Dewan Rakyat · 13 June 2023

15th Parliament, session 2, meeting 2 · 667 turns · 45,321 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Peraturan Dewan. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tanjong Karang, sebentar ya. Bagi saya pegang buku biru ini. Yang Berhormat, dengan izin ya, I woke up on the right side of the bed. All right? So let us do it today. I want it to be smooth sailing. Ya? Kalau faham, fahamlah. Okey, peraturan berapa?

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Peraturan Mesyuarat 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Saya ingin merujuk kepada satu usul yang saya telah serahkan pada tanggal 8 Jun 2023 lebih kurang pukul empat petang kepada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Adakah saya boleh baca usul ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, silakan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Okey. “Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Yang Berhormat Tanjong Karang mencadangkan satu usul dibentangkan untuk merujuk Yang Amat Berhormat Tambun kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah berucap pada tanggal 23 Mei 2023 dengan mengelirukan Dewan yang mulia ini. Yang pertama, saya amat khuatir dengan sikap MP Tambun yang sewenang- wenangnya memberikan jawapan yang bertentangan dengan kebenaran dalam Parlimen ini. Jelas bertentangan dengan saranan MP Tambun sendiri yang pernah menegur Ahli Parlimen agar menjaga tatasusila”.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tanjong Karang. Dengan izin, could you go direct to the point? Kalau nak bercerita macam itu, masa Dewan ini banyak benda yang nak diselesaikan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Ya, ini usul yang saya serahkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Apa the gist of it?

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Pertama, isu kalimah Allah. Pada 23 Mei 2023, Yang Berhormat Tambun menafikan tidak rujuk kepada Yang di-

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Pertuan Agong dalam penarikan rayuan kes kalimah Allah ketika menjawab soalan di Parlimen ketika ditanya oleh MP Bagan Serai, Datuk Idris bin Ahmad yang meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri- negeri terlebih dahulu sebelum kerajaan secara diam-diam menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah yang begitu besar implikasi terhadap kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menjawab ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tanjong Karang, saya guna bahasa yang paling senang. Apa dia isunya? Direct to the point. Kalau nak cerita, panjang itu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

[Bercakap tanpa pembesar suara] Kalau nak ceramah, tunggu malam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ha, tahu pun Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

[Bercakap tanpa pembesar suara] Kalau nak ceramah, tunggu malam.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab, “Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Pertama, memang telah dirujuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong memberikan pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-Raja”. Daripada Hansard ada menyatakan dan kemudian kenyataan press conference yang telah dikeluarkan oleh Sultan Selangor menyatakan perkara tersebut jelas tidak dirujuk dan tidak dibincang dan Sultan Selangor setuju untuk membincangkan perkara ini di dalam Majlis Raja-Raja, MKI. Itu isunya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey, baik Yang Berhormat Tanjong Karang. Perkara Yang Berhormat bangkitkan itu, what is the end product? Apa matlamat Yang Berhormat Tanjong Karang? Ke mana? Terus to the point. Senang, kita tak buang masa Dewan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Perbuatan ini jelas bertentangan dengan Standing Order Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12) iaitu mengelirukan Dewan. Kita minta ianya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan mengelirukan Dewan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey, jelas.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Itu matlamat Yang Berhormat Tanjong Karang. Menghala ke situ kan?

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, ini petua saya. All right.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kita di Dewan ini, segala-galanya dengan apa polemik sekalipun, kita pegang kepada ini [Mengangkat Buku Peraturan Dewan Rakyat]. Dia punya bapa ialah ini, the Constitution, Perlembagaan. [Mengangkat Buku Perlembagaan Persekutuan] . Apa Yang Berhormat bangkitkan itu semuanya teratur dalam ini. So, Yang Berhormat, Perkara-perkara 18,17 ada kan? So, Yang Berhormat kalau tak puas hati pun, ada peraturannya. Please do it, dengan izin. Usulkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan akan dijawab sebagaimana yang saya nyatakan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik siapa sekalipun, anybody. We stick to this and this [Mengangkat Buku Peraturan Dewan Rakyat dan Buku Perlembagaan Persekutuan]. Ha ini kanan, Perlembagaan dan kiri, Peraturan. Semua ada. Kalau saya nak baca, Yang Berhormat ini saya rasa dah setengah tahun dah ini.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghantar usul pada tanggal 8 Jun 2023 tetapi belum dapat jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, dia ada peraturan juga. Kalau Yang Berhormat tak puas hati, aturan itu pun ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Peraturan Mesyuarat 17, 18, 27(3) – saya hendak panjang-panjang lagi, buang masa ini. Ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, hendak menjawab soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan. Jadi, saya sudah putuskan, petua saya, Yang Berhormat usulkan. Biar Speaker akan menjawab berpandu kepada Hansard, dan sebagainya. Faham ya? All right. Let us not waste the time on rakyat.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

How is the day Yang Berhormat Damansara, good? Dengan izin. Bismillahi Rahmani Rahim. Setiausaha Dewan, ready to proceed. Dengan ini, saya akan memanggil MQT punya soalan. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Yang Berhormat bagi Parit Sulong.

Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong · question

1. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan, pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan dalam pendekatan serta tata kelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan dan kebocoran wang awam, serta nyatakan juga, adakah kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya tidak keberatan pun hendak jawab Yang Berhormat Tanjong Karang supaya perkara ini jangan berlarutan, jangan tipu masyarakat, dan mengelirukan Dewan dan rakyat... [Tepuk] Kita guna agama dan cuba mengelirukan rakyat tetapi oleh kerana saya patuh kepada peraturan, itu terserah kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua, apakah boleh atau saya teruskan jawapan ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik Yang Amat Berhormat Tambun, silakan.

Dengan jawapan ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ya.

Tidak boleh ulas yang...?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Boleh.

Baik... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tempoh ini merupakan hak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kenyataan itu kalau dibaca betul, tidak akan mengelirukan. Dan memang dirujuk kepada Yang Dipertuan Agong.

Kali kedua, sebelum Kabinet membuat keputusan, saya menelefon Yang Dipertuan Agong, pertamanya perjumpaan sehari sebelum itu, 7 Februari itu di hadapan Jemaah Menteri. Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, saya menelefon Yang Dipertuan Agong tentang keputusan baharu iaitu hendak merujuk kepada Majlis Raja-Raja dalam soal pindaan. Fahamlah- yang kita kata- ia dua perkara. Pertama, pendirian kita seolah-olah yang saya jawab Yang Berhormat Bagan Serai, itu betul iaitu merujuk kepada Yang Dipertuan Agong. Akan tetapi keputusan yang dibuat kemudian itu adalah kerana, kita hendak buat pindaan, hendak tarik balik peraturan KDN yang menetapkan tentang peraturan membolehkan import barang-barang yang dilarang – menurut keputusan Majlis Raja-Raja. Jadi itu yang kita lakukan. Yang saya menghadap Ke Bawah Duli Sultan Selangor atas Titah Tuanku, itu bukan soal keputusan lama. Yang Berhormat Tanjong Karang fahamkan- Sultan Selangor itu Sultan kamu, di negeri Selangor. Baca... [Tepuk] Apakah yang Sultan Selangor sebut? Iaitu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan “Allah” digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenankan. Kemudian, kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak- saya jelaskan. Dan kemudian, oleh sebab ada pindaan, Tuanku memberi pandangan sebaiknya pindaan yang hendak dicadangkan itu, atau memperkemas peraturan itu, sebaiknya dibawa dulu kepada Majlis Kemajuan Islam supaya Tuanku sendiri akan persembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Apakah yang bertentangan ini? Hendak putar belit dan tipu rakyat sebab apa? Hendak dapat keuntungan politik, jangan dengan menipu...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Itu memang kerja dia Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi itu yang saya hendak jelaskan. Ia ada dua perkara yang berbeda Tuan Yang di-Pertua. Pertama, kenyataan yang dirujuk kepada rayuan ke mahkamah yang ditarik. Kedua, tentang pindaan yang kita rujuk semula kepada Majlis Raja-Raja – ini tentang pindaan. Yang kita perakui itu keputusan Raja-Raja Melayu yang dulu. Sekarang bila ada usaha hendak memperkemas, hendak membatalkan peraturan, itu yang kita rujuk. Akan tetapi Sultan Selangor berpendapat, dan saya bersetuju dengan pandangan Tuanku Sultan Selangor iaitu, lebih baik kita lihat – yang teliti itu di Majlis Kemajuan Islam. Kemudian, diangkat untuk pertimbangan Raja-Raja. Baginda menyebut, tidak difikirkan ada masalah sama sekali kerana keputusan itu akan memperakui keputusan Majlis Raja- Raja Melayu yang terdahulu, dan akan hanya memperkemas, supaya jangan ada kekeliruan, mempermudah tindakan oleh badan penguatkuasaan. Jadi itu yang saya buat.

Yang Amat Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Adakah jawapan ini dibenarkan soalan tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ya.

Yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekejap tadi, adakah dibenarkan soalan tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kota Bharu...

Ya. Saya merujuk standing order juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dengan izin, at the end of the day, penghujungnya the person who sits here decides.

Ya, that’s why I asked your petua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk memberi jawapan berkenaan. Soalan saya, adakah dibenarkan soalan tambahan ke atas jawapan itu? Itu sahaja. Itu sahaja saya tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kota Bharu, let...

Kalau boleh, bolehlah. Kalau tidak boleh, tidak bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Saya benarkan. Clear.

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

So, itulah petua saya. Saya benarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab dan bercakap.

Tidak, soalan saya, adakah dibenarkan soalan tambahan terhadap jawapan atau penjelasan itu? Itu saja saya hendak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kota Bharu, saya membuat keputusan, saya bagi leeway kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bercakap masa dan ketika ini.

Tidak. Maksud saya soalan tambahan benar atau tidak? Kalau benar, benarlah. Tidak benar, tidak benarlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Saya benarlah.

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Saya benarkan.

Yang ini, yang disebut tadi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ya, tidak jadi masalah.

Boleh saya tanya soalan tambahan sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebentar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjawab. Okey.

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Selesaikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak nyatakan. Kalau selesai, saya benarkan soalan tambahan.

Dua isu yang berbeza Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan MQT, satu soalan penjelasan tadi. Saya tanya penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Penjelasan. That is, dengan izin, that is a different issue.

’Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab, okey. Sekarang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memohon untuk menjelaskan isu Yang Berhormat Tanjong Karang tadi.

Ya lah. Penjelasan itu, adakah dibenarkan soalan tambahan? Itu saja persoalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tidak dibenarkan. Duduk.

Ha, tidak benar, tidak benarlah, jawab tidak benar...

[Dewan riuh]

Tidak benar, tidak benarlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Jelas.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Benarkanlah Tuan Yang di-Pertua.

For the purpose of record dalam Dewan ini. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Peraturan Mesyuarat 43.

Tidak apa, saya terimalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey.

Dan boleh, nanti saya bimbang Tuan Yang di- Pertua, perkara ini dibangkit, seolah-olah tidak boleh tanya. Saya hendak beritahu, tanya soalan kemudian, ikut peraturan dengan kebenaran Speaker, walaupun ini Prime Minister Question Time sudah ada soalan, saya berikan sedikit ruang tadi. Kalau ada soalan tambahan bangkit, saya akan jawab kemudian. Tidak ada masalah... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini macamlah PM kita mahulah.

Mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, kita dah akui tentang soal hutang, soal defisit- saya sudah jawab. Akan tetapi beberapa langkah yang dibangkitkan itu, yang pertama bagi saya adalah good governance ini iaitu Perolehan Kerajaan mesti telus dan terbuka kerana kerja menggunakan rundingan terus dengan menggunakan wang untuk parti, dan peribadi, itu terlalu berleluasa. Ini dihentikan. Keduanya, pemberian subsidi lebih bersasar. Berbeda dengan keputusan lalu yang memberikan subsidi termasuk kepada orang-orang kaya. Dalam bidang elektrik ini, orang-orang yang dalam kategori terkaya harus bayar kadar elektrik tetapi dinaikkan, bagi majoriti rakyat hampir 90 peratus, tidak dinaikkan kadar elektrik. Kemudian, penguat kuasa itu diminta lebih tegas bukan sahaja SPRM, LHDN dan badan-badan penguat kuasa yang lain, supaya tidak ada ketirisan atau cuba mengekang ketirisan hasil dan subsidi, angkara sindiket penyeludupan seperti diesel, arak dan rokok. Berikutnya iaitu mula menamatkan unsur monopoli seperti mana dwi rangkaian 5G, dan juga import barang makanan yang menyebabkan harga lebih rendah daripada beberapa tahun yang lalu.

Berikutnya ialah Laporan Ketua Audit Negara harus dibahaskan, itu yang kita cuba memulakan, bukan khusus untuk tahun ini. Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara sepertimana juga perbahasan SUHAKAM, kita mulakan. Jadi, ada yang bimbang kerana kata ini bukan precedent. Prime Minister’s Question Time begini pun bukan precedent, tetapi tidak dibantah, begitu juga Laporan Ketua Audit Negara tidak precedent, boleh dilakukan. Yang baik apa salahnya. Laporan Ketua Audit Negara tidak semestinya kita setuju atau tidak setuju tetapi bahas. Kemudian, yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah ‘akta tanggungjawab fiskal’ serta ‘akta perolehan kerajaan’ akan dibentangkan sebaiknya sebelum akhir tahun ini. Tentang belanjawan untuk meringankan beban kos sara hidup, sehingga Mei 2023, RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan peruntukan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan. Yang ini kapasiti terbaik suku tahun pertama, dibandingkan dengan tahun- tahun sebelumnya. RM3 bilion bayaran fasa pertama dan kedua, Sumbangan Tunai Rahmah yang memanfaatkan 8.2 juta orang penerima dan begitu juga bantuan khas kewangan untuk pesara. Lebih 1 juta pesara, 1.3 juta penjawat awam. RM3 bilion untuk subsidi elektrik, RM11 bilion subsidi produk petroleum, RM800 juta bantuan awal persekolahan, pengecualian duti setem 100 peratus diberi bagi pembelian rumah berharga tidak lebih RM500 ribu. Pengecualian duti setem 75 peratus, pembelian rumah berharga di antara RM500 ribu hingga RM1 juta. Duti setem ke atas

surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa, anak, datuk, nenek, cucu dikecualikan sepenuhnya, terhad kepada satu juta pertama nilai harta tanah dan beberapa yang lain dan yang penting ini ialah tentang Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 yang melebihi RM2 bilion, bilangan penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, insya-Allah dan juga eBelia RM200. Belia 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga tahun ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Parit Sulung, tambahan.

Terima kasih, terima kasih. Tahniah saya nak ucapkan kepada kerajaan atas komitmen kerajaan dalam mengurus dana awam. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat rundingan terus perlu diteruskan, khusus bagi projek tertentu dan segera yang membabitkan kepentingan rakyat. Soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah adakah segala pembaharuan dalam tata kelola ini akan mengakibatkan pelaksanaan projek-projek infra yang sedang berjalan menjadi lewat siap dan adakah ia juga akan menyebabkan projek baharu juga lewat diumumkan oleh kerajaan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Perdana Menteri.

Terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan Parit Sulong kerana kebimbangan kita ialah kelewatan pelaksanaan projek, tetapi kita harus ingat juga dalam puluhan kes rundingan terus ini, kerja mengambil komisen dan menyakau wang rakyat itu terlalu berleluasa dan ini harus dihentikan. Jadi, untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Parit Sulong, kita telah memulakan rundingan dengan secara terbatas. Memberi ruang kepada pegawai daerah umpamanya, di peringkat tertentu dan kementerian-kementerian. Umpamanya dalam sekolah daif, klinik daif. Kalau projek itu sehingga RM1 juta ditingkatkan RM500 sehingga RM1 juta, maka diberikan kelonggaran kepada pejabat daerah untuk membuat tender terbatas. Saya menolak keras soal rundingan terus ini kerana tidak ada pemantauan dan ini hanya pakatan di antara syarikat itu dengan orang berkenaan. Oleh itu dalam kes yang mempunyai lif-lif usang, kalau kita membuat tender, lif itu mungkin mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki. Oleh yang demikian, untuk lif yang perlu diganti atau diperbaiki di antara RM500 ribu sehingga RM1.2 juta, harga perolehan kerja itu juga membolehkan proses yang lebih cepat melalui tender terhad, terbatas atau prakelayakan terpilih. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, semua projek RM50 juta ke bawah, itu diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Teknik Sarawak dan Sabah. Itu akan mempercepatkan, kita tidak perlu rujuk ke Kementerian Kewangan ataupun agensi pusat. Begitu juga kementerian dan agensi tidak perlu merujuk kepada Jabatan Teknik di central agency bagi projek di antara RM500 ribu yang sebelum ini adalah RM200 ribu. Jadi, maknanya kita sekarang kena tingkatkan khidmat jurutera daerah, memberi ruang kepada mereka memperbaiki jalan federal road yang rosak atau berlubang dan sekolah, klinik dan projek-projek prasarana kecil.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Adakah respons Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung perolehan vaksin COVID-19 yang kononnya dilakukan tanpa persetujuan Peguam Negara ketika pandemik. Malangnya kenyataan ini terbukti tidak benar apabila Usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 yang jelas menyatakan perjanjian perolehan vaksin telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercadang untuk menarik balik kenyataan tersebut serta berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan, terutamanya melibatkan kepentingan awam tanpa mengelirukan mana-mana pihak.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Kedua, saya ingin bertanya adakah kerajaan sedar bahawa dasar flip-flop boleh menjejaskan keyakinan orang ramai di sebalik janji tata kelola termasuk isu U-turn. Baharu-baharu ini... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, soalan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Ya, soalan saya. Dasar flip-flop berkenaan dengan meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur setelah diumumkan ditarik balik. Kemudiannya meneruskan JPA kepada pelajar perubatan, pergigian, farmasi sedangkan jawatan bertulis Menteri pada 10 Jun menyatakan telah ditamatkan. Terima kasih.

Terima kasih. Soal vaksin ini, Yang Berhormat Tanjong Karang tidak teliti keseluruhannya. Ada kebenaran dibangkitkan, ada sebahagian yang tidak dirujuk kepada Peguam Negara. Keduanya, soal flip-flop JPA dengan ayam. Ini keputusan lama, harus dihentikan. Keputusan kita diteruskan, apa yang flip-flopnya? Kalau keputusan itu membebankan rakyat, Tanjong Karang patut bangkit. Keputusan membantu rakyat, Tanjong Karang hendak jadi juara siapa? Keputusan JPA ini keputusan lama. Ada rekod. Saya hadir mesyuarat JPA, memang ada keputusan lama untuk mengkaji semula dan menghentikan. Apabila saya pengerusikan, jadi yang diumumkan itu keputusan lama. Apabila saya pengerusikan mesyuarat JPA, keputusannya, yang saya buat sambung biasiswa. [Tepuk] Begitu juga tentang ayam dan telur. Keputusan dia habis Jun. Itu keputusan lama. Jadi kementerian hanya umumkan keputusan. Rujuk kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, saya kata, sambung. [Tepuk] Keputusan pengumuman itu bukan flip-flop. Keputusan lama. Diumum ikut prosesnya, tetapi apabila dimaklumkan kepada saya, diteliti balik, ini akan membebankan rakyat, Raya Haji dekat, kita tolonglah rakyat. Beza Yang Berhormat Tanjong Karang yang dok tak berapa puas hati kerana flip-flop. Kalaupun flip-flop untuk membantu rakyat, saya akan flip-flop. [Tepuk] Ya, buat apa tidak mahu flip-flop, tetapi bebankan rakyat. Kalau tidak mahu flip- flop, keputusan Kabinet dahulu, masa Perikatan Nasional apa dia? Naik elektrik untuk semua. Saya tukar, makna Perdana Menteri Tambun tukar. Flip-flop tidak bebankan rakyat. Tak naik lagi.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tak betul itu Yang Berhormat, tak betul, tak betul, tak betul. Banyak pembohongan dalam Dewan.

Apa tidak betul? Saya ada rekod. Jawapan Kota Bharu, ada rekod di Parlimen.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Apalah PM?

[Dewan riuh]

Saya naikkan tahun hadapan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Kota Raja kata nak hentikan. Kota Raja bagi tahu nak hentikan subsidi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Hulu Terengganu, duduk.

Yang Berhormat Kota Bharu sebut tentang elektrik, ada rekodnya okey. Sekarang ini betul Yang Berhormat Kota Raja kata terpaksa

hentikan subsidi bulan Jun ikut keputusan lampau. Yang Amat Berhormat Tambun kata sambung, apa masalahnya?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Tanjong Karang tertinggal kapal, Yang Berhormat Tanjong Karang tertinggal kapal.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kita beransur. Yang Berhormat, hendak bercakap berdiri ya. Jangan duduk dan bercakap, Peraturan Mesyuarat 41. Kita persilakan Yang Berhormat Berhormat Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan.

Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu · question

2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan kerajaan bahawa perjanjian penyelesaian sempadan yang baru ditandatangani antara Malaysia dengan Indonesia tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Perjanjian ini dimeterai setelah diperakui oleh Jabatan Maritim, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Hidrografi Malaysia. Jadi, setelah mereka teliti dan perjumpaan akhir dengan saya berpuas hati, barulah kita meterai. Ini berlanjutan tatkala perbincangan saya dengan Presiden Jokowi bulan Januari, kita sebagai negara sahabat harus selesaikan perkara yang berlarutan selama 18 tahun. Oleh sebab itulah pada 8 Jun, kita melakukan persetujuan berdasarkan – ini prinsipnya iaitu kepentingan kita, titik sempadan yang tidak kita pertikai dan undang- undang antarabangsa terutama Konvensyen Undang-undang Laut 1982, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Perkara yang menjadi masalah ialah sebahagian daripada kita, majoriti di luar dia tidak baca treaty itu, dia tidak baca kenyataan bersama. Kenyataan bersama itu, treaty ini tidak termasuk kawasan yang masih dirunding, termasuk yang disebut Sebatik, Sulawesi Selatan. Ini kerana dalam memuktamadkan, kita akan undang wakil Sabah. Oleh kerana belum ada persetujuan, maka bab yang kecil ini belum lagi diselesaikan. Begitu juga tentang treaty ini tidak melibatkan kawasan hab Pelabuhan Tanjung Pelepas yang juga dibicarakan. Tidak termasuk sama sekali kepentingan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kemudian, bawah garis penyelesaian bagi segmen 8B, 8C ada dalam peta, kononnya memberikan impak negatif juga tidak berasas kerana kawasan itu termasuk kawasan milik Malaysia. Jadi, rundingan untuk melengkapkan garis sempadan wilayah di Laut Sulawesi masih diteruskan, yakni sebahagian kecil iaitu titik M, B1 jika tidak silap saya, B, C dan P. Itu masih belum dapat dimuktamadkan kerana saya beritahu kepada Presiden Jokowi, itu Malaysia masih bertahan sebagai milik Malaysia dan Presiden Jokowi kata setakat pakar- pakar dia sebut milik dia. Maka kita menangguhkan dan meneruskan perbincangan. Jadi, yang diteliti itu oleh kedua-dua pihak daripada aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan telah disepakati dan saya berpuas hati. Ini kerana delimitation of the territorial sea between states with opposite or adjacent coasts dalam Artikel 15 itu kita patuhi sepenuhnya. Kita juga mengambil kira keputusan ICJ, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, the most logical and widely practised approach is first to draw provisionally an equidistance line and then to consider whether that line must be adjusted in light of the existence of special circumstances. Kedua-dua peraturan ini kita ikuti mengikut peraturan. Ada yang membangkitkan soal – baik, saya jawab setakat itu dahulu. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan yang diberikan sekejap tadi. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap mengenai sempadan wilayah sesebuah negara, ia tentunya berkait rapat dengan soal kedaulatan ataupun

sovereignty negara tersebut yang sering kali menjadi pertikaian antara negara-negara berjiran seumpama kita dengan Indonesia sekarang ini. Dalam hal ini, ramai berpandangan langkah yang telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menandatangani perjanjian dengan Presiden Indonesia baru- baru ini berkaitan pertikaian maritim Malaysia-Indonesia ini bukanlah satu langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian yang disebut tadi sudah 18 tahun. Akan tetapi ia lebih suatu langkah kompromi yang kurang berhati-hati yang boleh merugikan usaha melindungi hak wilayah Malaysia dan menyentuh soal kedaulatan negara. Tindakan kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga jelas, ini penting, membelakangkan pandangan pakar-pakar maritim kita yang selama ini membantu kerajaan dengan tekun dalam usaha melindungi hak wilayah maritim. Mereka memberi pandangan pakar, expert opinion agar Malaysia tidak berkompromi dengan tuntutan Jakarta yang membabitkan kawasan di Laut Sulawesi dan di bahagian paling selatan di Selat Melaka. Pandangan mereka, langkah ini merugikan Malaysia di mana negeri Johor pada pandangan mereka akan kehilangan wilayah laut termasuk menghadapi kesan negatif aktiviti ekonomi maritim di Pelabuhan Tanjong Pelepas...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kota Bharu, soalan. Dengan izin, what is the question?

...Manakala Pelabuhan Tawau Sabah akan ... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, ini bukan ruang untuk Yang Berhormat bersyarah. Direct to the question. Kalau hendak ikut macam itu, masa sudah lebih dua minit. Please get to the point, dengan izin. Ya silakan.

Saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh kerana Perdana Menteri, saya ada empat soalan sahaja. Pertama soalan saya, adakah langkah yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam hal ini iaitu menandatangani perjanjian dengan Jokowi telah mengambil kira pandangan pihak yang berkepentingan, interested parties khususnya Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Sabah? Jika ada konsultasi atau engagement itu, bila ia dibuat? Soalan pertama. Soalan yang kedua, sekiranya kerajaan tidak mahu lagi mengguna pakai nasihat pakar-pakar maritim yang saya sebutkan tadi, saya mahu tahu adakah sekarang ini kerajaan mempunyai penasihat baharu dalam aspek maritim yang dirundingi oleh pihak kerajaan? Jika ada, sila nyatakan siapa penasihat baharu ini? Ketiga, dalam membuat keputusan menandatangani perjanjian berkaitan dengan Indonesia, adakah kerajaan mengambil kira asas garisan sempadan antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi tetapi khususnya fasal 121 yang mana kita yakin kita Malaysia mempunyai merit dalam tuntutan ini? Tidak perlu bincang, tidak perlu kompromi, kita ada merit sebagaimana keputusan ICJ dalam kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Keempat, ini juga penting Yang Amat Berhormat. Apakah sikap Kerajaan Malaysia terhadap tindakan negara Singapura yang telah menyatakan persetujuan dengan Indonesia mengenai sempadan maritim dalam kawasan yang mana Malaysia juga mempunyai tuntutan dalam kawasan yang sama iaitu dalam kawasan tiga batu nautika daripada Pantai Johor? Itu empat soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Baharu. Apa dia soalan Yang Berhormat Kota Baharu? “Ramai berpandangan”, “pakar maritim”, siapa punya pandangan? Pakar mana yang membicarakan?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

[Bangun]

Tuan Lo Su FuiPBS · GRSTawau

[Bangun]

Kemudian “telah melanggar”, yang mana? Peraturan mana, peruntukan mana? Dia peguam, bincang samar-samar begini tidak payah peguam, ketua kampung pun boleh.

Peguam ini harus spesifik [Tepuk] [Ketawa] . [Disampuk] Ya, hendak marah apa, jawablah. Nombor satu, apakah pandangan pihak berkepentingan? Johor, Tuanku Sultan telah dimaklumkan bahawa sempadan ini tiga batu nautika (nautical miles), dari kawasan. Ini jauh tidak termasuk perbatasan Johor, satu. Sabah, Sabah tidak dimeterai dalam hal ini. Ketua Menteri Sabah dimaklumkan bahawa memuktamadkan Pulau Sebatik dan kawasan yang melibatkan Tawau dan Sabah, itu ditangguhkan sehingga ada persetujuan baharu kerana kita belum bersetuju. Saya sudah cakap tadi, dengarlah. [Tepuk] Soalan kedua, pakar maritim. Pakar maritim mana? Saya sudah sebut nama-nama Kementerian Luar Jabatan Maritim, MKN, Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Hidrografi Malaysia. Menteri Luar dan Kementerian Luar yang banyak menjalankan tugas itu tetapi sebelum saya meterai, perjumpaan akhir saya masih berdepan dengan mereka. Jadi pakar-pakar ini mengesahkan. Ada pakar baharu yang Yang Berhormat Kota Baharu hendak sebut, carilah. Sebut kepada saya nama siapa. Ini pakai semberono sahaja [Tepuk] . Baik, mengikut peraturan asal sempadan one-to-one, tidak ada pelanggaran langsung. Hal yang dipersetujui adalah yang dipersetujui oleh semua pakar kita, yang tidak dipersetujui yang kita agak ambil berat sedikit tentang kawasan perairan Tanjung Pelepas, tidak terlibat. Keduanya, soal yang betul-betul menjadi masalah ialah soal bersempadan dengan Sabah yang kita tidak bersetuju. Baik, mengenai soalan keempat tentang Singapura. Singapura dan Indonesia itu membuat perjanjian tahun 2009. Masa itu Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Bera semua dalam kerajaan dan apa yang kita lakukan? Sampai sekarang Yang Berhormat harus tahu ya, Perjanjian Singapura – Indonesia, Perjanjian 2009 itu telah dibantah oleh Kerajaan Malaysia. Saya telah maklum kepada Presiden Jokowi bahawa kita tidak boleh terima yang ini kerana ia menjejaskan kepentingan Malaysia. Jadi penjelasan saya, keempat-empat soalan ini, itu hanya digunakan sebagai ruang politik murahan. Oleh sebab mana mungkin

[Dewan riuh]

ya kalau disebut. Ya, ya pakar mana? Sebut pakar mana? Perjanjian mana yang dilanggar? Peruntukan mana yang dilanggar? Kawasan mana yang diserahkan kepada Indonesia yang mengabaikan kepentingan kita? Hal yang saya sebut tadi yang kita kira betul-betul kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang sebenarnya keluar daripada perbatasan negeri Johor dan kemudian Sabah yang tidak dapat kita persetujui. Walaupun saya sudah minta pegawai- pegawai cari jalan, runding supaya ada win-win situation. Saudara sebut tentang Sipadan Ligitan. Sipadan Ligitan itu tengok rekod yang pergi runding dengan Presiden Suharto itu saya, selaku Timbalan Perdana Menteri [Tepuk] untuk mengambil keputusan dipersetujui oleh Presiden Suharto untuk bawa Sipadan Ligitan. Hendak mengamuk fasal apa?

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Pagoh, saya beri laluan kepada Yang Berhormat Tampin. Duduk Yang Berhormat.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan yang cukup jelas sebentar tadi, sekali gus menjawab segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap kerajaan berhubung isu sempadan maritim ini. [Tepuk]

Juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan hari ini kerana kebijaksanaan kerajaan hari ini Malaysia telah menang pertikaian mahkamah berkaitan tuntutan waris Sultan Sulu. [Tepuk] Soalan saya, apakah lagi perkara yang ingin dicapai, diam sekejap [Ketawa] . Soalan saya, apakah lagi perkara yang ingin dicapai oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun mendatang menerusi hubungan akrab yang sedang terjalin bersama Indonesia dalam bidang ekonomi, perdagangan dan juga pelaburan supaya dapat dimanfaatkan dan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih. Soal hubungan dengan Indonesia, saya hendak jelaskan, bagi saya jangan kita politikkan. Kepentingan hubungan Malaysia – Indonesia satu rumpun, majoriti umat Islam, soal budaya, soal pendidikan, soal ekonomi, soal perdagangan dan pelaburan, itu kita harus tingkatkan. Dalam enam bulan ini saya beritahu Presiden Jokowi dan dia pun sambut sangat baik. Dia akui bahawa hubungan kita itu dapat ditingkatkan dan ini penting, bukan masalah rakyat Malaysia ini ramai juga daripada rumpun yang sama tetapi hubungan itu daripada sebuah negara sahabat yang sangat penting untuk kepentingan strategik, kepentingan ekonomi, kepentingan budaya dan Islam. Jadi, saya tidak fikir kita patut remehkan hal ini. Apakah ini bermakna kita akan korbankan kepentingan kawasan dan sempadan kita? Tidak, seperti mana pendirian kita tentang Batu Putih. Kita tidak bertolak ansur sama sekali. Kabinet sekarang walaupun keputusan dibuat oleh yang lalu, kita bantah keras keputusan yang lama, tidak betul. Begitu juga tentang Sipadan Ligitan dan sekarang dalam soal sempadan yang disebut ini yang samar-samar. Ada dengar berita, ada pakar. Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk pegawai-pegawai yang ini kerana ini soal maritim, saya tahu satu kesilapan kita menandatangani, berkurun-kurun kita akan dipersalahkan seperti kes Batu Putih. Jadi sebab itu, dalam mesyuarat akhir saya beritahu Menteri Luar, saya hendak jumpa sendiri semua pakar dan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. Saya tanya soalan-soalan ini. Bila disahkan dan ikut hujah-hujah terutamanya Jabatan Peguam Negara, barulah kita tandatangani. Itu pun ada had yang tidak dapat dipersetujui lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Berikutan itu, Yang Berhormat Pagoh.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak boleh buka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Mic Yang Berhormat.

Yang Amat Berhormat telah menyatakan pada hari ini hendak menjawab dan saya ucap terima kasihlah. Kalau boleh diizinkan satu soalan daripada saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan.

Pertamanya, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, yang telah menjelaskan bahawa apa yang telah dimeterai dengan pihak Indonesia itu bukan satu perjanjian yang komprehensif. Ada banyak kaveat. Maknanya ia bersetuju atas perkara-perkara yang mungkin boleh bersetuju tetapi banyak lagi perkara yang tidak lagi diselesaikan. Macam contoh tadi sama ada soal yang berkaitan dengan sempadan di mana melibatkan negeri Johor, negeri saya ataupun di Sabah. Ini perkara-perkara yang dianggap penting, selain daripada itu yang berkaitan Pulau Sebatik ataupun dengan soal Ambalat. Ini kes-kes yang telah pun selama ini menjadi isu ataupun dispute. Jadi sebab itu saya hendak minta jaminan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bahawa bila mana hendak diselesaikan nanti, fasal banyak lagi

rundingan akan diadakan, boleh tidak dijamin supaya apa yang dikatakan tuntutan hak Malaysia itu tidak kita kompromi langsung. Kalau begitu, apakah dengan pihak kita berkata begitu, pihak Indonesia akan mengikut kehendak kita? Pasal selama ini pun tuntutan yang kita buat ini bertindih, pihak Indonesia tidak bersetuju langsung. Walau satu inci pun mereka tidak berganjak untuk mempertahankan hak mereka. Kita kata itu hak kita dan kita tidak akan berganjak. Jadi soalan saya sama ada, ada jaminan untuk pastikan, makna ada lagi proses rundingan-rundingan yang saya kira kemungkinan tidak akan selesai cepat bahawa itu tidak akan berlaku. Keduanya, sama ada bilamana perjanjian itu hendak dimeterai akhirnya nanti yang agak komprehensif yang merangkumi semua perkara itu, rakyat akan diberikan peluang untuk melihat sendiri, sebenarnya apa yang telah pun dimeterai atau ditandatangani pada waktu itu, ia tidaklah mengkompromi kedaulatan negara kita. Itu soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Begitulah soalan, itu beza daripada kecaman di luar, yang ditanya itu ialah keperluan satu perjanjian komprehensif. Saya setuju. Jaminan bahawa tidak akan dikorbankan kepentingan kedaulatan negara, itu memang pendirian kita. Apakah melibatkan negeri Johor? Setakat ini tidak ada kawasan yang melibatkan negeri Johor, yang melibatkan hanya Sabah. Saya telah jawab tadi, soal Sabah ini bukan sahaja Kerajaan Persekutuan akan berunding dengan Indonesia, untuk kawasan sempadan Sabah termasuk sekitar Pulau Sebatik itu akan melibatkan wakil dari Kerajaan Negeri Sabah. Itu sudah saya bagi perakuan.

Jadi, soal dia komprehensif − dia comprehensive settlement yang belum dimeterai, hanya sebahagian kecil yang melibatkan sempadan Sabah dan memang kita tidak dapat bersetuju. Bagaimana boleh kita teruskan? Kalau pengalaman kita dengan Thailand kita akhirnya bersetuju win-win, joint development authority, tetapi Pulau Sebatik belum sampai ke situ. Itu kita kena bincang, apakah wajar ditekankan. Setakat ini kita telah bawa pendirian kita, Indonesia jelas tuntutan kita dan kita pun tahu tuntutan Indonesia, tetapi kita tidak setuju. Jadi peringkat ini itulah keadaan dia. Soal kompromi tidak berbangkit. Presiden Jokowi dia mewakili rakyat dan negara Indonesia. Saya mewakili rakyat dan negara Malaysia. Soal kedaulatan tidak boleh dikompromikan atau dikorbankan. Jadi, itu kita akan lakukan dengan sebaiknya. Cuma saya memberi tahu dalam keadaan rundingan ini – sementara itu diteruskan, kita kata, kita selesaikan yang disetujui dahulu. Yang kecil kita tidak setuju, kita tangguhlah, tetapi jangan jejaskan hubungan dua hala. Saya berpendirian dan kerajaan ini akan terus menganggap Indonesia itu sebagai negara sahabat dan harus kita tingkatkan kerjasama dalam semua bidang. Kita tidak mahu beberapa masalah perbezaan yang didapati antara kita menjejaskan hubungan dua hala. Jadi – Tapi muktamad pendirian kita adalah tidak mungkin kita korbankan satu inci pun tanah negara kita [Tepuk] .

Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, duduk. Saya sudah bagi laluan memandangkan Mantan Perdana Menteri.

Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kalau tidak ....

Tuan Yang di- Pertua kalau boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dipersilakan...

Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan ketiga, Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.

Tan Kar HingPKR · PHGopeng · question

3. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Perdana Menteri menyatakan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen atau Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR) yang diwujudkan oleh Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) dijangkakan menjana RM12.1 bilion kepada pendapatan negara menjelang tahun 2030. Apakah kelebihan Malaysia dalam usaha menjadi penggerak utama dalam ekonomi hidrogen berbanding negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan negara ASEAN yang telah mula menceburi sektor hidrogen.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen, itu rancangan jangka panjang dan kita di peringkat akhir membuat Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 untuk memperkemaskan lagi cadangan yang memang pun dirangkul dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dahulu. Begitu juga dengan pelan hala tuju yang telah dibentangkan dahulu, sekarang kita sedang memperkemaskan, melihat kepada perkembangan yang mendesak sekarang ini. Kepentingannya berdasarkan lima teras strategik termasuk mempelbagaikan sumber tenaga boleh baharu negara rendah karbon, mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kitaran dan memperkukuh keupayaan kemapanan penyelidikan. Untuk ini, komersial dan inovasi kita telah putuskan supaya dilibatkan cara lebih berkesan dengan universiti-universiti tempatan. Jadi, badan-badan penyelidikan kerajaan dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara yang kita adakan baru-baru ini memutuskan supaya dimanfaatkan sepenuhnya pakar- pakar tempatan di semua universiti yang ada kemahiran dan kepakaran dalam bidang itu. Unjuran penjanaan pendapatan melebihi RM12 bilion melalui ‘senario dipacu pelepasan’ atau emissions-driven scenario. Kemudian, komitmen kerjasama kita ini yang telah dilakukan. Itu yang dibincangkan tentang perancangan. Ini − kedudukan kita strategik. Ini kerana lokasi bagi pasaran hidrogen antarabangsa untuk Jepun, Korea Selatan dan Singapura yang meminta – permintaan tertinggi daripada negara-negara tersebut. Petronas adalah pengeksport utama ammonia Asia Pasifik dan mempunyai pengalaman. Saya ucapkan kepada Petronas dengan Sarawak Energy, dan TNB yang telah mula melaksanakan dan mendahului negara-negara ASEAN yang lain. Jadi, kita ada di tapak yang lebih ke hadapan iaitu atas inisiatif Sarawak Energy, Petronas dan Tenaga Nasional Berhad. Kedua, ialah penjanaan hidrogen hijau daripada sumber tenaga hidup – kelebihan yang ada pada kita dan kita harus memanfaatkan dengan beberapa langkah penyelidikan dan tindakan. Sekali lagi dalam hal ini, Sarawak yang menerajui pembangunan ekosistem dan penjanaan hidrogen hijau di Malaysia. Kekangan kita, masalah kita ialah tentang beberapa buah industri baharu termasuk renewable energy dan penggunaan rare earth yang sekarang menghadapi beberapa masalah tentang penyeludupan dan juga tindakan haram. Hanya Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil tindakan yang agak tegas menutup kilang haram itu, tetapi negeri-negeri lain masih belum mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang terutama orang-orang asing menggunakan keupayaan kita dan hasil dalam negeri kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan tersebut. Umumnya kita tahu dalam menentukan kejayaan

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

pelaksanaan HETR ini keterlibatan semua pihak adalah penting termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak swasta. Kami juga akan – dijangkakan akan menghadapi beberapa cabaran dalam sektor ini termasuk kesukaran dalam menyimpan hidrogen dan juga kekurangan infrastruktur dalam pengangkutan dan penyampaian. Maka soalan saya adalah, apakah Kerajaan Persekutuan dalam menentukan kejayaan pelaksanaan HETR ini dalam masa yang akan datang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya jelaskan tadi, peningkatan usaha penyelidikan dan pembangunan dengan peruntukkan tambahan yang telah dimohon dan saya setuju iaitu – dan memberikan kerjasama saintis yang ada dalam kerajaan dengan saintis di institusi pendidikan tempatan terutamanya di universiti-universiti. Ini kerana ramai juga yang mempunyai kemahiran itu dan patut dimanfaatkan sebagai satu pasukan. Begitu juga tentang Hydrogen EcoNano Malaysia iaitu kerjasama antara semua pihak termasuk swasta. Ini industri yang agak baharu dan mencabar serta memang saya akui ada keperluan untuk diberikan sedikit ruang dan peruntukan tambahan untuk memperkukuhkan usaha mereka penyelidik dan memberi hasil yang boleh dimanfaatkan oleh negara kita.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat...

Ya. Berdasarkan statistik yang ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2021, eksport hidrogen hanya menyumbang sekitar 1.5 peratus sahaja berbanding lain-lain gas dalam Malaysia yang dianggarkan sekitar RM1.2 bilion. Ternyata bahawa jumlah pengeluaran hidrogen dan potensi eksport ini masih lagi jauh untuk mencapai sasaran pendapatan RM12.1 bilion. Apakah garis masa sebenar dalam pembangunan ekonomi hidrogen ini − Tahniah Sarawak antara yang memulakan inisiatif yang besar berhubung dengan ekonomi hidrogen ini dengan kerjasama antara Petronas dan Sarawak Energy Berhad dalam pengeluaran komersial hidrogen yang sememangnya – bolehkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan adakah pengeluaran komersial hidrogen hijau ini semangnya telah bermula antara Petronas dan Sarawak Energy Berhad dan apakah tahapnya sekarang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu dan memang benar. Pengeluarannya itu memang baharu dan kapasiti kita jauh lebih besar seperti mana saya sebut, unjuran sekurangnya RM12 bilion. Akan tetapi, apa yang dilakukan dalam penyelidikan di Sarawak itu juga untuk kegunaan tempatan. Umpamanya pesawat. Baru-baru ini, Premier Sarawak telah menaikkan pesawat dengan menggunakan hidrogen menggantikan minyak ini dari Kuching ke Langkawi dan balik. Ini bermakna kita sudah sampai ke tahap yang agak mudah dan ketikanya untuk kita commercialize produk itu.

Saya setuju dengan gesaan Yang Berhormat bahawa hal ini harus dipercepatkan dan semua jentera harus memberi sokongan, supaya keupayaan kita bukan sahaja untuk hasil kegunaan dalam negara tetapi untuk eksport.

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat saya ‘sudah tutup kedai’ untuk soalan pada hari ini. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri pada hari ini terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat ]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Mohd Shafie bin ApdalWARISANSemporna · question

1. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, persiapan kementerian dan majikan bagi menyokong peralihan pekerjaan masa depan melalui struktur pendidikan, kemahiran semula dan struktur sokongan sosial kepada pekerja tempatan di samping penggunaan automasi dan mekanisasi sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan buruh asing.

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Sumber Manusia · Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Semporna yang amat prihatin dengan isu pekerja terutama dengan generasi muda di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, pelbagai program dilaksanakan secara berterusan di pelbagai peringkat dan golongan sasar sebagai persiapan menyokong peralihan pekerjaan masa hadapan, dan sekali gus memastikan pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor yang kurang mahir. Antara inisiatif yang dibuat oleh kementerian ialah yang pertama, membangunkan standard kemahiran pekerjaan kebangsaan bagi 21 seksyen ekonomi yang menjadi rujukan dalam pembangunan program TVET di institusi-institusi latihan awam dan swasta, mengikut tahap kemahiran yang diperlukan. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ini dibangunkan secara bersama dengan pakar industri mengikut permintaan pekerjaan baharu dan perkembangan teknologi terkini. Sehingga Mei 2023 sebanyak 2,062 standard pekerjaan telah dibangunkan begitu juga latihan dan persijilan. Kedua, mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri bersama jabatan dan agensi terlibat bagi memberi gambaran jelas berkaitan Revolusi Industri 4.0. Maklumat hasil perkongsian daripada sesi ini akan digunakan untuk mengkaji dan meneliti keperluan tenaga kerja bagi menghadapi industri 4.0, dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Ketiga, memperluaskan akses kepada warganegara untuk mendapatkan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional atau TVET. Sehingga Mei 2023 terdapat 1,518 buah institusi latihan kemahiran yang bertauliah di bawah sistem Persijilan Kemahiran Malaysia merentasi pelbagai kementerian dan agensi latihan swasta dalam pelbagai kemahiran. Keempat, pembangunan platform mynext oleh TalentCorp yang merupakan platform solusi bakat bersepadu, dan data analitik yang menggabungkan siswazah, pekerja, syarikat, dan institusi-institusi pendidikan. Fokus utama mynext adalah untuk

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Sumber Manusia · Sepanggar

merapatkan jurang antara penawaran bakat di Malaysia, dengan pekerjaan masa hadapan. Kelima, Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) di bawah Talent Corp yang bertindak sebagai penggalak kepada penyertaan dan penglibatan lebih banyak syarikat industri untuk membuka lebih banyak peluang penempatan latihan industri berkualiti bagi melatih bakat muda negara melalui insentif potongan cukai berganda. Keenam, inisiatif Young Employable Students sebagai intervensi proaktif melalui penerapan elemen pendedahan aspek kebolehpasaran graduan negara melalui kerjasama rakan kolaborasi strategik dalam usaha untuk meningkatkan ketersediaan bakal graduan sebelum melangkah ke pasaran kerja dengan penerapan elemen kepimpinan, bimbingan kerjaya, bengkel soft skill berkaitan kerjaya, keusahawanan dan pendedahan kepada perkembangan semasa pasaran kerja. Ketujuh, pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan pekerja untuk program- program upskilling, dengan izin, reskilling yang dibuat di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Ini ialah untuk meningkatkan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja kita untuk menghadapi cabaran, yang teknologi baru yang kita hadapi sekarang ini. Usaha-usaha yang dinyatakan adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dengan penggunaan automasi mekanisasi, kebergantungan pekerja asing dapat dihadkan kepada 15 peratus daripada tenaga kerja keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setelah mendengar apa yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya melihat, mendengar bahawa itu merupakan hanya langkah-langkah untuk memastikan supaya upskilling melatih - TVET dan pelbagai. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat- dasar kerajaan. Ini sudah berpuluh tahun sudah kita dengar– sama ada kita mempunyai dasar yang begitu jelas menekankan tentang pelabur asing contohnya syarikat menekankan supaya jumlah berapa peratus daripada pekerja dia ialah anak tempatan. Sama ada yang mahir, yang tidak mahir itu pelabur asing. Keduanya pelabur tempatan. Kerana ini mengurangkan khususnya pelabur asing- peralihan 34 bilion setahun duit daripada negara kita. Itu satu bab. Keduanya, mengurangkan bergantungan. Bila agaknya kerajaan ini mempunyai dasar yang begitu jelas ditekankan supaya sektor pembuatan, sektor perladangan, bukan hanya menggunakan mechanization yang penting kepada kita untuk mengurangkan kebergantungan kepada pihak kerajaan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri .

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Semporna. Saya fikir dasar ini melibatkan pelbagai kementerian tetapi bagi pihak Kementerian Sumber Manusia kita menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk makluman Dewan mulia ini, sasaran kita ialah untuk melaksanakan pelbagai program pendidikan, latihan agar kita dapat mencapai 35 peratus tenaga mahir negara ini menjelang 2030. Dan ini sebenarnya kita menyediakan supaya bila ada pelaburan baharu nanti, tenaga mahir kita mencukupi. Jadi untuk dasar, memang kita hadkan untuk dasar setakat ini kita akan hadkan pekerja asing ini kepada 15 peratus sahaja daripada keseluruhan pekerja di Malaysia ini, dan setakat ini kita sudah berada dalam lebih kurang 9.1 peratus tenaga asing yang berada di negara ini, berbanding dengan pekerja tempatan yang berjumlah 16 juta. Akan tetapi saya fikir, satu soalan yang baik daripada Yang Berhormat Semporna untuk kita fikirkan bersama bagaimana sebenarnya kita mahu supaya pelaburan baharu

ataupun syarikat-syarikat, sama ada multinasional ataupun tempatan ini tidak bergantung dengan pekerja asing, dan itulah tugas Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bahawa, tenaga mahir kita di negara ini mencukupi untuk permintaan yang ada di negara ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri KSM. Kita reskilling, upskilling ini muncul setelah pasca COVID-19, ataupun ketika kita menghadapi COVID, ketika banyak peluang pekerjaan. Mereka yang expert dalam bidang tertentu telah diberhentikan dan mereka mendapat pekerja yang baharu, yang bukan bidang mereka. Jadi kita hendak tanya soalan ini, apakah satu penyelarasan yang official pada kerajaan upskilling reskilling diambil oleh satu- badan? Keduanya, yang mana mereka disusun secara berstruktur bagi reskilling balik- walaupun mereka berkelulusan sebagai engineer atau dan sebagainya tetapi dipindahkan di bidang komoditi ataupun perkhidmatan sektor perkhidmatan ataupun sektor ekonomi yang lain. Mereka perlu di reskilling. Reskilling inilah yang kita hendak tahu, setakat mana pencapaian yang kita fulfill the vacancies because of the reskilling, dengan izin, untuk kerajaan hendak utilize and employ in market ini. Adakah kerajaan telah menjalankan kajian terperinci terhadap sejauh manakah, perkembangan teknologi kecerdasan buatan AI bakal menjejaskan pasaran pekerjaan sedia ada termasuk bidang-bidang kerja yang menjadi ancaman AI setelah pasca COVID- 19 ini yang mana kita tumpu kepada reskilling, upskilling yang mana banyak graduates kita yang tidak mendapat pekerjaan kerana mereka tidak setara dengan kelulusan yang mereka ada. Apakah peranan kerajaan dalam bidang ini? Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pendang. Seperti yang Yang Berhormat Pendang maklum bahawa antara agensi Kementerian Sumber Manusia yang aktif tentang upskilling, reskilling ini ialah HRD Corp. Akan tetapi itu melibatkan kepada mana-mana agensi syarikat yang membayar levi kepada Kementerian Sumber Manusia. Untuk memastikan bahawa tenaga kerja kita ini dapat dilatih semula, ada beberapa program yang dibuat oleh PERKESO. Contohnya, untuk program Daya Kerjaya TVET yang mana ia Program Transisi Pekerjaan Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah atau Kerjaya TVET yang menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan kepada majikan yang mengajikan graduan TVET. Itu yang pertama. Kedua, kita juga memperkenalkan program Daya Kerjaya yang membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar daripada kalangan belia yang lama menganggur dan juga golongan rentan yang lain dan insentif RM600 sebulan selama tiga bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini. Banyak juga program-program intervensi yang dibuat oleh TalentCorp. Kita pergi ke IPTA dan juga IPTS untuk berinteraksi dengan bakal graduan kita untuk memastikan mereka juga mempunyai latihan dan ilmu yang mencukupi untuk mereka bersedia melangkah ke alam pekerjaan. Intervensi-intervensi inilah yang kita lakukan menerusi beberapa buah agensi kita untuk pastikan bahawa tenaga mahir kita memang boleh dijadikan sumber untuk ditempatkan di pelbagai sektor di negara ini malah di luar negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Majlis mempersilakan Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Iskandar Dzulkarnain bin Abdul KhalidBERSATU · PNKuala Kangsar · question

2. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kewangan menyatakan rasional penjualan aset kompleks produksi filem dan televisyen Iskandar Malaysia Studios (IMS) seluas 49 ekar yang bernilai RM32 juta di Iskandar Puteri, Johor Bahru kepada sebuah firma Singapura

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar. Terlebih dahulu sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat tersebut, ingin saya menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Kuala Kangsar bahawa ada penjualan aset kompleks produksi filem dan televisyen seluas 49 ekar di Iskandar Puteri, Johor Bahru, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Aset tersebut masih kekal dalam milikan Khazanah Nasional melalui anak syarikat bertujuan khas ataupun SPV Tanjung Bidara Ventures Sdn Bhd. Apa yang telah berlaku ialah penjualan saham syarikat pengendali operasi studio ataupun dengan izin the studio operator iaitu Iskandar Malaysia Studio Sdn Bhd ataupun IMS. Jadi, aset tersebut, tanah kekal milik Khazanah. Apa yang telah berlaku ialah penjualan saham bagi pengendali syarikat pengendali studio tersebut iaitu IMS. Ini merupakan inisiatif Khazanah untuk mencari rakan kongsi terbaharu yang dapat mengendalikan operasi studio dengan lebih baik. IMS sebagai syarikat pengendali studio hanya memajak tanah dan bangunan sehingga tahun 2036. IMS sebenarnya telah sebelum ini membawa impak kepada ekonomi setempat berjumlah RM1.2 bilion dan telah membuka lebih kurang 8000 peluang pekerjaan sejak operasi bermula Jun 2014. Walau bagaimanapun, IMS juga menghadapi cabaran dari segi kemapanan kewangan ataupun financial sustainability dengan izin. Ia diburukkan lagi dengan kesan kepada industri perfileman akibat pandemik COVID-19. Sekiranya Khazanah kekal sebagai pemegang saham IMS, maka Khazanah harus terus menyalurkan sokongan kewangan kepada IMS dengan anggaran kerugian sehingga RM14 juta setiap tahun. Justeru, Khazanah telah membuat keputusan perniagaan untuk meneroka kerjasama bersama pihak yang mendapat mengendalikan studio itu dengan lebih baik. Bagi memastikan pihak yang dipilih itu adalah tepat dan demi memastikan keadilan dalam transaksi tersebut, proses request for proposal atau pun RFP telah dikeluarkan pada Mac 2021. Seterusnya, pada April 2022 tahun lalu, Khazanah telah membuat keputusan untuk memilih Studio Management Services Sdn Bhd ataupun SMS untuk jalinan kerjasama ini. SMS merupakan sebuah konsortium yang dipimpin oleh pasukan pengurusan Malaysia IMF yang asal dan rakan kongsi serantau mereka G.H.Y Culture & Media Holding Company Limited dengan anak syarikatnya G.H.Y Culture & Media Malaysia Sdn Bhd. Kumpulan G.H.Y ini merupakan sebuah syarikat kumpulan media pelbagai yang terkemuka dalam industri hiburan Asia dan tersenarai dalam bursa saham Singapura. Mereka juga merupakan pelanggan utama IMS sejak tahun 2018. Memang sudah pernah bekerjasama sebelum ini dan syarikat ini telah menghasilkan tiga buah produksi besar iaitu Little Nyonya, Sisterhood dan The Ferryman di Malaysia dengan anggaran kos berjumlah RM150 juta. Pada masa ini, perjanjian jual beli saham telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan menunggu syarat duluan atau condition precedent untuk dimuktamadkan. Berikutan transaksi tersebut, Khazanah akan menerima hasil penjualan saham syarikat pengendali operasi studio sebanyak RM32 juta serta anggaran bayaran sewa sehingga tahun 2036 berjumlah RM26 juta keseluruhannya. SMS, syarikat baharu itu dijangka akan membawa produksi baharu ke studio bernilai lebih RM800 juta dalam jangka masa lima tahun yang akan datang dan hasilnya lebih banyak peluang pekerjaan akan disediakan dalam ekosistem studio tersebut dan membawa impak yang lebih positif kepada ekonomi setempat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Soalan tambahan saya, selepas pelupusan 80 peratus pegangan saham, apakah strategi

penyelamat pihak kerajaan untuk mendapatkan semula perbelanjaan yang telah dijalankan selama sebanyak RM700 juta dan apakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh IMS semenjak tahun 2015? Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kerugian tersebut?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih. Seperti yang saya maklumkan dengan pengambilalihan syarikat oleh SMS tersebut yang saya hendak tegaskan sekali lagi. Ini bukan penjualan aset, tanah, bangunan. Aset studio masih lagi milik Khazanah. Apa yang kita lupuskan adalah saham dalam syarikat pengendali dan selepas pelupusan saham tersebut, rancangan strategik untuk masa hadapan iaitu dalam lima tahun akan datang ialah SMS akan membawa produksi baharu lebih kurang RM800 juta ke studio di Iskandar Puteri tersebut. Ini kita yakin akan membuahkan hasil daripada segi pembangunan ekosistem industri perfileman setempat. Keduanya, tentang kerugian yang ditanggung oleh IMS selama ini. IMS telah ditubuhkan 2014. Menjalankan operasi 2014 dan dalam tahun-tahun pandemik memang terkesan industri perfileman seperti yang kita ketahui. Jadi, tadi saya sudah sebut dalam jawapan saya. Anggaran kerugian mencecah RM14 juta setahun. Jika Khazanah tidak melupuskan saham tersebut, maka khazanah sendiri terpaksa mengeluarkan ataupun menyalurkan sokongan kewangan kepada IMS. Jadi, inisiatif usaha sama kerjasama yang baharu ini kita harap akan membangunkan semula studio di Iskandar Puteri dan mengembalikan tujuan utama pembinaan studio tersebut iaitu untuk merancakkan lagi industri perfileman di negara kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tebrau ingin menanyakan Menteri. Sebenarnya IMS ini sebelum ini dia dikenali sebagai Pinewood Studios. So, merupakan satu tarikan di Johor. Saya ingin hendak mohon penjelasan mengenai sejauh mana kompleks IMS ini telah dimanfaatkan dan diguna pakai untuk industri filem tempatan serta faktor mengapa Pinewood atau IMS ini tidak dapat menarik pemain industri filem baik antarabangsa atau tempatan sehinggalah terpaksa kita menjualkan saham ini kepada syarikat swasta lain.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Syarikat Pinewood sebenarnya merupakan sebuah syarikat branding yang telah dijalinkan kerjasama pada awal penubuhan IMS ini. Akan tetapi akhirnya kerjasama ini telah pun ditamatkan kerana dilihat sebagai tidak mendatangkan impak yang positif kepada IMS. Apa yang telah saya nyatakan dalam jawapan saya tadi ialah IMS setakat ini telah membawa impak kepada ekonomi setempat dengan jumlah impak sebanyak RM1.2 bilion dan dengan kehadiran atau pun pewujudan studio tersebut, kita telah berjaya mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan dalam sektor ini iaitu sektor perfileman. Jadi ini merupakan antara impak yang telah dijana melalui penubuhan studio IMS di negeri Johor. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin. Yang Berhormat Kinabatangan.

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

3. Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah perancangan pihak kementerian untuk melibatkan lebih ramai golongan belia dalam usaha menjayakan dasar sains, teknologi dan inovasi negara.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pensiangan

Selamat pagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selari dengan usaha merakyatkan sains dan menginsankan teknologi,

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pensiangan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya di bawah sedang giat menjalankan pelbagai aktiviti dan program yang bersifat pendidikan bukan formal, yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Pertama, MOSTI telah menganjurkan Minggu Sains Negara yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran, menanamkan minat dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi terhadap semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia dalam kehidupan seharian. Sejak pelaksanaannya, Minggu Sains Negara mencatat jumlah kehadiran pengunjung seramai 6.41 juta orang meliputi pelbagai peringkat umur. Minggu Sains Negara akan diteruskan sebagai acara tahunan yang dilaksanakan dengan kolaborasi kerajaan negeri, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan dan pemain industri di setiap negeri menerusi pengisian program dan aktiviti secara fizikal dan secara maya. Kedua, Malaysia Techlympics adalah inisiatif terkini MOSTI bagi merangsang minat belia terhadap bidang STEM secara pembelajaran tidak formal berkonsepkan pertandingan. Program ini juga sebagai langkah siap siaga golongan belia untuk memainkan peranan sebagai pelengkap kepada agenda STEM negara. Pada tahun 2022, Malaysia Techlympics telah berjaya mencatatkan penyertaan seramai 1.03 juta orang. Tambahan itu juga, sebanyak 34.9 juta jangkauan digital di pelbagai rangkaian media sosial telah berjaya diperoleh. Bagi tahun 2023, program ini dirancang pelaksanaan mulai Julai dengan pelbagai penambahbaikan program mengguna pakai pengaplikasian teknologi terkini. Selain itu MOSTI turut menggerakkan inisiatif ruang daya cipta (RDC) di daerah terpilih seluruh negara, yang sehingga kini telah menjangkau 15,000 penduduk luar bandar. RDC dilengkapi peralatan dan aplikasi STIE untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kemahiran serta menyediakan ruang praktikal kepada masyarakat untuk menggunakan teknologi. RDC dilengkapi kemudahan seperti makmal reka bentuk, makmal komputer, sudut inovasi, studio digital dan ruang latihan yang boleh digunakan secara percuma. Sehingga kini, sebanyak 10 RDC telah dibangunkan termasuk satu di Sandakan Sabah dan untuk tahun ini, MOSTI menyasarkan sebanyak 10 buah RDC yang baharu untuk dibina dan dua daripadanya adalah untuk negeri Sabah. Pada tahun ini juga, sedikit kelainan akan ditonjolkan di mana MOSTI akan menganjurkan Program Kembara Sains Sabah dengan menjelajah ke enam buah daerah terpilih di seluruh negeri Sabah dengan membawakan pengalaman sesebuah Pusat Sains dan Planetarium kepada masyarakat di luar bandar. Program ini dijangka dapat menarik kehadiran seramai 10,000 orang termasuk pelajar, guru serta orang ramai. Selaras dengan usaha untuk memperhebatkan minat golongan belia dan pembangunan sains teknologi dan inovasi, MOSTI juga melaksanakan Program Pengiktirafan Saintis Muda dan pengiktirafan kepada juru teknik dan teknologi tempatan. Pengiktirafan ini diharap dapat menjadi perangsang dan juga galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Kinabatangan.

Ya Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, di samping mengangkat paradigma anak muda untuk ke arah sains dan teknologi, sedarkah Yang Berhormat, bahawa negara-negara maju khususnya, aktif giat mengeluarkan teknologi moden dan baru. Jadi, apa langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan negara kita tidak ketinggalan terlalu jauh dengan negara-negara maju yang lain. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Dalam bidang inovasi dan kreativiti ini, sebenarnya dia bidang yang sangat luas dan inovasi ini dia boleh merangkumi pelbagai aspek. Sebagai contoh inovasi di peringkat komuniti, inovasi di peringkat kampung, yang mungkin boleh memudahkan urusan harian mereka. Jadi kita punya cabaran di sini, bagaimanakah kita boleh yang pertama, mengenal pasti inovasi yang ada. Bukan sahaja di institusi pengajian tinggi tetapi termasuk inovasi hingga ke peringkat kampung-kampung yang boleh dikomersialkan. Jadi, yang pertama kita kena kenal pasti dahulu adakah ciptaan inovasi itu yang boleh membantu hidupan masyarakat itu setiap hari, memudahkan urusan. Kedua itu, selepas kita kenal pasti itu, kita akan bawa hasil ciptaan itu berjumpa dengan agensi kita. Agensi seperti Yayasan Inovasi Malaysia, di mana kita boleh bantu untuk mengembangkan ciptaan itu, bagi bantuan dan untuk masuk ke peringkat seterusnya untuk pengkomersialan. Melalui peringkat-peringkat seperti ini, sekiranya bahan inovasi itu ataupun di teknologi peringkat masyarakat tempatan itu boleh dikembangkan lebih besar lagi. Kita mempunyai agensi-agensi. Agensi untuk bantu daripada peringkat pengkomersialan dan untuk orang bilang business expansion. Business expansion supaya kita boleh bantu, mungkin dia memerlukan lesen- lesen tertentu dan sebagainya supaya ciptaan itu, dia boleh mencapai potensinya sepenuhnya supaya negara kita juga boleh mengeluarkan bahan-bahan ciptaan dan inovasi dengan harapan supaya masyarakat kita juga boleh bersaing dengan masyarakat yang lain daripada negara yang lebih maju. Sekian, terima kasih.

Kubang Kerian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Soalan saya ialah yang pertama sekali banyak inovasi yang berjaya. Cuma apabila dia tidak dicommercializekan, menyebabkan akhirnya inovasi tersebut padam begitu sahaja. Persoalan saya adalah apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengiktiraf inovasi yang telah dihasilkan, sama ada di peringkat sekolah menengah ataupun universiti. Sebagai contoh, baru-baru ini kita dapati sekumpulan pelajar daripada USM. Dia telah mendapat kejayaan mewakili Malaysia ke Persidangan Penciptaan Roket yang berprestij tinggi di Amerika. Isunya ialah mereka masih lagi mencari penaja untuk mereka pergi ke sana dan kita lihat bahawa mood sekarang kepada anak-anak pelajar dalam bidang sains ini menurun. Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan kembali minat mereka untuk mendalami dalam bidang sains, inovasi dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian yang bertanyakan soalan itu. Soalan daripada Yang Berhormat tadi dia mempunyai dua soalan. Yang pertama adalah usaha untuk membantu kepada ciptaan inovasi tempatan kita. Pertama, kita ada pelbagai inisiatif daripada agensi sepertimana yang disebutkan tadi dan juga pada masa yang sama, kementerian kita juga ada menganjurkan beberapa pertandingan untuk kita minta supaya orang ramai termasuk pelajar itu, dia sendiri ke depan untuk menunjukkan apakah ciptaan inovasi yang mereka ada. Contoh, macam Malaysia Techlympics, Program Innovator dan sebagainya. Di mana kita memberi ruang kepada anak-anak muda masuk ke televisyen untuk menunjukkan ciptaan mereka, supaya kita boleh memberikan hadiah dan membantu mereka bagaimana mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kedua, sekiranya ada ciptaan-ciptaan yang memerlukan bantuan, kita sedia untuk membantu. Datang berjumpa dengan kita supaya kita boleh mencari kaedah membantu pelajar ataupun ciptaan itu mencapai potensinya sepenuhnya. Ada lagi soalan daripada Yang Berhormat berkaitan dengan isu kemerosotan minat pelajar dalam bidang STEM. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, masalah kemerosotan bilangan pelajar dalam STEM ini memang merupakan masalah yang akan diambil serius oleh kerajaan ini. Pada minggu yang lalu, Kementerian MOSTI bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan untuk menubuhkan satu pasukan khas untuk kita mengambil langkah-langkah intervensi dan juga untuk kita, apakah langkah-langkah daripada segi content STEM dan juga ekosistem sistem pendidikan kita supaya kita boleh meningkatkan lagi pelajar-pelajar yang menceburi dalam bidang STEM ini untuk kebaikan masa depan ekonomi dan anak-anak muda kita. Sekian, terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran · question

4. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Pertanian ‘dan Keterjaminan Makanan menyatakan kesan perubahan cuaca, ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak terhadap pengeluaran bahan makanan di negara ini sepanjang dua tahun lalu serta langkah mitigasi yang telah diambil untuk mengurangkan impaknya terhadap sekuriti makanan negara.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) terus komited dalam mempergiatkan aktiviti pertanian mampan yang mesra alam dan berdaya tahan bagi menangani kesan perubahan iklim, bencana alam serta serangan penyakit dan perosak yang memberi kesan kepada sektor pertanian dan boleh menjejaskan tahap keterjaminan makanan negara. Berdasarkan pemerhatian KPKM, sepanjang tempoh dua tahun lepas. Kesan perubahan iklim telah menyebabkan kejadian banjir yang telah memusnahkan hasil tanaman, ternakan dan perikanan. Secara khususnya, bencana banjir pada akhir tahun 2021 telah mengakibatkan sektor pertanian, perikanan dan penternakan mengalami kerugian lebih RM90 juta yang membabitkan 7,578 orang pengusaha industri agromakanan di seluruh negara. Manakala kejadian banjir pada hujung tahun 2022 akibat Monsun Timur Laut pula telah menjejaskan seramai 8,166 orang golongan sasar, melibatkan 13,244 hektar kawasan pertanian dengan anggaran nilai kerosakan sebanyak RM48.6 juta serta seramai 871 orang penternak akuakultur dan 81 orang pengusaha produk perikanan di seluruh negara telah mengalami kerugian berjumlah RM55 juta. Selain itu, serangan penyakit menjejaskan produktiviti ternakan dan mengakibatkan kematian serta meningkatkan kos operasi pengeluaran seperti kos utiliti dan kos makanan haiwan ternakan. Sebagai contoh adalah seperti African Swine Fever (ASF) yang melibatkan ternakan babi. Bagi golongan sasar yang terkesan akibat bencana banjir pada penghujung tahun 2021 dan tahun 2022, kementerian telah menyalurkan sebanyak RM45.9 juta melalui Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) dan sebanyak RM33.4 juta melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP)

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

yang juga meliputi bantuan kepada pesawah dan pengusaha padi terutamanya disebabkan oleh serangan penyakit dan bencana alam. Berkait dengan cuaca panas yang melanda negara, KPKM sentiasa memantau secara dekat situasi ini dari semasa ke semasa agar bekalan makanan negara terus terjamin. Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal dan pihak kerajaan bersedia untuk mengambil langkah intervensi jika perlu bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Selain itu, antara strategi dan tindakan yang dilaksanakan oleh KPKM adalah seperti berikut: (i) menggalakkan penggunaan teknologi berasaskan iklim (climate- based technology) dan automasi termasuk pendekatan pertanian pintar iklim seperti penanaman dalam persekitaran terkawal (controlled environment farming) dan kilang tanaman (plant factory); (ii) mempergiatkan aktiviti penyelidikan pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D and C&I). Antaranya penyelidikan pembangunan varieti padi yang tahan kemarau serta kajian pembangunan pakar akuakultur yang mempunyai daya tahan kepada perubahan iklim; (iii) menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran pertanian melalui pembinaan tali air, sistem pam serta kelengkapan infrastruktur amalan, pengairan sawah secara Alternate Wetting and Drying (AWD) di seluruh negara secara berperingkat untuk mengoptimumkan penggunaan air dan meningkatkan kecekapan infrastruktur bayaran; (iv) penuaian air hujan atau rainwater harvesting dan pencarian sumber air bawah tanah melalui sistem telaga tiub atau tube well bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim panas dan menggunakan sungkupan atau mulching untuk mengekalkan kelembapan tanaman; dan (v) pembuatan silaj dan hay bagi sektor ternakan di musim terdapat banyak rumput yang bertujuan sebagai konservasi makanan dan ternakan jika berlaku kekurangan rumput segar semasa musim panas melanda. Melalui pelbagai bantuan dan inisiatif yang telah dilaksanakan ini, kementerian yakin bahawa cabaran ditanggung oleh kumpulan sasar yang terkesan akibat perubahan cuaca, ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak dapat diringankan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Beluran.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ancaman cuaca, perubahan iklim dan sebagainya bukan sahaja memberi impak kepada kumpulan petani, peladang dan penternak tetapi juga memberi impak kepada sekuriti makanan negara seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu, kerajaan yang lalu mengolah pelbagai tindakan. Seperti yang dinyatakan, juga tindakan untuk mewujudkan skim, crops insurance ataupun Insurans Takaful Agromakanan. Beberapa halangan yang telah kita lalui dan atasi, namun sehingga kini sudah bekali, banyak sudah deadline telah di convinced kan oleh kementerian. Namun ia masih belum menjadi kenyataan. Apa halangan, sama ada dipihak Bank Negara, dipihak Kementerian Kewangan ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain yang tidak melihat tentang keperluan untuk mewujudkan skim Insurans Takaful Agromakanan ini yang perlu dipercepatkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan?

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Jadi, apa halangan sebenarnya? Adakah kerajaan akan meningkatkan bantuan dan subsidi kepada kumpulan petani, peladang dan juga penternak ini untuk mengatasi masalah hasil yang akan berkurangan disebabkan oleh faktor-faktor yang dinyatakan dalam soalan. Terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada Mantan Yang Berhormat Menteri. Ini kerana soalan ini berkait rapat dengan apa usaha yang beliau lakukan semasa beliau menjawat jawatan Menteri. So, soalan dia lebih tertumpu untuk the past two years, apa yang berlaku di dua tahun yang lepas ini. Untuk menjawab soalan yang berkaitan spesifik tentang ini skim Insurans Takaful Agromakanan, statusnya begini. Pihak kementerian sedang aktif melaksanakan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sebelum mengembangkan kepada skim takaful bagi subsektor yang lain. Pelan pelaksanaan STTP tersebut baharu sahaja mendapat kelulusan awal dari pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan masa ini pihak Agrobank sedang giat menyediakan rangka kerja pengoperasian yang rapi dan terperinci sebelum diajukan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk proses kelulusan penuh selewat- lewatnya sebelum 21 Ogos tahun ini. STTP dijangka dapat dilaksanakan tertakluk kepada kelulusan penuh dari BNM. Untuk menjawab soalan kedua, yang melibatkan skim pembangunan semula. KPKM ini baru sahaja menerima RM8 juta yang tambahan, daripada Kementerian Ekonomi untuk isu pampasan atau pembangunan semula untuk warga tani yang mengalami kerosakan. Macam mana mekanisme untuk pengagihan dan formulanya, akan dimuktamadkan nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Paya Besar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan daripada Yang Berhormat Beluran sebentar tadi. Saya lihat lima langkah yang dinyatakan oleh pihak kementerian itu, lima langkah yang begitu lama dirancang oleh pihak kementerian. Cumanya kita hendak melihat impak kepada keterjaminan makanan negara. Saya hendak bawa beberapa fakta Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan trade balance in agro industry, agro-food. Kita ada defisit lebih kurang RM29 bilion pada tahun 2022. Kita hanya ada surplus pada tahun 1990. Jadi, kalaulah lima-lima langkah yang disebutkan tadi telah menunjukkan declining yang sangat besar sehingga RM29 bilion. Apakah Dasar Sekuriti Makanan? Apatah lagi seperti mana soalan asal Yang Berhormat Beluran tadi yang melibatkan climate change yang akan menyebabkan trade balance kita semakin membesar, semakin membengkak dan kita tidak mempunyai dasar yang lebih baik dari segi perkara yang saya sebutkan tadi.

Saya hendak beri contoh dua, tiga perkara. Kita tengok sayur ...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Sayur dan buah-buahan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita defisit tahun 2022 hampir RM8 bilion, walhal ia disebutkan oleh Yang Berhormat Beluran tadi, kita hendak bantu petani-petani. Jadi, adakah dasar supaya kita dapat memuktamadkan, dan menoktahkan supaya kita kembali sekurang-kurangnya mengurangkan defisit trade balance in agro-food, dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab untuk trade balance ini, saya ingin menekankan bahawa kesan El Nino kepada sektor tanaman ini ada kesan negatif, dan ada kesan positif. Kesan positif yang saya maksudkan cuaca panas yang melanda negara ini yang tidak sahaja memberikan kesan negatif sepenuhnya tetapi turut memberikan impak yang positif seperti kepada tanaman sayuran yang tidak

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

terjejas pengeluaran. Malah pada sesetengah musim, ada juga berlaku lambakan sayur- sayuran tetapi memberikan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempunyai kualiti yang lebih baik. Cuaca panas juga memberi kesan yang baik kepada buah-buahan seperti tembikai, melon dan mangga yang memberikan rasa yang lebih manis. Cuaca yang panas juga boleh menyebabkan tempoh matang buah mangga yang lebih cepat. So, ada juga kesan yang positif. Untuk isu trade balance ini, kebanyakan masalahnya apabila kita mengimport masuk sayur-sayuran atau buah-buahan dari luar negara- ini bergantung kepada dua faktor. Faktor pertama iaitu ketersediaan buah-buahan tersebut di dalam negara. So, itu kita harus import. Kedua, about skala ekonomi seperti contoh kubis. Kubis yang kita import masuk dari China itu kosnya memang lebih murah daripada penanaman kubis di dalam negara. So, itu juga memberikan kesan positif kepada rakyat kerana rakyat lebih mampu untuk membeli. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Ledang.

Syed Ibrahim bin Syed NohPKR · PHLedang · question

5. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, dasar luar negara oleh kerajaan dalam mengangkat isu kemanusiaan melibatkan Palestin selain daripada bantuan kewangan dan pendirian kerajaan dalam isu solusi dua negara atau two-state solution, status apartheid Rejim Israel, serta normalisasi hubungan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ledang bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Marang bertarikh 13 Jun 2023, kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seperti yang telah kita jelaskan semasa sesi perbahasan dasar Bajet 2023 pada 9 Mac 2023, pendirian dan Dasar Luar Negara oleh Kerajaan Malaysia dalam isu Palestin adalah jelas dan tidak pernah berubah. Pendirian Malaysia ialah rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan Garis Sempadan Pra 1967 dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Palestin. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia akan secara berterusan lantang dalam memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin di setiap platform dan forum- forum antarabangsa, termasuk di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pergerakan Negara Berkecuali dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga sentiasa menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menekan Rejim Israel agar menghentikan Dasar Apartheid serta serangan keganasan dan provokasi ke atas rakyat Palestin. Ini seperti yang telah ditekankan dalam kenyataan- kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Oktober 2021, Malaysia tidak akan sesekali menjalinkan hubungan diplomatik dengan Rejim Israel atau menormalisasi hubungan dengan rejim tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Ledang.

Yang terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menegaskan kembali pendirian Malaysia khususnya berkenaan dengan beberapa pendirian yang disebutkan tadi iaitu pertama tentang dasar

Israel sebagai Dasar Apartheid, dan kedua ialah berkenaan dengan kita menolak apa jenis hubungan normalisasi. Saya ingin diberi sedikit masa Tuan Yang di-Pertua untuk menyebutkan bahawa saya sebutkan berkenaan dengan solusi-dua negara. Jadi, ini tidak disentuh tadi apakah kita melihat bahawa solusi-dua negara ini sebagai suatu yang baik, yang berhasil, yang ada manfaatnya? Sedangkan ia hanya taktik curi masa dan sia-sia, rampas tanah Palestin. Saya juga mohon supaya pihak kementerian melihat bahawa ada pengistilahan digunakan secara konsisten berkenaan dengan jenayah apartheid yang dilakukan oleh Rejim Israel. Justeru, soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah, bolehkah pihak kementerian memberikan pencerahan, adakah Kerajaan Malaysia akan mengukuhkan komitmen perjuangan membela rakyat Palestin dengan merujuk kepada kenyataan media Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang bertarikh 8 Februari 2023 untuk kita mengambil bahagian, mengemukakan pandangan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap prosiding dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang dijajah. Ini termasuk Baitul Maqdis Timur kerana tamat tempoh untuk kita kemukakan kenyataan bertulis ini pada 25 Julai 2023. Saya rasa ini satu tindakan yang penting, yang perlu dilaksanakan oleh Malaysia untuk kukuhkan pendirian yang kita telah sebutkan tadi. Terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Mengenai isu yang telah pun dibangkitkan iaitu mengenai two-state solution, saya ingin menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menyokong sepenuhnya two-state solution ini berdasarkan Garis Panduan Sempadan Pra 1967 dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Palestin. Untuk maklumat Yang Berhormat Ledang bahawa hubungan kita dengan Palestin ini cukup intim dan cukup rapat. Kita sentiasa mengambil bahagian dalam apa juga platform di peringkat antarabangsa demi menyatakan sokongan, dukungan dan pendirian kita yang tidak pernah berbelah bahagi untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin ini. Termasuk juga barangkali kalau perlu kita ingin panjangkan pandangan kita sebagaimana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Ledang tadi dan saya akan bekalkan secara detil mengenai apa yang telah diutarakan itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah status pendidikan khususnya berkaitan dengan mahasiswa Palestin yang berada di Malaysia? Apakah kita mempunyai hubungan dengan mereka? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan sekolah Palestin di Malaysia dalam membantu untuk hubungan yang lebih kekal? Terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat. Pembelaan, dukungan dan sokongan kita kepada Palestin Yang Berhormat jelas dan amat besar. Ini bukan sahaja soal pembelaan daripada segi bantuan kemanusiaan yang tidak henti- hentinya kita usahakan daripada banyak NGO yang tampil ke hadapan membantu kita dan Kementerian Luar Negeri akan menyelaraskan apa juga bentuk bantuan yang diberikan oleh semua pihak. Barangkali mengenai isu pendidikan yang diutarakan itu, kita akan sentiasa mengikuti apakah keperluan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Kedutaan Besar Palestin yang berada di Kuala Lumpur jika itu barangkali adalah keperluan yang mendesak, mungkin kita boleh berunding, duduk dengan mereka daripada segi bentuk apa yang perlu kita salurkan untuk memberikan bantuan daripada segi pendidikan itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Pepatah Melayu ada menyebut, Jangan diajar itik berenang; Mohon Menteri segera menyambut, Soalan Jeli nombor enam.

Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli · question

6. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah tindakan, dan langkah kerajaan terhadap isu kependudukan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang mendiami tanah kerajaan sebagai tempat tinggal.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jeli. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memfokuskan kepada keberadaan warga asing di sebuah tempat dengan memfokuskan kepada pendatang asing tanpa izin yakni PATI, selain bertindak kepada aduan yang diterima, operasi penguatkuasaan juga dilaksanakan secara berkala. Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat, sekiranya terdapat aduan atau operasi melibatkan pencerobohan tanah milik kerajaan, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan bersama dengan PBT yang menjadi pihak berkuasa berkaitan pemilikan tanah.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Untuk makluman Yang Berhormat, JIM tidak menjalankan operasi melibatkan isu pencerobohan tanah tetapi menguatkuasakan undang-undang berkaitan status seseorang warga asing itu, mereka ada PADI iaitu pendatang asing, dengan izin. Oleh yang demikian, operasi bersepadu bersama dengan agensi-agensi seperti PBT, TNB, pejabat tanah dan RELA akan dilaksanakan apabila melibatkan kes-kes pencerobohan tanah-tanah kerajaan. Ini adalah kerana kuasa di bawah undang-undang seperti tanah adalah di bawah PBT dan pejabat tanah serta pihak berkuasa negeri. Maknanya, kita menjalankan operasi secara bersepadu bersama dengan agensi jabatan kerajaan berkaitan. Setakat hari ini, Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat operasi bersepadu melibatkan pencerobohan tanah di Cyberjaya dengan tangkapan sebanyak 53 orang PATI iaitu 25 orang lelaki dan 28 orang perempuan. Untuk makluman Yang Berhormat, kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa. Hal ini termasuklah keperluan untuk memiliki dokumen perjalanan yang sah, mematuhi tempoh keberadaan yang dibenarkan serta pematuhan kepada syarat-syarat pas yang dikeluarkan. Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memandang serius berkaitan masalah pendatang asing tanpa izin di negara dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah PATI di negara ini. Penguatkuasaan secara bersepadu juga dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa negeri bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan PATI di seluruh negara termasuk kawasan perumahan yang dibina di atas tanah kerajaan dan seterusnya mengekang daripada keberadaan PATI untuk mendiami tanah kerajaan secara tidak sah. Sepanjang 2022, sebanyak 8,033 operasi dan 115,134 pemeriksaan telah dijalankan oleh JIM ke atas PATI dan majikan di seluruh negara. Operasi yang dijalankan tersebut telah membawa kepada penangkapan seramai 22,804 orang PATI dan 371 orang majikan. Manakala bermula Januari 2023 sehingga 8 Jun 2023, sebanyak 3,673 operasi dan 41,225 pemeriksaan telah dijalankan ke atas PATI dan majikan di seluruh negara. Operasi yang dijalankan tersebut telah membawa kepada penangkapan seramai 9,689 orang PATI dan 146 orang majikan. Saya ingin memaklumkan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Statistik operasi penguatkuasaan tersebut termasuklah operasi penguatkuasaan bersepadu yang

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

dilaksanakan oleh JIM di penempatan PATI yang dibina secara tidak sah di atas tanah milik kerajaan atau milik persendirian. Misalnya operasi penguatkuasaan bersepadu di Nilai, Negeri Sembilan dan Cyberjaya, Selangor pada awal tahun 2023 dan lain-lain agensi kerajaan iaitu Pasukan Gerak Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi. Tindakan susulan telah diambil oleh JIM untuk mengenal pasti status pemilikan tanah tersebut dengan PBT supaya isu penempatan haram dapat dibanteras sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jeli.

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Pada 21 April 2023, Sinar Harian ada melaporkan dengan tajuknya, “PATI Semakin Berani Bina Penempatan Atas Tanah Kerajaan”. Melihat kepada tajuk ini, kita agak risau dan kita agak gusar menunjukkan betapa beraninya PATI ini membina penempatan sedangkan operasi sedang giat dijalankan tetapi kemasukannya semakin bertambah. Di penempatan itu dilaporkan terdapat beberapa kemudahan asas ada di tempat itu dan seolah-olah mereka ingin menetap secara tetap di atas tanah kerajaan. Soalan saya ialah mengapakah ternampak sebegitu lemah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan? Adakah ini kerana kita kekurangan tenaga penguat kuasa ataupun penguatkuasaan kita tidak meliputi semua agensi seperti PBT, PTG ataupun pihak-pihak berkuasa negeri yang lain? Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Jeli atas soalan tadi. Saya hendak maklumkan bahawa fokus, ini core business pada Jabatan Imigresen Malaysia adalah kepada premis yang menggaji PATI. Ini tanggungjawab sebenar. Bagi kes-kes pencerobohan tanah kerajaan ini, ia di bawah bidang kuasa agensi penguatkuasaan seperti PBT, Pejabat Tanah ataupun jabatan-jabatan perhutanan atau pemilik-pemilik tanah berkenaan. Namun demikian, isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, sebagaimana saya jelaskan tadi kita sentiasa laksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi yang lain. Kita ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Namun begitu, saya ingin maklumkan bahawa penguatkuasaan tetap dijalankan dari semasa ke semasa. Antaranya seperti yang telah saya sebutkan tadi dan JIM juga membuat operasi yang melibatkan tanah-tanah kerajaan dan kita sentiasa akan proaktif berasaskan laporan-laporan. Malah jika tidak ada laporan pun, jika kita mengesyaki bahawa pencerobohan berlaku dan ada PATI berkenaan, kita akan lakukan secara bekerjasama dengan pihak-pihak lain. Saya ingin sebut bahawa Kementerian Dalam Negeri bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa komited dan mahu menyelesaikan isu ini yang dari semasa ke semasa telah bijak dan kita meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya kita dapat membanteras isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Jelebu.

Dato' Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih, Kuala Pilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato' Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai prosedur penangkapan warga asing tidak memiliki dokumen yang sah. Soalan saya, kenapakah warganegara Malaysia juga yang berada di premis yang sama turut ditangkap oleh pihak Imigresen walaupun telah terbukti status mereka sebagai warganegara Malaysia? Selanjutnya, adakah kementerian bercadang untuk mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada mereka ataupun orang awam yang memberi maklumat tentang PATI ini? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Pilah atas soalan tadi. Untuk makluman, Jabatan Imigresen Malaysia akan melakukan operasi mengikut SOP yang telah ditetapkan, sesekali kita tidak akan melanggar SOP berkenaan supaya mengelakkan perkara-perkara lain yang berbangkit. Biasanya ketua operasi akan perkenalkan diri dan mengemukakan kad kuasa kepada warga asing yang hendak diperiksa atau pemilik atau penghuni premis sebelum pemeriksaan dijalankan. Hanya ketua operasi sahaja yang boleh menentukan seseorang itu perlu ditangkap dan hendaklah dimaklumkan kesalahan-kesalahan mereka. Setiap tangkapan kemudian hendaklah berasaskan kepada seksyen kesalahan yang membawa hukuman tertinggi atau paling berat jika disabitkan kesalahan. Bagi warganegara asing, kesalahan yang dimaksudkan merupakan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) iaitu Akta Imigresen 1959/63. Tuan Yang di-Pertua, saya sambung sedikit boleh sebab penting saya jawab. Boleh ya? Iaitu, tiada memiliki pas untuk berada di Malaysia. Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh pas diberikan dan Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1966 iaitu menyalahgunakan pas lawatan bagi setiap warganegara asing yang diperiksa. Manakala bagi kesalahan warganegara Malaysia pula ialah seksyen 56(1)(d), Akta Imigresen 1959/63 iaitu melindungi pendatang tanpa izin (PATI). Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji pendatang tanpa izin, dan seksyen 55E, Akta Imigresen iaitu membenarkan pendatang tanpa izin di premis. Suspek yang ditangkap ini Yang Berhormat, hendaklah digari dan diiring ke tempat tahanan sama ada di depot Imigresen ataupun di lokap balai polis kecuali atas arahan ketua operasi. Ini antara prosedur-prosedur yang ditetapkan dan sentiasa dipatuhi oleh pegawai-pegawai kita di Imigresen. Jika seseorang warganegara Malaysia ditangkap, adalah kerana mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 56(1)(d), Akta Imigresen 1959 iaitu melindungi pendatang tanpa izin (PATI), seksyen 55B, Akta Imigresen iaitu menggaji pendatang tanpa izin dan seksyen 55E, Akta Imigresen 1959/63 iaitu membenarkan pendatang tanpa izin di premis. Sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan-kesalahan, maka orang itu hendaklah ditangkap bagi tempoh 24 jam termasuk masa perjalanan. Sekiranya ada keperluan penahanan lanjut di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] dihadapkan ke Majistret.

Yang Berhormat, saya hendak sebut ada soalan yang berkaitan dengan ganjaran tadi. Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa memberi pertimbangan dalam memberikan ganjaran kepada orang awam yang memberi maklumat mengenai PATI. Oleh sebab itu kita galakkan orang awam bekerjasama dengan kita untuk beri maklumat-maklumat. Pemberian ganjaran ini selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 5(c), Akta Imigresen 1859/63 [Akta 155], dan juga seksyen 12C Akta Pasport 1966 [Akta 503] iaitu ketua pengarah boleh memberi imbuhan iaitu sebagaimana difikirkan patut dibayar kepada mana-mana orang bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan berhubung dengan pengesanan pendakwaan bagi satu kesalahan di bawah akta ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Pekan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jangan ke laut musim tengkujuh; Soalan saya nombor tujuh.

Sh Mohmed Puzi bin Sh AliUMNO · BNPekan · question

7. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, senarai terkini sungai paling tercemar di Malaysia dan sejauh mana kementerian tegas dalam menangani isu pencemaran sungai di negara ini yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa kimia, ladang ternakan haiwan, dan perlombongan.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pekan. Untuk makluman sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menunjukkan Indeks Kualiti Air (IKA) dalam kategori tercemar pada tahun 2022. Untuk makluman, ada sesetengah aktiviti pencemaran sungai adalah tertakluk kepada bidang kuasa agensi lain seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Oleh itu kementerian akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bersepadu supaya aktiviti pencemaran sungai dapat dibendung secara bersama. Dalam menangani isu pencemaran sungai-sungai ini yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa kimia, ladang ternakan haiwan dan perlombongan. Kementerian melalui JAS telah mengambil pelbagai langkah termasuk di peringkat penguatkuasaan, perancangan dan kajian. Antara langkah penguatkuasaan dan perancangan yang dilaksanakan oleh JAS seperti berikut: (i) mempertingkatkan penguatkuasaan bagi punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pada air fluent perindustrian dan kawalan kepada projek- projek yang tertakluk kepada kelulusan laporan environmental impact assessment; (ii) memastikan projek-projek pembangunan yang tertakluk EIA terutama yang melibatkan kerja dana hendaklah menyediakan pelan kawalan hakisan dan mendapan dan seterusnya mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang berkaitan pelepasan keretakan; (iii) mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus; (iv) meningkatkan penggunaan teknologi seperti penggunaan drone dan dapat pelaporan pemantauan alam sekitar secara atas talian real-time monitoring; dan (v) melaksanakan operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan lain- lain lagi. Untuk makluman, JAS akan terus menjalankan kerja-kerja pengawasan kualiti air secara berterusan melalui Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar- Environmental Quality Monitoring Program. Sebanyak 30 sessions pengawalan automatik dan 1,353 sessions pengawalan manual bagi pemantauan kualiti air sungai di seluruh negara. Kementerian juga akan meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai untuk merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan dalam memastikan isu pencemaran sungai dapat ditangani dengan berkesan dengan keseimbangan sistem ekologi dapat dikekalkan. Selain itu sebagai langkah tambahan dalam memastikan kelestarian sungai adalah terjamin, kementerian sedang menjalankan kajian bagi memperkenalkan

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

pendekatan baharu untuk mengawal pencemaran sungai melalui kaedah total maximum daily load iaitu penentuan beban pencemaran yang dibenarkan dilepaskan oleh setiap punca pencemaran air berdasarkan kepada daya tampung sesebuah sungai. Sekian, terima kasih.

Terima kasih atas pencerahan dan jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, apakah kekangan yang dihadapi bagi memastikan bahawa sungai yang tercemar tersebut dapat dibaik pulih ke tahap yang memuaskan? Terima kasih.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pekan. Selain daripada penguatkuasaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tujuan membaik pulih sungai-sungai di Malaysia, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memperkenalkan pelaksanaan konsep secara nature-based solutions, dan pembabitan komuniti melalui pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK). Program DSK merupakan program pembangunan laluan di sepanjang jajaran sungai, kolam atau padang air yang mampu bertindak sebagai mekanisme penjagaan sungai daripada aktiviti pencemaran. Program membaik pulih sungai atau membersihkan sungai memainkan peranan penting sebagai langkah-langkah proaktif dalam menangani masalah pencemaran sungai dan risiko banjir. Selain daripada itu, pelaksanaan konsep pembabitan komuniti setempat bagi memupuk budaya menyayangi sungai merupakan langkah jangka panjang bagi memelihara kelestarian sungai. Peranan kementerian melalui JPS adalah terhad kepada membaik pulih aliran sungai bagi mengelakkan kejadian banjir, tebing runtuh dan hakisan berlaku. Secara kesimpulannya, tanggungjawab pemeliharaan sungai bukanlah tugas kementerian semata-mata. Namun usaha sama semua pihak terutamanya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah penting bagi memastikan kelestarian sungai di Malaysia adalah terjamin. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya berminat dengan soalan Yang Berhormat Pekan yang hendak senarai sungai- sungai tadi. Kalau Timbalan Menteri boleh berikan senarai tersebut mungkin secara bertulis saya amat hargai. Kemudian mengenai soalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak timbulkan mengenai secara spesifik Sungai Kereh di kawasan saya di Tasek Gelugor. Masalah ini sudah berlanjutan bertahun-tahun lamanya. Ada sedikit sinar semasa Yang Berhormat Kubang Kerian menjadi Menteri yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau hendak selesaikan- sumber pencemarannya ialah ladang babi yang berdekatan di Kampung Selamat di kawasan berdekatan. Akan tetapi selama ini tidak selesai. Kalau ikut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kita perlukan kerjasama kerajaan negeri, PBT dan sebagainya. Kalau hendak diharapkan Kerajaan Pulau Pinang saya rasa setakat ini confirm gagal.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pihak Persekutuan bahawa masalah di Sungai Kereh ini boleh diselesaikan dan membantu menyelesaikan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan. Peraturan, peraturan. Peraturan. Saya minta 36(6). Kenyataan membuat sangkaan jahat terhadap dalam soalan tadi.

Yang Berhormat mengatakan kalau mengharapkan Kerajaan Pulau Pinang, confirm gagal. Itu merupakan satu kenyataan yang tak betul.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Hakikatnya, setakat ini tidak pernah selesai masalah tersebut dan memang masih gagal.

No. Boleh diselesaikan tetapi jangan buat tohmahan begitu, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jelutong, 36(6).

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma minta ruling.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, saya nak buat ruling. Duduk dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey. Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain”. Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak menuju kepada siapa-siapa Ahli... [Tepuk]

Itu membuat kenyataan terhadap Ketua Menteri, yang juga merupakan Yang Berhormat Batu Kawan.

Sudahlah. Yang Berhormat Jelutong, duduklah. Tuan Yang di-Pertua dah buat ruling.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak apa, kita jawab selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua dah buat ruling, cukup Yang Berhormat Jelutong.

Tidak adil, Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Yang Berhormat Jelutong menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang gagal.

Saya minta kenyataan itu juga ditarik balik, Tuan Yang di-Pertua. Tidak adil kalau begitu. Kalau dah tanya soalan, boleh tanya soalan tetapi jangan buat tohmahan dan sangkaan jahat begitu.

Ini dah pertikai keputusan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya sudah buat ruling.

Tuan Yang di-Pertua dah buat ruling tadi. Ini mempertikai.

Memberi persepsi bahawa Kerajaan Pulau Pinang gagal menangani perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, bagilah Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dahulu. Ini soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, saya sudah buat ruling dan bagi Berhormat Timbalan Menteri untuk jawab.

Ya, ya itulah. Tak payah dengar Jelutong itu- mengarut sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, sila duduk.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pihak kementerian sentiasa peka dengan isu pencemaran alam sekitar terutama pencemaran sungai. Bagi isu ini, pihak kementerian akan membuat pemantauan rapi dan telah dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat utama kementerian. Malahan perkara ini juga akan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air Negara 2023 yang dijangka akan diadakan pada 14 Julai 2023. Jawapan yang lebih terperinci bagi isu ini akan diberikan secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Seterusnya soalan nombor 8, Yang Berhormat Setiu tidak ada dalam Dewan. Jadi, kita pergi soalan nombor 9, Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Yang Berhormat Jelebu.

[Soalan No.8 – YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua, minta petua. Masa kita sampai 12.30, kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya 12.30, kerana kita mula pukul 11 tadi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Jelebu nombor 9.

Jalaluddin bin AliasUMNO · BNJelebu · question

9. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, adakah kawasan di Negeri Sembilan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan berimpak tinggi dan memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia mengenal pasti beberapa buah destinasi di Negeri Sembilan yang berpotensi untuk dimajukan. Antaranya adalah pertama, Port Dickson yang merupakan kawasan pantai peranginan popular di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia turut menjadi destinasi perkahwinan popular, terutamanya daripada pasaran India. Terdapat beberapa buah hotel yang aktif di dalam aktiviti-aktiviti promosi dalam dan luar negara seperti Hotel Lexis Hibiscus yang menawarkan pakej-pakej yang menarik untuk tetamu-tetamu dari dalam dan luar negara. Bagi mengekalkan imej Port Dickson sebagai produk pelancongan yang popular, MOTAC menyeru pengunjung-pengunjung serta warga Negeri Sembilan, bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membantu menjaga kebersihan pantai Port Dickson. Kedua, selain itu Kuala Pilah juga mempunyai beberapa buah tempat tarikan pelancongan warisan dan ekopelancongan seperti Taman Rekreasi Ulu Bendul, Empangan Talang, Perkampungan Budaya Terachi, Bandar Diraja Seri Menanti, Hutan Lipur Batu Malui, Gunung Pasir dan Jeram Tengkek. Kawasan-kawasan ini sentiasa dipenuhi pengunjung pada hujung minggu. Sehubungan dengan itu, MOTAC berharap agar kerajaan negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dapat bersama- sama dalam usaha menaik taraf kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan di kawasan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sepanjang tahun 2021 sehingga 2023, MOTAC telah menyalurkan sebanyak RM6.935 juta bagi pelaksanaan sebanyak 15 buah projek fizikal di Negeri Sembilan. Dalam hal ini, MOTAC sentiasa mengalu-alukan

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

cadangan Ahli Yang Berhormat dan menyokong sekiranya terdapat sebarang permohonan projek pembangunan yang mampu memberikan nilai tambah dan menjadi tarikan utama kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa di Negeri Sembilan, khususnya pada masa hadapan. Sebarang permohonan projek pembangunan pelancongan perlulah selari dengan keutamaan Kerajaan Negeri Sembilan dan dikemukakan melalui UPEN Negeri Sembilan dan pejabat MOTAC Negeri Sembilan bagi tujuan pertimbangan Kementerian Ekonomi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu Tuan Yang di-Pertua, adalah sebahagian kecil daripada produk-produk pelancongan di Negeri Sembilan. Untuk rekod Dewan, saya suka sebut ya, Laporan Sosioekonomi Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2021, kita anggarkan seramai 5.5 juta orang pelawat domestik yang melancong ke Negeri Sembilan. Antara tempat pelancongan yang utama yang menjadi tumpuan pelancong domestik dan juga antarabangsa ialah pantai ataupun Daerah Port Dickson yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri dah sebut Port Dickson tadi, untuk makluman Dewan, bahawa Port Dickson ini pada tahun 2014, kita telah isytiharkan sebagai Bandar Tentera dan tempat tumpuan pelancongan sebagai pelancongan tentera. Soalan saya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua ialah, adakah perancangan kementerian untuk mengupayakan ataupun menjadikan Port Dickson ini sebagai tumpuan atau kawasan pelancongan ketenteraan dalam semua aspek. Dalam soal pantainya, dalam soal kemnya ataupun apa juga produk yang berkaitan dengan ketenteraan yang telah dikenal pasti oleh kementerian untuk kita lakukan di Port Dickson. Itu yang pertama, Tuan Yang di-Pertua. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita harus ingat juga bahawa masyarakat Orang Asli. Kita di Negeri Sembilan ada 70 perkampungan Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan dan kawasan perkampungan Orang Asli ini Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan masyarakat pelancong masih lagi mendambakan aktiviti-aktiviti kebudayaan, makanan, termasuk aktiviti kemasyarakatan mereka. Ada tidak perancangan kementerian untuk highlightkan, dengan izin, segala bentuk yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli supaya dijadikan sebagai produk pelancongan untuk dijadikan tumpuan pelancong- pelancong kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jelebu. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jelebu di mana Negeri Sembilan ini mempunyai pelbagai produk. Akan tetapi untuk kita merangkumkan kesemua produk itu akan mengambil masa jikalau kita berbicara mengenainya di dalam Dewan yang mulia pada pagi ini. Akan tetapi yang paling penting seperti yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Jelebu berkaitan dengan Bandar Port Dickson itu sendiri, ada satu, dengan izin, landmark ataupun tarikan yang perlu kita lihat secara serius dan untuk kita pastikan supaya ada penambahbaikan daripada setiap sudut iaitu Muzium Tentera Darat Port Dickson. Seperti yang kita sedia maklum, Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan setanding dengan muzium-muzium tentera luar negara, berdasarkan kelengkapan infrastruktur, dan bahan pengisian di dalam muzium ini. Sehubungan dengan itu, pejabat MOTAC Negeri Sembilan telah memberikan taklimat kepada Pengarah Muzium Tentera Darat mengenai keperluan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) pada bulan Oktober 2021 dan Oktober 2022. Pada masa ini, pihak Muzium Tentera Darat dalam usaha melengkapkan keperluan kriteria MyTQA tersebut. Selain itu juga, kita juga mempromosikan muzium ini melalui Program Pameran

dan Jualan Jerayawara, Jom Cuti-cuti Malaysia (JCCM) 2023 menerusi penyertaan agensi-agensi pelancongan di Negeri Sembilan. Itu pertama. Keduanya, berkaitan dengan perkampungan Orang Asli. Sememangnya ini adalah salah satu- cabang tarikan yang kita boleh hidangkan kepada para pelancong di luar sana. Melalui Tourism Malaysia sendiri, setiap sales mission yang dilakukan di luar negara, kita sentiasa memastikan supaya produk-produk berkaitan dengan homestay dan juga community-based tourism (CBT) itu dapat diketengahkan untuk pasaran, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Itu sebabnya kita tidak pernah melihat perkampungan ataupun homestay ini sebagai salah satu daya tarikan yang tidak penting.

Malahan ia menjadi salah satu punca tarikan yang terpenting dalam aspek produk pelancongan yang ada di negara ini. Suka saya maklumkan di sini juga, bagaimana untuk kita memperkasakan tarikan ataupun pusat-pusat tarikan di kawasan kita masing-masing. Saya perlu menyebut dua Ahli Parlimen, seorang Yang Berhormat Gerik dan seorang Yang Berhormat Kota Melaka yang mana mereka telah menyediakan satu perancangan ataupun satu bentuk kertas kerja yang begitu rapi untuk kita lihat bagaimana kita boleh mempertingkatkan dan juga mengenal pasti produk-produk baharu di kawasan mereka. Jadi untuk pandangan dan juga untuk makluman Yang Berhormat Jelebu, lain kali tidak perlulah bertanyakan soalan di Parlimen. Berikan saya kertas cadangan dan juga pandangan daripada pemikiran Yang Berhormat Jelebu itu sendiri supaya... Sudah balik? Belum balik, supaya pada masa hadapan kita boleh lihat perancangan yang lebih tersusun dan lebih rapi. Jadi tidak perlu kita bincang di Parlimen kerana soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jelebu ini sudah berkali-kali. Saya harap ini kali terakhirlah Yang Berhormat Jelebu untuk tahun ini... [Ketawa] Bertanyakan soalan mengenai pelancongan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini bukan cara kementerian jawab soalan. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri, tengok di kementerian, saya kemukakan surat dan laporan berkaitan makanan tempatan, berkaitan makanan tradisional, berkaitan dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jelebu.

Berkaitan dengan penempatan dan juga produk-produk pelancongan dan homestay Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Nanti bincang dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jangan bazir masa.

Tidak. Masalah saya Tuan Yang di- Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya hendak panggil Yang Berhormat Permatang Pauh untuk tanya soalan tambahan.

Sekejap Tuan Yang di-Pertua. Sekejap Tuan Yang di-Pertua. Masalah saya ialah tindakan susulan daripada kementerian kepada suara Ahli Parlimen itu perlu dilipat gandakan, itu yang maksud saya. Jadi saya harap pihak Kementerian Pelancongan supaya lebih sensitif dan lebih ke hadapan di dalam menyelesaikan masalah pelancongan terutamanya bagi kawasan Parlimen Jelebu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya bukan orang Negeri Sembilan tetapi mungkin soalan ini boleh diberikan respons. Kalau kita tengok negeri-negeri di sebelah Selatan tanah air ini, warisan dan budaya banyak...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Baik. Jadi saya ingin bertanya, adakah inisiatif kerajaan dalam menonjolkan satu daripada warisan dan budaya yang ada di Negeri Sembilan iaitu Minang Kabau yang mungkin boleh dijadikan sebagai ikon dan juga mercu tanda pelancongan di Negeri Sembilan. Jadi apakah inisiatif kerajaan dalam meningkatkan perkara tersebut?

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita tahu di setiap negeri mempunyai keunikan dari sudut sukunya dan juga budayanya sendiri. Itu sebabnya di peringkat Jabatan Warisan Negara, kita sentiasa melihat bagaimana cara yang terbaik untuk kita bekerjasama dengan mana-mana pihak supaya setiap sudut dan keunikan kesukuan itu dapat diperkasakan dan seterusnya dapat dipromosikan bukan setakat di dalam negara kita tetapi juga di luar negara. Itu sebabnya baru-baru ini, tidak sampai dua bulan yang lalu, pihak Jabatan Warisan Negara telah menandatangani satu bentuk persefahaman MOU dengan 10 buah universiti di negara kita ini untuk kita memperkasakan setiap budaya yang ada di Malaysia ini tanpa kita melihat ataupun tanpa memilih kasih ke atas negeri-negeri yang lain. Insya-Allah, kita akan ambil sedia maklum dan mesej yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi kita akan ambil secara serius kerana kita tahu niat Yang Berhormat Jelebu ini tidak lain, tidak bukan untuk memastikan Negeri Sembilan itu maju ke hadapan. Sekian, terima kasih... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Dato' Khlir bin Mohd Nor, Yang Berhormat Ketereh.

Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh · question

10. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah usaha untuk mengesan warga China yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong tapi tidak pulang ke negara asal sehingga sekarang.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas soalan yang dibangkitkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa. Hal ini termasuklah keperluan untuk memiliki dokumen perjalanan yang sah, mematuhi tempoh keberadaan yang dibenarkan serta pematuhan kepada syarat-syarat pas yang dikeluarkan. Kementerian Dalam Negeri memandang serius berkaitan masalah pendatang tanpa izin yakni PATI di negara ini dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah PATI di negara ini. Untuk rekod, bermula 1 Januari 2023 hingga 1 Jun 2023, Jabatan Imigresen Malaysia telah melaksanakan 3,552 operasi penguatkuasaan melibatkan tangkapan seramai 9,377 PATI daripada pelbagai negara. Daripada jumlah tersebut seramai 92 orang yakni 0.98 peratus terdiri daripada warganegara China. Manakala sehingga 28 Mei 2023, terdapat 11,309 orang tahanan di semua depot imigresen seluruh negara yang terdiri daripada 8,575 orang lelaki, 1,789 orang wanita, 526 orang kanak-kanak lelaki dan 419 orang kanak-kanak perempuan. Warganegara Myanmar merupakan tahanan paling ramai iaitu seramai 3,987 orang iaitu 35.3 peratus, diikuti oleh warganegara Filipina seramai 3,055 orang yakni 27 peratus dan warganegara Indonesia seramai 2,811 orang iaitu 24.9 peratus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelancong warganegara China yang diberikan Notis Penolakan Masuk iaitu Not To Land (NTL) bagi tahun 2023 ialah seramai 809 orang daripada 400,988 orang. Ini merupakan 0.20 peratus daripada keseluruhan pelancong Warganegara China yang masuk ke negara ini.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bagi memastikan usaha pengusiran dilaksanakan dengan cekap dan isu kesesakan atau kepadatan di depot imigresen tidak berterusan, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan-tindakan secara konsisten seperti berikut: (i) melaksanakan pemindahan banduan daripada depot berkapasiti tinggi ke depot kurang berkapasiti tinggi; (ii) mempergiatkan usaha pengusiran PATI ke negara asal; dan (iii) mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak perwakilan asing dan kita bekerjasama bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan tadi. Soalan tambahan saya ini berkenaan dengan pendatang asing juga tetapi melibatkan warga Pakistan, Bangladesh dan juga Myanmar. Kalau kita tengok sekarang ini, kebanjiran warga asing terutama dari Pakistan, dia punya modus operandi ini mereka datang, mereka akan cari janda-janda tua umur 70 tahun, 80 tahun untuk dinikahi. Apabila dia menikah, dia dapat lesen untuk tinggal di tempat tersebut. Mereka banyak mengendalikan kedai-kedai runcit. Kalau kita tengok di kawasan Ketereh sahaja, Jalan Kuala Krai itu penuh dengan warga Pakistan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan. Masa sudah hendak...

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Sekejap, saya hendak explain sikit. Kena explain kalau tidak soalan tidak boleh hendak soal.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terus kepada soalan.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Okey, sekarang ini dia mengusahakan kedai runcit satunya dia menjejaskan ekonomi orang tempatan. Kedai runcit kita tutup kerana kedai runcit Pakistan ini. Kedua, selepas itu dia akan panggil lagi orang-orang dia mari, kahwin lagi dengan janda-janda tua kita ini. Kemudian hendak dapatkan lesen duduk, kemudian dia pergi ke kampung-kampung, dia buat ceti haram. Ceti haram dia buat, selepas itu dia jual emas, jual barang kemas. Dia beli RM500, dia jual RM2,000...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Ketereh.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

...Selepas itu tiap-tiap bulan dia pergi collect.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Ketereh ini bukan masa untuk berbahas. Soalan.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Bukan bahas, saya hendak explain dahulu kalau tidak soalan tidak boleh hendak keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kalau tidak hendak tanya soalan sila duduk.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Saya hendak tanya imigresen ataupun Kementerian Dalam Negeri, macam mana hendak menyelesaikan masalah ini? Ini kerana dia collect data-data kita ini. Data-data kita jambatan, jalan apa semua. Mungkin dijual kepada third party, kita tidak tahu. Ingat tidak Jepun mari serang kita dahulu? Jual aiskrim apa semua sekali. Jadi macam mana Kementerian Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terkeluar daripada soalan asal. Soalan asal berkaitan dengan pelancong negara China. Yang pentingnya saya hendak sebut...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan jawapan atau jawapan bertulis.

Warga asing di negara ini mesti dan tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa. Mana-mana warga asing yang melanggar peraturan-peraturan ini, kita akan ambil tindakan. Ini kerana berasaskan rekod saya sebut tadi bahawa sepanjang tahun 2022 sahaja, sebanyak 8,033 operasi dan 15,134 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara. Ini bermakna, kes- kes yang melanggar peraturan dan dasar kita, kita akan ambil tindakan. Saya tidak ada maklumat tentang Pakistan berkahwin dengan janda baru-baru ini, saya tidak ada maklumat, kalau ada maklumat, saya akan berikan...

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Saya akan beri maklumat itu.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Okey, saya tuntut juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Ketereh, ini bukan masa untuk berbahas. Sila duduk.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Tidak, nanti saya hendak beritahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk, kalau tidak saya- silakan keluar.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Sabar, sabar...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Dengar dahulu, bagilah peluang saya cakap sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk, ini bukan masa untuk berbahas, nanti bincang dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita jumpa selepas ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Soalan tambahan?

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Jumpa dekat luar sekejap, okey.

Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

PENERANGAN DARIPADA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP DI BAWAH P.M 14(1)(i) — Kebenaran Pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan atas keizinan untuk saya memberikan penerangan yang lebih terperinci di Dewan yang mulia ini berhubung dengan kebenaran kepada dua buah syarikat gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holding Berhad, dan Central Sugars Refinery Sendirian Berhad (CSR) bagi mengeluarkan gula pasir putih bertapis jernih yang dinamakan sebagai ‘gula jernih’ untuk pasaran runcit negara. Saya telah mengumumkan di sidang media pada 25 Mei 2023 bahawa kerajaan telah membenarkan MSM dan CSR untuk mengeluarkan dan memasarkan gula jenis baharu iaitu gula jernih dengan harga jualan runcit yang tidak dikawal oleh kerajaan atau yang diapungkan mengikut pasaran bermula pada tarikh sidang media itu. Gula jernih bukan gantian kepada gula pasir bertapis kasar dan halus yang ada di pasaran pada hari ini atau saya panggil ‘gula rakyat’ yang pada masa ini dikeluarkan dengan jumlah sebanyak 42,000 metrik tan sebulan. Kuantiti tersebut mencukupi untuk kegunaan domestik dan dijual pada harga runcit yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM2.85 sekilogram yang kasar dan RM2.95 sekilogram yang halus. Walaupun harga runcit gula rakyat dikawal oleh kerajaan, tetapi tiada subsidi diberikan kepada pengeluar. Dengan adanya gula jernih di pasaran, akan menambahkan lagi pilihan kepada pengguna bagi keperluan gula mereka. Sejak awal tahun 2021, industri gula menghadapi kenaikan kos pengeluaran terutamanya harga gula mentah dan tarif gas asli. Gula mentah diimport sepenuhnya dari luar negara dan ia menyumbang sebanyak 81 peratus daripada keseluruhan kos operasi pengeluaran gula. Manakala gas asli menyumbang kira-kira sebanyak sembilan peratus daripada keseluruhan kos. Lain-lain kos sebanyak 10 peratus juga meningkat seperti kos perkapalan, freight charges serta kadar pertukaran mata wang asing. Susulan itu, pada bulan Mei 2021, CSR dan MSM telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan harga kawalan gula rakyat kasar dan halus sebanyak 20 sen sekilogram. Permohonan kenaikan harga kawalan runcit ini tidak dipertimbangkan oleh pihak kerajaan pada masa termasuk itu termasuklah beberapa permohonan seterusnya iaitu kenaikan sebanyak 40 sen sekilogram pada bulan Februari 2022, dan 70 sen sekilogram pada bulan Mei 2022. Situasi kenaikan harga gula mentah dan gas asli di pasaran dunia menjadi semakin buruk pada tahun 2023. Harga gula mentah pada bulan Mei 2023 telah meningkat sebanyak 134 peratus sehingga RM2,646.46 satu metrik tan berbanding RM1,131.67 satu metrik tan pada 2019. Manakala harga gas asli dunia pula pada bulan Mei 2023 telah meningkat sebanyak 143 peratus sehingga RM300.11 metrik tan berbanding RM123.39 metrik tan pada tahun 2019. Ini menyebabkan MSM dan CSR mengalami kerugian iaitu bagi kos menghasilkan sekilogram gula rakyat dianggarkan RM3.37 sekilogram. Tanpa mengambil kira margin keuntungan pun, kos pengeluaran gula rakyat sekilogram kasar iaitu 31 peratus, atau 88 sen lebih tinggi daripada harga kawalan runcit semasa. Tuan Yang di-Pertua, susulan itu, kedua-dua syarikat MSM dan CSR telah memohon kepada kerajaan sekali lagi supaya harga kawalan runcit gula rakyat dinaikkan sebanyak RM1 sekilogram iaitu masing-masing kepada RM3.85 sen kasar dan RM3.95 sen halus atau sebagai ganti, kerajaan memperuntukkan subsidi sekiranya harga kawalan masih dikekalkan.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Namun begitu, bekalan gula dan kepentingan rakyat isi rumah, penjaja dan peniaga kecil sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Dengan mengambil kira kos pengeluaran yang semakin membebankan serta kemaslahatan industri gula tempatan termasuk tanggungan kerajaan sekiranya keputusan membenarkan subsidi, maka kerajaan mengambil keputusan membenarkan pengeluaran gula jernih untuk dijual di pasaran runcit bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pengguna. Gula jernih ini merupakan pilihan industri-industri bertaraf antarabangsa yang sangat menjaga kualiti produk mereka. Ciri-ciri gula jernih ini adalah, standard kejernihan kurang daripada ICUMSA 45 IU iaitu lebih rendah IU lebih tinggi kejernihan gula tersebut, lebih manis daripada gula bertapis biasa, mempunyai warna putih yang lebih sekata, seragam sesuai dan selamat untuk digunakan kepada manusia - human consumption yang mematuhi standard Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan sesuai digunakan untuk semua jenis produk makanan dan minuman. Tuan Yang di-Pertua, walaupun MSM dan CSR dibenarkan mengeluarkan gula jernih, gula rakyat kasar dan halus sedia ada masih tetap dikeluarkan pada kuantiti yang diperlukan untuk kegunaan rakyat. Bagi memastikan bekalan gula rakyat kasar dan halus mencukupi dan tidak menjejaskan pengeluaran gula jernih ini, MSM dan CSR telah diarahkan melalui Arahan Pegawai Bekalan di bawah peruntukan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 supaya memastikan jumlah minimum pengeluaran dan pengeluaran gula rakyat kasar dan halus hendaklah dikekalkan sebanyak 42,000 metrik tan sebulan.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Daripada jumlah tersebut berdasarkan kapasiti kilang masing-masing MSM perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya 24 ribu metrik tan dan CSR 18 ribu metrik tan bagi menampung keperluan rakyat termasuk penjaja dan peniaga kecil. KPDN memantau rapi pengeluaran dan pengedaran ini melalui penyerahan laporan harian oleh MSM dan CSR. Di samping itu, arahan pengawal bekalan juga telah dikeluarkan kepada semua pemborong utama di seluruh negara untuk mengemukakan laporan penerimaan dan pengedaran gula secara mingguan kepada kementerian bagi tujuan pemantauan bekalan di pemborong. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemantauan pengedaran bekalan gula pada bulan Mei 2023 oleh MSM sebanyak 28,243 metrik tan bagi gula rakyat kasar dan halus. Manakala pengeluaran gula jernih ialah sebanyak 772 metrik tan. Bagi CSR pengedaran gula rakyat kasar dan halus pula iaitu sebanyak 16,546 metrik tan, pada masa ini CSR masih belum mengeluarkan gula jernih. Pengedaran pada bulan Jun iaitu sehingga 11 Jun 2023 merekodkan jumlah pengeluaran sebanyak 7,400 metrik tan gula rakyat kasar dan halus serta 573 metrik tan gula jernih oleh pihak MSM. Manakala CSR pula, jumlah pengeluaran gula rakyat kasar dan halus sebanyak 5,674 metrik tan. Bagi melaksanakan dan memastikan tidak berlaku lagi gangguan bekalan gula rakyat pada negara pada masa akan datang, selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet 10 Mei 2023 kementerian telah mewujudkan satu task force bagi menangani secara menyeluruh isu dan hala tuju bekalan gula negara. Task force ini dianggotai oleh empat kementerian iaitu: (i) KPDN; (ii) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); (iii) Kementerian Kewangan; dan (iv) Kementerian Ekonomi. Task force ini berperanan untuk memantau status dan isu pengeluaran dan pengedaran gula rakyat serta mencadangkan tindakan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang untuk memastikan keterjaminan bekalan gula negara. Saya telah melancarkan operasi penguatkuasaan khas untuk gula yang dinamakan Ops Manis bermula pada 3 Mei 2023 sehingga 2 Jun 2023 meliputi empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Bagi tempoh tersebut sebanyak 2,409 buah premis telah diperiksa. Sebanyak 49 aduan telah diterima dan empat kes dihasilkan. Ops Manis telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023 dan diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Di bawah Ops Manis 2.0 sehingga 10 Jun 2023, jumlah kumulatif premis yang diperiksa telah meningkat kepada 3,090 buah di mana aduan yang diterima berjumlah 70 dan 14 kes dihasilkan. Pecahan kes mengikut kesalahan adalah seperti berikut: (i) tujuh kes di bawah seksyen 19, Akta Kawalan Bekalan 1961; (ii) lima kes kesalahan di bawah seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011; (iii) satu kes kesalahan di bawah peraturan 12A, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974; dan (iv) satu kes kesalahan di bawah seksyen 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya memperjelaskan bertapa perlu untuk Ahli-ahli Dewan mengetahui kenapa rasional kita mengizinkan dua buah syarikat pengeluar gula untuk mengeluarkan satu jenis gula bertapis jernih. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat hulu Terengganu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Rasah. Masa diberi tiga minit.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menimbulkan beberapa pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri sebab ambil inisiatif daripada kerajaan untuk memberikan penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini walaupun bukan ada usul-usul daripada mana-mana anggota. Cuma beberapa persoalan yang saya rasa penting untuk dikemukakan dan diberikan penjelasan selanjutnya oleh Yang Berhormat Menteri. Pertama, apabila kerajaan mempunyai inisiatif ataupun mengeluarkan satu arahan membenarkan dua buah kilang tersebut memproses ataupun mengeluarkan gula mentah, gula jernih yang mahal, yang harganya terapung di pasaran. Adakah akan wujud satu komplot di antara kilang, pemborong dan peruncit dalam rangkaian supaya mewujudkan satu situasi di mana gula yang dikawal harga dia, gula biasa, gula rakyat, sentiasa seolah-olah tidak cukup stok dan menyebabkan golongan rakyat yang tertentu terpaksa beli gula dengan harga yang mahal ini, apakah ia akan wujud? Jadi, saya mohon supaya KPDN memaklumkan cara pemantauan, mekanisme pemantauan. Mungkin tidak boleh guna cara yang sebelum ini sebab sekarang ini ada persaingan antara dua jenis gula, kalau dahulu satu sahaja, kita check ada atau tidak bekalan, adakah ia naikkan harga? Ia sesuatu yang straightforward, secara langsung. Sekarang ini sudah ada persaingan. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kedua, saya nampak daripada data yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, kenapa kilang CSR pada bulan lepas hanya mengeluarkan 16,546 metrik tan gula sahaja padahal dikatakan bahawa kilang ini sekurang-kurangnya perlu mengeluarkan 18,000 metrik tan. Jadi, apa penjelasan daripada pihak kerajaan, kenapakah boleh benarkan kekurangan ini berlaku? Walaupun jumlah keseluruhannya kalau dicampurkan dengan kedua-dua kilang, MSM dan CSR, jumlahnya lebih daripada 42,000 metrik tan. Saya nampak bulan Mei jumlahnya 44 metrik tan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Soalan ketiga, berkenaan dengan apa yang terjadi ketika sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri terutama di beberapa buah negeri, kekurangan gula. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, saya percaya keadaan yang berlaku ketika itu lebih kepada masalah pada pengedaran, rangkaian pengedaran daripada masalah pembekalan sebab ketika itu saya rasa Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian telah berjaya menyelesaikan ataupun memastikan bekalan sampai ke destinasi yang dikatakan tidak cukup bekalan tersebut dalam masa yang cukup singkat, dalam masa dua tiga hari sahaja. Adakah ia berpunca daripada pengedaran, bukan bekalan? Sekiranya benar, jadi macam mana cara kita untuk menambah baik supaya masalah yang sama tidak berulang? Soalan terakhir Tuan Yang di-Pertua, iaitu Ops Manis 2.0. Hari itu Ops Manis, selepas itu Ops Manis 2.0 yang akan berakhir pada hujung bulan ini. Ada atau tidak? Saya mohon cadangan dan supaya Ops Manis ini dilanjutkan sebab sekarang ini kita ada dua jenis gula di pasaran satu, gula rakyat satu, yang mahal. Jadi, saya rasa ada keperluan Ops Manis ini diteruskan untuk jangka masa tertentu supaya isu gula yang menjadi antara bahan mentah utama dalam menyediakan makanan tidak menghadapi sebarang masalah bekalan dan juga pengagihan di seluruh pelosok negara untuk rakyat Malaysia. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi penjelasan dengan masalah gula yang dialami oleh negara sejak akhir-akhir ini yang menimbulkan keresahan. Untuk makluman Dewan yang mulia, sebenarnya isu berkaitan gula ini, bukan gula sahaja yang menjadi masalah kepada negara kita. Isu telur, isu ayam, isu barang yang semakin meningkat harganya walaupun beberapa kali telah dinafikan oleh pihak Menteri, pihak kementerian, bahawa tidak ada barang yang naik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Akan tetapi rata-rata rakyat di luar sana gelisah tentang harga barang. Kelmarin saya dimaklumkan bahawa hari ini telur yang dahulunya satu tray RM13, hari ini sudah meningkat menjadi RM16. Ini menimbulkan keresahan kepada pembuat-pembuat kuih yang tidak mampu lagi untuk buat kuih kerana harganya meningkat. Walaupun ada telur yang harganya RM13 tetapi grednya di bawah daripada Gred C. Itu perkara yang sepatutnya diberi perhatian juga oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, gula bertapis yang dikawal, harganya RM2.85, ya Yang Berhormat Menteri. Kemudian diminta oleh syarikat-syarikat untuk hendak menaikkan RM1 menjadi RM3.85 dan saya yakin Yang Berhormat Menteri atau kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tersebut. Manakala gula yang putih tetapi jernih, premium harganya RM4.60 bezanya yang besar antara RM2.85 dengan RM4.60 merupakan suatu perbezaan yang besar. Persoalannya saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Yang Berhormat Rasah ini Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kos Sara Hidup yang hari ini dijangka akan mengadakan mesyuarat tetapi oleh sebab Yang Berhormat Menteri hendak bentang mungkin dibatalkan mesyuarat tersebut. Jadi persoalannya ialah kita bimbang kerana rungutan rakyat bahawa bila kilang ada harga mahal dan ada harga murah sebagai seorang peniaga semestinya mereka akan cenderung untuk menjual barang yang lebih mahal kerana itu menguntungkan. Jadi kita harap pihak kementerian akan memantau perkara ini agar bekalan untuk mereka yang miskin ini atau mereka yang B40 ini akan terus berada di dalam market di samping gula yang harga RM4.60 kerana kecenderungan peniaga ataupun orang yang

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

berurusan perniagaan ini mereka akan cenderung menjual yang mahal kerana itu bakal menguntungkan. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kementerian membezakan jenis gula yang dikawal dan tidak dikawal dengan menggunakan terma gula putih bertapis jernih dan gula premium bagi yang tidak dikawal. Adakah perbezaan kualiti ataupun penambahan nutrien dalam gula yang dikawal ini? Ini persoalan yang kedua. Ketiga, persoalan yang ingin dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu adakah pengeluaran gula bertapis premium yang tidak dikawal hari ini merupakan suatu langkah permulaan pihak kerajaan untuk menghentikan kawalan harga gula di dalam negara kita. Itu tiga soalan. Mungkin minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua Shah Alam mengambil maklum dengan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri KPDN tentang rasional kebenaran untuk membenarkan gula bertapis jernih ataupun gula premium ini yang tidak dikawal harganya. Namun, saya melahirkan rasa kebimbangan orang ramai yang mengatakan bahawa ini bukannya satu pilihan kepada pilihan yang dikemukakan oleh KPDN. Tidak ada pilihan sebenarnya. Kalau stok gula tidak ada, stok gula kehabisan, maka rakyat tidak ada punya pilihan melainkan terpaksa membeli gula dengan harga yang premium. Harga premium RM2.85 bagi gula rakyat dan RM4.60 bagi gula premium, saya rasa ini gula kayanganlah kalau dikatakan, gula kayangan. Kalau betul kerajaan memastikan bekalan gula ini cukup dengan kadar 46,000 metrik tan sebulan, kenapa perlu diwujudkan alternatif pilihan bagi gula jernih ini yang bukan merupakan pilihan pun kepada rakyat. Adakah kerajaan bercadang untuk mengemukakan ataupun memberikan laluan juga kepada pengeluar-pengeluar gula ini sebagaimana kerajaan memberikan subsidi yang sama kepada pengeluar-pengeluar ataupun pembekal ayam, telur, tepung, beras dan sebagainya yang memang merupakan keperluan asas bagi rakyat negara kita ini. Walaupun kita tahu gula ini bukanlah merupakan nutrisi yang baik apabila digunakan secara berlebihan, tetapi ia tetap merupakan keperluan bagi sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Keduanya, ialah adakah kerajaan sebagai langkah untuk mengawal kebergantungan kepada gula ini akan mewujudkan suatu indeks penggunaan gula per kapita sebagai langkah untuk memastikan bahawa rakyat negara kita ini menggunakan ataupun memerlukan gula ini pada kadar yang sewajarnya tanpa menjejaskan kesihatan negara kita ini kerana sekarang ini satu perlima daripada rakyat dalam negara kita ini adalah merupakan penghidap penyakit diabetes dan diabetes ini juga semakin meningkat di kalangan kanak-kanak. Selalu harus ada usaha yang bersepadu di samping kita pastikan gula ini bekalannya cukup ,kita juga harus pastikan bahawa ada langkah-langkah yang tuntas dari kerajaan untuk pastikan bahawa kita juga menjaga kesihatan bagi rakyat negara kita. Ketiga dan yang last sekali ialah adakah kerajaan berhasrat untuk membuka lebih ramai peluang kepada pemain industri gula ini supaya wujudnya persaingan yang sihat untuk hendak pastikan bahawa bekalan gula ini dapat dibekalkan dengan cukup dan harganya dapat menjadi lebih kompetitif.

Yang Berhormat..

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

...Untuk keperluan rakyat negara kita.

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya satu minit. Saya hendak tanya pandangan yang terkini menunjukkan

bahawa gula ini adalah satu item toxic dan patut diharamkan. Adakah Yang Berhormat setuju dengan pandangan tersebut?...

[Dewan riuh]

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Saya bukannya doktor untuk hendak memberikan jawapan yang tepat kepada apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi tetapi walaupun ia toxic kalau digunakan secara berlebihan tetapi ia juga akan menjadi mudarat sekiranya tidak ada gula dalam tubuh badan kita. Kita pun tahu ada orang yang boleh collapse kalau tidak cukup bekalan gula dalam badan kita. Jadi, apa yang penting ia harus balance tidak kurang dan tidak berlebihan yang penting bekalan gula harus cukup bagi negara kita dan cukup dengan harga yang dikawal oleh kerajaan. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan itu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri KPDN. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang telah pun beri penjelasan berkaitan dengan isu gula dan beberapa buah pelan cadangan yang dikemukakan pada tengah hari ini. Kita- semua tahu bahawa gula merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia, cuma kalau berlebihan guna gula boleh bawa penyakit dan kalau tidak ada gula pun boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan. Saya ingin mempersoalkan beberapa perkara. Pertama, adakah kerana kerajaan dari satu aspek gagal menangani masalah bekalan gula yang berkurangan di pasaran menyebabkan kerajaan membenarkan syarikat pengeluar gula mengeluarkan produk baharu yang dijual dengan harga yang pada saya begitu mahal. Adakah ini satu taktik ataupun strategi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar gula dengan mengehadkan pengeluaran menyebabkan bekalan gula jadi berkurangan menjadikan kerajaan terpaksa mengeluarkan ataupun membenarkan syarikat lain mengeluarkan gula jernih? Satu lagi saya hairan mengapa kerajaan begitu berani tidak mengawal harga gula dan di bawah kuasa pasaran semata-mata. Kalau berlaku sesuatu perkara contohnya, ada konspirasi antara syarikat-syarikat gula dengan mengehadkan pengeluaran gula rakyat tadi yang harganya RM2.85 jadi berkurangan, tidak ada langsung di pasaran. Rakyat tidak ada pilihan terpaksa membeli harga gula jernih yang dijual dengan harga yang begitu mahal, RM4.60 sebab gula satu keperluan, musim perayaan orang hendak beli gula. Bila ada konspirasi antara syarikat- syarikat pembekal gula semata-mata untuk mengejar keuntungan, rakyat akan menjadi mangsa. Jadi mengapa kerajaan begitu berani membenarkan penjualan gula jernih ini, produk baharu ini tanpa sebarang kawalan. Itu terpulang kepada pasaran. Boleh jadi suatu ketika nanti kalau gula rakyat tidak ada, tidak cukup, yang ada hanya gula produk baharu gula jernih akan dijual dengan harga yang begitu tinggi. Rakyat terpaksa hadapi ini, jadi itu persoalan-persoalan yang saya ingin bangkitkan dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang, dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan penerangan terhadap isu gula yang kita sama-sama bincang pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, tidak ada hujan tidak ada ribut, tiba-tiba gula pasir putih tiada di pasaran. Ini satu perkara yang cukup pelik. Ingatnya ramai yang pentingkan kesihatan, dah tak ambil gula. Realitinya tidak. Sehari selepas Aidilfitri, Kelantan dan Terengganu mengadu tiada bekalan gula pasir di pasaran, di kedai runcit mahupun di pasar raya. Ya, di Kelantan dan di Terengganu. Semacam kesan domino, kekurangan bekalan gula berjangkit pula ke Perlis dan Kedah semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sekali pun ada beberapa usaha untuk mengatasi masalah tersebut daripada pihak kerajaan, namun realitinya gula pada hari ini masih berkurangan. Lebih memeritkan terdapat peniaga mengambil peluang menaikkan harga gula sehingga RM4.50 akibat kekurangan ini. Ini menyebabkan peniaga dan penjaja makanan dan minuman mengalami masalah untuk menjalankan peniagaan mereka akibat ketiadaan gula. Persoalan saya ialah berkaitan kawalan harga gula di pasaran, khususnya pasar raya. Setiap pembeli hanya dibenarkan membeli dua kilo sahaja. Jika ingin mendapatkan harga yang murah, bagaimana dengan nasib peniaga kecil seperti pembuat kuih, penjual air balang dan juga penjaja. Jika ingin mendapatkannya di pasar raya dengan harga yang murah, mereka hanya mampu membeli dua kilo sahaja. Jika membelinya di kedai-kedai runcit, mungkin mereka dibenarkan membeli dengan jumlah yang banyak tetapi harganya mencecah di antara RM3.50 hingga RM4.50. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain yang terpaksa mereka membelinya dengan harga yang mahal. Maka akhirnya, harga kuih terpaksa dijual dengan harga yang mahal. Contohlah saya bagi, sebelum ini kuih dijual dengan harga empat biji, RM1. Kemudian, tiga biji RM1. Akan tetapi pada hari ini sudah jadi lima biji, RM2. Mungkin pada satu masa nanti akan dijual dengan dua biji RM1 ataupun dengan saiz yang lebih kecil. Kuantiti banyak tetapi saiz kecil. Dalam masalah gula yang kita hadapi sekarang, adakah kerana pihak pengilang lebih berminat untuk memasarkan gula di pasaran luar kerana harga yang ditawarkan lebih tinggi. Oleh itu, permintaan mereka lah yang dipenuhi kerana harga lebih yang ditawar oleh pasaran luar. Jadi, menurut kerangka pemikiran sistem kapitalis, masalah gula boleh diselesaikan dengan menaikkan harga gula, setara dengan apa yang dibayar oleh pasaran luar. Adakah kerangka ini boleh disebut sebagai ihtikar ataupun monopoli? Sedangkan Nabi Muhammad SAW bersabda [Membaca sepotong Hadis] “Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah”. Sistem ekonomi Islam tidak menjadikan mekanisme harga semata sebagai alat pengagihan kerana mekanisme harga menyebabkan golongan yang tidak mampu membayar lebih tidak dapat memenuhi keperluan penerima dengan sempurna. Mekanisme harga juga semakin mencengkam hidup golongan miskin dalam pasaran terbuka. Malah negara miskin juga semakin dicengkam oleh mekanisme ini. Sistem Islam melihat manusia itu sebagai subjek yang perlu dipenuhi keperluan asas hidupnya. Negara menjamin sepenuhnya keperluan asas rakyatnya dan tidak membiarkan harga secara bebas menentukan agihan.

Saya ingin bertanyakan Menteri, berapa lamakah masalah kekurangan gula di pasaran dapat diselesaikan? Adakah dengan kebenaran kerajaan kepada syarikat baharu ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera? Ini kerana saya risau ini akan kembali terutamanya menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma nanti. Tentunya kesukaran dan keperitan yang sama akan berulang kembali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk ambil bahagian. Menteri, kalau kita lihat gula jernih ini, sebenarnya sudah ada di pasaran. Sekarang sudah mula dijual. Kita lihat apa yang berlaku hari ini, kalau kita berdasarkan kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, 42,000 metrik tan sebulan telah dibekalkan. Jadi kita hendak tahu, berapakah permintaan ataupun penggunaan untuk sebulan? Adakah 42,000 metrik tan ini cukup untuk kegunaan kita satu bulan? Hari ini kita lihat, kita ada gula dalam packaging 50 kilo yang sepatutnya digunakan oleh komersial. Akan tetapi oleh kerana harga satu kilo packing lebih murah, hanya sekadar RM2.95, jadi rata-rata semua peniaga akan membeli gula satu kilo, packaging satu kilo. Hari ini, apa yang berlaku di luar sana yang kita lihat, dua pengeluar ini apabila mereka menerima tempahan daripada pemborong, mereka akan kata hari ini saya ada dua jenis. Satu RM4.80, gula jernih. Satu jenis, gula rakyat. Jadi, apabila anda hendak tempah untuk gula rakyat, anda juga perlu tempah gula jernih. Itu ialah apa yang berlaku di pasaran sekarang sebab mereka hendak survive. Dia kata kamu order ini, perlu ada order percentage of gula jernih. Baik. Apabila pemborong sudah beli, dia terpaksa belilah. Kalau tidak beli dengan combination tersebut, barangkali dia tidak akan terima bekalan. Tempahan dia akan ditolak ataupun dilewatkan. Baik, pemborong sudah terpaksa tempah dengan cara begitu. Sudah pasti pelanggannya akan nak beli gula rakyat sebab harganya RM2.95. Jadi, apa yang dia order, yang dia beli, yang dia tempah untuk gula jernih ini, dia tak dapat dijual. Jadi apa yang akan berlaku, dia juga akan mengenakan syarat yang sama kepada pembeli. Ya, peniaga atau siapakah, okey, hari ini hendak beli gula rakyat, you perlu juga beli gula jernih. Barulah saya akan terima tempahan anda. Jadi, apa yang saya akan foresee, apa yang saya akan ramalkan, dengan adanya sistem dua harga ini, apa yang berlaku akan wujud black market, pasaran gelap. Oleh sebab hari ini kalau pasaran tidak ada gula, you nak, kena beli gula jernih. Kalau saya ada gula rakyat, bolehlah. Saya jual you RM3.50 sebab RM3.50 masih lagi murah berbanding dengan harga gula jernih. Ini akan berlaku dalam masa akan datang. Jadi soalan saya kepada Menteri. Pelaksanaan ini adakah satu pelaksanaan jangka panjang ataupun ini adalah satu pelaksanaan jangka pendek? Oleh sebab saya lihat kalau kita ada dua jenis harga ini, dia akan menimbulkan masalah pada masa depan, di pasaran yang sebenar-benarnya sudah pun mula ada wujud masalah sedemikian.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi saya harap Menteri boleh mengambil berat tentang ini apabila ada dua harga ini. Inilah masalah yang akan muncul pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 10 minit.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bangun dan saya mendengar dengan teliti persoalan yang dibangkitkan dan semuanya menjurus kepada sama ada dengan pelaksanaan dua jenis gula ini, akhirnya ia dapat untuk menjadi satu dengan izin the total solution. Satu solusi yang akhirnya rakyat yang akan mendapat manfaat. Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan apakah akan ada komplot. Ini samalah dengan lafaz sebagaimana Yang Berhormat Kota Melaka juga bimbang akan berlakunya perkara seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita seharusnya kemukakan solusi dalam bentuk ada option, ada pilihan-pilihan kerana kita mesti mengambil pendekatan friendly business. Kita mengambil pendekatan meraikan dan menjadi pemudah cara kepada golongan industri. Rangkaian bekalan itu mesti dipastikan sempurna dan akhirnya rakyat yang akan mendapat manfaat. Sekiranya kerajaan hanya teliti satu perkara sahaja yang dibimbangi oleh Yang Berhormat berlakunya sebagai contoh semacam kita meraikan industri – kita boleh sebenarnya untuk mengambil sikap, saya sudah baca fakta tadi dan izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk sedikit perkongsian. Kalau mengikut harga gula di rantau Asia Tenggara, Malaysia kita jual RM2.85 lagi, Thailand – RM3.45, Laos – RM4.06, Indonesia – RM4.67, Cambodia – RM5.54, Vietnam – RM6.49, Brunei – RM6.52, Singapura – RM6.53, Myanmar – RM6.50, Filipina – RM8.66. Berdasarkan pada harga ini tetapi saya tahu jawapan ini tidak popular, jangan lah banding sana sini– Apa tugas kerajaan tetapi harga barang mentah raw sugar. Sales 2021 telah naik tiga kali ganda. Kerajaan ada pilihan untuk meraikan industri kita naikkan seringgit kalau naik seringgit hari ini perang dunia yang keempat, kelima dalam Dewan ini. Akan tetapi kerajaan mengambil sikap yang sangat cermat, bagaimana caranya? Kita beri option, macam yalah sebagai analogi yang mungkin tidak seratus peratus tepat. RON95 kita subsidi kita kawal. Akan tetapi kita buka RON97 dan RON100 kerana ada pelanggannya, ada penggunanya. Dia hendakkan kualiti minyak yang seperti itu. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya gula yang jenis gula yang so-called premium ini memang ada di pasaran. Sebagai contoh gula castor, icing sugar, golden brown sugar, soft brown sugar, better brown sugar, commercial brown sugar. Ini telah ada dilambakkan di pasaran dengan harga kerajaan tidak kawal, ikut harga market. Bukan satu perkara yang pelik sebenarnya. Akan tetapi untuk kita meraikan ataupun kita bersikap memberikan pilihan kepada industri. So dia satu jenis produk yang dia boleh jual dengan harga yang tidak kita kawal, ada market nya, ada golongan yang mungkin ingin membeli gula yang lebih baik pada pandangan mereka. Oleh sebab itu juga dalam Jawatankuasa Task Force yang kerajaan bincang dalam Kabinet, kita masukkan MITI. Kenapakah? Sebab sekiranya gula-gula premium ini benar-benar berkualiti, dia jernih maka dia ada, mungkin ada pasaran yang lebih baik di peringkat antarabangsa. Jadi syarikat ada pilihan di samping kerajaan tidak, setakat hari ini tidak berkompromi untuk tidak menaikkan harga gula bertapis kasar dan halus pada harga RM2.80 dan harga RM2.95, syarat itu clear ya. Apabila kita memberikan mereka lesen ini, kita telah mengadakan libat urus bukan sekali, empat kali dan jaminan daripada dua syarikat ini MSN dan juga CSR ialah mereka mesti di samping lesen itu dikeluarkan, mereka mesti pada setiap bulan mengeluarkan minimum 42,000 metrik tan. Itu sebagai syarat dan sekiranya berlaku pelanggaran– Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat kata tadi akan berlaku penyorotan, akan berlaku pakat-pakat ya. Ini akan melibatkan competition, pencatutan, ada syarikat-syarikat atau kedai-kedai hypermarket, supermarket, kedai runcit pendalaman yang menjadi mangsa mereka memberikan syarat hendak beli gula yang murah itu dua paket mesti beli satu paket juga harga gula yang mahal itu. Maka kita ada banyak akta yang boleh kita mengheret mereka ke muka pengadilan. Saya mengambil kesempatan lagi sekali di dalam Dewan yang mulia ini sama ada pengilang, sama ada pemborong, sama ada peruncit, sekiranya mereka bermain-main

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

ataupun berkomplot tentang harga gula rakyat ini, you will face the music. Mereka akan didakwa, mereka akan disaman ataupun dibawa ke mahkamah, sama ada kilang, sama ada pemborong, sama ada kedai runcit, mereka serta merta akan disenaraihitamkan. Menangislah air mata darah berjumpa saya di pejabat tidak akan saya kompromi demi rakyat. Itu jaminan yang akan kita berikan kepada mereka yang bermain-main dan mengambil kesempatan ini.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

Untuk Yang Berhormat Rasah lagi. Sekejap saya habiskan dahulu beberapa perkara ini. Kenapa CSR pada bulan Mei keluarkan hanya 16,000 metrik tan. Pada bulan Mei ini, kita turun padang Yang Berhormat. Kita turun padang dan saya sendiri telah pergi mengambil inisiatif mengadakan dialog dengan mereka. CSR ini dia ada beberapa yang dikatakan mereka membuat maintenance mereka dan mereka beli boiler yang baharu ya. Hendak pesan boiler itu setahun baru sampai kemudian apabila sampai itu kerja-kerja pemasangan itu mengambil masa, sebab itu mereka agak ketinggalan sedikit daripada pengeluaran tetapi ditampung oleh MSN yang masih besar itu lebih kurang bezanya dalam 20,000 metrik tan itu ditampung oleh MSN. Itu tidak ada masalah sebab dia balance daripada segi bekalan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah yang ketiga ialah mengapa gula di Kelantan, Terengganu semasa Hari Raya Aidilfitri dan juga dibangkitkan oleh rakan saya di Kuala Krai tetapi saya minta maaflah jangan lah kata tidak ada bekalan terus, itu krisis. Apabila krisis ini berat Yang Berhormat, nanti pecah gudang. Ada bekalan tetapi kekurangan. Itu faktanya. Apabila berlakunya Tuan Yang di-Pertua, apa-apa aduan. Saya sendiri hari-hari menerima aduan kalau sampai ke handphone saya itu pukul 1 petang, 1.01 minit akan sampai kepada Ketua Pengarah Penguat Kuasa dan insya-Allah pada hari itu sebelum terbenam matahari sekiranya boleh kita selesaikan mana-mana kekurangan bekalan. Yang berlaku di Kelantan, Terengganu ini sahabat hamba Yang Berhormat Kuala Krai inilah kita orang Kelantan ini dia guna banyak sikitlah, masa raya lah, masa raya banyak benda manis ‘neting’ Kelantan ini. Itu kegunaan gula itu. Jadi mungkin itu adalah merupakan isu di mana daripada saing-saing balik daripada Kuala Lumpur balik ke Kelantan, Terengganu itu mungkin kegunaannya pada waktu itu tetapi dapat kita atasi dalam tempoh dua hari. Pada 2 Mei kami menerima laporan itu kita adakan sidang akbar, 4 Mei alhamdulillah selesai Kelantan, Terengganu kita hantar bekalan yang cukup sehingga kereta-kereta dan kenderaan KPDN sendiri mengangkat gula. Kalau lori banyak cutilah pada waktu itu tetapi kenderaan kerajaan sendiri menolong membantu mengangkat gula-gula ini supaya sampai ke tempat-tempat yang tertentu.

Saya juga mengambil– Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya kemudiankan sedikit ya fasal dia tiada dalam Dewan ini. Yang Berhormat Shah Alam, bagus soalan ini kerana saya rasa gula jernih ada pilihan. Dengan penguatkuasaan gula jernih ini dibimbangkan juga ia akan menjadi suatu perkara yang memungkinkan berlakunya penyelewengan dan seumpamanya. Tuan Yang di-Pertua, kita kena address begini ya. Isu polisi, dasar, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, ini satu isu. Berlakunya penyelewengan, penyeludupan. Ambo dua hari lepas berada di Rantau Panjang bersama dengan pegawai penguat kuasa, polis marin dan seumpamanya menelusuri Sungai Golok dan nampak sendiri bagaimana dinamika dan bagaimana kroniknya, bagaimana isu barang-barang kita yang bersubsidi ini khususnya menyeberangi sempadan ini. Akan tetapi isu itu kita kena address separately. Jangan kerana isu itu kita tidak boleh hendak buat kerja. Dia tidak begitu. Penguatkuasaan, polisi, undang-undang akan tetap kita kuatkuasakan. Yang langgar lampu merah akan tetap langgar lampu merah. Mereka akan menghadapi apa yang dikatakan isu perundangan.

Maka setakat ini yang saya telah memberikan komitmen ke atas beberapa isu yang berlaku ini. Kita harap pihak industri ini yang ada dua ini, MSM dan CSR, dengan kita memberikan mereka lesen ini, mereka sebenarnya mendapat– kalau mereka terus melaksanakan kesepakatan ini, mereka sebenarnya ada way forward kerana cross- subsidy itu berlaku. Dengan bantuan kerajaan, MITI, untuk facilitate mereka supaya bahan-bahan ataupun kualiti gula premium kita itu memang boleh masuk pasaran antarabangsa, dia akan dapat harga yang lebih baik sebab marketnya ada. Kemudian juga, kepada syarikat-syarikat MSM dan CSR ini, cuma kita mengharapkan mereka memberikan komitmen sebagaimana yang mereka janjikan. Dua buah syarikat ini mesti memenuhi keperluan sebulan sebanyak 42 ribu metrik tan minimum. Kalau mereka gagal, maka kerajaan akan mengambil tindakan termasuklah kerajaan akan memikirkan termasuk Yang Berhormat Kuala Krai tadi, adakah kalau hendak mengatasi perkara ini pada masa akan datang, kalau Yang Berhormat Kuala Krai dan rakan-rakan lain berminat hendak berniaga gula, kita beri AP.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, masih banyak lagi hendak jawab?

Ada satu sahaja lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua minit lagi.

Bagi saya lima minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua minit.

Dua minit, okey. Berdasarkan dengan harga gula mentah dunia yang ada pada hari ini dan kenaikan gas asli yang ada pada hari ini, kementerian telah pun offer beberapa AP ini kepada syarikat lain. Maka, dengan terus terang saya mengatakan banyak syarikat yang kita tawarkan ini tidak berminat. Kenapakah tidak berminat? Ini kerana harga gula ini masih kita kawal demi kepentingan rakyat. Akan tetapi sekiranya harga gula ini kita angkat, kita apungkan, maka ramailah industri players yang berminat untuk masuk ke dalam industri ini. Itu formulanya, Yang Berhormat. Demi rakyat, kita masih memastikan harga gula ini tidak dinaikkan setakat pada hari ini. Pada masa lain kalau ekonomi kita sudah pulih, GDP kita makin melonjak, pada zaman kegemilangan FDI banyak masuk, pendapatan rakyat dapat ditingkatkan, mungkin pada masa dan ketika itu kita boleh memikirkan untuk harga gula ini kita apungkan. Akhir sekali, saya hendak jawab...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, demi rakyat. Saya hendak tanya sedikit demi rakyat. Yang Berhormat Menteri, sekarang kita ada pengalaman dengan masalah telur. Harga telur yang dikawal kebiasaan apabila kita pergi ke pasaran, sukar untuk kita dapat stok. Akan tetapi telur yang harganya tidak dikawal berlambak di pasaran. Telur Omega kah, semua yang tidak dikawal banyak. Jadi, itu yang kita khuatir. Itu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri demi rakyat. Kita hendak pastikan gula yang disubsidi ataupun gula rakyat ini dapat dinikmati oleh golongan B40 terutamanya. Kita semua tahu sebenarnya penggunaan gula ini, yang guna paling banyak bukannya golongan B40 tetapi peniaga-peniaga ataupun kilang, ataupun industri. Mereka ini guna paling banyak gula. Jadi, kita tidak hendak wujud satu keadaan di mana bila golongan B40 hendak pergi beli gula di pasaran, sukar untuk mereka dapat paket 1 kilogram. Itu yang kita risau dan kita harap supaya kita dapat kawal, keadaan ini tidak akan wujud.

Baik, Tuan Yang di-Pertua, kita ada dua pilihan. Di sini ada pengalaman jadi kerajaan, di sana pun ada pengalaman jadi kerajaan. Kita ada cara dan kita ada pilihan. Okey, untuk menjawab soalan itu, kita ambil satu option iaitu kalau kita rasa berlakunya pencatutan, berlakunya apa yang dikatakan berlakunya pilihan untuk mereka jual yang lebih mahal. Okey, kerajaan mengambil sikap sebagai contoh kita apungkan harga. Apakah akan terjadi? Industri suka, rakyat akan terkesan.

Option yang kedua, sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa kita juga punya pilihan iaitu penguatkuasaan kita tingkatkan. Kita full force. Dengan strength yang ada pada kita, kita boleh gunakan sepenuhnya ataupun yang ketiga Yang Berhormat, yang menjadi isunya adalah dengan kenaikan harga gula dunia, secara faktanya yang tidak boleh kita elakkan, kita tidak bagi langsung option. Kilang tutup. Maka, risiko mana lebih teruk? Esok berlaku krisis gula kerana kerajaan mengambil sikap demi rakyat tidak bagi option langsung kepada industri. Manakah lebih teruk? Bagi saya, langkah kerajaan mengambil sikap yang bijak, pertengahan, moderation, wasatiyyah adalah kita beri sedikit window dengan kita mengambil sikap kita probusiness, kita beri sedikit option dan kita kawal apa kesannya. Kepada mana-mana syarikat yang mungkir janji, tidak honoured apa yang mereka telah tulis dalam perjanjian, sekali lagi saya katakan mereka akan berhadapan dengan tindakan. Jadi, setakat itu yang boleh kita jawab, Yang Berhormat. Akhir sekali, satu minit, Yang Berhormat ‘Kuala Terengganu’ acap kali bangun untuk mengatakan kerajaan tidak ambil pusing sangat harga.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Hulu Terengganu, ya. Saya hendak bacakan. Kita ada pengalaman jadi kerajaan, demo pun ada pengalaman jadi kerajaan. Sebagai kerajaan, tidak berubah. Setakat lepas BN, PH ambil alih sekejap. Selepas itu PN, barulah sekarang ini Perpaduan. Baik, harga gula tidak berubah. RM2.85 yang kasar. Halus, RM2.95. Minyak masak botol keemasan, tidak berubah. Satu kilo RM6.90. Yang 2 kilo, RM13.30. Yang 3 kilo, RM19.60. Tidak naik. PN kah, BN kah, Perpaduan kah, itulah harganya. Kita kawal demi rakyat. RTK, yang check COVID-19 yang harga runcit RM19.90. Face mask ini kita kawal, vaksin COVID-19 kita kawal, beras putih tempatan kita kawal. Kalau ada yang berlaku di kedai runcit pedalaman, mungkin yang mengambil kesempatan. Laporkan. Tidak berubah. Yang barangan kawalan bersubsidi, harga kita kawal. Minyak masak paket, RM2.50 tidak berubah. Di Hulu Terengganu kah, di Tanjung Piai kah, Bachok Kelate kah, Kuala Krai kah, harga itulah. Mana bukti yang fakta mengatakan kita tidak kawal harga naik melampau. Itu saya hendak beritahu. Tepung gandum – RM1.45. LPG gas masak – RM26.60. RON95 – RM2.05. Diesel – RM2.15. Ayam bulat – RM9.04 kita cap harga. Ayam standard – RM10.40. Telur, sebagai contoh A, B, C, D, kita kawal. Omega kita tidak kawal lah. Jadi, mana datang faktanya yang kerajaan membiarkan harga barangan yang dikawal bersubsidi ini naik melampau. Itu saya minta kalau ada jawapan dari kedai mana, Parlimen mana, sila adukan kepada KPDN.

Saya sebagai Menteri yang ada pada hari ini akan mengambil tanggungjawab penuh supaya kita mengawal harga yang boleh kita kawal, bersubsidi kawalan ini demi kepentingan rakyat. Terima kasih.

Usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) — Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Bagi Tahun 2020Motion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi Tahun 2020”

"Bahawa Dewan ini, membuat ketetapan di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 (Kertas Status ST.140 Tahun 2023) yang telah dibentangkan dalam Dewan ini pada 25 Mei 2023, untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Tahunan ini; memperakui bahawa aspirasi dan komitmen kerajaan yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia telah mengangkat dan menjadikan SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga diberi pengiktirafan status A di bawah Prinsip- prinsip Paris (Paris Principles) selain mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) demi melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia; menyedari bahawa dalam era dunia digital ini dengan kemudahan memperolehi maklumat daripada internet dan media sosial, menyebabkan pentingnya isu hak asasi manusia untuk di beri penjelasan dan pencerahan oleh pihak SUHAKAM dan Kerajaan bagi memastikan agenda kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat difahami dengan baik dan ditangani dengan sewajarnya selain keperluan kerajaan untuk membantu/bekerjasama rapat dengan SUHAKAM dalam memperkukuhkan lagi usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjaga serta menangani pelbagai isu sosial, ekonomi, kebudayaan serta politik dalam kalangan rakyat; mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan selain pertimbangan bagi melaksanakan dengan berkesan syor-syor utama yang terkandung dalam laporan tersebut serta memahami keperluan kerajaan menandatangani dan menyertai/meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia bagi memperkasakan lagi hala tuju dalam memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia; menyokong kepentingan perbahasan laporan tahunan ini bagi mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, dan Bahawa dalam SUHAKAM melaksanakan mandatnya, mempromosi dan melindungi hak asasi manusia Malaysia. Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan bersatu hati dan menyokong kerajaan agar pelaksanaan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.” [12 Jun 2023]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya akan baca senarai pembahas dahulu. Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Batu Pahat. Saya akan menjemput Yang Berhormat Jelebu. Setiap pembahas diberi lapan minit sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan perkara yang berkaitan. Saya cuma hendak sentuh satu perkara sahaja yakni berkaitan dengan masyarakat Orang Asli. Hari ini, saya hendak fokus khusus Tuan Yang di-Pertua, kepada hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan serta hak untuk Orang Asli di Malaysia, khususnya bagi kawasan Jelebu, kawasan Parlimen saya dan juga di kawasan Negeri Sembilan. Walaupun tidak ada sebarang aduan kepada pihak SUHAKAM, tetapi ini bukan merupakan satu perkara yang kita boleh lepaskan dan saya akan kemukakan di dalam Dewan Rakyat ini. Saya lihat Tuan Yang di-Pertua, dalam Laporan Tahunan SUHAKAM ini, ada dinyatakan bahawa sebanyak 17 aduan yang diterima dan sembilan aduan di Semenanjung, tujuh di Sabah dan satu di Sarawak sepanjang tahun 2020 yang lalu. Walaupun tidak terdapat seperti yang saya sebut di Negeri Sembilan khususnya dan ini bukanlah satu perkara yang harus tidak menjadi perhatian kepada kita. Oleh kerana itu, saya kemukakan pelbagai perkara untuk kepentingan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan, di Negeri Sembilan, kita ada 70 kampung Orang Asli yang utama dan di kawasan Parlimen saya sahaja kita ada 13 kampung yang kita namakan sebagai Perkampungan Utama Masyarakat Orang Asli. Jika kita lihat kepada data yang ada di laman web JAKOA, setakat Jun 2022, terdapat lebih 209,000 masyarakat Orang Asli di seluruh negara dan di Negeri Sembilan kita ada lebih kurang sekitar 12,000 masyarakat Orang Asli. Ini memberikan peratusan lebih kurang sekitar lima hingga tujuh peratus di setiap kawasan Parlimen. Angka ini bukan merupakan satu perkara yang kita boleh ambil ringan. Seperti saya sebut, kerana dalam tempoh untuk 5 hingga 10 tahun yang akan datang, jumlah masyarakat Orang Asli daripada segi populasi di setiap kawasan ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Saya hendak tekankan bahawa dalam kehidupan masyarakat ataupun rakyat di negara kita, antara perkara pertama yang menjadi isu dan keperluan asas kita ialah tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan dan lain-lain. Ramai di antara kita yang merungut keperluan asas yang kita sebut ini tidak mencapai tahap seperti tahap yang kita perlukan. Jadi kerana itu, pada waktu kita rasa kita tidak sempurna tetapi masyarakat Orang Asli ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, mungkin di kawasan Tuan Yang di- Pertua tidak ada Orang Asli tetapi di kebanyakan kawasan ini, kepentingan dan keperluan asas ini yang berkaitan dengan air, berkaitan dengan makanan, berkaitan dengan tempat tinggal, perlu kita beri perhatian. Hari ini, isu yang paling utama yang kita selalu bercakap Orang Asli mestilah diberikan kepentingan yang berkaitan dalam soal itu dahulu. Saya hendak sebut soal utama yang penting bagi masyarakat Orang Asli ialah tentulah isu yang berkaitan dengan isu tanah yang disebut oleh Yang Berhormat Bentong, yang disebut oleh beberapa kawasan Parlimen sebelum ini. Isu tanah, tiga sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pertama, iaitu tanah bagi penempatan mereka. kemudian tanah pertanian dan juga kawasan rayau. Ini tiga isu utama yang sampai hari ini belum lagi dapat kita laksanakan sampai ke peringkat yang boleh memenuhi sebahagian daripada keperluan keluarga dan juga masyarakat Orang Asli. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen yang lain juga sama. Apabila pergi berjumpa dengan masyarakat Orang Asli, ini adalah perjuangan pertama yang mereka perjuangkan. Berkenaan dengan tanah ini Tuan Yang di-Pertua, penempatan Orang Asli ini. Saya mendapat makluman bahawa masih terdapat perkampungan Orang Asli yang tidak lagi diwartakan, khususnya di Negeri Sembilan. Pada tahun 2014 dan kemungkinan tahun-tahun selepas itu, ada sesetengah tempat perkampungan Orang Asli telah pun diberikan gazet ataupun dengan izin, diwartakan kawasan penempatan mereka. Akan tetapi ada beberapa ketika, ada beberapa tempat, terutamanya di kawasan Rangoi, di kawasan Parlimen Jelebu. Di kawasan Kampung Ulu Kelaka, masih lagi tidak digazetkan.

Apa yang menjadi masalah kepada mereka ialah jika tanah ini tidak digazetkan sebagai kawasan penempatan, kemungkinan kedudukan mereka di kawasan penempatan ini tidak dapat terjamin untuk masa akan datang kerana pihak kerajaan bila- bila masa boleh menggunakan hak ataupun Akta Kanun Tanah Negara untuk mengambil penempatan mereka. Ini yang mereka risau. Oleh sebab itu di Negeri Sembilan, harus kita gunakan pendekatan supaya semua penempatan masyarakat Orang Asli harus digazetkan sebagai kawasan penempatan dan ini boleh memberikan keyakinan untuk masa depan mereka dan anak-anak mereka. Begitu juga dengan soal tanah pertanian, Tuan Yang di-Pertua. Ada sesetengah tanah yang mereka akan usahakan ini tidak diwartakan dan sudah berlaku pencerobohan terhadap tanah-tanah yang berkenaan. Mereka mengusahakan tanah-tanah pertanian sejak puluhan tahun, sejak generasi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Akan tetapi apabila adanya sesuatu projek ataupun katalah agihan ataupun pelantikan di mana-mana untuk mengusahakan tanah itu, maka kawasan pertanian masyarakat Orang Asli ini juga terlibat. Oleh kerana itu pertanian seperti masyarakat yang lain juga, merupakan satu aktiviti penting bagi mereka yang harus kita berikan perhatian dan kawasan pertanian bagi masyarakat Orang Asli ini juga, saya mengharapkan supaya pihak kerajaan dan kementerian memberikan tumpuan tentang akses laluan kepada mereka. Ini kerana hasil- hasil masyarakat yang berkaitan dengan hasil pertanian ini tidak boleh dikeluarkan dan pihak orang tengah mengambil kesempatan di atas kemudahan dan kekurangan infrastruktur ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga saya hendak sebut ialah kawasan rayau. Kawasan rayau adalah kawasan di mana masyarakat Orang Asli memburu dan mencari hasil hutan untuk keperluan mereka. Bukanlah ini merupakan satu perkara yang menjadi ketamakan kepada kumpulan ini tetapi kawasan rayau ini penting untuk kita lihat dan juga kita selesaikan masalah ini kerana perkara ini adalah merupakan satu perkara yang menjadi budaya dan kehidupan seharian mereka. JAKOA perlu mengambil peranan untuk mencari titik penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli bersama-sama dengan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perhutanan. Untuk rekod Dewan, saya sebut seksyen 62 Kanun Tanah Negara memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk merizabkan mana-mana tanah kerajaan negeri bagi maksud awam. Peruntukan ini boleh digunakan oleh mana-mana kerajaan negeri untuk merizabkan tanah Orang Asli selain daripada peruntukan yang terdapat dalam [Akta 134] Inilah yang saya harapkan supaya dapat kita selesaikan untuk kepentingan masyarakat Orang Asli ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira hak asasi dan kepentingan masyarakat ini, maka saya berharap kerajaan dapat meneliti semula syarat- syarat permohonan kelulusan bagi semua kepentingan tiga perkara tadi. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, ialah soal tanah ataupun kemudahan untuk mereka mendapatkan perumahan dan tempat tinggal mereka. Ini kerana perumahan ini contohnya agensi SPNB memerlukan tanah, nama pemilik, hak milik dan sebagainya. Kalau boleh, saya hendak mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya agensi perumahan seperti SPNB dan agensi yang lain memberikan syarat istimewa kepada permohonan-permohonan di kalangan masyarakat Orang Asli yang layak, yang mempunyai kerjaya, yang mempunyai perniagaan sendiri untuk diberikan kelonggaran daripada mengemukakan hak milik ataupun tanah berkenaan. Isu akhir Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu masa sudah habis. Isu akhir yang agak penting ialah dalam soal agama Islam, Tuan Yang di-Pertua. Di kalangan masyarakat Orang Asli, kita ada banyak keluarga yang telah memeluk agama Islam dan juga pelbagai pendekatan untuk mengupayakan dan memberikan tarbiah dan juga memberikan pendidikan agama sebaik mungkin kepada masyarakat Orang Asli. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah guru yang datang mengajar ini Tuan Yang di-Pertua, ada ketikanya tidak konsisten dan tidak mengikut jadual seperti yang dikemukakan oleh jabatan agama ataupun pemaju masyarakat dan ini harus diberi perhatian.

Apa yang penting sekali saya nak sebut di Dewan Rakyat ini ialah penempatan masyarakat Orang Asli yang memeluk agama Islam masih lagi tidak dapat kita selesaikan secara total sekarang.

Saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan kerana telah mengemukakan Program Baiturrahmah, yakni menggunakan duit zakat untuk membina beberapa buah rumah Orang Asli di kawasan Negeri Sembilan tetapi masih boleh dipertingkatkan Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut ketika waktu saya di sana dulu, sekitar tahun 2018 waktu itu, saya mencadangkan supaya kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah wang zakat untuk dibina rumah-rumah bagi masyarakat Orang Asli yang memeluk agama Islam. Kalau lima buah atau 10 buah rumah kita boleh bina setahun, maka dalam tempoh lima tahun, kita boleh selesaikan hampir sebahagian besar masalah kedudukan dan penempatan bagi masyarakat orang Islam di perkampungan Orang Asli yang terdapat di kawasan Negeri Sembilan khususnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan penghargaan dan pujian kepada kerajaan kerana membenarkan Laporan Tahunan 2020 SUHAKAM dibuka untuk perbahasan. Saya difahamkan, Laporan SUHAKAM pernah dibuka untuk perbahasan pada kali pertama pada tahun 2019 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Selepas itu, Kerajaan Perikatan Nasional tidak membenarkan laporan ini dibahaskan di Dewan Rakyat. Ini adalah kali kedua di mana Laporan SUHAKAM dibuka untuk perbahasan oleh pihak kerajaan. Syabas kepada Kerajaan Perpaduan. Sebagai permulaan, saya ingin bertanya, apakah garis panduan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM? Siapakah yang diberi kuasa muktamad untuk melantik anggota SUHAKAM? Apakah kerajaan mengadakan libat urus dengan pihak NGO ataupun CSO yang memperjuangkan hak asasi manusia di negara kita untuk memastikan orang yang sesuai dilantik dalam SUHAKAM? Saya menghargai sumbangan staf dan Pesuruhjaya SUHAKAM atas perkhidmatan mereka. Pada pandangan saya, SUHAKAM hari ini kelihatan agak diam berbanding dengan SUHAKAM yang lepas. Dulu, kami selalu lihat Pesuruhjaya SUHAKAM turun padang dan mengadakan pelbagai aktiviti seperti menjadi pemantau dalam Perhimpunan Bersih, mengadakan pendengaran terbuka terhadap mangsa yang mengadu tentang penyalahgunaan kuasa pegawai penguatkuasaan dan sebagainya. Akan tetapi hari ini, kami jarang baca kenyataan dan aktiviti SUHAKAM dan kebanyakan kita tidak mengenali siapakah Pesuruhjaya SUHAKAM. Saya tidak pasti sama ada pihak kerajaan telah melantik pesuruhjaya yang baharu. Saya ingin menyeru kerajaan mengadakan libat urus dengan pihak CSO daripada segi pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM kerana orang yang betul boleh menjadikan SUHAKAM lebih aktif. Saya juga berharap mereka yang ada latar belakang perjuangan hak asasi manusia dilantik menjadi pesuruhjaya. Saya juga ingin menyeru supaya SUHAKAM diberi lebih peruntukan untuk menjalankan aktiviti hak asasi manusia. Saya juga berharap, SUHAKAM mengadakan libat urus dengan Ahli Parlimen dan juga agensi- agensi penguatkuasaan kerajaan. Malaysia adalah anggota dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (UN Human Rights Council) dan keanggotaan kita akan berakhir pada tahun depan. Jadi, adalah penting bagi kita untuk melantik orang yang berkaliber dalam badan hak asasi antarabangsa ini demi mencapai objektif the right person sits in the right position for human rights for all.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, mengikut laman web UNHCR, Malaysia mempunyai 181,000 orang pelarian dan pencari perlindungan (asylum seekers). Antaranya, 85 peratus dari Myanmar termasuk 103,000 orang Rohingya. Pelarian yang lain adalah 50 buah negara yang lain termasuk Pakistan, Yemen, Syria dan Somalia. Sebanyak 67 peratus pelarian adalah lelaki dan 33 peratus adalah wanita. Antaranya, sebanyak 45,650 orang adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Mereka kebanyakannya duduk di Semenanjung Malaysia, khususnya di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Malaysia terima pelarian-pelarian asing ini bila mereka menghadapi masalah dan penindasan di negara asal mereka, demi perikemanusiaan. Ramai pelarian ini telah bermastautin di negara kita berpuluh-puluh tahun dan generasi kedua, malah ketiga telah dilahirkan. Dasar yang membenarkan mereka duduk di Malaysia tetapi melarang mereka bekerja secara sah dan tidak membenarkan mereka untuk menerima pendidikan formal adalah amat tidak adil dan tidak masuk akal. Dasar ini membuka peluang bagi mereka untuk dieksploitasi dan hidup dalam keadaan yang papa miskin. Saya faham, kerajaan dalam keadaan yang serba salah dalam isu pengendalian pelarian di negara kita kerana ia telah menjadi isu yang rumit dan kita juga tidak mahu membuka pintu kepada lebih pelarian datang ke negara kita dengan saluran yang haram. Akan tetapi, penafian pekerjaan dan pendidikan formal terhadap pelarian juga akan membawa isu yang lebih besar dan masalah yang lebih besar pada masa yang akan datang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) ataupun kita panggil All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) telah menubuhkan focus group bagi polisi pelarian. Saya menyeru SUHAKAM akan prihatin terhadap pencabulan hak asasi manusia pelarian di negara kita. Saya juga mencadangkan SUHAKAM akan bekerjasama dengan KRPPM dan CSO yang berusaha dalam isu pelarian untuk mengkaji isu pelarian dan membentangkan cadangan kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya memuji SUHAKAM kerana telah mengadakan pendengaran terhadap kes kehilangan empat orang individu di bumi Malaysia iaitu Amri Che Mat yang hilang sejak 24 November 2016, Joshua Hilmy dan isteri beliau Ruth Sitepu yang dilaporkan hilang pada bulan November 2016 dan Raymond Koh pada 13 Februari 2017. Sehingga hari ini, selepas lebih enam tahun, keluarga keempat-empat individu tersebut belum mendapat keadilan dan keluarga mereka masih menunggu siasatan dan jawapan daripada pihak kerajaan. Pada 9 Mei yang lepas, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Kerajaan Malaysia mendedahkan secara terhad, laporan pasukan petugas khas yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi berhubung dengan kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat kepada isteri Amri dalam tempoh tujuh hari. Saya ingin tanya, kenapakah kerajaan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menggantung perintah mahkamah tersebut? Isteri Amri memang berhak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada suaminya yang telah hilang tujuh tahun. Ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan SUHAKAM yang sepatutnya menyatakan pendiriannya dalam isu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada halaman 164 Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 berkenaan dengan Orang Asli atau orang asal. Saya ingin tahu tentang status berkenaan dengan Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Tanah Orang Asli yang telah diterbitkan oleh SUHAKAM pada tahun 2013. Apakah kerajaan akan mempertimbangkan syor-syor yang diberikan oleh SUHAKAM bagi menangani masalah tanah adat di kalangan masyarakat Orang Asli? Seksyen 21(3) Akta SUHAKAM menyatakan bahawa SUHAKAM boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan khas kepada Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya. Saya berharap agar laporan ini dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan, memandangkan masalah tanah adat sering menjadi masalah utama bagi masyarakat Orang Asli. Antara syor-syor yang diberikan oleh SUHAKAM adalah: (i) pengiktirafan tanah Orang Asli di kawasan yang dilindungi:

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

(ii) membuat perbincangan tetap dan berterusan di antara masyarakat Orang Asli, kerajaan, Ahli-ahli Parlimen serta pihak- pihak berkepentingan untuk mendapatkan persefahaman tentang tanah adat Orang Asli; dan (iii) membincangkan dasar-dasar dan undang-undang yang melindungi hak Orang Asli agar undang-undang kita membayangkan United Nations Declaration on Indigenous Rights. Saya tahu masa saya tidak cukup. Secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, saya nak rujuk kepada halaman 185 Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 berkenaan dengan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (Business and Human Rights). Tuan Yang di-Pertua, komuniti antarabangsa sekarang telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baharu bagi memastikan komuniti business menjalankan amalan- amalan terbaik (best practices) berkenaan dalam perniagaan. Sekarang, kita juga memperkenalkan dengan Environmental, Social and Governance (ESG) Due Diligence sebagai tambahan kepada tradisional due diligence yang sedia ada.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Namun, saya bimbang bahawa ESG ini hanya superficial sekiranya tidak disertai dengan penguatkuasaan oleh kerajaan seperti apa yang dilaksanakan di negara-negara lain. Jadi saya ingin minta Suruhanjaya Syarikat mempertimbangkan mewajibkan human rights auditing sebelum syarikat-syarikat ini memperbaharui lesen perniagaannya. Ini boleh menunjukkan komitmen kerajaan kepada hak asasi manusia. Saya juga ingin tanya, apakah pendirian kerajaan tentang pekerja gig economy? Apakah langkah-langkah yang telah diambil kerajaan untuk menjaga kebajikan dan melindungi hak asasi mereka? Di Malaysia, selain daripada pencemaran sungai dan air bersih bagi rakyat, kita juga menghadapi masalah transboundary haze. Mungkin sudah tiba masanya kita meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perlindungan alam sekitar dalam Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perlindungan alam sekitar dalam Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang telah dicadangkan oleh SUHAKAM sebelum ini demi menunjukkan komitmen kita kepada kelestarian alam sekitar. Saya dengan ini menyokong penuh laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2020. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia iaitu SUHAKAM. Saya mulakan dengan penegasan daripada SUHAKAM sendiri yang di dalam salah satu tajuk kecilnya iaitu Islam dan hak asasi. Saya ingin mengulangi pendirian ataupun pernyataan bahawa Islam merupakan sebuah agama yang mengiktiraf hak asasi manusia. Dalam laporan ini sendiri pada muka surat 194 dinukilkan ayat Al-Quran yang menegaskan tentang persoalan ini. Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Dan sungguh Kami telah memuliakan anak cucu Adam dan kami angkut mereka di darat dan di laut dan Kami beri kepada mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”

Pernyataan yang menyatakan bahawa Islam sebagai anti kepada perjuangan hak asasi manusia adalah tersasar jauh daripada kebenaran dan sejarah telah membuktikan kedatangan Nabi Muhammad SAW telah mengangkat hak asasi manusia di Mekah sehingga berjaya mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada keadilan Islam. Baginda telah menghapuskan sikap asabiyah perkauman, diskriminasi golongan kaya terhadap yang miskin, diskriminasi terhadap wanita, diskriminasi golongan bangsawan terhadap rakyat bawahan dan seumpamanya. Semua ini menunjukkan betapa Islam adalah agama yang mengangkat martabat kemanusiaan. Namun begitu, apa yang menjadi isu adalah nilai hak asasi manusia yang difahami Islam berbeza dengan nilai hak asasi manusia yang dianuti oleh Barat. Ia menjadikan persepsi seolah-olah Islam menolak perjuangan hak asasi, padahal ia hanya berpunca daripada perbezaan sudut pandang di antara Islam dan juga Barat. Sudah tentu apabila membincangkan tentang hak asasi manusia hendaklah dipandang dari sudut pandang Islam itu sendiri. Memberikan hak kepada manusia sehingga melanggar batasan kemanusiaan adalah merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang lain. Saya menyokong pandangan SUHAKAM dalam laporan ini yang menyebut berhubung hak untuk beribadah di kalangan umat Islam, khususnya yang terpaksa disekat ketika berlakunya penularan wabak COVID-19. Ini kerana laporan ini ialah laporan pada tahun 2020, sudah tentu ia turut menukilkan situasi hak asasi manusia ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan. Sekalipun umat Islam mempunyai hak untuk datang ke masjid, solat berjemaah dan sebagainya, namun berasaskan kepada prinsip menjaga nyawa, kerajaan terpaksa mengambil pendirian untuk mengehadkan kebebasan tersebut. Di dalam Islam, kita tahu bahawa beberapa kaedah yang diajar seperti [Berucap dalam bahasa Arab] dar' al- mafasid muqaddam 'ala jalb al-mashalih. Menolak kemudaratan itu lebih baik daripada kita mengambil manfaat, [Berucap dalam bahasa Arab] akhafu adh-dhararain dan sebagainya. Istilah-istilah seperti inilah yang menjadi panduan kerajaan pada masa itu tidak membenarkan umat Islam untuk mengimarahkan rumah-rumah ibadat termasuk juga mereka yang bukan Islam. Justeru, laporan tahunan SUHAKAM dalam aspek itu saya kira cukup baik. Saya bersetuju mungkin ia juga faktornya kerana kita melihat kepada anggota suruhanjaya yang pada tahun 2020 ini, salah seorang daripadanya terdiri daripada yang mempunyai kepakaran PhD, doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam. Saya hendak mencadangkan dalam pelantikan suruhanjaya ini juga perlu untuk dimasukkan mereka yang mempunyai kepakaran yang diiktiraf dalam pengajian Islam supaya nanti sisi pandang SUHAKAM dalam hak asasi manusia ini tidak lari daripada apa yang diletakkan oleh Islam sebagai agama Persekutuan yang ditegaskan dalam perlembagaan. Saya ingin menegaskan bahawa dalam perjuangan hak asasi ini tidak boleh sama sekali melanggar mana-mana bahagian di dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah yang boleh difahami secara dasar apabila kita membincangkan berhubung latihan kepada mahasiswa universiti berkenaan hak asasi manusia yang disebut oleh SUHAKAM. Ini khususnya dalam isu pelarian dan Konvensyen PBB seperti yang termaktub dalam laporan ini. Pendidikan hak kemanusiaan kepada pelajar universiti ini bagus, namun alam masa yang sama pemantauan terhadap NGO-NGO atau mana-mana individu yang cuba melakukan usaha doktrinisasi yang salah kepada mahasiswa juga perlu dilakukan. Kita tidak mahu usaha untuk menghalalkan LGBT contohnya menular masuk ke universiti atas nama hak asasi manusia. Kita telah digemparkan dengan perarakan Hari Wanita beberapa bulan yang lepas yang dicemari oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk melaungkan slogan-slogan normalisasi terhadap amalan LGBT. Sayangnya, sehingga sekarang kita tidak tahu apa status siasatan terhadap perkara tersebut walaupun KDN menyebut perkara ini sedang disiasat. Yang Berhormat Menteri sebut sedang disiasat tetapi tidak tahu bagaimana perkembangannya. Saya ucap

tahniah kepada KDN yang telah pun merampas beberapa rampasan jam yang mempunyai beberapa unsur normalisasi terhadap LGBT. Saya harapkan kepada kawan-kawan di dalam KDN, supaya meneruskan dan melaksanakan tanggungjawab ini sebagaimana yang telah pun ada di dalam peraturan. Jangan kita tertekan dengan tekanan-tekanan antarabangsa. Sebagai contoh, hari ini saya baca Malaysia telah diletakkan sebagai negara kedua terburuk di dunia selepas menolak dan tidak menyokong secara terang-terang hak transgender. Ini laporan Indeks Hak Trans Global yang dikeluarkan baru-baru ini. Malaysia berada di tempat kedua yang terburuk. Ya, mungkin dari satu sudut kita rasa agak kurang senang dengan laporan ini tetapi dalam kita berdepan dengan nilai yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kalaupun terpaksa kita menghadapi indeks yang buruk seperti ini, saya kira ia berbaloi sebenarnya. Ini kerana dalam masa yang sama...

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Minta celah.

Sila.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Minta celah. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas, jam tangan yang dirampas oleh KDN ada unsur LGBT di dalamnya. Adakah pelangi adalah satu unsur LGBT?

Kurang jelas.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Jam yang dirampas oleh KDN tadi Yang Berhormat Pasir Mas kata ada unsur-unsur LGBT. Saya hendak tanya, apa unsur-unsur LGBT dalam jam itu?

Terima kasih kepada Yang Berhormat bertanya. Saya hanya berdasarkan kepada apa yang dinyatakan dalam laporan media dan saya membaca laporan media bahawa menteri juga menyebut adanya tulisan LGBT di jam tersebut. Namun, ada juga di sana penafian daripada syarikat pengeluar berkenaan.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Ya syarikat Swatch sudah menafikan ada unsur LGBT, ada perkataan LGBT. So, apa laporan media kamu baca?

Ya sebab itu saya kata saya berdasarkan laporan media. Saya sendiri tidak terlibat dalam rampasan tersebut. Menteri datang ke tempat kita pun tidak beritahu kita, apatah lagi hendak rampas jam. Jadi, berdasarkan laporan media ada tulisan. Jadi kalau syarikat berkenaan menafikan ada tulisan dan sebagainya, boleh buat ikut tuntutan undang-undang. Jadi, apa yang pentingnya, point saya ialah apa jua perkara yang berlandaskan undang-undang, pihak KDN saya minta supaya terus untuk bekerja mengikut undang- undang yang ada. Saya ucapkan tahniah atas ketegasan-ketegasan yang telah ditunjukkan sebelum daripada ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada perkara yang lain. Contohnya yang disebut dalam Laporan SUHAKAM ini berhubung bagaimana pendaftaran yang wajib untuk sekolah tahfiz, pantau selia aktiviti sekolah tahfiz. Saya setuju dengan tekanan SUHAKAM supaya pendaftaran ini perlu dan kita minta supaya pelajar-pelajar ataupun mereka yang menyelia madrasah-madrasah tahfiz supaya tidak menjadikan kewujudan sekolah-sekolah tahfiz ini sebagai alasan untuk hendak minta derma di merata-rata tempat walaupun kita yakin bahawa sekolah tahfiz ini memerlukan kepada dana dan support daripada ramai. Akan tetapi saya agak kecewa dan agak berasa kurang senang apabila ada di stesen-stesen minyak, di tepi-tepi lebuh raya dan sebagainya, ada mereka yang mohon derma atas nama kononnya di atas nama sekolah tahfiz dan ini perlu diawasi supaya tidak menjadi penyalahgunaan. Walaupun kita tahu bahawa institusi tahfiz ini perlu dipertahankan kerana ia merupakan institusi yang baik dan institusi yang mulia tetapi ia tidak boleh diambil kesempatan untuk mengelabui pandangan anggota masyarakat untuk memohon derma terhadap perkara apatah lagi jika ia tidak wujud.

Seterusnya saya juga ingin merujuk kepada- sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung Yang Berhormat.

...Iaitu permohonan daripada Laporan SUHAKAM ini sendiri. Pada muka surat 2012 saya mendapati bahawa SUHAKAM telah memohon peruntukan dana yang mencukupi bagi aktiviti mereka. Pada tahun 2020 SUHAKAM menerima geran mengurus RM12.45 juta dan SUHAKAM memohon tambahan, saya sokong. Bagi melaksanakan aktiviti SUHAKAM ini perlu kepada dana daripada pihak kerajaan. Namun, dalam masa yang sama, sudah tentu sebagai Ahli Parlimen kami juga perlukan dana untuk bekerja. Jadi, saya bimbang dalam keadaan kita hendak terbitkan hak asasi manusia, mangsa penindasan hak asasi manusia ialah kami Ahli-ahli Pembangkang yang tidak menerima sebarang dana... [Tepuk] Hendak bayar gaji kerani, pegawai khas pun kami terpaksa guna duit gaji sendiri. Satu sen pun tidak ada peruntukan daripada kerajaan. Jadi, saya tahu kawan-kawan saya di sebelah kerajaan setuju dengan saya. Yang Berhormat Tampin setuju, tidak?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Setuju tidak dapat kah, atau setuju macam mana?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Boleh, saya boleh berunding dan rundingan telah pun dihantar. Kalau hendak saya berunding, saya boleh berunding, tidak ada masalah. Ini pun saya minta dengan penuh elok. Kalau hendak saya berpantun, pun boleh. Hendak sembah silat pun boleh, tetapi sebolehnya bagilah peruntukan. Kalau SUHAKAM hendak mohon RM12.45 juta ini, saya yakin kita boleh bagi, apatah lagi sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat- yang disebut kelmarin oleh Yang Berhormat Tumpat. Janganlah menjadikan kami ini sebagai penindasan hak asasi manusia. Kalau perlu, mungkin SUHAKAM boleh masukkan penindasan terhadap Ahli Parlimen ini sebagai satu laporan dalam laporan 2023. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua... [Tepuk]

Setuju.

Runding Yang Berhormat, runding- runding.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya mengambil bahagian dalam membahaskan Laporan SUHAKAM 2020. Ini kali kedua saya berpeluang dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan laporan daripada SUHAKAM. Saya masih ingat empat tahun dahulu pada 5 Disember 2019, saya mempunyai kesempatan pertama membahaskan Laporan SUHAKAM 2018 ketika itu. Laporan ini sepatutnya telah dibahaskan dalam tahun-tahun sebelum ini. Saya masih ingat kata-kata daripada Pengerusi SUHAKAM sendiri yang mohon kerajaan sebelum ini supaya membahaskan Laporan SUHAKAM pada tahun 2020 ataupun 2021. Namun, Menteri yang jaga portfolio Parlimen dan Undang-undang, Yang

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Berhormat Kota Baharu ketika itu kata, kerajaan belum memutuskan untuk sama ada Laporan SUHAKAM ini patut dibahaskan ataupun tidak. Akhirnya Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Malaysia Madani yang kita ada hari ini membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua belah pihak sama-sama membahaskan Laporan SUHAKAM. Inilah Kerajaan Malaysia Madani untuk semua rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa amat mustahak Laporan SUHAKAM ini bukan setakat kita bahas, bukan setakat kita jadikan ia sebagai satu laporan ilmiah untuk sektor akademik. Jauh lebih penting laporan ini mesti dilihat daripada segi persepsi bahawa mana yang tidak elok kita perbaiki, kita betulkan apa yang tidak betul. Mana yang elok, kita tambah baik supaya akhirnya rakyat Malaysia akan diangkat martabatnya pada satu peringkat yang lebih tinggi selaras dengan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan iaitu bawah Artikel 5, hingga 13, Hak Asasi Manusia. Tidak guna kita bahaskan sekiranya tidak ada tindakan susulan diambil selepas itu iaitu segala saranan, gesaan, teguran daripada SUHAKAM hanya setakat akademik atau setakat teori sahaja. Jadi, saya mohon kepada kerajaan, dan saya yakin kerajaan yang kita ada kalau kita benarkan perbahasan sebegini mendengar segala teguran dan saranan daripada SUHAKAM sudah pastinya kerajaan bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang seterusnya supaya akhirnya martabat rakyat Malaysia dapat diangkat pada satu tahap yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon merujuk kepada muka surat 31 laporan ini yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Betul- isu kewarganegaraan adalah sesuatu yang Eksekutif. Sesuatu yang mana kuasa daripada kerajaan, kuasa daripada KDN, dan laporan ini disebut dengan jelas bahawa ada golongan tertentu- saya bagi contoh yang lahir dan hidup secara berterusan di bumi Malaysia tetapi tidak diberikan kewarganegaraan. Oleh sebab apa? Bukan sebab mereka tidak hendak, sebab kesilapan. Saya hendak kata kesilapan ataupun kekhilafan daripada ibu bapa mereka. Saya bagi satu contoh. Ini ada tiga contoh yang saya hendak sebutkan hari ini. Yang pertama, sekiranya seorang anak lahir di Malaysia. Ayah dia ayah kandung dengan laporan DNA sendiri membuktikan ayah dia rakyat Malaysia, tetapi ibunya warga asing. Ibu dan bapa hanya mendaftarkan perkahwinan selepas anak dilahirkan. Ini senario nombor satu. Anak itu tidak layak menjadi warganegara kalau ikutkan apa yang kita ada. Yang kedua, anak yang lahir di luar negara, ibunya warga Malaysia, ayah dia warga asing tidak layak ikut undang-undang yang sedia ada. Yang ketiga, anak yang ditinggalkan. Hendak kata salah, salah siapa..., ibu bapa? Anak itu tidak bersalah, anak itu tidak berdosa. Proses itu yang kadang-kadang makan masa, yang menyebabkan anak-anak daripada ketiga-tiga kategori ini tidak diberikan taraf kewarganegaraan walaupun kalau ikut senario sepatutnya mereka ini layak. Mereka ini rakyat Malaysia, anak Malaysia. Saya menyambut baik saranan ataupun komitmen daripada Yang Berhormat Menteri KDN pada awal tahun ini dalam Dewan yang mulia ini berkata bahawa, sepanjang beliau menjadi KDN, beliau akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya 10,000 kes mohon kewarganegaraan. Bukan soal lulus atau gagal. Pertimbangkan mana yang layak, kita lulus, tidak layak jangan lulus. Itu cara dia. Itu cara keadilan. Saya juga menyambut baik cadangan untuk membuat pindaan daripada kerajaan iaitu lapan pindaan yang akan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kewarganegaraan supaya sesiapa yang layak yang memang sepatutnya menjadi anak Malaysia diberikan taraf kewarganegaraan. Kita bukannya hendak bagi semua orang- dia masuk terus kita bagi. Ada mekanismenya.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Mekanisme itu kena ada, saya sokong. Itu cara dia. Bukan kita sewenang- wenangnya mempelawa orang asing jadi rakyat Malaysia. Jadi, saya mohon supaya kerajaan ambil berat berkenaan dengan perkara ini. Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan tiga konvensyen. Pertama, Konvensyen Mengenai Status Orang Tanpa Kewarganegaraan 1954, yang kedua Konvensyen Mengenai Pengurangan Tanpa Kewarganegaraan 1961, dan Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951. Mengikut saranan SUHAKAM, kita sepatutnya menyertai ketiga-tiga konvensyen ini. Itu saranan daripada SUHAKAM. Saya hendak tanya, apa pendirian daripada kerajaan dan sama ada kerajaan bersetuju ataupun ada apa-apa alasan hujahan daripada pihak kerajaan yang- sama ada tidak bersetuju ataupun sebagainya, berkenaan dengan tiga saranan daripada SUHAKAM ini. Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara yang saya hendak sebut, iaitu berkenaan dengan SOSMA dalam muka surat 20. Ada disebutkan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA). Undang-undang pencegahan ini mestilah dilindungi daripada penyalahgunaan kuasa oleh pihak Eksekutif. Saya cukup bersetuju. Tidak kira siapa yang duduk di Eksekutif siapa yang jadi kerajaan. Kalau ada semakan imbangan yang secukupnya undang-undang tersebut, ada kemungkinan disalahgunakan. Saya bagi contoh seksyen 13 yang menghalang kuasa mahkamah untuk pertimbangkan permohonan ikat jamin. Saya rasa perkara ini tidak kira siapa yang ditahan, kita kena ada keadilan sejagat untuk sesiapa sahaja yang ditahan di bawah SOSMA- seksyen 13. Juga, seksyen 18, dan seksyen 18B, yang paksa pasangan memberikan keterangan. Apakah pendirian kerajaan mengenai saranan yang dibuat oleh SUHAKAM? Ini bukan daripada badan antarabangsa yang tidak faham keadaan di Malaysia. Ini suruhanjaya hak asasi kita sendiri yang bagi saranan. Saya hendak tanya KDN, apakah pandangan ataupun pendirian kerajaan dengan perkara ini? Saya juga berharap supaya kerajaan sentiasa mengambil pendirian untuk memperkasakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia supaya skop kerja yang ada pada hari ini dapat diperluaskan, diperkasakan- supaya rakyat Malaysia sentiasa dilindungi daripada sebarang pencabulan ataupun ketidakadilan yang berlaku yang menjejaskan hak asasi rakyat Malaysia. Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum kepada semua, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan juga peluang pada Bukit Bendera untuk membahaskan Laporan Tahunan 2020 SUHAKAM. Jadi menurut Laporan SUHAKAM, kalau kita tengok Bab 4 iaitu isu “ketiadarakyatan” dalam kalangan kanak-kanak diberi fokus yang utama pada muka surat 98. Jadi perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menafikan hak asasi dan juga perlindungan kepada kanak-kanak. Terdapat tiga sebab utama kenapa kanak-kanak kewarganegaraan di Malaysia: (i) kelahiran yang tidak didaftarkan daripada perkahwinan tidak sah ataupun diskriminasi terhadap kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah; (ii) prosedur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak konsisten di peringkat daerah dan juga negeri; dan

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

(iii) ketidakselarasan dalam undang-undang yang berkaitan iaitu Perlembagaan Persekutuan, Akta Pengangkatan 1952 dan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Saya berpendapat bahawa kita sebagai pembuat dasar sepatutnya mengambil kira beberapa cadangan yang telah dibuat oleh SUHAKAM dalam perkara ini iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepatkan pemprosesan permohonan kewarganegaraan. Sehingga 6 April 2023, Kementerian Dalam Negeri hanya meluluskan kurang daripada lima peratus daripada 10,105 permohonan kewarganegaraan yang telah dikemukakan antara tahun 2019 hingga tahun 2022. Seperti mana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini yang telah diterbitkan pada 6 April 2023, dengan izin, “Nearly ten thousands children still waiting for citizenship.” Jadi, saya ingin mohon agar perkara ini dapat dikemas kini dan kenapakah kita tidak dapat bergerak dengan lebih cepat? Perkara 14(1)(b) dan juga Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) dan Seksyen 17 dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diteliti semula untuk mengelakkan ketiadarakyatan dalam kalangan kanak-kanak dan juga ibunya sekiranya ibunya merupakan warganegara. Akta Pengangkatan 1952 perlu dikaji semula untuk membolehkan anak angkat mempunyai hak yang sama seperti anak yang dilahirkan dalam perkahwinan yang sah. Jadi, pada masa ini, kanak-kanak tanpa kerakyatan yang diambil oleh ibu bapa Malaysia sebagai anak angkat memang tidak diberikan kerakyatan secara automatik. Jadi, ibu bapa mesti memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan tiada jaminan bahawa permohonan ini akan diluluskan. Untuk makluman, Malaysia merupakan salah satu daripada dua buah negara di dunia yang mendiskriminasikan lelaki dari segi kewarisan, mewariskan kewarganegaraan mereka kepada anak-anak. Jadi, malah semua negara Islam ataupun majoriti Islam lain telah menangani amalan diskriminasi ini. Jadi persoalannya, mengapakah Malaysia tidak dapat bergerak maju ke depan? Adakah wajar untuk membebankan golongan ibu sahaja untuk tanggungjawab anak tidak sah taraf? Tuan Yang di-Pertua, walaupun pendaftaran kelahiran merupakan hak asasi setiap kanak-kanak dianggarkan terdapat 50 ribu orang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Malaysia. Jadi mereka termasuklah kanak-kanak daripada masyarakat miskin luar bandar, Orang Asli, Orang Asal di lokasi terpencil terutamanya di Sabah dan Sarawak serta kanak-kanak pendatang tanpa izin dan pelarian. Kita sedia maklum bahawa Malaysia tidak memberikan kerakyatan secara lahir atau automatik, memilih untuk tidak mengikut prinsip Jus Soli. Jadi individu yang memohon kewarganegaraan jika salah satu daripada ibu bapa warga Malaysia seperti contoh migran, mesti mengemukakan pasport setiap ibu bapa dan juga Sijil Perkahwinan iaitu dokumen yang tidak mungkin tidak dimiliki ramai. Jadi perkara-perkara ini perlu diberikan terlebih dahulu dan juga ada juga mereka yang bekerja di luar bandar kadang- kadang tidak dapat pergi pada pihak berkuasa Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon Sijil Kelahiran. Jadi, saya juga ingin berkongsi sebuah lagi artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini iaitu, dengan izin, “Aspiring swimmer stares at ‘bleak’ future due to statelessness.” Jadi dalam artikel tersebut, May walaupun bukan nama yang benarnya. May seorang anak yang mempunyai gifted, dengan izin. Dia telah memenangi beberapa- medal dalam acara renang dari tahun 2013 hingga tahun 2019. Difahamkan telah pun merangkul gelaran perenang terbaik MSNPP di bawah kategori 12 tahun tetapi telah dinafikan untuk bersaing di bawah negeri dan negara kerana tidak mempunyai dokumentasi yang diperlukan. Jadi kes seperti May, dengan izin, is only the tip of the iceberg. Ramai anak-anak tanpa dokumen kewarganegaraan dinafikan peluang untuk mengukir masa depan yang cerah. Tuan Yang di-Pertua, isu hak kanak-kanak kepada pendidikan perlu juga diberi fokus. Jadi di sini, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua bahawa

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Kerajaan Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak dengan izin, Convention on the Rights of the Child (CRC) pada tahun 1995. Jadi perjanjian hak asasi ini menegakkan hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan juga kesihatan bagi semua kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan perlindungan ini perlu diberikan juga kepada kanak-kanak yang kurang upaya, kanak-kanak pencari suaka, kanak-kanak pelarian, kanak-kanak tanpa kerakyatan dan juga kanak-kanak pekerja asing. Pada tahun 2007, Jawatankuasa Hak Kanak-kanak menyerahkan juga pemerhatian kesimpulan kepada Kerajaan Malaysia. Antara cadangan tersebut adalah: (i) menambah baik sistem pendaftaran kelahiran kanak-kanak; dan (ii) memastikan bahawa semua kanak-kanak mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti di semua peringkat dan juga akses kepada pendidikan tidak dihalang oleh kelemahan ekonomi dan sebagainya. Seterusnya, mengumpul data dan statistik yang mencukupi untuk memastikan penggunaan data sempurna untuk digunakan untuk pembangunan dasar. Jadi di sini, kanak-kanak tanpa Sijil Kelahiran boleh ditolak akses kepada penjagaan, kesihatan dan juga perkhidmatan sosial asas lain dan juga membuka peluang kepada mereka untuk dieksploitasi dan juga menghadapi kesihatan yang tidak baik. Mereka tidak dibenarkan mendaftar di sekolah kerajaan ataupun mengambil bahagian dalam peperiksaan. Jadi bagi kanak-kanak di Malaysia, kekurangan Sijil Kelahiran juga boleh memberi kesan kepada peluang mereka untuk memohon MyKad apabila mereka mencapai usia 12 tahun. Di sini prosedur birokrasi kita tahu rumit, dengan izin, red tape tetapi adalah nyata dan tanpa ragu kita tahu bahawa perkara ini berlaku kerana ia adalah untuk melindungi kedaulatan negara kita. Akan tetapi dengan jumlah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di negara kita, pendidikan dan juga penjagaan kesihatan merupakan hak asasi semua manusia dan harus kita berikan tumpuan dan bantuan kepada anak-anak. Jadi di sini Tuan Yang di- Pertua, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Laporan SUHAKAM Tahun 2020, pada sesi petang hari ini. Perkara pertama yang suka untuk saya sentuh adalah berkenaan dengan kajian penyelidikan penyertaan negara ke dalam baki enam triti antarabangsa yang disebut pada muka surat 27. Dalam laporan ini dinyatakan bahawa kajian tersebut sepatutnya siap pada tahun 2021. Jadi persoalan saya yang ingin saya tanya ialah apakah hasil kajian tersebut? Apa yang menjadi kebimbangan kita merupakan objektif terhadap projek kajian ini sendiri sebenarnya lebih cenderung untuk mempromosi dan menyokong penyertaan Malaysia ke dalam baki triti antarabangsa.

Sepatutnya kita terlebih dahulu meneliti kerangka perundangan dan dasar agama dan budaya serta adat dan norma negara kita Malaysia. Kemudian barulah membuat penilaian yang jujur dan berobjektif terhadap keperluan untuk meratifikasi triti antarabangsa. Sebelum ini telah dibangkitkan pelbagai isu berkaitan triti antarabangsa. Antaranya, Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) iaitu menyentuh Perkara 18(1) dan Perkara 18(2) berkaitan kebebasan beragama. Sedangkan

dalam Perlembagaan Persekutuan, soal kebebasan beragama telah dijamin dengan Perkara 11(1) yang wajib dibaca bersama dengan Perkara 11(4) dengan Perkara 3(1) iaitu “Islam Adalah Agama Rasmi Persekutuan" serta Perkara 37(1) merujuk kepada Jadual 1 Bahagian IV, sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara agama Islam. Begitu juga Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menyentuh secara langsung Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, saya berpandangan kita tidak harus bermudah-mudah dalam meratifikasi triti antarabangsa yang boleh merosakkan jati diri beragama, budaya dan adat yang dijunjung dalam negara ini. Kita perlu ingat bahawa satu langkah menyertai triti antarabangsa, maka selamanya kita akan terikat dengan pematuhan terhadap klausa di dalamnya sebagaimana yang dijelaskan dalam Fasal 26 Konvensyen Vienna. Tuan Yang di-Pertua, masih dalam konteks yang sama, kebimbangan yang jelas dalam usaha mempromosi triti antarabangsa ini merupakan pengiktirafan terhadap ideologi LGBTQ. Saya sebutkan ia sebagai sebuah ideologi kerana selain isu perlakuan luar tabii, golongan LGBTQ ini isu yang lebih mendasar dalam perjuangan golongan songsang ini merupakan sebuah gagasan pemikiran atau ideologi mereka yang menyentuh mengenai orientasi seks dan juga identiti gender. Hari ini Barat, mereka melangkah kepada satu fasa yang lebih agresif dalam memperjuangkan kesongsangan fitrah ini iaitu proses re-generalisasi golongan pro LGBTQ pada masa hadapan yang menyasarkan kepada golongan kanak-kanak. Selain menyerap ideologi songsang ini melalui filem-filem kartun, kini mereka telah berani masuk ke sekolah-sekolah. Ribuan kanak-kanak remaja menjadi mangsa pertukaran jantina sejak berusia awal belasan tahun lagi dengan pengambilan ubat penghalang menghalang akil baligh. Beberapa kurikulum pendidikan di beberapa buah negara Barat turut dimasukkan mengenai LGBTQ secara terang-terangan. Inilah kegilaan yang wajar dibendung dengan sesungguh hati. Persoalan saya, apakah langkah kementerian memandang perkara ini khususnya pihak SUHAKAM sendiri? Apa pendirian SUHAKAM terhadap ideologi songsang LGBTQ yang turut menjadi tuntutan utama COMANGO setiap kali proses semakan berkala sejagat hak asasi manusia bagi Malaysia di peringkat PBB. Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh adalah berkenaan isu berbangkit iaitu pertukaran daripada agama Islam kepada agama lain yang dinyatakan di muka surat 91. Kita perlu berpegang kepada asas yang sama dalam hal ini. Hakikat hak asasi manusia terletak kepada apa yang menjadi kebenaran dalam kehidupan dan kebenaran yang sebenar terletak pada asas agama iaitu Islam. Maka, mempertahankan hak asasi bagi seseorang manusia itu juga bermaksud mempertahankan seseorang supaya berada dalam lingkungan agama Islam. Saya ingin sebutkan bahawa bidang kuasa untuk mengendali kes-kes murtad, mahupun kes keluar agama adalah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, sama ada enakmen negeri mempunyai peruntukan secara jelas mahupun tidak terhadap kes-kes sedemikian. Walau bagaimanapun, isu ketidakseragaman perundangan syariah di negeri- negeri menyebabkan kes-kes murtad mahupun keluar Islam tidak dapat ditangani secara menyeluruh. Ini kerana kita memerlukan satu set garis panduan dan proses penasihatan akidah yang wajar diteliti secara mendalam. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, Siti Fatimah Tan Abdullah, satu kes lama. Iaitu seorang wanita yang memeluk agama Islam melalui perkahwinan kemudian ditinggalkan oleh pasangannya. Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan beliau tidak lagi Islam kerana beliau sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dan masih sepenuhnya berpegang kepada ajaran Buddha meskipun selepas memeluk Islam. Namun, kes-kes sebegini tidaklah menafikan sememangnya wujud gerakan untuk memurtadkan masyarakat Muslim dalam negara pada hari ini. Tahun lalu, Majlis Agama Islam Selangor mendedahkan kewujudan gerakan daripada Angkatan Murtaddin Malaysia. Ini mungkin satu daripada beberapa lagi gerakan

terancang untuk memurtadkan masyarakat Muslim dalam negara. Dalam isu sebegini, saya mengharapkan pihak berwajib dapat mengumpulkan para Mufti dan pihak berkuasa agama negeri-negeri untuk duduk berbincang tentang permasalahan ini. Apakah ada pelan tindakan bersepadu bagi menangani isu-isu gerakan murtad terancang yang ada dalam negara? Isu keseragaman enakmen negeri-negeri sememangnya memerlukan penggubalan dan pindaan di peringkat DUN. Namun, sudah tentu melibatkan nasihat dan perbincangan secara bersepadu dari para Mufti terhadap Majlis Agama Islam negeri- negeri. Selain itu, saya juga mengharapkan agar penubuhan pusat pemurnian akidah bagi proses Istitabah dan dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi mengatasi isu keluar agama ini. Kita memerlukan satu- dasar yang progresif bagi menangani isu ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pasir Gudang memulakan perbahasan ini dengan menyentuh berkenaan Rumusan Eksekutif yang terdapat dalam Laporan Tahunan 2020 Suruhanjaya SUHAKAM. Pada muka surat awal itu disebut, “SUHAKAM telah menjalankan siasatan terdapat 12 kes kematian dalam tahanan.” Selanjutnya, “SUHAKAM mengulangi pendirian mengenai keperluan untuk menempatkan pegawai perubatan di pusat tahanan serta menambah baik pengurusan, pengemaskinian rekod perubatan tahanan.” Jadi, saya minta kementerian yang berkaitan dengan tahanan ini- Kementerian Dalam Negeri misalnya, ambil perhatian terhadap kematian dalam tahanan ini. Kedua, di dalam Rumusan Eksekutif ini, disebut tentang inkuiri awam iaitu tentang kehilangan individu, rakyat kita disebut di sini nama Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu telah hilang, perkara ini serius. Tuan Yang di-Pertua, negara kita ini bukan negara mafia, negara hukum. Kita ada PDRM dan sebagainya. Bukan setakat Joshua Hilmy dan isterinya yang hilang, seorang aktivis dari Perlis, Amri Che Mat juga hilang, sudah bertahun-tahun tidak ditemui, apa kesudahannya ini. Jadi, saya minta Kementerian Dalam Negeri untuk jelaskan perkara ini. Saya amat sedih baca laporan iaitu keluarga, isteri Encik Amri telah dapat permohonan di mahkamah untuk mendapatkan dokumen sulit tentang bagaimana kes suaminya hilang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Akan tetapi kerajaan kemukakan permohonan untuk menolak permohonan itu dan ini tak patut. Mahkamah, apa salahnya bagilah kepada isteri itu tahu apa jadi kepada suaminya. Jadi saya tak nak salahkan kerajaan yang ada sekarang. Kehilangan ini sejak zaman Kerajaan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya 2018, kemudian Kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan, Kerajaan Perikatan Nasional tak sampai dua tahun, Kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di bawah Ahli Parlimen Bera dan kemudian, Kerajaan Madani sekarang ini. Jadi, ini sudah empat buah kerajaan tak boleh selesai kah rakyat kita yang hilang? Saya ulang semula, negara kita bukan negara mafia. Jadi pihak Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, tolong ambil perhatian ini. Pasir Gudang amat kecewa dengan hal ini berterusan. Kalau di Columbia, Amerika Selatan, empat orang kanak-kanak hilang di hutan belantara Amazon selepas pesawat terhempas. Dalam masa 40 hari, pihak penguasa di sana seperti tentera, polis dan sebagainya dapat mengesan. Jadi, kena selesaikan perkara ini. Kita tidak puas hati bagaimana MH370 sampai sekarang hilang tak tahu arahnya. Sekarang rakyat, individu pun hilang. Jadi ini tanggungjawab. Saya bercakap ini di dalam

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Dewan Rakyat ini. Ertinya, tak kira siapa kerajaannya, jalankan tugas. Mesti ada penyudah kepada episod ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam Rumusan Eksekutif ini, SUHAKAM menyebut pihaknya telah mengeluarkan 47 kenyataan media sepanjang tahun 2020, merangkumi pelbagai perkara tentang COVID-19, tentang IPCC iaitu Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Tata Kelola Polis dan banyak lagi. Saya berharap kepada SUHAKAM apabila dibentangkan untuk Laporan Tahunan 2021, jika dibentangkan dalam Dewan Rakyat ini pada tahun hadapan, saya harap pihak SUHAKAM melaporkan dan menyatakan apa pendirian SUHAKAM pada awal tahun 2021, Parlimen ini telah digantung, negara telah diisytiharkan darurat. Jadi, memang tidak adil untuk laporan ini menyebut perkara itu sebab laporan ini hanya tahun 2020. Saya minta SUHAKAM yang akan datang ini laporkan pendirian SUHAKAM. Adakah ia bersetuju darurat itu diadakan? Adakah dia bersetuju Parlimen digantung? Saya sebagai Ahli Parlimen- ya, nampak Yang Berhormat Bangi.

Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat setuju tak dengan saya bahawa dengan penggantungan Parlimen tersebut, ia merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia, rakyat Malaysia yang telah mengundi dalam pilihan raya, telah memilih Wakil Rakyat mereka?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, untuk persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bangi itu, saya bersetuju ia satu pelanggaran. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya sebagai rakyat biasa, sebagai Ahli Parlimen dan Tuan Yang di-Pertua pun boleh mengesahkan beberapa orang Ahli Parlimen kita termasuk Perdana Menteri waktu itu Ketua Pembangkang telah mencabar di mahkamah tentang penggantungan Parlimen dan proklamasi darurat dari Mahkamah Tinggi sampai Mahkamah Rayuan sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Jadi saya mohon kepada SUHAKAM yang ada sekarang ini supaya membentangkan pendiriannya dalam laporannya yang akan datang dan kita akan teliti bersama. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Raub.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu- alukan langkah kerajaan untuk membentangkan dan membahaskan Laporan SUHAKAM Tahun 2020. Langkah ini penting kerana mengiktiraf hak asasi manusia sebagai asas negara kita. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu pertama iaitu kematian dalam tahanan. Menurut SUHAKAM, kesemua kes kematian dalam penjara, lokap polis dan depot imigresen melibatkan faktor kesihatan. Contohnya jangkitan di bahagian dada, sawan, dan sakit jantung. Tuan Yang di-Pertua, hal ini kerana kemudahan lokap serta penjara usang dan teruk, isu-isu seperti kesesakan, pengudaraan yang buruk, tandas yang kotor, gangguan bekalan air, dan elektrik, kekurangan peralatan mandian dan sebagainya. Bagi mereka yang telah jatuh sakit sebelum dimasukkan ke dalam lokap dan penjara, hal ini secara langsung menjejaskan kesihatan orang tahanan, malahan akan membahayakan nyawa mereka. Kesihatan ahli penguat kuasa juga akan terjejas. Mereka juga terdedah kepada risiko penyakit bawaan udara. Tuan Yang di-Pertua, right to live tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiap orang termasuk orang tahanan dijamin untuk menikmati hak ini. Maka saya memberi empat syor utama untuk isu ini iaitu:

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

(i) memberi peruntukan kepada agensi kerajaan untuk menambah baik keadaan lokap, penjara dan depot imigresen; (ii) mewajibkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang tahanan sebelum dimasukkan ke pusat tahanan menurut Peraturan Lokap 1953. Memastikan kesemua tahanan dirawat dengan maruah dan kemanusiaan, selari dengan Peraturan Nelson Mandela; (iii) menubuhkan unit perubatan di lokap-lokap berpusat dan melengkapkannya dengan kakitangan dan kemudahan perubatan yang cukup; dan, (iv) semak semula garis panduan hukuman dan menggalakkan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat bagi mengelakkan kesesakan dalam tempat tahanan. Kedua, kuasa membuat lawatan kejutan ke tempat tahanan. SUHAKAM hanya dibenarkan membuat lawatan ke lokap polis, penjara dan depot imigresen dengan notis awal kepada ketua jabatan. Tujuan lawatan adalah supaya SUHAKAM mampu mendapatkan gambaran yang sebenar berkaitan tempat tahanan. Aspek yang ditinjau termasuk layanan terhadap tahanan, kehidupan seharian tahanan, keadaan tempat tahanan dan sebagainya. Dengan notis awal, pihak berkenaan berpeluang membetulkan situasi demi memberi tanggapan yang baik kepada SUHAKAM. Kesannya, SUHAKAM tidak mampu memahami masalah sebenar yang dialami oleh anggota penguat kuasa dan juga orang tahanan. Selain itu, jikalau kes kematian berlaku di tempat tahanan akibat salah laku atau kecuaian, sebarang notis awal akan memberi peluang kepada pelaku untuk merosakkan bukti dan tempat kejadian. Oleh itu, saya menyarankan kerajaan agar membuat pindaan undang-undang dan memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk membuat lawatan kejutan ke lokap polis, penjara dan depot imigresen. Tuan Yang di-Pertua, SUHAKAM juga telah menjelaskan kelemahan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis iaitu IPCC. Pertamanya, kebebasan dan kesaksamaan IPCC dipersoalkan. Lantikan Setiausaha Suruhanjaya dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri tetapi bukan oleh ahli-ahli suruhanjaya secara kolektif. Selain itu, RUU tersebut membenarkan pegawai polis yang masih berkhidmat ataupun telah bersara untuk menjadi anggota suruhanjaya. Kedua, IPCC mempunyai kuasa penyiasatan yang terhad. IPCC tidak berkuasa penyiasatan seperti kuasa penyitaan, kuasa lawatan kejutan di tempat tahanan. Lebih- lebih lagi, IPCC tidak berkuasa untuk mewajibkan penyerahan dokumen dan bukti sekiranya dianggap menggugat keselamatan atau kepentingan negara. Ketiga, kekurangan kuasa penguatkuasaan.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Suruhanjaya tersebut hanya berkuasa merujukkan hasil siasatan dan cadangan tindakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis. IPCC tidak berkuasa mengarahkan Suruhanjaya Pasukan Polis mengambil tindakan atau melaporkan tindakan susulannya kepada IPCC. Oleh itu, saya mencadangkan RUU IPCC disemak semula sebelum ia dikuatkuasakan bagi mengembalikan akauntabiliti polis dan memastikan kewibawaan suruhanjaya. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan terima kasih kepada SUHAKAM atas usaha untuk menghasilkan laporan ini. Namun demikian sebagai institusi hak asasi manusia nasional, saya percaya SUHAKAM perlu terus diperkasakan untuk menjalankan peranan mereka lebih berkesan. Menurut SUHAKAM dan Global Alliance of National Human Rights Institutions, antara cabaran SUHAKAM, iaitu belanjawan yang tidak cukup. Oleh itu saya mencadangkan Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan peruntukan tahunan SUHAKAM dalam Bajet 2024 bagi memastikan SUHAKAM menjalankan mandat secara efektif menurut Prinsip Paris.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Tuan Yang di-Pertua, saya selanjutnya mencadangkan bahawa SUHAKAM memperluaskan skop pemantauannya dan memberi perhatian kepada isu land grabbing. Maksudnya kerajaan negeri memberi milik tanah yang luas kepada korporat swasta besar dan mengabaikan pekebun-pekebun tempatan yang telah lama mengusahakan tanah yang sama. Saya memberi contoh, sejak tahun 1970-an, kerajaan negeri telah menggalakkan pekebun-pekebun di Raub untuk meneroka dan bercucuk tanam atas tanah terbiar bagi menyokong kehidupan mereka. Pekebun-pekebun selepas ini tidak henti untuk memohon permit atau geran dengan saluran formal tetapi ditolak ataupun diabaikan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Akibatnya ramai pekebun terpaksa meneruskan penanaman mereka tanpa permit ataupun geran demi kehidupan mereka. Apa yang lagi mengecewakan, kerajaan negeri selepas itu memberi geran ataupun kebenaran kepada korporat swasta bagi tanah yang sama. Saya percaya isu ini bukan sahaja berlaku di Raub tetapi di Cameron Highlands dan juga Perak. Tuan Yang di-Pertua, pekebun-pekebun ini merupakan mangsa kepada sistem negara. Walaupun mereka digalakkan oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti pertanian dan berusaha menjadikan Musang King jenama Malaysia di antarabangsa namun sumbangan mereka tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan malahan kerajaan berkali-kali mengecewakan mereka. Kerajaan sanggup memberi geran atau kebenaran kepada korporat swasta untuk menjalankan aktiviti pertanian berskala besar tetapi tidak memberi keutamaan atau prioriti kepada pekebun tempatan yang telah lama mengusahakan tanah yang sama. SUHAKAM perlu meninjau isu ini dengan pendekatan hak asasi manusia. Manusia berhak mempunyai kehidupan yang bermaruah termasuk akses yang munasabah terhadap tanah dan hak untuk bekerja. Setiap orang perlu berpeluang untuk memperoleh nafkah melalui pekerjaan yang dipilih secara bebas dan akan mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi hak ini. Akhir sekali, saya menegaskan bahawa supaya SUHAKAM perlu diperkasakan bagi melindungi dan mempromosi hak asas manusia.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Raub minta laluan.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Silakan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Tadi saya dengar apa yang Yang Berhormat Raub cakap tadi tentang tanah durian yang ditanam di Raub. Saya rasa itu bukan termasuk dalam hak asasi manusia, itu merupakan pencerobohan. Saya rasa perlu diperbetulkan.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Inilah apa yang sebelah sana anggap tetapi mereka sudah menanam di sana beberapa puluh tahun sejak 70-an. Ini merupakan hak asasi mereka untuk prioriti untuk dapat geran ataupun kebenaran untuk menanam.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Raub.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Kenapakah ini bukan hak asasi manusia?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Ya, sebelum kita hendak masuk satu buah kawasan atau tanah, kita mesti ada hak. Kita mesti buat permohonan dan sudah dapat baru kita boleh masuk.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Kerajaan- saya hendak tegaskan di sini mereka- tanam di sana kerana Kerajaan Negeri Pahang pada masa 70-an menggalakkan mereka menanam di tanah sana. Sudah beberapa puluh tahun mereka di sana. Kenapakah tanah itu boleh dipajakkan kepada syarikat besar dan bukan bagi pekebun-pekebun tempatan? Ini soal yang saya hendak tanyakan. Ini lah hak asasi manusia, saya tegaskan di sini.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Oleh itu saya mengalu-alukan janji Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi mengenai pindaan Akta SUHAKAM bagi memperkukuh mandatnya. Akhir sekali, saya juga minta Yang Berhormat Menteri turut memberi satu garis masa kepada pindaan menjelaskan kelemahan akta sedia ada dan menerangkan cara perkasakan SUHAKAM. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Hak asasi manusia dijelaskan sebagai hak yang dipunyai oleh seorang individu atas kapasiti sebagai manusia dan meliputi pelbagai skop kehidupan. Antaranya hak untuk hidup, hak untuk menyuarakan pendapat, kebebasan untuk bergerak dan juga hak untuk berfikir. Mengikut kaca mata Barat, hak asasi seorang manusia merupakan hak yang mutlak bagi dirinya. Walau bagaimanapun, daripada perspektif Islam, hak asasi manusia adalah tidak mutlak dan bermatlamatkan melindungi maruah dan karamah insan yang membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, Islam sebagai agama yang bersumberkan wahyu daripada Allah, Islam adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak asasi manusia. Sebagai contoh, perubahan dari zaman Jahiliyah di mana kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi, dibunuh kerana jantinanya sebagaimana Allah Ta’ala rakamkan dalam al-Quran dalam Surah An-Nahl ayat 58... [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Apabila dikhabarkan kepada seorang daripada mereka bahawa ia dapat anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari kerana menanggung dukacita sedang ia menahan perasaan marah dalam hati”. Kedatangan Islam mengangkat maruah dan martabat wanita seiring dengan laki-laki. Tuan Yang di-Pertua, jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana individu itu dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaan sebagai manusia dan juga menjauhkan diri daripada Tuhan, maka tidak rasional usaha atau pandangan itu dilihat sebagai satu bentuk tindakan menegakkan haknya sebagai insan atas nama hak asasi manusia. Berbeza dengan perspektif Islam, pemikir-pemikir Barat lebih cenderung mengaitkan hak asasi manusia dengan kedaulatan dan kebebasan individu semata-mata. Bagi golongan ini dan para pendukungnya, hak asasi manusia dan kebebasan individu adalah bersifat mutlak dan kepentingan individu mengatasi daripada kepentingan manusia sejagat. Saya percaya pihak SUHAKAM juga berusaha bersungguh-sungguh dalam mempromosi dan memberikan penerangan berkaitan dengan ketersalingan hubungan antara prinsip hak asasi manusia dan ajaran Islam yang sebenar. Justeru itu sebagai sebuah negara yang punya majoriti rakyat Muslim serta agama Islam sebagai agama rasmi saya ingin mencadangkan agar diwujudkan sebuah jawatankuasa khusus dalam organisasi SUHAKAM iaitu Jawatankuasa Penasihat Syariah bagi membantu dan menerapkan prinsip Islam secara terus terutama melibatkan keputusan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM terhadap sesuatu isu yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hak pendidikan. Pendemokrasian dalam pendidikan perlu disuburkan di negara ini. Semalam saya didatangi oleh pengusaha- pengusaha yang mengadu nasib berkenaan dengan sekolah Islam persendirian yang terlibat di bawah PBT yang sukar mendapat kelulusan. Lebih daripada 80 buah sekolah yang terlibat yang melibatkan pelajar melebihi daripada berpuluh ribu orang. PBT telah menghalang kelulusan penggunaan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran melalui Surat Pekeliling serta menyukarkan proses surat kelulusan penggunaan bangunan dan diarahkan supaya ditutup. Kesukaran kelulusan bomba dan kesihatan juga sebahagian daripada proses kelulusan PBT. Ini berlaku di PBT Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya. Akibatnya JAIS tidak dapat mengeluarkan surat kelulusan pendaftaran sekolah sementara atau tetap. Ini akan mengakibatkan pelajar

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

tidak boleh mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Perkara ini amat menggusarkan pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga murid. Ini kerana, sekolah yang beroperasi ini sudah pun lama berlalu, tiba-tiba mengalami kesulitan dan kesusahan kepada pengusaha. Tuan Yang di-Pertua, bercakap berkenaan dengan hak asasi juga, dalam laporan ini dilaporkan tentang perjalanan pilihan raya daripada muka surat 81 hingga 88. Cuma, pada petang ini saya ingin membangkitkan seperti mana juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Tumpat berkenaan dengan hak asasi kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Sedang kita berbincang hak asasi manusia, sedar atau tidak Ahli Parlimen Pembangkang juga diseksa zahir dan batin. Sepatutnya Ahli Parlimen- Wakil Rakyat... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Termasuk batin ya.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Sepatutnya Ahli Parlimen ini kita analis sebagai lawmaker, pembuat dasar. Sudah tentu kita datang ke sini untuk membuat bincang berkenaan rang undang-undang dan sebagainya. Akan tetapi realiti yang kami hadapi menjadi pegawai kebajikan, bomba, kadang sesetengah Tok Bidan pun ada, pemandu ambulan, terutama wakil rakyat yang berada di luar bandar termasuklah di kawasan Hulu Langat. Tak begitu Hulu Langat? Terutama MP yang berada di kawasan luar bandar yang rakyat memang rapat dengan kami. Mereka tidak tahu yang kami tidak ada peruntukan apabila berlaku satu musibah, Wakil Rakyat lah yang menjadi tumpuan. Tuan Yang di-Pertua pun ada pengalaman....

Tuan Yang di-Pertua

15 tahun.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

15 tahun. Kita ada pengalaman. Itu berlaku. Pengalaman saya sendiri di Bagan Serai. Tempat baharu saya, kebetulan tempat selalu dilanggar dengan ribut. Hampir 70 buah rumah yang dilanda ribut. Kita pergi bolehlah bagi dekat RM100-200 tetapi kadang-kadang tidak sampai hati juga hendak bagi. Jadi, setiap hari pejabat saya ada minta bantuan. Kadang-kadang ada hendak minta buat gigi palsu. Tidak bagi, kita tengok kesian dia baca Al-Fatihah tidak betul... [Ketawa] Kadang- kadang hendak bawa ke hospital. Memang dia perlu. Kita tahu bukan dia tipu. Dia perlu. Memang dia perlu. Kita tengok background dia. Kita check tengok, kadang-kadang hendak buat temu janji dengan pakar di Kuala Lumpur. Kadang-kadang hendak bayar bil tertunggak, NGO-NGO, PIBG dan sekolah dan sebagainya. Maka, sudah tentulah ini yang berlaku. Permintaan saya ialah kalaupun tidak mahu masuk dalam akaun pusat khidmat, boleh parking di Pejabat Daerah pun tidak apa. Kita hendak duit, kita reimburse duit kita dahulu. Kemudian, kita claim dekat Pejabat Daerah berkenaan dengan pendahuluan yang kita dapat. Untuk makluman semua, untuk saya sendiri dan juga kawan-kawan yang lain, gaji kita ini sebenarnya dapat setelah masuk dalam slip kita RM25,448.15.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Sudah masa habis.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tanya sedikit sahaja. Sebab dahulu PM ada sebut minta Pembangkang bincang. Sudah pergi bincang kah? Itu soalan saya yang pertama. Kemudian yang kedua, hendak tanya gigi Yang Berhormat Bagan Serai okey? Tiada gigi palsu?... [Ketawa]

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Okey. Hendak sebut ini berkenaan dengan wang yang kita belanja ini. Untuk Pusat sahaja kita bayar kepada parti sebanyak RM4,000. Kepada kawasan Bagan Serai, RM1,000. Sewa pusat khidmat, RM100. Air, api RM1,000. Tiga orang staf RM4,800. Untuk kita petrol, tol semua RM3,000.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Orang meninggal, tempat saya ini pula setiap hari ada orang meninggal. Tidak kurang average-nya sehari dua orang. Makna, 30 orang kadang sampai 60 orang. Jadi, kita allocate kalau bagi RM50 pun duit RM3,000 sudah sebulan. Kenduri, kita allocate dia RM3,000. Lebih kurang kita belanja RM17 ribu. Hat lebih RM8,448.15 itulah dia untuk kita hendak makan, berjalan, salam, kalam. Itulah yang ada. Oleh sebab itu, Tuan Yang di- Pertua, lebih faham sebab apabila saya bercakap dia senyum. Dia tahu, dia mengalami, dia pun juga pernah menderita juga selama 15 tahun. Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebutkan tadi iaitu untuk kita melihat berkenaan dengan yang perlu juga diberikan perhatian ketika kita membincangkan berkenaan dengan hak asasi manusia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih semua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat seterusnya, saya hendak bacakan nama-nama yang akan ambil bahagian hari ini dan insya-Allah kalau tidak sempat hari ini, kita sambung pada esok hari isu perbincangan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020. Selepas ini saya akan menjeput Yang Berhormat Petaling Jaya, selepas itu Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Lubuk Hantu, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Batu Pahat. Untuk itu, saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya. Silakan.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan laporan tahunan SUHAKAM di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, saya berpendapat bahawa laporan tahunan SUHAKAM ini sangat penting kerana memberi fokus kepada hak asasi manusia yang meruncing di Malaysia khususnya ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Merujuk kepada laporan tahunan SUHAKAM, individu tanpa kewarganegaraan termasuklah pelarian dan pencari suaka telah menghadapi masalah dalam segi hak ekonomi sosial dan kebudayaan di Malaysia. Di sini, saya ingin menyuarakan isu tentang pelarian dan pencari suaka di Malaysia. Menurut kepada Pesuruhjaya Tinggi untuk pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR), sehingga November 2022 dilaporkan sekitar 182,990 orang pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia dengan majoriti berasal dari Myanmar. Pelarian ini Malaysia menghadapi halangan yang kritikal untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Pada masa ini, kerajaan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) jelas tidak membenarkan pelarian atau pencari suaka untuk bekerja di semua sektor di Malaysia termasuk sektor perladangan. Pelarian yang memegang kad UNHCR hanya dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal seperti pekerja sendiri untuk sara hidup. Menurut kajian oleh Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, dijangka 60 peratus pekerja di Malaysia telah bekerja. Arahan MKN No. 23 dikatakan memberi sedikit kelonggaran kepada pemegang kad UNHCR dengan membenarkan mereka bekerja secara tidak formal. Pekerjaan tidak formal di mana menjadikan pelarian terdedah kepada risiko eksploitasi yang tinggi termasuk penderaan lisan dan fizikal oleh majikan separa atau tidak membayar gaji dan kekurangan perlindungan dalam persekitaran kerja berisiko tinggi. Sektor pekerjaan tidak formal yang besar di Malaysia yang menyumbang 23 peratus daripada jumlah pekerjaan pada tahun 2021 memberikan peluang sara hidup kepada pelarian. Mereka bekerja secara bergaji harian dalam bidang pekerjaan bergaji rendah. Semasa pandemik COVID-19, majikan Malaysia berdepan dengan isu kekurangan pekerja.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Selain itu, Indonesia juga menghentikan sementara semua proses berkaitan pengambilan pekerja dari negaranya di semua sektor pada Julai 2022 tetapi secara kontradiksi pelarian tidak dibenarkan bekerja secara rasmi di negara ini kerana Malaysia bukan penandatangan Konvensional Pelarian 1951 serta tidak mengiktiraf status pelarian menyebabkan mereka dianggap sebagai pendatang asing tidak berdokumen. Pada tahun 2022, Malaysia menghadapi isu kekurangan pekerja kronik yang memerlukan sekurang- kurangnya 1.2 juta orang pekerja iaitu 627 ribu dalam industri pembuatan, 120 ribu sektor perladangan dan 550 ribu dalam sektor pembinaan. Isu untuk isu tersebut telah dibangkitkan tetapi tiada cara penyelesaian yang jelas pada masa itu. Walaupun begitu, golongan Rohingya telah pun menjadi sebahagian daripada tenaga kerja dalam industri berintensiti buruh utama di Malaysia yang menghadapi isu yang disebut di atas walaupun mereka tidak dibenarkan bekerja secara formal atau sah.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Oleh itu kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu mengenai pengambilan pelarian dan pencari suaka. Salah satu cara ialah membenarkan pelarian mendaftar dan bekerja sebagai pekerja asing berdasarkan undang-undang sedia ada dengan sedikit pindaan. Dengan ini pelarian boleh sumbang lebih banyak pada ekonomi di samping hak asasi mereka juga terpelihara. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masih belum menandatangani Konvensional Pelarian 1951 ataupun Protokol 1967 dan tidak mempunyai sebarang kerangka undang- undang atau pentadbiran untuk mengatur status dan hak pelarian. Buat masa ini pelarian yang memegang kad UNHCR hanya dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal untuk menampung kehidupan mereka. Melalui penambahbaikan yang dibuat pada Arahan No. 23 MKN panduan mengenai kebenaran bekerja bagi pelarian boleh diperkenalkan dan saya ingin syorkan di sini. Dengan memperhalus panduan kita juga boleh memperkenalkan kawalan secara holistik dan memastikan keselamatan negara sepenuhnya dan tiada kompromi berhubung perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya juga ingin menyarankan bahawa kerajaan harus membenarkan Ahli-ahli Parlimen supaya mendapat akses terus ke pusat tahanan imigresen dan penjara supaya dapat mengetahui situasi dan maklumat di pusat tahanan kerana berdasarkan Pesuruhjaya SUHAKAM saudara Jerald Joseph bahawa ribuan pencari suaka di tahan di sana pada 20 Mei 2021. Buat masa ini Ahli-ahli Parlimen dan UNHCR tidak mempunyai akses terus untuk mendapat sebarang maklumat berhubung kejadian atau individu yang terlibat dan ini telah menghalang Ahli-ahli Parlimen dan UNHCR untuk memberikan bantuan kepada mereka dengan segera. Merujuk kepada Laporan Tahunan SUHAKAM terdapat 12 kes kematian dalam tahanan termasuk dua kes kematian dalam depot imigresen. Di samping itu, menurut laporan yang sama orang-orang yang ditahan sering menghadapi tempoh penahanan yang berpanjangan. Akses terhadap penjagaan perubatan yang terhad dan tuduhan penyalahgunaan. Pada Julai 2022 terdapat 17,703 orang warga asing di pusat tahanan imigresen termasuk wanita dan kanak-kanak, Tuan Yang di-Pertua. Individu-individu ini sering melarikan diri daripada penganiayaan, keganasan dan konflik di negara asal mereka, mendapati negeri mereka berada dalam keadaan yang tidak menentu di dalam pusat tahanan ini. Hak asasi mereka yang asal dilanggar dan kesejahteraan mental dan fizikal mereka merosot sementara mereka menunggu penyelesaian tuntutan suaka mereka. Berdasarkan laporan SUHAKAM semasa lawatan berkala SUHAKAM juga mendapati kebanyakan tempat tahanan di Malaysia mempunyai masalah kudis buta- scabies yang teruk. Sebagai kesimpulan, hak-hak pelarian terutama dalam hubungannya dengan hak pekerjaan dan keadaan pusat tahanan memerlukan perhatian dan tindakan semua pihak

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

termasuk kerajaan. Statistik yang disajikan menunjukkan keperluan mendesak untuk mereformasi dan dasar-dasar yang mempromosikan pendekatan inklusif bukan eksklusif dan perlindungan pelarian di Malaysia. Mereka juga merupakan abang kita, adik kita. Dengan memastikan akses pelarian kepada pekerjaan yang baik dan perlakuan yang manusiawi. Kita dapat mendorong integrasi mereka, mendayakan mereka untuk membina semula kehidupan dan memanfaatkan potensi mereka sebagai penyumbang yang berharga kepada masyarakat. Ia tanggungjawab moral kita untuk berdiri untuk hak-hak pelarian. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong tiada. Baik saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih terutamanya kerana memberi ruang untuk saya membahaskan Laporan SUHAKAM pada hari ini. Dalam masa yang terhad ini saya hanya menumpukan dalam beberapa perkara. Yang pertama sekali termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, meletakkan bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan. Oleh sebab itu seluruh pemikiran tentang hak asasi manusia sewajarnya berasaskan kepada pemikiran ini yakni Islam, bukan hanya terkongkong dalam kerangka Barat. Pada hari ini kebanyakan pihak di negara ini telah menjadikan Barat sebagai rujukan tentang hak asasi manusia sehingga kita terjerat dengan fahaman yang bertentangan dengan Islam dan juga tradisi ketimuran amalan negara kita. Pemikiran kebebasan melampau dan juga individualistik yang menular dalam masyarakat adalah berpunca daripada pengaruh ini dan pemikiran yang sama. Sikap melampau dan mementingkan diri atas nama kebebasan dan Hak Asasi Manusia adalah bertentangan sama sekali dengan pemikiran Islam. Kita boleh melihat sendiri bagaimana generasi kini atas hak dan kebebasan telah menaja dan mempromosi kegiatan yang disebut oleh Yang Berhormat yang lain iaitu LGBT, merupakan satu kegiatan yang dicegah sama sekali oleh Islam bahkan tidak diterima oleh kebanyakan masyarakat Timur yang hidup secara beragama kerana fitrah bagi manusia, mereka berkehendak kepada agama. Semua agama tidak menerima aktiviti yang kotor ini dan merosakkan keturunan manusia. Sebaliknya agama-agama ini telah mengajar supaya manusia berkahwin mengikut jantina dan sewajarnya. Apabila masyarakat terikut dengan pemikiran masyarakat Barat mereka telah mengangkat pemikiran kebebasan ini sehingga melampaui hak-hak masyarakat termasuk hak budaya, hak sosial yang dipegang oleh masyarakat yang beragama. Harus saya ingatkan di sini bahawa kita masyarakat Timur mempunyai pengalaman yang berbeza dengan masyarakat Barat. Semenjak zaman gelap masyarakat Barat telah tertindas oleh kongkongan Raja, gereja dan tuan-tuan tanah. Namun setelah berlakunya dialog budaya yang di antara Barat dan Islam khususnya yang berlaku di Andalusia. Maka wujudlah kesedaran untuk menuntut hak-hak sivil dan hak politik di Barat. Kemunculan tokoh-tokoh pemikir Barat seperti Thomas Hobbes dan yang lain yang memperjuangkan hak-hak dan kebebasan politik sehingga kemunculan Magna Carta di UK telah membawa kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948. Apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah pengalaman barat adalah berasaskan kepada penindasan hak-hak sivil dan politik yang berlaku pada zaman gelap itu. Maka dalam pemikiran mereka. Mereka sangat mengambil berat dan memperjuangkan hak-hak kebebasan individu sehingga persoalan hak asasi manusia menjadi tidak seimbang dalam kefahaman dan amalan yang dilakukan. Apabila

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

masyarakat kita terikut dengan cara ini sehingga mereka menjadi melampau dan bersifat individualistik. Kedua, persoalan rentetan daripada pengaruh pemikiran hak asasi manusia cara Barat ini menyebabkan hak individu telah dilebihkan berbanding dengan hak masyarakat. Persoalan hak masyarakat telah diremehkan sehingga hak-hak ekonomi, sosial dan hak budaya tidak diperjuangkan berbanding dengan perjuangan menuntut hak sivil dan hak politik. Hari ini di mana-mana pejuang hak asasi manusia bercakap tentang hak dan kebebasan individu yang menjadi teras hak sivil dan politik. Sedangkan pembelaan terhadap penindasan ke atas ekonomi, pengabaian budaya dan kebejatan sosial tidak dipedulikan. Dalam tradisi kehidupan masyarakat Timur yang berpegang kepada kehidupan beragama. Hak masyarakat sangat dititikberatkan sehingga tradisi berkeluarga, hidup berjiran, pembangunan masyarakat telah menjadi begitu cemerlang. Akan tetapi pada hari ini kita mendapati keharmonian keluarga, semangat kejiranan dan budaya bermasyarakat telah semakin terpencil berpunca daripada sikap individualistik dan kebebasan yang melampau. Kita sering menuntut perkara berkaitan hak tetapi tidak ramai yang mempersoalkan berkaitan tentang tanggungjawab sedangkan perkara hak itu akan tertunai apabila kita melaksanakan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Persoalan ini menjadi kekeliruan masyarakat, antara hak dan tanggungjawab yang dituntut tidak seimbang dengan tanggungjawab sehingga setiap orang berfikir tentang hak diri mereka masing-masing. Sedangkan tidak ada sesiapa pun yang beroleh hak mereka, jika tanggungjawab itu dilaksanakan. Berasaskan kepada kekeliruan ini, saya suka mencadangkan kepada Dewan yang mulia, yang pertama, Islam hendaklah dijadikan kerangka asas pemikiran hak asasi manusia di negara ini. Selaras dengan Islam sebagai perlembagaan, sebagai agama bagi Persekutuan. Perjuangan hak asasi manusia, sama ada aktivis SUHAKAM dan kerajaan sendiri mestilah mempunyai keseimbangan di antara hak sivil dan politik yang membentuk hak individu dengan hak ekonomi, sosiobudaya dan membentuk hak dalam masyarakat. Ketiga, kerajaan dan aktivis HAM wajar mewujudkan kesedaran kebertanggungjawaban ke dalam masyarakat. Ini kerana sebahagian besar persoalan hak yang timbul ini adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak SUHAKAM yang telah melakukan tugas dengan baik sebagai penasihat dalam menjamin hak asasi kemanusiaan di Malaysia. Saya tertarik untuk merujuk salah satu usaha yang dilakukan oleh SUHAKAM iaitulah pembangunan modul hak asasi manusia berteras menerusi ‘a’ dan ‘b’ dalam Bab I muka surat lima dan enam. Bagi saya ini merupakan suatu usaha yang baik dalam menerapkan kefahaman tentang hak asasi manusia, terutamanya kepada pihak berwajib. Pun begitu, kefahaman rakyat berkaitan hak asasi manusia adalah sangat penting bahkan ini mesti ditangankan di peringkat syllabus sekolah-sekolah. Saya menyinggung juga tentang berita laporan akbar menyatakan bahawa terdapat bekas tahanan mengalami masalah mental setelah dibebaskan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, tentang kes Mustaza Abdul Rahman ditahan di bawah SOSMA. Beliau telah ditahan pada tahun 2016 dan dibebaskan pada tahun 2023. Namun, kebebasan seolah-olah diragut apabila disahkan oleh pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di mana beliau menghadapi masalah gangguan tekanan pasca trauma ini. Maka saya hendak bertanya, berapakah jumlah atau statistik penghidap masalah mental dalam tahanan? Serta, apakah usaha dalam memulihkan para tahanan yang terlibat? Sebagai akhirnya, saya suka menyebut bahawa dalam agama Islam, bukan sahaja hak manusia tetapi diri kita pun ada hak, jiran kita ada hak. Namun, berapa orang

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

yang pernah bertanya, kita sering mempertanyakan tentang hak asasi manusia tetapi jangan lupa kita adalah hak Allah dan hak Allah mesti dipenuhi, melaksanakan hak-Nya sebelum kita dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Sekian, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2020. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Madani kerana telah pun membentangkan dan membenarkan Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara ini. Harus kita ingat bahawa keputusan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mana sekarang Yang Berhormat Kota Bharu pernah juga membentangkan laporan tersebut tetapi tidak membenarkan untuk berbahas. So, bagi saya kesungguhan dan hasrat kita dan kerajaan ini untuk mendukung hak asasi manusia dalam negara kita ini harus kita memberikan satu penghargaan yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membahaskan tiga perkara yang terkandung dalam Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2020. (i) kanak-kanak tanpa kewarganegaraan walaupun dilahirkan dan menetap di negara ini; (ii) tanah Orang Asli; dan (iii) ucapan kebencian. Pertama, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan walaupun dilahir dan menetap di negara kita telah pun timbul banyak isu. Saya memang fahami bahawa kerajaan kini ada fail yang begitu tebal, banyak. Mengikut kepada Yang Berhormat Menteri, dia kata ada lebih kurang 150,000 kes permohonan kewarganegaraan di depan KDN. Kebanyakan kes permohonan ini adalah jatuh di bawah kes-kes kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang mana lahir di luar ikatan perkahwinan. Malaysia sebagai negara yang meratifikasikan Convention on the Rights of the Child (CRC) pada tahun 1995. Kerajaan harus ikhtiarkan sesuatu cara untuk mengatasi masalah tersebut kerana kanak-kanak yang tidak berdosa ini mengalami banyak cabaran dalam mencapai hak mereka kepada pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan lain-lain lagi. So, mereka juga berdepan dengan risiko menjadi mangsa eksploitasi, penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya serta pengusiran. Saya amat memahami isu ini bukan sesuatu yang mudah, ia adalah sesuatu yang rumit dan harus diatasi sepenuhnya. Saya ingin menggesa kepada kerajaan supaya kategorikan kepada kes-kes 150,000 yang masih lagi tertangguh, belum selesai ini bagi prioriti kepada kes-kes kanak-kanak kita. Ini sebab hak kanak-kanak kita, harus kita angkat kerana mereka adalah bakal ataupun generasi yang akan datang dalam negara kita. Kita harus kendalikan kes tulen kanak-kanak tanpa kewarganegaraan sepertimana yang kita faham iaitu lahir anak di luar ikatan kahwin ataupun masalah kekurangan pemahaman dan kesedaran di kalangan ibu bapa warganegara yang tinggal dalam kawasan pedalaman. Bolehlah kita pada masa yang sama, memberikan tumpuan kepada kanak-kanak pelarian, kanak-kanak migran ataupun kanak-kanak migran tanpa dokumen. So, bagi saya, kita harus bagi prioriti dahulu kepada kes-kes yang tulen atas sebab teknikal isu. Saya juga memberi pandangan bahawa Akta Pengangkatan 1952 perlu dikaji semula bagi membolehkan anak angkat mempunyai hak yang sama seperti kanak-kanak yang lahir daripada perkahwinan yang sah. Buat masa ini, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa warganegara

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Malaysia tidak dibenarkan kewarganegaraan melalui proses pengangkatan tersebut. Ibu bapa masih lagi perlu memohon kewarganegaraan kepada kanak-kanak tersebut di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan tiada jaminan permohonan itu akan diluluskan. Kedua adalah tentang isu tanah Orang Asli. Isu tanah sentiasa menjadi cabaran bagi masyarakat Orang Asli iaitu isu yang tidak dapat dituntut dan diberikan laluan di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan demi projek-projek perlombongan dan perhutanan. Saya tidak membantah pembangunan tetapi kita harus juga lihat pada akta. Dalam Akta Orang Asli 1994 seksyen 6, seksyen 7 dan seksyen 8 kuasa untuk menentukan kawasan rizab dan hak menduduki Orang Asli terletak di bawah pihak berkuasa negeri. Malah seksyen 6(3) memberikan kuasa penuh kepada pihak berkuasa negeri untuk membatalkan keseluruhan ataupun sebahagian atau mengubah mana-mana pengisytiharan kawasan Orang Asli yang dibuat di bawah subseksyen(1). Kesemua ini menyebabkan populasi yang semakin meningkat ini di kalangan masyarakat Orang Asli menghadapi cabaran yang besar di mana isu pendidikan, isu kesihatan dan sebagainya. Paling susah adalah tentang isu tanah. So, maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supayanya duduk bersama dengan kerajaan negeri bagi memperketatkan lagi Akta Orang Asli 1994 dan punca-punca kuasa yang lain, yang sedia ada demi menjamin hak kawasan rizab dan hak menduduki masyarakat Orang Asli. Ketiga adalah tentang ucapan kebencian. Dalam Laporan Tahunan SUHAKAM menunjukkan bahawa waktu pandemik telah pun mendorong berlakunya isu perkauman dan isu berita palsu banyak di Malaysia. Ucapan berunsur kebencian dan sikap menyalahkan pihak lain menyebabkan stigma dan tekanan kepada beberapa kelompok masyarakat. Saya bersetuju bahawa pemimpin politik dan pempengaruh media sosial hendaklah menahan diri daripada terlibat dalam kempen penyebaran maklumat palsu dan salah, stereotaip serta menyebarkan mesej yang tidak bertoleransi. Kesemuanya akan mengundang kepada ketidakharmonian dalam masyarakat kita. Pada pandangan saya, bukan setakat hanya musim pandemik berlaku fenomena ini tetapi menjelang musim pilihan raya seperti sekarang berdepan dengan musim pilihan raya negeri, selalu kita dicemari oleh ucapan-ucapan pemimpin politik berbaur kebencian dan sarat dengan propaganda dan berita palsu yang boleh menimbulkan ancaman besar kepada keharmonian dan keselamatan negara. Saya ingin memberikan beberapa contoh pemfitnahan, pemalsuan kenyataan yang telah pun dilontarkan oleh mereka yang kuat fitnah dan menyebarkan berita palsu. Akhirnya, sekumpulan besar di antara mereka yang berbuat demikian telah pun menemui tindakan dan hukuman. Seperti segelintir pemimpin di sebelah sana yang mengatakan bermacam-macam tentang larangan azannya, tentang sokongan jual arak, LGBT, terima dana, judi, anti-Islam, dapat dana DAP dan sebagainya.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Saya harap, perkara ini tidak boleh kita bertoleransi atas hujah-hujah mereka yang sengaja menimbulkan kekeliruan dan kebencian. Bagi saya, ia berita palsu yang akan mengundang ketidakharmonian yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Ini terbukti bahawasanya semua itu adalah fitnah, pembohongan, sama ada mereka telah pun menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka ataupun mereka telah pun memohon maaf secara terbuka.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Gopeng, minta laluan Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Boleh, sila.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Gopeng tentang pendakwaan rasuah yang terpilih. Ada setengah- setengah di pihak sini... [Merujuk kepada blok pembangkang] , diambil tindakan secepat

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

mungkin dan ada di sebelah sana... [Merujuk kepada blok kerajaan] , ditinggalkan dan disilentkan.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kes mana?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Adakah ini merupakan salah satu daripada penganiayaan dalam hak asasi manusia?

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kes mana? Kes mana selective prosecution? Boleh sebut?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Macam isu kapal LCS.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Dalam siasatan. Sudah bagi tahu kan? Selepas itu? Itu isu hak asasi manusia kah atau apa? Tak apa, saya teruskan. Tak apa, tak apa. Boleh, terima kasih. [Ketawa] Akan tetapi saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap syor dalam laporan tersebut. Bahawasanya seruan kepada kerajaan untuk membaharui undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan akta ucapan kebencian sebagai usaha untuk menangani masalah ucapan kebencian, berita palsu yang kini telah pun menjadi tabiat segelintir pemimpin politik dan social influencer. Akhir kata, saya ingin menyambut baik juga ada beberapa usaha yang mana kerajaan telah pun buat dalam memperbaiki kedudukan hak asasi manusia dalam negara kita. Tentang hak kanak-kanak yang mana telah pun dalam proses untuk menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. Keduanya, memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada kelakuan jenayah seksual, yang mana kita telah pun membuat pindaan di RUU dan ketiga, adalah pindaan untuk Perlembagaan Persekutuan tentang kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. Apa yang paling penting adalah dalam proses untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia yang mana usaha ini telah pun dimulakan oleh Yang Berhormat Damansara sekarang, dahulunya dia Ahli Parlimen Puchong ketika beliau menjadi Yang Berhormat Menteri. Ia ditangguhkan seketika oleh pentadbiran terdahulu dan kini dalam usaha untuk mengaktifkan semula majlis tersebut dan kita akan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pihak media untuk melaporkan segala berita berpandukan kepada prinsip dan dasar yang baik. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya ucapkan tahniah lah kepada Kerajaan Madani kerana telah pun membentangkan dan membenarkan kita untuk berbahas. Saya menyokong sepenuhnya segala syor yang termaktub dalam Laporan SUHAKAM tahun 2020. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan SUHAKAM yang telah pun membentangkan laporan di Dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama, saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun yang juga telah membenarkan perbahasan. Saya sedar bahawa tujuan perbahasan adalah untuk kita baca laporan itu, bertukar-tukar pandangan dan fikiran dan juga untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang telah dilaporkan dalam laporan itu tidak berlaku. Perkara pertama yang ingin saya sentuh, mungkin saya boleh menyimpang sedikit. Tuan Yang di-Pertua, saya baca dalam berita Free Malaysia Today (FMT) pada hari ini bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah pun mengarahkan PDRM untuk mencari pelawak bernama Jocelyn Chia yang telah pun memperlekehkan negara kita yang tercinta, Malaysia. Saya menyambut baik perkara itu.

Memang tindakan tegas perlu diambil. Cari dia sampai lubang cacing. Perkara ini tak patut dinyatakan oleh beliau. Pada masa yang sama, saya ingin tanya kepada Ketua Polis Negara, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Ketua Polis Negara untuk mencari bekas suami Indira Ghandhi bernama Riduan Abdullah dan anak kesayangannya bernama Prasana Diksa yang telah dilaporkan hilang? Pada masa yang sama, saya ingin tanya, apakah tindakan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara untuk mencari Jho Low yang telah menghilangkan diri sampai sekarang? Difahamkan mungkin berada di Taiwan, mungkin berada di China dan sebagainya. Bolehkah kita juga memberi perhatian untuk mengambil langkah-langkah untuk mencari mereka? Pada masa yang sama, seperti yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi, kejadian-kejadian kematian dalam lokap. Jumlahnya begitu banyak. Perkara yang dilaporkan oleh SUHAKAM, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di penjara sahaja telah dilaporkan sebanyak 363 kematian. Ini adalah laporan yang saya baca daripada portal berita Malay Mail yang telah melaporkan sehingga tahun 2020. Selepas itu, Jabatan Imigresen sebanyak 50 kematian. Kematian dalam tahanan lokap Polis Diraja Malaysia, 34 kematian dan Agensi Antidadah Kebangsaan sebanyak sembilan kematian. Jumlahnya, sebanyak 363 kematian. Saya pada masa yang sama terpanggil untuk tanya Tuan Yang di-Pertua. Kejadian-kejadian kematian dalam lokap ini adalah sesuatu yang berlaku berulang kali dan mungkin tahun ini adalah tahun yang bersejarah kerana kita juga telah menonton tayangan filem “Anwar: The Untold Story”. Pada kali yang pertama, kita melihat apa yang berlaku kepada Perdana Menteri kita, sewaktu beliau ditahan di dalam lokap. Ini bukanlah tayangan filem. Memang perkara yang telah dilaporkan, di mana seorang Ketua Polis Negara, Rahim Noor dituduh kerana membelasah Yang Amat Berhormat Tambun dalam lokap hingga menyebabkan beliau tercedera di mata. The black eye incident. We would not forget, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ketika itu, gelombang reformasi mula bangkit. Ini adalah sesuatu yang telah berlaku lebih kurang 25 tahun yang lalu dan sedang berlaku sekarang. Apakah tindakan yang akan kita ambil untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang? Daripada ulasan yang saya dengar, Yang Amat Berhormat Tambun telah hadir menonton filem itu dan mengatakan bahawa keadaan sebenar di dalam lokap di mana beliau ditahan lebih teruk lagi. Parah. Apakah yang sedang berlaku kepada negara kita? Bagaimanakah kita ingin memastikan perkara-perkara ini tidak akan berulang? Memang seseorang yang ditahan di dalam lokap itu disiasat untuk satu kesalahan. Seseorang yang ditahan di penjara sedang menunggu perbicaraan di mahkamah tetapi kita harus memastikan bahawa hak asasi mereka untuk ditahan dengan keselesaan asasi perlu diberi perhatian selalu. Saya ingin tanya Tuan Yang di-Pertua, kalau Tan Sri Rahim Noor telah dituduh membelasah Yang Amat Berhormat Tambun, siapakah Perdana Menteri ketika itu? Memang kita tahu mantan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir. Bukankah perlu beliau juga disiasat? Kenapa perlu Ketua Polis Negara menanggung seorang sahaja? Di sisi undang-undang, tidak ada hadnya. Bukan seperti kes-kes sivil. Dalam kes-kes sivil, selepas enam tahun, memang tidak ada sebarang kes yang boleh difailkan. Akan tetapi sekarang, saya ingin tanya. Saya bukan membuat tuduhan. Saya ingin tanya, adakah Ketua Polis Negara ketika itu bertindak disebabkan telah diberi arahan untuk berbuat demikian? Oleh siapa? Adakah arahannya datang daripada Tun Dr. Mahathir? Saya ingin tanya.

Jelutong, minta laluan.

Sahabat saya Parit Buntar.

Okey, saya bagi.

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Jelutong sebut seorang bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas isu Dato’ Seri Anwar. Soalan saya, mengapa sewaktu bekas Ahli Parlimen Langkawi yang menjadi Perdana Menteri zaman Pakatan Harapan memerintah tahun 2018 hari itu, Jelutong tidak bangkitkan isu ini dan minta supaya Tun Dr. Mahathir diseret ke mahkamah?

Soalan yang baik. Saya ingin jawab Tuan Yang di-Pertua. Ketika itu beliau bersama-sama dengan kami, prinsip perjuangannya bersama-sama dengan kami. Sekarang beliau telah ikut dengan PAS dan PAS bersama-sama dengan beliau. Saya ingin jawab, saya ingin jawab.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Agak-agaklah bang.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Sebahagian sahaja, bukan semua PAS. Sebahagian sahaja.

Yang Berhormat Jelutong, soalnya...

Satu jawapan yang baik dari Yang Berhormat Jelutong.

Saya jawab, saya jawab.

Soalnya, apa yang Langkawi buat kezaliman kepada Tambun hari itu sama juga, mengapa tidak dibangkitkan waktu itu?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jawab. Bagi saya peluang jawab.

Mengapa tidak bangkit waktu itu? Sekarang baru bangkit.

Yang Berhormat, saya ingin jawab. Bagi peluang saya jawab. Masa itu Tun Dr. Mahathir tidak sesat. Sekarang bersama-sama PAS, Tun Dr. Mahathir sudah sesat.

Oh, sebab dia tidak bersama kamu, kamu tuduh dia sesat Jelutong. Apalah Jelutong ini. [Ketawa]

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Jelutong tidak betul ini. Adoi.

Tukar tajuk lainlah Jelutong. Tidak payah ungkit benda lama-lama.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Sembang lebih, sembang kencang.

Permintaan saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

Permintaan saya, kalau perkara itu dilakukan oleh Rahim Noor, Ketua Polis Negara di atas arahan. Saya bukan buat tuduhan, saya tanya sahaja, siasat perkara itu dan kita bawa Tun Dr. Mahathir untuk menghadapi pertuduhan sebab tidak ada had masa. Masa tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya...

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Landing, landing.

Jelutong.

Kali pertama saya lihat gambar The Untold Story berani mendedahkan apa yang berlaku kepada seorang insan biasa yang memperjuangkan hak rakyat Malaysia. Ini adalah perkara yang patut kita lihat, beri perhatian dan saya menggunakan kesempatan ini untuk minta Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara ambil perhatian. Kalau boleh, ambil tindakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau. Silakan dengan gajet dia. Nampak Yang Berhormat Arau ada gajet hari ini. Betulkan gajet itu dahulu. Silakan.

Ya, sedikit Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagaimana biasa apa khabar rakyat Malaysia, apa khabar orang muda? Jangan lupa solat. Tuan Yang di-Pertua yang cukup saya kasihi, seperti yang kita sedia maklum bahawa SUHAKAM ini adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. SUHAKAM telah wujud hampir 24 tahun tetapi adakah hak asasi manusia di Malaysia semakin baik atau seperti yang disebut oleh rakan-rakan saya daripada Perikatan Nasional, kita masih menggunakan naratif dan cara fikiran Barat untuk hak asasi manusia. Saya ingin menyokong Pengkalan Chepa yang meminta agar Akta SUHAKAM dipinda dan dimasukkan Deklarasi Kaherah sebagai salah satu sumber undang-undang hak asasi manusia di Malaysia selain daripada Perlembagaan Persekutuan. Sewaktu saya masih lagi dalam Kabinet, kerajaan pada tahun 2018 telah melancarkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dan di dalamnya ada dinyatakan berkenaan dengan hak asasi manusia dengan acuan tempatan iaitu mengambil kira adat kebudayaan serta agama masyarakat di Malaysia. Adakah Kerajaan Madani pimpinan Tambun akan mengimplementasikan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia tersebut? Berikutnya ialah saya ingin sentuh tentang halaman 23 dan juga 24, Laporan Tahunan SUHAKAM. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu di bawah ini disebut tentang Perkara 10, Perlembagaan, kebebasan untuk bercakap dan bersuara. Ini telah ditimbulkan oleh pihak waktu itu pembangkanglah, DAP terutamanya menyatakan ini hak bersuara, hak bebas untuk kita bersuara. Okey, kita tidak ambil tindakan. Kita benarkan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kami dan rakan-rakan Perikatan Nasional sekarang ini sering diintimidasi oleh Kerajaan Madani kerana kami bersuara dan exercise our rights guaranteed by Federal Constitution. Jadi, saya ingin bertanya, adakah SUHAKAM memantau perkara ini? Mutakhir ialah saya dengar ceritalah, saya pun tidak tahu siapa yang saya cakap sehingga boleh menimbulkan sesuatu yang mengancam Akta Keselamatan. Yang Berhormat kenal saya, bolehkah apabila saya bercakap sedikit, saya buat tangan macam itu, saya buat tangan lima. Mereka sudah panik, lima ini apa dia? Bulan Mei kah? Tengok-tengok, madani pun ramai-ramai tunjukkan dia punya slogan baharu lima. Jadi, tidak jadilah. Jadi sekarang ini daripada semasa saya berucap di Padang Serai, sampai bulan Mei sudah jadi huru-hara kah negara? Yang Berhormat Tampin, jadi huru hara kah? Selepas itu umum akan ambil tindakan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, sekarang Amerika Syarikat telah menurunkan Malaysia ke tahap tiga. Tahap tiga ini bermakna apa? Disenaraihitamkan dalam kes pemerdagangan manusia iaitu tahap yang terburuk disebabkan tidak memenuhi piawaian minimum untuk menghapuskan kegiatan dan tiada usaha signifikan melakukannya. Yang Berhormat, pada halaman 28, pada April 2019, SUHAKAM telah mengeluarkan laporan yang bertajuk “Sold Like Fish” iaitu tentang pemerdagangan

manusia yang berlaku di Wang Kelian. Selepas itu kita dipantau. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagi perhatian kepada perkara ini. Thailand telah mengambil tindakan. Saya tidak pasti berapa orang tetapi saya anggar dalam pemikiran yang saya dengar ada tujuh ke 11 orang jeneral ditangkap kerana terlibat dalam kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian. Di Malaysia saya pasti pasukan keselamatan tidak terlibat. Sebab apa? Mereka ini orang baik-baik kerana mereka menyokong Perikatan Nasional baru-baru ini. Belum masanya kita memerintah lagi tetapi ini Yang Berhormat Menteri patut sibuk iaitu tunjukkan kepada dunia yang kita serius mengambil tindakan dalam kes Wang Kelian. Yang Berhormat, masa itu saya dengan gagah dan berani saya pergi panjat tempat itu. Dua kali saya panjat. Saya dimaklumkan bahawa ada 28 buah kem dan satu kem boleh menempatkan antara 5,000 ke 10,000 orang. Kem itu ialah berbentuk ala Viet Cong yang dibina dengan begitu cantik dan strategik di mana disebut tentang petak-petak di situ, ini petak orang sihat, ini petak orang tidak sihat, ini petak yang belum bayar lagi dan sebagainya. Ini patut disiasat dan apabila kita siasat tentulah mereka akan melihat kita serius. Dengan itu tidak menurunkan kita ke tahap tiga. Apa yang paling penting hendak dibincangkan dalam Laporan SUHAKAM ini bukan menceritakan pelbagai Yang Berhormat tetapi tunjukkan kepada dunia bahawa kita serius tentang menghentam pemerdagangan manusia. Jadi ini yang antara “Sold Like Fish” ini. Adakah SUHAKAM membuat pemantauan sejauh mana Malaysia ambil tindakan? Oleh kerana Malaysia perlahan menyebabkan kita turun daripada tahap dua ke tahap tiga, ini cukup serius. Kerajaan patut bagi perhatian. Keduanya, kita juga daripada segi pihak kerajaan, maaf ya Tuan Yang di-Pertua saya segan hendak sebut tetapi kerajaan telah mencabuli hak asasi manusia, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan cabul hak asasi manusia, tidak payah ini. Ahli Parlimen semua nampak kami, kamu sudah nampak kami. Kami macam kamu juga, cuma kami ini cantik macam Tuan Yang di-Pertua, kami pakai tie, kamu tidak pakai. Kami macam kamu. Tiba-tiba hak asasi kami sebagai Ahli Parlimen dinafikan, hak kami untuk dapat peruntukan dinafikan. Kerajaan mencabuli hak asasi manusia. [Tepuk] Wahai rakyat yang dikasihi sekalian, orang muda tukar kerajaan ini, kerajaan..

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Arau, sudah runding kah Yang Berhormat Arau? Runding, runding? Yang Berhormat Arau.

...Untuk membolehkan kita akan beri perhatian yang serius dan beri keadilan kepada semua. Kalau kita memerintah, kita pastikan peruntukan Ahli Parlimen akan diberikan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Arau, soal berkaitan dengan bajet itu Arau, Arau, soal berkaitan dengan bajet itu...

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Hulu Langat jangan kacaulah. Duduklah. Tidak payah kacau, tidak payah kacau. Duduk, duduk.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Hulu Selangor duduk. Duduk, duduk. Hulu Selangor duduk. Yang Berhormat Arau ...

Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Hulu Langat duduk.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Arau, saya hendak tanya Arau, sudah bincangkah? Sudah pergi bincang?

Duduk! Penyamun.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya berdiri.

Kamu duduk!

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya berdiri.

Kamu duduk!

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya berdiri.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, kena minta Hulu Langat. Hulu Langat kena minta.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya berdiri. Nampak ini?

Orang yang tidak ikut peraturan, hari ini saya bertolak ansur.

Point of order.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Panggil saya penyamun. Penyangak!

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Penyangak!

Point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Perompak! Penyangak, perompak!

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Hulu Langat.

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Point of order.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bahasa Arau ini memang bahasa yang tidak baik. Orang Selangor tidak boleh terima orang macam ini.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat.

Kalau tidak boleh ikut point of order, tidak boleh jadi Ahli Parlimen.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Cakap orang penyamun, siapa penyamun? Awak berkawan dengan penyamun.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kes Jana Wibawa awak tunggu...

Point of order.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Cakap orang penyamun, cakap elok-eloklah sedikit. Tidak ada bahasa, tidak ada adab.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, dia yang mulakan dahulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sudah tua tetapi perangai teruk.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, satu, duduk. Duduk Arau sekejap.

Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Point of order.

Tuan Yang di- Pertua, 35(1). “Seorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil...” ataupun dalam hal ini diberi laluan oleh pembahas. Tuan Yang di- Pertua, ini bukan pertama kali Hulu Langat buat macam ini. Sudah berkali-kali. Saya minta

Tuan Yang di-Pertua mengambil tindakan yang sebaiknya supaya kita jaga harmoni Parlimen kita ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah. Arau. Saya tambah dua minit lagi Arau, silakan.

Yang Berhormat, SUHAKAM saya hendak bagi tahu, hak kami sebagai Ahli Parlimen dicabuli oleh seorang manusia di sana. [Merujuk kepada blok Kerajaan] Ini hak bercakap. Saya tidak bagi, tidak bagilah. Kamu tunggu masa kamu. Peruntukan kami tidak dibagi, selepas itu dia bangkit tidak berhenti. Maaf Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua bagi amaran banyak kali. Semua Tuan Yang di-Pertua bagi amaran, tetapi dia duduk situlah.

Arau, bagi Tampin sedikit Arau.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Boleh minta laluan?

Tidak bergerak. Hak Ahli Parlimen pun telah dicabul...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Hulu Langat tidak boleh, Gopeng bolehkah?

Jadi kepada orang-orang muda, ini masa untuk kita kalih sokong Perikatan Nasional...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Minta laluan boleh? Arau, bolehkah atau tidak boleh?

Arau, Yang Berhormat Tampin sedikit, Tampin.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Boleh? Arau.

Tuan Yang di-Pertua

Arau hendak bagi tidak?

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Boleh tidak?

Tuan Yang di-Pertua kata...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Yang ini mungkin tambah satu minit.

Saya bagi 30 seconds, saya berhentikan.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa Yang Berhormat Arau?

Tampin, Tampin.

Siapa yang bangun dahulu, silakan.

Tampin, Tampin.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Baik.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tampin. Sila Tampin. Tampin dahulu, silakan.

Tidak apa, UMDAP pun boleh, ini pun boleh. No problem. [Ketawa]

Arau, sejak sekian lama mengenai peruntukan kepada pembangkang, memang tidak adapun. Kenapa hari ini baru timbul. Cuma penggal lepas ada sedikit waktu Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri ada peruntukan sebab ada MoU. So, sekarang ini kalau hendak pun berunding, bincang hendak sign MoU, apakah saja boleh. Tidak perlulah mengatakan itu hak asasikah...

Okey, cukup Yang Berhormat, sudah faham, sudah faham. Okey, Tampin baik. Saya hendak bagi tahu...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Saya hendak sambung sedikit boleh?

...Yang Berhormat, kerajaan sekarang Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan. Dahulu kerajaan nama-nama macam- macam. Ini Kerajaan Madani-Perpaduan. Di manakah dalam Peraturan Parlimen yang membolehkan awak tahan kami punya peruntukan? Di mana? Di mana dalam bajet yang mengatakan peruntukan ini khas untuk PH, kami tidak ada. Kami boleh ambil tindakan.

Sudah bagi peluang untuk berbincang- berbincanglah Arau.

Diamlah kamu. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Tampin, Gopeng duduk.

Tampin duduk, sorry Tampin. Jangan marah.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Arau.

Saya kasihan kat awak, kalau awak masuk ke sini kita akan pastikan kita akan buat yang terbaik.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Orang suruh bincang, tidak mahu bincang.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya minta janganlah mencabuli hak asasi manusia. Di peringkat atas dahulu selesai. Di peringkat Ahli Parlimen. Kami tidak minta duit...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Arau, minta laluan. Arau, tanya sedikit boleh tidak?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Arau, kalau Arau jadi kerajaan, Yang Berhormat Arau hendak bagi tidak kepada...

Saya jadi kerajaan, hari ini jadi kerajaan besok saya bagi.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Tipulah, tipulah. Dahulu Arau jadi Menteri, tipu.

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Dahulu jadi kerajaan, tidak bagi, ini semua hipokrit. Tipu.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Jadi kerajaan mimpi sahajalah.

...akan diberi peruntukan...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kalau nak jadi kerajaan mimpi sahajalah. Dahulu jadi Menteri tidak bagi sekarang retorik. Pandai tipu sahaja Arau.

...meletakkan keadilan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Arau, masa cukup Yang Berhormat.

Ini sekejap ini...

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah bagi dua minit

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Arau punya show sudah habis. Duduk Arau.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

TikTok sudah habis.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Arau punya show sudah habis, Yang Berhormat Arau tipu, tipu.

...apabila saya cakap, saya tunai janji. Perkataan tipu tidak timbul daripada kami. Kami adalah orang-orang PN yang sentiasa mengamalkan sesuatu baik. Kami orang yang mengamalkan agama yang baik.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Yang lain mungkin, Arau bukan. yang lain mungkin, tetapi Arau bukan. Arau kuat tipu.

Kami tidak ekstremis, kami tidak perkauman. Yang perkauman duduk belah sana sekarang. Yang anti apakah itu – yang ultrakiasu dengan izin juga di sana. [Merujuk kepada blok kerajaan] Kami semua baik- baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semoga Allah SWT berkati. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Arau, gadget boleh offkan sekarang, gadget. [Ketawa] Okey, saya jemput Yang Berhormat Miri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan laporan SUHAKAM. Saya akan fokuskan kepada dua isu utama, di bawah laporan tentang Pejabat Sarawak dan juga orang asal Sarawak. Pertama sekali iaitu di muka surat 91, berkenaan isu kewarganegaraan telah mendominasi kategori aduan yang diterima oleh Pejabat Sarawak. Seperti yang kita sering hadapi di mana-mana tempat, dua isu kewarganegaraan utama yang sering berlaku adalah seperti berikut: (i) melibatkan pendaftaran lewat dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan dalam kalangan penduduk luar bandar; dan (ii) kanak-kanak yang ibunya merupakan warga asing dan bapa merupakan warganegara tetapi kedua-dua mereka tidak mendaftarkan perkahwinan dengan JPN. Kami amat menghargai usaha KDN yang telah menyatakan hasrat kerajaan telah mempercepatkan proses penilaian permohonan warganegara yang melibatkan kes-kes yang dinyatakan tadi. Melalui kenyataan media Menteri Dalam Negeri, pada 9 Mac 2023 sebanyak 946 permohonan kewarganegaraan tertunggak di bawah Perkara 15A bagi negeri Sarawak yang akan diselesaikan pada Jun 2023. Saya memohon KDN untuk menerangkan berapakah kes yang telah berjaya diselesaikan setakat ini dan terdapat berapakah jumlah keseluruhan kes yang masih tertunggak. Saya berharap pihak KDN juga boleh menyatakan perancangan timeline dengan izin KDN untuk menyelesaikan tunggakan-tunggakan kes ini dalam masa lima tahun ini. Saya juga merujuk kepada syor-syor Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak dan ingin bertanya kepada KDN sama ada KDN akan membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap syor yang dinyatakan dalam Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak sebagai langkah penyelesaian kepada kewarganegaraan. Kalau kita bincangkan tentang isu kewarganegaraan bagi kanak-kanak, isu yang sering dikaitkan juga adalah hak pendidikan kanak-kanak. Kita sedia maklum bahawa terdapat ramai kanak-kanak terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak yang tidak dapat masuk ke sekolah disebabkan oleh tidak mempunyai dokumen warganegara yang lengkap. Proses memperoleh warganegara bagi kes-kes yang dinyatakan tadi memang mengambil masa yang panjang dan tidak menentu. Namun bagi kes kanak-kanak yang telah menjadi stateless child dengan izin, mereka akan kehilangan peluang juga untuk menerima pendidikan ketika menunggu dokumen kewarganegaraan dilengkapi. Sebagai satu contoh dalam satu kes yang ditemui oleh wartawan tempatan dan dikeluarkan dalam media tempatan di Daerah Marudi awal bulan ini. Terdapat seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang dilahirkan oleh seorang lelaki tempatan dan perempuan dari Indonesia tanpa perkahwinan. Kanak-kanak ini tidak dapat masuk ke

sekolah disebabkan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap. Budak ini baik, walaupun tidak dapat masuk ke sekolah, dia menghabiskan masa untuk membantu memungut sayur dari hutan untuk dijual. Apabila wartawan membelanjakan dia sepinggan ayam goreng, selepas makan seketul dia terus minta kebenaran untuk membawa balik yang lain untuk adik-adiknya. Seperti cerita drama, tetapi ini betul-betul berlaku. Apabila ditanya apa hasratnya budak yang penuh dengan kasih sayang ini menjawab, hasrat paling besarnya adalah dapat masuk ke sekolah. Bagi kanak-kanak dalam kes-kes ini proses memperoleh kewarganegaraan sudah tentu lebih sukar dan rumit berbanding dengan kita semua yang mendapat warga negara secara kuat kuasa undang-undang. Keadaan bertambah teruk lagi apabila mereka disebabkan kedudukan geografi dan kekurangan tahap pendidikan dan kesedaran ibu bapa mereka. Saya percaya banyak lagi kes seperti yang saya ingatkan tadi di pedalaman Sarawak dan Sabah. Muka surat 94 telah menyatakan adalah kewajipan Kerajaan Sarawak untuk melindungi hak asasi manusia dalam kes-kes kewarganegaraan dan hak pendidikan di Sarawak. Namun, untuk membolehkan Kerajaan Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan ini saya percaya pendidikan khususnya daripada segi syarat kemasukan sekolah boleh diturunkan kepada Kerajaan Sarawak atas dasar budaya dan kedudukan lokaliti amat berbeza di sini. Dengan itu saya percaya kiat dapat mengerakkan ketua-ketua kaum dan masyarakat tempatan untuk membantu mengesahkan identiti dan memastikan bahawa dengan izin no one left behind daripada segi pendidikan terutamanya bagi penduduk yang hidup dalam kemiskinan dan merupakan golongan yang paling memerlukan pendidikan untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Jangan disebabkan kecuaian atau kekurangan kesedaran ibu bapa, anak-anak pula yang akan dihukum oleh sistem kita dengan menafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Akhir sekali saya ingin menyentuh kepada isu orang asal di Sarawak secara khususnya hak dan adat anak negeri.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah bersetuju untuk memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan kerja pengukuran tanah adat hak bumiputera atau NCR di Sarawak. Isu NCR sudah lama dibincangkan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di Sarawak. Namun, saya ingin menarik perhatian kerajaan dengan satu isu yang serupa dengan NCR. Kalau NCR kita boleh kaitkan dengan hak tempat tinggal bagi orang asal di kawasan luar bandar, bagaimana pula hak tempat tinggal atau hak perumahan bagi orang asal yang berhijrah dari kawasan pedalaman ke bandar. Bandar raya Miri seperti bandar raya yang lain telah menjadi tumpuan kepada ramai penduduk dari kawasan luar bandar untuk menetap dan mencari rezeki. Walau bagaimanapun, berbanding dengan bandar raya di Kuala Lumpur dan Selangor, kami masih tidak mempunyai perumahan kos rendah atau kos sederhana yang mencukupi berbanding dengan permintaan yang begitu tinggi. Hakikatnya, ramai rakyat kita yang majoritinya merupakan orang asal terpaksa hidup di rumah setinggan. Maklumlah Miri merupakan antara kawasan yang mempunyai populasi setinggan tertinggi di Sarawak. Salah satu daripada ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Miri sudah terdapat 690 isi rumah setinggan. Begitu juga dengan kes-kes di mana empat isi rumah atau 20 lebih orang yang terpaksa berkongsi atau hidup dalam sebuah rumah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana bukan sahaja kualiti kehidupan mereka amat mencabar malah keselamatan diri mereka juga sentiasa berada dalam risiko. Maklumlah dalam tahun ini secara purata hampir setiap bulan berlakunya satu kes kebakaran. Kebanyakannya berlaku di kawasan rumah setinggan dan rumah yang mempunyai terlalu ramai penghuni. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan akan

memandang berat terhadap perumahan dalam kalangan rakyat kita kerana sekiranya kita tidak mempedulikan mereka atau terus membiarkan mereka hidup dalam kesusahan, ini juga satu penafian terhadap hak asasi manusia rakyat kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Rodiyah binti SapieePBB · GPSBatang Sadong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk Batang Sadong membahaskan Laporan Tahunan 2020 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Dewan yang mulia ini. Adalah penting SUHAKAM dan Parlimen mempunyai perhubungan yang baik untuk memastikan prinsip-prinsip hak asasi manusia mengikut Universal Declaration of Human Rights dengan izin dihormati, dipatuhi dan dilindungi. Maka amatlah penting cadangan-cadangan dari SUHAKAM ini diambil serius dan kerajaan berusaha untuk bekerjasama dengan semua agensi dan kementerian untuk memastikan tiada yang tercicir. SUHAKAM adalah kumpulan yang mahukan Malaysia dikenali kerana melayan rakyat secara adil di seluruh dunia. Mereka telah menulis laporan dengan cadangan tentang cara untuk menjadikan keadaan lebih baik untuk orang ramai terutamanya kanak- kanak. Laporan itu membincangkan pelbagai masalah yang mempengaruhi golongan yang berbeza seperti wanita, kanak-kanak, Orang Asli dan pekerja. Kita perlu bercakap mengenai cadangan-cadangan ini di Parlimen supaya kita boleh membincangkan isu-isu kritikal mengenai hak asasi manusia dan membuat keputusan bagaimana untuk menjadikan keadaan lebih baik untuk semua orang. Tuan Yang di-Pertua, untuk perbahasan Laporan SUHAKAM 2020 pada hari ini, saya ingin memfokuskan kepada bab berkaitan dengan isu kanak-kanak. Sebelum itu, untuk makluman semua, Pejabat SUHAKAM di Sarawak mendapat 46 aduan daripada orang ramai yang mengatakan hak mereka tidak dihormati. Mereka hanya dapat membantu tiga orang setakat ini dan mempunyai 43 lagi aduan masih menunggu tindakan. Beberapa aduan adalah mengenai kanak-kanak yang tidak mempunyai kad pengenalan. Selain itu, aduan lain adalah termasuk lapan kes mengenai pertukaran daripada agama Islam ke Kristian di mana lima kes melibatkan mualaf di Sarawak yang ingin kembali kepada kepercayaan asal ataupun agama asal dan tiga aduan lagi berkaitan dengan orang yang tidak boleh menukar agama mereka pada kad pengenalan. Hal ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu tindakan segera bagi menyelesaikan perkara ini. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak telah memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bagi membuat beberapa cadangan untuk membantu bagi memastikan semua kanak-kanak boleh pergi ke sekolah tidak kira di mana mereka tinggal melalui Kementerian Pendidikan satu polisi iaitu “Zero Reject Policy” adalah prinsip dalam pendidikan inklusif yang menegaskan bahawa setiap kanak-kanak berhak menerima pendidikan tanpa diskriminasi atau penolakan. Dasar ini menekankan bahawa semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak dengan keperluan khas dan mempunyai masalah dokumen diri harus diterima dan diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan yang berkualiti. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak di Malaysia telah memberitahu kerajaan bahawa mereka perlu membuat perubahan kepada undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada berkahwin terlalu muda. Pada tahun 2018, Parlimen Malaysia telah memperkenalkan pindaan kepada Akta Perkahwinan 1952 dengan memperkenalkan larangan terhadap perkahwinan di bawah umur 18 tahun. Namun, pindaan tersebut masih perlu dilaksanakan secara komprehensif di semua negeri dan mungkin terdapat perbezaan dalam pelaksanaannya di seluruh negara.

Puan Rodiyah binti SapieePBB · GPSBatang Sadong

Walaupun ada usaha untuk menghentikan perkahwinan di bawah umur di Malaysia, perkahwinan muda masih menjadi isu yang kompleks dan sering dikaitkan dengan faktor sosial, budaya dan agama. Kerajaan dan pelbagai agensi terus berusaha untuk mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menggalakkan perkahwinan pada usia yang lebih matang. Mereka mahu memastikan semua sekolah berdaftar dan membuat program untuk membantu kanak-kanak pada masa hadapan. Dijangkakan pada tahun 2030, perancangan untuk menghentikan perkahwinan kanak-kanak berhasil dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 2,040 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di Malaysia dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2021. Daripada kes tersebut, 35 peratus melibatkan pengabaian manakala hampir 30 peratus melibatkan penderaan fizikal dan seksual. Pada tahun 2020, sebanyak 5,836 kes telah dilaporkan. Sebanyak 336 kes penderaan kanak-kanak di rumah pengasuh dan pusat asuhan dilaporkan dari tahun 2021 hingga 2022. Kini, semakin banyak kita lihat kanak-kanak menjadi mangsa penderaan di pusat jagaan kanak-kanak. Seperti contoh, kes adik Bella seorang kanak-kanak down syndrome yang telah didera oleh penjaganya di Rumah Bonda. Manakala di Johor Bahru, ini kes yang terbaru ya. Seorang pengasuh didapati mengasari dua orang kanak-kanak ataupun bayi, masing-masing berumur 11 bulan dan sembilan bulan di sebuah taska swasta menerusi rakaman CCTV berdurasi 48 dan 39 saat yang tular di media sosial dalam bulan Mei yang lepas. Langkah efektif perlu dilakukan oleh kerajaan serta pihak-pihak tertentu bagi membendung isu melibatkan penderaan kanak-kanak. Fokus utama yang perlu dilihat adalah segi jaminan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak sekiranya mereka ditempatkan di bawah pusat jagaan ataupun taska. Adalah menjadi tanggungjawab kementerian sekiranya dapat mengaudit semula pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang telah diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar ataupun beroperasi secara haram. Oleh itu, amat penting sekiranya kerajaan memperketat syarat pendaftaran serta mewajibkan pengambilan kursus penjagaan kepada semua pengasuh di rumah lindungan kanak- kanak. Kita tidak mahu lagi mendengar sebarang kisah-kisah sedih yang menyayat hati. Di Malaysia pada 2019, sebanyak 2.3 peratus orang dewasa dan 9.5 peratus kanak-kanak berumur 10 hingga 15 tahun mengalami masalah mental. Kerajaan berpendapat peratusan ini akan terus meningkat. Isu kesihatan mental di Malaysia dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri di mana 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 dan 631 kes dilaporkan pada tahun 2020. Jadi, peningkatan kes adalah sebanyak 80 peratus. Selain itu, dua minit ya Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Puan Rodiyah binti SapieePBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih. Selain itu, orang dewasa yang ada masalah kesihatan mental juga boleh mempengaruhi kanak-kanak. Satu daripada 20 orang kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun di Malaysia mempunyai masalah kesejahteraan mental. KKM merekodkan 424,000 orang kanak- kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah kesihatan mental. Lantas, perlunya cadangan supaya talian bantuan untuk kanak-kanak dikendalikan oleh individu berkemahiran yang mampu mengendalikan situasi panggilan daripada kanak-kanak berkaitan isu kesihatan mental. Jadi, kita semua tidak dapat menafikan peranan dan tanggungjawab SUHAKAM dalam membongkar lebih banyak kes yang mencabuli hak asasi manusia dan mempromosikan pendidikan hak asasi manusia di Malaysia. Adalah amat perlu untuk memastikan segala hak dan kebajikan setiap rakyat Malaysia terus dipelihara dan dilindungi. Sekian, terima kasih dari Batang Sadong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Yang Berhormat Batang Sadong adalah pembahas terakhir hari ini. Kita masih lagi ada lima orang iaitu Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi, saya minta lima orang ini sambung esoklah ya. Kita hendak balik awallah hari ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 14 Jun 2023, sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat beristirahat. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pengurusan Haiwan Liar Dan Terbiar Di Kawasan Bandar Dan PekanSpecial Chamber

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Silakan, Yang Berhormat Bentong.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pada 24 Mei 2023, telah terjadi satu kes kematian seorang warga emas di Taman Saga Bentong ketika operasi menangkap anjing liar dijalankan di kawasan tersebut.

Kes ini adalah yang pertama dilaporkan ketika operasi menangkap anjing berjalan. Namun kes-kes pergelutan antara penguat kuasa dengan individu yang menjaga dan memberi makan anjing liar kerap tular di media sosial.

Ada juga yang mendakwa anjing peliharaan mereka ditangkap sewaktu operasi tangkapan anjing liar oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Isu ini menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya pencinta haiwan.

Negara kita juga mempunyai masalah seperti kucing terbiar dan burung- burung liar seperti gagak dan merpati yang serius. Walaupun kucing terbiar tidak memberikan ancaman kepada orang ramai namun pembiakan kucing-kucing terbiar ini sedikit sebanyak mengganggu.

Burung gagak dan merpati yang banyak pula menyebabkan kawasan bandar dan pekan terutamanya di kawasan yang mempunyai pokok atau bangunan yang boleh dijadikan sarang menjadi kotor dengan najis haiwan, selain turut mengancam kesihatan orang ramai.

Oleh yang demikian, Bentong ingin mengemukakan beberapa soalan kepada pihak kementerian berkaitan hal ini:

(i) apakah dan adakah terdapat prosedur yang jelas untuk prosedur operasi tangkapan anjing liar yang telah dikeluarkan bagi rujukan pihak PBT?;

(ii) adakah Kementerian bercadang untuk menggubal undang-undang baharu yang lebih berperikemanusiaan berkaitan dengan prosedur tangkapan anjing liar?;

(iii) adakah PBT akan menangkap setiap anjing yang berkeliaran ketika operasi walaupun anjing berkenaan mempunyai kolar atau lesen?;

(iv) apakah yang akan terjadi kepada anjing yang telah ditangkap oleh PBT? adakah anjing yang ditangkap akan dilupuskan?;

(v) berapakah jumlah anjing yang telah ditangkap di seluruh negara sejak tiga tahun lalu?;

(vi) adakah kementerian akan memperkenalkan dan memperluas kaedah “trap & neuter” kepada PBT di seluruh negara bagi membendung pembiakan anjing liar dan juga kucing terbiar, seperti yang diamalkan oleh majlis bandar raya pulau pinang terhadap anjing liar?;

(vii) adakah kementerian akan memperuntukkan bajet untuk setiap PBT di seluruh negara untuk tujuan pengurusan haiwan ini?;

(viii) adakah kementerian akan mengenakan hukuman kepada pemilik anjing dan kucing peliharaan yang meninggalkan / membuang anjing dan kucing mereka sehingga menyebabkan haiwan ini menjadi sebahagian daripada kawanan anjing liar dan kucing terbiar?;

(ix) adakah PBT dibenarkan untuk mengupah kontraktor untuk tujuan operasi tangkapan anjing liar ini? apakah kriteria lantikan kontraktor dan adakah penguat kuasa turut hadir sewaktu operasi tangkapan?;

(x) apakah rancangan kementerian secara khusus bagi membendung masalah ini secara keseluruhan bagi menjadikan bandar-bandar dan pekan-pekan tempat yang bersih tanpa ancaman dan kehadiran haiwan- haiwan liar dan terbiar?

Bentong memohon respons daripada pihak kementerian. Terima kasih.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Bentong.

Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bentong atas

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

keprihatinan mengenai isu pengurusan haiwan liar dan terbiar di kawasan bandar dan pekan.

Secara keseluruhannya, terdapat 10 persoalan yang telah dibangkitkan dan jawapannya adalah seperti berikut:

Soalan pertama, apakah dan adakah terdapat prosedur yang jelas untuk prosedur operasi tangkapan anjing liar yang telah dikeluarkan bagi rujukan pihak PBT?

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memaklumkan Garis Panduan Tatacara Operasi Seragam

(SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014 melalui surat Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT Bilangan 5 Tahun 2014 kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengguna pakai SOP ini bersekali dengan penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing PBT yang dilaksanakan dalam kawasan pentadbiran masing-masing. Soalan kedua, saya terus bacakan jawapan sahaja.

Undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan tangkapan binatang

(termasuk anjing liar) ialah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah bersifat umum. Prosedur yang lebih terperinci pula dinyatakan dalam SOP sedia ada yang telah disediakan secara komprehensif melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Badan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pencinta Haiwan dan wakil-wakil PBT, selaras dengan peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015. SOP sedia ada juga telah dikemas kini pada tahun 2022 agar pemakaiannya menepati keperluan semasa.

Soalan ketiga, jawapannya, Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing PBT yang dikuatkuasakan telah memperuntukkan bahawa mana-mana anjing sama ada berlesen atau tidak berlesen yang didapati berkeliaran atau merayau di tempat awam tanpa kawalan pemilik anjing atau penyelia adalah ditafsirkan sebagai Anjing Terbiar dan PBT boleh mengambil tindakan mengikut tatacara SOP KPKT tersebut.

Di samping itu, pemunya anjing berlesen adalah bertanggungjawab memastikan anjingnya berada di bawah kawalan berkesan seseorang apabila anjing itu dibawa keluar daripada premis pemunya.

Soalan keempat, jawapannya, mana-mana anjing yang ditangkap oleh PBT akan ditempatkan di kurungan sementara mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu tujuh ari untuk anjing berlesen dan dua hari untuk anjing tidak berlesen bagi memberikan tempoh yang wajar untuk pemilik atau penyelia anjing membuat tuntutan semula dengan bayaran denda atau mendapatkan lesen bagi anjing berkenaan. Bagi anjing yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan pula akan didaftarkan ke dalam Program Anjing Angkat untuk diserahkan kepada individu atau NGO yang berminat untuk memeliharanya.

Sekiranya PBT mendapati tiada pihak yang menuntut semula anjing yang ditangkap selepas melepasi tempoh yang ditetapkan, atau tiada individu yang berminat untuk memelihara, atau anjing berkenaan disahkan berpenyakit oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, anjing tersebut akan dilupuskan mengikut tatacara di bawah Akta Doktor Veterinar 1974. Bagi tahun 2020 hingga 2022,

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

sebanyak 79,173 aduan berkaitan anjing telah diterima oleh PBT di seluruh negara dengan 159,689 ekor anjing terbiar telah ditangkap oleh PBT.

Dalam tempoh yang sama, jumlah kes gigitan anjing yang dilaporkan secara rasmi di seluruh negara adalah sebanyak 38,039 kes. Jumlah kes Penyakit Anjing Gila atau rabies yang dilaporkan adalah sebanyak 35 kes dengan 30 kes kematian. Perincian kes mengikut tahun adalah seperti berikut:

Kes Gigitan Aduan Anjing Kes Rabies |Tahun 2020|Diterima 15,305|Tangkapan 33,614|Anjing Dilaporkan 15,671|(Kematian) 9 (8)| |----------|--------------:|---------------:|-----------------------:|----------------| | 2021| 27878| 56788| 12039|10 (10) | | 2022| 35990| 69287| 10329|16 (12) | |JUMLAH | 79173| 159689| 38039|35 (30) |

Adakah kementerian akan memperkenalkan dan memperluas kaedah “trap & neuter” kepada PBT di seluruh negara bagi membendung pembiakan anjing liar dan juga kucing terbiar, seperti yang diamalkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang terhadap anjing liar?

Buat masa ini, KPKT dan PBT mengamalkan kaedah “Trap-Reclaim- Rehome” seperti mana tatacara SOP sedia ada iaitu anjing terbiar yang ditangkap oleh PBT boleh dituntut semula oleh pemilik atau penyelia anjing atau diserahkan untuk program anjing angkat (adoption program). KPKT tiada halangan sekiranya pihak NGO ingin melaksanakan kaedah “trap & neuter” dan menanggung kos tersebut yang agak tinggi iaitu antara RM150-RM200 bagi seekor anjing dengan syarat anjing tersebut tidak dilepaskan semula di tempat awam untuk mengawal isu anjing terbiar, risiko serangan dan penyakit anjing gila serta isu kebersihan dan kesihatan persekitaran kepada masyarakat.

KPKT mengambil maklum pendekatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(MBPP) yang melaksanakan kerjasama dengan NGO untuk program anjing angkat dengan mengamalkan kaedah “trap & neuter” kerana pihak NGO menjalankan dan menanggung segala kos prosedur pemandulan (neuter) terhadap anjing terbiar yang ditangkap.

KPKT tidak menyediakan peruntukan khusus kepada PBT untuk menanggung kos pengurusan anjing terbiar. Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing PBT yang sedia ada telah menggariskan tatacara tindakan terhadap pemilik atau penyelia anjing yang membiarkan anjing berkeliaran atau merayau di tempat awam tanpa kawalan.

PBT akan menguruskan anjing yang ditangkap mengikut SOP KPKT sedia ada dan tindakan kompaun akan dikenakan terhadap pemilik atau penyelia anjing semasa proses tuntutan semula. Kadar kompaun bagi setiap PBT adalah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan dalam UUK.

Buat masa ini, KPKT sedang mengkaji kesesuaian untuk mengeluarkan garis panduan bagi mengawal selia kucing serta haiwan lain yang terbiar di kawasan PBT termasuk keperluan perlesenan.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

KPKT tiada halangan sekiranya PBT ingin mengupah kontraktor untuk melaksanakan operasi tangkapan anjing liar disebabkan tenaga kerja PBT yang terhad dan bilangan aduan berkaitan anjing yang sentiasa meningkat. Semua kontraktor yang dilantik harus mematuhi tatacara yang digariskan di bawah Tatacara Operasi Seragam (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014. Terdapat juga PBT yang mensyaratkan bahawa syarikat kontraktor perlu mempunyai perkhidmatan doktor veterinar atau pembantu veterinar.

Operasi tangkapan anjing terbiar yang dilaksanakan oleh PBT biasanya melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Unit Kesihatan Persekitaran dan Unit Penguat kuasa PBT, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). PBT sentiasa diingatkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan haiwan terbiar di kawasan PBT khususnya keperluan pelesenan anjing peliharaan dan membuat hebahan budaya pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggung jawab oleh pemelihara haiwan kesayangan.

KPKT melalui JKT juga menganjurkan kursus dan latihan bagi meningkatkan kompetensi anggota PBT yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing dan haiwan terbiar daripada segi pematuhan SOP KPKT yang sedia ada, termasuklah kepada tatacara berhadapan dengan orang awam yang menghalang tugas pegawai PBT semasa melaksanakan operasi pengurusan anjing terbiar.

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama Pakej 6Special Chamber

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Sila Yang Berhormat Bentong.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Simpang Pelangai adalah salah satu kawasan yang terletak di dalam DUN Pelangai di Parlimen Bentong yang mana kedudukannya agak jauh dan bersempadan dengan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Simpang Pelangai adalah satu kawasan yang agak jauh ketinggalan dari segi agihan pembangunan.

Oleh itu keadaan infrastruktur di Simpang Pelangai dan kawasan sekitarnya agak daif. Ini termasuklah dengan jalan utama keluar masuk ke kawasan Simpang Pelangai. Keadaan jalan tersebut tidak diselenggarakan dengan baik dan hanya terdapat satu jalan sahaja untuk ke Simpang Pelangai iaitu melalui Jalan Karak- Kuala Pilah.

Jalan ini pula akan melalui beberapa buah kawasan termasuklah kawasan Telemong. Di Telemong terdapat sebuah sungai yang merentasi kawasan tersebut yang dipanggil Sungai Telemong, yang mana apabila hari hujan lebat berlaku, sungai ini akan melimpahi kawasan Jalan Karak – Kuala Pilah ini dan menyebabkan banjir kilat sehingga tiada kenderaan ringan, dan kadang-kala

kenderaan berat juga tidak boleh melalui kawasan ini kerana arus yang terlalu deras.

Oleh itu apabila kejadian ini berlaku, penduduk di kawasan Simpang Pelangai dan kawasan berdekatan dengannya terputus hubungan bahkan anggota penyelamat juga tidak dapat pergi ke kawasan Simpang Pelangai. Oleh itu pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama Pakej 6 yang bermula dari Chinta Manis sehingga ke Simpang Pelangai adalah satu keperluan yang paling penting untuk penduduk di Simpang Pelangai dan kawasan yang berdekatan dengannya.

Oleh yang demikian, Bentong ingin bertanya kepada pihak Kementerian, bilakah pembinaan lebuh raya ini akan dimulakan dan bilakah ia dijangka akan siap? Adakah terdapat kebarangkalian pembinaan lebuh raya ini akan disegerakan kerana keadaan dan keperluan kawasan Simpang Pelangai yang begitu mendesak untuk mempunyai sebuah kemudahan jalan dan akses lain bagi menghubungkan penduduk dengan kawasan luar serta sebagai satu keperluan jika berlaku hal-hal kecemasan. Bentong juga difahamkan kerja-kerja pembinaan lebuh raya ini telah lambat dari jadual yang sepatutnya.

Oleh itu Bentong memohon pihak Kementerian mengemukakan sebab mengapakah pembinaan lebuh raya ini tidak mengikut jadual yang sebenarnya.

Adakah kerana masalah berkaitan dengan peruntukan atau masalah-masalah yang lain? Sekian, terima kasih.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Jajaran Central Spine Road

(CSR) atau Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ini bermula daripada Kuala Krai ke Simpang Pelangai.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, jajaran LTU daripada Kuala Krai ke Simpang Pelangai telah siap direka bentuk sepenuhnya oleh KKR dan bersedia dilaksanakan jika mendapat kelulusan daripada agensi pusat. Walau bagaimanapun, semasa Sesi Pembentangan Bajet Pembangunan pada 28 Mei 2020 Agensi Pusat telah memutuskan agar jajaran CSR berakhir di Lebuh Raya Karak (E8). Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian ini akan meneruskan perancangan ini bagi memastikan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ini diteruskan sehingga ke Simpang Pelangai.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian juga mempunyai perancangan untuk menyambung LTU ini sehingga ke Selatan yang dinamakan Southern Central Road (SCR) atau Lebuh Raya Lingkaran Tengah Selatan (LTS) dan ia ada dalam dokumen HNDP 2030. Perancangan ini akan dibentangkan kepada Agensi Pusat, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan pihak Agensi Pusat kelak.

Pihak yang berhormat boleh memohon melalui kerajaan negeri Pahang supaya baki jajaran LTU ke Simpang Pelangai ini diangkat semula ke Agensi Pusat untuk kelulusan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Naik Taraf Jalan Kemayan-TemerlohSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat tentang keperluan untuk bertindak segera bagi memberi perhatian kepada menaik taraf Jalan Persekutuan (Jalan No.10) Jalan Kemayan-Temerloh bermula dari Kampung Pengkalan Manggis sehingga ke Kampung Belengu.

Tuan Yang di-Pertua, isu naik taraf Jalan Persekutuan ini telah disuarakan oleh penduduk sejak hampir sepuluh tahun. Jalan ini melibatkan sembilan buah kampung bermula dari Kampung Pengkalan Manggis, Kampung Tengah, Kampung Buntut Pulau, Kampung Pangsenam, Kampung Kuala Kujan, Kampung Pengkalan Jaya, Kampung Tanjung Kerayong, Kampung Lebak dan Kampung Tanjung Belengu. Keadaan jalan di kawasan ini sangat teruk, berlubang, mendap, berbonggol tinggi, selekoh bahaya dan pecah. Keadaan ini mengundang bahaya kepada penduduk sekitar dan pengguna jalan tersebut, kerana berisiko menyebabkan kemalangan.

Selain kemalangan, penduduk sekitar juga memaklumkan berlakunya kerosakan pada kenderaan, kerana permukaan jalan yang berlubang dan pecah.

Saya datang dan melihat sendiri keadaan jalan yang sangat teruk, ditambah lagi dengan kehadiran jentera berat yang sering menggunakan jalan tersebut kerana terdapat dua projek dalam proses untuk disiapkan iaitu pembinaan Jambatan Temerloh Kedua dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri untuk bertindak dan memberi perhatian yang lebih teliti dalam permasalahan ini serta mempertimbangkan dengan segera untuk menaik taraf jalan raya di kawasan ini bagi kemudahan penduduk sekitar yang telah menghadapi isu ini sejak hampir sepuluh tahun. Naik taraf jalan ini perlu disegerakan kerana jalan ini merupakan jalan utama yang menghubungkan Temerloh dengan Bera.

Penggunaan jalan ini sangat tinggi dan perlu dinaik taraf bagi mengelakkan kejadian kemalangan terutamanya pada waktu malam.

Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak Kementerian amat diharapkan demi kesejahteraan penduduk Temerloh. Dua soalan saya kemukakan untuk permasalahan ini:

(i) apakah kementerian mempunyai perancangan segera untuk menaik taraf Jalan Persekutuan ini; dan

(ii) bilakah permasalahan ini dijangka selesai.

Sekian, terima kasih.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Tiga-tiga dari Pahang, Tuan Yang di-Pertua. Bentong, Temerloh dan Lipis.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan pertanyaan Laluan FT 10 Jalan Kemayan-Temerloh yang melibatkan Daerah Temerloh adalah sepanjang 12 kilometer yang disenggarakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021 hingga 2022, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM1.45 juta di bawah program penyenggaraan rutin, penyenggaraan berkala pavemen dan berkala bukan pavemen yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK) di laluan yang dimaklumkan di atas. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut melibatkan 1 bilangan kerja berkala pavemen dan 1 bilangan kerja bukan pavemen dan kerja- kerja tersebut telah disiapkan sepenuhnya pada tahun semasa.

Manakala, bagi tahun 2023 pula, Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM3.18 juta bagi penyengaraan berkala pavemen dan berkala bukan pavemen yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK) di FT10 Jalan Kemayan-Temerloh. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut melibatkan 2 bilangan kerja berkala pavemen dan satu bilangan kerja bukan pavemen dan kerja-kerja akan dilaksanakan pada tahun ini dan dijangka siap pada Oktober 2023.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak syarikat konsesi yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan rutin iaitu skop kerja penyenggaraan pavemen, penyenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang serta pemeriksaan rutin. Syarikat konsesi juga bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan berkala pavemen dan bukan pavemen yang dilaksanakan secara Arahan Kerja (AK) berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Pihak syarikat turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera jika berlaku kejadian yang di luar jangka. Sebagai contoh, kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan pelan pengurusan trafik atau Traffic Management Plan (TMP) dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan dilalui oleh kenderaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini telah menerima permohonan cadangan projek Membina Jalan Pintasan FT 10 Dari Tualang Ke Belengu, Temerloh, Pahang dan Naiktaraf Laluan FT 10 di seksyen 115.60 hingga seksyen 127.00 Jalan Gemas-Temerloh, Pahang Darul Makmur daripada Kerajaan Negeri Pahang pada Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) namun Kerajaan perlu mendahulukan projek-projek yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Pahang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaiktaraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui Kerajaan Negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.

Sehubungan itu, disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan projek tersebut kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang atau JKR Negeri Pahang untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan Negeri dalam Rolling Plan (RP) yang akan datang.

Kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini apabila dimohon oleh Kerajaan Negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri pada masa yang akan datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada Agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini.

Berdasarkan maklumat yang diterangkan tadi, Kementerian ini sentiasa terbuka untuk menerima syor atau permohonan melalui kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan FT10 berdasarkan senarai keutamaan daripada negeri.

Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Boleh PM tepi juga.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untunglah orang Pahang. Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Ternakan Ikan Sangkar Sungai PahangSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat mengenai permasalahan yang sedang dihadapi oleh golongan penternak ikan sangkar di pesisir Sungai Pahang khususnya di kawasan Temerloh. Pada 5 Mei 2023, saya telah mengadakan perjumpaan bersama kumpulan penternak ikan sangkar, mereka yang hadir ini mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan ikan sangkar, ada dalam kalangan mereka mempunyai pengalaman sehingga 30 tahun dalam dunia penternakan ikan sangkar.

Tuan Yang di-Pertua, Temerloh merupakan daerah terbesar dalam penghasilan pengeluaran ikan patin dan tilapia namun daerah ini amat bergantung kepada anak benih ikan dari luar negeri Pahang.

Ini adalah menjadi kebimbangan kepada kami sekiranya tiada suatu usaha bagi menghasilkan benih ikan yang datangnya dari sumber tempatan. Kadar kematian benih ikan cukup tinggi dan kualiti benih ikan harus memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kumpulan ini telah menghantar sampel benih ikan ke Pusat Penyelidikan (Jabatan Perikanan Negeri) di Kuantan, namun hasil keputusan sampel tidak ada tindakan susulan kerana benih ikan dimaklumkan telah dijangkiti sejenis virus yang mengancam keseluruhan ikan di sangkar malahan keseluruhan ikan di sungai yang menyebabkan kematian ikan sangkar yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua, selain isu benih anak ikan, isu utama adalah harga makanan ikan yang terus meningkat. Penggunaan dan keperluan makanan ikan di daerah Temerloh merupakan antara yang tertinggi dicatatkan. Kumpulan penternak kebiasaannya akan mengamalkan dan mengutamakan kualiti

pengeluaran penghasilan, jadi kebergantungan makanan pelet yang berkualiti amatlah penting. Jabatan Perikanan seharusnya mengeluarkan makanan ikan sendiri atau perlu memantau kualiti makanan ikan yang dibekalkan untuk memastikan kesesuaian dengan keperluan nutrisi ikan.

Kenaikan harga makanan ikan menjadi faktor utama kenaikan harga jualan ikan patin dan ikan tilapia. Tuan Yang di-Pertua, Bandar Temerloh yang terkenal sebagai Bandar Ikan Patin perlu dijaga dan isu ini diberi perhatian yang serius dalam membantu para penternak menghadapi permasalahan ini.

Kerjasama daripada pihak kementerian amat diharapkan dan dipertimbangkan demi kesejahteraan kumpulan penternak ikan sangkar di Temerloh.

Beberapa soalan saya ingin kemukakan untuk permasalahan ini:

(i) apakah kementerian mempunyai penyelidikan khusus dalam penghasilan benih ikan dan menetapkan piawaian tertentu bagi membolehkan penghasilan benih ikan yang berkualiti dan tidak dijangkiti oleh virus?;

(ii) adakah kementerian bersama agensi terlibat membuat pemantauan di tempat penghasilan benih ikan untuk memastikan kualiti benih ikan terjamin?;

(iii) bagaimanakah kementerian mengawal kenaikan harga makanan ikan dan apakah syarat yang melayakkan penternak mendapat subsidi untuk pembelian makanan ikan?;

(iv) apakah perancangan kementerian dalam menangani pencemaran sungai yang menyebabkan kematian ikan sangkar dan kerugian yang besar khususnya dalam projek pam pasir?

Terima kasih itu sahaja.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan pertama. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mempunyai penyelidikan khusus dalam penghasilan benih ikan. Penyelidikan ini dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) dan Pusat Pengembangan Perikanan (PPA).

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menjalankan Projek Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersial Teknologi Akuakultur Mapan di mana RM3.6 juta peruntukan diterima pada tahun 2023. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan di bawah RMK12 sebanyak RM20 juta lagi bagi menjalankan Projek Penyelidikan dan Pembangunan Program Kesihatan Ikan Dalam Akuakultur di mana RM5 juta peruntukan diterima pada tahun 2023.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Bidang kajian penyelidikan adalah pelbagai termasuk kajian penyakit baka di samping kajian berterusan terhadap kajian pembangunan baka seperti siakap dan kerapu di IPP Tanjung Demong, udang galah dan udang harimau di IPP Pulau Sayak serta tilapia merah di IPP Gelang Patah. Pembangunan baka yang telah berjaya dihasilkan adalah siakap, udang galah dan tilapia manakala untuk spesies lain termasuk patin masih banyak cabaran dalam penyelidikan serta memerlukan masa yang lama.

Pada masa kini, Jabatan Perikanan Malaysia mempunyai 12 buah PPA di seluruh Malaysia yang berperanan sebagai pusat pengeluar benih berkualiti yang mampu mengeluarkan benih ikan sehingga 18 juta ekor setahun untuk edaran kepada para penternak. Setakat ini, hanya 3 spesies patin iaitu Pangasianodon hypophytalmus atau patin siam atau patin hitam, Pangasius Conchophilus atau patin kemboja dan Pangasius Nasutus atau patin buah serta tiada spesies hibrid dihasilkan. Di Pahang sahaja, terdapat sebanyak 22 nurseri ikan air tawar telah dibangunkan oleh pihak swasta hasil galakan daripada pihak jabatan.

IPP Glemi Lemi, Negeri Sembilan merupakan institusi khusus bagi penyelidikan akuakultur ikan air tawar manakala Pusat Penyelidikan Kesihatan Ikan Kebangsaan (NaFisH) merupakan pusat yang bertanggungjawab dalam penyelidikan kesihatan ikan termasuk penyakit ikan air tawar. Bagi tujuan penghasilan benih ikan yang berkualiti dan tidak dijangkiti oleh virus, IPP Glami Lemi telah menyediakan satu piawaian dengan menghasilkan buku manual pembenihan ikan air tawar seperti ikan patin, patin buah dan tilapia untuk panduan para penternak.

Dalam usaha memperkasakan penghasilan baka dan benih ikan berkualiti, DOF telah merangka hala tuju dan strategi melalui Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur. Pembangunan benih dan induk berkualiti tertumpu kepada inisiatif mewujudkan Nucleus Breeding Centre (NBC) dan Broodstock Multiplication Centre (BMC) untuk spesis utama seperti kerapu, siakap, udang galah, udang marin, patin, tilapia dan kelah bagi membantu meningkatkan pengeluaran benih yang berkualiti serta mengurangkan kebergantungan terhadap benih yang diimport.

Sebanyak 4 NBC dan 4 BMC telah dibangunkan. Program ini turut melibatkan pihak swasta sebagai rakan strategik yang menerima dan menyebar luas penggunaan benih dari induk berkualiti. Pada masa kini, Jabatan Perikanan Malaysia mempunyai 12 buah PPA di seluruh Malaysia yang berperanan sebagai pusat pengeluar benih berkualiti yang mampu mengeluarkan benih ikan sehingga 18 juta ekor setahun untuk edaran kepada para penternak.

Kursus dan latihan berkaitan pengurusan induk, proses pembenihan, dan pengurusan asuhan turut ditawarkan agar penternak mendapat bimbingan dan pengetahuan. Satu kursus pembenihan ikan patin telah dilaksanakan pada 23 hingga 26 Mei 2023 melibatkan 14 orang penternak di Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan juga memperkenalkan teknologi bagi pembenihan dan ternakan ikan patin seperti berikut:

(i) penghasilan makanan hidup seperti moina higenik kepada pemain industri hatchery bagi mengurangkan kos makanan ikan dan penggunaan moina ini dapat membantu menghasilkan benih ikan yang berkualiti;

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

(ii) penambahbaikan kaedah pembiakan secara aruhan bagi kegunaan penternak untuk menghasilkan benih ikan patin yang berkualiti;

(iii) kaedah baharu yang dapat meningkatkan kadar penetasan telur dari 20 peratus ke 60 peratus berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh IPP Glemi Lemi;

(iv) meningkatkan kadar hidup ikan patin dari peringkat rega sehingga 1 inci anak ikan patin dari 30 peratus ke 60 peratus melalui kaedah dan sistem asuhan;

(v) membangunkan makanan kematangan bagi meningkatkan kadar pusingan kematangan induk patin supaya dapat meningkatkan pengeluaran benih;

(vi) membangunkan sistem sangkar 2 dalam 1 (asuhan dan ternakan) yang dapat meningkatkan kadar hidup ikan patin (dalam proses) bagi meminimumkan kematian benih di sangkar penternak;

(vii) menggunakan kaedah bioflok bagi mengurus air dan ternakan yang dapat mengeluarkan benih lebih tahan lasak, kadar hidup asuhan melebihi 95 peratus dan juga menjimatkan air, elektrik dan makanan; dan

(viii) menumpukan perhatian terhadap aspek biosekuriti dalam pembangunan akuakultur untuk meminimumkan risiko kerugian akibat jangkitan penyakit dan kemerosotan kualiti baka ternakan. Antara langkah yang dilaksanakan adalah dengan mempergiatkan program penyelidikan bioteknologi untuk menghasilkan baka yang bermutu dari aspek bebas dan tahan penyakit serta mempunyai kadar tumbesaran yang optimum.

Selain itu, DOF melalui IPP sedang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi menjalankan penyelidikan kesan perubahan iklim terhadap sumber perikanan termasuk benih ikan. Pusat Penyelidikan Kesihatan Ikan Kebangsaan (NaFisH) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) telah menjalankan 8 penyelidikan berkaitan ikan patin di Sungai Pahang termasuk penghasilan benih ikan patin bermula pada 2010 hingga kini.

Jabatan sentiasa memantau pengusaha hatchery dan nurseri atau asuhan benih ikan yang berdaftar dengan Jabatan. Lawatan teknikal secara berkala ke tapak-tapak projek dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali sebulan di peringkat daerah dan sekali tiga bulan oleh negeri oleh pegawai Jabatan Perikanan Malaysia di peringkat negeri bagi memberi khidmat nasihat kepada penternak mengenai kaedah pengurusan ternakan yang baik. Selain itu, Jabatan juga mempromosikan Amalan Akuakultur Baik serta pensijilan Ladang MyGAP melalui platform media sosial Jabatan dan sesi-sesi libat urus bersama penternak akuakultur termasuklah hatchery dan nurseri. Di Pahang sahaja, terdapat sebanyak 11 nurseri ikan patin telah dibangunkan oleh pihak swasta hasil galakan daripada pihak Jabatan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Di samping itu, pihak pengusaha juga boleh menghantar sampel benih mereka ke NaFiSH atau Makmal Biosekuriti Perikanan bagi memastikan benih mereka bebas daripada sebarang penyakit bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit. Jabatan juga sentiasa siap siaga jika berlaku jangkitan penyakit terhadap ikan atau benih ikan. Program survelan penyakit ikan di bawah Bahagian Biosekuriti Perikanan dilaksanakan secara berkala. Jadual persampelan tahunan dikeluarkan dan setiap ladang akan diambil sampel sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi mengetahui status ladang berkenaan.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal yang diakreditasi dan keputusan analisis akan direkodkan secara berkala.

Untuk makluman, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) tidak mengawal kenaikan harga makanan ikan yang terkesan dengan pelbagai faktor luar. Walau bagaimanapun, Jabatan melaksanakan pembangunan input ternakan seperti makanan ikan dan peralatan untuk membantu mengurangkan kos ternakan terutamanya kepada projek akuakultur berskala sederhana dan komersial.

Antaranya adalah:

(i) pemberian bantuan melalui program Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur berupa input ternakan termasuk makanan ikan dan peruntukan di bawah PPSPA bagi penternak yang terjejas dengan bencana. Pada tahun 2022, sebanyak RM3.02 juta input peralatan dan makanan telah disalurkan kepada 299 penternak melalui SPeKS Akuakultur manakala RM8.2 juta telah dibelanjakan di bawah peruntukan PPSPA bagi membantu seramai 737 penternak akuakultur yang terjejas akibat banjir;

(ii) peningkatan teknologi makanan ikan bagi keperluan sumber protein dalam makanan rumusan ikan dan udang dilaksanakan dengan penggunaan grain pellets dan bahan ramuan kaya karbohidrat seperti rice bran, termasuk inovasi bagi teknologi makanan hidup seperti kultur moina;

(iii) penggunaan teknologi bioflok di ladang ternakan juga boleh mengurangkan penggunaan makanan (FCR) ikan sekaligus dapat mengurangkan kos makanan;

(iv) pengecualian cukai (tax exemption) bagi pembelian peralatan sokongan seperti genset, blower, pump system, piping system for water intake, paddle wheel dan lain-lain peralatan dapat mengurangkan kos input yang tinggi terutamanya bagi projek yang berskala komersial dan ini sekaligus dapat mengurangkan impak kepada penetapan harga ikan di peringkat pengguna;

(v) galakan penghasilan makanan sendiri juga tetap diteruskan melalui penganjuran kursus penghasilan makanan rumusan; dan

(vi) memperkenalkan sebuah mesin extruder dengan jenama MSPEX bagi menghasilkan makanan ikan dan

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

sesuai digunakan oleh penternak kecil dan sederhana bagi penghasilan makanan ikan untuk kegunaan sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan tidak mempunyai kuasa dalam mengawal pencemaran sungai yang disebabkan oleh projek pam pasir. Walau bagaimanapun, Jabatan sentiasa berusaha bagi memastikan kejadian kematian ikan sangkar secara besar-besaran dapat dikawal.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyediakan satu SOP bagi menguruskan kejadian kematian ikan besar-besaran di perairan Malaysia.

Prosedur ini turut melibatkan pihak berkepentingan lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, dan jabatan/agensi lain berkaitan supaya tindakan bersepadu boleh diambil dengan segera semasa berlakunya kejadian kematian ikan besar-besaran di perairan Malaysia. Selain itu, Jabatan juga mengguna pakai kod amalan atau garis panduan bagi pengurusan kes kematian dengan merujuk kepada Kaedah-kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat)

(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Wilayah Persekutuan Labuan) 2017, Enakmen Perikanan Negeri-negeri yang berkaitan dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (JAS).

Antara usaha yang dilaksanakan adalah dengan mengadakan lawatan teknikal secara berkala ke tapak–tapak projek oleh pegawai Jabatan di peringkat negeri bagi memberi khidmat nasihat kepada penternak mengenai Kaedah Pengurusan Ternakan yang baik. Sebagai contohnya:

(i) menasihati penternak memasukkan benih bersaiz 5-6 inci ke dalam sangkar di sungai Pahang berdasarkan keadaan cuaca dan kemerosotan kualiti air semasa.

Saiz ini sesuai kerana benih lebih tahan lasak;

(ii) penternak cenderung memasukkan benih terlalu padat di dalam sangkar sehingga pada kadar 2,000-3,000 ekor benih untuk sangkar bersaiz 4 meter kali 3 meter.

Jabatan sering menyarankan supaya penternak memasukkan benih pada kadar 1,000-1,500 ekor benih untuk sangkar saiz berkenaan; dan

(iii) terdapat juga penternak mengabaikan faktor kebersihan sangkar. Sangkar tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum benih baru dimasukkan. Ini menyebabkan berlakunya pembiakan bakteria dan mengancam ternakan.

Di samping itu, kakitangan Jabatan Perikanan juga sentiasa memantau dan memberi khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha untuk menjalankan operasi ternakan dan seterusnya menjaga kelestarian alam sekitar. Sekian, terima kasih.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Rabu, 14 Jun 2023 jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.17 petang]