Dewan Rakyat · 20 December 2022

15th Parliament, session 1, meeting 1 · 271 turns · 9,218 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat pagi semua. Sebelum kita mulakan urusan kita, ingin saya mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di Pantai Timur. Saya difahamkan ada yang terkorban dan banjir makin melanda dengan ganasnya. Jadi kita mendoakan agar keadaan ini akan reda dan insya-Allah, saya minta juga semua yang mempunyai kedudukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

(Pembukaan)

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih banyak atas ucapan takziah tersebut. Semalam Yang Berhormat Muar ada mengusulkan usul tergempar berkenaan ini. Mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua untuk memasukkan dalam aturan mesyuarat bagi kita membahaskan berkenaan tindakan kerajaan dalam menangani krisis banjir yang ganas seperti yang disebutkan tadi di Pantai Timur. Terima kasih.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah, saya akan...

(Pembukaan)

Sekejap. Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

(Pembukaan)

Satu Usul- Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mana- adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat pernyataan yang seksis. Saya, kelmarin atau bahasa Kedah dipanggil “kelmarin”, bahasa Kuala Lumpur ini dipanggil “semalam” - saya telah menyebut perkataan, “Saya tidak mahu, kami tidak mahu jadi kera” tetapi terus disambut oleh Yang Berhormat Hulu Langat, “Yang Berhormat Pendang beruk”. Jadi saya minta perkataan ini supaya kena ada in parliamentary lesson learnt, dengan izin, untuk...

(Pembukaan)

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Mengapakah semalam tidak bangkit? Move forward lah.

(Pembukaan)

Sebab semalam saya minta...

(Pembukaan)

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Duduk, duduk.

(Pembukaan)

Ini saya punya- motion.

(Pembukaan)

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Motion ditolak.

(Pembukaan)

Saya, kelmarin bila saya minta, Tuan Yang di-Pertua minta saya duduk, saya bertenang. Saya duduk. Jadi hari ini saya bangkit balik sebab ini perkataan, “Yang Berhormat Pendang beruk” khusus pada Pendang. Jadi you diam, Yang Berhormat Kepong. You tidak tahu apa.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat Pendang, terima kasih.

(Pembukaan)

Terima kasih. Saya minta tarik balik.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan tengok Hansard. Saya tidak sempat lagi. Saya tidak dengar sebenarnya tetapi saya akan tengok Hansard dan insya-Allah...

(Pembukaan)

Clear, Yang Berhormat Hulu Langat, clear semalam menyebut, “Yang Berhormat Pendang beruk”.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ya, clear tetapi saya tidak clear.

(Pembukaan)

Tidak apa, boleh tengok. Saya ingat kelmarin ini Tuan Yang di-Pertua, saya kata saya, saya tidak tuju kepada siapa-siapa. Saya ingat kena check baliklah telinga Yang Berhormat Hulu Langat ini. Dia ini sakit ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya akan tengok Hansard. Nanti saya akan buat keputusan.

(Pembukaan)

Okey.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Baik, usul Yang Berhormat Menteri, silakan.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai DR.47/2022 – Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, dan Usul-usul Menteri Kewangan di nombor 1 hingga 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG DISATUKAN (PERBELANJAAN MASUK AKAUN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHMenteri Kewangan · Tambun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian dari tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kesempatan ini dimanfaatkan untuk membentangkan rang undang-undang yang terkait dengan emolumen atau gaji yang mesti diselesaikan pada bulan Januari dan juga beberapa pertimbangan komitmen seperti kontrak yang sedang berjalan ataupun hutang yang harus dibayar. Ia tidak melibatkan projek-projek baharu kerana ini akan dapat dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat setelah Parlimen dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan belanjawan baharu dibentangkan yang ikut jadualnya pada akhir Februari atau awal Mac. Akan tetapi oleh sebab perkembangan mendesak semasa, seperti banjir yang juga telah mula meragut nyawa di Pantai Timur dan juga beberapa keperluan segera.

Maka ada pertimbangan untuk menyegerakan dan memberikan penambahan tidak dari segi belanjawan kerana ini hanya tertakluk pada bulan Mac. Akan tetapi penyesuaian daripada kelulusan yang ada supaya dapat diperkasakan NADMA dan peruntukan tambahan khususnya di Terengganu dan di Kelantan. Saya bercadang untuk segera ke sana untuk memantau dan membantu apa-apa yang dirasakan mendesak. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ini kesempatan awal, saya ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya percaya tugas ini juga mencabar seperti kita lihat gelagat yang berlaku semalam. Kalau daripada pihak kerajaan, saya ingin beri jaminan dan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri II telah pun sebagai Ketua Whip, telah pun diminta untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat menjaga susila Dewan ini dan apa pun perkembangan tidak melanggar batas adab, susila dan menghormati peraturan Dewan. Saya harap hal yang sama juga akan dilakukan oleh Ketua Pembangkang dan Ketua Whip sebelah Perikatan Nasional. Ini kerana kita tahu sidang Parlimen ini ditonton, kita boleh berbeda pendapat, boleh bertengkar tetapi harus jaga kemuliaan Dewan ini dan tidak keterlaluan kerana ini akan ditertawakan oleh rakyat dan melihat seluruh Dewan ini menjadi gelanggang sepertimana yang disebut dalam sosial media, circus. Jadi, ini saya serah kepada kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya hendak bagi jaminan kita akan bagi sokongan penuh kalau pun tindakan itu perlu dikenakan ke atas Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak Kerajaan Perpaduan. [Tepuk] Yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah untuk mengucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk daripada pembangkang yang memberi sokongan atau pun yang menyatakan undi percaya untuk keabsahan itu tidak diperlukan, bermakna mereka menerima kenyataan. Ada perubahan dan tanggungjawab yang saya pikul diberikan ruang untuk meneruskan tugas tanpa gangguan dari sudut pertikai keabsahan. Beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pasir Mas bangkitkan mengapa dikemukakan usul? Mereka harus baca sendiri kenyataan

Yang Berhormat Pagoh yang mencabar supaya disahkan keabsahan. Itu yang menyebabkan saya– walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Undang- undang dan juga Peguam Negara, malah Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menyatakan tidak ada keperluan kerana kenyataan majoriti itu jelas. Akan tetapi, saya memilih untuk tidak hanya melihat dari segi keperluan undang- undang ataupun Perlembagaan tetapi moral legitimasi supaya kita dapat perintah dan seperti mana yang disebut Yang Berhormat Titiwangsa kita ada ruang untuk menumpukan perhatian setelah ada kestabilan politik, ada keabsahan, menumpukan perhatian untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih meyakinkan. Insya-Allah itu akan saya lakukan. Akan tetapi izinkan saya mengulangi kenyataan penghargaan kepada rakan- rakan yang memberikan ruang kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab ini. Sepertimana biasa didengar di sebelah sini dan di sebelah sana kita tahu ini. [Berucap dalam bahasa Arab] Ini kebertanggungjawaban, bukan keistimewaan. Kita memikul tanggungjawab ini dalam keadaan ekonomi yang getir, soal perpaduan yang dibangkitkan dan oleh demikian ia memerlukan seluruh tenaga dan saya hargai teguran yang disampaikan. Walaupun kadang-kadang bunyinya pedas tetapi saya duduk dan mendengar seluruh pandangan dan teguran yang disampaikan, sama ada rakan-rakan di sebelah sini dan juga di sebelah sana. Cuma ada kadang-kadang mengikut Shakespeare dia kata, “A tale told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing”. Jadi kita kena sabar kerana tidak semua kenyataan itu bertanggungjawab. [Tepuk] Saya bagi contoh umpamanya, Ketua Pembangkang Yang Berhormat Larut, yang bekerja selama hampir 25 tahun mencerca, memfitnah, konspirasi menyerang peribadi, menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara yang lebih licik. Saya tidak akan ulas perkara itu Tuan Yang di-Pertua, kerana tentunya dia belum dapat tarbiah daripada Yang Berhormat Marang yang pernah menulis dan saya ucapkan jazakallahu khairan kepada Yang Berhormat Marang menulis tentang Qazaf. Saya syorkan buku itu juga dibaca oleh Ketua Pembangkang. Bila baca Al-Quran, terutamanya bagi kita yang tidak terdidik di sekolah agama, sekolah Arab, bacalah dengan betul. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] jadi Biar betul sikit.

[Dewan tepuk]

Baik. Dibangkitkan juga tentang pengampunan, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kelantan khususnya, boleh mohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada ketika itu menjadi Yang di-Pertuan Agong. Ini saya perlu jelaskan bila keabsahan itu juga moral legitimasi untuk menjelaskan. Saya tidak memohon pengampunan kerana saya dihukum. Make it clear on the record di Hansard. Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum, mengada- adakan termasuk dalam kes pertama, membuat pertuduhan peristiwa yang berlaku di bangunan yang belum ada dan memaksa orang menjadi saksi ataupun mengambil siasatan sebelum pun laporan polis dibuat. Saya mohon maaf Tuan Yang di-Pertua menyebut perkara kerana soal pengampunan itu penting, yang menyebut mengambil inisiatif itu ialah Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Baginda menelefon saya dan ini saya sebut secara umum. Semasa saya masih lagi di rehab centre dan ada yang mengaitkan tentang menyebut nama Yang di- Pertuan Agong. Yang Berhormat Arau, saya hendak jelaskan di sini saya sebut ini fakta. Menelefon saya menyatakan, “Anwar, saya akan berikan pengampunan penuh kerana saya ikuti perkembangan trial saudara. Clear travesty of justice”. Saya quote ini, phrase yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong travesty of justice. Pelanggaran prinsip keadilan.

“Oleh yang demikian, saya akan memberi pengampunan penuh sesegera mungkin”. Perdana Menteri pada ketika itu menangguhkan sehingga 10 hari. Jadi kalau orang menggunakan, “Oh, dia jelas, dia bebas...”

Tuan Yang di- Pertua, kita ada usul.

Ya. Ya. Saya akan sampai di situ.

Tentang kewangan.

Satu minit. Saya tahu kenyataan ini pedih bagi saudara kerana ini kenyataan yang dimainkan.

[Dewan tepuk]

Akan tetapi percayalah, saya hanya mengambil dua minit lagi untuk jelaskan perkara ini kerana kebaikan. Saya tidak menafikan Yang Berhormat tidak tergolong begitu tetapi rakan-rakan saya terutama senior dalam PAS begitu berjasa kerana mereka turun ke bawah menerangkan prinsip ini. Bukan Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain ramai dan saya tidak pernah menafikan sumbangan khidmat mereka yang tidak melayani fitnah dan menganggap ini konspirasi yang juga melibatkan Yang Berhormat Larut.

[Dewan tepuk]

Jadi itu sebabnya mengapa pengampunan dibuat. Tuan Yang di-Pertua, kita ada perbedaan jalur politik tentunya dan pembentukan Kerajaan Perpaduan ini juga menimbulkan sedikit pertikaian. Akan tetapi sudah dilakukan keabsahan. Yang Berhormat Kota Bharu pertikaikan soal nombor. Tuan Yang di-Pertua tahu konvensyen Parlimen, usul daripada kerajaan. Kalau tidak dipersetujui dibangkang dengan suara, itu tidak berlaku. Kalau belum puas hati diminta belah bahagi, itu juga tidak berlaku. Jadi kita move on lah. Jadi, saya ucap terima kasih kerana ramai yang mengatakan move on.

[Dewan tepuk]

Saya tidak berhajat sama sekali Yang Berhormat Kota Bharu untuk bangkitkan lagi isu ini. Saya hendak tumpu perhatian, betulkan kepincangan dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Elakkan daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ini supaya “hoi ho ya hoi” itu bukan sahaja melibatkan orang di sini tetapi juga di sana. Ini kerana di sana juga pernah menjadi Menteri, pernah menjadi Perdana Menteri dan pernah meluluskan kontrak- kontrak kepada anak menantu mereka. [Tepuk] Saya tidak mahu pilih kasih. Permintaan saya kepada agensi penguatkuasaan termasuk SPRM— boleh tanya ketua SPRM, Peguam Negara dan pihak PDRM. Saya kata, “Saudara, you are dealing with the new Prime Minister. I meant what I said.” Saya hendak bersihkan negara ini daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. [Tepuk] Dalam isu usul ini, tumpuan kita dengan kestabilan politik yang dikatakan umpama tidak ada yang dilakukan dalam beberapa minggu ini semata-mata kenyataan politik. Saya hendak beritahu bahawa pertamanya isu yang dibangkitkan untuk keabsahan ini adalah untuk memungkinkan kita memperoleh keyakinan dan mengurus ekonomi. Akan tetapi untuk itu, kerana dipertikaikan soal sama ada kita tetap pertahankan prinsip Perlembagaan, soal Islam sebagai agama Persekutuan dan penghayatannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan pengecualian beberapa peruntukan untuk Sarawak yang memberikan ruang untuk bahasa Inggeris mengikut Perjanjian MA63, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan kedudukan dan kedaulatan Raja- Raja Melayu. Hal itu saya ingin tegaskan tidak mungkin dipertikaikan oleh Kerajaan Perpaduan ini. Bezanya ialah usaha saya untuk memberi jaminan kepada semua rakyat, golongan minoriti, golongan yang terpinggir, golongan yang di pedalaman bahawa setiap rakyat dan warganegara ini akan dipertahankan hak mereka sebagai warganegara.

Keduanya, melibatkan institusi. Orang tidak melabur. Sebab apa? Ini kerana dia tidak yakin badan kehakiman atau penguatkuasaan itu telus dan bebas. Mengapa dalam litigation kes-kes melibatkan syarikat-syarikat besar selama ini, mereka pergi ke Singapore dan sebelum ini di Hong Kong dan tidak di mahkamah-mahkamah kita. Jadi, sebab itu saya sampaikan kepada Ketua Hakim Negara selaku Perdana Menteri saya tidak akan campur urusan badan kehakiman dan mereka jalankan dengan bebas dan telus. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perlembagaan dan rakyat, akhirnya Allah SWT sekiranya mereka mengadakan apa-apa tindakan yang melanggar... [Tidak jelas] Ketiga, yang kita tumpukan ialah soal menangani isu kos sara hidup. Kita boleh bicara di sini dengan elaun yang ditetapkan. Akan tetapi, percayalah umumnya negara kita terutama orang Melayu dan bumiputera masih dalam kategori miskin. Di Semenanjung Tanah Melayu, majoriti besar masih orang miskin. Walaupun kita bicara dengan hebat dan berdegar-degar tentang ketuanan Melayu dan kemuliaan bangsa dengan pelbagai dasar, tetapi setelah lebih enam dekad merdeka, majoriti orang Melayu miskin. Depan rakan-rakan saya pelbagai kaum dan agama saya menyatakan bahawa pentadbiran ini tidak akan tolak ansur untuk pertahankan kepentingan majoriti yang kebetulan adalah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Cuma orang-orang yang terpinggir dan miskin sama ada Orang Asli atau masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu ini majoriti yang paling miskin adalah Melayu. Akan tetapi, dalam kalangan Orang Asli dan masyarakat India adalah dalam kalangan termiskin yang tercatat. Saya akan lakukan sedaya upaya saya memastikan semua yang terlibat itu akan dibantu. [Tepuk] Kalau ini dibangkitkan, maka tumpuan kita adalah yang keempat, memacu pertumbuhan ekonomi negara. Kita ada umpamanya kajian keupayaan persaingan negara antara negara. Kita lihat umpamanya kadar kecepatan dan keberkesanan pendaftaran syarikat dan urusan perniagaan masih ketinggalan. Indonesia yang dulunya belajar daripada kita dalam beberapa aspek sekarang telah mengatasi kita. Kita sudah terlalu banyak tumpuan dalam urusan politik dan menghebahkan kejayaan kita tetapi kenyataannya itu bertentangan dengan fakta yang ada. Mengenai kos sara hidup, kita telah mengadakan mesyuarat dan Yang Berhormat di belah sana [Merujuk kepada Pembangkang] pun tahu tentang NACCOL untuk kenaikan harga barang keperluan, termasuk yang dilakukan oleh Menteri Pertanian dan KPDN untuk memastikan keperluan itu ada. Ia ada kemudahan. Dalam beberapa minggu kekurangan ayam dan telur— pada 15 hari bulan yang lalu diimport. Ini masalah kita ini kartel. Masalahnya ialah menetapkan kepada syarikat-syarikat besar menentukan harga dan menentukan pengeluaran. Mesti ada kekuatan politik tekad untuk menyatakan dalam dasar ekonomi ini, kemaslahatan awam, orang ramai dan rakyat itu diutamakan. Maka, kita telah membuat perubahan dengan memberikan keizinan import pada 15 Disember 100,000 biji telur dan mulai 22 Disember dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dibawa masuk sehingga keadaan stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin. Soal tarif disebut oleh Yang Berhormat Pandan semalam. Tarif elektrik. Tuan Yang di-Pertua, keputusan pentadbiran yang lalu ialah menaikkan tarif elektrik. Kertas draf Jemaah Menteri sudah disiapkan. Tanggungjawab kami sepatutnya hanya melaksanakan tetapi apabila saya baca ini bertentangan dengan dasar kita. Bagaimana mungkin dalam keadaan kos sara hidup begini rakyat terbeban, kita naikkan kadar elektrik. Walaupun kita akui daripada segi ekonomi ia satu keperluan. Ini kerana, kerajaan untuk satu tahun tidak mungkin membayar RM30 bilion dan untuk suku pertama RM10 bilion, menampung keperluan ini. Akan tetapi, apabila meneliti semula, saya tidak sanggup meneruskan. Maka, kadar elektrik tidak dinaikkan bagi keperluan domestik, bagi SMEs, bagi keperluan

pengeluaran pertanian. Akan dinaikkan hanya bagi pengeluar syarikat-syarikat besar seperti multinational corporation, syarikat-syarikat yang gergasi yang punyai keuntungan bilion ringgit. Itu yang kita putuskan, ada anjakan. Jadi, tidak benar kalau kita katakan dua minggu ini kita tidak lakukan apa-apa. Tentunya, hal-hal yang lain yang dikatakan gimik dan sebagainya. Itu penting kerana memberikan petanda Tuan Yang di-Pertua bahawa kita serius, termasuklah kereta yang dipesan oleh Yang Berhormat Pagoh. Ini ada rekod untuk SPANCO. Kemudian tidak diteruskan oleh Yang Berhormat Bera kerana kesuntukan masa sebelum pilihan raya dan saya runding untuk batalkan. Itu kenyataan, Yang Berhormat Putrajaya. Ini bukaan rekaan. Rekodnya ada. Bezanya saya sebagai Ketua Pembangkang dan saya di sini, saya boleh baca rekod dalam fail dan nota. [Tepuk] Akan tetapi, saya tidak mahu panjangkan perkara ini kerana ini ada kaitan dengan tadbir urus. Ini soal RM600 bilion. Ini tunjuk— apa maksud saya? Pihak yang menyebut RM600 bilion itu tidak bentang di Parlimen, itu Yang Berhormat Pagoh. Pihak yang mempertikaikan ialah Ketua Pembangkang pada ketika itu kerana wang KWSP dan wang moratorium dimasukkan untuk menunjukkan kepada rakyat kita belanja banyak tetapi sebenarnya tidak. Apa yang saya bangkitkan tentang isu penyalahgunaan kaedah ini tanpa ketelusan— guna darurat untuk memberikan kelulusan tanpa tender. Ini kerana hendak betulkan supaya ini jangan diulang oleh pentadbiran sekarang. Pentadbiran sekarang tidak dibolehkan meluluskan projek tanpa tender. [Tepuk] Jadi, contohnya RM92 bilion daripada RM600 bilion yang diberikan tanpa tender dan sekarang ini dalam siasatan SPRM. Jadi, saya tidak akan mengulas lebih daripada itu. Akan tetapi, percayalah tidak bersih sepertimana yang digambarkan selama ini.

Bersih itu hanya dalam slogan tetapi tidak sebenarnya kerana ini akan dipantau dan laporan awal...

Tuan Yang di-Pertua.

Telah terbukti untuk tidak...

Point of order. Saya ingat usul yang dibentangkan ini berkaitan dengan usul yang telah pun ditablekan di atas meja. Jika dilihat isu yang dibahaskan ini adalah isu berkait dengan jawapan apa yang dibangkitkan dalam usul semalam. Baik, 33(1) menyebut bahawa sebarang perbahasan yang telah pun diputuskan maka selesailah iaitu 33(2). Tuan Yang di-Pertua telah membuat ruling dah atas keputusan tadi, menerima perbahasan berkaitan dengan usul undi percaya. Jadi, saya kira jika Perdana Menteri ingin menjawab segala perkara yang dibangkitkan kelmarin, ia telah ditutup kelmarin. Hari ini, kita hendak ulang balik. Jadi, apa kata kalau di peringkat pembangkang akan usulkan semula perkara-perkara yang berkaitan dengan isu baru.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

Jadi, saya pohon supaya Yang di- Pertua melihat balik 33(1) dan 33(2), sudah pun ada keputusan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Baik.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang Menteri sedang menerangkan apa kaitan benda yang diusulkan dengan apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku.

Maksud saya isu ini sepatutnya diulas semalam.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Siapa makan cabai, dia rasa pedas.

Yang Berhormat Jerlun, saya setuju, yang saya bincangkan ini adalah peruntukan yang diluluskan. Ini bukan keabsahan. Cuba dengar baik-baik. Saya kata siasatan yang berkait dengan kelulusan yang dibuat dan sekarang diteliti semula kerana ada beberapa pelanggaran dan ini urusan SPRM. Dia tidak ada kaitan dengan keabsahan semalam yang sudah beres dan saya ucap terima kasih. Baik, dan ini juga berkait, misalnya disebut, umpamanya ada yang katakan soal judi tidak ada kaitan. Ada kaitan kerana bila kita turunkan dari 22 ke lapan, kita kerajaan kehilangan lebih RM150 juta tetapi yang saya bangkitkan, mengapa boleh dibiarkan perkara ini berlaku, dari lapan naik 22? Dalam masa satu hari saya jadi Menteri Kewangan, saya arahkan apa alasan dia? Oh, kerana soal keperluan dana RM120 juta tetapi tentunya habuan banyak. Itu yang saya kaitkan tetapi kerana saya hendak redakan suhu politik ini saya tidak mahu kait kerana saya tidak fikir ini berkait dengan PAS. Akan tetapi, parti sekutu itu ada.

Dalam kerajaan.

Yang dalam kerajaan.

Bekas Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ada di sebelah sana.

Ya, betul. Bekas Menteri Kewangan ada. Bekas Perdana Menteri ada. Bekas-bekas Menteri PAS pun ada. Jadi, sama-sama kita pikul tanggungjawab. Akan tetapi, sekurang-kurangnya Yang Berhormat Pasir Mas, saya akan lakukan segera...

Tuan Yang di-Pertua.

Untuk balik kepada asal, lapan, sementara Kementerian Kewangan...

Yang Berhormat Tambun...

Bagi saya habis dahulu.

Sekejap, sekejap sahaja, pasal judi tadi.

Saya akan bagi Yang Berhormat Pendang. Jangan bimbang. Duduk dahulu. Suhu itu kena rendah. Saya turunkan dahulu kerana balik kepada asal dan sekarang ini Kementerian Kewangan kaji apakah keperluan meneruskan lapan cabutan khas. Jadi, pegawai-pegawai Kementerian Kewangan menasihatkan saya bagi peluang supaya mereka dapat cerakin jumlah yang sebenarnya kehilangan dan apa ganti pendapatan yang boleh menampung keperluan yang lama. Baik, Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi peluang. Berkenaan dengan judi daripada 22 ke lapan dan daripada lapan ke 22. Yang Berhormat Tambun, pada masa ketika itu, Timbalan Menteri Kewangan, saya bertanya masa hendak lulus. Saya bertanya kepada Timbalan Menteri Kewangan daripada UMNO pada ketika itu, bincang tak dengan siapa ini? Dia kata ini tidak perlu bincang dalam Kabinet. Hanya dengan Menteri Kewangan sahaja. Jadi, kalau macam itu tidak adil pada kami. Itu saya terus tanya. Sepatutnya kita bincang dan kita buat keputusan.

Saya faham.

Bukan takat daripada 22 turun ke lapan.

Saya bagi– luar biasa pada Yang Berhormat Pendang ini sebagai sahabat lama, walaupun ini bentang usul tidak boleh bahas. Dia kena tunggu habis. Tidak apa, it is okay.

Terima kasih.

Saya bersetuju sebab itu saya kecualikan PAS di sini. Cuma, Menteri collective responsibility bertanggungjawab. Akan tetapi, saya tahu kalaulah umpamanya, saya percaya...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta sedikit penjelasan.

Tidak, tidak apa, sekejap. Dia tidak ada penjelasan. Bentang usul tidak ada penjelasan.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Sedikit penjelasan.

Ini saya, Ketua Majlis bagi peluang yang melanggar peraturan sedikit. Saya percaya kalau dibentangkan di dalam Jemaah Menteri, sahabat-sahabat daripada PAS akan membantah keras. Saya setuju, cuma bila diluluskan, sudah diketahui dan saya bawa di Parlimen. Sepatutnya dibawa, ia dibantah keras tetapi tidak apa, itu sudah pun berlalu. Pentingnya, sekarang Menteri Kewangan sudah turunkan dan kaji untuk rationalize apakah perlu cabutan khas ini. Baik. Kita melihat sekarang sentimen ekonomi berkembang dan baik tetapi unjuran kita untuk tahun ini – tahniah juga Mantan Menteri Kewangan kerana prestasinya sedikit lebih baik daripada apa yang diunjurkan, 65 kepada 70 peratus. Begitu juga kadar pengangguran. Saya mewakili satu pandangan ekonomi yang tidak sangat terpukau dengan angka. Kalau kita sebut kadar pengangguran 36 peratus bunyinya baik tetapi bagi ratusan ribu yang menganggur itu tidak sebaik yang kita sebutkan di sini. Oleh sebab itu, ada langkah-langkah yang diambil untuk mencari jalan mengurangkan beban kerajaan. Oleh sebab itu, ada yang mempertikaikan saya bila saya panggil Tan Sri Syed Mokhtar yang memonopoli beras. Monopoli ini dalam konteks kita tidak boleh diteruskan tetapi kita terikat dengan perjanjian lama dan kerajaan baru tentunya terpaksa mengambil kira tentang perjanjian lalu. Oleh sebab itu, saya panggil, minta dia supaya mengambil kira kepayahan, keperitan hidup pesawah-pesawah padi miskin di Kedah, Kelantan, Perlis, Seberang Perai Utara, Perak Utara dan lain-lain. Beliau setuju, daripada keuntungan beliau, menyerahkan RM10 juta sekarang, bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan. Sementara kita runding semula, kaedah-kaedah perjanjian. Yang Berhormat harus juga faham, saya tidak mahu menggugat perniagaan dia. Jadi, hal-hal yang menyentuh umpamanya pelabuhan atau import gula yang dia lakukan, itu kerajaan bertanggungjawab untuk membantu. Akan tetapi, hal yang menyentuh dan menyebabkan keperitan hidup pesawah padi, saya tidak mahu tolak ansur dan saya sampaikan kepada beliau. Akan tetapi, apa kaitannya di sini? Itu signal dasar kita sekarang. Semua dasar yang kita lakukan menggunakan jentera kerajaan, membantu mana-mana syarikat, pulangannya mesti balik kepada sama ada pesawah atau peladang ataupun di industri kelapa sawit. Janganlah keuntungan itu dibolot begitu tinggi dan kemudian tidak diagihkan dengan adil. Itu yang kita lakukan sebagai satu signal dan saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar kerana dalam masa yang singkat dia bersetuju dan itu memudahkan usaha kita untuk memberi signal kepada semua syarikat besar bahawa pentadbiran sekarang ini akan melakukan anjakan daripada pendekatan yang lama. Selain itu, langkah-langkah yang lain sudah tahu, walaupun saya ingat Yang Berhormat Pasir Puteh kah apa namanya?

Yang Berhormat Pasir Mas.

Tidak, semalam yang bangkitkan, kononnya internasional news dan– itu semua negatif kepada kita. Sebenarnya tidak betul. Perubahan kerajaan ini memberikan suatu imej yang sangat baik, belum pernah dalam sejarah, saya check dari Merdeka 1957 sampai sekarang, belum pernah dalam masa yang singkat pengiktirafan dari dunia Arab, Amerika, China, Eropah, India dan seluruh Asia [Tepuk] dan ini insya-Allah saya akan memanfaatkan untuk memastikan mereka datang untuk melabur di sini.

Tuanku Sultan Brunei Darussalam melakukan sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini. Datang tetapi bukan soal silaturahim, tetapi memberikan ruang supaya Brunei Investment Agency (BIA) yang sekarang tidak langsung melabur di sini- lebih banyak di Eropah, Amerika dan Singapura, memberi perakuan untuk bawa BIA melihat potensi di Malaysia dan insya-Allah akan dilakukan... [Tepuk] Saya sentuh tadi tentang kelewatan kelulusan dan saya akan minta supaya Kementerian Kewangan dan MITI untuk menyegerakan satu proses kelulusan supaya tidak lagi mempersulit urusan pendaftaran apabila ada rencana pelaburan di dalam negara. Rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini adalah selaras dengan Perkara 102A Perlembagaan Persekutuan. Kali terakhir dibentangkan pada 20 Disember 1999. Pada masa itu memang tidak dibenarkan perbahasan kerana syarat-syarat yang ditentukan tetapi saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberi ruang sekiranya difikirkan perlu, dan supaya pihak Kementerian Kewangan boleh memberi penjelasan. Anggaran perbelanjaan di bawah rang undang-undang ini merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Begitu juga projek-projek pembangunan yang sedang berjalan perlu diteruskan dan kontrak dibayar mengikut jadual. Antara hal-hal yang telah diluluskan dan kita ubah suai atau teliti semula; sepertimana yang saya sebut, apa-apa sahaja langkah sebelum ini yang baik, kita akan teruskan. Tidak ada masalah, atau kompleks daripada segi itu. Ini termasuk umpamanya memperbaik cadangan awal termasuk dalam soal Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks. Maka kita bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023. Hal ini untuk mempercepatkan. Hal ini kerana, kalau untuk bulan Januari dan kita letakkan syarat-syarat pendapatan ibu bapa, penyaluran wang itu akan tetap tertangguh. Bagi pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji belia antara RM1,500 hingga RM2,100, kerajaan akan menyediakan tawaran sebanyak 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35 ribu yang dijalankan oleh syarikat GLC melalui program MySTEP untuk tahun 2023. Perkara ini diteruskan. Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada isi rumah miskin, warga emas dan OKU juga diteruskan mulai bulan Januari. Bantuan Tunai Rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan. Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada bulan Januari 2023 dan bukannya bulan Mac sepertimana yang diumumkan sebelum ini. Saya ambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah, petani, dan nelayan terutamanya di negeri Terengganu dan Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir. Maka, jadual bulan Mac itu akan diawalkan supaya mereka peroleh bantuan tunai ini pada bulan Januari... [Tepuk] Jadi, fasa ini akan memberi manfaat kepada seramai 9 juta orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion; RM300 kepada setiap isi rumah dan RM100 bagi yang masih bujang.

Bantuan Musim Tengkujuh juga ditambah dan insya-Allah dalam satu hingga dua hari ini, mungkin esok- saya ingat Yang Berhormat Pasir Mas sempat balik. Walaupun sudah ada kelulusan bantuan keseluruhan tetapi bagi yang mengalami kerugian, saya telah mengarahkan dan mengadakan perbincangan pagi tadi dengan Kementerian Kewangan supaya memikirkan beberapa program dan bantuan tambahan untuk meringankan beban mereka daripada bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320 ribu orang yang terkesan daripada segi banjir dan juga daripada segi musim tengkujuh. Ini tidak termasuk pekebun kecil yang kita tambah pendapatan mereka. Saya cuba dapatkan kepastian mengenai peruntukan yang sedia ada untuk diubahsuai dan didahulukan bantuan ke negeri Kelantan dan Terengganu- walaupun kita tidak menang Kerusi di situ. Akan tetapi, oleh sebab kemaslahatan rakyat yang susah, kita akan tambah. Ada diumumkan tentang kenaikan gaji tahunan tambahan khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56. Kita setuju untuk teruskan dengan Bantuan Khas Kewangan ini kepada 1.3 juta orang penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta orang pesara kerajaan sebanyak RM350... [Tepuk] NADMA yang mengendali dan menyelaras isu banjir dan juga bencana telah disalurkan RM400 juta untuk persiapan awal dan sepertimana saya sebutkan tadi, saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan pada minggu lalu dan pagi tadi untuk mencari jalan menambah kerana daripada laporan awal yang saya terima pagi tadi, keadaan banjir itu jauh lebih buruk atau parah daripada jangkaan awal. Ini terkait juga dengan kontroversi mengenai Rancangan Tebatan Banjir yang diperuntukkan RM15 bilion. Ini diluluskan sebanyak RM13.8 bilion. Saya sebut dahulu RM7 bilion, tidak. Daripada RM15 bilion, Rancangan Tebatan Banjir yang diluluskan secara rundingan terus, RM13.8 bilion telah diluluskan tetapi belum dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan. Itulah sebab saya batalkan rundingan terus itu kerana ia tidak mendesak. Kalau umpamanya bantuan khas di Pasir Puteh, di Pasir Mas itu tidak ada tender. Hal itu kerana keadaan mendesak. Akan tetapi, Rancangan Tebatan Banjir ini saya lihat jangkaannya sepatutnya siap pada tahun 2025, tahun 2027, ada sampai 10 tahun. Jadi, tidak ada keperluan mendesak yang menyebabkan rundingan terus. Dalam kajian awal, Kementerian Kewangan berbincang dengan beberapa buah syarikat yang berkenaan yang telah diluluskan secara rundingan terus. Ini bukan Menterinya, iaitu Menteri KASA. Ini melibatkan yang lain-lain, cuma kementerian itu terlibat. Jadi, saya faham Yang Berhormat berasa tersinggung tetapi tidak. Saya hendak sebut ini daripada segi proses iaitu kelulusan itu dibuat tetapi ...

Tidak boleh, Yang Berhormat. Akan tetapi – saya tidak kaitkan Menteri KASA. Saya hendak sebutkan proses itu diluluskan. Ada rekodnya, ada suratnya diluluskan. Tidak semuanya daripada Menteri tetapi diluluskan dan saya tahan. Hal ini kerana apabila diadakan rundingan dalam tempoh seminggu dua ini, kita boleh jimatkan hampir RM1 bilion... [Tepuk] Mengikut Kementerian Kewangan, daripada awal minimum RM1 bilion sehingga- proses rundingan tertakluk kepada beberapa tahap jadual kerja dan kadar pembayaran- sehingga RM2 bilion. Cuba Yang Berhormat faham, mengapa saya berkeras soal ini. Daripada RM15 bilion, boleh dijimatkan hampir RM2 bilion kerana kita hentikan amalan rundingan terus ini. Kadang-kadang rundingan terus ini apabila disemak; syarikat menantu, syarikat anak, syarikat kroni. Ini yang hendak kita banteras. Ini bukan kenyataan melulu. Saya sebut di sini, di Parlimen- setelah meneliti. Jadi soal bersih ini, tidak ada bersih. Banyak juga yang kotor.

Tuan Yang di-Pertua, hal yang lain seperti OKU yang diluluskan dahulu kita teruskan. Saya tidak mahu ada masalah kompleks. Ada yang mengatakan ini cadangan lama, tidak. Saya tidak ada masalah.

Apa sahaja cadangan pentadbiran yang dahulu, termasuk oleh Yang Berhormat Bera yang baik, kita teruskan tanpa masalah. Terima kasih Yang Berhormat Bera. Insentif juga diteruskan. Walaupun saya kurang suka dengan istilah insentif ini. Oleh sebab insentif ini selalu berkait syarikat besar. Industri diberi insentif, orang kampung diberi subsidi. Akan tetapi kalau ikutnya, sama sahaja kemudahan itu. Jadi saya tidak tahu, saya kena reka istilah lain supaya tidak nampak ada. Beberapa langkah yang kita lakukan ini untuk mengurangkan jurang pendapatan miskin dan kaya. Keduanya jurang kota atau bandar dan desa. Oleh sebab itu dalam Jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita akan membuat sesuatu keputusan yang agak drastik yang belum dilakukan sebelum ini iaitu menyerahkan langkah pelaksanaan kepada negeri-negeri khususnya Sabah dan Sarawak untuk mempercepatkan proses kelulusan. Ini akan dibincangkan di Jemaah Menteri esok dan kalau dipersetujui, kita akan umumkan untuk menyelesaikan babak lama yang berlanjutan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Jadi sekali lagi saya tegaskan hal yang terperinci akan dibincangkan.

Yang Berhormat ini orang lama, tahu Usul Menteri tidak ada perbincangan sehingga Menteri habis.

Yang Berhormat, point of order.

Yang Berhormat Arau...

Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Point of order mana Yang Berhormat Arau? Point of order yang mana?

Tuan Yang di-Pertua

Ah?

36(12). Yang Berhormat, saya sudah hafal buku ini... [Sambil menunjukkan buku Point of Order] 36(12).

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak dengar tadi.

36(12). Saya hendak minta penjelasan, tidak boleh, oleh sebab ini Usul yang tidak boleh dibahaskan. Jadi saya minta maaf Yang Berhormat, jadi saya masuklah di bawah point of order iaitu beberapa kenyataan yang mengelirukan. Yang pertama Yang Berhormat, Yang Berhormat menyebut bahawa amalan tender runding terus tidak akan dibuat. Saya setuju, tidak ada masalah, tetapi Yang Berhormat kena pinda semua sekali Financial Procedure Act yang mana kerja-kerja yang perlu disegerakan terutamanya yang berhubung dengan bencana. Kenyataan Yang Berhormat nanti menyebabkan agensi kerajaan akan terpegun.

Saya sudah bagi tahu tadi, kalau pergi Pasir Mas, ada jambatan roboh, kita luluskan segera. Itu boleh. Saya sudah bagi tahu, dengar betul- betul.

Kalau tidak dengar, tanya Yang Berhormat Pasir Mas, saya sebut tadi.

Yang Berhormat...

Amalan seperti mana yang berlaku, tebatan banjir di Wilayah Persekutuan, RM500 juta mesti dihentikan... [Tepuk]

Tuan Mohd Sany bin HamdanAMANAH · PHHulu Langat

Duduk, duduk, duduk.

Yang Berhormat...

Baik, saya sudah hendak tamat ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau duduk, Yang Berhormat Arau duduk.

Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau sudah dapat penjelasan.

Jangan, jangan, jangan. Saya tidak mahu Majlis ini menjadi begitu seperti mana dilakukan Ketua Pembangkang. Saya tidak mahu.

Yang Berhormat lagi sekali...

Saya hendak sebut sini...

Yang Berhormat telah menyebut perkara yang seolah-olah mencabar. Yang Berhormat tidak boleh buat macam itu. Sekarang ini tebatan banjir sebab ada peraturan.

Jadi sekarang ini kalau dia orang hendak belanja untuk beli pam dan sebagainya sebagai contoh, tidak akan salah.

Tidak apalah.

Yang Berhormat macam menuduh saya sesuatu Yang Berhormat, tidak betul.

Saya kata...

Kalau Yang Berhormat tuduh, macam itu, kita lawan korek sekarang, tidak ada masalah.

Yang Berhormat Arau...

Saya akan korek juga ini, banyak. Yang Berhormat tidak boleh buat macam itu.

Tidak ada perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, ini bukan perbahasan.

Tidak, bukan saya bahas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau tanya penjelasan.

Yang Berhormat sebut perkataan, “Wilayah Persekutuan”. Ini tie Wilayah Persekutuan tahu... [Sambil menunjukkan tie beliau]

Baik, terima kasih...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau tanya...

Ini sebab saya sebut Wilayah Persekutuan...

Tidak, tidak betul. Saya bukan- saya terpesona, saya sokong Yang Berhormat. Yang Berhormat berucap, saya seronok. Saya hendak minta penjelasan tidak boleh...

Tuan Yang di-Pertua

Sudah bagi penjelasan tadi.

...Yang Berhormat tiba-tiba menyebut perkataan, “Wilayah Persekutuan”. Saya buat apa Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua

Penjelasan sudah diberikan Yang Berhormat Arau. Arau sila...

Okey, satu.

Okey, terima kasih. Saya pun hendak rumuskan.

Yang lain lain diam.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak rumuskan. Saya kata amalan itu walaupun Yang Berhormat Arau ada benda ini maknanya kadang-kadang boleh dibuat rundingan terus. Dibolehkan, tetapi saya kata saya hendak hentikan. Oleh sebab apa saya hendak hentikan walaupun dibolehkan macam tepatan banjir. RM15 bilion, boleh dijimatkan RM2 bilion. Kalau masalah jangka waktu yang panjang, kita boleh percepatkan. Kalau tidak ada tender terbuka, kita ada tender terhad. Ada hal-hal yang boleh kita lakukan dengan maksud mengelakkan daripada ketirisan, kebocoran dan kepentingan-kepentingan orang-orang tertentu. Oleh sebab itu saya bagi contoh. Oleh sebab Yang Berhormat Arau bangun, sebab itu saya teringat Wilayah Persekutuan. Amalan itu harus dihentikan. Saya tidak kata...

Yang Berhormat, apakah dia amalan yang dibuat di Wilayah Persekutuan yang Yang Berhormat hendak suruh berhenti? Apakah dia kita buat?

Ya, boleh-boleh. Saya akan.

Yang Berhormat, tidak boleh buat macam itu. Saya mendapat imej yang kurang bagus kepada rakyat Malaysia, tidak bagus. Yang Berhormat kena betulkan. Yang Berhormat tidak boleh buat macam itu.

Saya kata...

Hari itu Yang Berhormat tuduh saya ada RM40 juta.

Saya kata, okey, okey. Alright, alright. Saya jelaskan.

Teraniaya saya sekarang.

Semua amalan rundingan terus akan dikaji semula dan di mana dihentikan. Okey Yang Berhormat? Baik, terima kasih. Sekali lagi saya mohon pertimbangan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menimbangkan dan meluluskan supaya kita boleh teruskan dengan perbahasan dalam ucapan Belanjawan setelah ucapan Belanjawan awal tahun hadapan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ada yang menyokong?

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Setiausaha.

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023Motion

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHMenteri Kewangan · Tambun

Saya mohon mencadangkan bahawa Usul atas nama saya di dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi, “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud- maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang yang bernama suatu akta bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023 dibacakan kali kedua sekarang dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. Menurut Peraturan Mesyuarat 68A Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Awam) 2022 tidak boleh dibahaskan di semua peringkat. Manakala Peraturan Mesyuarat 68B, Usul atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini terbuka untuk dibahaskan. Perbahasan tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan dalam Penyata Sementara. Jadi sekiranya...

...Yang Berhormat, 68B yang boleh dibahaskan, so ialah nombor dua. Yang pertama kita luluskan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Ya, ya. Yang Berhormat cakap 68B ialah perkara dua tadi. Yang kedua ini. Menteri Kewangan kena bawa dahulu, kami akan bahas. Setiausaha Dewan perbetulkan. [Setiausaha Dewan Rakyat berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, cuba perhatikan betul-betul. Dia ‘dan’ itu. Makna dia sekali tahu. Dia datang sekali. Cuba baca betul-betul Yang Berhormat. Ia ‘dan’...

Yang Berhormat, saya setuju- 68A tadi yang pertama itu kita lulus tanpa bahas. Saya cuma bangun minta tadi bahawa

Peraturan Mesyuarat. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri Kewangan kena bawa usul kedua untuk kita bahas. Dia tidak bawa lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kalau tidak mahu bahas, kita putuskan terus.

Tidak Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri Kewangan kena bawa Usul Kedua ini bawah 68B, kami bahas. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, bukan. Tersilap, Menteri Kewangan kena bawa kalau hendak usul nombor 2 ini untuk bolehkan kita bahas. Bukan niat untuk buat apa-apa, tidak. Betulkan balik.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan. Untuk emolumen yang RM107 bilion, memang tidak boleh bahas. Cuma boleh tanya perincian sebab tidak ada perincian dalam pembentangan ini. Kedua, yang kita boleh bahas bukan dasar adalah pembangunan RM55 bilion yang diperuntukkan, yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun tadi berkenaan dengan peruntukan, itu benda dia. Jangan sampai tidak boleh— hendak terus lulus tidak boleh. Perincian, kita hanya boleh tanya sahaja, tidak boleh hendak bahas perincian itu. Itu berkenaan dengan RM107 bilion. Kedua, RM55 bilion, itu kita boleh bahas tetapi tidak boleh menyentuh dasar, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebab itu yang saya katakan tadi bahawa yang diminta tadi ialah sebahagian daripada perbelanjaan untuk yang akan datang. Oleh sebab itu Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ada masa untuk berbahas secara panjang, secara dasar apabila dibentangkan bajet proper. Ini ialah yang kritikal. Tanggungan-tanggungan yang terpaksa dilalui. Jadi, kritikal untuk pastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kerajaan mula pada tahun 2023. Jadi nak bahas apa? Oleh sebab apa pegawai-pegawai kerajaan hendak tunggu gaji, lepas itu tentera dan lain-lain. Jadi, kita hendak luluskan ini. Oleh sebab itu yang disebutkan tadi serentak berlaku. Silakan Setiausaha.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Hendak buka ke bahas?

Tuan Yang di-Pertua, sebab kita hendak tahu— ini bukan Bajet 2023.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya benarkan. Sila bangun.

Ini hanya mini bajet yang peruntukkan untuk emolumen dan juga pembangunan yang terdesak. Jadi, oleh sebab itu kita minta berapa lama tempoh ini? Kita hendak tahu juga berapa lama tempoh sebab ia bukan Bajet 2023.

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab itu sekarang ini saya hendak jemput Yang Berhormat Pagoh, silakan. Didapati telah pun nama diberikan kepada saya, silakan.

Peraturan, peraturan...

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hendak jelaskan kerana ini memberikan kekeliruan? Saya gabungkan, dia ada dua aspek dalam usul saya. Pertama, yang disebut oleh Yang Berhormat Arau betul, emolumen. Akan tetapi saya gabungkan anggaran perbelanjaan ini dan ingat Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2023. Jadi, digabungkan. Jadi, tidak boleh bahas yang pertama.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tidak ada perbahasan bagi aspek yang pertama emolumen itu dan ada peraturannya. Tidak boleh dibahaskan kerana ini telah ditetapkan dalam perincian iaitu dalam buku belanjawan. Akan tetapi, boleh— selama ini dalam precedent kita sejak merdeka, tidak ada perbahasan untuk belanjawan ini, tidak ada. Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua bagi ruang untuk perbahasan sedikit, saya tidak ada masalah. Cuma saya hendak sebut di sini precedentnya tidak ada perbahasan kerana pembangunan itu pun tidak ada pembangunan baharu. Ini pembangunan yang terkait dengan peruntukan yang ada, yang boleh dibahaskan dalam belanjawan tahun depan. Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua beri ruang, saya tidak ada masalah.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat perkara ini mudah sahaja. Seperti apa yang saya katakan semalam, perbincangan ini adalah sesuatu perbincangan yang baik untuk menjelaskan kepada rakyat di luar sana. Okey, oleh sebab Yang Amat Berhormat Tambun sudah gabungkan, kami di sini faham. Cuma apabila dibenarkan untuk kita membincangkan, jangan pula nanti mempersoalkan apabila kita menyentuh bab-bab yang pertama itu kerana apa yang Yang Berhormat Pendang katakan tadi, betul. Kalau ada detailnya depan kita tidak payahlah kita persoalkan. Akan tetapi ramai daripada Ahli Parlimen ini, Ahli Parlimen yang baharu. Jadi oleh sebab itu pembentangan ini kewangannya untuk tahun yang ada sekarang, tetapi kalau hendak dipersoalkan saya rasa apa salahnya. Yang Amat Berhormat Tambun boleh jawab pun kerana detail itu sahaja. Jadi, tidak payahlah hendak kita hendak bahas bab itu. Saya rasa Yang Amat Berhormat Tambun pun terbuka dengan sifat untuk menentukan ini untuk kepentingan kita bersama. Apa salahnya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak ada masalah. Oleh sebab itu saya katakan tadi asalkan kita terikat kepada Peraturan Mesyuarat 68B, hal-hal yang bertanya tentang detail tetapi jangan bincang fasal dasar sebab dasar-dasar ini kita akan masuk ke dalam bajet yang proper.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak, ia mengambil masa dan tidak akan menyelesaikan masalah kerana yang kita bincangkan ini ialah specific amount untuk kegunaan yang terurus supaya jangan kita lewat masuk ke dalam hal.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan.

Minta izin Tuan Yang di-Pertua untuk sedikit sebanyak menjelaskan. Minta penjelasan kalau boleh daripada segi bab pertama Tuan Yang di-Pertua. Apa yang apa tadi dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ialah bab kita tahu tidak perlu dibahaskan gaji. Keduanya, projek sambungan yang sudah pun diluluskan hendak supaya pembayaran dilakukan. Jadi, persoalan dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang sebenarnya pihak mereka yang telah pun meluluskan cuma kesinambungannya. Buat apa kita hendak bahaskan projek kesinambungan? Tidak ada projek yang baharu. So, it is quite clear Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Saya rasa bagi pandangan saya, tidak perlu dibahaskan kerana projek sambungan tidak ada projek yang baharu. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab itu— betul. Oleh sebab itu tidak ada projek yang baharu dan benda-benda yang amat kritikal seperti gaji dan sebagainya. Jadi saya

Tuan Yang di-Pertua

sudah berikan peluang tadi, sudah jelas. Cumanya saya hendak teruskan dengan— hendak bercakap?

Saya perlu sedikit petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Tadi...

Tuan Yang di-Pertua

Saya ada...

Saya perlukan petua sebab kita akan ada perbahasan. Tadi Yang Amat Berhormat Tambun ada sebut beberapa perkara yang saya rasa kalau tidak ada petua nanti akan dibawa dalam perbahasan yang akan datang. Antara lain termasuk isu berkait dengan pengampunan, ada kisah tentang telefon daripada Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.

[Dewan riuh]

Saya merujuk kepada Perkara 36(8) sebab ia menyentuh keputusan hakim dan mahkamah. Jadi Perkara 36(8) menyebut tentang perkara-perkara yang tidak boleh disebut antara lain tentang sifat-sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja- Raja Melayu dan juga hakim-hakim di dalam melaksanakan tugas di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Betul Yang Berhormat. Apa yang disebut tadi adalah rentetan sejarah. Itu bukanlah menggunakan Yang di- Pertuan Agong untuk mempengaruhi keputusan. Itu rentetan.

Akan tetapi itu disebut dalam Dewan.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya hendak cadangkan teruskanlah, kita tidak ada masa sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya.

Saya rasa beginilah.

Tuan Yang di-Pertua

Ini standing order kah atau apa?

Bukan.

Tuan Yang di-Pertua

Cadangan?

Saya hendak bagi pandangan kerana ada rakan dari Semporna yang minta kata ini sudah diluluskan. Betul sudah diluluskan. Cuma tadi yang saya katakan ramai juga Ahli-ahli Parlimen kita yang baharu, sebab itu mereka hendak mempersoalkan. Akan tetapi kalau tidak hendak, pada saya mudah sahaja. Apa yang kita hendak ambil hal. Saya sudah percaya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini. Dia hebat, dia akan lakukan yang terbaik, penjelasan yang baik. Inilah yang kita hendak.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Oleh sebab itu, saya yakin usul itu usul yang baik untuk kita semua luluskan. Maka, kami di sini mencadangkan untuk usul itu diluluskan sebulat suara. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kalau begitu...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Majlis dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang dibacakan kali yang kedua diputuskan sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Ini bukan masalah. Ini bagi duit sama kakitangan kerajaan. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Setiausaha.

Engkau cakap apa ini, baru mari. Orang sudah cakap lama dah. Apa Yang Berhormat Kinabatangan ini. [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Tadi saya ingat saya hendak serah kepada Timbalan Menteri untuk sambung. Minta maaf, minta maaf.

Jangan macam itu. Dia tidak layak.

[Dewan ketawa]

Itu tidak boleh, itu tidak patut. Tarik balik. Yang Berhormat Arau, kita kawan, tarik balik. Yang Berhormat Arau tarik balik Arau.

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 — Bacaan Kali Yang KetigaMotion

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023 telah ditimbangkan dalam peringkat Jawatankuasa dan dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

UsulMotion

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang telah diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan: “Bahawa Dewan ini, menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud- maksud yang dinyatakan di dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan berbunyi, “Bahawa Dewan ini, menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud- maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.”

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua, perkataan “lebih suara tidak betul” sebab tidak ada orang yang menentang. Sebulat suara.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Setiausaha.

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] – Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang PembangunanMotion

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan

Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sejumlah RM35,045 juta atau RM35.045 bilion iaitu baki terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) sebanyak RM31,834 juta atau RM31.834 bilion dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, dengan izin, Malaysian Islamic Treasury Bills (MITB) sebanyak RM3,211 juta atau RM3.211 bilion di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud kumpulan wang tersebut diluluskan.” Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Malaysia ke Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, dengan izin, Malaysian Islamic Treasury Bills bagi tahun 2022 sebanyak RM35,045 juta atau RM35.045 bilion ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindahan ini dilaksanakan untuk membiayai sebahagian daripada keperluan perbelanjaan pembangunan tahun 2022— bukan tahun hadapan ya— seperti yang telah diluluskan oleh Parlimen. Parlimen ini telah luluskan pun semasa pembentangan Belanjawan 2022 pada tahun 2021. Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Sumber dana akaun Kumpulan Wang Pembangunan (KWP) diperoleh melalui pindahan dari Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman dan terimaan pelbagai untuk pembangunan. Secara umumnya, pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan pula terdiri daripada terimaan Terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysia Government Securities (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII), Bil Perbendaharaan dan pinjaman luar negeri. Seksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi. Inilah resolusi yang saya bacakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275, dan antara tujuan utama terbitan ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan

Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan

Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia bagi tahun 2022 sebanyak RM35,045 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong usul tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di nombor 2 hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] – Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang COVID-10Motion

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Ini yang kedua dan terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Selepas ini kita boleh balik agaknya... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan, “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia atau, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) bagi tahun 2022 sebanyak RM16,200 juta atau RM16.2 bilion di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] ke Kumpulan Wang COVID- 19 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 4(2) Akta Langkah- Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020 [Akta 830] bagi maksud kumpulan wang tersebut diluluskan”. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke Kumpulan Wang COVID-19. Mengikut keperluan seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan seksyen 4(2) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) . Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki Wang Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, MGII bagi tahun 2022 sebanyak RM16.2 bilion ke Kumpulan Wang COVID-19. Pindaan ini dilaksanakan untuk menampung keperluan perbelanjaan kumpulan wang ini bagi tahun 2022 Tuan Yang di- Pertua. Tahun inilah. Sudah selesai pun. Kumpulan Wang COVID-19 ditubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah Akta 830 dan telah diwartakan pada 26 Oktober 2020 bagi membiayai pakej rangsangan dan Pelan Pemulihan Ekonomi serta perbelanjaan pembangunan. Sumber dana Kumpulan

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Wang COVID-19 diperoleh melalui pindaan Terimaan Sekuriti Kerajaan Malaysia di bawah Akta Pinjaman Akta 637 serta terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia di bawah Akta 275. Seksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, MGII hanya boleh dipindahkan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat melalui pembentangan resolusi yang saya sedang bentangkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275 dan antara tujuan utama terbitan ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan Pindahan Wang Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) bagi tahun 2022 sebanyak RM16.2 bilion ke Kumpulan Wang COVID-19. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menyokong usul tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang sekiranya ada hendak bahas, saya buka untuk perbahasan. Kalau tidak- Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini, di nombor 3, hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga suatu tarikh...

Point of order.

Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Point of order. Yang Berhormat Muar dahulu.

Point of order untuk Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja. Untuk meminta penjelasan.

Dia kah saya?

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Yang Berhormat Muar dahulu. Yang muda dahulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya ada mengusulkan Usul Tergempar melalui Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2), berkenaan perbahasan berkenaan isu banjir di Pantai Timur. Baru lima minit tadi saya mendapat jawapan balas daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa usul ini ditolak kerana faktor masa. Saya faham tetapi Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas juga apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masa itu Ketua Pembangkang mengusulkan perkara yang sama, dia ada masalah dari sudut faktor masa. Akan tetapi kerana ini isu nasional, mendesak dan isu penting. Walaupun tidak dapat dibahaskan di dalam Parlimen, Tuan Yang di-Pertua pada masa tersebut menggunakan kuasa bawah 16(1) untuk dibahaskan sekurang-kurangkan dalam Kamar Khas, dengan penyertaan Menteri-menteri yang berkait rapat.

Saya rasa ini merupakan isu penting, isu nasional. Isu yang melibatkan lebih 45 ribu keluarga yang teruk terkesan dengan banjir. Sudah ada kematian. Mengikut Jabatan Meteorologi, bukan sahaja 45 ribu, mungkin akan meningkat ke 10 juta- keluarga yang terkesan. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua boleh berikan kelonggaran. Kalau tidak di dalam Parlimen, sekurang-kurangnya menggunakan kuasa 16(1) untuk dibahaskan dalam Kamar Khas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Seperti yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi bahawa tindakan- tindakan segera telah dan sedang dan akan diambil. Satu peruntukan besar telah pun disediakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Untuk itu, saya ingat benda-benda ini agak selari dengan apa yang difikirkan oleh Yang Berhormat Muar. Terima kasih Yang Berhormat. Tindakan telah diambil. Ya, Yang Berhormat Arau. Anak muda kedua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas usaha-usaha dan tindakan kerajaan. Cuma untuk Tuan Yang di-Pertua, saya nama Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim. Akan tetapi ditulis di situ “BEBAS – Arau”. Saya “PAS”, daripada Perikatan Nasional... [Ketawa]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Selepas itu, gambar saya tidak ada. Di sini ada gambar... [Merujuk plak di meja] Di sini gambar hantu... [Merujuk paparan skrin komputer] Jadi Yang Berhormat, tolong.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengan ini mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan serta-merta atas keresahan dan kekecewaan.

Terima kasih. Dengan ini, rakyat Malaysia berpuas hati lah... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Baik Yang Berhormat sekalian...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Ipoh Barat. Tuan Yang di- Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 41 iaitu semalam Yang Berhormat telah membuat keputusan supaya kita pada hari ini boleh datang tanpa memakai tie...

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Saya rasa itu merupakan satu tindakan yang bagus dan menyenangkan kita semua. Saya harap perkara ini dapat diambil kira oleh Yang Berhormat supaya pada sesi-sesi yang akan datang ini akan dibenarkan. Saya juga berharap satu tindakan diambil supaya ini adalah seperti yang diguna pakai di beberapa negara di rantau Asia yang lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya nampak Yang Berhormat Ipoh Barat pun kacak tanpa tie hari ini. Saya yakin, insya-Allah saya akan pertimbangkan untuk beginilah keadaannya semasa kita bersidang nanti. Untuk itu, saya ucap terima kasih. Ya, Yang Berhormat Arau.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara ini, Yang Berhormat tolong buat perbandingan sedikit. Apa yang saya tengok, di antara negara yang mengamalkan tidak pakai tie, pakai track suit ialah Israel dan juga Singapura. Negara-negara lain masih mengamalkan cara yang saya pakai, macam kami semua pakai ini. Cukup tertib.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi banyak juga negara Arab yang tidak pakai Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Arab banyak tidak pakai.

Tuan Yang di-Pertua dengan kami semua tertib. Puak-puak ini saya tidak tahu. Jadi, saya minta Yang Berhormat, tolong buat perbandingan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Selepas itu kita perkenalkan.

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat, seperti yang dikatakan, kita tangguh hingga suatu tarikh yang ditetapkan. Selamat pulang. Memandu berhati-hati kepada teman-teman di Pantai Timur, air makin naik. Berhati-hati di jalan raya. Insya-Allah kita berjumpa dalam sesi yang akan datang. Sekian. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.28 pagi]