Dewan Rakyat · 7 June 2023
15th Parliament, session 2, meeting 2 · 546 turns · 41,903 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
1. Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rasional perubahan-perubahan terkini yang dilakukan terhadap program Malaysia My Second Home (MM2H).
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Simpang Renggam. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jawapan saya ini bersekali dengan soalan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain iaitu Taiping, Lumut dan Ayer Hitam. Masing-masing pada 7 dan 13 Jun. Tuan Yang di-Pertua, Simpang Renggam ingin tahu apakah rasional perubahan- perubahan terkini. Apa yang dimaksudkan perubahan terkini itu ialah beberapa perubahan dari segi syarat-syarat yang dikenakan terhadap pemohon dalam Program Malaysia Rumah Keduaku ini. Ia termasuklah pendapatan itu dinaikkan, aset cair nilai thresholdnya pun dinaikkan. Ia mesti ada akaun simpanan tetap. Bila dah lulus, dia kena segera buka akaun di negara kita. Itu pun kita naikkan. Kalau dahulu RM300,000 dan RM150,000. Kita naikkan RM1 juta. Ia mesti lulus tapisan keselamatan. Oleh sebab, sebelum ini Yang Berhormat ada yang lulus dalam program ini. Akan tetapi, rupanya dia terlibat dengan aktiviti pengintipan. Itu memang berlaku. Oleh sebab itu, kita perketatkan syarat. Bermaksud, rasionalnya adalah pertama, kita harap kita akan dapat peserta yang betul-betul berkualiti. Kedua, syarat-syarat kita itu menjadikan kita lebih kompetitif berbanding dengan negara lain. Ini kerana niat sebenar program ini ialah kita hendak tarik peserta dari luar negara untuk menghabiskan usia persaraan mereka atau mereka masuk dengan kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh negara dan mereka boleh bawa pasangan mereka. Mereka boleh bawa anak-anak mereka. Mereka boleh bawa ibu mereka, ibu mertua, bapa mertua dan kita bagi mereka multiple entry visa, unlimited. Kita bagi mereka, juga lima tahun kelulusan dengan auto-renewal. Anak mereka boleh belajar dengan pas MM2H di negara kita. Jadi, dia habiskan usia persaraan, dia berbelanja, dia melabur. Anak dia boleh belajar di sini, sumbangan kepada sektor pendidikan. Ketika dia mengalami pula masalah kesihatan, dia mendapat rawatan di hospital di negara kita. Jadi, kesihatan, pendidikan, pelaburan adalah manfaat daripada program ini. Bila kita ubahsuaikan syarat itu, angka- angka menunjukkan keadaan yang sangat memberangsangkan dengan mengambil kira dua perkara.
Pertama, kita baru fasa pemulihan selepas COVID-19 dan kita sekarang, alhamdulillah menikmati kestabilan politik yang lebih ketara. Jadi, statistik menunjukkan bahawa trend itu sangat baik dengan sumbangan kepada kerajaan, unjuran kepada kerajaan, setakat tahun pertama pelaksanaannya menghampiri RM1 bilion. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita memahami akan tujuan kerajaan untuk menukar peranan Program MM2H ini daripada Kementerian Pelancongan kepada Kementerian Dalam Negeri dan program asalnya ialah Silver-Haired Program untuk mereka yang negara- negara, khususnya yang menua macam Jepun, Korea Selatan ataupun Hong Kong itu sendiri. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri dalam hal ini, kita perlu mengubah program daripada MOTAC kepada KDN. Akhirnya, apa yang dapat kita lihat ialah penurunan. Kalau ikut daripada laporan persatuan, penurunan sehingga 90 peratus. Oleh sebab itu, saya bangkitkan perkara ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ialah kerana di Johor, antara punca property overhang ialah kerana perubahan dasar kerajaan.
Jadi, saya ingin dapat sedikit pandangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, sama ada kementerian menyedari perkara ini dan dengan berlakunya lambakan aset-aset ini kerana perubahan dasar dari segi MM2H ini, apakah langkah kerajaan untuk membantu dalam memulihkan semula pasaran hartanah ini khususnya di Johor? Ini kerana asalnya pemaju-pemaju ini membangunkan hartanah tersebut kerana adanya Program Silver Hair sebagai contoh, menarik pelabur. Pelabur ataupun investors dari Singapura berbeza daripada negara-negara luar yang lain. Oleh sebab itu Johor amat terkesan. Jadi dalam hal ini, bagaimana dasar kerajaan ke hadapan ini apabila program MM2H berada di bawah KDN ini dapat membantu pasaran hartanah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya dari Simpang Renggam. Satu daripada kelebihan program ini, peserta akan melabur termasuk bidang hartanah yang Yang Berhormat Simpang Renggam sebutkan tadi. Tujuan lain adalah pendidikan dan juga kesihatan. Baik, yang pertama ya, ada penurunan daripada segi permohonan dan kelulusan tetapi tidak mencecah sampai 90 peratus. Penurunannya itu kalau saya ambil misalnya data 2019, ini sebelum COVID-19 ya. Yang memohon adalah 3,900, hampir 4,000. Akan tetapi setahun dengan syarat baharu ini, angka permohonan adalah lebih kurang 2,000. Jadi, penyusutan 50 peratus tetapi kerana kita ketatkan syarat misalnya fixed deposit mesti RM1 juta. Lulus sahaja, dia terus kena buka akaun dan masukkan fixed deposit. Sekarang ini yang telah kita luluskan 375, sekarang ya. Yang memohon 2,000, yang telah lulus dan letak stiker 375. Bermaksud RM375 juta sudah berada dalam pasaran kewangan negara. Akan tetapi yang sudah pun kita berikan prakelulusan, selepas melepasi semua tapisan itu, prakelulusan subject itu dia comply satu atau dua dokumen lagi dan tapisan kesihatan clear. Itu sudah 800. Bermaksud bila kita lulus 800, RM800 juta dalam akaun perbankan negara. Jadi, untuk makluman rakan saya dari Simpang Renggam, mari kita banding. Saya tengok, lima tahun ke belakang kelulusan program ini yang sudah lulus, tahun 2015 hingga 2019, jumlah pendapatan kepada kerajaan tahun 2015 sampai 2019 untuk lima tahun, jumlahnya adalah RM958 juta. Dalam masa lima tahun. Akan tetapi bila syarat ini kita ketatkan untuk kita dapatkan kualiti termasuk aset cair RM1.5 juta, fixed deposit RM1 juta, satu tahun ini sahaja, yang tadi saya kata prakelulusan sudah 800, yang sudah lulus 375, ini sahaja sudah pun hampir mencecah RM1 bilion dalam masa satu tahun. Berbanding sebelum ini lima tahun RM958 juta, yang ini setahun sahaja kita menghampiri dari segi nilai kewangan kerana kita naikkan itu RM1 bilion dalam satu tahun. So, statistik berbicara penurunan dari segi permohonan dan kelulusan tetapi sebab kita go for quality dengan izin, nilai kalau ukurannya adalah nilai kewangan, kita
lulus yang lama dengan syarat yang longgar, lima tahun income RM1 bilion. Yang ini satu tahun income menghampiri RM1 bilion. Itu sahaja bezanya. Terima kasih.
Masjid Tanah.
Silakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana sebagaimana jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, dalam tempoh setahun hampir mencecah RM1 bilion kutipan melalui Program MM2H ini. Saya pernah duduk di MOTAC dan kita tahu bagaimana Program MM2H ini berjalan. Sepatutnya ucapan tahniah ini harus saya rakamkan kepada Ketua Pembangkang kerana program ini dilaksanakan sewaktu beliau menjadi Menteri KDN pada penggal lepas. Soalan saya, adakah pihak kementerian ada menjalankan kajian terperinci terhadap negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura yang turut mempromosikan program seumpama ini secara agresif? Kita tengok Indonesia dan Thailand memang sangat agresif, terutama sekali dari segi mempromosikan pelancongan, termasuk keperluan menjadikan MM2H ini lebih fleksibel dari segi pemilikan akaun simpanan tetap dan pengisytiharan aset cair, kadar fi pas dan fi proses serta tempoh pas lawatan sosial jangka panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih rakan saya dari Masjid Tanah. Saya tak ada masalah sahabat saya Larut, polisi lama, kerajaan baharu, bila kita masuk kita tegaskan. Polisi lama yang bagus kita teruskan, yang ada kelemahan kita perbaiki. Kalau ada keperluan perkenalkan dasar baharu, kita perkenalkan. Itu saya fikir spirit dan saya hargai usaha-usaha terdahulu. Saya tak ada masalah. Cuma kalaulah laporan audit menegur kelemahan yang lepas, janganlah Yang Berhormat sampai mengelak terus untuk berbahas. Itu sahaja. [Tepuk] Jadi jangan selektif. Saya okey bab itu. Baik, soalan Yang Berhormat sangat khusus. Apakah kerajaan membuat perbandingan dengan program yang serupa di peringkat negara serantau, terutama Singapura dan Thailand? Yang Berhormat, jawapan saya begini. Masing-masing negara ini ada niche mereka, ia ada kelebihan (advantages) dan ada disadvantages. Malaysia dicelah-celah serantau ini masih tetap ada kelebihan. Bila kita tengok, [Merujuk senaskhah dokumen] antara lonjakan yang berlaku ini, faktor penyumbang utama adalah kestabilan politik, Yang Berhormat. Itu tidak syak lagi lah. Sebab kita bergelut hendak pulihkan balik ekonomi post- pandemic COVID-19. Jadi setiap sektor kita usahakan. Jadi satu daripada inisiatif kerajaan, ini di peringkat antarabangsa pun mengakui, program ini adalah program yang ikut menyumbang kepada kerancakan ekonomi. Jadi apabila berlaku kestabilan politik dan Malaysia punya beberapa kelebihan termasuk secara relatifnya kita punya government yang compact, intact dan functional dengan izin, kita tetap menikmati kadar inflasi serantau yang relatifnya rendah. Kita masih punya kelebihan dan tarikan dalam keupayaan berbahasa, multi-language dalam kalangan rakyat dan keindahan alam sekitar. Fokus program ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk menarik pesara dan bila kita ubah yang ini, kita dapati bahawa kita mampu menarik warga Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan, United Kingdom, Kanada, Hong Kong dan Australia. Jadi ternyata sasaran untuk mendapatkan yang berkualiti ini dengan niche Malaysia ini, kita tetap punya daya tarikan. Saya optimis Tuan Yang di-Pertua, sebab hasil ini baru satu tahun, ketika perubahan dibuat oleh sahabat saya dari Larut. Itu lebih kurang Oktober 2022. Kita belum membuka, sedang meneliti pembukaan semula ekonomi negara selepas COVID-19. Jadi bila kita tengok trend ini, saya biarkan angka yang bercakap. Angka berbicara menunjukkan trend sebagai lanjutan reaksi saya kepada Yang Berhormat Simpang Renggam tadi. Kalau lima tahun dahulu, angka menunjukkan RM1 bilion, lebih tepat
RM958 juta. Akan tetapi bila kita naikkan kriteria, satu tahun kita sudah mencecah sekarang ini menuju kepada RM1 bilion bila kita memberi kelulusan, 800 lebih itu prakelulusan, 375 yang sudah lulus, RM375 juta fixed deposit sudah pun dalam sistem perbankan kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh beri soalan tambahan satu lagi?
Yang Berhormat Menteri, fixed deposit ini berapa tahun? Adakah dua bulan? [Pembesar suara dimatikan]
Duduk Yang Berhormat. Dipersilakan Dato’ Seri Shahidan Kassim, Yang Berhormat Arau. Saya sebut dahulu, baru Yang Berhormat bangun.
Alangkah baik saya berdiri terus. Tuan Yang di-Pertua, Di rumah saya ada Perodua, saya tanya soalan nombor dua.
2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha kerajaan untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia kerana pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat selain isu kualiti serta kuantiti pekerjaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab secara bersekali soalan nombor dua daripada Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim, Arau dan soalan nombor 60 daripada Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran bertarikh 13 Jun 2023.
Okey, silakan.
Baik, terima kasih. Sebelum saya mulakan, saya ada satu pantun dengan Yang Berhormat Araulah. Dari Perlis hingga ke Sabah, Bertemu kita di Dewan Parlimen, Ayuh anak muda dapatkan fakta, Bina Malaysia Madani penuh harapan. [Ketawa] Berdasarkan laporan survey tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran belia bagi suku pertama tahun 2023 menurun sebanyak satu peratus kepada 10.1 peratus berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun 2022. Kadar pengangguran yang tinggi di kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia mengambil kira kumpulan umur ini berada di dalam proses transisi daripada alam pengajian kepada pasaran pekerjaan, seterusnya melalui proses untuk mendapatkan pekerjaan. Kerajaan secara berterusan merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhannya termasuk dalam kalangan belia di bandar dan di luar bandar. Untuk makluman juga, kadar pengangguran kita keseluruhan ya yang tadi belia– keseluruhan juga menurun ya. Kadar pengangguran suku keempat tahun 2022, sebanyak 3.6 peratus dan untuk suku pertama tahun ini 2023, sebanyak 3.5 peratus. Untuk Perlis ya Yang Berhormat Arau,
menurun juga tahun 2022 sebanyak 2.2 peratus dan suku pertama tahun ini sebanyak 2.1 peratus. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja termasuk di kalangan belia. Antaranya melalui penyediaan platform MYFutureJobs. Di sini sahaja terdapat lebih daripada satu juta kekosongan jawatan. Dari segi profesional, yang kekosongannya adalah lebih kurang 148,000. Program Karnival Kerjaya di seluruh negara digerakkan sebanyak 1,366 siri karnival telah dijalankan sehingga kini dengan 21,740 orang pencari kerja telah berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan di mana 78.1 peratus adalah daripada kalangan belia. Ketiga, Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders dan pergi kita menjalankan kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasa program perantisan kepada para belia. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua, sebab ini penting ya untuk belia. Saya mohon sedikit masa.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Menawar dan menyediakan pelbagai program dengan izin, reskilling and upskilling berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pelbagai disiplin cabang pekerjaan melalui Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan PERKESO. Agensi-agensi ini menawarkan program latihan kemahiran meliputi aspek teori dan praktikal, mencakupi pelbagai bidang yang bersesuaian dengan permintaan industri semasa. Berdasarkan statistik penilaian majikan terhadap pelajar TVET kita, melalui kajian ILJTM yang menjalani latihan industri, mendapati 99.4 peratus majikan berpuas hati dengan kualiti dan prestasi pelajar melaksanakan kerja. Selain itu, KSM turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara. Melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam serta teknikal. Antara inisiatif tersebut ialah platform pemprofailan mynext program latihan industri berstruktur nasional MySIP dan kolaborasi industri akademia dan juga program Young Employable Student (YES). Kementerian Sumber Manusia komited dalam menjaga dan melindungi golongan pekerja di negara ini. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan undang-undang berkaitan pemilihan pekerja oleh majikan sama ada untuk memilih pekerja berpengalaman atau lepasan graduan baharu. Sekiranya majikan menetapkan syarat yang mengutamakan pekerja yang mempunyai pengalaman berkaitan pekerjaan yang ditawarkan ia bukanlah sesuatu kesalahan. Persetujuan kedua-dua pihak untuk memasuki suatu kontrak perkhidmatan adalah tertakluk kepada jenis pekerjaan, pengalaman terhadap pendidikan, kelayakan serta kemahiran yang diperlukan berdasarkan jenis kekosongan yang diiklankan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Arau.
Ya, terima kasih. Jawapan bagus tetapi salah tempat. Kalau datang sini bagus ya. Yang Berhormat, statistik penganggur dari kalangan belia setakat tahun 2022, menurut Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ialah 611,900 orang, 15 tahun hingga 24 tahun sejumlah 301,300 orang dan 25 hingga 34 tahun sejumlah 206,100 orang. Pada tahun 2022, Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri ketika itu memaklumkan bahawa sebanyak 46.2 peratus anak muda berpendapatan bulanan purata kurang RM2,500. Soalan saya Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh jawab pun tidak apa,
jawab kata akan ambil tindakan ya. Sejauh manakah Kerajaan Persekutuan mengambil berat dan menyedari usaha kepimpinan kerajaan negeri menarik pelabur asing untuk melabur dan membangunkan negeri masing-masing yang sekali gus membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat, khususnya golongan belia? Ini kerana baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah memberitahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Kerajaan Persekutuan yang berdiam diri apabila beliau ingin bertemu dan berbincang bagi mendapatkan persetujuan berkaitan peluang pelaburan yang berpotensi di Kedah. Sekiranya sikap Kerajaan Persekutuan terus-menerus begitu, bagaimanakah kita hendak membantu penganggur di kalangan belia? Yang Berhormat boleh jawab kata akan ambil tindakan, cukuplah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya fikir soalan ini sudah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Tambun semalam bahawa beliau sedia berbincang dengan mana-mana pihak pun tetapi perlu secara beradab. Saya fikir ini juga sudah disebut...
[Bangun]
Yang Berhormat Arau memang tidak beradab. Semalam sebut orang bangang.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat, amaran pertama. [Dewan riuh]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Hulu Langat amaran pertama, saya rekod. Peraturan mesyuarat Yang Berhormat Beluran.
Peraturan Mesyuarat 36(6), Peraturan Mesyuarat 36(4). Yang Berhormat Hulu Langat bukan sekali, semalam pun melakukan tabiat yang sama melanggar peraturan. There are too many warnings Tuan Yang di-Pertua. So, dia patut diambil tindakan lebih keras daripada memberi amaran setiap hari.
Duduklah.
Dia bukan sahaja— semua orang tahu setiap hari.
Sudahlah.
So, there are too many warnings are given to this MP. Apa special sangat Hulu Langat itu Tuan Yang di-Pertua? Sekian, terima kasih.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Beluran, saya ambil maklum. Saya telah rekodkan. Dalam prosiding saya, saya akan rekodkan setiap amaran yang saya beri. Setakat ini Hulu Langat, amaran pertama. Masuk amaran ketiga, saya tidak akan bagi leeway anymore ya. Baik di sebelah pembangkang, baik di sebelah kerajaan ya.
Terima kasih. Saya akur dengan arahan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau sekarang Yang Berhormat Menteri sudah jawab ya.
Tampin. Tuan Yang di-Pertua, Tampin Tuan Yang di-Pertua.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...dia pun bangang.
Yang Berhormat Paya Besar.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa?
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat yang lain duduk.
Tampin Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, mohon saya teruskan sikit lagi. Saya setuju dengan Yang Berhormat Arau tadi bahawa pelaburan penting dan ini sekali gus akan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Saya juga meminta supaya pelaburan ini lebih merata ke seluruh negara terutama Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kalau kita lihat daripada segi statistik pengangguran yang paling tinggi sekarang ini adalah Sabah, 7.7 peratus melebihi kadar pengangguran nasional iaitu 3.5 peratus. Jadi, saya fikir saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau supaya pelaburan dipergiatkan ini memerlukan sebuah kerajaan yang stabil. Kita harap anak-anak muda kita akan menyokong terus Kerajaan Malaysia Madani selepas ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tampin Tuan Yang di-Pertua. Ini penting ya.
Yang Berhormat Paya Besar, saya lihat dia dulu.
Terima kasih.
Yang lain duduk.
Duduklah Yang Berhormat Muar. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang lain minta duduk ya. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi dan saya nak bertanya kepada kementerian Yang Berhormat, apakah dasar yang terkini? Ini disebabkan saya melihat di antara dua perkara iaitu pengangguran nasional, tiga kali ganda merupakan pengangguran di kalangan belia. Akan tetapi isu pokoknya adalah gaji, Yang Berhormat. Gaji yang bermaruah. Gaji yang bermaruah inilah yang menjadikan satu neraca bagaimana pengangguran itu meningkat atau menurun. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat, kerajaan yang terdahulu memberi tumpuan kepada gig economy untuk kita menurunkan kadar pengangguran. Sekarang kita beralih kepada TVET. Adakah apa yang kita lakukan ini dapat memberi nilai tambah kepada gaji bermaruah di kalangan anak muda dan belia? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar atas keprihatinan tentang isu belia ini. Memang isu yang kita hadapi sekarang ini ialah tentang masalah gaji di kalangan belia.
Saya fikir inilah yang sedang dibincangkan oleh pelbagai kementerian bahawa kita sedang menuju kepada gaji progresif. Kita harap dengan kerajaan baharu Malaysia Madani ini, pelaburan akan datang ke negara ini dan kita akan meningkatkan ekonomi kita dan kita boleh meminta supaya majikan-majikan kita memperhalusi dan mengambil kira perkembangan ekonomi. Ini adalah memastikan bahawa pekerja kita, terutama anak belia generasi muda akan mendapat gaji yang lebih baik berbanding dengan keadaan gaji yang di bawah kerajaan yang sebelum ini. Jadi, ini penting. Apa yang saya mahu tekankan sekali lagi bahawa kestabilan politik itu penting. Kita perlu kerajaan yang stabil untuk memastikan bahawa nasib anak muda kita terbela untuk masa depan. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat?
Soalan tambahan.
Tidak ada. Saya hanya benarkan dua sahaja untuk meluaskan lagi soalan-soalan agar banyak dapat disoalkan di dalam Dewan.
Terima kasih.
Sila duduk Yang Berhormat Muar.
3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan asas-asas rayuan yang telah dikemukakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) terhadap terma lesen operasi yang telah dipersetujui mereka sebelum ini, dan apakah keputusan kementerian dan rasional terhadap rayuan tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 17 Mei 2022, Lynas telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Tenaga Atom (JTA) dan Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu untuk menggugurkan empat syarat lesen LPTA/A/1333 berkaitan pengurusan residue Water Leach Purification (WLP) dan aktiviti cracking and leaching (C&L) di Lynas Advanced Materials Plant. Permohonan berkenaan telah dibawa untuk pertimbangan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Pada 13 Februari 2023, lembaga telah menolak permohonan berkenaan. Rayuan yang dikemukakan oleh Lynas pada 28 April 2023 adalah dibuat berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 32 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan kuasa yang diberikan kepada Menteri MOSTI di bawah seksyen yang sama juga. Keputusan ke atas rayuan telah dibuat pada 5 Mei 2023 dan disampaikan kepada Lynas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua maklumat dan asas-asas rayuan yang telah dikemukakan oleh pihak Lynas kepada Menteri MOSTI adalah tertakluk di bawah kerahsiaan mengikut seksyen 41 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Sehubungan dengan itu, perkara ini tidak boleh didedahkan. Namun begitu, mengambil kira kesan keputusan ini terhadap rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global, MOSTI bersetuju untuk melanjutkan tempoh aktiviti C&L di LAMP Gebeng sehingga 31 Disember 2023. MOSTI akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kerana bertindak adil dan begitu tegas dalam keputusan Lynas ini.
Kita lihat Yang Berhormat Menteri dan kerajaan tidak mengalah, sungguhpun mendapat tekanan daripada Lynas dan juga lobi daripada Lynas. Jadi hari ini, Lynas memberi satu gambaran kepada orang awam bahawa mereka adalah mangsa, mereka ditindas dalam isu Lynas ini. Jadi saya nak minta pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, sebelum saya tanya soalan tambahan iaitu pada tahun 2020, apabila kerajaan pada masa itu melanjutkan operasi untuk tiga tahun, masa itu kerajaan telah adakan empat syarat berkaitan dengan permanent disposal facility dan juga cracking and leaching di luar negara. Masa itu mereka menerima syarat tersebut. Jadi, apakah sebab sekarang mereka pula meminta untuk gugurkan syarat-syarat tersebut? Sebab mereka buat begitu adalah amat tidak jujur. Memberi satu gambaran bahawa kerajaan ini tindas mereka. Itu yang saya perlukan pengesahan. Soalan tambahan saya ialah berdasarkan kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, mengatakan bahawa akan dilanjutkan lagi enam bulan cracking and leaching tersebut. Jadi, bolehkah kerajaan menerangkan kepada kita kenapa keputusan sedemikian diambil? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya boleh mengesahkan bahawa apabila pertama kali empat syarat itu dikenakan pada tahun 2020, pihak Lynas tidak mengemukakan sebarang rayuan dalam tempoh 30 hari seperti yang termaktub dalam Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Memang tidak ada sebarang rayuan yang dikemukakan dalam tempoh 30 hari. Kenapa kita memberikan lanjutan enam bulan, kerana kita dimaklumkan bahawa fasiliti cracking and leaching di Kalgoorlie, Australia itu tidak dapat disiapkan pada bulan Julai tahun ini. Oleh kerana kita mengambil kira rantaian global supply chain supaya tidak terjejas, maka kita ambil satu keputusan supaya ia diberi lanjutan enam bulan lagi. Akan tetapi lanjutan ini adalah muktamad mengikut juga seksyen 32(5) bahawa keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh diubah lagi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nampak Kerajaan Malaysia Madani ini ada hala tuju yang tidak jelas berkenaan dengan nadir bumi yang kita bincang pada hari ini. Di sebelah Menteri Ekonomi, beliau mahu menjuarai tenaga boleh baharu yang memerlukan nadir bumi untuk menjayakannya. Kalau MOSTI tidak menghalang Lynas daripada buat cracking and leaching, itu bermakna kita tidak ada sebarang kelebihan berbanding dengan pemprosesan lain di China. Malaysia adalah antara global player dalam hal ini, 11 percent market share globally. Salah satu plant lain yang ada di dunia adalah di Estonia. Jadi dalam keadaan China mendominasi market ini, kenapa kita buat syarat yang begitu menyukarkan pelabur dan juga kepakaran kita di sini? We are losing our talent in this tech war kalau ada dasar yang tidak jelas daripada kerajaan. Jadi mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan percanggahan yang ada ini.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya sudah jangka pun soalan ini akan ditanya oleh Yang Berhormat Machang. Akan tetapi untuk makluman, supaya semua Ahli Yang Berhormat tidak keliru, Lynas dengan industri nadir bumi ini amat berbeza walaupun Lynas ini terlibat dalam
industri nadir bumi. Apa yang berlaku di sini, Lynas melombong di Australia, dia hantar lanthanide concentrate ke Malaysia untuk diproses. Selepas itu, residue WLP akan ditinggalkan di Malaysia. Akan tetapi apa yang common practice di luar negara adalah di mana mereka melombong, mereka akan membuat pemprosesan cracking and leaching in-situ. Selepas itu, the WLP akan diletak balik ke dalam lombong. Itu adalah common practice di mana-mana tempat.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan kena mengambil kira beberapa faktor dan bukan sahaja satu faktor sahaja. Kita kena mengambil kira dasar kerajaan, kita kena mengambil kira impak terhadap alam sekitar, kita juga kena mengambil kira respons masyarakat setempat. Saya rasa dalam perkara ini kerajaan amat konsisten dari tahun 2020, kita sudah kenakan syarat-syarat tersebut dan hari ini syarat-syarat yang sama juga yang dikenakan. Tidak ada change in policy, that is why tidak ada element of surprise. Pada tahun 2020, Lynas sudah pun maklum tentang syarat-syarat ini dan mereka juga terima dengan baik. Mereka telah pun melaksanakan syarat-syarat ini termasuk pembinaan satu cracking and leaching plant di Kalgoorlie, Australia. So, sekarang kita berikan lanjutan enam bulan supaya global supply chain tidak terjejas. So, saya tidak rasa dan tidak nampak ada apa-apa change in policy sebab dari tahun 2020 sampai hari ini, terdapat empat orang menteri termasuk dua orang Menteri pada zaman Yang Berhormat Machang. So, empat orang Menteri tidak ada membuat. Kita sudah teliti semua syarat ini dan tidak ada membuat keputusan untuk tukar syarat itu. That is why saya rasa consistency itu sangat penting, terutamanya apabila ini melibatkan pelaburan asing. Sekian, terima kasih.
Saya hendak mohon sangat-sangat Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu kena dua soalan tetapi hendak mohon sangat kerana isu ini isu penting, sangat penting, saya mahu satu soalan tambahan.
Yang Berhormat Kubang Kerian, minta maaf saya telah buat keputusan.
Permintaan diterima. [Ketawa]
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat, Dato’ Mumtaz binti Md Nawi.
4. Dato’ Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sokongan dan inisiatif jangka pendek dan panjang Wisma Putra terhadap Kerajaan Afghanistan khususnya dalam mengukuhkan institusi pentadbiran dan memberdayakan potensi dan penglibatan wanita dan pendidikan kanak-kanak dalam memacu pembangunan negara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tumpat. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Afghanistan telah melalui sejarah pergolakan dalaman yang panjang bermula dengan pergolakan politik pada awal 70-an, diikuti Perang Soviet 1978–1989, Perang Saudara 1989–1992 dan pemerintahan Emiriah Taliban 1996– 2001. Kemudian Afghanistan berada di bawah campur tangan dan kehadiran tentera di bawah panji Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dipimpin oleh Amerika Syarikat bermula tahun 2001 hingga 2021. Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri amat prihatin dan sentiasa memantau rapat perkembangan yang berlaku di Afghanistan. Kementerian juga bekerjasama dengan negara-negara luar melalui platform dua hala dan pelbagai hala bagi memastikan pendirian Malaysia terhadap isu-isu di Afghanistan termasuk mengukuhkan institusi pentadbiran dan memberdayakan potensi dan penglibatan wanita dan pendidikan kanak-kanak dapat diketengahkan dan disampaikan secara konstruktif dan rasional tanpa menjejaskan hubungan Malaysia dengan mana-mana negara.
Semasa Mesyuarat ke-9,314 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 27 April 2023 yang lalu, Malaysia bersama 91 buah negara ahli telah menaja secara bersama atau co-sponsor, dengan izin dan menerima pakai draf resolusi oleh Jepun dan Emiriah Arab Bersatu berkaitan dengan situasi di Afhanistan. Antara lain menyeru pihak berkuasa de facto membatalkan sekatan terhadap hak wanita dan kanak- kanak di Afghanistan untuk mendapatkan pendidikan termasuk keputusan melarang wanita Afghanistan bekerja untuk PBB. Resolusi tersebut turut menekankan kepentingan keterlibatan golongan wanita bagi memacu kestabilan, pemulihan ekonomi dan perdamaian politik di Afghanistan. Sewaktu Persidangan Antarabangsa Pendidikan Wanita Afghanistan yang telah diadakan pada 8 Disember 2022 di Bali, Indonesia, Wisma Putra juga telah mengulangi gesaan agar keterangkuman wanita dalam masyarakat sivil dan sektor kerajaan di Afghanistan serta pemerkasaan wanita dan gadis termasuk memastikan hak dan akses penuh kepada pendidikan. Malaysia turut mengambil pendekatan menyokong serta mengambil bahagian dalam usaha-usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam memastikan keterjaminan keamanan keselamatan dan hak asasi manusia di Afghanistan. Selain daripada itu juga, Malaysia turut menganjurkan kursus-kursus modal insan melalui MTCP atau Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang sehingga kini telah berjaya melahirkan seramai 617 orang pegawai Afghanistan. Demikian juga dengan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Malaysian International Scholarship (MIS) turut memberikan sumbangan untuk memastikan supaya pelajar-pelajar Afghanistan dapat belajar di Malaysia, termasuk juga kalangan wanita. Terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri yang saya kira sangat komprehensif dalam menjawab isu Afghanistan. Apa yang saya ingin tanyakan kepada kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebarang jawatankuasa bersama di antara negara Afghanistan dan Malaysia khususnya pendidikan kerana saya kira dalam hal Malaysia, imej kita di mata mereka lebih baik berbanding negara lain, khususnya dalam OIC. Jadi, kita boleh gunakan platform ini untuk sekurang-kurangnya menawarkan lebih banyak tempat dan juga mungkin kerjasama yang lebih serius dengan Kerajaan Afghanistan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan. Seperti yang telah pun saya maklumkan tadi melalui pendekatan MTCP dan juga melalui pendekatan Kementerian Pengajian Tinggi, kita bersedia malah untuk pengetahuan Yang Berhormat juga dan Ahli-ahli Dewan, sehingga kini pihak Kerajaan Malaysia, Kerajaan Qatar, Kerajaan Indonesia dan lain-lain turut mengadakan perbincangan bagaimana kita ingin mewujudkan kerjasama bagi memberi peluang dan ruang kepada golongan wanita khususnya untuk mendapatkan pendidikan. Maka setiap negara diberikan beberapa ribu kuota untuk kita berikan ruang itu bagi mereka belajar termasuk di negara kita.
Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan kepada perkembangan persamaan daripada sudut jantina maka keperluan – kalau kita lihat keterbukaan dalam agama Islam pun tidak mengasingkan tentang kedudukan seorang wanita apatah lagi bagi sebuah negara seperti Afghanistan. Saya sangat bersetuju dengan soalan yang dikemukakan dan berterima kasih kepada tindakan-tindakan kerajaan sebelum dari ini.
Persoalan saya kalau katakan ada scholarship kepada pelajar-pelajar dari Afghanistan yang kita berikan, berapakah jumlahnya dan kepada golongan wanita yang berada di sana yang ada pendidikan, bolehkah di bawah jabatan ataupun Kementerian Luar Negeri bawa mereka melihat perkembangan-perkembangan ataupun pendedahan kepada sistem pendidikan dan juga sistem pentadbiran di negara kita? Boleh tidak itu dilaksanakan?
Itu antara dasar-dasar yang Malaysia laksanakan termasuk juga dalam konteks kita memberikan pendedahan daripada segi bidang-bidang diperlukan. Jadi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi sebenarnya telah pun terangkum dalam perancangan yang telah pun dilaksanakan dan juga yang akan dilaksanakan nanti dengan Kerajaan Qatar dan lain-lain lagi. Ini yang paling mustahak ialah saya ingin maklumkan ialah daripada segi bidang- bidang yang hendak dikemukakan iaitu antara lain dalam bidang profesional. Antara yang dibincangkan terkini ialah daripada segi bidang perubatan sebagai contoh yang memerlukan doktor-doktor wanita untuk diketengahkan di sana. Ini merupakan antara cabaran utama dan dalam perbincangan yang diadakan melalui pendekatan bersama ini, pendekatan Malaysia, Qatar, Indonesia dan lain-lain, kita mengambil kira semua aspek itu, termasuk juga antaranya bagaimana untuk melahirkan lebih ramai golongan pendidik di sana bagi melaksanakan agenda pendidikan di Afganistan, terima kasih.
Dipersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.
5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah usaha kementerian untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh, laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.
Bismillahi Rahmani Rahim, Tuan Yang di-Pertua Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengambil inisiatif untuk mewartakan makanan warisan di Malaysia di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Akta 645. Pewartaan ini bertujuan bagi melindungi serta memelihara makanan warisan di negara ini agar tidak pupus. Sehingga tahun 2023, sebanyak 213 makanan warisan dari pelbagai negeri dan berbilang kaum telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta 645. Pada Mac 2003, MOTAC telah menghantar pencalonan budaya sarapan Malaysia dengan izin, Malaysian Breakfast Culture ke UNESCO bagi mendapat pengiktirafan di bawah kategori dengan izin, representative list of the intangible cultural heritage of humanity. Melalui pencalonan ini Malaysia telah mengetengahkan tentang budaya makanan sarapan, melalui pengambilan makanan warisan yang telah menjadi kebiasaan dan pilihan rakyat berbilang kaum, antaranya seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Sekiranya pencalonan ini berjaya kelak, MOTAC yakin usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi visibility Malaysia di peringkat dunia dengan menjadikan Malaysia sebagai tarikan destinasi pelancongan yang kaya dengan kepelbagaian makanan warisan. Faktor geografi negara yang berhampiran tidak mustahil terdapat makanan warisan yang mungkin mempunyai persamaan dengan Malaysia. Justeru itu di peringkat antarabangsa, mekanisme pencalonan secara bersama atau multi-nomination melibatkan negara-negara anggota lain boleh dilaksanakan di bawah Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage.
Perkara ini juga adalah bertepatan dengan perenggan 13, dengan izin operational guidelines for the implementation of convention for the safeguarding of the intangible cultural heritage yang menggalakkan pencalonan secara bersama sekiranya elemen warisan turut didapati di negara-negara anggota lain, termasuklah juga makanan. Penyenaraian secara bersama dengan negara-negara lain ini akan memperkukuh dan merapatkan lagi hubungan dua hala antara negara melalui perkongsian budaya yang sama. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan yang ringkas dan padat. Usaha itu baik tetapi persepsi itu lagi penting. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya memajukan soalan ini selepas saya menonton satu dokumentari Channel News Asia di mana dalam dokumentari itu telah dipertikaikan origin sajian bah kut teh yang kita semua tahu berasal dari Klang, Selangor. Akan tetapi daripada documentary itu, ia mempertikaikan seolah-olah mungkin ia berasal dari negara jiran kita. Maka saya terkilan dan saya ada geram sedikit. Itulah saya harap kerajaan ini, cubalah dari segi persepsi ini, kita cuba mempertahankan warisan makanan kita. Makanan-makanan seperti nasi lemak, teh tarik, laksa, saya cadangkan adakah kerajaan sedia untuk...
Yang Berhormat Tebrau, soalan.
Soalan saya, adakah kerajaan ada hasrat untuk kita tubuhkan satu institut makanan kebangsaan, di mana di bawah institut itu kita boleh memperkasakan dan juga memartabatkan makanan tradisi kita dan adakan promosi dan juga dokumentari untuk kita menuntut hak kita sebagai makanan kebangsaan kita dan bukan oleh negara lain. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih di atas soalan tambahan. Untuk maklumat dan juga makluman Yang Berhormat Tebrau, di pihak kementerian kita telah menghasilkan empat buah buku dengan penyelidikan yang cukup rapi. Pagi ini saya bawa dua buku sahaja Tuan Yang di-Pertua, kalau bawa empat berat sedikit. Saya bawa dua. Pertama adalah buku makanan warisan hampir pupus, Endangered Heritage Food untuk semua lah boleh tengok. Kedua ialah Malaysia Culinary Heritage. Usaha yang dimainkan oleh pihak kementerian memang cukup jelas dan cukup rapi. Akan tetapi kita sedar juga beberapa perkara yang harus diperbaiki kerana seperti yang saya terangkan sebentar tadi, negara- negara lain juga mempunyai persamaan dari sudut makanan warisan mereka. Kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan, tetapi bagaimana kita mahu membezakan makanan warisan kita dengan mereka ialah melalui awareness yang sering kali dilakukan oleh pihak kementerian. Bukan setakat itu sahaja, malahan daripada pihak kementerian juga kita menyediakan geran untuk pihak-pihak tertentu supaya dapat mempromosikan lagi makanan warisan ini, bukan hanya di negara kita tetapi di luar negara kita melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Pasir Puteh.
Setiu.
Sila tekan Yang Berhormat, saya lihat Yang Berhormat dahulu. Tekan.
Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Langkawi.
Saya hendak bertanya sejak bilakah bah kut teh ini menjadi makanan tradisi di Malaysia? Dalam saya melihat sepuluh makanan tradisional paling popular di Malaysia, tidak ada bah kut teh. 30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia tidak ada bah kut teh. Saya boleh baca sedikit. Nasi lemak, kuih bahulu, gula Melaka, ketupat, char kuetiau, yee mee, sizzling, bubur nasi, tang yuan, kuih bulan, kuih bakul, muruku, tosai, idli, putu mayam. Tidak langsung dia sebut bah kut teh.
Yang Berhormat, soalan.
Soalannya Yang Berhormat, nombor satu, sejak bila bah kut teh dimasukkan dalam makanan ini? Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju hendak masukkan ke dalam permohonan yang diminta oleh Tebrau tadi? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Untuk kita masukkan setiap jenis makanan sebagai kategori makanan warisan, saya sedikit sebanyak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Langkawi. [Tepuk] kerana ianya memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh kesemua rakyat Malaysia. Kalau bah kut teh itu menyediakan bah kut teh ayam, bolehlah Yang Berhormat Langkawi. Kalau bah kut teh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, dia tidak bagi secara spesifik, bah kut teh jenis apa. Saya pun tidak boleh jawab secara spesifik. Akan tetapi, pokoknya di sini untuk kita memasukkan makanan warisan ini, ianya harus boleh dimakan dan dirasai oleh kesemua kaum di negara kita ini. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Majlis mempersilakan Datuk haji Awang bin Hashim, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kehendak rakyat banyak terbenam, Inflasi meningkat bagai tak terkata, Giliran saya soalan nombor enam, Soalannya berkenaan geran per kapita.
6. Datuk Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan serta usaha kerajaan dalam memperhalusi semula geran per kapita berdasarkan Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat Pendang... Pagi-pagi keluar bersenam, Pagi ini soalan enam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pemberian mengikut bilangan orang ataupun dengan izin capitation grant merupakan pemberian selaras dengan peruntukan Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk membantu kerajaan negeri dalam usaha perbelanjaan mengurus, itu tujuan utamanya. Pemberian ini disalurkan secara terus kepada kerajaan negeri
sebagai salah satu bentuk terimaan daripada Kerajaan Persekutuan. Pemberian ini telah melalui beberapa pindaan, yang mana kadar semasa adalah berdasarkan kepada pindaan yang diluluskan melalui Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002 ataupun Akta 622 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2002.
Berdasarkan kadar semasa, jumlah peruntukan yang disediakan kepada negeri tetap meningkat pada setiap tahun. Untuk makluman Yang Berhormat jua, Kerajaan Persekutuan sentiasa meneliti semua pemberian yang diberikan kepada kerajaan negeri secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu pemberian sahaja. Contohnya ada 12 jenis pemberian daripada Kerajaan Persekutuan kepada pihak berkuasa negeri. Pada tahun 2023, Kerajaan Persekutuan dalam 12 pemberian tersebut telah menambah baik tiga jenis pemberian kepada kerajaan negeri iaitu; (i) pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup ataupun pemberian TAHAP yang telah dinaikkan peruntukan daripada RM330 juta kepada RM400 juta, (ii) pemberian penyelenggaraan jalan ataupun pemberian peruntukan MARRIS dinaikkan kepada RM5.2 bilion berbanding RM5.05 bilion pada tahun 2022, dan; (iii) pemberian dengan izin, ecological fiscal transfer (EFT) yang dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun 2022 Penambahbaikan pemberian ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta dianggotai oleh semua Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Kementerian Kewangan akan sentiasa komited untuk mengkaji secara berterusan dan menimbang penambahbaikan ke atas pemberian-pemberian kepada kerajaan negeri secara menyeluruh tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya subject to the geran per kapita. Terima kasihlah atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan geran per kapita. Cumanya sekali lagi saya menyentuh berkenaan dengan geran per kapita ini, ia tidak pernah disemak semula dengan izin, reviewed and revised sejak tahun 2002 yang sudah 21 tahun. Selama 21 tahun adalah satu jangka masa yang cukup lama. Dalam pada itu, kita juga telah sedia maklum bahawa kadar inflasi semakin meningkat. Sekarang ini masih lagi kekal pada 100 ribu orang yang pertama, kerajaan membayar RM72 per head dengan izin. Yang kedua, 500 ribu orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.20 bagi setiap orang. Yang ketiga, 500 ribu orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.80 bagi setiap orang. Bagi yang selebihnya mengikut kadar RM11.40 setiap kepala (per head), dengan izin. Ini sudah 21 tahun. Ini yang kita bangkitkan. Adakah kerajaan bercadang untuk review? Jadi bahkan sepatutnya era pascapandemik inilah membuka ruang kepada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan campuran ini untuk melakukan semakan semula, dengan izin, revision terhadap kadar pemberian geran per kapita kepada negeri-negeri supaya nilai yang diterima ini setimpal untuk perbelanjaan setiap negeri. Saya minta izin sikit sebab soalan ini penting, geran per kapita agihan, full distribution from Federal to each state, dengan izin.
Silakan Yang Berhormat.
Okey. Adakah kerajaan bersedia menerima atau mempertimbangkan cadangan ini dan bersifat adil tanpa diskriminasi terhadap negeri yang ditadbir oleh pembangkang? Buktinya, kita tengok baru-baru ini Pulau Pinang dengan mudah sahaja mendapat peruntukan LRT sebanyak RM10 bilion sedangkan Kedah nak minta berjumpa atau berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun tak dapat sehingga sekarang. Saya hendak mencadangkan tidak ada perkara yang tak boleh diselesaikan dengan perbincangan kecuali kita bertegang. Kita duduk semeja, kita berbincang. Masalah peribadi kita letak tepi, ini pengurusan negara untuk rakyat. Jadi saya harap, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada sekarang ini berlapang dada, tidak koyak dan kita boleh berbincang untuk kepentingan rakyat. Hal peribadi kita buat masa lain, mahkamah akan selesaikan yang itu. Sekian. Itu soalan saya kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya rasa mungkin Yang Berhormat, dia kata peruntukan adil kepada setiap negeri. Peruntukan mengikut bilangan orang ini, dia bukan ikut politik. Bukan ikut keahlian politik, dia ikut bilangan penduduk. Kalau Pulau Pinang ada penduduk yang ramai, maka kalau dikira daripada segi formula dia, dia akan lebih tinggi. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat Pendang, untuk Kedah memang ada kenaikan dan kenaikan pada tahun ini untuk Kedah adalah sebanyak 1.04 peratus melebihi paras purata kenaikan bagi setiap negeri. Jadi, memang ada kenaikan waima untuk negeri Kedah dan untuk pengetahuan dan maklumat yang telah saya kongsikan tadi, pemberian kepada negeri bukan setakat pemberian capitation grant. Saya nak bagi contoh pemberian TAHAP yang bertujuan untuk membantu kerajaan negeri dalam projek-projek infra, pembangunan dan sebagainya untuk orang kampung. Untuk pemberian TAHAP tahun 2023, Kedah sebenarnya merupakan penerima ketiga tertinggi selepas Kelantan, nombor satu, Sabah yang kedua dan kemudiannya Kedah. Jadi kalau nak kira politik, memang tidak ada kaitan dengan politiklah, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan hasrat Yang Berhormat Pendang untuk mengkaji semula dan saya minta supaya mungkin perkara ini di sebelah kerajaan negeri, dia boleh bawa ke perbincangan di Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan datang supaya perkara ini boleh diperincikan bersama-sama dan tertakluk jugalah kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan. Jadi kita bekerjasama bukan sahaja nak membangunkan Malaysia secara keseluruhannya tetapi juga pembangunan setiap negeri. Tak kiralah negeri pembangkang atau negeri yang berpihak kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bentong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak bertanya terus kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut mengenai TAHAP. Bagaimanakah pemberian TAHAP ini dikira dan negeri manakah yang mendapat peruntukan paling tinggi sekali selain negeri Kedah itu? Pemberian yang paling tinggi.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Dia tanya yang paling tinggi sekali, haha, itu dia. Untuk pemberian TAHAP, tadi saya sebut dah tiga negeri teratas ialah pertamanya negeri Kelantan pada tahun 2023 menerima sejumlah RM42 juta. Saya bulatkanlah, RM42 juta. Keduanya, negeri Sabah menerima peruntukan sebanyak RM41 juta dan ketiganya negeri Kedah sebanyak RM40.7 juta. Ini adalah tiga negeri teratas. Mungkin untuk Yang
Berhormat Bentong, nak tahu juga tentang negeri Pahang. Pahang menerima RM28.2 juta...
[Tidak jelas]
Bagi formulanya, nanti ya sebab dia soalan yang mengejut. Formulanya ialah berdasarkan petunjuk-petunjuk seperti kadar pertumbuhan KDNK, hasil negeri per kapita, KDNK negeri per kapita, kadar perbandaran, kadar pengangguran, rizab negeri dan juga ada petunjuk kesejahteraan hidup yang termasuk pendapatan penengah bulanan isi rumah, kadar kemiskinan, bilangan doktor per 10 ribu penduduk, nisbah guru dan pelajar. Metodologinya ialah berdasarkan 10 petunjuk tersebut, data bagi setiap petunjuk negeri akan dimasukkan dalam tujuan pengiraan skor. Saya boleh bagikan formula ini secara bertulis kepada Yang Berhormat Bentong nanti. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan selanjutnya dipersilakan Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri memilih soalan saya untuk naik. Soalan saya, nombor tujuh.
7. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan; (i) berapa peratus/hektar baki tanah gambut negara yang belum dijadikan tapak pertanian; dan (ii) adakah kementerian akan meneroka teknologi untuk meningkatkan kualiti baki tanah gambut negara yang merupakan ekosistem penting dalam penyimpanan karbon serta pemulihan biodiversiti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Keluasan tanah gambut dalam negara yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian adalah sebanyak 714,156 hektar manakala kawasan pertanian di tanah gambut adalah seluas 342,329 hektar yang mana 304,000 hektar digunakan untuk pertanian komoditi dan 38,000 digunakan untuk pertanian tanaman makanan. Kalau kita tengok daripada perspektif nasional, lapan peratus daripada kawasan tanah di Malaysia merupakan kawasan tanah gambut dengan taburannya di Johor, Pahang, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kawasan tanah gambut mempunyai kekayaan biodiversiti yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, secara spesifiknya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hanya bertanggungjawab daripada segi pengurusan hutan paya gambut dalam hutan simpan kekal. Kalau yang dalam kawasan pertanian atau ladang yang disebut tadi, itu di bawah kementerian masing-masing. Buat masa ini, dasar terbaharu yang kita telah ada sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hutan simpan kekal di kawasan tanah paya gambut ini tidak dibenarkan untuk dijadikan kawasan pertanian dan ladang-ladang sawit juga yang baharu tidak dibenarkan masuk ke kawasan paya gambut.
Selain daripada pulangan ekonomi, tanah gambut juga menyediakan perkhidmatan ekosistem seperti pengawalan banjir dan juga mitigasi kepada fenomena perubahan iklim termasuk dari segi carbon sink yang tinggi. NRECC telah mengambil inisiatif dengan meneroka penggunaan teknologi dalam meningkatkan pengurusan hutan tanah gambut memandangkan sebagaimana kita maklum tanah gambut mudah terbakar dan boleh mengakibatkan jerebu terutamanya pada musim kering.
NRECC telah membangunkan dengan izin Forest Fire Forecasting System in Permanent Reserves untuk membantu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menganalisis dan meramal kebakaran hutan di Hutan Simpan Kekal. Di samping itu, beberapa kaedah terkini dan teknologi moden digunakan dalam pengurusan hutan paya gambut termasuklah telaga tiub, menara tinjau, sekatan saliran ataupun check dam dan juga pusat pemantauan sumber hutan ataupun war room digunakan untuk memantau tanah gambut untuk mengelak daripada berlakunya kebakaran.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Walaupun lapan peratus daripada jumlah keluasan tanah di Malaysia ini adalah tanah gambut, tetapi pada pandangan saya, tanah gambut ini mesti kita lakukan pengurusan dengan baik. Persoalan yang pertama Yang Berhormat Menteri dalam jawapan tadi ada menyatakan pelbagai agensi yang menguruskan tanah gambut dan bagaimanakah dasar kerajaan untuk mewujudkan satu central coordination di peringkat kebangsaan supaya kita dapat uruskan tanah gambut ini sebaik mungkin, itu yang pertama. Keduanya, jumlah tanah gambut sebanyak 714,000 hektar yang digunakan hanya 342,000 hektar dan kualiti yield, hasil pertanian komoditi yang menggunakan tanah gambut, adakah kajian dibuat supaya melihat kalau ada kepentingan tanah gambut terutamanya di Johor dan di Pahang ini, bukan sekadar hanya dijadikan sebagai pembakar apabila waktu panas terbakar akhirnya hutan semua terbakar, akhirnya jerebu. Jadi, kualiti tanah tersebut juga perlu ada pertikaian yang akhirnya Yang Berhormat, Yang Berhormat sebutkan tadi ialah biodiversiti, saya setuju kerana di bawah Paris Agreement kita telah menandatangani satu perjanjian untuk mengurangkan GHG, cumanya bagaimana tanah gambut dapat digunakan untuk kita lakukan supaya kita dapat kurangkan climate change dan bagaimana track dilihat supaya penyimpanan karbon dapat kita gunakan untuk yang akan datang nanti supaya carbon market boleh juga kita melalui tanah gambut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Pertama sekali dari segi untuk menyelaraskan pelbagai agensi yang terlibat dalam menguruskan tanah gambut ini. Pertama sekali di peringkat kerajaan, kita sedang mengemaskinikan dan menambah baik Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan (NAPP) 2010-2020 untuk kita mengambil kira ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) yang sedang dalam proses untuk disiapkan. Jadi, dijangkakan APMS ini akan menjadi panduan kepada dasar kita di peringkat nasional untuk kita menguruskan paya gambut. Seterusnya, tentang untuk bagaimana kita hendak eksploitasi kemampuan tanah paya gambut ini dari segi carbon sink atau carbon capture juga untuk perdagangan karbon. Sebenarnya kita maklum di peringkat Kerajaan Persekutuan, banyak negeri, saya boleh namakan di Sarawak, di Sabah, di Perak, di Pahang juga dan juga di Selangor sedang explore kerana karbon juga dilihat sebagai satu sumber negeri. Cuma di peringkat kebangsaan, kita hendak coordinate supaya perkara ini dapat kita– hasil tersebut dapat pulangan yang kita hendak. Jadi, kita sedang merangka Dasar Karbon Kebangsaan di peringkat nasional untuk menyediakan satu panduan. Oleh sebab kadang-kadang, ialah bila bercerita tentang carbon trading dan sebagainya, cerita dia indah, tetapi apabila go into the detail, kos untuk hendak buat dasar-dasar untuk memastikan karbon itu berkualiti, sangat tinggi. Jadi, kita hendak memastikan tidak ada kerajaan negeri termasuk dalam kesilapan tersebut. Jadi, kita akan ada Dasar Karbon Kebangsaan untuk membantu perdagangan karbon di peringkat negeri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan, Kubang Kerian.
Soalan tambahan.
Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali kita lihat bahawa kawasan tanah gambut ini ialah kawasan sensitif alam sekitar tahap satu dan ia merupakan kawasan yang perlu dikawal. Kita sudah kehilangan hampir tiga dekad ini lebih kurang 700,000 hektar kawasan tanah gambut kita. Soalan saya ialah, baru-baru ini kita mendengar Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memansuhkan pewartaan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Sekiranya Hutan Simpan Kuala Langat itu dimansuhkan, ia akan membebaskan lebih kurang 5.5 juta tan karbon dioksida ke atmosfera. Persoalan saya ialah, apakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu garis panduan pembangunan tanah gambut atau polisi yang memastikan kawasan tanah gambut ini dapat dipelihara supaya ia tidak menyumbang kepada kerosakan dan pelepasan karbon yang tinggi dalam konteks negara kita, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian yang bertanya. Untuk makluman, saya setuju ada timbul isu tentang penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor, saya ingat setahun atau dua tahun yang lepas. Akan tetapi, Kerajaan Negeri telah pun mengambil langkah untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang mana kalau mengikut Yang Berhormat Gombak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor telah selesai pewartaan semula Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara ini empat hari yang lepas. Jadi, itu maklumat terkini dan tidak timbul isu tersebut. Akan tetapi, kalau kita lihat daripada segi kualiti hutan-hutan yang ada dan juga industri pembalakan, masalah dia– macam negeri Kelantan, dia tidak dapat certification itu yang kita khuatir. Sebab dia akan menjejaskan bagaimana hendak jual balak itu ke luar negara. Negeri-negeri lain setakat ini semua negeri lain sudah ada certification tersebut. Saya difahamkan Kelantan dalam usaha hendak dapatkan semula, tetapi kita di peringkat Kerajaan Persekutuan, tentulah kita akan pantau untuk memastikan sebarang eksploitasi hutan dan sebagainya dibuat dengan cara yang mampan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan berikutnya, dipersilakan Tuan Jamaludin bin Yahya, Yang Berhormat Pasir Salak.
8. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah bentuk kerjasama merentasi agensi untuk menarik minat anak-anak muda tempatan menceburi bidang perladangan/sektor separa mahir serta melahirkan lebih ramai agropreneur muda, sekali gus mengatasi isu kebergantungan serta lambakan tenaga kerja asing di negara kita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kalau Tuan pergi menjerat, Jangan lupa membawa umpan, Kalau ikut Aturan Mesyuarat, Soalan Pasir Salak nombor lapan.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tidak membeli pantun pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, sekadar hendak menjawab soalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi serta pihak swasta dalam menarik minat anak muda tempatan menceburi sektor perladangan. Antara kerjasama yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertamanya kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membangunkan modul latihan TVET bagi sektor perladangan. Kedua, kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institut Pengajian Tinggi Swasta dalam melaksanakan program upskilling dengan izin dan juga reskilling graduan dan penempatan latihan industri. Ketiga, kerjasama dengan sektor swasta khususnya, pemain industri terutama Sime Darby Plantation, FGV, IOI Plantation dan Yayasan Pahang Plantation Holding (YPPH) dan melaksanakan program dengan izin, place and trade. Program jangka masa pendek selama tiga bulan ini merupakan satu kaedah quick win untuk menarik minat belia tempatan menceburi sektor perladangan dengan jaminan peluang pekerjaan. Selain itu, Kementerian Perladangan dan Komoditi juga telah menubuhkan Institusi Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang merupakan institusi induk berperanan untuk menerajui serta menyelaras kursus dan program latihan kemahiran pusat latihan agensi-agensi di bawah satu organisasi. Ia melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan juga Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). IMPAC yang merupakan institusi peneraju industri bagi sektor agrikomoditi sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam memastikan tenaga kerja mahir, separa mahir dilahirkan memenuhi keperluan industri.
Sebagai contoh, sehingga tahun 2022, IMPAC telah mengeluarkan seramai 2,500 orang pelatih program di sektor sawit dengan 860 iaitu 35 peratus orang telah mendapat pekerjaan di sektor perladangan, manakala selebihnya terlibat dalam sektor yang lain. Kementerian dan agensi akan terus giat menjalinkan kerjasama rentas agensi untuk menarik minat golongan belia menceburi sektor perladangan termasuk bidang keusahawanan, mendapatkan peluang-peluang latihan kemahiran, laluan kerjaya dan kehidupan sebenar di sektor perladangan. Sekali gus mengurangkan kebergantungan sektor perladangan kepada pekerja asing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan Pasir Salak, sejauh manakah kadar penyertaan anak muda dalam pertanian moden di seluruh negara termasuk pertanian menegak (vertical farming) dengan izin, sistem hidroponik dan aeroponik dan adakah Program Agropreneur Muda dan Program Bandar mencapai sasaran objektif yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk Yang Berhormat Pasir Salak, soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada Kementerian Pertanian yang berada di sebelah kanan saya ini sebab sektor pertanian berada di bawah
mereka. Manakala, kami di sektor perladangan hanya menjaga lapan komoditi iaitu kelapa sawit, getah, koko, lada, kayu kayan dan juga kenaf dan sebagainya. Apa pun yang kita latih mungkin juga tergolong dalam kategori pertanian, dalam kursus IMPAC misalnya. Inilah di mana kita ada jalinan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan malahan saya sendiri merupakan penyelaras bersama dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian untuk memastikan sektor sekuriti makanan dapat terbela. Salah satu yang kita fokuskan ialah dalam industri ataupun teknologi-teknologi baharu untuk kita membangunkan sama ada bentuk benih, makanan haiwan dan juga pelbagai lagilah yang kita sedang usahakan. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Semporna.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Soalan saya berbangkit tentang menggalakkan anak-anak muda berkecimpung dalam sektor perladangan. Sudah lama masalah ini timbul. Apakah langkah-langkah yang konkrit yang diambil oleh pihak pemerintah untuk membolehkan supaya pertama, mengurangkan pergantungan kepada buruh asing? Penggunaan automation contohnya, sampai bilakah? Negara ini sudah berpuluh tahun sudah, saya dalam pemerintah dahulu pun suara-suara ini tetapi sampai sekarang tidak capai pun. Masih bergantung dengan buruh asing. At what level yang kita hendakkan supaya mengurangkan pergantungan bukan hanya dalam sektor perladangan kelapa sawit, sektor getah yang ada, bahkan juga koko. Bilakah agaknya kerajaan mengambil satu tindakan yang tegas untuk membolehkan gaji untuk menarik, ini perkara mechanization untuk mengurangkan pergantungan, menarik anak-anak muda, gaji. Gaji itu bukan satu tarikan kalau sekiranya lumayan kadang-kadang anak-anak Sabah sanggup datang ke Semenanjung menjadi security guard, gaji berapa sahaja. Akan tetapi saya yakin, kalau sekiranya gaji ini ditingkatkan bukan hanya orang yang lepasan SPM, graduan pun. Kalau dapat kita tingkatkan, insya-Allah ini akan dapat menarik seramai mungkin anak-anak kita.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sememangnya itulah hasrat kita untuk memastikan bahawa kita dapat meningkatkan pekerja-pekerja tempatan dalam sektor perladangan. Terima kasih atas cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Cuma, cabarannya sentiasa dalam bidang 3D, terutamanya bidang harvester ataupun yang mengambil buah, itu menjadi cabaran. Sektor swasta masih bergantung dengan pekerja asing khususnya pekerja-pekerja dari Indonesia yang memang mahir dan daya tahan mereka agak tinggi. Oleh sebab itu menyedari akan hakikat ini kita sudah menubuhkan MARCOP yang membuat kajian untuk kita tingkatkan dalam usaha supaya automasi dan juga mekanisasi ini dapat dipertingkatkan dalam sektor pertanian. Di sini diharapkan akan dapat menarik lebih ramai orang-orang muda terlibat bersama. Sudah diadakan hasilannya tetapi masih perlu dipertingkatkan. Ini yang sedang kita usahakan dan kita memang menggalakkan terutamanya dalam sektor perladangan ini, alhamdulillah. Orang-orang muda dalam supervision memang sudah meningkat cuma dalam usaha meningkatkan kerja-kerja 3D itu masih kurang tetapi dari segi gaji minimum sudah dinaikkan kepada RM1,500. Malahan di peringkat Sime Darby sekarang ini lebih ramai pekerja tempatan berbanding dengan pekerja-pekerja asing bila ditingkatkan gaji minimum sehingga RM1,500 ini. Kita akan teruskan usaha ini untuk meningkatkan penglibatan orang tempatan dalam sektor perladangan tidak kira daripada segi teknologi baharu mahupun dalam semua rantaian kerja-kerja ataupun peluang yang berada dalam sektor perladangan. Terima kasih.
Berikutannya dipersilakan Puan Vivian Wong Shir Yee, Yang Berhormat Sandakan.
9. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah yang diambil oleh kementerian untuk menambah baik kedudukan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) Malaysia dan untuk memastikan bekalan bahan makanan penting seperti telur, gula dan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2022, yang dikeluarkan oleh Economist Impact, Malaysia berada di kedudukan ke- 41 dengan skor 69.9 iaitu di tahap sederhana. Malaysia berada di kedudukan kelapan dalam Asia Pasifik dan kedua di kalangan Asia Tenggara. Antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengukuhkan kedudukan negara dalam GFSI adalah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju dan isu berkaitan keterjaminan makanan yang merentas pelbagai kementerian. Hari Jumaat ini kita mesyuarat lagi iaitu hal sekuriti makanan yang akan dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tahu hal makanan ini menjadi satu isu keterjaminan makanan kepada seluruh dunia, titah Yang di-Pertuan Agong sempena hari jadi Yang di-Pertuan Agong pun disebut soal keterjaminan makanan ini. Oleh itu kita harapkan ini serius dan ia melibatkan semua pihak, semua rakyat dalam hal menjamin keterjaminan makanan sekarang dan pada masa yang akan datang. Membangunkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, dibuat oleh kerajaan terdahulu, kita terima pakai dasar itu dan akan diteruskan dengan apa yang disyorkan melalui dasar pertanian negara. Membangunkan platform khusus berkaitan keterjaminan makanan sebagai sumber rasmi negara. Mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai organisasi yang menjadi sumber rujukan GFSI. KPKM turut merangka strategi untuk memastikan bekalan bahan makanan seperti telur dan beras mencukupi. Sekarang ini heboh tentang beras putih naik harga lima percent. Saya memberi jaminan yang naik itu ialah harga beras import yang berkualiti tinggi untuk makanan orang-orang yang berada tetapi untuk orang awam, untuk rakyat Malaysia, keadaan beras adalah terjamin di sekitar RM2.60 sekilo. Langkah yang dilaksanakan bagi menjamin bekalan telur, kita tahu masa pandemik berlaku pelbagai masalah. Masalah pekerja, masalah loji-loji yang ditutup, reban-reban yang ditutup terutama sekali mereka yang berskala kecil, kenaikan harga makanan yang begitu mendadak terutama jagung dan juga soya. Maka sekarang ini sedang pulih dan insya-Allah ia akan lebih stabil dari semasa ke semasa. Sepanjang bulan Ramadan dan Syawal interfere yang dibuat oleh FAMA dan sebagainya dan Persatuan Peladang, kita lihat tidak berlaku kenaikan harga daging secara mendadak pada bulan puasa dan hari raya yang lalu kerana kita dapat mengawal dengan interfere daripada Persatuan Peladang, daripada LPP dan juga daripada FAMA.
Kita juga sekarang ini mengedar— kalau ada kekurangan setempat, maka FAMA akan bertindak untuk cuba menyelesaikan tempat berlaku kekurangan itu seperti suatu ketika dahulu berlaku kekurangan di Terengganu. Maka kita bertindak dengan segera iaitu telur yang agak berlebihan di Melaka, FAMA menghantarnya ke Terengganu. Begitulah kita juga dalam usaha untuk mencukupkan beras. Sekurang-kurangnya kita mencapai SSL, pelbagai usaha sedang dibuat sekarang ini. Di antaranya melaksanakan Program SMART Sawah Berskala Besar. Memang sekarang ini pesawah kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang yang berumur. Dengan konsep berskala besar dan teknologi baharu, anak-anak muda mula terlibat secara aktif. Misalnya di Kedah, kita lihat pemandu-pemandu dron semuanya anak-anak muda dan berkelulusan universiti. Mereka terlibat secara aktif sekarang ini dalam pertanian dan sedang kita galakkan lagi dengan pelbagai insentif yang kita cuba berikan. Meluaskan SMART SBB
menerusi model Mini Sekinchan. Saya melihat keadaan di Sekinchan, mereka dapat yield sampai 10 tan untuk satu hektar. Kadang-kadang sampai 12 tan, rendah pun tujuh tan. Sedangkan di MADA dan KADA, masih berada di sekitar lima tan. Oleh itu, saya dan pegawai semua kita mengerakkan ala Sekinchan ini ke tempat- tempat lain. Salah satunya kita bawa ke Perlis baru-baru ini, 170 hektar lebih kurang tanam padi ala Sekinchan dan sekarang sudah berumur sebulan bila hasilnya nanti bulan September, saya sendiri akan turun untuk melihat tuaian padi itu, apakah ia capai melebihi tujuh tan di kawasan itu? Kalau ia capai lebih daripada tujuh tan, ertinya ala Sekinchan ini akan kita kembangkan ke seluruh negara supaya ia dapat mencukupi beras pada masa yang akan datang. Saya yakin dan seyakin-yakinnya Malaysia boleh untuk mencukupkan beras SSLnya kalau kita tumpu dan usaha dengan cara-cara moden, cara-cara baru dan juga kerjasama penanam padi yang kita lihat sekarang sedang meningkat. Stok beras juga alhamdulillah, mencukupi walaupun dalam keadaan pandemik misalnya, soal beras tidak berlaku kekurangan di Malaysia ini. Walaupun kadang-kadang adalah kekurangan di sana sini tetapi BERNAS, kerajaan dan semuanya dapat padu tenaga menyebabkan dalam suasana sukar kadar beras mencukupi. Sekarang begitulah juga insya-Allah, peranan yang dimainkan mencukupkan bekalan beras di Malaysia ini. Kalau kenaikan yang berlaku harga beras putih itu adalah harga beras berkualiti tinggi yang selalu harganya itu tidak dikawal. Ia bergantung pada pasaran, itu yang kebanyakan beras import. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri ke atas jawapan yang sangat terperinci. Soalan tambahan saya adalah mengenai subsidi diesel untuk kapal nelayan di Sabah. Jadi apa yang kami ingin tahu adalah kadar jumlah subsidi untuk diesel kapal nelayan di Sabah telah dikurangkan dari segi jumlah tannya dan menyebabkan kos operasi industri perikanan lebih tinggi. Ia seterusnya akan membawa kepada kenaikan harga produk makanan laut. Jadi, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menangani masalah ini bagi memastikan harga makanan terkawal di Sabah, terutamanya makanan laut?
Kita sedang menangani perkara ini. Hal diesel dan sebagainya itu di bawah kementerian lain. Begitunya juga soalan tentang bekalan gula. Gula juga di bawah KPDN. Walau bagaimanapun, saya ada juga maklumat yang diberi. Bekalan gula insya-Allah, mencukupi pada masa sekarang dan pada masa akan datang. Soal kedudukan diesel ini kita pantau dari semasa ke semasa. Juga nelayan akan memainkan peranan bersama dengan kerajaan, bersama dengan Jabatan Perikanan untuk kita memastikan ia tambah pula di kawasan perairan Sabah, kalau-kalau ada kebocoran di sudut bekalan minyak itu kepada nelayan-nelayan lain yang bukan daripada rakyat Malaysia. Kita akan berusaha sehabis-habisan untuk menangani hal-hal kalau ada penyeludupan itu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai panduan...
Pasir Puteh.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Menteri, jika tidak berkaitan dengan kementeriannya, dalam konvensyen dua, tiga buku saya baca tidak perlu jawab pun. Jadi fokus ya. Okey, silakan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya di sini berkenan pertamanya telur.
Sebelum daripada ini telur di Malaysia ini kita boleh eksport keluar negara dan sekarang ini kita terpaksa import dari luar negara. Saya faham tentangan COVID-19 dan seumpamanya. Cuma apa yang saya hendak sebut di sini, kalau sebelum daripada ini kita ada perancangan untuk kita menternak ayam daging dan juga ayam telur ini daripada satu peringkat ke satu peringkat dan kita yakin akhir tahun ini kita mampu mengeksport lebih banyak. Kalau sebelum daripada ini, kita ada eksport tetapi kita mampu eksport lebih banyak. Jadi soalannya, apakah kerajaan yang ada pada hari ini meneruskan agenda tersebut? Oleh sebab beberapa ladang ayam milik rakyat ini, saya tidak tengok apa-apa perubahan kerana mereka kita senaraikan dalam kumpulan yang akan kita bangunkan. Keduanya SMART SBB. SMART SBB ini adalah perancangan kita yang ada pelan dan ada jadual dia. Ada tempat-tempat pada tahun 2023 ini, kita akan laksanakan SMART SBB. Di antaranya kawasan saya Pasir Puteh Kelantan dan banyak lagi tempat lain dan saya perhatikan baru ini tidak ada satu tempat yang dibaharui dan program ini dimasukkan dalam kategori SMART SBB. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, segala program yang baik kita terus, hat tidak baik kita hentikan. Itu dasar kita. Jadi SMART SBB ini sekarang kita mula di Perlis misalnya yang ala Sekinchan ini. Kemudian juga dibuat di Rompin. Kemudian kita cuba juga di Seberang Perak. Semua tempat ini tempat yang sama sekali yang kita kena lihat sebarang bentuk yang kita hendak buat berskala besar mesti dengan persetujuan tuan-tuan tanah itu dahulu. Tuan-tuan tanah ini hendak melihat hasilnya dahulu Yang Berhormat Pasir Puteh. Misalnya kalau dia lihat kita buat ala Sekinchan, hasil bulan September nanti menggalakkan. Mereka sekarang pun sudah bertanya-tanya untuk datang join program- program seperti itu. Ertinya kita tidak boleh kata SMART SBB kita hendak buka di Pasir Puteh tanpa persetujuan petani-petani di situ tetapi saya yakin...
Semua sudah bersetuju Yang Berhormat.
Daerah itu di antara yang...
Sudah setuju pun, sudah lama.
Kalau sudah setuju kita akan buat di situ. Begitu juga di Bachok dan beberapa tempat yang lain. Ini yang kita sedang merangka dan kita akan percepatkan sebab tiap-tiap kali saya bercakap soal supaya kita capai SSL ini, boleh insya-Allah, kalau kita berganding bahu sebab itu— Begitu juga hal ternakan. Kalau saya pergi melawat— minggu ini hendak pergi Bachok, di antara hendak tengok lembu sado di sana. Saya tidak kira ia orang PAS kah atau orang UMNO, kalau dia berjaya dan dia buat kita ikhtiar untuk membantu. Seperti kita pergi ke Terengganu, kita bangunkan Pelabuhan Chendering supaya siap cepat, supaya nelayan sana dapat mencari ekonomi, mencari faedah dan sebagainya. Oleh sebab dalam hal keterjaminan makanan ini, kita jangan kira negeri, jangan kira parti. Yang penting kena rajin. Itu sahaja.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri kalau turun panggil Ahli-ahli Parlimen setempat. Pergi ke Tok Bali tidak panggil, macam mana adil... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Hendak mencelah, laluan Menteri bagi, baru bercakap.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sekarang...
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 24(3). Harap Tuan Yang di-Pertua boleh...
Yang Berhormat Bakri ulang balik peraturan mana?
Peraturan Mesyuarat 24(3). Harap Tuan Yang di- Pertua boleh bagi kelonggaran untuk soalan tambahan yang ketiga untuk soalan ini. Oleh sebab soalan ini penting berkenaan dengan keselamatan makanan dan saya perlukan penjelasan lanjutan daripada jawapan Menteri tadi.
Yang Berhormat Bakri, duduk.
Sokong.
Saya menggunakan budi bicara Peraturan Mesyuarat 100 dan kaitkan dengan Peraturan Mesyuarat 43, kaitkan dengan Peraturan Mesyuarat 99, kaitkan dengan Peraturan Mesyuarat 99A. Itu jawapan saya. Cukup ya. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
PENERANGAN DARIPADA MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM DI BAWAH P.M. 14(1)(i) — Fenomena Cuaca Panas Luar Biasa
Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberi penerangan berkaitan fenomena cuaca panas luar biasa yang melanda negara sekarang. Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini sedang dilanda fenomena cuaca panas serta keadaan kurang hujan yang luar biasa sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah mahupun di Sarawak. Cuaca ekstrem ini memberi risiko seperti kemarau, jerebu dan juga turut memberi kesan kepada tahap kesihatan kita, terutamanya risiko strok haba. Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat di negara kita. Sehubungan itu, saya ingin menggunakan Majlis Parlimen ini untuk memberi penerangan kepada Ahli Dewan berhubung situasi cuaca luar biasa ini. Tuan Yang di-Pertua, sejak bulan Januari sehingga Mei 2023, bacaan suhu harian maksimum tertinggi yang direkodkan adalah 38.6 darjah celsius di Raub, Pahang. Sepanjang tempoh ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan pemakluman secara harian bagi memaklumkan rakyat tentang keadaan semasa, terutamanya kawasan-kawasan yang berada pada tahap berjaga-jaga.
Sehingga 5 Jun 2023, data terkini menunjukkan hanya kawasan Bentong, Pahang berada pada tahap satu iaitu tahap berjaga-jaga dengan catatan suhu maksimum 35 sehingga 37 darjah celsius, sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Manakala, kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia berada pada tahap normal dengan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celsius. Untuk makluman, selain tahap normal dan berjaga-jaga, kriteria cuaca panas turut terbahagi kepada tahap dua, berstatus gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37 sehingga 40 darjah celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dan tahap tiga, berstatus gelombang haba ekstrem yang mana suhu harian melebihi 40 darjah celsius juga melebihi tiga hari berturut-turut. Pada masa ini, tiada suhu ekstrem melebihi 38 darjah celsius diramal akan berlaku dari bulan Jun sehingga Disember 2023. Walau bagaimanapun, masih terdapat kemungkinan negara akan mengalami suhu sedikit lebih tinggi dari biasa dengan peningkatan antara 0.5 darjah celsius sehingga 1 darjah celsius. Negara dijangka akan mengalami fenomena El-Nino lemah bermula sekitar bulan ini dan meningkat ke tahap sederhana pada November 2023. Fenomena ini dijangka akan mengakibatkan pengurangan jumlah hujan sehingga 20 peratus hingga 40 peratus pada bulan Jun sehingga Oktober 2023, terutamanya di negeri-negeri selatan Semenanjung, di barat Sarawak dan di timur Sabah. Kita juga kena maklum, walaupun fenomena ini bermula dan mula berlaku pada tahun ini ataupun separuh kedua tahun ini, ia akan ada sedikit lagging yang mungkin kesannya akan dilihat juga sekitar Mac sehingga April 2024. Kelaziman dalam tempoh Monsun Barat Daya adalah tiupan angin secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Seterusnya, mengakibatkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan melalui taburan hujan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih terdapat kemungkinan hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir berikutan fenomena garis badai ataupun squall line yang masih boleh berlaku di Pantai Barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi. Kita telah lalui misalnya di Lembah Klang beberapa hari yang lepas. Bagi menghadapi cuaca panas dan kering akan datang, METMalaysia telah menghebahkan tinjauan cuaca jangka panjang, termasuk jangkaan taburan hujan bagi bulan Jun hingga November tahun ini. Bagi bulan Jun, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah purata iaitu antara 50mm sehingga 150mm kecuali di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan pada paras purata 50mm sehingga 300mm. Kawasan-kawasan di Sarawak yang dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah purata antara 100mm sehingga 200mm adalah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit. Bagi bulan Julai pula, kawasan yang dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah purata iaitu antara 50mm sehingga 150mm adalah di selatan Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kebanyakan kawasan di Sarawak juga dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah purata iaitu antara 100mm hingga 250mm. Pada Ogos 2023, kawasan di Semenanjung yang dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah purata adalah Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Manakala, di Sarawak, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu yang dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah purata antara 150mm sehingga 200mm. Negara dijangka akan berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya pada September 2023 dengan jangkaan peningkatan hujan di kebanyakan negeri di Semenanjung dengan taburan purata hujan pada paras 100mm sehingga 450mm. Kebanyakan kawasan di Sarawak dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata antara 200mm sehingga 350mm.
Manakala, di negeri Sabah dan Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan 50mm sehingga 250mm. Taburan hujan dijangka akan terus meningkat pada bulan Oktober 2023 apabila kita berada dalam fasa peralihan monsun kedua dan seterusnya November 2023 apabila kita memasuki fasa Monsun Timur Laut. Kalau kita merujuk pada kualiti udara, sekarang boleh dianggap sebagai berada pada tahap sederhana. Sehingga penghujung Mei lalu, 63.5 peratus kawasan dalam negara merekodkan kualiti udara tahap sederhana iaitu 51 sehingga 100 IPU. Manakala, 35.9 peratus pada tahap baik iaitu 0 sehingga 50 IPU dan 0.6 peratus pada tahap tidak sihat iaitu 101 sehingga 200 IPU. Selain itu, sebanyak 234 titik panas ataupun hotspot, dengan izin telah dikenal pasti di seluruh negara iaitu 145 buah lokasi di Semenanjung, 37 buah lokasi di Sarawak dan 52 buah lokasi di Sabah. Negara juga terdedah kepada fenomena jerebu yang berisiko berlaku dalam tempoh Monsun Barat Daya sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada bulan Julai sehingga September. Selain risiko jerebu tempatan, negara juga terdedah kepada risiko berlakunya jerebu rentas sempadan sepanjang tempoh ini. Pada esok ya, negara-negara di selatan ASEAN ini akan adakan mesyuarat yang berkala tentang jerebu rentas sempadan yang akan diadakan di Singapura. Tuan Yang di-Pertua, situasi pembakaran terbuka di seluruh negara pada masa ini adalah dalam keadaan terkawal. Sepanjang tahun ini sehingga 25 Mei 2023, kita menerima 1,800 aduan kes pembakaran terbuka di peringkat Jabatan Alam Sekitar dengan 80 peratus kes melibatkan pembakaran sampah sarap. Walau bagaimanapun, terdapat lima kes pembakaran terbuka besar di Semenanjung yang telah menyebabkan jerebu setempat melibatkan tiga kes pembakaran tanah gambut dan dua kes pembakaran di tapak pelupusan sampah. Seterusnya, tentang ketersediaan bekalan air terawat. Faktor peningkatan bilangan hari tanpa hujan serta cuaca lebih kering dijangka akan memberi kesan kepada sumber bekalan air mentah di seluruh negara. Penurunan paras air dan pasang surut sungai juga turut berisiko menyebabkan penerobosan air masin, seterusnya menjejaskan kualiti bekalan air.
Secara keseluruhan terdapat 352 buah loji rawatan air di seluruh Semenanjung dan Labuan yang sedang beroperasi pada tahap normal bergantung kepada ketersediaan sumber air mentah masing-masing. Sehingga hujung tahun 2022, Pulau Pinang dan Terengganu merekodkan tahap result margin air pada kadar selesa melebihi 20 peratus manakala Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Labuan berada pada kadar result margin sederhana iaitu 10 sehingga 20 peratus. Perlis dan Melaka mencatat kadar result margin rendah di bawah 10 peratus manakala Kedah dan Kelantan tidak mempunyai result bekalan air terawat. Kementerian menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan pemantauan harian ke atas 43 empangan utama di seluruh Semenanjung. Pemantauan terkini ke atas status paras air empangan dan sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah utama kepada loji rawatan air mendapati keadaan masih berada pada tahap yang terkawal. Sehingga 6 Jun 2023, tujuh empangan berada pada– kita memantau dengan dekat tujuh empangan iaitu empangan Bukit Merah, Perak yang sekarang berada pada level 31.9 peratus; Empangan Muda, Kedah - 38.66 peratus; Teluk Bahang, Pulau Pinang – 45.8 peratus; Ayer Itam, Pulau Pinang – 46.1 peratus; Timah Tasoh, Perlis – 46.17 peratus; Malut, Langkawi, Kedah pada 54.2 peratus dan Sembrong Barat, Johor – 55.97 peratus. Empangan yang kritikal ialah Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah. Apabila cuaca panas dan kering dan juga dengan lebih banyak bilangan hari tanpa hujan, ia menyebabkan peningkatan kepada permintaan elektrik kerana banyak penggunaan air con dengan izin, penghawa dingin yang mana rekod beban puncak
tertinggi baharu di Semenanjung Malaysia telah dicatat pada 11 Mei 2023 sehingga 19,716 megawatt iaitu 533 megawatt lebih tinggi berbanding rekod beban puncak pada tahun 2022. Sepanjang tempoh Monsun Barat Daya, unjuran permintaan elektrik dianggarkan akan terus melebihi 19,000 megawatt bagi bulan Jun sehingga Ogos 2023. Bagi negeri Sabah pula yang kita tahu mengalami...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Yang Berhormat Menteri tadi ada sebut tentang...
Yang Berhormat Bakri, sekarang Yang Berhormat Menteri sedang beri penerangan.
Ya.
Kalau hendak bahas nanti baru bahas.
Bukan bahas saya hendak minta sekiranya ada maklumat boleh Yang Berhormat Menteri untuk...
Nanti boleh bahas atau beri apa-apa maklumat yang ada.
Okey, saya baru nak masuk pasal Sabah sebab saya fikir Sabah juga banyak timbul persoalan kerana baru-baru ini timbul insiden apabila terputusnya bekalan elektrik di negeri Sabah. Jadi, bagi permintaan elektrik di Sabah beban puncak tertinggi adalah pada bulan Januari sehingga Mei 2023 iaitu sebanyak 1,080 megawatt pada 11 Mei 2023. Ini menunjukkan peningkatan berbanding beban puncak tertinggi tahun lalu iaitu 1,032 megawatt. Ia juga terkesan di Sabah apabila ada masalah daripada segi bekalan elektrik itu sendiri. Jadi, itulah yang menyebabkan apabila beban meningkat dan bekalan pun ada masalah maka mengalami terputusnya bekalan elektrik di negeri Sabah. Jadi kita menjangkakan sememangnya permintaan elektrik tinggi di Semenanjung dan Sabah ini sepanjang tempoh cuaca panas, ekstrem dan monsun barat daya. Kalau di Semenanjung, kita ada result margin yang besar tetapi di Sabah ada beberapa pelanlah yang kita sedang laksanakan, pelan jangka masa pendek dan jangka masa sederhana serta jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang ada di sana. Namun pada masa yang sama di peringkat kementerian juga menerusi Suruhanjaya Tenaga kita akan meningkatkan galakan pengamalan, kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik dengan komunikasi pendidikan dan kesedaran awam kepada rakyat bagi menghadapi tempoh cuaca yang ekstrem ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang di peringkat NRECC dan juga jabatan dan agensi kita lakukan untuk bersedia dalam berdepan dengan cuaca panas dan kering ekstrem ialah dengan beberapa pelan-pelan tindakan dan mitigasi. Pertama ialah kita telah memberi penekanan kepada keberkesanan, capaian maklumat, status cuaca dan kualiti udara semasa oleh rakyat serta jabatan dan agensi berkaitan sebagai sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan berdepan dengan cuaca panas dan kering. Ini bertujuan untuk memastikan tindakan mitigasi dan persediaan awal dapat dilaksanakan. Jadi, bagi tujuan ini antara perkara yang telah dilaksanakan oleh METMalaysia dan Jabatan Alam Sekitar ialah penyampaian maklumat tinjauan cuaca dan taklimat cuaca kepada agensi-agensi pengurusan bencana di peringkat pusat negeri dan daerah. Penyampaian maklumat status kualiti udara berdasarkan Indeks Pencemar Udara, menghebahkan maklumat status cuaca panas dan amaran cuaca harian kepada orang
awam melalui pelbagai medium, pemakluman status El Niño-Southern Oscillation (NSO) dan kebarangkalian berlakunya fenomena El Nino ini secara bulanan. Pemakluman hari tanpa hujan bagi tempoh tujuh hari berturut-turut dan ke atas kepada jabatan dan agensi-agensi berkaitan serta pemakluman ramalan lima hari pergerakan dan jerebu tempatan dan rentas sempadan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan. Bagi memastikan penerimaan maklumat yang tepat dan terkini orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapat akses kepada maklumat cuaca yang terkini dan sahih. Maklumat kualiti udara juga boleh diakses melalui sistem Air Pollutant Index Management System dengan izin, di laman web Jabatan Alam Sekitar serta melalui aplikasi MyIPU. Sebagai kesiapsiagaan dalam berdepan kesan cuaca panas ekstrem ke atas bekalan air terawat, kementerian menerusi SPAN telah membangunkan pelan kesiapsiagaan dan mitigasi bagi memastikan pihak operator bekalan air di setiap negeri melaksanakan obligasi dan tanggungjawab mereka dalam membekalkan air terawat yang berterusan kepada pengguna dan melaksanakan langkah-langkah kawalan dan mitigasi utama. Sebagai tindakan utama di bawah pelan tersebut, kesemua operator air di bawah seliaan SPAN telah mengaktifkan bilik gerakan ataupun yang biasa dipanggil war room dengan izin, secara bersama dan dioperasikan serentak bermula 1 Jun 2023. Susulan pengaktifan war room ini rakyat boleh mendapatkan akses kepada maklumat terkini paras air di semua loji dan empangan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan dalam laman web war room yang telah disediakan. Selain itu tindakan lain yang sedang dan akan dilaksanakan mengikut situasi dan keperluan termasuklah pemantauan harian ke atas sumber air mentah merangkumi paras air sungai dan empangan sumber air bawah tanah, perlepasan air mentah dari empangan mengikut keperluan bagi memastikan paras air di muka sauk melepasi paras normal dan menampung keperluan dengan mengaktifkan kolam-kolam sokongan sedia ada di bawah projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) dan operasi pengepaman air kolam. Seterusnya menyediakan logistik lori tangki dan tangki statik bagi memenuhi keperluan kawasan di tempat yang berisiko. Buat masa ini di seluruh negara, di seluruh Semenanjung ada operator-operator air yang telah bersedia dengan 2,800 tangki statik dan 300 buah lori tangki air. Akhir sekali menyediakan saluran komunikasi kepada rakyat menerusi pusat khidmat setempat, talian telefon, aplikasi WhatsApp, laman web dan juga media massa dan sosial. Sebagaimana keputusan kerajaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat 16 Mei yang lalu, kementerian sentiasa bekerjasama dengan NADMA, angkatan tentera dan agensi-agensi lain bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan tertakluk kepada kesesuaian keadaan atmosfera. Kita juga menjalinkan kerjasama dan koordinasi bersama agensi di peringkat negeri termasuk PBT, Badan Kawal Selia Air negeri bagi memastikan kesediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca ekstrem dan ancaman-ancaman lain ke atas sumber bekalan air. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini melihat kepada ketersediaan semasa, kementerian mendapati tiada keperluan buat masa ini untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air. Kementerian hanya akan melaksanakan tindakan- tindakan kawalan yang lebih ketat apabila keperluan kritikal iaitu sekatan ke atas penggunaan air tidak penting bagi kategori-kategori tertentu di bawah Seksyen 56 WASIA ataupun Akta 655 serta melaksanakan bekalan air berjadual.
Jadi buat masa ini kita belum sampai ke tahap tersebut. Sebagai langkah berdepan ancaman pembakaran terbuka, kerajaan telah mula mengaktifkan pelan-pelan tindakan berkaitan risiko tersebut sejak Mac 2023, termasuk Pelan Tindakan Pembakaran
Terbuka Kebangsaan dan prosedur tetap operasi pencegahan pembakaran terbuka dan pencegahan kebakaran tanah gambut. Tindakan persediaan menghadapi ancaman pembakaran tanah gambut juga telah mula dilaksanakan di kawasan berisiko kebakaran iaitu di Klang, Selangor; Rompin, Pahang; Miri, Sarawak; dan Muar, Johor. Saya sendiri telah turun melihat kesediaan agensi di bawah Jabatan Alam Sekitar, JPS dan juga pihak di peringkat negeri di Johan Setia, Selangor. Antara tindakan yang dilaksanakan termasuklah pengaktifan telaga tiub dan sekatan saliran, peningkatan rondaan darat dan dron serta rondaan penguatkuasaan, termasuk bersama komuniti serta melaksanakan Program Uji Cuba Prosedur Tetap Operasi Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut. Pada masa ini terdapat 511 infrastruktur yang telah dibina di bawah program pencegahan dan pemantauan kebakaran di tanah gambut serta kawasan lain berisiko kebakaran di Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah iaitu 101 unit telaga tiub, 305 sekatan saliran, 15 buah kolam takungan, enam menara tinjau, 3.3 kilometer saluran paip air dan 82 unit piezometer. Selain itu juga terdapat 1,924 telaga aktif di seluruh negara dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan sebagai sumber air alternatif untuk berdepan dengan cuaca panas dan kering ekstrem. Di peringkat NRECC, kita berharap kerajaan-kerajaan negeri lain dapat mencontohi apa yang dibuat misalnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Macam di Johan Setia itu mereka membantu complement pelaburan besar infrastruktur yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sebab di peringkat kita, kita tidak mampu hendak buat segala-galanya. Jadi sebab itu kita berharap negeri-negeri lain yang juga ada infra itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dapat membantu menyokong usaha mengawal selia kawasan hotspot tersebut. Kementerian menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri juga turut meningkatkan kesiapsiagaan dalam mencegah kebakaran hutan berikutan cuaca panas dan kering ekstrem termasuk melaksanakan pemantauan dalam kawasan hutan simpan kekal serta penggunaan dron dan sistem big data analytics dengan izin bagi mengenal pasti kawasan hutan yang berisiko tinggi. Selain itu, pasukan pemadaman kebakaran hutan di bawah JPSM turut bersiap siaga sebagai pasukan awal pemadaman insiden kebakaran hutan dalam hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia. Ia melibatkan kakitangan beruniform di Jabatan Perhutanan Negeri di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, kita juga meneruskan program-program SEPA ataupun komunikasi, pendidikan dan juga kesedaran awam kepada masyarakat. Jadi sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah pun memulakan langkah-langkah kesiapsiagaan sejak beberapa bulan lalu serta terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat untuk berdepan tempoh cuaca panas dan kering ekstrem ini. Hakikatnya we are living in climate change. Kita tidak boleh menolak lagi fakta bahawa krisis iklim ini memang berlaku dan kita berada di dalamnya. Kementerian berterusan menjalin kerjasama strategik di peringkat Persekutuan, negeri, daerah dan juga komuniti melalui pelaksanaan pelbagai tindakan dan strategi, termasuk memastikan penyampaian maklumat yang cekap dan tepat, memastikan bekalan air dan elektrik berterusan, pemantauan kualiti udara serta pencegahan kebakaran terbuka. Pada masa yang sama, kementerian terus memberi galakan dan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama memainkan peranan untuk berdepan dengan cuaca panas ekstrem, termasuklah sentiasa peka dan waspada dengan keadaan cuaca semasa, menjaga tahap kesihatan diri dan keluarga, mengamalkan penjimatan air dan elektrik serta mencegah daripada melakukan pembakaran terbuka. Rakyat juga digalakkan untuk sentiasa peka dan mengikuti hebahan maklumat semasa di platform-platform elektronik
dan bukan elektronik kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan pantas. Sekian.
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini terbuka untuk ahli-ahli minta penjelasan dan memberikan pandangan. Saya ada satu senarai pembahas. Terdapat empat Ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat yang ingin bahas. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Mersing. Jadi, saya akan bagi setiap pembahas lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang telah diberikan dan saya telah mendengar dengan tekun tadi penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai cuaca panas dan kurang hujan, kemarau dan jerebu yang akan dialami oleh negara kita. Saya bangun sebagai Ahli Parlimen dari Pulau Pinang untuk membahaskan perkara ini kerana umum mengetahui bahawa di Pulau Pinang, kita ada empangan-empangan untuk memberi bekalan air kepada rakyat di Pulau Pinang. Empangan-empangan ini menjadi sumber menerima hujan, menakung air dan memberi bekalan air kepada penduduk di Pulau Pinang iaitu Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang dan Empangan Mengkuang. Selain daripada itu, Pulau Pinang juga bergantung kepada bekalan air dari Kuala Muda, Kedah. Kita mengetahui bahawa menjelang cuaca panas dan kurang hujan ini, ramai yang akan menggunakan bekalan air. Mungkin akan mandi lebih. Minum air lebih banyak. Saranan daripada Kementerian Kesihatan adalah juga untuk sentiasa kita minum air untuk memastikan kita sihat dan boleh melakukan tugasan-tugasan lapangan dan kerja. Baru-baru ini di Pulau Pinang telah berlaku kejadian gangguan bekalan air iaitu di antara 14 dan 17 Mei 2023, iaitu dalam kita menghadapi fenomena cuaca panas dan kurang hujan. Di antara 14 dan 17 Mei tahun ini, tiba-tiba bekalan air dari Kuala Muda telah pun berkurangan menyebabkan terjejasnya bekalan air ke Pulau Pinang. Saya difahamkan daripada laporan-laporan berita, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri, 300 ribu orang pengguna air di Seberang Perai terjejas, 200 ribu orang di Kedah. Saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh akan turut bangun dan bahas kerana kawasan-kawasan mereka juga terjejas. Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, saya memetik kenyataan yang diberikan oleh beliau. Beliau berkata, “Terjejas kerana kerosakan pada alat pengesan automatik pada pagar baraj” telah menyebabkan air itu keluar ke laut. Saya terpanggil untuk membahaskan perkara ini kerana daripada penerangan Menteri tadi, pembekalan air juga menjadi salah satu faktor yang perlu kita beri perhatian. Rata-rata terutamanya semasa- masa sekarang kerana disebabkan oleh penggunaan air yang meningkat menjelang cuaca panas dan kurangnya hujan. Pihak SPAN telah pun membuat lawatan ke lokasi.
Yang Berhormat Jelutong.
...dan...
Laluan sikit.
Saya akan bahaskan. Saya beri peluang kemudian. Saya hanya ada 10 minit. Nanti... [Tidak jelas] masa.
Sikit sahaja. Saya tanya tidak sampai seminit punya.
Minta maaf. Saya tidak boleh bagi.
Sebut pasal isu Kedah ini.
Ini isu air jangan berpolitiklah.
Tidak berpolitik. Hendak tanya soalan.
Yang Berhormat Alor Setar.
Itu tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Tidak. Hendak minta penjelasan Yang Berhormat Jelutong.
Biar saya teruskan. Ada masa terhad yang tidak mencukupi.
Kita biarlah bagi selesai bincang di meja bulat dahulu.
Saya.
Yang kita bawa ini buat panas sahaja.
Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin teruskan.
Yang Berhormat Jelutong tidak bagi laluan. Sila duduk.
Nanti panas sahaja kalau... [Tidak jelas] kita tidak tahu. Biarlah dia orang selesai dahulu.
Saya tidak bagi laluan. Saya tidak bagi laluan.
Yang Berhormat Pendang, sila duduk. Yang Berhormat Pendang.
Biar dia orang bagi bincang ya.
Tuan Yang di-Pertua. Isu air ini adalah isu yang penting.
Ya lah.
Hal ini kerana ada daripada warga Kedah yang juga bekerja dan tinggal di Pulau Pinang.
Sikit sahaja Jelutong.
...dan kenyataan- kenyataan.
Minta elok-elok ini.
Saya tidak beri laluan, Yang Berhormat.
Minta elok-elok ini. Sedikit. Sedikit sahaja.
Saya pun beritahu elok- elok, duduk. Saya tidak bagi.
[Ketawa]
Hendak bahas, nanti bahas. Isu air adalah hak asasi kita. Penggunaan air adalah sesuatu yang merupakan perkara asasi. Di Pulau Pinang sehingga kebelakangan ini, tidak ada sebarang masalah. Akan tetapi, saya risau dan saya khuatir bahawa perkara-perkara ini akan berulang iaitu kejadian-kejadian kekurangan air ke Pulau Pinang akan berulang. Saya menyeru Menteri mengambil kesempatan ini juga untuk menubuhkan Sungai Muda Basin Authority iaitu satu jawatankuasa yang boleh memastikan supaya bekalan air ke Pulau Pinang itu tidak terganggu. Juga menyeru Yang Berhormat Menteri...
Oleh sebab itu kita hendak kongsi maintenance. Itu sahaja.
...Untuk mengangkat kepada...
Tidak ada masalah.
Yang Berhormat Pendang...
Pulau Pinang hak negeri berdaulat.
Kita sama- samalah.
Mengangkat kepada..
Cuma...
Yang Berhormat Pendang. Jangan berucap tanpa kebenaran. Amaran kali pertama.
[Dewan riuh]
Sila gulung.
Kepada perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menyarankan juga akan membincangkan dengan Menteri Besar Perak untuk mendapatkan bekalan air daripada Sungai Perak untuk Pulau Pinang. Memandangkan kerajaan di Perak itu adalah kerajaan yang juga menyokong Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani, saya mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri membincangkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengadakan sesi libat urus dengan Menteri Besar Perak, Kerajaan Negeri Perak untuk kita juga membincangkan tentang pembekalan air daripada Sungai Perak ke loji-loji untuk digunakan oleh rakyat di Pulau Pinang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang telah diberikan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membicarakan soal cuaca panas. Kita akui bahawa negara kita sebenarnya masih berada pada tahap yang tidak kritikal. Kalau kita tengok laporan daripada media pada 16 April 2023, hanya satu kawasan sahaja iaitu Jeli berada pada tahap 2 pada pertengahan April, manakala kawasan-kawasan lain, ada 20 kawasan di Semenanjung mencatatkan gelombang haba pada tahap 1 iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang di Kelantan, Kuala Terengganu, Lipis, Jerantut, Maran, Temerloh, Raub di Pahang, Segamat dan Tangkak
di Johor, Jelebu di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Batang Padang, Kinta, Hulu Perak di Perak dan Padang Terap serta di negeri Perlis. Ini berada pada tahap 1. Laporan semalam, kalau kita tengok laporan metrologi pada pukul 4.30 petang semalam, hanya Bentong sahaja yang berada pada tahap 1. Saya fikir kita tidak berada pada tahap yang sangat kritikal sebenarnya untuk kita bentang isu ini. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasihlah sekurang-kurangnya satu makluman kepada Dewan dan kepada rakyat Malaysia. Kalau kita lihat, bahawa isu besar yang sedang melanda kita ialah impak secara langsung yang berlaku kepada beberapa fenomena sahaja iaitu, sebagai contoh, fenomena El-Nino yang mencatatkan bagaimana kerajaan-kerajaan negeri, khususnya sektor perikanan akuakultur berada pada tahap yang agak membimbangkan, di mana fenomena El-Nino telah pun mencatatkan kerugian RM438,500 setakat ini kepada 21 penternak ikan, di mana Pahang mencatatkan kerugian yang paling besar iaitu RM211,000; Terengganu, RM108,500; Johor, RM50,000; Selangor, RM39,000; dan Kelantan, RM24,000. Persoalan saya ialah apakah pihak kementerian NRECC bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme bersama dengan pelbagai kementerian? Sebab, kita tahu bahawa ia merentas kementerian. Isu cuaca ini ia tidak peduli parti politik, ia tidak peduli kawasan, ia tidak peduli apa sekalipun. Sebagai contoh, kita harus rasional dalam memberi pandangan. Apa dibangkitkan isu Pulau Pinang, sebagai contoh tadi, Pulau Pinang sebenarnya Empangan Mengkuang. Penggunaannya hanya satu atau dua kali sahaja setahun dan reserve margin Pulau Pinang berada pada tahap 20 peratus berbanding negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna kita harus lepas tangan. Saya minta pihak kerajaan juga mengambil perhatian terhadap isu yang berlaku di Empangan Chereh, Kuantan di mana pada bulan November dua tahun lepas, telah berlaku Empangan Chereh ini pecah sebenarnya dan menyebabkan simpanan air bekalan minuman kepada Bandar Kuantan, khususnya beberapa buah loji hanya tinggal dalam 20 peratus dalam empangan.
[Bangun]
Kerajaan Persekutuan pada waktu itu telah meluluskan peruntukan lebih kurang RM40 juta. Namun, peruntukan tersebut tidak mencukupi dan satu peruntukan tambahan— saya ingin dapat penjelasan, apakah status terkini Empangan Chereh, Kuantan?
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Yang Berhormat Kubang Kerian, minta laluan.
Alor Setar. Alor Setar, sedikit.
Terima kasih.
Alor Setar dahulu. [Ketawa] Alor Setar dahulu. Adakah Yang Berhormat bersetuju...
Bagi dekat siapa? Tanya— bagi dekat siapa, Yang Berhormat Kubang Kerian? Yang Berhormat Kubang Kerian bagi dekat siapa ini? Dekat Yang Berhormat Alor Setar kah dekat Pendang?
[Ketawa] Terima kasih. Adakah Yang Berhormat bersetuju disebut oleh Yang Berhormat Jelutong tadi punca kerosakan baraj di Sungai Muda itu sebenarnya baraj itu diurus oleh Pengurusan Lembangan Sungai Muda di bawah JPS dan itu adalah agensi persekutuan, bukannya agensi kerajaan negeri. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Terima kasih.
Satu lagi. Itu yang saya katakan tadi, Kedah pun tidak ada masalah. Yang penting, kita duduk semeja berbincang. Masalah- masalah yang kita tidak tahu, kita bawa benda-benda ini ke Parlimen menambahkan panas suasana sahaja. Biarlah mereka berbincang. Kedah juga setuju sebab air ini hak asasi. Kita kena tolong, kita tidak boleh zalim. Jadi apabila macam itu, kita minta sedikit perbincangan kita di meja runding ini untuk kita maintenance, untuk kita maintain Hutan Ulu Muda supaya kita dapat meraikan. Oleh sebab itulah sejarah telah dikeluarkan oleh MB Kedah bahawa sejarah ini perlu kita lihat.
Okey.
Ini yang menyebabkan punca. Kita pun ada sejarah keturunan kita asal daripada mana, tetapi perlembagaan membenarkan, kita terima. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya akui bahawa insiden yang berlaku baru-baru ini adalah di luar daripada kehendak mana- mana pihak. Ia berlaku secara— sebab, ia automatik ya baraj ini, di mana pengurusan dikawal oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan ia bukan satu tindakan yang disengajakan. Saya fikir tragedi ini satu pengajaran penting kepada pihak kementerian dan agensi khususnya supaya pemantauan sentiasa dibuat supaya insiden tersebut tidak berulang. Bukan hanya di Pulau Pinang, di mana-mana negeri sahaja, bila insiden berlaku, pelepasan air direct ke lautan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan isu berhubung dengan laporan media bertarikh 13 Mei 2023 di mana akibat cuaca panas, terdapat 14 kes strok haba dengan satu kematian kanak-kanak berusia 11 tahun. Apakah peranan kementerian bersama dengan KKM dan kementerian yang lain seperti Kementerian Pendidikan untuk melihat ini secara menyeluruh? Sebagai contoh negara jiran kita, bila fenomena ini berlaku, mereka mengehadkan tempoh berada dalam kelas dan menghentikan sepenuhnya semua aktiviti di luar kelas. Saya fikir pihak kementerian juga harus mengadakan satu koordinasi bersama dengan KKM termasuk juga kementerian yang lain yang terlibat sama dalam insiden bila berlaku pemanasan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan juga isu di mana kerajaan kita komited untuk melaksanakan pengurangan pelepasan GHG negara dan ia juga melibatkan proses pemanasan dan kesan secara langsung terhadap perubahan iklim dunia di mana kita terpaksa berdepan dengan perubahan insiden yang berlaku di luar daripada normal. Contohnya, banjir yang berlaku di kawasan yang sebelum ini tidak pernah berlaku.
Sila gulung, sila gulung.
Ini di antara perkara- perkara yang perlu diberi perhatian. Dan saya ingin dapat penjelasan akhirnya daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana komitmen kita dapat kita laksanakan dan apakah kita masih berada pada komitmen untuk pengurangan 45 peratus pelepasan karbon kita dalam KDNK negara tahun 2030 berbanding tahun 2005 sebagaimana komitmen kita di Glasgow 26? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk isu ini.
Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana tadi telah pun memberi penerangan yang amat komprehensif bagaimana kerajaan telah bersiap sedia untuk menangani cuaca panas luar biasa. Hari ini, Puchong hanya ingin membahas isu ini daripada perspektif jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Untuk jangka masa pendek, saya hanya ingin fokus kepada salah satu kesan cuaca panas iaitu pembakaran terbuka, sama ada tempatan ataupun luar negara, yang mengakibatkan jerebu yang bukan sahaja akan membawa kesan negatif kesihatan kepada rakyat tetapi juga mengakibatkan kerugian ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk isu pembakaran terbuka tempatan, Puchong sangat menyambut baik langkah kerajaan untuk mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan, seawal-awal Mac. I must say I’m very impressed, dengan izin. Tindakan ini adalah sangat penting untuk memastikan jentera kerajaan telah pun digerakkan secara sistematik untuk mencegah dan memantau pembakaran terbuka, dan juga memastikan kesiap sediaan jentera kerajaan untuk kerja-kerja pemadaman, dan penguatkuasaan apabila pembakaran terbuka berlaku. Walau bagaimanapun, Puchong ada beberapa soalan untuk mendapatkan perincian daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, tadi Menteri telah pun senaraikan aset-aset tube well dan check dam- semua aset dan inventori. Saya ingin tahu, daripada jumlah ini, berapa peratus yang functional? Peratus aset-aset yang functional, dan when are they last checked? Kedua ialah Puchong ingin mendapat perincian- usaha kerajaan dalam memantau hotspot. Berapakah operasi rondaan darat dan udara telah pun dijalankan dalam masa sebulan ini? Berapakah Notis dan Saman Pembakaran Terbuka yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar? Adakah kementerian telah pun menggunakan dengan sepenuhnya imej satelit dari Malaysian Space Agency melalui System Forest Fire Information System dalam kerja-kerja pemantauan hotspot? Yang ketiga, Puchong juga ingin tahu, selain daripada pencegahan, saya ingin tahu status penyediaan aset dan inventori untuk pemadaman pembakaran terbuka jika berlaku, seperti jumlah aset pam air, water tanker, kolam takungan dan sebagainya. Berapa jumlah setiap jenis aset ini yang telah pun disediakan oleh kerajaan, dan sedia untuk berfungsi? Selain itu, Puchong juga ingin mendapat penjelasan yang lebih terperinci daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status kesiapsiagaan kerajaan jika operasi pembenihan awan dan water bombing diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih ke isu pembakaran terbuka di negara jiran terutamanya Indonesia yang akan mengakibatkan jerebu rentas sempadan. Puchong ingin tahu, adakah usaha Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu rumit ini. Untuk jangka masa panjang, Puchong masih lagi berpendapat bahawa Parlimen ini perlu memperkenalkan ‘Akta Jerebu Rentas Sempadan’ atau ‘Transboundary Haze Act’ dengan izin. Dengan adanya akta ini, kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas individu ataupun syarikat Malaysia yang menyebabkan jerebu di Malaysia tanpa mengira di mana pembakaran berlaku. Singapura telah meluluskan Transboundary Haze Act pada 2014. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selepas krisis jerebu pada tahun 2019, masa itu saya ialah Menteri Alam Sekitar. Kementerian telah pun mengarahkan Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk menjalankan satu kajian keperluan kerangka undang-undang bagi pencemaran rentas sempadan dan menasihati kerajaan, sama ada akta ini berkesan atau tidak. Pada 12 Februari 2020, Kabinet Pakatan Harapan masa itu telah pun membincangkan keputusan kajian daripada ASM dan bersetuju untuk memperkenalkan Akta Jerebu Rentas Sempadan. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Langkah Sheraton berlaku dan kerajaan-kerajaan seterusnya telah pun mengambil pendirian bahawa untuk tidak meneruskan usaha tersebut. Puchong ingin tahu, apakah pendirian Kerajaan Perpaduan dalam isu memperkenalkan Transboundary Haze Act?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kesan negatif perubahan iklim semakin dirasai oleh rakyat dengan hujan berintensiti tinggi baharu sahaja berlaku di Johor hanya dua bulan yang lalu. Sekarang negara kita menghadapi cuaca panas luar biasa. Puchong ingin tahu sama ada, Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim telah pun diadakan selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, dan apakah outcome daripada mesyuarat ini? Kedua, apakah tindakan utama yang akan diambil oleh kerajaan dalam usaha mengadaptasi kesan-kesan negatif perubahan iklim yang akan melanda negara kita pada jangka masa pendek dan panjang? Last, dalam isu topik yang sama. Saya juga ingin tahu, apa perkembangan sekarang, perkembangan terkini penyediaan ‘Rang Undang-undang Perubahan Iklim’? Itu sahaja yang Puchong ingin bangkitkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong, saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit peluang untuk saya mengalu-alukan kedatangan...Tuan Yang di-Pertua? Tampin, Tampin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 bersama dengan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha Gemencheh, Tampin Negeri Sembilan... [Tepuk] Semoga pelajar-pelajar ini akan menjadi modal insan yang baik dan pelapis kepada kepimpinan negara kelak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya berbahas dalam penerangan Menteri mengenai cuaca panas yang sedang melanda Malaysia. Kita- semua sedia maklum yang Malaysia sekarang ini sedang menghadapi fasa peralihan memasuki fenomena El-Nino yang diramalkan akan bermula pada bulan ini sehingga Oktober 2023. Perkara ini sudah pun diterangkan dengan jelas oleh pihak Menteri yang saya rasa tidak perlu dipanjangkan lagi. Namun apa yang kita boleh buat sebagai persiapan menghadapi cuaca yang lebih kering dan panas, serta adakah inisiatif dari kerajaan agar dapat kita mengurangkan impak kepada mereka yang bakal dan sudah pun terkesan ini? Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh pada musim panas ini semestinya akan memberi kesan kepada kualiti serta kuantiti getah yang boleh dihasilkan. Ini secara langsung akan menjejaskan pendapatan para pekebun kecil getah. Semalam sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau juga ada bertanya mengenai hal ini, dan kita sedia maklum yang pokok getah mempunyai akar yang panjang, sekali gus meningkatkan survivability pokok. Namun apa yang dirisaukan iaitu adanya penyakit luruhan daun sekiranya cuaca yang terlalu panas. Maka, adakah Skim Getah Matang yang dinyatakan itu mencukupi untuk memastikan pokok getah mampu bertahan sehingga Oktober? Di Mersing terdapat ramai juga para peneroka getah. Selain daripada itu musim panas ini juga sudah pasti akan memberi kesan kepada pesawah yang menanam padi di luar musim, para pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi saya sangat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk juga menolong dari sudut kewangan, selain memberi latihan dan bimbingan kepada pekebun kecil, pesawah dan petani. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri juga ada membangkitkan berkenaan pemantauan loji dan empangan di seluruh Malaysia. Soalan saya, adakah usaha pihak kerajaan untuk memastikan Empangan Congok di Mersing akan mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana empangan ini merupakan kawasan tadahan dan tidak mempunyai sumber sungai yang utama. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya menerima permohonan untuk tiga orang Ahli Yang Berhormat ingin berbahas juga iaitu Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Setiu, dan Yang Berhormat Bakri. Jadi saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada saya, kita tidak boleh bergantung kepada cuaca sepanjang masa kerana cuaca ini sangat sukar diramal dan kita tidak tahu bila ia akan bermula dan berakhir. Saya ingin bercakap mengenai beberapa perkara penting kerana apabila cuaca panas, banyak perkara yang terjejas terutamanya tentang electricity dan juga air. Kami hadapi perkara ini hari-hari. Sebelum ini memang hadapi, tetapi semasa cuaca panas ini saya kira lagi teruk keadaannya. Pertama saya ingin sebut tentang Sabah Grid System di mana kalau saya boleh bercakap tentang as of May 2023, maximum peak demand kita sebanyak 1,080.19 megawatt. Average availability ialah 1,040.20 megawatt. Kita punya reserve margin actually sudah defisit -3.7 peratus. Kalau ada engine trip, macam mana? Reserve margin kita sepatutnya harus berada lebih daripada 30 peratus setiap hari. Sekarang ini all IPP di Sabah pada keadaan maksimum dan extra output. Kalau boleh saya minta- sebenarnya perkara ini kita bercakap tentang jangka masa pendek. Saya juga minta untuk kementerian supaya memikirkan tentang seboleh-bolehnya minimum 300 megawatt power plant boleh masuk ke Sabah secepat mungkin.
Kemudian kita bercakap tentang catuan air. Tadi Yang Berhormat Menteri ada bercakap tentang setakat ini tidak ada catuan air walau bagaimanapun di Sabah sekarang ini tidak ada catuan air pun selalu tiada air. In fact, kadang-kadang di bandar Kota Kinabalu, tidak ada warning pun kita nampak sudah tidak ada air. Belum lagi kita bercakap tentang masalah tidak cukup reserve margin, dan sebagainya, lain lagi berkenaan dengan kita punya distribution system. So, kalau di Kota Belud sendiri, apabila kita mengunjungi Jabatan Air Negeri Sabah pada awal tahun ini, kita sebenarnya memerlukan penambahan loji air bersih untuk menampung keperluan. Jadi, saya minta kementerian memikirkan usaha untuk menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa pendek dan juga dalam jangka masa panjang. Sepatutnya keperluan-keperluan asas seperti air dan juga elektrik harus menjadi keutamaan dan tidak boleh dilambat-lambatkan.
Yang Berhormat Kota Belud, boleh mencelah?
Silakan.
Yang Berhormat Kota Belud, bersetuju kah jika sekiranya kita meminta pihak kerajaan supaya membuat underground water mapping di Sabah supaya mereka yang mahu membuat tube well untuk mengambil underground water dapat mengambil langkah-langkah tersebut terutama sekali sekarang ini di mana sumber air bagi Sabah pada mereka yang mahu mendapatkan sumber air termasuk juga sektor pelancongan, yang sekarang ini mereka menghadapi masalah. Mahu tahu ada air kah tidak, sebab kos untuk mencari tube well itu begitu mahal. Terima kasih.
Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Tuaran. In fact, perkara ini selalu mendapat aduan di Kota Belud. Kalau boleh kita buat mapping, dan selain daripada kos yang sangat tinggi untuk menampung keperluan untuk kita buat tube well. Sebenarnya apabila kita korek di bawah pun, kita tebuk di bawah pun kadang-kadang ada juga masalah apabila
air bercampur dengan air masin. Itu antara yang kita hadapi. Jadi, sekali lagi masukkan dalam ucapan saya, dan saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang pada Setiu untuk membahaskan penerangan isu cuaca panas luar biasa di Dewan yang mulia hari ini. Tuan Yang di-Pertua, cuaca yang sangat panas dan berpanjangan boleh membawa kepada gelombang haba dan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan Malaysia bakal mengalami gelombang haba yang berpanjangan sehingga September 2023. Saya difahamkan peratus suhu harian di seluruh Malaysia sebelum ini antara 21 Celsius hingga 30 Celsius kini meningkat kepada 35 Celsius hingga 37 darjah Celsius. Paling terkesan iaitu beberapa buah lokasi di Pantai Timur sehinggakan pada 28 April 2023, KKM telah mengesahkan bahawa satu kematian membabitkan kanak-kanak berumur 11 tahun akibat strok haba. Fenomena ini merupakan cabaran yang amat besar kepada rakyat kerana ia bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian bahkan ia juga boleh menyebabkan komplikasi kesihatan. Tidak dinafikan pelbagai pelan tindakan yang telah disediakan bagi menghadapi isu ini. Antaranya Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan, Pelan Tindakan Operasi (PTO), pencegahan kebakaran bahkan sistem pemantauan kebakaran tanah dan hutan dalam negara juga telah diperkenalkan sejak tahun 2003 lagi dan lain- lain lagi. Namun begitu, kerjasama bersepadu antara kementerian juga amat diperlukan. Sejauh manakah kerjasama kementerian dengan Kementerian Pendidikan telah dijalankan? Saya mencadangkan agar selain membenarkan murid berpakaian sukan, pihak kementerian juga sewajarnya menggalakkan murid-murid untuk membawa botol air ke sekolah seperti mana dilakukan di beberapa buah sekolah sebelum ini bagi mengelak berlakunya dehidrasi murid akibat cuaca panas. Selain itu, bagi memastikan aktiviti persekolahan tidak tergendala akibat cuaca panas yang terlalu tinggi. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, cuaca panas yang tinggi ini semestinya menjejaskan sumber air di beberapa buah negeri. Oleh itu, adakah kerajaan telah mengkaji hotspot tempat takungan air yang paling cepat terjejas jika berlaku cuaca panas yang melampau dan sejauh manakah kerjasama kementerian dengan kerajaan negeri bagi memastikan sumber air tidak terjejas walaupun dengan keadaan suhu yang terlampau tinggi. Saya meneliti keluh kesah rakyat di mana apabila cuaca panas yang luar biasa, rakyat memerlukan kepada penggunaan penyaman udara dengan lebih kerap bagi meredakan bahang panas yang sedang melanda ketika ini. Bahkan langkah ini juga merupakan saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Ia sekali gus meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, adakah pihak kementerian telah mengkaji bagi menyediakan insentif baharu untuk mengurangkan kos elektrik seperti meningkatkan subsidi kepada B40, M40 dan mengembalikan semula sedikit subsidi kepada golongan T20 sepanjang tempoh cuaca panas luar biasa ini. Selain itu, adakah pihak kementerian bersedia untuk menghapuskan segala caj tambahan yang dikenakan kepada rakyat dalam bil elektrik mereka seperti caj bayaran lewat, caj KWTTB, dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, firman Allah SWT dalam al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Telah zahirlah kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia untuk Allah rasakan kepada mereka sebahagian daripada amalan dosa yang dilakukan. Mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah”.
Sabda Nabi SAW... [Membaca hadis Nabi SAW] “Keajaiban suatu perkara yang mengagumkan yang dimiliki oleh seorang mukmin di mana semua urusannya mereka dapat kebaikan dan perkara ini tidak terdapat kepada orang lain melainkan jika ia seorang mukmin. Sekiranya dia mendapat kesenangan dan dia bersyukur kepada Allah, maka ia kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan dan dia bersabar, maka dapat kebaikan baginya”. Kita mengharapkan kejadian yang berlaku ini menginsafkan kita dengan mengembalikan kita- semua kepada Allah SWT. Akhir kata, cuaca yang sangat panas merupakan ujian daripada Allah SWT, dan ia di luar kawalan manusia. Marilah sama-sama kita meminta agar sentiasa dilindungi Allah SWT dalam apa jua keadaan. Rasulullah SAW bersabda, “Jika panas menjadi sangat terik, maka tunggulah hingga sejuk sedikit untuk mengerjakan solat Zuhur kerana panas yang sangat terik itu adalah daripada hembusan neraka jahanam”. Hadis riwayat Bukhari. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, tadi semasa penjelasan Yang Berhormat Menteri, beliau ada mengatakan bahawa permintaan kepada bekalan elektrik telah naik dengan secara mendadak dalam keadaan cuaca yang luar biasa ini. Perkara ini juga menjejaskan kawasan di sekitar Muar terutamanya dalam kawasan Parlimen Bakri yang menerima kesan sejak seawal pada 16 April 2023 yang lalu iaitu apabila berlakunya satu gangguan bekalan elektrik selama 12 jam. Sejak itu, hampir setiap hari di sekitar Muar terutamanya di dalam kawasan Bakri, hampir setiap hari seolah-olah ia telah menjadi satu rutin di mana gangguan bekalan elektrik akan berlaku sekurang-kurangnya untuk tiga jam ke atas.
Maka, untuk menangani isu ini saya bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Bentayan telah membuat perjumpaan dengan TNB Muar untuk membincangkan perkara ini pada 16 Mei bulan lepas. Dalam perjumpaan ini telah diceritakan dan dimaklumkan bahawa memang berlaku penuaan kepada kabel-kabel dan infrastruktur bekalan elektrik di sekitar Muar ini. Kami juga dimaklumkan bahawa TNB dalam usaha untuk menangani isu ini. Maka perkara ini telah menimbulkan kebimbangan saya di mana sekarang ini kita berada- saya faham, kita berada di mana permintaan luar biasa. Sekiranya perkara ini boleh berlaku dan gangguan boleh berlaku hampir setiap hari dalam dua bulan ini dan keadaan cuaca luar biasa ini dijangka akan berlarutan sehingga bulan Ogos. Maka saya minta penjelasan daripada pihak kementerian terutamanya pihak TNB apakah penyelesaian jangka pendek yang ada sekarang supaya penduduk-penduduk di sekitar Muar tidak akan dihantui isu yang sama seperti ini. Oleh sebab kita sudah bagi masa dua bulan. Sudah dua bulan berlalu perkara ini tidak selesai sehingga majlis rumah terbuka Yang Berhormat Menteri kos sara hidup juga terjejas terpaksa berhenti di tengah jalan di mana elektrik blackout untuk tiga jam. Maka saya harap pihak kementerian memandang serius dan jika boleh saya harap boleh ada satu perjumpaan antara pihak Menteri, pihak pejabat Parlimen Yang Berhormat Bakri dengan pengurusan tertinggi TNB. Ini kerana saya sudah letih untuk berurusan dengan peringkat daerah Muar ini di mana jawapan yang sama akan diberi. Perkara ini perlu dipandang serius dan penyelesaian jangka panjang perlu ada sebab Tuan Yang di-Pertua, di Muar sekarang ada dua projek besar. Satunya adalah Muar Furniture Park yang meliputi kawasan seluas 1,000 ekar tanah dan dijangkakan industri perabot ini akan memerlukan dan meningkatkan lagi permintaan kepada bekalan elektrik secara mendadak. Jadi, apakah kebersediaan pihak TNB dengan membina infrastruktur- infrastruktur baharu supaya perkara yang berlaku sekarang ini tidak akan berulang
sekiranya Muar Furniture Park telah mula beroperasi yang dijangka akan bermula pada 2027? Perkara ini perlu dilihat secara serius. Kedua, projek yang paling besar iaitu projek penambakan Maharani Energy Gateway yang meliputi kawasan seluas lebih daripada 3,000 ekar tanah. Ini juga satu projek yang dijangka akan meningkatkan lagi permintaan kepada bekalan elektrik. Maka, apakah solusi atau penyelesaian jangka panjang oleh pihak kementerian dan juga oleh TNB? Saya harap perkara ini perlu kita pandang serius, perlu kita ambil langkah sekarang juga. Bukan kita tunggu sehingga Muar Furniture Park mula beroperasi baru kita hendak garu kepala, baru kita hendak mencari penyelesaian. Itu tidak akan membantu untuk menyelesaikan keadaan sekarang. Maka saya harap perkara ini dijalankan segera. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk menjawab dalam masa lima belas minit.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta untuk berbahas sebentar tadi. Pertama, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tentang soal kerosakan barrage di Sungai Muda dan hasil penemuan forensik yang dibuat telah melaporkan bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh gangguan mekanikal. Kita sedang memastikan bahawa kita meningkatkan lagi SOP kita supaya tidak berulang insiden seperti yang berlaku tempoh hari. Yang Berhormat Jelutong juga menyebut tentang cadangan untuk mewujudkan Sungai Muda River basin authority dan cadangan ini di peringkat kementerian bagi kita ia perlu dibincangkan terutamanya di antara kerajaan negeri yang menguasai sumber air tersebut dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai pengguna juga mungkin boleh bagi pandangan tetapi ia terletak di bawah bidang kuasa kedua-dua kerajaan negeri. Akan tetapi sekiranya untuk facilitate, perbincangan tentang perkara tersebut tidak ada masalah cuma daripada segi bidang kuasa perkara tersebut jelas. Tentang cadangan pembekalan air dari Perak ke Pulau Pinang, itu juga saya tahu antara perkara yang telah dibangkitkan. Bagi saya di peringkat kementerian kita sekali lagi kalau ada permintaan daripada satu- kerajaan negeri kepada kerajaan negeri, ia boleh dibincangkan di peringkat kedua-dua kerajaan negeri tersebut. Kami faham keperluan tinggi yang ada di Pulau Pinang untuk bekalan air. Itu merupakan antara perkara penting untuk mana-mana negeri untuk membangun. Yang Berhormat Kubang Kerian membangkitkan tentang ancaman fenomena El Nino ke atas sektor akuakultur ataupun perikanan dan bertanya apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Buat masa ini, fenomena ini masih lagi di peringkat neutral sebenarnya El Nino pada waktu ini dan dijangka bermula sekitar hujung bulan ini ataupun awal Julai. Akan tetapi kita akan adakan perbincangan secara berterusan dengan Kementerian Pertanian dan agensi-agensi yang berkaitan untuk melihat bagaimana kesediaan terbaik apabila berlakunya fenomena El Nino...
Yang Berhormat.
Ya?
Yang Berhormat, minta maaf. Berbalik kepada penubuhan Kuala Muda atau Sungai Muda Water Basin Authority, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah mohon dalam ucapan saya supaya pihak kementerian juga memperoleh laporan terperinci daripada pihak SPAN mengenai lawatan yang telah dibuat ke lokasi kejadian. Supaya kita dapat memastikan bahawa
perkara yang dimaklumkan oleh Menteri Besar Kedah itu merupakan perkara yang sebenarnya berlaku dan bukanlah puncanya disebabkan oleh apa-apa perlakuan khianat dan sebagainya. Terima kasih.
Ya lah, setakat ini memang tidak ada tindakan khianat yang kita dapati. Cuma kita maklum tentang siasatan SPAN tersebut, JPS pun akan turut hadir dan sebagai mana tentang laporan forensik awal iaitu telah saya kemukakan sebentar tadi. Seterusnya tentang dibangkitkan- saya ingat dalam sesi pertanyaan atau mencelah tadi ketika Yang Berhormat Kubang Kerian berucap tentang apa komitmen daripada peringkat Kerajaan Persekutuan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri menyelesaikan masalah air. Dengan Kerajaan Kedah pun tiada masalah, saya bertemu dengan SADA, saya bertemu dengan Exco Air. Akan tetapi saya tidak tahu lah kalau ada individu-individu tertentu di negeri Kedah yang sengaja mencari masalah, itu saya tidak boleh buat apa-apa. Akan tetapi di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita terima dan kita adakan mesyuarat dengan baik di pejabat kementerian dan kita dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah air yang sangat kritikal di negeri Kedah sebagai contoh. Tentang Yang Berhormat Kubang Kerian juga membangkitkan tentang koordinasi dengan kementerian-kementerian lain. Untuk makluman 26 Mei yang lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan telah diadakan yang mana walaupun saya sebagai pengerusi tetapi turut dihadiri selain daripada JPS, selain daripada MET Malaysia dan sebagainya, di peringkat kementerian saya tetapi juga turut dihadiri oleh Kementerian Pendidikan, turut dihadiri oleh Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Jadi kita hendak selaraskan cara kita bekerja dan bertindak apabila berlakunya suasana panas dan kering ini untuk memastikan atlet kita, pelajar- pelajar kita dan juga rakyat secara umumnya dapat menjaga kesihatan mereka.
Tentang komitmen negara untuk pelepasan karbon. Kita tidak ada berubah, yang ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Target kita masih sama seperti yang dahulu iaitu kita mengurangkan intensiti pelepasan karbon merentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada tahun 2030 berbanding tahun 2005. Sasaran besar kita tahun 2050 net zero, the earliest. Itu sasaran yang telah diumumkan...
Yang Berhormat Menteri, minta...
Oleh kerajaan sebelum ini dan kita tidak ada perubahan.
Terima kasih. Saya ingin mencelah sedikitlah. Saya mengikuti perbahasan tadi dan kita bicara soal air, elektrik dan sebagainya. Akan tetapi satu- benda besar yang saya rasa kementerian harus berikan perhatianlah iaitu masalah jerebu dan juga pelepasan karbon. Walaupun tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri kita punya standard 45 percent dan sebagainya, tetapi kita harus tahu bahawa bila berlaku kemarau panjang, kita di Malaysia ada lebih kurang sekitar dua juta lahan gambut terutama di Sarawak. Bila berlaku kemarau panjang, biasanya air akan turun dan akan berlaku proses mineralization. Daripada organic material, ia akan mineralize dan ini akan menyebabkan berlakunya kita panggil pelepasan carbon sink yang berada dalam lahan gambut dan ia mudah terbakar. Kita pernah punya satu pengalaman yang buruk dahulu di Sarawak, di mana bila berlaku jerebu yang teruk disebabkan terbakarnya lahan gambut. Kedua juga, kita harus ingat dalam bulan Julai, bulan Ogos ini, akan berlaku perubahan tiupan angin yang datang dari Sumatera ke Semenanjung. Biasanya dari Sumatera ini akan bawa jerebu ke kita. Ini saya nak tanya, apakah tindakan kerajaan? Kemudian, satu lagi bahawa kesan daripada panas yang panjang...
Dah banyak- sebab pagi ini pun saya jawab soalan yang sama, Tuan Yang di-Pertua. Kalau izinkan, saya jawab...
Baik, terima kasih.
Pagi tadi sebenarnya saya telah jawab soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar tak silap saya tentang perkara yang sama. Saya ingat boleh rujuk nanti Hansard secara detailed, kita sebut tentang apa langkah-langkah yang diambil dan tadi juga saya sebut dalam ucapan ketika membentangkan atau memberi pernyataan sebentar tadi tetapi saya maklum tentang perkara yang dibangkitkan. Seterusnya, Yang Berhormat Pendang membangkitkan tentang pengekalan Hutan Simpan Ulu Muda. Kompleks Ulu Muda ini telah diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri dengan keluasan 26,000 hektar dan kita memang akan terus kekalkan kawasan tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat Puchong telah bertanya tentang jumlah peratus infrastruktur tanah gambut yang berfungsi dan bilakah pemeriksaan terakhir dibuat serta status persediaan aset dan inventori pemadaman. Jadi saya faham, kadang-kadang kita punya statistics are impressive, dengan izin, tetapi the reality on the ground, tentang kualiti aset dan sebagainya perlu diteliti. Jadi di peringkat kerajaan, kita memang memberi penekanan terhadap infrastruktur yang dibina di tanah gambut supaya diselenggarakan dengan baik dan berfungsi dengan baik. Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi penyelaras untuk program pencegahan dan pemantauan kebakaran di tanah gambut. Kita akan terus memantau dengan dekat untuk memastikan aset-aset ini berfungsi dengan baik. Cuma sebagaimana yang saya ada sebut, we also need the cooperation of the state governments sebab ada limitation di peringkat Kerajaan Persekutuan. Cuma mungkin kita akan fikirkan mekanisme terbaik supaya kita dapat complement antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri. Tentang operasi rondaan darat dan udara untuk melihat pembakaran terbuka dan juga notis yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, untuk makluman, daripada segi rondaan ini berlangsung secara berterusan. Saya tidak ada data direct di sini. Mungkin kita akan bagi secara bertulis. Akan tetapi daripada segi tindakan antara 1 Januari sehingga 6 Jun 2023, kes pembakaran terbuka ada sebanyak 73 Notis Arahan dan 48 kompaun telah dikeluarkan oleh JAS. JAS telah melaksanakan 1,427 pemantauan susulan terhadap aduan yang telah diterima berkaitan dengan pembakaran terbuka. Kita juga ada satu sistem ramalan kejadian kebakaran hutan di hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia yang menggunakan big data analytics, dengan izin, yang telah dibangunkan pada zaman Yang Berhormat dahulu dan ini membantu kita untuk menganalisis pembakaran terbuka yang berlaku di paya gambut. Tentang imej satelit dari MYSA untuk Forest Fire Information System, sememangnya kita melakukan pemantauan dengan usaha sama bomba, MYSA dan agensi-agensi yang lain. Tentang kesiapsiagaan pembenihan awan dan water bombing, kita telah memang melakukan METMalaysia, kita memberikan khidmat nasihat kepada TUDM dan NADMA. Akan tetapi kita juga harus faham, it is not a silver bullet, dengan izin untuk operasi pembenihan awan dan sebagainya. Ia tertakluk kepada beberapa faktor seperti kesesuaian atmosfera dan kewujudan awan yang bersesuaian. Tentang status RUU Jerebu Rentas Sempadan, bagi peringkat NRECC, kita akan meneliti balik sebab saya fikir draf yang dahulu sudah sampai ke agak advanced stage, dengan izin, ketika Yang Berhormat. Ia tergendala di situ, jadi we will go through it again. Ada beberapa cabaran untuk melaksanakan perkara tersebut tetapi kita akan meneliti secara mendalam. Cuma pada masa yang sama, kita juga ataupun kita sudah mendapat pelaporan daripada syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tentang bagaimana mereka bekerjasama dengan peringkat provinsi dan sebagainya di sana, untuk mencegah pembakaran terbuka.
Kita juga sedang berbincang dengan Bursa Malaysia sekiranya kita boleh mendapatkan reporting daripada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa yang di bawah kawalan kita untuk mendapat reporting tersebut supaya mereka dapat telus tentang apa yang mereka buat. Tentang MyCAC. Malaysian Climate Change Action Council (MyCAC) telah dijadualkan pada 14 Januari 2023, mesyuaratnya akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 Julai 2023. Kita juga sudah menubuhkan Advisory Panel yang terdiri daripada pihak swasta, GLC untuk menasihati kerajaan tentang persediaan untuk COP28 di Dubai pada hujung tahun. Saya boleh umumkan di sini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sudah pun semalam saya terima surat selepas lama kita cuba memujuk. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke COP28 di Dubai. Tentang ada sedikit lagi. Yang Berhormat Kota Belud ada membangkitkan tentang gangguan bekalan air di Sabah. Baru-baru ini, sebagaimana kita sedia maklum, ada mesyuarat yang telah dibuat dengan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri Besar Kelantan tentang masalah air. Di negeri Sabah, kita tahu itu antara masalah yang memerlukan perhatian. Cuma kita kena faham kalau di Semenanjung, sumber air terletak di bawah kerajaan negeri, bekalan air is in the shared list. Akan tetapi bagi Sabah dan Sarawak, ia berbeza, yang mana keseluruhan air ini terletak di bawah kerajaan negeri. Jadi atas sebab itu, kita ada beberapa kekanganlah, but at the end of the day, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tekankan masalah ini merupakan masalah rakyat Malaysia yang kita perlu selesaikan. So, kita akan cari penyelesaian terbaik. Tentang masalah elektrik. Sebenarnya, minggu depan saya akan mempengerusikan bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah yang kita akan rancang penggunaan. Saya memang minta kalau boleh kita kena lihat semula secara radikal sebab masalah elektrik di Sabah ini sangat serius. Ada beberapa isu yang bagi saya memerlukan campur tangan yang besar untuk memastikan bekalan elektrik di Sabah ini dapat mencapai tahap yang sustainable dan sampai ke bawah. Akhir sekali...
Boleh bertanya Yang Berhormat Menteri?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan peruntukan khas yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah yang berjumlah RM320 juta itu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi perincian, apakah nanti projek-projek yang akan dilaksanakan dengan wang RM320 juta itu? Apakah kesan yang akan diharapkan daripada pelaksanaan projek tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan habiskan sedikit sahaja. Untuk perkara tersebut, memang akan disusuli dengan satu Technical Committee susulan daripada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dianggotainya termasuklah NRECC, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Jadi kita akan memberi tumpuan untuk mencari solusi di sana dan saya akan bagi butiran secara bertulis tentang projek tersebut. Akhir sekali- yang lain saya akan bagi secara bertulis. Ia adalah tentang impak apabila kita kurangkan subsidi dalam keadaan kita semua ada high demand untuk elektrik pada keadaan cuaca panas. Jadi Yang Berhormat Setiu minta dikembalikan subsidi kepada T20.
Jadi pertama sekali, subsidi tak dikurangkan buat masa ini. Sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, subsidi hanya akan dilihat semula secara besar-besaran apabila Sistem PADU yang mana kita dapat kenal pasti akaun T20, B40 dan M40 ini siap pada hujung tahun. Jadi sekarang tidak ada. Jadi ramai juga mengadu pada saya. Dia ingat subsidi dah tak ada, sebab itu elektrik naik. Itu tak ada, itu sebab kita punya penggunaan yang meningkat. Jadi itu antara perkara yang perlu difahamkan. Akhir sekali, kita- semua asyik bercakap tentang keperluan kita nak, untuk bekalan air yang lebih baik, bekalan elektrik yang lebih baik dan sebagainya. Kalau wang kerajaan hanya habis kepada subsidi untuk orang kaya, orang yang ada lima, enam dan 10 air cons itu bagi saya, satu perkara yang tidak adil. Kita harus melihat perkara ini sebagai satu perkara yang rasional untuk membantu orang yang sederhana ataupun memerlukan, kita faham tetapi tidak boleh wang rakyat yang terhad ini dibazirkan untuk membantu orang yang kaya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Standing order Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Silakan Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 36(6), dan Peraturan Mesyuarat 36(12).
Peraturan Mesyuarat 36(6), okey.
Ya.
Bacakan Peraturan Mesyuarat 36(6), apa dia?
“Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.
Saya.
Tuan Yang di- Pertua, pagi tadi saya telah menghantar Usul untuk merujuk Yang Berhormat Jelutong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah peraturan yang saya sebut tadi berdasarkan kenyataan beliau semalam, jam 3.00 petang lebih kurang, dalam Dewan yang mulia ini berhubung dua isu. Pertama, melibatkan kenyataan terhadap Yang Berhormat Pagoh yang mengatakan- saya ulang seperti yang dirujuk di dalam Hansard, “..tetapi kita lihat bahawa kesemua ketirisan ini berlaku disebabkan oleh tindakan Yang Berhormat Pagoh yang
mengisytiharkan darurat menyebabkan Kementerian Kesihatan tidak dapat berbincang tentang pemerolehan ventilator yang telah diulangi oleh ramai daripada pembahas- pembahas daripada pihak Pembangkang, tersilap, pihak kerajaan...”
Saya.
Ini tidak tepat Tuan Yang di-Pertua.
Okey, teruskan.
Sebabnya direct cause kepada ketirisan perolehan ventilator itu bukan salah darurat, salah tata kelola Kementerian Kesihatan. Jadi, kalau ada masalah, bukanlah kerana darurat tetapi siasatlah Kementerian Kesihatan. Kedua ialah isu yang Yang Berhormat Jelutong bawa- berkenaan dengan tuduhan terhadap mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir, kononnya beliau menghina Raja, ini tidak tepat. Seperti yang diterangkan di dalam media, Tun Dr. Mahathir disiasat di bawah seksyen 112, Kanun Tatacara Jenayah.
Baik.
Bukan kerana menghina Raja-Raja Melayu. Jadi, mengapa perlu Yang Berhormat Jelutong membangkitkan, menarik gelaran Tun daripada beliau kerana hal ini. Jadi, inilah saya minta Tuan Yang di-Pertua, ambil tindakan. Kalau boleh selesai elok-eloklah dalam Dewan ini, tarik balik sahajalah semalam punya dakwaan yang saya rasa songsang tersebut. Itu sahaja saya minta Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah pun menerima surat Yang Berhormat pada pukul 11 pagi tadi, dan suratnya cantik, serta penjelasannya juga cantik. Namun begitu, saya akan melihat Hansard, selepas itu saya akan buat ruling, dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat, apa tindakan yang selanjutnya supaya ia bertepatan dengan standing order kita. Terima kasih Yang Berhormat, insya-Allah. Baik, kita sambung dengan – saya minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menjawab, silakan. Terima kasih.
Usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) — Laporan Ketua Audit NegaraMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula pertimbangan ke atas, “Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara” “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, Institusi Audit merupakan oversight agensi kepada Parlimen yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang eksekutif. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengannya, dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957 [Akta 62].
MENYEDARI akan cabaran yang dihadapi oleh Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dilaksanakan dengan berkesan. Menyedari bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 16 Februari 2023 terdiri daripada: (i) LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan; (ii) LKAN Tahun 2021 mengenai Pengauditan, Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan; dan (iii) LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan. MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu ketidakteraturan serius yang berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam serta pengurusan aktiviti kerajaan dan syarikat kerajaan yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit. MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan YAB Perdana Menteri Kesepuluh sendiri sudah mengarahkan Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan. Segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil pengajaran (lesson learnt) supaya tidak berulang dalam pelaksanaan aktiviti/program/projek di masa akan datang. BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui dan seterusnya mengelakkan ketirisan wang awam daripada terus berlaku.” [6 Jun 2023]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya memulakan penggulungan saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua kerana telah dianugerahkan- daripada Duli Tuanku.
Terima kasih.
Saya menjawab soalan bagi yang dibangkitkan bagi menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Tuaran iaitu tentang bayaran terhadap apa yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara iaitu berkaitan terhadap perkhidmatan mencetak dokumen terkawal yang melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan pembaziran kerugian wang awam berjumlah RM14.38 juta.
Saya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang telah dikemukakan, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan kalaupun menyedari hakikat bahawa terdapat kelemahan pada kontrak disebabkan
lebihan kad atas alasan kekurangan bahan habis guna dan mesin pencetak yang telah lama digunakan, tidak pernah ditukar. Bagi mengatasi perkara ini, pihak kerajaan melalui JPJ telah mengambil tindakan segera seperti berikut: (i) JPJ telah mengeluarkan Arahan Jabatan, Bilangan 7, Tahun 2019 iaitu Prosedur Pengurusan Stok Dokumen Terkawal JPJ Malaysia/W yang bertujuan menetapkan dan menyeragamkan prosedur pengurusan stok dokumen terkawal di semua JPJ negeri, dan cawangan serta UTC; (ii) JPJ telah mengeluarkan Surat Arahan Jabatan Bilangan 1 Tahun 2022/W (Pindaan) Perkara 8.5 Prosedur pengurusan Stok Dokumen Terkawal Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia; (iii) bagi pengoperasian pengeluaran kad Lesen Memandu Malaysia (LMM) di rakan strategik iaitu Pos Malaysia Berhad, JPJ telah menambah baik manual operasi kerja yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022; (iv) JPJ juga telah memantau status kerosakan dan pembaikan mesin pencetak kepada pembekal melalui Surat Arahan berkaitan laporan mesin pencetak rosak bertarikh 17 Februari 2022 di mana JPJ negeri dikehendaki mengemukakan laporan kerosakan mesin pencetak setiap 15 hari bulan, dan 30 hari bulan pada setiap bulan; (v) JPJ telah membuat pindaan kepada kontrak lanjutan PKN pada Julai 2021 sehingga Disember 2022 dengan membuat penambahbaikan jadual service-level agreement (SLA) bagi kontrak lanjutan bermula 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2022 bagi membekalkan dokumen terkawal Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu Lesen Memandu Malaysia (LMM); dan (vi) melalui tindakan pindaan kepada kontrak tersebut, JPJ telah mengemukakan surat tuntutan yakni penalti bagi kelewatan pembaikan peralatan mencetak LMM mengikut tempoh berikut, pada Julai 2021 hingga Disember 2021 yang berjumlah RM73,308.91 dan pada Januari 2022 hingga Disember 2022 yang berjumlah RM72,666.91.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak syarikat telah melaksanakan pembayaran penuh mengikut amaun yang telah dikemukakan. Kedua, manakala bagi proses pemantauan berkaitan pengurusan kad LMM, tindakan yang telah diambil ialah satu, JPJ telah melaksanakan sesi latihan kepada petugas kaunter JPJ dan rakan strategik pada bulan Februari 2022 hingga Mac 2022 bagi memantau pengurusan pengendalian kad LMM. JPJ juga telah melaksanakan pemantauan berkaitan lebihan kad LMM dan bahan habis guna di setiap JPJ negeri. JPJ juga melalui surat arahan berkaitan laporan pemantauan Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu Negeri bertarikh 12 Ogos 2021 di mana Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri dikehendaki untuk menjalankan pemantauan terhadap pengurusan kad LMM di bawah seliaannya...
Yang Berhormat, sedikit sahaja Yang Berhormat. Cuma, saya ambil kesempatan ini untuk mohon kalau boleh Yang Berhormat mendapat ataupun menasihatkan JPJ di Seberang Jaya, Pulau Pinang di mana terdapat tempat dan ruang untuk meletak kereta tetapi kesemua yang datang ke situ, orang awam diminta untuk meletakkan kenderaan di luar. Boleh kah sekurang- kurangnya warga emas wanita atau orang-orang kelainan upaya diberi kebenaran untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta dalam pejabat? Terima kasih. Mohon diambil kira.
Saya ambil perhatian. JPJ sentiasa memantau pengurusan pengeluaran dan penggunaan kad LMM di setiap JPJ negeri melalui buku daftar stok kawalan petugas kaunter. Ketiga, bagi menangani isu lebihan kad LMM, JPJ telah mencadangkan kad LMM tersebut digunakan semula dengan pembekalan bahan habis guna yang mencukupi. Bagi rakan strategik pula, JPJ telah menghantar surat tuntutan lebihan kad LMM kepada pihak Pos Malaysia Berhad bertarikh 14 Disember 2021. Bagi mengatasi masalah yang timbul berhubungan pengurusan kad LMM ini, mulai 10 Februari 2023 sebagaimana pengumuman Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berhubung inisiatif pendigitalan JPJ yang merangkumi lesen kenderaan motor elektronik dan lesen memandu Malaysia elektronik di mana tiada lagi kad fizikal yang dikeluarkan kepada pemegang lesen. Bagi fasa pertama, semua pemilik kenderaan persendirian individu berwarganegara Malaysia adalah dikecualikan daripada mempamerkan dokumen LKM dan juga LMM fizikal dan dibenarkan untuk mengemukakan salinan digital elektronik LKM dan elektronik LMM melalui aplikasi MyJPJ. Inisiatif ini merupakan satu usaha ke arah mendukung dasar pendigitalan negara dan ia akan diperkembangkan ke kategori-kategori kenderaan yang lain secara berfasa iaitu kenderaan individu milik syarikat, kenderaan komersial dan kenderaan milik bukan warganegara. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, penggunaan dokumen fizikal adalah secara minimum bagi kategori tertentu sahaja. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, tender bagi inisiatif pendigitalan JPJ juga telah dilaksanakan secara tender terbuka. JPJ juga sedang dalam proses untuk mengiklankan perolehan secara tender terbuka bagi perolehan bahan guna habis dengan izin consumable item bagi percetakan kad Lesen Memandu Malaysia- LMM agar lebihan kad LMM boleh dicetak dan boleh digunakan semula. Terima kasih Tuan Yang di-a.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri Kesihatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengucapkan tahniah atas penganugerahan Tan Sri.
Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Parlimen kerana dapat membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2021, Siri 2. Merupakan satu langkah yang baik, dan juga ini memberikan ruang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menyuarakan kekhuatiran dan juga harapan Ahli-ahli Parlimen berkenaan tentang Laporan Ketua Audit Negara. Sekurang-kurangnya Laporan Ketua Audit Negara ini bukan eksklusif kepada PAC dan juga saya merupakan bekas Ahli PAC, dan saya sangat tahu bagaimana untuk kita mengadakan prosiding, dan juga to scrutinise, dengan izin, Laporan Ketua Audit Negara ini. Juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi isu-isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Gombak dan juga beberapa lagi Ahli Yang Berhormat turut memberikan celahan sepanjang sesi perbahasan semalam. Untuk sesi penggulungan ini, saya akan cuba untuk menjawab semua pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun, saya akan terlebih dahulu memberikan fokus kepada isu-isu dasar khususnya yang melibatkan kepentingan umum. Bagi isu-isu yang tidak sempat saya jawab, saya akan memberikan jawapan secara
bertulis. Tumpuan saya bagi sesi penggulungan ini telah saya kategorikan kepada beberapa tajuk iaitu isu perolehan darurat mesin ventilator. Kedua, aplikasi sistem MySejahtera. Ketiga, berkenaan tentang ambulan dan juga yang keempat berkenaan tentang vaksin COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, keperluan ventilator yang diperlukan dan kaedah perolehan yang telah dilaksanakan dalam tempoh awal penularan COVID-19 terdapat keperluan yang amat mendesak bagi 800 unit ventilator iaitu 300 unit untuk penggantian peralatan sedia ada dan baki 500 unit merupakan keperluan tambahan baharu. Disebabkan keperluan yang mendesak ini, KKM terpaksa melaksanakan perolehan secara perolehan darurat. KKM telah berjaya mencapai jumlah sasaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan ketika itu. Proses perolehan peralatan ventilator pula dilaksanakan di pelbagai peringkat seperti di peringkat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau di peringkat hospital masing-masing. Bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan mengenai perolehan ventilator. Perolehan ini dibuat berikutan keperluan yang amat mendesak pada ketika itu dan ventilator pada masa tersebut dikategorikan sebagai komoditi item, dengan izin, dengan konsep cash and carry method di negara pengeluar. Pergerakan keluar masuk ke Negara China ketika itu juga adalah sangat-sangat terhad. Untuk tujuan perolehan darurat peralatan ventilator ini, KKM telah menyediakan spesifikasi teknikal yang berkaitan. Spesifikasi ini juga telah dikemukakan kepada pembekal dan kemudian pembekal telah mengemukakan cadangan ventilator melalui brosur dan katalog untuk pertimbangan KKM. Pemilihan ventilator untuk dibuat perolehan adalah berdasarkan brosur dan katalog ini. Ini memandangkan pergerakan pegawai-pegawai KKM yang terhad ketika itu. Penghantaran ventilator ke fasiliti kesihatan KKM dibuat secara berfasa. Penghantaran ini mengambil masa yang agak panjang memandangkan permintaan dan persaingan yang sangat tinggi daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat pada masa tersebut. Harga peralatan pada ketika itu juga telah meningkat secara mendadak sehingga empat kali- ganda daripada harga asal berdasarkan kepada konsep take it or leave it basis. Untuk makluman Yang Berhormat, peralatan ventilator yang dibeli oleh KKM yang dilantik ini telah dihantar terus ke fasiliti kesihatan KKM yang telah ditetapkan. Pemeriksaan dan pentauliahan T&C telah dilaksanakan oleh fasiliti kesihatan masing- masing dengan kerjasama syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital (PSH)...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Terima kasih atas penjelasan bahawa perolehan ventilator ini dibuat sewaktu pergerakan sangat terhad oleh pihak kementerian ketika darurat. Alat-alat yang diperoleh ini telah dihantar ke fasiliti. Cuma, persoalan saya Menteri, saya juga tekun mendengar. Terima kasih atas penjelasan.
Maksudnya alat yang diperoleh itu ventilator-ventilator itu diperoleh tanpa usul periksa atau pemeriksaan ke atas ventilator dan ditempah dan dihantar. Itu permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sememangnya dalam keadaan darurat, memang kita terhad untuk melihat peralatan tersebut secara fizikal. Walaupun demikian, pegawai-pegawai di peringkat kementerian di hospital dan juga di fasiliti-fasiliti KKM telah memberikan spesifikasi ventilator yang bersesuaian dan juga kita mengharapkan pembekal dapat menyediakan ventilator tersebut. Walaupun demikian untuk maklumat tambahan Yang Berhormat Jelutong, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Belanjawan. Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55) dan Perolehan Darurat (AP173.2) yang kini dikemas kini
oleh MOF sebagai AP 169A. Tiada keperluan KKM untuk menyediakan sebarang dokumen perjanjian bagi perolehan secara perolehan darurat ini. Ini juga merupakan salah satu punca mengapa mungkin pembekal berdasarkan keadaan darurat tersebut mengambil kesempatan untuk menyediakan peralatan ventilator yang tidak memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang kita pohonkan. Sehingga ke tarikh ini, KKM telah bersetuju supaya dilaksanakan penggantian 104 unit ventilator berdasarkan kos penyelenggaraan ventilator yang tidak dapat digunakan. Ventilator yang tidak boleh dinaiktarafkan telah dicadangkan untuk dilupuskan kepada pusat latihan teknikal bagi tujuan kemahiran dan latihan.
Yang Berhormat Menteri.
Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran terhadap peralatan ventilator-ventilator yang tidak dapat digunakan. Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Saya juga masih tekun dengar kepada penjelasan. Saya juga hairan kenapa tidak ada seorang pun daripada pihak Pembangkang yang hadir untuk mendengar penjelasan, perbahasan tidak tetapi sekurang-kurangnya penjelasan pun mereka tidak mahu dengar. Akan tetapi jelaslah kerana perkara ini telah dibangkitkan dalam peraturan tadi oleh seorang Ahli pembangkang. Jelas bahawa pembelian ini dibuat ketika darurat dan ketika pergerakan pegawai-pegawai dihadkan. Saya menghormati perkara itu dan menerima penjelasan. Persoalannya adalah bolehkah apa-apa tindakan dikenakan terhadap syarikat- syarikat ini yang telah membekalkan ventilator-ventilator ini, nombor satu. Nombor dua, bolehkah mereka disenaraihitamkan, kalau pun tidak ada sebarang perjanjian, semoga mereka ini tidak lagi membekalkan apa-apa peralatan kepada Kementerian Kesihatan. Itu persoalan saya. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jelutong berkenaan tentang proses perolehan sekiranya kita berdepan sekali lagi dengan darurat. Kita memerlukan satu proses yang teratur dan juga dapat mewujudkan satu perjanjian memandangkan apa yang berlaku- kita tidak mempunyai perjanjian yang khusus berkenaan tentang pemilikan ventilator ini dan saya juga berharap agar pihak...
Yang Berhormat Menteri...
PAC nanti dapat mengadakan prosiding berkenaan tentang isu tersebut.
Yang Berhormat Menteri sedikit, sedikit sahaja.
Okey Yang Berhormat Jelutong.
Cuma perkara ini walaupun tidak diperiksa pihak yang membekalkan peralatan ventilator ini perlu tahu bahawa ketika itu ventilator adalah salah satu- alat yang diperoleh untuk membantu rakyat dalam masalah kesihatan yang dihadapi.
Betul.
Jadi mereka mempunyai morale responsibility untuk- walaupun tidak diperiksa kualitinya, kegunaannya, sekurang- kurangnya mereka harus membekalkan peralatan yang boleh melaksanakan tugas atau pun tanggungjawab hakiki mereka, memastikan bahawa peralatan itu boleh digunakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sememangnya keperluan ventilator itu adalah sangat-sangat mendesak dan juga dalam pada masa yang sama.
Yang Berhormat Menteri belakang, belakang.
Kita kena mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dapat menggunakan ventilator-ventilator yang dibekalkan dan juga banyak, hampir 500 buah ventilator yang telah ditempah berfungsi dengan baik. Walaupun demikian tentang ketirisan tersebut haruslah kita berikan perhatian. Saya terus kepada isu MySejahtera.
Yang Berhormat Menteri satu last belakang, belakang.
Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tebrau.
Satu sahaja, satu sahaja.
Okey.
Minta, saya hendak mohon pencerahan.
Ya, ya.
Last, last. Soalan tentang ventilator ini. Maknanya Yang Berhormat Menteri dalam kes sekarang sebab darurat maknanya tiada perjanjian yang ditandatangani. Kalau tidak dalam darurat adakah KKM akan ditandatangani perjanjian dengan pembekal? Itu soalan pertama ya. Itu yang saya katakan.
Itu sudah pasti. Saya akan jawab soalan Yang Berhormat Tebrau. Izinkan saya untuk mengulas pertanyaan tersebut.
Satu lagi Yang Berhormat Menteri, satu lagi. Walaupun tidak ada perjanjian tetapi biasa kita hantar barang, biasalah dalam komersial ada invois, ada DO dan tidak kah itu mencukupi untuk kita mengambil tindakan undang-undang apabila kita ada delivery order dengan invois walaupun tidak ada perjanjian.
Okey, all right. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berkenaan tentang- Tuan Yang di-Pertua, berikan saya sedikit masa memandangkan.
Ya, silakan.
Dalam kesemua Ahli Parlimen yang berbahas merujuk kepada KKM. Berkenaan tentang hala tuju MySejahtera yang dibangkitkan semalam. Untuk makluman seperti Yang Berhormat Betong, berkenaan tentang aplikasi MySejahtera kini dikembangkan menjadi aplikasi kesihatan awam seperti yang disarankan oleh PAC. MySejahtera merupakan satu- aset digital Kementerian Kesihatan yang pada masa kini digunakan oleh 17.9 juta orang- pengguna yang aktif dan 9,000 fasiliti kesihatan, 9,000 fasiliti kesihatan meliputi fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta sepanjang tempoh pandemik dan sehingga kini aplikasi ini masih kekal relevan dan digunakan dengan meluas oleh masyarakat Malaysia. Sudah pasti saya tahu Ahli-ahli Parlimen ingin mendengar apakah syor-syor untuk masa depan aplikasi MySejahtera dan juga Kementerian Kesihatan telah meluaskan aplikasi tersebut melalui fungsi-fungsi seperti berikut: (i) surveillance penyakit berjangkit seperti TIBI, denggi, demam campak, penyakit anjing gila dan juga penyakit tangan, kaki dan mulut; (ii) rekod vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia;
(iii) rekod saringan penyakit tidak berjangkit individu berumur 40 tahun ke atas; (iv) pendaftaran ikrar derma organ; (v) rekod penderma darah; dan (vi) temu janji mendapatkan perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti primer. Berkenaan tentang isu pemilikan. Pemilikan hak milik aplikasi MySejahtera merupakan hak milik kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia sepenuhnya. Bagi memastikan perkara ini Kementerian Kesihatan telah melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut. Melaksanakan penelitian wajar atau due diligence dengan merujuk perkara ini pada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan pandangan undang-undang. Langkah ini bertujuan untuk memastikan kesahihan pihak yang akan berkontrak dengan kerajaan dan meneruskan status pemilikan aplikasi MySejahtera. Memastikan kepentingan kerajaan terpelihara. Kesemua modul dalam aplikasi MySejahtera merupakan milik kerajaan. Hak milik aplikasi data MySejahtera meliputi hak harta intelek, kod sumber, modul-modul yang telah dibangunkan, data jenama logo MySejahtera merupakan milik kerajaan sepenuhnya. Kerajaan mempunyai hak penuh ke atas penggunaan platform MySejahtera melalui lesen platform kekal atau perpetual license tanpa sebarang kos. Kerajaan akan meneruskan pembinaan modul-modul tambahan dalam masa yang akan datang. Berkenaan tentang Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1.12 juta kali terhadap sistem MySejahtera. Ini adalah sebenarnya cubaan serangan dan juga tiada rekod ketirisan data melalui serangan tersebut. Bermaksud MySejahtera yang kita gunakan tersebut adalah selamat. Walaupun demikian terdapat laporan daripada Laporan Ketua Audit Negara terdapat 3 juta muat turun dan juga untuk menjawab persoalan tersebut. Laporan polis telah dibuat dan juga siasatan sedang dilakukan dan keadaan itu, apa yang boleh saya maklumkan kepada Dewan adalah muat turun naik tersebut adalah dilakukan oleh Super Admin bagi MySejahtera. Saya tidak dapat mendedahkan hasil siasatan yang sedang dibuatkan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Taiping dari belakang Yang Berhormat Menteri.
Minta sedikit penjelasan.
Ya?
Yang Berhormat Taiping.
Oh, Yang Berhormat Taiping. Okey.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar penjelasan daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan pemilikan MySejahtera dan nampaknya ada perkembangan yang positif berkenaan dengan pemilikannya, khasnya selepas syor-syor laporan PAC yang telah pun PAC Parlimen Keempat Belas, yang telah pun dibentangkan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi sedikit pencerahan berkenaan dengan status kemasukan kontrak dengan mana-mana ataupun dengan pemaju atau developer, dengan izin, MySejahtera yang asal dan berapakah jumlah wang yang telah dibayar dan akan dibayar? Bagaimanakah kepentingan kerajaan dan rakyat boleh di lindungi dalam segala proses pemberian kontrak tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Eh, Yang Berhormat Taiping.
Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Taiping.
[Ketawa] Sudah biasa Yang Berhormat Ipoh Timur, yang juga merupakan Pengerusi- Chair to the PAC pada penggal yang lepas,
dan juga beliau sangat arif. Syor-syor yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Taiping bersama PAC turut diguna pakai oleh KKM untuk menentukan hala tuju dan juga dasar MySejahtera terutama untuk menjadikan MySejahtera sebagai aplikasi kesihatan awam yang utama.
Berkenaan tentang pembayaran. Sememangnya kita mempunyai ada lagi lebihan pembayaran yang perlu dibayar kepada pihak pemaju atau pun pihak developer. Memandangkan terdapat beberapa item perkhidmatan yang telah diguna pakai oleh MySejahtera terutama dalam pembangunan modul-modul, saya tidak mempunyai data yang terperinci. Saya boleh memaklumkan kepada Yang Berhormat Taiping secara bertulis. Berkenaan tentang- banyak persoalan berkenaan tentang COVID-19 berkenaan tentang perolehan vaksinasi. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan jawapan dan juga penggulungan berkenaan tentang vaksinasi ini melalui pembentangan Kertas Putih yang akan dibentangkan pada esok hari.
Baik.
Kesemua maklumat COVID-19 perolehan berada di atas meja Ahli-ahli Parlimen. Sememangnya apa yang berlaku di KKM berkenaan tentang pembaziran atau pun dos-dos vaksin yang telah expired, dengan izin. Sebanyak hampir satu juta vaksin itu merupakan disebabkan tempoh hayat dan juga penyimpanan tidak dapat lagi dipanjangkan oleh fasiliti-fasiliti KKM dan juga berdasarkan rekod, kita merupakan negara yang terbaik. Antara yang terbaik dalam pengagihan atau pun dos-dos primer yang pertama. Walaupun demikian bagi dos penggalak, berlaku kekurangan untuk rakyat kita mendapatkan vaksin terutamanya sekali booster dose tersebut. Saya terus pergi ke isu berkenaan tentang ambulans. Berkenaan tentang ambulans. KKM sebenarnya memerlukan 1,000 buah ambulans untuk menyediakan perkhidmatan kepada hospital-hospital. Walaupun demikian, bagi menangani isu kekurangan ambulans di fasiliti yang sedia ada, KKM telah pun menandatangani perolehan sebanyak 590 buah ambulans bagi type A dan juga type B. Jumlah 100 unit type A, dan 490 unit bagi ambulans type B bagi penggantian di klinik-klinik dan juga di hospital. Keperluan kenderaan ambulans KKM dianggarkan akan berlaku peningkatan sebanyak tiga peratus setahun berdasarkan pengiraan beban kerja tahunan. Oleh yang demikian, buat masa ini beberapa langkah dilaksanakan oleh KKM bagi memastikan perkhidmatan ambulans tidak terjejas dengan menambah lokasi hot spot dan juga melaksanakan projek rintis Klang Valley Ambulance Services. Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain dalam memperkasakan perkhidmatan ambulans dalam bomba dan juga penyelamat Malaysia. Berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran berkenaan tentang isu panggilan dan juga keperluan ambulans. Perkara tersebut memang diakui dan juga saya mempunyai maklumat di peringkat KKM untuk 590 buah ambulans tersebut, kita akan menghantar lebih kurang hampir 70 unit ambulans yang kita akan berikan kepada negeri Sabah. Semoga keputusan ini akan memberikan manfaat dan juga negeri-negeri lain pun akan memperoleh. Untuk Yang Berhormat Tebrau, walaupun saya tidak mempunyai jawapan tetapi saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Tebrau berkenaan tentang pembaziran PPE yang memang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara. Berlakunya perubahan prosedur dan juga SOP penggunaan PPE pada ketika itu di mana ada beberapa item PPE yang sudah tidak bersesuaian untuk digunakan terutama boot cover tidak silap saya, dan juga beberapa item yang lain. Walaupun demikian, perolehan telah dibuat. Memandangkan dalam keadaan yang tidak menentu dalam keadaan kita berdepan dengan darurat, kita telah membuat satu perolehan tanpa melihat penggunaannya secara dalam tempoh yang ke depan. Kita
melakukan secara current situation yang untuk kita tangani. Oleh sebab itulah berlakunya pembaziran tetapi dalam pada masa yang sama atas kreativiti dan juga inovasi pegawai- pegawai KKM ketika ini penggunaan yang sebanyak dua hingga tiga peratus dalam laporan Ketua Audit Negara itu dapat kita tingkatkan kepada 24 peratus ketika ini. Terakhir, perolehan darurat merupakan salah satu pengecualian daripada perolehan biasa dan perolehan biasa sekiranya ada Delivery Note, boleh diambil tindakan. Ini untuk jawapan Yang Berhormat Jelutong. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua untuk proses perolehan vaksinasi. Saya akan jawab pada esok hari. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Saya ucapkan terima kasih.
Terima kasih. Jawapan yang baik dan telah pun memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala kita semua. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saya hendak menyebut beberapa perkara. Pertama, Pameran Tapak Arkeologi Sungai Batu, Tamadun Terawal Asia Tenggara sedang berlangsung di ruang legar kita di luar sana hinggalah 8 Jun, hingga esok. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tapak ini ialah di antara tapak tamadun yang terawal. Malah ia lebih awal daripada Angkor Wat di Kambodia, dan Borobudur di Indonesia. Jadi, saya menyerulah Ahli-ahli Yang Berhormat yang lapang untuk melihat keindahan sejarah kita. Itu yang pertama. Kedua, di luar sana juga ada check kesihatan khususnya kesihatan mata. Jadi, kita buat sampai esok. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lapang bolehlah check sampai esok- melihat sama ada mata Yang Berhormat masih lagi terang atau pun kalau kabur, sila betulkan mata Yang Berhormat. Ketiga Yang Berhormat, saya telah pun buat pengumuman supaya kita buka Dewan kita untuk dilawati oleh pelawat-pelawat. Alhamdulillah, kita mendapat kunjungan bertali arus... [Ketawa] Jadi, hari ini pelajar-pelajar dari sekitar kawasan telah pun datang. Untuk makluman pelawat-pelawat dan juga penonton yang melihat persidangan sedang berlaku, hari ini agak normal, bukan dalam keadaan biasa. Sebabnya kita mengharapkan- selalunya Dewan penuh. Akan tetapi, semalam pihak Pembangkang telah membuat keputusan tidak mahu terlibat dalam perbincangan atau pun perbahasan Laporan Ketua Audit Negara. Jadi, mereka telah pun membuat keputusan untuk boikot, meninggalkan Dewan sejak semalam dan hari ini. Jadi, ini bukan amalan biasa. Ini agak luar biasa. Jadi, kita- janganlah mempunyai anggapan bahawa inilah keadaan biasa dalam Dewan. Tidak begitu ya. Jadi, isu ini agak terpencillah. Seterusnya, saya menjemput...
Tuan Yang di-Pertua, terlupa untuk menyebutkan bahawa keadaan aman dan damai tanpa Pembangkang... [Ketawa]
Ya. Ya. Insya-Allah. Baik, saya jemput Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum kita sambung balik. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Tuan Yang di-Pertua ada bangkit tiga isu. Kota Melaka sini.
Ya. silakan.
Tuan Yang di-Pertua. Saya perhatikan kebelakangan ini, terutamanya pada waktu pagi, ramai pegawai yang kerajaan datang ke Parlimen. Saya lihat queue yang begitu panjang di luar sana di Pondok Keselamatan sana sehingga traffic jam di sana. Barangkali kita perlu cari satu penyelesaian untuk pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan yang datang ke Parlimen dan juga pelawat. Saya melihat terlalu panjang queue-nya. Mungkin kita perlu cari.
Ya, saya pun noticed juga. Oleh sebab itu, nasihat saya pegawai-pegawai kerajaan jangan datang waktu Ahli Parlimen datang. Jadi, Ahli Parlimen lazimnya bermula kita bersidang jam 10 pagi. Jadi, minta pegawai-pegawai kerajaan datang awal. Jadi- kalau datang masa Ahli-ahli Parlimen masuk itu yang menyebabkan- namun pun begitu, kita akan cuba improve-kan supaya tidak berlaku jam di luar. Insya- Allah, pada sesi yang akan datang ya.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya.
Cuma hendak lengkapkan maklumat. Saya tadi buat sidang media di luar. Dimaklumkan oleh pihak media juga mereka perlu queue selama satu jam untuk masuk ke Dewan kita. Pada masa yang sama, juga dilihat bahawa terdapat ramai yang kereta itu terlalu banyak yang dalam sini. Saya cadangkan kita manfaatkan shuttle bus yang ada.
Ya, khususnya daripada petugas-petugas, pegawai- pegawai kepada Ahli Parlimen dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Datang awal, tinggalkan kereta anda di luar, dekat dengan Bukit Aman dan gunakan shuttle bus yang kita adakan. Mungkin kita kena tambah shuttle bus kita lagilah ya. Saya akan lihat untuk menyelesaikan masalah itu. Baik, saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Silakan.
Ya, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan belum lewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri.
Terima kasih.
Ya. Terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi menjawab persoalan serta isu-isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Mewakili KPKM, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara berkaitan kementerian ini sepanjang berlangsungnya sesi perbahasan pembentangan Usul berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2021 pada hari kelmarin. Sebagai anggota Kerajaan Perpaduan yang menyahut seruan pembaharuan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini, keutamaan kita lebih tertumpu kepada bagaimana kepimpinan di kementerian hari ini dapat menyelesaikan masalah yang diketengahkan oleh LKAN. Tumpuan kita adalah untuk memperbetulkan kelemahan supaya golongan sasar kita, pesawah, petani, penternak, nelayan dan pengusaha secara khususnya dan rakyat secara amnya dapat menerima manfaat daripada usaha kerajaan. Oleh itu, saya tak faham kenapa pihak pembangkang tidak hadir untuk sesi ini. Oleh yang demikian, kita menerima teguran Audit secara positif. Menjadikannya sebagai lesson learnt atau iktibar bagi melakar haluan masa depan KPKM supaya matlamat dapat dicapai dan kepentingan serta kebajikan warga tani terus terbela. Yang Berhormat Kota Melaka ada berbahas mengenai Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Untuk hal ini, bagi pihak kementerian, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun kerana mengambil langkah awal dan proaktif untuk berunding dengan BERNAS bagi mendapatkan manfaat tambahan kepada pesawah yang di luar daripada skop perjanjian konsesi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam salah satu tindakan segera yang diambil sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara telah berjaya berunding dengan BERNAS untuk mendapatkan tambahan dana RM60 juta. Wang ini kemudian diagihkan oleh kementerian kepada seramai 240,000 orang pesawah dalam bentuk sumbangan bantuan khas sebanyak RM250 seorang pesawah. Selain itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berjaya mendapatkan persetujuan BERNAS untuk berkongsi 30 peratus keuntungan bersih daripada import beras kepada pesawah pada tahun 2023 dan kementerian masih dalam proses memuktamadkan mekanisme terperinci pelaksanaan perkongsian keuntungan 30 peratus dan akan membuat hebahan kepada orang ramai setelah siap selesai. Berkenaan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kota Melaka untuk memaktubkan komitmen-komitmen tambahan ini dengan meminta klausa dalam perjanjian konsesi, saya rasa ini merupakan satu cadangan yang baik dan saya akan majukan kepada Yang Berhormat Menteri untuk perbincangan lanjut supaya hal ini boleh dibawa ke peringkat yang selanjutnya. Kedua-dua Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kota Melaka semalam...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Biar saya sambung dahulu, boleh?
Okey, boleh.
Okey. Kedua-dua Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kota Melaka semalam juga membangkitkan isu dana obligasi sosial tahun 2021, RM30 juta yang belum diterima. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak RM12 juta telah diterima. RM12 juta yang telah diterima ini adalah seperti berikut RM2 juta untuk dana stok penimbal benih padi negara dan RM10 juta untuk dana bencana tanaman padi. Untuk dana yang belum diterima itu iaitu RM25 juta. Ini merujuk kepada RM5 juta untuk dana pembangunan sistem maklumat padi dan beras dan RM20 juta untuk dana pembangunan nutrien tanah. Kedua-dua projek ini masih dalam fasa pembangunan dan pihak BERNAS boleh membayar secara berperingkat mengikut kemajuan projek atau sepertimana yang diarahkan oleh pihak kerajaan sepertimana yang tertera di dalam klausa 18, 19 dan lampiran F perjanjian konsesi kerajaan dengan BERNAS. Tahap kemajuan untuk projek ini, sesi libat urus bersama agensi kerajaan yang terlibat dengan pembangunan sistem telah selesai dan dalam peringkat penyediaan spesifikasi sistem. Sistem yang akan dibangunkan iaitu sistem bersepadu yang akan melibatkan pengintegrasian sistem dan data-data di dalam industri padi dan beras negara. Pembangunan sistem bersepadu industri padi dan beras diunjurkan mengambil masa 12 ke-24 bulan daripada tarikh pelantikan syarikat yang berjaya dan daripada segi pemantauan, pembayaran pada setiap tahun juga akan dipantau secara rapi melalui Jawatankuasa Pemantauan Konsesi BERNAS dan Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sekarang saya masuk ke isu tabung amanah dan kedua-dua Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kota Melaka juga semalam membangkitkan isu tabung amanah. Tabung amanah telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan Kerajaan Perpaduan pada 1 Jun 2023. Namun begitu, dana obligasi tahun 2021 dan 2022 telah dimasukkan dalam Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan (ATTD) sementara proses penubuhan akaun amanah selesai dilaksanakan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ini merupakan kali pertama akaun amanah diperlukan untuk mengakaunkan dana obligasi BERNAS. Ia tidak menjadi keperluan dalam perjanjian konsesi sebelum ini. Saya merujuk kepada perjanjian pertama dan perjanjian yang kedua. Oleh itu, sebelum akaun amanah
boleh ditubuhkan, akaun ATTD hendaklah diwujudkan terlebih dahulu dan dana perlu disalurkan ke dalam ATTD sebagai syarat untuk menubuhkan akaun amanah. Selain itu, bagi menubuhkan akaun amanah, beberapa proses libat urus dan penambahbaikan telah dilaksanakan untuk penyediaan arahan amanah sebelum arahan amanah tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan seterusnya meluluskan penubuhan akaun amanah. Ini untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka juga, Jemaah Menteri di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh iaitu kerajaan terdahulu, pada 28 Oktober 2020 telah bersetuju supaya perjanjian konsesi PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS) dilanjutkan selama 10 tahun lagi bermula 11 Januari 2021 sehingga 10 Januari 2031 untuk melaksanakan 10 bentuk obligasi sosial. Dalam perjanjian konsesi ini, memang terdapat terma pembatalan atau exit clause di bawah fasal 25. Termination by the government dan fasal 27, termination by BERNAS yang mana sekiranya dilaksanakan, akan melibatkan implikasi perundangan yang melibatkan bayaran pampasan tertakluk kepada terma-terma dalam perjanjian konsesi. Menerusi jawatankuasa pemantauan yang bertindak sebagai badan penilai- oversight body untuk memantau pelaksanaan obligasi sosial BERNAS berdasarkan key performance indicator (KPI) yang telah ditetapkan. Bagi setiap obligasi sosial yang telah dipersetujui, tindakan yang sewajarnya boleh diambil jika syarikat konsesi gagal memenuhi KPI yang dipersetujui. Selain itu, kita selalu mengatakan proses libat urus secara berterusan juga dilaksanakan bersama dengan BERNAS bagi memastikan isu-isu industri dapat ditangani secara pantas dan tuntas. Seperti contoh, baru-baru ini Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood telah mengetuai sesi libat urus bersama wakil pengurusan BERNAS dan para pemborong beras bagi meneliti kemungkinan kekurangan bekalan beras di pasaran. Ini merujuk kepada pasaran runcit. Selepas melihat kepada trend belian oleh pemborong di sepanjang empat bulan pertama tahun ini yang menunjukkan peningkatan, BERNAS telah bersetuju untuk membuat pembelian tambahan sebanyak 150,000 metrik beras import lagi pada bulan Mei 2023. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili KPKM. Yang Berhormat Kota Melaka, sila.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu detil sekali. Saya hendak pengesahan bahawa tentang inisiatif yang disyorkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita tentang 30 peratus untung bersih. Itu adalah additional daripada 10 bentuk obligasi.
Adakah ia tambahan? Saya hendak minta pengesahan. Yang kedua ialah kalau kita lihat memandangkan ada exit clause, boleh kita tahu KPI yang kita tetapkan, adakah BERNAS mencapai KPI yang kita tetapkan itu ya? Jika tidak, adakah kerajaan rancang untuk kita batalkan perjanjian konsesi tersebut, ataupun monopoli. Kita tahu monopoli ini memang menyusahkan para pesawah seperti dalam ucapan saya semalam, 10 tahun mereka hanya bagi RM439 juta kepada pesawah sedangkan untung mereka sepuluh tahun ialah RM1.2 bilion. Kita tahu BERNAS ini untuk mereka import padi dari luar, mereka untung banyak, tetapi hanya manfaat kepada satu buah syarikat sahaja. Pengguna tidak dapat apa-apa manfaat. Jadi, kalau kita lihat hari ini ia dalam surat khabar Sin Chew Jit Poh, ada dalam front page mereka Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa pemborong beras sekarang mereka khuatir, dalam masa beberapa bulan akan datang, mungkin akan menghadapi masalah kekurangan beras. Saya dapat jawapan daripada Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa ada peningkatan import beras sejak bulan Mei yang lepas. Jadi, adakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan supaya untuk memastikan bekalan beras ini cukup untuk rakyat Malaysia, terima kasih.
Terima kasih pada Kota Melaka. Isu yang pertama, untuk 30 peratus profit sharing daripada beras import ini, ia bukan sebahagian daripada 10 bentuk obligasi sosial. Ia merupakan salah satu langkah proaktif daripada Yang Amat Berhormat dengan rundingan beliau bersama dengan BERNAS, dapatkan satu ‘goodies’ untuk memajukan pesawah. Kita menyambut baik tentang cadangan untuk memasukkan dia sebagai salah satu- obligasi selepas dimuktamadkan di pihak kementerian. Yang kedua untuk isu yang monopoli ini, saya menghormati pandangan Kota Melaka, memang kita selalu hendak menghapuskan monopoli. Cuma kita juga hendak melihat kepada isu-isu atau aspek-aspek lain seperti menjaga kestabilan bekalan beras dalam negara. Atas consideration ada pertimbangan daripada perspektif lain, sampai masa sekarang konsesi ini masih diteruskan. KPI yang saya difahamkan oleh kementerian, KPI BERNAS memang masih dicapai. Kita ada jawatankuasa untuk pemantauan. Isu yang diuar-uarkan oleh Sin Chew, sebuah media Cina yang terbesar di Malaysia, bahawa kemungkinan kekurangan bekalan beras ini adalah tidak begitu tepat kerana apa yang berlaku iaitu peruncit-peruncit ini- sekarang berlaku hasil padi kurang di dalam negara dan mereka memerlukan lebih beli banyak beras import. Cuma boleh dimasukkan oleh BERNAS. So, apa yang berlaku BERNAS melalui rekod mereka, mereka mengatakan permintaan di pasaran sekarang telah melebihi seperti tahun-tahun yang terdahulu. Selepas sesi libat urus pada minggu yang lalu, pihak BERNAS telah bersetuju untuk menambah lagi 150,000 matriks tan beras import masuk ke dalam negara supaya bekalan kita tidak terputus. Dengan kata-kata demikian, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri terakhir, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim, saya ucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Dalam Negeri kerana diberi peluang untuk menjawab Laporan Ketua Audit Negara terhadap kontrak perkhidmatan mencetak dan pengeposan notis saman PDRM. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas anugerah Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2021 di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Tuaran kerana dia satu-satu Ahli Parlimen yang menyentuh isu berkaitan bayaran perkhidmatan mencetak dan pengeposan notis saman polis. Untuk makluman ahli Dewan yang saya hormati, bagi tempoh pelaksanaan kontrak tiga tahun mulai 1 Disember 2019 sehingga 30 November 2022, kerja-kerja yang dituntut oleh pihak syarikat adalah sebanyak RM21,130,000 daripada kos asal kontrak iaitu RM44,997,000. Berkaitan dengan itu, tindakan yang sedang diambil oleh kementerian ini ke atas pihak syarikat ialah mengenakan denda LAD, denda lewat bernilai RM969,738.71 dan rampasan bon pelaksanaan kontrak ini bernilai RM749,950.00. Sebagai memenuhi syor Audit, kementerian juga sedang mengambil tindakan bagi menambah baik terma-terma perjanjian dalam kontrak akan datang untuk memastikan kepentingan kerajaan ini terpelihara dan terjamin. Apa pun Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan statistik, melalui kontrak ini untuk tempoh 1 Disember 2019 hingga 30 November 2022, sebanyak 5,342,358 saman telah dijelaskan dengan kutipan hasil kerajaan sebanyak RM399,709,475. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian kita akan terus komited dan beriltizam untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara berdasarkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Tentunya kita terus komited untuk memastikan dan melaksanakan tata kelola dan urus tadbir yang baik dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Akhir sekali, saya bagi pihak kementerian mengucapkan terima kasih kepada ahli Yang Berhormat yang terlibat yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan dan segala yang dibangkitkan akan diambil tindakan oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Menteri Dalam Negeri. Ahli Yang Berhormat, sekianlah pembentangan dan jawapan daripada kementerian-kementerian yang berhubung dengan Laporan Ketua Audit seperti yang telah pun kita bersidang selama dua hari untuk tujuan itu. Maka hari ini kita akan mencipta sejarah, kali pertamanya Laporan Ketua Audit Negara kita bawa ke Parlimen dan kita bincang agar semua masalah rakyat kita selesaikan dengan baik dan teratur. Oleh yang demikian Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 dibacakan kali kedua sekarang.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang dihormati, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jemaah Menteri pada 2 Mac 2005 telah bersetuju supaya Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia distrukturkan semula kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menangani masalah kewangan yang meruncing, yang dihadapi oleh sektor koperasi akibat kelemahan daripada segi pengurusan kewangan, tadbir urus dan ketidakpatuhan kepada akta serta perundangan koperasi. Susulan daripada penstrukturan tersebut, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 ataupun Akta 665 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen bagi membolehkan SKM ditubuhkan dengan matlamat untuk mewujudkan pengurusan koperasi yang lebih efisien dan efektif, seterusnya dapat merangsang pembangunan sektor koperasi yang lebih terancang sebagai sektor ketiga yang menyumbang kepada pertubuhan ekonomi negara. Daripada segi tadbir urus, Akta 665 telah memperuntukkan struktur pengawasan oleh Lembaga Pengarah SKM dalam menentukan dasar dan hala tuju serta pentadbiran dan pengurusan hal ehwal SKM.
Akta ini juga menggariskan tugas dan tanggungjawab Lembaga dalam memastikan SKM melaksanakan kuasa, fungsi dan tugas yang diperuntukkan oleh akta ini kepadanya. Namun, selari dengan perkembangan semasa, fungsi SKM wajar terus diperkukuhkan berdasarkan akta tubuhnya agar badan ini dapat mengawal selia gerakan koperasi untuk terus berkembang dan berdaya maju. Dalam hal ini, struktur tadbir urus SKM sebagai badan yang membangunkan dan mengawal selia koperasi akan dimantapkan lagi melalui pembahagian kuasa Lembaga Pengarah SKM dan penyusunan semula perjawatan SKM.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang dihormati. Mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Julai 2020 bagi menyembah maklum akan cadangan pengasingan tugas antara Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM melalui pindaan Akta 665. Cadangan ini telah disusuli dengan surat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 14 Julai 2020. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui warkah Istana Negara pada 9 September 2020 telah mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan supaya pentadbiran SKM sedia ada melaksanakan pengasingan tugas antara Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif. Jemaah Menteri pada 19 November 2021 sama-sama menimbangkan memorandum daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai cadangan pengasingan tugas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi 2007 telah bersetuju dengan cadangan pembahagian tugas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dilaksanakan melalui pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665]. Dengan perwujudan pembahagian kuasa ini, maka pindaan yang sewajarnya perlu dibuat ke atas Akta 665 bagi mewujudkan jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. Secara umumnya, bagi tujuan pembahagian kuasa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, cadangan rang undang-undang pindaan Akta 665 akan melibatkan perkara-perkara seperti yang berikut: (i) pindaan am bagi menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dan “Timbalan Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Pengerusi” dan “Ketua Pegawai Eksekutif”; (ii) pindaan ke atas 13 seksyen; (iii) penambahan empat seksyen baharu; dan (iv) kecualian dan peralihan. Di bawah struktur baharu ini, jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif akan dipegang dan dilaksanakan oleh dua orang individu yang berbeza. SKM akan diterajui oleh Pengerusi yang bertanggungjawab dalam menetapkan dasar dan hala tuju SKM. Lembaga Pengarah SKM boleh mewakilkan mana-mana kuasa ataupun fungsinya di bawah Akta 665 dan Akta Koperasi 1993 [Akta 502] kepada Ketua Pegawai Eksekutif. Ketua Pegawai Eksekutif yang berstatus sebagai pekerja SKM pula bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan fungsi dan hal ehwal harian SKM keseluruhannya serta bertindak sebagai pelaksana ke atas dasar-dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, di samping menjadi sebahagian daripada anggota Lembaga Pengarah. Di samping pembahagian kuasa antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, komposisi Lembaga Pengarah SKM juga ditambah baik seperti berikut: (i) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri; (ii) Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri; (iii) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana wakil Kementerian Kewangan; (iv) seorang Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha suatu kementerian sebagaimana yang dilantik oleh Menteri; (v) Gabenor ataupun seorang Timbalan Gabenor ataupun Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia sebagaimana yang dinamakan oleh Gabenor;
(vi) seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 11(a); dan (vii) enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Pindaan yang saya cadangkan ini melibatkan beberapa fasal, antaranya dinyatakan di sini. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 665 untuk memasukkan takrif baharu antaranya perkataan “Pengerusi”, “Ketua Pegawai Eksekutif”, dan “Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif” dalam Akta 665. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 11, Akta 665 yang memperkemas kini struktur Lembaga Pengarah SKM. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 11(a), 11(b), 11(c) dan 11(d) ke dalam Akta 665 yang memperjelaskan komposisi kuasa dan tugas Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Fasal 6 dan 7 bertujuan untuk meminda seksyen 13, dan 14, Akta 665 berbangkit daripada penyusunan semula Lembaga Pengarah Suruhanjaya, dan Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 19(1), (3) dan (7), Akta 665 untuk memperuntukkan bahawa sekiranya Pengerusi tidak boleh memanggil, mempengerusikan atau mengawal selia perjalanan Mesyuarat Lembaga Pengarah Suruhanjaya, Pengerusi boleh melantik mana-mana Pengarah Lembaga, Pengarah Suruhanjaya untuk bertindak bagi pihaknya. Pindaan-pindaan yang lain tidak saya nyatakan secara khusus di sini kerana ia merupakan pindaan kecil bersifat editorial ataupun berbangkit ataupun consequential in nature, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang dihormati. Demikianlah rang undang- undang yang dikemukakan ini. Saya yakin pindaan rang undang-undang ini yang menumpukan kepada pembahagian kuasa di antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dapat memperkukuhkan lagi tadbir urus SKM dalam memperkasakan dan menggalakkan pembangunan gerakan koperasi di negara ini untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Baik, terima kasih. Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya menerima nama yang panjang, jadi saya hendak bacakan nama-nama supaya Ahli-ahli Yang Berhormat bersedia untuk berbahas dan saya beri sepuluh minit untuk setiap Ahli Yang Berhormat. Kita akan mula dengan Yang Berhormat Tuaran, selepas itu diikuti dengan Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Sungai Besar dan Yang Berhormat Arau. Untuk itu, saya jemput Yang Berhormat Tuaran. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. Sebelum itu, Tuaran juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pengurniaan gelaran Tan Sri kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Statement dijelaskan Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan rang undang-undang sebentar tadi, sebuah pindaan yang diperlukan bertujuan mempertingkatkan lagi urus tadbir Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), khususnya untuk mempertingkatkan sumbangan sektor koperasi, membangunkan sosioekonomi negara, termasuk membantu menoktahi kemiskinan, menjana peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya. Setelah melihat berbagai pindaan yang telah dicadangkan, sebenarnya bukan banyak sangat, setakat untuk memperkemaskan lagi urus tadbir SKM. Sudah tentulah Tuaran menyokong rang undang-undang pindaan ini serta apa jua langkah-langkah untuk membangunkan sektor koperasi negara kita. Dalam kesempatan ini, Tuaran ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apa sebenarnya cabaran utama yang dihadapi oleh pihak kerajaan, khususnya SKM untuk memacu sektor koperasi untuk membangun ekonomi negara?
Berapakah jumlah koperasi yang berdaftar di seluruh negara mengikut negeri dan wilayah? Daripada jumlah tersebut, berapakah bilangan koperasi yang betul-betul berjaya? Untuk 10 koperasi yang paling berjaya, berapakah revenue setiap koperasi tersebut? Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyenaraikan, menyatakan di Dewan yang mulia ini nama-nama syarikat yang– koperasi yang berjaya tersebut? Berapakah sebenarnya sumbangan sektor koperasi kepada GDP negara setelah bermulanya pembangunan sektor koperasi di negara ini? Tuaran juga ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menerapkan amalan tujuh prinsip koperasi atau apa yang dipanggil sebagai Rochdale Principles. Prinsip-prinsip koperasi ini sangat-sangat penting difahami kerana kita dapati bahawa ada koperasi yang pada mulanya ditubuhkan sebagai koperasi, tetapi akhirnya ia menjadi ‘kooperasi’ termasuklah koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri. Beberapa buah koperasi di Sabah sebagai contoh, dahulu Koperasi Nelayan, tetapi pada akhirnya ia jadi kooperasi nelayan sekarang jadi KO-Nelayan. Pertamanya koperasi, sekarang kooperasi. Oleh sebab, pada mulanya, dia ditubuhkan untuk tujuan tertentu, tetapi prinsip-prinsip koperasi itu tidak dipatuhi, tidak diikuti. Sebanyak tujuh prinsip koperasi yang sangat-sangat penting iaitu dia mempunyai nilai-nilai yang sama. Ada nilai-nilai tertentu, contohnya, dari segi demokrasi, dari segi amalannya, dia berlainan dengan syarikat-syarikat biasa iaitu undi berasaskan kepada saham, tetapi koperasi ini berasaskan kepada keahlian. Seorang ahli, satu undi, walaupun dia banyak saham. Seterusnya, Tuaran juga ingin bertanya, berapakah bajet yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk tujuan pendidikan, bimbingan dan latihan kepada ahli-ahli lembaga koperasi serta anggota-anggota koperasi? Ini juga menjadi satu perkara yang sangat penting sebab tanpa bimbingan, tanpa pendidikan, tanpa latihan dan sebagainya, hal-hal yang saya nyatakan tadi, juga tidak akan nanti kesampaian. Seterusnya ialah dari segi penanda arasan ataupun benchmarking koperasi- koperasi yang ada di negara ini. Tuaran ingin bertanya, adakah pihak kerajaan membuat penandaarasan terhadap bagaimana koperasi-koperasi di negara ini diurus tadbir dan juga dipantau oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, adakah pihak kerajaan ingin mengambil pencapaian Mondragon Corporation daripada negara Sepanyol. Sebagai salah satu benchmark dalam pelaksanaan berkoperasi ini. Mondragon Corporation satu
koperasi yang ditubuhkan pada 14 April 1956 iaitu 67 tahun lalu di Wilayah Basque Sepanyol adalah dikatakan antara koperasi yang paling berjaya dan berdaya maju di dunia. Koperasi ini memberi pekerjaan kepada 81,000 peluang pekerjaan iaitu penjana pekerjaan terbesar di negara Sepanyol dengan revenue sebanyak USD12.2 bilion pada tahun 2022. Kalau kita lihat revenue sebuah koperasi ini sahaja dia melebihi setengah daripada GDP negeri Sabah. Negeri Sabah dia punya GDP baru USD22 bilion pada tahun 2021 pada kiraan nominal. Koperasi ini juga Mondragon Corporation berada pada tangga ke-11 dalam senarai Fortune Change The World list yang dikatakan the world’s largest group of work-owned cooperative. Ini adalah satu benchmark pada kiraan saya sebab di seluruh Wilayah Basque ini sebahagian besar, hampir kesemua kegiatan perekonomian di wilayah tersebut dijalankan secara koperasi dan dimiliki sepenuhnya oleh pekerja-pekerja sehinggakan pada satu ketika dahulu pihak kerajaan Sepanyol tidak mahu memberi EPF kepada pekerja-pekerja di sana sebab mereka adalah juga pemilik kepada perniagaan mereka sendiri atau koperasi dan akhirnya pindaan telah dibuat pada undang-undang di Sepanyol membolehkan pekerja-pekerja di koperasi ini iaitu walaupun mereka adalah pemilik koperasi, pemilik perniagaan, serta mereka juga pekerja, jadi mereka juga diberi EPF dan sebagainya. Pada Tuaran ini adalah satu penanda aras, satu benchmark yang– dan kalau Yang Berhormat Menteri melawat di sana dan melihat Mondragon Corporation ini, bawalah kita orang bersama. Kita orang pun mahu melihat juga, sebab kita pun belum pernah pergi ke sana. Sangat menarik. [Ketawa] Satu lagi syarikat, dia bukan koperasi, tetapi dia dimiliki sepenuhnya oleh semua pekerja, semua pegawainya iaitu Huawei. Huawei ini bukan sebuah koperasi, tetapi setiap pegawai, setiap employee di Huawei itu adalah pemegang saham dan tidak ada seorang pun dalam Huawei itu memiliki melebihi dua peratus daripada saham dalam Huawei. Pada hari ini kita lihat Huawei ini jauh lebih besar daripada Mondragon Corporation ini juga. Dengan lain perkataan, kalau kita lihat atau bagaimana kita mahu menangani pelbagai cabaran ekonomi di negara kita termasuk hal-hal yang melibatkan pekerja asing. Banyak yang dibahaskan di Dewan yang mulia ini tentang cabaran-cabaran kita untuk menangani pekerja asing, malah kalau kita lihat, kalau syarikat-syarikat dijalankan seperti Mondragon Corporation dan Huawei ini, kita– dia akan dijalankan oleh employee dia sendiri. Barangkali ini sesuatu potensi syarikat-syarikat ataupun peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk memacu ekonomi kita di mana dia boleh menjana ekonomi kita secara luar biasa seperti juga Huawei sehinggakan Kerajaan Amerika pun begitu takut apabila Huawei berada di Amerika sebab Huawei begitu hebat sebab pekerja-pekerjanya adalah pemilik kepada syarikat Huawei. Semua ada saham dan tidak ada pegawai- pegawai termasuk CEOnya yang ada duduk di situ sampai bila-bila malah setiap tiga tahun berganti. Pengerusinya pun rotating chairmanship dan sebagainya. Ini satu potensi yang sangat besar dan saya berani cakap ini kerana saya sendiri pun telah melawat ke Huawei di Dongguan di China dan kita sangat kagum di mana employee-nya memiliki. Jadi, barangkali ini satu penanda aras yang pihak kementerian boleh melihat. Akhir sekali Tuaran ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah pejabat SKM yang sudah umumkan Yang Berhormat Menteri untuk dibina di Tuaran akan bermula? Selain daripada itu, apakah aktiviti utama untuk program-program penting yang akan dilaksanakan oleh pihak SKM ini? Apakah impak kewujudan pejabat SKM di Tuaran terhadap pertumbuhan sektor koperasi Wilayah Sabah khususnya di kawasan Parlimen Tuaran. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menjual dua buah pantun kepada Yang Berhormat Menteri. Membina rumah di tanah paya, Umpama burung di dalam sangkar, Kalau ingin makmur bersama, Bangunlah koperasi dengan benar.
[Tepuk] Yang miskin hatinya budiman, Yang kaya berkongsi harta, Koperasi noktahkan kemiskinan, Semoga rakyat makmur sejahtera. Sekian, Tuaran mohon menyokong, terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Bagan Serai ada di sini? Tidak ada?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan ucapan tahniah atas anugerah Tan Sri.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Tujuan pindaan ini untuk mengasingkan pembahagian kuasa jawatan Pengerusi Eksekutif SKM dijadikan pengerusi Lembaga SKM serta wujud jawatan Ketua Pegawai Eksekutif SKM. Begitu juga ditiadakan jawatan Timbalan Eksekutif, diganti dua jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM.
Langkah ini baik bagi mengelakkan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia berkuasa membuat keputusan dalam Lembaga Pengarah SKM serta berkuasa dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi SKM. Namun, kita perlu memahami pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia, hendaklah memperkasakan pembangunan koperasi dan kawal seliaan serta penguatkuasaan yang adil. Sekali dibaca pindaan ini, kita tidak nampak ada perkara tersembunyi yang melemahkan pergerakan koperasi atau tidak iktiraf kepentingan pergerakan koperasi. Koperasi ditubuhkan oleh anggotanya yang terdiri daripada kalangan profesional dan juga bukan profesional. Fokus koperasi ialah membangunkan ekonomi anggota daripada segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada individu dan keluarga mereka. Tidak seperti syarikat yang lebih mengutamakan keuntungan kepada syarikat itu sendiri, koperasi mementingkan keuntungan untuk diagihkan kepada anggotanya dan pada masa yang sama membantu komuniti. Pada tahun 2021, sebanyak 14,834 buah koperasi telah didaftarkan di seluruh negara dengan jumlah pendapatan melalui sektor ini sebanyak RM9.9 bilion. Jumlah ini walaupun sangat rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, ia sudah dijangka memandangkan semua sektor terkesan akibat daripada pandemik COVID-19. Justeru, bagi mengupayakan sektor koperasi untuk terus kekal berdaya saing, Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025, diwujudkan selari dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dalam mencapai sasaran pendapatan sekitar RM60 bilion menjelang tahun 2025. Sehingga kini, apakah status TransKom dalam meningkatkan pendapatan koperasi? Sejauh manakah ia mampu diteruskan dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan, terutama pada waktu ekonomi yang tidak menentu seperti yang berlaku pada hari ini? Sepertimana yang semua sedia maklum, hampir 80 peratus ahli koperasi terdiri daripada golongan B40, di mana mereka menjadikan koperasi ini sebagai salah sebuah medium untuk meningkatkan pendapatan mereka. Situasi pada ketika ini dilihat lebih kurang sama dengan apa yang berlaku ketika pandemik COVID-19 dengan keterbatasan kewangan disebabkan oleh kos sara hidup yang melambung tinggi. Dalam membantu golongan ini, adakah sesuai untuk diberikan rebat cukai secara bersasar kepada koperasi- koperasi tertentu yang layak mendapatkannya?
Hal ini supaya koperasi tersebut mampu untuk meneruskan aktiviti mereka dan memberikan manfaat kepada ahli dan staf koperasi, seterusnya memberikan sumbangan kepada penjanaan ekonomi negara. Seterusnya adalah berkenaan kebajikan staf koperasi terutama melibatkan koperasi berskala besar. Bukan koperasi kecil, besar. Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan elaun tambahan yang bersesuaian kepada mereka seperti elaun perumahan, elaun sara hidup dan sebagainya, sesuai dengan kerja buat mereka yang banyak. Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana segala pergerakan koperasi ini sangat bergantung kepada komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh para staf. Oleh sebab itu, saya ingin mendapatkan kepastian, sejauh manakah ahli lembaga telah diasingkan dengan pihak pengurusan koperasi bagi menjamin sikap yang telus, akauntabiliti dan berintegriti dalam sektor korporat? Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan juga apabila ada perkara 3G dicadangkan. Empat orang yang dilantik oleh Menteri sekurang-kurangnya ada dua orang daripada wakil pergerakan koperasi. Pindaan baharu ini saya mencadangkan dua orang, salah seorangnya ialah mesti meletakkan seorang Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) atau Timbalan Ketua Pengarah IKMa. Orang yang kedua, seorang Presiden ANGKASA atau Timbalan Presiden ANGKASA atau mana-mana wakil Lembaga ANGKASA. Justifikasinya, IKMa ialah agensi kerajaan yang terlibat secara langsung latihan gerakan koperasi. ANGKASA pula diiktiraf oleh warta kerajaan, Akta Koperasi 1993 bertarikh 23 Mei 1996 sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi Malaysia dan antarabangsa. Saya mengharapkan mereka ini diletakkan secara legal, bukan atas kerana pilihan Menteri semata-mana kerana mereka ini ialah orang yang player dalam bidang koperasi, kerana mereka lebih memahami tentang hakikat perjalanan ataupun nature koperasi itu sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut membahaskan RUU Akta Suruhanjaya Koperasi ini. Saya ingin melihat bahawa peranan koperasi ini sangat penting untuk melengkapkan sektor awam kerajaan dalam hal ekonomi, sektor swasta dan koperasi. Jadi, dengan menggantikan subseksyen (1) seperti yang disebut di sini, ini sangat penting. Hanya soalan saya adalah yang hendak disusun ini ialah suruhanjaya. Kalau kita lihat menggantikan subseksyen (3) dengan perkara yang dihuraikan dalam RUU ini, disebut di sini: (3) Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut: (a) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong, atas nasihat Menteri; Itu baguslah tetapi jawatan-jawatan yang lain ada daripada kementerian, daripada kerajaan. Mengapa tidak Suruhanjaya Koperasi ini diberi peluang supaya bergerak bebas, suruhanjaya yang bebas iaitu kalau kita tengok di sini, lantikan yang disebut ini, banyak terletak di bawah kuasa Menteri. Jadi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hanya bersifat sebagai satu daripada [Ketawa] macam jabatan di bawah kementerian. Kalau kita lihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maknanya ia sebuah badan yang bebas dan kita lihat macam SPRM.
Jadi, kalau Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini betul-betul hendak bergerak dengan cekap, makna kita mesti beri ruang supaya ahli-ahli lembaga ini kalau boleh kesemuanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh mendapatkan pandangan daripada Menteri yang berkenaan. Jadi barulah suruhanjaya ini dapat berfungsi sebaiknya, namanya pun suruhanjaya.
Yang Berhormat Pasir Gudang, hendak tanya soalan sedikit, adakah Yang Berhormat Pasir Gudang mencadangkan supaya suruhanjaya ini terdiri daripada mereka yang dilantik khusus ke dalam suruhanjaya tersebut sepertimana yang kita lihat dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di mana ada suruhanjaya yang dilantik khusus sebagai pesuruhjaya bagi suruhanjaya tersebut? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Ya, saya menghargai pandangan contoh yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bangi itu iaitu status (stature) SUHAKAM itu dihormati, bebas berfungsi dan setiap tahun membentangkan Laporan Hak Asasi Manusia, Laporan SUHAKAM di Parlimen. Kita mahu Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini juga mempunyai taraf dan status seperti itu. Jadi kita lihat Yang Berhormat Menteri kalau Suruhanjaya Koperasi ini diperkasakan ertinya dia akan menyumbang kepada kemajuan pergerakan koperasi di Malaysia. Sekarang ini kita lihat gerakan koperasi di Malaysia ini ada bukan tidak ada, Bank Rakyat Malaysia. Bank Rakyat tetapi Bank Rakyat itu juga terlalu rapat di bawah kementerian. Nama Bank Kerjasama Rakyat tetapi tidak benar-benar atas platform koperasi yang bebas. Jadi kita mahu Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini bebas, independent dan ramai orang yang layak untuk duduk dalam Lembaga ini. Misalnya Allahyarham Profesor Ungku aziz membentuk Angkasa. Sudah puluhan tahun pengalaman ini pemimpin-pemimpin ANGKASA boleh dipilih, dilantik menjadi lembaga itu. Dalam pindaan ini memang ada disebut iaitu enam orang yang dilantik oleh Menteri sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi. Ini penting, orang-orang yang berpengalaman dalam koperasi itu diangkat menjadi ahli lembaga dan saya tengok umpamanya lantikan ketua setiausaha atau seorang timbalan ketua setiausaha kementerian, duduk dalam lembaga. Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang timbalan ketua daripada perbendaharaan duduk dalam lembaga. Satu lagi ketua setiausaha atau timbalan setiausaha kementerian dilantik oleh Menteri duduk dalam lembaga. Gabenor atau timbalan gabenor dilantik dalam lembaga. Ertinya suruhanjaya ini macam badan kerajaanlah. Kalau pegawai-pegawai kerajaan duduk dalam suruhanjaya dia terikat dengan general order, terikat dengan macam-macam halangan etika. Jadi kita tidak perlu bimbang, negara kita ini ada undang- undang. Maknanya individu yang berpengalaman yang mempunyai integriti kita lantiklah, maknanya umpamanya macam hakim. Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan ada panel. Jadi kalaulah hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan itu dilantik oleh Ketua Hakim Negara sesama dia, keadaannya tidak eloklah. Akan tetapi kalau sekarang Yang di-Pertuan Agong dilantik oleh Perdana Menteri melalui panel, wibawanya itu. Itu dalam bidang kehakiman. Jadi kalau hendak tengok negara kita ini bebas ataupun tidaklah dicengkam oleh kartel, monopoli puak-puak golongan kapitalis yang menindas rakyat tetapi kita hendak supaya sektor kerajaan GLC, GLIC terlibat dan kita mahu antara dua itu, muncul gerakan koperasi rakyat di kalangan rakyat. Ini suatu aspek yang sangat penting jadi kita perkasakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Saya tahu ini draf dirangka oleh AG’s Chambers, Kamar Peguam Negara. Mereka buat undang-undang sahaja, dia merangka tetapi kita Ahli Parlimen di sini kita tahu kehendak negara yang sepatutnya. Jadi saya bercakap ini kerana adalah sedikit sebanyak pengalaman bergerak di peringkat bawah ini dalam gerakan koperasi. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir gudang. Sebelum saya meneruskan kepada pembahas seterusnya, marilah kita mengalu-alukan kehadiran ke dalam Dewan kita lawatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang daripada Perikatan Nasional ke Parlimen. [Tepuk] Selamat datang. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sungguhpun Tuan Yang di-Pertua tiada, saya hendak ucapkan tahniah kepada beliau. Setinggi-tinggi tahniah di atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Tuan Yang di-Pertua, saya lama juga terlibat dalam gerakan koperasi ini. Saya pernah menjadi Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Negeri Kedah selama 10 tahun. Saya pernah juga menduduki Ahli Majlis Koperasi Kebangsaan selama 10 tahun dan saya juga pernah menjadi ahli Koperasi. Jadi adalah sedikit sebanyak perkara-perkara yang boleh saya kongsikan bersama dalam Dewan yang mulia ini. Saya dahulu pernah jadi exco koperasi bertanggungjawab terhadap SKM dan koperasi di samping portfolio industri dan pelaburan. Tuan Yang di-Pertua, gerakan koperasi di Malaysia sudah lama bermula sejak tahun 1922 lagi. Mungkin ramai orang tidak sedar sudah 101 tahun Yang Berhormat Menteri dan banyak kemajuan telah dicapai. Kita juga sudah pun melancarkan Dasar Koperasi Negara. Sasarannya pada tahun 2030, kita berharap untuk mencapai pendapatan koperasi seluruh negara RM70 bilion, banyak. Mungkin dia boleh menyumbangkan satu atau dua peratus kepada GDP negara. Saya lihat dalam statistik, jumlah pendapatan sekarang kalau diambil semua koperasi dalam negara ini ialah RM45.5 bilion sekarang ini.
Akan tetapi yang agak menggusarkan Yang Berhormat Menteri, ialah 75 peratus daripada jumlah pendapatan koperasi seluruh negara ini datangnya dari koperasi yang besar-besar. Pendapatan Bank Rakyat juga termasuk dalam pendapatan koperasi ini. Di samping Koperasi Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Koperasi FELDA, semua ini menyumbang 75 peratus. Ertinya koperasi yang kecil-kecil yang terdapat di negeri-negeri hanya menyumbang 25 peratus sahaja kepada jumlah pendapatan koperasi negara. Ini satu perkara yang serius yang perlu kita lakukan sesuatu supaya gerakan koperasi ini dapat dirasai faedahnya kepada seluruh masyarakat, diperluaskan. Ini perkara yang amat penting. Saya lihat beberapa perkara yang boleh kita tambah baik dan memperkasakan lagi gerakan koperasi negara kita. Umpamanya ahli-ahli lembaga pengarah koperasi di semua peringkat seluruh negara ini. Ramai ahli lembaga pengarah mereka termasuk pengerusi koperasi adalah orang lama. Bukan orang tua, orang lama. Jadi depa pi mesyuarat, pi dengaq sampai terlena apa ada. Saya dok pi juga tengok depa mesyuarat– YB noh. [Ketawa] − terlena. Jadi, kita kena lakukan sesuatu iaitu memberi peluang lebih ramai anak-anak muda dan ahli lembaga pengarah koperasi diwujudkan kuota. Anak muda kurang- kurangnya 30 peratus yang umurnya bawah 40 tahun umpamanya. Perkara ini telah kita bangkitkan dahulu. Saya tidak tahu sama ada ia telah pun dilaksanakan.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, pihak SKM memberikan dana wang kepada koperasi. Tubuh sahaja koperasi, sudah dapat bantuan daripada SKM. Akan tetapi, lama- lama kita tengok duit pun hilang. Koperasi ini terlibat dengan urus niaga yang tidak viable dan akhirnya modal habis. Yang Berhormat Menteri lagi lebih maklum daripada saya. Sebenarnya daripada jumlah− kita ada 15 ribu lebih koperasi seluruh negara iaitu 15,315 angka rasmi bagi tahun 2022. Yang aktif hanya lebih kurang 60 peratus sahaja. Yang 40 peratus lagi tidak tahu, “hidup segan mati tidak mahu”. Ini sesuatu yang perlu kita lihat. Saya juga ingin statistik beberapa buah negeri. Johor mempunyai jumlah koperasi 1,462. Pendapatan ialah hanya RM715 juta. Kedah, bilangan koperasi 971. Pendapatannya campur semua sekali RM322 juta. Daripada RM322 juta ini, saya ingat 30 sehingga 40 peratus datangnya daripada koperasi guru-guru di Kedah. Kelantan mempunyai 946 koperasi dengan pendapatan, RM2 bilion. Satu angka yang tinggi. Manakala Negeri Selangor pula mempunyai sejumlah 2,010 buah koperasi dengan pendapatan hanya RM2.32 bilion. Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai Institut Koperasi Malaysia di Petaling Jaya, dulunya bernama Maktab Koperasi Malaysia. Kita perlu perkasakan institut ini supaya di negara kita, kita dapat melaksanakan transformasi koperasi. Saya ingin memberi contoh negara-negara yang begitu berjaya dalam koperasi ini contohnya, Sweden. Sumbangan koperasi kepada ekonomi Sweden lebih daripada lima peratus. Bayangkan Sweden sebuah negara besar ekonominya. Koperasi di Sweden memiliki mini market di seluruh negara. Di Singapura juga gerakan koperasi juga berjaya. Akan tetapi yang dekat dengan kita yang berjaya dalam koperasi yang mungkin kita boleh pi belajar− kalau Menteri hendak pi, hendak melawat, bawa kita pun tidak apa ialah Singapura. Banyak kedai-kedai mini market dimiliki oleh koperasi. Kenapakah kita tidak dapat laksanakan semua ini? Saya kadang-kadang hairan tanya- tanya pada diri sendiri. Fasal apa kita tidak boleh buat dan berjaya macam orang lain, sedangkan kita ada sumber manusia, orang-orang yang profesional yang berkelayakan, yang berpendidikan boleh membangunkan koperasi supaya gerakan koperasi di Malaysia ini setanding dengan negara-negara yang berjaya seperti Sweden dan juga Singapura. Saya tidak berhasrat untuk bercakap lebih panjang. Itu sahaja...
Minta mencelah. Petaling Jaya.
Silakan.
Menarik saya mendengar tadi. Katakan ada dua model yang berjaya. Satu di Sweden, Tuan Yang di-Pertua dan satu lagi di Singapura. Amat ganjil apabila Perikatan Nasional minta kita belajar dari Singapura. Jadi hendak sahkan sama ada kenyataan betul...
Saya tidak kata belajaq dari Singapura. Saya bagi contoh sahaja. Dia banyak lagi negeri yang kita boleh belajar yang sesuai dengan kita. Saya tidak mahu cakap politik. Saya cakap fact. Apa yang perlu kita buat, kita buat. Politics put aside. Kita hendak bangunkan koperasi di Malaysia. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Waalaikumussalam Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikutannya mengganti tempat Yang Berhormat Jelebu, dipersilakan Yang Berhormat Sri Aman.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya ruang untuk turut serta membahaskan RUU bagi membincangkan akta untuk meminda Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007. Perbahasan saya agak ringkas. Saya melihat matlamat pindaan akta ini lebih menjurus kepada tiga perkara. Pertama, bertujuan untuk melibatkan pembahagian kuasa Lembaga Pengarah Suruhanjaya dan menyusun semula perjawatan dalam suruhanjaya.
Keduanya, juga ingin mewujudkan jawatan baharu. Ketiganya, daripada segi implikasi kewangan yang dikira agak boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Jadi, saya ingin terus bertanya kepada pihak kementerian. Berapakah ataupun apakah faedah daripada pindaan akta ini daripada segi kewangan? How much are we saving dengan izin melalui kaedah tukar ganti yang saya lihat is more like tukar ganti daripada segi jawatan. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Seterusnya, saya juga difahamkan terdapat kurang lebih 15 ribu buah koperasi yang berdaftar di negara ini. Adakah semua 15 buah koperasi ini benar-benar ataupun betul-betul berfungsi. Apakah mekanisme pihak kementerian bagi menentukan semua koperasi ini betul-betul berfungsi? Seterusnya, saya juga ingin bertanya pada pihak kementerian. Apakah program-program yang disediakan oleh SKM bagi menyokong aktiviti perniagaan koperasi tersebut agar lebih fokus dalam pembentukan persekitaran perniagaan yang mampan dan lestari? Seterusnya, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan Ahli Lembaga SKM. Apakah mekanisme atau cara ataupun reference yang digunakan bagi melantik ahli- ahli lembaga pengarah bagi mengelakkan daripada segi diskriminasi gender, etnik dan sebagainya?
Saya mohon kepada pihak kementerian jika boleh, gunakanlah kaedah ataupun proses menggunakan sistem merit. Keduanya, seseorang yang dilantik pada pendapat saya seharusnya sectarian of politics. Maknanya dia mungkin boleh seseorang ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah tetapi daripada segi pemikiran dia seharusnya sectarian dari politik agar menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih meluas, dengan lebih adil, across the board kind of approach, dengan izin. Walaupun sesetengah lantikan itu adalah atas nasihat Yang Berhormat Menteri. Yang penting seseorang itu mestilah berintegriti, profesional, fair dan kompeten dan tidak berbelah bagi dalam mengendalikan tanggungjawabnya. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kuantan.
Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Pindaan) 2023. Sehingga 10 Mei 2023 terdapat sekitar 15,315 koperasi yang berdaftar di Malaysia dengan perolehan mencecah RM45.5 bilion, tinggi ya. Sehingga 31 Disember pula, jumlah keanggotaan koperasi yang direkodkan oleh SKM melebihi 7.3 juta seperti yang dilaporkan oleh agensi berita. Daripada data tersebut, ia menunjukkan bahawa koperasi merupakan platform yang penting dan signifikan dalam masyarakat kita dan perlu diuruskan dengan baik dan sistematik. Saya secara umum melihat pindaan Akta 665 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertujuan untuk memperkemaskan dan menambah baik penyelarasan berkaitan urus tadbir Suruhanjaya Koperasi ke arah yang lebih baik dan teratur. Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 11 subseksyen (3) yang mengubah kedudukan Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif dilihat sebagai langkah bagi pengasingan fungsi Ahli Lembaga dan Eksekutif. Pengasingan ini dijelaskan lebih lanjut pada seksyen baharu iaitu 11A, 11B, 11C dan 11D yang menyatakan secara terperinci kedudukan dan peranan Ketua Pegawai Eksekutif yang pentadbiran serta mengawal selia pekerja Suruhanjaya. Dalam seksyen 11A, subseksyen (2 ) dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pegawai Eksekutif hendaklah menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Suruhanjaya dan semasa memegang jawatan
itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada dengan saraan atau tidak. Penegasan ini sangat tepat dan penting bagi memastikan urus tadbir Suruhanjaya dapat dijalankan dengan fokus dalam membangunkan usahawan dan koperasi. Kita tidak mahu mereka yang menjawab posisi Ketua Pegawai Eksekutif ini disibukkan dengan tugasan lain yang tidak berkaitan dengan urusan pentadbiran Suruhanjaya Koperasi ataupun terlibat dalam organisasi atau entiti lain yang menyebabkan pengabaian dalam urus tadbir Suruhanjaya Koperasi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh seksyen 11A subseksyen (1) iaitu Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak lebih dari tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi membantu Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagai mana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing. Lantikan Ketua Pegawai Eksekutif oleh Yang Berhormat Menteri mungkin dilihat suatu yang boleh diterima tetapi lantikan tidak lebih tiga orang Timbalan Ketua Eksekutif oleh Yang Berhormat Menteri dilihat seperti campur tangan yang berlebihan sepertinya koperasi ini dilihat di bawah pentadbiran secara direct oleh Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menyentuh seksyen 15 berkaitan kehilangan kelayakan dan penamatan Pengarah, pindaan seksyen 15 subseksyen (2) iaitu Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana Pengarah tanpa memberi apa-apa sebab. Sedangkan subseksyen (2) pada masa kini menyatakan penamatan Pengarah atas beberapa faktor sama ada disabitkan kesalahan jenayah, bankruptcy atau tidak berupaya menjalankan tugas. Persoalannya, adakah wajar untuk menamatkan tugasan Pengarah tanpa menyatakan sebab pemberhentian seperti pada pindaan seksyen 15 subseksyen (2) ini. Kita bercakap berkenaan meningkatkan kualiti urus tadbir yang baik tetapi pindaan subseksyen ini memberikan kuasa sepenuhnya kepada Menteri. Saya bimbang klausa ini dilihat suatu kelompangan yang akan menyebabkan salah guna kuasa kedudukan Menteri. Untuk kita melantik Pengarah ataupun CEO, Ketua Pegawai Eksekutif semestinya bersebab. Contohnya layak daripada segi kelayakan akademik ataupun pengalaman tetapi kenapa masa penamatan boleh dibuat tanpa sebab. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang dilancarkan pada tahun 2019 menggariskan lima objektif utama dan enam teras strategik. Saya ingin menyentuh teras strategik yang kedua iaitu mengoptimumkan sistem kawal selia dan capaian kepada sistem kewangan. Di bawah teras strategik ini antara mereka yang diberi tumpuan ialah menggalakkan urus tadbir yang baik dengan menambah baik prosedur berasaskan ICT dalam proses pendaftaran, pelaporan dan pemantauan perniagaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah inisiatif ini telah dilaksanakan? Berapakah peratus koperasi yang menghantar laporan perniagaan mereka secara atas talian? Apakah tindakan kementerian bagi menggalakkan semua pertubuhan koperasi bagi menggunakan perkhidmatan atas talian? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil ruang yang perlu di perbaiki berkaitan dengan Tribunal Koperasi. Walaupun tribunal ini termasuk dalam akta koperasi, namun ia turut terkait dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Terdapat kes yang dibawa ke Tribunal Koperasi mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan. Memetik laporan portal, nama di mana Ahli-ahli Koperasi Pegawai DBKL menuntut bayaran balik hampir RM7 juta. Pencarum yang membuat tuntutan mendakwa kes berkenaan berlarutan lebih dari dua tahun. Saya mendapat maklumat proses tuntutan di Tribunal Koperasi tidak sistematik dan tiada standard operasi prosedur yang jelas, jenis borang contohnya, format dokumen yang digunakan tidak jelas. Sebagai perbandingan, saya mengambil contoh proses di mahkamah sivil adalah jelas menggunakan format serta borang dokumen yang standard tetapi di Tribunal
Koperasi tiada operasi yang jelas. Saya berharap perkara ini dapat di perbaiki dan ditambah baik pada masa mendatang. Selain itu lantikan Hakim atau pengelola tribunal yang diputuskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kadang kala dilihat menyebabkan kecenderungan untuk conflict of interest dan kemungkinan mengganggu keputusan semasa perbicaraan tribunal. Saya ingin bertanya, bagaimana kaedah lantikan Hakim Tribunal Koperasi dilaksanakan? Apakah kriteria yang menjamin hakim yang dilantik bersikap berkecuali bagi menjamin proses perbicaraan yang seimbang dan adil? Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan RUU ini ,saya berharap penstrukturan dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan lebih fokus untuk memacu pembangunan usahawan dan koperasi, khususnya bagi golongan bumiputera dan ahli-ahli golongan B40 yang melibatkan petani, nelayan dan pekebun kecil dalam penubuhan koperasi masing-masing. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pengasingan kuasa di peringkat Suruhanjaya ini, ia mungkin dapat memberi idea kepada Jemaah Menteri untuk berhasrat mengasingkan jawatan Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan di masa akan datang. Sekian terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang Tuan Yang di-Pertua.
Pada hari ini kita melihat potensi koperasi menceburi enam sektor ekonomi negara. Seperti sektor perkhidmatan kewangan, pemborongan, peruncitan, perladangan, pembangunan hartanah dan industri pembinaan serta pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan. Bilangan koperasi pada tahun 1923 telah mencecah 14,975 yang berdaftar dengan pendapatan mencecah RM22.4 bilion. Namun yang amat kita bimbangkan adalah data yang ditunjukkan pada Ogos 2022, hampir 40 peratus ataupun 5,873 koperasi daripada 14,834 koperasi di seluruh negara dikenali pasti sebagai tidak aktif dan berstatus domain. Sebanyak 40 peratus yang dilihat tidak aktif belum lagi dikira koperasi yang “hidup segan, mati tak mahu”. Berapa peratus pula? Temerloh menyedari mengenai pergerakan koperasi yang terlalu bermasalah di seluruh negara. Jika masalah-masalah yang wujud ini dapat diatasi dengan pindaan rang undang-undang yang dipilih ataupun yang sewajarnya seperti yang dicadangkan. Sektor koperasi ini akan mampu memberi pulangan dan sumbangan yang besar dalam ekonomi negara kerana sektor koperasi berjaya menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta. Temerloh berpandangan selain Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665] berkenaan pembahagian kuasa lembaga pengarah dan penyusunan semula perjawatan dalam suruhanjaya. Kita perlu juga melihat keperluan untuk meminda Akta Koperasi [Akta 502]. Ia adalah merupakan antara langkah yang perlu diambil untuk menjamin koperasi yang di tubuh mampu memberi pulangan yang terbaik kepada anggota masyarakat dan negara. Bukti kegagalan antaranya berpunca daripada kelonggaran akta dalam mengikat pemegang taruh iaitu stakeholder dalam koperasi. Kegagalan begini tidak patut dibiarkan dan kementerian perlu menjalankan kajian ke arah memulihkan keadaan, seterusnya membina imej yang baik kepada koperasi. Seksyen 11 subseksyen (3)(g) diharapkan dapat mengatasi masalah ini. Kita juga mahu supaya seluruh warga koperasi di negara ini dapat tambahan kewangan dalam kehidupan melalui share mereka dalam koperasi. Ramai yang kecewa kerana koperasi yang mereka sertai tidak mampu memberi keuntungan dan membela kebajikan mereka.
Akta yang melarang – saya ingin dapat kepastian akta yang melarang anggota membuat aduan kepada SKM perlu juga dipinda. Begitu juga larangan membuat press conference (PC) dan perkara yang seumpamanya perlu dipinda termasuk ALK yang sekadar wajib hadir ke kelas wajib, satu, dua dan tiga perlu dikaji dan dipinda. Saya ingin juga senaraikan beberapa punca permasalahan yang perlu kita lihat. Pertama, tiada mekanisme yang diwujudkan untuk memastikan kualiti dalam modal insan dalam pentadbiran koperasi. Ini memerlukan kajian semula kepada modul-modul pendidikan dari Institut Koperasi Malaysia (IKMa) juga perlukan akta-akta tertentu untuk digubal. Pihak SKM perlu melihat, mengambil peranan yang tegas dalam menguatkuasakan akta yang sedia ada. Walaupun terdapat akta-akta yang perlu dipinda untuk menjamin koperasi menjadi institusi terbaik dalam pelaburan. Pihak IKMa perlu memastikan warga koperasi dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin dan dapat mengamalkan budaya berilmu dalam pengurusan koperasi. Pengajaran ilmu di IKMa mestilah dalam keadaan pelajar-pelajar lulusannya mempunyai pengetahuan dan pengurusan koperasi. Tuan Yang di-Pertua, elemen-elemen yang saya sebutkan tadi diharap diberikan penelitian jika mahu melihat pergerakan koperasi berada di landasan yang terbaik dalam memberi faedah kepada anggota koperasi, masyarakat dan negara. Tidak perlu melihat SKM meluluskan terlalu banyak koperasi dalam keadaan tiada kualiti dalam koperasi- koperasi yang diluluskan penubuhannya. Maka setiap koperasi yang ingin diluluskan mestilah dipastikan mempunyai kualiti dalam modal insan dengan mekanisme yang diwujudkan ke arah realisasi matlamat itu. Temerloh melihat pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665] boleh membantu menyelesaikan permasalahan ini dengan adanya struktur dan pantauan yang jelas daripada SKM kepada koperasi yang beroperasi di negara kita. Namun yang menjadi kerisauan Temerloh, ada pihak yang mengambil peluang dengan pindaan akta ini. Seperti mana yang kita tahu kalau kita baca, kita melihat bahawa sebelum ini Menteri Ekonomi meletakkan sasaran untuk melancarkan koperasi PKR di seluruh negara bagi menjaga kekuatan ekonomi parti itu yang disiarkan pada Sinar Harian, 21 Januari 2023. Saya juga ingin melihat persoalan kepada kementerian. Pertama, bagaimanakah jawatan ketua pegawai eksekutif dan pengerusi eksekutif itu dipilih dan apakah kelayakan mereka? Apakah pelantikan ini tidak akan ada campur tangan parti politik atau lantikan politik? Temerloh juga mengharapkan supaya hala tuju terperinci kerajaan berhubung pelaksanaan Dasar Koperasi Negara 2030 diteruskan dan menjadi kesinambungan Dasar Koperasi Negara 2011 hingga 2020 sebelum ini. Serta Pelan Strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2021 hingga 2025 termasuk penglibatan koperasi bersekala kecil, sederhana, besar merentas pelbagai sektor ekonomi dan pembangunan modal insan yang cakna dalam bidang keusahawanan. Sejauh mana sasaran peningkatan sumbangan gerakan koperasi kepada KDNK telah tercapai sehingga kini dan bagaimana kerajaan meluas, memastikan sumbangan perolehan koperasi mencapai RM60 bilion menjelang tahun 2030? Apakah pelan khusus kementerian menerusi program pembangunan sektor pemborongan dan peruncitan koperasi sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan harga barangan runcit serta mengelakkan pembabitan orang tengah antara pembekal, pengeluar dan pengguna. Temerloh mengharapkan segala kerja yang dijalankan mendatangkan kebaikan kepada seluruh anggota koperasi di negara ini. Kita rasa sedih dan terkilan kerana ada koperasi-koperasi yang mati dan tidak dapat mencapai objektif terutamanya memberikan kebajikan pada para ahlinya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan berkenaan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pindaan 2023. Tuan Yang di-Pertua, meneliti semula pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini, hampir kesemuanya adalah melibatkan penstrukturan jawatan dalam memastikan urus tadbir yang efisien bagi SKM. Padang Terap amat meraikan dan menyokong usaha ini dalam mewujudkan ketulusan dan kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan SKM. Ini bakal memberi manfaat yang besar kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Malaysia secara amnya. Namun Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh beberapa bulan ini kita perhatikan dan kita saksikan lantikan demi lantikan politik berlaku dalam badan-badan berkanun, agensi dan syarikat milik kerajaan dan beberapa kementerian. Jika perkara ini tidak diselia dengan baik, isu konflik kepentingan atau conflict of interest dengan izin, boleh berlaku. Bahkan kemungkinan besar akan berlakunya campur tangan politik yang menyebabkan berlaku penyelewengan, rasuah dan salah laku dalam urus tadbir. Sekali gus mengakibatkan kerugian yang besar kepada sesebuah agensi. Inilah yang kita khuatiri turut berlaku dan menular dalam SKM, dalam lantikan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Justeru melalui penambahan jawatan dalam pindaan RUU ini, Padang Terap mengharapkan agar kerajaan dapat menjamin supaya pentadbiran bagi Suruhanjaya Koperasi ini bebas daripada pengaruh politik serta pemilihan bagi mereka mengisi perjawatan ini benar-benar kompeten, adil dan telus. Ini bagi memastikan amanah dipegang oleh orang yang selayaknya, bukan secara semberono. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Padang Terap ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan mekanisme pemilihan jawatan tersebut jelas dan telus dalam proses pelantikan? Adakah kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan perjawatan bagi melantik pegawai yang bertanggungjawab khusus dalam memastikan dan memperluaskan pengurusan kewangan koperasi di Malaysia yang mematuhi aspek syariah? Ini kerana pelaksanaan aspek syariah dalam pengurusan kewangan koperasi sudah pasti akan memberikan kebaikan buat koperasi serta mewujudkan elemen keberkatan dalam koperasi tersebut demi memajukan ekonomi anak watan. Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya ramai yang merasakan tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar, sebagaimana yang kita lihat peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menghimpit masyarakat pada hari ini. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sehingga Februari 2023, kadar inflasi di Malaysia akan terus kekal tinggi pada kadar 3.7 dan dijangka akan terus meningkat peratusan marginalnya. Apa yang dirisaukan oleh rakyat kebanyakan adalah gelombang kos sara hidup yang dijangka akan dialami pada tahun 2023. Secara teorinya semakin meningkat kos sara hidup, semakin kurang kuasa membeli pengguna. Pakar ekonomi menjangkakan golongan B40 yang paling teruk akan terkesan jika tidak dibantu dengan mekanisme yang betul dan segera. Justeru itu, dalam pemerkasaan koperasi di Malaysia, apakah perancangan pihak kementerian dalam memperluas jaringan dan mengembangkan kedai koperasi CoopMart di seluruh negara terutamanya kawasan luar bandar untuk membantu komuniti kurang berkemampuan dan golongan B40 sejajar dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2030. Adakah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan keterlibatan orang ramai ke arah membangunkan produk koperasi tempatan yang lebih berdaya saing dalam program pembangunan produk koperasi di D’PROKOP sekali gus mampu bersaing dan menembusi pasaran antarabangsa? Apakah bentuk skim pembiayaan dan sokongan yang telah diberi oleh pihak kerajaan kepada usahawan francais bagi membantu mereka, hal ini termasuklah kemudahan pembiayaan dan latihan?
Seterusnya bagi penambahbaikan tata kelola pengurusan badan suruhanjaya ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar sebuah mekanisme semak dan imbang yang akan bertindak sebagai sebuah badan pemantau bebas diwujudkan. Hal ini bagi memantau perjalanan koperasi secara berkesan dalam memastikan ketelusan dan keberkesanan dalam pelaksanaan kewajipan fungsinya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Keduanya, saya ingin juga mencadangkan kepada pihak kementerian agar membina jaringan kerjasama antara Bank Koperasi Islam seperti Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) dan Bank Rakyat bagi memudah cara program pembangunan koperasi dan usahawan melalui penyediaan bantuan kewangan dan khidmat nasihat, sekaligus memacu pembangunan sektor koperasi. Sekian perbahasan saya, Padang Terap. Saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Padang Terap, hendak celah.
Boleh, boleh. Sila.
Tadi sebutkan fasal Bank Islam dan sebagainya. Sedarkah Yang Berhormat Padang Terap bahawa semasa pandemik, ada masjid yang mewujudkan koperasi dan merekalah di antara yang menyumbang kepada food bank yang diagihkan kepada mangsa-mangsa COVID-19? Jadi, bila Yang Berhormat Padang Terap sebut fasal shariah compliance dan sebagainya, mungkin inilah di antara niche market yang perlu diberikan bimbingan macam mana hendak jaga kewangan dan sebagainya supaya mereka diupayakan untuk lebih berperanan. Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya sangat menyokonglah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar dan mohon dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, Padang Terap mohon mencadang.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang bagi Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665] (Pindaan) 2023. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kertas rang undang-undang ini saya ingin melihat beberapa aspek pertamanya seksyen 2(a) jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Diwujudkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah seksyen 11A(1). Dalam seksyen 11A(1) tersebut dinyatakan tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Jadi, dapat difahami di sini jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak dapat menjalankan tugasnya, maka Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif tersebut akan mengambil tanggungjawab tersebut. Merujuk pindaan seksyen 11(3)(a), hanya ada Pengerusi Lembaga sahaja, tidak diperuntukkan jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga. Jika berlaku sesuatu perkara ke atas pengerusi, siapakah yang akan menjalankan tugas pengerusi? Ini persoalan yang saya ingin bangkitkan. Dalam pindaan seksyen 19, dinyatakan pengerusi atau semasa ketiadaan pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya. Maknanya boleh difahami di sini mana-mana pengarah boleh menggantikan tempat pengerusi jika pengerusi berhalangan. Persoalannya mengapa dipilih mana-mana pengarah? Jika Ketua Pegawai Eksekutif mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk menguruskan pentadbiran, takkanlah pengerusi yang membuat dasar koperasi tidak mempunyai timbalan pengerusi. Oleh itu, saya mencadangkan dimasukkan seorang
timbalan pengerusi selepas pengerusi di bawah peruntukan yang dipinda seksyen 11(3)(a). Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan seksyen 11(3)(a), (f) dan (g), Menteri berkuasa melantik Pengerusi Lembaga Pengarah SKM, Ketua Pegawai Eksekutif dan enam orang Lembaga Pengarah. Ertinya lembaga pilihan Menteri ialah lapan orang daripada 12 orang yang disenaraikan. Dalam seksyen 11A(1) dalam pengurusan tertinggi SKM iaitu Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak lebih tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif juga atas lantikan Menteri. Saya khuatir, saya bimbang jumlah lantikan Menteri yang banyak ini menunjukkan lembaga akan lebih menjaga kepentingan politik Menteri daripada kepentingan pembangunan koperasi. [Tepuk] Dalam seksyen 11(3)(g) pula, memperuntukkan enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua orang daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi. Ini bermakna Menteri mempunyai kuasa penuh untuk melantik mana-mana orang yang berkedudukan dan berpengalaman sebagai pengarah dalam lembaga koperasi. Namun begitu, jika dirujuk seksyen 15(1) Akta SKM 2007 yakni akta ibu, memperuntukkan sebaliknya di mana pegawai sesuatu koperasi sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993 tidak boleh dilantik atau kekal sebagai seorang pengarah. Setelah meneliti takrifan pegawai di bawah seksyen 2 tersebut, saya mendapati bahawa anggota lembaga adalah termasuk dalam takrifan seksyen berkenaan.
Oleh itu saya berpandangan sekiranya bersandarkan kepada peruntukan seksyen 15 (1) Akta SKM dan seksyen 2 Akta Koperasi 1993 mana-mana anggota lembaga sesebuah koperasi termasuklah angkasa tidak boleh dilantik sebagai pengarah dalam SKM. Saya juga berpandangan bahawa terdapat percanggahan seksyen 11(3)(g) dan seksyen 15(1)Akta SKM. Seksyen 11(3)(g) membenarkan orang yang berkedudukan dan berpengalaman menggalakkan koperasi untuk dilantik sebagai pengarah, manakala menurut seksyen 15(1) Akta SKM, pegawai sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi tidak boleh dilantik menjadi pengarah. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pegawai seperti pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain lembaga, ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh lembaga, peraturan-peraturan atau perintah atau undang- undang kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan koperasi itu dan mana- mana pekerja yang diarahkan tidak boleh dilantik menjadi pengarah, maka siapa lagi yang boleh dikategorikan sebagai orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi? Saya berpendapat bahawa anggota lembaga sesebuah koperasi khususnya anggota Lembaga ANGKASA sedia ada juga boleh dikira sebagai orang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi. Memandangkan terdapat kekeliruan dan percanggahan kedua-dua seksyen ini, saya berpandangan adalah wajar pindaan juga dibuat ke atas peruntukan Akta SKM tersebut bagi mengatasi permasalahan lantikan pegawai takrifan seksyen 2 Akta Koperasi sesebuah koperasi sebagai Pengarah di SKM. Tuan Yang di-Pertua, bagi seksyen 11(3)(g), saya mencadangkan empat orang lembaga lantikan Menteri sekurang-kurangnya dua orang dilantik daripada pergerakan koperasi. Rentetan daripada itu, saya mencadangkan tambahan (g) dengan memasukkan dua orang daripada pergerakan koperasi iaitu, pertama seorang Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang dahulunya dipanggil Maktab Koperasi Malaysia atau Timbalan Ketua Pengarah IKMa dan yang kedua seorang presiden ANGKASA atau Timbalan Presiden ANGKASA atau mana-mana wakil Lembaga ANGKASA. Justifikasi cadangan saya ialah IKMa adalah agensi kerajaan yang terlibat secara langsung latihan gerakan koperasi, manakala ANGKASA pula telah diiktiraf dalam warta kerajaan, Akta Koperasi 1993 bertarikh 23 Mei 1996 sebagai badan APEC yang mewakili pergerakan koperasi Malaysia dan antarabangsa. Kita sedia maklum bahawa sejarah penubuhan ANGKASA adalah cetusan idea Almarhum Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz. Kini ANGKASA mewakili gabungan
10,701 buah koperasi daripada 15,315 buah koperasi seluruh negara dengan jumlah seramai 7.3 juta orang ahli. Dalam Akta Institut Koperasi Malaysia (IKMa) meletakkan wakil ANGKASA dan SKM dalam komposisi Lembaga Pengarah IKMa, akan tetapi komposisi Lembaga Pengarah SKM tidak berbuat demikian. Ini adalah sesuatu yang pelik, yang tidak wajar berlaku. Pada tahun 2022, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melancarkan deklarasi aspirasi koperasi Malaysia yang terdiri daripada SKM, IKMa dan ANGKASA, tetapi dalam pindaan Akta SKM ini hakikatnya tidak mencerminkan keikhlasan kerajaan dalam membentuk komposisi Lembaga Pengarah SKM yang terdiri daripada SKM, IKMa dan ANGKASA. Tuan Yang di-Pertua, merujuk pindaan seksyen 13(1) menyatakan pengerusi hendaklah dilantik bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh dilantik semula. Saya mencadangkan tempoh tidak melebihi lima tahun itu panjang, dipendekkan kepada tidak melebihi tiga tahun dan boleh dilantik semula. Justifikasi cadangan saya ialah kebanyakan akta-akta pertubuhan yang lain semuanya meletakkan tidak melebihi tiga tahun. Saya bagi contoh IKMa itu sendiri. Merujuk seksyen pindaan 15(1) menyatakan seorang pegawai sesuatu koperasi yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993 tidak boleh dilantik atau kekal sebagai seorang pengarah. Saya mencadangkan pindaan seksyen 15(1) bahawa seseorang pegawai sesuatu koperasi yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993 boleh dilantik atau dikekalkan sebagai seorang pengarah. Justifikasi cadangan saya ialah dalam Akta Koperasi mentakrifkan pegawai adalah pengerusi atau setiausaha atau bendahari ataupun Ketua Eksekutif Koperasi. Jika koperasi tidak boleh lantik atau kekal sebagai seorang pengarah dalam SKM, ini bercanggah dengan semangat kewujudan komposisi Lembaga Pengarah SKM di bawah seksyen 11(3) yang sepatutnya lantikan lembaga terdiri daripada pemimpin koperasi. Ini disebut dalam seksyen 11(3)(g). Dalam hal ini kerajaan tidak sewajarnya memandang sebelah mata terhadap pemimpin pergerakan koperasi. Mari kita lihat ANGKASA. ANGKASA mewakili keseluruhan koperasi yang bernaung di bawahnya yang kini berada pada kedudukan yang tertinggi sama ada di peringkat lokal ataupun di peringkat global kerana peranan besar mereka membangunkan aktiviti koperasi melalui agenda pemerkasaan sekuriti makanan negara dengan izin food security. Dengan memasukkan anggota lembaga terdiri daripada IKMa dan ANGKASA ia telah menzahirkan kesungguhan kerajaan mengiktiraf pergerakan koperasi dalam negara kita. Saya mohon mencadangkan semua yang saya bahas ini untuk perhatian kerajaan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Satu perbahasan yang bernas, saya puji. Untuk makluman Ahli- ahli Dewan yang mulia ini, hadir pada petang ini adalah tetamu dari Persatuan Buddha Maha Cundi Selangor. [Tepuk] Berikutannya kita mempersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Mengucapkan kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Menteri, saya mempunyai tiga persoalan dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. Yang pertama dalam perbahasan saya persoalan yang pertama ialah di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665] pengerusi eksekutif dan timbalan pengerusi eksekutif dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Melalui RUU pindaan ini, jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif akan digantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif.
Persoalan saya, adakah penggantian perenggan 11(3)(b) telah mendapat persetujuan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong? Memandangkan kuasa lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong tersebut telah digantikan dengan lantikan oleh Yang Berhormat Menteri di bawah fasal 5 rang undang-undang. Kita tengok rang undang-undang di bawah fasal 5, Akta Ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11, seksyen yang berikut, “Ketua Pegawai Eksekutif” dan “Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif”, iaitu “11A(1) Menteri hendaklah melantik-...” mana- mana orang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan seorang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif atau apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi membantu Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat lantikan mereka masing-masing. Persoalan yang kedua ialah, dalam perenggan 11(3)(a) sedia ada dalam Akta 665 menyatakan, “Seorang Pengerusi Eksekutif yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong”. Melalui rang undang-undang pindaan ini, perenggan 11(3)(a) akan menjadi “Seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri”. Persoalan saya, adakah perenggan 11(3)(a) [Akta 665] sedia ada ini perlu dipinda untuk menambah perkataan ‘atas nasihat menteri’ memandangkan Fasal (1), Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas telah menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri? Kita lihat apa dia Perlembagaan di bawah Perkara 40. Iaitu, “40. Yang di- Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.” Persoalan saya yang ketiga ialah, apakah justifikasi fasal 8 rang undang-undang pindaan ini? Fasal 8 ini akan memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk membatalkan mana-mana Pengarah tanpa memberikan apa-apa sebab. Dalam Kerajaan Madani, kita ada disebut tentang tata kelola yang baik. Kalau kita lihat persoalan di bawah pindaan seksyen 15, fasal 8, seksyen 15 Akta Ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut, iaitu “Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana pengarah tanpa memberi apa-apa sebab.” Sedangkan dalam seksyen yang sedia ada, seksyen 15 - kehilangan kelayakan dan penamatan pengarah, subseksyen (1), “Tiada seorang pun boleh dilantik, atau kekal sebagai seorang pengarah yang merupakan seorang pegawai sesuatu koperasi sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993”, dan subseksyen (2)... “Menteri boleh menamatkan atau menggantung pelantikan mana- mana pengarah jika pengarah itu- (a) meletak jawatannya; (b) menjadi tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya; (c) telah dikenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau dibuang negeri atau Imigresen;
(d) menjadi seorang bankrap atau melakukan sesuatu perbuatan kebankrapan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] ; (e) telah dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum pemenjaraan, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda, dalam mana-mana mahkamah dalam atau di luar Malaysia; (f) bersalah kerana salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya di bawah akta ini; atau (g) tidak hadir, kecuali atas sebab cuti yang diberikan oleh Menteri dalam hal Pengerusi Eksekutif atau oleh Pengerusi Eksekutif dalam hal semua pengarah lain, daripada dua mesyuarat lembaga secara berturut-turut.” Saya rasa rang undang-undang yang sedia ada sudah cukup dan tidak perlu dipinda lagi. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak. Nak celah Yang Berhormat Pasir Salak.
Silakan.
Silakan.
Saya melihatkan Yang Berhormat Pasir Salak bersungguh ya, takut kuasa yang ada pada Menteri seolah-olah begitu besar dan takut apa yang kita bincang di dalam Majlis atau di Dewan ini akan tidak berlaku adil. Maklumlah manusiakan? Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Pasir Salak. Setujukah Yang Berhormat Pasir Salak- saya lihat macam Yang Berhormat Pasir Salak ini mungkin setujulah apa yang disebutkan oleh orang kampung saya, absolute power corrupts. Maknanya kalau banyak sangat kuasa itu, kadang-kadang itu yang menyebabkan dia lupa sehingga, ya lah, dia akan lihat crony, corrupts, nepotism (CCN) itu. Setuju tak Yang Berhormat Pasir Salak?
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kapar dan masukkan dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga semua rakan, alhamdulillah. Pada petang ini, insya-Allah, kita akan membicarakan tentang Rang Undang- undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 di mana kita percaya bahawa perubahan ataupun pindaan yang dicadangkan bila melihat kepada Dasar Koperasi Negara, di mana dua- teras utamanya ialah transformasi organisasi dan pembangunan insan, yang digerakkan dengan perubahan dalam pelantikan baharu Ketua Pengarah Eksekutif pada kali ini. Kita percaya bahawa pelantikan ini dibuat untuk memastikan bahawa 7.3 juta- anggota yang terlibat ataupun menjadi orang yang akan menerima
manfaat daripada pindaan pada hari ini perlu dibantu oleh gerakan secara harian oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Jadi, saya ingin bertanya, bagaimana dalam keadaan ini kita melihat dasar-dasar yang akan diteruskan oleh pihak SKM, khususnya bilamana Pengerusi telah pun diasingkan daripada kerja yang sebelum ini sebagai Pengerusi Eksekutif dan di mana Ketua Pegawai Eksekutif ini akan memberikan fokus dan kerja sepenuh masa untuk kerja- kerja harian? Dan saya ingin bertanya, berapakah jumlah pegawai dan pekerja Suruhanjaya yang dipantau oleh Ketua Pegawai Eksekutif ini? Ini kerana ia membabitkan kerja yang sangat besar kerana terpaksa dibantu oleh tiga orang Ketua Pegawai Eksekutif. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan transformasi organisasi yang dibuat hari ini melibatkan peringkat yang tertinggi. Apakah lagi transformasi-transformasi organisasi untuk SKM yang akan diperkenalkan di pelbagai peringkat khususnya kepada operasi harian koperasi-koperasi yang berjumlah lebih daripada 14,000 ini? Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk melakukan inisiatif bagi menambah lagi bilangan koperasi terutamanya koperasi wanita agar kepentingan ini dapat dibuat mengikut nisbah rakyat. Saya cadangkan agar satu silibus pendidikan koperasi kepada wanita perlu digubal segera, terutama membabitkan suri rumah, kerana kita percaya ia dapat memberikan kebaikan yang lebih banyak kepada rakyat kita. Seterusnya berkaitan dengan maklumat tentang lebih daripada 40 peratus koperasi dalam negara yang dormant. Dalam hal ini, bagaimanakah pemantauan yang akan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga untuk melihat kepada kebajikan ahli-ahli yang meninggal dalam koperasi dormant ini dan bagaimanakah pengurusan aset koperasi? Adakah ia turut dormant sebagaimana dormant-nya koperasi ini? Kita melihat juga dalam laporan bahawa di Kelantan, ada sebuah sekolah di mana pencapaian ataupun pendapatan dari koperasi sekolah telah mencapai RM1 juta. Tak hairanlah kalau seluruh Kelantan mendapat RM2 bilion kerana ada sekolah yang dapat RM1 juta. Jadi, kita ingin menyarankan kepada pihak kerajaan untuk memastikan tadbir urus dan kepimpinan koperasi ini bermula di peringkat sekolah secara serius kerana hampir semua sekolah ada koperasi dan saya mohon agar ia diletakkan di bawah objektif dan fokus utama dalam perubahan pada kali ini.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan koperasi yang telah pun ditubuhkan, yang kita difahamkan pada tahun 1992 hanya berjumlah 11 buah sahaja tetapi dalam tempoh 31 tahun telah meningkat kepada 14,000 lebih. Jadi, perubahan dan gandaan yang begini besar, adakah pihak kerajaan mempunyai data berkenaan dengan kluster? Khususnya berkenaan dengan kepentingan- kepentingan rakyat yang melibatkan makanan asasi kerana kita lihat banyak koperasi yang ditubuhkan untuk beras sebagai contohnya, akhirnya berpindah milik dari koperasi kepada hak individu. Jadi, adakah ini di bawah pantauan dan juga berada di bawah dasar yang akan dilihat oleh Pengerusi dan Lembaga serta pihak pentadbiran koperasi? Saya juga ingin bertanya tentang apakah KPI dan jumlah bimbingan koperasi sedia ada yang telah dilakukan pada tahun 2020 sehingga tahun 2023? Oleh sebab ia berada dalam tempoh COVID. Saya juga difahamkan bahawa pihak kerajaan memaklumkan terdapat sebuah universiti yang baharu ditubuhkan iaitu Universiti Khas Usahawan dan Koperasi. Sekiranya ini benar, berapakah jumlah mahasiswa yang telah pun berdaftar di bawah Universiti Khas Usahawan dan Koperasi ini? Apakah hala tujunya yang berbeza daripada IKMa yang disebutkan oleh rakan-rakan daripada Dewan Rakyat hari ini? Saya juga ingin bertanya tentang bagaimanakah pelan dan tindakan kerajaan untuk mendidik rakyat berniaga secara kolektif? Oleh sebab kita lihat dalam keadaan hari ini, dalam krisis ekonomi, koperasi merupakan alternatif yang ada kepada kita untuk menjaga dan memastikan bahawa rakyat kita boleh berniaga secara kolektif bersama rakan-rakan yang lain.
Di bawah seksyen 11(3) juga, saya mohon untuk dipastikan bahawa dalam Lembaga Suruhanjaya tersebut dilantik wanita sebagai salah seorang daripada ataupun beberapa orang wanita yang layak untuk dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam SKM ini. Saya setuju dengan cadangan daripada rakan tadi, kenapa pelantikan ini dibuat dalam tempoh lima tahun, bukan tiga tahun. Ini kerana, dalam ini disebut “...dia boleh dilantik semula...” Jadi sepatutnya, kalau boleh dilantik semula, tiga tahun sudah mencukupi sebagaimana suruhanjaya-suruhanjaya lain. Kita juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, mengapa dalam seksyen 11(3)(g) ini menyebut hanya dua sahaja berkepakaran, sekurang-kurangnya? Saya rasa dalam hal koperasi membabitkan sebanyak 15,000 buah koperasi dengan 7.3 juta orang anggota, kita memerlukan semua yang dilantik itu, enam orang itu, semua yang berkepakaran dalam bidang dan pergerakan koperasi. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, bila mana disebut pindaan di bawah seksyen 19(7) iaitu pihak Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Pengarah boleh melakukan ataupun mengadakan perbincangan ataupun mesyuarat melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Apa persediaan, insentif dan juga inisiatif oleh pihak kerajaan dalam membantu usahawan koperasi dan koperasi-koperasi kecil di seluruh negara dalam menghadapi dunia perniagaan online, dan juga dunia siber? Khususnya tidak melibatkan diri dalam bidang yang melibatkan scam, dan juga peralatan yang diperlukan oleh pihak mereka. Terakhir, apakah remedi dan tindakan sekiranya Ketua Pengarah Eksekutif tidak membuat pertimbangan-pertimbangan sebagaimana yang disebut di bawah seksyen 11B(6)? Jadi, kalau ada banyak benda yang kita patut ikut, kalau mereka tidak ikut, apakah remedi ataupun tindakan yang akan dikenakan kepada Ketua Pengarah Eksekutif tersebut? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, dipersilakan Yang Berhormat Maran.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk terus membahaskan pindaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1922 yang ketika itu diberi nama, dengan izin, The Office of The Director of Co- operation. Setelah perkembangan itu, akhirnya pada tahun 2008 Suruhanjaya ini telah dinamakan sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya. Kenapakah agak kurang penglibatan pihak kerajaan membahaskan pindaan Akta Koperasi ini? Adakah kerana koperasi ini terdiri daripada orang-orang marhaen ataupun B40, lantas mereka tidak berminat untuk membahaskan perkara ini? Saya harap tidak memberikan kecil hati kepada ahli-ahli koperasi yang ada, yang terdiri daripada lebih kurang 7.3 juta orang. Oleh sebab mereka memainkan peranan yang cukup besar kepada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kita membicarakan beberapa pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini iaitu 2007 melibatkan beberapa seksyen dan penambahbaikan kepada Suruhanjaya ini dengan melibatkan pindaan kepada seksyen 2, seksyen 6, seksyen 11, seksyen 13, seksyen 14, seksyen 15, seksyen 19, seksyen 24, seksyen 45, seksyen 46, seksyen 56, seksyen 60, seksyen 62A yang pada umumnya tertumpu kepada bagaimana untuk kita memperkemaskan peranan pengurusan dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, apa-apa pun pindaan yang dibuat sememangnya, biasanya ke arah menambah baikkan kepada apa juga rang undang-undang tersebut, termasuklah kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini.
Akan tetapi pada saya, apakah langkah yang lebih penting? Bagaimana kita hendak menguatkuasakan pindaan-pindaan yang telah dibuat, yang bertujuan utamanya ialah untuk meningkatkan peranan dan tanggungjawab sesuatu rang undang-undang itu ataupun pengurusan, sehingga memberikan kesan yang cukup kepada mereka yang terlibat di bawah rang undang-undang itu. Dalam konteks Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini ialah kepada koperasi-koperasi itu sendiri dan ahli-ahli koperasi yang lebih kurang 7.3 juta orang seperti mana yang saya sebutkan tadi, yang melibatkan sebanyak 15,311 badan koperasi dan mempunyai nilai modal lebih kurang RM45.5 bilion keseluruhannya. Juga saya minta Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah komitmen pihak pengurusan dan mereka yang bertanggungjawab bagi memastikan yang dipilih ini supaya perjalanan koperasi ini dapat dilakukan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan bertanggungjawab? Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita faham, tujuan koperasi ini adalah berperanan sebagai salah satu- medium untuk mengembangkan modal golongan miskin ataupun yang bawahan ini, yang tidak mempunyai duit untuk menggerakkan perniagaan dan sebagainya. Lantas, kerajaan mengizinkan untuk mereka bersatu, menubuhkan koperasi dan dapat mengumpulkan modal yang cukup bagi menggerakkan sesuatu badan koperasi, terutamanya bagi golongan B40. Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah aktiviti utama yang menjadi fokus kepada pihak kerajaan dalam penubuhan sesebuah koperasi pada masa kini? Saya juga ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, berapakah jumlah koperasi mengikut pecahan kaum? Jika ada. Oleh sebab saya pernah menjadi salah seorang Lembaga Koperasi Orang Asli, Tuan Yang di-Pertua. Berapakah modal yang telah terkumpul bagi setiap koperasi ini? Oleh sebab kita tahu sebahagian besar koperasi ini terdiri daripada seperti mana yang disebutkan tadi golongan rendah, golongan berpendapatan kecil. Alhamdulillah sebahagian koperasi cukup menunjukkan bukti baik kepada kita. Kita tahu bahawa ada lebih kurang 100 buah koperasi- top 100 yang menunjukkan kejayaan dalam perjalanan mereka. Jadi, seperti mana yang kita tahu, koperasi ini adalah berperanan sebagai salah satu- medium seperti yang disebutkan tadi. Pada masa kini juga, zaman era teknologi di hujung jari, terdapat kemudahan kepada masyarakat untuk mendaftarkan diri bagi menjadi ahli koperasi melalui online. Jadi, apa langkah kementerian ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia, bagaimanakah untuk mengawal supaya pendaftaran ahli-ahli ini hendaklah dibuat secara teratur dan tidak diselewengkan? Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta supaya kita hendak tahu sebahagian terdapat koperasi-koperasi yang rugi, yang ditutup dan sebagainya ialah akibat daripada pengurusan yang tidak teratur. Adanya penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan, sama ada Ketua Eksekutifnya, Pengerusi dan sebagainya, menyebabkan wang yang dicarum, ataupun yang disumbangkan oleh ahli-ahli ini, walaupun sebahagian tidak besar tetapi merugikan mereka dan merugikan koperasi yang telah dibentuk. Saya ingin tahu, berapakah kes penyelewengan yang melibatkan pengurusan tertinggi koperasi ini? Berapakah orang ataupun pengurusan ini yang telah diambil tindakan? Apakah tindakan yang dikenakan kepada mereka? Berapakah jumlah kerugian yang telah dihadapi koperasi-koperasi yang saya sebutkan tadi dan juga melibatkan kerugian kepada ahli-ahli yang menyumbang kepada koperasi? Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin bertanya ialah kita tahu banyak daripada ahli-ahli koperasi ini kadang-kadang mereka hanya menjadi ahli dengan membayar sebanyak RM100 umpamanya, sesetengah koperasi.
Saya ingin tahu berapa, bilangan koperasi yang pendaftaran ahlinya hanya RM100 ataupun mungkin rendah daripada itu dan kita hendak tahu berapa ramai. Kadang- kadang sebahagian daripada mereka ini Tuan Yang di-Pertua, mereka hadir mesyuarat tiap-tiap tahun dan kadang-kadang koperasi ini menyediakan bayaran kehadiran mesyuarat RM100, bahkan lebih daripada itu.
Makna kalau mereka hanya menyumbang saham hanya RM100 tetapi kalau mereka menghadiri mesyuarat lima tahun, maka mereka mendapat untung RM400 walaupun sumbangan hanya RM100 menjadi ahli. Saya ingin tahu, mengapakah ini berlaku? Apakah mereka sengaja mencari kesempatan? Ataupun mungkin ada kelemahan yang melibatkan koperasi sendiri ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang harus, yang perlu mengambil tindakan, memberikan kesedaran kepada ahli-ahli koperasi. Seperti yang saya sebutkan tadi, yang sudah banyak saham itu alhamdulillah dan yang kecil-kecilan ini supaya yang pertama bukan sahaja mereka boleh menambah saham dalam koperasi. Kedua, ialah mereka boleh menambah simpanan tidak secara langsung dalam koperasi dan yang ketiga, mereka boleh juga mendapatkan pendapatan tambahan melalui mungkin saham, bonus dan juga dividen yang dikeluarkan oleh koperasi, jika koperasi ini dapat dijalankan dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya hendak tahu dan kita harap supaya Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam memastikan supaya peranan koperasi ini dapat memberikan kesan yang lebih besar kepada kedudukan ekonomi kita. Seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kita ada 7.3 juta orang anggota dengan membabitkan perolehan ataupun nilai harta mencecah RM45.5 bilion. Ini menunjukkan bahawa lebih 20 peratus masyarakat di Malaysia telah mendaftar sebagai ahli koperasi di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan beberapa orang rakan kita yang disebutkan tadi daripada segi tempoh keahlian, tempoh menjadi ketua eksekutif, pengerusi dan sebagainya. Kita harus melihat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mestilah melihat secara tegas dan serius supaya memastikan tidak berlaku penyelewengan yang dilakukan oleh Pengurusan Tertinggi Koperasi ini kerana biasanya kejatuhan sesuatu koperasi, kelemahan sesuatu koperasi iaitu akibat daripada pengurusan yang tidak jujur, yang tidak ikhlas dan ingin menjadi lembaga koperasi, ingin menjadi pengerusi, ketua eksekutif koperasi semata-mata mereka melihat bahawa koperasi ini telah untung dan bagaimana mereka boleh mengambil wang dari koperasi ini. Ini suatu tindakan yang cukup tidak bermoral dan saya kira tanggungjawab yang dimainkan oleh Suruhanjaya Koperasi ini cukup besar. Bukan sahaja SKM yang berperanan besar tetapi kerajaan, Menteri dan juga Timbalan Menteri dan kerajaan sendiri bertanggungjawab bagi memastikan supaya wang kecil yang disumbangkan oleh ahli koperasi semata-mata ingin mendapatkan pendapatan tambahan melalui gabungan wang-wang yang telah dikumpulkan. Akan tetapi akhirnya mereka mendapat kerugian kerana kecuaian, ketidakselesaan dan tidak jujur yang dilakukan Ahli Lembaga dan Pengurusan Tertinggi Koperasi. Saya menyokong dengan pindaan ini dan kita harap kerajaan mestilah serius dalam melaksanakan tanggungjawab dan memberikan tekanan kepada suruhanjaya bagi menjalankan kewajipan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Besar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang, salam sore. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Sungai Besar untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 pada petang ini dan insya-Allah seringkas yang boleh. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini sudah berusia 100 tahun. Ulang tahun ke-100 telah kita sambut tahun lepas pada Julai 2022 dan
koperasi yang pertama daripada segi sejarahnya telah tertubuh pada 21 Julai 1922 dan tercatat dalam sejarah itu, koperasi pertama didaftarkan atas nama Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja. Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad yang hari ini dikenali sebagai Koperasi Telekom Malaysia, Berhad (KOTA MAS). Ini adalah daripada segi sejarahnya koperasi yang pertama yang telah berjaya ditubuhkan pada 21 Julai 1922. Tuan Yang di- Pertua, tempoh 100 tahun bukan sekejap tetapi gerakan koperasi di Malaysia telah melakar banyak kejayaan sepanjang tempoh tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh satu abad ataupun 100 tahun gerakan koperasi berjaya menubuhkan lebih 15,000 buah koperasi, pelbagai asas perniagaan ada lebih tujuh juta orang ahli, asetnya lebih RM150 bilion, perolehan lebih daripada RM45.5 bilion dan share melebihi RM16 bilion. Menandakan bahawa gerakan koperasi ditadbir urus dengan baik, dipercayai rakyat dan apa lagi pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) tahun 2021-2025 telah dilancarkan untuk memperkasakan gerakan koperasi bukan sekadar untuk menyediakan ekosistem pembangunan koperasi tetapi juga kecekapan tadbir urus koperasi keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, maka dengan sebab itu pindaan Akta Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Akta 655 yang dipinda berkaitan dengan pemisahan kuasa iaitu pentadbiran urusan dan hal ehwal harian suruhanjaya serta pengawasan pelaksanaan dasar diurus oleh orang yang berbeza. Ini yang dibentangkan dalam akta tersebut. Pada masa ini pentadbiran urusan dan hal ehwal harian suruhanjaya serta pengawasan pelaksanaan dasar dijalankan oleh pengerusi eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif maksudnya orang yang sama. Saya menyatakan sokongan atas pindaan ini iaitu mengasingkan jawatan ketua pegawai eksekutif dan pengerusi eksekutif. Perkara ini memang dibawa dalam perbincangan oleh kerajaan terdahulu. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu, dengan perolehan RM45 bilion dengan aset lebih RM150 bilion hanya disumbangkan oleh beberapa buah koperasi yang besar. Akan tetapi dengan adanya pengasingan kuasa Tuan Yang di-Pertua, kita yakin 80 peratus koperasi yang berskala kecil, pendapatan RM200 ribu ke bawah boleh dipantau, boleh dijalankan program untuk memastikan bahawa koperasi-koperasi ini boleh berdaya maju. Ini kalau andai kata pengasingan kuasa itu dilaksanakan, juga koperasi-koperasi kecil ini diselia dengan baik. Jika pengasingan kuasa itu dilaksanakan dan kita tahu banyak koperasi perlu dibantu terutamanya berkaitan dengan kemas kini akaun dan audit. Ini banyak berlaku yang saya kira Yang Berhormat Menteri pun memahami perkara ini. Juga perkara yang sama berkaitan dengan kerjasama antara koperasi perlu dimantapkan. Kita sudah tubuhkan enam buah federasi, yang memastikan bukan sekadar untuk memastikan keahlian mendapat pulangan yang lebih baik tetapi kita hendak memastikan kos sara hidup dapat kita bantu dalam kalangan rakyat. Juga sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun tadi berkaitan dengan peranan Angkasa sebagai apex koperasi juga kalau diberi pengasingan kuasa tumpuan kita boleh berikan. Kita tahu sepatutnya Angkasa membantu rakan-rakan koperasi bukan berniaga dan kalau tidak salah Yang Berhormat Menteri difahamkan lima subsidiari Angkasa rugi dan kita minta SKM semak dan pantau Angkasa dan buat pindaan mana yang perlu. Cuma saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, pelantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan cadangan tambahan jawatan Timbalan Pegawai Eksekutif dan Setiausaha atas kuasa Menteri. Kalau boleh jawatan ini jangan dijadikan jawatan terbuka- open post, maksudnya. Seeloknya diberikan kepada pegawai koperasi yang sangat memahami denyut nadi koperasi, memahami setiap susur galur perjalanan pengurusan dan pentadbiran koperasi dan mereka ini orang yang berkemahiran daripada segi penyeliaan, tahu pematuhan akta dan boleh memberikan keyakinan kepada rakyat. Berbanding jika jawatan ini kita terbuka boleh mendorong kepada pengambilan CEO yang tidak memahami perjalanan pentadbiran dan pengurusan sesebuah koperasi.
Jadi saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan KUSKOP supaya memastikan bahawa pengambilan jawatan Pengerusi Eksekutif ini dipilih dalam kalangan mereka orang dalam kerana mereka sangat memahami berbanding jika kita ambil daripada orang luar sebagai Pegawai Eksekutif. Tuan Yang di-Pertua, akta pindaan ini saya juga menyokong pelantikan Pengerusi Eksekutif sebagai satu jawatan baharu di SKM cuma saya mencadangkan pelantikan biarlah dilantik dalam kalangan mereka yang dipercayai mampu membawa pelbagai dasar baharu yang mampu membawa SKM ke arah yang lebih baik. Bukan lantikan kroni maksud saya, bukan lantikan politik maksud saya, tetapi pelantikan dalam kalangan mereka yang mampu membawa ataupun membawa dasar-dasar baharu kepada SKM. Cuma yang terakhir Yang Berhormat Menteri, ada beberapa pertanyaan. Sudah empat bulan saya rasa kalau tidak silap jawatan CEO, Pegawai Eksekutif SKM kosong. Bilakah hendak dilantik? Kedua, saya kira ada juga kekosongan di jawatan Timbalan Pegawai Eksekutif juga kosong, bilakah hendak dilantik? Jika sekiranya akta ini diluluskan bila Pengerusi akan dilantik? Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 8 Jun 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Rang Undang-Undang Berkaitan Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori, Semakan Hukuman Mati Dan Pemenjaraan Sepanjang HayatSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 adalah perkembangan reformasi undang-undang yang sangat menggalakkan daripada Kerajaan Perpaduan.
Mahkamah akan diberi ruang untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi kes hukuman mati mengikut budi bicara hakim. Pelaksanaan undang-undang baru ini secara menyeluruh bakal membuka ruang kepada pelbagai perkembangan positif, termasuk mengurangkan kesesakan dalam penjara, dan lebih peluang rehabilitasi dalam kalangan banduan.
Walau bagaimanapun, banduan yang berkelayakan untuk semakan penghukuman semula di bawah undang-undang baru ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak untuk memastikan bahawa mereka:
(i) mendapat maklumat secukupnya dan memahami peruntukkan undang-undang ini;
(ii) mampu membuat permohonan dalam tempoh 90 hari sebaik sahaja RUU ini berkuat kuasa; dan
(iii) boleh memperoleh dan membentangkan keterangan- keterangan mitigasi di pendengaran permohonan semakan penghukuman semula dengan bantuan peguam-peguam mereka.
Mekanisme semakan penghukuman semula ini harus dijelaskan dan diterangkan kepada mereka yang berkelayakan dan peguam lantikan mereka
(bagi banduan warga asing, kepada kedutaan mereka) seawal yang boleh
sebelum penguatkuasaan undang-undang ini, setelah mengambil kira had tempoh masa 90 hari sebagaimana diperuntukkan dalam RUU tersebut.
Sebaik sahaja permohonan semakan penghukuman semula bermula di Mahkamah Persekutuan, pihak berkuasa harus memastikan pemohon diberi masa dan sumber secukupnya untuk membuat persediaan pendengaran mahkamah, termasuk peluang munasabah untuk memperoleh dan membentangkan keterangan-keterangan mitigasi. Ini sangat mustahak kerana permohonan semakan penghukuman semula hanya boleh dibuat sekali sahaja.
Ini adalah berlandaskan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) semasa bacaan kedua RUU ini yang memberi penekanan terhadap hak untuk hidup bagi pemohon, dan juga keperluan untuk mengambil kira keterangan mitigasi berdasarkan prinsip kesetimpalan.
Sehubungan dengan itu, garis panduan berkenaan pelaksanaan kedua- dua undang-undang ini haruslah dikongsi dengan pihak-pihak berkaitan, termasuk Jabatan Penjara, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Mahkamah Persekutuan. Penyediaan garis panduan juga harus dibuat setelah proses rundingan dengan pemegang taruh, termasuk pengamal undang-undang, pakar dalam pengadilan jenayah, pakar perubatan dan organisasi sivil (CSO).
Selain itu, mereka yang masih belum dijatuhkan atau dikekalkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan haruslah diberi masa, sumber dan peluang yang cukup untuk memahami peruntukan di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, tanpa mengira tempoh masa yang telah berlalu semenjak pendengaran atau perbicaraan kes mereka yang terdekat sebelum ini.
Garis panduan mahkamah terhadap kes hukuman mati harus disediakan dan diterbitkan untuk memastikan bahawa prinsip kesetimpalan yakni ‘proportionality’ terlaksana dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di- Pertua, Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan banduan-banduan yang berkelayakan untuk semakan hukuman di bawah Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 mendapat kerjasama dan sokongan sewajarnya dari semua pihak yang berkenaan supaya mereka mendapat manfaat sepenuhnya undang-undang baru ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada masa ini masih belum diwartakan dan berkuat kuasa. Oleh yang demikian, berhubung tempoh had masa 90 hari untuk memfailkan permohonan semakan semula hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, tempoh ini akan hanya bermula setelah rang undang-undang ini diwartakan dan berkuat kuasa kelak.
Mesyuarat Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah diadakan pada 11 Mei 2023 yang bertujuan membincangkan serta menentukan mekanisme bagi pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori dan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mesyuarat telah membincangkan persoalan isu dalam pelaksanaan yang berbangkit untuk setiap agensi serta tindakan yang perlu diambil.
Di samping itu, Mesyuarat Penyediaan (TOR) Bagi Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat pula telah diadakan pada 25 Mei 2023 yang membincangkan penyediaan carta alir, garis panduan dalam pelaksanaan hukuman gantian. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mesyuarat telah membuat persediaan mengenai semakan kategori banduan serta cadangan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk Semakan Pelaksanaan Hukuman Gantian.
Garis Panduan yang dibangunkan ini turut mengambil kira perkara- perkara berikut:
(i) latar belakang banduan antaranya tempoh banduan di penjara, umur, rekod prosiding, alasan penghakiman serta rekod kesihatan;
(ii) mekanisme pendengaran kes termasuklah masa dan sumber yang mencukupi untuk pendengaran mahkamah;
(iii) khidmat guaman; dan
(iv) kefahaman atau penjelasan kepada banduan dan peguam lantikan.
Berhubung isu kos khidmat guaman, perkara ini telah dibangkitkan dan dibincangkan di dalam sesi-sesi mesyuarat yang dinyatakan dan sedang diperhalusi bagi tujuan mencapai suatu penyelesaian antara pihak-pihak.
Semua pihak berkepentingan akan dilibatkan dalam pembangunan garis panduan ini di mana sesi libat urus akan dijalankan sebelum carta alir, garis panduan dimuktamadkan. Selepas tata cara kerja pelaksanaan semakan hukuman mati telah teratur dan tersedia, carta alir, garis panduan berkenaan akan dimuat naik di laman sesawang untuk panduan serta rujukan umum.
Kesemua tindakan ini akan dilaksanakan pada kadar yang segera memandangkan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 telahpun diluluskan di Parlimen. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Pengambilalihan Operasi Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (Mpogcf)Special Chamber
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah pengawasan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada tahun 2019.
Objektif Yayasan ini adalah untuk menjalankan usaha-usaha yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar, khususnya daripada segi penanaman pokok jenis hutan dan pemeliharaan haiwan liar di negara kita dengan menggunakan sumbangan penanam sawit di negara kita.
Setiap tahun Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) boleh menyalurkan sumbangan maksima RM1 untuk setiap tan minyak sawit mentah yang dihasilkan kepada MPOGCF untuk tujuan tersebut. Saya difahamkan apabila Kerajaan Pakatan Harapan jatuh pada Mac 2020, kesemua Ahli Lembaga MPOGCF meletakkan jawatan atas arahan mantan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) iaitu Yang Berhormat Kuala Nerus dari PAS.
Seterusnya, apabila mantan Menteri, Yang Berhormat Kuala Nerus digantikan oleh bekas Ahli Parlimen Ampang, beliau pernah mengarahkan anggota yayasan yang dilantik oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus untuk meletak jawatan, tetapi mereka enggan berbuat demikian sehingga hari ini, dengan alasan perlembagaan MPOGCF tidak menetapkan mereka perlu mematuhi arahan daripada Menteri.
Saya difahamkan MPOGCF melakukan kerja-kerja tanpa mengadakan konsultasi dengan kementerian dan MPOB, serta di luar kawalan kementerian, tetapi segala perbelanjaan MPOGCF adalah disalurkan oleh MPOB kepadanya.
Ini bermaksud MPOGCF menggunakan dana yang disumbangkan oleh MPOB dan industri sawit, tetapi ia tidak mengikut arahan daripada pihak kerajaan. Ini adalah amat tidak sihat dan tidak adil bagi kementerian dan industri sawit.
Memandangkan MPOGCF didaftarkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPOC atas arahan mantan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), saya ingin mencadangkan KPK dan BHEUU untuk bekerjasama membekukan operasi MPOGCF dan memberi ruang kepada KPK untuk mengambil alih MPOGCF, supaya yayasan ini menerima arahan daripada KPK dan agensi sawit yang berkaitan. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seperti kita semua sedia maklum, kebelakangan ini industri sawit negara sering berhadapan dengan kempen antiminyak sawit di peringkat global khususnya daripada Kesatuan Eropah (EU). Persepsi negatif industri sawit dikaitkan dengan pemusnahan alam sekitar, penyahhutanan dan pencemaran biodiversiti.
Justeru, salah satu strategi dan langkah untuk menghadapi cabaran tersebut, Yayasan Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation
(MPOGCF) telah ditubuhkan. Secara umumnya, penubuhan yayasan ini merupakan satu inisiatif untuk menyokong usaha-usaha pemuliharaan daripada industri sawit dan mencerminkan komitmen industri terhadap pemuliharaan alam sekitar. Aktiviti yang dilaksanakan oleh MPOGCF dapat meningkatkan imej minyak sawit di mata dunia sebagai produk agrikomoditi yang mampan.
MPOGCF secara rasminya telah diluluskan untuk diperbadankan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 19 Februari 2020 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 April 2021.
Secara umumnya objektif MPOGCF adalah seperti berikut:
(i) menggalakkan program-program penanaman semula hutan, pemuliharaan hidupan liar dan biodiversiti;
(ii) mempromosikan inisiatif pemuliharaan dan amalan kemampanan dalam perdagangan; dan
(iii) meningkatkan, membantu dan melengkapkan inisiatif- inisiatif pemuliharaan, biodiversiti dan kemapanan oleh pihak swasta, NGO, masyarakat tempatan dan agensi kerajaan.
Objektif ini dicapai melalui pelbagai kaedah seperti pembiayaan dan sokongan terhadap program penghutanan semula, program-program pembangunan dan penyelidikan, dan pendidikan mengenai pemuliharaan alam sekitar serta menyediakan pangkalan data alam sekitar.
Segala perbelanjaan bagi dana di bawah Yayasan ini dipantau oleh lembaga pemegang-pemegang amanah yang telah dilantik. Dana ini diperoleh daripada dua sumber utama iaitu:
(i) sumbangan secara sukarela daripada penggiat industri; dan
(ii) kutipan ses sawit sebanyak RM1.00 bagi setiap tan minyak sawit mentah (CPO), minyak isirung sawit mentah (CPKO) berdasarkan Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) (ses) 2019 yang disalurkan oleh MPOB secara tahunan.
Kementerian amat mengalukan-alukan pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh YB Seputih agar kementerian meneliti semula akan kawal selia MPOGCF supaya selari dangan dasar kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman, kementerian menyedari akan peranan yang harus dimainkan oleh yayasan supaya ia seiring dengan hasrat kerajaan atau kementerian dalam mendepani cabaran industri sawit negara.
Dalam hal ini, kementerian telah meminta Malaysia Palm Oil Council (MPOC) untuk melantik anggota ALP yang bersesuaian supaya mandat yayasan dapat dilaksanakan sebaik mungkin seperti tujuan asal penubuhannya.
Oleh itu, pelantikan dua anggota ALP daripada KPK dan MPOC telah dibuat pada Ogos 2022 bertujuan untuk mengawal selia dan memantau perjalanan serta perancangan program aktiviti MPOGCF agar mampu meningkatkan usaha pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar secara efektif dan mengikut tatacara agar mencapai objektif yang disasarkan.
Susulan daripada tindakan ini juga, satu jawatankuasa khas di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha turut ditubuhkan bagi menilai dan meneliti serta mempertimbangkan cadangan projek-projek yang dikemukakan oleh MPOGCF. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada wakil- wakil kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan dalam industri sawit.
Kewujudan jawatankuasa ini adalah penting bagi memantau perkembangan yayasan dan pelaksanaan projek agar bersesuaian dan selari dengan dasar dan hala tuju kementerian.
Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh MPOGCF adalah seperti berikut:
|Bil.| Perkara | |---:|------------------------------------------------------------------------------| | 1|One Million Tree Planting – Rehabilitation of Orangutan Habitat | | 2|Borneo Elephant Sanctuary, Kinabatangan, Sabah | | 3|Malayan Tiger Conservation Programme | | 4|Program Konservasi Hutan Terosot Dalam Kawasan Central Forest Spine (Kelantan)| | 5|Bornean Orangutan and Elephant Population Survey | | 6|Funding of Wildlife Rescue Unit in Sabah | | 7|Development of Peat Rehabilitation Model for Sarawak Region |
Ada tujuh ya, yang lain tu yang kecil-kecil, ini yang besar-besar. Kesemua projek ini sedang dilaksanakan oleh MPOGCF dan dipantau sepenuhnya sama ada oleh ALP mahupun jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan.
Sebagai kesimpulan, kementerian telah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan projek-projek yang dijalankan oleh Yayasan selari dengan hasrat kerajaan dan objektif penubuhan, iaitu dengan memastikan wakil kementerian dan agensi yang menganggotai ALP daripada sudut kawal selia serta pemantauan projek. Ia turut dibantu melalui jawatankuasa khas yang juga telah ditubuhkan.
Kementerian menghargai keprihatinan Yang Berhormat Seputeh dalam memastikan agenda pemuliharaan alam sekitar, terutamanya melibatkan industri sawit dapat tercapai sekali gus meningkatkan imej industri di mata dunia. Ke arah ini, kementerian akan terus mengkaji strategi terbaik serta memastikan setiap tindakan yang dilaksanakan mematuhi prosedur yang betul dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kelewatan Projek Perumahan Taman Seri Aman Lagenda, Masjid Tanah, MelakaSpecial Chamber
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sejak 10 tahun kebelakangan ini, pihak kerajaan memperkenalkan pelbagai program perumahan serta insentif-insentif kepada pembeli dan pemaju supaya hasrat pihak kerajaan bagi memastikan setiap isi rumah di negara ini mampu memiliki rumah mereka.
Pada 5 Disember 2022, saya telah bertemu dengan beberapa pembeli rumah Taman Seri Aman Lagenda di tapak projek. Mereka selaku pembeli menzahirkan rasa dukacita kerana projek yang telah mula pembinaannya sejak tahun 2017 sehingga tahun ini masih terbengkalai.
Saya sendiri telah dimaklumkan oleh pihak pembeli bahawa mereka telah mengajukan permasalahan ini kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak kerajaan negeri, namun usaha yang dilakukan tidak menemui jalan penyelesaian terhadap perkara ini. Saya juga sudah menulis surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Malaysia supaya pihak kementerian dapat mencari jalan penyelesaian bagi perkara ini memandangkan perkara ini melibatkan kepentingan orang ramai.
Dalam masa yang sama, para pembeli telah mula membayar ansuran bulanan kepada pihak bank dan pada masa yang sama perlu membayar sewa rumah yang mereka diami sementara menunggu rumah mereka boleh diduduki.
Pihak saya juga turut menghubungi pihak pemaju namun jawapan yang diberikan masih dalam usaha untuk menyelesaikannya.
Oleh yang demikian, Ahli Parlimen Masjid Tanah mohon maklum balas dan tindakan penyelesaian yang telah diambil oleh pihak kementerian berkenaan isu ini. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Perpaduan pada hari ini memberikan komitmen sepenuhnya dalam merangsang industri hartanah negara dan pada masa yang sama, kepentingan pembeli diutamakan dalam memastikan hak pembeli terjamin.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Projek Taman Sri Aman Lagenda merupakan pembangunan kediaman 54 unit rumah teres satu tingkat yang dimajukan oleh Syarikat KL City Development Sdn. Bhd. di Mukim Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka. Perjanjian Jual Beli (PJB) pertama projek ini telah ditandatangani pada 23 Mac 2017 dengan tempoh perjanjian selama 24 bulan.
Projek ini sepatutnya siap pada 23 Mac 2019. Walau bagaimanapun, projek ini gagal disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dan projek ini telah dikategorikan sebagai projek sakit. Berdasarkan status kemajuan projek sehingga 20 Mei 2023, antara isu utama yang menyebabkan projek ini tidak mengikut
kemajuan yang sepatutnya dan langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut; Pertama, isu Penyiapan Rumah Pam. Kerja-kerja pembinaan rumah pam dan tangki air telah siap sepenuhnya. Mesin pam telah diletakkan di dalam rumah pam dan kerja-kerja penyambungan paip, pemasangan lampu dan weatherproofing sedang dalam pelaksanaan. Pemeriksaan fungsi rumah pam oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) termasuk pemeriksaan bahan-bahan di tapak rumah pam bagi penyambungan ke rumah-rumah, proses serahan tapak, penyerahan dokumentasi dan pembayaran caj sambungan akan dilaksanakan dengan segera.
Kedua, isu Pembaikan Cerun Runtuh. Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah meluluskan pelan baik pulih tembok penahan pada 5 April 2023 dan kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja pembaikan cerun dan pembinaan retaining wall pada pertengahan Jun setelah mendapat kelulusan mula kerja.
Ketiga, isu pembinaan Tapak Pencawang Padat yang mengikut reka bentuk yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja-kerja membina pencawang padat telah siap sepenuhnya. Pihak TNB telah membuat Precommissioning Inspection and Testing (PIAT) kali kedua pada 3 Mei 2023 dan meluluskan secara bersyarat. Pihak kontraktor telah membaik pulih semua perkara yang dibangkitkan dalam komen pihak TNB.
Secara keseluruhannya, status kemajuan sebenar projek ini adalah sebanyak 85 peratus berdasarkan laporan kemajuan yang dikemukakan mengikut seksyen 7(f), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] pada sesi pertama 2023 bertarikh 18 April 2023. Kerja-kerja bangunan selesai dan pihak pemaju sedang menyiapkan kerja infrastruktur di tapak.
Berdasarkan status semasa, pemaju mensasarkan projek ini dapat disiapkan dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada bulan Ogos 2023.
Pada masa ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara akan meneruskan pemantauan rapi melalui mesyuarat secara berkala bersama agensi teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan Melaka (LPM), mengadakan lawatan tapak secara berterusan dan memudah cara sekiranya terdapat isu berbangkit antara pemaju dan agensi-agensi kerajaan atau teknikal bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang dicadangkan.
Sekiranya projek ini tidak dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli seperti yang dijangka iaitu Ogos 2023, KPKT boleh mengambil tindakan untuk menyenarai hitam ahli lembaga pengarah dan syarikat berkaitan. Selain itu, projek ini boleh disyorkan untuk diisytiharkan terbengkalai supaya jabatan boleh mengkaji kaedah pemulihan dan penyelesaian lain yang lebih bersesuaian untuk kepentingan pembeli.
Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Bangunan Baharu Bagi SK Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, MelakaSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka merupakan antara 38 sekolah kebangsaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan.
Ribuan lepasan pelajar telah berjaya dihasilkan melalui sesi persekolahan di sekolah ini. Sejak tahun 2015, saya berhubung rapat bersama pihak Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan penyelesaian isu kelas dalam kabin di sekolah ini. Saya telah didatangi oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) serta ibu bapa pelajar berkenaan isu ini.
Pada tahun 2019, saya juga berkesempatan mengaturkan lawatan Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan pada ketika itu ke sekolah ini bagi melihat sendiri keadaan yang berlaku dan untuk mendapatkan perhatian khusus pihak kementerian.
Seterusnya, selepas pertukaran Kerajaan, saya juga membawa permasalahan yang sama kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi bin Jidin selaku Menteri Pendidikan untuk menarik perhatian pihak kementerian. Justeru, Masjid Tanah mohon maklum balas dan tindakan yang telah diambil berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah atas pertanyaan berkaitan “Keperluan Membina Bangunan Baharu Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka”.
KPM sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi bagi keperluan masyarakat setempat. Perkara ini penting bagi memastikan murid-murid boleh belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi fokus kepada pembelajaran dengan baik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data KPM, Sekolah Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka merupakan sekolah kerajaan dan ditubuhkan semenjak tahun 1959. Sehingga Mei 2023, enrolmen murid di sekolah ini adalah seramai 189 orang. Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah mempunyai empat buah bilik darjah dan beroperasi secara satu sesi dengan lapan buah kelas. Bagi menampung pertambahan bilangan kelas tersebut, pihak sekolah telah menggunakan bangunan kabin sedia ada yang kecil dan tidak menepati piawai untuk dijadikan bilik darjah tambahan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu kelas di dalam bilik darjah kabin di Sekolah Kampung Tengah ini adalah dalam perhatian KPM. Dalam hal ini, KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka telah mengemukakan permohonan pembinaan bangunan gantian tiga bilik darjah dan lain-lain
kemudahan di SK Kampung Tengah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 4 tahun 2024.
Buat masa ini, permohonan tersebut di peringkat penelitian dan pertimbangan Kementerian Ekonomi. Walau bagaimanapun kelulusan dan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Selain itu, KPM juga telah meluluskan peruntukan bagi penyelenggaraan bangunan di SK Kampung Tengah. Pada tahun 2021, sebanyak RM90,000 telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan tingkap, pintu, tandas, tangga dan lantai. Manakala bagi tahun 2022, sebanyak RM19,900 telah diluluskan untuk kerja-kerja penyelenggaraan tingkap dan pintu serta pembaikan pendawaian elektrik di sekolah ini.
KPM berharap, melalui tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan ini, murid-murid di SK Kampung Tengah dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selamat dan selesa. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Khamis, 8 Jun 2023 jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.06 petang]