Dewan Rakyat · 19 December 2022
15th Parliament, session 1, meeting 1 · 1,727 turns · 30,131 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
Proklamasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Memanggil Parlimen Untuk Bermesyuarat
[Membaca Proklamasi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong]
Proklamasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Memanggil Parlimen Untuk Bermesyuarat — “Proklamasi Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dengan Kurnia Allah, Ketua Utama Negara Bagi Negeri-Negeri Dan Wilayah-Wilayah Malaysia.”
BAHAWASANYA, Parlimen telah dibubarkan pada 10 hari bulan Oktober, 2022; DAN BAHAWASANYA Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH, dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, DENGAN INI MEMANGGIL Parlimen untuk bermesyuarat dan menetapkan sembilan belas hari bulan Disember, dua ribu dua puluh dua, dan pukul sepuluh pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Malaysia Yang Kelima Belas yang akan diadakan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan. DIPERBUAT di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada 28 hari bulan November 2022. Dengan Titah Perintah Baginda t.t DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Perdana Menteri
Pemilihan Tuan Yang Di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut aturan yang dinyatakan di dalam Peraturan Mesyuarat 1. Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat akan menjalankan urusan memilih Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Saya telah menerima dua cadangan untuk pemilihan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Cadangan itu datangnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam suratnya bertarikh 5 Disember 2022 dan dari Yang Berhormat Larut bertarikh 5 Disember 2022. Oleh yang demikian, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan cadangan memilih Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Setiausaha, saya mencadangkan Yang Berbahagia Datuk Johari bin Abdul dipilih menjadi Tuan Yang di- Pertua Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Saya menyokong Usul itu.
[Tepuk]
Yang Berhormat Larut, dipersilakan untuk mengemukakan cadangan untuk memilih Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Tuan Setiausaha, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab terdapat lebih daripada seorang yang dicadangkan dan disokong untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), Majlis Mesyuarat akan membuat pilihan memilih Tuan Yang di-Pertua dengan undi bersurat. Bagi maksud undi bersurat, pegawai-pegawai Dewan akan mengedarkan kertas- kertas undian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat diharap dapat mengisi kertas itu dengan sempurna dengan menulis nama calon yang dipilih dan menandatangani dengan nama ahli yang memilih. Lepas itu, lipatkan kertas itu dan serahkan kepada Setiausaha untuk dikira. Saya akan mengambil keputusan undi ini sebaik sahaja ia dikira. Pegawai- pegawai Dewan, akan mengedarkan kertas-kertas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut Blok.
[Kertas-kertas undian diedarkan]
Ahli-ahli Yang Berhormat telah menerima kertas undi seorang satu. Dipersilakan mengisi kertas undi itu dengan sempurna dan menandatanganinya dengan nama ahli yang memilih. Selepas itu lipatkan kertas itu dan tunggu sehingga dipungut oleh pegawai-pegawai Dewan.
[Pengundian dijalankan]
[Pengiraan undi dijalankan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi adalah seperti yang berikut: • Yang Berbahagia Dato’ Johari bin Abdul mendapat 147 undi.
[Tepuk]
• Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad mendapat 74 undi.
[Tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, maka menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Johari bin Abdul dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Majlis dengan itu mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Johari bin Abdul masuk ke Dewan.
[Yang Berhormat Dato’ Johari bin Abdul masuk ke dalam Dewan dan dipakaikan jubah oleh Setiausaha, kemudian menuju ke Kerusi]
[Dewan tepuk]
Tahniah Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah UMNO.
Tuan Yang Di-Pertua Mengangkat Sumpah
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya Johari bin Abdul, setelah dipilih memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.
[Tepuk]
[Tuan Yang di-Pertua menurunkan tandatangan pada Buku Sumpah dan Ikrar]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya syukur dan puji kepada Allah Yang Maha Esa atas limpahan nikmat dan kurnia-Nya serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang masing-masing telah mencadang dan menyokong usul untuk saya dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Saya juga berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memilih saya dalam proses memilih Yang di-Pertua sebentar tadi. Pemilihan saya ke jawatan ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi. Namun saya sedar ia adalah amanah yang besar kepada negara.
Sesungguhnya saya berikrar, akan berusaha sedaya upaya dan semampu saya untuk memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini sepenuhnya. Saya yakin, segala pengalaman dan pengetahuan saya sebelum ini sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, ahli perniagaan, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut membantu saya dalam melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Saya berharap, Ahli-ahli Yang Berhormat akan bekerjasama dengan saya dalam kita menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Rakyat. Saya yakin bahawa Ahli- ahli Dewan Rakyat yang akan mengangkat sumpah sebentar lagi, dapat memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman dalam membangunkan negara di mana di kalangan Yang Berhormat, pernah memegang jawatan sebagai Jemaah Menteri, mahupun barisan pembangkang di Dewan yang mulia ini. Seperti yang diketahui umum, kerusi Yang di-Pertua Dewan merupakan simbolik kepada kuasa dan bidang tugas Yang di-Pertua Dewan pula mengawal selia mesyuarat dan memastikan kelancaran mesyuarat dengan pematuhan peraturan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang jelas termaktub dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Justeru, saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat ini untuk menghormati kerusi Yang di-Pertua Dewan ini, dengan memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya sebagai Yang di-Pertua Dewan, bukan atas dasar kapasiti peribadi, tetapi sebagai individu yang dipilih menduduki kerusi ini yang diberi tanggungjawab dalam segala prosiding dan urusan dalam Dewan yang mulia ini. Oleh itu, jadikan Dewan yang mulia ini sebagai sebuah platform untuk menyampaikan teguran yang membina, dan menyampaikan pendapat-pendapat yang molek dan bernas. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai medan politik kumpulan mahu pun individu. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan rendah diri ingin merakamkan jutaan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya kerajaan yang terbentuk pada hari ini adalah menjunjung titah perkenan Seri Paduka Baginda jua. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengundi kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada kali ini dalam mencorakkan kepimpinan negara. Pilihan raya kali ini juga menyaksikan penglibatan golongan anak muda seawal umur 18 tahun sebagai pengundi yang telah memberi impak peningkatan besar peratusan pengundi yang keluar mengundi buat julung kalinya dalam sejarah PRU, sekali gus turut memberi sumbangan yang penting dalam membentuk hala tuju negara. Akhir kata, saya berjanji akan cuba untuk menunaikan tugas-tugas saya dengan adil dan saksama seperti mana sumpah yang telah saya lafazkan tadi. Samalah kita beriltizam dan bekerjasama untuk memacu dan menjayakan hala tuju membina masa hadapan negara tercinta ini. Marilah kita tanamkan tekad untuk menyumbang kesejahteraan dan keharmonian rakyat seluruhnya. Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini, saya juga ingin menyatakan kesedihan dengan insiden terjadi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan nyawa. Dengan demikian, saya menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat. Saya berharap agar keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dengan dugaan ini. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen sesungguhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja mencari, menyelamat terutamanya pasukan keselamatan, agensi penyelamat, pasukan perubatan dalam usaha mencari dan menyelamatkan mangsa. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Kepada yang beragama Islam, diminta menghadiahkan Al-Fatihah dan kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah.
[Ahli-ahli bangun bertafakur]
Terima kasih Yang Berhormat, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4(7), sekarang saya meminta Setiausaha menyimpan Kertas-kertas Undi yang dijalankan dalam pengundian tadi dalam peti undi dan dilakrikan. Peti undi yang telah dilakrikan itu akan disimpan di bawah jagaan Setiausaha selama satu bulan dan selepas itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang diterima kepada Majlis Mesyuarat ini, Setiausaha hendaklah membakar Kertas-kertas Undi itu dan seterusnya mengesahkan kepada Majlis Mesyuarat ini bahawa Kertas-kertas Undi telah dibakar.
Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli
Ahli-ahli Yang Berhormat, sampailah kita kepada Upacara Mengangkat Sumpah. Untuk menjimatkan masa, saya meminta Ahli-ahli Yang Berhormat keluar dan mengangkat sumpah di rostrum seorang demi seorang. Ahli-ahli akan mengangkat sumpah di rostrum. Sila sebutkan nama masing-masing mengikut nama dalam Kad Pengenalan selepas membaca perkataan, “Saya…” dalam teks Sumpah yang disediakan di atas rostrum berkenaan. Semasa seorang Ahli sedang mengangkat sumpah, Ahli-ahli lain telah sedia bergerak meninggalkan tempat duduk masing-masing. Dalam tempoh yang sama, tiga orang Ahli telah sedia berdiri di belakang Ahli yang sedang mengangkat sumpah. Sebaik sahaja Ahli yang mengangkat sumpah selesai, maka Ahli yang berkenaan akan terus menandatangani Buku Sumpah yang ada di atas meja yang telah disediakan, dan kemudian balik ke tempatnya. Sementara itu, ahli yang menunggu di belakang terus mara mengangkat sumpah mengikut susunan gilirannya dan kekosongan tempatnya digantikan oleh ahli lain yang sedang menunggu di laluan hala menuju ke tempat mengangkat sumpah dan seterusnya. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengangkat sumpah, diikuti oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat. Silakan.
[Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah]
1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim 2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi 3. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Fadillah bin Yusof 4. Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook 5. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu 6. Yang Berhormat Tuan Mohd Rafizi bin Ramli 7. Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming 8. Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan 9. Yang Berhormat Dato' Sri Alexander Nanta Linggi 10. Yang Berhormat Dato’ Seri Salahuddin bin Ayub 11. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin 12. Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang 13. Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
14. Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick 15. Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Nancy binti Shukri 16. Yang Berhormat Dato' Seri Azalina Othman Said 17. Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek 18. Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 19. Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang 20. Yang Berhormat Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu 21. Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali 22. Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh 23. Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa 24. Yang Berhormat Dato Seri Tiong King Sing 25. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan 26. Yang Berhormat Tuan Sim Chee Keong
27. Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Habibollah 28. Yang Berhormat Tuan Chan Foong Hin 29. Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir 30. Yang Berhormat Tuan Haji Adly bin Zahari 31. Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang 32. Yang Berhormat Datuk Siti Aminah binti Aching 33. Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib 34. Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad 35. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah 36. Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong 37. Yang Berhormat Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal 38. Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup 39. Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh 40. Yang Berhormat Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
41. Yang Berhormat Dato’ Sri Huang Tiong Sii 42. Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Alamin 43. Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan 44. Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching 45. Yang Berhormat Puan Lim Hui Ying 46. Yang Berhormat Tuan Adam Adli Abd Halim 47. Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud 48. Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni 49. Yang Berhormat Datuk Ugak anak Kumbong 50. Yang Berhormat Tuan Ts. Zahir bin Hasan 51. Yang Berhormat Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj 52. Yang Berhormat Datuk Jonathan bin Yasin 53. Yang Berhormat Datuk Matbali bin Musah 54. Yang Berhormat Tuan Suhaimi bin Nasir 55. Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya 56. Yang Berhormat Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali 57. Yang Berhormat Tuan Aminolhuda Hassan
58. Yang Berhormat Tuan Manndzri bin Nasib 59. Yang Berhormat Tuan Tan Kar Hing 60. Yang Berhormat Tuan Chow Yu Hui 61. Yang Berhormat Tuan Tan Hong Pin 62. Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy 63. Yang Berhormat Dato’ Ramanan Ramakrishnan 64. Yang Berhormat Tuan Lee Chean Chung 65. Yang Berhormat Tuan Ganabatirau a/l Veraman 66. Yang Berhormat Tuan Syahredzan bin Johan 67. Yang Berhormat Puan Rodziah binti Ismail
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemakluman daripada Yang Berhormat Hulu Langat akan keadaan kesihatan beliau yang baharu sahaja menjalani pembedahan pada minggu lalu dan beliau tidak dibenarkan untuk berjalan. Sehubungan itu, saya membenarkan Yang Berhormat Hulu Langat untuk mengangkat sumpah di tempatnya. Silakan Bentara. 68. Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamdan 69. Yang Berhormat Tuan Haji Azli bin Yusof
70. Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse 71. Yang Berhormat Tuan Haji Onn bin Abu Bakar 72. Yang Berhormat Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa 73. Yang Berhormat Dato’ Adnan bin Abu Hassan 74. Yang Berhormat Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli 75. Yang Berhormat Tuan Edwin anak Banta 76. Yang Berhormat Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri 77. Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman 78. Yang Berhormat Puan Syerleena binti Abdul Rashid 79. Yang Berhormat Tuan Lo Su Fui 80. Yang Berhormat Tuan Roy Angau anak Gingkoi 81. Yang Berhormat Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli 82. Yang Berhormat Tuan Chong Zhemin 83. Yang Berhormat Tuan Lee Chuan How 84. Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari 85. Yang Berhormat Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie
86. Yang Berhormat Tuan Riduan bin Rubin 87. Yang Berhormat Dato’ Verdon bin Bahanda 88. Yang Berhormat Puan Rodiyah binti Sapiee 89. Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail 90. Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob 91. Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng 92. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal 93. Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong 94. Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein 95. Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman 96. Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo 97. Yang Berhormat Puan Teresa Kok 98. Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson 99. Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow 100. Yang Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun
101. Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai 102. Yang Berhormat Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem 103. Yang Berhormat Datuk Seri Saravanan a/l Murugan 104. Yang Berhormat Datuk Seri Amirudin bin Shari 105. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad 106. Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani 107. Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun 108. Yang Berhormat Datuk Seri Jalaluddin bin Alias 109. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin 110. Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen 111. Yang Berhormat Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien 112. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad 113. Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin 114. Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy 115. Yang Berhormat Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik 116. Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim
117. Yang Berhormat Tuan Wong Chen 118. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau 119. Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen 120. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan 121. Yang Berhormat Datuk Willie anak Mongin 122. Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham 123. Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi 124. Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee 125. Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Mohd Nor 126. Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng 127. Yang Berhormat Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah 128. Yang Berhormat Dr. Kelvin Yii Lee Wuen 129. Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew 130. Yang Berhormat Tuan Mordi anak Bimol 131. Yang Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad 132. Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man 133. Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng 134. Yang Berhormat Tuan Kesavan a/l Subramaniam
135. Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng 136. Yang Berhormat Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji 137. Yang Berhormat Tuan Wong Kah Woh 138. Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin. 139. Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh 140. Yang Berhormat Tuan Yusuf bin Abd Wahab 141. Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi 142. Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong. 143. Yang Berhormat Dato Anyi Ngau. 144. Yang Berhormat Tuan P. Prabakaran. 145. Yang Berhormat Tuan Khoo Poay Tiong. 146. Yang Berhormat Tuan Pang Hok Liong. 147. Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin. 148. Yang Berhormat Datuk Wetrom bin Bahanda.
149. Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin. 150. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin. 151. Yang Berhormat Tan Sri Abdul Hadi Awang. 152. Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man. 153. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. 154. Yang Berhormat Datuk Idris bin Ahmad. 155. Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin. 156. Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin bin Abdullah. 157. Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim. 158. Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan. 159. Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin. 160. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman. 161. Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid. 162. Yang Berhormat Datuk Ali anak Biju.
163. Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya 164. Yang Berhormat Datuk Muslimin bin Yahaya 165. Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary 166. Yang Berhormat Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff 167. Yang Berhormat Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz 168. Yang Berhormat Datuk Haji Awang bin Hashim 169. Yang Berhormat Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh 170. Yang Berhormat Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim 171. Yang Berhormat Tuan Che Alias bin Hamid 172. Yang Berhormat Datuk Wan Saifulrudin bin Wan Jan 173. Yang Berhormat Dato' Khlir bin Mohd Nor 174. Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh 175. Yang Berhormat Dato’ Mumtaz binti Md Nawi 176. Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman 177. Yang Berhormat Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman 178. Yang Berhormat Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden
179. Yang Berhormat Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail 180. Yang Berhormat Tuan Zahari bin Kechik 181. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki 182. Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi 183. Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Ismail 184. Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Alias bin Razak 185. Yang Berhormat Dato Azman bin Nasrudin 186. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun 187. Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin 188. Yang Berhormat Tuan Muhammad Islahuddin bin Abas 189. Yang Berhormat Tuan Hassan bin Saad 190. Yang Berhormat Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi 191. Yang Berhormat Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi 192. Yang Berhormat Tuan Nurul Amin bin Hamid 193. Yang Berhormat Tuan Roslan bin Hashim 194. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Herda
195. Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal 196. Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman 197. Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib 198. Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli 199. Yang Berhormat Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah 200. Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit
Sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peraturan 12(1), kita sepatutnya menangguhkan Dewan pada pukul 1.00 tengah hari. Akan tetapi, masih terdapat beberapa orang Ahli Yang Berhormat belum mengangkat sumpah. Oleh itu Yang Berhormat Menteri akan membentangkan usul agar Dewan terus bersidang selepas jam 1.00 tengah hari sehingga semua Ahli-ahli Yang Berhormat selesai mengangkat sumpah. Saya menjemput Yang Berhormat membentangkan usul.
Usul-Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan berhenti rehat pada jam 1.00 tengah hari sehingga selesai Ahli-ahli Mengangkat Sumpah”.
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Upacara mengangkat sumpah ahli-ahli diteruskan]
Teruskan. 201. Yang Berhormat Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal 202. Yang Berhormat Dr. Hajjah Halimah Ali 203. Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir 204. Yang Berhormat Tuan Kamal bin Ashaari 205. Yang Berhormat Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid 206. Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin 207. Yang Berhormat Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan
208. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan 209. Yang Berhormat Dr. Siti Mastura binti Mohamad 210. Yang Berhormat Kapten Azahari bin Hasan 211. Yang Berhormat Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad 212. Yang Berhormat Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah 213. Yang Berhormat Tuan Zakri bin Hassan 214. Yang Berhormat Tuan Rushdan bin Rusmi 215. Yang Berhormat Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim 216. Yang Berhormat Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor 217. Yang Berhormat Komander TLDM (B) Nordin bin Ahmad Ismail 218. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib 219. Yang Berhormat Tuan Kalam bin Salan 220. Yang Berhormat Tuan Wan Razali bin Wan Nor 221. Yang Berhormat Tuan Jamaluddin bin Yahya 222. Yang Berhormat Tuan Fathul Huzir bin Ayob
Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah selesai sudah Upacara Mengangkat Sumpah. Yang Berhormat diminta perhatian dan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk ke Dewan Bankuet selepas sidang ini bagi sesi bergambar beramai- ramai- Ahli Dewan Rakyat, Majlis Parlimen Kelima Belas, serta Ahli-ahli Yang Berhormat juga dijemput untuk makan tengah hari yang telah pun disediakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditempohkan hingga jam 2.30 petang. Sekian terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.11 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Setiausaha silakan.
Usul-Usul — Pemilihan Dua Orang Timbalan Yang Di-PertuaMotion
Saya telah menerima tiga cadangan untuk pemilihan dua Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Cadangan pertama, datangnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam suratnya bertarikh 5 Disember 2022. Cadangan kedua datang daripada Yang Berhormat Kota Bharu, dalam suratnya bertarikh 5 Disember 2022. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mencadangkan pemilihan dua orang Timbalan Yang di-Pertua Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Mohd Nor, Cameron Highlands; dan Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng, Lanang, dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Kota Bharu akan mencadangkan Usul Memilih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Terima kasih.
Sokong, sokong.
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Terengganu menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab ada tiga orang Ahli Yang Berhormat telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua, dan oleh sebab Perkara 57(1)(b), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya dua orang Timbalan Yang di-Pertua yang dipilih di kalangan Ahli Dewan Rakyat, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat akan membuat pemilihan dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan undi bersurat. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), Majlis Mesyuarat akan membuat pemilihan untuk memilih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dengan Undi Bersurat. Bagi maksud pilihan undian bersurat, pegawai-pegawai Dewan akan mengedarkan Kertas-kertas Undi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat diharap dapat mengisi kertas itu dengan sempurna dengan menuliskan hanya dua nama calon sahaja, nama calon yang dipilih dan menandatanganinya. Selepas itu, lipatkan kertas itu dan serahkan kepada Setiausaha untuk dikira. Saya akan mengumumkan keputusan undi itu sebaik sahaja dikira. Pegawai-pegawai Dewan yang berkenaan, sila datang ke meja Setiausaha dan ambil Kertas-kertas Undi dan edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ke Blok masing- masing. Silakan.
[Kertas-kertas Undian diedarkan]
Tuan Yang di-Pertua, Kota Bharu.
Saya.
Point of order. Saya ingin mendapat penjelasan daripada apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Adakah setiap Ahli perlu memilih dua atau boleh memilih satu orang sahaja, untuk kedua-dua jawatan ini?
Okey Yang Berhormat, pilih satu pun boleh, kedua-dua pun boleh tetapi bukan tiga. Okey, satu boleh, dua boleh, jangan tiga. Kalau tiga dikira undi rosak. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menerima Kertas-kertas Undi seorang satu, dipersilakan untuk mengisi Kertas Undi itu dengan sempurna dan jangan lupa menandatanganinya. Terima kasih. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, pohon penjelasan. Adakah kami yang dicalonkan, boleh mengundi?
Boleh Yang Berhormat. Waktu ini Yang Berhormat masih Yang Berhormat. Boleh mengundi.
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di- Pertua, seharusnya kebiasaannya kita bunyi dulu loceng dua minit untuk memanggil Ahli- ahli Yang Berhormat yang masih di luar. Ini terus jalan undi macam banyak yang kurang.
Loceng yang dipanggil tadi sudah berbunyi dua minit. Maksud Yang Berhormat?
Tidak dengar, tidak dengar dekat Blok.
Kebiasaannya apabila ada undi sebegini, loceng akan dibunyikan lagi untuk kali kedua supaya awareness Wakil-wakil Rakyat yang di luar faham bahawa kita ada ‘perniagaan’ dalam Dewan ini.
Okey, we take note...
[Dewan riuh]
Sokong, Yang Berhormat Kinabatangan, sokong.
Lazimnya kalau ada belah bahagian, kita akan bunyikan lagi tetapi ini bersurat, tidak payah bunyi-bunyi lagi...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, keputusan Yang Berhormat tadi di bawah peraturan mana? Peraturan mesyuarat tidak perlu bunyi loceng oleh sebab saya berlari-lari, saya tidak dengar bunyi loceng tadi. Penat saya...
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Diamlah you, saya tanya Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Arau...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tadi sebelum kita rehat, saya kata kita masuk balik 2.30 petang dan saya sudah umumkan bahawa pengundian akan berlaku. Terima kasih.
[Pengundian dijalankan]
[Pengiraan undi dijalankan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian adalah seperti berikut: • Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Mohd Nor (Cameron Highlands), mendapat 148 undi.
[Tepuk]
• Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang), mendapat 146 undi.
[Tepuk]
• Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin (Masjid Tanah), mendapat 74 undi.
[Tepuk]
Dengan itu, saya mengisytiharkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Parlimen Lanang telah dipilih sebagai Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Tahniah UMNO dan DAP.
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Hoi, hoi, ya hoi.
[Ketawa]
[Timbalan-timbalan Yang di-Pertua mengambil tempat yang disediakan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4(7), sekarang saya dengan ini meminta Setiausaha menyimpan kertas-kertas undi yang dijalankan dalam pengundian tadi di dalam peti undi dan dilakrikan. Peti undi yang telah dilakrikan itu akan disimpan di bawah jagaan Setiausaha selama satu bulan dan selepas itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang diterima daripada Majlis Mesyuarat ini, Setiausaha hendaklah membakar kertas-kertas undi itu dan seterusnya mengesahkan kepada Majlis Mesyuarat ini bahawa kertas-kertas undi telah dibakar. Silakan Setiausaha, urusan seterusnya.
Usul-Usul — Jalan-Jalan Masuk Ke ParlimenMotion
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang diPertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dibacakan tadi hendaklah dipersetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2)Motion
Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 1 iaitu bagi membolehkan: (i) Titah Diraja diadakan pada penggal akan datang; (ii) Penerangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai insiden tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor; (iii) Bacaan Kali Pertama Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 (Aturan Mesyuarat nombor 7); dan (iv) Usul Undi Percaya Terhadap Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun Sebagai Perdana Menteri dibahas dan diputuskan (Aturan Mesyuarat No.8)”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada yang menyokong?
Saya sokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Pelantikan Ketua Pembangkang
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3), saya suka hendak memaklumkan iaitu mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Ahli Parlimen Larut telah mendapat sokongan untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang...
[Tepuk]
Tahniah.
PENERANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i) — Insiden Tanah Runtuh Batang Kali Dan Mangsa Banjir Di Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) mengenai Insiden Tanah Runtuh Batang Kali dan juga Mangsa Banjir di Terengganu. Dewan ini merakam ucapan takziah kepada individu dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor Darul Ehsan pada 16 Disember 2022. Berdasarkan kepada Laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sejurus mendapat maklumat kecemasan daripada orang awam pada 2.23 pagi, koordinasi antara agensi telah dibuat dengan pantas dan pihak penyelamat telah tiba di tempat kejadian pada jam 2.58 pagi dan berjaya menyelamatkan mangsa pertama sejam selepas itu. Dewan ini amat terkesan dan sedih dengan kejadian yang melibatkan seramai 94 orang mangsa yang terdiri daripada warganegara kita, termasuk kanak-kanak dan warga asing. Sehingga kini, seramai 61 orang mangsa telah berjaya ditemui dan seramai 24 orang mangsa telah dijumpai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sembilan lagi masih tidak dijumpai. Kerajaan telah mengumumkan bantuan segera kepada mangsa iaitu sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa yang terselamat dan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Berdasarkan kepada NADMA, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan PDRM selaku Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian, hampir 700 orang anggota daripada 16 buah agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat serta pengurusan lain di tempat kejadian sebaik sahaja Pos Kawalan Tempat Kejadian dibuka hingga ke hari ini. Justeru itu, Dewan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat di ground zero, terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan juga pasukan khas yang terdiri daripada pasukan SMART, STORM, MUST, PGA dan Pasukan Unit Khas K9. Turut terlibat, agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kerajaan Negeri Selangor, Telekom Malaysia dan lain-lain. Sembah takzim Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat meninjau pusat operasi. Begitu juga dengan rakan-rakan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan semua yang telah turun padang memberikan khidmat kepada seluruh operasi. Pihak berkuasa tempatan diarah untuk memantau dan mempertingkatkan keselamatan di tapak-tapak peranginan di negeri masing-masing. Jabatan Metrologi Malaysia memaklumkan mengenai Monsun Timur Laut 2022/2023 dan hujan berterusan dijangka akan berlaku di Pantai Timur Semenanjung dan Timur Sabah bermula pada 17 Disember 2022 yang lalu. Dewan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga cucunda Nur Hilwa Idria binti Mohd Haris Zaifan berusia satu tahun tiga bulan dari Terengganu yang merupakan mangsa Monsun Timur Laut. Semua pihak dipohon berwaspada dan mengelakkan kawasan-kawasan berisiko tinggi ketika musim tengkujuh dan monsun ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Point of order, Tuan Yang di- Pertua. Point of Order 37(2). Saya hendak minta penjelasan dan juga sedikit pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya dilaporkan oleh Yang Berhormat Tumpat bahawa tiga kematian telah berlaku di Kelantan disebabkan banjir dalam satu atau dua hari ini. Saya mohon diambil perhatian oleh pihak kerajaan.
Saya maklum tetapi penyiasatan diteruskan kerana itu terkait dengan elektrik. Akan tetapi saya akan beri penjelasan berikut.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat. Seterusnya, Setiausaha.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG DISATUKAN (PERBELANJAAN MASUK AKAUN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir 31 Disember 2023; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Undi Percaya Terhadap Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin IbrahimMotion
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan mencadangkan – Bahawasanya Dewan yang mulia ini merafakkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu atas perkenan semasa Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 November 2022, serta menjunjung kasih terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan untuk melantik Yang Berhormat Tambun sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10, pada 24 November 2022 lalu; Bahawasanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 menjunjung kasih dan menzahirkan penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas cetusan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan. Ini berikutan keputusan Pilihanraya Umum Ke-15 yang telah menatijahkan situasi Parlimen tergantung, di mana tiada parti politik atau gabungan parti politik memperoleh majoriti mudah. Situasi tersebut tidak pernah berlaku sepanjang sejarah negara ini. Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan merupakan cerminan pandangan jauh serta keprihatinan Baginda Tuanku demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Bahawasanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 dengan rasa rendah diri menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan parti-parti politik utama negara, termasuk Ahli Parlimen Bebas. Usaha tersebut akhirnya berhasil dengan pembentukan anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang telah dilantik pada 3 Disember 2022 yang lalu; Bahawasanya kini Kerajaan Perpaduan komited untuk menggalas amanah rakyat. Kerajaan sedang giat melaksanakan segala gerak kerja, termasuk menyusun strategi baharu bagi mempersiapkan negara menghadapi cabaran politik, ekonomi, sosial, perubahan persekitaran dan sebagainya;
Menyedari bahawasanya prospek ekonomi dunia tahun hadapan dijangka mengalami kemelesetan, adalah penting Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan dalam kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini sekali gus akan memperkukuhkan lagi keyakinan pelabur, komuniti perniagaan serta rakyat. Hasil sokongan tersebut akan menyuntik azam untuk Kerajaan Perpaduan terus komited memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini akan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik, keadilan serta kesaksamaan sosial termasuk usaha-usaha reformasi bidang-bidang tertentu; Dengan ini, kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 dan Kerajaan Perpaduan perlu disokong demi kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan Perpaduan berikrar dengan iltizam yang jitu untuk terus menstabilkan iklim politik, memakmurkan ekonomi, menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta mengangkat martabat Malaysia di mata dunia; Dengan ini, Dewan ini perlu mengambil ketetapan dan berikrar memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun selaku Perdana Menteri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya; Dengan ini, bahawasanya Dewan ini berdiri teguh sambil menyokong sepenuhnya pelantikan dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.” Terima kasih.
[Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Point of order.
Ya.
Hendak sokong dahulu? Point of order dahulu ke sokong dahulu?
Saya hendak suruh sokong dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong usul tadi.
Cuma Yang Berhormat Arau, begini Yang Berhormat Arau. Sebelum Yang Berhormat Arau, saya hendak semua orang membahas. Yang Berhormat Arau hendak bercakap point of order ke atau hendak bahas.
Ya, saya hendak minta Point of Order 36(7). Tuan Yang di-Pertua point of order, kita tidak boleh menggunakan perkataan, ‘Yang di-Pertuan Agong’ ataupun ‘Raja-Raja Melayu’ untuk mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Kita tidak perlu pakai. Kita bawa usul tanpa menggunakan benda ini. Sekarang ini kita sudah melanggar 36(7). Kami semua...
Ini fakta Yang Berhormat Arau. Kalau fakta tidak boleh dibawa, hendak bawa apa lagi?
Baik, baik.
Siapa yang bercakap ini, Yang Berhormat?
Ya, ya sila. Ini ruling saya.
Tuan Yang di-Pertua...
Apa yang berlaku tadi ialah penjelasan fakta. Ya, betul. Sekarang ini saya hendak buka kepada perbahasan.
Ya, okey cantik. Akan tetapi, fakta...
Saya ada menerima 12 permintaan untuk berucap Yang Berhormat Arau.
Bahas dahulu Yang Berhormat Arau, bahas, bahas.
Oleh sebab bagi kami, pada pandangan saya, pandangan kawan-kawan lah. Bagi kami, kalau Yang di-Pertuan Agong sudah absah, fasal apa kita hendak bawa mari sini lagi? Jadilah Perdana Menteri, tidak perlu absah.
Oleh sebab kami berani, kami berani. Kami berani tidak macam dahulu...
Okey, okey.
...Dahulu tidak berani hendak bawa. Dahulu tidak berani hendak bawa.
Yang Berhormat Pagoh yang cabar.
Perdana Menteri ke-8 dahulu tidak berani hendak bawa. Isytiharkan darurat, tidak berani, tidak berani.
Minta izinlah dulu.
Saya minta semua bertenang, bertenang.
Minta izinkan lah dulu.
Kalau berani bangunlah, bangun.
Yang Berhormat Arau, semua bertenang.
Sebab saya tidak boleh bangun.
Kalau berani bangun.
Sebab saya tidak boleh bangun.
Bertenang-bertenang.
Ha, sekarang saya bangun. Sekarang saya bangun. Ha, sekarang saya bangun.
Orang sakit duduk.
Sebab kita berani!
Duduk, duduk!
Oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada pada hari ini berani, tidak macam Perdana Menteri ke-8 dahulu tidak berani.
Kalau berani, tidak ada fakta...
Kita berani hendak buat benda ini.
...Ini kita berdasarkan 37(1)...
Yang Berhormat Hulu Langat.
Ini kita berani, dahulu tidak berani.
Yang Berhormat Hulu Langat...
Hello, Yang Berhormat Hulu Langat.
Ini jadi masalah, dahulu tidak berani.
Baik, baik. Yang Berhormat Pendang duduk.
Saya bangun point of order, Zoo Negara ke orang gila ini.
Oleh sebab itu- Yang Berhormat Pendang dengar.
...Itu point of order. Orang baharu balik hospital ini masalah ya.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang dengar ini. Yang Berhormat Arau, sorry.
Ubat tidak makan itu, ubat tidak makan.
Yang Berhormat Arau, minta tolong. Soal sakit jangan main dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Arau, sila tarik balik.
Soal sakit jangan main dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Arau sila tarik balik, sangkaan buruk...
Soal sakit jangan main dalam Dewan ini.
...Itu adalah sangkaan buruk yang tidak boleh diterima dalam Dewan ini.
Sepatutnya Yang Berhormat Arau jadi contoh.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Yang Berhormat Arau! Tarik balik.
Sepatutnya Yang Berhormat Arau jadi contoh.
Sila tarik balik.
Ini jadi masalah, sepatutnya Yang Berhormat Arau jadi contoh. Tarik balik, tarik balik Yang Berhormat Arau.
Okey, duduk, duduk.
[Bangun]
Yang Berhormat Arau duduk dahulu, Yang Berhormat Arau duduk.
Orang sudah keluar masuk hospital berapa tahun, duduk kerusi roda berapa lama? Hang masih hendak main-main? Silalah tarik balik.
Saya ada 12 nama yang telah pun diberikan kepada saya untuk berucap dengan penuh tertib. Mereka ini semua orang yang bertertib belaka. Jadi saya hendak baca nama-nama mereka ini, apabila saya panggil sila berucap dengan penuh tertib. Saya baca nama 12 orang dahulu. (i) Yang Berhormat Larut; (ii) Yang Berhormat Bagan; (iii) Yang Berhormat Kota Bharu; (iv) Yang Berhormat Sri Aman; (v) Yang Berhormat Beluran; (vi) Yang Berhormat Titiwangsa; (vii) Yang Berhormat Pasir Mas; (viii) Yang Berhormat Pandan; (ix) Yang Berhormat Tasek Gelugor; (x) Yang Berhormat Keningau; (xi) Yang Berhormat Arau; dan (xii) Yang Berhormat Kuala Selangor. Maknanya ada nama- Yang Berhormat Arau duduk dulu, jangan bangun. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, duduk dahulu.
Nama ada masuk, tunggulah.
Yang Berhormat Arau hendak bercakap sangat lepas ini Yang Berhormat Arau.
Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Larut, 10 minit. Silakan Yang Berhormat Larut.
Sila jawab point of order saya.
Tidak ada, itu fakta. Saya sudah sebut itu fakta.
Sudah jawab, Tuan Yang di-Pertua sudah jawab. Sebelah sini sudah jawab. Itu adalah fakta, hendak jawapan apa lagi?
Yang Berhormat Arau please. Yang Berhormat Arau.
Saya minta Tuan Yang di-Pertua jawab dengan saya, apa ini?
Saya dah jawab dah.
Tuan Yang di-Pertua sudah jawab, sini sudah jawab. Hendak apa lagi? Itu fakta.
Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua, control sikit.
Hendak jawab apa lagi?
Control sedikit. Ini tiba-tiba, apa ini?
Duduk, duduk, duduk.
Duduklah, bodoh.
Tuan Yang di-Pertua, kenapa ramai sangat Tuan Yang di-Pertua? Yang itu...
Unparliamentary language. Tarik balik. Jawapan sudah diberi...
Tarik baliklah! Tuan Yang di- Pertua, dia sebut bodohlah Tuan Yang di-Pertua!
Tarik balik!
That is out of order.
Yang Berhormat Arau sila tarik baliklah! Eh, Yang Berhormat Arau tarik baliklah, Yang Berhormat Arau!
Ahli-ahli Yang Berhormat!
Siapa yang bodoh? Siapa yang bodoh ini?
Yang Berhormat Arau, tarik baliklah, Yang Berhormat Arau, apa ini! Ahli Parlimen sudah lama...
[Pembesar suara dimatikan]
Siapa bodoh, sila tarik balik.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Ipoh Timur!
Tuan Yang di-Pertua...
...Bodoh, gila...
Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Timur, listen to me. You sit down, saya tidak hendak kacau.
Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini ada decorum. Cara berbahas, cara mencelah ada decorum dan dinyatakan dalam peraturan.
Saya faham, saya faham.
Yang Berhormat Ipoh Timur ini baharu, dia belasah. Dia kena minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua dahulu baharu kena bercakap. Dia baharu tidak tahu apa. Bagi sedikit lessons learned dekat dia.
Okey, baharu orang baharu kena tertib. Okey Yang Berhormat Pendang, tidak apa. Silakan Yang Berhormat Larut, penuh hormat. Sila Yang Berhormat Larut 10 minutes.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey Yang Berhormat Pendang.
[Sambil menunjukkan isyarat untuk duduk]
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi laluan kepada saya sebagai Ketua Pembangkang untuk memulakan perbahasan ini. Bagi pihak rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional saya juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang ke-11. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Tan Sri Azhar Azizan Harun yang telah menjalankan tugas sebagai Tuan Yang di-Pertua yang baik sepanjang penggal yang lalu.
[Tepuk]
Sebelum memulakan perbahasan, saya mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama Ahli-ahli Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting pada hari Jumaat lalu. Kita berasa amat sedih dan bersimpati atas kejadian tersebut. Kita juga menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir yang melanda di beberapa lokasi di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Petrajaya tadi, membawa kepada banyak persoalan. Apakah usul ini mempersoalkan kuasa dan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ataupun kerana kerajaan yang dibentuk ini adalah sebuah kerajaan minoriti? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah pun mengangkat sumpah sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 November yang lepas, walaupun seperti kenyataan Yang Amat Berhormat sendiri bahawa Yang Berhormat Pagoh sudah pun dalam pusingan pertama memperoleh sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
[Tepuk]
Kami sedar bahawa usul ini hanyalah gimik semata-mata apatah lagi yang dilakukan selepas satu perjanjian persefahaman kerjasama yang telah ditandatangani oleh semua pemimpin gabungan parti-parti yang menyokong Kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, PKR dan AMANAH. Perjanjian persefahaman kerajaan itu adalah satu perjanjian yang menyekat, merosakkan dan memudaratkan Demokrasi Berparlimen.
Cuba kita tengok klausa 4(a) dan 4(b) Perjanjian Persefahaman kerjasama yang telah pun ditandatangani. Kesan kumulatif peruntukan dalam perjanjian persefahaman tersebut secara ringkasnya memerlukan semua Ahli Parlimen daripada parti PH (Pakatan Harapan), Barisan Nasional, GPS, GRS dan Warisan untuk mengundi hanya satu cara yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Satu cara sahaja. Ini bercanggah dengan prinsip asas Demokrasi Berparlimen yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia. Ia mengambil kebebasan bercakap, membahas dan mengundi di Parlimen dan kesemua hak yang dijamin dalam satu sistem demokratik. Ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan polisi awam, tidak sah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang. Ia berunsur salah. Menyekat, merosakkan dan memudaratkan Demokrasi Berparlimen. Sekatan terhadap kuasa dan hak Ahli Parlimen untuk bersuara dan berbahas...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Larut.
Yang Berhormat Larut.
...Akan menghalang isu-isu kritikal rakyat untuk diutarakan dengan setelusnya. Ahli-ahli Parlimen juga akan dihalang untuk menyuarakan yang benar dan yang betul.
Yang Berhormat Larut.
Yang Berhormat Larut.
Sebaliknya, mereka akan dikongkong untuk mengikut kehendak Yang Amat Berhormat Tambun. Kalau hak bersuara Ahli Parlimen boleh disekat sebegitu sahaja, apatah lagi untuk rakyat di luar sana?
Yang Berhormat Larut.
Tambahan pula, Yang Amat Berhormat Tambun tidak boleh menafikan bahawa dalam kalangan mereka di sana, juga ada ramai yang menolak serta tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ditandatangani dalam Perjanjian Persefahaman tersebut.
Yang Berhormat Larut, dengan izin.
Malah MIC yang merupakan komponen Barisan Nasional telah menyatakan bahawa perjanjian ini tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui di Dewan Tertinggi Barisan Nasional...
[Tepuk]
Minta laluan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Larut, dengan izin.
Adakah ini demokrasi yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun?
Minta laluan, Yang Berhormat Larut.
Yang Berhormat Larut, boleh bagi laluan pada Kuala Selangor?
Dengan izin, there is nothing to stop you from doing the right thing for the rakyat and your respective constituency.
Yang Berhormat Larut, minta laluan.
Yang Berhormat Larut, dengan izin.
A dictatorship of such nature would not last. Yang Amat Berhormat Tambun tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup melanggar segala prinsip perjuangan sendiri.
Yang Berhormat Larut.
Yang Berhormat Larut.
Yang Berhormat Larut, minta laluan. Banyak sangat dakwaan itu.
Semasa berkempen sebagai contoh, Yang Amat Berhormat Tambun sendiri menyanyikan lagu. Sedap. Hoi...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, Langkah Sheraton macam mana Yang Berhormat?
Okey, okey.
Tidak, tidak.
Yang Amat Berhormat Tambun sendiri pun dah tahu ada sebilangan Ahli-ahli Parlimen sebenarnya tidak rela diperlakukan sedemikian. Mereka hanya menunggu waktu untuk menentang penindasan ini dan berjuang untuk kepentingan rakyat. Mereka tidak rela dipermainkan...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, Perikatan Nasional merupakan sebuah parti yang akan mengekalkan perjuangan yang berprinsip. Kami mahukan kerajaan yang bersih dan berintegriti.
Yang Berhormat Larut.
Sudahlah, sudahlah. Cukuplah sandiwara.
Kami akan bersuara demi kepentingan rakyat dan negara tercinta.
Jangan bohonglah.
Sudahlah. Dulu mengkhianati kami kan?
Yang Berhormat Jelutong, duduklah Yang Berhormat Jelutong.
Kita tidak mahu imej negara tercemar dengan berita-berita yang memalukan negara.
Yang Berhormat Larut, kalau berani beri laluan.
Yang Berhormat Jelutong, penyamun dok dengar sahajalah. Yang Berhormat Jelutong, duduklah!
Yang Berhormat Larut, boleh bagi laluan pada Kuala Selangor?
Kita wajib mempertahankan imej negara.
Kalau berani, bagi laluan. Saya cabar.
Masa 30 saat sahaja.
Kalau berani, beri laluan.
Kalau ada sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang merosakkan imej negara, maka kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Larut, beri laluan pada Kuala Selangor. Buktikan majoriti yang bagus di...
Pada 24 November 2022, sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, sebuah agensi...
Yang Berhormat Larut, jangan menderhaka Yang Berhormat Larut.
Yang Berhormat Larut, jangan terus-terusan dengan kepalsuan itu.
Jangan menderhaka Yang Berhormat Larut, jangan menderhaka.
Tolong, tolong. Tolong.
Peraturan, peraturan.
Banyak sangat dakwaan telah dibuat, banyak sangat aduan telah dibuat. Bagi laluan pada Kuala Selangor.
Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong duduk. Tolong, tolong duduk.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan. Tuan Yang di-Pertua.
Masa 30 saat sahaja, Yang Berhormat Larut.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan!
Tolong, tolong duduk. Tolong.
Buktikan majoriti yang didakwa oleh Yang Berhormat Pagoh tadi...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan. Peraturan Dewan, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Dewan.
Ya. Peraturan apa?
37.
Pada 24 November 2022 ...
Peraturan Dewan.
Peraturan Mesyuarat 37(1(b). Selagi tidak dibenarkan oleh yang berucap, yang dua orang tadi tak boleh sebenarnya berdiri.
Okey, dua orang tadi dah duduk dah. Dah duduk. Semua okey.
Kalau berani, bagi laluanlah Yang Berhormat Larut.
...Kita tahulah...
[Dewan riuh]
Mereka penyamun.
Bagi laluanlah kalau nak tahu sama ada benar atau tidak. Jangan terus-terusan menyatakan kepalsuan.
Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong.
Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua hanya bagi saya 10 minit. Sebab itu saya tidak membenarkan sesiapa untuk mengganggu.
Okey, silakan. Dia tak bagi, jangan bangun ya. Silakan.
Pada 24 November 2022, sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, sebuah agensi berita dari Itali, Agenzia Nova menerbitkan artikel bertajuk, ‘First Full Blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country’...
Itu apa kaitan?
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kenyataan itu ditarik balik. Kurang sopan dan kurang ajar!
Laporan ini menghina Yang Amat Berhormat Tambun.
Fakta, fakta.
Eh, Yang Berhormat Jelutong, jangan jadi celakalah Yang Berhormat Jelutong.
Eh, Yang Berhormat Jelutong, itu faktalah. Laporan berita.
Yang Berhormat Jelutong, jangan jadi celaka.
Eh, kalau berani bangunlah!
Yang Berhormat Jelutong.
Dengarlah dahulu. Dia menghina Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tindakan tegas harus kita ambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa Yang Amat Berhormat Tambun sudah pun diberi pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong...
[Tepuk]
Yang Amat Berhormat Tambun wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar. Jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja...
[Dewan riuh]
Kita tidak mahu dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata. Betul, betul. Dahulu Yang Amat Berhormat Tambun telah pun dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan tersebut tetapi sekarang sudah bebas kerana telah diberikan pengampunan. Jangan dibiarkan sehingga dunia percaya seolah-olah Perdana Menteri Malaysia pengamal homoseksual tegar!...
[Tepuk]
Ini cerita lama. Kita harus bangkang. Saya minta Yang Amat Berhormat saman Agenzia Nova dari Itali ini.
Tuan Yang di-Pertua, masa dah habis. Masa dah habis.
Memang benar, memang benar. UMNO memecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 kerana isu itu...
[Tepuk]
Akan tetapi sekarang apabila sudah pun diberikan pengampunan, UMNO sudah boleh menerima Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri. Tak menjadi masalah.
Okey, Yang Berhormat Larut.
Saya pun bersetuju dan kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri.
Perintah tetap.
Duduklah! Dah setuju, duduklah!.
Dulu masa Pakatan Harapan, tak ingat kah?
Perintah tetap.
Saya ucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini untuk memecat mana-mana anggota Kabinet yang menyalahgunakan kuasa atau yang disabitkan dengan kesalahan rasuah tetapi kenyataan ini juga mengelirukan rakyat serta dunia apabila terdapat media antarabangsa seperti Bloomberg yang menyiarkan laporan bertajuk, “Malaysia PM Pick Graft-Tainted Leader As One of His Deputies”...
[Tepuk]
Perintah tetap.
Okey, Yang Berhormat Larut. Ada standing order.
Perintah tetap, perintah tetap.
Sementara itu, ....
Perintah tetap. Yang Berhormat Larut, bagi lah perintah tetap.
Ya, silakan. Yang Berhormat Beruas, apakah dia Yang Berhormat Beruas?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga perkara. Perkara yang pertama ialah Perkara 36(1). Hari ini, kita sedang berbahas tentang Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan [Perbelanjaan Masuk Akaun]. Eh, betul kah?...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Beruas, duduklah. Tidur kah? Duduklah Yang Berhormat Beruas.
Sorry, sorry. Mohon maaf, mohon maaf.
Jangan tidur. Datang Parlimen jangan tidur.
Mohon maaf, mohon maaf. Saya silap baca.
Tuan Yang di-Pertua, minta dia duduk. Dia celaru, dia celaru itu. Point of order, 36(4). Dia salah, out of context.
Sorry, sorry. Okey.
DAP baru kahwin dengan UMNO, dia nyanyuk.
Tuan Yang di-Pertua.
Okey, tak apa. Saya silap baca...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua. Perkara kedua.
Tuan Yang di-Pertua, suruh dia duduk...
[Dewan riuh]
Salah itu! Ini hangpa tidak reti ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua tentang akhlak. Akhlak seseorang itu tidak boleh dibangkitkan melainkan berkaitan dengan tugas.
Suruh dia duduk. Dia merapu tu. Dia merapu.
Dalam 36(9), “Dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebut kelakuan atau sifat sesiapa Ahli-ahli Parlimen atau sesiapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan atau menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan.”
Okey. Okey.
Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, harap kita baliklah kepada perbahasan.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Yang Berhormat Larut, enam minit lagi. Yang Berhormat Larut.
Secara convention Tuan Yang di- Pertua, Ketua Pembangkang diberi masa yang lebih daripada yang lain.
Betul.
Kalau Ahli Parlimen biasa berbahas 10 minit, Ketua Pembangkang sepatutnya diberi lebih masa.
Yang lain saya beri lima minit.
Secara convention Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, yang lain saya bagi lima minit. Jadi, sebab itu Ketua Pembangkang saya beri 10 minit. Silakan Yang Berhormat Larut...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Beruas duduk. Dia baru out of context itu.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Harap kita teruskan perbahasan, jangan kepada kelakuan.
Okey, Yang Berhormat Beruas.
Dia merapu itu Tuan Yang di-Pertua. Suruh dia duduk, suruh dia duduk.
Okey, Yang Berhormat Pendang duduk. Point taken.
Yang Berhormat Beruas, saya mempertahankan Yang Amat Berhormat Tambun...
[Tepuk]
Saya tidak langsung bersifat untuk menuduh Yang Amat Berhormat Tambun...
[Tepuk]
Saya sudah pun mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Berhormat Beruas hendak bangkitkan isu personal ini kenapa?
Tadi tersiratlah...
Kalau pada isu personal...
Tersirat dalam perbahasan tadi, kelakuan.
Ya itulah Yang Berhormat Beruas dengar, lain kali dengar dulu.
Tadi tersirat, niat tidak baik.
Okey.
Niat Yang Berhormat Larut tidak baik, sebab itu saya bangkit.
Sudah, sudah.
...Mereka bahas mengikut peraturan.
Saya, saya...
Yang Berhormat Larut, tolong gulung Yang Berhormat Larut. Tolong gulung.
Sementara apa yang telah pun diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu telah mengelirukan lagi, apabila ada berita-berita antarabangsa. Saya juga memohon Yang Amat Berhormat Tambun kalau boleh, isu ini biarlah kita konsisten dan kita benar-benar akan ambil perhatian tentang berita-berita yang dikeluarkan seperti ini. Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan- trading nation. Maka, kita perlu imej yang konsisten dengan amalan bebas rasuah ini. Kepercayaan negara-negara luar terhadap Malaysia mesti dikekalkan dengan imej yang baik. We need to build this nation together, dengan izin. We have to accept the facts that this country comprises of many races and ethnicities. Kita wajib berikan keadilan kepada semua rakyat. Utamakan pembangunan ekonomi negara. Tentukan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Berikan peluang pekerjaan yang secukupnya. Tentukan masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Isu kos sara hidup hendaklah ditangani dengan cekap dan pantas. Rakyat tidak mahu suatu hari nanti Yang Amat Berhormat Tambun dilihat berkompromi dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Apatah lagi apabila ada Yang Berhormat Menteri-menteri yang membangkitkan isu untuk- ‘pelantikan orang dia’, ‘orang saya’ dan ‘orang sebagainya’. Saya mengharapkan supaya kenyataan Yang Amat Berhormat yang selalu mengeluarkan kenyataan reformasi itu dikekalkan untuk menunjukkan reformasi yang sebenarnya. Sepanjang berkempen dalam pilihan raya PRU15 lalu, malahan dalam manifesto tawaran Pakatan Harapan sendiri, ada satu bab khusus yang menjamin kebebasan media dan hak bersuara. Akan tetapi, hari ini lain pula jadinya. Selain kegilaan menyaman sesiapa sahaja yang mengkritik individu tertentu, kerajaan ini juga sedang menyekat kebebasan dan kredibiliti anak-anak muda di media sosial...
[Tepuk]
Pertemuan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital dengan pengendali platform TikTok dan media sosial lain bagi menyekat kandungan-kandungan tertentu yang tidak memihak kepada kerajaan, ini jelas bercanggah dengan manifesto tawaran Pakatan Harapan...
[Tepuk]
Kalau boleh, saya ulang semula kata-kata dalam risalah tawaran Pakatan Harapan tersebut, “Fungsi penting demokrasi ini akan rosak apabila kebebasan media dihadkan dan kesan buruknya akan menyebabkan pemimpin dan rakyat tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat yang benar.” Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Larut, seminit lagi boleh? Okey ya?
...Berilah.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba untuk memendekkan.
Thank you.
Sebagai seorang Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Tambun tidak perlu menuduh dan mengeluarkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebelum ini. Jika ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan, ambil sahaja tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukannya. Bukan dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit. Former Minister of Finance is with you now…
[Tepuk]
Tanya sahaja Yang Berhormat Menteri MITI, bagaimana cara pengurusan rangsangan dan bantuan RM600 bilion yang telah diumumkan dalam pemerintahan kerajaan pimpinan Yang Berhormat Pagoh...
[Tepuk]
Sebahagian besar wang dana tersebut adalah berbentuk nonfiscal. Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz angguk sendiri...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Ia termasuk pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra, pengurangan pembayaran KWSP bernilai RM10 bilion, moratorium bayaran pinjaman bank untuk individu dan syarikat, jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat, dan inisiatif-inisiatif lain yang bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan sewaktu negara ditimpa pandemik COVID-19...
Okey Yang Berhormat Larut, mungkin Yang Berhormat Larut boleh point itu beri kepada orang lain share sama sebab ada lagi 11 orang hendak bercakap.
Okey.
Please.
Yang Amat Berhormat Tambun, you are the Prime Minister now, bukan lagi Ketua Pembangkang. I am the Ketua Pembangkang now…
[Tepuk]
Thank you very much. Thank you very much. Terima kasih Yang Berhormat Larut.
Jangan buat tuduhan semberono. No more fake news from you...
[Tepuk]
Inilah harapan rakyat yang sebenarnya. Semua rakyat sedar bahawa Perikatan Nasional memperoleh sokongan yang agak besar. Seramai 74 orang Ahli Parlimen yang telah diberikan kepercayaan dan sokongan...
[Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Larut.
Jangan pula sokongan yang ikhlas dan jujur daripada rakyat ini ditohmah sebagai sokongan yang dibeli dengan wang perjudian...
[Tepuk]
Kenyataan seperti ini adalah berniat jahat apabila cuba memberikan gambaran bahawa dana politik Perikatan Nasional adalah hasil daripada sumbangan syarikat judi. Yang Berhormat Menteri Kewangan yang berkuasa penuh atas lesen perjudian. Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Dia tahu siapa yang pegang lesen judi. Kami di sebelah sini tidak tahu pun...
[Tepuk]
Kerajaan sama.
Yang Berhormat Larut, kita…
Jadi, Yang Amat Berhormat boleh bertanya sendiri kepada beliau selepas ini.
Sila- baik, terima kasih Yang Berhormat.
Jadi penutupnya Tuan Yang di-Pertua, jangan timbulkan persepsi yang bukan-bukan terhadap kami. Kami bersedia untuk menjadi Pembangkang yang berwibawa. Kami akan suarakan kehendak rakyat. Kami perjuangkan sesuatu yang baik demi masa depan negara yang tercinta ini. Allah SWT yang menentukan masa depan kita. Seperti surah Ali-Imran, Ayat 54
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Antaranya bermaksud, mereka membuat tipu daya dan Allah SWT pun membalas tipu daya mereka...
Baik, terima kasih Yang Berhormat Larut.
...Allah SWT sebaik-baik pembalas tipu daya.
Salah itu, salah.
Tuan Yang di-Pertua...
Tidak betul, tidak betul itu. Marhum tidak betul. Marhum tidak betul itu.
Kami juga bersedia...
Kena betul ini.
Yang Berhormat Pendang kena ajar lagi, Yang Berhormat Pendang kena ajar lagi itu. Yang Berhormat Pendang.
Yang Berhormat Larut hendak landing sudah itu, jangan kacau.
Tuan Yang di-Pertua.
Marhum tidak betul. Yang Berhormat Marang tolong betulkan, tolong tegur Yang Berhormat Marang, itu tidak betul.
Yang terakhir.
Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, kami bersedia untuk menjadi Pembangkang dan kami juga bersedia untuk mengambil alih kerajaan apabila sampai masanya nanti...
[Tepuk]
Insya-Allah.
Tebuk atap, tebuk atap.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tebuk atap.
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Sekarang saya jemput...
Kami tidak jadi keralah Yang Berhormat Hulu Langat.
Yang Berhormat Bagan, silakan 10 minit.
Eh, hang Yang Berhormat Pendang, hang apa? Beruk, hang beruk? Yang Berhormat Pendang beruk, Yang Berhormat Pendang beruk?
36(12).
Yang Berhormat Pendang beruk. Dia sebut dulu.
Saya minta tarik balik. Saya kata saya tidak mahu jadi kera...
Yang Berhormat Hulu Langat...
Dia sebut dulu, dia sebut dulu. Hei, dia sebut dulu “kera”...
Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Yang di-Pertua...
Dia sebut dulu...
Yang Berhormat Hulu Langat...
Ini satu lagi perangai tidak elok ini.
Ini satu lagi perangai tak elok ini. Ini lagi satu perangai tak elok.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dahlah dalam kempen pilihan raya, fitnah.
Ini baru pertama kali.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Fitnah! Ambil gambar, buat cerita tak betul.
Tuan Yang di-Pertua...
[Tidak jelas]
‘Taliban’ pun tak buat cerita tak betul. Ini jadi masalah ini Perikatan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua...
Kata nak bersih, kata nak stabil...
Yang Berhormat Hulu Langat.
Akan tetapi perangai tak betul.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua...
Baik, saya bagi amaran...
Saya minta dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Okey, okey.
36(12).
[Mengetuk tukul]
Yang Berhormat Hulu Langat, sit down! Yang Berhormat Hulu Langat, sit down!
Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Duduklah.
Halau, halau. Halau.
Yang Berhormat Hulu Langat, sit down. Dengar Yang Berhormat Hulu Langat. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat tak hormat saya, Ahli Yang Berhormat nak hormat siapa?
[Dewan riuh]
Duduk semua. Semua duduk.
Tuan Yang di-Pertua.
Semua jangan jadi batu ronson. Duduk, duduk semua. Saya tak dengar apa, pasal ramai orang bercakap. Dengar betul-betul. Sekali lagi saya tak kira sebelah sini
[Merujuk kepada blok kerajaan]
atau sebelah sini.
[Merujuk kepada blok pembangkang]
Kalau mengeluarkan perkataan unparliamentary dan mentafsirkan perkataan itu unparliamentary atau tidak ialah saya. Jadi, kalau saya dengar Ahli Yang Berhormat menggunakan perkataan unparliamentary, saya akan keluarkan dari Dewan ini.
[Dewan tepuk]
Please. Kena jaga decorum, please. Khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru masuk, kena belajar dahulu.
[Dewan riuh]
Just, just, be patient, be patient. Okey...
Dengar Yang Berhormat Hulu Langat itu.
Setuju Tuan Yang di- Pertua, setuju.
Jangan jadi batu ronson, duduk!
36(12).
Duduk, duduk.
Point of order.
Yang Berhormat, duduk dahulu. Saya tak dengar. Okey Yang Berhormat Bagan, silakan, 10 minit.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan satu usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas satu usul undi percaya ke atas Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri yang sah yang dilantik di bawah junjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia. Saya bangun untuk mengucapkan tahniah kepada beliau dan juga para ahli Kabinet yang telah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Pada masa yang sama, saya juga nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang atas pelantikan beliau yang di luar jangkaan akan menjadi Ketua Pembangkang kerana kami ingat Yang Berhormat Pagoh akan menjadi Ketua Pembangkang. Akan tetapi, rupa- rupanya Yang Berhormat Larut pula yang menjadi Ketua Pembangkang. Tahniah kepada beliau. Kami harap di sini, sekiranya telah pun dijadikan satu hakikat, terimalah realiti bahawa kerajaan yang sah sekarang adalah Kerajaan Perpaduan yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya harap pihak pembangkang tidak jadi mat jenin. Jangan jadi mat jenin. Terimalah realiti, anda adalah pembangkang, bersiap sedia untuk jadikan, mainkan peranan sebagai pembangkang...
Yang Berhormat.
...Dan janganlah berusaha untuk menjalankan beberapa tindakan provokasi...
Peraturan Tuan Yang di-Pertua.
Ya Yang Berhormat Beluran.
Ya, peraturan 36(7) Tuan Yang di- Pertua.
...Untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang telah pun dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Okey. Yang Berhormat Bagan, sebentar. Ya, Yang Berhormat Beluran.
Ya, peraturan 36(7). Saya meneliti surat daripada Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan Agong, Baginda tidak menyebut dalam pelantikan Yang Berhormat Tambun. Menyebut bahawa kerajaan yang dibentuk oleh Yang Berhormat Tambun itu adalah Kerajaan Perpaduan. Tak ada disentuh.
Ya, tetapi Yang Berhormat Bagan...
Jangan gunakan nama Yang di- Pertuan Agong dalam perbahasan. Tak disentuh pun dalam surat pelantikan.
Ya. Yang Berhormat Bagan cuma remix sejarah. Okey, silakan Yang Berhormat Bagan.
Ya. Saya hanya cakap kepada realiti, kepada fakta. Akan tetapi, apa yang terjadi perkembangan sekarang...
Tak ada fakta pun. Kerajaan PH sahaja.
Mereka cuba memisahkan fakta dan realiti.
I am on point of order Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, I am on point of order. Dia menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan Perpaduan yang saya katakan bahawa jangan sebut itu kerana tidak disebut oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan ini adalah Kerajaan Perpaduan.
Saya nak sambung sedikit.
Saya rujuk kepada usul.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, saya harap bacalah kepada usul. That usul yang dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ialah Kerajaan Perpaduan dengan parti-parti politik utama negara termasuk Ahli Parlimen bebas.
Ya, tetapi menyebut nama Yang di- Pertuan Agong...
Kalau anda pertikaikan...
36(7) Tuan Yang di-Pertua, tak boleh.
Eh, mana tak boleh.
Tak boleh. Mana boleh kait dengan Agong.
...Yang Berhormat Tambun, dia sebut Kerajaan Perpaduan.
Okey, teruskan Yang Berhormat Bagan. Cuma jangan masukkan perkataan-perkataan yang telah pun disebutkan tadi. Silakan, teruskan, teruskan.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Masalahnya pembangkang ini, dia lupa sejarah. Lupa sejarah, lupa daratan.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak minta penjelasan.
Itu bukanlah perkara fakta yang berlaku.
Minta penjelasan ini berkenaan dengan Unity Government.
Nak minta penjelasan kena bagi Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan setuju nak bagi Yang Berhormat Pendang?
Saya tak bagi jalan.
Bagilah.
Dia tak bagi. Yang Berhormat Pendang duduk. Yang Berhormat Pendang duduk.
Tadi Ketua Pembangkang tak bagi jalan, kita tak bagi jalan. Duduk.
Yang Berhormat Pendang duduk, Yang Berhormat Pendang. Hei, Yang Berhormat Pendang! Duduk, duduk, duduk! Hei Yang Berhormat Pendang, duduk, duduk!
Kerajaan Perpaduan tak ada pembangkang. You check Zimbabwe. You check Israel...
Hei, Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang, duduk Yang Berhormat Pendang! Hei Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang, duduklah Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang duduk! Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang, duduk! Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang! Woi! Yang Berhormat Pendang, duduk!
Kalau saya...
You beritahu which country...
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang duduk.
Beritahu negara Kerajaan Perpaduan mana yang meletakkan ada pembangkang termasuk Israel dan juga Zimbabwe? You check. Don’t say if you don’t know.
Okey, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, ini floor Yang Berhormat Bagan.
Hah, beritahu Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang. Kalau tak tahu jangan sebut. Kita tak mahu guna Kerajaan Perpaduan, kerajaan gabungan, kerajaan campuran.
Inilah tingkah laku pembangkang yang sudah lupa daratan.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.
Ini bukan perpaduan. Please ignore.
Ini floor Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan nak beri peluang...
...Ini floor saya. Dia tak tahu peraturan mesyuarat.
Tak betul.
Dia tak tahu peraturan mesyuarat.
Kerajaan Perpaduan tak ada pembangkang.
Lupa daratan, duduklah.
Dah hang tak mahu masuk!
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.
Dah hang tak mahu masuk!
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dah hang tak mahu masuk! Hei Yang Berhormat Pendang, duduk! Hei Yang Berhormat Pendang! Hei, Yang Berhormat Pendang! Hei, Yang Berhormat Pendang, duduklah Yang Berhormat Pendang!
Kami dah sebut nak jadi pembangkang yang berwibawa.
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pendang, correction. Bukan floor you pun, floor Yang Berhormat Bagan.
[Bersorak]
Saya minta maaf Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Bagan tak bagi.
Saya minta maaf Tuan Yang di- Pertua.
Hoi, duduklah! Duduklah Yang Berhormat Pendang! Hei, Yang Berhormat Pendang, duduklah Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang! Hei, Yang Berhormat Pendang! Hei, duduklah! Duduklah, duduk! Duduk! Duduk!
Yang Berhormat Pendang, cukup, cukup.
[Pembesar suara dimatikan]
Okey Yang Berhormat Bagan. Teruskan, teruskan.
Tolong bagi ubat sedikit kat Yang Berhormat Hulu Langat itu. Dia kurang...
Okey, silakan Yang Berhormat Bagan.
Pihak pembangkang tak tahu peraturan mesyuarat.
Dia mengaji di universiti pun tak habis.
Yang Berhormat Pendang, duduk. Yang Berhormat Pendang...
Yang Berhormat Pendang duduk.
Malangnya pembangkang tak tahu peraturan mesyuarat. Sungguhpun sudah berpenggal-penggal di Parlimen, tak faham.
Saya minta maaf dah Yang Berhormat Bagan. Saya silap tadi, saya minta maaf.
Duduk, duduk. Duduk, duduk.
Saya nak minta laluan, bukan nak minta floor saya. Saya silap sebut.
Saya tak bagi. Saya tak bagi kepada pencelahan.
Tak bagi, okeylah.
Okey, kalau saya...
Saya dah sebut, minta maaf. Saya tarik balik yang saya kata saya punya floor itu.
Saya tak bagi, duduk.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang nak bercakap kena minta kat Speaker.
Speaker, halau sahajalah Speaker! Speaker, halau dia! Halau dia! Halau dia!
Duduk.
Sekali lagi siapa yang bangun tanpa minta izin, saya minta rehat. Saya akan rehatkan ya.
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.
Okey, both sides. Okey Yang Berhormat Bagan, straight.
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harap boleh berikan petua kepada mereka yang tak tahu peraturan mesyuarat.
[Dewan riuh]
Seperti yang dinyatakan tadi bahawa...
Yang Berhormat Bagan, boleh minta pencelahan?
Yang Berhormat Bagan nak beri kat Yang Berhormat Kinabatangan?
Kawan, kawan.
Bolehkah saya teruskan ucapan saya dulu? Banyak perkara yang saya belum sentuh lagi.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
[Ketawa]
Apabila kita sebut bahawa kerajaan sekarang adalah Kerajaan Perpaduan, dibalas pula bahawa ini adalah kerajaan minoriti. Macam mana boleh jadi kerajaan minoriti bila telah pun disebutkan, telah pun dibuktikan bahawa bukan sahaja ada melebihi 112 Ahli Parlimen, tetapi sampai 148 Ahli Parlimen yang sokong Kerajaan Perpaduan ini...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, boleh dapat penjelasan tak?
Tanya dialah nak bagi atau tak.
Tak bagi kepada Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang kacau, tak bagi.
Tanya numbering tadi ini.
Speaker, halaulah Yang Berhormat Pendang keluar Speaker.
148 dengan izin...
Yang Berhormat Bagan tak bagi.
Halau Yang Berhormat Pendang keluar Speaker.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bagan tak bagi.
Halau, halau. Halau dia keluar.
Tak ada esok bagi Yang Berhormat Pendang, duduk.
[Tepuk]
So, di sini kita lihat bukan sahaja daripada segi bilangan Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan, tetapi kalau kita lihat daripada segi bilangan undi popular, Pakatan Harapan mendapat 37.5 peratus daripada undi yang dibuang dalam PRU Ke-15. Sedangkan kalau kita lihat Barisan Nasional dan parti-parti lain - Dia jangan sebut parti lain. Barisan Nasional dapat hampir 23.5 peratus. Bermakna PH dan BN, mendapat 60 peratus.
[Tepuk]
Ini adalah satu majoriti yang ketara sekali.
Minta laluan.
Duduk.
[Ketawa]
Ini adalah satu majoriti yang ketara sekali.
Tipu sebelum Pilihan Raya.
Saya harap bahawa perkara ini diterima oleh seorang pemimpin Barisan Nasional, pemimpin Perikatan Nasional, Pengerusi Perikatan Nasional yang menyatakan bahawa beliau ada majoriti. Akan tetapi tidak berani membuktikan keabsahan kerajaannya dalam Dewan yang mulia ini.
[Tepuk]
Sedangkan apabila kita bahaskan usul undi percaya hari ini. Sebenarnya kalau kita ikut prosedur parlimen, boleh tanya di sebelah saya mantan Perdana Menteri ataupun Yang Berhormat Semporna bekas Ketua Menteri Sabah.
Yang Berhormat.
Sebenarnya. Duduk, duduk. Saya hendak habis Tuan Yang di-Pertua. Duduk. Ini pandai cucuk, saya tidak mahu.
[Ketawa]
Ini saya, tidak.
[Ketawa]
Kalau kita lihat dalam usul undi percaya ini.
Kalau cakap sejarah.
Sebenarnya tidak perlu dibahaskan.
[Tidak Jelas]
Lim Kit Siang.
Hanya perlu diundi tentang usul undi percaya.
Yang Berhormat.
Akan tetapi kerana Kerajaan Perpaduan ini mengamalkan demokrasi maka usul ini dibuka secara awam untuk dibahaskan oleh semua Ahli Parlimen. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan kepada prinsip demokrasi dan saya harap ia boleh hadiri oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sungguh pun peluang dan ruang diberikan untuk anda berbahas tetapi jangan menyalahgunakan peluang dan ruang yang diberikan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya rasa berdukacita.
Penjelasan, penjelasan.
Kalau kita dengar ucapan tadi, sungguhpun disebut ingin membela integriti dan juga menyambut baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang meminta tindakan saman diambil ke atas satu tuduhan oleh sebuah surat khabar yang kita tidak pernah dengar langsung. Tidak pernah dengar langsung terhadap tingkah laku yang kita tahu adalah satu fitnah yang amat jahat.
Yang Berhormat Bagan Yang Berhormat Sik mahu sikit penjelasan.
Walaupun kononnya untuk membela Perdana Menteri tetapi sebenarnya, “ada udang di sebalik batu”.
Yang Berhormat Bagan.
Dan ini adalah satu perbuatan yang amat jahat sekali.
Yang Berhormat Bagan.
Kerana anda menjalankan satu serangan secara peribadi, secara halus.
Point of order, point of order.
Yang Berhormat Bagan.
Dan tidak harus dilakukan. Saya harap Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan ada lagi.
Point of order, point of order,
Kalau ruang dan peluang diberikan...
Yang Berhormat Bagan bagilah, takut ke Yang Berhormat Bagan.
Point of order, 36(6).
Biarlah diutarakan dan diucapkan dengan...
Point of order berapa itu?
Point of order, 36(6), dia kata...
Point of order berapa?
Point of order, 36(6).
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Sebab-sebab yang bernas.
Point on order, 36(6). Yang Berhormat Bagan...
Yang Berhormat Bagan.
Semua orang hendak bercakap ini. Saya tidak dengar ini.
Dia ada berniat jahat.
Yang Berhormat Beluran hendak katakan apa?
Peraturan Mesyuarat 36(6). Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat.
Saya rasa.
Sangkaan jahat terhadap Ketua Pembangkang.
Okey.
Ini adalah pihak yang tidak boleh menghadapi kebenaran.
Yang Berhormat saya sudah hafal Peraturan Mesyuarat 36(6).
Kita cakap benar mereka melenting dan melompat.
Yang Berhormat Bagan ada beberapa minit.
Jangan jadi si luncai dengan labu-labunya.
Selamat pengantin baharu DAP dan UMNO.
[Ketawa]
Yang Berhormat Bagan boleh, Yang Berhormat Bagan boleh gulung Yang Berhormat Bagan.
Yang Berhormat Bagan cucuk lagi. Tengoklah ini lah perangai Yang Berhormat Arau.
Tidak.
Yang Berhormat Bagan boleh gulung, Yang Berhormat Bagan.
Tidak apa, yang penting.
Tempat mana. Penyamun, perompak, penyangak. Mana dia?
Gulung, boleh gulung.
Biar saya habis ada banyak orang kacau sana.
Okey jangan kacau lagilah. Gulung.
Kalau biar saya ucap jangan ada kacau ambil masa saya susah.
Okey.
Saya hanya ada beberapa point sahaja.
Boleh landing kah, boleh landing?
Hari ini bukanlah satu gimik kerana ada pihak yang mendakwa mereka ada 111 sokongan daripada 111 Ahli Parlimen. Di mana dia? Di mana dia?
Hoi, hoi, ya hoi.
Dan hari ini apabila undi dibuang kita akan buktikan bahawa 111 undi ahli parlimen yang kononnya sokong Perikan Nasional adalah satu pendakwaan palsu dan fitnah.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan tipu pengundi! Yang Berhormat Bagan tipu pengundi!
Kerana ini bukan sahaja.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan minta laluan.
Akan dibuktikan pada hari ini.
Yang Berhormat Bagan kata sebelum Pilihan Raya tidak mahu sekongkol.
Ia walaupun ditolak sama sekali Ke bawah Duli Yang Maha Mulia.
Okey. Yang Berhormat Sik duduk, duduk Yang Berhormat Sik.
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.
Minta laluan.
Yang lihat sokongan yang diberikan.
Kena minta laluan dengan Yang Berhormat Bagan.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan minta laluan.
Walaupun titah di bawah titah bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun akan dilantik...
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Puteh minta laluan.
sebagai Perdana Menteri ke-10 yang sah
Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang Berhormat Sik sila duduk.
Yang Berhormat Bagan.
Yang Berhormat Bagan tipu pengundi.
Kalau kita lihat peraturan tentang MoU yang telah pun ditandatangani pada hari Jumaat.
Peraturan, peraturan tetap...
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Puteh minta laluan.
Ia tidak ada banyak perbezaan dengan MoU yang telah pun ditandatangani ataupun dimeterai.
Peraturan mesyuarat.
Semasa mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri Kesembilan sehingga Yang Berhormat Larut pada masa itu menjadi seorang daripada negotiator utama untuk menjalinkan MoU tersebut.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan numbering itu cukup sebelum ke selepas!
Apa bezanya, MoU sekarang! MoU sebelum itu.
MoU itu selepas! Nombor pun cukup selepas!
Tuan Yang di- Pertua masa sudah habis! Masa sudah habis Tuan Yang di-Pertua.
Cukup.
[Tidak Jelas]
Ditentukan oleh Yang Berhormat Bera pada masa itu adalah satu.
Yang Berhormat Bagan penjelasan! Yang Berhormat Bagan penjelasan!
Bekas baru dan merupakan dengan izin satu precursor kepada Kerajaan Perpaduan yang wujud pada hari ini.
Penjelasan.
Saya ucapkan banyak perkara yang...
[Tidak jelas]
yang telah memulakan inisiatif ini.
Yang Berhormat Bagan penjelasan. Boleh ke tidak? Penjelasan Yang Berhormat Bagan. Tidak bagi, tidak bagi saya duduk.
Kerana hari ini dengan adanya Kerajaan Perpaduan. Saya rasa kita dapat menyatupadukan semua rakyat Malaysia seperti yang dinyatakan tadi adalah penting bahawa usul undi percaya dapat melaksanakan beberapa objektif utama untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Kerajaan Perpaduan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berikrar dengan iltizam yang jitu untuk terus menstabilkan iklim politik, memakmurkan ekonomi, menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta meningkat, mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. Ini telah pun berlaku Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat kalau sebelum ini nilai mata wang ringgit berbanding US Dollar jatuh menjunam sampai ke tahap RM4.75 sen. Akan tetapi selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun dilantik menjadi Perdana Menteri hari ini. Nilai mata wang ringgit telah naik kepada RM4.42 sen, hari ini. Inilah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Akan tetapi malangnya pihak Parti Pembangkang mereka tidak akan lihat fakta, mereka hanya dengar retorik mereka yang sesat sama sekali. Kalau kita lihat wang.
Okey.
Fakta wang ringgit Malaysia itu tidak betul itu. Hari ini RM4.41 sen telah jatuh.
Nilai mata wang ringgit berbanding sen Dollar sebelum ini jatuh sampai RM3.42 sen. Ini kita boleh semak dan check dengan Yang Berhormat Pagoh. RM3.42 sen.
Akauntan tidak ada bertauliah ke?
Sekarang telah pun naik kepada RM3.26 sen. Inilah fakta. Inilah hakikat. Janganlah pusing dan janganlah buat yang benar. Itu sebagai yang pasti.
Okey Yang Berhormat Bagan. Landing please.
Sebagai rumusannya adalah penting bahawa kita ada sebuah kerajaan yang mewakili semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum, tanpa kira agama dan tanpa kira latar belakang. Hanya Kerajaan Perpaduan boleh mewakili semua rakyat Malaysia tanpa sebarang...
Penjelasan, penjelasan lagi sekali. Yang Berhormat Bagan.
Kerajaan PH.
Penjelasan. Yang Berhormat Bagan.
Kerajaan yang ditolak oleh rakyat ini.
Duduk, duduk.
Yang Berhormat Bagan.
[Tidak Jelas]
Yang Berhormat. Kita kawan.
Mana ada penjelasan.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut. Duduk.
Kita kawan.
Penjelasan! penjelasan!
Ini punya kawan, sudahlah. Duduk.
Betul tidak mahu kawan, betul.
Ini punya kawan. Sudahlah, duduk!
Tuan Yang di-Pertua saya minta Yang Berhormat Bagan.
[Tidak Jelas]
Saya arah anda duduk.
Saya minta penjelasan.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan nanti, nanti...
Yang Berhormat Bagan minta penjelasan.
Duduk, duduk.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Arau duduk. Sat lagi minum kopi di luar lah. La ni.
Minta dia duduk. Duduk. Saya sudah habis
[Tidak Jelas]
Yang Berhormat Arau tolong.
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan mengelirukan dewan. Mengelirukan.
Tidak apa lah bagi Yang Berhormat Bagan hendak landing.
Perkataan Perpaduan mana ada Perpaduan.
Yang Berhormat Besut.
Masalahnya sekarang perpaduan adanya pembangkang.
Dia tidak tahu standing order.
Yang Berhormat Besut.
Tuan Yang di-Pertua dia tidak tahu standing order. Ini penjelasan bukanlah Standing Order.
Penjelasan, penjelasan.
Duduk, duduk.
Yang Berhormat Besut ini bukanlah ceramah.
Jawab! Jawab!
Yang jahil tetap jahillah. Duduk.
Okey.
Selagi ada pembangkang memang tidak ada perpaduan.
[Tidak Jelas]
Eh, Yang Berhormat Besut jangan kucar kacir. Ini Parlimen lah!
Duduk! Kita mesti ada sebuah kerajaan yang mewakili semua rakyat semua bangsa. Kita tidak mahu mana-mana parti politik yang hendak menjadi kerajaan menimbulkan keresahan, kebimbangan, ketakutan dalam kalangan rakyat sampai mereka tidak tahu apakah masa depan mereka.
Ini kerana mereka rasa mereka akan ditindas, disekat dan amalan gaya hidup dan juga kehidupan harian akan diganggu dan ditindas...
Yang Berhormat Bagan, Pasir Puteh mencelah.
Oleh pihak-pihak tertentu.
Yang Berhormat Bagan, terima kasih.
Kerajaan yang ada ini Kerajaan PH. Kerajaan yang ditolak oleh rakyat 22 bulan baru-baru ini.
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Selepas usul undi percaya hari ini.
Kamulah, pengkhianat lah.
Masa sudah habis.
Kita boleh membuktikan bahawa...
Dia bercakap lagi saya ganggu.
Duduk.
22 bulan rakyat tolak.
Apa hal kamu ganggu, Yang Berhormat Pasir Puteh?
Duduk.
Duduklah.
22 bulan.
Yang Berhormat Pasir Puteh, duduklah. Ikut peraturan.
Yang Berhormat Pasir Puteh, ini cerita kerajaan baharu sudah ini.
Duduk.
Kerajaan baharu. Masa dia sudah habis.
Duduk, duduk, duduk. Okay.
Saya tidak ganggu...
22 bulan siapa yang tolak? 22 bulan siapa yang tolak Yang Berhormat Pasir Puteh?
[Tidak jelas]
Perpaduan.
[Tidak jelas]
Pembangkang.
Kamu yang tebuk atap, kamu yang curi, kamu yang rompak kerajaan itu. Kamu yang curi, kamu yang tebuk atap, kamu yang samun, kamu yang sakau kerajaan itu.
Kerajaan ini pun akan terbalik. Kerajaan akan terbalik.
Okay, Yang Berhormat Pasir Puteh, duduk. Silakan, Yang Berhormat Bagan, please.
Saya harap..
Cukup, cukup. Please.
Selepas usul ini diputuskan oleh Dewan yang mulia ini.
Okay Yang Berhormat Kota Bharu, standby.
Jangan ada mana-mana pihak yang masih berusaha untuk mengambil taktik-taktik kotor untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang telah buktikan keabsahan, bukan sahaja dalam Dewan yang mulia ini tetapi juga menjunjung Titah Diraja Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.
Bilakah ada absahnya? Kenapakah SD yang Yang di-Pertuan Agong minta tidak boleh bagi?
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan, terima kasih. Yang Berhormat Kota Bharu, lima minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan pada hari ini.
Awak mengelirukan Dewan. Mana ada perpaduan.
Saya ucapkan terima kasih atas peluang diberikan untuk saya turut membahaskan Usul Percaya ataupun Vote of Confidence yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Petra Jaya sekejap tadi. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya usul percaya ini sepatutnya bukanlah satu perkara yang perlu dan utama yang dibawa atau diadakan oleh pihak kerajaan kerana bagi saya, ia hanyalah berbentuk akademik, berbentuk lewah dan tidak perlu terutamanya selepas Yang Berhormat Tambun telah pun dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, menjadi Perdana Menteri dan telah menubuhkan kerajaan. Kalau usul ini dibawa sebelum kerajaan ditubuhkan itu adalah agak munasabah. Ini kerajaan telah ditubuhkan, jalankanlah kerajaan yang ditubuhkan itu. Bukan lagi membawa usul ini. Bagi saya ini adalah satu perkara yang boleh dianggap satu pertandingan sorak (shouting match) yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang mana saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam satu kenyataan menyatakan bahawa, tidak perlu usul percaya, sudah ada 140, apa lagi perlu bawa? Tidak perlu bawalah. Akan tetapi bila sudah bawa, insya-Allah kita akan bahaskan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa sekali lagi sebagaimana Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi, pihak kami Perikatan Nasional menerima hakikat bahawa kami akan menjadi pembangkang yang membawa peranan semak dan imbang kepada kerajaan yang ada pada hari ini.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Walaupun saya ingin mendedahkan di sini bahawa pihak kami...
Yang Berhormat Kota Bharu.
Pernah ditawarkan beberapa jawatan Kabinet untuk menyertai kerajaan di sebelah sana.
Yang Berhormat Kota Bharu.
Ada pula jaminan kononnya hendak bayar balik segala perbelanjaan pilihan raya kami tetapi kami tidak terima.
[Tepuk]
Yang Berhormat Kota Bharu.
Ini kerana kami yang berada di sini, kami membawa mandat 4.7 juta pengundi popular yang mengundi Perikatan Nasional.
[Tepuk]
Yang Berhormat Kota Bharu.
Membawa 74 kerusi di dalam Parlimen Malaysia ini.
Yang Berhormat Kota Bharu, minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada hanya lima minit sahaja.
Yang Berhormat Jelutong.
Saya ingin menyatakan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Tambun, mengenai satu dokumen yang telah disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Dokumen yang bernama Perjanjian Persefahaman Kerjasama Untuk Membentuk Kerajaan Gabungan. Itu nama kerajaannya, Kerajaan Gabungan (yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia). Kerajaan Gabungan yang dikenali Kerajaan Perpaduan Malaysia ini bagi kestabilan, pembaharuan, perpaduan sosial dan inklusif. Ini memorandum yang ditandatangani 16 Disember 2022. Apa yang saya hendak mendapat penjelasan ialah, pada pandangan saya dokumen Perjanjian Persefahaman ini adalah perjanjian yang tidak berperlembagaan. It is an unconstitutional document, yang merupakan satu pelanggaran kepada Perlembagaan. Paling kurang, ini saya hendak dapat penjelasan. Paling kurang tiga peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10, yang menyatakan mengenai freedom of speech ataupun kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan telah dilanggar dalam perjanjian persefahaman ini. Kedua, Perkara 63(2), saya mohon izin untuk baca Tuan Yang di-Pertua. “Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya, semasa mengambil bahagian di dalam prosiding di peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa.” Jadi apabila klausa 4, di dalam perjanjian persefahaman ini menyatakan bahawa mana-mana ahli gabungan yang telah menandatangani perjanjian ini tidak bersama dengan kerajaan. Mereka akan terlucut kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu minta.
Itu juga adalah satu perkara yang bertentangan dengan..
Yang Berhormat Kota Bharu bagi laluan kepada Kuala Selangor.
Artikel ataupun Perkara 49A, yang baharu dipinda berkaitan dengan lompat parti. Tidak ada satu peruntukan di dalam Perkara 49A...
Yang Berhormat Kota Bharu.
Yang mengatakan bahawa...
Laluan untuk Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ahli Parlimen di pihak kerajaan yang tidak bersama kerajaan lucut jawatannya sebagai Ahli Parlimen. Itu perkara-perkara yang penting.
Kuala Selangor.
Keduanya, di bawah Akta Kontrak. Akta Kontrak, Seksyen 24 dan 25. Saya tidak ada masa, habis. Seksyen 24 dan 25 menyatakan bahawa satu-satu perjanjian. Ini perjanjian persefahaman yang berteraskan kepada perkara yang forbidden by law yang disekat oleh undang-undang, ia menjadi satu kontrak yang tidak sah. Begitu juga di dalam Kanun Keseksaan. Seksyen 124, jelas mengatakan bahawa saya mohon baca, “...barang siapa dengan niat untuk mendorong atau memaksa seseorang Ahli Parlimen daripada menjalankan ataupun jangan menjalankan apa-apa kuasa Ahli Parlimen itu yang sah daripada segi undang-undang, orang itu boleh didapati bersalah, boleh dihukum sehingga 20 tahun ataupun boleh dikenakan.’’ Saya hendak menarik perhatian Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, sudah ada satu report polis,
[Sambil menunjukkan sekeping kertas]
telah dibuat mengenai pelanggaran undang-undang yang berkait dengan mereka yang menyebabkan berlakunya penandatanganan memorandum perjanjian persefahaman ini. Saya mohon sahabat saya Yang Berhormat Menteri KDN, jangan menyekat pihak polis daripada menyiasat perkara ini.
[Tepuk]
Saya percaya beliau seorang profesional. Biar polis menyiasat perkara ini jika, sekiranya ia bertentangan dengan seksyen 124, Penal Code atau Kanun Keseksaan. Biarkan undang-undang mengambil tempatnya. Jadi saya harap kerajaan yang ada...
Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu, laluan untuk Kuala Selangor.
Jika sekiranya kerajaan ini kerajaan yang legal ia perlu meneliti perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang.
Yang Berhormat Kota Bharu, laluan.
Boleh? Yang Berhormat Kota Bharu.
Dengan itu, sekali lagi saya ...
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini Majlis Peguam Malaysia, Bar Council menyatakan bahawa ini saya baca, “there are a question about provision in the MoU, Bar Council’’. Bar Council menyatakan bahawa dalam MoU ini ada peruntukan yang bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang. Jadi sebagai pembangkang, kami mahu rakyat diperjelaskan supaya kerajaan yang ada ini menjadi kerajaan yang legitimate, yang sah, yang dibuat berteraskan kepada Perlembagaan dan undang-undang bukan di sebaliknya.
Yang Berhormat Kota Bharu.
Yang Berhormat Kota Bharu.
[Bangun]
Dengan itu saya mohon untuk...
[Tidak jelas]
Baik, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Bharu, Kuala Selangor hendak bertanya sahaja, tidak diizinkan.
Yang Berhormat Sri Aman. Terima kasih.
Baik sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan salam perpaduan. Pertamanya, saya bagi pihak GPS ingin mengucapkan tahniahlah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Terima kasih.
Syabas ya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang serta kesempatan yang diberi kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Usul Undi Percaya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 yang dibawakan oleh Yang Berhormat Petrajaya sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, semua kita sedia maklum bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 iaitu PRU-15 telah menyaksikan satu situasi di mana tiada parti politik atau gabungan parti politik yang telah berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Situasi sebegini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah pilihan raya negara ini. Susulan itu, pada mulanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10. Namun, selepas tiada juga pihak yang mampu memperoleh majoriti untuk diangkat sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menasihatkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk bagi mengatasi kemelut politik negara. Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya kesemua parti termasuk GPS mempertimbangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memudahkan pembentukan kerajaan baharu selepas PRU-15. Titah Seri Paduka itu adalah berdasarkan keadaan ketika itu dengan tiada seorang pun memperoleh majoriti mudah sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, GPS menyerahkan sepenuh kepercayaan dan akur akan Titah Yang di- Pertuan Agong berteraskan prinsip Rukun Negara dan mengikut kuasa yang ada pada Baginda di bawah Perlembagaan Malaysia. Apa yang Baginda mahukan adalah kerajaan yang kuat iaitu sebuah kerajaan yang stabil dan negara kita juga adalah Raja Berperlembagaan yang harus kita taati. Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan merupakan cerminan kebijaksanaan dan keprihatinan Baginda Tuanku demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan Perpaduan akhirnya dibentuk dengan Yang Amat Berhormat Tambun telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-10. Tuan Yang di-Pertua, keutamaan GPS adalah memastikan politik negara kembali stabil supaya kerajaan yang dibentuk dapat memfokuskan kepada usaha memastikan kesejahteraan rakyat. Kerajaan yang stabil perlu untuk membolehkan kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan mengukuhkan keyakinan pelabur membentuk kesaksamaan antara wilayah daripada segi pembangunan menyejahterakan rakyat dan seterusnya memelihara kebajikan rakyat. Andai kata kita terus bertelagah, kita bimbang negara akan terus merudum dan yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara. Apa lagi kita dijangka berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu pada tahun hadapan tahun 2023 ya. Justeru dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dengan GPS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dengan izin dan berkat Tuhan Yang Maha Esa kita akan dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil dan dengan kestabilan politik ini kita akan bersama-sama membina ekonomi negara ke arah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. Dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini memohon untuk menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Beluran lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada sesi Parlimen kali ini. Keduanya, saya tumpang gembira melihat rakan-rakan yang berada duduk di sebelah sana, tahniah. Kami di sebelah sini pun pernah duduk sebelah sana juga. Walaupun dalam masa yang singkat dua penggal lama tempohnya tetapi kita telah menyumbang kepada negara, kepada rakyat terutama ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, kegembiraan saya secara khusus melihat rakan saya empat orang Ahli Parlimen rakan separti saya yang pada ketika ini duduk di sebelah sana. Ahli- ahli Parlimen tersebut adalah Yang Berhormat Ahli Parlimen Papar, Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Sapi, Yang Berhormat Ahli Parlimen Ranau dan juga Yang Berhormat Ahli Parlimen Sipitang. Tahniah saya ucapkan kepada mereka tetapi walau bagaimanapun kita satu parti. Akan tetapi, hari ini jelas sekali nampak bahawa mereka berada di sebelah seberang sana yang berbeza pendirian parti yang kami sama-sama anuti sebelum ini. Seperti yang saya katakan tadi bahawa kita sebenarnya lahir daripada satu parti walaupun kita menggunakan logo yang berbeza pada pilihan raya yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dengan izin membaca sekeping surat yang ditulis oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia beralamat di alamat Alamesra Kota Kinabalu, Sabah yang ditujukan kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin selaku Presiden Parti Peribumi Malaysia yang surat ini ditandatangani oleh Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah bertarikh 3 November 2022 yang lalu. Tajuk surat Senarai Calon Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parti Gerakan Rakyat Sabah (GRS) di negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri, GRS telah mengadakan Majlis Pengumuman Senarai Calon dan Penyerahan Watikah Pencalonan pada 2 November 2022 bertempat di Magellan Sutera Hotel Ballroom. Bersama-sama ini dilampirkan senarai calon yang akan bertanding menggunakan lambang GRS pada Pilihan Raya Umum ke-15. Pertama, P.167 Kudat, BERSATU. Senarai yang keenam P.175 Papar, BERSATU. P.178 Sipitang, BERSATU. P.179 Ranau, BERSATU. P.185 Batu Sapi, BERSATU. P.189 Semporna, BERSATU. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam calon-calon GRS yang bertanding atas logo GRS sebenarnya adalah calon BERSATU.
[Tepuk]
Ini tidak membezakan ada enam wakil rakyat yang berada di sebelah sini. Wakil rakyat Machang, wakil rakyat Ketereh, wakil rakyat Jeli, wakil rakyat Gua Musang, wakil rakyat Tanah Merah, wakil rakyat Hulu Terengganu yang bertanding atas logo PAS tetapi sebenarnya mereka adalah calon-calon BERSATU.
[Tepuk]
Perbezaan kedudukan yang berada yang berlaku ketika ini mereka berada di sebelah kami sini dan yang empat orang menang daripada enam itu berada sebelah sana. Perbezaan kedudukan ini sesuatu yang lazim sebelum ini tetapi dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan RUU antilompat parti yang dibawa oleh kerajaan yang lalu dalam Dewan yang mulia ini, maka perbezaan ini mesti diperjelaskan. Oleh ini Tuan Yang di-Pertua, membawa kita kepada perkara ketiga iaitu keabsahan dan juga legitimacy kedudukan Yang Amat Berhormat Tambun dalam proses undi percaya kepada kali ini kerana kedudukan empat Ahli Parlimen yang legitimacy mereka dipertikaikan kerana akta lompat parti. Kita semua membaca Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan tentang keperluan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.
...Untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dalam Dewan. Dengan itu majoriti tersebut perlu diterjemahkan kepada bilangan ahli yang menyokong.
Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Papar minta laluan.
Namun, bilangan itu atau dengan izin numbers of support perlulah sewaktu bilangan numbers yang sah yang legitimate di kalangan Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Beluran menyebut Papar tadi.
Tidak bagi laluan Yang Berhormat. Baca peraturan. Kamu Menteri, duduk.
Yang Berhormat menyebut Papar tadi.
...akan lihat bagaimana kerusi empat orang ahli daripada Sabah yang menjadi masalah pokok dalam Dewan ini diputuskan kerana ia sepatutnya dikosongkan kerana melanggar Akta 49A Perlembagaan Persekutuan.
[Tepuk]
Minta laluan Yang Berhormat Beluran.
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merujuk hansard rasmi Dewan Rakyat bertarikh 28 Julai 2022.
Mohon laluan Yang Berhormat Beluran.
Saya tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Dia tidak bagi. Duduk.
Yang Berhormat Menteri duduklah, bacalah peraturan mesyuarat. Di mana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah menjelaskan yang berikut. Saya quote, “Jawatankuasa Pilihan Khas telah bersetuju dan mengesyorkan bahawa Ahli Dewan Rakyat yang keluar daripada satu parti politik dalam satu gabungan dan menyertai parti politik yang lain di dalam gabungan yang sama atau berbeza, maka Ahli Dewan Rakyat tersebut terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat dan perlu dikosongkan kerusi. Ini kerana keanggotaan seseorang Ahli Dewan Rakyat merujuk kepada keanggotaan dalam parti politik dan tidak kira sama ada parti politik itu merupakan anggota sesuatu parti gabungan atau tidak”.
Tuan Yang di-Pertua mohon laluan.
Itu kenyataan Menteri Undang- undang dalam kerajaan yang lalu. Jadi, tidak penting sama ada empat Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket GRS atau mewakili mana-mana gabungan tertentu kerana yang hanya relevan sama ada mereka meninggalkan parti asal mereka. Kalau ikutkan pindaan perlembagaan Perkara 49A dan Hansard bertarikh 28 Julai 2022 tentang RUU Pindaan Perlembagaan Akta Antilompat Parti, mereka yang keluar parti dikira telah hilang kerusi. Kalau mereka hendak menyertai parti lain maka tindakan ini perlu dibaca bersama Perkara 49A (i) dan (ii) Perlembagaan Persekutuan iaitu he ceases to be a member of the political party. Berdasarkan Perlembagaan Bersatu Tuan Yang di-Pertua, Perkara 10.2.3 juga menyatakan bahawa keahlian seseorang ahli terhenti serta-merta apabila menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini. Oleh yang demikian, tindakan mana-mana mereka yang meninggalkan parti ini dan kemudian menyertai parti lain boleh disifatkan melanggar Perkara 10.2.3 Perlembagaan Bersatu dan terhenti menjadi Ahli Bersatu serta-merta. Hal terhenti menjadi ahli parti adalah terjatuh di bawah Perkara 49A (a)(ii) Perlembagaan Persekutuan .
Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua.
Tentu sekali pelbagai interpretasi undang-undang telah dibuat baik dalam kalangan pengamal undang-undang mahupun kepimpinan GRS sendiri mengenai kedudukan mereka yang menarik adalah penjelasan perancangan yang dibuat oleh kepimpinan GRS itu sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bertentangan dengan surat bertarikh 30 November 2022 yang saya baca tadi itu.
Yang Berhormat Beluran, boleh gulung?
Telah dibacakan, GRS mengatakan bahawa mereka sebenarnya sekarang ini adalah anggota direct member GRS sejak bulan Oktober yang lalu iaitu sebelum PRU15 yang dijalankan. Saya ada salah seorang daripada Ketua Bahagian Bersatu yang juga merupakan anggota GRS. Saya ingin mengesahkan Tuan Yang di-Pertua bahawa perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kepimpinan GRS iaitu backdating. Menjadi ahli GRS direct pada bulan Oktober. Tidak pernah dilakukan oleh kepimpinan Bersatu negeri. Saya selaku ketua bahagian mengesahkan itu.
[Tepuk]
Tidak pernah dilakukan pada bulan Oktober dan tidak pernah dilakukan bulan-bulan sebelum bulan Oktober. Tentu sekali sebagai ketua bahagian saya tahu jika perkara ini berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan.
…they become direct member of GRS’s secara direct member. Akan tetapi, istilah dan roh direct member dalam Perlembagaan GRS itu perlu diperjelaskan. How can you a Member of Bersatu’s menjadi member direct GRS’s. Tidak ada keperluan. Jadi, sebenarnya ini sebenarnya dibuat untuk backdate, men-justify-kan tindakan-tindakan mereka yang bercanggah dengan peraturan Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan.
[Tepuk]
Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua, perkara ini perlu diperhalusi, disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan RUU antilompat parti untuk memperjelaskan kedudukan empat Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket GRS tetapi sebenarnya roh keahlian mereka adalah Bersatu.
[Tepuk]
Mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih.
Habis sudah?
Habis.
Ini perkara penting Yang Berhormat.
Itu saya faham.
Usul hari ini adalah usul keabsahan, vote of confidence but you have four members here yang dipertikaikan legitimacy mereka.
Insya-Allah.
Oleh sebab itu, saya cadangkan agar usul ini kita tangguh 21 hari supaya keabsahan mereka sebagai Ahli Dewan ini dapat ditentukan kemudian kita adakan vote of confidence ini di Dewan ini.
Boleh bagi laluan.
Perjelaskan legitimacy mereka mengikut peraturan-peraturan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
Minta laluan.
Yang Berhormat laluan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Saya cadangkan agar vote of confidence exercise ini kita tangguh sehingga 21 hari selepas Tuan Yang di-Pertua membuat siasatan terharap legitimacy Ahli-ahli Dewan yang menggunakan logo GRS di Dewan ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Parlimen Papar mohon penjelasan.
Baik terima kasih. Yang Berhormat Menteri akan menggulung sebentar lagi. Boleh soal tentang apa yang Yang Berhormat Beluran sebut tadi. Silakan Yang Berhormat Titiwangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi tahu sedikit. Peringatan Menteri dan Timbalan...
Standing order mana ini?
Peraturan Mesyuarat 36(7). Tengok saya tidak dan baca yang itu tetapi melibatkan...
Dia sebut Ahli Parlimen Papar Yang Berhormat. Saya Ahli Parlimen Papar.
Menteri dan Timbalan dia tidak boleh berbahas, Menteri dan Timbalan kecuali diajukan soalan. Biarlah Menteri yang akan menggulung...
Saya mohon penjelasan bukan hendak berbahas.
...kira berbahaslah itu. Penjelasan kira berbahaslah itu. Cuma, kita guna kaedah penjelasan dalam Dewan Rakyat. Kena faham yang itu. Hendak jadi Menteri baharu ini tidak belajar, baca dahulu.
Akan tetapi yang... baik. Yang Berhormat Pendang minta saya... Yang Berhormat Pendang.
Dia sebut Ahli Parlimen Papar, saya mohon penjelasan.
Okey, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Titiwangsa.
Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kerana saya diberi peluang untuk berbahas pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, baru satu hari saya ingat Tuan Yang di-Pertua ada lima tahun lagi. Saya cadangkan tiap- tiap enam bulan buat blood test, stress test semualah test.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas keberanian menjalankan undi percaya walaupun ia tidak perlu diadakan.
[Tepuk]
Undi percaya ini sangat penting kalau kita tengok dari segi konteks ekonomi. Jika undi percaya ini mendapat sokongan ia akan memberi sebuah kerajaan yang stabil untuk tempoh masa lima tahun akan datang dan peristiwa menukar Perdana Menteri tiga kali dalam masa empat tahun setengah tidak akan berlaku lagi. Pentingnya untuk undi percaya ini kerana dalam konteks kita membangunkan negara sudah tentu mana-mana negara yang hendak dibangunkan ialah kita mesti ada kestabilan politik. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kestabilan politik ini adalah merupakan ingredient yang sangat penting untuk mana-mana negara untuk membangunkan ekonomi. Tiga perkara yang sangat penting untuk membangunkan ekonomi. Pertama, kita perlu ada kestabilan politik iaitu dalam kita mengharungi penggal Parlimen ini dalam masa lima tahun yang telah ditetapkan. Lima tahun itu perlu kita ada kestabilan politik. Kedua, kita mesti mempunyai satu pasukan yang mempunyai pengalaman dan kompeten untuk menerajui kerajaan yang stabil itu. Ketiga, sudah tentu kita tidak boleh lari untuk mempunyai pasukan yang mempunyai integriti dan kredibiliti dalam menerajui pembangunan negara tersebut. Dalam konteks ini, kalau kita lihat pada empat tahun setengah yang lepas apa yang berlaku dalam negara kita. Kita lihat Malaysia ini sudah tertinggal ke belakang. Kalau kita tengok pada tahun 2018 hingga 2021. Saya tidak menggunakan figures 2022 kerana ia belum habis lagi hujung tahun. Akan tetapi, untuk tahun 2018 sehingga 2021, kalau kita tengok negara ini mempunyai KDNK per kapita yang tidak berkembang. Dalam masa empat tahun, pertumbuhan kita minus 0.1 percent.
Jika dibandingkan dengan Indonesia, Vietnam, Thailand dan Philippine, keempat- empat negara ini ke belakang waktu kita membina negara selama 61 tahun sebelum tahun 2018. Saya hendak mengambil contoh, Indonesia, pada tahun 2018 hingga 2021 KDNK perkapita mereka telah berkembang sebanyak 11.8 peratus. Vietnam, KDNK per kapita berkembang sebanyak 24.2 peratus. Thailand, berkembang sebanyak 9.7 peratus dan Philippine 19.3 peratus. Semua ini positif, tetapi Malaysia 0.1 percent. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membangunkan pertumbuhan ekonomi ini, kita tidak boleh lari daripada mempunyai dua elemen penting iaitu pelaburan dan consumption dalam sesebuah ekonomi. Akan tetapi setiap kali kita melihat perkembangan ini di antara investment dan consumption growth, yang perlu kita lihat ialah bagaimana komposisi sebuah ekonomi itu dibangunkan, sama ada berdasarkan pelaburan atau consumption. Dalam konteks Malaysia, kalau kita lihat, investment growth pada tahun 2018 hanya 1.4 peratus tetapi consumption positive 7.1 percent. Kalau tahun 2019, dari segi konteks investment growth -2.1 peratus. Akan tetapi consumption masih berkembang 6.6 peratus. Pada tahun 2020, investment growth -14.5 peratus, consumption -2.9 peratus. Tahun 2021, investment growth 0.9 percent, consumption 2.2 peratus. Ini menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai sustainable economic growth kerana apa elemen investment ini sudah menguncup kalau dibandingkan sebelum-sebelum ini. Kesannya ialah kalau kita lihat, jumlah graduan yang kita keluarkan pada tahun 2018 sebanyak 299,000 pekerjaan yang ditawarkan atau diwujudkan pekerjaan baru oleh pihak swasta hanya 101,000. Pada tahun 2019, graduan yang kita keluarkan 386,000 kemudian pekerjaan yang kita wujudkan hanya 103,000. Tahun 2020, graduan yang kita wujudkan 294,000 tetapi pekerjaan yang kita ciptakan hanya 73,000. Pada tahun 2021, jumlah graduan yang kita wujudkan 286,000, pekerjaan yang kita wujudkan hanya 69,500. Sudah tentu Tuan Yang di-Pertua, figure-figure ini menunjukkan bahawa kita kena melihat semula cara kita berpolitik dalam negara kita. Kalau kita berterusan bergaduh soal Perdana Menteri, bergaduh soal isu-isu yang tidak melihat isu rakyat, maka akhirnya empat setengah tahun kita telah membazir masa melihat bagaimana jiran-jiran dan negara-negara di sekeliling kita membangun dengan begitu pesat tetapi Malaysia ditinggal ke belakang dan terus ke belakang.
Okey Yang Berhormat boleh gulung. Tolong gulung.
Saya sekali lagi – Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut dari segi pelaburan asing. Pelaburan asing ini juga membimbangkan saya apabila melihat bagaimana Global Competitiveness Index Malaysia daripada 25 telah jatuh kepada 32. Akan tetapi apabila dia jatuh ke-32, kalau dibandingkan dengan Indonesia, Indonesia duduk di tahap 44 Global Competitiveness Index, bawah daripada kita. Akan tetapi walaupun mereka bawah daripada kita, kalau tengok daripada segi pelaburan FDI yang didapati oleh Indonesia, tahun 2018 sebanyak USD20.5 bilion, Malaysia hanya USD7.6 bilion. Tahun 2019, USD23.8 bilion yang diwujudkan oleh Indonesia, Malaysia hanya USD7.8 bilion. Tahun 2020, Indonesia membawa USD18.3 bilion, Malaysia hanya USD3.5 bilion. Pada tahun 2021, Indonesia USD23.2 bilion, Malaysia hanya USD7.3 bilion. Apa yang saya hendak tekankan Tuan Yang di-Pertua, walaupun Global Competitiveness Index kita lebih baik dari Indonesia tetapi jumlah pelaburan yang dapat diambil oleh Indonesia dalam masa empat tahun itu lebih baik dan lebih tinggi daripada Malaysia...
Okey.
Oleh kerana kita tidak dapat menyediakan kestabilan politik di kaca mata pelabur-pelabur yang ingin datang kepada negara kita.
Okey boleh gulung, please masa.
Okey, akhir sekali...
Ini baru layak Menteri Kewangan.
Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua.
Ya, silakan.
Saya cuma hendak highlight satu perkara yang sangat penting. Perkara ini kalau kita tak handle dengan betul-betul terapi ia akan menjejaskan negara kita ini dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang. Kalau kita lihat negara kita telah meminjam duit hampir mencecah RM1.2 trilion. Pada tahun 2017, kita hanya berhutang RM686 bilion selama 61 tahun.
Sudah habis masa itu.
Akan tetapi dalam masa empat tahun, hutang ini sudah meningkat bertambah RM300 hampir RM400 bilion hingga mencecah RM1.2 trilion. Yang membimbangkan saya ialah pada tahun 2017, kita hanya membayar faedah (interest) RM27.9 bilion tetapi pada tahun 2022 kita telah mencecah pembayaran interest RM43 bilion. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak handle benda ini dengan betul-betul dan rapi, nasib yang akan menimpa kerajaan Malaysia ini tidak akan berbeza seperti mana kita lihat yang berlaku di Sri Langka.
Yang Berhormat Menteri Kewangan Ketiga..
Saya memohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan usul ini. Pertamanya saya hendak memulakan dengan ucapan takziah kepada mangsa tanah runtuh di Selangor dan banjir di Kelantan khususnya yang maut sebentar tadi. Saya juga sudah bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta Yang Amat Berhormat Tambun dapat selepas usul ini diluluskan dapat pergi ke Pasir Mas, ke Rantau Panjang, ke Tumpat sekali lagi. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri yang turun ke Kelantan pada minggu lepas tetapi kali ini banjir yang berlaku agak luar biasa. Saya fikir ini usul yang perlu untuk kita bahas kepentingan rakyat, usul percaya ini satu perkara yang tidak perlu untuk kita bahaskan di sini pun ini kerana dalam sejarah tanah air kita sendiri, usul percaya dibawa ke Dewan ini apabila Perdana Menteri mengambil alih kerajaan di pertengahan penggal berlaku pada tahun 1976 ketika itu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn mengambil alih kerajaan selepas 12 hari kematian Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Usul percaya dibawa ke Dewan, begitu juga ketika Tun Abdullah bin Ahmad Badawi tahun 2003 mengambil alih kerajaan daripada Tun Dr. Mahathir pada masa itu juga usul percaya dibawa ke dalam Dewan. Jadi usul percaya dibawa ke dalam Dewan apabila kerajaan beralih di pertengahan penggal kalau ia pun perlu dibawa. Jadi pada kali ini saya fikir ia tidak perlu dibawa kerana ia lebih bersifat kepada akademik. Namun, kerajaan telah membuat keputusannya untuk membawa Yang Amat Berhormat Ketua Majlis buat keputusan hendak bawa usul ini. Jadi apabila sudah dibentangkan, kami mengambil peluang ini untuk berbahas dan dalam masa yang sama saya ingin menyebut bahawa kita, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh pengundi-pengundi terutamanya anak muda dalam PRU15 yang lepas yang kebanyakannya telah memberikan undi kepada Perikatan Nasional.
[Tepuk]
Itu satu perkara yang tidak boleh dinafikan kerana kebangkitan dan gelombang ini ialah satu gelombang penolakan kepada Pakatan Harapan dan penolakan kepada Barisan Nasional sekali gus.
[Tepuk]
Apabila kedua-duanya mengambil keputusan untuk bergabung, ia tidak membentuk sokongan rakyat sekalipun. Yang Berhormat Bagan sebentar tadi yang saya hormati telah menyebut bahawa gabungan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah menjadi majoriti. Ya mungkin betul jika dilihat kepada PRU15 tetapi jika dilihat kepada pilihan raya kecil Padang Serai, ia menjadi referendum rakyat bahawa rakyat menolak gabungan di antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional.
[Tepuk]
Mari saya membacakan faktanya. Pada PRU14, PKR mendapat undi sebanyak 31,000. PAS mendapat undi sebanyak 22,000. Barisan Nasional mendapat undi sebanyak 15,000. Sepatutnya jika campur undi daripada PKR dengan BN, ia telah mendapat undi paling tidak 47,000. Akan tetapi baru-baru ini Pakatan Harapan mendapat undi hanya sebanyak 35,000 manakala Perikatan Nasional mendapat undi sebanyak 51,000. Sedangkan kerajaan telah dibentuk. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengangkat sumpah. Menteri Besar Perak pun– Menteri Besar, kerajaan-kerajaan negeri pun telah dibentuk dengan menggabungkan antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional. Ertinya apa dia? Ertinya gelombang rakyat bersama-sama dengan kami dan insya-Allah kalau kerajaan ini kekal, saya ulangi sekali lagi, kalaupun kerajaan ini kekal sampai ke akhir penggal, PRU16 insya-Allah Perikatan Nasional akan mengambil alih tempat di sebelah sana.
[Tepuk]
Menurut kepada petunjuk-petunjuk, angka, berkenaan...
Yang Berhormat Pasir Mas.
...Dengan feel good factor kerajaan termasuklah pada...
Beri laluan.
...Termasuklah kepada...
Yang Berhormat Pasir Mas, di sini.
Minta maaf, sedikit sahaja. Masa diberikan sedikit. Baik. Merujuk kepada angka-angka yang dibentangkan tadi, Yang Berhormat Bagan menyebut berkenaan dengan tukaran ringgit yang menunjukkan bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun berjaya. Saya fikir tukaran ringgit ini satu indikator tetapi ia tidak semestinya satu-satu indikator untuk membuktikan kerajaan berjaya. Kalau begitu, bagaimana pula ketika Pakatan Harapan mengambil kerajaan? Pada 30 Mac 2018, nilaian ringgit RM3.80 pada masa itu, 1 US Dollar. Pada 23 November 2018, ringgit semakin turun kepada RM4.19 bersamaan 1 US Dollar. Kalau itu menjadi indikator, ertinya Pakatan Harapan pada tahun 2018 telah gagal untuk mengawal nilaian ringgit. Nilaian ringgit ini satu indikator tetapi ia tidak semestinya menunjukkan bahawa kerajaan telah berjaya. Pada 4 Disember 2022, RM4.30 dengan 1 US Dollar. Hari ini 19 Disember 2022, RM4.40 semakin naik. Ertinya apa dia? Ertinya ia tertakluk kepada faktor-faktor yang lain dan tidak semestinya menggambarkan kepada feel good factor yang ada kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap bahawa kerajaan yang ada ini adalah merupakan satu kerajaan yang telah diperkenalkan oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi jangan dinamakan sebagai ia sebuah ‘kerajaan perpaduan’ kerana ia bukan merupakan sebuah ‘kerajaan perpaduan’. Pembangkang masih lagi ada di sini. Masih lagi ada di sini! Di mana-mana negara sekalipun. Unity government ialah ditafsirkan sebagai lack of opposition dengan izin, bahawa tidak ada pembangkang. Jadi, apabila masih ada pembangkang, tidak perlu hendak namakan sebagai kerajaan perpaduan. Ia lebih kepada kerajaan campuran di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan rakan-rakan parti yang lain dan kerana itulah apabila kerajaan dibentuk hasil daripada pertembungan sebelum daripada ini, tidak ada lagi saya dengar kawan-kawan bercakap tentang korupsi. Tidak ada lagi saya dengar kawan-kawan bercakap tentang chauvinism dan sebagainya kerana sudah tidak ada modal. Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri keluar dari sidang media, tah apa- apa, mengaitkan kami pula dengan dana judi yang sehingga ke hari ini masih tidak boleh dibuktikan lagi. Jadi, saya fikir ini adalah merupakan satu bayangan daripada sebelah sana. Sepatutnya hendak lakukan audit forensik kah, apa kah, buatlah 25 jam sehari. Silalah. Bayarlah elaun. Guna gaji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang tidak diambil, bayar kepada petugas-petugas ini. Check akaun kami. Check akaun saya. Mana ada dana judi? Akan tetapi tidak boleh dilakukan dan dibuktikan kerana apa? Kerana ia...
Yang Berhormat Pasir Mas, minta laluan sedikit.
...Merupakan satu perkara yang tidak boleh dibuktikan sama sekali.
Yang Berhormat Pasir Mas
Minta maaf, kawan. Minta maaf. Oleh kerana itulah bagi saya sampai masanya untuk kita, saya fikir kita mengemudi negara ini dengan mengetepikan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekeruhan. Insya-Allah, saya yakin kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih bersifat kepada seorang Perdana Menteri kepada seluruh Malaysia, saya yakin iklim politik kita boleh untuk direndahkan suhunya dan saya fikir bahawa sampai masanya kita kena mengemudi kerajaan ini dengan lebih baik. Kepada rakan-rakan di sebelah Barisan Nasional, saya yakin dan saya menyeru, bertindaklah mengikut gerak dan hati masing- masing. Jangan jadi seperti; Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran. Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan. Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Adat rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Pandan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang dan juga tahniah pertamanya di atas amanah yang diberikan sebagai Yang di- Pertua Dewan bagi Penggal Ke-15 ini dan saya ingin mulakan dengan mengingatkan tanggungjawab berat sebagai Yang di-Pertua Dewan untuk mengetuai reformasi Parlimen menjadi pengawas kepada Menteri-menteri di sebelah sini.
[Tepuk]
Ini kali pertama sejak tahun 2004 yang pilihan raya umum menghasilkan sebuah kerajaan dengan sokongan dua pertiga Dewan. Sebelum saya teruskan, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua awal-awal yang saya tidak akan bagi ruang kepada Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Hulu Langat untuk mencelah. Kalau Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Hulu Langat minta bangun, saya silakan ke sebelah, bolehlah melalak sekuat-kuatnya di luar Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, sebab dia sebut Pendang, tidak pernah ada sejarah tradisi Parlimen, Menteri berbahas.
Boleh, ada.
Yang Berhormat Pendang.
Tidak pernah dalam sejarah, tradisi tidak ada.
Boleh, boleh.
Peraturan mana Yang Berhormat Pendang?
Saya kata tidak adalah. Dalam sejarah tidak pernah ada berbahas.
Bacakan peraturan dahulu.
Biarlah nanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggulung, yang membawa usul menggulung. Tidak ada precedent.
Yang Berhormat Pendang, sudah.
Yang Berhormat Pendang sudah ambil seminit Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah, silakan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...A ada. Peraturan Mesyuarat 24A(1). Saya sudah tengok.
Daripada awal setakat ini saya tengok semua perbahasan daripada sebelah sana, isu yang ditimbulkan adalah soal istilah. Bukan soal ekonomi, bukan soal rakyat, bukan soal kepayahan dan cabaran. Ia soal istilah yang tidak bersetuju apabila kerajaan ini dipanggil sebagai kerajaan perpaduan. Baik. Untuk makluman kepada anggota di sebelah sana sendiri, soal istilah ini sepatutnya perlu dirujuk kepada Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang kerana Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang yang dipanggil pertama kali dan ditawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan. Akan tetapi lain kali, saya ingat tindakan yang dibuat di sebelah sana, yang melantik Yang Berhormat Larut sebagai Ketua Pembangkang, insya-Allah selepas ini ada perunding yang lebih baik. Kalau kena cara baharu boleh duduk di sini. Buat masa sekarang, jangan marah atas soal istilah di atas kegagalan Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang yang menolak untuk menyertai kerajaan perpaduan ini.
[Tepuk]
PRU15 menyaksikan medan persaingan yang paling sengit dan hasilnya keputusan yang diberikan oleh rakyat menuntut kebijaksanaan daripada semua pihak untuk membalas kebijaksanaan rakyat yang tidak memilih mana-mana parti pun untuk membentuk mana-mana kerajaan secara bersendirian. Itu ada hikmahnya kerana kita berhadapan dengan kekangan kewangan dalam suasana keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak stabil. Kos menjana elektrik contohnya telah naik sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan yang lepas. Begitu juga dengan kos petrol. Sebab itu segala pendekatan pentadbiran yang sebelum ini digunakan, mungkin tidak lagi berkesan dalam kita menghadapi cabaran-cabaran yang terbaru ini. Keadaan ekonomi dunia juga dijangka akan menjadi lebih mencabar di dalam tahun 2023. Sekiranya pergolakan geopolitik yang berlaku ini berterusan, sudah tentu ada kemungkinan besar ekonomi dunia akan memasuki kemelesetan. Maka seluruh tumpuan negara sepatutnya perlulah ke arah menggembleng setiap usaha untuk mempertahankan kebajikan rakyat daripada terkesan daripada masa dan juga cabaran ekonomi global ini. Kita pun telah berada di dalam keadaan yang betul-betul mencabar. Contohnya, hanya sekitar dua peratus daripada jumlah perusahaan-perusahaan yang ada di negara ini yang menyumbang kepada lebih 60 peratus kepada ekonomi negara melalui KDNK. Maksudnya, sebahagian besar daripada syarikat-syarikat sebenarnya tidak mampu untuk menanggung gaji dan juga menghadapi cabaran ekonomi. Dari segi agihan laba ekonomi kepada pekerja-pekerja, kadar di negara ini hanya 38 peratus berbanding dengan di negara-negara maju yang kadarnya melebihi 50 peratus.
Oleh sebab Yang Berhormat Pendang kacau tadi, saya memohon satu minit setengah tambahan. Oleh sebab itu, sebarang kejutan kepada ekosistem ekonomi negara akan ada kesan yang sangat besar kepada rakyat dalam tahun 2023 ini, dalam keadaan juga keupayaan kewangan negara ataupun yang selalu disebut ruang fiskal menjadi lebih sempit. Oleh sebab itu, saya menjunjung kasih apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong— dan itu faktanya— mencadangkan supaya parti-parti politik di negara ini mengetepikan perbezaan dan mengusahakan satu Kerajaan Perpaduan untuk beri tumpuan membela rakyat dalam keadaan yang cukup mencabar ini. Oleh sebab itu, akhir sekali, saya ingin berharap dan sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, kepada Yang Berhormat Larut, kepada semua Ahli Dewan dan kepada semua yang diberikan peluang untuk menjadi menteri bahawa kita tidak boleh mensia-siakan kestabilan politik yang kini telah kembali dalam negara kita dengan sokongan dua per tiga Dewan. Kestabilan politik ini diperlukan supaya kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan yang sukar.
Yang Berhormat Pandan, boleh mencelah?
Kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan.
Sila, satu minit.
Saya dengar ucapan Yang Berhormat Pandan ini seolah-olah ucapan daripada pihak pembangkang. Yang Berhormat Pandan ini dalam kerajaan. Jadi, saya hendak tanya. Sepanjang Yang Amat Berhormat Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri— disebut tadi adalah tentang isu ekonomi yang dihadapi oleh rakyat. Apakah yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semenjak Yang Amat Berhormat Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sehingga ke hari ini? Apa yang kita dengar daripada angkat sumpah ini adalah drama-drama yang berterusan. Bermula daripada kononnya RM600 bilion itu hilang, kononnya kita mendapat sumbangan daripada sumber judi, bercerita tentang, “Saya tidak ambil kereta Mercedes”. Saya hendak beritahu, Yang Berhormat Pagoh pun sejak menjadi Perdana Menteri tidak pernah pakai kereta lain daripada keretanya.
[Tepuk]
Jadi, isu-isu drama ini, rakyat tidak hendak dengar. Telur pun masih tidak ada lagi. Orang dok kata, “Menteri, telur mana?”. Jadi, ini perkara-perkara yang harus diberikan penekanan oleh kerajaan. Ini bukan pembangkang. Sebelah sana sekarang kerajaan. Jadi, Yang Berhormat Pandan kena berfikir sebagai sebuah kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya bukan Perdana Menteri. Sebaiknya nanti Yang Amat Berhormat Tambun sudah tentu akan menjawab.
[Dewan riuh]
Tunggu dulu, tunggu dulu. Dalam tempoh dua minggu ini, ini beberapa perkara yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Perpaduan ini yang membantu rakyat dalam keadaan kita mewarisi keadaan kewangan yang cukup teruk daripada Yang Berhormat Pagoh dahulu. Pertama, contohnya, wakil daripada kerajaan negeri yang pertama yang datang berjumpa Yang Amat Berhormat Tambun bukan daripada Pakatan Harapan, bukan daripada Barisan Nasional, tetapi daripada Perikatan Nasional dari Perlis.
[Tepuk]
Baru jadi ambil alih kerajaan, datang berjumpa Yang Berhormat Menteri Kewangan meminta komitmen supaya dapat bagi bantuan kewangan daripada pusat kepada kerajaan negeri.
Celahan sikit lagi, Yang Berhormat Pandan. Celahan sedikit, Yang Berhormat Pandan.
Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Putrajaya duduk, Yang Berhormat Putrajaya.
Biar saya jawab.
Sebelum ini Menteri Besar Perlis adalah sahabat daripada Barisan Nasional, untuk makluman Yang Berhormat Pandan. Terima kasih.
Yang Berhormat Putrajaya tanya soalan, jadi sila bagi saya peluang untuk jawab. Pertama sekali datang jumpa untuk minta bantuan kewangan bukan daripada Barisan Nasional, bukan daripada GPS, bukan daripada Perikatan tetapi yang di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, Menteri Besar Pahang.
Yang Berhormat Pandan, Sik mohon penjelasan.
Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan beri laluan. Kuala Krau.
Sik mohon penjelasan.
Kuala Krau.
Kemudian, kedua, dalam minggu lepas hari Jumaat, Kerajaan Perpaduan telah pun...
Yang Berhormat Pandan, bagi Sik sikit.
Biar saya jawab.
Bagi sikit penjelasan, saya hendak tanya ini. Saya hendak tanya fasal Perlis.
Selepas ini. Selepas ini, jika diizinkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak jawab...
Hendak tanya, negeri Perlis sebelum ini siapa yang perintah Perlis?
Kuala Krau, Kuala Krau.
Biar saya jawab dahulu yang ditanya oleh Yang Berhormat Putrajaya.
Penggal lepas siapa yang perintah negeri Perlis?
Yang Berhormat Sik...
Duduk dahulu.
Minta itu sebab kerajaan dahulu teruk.
Okey, silakan Yang Berhormat Pandan.
Minggu lepas hari Jumaat, Kementerian Tenaga Sumber Asli telah mengumumkan bahawa kerajaan terpaksa menanggung dan memperuntukkan sehingga RM10 bilion subsidi. Daripada RM10 bilion itu, RM3 bilion subsidi tambahan supaya kita tidak menaikkan tarif elektrik kepada rakyat dan 90 peratus daripada perniagaan tidak terlibat, 80 peratus daripada isi rumah tidak terlibat.
[Tepuk]
Sedangkan, syor yang sebelum itu telah diputuskan dan dibincangkan semasa kerajaan yang jadi tunjangnya ialah Perikatan Nasional sebelum diambil alih ialah untuk menaikkan tarif kepada semua kerana kerajaan tidak mahu menanggung beban subsidi RM14 bilion. Ini menteri-menteri yang daripada— termasuk Yang Berhormat Putrajaya sendiri tidak jawab ini. Dia tidak jawab bahawa bila ambil alih, kita terpaksa tanggung beban dan kita reverse balik sebahagian daripada beberapa cadangan yang telah dibuat.
Okey, Yang Berhormat Pandan gulung. Yang Berhormat Putrajaya, no, no, no.
Boleh mencelah?
No, no, no.
Yang Berhormat. Yang Berhormat menghina Yang Berhormat Bera.
Tak apa, Yang Berhormat Arau. Kita sambung kemudianlah. Kita sambung kemudian kerana saya hendak sambung.
Yang Berhormat Arau, saya hendak bagi kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Yang Berhormat Bera Perdana Menteri masa itu, sekarang sudah jadi kawan. Jangan hina dia. Tak baik buat macam itu. Sekarang sudah jadi kawan. DAP dengan UMNO sudah bercium.
Kita sambung kemudian. Saya hanya jawab apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Perpaduan dalam dua, tiga minggu ini. Yang Berhormat Putrajaya tanya, saya jawab. Baik, saya nak simpulkan begini ya. Kita perlukan kestabilan politik ini kerana kita perlu buat beberapa keputusan yang cukup sukar dalam keadaan, pertama, kita perlu melindungi, memperkasa dan mengupayakan kebebasan institusi-institusi penting dalam negara supaya kita ada satu kerajaan yang ada timbang tara dan bebas untuk menjalankan tugas masing-masing. Parlimen, kerajaan, kamar Peguam Negara, kehakiman dan lain-lain. Kedua, dalam tempoh lima tahun ini, dengan majoriti yang baik ini, saya berharap kita dapat mengalih pergantungan kerajaan dari beberapa sumber kewangan sahaja kepada kombinasi sumber pendapatan yang lebih kukuh, lebih mampan, lebih pelbagai dan lebih progresif. Ketiga, kita perlu mengalihkan landasan ekonomi Malaysia dari yang tersangkut di ekonomi yang berasaskan komoditi dan perkilangan nilai rendah semata-mata kepada ekonomi abad 21 yang berasaskan digital, teknologi, nilai tambah, kreativiti dan inovasi. Keempat, membina ekosistem ekonomi yang berlaku adil kepada pekerja-pekerja supaya daripada segi upahnya kita berikan upah yang berpatutan dengan kelayakan dan pengalaman supaya rakyat kita mempunyai peluang mobiliti dan kebolehpasaran hingga ke peringkat antarabangsa. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rumuskan begini.
Sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Dalam keadaan ekonomi sukar, keadaan dunia yang mencabar...
Dia rumus dah. Cukup.
Dalam keadaan kita perlu membuat keputusan- keputusan yang begitu sukar tadi, jika ada satu kerajaan ataupun perkumpulan yang ada kemampuan untuk melaksanakan anjakan-anjakan strategik yang sukar itu dalam tempoh lima tahun itu, satu-satunya perkumpulan yang ada itu adalah Kerajaan Perpaduan yang ada di sebelah sini, insya-Allah.
[Tepuk]
Baik, terima kasih.
Disebabkan itu, saya dengan ini menyokong usul percaya kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri.
Terima kasih. Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, selawat dan pujian ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Tuan Yang di-Pertua, sebagai ucapan sulung saya dalam Dewan yang mulia ini, izinkan saya memulakan ucapan ini dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah Taala kerana saya terpilih menjadi wakil rakyat bagi Parlimen P.042 Tasek Gelugor. Insya-Allah, mandat yang diberikan akan saya pikul dan junjung dengan sebaik mungkin untuk manfaat semua warga Tasek Gelugor tanpa mengira latar belakang. Sebelum saya melanjutkan ucapan, saya juga secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana terpilih sebagai Yang di- Pertua bagi Dewan Rakyat. Walaupun sebenarnya tadi saya tak sokong Tuan Yang di- Pertua, tapi saya yakin dan saya amat berharap bahawa Tuan Yang di-Pertua akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanpa berat sebelah.
Selepas ini jumpa saya ya.
[Ketawa]
Nak belanja, boleh.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional ini yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun, bukan kerajaan perpaduan, dan naratif yang didendangkan dengan menjual Titah Yang di-Pertuan Agong adalah suatu pembohongan kerana seluruh alam Melayu, seluruh negara kita sudah tahu bahawa jajaran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ini telah disusun sejak sebelum PRU-15 lagi oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk.
Buktinya banyak. Ada rakaman perbualan telefon antara mereka, ada surat yang ditandatangani dan tersebar. Terbaharu, ia disahkan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
[Tepuk]
Malah, dalam MoU perjanjian kesefahaman kerjasama yang baru ditandatangani, juga perkataan ‘perpaduan’ itu dinyatakan sebagai kata nama untuk kerajaan ini. Lantas, ia membuktikan bahawa ini ialah nama sahaja, ia bukan konsep Kerajaan Perpaduan seperti yang biasa difahami oleh pengamal sains politik. Jadi, berhentilah daripada berterusan menjual nama istana atau cuba memperbodohkan rakyat, khususnya penyokong sendiri. Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sepatutnya perlu ada keberanian untuk menyebut kebenaran iaitu ini adalah kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, untuk kita bergerak ke hadapan, saya rasa kita perlu rekodkan sedikit fakta. Kita tahu tiada mana-mana parti yang memperoleh lebih daripada 50 peratus ataupun majoriti mudah daripada kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Parti- parti yang memperoleh bilangan kerusi adalah seperti berikut: (i) Pakatan Harapan sebanyak 82 kerusi; (ii) Perikatan Nasional sebanyak 74 kerusi, jika tidak dimasukkan empat kerusi Bersatu yang ditandingi menggunakan logo GRS seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Beluran tadi; (iii) Barisan Nasional sebanyak 30 kerusi; (iv) Gabungan Parti Sarawak sebanyak 23 kerusi; (v) Gabungan Rakyat Sabah sebanyak enam kerusi; (vi) Warisan sebanyak tiga kerusi; (vii) Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sebanyak satu kerusi; (viii) Parti Bangsa Malaysia sebanyak satu kerusi; dan (ix) Ahli Bebas sebanyak dua kerusi. Oleh itu, tiada mana-mana pihak yang boleh dikatakan pemenang dalam PRU15. Tiada sebarang parti ataupun pakatan parti yang mempunyai jumlah Ahli atau kerusi Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan pada masa itu. Untuk melantik Perdana Menteri Kesepuluh, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa itu telah meminta agar setiap Ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkanun mereka. Calon Perdana Menteri Kesepuluh yang mendapat kepercayaan majoriti perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan melampirkan surat dan dokumen yang berkaitan. Semua dokumen perlu dihantar ke Istana Negara sebelum pukul 2 petang pada 21 November 2022. Maka, dalam masa yang ditetapkan, kita tahu bahawa Yang Berhormat Pagoh telah mendapat sokongan yang diperlukan dan menyerahkan surat- surat akuan berkanun Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Yang Berhormat Pagoh kepada Istana Negara. Selain daripada kami daripada Perikatan Nasional, sokongan ini terdiri daripada 22 Ahli Dewan Rakyat GPS, enam Ahli Dewan Rakyat GRS, satu Ahli Dewan Rakyat KDM, 10 Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional yang terpilih sahaja, dua Ahli Dewan Rakyat Bebas. Pada masa itu, Yang Amat Berhormat Tambun tidak mendapat kepercayaan yang diperlukan dan kemudiannya beliau telah bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Susulan daripada pertemuan itu, Barisan Nasional meminta pelanjutan masa untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan. Ini ucapan sulung Tuan Yang di-Pertua, bagi sikit lagi. Yang Berhormat Bagan Datuk juga membuat tohmahan palsu bahawa surat akuan berkanun daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Yang Berhormat Pagoh adalah tidak sah kerana kononnya tidak dipersetujui Majlis Tertinggi Barisan Nasional. Sebenarnya, tiada apa kehendak di sisi undang-undang untuk mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Barisan Nasional. Malahan, saya mendengar bahawa sebenarnya yang tidak mendapat apa-apa mandat daripada Dewan Tertinggi Barisan Nasional ialah Yang Berhormat Bagan Datuk itu sendiri.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil peluang ini untuk berpesan kepada sahabat-sahabat saya, khususnya Ahli-ahli Parlimen yang berada di sebelah sana. Kita dipilih oleh rakyat atas dasar kepercayaan bahawa kita mampu menggalas tugas dan menjadi jambatan bagi menyuburkan demokrasi di negara kita. Kita bukan boneka, kita bukan bangkai bernyawa, kita ada maruah dan kita tidak boleh semudah itu dicucuk hidung oleh satu MoU yang tidak berperlembagaan. Dalam hal ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Gudang kerana teguh mempertahankan prinsip Demokrasi Berparlimen.
[Tepuk]
Satu perkara, satu prinsip yang bagi saya dengan penuh sedih saya sebut, semakin pupus dari hati dan sanubari sebahagian rakan-rakan saya yang berada disebelah sana. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pemimpin generasi baru yang masih tebal dengan semangat idealisme kenegaraan, yang menjunjung tinggi soal prinsip kenegaraan dan perjuangan, soal integriti dan soal tadbir urus negara yang baik. Saya sejujurnya merasa malu apabila dunia memperlekeh, menghina dan mentertawakan Malaysia sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Tambun membentuk Kabinet. Media-media antarabangsa The Washington Post, Nikkei Asia, BBC News, AP News mengecam dan memperlekehkan kita. Apa maksud semua ini? Inikah ia cerminan negara Malaysia yang hendak kita bawa? Inikah ia reformis yang dilaung-laung selama ini? Inikah ia perjanjian ataupun perjuangan antirasuah yang dijaja ke serata alam? Rupa- rupanya bukan reformis tetapi bukan juga pejuang antirasuah tetapi politikus, oportunis yang percaya bahawa matlamat menghalalkan cara yang penuh dengan wayang dan drama. Kini...
Yang Berhormat Tasik Gelugor, boleh...
Kini beliau boleh bahagia bersekedudukan dengan kleptokrat. Sesungguhnya ini adalah benar-benar di luar tabii daripada imej Yang Amat Berhormat Tambun yang biasanya difahami.
[Tepuk]
Sedikit.
Hendak habis dah. Sikit lagi.
Boleh bagi sikitlah.
Tuan Yang di-Pertua,...
Yang Berhormat Besut, dia tidak bagi, Yang Berhormat Besut. Dia tidak bagi.
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Boleh bagi tidak,...
Dia tidak bagi.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat mahu melihat hasil dan tindakan berkesan daripada kerajaan, bukannya drama ataupun hal remeh-temeh seperti tidak pakai tali leher. Walaupun saya sebenarnya sokong tidak pakai tali leher ini. Pakai capal, membuat kenyataan-kenyataan populis atau ghairah hendak menyaman pengkritik sehingga terlupa kepada tanggungjawab sebenar sebagai kerajaan. Cukup-cukuplah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi, cukup-cukuplah bawa perangai pembangkang. Jangan risau, kalau rindu sangat hendak jadi pembangkang, mungkin dalam beberapa masa lagi kita akan boleh bertukar tempat.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, ternyata terlalu banyak pembohongan, wayang serta drama politik murahan yang melingkari Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ini.
Yang Berhormat Rembau takut.
[Ketawa]
Bukan itu sahaja, dalam tempoh kurang sebulan ini pun sudah beberapa kali U-turn dibuat, termasuk dalam soal lantikan politik untuk syarikat GLC dan semua ini amat memalukan. Saya hendak tanya kepada rakan-rakan saya yang dulu sama-sama duduk dalam perjuangan kita, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, what really happened to you? What happened to you? Ini perlu dipersoalkan.
What happened to you too?
Dah lupa masa... dulu.
1MDB diam, 1MDB.
Dah lupa masa Sheraton Move, Yang Berhormat?
1MDB diam, 1MDB diam.
What happened to you during Sheraton Move?
1MDB diam, 1MDB diam.
What happened to you?
1MDB diam, 1MDB diam.
Dulu masa pengkhianat, dah lupa dah? What happened to 1MDB?
Masa dengan Pakatan Harapan, apa jadi?
Okey, saya tutup. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu...
Boleh bagi Besut, bagi Besut sekejap.
Dah habis dah, habis?
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Keningau.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, mana pergi prinsip? Kenapa tinggalkan UMNO?
Terima kasih.
Oleh sebab awak hendak masuk, saya larilah. Saya tidak mahu kawan sama DAP.
[Ketawa]
Malulah sikit Yang Berhormat Arau. Mana prinsip?
Okey, okey. Yang Berhormat Besut, hendak tanya soalan atau hendak membuat statement?
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian ini- Keningau bangun untuk menyokong usul undi percaya.
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Keningau. Belum habis lagi, Yang Berhormat Keningau.
Belum habis.
Sekejap, sekejap. One minute Yang Berhormat Keningau.
Tolong jangan tidur dalam Dewan, saya belum habis lagi.
Keningau, Keningau kejap. Yang Berhormat Besut, hendak tanya atau beri penjelasan?
Sedikit penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, masa sudah tamat. Masa sudah tamat, Tuan Yang di-Pertua.
Sikit sahaja.
Tidak apa, tidak apa.
Masa sudah tamat.
Okey, terima kasih. Saya akan teruskan...
Keningau, Keningau nanti. Besut...
Tadi Sabah, pemberian Sabah dan Sarawak. GPS dan GRS sama sahaja iaitu....
This is my floor, you sit down. This is my floor.
Keningau, Keningau.
Kami mahu melihat kestabilan politik.
Keningau, tolong duduk dahulu.
Kita tidak mahu lagi putaran politik, balik-balik berebut ketua Perdana Menteri.
Saya ingat Keningau tolong duduk sekejap.
Satu penggal empat Perdana Menteri, kami mahu kestabilan politik. Maka itu...
Keningau, Keningau, sekejap, sekejap.
Saya hendak dengar – ini bukan statement ya?
No, no,
Ini soalan.
Bukan.
Satu soalan sahaja, tanya terus.
Penjelasan sedikit. Yang Berhormat Tasek Gelugor ada menyebut berkenaan dengan MoU tadi. MoU yang dikatakan telah melanggar demokrasi. Saya hendak katakan bahawa dengan pelanggaran, bukan sahaja pelanggaran sekarang ini, ada pencabulan, perogolan...
Saya minta soalan bukan buat statement.
Ya, bukan. Saya hendak soalan. Peliwatan sekali tentang demokrasi yang dikatakan bahawa...
Soalannya apa dia?
Soalan dia, bermaruahkah kepada mereka yang bakal mengundi selepas ini...
Okey.
...Sekiranya demokrasi telah dicabul.
Okey, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Satu soalan lagi.
Cukup, satu sahaja.
Satu lagi soalan.
Saya benarkan satu sahaja.
Sedikit sahaja.
Tidak boleh.
Dulu masa Langkah Sheraton sudah lupa demokrasi ya.
Waktu kome yang cabul tidak ada masalah pun.
Satu-satu.
Dulu masa Sheraton, sudah lupa, lupa lah.
Saya suruh Yang Berhormat Tasek Gelugor sila.
Masa Sheraton, malulah sikit.
Okey, okey, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Bagi saya soalan yang ditanya tadi adalah soalan yang patut dijawab oleh mereka yang duduk di sebelah sana kerana ini adalah perjanjian yang ditandatangani oleh mereka. Saya betul-betul Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah terfikir, saya akan lihat Yang Amat Berhormat Tambun duduk di sebelah Yang Berhormat Bagan Datuk. Jadi itu soalan yang patut difikirkan...
Okey, soalan itu terjawab, terima kasih.
Jadi Tuan Yang di- Pertua...
Baik.
...Dengan itu saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberi...
Terima kasih.
Sekian terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okey, Yang Berhormat Keningau, silakan.
Terima kasih.
Masa full, masa full.
Saya berdiri di sini untuk berucap bagi pihak GRS dan juga Kerajaan Negeri Sabah. Kami menyokong usul undi percaya disebabkan kami mahu supaya Kerajaan Malaysia ini – politik di Malaysia ini stabil supaya kita boleh fokus kepada pembangunan dan permasalahan rakyat. Apa lagi fokus juga kepada isu-isu yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak umpamanya MA63. Kita tidak mahu ia tergantung. Kita mahu ia dilaksanakan. Saya berterima kasih kerana ada jaminan daripada Perdana Menteri yang baharu untuk melaksanakan sahaja isu-isu, hak-hak Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan. Saya harap ini boleh berlaku dengan secepat mungkin. Kita tidak mahu Malaysia ini dilanda oleh ketidakstabilan politik sehingga Perdana Menteri pun direbut- rebut, diputar-putar dalam satu penggal empat orang Perdana Menteri. Kita mahu kestabilan politik. Isu kestabilan politik ini boleh kita mulakan pada hari ini untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang baharu ini. Mudah-mudahan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyokong demi kebaikan negara kita. Saya ingin mengambil kesempatan juga untuk memberi penjelasan sedikit tentang isu empat orang MP, wakil Parlimen daripada GRS. Mereka ini adalah wakil Parlimen yang sah, bertanding atas tiket GRS, diberi watikah daripada GRS. Mereka telah menjadi ahli GRS sebelum penamaan calon dan mereka telah meletakkan jawatan, menjadi ahli GRS pada 27 Oktober. Mengikut Perlembagaan BERSATU, ia mengatakan bahawa fasal 10, pemberhentian atau pemecatan ahli – dia mengatakan 10.2.3 yang mana keahlian seseorang terhenti secara serta merta apabila berlaku mana-mana ahli yang menjadi ahli kepada parti yang lain. Jadi, ini bererti – ini semasa pilihan raya, semasa penamaan calon ahli-ahli Parlimen ini adalah ahli GRS, bukan lagi ahli BERSATU. Maka itu, tidak ada soal isu mereka ini dikenakan undang-undang antilompat. Undang-undang antilompat hanya berlaku apabila seseorang itu sudah dipilih ataa tiket parti itu dan mereka meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli kepada parti lain. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu GRS yang ada di sini adalah GRS yang sah, Ahli Parlimen yang sah dan mereka akan serahkan dokumen-dokumen ini kepada Tuan Speaker selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengataskan di sini bahawa GRS sekarang adalah parti lokal 100 peratus dan kita tidak mahu lagi akan diheret ke sana sini untuk dipergunakan sahaja oleh pemimpin-pemimpin atau parti-parti politik dari Semenanjung. Kami mahu menentukan nasib kami sendiri dan akan menyokong siapa sahaja parti politik, siapa sahaja Perdana Menteri di peringkat Pusat ini yang akan memberi perhatian kepada masalah-masalah dan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat Arau.
Bismillahi Rahmani Rahim.
Steady Yang Berhormat Arau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian. Orang-orang muda yang memberi sokongan yang hebat kepada kami baru-baru ini. Saya percaya sebahagian besar daripada mereka sedang menghadiri, sedang mendengar, menghayati pembahas- pembahas di Parlimen pada hari ini. Jadi saya ucapkan terima kasih. Pertama sekali, saya hendak beritahu saya Shahidan bin Kassim, Ahli Parlimen Arau hendak beritahu saya Ahli Parlimen. Saya tidak akan membezakan mana-mana Ahli Parlimen. Ahli Parlimen boleh bangun dan bertanya soalan kepada saya, tidak ada masalah. Saya kesal Yang Berhormat Pandan yang selama ini saya cukup hormati walaupun dia kuat membohong dan memfitnah tetapi dia boleh pengaruh saya. Saya percaya dia banyak tetapi hari ini dia bagi kata Yang Berhormat Hulu Langat dan juga Yang Berhormat Pendang tidak boleh bangun mengganggu, mereka menimbulkan second class Ahli Parlimen. Kami Ahli Parlimen, jangan buat macam itu. Ganggu saya tetapi masa tidak cukuplah ya.
[Ketawa]
Tidak ada masalah, semua Ahli Parlimen sama termasuk kawan saya Menteri– boleh ganggu saya, tidak ada masalah ya. Jangan kita membezakan Ahli Parlimen. Mungkin sesetengahnya kurang tetapi dia dipercayai oleh rakyat, penyokong- penyokong mengundi dia jadi semua sama, rakyat Malaysia hendak dengar. Jadi dengar dari Arau. Arau tidak ada masalah. Boleh bangun. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun boleh bangun tetapi tidak ada ya. Okey yang pertama sekali saya hendak mengucapkan tahniah. Speaker, Sungai Petani, bukan-bukan, asal Sungai Petani. Saya hendak ucap tahniah sebab jadi Speaker. Jadi Yang Berhormat sedia maklum sebenarnya saya kena sebut sikit di Parlimen ini pada satu hari di musim-musim yang lalu, saya memandang daripada saya sebagai Menteri Kabinet memandang Yang Berhormat sedang menyusun buku-buku daripada sekarang ini Yang Amat Berhormat Tambun, jadi saya melihat doa saya ialah semoga Allah naikkan martabat mereka, doa saya. Jadi saya bersyukur Yang Berhormat berada di situ. Cuma kami orang PN tidak boleh sokonglah.
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
...Tetapi kami apabila sudah menang, kita menyokong dengan hebatnya.
Masa masih lima minit.
Keduanya, saya seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang, Yang Amat Berhormat Tambun sudah menjadi Perdana Menteri. Kita menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong. Itu sebab apabila saya bangun di bawah Point of Order 36(7) tadi ialah tidak berbincang perkara-perkara yang ada berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong dan juga Majlis Raja-raja. Sebab ini Yang di-Pertuan Agong sudah sahkan, kenapakah kita hendak sahkan sekali lagi di sini? Saya akan minta kawan-kawan yang, Presiden PN kalau boleh kita tidak hendak campurlah, biar dia mengundi sesama dia. Buat apa kita ini, Yang di-Pertuan Agong sudah sah. Jadi kalau kita mempertikaikan...
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
...Yang di-Pertuan Agong, makna kita yang derhaka.
Yang Berhormat Arau.
...Kerajaan sekarang derhaka.
Yang Berhormat Arau, sedikit. Bayan Baru, boleh?
Sini-sini.
Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Arau.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Kalau Yang Berhormat Arau begitu mendoakan Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri, kalau begitu sokonglah bawah sama-sama.
Cukuplah Yang Berhormat. Okey Yang Berhormat.
Hari ini kita sokong 222 semua sokong Yang Amat Berhormat Tambun jadi Perdana Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Arau?
Soalan itu tidak perlu saya jawab lah. Kalau saya duduk di sebelah sana saya akan jawab. Saya ada di sini biarlah dia orang jawab.
Padang Besar, Yang Berhormat Arau.
Akan tetapi yang paling penting di sini, Yang di-Pertuan Agong sudah absah, sudah sahkan – ini Perdana Menteri. Hendak bincang apa lagi? Kami tidak ada masalah tetapi kami reda kepada kehendak Allah SWT. Kami akan usaha sahaja buat benda-benda yang lain membolehkan kami pergi ke sana.
[Ketawa]
Akan tetapi buat masa sekarang dia Perdana Menteri. Kita reda dia Perdana Menteri. Kenapa hendak dibincangkan di sini? Yang Berhormat Pasir Mas sebut tadi, pada tahun 1976 dan tahun 2003 dibawa Undi Percaya di sini kerana masa itu pertengahan penggal, Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri yang lepas.
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Padang Besar.
Yang Berhormat Arau.
Ini selepas pilihan raya, Yang di- Pertuan Agong lantik. Yang di-Pertuan Agong lantik, habislah, tutup buku. Kenapa dibawa ke sini? Buat sini kerana hendak tunjuk bahawa mereka telah ada undi sekian banyak. Hendak tak saya ungkit? Sekarang saya terpaksa ungkit. Kalau tak ungkit macam ini jadi akhirnya sejarah tidak dapat merekodkan bahawa ada sesuatu yang berlaku yang kami cukup terkilan. Akan tetapi kami tidak mahu sebut. Yang di-Pertuan Agong sudah buat keputusan, itu hak Yang di-Pertuan Agong. Pada pandangan Baginda, Perdana Menteri tersebut mendapat sokongan majoriti. Okey, tutup buku. Kami tidak tanya pun berapa undi.
Minta laluan Yang Berhormat Arau.
Ini kerana itu hak Yang di-Pertuan Agong. Kalau hendak tanya...
Yang Berhormat Arau, minta penjelasan sedikit.
Pada 21 November, pukul 1.28 minit ...
Yang Berhormat Arau, hendak minta penjelasan sedikit.
Yang Berhormat Pagoh menghantar SD kepada Yang di-Pertuan Agong. SD kepada Yang di-Pertuan Agong dan diterima oleh pegawai daripada Istana Negara pada 1.28, 1.30 diumumkan bahawa tender dibuka semula. Sebab apa?
[Ketawa]
Yang Berhormat Arau, hendak minta penjelasan sedikit. Sebab Yang Berhormat Arau punya hujah, ia nampak macam tindakan dengan hujah raban teben sikit, ia tak aci tahu.
Tak, sebab apa kalau sekiranya usul ini ...
Sebab Yang Berhormat Arau...
Eh, dengar sini.
Boleh minta penjelasan sedikit sahaja.
Sikit, sekejap. Tak, saya bagi habis dahulu. Saya belum habis, duduk.
Okey, okey.
Saya akan bagi. Tambah-tambah orang muda. Jangan ikut perangai yang tak betul ya.
[Ketawa]
Okey saya hendak beritahu bahawa kalau sekiranya dibawa usul ini, kita juga mempertikaikan Yang Berhormat Pagoh hantar 115 SD yang menyokong beliau jadi Perdana Menteri. Kalau Yang di-Pertuan Agong mungkin tak comfortable-kah, tak apa. Beri nama lain tetapi SD 115. Kalau kita bawa – ini adalah rekod biar Parlimen ini merekodkan perkataan saya sebab Yang Berhormat Pagoh telah pun membuat kenyataan akhbar bahawa dia menghantar pada 1.28 dan telah disahkan oleh pegawai Istana Negara. Saya tak mahu bincang – hendak tutup cerita itu di Parlimen. Akan tetapi kenapa bawa isu keabsahan pada hari ini? Kalau hendak tutup buku, boleh. Tarik balik usul ini, kita tutup buku. Terimalah dia sebagai Perdana Menteri. Itu yang terbaik. Kita bawa mengesahkan ini lagi sekali – semasa Yang di-Pertuan Agong absahkan Perdana Menteri jadi Perdana Menteri, angka lain. Akan tetapi bila buat MoU baru-baru ini angka jadi lain, berapa kali hendak jadi lain? Jadi, kita sekarang ini menghadapi keadaan yang cukup meriah besarlah. Wahai rakyat Malaysia dan orang muda semua yang sedang mendengar ucapan saya yang hebat dan dahsyat ini.
[Ketawa]
Yang Berhormat Arau, boleh penjelasan sedikit sahaja? Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Boleh, 10 seconds.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Arau meminta supaya pucuk pimpinan sebelah sana bersetuju untuk tarik atau tidak mengundi atau berkecuali. Akan tetapi apabila diberi peluang untuk berbahas berkenaan dengan usul ini, mengambil peluang, mengambil bahagian pula. Yang Berhormat Arau sendiri sedang membahaskan perkara ini...
Saya, Yang Berhormat.
Jadi, saya rasa dia punya hujah dan tindakan itu raban teben sikit, tak tentu hala. Jadi saya mohon penjelasan...
Yang Berhormat, Ahli Parlimen tadi, dia ini gaya pemikiran ini –
Kenapa hujah...
Saya bawa Point of Order tadi. Sebelum kita tadi Point of Order.
Ya.
Yang Berhormat Arau.
Diam, diam. Cukup, cukup.
Yang Berhormat Arau tadi beri ruang, jadi saya minta penjelasan sahaja.
Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Arau hendak jawab sekarang. Yang Berhormat Arau, jawab.
Boleh jawab? Terima kasih.
Yang Berhormat Arau jawab.
Saya tadi, saya bawa Point of Order 36(7), jangan bincang hal Raja-raja. Kalau bincang, terbongkar cerita-cerita ini. Saya kata usul ini tidak dibawa langsung. Kami sudah – kami tak ada masalah kalau Yang di-Pertuan Agong hendak lantik, alhamdulillah. Kami tidak mahu derhaka. Kalau kami mengundi, kami derhaka pada Yang di-Pertuan Agong. Kamu mengundi, Yang di-Pertuan Agong telah pilih Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti. Okey, alhamdulillah. Ampun Tuanku, kami menyokong apa yang telah dititahkan oleh Tuanku.
Okey Yang Berhormat Arau, boleh landing ya.
Perdana Menteri sekarang sah, teruskan.
Padang Besar, Yang Berhormat Arau.
Jadi saya cadangkan Yang Berhormat...
Yang Berhormat Arau, kalau tak menderhaka sokong lah.
Diam lah.
Sokong lah, sokong.
Okey, landing-landing.
Nantilah. Tarik balik usul ini supaya tidak ada usul keabsahan Perdana Menteri. Kalau tidak kita mempertikaikan Yang di- Pertuan Agong dan ucapan saya akan direkodkan di sini, rakyat Malaysia akan tanya apa sudah jadi ini? Jangan macam itu.
Okey, baik.
Wahai rakyat Malaysia, lupakan ucapan saya kalau mereka tarik balik usul ini. Habis cerita.
Point taken, point taken.
Yang Berhormat Arau, satu soalan Yang Berhormat Arau.
Kita akan bincang masalah...
Baik. Ada lagi?
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah puji, beri lah sedikit ya.
Okey.
[Ketawa]
Akhir sekali, saya setuju dengan semua Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri patut bincangkan hal- hal rakyat. Kalau hal benda-benda yang mengata ke orang ini bagi Yang Berhormat Pandan, macam tuduh saya RM400 juta dalam BERNAS. Saya cukup susah, semua mahu minta daripada saya.
Ya, ya.
[Ketawa]
Mana saya ada RM400 juta. Mana pernah berlaku duit saya dapat RM400 juta. Kalau berlaku pun ini ialah business transaction dalam pasaran saham. Bukan duit kerajaan, bukan duit sesiapa. Akan tetapi saya tak pernah dapat. Kalau saya dapat yang itu, alhamdulillah. Kalau boleh bagi sekarang, syukur juga. Sebab orang duduk minta terlalu banyak. Padahal benda ini berlaku 23 tahun yang lalu. Jadi, tiba-tiba disebutkan benda itu. Tak apa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah sebut sekali, cukup. Akan tetapi kalau hendak terus mengata kepada saya, beri Yang Berhormat Pandan. Sebab senang saya uruskan untuk hendak saman dia...
Yang Berhormat Arau, soalan. Padang Besar.
Okey, terima kasih.
Jadi, balik tadi saya minta Yang Berhormat tarik balik usul ini supaya kita tak payah bincang.
Baik.
Kita sahkan. Hantar junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa keputusan baginda telah buat, dengan itu kita terima.
Okey.
Tak perlu dibawa keabsahan. Kalau bawa juga, bererti rekod ucapan saya akan menjadi rekod yang cukup saya tak seronok. Sebab apa, Yang di-Pertuan Agong dan saya berpisah tiada. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Baik, point taken. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya. Tuan Yang di-Pertua, tidak ada siapa pun yang dapat menafikan negara dibelenggu oleh krisis politik terpanjang dalam sejarah negara bangsa ini sejaknya Langkah Sheraton. Pada 19 November mengizinkan rakyat membuat pilihan. Tiga gerombolan koalisi– Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bersaing dalam satu pilihan raya yang berakhir dengan satu Parlimen yang dikatakan dengan izin, a hung Parliament. Lalu kita berdepan dengan hakikat hari ini, dakwa-dakwa yang tidak kunjungnya selesai. Namun Tuan Yang di-Pertua, saya kira sangat berani bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh mahukan bawa vote of confidence ini, Undi Percaya ini dibuat on the floor of the Parliament– dengan izin. Sebabnya, berlawanan sedikit dengan Yang Berhormat Arau sebentar tadi. Ada yang membuat– Yang Berhormat Larut membuat dakwaan bahawa Yang Berhormat Pagoh mendapat SD yang cukup bilang katanya. Saya kira Yang Amat Berhormat Tambun sangat berani untuk mengabsahkan posisi beliau sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh. Itu adalah perkara yang menjadi pertikaian dalam hal ini. Namun Tuan Yang di-Pertua, kalau kita sebenarnya miss, kalau kita terlepas daripada apa yang sebenarnya pertikaian kita ini, saya ingin membuat penegasannya di sini. Sebenar-benarnya kita sedang melalui satu peralihan politik yang selama hari ini telah menjadi punca segalanya ke berantakan dalam politik negara ini. Kebergantungan kepada SD yang menjadi punca Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau dengan izin menyebutkan Perdana Menteri Kelapan contohnya, sanggup menjadikan ia boleh ditawar, dibeli dan SD adalah punca segala-gala permasalahan kita kerana boleh sahaja dilelong, dijual dan dilacurkan sehingga kita berdepan dengan suasana politik yang kerap berada dalam krisis, yang dijatuhkan kerajaan dan kita menyaksikan tiga Perdana Menteri dalam Parlimen Ke-14 yang lalu.
Justeru kerana apa? Kerana SD dan SD ini juga yang telah dipertikaikan kononnya dimiliki oleh Yang Berhormat Pagoh. Oleh sebab itu, saya kira amat wajar Yang Amat Berhormat Tambun berani untuk membuktikan keabsahannya memiliki sokongan teramai. Pada pagi tadi, lantikan...
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ya, maaf. Pelantikan yang dibuat ke atas Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kuala Selangor, penjelasan, penjelasan.
Secara jelas mendapat 140...
Penjelasan.
Kejap, kejap. Seramai 147 undi dan timbalannya sebanyak 148 undi dengan kata lain dua pertiga majoriti. Tuan Yang di-Pertua, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang akan –Rakyat mendambakan sebuah kerajaan yang akan dapat memberikan negara ini dan rakyatnya terbela, negaranya dibina semula dengan sebuah kerajaan yang stabil yang akan dapat memacukan kembali apa yang dikatakan sebagai reset agenda ekonomi dan terus membela rakyat. Sekali gus menjadikan kita antara The Asian Tigers untuk masa-masa ke hadapan ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, inilah pertikaian yang dibuat oleh mereka yang bergantung yang meletakkan pergantungan kepada SD dan bukan kebergantungan kepada the politics of coalition and politics of party, dengan izin.
Boleh saya mencelah?
Mereka tidak boleh...
Penjelasan, penjelasan.
Mereka hanya masih lagi mahukan SD boleh dijual, dibeli, dilelong dan dilacurkan kerana mereka dapat cara begini kerajaan pintu belakang atau pun kerajaan tebuk atap Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Selangor, Kuala Selangor. Penjelasan, penjelasan.
Minta laluan.
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh mencelah?
Sebentar, sebentar. Saya akan beri.
Penjelasan, penjelasan.
Saya akan berikan, saya berikan.
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Saya ada satu cadangan...
Minta laluan.
Tuan Yang di- Pertua...
Kalau berani. Tidak berani sebenarnya.
Saya menegaskan sekali –Saya menegaskan sekali lagi...
Tidak berani kerana adanya MoU...
Boleh, boleh.
Tidak berani. Bukan berani, tidak berani.
Nanti saya sebutkan. Tuan Yang di-Pertua...
Kalau berani tidak ada MoU. Tidak berani.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya –Duduk, duduk.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.
Berani tidak berani?
Duduk, saya jawab.
Cakap MoU ada?
Duduk, saya jawab.
Ada MoU?
Yang Berhormat Besut, Besut.
Duduk, saya jawab.
Kalau berani, tidak ada MoU. Itu berani betul.
Yang Berhormat Besut...
Duduk, saya jawab.
Yang Berhormat Besut tidak faham kah?
Okey.
Yang Berhormat Besut ini bukan mahkamahlah, ini Parlimen lah Yang Berhormat Besut. Tidak faham kah?
Silakan.
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua, persoalannya adalah, mesti ada keberanian untuk beralih...
Yang Berhormat Besut...
Lakukan anjakan daripada politik MP...
Yang Berhormat Kuala Selangor tolong gulung.
Baik. Politik MPs dan politik jual beli SDs kepada politik yang benar-benar dapat memperkukuhkan sebuah kerajaan...
Yang Berhormat Kuala Selangor...
Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong gulung, gulung.
Yang Berhormat Kuala Selangor...
Yang Berhormat Kuala Selangor, SD ini diminta, bukan sahaja-sahaja kami hendak bagi tetapi itu prosedurnya.
Yang Berhormat Kuala Selangor tolong gulung. Tolong gulung. Sila.
Tuan Yang di- Pertua...
Jadi, kita gunalah.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ada di kalangan kita ini yang jual SD, bukan sekali dua, tiga kali pun ada.
Yang Berhormat Kuala Selangor...
MoU, MoU mengugut...
Yang sangat menjahanamkan negara ini.
MoU telah mengugut ahli-ahli yang akan mengundi.
Okey.
Boleh, boleh saya –Saya ada satu cadangan.
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor tipu pengundi.
Itu permasalahannya.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.
Beri laluan boleh? Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu cadangan.
Tuan Yang di- Pertua...
Kenyataan yang tidak...
Sebuah kerajaan, sebuah kerajaan yang telah membina satu gabungan apa pun namanya...
[Tidak jelas]
Tidak mahu kepada BN.
Yang Berhormat Kuala Selangor, sepatutnya jadi Yang Berhormat Menteri ini...
Duduk. Boleh duduk tidak, saya hendak berucap.
Yang Berhormat Menteri yang kalah jadi Yang Berhormat Menteri, yang menang jadi...
Saya –Tidak mengapa, tidak mengapa.
Okey.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang...
Inilah ia segala kelainannya.
Okey.
Dalam segala paradoksnya PRU15 ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya diizinkan terus. Baik.
Boleh beri satu...
Masa, masa, masa.
Persoalan yang besarnya, apabila kita membentuk sebuah kerajaan campuran kah, perpaduan pun, apa pun tidak perlulah dipolemikkan perkara itu. Yang pentingnya, tatkala Yang Berhormat Tambun telah ditabalkan dan dinobatkan menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh, yang pentingnya adalah bagaimana kerajaan ini terus-terusan akan dapat memperkukuhkan dan melaksanakan tugasan untuk membina semula negara ini.
Baik.
Yang Berhormat Kuala Selangor, please.
Justeru, saya tekankan sekali lagi, MoU yang dilakukan, yang dimeterai kan dalam kalangan lima buah parti ini adalah merupakan satu komitmen, sebuah dokumen tujuan, sebuah dokumen niat dan hasrat. Ia bukan satu legal binding document. Ia adalah satu tujuan, satu...
Kalau bukan legal binding document, bermakna, tidak perlulah dia orang ikut. Sekarang dia orang ikut.
Kamu faham atau tidak?
Sekarang dia orang takut.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut tanya undang-undang, tanya pakar undang-undang...
Yang Berhormat Besut, ini bukan mahkamah. Kamu jangan ingat ini mahkamah.
MoU. Listen. Listen first.
[Tidak jelas]
Kenapakah perlu ada?
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.
Yang Berhormat Besut. Kamu tidak faham, jangan buat-buat fahamlah.
Yang Berhormat Besut, ini Parlimen. Ini bukan mahkamahlah.
Okey, okey. Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong gulung. Tolong gulung.
Ini Parlimen, kamu tahu kah? Hari pertama sudah buat hal.
MoU –Perjanjian Persefahaman...
Tolong gulung.
Is not a legal binding document more than –Ia adalah satu dokumen yang menyatakan hasrat bagaimana untuk dibangunkan kerajaan dan menstabilkan kerajaan ini.
Okey.
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh mencelah?
Point taken.
Selainnya, terletak dalam konstitusi parti masing-masing...
Okey.
...Tidak ada perkara yang dikatakan unconstitutional about this MoU. Jangan tidak faham.
Kalau unconstitutional, kenapa ugut? Kalau tidak tiada yang menyokong.
Saya merujuk kepada pakar-pakar undang-undang...
Fasal apa ugut? Yang Berhormat Kuala Selangor...
Yang Berhormat Kuala Selangor. Okey.
[Tidak jelas]
Yang Berhormat Kuala Selangor telah keliru ini, MoU tidak faham. Yang Berhormat Kuala Selangor tidak baca sendiri MoU.
Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya...
Yang Berhormat Kuala Selangor, kenapa ugut hendak pecat?
Ini yang saya hendak pada awal tadi. Yang Berhormat Larut berucap pun...
Okey, Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor...
Yang Berhormat Besut, ini Parlimen bukan mahkamah. Kamu jangan berlagak bercakap. Jangan berlagak macam hakim pula.
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Apa, ugut semua takut.
Yang Berhormat Kuala Selangor, beri laluan. Beri laluan, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Saya izinkan Yang Berhormat Gombak dulu. Silakan Yang Berhormat Gombak.
Beri laluan.
Ini Parlimen lah, Yang Berhormat Besut. Jangan kamu berlagak macam hakim.
Yang Berhormat Besut, duduk, duduk. Kamu tidak faham apa-apa Yang Berhormat Besut.
Semua menjadi tidak luas pandangannya.
[Tidak jelas]
Yang Berhormat Kuala Selangor, beri laluan.
Yang Berhormat Besut.
Tuan Yang di- Pertua, saya berikan Yang Berhormat Gombak pertamanya dan juga Yang Berhormat Beruas sebentar.
Sebenarnya masa –Okey, last, last. Yang Berhormat Gombak last.
Pertama sekali, terima kasih...
Yang Berhormat Beruas tidak ada, Yang Berhormat tidak ada. Ini beri...
Dia beri laluan...
Ya, bukan dia beri kepada Yang Berhormat Beruas. Dia beri kepada Yang Berhormat Gombak.
Gombak dulu, Gombak dulu.
Yang Berhormat Gombak last. Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong ya, last ya.
Terima kasih, terima kasih.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya lihat, di sebelah sana agak gusar apabila agreement dibuat secara terbuka dan tidak dibuat secara tertutup. Kenapa ia jadi gusar? Satu yang terbuka dan bimbang hendak tutup sembunyi-sembunyi. Oleh sebab itulah, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor keterbukaan kita yang dipamerkan, agreement, perjanjian ini dibuat secara terbuka, bukan dibuat secara tertutup sebagaimana Sheraton Move yang telah merosakkan fabric negara kita.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Silakan.
Persefahaman mengapa perlu ada ugutan? Kenapa perlu ada ugutan?
Terima kasih. Terima kasih...
Yang Berhormat Besut tidak faham bahasa kah Yang Berhormat Besut?
[Tidak jelas]
Jangan ada ugutan.
Yang Berhormat Besut, ini Parlimen lah. Kamu jangan menegakkan benang yang basah.
Persefahaman tidak ada ugutan.
Yang ini baru hari pertama sudah macam ini.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut...
Kamu bukan Hakim lagi, jangan berlagak macam hakim.
Yang Berhormat Besut. Jangan hendak tunjuk tidak cerdik sangat Yang Berhormat Besut.
Okey. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor tolong, tolong.
Baik. Saya rumuskan. Ya, saya rumuskan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Mustahak untuk kita tegaskan.
Okey. Yang last...
Mengunjur ke depan, bahawa politik, politik...
Yang Berhormat Beruas, please Yang Berhormat Beruas. Tidak boleh.
20 saat sahaja. Satu cadangan baik kepada pertanyaan tadi. Yang Berhormat Kuala Selangor, sebelum krisis tahun 2009 di negeri Perak, undang-undang yang ada di Malaysia ini, kita mengikut kes Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Pertama Sarawak iaitu semua keyakinan ke atas Yang Amat Menteri Ketua Menteri ataupun Yang Amat Menteri Perdana Menteri mesti dibuat dalam Dewan. Selepas kes krisis tahun 2009 di Perak, Mahkamah Persekutuan telah pun mengatakan confident ataupun majoriti itu boleh dibuktikan di luar. Inilah yang menimbulkan masalah. Saya cadangkan agar Parlimen ini meluluskan satu undang- undang supaya majoriti ataupun keyakinan ke atas seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibuat di Dewan supaya kekecohan ini tidak akan berlaku lagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya minta ucapan Yang Berhormat Beruas dalam ucapan saya. Saya rumuskan.
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor...
Saya rangkumkan, sedikit. Dalam seminit.
Yang Berhormat Kuala Selangor, sikit, sikit. Sambung, sambung.
Yang Berhormat Kuala Selangor, jangan beri dekat sesiapa sudah. Teruskan. Landing sudah. Landing.
Okey. Baik, sebagai rumusannya Tuan Yang di-Pertua ya, saya sekali lagi menegaskan bahawa kita perlu beralih daripada politik yang bergantung kepada SDs dan juga Ahli-ahli Parlimen kerana ia telah membawa ke berantakan yang berpanjangan. Hari ini, satu trend dan satu mega trend yang dibawa oleh kerajaan campuran, Perpaduan ataupun apa sahaja namanya. Saya tidak pentingkan namanya, tetapi mustahak untuk kita menstabilkan kerajaan itu...
Setuju, setuju. Cantik, cantik.
Kita telah stabil akan
[Tidak jelas]
Eh, derhaka kah? Kena minta restu Yang di-Pertuan Agong.
Confirm.
[Tidak jelas]
Yang minta SD ini, Yang di-Pertuan Agong. Ini hendak menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong ini.
Adalah dokumen yang punya hasrat untuk kita membina semula yang sekarang ini...
Itu yang sebenar.
Menjadikan negara ini, negara yang terus efisien dan adil...
Duduklah duduk. Duduk ulang benda sama tadi lagi. Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey.
...Keluar daripada cara agama pelampau dan unsur-unsur perkauman.
Buktikan apa dia agama pelampau? Yang Berhormat Kuala Selangor, buktikan apa agama pelampau? Apa yang dibuat?
Jadi, yang pasti Tuan Yang di-Pertua, saya tekankan. Sekali lagi, Kuala Selangor tekankan, sangat mustahak untuk kita menegaskan politik koalisi adalah politik parti dan termeterai dalam MoU segala persefahaman dan perjanjian untuk membangunkan negara ini. Bukan cara sebelah sana ikut SD dan jual beli, melelong dan akhirnya membawa kepada pelacuran SD dan MPs.
SD, Sultan minta. Yang di-Pertuan Agong minta SD.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Agong minta SD.
Sebagai penutup...
Agong meminta SD, derhakakah?
Sebagai penutup, saya hendak menjemput Yang Berhormat Kinabatangan untuk penutup. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita telah mendengar pelbagai ungkapan telah dirungkai, cadangan dan sebagainya. Apa pun nama kerajaan ini sama ada kerajaan gabungankah, perpaduankah, campurankah, yang penting pada saya bukan soal nama iaitu keyakinan kita untuk memastikan bahawa kestabilan kerajaan ini harus diteruskan dengan apa cara sekalipun. Saya cukup yakin dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri. Politik stabil, ekonomi kena dimakmurkan. Makmur ekonomi, rakyat kita bela untung nasib mereka. Kita sudah cukuplah...
Yang Berhormat Kinabatangan...
Kita telah melalui berbagai-bagai...
Yang Berhormat Kinabatangan...
...proses dalam politik ini yang...
Yang Berhormat Kinabatangan, kawan lama.
Saya ada tiga minit Yang Berhormat Besut.
Saya seminit sahaja.
Saya punya besar. Sekejap. Ini sahabat saya, tetapi nantilah. Esok baru kita bagi.
[Ketawa]
Kita lihat bagaimana kerajaan kita. Kawan-kawan saya cakap tadi, satu penggal tiga orang Perdana Menteri. Ini merugikan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan orang politik. Justeru itu...
Kamulah yang tarik sokongan itu.
Yang Berhormat Kinabatangan yang tarik sokongan.
[Dewan riuh]
Tarik sokongan Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Kinabatangan tarik sokongan Yang Berhormat Pagoh. Yang Berhormat Pagoh dah kumpul elok-elok dah.
[Dewan riuh]
Kita sokong Yang Berhormat Kinabatangan.
Kita bela untung nasib mereka.
Yang Berhormat Kinabatangan punya angkara.
Kalau di sana tidak menyokong, tidak apa. Kita hormat. Sudah kita bawa, tidak mahu, okeylah. Akan tetapi perkara-perkara yang baik, sokonglah kerajaan. Jangan bangkang terus. Berilah laluan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baharu ini. Saya yakin dia boleh melakukan yang terbaik untuk kerajaan kita. Janganlah kita – kasihanlah negara kita. Kasihankan rakyat.
Yang Berhormat Kinabatangan, sikit.
Yang Berhormat Shahidan, duduk. This is my floor.
Ini untuk yang baik. Cadangan.
Kita realisasikan politik yang sebenarnya.
Peraturan mesyuarat,
[Bercakap dengan kurang jelas]
Saya Yang Berhormat Arau.
Rakyat marah...
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tidak ada satu kerajaan pun yang mampu menjadi kerajaan...
Ini bukan Shahidan, ini Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik. Itu bukan Shahidan, itu Yang Berhormat Arau. Silap.
[Ketawa]
Ini sahabat saya.
Cadangan-cadangan yang baik.
Tadi kami berdua minum sama-sama.
Yang Berhormat, kenapa BN Sabah dipinggirkan? Saya ingin bertanya...
Tuan Yang di- Pertua, ini harilah kita mulakan sejarah politik baharu.
Yang Berhormat Arau.
Kita mesrakan kemesraan kita, perkuatkan parti masing-masing, kita bela rakyat yang susah di luar sana. Inilah matlamat kita menubuhkan kerajaan. Bukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak membuktikan kekuatan, kehebatan dia, tetapi sekurang-kurangnya rakyat di seluruh negara, di luar negara pun faham bahawa kita ada kerajaan yang stabil dan pelabur-pelabur pun akan datang melabur dekat negara kita. Ini penting. Kalau tiada pelabur Yang Berhormat Arau, macam mana mahu tolong rakyat. Shahidan ada BERNAS, kami tidak ada Yang Berhormat Arau. Jadi inilah...
Yang Berhormat, saya...
Daripada 25 Ahli Parlimen di Sabah...
Saya hendak minta, kenapa BN Sabah dipinggirkan?
...24 menyokong kerajaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Yang Berhormat, BN Sabah dipinggirkan. Kamu patut jadi Menteri, faham tidak?
Yang Berhormat Arau. Okey, selesai sudah perbahasan tentang usul yang telah pun dikemukakan. Yang Berhormat Menteri, masa.
Tuan Yang di-Pertua, 10 minit.
Extension.
Minta extension eh?
Oh, hendak extension?
Extension.
Extension time.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Usul Undi Percaya terhadap Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri dan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) diputuskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Selasa, 20 Disember 2022.”
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan mengambil hanya 10 minit. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 13 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Pasir Mas , Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya Tuan Yang di-Pertua, merasakan lebih baik saya pergi kepada isu-isu yang dibawa disebabkan oleh ramai Yang Berhormat membawa isu yang dengan izin, overlapping dalam isu-isu yang tertentu. Oleh itu saya akan menyatakan di sini, pertama sekali, menjawab tentang adakah usul undi percaya ini wajib atau tidak. Saya bersetuju dengan sahabat-sahabat belah sana, memang usul ini tidak diwajibkan. Yang disebutkan oleh beberapa orang Yang Berhormat tentang dua kali sahaja di mana kerajaan membawa usul undi percaya seperti yang disebut pada tahun 1976 semasa Yang Amat Berhormat Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Ke-3 dan juga pada tahun 2003 apabila Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Ke-5. Betul yang dikatakan di sini bahawa ia selalu dibawa dalam keadaan kesinambungan daripada seorang Perdana Menteri kepada Perdana Menteri yang lain. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan di sini bahawa apa yang berlaku pada hari ini ialah permohonan yang dibuat oleh kerajaan yang mana Aturan Mesyuarat membenarkan dan kerajaan telah membuat permohonan hari ini mengenai usul iaitu Undi Percaya Kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa kalau kita lihat apa yang berlaku saya ingin mengambil contoh di New Zealand dan juga yang berlaku di Kerajaan New Zealand, disebabkan oleh Perdana Menteri Jacinda Ardern mewujudkan kerajaan gabungan ataupun coalition government, dia telah mewujudkan satu usul undi percaya untuk memberikan keyakinan dalam Parlimen. Jadi di sini, poin saya yang kedua ialah apa yang disebut oleh ramai Yang Berhormat berbahas tentang isu yang menyatakan bahawa mekanisme yang berlaku pada hari ini terutama sekali memorandum persetujuan perjanjian itu disebut sebagai bercanggah kepada Perlembagaan Persekutuan dan Sistem Demokrasi Berparlimen. Saya hendak menyentuh kepada yang disebutkan oleh Yang Berhormat Larut, kemudian Yang Berhormat Kota Bharu, kemudian dengan beberapa Yang Berhormat. Sebenarnya dalam isu yang disebut berkenaan dengan perkara keempat dan Yang Berhormat Kota Bharu sahabat saya juga seorang peguam menyentuh tentang Bar Council. Saya ingin menjawab bahawa kalau kita tengok kepada kenyataan Bar Council dan kita baca sekali dengan kenyataan daripada NGO yang menekankan kepada free elections seperti BERSIH, mereka menyatakan bahawa sebenarnya apabila kita bercakap tentang pembentukan yang berlaku pada hari ini, berbeza dengan keadaan dahulu kerana kita mempunyai akta lompat parti. Akta lompat parti ini kalau kita tengok apa yang berlaku dalam negara kita sebelum kewujudan pindaan Perlembagaan kepada akta lompat parti, memang boleh kita sebut bahawa beberapa pergerakan boleh dipersoalkan dalam amalan demokrasi. Akan tetapi disebabkan adanya akta lompat parti dengan pindaan-pindaan kepada Perlembagaan, kita tidak boleh menafikan bahawa akta lompat parti ini boleh dilihat dengan izin, sebagai satu air cover undang-undang yang membenarkan parti-parti politik mengikat ahli-ahli politik mereka. Itu sebab kalau kita tengok dalam fasal-fasal yang disebut dalam pindaan Perlembaaan dalam akta lompat parti ini, saya percaya sahabat saya terutama sekali Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang- Oh, sebelum itu tahniah kepada Ketua Pembangkang daripada Larut. Saya ingin menyatakan bahawa bila kami dalam Select Committee pada sesi yang lepas, sebenarnya kita hendakkan seboleh- bolehnya satu expulsion itu menjadi satu tindakan yang mana bila dia dibuang daripada parti, kerusi itu kembali kepada parti. Akan tetapi saya percaya pada dalam perbincangan kita disebabkan masa tidak mengizinkan dan saya sendiri sebagai seorang daripada Ahli Parlimen Pengerang sebagai Backbencher, menimbulkan tentang kewujudan Private Members Bill dan memakan masa setahun untuk dijadikan sebagai satu kenyataan.
Akan tetapi dalam proses untuk mewujudkan expulsion sebagai satu compromise. Jawatankuasa Select Committee bercakap tentang recall bill dan recall bill sepatutnya dimasukkan di mana kalau dalam keadaan apabila Ahli Parlimen dipecat oleh parti politik mereka, yang kita hendak tekankan supaya pengundi di kawasan tersebut dari segi peratusan membuat penentuan, dia tidak mahu Ahli Parlimen tersebut dipecat Itu soalan berlainan dari segi recall election tetapi dalam hal perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cuba ingatkan sahabat-sahabat saya yang ada dalam Jawatankuasa mengingati bahawa kita mewujudkankan situasi yang mana pindaan kepada Perkara 10 iaitu kita membenarkan membuat satu undang-undang khas bagi lompat parti. Kemudian kita berbincang tentang Perkara 48. Perkara 48(6) ini, kita pindah, kita buang sebab Perkara 48(6) ini dia tidak membenarkan mana-mana ahli politik yang meninggalkan kerusi itu bertanding semula Jadi dalam Jawatankuasa berkata itu tidak patut berlaku sebab dengan izin saya menyatakan kenyataannya dipanggil sebagai ‘Shahrir Samad clause’ iaitu Tuan Yang di- Pertua ingat apabila mantan Yang Berhormat dari Johor Bahru itu dia telah dipecat. Jadi dalam keadaan di sini, dia boleh bertanding semula. Itu yang disebutkan dalam Perkara 48. Kemudian apabila kita sebut tentang Perkara 49A. Senario 49A ini dia ada beberapa senario. Izinkan saya membaca, mungkin banyak yang sahabat-sahabat sudah lupa. Dalam hal ini Yang Berhormat, kita mesti ingat, tertakluk kepada peruntukkan dalam perkara ini. Seseorang Ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja satu tarikh kekosongan luar jangkaan dipastikan oleh Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali disebut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaanya. Melepaskannya itu maknanya dalam bahasa kita dia dengan sengaja hendak keluar. Jadi maknanya dia boleh tinggalkan tetapi kerusi dia itu hak balik kepada parti. Kemudian atau diwujudkan suatu penambahan atau dia tidak lagi menjadi anggota parti tersebut. Ketiga ialah atau setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota parti, dia menyertai satu parti politik sebagai anggota. Maknanya di sini bergerak keatas niat dia untuk bertukar parti. Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli parti. Maknanya kerusi dia tidak akan digugurkan dengan gerakannya dengan beberapa syarat. Pertama pembubaran atau pembatalan parti politik dia. So, kalau parti politik dia batal, dia masih ahli Parlimen pada Kawasan tersebut. Kedua…
Yang Berhormat Menteri.
Izinkan saya habis. Kedua, pelepasan keanggotaannya daripada parti politik apabila dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, pemecatan dari keanggotaan ahli politik tersebut. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tahu mungkin Yang Berhormat Kota Bharu hendak menimbulkan beberapa perkara tetapi biarkan saya habiskan dulu bercakap supaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang tidak terlibat dalam kewujudan Akta Lompat Parti melihat kepada apa yang berlaku. Saya hendak sentuh kepada apa yang diwujudkan dalam beberapa perlembagaan dalam beberapa negara. Pertama sekali…
Yang Berhormat, saya hendak sentuh Perkara 49 yang sedang Yang Berhormat...
Izinkan saya baca ya. Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rasional kepada penggubalan dan pedekatan purposive dalam Perkara 49A(I)(a)(ii), Perlembagaan Persekutuan boleh dirumuskan bahawa mekanisme yang digunakan oleh parti politik adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan sah dari segi undang-undang. Maknanya mekanisme itu tertakluk kepada parti politik tersebut. Sebab hubungan sekarang dengan ada lompat parti, kerusi itu adalah kerusi parti, bukan kerusi individu itu sendiri. Itu beza dia. Dulu kalau tidak ada antilompat parti, ahli- ahli politik itu boleh bergerak dengan kerusi dia. Dia ikut bumbung boleh, pintu belakang boleh, pintu depan boleh. Dengan ada lompat parti ini, niat sebenarnya supaya kita mengikat dia kerana itu memberi hak kerana apabila ahli-ahli politik bertanding atas tiket parti, parti melabur banyak duit. Parti meletakkan nama, jentera, pakaian, warna. Jadi tidak akan lah selepas itu menang, boleh lari. Itu sebabnya akta lompat parti diwujudkan. Kalau tidak ada akta lompat parti Tuan Yang di-Pertua, yang mana dibahaskan itu boleh lah kata tidak ada amalan Demokrasi Berparlimen.
[Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, boleh sudah ke? Lama berdiri.
Sikit Yang Berhormat Menteri.
Demokarasi Berparlimen ini wujud kerana Parlimen sendiri yang mewujudkan undang-undang lompat parti. Bukannya…
Yang Berhormat sikit saja.
Kejap Yang Berhormat, saya hendak jawab. Bagilah saya habiskan.
Nanti. Mencelah, mencelah.
Nanti pun, betullah Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat kata Menteri hendak jawab diam. Yang Berhormat duduklah. Sabar, sabar. Yang Berhormat duduklah, biarlah saya habiskan. Kalau kita hendak bercakap, Yang Berhormat sebagai orang lama kita dalam mahkamah pun hendak tunggu hakim bagi kebenaran kan? Terima kasih Yang Berhormat, thank you. Of course saya akan bagi floor kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat mantan Menteri Undang-undang. Masa itu saya Timbalan Speaker. Jadi, berbalik dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi contoh dua negara. India. Jadual ke-10 dalam perlembagaan India menyatakan bahawa seseorang wakil rakyat perlu mengosongkan kerusi sehingga beliau mengundi atau memilih untuk berkecuali dalam sesuatu undian bertentangan dengan arahan parti mereka terutama berkenaan usul berkaitan dengan kepercayaan dan bekalan. Singapura pula Perkara 46(2)(b), Perlembagaan Singapura menyatakan bahawa kerusi seseorang Ahli Parlimen itu akan dikosongkan sekiranya beliau tidak lagi menjadi anggota dipecat atau meletakkan jawatan daripada keahlian parti politik yang beliau mewakili sewaktu pilihan raya. Ini petunjuk bahawa terdapat kesedaran dalam kalangan parti politik dan Demokrasi Berparlimen secara umum bahawa ia memanglah prerogative parti politik untuk memastikan bahawa mana-mana wakil rakyat yang bertanding atau dipilih atas watikahnya memang lah perlu bertanggungjawab kepada parti politik masing-masing- masing-masing. Silakan Yang Berhormat Kota Bharu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri sahabat saya. Kebetulan kami—saya bersama dengan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Damansara, Yang Berhormat Larut, kami bersama dalam Jawatankuasa yang menggubal pindaan Article 49A. Kami yang berada dalam Jawatankuasa. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri tadi telah menghuraikan peruntukkan di bawah Perkara 49A yang melibatkan clause 1 and 2 yang menunjukkan keadaan di mana sesorang ahli terlucut keahlian dia. Satunya yang tadi disebut kalau dalam bahasa inggeris he resigned as a member of political party. Kedua he ceases to be a member of political party. Ketiga kalau dia ini bertanding bebas, tiba-tiba masuk parti lain, itu diangap parti. Saya hendak bertanya mengenai memorandum yang dirujuk oleh kita tadi. Ada satu klausa 4(a), kalau saya boleh baca. Setiap parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri berkaitan usul percaya perbekalan dan atau apa-apa usul yang berbentuk prerogative yang mempunyai kesan terhadap keabsahan kerajaan. Itu (a). Yang (b). Ini yang penting. Setiap parti dan pihak-pihak hendaklah ‘shall’ memastikan setiap Ahli-ahli Parlimen mereka mengundi mengikut klausa 4(a), okey. Kegagalan, keengganan, kecuaian dari berbuat demikian hendak lah diambil kira sebagai perlanggaran tanggungjawab ahli parlimen secarai individu dan dianggap sebagai peletakkan jawatan atau pemberhentian menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi itu. Ada ke tidak dalam Perkara 49A, dalam ini
[Merujuk kepada kertas yang sedang dipegang]
. Kalau tidak ada, adakah itu tidak dianggap bercanggah atau very unconstitutional. Kalau tidak...
[Tidak jelas]
Saya rasa Yang Berhormat Pasir Gudang…
Boleh dapatkan penjelasan dari Yang Berhormat.
…telah melahirkan bangkangan kepada dokumen ini yang bagi saya very unconstitutional and very illegal and it is void berdasarkan kepada suatu kontrak yang mana dalam akta kontrak satu lagi disebut dalam akta kontrak the consideration dengan izin or object of an agreement is lawful unless it is forbidden by a law. Ini bagi saya forbidden by article 49A that cause this document is illegal and void at an issue
Yang Berhormat Kota Bharu, boleh saya tanya Yang Berhormat Kota Bharu kerana itu suatu …
Floor, floor.
Yang Berhormat, biar saya jawab Kota Baharu dulu. Yang Berhormat Kota Bharu. Pertama sekali saya—terima kasihlah Yang Berhormat Kota Bharu mempunyai kesusahan hati seolah-olah ahli politik, Ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian persefahaman ini. Perjanjian persefahaman kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan Yang Berhormat Kota Bharu menyatakan ini tidak sah. Pertama sekali ini antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah. Tidak ada kena mengena dengan Perikatan Nasional.
PAS pun tidak ada.
[Bangun]
Sekejap, sekejap, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat tanya biarlah saya jawab. Masalahnya Yang Berhormat...
Yang Berhormbaharuta Bharu ini tidak’faham.
Yang Berhormat semua ini...
Yang Berhormat Menteri,Baharu Berhormat Kota Bharu tidak faham.
MIC tidak setuju, MIC dalam Barisan Nasional. Mereka tidak setuju.
Yang Berhormat, saya jawab. Hendak suruh saya jawab, saya jawab. Kalau macam ini baik tidak usah jawab terus undi sahajalah.
[Dewan riuh]
Hendak suruh jawab, tak nak jawab. It is up to you. You want me to reply, I will reply but if you don’t want me to reply..
You don’t have to. I know already your answer. So, you don’t have to.
Tidak payah jawab.
You are accusing, you are accusing I have to defend. So, I cannot defend? You will said that is not democratic. You are behaving a very undemocratic manner.
[Dewan riuh]
You asked me, it is up to you.
You asked us to defend, we defend.
Up to you. Up to you, you want to reply or not.
Just because you the opposition, doesn’t mean we as the government cannot defend ourselves.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Kota Bharu.
Let me defend. You had already got tiga belas..
Yang Berhormat Kota Bharu, saya bukan lawyer pun tahu you tidak faham.
You had already got 13 Speakers to raise, this is my floor let me speak lah.
You asked me whether I want you to reply or not. I said up to you.
Ya then you sit down lah, let me defend.
Up to you, up to you. You want to reply or not up to you.
If you keep standing, how I am going to answer if you keep standing up.
Parlimen Amerika kah ini?
Why you asked me? You asked me.
I asked you because you are asked me.
Parlimen Amerika kah ini.
You want me to answer or not. It is up to you. You want me to answer, I answer. Okey, I’ll answer. Then, when I answer you sit down. When I sit down then you stand up. That is how you should do it.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
That is the problem with you because you always think you are right.
[Dewan riuh]
Dengan izin, minta maaf.
[Dewan ketawa]
Bila marah cakap orang putih lah macam dalam mahkamah.
Yang Berhormat Menteri, sabarlah jawab. Tenang-tenanglah.
Relaxlah Yang Berhormat Arau. That is not your floor. Let me talk to him. Cukuplah.
Tenang, tenang, tenang. Sabar.
Sudah tinggalkan UMNO, cukuplah. Tidak payahlah.
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.
Sabar,...
[Tidak jelas]
Hello, Yang Berhormat Arau.
Jangan jadi macam orang itu, tidak betul ini.
Hello, Yang Berhormat Arau. Speaker, ada ini. Yang Berhormat Arau, Speaker datang ini. Hello. Okey, silakan.
Betul Yang Berhormat cakap itu, Yang Berhormat menyatakan bahawa melanggar undang-undang, betul. Saya jawab pertama, saya kata sebenarnya ini antara kami yang sign, 148 orang Ahli Parlimen melalui parti politik. Okey, ini adalah dokumen. Ada Yang Berhormat di sini menyatakan kita tidak semesti maklum kepada masyarakat ke public domain, tidak semestinya sebab kerajaan gabungan dari segi political science falsafah mempunyai hak untuk bergerak dalam mana- mana cara. Akan tetapi yang lebih penting ialah gerakan kami mewujudkan kerajaan ini atas Titah Yang di-Pertuan Agong. Jadi cara kami membentuk hubungan kami, sesama kami adalah hak mutlak kami, itu jawapan saya pertama. Kedua, Yang Berhormat kata ada yang tidak puas hati, ada yang konon dipaksa. Yang Berhormat kadang-kadang minta maaflah mungkin tidak baca sampai last-lah kan. Bahagian last kata, Majlis Perundingan dan Timbang Tara. Sesebuah majlis perundingan yang dianggotai oleh wakil-wakil yang diperakukan oleh sesuatu parti utama PH, BN, GPS, GRS dan Warisan yang membentuk kerajaan perpaduan ini hendaklah diwujudkan. Majlis ini berperanan untuk memastikan segala terma dipersetujui. Sebarang perselisihan dan salah faham hendaklah diselesaikan secara harmoni oleh majlis ini. Apa masalah dia? Apa yang tidak ada demokrasi sangat kalau ada cara hendak menyelesaikan supaya kami 148 boleh bercakap.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat sendiri tahulah takkan hal ehwal rumah tangga hendak gaduh dekat tengah jalan. Betul atau tidak? Orang selalu bergaduh dalam bilik tidur kan. Saya tidak kahwin saya tidak tahulah gaduh dekat mana.
[Dewan ketawa]
Akan tetapi yang ini yang terutama sekali yang cawangan satu, dua, tiga, empat kan. Yang Berhormat tau kan?
[Dewan ketawa]
[Dewan riuh]
Mana nak duduk, bilik mana nak duduk.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Besut, Besut, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf sebab hendak dekat habis sekejap.
Besut, Besut, Yang Berhormat Menteri.
Sekejap lah, Yang Berhormat Besut. Sekejap.
Sedikit, sedikit sahaja.
Tak nak Yang Berhormat Besut, saya hendak jawab Yang Berhormat Kota Bharu.
Penjelasan sedikit sahaja. Penjelasan, penjelasan.
Tak nak, Yang Berhormat Besut.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Besut, tidak boleh.
Bagilah.
Yang Berhormat Besut, duduk.
Dahulu kawan sekarang tidak kawan sudah.
Tuan Yang di-Pertua, apa masalah ini. Saya hendak jawab Yang Berhormat Kota Bharu lah.
Yang Berhormat Besut.
Yang Berhormat Kota Bharu itu abang sayang saya. Saya jawab dialah.
[Dewan riuh]
Besut sudah hilang sudah sayang sudah.
Kedua, saya hendak jawab. Sebenarnya Yang Berhormat Kota Bharu, Akta Kontrak ini Yang Berhormat Kota Bharu tidak baca pun sampai habis.
[Tepuk]
What consideration, dengan izin. An object are lawful and what is not. The consideration of an object of an agreement is lawful unless is forbidden by law. Kalau pindaan Perlembagaan Perkara 10, 160, 49(A) diwujudkan, ia di bawah Undang-undang Perlembagaan ia dibenarkan. Apa yang jadi masalah?
[Tepuk]
Saya tidak faham sebab sebenarnya dalam usul kita hari ini tidak ada kena- mengena dengan usul memorandum sefahaman. Usul kita pada petang ini memberikan undi percaya. Undi percaya itu bererti 148 orang sokong atau tidak sokong.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.
Sekejap, tidak boleh. Saya hendak jawab Yang Berhormat Kota Bharu.
Sedikit, sedikit. Bagilah.
Dia ini tidak fahamlah.
Sedikit pun tidak bolehkah?
Saya tahulah Yang Berhormat bekas hakim tetapi bagilah saya habis.
Oleh sebab agak keliru.
Tak nak. No, no, no. Jawab Yang Berhormat Kota Bharu.
Jawapan itu mengelirukan.
Tidak keliru kita minum kopi saya tidak kelirukan nanti.
Mengelirukan.
Yang Berhormat Besut, cukuplah. Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat kita semua dalam Jawatankuasa Select Committee, kita perlu berlaku adil sebab isu kita yang kita berhadapan ialah kalaulah Perlembagaan kita dalam Perkara 49A membenarkan pemecatan (expulsion) sebagai salah satu kepada pembentukan kerusi itu masih kekal dengan parti, parti politik tidak wajar mewujudkan instrumen untuk mengawal mereka. Masalah kita, beberapa parti politik membuat pindaan kepada perlembagaan parti, ada yang belum lagi. Jadi dalam perkara antara mendapatkan watikah, antara pergi pilihan raya, antara membentuk kerajaan, memanglah parti politik ada hak untuk membetulkan hubungan mereka dengan Ahli Parlimen tersebut dan kalau tidak wujudnya kenyataan demi kenyataan... Ada beberapa Yang Berhormat menyebut tentang– saya rasa mungkin Yang Berhormat Kota Bharu juga menyebut tentang melanggar seksyen 124B, 124C Kanun Keseksaan menyatakan bahawa pihak-pihak telah melaporkan kepada pihak polis tentang perjanjian persefahaman untuk ditandatangani. Saya percaya biarlah polis siasat itu hak polis untuk siasat. Akan tetapi hari ini, kita berhadapan dengan undi percaya. Jadi dalam perkara ini saya melihat sebenarnya kalau mana-mana orang politik dalam mana-mana parti politik tidak bersetuju dengan pembentukan larangan daripada lompat oleh parti-parti politik tersebut, dia berhak bergerak meninggalkan ataupun dia berhak mencabar parti politik tersebut. Akan tetapi kita sendiri tahu bahawa wujudnya apa yang disebut dalam parti politik Society Act mewujudkan ouster clause, dengan izin. Ouster clause itu ialah orang-orang dalam parti politik tidak boleh menyaman parti politik tersebut. Itu juga dilihat sebagai sesuatu perkara yang secara tidak langsung menggugat kestabilan parti politik. Akan tetapi jawapan daripada semua orang yang bertulis tentang sains politik, antara masalah yang paling besar ialah masalah kestabilan. Bagaimana kita hendak stabil? Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat belah sana kata kita mahukan kebebasan bergerak, tidak boleh mengikat. Hari ini Yang Berhormat jadi Perdana Menteri, esok semua orang sebelah sini jadi Perdana Menteri, lusa Yang Berhormat Perdana Menteri, tulat saya pula Perdana Menteri. Sampai bila benda ini hendak selesai? Itu sebab Akta Lompat Parti ini ditubuhkan supaya mengikat ahli-ahli politik. Itu sebenarnya yang dilakukan, mengatakan tidak dan bertentangan dengan parti politik dan amalan demokrasi, saya rasa agak terlampau assumption dan ahli-ahli parti politik ada sistem. Saya hendak jawab apa yang disebut di Sabah tadi oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Beluran. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dalam akta lompat parti dia ada structurenya yang ada tulis kepada Speaker dalam masa 21 hari dan Speaker buat keputusan. Saya hendak tanya kepada Speaker, Speaker dapat surat tidak daripada Parti BERSATU?
Belum lagi.
Belum lagi. Masya-Allah, surat tidak hantar.
[Dewan ketawa]
Hari ini baru lantik Speaker. Yang Berhormat, hari ini baru lantik Speaker.
Saya pun tidak tahu. Jadi itu sebenarnya. Silakan.
Speaker baru lantik hari ini.
Dan hari ini baru kata duduk di sebelah sana yang melanggar dengan akta antilompat sebab itu hari ini baru dikemukakan dan akan difollow secara official kepada Speaker. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Beluran juga bekas Speaker. Bukankah pagi tadi Speaker dilantik, sekarang ini sudah pukul enam.
[Dewan ketawa]
Dia tidak ada kata pukul berapa, bila-bila boleh masuk.
Kita hendak keluar pergi sembahyanglah.
[Bangun]
Tidak suka hari ini juga buat. Takkanlah bila cakap baru hendak buat. Silakan.
Orang perempuan tidak apalah.
Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya fikir perbahasan ataupun cakap di luar sana berhubung dengan status kami adalah mengikut andaian-andaian tertentu tanpa mendengar daripada si punya badan sendiri, itu masalahnya. Jadi saya ingin bertanya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, di manakah sebenarnya empat orang, saya dan sahabat-sahabat saya ini perlu memberikan penjelasan yang sebenarnya untuk memastikan status kami sebenarnya difahami. Kedua, saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mendengar kehebatan hujah Hero Malaya baru di Sabah, Yang Berhormat Beluran.
[Dewan ketawa]
Adakah Yang Berhormat Menteri..
Yang Berhormat, Yang Berhormat yang itu satu konotasi yang tidak baik. Ada niat jahat itu, ‘Hero Malaya’.
Adakah Yang Berhormat telah memberi banyak fakta yang mengelirukan sebentar tadi. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat tidak bagi ruang.
Tuan Yang di-Pertua, 36(6) konotasi.
Yang Berhormat..
Apa-apa masalah, apa masalah, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, this is my floor. Saya diberi ruang.
Menteri, Menteri, sebentar.
Yang Berhormat Menteri. Adakah— saya mohon penjelasan...
Menteri, Menteri...
...Adakah yang disebutkan oleh...
Menteri, Menteri. Saya bercakap.
Apa erti hero Malaya?
Hero Malaya itu untuk saya, bukan untuk dia.
Apa erti hero Malaya? Saya minta.
Yang Berhormat Arau. Nanti saya hendak jawab. Hero Malaya itu satu penghormatan, mungkin. Itu pemahaman saya.
[Dewan riuh]
Negative connotation. Satu negative connotation because I’m only one PN wakil dari Sabah sini.
Ya tetapi itu pemahaman...
Itu satu konotasi yang negatif yang bercanggah dengan peraturan 366.
Ya tetapi saya anggap itu bukan— Itu bukan satu penghinaan, saya ingat.
Yang Berhormat Menteri...
Ya, silakan teruskan.
...Penjelasan yang kedua yang ingin saya mohon, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beluran tadi— panjang beliau berbahas. Mungkin beliau masih teringat tentang langkah beliau melompat pada Disember 2018 yang menyebabkan beliau confuse antara tindakan beliau melompat keluar daripada Barisan Nasional kepada Parti PBS dengan tindakan kami atas...
[Tidak jelas]
tiket GRS.
Bertuahnya ketua Menteri.
[Tidak jelas]
Itu betul. Itu saya sahkan betul.
[Dewan ketawa]
Adakah Yang Berhormat rasa beliau masih confuse? Tindakan beliau yang melompat daripada satu parti kepada satu parti dengan tindakan kami yang merupakan ahli GRS dan bertanding atas tiket GRS dalam pilihan raya yang lepas.
Okey, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat Putatan ya?
Yang Berhormat Papar, Papar.
Yang Berhormat Papar. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua yang menjadi penentu. Tuan Yang di-Pertua adalah referee dalam perkara ini. Jadi, mana-mana pihak tidak bersetuju dan tidak berpuas hati, bawalah surat tunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa pun sudah hendak habis ini. Sebelum saya— yang mana saya tidak dapat jawab, insya-Allah saya jawab secara bertulis.
Ya.
Akan tetapi, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita kata ahli pembangkang 74 orang MP dengan 44.6 undi popular. Saya ucap tahniahlah. Akan tetapi sebelah sini 148 orang dengan undi popular 10.5 juta. Jadi, agak- agak.
[Tepuk]
Yang penting selagilah adanya akta lompat parti, pengikatan itu adalah pengikatan yang tidak suka, terpulang pada diri badan masing-masing. Dengan itu saya memohon menyokong. Terima kasih.
Baik, terima kasih.
[Dewan tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah nombor 8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul- usul hari ini hendaklah dipersetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Terima kasih, silakan Setiausaha.
Usul — Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah P.M. 14(2)Motion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), Aturan Urusan Mesyuarat pada hari esok 20 Disember 2022 adalah seperti berikut: (i) Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022; (ii) Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023; (iii) Usul Pemindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) ke Kumpulan Kewangan Pembangunan; dan (iv) Usul Pemindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) ke Kumpulan Wang COVID-19. Seperti di nombor 9, nombor 10 dan nombor 11 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditepatkan.” Terima kasih.
Menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa, 20 Disember 2022. Cuma satu peringatan dan juga permintaan. Ada cadangan— sebelum kita bergerak, ada cadangan untuk esok mereka yang hendak pakai suite saya kecualikan dari memakai tali leher.
[Tepuk]
Jadi, boleh datang dengan baju Melayu ataupun dengan suite tetapi tanpa tali leher. It’s an option. Okey, terima kasih.
Itu sepanjang sidangkah Tuan Yang di-Pertua? Atau esok sahaja?
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.15 petang]