Dewan Rakyat · 12 June 2023
15th Parliament, session 2, meeting 2 · 626 turns · 57,198 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Bismillahi Rahmani Rahim. Felda Timur kampung saya di Jalan Biru; Soalan saya nombor satu.
1. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan setakat mana sambutan orang ramai terhadap Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN dan adakah objektifnya tercapai.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca selawat ke atas Nabi SAW] Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN telah menawarkan perkhidmatan subfertiliti sejak tahun 1979 sehinggalah sekarang dengan objektif untuk membantu pasangan-pasangan di Malaysia menangani masalah-masalah ketidaksuburan khususnya mereka yang berada dalam golongan berpendapatan sederhana dan rendah B40 dan M40. Rawatan subfertiliti di fasiliti LPPKN ditawarkan di tiga buah klinik LPPKN mengikut zon iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang Zon Utara, Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur bagi Zon Tengah, dan Klinik Subfertiliti Johor Bahru bagi Zon Selatan. Perkhidmatan subfertiliti seperti kaunseling, ubatan kesuburan dan juga prosedur khusus seperti mana intrauterine insemination (IUI), in vitro fertilization (IVF), dan juga intracytoplasmic sperm injection (ICSI) ditawarkan pada kos yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan fasiliti swasta. Semua pasangan berkahwin layak mendapatkan rawatan di klinik-klinik LPPKN ini. Data statistik Subfertiliti LPPKN dari tahun 1979 sehinggalah April 2023 telah menunjukkan bahawa perkhidmatan subfertiliti yang ditawarkan oleh LPPKN telah pun mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Dalam tempoh berikut iaitu sebanyak 40,576 kes baharu dan juga 262,657 kes ulangan telah dicapai. Jumlah kes baharu tahunan yang dianggarkan setakat ini adalah sebanyak 1,500 sehingga 2,000 kes setiap tahun menunjukkan bahawa Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN ini terus mendapat sambutan konsisten, manakala jumlah kes ulangan boleh mencecah sehingga 9,000 kes setiap tahun. Ini juga menunjukkan keyakinan pasangan-pasangan ini untuk terus mendapatkan perkhidmatan di rawatan Klinik Subfertiliti LPPKN. Berdasarkan data profil klien Subfertiliti LPPKN Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 95 peratus daripada pasangan yang mendapatkan Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN ini
terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah B40 dan M40 iaitu kumpulan sasaran utama kita. Sebanyak 27,216 prosedur rawatan subfertiliti telah dijalankan sehingga kini dengan pencapaian kehamilan melebihi enam ribu orang klien iaitu sekitar 22 peratus. Kadar kejayaan ini adalah setanding dengan pusat-pusat rawatan hab kesuburan di Malaysia termasuklah di peringkat swasta dan juga antarabangsa. Berdasarkan statistik ini jelaslah bahawa objektif untuk membantu pasangan- pasangan di Malaysia bagi menangani masalah ketidaksuburan khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah tercapai Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, soalan tambahan Yang Berhormat Tenggara.
Soalan tambahan saya apakah inisiatif khusus kementerian untuk membantu lelaki yang mengalami masalah kesuburan dan sebagaimana yang disebut tadi ada peningkatan kepada kadar keyakinan masyarakat kepada LPPKN. Namun kita hendak tahu secara lebih spesifik kadar kejayaan rawatan kesuburan di pusat Subfertiliti LPPKN berbanding pencapaian pusat-pusat kesuburan lain dalam mahupun juga di luar negara, terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh rumuskan ada tiga inisiatif LPPKN dalam membantu mengatasi masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki di negara ini. Pertamanya perkhidmatan kesihatan di Klinik Subfertiliti LPPKN yang saya sebutkan tadi IUI, IVF, dan juga ICSI. Keduanya iaitu penyediaan perkhidmatan di klinik kesejahteraan lelaki di mana kita pada waktu ini bermula dari tahun lepas, kita ada tujuh buah klinik kesejahteraan lelaki, pertama Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur, Klinik Subfertiliti Johor Bahru, Klinik Subfertili Pulau Pinang, Klinik Nur Sejahtera di Jalan Raja Laut (HQ), Klinik Nur Sejahtera Melaka dan Klinik Nur Sejahtera Dungun serta satu lagi Klinik Nur Sejahtera Sarawak. Ketiganya, melalui aktiviti-aktiviti advokasi dan promosi di mana selain daripada inisiatif-inisiatif yang saya sebutkan tadi ada kerajaan memberikan pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM6,000 dan juga bantuan program subsidi rawatan permanian berhadas yang disediakan kebanyakannya juga kepada kakitangan awam dan penjawat-penjawat awam bolehlah diberikan kemudahan tuntutan daripada majikan bagi perbelanjaan rawatan-rawatan ini Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat.
Rantau Panjang, ya. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bagaimana kita dapati tahap kesuburan kaum lelaki dalam negara kita semakin membimbangkan dan satu- analisis yang telah dibuat oleh LPPKN sebelum ini didapati 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal. Jadi ini merupakan satu perkara yang sangat membimbangkan kita.
Jadi, saya ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi bilangan Klinik Subfertiliti LPPKN di negara kita agar meliputi kepada setiap negeri? Apakah jenis-jenis perkhidmatan rawatan kesuburan yang ditawarkan oleh klinik subfertiliti ini? Berapakah kos penjimatan berbanding dengan perkhidmatan di klinik swasta? Sejauh mana apa yang telah dilaksanakan ini dapat membantu untuk memberi peluang kepada pasangan yang tidak dapat zuriat supaya dia mendapat zuriat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa yang saya akan jawab dan mungkin secara detailed-nya saya akan bagi secara bertulis. Anggaran penjimatannya bila mengikuti rawatan di LPPKN ini merupakan lingkungan daripada 100 hingga 500 peratus berbanding dengan kos yang mungkin terpaksa dibayar oleh rakyat kita bila mendapatkan rawatan di peringkat swasta. Itu yang pertama.
Kedua, ditanya tadi tentang apakah perkhidmatan-perkhidmatan. Ia ada berkaitan dengan permanian beradas ataupun yang saya sebutkan tadi intrauterine insemination, prosedur mengeluarkan oocyte ataupun ovum pick-up, pemindahan embrio, pembekuan sperma dan embrio, pemindahan embrio beku, biopsi dan lain-lain lagi. Tuan Yang di- Pertua, saya kira saya akan memberikan jawapan lebih detailed secara bertulis.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Gua Musang, Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim.
2. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sejauh mana kementerian telah memastikan supaya dasar ‘zero potholes’ dilaksanakan segera dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, dan memastikan agar setiap kerja penampalan jalan yang dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Aku Janji Sifar Lubang- zero potholes) telah dilaksanakan mulai 3 Julai 2020 antara pihak Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi Jalan Persekutuan bagi memantau kerosakan jalan dan memperkukuhkan komitmen Kementerian Kerja Raya terhadap penyampaian perkhidmatan penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Untuk makluman juga, berdasarkan saiz standard dalam kontrak penswastaan penyelenggaraan Jalan Persekutuan Malaysia, saiz potholes adalah berukuran 200 mm X 200 mm dengan kedalaman 25mm dengan saiz maksimum berukuran 1,000mm X 1,000mm. Sekiranya saiz ukuran kerosakan melebihi saiz potholes, kerosakan tersebut diklasifikasikan sebagai kerosakan jalan dan memerlukan pembaikan secara kekal di bawah Program Penyelenggaraan Berkala Pavement. Di bawah Program Zero Potholes ini, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam daripada penemuan ataupun aduan kerosakan. Selain itu, bagi memantau kualiti tampalan potholes, JKR akan melaksanakan pemeriksaan bagi memastikan tampalan yang dibuat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan pada tahun 2022, sebanyak 8,519 bilangan potholes ditampal di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Manakala sehingga April 2023, berdasarkan Laporan Tampalan Lubang di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia, sebanyak 2,138 bilangan potholes. Pada tahun 2021, JKR telah membangunkan satu Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (ASaPP) bagi memantau potholes secara atas talian di tapak melalui penggunaan aplikasi di telefon bimbit, tablet dan komputer di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Semua aduan berkaitan dengan tampalan potholes akan didaftarkan dalam aplikasi ini dan potholes yang ditemui akan terus ditampal serta direkodkan dalam sistem ASaPP yang boleh dicapai oleh semua pihak yang terlibat iaitu Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR daerah dan syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Dalam masa yang sama, kerja-kerja penampalan potholes perlu dipastikan kualiti tampalannya dengan merujuk kepada spesifikasi yang ditetapkan iaitu menggunakan rujukan Standard Specification For Road Works JKR/SP/JPJ 2008. Pihak JKR sentiasa memantau pelaksanaan kerja penampalan potholes bermula daripada pemilihan bahan turapan yang diperoleh daripada kualiti yang telah diluluskan bagi menjamin hasil penampalan yang berkualiti dan dapat bertahan lama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Didapati – sebab kawasan saya, fokus di kawasan saya Gua Musang. Gua Musang ini dikata bandar transitlah antara pantai timur ke pantai barat dan juga dari utara ke selatan. Jadi soalan tambahan saya, didapati jaringan jalan raya antara bandar Gua Musang ke lain-lain bandar terlalu banyak jalan yang berlubang. Ini tidak kiralah
bukan musim hujan pun ada yang berlubang dan terlalu berbahaya kepada kenderaan- kenderaan ringan. Statistik menunjukkan banyak kemalangan berlaku disebabkan berpunca daripada struktur jalan yang berlubang tersebut. Jadi walaupun kerja-kerja penampalan dan saya sendiri pun pernah melihat kerja- kerja penampalan, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan tetapi ada juga kita dapat info maksudnya kerja-kerja hanya dua atau tiga orang kontraktor sahaja yang melaksanakan kerja tanpa ada pemantauan daripada jabatan ataupun agensi terlibat. Jadi soalan saya, sejauh manakah pemantauan kualiti kerja penampalan jalan dilaksanakan oleh JKR dalam memastikan kontraktor pelaksana memenuhi standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya daripada segi potholes ini kita ketahui bahawa bukan sekadar di Gua Musang sahaja. Jadi sebab itu saya nyatakan sebentar tadi iaitu kita mempunyai panjang jalan dan jumlah yang berlakunya potholes tersebut. Oleh sebab itu saya nyatakan sedemikian rupa kerana kita juga kena berkata soal daripada segi teknikal. Umpamanya, kita dapati bahawa sebab itu kita katakan antara 200mm X 200mm itu merupakan tampalan biasa dan yang lebih itu kita akan buat secara penyelenggaraan berkala pavement. Akan tetapi dalam soal ini, kita juga sebenarnya terpaksa melaksanakan begitu banyak di dalam kawasan seluruh negara, tidak sekadar di Gua Musang tetapi termasuk Lipis, Kuala Krai dan sebagainya. Akan tetapi dengan kekangan yang kita ada melalui kedudukan kewangan yang hanya lebih kurang satu pertiga atau satu perempat ataupun 25 peratus daripada permohonan kita yang kita dapat melalui Kementerian Kewangan. Daripada segi teknikalnya kita tahu bahawa kawasan-kawasan yang telah berlubang ini disebabkan oleh beratan kenderaan melalui kawasan tersebut yang terpaksa. Kawasan itu kita dah kenal pasti bahawa kawasan itu basement-nya telah tidak kuat dan dalam tempoh masa jangka hayat yang pendek sahaja, potholes itu akan kembali merebak menjadi lebih besar. Jadi sebab itu permohonan kita kepada Kementerian Kewangan dan kita berharap supaya permohonan ini dapat melebihi kewangan tersebut supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Parlimen ini. Kita sedar sebenarnya dan sebab itu kita menggunakan app tersebut supaya kita sentiasa dapat memantau dan kita dapat mengelakkan berlaku kemalangan serius khususnya motosikal yang jatuh dalam lubang tersebut dan pecah tayar kereta serta kerosakan rim yang selalu kita terima aduan. Sebenarnya walaupun kes-kes terpencil tetapi ia tetap ada berlaku perkara tersebut. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sememangnya tidak boleh menafikan bahawa masih banyak jalan raya di Malaysia ini yang berlubang dan rosak. Walaupun pihak kementerian meluluskan Kempen Sifar Jalan Berlubang sejak 2016 dan Kempen Kita Jaga Jalan Kita yang dilancarkan pada November 2021. Soalan saya, adakah terdapat sebarang teknologi baharu yang bakal diperkenalkan oleh kementerian terhadap kaedah turapan jalan agar lebih berdaya tahan dan dapat meminimumkan masalah jalan berlubang bagi tempoh lima tahun akan datang? Kedua, sejauh manakah teknologi turapan Cuplump Modified Bitumen (CMB) telah diguna pakai oleh kementerian bagi pembinaan jalan raya? Saya hendak tanya kepada kementerian, apakah engagement yang dibuat bersama NGO-NGO yang prihatin mengenai jalan raya ini seperti Brotherhood dan lain-lain? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Sebenarnya daripada segi teknologi baharu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, banyak kita menerima proposal daripada syarikat-syarikat yang berkehendakkan membekal bahan-bahan premix umpamanya, yang dikatakan dijangka lebih panjang hayatnya. Daripada segi kajian kita, sememangnya daripada segi contoh- contoh cuplump premix yang menggunakan cuplump ataupun, menggunakan getah-getah sekerap sememangnya baik, kita akui baik tetapi kosnya amat ketara tinggi. Akan tetapi walau bagaimanapun kita telah mencuba untuk kita laksanakan dan kita sudah buat ujian satu- tempat salah satu ujian yang kita lakukan di Lojin Gua Musang dan didapati memang baik. Didapati memang baik, tetapi walau bagaimanapun, kita hendak tengok jangka hayat yang dijanjikan oleh syarikat-syarikat kepada kita yang perkenalkan teknologi baharu, tetapi harganya lebih mahal. Seterusnya kita hendak pastikan juga, antara langkah-langkah mestilah kerjasama antara rakan-rakan kita semua sebenarnya, seperti Ministry of Transport (MOT)- Kementerian Pengangkutan, kita hendak juga dengan kerjasamanya. Kalau kita tengok soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini kalau di Klang umpamanya, kenderaan yang amat ketara, dan begitu juta di kawasan-kawasan lain sedangkan kita di negara kita ini berat muatan lebih kurang kadarnya 60 tan tetapi saya percaya kenderaan yang melalui kawasan-kawasan seperti Gua Musang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gua Musang tadi, melebihi daripada 60 tan kenderaan yang melaluinya, dan sebab saya berani menyatakan sedemikian rupa, kerana saya pernah bertanya kepada sebuah lori yang berhenti di tepi jalan. Saya bertanya, dia kata lebih kurang 100 tan kenderaan yang membawa muatan tersebut. Ini salah satu punca sebenarnya. Kalau boleh- Brotherhood yang dikatakan tersebut, bekerjasama dalam mengatasi masalah-masalah seperti ini, saya percaya insya- Allah, daya tahan jalan raya kita mungkin boleh sedikit jangka hayatnya panjang. Alhamdulillah, setakat hari ini jalan raya di kawasan kita memang agak ada sedikit menambah kebaikan, dengan beberapa teknologi baharu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin sebentar tadi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, tambah satu soalan tambahan.
Yang Berhormat, duduk.
[Ketawa]
Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau).
3. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apa langkah-langkah terkini pihak kementerian untuk memupuk kesedaran aspek kesihatan dalam kalangan rakyat yang masih berada di tahap rendah memandangkan Malaysia dikategorikan sebagai bukan negara sihat.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan situasi epidemiologi semasa, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes atau kencing manis, dan hipertensi, merupakan isu utama Kementerian Kesihatan Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti (NHMS) yang dijalankan, menunjukkan peningkatan faktor risiko obesiti, serta penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi. Tinjauan NHMS 2019 mendapati terdapat peningkatan peratusan seperti yang berikut. Pertama, faktor risiko obesiti meningkat daripada 17.7 peratus pada tahun 2015,
kepada 19.7 peratus pada tahun 2019. Prevalence keseluruhan diabetes meningkat daripada 13.4 peratus pada tahun 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019, dan prevalence keseluruhan hipertensi kekal 30.3 peratus pada tahun 2015, kepada 30 peratus pada tahun 2019. Kerajaan sebenarnya mengambil serius tentang isu kesihatan ini, dan mengambil tindakan dengan memperkenalkan agenda negara iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai satu agenda kesihatan negara yang merangkumi empat teras iaitu: (i) pembudayaan hidup sihat; (ii) perkhidmatan kesejahteraan kesihatan; (iii) kawalan kesihatan kendiri; dan (iv) kebersihan persekitaran dengan peningkatan menyeluruh secara whole-of-nation bagi menjamin kesejahteraan kesihatan masyarakat. Melalui ANMS ini juga, terdapat 24 inisiatif yang merangkumi pembudayaan hidup sihat, kelestarian persekitaran kesejahteraan kesihatan, pemantapan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, memperkasakan kawalan kesihatan kendiri, dan juga kebersihan persekitaran diperkenalkan di pelbagai setting ataupun platform yang antaranya termasuklah di institusi pendidikan, di tempat-tempat kerja, komuniti dan fasiliti kesihatan. Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan dengan pengukuhan kepada program seperti dipanggil Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) yang merupakan promosi dan pendidikan kesihatan kepada golongan sasar seawal di peringkat prasekolah. Program Pengekalan Hidup Aktif, Program Pemekaan Kesihatan Komuniti melalui Wellness Health juga Program Tidak Merokok, Program Pemerkasaan Rakan Strategik, Program Temu Seru (Outreach) melalui Wellness on Wheels dan Unit Bergerak, juga Program Promosi Kesihatan melalui media. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, langkah untuk memupuk kesedaran aspek kesihatan ini dilaksanakan berlandaskan sains tingkah laku dengan penglibatan serta kolaborasi bersama secara aktif dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menyasarkan kepada individu, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. Terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan tadi. Pada awalnya Yang Berhormat Menteri ada bagi satu data mengenai penyakit diabetes lebih kurang 18.3 peratus- populasi dewasa di Malaysia iaitu satu daripada lima (1:5) orang dewasa menghidap diabetes. Itu satu contoh indikator kesihatan di negara kita – cuma saya hendak tanya, langkah-langkah yang lebih spesifik dalam memanfaatkan data sedia ada ataupun membuat keputusan berdasarkan bukti – untuk meletakkan KPI untuk Kementerian Kesihatan Malaysia daripada segi peratus yang akan dicapai untuk mengurangkan jumlah peratusan mereka yang menghidap diabetes umpamanya, itu satu contoh. Adakah kita ada langkah yang lebih teratur ataupun strategik, untuk keluarkan negara kita daripada negara yang tidak sihat. Oleh sebab kalau kita tahu dalam- the healthiest country in the world, cuma dua buah negara Asia di dalam top ten iaitu Jepun dan Singapura, dan bagaimana kita boleh mengikut jejak langkah jiran tetangga kita untuk menjadi negara yang lebih sihat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya KKM memang kita menetapkan sasaran key performance indicator (KPI) ini khususnya bagai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi berdasarkan NCD global target menjelang tahun 2025 sebab kita tahu trend kepada NCD ini semakin hari semakin meningkat. Jadi apa yang kita lakukan ialah kita targetkan untuk ada pengurangan kes kenaikan tekanan darah sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2025, Yang Berhormat. Pengurangan penggunaan garam sebanyak 30 peratus, tiada peningkatan kadar obesiti iaitu ia kekal di bawah 15 peratus, dan pengurangan sebanyak 10 peratus kepada aktiviti fizikal yang tidak aktif. Kemudian khusus bagi kencing manis atau diabetes ini, kita melakukan pemantauan iaitu melalui pengukuran darah HBA1C ataupun paras glukos darah dalam masa setiap tiga bulan. Pesakit-pesakit yang dirawat di Klinik Kesihatan dan pemantauan ini dibuat melalui National Diabetes Registry (NDR), dan bagi tahun 2022 kita dapati sebanyak 31.89 peratus pesakit diabetes ini telah mencapai tahap kawalan diabetes yang baik. Itu HBA1C dia adalah kurang daripada 6.5 percent. Negara Malaysia juga telah terlibat dalam proses Joint External Evaluation (JEE) yang diterajui oleh WHO, dan melibatkan penilaian pelbagai sektor berkaitan dengan kapasiti kesihatan negara, dan penerbitan data tentang kapasiti keselamatan kesihatan membolehkan peningkatan sokongan global dan untuk proses JEE, dan untuk setiap negara lebih memahami jurang mereka dalam ketersediaan sistem kesihatan negara. Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, terdapat peningkatan juga skor sebanyak 1.3 dan peningkatan ranking sebanyak dua selepas Malaysia terlibat dalam JEE ini. Jadi berdasarkan Global Health Index bagi 21 sektor, ataupun skor indeks bagi Malaysia 56.4, dan menduduki rangking ke-27 daripada 190 buah negara. Terima kasih.
Pasir Mas.
Silakan, Yang Berhormat Beluran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu apa langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengurangkan jurang perolehan kemudahan ataupun struktur kesihatan antara bandar dengan luar bandar yang masih ketara dan setakat ini, apa kejayaan inisiatif saringan kesihatan kebangsaan yang telah dilancarkan sebelum ini?
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya untuk melakukan yang itu, kita sebenarnya membuat pemetaan dan juga kita mendapatkan juga repot atau laporan daripada pengarah, contohnya Pengarah Kesihatan Negeri juga pengarah-pengarah hospital dan mereka yang berada di fasiliti untuk memberikan laporan setiap tahun kepada kita, khususnya sebelum pembentangan bajet untuk kita melihat apakah priority yang kita perlu lakukan untuk melihat fasiliti-fasiliti yang perlu menerima tambah baik dan sebagainya. Kemudian berkenaan dengan soalan kedua Yang Berhormat, saya mohon untuk memberi jawapan yang bertulis sebab kita ada detail tentang semua permasalahan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan sekarang, Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ikan gelama, ikan sepat, Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan status Projek Perumahan Rakyat Bukit Belah di Machang dan bilakah penerima yang terpilih akan dapat berpindah masuk.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa peka dan prihatin akan keperluan rakyat untuk memiliki rumah yang kondusif serta berdaya huni, terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Berhubung persoalan yang dibangkitkan, projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Machang di Kelantan telah siap dibina pada 13 November 2019, merangkumi 418 unit rumah pangsa lima tingkat dengan kos pembinaan sebanyak RM75 juta. Tawaran pengisian kepada pemohon yang berjaya mengambil masa yang agak lama, memandangkan pada peringkat awal dan persetujuan bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan di mana pengurusan dan pengisian PPR akan diuruskan oleh kerajaan negeri. Ini adalah atas kefahaman bahawa pelaksanaan projek PPR dan kos pembangunan telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan selanjutnya kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab dalam aspek pengurusan dan pengisian PPR tersebut setelah siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri Kelantan pada 27 Mei 2020 telah memaklumkan bahawa terdapat kekangan di pihak kerajaan negeri untuk menguruskan projek PPR ini kerana tidak mempunyai keupayaan dan peruntukan kewangan yang amat terhad. Mengambil kira keadaan ini, KPKT telah mengangkat Kertas Memorandum Jemaah Menteri bagi cadangan melantik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebagai ejen jualan PPR yang terlibat termasuk PPR Machang Kelantan. Cadangan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 14 April 2021. Namun demikian, proses penjualan unit PPR Machang Kelantan kepada peserta yang layak tidak dapat diteruskan atas faktor terdapat isu tanah yang masih belum selesai sepenuhnya ketika itu. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) selaku pihak yang akan menandatangani perjanjian jual beli telah memaklumkan bahawa proses penjualan bagi PPR ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan pendaftaran hak milik tetap dan pengeluaran hak milik strata masih belum disempurnakan. Justeru mengambil kira kemaslahatan rakyat secara keseluruhan, KPKT mengambil penetapan dan meluluskan dasar baharu yang mana pada 3 Januari 2023 tahun ini, iaitu PPR Machang akan ditawarkan pemilikan melalui kaedah rent-to-own dan diuruskan oleh PR1MA Facilities Management Sdn. Bhd (PFMSB) iaitu anak syarikat Perbadanan PR1MA Malaysia. PFMSB melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pengurusan dan penyelenggaraan. Penyerahan surat tawaran dan kunci kepada 140 penerima telah disempurnakan pada 19 Mac 2023. Kemasukan awal fasa pertama selepas itu bermula pada 1 April, manakala fasa kedua bagi 278 unit pula dijangka akan dibuat pada bulan Ogos 2023. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ada sikit teguran nak buat terhadap Menteri yang tak hadir pada pagi ini. Sebabnya masa beliau datang buat serahan kepada pemilik-pemilik PPR ini, beliau tidak maklumkan kepada kami, Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN. Saya nak tegurlah kepada Menteri yang tak hadir ini. Terima kasih banyak Timbalan Menteri dan saya nak beri pujian kepada Yang Berhormat Sekijang dan Lipis kerana turun ke Machang menjemput saya bersama penyerahan klinik tersebut. [Tepuk] Ini penting Tuan Yang di-Pertua sebabnya rakyat akan tanya kami tentang masalah-masalah yang ada di tempat mereka. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan projek ini mendapat sambutan yang baik daripada rakyat, apakah ada cadangan tambahan PPR yang baharu di Machang dan juga di seluruh Kelantan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalannya ringkas tetapi ada ceramah sikit tadi. Cuma saya juga hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Machang, semalam saya juga turun ke Machang. Akan tetapi saya tak maklumkan sebab saya melawat projek-projek sakit di Machang. Ada empat taman saya pergi, mungkin Yang Berhormat boleh follow-up di Taman Anggerik Putih Fasa 1, Fasa 2. Taman Baiduri dan juga Taman Machang Harmoni. Cuma dalam isu tersebut, memang semalam saya turun melihat keadaan yang mana di negeri Kelantan, kalau ikut peratusan berbanding dengan projek yang telah dan sedang dilaksanakan projek perumahan. Di negeri Kelantan, peratusan yang sakit dan lewat itu paling tinggi, 50 peratus iaitu 43 projek daripada 86 projek di Kelantan ini ada masalah. Jadi, memang saya turun cuma saya minta maaf tak maklumkan juga semalam sebab kita bukan hanya nak sembang minum tetapi saya nak selesaikan masalah di bawah. Cuma untuk pandangan Yang Berhormat, tahun ini memang daripada segi PPR, kita telah mengangkat dalam Belanjawan iaitu setiap negeri kita bagi peluang untuk mengangkat satu projek PPR yang baharu tetapi keutamaan ataupun kepantasan itu diberikan kepada negeri yang menawarkan tanah secara percuma atau dengan bayaran nominal. Jadi, insya-Allah kalau ada negeri-negeri yang masih belum buat keputusan, pihak KPKT mohon untuk disegerakan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sendiri telah turun padang untuk melihat projek-projek yang sakit dan juga yang terbengkalai. Sehingga kini, yang telah dimaklumkan dan telah diumumkan ialah 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai dan pada lawatan mengejut pada 29 Mei ke satu daripada projek sakit di Wangsa Maju, projek pembangunan Hektar di kawasan Wangsa Maju. Saya ingin mohon tahu, di mana kah kedudukan projek sakit Hektar ini sekarang. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Memang saya mengambil keputusan ketika itu untuk melawat tanpa pemakluman yang awal bagi menilai sendiri keadaan di tapak tersebut. Cuma, dalam menguruskan projek sakit ataupun terbengkalai, biasanya ada beberapa isu yang menjadi satu punca. Yang pertama adalah keupayaan pemaju itu sendiri. Ini sama ada daripada segi pengurusannya, daripada kewangannya untuk menyiapkan projek tersebut. Manakala satu lagi ruang yang agak luas adalah menguruskan dengan agensi-agensi yang lain, agensi-agensi teknikal terutamanya untuk mempermudahkan projek itu untuk disiapkan. Pertanyaan Yang Berhormat itu tadi spesifik cuma sebab bila saya turun bincang, kalau perkara ini kita tengok dengan lebih mendalam, maksudnya di peringkat pemaju ada tanggungjawabnya untuk menyegerakan. Memang mereka maklumkan ada beberapa langkah mitigasi yang perlu diusahakan bagi contohnya untuk mendapatkan modal ataupun tambahan kewangan yang baru tetapi pada masa yang sama, di peringkat agensi teknikal, ada perkara yang masih belum dicapai ataupun disiapkan. Kalau spesifik kes ini, daripada segi saluran pembetungan di bawah JPP itu masih belum siap seperti mengikut jadual yang sepatutnya dan ini bukan sahaja mengakibatkan projek Hektar Residensi sakit tetapi juga tiga lagi tapak projek berdekatan yang menghadapi masalah yang sama walaupun pembinaan infrastruktur itu telah siap.
Jadi dalam isu ini, saya mengambil pendekatan untuk kita teliti satu persatu projek. Akan tetapi pada masa yang sama, kita juga lihat secara keseluruhan untuk membantu para pembeli yang bagi saya kita perlu belalah. Ini kerana rumah sepatutnya disiapkan oleh pemaju dan kerajaan cuba bantu untuk selesaikan apa yang boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Yang Berhormat Kuantan.
6. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada Kementerian Perpaduan Negara terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem bagi memastikan nilai-nilai kerukunan dalam karya-karya yang dihasilkan serta tidak menyentuh isu sensitif yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perpaduan Negara tidak terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem bagi memastikan nilai-nilai kerukunan dalam karya-karya yang dihasilkan serta tidak menyentuh isu sensitif yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama. Urusan yang berkaitan dengan proses penerbitan dan penggambaran sesebuah filem dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Manakala setelah sesebuah filem siap, urusan pemberian kelulusan ke atas filem sebelum ditayangkan kepada masyarakat umum pula terletak di bawah tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ini kecuali bagi tayangan melalui media internet berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2022 [Akta 620]. Dalam melaksanakan penapisan filem, Lembaga Penapisan Filem merujuk kepada Garis Panduan Penapisan Filem KDN Tahun 2010 yang mengandungi empat aspek utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban serta ketatasusilaan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi mengawal pengeluaran filem yang boleh menjadi isu yang melibatkan agama serta budaya ketimuran masyarakat Malaysia, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan industri perfileman menghormati dan memahami kepelbagaian budaya agama Islam sebagai agama Persekutuan dan ethnicity dalam karya mereka? Bagaimanakah Kementerian Perpaduan Negara mengukur kesan dan keberkesanan langkah-langkah yang diambil untuk mengawal isu sensitif yang melibatkan sensitiviti agama dan bangsa dalam industri perfileman bagi menjaga keharmonian negara? Apakah perlu setiap karya yang dihasilkan oleh industri perfileman melibatkan agama, kaum perlu dirujuk kepada Kementerian Perpaduan Negara bagi proses penapisan sebelum ia dikeluarkan kepada umum? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan dalam jawapan pertama tadi, daripada segi perfileman ini memang Kementerian Perpaduan Negara tidak terlibat langsung tetapi di Kementerian Perpaduan Negara memang hasrat kita adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini. Di peringkat kementerian, kita mempunyai sistem yang disepakati di peringkat komuniti iaitu setiap isu yang bertentangan dengan keharmonian, yang bertentangan
dengan perpaduan diambil kira ataupun kita buat pemantauan selalu. Kalau ia memang akan membawa perpecahan, kita akan membuat dialog atau perbincangan. Kalau masalah lebih daripada itu – masalah lebih ketara daripada itu, kita akan mengadakan satu mediasi di Jabatan Perpaduan Negara. Di peringkat komuniti kita ada media atau komuniti yang selalunya menjalankan tugas untuk membuat mediasi ke atas masalah- masalah. Lebih daripada itu, dirujukkan kepada agensi lain seperti PDRM, MCMC ataupun PBT. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya berkaitan dengan filem. Dahulu saya pun ada sebut berkaitan dengan filem ini sebenarnya. Untuk menarik perpaduan banyak cara melalui filem yang boleh dikemukakan kepada rakyat. Sebagai contoh, kalau kita lihat, kita ada legenda-legenda sukan, ahli sukan sebagai contoh dalam bola sepak seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Arumugam. Kalau dalam bidang-bidang lain − saya yakin dan percaya, kalau katakan kita buat filem pendek berkaitan dengan kisah-kisah perpaduan melalui pelbagai cara akan menambahkan minat selain daripada kita mengetengahkan legenda pemimpin, ahli sukan dan sebagainya yang lebih kreatif. Ini tentu akan menambah minat kepada anak-anak muda untuk melihat bahawa perpaduan itu amat penting kepada negara untuk maju ke depan. Jadi, apakah langkah pihak kementerian ataupun Menteri Perpaduan Negara ini dengan cadangan yang saya kemukakan? Boleh atau tidak panggil pelakon-pelakon utama daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya untuk bentuk filem-filem yang berkaitan dengan sejarah, berkaitan dengan legenda ahli sukan kita ataupun pemimpin yang boleh menggambarkan tentang perpaduan. Boleh tak itu dilaksanakan?
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang itulah hasrat kita di Kementerian Perpaduan Negara. Kita panggil mereka legenda ini sebagai ‘ikon perpaduan’. Dalam hal itu, baru-baru ini pun kita telah mengadakan pameran ikon perpaduan seperti P. Ramlee. Kita membuat pameran supaya legenda ini dapat dipanjangkan ke seluruh muda mudi yang baharu atau generasi yang baharu. Bagi pemimpin, kita selalu mengadakan muzium ataupun kalau dia sudah tidak ada lagi, kita mengadakan memorial kepada mereka yang jadi legenda ini. Sekarang ini kita juga melihat renang, perenang kita yang juga menjadi ikon. Kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kementerian kita seperti Pandalela. Kita masukkan beliau supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara. Sekian, terima kasih.
Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.
7. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah respons pihak kementerian berhubung usaha dan cadangan Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri iaitu Boutique Airline dan apakah perkara serta syarat utama yang dipertimbangkan kementerian sebelum memberi kelulusan pengoperasian syarikat penerbangan baharu ini dalam keadaan pasaran yang begitu kompetitif.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.
Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan cadangan Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri iaitu Boutique Airline. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneliti dan mempertimbangkan sewajarnya cadangan tersebut setelah permohonan lengkap mengenainya dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Sebagai makluman, syarat-syarat yang dipertimbangkan sebelum memberi kelulusan pengoperasian adalah syarikat penerbangan baharu perlu mendapatkan lesen perkhidmatan udara ataupun Air Service License (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Sijil Operator Udara ataupun Air Operator Certificate (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi membolehkan syarikat penerbangan tersebut menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo secara berjadual. Dalam usaha mendapatkan ASL daripada MAVCOM, MAVCOM akan meneliti dan mempertimbangkan antara lain status dan latar belakang pelan kewangan permohonan, kemunasabahan pelan perniagaan, kemampuan dan keabsahan pihak pengurusan dan sama ada keseluruhan permohonan pengoperasian tersebut adalah realistik. Saya juga difahamkan petang ini, pada pukul 4.00 ada perbincangan lanjut lagi daripada MAVCOM dengan Kerajaan Sarawak di Kuching. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Julau, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak swasta, adakah kerajaan plan untuk berbincang dengan pemain industri untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada Sarawak sebelum issue lesen ASL. Kedua, apakah kadar untuk mendapatkan lesen ASL? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin ini Tuan Yang di-Pertua, ada panjang sedikitlah minta dipertimbangkanlah. Untuk mendapatkan lesen ASL ini, Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo melalui udara bagi tujuan yang berkaitan dengan aktiviti memberi sewa dan mengambil upah (hire or reward) di antara mana-mana dua buah tempat atau lebih, yang mana salah satu daripadanya terletak di dalam sempadan Malaysia. Syarat ini tidak terpakai bagi sesiapa yang hendak dibenarkan untuk mengendali operasi perjalanan berjadual ke atau dari Malaysia di bawah mana-mana syarat perjanjian atau pelan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, syarikat penerbangan asing yang diberikan kebenaran untuk beroperasi ke Malaysia di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara. Setiap ASL merangkumi syarat-syarat terperinci yang terikat dengan undang-undang-undang yang mana ia menyatakan jenis perkhidmatan yang diberikan, hak pelaksanaan kepada pemegang lesen, tempoh sah lesen dan juga syarat-syarat lain yang berkaitan. ASL membolehkan pemegang lesen tersebut untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual seperti penerbangan komersial berjadual yang lain. Bagi perkhidmatan penerbangan tidak berjadual, permit yang tepat untuk dipohon adalah Permit Perkhidmatan Udara (ASP). Permohonan yang berjaya akan diberikan kelulusan bersyarat kepada peringkat awal yang membolehkan pemohon mengemukakan Permohonan Sijil Perakuan Pengendalian Udara (AOC) kepada CAAM untuk operasi yang dicadangkan.
ASL hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang memilih AOC sah yang dikeluarkan oleh CAAM. Mana-mana entiti yang berhasrat untuk memohon ASL hendaklah mengemukakan borang ini yang telah lengkap diisi kepada MAVCOM melalui portal AeroLicence bersekali dengan maklumat-maklumat yang disenaraikan dalam Lampiran C borang tersebut. Permohonan dinilai oleh MAVCOM berasaskan beberapa kriteria termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut. Struktur pemilikan pemohon tersebut yang mana sama ada pemohon adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan dikawal secara langsung oleh syarikat atau warganegara Malaysia. Permintaan bagi pengangkutan udara dalam kawasan operasi yang dipohon, pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan syarikat, kebolehlaksanaan pelan perniagaan yang dicadangkan, daya tahan kewangan perniagaan dan kewujudan perkhidmatan lain yang serupa serta kecekapan dan kekerapan perkhidmatan yang ditawarkan. Pemohon bagi ASL memerlukan minimum 90 hari untuk diproses. MAVCOM hanya akan memulakan proses penilaian sesuatu permohonan setelah menerima permohonan lengkap bersama dengan bayaran yang ditetapkan. Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan di dalam memproses permohonan tersebut dan berkemungkinan ditolak. Sekiranya pemegang lesen gagal mematuhi mana-mana syarat berkaitan lesen yang ditetapkan oleh MAVCOM, MAVCOM berhak untuk meminda, membatal atau menggantung lesen tersebut. MAVCOM boleh meluluskan ASL untuk tempoh sehingga 10 tahun dari tarikh kuat kuasa. Yang ini detail ia, sama ada ia bekerjasama dengan syarikat lain ataupun syarikat itu sendiri yang tentunya aplikasi mesti dibuat kepada MAVCOM, siapa yang memohon. The shareholder of the syarikat yang memohon can change tetapi yang memohon bukannya melalui syarikat lain ataupun dan sebagainya. Syarikat yang berniat, pohon sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya saya hendak dahulukan kehadiran daripada rakyat Alor Setar, Parlimen Alor Setar pada pagi ini sebagai pemerhati. [Tepuk] Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bercadang untuk mengkaji jadual waktu penerbangan, khususnya yang di awal pagi itu supaya ia disesuaikan dengan waktu solat Subuh. Saya bertanya ini kerana ada aduan juga daripada pekerja syarikat penerbangan, mereka tak sempat hendak mengerjakan solat Subuh itu terutamanya Muslim sebab waktu ia sangat terhad. Jadi, adakah kementerian bercadang hendak sesuaikan jadual penerbangan itu ataupun mungkin ada tempat yang khusus di atas pesawat atau sebagainya. Ini mungkin di luar sedikit daripada skop soalan tetapi ia berkaitan dengan kementerian yang berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Ini di luar soalan. Jadi saya pun tidak ada jawapan di sini. Jadi, ini rasanya pengalaman kita bersama. Saya dari Sarawak, penerbangan pukul 5.45 pagi, Subuh masuk 5.20 pagi. Yang sudah-sudah Yang Berhormat, pilot tunggulah, alhamdulillah. Kadang-kadang pilot pun sembahyang sama dengan kita. Jadi, secara umumnya jadual itu kadang-kadang rasanya kita tahulah. Passengers must know your schedule. Mungkin ambil wuduk awal, sembahyang dalam kapal terbang lah. Jadi rasanya secara spesifik hendak mengubah jadual kapal terbang because waktu kita ini pun bertukar-tukar juga mengikut masa. Jadi, inilah kadang-kadang rasanya...
Well tetapi kita tidak menolak kalau sekiranya berbincang melihat keadaan semasa. Saya yakin airline pun peka juga, ertinya di sini airline kena ambil kira juga peredaran masa waktu solat dan sebagainya. Well, it’s a good idea also untuk mengkaji alhamdulillah, untuk kebaikan bersama. Terima kasih.
Berikutnya dipersilakan Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Yang Berhormat Gerik.
8. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apa perancangan kementerian untuk memastikan jalan utama dan jambatan ke perkampungan Orang Asli dinaik taraf kerana masih banyak yang berstatus guna 'Jalan Pembalakan'.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik atas soalan yang menunjukkan keprihatinan kepada kesejahteraan masyarakat Orang Asli. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum tentang keperluan jalan perhubungan dan jambatan yang selamat dan kondusif di perkampungan Orang Asli. Sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah meluluskan peruntukan khusus kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli, di bawah Program Jalan Perhubungan Desa dan Pembangunan Ameniti Sosial. Bagi RMKe-12, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM458.2 juta untuk membina jalan dan jambatan di perkampungan Orang Asli. Antaranya projek menaik taraf di Sungai Siput yang sedang dalam tindakan Jabatan Kerja Raya iaitu JPD dari Kampung Orang Asli Gentis ke RPS Kemar, Hulu Perak, Perak sepanjang 27 kilometer melibatkan kos sebanyak RM94 juta. Sepanjang 13 kilometer daripada projek tersebut melalui jalan pembalakan yang akan dinaik taraf menjadi jalan berturap. JAKOA juga telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM20 juta sepanjang RMKe-12, bagi melaksanakan kerja-kerja membina, menaik taraf dan menyelenggara jalan sedia ada di perkampungan Orang Asli. Bagi perkampungan Orang Asli di Parlimen Gerik, JAKOA telah melaksanakan projek-projek seperti berikut: (i) tahun 2021 - kerja pembinaan jalan serta kerja berkaitan Kampung Orang Asli Sungai Kelab, RPS Banun berjumlah RM95 ribu; (ii) menurap jalan dan longkang Kampung Orang Asli Bukit Nangka, RPS Dala berjumlah RM70 ribu; (iii) membina jalan kampung Orang Asli Bukit Tokong berjumlah RM150 ribu; (iv) kerja-kerja membina jalan kasaran berserta satu unit jambatan besi di Kampung Orang Asli Semelor berjumlah RM40 ribu; dan (v) kerja-kerja pembinaan jalan premix dari Kampung Orang Asli Ralat, RPS Kemar berjumlah RM150 ribu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Gerik melihat usaha kementerian adalah satu usaha yang sangat baik. Namun Gerik ingin bertanyakan satu kepada kementerian. Adakah pihak kementerian berhasrat untuk mewujudkan satu kawasan pembangunan ekonomi yang sesuai untuk perkampungan Orang Asli seperti pasar tani khas untuk Orang Asli memasarkan segala hasil hutan dan sebagainya. Ini kerana Gerik melihat potensi yang amat baik jika ia dapat
dilaksanakan dan Gerik juga bersedia menjadi pilot projek dengan izin bagi menjayakan rancangan ini. Ini kerana di kawasan Pulau Banding Gerik amat sesuai dijadikan hab pengumpulan hasil hutan Masyarakat Orang Asli sebab terdapat lebih 30 buah kampung Orang Asli di kawasan situ.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas soalan berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian melalui JAKOA juga menitik berat tentang pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli termasuk dalam usaha kita memperkasakan program-program pembangunan ekonomi seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi penyediaan gerai-gerai jualan untuk masyarakat kampung Orang Asli. Perancangan ini kita buat berdasarkan permohonan-permohonan dan potensi kampung-kampung berkenaan, kampung-kampung Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya di bawah JAKOA kita telah memperkasakan program-program ini melalui koperasi Orang Asli yang sentiasa menjadi fokus untuk peningkatan pendapatan masyarakat Orang Asli yang mana kita menyediakan geran dan juga membantu membina premis ataupun baik pulih premis perniagaan bagi masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah pun menubuhkan sebuah sekretariat khas untuk memastikan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli lebih terancang di bawah Tuan Yang di-Pertua, yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk kita mengkaji dan memastikan program-program pembangunan ekonomi dilaksanakan secara lebih hebat lagi untuk masyarakat Orang Asli, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, insya-Allah akan dilaksanakan sebaik mungkin. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan jalan, jambatan juga. Baru-baru ini kita ada banjir dan banyak juga jalan dan jambatan yang runtuh, contohnya di tempat saya ada tiga buah perkampungan Orang Asal dan satunya jambatannya runtuh, jadi masyarakat susah hendak keluar. Adakah perancangan daripada pihak kementerian untuk menyegerakan atau mempercepatkan infrastruktur yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, infrastruktur-infrastruktur yang terjejas disebabkan oleh banjir ataupun bencana, diambil perhatian oleh pihak kementerian, terutama pihak JAKOA. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak JAKOA dan kementerian telah pun mengenal pasti infrastruktur-infrastruktur yang telah pun terjejas disebabkan oleh bencana dan juga banjir baru-baru ini. Kita sedang mengatur ataupun membuat langkah-langkah pelaksanaan. Cuma, untuk kawasan Yang Berhormat Tenggara, saya kena semak dahululah tentang permohonan-permohonan yang telah diajukan, insya-Allah kita ambil maklum permohonan-permohonan berkaitan baik pulih ataupun meningkatkan infrastruktur di kawasan Orang Asli yang terjejas disebabkan bencana berkenaan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tenggara dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, bila bercakap tentang Orang Asli ini, terminologi yang sebenarnya adalah ‘Orang Asli’. Sila lihat Perkara 160 dan Perkara 85C, Perlembagaan Persekutuan. ‘Orang Asal’ tidak wujud di Semenanjung. Okey, kita persilakan Yang Berhormat Tuan Ganabatirau A/L Veraman, Yang Berhormat Klang.
9. Tuan Ganabatirau A/L Veraman [Klang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan dua stadium di Klang iaitu Padang Sultan Sulaiman Kota Raja dan Stadium Pandamaran yang dilengkapi dengan kolam renang, trek dan padang bola sepak. Namun, keadaan bangunannya adalah daif serta tidak terurus dan banyak kerosakan akibat kurang penyelenggaraan. Adakah Kementerian mempunyai sebarang cadangan untuk menaik taraf dan membaik pulih kedua-dua stadium ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Padang Sultan Sulaiman Kota Raja dan Stadium Pandamaran adalah bukan aset di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Oleh yang demikian, urusan penyelenggaraan bagi kedua- dua kemudahan sukan ini di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau pihak kerajaan negeri. Namun, hasil semakan Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak Majlis Perbandaran Klang mendapati bahawa kemudahan kolam renang sekarang sedang ditutup buat sementara waktu. Manakala, kerja-kerja naik taraf stadium mini padang Sultan Sulaiman Kota Raja dimaklumkan telah selesai dilaksanakan pada tahun 2019. Ini adalah makluman oleh Majlis Perbandaran Klang. Pada masa ini, Kementerian Belia dan Sukan belum mempunyai perancangan untuk menaik taraf kedau-dua kemudahan sukan ini dan sedang memberikan keutamaan untuk menaik taraf kemudahan sedia ada di bawah Kementerian Belia dan Sukan sendiri. Namun begitu, Ahli Yang Berhormat boleh membuat permohonan naik taraf melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri Selangor untuk dipertimbangkan oleh pihak KBS tertakluk kepada peruntukan sedia ada. Bagi tujuan ini, Ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada kaedah permohonan bina baharu dan naik taraf kemudahan yang telah pun diperjelaskan semasa sesi libat urus KBS bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat pada 8 Jun 2023 yang lepas. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih kerana ada ruang untuk kami membuat permohonan. Namun, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya percaya daerah Klang, bancian tahun 2020 menunjukkan lebih daripada 1.1 juta orang penduduk. Saya rasa dalam tiga tahun ini mungkin telah meningkat jauh lebih banyak. Akan tetapi, sebenarnya kita nampak semenjak tahun 2008 lagi, daripada Kerajaan Pusat tiada sebarang projek berupa sukan di kawasan Klang yang telah dimajukan. So, saya harap sangat dengan Kerajaan Madani ini akan memberi keprihatinan mereka menunjukkan keprihatinan mereka, bukan hanya sekadar menyatakan ini di bawah MPK dan ini di bawah negeri, sebab kita nampak, keadaan daif itu, rakyat di sana mereka menantikan satu fasiliti sukan yang lebih baik kepada penduduk yang begitu banyak sekali di kawasan daerah Klang. So, saya harap, ada rancangan yang sebenar daripada Kementerian Belia dan Sukan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat kita akui bahawa ada keperluan yang tinggi terutama bagi negeri Selangor untuk ada pembangunan fasiliti sukan yang lebih baharu terutama apabila kita dapati banyak fasiliti yang sebelum ini melalui lawatan sendiri ke tapak-tapak berkaitan sudah pun berada dalam keadaan yang sukar untuk kita katakan boleh digunakan lagi. Contoh juga, selain daripada stadium yang disebut oleh Yang Berhormat, kita juga ambil maklum tentang ketiadaan Kompleks Belia dan Sukan dan juga Kompleks Rakan Muda di Kapar yang berada dalam keadaan agak – boleh dikatakan berada dalam keadaan yang memerlukan perhatian penuh. Jadi, ini menjadi keutamaan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk pastikan dalam masa yang ada sekarang kita beri tumpuan pada penambahbaikan, pembinaan baharu dan naik taraf fasiliti-fasiliti mengikut keperluan semasa.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi bina baharu atau naik taraf yang bawah kos RM500,000 ini boleh ditulis kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang mana peruntukan dan pengesahan akan dilakukan agensi. Manakala yang berada atas nilai RM500,000 ini perlu melalui tender terbuka mengikut kelulusan oleh Kementerian Ekonomi dan untuk pertimbangan dibawa masuk ke dalam rolling plan itu untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, silakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan...
Pasir Mas, sorry. Minta maaf Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Dalam keadaan prasarana yang dimiliki oleh KBS sebenarnya saya fikir bukan sahaja di Klang, tetapi hampir di seluruh negara mengalami masalah maintenance antaranya mungkin disebabkan oleh sebab COVID, musim COVID yang lepas. Akan tetapi, dalam masa yang sama kita melihat bagaimana pusat-pusat sukan swasta dibangunkan gym, pusat untuk – malah mungkin untuk berzumba kadang- kadang saya nampak mendapat sambutan, ada untuk wanita sahaja, ada yang terbuka dan sebagainya. Jadi, adakah KBS melihat bahawa antara kaedah untuk memastikan pusat-pusat ini dapat diselenggarakan ialah dengan kita perkenalkan kaedah sewaan dengan diberikan hak penjagaan kepada jawatankuasa setempat, mungkin Ahli Parlimen boleh turut terlibat supaya apabila sedikit sewaan dapat dikenakan, ia membantu kepada proses maintenance dan sebagainya, terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebenarnya cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu sebenarnya adalah amalan terkini, amalan yang sedang diguna pakai sekarang. Di mana, apabila kita bina, sebarang fasiliti yang dibina itu kita serahkan kepada pihak berkuasa tempatan ataupun kadang-kadang dalam kes tertentu juga kepada pihak persatuan yang bersedia untuk mengendali dan juga menyelenggara.
Inilah masalah yang berkait dengan banyak fasiliti sukan dalam negara kita, sama ada gelanggang futsal, takraw dan sebagai nya apabila kita bina dan diserahkan kepada pihak lain terutama sekali pihak berkuasa tempatan, penyelenggaraan tidak dilakukan dengan sebaiknya. Sewaan dan segala-galanya bukan kita tidak pernah halang untuk ambil sebarang kadar sewaan untuk pastikan bahawa fasiliti-fasiliti ini boleh di selenggara, boleh kita dengan izin sustain kebolehgunaan. Cuma, perlu dipertingkatkan lagi kerjasama dengan pihak PBT supaya ada kesinambungan daripada selepas diserahkan itu ada tatacara yang boleh diikuti dalam memastikan fasiliti-fasiliti ini diselenggara dan dipelihara dengan baik. Kerjasama dengan pihak-pihak swasta juga adalah perkara yang kita galakkan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya dipersilakan Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib Yang Berhormat Parit.
10. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian pada waktu ini bagi membantu para pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah yang telah tercicir pengajian disebabkan masalah kemiskinan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan bersekolah tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Sehingga Jun 2022, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah adalah 0.07 peratus manakala pada peringkat sekolah menengah pula adalah 0.99 peratus. KPM mendapati bahawa salah satu faktor keciciran adalah disebabkan kemiskinan. Sehubungan dengan itu, pihak KPM telah menyediakan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan bagi tahun 2023 yang terdiri daripada 13 jenis bantuan khusus dan lima bantuan umum. Bantuan ini turut diagihkan kepada murid yang layak dari keluarga berpendapatan rendah atau miskin seperti: (i) Biasiswa Kecil Persekutuan; (ii) Rancangan Makanan Tambahan; (iii) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin; (iv) Bantuan Awal Persekolahan; (v) Bantuan Makanan Asrama; (vi) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama; dan (vii) Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform. Selain daripada itu, pelbagai bantuan seperti pinjaman buku teks serta khidmat guru bimbingan dan kaunseling dan guru pemulihan turut disediakan bagi menyokong minat murid untuk meneruskan persekolahan. KPM juga menyedari bahawa isu kehadiran murid juga terkesan sekiranya ibu bapa terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menghantar anak ke sekolah terutamanya yang terletak jauh dari rumah. Kehadiran murid ke sekolah ini bergantung kepada kemampuan ibu bapa yang secara umumnya berpendapatan rendah. Justeru, bagi memastikan akses kepada pendidikan diberi keutamaan KPM telah memperluaskan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dari 12 buah sedia ada kepada 17 buah. Matlamat utama sekolah K9 diwujudkan bagi menangani isu keciciran di kawasan pedalaman, terutamanya bagi murid yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pendidikan ke peringkat menengah atas faktor lokasi ke sekolah menengah yang jauh, bentuk muka bumi yang mencabar dan sosioekonomi keluarga. Selain itu, KPM juga memperluaskan konsep K9 ke Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11). Ini merupakan satu inisiatif dalam memberikan akses pendidikan yang lebih menyeluruh daripada peringkat rendah hingga menengah selama 11 tahun iaitu daripada tahun 1 hingga tingkatan 5. Konsep K11 ini juga dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari tingkatan 3 ke tingkatan 4 atau transisi peringkat pengajar menengah rendah ke menengah atas. Sekolah K11 juga menjadi inisiatif yang akan menyokong usaha KPM ke arah memastikan murid di kawasan yang dikenal pasti dapat menamatkan pendidikan 11 tahun. Sebagai permulaan, KPM telah memulakan Program Rintis K11 di SK RPS Betau, Kuala Lipis, Pahang yang sekarang dikenali sebagai SMK RPS Betau Khas bagi murid Orang Asli di kawasan tersebut. Di samping itu, program rintis ini juga dilaksanakan di SMK Long Bedian, Baram Sarawak.
KPM yakin dengan bantuan yang diberikan dapat menangani keciciran murid dan memastikan mereka kekal dalam sistem pendidikan negara sehingga tamat persekolahan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Parit.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (IDEAS) bahawa hampir 60 peratus keciciran ini berpunca daripada kemiskinan dan daripada itu punca utama pula ialah ketidakhadiran. Terima kasih atas apa yang telah dinyatakan tadi inisiatif untuk memastikan pelajar-pelajar ini dapat hadir ke sekolah, pelbagai inisiatif yang dilakukan. Cuma, soalan saya sejauh manakah inisiatif sistem pendidikan berkualiti tinggi diusahakan oleh KPM diberikan kepada keluarga miskin di bandar dan juga di luar bandar? Seperti menyediakan menambah lagi asrama sekolah berasrama termasuklah berasrama penuh juga termasuklah dari kawasan saya di kawasan Parit masih lagi memerlukan asrama-asrama didirikan bagi sekolah-sekolah ini. Memandangkan mereka mengalami masalah pengangkutan khususnya yang terpencil. Kedua, bagaimanakah pula dengan usaha penyediaan peralatan pembelajaran untuk sekolah-sekolah luar bandar khususnya termasuk peranti akses internat yang baik di sekolah di seluruh negara kita? Adakah telah mencapai pada tahap yang baik? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit. Ketidakhadiran murid akan mengakibatkan keciciran. Satu daripada seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit 60 peratus atau lebih adalah kerana kemiskinan. Kita dapati di peringkat menengah kadar keciciran lebih tinggi. Kita sudah juga membuat lawatan ke rumah-rumah, buat outreach ke rumah murid-murid yang keciciran itu yang utama itu adalah kemiskinan kerana kebanyakan murid-murid menengah sudah mula bekerja. Apabila mereka sudah mula bekerja, mereka mesti menanggung ekonomi atau sara hidup keluarga masing-masing, jadi mereka memilih untuk tidak meneruskan pelajaran. Jadi, ini adalah satu masalah sosial yang kita mesti hadapi dan kita mesti ada cari jalan bagaimana untuk menghadapinya. Satu daripada hasrat KPM ialah untuk mewajibkan pelajar kepada semua anak-anak Malaysia mewajibkan dari sekarang pada masa ini adalah wajib enam tahun tetapi kami dalam usaha untuk mewajibkan murid semua anak Malaysia untuk menghabiskan 11 tahun. Jadi, ini kita harap dengan langkah ini kita dapat mengurangkan keciciran daripada segi pendidikan bandar dan luar bandar seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tentang asrama ini kita akan pantau kita akan teliti, kita mesti buat kajian untuk menambahkan sama ada permintaan yang mendesak untuk menambahkan sekolah berasrama tetapi daripada K9 dan K11 ini adalah satu tujuan satu hala tuju yang kita memang hendak menambahkan Sekolah-sekolah Komprehensif 9 dan Sekolah-sekolah Komprehensif 11. Daripada segi akses internet ini adalah bergantung kepada tempat yang berlainan seperti hari itu saya telah melawat ke sebuah K9 di Gerik, akses internet di kawasan sana sangat-sangat baik. So, akses internet ini kita akan buat kajian mungkin tempat berlainan kita ada aksesnya yang dia punya broadband itu semua I think is berlainan dari segi semua tempat. Jadi, ini kita akan ambil perhatian dan kita akan membuat kajian juga. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana KPM mempunyai 18 jenis inisiatif ataupun bantuan yang diberikan untuk mengatasi masalah keciciran terutamanya untuk golongan yang menghadapi kemiskinan. Itu betul. Itu masalah yang perlu kita atasi. Cuma, saya nampak daripada segi statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi, lebih ramai pelajar sekolah menengah yang tercicir berbanding dengan sekolah rendah. Jadi, saya hendak tanya ada tidak apa-apa usaha tambahan atau inisiatif tambahan lebih daripada 18 tersebut?
Oleh sebab saya rasa 18 itu mungkin tidak cukup untuk mendatangkan keberkesanan terhadap usaha kita terutamanya ada tidak apa-apa kerjasama outreach dengan komuniti untuk mengatasi masalah yang berlaku? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. KPM telah menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah dan telah dikuatkuasakan di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Objektif Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) ini adalah untuk membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir serta mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik. GPMBC ini juga bertujuan untuk memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan. KPM juga menyediakan Modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI) sebagai panduan kepada sekolah untuk melaksanakan intervensi dalam menangani keciciran murid. Melalui modul ini aktiviti sokongan yang sistematik dapat dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan murid kekal bersekolah sehingga tamat persekolahan. KPM juga menjalankan program outreach murid cicir di semua PPD dengan kerjasama komuniti setempat. Objektif program outreach murid cicir ini adalah memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali ke sekolah. Pada tahun 2022, program ini telah berjaya mengembalikan seramai 5,121 orang murid sekolah rendah dan 1,711 orang murid menengah telah kembali ke sekolah berdasarkan data murid kembali ke sekolah di JPN. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Selayang, Tuan William Leong Jee Keen.
11. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan memandangkan seksyen 7A(5) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118], wang dalam Akaun Pemaju Perumahan bukan hak syarikat pemaju tergulung, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap pelikuidasi swasta yang enggan meneruskan projek perumahan terbengkalai; dan pelikuidasi swasta mencaj fi melebihi kadar nilai harga pasaran untuk menandatangani borang pemindahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT sangat prihatin dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu
membantu rakyat mencari penyelesaian terhadap projek-projek bermasalah termasuk projek perumahan swasta yang telah diisytiharkan terbengkalai. Berdasarkan statistik sehingga 30 April 2023, sebanyak 112 projek perumahan swasta telah diisytiharkan terbengkalai dan daripada jumlah tersebut sebanyak 50 projek telah diambil alih oleh pelikuidasi. Satu projek di bawah receiver dan manager. Manakala selebihnya masih di bawah pemaju yang asal. Mana-mana projek perumahan swasta yang diambil alih oleh pelikuidasi adalah dilantik oleh pihak mahkamah dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 bagi pengurusan hal ehwal syarikat pemaju perumahan di gulung dan pelikuidasi tersebut mempunyai kuasa sebagai penyelesai. Seksyen 7A(5) Akta Pemajuan Perumahan 1996 iaitu Akta 118 menyatakan wang dalam Akaun Pemaju Perumahan iaitu Housing Development Account (HDA) dengan izin, bukan hak syarikat pemaju tergulung. Untuk makluman Yang Berhormat juga, wang dalam akaun HDA adalah hak pegawai penerima dan pemegang manah dalam kebankrapan atau pelikuidasi. Wang dalam akaun ini digunakan oleh pelikuidasi untuk menguruskan obligasi pemaju terhadap pemajuan perumahan yang dibina oleh pemaju berkenaan dan bakinya digunakan mengikut undang-undang berhubung kebankrapan dan penggulungan syarikat. Wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun HDA, hanya dapat dikeluarkan oleh pelikuidasi apabila pemajuan yang diperolehkan itu siap dan menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Bagi situasi pelikuidasi yang enggan menyelesaikan projek terbengkalai, tiada tindakan yang boleh diambil kepada pelikuidasi tersebut melalui Akta 118. Tambahan lagi pelikuidasi menerima hak serta kuasa untuk menguruskan hal ehwal sesebuah pemajuan daripada mahkamah. Pelikuidasi boleh mengenakan caj perkhidmatan berdasarkan dengan izin Companies (Winding-up) Rules 1972 bagi perkhidmatan yang diberikan dan kadar caj ini tertakluk kepada kerumitan peranan pelikuidasi dalam mengurus hal ehwal projek perumahan tersebut. Kementerian akur terdapat pertikaian oleh pembeli berkaitan kadar fi ini. Oleh itu, KPKT sedang mengadakan libat urus bersama agensi-agensi dan badan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia bagi tujuan mendapatkan pandangan dan mekanisme terbaik dalam penyelesaian projek perumahan swasta terbengkalai yang berkaitan pelikuidasi termasuk kadar caj bayaran dan fi pelikuidasi yang seragam. Agensi- agensi tersebut berperanan dalam mengawal selia serta menentukan kadar caj dan fi pelikuidasi dan mencari solusi dan kaedah yang terbaik bagi mengatasi perkara ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, KPKT juga sedang dalam usaha menambah baik Akta 118 bagi memastikan pelikuidasi yang dilantik memainkan peranan sebagai pemaju perumahan bagi menyelesaikan isu pemulihan projek demi menjaga kepentingan pembeli yang teraniaya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat Selayang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang lengkap. Soalan tambahan saya ialah tentang fi yang di caj oleh pelikuidasi swasta. Mereka tidak memainkan peranan sebagai pemaju penyelamat. They are not the white knight. Mereka caj fi yang pada pandangan saya terlampau tinggi sebanyak dua peratus sampai empat peratus, harga nilai pasaran rumah yang telah di siap bina oleh white knight dan dibayar oleh pembeli. Memandangkan bahawa liquidator yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, caj untuk menandatangani borang pembinaan adalah hanya RM500. Caj sekarang yang diminta oleh pelikuidasi swasta adalah terlampau tinggi. Saya setuju dengan libat urus yang diadakan tetapi adakah kementerian berhasrat untuk menggubal peraturan supaya liquidator swasta ini memberikan satu caj yang munasabah? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hargai pandangan Yang Berhormat Selayang dalam isu yang agak rumit ini yang mana apa yang saya cuba tangkap, yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi lebih kepada yang dipanggil dengan izin receiver dan manager. Itu yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Jadi kedua-dua ini memang secara umumnya adalah pengamal insolvensi. Cuma pemahaman kami juga bahawa untuk proses likuidasi yang diuruskan oleh mahkamah untuk di bawah kementerian, kami terikat dengan Akta Perumahan 118. Akan tetapi apabila dibuat proses lantikan likuidasi menggunakan Akta Syarikat. Maka sebab itu yang saya difahamkan apabila dilantik melalui Akta Syarikat ini kerana antara peranan oleh pelikuidasi itu adalah untuk menyiasat hal ehwal dan aset syarikat yang digulungkan, menyiasat tingkah laku pengarah syarikat, menyiasat tuntutan yang dibuat oleh pemiutang dan mengumpulkan dan menghasilkan aset syarikat bagi memilih liabilitinya. Manakala R&M tadi lebih kepada untuk mengambil alih atau kawal aset syarikat yang ada pelindungan cagaran, biasanya daripada pihak bank. Maka proses itu lebih straightforward dengan izin. Cuma seperti Yang Berhormat Selayang sebut tadi memang proses libat urus kini sedang berlangsung maka cadangan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Selayang itu saya akan minta pihak kementerian untuk masukkan supaya walaupun akta itu berada di bawah MOF ataupun Akta Syarikat tetapi pandangan daripada KPKT ini perlu diambil kira dalam kita menambah baik proses likuidasi tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Besar.
Okey, hasil daripada lawatan saya baru-baru ini ke Taman Padang Besar Indah di Padang Besar, kita dapati itu projek yang berkaitan dengan LPPSA yang mana gaji sudah dipotong tahun 2018, baru boleh masuk tahun 2021. Kemudiannya apabila hampir siap perumahan tersebut, syarikat gulung tikar. Jadi, kos-kos selepas itu tidak siapa yang mengaku untuk tanggung buat masa ini dan itu berkaitan dengan kebajikan juga kepada penjawat awam sebab sebahagian besar daripada itu, hampir 90 peratus daripada penduduk di situ adalah daripada penjawat awam. Soalan saya, apakah pelan komprehensif dari kementerian terhadap tahap pemantauan serta penambahbaikan garis panduan pelikuidasi berhubung pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai membabitkan dana kerajaan untuk dimurnikan dengan pihak berkaitan bagi melindungi pihak pembeli? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba jawab soalan Yang Berhormat tadi sebab penerangan itu memerlukan masa yang agak panjang. Cuma, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang berlaku di luar sana iaitu pembeli bila memasuki perjanjian perumahan, mereka sebenarnya terikat dengan dua perjanjian iaitu perjanjian untuk membeli rumah. Kedua, perjanjian untuk mendapatkan pinjaman. Akan tetapi perkara itu bila berlaku projek sakit ataupun yang lebih teruk tadi disebut terbengkalai, rumah tidak siap perjanjian pinjaman tetap berjalan. Itu cabaran yang kita hadapi ketika ini lah.
Cuma, kalau soalan khusus untuk LPPSA. Sekiranya Yang Berhormat ada contoh yang spesifik tadi, di peringkat kementerian memang kita mampu untuk keluarkan pengesahan bahawa syarikat ataupun projek itu bermasalah dan melalui pengesahan itu kelaziman ketika ini untuk LPPSA, kita boleh berunding. Cuma, bebanan kami untuk berunding dengan pihak bank itu lebih mencabar, sebabnya adalah pihak swasta. Akan tetapi merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat bagaimana untuk kita kurangkan masalah ini, kerana itu ketika ini bila kita bentuk jawatankuasa yang melihat projek swasta yang sakit ataupun terbengkalai ini, peranan kami ketika ini lebih memfokuskan kepada projek sakit untuk kita kekang mereka jatuh terbengkalai, kerana bila sudah terbengkalai itu prosesnya memakan masa yang sangat panjang. Apabila projek itu sakit, kita cuba cari jalan untuk dia lancarkan kembali. Jadi, kalau ikut statistik yang saya kongsikan dari semasa ke semasa tiap-tiap bulan, bulan ini pun sudah meningkat sehingga 481 projek sakit. Akan tetapi kalau kita tidak rawat yang sakit ini, kalau semua ini masuk jadi terbengkalai, yang kita masih pegang pada 112 tadi, urusannya lebih rumit. Akan tetapi bila telah terbengkalai, itu bermaksud membuka ruang yang baharu untuk kita runding balik. Kalau sudah masuk proses mahkamah tadi, rujuk kepada soalan asal daripada Yang Berhormat Selayang, bila sudah masuk proses mahkamah, maka ada proses likuidasi. Jadi, kita cairkan aset itu. Lunaskan dahulu hutang-hutang yang ditanggung pemaju asal untuk membolehkan rancangan bagaimana untuk seterusnya lah. Cuma, peringatan di luar sana, sebab saya berjumpa ramai dengan pembeli yang memberi keluhan. Hendak tak nak bila kita masuk perjanjian itu, tanggungjawab hendak siapkan rumah itu di tangan pemaju. Kalau pemaju tak buat kerja, yang terjadi beban tidak kira siapa kerajaan, kita kena bantu lah. Pandangan saya kita kena bantu. Maka sebab itu untuk tujuan projek terbengkalai, memang kami tengah teliti daripada 112 tadi yang disebut, 50 sudah masuk proses pelikuidasi. Satu, di bawah receiver manager. Cuma, yang ada statik itu pun masih besar. Jadi, yang ini memang bagi saya ruang masa untuk cuba stabilkan dulu projek- projek sakit yang dijangka terus meningkat ini. Memang kami tengah cuba sedaya upaya dan bila keadaan itu dah mula reda sedikit, insya-Allah saya akan tengok dengan lebih mendalam projek-projek terbengkalai yang masih belum diuruskan yang sudah bertahun- tahun lamanya. Contoh last sekali, nanti insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, minggu hadapan pun saya akan turun. Macam satu projek di Johor, terbengkalai 23 tahun. Jadi, yang ini memang kita kena tengok dan cari jalan lah bagaimana untuk kita bantu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, tadi adalah soalan yang terakhir. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat yang terlibat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul Perkara Tertentu Berkenaan Kepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan Di Bawah P.M. 18(1) — Insiden Keracunan Akut NikotinUrgent matter
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Usul menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mengemukakan usul di bawah Peraturan 18(1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk merundingkan berkenaan insiden keracunan akut nikotin melibatkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun dari Bera, Pahang. Usul ini merupakan perkara tertentu berkait dengan bahan nikotin yang telah bebas digunakan oleh rakyat, termasuk kanak-kanak ekoran daripada pengecualian nikotin dari Akta Racun 1952 oleh Menteri Kesihatan itu sendiri. Usul ini melibatkan kepentingan orang ramai kerana bahan nikotin boleh disalahgunakan oleh sesiapa sahaja termasuk bayi, kanak-kanak, budak-budak sekolah, wanita dan termasuk juga wanita yang mengandung. Masyarakat dan rakyat di luar sana akan menyangkakan bahan nikotin ini adalah selamat, bebas digunakan, tidak perlu ditakuti dan langsung tidak berbahaya. Usul ini berkehendak disegerakan memandangkan bahan nikotin telah berada dengan bebas di pasaran dan tidak ada sebarang undang-undang yang mengawal penggunaannya. Tanggapan salah akibat pengecualian nikotin dari Akta Racun 1952 oleh Kementerian Kesihatan ini menyebabkan masyarakat tidak lagi berhati-hati dalam penggunaannya dan boleh menyebabkan banyak lagi kes-kes keracunan ataupun e- cigarette or vaping product use-associated lung injury (EVALI) kepada kanak-kanak ataupun orang tua nanti. Mungkin kes kanak-kanak berumur dua tahun ini adalah permulaannya dan sebagai tip of the iceberg serta mungkin banyak lagi kes-kes yang lebih teruk, parah akan terjadi kepada rakyat madani pada masa-masa hadapan. Siapakah yang akan dipersalahkan atau harus mengambil tanggungjawab penuh di atas bencana nikotin ini nanti? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu pemberitahu usul bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Tanjong Karang sebagaimana yang telah dibacakan tadi pada hari Khamis 8 Jun 2023. Teks usul itu adalah seperti dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang sebentar tadi. Ini saya mencelah sedikit. Bagi yang tidak faham, ini adalah peraturan yang akan berlaku dalam mengusulkan Perkara 18(1). Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Syarat yang kedua, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Syarat yang ketiga ialah ia berkehendakkan disegerakan. Dengan sedemikian, Tuan Yang di-Pertua telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa pertama, tertentu. Perkara ini adalah perkara yang tertentu sebagaimana dikehendaki. Kedua, berkepentingan orang ramai. Ia adalah bagi kepentingan orang ramai seperti diputuskan. Ketiga, berkehendakkan disegerakan. Perkara ini juga perlu disegerakan. Dengan sedemikian, ketiga-tiga ini telah menepati. Oleh yang sedemikian, Tuan Yang di-Pertua membenarkan usul ini untuk dirunding pada hari ini di dalam Kamar Khas pada jam 2.30 petang ini juga. Terima kasih.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan perkara yang berhubungan dengan kawalan ke atas penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti perokok demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu yang bebas daripada pengaruh apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Dr. Zaliha binti Mustafa]; dibaca kali yang pertama.
Bacaan kali yang kedua, bila?
Tuan Yang di-pertua, saya mohon mencadangkan bahawa berdasarkan Peraturan Mesyuarat 54(1), suatu usul bagi menyerahkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan untuk membuat syor-syor bagi meneliti peruntukan generasi penamat rokok dan peruntukan-peruntukan berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjelaskan keperluan rang undang- undang ini untuk dirujuk kepada JKPK Kesihatan.
Baik.
Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ini merupakan satu rang undang-undang baharu yang mengambil kira syor-syor sebagaimana perbincangan di dalam jawatankuasa pilihan khas tahun dahulu iaitu tahun 2022 serta pertambahan pindaan terbaharu berkaitan generasi penamat rokok. Rang undang-undang ini telah dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat persetujuan untuk dibentangkan ke Parlimen. Pembentangan bacaan pertama RUU ini menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk melaksanakan rang undang-undang ini. Penyediaan blue bill di atas meja Yang Berhormat-Yang Berhormat semua membuktikan komitmen kerajaan. Namun mengambil kira sesi libat urus bersama pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan pada 6 Jun lepas, juga Ahli-ahli Parlimen, badan profesional dan badan-badan bukan kerajaan, terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi secara lebih lanjut Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu rang undang-undang ini adalah sangat penting dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak adalah perlu. Oleh itu KKM mencadangkan rang undang-undang ini dirujuk kepada JKPK Kesihatan bagi penelitian lanjut di mana jawatankuasa ini berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang yang akan mengambil kira pandangan daripada semua pihak. Saya ingin menegaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus komited bagi memastikan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam ini dapat diluluskan dalam masa yang terdekat demi generasi masa depan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Sebentar, sebentar ya, sebentar. Yang Berhormat Tanjong Karang, faham apa yang berlaku tadi?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah. Saya faham, terima kasih saya ucapkan. Cuma saya ingin bertanya sedikit, kenapa kita tidak bahaskan usul tersebut di dalam Dewan yang mulia ini kerana isu ini adalah isu berkepentingan awam? Rakyat di luar sana perlu tahu apa yang berlaku. Jadi, saya cadangkan adalah lebih baik kalau usul tersebut dapat kita bahaskan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang boleh baca di sini atau pun baca di luar ya Peraturan Mesyuarat 43 ya, kemudiannya baca Peraturan Mesyuarat 100, baca Peraturan Mesyuarat 99 dan baca Peraturan Mesyuarat 99A, keputusan adalah muktamad. Perkara yang diusulkan telah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk dilaksanakan di Kamar Khas sebagaimana Peraturan Mesyuarat 17. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Saya.
Peraturan. Jika peraturan, saya layan.
Ya, ini sebab Yang Berhormat Menteri Kesihatan, dia pergi baca panjang.
Yang Berhormat Arau.
Rang undang-undang bacaan kali pertama pendek sahaja tetapi dia baca penjelasan. Apakah Tuan Yang di-Pertua, boleh di bawah peraturan mana dia baca penjelasan yang begitu panjang?
Yang Berhormat Arau. Saya telah baca sebahagian peraturan itu kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Keputusan telah dibuat.
Apakah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan?
Faham. Dalam Aturan Urusan Mesyuarat telah saya nyatakan tadi telah diputuskan Yang Berhormat. Keputusan telah dibuat. Saya membenarkan Menteri untuk menjelaskan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua benarkan?
Terima kasih.
Terima kasih, hebat, dahsyat.
Sama-sama.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007: dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul Menteri Kesihatan Di Bawah P.M. 27(3) — Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19Motion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula pertimbangan ke atas, “Usul Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk membahaskan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19” “Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perolehan vaksin COVID-19 dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan diberi kuasa untuk berunding, menandatangani perjanjian pembelian serta membuat perolehan vaksin COVID-19. Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan teratur mengikut Prosedur Operasi Standard Perolehan Vaksin COVID-19 yang dibangunkan hasil konsultasi Kementerian Kesihatan bersama Bahagian Perolehan Kerajaan dan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan. Bahawa Kementerian Kesihatan antara lain telah melaksanakan intervensi kesihatan awam yang tidak melibatkan bahan farmaseutikal ataupun Non-Pharmaceutical Interventions (NPis) serta turut melaksanakan pemberian vaksinasi COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahawa Dewan ini menyedari bahawa program vaksinasi yang dilaksanakan telah berjaya mengawal penularan COVID-19, mencegah komplikasi yang teruk termasuk kemasukan ke hospital seterusnya membawa kematian. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan bukan farmaseutikal dan vaksinasi ini telah berjaya melandaikan keluk pandemik COVID-19 Negara dan seterusnya memulihkan beban kesihatan awam Negara. Bahawa Dewan ini mengesahkan perolehan vaksin COVID-19 yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 hingga tahun 2023 dan hala tuju Kerajaan seterusnya seperti dinyatakan dalam Kertas Perintah 28 Tahun 2023 iaitu Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, 6 Jun 2023.” [8 Jun 2023] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Saya minta Yang Berhormat Sri Aman untuk menyambung berucap. Enam minit lagi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya akan menyambung kembali perbahasan saya mengenai Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Saya kurang mendengar tadi Tuan Yang di- Pertua memberi saya masa enam minit ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya lebih memilih membincangkan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 seperti yang saya katakan semasa berbahas pada hari Khamis lepas dengan berpandangan terbuka walaupun Tuan Yang di-Pertua, saya ataupun kami telah melalui pelbagai peristiwa sedih dan menyayat hati, apatah lagi kami di Parti Rakyat Sarawak ketika itu dan juga sekarang masih terkesan dengan kehilangan pucuk pimpinan kami. Ketika itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing. Walaupun mendiang ketika itu sebelum dia meninggal telah pun mendapatkan dos kedua, namun masih juga tewas kepada penyakit COVID-19. Saya telah sebut nama beliau tanpa niat jahat, cuma ingin mengingati mendiang. Tuan Yang di-Pertua, kehilangan itu masih terasa oleh semua ahli PRS tanah air, apatah lagi keluarga terdekat beliau dan seperti yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang semasa Yang Berhormat berbahas hari Khamis lepas. Ramai rakyat Malaysia yang mengalami keadaan seperti yang telah saya nyatakan tadi, kehilangan orang tersayang seperti suami, isteri, ibu bapa, adik-adik dan sebagainya. Hinggakan kes kematian berdaftar secara rasmi di negara ini mencecah lebih kurang 37,000 orang setakat April 2023. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan laporan PAC telah menyatakan perolehan vaksin COVID-19 telah pun mematuhi prosedur, maka saya ingin juga bertanya sama ada kandungan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 ini merangkumi atau berhala tuju ke arah penghasilan vaksin tempatan iaitu menghasilkan vaksin kita sendiri di negara ini? Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, penghasilan vaksin tempatan ini tidak mustahil dan seharusnya dilaksanakan sambil kita membangunkan ekosistem vaksin tempatan dan kita juga mesti berusaha untuk membuat atau menghasilkan segala peralatan perubatan sebagai usaha dalam menangani atau bertindak balas terhadap wabak COVID-19 ataupun apa juga pandemik pada masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat sedemikian kerana saya rasa negara kita harus ada langkah ke hadapan atau moving forward plan dengan izin, termasuk proses perolehan memandangkan kos memperoleh vaksin COVID-19 dari negara-negara berkenaan begitu tinggi, begitu mahal. Jadi apa salahnya jika kita maju ke hadapan dengan menghasilkan vaksin buatan sendiri di negara kita Malaysia ini. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya apakah langkah mencegah ataupun persiapan kerajaan daripada segi policy-making yang lebih strategik berasaskan pengalaman yang telah kita lalui semasa wabak COVID-19 tempoh hari agar kita lebih bersedia dan teratur menghadapi wabak tersebut di masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Tuan Yang di-Pertua telah memberi saya masa enam minit, sebenarnya hari Khamis lepas saya hampir landing tetapi apa boleh buat oleh sebab Dewan kena ditangguhkan pada pukul 5.30 petang, maka saya terpaksa berhenti. Jadi, saya akhiri perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua dengan memohon agar pihak kementerian perjelaskan iaitu berkenaan dengan nilai produktiviti ataupun impak positif daripada hasil program vaksinasi negara kepada rakyat kita iaitu rakyat Malaysia setakat ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu, dalam masa tujuh minit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Tangga Batu ingin merakamkan setinggi-tingi tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan pasukan petugas yang menyediakan Kertas Putih
Perolehan Vaksin COVID-19, yang Tangga Batu rasakan sangat komprehensif, telus dan terbuka. Kita semua maklum bahawa novel koronavirus yang menjadi outbreak ataupun pandemik, dengan izin dan memberikan kesan yang sangat memudaratkan pada seluruh dunia, tidak seperti dua virus sebelum ini, iaitu SARS dan juga MERS. Virus baharu ini telah menyerang seramai 690 juta orang penduduk dunia serta telah meragut 6.89 juta nyawa di seluruh dunia. Sementara itu, bagi kita di Malaysia, seramai 5,040,087orang yang telah dijangkiti dan menyebabkan kematian pada seramai hampir 36,000 orang seperti yang dilaporkan di muka surat dua. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, belum pernah mengalami wabak virus ini, yang membunuh ataupun dengan istilah deathly virus, dengan izin. Oleh itu, tidak ada satu vaksin ataupun SOP atau prosedur untuk dijadikan rujukan dan reference ketika wabak ini mula menyerang. Seperti yang dilaporkan di dalam muka surat 1, perenggan 1.14 ringkasnya, pada permulaan, tidak ada rawatan khusus tersedia untuk COVID-19. Saintis seluruh dunia bekerja keras untuk membangunkan vaksin dan rawatan baharu penyakit ini. PKP terpaksa dilaksanakan bagi membendung penularan wabak ini dan ia memberikan impak serta kos yang besar kepada ekonomi dan kesihatan mental rakyat. Strategi vaksinasi merupakan satu keperluan yang memastikan sistem kesihatan beroperasi pada tahap optimum dan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial bagi kelangsungan hidup rakyat. Kita harus bersyukur ke hadrat Allah SWT, walaupun negara kehilangan seramai 36,000 lebih nyawa dan mungkin ada di antaranya keluarga dan sahabat handai kita dan kita adalah antara yang diselamatkan oleh Allah kerana tindakan dan respons yang diambil oleh kerajaan pada waktu itu. Walaupun ada laporan yang mengatakan bahawa berlakunya kelewatan penerimaan vaksin, namun kita sedia maklum bahawa bekalan vaksin di peringkat global adalah terhad di peringkat awalnya. Namun melalui strategi pemberian vaksin secara bersasar dan berfasa di peringkat awal, dapat mengurangkan kadar mortaliti dalam golongan populasi yang berisiko dan berisiko mendapat komplikasi dan kematian, sekiranya dijangkiti virus COVID-19, tindakan ini harus dipuji. Seperti dilaporkan pada muka surat 10, sasaran 80 peratus penduduk dewasa menerima dua dos vaksin primer lengkap, telah dicapai lebih awal iaitu pada bulan September 2021, berbanding sasaran awal yang diunjurkan pada bulan Februari 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita melihat daripada graf ini... [Menunjukkan sehelai dokumen berkaitan] jelas menunjukkan bahawa kadar kematian yang paling tinggi berlaku pada bulan Julai dan Ogos, tetapi setelah kita mencapai herd immunity sebanyak 80 peratus pada bulan September, kalau kita lihat graf ini menurun sebenarnya. Kadar kematian menurun walaupun berlaku sedikit kenaikan pada bulan Mac disebabkan oleh delta dan sebagainya. Ini menguatkan lagi bahawa usaha kerajaan waktu itu yang dapat mencapai 80 peratus herd immunity, dengan izin, ternyata berjaya menurunkan kadar kehilangan nyawa rakyat Malaysia amnya dan ahli keluarga kita khasnya. Kalau kita melihat daripada Global World Meter menunjukkan bahawa kadar kematian terus meningkat, terus tinggi dari bulan Mac 2020, hingga kepada bulan Mac 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah menilai keberkesanan program vaksinasi terhadap pengawalan penularan COVID-19 seperti graf yang dipaparkan di muka surat 67, Laporan Kertas Putih Perolehan Vaksin. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada ungkapan dan desas-desus yang mengatakan kerajaan gagal tetapi secara statistiknya bahawa Kerajaan Malaysia berjaya menguruskan pandemik dengan baik. Kalau kita lihat daripada graf yang dibuat oleh Lowy Institute yang berpusat di Jakarta, katanya, dengan izin, “Malaysia has been placed among the top twenty countries which have done well in managing COVID-19 pandemic according to the reason study in Australia.” Malaysia bukanlah yang terbaik tetapi kita dapat mengawal wabak ini dengan baik dan berjaya.
Dari data World Meter yang memantau perkembangan dan penanganan virus ini telah merekodkan seperti berikut. Jika kita merujuk kepada kadar kematian bagi setiap satu juta penduduk yang diterbitkan oleh World Meter ternyata Malaysia berada di kedudukan ke-94 dengan purata kematian sekitar 1,118 orang bagi setiap satu juta orang penduduk yakni 0.1 peratus, sedangkan report daripada WHO mengatakan bahawa 3.4 peratus kadar kematian di peringkat global. Negara Peru menduduki tangga teratas dengan kematian tertinggi iaitu sekitar 6,661 nyawa bagi setiap juta penduduk dan diikuti oleh Bulgaria. Kalau kita lihat Amerika Syarikat berada pada kedudukan 15, dengan rekod kematian seramai 3,483 dan begitu juga negara-negara Eropah yang mencatat melebihi 2,000 orang. Sementara itu sekiranya kita melihat statistik yang berdasarkan kepada jumlah kes, Malaysia berada pada kedudukan 107 dengan purata 153,000 kes bagi setiap juta penduduk. Di mana kebanyakan negara-negara maju mencatatkan melebihi 200,000 kes termasuk Amerika, United Kingdom, Japan, Singapura dan lainnya. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam laporan ini juga terdapat Laporan Pelupusan Vaksin yang berjumlah 8.4 juta dos. Untuk berlaku adil, kita patut melihat pandangan pihak ketiga, terutama daripada pengamal-pengamal perubatan seperti Malaysia Medical Association (MMA), di mana artikel yang diterbitkan oleh The Vibes.Com yang bertarikh pada 9 Jun 2023 bertajuk, “Unfair to Blame Government for Vaccine Wastage.” Dengan izin saya bacakan sedikit laporan itu, “It would be unfair to put the blame on the government for the high wastage of doses, of the COVID-19 vaccine as at the time of their procurement, every country was rushing to set enough jabs for their population. Due to high global demand for the vaccine, there were concerns oversupply. I think it was right to assume at that time that everyone was going to be vaccinated. Of course, with any spending of the public fund, transparency must be insisted upon but there were non- disclosure agreements, (NDAs) between pharmaceutical companies and the government that the latter had to honour in order to secure vaccine supply. Any breaches of the NDA could have resulted in legal suits. Overall...”
Sila gulung.
Ya. “…Overall we believe that government at this time did the best to negotiate the best deal for the vaccine.” Sedikit saya hendak buat solution. Baiklah Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan Tangga Batu ingin mencadangkan. Yang pertama, mestilah negara mewujudkan pusat penghasilan vaksin negara. Kerajaan mesti mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan ekosistem vaksin tempatan sebagai usaha dalam menangani dan bertindak balas terhadap pandemik pada masa yang akan datang. Pusat penghasilan vaksin negara. Pelaburan di sektor public healthcare, sistem perlu dipertingkatkan termasuk usaha dan pembiayaan R&D perlu diberikan keutamaan. Kita lihat negara-negara yang pernah mengalami SARS dan MERS seperti Vietnam, mereka tidak menerima kesan COVID yang tinggi kerana mereka telah membangunkan sistem ini di negara mereka, Kedua, dokumentasi dan SOP sebagai sumber rujukan atau reference manual harus dilakukan dan ketiga, mempertingkat sumber daya manusia dan mengekalkan tenaga berpengalaman. Tuan Yang di-Pertua, mereka yang telah mempunyai pengalaman dan terlatih dalam menghadapi COVID-19 mestilah dikekalkan. Mereka yang pernah diambil bekerja secara lantikan kontrak mestilah dikekalkan dan diserap dalam perjawatan tetap di Kementerian Kesihatan. Pengalaman yang mereka miliki ialah aset yang penting kepada negara dan boleh dijadikan tenaga mahir bagi melatih, untuk melahirkan lebih ramai tenaga terlatih bagi menghadapi kemungkinan pandemik yang akan datang. Dan yang akhirnya, kita mestilah membina sistem komunikasi yang bersepadu, berkesan dan efektif di antara rakyat, kerajaan, NGO dan ahli politik. Inilah kita melihat antara kejayaan yang direkodkan, dicatatkan oleh Australia dan juga New Zealand.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada individu seperti Dr Suhazeli Abdullah, Dr Nirmala kerana mereka mengambil inisiatif untuk memberikan penerangan kepada rakyat sehingga program vaksinasi dapat diterima oleh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Selangor bangun untuk turut sama dan pertama-tamanya mengingatkan dirinya sendiri bahawa, ada kata-kata ataupun pepatah dalam perubatan, “A phatology is always right but twenty-four hours late” ya. Seorang pakar forensik patologi selalunya membuat bedah siasat, selalunya memang tepat, betul apa punca kematian, tetapi 24 jam lambatlah. Jadi saya mengingatkan, mudah untuk kita melihat, menoleh ke belakang dan dengan mudah kerap kali mudah untuk menuding jari terhadap pihak-pihak tertentu.
Lalu, saya tidak mengambil pendekatan itu Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu mengisi waktu yang ada ini mengingatkan kita dalam mendepani future pandemics. Berlalunya pandemik COVID-19 ini, kita perlu bersiap-siaga mendepani pandemik yang bakal datang. Justeru itu, kita perlu belajar mengambil sebanyaknya. Jadi dalam nada itu, dalam tujuan itu dan dalam semangat itu, saya berbicara tentang bagaimana kita harus mengambil iktibar itu. Tentunya saya perlu merakamkan kerja-kerja baik Yang Berhormat Menteri dan mantan-mantan Menteri dan semua yang terlibat terutama yang dikatakan wira yang tidak disanjung dan didendang (the unsung heroes) yang terlalu ramai untuk saya sebutkan. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyebutkan dalam konsep apa yang diistilahkan dalam perubatan sebagai ‘the preventable death’ iaitu mati yang mampu dielakkan. Pelik bunyinya tetapi ini tidak terkait dengan persoalan iktikad tetapi kalau kita lihat contoh negara kita ini, ada 26,000 orang yang mati setiap tahun terkait dengan persoalan rokok dan rokok related diseases membawa maut secara pramatang. Maksudnya, tidak patut mati lagi tetapi sudah mati. Begitu jugalah dalam cases of NCD’s yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Itu adalah cabaran besar di samping infectious diseases yang datangnya mengejut, meninggal pun mengejut episodic dan acute tetapi lifelong ataupun cabaran NCD’s atau penyakit-penyakit tidak berjangkit itu adalah jauh lebih bahaya. Saya ingin sebutkan betapa dalam hal ini, kalau saya sebutkan Public Health England, sebuah majalah public health menggunakan istilah ini. Kalau kita perhatikan, saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan kita punya 37 kematian. Sebenarnya kalau silap-silap, ia boleh jadi 70 dan kita ada lima juta cases positive tetapi silap-silap boleh menjadi 70. Pada waktu yang sama, the flip side of the argument Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, andainya kalau kita telah mengambil segala-galanya dengan pendekatan yang benar-benar sama ada persoalan yang kerap dibangkitkan, persoalan ketibaan arrival vaccine dan juga non-therapeutic approach iaitu FTTIS, itu adalah juga sangat penting tetapi tidak juga kita dapat lakukan dengan yang terbaiknya. Ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, pelbagai kesilapan-kesilapan perlu kita belajar segera. Persoalan putting orders of vaccine itu satu hal, itu sudah pun ramai yang menyebutkan. Akan tetapi non-therapeutic intervention (FTTIS) itu juga makan masa untuk kita menggunakan RTK-Ag. Bukan sebagai the golden standard untuk menentukan seseorang itu positif atau tidak tetapi untuk mendapat pasti supaya ia segera diisolasikan supaya pada tahap dia infectious, dia dikuarantin. Itu makan masa hampir setahun untuk kita belajar untuk sampai kepada mengiktiraf bagaimana RTK-Ag itu dengan harga yang jauh lebih murah dan pantas untuk mendapat keputusannya (result) tidak kita gunakan.
Itu satu lagi noktah yang penting untuk kita belajar daripada iktibar ini Tuan Yang di- Pertua. Saya terus menyebutkan tentang perkara seterusnya. Hal tentang kewangan vaksin itu telah ramai yang menyebutkannya tetapi saya tahu kertas putih ini tidak banyak mendedahkan true cause dan bagaimana juga Pharmaniaga menjual kepada enam buah negeri termasuk Selangor dengan harga yang tinggi. Soalan-soalan itu saya hendak dengar jawapannya iaitu hal-hal kewangan yang tidak terdedah seluruhnya. Saya tahu NDA itu adalah satu yang wajib dipatuhi tetapi saya kira kepada PAC ia tidak seharusnya tidak boleh didedahkan. PAC sebuah badan yang punya constitutional power dan apa yang dikatakan sebagai kedudukannya yang local standi dalam institusi Parlimen ini seharusnya diberikan maklumat itu supaya mereka dapat membuat penilaian yang kritikal, tuntas dan tepat. Jadi, itu satu perkara yang saya ingin juga sebutkan. Yang selainnya minta Yang Berhormat Menteri jawab akan hal-hal yang terkait dengan persoalan kewangan tentang perolehan vaksin itu. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, hal terkait dengan pengalaman yang diistilahkan oleh WHO sebagai pendekatan whole-of-government approach dan saya juga menambah whole-of-society approach. Kita lihat negeri-negeri yang disebutkan sebentar tadi seperti Vietnam dan sebagainya, negara yang bukannya OACD’s tetapi mereka menggunakan, menggembleng seluruh tenaga dan stakeholders, akhirnya dapat mengawal mortality dan morbidity dengan begitu baik berbanding dengan negara-negara yang maju. Ia kerana mereka punya whole-of-society dan whole-of-government approach, dengan kata lain penggemblengan di peringkat negeri seharusnya diberikan ruang sepertimana Yang Berhormat Kuala Langat menyebutkan. Kami di Selangor contohnya, perlu diberikan ruang untuk perkongsian data untuk kami buat data analytics dan membuat predictions dan dapat mengawal. Sebelum datangnya vaksin, kita dapat mengawal apa yang dikatakan sebagai ledakan-ledakan (outbreak) dengan begitu baik andainya kita ada perkongsian data. Tambahan pula dengan ‘Selangkah’ berbanding dengan ‘MySejahtera’, kesemua itu tidak seharusnya berlaku pada datangnya pandemik yang akan datang Tuan Yang di-Pertua. Akhir sekali dengan waktu yang ada ini, saya beralih kepada persoalan yang dibangkitkan semua. Satu pada kesilapan dunia perubatan, ia melihat kepada vaksin yang baharu ini sama ada mRNA ataupun vector vaccine ini ya. Semuanya, preparationnya adalah intramuscular injection (IM). Hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa sudah tampil 30 antara lain calon vaksin ini yang bersifat ataupun diberikan secara nasal. Nasal vaccine ini, di sinilah kemasukan... [Menunjukkan kawasan muka] Jadi sebab itu, all vaccines, semua vaksin tidak boleh mengatakan mereka boleh mencegah infeksi kerana mereka hanya boleh menurunkan mortaliti dan morbiditi sebabnya ia adalah systemic dan imuniti itu adalah imuniti systemic. Akan tetapi ini perkara yang saya minta supaya Malaysia turut sama dalam jajaran ini ataupun dalam pursuance ini untuk kita footprint dalam pembangunan nasal vaccine COVID-19 dan yang lainnya berpandukan teknologi platform seperti CPD contohnya yang merupakan sesuatu yang novel yang perlu diberikan tumpuan. Kita ada National Vaccine Development Roadmap. Saya sedikit sebanyak terlibat dalam hal ini dengan satu start-up in Switzerland dengan tidak ada kepentingan apa, mahukan Malaysia mesti memberikan investment dalam nasal vaccine COVID-19 development ini.
Masa sudah tamat.
Sila kalau boleh izinkan. Ini perkara yang penting Tuan Yang di-Pertua. Semalam kita ada 10 minit, hari ini tujuh minit saja. Kasihan pada kami.
Semalam tidak bersidang.
Lama kami tunggu, 24 jam hampir. [Ketawa] Boleh? Ataukah saya gulung? Saya gulung ya.
Masa sudah tamat. Masih ada tiga orang lagi pembahas.
[Bangun]
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Sila gulung, sudah.
Terima kasih. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang. Sorry, Kuala Selangor.
Kuala Selangor.
Jiran-jiran.
Jiran. Adakah Yang Berhormat juga melihat atau ada kegusaran tentang peranan dengan izin ‘The Big Pharma's’ dalam mempengaruhi perkembangan vaksin yang mungkin ada kalanya menyebabkan kita− bukanlah kita itu Malaysia bahkan sebahagian warga dunia atau kerajaan tergelincir sedikit dalam membuat penilaian dan keputusan?
Ya, sangat penting persoalan itu Yang Berhormat Indera Mahkota. Oleh sebab Yang Berhormat Indera Mahkota bangkitkan satu poin yang kalau dapat saya ulas dengan lebih baik. Izinkan Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab kerana itu adalah satu yang menyinggung terkait persoalan medical nationalism kalau tidak pun imperialism dalam erti yang baharu bagaimana negara-negara developing ataupun yang kurang maju diberikan marginalization dari sudut bekalan itu. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan awal tadi, saya ambil pendekatan ini untuk sama-sama kita terlibat dalam memastikan Parlimen ini akan menyemak imbang eksekutif supaya apa yang menjadi cadangan, cabaran dan cita-cita kita untuk membangunkan vaksin Malaysia ini perlu mengambil pendekatan yang paling terkini dan saintifik. Saya menegaskan di samping itu, ia perlu juga yang dikatakan National Centre for Diseases Control (NCDC) itu dinilai. Saya hendak tahu apa updatenya kerana itu adalah satu agenda yang sangat baik. Akhirnya saya ingin tekankan sekali lagi betapa whole-of-society adalah sangat penting untuk kita menggembleng seluruh tenaga, keupayaan dan kebolehan expertise sama ada Federal, negeri dan juga pihak-pihak private dan badan-badan profesional yang lain.
Terima kasih atas kesempatan ini, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apabila saya membaca Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19, kita dapat mengimbau kembali keadaan, situasi dan suasana yang kita hadapi pada tahun 2020. Pada waktu itu, COVID-19 datang menjengah kita tanpa pesan. Tidak ada negara di dunia menjangkakan bahawa satu pandemik besar akan berlaku. Tidak ada negara di dunia yang membuat persediaan untuk menghadapi pandemik ini. Jika kita ingat, kes pertama bermula dengan seorang pelancong yang masuk ke negara ini pada 25 Januari 2020. Itulah mulanya, pertama kalinya kita dapat kesan
COVID-19 bertapak di bumi Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi situasi yang tidak pernah diharungi oleh sesiapa bahkan dunia, maka kita menghadapi satu keadaan bahawa kita bermula daripada kosong. Sebab itu kita lihat pelbagai pendekatan yang kita cuba cari jalan, bagaimanakah kita nak laksanakan dan kita lihat bahawa negara-negara di dunia mengambil pendekatan melaksanakan PKP sebagai contoh. Pada waktu itu, tiada pendekatan lain. Masing-masing tak tahu macam mana nak buat. Maka kita laksanakan PKP pertama pada 18 Mac 2020. PKP pertama ini merupakan pertama kali dalam sejarah. Jika sebelum ini kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di zaman komunis. Sekarang dah tak ada komunis, tetapi kita menghadapi satu ancaman yang lebih besar dan lebih sukar kerana kita tidak tahu di mana dan bagaimana pada waktu itu virus ini merebak. Sebab itu kita lihat bahawa kapasiti kesihatan kita pada waktu itu tidak bersedia. Kita tidak menjangka keperluan ICU yang begitu besar, kita tidak menjangka kapasiti katil-katil di hospital yang diperlukan. Maka pada waktu itu, pelbagai pendekatan disusun dan dibuat untuk memastikan kita dapat memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia. Pada ketika itu, kita lihat bahawa institusi-institusi ditutup. Saya selaku Menteri Kanan Pendidikan pada waktu itu, kita tutup sekolah. Kita tutup sekolah, kemudian kita buka sekolah. Jika kita ingat, bahawa setiap kali ditutup ada yang marah. Setiap kali dibuka, ada yang marah dan kita lihat dalam konteks itu juga, pelbagai pendekatan yang kita buat ini tidak diterima oleh semua pihak. Namun, sebagai kerajaan pada ketika itu, kita cuba mencari pendekatan yang terbaik. Apakah yang paling baik untuk rakyat Malaysia. Jika kita lihat Tuan Yang di- Pertua, sebelum datangnya vaksin ini merupakan satu tempoh yang amat-amat sukar. Sebab itu kalau kita baca kertas putih ini, kita lihat bagaimana Kabinet, Jemaah Menteri pada waktu itu membuat keputusan supaya kita mendahulukan, memberi keutamaan kepada pembelian vaksin. Cabaran yang kita hadapi pada waktu itu ialah kita tahu bahawa vaksin ini dah siap pun, tak siap lagi, dalam proses nak buat tetapi kalau dah adapun vaksin, sama ada boleh digunakan ataupun tidak. Kita tak tahu. Saya masih ingat pada waktu itu, kita nak buat keputusan untuk masuk dalam covax facility sepertimana yang disebut dalam kertas putih itu merupakan satu keputusan yang sukar. Nanti kita dah masuk dalam COVAX facility, tak siap vaksin, that’s it. Tak ada vaksin, that’s it. Kita telah membelanjakan sejumlah wang untuk tujuan tersebut. Sebab itu jika kita lihat apa yang dijelaskan dalam kertas putih ini bahawa keadaan pada waktu itu, semua orang nak cari vaksin. Seluruh dunia memerlukan vaksin. Apa yang paling penting adalah siapa dahulu. Siapa cepat, dia dapat. Sebab itu keputusan Jemaah Menteri pada waktu itu, memberi tanggungjawab kepada Menteri MOSTI dan juga Menteri Kesihatan untuk berunding dan menyelesaikan pembelian vaksin. Saya masih ingat, kita berbincang, kita risau nanti apa yang berlaku? Macam mana nak buat? Perdana Menteri pada waktu itu, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin buat keputusan bahawa ya, ada risiko kalau vaksin ini tak jadi tetapi kalau vaksin ini jadi dan kita lambat, maka negara kita akan ketinggalan berbanding dengan negara- negara lain. Sebab itu keputusan dibuat untuk kita membeli vaksin dan kita lihat bahawa ini merupakan satu keputusan yang tepat. Saya secara peribadi melihat bagaimana istihad seorang pemimpin telah membolehkan kita membawa keluar Malaysia daripada pandemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat selepas perundingan pertama untuk mendapatkan vaksin, kita lihat pada fasa pertama vaksin, jumlah yang diterima itu terlalu sedikit. Maka, perlu diberi keutamaan dan alhamdulillah proses-proses ini berjalan dengan baik, berjalan dengan lancar. Sebab itu kita lihat pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) itu telah dilaksanakan dengan cukup cemerlang, bermula dengan kumpulan dewasa, diteruskan dengan kumpulan remaja dan diteruskan pula dengan kumpulan kanak-kanak. Sebagai Menteri Pendidikan pada waktu itu, kita sentiasa duduk berbincang dengan Kementerian Kesihatan. Nak tengok vaksin sampai bila. Sampai ke tahap itu, kadang-kadang dapat berapa ratus ribu dos. Cukup ke tidak nak mulakan? Nak mulakan
dengan tingkatan berapa? Bila sekolah rendah, nak mulakan dengan tahun berapa? Sampai ke tahap itu di pihak kerajaan pada waktu itu mengusahakan yang terbaik untuk memastikan rakyat mendapat yang terbaik. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apabila disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya kongsikan di sini, ‘Anwar dedah perolehan vaksin tanpa persetujuan Peguam Negara’. Ini disebut oleh Perdana Menteri dalam Berita Harian. Ada, ini saya kongsikan, 8 Februari 2023. Kemudian kita lihat dalam usul yang dibacakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, saya baca usulnya, ‘Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat dari Jabatan Peguam Negara’. Jadi, siapa nak minta maaf ini? Ia telah memberi gambaran bahawa seolah-olah perkara pembelian vaksin ini tidak dibawa melalui Peguam Negara tetapi dalam usul yang dibentangkan sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan jelas bahawa dikatakan perkara ini telah dibawa kepada Peguam Negara. Sebab itu, apakah pengajarannya daripada apa yang berlaku pada hari ini? Kita boleh lihat bahawa dalam konteks ini, segala apa yang berlaku dalam tempoh krisis, ini pengajaran bukan untuk kita sahaja, untuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam tempoh krisis, kita akan lihat pelbagai tuduhan, pelbagai sasaran, pelbagai keji, kata maki dikeluarkan kepada kerajaan pada waktu itu tetapi kerajaan pada waktu itu tidak cepat koyak. Sebab itu kita lihat bahawa kita mengambil pendekatan yang profesional kerana keutamaan pada waktu itu adalah untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik COVID-19. Sebab itu, walaupun kita lihat Pagoh, ada yang kata Pagoh ini ‘Bapa PKP’ sebagai contoh tetapi tanpa PKP itu sendiri, kita boleh lihat kesannya akan jadi lebih besar kepada Malaysia.
Sila gulung.
Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti, Timbalan Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau. Ini saya hendak rakyat Malaysia di luar sana dengar sendiri apa yang ditulis dalam ucapan Yang Berhormat Sibuti.
Ringkaskan ya. Masa sudah tamat. Ringkaskan.
Sedikit lagi. “Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, ingin saya simpulkan bahawa Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi. [Tepuk] Penglibatan pelbagai kementerian dan agensi telah memainkan peranan penting dalam membantu memerangi penularan wabak COVID-19. Salah satu faktor penting kejayaan ini adalah proses pengurusan perolehan vaksin COVID-19 yang memberikan keutamaan kepada akses vaksin bagi memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh dengan kadar segera demi menyelamatkan nyawa rakyat”. Saya ingin sentuh bahawa ada yang berkata, ada vaksin yang tak diguna pakai, tak boleh pakai. Pada waktu itu saya masih ingat perbincangannya, apa yang akan berlaku sekiranya COVID-19 ini berterusan? Sebab itu kita beli pada waktu itu, saya masih ingat, kita beli jumlah vaksin yang mencukupi bagi memastikan kalau perkara ini berterusan, vaksin itu ada tersedia. Namun begitu, apabila ekonomi telah dibuka, apabila rakyat telah boleh bergerak tanpa memerlukan kad vaksin, maka permintaan untuk booster dose telah berkurangan. Sebab itu Ahli-ahi Yang Berhormat, daripada kertas putih ini, kita dapat melihat bahawa walaupun negara telah melalui satu tempoh yang amat sukar dalam sejarah negara, pada waktu itu, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, pimpinan Pagoh telah berjaya membawa Malaysia keluar daripada pandemik COVID-19. Apa yang paling penting adalah untuk saya menasihatkan...
Masa sudah tamat.
Sedikit, satu minit sahaja lagi.
Sudah 10 minit.
Saya menasihatkan kerajaan pada hari ini supaya bertindak sebagai sebuah kerajaan, bukan pembangkang.
Saya ingin menyampaikan rasa sedih pegawai-pegawai kesihatan sebagai Ahli Parlimen Putrajaya, berjumpa menceritakan apabila sudah selesai pandemik, macam- macam disiasat, seolah-olah kami ini membuat salah, perolehan itu tidak kena, vaksin tidak kena dan sebagainya. Sedangkan bagi mereka, ada yang menangis pada waktu susah tersebut. Waktu mayat bergelimpangan, mereka, frontliners inilah yang berada di depan tanpa mengirakan tentang hal lain. [Tepuk] Oleh sebab itu saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pihak kerajaan lebih berhati-hati, tidak perlu membuat kenyataan seperti ini sebelum adanya bukti yang jelas. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Betong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana peluang yang diberi untuk Betong sama-sama terlibat dalam membahaskan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lalui semasa pandemik yang bermula dari tahun 2020 adalah seperti melalui satu jalan yang tiada siapa pernah lalui. We are going through a road no one has travelled, dengan izin. Oleh itu, kertas putih ini bukan untuk kita menyalahkan sesiapa tetapi untuk mengambil pengajaran bagaimana kita dapat menyediakan diri sekiranya isu kesihatan yang serupa melanda dunia ataupun negara pada masa akan datang. Daripada pengalaman COVID-19 yang lepas, maka amat penting mendokumenkan semula semua proses pengurusan COVID-19 termasuklah proses perolehan supaya ia menjadi panduan pada masa hadapan, sekiranya negara berhadapan dengan situasi pandemik yang seumpama ini supaya wang rakyat dibelanjakan dengan telus dan berhemah. Kerajaan menerusi Jawatankuasa Jaminan Akses kepada Vaksin COVID-19 telah bersetuju agar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diteruskan supaya seramai mungkin penduduk dapat diberikan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada jangkitan teruk. Secara keseluruhannya, proses perolehan vaksin COVID-19 ini telah berjaya membantu mempercepatkan Program Vaksinasi COVID-19 sehingga mencapai tahap imuniti kelompok lebih awal iaitu pada September 2021, berbanding sasaran awal Februari 2022. Laporan Perolehan Vaksin COVID-19 telah dibentangkan oleh PAC pada sesi yang lepas. Mengikut laporan tersebut, ia dibuat secara teratur dan berpuas hati dengan harga perolehan vaksin daripada pelbagai portfolio oleh kerajaan. Dengan pembentangan kertas putih ini, walaupun ia bersifat akademik, tetapi penting sebagai pengajaran untuk kita siap siaga menghadapi apa bentuk wabak atau isu kesihatan yang serupa di masa hadapan. Betong juga menghargai usaha kerajaan pada saat genting untuk memfokuskan bagi menyegerakan perolehan vaksin COVID-19 kerana setiap nyawa rakyat Malaysia adalah begitu berharga dengan tidak mengambil ringan aspek keselamatan, keberkesanan serta kestabilan vaksin tersebut. Secara keseluruhannya, saya percaya kerajaan sudah sedia sedaya upaya pada ketika itu berunding untuk mendapatkan yang terbaik walaupun tiada kuasa tawar menawar disebabkan permintaan yang tinggi di seluruh dunia seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap terlebih awal.
Tuan Yang di-Pertua, keberkesanan vaksin dan proses pemberian vaksin yang cekap, teratur dan berkesan juga telah menyumbangkan kejayaan melalui PICK. Tanpa PICK, jumlah kes COVID-19 dijangka akan mencecah lebih daripada 10 juta ataupun dua kali ganda daripada kes sebenar yang telah dilaporkan. Peningkatan kes akan menyebabkan kes kemasukan hospital meningkat sehingga mencecah 1.51 juta bersamaan dengan 1.7 ganda dan pada masa yang sama, bilangan kes kematian juga menunjukkan peningkatan 67,000 bersamaan satu kali ganda daripada kes sebenar yang dilaporkan pada akhir tahun 2022. Sarawak antara yang terawal mencapai kejayaan pemberian vaksin COVID-19 pada tahun 2021 dan mempunyai kadar tertinggi dalam MySejahtera menerima vaksin COVID-19. Saya lihat ia dapat dilakukan kewujudan organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) di bawah Timbalan Premier Sarawak. SDMC pada peringkat awal lagi, sebelum MySejahtera diwujudkan telah menggerakkan dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Bencana di setiap bahagian di Sarawak di mana Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk menyenaraikan serta mendaftar semua penduduk di kawasan masing-masing yang layak untuk menerima vaksin. Pada masa itu, kita mempunyai lebih 80 peratus penduduk dewasa yang layak sebelum kerajaan melancarkan MySejahtera secara permohonan di atas talian. Dengan bantuan KKM Putrajaya, masa itu kita dapat buat penyelarasan pendaftaran secara manual kepada online dan menyelaraskan dengan aplikasi MySejahtera dan menyediakan jadual untuk mereka membuat temu janji untuk pemberian vaksin. Tuan Yang di-Pertua, pada 16 Ogos 2021 kadar kumulatif pemberian dos vaksin di Malaysia bagi dewasa yang layak ialah 47.2 peratus, Sarawak sebanyak 81.5 peratus di belakang Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 89.3 peratus. Mengambil kira muka bumi Sarawak yang luas dan penduduk yang tersebar luas, maka SDMC telah menubuhkan banyak pusat pemberian vaksin (PPV), PPV Mega di kawasan bandar, PPV bergerak, PPV swasta di kawasan terpencil dan juga PPV awam di hospital dan klinik awam. Dengan ini Sarawak berjaya merekodkan kadar pemberian vaksin yang tinggi dan sekali gus membantu Sarawak masuk ke fasa endemik lebih awal. Bila darurat ditamatkan pada Ogos 2021 dan memberi laluan kepada Sarawak untuk mengadakan pilihan raya negeri pada bulan Disember 2021, Sarawak telah mencapai kadar pemberian vaksin lebih 80 peratus. Diucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan pada masa itu kerana turut membantu. Bayangkan jika Sarawak tidak mencapai kadar tersebut semasa PRN 2021 bukan hanya Sarawak, tetapi seluruh negara akan berisiko. Kita lihat selepas pilihan raya negeri tersebut, walaupun kes harian COVID-19 masih meningkat akibat kes yang melibatkan varian delta tetapi kadar kematian telah menurun. Ini adalah kerana kadar pemberian vaksin yang tinggi. Sumbangan dan sokongan semua pihak yang luar biasa ke atas kadar pemberian vaksin yang tinggi telah memberi laluan kepada Sarawak masuk ke fasa endemik. Tuan Yang di-Pertua, semua ini tidak boleh dicapai oleh SDMC tanpa sokongan Kerajaan Negeri Sarawak. Antaranya menyediakan belanja untuk membayar hotel tempat kuarantin, perkhidmatan tambahan untuk menghantar vaksin ke luar bandar, tempat terpencil menggunakan kenderaan empat roda, bot dan helikopter, tempat-tempat kuarantin dan juga hospital medan bagi mengurangkan bebanan pesakit di Hospital Kuching, Sibu dan Miri dan juga ujian COVID-19 dengan menambah kapasiti ujian dari 2,500 hingga 6,000 ujian sehari. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini Betong juga ingin menyarankan di atas pengalaman yang kita lalui agar KKM terus menyelesaikan kekurangan pegawai perubatan di hospital dan klinik di Sarawak dan juga menyediakan peruntukan bagi menangani isu kesesakan katil pesakit di hospital kerajaan dan menyediakan peruntukan untuk naik taraf, baik pulih atau bina baharu klinik di luar bandar Sarawak serta menambah baik isu perhubungan dan jaringan klinik di luar bandar. Ini untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat dan menambah baik tahap kesihatan kita untuk
menghadapi apa sahaja kemungkinan dan apa jua bentuk penyakit dan wabak di masa hadapan. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa telah tamat jadi untuk akhirnya, Betong juga senada dengan rakan-rakan lain agar Malaysia turut mewujudkan fasiliti penghasilan vaksin sendiri bagi menghadapi apa-apa jenis pandemik di masa hadapan. PAC dalam laporannya telah menyatakan perolehan vaksin telah mematuhi segala prosedur. Maka Betong ingin mengetahui, adakah kandungan kertas putih vaksin menggariskan cadangan serta hala tuju untuk Malaysia menghasilkan vaksin tempatan. Maka dengan kesempatan ini juga Betong juta ingin merakamkan penghargaan kepada semua frontliners dan seluruh anggota KKM yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas semasa fasal pandemik yang lalu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat-rakyat Malaysia, orang muda supaya sentiasa tawaduk untuk menghadapi kehidupan yang mencabar walaupun KWSP belum dapat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa, ini sedikit, saya jarang baca tetapi yang ini saya kena baca sedikit, hendak bagi tahu yang pertama sekali PKP telah diumumkan pada 18 Mac 2020. Selepas itu kita dapati WHO telah mengisytiharkan COVID-19 ini merupakan pandemik global pada 11 Mac dan kita memperkenalkan PKP pada 18 Mac. Jadi, saya hendak ambil kesempatan ini sekali lagi kepada rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian iaitu kita hendak ucapkan terima kasih kepada semua anggota kerajaan dan frontliners, di atas pengorbanan anda merisikokan nyawa anda semasa menangani pandemik COVID-19. Kemudian, saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, Perdana Menteri pada waktu tersebut, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri, anggota Kabinet Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin yang kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri ketika pandemik COVID- 19 masih berada pada tahap kritikal. Walaupun beliau sibuk bertungkus-lumus mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 tetapi beliau tetap bersemangat membusanakan baju yang berwarna-warni yang melambangkan keharmonian dan keceriaan kehidupan rakyat Malaysia di saat kita semua menghadapi ujian pandemik yang cukup hebat. Terima kasih juga kepada Dato' Sri Dr. Adham bin Baba, Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham bin Abdullah. Selepas itu PAC telah- Menteri mengadakan mesyuarat dan mereka telah mengeluarkan 500 muka surat laporan dan Ipoh Timur pada masa itu menjadi Pengerusi dan termasuk salah seorangnya Yang Berhormat Permatang Pauh yang sekarang bukan Ahli Parlimen dan mereka telah mengesahkan bahawa pemberian vaksin berkenaan dibuat secara teratur. Keputusan itu diumumkan sendiri oleh beliau. Pada masa itu kita dengar beberapa komen. Di antaranya komen daripada Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham yang menyebut kalau kita memberi komen itu mengenai isu perolehan vaksin COVID-19 akan undermining, merendahkan kredibiliti, bukan KKM tetapi PAC. Kalau PAC sudah bagi satu pandangan maka selesailah tetapi kalau kita hendak persoalkan, kita kena soal PAC dan adalah tidak wajar kita buat demikian. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali laporan kertas putih ini untuk membentangkan secara keseluruhannya apa yang berlaku dan walaupun kita telah, PAC telah bermesyuarat dan telah memutuskan telah menerima, tetapi kita buat kertas putih
untuk kita bentangkan. Akan tetapi kertas putih ini ialah perkara yang kerajaan tulis, ada perkara yang kerajaan tidak tulis, kena masuklah sebab dia kertas putih. Maknanya kertas putih itu boleh masuk macam-macam benda lain untuk diputihkan lagi sebelum jadi putih. Maka di antaranya saya hendak ambil kalau Yang Berhormat masih ingat, Tuan Yang di- Pertua mesti ingat saya percaya. Yang Berhormat masih ingat ini gambar-gambar dahulu. [Menunjukkan salinan gambar-gambar] Ini gambar bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, ini gambar Menteri Pelancongan Mohamaddin Ketapi dan juga masa itu Menteri Kesihatan [Merujuk kepada Yang Berhormat Kuala Selangor] pun ada di belakang dia dan Ketua Pengarah Kesihatan. Setelah kita mendapat maklumat bahawa pelancong Cina positif COVID-19, mereka kata kita tidak boleh mendiskriminasikan rakyat China, kita mesti benarkan mereka masuk dan Perdana Menteri pada masa itu juga kata kita akan terus benarkan visa 15 hari kepada mereka. Masa itu di seluruh dunia telah berlaku kelam kabut.
[Bangun]
Saya tidak blame Yang Berhormat. Kelam kabut, kita tidak tahu penyakit apa yang datang.
Boleh sedikit Yang Berhormat Arau? Yang Berhormat Arau, Kuala Selangor hendak beri sedikit input supaya diberi gambaran yang sepenuhnya.
Malah di Amerika pada masa tersebut, di New York sahaja seribu orang mati setiap hari, satu ribu. Ada berlaku kisah saya yang tidak mahu sebut sebab saya sedih kepada seorang pemimpin kanan doktor yang membunuh diri, tidak tahan melihat suasana yang berlaku.
Yang Berhormat Arau, boleh beri laluan sedikit? Yang Berhormat Arau, budiman dan madanilah sedikit. Bagi laluan kepada Kuala Selangor. Nanti saya jelaskan berapa kes masa saya...
Ada negara yang rakyatnya tidak tahu bahawa COVID-19 ini bahaya. Mereka buat demonstrasi tidak mahu tutup muka, tidak mahu buat PKP.
...Mentadbir, boleh Arau?
Tidak bagi laluan, duduklah! Tidak bagi laluan kan?
Jangan buat tuduhan macam itu. Tidak baik.
Bagi sesetengah negara, mereka meneruskan dan di antara Malaysia yang telah didaftarkan. Yang Berhormat pun... [Tidak jelas]
Kurang sopanlah Yang Berhormat Arau ini. Tidak madani sangatlah.
...Didaftarkan sebagai negara yang terbaik di dunia, yang mencapai kadar vaksinasi yang tinggi ialah Malaysia. Yang terbaik! Cuma dipersoalkan, saya tidak tahu siapa yang mempertikaikan. Kami tidak pertikai, puak- puak kami tidak pertikai. Siapa yang pertikai? Mungkin yang pertikai di pihak kerajaan. Kerajaan pertikai kerajaan, pening kepala? Yang Berhormat, ini kerajaan pertikai kerajaan. Kami tidak pertikai. Kita kena ingat sebahagian daripada anggota Parlimen kita ada yang kena COVID-19.
Baharu Yang Berhormat Arau pertikai tadi, kata tidak pertikai pula. Macam ini Yang Berhormat Arau?
Sebelum vaksin, ambil vaksin.
Yang Berhormat Kuala Selangor, sila duduk.
Kita bersyukur apabila kerajaan memperkenalkan vaksin...
Yang Berhormat Arau, baru Yang Berhormat Arau membuat tuduhan kepada saya. Dewan semua dengar Yang Berhormat Arau. Ini tidak tamadun betullah Yang Berhormat Arau ini.
Kita bersyukur ramai kawan kita yang berada di sini kecuali seorang dua yang telah tewas dengan COVID-19.
Yang Berhormat Arau, bagilah sedikit seminit, 30 saat sahaja Yang Berhormat Arau. Kalau berani.
Kuala Selangor sila duduk, Yang Berhormat Arau tidak beri laluan.
Semasa Menteri Kesihatan juga kurang mendapat maklumat sebab apa, dunia menghadapi masalah. Kasihan kat dia. Dia baik tetapi masa buat statement ini...
Yang Berhormat Arau, itu melampau-lampau nampaknya. Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak tahu apa latar belakang seluruhnya, kita boleh adakan perbahasan dalam kamar dengan Arau. Besok kita boleh berbahas.
Masa buat kenyataan akhbar, dia ada di belakang Menteri Pelancongan. Mana mungkin Menteri Pelancongan keluar statement? Sepatutnya Menteri Kesihatan yang keluarkan statement tetapi Menteri Pelancongan keluarkan statement berhubung dengan COVID-19.
Yang Berhormat Arau...
Yang Berhormat Kuala Selangor sila duduk, Yang Berhormat Arau tidak beri laluan. Masa pun hendak tamat.
Menteri Kesihatan selepas itu barulah, apabila Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin mengambil alih, barulah mereka perasan bahawa penyakit ini serius dan mereka memperkenalkan PKP. Dia mengambil alih 1 Mac, 18 Mac memperkenalkan PKP dan masa kita memperkenalkan PKP itu, kita lihat pelbagai perkara berlaku dan kesan daripada PKP, kesan daripada COVID-19 ini kita tahu bahawa rakyat...
Yang Berhormat Arau, sila gulung.
...Ramai yang jatuh miskin, permohonan untuk mengeluarkan KWSP baru-baru ini...
Kita tidak ambil pendekatan attack Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Arau. Kita tidak ambil pendekatan itu semasa saya berucap. Kalau saya hendak attack, lumat saya kerjakan.
...Patut dilihat kembali dan diberikan. Kamu hendak cakap apa Yang Berhormat? Silakan, silakan bercakap Yang Berhormat. Yang Berhormat, silakan.
Masa sudah tamat.
Hendak bagi peluang kat dia, kasihan kat dia. [Ketawa]
Ya, Yang Berhormat Arau. Terima kasih kerana memberikan laluan kepada saya. Kalau Yang
Berhormat Arau mahu memberitakan kembali, mengisahkan kembali gambar rajah Yang Berhormat Arau tunjukkan tadi, Yang Berhormat Arau perlu tahu rentetan susur galur cerita itu. Ketika saya meninggalkan MOH, apakah ada sana kes dalam ICU? Apakah ada kematian dan kes hanya ada pada 22 cases semenjak saya mengemudi MOH. Jadi Yang Berhormat Arau, jangan salahkan itu kerana polisi itu adalah tertakluk kepada keperluan. Itulah cara kita.
Bagus, Yang Berhormat itu bagus.
Jadi pada waktu itu, it is mitigation. Yang Berhormat Arau kena faham. Terima kasih.
Cukuplah, saya puji Yang Berhormat. Selepas itu penyakit merebak seluruh dunia dan kita bagi vaksin. Yang kita pening kepala, kenapa kerajaan pertikai buat kertas putih. Yang Berhormat sudah buat kerja baik, kerajaan pertikai Yang Berhormat. Ingat itu.
Yang Berhormat Arau, sila gulung.
Yang paling penting akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana biasa, ampun, seminit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Seorang yang baik seperti Tuan Yang di-Pertua jangan hilangkan kebaikan dengan menghukum saya. Saya orang baik Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, seminit lagi, saya hendak tunjukkan bahawa kertas putih ini kena masukkan juga rentetan peristiwa yang Menteri Kesihatan sebutkan tadi sebab masa itu kita tidak saring orang. Mungkin ramai sudah kena COVID-19, kita tidak tahu tetapi apabila kerajaan serius tentang perkara itu, membuat PKP dan memperkenalkan pelbagai jawatankuasa dan selepas itu saya juga masuk dalam kerajaan Yang Berhormat masa itu, kita buat kerja dengan serius dan kita bersyukur rakyat telah selamat. Yang Berhormat Kota Raja pun selamat, semua pun selamat. Alhamdulillah. Sepatutnya kita kata alhamdulillah, kita semua telah selamat dan PAC telah mengesahkan bahawa perbelanjaan yang dibuat adalah betul dan benar. Jadi Yang Berhormat dalam Kertas Putih ini masukkan juga sedikit tentang di peringkat awal berlaku huru-hara dan kelam-kabut. Saya ingat mereka tidak dapat buat apa-apa dan selepas kerajaan baharu, Yang Berhormat Pagoh ambil alih, Yang Berhormat Bera ambil alih, kita lihat banyak perkara yang telah diselesaikan. Akan tetapi tidak apa, Menteri yang dahulu pun bagus. Dia pun buat kerja teruknya, Menteri Kesihatan Yang Berhormat Hulu Selangor dan kita lihat kesnya cukup kurang. Itu sebab semasa Menteri Pelancongan buat statement dia tidak buat statement sebab kesnya kurang. Dia bagi Menteri Pelancongan buat statement.
Masa sudah tamat Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih kepada semua orang. Minta maaf, jangan marah pada saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, sekarang jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Segulai Sejalai Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut. Terima kasih Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Putrajaya dan juga Yang Berhormat Arau. Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang tempoh perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang mempunyai kesefahaman yang sama mengenai keperluan pihak kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Kesihatan Malaysia semasa melaksanakan perolehan vaksin COVID-19 iaitu mengutamakan nyawa rakyat Malaysia serta mengurangkan kesan buruk penularan COVID-19 sekiranya ia tidak dibendung. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tentang non-disclosure agreement (NDA) dan klausa kerahsiaan yang termaktub dalam kontrak perjanjian perolehan vaksin COVID-19. Bagi menjawab pertanyaan semua Yang Berhormat terutama sekali Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Pendang berkenaan tentang NDA, kerajaan terikat dengan klausa kerahsiaan yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar vaksin. Oleh itu, beberapa maklumat terperinci setiap perjanjian termasuklah harga vaksin tidak boleh didedahkan kepada umum. Walau bagaimanapun, kos perolehan bagi setiap jenis vaksin telah dijelaskan dalam prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Mesyuarat Khas Parlimen ke-14 yang diadakan pada 2 Ogos 2021. Suka saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, perundingan perolehan vaksin ini turut melibatkan aspek komersial syarikat yang terlibat. Salah satu tujuan klausa kerahsiaan diwujudkan adalah untuk pihak-pihak terlibat melindungi hak-hak masing-masing. Dalam hal ini, syarikat pengeluar vaksin telah menetapkan syarat kerahsiaan harga dan terma-terma lain demi menjaga kepentingan komersial mereka memandangkan perjanjian ini merupakan perjanjian bersifat global yang turut diguna pakai oleh syarikat pengeluar dengan negara-negara yang lain. Berdasarkan semakan, semua negara berhasrat meneruskan rundingan perolehan dengan syarikat pengeluar vaksin. Contohnya seperti Pfizer Sdn. Bhd. Negara- negara tersebut perlu menandatangani confidential disclosure agreement (CDA) dan kemudiannya binding term sheet (BTS) sebelum dokumen perjanjian Manufacturing and Supply Agreement (MSA) dimeterai. Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak menandatangani dokumen-dokumen tersebut, sebarang rundingan awal serta perkongsian maklumat seperti kandungan bahan aktif serta dapatan awal kajian klinikal tidak akan dikongsikan kepada Kerajaan Malaysia. Proses perolehan vaksin adalah suatu yang tidak dapat dijangka bagi kerajaan dan pengubahsuaian tatacara perolehan kerajaan yang melibatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara perlu dilakukan kerana kerajaan terpaksa melakukan perolehan terhadap vaksin yang belum terhasil dan belum juga didaftarkan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tentang penjelasan mengenai mengapa kerajaan masih menandatangani perjanjian perolehan vaksin COVID-19 walaupun kontrak perjanjian adalah berat sebelah, saya ingin menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan mengapa kerajaan masih menandatangani perjanjian tersebut walaupun kontrak perjanjian adalah berat sebelah. Semasa Malaysia berdepan pandemik COVID-19, perolehan vaksin COVID-19 adalah literally life and death issue. Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan perolehan vaksin COVID-19 meskipun kontrak perjanjian tidak memihak kepada kerajaan bertujuan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada jangkitan COVID-19 menjadi lebih teruk, komplikasi yang
membawa maut dan memastikan 80 peratus herd community immunity dicapai dengan kadar segera. Kerajaan membuat keputusan dasar untuk memeterai perjanjian perolehan vaksin ini untuk menyegerakan proses perolehan vaksin COVID-19 kerana setiap nyawa rakyat Malaysia adalah berharga. Perundingan perolehan vaksin melibatkan perkara dasar, kewangan, teknikal, spesifikasi vaksin. Jabatan Peguam Negara telah membangkitkan isu ketidakaturan dalam draf perjanjian yang mana secara keseluruhan memihak kepada syarikat. Walaupun kerajaan menyedari atas nasihat Jabatan Peguam Negara, perjanjian tidak memihak kepada kerajaan, maka kerajaan perlu membuat keputusan dasar untuk meneruskan pembelian yang mendesak atas faktor kepentingan dan kesihatan awam. Selain itu, antara cabaran kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi adalah seperti berikut. Vaksin COVID-19 berada dalam senario pasaran yang didominasi oleh pihak pengeluar, supplier market dengan izin. Keadaan ini telah memberi ruang kepada pengeluar untuk menetapkan terma-terma yang lebih memihak kepada mereka. Berdasarkan beberapa sesi rundingan perolehan yang telah diadakan, pihak pengeluar vaksin memaklumkan bahawa templat kontrak perjanjian yang digunakan adalah global templat yang diguna pakai oleh kesemua negara yang berurus niaga dengan syarikat pengeluar vaksin. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tentang penjelasan berkenaan kelewatan pemeteraian perjanjian dan pembekalan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech oleh Kerajaan Malaysia berbanding dengan negara Singapura, saya ingin menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Malaysia adalah merupakan negara yang kedua di ASEAN yang menerima vaksin mRNA selepas Singapura. Berbanding negara Singapura yang mempunyai populasi empat juta orang penduduk, Malaysia pula mempunyai populasi enam kali ganda lebih tinggi iaitu 32 juta orang penduduk. Oleh yang demikian, analisa yang lebih teliti daripada sudut perolehan dan juga pelaksanaan PICK perlu dilaksanakan. Berkenaan tentang pertanyaan Yang Berhormat Puchong tentang tempoh yang diperlukan bagi pendaftaran fast track bersyarat vaksin COVID-19. Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer telah diluluskan oleh USFDA pada 1 Disember 2020 manakala WHO telah memberikan kelulusan Emergency Use Listing pada 30 Disember. Berbanding negara lain yang memberikan kelulusan Emergency Use Listing tanpa mendaftarkan vaksin tersebut di Malaysia, vaksin tersebut perlu didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum ia boleh digunakan. Vaksin tersebut diberikan pendaftaran bersyarat secara fast track berdasarkan Garis Panduan Pendaftaran Bersyarat Produk Farmaseutikal yang menitikberatkan faktor kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut walaupun data yang dikemukakan pada ketika itu adalah terhad. Hasilnya, vaksin COVID-19 pertama iaitu Comirnaty keluaran Pfizer telah didaftarkan dalam masa 10 hari bekerja selepas dokumen yang lengkap diterima. Bagi memastikan jumlah dos yang mencukupi untuk memenuhi keperluan imuniti kelompok 80 peratus populasi dewasa, strategi perolehan vaksin COVID-19 dilaksanakan secara multipronged approach. Kementerian Kesihatan juga mengambil kira pelbagai aspek sebelum perjanjian perolehan boleh dirunding dengan pihak-pihak berikut seperti fasiliti COVAX government to government dan syarikat pembekal. Berkenaan tentang perolehan vaksin COVID-19 oleh Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. mengenai perbezaan bayaran bagi vaksin Sinovac yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taiping, saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) untuk perolehan 12 juta dos vaksin Sinovac pada 22 Mac 2021. Kuantiti perolehan ini kemudian ditingkatkan secara berperingkat kepada 20.4 juta dos dengan mengambil kira hasrat kerajaan untuk mempercepatkan proses vaksinasi keseluruhan penduduk di Malaysia.
Secara keseluruhan, perolehan 20.4 juta dos vaksin Sinovac dilaksanakan secara kombinasi fill and finish dan imported finished product. Kaedah fill and finish membolehkan syarikat PLS mengimport vaksin Sinovac secara bulk order dari negara China dan melaksanakan pembotolan vaksin di kilang PLS sebelum dibekalkan kepada kerajaan untuk tujuan pemvaksinan. Berdasarkan kaedah imported finished product pula, syarikat PLS akan mengimport vaksin dari negara Republik Rakyat China dan kemudiannya terus dibekalkan kepada kerajaan untuk tujuan pemvaksinan. Terdapat keperluan untuk kelulusan regulatory bagi membekalkan vaksin Sinovac secara fill and finish memandangkan terdapat kelewatan syarikat PLS untuk mendapatkan kelulusan tersebut yang seterusnya menyebabkan kelewatan pembekalan. Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan perolehan vaksin Sinovac secara imported finished product. Keputusan ini turut mengambil kira keperluan untuk melandaikan keluk COVID-19 dan seterusnya menyekat penularan COVID-19. Justeru, terdapat perbezaan harga antara perolehan harga vaksin Sinovac dengan kaedah fill and finish dan imported finished product dan perkara tersebut ada dibincangkan di dalam PAC. Sasaran kerajaan pada ketika itu adalah untuk memberikan vaksin sebanyak 300 dos sehari.
Justeru, perolehan vaksin Sinovac secara imported finished product adalah perlu bagi mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PIC) memandangkan vaksin-vaksin lain tidak dapat memenuhi keperluan dos negara pada masa tersebut. Proses rundingan yang turut melibatkan rundingan harga antara kerajaan dengan Syarikat PLS telah dilaksanakan, sebelum perolehan vaksin Sinovac dilaksanakan. Ia adalah selaras dengan standard operating procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Perolehan vaksin COVID-19 telah melalui pelbagai siri rundingan, terma dan syarat pembekalan antara agensi kerajaan dengan syarikat-syarikat yang terlibat. Berkenaan tentang harga vaksin Sinovac yang lebih tinggi di pasaran swasta ataupun private market, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Kuala Langat bahawa pembelian vaksin untuk kerajaan adalah percuma di bawah Projek Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Secara keseluruhan, diberikan secara sukarela kepada semua penduduk Malaysia untuk perlindungan imuniti. Kementerian Kesihatan mendapati harga vaksin COVID-19 yang ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta adalah berbeza dan lebih tinggi, dan pastinya ia akan membebankan rakyat. Justeru, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atau dikenali sebagai KPDN HEP pada masa tersebut, telah menetapkan harga maksimum vaksin COVID-19 bermula 15 Januari 2022, untuk mengelak vaksin COVID-19 dijual dengan harga yang terlalu tinggi. Dalam hal ini, harga maksimum borong dan runcit vaksin Sinovac ditetapkan pada harga RM62 dan RM77. Harga runcit ini tidak termasuk caj perkhidmatan dan consumable yang digunakan semasa pemvaksinan COVID-19. Berkenaan tentang statistik penerimaan COVID-19- saya ingin memaklumkan data terkini penerima vaksin COVID-19 sehingga 30 Mei 2023, seramai 27,550,124 orang, bersamaan dengan 84.4 peratus penduduk Malaysia telah menerima dos primer lengkap. Manakala seramai 16,335,715 bersamaan dengan 50 peratus penduduk telah menerima dos penggalak, dan seramai 823,495 orang- bersamaan dengan 22.5 peratus populasi telah menerima dos penggalak yang kedua. Ini adalah merupakan nilai yang sangat- sangat rendah bagi booster dose yang kedua. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 dan unjuran perolehan vaksin COVID-19- saya ingin menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Sungai Petani berkenaan tentang kekurangan bekalan vaksin, yang menyebabkan
kelewatan pelaksanaan PICK. PICK telah bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Fasa III, iaitu Februari 2021. Kemuncak vaksinasi COVID-19 di bawah PICK adalah pada bulan Ogos 2021 semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penduduk membentuk perlindungan kelompok dalam kalangan populasi Malaysia bagi membolehkan sektor ekonomi negara beroperasi. Suka saya untuk tekankan berkenaan tentang perancangan pelaksanaan PICK adalah berdasarkan situasi COVID-19, dan sasaran populasi iaitu 80 peratus daripada penduduk Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sedaya upaya memastikan penghantaran vaksin tepat berdasarkan jadual yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun, masih terdapat vaksin yang ditempah tidak diterima mengikut jadual asal yang ditetapkan berikutan permintaan global yang tinggi. Ini adalah merupakan antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak AGC berkenaan- apakah di dalam kandungan perjanjian tersebut, sekiranya berlaku kelewatan, adakah terdapat denda yang dikenakan kepada syarikat pembekal, dan juga perkara-perkara tersebut memang telah dibincangkan di peringkat Kementerian Kesihatan Selain daripada itu, susulan kelewatan penghantaran vaksin- kerajaan telah bersetuju untuk menerima sumbangan vaksin COVID-19 dari negara-negara lain seperti United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Republik Rakyat Cina untuk memenuhi keperluan vaksinasi negara ketika itu. Perkara tersebut dapat dirujuk di dalam Kertas Putih. Kemunculan varian-varian baharu yang mengancam nyawa juga menyumbang kepada keputusan kerajaan untuk mendapatkan sumber bekalan vaksin dengan segera dengan mengurangkan transmisi jangkitan COVID-19. Susulan daripada tindakan segera ini, kerajaan dapat mencapai kadar vaksinasi yang tinggi melalui PICK dan mencapai sasaran lebih awal daripada yang ditetapkan, sekali gus membolehkan kerajaan mengawal pandemik COVID-19, dan memberikan kesan positif kepada sektor dalam negara. Secara amnya, penggunaan vaksin COVID-19 adalah selari dengan penerimaan stok vaksin COVID-19. Akan tetapi, pembelian tambahan dan penerimaan sumbangan vaksin COVID-19 daripada negara luar atas sebab-sebab seperti saya nyatakan tadi, telah menyumbang kepada lebihan stok vaksin berbanding perancangan asal PICK. Ini bermaksud seperti apa yang dilaporkan di dalam Kertas Putih, terdapat 8.5 juta stok vaksin yang terpaksa dibuang. Ini adalah bersama dengan hasil sumbangan vaksin-vaksin daripada negara luar yang tidak digunakan. Setelah banyak sektor ekonomi dibuka, dan negara memasuki fasa peralihan endemik bermula April 2022, sambutan rakyat terhadap dos penggalak juga berada pada tahap yang rendah. Walaupun banyak usaha telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pengambilan dos penggalak. Kita dapat lihat dengan jelas terdapat perbezaan yang sangat besar penerimaan dos primer dan juga dos penggalak seperti yang dilaporkan di dalam Kertas Putih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa keputusan kerajaan untuk membuat perolehan vaksin COVID-19 pada ketika itu adalah tepat, dan terbaik. The best and the right decision berdasarkan situasi yang sangat mendesak, dan dengan izin, it is a matter of life and death of our people. Adalah juga tidak adil untuk kita membandingkan penerimaan vaksin COVID-19 di Malaysia dengan negara-negara pengeluar vaksin termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat yang pastinya akan mengutamakan rakyat mereka dan menyebabkan rakyat mereka lebih cepat mendapat bekalan vaksin berbanding negara-negara lain. Walaupun PICK bermula pada Februari 2021 berbanding dengan Singapura serta negara-negara pengeluar vaksin seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, Malaysia telah berjaya..
Tuan Yang di-Pertua.
Mencapai 80 peratus sasaran pada September 2021..
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit.
Lima bulan lebih awal daripada sasaran asal.
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.
Yang Berhormat Puchong.
Ya. Kita ada tanya tentang jumlah dos yang luput, 8.5 juta lebih kurang itu. Berapakah jumlah nilai yang agak-agak daripada jumlah dos vaksin yang telah luput?
Oleh sebab kita terikat dengan apa yang saya sebut berkenaan tentang NDA dan juga 8.5 juta- dos tersebut adalah mix with the sumbangan daripada negara-negara, saya tidak dapat memberikan jumlah spesifik berkenaan tentang berapakah nilai- hasil dalam pembaziran tersebut. Walaupun demikian, saya merasakan jawapan tersebut...
Tuan Yang di-Pertua...
...Dapat diperoleh sekiranya pihak PAC mengadakan susulan perolehan vaksin pada sesi persidangan yang ada sekarang. Yang Berhormat, sekiranya kita merujuk kepada Kertas Putih, walaupun kita tidak memberikan satu nilai yang spesifik berkenaan tentang jumlah yang kita procure untuk vaksin tersebut, kita telah menyatakan, jumlah peruntukan yang telah kita gunakan untuk pembelian dan perolehan vaksin yang dianggarkan sekitar RM4.6 bilion, dan juga...
Tuan Yang di-Pertua.
...Kita dapat lihat, jumlah dos-dos yang telah diagihkan, dan sekiranya dengan penggunaan kiraan yang mudah, kita dapat membuat anggaran berkenaan tentang nilai ataupun jumlah pembaziran yang telah dibuat, ataupun vaksin-vaksin yang telah tamat tempoh tersebut dapat kita anggarkan.
Saya hendak minta penjelasan sedikit sahaja, RM4.65 bilion dari Kertas Putih ini muka surat 56 adalah untuk perolehan bekalan vaksin dengan perkhidmatan logistik vaksin. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah RM4.65 bilion ini hanya untuk perolehan, ataupun ia juga include perkhidmatan logistik? Ini sebab kita hendak tanya, berapakah jumlah nilai perolehan sahaja?
Berdasarkan apa dimaksudkan oleh Yang Berhormat Puchong, RM4.65 bilion tersebut adalah merupakan pakej perolehan yang telah dimuktamadkan di dalam agreement. Bermaksud ia termasuk dalam vaksin, vial, dos dan juga to transport to the country.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Satu soalan ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tunggu sekejap.
Bagi izinkan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Satu sahaja. Adakah...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masih banyak hendak jawab? Boleh sambung semula selepas...
Boleh? Ringkas sahaja, 30 saat.
Okey.
Apakah Kementerian akan meneruskan pembelian bivalen vaksin yang disebutkan sikit waktu dahulu, yang dibelikan daripada Pfizer?
Saya akan menjawab.
Tolong jawab. Kalau tidak tahu jawab, pergi...
Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Mantan Menteri Kesihatan, berkenaan tentang bivalen, kerajaan telah memutuskan stok- stok yang hampir luput dan sedia ada dalam simpanan kita, kita akan tukar kepada bivalen, dan juga perkara tersebut dengan jumlah sebanyak 2.7 juta bivalen yang akan kita terima, berdasarkan untuk mengelakkan pembaziran ataupun pembuangan vaksin- vaksin tersebut. Saya tidak dapat memberikan jaminan Yang Berhormat Kuala Selangor, walaupun kita mampu menukar kepada bivalen- seperti apa data yang diperolehi hanya 2.5 peratus penerima booster dos, kita mungkin akan mengalami perkara yang sama, iaitu kita terpaksa memusnahkan vaksin-vaksin yang telah luput. Tuan Yang di-Pertua, masih ada beberapa perkara yang...
Boleh sambung selepas lunch break?
Okey, boleh.
Boleh? Okay. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.02 tengah hari, saya menempohkan mesyuarat sekarang, dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung kepada penggulungan perolehan vaksin. Saya ingin menegaskan bahawa keputusan kerajaan untuk membuat Perolehan Vaksin COVID-19 pada ketika itu adalah tepat dan terbaik- the best at the right decision berdasarkan situasi yang sangat mendesak, dengan izin, it is a matter of life and death of the people. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Puchong tadi, soalan tersebut bolehlah kita rujuk ke Kertas Putih di muka surat 57 berkenaan tentang penggunaan RM40.6 bilion peruntukkan pembelian dan juga perolehan vaksin dan juga untuk kegunaan logistik. Selain daripada itu, saya juga ingin juga membangkitkan persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat berkenaan tentang keberkesanan pembukaan PPV Mega dan berskala besar. Tujuan utama pembukaan PPV Mega adalah
untuk mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada seramai mungkin penduduk Malaysia bagi mengelakkan komplikasi teruk akibat jangkitan COVID-19 serta kematian. Apabila jangkitan melonjak naik di Lembah Klang, ekoran jangkitan varian Delta, PPV Mega telah dibuka bagi mempercepatkan kadar suntikan harian di mana kadar pemberian harian PPV Mega di Lembah Klang sebanyak 150,000, dos sehari. Bagi tempoh 30 Disember 2021 sebanyak 2,600 buah PPV berskala kecil seperti PPV oleh klinik pengamal perubatan swasta, klinik pakar swasta, hospital swasta dan perkhidmatan ambulatori (PPVCC) telah memberi suntikan sebanyak 7.5 juta, dos berbanding 15 juta, dos yang diberikan oleh beberapa PPV berskala besar di seluruh negara. Berdasarkan jumlah vaksinasi, pembukaan PPV berskala besar seperti PPV Mega dan Integrasi adalah berkesan dalam mempercepatkan proses vaksinasi. Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan pelaksanaan Program Imunisasi COVID- 19 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain, bagi tempoh bermula Disember 2020 sehingga 30 April 2023, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM5.885 bilion dan juga RM5.348 bilion oleh KKM dan RM537.5 juta oleh MOSTI bagi pelaksanaan PICK termasuk PICK Kids menggunakan peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) dan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Pelaksanaan kedua-dua program vaksinasi ini melibat kos perolehan bekalan vaksin COVID-19 serta perkhidmatan logistik vaksin, pengurusan pelaksanaan pemberian vaksin dan pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Sebanyak RM4.651 bilion diperuntukkan untuk perolehan bekalan vaksin dan perkhidmatan logistik vaksin. Manakala, baki sebanyak RM1.19 bilion adalah bagi pelaksanaan PICK. Berkenaan tentang su yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat berkenaan tentang adverse event following immunization (AEFI) ataupun kesan adverse yang kerap berlaku telah didokumentasikan adalah seperti demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan dan biasanya akan pulih dalam masa beberapa hari dengan ataupun tanpa rawatan. Selain itu, kesan adverse lain yang turut dilaporkan, adalah seperti sakit sendi, cirit-birit, menggigil, muntah dan merasa loya. Semenjak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada Februari 2021 sehingga 30 April 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 26,717 laporan kesan adverse susulan imunisasi AEFI vaksin COVID- 19 melalui sistem pelaporan NPRA. Daripada jumlah itu, hanya sebilangan kecil sahaja iaitu 1,868 laporan bersamaan tujuh peratus melibatkan kesan adverse yang diklasifikasikan sebagai serius, manakala majoriti 93 peratus laporan melibatkan kesan adverse yang ringan sahaja. Adakah kerajaan menyediakan bantuan khas? Ya, kerajaan telah menyediakan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 bagi penerima vaksin yang terkesan akibat AEFI yang berhubung kait dengan pemberian vaksin COVID-19. Semua warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 adalah layak memohon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 layak diterima oleh pemohon yang merupakan penerima vaksin COVID-19 yang mempunyai kesan adverse susulan imunisasi atau AEFI yang serius atau hilang upaya kekal serta waris penerima vaksin yang meninggal dunia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mei 2023, sebanyak 319 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 150 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM2.556 juta. Tuan Yang di-Pertua, bilangan dos vaksin COVID-19 yang telah luput dan prosedur pelupusan. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Puchong berkenaan bilangan dos vaksin COVID-19 yang telah luput dan prosedur pelupusan sehingga 1 Jun 2023, terdapat 8.5 juta dos vaksin pelbagai jenama telah luput di fasiliti KKM dan gudang simpanan vaksin COVID-19. Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Dan Tatacara
Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. Pemantauan status pelupusan juga dilaksanakan secara berkala. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Sri Aman, sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan lebihan vaksin COVID-19, kementerian telah membuat tawaran vaksin COVID-19 kepada negara-negara luar sejumlah 1,832,000 dos vaksin pelbagai jenama telah disumbangkan kepada negara seperti Bangladesh, Myanmar, Laos dan juga Bosnia and Herzegovina. Berkenaan tentang hala tuju vaksin. Tuan Yang di-Pertua, banyak soalan berbangkit berkenaan tentang hala tuju Vaksinasi COVID-19.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai hala tuju vaksinasi COVID-19, untuk tahun 2023 hingga 2024, hala tuju vaksin COVID-19 adalah ditetapkan selaras dengan syor terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) SAGE Roadmap for Prioritizing Uses of COVID-19 Vaccines bertarikh 30 Mac 2023 iaitu agar pemberian vaksin COVID-19 disarankan untuk terus diberikan kepada individu berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi teruk kesan daripada jangkitan COVID-19 seperti: (i) warga emas berumur lebih daripada 60 tahun; (ii) individu berusia melebihi usia lima tahun dengan moderate to severe immunocompromising conditions, dengan izin; (iii) ibu mengandung; (iv) remaja dan dewasa; (v) kakitangan kesihatan; dan (vi) barisan hadapan. Untuk perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang tidak berada di dalam Dewan, saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua berkenaan kesan hasil daripada perolehan vaksin COVID-19 ini iaitu Malaysia pada 10 Januari 2022 telah mencatatkan 6.65- mata dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia yang tertinggi bagi negara ASEAN yang berada di tangga 13 daripada sejumlah 122 buah negara. Kedudukan tersebut dinilai berdasarkan keberkesanan pengurusan jangkitan pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial. Pencapaian tersebut merupakan usaha kolektif semua pihak yang terlibat dan merupakan pengiktirafan kepada PICK serta negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan pengiktirafan global seperti ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, sekali lagi saya ingin mengambil peluang untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa perolehan vaksin COVID-19 telah membantu dan meminimumkan kes kematian dan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara. Secara kasar, kos vaksin primer untuk menyelamatkan satu nyawa di Malaysia ialah 60,000 dan dengan penambahan dos penggalak kos vaksin meningkat kepada 78,400 bagi satu nyawa yang diselamatkan. Malah, berdasarkan Model Ramalan Pelaksanaan PICK adalah sangat berkesan kerana telah berjaya mengelakkan sejumlah lima juta kes jangkitan baharu dan 638,000 kes kemasukan hospital serta mengelakkan sebanyak 31,000 nyawa hilang daripada kematian akibat COVID-19. Sekiranya setiap daripada mereka dapat menjana pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, sebanyak RM5.58 bilion pendapatan dapat dijanakan dalam lima tahun akan datang. Memandangkan Kementerian Kesihatan telah berpengalaman dalam
mengurus perolehan besar seumpama ini, Kementerian Kesihatan yakin dan sentiasa bersiap siaga untuk menguruskan lain-lain perolehan sekiranya berlaku lagi pandemik pada masa hadapan. Apa yang ingin saya sampaikan adalah apa yang berlaku semasa proses perolehan vaksin COVID-19 ini Tuan Yang di-Pertua merupakan satu proses yang perlu kita kaji dengan teliti dan kita belajar. Apa yang telah disampaikan oleh kesemua pembahas di mana mereka mempunyai rasa ingin melihat kerajaan yang ada ketika ini supaya memperbaiki dan mempelajari kesilapan yang telah dilakukan. Walaupun demikian, apa yang telah dipaparkan di dalam Kertas Putih ini iaitu nilai dan juga angka-angka sebanyak 85 juta, dos telah diberikan dan juga telah menyelamatkan rakyat Malaysia walaupun tidak secara total. Seperti apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Betong tadi, di Sarawak bagaimana perasaan lega kami dapat menerima vaksin dan juga dapat melalui proses pilihan raya negeri dengan tenang sedangkan pilihan raya negeri tersebut sepatutnya diadakan pada peringkat awal tetapi terpaksa ditunda memandangkan vaksinasi belum dapat dijalankan dengan segera. Selain daripada itu, dengan adanya Kertas Putih ini membolehkan semua Ahli Parlimen untuk mengetahui isi kandungan cara perolehan vaksinasi dan juga dapat diperbahasakan dan bukan hanya eksklusif kepada Ahli-ahli dalam Jawatankuasa PAC. Kami mengucapkan terima kasih kepada apa kandungan laporan di dalam PAC yang telah memberikan syor-syor dan segala syor yang telah dicadangkan akan kita ambil maklum dan juga segala perbahasan Ahli Parlimen pada pagi tadi dan petang ini akan kita gunakan untuk memperbaiki. Apa yang saya harapkan dengan pembangunan penghasilan vaksin tempatan adalah sangat penting dan juga untuk mengelakkan berlakunya proses yang lambat bagi syarikat yang meyakinkan kerajaan dapat untuk menyediakan vaksin tetapi terpaksa lambat kerana tidak mempunyai keupayaan untuk membotolkan vaksinasi tersebut. Dengan itu, sekian sahaja penggulungan saya dan juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada frontliners. Saya secara peribadi untuk memohon kepada kerajaan terutama kepada Yang Amat Berhormat Premier supaya untuk melihat jasa-jasa yang telah dibangkitkan oleh seperti Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kuala Selangor berkenaan tentang jasa-jasa pekerja seperti Pembantu Pegawai Kesihatan, Pembantu Pegawai Persekitaran Kontrak yang telah diberhentikan ataupun tamat kontrak supaya mereka ini diberikan tawaran untuk menyambuk kontrak di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan itu, sekian sahaja penggulungan saya bagi Usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab, saya mohon untuk menjawab bertulis. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah ini kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan di Nombor 1 itu tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) — Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Bagi Tahun 2020Motion
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; "Bahawa Dewan ini, membuat ketetapan di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 (Kertas Status ST.140 Tahun 2023) yang telah dibentangkan dalam Dewan ini pada 25 Mei 2023, untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Tahunan ini; memperakui bahawa aspirasi dan komitmen kerajaan yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia telah mengangkat dan menjadikan SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga diberi pengiktirafan status A di bawah Prinsip- prinsip Paris (Paris Principles) selain mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) demi melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia; menyedari bahawa dalam era dunia digital ini dengan kemudahan memperolehi maklumat daripada internet dan media sosial, menyebabkan pentingnya isu hak asasi manusia untuk di beri penjelasan dan pencerahan oleh pihak SUHAKAM dan Kerajaan bagi memastikan agenda kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat difahami dengan baik dan ditangani dengan sewajarnya selain keperluan kerajaan untuk membantu/bekerjasama rapat dengan SUHAKAM dalam memperkukuhkan lagi usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjaga serta menangani pelbagai isu sosial, ekonomi, kebudayaan serta politik dalam kalangan rakyat; mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan selain pertimbangan bagi melaksanakan dengan berkesan syor-syor utama yang terkandung dalam laporan tersebut serta memahami keperluan kerajaan menandatangani dan menyertai/meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia bagi memperkasakan lagi hala tuju dalam memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia;
menyokong kepentingan perbahasan laporan tahunan ini bagi mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, dan Bahawa dalam SUHAKAM melaksanakan mandatnya, mempromosi dan melindungi hak asasi manusia Malaysia. Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan bersatu hati dan menyokong kerajaan agar pelaksanaan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.”
Tuan Yang di-Pertua, hak asasi manusia merupakan satu konsep sejagat iaitu hak bagi seorang individu yang dilindungi di bawah undang-undang. Di Malaysia hak asasi rakyat dijamin melalui peruntukan di bawah Bahagian II, kebebasan asasi, dengan izin, fundamental liberties Perlembagaan Persekutuan, meliputi daripada Perkara 5 yang menjelaskan mengenai kebebasan diri sehingga Perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta. Hak asasi manusia ini mencakupi pelbagai dimensi dalam kehidupan manusia. Menyedari akan hakikat ini Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 telah menyatakan komitmen supaya Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Dalam hal ini Kerajaan Madani yakin dan percaya bahawa sesi perbahasan ini akan memberi ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat supaya suara mereka didengar melalui wakil rakyat masing- masing agar kerajaan dapat mengambil cadangan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani isu-isu yang bakal dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 telah pun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini pada hari Khamis, 25 Mei 2023. Kebanyakan isu hak asasi manusia yang telah dibangkitkan semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM bagi tahun 2018 pada 5 Disember 2019. Mahupun laporan SUHAKAM selepas itu, belum lagi diselesaikan secara tuntas oleh kerajaan sebelum ini. Isu-isu yang telah dikenal pasti dan tertunggak terus berulang, saban tahun termasuk dalam laporan tahunan SUHAKAM yang berada di hadapan kita pada hari ini. Justeru itu, kerajaan pada hari ini berpendirian bahawa perlu ada iltizam politik, dengan izin, political will bukan sahaja sekadar membentangkan laporan tahunan SUHAKAM dalam Dewan yang mulia ini tetapi laporan ini perlu dibahaskan serta disusuli dengan cadangan langkah-langkah penyelesaian bagi isu-isu yang telah dibangkitkan. Laporan SUHAKAM tahun 2020 terdiri daripada 7 bab yang menjelaskan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2020 dalam melaksanakan mandat SUHAKAM serta laporan terperinci pentadbiran dan kewangan sepanjang tahun. Antara bidang tematik yang khususnya dilaporkan iaitu COVID-19, dan hak asasi manusia, Orang Asli, Orang Asal, perdagangan orang, pelarian dan pencari suaka, perniagaan dan hak asasi manusia dan Islam dan hak asasi manusia. Pelbagai syor bagi setiap isu yang dikaji dan laporkan turut dinyatakan dengan jelas dalam laporan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, SUHAKAM sebagai satu buah institusi hak asasi manusia kebangsaan, dengan izin, National Human Rights Institution sejak penubuhannya pada 9 September 1999 memainkan peranan yang amat penting, SUHAKAM menerima, menyiasat dan menyelesaikan mana-mana aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia. SUHAKAM juga mempunyai mandat untuk memberi saranan dan panduan pada kerajaan supaya undang-undang dan dasar mencerminkan piawaian antarabangsa. Kerajaan Madani sentiasa berusaha untuk memperkasakan badan berkanun ini supaya SUHAKAM boleh terus memainkan peranan mereka dalam memastikan sistem semak dan imbang beroperasi dengan baik. Seiring dengan itu, nilai teras Malaysia Madani iaitu kesejahteraan, hormat dan ihsan, hak asasi manusia merupakan antara agenda terpenting untuk kerajaan pada hari ini. Pada masa yang sama kestabilan politik yang ada pada hari ini di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan akan terus membolehkan agenda hak asasi manusia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam hal ini kerajaan sedang giat melaksanakan pelbagai reformasi melalui semua gerak kerja yang berkaitan, ini termasuklah cadangan untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597] untuk memperkasakan SUHAKAM dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia. Cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan ini akan merangkumi pelbagai perkara dan elemen substantif dengan matlamat utamanya adalah untuk meluaskan fungsi-fungsi SUHAKAM supaya bebas dan berkecuali, pemerkasaan pelantikan
suruhanjaya, penambahbaikan pemberian keterangan dan mewajibkan perbahasan laporan SUHAKAM di Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, bagi usaha reformasi undang-undang demi perjuangan hak asasi manusia, pelbagai perundangan telah dipinda dalam sesi Parlimen yang lepas khususnya bagi menangani beberapa isu legasi yang telah lama wujud dan tidak diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini. Kerajaan Madani telah memansuhkan hukuman mati mandatori dan telah menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman alternatif. Selain itu, hukuman penjara sepanjang hayat- natural life sentence telah dimansuhkan. Pindaan kepada pelbagai akta ini telah membawa kepada perubahan besar dalam polisi penghukuman di negara kita yakni mencipta satu sejarah memandangkan tiada kerajaan sebelum ini berani melaksanakan pindaan-pindaan sedemikian. Kerajaan juga telah menggubal satu akta iaitu Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 untuk membuat semakan semula rayuan banduan-banduan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori dan hukuman sepanjang hayat. Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak 2007 juga telah dipinda untuk memberi lebih banyak perlindungan kepada kanak- kanak secara seluruhnya. Kerajaan juga akan mempertimbangkan beberapa penambahbaikan dan pindaan lanjut kepada akta yang sama sebagai fasal 2 dalam sesi Parlimen yang akan datang. Pindaan-pindaan lain juga telah dibuat termasuk tambahan peruntukan baharu bagi kesalahan menghendap atau stalking, dengan izin, dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah selain pemansuhan peruntukan kesalahan cubaan membunuh diri iaitu seksyen 309 dalam Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, melangkah ke hadapan sebagai bukti komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan hak asasi manusia di negara ini terus terjamin dan terpelihara. Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dengan izin, National Human Rights Action Plan 2.0, sedang dipertimbangkan melalui integrasi yang lebih utuh dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, kesihatan, perumahan, khidmat sosial, pentadbiran dan lain- lain yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi tujuan tersebut pada 3 Mac 2023 satu sesi libat urus yang lebih mendalam melalui pendekatan bottom-up yang mengumpulkan pandangan, maklum balas dan aspirasi rakyat telah diadakan bagi mengkaji Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang sedia ada supaya penambahbaikan yang menyeluruh dan holistik akan dapat dilaksanakan. Dalam masa yang sama kerajaan juga sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan dalam perniagaan atau hak asasi manusia, dengan izin, National Action Plan on Business and Human Right (NAPBHR) selaras dengan prinsip paduan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengenai hak asasi manusia dan perniagaan, dengan izin, Guiding Principles on Business and Human Rights. Satu- dokumen yang merangkumi National Baseline Assessment (NBA), dengan izin, sedang disediakan melalui kerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, SUHAKAM dan UNDP. NBA ini akan menjadi asas kepada pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Dalam Perniagaan dan Hak Asasi Manusia. Selain itu, BHEUU Jabatan Perdana Menteri bersama SUHAKAM serta Jabatan Peguam Negara sedang menetapkan dasar bagi penggubalan bagi satu akta khusus untuk Suruhanjaya Kanak-kanak di Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak pada bulan Mac 2023. Rang undang-undang ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada masa terdekat, setelah rang undang- undang ini diluluskan dan dikuatkuasakan nanti maka Pesuruhjaya Kanak-kanak yang ditempatkan di SUHAKAM akan menerajui, dengan izin, the independent office of the Child Commissioner. Dalam masa yang terdekat pelbagai reformasi akan diketengahkan termasuk cadangan pindaan pada Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2011 [Akta 711] dan
Penubuhan Ombudsman Malaysia melalui penggubalan satu akta khusus. Buat masa ini Kerajaan Madani juga sedang memuktamadkan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh untuk meliputi pemberian kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang pada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara. Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang bersama kita pada petang ini dalam mempercepatkan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya isu-isu berhubung kait dengan aspek kewarganegaraan dapat diselesaikan secara holistik.
Saya juga menghargai kerjasama badan-badan bukan kerajaan NGO dalam memahami kompleksiti isu perundangan ini yang terlibat dalam perkara ini dan terus memberikan sokongan yang sewajarnya terhadap usaha Kerajaan Madani dalam menyelesaikannya mengikut proses undang-undang yang sedia ada. Kerajaan juga tidak melupakan peranan jawatankuasa pilihan khas (JPK) yang melaksanakan proses semak dan imbang, dengan izin, check and balance. Setiap dasar kerajaan berhubungan dengan elemen hak asasi manusia khususnya melalui JPK Hak Asasi Manusia, Pilihan raya dan Reformasi Institusi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Selayang serta JPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Puchong. Saya sebagai mantan pengerusi JPK sebelum ini berpendapat bahawa JPK adalah salah satu daripada entiti yang paling berkesan dalam menjayakan agenda pembinaan negara dan memperkukuhkan demokrasi. Saya juga berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan barisan Timbalan Tuan Yang di-Pertua terhadap pembaharuan yang dilaksanakan kepada peranan JPK dalam menjalankan fungsi mereka secara bebas dan tulus untuk manfaat rakyat seluruhnya. Sesungguhnya kerajaan ini akan terus memperkukuhkan dan mempertingkatkan lagi hak asasi manusia ke arah tiada siapa lagi yang tertinggal dengan izin, will strengthen and enhance human rights towards leaving no one behind. Tuan Yang di-Pertua, isu-isu hak asasi manusia merupakan satu perkara yang merentasi, dengan izin, cross-cutting di antara satu buah agensi dengan agensi yang lain. Justeru itu, penyelarasan yang bersepadu perlu dibuat dalam kalangan semua kementerian, jabatan, agensi bagi memastikan semua isu hak asasi manusia di Malaysia akan dapat ditangani sepenuhnya. Walau bagaimanapun, perlindungan hak asasi manusia merupakan satu tanggungjawab bersama yang harus digalas oleh setiap rakyat, organisasi bukan kerajaan NGO dan juga CSO, ahli-ahli perniagaan serta semua kumpulan masyarakat dan bukan hanya merupakan tanggungjawab kerajaan atau mana- mana kumpulan atau golongan tertentu semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani berkeyakinan bahawa sesi perbahasan ini akan dijadikan sebagai platform kepada semua Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas secara matang dalam memperkukuhkan pemeliharaan hak asasi manusia selain mengenal pasti ruang-ruang yang boleh ditambah baik serta pendekatan yang terbaik bagi menangani semua isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia dalam negara kita. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, this is not a fault-finding mission. Matlamat perbahasan laporan SUHAKAM adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada agensi yang bertanggungjawab dan juga untuk menyatukan maklum balas daripada semua Ahli-ahli Parlimen sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Kita sedia maklum bahawa laporan ini telah disediakan secara bebas dan autonomi tanpa diarah atau diganggu oleh pihak berkepentingan. Perbahasan ini mempromosikan perkongsian baik antara semua yang terlibat dalam kitaran pemantauan dan penambahbaikan perkhidmatan untuk masyarakat sejagat. Semua kerjasama harus berdasarkan sikap saling menghormati terhadap integriti agensi kerajaan daripada masa yang sama mengiktiraf peranan kita sebagai penggubal
undang-undang yang bertanggungjawab terhadap menegakkan hak asasi manusia dalam negara yang kita cintai. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahaskan. Melihat pada senarai yang berada pada saya ini, begitu ramai. Sejumlah 37 orang. Walau bagaimanapun, saya akan membacakan 20 orang pembahas pertama dan jika 20 orang ini tidak dapat diselesaikan pada hari ini sehingga jam 5.30, akan disambung esok ya. Dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya baca senarainya ini bersedia. Pertama, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Rasah, dan yang ke-20, Yang Berhormat Sik. Jika tidak dapat diselesaikan pada hari ini akan dibawa ke esok menyambung sampai ke-37. Oleh yang demikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi memulakan perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen ini telah menggubal Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang masih terpakai sehingga kini. Antara lain tanggungjawab SUHAKAM adalah untuk menyediakan laporan tahunan bagi aktiviti-aktivitinya. Namun demikian, amat malang kerana sebelum-sebelum ini laporan tahunan SUHAKAM ini hanya dibentangkan tanpa dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Namun, pada kali ini kita telah melihat bagaimana iltizam daripada Kerajaan Madani ini untuk membenarkan perbahasan bagi laporan tahun 2020. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan penghargaan saya kepada semua kakitangan SUHAKAM daripada bermulanya SUHAKAM itu sampailah ke sekarang yang telah melaksanakan tanggungjawab statutori mereka selama ini. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi menyentuh kepada apa yang terkandung dalam laporan itu secara khusus, saya ingin menyentuh mengenai pelantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM. Bangi sedar bahawa di bawah seksyen 11(a) Akta SUHAKAM, Perdana Menteri harus berunding dengan satu Jawatankuasa Pemilih sebelum menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan pesuruhjaya- pesuruhjaya ini. Bangi juga sedar, saya ada tanya Soalan Lisan, telah dijawab bahawa struktur ini, kerajaan mengambil pendirian bahawa struktur ini sudah memadai. Namun demikian, sebelum ini kita ada melihat Tuan Yang di-Pertua, ada persoalan yang dibangkitkan mengenai kompetensi dan pengalaman pesuruhjaya- pesuruhjaya SUHAKAM. Jadi, Bangi mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya proses pelantikan ini ditambah baik dengan satu mekanisme yang lebih telus. Contohnya, kalau kita tengok tiga orang Ahli Jawatankuasa dalam Jawatankuasa Pemilih untuk SUHAKAM
ini dikatakan iaitu ahli daripada masyarakat madani, atau civil society. Akan tetapi kita tidak tahu siapa tiga orang ahli ini. Jadi, Bangi ingin mencadangkan supaya satu proses penambahbaikan dibuat supaya mungkin kita boleh maklumkan kepada umum siapakah tiga yang dilantik ke dalam Jawatankuasa Pemilih ini, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, saya ingin terus masuk kepada apa yang disentuh dalam laporan tahunan 2020. Pertama, isu SOSMA yang mana Menteri pun ada di sini. Dalam laporan tersebut, ada dikatakan bahawa rujukan telah dibuat kepada SOSMA. Salah satu daripada cadangan yang dibuat adalah supaya dipindanya seksyen 13, dimansuhkan seksyen 13 ini Tuan Yang di-Pertua, yang menafikan jaminan kepada tahanan SOSMA. Saya menyokong cadangan ini supaya kita beri semula budi bicara itu kepada mahkamah untuk menentukan sama ada seorang yang ditahan bawah SOSMA itu patut diberikan jaminan atau tidak. Kita tahu sekarang ini kita ada banyak peranti yang boleh digunakan. Kalaupun kata orang itu kita kata dia adalah seseorang yang dituduh bawah kesalahan keselamatan, tetapi kita ada peranti yang kita boleh track di mana dia pergi. Jadi, tidak ada sebab kenapa kita hendak menafikan dia jaminan, lebih-lebih lagi kita kena ingat prinsip iaitu innocent until proven guilty, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Di samping itu juga, saya ingin menyentuh tentang seksyen 18(a) yang mana dikatakan bahawa semua kenyataan tidak kira bertulis ataupun oral yang dibuat oleh seseorang tertuduh itu adalah admissible diterima oleh mahkamah. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, apabila seseorang tahanan itu dimasukkan dan ditahan, dia akan diberi tekanan untuk menandatangani seksyen 18(a) ini, dokumen ini. Dokumen ini kemudian akan digunakan di mahkamah untuk dibuktikan terhadap dirinya sendiri. Yang mana kita tahu ini adalah bertentangan dengan, dengan izin, rules of the evidence dan juga Akta Keterangan.
Kedua, saya ingin menyentuh tentang isu reman berantai yang mana ini juga disentuh dalam Laporan Suhakam ini. Isu reman berantai ini Tuan Yang di-Pertua, isu yang sudah lama ada. Apabila saya mula mengamalkan undang-undang 16 tahun lepas, isu ini sudah ada dan sampai sekarang kita tidak selesaikan yang mana seseorang itu setelah habis tempoh reman dia akan ditangkap semula untuk siasatan kesalahan yang lain pula. Jadi ia sebenarnya proses ini walaupun daripada segi undang-undang tidak salah tetapi ia memberi situasi di mana peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan itu ia menjadikan hak-hak yang terkandung di situ sebagai satu hak yang, dengan izin, illusory yang mana kita kononnya ada hak tetapi hak itu tidak dijunjung dan dihormati. Jadi Bangi ingin bertanya adakah kerajaan akan melaksanakan syor-syor yang telah dikemukakan oleh SUHAKAM bagi isu ini. Seterusnya saya juga ingin juga menyentuh tentang apa yang terkandung dalam laporan berkenaan dengan isu Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dalam laporan terdapat perjumpaan pada ketika itu dengan Ketua Pengarah JAKOA mengenai Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal. Bangi ingin bertanya apakah status syor-syor dalam laporan inkuiri ini. Seterusnya berkenaan dengan pusat tahanan yang mana dalam Laporan Suhakam berpandangan bahawa kerajaan harus menempatkan pegawai perubatan di setiap pusat tahanan imigresen bagi memberikan rawatan kepada tahanan. Akan tetapi kami telah mendapat maklumat bahawa sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, ini masih belum dilaksanakan. Bangi memohon supaya kerajaan menyatakan sama ada terdapat perancangan untuk melaksanakan perkara ini. Isu seterusnya mengenai COVID-19 dan hak asasi manusia yang mana ini merupakan satu bab yang telah dinyatakan dengan menyeluruh dalam laporan tersebut. Kita berharap tadi kita ada berbahas tentang isu perolehan vaksin dan sebagainya. Kita berharap pandemik seperti COVID-19 ini tidak berulang tetapi pada masa yang sama kita harus menjadikan apa yang telah berlaku sebagai satu teladan.
Jelas bahawa COVID-19 ini Tuan Yang di-Pertua, memberi impak yang besar kepada golongan rentan seperti gelandangan, migran, OKU, wanita dan kanak-kanak. Maka Bangi berharap kerajaan dapat menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan impak situasi seperti COVID-19 ini kepada golongan ini daripada aspek pelanggaran hak asasi manusia. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, hak asasi manusia. Ada yang mengatakan hak asasi manusia ini satu konsep Barat tidak sesuai diguna pakai di negara ini tetapi Tuan Yang di-Pertua, hak asasi manusia ini sebenarnya sudah lama sebati dengan kita sebagai rakyat Malaysia. Hak asasi manusia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutama Bahagian II Perlembagaan berkaitan dengan kebebasan asasi. Maka adalah tidak tepat dan jauh tersasar untuk mengatakan bahawa hak asasi manusia itu satu konsep asing dan dengan semangat ini Bangi ingin tekankan bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk menjunjung dan menghormati hak asasi manusia di negara ini. Dengan itu Bangi ingin menyatakan sokongan Bangi kepada usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah pada petang ini insya- Allah Tumpat akan terus juga membahaskan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2020... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-An'am, ayat 57. Bermaksud, “Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum. Ia menerangkan kebenaran dan Dia lah sebaik- baik yang memberi keputusan.” Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah pun diluluskan pada tahun 1999, Akta 597 yang mula beroperasi April tahun 2000. Di mana di bawah seksyen 4 berfungsi sebagai badan promosi untuk memupuk kesedaran dan pendidikan berhubung hak asasi manusia di Malaysia. Yang saya ingin tanyakan ialah berapakah NGO dan badan-badan yang telah pun terbabit dengan SUHAKAM dalam buat kerja-kerja mempromosikan hak asasi ini di Malaysia sejak tahun penubuhan sehingga sekarang. Kedua, kita dimaklumkan juga dalam seksyen ini menyebut bahawa SUHAKAM boleh membuat siasatan sendiri atau bergantung kepada aduan selain ia tidak melibatkan prosiding mahkamah atau yang telah diputuskan di mahkamah di bawah seksyen 12. Jadi dalam hal ini berapakah kes yang telah diselesaikan oleh pihak SUHAKAM berkenaan dengan siasatan sendiri dan berapakah yang telah dibuat siasatan berdasarkan kepada aduan kerana kita difahamkan dalam tahun 2020 jumlah kes yang selesai ialah 756 buah. Jadi kita ingin tahu perincian ini. Ketiga berkenaan dengan seksyen dimaklumkan kepada kita bahawa seksyen 21 menyatakan laporan tahunan aktiviti dikemukakan dan syor Suruhanjaya dan kalau perlu mengemukakan laporan khas dari tahun 2000 sehingga sekarang, beberapa kali SUHAKAM telah pun mengemukakan laporan khas untuk dibuat tindakan oleh pihak kerajaan. Saya juga ingin bertanya kalau tanpa perbahasan pada hari ini, adakah syor-syor yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya tidak diambil tindakan oleh pihak kerajaan kalau ada berapa? Dan kenapa? Di bawah definisi hak asasi manusia pada tahun 2000 dalam laporan pertama SUHAKAM, telah mencadangkan agar definisi hak asasi manusia di Malaysia diperincikan mengikut nilai budaya, ekonomi dan politik di Malaysia.
Saya ingin bertanya pihak kerajaan adakah definisi hak asasi manusia di Perlembagaan Malaysia telah pun dibuat dan apakah definisi tersebut. Ini kerana kita lihat dalam kes hari ini kita ada dua- benda. Satu, hak asasi manusia daripada universal dan hak asasi manusia di peringkat negara sendiri. Oleh sebab itu kita lihat dalam negara kita 70 peratus daripada rakyat merupakan Orang Melayu Islam. So, dalam hal ini kalau DOSM telah memberikan perincian sebegini sejauh manakah Deklarasi Kaherah diguna pakai dalam mesyuaratkan naratif hak asasi Malaysia sebab kita lihat Deklarasi Kaherah ini tidak diguna pakai ataupun jarang dirujuk oleh pihak SUHAKAM. Kita juga difahamkan bahawa dalam Akta Suhakam 1999, tidak dimasukkan Deklarasi Kaherah sebagai sumber hak asasi. Jadi kalau boleh kita mohon untuk mencadangkan supaya akta ini juga merujuk kepada deklarasi tersebut dan ini juga penting kerana kita juga terikat di bawah Perkara 3. Agama bagi Persekutuan bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan. Dalam hal ini adakah cadangan pihak kerajaan untuk meminda akta dan memasukkan Deklarasi Kaherah sebagai sumber daripada segi perundangan untuk SUHAKAM. Kita juga difahamkan bahawa dalam perbincangan di peringkat OIC berkenaan dengan hak asasi manusia. Pihak OIC juga refer kepada Deklarasi Kaherah ini. Jadi, apa usaha-usaha yang telah dibuat. Saya difahamkan bahawa SUHAKAM telah pun menandatangani MOU dengan pihak IPHRC OIC dan apakah usaha dan langkah yang dilakukan selepas itu. Seterusnya berkaitan dengan Pelan Strategik 2021-2025 untuk perkauman. Dari semua kaum yang telah pun dirangka oleh pihak SUHAKAM, saya ingin bertanya sejauh manakah dasar ini digandingkan dengan Dasar Perpaduan Negara? Adakah kita mempunyai suatu umbrella committee di peringkat kementerian untuk memastikan bahawa dasar-dasar ini dapat dilaksanakan? Seterusnya saya ingin bertanya adakah hanya Suruhanjaya ini yang mendapat kelebihan ini untuk dibentangkan dan dibahaskan dan adakah selepas ini kesemua suruhanjaya lain yang telah pun juga digubal di Parlimen akan mendapat benda yang sama dan apakah tindakan ataupun kesan kepada segala perbahasan yang telah dibuat pada hari ini. Kalau ada kesan, mohon nyatakan, apa kesan dari sudut legal-nya supaya kita boleh melihat adakah syor-syor ini semua akan diambil tindakan dan sekiranya tidak diambil tindakan diberikan justifikasi kenapa tidak diambil tindakan. Seterusnya berkenaan dengan SUHAKAM. Saya difahamkan hanya ada pejabat SUHAKAM di Sabah dan Sarawak tetapi tidak ada pejabat SUHAKAM di lain-lain negeri khususnya di negeri-negeri yang berkenaan yang dekat dengan sempadan. Adakah kerajaan bercadang untuk membina pejabat-pejabat SUHAKAM di negeri-negeri dan sebagai mana juga ada YBGK di semua negeri iaitu Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan kerana saya lihat dalam kes membabitkan SUHAKAM, berkenaan dengan undang-undang YBGK mempunyai suatu hubungan yang sangat rapat. Saya lihat mereka kepada laporan yang dikemukakan terdapat program-program yang dibuat di bawah hak asasi manusia ini dibuat di Kuala Lumpur. Terdapat 204 buah program dibuat di peringkat Kuala Lumpur sedangkan isu ini banyak berlaku di negeri. Di negeri saya melihat pihak SUHAKAM hanya melawat sahaja. Saya cadangkan dalam hal ini supaya selepas ini diskusi, penerangan, seminar mengenai hak asasi manusia juga dibuat di negeri-negeri. Jangan hanya berpusat di Kuala Lumpur. Juga kita difahamkan dalam laporan ini terdapat 44 kali program telah pun dihadiri oleh pihak SUHAKAM di peringkat antarabangsa. Yang saya mohon ialah adakah dapatan dan resolusi yang diterima pakai daripada hasil persidangan dikongsi dengan pihak Parlimen Malaysia sekurang-kurangnya di bahagian antarabangsa, dan kaukus antarabangsa dan juga jawatankuasa terpilih Ahli-ahli Parlimen supaya maklumat ini selari dan selaras.
Seterusnya dia berkaitan dengan laporan penuh siasatan SUHAKAM. Kita melihat dalam hal ini banyak juga disebut tentang cadangan daripada pihak SUHAKAM supaya undang-undang lompat parti perlu direalisasikan.
Dalam hal ini, sejauh manakah perkara ini diambil tindakan serta diberi cadangan oleh pihak SUHAKAM dan juga kita melihat ada kekecewaan kerana tidak dibentangkan sebelum ini. Alhamdulillah, hari ini kita sudah bentang. Saya hendak tanya tentang isu penghapusan diskriminasi kepada wanita? Bagaimana dengan kes pramugari yang telah memohon menutup aurat yang telah dibentangkan dan mohon dalam Parlimen, dibincangkan beberapa kali, perbincangan dengan pihak Menteri tetapi sampai hari ini, hak pramugari untuk menutup aurat masih lagi belum ditunaikan sedangkan ia melanggar hak asasi manusia sebagai seorang Muslim. Begitu juga kita lihat hari ini dalam laporan ini menyentuh tentang forum ataupun syor-syor berkenaan kanak-kanak yang antara thematic ataupun laporan berkenaan dibuat dengan tahfiz. Kita mohon bukan hanya laporan dibuat berkenaan cadangan untuk tahfiz-tahfiz ini tetapi ia dipanjangkan kepada perkara lain. Contohnya, dalam kes dua hari yang lepas. Seorang kanak-kanak yang telah pun mempunyai seorang ibu bukan warganegara, ayah warganegara. Berkahwin di Malaysia lebih daripada 37 tahun yang lepas. Wanita ini telah pun mendapat strok. Oleh sebab dia strok, dia bukan warganegara, suami telah meninggal dunia, wanita ini tidak mendapat bantuan. Ini berlaku kepada adik yang telah pun menjadi pelajar terbaik SPM baru-baru ini, Muhammad Syahril bin Saidi. Inilah kisah ibunya Tuan Faridah bin Tuan Ismail yang tidak dapat bantuan semata-mata kerana tidak mendapat kewarganegaraan. Sedangkan anaknya enam orang merupakan warganegara. Hari ini Muhammad Syahril membuat keputusan untuk tidak menyambung ke universiti tetapi hendak sambung di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pihak JKM tidak boleh memberikan bantuan kepada beliau kerana STAM tidak dikira sebagai belajar dalam keadaan untuk mendapatkan bantuan BKK. Jadi, saya mohon kepada perkara ini supaya pihak JKM boleh berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya memberikan pengiktirafan. Sekiranya sijil STAM itu dikira, kenapa pelajar yang menyambung dalam kes ini tidak dibenarkan untuk mendapat bantuan? Begitu juga dengan kita lihat bawah penguatkuasaan syariah. Banyak kemudahan yang telah pun kita dapati tidak ada di mahkamah syariah. Ini dirujuk oleh pihak SUHAKAM. Dapat melihat banyak perkara, tetapi daripada segi fasiliti termasuklah puca kuasa Rang Undang-undang 355, tidak dapat dibantu untuk diperkemaskan dan ini bertentangan dengan isu semasa. Terakhir ialah berkenaan dengan apabila mana laporan ini diminta untuk dibahaskan oleh pihak Parlimen sebagai Ahli Parlimen, kita melihat SUHAKAM diberikan peruntukan tahun 2016, RM5.9 juta. Tahun 2020, RM12.9 juta. Banyak program, banyak impak dapat dibuat kerana pertambahan bajet ini. Akan tetapi Ahli Parlimen khususnya kepada Pembangkang yang telah menjadi Ahli Parlimen yang dipilih rakyat tidak mendapat peruntukan asasi untuk pengurusan pejabat. Jadi, bagaimana kita boleh membincangkan hak asasi orang lain, sedangkan Ahli Parlimen pilihan rakyat tidak mampu dan tidak diberikan hak asasinya sekurang-kurangnya untuk mendapat elaun untuk pejabat dan dipastikan pejabat dapat beroperasi untuk membantu. Saya juga − untuk yang terakhir. Pagi tadi kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa mereka datang ke lokasi-lokasi Ahli Parlimen tetapi tidak dijemput oleh Parlimen khususnya Pembangkang. Jadi Pembangkang ini terima gaji, tidak ada bajet untuk pejabat dan apabila Menteri turun pun tidak dijemput. Jadi adakah kami ini diharap untuk bekerja sahaja dengan pendapatan sebegitu digunakan segala-galanya untuk itu? Jadi saya mohon dalam hal ini hak asasi manusia kerana bermula di Parlimen. Di Parlimen kena ada taska. Di Parlimen kena ada benda-benda yang kita sebut tentang
hak asasi baharulah Ahli Parlimen boleh bahaskan tentang kepentingan semua orang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan, mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM Tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita teliti dalam laporan SUHAKAM ini, kalau kita melihat pada ringkasan eksekutifnya pun sudah panjang dah. Jadi ada beberapa perkara dalam tempoh masa yang disediakan ini Tenggara akan mengambil bahagian untuk menyentuhlah. Ada yang berkenaan dengan permasalahan hak asasi manusia ketika berkaitan dengan pemerdagangan orang, pelarian, mencari suaka masalah tahanan lebihi kapasiti dan pelbagai lagi. Saya pada hari ini ingin mengetengahkan beberapa isu yang pada saya menimbulkan persoalan dan harus dijawablah. Pertamanya adalah berkenaan dengan pemerdagangan orang. SUHAKAM telah menyertai mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Dalam mesyuarat ini telah membincangkan laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang meletakkan Malaysia dalam senarai pemerhatian tahap dua. Jadi persoalan saya, apakah status terkini Malaysia dalam aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan orang ini? Ini kerana kalau kita semak Indeks Keamanan Global (GPI) 2022, Malaysia adalah negara yang ke-18 terselamat di dunia. Saya rasa seolah-olah macam ada sedikit clash dekat situ − keraguan. Mohon penjelasan pihak kerajaan tentang apakah mekanisme dan kaedah yang digunakan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat ini? Dalam laporan SUHAKAM ini juga ada menyatakan pada April 2019, SUHAKAM telah menerbitkan laporan ‘Sold Like Fish’ dengan izin bersama dengan sebuah NGO yang menerangkan berkenaan pemerdagangan pelarian Rohingya melalui laut dan kem pemerdagangan orang di Malaysia dan Thailand. Namun begitu, sehingga kini masih lagi tidak ada apa-apa pengumuman daripada RCI. Jadi, Tenggara mohon penjelasan kerajaan berkaitan hal yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan SUHAKAM ini juga berkenaan dengan masalah tahanan melebihi kapasiti di beberapa buah pusat tahanan yang melibatkan penjara, lokap dan pusat reman. Di Penjara Pengkalan Chepa misalnya, kapasiti sebenar banduan sepatutnya hanya seramai 1,500 orang namun terdapat hampir 3,000 orang banduan di sana. Jadi apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ini? Apakah perlu dikaji semula undang-undang yang memerlukan pesalah di penjara atau perlu diwujudkan penjara-penjara baharu ataupun perlunya kajian hukuman jenis baharu terhadap pesalah-pesalah yang terbabit. Kalau kita lihat, pusat-pusat tahanan kita pun Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), apabila ditahan itu disimpan lama. Jadi dia melibatkan tempoh tahanan, makanan, perubatan dan sebagainya yang ongkosnya itu biayai oleh rakyat. Kalau boleh dicadangkan di sini, saya pun kadang- kadang berbicara juga dengan kawan-kawan di peringkat tempat sayalah di Tenggara. Katanya eloklah mungkin dibuat kajian kesesuaian mana-mana PATI yang kita tangkap, mungkin ditambah hukuman rotan, dikurangkan hukuman tahanan, wallahualam. Akan tetapi ini perlukan perbahasan dan perbincangan. Mudah-mudah boleh diambil tindakan kerana ia melibatkan kos yang agak tinggilah. Selain itu juga, keselamatan petugas di pusat tahanan juga perlu diambil kira. Di Penjara Dusun Dato Murad dilaporkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di blok tahanan. Pada pandangan saya, perkara ini mestilah diselesaikan dan CCTV ini bukanlah benda yang mahal sangatlah. Jadi saya rasa kerajaan kena ambil tindakan yang segera supaya keperluan-keperluan ini termasuklah keselamatan para pegawai kita yang bertugas dapat dipertingkatkan. Saya juga tertarik dengan satu kerjasama antara SUHAKAM dengan
PDRM dan KKM iaitu berkenaan dengan Unit Perubatan Tahanan atau Custodial Medical Unit (CMU). Disentuh juga oleh Yang Berhormat Bangi sebentar tadi yang melibatkan lima lokap terpilih sebagai fasa − Melibatkan lima lokaplah. Lokap Berpusat Jinjang Kuala Lumpur, Lokap Berpusat Shah Alam, Selangor, Bayan Baru Pulau Pinang, Indera Mahkota, Pahang dan Kepayan, Sabah. Saya mohon kerajaan perjelas apakah update terkini CMU ini dan adakah program ini berjaya mencapai objektifnya. Seterusnya berkenaan dengan isu pekerja sektor bekalan perubatan dan perladangan. SUHAKAM diingatkan menerima aduan daripada sebuah NGO, North-South Initiative (NSI) mengenai 2,000 orang pekerja migran dari Nepal dan Bangladesh yang mogok setelah majikan WRPS Spesifik Shd. Bhd., syarikat pengeluar sarung tangan pelbagai guna bertindak menahan gaji pekerja. Dakwaan bahawa tiada pembayaran gaji sejak November 2019. Seterusnya, menjadi kebimbangan semua pekerja akan dihantar pulang tanpa menerima bayaran gaji. SUHAKAM turut dimaklumkan mengenai syarikat pembekal sarung tangan getah dan perubatan antarabangsa Top Glove Cooperation Berhad yang didakwa menganiayai pekerja migran sehingga diperlakukan seperti buruh paksa dan dikerah untuk bekerja lebih masa. Berkenaan pekerja di sektor perladangan pula, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat atau United States Custom and Border Protection mendakwa adanya pencabulan hak asasi manusia oleh pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia iaitu syarikat seperti LGV dan Sime Darby Plantation. Agensi ini dituduhlah dalam siasatan itu melanggar hak asasi manusia yang dijalankan menunjukkan elemen buruh paksa seperti penipuan, keganasan fizikal dan seksual ugutan, ancaman serta penyimpanan dokumen pengenalan diri. Kebimbangan turut disuarakan mengenai penglibatan buruh berdasarkan laporan itu − Kebimbangan turut disuarakan mengenai buruh kanak-kanak dalam proses pengeluaran. Justeru gesaan dibuat agar kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan segera dengan menyekat produk import daripada syarikat LGV dan Sime Darby Plantation. Ini adalah dakwaan yang sangat serius. Ini adalah dakwaan yang sangat serius dan menjatuhkan imej negara. Lebih-lebih lagi ia melibatkan GLC-GLC kitalah.
Jadi tuduhan ini memberi impak negatif terutama dalam sektor perdagangan negara apabila disekat produk yang akan dieksport kepada pasaran antarabangsa, saya mohon supaya ada jalan untuk menyelesaikan. Jadi maksudnya SUHAKAM menyampaikan laporan ini baik, tetapi mestilah ada satu tindakan yang lebih konstruktif yang lebih logik supaya bukan sahaja hak itu tetapi hak kita juga sebagai negara pengeluar komoditi mestilah diambil kira. Sebagai tambahan saya kira isu-isu seperti ini sengaja ditimbulkan. Pendapat peribadi saya bukan sahaja pasal hak asasi manusia ini tetapi semacam hendak sabotaj industri komoditi negara kita. Mungkin juga pihak SUHAKAM perlu teliti dan melihat urusan-urusan hak ini dari perspektif ekonomi juga yang akan terjejas nanti kelak rakyat. Kalau kita kata FGV dan komoditi ini sudah pasti peneroka-peneroka FELCRA, FELDA, RISDA dan peneroka kecil akan terkesan. Jadi saya kira sampai di sini sahajalah perbahasan saya. Cukup dari Tenggara setakat ini. Akhirnya, kerajaan perlu selesaikan apa-apa isu yang belum diselesaikan dalam laporan SUHAKAM ini. Syor-syor yang diketengahkan juga perlu diambil kira dan diberi perhatian yang serius dengan adik dan bijaksana dan mencadangkan untuk dalam setiap tindakan ambil kira juga perspektif hubungan antarabangsa, ekonomi dan kedaulatan negara. Saya kira itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.
Pertamanya izinkan saya mungkin berbeza pandangan dengan Yang Berhormat Bangi tadi melibatkan pendirian beliau yang mengatakan hak asasi manusia ini universal sifatnya. Bagi saya ia tidaklah sebegitu mudah kerana kalau kita lihat perbahasan hak asasi manusia yang ada pada mutakhir ini beracuankan barat sebenarnya yang berbeza konsepsi dan fahaman tentang manusia itu sendiri dan hak. Kita ambil contoh sahaja berkenaan takrif manusia yang ada pada hari ini yang diajar di universiti-universiti barat yang dipegang oleh pemikir-pemikir barat yang mana kalau kita lihat contohnya dari segi psikologi bidang ilmu jiwa yang dibincangkan lebih kepada behaviour, perilaku bukan sangat tentang jiwa. Begitu juga dengan faham manusia yang pada hari ini di barat yang mendominasi wacana Human Rights lebih cenderung kepada pentafsiran manusia sebagai haiwan yang lahir daripada Darwinian Evolution. Ini berbeza dengan konsepsi manusia yang Islam perjuangkan yang mana Islam menegaskan dalam Quran bahawasanya manusia ini lahir diciptakan sebagai roh dan jasad. Ini dimensi yang ditolak oleh ramai pemikir human rights barat. Jadi kalau kita ingin mentafsirkan maksud human ataupun manusia ataupun insan, itu perlu diteliti semula. Malah istilah ‘rights’ itu sendiri berbeza dengan kita. Dalam Islam atau dalam pemikiran Melayu sekalipun, ‘hak’ itu adalah daripada perkataan ‘Huquq’ yang memberi maksud bukan sahaja rights, tetapi juga responsibility dan kebenaran. Ini istilah kata kunci yang dasar dan pandangan dalam Islam. Saya suka memetik Almarhum Yang Berhormat Menteri Pendidikan, yang saya rasa kerajaan Malaysia dan SUHAKAM perlu popularkan iaitu Karamah Insaniah. Human Dignity ini sepatutnya didahulukan sebagai premis pertama dalam membahaskan isu-isu human hak asasi manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu melanjutkan perbahasan konsep ini, tetapi penting untuk set the premise. Saya ingin menyentuh dalam laporan SUHAKAM tersebut berkenaan dengan hak, ekonomi, sosial dan kebudayaan muka surat 33 berkenaan dengan golongan rentan. Umum diketahui pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menimbulkan wajah sebenar hak asasi melibatkan golongan rentan yang memang terkebelakang dan tercicir. Kita tahu selalu masalah berhadapan dengan golongan ibu tunggal, OKU, warga emas, Orang Asli. Dalam perbahasan saya pada tengah hari ini, saya ingin memberi penekanan sedikit berkenaan dengan warga emas. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengikut laporan Bank Dunia sedang berhadapan dengan satu mega trend iaitu rapid aging dengan izin, masyarakat yang semakin menua. Tahun 2020, tujuh peratus daripada populasi kita berumur lebih daripada 65 tahun. Ikut kategori daripada World Bank, Bank Dunia itu menunjukkan Malaysia sudah pun menjadi masyarakat yang sedang menua. Pada tahun 2024, ia akan berganda menjadi 14 peratus dan ini menunjukkan Malaysia bakal menjadi masyarakat yang telah menua dan lebih kurang 30 tahun lagi, tahun 2056 hampir 20 peratus populasi negara kita akan menjadi lebih umur 65 tahun ke atas. Jadi ini menjadi kata World Bank Super Age Society, masyarakat yang sangat menua. Jadi dalam soal ini, saya menyokong dengan semangat bipartisan. Perikatan Nasional tidaklah lokek untuk memuji kalau kerajaan membuat benda yang baik. Daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini telah memberi jaminan Senior Citizen Bill, akta untuk warga emas akan diperkenalkan tahun hadapan dan semoga akta ini dapat membantu kita membuat persiapan agar warga emas yang bakal mendominasi sebahagian besar populasi demografi kita akan terjaga hak dan tanggungjawab juga anak-anak dan masyarakat dan negara ke atas warga emas ini. I have personal interest in this Tuan Yang di-Pertua, sebab saya pun akan menjadi orang tua tidak lama lagi. Jadi saya hendak anak-anak saya, masyarakat dan kerajaan menjaga saya dan ahli Parlimen yang muda yang ada di dalam Dewan pada hari ini, insya-Allah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang baik yang SUHAKAM perlu memberi penekanan. Cuma ketika ini dilaporkan oleh World Bank juga ada masih lagi diskriminasi kepada warga emas dalam peluang pekerjaan. Golongan yang berumur 55 hingga 64 tahun ketika ini lebih kurang 45.2 peratus sahaja yang mendapat peluang pekerjaan. Ini agak rendah berbanding negara-negara maju yang lain dan ia lebih rendah di Malaysia untuk wanita warga emas. Jadi ada diskriminasi yang jelas dalam pasaran kerja yang saya
minta kerajaan tolong, tengok dan bela ayah-ayah, ibu-ibu kita yang terkesan sebab ramai yang hilang kerja selepas pandemik COVID-19. Kalau bukan kerajaan yang kena tanggung dan bantu, siapa lagi? Jadi semoga perkara ini dapat diberi perhatian oleh kerajaan. Golongan yang saya ingin perkenalkan dan minta SUHAKAM perkemas kini dalam laporan yang akan datang ialah golongan rentan yang saya kelaskan sebagai golongan yang keterciciran digital. Kita umum tahu ketika ini perkembangan teknologi dan paling baru universiti kita pun tahu banyak perkembangan artificial intelligence dan sebaginya membuatkan banyak perkara yang diajar di sekolah dan universiti tidak lagi mampu diguna pakai dalam tahun-tahun yang mendatang. It became so fast obsolete dari segi kegunaannya dan lebih ramai anak-anak kita di luar bandar akan tercicir daripada mendapat kefahaman dan pendidikan yang betul berkenaan dengan teknologi digital. Saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital mungkin boleh berbincang, mengkaji, mungkin kita boleh perkenalkan seperti mana di Amerika Syarikat, Digital Equity Act (Akta Kesetaraan Digital) agar mana-mana wilayah mahupun negeri yang ketinggalan dari segi infrastruktur digital wajib kerajaan beri bantuan secara berkala seperti yang termaktub dalam akta ini untuk mereka memastikan pencapaian Internet tidak terjejas dan sebaginya. Jadi kalau ada perkara ini mudah- mudahan dapat dipermudahkan dalam membela hak asas golongan rentan sebegini.
Yang Berhormat Machang, sebab tadi saya ada dengar nama saya disebut beberapa kali. Jadi hendak minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Machang. Boleh tidak?
Saya hendak habis, hendak gulung.
Boleh tidak? Nanti masuk Tik Tok tidak dapat dijawab oleh saya.
Okey, silakan, silakan tanya.
Tidak, tadi Yang Berhormat Machang kata saya kata hak asasi manusia ini universal dan sebagainya, tetapi kalau Yang Berhormat Machang baca apa yang saya katakan, saya cuma katakan bahawa hak asasi manusia ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia sebab ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Machang sekarang hendak kata bahawa Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu konsep barat? Adakah Yang Berhormat Machang hendak cakap perkara tersebut? Penjelasan Yang Berhormat Machang.
Saya tidak ingin menjawab berkenaan dengan status Perlembagaan sama ada barat atau tidak, tetapi yang ingin saya jelaskan bahawasanya ada kelompangan dari segi konsep kefahaman yang membuatkan perbahasan hak asasi manusia mungkin di sebelah sana dan di sebelah sini sedikit berbeza. Itu yang saya tekankan dalam perbahasan saya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan untuk poin saya yang terakhir. Saya menyokong tadi seruan daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi yang ingin menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak. Ini satu perkara yang amat baik. Pada masa yang sama, saya juga menyeru pihak kerajaan, selari dengan misi untuk mempertahankan kanak-kanak, membela kanak-kanak untuk kita mengikuti jejak langkah Parlimen Rusia yang baru-baru ini memperkenalkan akta menghalang propaganda yang menghalalkan, menormalisasikan hubungan kelamin luar tabii, pedofilia dan apa-apa perkara unsur yang membawa kepada LGBT dan sebagainya dengan alasan ianya melindungi kanak-kanak kita daripada anasir-anasir ini sama ada dalam media sosial, media arus perdana, produk-produk budaya dan akta tersebut seperti mana yang kerajaan ambil tindakan baru-baru ini, merampas jam brand Swatch.
Itu bagi saya satu perkara yang baik. Kalau benda itu jelas terbukti mempropagandakan, mempromosikan LGBTQ. Jadi kalau ada undang-undang seperti ini yang lebih jelas, kerajaan tidak perlu takut dan apologetik untuk mengambil tindakan yang tegas dan cermat, agar tradisi keluarga dan agama kita terpelihara dalam konteks hak asasi yang ada di Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan. Semoga hak asasi manusia di Malaysia selari dengan semangat Karamah Insaniah yang Almarhum Datuk Dr Syeikh Fadzil perjuangkan. Wallahu a'lam bissawab. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera. Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama membahaskan Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Saya ingin menyentuh satu perkara sahaja di dalam laporan ini iaitu tentang pelarian dan pencari suaka seperti yang diperincikan di dalam laporan tahunan ini. Berdasarkan data Pesuruhjaya Tinggi Untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), sehingga Oktober 2020, terdapat seramai 178,450 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Daripada jumlah itu, majoriti berjumlah kira-kira 153,800 adalah terdiri daripada etnik Myanmar iaitu etnik Rohingya, Chin dan kumpulan etnik lain dari kawasan bergolak di Myanmar. Manakala data terbaharu pula, sehingga Disember 2022 menunjukkan kira-kira 182,990 pelarian dan pemohon suaka dari 59 buah negara kini berada di Malaysia dengan jumlah tertinggi masih didominasi oleh etnik Rohingya dari Myanmar. Daripada jumlah itu, 85 peratus adalah dari Myanmar termasuk kira-kira 103,000 etnik Rohingya manakala bakinya adalah pelarian daripada 50 negara lain termasuk Pakistan, Yaman, Syria dan Somalia. Dalam halaman 183 dan 184 laporan SUHAKAM ini ada mempersoalkan mengenai UNHCR tidak diberi akses untuk melawat pencari suaka dan pelarian yang ditempatkan di depot tahanan Imigresen. SUHAKAM juga mendesak supaya pelarian dan pencari suaka tidak sepatutnya ditahan di depot imigresen sebaliknya UNHCR perlu dibenarkan untuk memproses serta mendaftarkan individu yang layak. Benar, pelarian adalah manusia biasa yang mencari perlindungan keselamatan diri, namun mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan imigresen sesebuah negara. Apatah lagi Malaysia tidak pernah mengiktiraf pelarian namun masih menunjukkan perikemanusiaan dengan menerima kemasukan mereka walaupun secara haram. Saya merasakan tindakan UNHCR seolah-olah merendahkan undang-undang negara kita apabila sewenang-sewenangnya mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Mereka seharusnya sedar Kerajaan Malaysia ada hak terhadap sebarang isu yang melibatkan undang-undang dan kedaulatan negara. Adalah wajar untuk pelarian atau pencari suaka ditempatkan di depot tahanan imigresen memandangkan mereka berstatus pendatang tanpa izin yang memasuki sesebuah negara tanpa dokumen yang sah. Malahan ada pelarian yang bersikap agresif dan mampu mencetuskan situasi yang tidak dijangka dan tidak diingini. Kejadian paling mudah untuk dijadikan contoh, apabila seramai lebih daripada 500 orang pelarian Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Sungai Bakap, Kedah pada 20 April 2022 sehingga menyebabkan enam orang maut akibat kemalangan semasa melarikan diri. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 (Protokol 1967) serta tiada kerangka undang-undang atau pentadbiran untuk mengatur status dan hak pelarian. Ini bukti jelas yang menunjukkan Malaysia tidak wajib untuk
menerima pelarian atau pencari suaka, namun masih memberi layanan baik kepada mereka. Saya kira Malaysia sudah cukup baik kerana sanggup menguruskan dan mengatur golongan ini. Belum pernah rasanya pelarian dan pencari suaka dihalau terus balik ke tempat masing-masing. Sebaliknya, menempatkan mereka di depot tahanan adalah satu langkah yang baik dalam memastikan mereka berada dalam keadaan yang terkawal sebelum mereka dibawa pulang ke negara asal, dibenarkan ke negara yang mengiktiraf pelarian atau dibebaskan sekiranya mereka memegang kad UNHCR. Apabila bercakap mengenai pemegang kad UNHCR, jumlah pemegang kad ini di Malaysia juga mencecah lebih 102,000 orang yang mana kad ini dikeluarkan oleh UNHCR. Secara asasnya, pemegang kad UNHCR boleh tinggal sementara di Malaysia sementara menunggu penempatan semula mereka di negara ketiga. Tuan Yang di-Pertua, tetapi realiti yang berlaku ialah ramai yang telah menetap terus di Malaysia. Ada yang sudah berada di Malaysia sehingga lebih 30 tahun. Ada pula yang mewujudkan perkampungan sendiri yang tidak diiktiraf. Justeru, apa yang perlu diletakkan dan ditekankan oleh UNHCR? Seharusnya bukan hanya sekadar isu penempatan pelarian dan pencari suaka di depot tahanan, sebaliknya persoalan yang harus dibangkitkan oleh kerajaan kepada pihak bertanggungjawab seperti SUHAKAM juga dan UNHCR adalah setakat manakah kebertanggungjawaban Malaysia dalam menguruskan dan menerima pelarian? Keduanya, apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengekang kebanjiran pelarian dan pencari suaka yang sengaja menjadikan Malaysia sebagai destinasi mereka sebagai tempat tinggal bagi jangka masa panjang? Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Kita punya hak untuk menghantar pulang atau memindahkan mereka ke mana-mana negara yang sedia menerima pelarian ini namun sampai bila Malaysia perlu menerima sahaja kemasukan pelarian dan masalah-masalah yang ditimbulkan mereka? Bukan sahaja membantu dalam bab kebajikan, malahan banyak belanja telah disalurkan bagi menguruskan mereka yang ditahan. Walhal perbelanjaan itu boleh disalurkan kepada rakyat negara ini. Tuan Yang di-Pertua, persoalan lain yang ingin saya ajukan ialah apakah tindakan diplomatik kerajaan dengan negara yang rakyatnya melarikan diri ke Malaysia terutamanya Myanmar dalam usaha menangani lambakan kemasukan pelarian negara ini? Kedua, apakah tahap kapasiti sebenar depot tahanan di seluruh negara dengan jumlah sebenar tahanan yang kini berada di depot tersebut? Apakah usaha bagi menangani lambakan tahanan di sesebuah depot?
Ketiganya, sejauh manakah kemampuan negara untuk mengendalikan pelarian di negara ini dan perbincangan yang boleh dilakukan dengan pihak UNHCR bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tempat lambakan atau transit kekal oleh pelarian. Saya yakin kerajaan dan rakyat sama sekali tidak mahu mewujudkan sikap prejudis atau xenophobia terhadap pelarian dan pencari suaka. Namun dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu mengutamakan kebajikan rakyat sendiri dan memastikan bahawa keamanan serta kesejahteraan masyarakat dipelihara. Justeru, inisiatif yang jauh lebih berkesan dan berimpak yang baik pada semua pihak perlu dirancang dan dipertimbangkan pelaksanaannya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pekan.
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak kalau dibenarkan, saya hendak ambil peluang ini untuk acknowledge ada 15 orang daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) yang hadir di belakang untuk melihat prosiding hari ini. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Ya.
Silakan.
Jadi, saya ingin mengiktiraf bahawa ada 15 orang daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) yang hadir di belakang. Jadi, selamat datang ke Parlimen. Terima kasih. [Tepuk]
Berikutannya, kita persilakan Yang Berhormat Jerlun.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Seperti rakan-rakan Ahli Dewan yang lain, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan 2020 SUHAKAM. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh hanya dua perkara sahaja daripada keseluruhan laporan yang dibentangkan. Pertama, berkaitan dengan penglibatan SUHAKAM terhadap perjalanan pilihan raya khususnya di Sabah. Kedua, tentang isu kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa SUHAKAM ialah sebuah institusi hak asasi manusia negara bagi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597]. SUHAKAM berperanan untuk mempergiat pendidikan hak asasi manusia, menasihati dasar dan perundangan dan melakukan penyiasatan. Menyentuh tentang isu berkaitan dengan pilihan raya iaitu dalam Bab 2, laporan muka surat 81 sehingga muka surat 85. SUHAKAM terlibat dalam pemantauan perjalanan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 yang pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai 2020 yang lalu. SUHAKAM terlibat secara langsung memantau bermula daripada pembubaran DUN sehingga ke hari pengundian. Tahniah dan syabas kepada SUHAKAM yang terlibat secara langsung turun padang ke lapangan, melihat perjalanan SPR Sabah yang sudah tentunya melibatkan semua pihak. Dalam konteks pilihan raya walaupun laporan SUHAKAM ini menyentuh tentang perjalanan pilihan raya Sabah tetapi saya ingin menarik perhatian tentang peri pentingnya SUHAKAM tidak terlepas pandang dalam membuat pemantauan terhadap peruntukan yang terkandung di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5]. Sebagai satu contoh, dalam laporan ini tidak disebut tentang bagaimana SUHAKAM menilai tanggungjawab seseorang calon yang bertanding melaksanakan arahan yang termaktub dalam peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya. Dalam menyertai pilihan raya, setiap calon yang bertanding sama ada di Dewan Rakyat ataupun di Dewan Undangan Negeri mestilah membayar deposit pilihan raya, deposit bahan kempen dan penyata perbelanjaan pilihan raya hendaklah dimaklumkan kepada SPR. Berkaitan dengan penyata pilihan raya, hendaklah diserahkan kepada SPR dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diwartakan. Ini terkandung dalam seksyen 23(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kedua, deposit bahan kempen akan dipulangkan setelah dibersihkan bahan kempen itu. Jika tidak dibersihkan dalam tempoh 14 hari, maka deposit bahan kempen itu tidak akan dipulangkan kepada calon atau dilucutkan hak. Ini terkandung dalam seksyen 24B(8). Akan tetapi tiada seksyen pun yang memperuntukkan kepada SPR hendaklah memulangkan semula deposit pilihan raya kepada calon yang bertanding dalam tempoh 14 hari. Ini saya lihat ada sedikit ketempangan. Peruntukan yang berkaitan dengan individu calon yang bertanding, ada peruntukan yang mewajibkan calon itu mematuhi tetapi daripada segi pelaksanaan SPR
terhadap calon, tidak adapun peruntukan yang jelas yang memastikan SPR mesti bertindak mengikut apa yang diperuntukkan. Jadi soal deposit pilihan raya dipulangkan, tidak termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jadi dalam hal ini, SUHAKAM wajar melihat dari dekat tentang pemantauan terhadap pelaksanaan Akta 5 tersebut. Sebagai satu contoh, tentang deposit pilihan raya ini, saya mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan suatu akta, pindaan akta ataupun membuat satu pekeliling kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri supaya bertindak dalam tempoh 14 hari sebaik sahaja keputusan diputuskan oleh pegawai pilihan raya di sesuatu kawasan pilihan raya, mesti dipulangkan balik kepada calon itu. Itulah baru menunjukkan bahawa kerajaan bertindak adil terhadap hak asasi manusia yang sedang kita bahaskan. Kedua, tentang deposit bahan kempen. Saya mencadangkan supaya kerajaan walaupun ada peruntukan dalam seksyen 24B(8) tadi, seharusnya kerajaan menggunakan kuasa budi bicara. Budi bicaranya dalam bentuk perbincangan dan tolak ansur antara Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab memastikan bahan kempen itu dibersihkan dalam tempoh 14 hari. Dalam masa yang sama juga, pihak SPR setelah melihat perjalanan pembersihan itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mestilah bertolak ansur walaupun dalam tempoh 14 hari ataupun lebih. Saya mendapati ramai calon yang bertanding ini tidak dapat memastikan jentera pilihan rayanya membersihkan bahan kempen itu dalam tempoh 14 hari. Banyak! Sehinggakan SPR mengumpulkan wang deposit pilihan raya itu untuk dimasukkan dalam Kumpulan Wang Tak Dituntut. Ini satu perkara yang tidak wajar dalam keadaan kita membahaskan hak asasi manusia dalam konteks calon pilihan raya yang bertanding. Dalam halaman 86, SUHAKAM telah mencadangkan kerajaan mewujudkan undang-undang khusus yang perlu digubal bertujuan untuk menguruskan kewangan politik. Dalam hal ini, saya ingin bertanya bilakah kerajaan hari ini bercadang untuk menggubal undang-undang pendanaan politik dalam keadaan SUHAKAM yang dibentuk oleh kerajaan telah pun mengesyorkannya? Isu yang kedua berkaitan dengan hak asasi kanak-kanak. Pesuruhjaya Kanak- kanak Malaysia (OCC) hendaklah memberi tumpuan kepada promosi dan perlindungan kanak-kanak seperti yang digariskan oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Pesuruhjaya Kanak-kanak dalam konteks negara kita Malaysia hendaklah memastikan empat prinsip yang menjadi teras kepada CRC ini iaitu: (i) tidak ada diskriminasi kepada kanak-kanak; (ii) komited untuk kepentingan yang terbaik buat kanak-kanak; (iii) memastikan hak kanak-kanak itu hidup dengan kelangsungan yang tidak ada sebarang halangan; dan (iv) hormat terhadap pandangan kanak-kanak.
Jika dilihat halaman 108 hingga 109, laporan SUHAKAM mencadangkan agar Akta Kanak-kanak 2001 dipinda dengan mengambil kira tujuh syor tersebut. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, salah satu syor daripada SUHAKAM ialah memperkasakan Majlis Kanak-kanak Kebangsaan dengan menambah keahlian daripada wakil kanak-kanak. Saya mendapati penyertaan kanak-kanak dalam Majlis Konsultasi Kanak-kanak dalam masa sekarang sangat perlu dan hendaklah disegerakan. Ini penting kerana faktor rakan sebaya, rakan seusia di kalangan kanak-kanak mampu menyalurkan isu-isu berkaitan kanak-kanak kepada pihak berkuasa dalam masa yang singkat ataupun dalam masa yang mudah sebab melibatkan sesama mereka. Banyak isu yang melibatkan kanak-kanak.
Yang Berhormat, sila gulung.
Baik. Dalam penggulungan ini sedikit berkaitan dengan pendidikan untuk kanak-kanak. Saya mendapati SUHAKAM telah meletakkan sasaran bahawa kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hendaklah melaksanakan polisi pendidikan untuk semua kanak- kanak pada tahun 2025 lebih kurang dua tahun lagi daripada sekarang. So, saya ingin bertanya kepada KPWKM, sudahkah KPWKM ini membentuk polisi tersebut sebagai persediaan untuk dilaksanakan pada tahun 2025? Sekian, perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Bentong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bentong mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Undang- undang dan Reformasi Institusi kerana membentangkan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 di dalam Dewan yang mulia ini. Pembentangan dan perbahasan ini penting kerana SUHAKAM sebagai Badan Berkanun Persekutuan yang telah diberikan mandat oleh Akta SUHAKAM 1999 mempunyai tanggungjawab statutori untuk menasihati kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan hak asasi manusia termasuklah undang-undang dan dasar-dasar kerajaan agar ia selari dengan piawaian hak asasi manusia. Pembentangan laporan ini juga menunjukkan komitmen dan keseriusan Kerajaan Madani terhadap hak asasi manusia di Malaysia. Bentong juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan di SUHAKAM yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad yang hadir bersama-sama dengan kita pada hari ini di Dewan Rakyat di atas pembentangan laporan tahunan ini. Tuan Yang di-Pertua, SUHAKAM sebagai sebuah National Human Rights Institution, dengan izin mempunyai tanggungjawab kepada Dewan yang mulia ini di bawah Belgrade Principles untuk bukan sahaja membentangkan laporan tahunan ini tetapi juga menjalinkan kerjasama bagi membentuk rangka kerja terhadap penggubalan dan perbincangan berkenaan dengan undang-undang dan dasar-dasar negara yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada hak asasi manusia. Bentong mencadangkan agar anggota SUHAKAM dilibatkan secara aktif di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Parlimen untuk memastikan apa sahaja undang-undang dan dasar-dasar yang ingin digubal di Dewan yang mulia ini selari dengan hak asasi manusia. Bentong juga mencadangkan agar Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 dipinda bagi memastikan pengukuhan peranan dan fungsi suruhanjaya. Antara aspek yang perlu ditambah baik di dalam Akta SUHAKAM adalah antara lain peranan SUHAKAM di dalam Parlimen. Peruntukan sedia ada di dalam seksyen 4 Akta SUHAKAM adalah terlalu umum dan belum betul-betul mengrefleksi Belgrade Principles dalam hubungan antara NHRI dengan Parlimen. Selain daripada itu, prosedur pelantikan dan pemecatan anggota suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta SUHAKAM perlu ditambah baik agar proses pelantikannya lebih telus dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik. Dalam laporan tahunan SUHAKAM 2020 halaman 23 dan 24, kita mengambil maklum penglibatan SUHAKAM di mahkamah sebagai peguam pemerhati dan amicus. Walau bagaimanapun, ia masih belum mencukupi, saya kira jika SUHAKAM diberikan lebih kuasa untuk memfailkan dan untuk memulakan tindakan undang-undang di mahkamah terhadap kes-kes perlanggaran hak asasi manusia di mahkamah seperti Australia, itu akan memberikan isyarat mengenai tahap keseriusan kerajaan terhadap hak asasi manusia di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masih belum meratifikasi The Convention Relating to the Status of Refugees 1951, dengan izin. Dimaklumkan juga bahawa SUHAKAM telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, PDRM dan UNHCR berkenaan dengan perkara ini. Kita juga mengambil maklum bahawa terdapat keperluan untuk menyeimbangkan isu keselamatan negara dan hak asasi manusia khusus di dalam isu pelarian ini. Walau bagaimanapun, kerangka undang-undang sedia ada masih belum cukup merangkumi isu-isu pelarian di Malaysia dengan manusiawi. Kita menyaksikan bagaimana sewaktu COVID-19, para pelarian ini takut untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana bimbang akan ditangkap dan dihantar pulang sedangkan kebanyakan mereka bekerja sebagai cleaner, dengan izin dan di beberapa sektor yang menyebabkan mereka berinteraksi dengan orang ramai. Ada juga di antara mereka yang bunuh diri dalam tempoh MCO dan EMCO sewaktu COVID-19 kerana tertekan tidak dapat bekerja, tidak ada wang untuk makan dan sebagainya. Bahkan bantuan juga sulit disalurkan kerana mereka takut dihantar pulang. Kita sewajarnya berbincang tentang undang-undang yang sedia ada bagi menangani isu ini. Realitinya pelarian ini datang ke tempat kita atas pelbagai sebab. Di antaranya tekanan ekonomi, keselamatan, fear of prosecution, dengan izin dan sebagai manusia mereka perlu diberikan hak asasi yang sewajarnya. Begitu juga dengan Alternatives to Detention (ADT) dengan izin Tuan Yang di- Pertua, kepada anak-anak pelarian. Depoh tahanan Imigresen tidak boleh menyediakan sebuah suasana yang kondusif kepada anak-anak pelarian. Anak-anak bukan tempatnya di depoh tahanan Imigresen tetapi saya dimaklumkan dalam program ADT yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak melibatkan anak-anak pelarian Rohingya. Jika kita pun tertanya-tanya kenapa mengecualikan anak-anak Rohingya ini? Apa bezanya anak-anak pelarian Rohingya ini dengan anak-anak pelarian lain? Bentong juga ingin bertanya kepada Menteri Pendidikan, syor SUHAKAM untuk memberikan akses kepada anak-anak pelarian ini mendapatkan pendidikan asas di sekolah-sekolah kebangsaan. Adakah ia sesuatu yang boleh kementerian jalankan dan sekiranya anak-anak pelarian ini tidak dapat bersekolah, ia akan memberikan kesan bukan sahaja tidak manusiawi kepada kesan kehidupan sosial dan ekonomi juga. Apalah kehidupan ini tanpa pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, di antara isu yang menjadi kegusaran kami adalah isu berkaitan dengan Orang Asli. Di Bentong, isu tanah Orang Asli masih menjadi masalah. Misalnya tanah perkuburan Orang Asli diambil oleh syarikat besar dan masalah ini bukan sahaja terjadi di Bentong tetapi di tempat-tempat lain juga contohnya di Nenggiri, Gua Musang. Kampung-kampung Orang Asli bakal ditenggelamkan untuk projek pembinaan empangan Nenggiri. Kerajaan-kerajaan negeri masih tidak mengiktiraf dan mewartakan tanah-tanah Orang Asli sebagai tanah adat sedangkan tanah adalah isu yang sangat sensitif kepada Orang Asli. Di Nenggiri misalnya ada bantahan daripada komuniti Orang Asli terhadap pengambilan tanah dan di Nenggiri sendiri banyak artifak-artifak purba ditemui. Alangkah baiknya jika tempat ini dijadikan sebagai sebuah heritage site, dengan izin daripada dijadikan satu empangan yang memusnahkan sejarah tanah itu. Selain daripada itu, akses pendidikan dan perubatan kepada Orang Asli adalah sangat terhad dan terbatas. Keciciran pendidikan di kalangan anak-anak Orang Asli juga sangat tinggi sehingga tahun 2021, 42.29 peratus anak-anak orang Asli tidak menamatkan persekolahan sehingga Tingkatan Lima. Angka ini sesuatu yang membimbangkan. Saya kira satu perbincangan dan tindakan harus diambil oleh agensi yang berkaitan, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kementerian Pendidikan dan SUHAKAM perlu bekerjasama dalam memastikan hal ini dapat ditangani. Defisit kepercayaan yang terjadi di kalangan Orang Asli harus ditangani. Bentong percaya pengiktirafan yang sewajarnya kepada Orang Asli harus diberikan pengiktirafan kepada kebudayaan dan agama mereka misalnya. Kementerian Pendidikan juga
sewajarnya menghadirkan lebih ramai guru-guru daripada kalangan komuniti Orang Asli dan sejarah serta kebudayaan Orang Asli diajarkan dan didedahkan di sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Berkenaan dengan reformasi penjara, kita sedia maklum bahawa kebanyakan struktur penjara di Malaysia telah uzur dan dibina berpuluh-puluh tahun dahulu sehingga menyukarkan suatu perubahan struktur dibuat untuk memastikan syor-syor yang diberikan oleh SUHAKAM untuk dilaksanakan. Misalnya, sebahagian penjara masih menggunakan bucket system dan bukan tandas dengan kemudahan moden. Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk membina kompleks penjara baharu dengan infrastruktur dan kemudahan yang mematuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa?
Selain daripada itu, kesesakan dan kepadatan penjara merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh manusia. Badan eksekutif dan kehakiman perlu berbincang langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk menangani masalah ini. Hukuman- hukuman bagi kesalahan kecil tidak sewajarnya diberikan hukuman pemenjaraan. Bentong berpendapat seperti banyak negara di Scandinavian telah berubah dari sistem pemenjaraan kepada sistem pemulihan luar penjara. Tuan Yang di-Pertua, dua minit.
Yang Berhormat, dua minit.
Terima kasih. Sudah hendak habis, tidak sampai pun. Sebagai penutup, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan business and human rights dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dunia globalisasi hari ini menyaksikan bagaimana perniagaan dan korporat boleh menyumbang kepada kebajikan dan hak asasi manusia. Sustainable Development Goals (SDG), Environmental, Social and Governance (ESG) dan juga just transition dengan izin adalah inisiatif antarabangsa ke arah memastikan perubahan kepada sistem ekonomi hijau. Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah ekonomi yang lebih lestari, aspek-aspek hak asasi manusia tidak boleh dipinggirkan. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya merasakan peranan SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan sangat diperlukan. Kepentingan ekonomi dan usaha menoktahkan kemiskinan seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu pembentangan belanjawan yang lalu sewajarnya seimbang dengan hak asasi manusia. Bentong memuji langkah yang diambil oleh kerajaan kerana melibatkan SUHAKAM di dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia mengenai perniagaan dan hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, adalah penting sekiranya SUHAKAM diberikan peranan untuk memantau pelaksanaannya. Oleh yang demikian, Bentong menyokong Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2020 dan berharap agar laporan pada tahun 2021, 2022 dan seterusnya boleh dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama juga dalam perbahasan Laporan Tahunan 2020 SUHAKAM. Saya ingin memfokuskan satu isu yang telah dilaporkan dalam laporan ini berkaitan dengan tajuk utamanya Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak. Saya mengambil
satu nota daripada End Child Detention Network dengan izin iaitu mengenai kanak-kanak dalam tahanan Imigresen dan Alternatives to Detention (ATD) di Malaysia. Dalam nota ini disebut sehingga 15 Mei 2023, 969 orang kanak-kanak telah ditahan di Malaysia termasuk 542 orang kanak-kanak lelaki dan 427 orang kanak-kanak perempuan. Ini jawapan di dalam Dewan yang mulia ini. Dalam laporan Amnesty International Malaysia dilaporkan kematian di depot tahanan Imigresen adalah perkara biasa. Terdapat lebih 598 kematian yang dilaporkan dari tahun 2014 hingga Julai 2022 termasuk tujuh orang kanak-kanak dengan empat kematian kanak-kanak yang dilaporkan sejak tahun 2021. Dalam tahun 2022 sahaja, 153 orang termasuk tujuh orang kanak-kanak telah meninggal dunia di depot tahanan Imigresen di mana jumlah kematian tersebut hampir sama dengan jumlah kematian iaitu 151 yang dirakam dalam tempoh masa tiga tahun dari tahun 2016 hingga tahun 2019. Saya juga mengambil perhatian kementerian apabila Kerajaan Malaysia telah melancarkan projek rintis Alternatives to Detention (ATD) dengan izin dengan kelulusan Jemaah Menteri. Projek rintis ini digerakkan oleh Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri. Projek rintis ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak tanpa penjaga dan terpisah daripada keluarga mereka untuk dibebaskan dari tahanan Imigresen untuk diletakkan di tempat perlindungan sementara. Program ini mengakui kemudaratan yang dihadapi kanak-kanak dalam tahanan Imigresen dan memberi keutamaan kepada perkembangan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak. Namun begitu, setelah satu tahun berlalu, projek rintis ATD ini masih tidak dilaksanakan sehingga bulan Mei 2023. Tiada kanak-kanak yang dibebaskan daripada tahanan Imigresen dan diletakkan di tempat perlindungan sementara. Tuan Yang di-Pertua, walaupun tiada perkembangan daripada segi pelaksanaan projek rintis ATD ini, pada bulan Februari 2023, Menteri Dalam Negeri telah membuat pengumuman bahawa kanak-kanak tidak seharusnya ditahan di depot tahanan imigresen dan beliau telah memulakan pelan tindakan untuk melepaskan kanak-kanak tanpa penjaga dan terpisah daripada tahanan Imigresen untuk diletakkan di bawah jagaan badan-badan NGO yang bertumpukan kepada perlindungan kanak-kanak. Walaupun skop dan tujuan inisiatif ini berkait rapat dengan projek rintis ATD, kedua-dua inisiatif ini belum lagi dilaksanakan secara rasmi. Setakat bulan April 2023, Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri di peringkat akhir dalam mengumpulkan data mengenai kanak-kanak di bawah tahanan imigresen dan sedang menyediakan draf kertas kerja untuk dikemukakan dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Kita masih menunggu sehingga ke hari ini draf cadangan ini. Saya membangkitkan kenapa kita Malaysia perlu menghentikan penahanan kanak-kanak di depot tahanan imigresen dengan segera; (i) iaitulah kita sedar bahawa tahanan kanak-kanak membahayakan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut. Sebarang tempoh penahanan termasuk tempoh penahanan yang pendek mengakibatkan kesan berpanjangan kepada kanak-kanak sama ada mereka ditahan bersama ahli keluarga mereka atau bersendirian, (ii) tahanan imigresen menjejaskan ekonomi kita. Tahanan Imigresen adalah 90 peratus lebih mahal daripada program jagaan alternatif yang menyediakan penjagaan dan perlindungan berasaskan komuniti bagi kanak-kanak pelarian dan migran di Malaysia, (iii) apabila kita meneruskan penahanan kanak-kanak ini, negara kita Malaysia jauh ketinggalan di belakang seluruh dunia termasuk ASEAN daripada segi hak asasi kanak-kanak dan sudah berlaku pencabulan kepada hak asasi kanak-kanak
tersebut. Kita jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran kita Thailand dan Indonesia. Maka saya Tuan Yang di-Pertua mencadangkan beberapa langkah perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian iaitu; (i) hentikan penahanan imigresen kanak-kanak dan keluarga mereka, (ii) sebagai langkah pertama, KDN dan KPWKM harus melaksanakan projek rintis ATD dengan segera dan melepaskan kanak-kanak tanpa penjaga dan terpisah kepada penjagaan alternatif yang berasaskan hak dan komuniti, bukan pusat penjagaan tertutup, (iii) seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menyarankan supaya menyemak semua skop dan kriteria projek rintis ini terutama sekali untuk menambah resolusi lain selain daripada penghantaran pulang dan memastikan kanak-kanak pelarian dan pencari suaka termasuk kanak-kanak Rohingya dimasukkan dalam skop projek rintis ini, (iv) seterusnya projek ini perlu mengadakan persidangan mesyuarat tentang kuasa PEMANDU projek rintis ATD dengan segera untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit, (v) saya mencadangkan kukuhkan proses dan prosedur projek rintis ATD dan menjajarkan program ini mengikut kepentingan terbaik kanak-kanak iaitu antaranya menghasilkan sebuah rangka kerja pemantauan dan penilaian yang memastikan ATD ini dapat dijalankan dengan baik, (vi) mengemaskinikan maklumat dan data berkaitan dengan kanak- kanak itu sendiri termasuklah boleh dibentangkan di Parlimen ini, (vii) mengutamakan dan memastikan kesejahteraan dan kepentingan terbaik kanak-kanak diberi perhatian dan ditegakkan sepanjang proses pelepasan penempatan di komuniti dan juga dalam polisi-polisi Imigresen di Malaysia, (viii) saya menyarankan menggunakan takrif universal kanak-kanak dalam setiap sektor termasuk Imigresen dan memastikan semua individu di bawah umur 18 tahun diiktiraf sebagai kanak-kanak dan hak mereka ditegakkan dan, (ix) saya mencadangkan kerajaan menerbitkan data secara berkala bilangan kanak-kanak yang terkini di bawah tahanan Imigresen yang diasingkan berdasarkan umur, kumpulan jantina, kewarganegaraan dan kanak-kanak yang berdaftar dengan UNHCR. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Berikutan dipersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua membenarkan saya untuk ambil bahagian dalam perbahasan terhadap Laporan Tahunan 2020 yang disediakan oleh SUHAKAM. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada SUHAKAM kerana telah menyediakan laporan tentang hak asasi Malaysia ini.
Sudah pasti ini merupakan satu yang sejajar dengan konteks Malaysia Madani, di mana kita menekankan kepada hak asasi manusia. Hari ini saya akan tumpukan kepada satu isu sahaja yang dibangkitkan dalam laporan ini iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan. Saya merujuk kepada muka surat 31 dalam laporan ini yang mengatakan bahawa, “Walaupun dilahirkan dan menetap di negara ini sepanjang hidup, individu tanpa kewarganegaraan ini berdepan pelbagai cabaran dalam mencapai hak kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, perumahan, keselamatan sosial, kebebasan bergerak, penglibatan politik dan hak mengundi seperti mana yang dinikmati oleh individu berstatus warganegara. Sebahagiannya juga berdepan risiko menjadi mangsa eksploitasi, penangkapan dan penahanan sewenang- wenangnya serta pengusiran” Ya, Tuan Yang di-Pertua kita sokong dan kita boleh sahkan apa yang dilaporkan dalam laporan SUHAKAM ini, yang saya tadi sebutkan. Inilah sebenarnya yang berlaku di akar umbi. Kami sebagai Ahli Parlimen, saya percaya Ahli-ahli Parlimen yang lain juga menghadapi masalah yang sama iaitu pejabat kita boleh dikatakan − contohnya pejabat saya. Boleh dikatakan hampir setiap minggu akan terima dua hingga tiga aduan daripada mereka yang memohon ataupun menghadapi masalah kewarganegaraan ini. Saya ingin berikan beberapa contoh antara kes yang saya terima. Contoh yang pertama Tuan Yang di-Pertua, namanya dipanggil ‘Chan Geok Kim’. Tahun ini 78 tahun. Tidak kahwin, tinggal seorang diri, sekarang hanya mendapat pemastautin tetap sahaja. Negara asal dalam kad IC merah dia, negara asal ialah Malaysia. Tahun ini 78 tahun, adik dia sudah meninggal dunia, dia tinggal seorang diri. Sebelum ini dia dapat bantuan kebajikan tetapi polisi baharu bantuan kebajikan tidak lagi beri kepada pemastautin tetap. Hari ini umur dia 78 tahun tidak ada apa-apa pendapatan dan nasib baik dia masih boleh berdikari. Dia pergi kerja di kedai kopi, dapatlah sedikit bayaran. Puan Chan ini telah pun banyak kali membuat permohonan tetapi gagal. Ayahnya pada masa itu ambil anak angkat − ambil dia, saya percaya dari di mana dia ditinggalkan, sebab ayahnya adalah seorang polis. Waktu itu berkhidmat di Klang. Mungkin ada orang tinggalkan puan pada ketika itu di hospital, ayahnya angkat balik membesarkan dia. Akan tetapi, masalah ini telah menyebabkan dia susah. Jadi ada banyak kes sedemikian yang berlaku. Saya hendak beri satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Puan ini namanya Rajinder Kaur, tinggal di Bandar Hilir ini. Kahwin − Dia orang berasal dari India, kahwin dengan warganegara Malaysia. Datang ke Malaysia pada tahun 1981. Semalam baharu sahaja menyambut hari jadi ke-70 tahun. Dia sudah tinggal di sini begitu lamalah, anak dia pun sudah besar, berjaya. Seorang anak peguam, lagi seorang pensyarah di universiti. Anak-anak semua warganegara tetapi ibu dia bukan warganegara. Pernah buat banyak kali permohonan tetapi ditolak. Dia pernah dapat anugerah sebagai ibu terbaik yang dianjurkan oleh MIC, 10 tahun yang lepas. Jadi ini semua telah menunjukkan bahawa dia sebenarnya, dia ada bakti, mempunyai bakti kepada negara ini. Bagi dia mungkin secara kesan praktikal tidak sebegitu besar sebab dia sudah umur 70 tahun. Kalau dia dapat warganegara ini mungkin tidak ada impak yang besar tetapi kenapakah Puan Rajinder ini dia masih berusaha kuat hendak dapatkan kewarganegaraan. Mengapakah? Ini sebab semangat cintakan Malaysia ini, semangat patriotiknya. Dia hendakkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Dia berkeluarga di Malaysia, kawan-kawan dia semua di Malaysia, gaya hidup dia, cara percakapan dia semua macam rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, dia hendak jadi seorang Malaysia. Jadi ini yang berlaku Tuan Yang di-Pertua. Sedangkan kita boleh lihat ada pemain bola daripada negara asing datang ke Malaysia. Main untuk tiga, empat, lima tahun sudah boleh dapat warganegara. Jadi apakah dasar kerajaan kita? Apakah polisi − Jadi dalam hal ini kita harap supaya kita perlu beri peluang yang sama kepada semua yang memohon ini, Tuan Yang di-Pertua.
Saya lihat terdapat kelemahan dan juga pelaksanaan dalam isu kewarganegaraan ini dan sudah pasti kita sambut baik apa yang telah diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri yang mengatakan sasaran dia ialah pada akhir tahun ini, dia hendak proses 10 ribu kes permohonan ini. Akan tetapi kita tahu jumlah kes permohonan lebih daripada 100 ribu. Hari ini memang kita puji dia, dia ada sasaran hendak capai 10 ribu, tetapi bagaimana dengan yang lain? Kita perhatikan − kita dapati ramai pemohon, mereka mohon sudah dua, tiga, empat kali tidak dapat. Bukankah adalah baik kalau kita ada satu sistem yang baik supaya permohonan pertama kali kita bagi mereka supaya mereka tidak perlu mohon berulang kali. Jadi 100 ribu permohonan itu saya pasti barangkali ada 30 peratus atau 40 peratus adalah permohonan semula. Ini sudah pasti menambah kerja yang lebih kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Jadi barangkali sudah tiba masanya kita perlu mengkaji semula akta- kata yang sedia ada supaya kita dapat bantu mereka yang ini. Kita sebagai Ahli Parlimen, kita tahu tentang apa yang berlaku di kawasan kita dan saya percaya Ahli-ahli Parlimen lain juga sama. Kitalah sedia membantu kementerian, sedia membantu kerajaan, kita boleh tolong kenal pasti kes-kes sedemikian dan kita boleh turun padang dan kita boleh tanya kepada MPKK, JPJK ataupun ketua kampung ataupun orang di sekeliling mereka yang membuat permohonan untuk kita sahkan. Kita sebagai Ahli Parlimen kita boleh bantu sahkan tentang kes-kes mereka supaya untuk memudahkan dan mempercepatkan permohonan mereka. Ini supaya kita tidak menafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Itu yang saya hendak cadang kepada kementerian − kepada Menteri Dalam Negeri tentang bagaimanakah kementerian hendak kita Ahli Parlimen membantu? Kita sedia untuk membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Akhir kata, Tuan Yang di- Pertua, bukan sahaja mereka yang memohon yang umur tua sahaja menghadapi masalah ini. Kita boleh lihat permohonan ini datang daripada semua lapisan. Orang muda juga sama dan saya dapat banyak kes orang muda, mereka hendak masuk universiti susah. Mereka cerdik pandai, boleh belajar tetapi tidak ada status warganegara. Tidak boleh masuk universiti. Ada yang lebih bertuah dapat masuk ke universiti swasta, sudah tamat pelajaran, dapat keputusan yang baik tetapi akan menghadapi masalah tidak boleh dapat cari kerja sebab mereka bukan warganegara. Jadi ini merupakan aset-aset kepada negara kita yang harus kita bantu mereka. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ada satu kes namanya Shankar. Ibu dia orang Malaysia tetapi kahwin dan pergi ke India.
Apabila umur dia empat tahun, ibunya bercerai dengan ayahnya, warganegara India. Sudah cerai, emak dia bawa anak balik ke Malaysia. Hari ini dia sudah berumur 40 tahun. Sejak berumur empat tahun sudah tinggal di sini, hari ini berumur 40 tahun sudah pohon banyak kali hendak jadi warganegara, tidak boleh, tidak dapat. Jadi, sekarang dia terpaksa – pegawai sini suruh dia balik ke India, tetapi negara India tidak menerima dia. Jadi, mana dia hendak pergi? Sedangkan dia sudah tinggal di sini lama.
Yang Berhormat, sila gulung.
Jadi, saya harap macam kes-kes sedemikian, kita harus bantu mereka. Dengan itu sahaja perbahasan saya untuk kali ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, dipersilakan Yang Berhormat Pendang.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan dengan peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Laporan Hak Asasi Manusia. Masih saya ingat iaitu SUHAKAM ditubuhkan pada tahun 2000 yang mana Parlimen telah meluluskan pada tahun 1999. Di awal penubuhan SUHAKAM banyak inkuiri, laporan-laporan yang dikeluarkan terhadap – terutamanya ISA dan sebagainya telah banyak membantu kerajaan dan masyarakat untuk hak rakyat dan juga hak asasi manusia. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, pihak pembangkang dahulunya kini sudah menjadi kerajaan adalah pihak yang sangat kuat memperjuangkan hak asasi kemanusiaan termasuk SUHAKAM. Kini terjadi sebaliknya apabila pihak kerajaan asyik saman sahaja. Baru-baru ini beberapa orang pemimpin telah disiasat, jadi saya harap pihak SUHAKAM juga memberi perhatian apabila memberi cadangan bahawa kerajaan akan bertukar seperti mana Yang Berhormat Marang dan juga Yang Berhormat Arau yang telah disiasat. Apakah hala tuju kerajaan hari ini mengenai SUHAKAM pun kita tidak nampak kejelasannya. Sangat kontradiksi semasa menjadi pembangkang apabila mereka mendapat kuasa. Memandangkan masa yang diperuntukkan tidaklah panjang, selain memberi peluang kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia yang lain...
Yang Berhormat Pendang, tanya sedikit boleh Yang Berhormat Pendang, hendak bagi cadangan sedikit.
Tidak, tidak. Saya tidak ada masa.
Dia hak asasi manusia ini betul, tetapi undang... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pendang tidak memberi laluan, sila duduk. Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat Pendang tidak memberi laluan, jalan Yang Berhormat.
Saya tidak layan sebab bagi saya Yang Berhormat Hulu Langat ini dia punya ini sudah. Isu pertama adalah berkaitan dengan izin forced labour ataupun human trafficking yang mana SUHAKAM perlu memberi perhatian yang mana kita tengok pada hari ini. Apabila pihak Imigresen dan Kastam Amerika telah melabelkan Malaysia terlibat dengan forced labour dan human trafficking, jadi ini membantutkan eksport barangan Malaysia ke Amerika dan juga ke Eropah. Ini memberikan imej yang buruk. Saya harap, pihak SUHAKAM memberi perhatian untuk meneliti perkara-perkara ini, buat kajian sama ada betul atau tidak untuk membersihkan akan balik imej Malaysia yang kita rasa tidak berlaku pun. Ia satu – lepas itu dalam masa yang sama, ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, kita pihak kerajaan telah mengambil satu langkah yang proaktif yang mana pihak Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan satu aplikasi yang disebutkan Working for Workers yang mana kalau berlaku kezaliman, ketidakadilan kepada para pekerja, mereka terus akses dalam portal Working for Workers ini membuat laporan dan kita sembunyikan latar peribadi mereka. Ia satu aplikasi yang membolehkan pekerja melaporkan sebarang salah laku. Setiap aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa yang singkat, lebih kurang seminggu kita akan dapat selesaikan masalah itu. Saya ucapkan terima kasih kepada yang Yang Berhormat Pagoh yang ketika itu sangat prihatin kepada tekanan dan kezaliman kepada para pekerja. Selain daripada itu, kerajaan juga turut memberi bantuan kepada golongan pekerja dengan memasukkan strategi komprehensif dalam Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin untuk meningkatkan usaha menyeluruh dalam pemulihan dalam memberi bantuan kepada pekerja melibatkan agensi. Seterusnya, saya menjurus kepada aspek pengiktirafan antarabangsa. Berdasarkan laporan SUHAKAM, SUHAKAM ada menerima geran daripada Kesatuan Eropah untuk melaksanakan projek promosi, penyertaan tetap Triti Antarabangsa Hak Asasi Manusia di Malaysia. Objektif projek ini adalah untuk mempromosi dan menyokong penyertaan terhadap enam lagi baki triti yang belum disertai oleh Malaysia. Soalnya, setakat mana kajian telah dilakukan dalam mengukur keserasian atau kesesuaian triti dan juga deklarasi antarabangsa untuk sama diratifikasi di Malaysia. Adakah dia satu tanda kemunduran atau regresif jika kita tidak memperakukan triti antarabangsa tersebut sebagai – contoh ICERD yang penuh kontroversi. Apabila kita berbicara tentang pengiktirafan antarabangsa, kita perlu kaji sedalam-dalamnya kerana tidak semestinya spesifikasi antarabangsa itu kena dan bertepatan dengan sosiobudaya serta sosioekonomi negara kita yang unik ini. Ia perlu diperhalusi betul-betul, jangan sampai jadi ‘anak kera di hutan disusui, anak sendiri mati kelaparan’. Jangan dok perasa pula, kata kita kata kat orang anak kera itu sebagai contoh, bidalan bahasa Melayu yang sangat tinggi. Masih lagi dalam nafas yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan promosi dalam kalangan masyarakat Islam mengenai keserasian antara prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam UDHR dengan ajaran Islam. Keserasian tersebut meliputi pengetahuan hak asasi manusia dalam Islam iaitu dalam Al-Quran dan As-Sunah Piagam Madinah yang disebut sini sebagai Kerajaan Madani.
Hendak bertanya sedikit Yang Berhormat Pendang, boleh?
Saya tidak bagi.
Tidak bagi?
Saya tidak anggap sudah Yang Berhormat Hulu Langat ini sebagai seorang yang ada rasionalnya. Tengok dia belasah lagu tu ja. [Pembesar suara dimatikan] .
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk.
Benar program seumpama ini harus ditekankan dalam memperluaskan lagi pengetahuan berkenaan agama Islam bukan hanya kepada Muslim, malahan kepada bukan Islam. Nanti apabila kita sebut Hudud ataupun Rang Undang-undang 355, diharapkan tiada pihak yang melompat tidak tentu fasal tanpa mengetahui objektif dan hala tuju undang-undang terbabit. Seterusnya saya ingin membicarakan sedikit berkenaan LGBT berdasarkan laporan. SUHAKAM telah mengadakan dengan izin, engagement dengan beberapa buah agensi dan badan bukan kerajaan untuk mentafsir dan merungkai dengan lebih lanjut terma dan konteks LGBT pada hemat saya ia memerlukan tindakan konsisten serta hala tuju yang jelas. Dalam pada itu, kita harus ingat ia bertentangan dengan Islam yang menjadi agama kepada Persekutuan, bahkan saya ingin – saya yakin ia menjadi larangan kepada semua agama, kalau saya silap sila betulkan saya. Dalam Islam, iaitu dalam Surah Al- A’raaf ayat 80-81, “Nabi Luth juga kami utuskan, ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya, patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Jadi, dalam hal yang sama, saya berharap agar usaha untuk memulihkan serta mengubat gejala LGBT ini digiatkan lagi agar ia dapat dibendung dan dibanteras. Saya harap SUHAKAM memberi perhatian apa yang dibangkitkan berkenaan dengan LGBT ditambah hujung sekarang ini ‘Q'.
Pendekatan yang sama dengan golongan yang berhadapan dengan masalah ketagihan dan penyalahgunaan dadah boleh digunakan dengan menempatkan mereka di satu pemulihan akhlak bagi tujuan pemulihan. Diharapkan pemulihan serta membetulkan disorientation yang berlandaskan ajaran Islam diterapkan bagi menyedarkan mereka mengenai tindakan yang melanggar normal kehidupan apatah lagi ia perbuatan di luar tabii. Hari ini kita boleh lihat gerakan mempromosikan kegiatan tidak sihat ini semakin berleluasa. Kawalan di peringkat kerajaan harus ditingkatkan dalam usaha mengepung gejala tersebut daripada terus menular dalam masyarakat kita. Namun saya percaya golongan ini wajar diberikan rawatan supaya agar segera pulang ke pangkal jalan. Ironinya, SUHAKAM tidak mengangkat perkara ini sebagai tema utama dalam isu LGBT walhal, ini adalah proses teras untuk merawat dan memulihkan serta mendekati kelompok LGBT. Dengan semangat kasih sayang, marilah mengajak golongan LGBT ini untuk kembali ke pangkal jalan. Kita semua sedia maklum larangan terhadap aktiviti LGBT ini semua adalah larangan agama yang ada. Saya tidak sebut Islam sahaja, dan saya pun kemukakan, sila maklumkan sekiranya saya tersilap. Dalam hal ini, Islam tidak membenarkan LGBT itu adalah sangat jelas.
Namun, makna dengan penuh kasih sayang dengan harapan mereka itu...
Sila menggulung Yang Berhormat.
Dah nak habis dah. Ini last sudah. Lagi ingat tidak sampai setengah minit. Kita mengajak mereka supaya kembali ke pangkal jalan sebagai kerajaan yang mempunyai kuasa wajib melaksanakan kuasa untuk menghalang mereka itu daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan mereka dunia dan juga akhirat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan kepada Tuaran untuk membahaskan Usul Perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tahun 2020. Terima kasih juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang telah membentang laporannya untuk Tahun 2020 pada Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, Sabah sentiasa berhadapan dengan situasi yang ekstrem yang mempunyai kesan terhadap hak asasi manusia penduduknya. Namun pandemik COVID-19 pada tahun 2020 telah menyebabkan banyak isu hak asasi sedia nyata menjadi semakin serius, manakala isu-isu yang selama ini terselindung terpampang nyata. Mungkin ramai yang masih ingat betapa teruknya situasi susulan Pilihan Raya Negeri Sabah pada Tahun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amatlah ketat sehingga ramai terputus bekalan makanan, khususnya yang berada di luar bandar. Pesakit kronik dari Wilayah Persekutuan Labuan terputus akses kepada rawatan di Kota Kinabalu. Ada bantuan tetapi rakyat perlu gunakan telefon pintar untuk mengisi borang walaupun tiada internet. Mahu beri bantuan tunai, tiada bank pula. Masyarakat yang belum sebelum ini terpinggir dari segi akses pendidikan, kesihatan dan bekalan air bersih semakin terhimpit sehingga hidup dalam darurat.
Apabila vaksin COVID-19 mulai diagihkan, timbul banyak isu lain pula. Vaksin juga sukar dibawa ke kawasan pedalaman kerana tiada simpanan sejuk beku dan bekalan elektrik. Pihak berkuasa pula telah mungkir janji dengan menahan pelarian dan migran tanpa dokumen atas kesalahan imigresen ketika mereka mendapatkan vaksin atau saringan walaupun pada asalnya berjanji untuk tidak berbuat demikian. Ini telah menyebabkan ramai orang tidak mendapatkan vaksin atau membuat saringan, menyukarkan usaha untuk mencapai imuniti kelompok, melambatkan usaha membuka kembali ekonomi Sabah dan Malaysia serta menyebabkan krisis hak asasi manusia berlarutan. Tuan Yang di-Pertua, ini hanyalah sedikit sahaja daripada kebejatan sosial yang mengancam kesejahteraan Sabah dan rakyatnya jika agensi-agensi kerajaan dan rakyat Malaysia masih memandang enteng kepentingan hak asasi manusia. Saya anggap rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak boleh dipersalahkan jika wujud persepsi bahawa dasar dan sikap-sikap agensi kerajaan juga didorong oleh racism atau perkauman dan xenophobia iaitu benci terhadap orang asing. Bahkan ini tidak terhad kepada keperluan seperti pelarian Rohingya di Semenanjung atau migran Filipina di Sabah yang turut menghantui golongan Orang Asli di Semenanjung dan orang asal di Sabah dan Sarawak, khususnya yang tidak berdokumen dan adat mereka terus dicerobohi. Hutan yang menjadi sumber rezeki terus dimusnahkan. Malah, mereka yang tiada dokumen kelahiran terus dinafikan kewarganegaraan walaupun ujian DNA canggih hari ini mampu mengesahkan pertalian darah mereka dan ibu bapa atau saudara lain yang terdekat. Di Sabah dan Sarawak khususnya, ramai orang asal memilih perkahwinan adat. Walaupun diterap oleh undang-undang anak negeri, banyak perkahwinan ini dan anak- anak lahir kemudiannya tidak berdaftar. Ini menyebabkan masalah kewarganegaraan ini berterusan. Anak kepada ibu bapa ibu warganegara terus dinafikan hak untuk mendapatkan kerakyatan kerana undang-undang kita memihak kepada bapa sahaja, bukan ibu. Akan tetapi, ini tidak bermaksud Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tidak boleh menggunakan kuasanya untuk meminda peraturan-peraturan untuk memudahkan proses untuk menggunakan budi bicara beliau. Golongan tanpa dokumen terus terperangkap di pusat tahanan imigresen yang terlampau sesak. Malah, Yang Berhormat Menteri Undang-undang sekarang dalam jawapannya pada Dewan yang mulia ini telah mengesahkan bahawa ramai tahanan yang mati akibat kejutan septic, pneumonia teruk, denggi, batuk kering, jangkitan paru-paru, komplikasi jantung, sesak nafas, kegagalan fungsi organ dan 25 kes COVID-19. Ini termasuk pelancong, pekerja dan ahli perniagaan yang terkandas tanpa pelan akibat PKP, bukannya pendatang tanpa izin yang sengaja melanggar undang-undang. Pada saya, ini tidak mencerminkan nilai-nilai Malaysia, terutama sekali di bawah konsep Malaysia Madani yang diterajui hari ini dan saya ulangi juga Tuan Yang di-Pertua, kes- kes kematian dalam tahanan ini turut berlaku dalam lokap polis secara berterusan, terutamanya membabitkan pemuda kaum India. Berkenaan golongan Rohingya pula, kita sudah enam tahun berhadapan dengan krisis pelarian akibat aktiviti ketenteraan di negeri Rakhine, Myanmar. Yang Berhormat Tambun dalam sebuah sidang media di Bangkok, Thailand telah secara tegas menyatakan bahawa kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh dengan secara proaktif mendepani krisis ini. Isu penjajah bukan warganegara, sama ada di Pasar Selayang di Semenanjung ataupun di tamu-tamu di Sabah. Isu sebegini wujud, ia berlarutan dan ia mempunyai kesan kepada sosioekonomi rakyat Malaysia dan hak asasi migran juga. Kita tidak boleh hanya membangkitkannya setiap kali pilihan raya atas sentimen nasionalisme bagi meraih undi. Kita harus berani mendepani masalah dan tegas mencari penyelesaian yang lestari.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa dalam hal-hal yang dibangkitkan oleh saya dalam lain-lain, dalam Laporan SUHAKAM ini, Kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan keselamatan negara di tingkat yang tertinggi. Ini wajar disokong sepenuhnya di Dewan yang mulia dan seluruh rakyat Malaysia. Tiada keraguan dalam hal ini. Namun begitu, Tuaran turut percaya pasti ada cara yang lebih baik untuk menanganinya. Banyak isu hak asasi manusia yang saya bangkitkan harus ditangani menggunakan pendekatan yang lebih menonjolkan sifat perikemanusiaan, ihsan dan kasih sayang atau mahabbah. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyeru rakan-rakan dalam Dewan Rakyat dan di Dewan Negara bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk meminta Kerajaan Malaysia dengan seberapa segera mengambil langkah-langkah berikut. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Pertama, bagi kes-kes individu yang tidak mempunyai kewarganegaraan kerana tidak atau lewat mendaftar perkahwinan atau kelahiran, namun dapat dibuktikan hubungan darah juga untuk kes-kes kanak-kanak bukan warganegara yang sudah berdaftar sebagai anak angkat warganegara, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri haruslah menggunakan kuasa budi bicaranya untuk memberi status kewarganegaraan atau sekurang-kurangnya status penduduk tetap untuk individu yang terkesan. Kedua, meminda undang-undang yang terlibat untuk mengiktiraf hubungan darah melalui ujian DNA supaya bukti untuk mengiktiraf anak seseorang warganegara sebagai warganegara juga. Ketiga, menubuhkan tiga buah tribunal khas di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk meneliti kes-kes yang melibatkan kewarganegaraan dan pulangan orang asal atau Orang Asli yang keciciran dalam sistem sedia ada serta mengusulkan pindaan undang-undang dan peraturan pada Kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu- isu berbangkit serta menyelesaikan kes-kes tertunggak sedia ada. Ketiga, kita tidak tahu bila pula pandemik seterusnya akan melanda. Oleh itu, Kerajaan Perpaduan harus menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kegagalan administratif Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri sewaktu menguruskan COVID-19 serta memberikan syor-syor yang dapat mencegah kegagalan daripada berulang kembali. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun atas iltizam untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bekalan air bersih dan bekalan elektrik di Sabah yang berlarutan selama 60 tahun dan menyiapkan Lebuh Raya Pan-Borneo secepat mungkin. Namun begitu, Tuaran berharap agar perhatian yang sama dapat diberikan kepada hubungan fasa akhir ataupun last mile connectivity dengan izin yang memainkan peranan penting bagi menjamin akses bagi rakyat mendapat hak asasi seperti makanan, pendidikan, khidmat kesihatan, akses kepada pasaran maya dan lain-lain kemudahan yang sentiasa terputus akibat disrupsi sama seperti wabak COVID-19 atau bencana alam. Akhir sekali, dalam kesempatan ini Tuaran juga mohon Kerajaan Madani ini juga meneliti pelaksanaan Laporan SUHAKAM yang lepas, terutama sekali perihal kehilangan Amri, pastor Raymond Koh, pastor Joshua dan lain-lain. Selain daripada keluarga mereka, rakyat juga tidak dapat menerima kegagalan kerajaan memberi jawapan kepada persoalan asasi iaitu ke mana dan di manakah anak-anak Malaysia yang hilang ini? Apakah mereka ini masih hidup? Kalau ada orang yang boleh hilang, sesiapa kita di sini juga pun boleh dihilangkan. Masa mencemburui saya walaupun masih banyak isu saya ingin sentuh. Saya simpulkan dahulu di sini dan saya sudahi dengan menyeru Ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat ini semasa meneliti Laporan SUHAKAM dan kerjasama untuk memastikan hak rakyat Sabah khususnya dan rakyat Malaysia umumnya terus dihormati dan dipelihara.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya berpantun?
Boleh, boleh.
Sebagai pengakhiran. Tidak akan terbang bila dipuji, Tidak akan tumbang bila dikeji, Membela hak setiap manusiawi, Itulah aspirasi perjuangan ikhlas murni. Yang di bawah jangan dikeji, Yang di atas jangan minta puji, Setiap manusia punya hak asasi, Malaysia Madani semarak hidup insani. Sekian, Yang Berhormat Tuaran mohon menyokong.
Cantik itu pantun ya. Yang Berhormat Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pada Tuan Yang di- Pertua. Ini ucapan saya selepas Tuan Yang di-Pertua dianugerahkan Tan Sri, saya ucapkan tahniah.
Terima kasih.
Semoga selamat maju jaya. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong apa yang telah dimulakan, ucapan tadi oleh Yang Berhormat Machang yang meletakkan satu premis yang sangat baik apabila menegaskan supaya SUHAKAM dalam usaha memperjuangkan hak asasi kepada manusia ini mestilah berkiblatkan kepada acuan agama. Terutama dalam kerangka negara kita sebagai sebuah negara yang Islam sebagai agama Persekutuan, bukan berkiblatkan kepada Barat yang semua dianggap sebagai hak asasi, asalkan tuntutan naluri manusia walaupun bertentangan dengan perintah agama. Kita bukan hendak menafikan hak individu lain dalam soal beramal dengan amalan-amalan mereka tetapi Islam mengajar kepada kita apabila sesuatu manusia itu melakukan mafsadah atau kerosakan maka bala yang akan menimpa itu bukan kena kepada orang yang jahat sahaja, Allah Taala sebut dalam al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Hendaklah kamu takut kepada azab Allah yang kalau datang bukan ditujukan hanya kepada orang-orang yang jahat di kalangan kamu sahaja. Orang yang baik yang berdiam diri tidak memperbetulkan kesilapan itu pun akan terkena sekiranya datang bala daripada Allah SWT. Oleh kerana itu, dalam kerangka Malaysia ini mestilah SUHAKAM berkiblatkan kepada acuan agama kita, kita balik kepada apa yang disebut Allah dalam al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Apakah kamu sangka kami jadikan kamu ini kata Allah sia-sia, main-main, tidak ada tujuan. Allah rangkumkan dalam beberapa ayat yang lain dalam al-Quran bahawa diciptakan manusia itu dengan tujuan sebagai ubudiyyah kepada Allah. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Untuk menjadi hamba kepada Allah SWT. Hamba kepada Allah tetapi merdeka untuk melakukan apa sahaja selagi mana tidak melanggar batasan yang ditetapkan oleh agama. Kedua, tujuan penciptaan kita ialah khilafah, yang Allah sebut dalam al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Untuk tujuan memakmurkan bumi Allah, yang disebut oleh Ibn Khaldun. [Membaca sepotong hadis] Kerja kita ialah menyambung kerja Nabi- nabi dan Rasul-rasul. Apa kerja Nabi-nabi dan Rasul-rasul ialah menjaga agama dan mentadbir dunia ini, negara ini, masyarakat ini, berdasarkan kepada agama.
Ketiga, tujuan penciptaan kita sebagai manusia...
Yang Berhormat Pengkalan
Ini kita hendak bagi penerangan.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pengkalan Chepa boleh sedikit?
Tidak ada masa.
Saya...
Saya panjang, saya tidak masuk lagi, ini baru mukadimah.
Tidak bagi juga?
Tidak bagi.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak bagi juga?
Kita jumpa dekat luar.
Hah?
Yang Berhormat Hulu Langat sahabat saya, kita jumpa dekat luar.
Dekat luar kita minum kopi.
Tidak, panjang, saya hendak, nanti.
Saya hendak tanya...
Nanti...
Saya setuju apa yang disebutkan tadi...
Nanti kalau saya sudah habis saya bagi.
Oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa itu.
Nanti saya bagi.
Akan tetapi Islam...
Tuan Yang di-Pertua.
Melarang umatnya membuat fitnah!
Yang Berhormat Hulu Langat.
Islam melarang umatnya membuat fitnah, adu domba, cerita tidak betul...
Siapa bagi peluang bercakap?
Yang Berhormat Hulu Langat.
Contoh, sebut kalau Perdana Menteri ini naik...
Tuan Yang di-Pertua, minta...
Dia akan halalkan LGBT.
Tegur Yang Berhormat Hulu Langat ini.
Itu tidak betul. Itu tidak betul pada saya.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak bagi Yang Berhormat Hulu Langat.
Ini tidak menghormati floor orang!
Soal perkataan adu domba, fitnah, pembohongan...
[Dewan riuh]
Siapa yang bagi floor bercakap?
Fitnah itu.
Sila duduk!
Itu tidak benar, itu tidak boleh. Itu kita tidak boleh benarkan berlaku dalam negara kita.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua...
Jadi, saya setuju tadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa...
Yang Berhormat Hulu Langat.
Akan tetapi soal fitnah ini kita tidak boleh bersetuju. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Silakan. Yang Berhormat Pengkalan Chepa, silakan.
Ini orang yang tidak reti peraturan Dewan. Siapa yang bagi bercakap? Cuba baca balik peraturan Dewan. Macam ini adakah Ahli Parlimen, yang tidak baca peraturan Dewan, masuk dewan langgar sahaja peraturan Dewan. Tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua, tidak menghormati rakan- rakan yang diberi peluang, kalau hendak berucap minta dengan Tuan Yang di-Pertua.
Itu saya minta tadi.
Minta dengan Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta saya minta tadi.
Saya tidak bagi tidak boleh bercakap.
Saya hendak betulkan, saya hendak betulkan...
[Dewan riuh]
Bangun, diam berdiri, kalau orang bagi baru boleh bercakap.
Saya hendak betulkan.
Jangan jadi biadab!
Saya hendak betulkan.
Okey, okey, okey.
Itu cerita dia, saya hendak betulkan.
Tuan Yang di-Pertua...
Sebagai kawan, teman, sahabat, saya hendak betulkan ustaz ini.
Tuan Yang di-Pertua, tujuan penciptaan kita yang disebut oleh Allah SWT, kita memikul amanah yang besar. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kita memikul amanah yang berat sebab itu kalau SUHAKAM membuat laporan mestilah berdasarkan kepada konsep Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan yang Islam sebagai agama rasmi. Saya mengucapkan syabas kepada SUHAKAM kerana telah berjaya mengeluarkan Laporan Tahunan 2020. SUHAKAM adalah entiti yang mempromosikan hak asasi manusia dan berperanan menasihati kerajaan bagi isu-isu melibatkan kebebasan dan kesamarataan manusia. Jika diteliti secara ringkas laporan ini meliputi usaha SUHAKAM sebagai advocator, penasihat undang-undang bagi kerajaan, menerima dan memantau aduan berkaitan hak asasi manusia dan menjadi penghubung kepada masyarakat antarabangsa, khususnya terlibat secara aktif dalam hak asasi manusia. Saya lihat banyak syor dan kritikan yang diberikan, khususnya sewaktu pandemik. Umum mengetahui COVID-19 yang melanda negara bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah ia juga mengehadkan pergerakan sosial sehingga memberi kesan terhadap golongan miskin, gelandangan, wanita golongan OKU dan juga kanak-kanak. Melalui inisiatif PENJANA dan PRIHATIN, kerajaan sedaya upaya memastikan hak asasi manusia, rakyat Malaysia dijamin sama ada melalui bantuan one-off, menghantar bakul makanan, meneliti SOP pergerakan sosial,dan sebagainya. Ini zaman Kerajaan Perikatan Nasional. Tidak dapat dinafikan ketika pandemik tercetus kadar penderaan domestik sehingga 898 kes, namun kerajaan melalui kementerian waktu itu, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat tidak berpeluk tubuh melihat kes-kes penderaan domestik berlarutan malah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bagi melindungi wanita daripada sebarang keganasan. Lanjutan daripada perkara itu KPWKM dengan kerjasama JAKIM telah melaksanakan satu Inisiatif Gagasan Lelaki Qawwam bagi memperkasakan peranan lelaki sebagai pelindung bagi wanita malah Talian Kasih 15999 juga diperkasakan bagi memastikan kejadian seperti ini dapat dikawal melalui aduan orang awam. Saya menyokong penuh syor SUHAKAM bagi menjamin hak wanita dan menghapuskan keganasan sebagaimana al-Quran juga menyeru kepada konsep. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Sebagai mana ayat Allah SWT yang disebut... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kemudian, dalam mendepani krisis kesihatan– Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa kecederaan sebab saya dicederakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi. Kemudian, dalam mendepani krisis kesihatan Malaysia juga antara negara berdepan dengan pandemik COVID-19, di mana sebanyak 5,040,087 kes jangkitan dan 36,954 kematian dicatatkan sehingga Februari tahun 2023. Penularan wabak tersebut seperti mana negara-negara yang ditimpa dengan wabak tersebut, Malaysia antara negara berjaya mencapai kadar vaksinasi tertinggi di dunia, ini adalah atas usaha kebijaksanaan KKM, MOSTI, MKN dan pelbagai agensi kerajaan yang berganding bahu memastikan rakyat Malaysia, bandar dan luar bandar menerima vaksin bagi menjamin kesihatan awam. Selain itu, penularan wabak juga dapat diatasi dengan kesan yang minima apabila negara bertindak pantas melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, di samping kebajikan kerajaan kepada rakyat melalui inisiatif PENJANA, PRIHATIN dan sebagainya.
Akses pendidikan juga ditambah baik sewaktu pandemik melalui mewujudkan Program JENDELA sebagai satu usaha untuk meningkatkan capaian terutama kawasan luar bandar.
Dengan adanya internet, rakyat mudah untuk berkomunikasi dengan pemerintah selain dapat melihat secara live perbahasan Parlimen pada hari ini, bagaimana Ahli Parlimen yang tidak tahu Peraturan Mesyuarat boleh langgar, sondol sahaja Ahli-ahli Parlimen yang berucap. Terakhir, saya menyokong perbahasan Yang Berhormat Mumtaz, Tumpat tadi berkaitan kerajaan perlu mempercepatkan pemberian peruntukan untuk operasi Pusat Khidmat Parlimen untuk memastikan pegawai-pegawai di pusat khidmat. Mereka juga ada anak dan isteri, Tuan Yang di-Pertua. Mereka juga perlu beli susu anak. Bagaimana mereka hendak menerima gaji bulanan sekiranya peruntukan untuk pentadbiran pusat khidmat itu sehingga ke hari ini masih belum lagi diberikan oleh Kerajaan Madani? Adakah ini juga hak asasi yang dilaung-laungkan? Saya hendak menyokong tadi Ahli Parlimen sebelah sana yang menyebut tentang kesesakan beberapa buah penjara termasuk di kawasan saya Pengkalan Chepa. Kapasiti yang boleh dimuat adalah 1,500 orang. Akan tetapi banduan yang ada di sana sekarang sudah 3,000 lebih. Saya pernah pergi melawat beberapa kali dan melihat sendiri bagaimana mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya sebagai manusia. Mereka terpaksa tidur bukan tidak boleh tidur baring, mereka kena tidur mengiring dan banyak lagi berlaku kesan-kesan lain yang mendorong kepada perlakuan jenayah seksual dan sebagainya apabila keadaannya sebegitu. Selepas itu tidur pula kena pakai shift, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidur, yang ini kena berjaga. Kalau semua tidur, tidak muat sel tersebut. Ini antara yang disebut sebagai luahan yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan. Walaupun mereka banduan, mereka perlu dilayan sebagai manusia seperti kita. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya hendak sebutkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia madani. Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Shah Alam untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2020. Di awalnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SUHAKAM kerana laporannya dengan jelas mengaitkan hubungan di antara Islam dan hak asasi manusia. Dalam mukadimahnya menyatakan bahawa SUHAKAM mengambil pendirian tegas bahasa ajaran Islam merangkumi prinsip hak asasi manusia dan merupakan salah satu daripada elemen utama maqasid syariah. SUHAKAM juga memetik ayat daripada Surah Al-Israa’ yang berbunyi. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al Israa’ ayat 70 yang ertinya, “Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.” Ini disebutkan oleh SUHAKAM dalam laporannya dalam muka surat 194. Bagi saya, ini adalah suatu perkara yang sangat penting apabila SUHAKAM menyebutkan hubung kait dan juga saling keterlibatan dan kesinambungan di antara Islam
dan juga hak asasi manusia selari dengan prinsip dan semangat maqasid syariah untuk memelihara maruah dan kemuliaan insan. Dalam hal ini, apabila menyentuh tentang perkara yang melibatkan Islam dan hak asasi manusia, isu yang berkenaan dengan agama Islam dalam memperkasakan hak asasi manusia ini, SUHAKAM telah menyentuh tiga perkara yang mereka telah pun lakukan dalam tahun 2020, dalam keadaan PKP yang tidak memungkinkan mereka untuk melakukan libat urus yang lebih luas tetapi sempat juga mereka melakukannya secara online perkara yang menyentuh tentang maruah diri orang yang kena tuduh (OKT), pencabulan hak asasi manusia yang dialami oleh masyarakat Islam di serata dunia dan peranan PBB dan juga tentang penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia yang melibatkan tentang maruah orang-orang Islam. Dari sudut orang yang kena tahan, SUHAKAM menyentuh tentang pemakaian seragam yang dikenakan kepada orang yang kena tahan ini yang belum pun lagi disahkan kesalahan mereka yang hanya dipanggil untuk memberikan keterangan, hanya dipanggil untuk bicara tetapi telah pun dilabelkan bahawa mereka ini adalah seolah-olahnya orang yang kena tahan. Apa yang lebih membimbangkan kepada saya ialah hanya melibatkan sebahagian kepada orang yang tertentu yang tidak ada nama, yang bukan ada kepentingan. Akan tetapi apabila melibatkan orang yang ada nama, ada kepentingan, ada gelaran, ada kedudukan, perkara ini tidak dilakukan, tidak disamaratakan daripada segi pakaian seragam itu. Ini satu perkara bagi saya adalah sedikit pelanggaran kepada hak asasi yang sepatutnya diberikan kepada semua manusia dalam keadaan yang sama rata. Keduanya, daripada segi pencabulan terhadap hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Di negara kita ramai pelarian. Mereka ini yang menghadapi masalah di negara mereka seperti di Palestin, Syria, Kashmir, Yaman, dan juga penderitaan Rohingya dan Uyghur. Kalau kita lihat, saya ambil satu contoh sahaja di pasar borong di Selayang. Ribuan pelarian Rohingya yang terpaksa ataupun mencari rezeki mereka yang dinafikan hak mereka untuk mencari rezeki yang secara halal. Mereka terpaksa berselindung bekerja untuk menyara hidup, menyara anak-anak tetapi cara mereka untuk mencari rezeki itu tidak secara yang sah yang diperakui oleh negara kita. Tidak ada lesen berniaga, tidak ada permit berniaga tetapi mereka bekerja juga. Jadi daripada segi hukum Islam, apakah hukumnya mereka itu dalam keadaan mereka itu mencari rezeki tetapi tidak melalui proses yang sah dalam negara kita? Oleh sebab itulah, saya kira kerajaan kita harus melihat perkara ini dengan betul supaya tidak ada keraguan langsung daripada mereka itu untuk mencari rezeki yang halal. Begitu juga dalam perkara yang ketiga yang disebutkan adalah daripada segi SOP berkaitan dengan kes tangkapan khalwat. Khalwat itu sendiri adalah perkara yang memalukan. Akan tetapi apabila adanya SOP yang disalahgunakan, diambil gambar mereka itu dan didedahkan kepada orang ramai, dua kali perkara yang memalukan yang berlaku kepada orang yang terlibat itu. Ini satu perkara yang perlu juga diberikan perhatian oleh pihak kerajaan supaya SOP yang seumpama ini tidak menjejaskan hak mereka untuk diberikan keadilan seadil-adilnya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa kerajaan perlu memperkasa dan advocate Cairo Declaration on Human Rights in Islam (CDHRI). Deklarasi ini diterima pakai oleh OIC dan memberi ruang untuk mengharmonikan idea hak asasi manusia selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dalam Islam. Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu, idea untuk memperkenalkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi menyekat budaya mencaci dan memaki agama dan kaum yang ada di negara ini telah digerakkan oleh mantan Menteri Agama yang dahulu iaitu Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa. Akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini. Tindakan boleh diambil kepada sesiapa sahaja yang mencaci atau pun memaki Islam dan semua agama atau kaum yang ada di negara ini. Akta ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi bagi menjamin pelbagai agama dan kaum yang ada dalam negara ini dan yang lebih penting akta itu
bukan sahaja untuk mendidik rakyat menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi juga agar agama lain dihormati dan diamalkan.
SUHAKAM ada menyebut perkara ini yang mengatakan bahawa SUHAKAM seolah-olah sudah putus harap dengan Akta Hasutan 1948 yang sedia ada dan menyarankan agar ia dimansuhkan dan diganti ataupun diperbaharui akta lain seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Yang Berhormat Shah Alam sedikit sahaja.
Sila.
Berkenaan dengan Akta Hasutan, Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua perlu memberi perhatian bahawa ada juga kes-kes di mana tuduhan-tuduhan yang dipilih dibuat dengan izin selective prosecution di mana mantan Ahli Parlimen Yang Berhormat Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh telah dituduh kerana menyatakan bahawa di dalam perkara-perkara melibatkan pentadbiran negeri, kerabat diraja tidak boleh masuk campur. Itu adalah pandangan beliau yang diberi secara teratur yang diberi secara berhemat berdasarkan kepada pengetahuan undang-undang. Dewasa ini kita lihat ada seorang mantan Perdana Menteri digelar Tun yang mengeluarkan macam-macam kenyataan menghentam kerabat diraja, tidak ada sebarang pertuduhan dibuat. Soalan saya adalah kenapa? Kita tidak boleh memberi perlindungan kepada beliau cuma semata-mata beliau merupakan seorang Tun dan mantan Perdana Menteri. Dua kali diberi anugerah darjah kebesaran sebagai Tun oleh kerabat diraja. Kita telah memilih beliau sebagai Perdana Menteri kali kedua tetapi beliau telah mengambil kesempatan menghentam dan mengkritik kerabat diraja. Saya lihat, saya dukacita ada Ahli-ahli Parlimen daripada sebelah sana. Kita lihat Yang Berhormat Marang ada di situ. Yang Berhormat Kota Bharu ada di situ. Soalan saya adalah kenapakah mereka bersama-sama dengan beliau dalam sidang akbar itu mendiamkan diri membenarkan mantan Ahli Parlimen Langkawi menghentam dan mengkritik kerabat diraja. Terima kasih.
Okey point taken. Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya terus gulung sekali Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu Akta Hasutan yang ada setakat ini kita lihat telah pun gagal untuk membendung suasana sentimen kebencian yang ada dalam negara kita. Oleh sebab itu di bawah Kerajaan Madani ini saya ingin menyarankan agar supaya akta ini mesti dikaji semula dan mesti ada satu reformasi ataupun pembaharuan terhadap usaha untuk membendung sentimen kebencian agama, kebencian kaum apatah lagi untuk mempertikaikan institusi raja yang ada dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya menyarankan agar apa yang disarankan oleh SUHAKAM ini dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan saya menyokong dengan penuh laporan yang dibentangkan oleh SUHAKAM. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena. Oh, Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2020. Ini merupakan kali kedua laporan tahunan SUHAKAM dibentangkan dan dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini walaupun penubuhan Suruhanjaya tersebut telah menjangka usia 24 tahun lamanya. Sehubungan itu tahniah saya ucapkan kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun atas langkah positif yang diambil bagi menunjukkan komitmen untuk menambah baik hak asasi manusia. Di harapkan supaya laporan tahunan SUHAKAM bagi tahun mendatang juga terus dibawa ke dalam Dewan ini untuk kita sama-sama teliti dan memantaunya demi melakar masa depan negara yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA), SUHAKAM berpandangan bahawa semakan perlu dibuat bagi mewujudkan keseimbangan antara undang-undang keselamatan untuk melindungi negara dengan menegakkan hak dan kebebasan hak asasi manusia. Walau bagaimanapun saya berpandangan sebaliknya. Bagi saya SOSMA yang sudah sedia ada pada masa ini harus dipertahankan dan segala proses perundangannya hendaklah diteruskan. Sekiranya kerajaan ingin melakukan kajian untuk penambahbaikan saya akan menyokong sepenuhnya supaya keselamatan negara kekal terjamin tetapi tidak sesekali untuk di semak semula atau dimansuhkan atas alasan hak asasi manusia. Saya faham perkara yang dibimbangi oleh pihak-pihak tertentu ketika ini termasuklah penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis dan seksyen 4, SOSMA yang membenarkan tempoh penahanan selama 28 hari tanpa dibicarakan. Hakikatnya kita sudah mempunyai Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 yang telah pun diluluskan di Dewan ini untuk dijadikan sebagai undang-undang dan akan mula dikuatkuasakan mulai bulan ini. Penubuhan Suruhanjaya tersebut sudah tentunya dapat memastikan individu- individu yang ditahan di bawah SOSMA mendapat layanan yang sewajarnya. Sekiranya tempoh penahanan selama 28 hari tersebut menjadi perkara yang dibimbangi akan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis, maka IPCC ini akan memperkukuhkan perkara tersebut. Meskipun begitu saya ingin mendapatkan kepastian sekali lagi daripada kerajaan berhubung SOSMA ini supaya tidak menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Soalan saya adakah kerajaan berhasrat untuk menyemak semula dan membuat pindaan terhadap SOSMA berhubung seksyen 4, seksyen 13, seksyen 6 dan sebagainya sepertimana yang dituntut oleh sesetengah pihak dan SUHAKAM. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pembacaan saya, Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 yang setebal 356 muka surat ini tiada satu pun tajuk yang dibincangkan secara serius mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sedangkan selama ini golongan tersebut sering berpaut atas nama hak asasi manusia sejak sekian lamanya dan cuba untuk mendapatkan pengiktirafan di dalam negara ini. Sebelum ini SUHAKAM juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi dan menimbulkan keraguan, kebimbangan serta kemarahan orang ramai. Secara peribadi saya memandang serius terhadap isu-isu dan agenda berkaitan pembudayaan LGBT yang sememangnya bertentangan dengan agama, moral dan budaya di dalam negara ini. Tambahan pula tiada satu pun kebaikan yang kita peroleh daripada LGBT ini yang perlu kita tahu nanti hanyalah keburukan termasuklah komplikasi sebagai penyakit berpunca daripada gaya hidup songsang ini. Pada kesempatan ini saya ingin menggesa supaya SUHAKAM lebih peka dan berhati-hati serta tidak mengikut bulat-bulat naratif hak asasi manusia yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di bawah Kerajaan Perpaduan ini, besarlah harapan saya supaya SUHAKAM dapat mencorakkan naratif hak asasi manusia
mengikut acuan negara kita sendiri dan memberi input sewajarnya kepada PBB mengenai nilai-nilai kita untuk diintegrasikan. Jika kita hanya menjadi seperti ‘pak turut’ sahaja tanpa naratif balas ianya seolah- olah negara kita telah di jajah suatu bentuk penjajahan baharu yang melakukan transformasi nilai hidup dan undang-undang atas nama hak asasi serta mempergunakan instrumen kerajaan sendiri. Sehubungan dengan itu saya berharap supaya SUHAKAM dapat menyatakan pendirian secara tegas berhubung segala desakan dan tuntutan yang sering dibuat oleh gerakan yang cuba untuk menormalisasikan LGBT di dalam negara ini. Kita tidak mahu institusi dan konsep kekeluargaan yang telah lama diamalkan terhakis dari semasa ke semasa ekoran mahu, “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara Barat. Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui Malaysia menerusi SUHAKAM begitu gigih dan komited dalam menangani masalah pelarian dan pencari suaka menerusi pelbagai saluran diplomatik dan forum antarabangsa. Meskipun negara kita bukanlah negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, kerajaan tetap menyediakan bantuan kemanusiaan sewajarnya kepada mereka. Pada tahun 2020 iaitu ketika wabak COVID-19 menyerang negara dan memberi kesan kepada jutaan rakyat, kita juga masih memikirkan nasib golongan pelarian dan pencari suaka serta beberapa syor juga dikemukakan oleh SUHAKAM menerusi laporan tahunan ini.
Walau bagaimanapun, perlukah kita terus menanggung segala permasalahan dibawa bersama oleh pelarian dan pencari suaka ini seperti dalam hal kebajikan dan penyediaan tempat tahanan sementara yang menelan kos jutaan ringgit setiap tahun. Sedangkan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan boleh sahaja disalurkan bagi tujuan lain seperti membantu warga tempatan yang terkesan dengan pelbagai tekanan hidup akibat pandemik COVID-19. Selain itu, perkara utama dan mustahak yang ingin saya sebutkan di sini ialah berkenaan ketidaksenangan warga tempatan terhadap pelarian dan pencari suaka khususnya etnik Rohingya sejak kebelakangan ini. Dalam hal tersebut, saya sama sekali tidak bersetuju apabila ada pihak-pihak yang melabelkan warga tempatan kita sebagai xenofobia atau prasangka dan rasa tidak suka terhadap individu asing. Hakikatnya “pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin”. Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pelarian (UNHCR) setakat awal tahun ini terdapat hampir 106,500 ribu orang Rohingya atau 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pelarian yang terdapat dalam negara kita. Angka ini bukanlah satu angka yang kecil. Saya mohon supaya kerajaan, memberikan perhatian serius terhadap perkara ini supaya kita dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah yang lebih parah. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Saya harap segala perkara yang telah disampaikan, diberikan perhatian oleh kerajaan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Laporan Tahunan SUHAKAM. Cuma saya ingat, kita laporan tahun 2020 agak ketinggalan berbanding dengan sepatutnya laporan dibentang ialah tahun 2021. Saya fikir sebab kita terlewat sangat. Tahun ini tahun 2023. Tahun 2020 ini kita sudah ketinggalan
hampir dua tahun di belakang. Walau bagaimanapun, saya ucap tahniah kepada SUHAKAM yang menyediakan laporan dan saya meneliti laporan tersebut mencangkupi pelbagai aspek yang dibangkitkan oleh sebahagian kita. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang SUHAKAM menerima lebih kurang 756 aduan. Daripada 756 aduan tersebut, kebanyakan aduan diterima di pejabat sebanyak 375 aduan di pejabat SUHAKAM, 311 aduan di Sabah dan 70 aduan di Sarawak. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat dalam laporan tersebut, lebih kurang dalam 27.4 peratus dapat diselesaikan. Manakala 72.57 peratus masih dalam proses. Saya fikir ini adalah satu kelemahan kenapa aduan-aduan itu lambat diselesaikan. Apakah faktor kekurangan kakitangan, peruntukan kewangan atau perlukan wujud jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat SUHAKAM yang lebih banyak di negara kita. Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat bahawa manusia ini merupakan makhluk Allah yang paling mulia berbanding makhluk-makhluk yang lain iaitu telah dijelaskan oleh Allah Taala dalam Al-Quran Kareem dan saya fikir semua ini menerima hakikat tersebut. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya manusia, kami jadikan manusia sebaik-baik kejadian”. Di atas prinsip tersebut lah manusia dicipta dengan kehendak dan acuan yang Allah SWT kehendaki. Apa tujuan Allah cipta manusia dan untuk apa manusia dilahirkan. Semua asas tersebut mestilah menjurus kepada nilai hak asasi atau dalam Islam disebut sebagai nilai fitrah yang Allah Taala bentuk manusia. Sebagaimana firmanNya [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Rom ayat 30, di mana fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT yang tidak mungkin boleh berubah ketentuan tersebut dan hadis yang lain Nabi bersabda [Membaca sepotong Hadis] “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah”. Nilai fitrah ini ialah nilai asasi yang digariskan oleh Allah SWT supaya dia selaras dengan tujuan penciptaan manusia dan ia mestilah dibina di atas asas fitrah tersebut. Lantaran itu persoalan utama ialah apakah yang menjadi asas utama dalam kehidupan manusia? Supaya kita tidak bercelaru dengan fokus kepada nilai-nilai tersebut. Saya fikir sebahagian di antara pembahas, telah pun menyentuh tentang beberapa perkara yang disebut sebagai “dharuriyat al-khamsah”. Asas keutamaan kita ada lima iaitu agama, akal, harta, nyawa, keturunan dan maruah. Jadi berdasarkan keutamaan inilah, manusia mesti berjalan diatas garis panduan yang telah ditentukan supaya kita tidak bertembung sama sendiri. Sebagai contoh hendak menentukan nilai. Apakah nilai hak asasi? Masing-masing pihak mendakwa asasi itu begini-begini. Apakah asasi itu yang kita hendak beri semua tuntutan bagi manusia kepada diri dia. Itu timbul. Groups yang menyokong aliran yang bercanggah dengan nilai fitrah manusia. LGBT seumpamanya. Golongan-golongan yang hendak bebas sebebas bebasnya. Ini juga bercanggah dengan fitrah kejadian manusia. Oleh itu saya melihat pengukuhan kepada prinsip ini perlu diperkasakan supaya kita tidak terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran luar dan saya menyokong apa yang telah dibangkitkan tadi oleh rakan-rakan yang bahas sebelum ini, termasuk Tampin yang menyentuh soal perlunya negara menegaskan prinsip, doktrin kita supaya kita buat naratif Malaysia. Bukan nanti negara luar walaupun SUHAKAM dapat dana daripada pihak luar tetapi dia mesti selaras dengan polisi, dasar yang ada pada negara kita. Saya tengok sebahagian besar telah nyatakan laporan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat juga beberapa aspek dibangkitkan dalam laporan ini tentang isu yang sentuh sikit ialah isu tentang lapan aduan mengenai murtad. Kalau kita lihat di mana lima kes melibatkan mualaf di Sarawak yang ingin kembali kepada kejadian asal dan tiga lagi aduan yang melibatkan soal pentadbiran. Ini aspeknya. Oleh sebab dalam konsep Islam, seorang itu tidak dipaksa untuk masuk Islam. Kalau dipaksa, dia akan jadi munafik. Islam tidak terima akidah orang munafik. Akan tetapi kefahaman mesti jelas bahawa agama bukan boleh keluar masuk, keluar masuk. Bukan boleh hari ini hendak masuk Islam, esok hendak keluar, kemudian minggu depan hendak masuk balik, tidak boleh. Dia perkara yang asasi yang tidak boleh dikompromi dalam Islam.
Jadi oleh kerana itu, asas kefahaman ini mesti tegas bahawa seseorang yang ingin memeluk Islam, dia mesti masuk dengan kefahaman dia. Maka, saya menyokong beberapa tindakan kerajaan untuk mewujudkan pusat bagi memberi kefahaman kepada mereka yang telah masuk Islam supaya mereka faham apa makna kita menjadi seorang Islam. Demikian juga kalau kita ke luar negara. Contoh kalau kita, orang Malaysia pergi ke Singapura atau pergi ke Amerika Syarikat. Apabila kita masuk ke sana, kita terikat dengan undang-undang mereka. Walaupun kita rakyat Malaysia. Kita terpaksa akur dengan undang-undang tersebut. Begitu juga apabila seorang bukan Islam, dia tidak terikat dengan Islam tetapi apabila dia masuk Islam, dia mesti mematuhi prinsip-prinsip yang telah ditekankan dalam ajaran Islam. Saya mengakui bahawa yang kita hendak tekankan ialah soal bagaimana untuk mengawal supaya tidak berlaku pelanggaran, penyalahgunaan. Oleh sebab itu saya setuju Tuan Yang di-Pertua, bahawa sebenarnya yang penting bukan undang-undang sahaja tetapi bagaimana kita, tanggungjawab dalam diri kita. Tanggungjawab dalam konteks Islam, tanggungjawab kita bukan sahaja di dunia tetapi sampai di akhirat. Mungkin dunia kita lepas. Akan tetapi akhirat kita tak akan lepas. Nilai-nilai inilah yang perlu ditanam supaya ketakwaannya menjadi asas dan itu disebut dalam hadis Nabi s.a.w [membaca sepotong Hadis] “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah kerana itu adalah himpunan segala sifat-sifat yang baik”. Walaupun ditekan laporan tersebut bahawa SUHAKAM merupakan suatu badan bebas, pemberian geran-geran luar sebagaimana disebutkan tadi itu menimbulkan persoalan sikit. Berdasarkan laporan SUHAKAM juga dilihat agak aktif menganjurkan beberapa siri program dan aktiviti berkenaan dengan convention, di mana kita ada enam triti yang dipromosi untuk penyertaan Malaysia. Tadi juga dibangkitkan oleh beberapa pembahas, termasuklah isu ICERT. Kita lihat bahawa kerajaan kena muktamadkan isu ini supaya triti-triti ini tidak semua yang kita mesti sokong. Ada yang bercanggah dengan dasar negara kita. Contohnya hak asasi kebebasan ataupun kesamarataan. Kita akui di Malaysia ada hak istimewa orang Melayu dijamin dalam perlembagaan. Ada hak yang dijamin, hak rakyat bumiputera. Yang ini dalam perlembagaan. Jadi kita harus lihat dalam konteks kerangka kita. Bukan kerangka yang di luar daripada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh soal LGBT. Ramai pihak sentuh. Saya ucap terima kasih banyak dan saya akhiri ialah tentang berhubung dengan penjara. Sebahagian tadi telah dibangkitkan tetapi isunya ialah di mana dalam laporan SUHAKAM menyatakan bahawa kebanyakan penjara dan pusat tahanan tidak dilengkapi kemudahan asas yang mencukupi serta infrastruktur yang daif. Memandangkan ada pusat-pusat tahanan sesak, SUHAKAM turut menekankan agar PDRM menambah baik atau meminda prosedur operasi standard mengenai penahanan individu dan lokap polis. Sebagai contoh, saya mohon kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk membuat pindaan terhadap kaedah-kaedah lokap 1953.
Selain daripada itu, nyatakan berapakah bilangan penubuhan Unit Perubatan Tahanan yang ada di Malaysia sekarang ini. Kita dapati bila ditahan di lokap dan mereka bercampur antara HIV nya, dengan penyakit pelbagai isu termasuk penyakit kudis buta yang sering kali jadi isu tahanan-tahanan lokap ini supaya proses ini dapat perbaiki dan cadangan SUHAKAM dapat kita angkat sebagai satu cadangan yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Akhir sekali, apakah usaha penambahbaikan kerajaan terhadap prosedur standard operasi (SOP), tatacara pengurusan, tangkapan siasatan di penjara lokap polis dan depot imigresen yang saya fikir antara banyak perkara yang dibangkitkan oleh pihak SUHAKAM. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu perbahasan saya, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Saya jemput Yang Berhormat Selayang, terakhir. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua diberikan saya peluang lima minit untuk membahaskan kerana malam ini saya pergi ke Chile untuk mewakili Parlimen dalam forum United Nations.
Yang Berhormat tarik mic bagi dekat sedikit.
Perkara pertama ialah kelewatan untuk membentangkan laporan SUKAHAM 2020. Soalan saya ialah mengapa kerajaan lewat untuk membentangkan Laporan Tahunan SUKAHAM 2020 dan 2021 di Parlimen. Sepatutnya laporan tahunan harus dibentangkan di sesi pertama tahun berikutnya. Kelewatan ini adalah satu kegagalan kerajaan untuk memastikan laporan harus dibentangkan pada waktu yang sesuai seperti mana yang ditetapkan di bawah seksyen 21 perenggan 1 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) iaitu Akta 597. Tugas kerajaan adalah untuk menerima laporan dari pihak SUHAKAM dan membentangkan laporan ini tanpa apa-apa keperluan untuk membuat perubahan kepada laporan itu walaupun ada sebahagian yang mungkin bercanggah dengan pendirian kerajaan kerana ini adalah konsep sebenarnya untuk mengadakan satu badan berkanun yang bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan laporan ini adalah laporan yang harus asal dibentangkan tanpa apa-apa perubahan yang diminta oleh pihak kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai kuasa untuk meminta SUHAKAM mengubah laporan SUHAKAM sekiranya laporan itu bercanggah dengan pendirian kerajaan. Perkara kedua ialah tentang kematian dalam tahanan. Saya meminta kerajaan untuk memberi jawapan sama ada isu kematian dalam tahanan dan isu dipukul semasa berada di dalam tahanan pihak berkuasa diterima oleh kerajaan mengikut maksud di dalam seksyen 4 perenggan (2D) di mana SUHAKAM diberikan kuasa untuk melawat tempat kematian itu menjadi supaya SUHAKAM dapat melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan. Perkara yang ketiga ialah tentang COVID-19 dan hak asasi manusia. Dalam laporan SUHAKAM, dinyatakan bahawa penularan COVID-19 dan tiadanya vaksin pada waktu itu, banyak negara mengambil tindakan luar kebiasaan sehingga bertindak menyekat hak yang lain. Walaupun tindakan tersebut dibenarkan, terdapat kemungkinan risiko krisis kesihatan digunakan sebagai alasan untuk menguatkuasakan langkah- langkah keselamatan yang melampau bagi menyekat peluang sivik dan kebebasan media. Namun yang penting ialah Prinsip SIRACUSA iaitu batasan dan pengecualian peruntukan dalam perjanjian antarabangsa mengikut hak sivik dan politik. Ditafsirkan batasan dan pengecualian peruntukan di bawah International Covenant Civil and Political Rights menggariskan bahawa kedaulatan undang-undang masih kekal ketika berlakunya kecemasan kesihatan awam dan ketika pelaksanaan kuasa luar biasa oleh sebuah negara semasa bertindak balas terhadap situasi yang mengancam kesihatan awam, pihak kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk tidak melanggar hak yang tidak boleh dikecualikan. Kerajaan juga perlu memastikan perlindungan hak asasi manusia sentiasa dihormati dengan cara menyekat hak hanya apabila sekatan tersebut memenuhi beberapa syarat: (i) diwujudkan dan dikuatkuasakan berdasarkan undang-undang; (ii) berdasarkan bukti saintifik (scientific evidence); (iii) bertujuan untuk tujuan yang sah; (iv) sangat diperlukan dalam masyarakat demokratik; (v) tidak sewenang-wenangnya atau mendiskriminasikan dalam pelaksanaannya; (vi) berkuat kuasa dalam jangka masa yang terhad; dan
(vii) tertakluk kepada semakan semula. Walaupun Malaysia bukan negara pihak kepada ICCPR, undang-undang lazim antarabangsa yang terkandung dalam Prinsip SIRACUSA masih terpakai di Malaysia. Apa yang kita telah melihat di dalam pengalaman tahun 2020 iaitu darurat telah diisytiharkan walaupun adanya Akta Persendirian iaitu Prevention and Control of Infectious Diseases Act atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang memberikan kuasa untuk membuat lockdown dan tidak semestinya mengadakan darurat sehingga Dewan Rakyat ini tidak boleh memainkan peranan semak dan seimbang dan di mana peraturan- peraturan digubal tanpa Dewan ini dapat melihat sama ada sekatan itu adalah berkesan atau harus diadakan. Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan untuk mengambil iktibar kita tidak...
[Bangun]
Satu minit lagi, saya habiskan dahulu. Mengambil iktibar bahawa krisis kesihatan awam akan ada lagi, COVID-19 is not the first and nor the last. Yang penting ialah kita hendak mengetahui bahawa hak asasi manusia itu ialah penting dan harus diberikan kepada kita sebagai satu panduan supaya apa yang telah menjadi tidak akan berlaku lagi sehingga rakyat di dalam satu keadaan yang susah dan derita.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja kalau ingin saya majukan apakah Yang Berhormat Selayang bersedia untuk mencadangkan supaya diperkasakan lagi Suruhanjaya SUHAKAM ini dengan antara lainnya rekomendasi suruhanjaya ini tidak hanya seumpama, kalau diingat dibentang, kalau tidak lupa. Rekomendasi itu boleh diangkat hinggakan mampu diletakkan atau ditabled, dibentangkan di Parlimen ini sama ada melalui PAC, jawatankuasa pilihan khas ataupun Menteri sendiri, satu Yang Berhormat Selayang. Keduanya apakah boleh kita wujudkan satu security of tenure di mana anggota SUHAKAM itu permanent bukan dua tiga tahun nanti boleh dibuang, kalau dia menggugat, apakah itu juga boleh diconsidered sebagai satu pengukuhan reformasi suruhanjaya ini Yang Berhormat Selayang. Sila, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya setuju dengan kedua-dua cadangan yang baik dan saya sebagai Pengerusi untuk SC memang kita akan melihat dengan teliti tentang laporan dan membuat siasatan dan kita harap syor yang telah diberikan akan diterima oleh kerajaan untuk meningkatkan kesan kerajaan untuk mengadakan persiapan yang lebih baik apabila krisis kesihatan awan yang akan menimpa kita lagi. Sekian terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Selayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa 13 Jun 2023. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.39 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Langkah KDN Dalam Pengurusan Kes Kematian Dalam Tahanan PolisSpecial Chamber
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 23 kes kematian dalam tahanan polis telah dilaporkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2022. Walaupun Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan
(USJKT) telah ditubuhkan namun prosedur siasatan PDRM dalam siasatan dan pengendalian kematian dalam tahanan masih menjadi tanda soal.
Saya memohon pihak kementerian untuk memberikan penjelasan- penjelasan berkenaan perkara-perkara yang berikut:
(i) Sila huraikan cara operasi dan prosedur (SOP) USJKT dengan terperinci mengenai pengendalian kematian dalam tahanan selepas menerima aduan iaitu:
(a) cara operasi dan prosedur (SOP) yang teliti serta tujuan berkenaan;
(b) prosedur siasatan;
(c) struktur organisasi dan peranan bagi setiap jawatan dalam USJKT;
(d) bilangan kakitangan dalam USJKT;
(e) jumlah peruntukan setahun bagi USJKT pada tahun 2022 dan 2023;
(f) masa diambil untuk setiap prosedur siasatan;
(g) pengendalian kes kematian dalam tahanan serta Indeks Prestasi Utama
(KPI) USJKT; dan
(h) adakah USJKT turut mengambil alih siasatan terhadap kematian dalam tahanan di bawah jagaan penjara serta Jabatan Imigresen Malaysia;
(ii) Bagaimana USJKT memastikan siasatan yang dijalankan adalah bebas, tidak menerima tekanan atau campur tangan daripada pihak atasan dan mengelakkan konflik kepentingan?;
(iii) Adakah siasatan USJKT akan bercanggah dengan siasatan kes jenayah? Sekiranya didapati terdapat unsur jenayah dalam kes kematian dalam tahanan, adakah USJKT akan meneruskan siasatan berkenaan atau menyerahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah?
Adakah hasil siasatan USJKT boleh dirujuk kepada mahkamah dan digunakan dalam perbicaraan?;
(iv) Adakah kerajaan memastikan inkues dijalankan secara mandatori atau automatik terhadap setiap kes kematian dalam tahanan? Apakah halangan yang melengahkan inkues untuk dijalankan dengan segera?;
(v) Apakah tindakan disiplin atau hukuman dikenakan terhadap pegawai berkenaan jikalau kes kematian dalam tahanan didapati berunsur jenayah, salah laku atau kecuaian? Sila nyatakan prosedur tersebut secara teliti;
(vi) Sila nyatakan sama ada KDN atau PDRM memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa kematian dalam tahanan dan bentuk sokongan tersebut;
(vii) Sila nyatakan usaha pencegahan kematian dalam tahanan oleh PDRM:
(a) adakah PDRM memastikan setiap tahanan dibawa untuk pemeriksaan sebelum masuk ke lokap berdasarkan Perkara 10 Peraturan Lokap 1953;
(b) mekanisme untuk memastikan pegawai polis mematuhi Peraturan Lokap 1953?;
(c) perkembangan mengenai pembinaan unit kesihatan dalam lokap;
(d) pendigitalan buku log lokap; dan
(e) peruntukan untuk kemudahan perubatan dan kerja pembaikan fasiliti lokap;
(viii) Adakah kerajaan bersedia memberi latihan hak asasi manusia secara mandatori kepada setiap Pegawai Penguat kuasa dan memastikan mereka mendapat sijil
berkenaan sebelum diberikan kuasa penguatkuasaan?
Sila huraikan pelan tersebut secara teliti. Sila nyatakan sebab-sebab jikalau kerajaan tidak sudi mengambil langkah ini.
Sekian, terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, panjang soalan Yang Berhormat Bakri ini, lagi panjang jawapan saya ini. Tuan Yang di-Pertua, Pihak Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT).
USJKT telah memulakan operasi dan fungsinya pada awal Januari 2022.
Hasil daripada penubuhan USJKT, bilangan kematian orang kena tahan (OKT) semasa dalam tahanan polis pada tahun 2022 telah turun sebanyak 48 peratus kepada 24 kes berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak 46 kes.
Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah jawapan kementerian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Bagi soalan pertama, cara operasi dan prosedur (SOP) yang teliti serta tujuan berkenaan; Mengikut seksyen 26, Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2022 [Akta 839], PDRM wajib merujuk kepada suruhanjaya apa-apa kejadian yang melibatkan jenayah seksual, cedera parah atau kematian mana-mana orang dalam tahanan atau jagaan polis.
Sebagai langkah proaktif, PDRM telah menubuhkan USJKT untuk menjalankan siasatan kes kematian dalam tahanan atau jagaan polis bermula pada 1 Januari 2022. Pada peringkat permulaan, unit ini hanya menjalankan satu daripada tiga fungsi yang digariskan di bawah seksyen 26 [Akta 839] tersebut.
USJKT beroperasi secara berpusat di peringkat Bukit Aman. Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan kepada semua peringkat PDRM yang terlibat untuk memaklumkan kes kematian dalam tahanan Polis kepada USJKT. Semua kes yang dilaporkan akan disiasat di bawah undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Siasatan yang dijalankan meliputi siasatan terhadap tempat kejadian, bedah siasat (post mortem) mayat OKT/si mati, menghantar spesimen untuk analisa DNA dan toksikologi oleh Jabatan Kimia Malaysia, mendapatkan laporan perubatan dan lain-lain siasatan yang perlu. Apabila siasatan telah diselesaikan, Kertas Siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat perundangan sebelum dirujuk kepada Yang Arif (YA) Koroner dengan cadangan Inkues.
USJKT turut memaklumkan kes kematian dalam tahanan polis ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dalam tempoh tujuh (7) hari. Selain pemakluman ini, PDRM juga berkolaborasi dengan SUHAKAM dan SIAP melalui mesyuarat bersama secara berkala yang diadakan setiap tiga (3) bulan sekali. Di dalam mesyuarat ini, PDRM akan melaporkan semua penemuan dan hasil siasatan serta perkembangan setiap kes kematian dalam tahanan/jagaan polis kepada
SUHAKAM dan SIAP. Mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang terhadap siasatan kes kematian yang berlaku dalam tahanan Polis serta untuk menambahbaik perjalanan pengurusan OKT PDRM.
Sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur jenayah yang berlaku, USJKT akan terus menjalankan siasatan di bawah seksyen kesalahan undang- undang yang berkenaan seperti 302 Kanun Keseksaan (KK), 323 KK dan sebagainya bergantung kepada jenis kesalahan yang berlaku. Untuk makluman, pada tahun 2022 terdapat dua kes daripada 24 kes kematian yang disiasat didapati mempunyai unsur jenayah iaitu satu kes di Taiping yang telah dituduh, dan masih di peringkat perbicaraan dan satu kes di Kelantan yang masih dalam peringkat siasatan.
Daripada 24 kes kematian dalam tahanan atau jagaan polis tahun 2022, terdapat keseluruhan enam kes telah dirujuk kepada YA Koroner, empat kes daripadanya di dalam prosiding inkues, dua kes masih tidak mendapat arahan daripada YA Koroner, satu kes masih dalam peringkat perbicaraan atau dituduh manakala baki 17 kes masih menunggu pelbagai peringkat laporan.
Bagi soalan (b), prosedur siasatan sama dengan jawapan yang saya maklumkan tadi.
Seterusnya, struktur organisasi dan peranan bagi setiap jawatan dalam USJKT. Struktur organisasi USJKT diletakkan di bawah Cawangan Siasatan/Perundangan/Kajian Kes, Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.
Ini berikutan hanya cawangan ini yang membuka kertas siasatan terhadap salahlaku yang berlaku dalam PDRM. Untuk makluman, selain daripada siasatan kematian dalam tahanan Polis, USJKT juga menjalankan siasatan selari dari sudut tatatertib. Siasatan yang dijalankan akan memberi tumpuan kepada pematuhan peraturan dan SOP-SOP yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan PDRM sama ada terdapat pelanggaran kepada arahan-arahan tersebut.
Kekuatan keanggotaan USJKT sedia ada secara standard adalah terdiri daripada seorang Superintendan, seorang Deputi Superintendan dan seorang) Pembantu Tadbir Perkeranian gred N19/22. Terdapat dua orang pasukan siasatan. Setiap pasukan siasatan diketuai oleh seorang Assistant Superintendan dibantu oleh seorang Inspektor dan tiga anggota daripada pelbagai pangkat.
Jumlah kekuatan keanggotaan semasa USJKT berjumlah 14 orang. Jumlah ini hanya mencukupi untuk melaksanakan fungsi siasatan kematian dalam tahanan.
Pertambahan kekuatan keanggotaan diperlukan untuk melaksanakan fungsi siasatan jenayah cedera parah dan jenayah seksual yang berlaku dalam tahanan sebagaimana kehendak seksyen 26, Akta 835 2022.
Daripada segi bilangan kakitangan dalam USJKT; soalan tersebut sama dengan jawapan yang saya bacakan tadi. Daripada segi jumlah peruntukan tahunan bagi USJKT pada tahun 2022 dan 2023 adalah seperti berikut; peruntukan belanja mengurus untuk USJKT pada tahun 2022 adalah sebanyak RM128,496.00 dan tahun 2023 adalah sebanyak RM202,656.00.
Daripada segi masa diambil untuk setiap prosedur siasatan dan pengendalian kes kematian dalam tahanan serta Indeks Prestasi Utama (KPI) USJKT adalah seperti berikut; Secara umumnya, siasatan kematian dalam tahanan polis amat bergantung kepada kecepatan maklum balas daripada Laporan Bedah Siasat
yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Laporan DNA yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia. Bagi mengatasi kekangan ini, PDRM telah mengadakan sesi libat urus dengan Jabatan Kimia Malaysia untuk mempercepatkan Laporan Kimia bagi kes-kes kematian dalam tahanan atau jagaan polis. Jabatan Kimia Malaysia turut bersetuju agar penghantaran spesimen dibuat secara berpusat di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Petaling Jaya.
Selain itu, Jabatan Peguam Negara turut bersetuju untuk semua kertas siasatan dirujuk secara berpusat ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
Langkah ini dapat mempercepatkan kes-kes kematian dalam tahanan atau jagaan polis untuk dirujuk kepada YA Koroner dengan cadangan inkues.
Sebagai rumusan, sejak penubuhan USJKT, beberapa penambahbaikan telah dibuat terhadap SOP pengurusan tahanan PDRM seperti kaedah pemeriksaan lokap oleh Ketua Polis Balai dan Ketua Polis Daerah, memantapkan pemantauan CCTV oleh petugas lokap serta menambah baik resolusi paparan CCTV lokap dan sebagainya.
Yang Berhormat juga bertanya, adakah USJKT turut mengambil alih siasatan terhadap kematian dalam tahanan di bawah jagaan Jabatan Penjara atau Jabatan Imigresen Malaysia. Jawapannya tidak. Siasatan terhadap kematian dalam tahanan di bawah jagaan Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen Malaysia kekal di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM.
Soalan bagaimana USJKT memastikan siasatan yang dijalankan adalah bebas, tidak menerima tekanan atau campur tangan daripada pihak atasan dan mengelakkan konflik kepentingan? Untuk makluman Yang Berhormat, orang- orang Tahanan PDRM adalah terdiri daripada Orang Kena Tahan (OKT) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam
(KDN/KA) dan Cawangan Khas (SB) serta banduan tumpang daripada Jabatan Penjara.
JIPS tidak mempunyai OKT kerana tidak menguatkuasakan undang- undang yang berkenaan, sebaliknya hanya menjalankan siasatan dalaman iaitu melibatkan kes tatatertib sahaja. Perubahan fungsi siasatan kematian OKT daripada JSJ kepada JIPS adalah bagi mengelakkan konflik kepentingan serta mewujudkan satu kaedah yang tidak berat sebelah (bias) kerana OKT yang terlibat bukan di bawah kawalan dan tanggungjawab JIPS.
USJKT, JIPS hanya bertanggungjawab untuk melaporkan hasil siasatan kepada Pengarah JIPS sahaja seterusnya kepada Yang Dihormati (YDH) Ketua Polis Negara. Keadaan ini mengelakkan tekanan atau campur tangan pihak atasan atau konflik kepentingan terutama daripada kontinjen dan, atau daerah yang berkenaan. Model struktur USJKT ini diambil daripada Metropolitant Police, United Kingdom yang melaksanakan fungsi dan peranan seperti JIPS.
Bagi soalan adakah siasatan USJKT akan bercanggah dengan siasatan kes jenayah? Sekiranya didapati terdapat unsur jenayah dalam kes kematian dalam tahanan, adakah USJKT akan meneruskan siasatan berkenaan atau menyerahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah? Adakah hasil siasatan USJKT boleh dirujuk kepada mahkamah dan digunakan dalam perbicaraan?
Jawapannya, siasatan dijalankan oleh USJKT, JIPS Bukit Aman tidak akan bercanggah dengan siasatan kes jenayah kerana siasatan dijalankan oleh
Pegawai Polis di USJKT yang mempunyai semua kuasa-kuasa polis untuk menjalankan siasatan sebagaimana pegawai-pegawai polis di JSJ. Sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kes kematian dalam tahanan, USJKT akan meneruskan siasatan berkenaan di bawah kesalahan jenayah yang dikenal pasti seterusnya menuduh pesalah di mahkamah yang berkenaan.
Soalan adakah kerajaan memastikan inkues dijalankan secara mandatori dan automatik terhadap setiap kes kematian dalam tahanan?
Halangan yang melengahkan inkues untuk dijalankan dengan segera adalah sesuatu siasatan kematian dalam tahanan PDRM memerlukan laporan daripada pelbagai peringkat seperti Laporan Jabatan Kimia, Laporan Bedah Siasat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya laporan-laporan ini tidak diperoleh, USJKT tidak dapat membuat rumusan hasil siasatan.
Justeru itu, siasatan USJKT amat bergantung kepada laporan daripada pelbagai peringkat tersebut. Yang Berhormat juga bertanya apakah tindakan disiplin atau hukuman dikenakan terhadap pegawai berkenaan jikalau kes kematian dalam tahanan didapati berunsur jenayah, salah laku atau kecuaian.
Sekiranya sesuatu siasatan yang dijalankan mendapati wujud salah laku jenayah, kertas siasatan jenayah akan dibuka berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan. Setelah siasatan selesai dijalankan, Kertas Siasatan Jenayah ini akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat perundangan.
Seterusnya orang yang disyaki akan dituduh di mahkamah yang berkenaan sekiranya siasatan mendapati wujud kes prima facie. OYDs seterusnya akan dikenakan perintah tahan atau gantung kerja.
Manakala kesalahan daripada sudut kecuaian atau kegagalan pelaksanaan prosedur kerja akan diambil tindakan di bawah Peraturan-peraturan Penjawat Awam 1993 (PPPA). Yang Berhormat juga bertanya, sama ada KDN atau PDRM memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa kematian dalam tahanan dan bentuk sokongan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pegawai Penyiasat USJKT juga akan sentiasa memberikan pemakluman perkembangan siasatan kepada ahli keluarga mangsa bermula dari siasatan awal hinggalah seterusnya. Buat masa ini, PDRM tidak dapat menyediakan kaunselor untuk keluarga si mati memandangkan pertambahan fungsi tugas ini memerlukan kajian dan pertambahan jawatan.
Fungsi kaunselor sedia ada adalah untuk pegawai dan anggota PDRM sahaja.
Yang Berhormat juga bertanya usaha pencegahan kematian dalam tahanan oleh PDRM, adakah PDRM memastikan setiap tahanan dibawa untuk pemeriksaan sebelum masuk ke lokap berdasarkan Perkara 10, Peraturan Lokap 1953.
Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen Kaedah 10, Kaedah-kaedah Lokap 1953, menetapkan seorang pegawai perubatan untuk menjalankan pemeriksaan bagi setiap orang yang dimasukkan ke pusat tahanan, untuk memastikan mereka sesuai untuk ditahan.
Maknanya, check dahulu, baru masuk. Setiap tangkapan baharu akan dibawa kepada Pegawai Perubatan di lima Unit Kesihatan Tahanan (UKT) lokap berpusat iaitu:
(i) Lokap Berpusat Jinjang di Kuala Lumpur;
(ii) Lokap Berpusat Shah Alam di Selangor;
(iii) Lokap Berpusat Indera Mahkota di Kuantan, Pahang;
(iv) Lokap Berpusat Bayan Baru di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan
(v) Lokap Berpusat Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah.
Di samping itu, Jemaah Menteri turut meluluskan inisiatif pemeriksaan kesihatan OKT oleh pengamal perubatan swasta dan pada masa ini, pihak kementerian dan PDRM sedang melaksanakan proses perolehan perkhidmatan.
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 237,600 OKT bagi memastikan hak mereka seperti yang terkandung pada Kaedah 10, Kaedah-kaedah Lokap 1953 dapat direalisasikan Yang Berhormat juga bertanya Mekanisme untuk memastikan pegawai polis mematuhi Peraturan Lokap 1953. Untuk makluman Yang Berhormat, mekanisme untuk memastikan pegawai polis mematuhi Kaedah-kaedah Lokap 1953 ialah dengan mewujudkan senarai semak pemeriksaan lokap PRDM melibatkan empat borang senarai semak iaitu:
(i) Senarai semak pemeriksaan lokap yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Polis Daerah;
(ii) Senarai semak pemeriksaan lawatan lokap yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Polis Balai, Ketua Lokap Berpusat, Komandan Pusat Tahanan Polis atau Pegawai Bertugas, pegawai-pegawai lain yang diarahkan;
(iii) Senarai semak borang yang perlu diambil tindakan oleh pengawal lokap; dan
(iv) Senarai semak pemeriksaan fizikal oleh pengawal lokap semasa pergerakan keluar masuk OKT.
Sehubungan itu, bagi memastikan mekanisme ini dipatuhi, JIPS telah mengeluarkan arahan kepada semua KJIPS dan KBIPS untuk mempertingkatkan pemeriksaan pematuhan proaktif di lokap dan Lokap Berpusat PDRM sebagai tindakan semak dan imbang secara berterusan dengan mengambil tindakan seperti berikut:
(i) JIPS IPK hendaklah melaksanakan pemeriksaan ke atas lokap yang aktif yang ada tahanan sekurang-kurangnya seminggu sekali di daerah terpilih;
(ii) BIPS daerah hendaklah melaksanakan pemeriksaan ke atas lokap yang aktif yang ada tahanan sekurang- kurangnya seminggu dua kali;
(iii) pemeriksaan di lokap berpusat hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali secara bersepadu melibatkan JIPS IPK dan BIPS daerah dengan diselaraskan oleh KJIPS; dan
(iv) pemeriksaan yang dilakukan tidak boleh hanya tertumpu pada waktu siang sahaja atau rutin pada suatu tempoh waktu yang sama tetapi hendaklah juga mengambil kira
waktu malam iaitu dari jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.
Jabatan Pengurusan Bukit Aman juga menjemput delegasi dalam dan luar negara untuk membuat lawatan kerja ke lokap-lokap PDRM. Tujuan lawatan kerja tersebut adalah usaha mengukuhkan jaringan kerjasama berkaitan pengurusan tahanan dan keadilan jenayah.
Antara delegasi yang telah membuat lawatan kerja di lokap-lokap PDRM ialah:
(i) Lawatan kerja oleh delegasi Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia iaitu dari 10 hingga 17 Mac 2022;
(ii) Lawatan kerja oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari semasa ke semasa;
(iii) Lawatan kerja Metropolitan Police Service (MPS) United Kingdom iaitu dari 10 hingga 17 Mac 2022 bersama PDRM (Jabatan Pengurusan); dan
(iv) Lawatan kerja Head of Strategic Demand Management, Greater Manchester Police iaitu dari 7 hingga 10 Mac 2023 bersama PDRM (Bahagian JIPS dan Pengurusan Bukit Aman) ke lokap-lokap PDRM.
Daripada segi perkembangan mengenai pembinaan unit kesihatan dalam lokap. Saya hendak maklumkan lima Unit Kesihatan Tahanan (UKT) Lokap Berpusat iaitu:
(i) Lokap Berpusat Bayan Baru di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tarikh mula operasi ialah 3 Januari 2022;
(ii) Lokap Berpusat Indera Mahkota di Kuantan, Pahang dengan tarikh mula operasi ialah 28 Februari 2022;
(iii) Lokap Berpusat Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah dengan tarikh mula operasi ialah 18 Mei 2022;
(iv) Lokap Berpusat Jinjang di Kuala Lumpur dengan tarikh mula operasi ialah 15 Ogos 2022; dan
(v) Lokap Berpusat Shah Alam di Selangor dengan tarikh mula operasi ialah 20 Februari 2023.
Daripada segi pendigitalan buku log lokap. Pendigitalan buku log lokap sudah ada dalam sistem iPRS tetapi tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan logistik iaitulokap tidak dibekalkan dengan prasarana komputer manakala capaian internet yang lemah. Ini kekangan yang kita hadapi tetapi ia sudah pun kita amalkan.
Daripada segi peruntukan untuk kemudahan perubatan dan kerja pembaikan fasiliti lokap. Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta di bawah peruntukan khas untuk pelaksanaan inisiatif pemeriksaan kesihatan OKT oleh pengamal perubatan swasta.
Kementerian dan PDRM memandang serius tentang kerja pembaikan fasiliti lokap. Penyelenggaraan secara berkala, pembaikan dan naik taraf lokap akan dilaksanakan secara berterusan bergantung kepada keupayaan kewangan pihak kerajaan.
Yang Berhormat juga ada bertanya adakah kerajaan bersedia memberi latihan hak asasi manusia secara mandatori kepada setiap pegawai penguat kuasa dan memastikan mereka mendapat sijil berkenaan sebelum diberikan kuasa penguatkuasaan?
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian dan PDRM berpandangan latihan serta pendedahan berterusan berkaitan hak asasi manusia adalah penting bagi memastikan perlindungan hak OKT sentiasa diberi perhatian semasa menjalankan tugas-tugas kepolisan.
Setakat ini, kementerian, PDRM dan SUHAKAM telah melancarkan “Modul Hak Asasi Manusia untuk Polis Diraja Malaysia” pada 18 April 2022. Modul ini menjadi panduan kepada tenaga pengajar dalam menyampaikan kursus hak asasi manusia kepada semua pegawai dan anggota PDRM di samping menambah baik kursus hak asasi manusia yang sedia ada di institusi latihan PDRM.
Modul ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:
(i) Standard antarabangsa hak asasi manusia dan kepolisan;
(ii) Hak asasi manusia Pegawai dan anggota polis;
(iii) Aplikasi prinsip hak asasi manusia dalam penahanan, penangkapan, penggunaan kekerasan dan senjata api;
(iv) Larangan diskriminasi;
(v) Keperluan khusus tahanan OKU, kanak-kanak, wanita; dan
(vi) Larangan penyeksaan dan layanan serta hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah.
Demikian jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Panjang lebar ni.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Silakan, Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Proses Permohonan Warganegara Perkara 15ASpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang panjang lebar dan terperinci itu. Sekarang saya ingin membawa menarik perhatian pihak kementerian berkenaan masalah permohonan warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 15A yang mengambil masa yang lama tetapi masih belum diluluskan, malah banyak yang ditolak. Walaupun mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan prosedur operasi standard (SOP) telah ditambah baik bagi memendekkan tempoh pemprosesan tetapi ia masih mengambil masa yang panjang.
Tuan Yang di-Pertua, Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang yang berumur di bawah 21 tahun layak
didaftarkan sebagai warganegara sekiranya salah seorang antara ibu atau bapanya merupakan warganegara. Walau bagaimanapun, ramai pemohon yang memenuhi Perkara 15(2) telah ditolak permohonan kewarganegaraan kerana kekurangan dokumen sokongan terutamanya disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan ibu bapa ataupun salah seorang ibu bapa adalah bertaraf warganegara telah meninggal dunia.
Sehingga hari ini, Jabatan Pendaftaran Negara masih tidak menerima ujian DNA untuk dijadikan bukti pertalian bapa dengan anak. Ini menyebabkan ramai pemohon gagal memohon kewarganegaraan mereka walaupun bapa pemohon adalah warganegara Malaysia yang melayakkan mereka mendapat kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2).
Justeru, saya memohon Menteri Dalam Negeri untuk mempercepat proses kelulusan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, terutamanya bagi pemohon-pemohon yang berumur 18 hingga 21 tahun. Jika tidak berjaya memperoleh kewarganegaraan Malaysia, mereka akan menjadi stateless dengan izin untuk selama-lamanya. Keadaan sedemikian akan menimbulkan masalah sosial kerana mereka ini tetap akan bermastautin di Malaysia tetapi tidak dapat bekerja kerana tidak memiliki dokumen pengenalan yang sah.
Maka, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meminta pihak kementerian untuk menerangkan, memberikan penjelasan berkenaan beberapa perkara yang berikut. Pertama, apakah SOP terkini dan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan lengkap untuk memohon taraf kewarganegaraan bawah Perkara 15A?
Kedua, adakah kerajaan bersedia menyemak semula undang-undang dan SOP berkenaan supaya laporan ujian DNA dapat dijadikan bukti pertalian?
Ketiga, adakah kerajaan bersedia menunaikan manifesto Pakatan Harapan dengan membuat pindaan terhadap Perkara 15(2) bagi menjamin kerakyatan bagi kanak-kanak yang lahir di Malaysia kepada salah seorang ibu atau bapa warga Malaysia tanpa mengira kaum atau agama?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah permohonan yang telah lama diterima oleh pejabat saya dan masih belum menerima keputusan. Saya mohon pihak kementerian untuk memberitahu, memaklumkan status permohonan dan menjelaskan sebab mengapa permohonan-permohonan yang berikut memakan masa begitu lama.
Sekiranya permohonan kewarganegaraan yang berikut ditolak, nyatakan sebab permohonan ditolak dan apakah yang boleh kita buat untuk membatu pemohon-pemohon ini?
Pertama, nombor permohonan – panjang.
Baca namalah, baca nama.
Baca nama sahaja, ya?
|Nama Pemohon |Nama yang didaftarkan| |-------------|---------------------| |Loh Nyok Lan |Chow Ze Kai | |Tee Fong Tze |Choy Pei Xuan ||Leong Wan Kok|Leong Chee Wei |
|Ler Liong Tian| Ler Lian Ann | |--------------|--------------------| |Liew Poh Chan |Liew En En | |Ong Cheng Chai|Ong Soon Hoe | |Tey Kok Cher |Richard Tey Rui Kiat| |Tan Bee Chin |See Wei Sheng | |Phua Poh Teng |Koh Yi Yun | |Ing Chia Wei |Ing Li Meng |
Terakhir, nama yg ke-11 agak sedih di mana pemohonnya telah meninggal dunia. Saya pun tidak tahu macam mana kita boleh bantu dia. Nama pemohon ‘Lee Ah Meng’, nama yang didaftarkan ‘Lee Chit Ann’. Saya mohon jawapan daripada pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bakri. Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan adalah untuk individu di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menjelaskan di sini bahawa kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh warganegara Malaysia secara automatik. Kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf warganegara ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.
Sehubungan dengan itu, adalah dijelaskan bahawa semua perkahwinan di negara ini hendaklah didaftarkan di bawah perundangan negara yang berkuat kuasa, sebagai contoh jika perkahwinan pasangan bukan Islam, ia didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] dan pasangan Islam pula tertakluk kepada enakmen pentadbiran agama negeri masing-masing.
Dalam hal ini, bagi individu yang dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara sah mengikut perundangan negara ini, maka kewarganegaraan individu tersebut adalah mengikut kewarganegaraan ibunya selaras dengan seksyen 17, Bahagian III, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, kementerian ingin menegaskan bahawa isu stateless atau tiada warganegara tidak akan timbul sekiranya ibu bapa memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal kebajikan anak mereka tersebut dengan mendaftarkan kelahiran di kedutaan atau pejabat konsulat negara asal ibu sekiranya tiada tuntutan sebagai warganegara Malaysia.
Selain itu, berhubung pertanyaan senarai dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan kewarganegaraan ia boleh dirujuk di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara dan laman web rasmi JPN. Kita paparkan untuk maklumat awam.
Berkaitan dengan (DNA). Berhubung dengan ujian (DNA) dijadikan sebagai bukti pertalian sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, suka saya jelaskan bahawa walaupun keputusan DNA mengesahkan pertalian darah seseorang dengan ahli keluarga yang lain khususnya antara kanak-kanak dengan ibu atau bapa ataupun dengan adik beradik yang lain, tetapi ia hanyalah dokumen sokongan sahaja dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan konklusif dalam pemberian kewarganegaraan Malaysia. Ini kerana sebagaimana yang telah saya jelaskan, setiap permohonan masih perlu mematuhi undang- undang lain khususnya yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan ibu bapa bagi kanak-kanak sewaktu ia dilahirkan.
Berkaitan dengan pindaan Perlembagaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Januari 2023 dan 24 Februari 2023 telah pun meneliti dan bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa Teknikal Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Berhubung Perkara Kewarganegaraan bagi meneliti serta mengkaji aspek-aspek berkaitan cadangan pindaan keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan termasuk berhubung kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu bertaraf warganegara berkahwin dengan pasangan warga asing.
Berkaitan dengan proses permohonan kewarganegaraan. Kementerian ini ingin menegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan dan tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya. Dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan Malaysia, beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia pula adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon dan proses pertimbangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.
Fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan tanpa mengira keturunan, agama, pangkat dan sebagainya. Pertimbangan yang teliti perlu dilaksanakan bagi memastikan taraf kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu yang benar-benar layak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kepentingan warganegara sedia ada dan negara. Sehubungan dengan itu, tiada tempoh tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes.
Berkaitan dengan senarai permohonan. Berdasarkan semakan atas sebelas nombor-nombor permohonan kewarganegaraan yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa sembilan permohonan masih dalam pertimbangan Kementerian dan dua permohonan telah dikeluarkan keputusan iaitu bagi subjek bernama ‘Ler Lian Ann’ dan ‘Lee Chit Ann’. Bagi permohonan yang masih dalam pertimbangan pihak kementerian, pemohon yang berkenaan boleh menghubungi KDN secara terus dari semasa ke semasa dan mendapatkan status terkini permohonan melalui semakan di laman web kementerian.
Saya boleh bacakan sedikit Yang Berhormat secara ringkas. Bagi Loh Ngok Lan statusnya Perkara 15A masih dalam proses Kementerian Dalam Negeri. Tee Fong Tze, Perkara 15A masih dalam proses Kementerian Dalam Negeri. Leong Wan Kok, ia berkaitan dengan Perkara 15A, masih dalam proses Kementerian Dalam Negeri. Ler Leong Tian telah lulus permohonan ini. Surat panggil telah diposkan pada 5 Mei 2023 yang lalu. Liew Poh Chan, Ong Cheng Chai, Tey Kok Cher, Tan Bee Chin, Phua Poh Teng, Ing Chia Wei, semua pemohon ini berkaitan dengan Perkara 15A masih lagi di peringkat proses Kementerian Dalam Negeri. Manakala, bagi mendiang Lee Ah Meng sebenarnya permohonan mendiang gagal dan surat keputusan permohonan telah pun diposkan pada April yang lalu. Sudah lama, 2016 lagi telah diposkan pada pemohon berkenaan.
Akhirnya, syarat pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, saya hendak sebut syarat-syarat wajib, kelayakan untuk individu bukan warganegara memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi individu berumur bawah 21 tahun dalam keadaan khas seperti berikut;
(a) permohonan daripada ibu atau bapa. Bapanya adalah warganegara Malaysia. Terdapat bukti penjagaan dan keberadaan subjek di Persekutuan; dan
(b) permohonan daripada penjaga atau penganjur. Penjaga subjek daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagi permohonan untuk anak angkat. Pertamanya, pengangkatan yang sah. Ibu atau bapa angkat adalah warga negara Malaysia. Perkahwinan ibu bapa angkat mestilah teratur. Seterusnya, terdapat bukti penjagaan dan keberadaan subjek di Persekutuan.
Saya sebutkan tadi berkaitan dengan cadangan pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil 1/2023 dan Bil 2/2023 telah diadakan pada 30 Mac 2023 dan 12 April 2023.
Agar tempoh kajian dipendekkan kepada tiga bulan sahaja. Dapatan kajian dijangka akan dibentangkan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja yang akan datang. Sekiranya Majlis Raja-Raja berkenan, Rang Undang-undang Perlembagaan dibentangkan dalam Persidangan Parlimen akan datang iaitu pada Oktober 2023 untuk kelulusan dua per tiga majoriti Ahli Parlimen. Terima Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Projek Naik Taraf Kuarters Polis Batu 1, Mersing, JohorSpecial Chamber
Silakan.
Tuan Yang di- Pertua, isu perumahan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan isu yang baharu. Parlimen Mersing membangkitkan perkara ini kerana ia menyentuh tentang nilai kesejahteraan dan kebajikan warga PDRM terutamanya anggota berpangkat rendah. Sudah pastinya setiap daripada mereka sangat mengharapkan ihsan dan perhatian kerajaan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan khususnya perumahan yang selesa buat ahli keluarga.
Parlimen Mersing berpandangan bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tuntas membaik pulih kuarters-kuarters PDRM yang uzur lagi daif di kawasan luar bandar. Antara kuarters yang terjejas yang sudah lama tidak dibaik pulih turut melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, Johor.
Untuk makluman YB Menteri, kuarters polis di Batu 1 Jalan Jemaluang- Mersing merupakan bangunan yang terletak di Lot 379 dengan keluasan 2.467 hektar. Kuarters yang dibina adalah di bawah pentadbiran IPD Mersing yang diduduki oleh anggota IPD Mersing sejak tahun 1971 sehingga sekarang. Selain itu, kuarters tersebut hanya memiliki dua buah blok bangunan dua tingkat yang menempatkan keseluruhan 35 buah unit kediaman.
Di kesempatan ini, Parlimen Mersing ingin menyatakan beberapa justifikasi untuk menaik taraf dan membaik pulih kuarters polis Batu 1 IPD Mersing seperti berikut:
(i) wujudnya kerosakan yang kritikal pada struktur bangunan dan masalah pendawaian elektrik. Malah dalam tinjauan saya baru-baru ini, beberapa dinding kediaman telah rosak dan dimakan anai-anai;
(ii) keperluan kepada infrastruktur dan fasiliti asas dengan kadar segera iaitu pagar keselamatan yang memudahkan urusan keluar masuk kuarters, beberapa unit lampu jalan yang berfungsi menerangi laluan dan kawasan persekitaran. Seterusnya, kemudahan sistem perparitan dan kumbahan yang efisien, dan permukaan jalan yang berturap; dan
(iii) isu kadar bayaran sewa rumah yang tinggi tidak setimpal dengan pendapatan yang diperoleh oleh anggota-anggota yang berpangkat rendah. Majoriti daripada mereka tidak mampu mengeluarkan sebahagian daripada gaji bagi menyewa bilik atau membayar ansuran rumah kerana terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.
Akhir sekali, Parlimen Mersing ingin mendapatkan jawapan terperinci
(i) komitmen kerajaan untuk menambah skim perumahan kepada anggota polis sebagai usaha memastikan
kebajikan anggota pasukan keselamatan negara lebih terjamin;
(ii) perincian penuh peruntukan untuk kerja-kerja baik pulih dan bina baharu kuarters polis di negeri Johor; dan
(iii) status terkini pelaksanaan projek baik pulih, naik taraf kuarters-kuarters dan balai-balai polis khususnya di negeri Johor.
Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima Yang Berhormat Mersing.
Kementerian sentiasa mengambil berat berkaitan dengan kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sentiasa merancang untuk menambah baik skim perumahan anggota polis di seluruh negara.
Antara rancangan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) Melaksanakan pembinaan kuarters baharu berdasarkan permohonan projek di dalam bajet pembangunan dari tempoh Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesepuluh hingga Rolling Plan 3 RMK-12 berjumlah 2,164 unit. Kos keseluruhan projek ialah RM2.81 billion merangkumi bangunan pentadbiran, sokongan dan kuarters di seluruh negara.
Berikut adalah 19 projek pembinaan yang telah diluluskan dalam tempoh yang dinyatakan:
(i) pembinaan 102 unit kuarters Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu, Sabah;
(ii) pembinaan 63 unit kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Perak;
(iii) Pembinaan 54 unit kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, Sarawak;
(iv) pembinaan 103 unit kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli, Kelantan;
(v) pembinaan 11 unit kuarters Balai Polis Matang Jaya, Padawan, Sarawak;
(vi) pembinaan lapan Unit Kuarters Balai Polis Spoah, Betong, Sarawak;
(vii) pembinaan 273 unit kuarters Kem Batalion 10 Pasukan Gerakan Am Sarikei, Sarawak;
(viii) pembinaan 486 unit kuarters Kem Batalion 20 Pasukan Gerakan Am Beluran Sabah;
(ix) pembinaan 10 unit kuarters Balai Polis Rantau Panjang, Kelantan;
(x) pembinaan 96 unit kuarters pembinaan 55 Unit Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, Terengganu;
(xi) pembinaan 200 unit kuarters di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang;
(xii) pembinaan 55 unit kuarters di Balai Polis Bukit Jelutong, Selangor;
(xiii) pembinaan 38 unit kuarters di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga, Sarawak;
(xiv) pembinaan 14 unit kuarters di Balai Polis Kuala Penyu, Beaufort, Sabah;
(xv) pembinaan 2 unit kuarters di Pondok Polis Kampung Pimping, Beaufort, Sabah;
(xvi) pembinaan 10 unit kuarters Balai Polis Pulau Redang, Terengganu;
(xvii) pembinaan 292 unit kuarters di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak; dan
(xviii) pembinaan 292 unit kuarters di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Manakala pembinaan sebanyak 87 unit kuarters secara pembinaan built- lease-transfer (PBLT) dengan kos projek berjumlah RM114.139 juta seperti berikut:
(i) pembinaan 10 Unit Kuarters Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang;
(ii) pembinaan 13 Unit Kuarters Balai Polis Simpangan, Tumpat, Kelantan;
(iii) pembinaan 74 Unit Kuarters Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Tok Bali, Kelantan; dan
(iv) melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih kuarters polis di Johor.
Di bawah peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) RMKe-12 RP3, sebanyak RM113 juta disalurkan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters PDRM dengan negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM21.1 juta melibatkan 76 projek.
Di bawah peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) RMKe-12 RP3
(Tambahan) Tahun 2023, kementerian telah menyediakan sebanyak RM98.7 juta.
Sebahagian daripada peruntukan ini iaitu sebanyak RM1.5 juta adalah untuk negeri Johor bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan kuarters melibatkan 9 projek.
Bagi status projek baik pulih dan naik taraf kuarters dan balai polis di Johor, pada masa ini pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia sedang memberi tumpuan dan keutamaan bagi projek sedia ada iaitu projek uzur, projek sambungan dan kerja-kerja menaik taraf premis PDRM yang uzur.
Pihak kementerian dan PDRM akan membuat semakan keutamaan dari semasa ke semasa dan sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk membina baharu cadangan Projek IPD Mersing di bawah Parlimen Mersing atau lain-lain pembangunan akan dimasukkan dalam rolling plan berikutnya.
Berdasarkan perancangan pemantapan pengurusan PDRM di bawah Pelan Tindakan Perancangan Strategik PDRM (PSPDRM) tahun 2021 hingga 2025, PDRM telah merancang pelaksanaan projek bagi Kontinjen Johor seperti berikut:
(i) Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan Perumahan;
(ii) Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dan Perumahan;
(iii) Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak dan Perumahan;
(iv) Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Perumahan;
(v) Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan Perumahan;
(vi) Pembinaan Balai Polis Nusa Bestari dan Perumahan, Daerah Iskandar Puteri; dan
(vii) Pembinaan Balai Polis Parit Sulong dan Perumahan, Daerah Batu Pahat.
Itu sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membina Bangunan Baharu SJK(T) MersingSpecial Chamber
Tuan Yang di- Pertua, sistem pendidikan melalui pembelajaran di sekolah merupakan perkara asas yang membentuk keperibadian setiap insan.
Tidak dapat dinafikan bahawa tahap pendidikan yang berkualiti tinggi khususnya di peringkat sekolah rendah menjadi pemangkin masa depan pendidikan anak bangsa. Namun demikian, beberapa penambahbaikan wajar dilakukan dan perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam memastikan sistem pendidikan negara berupaya menyatukan bangsa dan menyuburkan perpaduan kaum dalam konteks di Malaysia.
Dalam ucapan saya hari ini, saya mohon jawapan daripada pihak Kementerian Pendidikan berkenaan dengan status permohonan bagi membina sebuah bangunan baharu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mersing, Johor.
Parlimen Mersing telah dimaklumkan bahawa usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi membina sebuah bangunan baharu di kawasan tapak yang beralamat di HM. 27330, Lot 2417, Mukim Menteri Pembangunan Luar Bandar yang terletak di Mersing Kecil telah dimohon oleh Lembaga Pengelola Sekolah SJK(T) Mersing.
Saya difahamkan bahawa tapak yang dicadangkan mempunyai keluasan kira-kira 1.214 hektar atau 3.00 ekar. Tanah tersebut merupakan kawasan strategik yang dirizabkan untuk projek pembangunan SJK(T) Mersing yang baharu. Parlimen Mersing sangat berharap supaya kerajaan mempertimbangkan dan meluluskan peruntukan bagi projek pembinaan bangunan baharu SJK(T) Mersing demi kelangsungan pendidikan anak-anak kaum India di daerah Mersing.
Oleh yang demikian, dengan rasa bertanggungjawab saya menyatakan justifikasi dan keperluan projek bina baharu bangunan sekolah SJK(T) Mersing seperti berikut:
(i) SJK(T) Mersing masih menumpang bangunan bersama SMK Sri Mersing sejak tahun 1950 sehingga sekarang;
(ii) bilangan murid di SJK(T) semakin bertambah setiap tahun dan kemudahan fasiliti asas sekolah yang terhad seperti kantin, kelas, tandas dan padang sekolah yang perlu dikongsi bersama pelajar-pelajar SMK Sri Mersing; dan
(iii) wujud kekangan terhadap murid untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah kerana ruang persekitaran terhad dan tidak lagi produktif berbanding di SJK(T) yang lain.
Sehubungan dengan itu, Parlimen Mersing amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Menteri Pendidikan ke SJK(T) Mersing dan meninjau beberapa buah sekolah lain sekitar Parlimen Mersing.
Di kesempatan ini juga, Parlimen Mersing ingin memohon pencerahan dan penjelasan daripada pihak Kementerian Pendidikan berkenaan Sekolah Wawasan:
(i) apakah pendirian dan komitmen kerajaan dalam usaha menambah baik Sekolah Wawasan;
(ii) sejauh manakah fungsi dan peranan Sekolah Wawasan di Malaysia berjaya memupuk integrasi kaum yang sebenar; dan
(iii) perincian berkenaan peruntukan khas untuk pembangunan Sekolah Wawasan.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Kementerian Pendidikan
(KPM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Mersing atas pertanyaan berkaitan cadangan membina bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Mersing serta pertanyaan berkaitan sekolah wawasan.
Izinkan saya terangkan terlebih dahulu sejarah penubuhan SJKT Mersing.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SJK(T) Mersing telah ditubuhkan pada 1 Januari 1951 dan merupakan satu-satunya SJK(T) di Daerah Mersing, Johor.
Sekolah ini pada asalnya telah didirikan di Jalan Temenggong, Mersing dengan hanya dua buah bilik darjah dan berbumbung atap. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini dimulakan dengan menempatkan seramai dua orang guru dan empat puluh orang murid yang berasal dari sekitar kawasan Mersing.
Pengoperasian sekolah di tempat ini terbantut akibat banjir kilat yang telah melanda pada tahun 1958 dan memusnahkan sebahagian besar kawasan sekolah ini.
Pada tahun 1958, pihak Malaysian Indian Congress (MIC) telah memutuskan untuk memindahkan sekolah ini ke Kelab Mersing. Pada tahun 1960, MIC dan pihak lain yang prihatin telah membina sebuah bangunan sekolah di Jalan Sultan Ismail dalam kawasan tapak SMK Sri Mersing. Kawasan ini berhampiran dengan pusat bandar. Pada tahun 1966, sebuah bilik tambahan telah didirikan untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada 2 Disember 1980, Pengelola Sekolah-sekolah Daerah Mersing telah memaklumkan kepada Pengarah Pelajaran Johor ketika itu melalui surat bahawa:
(i) SJK(T) Mersing ditempatkan dalam kawasan Sekolah Menengah Sri Mersing;
Sekolah Menengah Sri Mersing tiada lagi ruang untuk bangunan baharu dan mencadangkan SJKT tersebut dipindahkan ke tempat baharu dengan mendirikan sebuah bangunan baharu selaras dengan hasrat yang disuarakan oleh Pengarah Pelajaran Johor semasa taklimat pembangunan diadakan pada ketika itu. Guru Besar SJK(T) Mersing serta Pengerusi PIBG bersetuju supaya satu buah tapak baharu dapat diadakan untuk sekolah tersebut.
Terdapat satu lagi tanah kosong di kawasan yang lebih besar iaitu di Lot 1478, namun, kawasan tersebut pula telah diperuntukkan untuk pembinaan pasar.
Guru Besar telah mendapatkan pelan tanah No. 1537 yang dirizabkan untuk pembinaan SJK(T) di kawasan Mersing Kecil. Namun, dimaklumkan bahawa tapak tersebut akan dibina sebuah pondok polis. Dimaklumkan bahawa pihak polis telah bercadang untuk mendapatkan tapak yang lebih besar di tempat lain dan kemungkinan tapak ini dibatalkan. Oleh itu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor diminta supaya membuat permohonan secara tidak rasmi dahulu supaya carian tanah dirujuk kepada pihak polis untuk pengesahan.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung tindakan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada ketika itu dan SJK Mersing masih menumpang di tapak SMK Sri Mersing sehingga kini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sedia maklum bahawa pihak Lembaga Pengelola Sekolah SJK(T) Mersing telah memohon peruntukan daripada KPM bagi tujuan pembinaan bangunan baharu atas tapak Hak Milik Geran 27330, Lot 2417, Mukim Mersing, seluas tiga ekar dan memohon kelulusan agar SJK(T) Mersing tidak lagi perlu menumpang di tapak SMK Sri Mersing, Johor.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SJK(T) Mersing merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh, tetapi tidak disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri Pendidikan. Hal yang demikian adalah selaras dengan tafsiran di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
Oleh yang demikian, pihak LPS bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pembinaan bangunan sekolah yang dimohon. Pihak LPS juga perlu membiayai sepenuhnya sebarang kos yang terlibat bagi proses perpindahan dan pembinaan bangunan sekolah di lokasi baharu. Di samping itu, LPS juga perlu menyediakan kelengkapan bangunan yang dicadangkan sehingga siap.
Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, tiada peruntukan di bawah Akta 550 bagi KPM untuk menyediakan dana perpindahan, pembinaan bangunan serta penyediaan kelengkapan sekolah yang diperlukan untuk sekolah yang berstatus SBK.
Walau bagaimanapun, KPM terus komited untuk memastikan fasiliti pembelajaran di semua sekolah termasuk di SJK(T) Mersing adalah dalam keadaan yang baik dan kondusif. KPM telah meluluskan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SJK(T) Mersing sebanyak RM45,000 pada tahun 2016, RM20,000 pada tahun 2018 dan RM15,000 pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, tiada permohonan sumbangan bantuan penyelenggaraan yang dimohon oleh SJK(T) Mersing pada tahun 2017 dan sepanjang tempoh 2020 hingga 2022.
Sekolah Wawasan. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang Sekolah Wawasan, KPM ingin menjelaskan bahawa KPM buat masa kini tidak bercadang untuk meneruskan pembinaan Sekolah Wawasan baharu. Sehingga kini, terdapat enam buah kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu:
(i) Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan;
(ii) Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman;
(iii) Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang;
(iv) Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan;
(v) Kompleks Sekolah Wawasan Seremban, Negeri Sembilan; dan
(vi) Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.
Dari tempoh tahun 2020 hingga tahun 2022, KPM telah meluluskan peruntukan penyelenggaraan ke Sekolah Wawasan sebanyak RM1.36 juta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM akan terus giat melaksanakan program dan inisiatif bagi memupuk integrasi nasional dalam kalangan murid pelbagai kaum menerusi pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum dan koakademik sedia ada di semua sekolah.
KPM berkeyakinan bahawa melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tersebut, semangat perpaduan dan nilai murni akan dapat diterap, dihayati dan seterusnya diamalkan oleh setiap murid tanpa mengira kaum, ras dan agama di negara ini. Hal yang demikian akan dapat merealisasikan aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat madani yang bersatu padu, harmonis dan patriotik yang seterusnya akan mencurahkan khidmat bakti mereka demi kemajuan dan kepentingan negara pada masa hadapan.
KPM turut memperkenalkan tujuh buah teras utama melalui Nadi Keunggulan KPM. Melalui teras kedua, KPM menekankan kepada pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik dalam memastikan generasi waris masa depan mempunyai jati diri yang kukuh untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Di samping itu, pendekatan teras ini adalah untuk mewujudkan suasana harmoni yang dapat menghindari gejala negatif menerusi aspek Karamah
Insaniah terutamanya dalam kalangan murid di sekolah. Pendekatan ini juga adalah selari dengan konsep Malaysia Madani yang telah diperkenalkan dan berteraskan kepada enam buah tonggak utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
KPM akan menilai dan mengkaji secara terperinci berkaitan perkara ini termasuk sebarang cadangan untuk memperluaskan konsep integrasi nasional di semua sekolah.
Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Usul Perkara Tertentu Berkenaan Kepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan Di Bawah P.M. 18(1) — Insiden Keracunan Akut NikotinSpecial Chamber
Menurut keputusan yang telah dibuat pada hari ini satu usul di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dirundingkan pada hari ini. Saya benarkan ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya bagi 30 minit untuk Yang Berhormat termasuk pencelahan dan Yang Berhormat Menteri menjawab dalam masa juga 30 minit, ya.
Jadi, semasa Yang Berhormat berucap kalau Yang Berhormat hendak bagi pencelahanpun boleh, ya. Ia bergantung kepada usul yang telah pun Yang Berhormat kemukakan pada tadi. Baik, untuk itu saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang untuk bacakan usul. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah menerima usul di bawah Perkara 18(1). Mungkin tidak terlambat saya ambil kesempatan juga mengucapkan, merakamkan ucapan tahniah atas anugerah ‘Tan Sri’ kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tanjong Karang merasa begitu sedih, simpati, marah dan sorry atas apa yang telah berlaku kepada seorang kanak-kanak yang berumur dua tahun daripada Bera, Pahang.
Beliau telah ditemui dalam keadaan yang tidak baik, tercungap-cungap, sukar untuk bernafas dan muntah dan juga dimaklumkan mungkin ada sawan beberapa kali. Beliau juga ditemui di samping satu biji disposable vape. Dimaklumkan juga beliau bermain dengan kakaknya yang berumur tujuh tahun dan anak ini kemudiannya telah dibawa kepada klinik terdekat dan kemudian dibawa kepada hospital dan dirawat di ICU dan alhamdullilah telah berjaya diselamatkan. Berada dalam keadaan stabil dan air kencing beliau telah dibuktikan mengandungi kandungan nikotin yang tinggi.
Adakah dendaan usia yang diberi adalah keracunan akut nikotin? Adakah Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersetuju nasib kanak-kanak malang ini
adalah sebahagian daripada kesan ataupun akibat dari pengeluaran bahan nikotin itu daripada Akta Racun 1952 yang mana ia telah menyebabkan masyarakat atau rakyat kebanyakannya di luar sana ada sebahagiannya yang joli sakan dengan bebasnya penggunaan nikotin dan mereka tidak lagi berhati-hati ataupun tidak ada rasa takut atau tidak merasakan langsung tentang bahayanya penggunaan bahan nikotin ini?
Jadi, kes malang ini mungkin hanya sebagai permulaan sahaja atau tip of the iceberg?
Saya merasa begitu bimbang akan ada lagi lebih banyak kes-kes yang mungkin akan melibatkan kanak-kanak atau pun bayi pada masa yang akan datang. Kes ini tidak mustahil boleh melibatkan bayi-bayi kerana mungkin sahaja bahan nikotin, cecair nikotin ini dicampurkan ke dalam botol-botol susu untuk menenangkan anak-anak atau pun bayi-bayi tersebut dan kanak-kanak, budak- budak sekolah, wanita-wanita dan juga wanita-wanita hamil termasuk juga orang- orang tua boleh terlibat dengan risiko atau pun bahaya nikotin yang boleh didapati secara berleluasa.
Jadi, dalam hal ini siapakah yang akan dipersalahkan? Adakan sesiapa yang akan mengambil tanggungjawab atas nasib malang yang telah berlaku kepada mangsa-mangsa yang keracunan nikotin ini? Adakah KKM akan mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak yang berumur dua tahun ini? Saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon KKM memberikan penjelasan atau pun YB Menteri di sini memberikan penjelasan apakah rasionalnya, apakah alasannya beliau telah mengeluarkan bahan racun nikotin ni daripada Akta Racun 1952 itu sendiri.
Saya difahamkan pakar-pakar di Kementerian Kesihatan sendiri telah memberikan nasihat yang sebaliknya dan adalah tidak wajar bahan nikotin ini kita keluarkan daripada Akta Racun kerana kita tidak ada apa-apa akta yang boleh mengawal bahan ini apabila ia boleh digunakan oleh masyarakat secara meluas.
Wajarkah demi mencukai bahan nikotin ini yang mana kita telah luluskan sewaktu Belanjawan tempoh hari, adakah demi cukai nikotin ini kita sanggup merisikokan rakyat dan masyarakat kita yang di luar sana? Adakah berbaloi dengan mendapat cukai satu sesi lebih kurang 40 sen dan kita merisikokan mereka yang innocent di luar sana. Jadi , saya mungkin minta izin juga kepada Yang Berhormat yang hadir ini untuk membahaskan atau membincangkan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat.
Terima Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk mencelah daripada perbahasan Yang Berhormat Tanjong Karang tadi.
Saya kira ini sesuatu yang jelas, yang berlaku kepada anak generasi kita, dua tahun usianya kesan daripada keracunan nikotin yang saya kira telah disahkan dengan kandungan nikotin yang ada di dalam badan kanak-kanak itu sendiri atau pun kandungan dalam air kencing.
Saya kira Yang Berhormat Tanjong Karang setuju kalau saya katakan walaupun ia tidak secara langsung, ia juga adalah daripada akibat mungkin tidak ada kawalan daripada sudut kawalan nikotin sebagai cecair atau pun gel dalam e-cigarette ini rokok-rokok elektronik ini. Mungkin ini satu petanda awal atau pun mungkin adalah seperit mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tips of iceberg yang berlaku tetapi sesuatu yang saya kira sangat malang kepada negara kita.
Kalau dalam usaha kita untuk generation end games (GEG) dan kita telahpun merancang untuk meluluskan, membentangkan Rang Undang-undang Akta Kawalan Produk Rokok demi kesihatan awal. Saya kira ini harus kita pegang bersama-sama sebagai rakyat dalam negara kita. Saya tidak mahu kalau istilah di luar sana sudah mula memainkan Akta Kawalan Produk Rokok dengan “demi kutipan cukai” atau “duti eksais”. Jadi, ini satu yang malang kerana kerajaan pun telah membuat keputusan untuk mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun dan tanpa kawalan pun yang saya kira tanpa kawalan.
Walaupun kita tekankan pendidikan kepada rakyat berkaitan dengan e- vape, Generation End Games dan juga kesan nikotin ini tetapi saya kira perlu ada kawalan bagaimana kita boleh mengurangkan atau pun kita ...
Yang Berhormat nak tanya kepada Yang Berhormat TanjongKarang kan?
Ya.
Sila. Selepas itu Yang Berhormat Tanjong Karang sambungkan.
Mungkin kena ringkaskan. Jadi, saya merasakan ...
Floor ini floor Yang Berhormat Tanjong Karang ya.
Okey. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang sama ada mungkin adakah ada ruangan kepada kerajaan untuk menarik balik atau pun menangguhkan kelulusan nikotin yang kita telah keluarkan daripada Akta Racun supaya kita dapat sekurang-kurangnya mengawal sehingga kita telah meluluskan Rang Undang- undang Kawalan Akta Produk Rokok demi kesihatan awam ini sebab saya kira ini sangat penting. Terima kasih.
Kecuali Yang Berhormat Tanjong Karang hendak bagi orang lain bercakaplah, sambung tanya soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, Tuan Yang di-Pertua. Saya terima ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Langat dan masukkan dalam perbahasan saya.
Terima kasih.
Cadangan yang diberikan itu saya rasa amat rasional, sungguh munasabah untuk kita pertimbangkan demi kebajikan atau pun kebaikan rakyat atau pun masyarakat kita di luar sana. Jadi, cadangan yang kita bincangkan adalah sama ada adakah perlu untuk kita menarik semula bahan nikotin ini dikeluarkan daripada Akta Racun itu sendiri.
Kalau ada keperluan, saya rasa kita boleh lakukan. Sementara menantikan RUU ini kita dapat luluskan demi membendung kesan negatif
daripada salah anggap atau salah persepsi daripada masyarakat di luar sana.
Saya juga dimaklumkan ada juga kes lain yang menyusul.
Ada satu lagi kes sebenarnya dan mungkin saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri maklum, ada satu kes yang berumur 16 tahun dan muntah-muntah, sesak nafas, dan masuk ke hospital. Kemudian keadaan agak lebih teruk, dan dia di-refered kepada hospital Selayang agaknya dan kes telah berubah menjadi keadaan teruk dan meninggal dalam masa satu hari masuk ke hospital dan kes ini juga disyaki adalah keracunan nikotin ataupun tetapi masih belum dibuktikan kerana air kencing yang dihantar ke makmal sehingga ini hari setelah saya rasa setelah lapan hari meninggal. Keputusan air kencing itu masih belum dikeluarkan.
Saya harap tidak ada pihak-pihak yang cuba menekan keputusan air kencing itu. Kalau itu terbukti adalah disebabkan nikotin adalah malang bagi kita rakyat Malaysia. Dua kes ya. Kemungkinan ada banyak lagi kes-kes lain yang akan menyusuk. Jadi...
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Silakan.
Pencelahan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Apa yang Yang Berhormat Tanjong Karang sebut ialah tentang acute yang serta-merta. Budak yang meninggal kerana nikotin tadi, EVALI. Akan tetapi, apa yang merisaukan saya Yang Berhormat Tanjong Karang, dalam keadaan kita tidak membenarkan nikotin yang masih lagi menjadi bahan racun sebelum ini pun dan vape telah menjadi suatu fenomena, tumbuh bagaikan cendawan di seluruh negara.
Kalau saya boleh sebutkan di sini ialah Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi NHMH 2022 mengatakan pengguna rokok elektronik di negara kita 9.8 peratus tahun 2017 meningkat begitu tinggi pada tahun 2022 pada 14.9 peratus. Sembilan peratus peningkatan dan sasarannya Yang Berhormat Tanjong Karang adalah golongan remaja. Kita sekarang berhadapan dengan masalah dadah dan masalah merokok. Semua dahulu saya ingatkan, saya Exco Kesihatan. Banyak berbincang dadah ini bermula daripada merokok. Sekarang ia sudah membuat suatu duction yang baharu iaitu vape. Vape akhirnya akan pergi kepada merokok juga akhirnya sebagaimana kajian dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat 43,000 orang pelajar sekolah dikesan menghisap rokok hasil saringan 1.3 juta pelajar.
Ini adalah satu jumlah yang besar. Jadi, apabila sudah remaja pergi ke vape, besar sedikit hisap rokok, akhirnya ke dadah juga. Akhirnya, kita akan menghadapi masalah penyakit. HIV, AIDS dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju supaya Menteri Kesihatan mengkaji semula tentang penyahwarta nikotin ini sehingga kita ada satu undang-undang, satu akta yang boleh mengawal penjualan vape ini. Sebab negeri Terengganu memang tidak memberi lesen kepada mana-mana premis untuk menjual vape tetapi masih lagi yang haram itu ada.
Apatah lagi apabila sudah dapat lesen. Itu saya ingat tidak siapa lagi boleh dapat mengawal. Terima Yang Berhormat Tanjong Karang. Semoga dapat respond.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Nerus dan satu cadangan yang baik dan saya terima sebahagian daripada ucapan saya.
Kalau sekiranya dasar asas atau keutamaan kita mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun itu adalah semata-mata untuk legalised percukaian bahan nikotin itu memang telah dinyatakan kos untuk merawat masalah-masalah yang terkait ini akhirnya akan lebih membebankan daripada jumlah cukai yang akan mampu dikutip.
Akan tetapi, kalau kita benar-benar serius memerlukan cukai, saya rasa, mengeluarkan kanabis atau CDB oil itu daripada Akta Racun adalah lebih munasabah dan lebih menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan.
After all, kita jauh tertinggal kalau banding dengan Thailand atau negeri- negeri lain yang mana mereka telah mengeluarkan cannabis CDB Oil itu daripada bahan akta racun. Mereka memanfaatkan – Saya percaya Malaysia akan menyusul. Akan tetapi, sudah pasti ialah kita jauh tertinggal. Why not, kalau kita mulakan dari sekarang. So, insya-Allah kita akan lebih mendapat kebaikan yang lebih banyak.
Jadi saya minta izin sikit, Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Berhormat Kapar untuk bahas sedikit, menyambung.
Boleh saya tambah sikit...
Mungkin lepas Yang Berhormat Kapar mungkin kita boleh bagi Yang Berhormat Bandar Kuching?
Saya cuma hendak tambah sikit, sebenarnya dalam perbahasan usul ini pada sesi yang lalu, setiap Ahli Parlimen juga diberikan masa untuk perbahasan mereka sendiri. Jadi saya minta Petua daripada Tuan Yang di-Pertua, jika membolehkan saya dengan Yang Berhormat Sungai Petani untuk berbahas berasingan daripada 30 minutes inilah.
Supaya, ini floor Yang Berhormat Tanjong Karang, sebab saya pun tidak mahu kacau dia.
Akan tetapi kita sama-sama bangkitkan isu-isu lain.
Saya bagi masa 30 minit, pencelahanlah. Celahan la.
Celahan, okey tapi boleh bawa isu lain?
Boleh.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kapar dulu.
Okey, terima kasih.
Selepas ini saya berikan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Saya merujuk kepada e-cigarettes di surgeongeneral.gov from US.
Ini mengesahkan nikotin ini dianggap sebagai racun yang berbahaya. That is the US surgeon general. Saya rujuk juga kepada infosihat.gov.my oleh kementerian sendiri. Disebutkan di sini bahawa fenomena semasa mengenai rokok, bentuk rokok, amalan merokok, vape dan sebagainya, kementerian sendiri mengatakan tidak selari dengan perjanjian daripada WHO Framework Convention on Tobacco Control yang telah ditandatangani oleh Malaysia semenjak tahun 2005.
Definisi daripada Kementerian Kesihatan juga telah meletakkan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai rokok elektronik e- cigarette, E6. Sementara tidak mengandungi nikotin adalah sebagai ‘vape’. Kita melihat kandungan utama rokok elektronik, the first one is nicotine. Yang lain itu campuran dan sebagainya. Saya tidak detilkanlah oleh sebab kesuntukan masa.
Kita juga rujuk Info Sihat, KKM punya, kawalan nikotin. Nikotin dalam semua bentuk penyediaan adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952. Ini asalnya ni. Kategori racun di Kelas ‘C’. Nikotin hanya boleh dibekalkan atau dijual hanya untuk tujuan rawatan sahaja oleh pegawai farmasi berlesen, pegawai perubatan berdaftar. Sudah tentu untuk saya sebut – saya terus kepada kesan nikotin dan ketagihan. Apa tujuan kita berbahas ini.
Nikotin menyebabkan ketagihan, itu kata KKM. Nikotin menyerap masuk ke dalam salur darah dan mengalir ke otak untuk merangsang penghasilan kimia bernama Dopamine. Ransangan ini akan menyebabkan perasaan keterujaan.
Nikotin menyebabkan gangguan otak kronik iaitu penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau.
So, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi sangat berkait rapat. Saya punya pengalaman sebagai doktor perubatan sendiri pun memang itu yang kita lihat selama ini. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak. Jadi, kesan nikotin dan penyalahgunaan dadah ada juga dalam itu. Saya tidak sebut yang ini.
Kesan nikotin kepada kesihatan. Kajian telah membuktikan nikotin menggalakkan pembekuan darah, nikotin juga akan menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung dan ini akan mengganggu proses perkembangan bayi. Kesan nikotin dan keracunan. Ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi, tentang yang umur dua tahun hampir-hampir meninggal dunia sampai sinus, maknanya, biru dan kena dipulihkan, di-CPR-kan.
Kes yang kata 16 tahun meninggal dunia. Nikotin serendah dua miligram sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dua miligram. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Saya rasa itu juga berlaku kepada anak dua tahun.
Nikotin pada paras sekurang-kurangnya empat miligram, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak manakala 40 miligram boleh menyebabkan kematian dalam kalangan orang dewasa. 40 miligram orang dewasa. Ini Pusat Racun Negara. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita balik kepada
apa yang disebutkan tadi, mungkin isu ini kesan – kami memang risau, sebagai pengamal perubatan.
Daripada pengalaman kita sendiri, daripada laporan rakan-rakan kita dan sebagainya, kita memang bimbang apabila nikotin ini digunakan secara meluas seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya tidak perlu memperincikan. Jadi, ia mengundang bahaya terutama yang boleh menyebabkan kematian. Mungkin yang tidak sengaja ataupun yang lebih lagi dengan kanak- kanak. Umur yang dua tahun tadi, dia bukan sebab dia mahu enjoy, macam orang remaja, whereas dia punya client yang paling besar mungkin dalam kalangan remaja, because dia nak happening, dia hendak cool, dia hendak trendy dan sebagainya.
Akan tetapi, kanak-kanak juga secara accident ini terhidu hingga menyebabkan dia pengsan dan hampir mati. Jadi, Kapar, bersama dengan Yang Berhormat Tanjong Karang ini mendesak kerajaan membetulkan kesilapan tindakan Yang Berhormat Menteri mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 dan memasukkan semula sebagai kawalan ini sebagai Akta Racun 1952 serta-merta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tanjong Karang akan ambil Yang Berhormat Kapar sebagai ucapan?
Ya, saya terima masukkan ucapan daripada Yang Berhormat Kapar. Mungkin saya bagi izin dulu Yang Berhormat Bandar Kuching.
Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana membawa isu yang sangat penting.
Saya rasa kita Ahli Parlimen daripada pelbagai pihak, memang rasa ini satu isu atau satu insiden yang sangat malang. Kita tidak mahu isu ini berulang sekali lagi. Akan tetapi, seperti yang difahamkan, usul yang dibawa ini berkenaan dengan kes keracunan nikotin seorang kanak-kanak berumur dua tahun.
Saya rasa, kita kena berlaku adil kepada isu ini. Ini kerana pandemik vape yang kita lalui sekarang sebenarnya berlaku sebelum tindakan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun ini. Saya tidak kata saya menyokong tindakan tersebut, malah, saya telah secara umumnya berkata ini satu tindakan yang regressive dan saya tidak bersetuju.
Akan tetapi, untuk menangani isu yang tertera atau ada di depan, kita haruslah meneliti perkara ini dengan baik. Kita kena ambil the patient history dengan betul. Ini supaya diagnosis dapat dibuat dengan betul dan treatment plan dapat diberikan supaya isu ini ditangani dengan baik.
Maka, saya kata tadi, saya sendiri tidak setuju dengan tindakan untuk mengeluarkan daripada Akta Racun tersebut. Akan tetapi, dalam kes ini saya rasa isu ini adalah isu pengabaian daripada ibu bapa. Ini kes negligence ibu bapa.
Kenapa saya berkata demikian?
Contohnya gel nikotin masih dalam Akta Racun 1952 sebenarnya kes ini masih akan berlaku lagi. Malah, jika gel nikotin masih dalam Akta Racun 1952, tindakan undang-undang terhadap ibu bapa ini sebenarnya bukan dalam Akta Racun 1952. Jadi, kita kena diagnose the problem. Kita kena bagi rawatan yang spesifik kepada isu itu. Kalau tidak isu itu tidak dapat ditangani dengan baik.
Seperti saya katakan tadi, memang kita faham kemudaratan nikotin. Malah saya sendiri, saya tahu Yang Berhormat Menteri Kesihatan we are the frontline to push untuk RUU ini kerana kita tahu bertapa mudaratnya nikotin ini kepada generasi yang muda.
Akan tetapi, dalam isu ini mari kita selesaikan secara spesifik. Maka, dengan cadangan saya rasa Kementerian Kesihatan Malaysia haruslah bekerjasama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan terutamanya supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin kena meneliti akta-akta yang kita boleh kenakan tindakan kepada ibu bapa tersebut. Kenapakah mereka biarkan vape bersama dengan anak-anak mereka? Jika hendak vape mungkin carilah tempat yang lebih selamat.
Jangan expose the children to this device. This is something kita kena lihat.
Bukan sahaja menghukum tetapi lebih penting bagaimana kita hendak memperkasakan, mendidik ibu bapa yang lain tentang kemudaratan vape ini agar mereka tidak merokok, tidak vape di depan anak mereka ataupun di keluarga atau di rumah. Itulah isu yang kita kena tangani. This is the specific issue. Saya tidak mahu isu atau kes ini berlaku sekali lagi. Saya tahu ada kelompangan dalam undang-undang terutamanya apabila gel nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun 1952. Saya rasa sekarang ia telah berlaku. Apa yang lebih penting bagaimana kita dapat tangani sebelum RUU ini dipersetujui dan diluluskan dalam Parlimen.
Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang − Saya harap Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju iaitu pertama sekali kerajaan harus tingkatkan education ataupun pendidikan tentang bahayanya nikotin. Ini haruslah dilakukan di sekolah-sekolah. Kita haruslah bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagaimana kita hendak berikan contoh kesedaran kepada ibu bapa tentang bahaya. Ini kerana, vape machine yang comel, tahu Tuan Yang di-Pertua? Ada yang macam binatang, haiwan, ada yang kotak susu. If I am a parent, I tidak tahu, I nampak my children playing with that I thought it’s a toy. But we need to increase this education. Saya rasa Kementerian Kesihatan Malaysia memang memainkan peranan yang sangat penting untuk bekerjasama dengan semua agensi dan kementerian yang terbabit untuk meningkatkan dan memperkasakan pendidikan. Saya rasa kita Ahli Parlimen pun ada peranan kita untuk menolok mesej ini kepada kawasan- kawasan dan rakyat kita di luar sana.
Kedua, saya rasa Kementerian Kesihatan Malaysia haruslah tingkatkan surveillance. Lihatlah keadaan dan jika perlu buatlah tindakan. Terakhir, saya tidak mahu ambil masa yang panjang. Mungkin Kementerian Kesihatan Malaysia boleh berbincang dengan kementerian PBT − local government. Mungkin buat satu – untuk masa terdekat ini in the short time berbincang supaya mereka boleh ada satu peraturan iaitu business vape ini tidak boleh menjual contohnya dekat dengan sekolah. Gunakan that business license punya powers. So, we try our
best tetapi yang paling penting saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen di sini tidak kira Kerajaan mahupun Pembangkang this bill has to pass. Saya rasa apabila dibentangkan di Parlimen ini marilah kita fikir tentang generasi masa depan kita. Let’s pass the bill. Let’s do what’s right. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Kuching cuba melembutkan isu ini. Akan tetapi, isunya mudah sahaja. Apabila vape ini dikeluarkan daripada Akta Racun 1952, masyarakat di luar sana ada berbilang- bilang pandangan, tanggapan. Jadi, ini berlaku kerana vape ni telah dikeluarkan daripada Akta Racun 1952.
Vape yang digunakan oleh anak ini bukan oleh ibu bapanya. Vape itu adalah milik kepada bapak saudara dia. Jadi, sebabkan benda ini telah dikeluarkan sebagai bahan bahaya, masyarakat kebanyakan anggap ia cuai. Ia tidak merasa benda ini bahaya. Ini yang telah berlaku. Itu hakikatnya, ya.
Jadi, dalam hal ini mungkin saya conclusion-nyalah. Oh, sorry. Ada lagi, ya? Okey, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang atas celahan yang diberikan. Jadi, bagi saya ini adalah satu akta yang perlu kita sokong kerana ada beberapa perkara yang mungkin di sini saya ingin bangkitkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain daripada kita meletakkan seluruh bebanan ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia semata-mata, adakah kita mempersoalkan bagaimana kerjasama antara agensi kerana yang lebih penting sekali bukan hanya – kalau dahulu pun kita ada akta ini tetapi tidak ada satu pencerahan, tidak ada satu penjelasan yang jelas kepada masyarakat dan rakyat. Itu adalah lebih penting.
Ini kerana, setiap apa yang kita lakukan kita ingin melihat objektif dan outcome itu jelas tercapai. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kementerian, agensi lain dalam membantu kita sama-sama membantu KKM dalam mengawal produk nikotin ini?
Bagaimanakah pemerkasaan antara bukan sahaja ibu bapa tetapi bapa saudara, keluarga, masyarakat, guru-guru dan di peringkat sekolah sendiri pemerkasaan itu adalah? Lebih penting supaya objektif itu jelas dan kita dapat capai objektif tersebut Kalau kita lihat sebelum ini nikotin juga dikawal bawah Akta Racun 1952 penjualan cecair rokok elektronik mengandungi nikotin adalah menyalahi akta tersebut. Akan tetapi, walau bagaimana penjualan rokok elektronik ini yang mengandungi nikotin adalah berleluasa sebelum ini. Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menjalankan penguatkuasaan? Apakah penjelasan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri? Saya rasa itu sahaja.
Terima kasih.
Saya ingin Yang Berhormat Tanjong Karang boleh gulung tetapi tiga minit lagi tambahan.
Okey. Terima kasih.
Saya sambung sedikit, ya. Kalau kita hendak mengawal atau hendak memberikan education harus kita pergi kepada puncanya. Tidak guna kita tidak control punca, kita sibuk hendak buat education, sibuk hendak buat kawalan.
Jadi, dalam hal ini puncanya adalah nikotin itu telah dikeluarkan dari bahan racun kepada bahan yang tidak beracun. Jadi, apabila itu berlaku kita akan terbeban dengan untuk menambah education kepada masyarakat, hendak menambah kawalan dan pelbagai isu yang akan timbul.
Jadi, kami bukan untuk menentang akta RUU rokok. Ini tidak timbul isu berkenaan. Apa yang kita bicarakan pada hari ini adalah rasional Kementerian Kesihatan Malaysia itu mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 itu sendiri yang sebenarnya mendapat tentangan daripada seluruh medical fraternity. Mereka tidak bersetuju. Kenapakah ini kita lakukan? Saya percaya, deep inside his heart pun seorang doktor mesti tidak percaya. Tidak setuju.
Okey, dan hal ini sedikit saya hendak sentuh. Saya amat sedih apa yang kerajaan telah lakukan. Mereka melakukan contradicting antara satu sama lain.
Kita ingin membendung rokok. Kita ingin mengeluarkan RUU rokok, sedangkan sebelum itu dilakukan kita bebaskan pula nikotin. Keluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952. Apakah ini?
Kita hendak halang orang merokok supaya jangan ketagih nikotin dan jangan terdedah dengan risiko-risiko mendapat kanser. Dalam waktu yang sama, kita bebaskan nikotin semata-mata untuk majukan nikotin. Ini sudah satu luar tabii yang tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya, pertimbangkanlah untuk memasukkan balik nikotin ini sebagai bahan bawah Akta Racun 1952 demi kepentingan rakyat Malaysia.
Sekian dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.
Saya jemput Yang Berhormat Menteri 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang. Untuk menjawab dan mengulas tentang usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua benarkan saya untuk memulakan jawapan dengan saya mengulas kembali tentang kes kanak-kanak berusia dua tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada 30 Mei 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima notifikasi kes keracunan nikotin yang melibatkan seorang kanak- kanak berusia dua tahun yang berlaku di Bera, Pahang sekitar jam 1:50 tengah hari. Kanak-kanak tersebut sebenarnya dia berasal dari Shah Alam, Selangor dan pulang ke kampung bersama keluarga sempena cuti sekolah.
Jadi, kanak-kanak tersebut lahir dalam keadaan yang cukup bulan, tiada sejarah penyakit kronik serta tiada sejarah kemasukan wad. Kejadian berlaku
sewaktu kes ataupun kanak-kanak itu sedang bermain seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi dengan kakak dan sepupunya yang berumur tujuh tahun.
Kanak-kanak tersebut tiba-tiba mengalami gegala sesak nafas, batuk, muntah kebiruan dan tidak sedarkan diri. Semasa kanak-kanak ini ditemui terdapat peranti rokok dan ia juga telah disebutkan tadi ataupun vape pakai buang yang terletak di atas lantai berhampiran dengan kanak-kanak itu.
Jadi, kanak-kanak tersebut dipercayai tersedut atau mungkin juga tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik, sejenis pakai buang kepunyaan bapa saudaranya. Kemudian, kanak-kanak ini Tuan Yang di-Pertua, telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang kerana ia memerlukan bantuan pernafasan Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak dan kanak-kanak ini dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin berterima kasih kepada petugas perubatan yang telah benar-benar bekerja keras untuk merawat kanak-kanak ini dan cuba melakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkan kanak-kanak ini.
Seterusnya, keputusan air kencing menunjukkan bahawa kehadiran nikotin pada paras yang tinggi Tuan Yang di-Pertua dan keputusan sampel rokok elektronik atau vape yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
(MKK). MKK juga mendapati bahawa produk tersebut mengandungi nikotin yang pada paras 23mg/ml dan tiada sebarang kebocoran dijumpai pada peranti rokok tersebut.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tanjong Karang, sebenarnya dengan kerja keras yang dilakukan oleh petugas kesihatan, keadaan kanak-kanak ini telah semakin pulih dan dibenarkan pulang. Walau bagaimanapun, kanak- kanak tersebut telah dikesan mengalami masalah yang dikenal pasti sebagai neurological dengan izin iaitu pergerakan motor dan percakapannya terganggu.
Proses rehabilitasi neurologi masih dijalankan oleh pihak hospital dan rawatan ubatan masih juga diteruskan di rumah kanak-kanak dan juga telah diberikan temu janji bagi pemeriksaan lanjut berkaitan dengan rehabilitasi neurologi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak timbul masalah kita tidak prihatin tentang hal ini. Dengan keadaan apa yang berlaku, jelas menunjukkan bahawa KKM tidak sekali melihat perkara ini sebagai satu perkara yang remeh.
Tuan Yang di-Pertua, benarkan juga saya untuk menceritakan tentang kes kedua yang juga telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan.
Boleh.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sama ada peranti guna buang ini adalah peranti yang kita ada sejarahnya atau tidak?
Sama ada ia dibeli secara legal atau pun dari premis yang legal atau pun tidak legal? Ini kerana, ini akan mempengaruhi keputusan-keputusan atau pun tindakan yang akan kita buat. Saya juga tidak pastilah, saya pun tidak ada e-
cigarette ini. Sama ada e-cigarette ini ada kaedah untuk kekunci atau pun macam mana? Maknanya, kalau ada kaedah kekuncinya, mungkin agak sukar untuk anak yang berusia dua tahun ini untuk buka kekunci dan hisap. Saya minta maaf, saya pun tidak tahu macam mana kaedah rokok ini.
[Ketawa] Terima kasih.
Ya, Terima kasih. Betul, saya pun tidak tahu macam mana [Ketawa] peranti itu. Memang betul ...
Saya tambah penjelasan sedikit. Yang disposable ini tidak ada kekunci, terus hisap sahaja.
Oh, pernah cuba? Pernah cuba?
[Ketawa] . Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang atas penjelasan. Baik, sebenarnya apa yang kita dapati daripada siasatan yang kita lakukan ialah peranti itu sebenarnya adalah peranti yang tidak berdaftar dengan SIRIM. Jadi, inilah keadaannya maksudnya, saya akan sebut nanti dalam ulasan yang seterusnya.
Perkara ini perlu kita lakukan. Penguatkuasaan bukan sahaja terhadap KKM tetapi juga kita bekerjasama dengan agensi-agensi lain. Di sinilah ketika kemasukan bahan itu ke dalam negara, mahupun juga yang sedia ada dalam negara, kita perlu kuat kuasakan. Apapun produknya nanti, dia kena berdaftar dengan agensi yang berkenaan. Jadi, buat setakat ini, memang itu siasatan yang kita dapati lah.
Baik, saya sambung berkenaan dengan kes kedua yang telah dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Kes ini sebenarnya, KKM menerima notifikasi kes oleh PKD Hulu Selangor dari Hospital Selayang pada 7 Jun tahun ini. Kes ini merupakan seorang pelajar perempuan Melayu yang berumur 16 tahun yang disyaki probability-nya adalah EVALI dan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Baru pada 3 Jun.
Maknanya, kita dapat notifikasi empat hari selepas kerana sakit perut dan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang pada keesokan hari nya.
Ketika itu kes stabil dan memerlukan bantuan oksigen. Dia menggunakan nasal prong. Jadi tahap kesihatan kes kemudiannya merosot dengan pantas dua hari selepas itu pada 5 Jun dan kes telah resusitasi dalam masa 50 minit. Namun, meninggal dunia pada hari yang sama.
Jadi, siasatan lanjut mendapati kes mula mengalami gejala sakit perut sejak 15 Jun tahun ini dan pernah mendapat rawatan dari Jabatan Kecemasan Hospital Selayang pada 25 Mei 2023 kerana masalah yang sama dan pemeriksaan ECG, X-ray telah menunjukkan tanda ada pembengkakan jantung ataupun cardiomegaly dan juga ada lung infiltration. Namun, kes ini kemudiannya telah di-discharge dengan diagnosis acute dyspraxia dan kemudiannya datang kembalilah.
Jadi, daripada siasatan kita juga kes ini tidak mempunyai sejarah penyakit terdahulu. Namun, siasatan lanjut setelah kematian, kes ini mendapati yang ia mempunyai sejarah menghisap vape selama tiga tahun yang lalu. Jadi, vape terakhir yang dikenal pasti digunakan adalah vape jenis tertutup. Ini mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang lebih faham juga berjenama ‘Aladdin Pro’ namanya yang berperisa strawberry blackcurrant. Memang sedaplah strawberry blackcurrant ini. Voltbar berperisa custard aiskrim. Itu yang seperti Yang Berhormat Kuching sebut. Pelbagai Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini saya rasa kalau pada kanak-kanakpun sukalah perasa-perasa seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, arwahnya tadi didapati juga banyak bergaul dengan orang luar yang bukan rakan sekolah dan ada masalah-masalah lain daripada segi sosialnya. Manakala, kita dapati ibunya pun bekerja. Tidak apalah, saya rasa kita tidak perlu cerita tentang latar belakang keluarga ini. Apa pun, ujian makmal telah dilakukan, ujian radiologi juga telah dilakukan. Sampel cecair rokok elektronik juga telah dilakukan. Cuma, keputusan yang telah dinyatakan dan diberikan oleh hospital juga ada pelbagai.
Saya hendak sebutkan di sini, keputusan daripada vape yang telah dinyatakan tadi, kajian itu menunjukkan bahawa vape Voltbar perisa custard ice- cream ini kandungannya ada kimia di dalamnya. Mengenai propylene glycol juga bahan yang bahaya, chemical yang bahaya. Sorry, ada nikotin juga, maaf.
Glycerol 403 mg/ml, nikotinnya adalah 5mg/ml. Kemudian, vape Aladdin Pro tadi − more enjoy perisa strawberry blackcurrant tadi − nama produk, Propylene glycol-nya juga tinggi iaitu 440 mg/ml, glycerol 416 mg/ml dan nikotinnya lebih tinggi Tuan Yang di-Pertua 28mg/ml.
Vape Aladdin Pro pula more enjoy perisa strawberry blackcurrant tadi.
Yang ini proxy sample ada propylene glycol juga yang kandungannya lebih kurang sama 451 mg/ml, glycerol juga ada 428 mg/ml dan nikotin juga tinggi 29 mg/ml.
Jadi, dinyatakan bahawa sebenarnya punca kematian yang direkodkan setakat ini acute heart failure with pulmonary embolism. Namun, pada masa yang sama dengan adanya sejarah menghisap vape, perubahan pada X-ray dada dan bukti saintifik yang menunjukkan hubung kait antara vape dan risiko masalah jantung, pakar perubatan juga mendiagnosis penyakit ini sebagai probable. Maksudnya belum pasti probability dia adalah EVALI case. Ya, kes-kes EVALI yang berkaitan dengan vape. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sambung lagi. Jadi, kejadian-kejadian seperti ini adalah satu kejadian yang memang sungguh mendukacitakan. Perkara ini sepatutnya seperti Yang Berhormat Kuching sebutkan tadi, kita dapat elakkan sekiranya − bukan hendak menyalahkan tetapi kita menunjukkan maksudnya betapa pentingnya untuk semua memainkan peranan khususnya ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memastikan anak-anak bawah jagaan mereka. Yang tadi 16 tahun juga sebenarnya dalam kategori kanak-kanak. Apabila diikutkan, definisi kanak-kanak itu adalah di bawah 18 tahun. Ini kerana, mereka sangat terdedah kepada risiko-risiko seperti ini khususnya kepada produk-produk merokok.
KKM juga sebenarnya telah memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape seperti EVALI yang disebutkan tadi dengan mengeluarkan arahan notifikasi bermula Jun tahun lepas lagi kita sudah mulakan. Berdasarkan rekod dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia sebanyak 77 kes pendedahan kepada nikotin daripada rokok elektronik atau vape telah dilaporkan sepanjang tempoh 2015. Apabila vape itu berada dalam pasaran lagi kita telah mengambil sikap untuk memantau sehinggalah tahun 2022.
Jadi, bagi tahun ini sahaja sebanyak tujuh kes telah dilaporkan dengan lima kes adalah melibatkan kanak-kanak.
Jadi, Yang Berhormat, sebenarnya kes-kes yang direkodkan ini menunjukkan telah terdapat kes keracunan nikotin walaupun pada ketika itu,
nikotin bagi sediaan dalam cecair rokok elektronik atau vape masih lagi dalam kawalan Akta Racun 1952.
Jadi, apa yang saya hendak nyatakan dekat sini, Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, walaupun baru-baru ini, kerajaan ataupun kementerian mengeluarkan nikotin gel daripada Akta Racun, tetapi, saya akan sebut juga nanti kenapa, ini adalah kerana peruntukkan kawalan bawah Akta Racun 1952 hanya berkaitan pengimportan dan penjualan sahaja.
Jadi, kita perlukan sebenarnya rang undang-undang yang lebih komprehensif yang lebih meluas, lebih merangkumi semua produk merokok. Ini tidak hanya kepada rokok konvensional, tidak hanya kepada curut, tidak hanya kepada yang orang sebut apa ini, saya pun tidak biasa merokok lupa nama, yang paip, paip juga shisha dan sebagainya tetapi – maksudnya ia akan juga merangkum rang undang-undang yang juga merangkum produk merokok elektronik iaitu vapes, Tuan Yang di-Pertua.
Sehubungan dengan itu, sebab itulah kita tadi pagi kita telah mendengar kementerian telah membuat bacaan pertama Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, sebentar tadi untuk mengatasi isu- isu ketiadaan kawalan selia terhadap produk-produk tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menjawab kepada soalan tadi, berkenaan dengan kenapa rang undang-undang ini – kita seolah-olah mengutamakan cukai berbanding dengan rang undang-undang ataupun untuk kita mengawal selia. Sebenarnya, apabila kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan cukai eksais kepada vape, produk merokok ini, ia sebenarnya mengambil kira – Kita kena ingat bahawa, seperti yang saya sebutkan tadi, kita perlu adakan rang undang-undang yang lebih merangkum.
Jadi, kita adakan cukai eksais adalah juga untuk tujuan mengawal. Tujuan mengawal ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya adalah jauh lebih memberikan kesan daripada kita hanya lihat kepada satu keadaan yang sementara. Saya sudah sebutkan tadi, yang sebelum ini, rang undang-undang itu tidak merangkum.
Sekarang ini kita meletakkan rang undang-undang dan campur lagi kawalan dan campur lagi, kita dapat duti eksais.
Jadi ini maksudnya win-win situation. Betul ada masanya kita ada sedikit kelompangan, tetapi tadi, bagi saya apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, pertama, kita telah berjaya membawa rang undang-undang ini ialah apabila Kabinet meluluskan untuk kita bawa ke Parlimen. Ini adalah satu kejayaan dan seperti yang saya sebutkan juga, rang undang-undang ini adalah rang undang- undang yang merangkum, Tuan Yang di-Pertua.
Ia bukan hanya meletakkan isu kita mengawal, tetapi juga ada dalam rang undang-undang itu adalah GEG ataupun yang berkaitan dengan generasi merokok. Jadi inilah yang penting untuk kita bersabar sedikit tetapi kita lakukan dengan sebaik mungkin. Itu yang saya sebutkan tadi.
The fact that dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, the fact that kerajaan telah membenarkan kita untuk melakukan bacaan pertama tadi, telah menunjukkan
komitmen. Saya juga sebutkan tadi dalam jawapan Parlimen saya di atas meja kita tadi, sudah ada the blue bills. Apakah maksudnya?
If anything happens, saya tak perlu lagi bawa kepada Kabinet. Kita boleh terus membahaskan perkara ini dalam Parlimen dan memastikan inilah tanggungjawab kita. Semua, insya-Allah apabila kita dibawa apabila dibentangkan kembali, rang undang-undang ini, semua memberikan sokongan tanpa belah bahagi. Insya-Allah kita akan dapat luluskan walaupun mengambil sedikit masa.
Jadi, saya juga ingin mengatakan bahawa undang-undang sedia ada yang Akta Racun 1952 yang telah kita keluarkan nikotin itu tadi, sebenarnya yang kita keluarkan itu tadi ialah nikotin gel, produk gel ataupun cecair tetapi dalam bentuk yang lain, ia tetap ada, masih lagi ada dalam akta racun itu.
Jadi, Yang Berhormat boleh melihat kembali akta racun itu dan boleh baca kembali bahawa itu hanyalah berkaitan dengan nikotin ataupun cecair nikotin.
Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya ingin sentuh dalam ulasan ini ialah lanjutan pengecualian ataupun sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok ini menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik kini adalah satu barangan duti eksais.
Jadi saya sebut telah diwartakan dan akan dikawal di bawah Akta Eksais 1976 [Akta 176] dan Akta Eksais 1976 memperuntukkan kawalan antaranya dengan melesenkan aktiviti pengenalan dan pemandangan yang melibatkan sediaan ini. Jadi, mana-mana orang yang hilang barangan duti eksais tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang-undang bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin dalam cecair rokok elektronik atau vape dan terdapat keperluan untuk RUU tembakau ini diluluskan dengan kadar segera di Parlimen.
Boleh saya cakap sikit?
Ya, sila.
Soalan saya daripada awal, apakah rasionalnya mengeluarkan nikotin gel cecair tadi daripada Akta Racun 1952. Kalau Yang Berhormat sebut tadi, “kita bersabar sedikitlah kerana kita hendak mengadakan RUU”. Mengapakah tidak kita bersabar sedikit daripada mengeluarkan bahan yang negatif ini daripada Akta Racun?
Kalau kita bersabar sedikit, kita luluskan dulu RUU bukankah lebih baik?
Jadi, sebabkan tindakan yang kita lakukan ini tidak sepatutnya – Inilah yang berlaku. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita sama-sama sabarlah ya. Jadi, insya-Allah, sebenarnya ia beginilah. Apabila kerajaan – saya sudah jawab benda ini, saya reiterate, saya reemphasize lagi. Apabila kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan duti eksais kepada nikotin gel.
Saya sebutkan tadi nikotin gel, bukan nikotin dalam bentuk-bentuk yang lain. Kita lihat kesannya pada jangka masa yang panjang dan keuntungannya
kepada kita dari sudut kita dapat mengawal dan kemudian memastikan anak-anak kita dalam generasi yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 itu juga akan kita dapat elakkan daripada ketagihan produk-produk merokok termasuklah vape dan nikotin ini.
Jadi, apabila kerajaan telah melakukan sedemikian the due process ialah kita kena mengeluarkan nikotin gel daripada Akta Racun. Kalau kita tidak berbuat demikian, proses untuk kita hendak duti eksais dan selainnya itu kita tidak dapat laksanakan. Oleh sebab itu, kita mengambil pendekatan sebegitu tetapi bukan bermakna kita bersetuju dengan tindakan itu.
Seperti yang saya sebutkan tadi, Yang Berhormat Tanjong Karang rekod ke?
Tak.
Tidak apa, itu memang ada, memang adapun kan.
Verbatim.
Verbatim, okey. Okey, the due process. The due process. Jadi, apabila the due process itu has to take on − kena dilaksanakan, maka, itu perkara yang kita kena lakukan.
Ini supaya, perkara-perkara seterusnya dapat dilaksanakan dan akhirnya disinilah saya sebutkan tadi, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan ada rang undang-undang lain, yang lebih komprehensif, yang lebih merangkum, yang lebih mencakupi semua produk merokok, kita betul-betul laksanakan dengan secepat mungkin.
Jadi, itulah kenapa sebenarnya bukan bererti saya bersetuju. I do not want to be defensive on this. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan daripada kementerian, memang benar-benar mahu rang undang-undang ini yang telah kita bentangkan bacaan pertama ini dapat diluluskan dalam masa yang segera. Saya sudah jawab, ya.
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta sedikit penjelasan? Kalau tidak, tidak boleh tidur saya pada malam ini.
[Ketawa] . Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaanlah kerana membentangkan RUU Akta Kawalan Produk Merokok demi kesihatan awam. Betul, bacaan pertama tetapi saya agak kurang setuju apabila ia diserahkan semula kepada PSC untuk melihat semula kerana ini akan menyebabkan kita mengambil masa lagi. Betul, sabar, soal sabarlah.
Akan tetapi, saya melihat dahulupun telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Kemudian, kita hendak bentangkan balik. Saya kasihan tengok kepada rakan-rakan di kementerian yang bertungkus-lumus untuk membina satu rang undang-undang ini. Saya kira kalau kita percepatkan, kita bahas dan sudah tentu ada keputusan di peringkat kita nanti. Kawalan ini kita sudah ada. Saya ingat, mungkinlah saya terus secara langsung begitu. Saya ingat mungkin tidak banyak perubahan pun kalau kita hendak ubah rang undang- undang itu selepas diserahkan kepada PSC.
Saya rasa pun saya cukup kecewa apabila disebutkan seolah-olah diminta oleh PSC ini untuk kita further review. Saya ingat di peringkat jawatankuasa kita tidak mintapun. Cuma ada daripada ahli jawatankuasa kita menanyakan yang dibentangkan kepada kita terlalu superficial. Why not kalau ia bukan sesuatu yang terlalu kerahsiaan diserahkan juga RUU itu kepada kita sebelum kita bentangkan dalam bacaan pertama hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Jadi, insya-Allah yang itu saya boleh jawab. Sebenarnya, apabila kita saya sudah sebut tadi. Maksud saya, apabila kita bentangkan kali pertama iaitu tadi pun adalah hari pertamalah kita melihatkan rang undang-undang itu tadi.
Jadi, itu adalah peluang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan juga peluang kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain untuk meneliti kembali rang undang-undang yang telah kita drafkan. Rang undang-undang baharulah. The new bill yang kita bentangkan tadi untuk melihatkan dengan lebih teliti setiap patah perkataan yang kita masukkan dalam draf tersebut.
Semasa libat urus, kami bukan sahaja dengan Jawatankuasa Pilihan Khas ini tetapi kita juga membuat libat urus dengan stakeholders yang lain.
Termasuklah Ahli-ahli Parlimen daripada pihak Pembangkang mahupun juga daripada pihak Kerajaan. Kita juga libat urus dengan NGO. Kita juga libat urus dengan ada juga individu dan kita libat urus juga dengan pelbagai pihak. The fraternities, khususnya.
Jadi, daripada libat urus itu, kita dapati ada lagi perkara-perkara yang mereka minta untuk kita teliti kembali dan disinilah saya rasa peluangnya esok apabila kita bentangkan dan bahaskan kembali dan kita akan dapat, maknanya semua orang sudah faham. Selesai sudah benda itu. Jadi, apabila siap sedia jadi kita terus meluluskan tanpa apa lagi yang kita hendak perbetulkan. Ia menjadi satu draf yang lebih lengkap dan satu draf yang lebih orang kata mantaplah bagi saya.
Boleh saya tambah sedikit penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri? Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini satu isu yang memang dekat pada hati saya kerana saya faham kebimbangan yang disuarakan. Sebenarnya, mungkin Tuan Yang di-Pertua jika kita boleh lakukan satu pembaharuan iaitu mungkin dalam PSC kita boleh table the bill to PSC first.
Kita tidak perlu tunggu first reading. Kenapakah ini penting? Ini kerana, PSC is also under OSA. So, I rasa untuk mereka bagi satu feedback atau maklum balas yang lebih konstruktif, kita haruslah benarkan at least in the PSC level untuk melihat draft bill tersebut sebelum dibentangkan untuk bacaan pertama.
Kenapakah saya berkata demikian? Memang saya sebenarnya sendiri tidak mahu isu ini ditangguhkan. Akan tetapi, saya hendak beri satu contoh kenapa sangat penting untuk PSC untuk melihat draf tersebut dengan sangat teliti.
Ini kerana pada masa saya jadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan in the last term, sebenarnya, saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada masa itu. Memang kita berbincang dia sudah menceritakan tentang prinsip dan juga mungkin the tenets of the bill kepada jawatankuasa kami.
Akan tetapi, apabila kami melihat akta tersebut dan melihat beberapa isu seperti kuasa penguatkuasaan, we were shocked. I said yes, I support in principal but I tidak boleh setuju dengan yang demikian. So, memang I am against this penangguhan tetapi saya memang berharap sebagai Pengerusi JK, tolonglah lihat
dengan teliti supaya akta tersebut memang jelas melambangkan apa yang kita hendak lakukan. We are in this together. Pastikan supaya kita hendak jaga kesihatan awam tetapi jangan ada unintended consequences-lah.
Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, jika boleh let’s make this reform. Kalau dibentangkan pada jawatankuasa, then it is easier untuk kita lakukan dan saya rasa untuk to be fair to the Minister, we want the bipartisan support. I rasa kita kena to get − sometimes a journey for a thousand miles start is the first step-lah.
We do this first step right, we do it right, we get both support, kita luluskanlah akta ini.
Yang Berhormat Menteri boleh gulung.
Gulung sudah?
Ya.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya hendak jawab seperti mana yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, tidak mengapa. Cuma saya hendak sebut sedikit lagi tentang kawalan ini sebab memang saya yakin apabila ada kelompangan waktu itu semua akan berasa gusar tentang bagaimana kita hendak kawal dan kita takut perkara-perkara yang seperti kes-kes yang dibawa tadi akan berulang lagi.
Saya ingin menyatakan bahawa memang sebenarnya kes-kes itu ada kemungkinan untuk berulang. Akan tetapi saya yakin, orang-orang rakyat kita di luar sana faham bahawa ini bukan satu perkara maknanya bahan-bahan yang bahaya itu tetap bahaya. Maknanya, pengambilan keluar nikotin itu tidak bermaksud mereka merasakan itu adalah perkara yang mereka boleh sewenang- wenangnya melakukan apa sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat sebenarnya daripada kelompangan ini kita boleh melakukan penguatkuasaan ataupun kawalan bersama dengan agensi-agensi lain yang ada. Jadi, kita juga tahu kalau Yang Berhormat semua kembali dan meneliti rang undang-undang baharu yang kita persembahkan itu, ia adalah lebih berbentuk education-lah. Maksudnya pendidikan. Pendidikan ini pastinya berkait rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Jadi, kita memang akan terus melakukan libat urus ataupun engagement dengan agensi ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan anak-anak kita di sekolah mendapat pendidikan yang first-hand-lah tentang keburukan produk merokok termasuklah rokok elektronik ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada juga agensi lain contohnya yang kita boleh bekerjasama dan menguatkan pengawalan ini seperti yang Yang Berhormat Bandar Kuching sebut tadi dengan KPKT. KPKT ini contohnya, kawasan boleh menjual makanankah atau bahan-bahan lain yang termaktub dalam kemungkinan apa dipanggil dalam peraturan KPKT. So, kita boleh tingkatkan.
Saya dapat tahu bahawa mereka telah tentukan bahawa 200 meter adalah kawalan penjualan di luar kawasan sekolah boleh dilakukan selepas ataupun sejauh 200 meter. Jadi, saya rasa kita boleh bekerjasama juga dan engage dengan KPKT untuk memastikan undang-undang terhadap penjualan itu kita tambah. Mungkin daripada 200 meter ke 500 meter ke satu kilometer untuk kita memastikan kelompangan itu kita dapat perkuatkan. Juga, dengan KPKT, mungkin dari sudut licensing juga kita boleh buat engagement dan pelbagai lagi agensi-agensi lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung ulasan ini ataupun penggulungan ini saya nyatakan bahawa saya sebenarnya bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana telah mengusulkan perkara ini yang benar bahawa ia menjadi satu perkara yang perlu kita perbahaskan.
Saya juga yakin dengan apa yang telah diberi oleh semua Ahli-ahli Parlimen yang lain tentang perkara ini. Kita bersatu hati dalam memastikan bahawa akhirnya kita mahu supaya kawalan yang ketat dan menyeluruh serta komprehensif kita lakukan terhadap produk-produk merokok yang meliputi semua jenis produk merokok.
Jadi, dengan ini saya akhiri dengan memohon kepada semua Ahli Parlimen untuk sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab kita untuk memastikan generasi kita dan anak-anak kita serta kita sendiri sihat dan terhindar daripada produk merokok yang memang membahayakan kesihatan daripada pelbagai sudut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan hingga hari Selasa 13 Jun 2023 jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 4.40 petang]