Dewan Rakyat · 8 June 2023

15th Parliament, session 2, meeting 2 · 480 turns · 40,588 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam · question

1. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan adakah kementerian membenarkan minyak masak paket bersubsidi yang telah digunakan untuk dijual semula sebagai minyak masak terpakai kepada industri bio-diesel memandangkan terdapat permintaan yang tinggi untuk minyak masak terpakai ini dijadikan sebagai bahan bakar biofuel untuk industri pengangkutan udara dan apakah tindakan kementerian untuk memastikan tidak berlakunya ketirisan akibat manipulasi dan penggunaan yang berlebihan kerana harga minyak masak terpakai ini adalah lebih tinggi daripada minyak masak paket bersubsidi.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim, Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam yang bertanyakan soalan saya rasa begitu penting dalam memastikan industri minyak sawit kita sama ada yang terpakai termasuk yang terpakai itu mempunyai potensi ke arah satu lagi sumber pendapatan negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sebenarnya sangat menggalakkan supaya minyak masak terpakai ini diperkasakan untuk menjadi salah satu daripada sumber pendapatan negara. Malaysia berpotensi untuk menjadi hab ke arah teknologi yang lebih tinggi bagi menghasilkan daripada minyak masak terpakai ini, industri seperti biofuel ataupun biodiesel ini kerana ia akan memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar. Alam sekitar akan menjadi lebih lestari dengan penggunaan yang bijak dan juga kalau dapat kita jadikan industri ini sebagai suatu yang kita punya satu ekosistem yang akan boleh kita bangunkan bersama dengan MPIC ataupun Kementerian Komoditi. Kita punya polisi 3R iaitu reduce, reuse dan recycle yang mana dengan minyak masak bersubsidi yang telah digunakan ini kita telah ada perbincangan di peringkat awal bersama dengan PETRONAS yang boleh menjadi suatu agensi kerajaan yang membawa industri ini kepada dengan izin economies of scale. Maknanya boleh memberikan pendapatan kepada negara dan khususnya kepada pembeli ataupun pengguna-pengguna, termasuklah PMKS dan suri rumah yang sekiranya industri ini dapat kita letakkan dalam suatu platform, maka dia boleh memberikan pulangan yang baik kepada suri rumah, isi rumah dan juga kepada negara. Sama ada kita boleh mengawal atau tidak untuk dalam isu ketirisan, kita ada sistem e-kos yang mana kita boleh track daripada kilang, refinery, repacker, pemborong dan peruncit. Ini adalah satu cara untuk kita kenal pasti supaya tidak ada mana-mana pihak yang menggunakan kesempatan ini kerana isu minyak paket bersubsidi ini RM2.50 satu paket, dijual semula itu harga pasaran mungkin boleh dapat RM3.80 lebih mahal sebenarnya.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Maka dengan sebab itu, KPDN dan juga MPIC akan sentiasa mengadakan hubungan ataupun smart partnership. Kita boleh mensinergikan kekuatan kedua-dua kementerian ini kerana kita ada dari segi ketirisan saya hendak jawab kita ada Akta Kawalan Bekalan 1961 dan MPIC ada Malaysian Biofuel Industry Act 2007 yang boleh kita mengawal industri dan memberikan pulangan ataupun manfaat kepada rakyat dalam negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk mengatasi ketirisan dari sudut dasar di pihak kementerian dengan mengurangkan jurang antara harga minyak masak bersubsidi ini untuk polibeg 1 kilogram dengan harga minyak masak yang terpakai ini. Contohnya, dengan menaikkan harga, sekarang ini RM2.50 sekilogram ke RM3.50 sekilogram sebagai usaha untuk mengurangkan ketirisan ini. Dalam masa yang sama, ia juga tidak membebankan peniaga kecil dan menyuburkan persaingan di antara pengeluar, mereka yang menghasilkan minyak masak terpakai ini dan juga minyak yang paket bersubsidi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan rakan saya Yang Berhormat Shah Alam. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak paket bersubsidi kepada rakyat itu. Masa belum sesuai, rakyat masih lagi bergelut dalam isu kos sara hidup. Namun begitu, kerajaan telah bersedia sebenarnya, insya-Allah sehingga hujung tahun ini suatu badan yang akan mengendalikan database kita, pangkalan data kita iaitu PADU yang akan melengkapkan semua data untuk kita memberikan subsidi kepada golongan tertentu ataupun dalam istilah mudahnya kerajaan akan memulakan inisiatif ke arah memberikan subsidi bersasar kepada rakyat dalam negara kita. Kita faham kerajaan berbelanja untuk minyak paket sahaja dan juga RON95 sebagai contoh dan juga barang-barang bersubsidi yang lain, kita buat masa ini masih lagi mengekalkan subsidi ini demi rakyat. Insya-Allah apabila ekonomi telah pulih nanti kita sistem-kan, kita wujudkan kembali ekosistem yang sempurna dan juga subsidi itu kita sasarkan, saya rasa insya-Allah penjimatan dari segi belanjawan negara akan dapat dijimatkan dengan pendekatan yang lebih bijak, yang bottom line-nya buat masa ini kerajaan masih peka untuk mengambil kira tentang nasib rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Menteri Kubang Kerian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang sejauh mana kejayaan kempen kumpulan minyak masak terpakai ini? Kalau boleh data ialah pecahan mengikut negeri. Sejauh mana pengumpulan dapat dicapai? Keduanya apakah mekanisme bagi mengawal? Sebab kita dengar ada syarikat-syarikat yang mengumpul minyak terpakai, ditapis semula dan dijual kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan harga yang sangat murah untuk diguna semula. Ini sebenarnya sangat tidak bersih dan tidak baik sebab kita tahu minyak terpakai dikumpulkan di pelbagai kedai ini kemungkinan ada yang halal, ada yang haram, dicampurkan balik, ditapis semula dan dijual kepada peniaga. Soalan saya ialah pertama, sejauh mana, berapa banyak pengumpulan yang telah dapat dicapai ikut pecahan negeri, kalau tidak ada data mungkin bertulis. Kedua ialah kawalan. Apakah syarat, kerajaan bercadang untuk bagi lesen khas kepada syarikat yang hendak kumpul mesti ada lesen supaya kita dapat mengawal? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian. Di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yang mengeluarkan lesen untuk collector. Maknanya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mengeluarkan lesen kepada mana-mana pihak untuk menjadi pemungut ataupun collector kepada minyak-minyak masak yang telah digunakan ini. Untuk data negeri, saya boleh beri secara bertulis nanti. Namun, setakat yang saya maklum sebagai mengawal kementerian ini dan juga sentiasa mengadakan libat urus dengan MPIC, tidak ada lagi kes besar ataupun spesifik yang dibawa ke mahkamah tentang pengumpulan minyak masak itu diproses semula dan dijual pada harga yang lebih murah. Akan tetapi apa yang kita bimbang dan ada kes adalah sememangnya harga itu kalau kita unjurkan Yang Berhormat Kubang Kerian, untuk minyak masak paket bersubsidi kita guna sebulan minimum 60,000 metrik tan. Kalau campur dengan minyak masak botol itu lebih kurang 25,000 metrik tan. Jadi, kalau kita unjurkan susut 30 peratus, kita ada lebih kurang 65,000 metrik tan sebulan untuk recycle. Tadi ada sebut kita ada polisi 3R untuk kita menjadikan alam sekitar yang lebih lestari dan kita boleh memberikan pendapatan. Isi rumah, isteri kita juga boleh kumpul dan ini telah kita adakan libat urus dengan beberapa buah syarikat pengeluar minyak seperti PETRONAS dan lain-lain yang telah bersedia. Saya sudah sebut tadi, kita mesti mewujudkan satu ekosistem ke arah benar- benar menjadikan minyak masak bersubsidi ini yang telah digunakan ini sebagai suatu sumber pendapatan baharu, komoditi baharu yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Terima kasih. Data yang itu saya akan beri kemudian mengikut pecahan negeri. Terima kasih.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

2. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk mengklasifikasikan golongan B40, M40 dan T20 dalam menentukan mereka yang menerima tawaran untuk mengerjakan haji tahun 1444M dan berapa jumlah jemaah haji yang menerima tawaran tersebut pada tahun ini.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Haji adalah institusi yang telah menguruskan ibadah haji bagi hampir 1.5 juta orang jemaah Malaysia sejak penubuhannya 60 tahun lalu. Urusan ini diiktiraf sebagai antara yang terbaik oleh pelbagai negara Islam termasuklah Kerajaan Arab Saudi. Namun, Tabung Haji juga berdepan dengan beberapa cabaran dalam pengurusan haji termasuklah kenaikan kos menunaikan ibadah haji yang memberi kesan terhadap kemapanan kewangan institusi ini serta cabaran untuk mengekalkan tahap perkhidmatan yang terbaik. Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana kos-kos yang terlibat terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan Tabung Haji termasuk: (i) kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi; (ii) kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding Saudi Riyal dan Dolar Amerika; (iii) projek pembesaran yang berterusan di Mekah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan; dan (iv) caj-caj oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di tanah suci.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Bagi musim haji 1444 hijriah, kos haji adalah sebanyak RM30,850 untuk setiap jemaah muassasah Malaysia iaitu peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding RM28,632 pada tahun lepas. Mulai tahun 2022, Tabung Haji telah memperkenalkan bantuan kewangan haji secara bersasar bagi kumpulan B40 dan bukan B40. Usaha ini diteruskan pada tahun 2023 bagi kumpulan B40 dan M40. Manakala kumpulan T20 ditetapkan untuk bayaran penuh kos haji. Keputusan penetapan bayaran penuh ini dibuat berdasarkan konsep istitha'ah di mana ibadah haji hanya difardukan kepada mereka yang berkemampuan. Umat Islam perlu memahami konsep istitha'ah ini kerana ini termasuk dalam syarat wajib haji bagi mereka yang berkemampuan sahaja. Selain mampu dari segi kewangan untuk diri dan tanggungan yang ditinggalkan, semua bakal haji juga perlu bersedia dan mampu dari segi keselamatan perjalanan dan di tanah suci, kesihatan yang baik dan mendapat izin daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Perbelanjaan sebenar mengerjakan ibadah haji adalah tanggungjawab bakal haji sepenuhnya. Namun, bayaran haji bersasar adalah tidak bertentangan dengan syarat istitha'ah dan tidak salah bagi bakal haji untuk menerima bantuan atau sumbangan daripada pihak tertentu dan mereka juga tidak wajib untuk menerimanya. Tabung Haji telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan jemaah haji yang terpilih. Tabung Haji mengenal pasti jemaah kumpulan B40 dan M40 berdasarkan senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah dari kerajaan. Jemaah kumpulan T20 pula adalah mereka yang mempunyai pendapatan individu bulanan melebihi RM15,000 dan bukan berasaskan pendapatan isi rumah. Bagi musim haji 1444 hijriah, sebanyak 45.7 peratus yang terpilih terdiri daripada jemaah haji kumpulan B40, sebanyak 52.3 peratus pula daripada jemaah haji kumpulan M40 dan selebihnya iaitu dua peratus adalah daripada kumpulan T20. Pemberian Bantuan Kewangan Haji secara bersasar dapat membantu Tabung Haji menampung perbelanjaan kos operasi haji keseluruhan bagi memastikan kelestarian kewangannya untuk masa hadapan. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat tentang jemaah haji yang membuat rayuan turut dikenakan caj sebanyak RM30,850 walaupun mereka ini tergolong daripada golongan B40.

Adakah kerajaan tidak mahu memberikan kelonggaran kepada golongan B40 yang membuat rayuan ini untuk menerima subsidi, terutama kepada mereka yang telah pun berumur 60 tahun ke atas, yang mana masa mereka dan keupayaan kesihatan mereka semakin terjejas? Apakah perancangan holistik dan langkah drastik pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah menunggu giliran untuk menunaikan haji yang terlalu lama sehingga mencapai hampir 80 tahun tempoh menunggu, yang mana ia sudah lagi tidak relevan kepada mereka yang baru berdaftar. Apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam memastikan kuota haji dapat ditingkatkan dari setahun ke setahun? Kita semua maklum bahawa Perdana Menteri telah berkunjung ke Arab Saudi baru-baru ini dan apakah hasil daripada kunjungan tersebut, khususnya melibatkan kuota haji? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, dasar bersasar yang diperkenalkan telah bermula sejak tahun lepas lagi, tahun 2022 dan diteruskan pada tahun ini. Berkaitan dengan mereka yang membuat rayuan tetapi termasuk dalam golongan B40, dasar ataupun polisi Tabung Haji semasa adalah begitu kedudukannya,

iaitu bagi mereka yang membuat rayuan adalah terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam giliran mereka untuk tahun ini. Contohnya bagi tahun 2023 ini, mereka yang diberikan keutamaan adalah mereka yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun 2020 dan tahun 2021 disebabkan oleh COVID-19. Jadi, keutamaan bagi tahun 2023 ini adalah mereka yang tidak dapat pergi pada tahun tersebut. Jadi, oleh sebab ada sesetengah daripada mereka yang diberikan giliran untuk tahun ini dan mereka ini layak untuk menerima subsidi ataupun bantuan kewangan haji, maka mereka yang membuat rayuan tersebut tetapi mereka ini berada di luar daripada giliran tersebut, maka pada tanggapan Tabung Haji, mereka ini adalah terdiri daripada mereka yang ada kemampuan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji meletakkan dua pengecualian bagi mereka yang membuat rayuan. Makna secara umumnya Yang Berhormat Kuala Krai, mereka yang membuat rayuan ini, mereka dikenakan bayaran penuh iaitu RM30,800. Walau bagaimanapun, kalau mereka ini termasuk dalam dua pengecualian iaitu pertama, mereka ini adalah mahram kepada mereka yang pergi, yang dapat giliran tersebut. Contohnya kalau suami yang dapat pergi, tetapi isteri dia tertinggal. Jadi kalau isteri tadi buat rayuan, maka dia kalau sekiranya suami dia itu tergolong daripada golongan B40, maka isteri tadi itu pun akan mendapat kelayakan untuk subsidi atau pun bantuan kewangan haji tadi. Itu yang pertama. Kedua adalah mereka yang membuat rayuan tadi itu adalah mereka yang menjadi pengiring. Contohnya kalau yang mendapat pergi haji tadi itu adalah mereka yang sudah tua dan uzur kesihatannya, maka dia memerlukan kepada pengiring. Jadi, pengiring tadi itu pun akan dapat bantuan kewangan haji tadi. So, jadi ini adalah dua pengecualian Yang Berhormat. Tabung Haji mengucapkan terima kasih atas cadangan-cadangan yang Yang Berhormat Kuala Krai nyatakan tadi itu. Insya-Allah, Tabung Haji akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Sekiranya memenuhi keperluan-keperluan semasa, Tabung Haji akan mempertimbangkan cadangan sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu. Terima kasih.

Tampin. Berkaitan kuota tadi.

Berkaitan dengan kuota itu, kita masih lagi berusaha. Untuk tahun ini, kita telah menulis kepada Kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota tambahan dan kita masih lagi menunggu daripada Kerajaan Arab Saudi untuk jawapan kepada rayuan yang kita telah buat kepada Kerajaan Arab Saudi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Tampin.

Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji yang telah berjaya menguruskan hampir 1.5 juta jemaah Malaysia sejak ia ditubuhkan sekitar 60 tahun yang lalu. Umum mengetahui saban tahun kita berhadapan dengan peningkatan kos menunaikan haji yang tidak dapat dielakkan, berikutan pelbagai faktor yang di luar kawalan Tabung Haji seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah sebanyak 15 peratus, peningkatan caj dan perkhidmatan di Arab Saudi dan sebagainya. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan Tabung Haji supaya terus berkemampuan memberikan bantuan kewangan haji pada tahun-tahun mendatang dan pada masa yang sama, tidak memberi impak negatif kepada pengagihan keuntungan kepada pendeposit? Saya menyuarakan kebimbangan ini kerana dikhuatiri pada masa yang akan datang, kerajaan terpaksa mengecilkan lagi sasaran penerima bantuan kewangan haji. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Untuk makluman Yang Berhormat Tampin dan Ahli-ahli Dewan sekalian, Tabung Haji telah melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 pada tahun lepas iaitu pada tahun 2022 bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Tabung Haji, termasuk memastikan kelestarian institusi haji negara. Alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada usaha warga Tabung Haji dan sokongan semua pihak, Tabung Haji telah berjaya memberi pulangan agihan keuntungan yang kompetitif iaitu 3.10 peratus pada tahun 2022, sama dengan seperti tahun 2021. Tabung Haji akan terus berusaha untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam Pelan HIJRAH24 termasuklah saiz dana 100 bilion pada tahun 2024 dan pulangan yang kekal kompetitif setelah zakat dilunaskan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya, kita harapkan agar pelan yang dibangunkan oleh Tabung Haji iaitu dikenali sebagai Pelan Transformasi Strategik Tabung Haji 2022-2024 tadi itu akan mencapai objektif. Saya rasa inilah pendekatan yang diambil oleh Tabung Haji, mengambil kira soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tampin tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambahan fasal masalah haji ini ramai...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Sri Gading, duduk. Dipersilakan Puan Yeo Bee Yin, Yang Berhormat Puchong.

Yeo Bee YinDAP · PHPuchong · question

3. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini suntikan HPV untuk lebih daripada 500,000 kanak-kanak perempuan yang telah terlepas suntikan dari tahun 2020 hingga 2022 serta perolehan vaksin HPV yang telah diperuntukkan RM120 juta untuk tahun 2023.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Hal tersebut memang seperti yang telah dinyatakan, memang kita maklum tentang statistik keciciran anak-anak yang sepatutnya menerima vaksin HPV. Pada tahun 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat sebenarnya membuat perolehan bekalan vaksin HPV ekoran daripada gangguan bekalan vaksin HPV tersebut di peringkat global. Ini telah sebenarnya mengganggu pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada murid-murid sekolah Tingkatan 1 atau remaja yang berusia 13 tahun bermula dari tahun 2021. Dengan menggunakan baki stok vaksin yang ada pada kita untuk tahun 2020, seramai 34,933 orang iaitu hanya 15.7 peratus sahaja murid perempuan Tingkatan 1 kohort tahun 2021 telah menerima dos vaksin pertama sahaja. Ini bermakna masih ada lagi 187,151 orang atau baki 84.3 peratus yang belum menerima vaksin HPV untuk kohort tahun 2021. Bagi tahun 2022 pula, harga vaksin HPV di peringkat global telah meningkat sebanyak enam kali ganda. KKM hanya boleh membuat perolehan sebanyak 100,000 dos sahaja vaksin HPV pada Disember tahun lepas, 2022. Kesemua vaksin tersebut telah pun kita agihkan ke negeri-negeri untuk diberikan kepada murid-murid sekolah Tingkatan 1 kohort 2021 yang belum menerima vaksin seperti yang saya sebut tadi. Oleh yang demikian, bilangan murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2020 hingga 2022 yang belum menerima sebarang dos vaksin HPV adalah seramai 336,592 orang.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Kementerian Kesihatan sebenarnya komited − sangat komited untuk memastikan semua murid perempuan kohort 2021, kohort 2022 dan kohort 2023 akan menerima vaksin HPV ini sebelum mereka tamat persekolahan. Keutamaan pemberian vaksin HPV adalah kepada murid perempuan bagi kohort 2021 yang sekarang ini sedang berada di Tingkatan 3 terlebih dahulu. Apabila keseluruhan kohort ini selesai, barulah vaksin itu kita

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

berikan pula kepada kohort 2022 dan seterusnya kohort 2023. Ini bergantung juga kepada jumlah vaksin yang kita akan peroleh pada tahun ini. Berkenaan dengan perolehan vaksin HPV yang telah diperuntukkan sebanyak RM120 juta itu, bagi tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan perolehan baharu ini kita dapat muktamadkan pada suku ketiga nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Puchong soalan tambahan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, semasa negara kita menghadapi COVID-19 antara tahun 2020 sehingga tahun 2022, bukan sahaja vaksin HPV, tetapi ramai kanak-kanak yang terlepas vaksin rutin mereka mengikut jadual ataupun mengikut Program Imunisasi Kebangsaan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian supaya golongan ini boleh mendapatkan suntikan-suntikan yang mereka missed dan dapat catch up mengikut jadual imunisasi mereka?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Jadi, apa yang kita lakukan seperti yang saya sebut tadi adalah kementerian memang sentiasa komited untuk memastikan semua golongan yang perlu mendapatkan vaksin mendapatkannya. Jadi, bagi mereka yang tercicir, kita adakan beberapa program yang menjangkau program imunisasi itu iaitu, pertamanya mereka yang tercicir itu kita cuba hubungi sebab kita ada rekod-rekod mereka untuk mendapatkan vaksin di klinik-klinik kesihatan. Kita lakukan contohnya melalui panggilan telefon. Kemudian, kita adakan juga lawatan-lawatan ke rumah bagi golongan-golongan yang tercicir imunisasi ini. Ini adalah dalam program outreach kita. Selain daripada itu, kita memperingatkanlah kepada khususnya ibu-bapa seperti advokasi melalui hari-hari seperti Hari Imunisasi Kebangsaan yang baru kita lakukan baru- baru ini. Sebenarnya program itu kita adakan pada setiap tahun antaranya adalah untuk memperingatkan kepada ibu-bapa khususnya untuk memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi yang lengkap. Kita juga melakukan engagement bersama beberapa pihak lain termasuklah taska untuk memberikan awareness ataupun memberikan peringatan kepada ibu-bapa dan juga kita melakukan promosi-promosi kesihatan secara berterusan dan Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sebelah kiri? Jika tidak, saya akan berikan pada sebelah kanan? Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

Terima kasih. Saya melihat ada bantahan daripada pelbagai pihak tentang vaksin ini. Ini kerana pertama sekali tempohnya adalah selama dua tahun. Keduanya ia boleh menghalang beberapa items daripada segi kanser kesan daripada HPV ini. Persoalan saya ialah sejauh mana kementerian berusaha untuk menangani kebimbangan setengah-setengah pihak yang membantah program vaksinasi ini dan apakah langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil oleh pihak kerajaan terutamanya bagi persatuan-persatuan pengguna yang mendominasi gerakan untuk menentang program vaksinasi ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, kita juga maklum dengan kebimbangan mengenai program-program vaksinasi yang kita lakukan. Akan tetapi, apa pun apabila kita membuat polisi untuk memberikan vaksinasi ia haruslah diasaskan kepada penemuan sains dan data-data. Jadi, ini yang sebenarnya yang kita cuba nyatakan atau kita memberikan edukasi kepada rakyat bahawa kepentingan vaksin ini kalau kita lihat secara sainsnya telah sebenarnya banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan rakyat. Bermulalah daripada vaksin-vaksin yang kita berikan kepada

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

kanak-kanak, remaja sehinggalah vaksin COVID-19 yang telah kita berikan sehingga hari ini. Apa yang kita lakukan biasanya kita membuat engagement Yang Berhormat dengan pihak-pihak sebegini untuk kita memberikan pandangan-pandangan kita yang secara yang saya sebut tadi secara saintifik dan data dan setakat ini ramai juga yang menerima pandangan itu. Alhamdulillah, akhir-akhirnya kita tengok bantahan-bantahan dan juga serangan-serangan terhadap ini agak berkurangan berbanding sebelum ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi bagi pertanyaan- pertanyaan menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan pertanyaan-pertanyaan lisan. Dalam senarai, Yang Berhormat Jempol tidak dapat hadir. Kita teruskan ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz Yang Berhormat Tanah Merah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, semangat Tuan Yang di-Pertua hari ini. Ringgit kita nampaknya menjunam sepanjang masa, Ekonomi negara tak tentu hala, Rakyat makin sakit kepala, Soalan saya nombor dua,

Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah · question

2. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan garis waktu Projek Kapal LCS 1 dapat dimulakan semula dan adakah kapal ini dapat diselesaikan sebagaimana perancangan awal iaitu untuk ditauliahkan bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 2026?

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah ini secara bersekali dengan pertanyaan yang juga daripada Yang Berhormat Tanah Merah pada tarikh 14 Jun 2023. Ini kerana, isu yang dibangkitkan adalah isu yang sama iaitu berkaitan isu perolehan littoral combat ship (LCS). Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman Dewan yang mulia ini, prinsip Kementerian Pertahanan dalam meneruskan pembinaan LCS ini bersandarkan kepada keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Bagi mengukuhkan armada di bawah Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM iaitu bagi meningkatkan keupayaan operasi TLDM dalam melindungi serta memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melangkah ke hadapan bagi memastikan Projek LCS ini dapat diteruskan semula. Ini kerana kita tahu dalam tempoh-tempoh ini semenjak kita melaksanakan audit sekitar tahun 2019 sehingga ke hari ini, projek itu tidak dapat kita teruskan. Jadi, langkah ini adalah langkah ke hadapan kita bagi memastikan bahawa projek LCS ini dapat kita teruskan semula. Kementerian Pertahanan telah membentangkan Kertas Cadangan Pengurusan Projek LCS ini kepada Jemaah Menteri pada 19 April 2023 dan Jemaah Menteri dalam mesyuarat tersebut bersetuju supaya projek LCS ini diteruskan.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Dalam perkembangan terkini, kontrak tambahan keenam telah pun ditandatangani pada 26 Mei 2023 yang merupakan tarikh permulaan bagi memulakan kerja-kerja semula pembinaan LCS. Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam perjanjian tambahan ini, kapal LCS yang pertama akan dapat disiapkan pembinaannya pada bulan November 2024. Sebelum melalui beberapa penilaian iaitu Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh pihak TLDM itu sendiri. Justeru itu, berdasarkan perancangan ini insya-Allah kapal LCS ini yang pertama dijangka akan dapat ditauliahkan bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada akhir tahun 2026. Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah berkenaan status terkini bagi penyelesaian perjanjian antarabangsa atau international settlement agreement yang melibatkan syarikat Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electro Dynamic Sdn Bhd (CED). Suka saya memaklumkan bahawa transaksi ini tidak melibatkan kerajaan. Kerajaan tidak perlu menanggung sebarang pampasan kerana perjanjian ini merupakan urusan perniagaan syarikat dan di luar kontrak kerajaan. Itu sahaja jawapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tanah Merah soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan.

Tadi, untuk makluman semua, kami ada terima satu memorandum daripada Ikatan Demokratik Muda. Ha ini, Tuan Syed Saddiq, Yang Berhormat Muar ya. Memorandum siasatan terhadap skandal LCS. Yang Berhormat, pada LIMA, 26 Mei 2023 yang lalu di mana Kementerian Pertahanan telah memeterai satu perjanjian tambahan yang dipanggil dengan izin, supplementary agreement yang keenam yang mana pihak Naval Shipyard akan mendapat tambahan peruntukan RM2 bilion lagi daripada asalnya RM9 bilion. Dahulu RM9 bilion hendak buat enam kapal, sekarang ini kita bagi kepada mereka RM2 bilion tambahan lagi tetapi bukan nak buat enam, sekarang ini nak buat lima sahaja. Jadi, menyebabkan kos siling menjadi RM11.2 bilion. Apabila kita kurangkan lima buah kapal ini, ini akan menjadikan kapal LCS kita yang pada asalnya sebuah kapal hanya RM1.5 bilion dah menjadi RM2.24 bilion sebuah kapal yang merupakan satu sejarah dalam dunia. Kapal yang paling mahal dibina dan bukan itu sahaja yang paling mahal, paling seperti keterangan kata akan siap, Insya-Allah harap-harap siap pada tahun 2026. Siap pada tahun 2024 tetapi digunakan pada tahun 2026, bererti ia paling lama nak siap. Selama 10 tahun berbanding kalau— yang kos mereka hanya RM1.9 bilion, hanya siap tiga tahun tetapi kita 10 tahun. Okey, ini soalan tambahan saya. Jadi bagi saya, Yang Berhormat Menteri, ini satu skandal yang besar. Tragedi yang tak boleh kita tutup mata. Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan. Soalan tambahan saya, adakah perjanjian tambahan ataupun yang saya katakan supplementary yang keenam tadi adalah merupakan yang terakhir ataupun yang kita jamin akan siap?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

Apa yang saya bimbang ialah, RM2 bilion yang akan kita bagi kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd ini benar- benar akan digunakan untuk siapkan kapal bukannya diberi sebagai pampasan kepada orang tengah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tanah Merah, duduk. Panjang betul.

[Bercakap tanpa pembesar suara] Okey, last sekali. Saya nak landing dah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Duduk. Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tanah Merah ini sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula [Tepuk] . Saya tak nafikan, antara persoalan yang paling banyak ditanya ialah tentang peningkatan kos. Saya menyebut bahawa ada dua aspek yang menyebabkan peningkatan kos. Yang paling teras kalau kita lihat adalah tempoh pembinaan ini. Oleh sebab pembinaan ini kalau kita lihat, tertangguh agak lama. Jadi, kita dalam perjanjian yang baharu, yang keenam ini, kita memerlukan 83 bulan tambahan tempoh pembinaan ini kerana bila kita bersetuju untuk meneruskan projek LCS ini, sudah barang pasti kita memerlukan tempoh kerana kalau kita tengok perjanjian asal itu, sepatutnya kapal LCS pertama itu dapat kita siapkan pada tahun 2019 pembinaannya. Jadi kalau kita lihat ini, pertambahan 83 bulan itu sudah barang pasti memberikan beberapa kos tetapi kos antara yang terbesar tambahan itu adalah berdasarkan kepada perubahan spesifikasi (variation order) berdasarkan kepada keperluan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia itu sendiri. Contohnya saya memaklumkan kepada Dewan ini, antara tambahan ataupun perubahan spesifikasi itu ialah di mana kerajaan telah meluluskan spesifikasi LCS ini bagi two surface missiles contohnya. Jadi ini adalah satu keperluan pertahanan negara. Begitu juga dengan decoy launching system (DLS) dan beberapa lagi sistem pertahanan yang bagi kita ini adalah beberapa kos tambahan. Yang kedua, macam saya sebutkan tadi tempoh 83 bulan tambahan itu juga memberikan beberapa kos kepada kita tetapi tidak kita nafikan bahawa melalui perjanjian baharu ini, tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Tanah Merah, kebimbangannya dengan peranan orang tengah. Kadang-kadang kita di peringkat Kementerian Pertahanan, so Kementerian Kewangan itu salurkan pembayaran dan pembayaran itu diterima oleh syarikat. Kadang-kadang syarikat itu dia ada orang tengah dia dan akhirnya kewangan itu tidak sampai kepada OEM itu. Itu antara dapatan sendiri kalau kita lihat dalam PAC. Ini antara kelemahannya. Sebab itu bila kita membuat perjanjian yang keenam ini, antara yang kita letakkan keutamaan adalah kerajaan boleh dalam perjanjian ini terus membayar kepada OEM melalui Kementerian Kewangan itu. Ini antara penambahbaikan yang kita lakukan dalam perjanjian kita dan di samping itu, untuk makluman Ahli Dewan juga kerana kita tahu bahawa aspek pemantauan antara aspek penting yang harus kita berikan keutamaan juga. Sebab itu kita ada empat buah jawatankuasa pemantau untuk memastikan bahawa projek ini dapat kita siapkan pembinaannya dan dapat kita gunakan, manfaatkan untuk keselamatan negara kita menjelang tahun 2026 itu. Yang pertama adalah Jawatankuasa Kerja di Peringkat Pasukan Projek di Kementerian Pertahanan dan Jawatankuasa Teknikal LCS di Kementerian Pertahanan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri boleh memantau setiap tiga bulan. Progress-nya akan dibentangkan dan begitulah juga Project Monitoring Committee (PMC) yang mana akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Jadi, saya fikir ini antara aspek-aspek penambahbaikan yang kita buat dan dalam masa yang sama, ada satu perkara juga yang mungkin perlu saya maklumkan iaitu tentang model pembayaran kita. Kita tahu bahawa tender sebelum daripada ini, kontrak kita pembayaran berdasarkan kepada milestone di mana kalau kita lihat kadang-kadang kita tahu OEM, sebelum kita buat penerimaan sesuatu peralatan ataupun equipment itu, kadang-kadang 45 peratus pembayaran harus dibuat. Akan tetapi saya yakin bahawa melalui perjanjian ini, sebenarnya kita membayar berdasarkan kepada progress payment. Jadi kalau perkhidmatan itu telah disempurnakan ataupun kerja-kerja itu telah disempurnakan, barulah kita membuat pembayaran. Jadi, kaedah-kaedah kontrak ini juga kita ambil kira dan saya yakin bahawa dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Jika panjang lagi, sila beri jawapan bertulis.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Satu minit sahaja lagi. Jadi, kalau kita lihat kalau dahulu kita mengambil masa, Yang Berhormat Tanah Merah pun punya pengalaman tiga tahun di situ tanpa membuat sebarang keputusan. Jadi kalau enam bulan kita membuat keputusan dan inilah yang diperlukan oleh rakyat kerana kita ingat bahawa projek LCS ini melibatkan 400 vendor dan bila kita teruskan ini, kita juga sebenarnya memangkin ekonomi negara kita tetapi yang paling penting adalah kita mesti telus untuk pastikan bahawa projek ini berjaya, pembinaannya boleh dibuat dan kapal itu boleh kita dinikmati untuk apa? Untuk keselamatan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon soalan tambahan. Sik mohon soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya melihat Yang Berhormat Kepong. Silakan. Dia dahulu bangun.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan pada bulan lalu telah kata kerajaan tiada pilihan selain mengambil alih syarikat yang bermasalah ini iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Soalan tambahan saya yang pertama, berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam hal mengambil alih syarikat yang bermasalah ini? Soalan yang kedua, mengapakah sehingga kini tiada seorang pun yang ditangkap dan tindakan mahkamah diambil? [Tepuk] . Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Kuat ditepuknya. Terima kasih Yang Berhormat Kepong di atas dua persoalan itu. Yang pertama, kalau kita lihat dalam perjanjian yang keenam ini, antara penambahbaikan yang kita buat, dia berkaitan dengan persoalan yang pertama itu iaitu tentang syarikat ini. Jadi kita tahu bahawa kita memberikan kontrak ini kepada Boustead Naval Shipyard. Kita tahu bahawa Boustead Naval Shipyard ini adalah syarikat anaklah orang kata, dia ada mother company dia yang melibatkan Boustead Heavy Industry dan sebagainya. Jadi kita tahu bahawa dalam amalan perniagaan itu, kadang-kadang memang pembayaran kerajaan kepada Boustead Naval Shipyard tetapi daripada segi amalan kewangan itu, dia tidak dalam kawalan keseluruhan kita. Oleh sebab itu kalau kita lihat antara penambahbaikannya, kita meletakkan kembali Boustead Naval Shipyard ini ke bawah Kementerian Kewangan itu sendiri supaya kawalan kewangan itu boleh dibuat secara terus dan kewangan itu khusus untuk melaksanakan LCS ini dan tidak pergi kepada mana-mana, tak pergi kepada mother company, tidak pergi kepada entiti-entiti lain dan seumpamanya. Jadi ini antara tujuan kita melaksanakan tanggungjawab ini. Adapun tadi dibangkitkan tentang pendakwaan. Saya menyebut bahawa kita di Kementerian Pertahanan sentiasa terbuka. Siasatan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab, pihak berwajib dan macam tadi disebut seolah-olah langsung tiada pendakwaan, itu tidak benar.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Pendakwaan berlaku cuma memang kita tidak puas hati kerana kita telah membelanjakan sekian banyak, tetapi tidak – boleh dikatakan hasilnya belum dapat kita lihat. Akan tetapi, kita di Kementerian Pertahanan memang sentiasa terbuka, diulang oleh Yang Berhormat Menteri, oleh Yang Berhormat Rembau, diulang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun pada bulan April yang lalu. Jadi, siasatan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kita di Kementerian Pertahanan akan sentiasa memberikan kerjasama kerana bagi kita di samping kita memberikan keutamaan kepada penyiasatan ini tetapi dalam masa yang sama, kita di Kementerian Pertahanan, teras utama kita adalah untuk memastikan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia ini diberikan keutamaan dan yang

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

paling penting adalah kedaulatan negara kita itu menjadi keutamaan kita di Kementerian Pertahanan.

Yang Berhormat Menteri kata kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia diberi ke hadapan tetapi masalah... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanah Merah, duduk. Yang Berhormat ikut peraturan, saya akan benarkan. Silakan Yang Berhormat Muar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1), pada Jumaat, 2 Jun 2023, saya telah pun mengutuskan surat kepada Tuan Yang di-Pertua berkenaan usul tergempar untuk membahaskan isu LCS ini secara mendalam. Saya baru mendapat jawapan dari Pejabat Tuan Yang di-Pertua di mana usul ini ditolak. Sebab yang diberikan adalah kerana tidak ada – ini bukan kepentingan orang ramai dan ini bukanlah keperluan yang mendesak. Ini tertera di sini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] . Saya ingin mohon perkara ini dipertimbangkan semula. Saya faham kalau ikut Peraturan Mesyuarat 18(5), keputusan tidak boleh dibangkitkan semula. Cuma ada budi bicaranya di mana jikalau tidak dibenarkan untuk dibicarakan di sini, boleh dibawa ke Kamar Khas supaya isu ini dapat dijawab dengan lebih mendalam. Jikalau kita ingin hanya luangkan lima minit untuk mendengar penjelasan, ini adalah perkara yang sangat khusus dan spesifik. Dahulu kita dengar kosnya RM6 bilion, RM9 bilion, baru minggu lepas kita dengar tambah lagi RM2.1 bilion. Pada masa yang sama, jikalau ini bukanlah perkara yang mendesak tetapi kerap dibincangkan daripada sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, selepas pilihan raya, tidak ada pendakwaan tambahan, wang berbilion ringgit telah dibelanjakan, satu kapal pun belum sampai dan sekarang jumlah kapal pun telah dikurangkan. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua boleh mempertimbangkan selepas perbincangan dengan Tan Sri Speaker kerana jelas isu LCS ini adalah isu mendesak, isu rakyat melibatkan berbilion ringgit duit rakyat, isu kedaulatan dan keselamatan negara. Keadilan tidak pilih bulu, tidak kira dalam kerajaan ataupun pembangkang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua saya menyokong usul ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Muar, menyokong penuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Muar, di dalam Dewan ini kita terikat dengan peraturan. Jadi, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Muar boleh dibuat rayuan, peraturan pun ada, 17 di Kamar Khas, 18 – rujuk balik Peraturan 27(3), gunakanlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Saya percaya Yang Berhormat, penggal kedua sudah ini, amat arif tentang perkara-perkara begini, saya mohon buat rayuan mengikut peraturan sedia ada. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, rayuan akan saya utuskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik. Berikutannya, silakan soalan yang ketiga, Yang Berhormat Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy.

Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · BNKalabakan · question

3. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan semula agensi-agensi kerajaan yang ditutup sebelum ini memandangkan ianya mempunyai peranan penting di dalam melancarkan perkhidmatan awam di samping

berupaya untuk mengurangkan masalah pengangguran terutamanya dalam kalangan graduan.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Tuan Yang di-Pertua, penstrukturan dan penyusunan semula kementerian, jabatan dan agensi sama ada daripada aspek kewujudan baharu, pembubaran dan penubuhan semula sesebuah agensi akan dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira pelbagai faktor. Antara asas pertimbangan yang diambil kira adalah keperluan skop fungsi tugas dan peranan setiap agensi, pertindihan fungsi dan juga keberkesanan sistem penyampaian. Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil adalah berpandukan Dasar Pengoptimuman Perkhidmatan Awam (DPPA) bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dalam perkhidmatan awam bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan mengawal kadar pertambahan implikasi kewangan kerajaan. Pada masa yang sama, agenda menangani isu pengangguran dilaksanakan secara komprehensif dan berfokus melalui pelbagai inisiatif yang digerakkan merentasi kementerian termasuk melibatkan sektor swasta dan pihak-pihak berkepentingan lain. Strategi dan pendekatan ini dilaksanakan untuk memastikan usaha menangani isu pengangguran dan termasuk mewujudkan peluang pekerjaan adalah bersifat mampan untuk tempoh jangka masa panjang, sekali gus tidak hanya bergantung semata-mata kepada peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Soalan tambahan, adakah proses penutupan sesebuah kementerian, jabatan ataupun agensi dalam pentadbiran hari ini melibatkan aspek penamatan perkhidmatan pekerja sektor awam termasuk pekerja kontrak yang dikhuatiri boleh meningkatkan kadar pengangguran? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memberi peluang pekerjaan pada para graduan tadi?

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira soalan asal daripada Yang Berhormat Kalabakan tidak menyebut tempoh khusus ataupun kementerian, agensi khusus, saya akan panjangkan jawapan secara bertulis. Namun, untuk pentadbiran, untuk tempoh pentadbiran kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, proses penstrukturan termasuklah pembubaran beberapa kementerian dan agensi yang dilaksanakan tidak melibatkan sebarang penamatan serta-merta kepada perkhidmatan awam termasuklah perjawatan kontrak. Kalau boleh saya bagikan contoh, di JPM sendiri, contohnya pembubaran Kementerian Wilayah, GIACC dan Unit Perumahan Penjawat Awam serta termasuklah penggabungan di antara KASA dan KeTSA kepada Kementerian NRECC tersebut tidak melibatkan sebarang penamatan kontrak penjawat awam termasuklah kontrak yang dilantik secara kontrak tetapi dilaksanakan melalui penjajaran semula redeployment kepada penjawat-penjawat awam sedia ada di dalam agensi-agensi yang kedua tersebut. Komponen kedua yang dinyatakan oleh – ditanyakan oleh Yang Berhormat Kalabakan tadi, untuk makluman kita tidak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan melalui Perkhidmatan Awam dalam kita menangani isu pengangguran sebagaimana yang saya sebutkan. Semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia juga di Dewan ini telah menyentuh tentang strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani isu pengangguran ini dan kalau boleh saya sebutkan Tuan Yang di-Pertua alhamdulillah, melalui strategi yang digerakkan merentasi kementerian termasuklah melalui Majlis Pekerjaan Negara dan juga Majlis TVET, kita dapat melihat kesannya melalui data DOSM. Suku tahun pertama 2023 ini, kadar pengangguran kita adalah pada kadar 3.5 peratus menyamai kadar suku tahun pertama 2020, pre-COVID-19 dan menurun sebenarnya sebanyak 0.1 peratus berpandukan kepada kadar pengangguran suku tahun keempat 2022. Insya-Allah, usaha-usaha untuk menangani isu pengangguran termasuklah mewujudkan peluang pekerjaan ini akan dilaksanakan tidak hanya dalam

sektor awam tetapi juga sektor swasta termasuklah dalam program-program keusahawanan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Padang Besar.

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah mekanisme atau alat ukur yang digunakan oleh kementerian untuk menentukan prestasi setiap agensi di bawah kementerian dan juga termasuk syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, seperti Pharmaniaga dan Axiata? Juga, apakah penjimatan kos yang telah diperolehi selepas penutupan agensi-agensi sebelum ini? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan yang dikemukakan mengenai dengan GLC, saya fikir lebih sesuai untuk dijawab oleh kementerian..

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Agensi—agensi termasuk..

Ya, agensi termasuk syarikat berkepentingan kerajaan disebut tadi GLC. Saya fikir lebih sesuai dijawab oleh Kementerian Kewangan. Namun bagi soalan yang dikemukakan berkaitan dengan implikasi kewangan tersebut kita dapat melihat dalam Belanjawan 2023 contohnya, kadar tanggungan kerajaan untuk membayar emolumen telah menurun kadarnya dari segi peratusan adalah pada kadar 23.4 peratus daripada keseluruhan Bajet Persekutuan berbanding dengan 27.8 peratus pada tahun 2022 dan juga 27.5 peratus pada tahun 2021. Jadi kita melihat bukanlah tujuan penstrukturan itu untuk mengurangkan bilangan penjawat awam sedia ada. Tidak ada pemberhentian serta merta. Namun apa yang kita lakukan, kita jajarkan semula dan mengawal sebarang bentuk pertambahan disebabkan oleh kewujudan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang baharu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tertarik untuk komen sedikit ialah, ini melibatkan jawapan-jawapan daripada Menteri. Sebenarnya kalau ikut Westminster dan dasar-dasar prinsip yang dilaksanakan sebagaimana Parlimen yang mulia ini berdasarkan pada sistem Westminster, Menteri yang berkaitan jika soalan itu tidak kena dengan kementeriannya, dia boleh memilih untuk tidak menjawab soalan yang telah dikemukakan. Ini berdasarkan banyak kalau kita lihat pada Erskine, Practice of New Zealand, Practice of Singapore Parliament, The Commonwealth. Itu dasarnya. Jadi untuk makluman Menteri, dengan izin, if it is not your kementerian, you don’t have the reason to answer. Saya di sini pun, baik Speaker sekali pun, tidak boleh memaksa Menteri untuk menjawab. Ini untuk makluman, pengetahuan. Okey, kita teruskan dengan soalan yang seterusnya, dipersilakan Datuk Dr. Radzi bin Jidin (Putrajaya).

Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNPutrajaya · question

4. Datuk Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Ekonomi menyatakan pelan jangka panjang kerajaan dalam mendepani cabaran Malaysia menuju ke arah negara menua menjelang 2030.

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Malaysia sedang mengalami suatu ‘perubahan’ struktur demografi kesan peningkatan populasi rakyat berusia 60 tahun dan ke atas. Unjuran oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ‘peratusan’ golongan populasi berusia 60 tahun ke atas ini akan mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun 2030.

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

Berdasarkan takrifan umur warga emas yang diterima pakai di negara ini iaitu 60 tahun, Malaysia akan mencapai status negara tua atau aged nation pada tahun 2030. Dua faktor utama yang menyumbang kepada perolehan ini adalah pertama, penurunan kadar kesuburan pengakibatan penurunan kadar kelahiran yang tidak dapat mengimbangi kadar kematian dan kedua peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia kesan peningkatan tahap penjagaan kesihatan negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar perancangan masa depan terhadap peralihan ini tidak terhad kepada dasar penjagaan dan kebajikan warga emas semata- mata. Perancangan tersebut turut meliputi strategi dan tindakan dalam menangani cabaran baharu dalam bidang kesihatan, pendidikan, kewangan, guna tenaga dan produktiviti. Justeru, kerajaan akur bahawa terdapat keperluan mendesak untuk mengarus perdana Agenda Negara Menua (ANM) dalam merancang dan merencana pembangunan negara. Kementerian Ekonomi dipertanggungjawab untuk menerajui pembentukan mekanisme rangka kerja dan tadbir urus ANM melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Tadbir urus ANM ini mempunyai lima kluster yang diterajui oleh enam kementerian iaitu: (i) Kluster Kewangan dipengerusikan oleh Kementerian Kewangan; (ii) Kluster Kesihatan dipengerusikan oleh Kementerian Kesihatan; (iii) Kluster Modal Insan dan Pendidikan dipengerusikan bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi; (iv) Kluster Kesejahteraan dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan (v) Kluster Ekonomi dipengerusikan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Melangkah ke hadapan, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama World Bank sedang merangka Pelan Strategik dan Tindakan Agenda Penuaan Kebangsaan (National Ageing Blueprint), dengan izin yang merangkumi perancangan dan perencanaan dasar, rangka kerja dan pelan tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Pelan tersebut dijangka siap pada suku pertama tahun 2024 dan dapat membantu kerajaan dalam menangani impak negara tua terhadap pertumbuhan ekonomi, produktiviti, tenaga kerja, keperluan perlindungan sosial dan penjagaan kesihatan warga emas. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan optimis tindakan yang diambil ini dapat membantu negara untuk menangani dan mendepani cabaran negara menua dengan lebih berkesan. Kerajaan juga menyeru semua pihak untuk menggembleng tenaga bersama serta memanfaatkan peluang perubahan demografi ini ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mampan, demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan soalan tambahan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa antara faktor yang menyumbang kepada penuaan populasi penduduk ini adalah kerana kadar kelahiran yang rendah. Jadi, apakah perancangan kerajaan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menangani kadar kelahiran yang rendah ini. Itu satu. Kedua, mengambil kira peningkatan jumlah warga emas di dalam negara kita dalam dokumen tawaran Perikatan Nasional untuk PRU ke-15, kami menyentuh tentang penubuhan sebuah Jabatan Warga Emas. Jabatan ini akan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan dan program kebajikan bagi membantu warga emas menjalani kehidupan yang sejahtera. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Jabatan Warga Emas? Itu yang kedua.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Ketiga, adalah, sama ada kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan universal pension bagi memastikan kesejahteraan warga emas, khususnya mereka yang tidak mempunyai pencen. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Insya-Allah dengan Pertubuhan National Ageing Blueprint, Pelan Strategik dan Tindakan Agenda Penuaan Kebangsaan ini perlu dan harus dilaksanakan dengan terbaik seperti cadangan Yang Berhormat. Pandangan peribadi, seharusnya ia mempunyai jabatan sendiri tetapi saya tidak mempunyai maklumat ini kerana ia masih dalam rancangan. Insya-Allah dengan kepentingan menambahkan dari segi kadar kelahiran itu adalah antara satu yang boleh di bincang bersama dengan Kementerian Kesihatan dan dari segi timbangan universal pension, insya-Allah ini adalah satu cadangan yang baik yang akan kita utamakan ke dalam rancangan Pelan Strategik Tindakan Agenda Penuaan Kebangsaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada satu soalan ini, Kementerian Ekonomi patut merangka satu dasar atau blueprint seperti mana yang dikatakan. Sekarang 36 juta ageing population, 11.1 peratus, 2030 – 15 peratus, tambah lagi satu juta, hampir lima juta. Soalan saya, apakah dasar secara spesifik, contoh kebajikan warga emas. Kedua, adakah usia pesara dilanjutkan kerana dia hendak menyara hidup. Ketiga, pemberian kepada penjagaan kesihatan. Ini antara perkara yang berlaku selepas 75 tahun. Apa akan berlaku? Antara dasar-dasar secara spesifik yang telah dirancang, sedang dalam perancangan Kementerian Ekonomi untuk membantu golongan ini kerana kita hidup dalam satu alam.

South Asia ini, ASEAN ini merupakan the youngest population, yang paling muda 50 peratus. Jadi, dalam keadaan ini mereka terpaksa berhempas pulas untuk mencari rezeki. Apa tindakan serta-merta yang diambil oleh kementerian untuk merancang ke arah itu? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu adalah cadangan-cadangan baik. Insya-Allah kita akan menampilkan kepada pelan strategi kerana kita memahami antara warga emas adalah ahli keluarga kita sendiri, antaranya adalah rakyat di bawah jagaan kita yang memerlukan bantuan itu. Insya-Allah kita akan menampilkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) memakai tempok] [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Bismillahi Rahmani Rahim. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini, pada pagi ini Parlimen Malaysia telah menerima kunjungan Yang Beradat Batin-batin dari kawasan Parlimen Cameron Highlands P.078. [Tepuk] Pohon Batin-batin berdiri. Saya mewakili Parlimen Malaysia ingin mengucapkan selamat datang kepada Yang Beradat Batin-batin dan juga seluruh rombongan yang hadir. Dengan izin Dewan, [Bercakap dalam bahasa orang Asli] [Tepuk] Kita teruskan dengan urusan majlis. Dipersilakan Tuan Tan Kar Hing Yang Berhormat Gopeng.

Tan Kar HingPKR · PHGopeng · question

5. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan kesan perang cip mengikut: (a) statistik eksport dan import mengikut jenis cip dan kegunaannya; dan (b) kelebihan industri penghasilan semikonduktor dan cip negara kita berbanding negara-negara ASEAN dan usaha kerajaan dalam membangunkan industri ini ke arah yang lebih kompetitif.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri · Iskandar Puteri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gopeng. Pada tahun 2022, eksport semikonduktor dan litar bersepadu atau integrated circuit (IC) adalah sebanyak RM345.28 bilion di mana pecahan mengikut kategori cip dan kegunaannya adalah seperti berikut: (i) semikonduktor dan IC sebagai processor dan controllers bernilai RM163.46 bilion atau 47.3 peratus daripada jumlah eksport semikonduktor dan IC pada tahun 2022; (ii) semikonduktor dan IC untuk kegunaan lain termasuk aplikasi komunikasi tanpa wayar seperti radio, televisyen, rangkaian selular, Wi-Fi, Bluetooth dan sistem satelit bernilai RM131.49 bilion iaitu 38.1 peratus; (iii) semikonduktor dan IC sebagai memori bernilai RM39.3 bilion ataupun 11.4 peratus; dan (iv) semikonduktor dan IC sebagai amplifier bernilai RM11.03 bilion atau 3.2 peratus. Manakala import bagi semikonduktor dan IC bernilai RM235.61 bilion pada tahun 2022 dan pecahannya ialah adalah seperti berikut: (i) semikonduktor dan IC untuk kegunaan lain bernilai RM96.97 bilion atau RM41.2 bilion daripada jumlah import semikonduktor dan IC pada tahun 2022; (ii) semikonduktor dan IC sebagai processor dan controller bernilai RM93.61 bilion atau 39.7 peratus. (iii) semikonduktor dan IC sebagai memori bernilai RM43.49 bilion atau 18.4 peratus; dan (iv) semikonduktor dan IC sebagai amplifier bernilai RM1.54 bilion ataupun 0.7 peratus. Malaysia mempunyai beberapa kelebihan utama yang meletakkannya sebagai peneraju dalam industri semikonduktor di rantau ASEAN. Antaranya ialah Malaysia mempunyai pengalaman yang luas dalam perbuatan semikonduktor sejak tahun 70-an sehingga sekarang dan Malaysia mempunyai destinasi pelaburan kepada syarikat- syarikat semikonduktor global terkemuka seperti Intel, Infineon, ‘XFac’, Texas Instruments dan TF-AMD. Untuk makluman Gopeng, Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam rangkaian bekalan atau supply chain semikonduktor global. Malaysia adalah salah satu daripada 10 negara pengeluar yang paling besar produk industri semikonduktor dan elektronik. Malaysia menyumbang tujuh peratus daripada perdagangan semikonduktor dunia dan 24 peratus perdagangan semikonduktor Amerika Syarikat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sila soalan tambahan Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang memberikan jawapan. Umumnya kita tahu bahawa perkembangan yang terkini dan juga kesan daripada geopolitics negara kita tidak boleh bebas daripada perang cip yang berlaku di dunia. Maka saya ingin bertanya dua soalan kepada Yang Berhormat Menteri bahawanya apakah usaha kerajaan dalam langkah untuk membantu syarikat-syarikat menambahkan kapasiti pengeluaran dan memperkenalkan produk baharu bagi memenuhi segmen-segmen yang baharu seperti kenderaan elektrik, pusat data dan peralatan perubatan. Keduanya, adalah kita tahu bahawa proses automasi mampu mengurangkan risiko industri ini yang berintensif modal, malah memberikan sektor ini lebih berupaya dalam memenuhi permintaan yang semakin tinggi di pasaran global. Akan tetapi pembekal tahap dua dan tahap tiga jarang berlaku peralihan kepada intensif tersebut atas faktor kekurangan modal dan galakan daripada kerajaan. Maka, soalan adalah bagaimanakah kerajaan bantu dalam sektor ini yang merupakan tahap dua dan tahap tiga untuk beralih daripada teknologi automasi? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

Terima kasih Gopeng, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan satu, sebenarnya keadaan geopolitik membantu membawa lebih banyak pelaburan ke Malaysia dan memang ini telah ternyata sejak dua tiga tahun yang lalu dan akan terus menyaksikan lebih banyak pelaburan dalam sektor E&E. Soalan kedua ialah, sebenarnya Kerajaan Perpaduan telah bersedia dan juga Kementerian MITI sedang menggubal New Industrial Master Plan ataupun Pelan Industri Baharu dan akan dibentangkan pada bulan September. Dalam pelan baharu ini yang penting ialah kita perlu menyelesaikan isu modal melalui kerjasama di antara industri perbankan, bank dan juga dari segi industri-industri lain supaya membantu industri perbuatan. Industri kewangan kita biasanya tidak fasih dalam membantu industri pembuatan tetapi NIMP akan memberi tumpuan terhadap isu kekurangan modal untuk SME. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

Saya ingin tanya soalan tambahan kepada Menteri. Pasaran semikonduktor E&E ataupun kita panggil cip whatever, akhir-akhir ini agar menurun (softening). Akan tetapi, soalan tambahan saya ialah apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mitigate isu ini kerana kesannya amat besar kepada ekonomi dan peluang pekerjaan.

Kita tahu eksport E&E amat besar iaitu sebanyak RM594 bilion pada tahun 2022, meningkat RM150 bilion berbanding tahun 2020. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, apakah pihak kerajaan akan menyediakan blueprint R&D penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan road map untuk membangun dan memajukan industri cip ini. Ini penting bagi Malaysia untuk mencipta dan membangunkan industri cip sendiri termasuk next generation memory and logic chips supaya Malaysia terus kekal dan lebih berdaya saing di masa-masa akan datang. Seterusnya apakah kesan. Apakah kesan war chip antara US dan China dan apakah kesannya terhadap industri cip Malaysia di Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

Terima kasih Kubang Pasu yang fasih dalam isu ini. Menurut semiconductor equipment and material international, mereka menjangkakan walaupun ada yang katakan ada softening tetapi menurut semi yang saya sebutkan tadi, mereka menjangkakan pada tahun 2024, perbelanjaan peralatan fabrikasi cip global akan melonjak sebanyak 21 peratus kepada USD, RM92 bilion. Sebenarnya kerana terutamanya EV dan juga kegunaan cip dalam semua peralatan elektronik, maka jangkaan ialah daripada segi jangka panjang, sebenarnya semi konduktor atau cip akan berkembang lebih pesat. Adakah kesan chip war di antara daripada segi geopolitik, adakah ia akan ada kesan terhadap negara kita? Memang ada. Akan tetapi saya rasa seperti yang saya sebut tadi. Kesannya buat setakat ini adalah positif untuk negara ini kerana mereka yang dahulu melabur di negara China, dia beralih ke Malaysia dan juga ke rantau kita. So buat setakat ini, kesannya saya boleh anggap secara positiflah terutamanya untuk Malaysia dan Vietnam kerana peralihan or diversification dari negara China. Untuk jangka panjang, Malaysia tidak- buat setakat ini Malaysia dalam proses pemasangan, pengujian dan juga pembungkusan (assemble, packaging and testing). Akan tetapi ini back end. Memang kerajaan seperti Kubang Pasu, kerajaan pun harap dengan new industrial master plan dan juga dengan pendekatan-pendekatan lain dan juga dengan keadaan geopolitik yang membawa lebih banyak pelaburan dalam industri cip ini. Kita boleh pergi front end. Front end tidak semestinya fabrication, tidak semestinya fab tetapi mungkin tertumpu terhadap ICT, sains dan sektor-sektor lain. So ini adalah hasrat kita supaya kita bukan sahaja di back end tetapi back end juga penting seperti apa yang saya kata tadi, back end juga nilainya masih tinggi dan industri cip kita sebahagian daripada dunia dan 7 peratus daripada nilai jumlah sedunia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya kita mempersilakan soalan yang keenam, Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kenaikan harga barang menekan rakyat, Nilai ringgit semakin menjunam, Kadar OPR kos hidup semakin membebankan rakyat, Mohon jawapan soalan saya nombor enam.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

6. Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan usaha Kementerian bagi menangani kenaikan harga barang yang semakin melampau.

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Rantau Panjang di atas soalan. Saya ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan Marang dan soalan Tanjong Karang kerana ia berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya pohon kepada Yang Berhormat Rantau Panjang supaya lebih berhati-hati di dalam penggunaan perkataan. Ini kerana perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang ialah kenaikan harga barang yang semakin melampau. Sebenarnya sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini seharusnya kita tidak membuat sweeping statement begitu dengan izin Tuan Yang di- Pertua kerana ia boleh mengelirukan orang, warga-warga di luar sana. Ini kerana saya ada data dan saya ingin merujuk kepada indeks harga pengguna kumpulan makanan dan minuman ya, peratus perubahan.

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, indeks harga pengguna untuk bulan April berbanding dengan bulan Mac menunjukkan kadar peningkatan yang lebih perlahan. Maksudnya ada pengurangan April berbanding dengan Mac. Kalau kita melihat kepada sub kumpulan makanan di luar rumah begitu juga dan sub kumpulan makanan di rumah juga begitu, ya Yang Berhormat Rantau Panjang. Data indeks harga pengguna menunjukkan makanan di rumah ada penurunan daripada segi peningkatan, daripada 5.6 peratus pada bulan Mac 2023 kepada lima peratus pada bulan Mac 2023. Makanan di luar rumah ada penurunan daripada 8.6 peratus kepada 8.1 peratus ke bulan April. Jadi maksudnya ia masih ada inflasi tetapi kadarnya itu, kadar peningkatan itu menurun. Jadi tidak benarlah kalau Yang Berhormat Rantau Panjang mengatakan bahawa kenaikan harga ini melampau. Jadi saya harap, kita berpandukan data dan berpandukan kepada fakta. Bukan sekadar membuat sweeping statement. Seterusnya, untuk memastikan bahawa kita mengawal harga barang, pihak kementerian memastikan bahawa tiada pencatutan. Pihak penguat kuasa kita sentiasa mengawal harga dan membuat pengawal pemeriksa harga.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat jawab ini macam tidak berpijak di bumi nyatalah, Tuan Yang di-Pertua.

Minta maaf Hulu Terengganu. Jangan kacau ya. Jadi, kita kawal harga. Tiada pencatutan mengikut Akta kawalan Harga Antipencatutan. Kemudian kita kawal harga. Ada harga siling. Ini Yang Berhormat sebelah sana semua tahulah, kita ada 11 item yang kita kawal. Ada harga siling dan kita ada tujuh item yang kita bagi subsidi juga. Kita ada skim harga maksimum musim perayaan. Itu juga sudah biasa disebutkan dalam Dewan ini. Kita juga menggunakan pendekatan Menu Rahmah untuk mengawal harga makanan di luar rumah yang kita lihat tadi ada penurunan daripada segi kadar inflasinya. Setakat ini ada 2,922 premis yang menawarkan Menu Rahmah. Kita juga telah meluluskan Jualan Rahmah Bajet 2023 sebanyak RM100 juta untuk dilakukan, dilaksanakan di 222 Parlimen seluruh negara, dua kali sebulan. Saya hendak maklumkan, dalam tempoh 16 hingga 28 Jun, kita akan adakan Jualan Rahmah selama dua hari dalam tempoh tersebut di setiap DUN, di seluruh negara. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bersama menguar-uarkan Jualan Rahmah mega ini sempena Aidiladha di seluruh negara. Insya-Allah. Jadi untuk Jualan Rahmah juga mengawal harga barang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Mengawal harga barang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Masih panjang lagi kah?

Ya Tuan Yang di-Pertua.

Mengawal harga barang di luar rumah. Oleh sebab itu kita lihat ia punya kadarnya itu menurun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira data yang disebutkan oleh Yang Berhormat tidak realistik dan kita lihat apa yang berlaku keluhan rakyat di seluruh negara berdepan dengan kenaikan harga barang. Jadi, teori- walaupun kajian yang mengatakan, katanya harga barang semakin turun tetapi di seluruh negara berdepan dengan harga barang yang semakin meningkat.

Apa lagi ditekan dengan harga ringgit yang semakin menjunam terutama melibatkan barang import, sama ada barang basah ataupun barang kering. [Tepuk] Jadi saya ingin tahu, daripada tindakan yang dibuat oleh kementerian, berapa kes tangkapan yang telah dibuat? Mungkin berlaku kes pencatutan. Jadi, berapa tangkapan dan tindakan yang telah dibuat dan setakat ini sejauh mana keberkesanan, terutama aplikasi yang telah dibuat untuk memastikan supaya harga yang diberi kepada pengguna ini dapat dilaksanakan dengan yang terbaik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Rantau Panjang, ingin saya ingatkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kadar inflasi ini bukan kita ambil buat suka- suka. Ini adalah kajian daripada DOSM. Kalau Yang Berhormat Rantau Panjang lihat kepada kadar inflasi pada bulan November, pada bulan Oktober tahun 2022, kadar inflasi ketika itu paling tinggi 7.3 pada komponen makanan dan minuman bukan alkohol. Pada tahun 2022 bulan Oktober dan November paling tinggi. Sejak itu, kadar inflasi itu masih tinggi tetapi kadar kenaikan dia menurun. Maksudnya, dia tidak terus terusan naik. Kita tidak nafikan bahawa kadar inflasi itu ada. Kalau kita berbanding dengan tahun 2019, kadar inflasi itu negatif pada awal tahun 2019. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak bercakap, kita bercakap fakta. Saya tahu memang rakyat bercakap tentang kos sara hidup ini. Akan tetapi janganlah kita Ahli- ahli Dewan yang mulia ini menambah-nambah. Setakat ini, memang kita kawal berkenaan dengan pencatutan. Saya boleh bagi data secara bertulis berkenaan dengan laporan. Akan tetapi kalau kita tengok ada satu dua sahaja kes-kes pencatutan ini dan memang kita kawal betul-betul. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua Puan Alice Lau Kiong Yieng mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya menyedari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kenaikan harga barang ini. Saya hendak menyentuh tentang jawatan penguat kuasa. Adakah benar setakat yang saya tahu jawatan penguat kuasa atau enforcement ini hanya seluruh negara ada 2,575 yang merupakan hanya 88 peratus sahaja. Tidak cukup strength itu, iaitu kekurangan 351 orang lagi. Jadi, soalan saya ini perlu ditambah. Adakah kementerian ada masalah tentang kewangan sehingga tidak cukup 100 peratus tenaga enforcement ini? Jadi, boleh jelaskan di Dewan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang, kita mengamalkan pasaran ekonomi terbuka. Dalam pasaran ekonomi terbuka, harga barangan itu antaranya ia dikawal dengan penawaran dan permintaan. Jadi, apabila kita − memang penting. Penguat kuasa ini penting tetapi yang juga penting ialah kita memastikan bahawa pengguna juga ada kuasa untuk memilih. Jadi, kalau pengguna ini kita memahami bahawa mereka ada kuasa maka, dengan sendirinya mereka boleh memainkan peranan untuk mengawal harga barang selain daripada kita lakukan tugas kita untuk mengawal selia, menguatkuasakan dan sebagainya. Ini kerana, walaupun kita tambah lagi 300 orang Yang Berhormat Pasir Gudang, mustahil kita berada di semua tempat setiap ketika. Ini kerana, sekarang ini memang penguat kuasa kita sampai kerja overtime sampai malam terutamanya dalam Ops Manis yang kita hendak tengok fasal gula, minyak dan sebagainya. Akan tetapi kita tambah

macam mana pun, kita harus bawa juga pengguna untuk memahami bahawa mereka mempunyai peranan yang besar, mereka mempunyai peranan untuk menentukan demand dan supply ini dan mereka boleh sama-sama mengawal harga barang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tambah satu lagi, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.

Datuk Suhaimi bin NasirUMNO · BNLibaran

Soalan saya nombor tujuh.

Suhaimi bin NasirUMNO · BNLibaran · question

7. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah usaha yang telah dijalankan oleh kementerian bagi mempergiatkan penglibatan golongan belia dalam bidang francais.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Libaran dan Dewan yang mulia ini. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, komited dalam usaha untuk mempergiatkan penglibatan golongan belia dalam bidang francais. Kementerian melalui Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) telah melaksanakan Jom Jadi Usahawan Berjaya ataupun Be Your Own Boss. Program Be Your Own Boss telah menawarkan dua subprogram di bawahnya iaitu program Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY) khusus untuk golongan belia. Manakala program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) untuk golongan wanita. Pada tahun 2022, seramai 1,035 orang peserta telah menyertai program ini dan daripada jumlah tersebut, seramai 647 orang peserta adalah daripada golongan belia di bawah program YOUNITY. Peserta Be Your Own Boss ditawarkan panduan dan latihan yang berstruktur dan komprehensif iaitu latihan pengurusan kewangan, motivasi dan digitalisasi, padanan perniagaan, pembiayaan serta akses kepada pasaran semasa dan diberi pemantauan selama enam bulan apabila bermulanya perniagaan. Pada masa yang sama, PERNAS menerusi Institut Francais juga menyediakan pelbagai program latihan berfokuskan francais dan keusahawanan yang menyeluruh dan memberikan taklimat kesedaran keusahawanan francais kepada usahawan terutamanya golongan belia. Pada tahun 2022, seramai 24,292 orang telah menyertai latihan yang dianjurkan oleh Institut Francais dengan 17,000 orang peserta adalah terdiri daripada golongan belia. Dalam masa yang sama, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga menggalakkan koperasi-koperasi termasuklah koperasi belia ini untuk menyertai sektor francais. Dalam masa yang sama kementerian melalui PERNAS juga melaksanakan aktiviti-aktiviti ataupun program-program expo dan kesedaran seperti BITe Expo yang telah kita adakan di Shah Alam pada awal tahun ini, Program Bizfrancais yang dibuka kepada semua francaisor di negara kita termasuklah program bersepadu kementerian yang melibatkan agensi-agensi kementerian termasuk PERNAS. Program seperti Jelajah Usahawan dan Koperasi telah kita adakah di Sabah, Selangor dan kita adakah di Kedah juga untuk menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor francais. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Libaran.

Datuk Suhaimi bin NasirUMNO · BNLibaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan laporan tahunan, perniagaan francais pada 2022 nilai jualan industri francais negara telah meningkat kepada RM26 bilion tahun 2021 berbanding RM14 bilion pada tahun 2020. Nilai jualan industri telah meningkat sebanyak 71 persen pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, apakah usaha telah dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan syarikat francais tempatan mampu mengembangkan perniagaan mereka sehingga keluar negara.

Datuk Suhaimi bin NasirUMNO · BNLibaran

Seterusnya, saya ingin mengetahui apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh kementerian terhadap perusahaan mikro kecil dan sederhana khususnya di negeri Sabah bagi mentransformasikan perniagaan mereka agar menjadi lebih sistematik dan kompetitif supaya turut dapat dikembangkan menjadi francais. Terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Terima kasih Yang Berhormat di Sabah. Seperti saya katakan tadi, kita telah mengadakan reach out program dengan PERNAS sebagai agensi yang membangunkan sektor francais ini juga terlibat sama. Antara yang kita sediakan adalah kaunter-kaunter perkhidmatan. Selain menggalakkan penyertaan PKS, koperasi golongan belia dalam sektor francais, kita memberi bimbingan dan pejabat PERNAS juga berada di Sabah untuk menjadi sebahagian daripada usaha kita untuk menjadikan PKS di Sabah itu berkembang menjadi sektor francais. Baru-baru ini kita telah melancarkan seorang usahawan di Sabah yang telah mempunyai 40 outlets sebagai seorang usahawan francais. Mudah-mudahan dengan kejayaan beliau ini, menjadi teladan kepada usahawan-usahawan PKS di Sabah yang lain untuk terlibat sama dalam sektor francais.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Soalan yang pertama tadi memang banyak inisiatif yang telah kita katakan dalam jawapan-jawapan saya dalam sidang yang lepas juga. Saya berkongsi inisiatif antara lainnya kita membawa usahawan francais ini ke Gulfood Expo di Dubai, antara lainnya yang telah memberikan potensi perniagaan yang begitu besar sekali kepada usahawan- usahawan yang telah menyertai ekspo tersebut antara lainnya usahawan yang terlibat dalam sektor francais. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan penjelasan berkenaan dengan galakan dan penglibatan para belia dalam francais tetapi realiti yang berlaku di bawah sana. Belia kita ini kadang- kadang ada keinginan, ada ilmu dan ada kemahiran. Akan tetapi malangnya untuk permulaan kepada francais ini memerlukan modal yang agak besar. Apabila mereka hendak dapatkan modal itu perlukan kepada kolateral iaitu perlu kepada cagaran. Mereka ini orang susah. Di tempat saya di Parlimen Bagan Serai pun banyak dalam kalangan graduan-graduan yang menjadi seorang entrepreneur ataupun usahawan kecil. Boleh tanya kepada mereka masalah untuk membesarkan daripada segi modal. Begitu juga balik kepada soal francais ini sudah tentulah hendak buat satu francais ini sekurang-kurangnya, kurang-kurang hat kecil-kecil pun RM50,000. Hendak buka kedai dobi pun kadang-kadang...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Cecah sampai RM200,000. Maka persoalan saya apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pihak kementerian untuk memudahkan para belia ini dapat- sama ada dengan perkongsian dengan Blue Ocean Strategy dengan kementerian lain. Dalam masa yang sama tidak perlu kolateral dan yang paling penting kita pantau apa yang mereka buat supaya kejayaan itu dapat diperoleh. Keduanya ialah berkenaan dengan program-program keusahawanan juga perlu diadakan kolaborasi dengan IPT terutamanya untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam keusahawanan. Seingat saya di UITM setiap pelajar terakhir mereka ada satu Blue Project, My Blue Paper yang mereka buat...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Projek mereka untuk dikemukakan kepada Blue Print sebagai perancangan mereka setelah keluar universiti nanti. Terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Kita mengambil maklum pandangan-pandangan yang telah dikemukakan. Perkara pertama dengan UITM saya tertarik dengan program keusahawanan yang dilaksanakan oleh UITM. Mereka pun ada berkunjung ke kementerian. Mudah-mudahan saya juga akan berkesempatan nanti ke UITM untuk melihat apa yang telah dilaksanakan di UITM. Satu program yang sangat menarik dan agensi kita sudah mengadakan MoU dengan pihak UITM untuk membantu mahasiswa-mahasiswa ini untuk menjadi usahawan. Keduanya tentang pembiayaan kepada usahawan-usahawan belia untuk menyertai sektor francais. Pada tahun ini PERNAS menyediakan skim pembiayaan francais dan pra francais dengan melibatkan kos sebanyak RM50 juta tahun ini sahaja yang terbuka kepada semua termasuk golongan belia yang ingin mengambil bahagian dalam sektor francais dan ada syarat-syaratnya, ada kriterianya. Bukan kita mahu menyusahkan tetapi mahu membimbing usahawan itu supaya menjadi usahawan yang lebih cekal dan lebih berjaya. Kalau kita longgarkan sangat syarat ini- saya berterus terang Tuan Yang di-Pertua, memang ada kes di mana usahawan- usahawan yang diberikan pembiayaan ini juga sukar untuk membayar semula. Jadi ini juga satu isu kerana apabila usahawan ini tidak dapat membayar semula pembiayaan yang diberikan oleh agensi, dia menutup peluang usahawan-usahawan lain. Jadi kita adakan kriteria itu bukan menyusahkan tetapi membimbing. Kita mahu membina dan sebenarnya belia ini boleh menubuhkan koperasi di mana mereka boleh membentuk modal sesama mereka sendiri, dan juga pembiayaan dibuat Suruhanjaya Koperasi juga boleh membantu usahawan melalui gerakan koperasi ini melibatkan diri dalam sektor francais. Ini pun saya meminta dan menyuruh semua Ahli Dewan ini termasuk Yang Berhormat untuk kita sama-sama tingkatkan kesedaran kepada rakyat di kawasan yang kita wakili ini untuk ambil kesempatan ini jumpa dengan agensi kita. Mana yang kita boleh mempermudah, akan kita bantu bermula dengan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail Yang Berhormat Kubang Pasu.

Ku Abd Rahman bin Ku IsmailBERSATU · PNKubang Pasu · question

8. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan: (a) apakah langkah kementerian dalam usaha untuk melaksana dan memperkasa program penyelidikan kolaboratif- collaborative research khususnya dalam frontier and emerging technologies; dan (b) road map bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara pencipta teknologi.

Dato' Mohammad Yusof bin ApdalWARISANTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Lahad Datu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Tuan Yang di-Pertua Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa menyokong usaha-usaha untuk melaksanakan dan memperkasa program penyelidikan kolaboratif, dengan izin, collaborative research khususnya dalam frontier and emerging technologies. Antaranya program dana penyelidikan Padanan Antarabangsa, Malaysia partnership and alliances in research (MYPAIR) bertujuan mempertingkat kerjasama

Dato' Mohammad Yusof bin ApdalWARISANTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Lahad Datu

penyelidikan antara institusi pendidikan tinggi (IPT) dengan industri tempatan serta agensi antarabangsa dalam bidang strategik. MYPAIR diperkenalkan untuk mengukuhkan keupayaan dan memacu kecemerlangan pendidikan Malaysia menerusi perkongsian dan kerjasama strategik. Perkongsian dan kerjasama penyelidikan tidak terhad kepada perkongsian kepakaran tetapi turut merangkum konteks yang lebih luas. Skop penyelidikan bagi MYPAIR adalah dalam bidang berkepentingan dan bertepatan dengan agenda negara seperti internet of things (IoT), blockchain, kecerdasan buatan- artificial intelligence, big data, pengkomputeran awan atau i-Cloud, dan sebagainya. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran sumber peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan. Menerusi program ini kerjasama pelbagai hala antara Malaysia dan negara-negara rakan kerjasama dapat dikukuhkan dalam bidang penyelidikan dan Pendidikan Tinggi. Selain daripada MYPAIR, MyLAB ada juga geran dibuka kepada setiap tahun dan tidak tertumpu pada satu bidang tumpuan sahaja dan dengan syarat permohonan memenuhi aspirasi MyLAB di mana terdapat jaringan kolaborasi antara akademia dan pihak industri untuk mengkomersialkan produk penyelidikan yang berpotensi dengan penyediaan dana pra pengkomersialan. Selain itu, program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi atau Higher Institution Center of Excellence (HICoE) merupakan sebuah program KPT bagi melonjakkan HICoE sebagai pakar rujuk iaitu referral point dalam penyelidikan bidang niche di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga kini HICoE telah menyumbang kepada penghasilan bakat baharu penyelidikan, penerbitan journal berimpak tinggi serta penghasilan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada akademia, industri, kerajaan, komuniti dan persekitaran. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan kedua, iaitu (b). Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam bidang Sains Teknologi dan Inovasi. Kerajaan melalui MOSTI telah melancarkan beberapa buah pelan hala tuju- road map bagi menyokong matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pencipta teknologi seperti: (i) pelan hala tuju blockchain; (ii) pelan hala tuju elektrik dan elektronik: Pembangunan Teknologi 2021-2030; (iii) pelan hala tuju Kecerdasan Buatan, Artificial Intelligence (AI) 2021-2025; (iv) pelan hala tuju teknologi Bahan Termaju Nasional (Advanced Materials) 2021-2030; (v) pelan hala tuju Robotik Negara 2021-2023; dan (vi) pelan hala tuju ekosistem Tujuh Ekosistem Setaraf Malaysia Super 2021-2023. Pelan hala tuju teknologi yang telah dibangunkan turut memberi tumpuan kepada aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan yang inklusif merangkumi rangkaian bekalan dan nilai serta pembangunan dan penyelidikan pengkomersialan dan inovasi. Teknologi masing-masing yang dijajarkan dengan keutamaan negara. Ini akan membolehkan pihak industri mencipta produk bernilai tinggi dan inovasi yang menepati kehendak pasaran tempatan dan global, dan seterusnya beralih daripada negara pengguna teknologi kepada pengeluar dan pembangun teknologi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Kubang Pasu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri sahabat lama saya. Jawapan yang komprehensif sekali. Cuma Tuan Yang di-Pertua, daripada pemerhatian saya banyak langkah diambil seperti mana disebut oleh Timbalan Menteri tadi. Akan tetapi kalau kita bandingkan negara kita dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terus kepada soalan.

...Negara- negara yang maju dalam bidang teknologi ini, outcome daripada apa yang disebutkan tadi tidak begitu memuaskan. Saya hendak bagi contoh bila saya sebut tentang...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terus kepada soalan.

Research industry.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tidak perlu bahas.

Isu penyelidikan di IPT ialah commercialization.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tidak cukup masa.

Tidak apa, tidak apa. Sekejap sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila terus kepada soalan.

Okey, saya sendiri- daripada pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. saya buat Master of Science dalam satu research dengan Syarikat Dunlop, dan produk yang diperlukan ialah produk komposit dalam rubber dan bila kita buat kolaboratif dengan industri, kita tidak ada lagi masalah “commercialization” sebab hasil terus diambil oleh industri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan.

...Pihak KPT dapat melaksanakan. Saya melawat sebuah syarikat di Austria dan saya bertanya kepada seorang yang bekerja di situ, “You buat apa?”, PhD jawabnya dan tesis berasaskan kepada keperluan syarikat berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat

...Dan hasilnya digunakan oleh syarikat itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat terus kepada soalan.

Soalannya ialah minta maaf ya- sabaq sat. Saya melihat kepada kapasiti building. Kita sekarang ini ada masalah mengenai kapasiti building ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan.

Apa langkah kerajaan untuk meningkatkan bilangan jurutera dan saintis? Apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan peratus pelajar mengambil aliran sains tulen di sekolah? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu, KPT merupakan sebuah kementerian yang punya dana untuk tujuan basic iaitu fundamental di mana bila kita membuat suatu penyelidikan, penyelidikan itu kita buat di peringkat kita. Bila sudah kita dapat suatu outcome, meneruskan hasil daripada penyelidikan kita ini ialah di pihak kementerian ataupun industri di mana contohnya kami melaksanakan penyelidikan asas sahaja. Bila sudah selesai, kita akan serah kepada satu

kementerian yang bertanggungjawab iaitu MOSTI yang akan meneruskan usaha kita itu menjadikan satu usaha yang membawa kejayaan kepada produk kita, kepada pencipta kita dan negara khususnya supaya menjadi satu- produk yang boleh kita komersialkan. Maka itu kita dalam peringkat KPT ini pula, kita terus juga berusaha untuk memastikan usaha kita ini selari dengan apa yang dikehendaki oleh industri. Maka itu kita memperkenalkan lima- pusat asasi TVET bermula tahun ini untuk tujuan kita memastikan, apa juga usaha di bawah KPT ini akan dapat dimanfaatkan oleh negara kita, kepada masyarakat serta komuniti. Berhubung dengan cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu, saya akan pastikan kita akan ambil perhatian dan andainya mendapat menambahbaikkan dalam usaha kita, kita akan terus laksanakan insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sambut baik usaha kerajaan untuk memastikan supaya ada penekanan kepada penyelidikan, ini masa depan juga. Soalan saya, apa pendirian kementerian dalam kos yuran pascasiswazah untuk Master dan PhD terutamanya yang dikatakan semakin mahal, yang kurang menarik minat orang ramai untuk melanjutkan pelajaran dan membuat penyelidikan yang berimpak tinggi? Apakah kementerian bercadang untuk menambah peruntukan untuk tujuan geran dan biasiswa pascasiswazah ataupun memperkasakan program biasiswa MyBrain yang telah dilaksanakan sebelum ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Di bawah kementerian kita, memang kita sentiasa membuat suatu kajian secara berskala terutama daripada segi soal program di IPT-IPT khususnya yang boleh kita pastikan membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara. Demikian juga halnya bila menyentuh soal bebanan daripada segi kos pembelajaran ini di peringkat IPTA atau IPTS, kita juga sentiasa berusaha untuk mencari apa kaedah untuk kita usahakan supaya kalau andainya lah masalah untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Master berpunca daripada mungkin kos yang mahal, maka itu KPT pada tahun ini memang ada usaha dan rancangan yang dikemukakan kepada pihak kerajaan untuk memberikan sedikit pertimbangan. Ini supaya ada usaha kita membantu bila mana ada masalah daripada segi kos pengajian ini dan mudah-mudahan kerajaan akan memberi pertimbangan yang terbaik khususnya soalnya mengembalikan program MyBrain yang sememangnya telah menampakkan satu impak yang baik kepada masyarakat kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Batu, Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran.

Prabakaran a/l ParameswaranPKR · PHBatu · question

9. Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan daripada hasil cadangan penambahbaikan yang telah diajukan kepada pihak DBKL berkaitan isu Bas Percuma GoKL oleh kebanyakan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti pemanjangan radius laluan, dan kekerapan pergerakan bas.

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya masa untuk menjawab. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan bas percuma GoKL dioperasikan oleh DBKL sejak tahun 2019, dan penambahan laluan telah dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan sesuatu kawasan. Tidak semua kawasan sesuai untuk diadakan laluan bas GoKL berdasarkan laluan batuan ataupun batuan akhir- the last mile, ataupun batuan awal- the first mile.

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Batuan akhir- the last mile bertujuan bagi memudahkan pergerakan pengguna pengangkutan awam untuk perjalanan dalam pusat bandar Kuala Lumpur ataupun CBD. Bantuan awal- first mile pula adalah bagi menggalakkan pertukaran mod ataupun mod shift untuk perjalanan pergi dan balik pejabat daripada mod kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam. Pada masa ini perkhidmatan ini disediakan di 13- laluan di Kuala Lumpur iaitu empat- laluan last mile dan sembilan- laluan first mile. Kekerapan bas adalah dari lima minit hingga lapan minit pada waktu puncak dan 15 minit hingga 30 minit di luar waktu puncak. 70 buah bas elektrik diguna pakai yang beroperasi di jalan raya sekitar Kuala Lumpur. Bagi tambahan laluan ke-14 di Parlimen Seputeh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membuat kajian sambutan pengguna selama tiga bulan iaitu dari bulan April hingga bulan Jun 2023. Seterusnya DBKL akan membuat laluan ujian GoKL trial run di kawasan yang terpilih di Parlimen Seputeh. Hasil ujian tersebut akan dianalisis berdasarkan sambutan penumpang, waktu perjalanan dan kawasan liputan sebelum laluan baharu dilancarkan pada tahun 2023. DBKL juga sedang meneliti laluan terus GoKL dari Pekan Batu ke pusat bandar iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan dari Tasik Permaisuri ke Hab Pasar Seni. Laluan terus ini adalah untuk memberi pilihan kepada warga kota menggunakan perkhidmatan bas percuma GoKL terus dari kawasan kediaman first mile ke pejabat atau kawasan tumpuan last mile. Perkhidmatan ini akan dilancarkan setelah urusan tambahan bas baharu GoKL disiapkan oleh pihak pengendali. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, seperti mana kita- semua tahu Jabatan Wilayah Persekutuan terletak di bawah PMO. Saya amat terkejut bila Yang Berhormat Timbalan Menteri Undang-undang memberi jawapan, tetapi jawapan yang lunas, tahniah Yang Berhormat Timbalan Menteri Undang-undang. Seperti mana jawapan tadi, bas Go KL sedia ada ini telah memberi manfaat kepada kawasan dalaman seperti PPR ataupun PA yang kebanyakannya golongan B40. Dengan adanya laluan-laluan tertentu, tetapi saya rasa dengan pemantauan pejabat kita dan juga aduan yang telah diterima, bilangan bas tidak mencukupi. Soalan saya, walaupun ada pengangkutan awam percuma seperti ini ataupun pengangkutan awam lain seperti MRT, KTM dan sebagainya, kesesakan lalu lintas di ibu kota ini semakin teruk dan menyusahkan masyarakat. Apakah rancangan DBKL ataupun Jabatan Wilayah Persekutuan untuk mengatasi masalah tersebut?

Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan dengan apa tindakan ataupun rancangan yang diambil untuk memperbaiki ataupun improved kesesakan lalu lintas, satu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengatasi kesesakan jalan raya terutama di Klang Valley ataupun Lembah Klang. Jawatankuasa tersebut telah pun bermesyuarat untuk makluman Yang Berhormat pada 2 Mei 2023 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Terdapat tiga rancangan ataupun solution yang telah pun dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Tiga quick win solutions. Pertamanya untuk mengenal pasti projek- projek terlibat yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya. DBKL perlu memastikan projek-projek yang terlibat dengan penutupan atau pengalihan trafik perlu disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Terdapat 26 projek yang telah diluluskan dan terlibat dengan pengalihan trafik. Kedua, mencadangkan laluan kontra- alternative routes bagi penguraian trafik. Jawatankuasa Teknikal telah bersetuju untuk mengadakan dua- laluan kontra iaitu pertamanya di laluan kontra selepas tol Sungai Besi ke persimpangan Besraya iaitu lebih

kurang empat kilometer. Kedua, penyambungan laluan kontra pada masa petang dari Jalan Maharajalela ke Bulatan Cheras. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Bagi menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam, DBKL secara berterusan berusaha menjadikan pengangkutan awam terutama bas sebagai pilihan lain seperti pengangkutan rel, LRT dan MRT. DBKL juga menyediakan bas percuma iaitu Go KL dalam kes ini the first mile and last mile. Terdapat seperti yang saya telah maklumkan tadi pada masa ini ada 13- laluan meliputi kawasan Parlimen dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. DBKL juga bekerjasama dengan Prasarana dalam memartabatkan pengangkutan awam. Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan seperti DBKL telah melengkapkan lorong bas dari Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Azlan Shah iaitu sepanjang 17 kilometer. Juga mengadakan lorong bas dan laluan kontra pada waktu puncak di Jalan Ampang bermula dari MRR2 Ampang ke Jalan Tun Razak iaitu lima kilometer. Cadangan ini akan dilaksanakan pada Julai 2023. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat. [Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya sudah mengemukakan satu soalan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Peraturan Mesyuarat yang mana satu?

Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu mengelirukan Dewan ini. Soalan yang saya kemukakan semalam, saya dapat jawapan hari ini. Saya meminta kerjasama Yang Berhormat untuk memberi sedikit masa untuk saya baca soalan dan jawapannya iaitu, “Minta menyatakan status bayaran pampasan yang disalurkan oleh Kerajaan Jepun kepada Kerajaan Malaysia bagi 30,000 orang buruh paksa landasan kereta api maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua 1942 ke tahun 1946 dengan anggaran sebanyak RM207 bilion yang masih tidak diterima oleh mangsa mahupun waris”. Ini ada jawapannya. Saya rasa saya baca jawapannya, “Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengeluarkan dua kenyataan rasmi iaitu pada 15 dan 19 hari bulan ....2013 yang menyangkal dakwaan palsu tersebut. Kes ini juga telah dilaporkan kepada pihak polis pada 26 hari bulan ....2012 untuk siasatan lanjut”. Nombor satu. Nombor dua, “Sehubung ini kementerian memohon supaya isu wang pampasan tersebut oleh Kerajaan Jepun untuk rakyat Malaysia yang terlibat sebagai buruh paksa bagi projek pembinaan landasan kereta api dari Siam ke Burma, semasa Perang Dunia Kedua tidak dibangkitkan lagi ke dalam Dewan yang mulia ini.” Nombor satu Tuan Yang di-Pertual, ini adalah di mana siasatan polis 2012 sampai sekarang lebih kurang 12 tahun atau 11 tahun. Semestinya there is an outcome dari tersebut. Kenapakah outcome itu tidak diberitahu? Apakah sebab tersebut? Nombor dua, adakah sekatan bahawa perkara ini tidak boleh dibangkitkan di Dewan ini. This is the people’s Dewan di mana mereka ada hak untuk bangkitkan bila-bila dan apa sahaja isu mengikut Peraturan Mesyuarat dan undang-undang. Saya harap untuk menyelesaikan perkara ini kerana perkara ini banyak dalam perbualan media sosial di negara ini. Saya harap kementerian memberi satu jawapan

yang menyeluruh mengambil kira semua perkara dan dua perkara yang saya bangkitkan supaya perkara ini dapat diselesaikan once and for all. Terima kasih... [Tepuk]

Peraturan Mesyuarat 49. Tuan Yang di-Pertua, pada 25 Mei 2023, saya telah menghantar usul persendirian yang berbunyi, “Allah Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu, Allah tidak mempunyai anak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya dan sebarang makna terjemahan dan tafsiran yang lain daripada ini terbatal dan tidak sah.” Usul ini adalah pindaan terhadap Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] dengan memasukkan penambahan proviso di seksyen 66 mengenai maksud sebenar kalimah “Allah” mengikut Surah 112- Al-Ikhlas. Usul persendirian adalah untuk memberi suatu tafsiran terhadap kalimah “Allah” supaya ia dapat menoktahkan polemik yang berpanjangan ini. Saya berharap agar saya bersama beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional diperkenankan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Majlis Raja-Raja bagi menjelaskan usul persendirian ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jasin, saya dimaklumkan bahawa usul ini telah ditolak dan kalau Yang Berhormat tidak puas hati boleh buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43. Terima kasih.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Dewan. Saya hendak membangkitkan perkara ini, Peraturan Mesyuarat 36(6) yang mengelirukan Dewan berkenaan dengan perkataan kalimah “Allah” hari itu. Adakah benda ini sebelum ini dirujuk kepada Majlis Agama Islam Kebangsaan (MKI) kerana kita hendak dapat penjelasan melalui akta yang disebut tadi saya hendak mendapatkan tafsiran yang jelas mengenai kalimah “Allah” ini supaya tidak mencemarkan kesucian agama Islam.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Contohnya, kalau saya bercakap di Indonesia, saya ambil contoh, bukan saya hendak kata kepada Jelutong tetapi- Jelutong “butuhkan” sesuatu. Itu maknanya “memerlukan” tetapi kalau saya cakap di Malaysia- “Jelutung butuhkan sesuatu”, maksud berbeza. Jadi, kita hendak penjelasan dari segi tafsiran sebab itu kita menyokong akta pindaan tadi ini dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] ini. Jadi, perkara ini harus kita memberi perhatian, keutamaan rakyat, kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi negara dan juga benda ini boleh mengawal keadaan sekiranya kita mendapat penjelasan kerana dalam al-Quran dengan jelas menyebut surah Al-Ikhlas ini, dibaca tadi oleh Yang Berhormat Jasin, apabila turunnya al- Quran...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya sudah cakap, kalau tidak puas hati boleh buat Usul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Perkataan “Allah” ini hanya melalui- setelah dalam bahasa Arab, agama-agama wahyu yang lain tidak ada perkataan dalam bahasa dia sendiri, kalau ada sekarang pun ditukar ke bahasa macam kitab Injil ditukar dalam bahasa Inggeris. Adakah bahasa asal kitab Injil? Ini yang kita perlu perjelaskan...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Perkara agama ini...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Oleh sebab itu al-Quran tidak ada perbezaan dari sejak diturunkan sehingga sekarang, menggunakan bahasa Arab.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Perkara kerajaan negeri, bukan dibincangkan di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Beruas, sila duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua bangsa yang mengamalkan agama Islam menggunakan bahasa Arab. Okey, terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jangan buang masa, perkara agama perkara negeri. Termaktub dalam Perlembagaan, kita sudah sedia maklum perkara agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Janganlah kita buang masa di sini. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua, atas isu peraturan, perkara berlainan. Memandangkan Dewan bersidang sebagai...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Peraturan mesyuarat yang mana?

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(9), (10)(a), (b) dan (c). Saya merujuk kepada (c), “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum yang lain dalam Malaysia.” Walaupun perkara ini tidak berlaku dalam Dewan tetapi memandangkan Dewan bersidang saya berharap pihak-pihak di sebelah sana juga akan menyokong perkara ini. Kita lihat satu- video yang telah menular. Video itu merupakan video seorang pelawak berdiri Jocelyn Chia yang memperlekehkan negara kita dan membuat sindiran-sindiran dan lawak jenaka yang mengguris hati dan menyinggung perasaan terutamanya berkenaan dengan negara kita dan kehilangan pesawat MH370. Sebagai seorang backbencher kerajaan, saya mengambil kesempatan untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan beliau walaupun saya sedar bahawa Duta Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon telah pun meminta maaf. Akan tetapi saya berharap perkara ini tidak diulangi dan minta supaya kementerian dan kerajaan supaya meminta sama ada duta besar memberi syor bahawa perkara ini tidak akan bermula. Saya berharap Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana juga akan bangun bersama-sama menggunakan kesempatan Parlimen bersidang untuk mengutuk tindakan pelawak Jocelyn Chia ini, meminta supaya beliau tidak mengulangi kenyataan-kenyataan tersebut. Saya memohon supaya Dewan yang mulia ini mengambil perhatian tentang perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, jika Ahli-ahli Yang Berhormat ada sebarang cadangan, sila kemukakan menurut peraturan mesyuarat untuk pertimbangan speaker. Terima kasih.

Yang Berhormat, perkara 18(1). Okey Yang Berhormat, saya hendak minta supaya direkodkan bahawa apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi kita akan bawa usul di bawah 18(1) dan ia akan diperbincangkan pada hari Isnin. Oleh sebab tempoh masa untuk kita hantar dan ia kalau ikut itu tempoh masa dua jam, kita tidak sempat untuk bawa tempoh dua jam. Akan tetapi oleh sebab hari Jumaat dan ia kira satu hari, jadi saya minta supaya 18(1) yang kita akan bawa berhubung kalimah Allah ini dibincangkan pada hari Isnin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Itu tertakluk kepada pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih.

Yang Berhormat wakil Tuan Yang di-Pertua, kira boleh setujulah? Terima kasih ya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [7 Jun 2023]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya minta Yang Berhormat Tenggara untuk berucap. Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita ketahui berdasarkan pembentangan Yang Berhormat Menteri, pindaan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan pembahagian kuasa lembaga pengarah dan menyusun semula perjawatan dalam suruhanjaya. Dalam pindaan ini ada menyatakan seksyen baharu 11A(1), “Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi membantu Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.” Persoalan yang saya ingin ketengahkan di sini adalah apakah kewajaran melantik sehingga tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan berapakah implikasi kewangan yang akan digunakan? Saya percaya kerajaan mempunyai alasan yang kukuh berkenaan hal ini, sekiranya ia akan memudahkan dan mengurangkan kerenah birokrasi kepada rakyat, saya tidak ada masalah dan akan menyokong. Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan kepada kerajaan untuk tidak lupa memperkasakan koperasi di peringkat-peringkat kampung, di peringkat akar umbi, seperti di kawasan tanah-tanah rancangan FELDA. Saya kira kementerian ada tanggungjawab juga untuk melakukan semakan dan gerak bimbing selia berterusan atau continuous engagement, dengan izin, kepada koperasi-koperasi rakyat di peringkat bawahan komuniti termasuk seperti di FELDA. Sebagai contoh di tanah rancangan FELDA, ada 317- Tanah Rancangan FELDA, wujud koperasi-koperasi serba guna, koperasi jaya... [Bentara meletakkan meja rehal] Yang pada satu ketika dahulu menjana pendapatan yang baik kepada masyarakat di tanah rancangan. Namun ketika ini saya kira mungkin kurang 20 peratus yang aktif dan outstanding. Berdasarkan fakta yang saya ada ini, pada tahun 2022, hanya hampir

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

daripada 317 Tanah Rancangan itu, ini contoh, hanya ada tiga peratus sahaja yang outstanding. Jadi bermakna ada 300 lebih koperasi FELDA lagi yang kita tidak tahu statusnya dan mungkin pihak kementerian boleh melihat supaya lain-lain juga boleh setanding dengan koperasi-koperasi. Kalau saya boleh sebut di sini seperti FELDA Sebertak, Sungai Koyan, Keratong 2, Air Tawar 5. Jadi, wajar ada penyelarasan dan kemas kini yang mampu menyeragamkan perjalanan pertubuhan koperasi kecil yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam pindaan ini juga iaitu perkara 11D(5) menyatakan... “Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja suruhanjaya yang perlu untuk membantu setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap bagi melaksanakan peruntukan akta ini.” Yang ini kita amat setuju, saya harap apabila pindaan rang undang-undang ini diluluskan, segerakanlah pelantikan ini. Mungkin pihak suruhanjaya boleh ambil anak-anak muda kita dan latih mereka dalam bidang pengurusan. Tidak perlu hanya ambil mereka yang sudah lama bekerja. Saya percaya jika ada anak muda belia yang dilantik, mereka mampu memberikan idea dan juga perspektif yang baharu dalam memastikan keberhasilan pertumbuhan koperasi- koperasi di Malaysia ini. Ingin juga saya selitkan sedikit dalam perbahasan hari ini, besar harapan agar ramai lagi golongan belia supaya berlakunya proses pembudayaan koperasi di kalangan anak-anak muda yang terlibat dalam perniagaan yang sesuai termasuklah mereka yang terlibat dengan ekonomi gig, digital, new trend dan sebagainya. Mungkin dengan bantuan kerajaan, suruhanjaya, boleh ditubuhkan koperasi bagi komuniti penghantar makanan atau koperasi pekerja freelance. Kita biasa mendengar tentang Koperasi Tentera, koperasi guru, koperasi penjawat awam dan macam-macam lagi. Namun begitu pada pandangan saya masih lagi ramai yang tidak berminat untuk menyertai koperasi. Sayang rasanya kalau tidak berjaya menarik minat mereka yang sepatutnya untuk menyertai koperasi yang bersesuaian.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

KOSMO online ada menyatakan sehingga 31 Disember 2021, sektor koperasi negara ini memiliki jumlah aset berjumlah RM150.05 bilion dengan jumlah perolehan sebanyak RM41.5 bilion, jumlah yang sangat besar. Banyak yang boleh dilakukan dan banyak juga manfaatnya kepada mereka yang berdaftar sebagai ahli. Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi cadangan dan pandangan daripada kawan- kawan yang ingin saya ketengahkan iaitu penubuhan koperasi institusi TVET. Koperasi ini boleh diselia oleh mana-mana kementerian yang berkaitan. Saya percaya dengan penubuhan koperasi ini dapat menggerakkan pelajar-pelajar institut ini ke arah bidang keusahawanan berdasarkan TVET. Maksudnya, TVET ini dengan pendekatan ini boleh merangsang pelajar-pelajar TVET ini bukan sahaja untuk makan gaji tetapi untuk terlibat dengan keusahawanan dan program-program dan skim anjuran koperasi boleh dilaksanakan dan mampu melahirkan lebih ramai modal insan yang akan menyumbang semula kepada negara. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan Rang Undang- undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 ini namun saya berharap cadangan dan persoalan yang diketengahkan tadi diambil dan dijawab oleh pihak kerajaan, terutama yang melibatkan golongan belia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Raub.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang- undang ini bertujuan menambah baik tadbir urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Menurut laman web SKM, falsafah penubuhannya termasuk memudahkan sistem

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja yang dinamik. Dalam kata lain, SKM bertanggungjawab membentuk protokol penubuhan koperasi yang lebih mesra rakyat dan membantu rakyat supaya suruhanjaya boleh ditubuhkan dengan lebih mudah dan efisien. Dalam proses penubuhan, SKM juga tidak sepatutnya mengenakan syarat dan sekatan yang tidak munasabah terhadap Jawatankuasa Penaja Suruhanjaya. Saya memberi satu contoh. Penduduk dalam kawasan Parlimen saya, bagi memajukan industri durian Musang King dan melindungi kebajikan pekebun-pekebun Musang King telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja yang bertujuan mendaftarkan Koperasi Pekebun- pekebun Musang King Raub Berhad. Atas nasihat dan bantuan Pegawai SKM Raub, mereka menghantar dokumen asal yang lengkap kepada SKM sekitar bulan Januari tahun 2021. Dokumen-dokumen yang diserah termasuk borang permohonan, minit mesyuarat, undang-undang kecil, fi dan lain-lain. Jawatankuasa Penaja malah telah melawat ibu pejabat SKM di Kuantan untuk membentangkan rancangan aktiviti perniagaan mereka yang mampu meningkatkan daya saing industri Musang King di Raub. Mereka telah memberi kerjasama dan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan. Namun demikian mereka dimaklumkan bahawa bakal anggota perlu menyerahkan salinan geran tanah mereka kepada SKM. Sekatan ini jelasnya dikenakan oleh kerajaan terhadap pekebun-pekebun Musang King kerana saya dimaklumkan geran tanah bukan prasyarat penubuhan koperasi yang termaktub dalam akta dan peraturan yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, bakal anggota ini tetap menyerahkan salinan geran tanah untuk memudahkan urusan dan memberi kerjasama kepada pegawai SKM. Kesemua dokumen dihantar dan diserah sekitar bulan Januari tahun 2021 akan tetapi setahun kemudian, mereka masih tidak menerima apa-apa maklumat atau kemas kini berkenaan hal ini. Selepas saya diundi sebagai Ahli Parlimen Raub, saya mendapati kemajuan ini tidak boleh diterima dan saya mengunjungi cawangan SKM Raub. Saya dengan terkejutnya dimaklumkan bahawa permohonan penubuhan Koperasi Pekebun- pekebun Musang King Raub Berhad tidak disokong atas ulasan-ulasan berikut: (i) menurut hasil semakan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Raub, 18 orang bakal anggota terlibat dalam pencerobohan tanah haram; dan (ii) 18 orang bakal anggota juga terlibat dalam guaman semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua alasan ‘pandai’ ini tidak munasabah sekali dan bercanggah dengan falsafah SKM yang sepatutnya memudahkan proses permohonan koperasi oleh rakyat Malaysia. Kesemua bakal anggota telah menyerahkan geran tanah yang sah kepada SKM. Ulasan pertama SKM bahawa, mereka penceroboh- tidak masuk akal sekali. Selanjutnya, saya berpendapat bahawa SKM tidak berhak menolak permohonan mereka atas alasan 18 orang bakal anggota memulakan guaman terhadap kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, setiap orang berhak untuk menubuhkan dan menyertai organisasi seperti ditulis dalam perlembagaan. Setiap penduduk juga berhak untuk memulakan guaman dalam mahkamah sekiranya mereka menghadapi pertikaian ataupun masalah. SKM tidak berkuasa untuk menafikan hak mereka untuk menubuhkan koperasi kerana mereka menjalankan hak mereka untuk memulakan guaman. Sama ada mereka memulakan guaman terhadap kerajaan negeri, tidak patut dijadikan pertimbangan SKM dalam meluluskan permohonan mereka. kedua-dua perkara ini langsung tiada perkaitan. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap SKM boleh meneliti isu ini dan memberi penjelasan kepada bakal anggota koperasi tersebut. Saya ingin menegaskan bahawa walaupun koperasi mempunyai rangka tadbir urus yang sempurna, sekiranya SKM terus mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan menyusahkan rakyat dalam penubuhan, misi dan visi SKM tetap tidak tercapai.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Walaupun SKM mempunyai rangka tadbir urus yang baik pun, rakyat tidak dapat menikmati manfaat ini. Sebarang pindaan adalah bagi memastikan SKM memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih efisien. Saya percaya pindaan ini memastikan pengasingan kuasa dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa undang-undang dan semangat ini perlu diterapkan dalam urusan seharian SKM khususnya dalam hal ehwal penubuhan koperasi. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 30 minit.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Bagi pihak kerajaan dan kementerian, saya terlebih dahulu ingin menzahirkan penghargaan kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tuaran, Bagan Serai, Pasir Gudang, Kubang Pasu, Sri Aman, Kuantan, Temerloh, Padang Terap, Jerlun, Pasir Salak, Tumpat, Yang Berhormat Maran, Sungai Besar, Tenggara dan Raub yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. Sesungguhnya kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat menghargai pandangan dan maklum balas Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memperkukuhkan lagi tadbir urus SKM dalam memperkasa dan menggalakkan pembangunan gerakan koperasi di negara ini bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun dan Pasir Salak telah membangkitkan mengenai pelantikan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah pindaan Akta SKM 2007. Dalam penggubalan Akta SKM ini, kementerian sentiasa memastikan aspek tata kelola sentiasa dipatuhi melalui prosedur dan tatacara yang berkuat kuasa. Justeru, mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Julai 2020 bagi menyembah maklum akan cadangan pengasingan tugas di antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM melalui pindaan Akta 665. Cadangan ini telah disusuli dengan surat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong bertarikh 14 Julai 2020. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui warkah Istana Negara pada 9 September 2020 telah mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan supaya pentadbiran SKM sedia ada melaksanakan pengasingan tugas di antara Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif. Jemaah Menteri selanjutnya pada 19 November 2021, semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai cadangan pengasingan tugas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, telah bersetuju dengan cadangan pembahagian tugas Pengerusi Eksekutif SKM yang dilaksanakan melalui pindaan Akta 665. Dengan pewujudan pembahagian kuasa ini, maka pindaan yang sewajarnya perlu dibuat ke atas Akta 665 bagi mewujudkan jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. Oleh yang demikian, kementerian berpandangan, pelantikan Pengerusi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Berhormat Menteri seperti diperuntukkan dalam fasal 4, rang undang-undang ini adalah tidak bercanggah dengan Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 40(1) memperuntukkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

Dalam hal ini, rang undang-undang ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 November 2021 yang bersetuju antara lain supaya calon Pengerusi hendaklah disyorkan oleh Menteri dan diangkat untuk persetujuan dan seterusnya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kementerian berpandangan bahawa, tiada keperluan untuk melantik Timbalan Pengerusi Lembaga, kerana pindaan kepada seksyen 19 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menggantikan subseksyen 7 dengan peruntukan baharu yang memperuntukkan bahawa, “...semasa ketiadaan Pengerusi, mana-mana Pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi boleh bertindak bagi pihaknya...” Bermaksud memanggil mempengerusikan dan mengawal selia perjalanan Mesyuarat Lembaga Pengarah Suruhanjaya. Selain itu, Pengerusi boleh melantik mana-mana Pengarah Lembaga Suruhanjaya untuk bertindak bagi pihaknya dalam mesyuarat pertama lembaga sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. Kementerian juga ingin menjelaskan bahawa pelantikan pegawai-pegawai kerajaan sebagai sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah SKM merupakan salah satu mekanisme semak dan imbang dalam struktur SKM. Ia juga bertujuan untuk memastikan bahawa segala keputusan yang dibuat oleh Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah selaras dengan dasar dan peraturan semasa kerajaan. Pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dalam Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah juga konsisten dengan komposisi keanggotaan suruhanjaya-suruhanjaya yang lain. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SKM oleh Menteri. Saya mengambil maklum akan keprihatinan yang dizahirkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa yang berunsurkan kronisme ataupun nepotisme dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SKM sekiranya pelantikan dibuat oleh Menteri. Namun, seperti juga suruhanjaya-suruhanjaya yang lain, kuasa melantik sememangnya merupakan kuasa Menteri dan pelantikan tersebut perlu dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Dalam hal ini, pindaan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga menetapkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang Ahli Lembaga Pengarah hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam gerakan koperasi bagi memastikan setiap pelantikan adalah berasaskan merit dan kriteria ditetapkan sekurang-kurangnya. Akan tetapi dia boleh semua- kerana keenam-enam orang itu berpengalaman dan berpengetahuan tentang gerakan koperasi. Mengenai cadangan supaya komposisi Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengambil kira faktor seperti jantina dan bangsa, kementerian berpandangan bahawa penetapan kriteria secara umum dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan membolehkan Menteri memastikan faktor-faktor ini turut di pertimbangkan dan diambil kira dalam pelantikan Ahli Lembaga kelak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, wanita juga pernah di...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

...Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebelum ini.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Penjelasan.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Yang Berhormat tidak ada mengambil bahagian dalam...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tidak ambil...

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Saya teruskan yang mengambil bahagian dahulu...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Cuma ada berkaitan dengan ahli lembaga pengarah.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Saya respons kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dahulu...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Ini berkait.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Tidak mengapa, saya respons kepada yang mengambil bahagian dahulu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Selepas itu bagi kepada saya.

Yang Berhormat Menteri teruskan sahaja.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Ya, saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Kuantan telah membangkitkan mengenai isu pembatalan pelantikan Pengarah tanpa apa-apa sebab oleh Yang Berhormat Menteri. Dalam hubungan ini, seksyen 15, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah dipinda menggantikan subseksyen 2 iaitu Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana Pengarah tanpa memberi apa-apa sebab. Kementerian memahami pandangan, kemungkinan berlaku salah guna kuasa sekiranya pembatalan tersebut dilakukan tanpa justifikasi yang kukuh. Namun, proses pembatalan pelantikan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Pindaan ini juga konsisten dengan kandungan, klausa yang sama di beberapa akta yang lain. Saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini, selagi saya diberi amanah di kementerian ini, kita tidaklah sehingga menamatkan atau membatalkan pelantikan tanpa apa-apa sebab. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Maran telah membangkitkan mengenai tempoh lantikan Pengarah Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pindaan subseksyen 13(1), Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia memperuntukkan, “Pengerusi hendaklah dilantik bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh dilantik semula...” Apa yang dimaksudkan dalam akta ini iaitu kita melantik seorang Pengerusi itu tidak lebih daripada lima tahun. Kita akan lantik untuk tempoh dua tahun, boleh dilantik semula untuk tempoh dua tahun seterusnya dan setahun seterusnya. Akan tetapi itu bergantung kepada prestasi beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ini bermakna, Pengerusi boleh dilantik untuk tempoh yang lebih pendek seperti amalan sebelum ini di mana Pengerusi Eksekutif SKM dilantik bagi tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula dalam tempoh lanjutan perkhidmatan satu tahun sehingga maksimum lima tahun berdasarkan prestasi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Bagan Serai telah membangkitkan mengenai cadangan pelantikan wakil IKMa dan ANGKASA dalam Lembaga Pengarah SKM. Kementerian berpandangan bahawa pelantikan wakil ANGKASA sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKM akan menimbulkan kemungkinan ataupun percanggahan kepentingan kerana ANGKASA juga merupakan sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] yang dikawal selia oleh SKM. Oleh yang demikian, ia akan menimbulkan percanggahan kepentingan antara regulator dan juga regulatee. Jadi tidak wajar untuk ANGKASA sebagai sebuah koperasi sebagai regulate juga pula dilantik sebagai Lembaga Pengarah, sebagai regulator. Akan tetapi, kita boleh mengambil cadangan, misalnya bagi pimpinan yang pernah memegang pimpinan di ANGKASA, yang tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi ataupun Setiausaha ataupun Ahli Lembaga Pengarah Koperasi ataupun ANGKASA, itu boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Yang Berhormat Menteri mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Dalam seksyen yang dicadangkan 11(3)(g) itu disebut perkataan... “...hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi”. Tidakkah Yang Berhormat sedar bahawa pimpinan dalam ANGKASA dan juga IKMa merupakan pihak yang berautoriti dalam menggerakkan koperasi.

Kalau Yang Berhormat Menteri mencadangkan diambil bekas mantan, sama ada Presiden ANGKASA ataupun Pengarah IKMa, ia tidak memberi gambaran sebenar daripada segi pelaksanaan koperasi dalam konteks semasa. Saya mohon pandangan ini. Sekian.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Pandangan saya konsisten dengan apa semangat pindaan ini yang harus dibaca bersama dengan Akta Koperasi 1993. Pertama, menyentuh tentang Ketua Pengarah IKMa. Pada masa ini Ketua Pengarah IKMa memang saya sudah lantik sebagai Ahli Suruhanjaya, kerana dia merupakan pihak autoriti. Akan tetapi, ANGKASA ini sebuah koperasi, ia akan menimbulkan percanggahan dan dia akan create precedence iaitu pihak yang dipantau itu boleh dilantik sebagai pihak yang memantau. Pada saya itu bercanggah, tetapi kalau mantan pimpinan itu seseorang yang berpengalaman dan berpengetahuan kerana beliau pernah duduk dalam ANGKASA, itu tidak ada masalah untuk dia dilantik. Isunya sama juga, untuk menggerakkan gerakan koperasi. Yang penting bukan daripada ANGKASA tetapi pernah duduk dalam ANGKASA itu boleh. Akan tetapi, ANGKASA sebagai sebuah koperasi, pandangan saya tidak wajar untuk dilantik sebagai pihak yang memantau. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan mengenai kriteria kelayakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Pindaan kepada subseksyen 11(a)(1) memperuntukkan Ketua Pegawai Eksekutif, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik hendaklah menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan suruhanjaya dan semasa memagang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan ataupun tidak. Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab dalam keseluruhan pentadbiran dan fungsi suruhanjaya serta melaksanakan dasar dan hala tuju strategik suruhanjaya. Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif sewajarnya dilantik dalam kalangan individu yang berintegriti tinggi, mempunyai reputasi baik dan berpengalaman serta berpengetahuan dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan selain mempunyai kefahaman dalam hal ehwal pergerakan koperasi, itulah kriteria asas dia.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh dan Jerlun telah membangkitkan mengenai percanggahan tafsiran melibatkan pindaan Akta SKM 2007, dan Akta Koperasi 1993. Isu yang dibangkitkan secara khusus adalah mengenai tafsiran kepada perkataan pegawai di bawah seksyen 2, Akta Koperasi 1993 berbanding dengan peruntukan pindaan kepada seksyen 15, Akta SKM 2007 yang menyatakan pegawai koperasi tidak boleh dilantik sebagai seorang pengarah SKM dan seksyen 11(3)(g), Akta 665 menyatakan Pengarah yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri hendaklah orang berkedudukan dan berpengalaman dalam gerakan koperasi. Saya sudah nyatakan tadi- pegawai sama ada dia jadi Pengerusi, Setiausaha ataupun Ahli Lembaga Pengarah kepada mana-mana koperasi dia merupakan pihak yang dipantau nanti di bawah Akta Koperasi itu. Sewajarnya tidak sesuai untuk dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya yang memantau koperasi-koperasi ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seri Aman dan Yang Berhormat Tumpat telah membangkitkan mengenai pertukaran trade-off bagi pelantikan tiga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM. Dalam hal in Jabatan Perkhidmatan Awam telah memaklumkan bahawa tiada sebarang perwujudan perjawatan baharu kecuali dengan kaedah tukar ganti ataupun trade-off atau pindah butiran susulan daripada pindaan akta ini. Sebagai tindakan selanjutnya satu perbincangan lanjut akan diadakan di antara Kementerian, SKM dan JPA bagi membincangkan kaedah tukar ganti dan pindah butiran yang terbaik dan hanya selepas perbincangan ini kita akan dapat mengenal pasti implikasi kewangan yang sebenar. Daripada aspek implikasi pelantikan ini SKM akan mempunyai

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

empat orang- jawatan di Peringkat Pengurusan Tertinggi SKM. Kementerian yakin dengan bilangan pengurusan tertinggi akan mengawal selia seramai 1206 orang perjawatan SKM di peringkat ibu pejabat dan di negeri-negeri. Dalam perkara ini seramai tiga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing akan bertanggungjawab terhadap pemantauan, pengawalseliaan koperasi, pembangunan dasar koperasi serta khidmat sokongan pengurusan SKM. Yang Berhormat Tenggara juga telah membangkitkan kewajaran melantik kenapa perlu lantik sampai tiga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Pada masa ini di SKM kita ada tiga Naib Pengerusi dan sememangnya sudah ada tiga bahagian yang besar dalam struktur sedia ada dalam pentadbiran SKM dan kita tiadakan Timbalan Pengerusi supaya ketiga-tiga ini diangkat menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif struktur sedia ada di dalam SKM yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan mengenai peranan SKM untuk menetapkan federasi koperasi. Bagi memantapkan Federasi Koperasi SKM telah melaksanakan inisiatif seperti berikut: (i) memudah cara urusan pendaftaran federasi dan menyediakan undang-undang kecil yang seragam; (ii) penyeliaan secara dekat bagi memastikan federasi berjalan atas landasan yang betul dan mencapai objektif penubuhannya; (iii) menyediakan insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memudah cara operasi dan perniagaan federasi iaitu bantuan pembangunan dan pembiayaan; dan (iv) mengeluarkan surat arahan kepada semua koperasi asas menjadi anggota kepada sekurang-kurangnya satu federasi berdasarkan turnover koperasi yang utama ataupun dominan. Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan mengenai status pelaksanaan CoopMart sehingga kini penglibatan koperasi dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan masih lagi diteruskan di mana terdapat sebanyak 2581 buah kedai runcit koperasi yang dikenal pasti sebagai CoopMart telah beroperasi di seluruh negara. Melalui rangkaian CoopMart ini anggota koperasi serta masyarakat setempat boleh mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan. Pada masa ini sebanyak 38 buah CoopMart tersebut telah dinaiktarafkan sebagai pusat pengedaran di seluruh negara. Jumlah perolehan daripada CoopMart dan pusat pengedaran ataupun distribution center ini, koperasi ini adalah sebanyak RM1.52 bilion pada tahun 2022. Bagi memastikan rangkaian CoopMart koperasi mempunyai identiti dan imej yang seragam, moden, tersusun, dan menarik, kementerian melalui SKM dan IKMa telah menyediakan garis panduan model peruncitan CoopMart untuk diguna pakai oleh semua kedai runcit koperasi. Selain itu sebagai usaha untuk mempromosi dan menggalakkan orang ramai berbelanja serta meneruskan langganan di CoopMart kementerian melalui SKM telah melaksanakan Program Jualan Madani Koperasi yang menawarkan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran setempat. SKM menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pelaksanaan Jualan Madani Koperasi bagi tahun ini. Kementerian melalui SKM juga komited untuk terus memperkasa penglibatan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan sebagai usaha untuk membantu kerajaan dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup dan menjamin bekalan makanan yang berterusan. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Temerloh dan Padang Terap telah membangkitkan mengenai peranan koperasi dalam mengurangkan kos sara hidup. Kementerian melalui SKM komited untuk membantu menangani kenaikan harga barangan melalui inisiatif seperti berikut:

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

(i) Pengeluaran produk Coop sejak 1922 oleh Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad. Sehingga kini Federasi Koperasi telah mengeluarkan sebanyak lima jenis produk jenama Coop sejak 1922 membabitkan gula kristal satu kilogram, minyak masak lima kilogram dan dua kilogram, beras super import lima kilogram, serta tepung gandum bervitamin satu kilogram. Produk ini telah mula dipasarkan pada bulan September 2022 dan harga yang ditawarkan lebih rendah antara dua hingga lapan peratus berbanding harga pasaran. Produk Coop sejak 1922 ini boleh diperoleh di rangkaian CoopMart; (ii) Pelaksanaan Jualan Madani Koperasi yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus daripada harga pasaran. Sehingga 31 Disember 2022 sebanyak 104 buah CoopMart telah terlibat dalam Jualan Madani Koperasi telah memberi manfaat kepada seramai 527,447 orang dengan jumlah penjimatan harga barangan bernilai lebih RM5.7 juta. SKM menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan Jualan Madani Koperasi tahun ini; dan (iii) SKM juga menyediakan geran bantuan pembangunan kepada koperasi bagi memperkasa peranan koperasi dalam pengedaran barangan keperluan harian melalui Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi ataupun Scope. Dengan menaik taraf infrastruktur pusat pengedaran dapat meningkatkan kapasiti koperasi serta menambah baik bilangan pusat pengedaran ataupun distribution center ataupun sub-distribution center koperasi bagi melancarkan urusan dan mengurangkan kos logistik koperasi. SKM menerima peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan program Scope bagi tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Terap juga telah membangkitkan mengenai penglibatan koperasi dalam industri francais. Sehingga 31 Mac 2023 sebanyak 55 buah koperasi yang terlibat dalam bidang perniagaan francais melibatkan Ar-Rahnu, dobi, food and beverage dan hotel bajet. Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi bilangan koperasi dalam bidang francais SKM telah mengambil inisiatif seperti berikut: (i) Mengadakan sesi padanan perniagaan yang melibatkan koperasi yang terpilih dalam Program Francais Internasional Malaysia 2023 pada 18 hingga 20 Mei 2023 di KLCC. Pelaksanaan program ini diadakan dengan kerjasama pihak Malaysian Franchise Association; dan (ii) Mengadakan seminar peluang perniagaan koperasi- coop business yang akan mengikut zon dan negeri bermula bulan Julai 2023. Program ini akan melibatkan pihak Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) (MFA) serta francais terpilih yang akan berkongsi maklumat mengenai peluang perniagaan francais kepada koperasi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Tumpat telah membangkitkan mengenai pencapaian koperasi merangkumi jumlah koperasi berdaftar turnover koperasi dan koperasi terbaik. Sehingga 31 Disember 2023 sebanyak 15,315 buah koperasi berdaftar dengan jumlah turnover sebanyak 45.5 bilion. Sebanyak 10 buah koperasi yang berjaya dan tersenarai dalam indeks koperasi terbaik Malaysia iaitu seperti berikut:

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

(i) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad;

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

(ii) Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad; (iii) Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad; Ketiga-tiga koperasi ini merupakan koperasi premier... (iv) Koperasi NLFCS Berhad; (v) Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad; (vi) Koperasi Peserta-peserta FELCRA Berhad; (vii) Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad; (viii) Koperasi Wawasan Malaysia Berhad; (ix) Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad; dan (x) Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. Dalam usaha meningkatkan jumlah koperasi terbaik, beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti berikut: (i) menggalakkan koperasi menceburi pelbagai sektor ekonomi yang berimpak tinggi seperti koperasi yang menjalankan aktiviti pembiayaan kepada anggota digalakkan untuk menceburi perniagaan Ar Rahnu, stesen minyak, perladangan dan tidak bertumpu kepada satu-satu aktiviti atau fungsi sahaja; (ii) pengiktirafan indeks 100 buah koperasi terbaik di mana koperasi yang tiga tahun berturut-turut berada dalam ranking lima terbaik akan dilonjakkan ke koperasi premier. Oleh itu, ruang tersebut akan memberi peluang kepada koperasi lain yang menduduki indeks 100 buah koperasi terbaik. Setiap tahun SKM memberi pengiktirafan kepada koperasi yang termasuk dalam indeks 100 buah koperasi terbaik dengan memberi sijil penghargaan dan hadiah untuk koperasi premier dan sepuluh buah koperasi terbaik; dan (iii) koperasi terbaik juga akan diberi keistimewaan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) di mana pembiayaan sehingga RM30 juta dengan kadar keuntungan sehingga empat peratus atas baki berkurangan tanpa ada bayaran proses dan diberi pengecualian duti setem serta tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai telah membangkitkan Pelan Transformasi Koperasi (TransKoM) sehingga kini. TransKoM 2021 hingga 2025 merupakan dokumen strategik yang menggariskan langkah-langkah transformasi bagi memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan. Meskipun pada awal TransKoM kementerian berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19, status pencapaian TransKoM bagi tahun 2022 sangat memberangsangkan. Pencapaian TransKoM bagi tahun 2022 merupakan sebanyak 95 peratus berdasarkan sasaran aktiviti program pada tahun tersebut. Antara kejayaan pelaksanaan TransKoM adalah seperti berikut. Pertama, peningkatan pendaftaran koperasi dengan bilangan koperasi baharu didaftarkan bagi tahun 2022 sebanyak 898 buah koperasi dan sehingga 30 April 2023, sebanyak 322 buah koperasi baharu telah didaftarkan. Kedua, pembiayaan diluluskan sebanyak RM323.6 juta kepada 130 buah koperasi. Ketiga, penyaluran bantuan adaptasi teknologi dan digitalisasi kepada 69 buah koperasi dan nilai keseluruhan RM2.95 juta yang melibatkan Program Pengukuhan Koperasi, Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian atau e-Dapat.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan mana koperasi yang tidak aktif. Sehingga 31 Disember 2022, jumlah koperasi berdaftar sebanyak 15,315 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 7.3 juta orang. Jumlah modal share ataupun yuran sebanyak RM16.98 juta dan jumlah hasil bernilai RM159.6 juta dan perolehan koperasi berjumlah RM45.5 juta. Daripada jumlah ini, bilangan koperasi yang aktif sebanyak 9,255 atau 60 peratus daripada jumlah koperasi berdaftar. Bilangan koperasi yang tidak aktif sebanyak 1,659 dan bilangan koperasi dormant adalah sebanyak 4,401 koperasi. Koperasi tidak aktif merujuk kepada koperasi yang tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam tempoh tiga tahun berturut-turut tetapi masih mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau akaunnya diaudit dalam tempoh tersebut. Manakala koperasi dormant pula merujuk kepada koperasi yang tidak menjalankan sebarang aktiviti dan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan akaunnya tidak diaudit bagi tempoh yang lebih dari tiga tahun. Bagi koperasi tidak aktif, SKM mengambil pendekatan melaporkan pemutihan iaitu mana-mana koperasi yang tiada potensi untuk dipulihkan akan diambil tindakan untuk pembatalan koperasi. Secara praktisnya, anggota lembaga koperasi akan diberi peringatan dan peluang untuk memulihkan koperasi di dalam tempoh enam bulan supaya mengadakan mesyuarat agung tahunan dan menyediakan akaun serta menjalankan pengauditan akaun. Sekiranya koperasi gagal berbuat demikian, tindakan pembatalan akan dilaksanakan. Koperasi-koperasi yang berpotensi akan dipulihkan melalui program-program pemulihan seperti berikut: (i) mengaktifkan semula atau membantu mengenal pasti aktiviti yang sesuai atau berpotensi untuk diceburi oleh koperasi berasaskan keperluan bersama; (ii) memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada Anggota Lembaga Koperasi untuk membaiki tadbir urus yang merangkumi penyediaan rekod kewangan, pengurusan pengauditan, mesyuarat lembaga dan mesyuarat agung tahunan; (iii) pelaksanaan program bantuan perakaunan pengauditan kepada koperasi kelas terkecil dan mikro bagi membantu penyediaan akaun dan pengauditan kepada koperasi; dan (iv) program pemerkasaan akaun untuk membantu koperasi menyelenggarakan akaun, seterusnya bagi tujuan pengauditan. Yang Berhormat Tuaran telah membangkitkan mengenai program lawatan penanda aras koperasi terbaik di luar negara. Kementerian ini mengambil maklum cadangan Yang Berhormat dengan mengambil maklum contoh koperasi terbaik di Sepanyol iaitu Mondragon Corporation. Lawatan penanda aras ini boleh dilaksanakan bagi mengenal pasti dan mempelajari amalan tadbir urus terbaik yang boleh diaplikasikan untuk gerakan koperasi di Malaysia. Antara lawatan penanda aras yang dilaksanakan oleh SKM pada tahun 2022 adalah seperti berikut. Pertama, Co-op Food di UK, London, England bagi meninjau perniagaan Baker Street pada 23 Jun 2022. Kedua, persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa di Hotel Silken, Al Andalus, Sepanyol pada 30 Jun 2022. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, cadangan perwujudan pejabat SKM Pantai Barat Utara Sabah yang meliputi daerah Sepanggar, Kota Belud dan Tuaran telah dikemukakan oleh SKMM Sabah kepada ibu pejabat SKM pada 29 Mei 2023 untuk proses yang seterusnya. Yang Berhormat Kuantan telah membangkitkan mengenai perkara-perkara berkaitan tribunal koperasi seperti pendengaran kes yang lambat didengar, penyelarasan borang yang tidak standard dan kriteria pelantikan hakim tribunal. Setiap kes pertikaian akan dirujuk ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia terlebih dahulu bergantung pada klasifikasi sesuatu kes. Setiap kes yang lengkap sahaja akan melalui proses

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

pendengaran. Selain itu, kes-kes tertakluk kepada Peraturan-peraturan tribunal Koperasi 1998. Terdapat beberapa- borang khas untuk pemfailan kes tribunal iaitu borang rujukan pertikaian di bawah Jadual Kelima- Borang A- Penyata Pertikaian; Borang B- Pernyataan Jawapan; Borang C- Notis Pendengaran; Borang D- Saman Kepada Saksi; dan Borang Perintah. Pelantikan Hakim atau Pegawai Tribunal Koperasi dibuat di bawah Peraturan- peraturan Tribunal Koperasi 1998. Dalam masa kini bagi memastikan Pegawai Tribunal Koperasi bersikap profesional, adil dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya, peraturan 4, Peraturan-peraturan Tribunal Koperasi 1998 menerusi Tribunal dilantik di kalangan pegawai dan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan yang dinamakan oleh Peguam Negara. Antara kriterianya iaitu pengalaman pegawai- pegawai tersebut dalam bidang perundangan dan kehakiman. Yang Berhormat Sri Aman membangkitkan mengenai program-program untuk menyokong aktiviti perniagaan koperasi supaya lebih berfokus. Kerajaan melalui SKM telah menyediakan pembiayaan Tabung Modal Pusingan dan Geran Bantuan Pembangunan bagi menyokong aktiviti perniagaan koperasi khususnya dalam bidang berikut iaitu pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan kewangan, pertanian dan industri asas tani, perladangan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan serta pembangunan hartanah dan industri pembinaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan mengenai peranan SKM dalam memantau aktiviti ekonomi oleh gerakan koperasi yang dilaksanakan berlandaskan pematuhan syariah. Bagi perkara ini, SKM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Bahagian Syariah pada awal tahun 2015. Sehingga kini, Bahagian Syariah SKM telah menjalankan pemantauan ke atas koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan syariah bagi memastikan koperasi-koperasi tersebut mematuhi konsep syariah yang sepenuhnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, masih banyak lagi?

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Mana yang tidak sempat saya boleh buat jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tadi terutama yang menggulung hari ini. Yang Berhormat Tebrau, saya akan minta taklimat berkaitan dengan koperasi yang dinyatakan dan pelantikan anak muda dalam koperasi yang dicadangkan dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara. Ini satu cadangan yang boleh dipertimbangkan dan untuk makluman sehingga kini terdapat 207 buah koperasi belia dan usaha kita akan dipertingkatkan lagi untuk menarik minat belia dalam gerakan koperasi ini. Isu koperasi FELDA. Ini juga saya akan minta taklimat lebih lanjut dan ada sedikit jawapan yang boleh dikongsi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan ini. Saya berharap penjelasan tersebut telah dapat menjawab semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Saya harap Menteri boleh jawab yang berkenaan koperasi pekebun durian musang king di Raub.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Itu yang saya sebut tadi. Oleh sebab dibangkitkan dan saya memerlukan satu taklimat yang spesifik tentang kes yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Puan Alice Lau Kiong YiengDAP · PHFasal-fasal 1 hingga 16 - Tuan Pengerusi · Lanang

Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ini saya ingin menyentuh satu fasal sahaja iaitu Fasal 8 subfasal 8(b). Pada masa sekarang sebelum pindaan ini diluluskan, Yang Berhormat Menteri boleh menamatkan atau menggantung pelantikan mana-mana pengarah bagi Lembaga Pengarah Suruhanjaya menurut sebab. Maknanya sekarang, sebelum pindaan ini Yang Berhormat Menteri boleh tamatkan pelantikan mana-mana pengarah dengan ada sebab. Akan tetapi kalau rang undang-undang ini diluluskan bersama-sama dengan subseksyen 8(b) ini bermakna Yang Berhormat Menteri diberi kuasa untuk batalkan pelantikan mana-mana Pengarah Suruhanjaya ini tanpa perlu memberi apa-apa sebab. Yang ini yang saya terkilan, saya tidak berapa setuju. Negara kita mengamalkan prinsip pengasingan kuasa- doctrine separation of powers. Kuasa Menteri, kuasa eksekutif bukannya absolute, bukannya mutlak. Undang- undang pentadbiran pada pandangan saya berkuat kuasa di sini. Kalau subseksyen 8(b) ini diluluskan, ini bercanggah dengan natural justice, keadilan asasi. Tindakan Menteri merupakan tindakan kerajaan, boleh dicabar di mahkamah di bawah judicial review, dengan izin, semakan kehakiman. Peruntukan ini yang hendak dipinda ini, saya lihat, hendak cakap diktator itu, keterlaluanlah. Akan tetapi pada tahun 2007 di mana akta ini digubal, Parlimen ini juga yang telah memperuntukkan dengan elok. Kalau Menteri hendak tamatkan Lembaga Pengarah Suruhanjaya mesti memberi sebab tetapi yang hendak kita pinda ini sekarang Menteri diberi kuasa yang besar tanpa sebab. Jadi ini, daripada segi undang-undang pentadbiran, wujud ketidakadilan. Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi saya bercakap dari blok kerajaan. Saya menyokong rang undang-undang ini untuk memperkasakan Suruhanjaya. Akan tetapi tidak boleh kita bagi kuasa Menteri yang terlalu luas dan ini bercanggah dengan prinsip perlembagaan negara yang menjamin bahawa pengarah yang dilantik untuk menduduki Suruhanjaya. Ini bukan sebarang-sebarang orang. Sedangkan pekerja di kilang kalau hendak dibuang kerja oleh majikan, kalau pembuangan itu mestilah adil, mesti diberikan sebab mengapa dia dibuang kerja. Tidak akan lah Pengarah Lembaga Suruhanjaya Koperasi ini boleh ditamatkan begitu sahaja. Ini tidak betul daripada segi hubungan di antara majikan dengan pekerja. Kalau dalam Suruhanjaya ini iaitu sekurang-kurangnya kalau dikekalkan peruntukan yang ada dalam akta ibu, ini sudah cantik sudah. Parlimen ini telah menggubal undang-undang yang elok sebelum ini. Jadi mengapa perlu dipinda? Kalau pengarah itu dibagi tahu sebab mengapa dia digantung

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

jawatannya, dia ada hak untuk membuat rayuan dan undang-undang pentadbiran membenarkan setiap keputusan kerajaan termasuk Menteri, mangsa boleh merayu. Ini berlaku dalam hubungan pekerjaan, sama ada di sektor awam ataupun pekerjaan. Saya bercakap ini daripada segi pengalaman saya dalam - berkaitan dengan sedikit sebanyak undang-undang ini. Jadi Yang Berhormat Menteri maknanya kalau boleh sub seksyen fasal 8(b) ini kita kekalkan peruntukan yang ada iaitu kalau Menteri hendak tamatkan jawatan pengarah, Lembaga Pengarah Suruhanjaya itu mesti dibagikan sebab. Ada pepatah Melayu menyatakan benda yang elok itu biarlah elok. Maknanya jangan kita rosakkan. Jadi undang-undang ini peruntukan yang ada itu mana yang baik itu dikekalkan. Akhirnya, saya sebut Yang Berhormat Menteri bahawa saya menyokong. Ini ada kaitannya dengan apa yang disebut prinsip madani ini. Prinsip madani menegaskan kepada konsep ihsan, compassion, dan adil.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Saya menyokong prinsip Madani ini dan bukan sokongan yang retorik, kosong. Ini prinsip yang baik, yang hendak diamalkan oleh kerajaan sekarang ini. Saya lihat subseksyen fasal 8(b) ini bercanggah dengan prinsip-prinsip ihsan, keadilan dan memberi peluang untuk buat rayuan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri jawab.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang atas keprihatinan terkait dengan seksyen 15, perkara 8(b)(2) tadi. Pertamanya, kalau kita lihat secara positif pula. Barangkali provinsi ini memberi peringatan kepada ahli lembaga yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri itu untuk berfungsi ataupun menjalankan amanah dengan lebih cekap, dengan lebih efisien supaya tidak ada sebab untuk dia ditarik balik pelantikannya. Pada saya kalau kita lihat dari sudut positifnya kerana Yang Berhormat Menteri boleh dibenarkan untuk membatalkan pelantikan tanpa memberi sebab. Itu yang saya cakap tadi. Kalau dilihat daripada segi positifnya, ia memberi mesej kepada sesiapa sahaja yang dilantik untuk buat yang terbaik. Pegang amanah itu dengan penuh integriti sebab takkan lah yang dilantik itu pula mahu membuat sesuatu yang menyebabkan dia disingkirkan ataupun hilang kelayakan ataupun dibatalkan pelantikannya. Itu yang pertama. Keduanya, yang melantik itu Yang Berhormat Menteri dan konsisten dengan akta yang lain-lain juga. Saya difahamkan di provision yang sama di Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga, provision yang sama juga digunakan. Akan tetapi kita tidak dan belum pernah melihat provision ini digunakan oleh mana-mana Menteri. Cuma pada pandangan saya, pada pandangan kementerian dan memberi peringatan supaya apabila dilantik oleh Menteri itu, dilantik oleh kerajaan, maka laksanakanlah tanggungjawab. Itu pun dalam konsep Madani juga, adil. Supaya dia bersikap adil ke atas pelantikannya dan tidak ada sebab untuk Menteri itu menggunakan provision ini untuk menamatkan mana-mana pelantikan. Saya beri jaminan, bukan hanya selagi saya berada di amanah ini, di kementerian ini dan saya berharap sesiapa sahaja yang bertanggungjawab nanti selepas ini, ia memberi peringatan sahaja. Pada saya itu adil dan seimbang kepada pihak yang melantik, pihak yang dilantik supaya kita sama-sama buat yang terbaik. Dewan ini kita lah yang melihat sama ada provision ini nanti disalah gunakan ataupun digunakan dengan baik untuk membuat pelantikan yang boleh dibanggakan oleh Dewan ini. Ini yang pada pandangan saya dan pada pandangan kami sesuai diletakkan kerana kita juga mahu melihat konsistensi akta ataupun rang undang-undang yang

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

diluluskan oleh Dewan ini. Bukan hanya rang undang-undang ini, Suruhanjaya Koperasi tetapi Suruhanjaya-suruhanjaya Koperasi yang lain dan akta-akta yang lain. Kalau akta ini pula sedemikian, berbeza daripada suruhanjaya yang lain maka dilihat tidak konsisten Dewan ini juga. Kenapa dia boleh luluskan yang lain, tidak pula boleh luluskan ini. Pada saya ia memberi peringatan supaya yang dilantik itu, peganglah amanah sebagai lembaga pengarah itu dengan sebaik-baiknya supaya provision ini tidak digunakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Fasal-fasal 1-16 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Puan Saraswathy a/p Kandasami) dan diluluskan]

Usul Menteri Kesihatan Di Bawah P.M. 27(3) — Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19Motion

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan sukacitanya saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut: "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perolehan vaksin COVID-19 dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan diberi kuasa untuk berunding, menandatangani perjanjian pembelian serta membuat perolehan vaksin COVID-19. Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat dari Jabatan Peguam Negara bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan teratur mengikut Prosedur Operasi Standard Perolehan Vaksin COVID-19 yang dibangunkan hasil konsultasi Kementerian Kesihatan bersama Bahagian Perolehan Kerajaan dan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan. Bahawa Kementerian Kesihatan antara lain telah melaksanakan intervensi kesihatan awam yang tidak melibatkan bahan farmaseutikal ataupun Non-Pharmaceutical Interventions (NPis) serta turut melaksanakan pemberian vaksinasi COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahawa Dewan ini menyedari bahawa program vaksinasi yang dilaksanakan telah berjaya mengawal penularan COVID-19, mencegah komplikasi yang teruk termasuk kemasukan ke hospital seterusnya membawa kematian. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan bukan farmaseutikal dan vaksinasi ini telah berjaya melandaikan keluk pandemik COVID-19 negara dan seterusnya memulihkan beban kesihatan awam negara

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

Bahawa Dewan ini mengesahkan perolehan vaksin COVID-19 yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 hingga tahun 2023 dan hala tuju kerajaan seterusnya seperti dinyatakan dalam Kertas Perintah 28 Tahun 2023 iaitu Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, 6 Jun 2023." Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya membentangkan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Kertas Putih yang akan saya bentangkan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Parlimen dan rakyat Malaysia berkenaan proses perolehan vaksin COVID-19 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh mulai tahun 2020 hingga tahun 2023 dengan mengambil kira perkara-perkara utama yang meliputi. Antaranya punca kuasa pelaksanaan perolehan, kaedah perolehan yang terlibat dalam usaha mencapai imuniti kelompok iaitu sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi dewasa telah mendapatkan vaksinasi sebagai satu strategi mengawal penularan wabak COVID-19 dan pengecualian kepada tatacara perolehan sedia ada yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Kesihatan untuk memastikan perolehan vaksin COVID-19 serta perolehan bekalan dan perkhidmatan yang lain dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

Kertas Putih ini juga disediakan berdasarkan prosedur operasi standard perolehan vaksin COVID-19, bekalan peralatan dan penyedia perkhidmatan berkaitan bagi menangani COVID-19 di Malaysia yang dibangunkan hasil konsultasi Kementerian Kesihatan bersama-sama Kementerian Kewangan, menerusi Bahagian Perolehan Kerajaan dan Pejabat Belanjawan Negara. Tuan Yang di-Pertua, latar belakang penyediaan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk menyediakan satu Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 untuk menjelaskan kepada umum berhubung tindakan yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini sepanjang mengurus perolehan vaksin COVID-19. Lanjutan daripada itu, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Pasukan Pemandu Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan dianggotai oleh wakil dari Kementerian Kewangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Peguam Negara serta wakil daripada bahagian-bahagian di Kementerian Kesihatan yang bertanggungjawab untuk meneliti dan memperaku Kertas Putih ini untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Parlimen. Penyediaan Kertas Putih ini telah mengambil kira maklumat menyeluruh daripada semua peringkat yang terlibat dalam menguruskan perolehan vaksin COVID-19. Selain daripada Kementerian Kesihatan, urusan perolehan vaksin turut melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara. Punca kuasa yang digariskan bagi kelulusan berkaitan perolehan vaksin COVID- 19 telah diperoleh melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, di mana terdapat keputusan- keputusan yang telah dibuat dan senarai cabutan keputusan adalah seperti di muka surat 16 hingga muka surat 21, Kertas Putih ini. Tuan Yang di-Pertua, Kertas Putih ini mengandungi sebanyak 19 topik yang antara lain menyentuh perkara utama seperti berikut: (i) punca kuasa perolehan vaksin COVID-19; (ii) latar belakang perolehan vaksin COVID-19; (iii) penetapan portfolio vaksin COVID-19; (iv) proses penilaian dan pendaftaran COVID-19; (v) kaedah perolehan COVID-19;

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

(vi) pemantauan jadual penghantaran dan penerimaan vaksin COVID-19; (vii) perolehan oleh Kerajaan Malaysia; (viii) Vaccine Management System (VMS); (ix) keberkesanan vaksin COVID-19 di Malaysia; (x) cabaran dihadapi; (xi) rumusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC); dan (xii) hala tuju. Tuan Yang di-Pertua, ketika Malaysia berdepan dengan pandemik COVID-19, perolehan vaksin COVID-19 adalah berkaitan dengan izin literally a life and death issue bagi tujuan melandaikan keluk dan menyekat penularan jangkitan COVID-19. Kerajaan telah membuat perancangan teliti bagi mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus populasi rakyat Malaysia iaitu bersamaan dengan 26.5 juta orang rakyat dan memenuhi keperluan mewujudkan imuniti kelompok seperti yang telah disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan teratur. JKJAV bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi kerajaan untuk pembekalan vaksin COVID-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Malaysia telah menggunakan pendekatan pelbagai hala, dengan izin, multipronged strategy dalam perolehan vaksin COVID-19, kerana pada ketika itu tiada mana-mana syarikat pembekal yang boleh membekal vaksin yang mencukupi untuk 100 peratus keperluan Malaysia. Malah, penyertaan Malaysia dalam fasilti COVID-19, Vaccine Global Access (COVAX) yang diselia oleh WHO juga telah menunjukkan usaha dan komitmen negara ini untuk memperoleh 10 peratus vaksin COVID-19 bagi keperluan vaksinasi rakyat Malaysia. Manakala, baki 90 peratus perolehan vaksin dibuat secara rundingan government to government atau government to corporation melalui perjanjian dua hala dengan syarikat-syarikat pembekal vaksin. Bagi tujuan tersebut, Kementerian Kesihatan telah berjaya melaksanakan rundingan dan mengadakan perjanjian dengan beberapa buah syarikat pengeluar vaksin COVID-19 terkemuka dunia bagi mendapatkan jumlah dos vaksin yang telah ditetapkan. Kriteria utama yang digunakan dalam mempertimbangkan rundingan perolehan vaksin ini melibatkan aspek keselamatan, keberkesanan dan kestabilan sesuatu vaksin COVID-19 tersebut. Pada saat genting tersebut, keutamaan dan fokus kerajaan adalah untuk membuat keputusan dan menyegerakan proses perolehan vaksin COVID-19 kerana setiap nyawa rakyat adalah berharga. Jemaah Menteri pada 18 Disember 2020 telah bersetuju agar YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diberi kuasa untuk berunding, menandatangani perjanjian pembelian serta membuat perolehan vaksin COVID-19 tanpa perlu merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kementerian Kewangan untuk kelulusan tertakluk kepada beberapa syarat, iaitu terdapat wakil Kementerian Kesihatan dalam rundingan perolehan vaksin, dan yang kedua, urusan tandatangan kontrak mewakili Kerajaan Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Kontrak Kerajaan 1949. Tindakan yang dilaksanakan oleh JKJAV adalah berdasarkan kepada kelulusan yang diperoleh daripada Jemaah Menteri. Antaranya ialah mempertimbangkan cadangan perolehan vaksin mengikut keperluan kuantiti dos bagi setiap portfolio vaksin berdasarkan syor daripada jawatankuasa kerja Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan pemilihan calon vaksin yang bersesuaian bagi tujuan pemberian vaksinasi COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Jika kita imbas kembali WHO pada 30 Januari 2020, telah mengisytiharkan wabak Novel Koronavirus yang merebak dari negara Republik Rakyat China sebagai kecemasan kesihatan awam dengan kebimbangan antarabangsa, Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). Koronavirus ini sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis koronavirus seperti dengan dengan izin, severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle-East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV), koronavirus terbaharu SAR-CoV-2 yang ditemui di China adalah koronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan COVID-19 boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru yang teruk. WHO pada 11 Mac 2020, telah mengisytiharkan wabak Novel Koronavirus COVID-19 sebagai pandemik global. Pada peringkat permulaan pandemik COVID-19, tiada perawatan khusus tersedia untuk COVID-19. Para saintis di seluruh dunia bekerja keras untuk membangunkan vaksin dan rawatan baharu bagi menentang penyakit ini. Ketika itu kerajaan telah mengambil tindakan serius dengan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19 dalam negara. Saya juga suka memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa penetapan unjuran keperluan perolehan kuantiti dos vaksin COVID-19 adalah berdasarkan kepada batas imuniti berkelompok. Batas ini dikira berdasarkan kepada formula yang digunakan secara universal iaitu 1-1/R-naught (RO) di mana jangkitan COVID-19 pada ketika itu adalah pada nilai 2.5. Berdasarkan kepada pengiraan awal dan indikasi penggunaan vaksin COVID-9 yang hanya terhad kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja, maka sasaran vaksinasi melibatkan 20 juta orang ataupun 80 peratus populasi penduduk dewasa dan vaksinasi ini perlu disegerakan untuk membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok.

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

Walau bagaimanapun, apabila varian Delta mula menular dan menjadi dominan pada bulan Jun 2021, maka kadar jangkitan telah meningkat lebih tinggi sehingga enam ke lapan kali ganda berbanding varian COVID-19 yang asal. Malah jangkitan varian Delta telah menyebabkan tempoh masa jangkitan yang lebih panjang iaitu sehingga 21 hari. Berdasarkan kepada analisis situasi semasa termasuk penilaian risiko serta unjuran kes dan kematian, konsep imuniti kelompok tidak lagi boleh diguna pakai. Sehubungan dengan itu, kerajaan menerusi JKJAV, telah bersetuju agar PICK diteruskan supaya seramai mungkin penduduk dapat diberikan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada jangkitan teruk. Secara keseluruhannya, proses perolehan vaksin COVID-19 ini telah berjaya membantu mempercepatkan Program Vaksinasi COVID-19 sehingga mencapai tahap imuniti kelompok lebih awal iaitu pada September 2021 berbanding sasaran awal iaitu Februari 2022. Walau bagaimanapun, kerajaan menghadapi kesukaran memuktamadkan rundingan dengan syarikat pembekal vaksin COVID-19 yang terlibat kerana pembekal yang sangat terhad dan pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin. Demi menjamin Malaysia mendapat akses kepada bekalan dengan pantas, kerajaan terpaksa membuat keputusan dasar untuk memuktamadkan rundingan dengan pihak pembekal walaupun syarat perjanjian lebih memihak kepada pihak syarikat. PICK pada awalnya telah menetapkan sasaran melalui pengiraan secara konvensional iaitu secara 80 peratus vaksinasi ke atas populasi dewasa bagi mencapai imuniti kelompok. Namun penularan varian Delta serta Omicron telah mengubah keadaan tersebut dengan liputan vaksinasi telah diperluaskan dengan mengubah strategi untuk memberikan vaksin kepada seramai mungkin penduduk Malaysia serta memasukkan golongan-golongan baharu berdasarkan data seperti kanak-kanak, dan juga memberikan dos penggalak (booster dose) untuk golongan tertentu, strategi baharu ini amat penting dan terbukti berkesan dan mengawal penularan COVID-19, mengurangkan kadar

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

kemasukan dengan izin Intensive Care Unit (ICU) serta mengurangkan kadar kematian supaya negara dapat memasuki dan beralih ke fasa endemik yang lebih selamat. Tuan Yang di-Pertua, penetapan portfolio vaksin COVID-19. Menyentuh kadar kaedah penetapan portfolio vaksin COVID-19, pelaksanaan Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan (PICK) telah bermula daripada peringkat penilaian dan pengesyoran calon-calon vaksin oleh jawatan kerja teknikal dengan izin technical working group (TWG) di bawah Jawatankuasa Penilaian Calon Vaksin (JKPCV) iaitu salah satu daripada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah jawatankuasa JKJAV. Keahlian JKPCV adalah terdiri daripada panel pakar pelbagai bidang yang turut meliputi bidang perubatan dan kesihatan awam. Data-data calon vaksin telah diteliti oleh JKJAV sebelum sebarang rundingan dilaksanakan dengan syarikat pembekal vaksin manakala hasil rundingan perolehan kemudiannya akan dilaporkan dalam mesyuarat JKJAV sebelum dimuktamadkan di peringkat Lembaga Perolehan Kementerian Kesihatan. Pada masa yang sama dengan izin dossier serta dokumen teknikal berkaitan akan dikemukakan oleh syarikat pembekal vaksin kepada pihak National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) selaku sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi memastikan vaksin COVID-19 yang dibekalkan kepada rakyat Malaysia dalam PICK adalah selamat, berkesan dan berkualiti. Untuk makluman Dewan yang mulia, urusan perolehan vaksin secara portfolio dibuat berdasarkan pertimbangan ke atas perkara-perkara berikut; (i) bahawa tiada mana-mana syarikat pengeluar vaksin yang mampu membekalkan kesemua keperluan vaksin bagi mana- mana negara; (ii) bertujuan untuk mengurangkan risiko sekiranya terdapat vaksin yang kurang berkesan atau tidak berjaya mendapat kelulusan NPRA; (iii) bertujuan untuk mengurangkan risiko sekiranya ada gangguan pengeluaran daripada aspek pelesenan, bekalan bahan mentah, risiko bencana alam dan sebaginya; (iv) bertujuan untuk mengukuhkan kuasa pengaruh rundingan yang memungkinkan pemindahan teknologi harga yang lebih berpatutan, penglibatan tenaga tempatan dan jadual penghantaran yang awal; (v) membantu mempercepatkan sasaran pencapaian imuniti kelompok lebih awal daripada sasaran dengan adanya gabungan dan bekalan vaksin yang mencukupi; dan (vi) menawarkan fleksibiliti dalam pengurusan logistik, penghantaran, penyimpanan serta program vaksinasi mengikut kesesuaian vaksin tersebut. Justeru, rundingan perolehan telah dilaksanakan dengan enam buah entiti yang terdiri daripada organisasi syarikat pengeluar serta syarikat pembekal vaksin COVID-19 iaitu COVAX facility bagi vaksin AstraZeneca, Pfizer Malaysia Sdn. Bhd bagi vaksin COMIRNAT, AstraZeneca Sdn. Bhd bagi vaksin Vaxzevria, Solution Biologics Sdn Bhd. bagi vaksin Convidecia, Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd bagi vaksin CoronaVac atau Sinovac dan akhir sekali Duopharma Sdn. Bhd bagi vaksin COVILO. Secara keseluruhan Kementerian Kesihatan telah memuktamadkan perolehan sejumlah 83,086,500 dos vaksin COVID-19 seperti Jadual 5 di muka surat 32 kertas putih. Jadual 5 ini menunjukkan ringkasan portfolio vaksin COVID-19 termasuk jumlah dos dan status penerimaan vaksin. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada kertas putih yang ada di atas meja [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] . Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tentang kaedah perolehan, seiring dengan usaha kerajaan untuk menekang penularan COVID-19, semua proses dan kaedah perolehan

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

vaksin COVID-19 turut dipastikan mematuhi peraturan dan tatacara kewangan serta perolehan kerajaan yang berkuat kuasa. Kementerian Kesihatan juga bertanggungjawab dalam memastikan semua urusan termasuk pengecualian yang terlibat sepanjang mengurus perolehan vaksin ini telah mendapat kelulusan dan berpandukan punca kuasa yang diberikan. Sebagaimana yang saya nyatakan di awal pembentangan tadi, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 telah bersetuju dengan pendekatan untuk mendapatkan jaminan akses bekalan vaksin COVID-19 bagi Malaysia dan tindakan ini telah dilaksanakan melalui pendekatan multilateral menerusi penyertaan Malaysia dalam Facility COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) dan berbincang bilateral government to government. Hal ini bagi memastikan bekalan vaksin yang diperolehi dapat menampung kadar liputan imunisasi yang disasarkan bagi mencapai imuniti kelompok. Selaras dengan pendekatan multi-strategy dalam perolehan bekalan vaksin COVID-19, Kementerian Kewangan pada 23 November 2020 telah meluluskan prosedur operasi standard perolehan vaksin COVID-19, bekalan peralatan dan penyediaan perkhidmatan berkaitan bagi menangani COVID-19 di Malaysia seperti berikut; (i) rundingan terus; (ii) tender terbuka; dan (iii) sebut harga tanpa had nilai Bagi perolehan vaksin COVID-19, kaedah perolehan yang digunakan adalah secara rundingan terus bertujuan untuk mempercepatkan proses perolehan serta memastikan kaedah perolehan adalah bersesuaian dengan kehendak semasa agar vaksin COVID-19 dapat diperoleh oleh Malaysia dengan selamat, berkesan dan berkualiti. Bagi perolehan logistik vaksin COVID-19, perolehan dilaksanakan secara rundingan terus atau sebut harga tanpa had nilai. Penjelasan lanjut berkenaan kaedah perolehan yang dilaksanakan adalah seperti di muka surat 42 hingga 54 kertas putih.

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tentang klausa kerahsiaan. Ingin saya tekankan di sini bahawa Kerajaan Malaysia adalah terikat dengan klausa kerahsiaan yang telah ditetapkan bagi syarikat pengeluar vaksin COVID-19. Justeru, sebarang terma perjanjian termasuk harga vaksin dan instrumen perundangan yang telah ditandatangani oleh kerajaan tidak boleh didedahkan. Oleh itu, Kertas Putih ini tidak akan menyatakan maklumat-maklumat berkenaan. Keberkesanan vaksin. Tuan Yang di-Pertua, kajian Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR-NIH) mengenai keberkesanan pengambilan vaksin COVID-19 adalah dijelaskan pada muka surat 67 hingga 74 Kertas Putih. Kajian ini turut meramalkan bahawa tanpa PICK, jumlah kes COVID-19 dijangka akan mencecah lebih daripada 10 juta ataupun dua kali ganda daripada kes sebenar yang dilaporkan. Peningkatan kes akan menyebabkan kes kemasukan ke hospital meningkat sehingga mencecah 1.51 juta bersamaan dengan 1.7 kali ganda dan pada masa yang sama, bilangan kes kematian juga menunjukkan peningkatan 67,000 bersamaan dengan satu kali ganda daripada kes sebenar yang dilaporkan pada akhir tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya ingin saya simpulkan bahawa Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi. Penglibatan pelbagai kementerian dan agensi telah memainkan peranan penting dalam membantu memerangi penularan wabak COVID-19. Salah satu faktor penting kejayaan ini adalah proses pengurusan perolehan vaksin COVID-19 yang memberikan keutamaan kepada akses vaksin bagi memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh dengan kadar segera demi menyelamatkan nyawa rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia amat menghargai kerjasama utuh semua pihak yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memastikan keseimbangan antara kesihatan rakyat dan kerancakan semula aktiviti ekonomi serta menarik kemasukan pelabur asing

Tuan Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSTimbalan Menteri Kesihatan · Sibuti

ke Malaysia dapat dipelihara dalam erti kata lain safeguarding the lives and livelihood of our people. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua kementerian, agensi-agensi lain yang terlibat serta semua pihak yang telah menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan penuh dedikasi dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 sepanjang tahun 2020 sehingga kini. Walaupun sukar, namun dengan kerjasama prinsip tidak mudah putus asa dan demi rasa cinta kepada Malaysia akhirnya membawa kita ke garisan penghujung pandemik, kini di fasa peralihan dengan senyuman kejayaan. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas buat seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 untuk dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini dan untuk diteliti oleh semua Ahli Parlimen di semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa menyokong?

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia ini terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Arau. Setiap pembahas diberi 10 minit. Saya jemput Yang Berhormat Taiping.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya membahaskan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Kertas Putih ini telah pun diserahkan kepada Ahli-ahli Dewan dua hari yang lepas dan kita sempat membaca dan tadi kita telah pun mendengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan isu-isu yang telah pun dibangkitkan dalam Kertas Putih ini. Salah satu isu yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan isu non- disclosure agreement (NDA), dengan izin. Apabila kita sedang berbahas, berbincang berkenaan dengan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 ini, bagi saya apa yang lebih penting adalah untuk kita to chart the way forward, dengan izin. Dengan menetapkan satu hala tuju yang mana sekiranya pada masa depan berlakunya pandemik sekali lagi, bagaimanakah proses perolehan kita dapat bertambah baik? Bagaimanakah pengurusan ataupun respons kita boleh bertambah baik? Saya percaya bahawa itu merupakan hasrat kita. Apabila kita berbincang berkenaan dengan perolehan vaksin COVID-19, isu yang selalu ditanya-tanya adalah berkenaan dengan harga vaksin dan selalunya apa yang dinyatakan adalah isu berkenaan dengan non-disclosure agreement, dengan izin. Kita tidak dapat lari daripada isu untuk bertembung dengan isu NDA apabila kita berbincang berkenaan dengan perolehan vaksin dan saya hendak mengambil kesempatan untuk berkongsi di sini bahawa apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara memulakan prosiding pada bulan Januari tahun 2021, perkara pertama yang diserahkan kepada Ahli-ahli PAC pada ketika itu adalah satu akuan rahsia yang mana pihak PUU kementerian, saya tak ingat MOSTI ataupun KKM pada ketika itu telah meminta semua ahli untuk menandatangani akuan rahsia tersebut atas alasan NDA. Pada masa itu, jawatankuasa membuat satu keputusan supaya tidak menandatangani akuan rahsia tersebut kerana kita tahu bahawa sekiranya PAC subject ataupun tertakluk kepada akuan

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

rahsia tersebut, ia akan menjadikan kerja ataupun usaha PAC dalam siasatan itu terbantut dan tergendala. Pada masa itu, tidak ada akuan rahsia ditandatangani tetapi poin yang saya hendak bangkit di sini adalah apabila kita berdepan dengan isu NDA seperti dalam kontrak dengan pengeluar vaksin, apa yang penting untuk masa depan adalah kerajaan haruslah menjamin bahawa klausa-klausa NDA tidak akan digunakan untuk mematahkan ataupun menafikan hak rakyat untuk mengetahui. Itu amat penting. Apabila saya boleh bersetuju bahawa ada klausa NDA dalam kontrak, maka mungkin kita tidak dapat dihebahkan kepada luar tetapi kita tidak boleh mengekang wakil rakyat, penggubal undang-undang ataupun jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menyiasat daripada mengetahui apakah harga itu dan kita hendak pada masa yang akan datang, apabila kita menandatangani apa-apa perjanjian, perlulah pihak kerajaan mengambil iktibar bahawa klausa NDA ini tidak seharusnya dijadikan satu faktor ataupun satu alasan untuk kita tidak memberitahu kepada rakyat apa yang transparent, dengan izin. Kita harus berhati-hati dengan klausa NDA yang ada walaupun dengan klausa NDA yang ada, komitmen yang diberikan dalam PAC yang lepas adalah berkenaan dengan ....

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Minta celahan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Nanti, belum habis lagi.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dah habis tak payah celah dah.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Tak apa, tak apa. This is my floor. Berkenaan dengan NDA, apa yang kita mampu untuk buat dalam laporan PAC adalah kita mendapat komitmen daripada kementerian supaya PAC boleh membandingkan harga dan memberikan komen kita dan komen kita salah satunya adalah berkenaan dengan perolehan Sinovac yang mana sekiranya kita nampak pada bulan April, Mei dan Jun tahun 2021 ada kelewatan daripada segi penghantaran oleh Pharmaniaga berkenaan dengan vaksin Sinovac. Pada masa itu, apa yang kita dapat tahu bahawa walaupun kelewatan itu datang daripada Pharmaniaga ataupun pembekal vaksin, apa yang berlaku adalah kerajaan terpaksa membayar satu premium, satu harga yang lebih tinggi iaitu lebih kurang 16.78 peratus sehingga 18.12 peratus untuk pembelian vaksin Sinovac. Akan tetapi sampai sekarang kita tidak nampak ada apa-apa penjelasan berkenaan dengan kenaikan harga ini dan saya meminta supaya pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan satu jawapan bagaimana kita boleh menjustifikasikan kenaikan harga tersebut apabila kesilapan ataupun kelewatan itu adalah daripada pembekal vaksin itu sendiri.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Isu nombor tiga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan vaksin Sinovac juga. Kita tahu bahawa menjelang bulan Julai dan bulan Ogos tahun 2021, kerajaan telah membenarkan supaya vaksin Sinovac dijual dalam private vaccine market, dengan izin. Masa itu kita ada bentang dalam Parlimen, harga yang dijual oleh pihak Sinovac adalah sebanyak RM350 untuk dua dos dan itu merupakan satu beban yang tinggi. Apabila kita menyatakan berkenaan dengan kepentingan vaksin dalam menyelamatkan nyawa orang dan apabila mereka yang tidak dapat menunggu untuk vaccine appointment, mereka memilih untuk membeli vaksin dan mengambil vaksin dalam private vaccine market, apa yang berlaku adalah satu kos sebanyak RM350 diletakkan. Pada masa itu, saya dengan rakan-rakan saya yang lain dalam Dewan ini juga ada menyeru supaya satu harga siling ditetapkan untuk private vaccine market tetapi harga siling itu tidak ditetapkan sehinggalah akhir tahun 2021 yang mana pada masa itu ramai ataupun majoriti rakyat Malaysia telah pun menerima vaksin dan permintaannya telah pun menjadi begitu rendah. Itu merupakan sesuatu yang kita perlu mengambil iktibar bahawa apabila kita hendak membantu rakyat biarlah kita membuat keputusan yang pantas, membuat keputusan yang baik dan pada masa itu keputusan yang baik adalah menetapkan harga siling vaksin supaya rakyat tidak terpaksa untuk membeli vaksin dengan harga yang tinggi.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Akhir sekali pada hari semalam saya juga bangkitkan berkenaan dengan isu MySejahtera. Aplikasi MySejahtera ini pada mula-mula MCO kita dengar dan tahu bahawa ia ditawarkan kepada kerajaan melalui satu corporate social responsibility (CSR) dengan izin. Selepas itu apabila ramai daftar dan aplikasi ini digunakan untuk program PICK maka pada ketika itu banyak modul telah pun ditambah sampailah ia menjadi suatu aplikasi yang tidak boleh diasingkan daripada kehidupan rakyat jelata. Pada hari ini kita dengar dalam Dewan ini bahawa aplikasi ini telah pun menjadi satu aplikasi yang begitu kuat, begitu penting yang mana kita boleh buat appointment untuk medical, kita boleh masukkan medical record kita dan sebagainya. Pada hari semalam saya bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan apakah kos yang harus dan sedang dibayar oleh kerajaan. Bagi saya apabila kerajaan pada tahun 2020 memberikan kontrak ini, apa yang saya boleh rumuskan adalah tidak ada kontrak pada masa itu. Tidak ada punca kuasa pada masa itu dan perolehan tersebut tidak mematuhi tatacara perolehan pada masa itu. Apabila kita hendak minta ada kontrak atau tidak? Tidak. Ada minitkah tidak? Tidak. So, apa yang terjadi dan pada hari ini – sebelum ini kita diberitahu bahawa kos yang dicadangkan oleh pihak pemaju ataupun pemaju aplikasi adalah sebanyak RM196 juta bagi dua tahun. Berapakah jumlah wang yang dibayar dan apakah remedial action, dengan izin daripada kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada kontrak akan diberikan oleh kerajaan atas nama CSR dan kepentingan rakyat adalah harus dijaga. So, ini yang saya nyatakan bahawa bagaimana kita harus mengambil iktibar daripada Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin yang dibentangkan pada hari ini apabila kita menghadapi mungkin suatu pandemik yang akan datang pada bila-bila masa. Dengan itu, saya berharap bahawa pihak kementerian dalam isu MySejahtera boleh memberikan satu emphasis, dengan izin yang penting supaya kita boleh menjamin bahawa segala pemberian kontrak kepada mana-mana pemaju aplikasi ataupun mana- mana syarikat akan mematuhi tatacara kewangan yang sepatutnya. So, dengan itu sekian daripada saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini di dalam Dewan adalah keberadaan 40 orang delegasi komuniti DUN Pasir Raja yang diketuai oleh Yang Berhormat Rashidah binti Ismail, ADUN Pasir Raja. Selamat datang. [Tepuk]

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen daripada Tenggara, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Selamat datang. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan kesempatan kepada saya untuk turut berbahas dalam Usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Alhamdulillah negara kita telah terlepas daripada bencana, bebanan pandemik COVID-19 dan di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang telah bertungkus lumus pada tahun 2021, dan 2022 terutamanya Menteri Kesihatan dan Menteri Sains dan Inovasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, pasukan keselamatan, semua jabatan termasuklah semua Ahli Parlimen sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan dan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk mengeluarkan kita daripada bencana COVID-19 tersebut. Kita sedia maklum bahawa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang mana dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan dan juga

Menteri Sains dan Inovasi, diberikan mandat ataupun kuasa untuk berunding menandatangani perjanjian pembelian dan juga membuat perolehan vaksin COVID-19 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan tadi. Walaupun ia telah berlalu, saya kira apa yang dibentangkan pada hari ini adalah bersifat akademik tetapi yang penting ialah bagaimana mungkin untuk kita menghadapi di masa akan datang sebagai satu hala tuju untuk kita merancang sekiranya kita terbuka kepada permasalahan yang hampir ataupun mungkin sama seperti ini. Kejayaan Malaysia menghadapi wabak COVID-19 secara bersepadu yang saya kira diiktiraf oleh dunia dengan program-program yang telah kita lakukan termasuklah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 dan seterusnya memulihkan beban kesihatan awam negara yang kita boleh katakan pada ketika itu kita hampir-hampir tumpas ataupun kita hampir-hampir dalam keadaan yang terlalu teruk tetapi kita dapat melalui dengan jayanya sehingga hari ini. Seperti mana kita sedia maklum, sehingga 16 Februari 2023 kes lebih daripada 5,000,000 yang telah direkodkan, lebih daripada 800,000 kemasukan hospital dan kematian melebihi daripada 36,954 kematian yang berlaku di Malaysia. Pengalaman ini melumpuhkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Kerajaan, saya mengharapkan supaya jangan lupa peranan bertungkus lumus daripada semua bentuk tenaga kerja termasuklah sukarelawan-sukarelawan yang telah bangun dan kita harapkan ia dijadikan sebagai sebahagian daripada juga database bagaimana sukarelawan-sukarelawan ini sebagai menghargai mereka dan juga mungkin sebagai persiapan kita dalam menghadapi bencana-bencana yang berlaku seperti ini di masa akan datang. Sudah tentunyalah tenaga medical dan juga para medicals termasuk yang diambil berkhidmat secara kontrak, saya kira boleh diambil perhatian juga supaya mereka ini akan diserapkan apabila kita mereformasi kesihatan nanti. Banyak tenaga-tenaga para medicals yang terlibat secara kontrak kemudian selepas kita selesai daripada menangani ini, mereka keluar dan mereka tidak tahu ke mana mereka akan pergi. Saya harapkan ini sebahagian daripada pertimbangan mereka. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kira- kira Wang Negara (PAC) yang telah memainkan peranan cukup besar saya kira jasanya dengan mengadakan empat prosiding dan mereka ini diberikan tanggungjawab untuk menilai dan mengkaji perolehan vaksin dan juga harga yang berpatutan serta meneliti perancangan pelaksanaan PICK. Ia menjadi rujukan bagaimana hala tuju ini akan dibangunkan selepas ini. Saya melihat kepada rumusan oleh Jawatankuasa PAC ini dan saya melihat bahawa antara rumusannya adalah bagaimana pengurusan perolehan telah dilaksanakan dengan teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan oleh MOF walaupun apa pun kaedahnya dalam keadaan kita mungkin teraba-raba untuk menangani masalah COVID-19 ini. Akan tetapi akhirnya dengan usaha, dengan kekuatan kewangan yang kita ada, kita dapat menjalankan program PICK ini dan akhirnya kita berjaya pada hari ini.

Seperti mana yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Taiping yang saya kira ia sangat penting walaupun ada perjanjian untuk kita tidak mendedahkan harga. Akan tetapi saya melihat sebahagian daripada rumusan itu dikatakan bahawa harga penjualan vaksin Sinovac dalam private vaccine market adalah tinggi dan disebutkan tadi RM350. Saya kira kita tidak tahu sebenarnya berapa tingginya mungkin boleh disebutkan dalam bentuk peratusannya. Berapa peratus lebih tinggi daripada harga asal ataupun secara umumnya begitu? Saya ingat ini ialah satu perkara yang perlu diambil perhatian dan sangat penting. Saya juga melihat bagaimana pengajaran yang kita lalui ini kepada Malaysia untuk kita melihat bagaimana persiapan kita di masa akan datang. Saya melihat bahawa semangat federalisme harus berlaku. Kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri khususnya kalau saya hendak sebutkan di negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, yang mana juga kita banyak perbahaskan dalam sidang Dewan Undangan di peringkat negeri.

Program imunisasi ini saya kira seharusnya menjadi pengajaran kepada kita di masa akan datang, harus ada kerjasama yang baik, harus ada kesepaduan, bukan hanya sekadar - mungkin Selangor sebagai sebuah negeri yang maju mempunyai kekuatan kewangan, kita beli vaksin sendiri, kemudian tidak ada penyelarasan yang baik. Akhirnya ia juga akan merugikan kepada rakyat di dalam negara kita. Saya juga ingin membangkitkan soal sistem pendataan ataupun aplikasi kita MySejahtera dan juga SELANGKAH yang diuruskan di negeri Selangor. Dalam satu sidang juga saya juga menyebutkan bahawa kenapa kah di Selangor pada ketika itu jumlah kes yang meningkat begitu ketara. Ada antara jawapan yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa MKN pada ketika itu adalah disebabkan oleh tidak ada penyelarasan ataupun kesepaduan ataupun integrasi antara MySejahtera dan juga SELANGKAH di negeri Selangor. Dikatakan bahawa mapping tidak jelas, kemudian agak sukar untuk kita buat trace, contact tracing ini yang diberikan sebagai alasan. Saya juga dimaklumkan ada usaha untuk menyepadukan ataupun integrated di antara MySelangor dan juga SELANGKAH tetapi disebutkan dalam jawapan itu bahawa kerajaan di peringkat Persekutuan tidak bersedia untuk mengintegrasikan dua sistem ini. Oleh sebab itu saya melihat ada baiknya, mungkin dilihat semula supaya sebagai satu persiapan. Betul kalau disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Taiping, saya ingat kaedahnya pun lebih kurang sama di Selangor. Di Selangor pun saya ingat Kuala Selangor lebih memahami bagaimana SELANGKAH itu dibangunkan, juga bersifat CSR ataupun secara volunteer. Akan tetapi apabila dibangunkan dengan lebih baik lagi, sudah tentulah memerlukan kos-kos yang harus dibayar dan saya ingat prinsipnya juga sama dengan apa yang berlaku dengan MySejahtera pada hari ini. Saya juga ingin bangkitkan di sini berkaitan kesan sampingan imunisasi ini kalau dapat di jawab oleh Timbalan Menteri. Berapa banyak kah kesan sampingan imunisasi ini yang berlaku dilaporkan di negara kita? Apakah bentuk gejala-gejala ataupun yang disebabkan oleh imunisasi ini dan apakah bentuk sumbangan-sumbangan ataupun keprihatinan daripada kerajaan untuk membantu mereka ini supaya kesan sampingan itu juga mereka ini dapat manfaat dalam bentuk sumbangan, kewangan, rawatan perubatan dan sebagainya. Selain daripada itu saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan perkembangan ataupun status pembangunan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit yang dirancang pembangunannya. Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) yang bernilai RM284 juta yang terletak di kawasan perindustrian Enstek yang dikatakan mengambil masa lebih 30 tahun, apakah statusnya pada hari ini dan kita harapkan ianya akan benar- benar menjadi sebuah pusat kawalan penyakit negara di masa akan datang apabila kita menghadapi masalah yang sama. Saya juga ingin bertanya kan kepada pihak kerajaan, apakah kesediaan Malaysia dalam membangunkan vaksin di negara kita sendiri. Adakah kita bersedia untuk membawa balik saintis-saintis ataupun pakar-pakar kita yang berada di luar sana dan ataupun adakah kita mempunyai perancangan bagaimana kita hendak membangunkan pakar-pakar ataupun rakyat negara kita sendiri sebagai pakar dan juga saintis-saintis yang akhirnya dapat membangunkan vaksin di dalam negara kita. Kemudian, saya juga hendak menyebutkan hendak mendapatkan maklumat daripada kerajaan bagaimana mungkin boleh dilihat naik taraf pusat-pusat terutamanya di luar bandar, kita menghadapi masalah dalam Program Pit sebagai contoh pusat-pusat kesihatan kita tidak dapat dijadikan sebagai pusat untuk imunisasi kerana ada keterbatasan-keterbatasan daripada sudut prasarana dan juga daripada sudut capaian internet. Saya mengharapkan juga ini sebagai salah satu pengajaran kepada kita bagaimana soal jaringan internet di kawasan luar bandar ini juga harus kita pertingkatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Puchong.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Yang Berhormat Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, Kertas Putih ini merangkumi banyak subjek dan memberi satu bayangan yang sangat komprehensif. Penjelasan yang sangat komprehensif tentang PICK. Tetapi juga tidak menjawab beberapa isu besar semasa PICK. Pada pendirian Yang Berhormat Puchong salah satu kelemahan utama yang tidak dijawab oleh kertas putih ini adalah PICK sebenarnya dalam kelewatan perolehan bekalan vaksin. Jika Yang Berhormat-Yang Berhormat masih ingat lagi walaupun Program PICK fasa kedua untuk golongan berisiko tinggi, warga emas, OKU dan komorbiditi telah pun bermula pada 19 April 2021. Akan tetapi dari April hingga Jun 2021 kadar vaksinasi adalah sanga rendah, sangat lembap, kerana apa? Ini kerana kekurangan bekalan vaksin. Kalau kita tengok kadar kematian sehari pada Mac 2021 single digit. Ia menjadi double digit menjelang Mei dan meningkat dengan signifikan Jun dan Julai 2021. Dari Mei sehingga Julai 2021 lebih daripada 5,000 orang berkomorbiditi telah pun meninggal dunia akibat COVID-19. Kalau kita melihat kembali saya tidak berapa setuju bahawa ini adalah setakat akademi sahaja kerana Yang Berhormat Puchong masih berfikir bertapa baiknya kalau kita boleh mendapat bekalan vaksin yang mencukupi hanya dua bulan lebih awal kita boleh menyelamatkan nyawa ini. Oleh itu, adalah sangat penting kita belajar daripada Kertas Putih ini dan dokumenkan SOP-SOP supaya kalau krisis seperti COVID-19 berlaku lagi, kita boleh bertindak membuat keputusan dengan lebih baik. So sekarang kita tengok bekalan vaksin. Jika kita tengok selepas mendapat bekalan vaksin pada Jun 2021, rollout is not a problem sangat baik, suntikan seharian mula mencecah sebab saya take note of everyday vaccination, daily vaccination. So, suntikan seharian mula mencecah 100,000 suntikan pada minggu kedua Jun 2021 hingga kita - dan terus meningkat sampai kita boleh sehari menyuntik 500,000 dos. Ia bermaksud bahawa apa? It is not a problem with the rollout. The problem is with the supply dengan izin. Kertas Putih ini menyatakan bahawa saya quote ya, “Disebabkan sumber kewangan yang terhad kerajaan pada masa itu tidak mampu untuk meletakkan wang tempahan (strategic bet) kepada syarikat-syarikat pengeluar untuk tempahan awal tanpa maklumat klinikal.” Yang Berhormat Puchong ingin tanya adakah kekangan kewangan benar-benar sebab utama? Jika kita tengok perjanjian pertama Kerajaan Malaysia dengan Pfizer untuk 12.8 juta dos vaksin adalah ditandatangani pada 27 November 2020.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Sebagai perbandingan, UK dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pertama mereka dengan AZ pada Mei 2020. Manakala, Jepun menandatangani perjanjian pertama dengan Pfizer Julai 2020. Menjelang akhir September, Vietnam, Brazil, Kazakhstan, India, Nepal, Arab Saudi yang merupakan negara-negara membangun juga telah pun menandatangani perjanjian dengan beberapa buah syarikat pengeluar vaksin. Persoalannya, walaupun Malaysia tidak mampu bertindak awal seperti Amerika Syarikat, seperti UK. Kenapa apabila negara-negara membangun yang lain telah membuat komitmen, kita hendak tunggu lagi. Sampai November baru kita tandatangani perjanjian. Kenapa kita tidak boleh bertindak dengan lebih awal? Sebagai contoh, walaupun selepas pengawal selia di UK, Amerika Syarikat, Kanada, Switzerland, kesatuan Eropah dan Singapura serta COVAX telah pun meluluskan vaksin Pfizer pada bulan Disember 2020. NPRA Malaysia pada mulanya masih kata, pada masa itu saya masih ingat, sangat-sangat ingat. Masa itu NPRA kata apa? Perlu 90 hingga 120 hari untuk memutuskan sama ada untuk meluluskan vaksin Pfizer. Akhirnya kelulusan bersyarat diberikan sebab bantahan awam. Pada bulan Mac baru lah dua vaksin lagi AZ dan

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Sinovac menerima kelulusan NPRA terhad. So, Puchong ingin tahu adakah SOP baharu telah pun disediakan daripada pengalaman ini supaya vaksin baharu bagi penyakit berjangkit yang berisiko menjadi pandemik ataupun epidemik boleh diluluskan dengan lebih cepat pada masa akan datang. Kalau tidak kita akan ulang kesilapan sekali lagi dan nyawa akan terkorban. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan peruntukan kewangan. Kertas putih ini telah menunjukkan bahawa KKM telah diluluskan peruntukkan secara berperingkat berjumlah RM4.65 bilion bagi perolehan bekalan vaksin dan perkhidmatan logistik vaksin COVID-19 untuk pelaksanaan PICK. Walau bagaimanapun, ia tidak memberi breakdown apa-apa mengikut kategori, seperti perolehan vaksin, pembelian alat-alat, penyewaan premis dan lain-lain. Puchong minta perincian ini daripada KKM. Sudah tentu KKM kata ada NDA. Kita tidak boleh dedahkan kos untuk setiap jenis vaksin. Akan tetapi kita boleh dedahkan jumlah kos untuk portfolio vaksin yang kita procure dengan izin. Untuk kos juga, saya ingin merujuk kepada muka surat 66 dalam kertas putih ini yang katakan jumlah dos yang luput adalah sejumlah lebih kurang 8.5 juta dos, 8,499,950. Berapakah nilai ini? Kita perlu tahu bahawa vaksin yang telah diluputkan memang kita tahu it’s money to the drain but this is something needed dengan izin, pada masa itu. Akan tetapi kita perlu tahu berapa. Saya rasa ini bukan rahsia. Kita boleh dedahkan dan rakyat berhak untuk tahu. Seterusnya, mengikut muka surat 14 kertas putih ini. Sebanyak enam buah kerajaan negeri, Selangor, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Negeri Sembilan telah pun membeli sejumlah 1.16 juta dos dari pihak swasta. Saya difahamkan mereka membeli vaksin ini daripada Pharmaniaga dengan kos yang jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh Kerajaan Pusat. Adakah ia benar? Kenapa Pharmaniaga boleh membuat profiteering dengan menjual vaksin pada harga tinggi kepada kerajaan negeri? Seterusnya, Puchong juga ingin menyentuh Program Imunisasi Industri COVID- 19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Sektor swasta perlu bayar RM45 per dos. Saya tidak nampak apa-apa kenyataan kewangan dalam kertas putih ini juga. Berapakah jumlah pendapatan PIKAS dan juga bagaimana bayaran tambahan ini digunakan? Tidak ada apa-apa pun diletakkan di kertas putih ini. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya saya ingin beralih kepada isu PPV yang telah saya bangkitkan. Ada beberapa perkara saya bangkitkan penggal yang lalu tetapi tidak dapat jawapan juga dalam kertas putih ini. Harap hari ini boleh dapat jawapan daripada kerajaan. Apakah jumlah kos sewaan dan kos setup PPV Mega? Puchong ingin mendapat perincian kos setiap PPV Mega. Saya juga ingin mendapat senarai syarikat yang mendapat kontrak daripada ProtectHealth untuk pemberian vaksin di PPV Mega dan jumlah nilai kontrak untuk setiap pembekal perkhidmatan. Berapakah ProtectHealth bayar untuk setiap dos suntikan? Saya rasa ini bukan NDA. Tiada NDA untuk perbelanjaan ini. Oleh itu saya rasa adalah tanggungjawab kerajaan untuk memberi maklumat tersebut kepada Dewan yang mulia ini. Kita juga tahu bahawa bayaran kepada GP klinik masa itu RM14 per dos. Memandangkan kontrak PPV adalah sangat besar, sepatutnya offer mereka lebih baik. Saya hendak confirmation daripada kementerian. Berapakah bayaran per dos? Tuan Yang di-Pertua, I do not have more time. So, saya hendak kata secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan perlu membuat analisis yang lebih teliti. What is the cost effectiveness of PPV Mega, PPV biasa, klinik-klinik swasta? What is the effectiveness of human resources, keberkesanan tenaga kerja? Supaya kita tahu next time, touch wood! Kalau happened, next time kita boleh rancang dengan lebih baik. Secara keseluruhannya, negara kita perlu belajar daripada pengalaman dan pastikan SOP itu didokumenkan supaya kerajaan ada institutional memory. Pemimpin akan tukar, Menteri akan tukar, Ahli-ahli Parlimen akan tukar. Akan tetapi kalau kita ada dokumen, kita dokumenkan, kerajaan akan ada institutional memory, kita boleh menghadapi krisis yang sama dengan lebih baik, lebih efektif pada masa akan datang. Itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam sesi Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19 ini. Pada saat negara berhadapan keadaan sukar berikutan pandemik COVID-19, kerajaan telah mengambil alih. Berlaku pertukaran pucuk kepimpinan pada ketika itu untuk membendung penularan virus berbahaya yang memberi kesan setiap aspek kehidupan kita dan juga keadaan negara. Seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ketika pembentangan it’s a life and death situation. Ia cabaran besar untuk memobilisasikan Program Imunisasi yang terbesar dalam sejarah negara. Tidak pernah ada Program Imunisasi yang sebegitu besar, 80 peratus daripada population kita. Disebut tadi 25 juta lebih mahu diberikan suntikan di dalam tempoh kurang daripada satu tahun. Menyediakan bekalan vaksin di dalam tempoh masa yang dirancang adalah satu perkara. Pembelian bukan sahaja perlu cukup tetapi dalam masa yang sama rakyat perlu sanggup tampil menerima suntikan. Jika tidak, bekalan vaksin yang ada menjadi sia-sia. Maklumat negatif yang ditularkan yang menimbulkan keraguan dan ketakutan kepada rakyat. Ada yang berkaitan dengan agama, ada yang berkaitan ketidakpastian tentang keselamatan vaksin, keraguan tentang keberkesanan. Ini disebabkan vaksin ini adalah vaksin yang baharu. Tidak ada prosedur ketika itu daripada segi pembelian tanpa adanya kelulusan NPRA. Badan regulatory berkait dengan farmaseutikal. Di awal pandemik tidak ada satu pun yang mendapat kelulusan WHO. Masih dalam fasa kajian badan-badan kawalan farmaseutikal. Oleh sebab itu saya tidak hairan seperti mana yang disebut tadi oleh Yang Berhormat daripada Puchong tentang finding PAC berhubung perkara 3 tadi, tentang kerajaan tidak mempunyai wang yang banyak. Terlalu banyak sehingga mampu untuk kita meletakkan strategic bet untuk pembelian yang tidak ada maklumat klinikal yang mencukupi. Jadi, ini satu risiko yang sangat besar. Maka, kerana itu kita tidak seperti negara-negara lain yang mempunyai wang yang lebih besar, sanggup meletak wang dengan harga yang berlipat kali ganda untuk vaksin yang belum lagi dibuktikan keberkesanan dan keselamatannya. Oleh sebab itu, badan kawal selia farmaseutikal negara perlu sangat berhati-hati kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa rakyat.

Ada yang menuduh NPRA lambat dalam kelulusan kerana katanya pasal apa lambat? WHO sudah luluskan negara lain telah luluskan tetapi ini nyawa rakyat negara kita. Kita yang bertanggungjawab, tidak boleh semata-mata bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh orang lain. Biar sampai kepada darjah kepastian tertentu keselamatan dan keberkesanan vaksin yang berkenaan. Kerajaan telah sehabis usaha memberi penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin COVID-19 sejak awal lagi telah mengumpulkan segala, mengemukakan bukti saintifik dan sebagainya untuk meyakinkan rakyat. Ketua Pembangkang sendiri ketika itu mendesak dipercepatkan pelbagai perkara supaya cepat dapat vaksin ini. Malah ketika itu ada Ahli Parlimen yang mendesak kerajaan supaya gunakan ubat yang tidak cukup maklumat keselamatan dan keberkesanan untuk merawat COVID-19 misalnya ketika itu. I pun ingat pada waktu itu. Sehingga ketika itu dibuat dalam keadaan terdesak, tidak cukup maklumat bahaya pada rakyat. Alhamdulillah terdapat perubahan penerimaan yang besar dalam tempoh yang singkat di kalangan rakyat tentang vaksin ini. Kajian yang dibuat ketika itu kaji selidik terhadap rakyat pada Disember 2020 cuma 67 peratus yang menerima. Empat

bulan kemudian, April 2021 penerimaan rakyat meningkat kepada 85 peratus. Rakyat yang asalnya ramai yang menentang terbalik pula ketika itu. Jadi ramai yang marah sebab kerajaan lambat pada waktu itu. Jadi begitu juga isu berkait dengan asalnya lengkap dua dos sudah cukup. Rupanya selepas itu perlu pula dos penggalak. Kemudian timbul pula keperluan dos penggalak kedua. Begitu juga masalah lain berbangkit kemudian berkaitan pengiktirafan vaksin yang berbeza mengikut negara. Elemen geopolitik pun ada, yang ambil Pfizer tidak diterima untuk ke negara ini, yang ambil Sinovac tidak diterima untuk pergi ke negara Amerika dan sebagainya. Kemudian, berkaitan dengan kelompok lain pula vaksinasi untuk remaja, kemudian kanak-kanak, kemudian kerajaan perlu untuk terus bersedia dengan keperluan bekalan vaksin COVID-19 yang kemungkinan ia akan berterusan. Tuan Yang di-Pertua, hasil Laporan Ketua Audit Negara mendapati pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terbukti amat berkesan kerana pencapaian vaksin yang tinggi dan melebihi sasaran 80 peratus yang ditetapkan membolehkan kerajaan mengawal pandemik COVID-19, seterusnya kerajaan berupaya melaksanakan pelan peralihan ke fasa endemik. Kadar vaksinasi merupakan salah satu daripada tiga indikator yang ditetapkan di dalam Pelan Pemulihan Negara. Ini yang membuka, membolehkan kita beralih kepada pembukaan ekonomi. Keadaan kita pada hari ini kerana kejayaan pelan vaksinasi ini. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah mencatat sejarah antara yang paling cepat sebenarnya dari segi perolehan vaksin kecuali Singapura, betul sepertimana yang kita sebut tadi. Dia mempunyai punca kewangan yang besar, dia dapat buat strategic bet. Akan tetapi berbanding dengan negara-negara lain yang keliling kita, Malaysia pernah dicatatkan di dalam Laporan Fitch tidak salah saya sebagai salah satu negara yang paling awal menerima bekalan vaksin di Asia Pasifik. Berhubung dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai perolehan vaksin COVID-19 yang pernah disebut tidak mengikut peraturan. Sepertimana yang disebut tadi, ada keadaan-keadaan di mana kita semua tahu, kita berhadapan dengan situasi yang baharu. Barangkali ada dan sebagainya dan saya bersetuju. Ini akan menjadi rujukan kepada kita untuk di masa akan datang sekiranya kita berhadapan lagi dengan keadaan seperti ini. Akan tetapi menurut apa yang saya tahu, semua pembelian yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tidak berlaku tanpa adanya persetujuan daripada Peguam Negara. Tuduhan ini amat terpesong. Semua pembelian yang dibuat oleh kerajaan semasa pentadbiran yang lalu dibawa ke Kabinet. Urusan perolehan vaksin dilaksanakan secara teratur dan itulah laporan yang ada di dalam laporan Public Accounts Committee dan juga Laporan Ketua Audit Negara. Antara faktor utama dalam kerajaan kita dalam melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah dengan adanya perolehan bekalan vaksin yang cepat. Pelbagai kaedah yang telah dipersetujui melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada ketika itu. Perbincangan bilateral G2G untuk membuka peluang perolehan vaksin secara terus dan berdekatan multilateral menerusi penyertaan Malaysia di dalam COVID-19 Akses Vaksin Global (COVAX). Hasil penyertaan di dalam COVAX ini telah memperuntukkan bekalan vaksin yang merangkumi 10 peratus populasi. Selain daripada itu, kerajaan telah membuat perolehan secara terus dengan syarikat pengeluar vaksin untuk mencapai kadar imuniti dengan lebih cepat. Hasil rundingan ini, kita dapat baca kerajaan berjaya menambah tempahan Pfizer daripada 12.8 juta dos kepada 44.8 juta dos. Begitu jugalah bekalan vaksin yang lain Sinovac dan sebagainya. Saya lihat kerajaan tidak meminggirkan mana-mana golongan di dalam memastikan mereka mendapat perlindungan. Dengan tanpa mengambil kira perbezaan politik, keutamaan diberi mengikut keperluan risiko dan sebagainya. Negeri Selangor

mendapat lebih banyak bekalan dan dipercepatkan kerana penting diselesaikan masalah itu di mana tempat berkembangnya COVID-19 ini dengan cepat. Begitu juga kawasan pendalaman, kawasan orang asal dan sebagainya. Malah dipertimbangkan dengan vaksin 1 dos ketika itu, bagi membolehkan penerimaan ketika itu memudahkan urusan logistik, tidak perlu cucuk dua kali, pergi sekali selesai terus. Takut selepas cucuk sekali, kali kedua datang, dia orang tak nak dah kena cucuk. Jadi, ini adalah satu usaha yang terpuji yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha sehingga berjaya menyelamatkan negara kita. Pihak kerajaan dan semua pihak frontliners dan sebagainya. Berhubung dengan harga pembelian vaksin Sinovac finished product yang lebih tinggi berbanding dengan harga asal, antaranya akibat kelewatan Pharmaniaga dalam penghantaran bulan April, Mei dan Jun 2021. Minta maaf ya, sekejap. [Merujuk kepada komputer riba] Saya ingin menyebut sedikit, satu lagi berkaitan dengan prosiding PAC. Saya rasa apa yang lupa disebut tadi sebenarnya di dalam prosiding pertama lagi, PAC telah dibekalkan dengan harga lengkap setiap harga vaksin yang dibeli. Cumanya dek kerana kan oleh adanya NDA ketika itu, ia tidak boleh dibuka keluar. Jadi, saya bimbang apa yang disebut tadi seolah-olah kementerian, kerajaan tidak pernah membekalkan harga lengkap setiap harga vaksin. Itu telah dibekalkan pada PAC dan PAC tahu perkara ini. Jadi, saya perlu sebut di sini. Jadi, saya rasa kerajaan cukup telus ketika itu di dalam melaksanakan proses perolehan vaksin. Saya berterima kasih di atas Kertas Putih ini, semoga apa sahaja kritikan, syor yang ada di dalam ini akan menjadi panduan kita untuk di masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang telah diberikan. Saya juga ingin turut serta membahaskan Kertas Putih yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan. Pada masa yang sama, menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat ketika negara kita menghadapi wabak COVID- 19. Saya terpanggil untuk sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan ketika itu di sebelah sana sekarang. Ada di sebelah sini juga, yang dalam kerajaan. Kepada semua doktor yang terlibat, sukarelawan, kepada penjawat-penjawat awam yang telah turut serta bersama-sama kita telah berjaya membawa negara kita keluar daripada musibah yang melanda negara kita. Saya membahaskan Kertas Putih ini dengan memohon sikap keterbukaan kepada semua pihak di sebelah sana dan di sebelah sini sebab ketika itu ada yang ada di kerajaan yang ada di sebelah sana dan ada yang di kerajaan yang ada di sebelah sini. Seperti yang telah dibahaskan oleh beberapa Yang Berhormat sebelum ini, kita gunakan Kertas Putih ini sebagai satu panduan untuk bersiap siaga. Kita berharaplah, bersyukur berterima kasih, kita telah berjaya mengeluarkan negara kita daripada masalah kesihatan yang terbesar yang pernah kita hadapi sejak kita mencapai kemerdekaan.

Kita juga perlu menggunakan pengalaman kita untuk bersiap siaga menghadapi apa-apa musibah yang mungkin akan melanda kita pada masa yang akan datang. Saya tertarik untuk merujuk kepada beberapa bahagian laporan dan saya sekali lagi ingin memetik, merujuk kepada muka surat 81 Kertas Putih ini yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Dinyatakan “Disebabkan sumber kewangan yang terhad, kerajaan tidak mampu untuk meletakkan wang tempahan kepada syarikat-syarikat pengeluar untuk tempahan awal tanpa maklumat klinikal”.

Dalam satu laporan yang disiarkan oleh portal Code Blue, “Health is a Human Right” dengan izin bertarikh 7 Disember 2021. Portal ini telah merungkai apa yang telah berlangsung dalam prosiding PAC. Dalam prosiding PAC, mantan Ahli Parlimen Rembau yang juga merupakan seorang Menteri yang bertanggungjawab ketika itu telah mengakui bahawa Malaysia hanya membuat tempahan untuk membeli vaksin tersebut pada bulan Februari 2021. Manakala Singapura pula, negara jiran kita telah membuat tempahan membeli vaksin itu pada bulan Disember 2020. Saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk memetik apa yang telah dilaporkan dalam Bahasa Inggeris. “Then vaccine Minister Khairy Jamaluddin...” dengan izin, “told Parliament’s Public Accounts Committee in a meeting on January 5th that while Singapore allocated a similar fund of Singapore one billion vaccines as Malaysia, Singapore’s vaccine coverage was only for a population of 5.4 million, about a sixth of Malaysia's 32 million population”. Menurut laporan ini juga Singapura merupakan negara Asian pertama untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada bulan Disember 2020. Manakala Malaysia pula hanya memulakan pemberian vaksinasi pada Februari 2021. Persoalan saya adalah kenapakah perkara ini berlaku? Dua bulan bayangkan. Kalau Singapura memulakan pada bulan Disember, kita menunggu sehingga bulan Februari untuk memulakan vaksinasi. Apakah yang berlaku? Soalan saya. Kenapakah kita menghadapi kekangan kewangan pada masa itu? Bukankah kita sepatutnya bersiap sedia untuk menggunakan wang untuk menyelamatkan rakyat Malaysia. Saya ingin tanya. Ketika itu adalah di bawah pemerintahan kerajaan Yang Berhormat Pagoh. Darurat telah diisytiharkan. Kita berkurung di rumah. Kenapakah tidak kerajaan pada masa itu menggunakan dana yang ada untuk menempah vaksin? Kenapakah Singapura dapat bulan Disember 2020? Kenapakah kita terpaksa tunggu hingga Februari untuk mendapat vaksin? Ya, Yang Berhormat Bangi.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya juga tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan apa yang dilihat sebagai kelewatan ini. Jadi, setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Jelutong bahawa kita − yalah tidak hendak ada pandemik seperti ini lagi berlaku. Akan tetapi pada masa hadapan perlukah kita membuat persediaan supaya kita ada cukup dana kewangan ini supaya kita boleh tempah dengan cepat. Kalaulah kata ada satu lagi pandemik seperti ini yang berlaku yang mana sudah tentu kita berharap ia tidak akan berlaku lagi.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya katakan. Kita gunakan Kertas Putih ini sebagai satu pengajaran sejarah kepada kita. Seperti yang telah saya katakan kita membahaskan ini dengan sikap keterbukaan. Saya sedar ramai daripada menteri-menteri ketika itu di sebelah sana dan ada yang masih di sebelah sini. Sebagai Ahli Parlimen backbencher − Yang Berhormat Pendang, saya tidak bagi laluan. Nanti boleh bahas. Saya akan teruskan okey. Saya tidak bagi laluan. Cuma saya berharap − yakin dan berharap di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, saya yakin dan percaya kita akan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat, ini adalah bukanlah perkara yang perlu kita ketawakan. Saya minta maaflah Yang Berhormat Pendang. Jangan ketawakan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bagilah. Saya hendak tanya. Singapore ada sign NDA atau tidak?

Saya tak bagi

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Singapore ada sign NDA atau tidak?

Ini peluang saya. nanti bahas.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ada sign NDA atau tidak?

Saya-saya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya rujuk kepada muka surat 53 Kertas Putih. You ada tengok itu, procedure dia?

Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi peluang. Saya nak teruskan. So, saya – di sini. Ini adalah apa yang telah saya baca tadi adalah pengakuan yang dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab Khairy Jamaluddin di hadapan siasatan PAC yang dilaporkan. Oleh sebab itu saya merujuk kepada berita. Yang Berhormat boleh baca Code Blue, siaran pada 7 Disember 2021 melaporkan Menteri Khairy Jamaluddin mengaku Singapura menerima vaksin pada bulan Disember 2020. Kita hanya membuat tempahan menerima vaksin pada bulan Februari. Lebih kurang 60 hari selepas Singapura menerimanya. Mana pergi tanggungjawab Perdana Menteri ketika itu?

Jelutong...

Saya tak bagi laluan. Saya tak bagi laluan.

Bagi laluanlah Timbalan Menteri itu kot.

Yang Berhormat telah bahas. Yang Berhormat telah bahas.

Tak betul itu. Tak betul.

Bagilah.

Jadi saya – saya tak bagi laluan. Tak bagi.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini fakta jangan main politik.

Persoalan – saya tidak berpolitik.

Politiklah itu.

Saya mempunyai -

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Singapore, NDA...

Tuan Yang di-Pertua

Hello,Tuan Yang di-Pertua disini, hello.

[Dewan Ketawa]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Minta

maaf Tuan Yang di-Pertua. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong)

Seperti yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya kita membahaskan dengan sikap keterbukaan. Keterbukaan. Supaya kita dapat memastikan perkara ini tidak berlaku. Saya juga rasa dukacita dan simpati terhadap mangsa-mangsa ketika itu. Bayangkan lepas Langkah Sheraton, darurat diisytiharkan...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tuan Yang di-Pertua...

...dan kerajaan masa itu terpaksa menunggu 60 hari sebelum mereka menempah, mendapatkan vaksin.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini tidak adil dia buat macam itu. Dia membina persepsi politik Tuan Yang di-Pertua...

Bukan politik...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bagilah peluang dekat kita.

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa ada standing order, kecuali stop by standing order.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ya, ya baik,

Tuan Yang di-Pertua

Okey teruskan. Dia pun tinggal 30 seconds sahaja

So, saya ingin tanya, kalau kerajaan mempunyai apa-apakah rancangan, dengan izin backup plan, untuk menghadapi apa-apa masalah kesihatan yang mungkin melanda kita – perlu kita ingati COVID-19 ini bukannya telahpun meninggalkan tanah air kita, masih ada di sini lagi. Kadangkala kita ada juga melihat laporan bahawa COVID-19 ini kadangkala meruncing. Akan tetapi pada masa yang sama...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tuan Yang di-Pertua Standing Order 36(6)...

Saya ingin...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

“Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain”. Oleh sebab dia sebut Pagoh. Itu ahli dalam Parlimen inilah. Jadi saya nak sebut, apabila dia tanya tadi, yang menjadi – Ini saya merujuk kepada muka surat 53 Kertas Putih. Di sini disebut di situ rujukan kontrak tambahan kepada AGC ataupun PUU – PUU ini Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan. Setiap kementerian ada PUU. Lepas itu kelulusan pembayaran secara invois tanpa pesanan tempatan bagi perolehan berkait vaksin...

Tuan Yang di-Pertua dia boleh membahas.

Tuan Yang di-Pertua

Baik...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dah takpalah fasal dituduh itu Pagoh. Yang menjadi Menteri Kewangan masa itu nanti sat, nanti sekejap.

Saya tanya...

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya dalam 36(6). Yang keduanya Menteri Kewangan yang meluluskan yang dibentangkan dalam ini adalah Tengku Zafrul yang duduk bersama kamu sekarang...

Tuan Yang di-Pertua

Baik Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Boleh rujuk kepada situ ini. Muka surat 53 perkara 8.3, 8.4 8.5. Jadi, tak bolehlah nak bina persepsi mengelirukan Dewan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik Jelutong boleh ubah ayat itu kepada “Bolehkah saya bertanya?”. Adakah...

Ya, ya. Memang Tuan Yang di-Pertua itu yang saya tanya. Itu yang saya tanya berulang kali.

Tuan Yang di-Pertua

Okey bolehkah – Jelutong jangan tuduh. Ayat itu rephrase. Bolehkah saya bertanya..

Bolehkah saya – saya sudah bertanya. Saya bertanya sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, itu boleh.

Kenapakah berlaku kelewatan 60 hari untuk Malaysia memperoleh vaksin itu?

Tuan Yang di-Pertua

Okey

Tuan Yang di-Pertua saya mohon penjelasan Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya hendak bagi sedikit petua. Ini berhubung dengan ucapan Yang Berhormat Muar tadi yang menyindir saya. So, saya hendak ambil ingatan, apabila saya dipilih untuk di sini, number one this is rule the thumb, rule the thumb. Saya ialah colour blind, okey. Sebelah kanan saya atau sebelah kiri saya ialah kawan-kawan saya, [Tepuk] anak-anak saya. Jadi apabila orang luar mengkritik saudara-saudara sekalian sebagai MP, orang yang terasa sekali saya walaupun pembangkang ataupun kerajaan. Oleh sebab itu bila ada satu painting yang dilukis oleh seorang artis yang dibeli oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor saya cukup terasa sebab dalam painting itu melukis gambar monyet-monyet, saya cukup terasa walaupun saya tahu apa maksud painting itu. Jadi maksud di sini dan saya lebih terasa lagi apabila Yang Berhormat Muar menyebut tadi ini ayat dia saya quote, “Saya baru mendapat jawapan daripada Pejabat Tan Sri Speaker di mana usul ini ditolak. Ini bersamaan usul yang telah dibincangkan pagi tadi iaitu dalam soalan nombor dua. Sebab yang diberikan adalah kerana tidak ada— ini bukan kepentingan orang ramai dan ini bukanlah keperluan yang mendesak, ini tertera di sini.” Maksudnya, mengikut Yang Berhormat Muar saya tolak usul dia kerana bagi andaian dia ataupun bagi kepercayaan dia bahawa saya menganggap bahawa ini bukan kepentingan orang ramai dan bukanlah keperluan yang mendesak sedangkan Yang Berhormat Muar tidak berlaku adil sebab ada di para keempat itu menyebut dengan jelas surat saya kepada Yang Berhormat Muar cukup jelas. Apa dia perkara empat itu, saya kata apa saya kata, “Usul Yang Berhormat tidak memenuhi Peraturan 18(7)(c) kerana apa yang mana saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertahanan dikehendaki membentangkan Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Tempur Pesisir setiap tiga bulan kepada PAC hingga projek ini disiapkan dan PAC telah pun buat keputusan untuk melawat Lumut dan buat siasatan lanjut.” Maknanya bila PAC sudah buat keputusan, kita hendak bincang buat apa lagi tunggulah sampai PAC report selepas itu kita akan bincangkan dan saya akan benarkan selepas report dibuat oleh PAC. [Tepuk] Saya akan benarkan. Baik, ingat saya tidak membuat keputusan dalam standing order ini. Standing order ini dibuat oleh tuan-tuan dan puan-puan sendiri. Di standing order dibuat oleh Ahli Parlimen dalam Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dan semua yang berlaku dalam Perlembagaan ini juga ini ialah undang-undang yang Ahli-ahli Yang Berhormat buat. Saya cuma melaksanakan apa yang termaktub di dalam ini. Jadi bila saya buat keputusan saya berpandukan kepada dua buah dokumen ini. Jadi adalah tidak adil untuk Yang Berhormat Muar dan orang-orang lain juga. You nak fight among yourselves go head, I don’t care tetapi don’t attack the Speaker dan timbalan- timbalan saya. Don’t attack us because kami di sini untuk memastikan apa juga yang diminta oleh kerajaan of the day untuk diselesaikan we will do that. Oleh sebab itu dalam urusan harian seperti Aturan Urusan Mesyuarat, bukan kami yang decide, it is government yang minta kita selesaikan. Jadi janganlah don’t fight, jangan bergaduhlah dengan Speaker ini, not worth dan bukan itu caranya. Saya minta dan harap Yang Berhormat Muar perbetulkan and now as I am talking now, public sedang lihat dan saya minta Yang Berhormat Muar betulkan itu. Jangan berlaku tidak adil, hendak main politik mainlah tetapi don’t play politics with me because I am not a politician now, I am Speaker of the House. Terima kasih. [Tepuk] Baik, saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus, please.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada Kuala Nerus untuk sama-sama membahas Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, setelah saya meneliti dan membaca Kertas Putih ini dan juga mendengar dengan tekun oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menyampaikan tadi walaupun ada beberapa kelemahan perkara-perkara yang ditimbulkan, kesimpulan bolehlah saya ambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh pada ketika itu yang telah berjaya mengemudi negara dalam keadaan yang amat terdesak akibat menurut penularan COVID-19 yang melanda dan juga merupakan suatu perkara ataupun kejadian yang tidak dijangka bahkan suatu perkara baharu bukan sahaja dialami oleh negara kita bahkan di seluruh dunia. Tindakan-tindakan yang diambil itu antaranya ialah kuarantin, Perintah Kawalan Pergerakan semua itu adalah mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-penyakit 1988 yang walaupun kita rasa rakyat marahlah benda sebegitu pada peringkat awal belum ada ubat, belum ada vaksin. Jadi alhamdulillah dengan kesungguhan pihak kerajaan pada ketika itu, akhirnya kita dapat memulakan vaksinasi seawal 24 Februari 2021 dan akhirnya kitalah merupakan negara yang terawal di Asia Pasifik mengambil vaksin COVID-19 dan juga telah mencapai kejayaan untuk mengadakan herd immunity dengan izin ataupun imuniti berkelompok dan mencapai kejayaan 80 peratus sasaran populasi lengkap vaksinasi yang dicapai lebih awal daripada apa yang di-target pada bulan Februari 2022 tetapi September 2021 telah mencapai sasaran 80 peratus yang mendapat vaksinasi. Kejayaan-kejayaan ini semua membuktikan bahawa kerajaan yang sebelum ini berjaya mengurus negara walaupun dalam keadaan pandemik yang memberi impak yang amat besar kepada negara dari pelbagai aspek ekonomi, sosial dan lain-lain lagi. Cuma ada perkara yang mendukacitakan kita yang berlaku seperti mana yang dilaporkan dalam kertas putih ini ialah di peringkat awal memang kita tengok ramai yang teragak-agak sehingga ada yang mencabar supaya Perdana Menteri, kalau saya di Negeri Terengganu, Menteri Besar, exco kena cucuk dahulu barulah rakyat hendak cucuk. Biarlah konon- kononnya side effect ditanggung oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin utama negeri. Di Terengganu memang yang utama divaksinasi ialah Menteri Besar, SS, Exco Kesihatan, saya dan juga Pengarah Kesihatan. Hendak tunjuk contoh kepada rakyat bahawa ia selamat. Kita berkorbanlah kalau ada side effect kita tanggung jadi alhamdulillah semuanya selamat. Selepas itu timbulkan permintaan yang berpusu-pusu hingga kata vaksin tidak cukup dan sebagainya. Ini semua keadaan yang berlaku. Selepas itu yang mendukacitakan kita ialah setelah keadaan agak selesa dan kes mula menurun dan kes ke hospital pun kurang rakyat mula ada yang menolak untuk mengambil second dose yang lengkap, yang booster pun sudah tidak ambil akhirnya apa yang ditempah vaksin itu berlaku longgokan, tidak digunakan dan expired, dengan izin habis tempoh dan terpaksalah berlaku dikatakan pembaziran yang disebutkan tadi. Ini semua kerana keadaan tempahan dibuat betul mengikut keperluan tetapi sambutan daripada rakyat setelah melihat keadaan telah mula stabil mula berkurangan sambutan menyebabkan mereka tidak lagi mendapat vaksinasi yang sepatutnya dan mengambil booster juga tidak mengambil booster. Ditambah pula ada dalam kalangan golongan ibu bapa yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka yang berumur 16 tahun ke bawah untuk mendapatkan vaksin. Ini antara cabaran kepada kita ketika itu tetapi alhamdulillah saya ucapkan tahniah kerana segala-galanya dapat dilalui bersama sehingga kita dapat bersidang secara biasa dalam Parlimen pada kali ini. Oleh itu bagi menghadapi persediaan menghadapi situasi pandemik di kemudian hari dan akan datang suka saya mencadangkan agar perolehan vaksin yang sebelum ini banyak bergantung daripada negara luar seperti vaksin AstraZeneca dari Jepun dan U.K, vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat dan sebagainya sewajarnya dikurangkan dengan pembangunan vaksin yang bertaraf antarabangsa di negara kita sendiri. Tidak dinafikan bahawa kerajaan sebelum ini turut menyediakan pelan hala tuju Pembangunan Vaksin Negara (PVN) serta Institut Genome dan Vaksin Malaysia (MVGI) dalam usaha

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

menjadikan negara sebagai antara hab pengeluaran vaksin dan meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin. Namun begitu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan keluaran negara nanti insya-Allah nanti setanding dengan vaksin keluaran antarabangsa ataupun negara- negara yang lebih maju.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Hal ini kerana saya difahamkan bahawa ada cabaran yang dihadapi ketika pembelian vaksin dijalankan ialah pelaksanaan program imunisasi bagi remaja kerana keperluan untuk meyakinkan kedua-dua ibu bapa berikutan anak-anak di bawah 18 tahun tidak boleh memberi kebenaran sendiri. Bimbang nanti kalau kita buat sendiri lagi banyak pertikaian oleh ibu bapa akan keselamatan vaksin yang dibuat dalam negara kita kerana memang menjadi suatu perkara yang menyedihkan apabila buat sendiri terasa ini lokal, tidak bagus dan sebagainya, yang importlah yang bagus. Jadi bagaimana kita hendak keluarkan yang setanding dengan peringkat antarabangsa dan meyakinkan rakyat kita boleh menerima vaksin yang dikeluarkan oleh negara kita sendiri. Oleh itu bagaimana dengan vaksinasi hasil keluaran negara dapat meyakinkan golongan ini jika vaksin keluaran negara antarabangsa yang kualitinya amat diyakini juga tidak dapat meyakinkan ibu bapa sepenuhnya. Kalau pengeluaran antarabangsa yang hari ini pun ibu bapa tidak yakin, bagaimana kita dapat meyakinkan vaksin keluaran negara kita sendiri. Saya juga difahamkan bahawa kita juga sedang membangunkan keluaran vaksin sehingga mampu menjadi salah satu negara hab pengeluaran vaksin untuk masa yang akan datang. Jadi usaha ini amat diperlukan sebagai persediaan jika berlaku, nauzubillah, minta jauh, jika berlaku pandemik ini atau pandemik lain pada masa hadapan, kita akan lebih bersedia untuk menghadapinya tanpa perlu bergantung kepada teknologi luar atau negara luar. Akan tetapi yang paling penting bagi kita ialah kita menjaga kualiti keselamatan vaksin yang akan dikeluarkan nanti. Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya bangkitkan ialah berkenaan lebihan perolehan vaksin. Tidak dinafikan usaha kerajaan sebelum ini memberi sumbangan vaksin COVID-19 kepada negara-negara yang memerlukan sebagai salah satu langkah bagi mengelakkan pembaziran sekali gus mampu membina hubungan diplomatik yang lebih baik di negara penerima seperti Bangladesh, Myanmar, Laos dan sebagainya. Itu antara satu kaedah kita boleh menyelamatkan ataupun mengurangkan pembaziran vaksin kita ialah dengan kita membantu negara-negara yang tidak mampu atau negara-negara yang belum cukup lagi vaksin dan kita beri dengan segera sebelum tamat tempoh vaksin yang kita ada. Ini kerana setiap vaksin ada tamat tempoh dia, tarikh luput dia dan kita boleh tahu bila tarikh itu. Sepatutnya sebelum tarikh itu berlaku kita sudah boleh cuba mengagihkan kepada negara-negara lain yang lebih memerlukan. Kalau tidak kita akan buang begitu sahaja. Ini amat merugikan kita. Oleh itu bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik, maka sudah tentu satu perancangan dan juga pengiktibaran daripada Laporan Kertas Putih ini dapat kita ambil pengajaran untuk persiapan negara kita untuk masa-masa akan datang. Cuma satu persoalan saya untuk Menteri Kesihatan, adakah Program Vaksinasi COVID-19 masih kita hendak teruskan sebab nampaknya macam sambutan daripada rakyat sudah tidak begitu mendapat sambutan? Jadi kalau hendak diteruskan apa kaedah-kaedah supaya vaksin yang ada itu dapat digunakan dengan sepenuhnya dan jikalau kerajaan tidak mahu meneruskan vaksin ini, apakah kriteria-kriteria ataupun terma-terma yang kita hendak gunakan untuk kita hendak memastikan bahawa kita kata vaksin COVID-19 tidak perlu lagi diteruskan dalam negara kita? Harap dapat penjelasan daripada Kementerian Kesihatan, kalau hendak teruskan bagaimana kaedah untuk memastikan ianya dapat sambutan daripada rakyat dan kalau tidak teruskan apakah kriteria yang kita hendak ambil in terms of reference yang kita kata kita sudah tidak perlu lagi kerana kita sudah selamat dan sebagainya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam. Terima kasih Kuala Nerus. Saya jemput Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sempat saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita membahaskan Kertas Putih berkenaan pengurusan dan perolehan vaksin COVID-19. Kini kita berada di sini bukan untuk membuat tuduhan. Tuduh-menuduh itu seolah-olah tidak membuahkan hasil. Kita perlu mengambil iktibar daripada segala kekurangan sekiranya ada dalam proses perolehan vaksin COVID-19 itu. Seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Maka perbahasan kita hari ini adalah untuk kita mencari satu jalan keluar untuk menangani apa masalah kekurangan yang kita mungkin hadapi pada masa akan datang. Kita tidak boleh ada sikap bahawa touch wood, perkara ini tidak berlaku ataupun kita tidak boleh ada sikap bahawa kita taking things for granted. Kita sudah berlalu daripada COVID-19, harap-harap insya-Allah ia tidak berlaku lagi. Kita perlu bersedia sebab kita – daripada apa yang berlaku dalam dua tahun yang lalu ini, ada yang baik. Saya setuju bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini memainkan peranan dan berkesan dalam mencegah penularan COVID-19. Sekarang ini kita tengah berhadapan dengan ancaman pelbagai virus. Kalau dibandingkan dengan dahulu, pergerakan manusia ini tidak sebegitu hebat yang ada sekarang. Kini sehingga Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun telah menyatakan bahawa ‘Disease X’ berpotensi menjadi lebih membahayakan kalau berbanding dengan COVID-19. Maka Disease X sekarang telah tersenarai dalam senarai priority desease oleh WHO yang merupakan senarai penyakit yang berpotensi mengakibatkan pandemik yang akan membawa maut untuk masa akan datang. Maka, adakah kita telah bersiap sedia? Kalau tidak, sekaranglah kita membincangkan membahaskan satu Kertas Putih yang telah membuat, menyimpulkan kesimpulan, pengalaman apa yang telah berlaku untuk dua tahun dalam peperangan kita untuk memerangi COVID-19. Tadi Yang Berhormat Jelutong kata, lambat, lewat. Saya rasa bukan semuanya lambat dan lewat. Yang Berhormat Pagoh kalau dia isytiharkan darurat cepat, dia kalau isytiharkan lockdown cepat. Dia hendak sekat kebebasan rakyat ini cepat, ada yang lambat, ada yang cepat. Ada yang baik, ada yang kurang. Akan tetapi kita perlu terima hakikat bahawa kita ini manusia dan kalau ada teguran, kita dengar. Jangan sikit-sikit hendak bangun kita hendak bahas, kita hendak lawan. Buat apa? Kita bahas untuk di sini mencari satu jalan keluar. Kita mengambil iktibar daripada apa silap salah yang berlaku sebelum ini. Maka Tuan Yang di-Pertua, dalam Kertas Putih telah disebut sejumlah RM4.65 bilion diperuntukkan untuk perolehan bekalan vaksin iaitu untuk jumlah 83 juta dos vaksin, kira-kira setiap dos RM56. Walaupun sehingga hari ini kita tidak tahu berapakah kos sebenar kerajaan memperoleh vaksin tersebut. Saya boleh setuju sekiranya niat untuk kita memperoleh vaksin ini melalui satu syarikat swasta dengan sekiranya ada rancangan DAN ada persediaan supaya berlakunya kita kata pemindahan teknologi.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Iaitu daripada situ kita bermula untuk mewujudkan satu ekosistem yang mampu meyakinkan orang tempatan, mampu mencungkil bakat tempatan untuk menceburi penghasilan vaksin tempatan. Akan tetapi, apa yang berlaku sekarang masih satu tanda soal. Maka, kerajaan perlu menjelaskan walaupun orang yang sepatutnya memberi penjelasan tidak hadir hari ini, Yang Berhormat Pagoh. Jadi, terpaksalah kerajaan pada hari ini untuk menjelaskan apakah manfaat daripada kaedah perolehan yang dipilih itu. Apakah manfaat yang Malaysia sebagai satu negara pada keseluruhannya terima selain

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

daripada kadar imunisasi dan pencegahan pandemik ini? Apakah kesan lain ataupun manfaat tambahan, lebihan yang kita terima dan kita dapat secara keseluruhannya sebagai sesebuah negara? Tuan Yang di-Pertua, kita lihat vaksin AZ menggunakan kemudahan kilang di Siam, Siam Bioscience Corporation Limited di Thailand. Ia merupakan satu contoh yang baik di mana berlakunya pemindahan teknologi dan mampu menghasilkan vaksin pada satu kos yang mungkin lebih rendah dan mungkin lebih menguntungkan kepada negara tersebut. Jadi, adakah kita bersedia ke arah itu? Maka, kerajaan perlulah terangkan kepada kita pada hari ini apakah proses pemindahan teknologi yang sama, ada berlaku di Malaysia. Adakah syarikat-syarikat tempatan mendapat manfaat dalam proses ini? Jika memang ada manfaat yang diperoleh, mengapakah Pharmaniaga kini disenaraikan dalam PN17 akibat penurunan nilai stok vaksin yang tersimpan? Kami memerlukan penjelasan yang lebih mendalam, walaupun orang yang sepatutnya memberi penjelasan hari ini bukan masih berada di tempat dia. Akan tetapi, bagi Dewan yang mulia ini, adalah elok kita mencari jalan keluar supaya perkara yang serupa tidak akan berlaku lagi. Kita perlu tahu dan kita perlu ingat selama-lamanya bahawa perkara ini melibatkan hidup dan mati, nyawa seseorang manusia. Jangan sesekali sekiranya ada ataupun adakah seseorang itu atau segelintir orang itu cuba mengaut keuntungan daripada proses perolehan vaksin ini. Saya tidak lontarkan tuduhan kepada siapa-siapa, hanya persoalan. Oleh sebab sampai sehingga hari ini, jawapan dia masih tidak ada sebabkan segala jawapan sebenar terlindung atas tiga huruf, NDA. Tidak boleh diceritakan. Apa yang rahsia sangat yang tidak boleh diceritakan? Tadi rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah melontarkan beberapa persoalan yang mana saya lihat daripada satu perspektif boleh memberikan satu gambaran bagaimana sistem ataupun kelemahan perolehan ini boleh diperbetulkan tanpa melanggar NDA. Maka saya harap kerajaan pada hari ini memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya tanpa ada apa-apa maklumat yang terlindung. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 sangat perlu bagi meneliti tatacara perolehan yang dilakukan adalah telus demi manfaat rakyat. Kertas Putih ini penting untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19 semasa pandemik ini berlangsung. Malah Kertas Putih ini dipercaya akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan berikutan penemuan awal pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri yang menjalankan due diligence dengan izin, iaitu penilaian wajar secara terperinci, khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang ditandatangani serta yang dibuat semasa tempoh darurat. Tuan Yang di-Pertua, pada 8 Februari lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yakni Yang Berhormat Tambun memaklumkan bahawa perolehan dan kos pembelian vaksin COVID-19 didapati tidak mengikut prosedur serta dilakukan tanpa melalui persetujuan Peguam Negara ketika itu. Saya mohon daripada pihak kementerian untuk memberi penjelasan perkara berikut; (i) sejauh mana kebenaran dakwaan ini adalah benar? Setelah dakwaan ini dilontarkan, saya dapati dakwaan itu terus didiamkan tanpa sebarang perkembangan tentang sebarang siasatan (ii) adakah siasatan sepenuhnya telah dilakukan ketika ini melibatkan SPRM mahupun mana-mana pihak berkuasa? Saya khuatir jika ia hanyalah dakwaan kosong semata-mata

(iii) berapakah jumlah harga keseluruhan perolehan vaksin COVID- 19? Sehingga sekarang saya dapati bahawa tiada pendedahan lagi berkenaan dengan jumlah ini. (iv) apakah prosedur pelupusan bagi vaksin yang tamat tempoh terutamanya bagi yang tidak sempat digunakan selepas kempen besar-besaran pemvaksinan telah selesai dilakukan? (v) sejauh manakah urusan perolehan vaksin akan diperbaiki, ditambah baik lagi bagi memastikan ia diperoleh dengan cepat selepas ini. Adakah negara kita sudah bersedia melakukan persediaan lebih rapi berkenaan dengan perolehan vaksin jika suatu penyakit jangkitan baharu akan timbul? Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pencerahan dan menyokong terhadap usaha Kertas Putih ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri peluang kepada Pasir Gudang turut membahaskan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Saya ingin memulakan perbahasan saya ini berdasarkan fakta yang terdapat pada muka surat 81 Kertas Putih ini iaitu Laporan Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC) di mana PAC merumuskan– Pertama, urusan perolehan vaksin telah dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan MOF. Ini satu fakta, dapatan yang dibuat oleh PAC dan kita dapat bahaskan di sini. Jadi, ada teguran-teguran yang lain juga oleh PAC dalam rumusan mereka itu tetapi yang saya bacakan tadi, ini penting.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi, dalam hal ini daripada – apabila vaksin sudah diperoleh itu, dia tidak boleh masuk dalam badan kita vaksin itu, mesti ada doktor, jururawat dia, frontliners, maknanya kita menghargailah frontliners ini. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan pada waktu pandemik itu kita ucap tahniah, terima kasih. Mereka telah bekerja bersungguh-sungguh. Saya dapati ialah, satu waktu itu macam kita dalam keadaan perang, panik sebenarnya, takut. Saya secara peribadi, anak menantu, cucu, kena COVID. Bayangkan satu keluarga yang terdekat kita dan pihak hospital, pihak klinik di peringkat bawah telah memberi perkhidmatan yang sangat baik. Saya melihat sendiri bahawa saya yakin sistem kesihatan awam di negara kita ini baik Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin, maknanya kalau ada complain atau kekurangan itu biasalah. Akan tetapi, waktu pandemik itu, saya nampak asas yang kuat. Jadi kerana itu, saya merakamkan frontliners ini, keluarga terdekat ada yang mati waktu kerana COVID-19. Keluarga saya sendiri dan keluarga saya sendiri pun pernah kena kuarantinlah, syukur lah umur panjang. Ada sepupu, besan saya, masa itu Delta mengamuk. Jadi, dalam soal perolehan vaksin ini, bukan hal yang lain tetapi dalam pandemik ini sehingga akhirnya bertukar kepada endemik. Kementerian Kesihatan sahaja tidak boleh juga bertindak begitu cantik tanpa ada kepimpinannya. Jadi, peluang ini dalam Parlimen, kita ucap terima kasih kepada Menteri-menteri yang berkenaan. Yang Berhormat Rembau waktu itu, mulanya dia sebagai Menteri MOSTI, saya sebut nama dia, Khairy Jamaluddin dan sahabat saya Dr. Adham Baba, Tenggara diperli macam-macam, air suam dan sebagainya tetapi dia menjalankan kerja. Saya tidak takut menyatakan di sini, hal lain boleh dikritik, ada kelemahan, soal-soal yang berkaitan dengan COVID-19 dan lain-lain itu boleh tetapi dalam vaksin ini saya ingin mengucap terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Waktu itu kita ada kerajaan, ada Perdana Menteri, sama ada kita suka atau tidak suka, Sheraton kah, tebuk atap kah tetapi dia Perdana Menteri pada waktu itu, Yang Berhormat Pagoh, kemudian Yang Berhormat Bera. Sebagai orang yang bertanggungjawab diamanahkan, mereka telah buat yang sebaiknya dan kita ada kepimpinan waktu.

Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Kita ada kepimpinan pada waktu itu.

Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Perdana Menteri dan mungkin ada kekurangan, kita boleh carilah apa kesilapan, boleh. Akan tetapi, waktu hendak dapatkan vaksin itu Menteri sahaja tidak cukup, mesti ada Kabinet dia dan kalau kita baca laporan ini, keputusan-keputusan itu dibuat, dirunding oleh Jemaah Menteri dia. Jadi, sedikit sebanyak...

Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ertinya, ucap terima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh pada waktu itu, Perdana Menteri Yang Berhormat Bera waktu pada waktu itu yang ada jasa dia, selamatkan rakyat kita. Kalau ada kekurangan dia dalam bahagian yang lain, berkenaan COVID ini, itu kita bincang di bab yang lain. Akan tetapi, dalam vaksin ini, ertinya – saya beratur Tuan Yang di-Pertua untuk terima vaksin ini booster dan sebagainya. Ertinya, kalau apa-apa pun berlaku di negara kita, kita ada pemimpin yang kita boleh rujuk, kita boleh mengadu. Jadi, ini menunjukkan kesatuan dalam negara kita...

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Politik, politiklah. Akan tetapi, apabila kita berhadapan perang penyakit ini, maknanya kita ada arah tujunya. Jadi dalam hal ini...

Yang Berhormat Pasir Gudang, sedikit sahaja Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

Hendak tanya Yang Berhormat Pasir Gudang. Apakah pandangan – saya terima keterbukaan Yang Berhormat Pasir Gudang. Itu yang telah saya ucapkan dalam ucapan saya juga, apa pendapat Yang Berhormat tentang kalau lah sekiranya kita tidak melalui Langkah Sheraton, mungkin kah kesediaan kita, kesiapsiagaan kita mungkin boleh diperbaiki?

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak payah layan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, ertinya iaitu perkara itu satu bab yang lain...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Pasir Gudang, saya sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Biar Yang Berhormat Pasir Gudang jawab dahulu yang itu. Jawab Yang Berhormat Jelutong dahulu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, dia bagi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak, disebut oleh Yang Berhormat Jelutong tentang Langkah Sheraton, COVID ini the first time in Malaysia dengan izin, and also whole the world. Semua negara dunia ini pertama kali. Kalau sesiapa pun, langkah apa pun, apabila COVID ini kali pertama, kita menghadapi kali yang pertama, macam mana untuk

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

menyelesaikan. Tidak kisah lah, kalau tak nak Sheraton kah tetapi siapa pun akan hadapi benda ini. Akan tetapi, alhamdulillah dengan begitu cepat kita dapat recover semula COVID- 19 dengan – saya ada semua fakta-fakta tentang bagaimana vaksin masa tempoh tidak ada dahulu, kita semua resah bila COVID datang tidak ada lagi vaksin. Sampai orang hendak sebut vaksin pun tak kena, dahulu disebut ‘beksin’. Ada disebut ‘beksin’ dahulu, saya tidak mahu sebut nama. Okey, terima kasih. Jadi cepat, insya-Allah, terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Pendang. Kita ada sebuah keluarga, negara kita, apabila kita berhadapan dengan masalah yang ini. Saya bukanlah setuju sangat tentang waktu itu Perdana Menteri Yang Berhormat Pagoh dan sebagainya. Itu perkara lainlah, tetapi dalam waktu itu, apabila malapetaka ini sampai, maknanya, dalam perolehan vaksin ini, di bawah kepimpinannya, Jemaah Menterinya, ertinya adalah sampai vaksin ke negara kita. Ada kapal terbang sampai, macam pengantin vaksin itu mula-mula sampai. Jadi, ini bermakna sekurang-kurangnya kredit kita bagilah juga. Kalau kelemahan-kelemahan pengurusan yang lain itu, kita boleh bincanglah kemudian. Dalam hal yang ini, kalau kita – saya telah membaca Kertas Putih ini dan ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri memulakan usul tadi iaitu “Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.” Yang ini saya hendak timbulkan. Bagaimana ada perjanjian kita dengan kerajaan, dengan Pfizer tetapi syaratnya berat sebelah. Kalau pembekal seperti Pfizer gagal menyampaikan vaksin yang kita order, yang tanggung risiko bukan Pfizer tetapi kerajaan kita. Kalau kena saman, kena apa. Jadi, ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Peguam Negara apa nasihat daripada kerajaan? Macam mana perjanjian ini boleh dibenarkan? Selepas itu kita mengalah pula, semuanya rahsia tentang harga vaksin itu, risiko pihak pembekal tak nak pikul. Jadi, nampak sangat perjanjian ini tidak seimbang. Satu perkara lagi yang ditimbulkan tadi oleh sahabat saya dari Kuala Nerus iaitu saya baca dalam Kertas Putih ini ada keputusan, ini saya kritik kepada Kabinet waktu itu, pimpinan Yang Berhormat Pagoh.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Iaitu ada dalam Kertas Putih, disebut Kabinet bersetuju memberi kebenaran Menteri Kesihatan boleh menandatangani kontrak perjanjian untuk perolehan vaksin tanpa kelulusan MOF, Kewangan dengan syarat iaitu dirunding dengan Peguam Negara. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, tolong bagi tahu adakah berlaku di mana-mana, sepanjang pandemik itu Menteri Kesihatan telah membuat keputusan sendiri tanpa ada kebenaran daripada Kewangan?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ataupun Kabinet untuk perolehan itu menandatangani kontrak. Adakah pernah mendapat rujukan Peguam Negara atau tanpa rujukan itu? Jadi...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sekejap saya hendak perbetul sedikit yang ini sebab dalam buku Kertas Putih ini....

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

...ya, sila sila.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...dalam muka surat 53, 8.5 - kelulusan peruntukan oleh Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan. “8.5, 8.1... saya baca nah. ...Kementerian Kewangan melalui surat kelulusan khas bertarikh 23 November 2020 telah memberikan pengecualian AP168 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melaksanakan perolehan dan memohon peruntukan setelah rundingan harga dilaksanakan”.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Pengecualian ini diberikan pada ketika itu bagi tujuan mempercepat serta mempermudahkan proses perolehan vaksin COVID-19 bagi mencapai imuniti kelompok dengan kadar sasaran imunisasi kebangsaan 80 peratus. Maknanya Kementerian Kewangan yang meluluskan, jadi kalau kata Kementerian Kewangan tidak tahu itu, saya hendak perbetullah, minta maaf Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Itu sajalah perbahasan saya dan saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan yang berjaya membentangkan dan kebenaran membahaskan Kertas Putih ini. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Tuan Yang di-Pertua, kita membahaskan perkara yang sangat penting yang luar biasa dan krisis yang tidak pernah dialami oleh negara kita, bahkan ianya bersifat global. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas kejayaan menerbitkan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 ini dan kepada semua yang telah bertungkus-lumus. Bukan senang hendak jayakan Kertas Putih dan juga isu ini adalah satu ujian kepada kita, supaya kita sebagai pimpinan dan juga kepada semua yang terlibat, this is beyond politics dengan izin. Bagaimana kita boleh menjadi matang, profesional dan semuanya ini adalah perbahasan ini secara telus, secara berfakta, demi kesejahteraan rakyat jelata. Sama ada dalam kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Jadi, ini adalah satu amalan yang bagus Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat mengikut Kertas Putih ini, 30 Januari 2020 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Novel Koronavirus dan WHO juga pada 11 Mac 2020 telah mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik global. Jadi, ini adalah satu perkara point yang sangat- sangat penting. It’s not a local issue, bukan sahaja Malaysia seluruh negara ia bersifat pandemik seluruh dunia. Sehingga 17 Mac 2023, lebih 84.3 peratus rakyat Malaysia telah melengkapkan vaksin primer iaitu 55 juta dos dan 49.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos penggalak, 16.3 juta dos. So, saya apabila kita melihat di dalam buku Kertas Putih ini, dikatakan memang KKM meletakkan sasaran 80 peratus populasi mendapatkan vaksin dan ini bagi yang vaksin primer 84.3 peratus adalah lebih daripada apa yang telah ditetapkan dan 55 juta dos itu, maknanya 55 juta suntikan. This is personal apa- suntikan. Itu adalah satu rekod yang sangat besar bagi KKM untuk dicapai. Kita lihat juga muka surat dua ini, sehingga 16 Februari 2023, Malaysia telah melaporkan sejumlah 5,040,087 kes COVID-19 dengan 36,954 kematian kepada WHO. Dalam tempoh yang sama, kes kemasukan di hospital melibatkan hampir 873,000 pesakit. Makna, jumlah ini besar, 5 juta lebih rakyat Malaysia yang kena atau dijangkiti COVID-19. Tadi pun Yang Berhormat Pasir Gudang pun kena juga dia kata ya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dia punya signifikan itu, COVID-19 ini adalah satu ancaman yang begitu besar bagi negara kita dan sudah tentulah dalam keadaan begitu, dalam keadaan semua panik dan hari-hari dalam beberapa jam sekali agaknya kita mendapatkan update kes-kes COVID-19, sama ada yang sudah masuk dan sebagainya yang keluar, yang mati, ini adalah satu benda yang kita kena faham, konteks yang kita bahaskan di sini. Jadi, saya ucapkan setinggi tahniah kepada pimpinan ketika itu, pimpinan kerajaan ketika itu di bawah Pagoh yang berjaya. Memanglah tidak sempurna tetapi berjaya membantu semua rakyat negara ini, termasuk kita yang di dalam Dewan ini kerana dengan mungkin dalam keadaan yang begitu terdesak tetapi juga mampu menjaga

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

kesihatan kita ini dan mampu mendapatkan vaksin yang sampai 55 juta itu bukan sedikit ya. Bukan kerja yang remeh Tuan Yang di-Pertua. Saya jugalah kalau boleh hendak minta kepada Menteri Pendidikan, sebab dalam pengalaman peribadi saya, pergi berjumpa dengan keluarga yang terkena COVID-19 yang kena kuarantin, yang kami membantu bersama dengan NGO, bahkan masa itu dengan Menteri Agama, di mana makanan ready to eat dan sebagainya diberikan dan saya melihat sendiri Tuan Yang di-Pertua, kesusahan yang dialami, kampung, taman, pangsapuri semuanyalah dan termasuk juga frontliners. Jadi, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada frontliners di dalam negara Malaysia ini kerana anda telah membuat, membuktikan berjaya menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesengsaraan pesakit yang dijangkiti Novel Koronavirus ini dan sudah tentulah di antara benda yang kita kena ambil kira Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita mengatakan orang ini tidak betul, orang ini silap, orang ini mungkin adalah benda-benda hanky-panky dan sebagainya tetapi saya yakin dan percaya, mereka yang berada di kerusi pemutus dasar itu, pemutus keputusan yang sangat-sangat susah ketika itu, dalam keadaan panik seluruh negara bahkan dunia, melihatkan orang meninggal, bahkan di dalam hospital, sampai jenazah itu pun bersusun-susun di lantai Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Jadi, kita berilah penghargaan kepada mereka yang telah pun membuatkan kerja. Saya yakin mereka menggunakan kaedah Fiqh Aulawiyat. Mengutamakan paling utama. The top priorities. Semuanya penting termasuklah hendak jaga duit negara supaya vaksin itu tadi tidak akan membazir, tidak akan berbaki, tidak akan expired dan sebagainya. Akan tetapi ketika itu apa yang paling penting, menyelamatkan nyawa. Dalam pada masa itu, saya setuju dengan sahabat-sahabat saya di mana negara kita perlu meletakkan satu road map perancangan untuk menghasilkan vaksin sendiri dalam jangka kita menghadapi apa-apa sahaja epidemik ataupun pandemik masa hadapan. Harus kita ingat juga di mana masalah kita sekarang ini mungkin Kementerian Pendidikan boleh bersetuju bahawa antara masalah kita hari ini adalah kurangnya minat pelajar-pelajar kita dalam bidang STEM atau Sains, Teknologi dan Matematik. Jadi, ini saya rasa kerajaan khususnya dan juga semua kita lah termasuk kita masyarakat ini perlu mempergiatkan usaha dan mungkin ambil cara yang kreatif hendak pastikan pelajar-pelajar kita minat kepada bidang sains dan matematik. Mana mungkin kita hendak hasilkan vaksin. Vaksin ini bukannya mudah. Bukan kena buat kerusi meja. Vaksin ini adalah biological product dan bukanya hendak bagi kepada kucing ke apa. Hendak bagi kepada manusia. It’s a clinical trial. Itu antara yang disebutkan tadi. Jadi, ini semua Tuan Yang di-Pertua, memerlukan. Yes, saya setuju yang strategik pandemik preparedness dengan syarikat tetapi jangan lupa bakal modal insan, pelajar-pelajar kita perlulah dipersiapkan daripada sekarang. Bukannya secara tiba-tiba itu. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, hari ini keputusan SPM telah diumumkan. Jadi, saya mengucapkan setinggi tahniah kepada semua guru, pelajar dan juga ibu bapa yang telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan kejayaan SPM seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Bismillahi Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan Sungai Petani peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan membahaskan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 pada hari ini. Saya ingin mengatakan bahawa ini merupakan satu perbahasan yang amat penting untuk kita semua. Selama dua tahun rakyat Malaysia telah berkurung dan dalam keadaan terkontang-kanting dan ketika itu— ketika keadaan politik di Malaysia tidak menentu dan krisis ekonomi sedang melanda tetapi rakyat Malaysia terpaksa untuk menghadapi era pandemik ini.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Sekalung penghargaan dan tahniah ingin saya rakamkan di dalam Dewan yang mulia ini khususnya kepada semua frontliners dan penjawat awam dan seluruh masyarakat yang telah bersama-sama berganding bahu bertungkus-lumus untuk mengeluarkan kita dari era pandemik COVID-19 ini. Saya berharap supaya kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk menjaga kebajikan frontliners ini supaya sehingga kini kebajikan mereka akan terjamin. Tuan Yang di-Pertua, ketika kita lega dalam keadaan kita telah keluar daripada era COVID-19 ini, kita mungkin lega dari sudut kesihatan awam. Akan tetapi kita mungkin tidak lega dan kita akan khuatir ketika kita melihat dari sudut polisi awam. Hal ini saya ingin mengatakan kerana kita melihat tentang perolehan vaksin itu sendiri. Itulah topik yang kita akan bahaskan pada hari ini. Malah antara sebab utama Kertas Putih ini dibentangkan adalah kerana terdapat laporan yang mungkin berlakunya ketirisan dalam perolehan vaksin ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa antara isu yang hangat dibangkitkan adalah tentang jumlah perolehan dan status pemberian vaksin. Apabila kedua-dua elemen ini tidak seimbang, maka kita akan melihat bahawa ini akan membawa ke arah suatu pembaziran yang melibatkan dana awam dan wang negara Malaysia. Ada laporan yang mengatakan bahawa terdapat 6 juta dos vaksin luput begitu sahaja tanpa digunakan dan keseluruhan kerugian daripada hal tersebut, kerajaan terpaksa menanggung sekitar RM360 juta yang mana RM360 juta itu sepatutnya dan sebolehnya dibelanjakan untuk kepentingan kesihatan awam yang lain. Di sini saya ingin menekankan juga bahawa kerajaan dan wakil kerajaan yang memesan vaksin sehingga berlebihan ini perlu menjawab persoalan besar tentang pelupusan ini. Dari sudut pembaziran, kita tidak mahu ada lagi insiden pembaziran seperti yang berlaku dengan pembelian ventilator, contohnya. Yang mana sepatutnya pembelian itu memberikan manfaat kepada rakyat, kepada kesihatan awam tetapi ia tidak memberikan apa-apa manfaat dan bahkan itu merugikan. Kita bicara mengenai kesihatan dan nyawa manusia yang mengakibatkan banyaknya korban-korban nyawa di negara kita. Jadi, ini perlulah diambil kira oleh kerajaan Malaysia. Vaksin yang tidak terpakai ini juga melibatkan soal ketelusan. Adakah ada pihak yang sengaja memesan lebihan dos vaksin tanpa melihat kepada trend sambutan sehingga wujud ketidakpadanan permintaan dan pembelian vaksin. Saya mempersoalkan hal ini kerana sepanjang kita menghadapi COVID-19, kita sering mengatakan bahawa perlu adanya data-driven approach yang mana data ini adalah sangat-sangat penting. Namun, apabila kita melihat daripada segi kepadanan perolehan ini dan permintaan vaksin, saya melihat seolah-olah tidak ada satu database yang boleh dijadikan panduan. Tuan Yang di-Pertua, trend bagi dos penggalak adalah agak merisaukan. Kertas Putih ini sendiri menyatakan bahawa bagi dos penggalak kedua hanya 3.3 peratus sahaja dari unjuran kerajaan bagi orang dewasa yang menerima dos penggalak berbanding 60 persen yang diunjurkan. Bagi kategori remaja, hanya 2.4 peratus dari 60 peratus yang diunjurkan telah menerima dos penggalak pertama. Bagi kanak-kanak, dos primer juga tidak mencapai sasaran di mana hanya 46.8 peratus sahaja dari 80 peratus yang menerima suntikan dos primer. Saya ingin bertanya kepada kerajaan. Apakah langkah kerajaan untuk menangani hal tersebut? Saya berdasarkan trend dan pengenalpastian faktor-faktor yang menyebabkan pengambilan vaksin ini menjadi semakin rendah seiring fasa-fasa pemberian vaksin. Kerajaan sudah boleh membuat keputusan inform decision sekiranya perlu menambahkan lagi perolehan vaksin. Sepatutnya data ini juga diambil dalam perolehan vaksin untuk mengelakkan terjadinya pembaziran baik dari sudut jumlah vaksin yang perlu dilupuskan dan kos yang menelan sehingga kos jutaan ringgit. Saya menyokong penuh sekiranya satu inquiry yang lebih lanjut diadakan oleh PAC untuk meneliti perkara ini. Dalam masa yang sama sekiranya ada keperluan untuk satu siasatan besar diadakan, kita serahkan kepada pihak berwajib untuk laksanakan. Wang yang digunakan untuk perolehan ini adalah wang rakyat dan seharusnya rakyat

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

mengetahui apakah dan ke manakah wang ini dibelanjakan dan rakyat perlu tahu bagaimanakah wang ini dibelanjakan dan diuruskan dengan sebaik mungkin. Ada juga laporan yang mengatakan bahawa harga vaksin di Malaysia mungkin lebih tinggi berbanding perolehan yang didapatkan di negara luar. Kita perlu lihat bahawa meskipun dalam keadaan darurat, perolehan vaksin ini perlulah terbuka dan secara telus dan dibentangkan secara transparensi itu harus jelas.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Untuk ke depannya lagi— untuk ketika kita akan mengalami mungkin selepas ini pandemik yang lain, kita harus melihat bahawa bagaimanakah kerajaan ingin untuk mengubah stigma masyarakat kalau kita melihat ketika pemberian vaksin kerajaan mengalami satu kekangan ketika ada golongan antivaksin. Ada golongan yang menyebarkan fake news tentang kononnya ada kesan sampingan sehingga menyebabkan sejumlah masyarakat yang besar tidak mahu untuk mengambil vaksin dan pada akhirnya akan merugikan kesihatan awam dan hal ini harus menjadi panduan dan menjadi— kerajaan harus mengadakan satu backup plan supaya ke depannya nanti jika berlaku pandemik, maka stigma masyarakat ini perlu di ubah dan tidak kita perlu siap siaga dengan golongan-golongan yang anti vaksin dan cuba untuk menyebarkan fake news ini. Sekali lagi pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh warga Malaysia yang terlibat menjadi korban mangsa COVID-19 sehingga meragut nyawa yang cukup banyak dan sekali lagi sekalung tahniah kepada semua baik daripada kerajaan atau daripada masyarakat dan rakyat sendiri yang telah bersama-sama berganding bahu untuk mengeluarkan kita daripada krisis kesihatan awam pandemik COVID-19. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan untuk membahaskan kertas putih pengurusan perolehan vaksin COVID-19 dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Saya kira ini satu peluang untuk kita berbincang dari sudut penambahbaikan perolehan yang akan diguna pakai pada masa hadapan. Walau bagaimanapun perbelanjaan telah dibuat. Jadi kita sangat-sangat berharap kepada PAC yang dahulu dan yang sekarang sekiranya kalau ada salah laku, salah urus tadbir, salah guna ataupun berlaku seperti mana perolehan langgar standard operating procedure ke apa— sila, kita menyokong tindakan supaya diambil. Kita tidak ada kompromi dengan salah laku sebegini, Insya-Allah. Saya hendak sebut di sini pandemik COVID-19 yang melanda dunia bermula pada akhir 2019 adalah satu kejadian yang di luar jangkaan di mana tiada pihak yang bersedia dari segi semua aspek untuk berhadapan dengannya. Oleh demikian pada masa itu dengan izin desperate times call for desperate measures. Kerajaan perlu mencari jalan keluar dengan segera. Oleh sebab itu apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong kita mengambil masa 60 hari hendak banding dengan Singapura. Saya hendak tanya kerajaan, adakah pada ketika itu Singapura perlu menandatangani NDA termasuk Switzerland sebab itu mereka boleh buat keputusan sebab dalam bab vaksin COVID-19 ini adalah perkara baharu yang pertama sehingga dia punya vaksin pun tidak dapat lagi mana-mana negara untuk kita berdepan melawan COVID-19 ini. Semua— seluruh dunia. Jadi apabila macam itu ada sesetengah negara tidak menandatangani satu perjanjian yang boleh mengesahkan sebab mereka melihat rakyat mereka setiap hari sedang berhadapan dengan kematian dan sebagainya sehingga saya, keluarga saya pun

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

ada yang terlibat apabila berlaku kematian kita hendak ziarah pun tidak boleh. Tuan Yang di-Pertua ingat tidak kita dahulu ada beberapa orang Ahli Parlimen kita terpaksa kena pakai— apa dia panggil...

Tuan Yang di-Pertua

PPE.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

PPE, tengok macam jerangkung sampai kita pun tidak berani rapat suasana ketika itu sangat genting. Jadi itu yang saya sebut tadi. Kerajaan manakah, Sheraton kah, apakah kalau berhadapan dengan kali pertama ini, mereka terpaksa berdepan dengan satu perkara yang tidak pernah berlaku yang sampai ada yang Spanish flu— jadi Spanish fly lah apa semua, [Ketawa] sampai macam itu sebab benda baharu. Itu orang yang terlibat dalam bidang perubatan. Jadi yang ini kita pertimbangkan, janganlah kita melihat dari sudut yang kita tidak suka dekat dia ini— sebut Yang Berhormat Pagoh yang mengetuai kerajaan pada ketika itu, tidak suka tetapi kita hanya melihat dari segi negatif. Bagaimana tindakan kerajaan speed up the proses, expedite dengan izin. Bagaimana kita hendak menyelamatkan nyawa rakyat. Itu yang sedang kita fikir. Jadi saya pada ketika itu salah seorang yang terlibat dalam Ahli Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara. Okey lepas pada itu kalau ada salah laku sila ambil tindakan. Kita tidak ada kompromi dalam bab-bab macam ini. Jadi kalau kita tengok pada keadaan itu...

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sila.

Sikit, sikit. Saya buka mask. Kalau kita lihat perkara ini sebenarnya telah dirujuk kepada PAC bukan dan telah dibentangkan pada tahun 2021 di Parlimen masa itu saya belum ada. Jadi telah dirumuskan kalau kita tengok rumusan daripada PAC— urusan perolehan vaksin telah dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan MOF. Bermakna pihak PAC telah bersetuju bahawa perolehan vaksin ini diperoleh secara teratur dan mengikut tatacara kewangan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih Yang Berhormat Besut.

Dan ada koordinasi antara MOSTI, KKM, MOF dan lain-lain.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Masa saya ada sedikit sahaja. Terima kasih.

Jadi tidak ada salah laku sebenarnya kalau mengikut rumusan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sebenarnya saya pun sudah buat catatan supaya benda ini dijawab oleh PAC yang pada masa itu oleh Yang Berhormat Taiping menjadi pengerusi. Terdapatkah prosedur perolehan ketika COVID-19 itu tidak mengikut prosedur? Itu soalan. Kedua, dokumen perjanjian didedahkan kepada PAC atau tidak? Ini perlu dijawab sebab dokumen perjanjian ini penting dibangkitkan tadi oleh rakan-rakan kita yang dahulu. Adakah dokumen costing itu sendiri didedahkan kepada PAC pada masa membuat siasatan. Jadi saya hendak minta kerajaan menjawab sebab apa yang ada dahulu sekarang ada di sebelah sana pun ada dan sebelah sini pun ada. Saya salah seorang daripada Majlis Keselamatan Negara pada ketika itu dan kita rujuk kepada Peguam Negara. Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara ada pakar-pakar perubatan yang kita panggil untuk mendapat nasihat daripada segi perubatan. Begitu juga dengan Peguam Negara juga menjadi salah seorang daripada— Ketua Polis Negara ada dalam itu yang mana Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga yang memberi komenya benda yang tidak kena

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

dengan keras. Beliau memberi komen kalau benda yang tidak bersetuju. Ini pengalaman kita saya duduk dalam Majlis Keselamatan Negara ketika itu. Jadi kita hendak berkongsi maknanya perolehan juga diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk hendak lulus. Apabila disebut begini, begini sebab itu kita tengok dalam rujukan yang saya sebut tadi memang dalam pengetahuan MOF dan MOF lah yang meluluskan Belanjawan pada ketika itu untuk membeli vaksin COVID-19 ini. Sekarang boleh rujuk boleh disahkan oleh Menteri Kewangan dahulu yang sekarang duduk dengan sebelah sana sebagai kerajaan. Jadi oleh sebab itu rumusan dalam PAC ini urusan perolehan telah dilaksanakan bagi kita mengikut tata cara kewangan. Yalah benda hendak berlaku ini hang buatlah undang-undang mana pun. Cuma undang-undang Allah SWT yang tepat. Kalau undang-undang manusia ini dia mesti ada kelemahan sebab itu dia timbul perasaan negatif apabila sesuatu perkara yang kita buat ini menjadi kita hilang kepercayaan— sebab negara kita ini sudah 60 tahun tradisionalnya yang diuruskan oleh mereka-mereka terdahulu— ialah Yang Berhormat Jelutong pun tahulah. Jadi saya hendak sebut pun saya jadi— tetapi inilah yang telah menyerap dalam pemikiran kita, negara kita ini kalau tidak ada rasuah bukan Malaysia ini saya sebut. Inilah yang menyebabkan kita selalu feel negative to the current government of the day termasuk kami pun sekarang pun macam tu sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu datang daripada UMNO juga dahulu bukan masalah rasuah tetapi masalah lain yang dikenakan terhadap beliau sebab against the current government of the day pada ketika itu. Dia tidak peduli ini yang kita kena fikir. Ini kita hendak kena bina balik reformasi bahawa kita insya-Allah kami akan bersama memerangi rasuah tetapi bukan bab personal bab apa semua tidak. Rasuah kita akan sokong sebab kita pun tidak setuju negara hancur kerana rasuah. Jadi kalau siapa-siapa yang terlibat sila ambil tindakan tetapi biarlah janganlah kita korek sana tidak bukti kita hendak bagi pun tidak kenalah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Biarlah kita tumpu dahulu pemulihan ekonomi dan akhirnya COVID-19 ini pun kita sudah selesai. Oleh sebab itu, PAC juga berpuas hati dengan harga perolehan vaksin. Ini PAC ini. Dalam ini kita tengok laporan PAC. PAC berpuas hati. Yang Berhormat Taiping pada ketika itu menjadi Pengerusi. Ini dalam sini saya sudah semak, “PAC juga berpuas hati dengan harga perolehan vaksin dari pelbagai portfolio oleh kerajaan adalah munasabah. Selain daripada koordinasi antara kementerian dan agensi dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Namun disebabkan sumber kewangan yang terhad, kerajaan tidak mampu untuk meletakkan wang tempahan pada ketika itu, strategic bet dipanggil, kepada syarikat-syarikat pengeluar untuk tempahan awal tanpa maklumat klinikal”. Dengar itu Yang Berhormat Jelutong. Pasal apa berlaku 60 hari itu. Kita kekurangan kewangan. Jadi, saya duduk dalam keselamatan negara. Hendak saya bangkitlah. You bangkit, [Ketawa] 60 hari. Ini presiden yang cukup baik kepada pihak kerajaan untuk bertindak di mana satu dana atau tabung khas perlu diwujudkan sebagai persediaan dalam menghadapi sebarang bencana COVID-19. Ini pengajaran untuk kita Tuan Yang di-Pertua. Kita tubuh daripada sekarang, satu tabung khas apabila kita di bala. Ini balalah COVID-19 ini bagi kita bala. Tidak pernah berlaku, di bala. Kita menerima bala dan insya-Allah, kalau ada tabung persediaan awal ini cepat kita buat proses untuk kita menyelesaikan masalah rakyat yang menerima akibat kesan daripada bala ini. Oleh sebab dalam – wabak ini dalam Islam pun pernah berlaku di Madinah pada ketika pemerintahan Sayidina Omar. Berlaku wabak taun sehingga keputusan kerajaan yang pada ketika itu undang-undang yang berjalan pada masa itu ditangguh sat. Orang yang ada dalam Madinah pada ketika itu tidak dibenarkan keluar dari Kota Madinah dan orang luar dari Kota Madinah tidak dibenarkan masuk ke dalam Kota Madinah selama dua tahun. Dua tahun, bukan masa yang singkat. Lama.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kita pun dulu kena berjauhan dengan isteri merasa, Allah, tidak ada sudah dunia ini. Apabila dengar kematian keluarga, hendak balik tengok pun tidak boleh. Inilah satu perasaan. Jadi insya-Allah, kalau ada salah laku saya tidak mahu sebut. Oleh sebab banyak ucapan saya lagi, ada dua muka surat. Akan tetapi saya dok berletiaq kot lain banyak sangat. Jadi, tertinggal ucapan saya. Cuma kita hendak ambil pengajaran dari sini Tuan Yang di-Pertua. Tadi kawan saya tadi dia buat tiga minit sahaja daripada 10 minit. Tujuh minit itu, saya ambil sikit noh. Minta perhatian Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Oleh sebab ini rakyat kita semua.

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak apa, tidak apa. Kejap. Seterusnya kita tengok, pada ketika itu nyawa adalah lebih penting daripada yang penting, – semua penting tetapi nyawa adalah penting. Oleh sebab tidak ada ganti. Perkara lain boleh ganti. Seterusnya, kita tengok adakah laporan yang menyatakan lebihan RM6 juta yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, sepatutnya ingat Yang Berhormat Sungai Petani boleh dapat daripada KKM. Dapat fakta-fakta itu. Tidak payah ini bangkit. Kalau ada salah laku terus kita – kenapa berlaku lebihan. Saya setujulah. Saya benda- benda macam ini. Adakah satu unjuran dibuat pada ketika itu untuk ada benda hide ataupun hidden agenda atau apa semua? Jadi kita tengok yang itu. Jadi, kita pergi secara spesifik, satu-satu. Insya-Allah, kita akan dapat kesan. Saya ada sikit pengalaman dalam forensic auditing. Audit ini. Jadi, kita boleh dapat kesan kalau ada benda-benda yang hide di situ yang boleh kita kesan. Saya ingat di situ sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih. Oleh yang demikian saya berpendapat negara kita juga perlu ada satu entiti – last lah ini – yang seumpama Pfizer-BioNTech, AstraZeneca ataupun Sinovac ataupun beberapa lagi yang disebut tadi ini. Dalam konteks ini, apakah perancangan bagi kita menghadapi masa depan sekiranya berlaku apa-apa wabak yang di mana kita perlu melihat pada kegiatan research and development dalam bidang pharmaceutical, farmasilah dalam agensi kerajaan dan pada masa yang sama menggalakkan sektor swasta untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor terbabit. Saya rasa di Malaysia ini kita ada kepakaran dalam bidang farmasi. Hebat doktor- doktor kita. Pakar-pakar perubatan makmal kimia pun termasuk seorang di sini Doktor Zul dari Kuala Selangor. Dia pun seorang pakar, racun-racun inilah. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Wassalamualaikum. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas ataupun membincangkan cadangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, setelah mendengar dan meneliti cadangan Yang Berhormat Menteri termasuk juga Kertas Putih yang dibentangkan, saya rasa saya secara peribadi boleh menerimanya daripada segi principle. Tuan Yang di-Pertua, kita semua telah sedia maklum kerana kita telah bersama- sama melalui keadaan atau dunia yang telah dilanda wabak pandemik penyakit COVID- 19. Malaysia tidak dikecualikan apabila wabak virus COVID-19 pertama kali dikesan di negara ini. Kalau tidak silap saya, pada 25 Januari 2020. Setakat April 2023, saya dimaklumkan sebanyak 5,066,877 kes yang disahkan. Daripada angka tersebut, lebih kurang 37,000 adalah kes kematian. Sehingga 17 Mac 2023, lebih daripada 84.3 peratus rakyat Malaysia telah melengkapkan vaksin primer 55 juta dos dan 49.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos penggalak iaitu 16.3 juta dos. Bagi saya, penularan pandemik tersebut merupakan suatu fenomena dan telah melanda dunia termasuk Malaysia dengan cepat dan agresif ketika itu yang menyebabkan

negara agak sedikit terdesak dan tertekan serta sedikit kucar-kacir pada mulanya. Namun negara kita terutamanya pihak Kementerian Kesihatan, kementerian-kementerian berkenaan termasuk frontliner telah dapat mengendalikan tugas dan tanggungjawab dengan baik walaupun dalam keadaan perkhidmatan dan fasiliti kesihatan ketika itu di tahap maksimum dan boleh dikatakan exhausted, dengan izin. Secara peribadi, saya amat bersyukur sebab semasa pandemik kehidupan kita seperti telur di hujung tanduk, ketakutan dan sebagainya. Bayangkan dalam keadaan yang amat menekan dan kritikal, tentu sekali keutamaan adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat. Oleh yang demikian, saya amat berterima kasih dan bersyukur bahawa Malaysia ketika itu berjaya memperoleh vaksin dengan segera jika dibandingkan dengan negara-negara lain bagi mencegah COVID-19 terus menular. Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak silap saya negara kita Malaysia merupakan one of the firsts membuat tempahan vaksin Pfizer ketika itu. Dalam keadaan tersebut, saya percaya menjadi penyebab harga vaksin agak tinggi. Namun dalam keadaan tersebut, seperti yang saya katakan tadi, hidup seperti telur di hujung tanduk dan harga nyawa manusia lebih penting daripada nilai wang ringgit. Namun apa-apa pun saya secara peribadi sekali lagi amat bersyukur dengan inisiatif Malaysia yang saya anggap bertindak proaktif demi rakyat dalam keadaan life and death ketika itu. Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu saya ingin juga bertanya berkenaan beberapa perkara yang saya rasa wajar diberi penjelasan dan penerangan oleh pihak kementerian berkenaan dengan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Pertanyaan saya adalah seperti berikut. Pertamanya, berkenaan Program Vaksinasi COVID-19, adakah ia akan diteruskan? Bagaimana pula dengan baki yang sedia ada? Keduanya, selain melakukan program vaksinasi kepada Malaysia, adakah kerajaan kita menyumbang kepada third world countries ataupun negara dunia ketiga? Seterusnya...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya hendak bagi Yang Berhormat peluang berucap Monday ini. Boleh atau tidak hari Isnin ini?

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang jam 5.30.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi Yang Berhormat boleh buat research lagi, tambah lagi, saya bagi masa lagi.

Okey, okey. Tambah masa, bolehlah.

Tuan Yang di-Pertua

...dan kita sambung. Baik Yang Berhormat.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 12 Jun 2023 dengan Yang Berhormat Sri Aman mendapat tambahan masa. Baik, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Di luar sana hujan lebat, berawas-awas memandu. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Peruntukan Menyelenggara Dan Membaik Pulih Rumah Ibadat Selain Islam (Risi)Special Chamber

Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Kepercayaan dan agama adalah perkara yang amat penting bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tempat atau rumah ibadat supaya rumah ibadat berada dalam keadaan selamat dan selesa merupakan perkara yang penting dalam kehidupan harian masyarakat kita.

Oleh itu, kerajaan seharusnya memastikan semua penganut agama tanpa mengira agama dan kaum menerima hak dan layanan yang sama rata daripada segi peruntukan yang adil agar keharmonian masyarakat majmuk terpelihara.

Seperti mana yang dinyatakan dalam Belanjawan 2023, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggarakan dan membaik pulih Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) di seluruh negara, tertakluk kepada kelulusan belanjawan daripada Parlimen. Ini termasuk ratusan rumah ibadat Cina, Kristian dan Hindu. Kebanyakan rumah ibadat ini memerlukan bantuan kewangan dengan segera untuk kerja pembaikan.

Walau bagaimanapun, perincian peruntukan kepada rumah ibadat selain Islam masih tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2023. Soalan saya:

(i) apakah prinsip atau terdapat prosedur tertentu yang digariskan pihak kerajaan dan kementerian dalam pengagihan peruntukan kepada RISI yang layak mendapat bantuan kewangan?;

(ii) adakah pihak kementerian mempertimbangkan cadangan untuk menginstitusikan peruntukan tambahan kepada RISI secara tahunan?;

(iii) sejauh manakah kerjasama di antara Kerajaan Pusat melalui pihak kementerian dan kerajaan negeri dalam membantu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan RISI terutamanya yang berusia 50 tahun ke atas?;

(iv) adakah pihak kementerian berhasrat untuk menyediakan inisiatif kepada RISI bersempena upacara dan perayaan agama atau budaya yang penting seperti perarakan Wesak, Chingay, Thaipusam, Gawai, Perahu Naga, dan yang seumpama dengannya?

Sekian, terima kasih.

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ayer Hitam telah membangkitkan empat persoalan mengenai Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) atau terma terkini yang diguna pakai adalah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Bagi persoalan yang pertama, untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Inisiatif Belanjawan 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

(KPKT) telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan inisiatif penyelenggaraan RIBI mulai April tahun 2023 sebanyak RM50 juta.

Pada masa kini, Kementerian Kewangan (MOF) telah memuktamadkan Garis Panduan Permohonan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam 2023 pada 29 Mei 2023 dan tambahan skop pada 2 Jun 2023. Prinsip yang digunakan untuk tujuan pengagihan peruntukan kepada RIBI yang layak adalah pematuhan kepada syarat-syarat berikut:

(i) RIBI hendaklah merupakan satu organisasi yang berdaftar secara sah sama ada di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya;

(ii) RIBI mempunyai dokumen status tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Tanah iaitu geran tanah atau dokumen status pemilikan tanah; dan

(iii) Permohonan daripada RIBI perlu mematuhi skop kerja yang dinyatakan dalam borang permohonan seperti pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan dengan kadar nilai tidak melebihi RM250,000.00 bagi satu RIBI. Selain itu, pihak RIBI perlu memastikan permohonan skop kerja tersebut belum pernah dimohon dan tidak bertindih dengan mana-mana agensi lain.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mana-mana RIBI yang berhasrat untuk memohon bantuan di bawah inisiatif ini boleh melayari laman web KPKT bagi mendapatkan dokumen Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan Senarai Semak. Semua permohonan yang diterima akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Taskforce Inisiatif Penyelenggaraan RIBI KPKT yang akan bersidang secara bersiri.

Buat masa ini, tanggungjawab yang diberikan kepada KPKT adalah di bawah Inisiatif Belanjawan 2023 iaitu untuk menyelaraskan peruntukan RM50 juta bagi inisiatif penyelenggaraan RIBI tahun 2023. Justeru, pelaksanaan inisiatif ini dan peruntukan tambahan bagi tahun 2024 dan seterusnya adalah tertakluk kepada hala tuju dan keputusan Kerajaan kelak.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPKT berurusan secara terus dengan organisasi RIBI yang membuat permohonan di bawah inisiatif penyelenggaraan RIBI ini. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MOF akan diproses ke peringkat seterusnya tanpa mengambil kira usia bangunan RIBI.

Selain itu, bagi RIBI berusia lebih 50 tahun, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, objektif inisiatif RIBI ini adalah untuk meringankan beban kewangan pihak pengurusan RIBI dalam menanggung kos- kos pembaikan, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan di rumah-rumah ibadat bukan Islam masing-masing. Inisiatif atau bantuan kewangan berhubung upacara dan perayaan agama atau budaya tertentu adalah di luar skop Inisiatif Belanjawan 2023 KPKT.

Namun, di bawah Kementerian Perpaduan Negara telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta dalam belanjawan tahun 2023 bagi pelaksanaan pelbagai program antaranya ‘Kembara Perpaduan Malaysia Madani’ dan ‘Ini Warisan Kita’.

Program-program ini akan melibatkan pelbagai aktiviti perpaduan dan integrasi sosial antara komuniti seperti liga sukan perpaduan, pertandingan kebudayaan, fiesta perayaan dan cita rasa menu masyarakat Malaysia yang melibatkan semua kaum dan agama di seluruh negara termasuklah bukan Islam. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Banjir Tahunan Dan Perubahan Iklim Di Negeri JohorSpecial Chamber

Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, seperti kita sedia maklum, negara kita kembali dihujani dengan episod banjir khasnya di negeri Johor ibarat bencana yang terpaksa kita hadapi saban tahun.

Saya mengamati data yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) baru-baru ini bahawa hujan lebat yang direkodkan di Stesen Air Panas, Segamat dalam tempoh bermula 28 Februari hingga 3 Mac sebanyak 731 milimeter adalah tertinggi yang pernah dicerap jika dibandingkan dengan rekod hujan bulanan tertinggi pada Disember 1991 dan Disember 2006.

Malah, Stesen Hujan Empangan Bekok yang berada di kawasan saya pula mencatatkan bacaan kumulatif hujan sebanyak 322mm hujan dalam tempoh 24 jam pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas dan taburan hujan yang tinggi tersebut telah menyebabkan pelepasan air dengan mengakibatkan kawasan seperti Pekan Yong Peng, Ladang Chaah, Jalan Yong Peng-Segamat, Kampung Haji Kamisan dan Sungai Temehil terkesan dengan begitu teruk sekali.

Oleh yang demikian, saya merasakan sudah tiba masanya di bawah Kerajaan Perpaduan, isu perubahan iklim di negara ini memerlukan reformasi dasar secara menyeluruh bagi membendung atau mengurangkan bencana banjir ini daripada terus menjejaskan infrastruktur, merencatkan usaha pembangunan serta memberi implikasi buruk kepada mata pencarian rakyat.

Justeru, saya ingin membangkitkan pertanyaan-pertanyaan berikut untuk pencerahan dari pihak kementerian:

(i) apakah kesediaan pihak kementerian untuk melihat dan menghalusi semula beberapa Standard Operating Procedure (SOP) yang terdapat dalam Manual Operation and Maintainance (O&M) dan juga struktur

(designation) bagi setiap empangan yang terdapat di Malaysia khususnya di negeri Johor?;

(ii) apakah pihak kementerian akan mengkaji semula fungsi empangan untuk menampung fungsi yang lebih besar dan seterusnya menghindar daripada pelepasan air yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan tanaman yang ditenggelami air?;

(iii) sejauh manakah pihak kementerian bersetuju peningkatan gas rumah hijau dan kekurangan langkah tebatan banjir merupakan antara faktor pendorong mengapa banjir besar kerap berlaku di negeri Johor ini dan apakah pelan mitigasi dan adaptasi berkeupayaan untuk mengawal faktor pendorong ini?; dan

(iv) apakah bentuk reformasi dasar yang akan dilaksanakan pihak kementerian untuk membuktikan kesungguhan dan keseriusan Kerajaan Perpaduan terhadap isu perubahan iklim di Malaysia secara jangka masa pendek, sederhana dan panjang?

Sekian, terima kasih.

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

Pertamanya, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Ayer Hitam dengan isu banjir dan perubahan iklim yang melanda kini. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) empangan-empangan di seluruh Semenanjung Malaysia di bawah seliaannya

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

bagi memastikan operasi berjalan lancar. Pengemaskinian ini termasuklah empangan-empangan negeri Johor.

JPS masih lagi menganalisis rekod hujan lebat Stesen Hujan Empangan Bekok bagi memastikan tahap takungan empangan masih dapat menampung air dan tidak mendatangkan risiko banjir di kawasan hilir. Sehubungan itu, SOP pelepasan air empangan Bekok akan dikaji semula bagi mengimbangi keperluan perlindungan banjir dan simpanan air untuk disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA) Bekok.

Pada masa ini, empangan-empangan di Johor seperti Empangan Bekok, Empangan Sembrong dan Empangan Machap berfungsi sebagai empangan tebatan banjir dan sumber air untuk LRA berdekatan. Empangan Bekok telah pun dinaiktarafkan kapasitinya daripada 32 juta meter padu air kepada 70 juta meter padu pada tahun 2022 bagi memenuhi permintaan air domestik.

JPS sedang menyediakan dokumen cadangan projek menaik taraf keselamatan empangan untuk memperkukuhkan struktur dan fasiliti Empangan Sembrong dan kajian pelan pengurusan kawasan tadahan Empangan Machap yang dijangka siap pada September 2023 dengan kos RM 495 ribu. Dengan terlaksananya projek dan kajian ini kelak, SOP pengoperasian empangan- empangan berkaitan dapat ditambah baik bagi memastikan risiko banjir besar di kawasan hilir empangan akibat pelepasan air dapat dikurangkan.

Seterusnya berkaitan dengan perubahan iklim dan kejadian banjir di Johor.

Menurut Laporan Komunikasi Kebangsaan Ketiga (NC3) tahun 2018, negara mengalami tiga impak perubahan iklim yang utama akibat melalui peningkatan kekerapan banjir dan cuaca lebih ekstrem, keadaan cuaca panas melampau dan kemarau yang lebih panjang serta peningkatan aras laut.

Unjuran perubahan iklim turut dimuatkan sebagai lampiran kepada Nationally Determined Contributions (NDC) yang telah dikemas kini pada tahun 2021, kenaikan suhu purata dianggarkan dari 1.9 hingga 2.1 darjah celsius pada penghujung abad ini. Ini menyumbang kepada peningkatan purata taburan hujan di antara 14 hingga 25 peratus. Kenaikan aras laut pula dijangka mencecah 0.73 meter dalam tempoh yang sama.

Perubahan iklim ini semestinya akan turut mempengaruhi peningkatan kejadian banjir di Johor. Tiga buah lembangan sungai di negeri Johor iaitu Lembangan Batu Pahat, Muar dan Johor akan mengalami peningkatan average mean flow dan kawasan yang terdedah dengan risiko banjir di lembangan- lembangan ini akan meningkat.

Namun begitu, faktor penyumbang kepada kejadian banjir tidak terhad kepada perubahan iklim semata-mata. Untuk makluman YB, adaptasi perubahan iklim ini memerlukan perancangan jangka panjang sehingga tahun 2100.

Perancangan tebatan banjir pada ketika ini adalah berdasar kepada keperluan dan rekod kejadian banjir di sesebuah negeri. Kerajaan telah mengambil kira faktor perubahan iklim dalam reka bentuk infrastruktur tebatan banjir untuk meningkatkan average recurrence interval dari 100 tahun kepada 200 tahun.

Untuk negeri Johor, kerajaan merancang untuk melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di bawah Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia ke-12 tahun 2023 dengan kos RM69.2 juta iaitu RTB Sungai Batu Pahat, Lembangan Sungai Muar Fasa 2, Sungai Pemandi, Kota Tinggi dan Lembangan Sungai Kesang.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Untuk strategi jangka panjang untuk perubahan iklim pula, Kementerian sedang dalam proses membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) untuk menangani impak perubahan iklim bagi lima sektor utama iaitu:

(i) Keselamatan air dan sumber air (Water security and water resources);

(ii) Pertanian dan keselamatan makanan (Agriculture and food security);

(iii) Infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandar raya (Infrastructure, energy and built environment include cities);

(iv) Perhutanan dan Biodiversiti (Forestry and biodiversity); dan

(v) Kesihatan awam (Public health).

Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Jalan Persekutuan Yang Rosak Dalam Kawasan Parlimen Bagan SeraiSpecial Chamber

Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai, saya telah menerima banyak aduan daripada masyarakat setempat, tentang kerosakan yang teruk bagi dua jalan utama yang diklasifikasikan sebagai Jalan Persekutuan.

Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Ipoh-Butterworth iaitu Jalan Persekutuan FT 001 di seksyen 687.00-720.353, dan Jalan Alor Pongsu iaitu Jalan Persekutuan FT 147 di seksyen 0.00-19.046.

Antara kerosakan yang berlaku adalah jalan beralun, berlubang, merekah dan mendap di sepanjang jalan tersebut. Selain daripada itu, garisan putih tandaan jalan yang pudar, keluasan jalan yang kecil serta ketiadaan bahu jalan menjadikan jalan tersebut berbahaya kepada pengguna.

Pihak kami telah berbincang dengan JKR Kerian dalam satu sesi libat urus tentang masalah ini, dan pihak mereka menyatakan antara solusi yang diambil bagi aduan yang diterima adalah menampal dan menutup jalan yang bermasalah.

Bagi pihak kami, ini adalah solusi jangka pendek dan menyebabkan masalah ini akan sentiasa berulang.

Adakah pihak kementerian mempunyai rancangan yang khusus dan jangka panjang untuk mengatasi masalah kekerapan kerosakan jalan raya, seterusnya meningkatkan kualiti jalan raya di Malaysia.

Jika ada, apakah inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan? Saya berharap agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian yang khusus dan peruntukan yang sewajarnya, bagi menyelenggarakan Jalan-jalan Persekutuan terutamanya jalan yang melebihi jangka hayat dalam Parlimen Bagan Serai.

Sekian, terima kasih.

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah melaksanakan dua langkah iaitu penyelesaian jangka pendek dan penyelesaian jangka panjang. Bagi penyelesaian jangka pendek adalah seperti memperelok permukaan jalan, penampalan pothole dan kerja-kerja pembaikan kerosakan kecil yang dilaksanakan di bawah skop penyenggaraan rutin.

Antara tujuan kementerian melaksanakan penyelesaian jangka masa pendek ini adalah bagi memastikan jalan raya sentiasa berfungsi dan selamat digunakan sementara menunggu ketersediaan peruntukan dan kemampuan kewangan semasa dari Agensi Pusat bagi menaik taraf jalan berkenaan berdasarkan kepada permohonan yang telah diterima daripada kerajaan negeri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Parlimen Bagan Serai Jalan Persekutuan yang terlibat adalah laluan FT 001 Jalan Ipoh-Butterworth di seksyen 687.00 - 720.353, FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak atau Jalan Alor Pongsu di seksyen 0.00-19.046 sepanjang 52.3 kilometer yang disenggarakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021 hingga 2022 Kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dan RM 200,000 di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK) di laluan- laluan yang dimaklumkan di atas.

Kerja-kerja penyenggaraan tersebut melibatkan dua bilangan kerja berkala pavemen dan satu bilangan kerja berkala bukan pavemen. Bagi kelulusan sehingga Mei 2023, kementerian ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,572,000 bagi melaksanakan kerja-kerja berkala pavemen di Laluan Persekutuan FT01 dan FT147 di kawasan Parlimen Bagan Serai dan kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2023.

Bagi mengatasi masalah garisan putih tandaan jalan yang pudar, kementerian ini telah meluluskan peruntukan di bawah Program Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen iaitu kerja-kerja mengecat garisan jalan sebanyak RM100,000 di laluan Persekutuan FT01 Jalan Ipoh-Butterworth di seksyen 687.00-720.353 dan kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2023.

Bagi lokasi aduan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat di FT 001 Jalan Ipoh-Butterworth dan FT147 Jalan Alor Pongsu yang melibatkan kerosakan iaitu jalan beralun, berlubang, merekah dan mendap di sepanjang jalan tersebut, beberapa tindakan segera telah diambil oleh konsesi Jalan Persekutuan sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek.

Antara langkah menangani masalah jalan berlubang sepanjang Jalan Persekutuan di Bagan Serai adalah dengan melaksanakan penampalan jalan

(pothole patching) di bawah kerja-kerja penyenggaraan rutin. Kuantiti kerja

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

tampalan potholes bagi tempoh Januari hingga Disember 2022 yang telah dilaksanakan di laluan tersebut adalah sebanyak 49 bilangan.

Ini yang telah saya terangkan di atas tadi, walaupun penampalan jalan ini bersifat solusi jangka pendek, tetapi langkah yang diambil oleh kementerian adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya adalah sentiasa terjamin sementara menunggu kelulusan Agensi Pusat bagi menaik taraf jalan berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan beralun, merekah dan mendap seperti mana yang dimaksudkan di laluan FT 001 Jalan Ipoh-Butterworth dan FT147 Jalan Alor Pongsu adalah melibatkan kerja-kerja pembaikan struktur jalan. Kerja-kerja penyenggaraan ini dilaksanakan di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen.

Untuk mengatasi masalah kekerapan kerosakan jalan raya ini, Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti kerosakan di laluan lokasi yang dinyatakan dan merancang 13 bilangan kerja berkala pavemen yang bernilai RM 12.8 juta di laluan FT01 dan merancang 17 bilangan kerja berkala pavemen yang bernilai RM 20.1 juta di laluan di laluan FT147.

Namun begitu, kelulusan kerja ini masih tertakluk kepada nilai kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi rancangan jangka panjang Kementerian ini telah mengangkat cadangan projek menaiktaraf Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak (FT147) di seksyen 1.50-2.20 dan di seksyen 14.20-16.20, daerah Kerian, Perak pada Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk pertimbangan Agensi Pusat, namun keutamaan diberikan kepada projek- projek yang kritikal di negeri Perak.

Kementerian ini telah mengangkat semula permohonan projek tersebut pada RP4, RMKe-12. Walau bagaimanapun kelulusan bagi cadangan projek tersebut tertakluk kepada pertimbangan Agensi Pusat berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.

Sehubungan itu, disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan projek tersebut kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak atau JKR Negeri Perak untuk dimasukkan dalam Senarai Keutamaan Negeri dalam Rolling Plan yang akan datang.

Kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini apabila dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri pada masa yang akan datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada Agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini.

Berdasarkan maklumat yang diterangkan tadi, kementerian ini sentiasa terbuka untuk menerima syor atau permohonan melalui kerajaan negeri untuk

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

menaik taraf Jalan Ipoh-Butterworth iaitu Jalan Persekutuan FT 001 di seksyen 687.00-720.353 berdasarkan senarai keutamaan daripada negeri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang tahun. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri maka, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 12 Jun 2023 jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.03 petang]