung berkelompok melalui hasil jualan jagung pada tahun 2018 hingga 2021 yang berjumlah RM7,776 ribu. Purata pendapatan peserta IKS PROSPEK Rintis Kampung Sidam meningkat dalam kadar julat 29 hingga 68 peratus bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Selain itu purata pendapatan peserta IKS sebelum menyertai PROSPEK pada tahun 2019 adalah RM1,684 telah meningkat kepada RM2,830 setelah menyertai PROSPEK, sebagai contohnya. Selain daripada di Kampung Sidam, projek PROSPEK ini juga diadakan di Kampung Pasir Raja, Terengganu projek ternakan air tawar, PROSPEK Muar untuk ternakan arnab pedaging dan PROSPEK Matu Sarawak untuk pemprosesan hasil laut. Satu program lagi ialah Program Desa Lestari (PDL). Ia dilaksanakan melalui enam sektor ekonomi iaitu pertanian, penternakan, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan dan peruncitan. Sekali gus dapat membantu memperkasa modal insan dan membangunkan sosioekonomi komuniti luar bandar.
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta ringkaskan. Masa sudah tamat.
Sedikit sahaja. Kejayaan sahajalah. Hasil daripada tahun 2013 hingga 2020 sebanyak 137 buah kampung dimajukan di bawah PDL dan dibelanjakan sebanyak RM157 juta untuk tujuan ini. Peningkatan pendapatan, sebanyak 54 buah koperasi kampung telah berjaya menjana dan meningkatkan sekurang-kurangnya lima peratus pendapatan kasar tahunan selepas setahun pelaksanaan. Peluang pekerjaan sebanyak 4,302 peluang pekerjaan diwujudkan dalam pelbagai sektor. Keanggotaan KLR pula dalam koperasi, seramai 8,185 orang komuniti KLR yang menganggotai koperasi dan penerima manfaat sebanyak 32,000 orang komuniti setempat. Pendapatan pula, di Kampung Telian Mukah, RM49 juta. Kampung Paluh Gua Musang, Kelantan mendapat pendapatan RM4.4 juta, Kampung Batu Putih Kinabatangan
di bawah projek ekopelancongan meraih pendapatan sebanyak RM3.8 juta. Jadi ini adalah kejayaan sepanjang program ini dibuat dan banyak lain lagi Yang Berhormat yang saya boleh bagi dengan secara bertulis kepada Yang Berhormat Pontian.
Bagi bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, sebelum memberikan soalan tambahan. Saya ingin membuat satu makluman. Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari The Grand National Assembly of Turkiye yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Profesor Dr Mustafa Sentop. [Tepuk]
Kepada Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Mustafa Şentop dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Mustafa Şentop dan delegasinya, akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan Turkiye... [Tepuk] Honorable Members, it is with great pleasure I would like to inform the August House that together with us today is the delegation from The Grand National Assembly of Turkiye led by His Excellency Professor Dr. Mustafa Sentop, Speaker of The Grand National Assembly of Turkiye. To His Excellency Professor Dr. Mustafa Sentop, welcome to this August House… [Tepuk] We hope that this visit will furthers strengthen the friendship and relation between Malaysia and Turkiye. Thank you, and welcome to Malaysia. Dipersilakan, soalan tambahan yang pertama.
Terima kasih. Kampung di Malaysia ini saya rasa 15 ribu buah agaknya yang campur ‘kampung rangkaian’ mungkin ada sebanyak 20 ribu buah. Tadi ada Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut Desa Lestari terlibat sebanyak 137 buah kampung, Projek Prospek sebanyak 16 buah kampung. Jadi, yang saya ingin tanyakan, begitu banyak lagi kampung-kampung yang tidak termasuk dalam projek-projek ini. Bagi mengurangkan penghijrahan anak-anak desa ke kota, kampung hendaklah menjadi tempat yang mereka ingin diami. Oleh itu saya ingin bertanya, apa usaha-usaha seperti Pusat e-Dagang Desa, IKS menguntungkan, pertanian moden, ladang tenusu, river cruise, agrotourism, inap desa misalnya perlulah dibanyakkan. Adakah kementerian bersepadu dengan kementerian-kementerian lain untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung seperti dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Untuk makluman Yang Berhormat, pemerkasaan ekonomi belia luar bandar merupakan antara agenda penting di bawah Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Antara program yang dilaksanakan oleh KPLB untuk meningkatkan ekonomi belia luar bandar ialah melaksanakan program ekonomi dan keusahawanan iaitu Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Program Start Right @ KPLB dan Program Desa Lestari serta program di bawah MARA seperti Program Pecutan Usahawan Baharu, dengan izin, Start-Up Accelerator Program (STAR). Keduanya, menyediakan platform pemasaran atas talian melalui Program Desamall; ketiga, melaksanakan program pembangunan modal insan seperti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), TVET, KPLB, program di bawah KEMAS dan INFRA. Seterusnya ialah melaksanakan pelbagai program seperti Program Pemerkasaan Wanita, Program Keusahawanan Pusat Pengumpulan Produk Usahawan Desa di Pusat Komuniti Desa (PKD) yang berfungsi sebagai pusat hentian setempat dengan moto “Satu
Hentian, Pelbagai Perkhidmatan”, dan meneruskan penyediaan infrastruktur dan prasarana yang lengkap dan mencukupi di luar bandar untuk menyokong pembangunan ekonomi dan mewujudkan persekitaran luar bandar yang kondusif. Selain itu, KPLB melalui agensi seperti RISDA, FELCRA Berhad turut melibatkan belia luar bandar dalam bidang pertanian dan penternakan dengan memberi peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan membuka tanah terbiar dan projek pertanian. Kedua, tentang ecotourism ini sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KPLB, bahawa sekarang ini memang betul kita menyedari bahawa kita di dalam kampung tidak menyedari kita tinggal dalam resort. Just that we don’t know how to open it up maka, dengan izin, kementerian telah pun berusaha untuk membawa perkara bersekali dengan bantuan dan juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk membangunkan produk-produk pelancongan di dalam kampung- kampung dan dengan harapan, ini akan- apabila mereka melihat perkara ini menjadi duit, mungkin insya-Allah, mereka tidak akan berhijrah ke bandar. Tidak payah hendak berhijrah ke bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka daripada segi pelancongan ini. Satu ialah program yang sekarang ini telah pun dilancarkan iaitu Kampung Sejahtera. This is another program juga yang baharu dilancarkan untuk digunakan sebagai satu platform juga untuk memperkembangkan ekonomi di kampung-kampung supaya tidak ada penghijrahan anak-anak muda. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Hang Tuah Jaya, soalan tambahan.
Memberi soalan tambahan kedua...
Hulu Langat bangun dahulu.
Hang Tuah Jaya.
Yang ternampak pertama oleh saya ialah Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih.
Aduh, macam mana boleh ternampak ini.
Sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ada meramalkan sebanyak 10 ribu mereka yang terlibat dalam PKS, SPKLB dan syarikat-syarikat sama ada di bawah kementerian, ataupun di luar kementerian. Mereka meramalkan golongan ini akan gulung tikar pada tahun ini dan tahun hadapan. Ini disebabkan antaranya berpunca daripada kenaikan OPR, pembiayaan bank pinjaman mereka meningkat, kadar inflasi sebanyak 3.4 peratus dan tadi Yang Berhormat Menteri KPDNHEP juga telah meramalkan mungkin naik sampai 10.6 peratus. Harga barangan yang semakin naik. Apakah solusi yang kementerian ini boleh membantu golongan-golongan tersebut supaya proses penggulungan tikar itu tidak berlaku? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana tadi yang saya jawab tentang e-dagang inilah, Desamall ini. Jadi, antaranya kita- kementerian menyedari perkara ini dan juga telah pun dibincangkan tentang ramalan- ramalan yang dibuat. Jadi, antaranya ialah memperkukuhkan e-dagang ini. Ini akan menjimatkan, tidak payah bayar premises, tidak bayar ini dan semuanya kita buat collection centers seperti
Desamall tadi. Mendaftarkan produk-produk luar bandar di bawah Desamall supaya dari sana Desamall akan membantu memasarkan, dan sebaginya. Jadi, overhead kepada yang menjalankan perniagaan ini khususnya di luar bandar dan tidak kiralah orang muda, orang dewasa dan anak-anak muda dan sebagainya. Ini merupakan salah satu kaedah yang kita foresee yang boleh membantu mereka mengurangkan banyak overhead yang akan mungkin dijangka naiklah dalam masa hadapan ini. Terima kasih, itu salah satu daripadanya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banyak program yang dimaklumkan kepada Dewan, Desa Lestari, PROSPEK dan berjuta-juta peruntukan dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan dan nampaknya membuahkan sedikit hasil. Persoalan yang hendak saya bangkitkan di sini, apa pun kita ada benchmarking dari sudut penggunaan peruntukan itu untuk disasarkan daripada segi lebihan kendalian kasar- gross operating surplus. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memaklumkan kepada Dewan, dalam Bajet 2023 ataupun bajet yang lepas, berapa unjuran itu dari sudut membangunkan masyarakat luar bandar daripada angka- gross operating surplus ataupun lebihan kendalian kasar negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Secara terus terang I’m not an economist, I’m engineer by background, but it’s okay, no problem. Akan tetapi, insya-Allah. Jadi, apa yang kita lihat program-program yang telah dibuat ini ia akan diteruskan. Ia bukan setakat ini sahaja. Sedangkan tadi tentang perbelanjaan ataupun hasil impak daripada program yang dibuat ini seperti PROSPEK tadi. So, far yang baru dapat kajian impak dia ialah kampung apa nama tadi? Kulim, di kampung- mana dia?... [Disampuk] Bukan kampung kita itu yang payah, tapi ingat itu. Kampung Sidam, Kulim. Susah, saya belum pernah pergi sana lagi, Kampung Sidam ini dia telah pun mengeluarkan impak, memang nampak peningkatan di sana. Prospek-prospek yang lain ini, setakat ini sedang pun berjalan dan belum lagi ada kajian impaknya yang akan dibuat mungkin pada tahun hadapan, untuk melihat semua ini. Jadi, daripada segi operasinya kita memang melihat program-program yang dibuat ini untuk memastikan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan ia akan mendatangkan impak dan boleh meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Itu yang dapat saya berikan setakat ini. Terima kasih.
4. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan; (a) sebab-sebab kementerian tidak boleh menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam sektor-sektor yang memerlukannya; dan (b) nyatakan jumlah bilangan pekerja asing yang masuk ke Malaysia setakat ini dan sila berikan pecahan pekerja ini mengikut sektor masing-masing.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan soalan ini mempunyai tiga aspek. Pertama, soalannya berbunyi menyatakan sebab-sebab Kementerian tidak boleh menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam sektor-sektor yang memerlukannya. Soalan satu. Soalan kedua, jumlah bilangan pekerja asing yang masuk ke Malaysia setakat ini. Ketiga, sila berikan pecahan pekerja ini mengikut sektor masing- masing. Maka, ini melibatkan tiga soalan berbeza dan saya perlukan sedikit masa. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan isu pekerja asing ini adalah satu isu yang cukup hangat
dan adalah satu keperluan asas dalam fasa pemulihan ekonomi, yang pertama. Kedua, ramai kita lihat, ramai tiada modal lain. Mereka menggunakan isu pekerja asing ini sebagai modal politik dan memutarbelitkan fakta. Ketiga, inilah tempat yang sesuai – Dengarlah dahulu. Tidak payah politik. Dengar dahulu apa orang sebut.
Teruskan. Teruskan.
Ini adalah diputarbelitkan oleh ramai orang di luar dan ini adalah tempat yang sesuai saya memberi jawapan selain daripada Jemaah Menteri yang saya lihat orang-orang Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Bagan sentiasa mempolitikkan. Keempat, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menangani isu pekerja asing ini secara betul. Kalau tidak, negara boleh menghadapi masalah besar. Seperti sebelum ini pernah berlaku, we became a dumping ground, dengan izin. Keempat, Tuan Yang di-Pertua, bukan semua yang minta pekerja asing hendak berniaga. Mereka hendak meniaga orang. Maka, saya sebagai Menteri, saya meneliti secara betul. Seterusnya, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ipoh Barat, Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama. Tidak betul apabila Yang Berhormat kata kita tidak dapat selesaikan. Kalau kita lihat keseluruhan, apabila Yang Berhormat pernah menjadi Menteri Sumber Manusia. Peranan Kementerian Sumber Manusia adalah yang pertama, menyelesaikan MOU dengan negara-negara sumber untuk memberi ruang pekerja asing masuk. Kedua, kita meluluskan kuota. Itu adalah peranan Kementerian Sumber Manusia. Selepas itu, Tuan Yang di-Pertua, dari segi mengeluarkan VDR, biometrik, medical, PLKS, eVDR, semuanya di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Setelah itu, ada juga bidang-bidang kuasa daripada duta-duta yang berkaitan di mana dari segi kelulusan atau pun pengesahan dibuat oleh negara sumber. Akhirnya, apabila pekerja asing masuk ke negara kita, kembalilah peranan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan mereka diberi perlindungan dari segi Akta 446, dari segi kedudukan rumah dan sebagainya. Maka, ini adalah keseluruhan. Maka, sebagai Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk meluluskan kuota dan menyelesaikan MOU dengan negara-negara sumber, dan memastikan Akta 446 dipatuhi, saya ingin merakamkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Sumber Manusia telah menyelesaikan tanggungjawab, yang pertama. Soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing dalam sektor-sektor yang memerlukannya sehingga hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat, walaupun negara menghadapi kelembapan ekonomi, borders ditutup, tetapi masih dalam keadaan itu, walaupun pekerja asing tidak boleh masuk ke dalam negara kita, kita sempat menyelesaikan dengan melalui program-program rekaliberasi oleh Kementerian Dalam Negeri dan sehingga tahap itu, kita telah menyelesaikan pekerja asing sebanyak 1.2 juta di negara kita. Pekerja asing yang ada di negara kita setakat hari ini adalah 1,244,400 orang yang kini bekerja di negara kita dalam pelbagai sektor. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, jumlah eVDR yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan akan masuk ke dalam negara ini dalam masa terdekat adalah sebanyak 238,943 orang yang telah diluluskan eVDR oleh KDN. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, 644,379 orang sedang menjalani biometrik dan medical di negara-negara sumber. Maka, ini menunjukkan keseluruhan pekerja asing yang akan ada dalam negara kita dalam masa sebulan dua ini adalah 2,127,722 orang. Ini jauh berbeza dengan keadaan sebelum ini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat sejarah, yang paling tinggi masa sebelum COVID-19, jumlah tertinggi adalah 1.8 juta orang pekerja sahaja dan hari ini, kita lihat permintaan daripada industri yang kita telah pun selesaikan adalah 2.1 juta. Maka, permohonan-permohonan selepas ini, saya kena meneliti secara teratur. Bukan membenarkan semuanya masuk ke dalam negara kita. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Hingland) mempengerusikan
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kelulusan telah dibuat untuk mereka datang ke negara ini, tetapi ground reality itu lain. Macam dua hari dahulu, di mana Master Builders Association. Selepas itu, pemilik kelapa sawit, kedai kopi dan sebagainya. Rintihan-rintihan mereka, ini semua real on the ground yang mengatakan bahawa pekerja tidak sampai. Yang Berhormat memberi satu alasan yang mungkin ramai tahu, katakan bahawa Kementerian Dalam Negeri yang akan memberi approval medical report, medical services dan juga kebenaran mereka. Saya setuju. Akan tetapi, apakah peranan Yang Berhormat sebagai co-chair dalam committee yang ada di mana KDN dan kementerian yang memainkan peranan sedemikian? Saya bila menerajui kerajaan, tiap-tiap kali saya akan berhubung kepada Kementerian Dalam Negeri supaya mempercepatkan hal ini dan menyegerakan. Itu sebab bila kita dalam kerajaan, kita tidak ada masalah sedemikian. Yang Berhormat telah mengelirukan seluruh dunia di mana Yang Berhormat mengatakan bahawa kita tidak berusaha untuk membuat MOU dan tidak ada MOU. Itu tidak benar, Yang Berhormat. Kita ada dengan Nepal pada 29 Oktober 2018, saya sendiri pergi signed. Sebenarnya, sebelum itu, saya sudah beritahu Yang Berhormat bahawa pekerja-pekerja domestik boleh dibawa dari – Soalan.
Tidak perlu, Yang Berhormat.
Soalan very clear.
Sesi soal...
This is my floor, Yang Berhormat.
Jadi, apa yang...
[Dewan riuh]
Dia hendak politikkan semua hal. Dia tidak ada modal, jadi dia buat hal ini.
Yang Berhormat Ipoh Barat...
Tunggu. Sabar. Sabar, bro. Bro... [Bercakap dalam Bahasa Tamil]
Yang Berhormat Ipoh Barat, please...
Jadi, jadi...
Get direct to the point, dengan izin.
Soalan yang saya ingin kemukakan, memandangkan ada aduan-aduan yang tertentu menunjukkan bahawa ada kelalaian oleh Menteri, kita mesti mengaku sedemikian. Kedua, menunjukkan bahawa tidak ada inisiatif untuk mengatasi sangat serius kekurangan pekerja di negara ini hingga melambatkan recovery dalam ekonomi kita.
Baik.
Ini disebabkan oleh Kementerian. Jadi, apakah usaha selain daripada apa yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat supaya kita boleh percaya bahawa itu adalah benar dan jangan mengelirukan Dewan dan negara ini juga.
Baik. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, kebetulannya saya ingin menjawab secara profesional. Oleh sebab itu, saya tidak mengungkit kecacatan yang telah diputuskan oleh pihak sebelah sana, khususnya Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Yang Berhormat cuba memutarbelitkan Dewan yang mulia ini, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, kebanyakan, apabila kita sebut, Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing di negara kita, satu dunia tahu. Ramai pekerja yang berada di negara kita, yang pertama adalah dari Bangladesh dan yang kedua dari Indonesia. Ini fakta. Kedua, apabila Yang Berhormat Ipoh Barat menjadi Menteri Sumber Manusia mengumumkan moratorium terhadap pekerja Bangladesh pada 1 September 2018, maka dari 1 September 2018 sehingga beliau hilang kuasa, tiada pekerja dari Bangladesh masuk. Yang Berhormat, just dengar. Dengar, dengar. Yang Berhormat Ipoh Barat dengar.
Curi kuasa... [Disampuk]
Yang Berhormat Ipoh Barat, dengar. Selepas itu, cakap. Dengar dulu... [Disampuk]
Eksploitasi pekerja... [Disampuk]
Dengarlah dulu... [Disampuk] Apabila saya punya turn bercakap, you dengarlah.
You imposed moratorium... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini floor Menteri menjawab. Please.
Menteri kena cool lah. Menteri kena cool.
Saya ingin merakamkan dalam Dewan yang mulia ini, 1 September 2018, Yang Berhormat Ipoh Barat mengamalkan moratorium terhadap pekerja Bangladesh. Maka, dari 1 September 2018 sehingga beliau hilang kuasa, tidak ada pekerja Bangladesh yang masuk ke dalam negara ini. Apabila tukar pucuk pimpinan kerajaan, apabila kami mengambil alih, immediately COVID-19. Maka, tiadalah pekerja asing. Maka, sebab kecacatan atau pun tindakan yang diambil oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, hampir tiga tahun kita tidak ada pekerja asing dari Bangladesh masuk ke negara kita. Semua – Dengar dulu. Dengar...
Dua tahun itu you. You are responsible for two years.
No. Dengar dulu. Baru respons. Dengar dulu. Why are you jumping, sebab you salah.
Mengelirukan.
Tidak, tidak. Dengar dulu. Ipoh Barat sudah lama dalam Dewan. Belajarlah peraturan. Okey? Tuan Yang di-Pertua, apabila saya jadi Menteri Sumber Manusia, immediately kita menghadapi COVID-19 dan persempadanan ditutup. Yang Berhormat Menteri Kesihatan buka sempadan Kuala Lumpur pada 1 April 2022. Maka, dari 1 September 2018 sehingga 1 April 2022, tidak ada pekerja asing dari Bangladesh masuk ke negara kita. Ini adalah fakta. Satu dunia tahu.
Saya telah memuktamadkan perjanjian MOU di antara Bangladesh yang gagal oleh Yang Berhormat Ipoh Barat pada 2 Jun ...
Yang dibuat oleh kita. Yang Berhormat pergi signed jangan tipulah.
Dengarlah, duduklah. Dahulu satu paku pun tidak ada cabut.
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat, please.
Sudahlah Saya muktamadkan perjanjian di antara Bangladesh dengan Kuala Lumpur yang terakhir pada 2 Jun. Maka pekerja asing dari Bangladesh hanya mula masuk selepas 2 Jun sehingga hari ini hanya tiga bulan yang pertama. Dalam tiga bulan ini Tuan Yang di-Pertua, ada enam flights dari Bangladesh ke Malaysia dan sembilan flights dari Malaysia ke Bangladesh, berapa ramai boleh masuk? Cuba fikir. Begitu juga pekerja asing dari Indonesia mula masuk apabila saya muktamadkan MOU pada bulan Julai. Semua ini berlaku sebab kecacatan Yang Berhormat Ipoh Barat sebagai Menteri gagal.
Special approval.
[Berucap dalam Bahasa Tamil]
MOU bagi special approval Bangladesh 10,000 orang ...
Cukuplah.
… Dari Sri Lanka 10,000 orang. Semua ini special approval kan.
Ipoh Barat, duduk.
Itu usaha tambahan kementerian sebab kegagalan Yang Berhormat Ipoh Barat mencacatkan...
Dua tahun moratorium.
Tuan Yang di-Pertua, saya cabar Yang Berhormat Ipoh Barat cuba tanyakan kedai makanan. Apabila mereka berjumpa dengan beliau, beliau terus menghentam mereka jangan bagi pekerja asing. Cuba tanya – tadi Yang Berhormat bangkitkan isu restoran-restoran di Kuala Lumpur. Cuba tanya restoran-restoran di satu Malaysia.
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Apakah peranan Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tidak jelas] yang jawab...
Jangan marah Menteri.
Duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat, please.
Menteri panas, timbalan dia senyum sahaja. Selalu timbalan panas.
Soalan tambahan, Setiu.
Yang Berhormat Jempol.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya melihat bahawa jawapan Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa kerajaan lama telah gagal di mana perjanjian juga gagal membawa masuk
pekerja asing. Maka kerajaan pada hari ini berjaya membawa pekerja asing masuk di atas kelulusan dalam tempoh tiga bulan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, berapa banyak pekerja asing ini dapat dibuat dalam tahun ini? Ini kerana kita tahu kegagalan kita membawa pekerja asing masuk iaitu kerajaan ataupun syarikat sektor sawit telah rugi RM10.46 bilion atas kekurangan dan juga bagaimana kita hendak menawarkan gaji yang lumayan untuk pekerja tempatan agar ia dapat sambutan. Keduanya, saya hendak tanya tadi adakah perjanjian dengan yang lama itu dibatalkan oleh kerana kegagalan kerajaan yang dahulu dipimpin oleh Kementerian Sumber Manusia yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri? Tolong jelaskan lebih jelas lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti mana saya sebut sebelum ini Yang Berhormat, ramai pekerja asing di negara kita adalah kebanyakannya daripada negara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia. Ini adalah dua buah negara terbesar menghantar pekerja asing. Kedua-dua negara ini kami hanya menyelesaikan MOU memandangkan ada moratorium daripada Bangladesh sejak 1 September dan MOU terakhir daripada Indonesia telah pun diselesaikan pada bulan Julai 2018. Walau bagaimanapun, dalam keadaan persempadanan negara ditutup kita masih – saya bersama-sama rakan seperjuangan saya daripada KDN sempat menyelesaikan isu pekerja asing melalui program-program rekalibrasi sehingga pekerja asing di negara kita ketika itu mencatat 1,101,761 orang semasa tempoh COVID-19. Sebaik sahaja sempadan dibuka dalam masa sejak bulan Julai, Ogos, September dan hari ini kita telah membawa masuk pekerja asing seramai 142,639 orang yang menunjukkan kedudukan pekerja asing di negara kita kini adalah 1,244,400 orang yang sedang bekerja di negara kita. Tambahan pula, kita sudah – KDN, walaupun kuota telah pun diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya KDN telah meluluskan sebanyak 238,943 orang pekerja asing yang telah pun menerima EVDR yang akan masuk dalam negara kita dalam masa terdekat sebulan dua. Tambahan pula, ada 644,379 orang kini menjalani biometrik dan medical check-ups di negara-negara sumber akan masuk ke dalam negara ini secara teratur. Tuan Yang di-Pertua, mengikut data yang saya telah – disebutkan dalam Dewan yang mulia ini, kita akan mencatatkan tahap 2,127,722 orang. Ini adalah satu jumlah yang besar, satu jumlah yang besar, kita tidak pernah ada dalam kedudukan ini. Sebelum COVID-19 kita hanya sampai 1.8 juta. Kita lihat hari ini kita sudah mencapai 300, lebih daripada average. Maka selepas segala permohonan ini. Sebagai Menteri Sumber Manusia saya perlu mengkaji secara mendalam sama ada perlu atau tidak. Kalau tidak ini akan mengurangkan peluang-peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Semua orang minta – kalau kita lihat apa Yang Berhormat Ipoh Barat sebut, kalau saya hendak luluskan semua orang atas permintaan mereka, mungkin orang tempatan tidak ada pekerjaan di negara kita. I don’t want Kuala Lumpur, Malaysia to become a dumping ground dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Setiu, soalan tambahan.
Soalan tambahan pekerja asing. Tanjong Manis.
Yang Berhormat Setiu berdiri dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Baru-baru ini Utusan Malaysia telah melaporkan ejen warga asing yang berdaftar dengan kerajaan negara sumber terutama Indonesia kini memperdagangkan tenaga kerja dari republik itu sehingga meraih RM3,000 seorang berikutan permintaan tinggi tenaga buruh pasca COVID-19. Oleh itu, soalan saya adakah kerajaan ada bercadang untuk menyelaraskan kos pengambilan pekerja asing bagi memastikan
tiada ejen mengambil kesempatan ekoran keperluan cukup mendesak pada ketika ini dan apakah langkah proaktif kerajaan dalam mengekang isu ini? Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia sentiasa berbincang untuk menghadapi dan mengatasi masalah ini dengan negara sumber khususnya Indonesia. Baru-baru ini kita lihat pihak Indonesia telah pun mengumumkan mana-mana ejen mengadakan caj lebih daripada RM15,000 akan membatalkan lesen pekerja asing, terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Sila, last.
Okey, terima kasih.
Last ya.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, bolehkah memberi penjelasan berapakah kos tahunan untuk mengajikan seseorang pekerja asing berbanding dengan mengajikan pekerja tempatan dan nyatakan satu contoh industri. Sebab kita faham bahawa dalam jawapan Yang Berhormat Menteri kepada Ahli Yang Berhormat Papar lalu, kementerian mengakui kos untuk mengkaji pekerja asing adalah terlalu tinggi berbanding dengan pekerja tempatan. Di Sabah apakah penyelesaiannya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya kurang jelas dengan soalan sama ada soalan ini terus kepada pekerja asing di sektor domestik ataupun sektor-sektor lain?
Semua.
Tuan Yang di-Pertua, kebetulan kita lihat sektor domestik ataupun domestic helpers berbeza dengan sektor-sektor lain. Saya telah pun mengumumkan kepada negara-negara sumber bahawa kos migrasi haruslah di paras yang rendah dan segala-gala kosnya harus ditanggung oleh majikan bukan pekerja. Salah satu sebab negara kita menghadapi isu-isu forced labour, kos migrasi yang dikenakan oleh majikan dan ejen terhadap pekerja. Ini salah satu sebab kenapa kita menghadapi masalah forced labour di arena antarabangsa dan segala kosnya harus ditanggung oleh majikan bukan pekerja.
Okey, sekian kita beransur kepada soalan kelima, Datuk Seri Haji Mohd. Salim Sharif, Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kesihatan mental hangat diperkatakan, Boleh dialami oleh sesiapa sahaja, Soalan lima Jempol bangkitkan, Memerlukan jawapan yang bijaksana.
5. Datuk Seri Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Kesihatan menyatakan keberkesanan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan (2020 - 2025) bagi mendepani isu kesihatan mental dan status terkini penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health – NCEMH).
[Membaca selawat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Satu soalan yang cukup penting dan baik sebab kita sekarang dalam silent pandemic, pandemik senyap. Yang Berhormat Jempol hari ini saya tengok naik sudah dua kali siap dengan pantun sekali, tidak rugi rakyat memilih Yang Berhormat Jempol.
BERSATU jangan lawan ya.
Tuan Yang di-Pertua, isu mental ini sudah lama.
Betul, betul. BERSATU jangan lawan.
BERSATU jangan lawan.
Ini tidak kira time. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat] Jawab, jawab Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Lawan tetap lawan.
Tuan Yang di-Pertua, isu mental ini sudah lama. Kalau di Malaysia ini dalam NHMS 2019, sebanyak 2.3 peratus rakyat dewasa ada depression dan hampir 500,000 orang dan 424,000 orang kanak-kanak mempunyai masalah mental. Apabila pandemik datang keadaan menjadi lebih teruk pada tahun 2020. Hari ini, chronic stress, stres yang kronik disebabkan hilang pekerjaan, hilang pendapatan, hilang yang tersayang, konflik family, keganasan, penderaan dan sebagainya menyebabkan masalah, begitu penting. Oleh sebab itu saya kata tadi soalan ini soalan yang baik. Kita lihat kes suicide, kes bunuh diri meningkat dari tahun 2019 ke tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua, Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan merupakan dokumen polisi yang menggunakan approach kesihatan awam dan fokusnya kepada strategi promosi kesihatan, mental, kolaborasi agensi antara kerajaan dan bukan kerajaan. Siap siaga semasa kecemasan, semasa krisis semasa bencana dan juga mencegah tingkah laku bunuh diri. Kedua, pelaksanaan pelan strategik tersebut adalah berpandukan kepada aktiviti- aktiviti yang dilakukan. Pertama, kita dapat dengar banyak kali sudah berkenaan dengan kempen Let’s Talk Minda Sihat. Sepanjang tahun 2021 sejak dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri pada 10 September 2021. Kita dapat dengar daripada pelbagai medium seperti media elektronik, media cetak, media sosial, media luar, komuter rep. dan LED, panel board di stesen LRT, monorel dan telah berjaya mencapai 36.6 juta capaian dengan 82,449,583 views ataupun impressions. Kalangan rakyat Malaysia, majoriti 87 peratus merupakan melalui saluran iklan digital seperti Google, YouTube, KOL Influencer- 71,963,143 impressions. Google banner – 7.6 juta; YouTube – 4.5 juta; KOL Influencer – 4.3 juta – mempunyai capaian paling tinggi dalam media digital. Bagi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) – ini semua orang tahu ini. Sudah tiga tahun sudah. Sepanjang pandemik COVID-19, KKM telah mempertingkatkan perkhidmatan melalui usaha-usaha berikut. Pertama, penempatan sebanyak 200 orang Pegawai Psikologi Kaunseling Kontrak di pejabat kesihatan daerah. 138 buah Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan sebanyak 831 buah sejak Oktober 2020. Mereka yang kontrak ini disambung kontraknya. Setahun lagi sehingga bulan Ogos 2023. Selain itu setiap daerah mempunyai satu pasukan MHPSS yang terlatih dan memberi perkhidmatan kesihatan mental. Sebenarnya MHPSS ada di KKM, di negeri, setiap negeri, setiap daerah, hospital, PKRC, kita ada. Daripada segi latihan, sehingga Ogos tahun ini seramai 1,098 orang anggota kesihatan telah dilatih dalam bantuan awal psikologi ataupun psychological first aid (PFA). Tuan Yang di-Pertua, pewujudan Talian Bantuan Sokongan Psikososial di mana dalam tempoh dari 25 Mac 2020 sehingga 18 September 2022 sejumlah 307,673
panggilan diterima. Banyak diterima maknanya banyak masalah mental. Ramai orang memerlukan nasihat. Daripada jumlah panggilan ini, sebanyak 227,713 ataupun 74.3 peratus panggilan diterima memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Melalui strategi menangani tingkah laku bunuh diri, KKM telah melaksanakan beberapa inisiatif. Satu, usaha dekriminalisasi cubaan bunuh diri di mana Memorandum Jemaah Menteri dasar bagi permohonan pemansuhan seksyen 309, Akta 574 untuk tidak menjenayahkan kesalahan percubaan bunuh diri. Kedua, pembangunan Sistem Daftar Kematian Bunuh Diri dan Kecederaan Fatal Kebangsaan atau National Suicide and Fatal Injury Registry Malaysia (NSFIRM) yang dijangka akan beroperasi pada pertengahan tahun 2023. Untuk mewujudkannya supaya kita data yang lebih tepat. Sekarang ini kita dapat data daripada PDRM. Data yang lebih tepat, dan kita dapat melaksanakan tindakan yang lebih kukuh. Ketiga, satu ‘Jawatankuasa Kerja Teknikal’ telah dilantik dalam kalangan pakar- pakar bagi memberikan input dan merangka pelaksanaan hala tuju program pencegahan bunuh diri. Peruntukan modul latihan pencegahan bunuh diri kepada anggota barisan hadapan, suicide prevention training module for first line responders. Latihan pencegahan ini dikendalikan kepada seramai 40 orang anggota polis dan bomba dan telah dilaksanakan pada bulan Ogos baru-baru ini. Keempat, Sesi Libat Urus telah berjaya dilaksanakan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pertamanya, kolaborasi dengan KPM Program Minda Sihat Sekolah; kedua, dengan KPT, PROSIS ataupun Program Siswa Sihat; Ketiga, kerjasama dengan PDRM dalam aspek perkongsian data seperti yang saya sebut tadi; kemudiannya, kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia terutama semasa pandemik COVID-19 melalui pembentukan Pelan Komunikasi Kesihatan Mental. Seterusnya, kerjasama dengan KPWKM daripada segi perkongsian sumber bagi perkhidmatan sokongan psikososial dan menangani isu kesihatan mental golongan rentan. Seterusnya juga, kerjasama dengan JAKIM di mana komponen kesihatan mental telah dimasukkan ke dalam Modul Keluarga JAKIM bagi kursus pra perkahwinan. Seterusnya juga, kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dalam aspek content code pelaporan media yang selamat tentang bunuh diri. KKM juga komited Tuan Yang di-Pertua dalam membantu pihak NGO yang banyak membantu kita semasa pandemik COVID-19. Dahulu advokasi kesihatan mental melalui agihan dana. Ini bagi duit ini. Agihan dana kepada NGO untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka di peringkat komuniti. Untuk pengetahuan semua, Yang Berhormat Menteri telah mengadakan sesi baru-baru ini, untuk memberikan dana kepada NGO. Sebanyak 52 buah NGO diberikan RM6.2 juta pada 28 September hari itu majlis itu diadakan. Contoh-contoh NGO adalah seperti Befrienders, Malaysian Mental Health Association, Yayasan Kesihatan Mental, PENGASIH, PERKAMA dan MIASA. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan status soalan tadi, status Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan atau National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH). Ini telah diwujudkan dalam Rolling Plan Keempat dan Rancangan Malaysia Ke-12 dan bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan mental dan juga untuk menurunkan stigma kepada mereka yang terlibat, keluarga-keluarga yang terlibat. Seterusnya, mengurangkan jurang ataupun hendak menggabungkan koordinasi antara bahagian-bahagian seperti kesihatan awam, perubatan dan juga pihak yang menjalankan kajian. Dengan itu dapat berkongsi sumber kepakaran dan maklumat untuk menjayakan program ini. Kajian yang dilakukan ini akan dapat membentuk dasar dan polisi yang lebih baik untuk menangani isu mental. Sudah habis sudah.
Pendekkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak soalan ini.
Sudah habis sudah ini.
Jadi sekarang ini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental di peringkat terakhir untuk bermula, dan akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam masa yang terdekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Hang Tuah Jaya, tambahan.
Rasah.
Labuan.
Jangan risau saya akan berlaku adil. You don’t have to worry. Okay. Ini ramai ini. Satu, dua, tiga, empat. Kita bagi yang sini dahulu...
Soalan tambahan belum, Tuan Yang di-Pertua? Soalan tambahan pun belum.
Silakan.
Astaghfirullah’azim.
Saya maklum kepada mereka.
Aduh.
Terima kasih.
Tengok tidak pernah berlaku dalam Dewan ini. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri pun jawab panjang sangat macam esok hendak kena bubar Parlimen.
Silakanlah Yang Berhormat Jempol.
Okey. Baik... [Ketawa]
Alah Yang Berhormat Jempol sudah banyak tanya, bagi kami pula.
Okey, belum tanya soalan nombor dua sudah bangun ramai. Okey.
Jangan risau, saya akan berlaku adil.
Berdasarkan laporan PDRM terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2021 sebanyak 1,142 kes berbanding 631 kes pada tahun 2020. Di sini peningkatan 81 peratus. Bagi tahun 2022, sebanyak 467 kes bunuh diri telah dilaporkan setakat Jun 2022. Faktor yang menyumbang kepada tindakan bunuh diri sudah tentulah berpunca isu kesihatan mental akibat kemurungan, tekanan, kekurangan sokongan sosial, dan lain-lain termasuk yang tidak dapat ‘calon’. Soalan saya, apa tindakan kementerian memecah stigma masyarakat terhadap kesihatan mental yang seiring menjadi penghalang kepada individu terkesan supaya mendapat bantuan rawatan intervensi seperti yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi berlaku, tidak di peringkat sampai ke bawah? Ini soalan saya. Kedua, apa perancangan kementerian terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental tetapi masih belum dikenal pasti, ataupun apakah rawatan yang sesuai kepada mereka ini? Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab pendek sahaja. Jangan panjang sangat.
Panjang sangat soalan... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, dia sudah bertanya tiga kali hari ini. Lepas itu soalan dia panjang-panjang.
Jangan risau, saya akan berlaku adil.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi menggunakan data daripada PDRM tadi. Saya pun sudah sebut tadi daripada awal dalam mukadimah bahawa, peningkatan ini berlaku. Pada tahun 2019 sebanyak 609 kes, naik 631 kes pada tahun 2020, naik kepada 1,142 pada tahun 2021.
Sehingga kini, itu data yang dapat tadi terlewat itu. Data yang terkini, sehingga Ogos kita ada 637 kes. Akan tetapi kalau tengok kalau kita extrapolate dengan keadaan sekarang kita sudah masuk ke pra-endemik ini saya rasanya ia tidak akan sampai 1,000, insya-Allah. Jadi bermakna ia akan jadi lebih baik. Walau bagaimanapun, kita telah buat — saya sudah terangkan dengan panjang lebar tadi sampai orang sudah tidak tahan hendak dengar tentang apa yang KKM sudah buat. Kita amat prihatin. Saya ucaplah tahniah kepada semua wakil rakyat yang berminat soalan ini dan kita telah buat. Antaranya saya hendak sebut kita telah lancarkan Let's TALK Minda Sihat, ini penting. Bukan sahaja KKM tetapi rakyat jelata. Bukan sahaja kita dekat sini tetapi kita kena tengok kalau ada yang tiba-tiba duduk murung, senyap dan tidak mahu bercakap, tidak mahu makan, kita kena tanya ini. Soalan yang kita akan tanya — Let’s TALK bukan talk-talk…
Timbalan Menteri satu minit sudah habis.
Let’s TALK, T ini adalah untuk kita tell the problem. ‘A’ ini untuk ask what is the problem. ‘L’ untuk kita listen tanpa stigma. ‘K’ ini untuk know where to get it. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, kita kena tengok dan kena tanya. Contohnya saya tanya Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol okey tidak? Okey, ah, nampak muka dah lain. Yang Berhormat Padang Serai, are you okay? Ini Let’s TALK Minda Sihat.
Yang Berhormat Jempol tidak okey.
Ada soalan tambah tolonglah.
Ini cara kita hendak tanya, kita perhati dan tengok ini kawan saya Yang Berhormat Parit Buntar, hang okey tidak okey? Hang okey tidak? Ah, kawan — sebab kawankan. Jadi ini yang saya hendak cuba nyatakan dan kes-kes yang kita bagikan sokongan emosi dan kaunseling yang mana yang lebih serius akan dirujuk kepada pakar- pakar berkenaan. Perlu kita ingat juga bukan sahaja orang biasa yang terkesan dengan stres ini jadi masalah kesihatan mental yang teruk tetapi ada segolongan mereka yang sudah ada penyakit mental maka bertambah teruk lagilah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan Hang Tuah Jaya.
Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu. Kubang Pasu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Mana yang dok cakap lebih-lebih ini pun kita hendak perhati juga takut ada masalah juga-kan. [Ketawa] . Melawak-melawak.
Yang dok tanya juga kena perhati juga, panjang sangat.
Tuan Yang di- Pertua, dalam jawapan yang diberikan yang panjang lebar tadi saya perhati kebanyakanlah untuk preventive measures, sangat bagus supaya kalau ada sikit-sikit hendak jadi itu kita sudah cut off dekat – we nip at the bud, bagus. Cuma, saya ingat di dalam Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan ini, salah satu daripada target yang kita letakkan — ini saya hendak sentuh tentang yang sudah terkena Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu service coverage for severe mental disorders. Benchmark-nya adalah 0.4 percent daripada ini yang terlibat dan target kita hendak beri servis ini 10 percent menjelang 2025. Dari apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang semua preventive measure sangat bagus. Akan tetapi yang sudah kena saya tidak dengar pun apa-apa yang disebut bagi memastikan bahawa service coverage untuk severe mental disorders dapat kita tingkatkan daripada 0.4 percent kepada 10 peratus. Itu jump yang sangat tinggi. Jadi mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita dalam pelan strategik ini kita ada lapan strategi; (i) untuk tingkatkan tadbir urus dan kerangka peraturan; (ii) untuk kukuhkan sistem pengawalan; (iii) untuk pastikan perkhidmatan yang komprehensif dan lebih berkualiti; (iv) untuk kukuhkan sumber; (v) untuk kolaborasi bersama antara sektor; (vi) untuk kita promote kepada kumpulan sasar; (vii) untuk kesiapsiagaan semasa bencana, kecemasan dan krisis; dan (viii) kita banyak bincang hari ini — tingkah laku bunuh diri. Sebenarnya, sebelum perkara-perkara itu disebut tadi kita di Malaysia ini, KKM telah melancarkan dan mengadakan perkhidmatan kesihatan mental ini way back sudah lama sudah, dari dulu lagi tahun 1950-an lagi. Sehingga kini kita sudah ada 60 buah hospital pakar. Kita ada empat buah institusi mental di seluruh negara. Di Perak, Sarawak, Sabah dan juga di Johor. Begitu juga kita ada hari ini 1,161 buah klinik kesihatan dengan 35 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI). Ini adalah untuk kita mencakup, jika ada kes kita kena cepat. Tadi saya sebut sudah kita kena cepat mengesan dan cepat bertindak. Kes-kes yang serius yang super serious tadi itu memang telah mendapat rawatan daripada pakar-pakar yang ada di hospital ini. Memang pakar psikiatri kita tidak cukup dan KKM telah melancarkan lagi program-program sarjana untuk meningkatkan kepakaran dalam psikiatri ini. Ini satu perkara yang dilakukan oleh KKM. Oleh sebab itu, wujudnya National Center of Excellence for Mental Health supaya kita dapat memperkukuhkan lagi hala tuju dan tindakan kita untuk menyelamatkan rakyat hari ini. Ini kerana kita semua selepas pandemik kita mengharungi masalah-masalah demi satu-satu masalah dan sebagainya sehingga jadi sangat terkesan kepada keluarga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Hang Tuah Jaya.
Tuan Yang di-Pertua.
Simpang Renggam
Kuala Langat.
Kuala Selangor
Oh, ya, sorry, Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi isu pokok di sini ialah walaupun kita telah ada banyak program yang telah dilakukan oleh kementerian tetapi masalahnya ialah satu soalan baru-baru ini yang timbul dan dijawab oleh Menteri di dalam satu forum ialah tentang criminalizing suicide yang kita ada dengan mental illness ini. CPC kita seksyen 309 ini masih criminalize-kan attempted suicide di dalam negara kita. So, saya hendak minta kementerian apa kementerian akan lakukan atas isu ini sebab attempted suicide ini bukan satu jenayah yang kita hadapi sebab ini adalah satu suara untuk minta bantuan dari mereka di dalam situasi mental ini untuk bunuh diri sendiri. So, saya minta Timbalan Menteri, apakah keadaan sekarang dengan kementerian untuk kita hapuskan seksyen 309 di mana kita criminalize-kan attempted suicide sekarang yang ada di dalam CPC. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambah sedikit.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Biar Menteri jawab dulu. Saya akan pindah kepada soalan nombor enam selepas ini.
Akan tetapi, isu penting Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat. Satu soalan yang amat penting pada ketika ini, hangat diperbualkan juga. Biar saya patah balik sikit tahun lepas di mana KKM telah menyediakan memorandum MJM untuk berhubung moratorium. Moratorium terhadap kesalahan percubaan bunuh diri di bawah seksyen 309 tadi Akta 574 dan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di dalam Majlis Jemaah Menteri pada 26 September last year. Keputusannya adalah pada itu Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menangguhkan dulu moratorium sehingga kajian dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Status terkini, pihak Jabatan Peguam Negara telah pun selesai kajian dan berhubung kesalahan ini dan akta-akta yang berkaitan dan mengemukakan hasil kajian dan cadangan itu kepada pihak KKM pada 19 September 2022, baru-baru ini. Pihak KKM akan mengadakan satu sesi libat urus dalam waktu yang terdekat bersama dengan pihak berkepentingan bagi tujuan menyelaraskan berkaitan cadangan dari pihak AGC dan satu memorandum Jemaah Menteri bagi memohon pemansuhan seksyen 309 kanun keseksaan dengan tidak menjenayahkan cubaan bunuh diri dan akan diangkat untuk mendapat keputusan dasar Jemaah Menteri di Parlimen dalam waktu terdekat. KKM juga berpendapat, suicidal attempt ini bukanlah satu criminal. Mereka tidak patut dipenjarakan, mereka patut diberi bantuan. Kita akan lakukan perkara ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan berkenaan dengan pakar psikologi dan psikiatri sangat penting. Saya pendekkan sahaja Tuan Yang di-Pertua, sedikit.
Saya hendak pindah ke pada soalan enam.
Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya juga. Ini orang-orang yang heboh-heboh hendak election pun ada mental problem- kah? [Ketawa]
Duduk-duduk Yang Berhormat, tolong ya. Saya move kepada soalan keenam.
Soalan pendek, saya boleh terima jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bangkitkan soalan sahaja.
Okay, please. Bring it fast, dengan izin.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan saya...
Jawab bertulis ya.
Ya, boleh. Di Malaysia ini kita ada 500 orang pakar psikiatri dan hanya 200 orang pakar psikologi dan nisbahnya ialah satu kepada 100,000 pakar psikiatri kepada rakyat Malaysia dan untuk psikologi satu kepada 980,000. These are 100,000 people. Jadi apakah tindakan ataupun usaha daripada pihak kementerian untuk menambahkan bilangan pakar psikiatri dan psikologi yang akan terus menambah kepada dasar National Health Plan yang Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri jawab bertulis.
Ya, jawab bertulis.
Dipersilakan Dato’ Johari bin Abdul, Yang Berhormat Sungai Petani.
6. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah mereka yang masih ditahan di bawah Akta SOSMA. Daripada jumlah ini berapa tahanan bukan warganegara Malaysia dan berikan pecahan mengikut negara asal mereka.
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Sungai Petani dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani sehingga 23 September 2022, seramai 217 orang telah ditahan di bawah Akta SOSMA. Daripada jumlah ini dari tahun 2015 sehingga September 2022, seramai 81 orang warga asing yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang terdiri daripada: | Negara |Bilangan warga asing yang ditahan| |----------|--------------------------------:| |Singapura | 1| |Colombia | 7| |Filipina | 1| |Thailand | 5| |Bangladesh| 2| |Myanmar | 17| |Indonesia | 48| |Jumlah | 81|<END_TABLE_MARKER> Daripada 81 orang asing ini, seramai 61 orang telah dituduh di bawah seksyen 130 (v) Kanun Keseksaan manakala seramai 20 orang telah dibebaskan. Justeru
sehingga September 2022, tiada individu warganegara asing yang masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah semasa kita berurusan mendapatkan maklumat dan sebagainya, siapakah yang kita berhubung dengan pihak yang selanjutnya? Kata lah kita tahan seseorang daripada sesuatu negara. Jadi di manakah maklumat-maklumat ini kita kenal pasti? Keduanya kos yang kita tanggung, berapakah kos yang kita tanggung dan berapa lamakah maklumat ini kita dapati sebelum kita menghantar mereka ke mahkamah untuk di-charged? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya dapat soalan itu lebih jelas tentang siapa yang perlu dihubungi? Maksudnya untuk tahu siapa yang ditahan dan sebagainya atau bagaimana?
Ya, soalan saya ialah apabila seseorang itu kita tahan, adakah kita berhubung dengan kedutaannya ataupun dengan keluarganya, the family kah? Bagaimanakah maklumat-maklumat itu kita dapati? Jadi soalan saya supaya kita jelas orang yang kita tahan itu betul-betul orang yang kita tahan disebabkan oleh kesalahan tertentu. Kedua, mereka yang kita panggil itu betul-betul memberikan maklumat seperti yang kita perlukan. Ini kerana kadangkala orang yang kita tahan itu dia memberikan maklumat yang berbeza-beza. Akhirnya kita tak dapat jawapan yang betul. Itu maksud saya.
Okey Yang Berhormat Sungai Petani. Pada kebiasaannya, apabila pihak polis membuat tangkapan, mereka akan dapat maklumat daripada pihak tertuduh sendiri, orang yang ditangkap sendiri. Selepas itu mereka akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mengesahkan identiti pihak-pihak yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan kos itu saya tidak ada jawapannya pada masa sekarang. Walau bagaimanapun jawapan bertulis akan diberikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tidak ada siapa-siapa hendak bertanya? Tidak ada, saya move to the next question. [Soalan No. 7 - Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun (Beaufort) tidak hadir]
Tidak ada. Memandangkan masa pun telah cukup untuk soal...
Nombor 8 ada itu, nombor 8.
Nombor 8. Okey saya beri ruang, last question.
8. Tuan Wong Tack [Bentong] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan mengapa aktiviti pembalakan dan perlombongan haram masih boleh berlaku memandangkan terdapatnya sistem pemantauan GIS.
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bentong di atas soalan dan perkara berkaitan dengan pembalakan dan perlombongan haram yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bentong. Tuan Yang di-Pertua, kerja-kerja pemantauan, pelesenan dan penguatkuasaan bagi aktiviti pembalakan sebenarnya terletak di bawah kawalan pihak berkuasa negeri ataupun kerajaan negeri khususnya melalui Jabatan Perhutanan Negeri (JPN). Itu untuk
pembalakan. Manakala bagi tujuan perlombongan, aktiviti pelesenan dan pengeluaran tenemen mineral adalah juga di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri iaitu melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) di setiap negeri. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli walau bagaimanapun memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa negeri melalui agensi-agensinya termasuklah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Pusat Geospatial Negara (PGN) dan juga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Ini adalah kerjasama untuk memantau dan juga membanteras aktiviti pembalakan dan perlombongan haram di negeri-negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod yang ada daripada Jabatan Mineral dan Geosains iaitu rekod yang diambil daripada negeri, perlombongan haram yang terlibat di hutan simpan kekal dan juga di kawasan bukan hutan simpan kekal daripada tahun 2017 sehingga 2021 mempunyai 62 kes. Dalam tempoh empat tahun 62 kes sahaja. Manakala untuk pembalakan haram, rekod di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 1,298 kes seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semenanjung sahaja hanya 201 kes, selebihnya di Sabah dan Sarawak. Jadi untuk itu bagi tujuan pemantauan, kementerian melalui jabatan-jabatan tadi kalau perlombongan haram berdasarkan kepada Akta Pembangunan Mineral 1994. Manakala untuk pembalakan haram, menurut Akta Perhutanan Negara 1984 dan juga ada Enakmen Mineral Negeri-negeri. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebagaimana yang disebut berhubung dengan pemakaian sistem pemantauan GIS ataupun Geographical Information System, saya ingin menjelaskan bahawa bagi pemantauan aktiviti pembalakan, sistem yang digunakan disebut sebagai Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) yang digunakan untuk membantu pasukan yang meronda dan menguatkuasakan membanteras kesalahan hutan dan juga ia menggunakan teknologi GIS – sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, yang boleh mengesan. Namun demikian Yang Berhormat, walaupun sistem GIS ini digunakan, ia bukan lah merupakan langkah yang utama untuk membanteras pembalakan dan perlombongan haram. Sebaliknya GIS ini hanya membantu memberikan data-data dan juga maklumat kedudukan wujudnya perlombongan dan juga pembalakan haram ini. Ini kerana selain daripada GIS ini ada banyak lagi faktor-faktor atau langkah yang diambil. Walau bagaimanapun GIS ini ada juga tidak berkesan. Sebagai contohnya kalau kawasan pembalakan dan perlombongan haram itu terletak jauh terpencil di dalam kawasan hutan, ia tidak boleh dikesan juga, kawasan hutan berkanopi tebal juga sukar untuk dikesan dalam imej satelit – saya ada banyak gambar-gambar yang tidak boleh dikesan perkara itu. Begitu juga sistem FMRS, digunakan untuk tujuan pemantauan, semakan secara jarak jauh (invisible enforcement) yang bukan lah sistem yang menghalang tetapi hanya membantu sahaja. Jadi untuk itu sekali lagi saya menyatakan bahawa GIS ini membantu tetapi tidak sepenuhnya dapat memberikan kesan yang besar dalam hal pencegahan pembalakan dan juga perlombongan haram ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang begitu teliti. Saya hendak beritahu pada tahun yang lalu, Menteri Besar Perak ada mendedahkan bahawa 3,000 hektar hutan simpan di Perak telah diteroka secara haram. Baru-baru ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menimbus 10 buah kolam perlombongan haram di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.
Saya rasa kalau GIS ini tidak berkesan, I think in this modern time, we have a very efficient technology. GIS technology. Saya tak faham kenapa even in the war you know, people are using it. How come we cannot use this to kawal hutan kita. I am surprised to hear that our technology are not that advanced.
Saya pun ingin minta Yang Berhormat Menteri bolehkah maklumat GIS ini dimuat naik ke domain awam supaya ia boleh diakses dan dikongsikan bersama orang awam. Dengan cara ini, orang awam terutamanya NGO dan kumpulan komuniti setempat dapat bantu pihak berkuasa memantau hutan kita dengan lebih efisien. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa bukanlah saya kata GIS ini tidak memberi advantage atau manfaat terus tetapi tidak sepenuhnya. Saya telah dibekalkan contoh-contoh imej satelit. Ini sebenarnya dilanggan oleh Jabatan Perhutanan yang mana mereka menubuhkan suatu war room. Bahagian Penguatkuasaan Hutan ada war room yang mana setiap masa imej satelit ini diberikan kepada jabatan yang mana berdasarkan kepada imej ini ada yang tidak dapat dikesan. Akan tetapi saya tidak menafikan ada yang dapat dikesan. Saya hendak beri contoh. Satu contoh yang baru sahaja berlaku di negeri Kedah. Yang Berhormat Kubang Pasu bangun. Di negeri Kedah berdasarkan kepada bantuan GIS ini juga dan juga FMRS, kerajaan negeri Kedah melalui Jabatan Perhutanan telah mengesan satu lombong haram non-radioactive rare earth element (NRREE). Ia ditunjukkan di sini bagaimana imej yang jelas. Saya katakan tadi tidak sepenuhnya. Ada yang berjaya. Ini daripada imej satelit yang mana dengan imej ini, Jabatan Perhutanan apabila terima aduan awam telah pergi ke tempat itu dan telah menahan warga asing yang telah beroperasi beberapa lama tetapi tidak dapat dikesan. Akhirnya telah dapat dikesan, yang dikatakan kalau sekiranya dibiarkan ia mungkin akan melibatkan kecurian berbillion ringgit bahan NRREE ini. Jadi, dengan kata lain bukan saya hendak kata tidak berjaya. Akan tetapi ada yang tidak berkesan sepenuhnya. Ada imej-imej yang tidak dapat dikesan yang mungkin dilitupi dengan pokok-pokok yang tebal, kanopi yang tebal, tidak dapat. Berlaku di Sik ini juga pun ia telah dibuat satu keadaan ws3c . Khemah-khemah yang digunakan ini tidak ada beza dengan hutan. Ada gambar- gambar diberikan saya, boleh tunjuk kepada Yang Berhormat jika hendak. Ini expert camouflage. Akan tetapi sebaliknya, kabin-kabin dibina dengan warna hijau tidak dapat dikesan di sini. Jadi GIS membantu tetapi tidak sepenuhnya, Yang Berhormat. Itu statement saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Kuala Krai.
Baik. Terima kasih.
Sik mohon juga. Sik.
Kuala Krai, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan fasal yang disebut tentang nadir bumi di Sik, Kedah, itu. Ada dua isulah bagi saya. Iaitu satu ialah sumber kekayaan yang sangat berharga. Kedua, walaupun disebut non-radioactive, tetapi sejauh mana boleh diberikan jaminan bahawa ia tidak mempunyai kesan radioaktif terhadap masyarakat yang ada di sekitar itu. Ini yang penting untuk dilihat oleh pihak kerajaan khususnya oleh pihak kementerian Yang Berhormat. Oleh sebab memang semua akan mengakui bahawa tidak ada kesan radioaktif sebab untuk hendak menenteramkan keadaan masyarakat. Perlu diberikan satu jaminan dan jaminan itu bukan sekadar jaminan biasa tetapi perlu melalui satu kajian yang tepat untuk memastikan masyarakat di situ selamat. Saya bimbang kalau dia ada kesan radioaktif dan ia membabitkan kepada pengaliran air dan sebagainya, itu akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada kehidupan kita.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena. Memang Yang Berhormat Pokok Sena ini takut radioaktif, ya. Semua takut, ya. Akan tetapi, yang saya sebutkan tadi istilah digunakan non-radioactive rare earth element (NRREE), nadir bumi yang bukan radioaktif. Mineral ini sudah disahkan oleh pakar-pakar geologi mengatakan bahawa ia tidak mempunyai unsur radioaktif. Oleh sebab itulah ia dipanggil NRREE. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya telah pun mengadakan satu kajian. Ia masih lagi berjalan sekarang ini yang menetapkan standard operating procedure (SOP) yang dijalankan di negeri Perak di satu buah tempat di Lenggong bernama Kenering yang diberikan masa sehingga akhir bulan Oktober ini. SOP ini jika terbukti berkesan untuk penggunaan perlombongan NRREE ini akan digunakan di seluruh negara. Jadi, ini dimulakan pilot project di negeri Perak. Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang kalau ada di Pokok Sena pun boleh diusahakan kerana tidak ada kesan kepada manusia. Ini telah disahkan terlebih dahululah jika tidak, kerajaan pun tidak akan membenarkan perlombongan mineral yang seumpama ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.
Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai.
Hendak minta soalan tambahan satu lagi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar terhadap isu yang dibangkitkan ini. Soalan saya ialah berkaitan dengan isu sindiket curi nadir bumi ataupun non-radioactive rare earth element (NRREE) yang berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik. Apakah tindakan pihak kementerian terhadap isu ini kerana melibatkan kerugian yang begitu besar terhadap hasil kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Kebetulan saya pun sudah tersebut dahulu NRREE ini hendak menunjukkan bertapa berkesannya GIS, walaupun tidak sepenuhnya tapi ada yang berkesannya. Laporan awal tangkapan seorang warga asing, warga China yang telah ditangkap di Kompartmen 12 Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik pada 28 September 2022 telah menemui pelbagai mineral NRREE yang telah dicuri yang bernilai jutaan ringgit tapi belum ada jumlah nilai yang sebenarnya lagi. Ini adalah suatu tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah hasil daripada maklumat orang ramai. Saya terima aduan awam melalui aplikasi WhatsApp. Ekoran daripada itu tangkapan warga asing ini dan juga penyitaan peralatan perlombongan bahan mineral NRREE ini, yang mana telah dikesan, ini penting, dikesan melalui sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS PLUS) di war room JPSM. Semakan dibuat oleh JPN Kedah mendapati bahawa terdapat pembukaan kawasan. Walaupun kawasan itu terletak di remote area tetapi ia dapat dikesan dan ekoran daripada itulah dapat diambil tindakan undang-undang dan juga tangkapan serta sitaan. Ini satu contoh yang mana jabatan yang berkaitan ini amat serius. Balik kepada persoalan Yang Berhormat Bentong tadi, kerajaan amat serius dalam usaha membanteras pembalakan haram dan juga perlombongan haram ini. Jadi, inilah tindakan dan hasil yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan juga agensi-agensi yang terlibat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan melibatkan isu saya di Sik yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Sudah cukup, ya. Pohon minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu untuk waktu pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESATUAN SEKERJA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesatuan Sekerja 1959 selepas ini disebut sebagai Akta 262 merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal pergerakan kesatuan- kesatuan sekerja di Malaysia yang secara amnya memperuntukkan tatacara dan proses daripada segi pendaftaran, pembatalan dan urus tadbir kesatuan sekerja.
Akta 262 dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Akta 262 ini dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sebanyak 10 kali pindaan telah dilakukan dan kali yang terakhir adalah pada tahun 2007 selaras dengan perubahan sosioekonomi dan keperluan semasa. Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dalam memperbaharui undang-undang perburuhan yang menjamin kesejahteraan pekerja dan keharmonian dan perusahaan. Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 ini merupakan antara usaha dalam merealisasikan Pelan Pelaksanaan Dasar RMKe-12 untuk melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja ke arah pengukuhan sistem yang menyokong pasaran buruh dan meningkatkan pampasan pekerja. Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. Iltizam ini diteruskan dengan memberi perhatian kepada usaha memantapkan lagi pergerakan kesatuan sekerja di negara ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menggubal pindaan Akta 262, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak kepentingan khususnya majikan, pekerja, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, pertubuhan pekerja dan agensi kerajaan sejak tahun 2014. Berdasarkan libat urus tersebut, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil kira pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam menggubal rang undang-undang ini. Pada 24 Mac 2022, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 telah dibentang di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali pertama. Cadangan pindaan ini melibatkan 35 fasal yang merangkumi 29 fasal pindaan, lima fasal baharu dan satu fasal yang dimansuhkan. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 262 dengan objektif utama untuk menaikkan sekatan ke atas pembekuan, pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atas
persamaan dalam tred pekerjaan atau industri dan membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan, tred pekerjaan atau industri. Ini adalah selaras dengan kebebasan berpersatuan kerana pekerja dan majikan adakah bebas untuk menubuhkan atau menyertai mana-mana kesatuan sekerja pilihan mereka sendiri. Pindaan Akta 262 ini juga bagi mewujudkan kerangka perundangan yang menyokong, menubuhkan dan pentadbiran kesatuan sekerja yang matang, progresif dan relevan selain memastikan kualiti perlindungan hak pekerja di Malaysia dengan mengambil kira prinsip-prinsip yang digariskan di bawah standard perburuhan antarabangsa. Di samping itu, rang undang-undang ini juga bertujuan untuk memudahkan cara Malaysia dalam merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan izin trade agreement yang ada ketika ini telah memasukkan artikel berhubung obligasi kepada standard perburuhan antarabangsa sebagai salah satu daripada terma perjanjian. Sebagai contoh, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans- Pacific (CPTPP) memperuntukkan supaya setiap negara anggota menerima pakai dan menambah baik undang-undang peraturan-peraturan dan amalan masing-masing berhubung dengan hak-hak yang terkandung dalam Deklarasi ILO 1998 berkaitan dengan izin Fundamental Principles and Rights at Work. Selain itu, pindaan yang dijalankan dalam RUU Kesatuan Sekerja ini juga turut mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam Konvensyen ILO No.87 dengan izin Freedom of Association and Protection of the Right to Organize. Pindaan yang dicadangkan dalam RUU Kesatuan Sekerja ini telah menggalakkan penubuhan dan keanggotaan kesatuan sekerja serta dijangka akan meningkatkan liputan perjanjian kolektif dalam kalangan pekerja sektor swasta di Malaysia. Ini secara langsung akan meningkatkan perlindungan dan kebajikan para pekerja khususnya melalui peranan kesatuan sekerja dalam menambah baik terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan melalui perundingan kolektif. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah dimaklumkan, rang undang-undang ini merangkumi pindaan kepada peruntukan sedia ada, memansuhkan peruntukan baharu dan memansuhkan peruntukan sedia ada Akta 262. Pertama, pindaan kepada peruntukan sedia ada dan antara peruntukan- peruntukan sedia ada di Akta 262 yang dipinda melibatkan fasal-fasal yang berikut. Fasal 1 tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa. Fasal 1 merupakan tajuk ringkas RUU ini dan permulaan tarikh kuat kuasa Menteri Sumber Manusia diberi kuasa untuk menetapkan tarikh yang berbeza bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berbeza bagi akta yang dicadangkan. Hal ini bertujuan untuk memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menguatkuasakan cadangan atau pindaan tersebut mengikut keperluan semasa. Fasal 2 takrif kesatuan sekerja. Fasal 2 rang undang-undang meminda seksyen 2 yang berkaitan dengan takrif kesatuan sekerja atau kesatuan untuk membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan tanpa sekatan mengikut tred pekerjaan atau industri. Berbangkit daripada ini, pindaan dibuat kepada peruntukan lain Akta 262 iaitu dalam fasal 5, fasal 15, fasal 16 dan perenggan 30(a). Pindaan ini akan membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan secara bebas dan dalam hal ini subseksyen 2(2) mengenai kuasa Ketua Pengarah dalam menentukan keserupaan daripada segi tred pekerjaan ataupun industri juga digugurkan. Fasal 3 daftar kesatuan sekerja. Tuan Yang di-Pertua, fasal 3 rang undang- undang bertujuan untuk meminda seksyen 7 dan memansuhkan peruntukan baharu subseksyen (1A) untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengehendaki maklumat atau dokumen berkenaan dengan kesatuan sekerja berdaftar daripada pegawai-pegawai kesatuan sekerja iaitu bagi maksud menyelenggarakan daftar kesatuan sekerja.
Fasal 4 had masa bagi pendaftaran kesatuan sekerja. Fasal 4 rang undang- undang ini bertujuan untuk meminda seksyen 8 untuk melanjutkan tempoh masa permohonan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja dari satu bulan kepada enam bulan. Selain itu, pindaan turut dibuat bagi memperuntukkan lanjutan tempoh masa tambahan kepada 12 bulan secara agregat. Ia bertujuan untuk memberi masa yang mencukupi kepada kesatuan mengemukakan permohonan pendaftaran. Fasal 5 tarikh penubuhan kesatuan sekerja. Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 rang undang-undang ini adalah untuk meminda subseksyen 8(1) berbangkit daripada pindaan kepada takrif kesatuan sekerja atau kesatuan yang membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan tanpa mengikut dengan izin establishment atau prinsip keserupaan sesuatu tred pekerjaan atau industri. Seterusnya fasal 6 pendaftaran kesatuan sekerja. Fasal 6 rang undang-undang ini bertujuan untuk memotong subseksyen 12(2) berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada takrif kesatuan sekerja atau kesatuan dan selaras dengan objektif utama pindaan akta yang dicadangkan untuk membenarkan kepelbagaian pembentukan kesatuan sekerja. Pindaan ini juga memotong perenggan 12(3) (a), (b) dan (c) dan meminda subseksyen perenggan 12(3)(e) (ii) berkenaan dengan kuasa Ketua Pengarah untuk menolak pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja. Dengan pindaan yang dicadangkan, kuasa Ketua Pengarah untuk menolak untuk mendaftarkan sesuatu kesatuan sekerja hanya terhad kepada alasan yang diperuntukkan di bawah perenggan 12(3) (d) dan (e). Susulan itu, pindaan ini juga bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu iaitu 12(4) yang mengehendaki Ketua Pengarah untuk memaklumkan kesatuan sekerja secara bertulis tentang penolakan pendaftarannya serta alasan ke atas penolakan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 7 pembatalan kesatuan sekerja. Fasal 7 RUU bertujuan untuk meminda subseksyen 15(1) bagi mengehadkan kuasa budi bicara Ketua Pengarah dalam hal pembatalan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja. Pindaan ini juga memasukkan perenggan baharu 15(1)(d) untuk memperuntukkan bahawa perakuan pendaftaran kesatuan sekerja boleh dibatalkan atau ditarik balik jika kesatuan sekerja telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat. Pindaan kepada subseksyen 15(1) ini akan menyebabkan pembatalan kesatuan sekerja sekiranya hanya boleh dibuat sekiranya kesatuan sekerja tersebut terlibat dalam pelanggaran peruntukan undang-undang yang telah dinyatakan secara spesifik dalam Akta 262 termasuklah melibatkan pelanggaran undang-undang serius yang mengancam keselamatan negara seperti yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat dan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak pekerja dalam berkesatuan. Pindaan fasal 7 ini juga memasukkan subseksyen (1A) ke dalam seksyen 15 bagi memperuntukkan kuasa kepada Menteri Sumber Manusia untuk menambah, memotong daripada atau meminda Jadual baharu Keempat tersebut melalui perintah.
Fasal ini juga bertujuan untuk memotong subseksyen 15(2) untuk membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam apa-apa dengan izin, establishment, trade, industri atau pekerjaan bagi memberi kebebasan kepada pekerja-pekerja untuk menganggotai mana-mana kesatuan sekerja pilihannya. Tuan Yang di-Pertua, fasal 9, 19, 20, 21, 22, 23 dan 24 meniadakan hukuman pemenjaraan dan menaikkan kadar denda. Fasal 9, 19, 20, 21, 22, 23 dan 24, rang undang-undang bertujuan untuk meminda subseksyen 18(8), 49(3), 54(3), 56(5), 57(4), 61, 62(1) dan 61(2) Akta 262 masing-masing dengan meniadakan dengan izin, remove hukuman pemenjaraan dan menaikkan kadar denda sedia ada.
Selain itu, fasal 10 dan fasal 13 juga memperuntukkan berkenaan dengan meniadakan hukuman pemenjaraan dan menaikkan kadar denda sedia ada di samping pindaan-pindaan yang lain. Pemansuhan hukuman pemenjaraan dicadangkan dengan mengambil kira prinsip-prinsip dalam dengan izin, Freedom of Association and Protection of the Right to Organize Convention 1948 ataupun 87 dan susulan itu, kadar denda sedia ada dinaikkan kerana tiada lagi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Fasal 10, mogok dan sekat masuk kerja (strike and lockout). Tuan Yang di-Pertua, fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 25A(1) bagi melonggarkan syarat untuk melaksanakan mogok dan sekat masuk kerja dengan izin, strike and lockout. Dengan pindaan ini, kesatuan hanya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 60 peratus undi daripada anggotanya yang berhak membuang undi yang mana lebih daripada setengah jumlah undian tersebut bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan mogok atau sekat masuk kerja. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda perenggan 25A(1) dan B dengan menggantikan perkataan ‘tujuh hari’ dengan perkataan ‘tujuh hari bekerja’. Ia bertujuan untuk memberikan masa yang mencukupi kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan siasatan dan bagi pegawai kesatuan untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan. Tarif istilah dengan izin, working days diperuntukkan dalam subseksyen baru 25A(8). Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 11. Keanggotaan kesatuan sekerja. Fasal 11 bertujuan untuk menggantikan nota bahu subseksyen (26) untuk menjelaskan bahawa seksyen 26 mengadakan peruntukan bagi keanggotaan kesatuan sekerja secara am dan bukan sahaja berhubung dengan orang lain yang belum dewasa. Ia juga bertujuan untuk meminda subseksyen 26(1) untuk membenarkan seseorang yang mencapai umur 15 tahun menjadi anggota kesatuan sekerja berdaftar selaras dengan umur minimum pekerjaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak dan Orang Muda Pekerjaan 1966 [Akta 350]. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda subseksyen 26(1A) berbangkit daripada pindaan kepada tarif kesatuan sekerja atau kesatuan di fasal 2. Secara amnya, fasal ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa tiada orang boleh menyertai, menjadi anggota diterima atau dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja jika dia bukan seorang pekerja atau majikan. Subseksyen 26(1B) sedia ada digantikan dengan subseksyen 26(1B) yang baru bagi memperuntukkan bahawa walau apa pun yang dinyatakan dalam subseksyen 26(1A) Akta 262, tiada mana-mana pekerja atau majikan boleh diterima atau dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja kecuali mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja. Pekerja yang telah dipecat, ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja atau bersara boleh dikekalkan keanggotaannya, tertakluk kepada peraturan-peraturan kesatuan sekerja itu. Selanjutnya, subseksyen 26 ataupun subseksyen baharu 26(1C) dimasukkan ke dalam seksyen 26 bertujuan untuk menetapkan bahawa keanggotaan sesuatu kesatuan sekerja tidak boleh dihadkan kepada ras, agama atau kerakyatan tertentu. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, fasal 12. Pegawai kesatuan sekerja. Fasal 12 bertujuan untuk menggantikan perenggan 28(1)(c1) bagi membenarkan secara pekerja parti politik menjadi pegawai kesatuan sekerja. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda perenggan 28(1D) untuk meniadakan alasan bagi kehilangan kelayakan seseorang untuk menjadi pegawai kesatuan sekerja berdaftar apabila dia disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang pada pendapat Ketua Pengarah menjadikan dia tiada lagi layak untuk menjadi pegawai kesatuan sekerja berdaftar. Dengan pindaan yang dicadangkan, seseorang hanya akan hilang kelayakan jika dia disabitkan dengan mana-mana kesalahan pecah amanah, jenayah pemerasan atau ugutan atau kesalahan di bawah seksyen 49, 50 atau 50A. Seterusnya fasal 13. Pekerja-pekerja sesuatu kesatuan sahaja. Tuan Yang di- Pertua, Fasal 13 bertujuan untuk meminda subseksyen 29(1) bagi membenarkan mana- mana orang diambil bekerja sebagai pekerja sesuatu kesatuan sekerja berdaftar atau persekutuan kesatuan sekerja berdaftar.
Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 31 untuk menjelaskan bahawa peruntukan nama kesatuan sekerja boleh dibuat dengan persetujuan lebih daripada separuh anggotanya. Persetujuan itu diperoleh melalui undi pada mesyuarat agung kesatuan sekerja atau melalui pungutan suara atau undi sulit. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, fasal 15 dan fasal 16. Penyatuan kesatuan sekerja dan pemindaan perjanjian-perjanjian. Fasal 15 dan fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 32 dan seksyen 33. Masing-masing berbangkit daripada pindaan yang dijalankan kepada takrif kesatuan sekerja atau kesatuan dan membenarkan dua atau lebih kesatuan sekerja menyatu tanpa tertakluk kepada prinsip keserupaan, tred, pekerjaan atau industri. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 17. Peraturan-peraturan kesatuan sekerja. Fasal 17 bertujuan untuk meminda proviso kepada subseksyen 38(3) untuk menjelaskan cara bagaimana peraturan-peraturan kesatuan sekerja yang menyebabkan peningkatan tanggungan caruman anggota selain pengenaan levi atau pengurangan kelayakan anggota terhad terhadap faedah boleh dibuat iaitu dengan cara undi dikembalikan oleh anggota yang berhak mengundi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 18. Undi sulit. Fasal 18 bertujuan untuk meminda subseksyen 40(6) bagi memperuntukkan bahawa kuasa Ketua Pengarah untuk mengarahkan kesatuan sekerja supaya tidak memulakan mogok atau sekat masuk yang dicadangkan oleh kesatuan sekerja hendaklah hanya dijalankan jika Ketua-ketua Pengarah berpuas hati bahawa mogok atau sekat masuk yang dicadangkan melanggar seksyen 40 atau seksyen 25A Akta 262 atau mana-mana peruntukan Bahagian IX Akta Penubuhan Perusahaan 1967 ataupun Akta 177. Fasal 27, kuasa untuk memanggil saksi. Tuan Yang di-Pertua, fasal 27 bertujuan untuk meminda subseksyen 71(4) untuk meniadakan peruntukan berkenaan penangkapan dan penahanan mana-mana yang enggan mematuhi perintah Ketua Pengarah di bawah seksyen 71. Pindaan ini juga bertujuan untuk menaikkan denda daripada RM500 kepada RM5,000 bagi kesalahan di bawah subseksyen ini. Fasal 28, rayuan kepada Menteri Sumber Manusia. Fasal 28 bertujuan untuk meminda subseksyen 71A untuk memperuntukkan mengenai penggantungan pelaksanaan keputusan Ketua Pengarah secara automatik dengan izin, automatic stay of execution dalam perkara berhubung pembatalan atau penarikan balik perakuan pendaftaran kesatuan sekerja apabila rayuan dibuat kepada Menteri Sumber Manusia. Fasal 30, pembentukan persekutuan kesatuan sekerja. Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 72 untuk mengadakan peruntukan bagi penyertaan perwakilan untuk memutuskan tentang pembentukan suatu persekutuan kesatuan sekerja. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 31. Gabungan dengan persekutuan kesatuan sekerja. Fasal 31 bertujuan untuk menggantikan seksyen 74 dengan seksyen baru berkenaan dengan penggabungan kesatuan sekerja berdaftar dengan memudahkan prosedur penggabungan sekerja itu dengan persekutuan kesatuan sekerja yang berdaftar. Seterusnya fasal 32. Larangan terhadap pembentukan atau gabungan dengan badan perundingan atau badan seumpamanya.
Fasal 32 bertujuan untuk meminda Perenggan 76A(2)(a) untuk mengadakan peruntukan mengenai penyertaan perwakilan dalam memutuskan perkara mengenai pembentukan atau penggabungan sesuatu kesatuan sekerja dengan atau keanggotaan kesatuan sekerja dalam mana-mana badan perundingan atau badan yang serupa dengannya. Seterusnya fasal 33, kuasa untuk menarik balik kebenaran atau mengisytiharkan gabungan tidak sah. Fasal 33 bertujuan untuk meminda seksyen 76C untuk peruntukan bahawa Ketua Pengarah hendaklah hanya menggunakan kuasanya untuk menarik balik kebenaran gabungan kesatuan sekerja atau untuk mengisytiharkan gabungan tidak sah dalam kes yang kesatuan sekerja atau badan perundingan atau seumpamanya telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, seterusnya peruntukan- peruntukan baharu. Peruntukan-peruntukan baharu yang dicadangkan dimasukkan ke dalam Akta 262 boleh dilihat dalam fasal-fasal yang berikut. Pertama, fasal 25. Kuasa untuk menjalankan siasatan dan menguatkuasakan akta. Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu 63A, 63B, 63C, 63D dan 63E. Seksyen 63A dan seksyen 63B memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan siasatan dan menguatkuasakan akta serta melantik pegawai penguat kuasa dalam kalangan pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4. Seksyen baharu 63C yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kuasa Ketua Pengarah untuk menghendaki kehadiran saksi untuk pemeriksaan yang pada pendapat Ketua Pengarah akan membantu dalam penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta 262 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 262. Seksyen baharu 63D yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kuasa Ketua Pengarah semasa penyiasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen 10, Akta 262 untuk menghendaki mana-mana orang yang mengemukakan kepadanya artikel atau dokumen untuk pemeriksaan atau bagi maksud lain yang perlu bagi penyiasatan atau pemeriksaan. Seksyen baharu 63E yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kuasa Ketua Pengarah untuk menyita apa-apa artikel atau dokumen dalam menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian X, Akta 262. Fasal 26 kesalahan oleh kesatuan sekerja dan pegawai kesatuan. Tuan Yang di- Pertua, Fasal 26 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 65A mengenai liabiliti pegawai kesatuan atau mana-mana orang yang bertindak atas arahan pegawai kesatuan tersebut apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh kesatuan sekerja di bawah Akta 262 atau peraturan-peraturan di bawah Akta 262. Fasal 29 kebolehterimaan rekod elektronik. Tuan Yang di-Pertua, Fasal 29 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 71B yang memperuntukkan mengenai kebolehterimaan rekod elektronik dalam prosiding di bawah Akta 262. Fasal 34 senarai jadual keempat. Fasal 34 bertujuan untuk memasukkan jadual baharu keempat ke dalam Akta 262. Fasal 35 kecualian. Fasal 35 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi peruntukan kecualian. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Bahagian C, peruntukan yang dimansuhkan. Terdapat satu peruntukan yang dicadangkan untuk dimansuhkan iaitu fasal 8 penggantungan sesuatu cawangan kesatuan sekerja. Tuan Yang di-Pertua, fasal 8 bertujuan untuk memotong seksyen 17 untuk meniadakan kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung sesuatu cawangan kesatuan sekerja kerana perkara itu sepatutnya diuruskan oleh kesatuan sekerja itu sendiri memandangkan kuasa untuk menubuhkan dan membubarkan sesuatu cawangan kesatuan sekerja itu terletak kepada ibu pejabat kesatuan mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja itu sendiri. Kementerian Sumber Manusia turut mencadangkan pindaan- pindaan lain dalam rang undang-undang ini yang tidak diperkatakan secara khusus kerana ia merupakan pindaan berbentuk editorial. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 ini digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan merupakan sesuatu langkah membuat pembaharuan undang-undang yang sangat signifikan dalam pembaharuan landskap kesatuan sekerja di Malaysia bagi memastikan pekerja yang merupakan tunggak Keluarga Malaysia dalam pemulihan negara. Ini selaras dengan aspirasi berkesepaduan, kesepakatan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia dalam memulihkan ekonomi negara. Pindaan ini juga secara keseluruhannya menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan undang- undang buruh negara ditambah baik dengan mengambil kira prinsip-prinsip standard perburuhan antarabangsa dan instrumen sejagat.
Inisiatif ini juga seterusnya meningkatkan imej dan memudah cara penyertaan Malaysia dalam apa juga perdagangan antarabangsa. Kerajaan berharap rang undang- undang ini akan meningkatkan perlindungan dan kebajikan serta produktiviti golongan pekerja dan majikan melalui mekanisme tawar-menawar, dengan izin bargaining power antara kedua-dua pihak selain memantapkan sistem pengurusan perburuhan negara ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Baik. Memandangkan masa telah hampir pukul 1, saya akan menangguhkan mesyuarat ini pukul 1. Ya, hampir pukul 1 sudah.
Ada lima minit lagi Tuan Yang di- Pertua.
Ada lima minit?
Boleh pembahas pertama?
Saya akan tangguh juga walaupun saya sebut senarai, sudah pukul 1.
Boleh Tuan Yang di-Pertua sebut senarai yang bahas?
Kalau hendak saya sebut nama dahulu boleh. Okey. Saya akan sebut senarai dan kemudiannya kita sambung pada pukul 2.30 petang. Okey.
Ya, bukan setakat Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun layak.
Allahuakbar. Majlis akan diteruskan dengan saya menyambung balik sebentar lagi. Walau bagaimanapun, atas permohonan mesyuarat saya akan menyatakan siapa yang akan berbahas di sebelah petang pada pukul 2.30 nanti. Pembahas-pembahas adalah seperti berikut. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Ipoh Barat diberi sebagai mantan Menteri Sumber Manusia diberi 25 minit, Yang Berhormat Setiu dan yang lain-lain. Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rasah. Semuanya 12 minit selain daripada Yang Berhormat Pokok Sena 15 minit, Yang Berhormat Sik 15 minit. Saya tangguhkan Mesyuarat ini ke pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.58 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]
BN, PN sudah hilang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan sesi petang ini dengan perbahasan. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang memberikan ruang dan peluang kepada untuk membahaskan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah pun membentangkan pindaan Akta Kesatuan Sekerja yang telah pun dimulakan dan merangkanya telah dimulakan sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan, yang tempoh hari saya berada di kementerian sebagai Timbalan Menteri dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat sebagai Menteri Sumber Manusia. Pada waktu itu, kita telah pun memulakan rangka kerja dan menyiapkan sebahagian pindaan ini. Ini merupakan suatu lanjutan daripada apa yang telah pun diputuskan di bawah Kerajaan PH. Cuma terhenti apabila 22 bulan selepas pemerintahan Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan ini, mandat itu dirampas oleh Gerakan Langkah Sheraton. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya fikir bahawa pembentangan ini juga akan tertangguh pelaksanaannya kerana kemungkinan pembubaran Parlimen akan berlaku walaupun kita boleh meluluskan di peringkat Dewan Rakyat ini tetapi sudah tentulah bahawa apabila Parlimen dibubarkan, maka Dewan Negara juga tidak akan bersidang. Ini akan menyebabkan ia akan tertangguh daripada segi pelaksanaan. Sedangkan kita telah tertangguh selepas daripada Gerakan Langkah Sheraton itu dan kemudian hari ini kita bentang. Sepatutnya bagi saya, pembentangan yang dibuat pada pagi ini haruslah disusuli sampai ke peringkat Dewan Negara. Namun begitu, ini menggambarkan satu pembaziran kita kepada sidang Parlimen yang sepatutnya kalau ia ada di dalam mimpi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen ini pada dalam tempoh sehari dua sebelum pembentangan bajet nanti, sepatutnya bagi saya bahawa daripada awal sidang ini tidak perlu diadakan kerana ia membazirkan waktu dan membazirkan daripada segi sumber kewangan yang telah pun kita keluarkan. Tuan Yang di-Pertua, lihat hari ini sebahagian besar di sebelah sana tidak hadir. Kerana apa? Ini kerana ada perhimpunan...
Semua tidak ada Yang Berhormat.
Ada perhimpunan, perjumpaan kepimpinan UMNO di sana. Yang Berhormat pun sepatutnya...
Mental problem, mental problem.
Tuan Yang di-Pertua pun kerana bertugas. Kalau tidak bertugas, sudah tentulah terpaksa untuk menghadiri pertemuan Presiden UMNO dengan kepimpinan-kepimpinan bahagian, Pemuda, wanita dan juga Puteri. Ini membabitkan Ahli-ahli Parlimen. Oleh sebab itu saya kata sepatutnya kalau dari awal kerajaan sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen, sepatutnya sidang ini tidak dipanggil. Ini pembaziran. Bagi saya kita semua rakyat ikat perut, tiba-tiba kita datang persidangan, kita membazirkan wang rakyat. Kita membazirkan wang rakyat, kemudian kita hendak buat pilihan raya. Rakyat disuruh ikat perut, kemudian kita hendak buat perbelanjaan pilihan raya yang memakan belanja bilion ringgit. Ini sepatutnya kita berfikir bahawa apa dia yang hendak dimakan oleh rakyat. Sepatutnya undang-undang ini ialah undang-undang untuk membela golongan pekerja. Untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada golongan pekerja mendapat satu
pembelaan. Akhirnya, sekali lagi pindaan ini akan tertangguh. Apabila cadangan awal waktu PH tempoh hari tertangguh belum sempat dibawa ke Parlimen. Ini tertangguh selepas diluluskan di Parlimen, kemudian pekerja terpaksa menanti dan menunggu satu tempoh beberapa bulan, baru hendak dibawa balik ke dalam Dewan Negara. Ini satu benda yang sangat mengecewakan saya kerana pihak kerajaan tidak dapat melihat keutamaan dan kepentingan yang sebenarnya. Maknanya sekarang ini pilihan raya kali ini rakyat pergi mengundi dalam keadaan lapar.
Betul.
Perut lapar, pergi mengundi dengan perut lapar. Ini kerana apa? Ini kerana percaturan politik yang dilakukan oleh pemimpin- pemimpin UMNO. Saya kasihan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya, saya kasihan sebab dia diikat dengan satu kenyataan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO bahawa mesti bubar dan buat pilihan raya pada tahun ini juga. Ini bukan sahaja mengikat Perdana Menteri tetapi memaksa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri.
Derhaka betullah.
Ini satu benda yang sangat jelik apabila parti yang— parti korup, parti kleptokrat mencaturkan. Parti minoriti dan parti kleptokrat mencaturkan politik dalam negara kita. Mencaturkan politik dalam negara kita sehingga menyusahkan masyarakat dan rakyat yang ada dalam negara kita. Ini satu benda yang tidak seharusnya berlaku dan saya merakamkan dalam perbahasan ini satu rasa kecewa saya, kita bentang semacam olok-olok. Kita bentang ini olok-olok. Tiba-tiba Jumaat ini bubar. Hari Khamis ini dia umum, pembubaran bermula pada hari Jumaat. Kita olok-olok. Biar kita boleh lulus di peringkat Dewan Rakyat tetapi kita tidak akan dapat kelulusan daripada peringkat Dewan Negara. Ia memerlukan kepada peringkat Dewan Negara, baru akta ini boleh dilaksanakan. Ini bermakna bahawa kita mempermainkan golongan pekerja. Kita bukan memperjuangkan sesuatu yang sebenarnya untuk kepentingan golongan- golongan pekerja. Walaupun saya bersetuju— saya bersetuju. Semalam pun dalam taklimat, kita menyatakan tidak ada apa yang kita hendak bantah. Ini suatu benda yang terbaik tetapi malang kerajaan sendiri seolah-olahnya membantah apabila dia bubar Parlimen, seolah- olah dia bantah. Dia tidak hendak benda ini dilaksanakan sekarang ini. Terpaksa menunggu satu tempoh. Jadi, kita bermain-main. Oleh sebab itu bagi saya bahawa hasrat pindaan ini ialah untuk menggalakkan, membuka ruang. Pindaan akta ini untuk membuka ruang supaya lebih ramai penyertaan golongan pekerja dalam kesatuan sekerja. Ini sangat-sangat baik sebab kita melihat bahawa peratus golongan pekerja yang menyertai kesatuan sekerja ini sangat sedikit, sedangkan mereka mengharapkan kesatuan sekerja itu memberikan pembelaan apabila berlaku krisis tertentu terhadap diri mereka. Akan tetapi malangnya golongan pekerja dalam negara kita ini dia hanya mengharapkan orang lain untuk memperjuangkan hak dia tetapi dia tidak bersedia untuk bersama dalam perjuangan hak pekerja.
Jadi dengan kita membuka ruang lebih banyak Kesatuan Sekerja boleh dibuka bermakna bahawa kempen akan boleh dibuat untuk membolehkan secara lebih dekat golongan pekerja itu menyertai Kesatuan Sekerja. Saya menyeru kepada golongan pekerja-pekerja dalam negara kita ini untuk melibatkan diri di dalam Kesatuan Sekerja bukan sekadar sebagai ahli tetapi sebagai ahli yang aktif untuk masa depan mereka untuk golongan pekerja untuk supaya pekerja tahu bahawa mereka ada hak yang tertentu untuk diperjuangkan bagi demi kepentingan golongan pekerja. Kemudian yang keduanya ialah golongan yang perlu difikirkan sekarang ini iaitu pekerja gig. Tuan Yang di-Pertua, pekerja gig ini juga perlu difikirkan sebab mereka tidak ada satu Kesatuan Sekerja yang boleh mereka sertai sebab pekerja-pekerja gig ini dia tidak diiktiraf di dalam Akta Kerja sebagai seorang pekerja. Dia hanya boleh masuk
menyertai Kesatuan Sekerja apabila dia diiktiraf sebagai pekerja, status dia sebagai seorang pekerja. Jadi kerajaan sudah seharusnya dan saya percaya selepas pilihan raya sepatutnya siapa pun yang menjadi kerajaan kita perlu berfikir untuk bagaimana golongan gig. Saya mengharapkan bahawa Pakatan Harapan akan diberikan mandat sekali lagi untuk menerajui Putrajaya ini untuk membolehkan kita berfikir bagaimana golongan pekerja gig ini boleh diiktiraf sebagai pekerja sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara di peringkat antarabangsa dan mereka diiktiraf sebagai golongan pekerja. [Tepuk] Ini sangat penting sebab hari ini kalau kita lihat kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan, Jabatan Statistik 72 peratus lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi dan mereka hendak masuk pasaran pekerjaan dan dengan kemahiran yang ada kepada mereka hanya di peringkat SPM itu sebahagian besarnya lebih banyak mereka masuk dalam industri gig ekonomi. Sepatutnya bagi saya bahawa kita harus memberikan pembelaan kepada golongan ini untuk diiktiraf sebagai pekerja yang telah menyumbang kepada pembangunan di dalam negara kita ini. Ini yang harus dilihat oleh kerajaan dan saya percaya bahawa – bukan kerajaan inilah sudah tentulah kerajaan lain. [Ketawa] Oleh sebab selepas pilihan raya kita terpaksa buat pula bawa balik ke sidang Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahas dan juga diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk membolehkan supaya golongan pekerja gig ini dapat diiktiraf sebagai golongan pekerja dan sekali gus mereka sendiri boleh menyertai mana-mana Kesatuan Sekerja ataupun mereka boleh menubuhkan Kesatuan Sekerja pekerja-pekerja gig. Sama ada dalam konteks golongan pekerja, penghantar makanan Food Panda dan sebagainya semua mereka boleh tubuhkan Kesatuan Sekerja apabila mereka diiktiraf sebagai pekerja di bawah Akta Kerja yang ada di dalam negara kita ini. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya hendak sebut ialah akta ini akan mengizinkan di suatu tempat itu wujud lebih daripada satu Kesatuan Sekerja. Ini saya minta supaya kita harus mengkaji maknanya kerajaan selepas ini, bukan kerajaan hat ini, kerajaan selepas ini harus melihat sedikit untuk membolehkan supaya – saya tidak ada masalah untuk seorang menyertai dua Kesatuan Sekerja dan sebagainya tetapi kita boleh memastikan supaya data bilangan itu, angka itu yang tepat. Oleh sebab kita hendak melihat angka lebih ramai orang menyertai. Akan tetapi kalau orang yang sama menyertai kesatuan yang lain, kesatuan yang kedua dan ketiga ini bermakna bahawa jumlah itu sebenarnya tidak bertambah. Jadi kita harus melihat bagaimana dari segi profil ini untuk memastikan walaupun dia menyertai dua, tiga tetapi akhirnya kita akan dapat satu angka bukan tiga sebenarnya satu dan kita boleh menggerakkan usaha untuk supaya Kesatuan-kesatuan Sekerja ini terus berkempen untuk membolehkan mereka menyertai– pekerja-pekerja ini menyertai Kesatuan Sekerja. Akhir sekali, dalam pindaan ini juga telah pun menyebut bahawa membenarkan pekerja-pekerja di parti politik, lantikan pegawai Kesatuan Sekerja diluaskan iaitu pekerja parti politik dibenarkan untuk dipilih sebagai pegawai Kesatuan Sekerja. Ini suatu benda yang sangat baiklah maknanya kita membenarkan pegawai-pegawai yang bekerja di parti- parti politik itu untuk turut serta dalam gerakan Kesatuan Sekerja dan mereka boleh dipilih sebagai pegawai ataupun pemegang menjawat jawatan di dalam Kesatuan Sekerja itu hendak bertanding dan sebagainya. Kalau sudah ramai pegawai yang bekerja di parti-parti politik boleh mewujudkan Kesatuan Sekerja, kakitangan ataupun pegawai-pegawai di pejabat parti-parti politik boleh diwujudkan satu Kesatuan Sekerja. Jadi ini yang saya harapkan bahawa pihak kerajaan selepas ini untuk memberikan ruang yang lebih baik kepada golongan pekerja khususnya macam saya sebutkan tadi iaitu pekerja-pekerja gig. Sekali lagi, akhirnya saya hendak merakamkan rasa sedih dan kecewa saya kita seperti bermain-main dengan pembentangan yang sangat penting ini yang sepatutnya dalam sidang inilah ia diselesaikan di peringkat Dewan Negara dan kemudiannya diluluskan dan kemudiannya digazet untuk membolehkan akta ini dilaksanakan. Akan tetapi malang kerana kepentingan politik kleptokrat, perompak akhirnya kita memaksa
seluruh rakyat untuk bergelut dengan satu pilihan raya dalam suasana iklim yang tidak menentu ini. Ini satu perkara yang sangat mengecewakan. Saya mendoakan moga rakyat, golongan pekerja seluruhnya akan bijak untuk membuat pemilihan pada pilihan raya yang akan datang ini untuk memastikan supaya kerajaan yang seperti ini kleptokrat perompak ini tidak sewenang-wenangnya untuk mempermainkan rakyat dan akhirnya mereka harus ditolak dalam pilihan raya yang akan datang. Saya mohon untuk menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Menteri atau Timbalan Menteri KSM berada bersama kita di Dewan ini untuk mereka juga mendengar perbahasan untuk kita menyokong RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan akta ini bagi memastikan kebebasan bersuara dan keadilan kepada pekerja-pekerja bagi melindungi hak mereka yang telah tertakluk dalam akta ini. Saya bersetuju bahawa pindaan ini akan mampu memberikan kebebasan untuk mereka menubuhkan dan menganggotai Kesatuan Sekerja atas pilihan mereka sendiri bahkan memberikan hak-hak kepada semua pekerja sekiranya tidak ada persefahaman, tidak berpuas hati atau berlawanan pandangan dengan kepimpinan Kesatuan Sekerja yang lain. Jadi jelas ia mampu membawa kepada titik tolak dan hak berpersatuan tanpa meminggirkan sesiapapun pekerja-pekerja di negara kita. Dalam konteks keadilan Islam, pindaan akta ini harus menekankan elemen supaya tidak berlaku sebarang penindasan, tidak ada kepentingan diri, tidak menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain. Saya mohon ingin bertanya tentang hak Kesatuan Sekerja yang diperluaskan iaitu keanggotaan kesatuan yang telah dipecat atau di tamat perkhidmatan, dibuang kerja atau bersara yang boleh dikekalkan sebagai anggota tertakluk kepada kaedah-kaedah Kesatuan Sekerja. Jadi, bagaimanakah pindaan ini mampu memberikan keadilan kepada majikan sekiranya anggota yang telah dipecat ini sememangnya melakukan kesalahan sama ada melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat atau pihak majikan atau sememangnya individu tersebut telah disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah.
Saya juga sangat bersetuju dengan pindaan bagi Skop Lantikan Pegawai Kesatuan Sekerja diluaskan kepada pekerja parti politik untuk mereka juga boleh memilih dan dipilih sebagai pegawai kesatuan sekerja. Maka, saya ingin bertanya berkaitan dengan definisi yang dimaksudkan sebagai pekerja parti politik itu? Sejauh manakah pihak kementerian melihat keperluan mengisytiharkan jawatan dalam parti perlu dibuat sebelum atau selepas menganggotai kesatuan sekerja? Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon bertanya, adakah pindaan akta ini turut mengambil kira keadaan sekiranya kedudukan seorang anggota yang mempunyai keahlian lebih daripada satu kesatuan tetapi dia juga mempunyai jawatan dalam setiap kesatuan yang disertai. Satu garis panduan perlu diperhalusi dalam perkara ini supaya tiada elemen sabotaj dalaman, sama ada daripada pihak berlainan ideologi ataupun pandangan sesuatu kesatuan sekerja demi menjamin keadilan kepada keseluruhan anggota kesatuan tersebut. Juga dalam konteks yang lebih luas, adakah jika dibenarkan kebebasan keanggotaan dan penubuhan kesatuan sekerja lebih daripada satu ini, adakah ia dapat berperanan sebagai kumpulan pendesak atau sekadar menjadi alat gangguan sebagai proksi bagi meraih sokongan oleh pihak majikan yang ada kepentingan? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan beberapa persoalan berkaitan pindaan akta ini bagi penjelasan di pihak kementerian iaitu adakah melalui
pindaan yang dicadangkan, pekerja-pekerja boleh menubuhkan kesatuan sekerja mengikut kehendak mereka sendiri tanpa terikat kepada suatu sekatan berdasarkan keserupaan, dengan izin establishment, trade, occupation and industry. Seterusnya, saya juga ingin membangkitkan berkaitan adakah pindaan ini akan membenarkan yang saya tanya tadi, saya ulang membolehkan kesatuan sekerja itu ditubuhkan dalam satu kategori pekerjaan ataupun industri? Maknanya, seseorang yang menganggotai lebih daripada satu kesatuan. Seterusnya juga, berkaitan dengan soal siasatan dan pendakwaan. Jadi saya bertanya kenapakah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja masih mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mendakwa sedangkan kesatuan sekerja hendaklah diberikan kebebasan berpersatuan. Sepatutnya, kesatuan sekerja dibiarkan menguruskan hal ehwalnya sendiri tanpa campur tangan oleh kerajaan dalam sesuatu ataupun dalam kebebasan yang diberikan. Seterusnya, saya membangkitkan berkaitan dengan kepelbagaian kesatuan sekerja ini dalam sesuatu kategori pekerjaan. Sekiranya lebih daripada satu kesatuan ditubuhkan dalam satu-satu syarikat, sejauh manakah kita dapat memastikan bahawa berlaku keharmonian dan juga persefahaman yang baik di dalam syarikat ataupun perusahaan tersebut untuk dikekalkan dan tidak berlaku persengketaan atau perselisihan di antara mereka. Berkaitan dengan pembatalan kesatuan ini, apakah rasional kementerian memasukkan kesalahan-kesalahan di bawah Penal Code sebagai kesalahan yang membolehkan kesatuan dibatalkan pendaftarannya? Pindaan ini menggambarkan seolah- olah kesatuan sekerja amat memberi kesan ataupun mengancam kepada sesebuah negara sedangkan kesatuan sekerja ini adalah untuk membela para pekerja. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah dilihat rasional meluaskan skop keanggotaan kesatuan sekerja kepada anggota-anggota kesatuan yang telah bersara ataupun yang telah diberhentikan kerja? Adakah ini juga diberi ruang untuk anggota- anggota yang telah bersara ataupun yang telah diberhentikan kerja untuk menganggotai kesatuan ini? Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan dengan faedah ataupun impak pindaan akta ini iaitu bagaimanakah kesediaan kerajaan ketika mana dalam pindaan ini, adakah undang-undang yang sedia ada ini tidak mencukupi untuk kita melindungi pekerja-pekerja kita di dalam pelbagai sektor yang sudah pastilah ia memerlukan penglibatan dan juga kebertanggungjawaban kepada semua pihak, sama ada di pihak kerajaan sendiri, di pihak majikan dan di pihak pekerja itu bagi memastikan tidak ada walaupun seorang, kita akan memastikan kezaliman berlaku ke atasnya yang sudah pasti juga ia sebagai perkara yang termaktub dalam hak-hak sebagai seorang rakyat yang bebas merdeka di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Sik, cukup? Ada lapan minit lagi. Okey. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Klang.
Kapar, Kapar.
Yang Berhormat Kapar.
Sorry, saya minta maaf bagi pihak Tuan Yang di-Pertua.
Sorry Yang Berhormat Kapar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya berterima kasih kerana diberi ruang untuk menyertai perbahasan dalam rang undang-undang ke atas Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262] untuk dipinda. Ada 35 di bawah akta ini telah
pun dipinda untuk ditambahbaikkan. Saya hendak maklum kepada Tuan Yang di-Pertua, kenapa lapan minit sahaja, tidak 12 minit?
Dua belas minit.
Saya telah pun meneliti...
Sebentar, sebentar. Tadi saya bertanya Yang Berhormat Sik lapan minit, ada tambahan lapan minit lagi, Yang Berhormat Sik kata tidak mahu. Jadi Yang Berhormat Kapar 12 minit ya. Sila.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sik kerana memberi saya ruang lebih. Sejarah itu mencatatkan kesukaran yang keterlaluan ketika akta kesatuan ini diikat dengan sebegitu kuat apabila kuasa dan diskrupsi Ketua Pengarah itu terlalu kukuh dan terlalu besar sehinggakan kesatuan-kesatuan yang utuh dilebarluaskan tidak dapat dilaksanakan. Seingat saya pada konvensyen ILO 87, apabila tahun 1992 ketika itu kita menyertai satu resolusi untuk kita hendak memberikan kebebasan dalam Freedom of Association and Protection of the Right to Organise. Jadi kalau kita melihat dari waktu itu pun sudah bermula episod untuk melebarluaskan. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di- Pertua, lapan peratus sahaja rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai kesatuan. Selebihnya itu tidak boleh berlainan posisi untuk mendapatkan kebebasan untuk berpersatuan kerana undang-undang itu menyekat. Saya ambil contoh banyak daripada kesatuan-kesatuan yang memohon, belasan tahun Tuan Yang di-Pertua, belasan tahun memohon supaya diminta pengiktirafan. Mengisi borang A, kemudian mengisi borang B, kemudian pergi kepada Ketua Pengarah. Ketua Pengarah pun berlenggang waktu. Ada satu ketika, Ketua Pengarah pun menjadi Setiausaha Agung kepada kesatuan bank, NUBE. Ini juga adalah antara berkeahlian akta yang sebegitu merumitkan. Saya sebut berkeahlian itu kerana pandangan disputenya berbeza-beza. Jadi akhirnya, maka lapan peratus itulah yang menjadi resolve kepada majoriti yang ada dalam kesatuan negara ini. Waktu berlalu begitu lama, tahun 1987 saya idamkan pada hari ini akta ini perlu dipinda. Saya teringat sahabat saya, Dato’ apa nama, uni punya presiden. Apa namanya, saya sudah lupa Tuan Yang di-Pertua. Dia kata dengan saya hendak pinda satu ayat pun dalam akta termasuk akta kerja, akta perusahaan atau akta kesatuan ini amat sukar kerana disebabkan oleh kerajaan tidak peka dalam keadaan untuk membolehkan kebebasan itu dilakukan. Akan tetapi pada waktu itu, pada tahun 2017 dan bicara hari ini tiga akta telah kita buat pindaan. Ia termasuk hari ini, sejarah berulang, kita akan meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang membolehkan antara lapan peratus itu dianjak kepada number yang boleh memberikan kebanggaan kepada negara kita. Apa yang menjadi kesukaran dalam pindaan ini ialah setengah daripada stakeholders Tuan Yang di-Pertua, memaklumkan kepada saya, kumpulan kamu yang ditubuhkan oleh rakan-rakan dalam kesatuan, dia mengkhuatirkan tentang kesatuan dalam syarikat itu dibenarkan untuk menubuhkan serancak mana yang mereka suka. Jadi maknanya, dua atau tiga kesatuan dalam satu syarikat. Ini agak rumit dan meruncingkan tetapi saya percaya bahawa Ketua Pengarah masih lagi mempunyai say dalam kata lain dalam akta ini, walaupun ketua pengarah telah pun memberikan kuasa penuh kepada kesatuan itu untuk menubuhkan kesatuan tanpa campur tangan dan juga dikategorikan sebagai yang mengimplementasikan hak itu tidak berada dalam KP.
Ketua Pengarah tidak ada. Jadi, sekarang ini kebergantungan penuh kepada kesatuan itu sendiri dan permohonan anggotanya. Kalau syarikat itu bak kata Yang Berhormat Pokok Sena tadi itu ya, itu menakutkan mereka. Tetapi saya yakin dan saya percaya kalau sekiranya pimpinan kesatuan itu efisien dan begitu agresif, saya percaya mereka tidak akan terpinggir dengan keahlian yang tidak menyokong mereka dan ini adalah salah satu daripada kerunsingan di bawah 35 seksyen yang hendak dipinda ini. Di antaranya ialah membolehkan kesatuan itu ditubuhkan syarikat.
Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, dia pelik. Satu syarikat itu kenapa dia berbeza- beza? Kalau dia pengeluaran dia lain. Macam di PERODUA, kalau dia pengeluaran dia kata dia trading, kalau dia membuat spare part dia lain pula bahagian equipment. Jadi, macam-macam unit sampai tiga unit dalam satu syarikat yang tidak seragam. Sekarang ini saya nampak kalau ianya dibenarkan dalam keseragaman itu, maka ada di balik itu mungkin dalam in-house itu akan banyak berlegar dalam penubuhan ini, daripada national union. Akan tetapi ini juga memberikan ruang besar kepada kesatuan nasional untuk mereka mengembangluaskan. Sekarang ini di bawah seksyen 9 jelas, kalau dia pegawai, dia pegawai. Kalau dia pekerja marhaen, kategori general workers, dia akan jadi general workers. Kalau dia pengurusan, dia pengurusan. Tetapi sekarang ini membolehkan ianya dibuat. Maknanya satu tangan kita kata kebebasan diberikan, satu tangan lagi kita memberi ruang kepada mereka untuk perkuatkan kesatuan dalam membatasi seluruh organisasi itu dilengkapi dengan kemahiran dan kebolehan masing-masing. Jadi, ini satu daripada rahsia yang terpaksa dirungkaikan dalam Dewan kerana hari ini kita akan menentukan persetujuan untuk kita meminda Akta Kesatuan ini. Begitu juga dalam kesatuan sebelum ini, sebagai contoh dahulu, 12 ke 13 tahun hendak tunggu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita minta pada tahun 1980, waktu itu berlaku delay, berlaku kelewatan. Kita isi borang A, dia isi borang B. KP buat definition, buat macam-macam sampai 13 tahun tidak selesai. Masa undian dibuat Tuan Yang di-Pertua, orang yang pada tahun 1980 dikira, kalau dia mati, kena pergi kubur, kena kejutkan dia pergi undi dahulu, masuk kubur balik. Itu undang-undang yang ada sebelum ini. Oleh sebab itu saya bersetuju, saya pernah bawa dalam sidang ini untuk pindaan ini dibuat. Seingat saya pada tahun 2010, saya pernah bawa isu yang sama untuk dipinda atas kesatuan ini. Mana mungkin saya akan menolak kerana ini yang saya perjuangkan belasan tahun dan saya lihat peluang terbaik. Tidak masuk akal, orang yang sudah retired, yang tidak boleh dihubungi dikira sebagai orang yang mengundi. Jadi kalau kita mengundi, kalau dia ada seribu, kalau seratus hilang, sembilan ratuslah. Jadi, memihak kepada majikan. Ini memang tidak adil. Akan tetapi akhirnya hari ini dalam pindaan yang dibuat, saya juga ingin menyinggung, oleh sebab saya tidak tahu sama ada undian itu termasuk atau tidak dalam perenggan satu tujuan meminda fasal 11 iaitu telah di dalam kalangan pekerja yang telah dibuang kerja ditamatkan, diberhentikan atau bersara tidak berhak untuk mengundi. Saya hendak tanya ini dalam perkara mogok. Ini mogok, kalau hendak menubuhkan kesatuan, jadi ini juga akan memberikan persoalan waktu awal. Kalau kita ambil waktu hujung, ketika kita hendak ambil tindakan di bawah seksyen 40 Akta Perusahaan 1967, itu menyekat kekuatan daripada hak mereka yang sepatutnya dilakukan. Saya bersetuju dalam masa yang sama, saya juga ingin merungkaikan bahawa pada penubuhan kesatuan itu jangan ada yang di waktu mereka yang sudah meninggal, sudah bersara dikira sebagai number ataupun kumpulan yang berhak untuk mengundi. Ini harus diberikan penegasan. Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah mereka ini dikategorikan, tidak dimasukkan dalam orang-orang yang berhak untuk menjadi kesatuan. Begitu juga dengan Perlembagaan Kesatuan. Saya mengambil tempat Ipoh Barat. Jadi, Yang Berhormat Ipoh Barat kena sabar, dapat nombor lima. Apa yang saya hendak jelaskan ialah apabila berlakunya pindaan. Pindaan tentang Perlembagaan Kesatuan, kementerian jangan bersegan-silu untuk memastikan bahawa kesatuan- kesatuan itu diberi penerangan, sebab Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak buat sesuatu tindakan penambahbaikan untuk melebarluaskan keahlian dalam bentuk deskripsi yang berhak itu, mesti dipinda dalam Perlembagaan Kesatuan. Kalau tidak dipinda dalam Perlembagaan Kesatuan, ia tidak akan membolehkan akta itu dilakukan.
Saya teringat satu kes yang mana perjanjian bersama MAS apabila seorang pramugari, melahirkan anak lebih daripada tiga. Apabila dia melahirkan anak lebih daripada tiga, dia dipecat sebab CA, Perjanjian Bersama mengehadkan dua orang. Jadi betapa besarnya CA ini, betapa besarnya Perlembagaan Kesatuan ini yang menganggotai ahli-ahli itu yang berkuasa penuh dan mempunyai kuasa mandatori terhadap apa tindakan mereka. Maka saya minta kementerian, pegawai-pegawai mereka terutama sekali Kamal Pardi supaya serius menyebarluaskan pengetahuan kepada semua kesatuan yang membolehkan mereka mengetahui tentang hak mereka. Ini kerja Kamal ini. Kamal kena buat kerja lebih sedikit sebab dia yang mengetuai Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Begitu juga dengan Penal Code. Saudara saya telah sebut tadi daripada apa yang dikhuatirkan dua perkara tadi yang dipecat, kemudian tidak adil kepada majikan. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya ada kelompangan di sini. Kalau kita kata kita dibuang kerja, disiplin itu diambil, tidak perlulah taruh Penal Code Jadual Keempat. Ini kritikal sangat. Jadi, saya minta kementerian supaya kaji semulalah Jadual Keempat ini. Dia tidak memungkinkan seorang pemimpin kesatuan menjadi seorang pencetus revolusi dan menukarkan kerajaan. Tidak mungkin. Kesatuan ini berapa kerat je pun. Tetapi yang dilihat ketakutan itu janganlah ditegangkan, kendurkan supaya Jadual Keempat itu dikaji semula. Ini juga memberikan banyak pendekatan yang saya nampak lebih tersusun. Apabila berlakunya sesuatu tindakan disiplin, ia sudah ada di bawah seksyen 14 Akta Kerja 1955. Jadi, dia perlu melewati proses itu untuk dia diambil tindakan. Tetapi dalam fasal yang sama, seksyen 20 Akta Perusahaan 1967 itu, memberikan ruang untuk dia mempertahankan diri di Mahkamah Perusahaan, jadi unfair dismissal. Jadi bagi saya, kalau kita meletakkan sesuatu ayat yang dikatakan bahawa dibuang kerja, ditamatkan yang kuasa itu ada di bawah seksyen 12 pihak majikan. Akan tetapi daripada segi rights of the workers, mempertahankan dirinya, dia ada seksyen 20. Jadi kalau boleh yang di kata dibuang kerja, penamatan itu mestilah berasaskan kepada hak. Kalau saya dipecat, appeal kes saya di mahkamah, saya masih ada right dan sampai mahkamah buat keputusan, barulah saya dipecat. Jadi, ini juga harus diberi pertimbangan untuk memastikan bahawa majikan tidak mendiskriminasikan atau abuse any article in this amendment. Jadi, saya takut, saya khuatir. Kalau tidak ada pemantauan walaupun kuasa yang ada kepada Yang Berhormat Menteri, dua minit lagi Tuan Yang di-Pertua, conclusionnya. Walaupun Pengarah ditarik kuasanya, saya percaya lebih 60 peratus kuasa memutlakkan tindakannya itu. Tidak bermakna Ketua Pengarah harus berlena dengan tarikan itu. Ketua Pengarah harus juga bermain peranan untuk memantau, memberikan panduan dan nasihat supaya pindaan dan rang undang-undang ini diangkat kemuliaannya dan pekerja itu dijaga hak mereka. Tuan Yang di-Pertua, dengan sepenuhnya saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Barat, masa 25 minit.
Terima kasih. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan saya di Dewan ini. Saya terpaksa berada di Bar Council untuk membuat satu perbincangan mengenai migrant workers. What a coincidence, hal- hal yang berkaitan dengan pekerja-pekerja asing dan pekerja-pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulakan dengan Konvensi 87. Saya rasa ini adalah satu yang besar dan mustahak di mana dalam 64 tahun ini kita tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Bila Pakatan Harapan menerajui kerajaan, kita telah mengadakan sesi libat dengan MTUC, dengan Coalition of Labour Reform dan juga dengan Employers’ Federation dan stakeholders yang lain, di mana kita memberitahu apakah niat dan kenapakah freedom of association perlu dibuat.
Semestinya bila ada freedom of association ia akan melibatkan satu siri yang luar biasa. Di mana kita nampak bahawa lebih union akan ditubuhkan dan ini akan menjadi satu competition kepada union yang sedia ada. Ini akan dikatakan menjadi masalah yang besar. Saya difahamkan dan saya telah diberitahu oleh kawan-kawan saya di Dewan ini bahawa ada beberapa union juga yang tidak setuju kepada mengincorporatekan Konvensi 87 iaitu freedom of association. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu faham macam bila kita menerajui kerajaan, saya sudah kata, kalau kita hendak ingin menubuhkan satu parti politik, sesiapa juga di negara ini boleh menubuhkan parti politik mengikut kriteria-kriteria. Akan tetapi undang-undang yang sedia ada mengenai kesatuan sekerja menyatakan bahawa jika ada satu kesatuan sekerja yang mewakili sektor tersebut, lagi satu baru tidak boleh ditubuhkan. Ini ada beberapa kes juga berkaitan dengan perkara ini. Kita berasa daripada perbincangan yang kita telah buat dahulu dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang membawa rang undang-undang ini. Walaupun hajat beliau adalah di sesi yang lama untuk membawa rang undang-undang ini tetapi telah tergendala sedikit kerana perlu perbincangan dengan stakeholders. Saya percaya bahawa freedom of association ini adalah berpatutan tetapi ada beberapa pandangan bahawa ia membawa kehakisan eroding the rights of workers. Ini perlu tengok dalam rang undang-undang ini. Ada juga beberapa pandang daripada kesatuan sekerja yang mengatakan bahawa tidak ada perbincangan dengan mereka. Saya nampak daripada penerangan yang mereka beri semalam, di mana 34 kali libat urus telah dijalankan. Sewaktu kita menerajui kerajaan lebih kurang separuh, lebih kurang lebih 14 kali perjumpaan telah diadakan dengan stakeholders dan mereka semua berpendapat pada masa itu adalah bahawa freedom of association ini perlu. Maka saya berpendapat walaupun ada beberapa masalah berkaitan dengan freedom of association, saya harap kerajaan dapat berjumpa balik dengan stakeholders terutamanya kesatuan sekerja, unions dan juga employers dan memberi keterangan yang lebih dalam supaya mereka faham apakah niat ini. Akan tetapi mari kita tengok adakah ini satu perkara yang baharu? Tuan Yang di-Pertua, saya hairan ini konvensi ini bukan baharu. Konvensi ini telah diterima oleh ILO pada tahun bila? 1947, 70 lebih tahun dahulu telah diterima dan diguna pakai lebih kurang 90 peratus negara di dunia ini. Kita saya percaya adalah sedikit lambat. “Biar lambat asalkan selamat” dikatakan. Maka saya harap ini akan memberi lebih dorongan kepada semua pekerja untuk terlibat dalam penubuhan union dan juga terlibat dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak dari beberapa tahun kebelakangan ini kita perlu darah baharu. We need new blood in the union thing. Kita nampak bila saya pergi ke Singapore semasa saya Menteri, saya ada berjumpa dengan ahli-ahli kesatuan sekerja yang hanya berumur 21 tahun, 22 tahun dan mereka sangat terlibat dalam hal ini. Saya nampak keadaan yang sama di Eropah tetapi di Malaysia nampaknya kurang. Hal ini kerana tidak ada inisiatif or insentif yang tertentu oleh majikan, kita faham. Majikan berpendapat Tuan Yang di-Pertua bahawa the more unions you have, the more trouble you have, itu pandangan yang lama. Saya akan terangkan forced labour dan sebagainya kenapa kita perlu more unions. Ini kerajaan patut memberi lebih galakan, dorongan dan perlu do a reach out kepada pekerja-pekerja di negara ini. Saya segan tetapi satu angka yang saya hendak beritahu bahawa kalau orang tanya kita ada macam-macam union di negara ini. Berapa peratus mereka adalah ahli kesatuan sekerja? Tuan Yang di-Pertua, malu. Kita tidak sampai lima peratus sahaja pekerja-pekerja di negara ini menjadi ahli kesatuan sekerja. Lagi teruk, dari lima percent itu the civil servants are more than the private sector. Mana boleh. You cannot accept this logic at all. Jadi, ada satu kecacatan yang tertentu. Saya harap kesatuan sekerja di negara ini dan juga kerajaan akan melibatkan untuk memberi galakan kepada mereka. Jadi apa yang kita buat semasa kita menerajui kerajaan? Bila kita menerajui kerajaan, saya sendiri telah mendapat kebenaran Kementerian Kewangan mengagihkan RM500,000 kepada department ini supaya mereka
dapat do the outreach programme untuk berjumpa dengan pekerja-pekerja biasa, memberitahu hak mereka kenapa keperluan untuk menjadi ahli, baik negatif dan positif. Ini memberi galakan kepada mereka. Sekarang tidak ada sedemikian. Ada banyak majikan seperti yang saya kata, the more unions the more trouble, itu that is the old school, tidak lagi. Sekarang it will be good for the employers, good for the government, good for the stakeholders kalau mereka ada lebih unions. Saya akan terangkan lagi sebab-sebab tertentu. Jadi, saya pohon agar kerajaan akan menggunakan lunas ini supaya do a reach out. Saya juga ingin- semalam saya ada beritahu bila saya memberi galakan tersebut, masa itu mereka mengadakan mungkin they did not realize dan mereka mengadakan mesyuarat-mesyuarat di five star hotel. Hal yang ini semua mesti mahu berhenti, ini you perlu ke community hall, you perlu pergi ke kampung-kampung, you perlu pergi ke factory yang kecil-kecil, jumpa dengan pekerja-pekerja di sana. Kalau pelawa mereka datang ke five-star hotel, tidak bolehlah mereka. Nombor satu jauh, nombor dua it is not so comfortable. Kita perlu ingat bahawa B40 ini peratusannya adalah lebih daripada 50 peratus dari negara ini. Macam mana will unions accept. Kenapa saya kata lebih unions lebih baik? Pandangan majikan adalah lebih unions lebih masalah. Pandangan saya dan pandangan ramai di antara kawan-kawan saya adalah more unions better kerana negara ini Tuan Yang di-Pertua, we are going to face the most severe test on forced labour di mana pekerja terpaksa bekerja lebih daripada masa overtime, normal hours, simpan pasport asing, gaji tidak dibayar. All this is a catch- up game. Itu sebab pada masa itu kita membawa moratorium terhadap negara Bangladesh kerana ada eksploitasi pekerja-pekerja dari Bangladesh. Kalau dia hendak datang bekerja ke negara ini dia perlu bayar RM1,000 tidak ada, RM20,000, RM25,000, RM30,000. Datang sini kerja dua tahun tidak boleh bayar balik hutang. Bila dia tidak boleh bayar balik hutang apa buat? Dia tidak balik, bila dia tidak balik dia menjadi undocumented worker. Bila dia jadi undocumented worker dia kerja untuk majikan, majikan eksploitasi dia. Bila eksploitasi dia, forced labour comes into issue. Kita tidak boleh eksport barang ke Amerika dan Eropah. Senang sahaja- baju, Tuan Yang di-Pertua. Bila kita buat baju untuk eksport. Katakan baju dibuat di satu syarikat A, syarikat B membuat button. Button dia buat dengan cara-cara forced labour fasal illegal requirement dan sebagainya.
Boleh saya tanya?
Ya.
Memang masalah forced labour ini menjadi-jadi. Kita selalunya marah pekerja asing banyak di Malaysia.
Akan tetapi, kita jarang menekankan soal eksploitasi terhadap pekerja asing. Memang mereka kena bayar pada ejen di Bangladesh atau ejen di mana-mana. Kemudian ejen di sini. Dua tahun mereka bekerja, setahun lebih bayar hutang ejen itu. Hanya setahun sahaja untuk mereka. Oleh sebab itulah antaranya apabila mereka habis sahaja tempoh, maka mereka cari jalan buka kedai, berladang dan sebagainya kerana mereka tidak duit pun untuk balik. Eksploit- kita lihat macam mana negara macam Qatar. Pekerja asing lebih ramai daripada penduduk. Akan tetapi tidak berlaku eksploitasi terhadap pekerja asing secara meluas. Tidak seperti di Malaysia. Adakah kerajaan tidak ambil serius hal ini- tentang eksploitasi kepada kemanusiaan pekerja asing dan Malaysia diletakkan dalam Tier 3 dalam hal perdagangan manusia ini. Minta komen daripada bekas Menteri.
Betul, Yang Berhormat Kota Raja. Apabila kita dalam Kabinet, inilah masalah yang kita bincang. Lagi kita ada satu special session berjam-jam pada hari kelepasan, Kabinet berjumpa untuk bincang forced labour. Itu sebab kita membawa tindakan terhadap pengambilan pekerja dari Bangladesh. Kerajaan ini tidak
pedulikan perkara itu, tidak memberi keutamaan kepada perkara itu. Sekarang catch-up game, it will come back. Kita ada lebih kurang- semasa saya berucap sekarang Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang 3 juta, more than the documented workers. All these forced labour issues will come back and visit you. Kalau kita buat barang-barang kita tidak boleh eksport, Yang Berhormat Kota Raja. Masalah apa dia? You boleh buat, yang baik sekali dalam dunia. Kalau orang tidak beli, apa guna? So how do you address forced labour? This is the matter. Ini yang saya kata, kalau kita ada lebih kesatuan kerja, ada aktiviti-aktiviti mereka on the ground, they know. Mereka akan lapor balik. Jadi, soalan yang terlibat dalam perkara ini saya setuju 100 percent Yang Berhormat Kota Raja. Oleh sebab beliau pun ada di Kabinet masa itu dan terlibat dalam perbincangan. Kita mahu warga asing yang bekerja di sini juga menjadi ahli kesatuan kerja. Kita mahu mereka kekal diberi sedikit kelonggaran. Adakah ini akan dibuat dengan perubahan-perubahan yang kita bawa hari ini di rang undang-undang ini. Ini menjadi satu inti pati yang bagus, yang mustahak kerana kalau kita tidak memberi ruangan kepada pekerja asing menjadi mengambil bahagian dalam trade unions, kesatuan sekerja, ini akan menjadi masalah. Satu antara hasrat kerajaan iaitu CPTPP. Ini pun boleh menjadi masalah. Kita menjadi anggota- that’s one- my shock. Saya sudah dulu banyak kali sudah kata, macam kita menandatangani Arms Trade Treaty. Arms Trade Treaty terus New York, kita punya Duta pergi signed. Selepas signed, baru ingat alamak, ada obligasi-obligasi tertentu sampai sekarang tidak mengikut terma-terma Arms Trade Treaty. Saya harap, apabila mahu signkan CPTPP, ingat dengan baik-baik. Adakah kamu boleh ikut obligasi-obligasi tertentu kerana satu antaranya pandangan CPTPP adalah, membawa pembaharuan undang-undang yang macam kita bawa hari ini? Akan tetapi adakah kita akan ikut- mengikut semua terma yang dikehendaki. Saya tahu department tersebut ada Ketua Pengarah dan sebagainya, saya congratulate them. Mereka merupakan kakitangan yang bagus, yang perlu diberi lebih lunas, lebih ganjaran dan sebagainya, supaya mereka dapat membawa lebih perubahan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang lagi adalah di mana- bargaining, di mana kita nampak di sini ada perubahan di mana kali pertama isu yang sangat meruncingkan semua trade union di negara ini, kesatuan sekerja adalah- apakah akan jadi kepada bargaining rights. Kalau dia hendak pergi membuat perbincangan dengan majikan, maka itu akan menjadi masalah kalau ada dua unions, tiga unions. Ini, macam mana mahu mengatasi masalah ini. Saya rasa itu adalah satu yang perlu diambil tahu, dan saya terima baik bahawa mereka akan adakan selection di mana kalau ada tiga unions, tiga unions itu akan mengadakan election sekali gus, dan pekerja akan pilih di mana antara tiga yang akan mewakili mereka dalam bargaining dengan majikan. Adakah itu baik atau tidak? Itu baik kerana ia memberi competition, membawa lebih keutamaan kepada hak pekerja. Hak pekerja dapat disuarakan dan mereka lebih lawan untuk isu-isu pekerja. Ini saya rasa perlu diberi keutamaan. Saya rasa ini competition adalah bagus. Saya- seperti saya kata sebelum ini, saya harap walaupun rang undang-undang ini kita semua support. Kita support tetapi kita harap department tersebut, Ketua Pengarah dapat mengadakan perjumpaan dengan MTUC, dengan stakeholders kerana saya difahamkan perbincangan itu tidak cukup, perlu lagi mengadakan libat urus kerana ada new governing body. Okey. Kita perlu memberi lebih perhatian kepada perkara tersebut. Saya hendak tanya, bila rang undang-undang ini diluluskan, macam mana kerajaan, apakah dia punya tafsiran? Berapa lagi ahli boleh ditambah dalam tempoh masa lima tahun, 10 tahun dan sebagainya? Apabila kita menerajui kerajaan, satu di antara my dream adalah- mimpi saya sekurang-kurangnya 20 peratus pekerja di negara ini menjadi anggota kesatuan pekerja. Ini akan menguatkan- dan dengan forced labour, saya rasa kerajaan must double work supaya dapat memastikan peranan pekerja, dan juga untuk erase forced labour.
Seperti saya kata Tuan Yang di-Pertua, forced labour is a curse to the nation. It’s going to be a big issue, it’s not a small matter. Orang ingat forced labour ini kita boleh lari. You try to run. You run, they will catch you. You tidak boleh lari. Mungkin Malaysia tidak bolehlah. Kita punya dalam. Orang kita hendak eksport barang, kita ada masalah. Jadi dengan bargaining ini, ini cara bagus. Akan tetapi, satu sahaja saya ada sedikit tidak berapa senang hati iaitu mengenai apabila mogok. Mogok ini Tuan Yang di-Pertua, kita cadangkan. Saya tahu ILO semalam apabila saya bangkitkan perkara itu, dia kata ILO bercadang bahawa macam Yang Berhormat Padang Rengas akan setuju kepada saya kalau mogok. Jangan mogok di sini sahaja, mogok di Padang Rengas pun boleh. Kalau dia kata 60 peratus ahli perlu bersetuju sebelum mogok boleh dilancarkan. Semasa kita menerajui kerajaan, kita bercadang 50 peratus dan saya harap kerajaan akan mungkin boleh buat regulasi dalam hal ini supaya mengurangkan dan menaikkan peranan pekerja-pekerja di negara ini supaya kita- we empower them. Kita bagi kita perlu peranan lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak syarikat di dunia ini di mana di setiap board tersebut, directors atau shareholders ada lah pekerja. Hanya Malaysia dan negara-negara yang- beberapa buah negara yang tidak mengingat besar- a big picture, peranan yang boleh dimainkan oleh pekerja-pekerja. Ini adalah satu di antara kalau kita ada consultancy yang biasa, kita semestinya boleh buat dengan perkara tersebut. Dalam hal ini, National Labour Advisory Council, semasa kita merajui kerajaan, setiap bulan sekurang-kurangnya satu kali mengadakan pertemuan di antara kesatuan kerja, majikan, other stakeholders macam syarikat-syarikat besar dan sebagainya supaya mereka juga terlibat dalam semua hal ehwal berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. They are stakeholders. Kita mendapat pandangan daripada mereka. Apabila saya menjadi Menteri, kita cadangkan supaya SOCSO dilanjutkan to cover semua pekerja asing. Pada permulaan, ada bantahan. Akan tetapi, apabila kita bincang-bincang, mereka sendiri, majikan sendiri setuju. Ini adalah antaranya saya rasa boleh dibuat oleh Menteri. Menteri dia semestinya patut mengambil kira. Kementerian patut ambil kira dan adakan committee meeting supaya lebih orang terlibat dalam membuat satu keputusan untuk pekerja di negara ini. Jangan kita eksklusif. In a very elusive and exclusive zone mengelakkan untuk menjawab atau menjadi scrutiny kepada pekerja-pekerja dan juga stakeholders.
Tuan Yang di-Pertua, di beberapa seksyen di sini, kita nampak semua adalah untuk kebaikan pekerja. Saya mahu ucapkan terima kasih adalah perbincangan yang mereka telah buat dengan semua Ahli Parlimen semalam. Saya– itu adalah satu inisiatif yang bagus, yang kita buat selepas memorandum of understanding disigned pada tahun dahulu. Ini membuat libat terus dengan pihak-pihak berkaitan dan kalau kita tengok Ahli- ahli Parlimen pun ada yang terlibat dengan kesatuan sekerja. Ini juga adalah satu direction yang bagus dan kita perlu tahu bahawa setiap kerajaan yang menerajui negara ini dia kerap kali menjadi sangat-sangat kawan ketat dengan kesatuan sekerja. Baru-baru ini Perdana Menteri pun pergi May Day Celebration, very good. Selepas dia pergi May Day Celebration, dia kata “Oh, saya agihkan sebanyak RM4 juta untuk MTUC”. Soalan saya adalah, mengagihkan sebanyak RM4 juta ini, apa dia punya return of investment? Apakah dia akan buat? Apakah kriteria yang diguna pakai atau just bagi sebagai macam apabila orang kahwin bagi dia duit RM200, RM300 dan RM400, macam itu kah atau untuk membeli undi? Ini kerana saya difahamkan election tidak lama lagi ya Yang Berhormat. Jadi, ini memberi insentif kepada mereka. Akan tetapi, saya rasa yang lebih mustahak adalah apa kita boleh empower, arm these workers di negara ini. Ini perlu diberi lebih inisiatif. Saya pun terima baik pandangan dalam rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, di mana walaupun sudah bersara dari kesatuan sekerja, dia boleh juga memainkan peranan.
Saya rasa ini adalah positive movement kerana memberi lebih ruang masa dan saya harap seperti apa yang dibuat oleh DAP di mana sebanyak 30 peratus dari kita punya executive community mestilah dari kaum wanita dan juga dari pemuda-pemuda. Kita juga ada bagi ruangan spesifik kepada mereka. Saya harap mungkin ketua pengarah department ini boleh tengok macam mana sekurang-kurangnya memberi galakan kepada mereka supaya register sebanyak beberapa kuota untuk kaum wanita, kaum pemuda dan sebagainya. Soalan yang timbul dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, adalah selalunya Tuan Yang di-Pertua dalam kebelakangan ini dalam 10 tahun hingga 15 tahun semua MTUC, mereka membuang masa di mana? Bukan kempen dengan pekerja, bukan meningkatkan hal-hal or hak pekerja, mereka membazirkan masa di mahkamah. Setiap kali ada sebuah jawatankuasa yang baharu, mereka lawan, A lawan B, B lawan A, C lawan D, tidak habis- habis. Apabila saya menjadi Menteri, saya call them for a roundtable, Yang Berhormat Pokok Sena pun ada di sana, saya panggil roundtable suruh mereka duduk sekali, kita selesaikan hal itu. Saya kata you perlu meningkatkan persaudaraan di antara kamu supaya ia memberi lebih manfaat kepada para pekerja. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan memanggil mereka, don’t be aloof, don’t pretend it’s not an issue, it’s a national issue, you must take it upon you. Bukan dalam parti awak sendiri sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi MUTC pun kita perlu cari jalan. Apabila saya menjadi Menteri, A team and B team kalau dapat dekat-dekat mereka akan lawan, bukan secara mulut, secara lawan lain macam pun boleh jadi. Bawa mereka sekali gus on the roundtable, discuss dengan mereka, selepas discussion, isu dia senang sahaja one, two issues only. Kita cakap apa okey, apa masalah dia? Ini kurang. Okey kita tolong, saya mengarahkan ketua pengarah department tersebut ambil tindakan. Saya haraplah ini jasa baik yang boleh dilakukan kerana kita mahu memartabatkan kesatuan sekerja di negara ini. Saya harap galakan-galakan yang tertentu diberikan. Akhir sekali, saya harap diberi pendidikan sedikit di sekolah-sekolah. Apakah mustahaknya kesatuan sekerja? Apakah peranan mereka? Macam mana ia boleh terlibat dan sebagainya? Saya juga berharap ketua pengarah boleh menghantar pegawai- pegawainya merantau di seluruh negara untuk berjumpa dengan semua komuniti kesatuan sekerja supaya memberitahu hak asasi mereka dan macam mana ia boleh merebak kepada semua pekerja di negara ini. Dengan itu saya sokong dan saya harap pandangan saya boleh diambil kira, kalau tidak, apabila kita ambil kerajaan, kita akan implementasi.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Dipersilakan Yang Berhormat padang Rengas.
Eh, tidak pergi jumpa presiden?
Setiu Tuan Yang di-Pertua.
Ini kena gantung nanti ini. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, giliran Setiu kan?
Yang Berhormat Padang Rengas telah awal maklum kepada saya.
Ya.
Sebelum tadi, kita masuk di sini.
Minta maaf ya Yang Berhormat Setiu. Okey kan? Kita member.
Nanti kena gantung, presiden gantung, tidak pergi jumpa presiden.
Dia kalau gantung kena sampai mati. Oleh sebab dia gantung tidak mati, dia hidup lagi.
Tidak, takut mati tergantung.
[Ketawa]
Mati, gantung tidak habis lagi.
Mesti sebut, “Gantung sampai mati”.
Yang Berhormat Setiu selepas ini ya.
Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih lah di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan dalam akta yang saya fikirkan sangat penting. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah membawa pindaan ini dalam Dewan ini untuk kita bahas dan saya yakin dan percaya insya-Allah, kita akan persetujui. Saya telah mendengar ucapan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Jadi, setakat yang saya masuk, saya dengar apa yang dia cakap, saya setuju dengan dia. Kita pada masa-masa yang lepas, waktu saya di sekolah dan membesar, belajar di tertiary education, pada ketika itu selalunya mengikut saya punya fahaman dan saya rasa pada ketika itu, kita ini seolah-olah sangat bermusuhan dengan union ini. Kita– kesatuan sekerja ini seolah-olahnya musuh kepada kerajaan. Akan tetapi kita faham itu bahawa setiap kali kita mengadakan perundingan, dia tripartite iaitu ada pihak kerajaan, majikan dan juga pekerja. Walaupun kita faham itu bahawa majikan ini adalah penting untuk menjana ekonomi kita, tetapi kebajikan pekerja ini adalah sangat penting. Oleh sebab, kalau kita baca daripada sejarah di Eropah berkenaan dengan kesatuan sekerja, industrial revolution apa semua kah, pada ketika itu – ini yang ratusan tahun dahulu, pekerja sentiasa menjadi at the receiving end ya setiap kali sesuatu berlaku selalunya pekerja ini dialah menjadi mangsa. Jadi, sudah tentulah sebagai kerajaan kita mesti mengambil berat tentang kebajikan pekerja ini. Oleh sebab itu, kalau kita berbincang tentang kesatuan sekerja, maka saya rasa keutamaan yang semesti, bukan seharus, semesti kita beri ialah tentang kebajikan kerajaan. Di masa yang lepas, kita faham itu bahawa kalau dahulu Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri, kali pertama, kesatuan sekerjalah merupakan at the receiving end dan pada ketika itu sentiasa dianggap sebagai musuh dan apa juga yang kita bincang, kalau sekiranya melibatkan kesatuan sekerja, maka pada ketika itulah dan masa saya membesar dahulu, kita melihat kesatuan sekerja ini sebagai satu kumpulan yang anti nasional. Minta maaf, ini betulkan Yang Berhormat Ipoh Barat, dahululah, dahulu. Sekarang tidak, sebenarnya tidak, tidak pernah pun. Jadi, saya menyokong penuh segala pindaan yang dibuat untuk kebaikan pekerja ini.
Saya telah mendengar ucapan daripada bekas Menteri dulu, bekas Timbalan Menteri yang— Saya pun tidak tahu macam mana dia kaitkan pilihan raya akan datang ini dengan kesatuan sekerja tetapi itu yang dibincang detailed. Akan tetapi, apa-apa pun saya setujulah. Ini nak minta jalan kah?
Nak minta jalan.
Okey.
Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya Yang Berhormat Padang Rengas. Yang Berhormat Padang Rengas bersetuju tak dengan saya bahawa pindaan ini mesti diselesaikan sampai ke Dewan
Negara dalam sidang ini? Bukan separuh jalan, kita lulus di peringkat Dewan Rakyat, kemudian Parlimen ini dibubarkan dan ini melambatkan proses pelaksanaan akta ini sedangkan kita memerlukan kerana ia suatu yang berkepentingan untuk golongan pekerja. Ini kita dengar ura-ura nak bubar, hari Jumaat ini. Jumaat ini, benda ini tergantung. Lulus Dewan Rakyat tetapi Dewan Negara tak dapat hendak dibentang. Akhirnya, kita terpaksa tunggu kerajaan baharu pula. Setuju tak dengan pandangan saya?
Daripada Yang Berhormat Pokok Sena tadi, dia kata iaitu bahawa pindaan ini sebenarnya telah pun dimulakan waktu mereka menjadi kerajaan dahulu, sebelum mereka tikam sesama merekalah dan jatuh. Saya juga dengar ucapan iaitu bahawa Yang Berhormat kata mungkin kerajaan yang baharu yang akan melaksanakan apa yang dibahas pada hari ini. Jadi, kalau itu yang disebut oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat tak perlulah nak pertikaikan bila nak ada pilihan raya sebab Yang Berhormat yakin nak menang sekali lagi. Maka, sepatutnya sokonglah kalau kita ada pilihan raya cepat ini. Ini sebagai— Yang Berhormat yang sebut. Jadi, pada saya, okeylah. Soal kalau pilihan raya diadakan ke apa, kita tahu bahawa yang bertukarnya cuma Ahli-ahli Parlimen. Akan tetapi di Parlimen, apa yang telah dibahaskan, akan diteruskan. Walaupun sekerat jalan kita putus di Dewan Rakyat, kemudian kita bawa ke Dewan— kalau ada pilihan raya, dia akan dibawa ke Dewan Negara pada Parlimen akan datang. Manalah tahu kot akan datang Yang Berhormat jadi kerajaan. Patut sokonglah, bukan bangkang nak ada pilihan raya ini.
Tak. Kami sokong pindaan akta ini. Akan tetapi sepatutnya ia diselesaikan dalam tempoh— dalam sidang ini sehingga habis supaya benda itu dapat dilaksanakan segera. Kita tak perlu tunggu-tunggu.
Yang Berhormat...
Kita nak tunggu sampai berapa bulan lagi?
Yang Berhormat tidak faham balasan saya.
Yang Berhormat setuju tak dengan saya? Sepatutnya begitu. Rasionalnya, sepatutnya begitu.
Tak. Dia...
Kita tidak sepatutnya membazirkan wang rakyat, wang negara kita buat sidang, kemudian sekerat jalan, kita bubar. Yang Berhormat ini dok belit-belit. Takut-takut kah? [Ketawa]
Tak. Nanti dulu. Bagi saya jawab. Dia macam ini. Dia tidak membazir sebab apa yang kita bahaskan sekarang, walaupun dia putus hari ini oleh Dewan Rakyat bahawa kita menyokong, Dewan Negara akan bincang dalam mesyuarat akan datang. Ini mana yang membazirnya? Kalaulah kita adakan pilihan raya, maka apa yang kita bahas di sini semuanya akan dianggap sebagai batal, itu merugikan. Ini tidak merugikan. Can be brought forward dan pada ketika itu, sepertimana Yang Berhormat sebutlah, bila dah jadi kerajaan, Yang Berhormat akan laksanakan. Jadi, itu sebab tak perlulah kita nak pertikaikan bila pilihan raya ke apa, sebab apa juga berlaku, apa yang diputus oleh Dewan ini tidak akan terbatal. Disabitkan oleh kerana tengah jalan, kita ada PRU. Ini perlu diperjelaskan sebab Yang Berhormat ini hendak berbelit, bagi confused rakyat di bawah itu. Jadi, sebab itu terima kasihlah. Cuma saya nak sebut di sini, iaitu bahawa saya agak terkejut sebab saya bukan Menteri— Dulu saya jadi Menteri lain. Saya bukan Menteri kesatuan sekerja ini, human resources iaitu bahawa dalam amendment section 34 of the principle act, dengan izin. It’s amended by substituting for the word ‘undesirable’. The word would promote feelings of ill-will and hostility between different races, religions and nationality. Jadi, I’m sorry lah. Saya minta maaf. Saya ignorant. Dalam akta ini dulu, ada undesirable. Jadi,
sepatutnya sudah lama dibuang. Apa undesirable ini? Undesirable to the government. Jadi, itu terlalu luas. Akan tetapi saya sokong yang baru ini iaitu bahawa kalau sekiranya undesirable ini dibuang, diganti dengan the word ‘that would promote feelings of ill will and hostility between different races, religions and nationality’, yang itu saya setuju. Sebab negara Malaysia ini negara berbilang kaum. Ada orang kata, kalau kita masih lagi membuat undang-undang yang referring to races, it shows that we are not united. No, I think kita perlu pada undang-undang untuk membantu kita supaya jangan ada, orang kata apa, perkauman dalam apa bentuk sekalipun dalam negara kita ini. Dia tidak akan sampai pada satu tahap yang mana kita kata, “Oh, there’s no more racism. No more racism in the country”. So, we shouldn’t have any laws at all yang merujuk kepada perkara yang boleh menyebabkan perkauman dan begitu. Saya tidak setuju. Kita mesti ada senjata, apa orang kata, instrument to ensure that we remain united. Jangan ada perkauman sebab kita tidak boleh. Negara macam kata, di United Kingdom ke, di US ke, walaupun mereka mungkin tidak ada undang-undang yang berkait dengan kaum, tetapi we all know, dengan izin, racism memang wujud. Memang wujud di Amerika ke, di UK ke. Di UK pun sekarang ini sudah ada Race Relations Act. Kenapa? Kerana dalam negara yang dikatakan, orang kata apa, homogeneous, dianggap sebagai homogeneous tetapi pada hari ini, apabila negara itu menjadi multicultural, racism juga ada. Jadi, saya setuju iaitu bahawa apa juga undang-undang yang ada kaitan yang boleh membendung racism, we have to have this laws. Dan saya nak ucap tahniahlah kepada pihak kerajaan kerana mengambil satu tindakan yang walaupun orang boleh kata, you know when you have this law, it means that there’s no racism. Why not? We admit, yes. Dalam negara kita memang ada racism tetapi kita mengambil tindakan untuk memastikan supaya racism ini boleh dihentikan. Walaupun saya fikir, memang sampai bila-bila pun dia akan wujud, tetapi we need to have laws to enforce apa-apa juga perkara yang boleh membawa kepada perkauman dalam negara ini. Ini kerana selagi racism itu wujud, selagi itu susah untuk kita maju ke hadapan kerana untuk mewujudkan satu, orang kata, kemalaysiaan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama, bukan satu perkara yang mudah. Kalau tanpa kita ada undang-undang yang membantu kita, sukar untuk kita memastikan kita boleh menghapus perkauman. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan saya ucapkan tahniahlah kepada pihak kerajaan di atas usaha yang benar-benar kepada sayalah, to try and fight racism in our country. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Pertamanya, umum mengetahui pindaan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pekerja-pekerja dalam pelbagai sektor untuk menyertai apa-apa pertubuhan atau gabungan-gabungan pekerja. Pergerakan gerakan kesatuan pekerja adalah satu elemen penting dalam memastikan perlindungan serta keadilan hak pekerja sentiasa dijamin. Malah, ia juga sebagai medium perantara antara pekerja dan majikan. Namun begitu, kepentingan ini tidak dirasai oleh rakyat kita pada hari ini terutamanya golongan muda. Buktinya, sehingga kini, hanya enam peratus sahaja daripada keseluruhan pekerja di Malaysia yang menyertai kesatuan. Sejumlah 94 peratus lagi masih belum menyertainya. Oleh itu, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan dengan pindaan ini mampu menarik majoriti besar yang tidak menyertai kesatuan untuk menyertainya?
Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan apa-apa bentuk insentif kepada mana-mana pekerja yang menyertai kesatuan bagi memastikan lebih ramai khususnya anak muda menyertainya? Sehingga kini, apakah bentuk komunikasi telah direncanakan oleh pihak kementerian bersama dengan kesatuan pekerja bagi memastikan segala keluhan dan suara mereka didengari dan seterusnya diberi perhatian oleh kementerian?
Tuan Yang di-Pertua, saya memahami objektif yang disebut tadi adalah pindaan ini akan membenarkan kewujudan lebih dari satu buah kesatuan sekerja mewakili satu penubuhan akta pekerjaan. Ini bermakna, jika sudah wujud satu buah kesatuan sekerja dalam sebuah tempat pekerjaan, tiada halangan jika ada pihak daripada kumpulan yang sama ingin berpecah dan membentuk kesatuan sekerja yang baru. Persoalan saya adalah, adakah wujud syarat dan kawalan ketat oleh kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan sekerja yang baharu bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini betul-betul mewakili sesuatu golongan pekerja bukannya berniat untuk bersaing dengan kesatuan sekerja yang lain. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai kepelbagaian kesatuan atau multiplicity of trade unions, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya memahami bahawa memberi kebebasan kepada para pekerja untuk menyertai mana- mana kesatuan merupakan antara syarat utama yang ditetapkan melalui agenda CPTTP. Walau bagaimanapun, saya melihat kewujudan kepelbagaian kesatuan ini bakal menatijahkan pelbagai kesan negatif sekiranya tidak diwujudkan elemen yang benar- benar boleh mengawal multiplicity ini. Antara kesan negatif ketara yang bakal wujud ialah perwakilan pekerja akan berpecah belah yang bakal melemahkan suara pekerja itu sendiri. Di negara ini kira-kira hanya enam peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan pekerja yang menyertai kesatuan sekerja. Malangnya, apabila suara enam peratus ini tidak senada, maka secara logiknya mereka akan kehilangan suara yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Di samping itu juga, atas nama kebebasan untuk berkesatuan maka situasi ini memberi peluang kepada mana-mana majikan yang tidak bertanggungjawab untuk membina proksi majikan melalui kesatuan yang ditubuhkan. Situasi ini tidak mustahil lebih- lebih lagi sekiranya wujud majikan yang hanya memikirkan keuntungan mereka tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Tuan Yang di-Pertua, jika dianalogikan kesatuan sekerja ini kita boleh gambarkan seumpama lensa politik dalam negara kita hari ini. Baru-baru ini, Kabinet telah bersetuju sebulat suara untuk menguatkuasakan ‘Akta Antilompat Parti’, kenapakah? Tujuannya untuk memastikan kestabilan politik negara. Ahli politik melompat ke sana sini yang mengakibatkan kejatuhan sesebuah kerajaan yang menyebabkan kerajaan yang ada tidak stabil, ekonomi kurang stabil dan negara dilihat lemah. Begitu juga dengan kesatuan sekerja ini, bayangkan atas tiket kebebasan berkesatuan menyebabkan pekerja boleh melompat sesuka hati ke mana-mana kesatuan yang diingini menyebabkan kesatuan sedia ada menjadi lemah. Suara mereka lemah. Natijahnya hak pekerja tidak dapat diperjuangkan secara optimum. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Kemaman untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh sedikit berhubung dengan pindaan seksyen 8 dalam subseksyen 1 dengan menggantikan perkataan satu bulan dengan perkataan enam bulan. Pindaan ini bertujuan untuk melanjutkan tempoh bagi permohonan untuk mendaftar sebuah kesatuan sekerja di bawah seksyen 8(1), Akta Kesatuan Sekerja daripada satu bulan kepada enam bulan daripada tarikh kesatuan sekerja itu ditubuhkan. Sudah pasti pindaan yang dicadangkan ini akan memberikan masa yang mencukupi kepada kesatuan sekerja bagi kesatuan baru untuk ditubuhkan. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan pada bulan Ogos dan September yang lepas, pihak kerajaan telah mengadakan lebih kurang 14 sesi libat urus dengan melibatkan kerajaan negeri, persatuan, majikan dan kesatuan sekerja. Oleh itu, saya ingin mengetahui inti pati ataupun hasil daripada libat urus yang telah dijalankan bagi memastikan hak dan juga kebajikan para pekerja ini terus terpelihara. Tuan Yang di-Pertua, kesatuan sekerja merupakan pemegang taruh utama dalam memperjuangkan hak dan juga kebajikan pekerja selain mewujudkan persekitaran yang harmoni di tempat kerja. Kita sedia maklum walaupun pindaan rang undang-undang ini memberi kebebasan kepada para pekerja untuk menubuhkan ataupun menyertai kesatuan sekerja, namun begitu ramai pihak terutamanya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menjangkakan pindaan ini akan memberi kesan terutama melibatkan peluasan skop keanggotaan kesatuan sekerja yang sudah tentu akan melemahkan suara kesatuan berikutan dengan kewujudan pelbagai kesatuan sekerja dalam negara kita. Melalui pindaan ini, saya menyambut baik dengan penubuhan kesatuan sekerja sama ada dalam kerajaan mahupun swasta yang sudah pasti hak-hak dan juga kebajikan pekerja terpelihara dan tidak sewenang-wenangnya majikan menafikan mahupun mendiskriminasikan pekerja-pekerja mereka. Namun begitu, apa yang saya ingin highlightkan ataupun utarakan ialah, mengapakah kita sering dimomokkan dengan kepelbagaian kesatuan ini? Ini menyebabkan ramai pihak yang berkepentingan berasa bimbang dan juga gusar berkaitan dengan pindaan ini. Jika pelbagai kesatuan sekerja ini dilaksanakan secara drastik tanpa sebarang kajian yang menyeluruh, sudah tentu akan memberi kesan yang negatif iaitu mewujudkan perpecahan dalam persatuan itu sendiri. Oleh itu, perwakilan pekerja akan menjadi berpecah dan juga berkelompok- wujudnya kelompok-kelompok dan mungkin berpuak-puak. Pada masa yang sama, lompat persatuan juga akan wujud sekiranya tiada kawalan peringkat awal dilaksanakan dalam persaingan yang tinggi yang akan wujud antara persatuan ini. Apa yang penting sekali, sudah tentulah hak dan kebajikan para pekerja akan terabai daripada segi sosial ekonomi juga akan turut terkesan. Ini secara tidak langsung akan membuka ruang dan juga peluang kepada para majikan untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan yang timbul di kalangan pekerja ini. Sehubungan dengan itu, persoalannya bagaimana daripada segi pengawalan yang dibuat oleh pihak kerajaan ataupun pihak kementerian dengan wujudnya kepelbagaian kesatuan ini, kita bimbang takut ia akan lebih melemahkan lagi kesatuan yang sedia ada ini. Jika terdapat terlalu banyak kesatuan sekerja di tempat kerja, sudah tentulah para pelabur khususnya pelabur antarabangsa mungkin tidak tertarik untuk melabur di negara ini kerana persekitaran yang sedemikian tidak sesuai untuk hubungan majikan, pekerja dan juga kesatuan sekerja itu sendiri. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan satu anjakan paradigma dan juga satu time frame, dengan izin, dalam konteks kepelbagaian kesatuan sekerja agar transformasi yang bakal dilaksanakan mengikut garis masa yang sesuai dan bukannya secara drastik dan melaksanakan pindaan ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengeluarkan guideline, ataupun penetapan syarat yang kondusif yang menjadi pusat dan juga rujukan kepada semua
kesatuan sekerja. Sebagai contohnya jika ada persatuan ‘A’ ingin join ataupun bersama dengan persatuan ‘B’, mesti ada penetapan syarat-syarat yang mana berlaku adil terhadap kedua-dua belah pihak ini. Kerajaan seharusnya memikirkan bagaimanakah cara untuk menarik lebih ramai pekerja terutamanya generasi muda yang kurang berminat untuk bersama-sama dalam kesatuan sekerja untuk turut serta dalam kesatuan yang sedia ada ini. Selain itu, kerajaan juga seharusnya memperbanyakkan bengkel, kursus, latihan ataupun apa sekalipun program dengan kerjasama daripada pihak majikan untuk mengukuhkan kesatuan- kesatuan yang sedia ada selain menyelesaikan permasalahan dan juga kelompangan dalam kesatuan sekerja di negara kita.
Akhirnya kerajaan juga boleh menjadikan negara-negara jiran kita sepertimana yang berlaku di Thailand, Singapura dan juga di Indonesia sebagai panduan dan juga contoh bagaimana negara tersebut membantu kesatuan sekerja. Ada yang mewujudkan pelbagai kesatuan based on khususnya kepada industri dan bukannya mewujudkan kepelbagaian kesatuan yang jelas memberi kesan negatif yang bukan sahaja kepada para pekerja tetapi juga boleh memberi kesan kepada pembangunan ekonomi di negara kita sendiri. Akhir sekali besarlah harapan saya agar kesatuan sekerja yang sedia ada diperkukuhkan lagi dan kerajaan perlu melaksanakan pendekatan yang komprehensif dalam memastikan lebih ramai para pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja bukannya mewujudkan kepelbagaian kesatuan secara drastik. Sekian. terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Labuan. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Labuan untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang- undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022. Tuan Yang di-Pertua, jumlah pekerja yang layak menyertai kesatuan itu iaitu seramai 10 juta orang di seluruh negara namun daripada jumlah tersebut hanya 9.6 peratus atau 960,000 orang pekerja yang mendaftar sebagai ahli kesatuan sekerja. Apakah kerajaan telah mengenal pasti punca mengapa baki 9 juta orang pekerja tidak berminat untuk menyertai kesatuan sekerja? Adakah disebabkan kerenah birokrasi di tempat kerja atau terdapat permainan politik di dalam kesatuan sekerja yang menghalang mereka untuk bergiat aktif atau sememangnya mereka tidak berminat untuk menyertai kesatuan sekerja kerana tidak mengetahui benefit yang akan mereka terima? Jadi apa peranan kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia dan MTUC untuk meyakinkan sembilan juta orang pekerja yang masih belum menyertai kesatuan sekerja kerana mereka lah sebenarnya yang mewakili suara pekerja. Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Jun dan Julai yang lalu terdapat tentangan daripada persatuan yang mewakili pekerja dan tentangan daripada pihak majikan. Daripada pihak persatuan, mereka menyatakan mereka tidak dilibatkan sama bagi menggubal pindaan akta ini. Mereka menentang kerana dengan pindaan ini akan mewujudkan persaingan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan dan ketidakharmonian di kalangan kesatuan sekerja. Kesatuan boneka juga diwujudkan untuk melemahkan kesatuan yang sedia ada. Terdapat logik kenyataan mereka. Justeru saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan adakah dengan pindaan-pindaan yang dilakukan ini dakwaan oleh persatuan ini akan berlaku. Daripada pihak persatuan pula, mereka mendakwa jika terdapat terlalu banyak kesatuan sekerja di tempat kerja, pelabur antarabangsa mungkin tidak tertarik untuk melabur di Malaysia kerana persekitaran sedemikian tidak akan kondusif untuk hubungan
majikan pekerja dan kesatuan sekerja. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan benar kah dakwaan ini? Adakah negara lain yang telah menguatkuasakan pindaan yang sama telah mengalami kekurangan pelaburan asing? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kekesalan mengenai penangguhan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya berkuat kuasa 1 September lalu. Akan tetapi ia ditangguhkan pelaksanaannya kepada 1 Januari 2023. Keputusan ini sebenarnya mengejutkan kerana kita di dalam Dewan ini telah bersetuju untuk menyokong dan menguatkuasakan pindaan akta ini sesegera mungkin. Selepas itu sudahlah ditangguhkan begitu sahaja, malah tiada engagement dibuat dengan pihak MTUC yang mewakili pekerja di Malaysia. Justeru saya ingin tahu dan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan di sini secara terperinci apa yang membuat kerajaan menangguhkan pindaan akta ini? Mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan rang undang-undang Akta Kesatuan Sekerja 1959. Antara seksyen yang menarik perhatian saya ialah fasal 11 untuk meminda seksyen 26 akta ini. Seksyen ini menyatakan bahawa peraturan-peraturan kesatuan sekerja di mana pekerja-pekerja yang telah dibuang kerja, diberhentikan atau bersara boleh dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja tertakluk kepada peraturan- peraturan kesatuan sekerja. Saya tiada masalah. Saya mengalu-alukan kalau mereka yang sudah bersara boleh masih dikekalkan keanggotaannya. Akan tetapi saya rasa was-was dan ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri. Mereka yang telah dibuang kerja dan diberhentikan apakah yang akan affecting the keharmonian industri kalau mereka masih dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja tersebut? Apakah peraturan-peraturan perlu dipinda sejajar dengan seksyen ini supaya ia boleh harmonize dengan pindaan akta ini? Perenggan 11E untuk memansuhkan seksyen yang baharu bahawa keanggotaan kesatuan sekerja berdaftar tidak boleh terhad kepada sesuatu ras, agama atau kerakyatan. Ini ialah saya rasa sikap keterbukaan. Kalau kesatuan sekerja tidak boleh terhad kepada kerakyatan maksudnya kesatuan sekerja boleh menerima semua kerakyatan. Maksudnya sama ada warganegara Malaysia, sama ada pemastautin tetap ataupun pekerja asing. Itu satu clause yang enabling. Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang pekerja asing ini. Bagaimana sama ada keanggotaan pekerja asing dalam trade union ini? Berapa angka statistik yang sedia ada dalam di kementerian, penyertaan pekerja asing? Ini adalah kerana ini boleh seperti Yang Berhormat Ipoh Barat menyatakan bahawa ada isu-isu forced labour yang berlaku di negara ini. Bagaimana seksyen-seksyen ini boleh memperbaiki keadaan supaya tidak berlaku keseriusan terhadap forced labour supaya boleh juga pekerja asing dimasukkan kepada trade union supaya hak-hak mereka boleh dilindungi. Ini adalah supaya perkara seperti forced labour ini dapat dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya membaca taklimat oleh kementerian bahawa peruntukan akta ini mematuhi peruntukan yang tergantung dalam bab buruh CPTPP ataupun Comprehensive and Progressive Trans-Pacific Partnership Agreement. Sebelum ini telah diubah, dipinda banyak legislation sejak tahun 2018 beberapa pindaan akta berkenaan dengan buruh telah dibuat. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada would it be the last one? Adakah apa-apa lagi yang perlu dipinda untuk memenuhi CPTPP? Ini adalah kerana kalau sekiranya masih belum lagi dipinda, maka tertangguhlah pelaksanaan ataupun ratifikasi Malaysia ke CPTPP. Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri sama ada - ada apa-apa lagi undang-undang buruh selain daripada Trade Union Act ini, apa lagi yang
perlu dipinda untuk memenuhi CPTPP? Untuk obligasi CPTPP ini antaranya ialah all workers have the right to establish and join unions. All workers may hold multiple membership in various unions. Foreign workers are eligible to become union office- bearers. Adakah kesemua keperluan ini kita telah membuat pindaan? Ini adalah ini penting kerana sekiranya kita tidak menyertai CPTPP dengan cepat sudah tertangguh lama dan apakah masalah penangguhan ini?
Saya juga mendapat maklumat balas daripada pihak majikan, sebarang pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja ini bukan sahaja hak pekerja perlu didengar, bukan sahaja kesatuan kerja perlu didengar dan juga daripada segi majikan. Pihak majikan berasa risau bahawa satu risiko outbreak of strikes tentang insiden- insiden mogok barangkali akan bertambah berikutan dengan undang-undang baharu yang kita bahas hari ini. Sama ada, apakah langkah-langkah, assurance oleh Menteri bahawa risk outbreak of strikes dapat dikurangkan? Itulah kerisauan daripada segi pihak majikan. Daripada segi pihak kesatuan sekerja, mereka juga membangkitkan bahawa Jadual Keempat dalam RUU ini memasukkan selepas Jadual Ketiga berkenaan dengan Chapter 66A, 66B untuk Penal Code. Antara lain ialah berkenaan dengan offences against the state, offences berkenaan dengan terrorism dan juga organized crime. Ada suara daripada pihak kesatuan sekerja bahawa Jadual Keempat ini ialah seperti satu pisau yang hanging over the labour movement. Satu pisau yang atas kepala labour movement kerana memperkenalkan Jadual Keempat ini maka kesatuan sekerja berasa mereka terugut kerana kesatuan sekerja ini ialah untuk memperjuangkan hak rakyat dan tidak terlibat dengan offences terrorism dan sebagainya. Saya minta satu pandangan dan juga penjelasan daripada Menteri. Lagi satu perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja— ya, silakan Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Bendera. Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa menubuhkan satu kesatuan sekerja (union) bukan sahaja membawa kebaikan tetapi kita perlu ingat ia akan menguatkan hak pekerja. Macam baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, yang mana kenaikan gaji minimum kepada semua pekerja di negara ini dari RM1,200 ke RM1,500. Adakah kementerian sedar bahawa tidak ada kenaikan langsung kepada pekerja-pekerja cleaners and security guards di semua kontraktor yang mengambil pekerja-pekerja oleh kerajaan? Bila kerajaan yang memberi arahan bahawa kenaikan gaji minimum tetapi kerajaan sendiri mungkir dalam hal ini. Bila kita menerajui kerajaan kita naikkan gaji, kita mengagihkan wang itu dari bajet dan bagi kepada kontraktor. Jadi Yang Berhormat, yang saya hendak bangkitkan perkara ini kerana peranan Kesatuan Sekerja adalah sangat mustahak. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa patut kerajaan terlibat dalam hal ini untuk menyelesaikan perkara kerana menubuhkan satu kesatuan sekerja di antara cleaners dan security guards sangat susah?
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat supaya cleaners atau security guards juga dimasukkan atau dibolehkan untuk ditubuhkan kesatuan sekerja supaya hak mereka boleh dibela. Begitu juga, dengan domestic helpers dengan gig workers. Sekarang e-hailing dan p-hailing mereka tidak dapat menubuhkan kesatuan sekerja. Mereka hanya boleh berpersatuan dengan ROS sahaja, mendaftarkan diri sebagai persatuan (society) sahaja dan tidak ada hak dilindungi di bawah Trade Unions Act untuk collective bargaining, untuk collective agreement dan hak-hak di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
Itu kerana antara lain kelemahan undang-undang perburuhan kita, gig workers yang begitu ramai— saya menjangkakan ratusan ribu dari segi Foodpanda, gig workers, e-hailing, p-hailing dan sebagainya. Semua ini masih belum mendapat hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja. Begitu juga pembantu rumah, begitu juga security guard, kontraktor dengan cleaners dan sebagainya. Ini mereka telah dinafikan dan tidak dilindungi di bawah Trade Unions Act. Juga satu kerisauan ada beberapa kesatuan sekerja yang telah menimbulkan kerisauan dan saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri tentang kepelbagaian kesatuan, multiplicity unions. Kita tahu bahawa dan kita ingin menggalakkan penubuhan trade unions. Akan tetapi, sekiranya ada kerisauan sesetengah pihak bahawa kalau satu organisasi terlalu banyak kesatuan akan melemahkan perwakilan pekerja. Suara ahli kesatuan sekerja akan lebih menjadi lemah, solidariti pekerja akan menghadapi masalah. Itulah saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri bagaimana untuk membuat penerangan kepada kesatuan sekerja ini bahawa kepelbagaian kesatuan yang dicadangkan di bawah pindaan ini akan membawa kebaikan kepada mereka. Ini kerana satu tahu di bawah International Labor Organization (ILO) declaration on fundamental principles and rights of work and its follow-up 1998 protocol bahawa semua principles sebagai freedom association, effective recognition of the rights, the elimination of all forms of forced or compulsory labour, effective abolition of child labour and the elimination of discrimination in respect of employment and occupation. Keempat- empat prinsip ini perlu diketengahkan. Saya minta penjelasan Menteri terhadap beberapa isu supaya hak-hak pekerja bukan sahaja gig workers, bukan sahaja kontrak dan sebagainya boleh diketengahkan dan sementara kita memenuhi obligasi antarabangsa sama ada ILO, sama ada CPTPP, sama RCEP dan juga hak-hak pekerja kita dapat dibela pada masa sama. Itu sahaja, saya minta penjelasan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya Yang Berhormat Sepang silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta berbahas. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa pindaan ini memang pindaan yang baik. Banyak peruntukan yang saya rasa kita perlu sokong dan kita rasa memang baik. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kepada peruntukan di bawah pindaan kepada seksyen 12 dengan menggantikan perkataan undesirable kepada perkara-perkara boleh promote feelings of ill-will and hostility between different races, religions and nationalities. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, yang kita agak pelik kenapa Menteri yang sama juga terlibat dalam mempromosi ill will ini. Apabila beliau membuat kenyataan di Tapah semasa program MIC, dia kata kalau sekiranya PH menang, DAP akan memerintah negara ini. Ini apa ini? Ini betul-betul hendak mewujudkan kerisauan. Jadi dia sebagai Menteri gagal menunjukkan... [Bunyi guruh] Itu menunjukkan Allah marah kepada dia. Marah kerana apa? Oleh sebab dia sebagai Menteri, gagal menjadi contoh untuk mempromote perpaduan. Kenapa membuat fitnah kepada— hendak serang DAP saya faham tetapi kenapa memfitnah benda yang tidak betul. Kedua, Tuan Yang di-Pertua saya nampak daripada segi pindaan, contohnya pindaan kepada subseksyen (3), where the Director General refuses to register a trade union under this section, he shall inform the trade union in writing of his refusal and the grounds for such refusal. Maknanya ada satu alasan.
Kita tahu Tuan Yang di-Pertua kalau kita biasa buat kes-kes melibatkan judicial review, memang memberikan alasan satu— mahkamah telah memutuskan banyak kes ia adalah satu menggambarkan keputusan yang baik. Malahan, saya pernah terbaca satu keputusan di Amerika Tuan Yang di-Pertua, seorang hakim yang bukan Islam mengatakan bahawa asas kepada pemberian alasan ini diambil daripada kisah Nabi Adam dengan syaitan.
Kita tahu Tuan Yang di-Pertua bahawa, baik agama Islam atau Kristian pun sama, kisah bagaimana Nabi Adam telah pun dikeluarkan dari syurga. Ketika itu timbul isu ada atau tidak alasan- ada alasan. Alasannya ialah kerana makan forbidden fruit. Jadi itu dianggap sebagai alasan bagi seorang hakim di Amerika. Dia kata itulah asas kenapa kita kena beri alasan. Jadi saya rasa, pindaan ini suatu pindaan yang baik kerana kita incorporate alasan itu, ground itu sebagai dalam undang-undang yang orang berkata, inilah sebagai saya rasalah termasuk dalam procedural propriety ataupun sebahagian daripada reasonableness. Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya juga ingin menyatakan bahawa saya agak ada masalah dengan beberapa seksyen di sini. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua kepada new section 65A, tentang bagaimana sebuah trade union boleh diambil tindakan dalam kes jenayah. Walaupun ia- Tuan Yang di-Pertua, yang saya faham, memang dalam undang-undang yang ada sekarang ini trade union boleh diambil tindakan atas pertuduhan jenayah, seolah-olah trade union itu adalah seseorang individu. Akan tetapi kita tahu Tuan Yang di-Pertua, ini saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah justifikasi benda ini? Sebab apa, katakan kalau kita mendakwa sebuah trade union dalam mahkamah dan didapati bersalah. Jadi daripada segi undang-undang saya hendak tanya, kita hanya boleh beri mungkin hukuman dendalah. Akan tetapi bagaimana dengan hukuman penjara, dan sebagainya? Adakah trade union boleh dipenjarakan? Sebab dalam undang-undang ini dikatakan dalam 65A(b), “If the trade union is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to the same fine or penalty as an individual...” Saya tak boleh, susah hendak kata orang itu hendak- budak-budak sekarang kata susah hendak brain. Macam mana hendak boleh kita hendak kata trade union boleh dikenakan hukuman seperti manusia. Itu saya boleh faham kalau- sebab undang-undang ini ia cuba hendak katakan presiden, secretary, bendahari semua akan dikenakan tindakan. Jadi ia mungkin akan menimbulkan satu konflik Tuan Yang di-Pertua, di mana katakan seorang presiden ataupun secretary dikenakan tindakan penjara sebagai contoh. Sedangkan trade union dikenakan hukuman denda sahaja. Katanya ada satu hukuman diskriminasi, akan bertentangan dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan, equality before the law. Ini saya hendak tanya, macam mana kerajaan hendak resolve benda ini? Seterusnya saya rasa memang pindaan ini juga pindaan yang nampak cuba hendak menggalakkan trade union ini sehingga akta kalau kita lihat dalam pindaan ke atas seksyen 26(d) subseksyen (1B) dimasukkan suatu provision, “Walaupun seorang pekerja itu telah pun dibuang kerja ataupun telah pun diberhentikan kerja ataupun telah bersara, masih lagi boleh dikekalkan sebagai ahli trade union, tertakluk kepada peraturan trade union itu.” Sebab kita tahu Tuan Yang di-Pertua, trade union ini pada asalnya adalah untuk menjaga pekerja-pekerja sedia ada. Jadi kalau kita masukkan juga pesara dan sebagainya, saya rasa itu memang suatu yang baiklah sebab hendak mewujudkan satu hubungan yang berterusan. Akan tetapi, adakah pindaan seperti ini boleh diterima atau tidak, saya tak pasti tetapi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apa rasional, kenapakah dimasukkan juga pihak seperti orang yang telah diberhentikan ataupun orang yang telah diretrenched ataupun orang yang telah bersara? Saya minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa memang trade union ini pada dasarnya ialah untuk menjaga kepentingan pekerja. Lebih kurang macam parti politik, parti politik juga patutnya berperanan untuk menjaga rakyat. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita susah hendak menerima rasional, bagaimana dalam keadaan orang sekarang tengah fikir macam mana hendak hadapi banjir, ada satu buah parti itu boleh hendak fikir dia punya pilihan raya sahaja. Memang tak boleh- kata orang itu susah hendak brain. Kita trade union berkhidmat untuk pekerja, pekerja ialah rakyat kita. Begitu juga kalau parti politik, kita kena jaga rakyat juga lah. Yang kita hendak jaga seorang, yang seorang yang kena dakwa sebab ada berpuluh-puluh tuduhan itu buat apa? Seolah-olah dia itu adalah everything. So, saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua supaya adanya satu common sense prevails. Macam mana negara kita Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan sekarang kita hendak fikir, rakyat tengah fikir, “Macam mana aku hendak hadapi banjir ni?” Tiba- tiba sibuk fikir fasal pilihan raya. Tahu lah hendak kalah tetapi jangan tak sabar sangat hendak kalah, sabar. Kami akan beri- saya pasti Tuan Yang di-Pertua, UMNO sama ada suka atau tidak suka telah membabitkan Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya tak setuju kalau Tuan Yang di-Pertua semalam kata bahawa, kuasa membubarkan Parlimen adalah di bawah Perdana Menteri. Bukan Perdana Menteri, di bawah Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 40(2)(b) discretion of the Yang di-Pertuan Agong. Jelas Tuan Yang di-Pertua. Bukan kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh beri cadangan berdasarkan Perkara 40 itu tetapi keputusan akhir adalah pada Yang di-Pertuan Agong, bukan kuasa daripada Perdana Menteri. Perdana Menteri hanya boleh mencadangkannya. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua kalau katakan Yang di-Pertuan Agong benarkan, tidakkah ini memburukkan nama Yang di-Pertuan Agong kerana seolah-olah Yang di-Pertuan Agong tidak kisah kepada rakyat. Ini perbuatan UMNO Tuan Yang di- Pertua. UMNO ada sejarah buruk dengan Raja ini Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kita harap supaya common sense prevails, seperti mana kita harapkan trade union boleh mengawal para pekerja. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua dalam sektor elektronik Tuan Yang di-Pertua, telah lama diminta supaya mereka diberikan hak untuk buat satu national union. Sebelum ini kerajaan kata tak bagi. Selepas itu kerajaan kata boleh buat union dalaman sahaja. Akan tetapi sekarang alhamdulillah sudah ada. Maknanya Tuan Yang di-Pertua semua union ini sepertimana sebelum ini kita belajar, kita telah dimomokkan bahawa trade union ini satu entiti yang buruk. Akan tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya trade union ini sebenarnya banyak kepentingan pekerja boleh dijaga. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri contoh semasa saya menjadi Timbalan Menteri dahulu, kita dalam mahkamah Tuan Yang di-Pertua pernah menghadapi kes di mana para cleaners telah mogok tidak mahu cuci tandas yang mengakibatkan ada hakim- hakim terpaksa cuci tandas. Tuan Yang di-Pertua kerana apa mereka tidak mahu cuci tandas, tak jalankan kerja, kerana mereka tidak dibayar gaji. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab mahkamah di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-undang pada masa itu maka saya telah pun panggil pekerja dan juga syarikat itu untuk cuba cari penyelesaian Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya dapati memang pekerja kata mereka dilayan seolah-olah mereka ini tidak ada nilai. Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita- sebuah negara yang kata Keluarga Malaysia, tiba-tiba kita meletakkan cleaners, kita meletakkan security guards seolah-olah mereka ini bukan manusia. Kita tindas mereka tanpa trade union dan sebagainya, macam mana mereka hendak bersuara. Sebab itu saya harap Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya dari Bukit Bendera dan juga dari Ipoh Barat...
Pohon laluan.
Silakan.
Okey. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa antara punca masalah macam yang dihadapi oleh pekerja di pembersihan misalnya, kerana amalan penswastaan yang menjadikan mereka hanya pekerja kontrak bukan berstatus tetap ataupun bekerja dengan syarikat-syarikat konsesi.
Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya daripada Setiawangsa. Kerana itulah Tuan Yang di-Pertua memang kita tahu penswastaan they are motivated by profit making, bukan untuk kebajikan. Jadi kalau kita gagal sebenarnya mengawal kepentingan mereka kerana antaranya faktor penswastaan itu. Saya setuju dengan apa yang dikatakan. Saya harap pihak kerajaan dapat menjawab perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kata kita semua walaupun kita dekat Malaysia ini contohnya dalam Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Kita dapat berkhidmat dengan baik sebab antaranya pekerja-pekerja daripada Parlimen ini sendiri. Baik Bentaranya, baik polisnya, mereka- semua membantu kita Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu saya rasa Tuan Yang di-Pertua di samping kita menjaga kepentingan orang-orang di luar Parlimen, kita juga kena jaga kepentingan pekerja-pekerja di Parlimen ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh andai kata mereka boleh buat union, silakan. Kita benarkan mereka buat union, apa salahnya. Maknanya kalau ada union, mereka boleh bersuara. Contohnya mereka kata tak mahu bersidang sampai pukul 1 pagi, tak mahu bersidang sampai 12 malam. Contohnya Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita rasa Tuan Yang di-Pertua, hak mereka mungkin boleh terjamin. Sebab Tuan Yang di-Pertua, saya dapat rasakan sebagai kerajaan dahulu ini sebagai penutup. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah- ini cerita pengalaman. Bukan apa, hendak katakan betapa pekerja-pekerja cleaners ini bila kita layan mereka sebagai manusia yang perlu dihormati mereka pun rasa seronok Tuan Yang di-Pertua.
Saya pernah Tuan Yang di-Pertua, terus terang masa jadi Timbalan Menteri saya celebrate cleaners saya dekat JPM itu, celebrate birthday mereka. Dia punya senyum Tuan Yang di-Pertua macam sampai dekat telinga dia punya senyum itu. Oleh sebab mereka rasa dihargai. Mungkin selama ini tuan-tuan, saya tidak tahulah, kemungkinan mereka rasa tidak pernah ada Menteri yang hendak sambut hari jadi mereka. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa mereka adalah manusia yang perlu dihormati juga, mereka perlu dibela juga. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya merasakan bahawa trade union mesti jangan dimomokkan sebagai satu buah pertubuhan yang seolah-olah pembangkang. Sebenarnya trade union adalah penting untuk menjaga kepentingan pekerja supaya hak pekerja dan tanggungjawab pekerja ini dapat dilindungi. Sekian, terima kasih.
Hari ini Yang Berhormat Sepang baik.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Ada sebentar tadi saya rasa macam Yang Berhormat Sepang sedang bahas Akta Pilihanraya dan bukan Akta Kesatuan Sekerja.
Itu hendak bantai Tuan Yang di- Pertua itu. [Ketawa]
Memang sebenarnya semalam saya perlu buat sedikit pembetulan. Sebenarnya kuasa membubarkan Parlimen itu adalah kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong setelah menerima permintaan daripada Perdana Menteri.
Terima kasih kerana bersetuju dengan saya for the first time.
Maksud saya – ya, saya tersilap itu. Akan tetapi, permintaan untuk membubarkan itu adalah kuasa Perdana Menteri. [Disampuk] Ya, very precise. Thank you. Seterusnya Yang Berhormat Klang, silakan.
Sebelum Yang Berhormat Klang mula Tuan Yang di-Pertua boleh saya tahu mana nama saya dalam senarai?
Yang Berhormat Sungai Buloh selepas Yang Berhormat Klang ialah Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Sungai Buloh.
Okey, terima kasih.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja. Pada pandangan saya satu rang undang-undang yang cukup penting untuk golongan pekerja, kaum pekerja d Malaysia. Sejak penjajah British menggubal Ordinan Kesatuan Sekerja 1940, undang- undang kesatuan sekerja di Malaysia mengandungi terlalu banyak sekatan terhadap hak- hak pekerja dan tidak selaras dengan standard buruh antarabangsa. Untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia, rang undang-undang ini menyatakan pindaan-pindaan adalah selaras dengan prinsip-prinsip kebebasan berpersatuan, menjamin hak pekerja dan juga majikan untuk menubuhkan kesatuan sekerja pilihan mereka. So, in some sense Tuan Yang di-Pertua this is a major paradigm leap. Not even a shift but a major leap, I must say. So, untuk itu saya ucapkan terima kasih kepada Menteri yang tidak ada di sini tapi Timbalan Menteri ada so saya ucapkan terima kasih kepada kementerian dan juga mantan Menteri Human Resources, Yang Berhormat Ipoh Barat yang tidak ada di sini sebab beliaulah semasa dia ada, dia telah mulakan proses ini. Saya bersetuju dengan semua pindaan berkenaan kebebasan berpersatuan iaitu: (i) menghapuskan sekatan bahawa kesatuan mesti ditubuhkan mengikut industri dan pekerjaan yang sama atau serupa; (ii) membenarkan pekerja-pekerja menubuhkan atau menyertai kesatuan yang dipilih oleh mereka sendiri; dan (iii) mengurangkan kuasa Ketua Pengarah untuk menginterpretasikan akta mengikut budi bicara beliau. Saya juga bersetuju dengan pindaan-pindaan lain yang akan memanfaatkan kaum pekerja seperti: (i) menghapuskan hukuman penjara terhadap kesalahan-kesalahan dalam kata ini; (ii) mengurangkan threshold undi mogok kesatuan daripada lebih dua per tiga iaitu dulu undi semua anggota kepada kehadiran hanya 60 peratus dan undi majoriti; dan (iii) memudahkan prosedur kesatuan untuk menukarkan nama, menubuhkan atau menyertai federasi kesatuan sekerja dengan mengadakan general meeting sahaja. Pindaan-pindaan ini membawa Malaysia dan juga Akta Kesatuan Sekerja kita lebih dekat dengan ILO Convention No. 87 berkenaan kebebasan berpersatuan. Ini juga adalah komitmen Pakatan Harapan dalam manifesto PRU14 iaitu untuk menambahbaikkan undang-undang buruh supaya setaraf undang-undang standard buruh antarabangsa. Ada beberapa kumpulan berpentingan yang telah campur hal dengan memberi pandangan-pandangan dalam isu pindaan rang undang-undang ini dan satu daripada itu ialah Malaysian Employers Federation. Mereka membantah pindaan terhadap threshold undi mogok. Seperti saya katakan tadi 23 peratus total of the voting population tetapi
sekarang telah digubal ataupun pindaan itu mencadangkan hanya 60 peratus daripada pekerja yang akan datang untuk mengundi. Malaysian Employers Federation mengatakan pindaan ini akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi negara kerana jumlah mogok akan naik. Akan tetapi, kalau kita dan ini adalah kerisauan MEF, kerisauan mereka. Soal untuk kita di Dewan yang mulia ini dan juga kepada Menteri dan juga MEF sendiri ialah adakah kerisauan MEF ini berasas? Based on facts, based on facts? Kalau kita lihat history enam tahun yang lalu, kita dapati bahawa hanya ada zero strike di Malaysia. Tidak ada mogok di Malaysia untuk enam tahun yang lalu. Tidak ada. So, why is this basis or where is this argument or this fear that kita akan adakan lebih banyak mogok oleh sebab kita turunkan threshold untuk mengadakan mogok. So, kita dapati dalam enam tahun yang lalu there is no strike. No strike at all. Tidak ada satu kali pun mogok di seluruh Malaysia dalam sektor pembuatan, pertanian, perkhidmatan, pembinaan, perlombongan, perdagangan, zero strike. Tidak ada langsung. So, therefore kita dapati bahawa these are issues that are raised to create fear among the people dan juga dalam kalangan orang ramai. So, saya fikir MEF harus lebih peka, more fact-based dalam pandangan mereka. Mengapakah tidak ada satu mogok di Malaysia? Ini kerana threshold undi mogok terlalu tinggi. Kementerian juga ada kuasa merujuk pertikaian di antara majikan dan pekerja ke Mahkamah Perusahaan untuk menghalang mogok di Malaysia adalah almost mission impossible ataupun susah untuk dibuat. Kesatuan sekerja terpaksa menggunakan piket sahaja untuk menunjukkan perasaan ketidaksukaan mereka dengan pihak majikan. Ini adalah antara faktor-faktor di mana labour income di Malaysia adalah rendah berbanding dengan negara-negara lain. Kita dapati cuma 35 peratus pada tahun 2018. Ini bermaksud bahawa gaji pekerja-pekerja ataupun income shares of workers are only 35 percent. Only 35 percent. This means that 65 percent will go towards pihak majikan. Berbanding dengan negara-negara lain where you have worker’s shares ataupun income shares itu 50 hingga 60 peratus and therefore you can see a better quality of life and standard of living untuk pekerja mereka berbanding dengan pekerja-pekerja Malaysia. Ini jelas bahawa kalau kita longgarkan undang-undang supaya pihak pekerja ataupun kesatuan sekerja membuat perbincangan, perusahaan actions kah whatever mogok dan sebagainya, it benefits the workers in general. It benefits the workers in general. Kebanyakan keuntungan syarikat-syarikat di-transferred untuk majikan. Pekerja- pekerja kekal menjadi miskin. Ini adalah kerana undang-undang buruh kita terlalu memihak kepada majikan. Jika pekerja-pekerja tidak dapat menggunakan mogok sebagai senjata terakhir untuk memaksa majikan menaikkan gaji atau faedah mereka. maka majikan akan mengambil kesempatan untuk mengekalkan gaji dan faedah pekerja di tahap paling terendah seperti apa yang kita dapati pada masa sekarang. Kajian Bank Negara Malaysia Tuan Yang di-Pertua. jelas menyatakan bahawa gaji pekerja Malaysia terlalu rendah. It is not any bank. Ini gaji– ini adalah kajian daripada Bank Negara Malaysia mengatakan bahawa gaji pekerja Malaysia terlalu rendah walaupun produktiviti pekerja di Malaysia adalah tinggi sama seperti negara-negara maju. Kita dapati satu kontradiksi. Gaji kurang tetapi produktiviti tinggi sama seperti negara- negara maju. So, Bank Negara Malaysia menyeru kerajaan mereformasikan undang-undang buruh. Kerajaan juga meletakkan sasaran labour income share kepada 48 peratus pada tahun 2030. That means therefore we increase the labour share daripada 35 peratus sekarang kepada menambah tinggikan kepada 48 peratus pada tahun 2030. Semua ini hanya dapat dicapai jika pekerja-pekerja mempunyai kebebasan berpersatuan yang 100 percent ialah hak-hak mengambil tindakan perusahaan secara bebas diimplementasikan.
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian kesatuan sekerja menyarankan ataupun keprihatinan mereka ataupun kerisauan mereka yang sah. Contohnya, Gabungan Reformasi Undang-undang Perburuhan (LLRC) membantah Jadual Keempat yang baharu dan seksyen-seksyen berkaitan dengan Jadual Keempat. Jadual Keempat mengaitkan kesalahan-kesalahan kesatuan sekerja dengan Bab IV dan seterusnya di bawah Kanun Keseksaan ataupun Penal Code. Ketua Pengarah berhak membatalkan pendaftaran kesatuan jika kesatuan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merosakkan Demokrasi Berparlimen dan juga aktivis terrorism dan juga jenayah berkumpulan. Jadual Keempat ini telah mengecewakan komuniti kesatuan kerana kesatuan sekerja bukanlah pertubuhan terrorism atau kumpulan jenayah. Kemasukan bab baharu ini menunjukkan kerajaan masih menggunakan kaca keselamatan, national security untuk menggubal Akta Kesatuan Sekerja. Bab ini akan mengintimidasikan kesatuan-kesatuan dan menghalang mereka memainkan peranan secara efektif. Sebenarnya aktiviti-aktiviti haram dalam Kanun Keseksaan ini boleh dilakukan oleh mana-mana orang, anggota kesatuan atau bukan anggota kesatuan. Jadi, kenapakah mesti merangkumi Bab IV ini di dalam Rang Undang- undang Kesatuan Sekerja yang kita bahas pada hari ini? Kanun Keseksaan akan dipakai untuk semua orang di Malaysia. Satu-satu jawapan ialah Kerajaan Malaysia ingin control, kawal dan melemahkan kesatuan sekerja di Malaysia. Saya minta supaya Jadual Keempat dan seksyen-seksyen berkaitan dibatalkan, digugurkan dan Yang Berhormat Menteri tidak ada di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada di sini, siapa kita cakap dengan siapa sahaja kita hendak minta sekarang? Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Menteri tidak ada di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada di sini, saya minta supaya Jadual Keempat dan seksyen- seksyen berkaitan dibatalkan. Siapakah kita hendak menyeru? Boleh beri satu pandangan? Saya pun confused.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada tetapi ...
Ya, dia ada tetapi sudah hilang.
Baru keluar saya rasa.
Cakap dengan dinding ya.
Seolah-olah cakap dengan dinding betul. Untuk seksyen baharu 63A, 63B, 63C, dan juga 63D dan 63E yang memberi kuasa baharu kepada Ketua Pengarah untuk kuatkuasakan akta memeriksa kesatuan termasuk merampas dokumen dan menyoal siasat pegawai kesatuan, saya berharap Kementerian Sumber Manusia berfikir semula, ulang kaji apakah sebenarnya peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja? Adakah misi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja untuk mengawal, memantau, dan menindas pertubuhan kesatuan-kesatuan? Ataupun misi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja ialah membantu pertubuhan kesatuan supaya negara kita mencapai sasaran labour income share yang ditetapkan oleh pihak kerajaan? Bagi saya, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja harus memainkan peranan aktif untuk meningkatkan unionization kepada 25 peratus di Malaysia. Inilah objektif utama bukan diberi kuasa untuk memantau aktiviti kesatuan seperti polis dan dalam dunia kesatuan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan berhenti di sini tetapi saya minta pandangan petua daripada pihak Tuan Yang di-Pertua apakah cadangan-cadangan yang kita berikan di sini diambil kira, walhal Yang Berhormat Menteri pun tidak ada di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada di sini? Adakah kita cakap dengan dinding kah atau kita cakap sesama sendiri? Minta pandangan juga petua daripada pihak Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya tidak tahu sama ada pihak kementerian ada di sini? Pihak kementerian ada di sini? Pihak kementerian ada di sini Yang Berhormat, di belakang sana. Saya rasa mereka yang akan memberi.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting itu kalau kita minta kerajaan batalkan, pegawai-pegawai tidak dapat membuat satu keputusan. Keputusan seperti ini hanya perlu dibuat oleh pihak Yang Berhormat Menteri bukan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Menteri sahaja. So, this is not fair to debate that we’re having today.
Saya rasa mesti pihak kementerian akan membawa perkara ini kepada pihak Yang Berhormat Menteri semestinya Yang Berhormat. Akan tetapi lebih baiklah kalau pihak Yang Berhormat Menteri dan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri ada apabila sesuatu rang undang-undang daripada kementerian mereka dibahaskan, sememangnya. Seterusnya, Yang Berhormat Tuaran. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang ke Tuaran untuk turut membahaskan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Kesatuan Sekerja 1959 ini. Rang undang-undang ini sangat penting, sangat penting kerana dia ada kesan terhadap ekonomi kita dan kesannya terhadap pekerja-pekerja kita malah ada kesan terhadap keluarga pekerja-pekerja dan sebagainya. Pindaan ini adalah merupakan satu pindaan yang sangat drastik. Sangat drastik kerana dia membuka terutama sekali yang melibatkan seksyen pindaan pada seksyen 32 dan 33 ia sangat besar iaitu membuka keahlian dalam satu-satu trade union di dalam satu-satu organisasi kepada pelbagai orang, pelbagai pekerja. Dengan lain perkataan kalau dalam sebuah organisasi itu banklah katakan, pekerja bank dia jadi ahli trade union dan dialah yang berhak untuk merunding perkara- perkara yang berkaitan hal pekerja dengan majikan dia. Akan tetapi selepas pindaan ini, bukan sahaja pekerja bank yang boleh menjadi ahli pada kesatuan tersebut tetapi juga daripada industri yang lain. Bagaimanakah pula pekerja daripada industri yang lain memahami tentang hal- hal organisasi seperti bank? Pada saya, ini adalah kalau inilah digunakan sebagai satu strategi untuk menggalakkan pekerja-pekerja untuk menjadi kesatuan sekerja, saya fikir ini bukan jalannya. Jalannya ialah untuk menggalakkan sebab niat utama ialah untuk menggalakkan pekerja-pekerja untuk menjadi kesatuan sekerja. Pekerja-pekerja hanya menjadi ahli kepada sesuatu perkara kesatuan apabila dia nampak manfaat apabila dia berjaya memperjuangkan sesuatu dan diterima. Pertama, bagi saya ialah ILO Konvensyen 1987 itu. Kelapan-lapan core of the ILO Convention 1987 itu apakah kita telah meratifikasi? Apabila kita melihat disebut oleh Yang Berhormat Menteri semasa membentangkan rang undang-undang ini mengatakan bahawa dia menggalakkan freedom, kebebasan kepada pekerja untuk menjadi ahli kesatuan sekerja dan sebagainya. Akan tetapi, ILO Convention 1987 ini belum diratify khususnya yang berkenaan dengan Freedom Association and Protection of the Right to Organize Convention belum diratifikasikan. Saya fikir kalau ini sudah diratifikasikan, lebih ramai pekerja yang akan menjadi ahli kepada kesatuan sekerja sebab dia akan mendapat manfaat, dia akan melihat bahawa kebebasan itu bersungguh-sungguh dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi kalau setakat menggalakkan kepelbagaian dalam satu organisasi dalam sebuah syarikat terdapat bermacam-macam-macam, pelbagai-bagai sampai lima, 10 kesatuan sekerja yang ditubuhkan. Bukan itu sahaja, tetapi ahlinya daripada industri yang lain. Apakah agaknya yang akan dibincangkan dalam kesatuan sekerja itu? Apakah kepentingan pekerja-pekerja dalam organisasi itu atau perkara-perkara lain? Sebenarnya
ramai kesatuan sekerja yang begitu prihatin, they are very concerned about this, they are very concerned about this. Lebih daripada itu ialah kuasa enforcement officers. Kuasa enforcement officer seperti mana yang terkandung dalam seksyen 25 dalam cadangan pindaan ini. Kuasa untuk memeriksa pelbagai dokumen kesatuan sekerja dan sebagainya. Ini berpotensi disalahgunakan. Kalau ada lima buah kesatuan sekerja dalam satu organisasi dua yang pro dan tiga yang tidak pro bermacam-macam maklumat yang boleh diambil di sana dan dia boleh disalahgunakan. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua saya mencadangkan supaya kita amalkan dalam Dewan yang mulia ini supaya undang-undang yang begitu penting seperti ini kita rujuk sahaja rang undang-undang ini ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seperti mana yang kita telah buat kepada Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Rokok, sepertimana yang telah kita buat kepada “Rang Undang-undang Antilompat Parti”.
Setelah adanya libat urus daripada semua pihak, daripada Ahli-ahli Parlimen, daripada pihak pemegang taruh, undang-undang atau rang undang-undang yang kita lahirkan adalah jauh lebih baik dan jauh lebih bermanfaat kepada kerajaan sebab pandangan telah diambil. Saya mengambil perhatian terhadap apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan rang undang-undang yang mengatakan bahawa dia adakan libat urus tetapi libat urus ini terlalu terhad. Saya difahamkan bahawa daripada pihak kesatuan sekerja, bermacam-macam lagi persoalan-persoalan yang belum lagi terjawab. Sebagai contoh, dibuat perbandingan kesatuan sekerja di Malaysia dengan Singapura, dengan Vietnam dan sebagainya, sedangkan di Vietnam dan di Singapura itu kesatuan sekerja itu they are really being controlled. There are no two countries that are the same. Kenapa kita mesti bandingkan kepada negara ini, negara ini sedangkan kita ini berlainan? Yang penting ini, kita ini Malaysia. We have to grow in our own mould. Dengan kita kena bina negara kita, dengan ekonomi kita dengan acuan kita sendiri, dengan cara kita sendiri. Kita ini pelbagai daripada segi... [Tidak jelas] daripada wilayah dan sebagainya. Daripada pekerjanya dan sebagainya. Kenapa mesti kita tergesa-gesa untuk meluluskan rang undang-undang yang sepenting ini? Kenapa tidak dimaksimumkan, dioptimumkan libat urus daripada semua pemegang taruh? Sebab ia melibatkan penguatkuasaan (enforcement). Contoh dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Pada mulanya bermacam-macam. Dia boleh ke premis, boleh menguatkuasakan. Dia boleh mencari rokok di badan manusia dan sebagainya. Setelah kita berbincang, libat urus dan sebagainya, kita kena ubah. Yang ini pun begitu juga. Di manakah jaminan yang penguatkuasaan ini tidak akan disalahgunakan setelah ada kepelbagaian kesatuan sekerja dalam satu-satu organisasi. Sebab itulah tujuan utama rang undang-undang ini. Pelbagai nanti. Macam juga pelbagai parti politik. Lepas itu di pelbagai parti, pelbagai kesatuan ini pula digalakkan untuk bergabung. Dalam satu organisasi katakan, terdapat tiga persatuan sekerja. Satu persatuan sekerja dia bergabung dengan satu lagi trade union. Yang satu lagi bergabung dengan satu lagi, yang satu bergabung tempat lain lagi. Akhirnya pihak organisasi tidak akan tahu mana satu persatuan sekerja yang dia mahu rujuk, yang dia mahu berbincang dan sebagainya dan persetujuan untuk memuktamadkan tuntutan pekerja akhirnya berkecai, tidak pernah akan kesampaian dan sebagainya. Ini perkara yang sangat penting. Tujuan kita adakan kesatuan sekerja ialah untuk mencapai kesepakatan di antara pekerja dengan majikan. Akan tetapi sekiranya majikan itu satu tetapi pekerjanya sudah diwakili dengan lima kumpulan dengan pelbagai kepentingan, saya fikir ini sangat rumit. Saya ingat akhirnya niat kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pekerja untuk menjadi ahli-ahli kesatuan sekerja akan gagal sebab kerajaan akan nampak tidak ada gunanya. There is no point. Saya ingin bertanya— terima kasihlah Yang Berhormat Menteri baru masuk. Dipersoalkan tadi Yang Berhormat Menteri tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri
tidak ada. Dia pun sudah masuk. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah kerajaan nanti akan meratifikasikan ILO Convention 1987, khususnya dalam hal Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention, saya ingin tahu. Ini yang dinanti-nantikan oleh para pekerja kita. Saya fikir dengan pengumuman itu sahaja, dengan ratifikasi itu, dia boleh mencapai objektif untuk menggalakkan lebih ramai pekerja untuk menjadi ahli-ahli kesatuan sekerja di negara ini seperti yang dinyatakan oleh sahabat saya dari Labuan tadi. Begitu banyak pekerja tetapi hanya sedikit yang menjadi ahli. Sebab mereka tidak nampak manfaatnya. Khusus untuk Sabah Tuan Yang di-Pertua, sudah sekian lama kesatuan sekerja di Sabah menunggu-nunggu, bilakah kewujudan mereka diiktiraf. Diiktiraf oleh pihak majikan. Apakah peranan pihak Kementerian Sumber Manusia? Apakah dalam akta ini yang boleh memberi harapan kepada kesatuan sekerja di Sabah supaya kewujudan mereka dapat diiktiraf dan supaya hak yang sama seperti mana yang kita bincangkan ini akan diberikan kepada mereka juga? Saya ingin bertanya sedikit sebanyak tentang hal ini, pekerja-pekerja dari syarikat SFI di Sabah yang sudah sekian lama berjuang sebagai contoh dan sekarang ini tidak ada kesudahan terhadap hal-hal hak-hak mereka daripada segi gaji, daripada tempat tinggal dan sebagainya. Saya telah bertanya, membuat ucapan di Kamar Khas dan sebagainya tetapi belum ada jawapan. Saya ingin tahu apakah tindakan yang telah diambil pihak kementerian dan kesudahan. Saya ingin tahu dalam peluang ini dan oleh kerana daripada segi hal-hal tenaga kerja ini, Semenanjungnya lain, di Sabahnya lain, di Sarawaknya lain. Saya ingin tahu bagaimanakah nanti rang undang-undang ini dapat dipakai di seluruh negara. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Rasah, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam membahaskan Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 pada petang ini. Ada beberapa perkara yang saya nampak dalam pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri masuk apabila sampai giliran saya, untuk mendengar perbahasan saya dan selepas itu ada beberapa teguran untuk RUU ini. Sudah pastinya saya membahaskan dan akan menyokong pindaan ini. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang telah dimulakan ketika Kerajaan Pakatan Harapan dahulu tetapi ia tidak sempat dibentangkan dalam Dewan yang mulia. Namun, ia telah diteruskan dan ditambah dengan beberapa elemen lagi oleh kerajaan pada masa kini dan akhirnya dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada hari ini. Perkara pertama yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 8 dalam akta induk, Akta Kesatuan Sekerja asal yang mana waktu pendaftaran asalnya satu bulan sahaja sejak union tersebut ditubuhkan dan kini ditambahkan masa, dilanjutkan tempoh pendaftarannya kepada enam bulan dan kuasa ketua pengarah kesatuan sekerja yang asalnya boleh bagi pengecualian sehingga enam bulan ditambah kepada 12 bulan. Saya menyambut baik sebab saya rasa sekiranya kita rigid dengan satu bulan yang asal, mungkin banyak kesatuan tidak dapat ataupun gagal didaftarkan walaupun telah ditubuhkan oleh ahli-ahli ataupun anggotanya. Ia satu approach yang kita akan sokong. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah sebab kepada pindaan ini? Apakah sebelum ini terdapat banyak permohonan yang terlewat ataupun disebabkan ada masalah dokumentasi dan sebagainya yang menyebabkan kegagalan didaftarkan dalam tempoh masa satu bulan seperti sebelum ini? Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.
Perkara kedua adalah berkenaan dengan seksyen 12 akta induk yang mana sub (2) nya telah dipotong. Saya anggap ia sebagai satu approach, pendekatan yang baik dan disokong dan ditambah dengan subseksyen (4) yang baharu yang mana menyatakan dengan jelas bahawa sekiranya ataupun apabila ketua pengarah menolak permohonan untuk didaftarkan mana-mana kesatuan sekerja, alasan mesti diberikan. Ya, saya rasa ini satu pendekatan progresif, akauntabiliti yang kena ada kepada setiap di kalangan kita. Kalau ditolak, mesti dimaklumkan kepada pemohonnya kenapa ditolak, apakah alasan supaya pihak yang memohon tersebut boleh memperbaiki kekurangan, kesilapan dan sebagainya dan boleh dihantar untuk didaftarkan semula.
Jadi saya menyokong pindaan ini, dan saya juga menyokong pindaan kepada seksyen 12, subseksyen (3), subseksyen (2) iaitu ia telah mengurangkan atau menyempitkan skop budi bicara kepada Ketua Pengarah yang mana- kalau dahulu pada budi bicara Ketua Pengarah sahaja tetapi sekarang ia hanya tertakluk kepada beberapa perkara yang terhad. Seterusnya pada seksyen 15, akta induk dimasukkan subseksyen (1A) yang baru. Berkenaan dengan kuasa Menteri untuk menambah, memotong daripada atau meminda jadual baru iaitu Jadual Keempat melalui perintah. Ya, memang kuasa Menteri. Akan tetapi cuma saya hendak tanya di sini, adakah sebelum Menteri menggunakan kuasa ini, untuk dia menambah ataupun mengeluarkan apa-apa perkara daripada Jadual Keempat yang baharu ini, Menteri perlu atau tidak, mendapatkan ataupun merujuk kepada Ketua Pengarah ataupun ada konsultasi dengan mana-mana pemegang taruh khasnya- Ketua Pengarah bagi saya. Oleh sebab saya anggap Ketua Pengarah sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada union ini mempunyai maklumat yang lebih banyak, lebih menyeluruh. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri menggulung nanti. Apakah perlu ada sesi konsultasi dengan mana-mana pihak? Seterusnya perkara keempat yang saya hendak sebutkan adalah di bawah seksyen 25A, akta induk berkenaan tajuk mogok ataupun tutup pintu. Saya nampak ada pindaan terhadap kalau sebelum ini dua per tiga daripada anggotanya perlu hadir untuk mengundi dan kena ada two-thirds majority untuk membolehkan satu mogok dilaksanakan. Ada pengurangan daripada dua per tiga, ia dikurangkan kehadirannya dikurangkan dua per tiga daripada 60 dan seterusnya untuk mencapai kelulusan, kalau dahulu two-thirds majority sekarang simple majority iaitu hanya lebih dari separuh. Ia satu approach yang baik. Akan tetapi saya anggap, saya rasa ada ruang untuk kita maju setapak lagi sekiranya pihak kerajaan boleh mempertimbangkan supaya kehadiran anggota tersebut daripada asalnya dua pertiga kepada 60 peratus, kita kurangkan dua pertiga kepada 50 peratus. Itu bagi saya lebih membawa makna. Oleh sebab dua pertiga itu dalam 66.7 peratus. Sekarang kurang sedikit sahaja kepada 60 peratus. Kalau kita kurangkan kepada 50 peratus, maknanya lebih separuh daripada anggota kena hadir, nampak ada pengurangan kehadiran yang lebih bermakna. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Ya, saya juga menyambut baik adanya subseksyen (1C) yang baru di bawah seksyen 26 berkenaan dengan keanggotaan untuk mana-mana kesatuan sekerja tidak boleh terhad kepada satu- ras, agama dan kerakyatan. Betul, ini adalah satu approach yang bagi saya perlu kita laksanakan bukan sahaja untuk akta ini tetapi untuk mana-mana akta yang lain selaras dengan Artikel 8, kesamarataan di bawah Perlembagaan Persekutuan kita. Perkara kelima yang saya hendak sebutkan adalah, berkenaan dengan seksyen 28 subseksyen 1 di bawah Akta Induk iaitu pegawai-pegawai tidak boleh daripada kalau asalnya pemegang jawatan dan pekerja sebuah parti politik tetapi pekerja sekarang dibenarkan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan pekerja ini maksudnya apa? Adakah pekerja-pekerja untuk mana-mana parti politik boleh menubuhkan kesatuan sekerja ataupun pekerja yang kerja dengan parti, mungkin dia
kerja dengan orang lain juga dan dia boleh terlibat sebagai pemegang jawatan dalam kesatuan sekerja yang lain. Jadi saya mohon penjelasan daripada Menteri berkenaan dengan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, keseluruhannya memang kita menyambut baik dan bagi saya pindaan pada petang ini wajar disokong sama. Cuma ada beberapa perkara yang saya hendak timbulkan, yang saya rasa masih ada peluang dan ruang yang luas di depan kita untuk diperbaiki. Pertama, fakta yang kita ada hari ini daripada pekerja sektor swasta, penyertaan mereka sebagai anggota kesatuan sekerja sangat rendah. Saya difahamkan bawah 10 peratus. Ia merupakan sesuatu yang perlu kita tangani dengan serius, perlu diberikan perhatian supaya lebih ramai pekerja swasta diberikan peluang, dan juga layak untuk menjadi anggota mana-mana kesatuan sekerja. Saya hendak tanya, apakah unjuran yang dijangkakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan adanya pindaan ini? Adakah selepas pindaan ini dilakukan, digazet dan dilaksanakan sepenuhnya, bilangan pekerja ataupun peratusan pekerja yang akan menyertai union akan bertambah? Mungkin daripada sekarang, ia boleh digandakan dalam masa dua tahun, tiga tahun dari sekarang. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Satu lagi berkenaan dengan pekerja di sektor pengilangan, manufacturing iaitu daripada sektor kilang elektronik dan juga pekerja pembersihan. Dua sektor ini adakah mereka akan mendapat impak positif iaitu sesuatu yang memanfaatkan mereka, membolehkan mereka menjadi anggota ataupun menubuhkan union masing-masing yang pastinya kita tahu...
Yang Berhormat Rasah, minta laluan.
Sekejap, sekejap ya. Yang sudah pastinya sebab bagi saya ramai pekerja daripada sektor pembersihan dan juga sektor pengilangan elektronik dalam sektor swasta kita. Jadi, adakah mereka akan mendapat impak yang positif, melayakkan mereka untuk turut serta untuk menjadi anggota kepada mana-mana union selepas adanya pindaan sebegini? Sekiranya tidak, apakah akan ada perancangan daripada pihak kerajaan untuk membawa pindaan pada masa akan datang? Ya Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi bahawa penyertaan pekerja dalam daripada segi kesatuan ini di bawah daripada 10 peratus, saya difahamkan dalam enam peratus. Jadi soalan saya, apa rasional perlunya banyak kesatuan sekerja bagi mewakili sesuatu pertubuhan atau pekerjaan kerana dengan bilangan yang tidak ramai, kemudian kesatuannya banyak. Jadi, apakah ini akan boleh menyebabkan berlaku perpecahan yang lebih besar dalam kesatuan itu sendiri?
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tumpat. Nampak segar ya selepas perjalanan jauh dari Geneva. Saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan tersebut. Harapan saya tetap sama iaitu kita kena menggalakkan lebih ramai anggota ataupun pekerja menjadi anggota kepada kesatuan sekerja yang ada. Jadi, sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Sungai Buloh, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja Tahun 1959. Pindaan
yang dicadangkan dan saya ucap tahniah kepada kementerian. Hari ini adalah bersejarah sebab pindaan ini selepas diluluskan, akan dikembalikan kepada satu era baru di mana hak pekerja dapat jaminan yang lebih baik daripada sekarang. Ironisnya ialah itu berlaku semasa penjajah British di mana masa itu pekerja ada hak untuk menubuhkan kesatuan-kesatuan sekerja apa-apa jenis, mana-mana tempat dan bentuk kesatuan itu ialah dipilih oleh pekerja sendiri. Akan tetapi malangnya selepas kemerdekaan pada tahun 1957 dan selepas akta yang asal ini dibuat tahun 1959, banyak hak yang penting ini telah disekat oleh undang-undang ini. Hari ini kita buat perubahan untuk keluarkan sekatan-sekatan ini. Bagi saya ini bersejarahlah. Implikasinya bukan sahaja hak sivil atau hak politik. Ada implikasi ekonomi yang penting dalam keadaan negara sekarang untuk ramai pekerja dan keluarga mereka. Sudah diiktiraf dan tidak dapat dinafikan gaji di Malaysia sekarang untuk pekerja adalah sangat kurang. Bahagian yang mereka dapat daripada KDNK hanya lebih kurang 35 peratus. Tidak seimbang, tidak setimpal dengan sumbangan mereka kepada ekonomi. Di banyak negara, lebih daripada 50-50 yang lebih adil sebab pekerja tidak minta lebih daripada pemilik modal. Mereka minta hak untuk dapat satu bahagian atau syer yang fair, just syer, bahagian yang adillah daripada pengeluaran ekonomi negara kita.
Jadi, gaji rendah ini telah dikaitkan dengan pergerakan kesatuan sekerja yang lemah. Ini telah disahkan oleh banyak badan penting termasuk Bank Negara, badan penyelidik seperti Khazanah Research Institute dan penyelidik di luar negara. Jadi mereka pun sudah syorkan sekatan atas pergerakan kesatuan sekerja perlu dikurangkan ataupun dibatalkan. Jadi kerajaan sudah buat inisiatif ini ataupun sudah sambung inisiatif yang dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018 dan masa itu PH telah mengikut jaminan-jaminan kita, janji kita kepada pekerja kita sudah mula proses tetapi saya kena sebut ini untuk rekod, kerajaan sekarang Kerajaan PN, UMNO BN ini nampaknya buat bukan untuk bantu pekerja, kalau dia hendak buat, dia sudah buat dahulu. Akan tetapi kita lihat motivasi untuk membawa pindaan ini lebih kepada membuka ruang untuk menandatangani perjanjian Free Trade Agreement dengan izin, CPTPP dan ini merupakan tekanan daripada kementerian lain- macam MITI, sebab MITI mahu perjanjian itu ditandatangani, dan lebih kita masuk dalam golongan itulah Free Trade Agreement itu dengan negara-negara lain. Saya tidak ada isu kita masuk dalam TPP tetapi ada klausa-klausa yang bermasalah tetapi ini bukan tempat untuk dibincangkan. Akan tetapi malangnya itulah sebenarnya motivasi untuk kerajaan. Bagi saya bukan saya rasa pekerja di seluruh Malaysia yang dengar ucapan ini dan dengar prosiding di sini mesti faham itu. Dibuat sebab kepentingan mereka yang hendak buat free trade lebih, bukan untuk bantu pekerja. Akan tetapi tidak apa, motivasi apa pun akhirnya ini akan bantu pekerja khususnya hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja. Jadi daripada segi itu, kita mengalu-alukan pindaan ini. Kita akan walaupun kerajaan masih enggan dan tidak mahu meratifikasikan Konvensi 87 iaitu the right to organize Konvensi Pertubuhan Buruh Antarabangsa tetapi inti pati prinsipal prinsip ada di pindaan ini iaitu pekerja diberi hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja dalam bentuk mereka putuskan dan bukan ditentukan oleh pihak kerajaan atau pihak lain. Jadi this is a big step forward, dengan izin. Jadi kita tidak akan ada kes-kes macam dahulu. Dahulu sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, contoh pekerja di sektor elektronik hendak buat kesatuan sekerja mereka diarahkan untuk pergi masuk dalam electrical sector. Pergi buat permohonan itu ditolak dia kata you buat electronic sector, macam-macamlah. Sebagai contoh electronic sector- sehingga tahun 1988 sampai sekarang, dinafikan hak untuk membina atau menubuhkan kesatuan sekerja di peringkat kebangsaan, sampai hari ini. Saya berharap lepas kita luluskan pindaan ini barulah sektor
besar ini boleh mencapai hasrat mereka dari berapa tahun, ya 30 tahun lebih untuk tubuhkan kesatuan sekerja peringkat kebangsaan. Jadi, itulah langkah yang penting kita buat pada hari ini. Walau bagaimanapun, ada pindaan yang bawa kita ke hadapan merupakan- pandangan saya ini tidak cukup. Saya mengalu-alukan hakikat bahawa kuasa Ketua Pengarah untuk menolak ataupun mengarahkan macam mana bentuk kesatuan sekerja itu tetapi bagi saya kita perlu kurangkan kuasa itu lagi. Kuasanya untuk membatalkan pendaftaran kesatuan sekerja memang dikurangkan tetapi bagi saya perlu dikurangkan lagi daripada yang sekarang. Bagi saya, saya ingin bagi jaminan, dan saya rasa semua daripada PH akan sokong. Kita bagi jaminan kepada pekerja di Malaysia kalau kita diamanahkan untuk memerintah, satu kita akan ratifikasikan Konvensi 87. Kedua, kita akan kurangkan kuasa Ketua Pengarah sehingga kuasanya sepatutnya harus administrative sahaja. Kesatuan sekerja ingin daftar, terima borang, terima fi, bagi pendaftaran macam syarikat. Kita boleh banding dalam sektor elektronik, sektor pembuatan macam mana beza besar antara hak milik modal, dan hak untuk kesatuan. Pemilik modal hanya daftar syarikat di bawah Akta Syarikat, isi borang, bayar fi dapat syarikat, tidak perlu buat apa-apa lagi. Kita tidak dengar kes-kes di mana Companies Commission akan tolak permohonan daftar syarikat sendirian berhad tetapi untuk pekerja buat kesatuan macam-macam ada soalan yang ditanya, macam-macam halangan. Budi bicara kesatuan sekerja itu besar untuk menolak dan sebagainya. Jadi, inilah kita mahu kurangkan dan kita mahu kesatuan dan pekerja juga ada hak yang lebih kurang sama. They have equal rights, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, itulah jaminan yang kita boleh bagi di sini Pakatan Harapan akan menjamin hak pekerja dengan cara yang lebih berkesan dan lebih baik daripada yang dicadangkan di dalam pindaan ini.
[Bangun]
Khususnya dengan kuasa Ketua Pengarah untuk batal apa-apa pendaftaran yang telah dibuat oleh beliau untuk sebuah kesatuan sekerja.
Yang Berhormat.
Silakan, sila.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak mencelah, tadi saya sudah bahas ada sebut cuma saya hendak dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Buloh kerana dia seorang peguam dan Tuan Yang di-Pertua pun ada di sini seorang pengamal undang-undang. Oleh sebab perbahasan ini sangat cantik memberikan cadangan-cadangan yang sangat baik. Cuma masalahnya kita ini Tuan Yang di-Pertua, sidang kita ini sepatutnya sampai bulan November tetapi ura-ura untuk dibubarkan. Jadi seolah-olahnya bagi saya- saya silap sebut tadi saya kata kita akan pergi kepada peringkat Dewan Negara rupa-rupanya tidak. Berasaskan kepada pembubaran tahun 1999 semua rang undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen ini mesti dibawa balik bersidang selepas daripada pilihan raya. Ini bermakna bahawa kita main-main pada hari ini... [Ketawa] Kita main-main bahas penat kering air liur, tiba-tiba bubar hari Jumaat ini. Selepas itu buat pilihan raya- siapa menang kena bawa balik. Bukannya hanya di peringkat Dewan Negara, ini satu perkara yang saya cukup kesal lah jika berlaku juga pembubaran Parlimen pada esok, lusa ataupun hari Jumaat ini sesuatu yang sangat malang kepada kita. Patutnya macam saya sebut tadi, kita tidak dipanggil sidang lah kalau hendak bubar. Bubar sebelum bersidang lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena adalah betul bila dikatakan apa-apa undang-undang
yang diluluskan pada minggu inilah sejak hari Isnin semalam sehingga Khamis akan sia- sialah kalau dibubarkan pada hari Jumaat, atau minggu depan. Kita kena Parlimen yang akan datang- sidang Parlimen akan buat semula semua, mereka tidak berkesan langsung dan ini akan berlaku. Baik, saya hendak ingin tegaskan satu kelemahan lagi..
Jadi, Yang Berhormat Menteri pun tidak payah gulunglah. Hendak gulung... [Ketawa]
Terpulang kepada dia. Kita serah kepada dia. Poin yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan ada rujukan di Jadual Keempat kepada kesalahan-kesalahan serius yang disebut dalam Penal Code.
Kesalahan macam ini di bawah seksyen 124, Penal Code, kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan jenayah tersusun- organized crime, terrorism, offense activities detrimental to Parliamentary Democracy dan sebagainya. Istilah yang digunakan ialah kalau kesatuan sekerja itu disabitkan untuk apa-apa kesalahan ini, itu akan memberi asas kepada ketua pengarah untuk batal afiliasi mereka dengan Federation Trade Union, lain atau di luar negara dan sebagainya. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, konsep trade union disabitkan ini, macam mana ia akan dipakai dalam Penal Code? Untuk syarikat di bawah undang-undang Security Companies Act, ataupun ‘Akta Trade Union’ di bawah undang-undang trade union, memang dalam undang-undang spesifik itu, syarikat atau kesatuan boleh dituduh sebagai badan itu. Akan tetapi di Penal Code, konsep kesatuan sekerja dituduh, didakwa dan disabit, saya agak kurang faham macam mana itu boleh berlaku. Apakah kaitan dengan perjalanan kesatuan sekerja dengan aktiviti macam itu? Jadi, inilah yang menimbulkan banyak soalan. Walaupun saya terima dengan baik pembatalan rujukan di akta sekarang, akta ibu bahawa pelanggaran akta sekarang, Akta Ibu, pelanggaran undang-undang lain yang terlalu luas itu dikeluarkan, itu bagus. Akan tetapi diganti dengan peruntukan yang macam tidak boleh difahami dan tidak ada kaitan dengan satu keadaan realiti atau cara perjalanan untuk kesatuan sekerja. Jadi inilah, saya sudah dengar rakan-rakan lain pun minta dikeluarkan tetapi kita pun tersangkut sebab kita mahu pindaan ini. Hampir kesemua pindaan ini bagus dan kita sokong walaupun ada macam ini yang tidak baik. Jadi di sini saya rasa perlu kita bagi Pakatan Harapan (PH), kita bagi jaminan bab- bab macam ini kita akan batal dalam pemerintahan kita. Kalau diamanahkan memerintah, kita akan kaji semula semua ini dan kita akan kuatkan lagi hak pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Akhir sekali dalam senarai pembahas tambahan ialah Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Vanakam Yang Berhormat Menteri. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan mengenai Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022. RUU ini berfokus kepada penubuhan kesatuan sekerja dengan mengurangkan sekatan. Saya ada berjumpa dengan beberapa orang kenalan dan membincangkan mengenai pindaan yang dilakukan ini. Antara kerisauan yang dibangkitkan adalah dengan kelonggaran yang diberikan akan membina ruang ketidakstabilan dalam kesatuan sekerja. Akhirnya, sukar untuk membentuk satu suara yang utuh dalam mengangkat isu-isu yang melibatkan pekerja. Oleh sebab itu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah tujuan utama yang menyebabkan kerajaan ingin meminda akta? Apakah keperluan sedia ada yang menjadi pindaan ini perlu kerana kerisauan terbesar saya iaitu objektif kewujudan kesatuan sekerja tidak mampu diperkuatkan?
Akhirnya, yang menang dalam perkara ini hanyalah majikan. Ini persoalan besar yang saya ingin tinggalkan kepada Yang Berhormat Menteri. Tugas utama kerajaan adalah dengan memastikan kuasa rakyat diperkuatkan, bukan bermain dengan perubahan sistem yang merugikan rakyat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Sungai Buloh berkenaan gaji rendah. Standards of living high, dengan izin, tetapi gaji tidak cukup seperti di negara jiran sebelah kita. Harus ada satu kajian menyeluruh di negara ini. Saya berdiri teguh dalam apa-apa perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat tetapi ada beberapa persoalan yang memerlukan perhatian agar rakyat lebih mendapat kebaikan daripadanya. Bagaimanakah kita mendapat pekerja yang tidak memberi masalah kepada majikan perlu dikaji? Kadangkala didapati cuti sakit sehingga majikan bermasalah. Saya juga hendak tanya bagaimana dengan pekerja asing. Adakah mereka terlibat dengan union kita, perlu diberi penjelasan. Selain itu, hari ini kita lihat di sebelah pihak kerajaan, ramai tidak hadir dan mereka tidak mengambil bahagian dalam masalah pekerja-pekerja terutama perubahan dalam undang-undang ini. Akan tetapi saya rasa mereka memahami dan perlu ada sokongan daripada kerajaan. Bagi Pakatan Harapan, tidak ada masalah, kita akan sokong sepenuhnya. Sama juga, sekiranya kita ada election pada masa ini, kita akan hadapi banyak masalah. Contohnya, keadaan negara tidak stabil lagi, ekonomi negara tidak stabil, harga barang melambung naik, rakyat masih marah dengan kita tetapi untuk kesenangan kita, kita hendak ada pembubaran Parlimen dan ada election dengan cepat. Ini masalah untuk Tuan Yang di-Pertua. Kalau esok hari Jumaat, dibubarkan Parlimen, saya tidak boleh jumpa dengan Tuan Yang di-Pertua in next election kah apa, saya pun tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua pun tidak tahu. Masalah ini... [Ketawa] So, kita perlu tegak balik. Masa itu adalah panjang, enam bulan. Bagilah chance sedikit kepada Tuan Yang di-Pertua juga berkhidmat lagi sampai penuhnya. Mengapakah tergesa-gesa hendak bubarkan Parlimen sekarang? Banyak masalah. Saya kasihan kepada Tuan Yang di-Pertua sekarang. Begitu baik sekali sekarang, hendak bubar Parlimen pula. Baru Tuan Yang di-Pertua ini datang menstabilkan kita punya Parlimen, tiba-tiba tengok dibubarkan. Haiya, apakah masalah ini? Ia sebab next election kita tidak tahu, mereka hendak pilih balik Tuan Yang di-Pertua kah? Saya akan sokong Tuan Yang di-Pertua untuk dipilih balik kalau ada peluang...
[Ketawa]
Jadi, kita haruslah ada satu sistem di negara kita, di mana satu-satu election itu mesti genap sehingga lima tahun. Barulah rakyat akan menghormati kita, bukannya kita tiba-tiba suka hati untuk kepentingan sendiri. Kita mahu sesuatu kebaikan kepada kita, tiba-tiba kita hendak bubarkan Parlimen, ada election dan sebagainya. Kita perlu ingat kepada rakyat. Rakyat ini adalah orang yang akan undi kita. Saya rasa rakyat sekarang kalau dengar hendak ada pembubaran Parlimen, mereka akan marah. Cuma satu bahagian sahaja akan sokong orang-orang yang sekarang ingin election. Jadi, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua sekarang saya rasa sudah bersama dengan Pakatan Harapan sebab masalah macam itu sangat besar yang ditanggung oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita berharap Tuan Yang di-Pertua akan bertanding balik kalau ada kerusi, datang balik untuk Parlimen ini untuk bersama-sama dengan kita kalau muka-muka ini masih lagi kekal. Sebelah sana ramai akan hilang.
Kalau hendak bertanding di Jerlun kah, boleh.
Pokok Sena. Pokok Sena.
Jerlun, Jerlun... [Ketawa]
Jadi, kita berharap kita akan duduk sini. Asalnya sebelah sana, sebelah sini. Kita hanya untuk menyuarakan
kepentingan negara kita. Kalau kita tidak ada satu suara yang baik untuk bawa negara kita maju ke depan, masalah generasi akan datang akan marah kepada kita. Di sini kita berkelahi dan juga bertengkar bukanlah kita hendak bergaduh dan bermusuh tetapi kita hendak bawa satu kebaikan untuk rakyat akan datang.
[Bangun]
Okey, silakan.
Yang Berhormat Padang Serai, adakah setuju dengan saya bahawa Parlimen hari ini merakamkan supaya Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk tidak akur kepada permintaan perompak untuk membubarkan Parlimen?
Saya setuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena sebab ramai rakyat di luar pun dia kata tidak mahu election sekarang, banyak masalah. Cuti sekolah, masih bersekolah, masih lagi macam-macam masalah yang kita hadapi.
Balik kepada akta Yang Berhormat.
Okey, terima kasih. Seterusnya, terdapat keperluan untuk semua perkara yang saya suarakan diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat. Kita juga mesti ada satu sistem di negara kita supaya menarik pekerja-pekerja di mana-mana syarikat yang berminat hendak pergi kerja dan tidak mahu ada ambil cuti sakit dengan sewenang-wenangnya. Sepertinya, sekiranya kita bayar RM1,500 basic dia dan kita perlu adakan satu elaun yang begitu tinggi seperti RM50 jika hadir bekerja. Baru rakyat ini dia terus pergi kerja sebab kalau dia tidak pergi kerja hari itu, dia hilang RM50 ataupun RM100. Begitulah kita kena tarik mereka. Kalau RM1,500 kalau dia cuti sakit pun, gaji bayar macam itu juga. Itu sebab orang kita jadi malas. Kalau kita bagi imbuhan-imbuhan yang spesial untuk warganegara kita, mereka akan rajin dan sentiasa akan pergi kerja. Ini dibuktikan, di sebuah syarikat telah dibuktikan seperti ini. Mereka tidak ada, cuti pun tidak mahu ambil sekarang. Dia mahu kerja juga sebab dia kata dia mahu gaji penuh. Jadi inilah cara-cara. Kalau Yang Berhormat Menteri ada idea, saya boleh bagi idea sedikit macam mana kita hendak bawa mereka ke sebuah tempat yang mereka minat hendak bekerja. So, dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini, dan berharap Yang Berhormat Menteri pun akan kekal selepas election ini dan kita akan jumpa balik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai kerana setuju untuk memberikan kerusi Yang Berhormat kepada saya... [Ketawa] Oleh sebab masa telah melebihi 5.30, maka perbahasan hari ini pun telah tamat. Esok akan disambung dengan Yang Berhormat Menteri menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu esok, 5 Oktober 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Maklum Balas Kerajaan Terhadap Hasil Siasatan Kematian Gadis Belanda Bernama Ivana Smit pada 2017Special Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 7 Disember 2017, seorang gadis dari Belanda yang berumur 18 tahun bernama Ivana Smit ditemui mati dalam keadaan bogel dalam longgokan serpihan runtuhan di balkoni Unit 6-5, Kondominium CapsSquare di Kuala Lumpur.
Mendiang Ivana Smit dilihat buat kali terakhir di Unit 20-5 di bangunan yang sama sebelum kematiannya. Siasatan polis terhadap kematian wanita ini diketuai oleh ASP Faizal bin Abdullah. Siasatan dijalankan di bawah nama “Kematian Secara Tiba-tiba” (Sudden Death) dan siasatan ditutup pada hari yang sama.
Keluarga mendiang Ivana Smit tidak dapat menerima keputusan siasatan polis dan mereka telah memohon bantuan dan campur tangan daripada Kerajaan Belanda. Kes mendiang Ivana Smit kemudian dihantar ke Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Malaysia (CID) di Bukit Aman dan ASP Faizal bin Abdullah sekali lagi dilantik sebagai Pegawai Penyiasat dan beliau masih menyiasat kes ini di bawah “Sudden Death” dan bukan di bawah Kertas Siasatan (IP) selain daripada “Sudden Death”.
Pada Disember 2017, ahli keluarga mendiang Ivana Smit sekali lagi mendapat bantuan Kerajaan Belanda agar inkues rasmi dijalankan. Lanjutan itu, Pejabat Peguam Negara Malaysia mengarahkan inkues diadakan di hadapan Hakim Koroner. Pada 8 Mac 2019, Koroner membuat keputusan dalam pendengaran inkues bahawa kematian Ivana Smit adalah “misadventure”.
Keluarga Ivana Smit kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan inkues. Pada 22 November 2019, Hakim Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan inkues dan menggantikannya dengan keputusan “Death by person or persons unknown”. Hakim juga memerintahkan Peguam Negara untuk mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
Kerajaan kemudian menubuhkan satu pasukan petugas khas pada atau sekitar 27 November 2019 untuk menyiasat kematian mendiang Ivana Smit semula. ASP Faizal bin Abdullah sekali lagi dilantik menjadi anggota dalam pasukan petugas tersebut.
Pada sekitar Oktober 2020, ASP Faizal bin Abdullah memohon salinan laporan bedah siasat daripada pihak Kerajaan Belanda. Pada 21 Jun 2022, Perdana Menteri Malaysia memberi jaminan kepada Kerajaan Belanda dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, bahawa kematian Ivana Smit akan dikendalikan secara telus dan adil. Jaminan Perdana Menteri kita juga ditulis dalam Twitter beliau.
Lanjutan itu, peguam ahli keluarga Ivana pun mengutus surat kepada Perdana Menteri untuk memohon senarai nama ahli pasukan petugas khas yang menyiasat kematian tersebut dan juga hasil siasatan, tetapi kerajaan masih belum beri maklum balas sehingga hari ini.
Saya ingin minta Perdana Menteri memberi jawapan berkenaan perkembangan siasatan ini dan juga sebab kes ini dilengah-lengahkan oleh pihak polis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan polis berkait Dang Wangi Repot 32889/2017 pada 7 Disember 2017.
Satu panggilan kecemasan diterima melalui MERS 999 daripada satu perempuan India menyatakan terdapat orang jatuh di balkoni Unit 6-5 CapSquare Residence, Persiaran CapSquare Kuala Lumpur. Mangsa merupakan seorang perempuan warganegara Belanda bernama Ivana Smit Esther Robert.
Pada awalnya, siasatan PDRM mengklasifikasikan kes sebagai kes mati mengejut setelah siasatan mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian si mati. Inkues telah dijalankan di hadapan Koroner di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta pada bulan Ogos 2018.
Walau bagaimanapun setelah inkues dijalankan, sejumlah saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk dua orang saksi pakar iaitu Pakar Perunding Forensik dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan Pakar Pathologi Belanda yang akhirnya Koroner telah membuat dapatan kematian si mati disebabkan oleh misadventure (nahas).
Peguam pemerhati yang telah dilantik oleh keluarga si mati telah memfailkan semakan keputusan yang dibuat oleh Koroner di Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Tinggi telah mengetepikan verdict yang dibuat oleh Koroner dan memutuskan kematian si mati disebabkan oleh seseorang individu atau lebih yang tidak dikenal pasti. Pihak PDRM telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh pada 4 Disember 2019.
Selain itu, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Kajian Semula terdiri daripada enam orang pakar perubatan dari Kementerian Kesihatan dan pusat pengajian bagi membuat kajian berhubung hasil bedah siasat kali pertama dan bedah siasat kali kedua yang dilakukan di Belanda. Ini kerana terdapat percanggahan antara bedah siasat pertama dan kedua.
Pasukan Kajian Semula telah membuat permohonan mendapatkan enam dokumen dari pihak Patologi Belanda pada 10 Mac 2020 bagi membantu siasatan. Semua dokumen tersebut telah dikemukakan sepenuhnya kepada PDRM pada 30 Oktober 2020. Dokumen-dokumen yang diterima telah diteliti dan perlu dibincangkan bersama pihak yang berkepakaran.
Pada 23 Mac 2022, setelah situasi pandemik COVID-19 di Malaysia agak reda, mesyuarat telah diadakan antara PDRM dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan penubuhan Pasukan Siasatan Patalogi Forensik untuk mengkaji laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Forensik HKL dan Forensik Belanda (kali kedua).
Pada 12 Mei 2022, KKM telah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Siasatan Patalogi Forensik. Seramai tujuh orang Pakar Forensik daripada pihak KKM dan universiti tempatan telah menganggotai pasukan ini. Tempoh masa selama enam bulan diberikan kepada Pasukan Siasatan Patalogi Forensik untuk menyediakan laporan.
Dakwaan yang mengatakan pihak PDRM melengah-lengahkan siasatan adalah tidak benar sama sekali. PDRM telah menjalankan siasatan dengan telus dan adil tanpa mengira latar belakang individu berkenaan berlandaskan undang- undang dan peraturan yang sedia ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek Perumahan Swasta Taman Permata Impian, Kulai, Johor yang TerbengkalaiSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Projek Perumahan Swasta bermasalah Taman Permata Impian di Mukim Senai, Kulai, Johor sudah berlarutan selama 20 tahun.
Pemaju untuk projek ini iaitu Renewed Global Sdn. Bhd. (No. Syarikat:
202807-H) beralamat Little Paris Mall Lobby, Blok A, Jalan Jaya Putera 1/1, Bandar Jaya Putra, 81100 Johor Bahru, Johor.
Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani sejak tahun 2002. Namun, sehingga ke hari ini, pembeli-pembeli tersebut masih belum lagi menerima kunci dan milikan kosong untuk menduduki rumah-rumah tersebut. Mereka terpaksa menumpang dan menyewa di tempat lain sepanjang 20 tahun ini.
Perkara yang membebankan mereka adalah dikehendaki membayar pinjaman bank termasuk faedah yang perlu dilunaskan, sedangkan mereka tidak pun menduduki rumah-rumah tersebut. Ada juga antara pembeli-pembeli yang gagal melunaskan bayaran tersebut telah di senarai hitam atau di isytihar bankrap oleh institusi kewangan.
Ini bukan kali pertama saya membawa isu ini di Parlimen. Namun, pelbagai mesyuarat telah pun diadakan oleh pihak agensi kerajaan bersama pihak pemaju, pembeli dan bank pembiaya seharusnya sudah ada sinar penyelesaian terhadap isu ini.
Soalan saya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
(i) apakah status perkembangan kaedah penyelesaian bagi nasib pembeli bagi projek perumahan swasta bermasalah di Taman Permata Impian, Kulai, Johor di antara pemaju dan bank pembiaya?;
(ii) apakah tindakan susulan diambil setelah sesi mesyuarat yang dijadualkan pada tarikh 23 Ogos 2022 di JPN bersama pemaju, bank-bank pembiaya, Pihak Berkuasa Tempatan (MPKu), Pejabat Tanah dan Daerah Kulai
(PTDKu), Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan wakil pembeli?;
(iii) berapakah jumlah pembeli yang bersetuju dengan kaedah jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak pemaju?
Sekiranya ada pembeli yang tidak bersetuju, apakah tindakan kaedah penyelesaian yang akan diambil?;
(iv) apakah kaedah yang digunakan oleh pemaju untuk mendapat maklumat pembeli seperti nombor telefon dan alamat terkini pembeli yang lain?; dan
(v) apakah tindakan lain yang lebih efisien yang dilakukan oleh pihak pemaju untuk mendapatkan maklumat pembeli yang gagal dihubungi?
Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Perumahan Taman Permata Impian, Kulai dimajukan oleh Renewed Global Sdn. Bhd. (RGSB) yang melibatkan 284 unit Rumah Kedai 2 Tingkat (RK2T) dengan jumlah pembeli seramai 194 orang di mana perjanjian jual beli yang pertama telah ditandatangani pada tahun 2002.
Pihak pemaju telah memohon Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan bagi projek ini daripada pihak Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang menyelia kawasan berkenaan.
Beberapa mesyuarat dan perbincangan telah diadakan bagi mengenal pasti kaedah penyelesaian sejak tahun 2012 melalui rundingan di antara tiga pihak yang terlibat iaitu RGSB, pembeli dan pembiaya yang mana mengambil masa yang panjang kerana perlu mendapat persetujuan kesemua pembeli yang terjejas.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT juga telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak pemaju, bank-bank pembiaya serta wakil pembeli pada 23 Ogos 2022. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:
(i) RGSB membuat cadangan penyelesaian untuk pembeli di mana pemaju akan membuat bayaran pemulangan kepada pembeli mengikut jumlah amaun yang telah dibayar oleh pembeli kepada pihak bank pembiaya berdasarkan pengeluaran oleh pihak bank dan pemaju bersetuju untuk memberikan “investment package” sebanyak 46 peratus daripada harga Perjanjian Jual Beli sebagai tambahan
kepada pembeli di atas kerugian yang telah ditanggung oleh mereka;
(ii) RGSB akan membuat bayaran kepada pihak pembiaya secara berperingkat mengikut jumlah pembeli yang telah bersetuju dengan kaedah penyelesaian yang ditawarkan;
(iii) terdapat seramai 61 orang pembeli daripada 185 orang pembeli yang telah bersetuju untuk membuat penyelesaian bersama-sama bank pembiaya; dan
(iv) KPKT telah mengarahkan RGSB untuk mengesan pembeli melalui kaedah pengiklanan di akhbar-akhbar utama dan mendapatkan maklumat dari bank-bank pembiaya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah mengadakan mesyuarat susulan pada 3 Oktober 2022 bersama pemaju, bank-bank pembiaya, pihak berkuasa tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah Kulai (MDKu), Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan wakil pembeli untuk mendapatkan status terkini urusan penyelesaian pembeli. KPKT juga akan memantau dan mengadakan mesyuarat susulan mengikut keperluan semasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.48 petang]