Dewan Rakyat · 11 October 2023

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 785 turns · 59,154 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Ts. Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.

Zahir bin HassanPKR · PHWangsa Maju · question

1. Tuan Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) rancangan kementerian untuk menambah bilangan kolej vokasional yang akan menawarkan kursus kemahiran dalam industri electric vehicles (EV); dan (b) rancangan kementerian untuk menambah kursus-kursus teknikal dan vokasional (TVET) yang lebih relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa seperti kursus berkaitan teknologi pintar dan artificial intelligence (AI).

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Bagi menyokong Dasar Automotif Nasional untuk memacu penggunaan EV di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan bidang pengajian berkaitan EV iaitu teknologi automatif hibrid dan kenderaan elektrik EV di Kolej Vokasional (KV) Pengerang, Johor yang akan mula beroperasi pada tahun 2026. Perancangan pra bina sedang dilakukan bagi memastikan kursus yang bakal yang ditawarkan ini dapat disiapkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Manakala elemen teknologi automatif hibrid dan kenderaan elektrik EV serta teknologi robotik diterapkan dalam kurikulum di 53 buah KV yang menawarkan program teknologi automatif yang pada ketika ini memang berupaya untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, terdapat dua buah KV yang sedang beroperasi di Parlimen Wangsa Maju iaitu KV Setapak dan KV ERT Setapak. KV Setapak menawarkan kursus yang berkaitan teknologi automatif yang menerapkan elemen EV. KPM juga komited memastikan graduan TVET KPM relevan dengan pekerjaan masa hadapan dengan memastikan kandungan kurikulum bagi program diploma yang ditawarkan di KV diberi nilai tambah teknologi terkini, selaras dengan perkembangan Industri 4.0 melalui perubahan kokurikulum baharu. Sebagai contoh, smart farming dan Internet of Things (IoT) dalam bidang pertanian yang diintegrasikan melalui latihan amali bagi program pertanian di lima buah kolej vokasional pertanian KPM yang menawarkan program pertanian seperti:

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

(i) KV Teluk Intan, Perak; (ii) KV Chenor, Pahang; (iii) KV Pasir Puteh, Kelantan; (iv) KV Dato’ Lela Maharaja, Negeri Sembilan; dan (v) KV Lahad Datu, Sabah. Selain daripada itu, elemen IoT dan artificial intelligence (AI) dengan izin, juga diterapkan dalam kurikulum di 23 buah KV yang menawarkan program teknologi sistem komputer dan rangkaian melalui pelaksanaan sistem rumah pintar, smart home. KPM yang usaha, KPM yakin usaha yang dilaksanakan ini mampu meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini dan pelaksanaan TVET di KPM adalah berkualiti serta relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Wangsa Maju.

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang saya mencukupi dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang telah mula terus dalam industri EV ini. Kita tahu juga industri EV ini merupakan sub sektor yang berimpak tinggi di bawah Pelan Perindustrian Baru 2030 dan kita juga sedar bahawa ia memerlukan satu peningkatan dalam rantaian nilai, value chain dalam industri ini. Satu daripada komponen yang penting adalah untuk menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Jadi, dengan itu saya ingin mengutarakan dua soalan tambahan. Yang pertamanya, apakah hala tuju serta perancangan strategi kementerian dalam memastikan pendidikan TVET ini selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0? Dan soalan kedua adalah apakah strategi kementerian dalam mempromosikan pendidikan TVET agar tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua? Terima kasih.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Yang Berhormat. KPM amat sedar tentang, dengan keperluan persediaan KPM bagi menghadapi gelombang Revolusi Industri 4.0. KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang menepati Revolusi Industri 4.0. Antara persediaan awal yang telah diambil tindakan oleh KPM ialah menyemak dan melaksanakan pemetaan program yang sedia ada dengan keperluan industri bagi memastikan program tersebut selari dengan industri-industri demand, dengan izin. Contohnya Program Pengurusan Perniagaan yang ditawarkan di KV sudah memasukkan modul tambahan khusus berkaitan dengan Internet of Things (IoT) yang bertujuan untuk memberi peningkatan ilmu dan kemahiran berkenaan pengaruh komputer dalam pengurusan perniagaan seperti business online dan sebagainya. Keperluan penambahbaikan terhadap peralatan dan teknologi juga dalam pertimbangan KPM bagi memastikan program pembelajaran tidak ketinggalan dengan Revolusi Industri 4.0. Untuk soalan kedua Yang Berhormat tentang bagaimana nak lagi mempromosikan kolej vokasional, ini kita memang dalam rancangan. Okey, kita akan memperluaskan, okey. Kita telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi tujuan menjadikan pendidikan vokasional sebagai antara pilihan bidang pengajian selari dengan aliran perdana bermula tahun 2012.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Kita telah mengubah landskap pendidikan dan latihan teknikal vokasional dalam menghasilkan graduan TVET KPM yang berkualiti serta mempunyai kebolehpasaran, kebolehkerjaan dan kebolehgajian yang tinggi untuk memenuhi keperluan revolusi perindustrian. Kita akan juga mempromosikan KV di sekolah-sekolah menengah supaya menggalakkan anak-anak kita untuk memasuki kolej vokasional. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga selamat datang kepada pelajar-pelajar yang pada pagi ini menghadiri untuk sidang Parlimen. Soalan tambahan saya iaitu, untuk soalan yang pertama- bagaimanakah KPM memastikan murid yang telah mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dapat bekerja mengikut bidang yang dipelajari? Soalan yang kedua, apakah peratus kebolehpasaran murid KV? Sekian, terima kasih.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. KPM mewujudkan kolaborasi dengan industri berimpak tinggi bagi menyediakan ruang dan peluang kepada murid memiliki keupayaan dan tahap kemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri bagi tenaga kerja tempatan. Melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Industri TVET, KPM menjalinkan pelbagai kerjasama dengan pihak industri dalam memastikan Program TVET KPM diiktiraf di peringkat industri dan antarabangsa serta menyediakan laluan kerjaya murid dalam bidang, antaranya seperti: (i) TWI Technology Sdn. Bhd.; (ii) Kulim Advance Technology Sdn. Bhd; (iii) McDonalds; (iv) SK Magic Retail Malaysia SDN. BHD.; (v) Acson Malaysia Sales & Services Sdn. Bhd.; (vi) IBM Malaysia Sdn. Bhd.; (vii) Sarawak Shells Sdn. Bhd.; (viii) Selangor Technical Skills Development Centre; dan (ix) Siemens Malaysia; (x) Malaysia Automatif Robotics and IoT Institute; dan (xi) Malaysia Timber Council. Dan kita tidak akan berhenti di sini. Kita akan teruskan lagi. Untuk soalan kedua Ahli Yang Berhormat, program TVET KPM di kolej vokasional telah berjaya melahirkan graduan teknologi dengan kebolehpasaran yang tinggi. Kebolehpasaran graduan TVET KPM pada tahun 2018 adalah sebanyak 97 peratus, dan ini memang menunjukkan kenaikan. Manakala bagi tahun 2019 adalah 98 peratus, 2020 adalah 98 peratus dan pada tahun 2021 adalah 99 peratus. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

Terima kasih Puan Speaker. Nampak tenang hari ini ya. Saya pohon pantun sekejap. Konon tidak masuk campur kes DNAA, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina, Guru dan murid berpisah tiada, soalan saya nombor dua.

Che Mohamad Zulkifly bin JusohPAS · PNBesut · question

2. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, usaha kerajaan mengatasi masalah kes keganasan yang telah dilakukan oleh Ah Long atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen memandangkan semakin banyak kes yang menunjukkan Ah Long ini telah merosakkan harta benda orang awam secara sewenang-wenangnya walaupun mereka bukan peminjam kepada Ah Long.

[Dewan riuh]

[Ketawa]

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Jauh lari pantun dia.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

...Habis lah, habis lah... pagi.

Rosak betul.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Malu budak sekolah lah itu.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya kepada soalan nombor dua daripada Yang Berhormat Besut.

...Jawablah pantun itu.

Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri mempunyai peranan yang amat penting untuk menyediakan platform yang selamat dan aman bagi menyokong pembangunan negara berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemapanan bagi memastikan agenda Malaysia Madani tercapai. Sehubungan dengan itu, kementerian memandang serius mengenai kes jenayah yang melibatkan pemberian wang tanpa lesen atau dikenali sebagai Ah Long yang semakin berleluasa di negara ini buat masa ini. PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan Ah Long. Ah Long ini merujuk kepada orang perseorangan atau kumpulan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang tinggi kepada mangsa. Bagi membanteras dan mengekang kegiatan Ah Long, PDRM telah mengambil tindakan antaranya termasuklah menjalankan operasi secara berterusan melalui Ops Vulture bagi mematah sindiket-sindiket Ah Long. Tumpuan operasi ini adalah untuk membanteras ahli-ahli sindiket secara menyeluruh yang terlibat dalam pemberian pinjaman wang tidak berlesen seperti: (i) aktiviti pemungut hutang; (ii) pengedaran risalah; (iii) poster; (iv) kad pinjaman; dan (v) sepanduk berkaitan promosi atau iklan pinjaman wang. Operasi ini juga akan membanteras individu yang memberi atau meminjam kad ATM, akaun bank kepada individu lain bagi tujuan yang menyalahi undang-undang. Bagi individu atau kumpulan yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut, siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang [APPW 1951] dan seksyen 29(a)(a), Akta Pemberi Pinjaman Wang [APPW] 1991. Dan untuk makluman, sebanyak 734 operasi telah dijalankan di bawah Ops Vulture sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2023 di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 898 orang telah ditangkap dan sebanyak 146 kes telah dibuat tuduhan. Selain daripada itu, kita bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan bertindak menurunkan iklan-iklan pinjaman wang, meminta bantuan pihak SKMM untuk memadam iklan-iklan pinjaman yang tidak berlesen di internet serta di laman sosial dan mengesan Ah Long melalui pelbagai sumber termasuk nombor telefon yang tertera pada iklan. Pihak polis juga menjalankan kerjasama dua hala dengan pihak telco, SKMM untuk membantu dari segi mengesan lokasi suspek. Kegiatan Ah Long tidak berlesen masih berleluasa adalah disebabkan permintaan daripada masyarakat dan tawaran daripada Ah Long yang lebih mudah dan senang daripada pinjaman yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan institusi kewangan yang berlesen.

Hal ini disebabkan oleh kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat untuk meminjam daripada institusi perbankan dan institusi kewangan berlesen, maka kegiatan Ah Long berleluasa. Untuk rekod pada tahun 2021, dilaporkan 1,000 kes tangkapan kita buat lebih daripada 1,067 kes di bawah seksyen 5(2) APPW dan seksyen 29(a)(a) APPW. 2022, jumlah kes 1,009. Tangkapan kita buat juga 1,262. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Besut.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, kita lihat sekarang kos sara hidup yang agak tinggi, harga barang pun tidak turun-turun dan kerajaan pun menafikan, ada denial syndrome...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terus kepada soalan.

Tak, hendak beritahu cara hendak bendung...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terus kepada soalan.

Sedikit. Jadi, kemudian menyebabkan rakyat ini dia terhimpit dengan keadaan-keadaan yang berlaku, dia terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup menyebabkan mereka cenderung untuk membuat pinjaman daripada Ah Long. Sebab mengikut satu rekod menunjukkan bahawa antara September 2022 hingga Mei 2023, terdapat sejumlah 32,880 kes direkodkan membabitkan kadar faedah hampir RM10 bilion. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk membendung perkara ini berterusan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, memang kita menyedari bahawa berlaku banyak kes yang melibatkan Ah Long ini dan kita melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan masalah ini dapat ditangani dengan baik. Satu daripada kaedah yang kita buat ialah kita meningkatkan keupayaan PDRM untuk menangani isu ini termasuk penggunaan teknologi melalui sosial media dan sebagainya kerana kita sedia maklum bahawa Ah Long, dia sudah berubah. Kalau dahulu mereka mengiklankan dengan menampal poster-poster di stesen bas atau di kawasan-kawasan awam tetapi ketika ini sudah beralih menggunakan laman sosial media. Oleh sebab, itu kita meningkatkan keupayaan kita dan sebab itu kita ada di bawah bahagian Siasatan Jenayah Komersial kita ada Bahagian Korporat Jenayah, Korporat Kewangan Jenayah Siber...

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

[Bangun] Nasiblah ...

[Bangun] [Ketawa]

[Bangun] [Ketawa]

Dan keupayaan kita, kita tingkatkan di situ di samping kita juga mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tujuan tersebut.

Dan dalam pada itu juga, di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita memang ada dipanggil Ketua Bahagian Cawangan Siasatan Pemantauan yang kita tempatkan pegawai-pegawai kita di kementerian berkenaan untuk membantu kementerian berkenaan. Dan sudah tentu, kita meningkatkan kesedaran awam untuk pastikan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan penyamar ini diteliti dengan betul. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada apps. Apps semak di portal Semak Mule dipanggil. Mana-mana individu yang ingin buat pinjaman, sila buat semakan di laman

website yang kita ada. Di situ tertera. Maknanya, dia nak buat pinjaman, dia tengok kalau ada nama-nama yang disenarai hitam itu, makna jangan kita berurusan dengan pihak berkenaan. Tapi, ini bukan bermaksud bahawa kita galakkan pinjaman. Tapi, jika mereka yang memang memerlukan, membuat semakan-semakan di laman web yang kita buat. Itu satu. Dan sudah tentu daripada itu juga, kita membuka seluas-luasnya aduan-aduan untuk membuat laporan-laporan bagi tindakan-tindakan kita ambil dengan baik dan berkesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tampin.

Sorry ah, sorry. Masalah berkaitan pinjaman wang daripada Ah Long ini boleh dikatakan tak ada penghujungnya. Hal ini kerana masih terdapat lagi individu selaku peminjam yang membuat demikian, meskipun telah berulang kali diberikan peringatan dan mereka juga turut sedar akan risiko yang bakal dihadapi. Soalan saya, adakah terdapat sebarang bentuk bantuan perlindungan yang boleh ditawarkan oleh kementerian terhadap individu-individu yang telah terlanjur dengan masalah Ah Long daripada terus diperlakukan dengan kejam? Dan adakah kementerian berhasrat untuk mempertimbangkan agar satu unit khas ditubuhkan di bawah PDRM, supaya dapat menjadi perantara atau perunding untuk mencapai kata sepakat antara Ah Long dan peminjam. Saya berharap perkara ini dapat diperhalusi agar anak-beranak, adik-beradik dan kaum keluarga terdekat si peminjam tidak terheret sama, termasuk Besut. Terima kasih. [Ketawa]

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa isu Ah Long ini sangat besar, dah tentu mencabar untuk kita tangani. Bagi pihak polis, kita akan menjalankan siasatan di bawah beberapa undang-undang. Terutamanya, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Kecil. Maknanya, pada mereka yang terlibat, kita menggunakan akta-akta ini untuk membuat siasatan dan tentunya memberi perlindungan yang sebaiknya. Jika mangsa dia tampil membuat laporan kepada pihak polis, pihak polis akan beri khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya mengikut kes-kes yang dilaporkan. Dan pihak polis tidak memberi sebarang bentuk bantuan perlindungan khas tetapi hanya bertindak pantas sekiranya peminjam-peminjam diganggu, pemberi pinjaman wang melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan-peraturan. Apa pun yang saya hendak sebut sini bahawa pihak polis akan bertindak pantas dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam soal ini. Dan sebab itu, saya hendak sebut bahawa pihak polis memandang serius pada masa ini dan kita sentiasa menganjurkan taklimat, memberikan ceramah pada masyarakat untuk mengelakkan mereka terlibat dengan jenayah ini dan kita menyediakan pelbagai saluran-saluran yang terbaik kepada rakyat untuk membuat laporan dan untuk memberi maklumat-maklumat kepada pihak berkuasa bagi tindakan-tindakan diambil. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Saya jemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

Tan Kok WaiDAP · PHCheras · question

3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Kesihatan menyatakan kekurangan yang telah dikenal pasti dalam sistem kesihatan negara terutamanya semasa pandemik COVID-19 yang tidak konsisten dengan aspirasi “Kesihatan untuk Semua” dan komitmen kita terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta rancangan reformasi sistem penjagaan kesihatan menyeluruh yang akan dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita ketahui pandemik COVID-19 telah menguji kemampuan dan respons sistem penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia. Kesihatan untuk semua ataupun health for all bererti perkhidmatan kesihatan yang seharusnya mencakupi capaian atau akses yang mudah, murah dan juga mampan kepada seluruh penduduk tanpa mengira lokasi tempat tinggal mereka, mahupun status ekonomi. Ini adalah untuk memastikan matlamat ketiga daripada SDG iaitu dengan izin, good health and well-being dan yang ke-10 iaitu reduce inequalities daripada pembangunan lestari itu, SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat dicapai. Walau bagaimanapun, kekurangan yang dikenal pasti, yang juga merupakan legacy issues dalam sistem perkhidmatan kesihatan dan diburukkan lagi dengan suasana luar jangka or unprecedented situation, dengan izin semasa COVID-19 telah cuba dan dapat diatasi dengan terbaik mungkin ketika itu dengan pelbagai cara dan juga pendekatan. Di antara kekurangan yang telah kita kenal pasti adalah: (i) dari sudut premis fasiliti kesihatan yang tidak dapat menampung keperluan kemasukan pesakit yang terlalu ramai ke hospital; (ii) kekurangan peralatan seperti oxygen tank, ventilator dan sebagainya; dan (iii) kekurangan personal protective equipment atau PPE dan juga ubat-ubatan, kekurangan petugas kesihatan, perkhidmatan yang tidak sepenuhnya menggunakan teknologi dan digitalisasi; dan juga ketidaksediaan sistem kesihatan untuk berdepan dengan suasana pandemik ketika itu. Situasi ini telah jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuhkan lagi sistem penjagaan kesihatan bagi memastikan rakyat mempunyai akses yang saksama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berdaya tahan iaitu resilient dan juga lancar dan seamless. Sehubungan itu, Kertas Putih Kesihatan telah disediakan dan telah diluluskan di Dewan ini pada 15 Jun 2023 yang lepas dan ia mengenal pasti dan memperakui pemasaran dan isu-isu yang sedia ada, yang kemudiannya menggariskan empat tonggak dan 15 strategi dalam mempertingkatkan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan di negara ini. Pada masa ini, Kementerian Kesihatan sedang membangunkan kerangka pelaksanaan urus dan pembentukan pelbagai jawatankuasa kumpulan kerja teknikal. Dengan izin, technical working group dan sekretariat yang melibatkan pemegang taruh dari dalam dan juga luar kementerian. Terus ke hadapan iaitu moving forward, satu aspek yang perlu ditekankan ialah daripada tonggak kedua Kertas Putih iaitu usaha berterusan bagi mempromosikan amalan sihat dan pencegahan penyakit harus diperkuatkan, diperkasa dan juga diperkembangkan. Strategi ini akan dijayakan dengan kerjasama dan koordinasi intersektoral antara kementerian dan agensi berkaitan kesihatan melalui pendekatan yang dinamakan pendekatan kesihatan di semua polisi iaitu dengan izin, health in all policies dan pendekatan keseluruhan kerajaan iaitu dengan izin, whole-of-government approach seperti yang telah pun kita laksanakan secara berfasa dalam Aenda Nasional Malaysia Sihat. Terakhir, pendekatan ini juga dapat menangani kebanyakan faktor-faktor penentu sosial yang merupakan 80 peratus ya untuk kesihatan dengan izin, social determinants of

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

health yang berkait rapat dengan SDG. Ia bukan sahaja akan meningkatkan tahap kesihatan rakyat tetapi juga memupuk pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan ketidaksamaan dan menyokong kesejahteraan keseluruhan individu dan komuniti, selaras dengan sifat holistik dan saling berkaitan SDG. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Cheras.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya, apakah reformasi yang sangat perlu diambil ke atas sistem kesihatan keseluruhannya untuk memastikan tidak pun akan wujudnya ketidakseimbangan penjagaan kesihatan antara golongan yang mampu dan tidak mampu. Dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengelakkan fenomena brain drain atau pengaliran keluar pakar perubatan dari menjadi lebih teruk yang boleh memburukkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam. Terima kasih.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Cheras. Menjawab soalan tentang reformasi sistem ini seperti yang saya sebut tadi, bahawa kita telah pun membangunkan Kertas Putih Kesihatan dan Kertas Putih Kesihatan ini memang sangat komprehensif. Dia memperjelaskan tonggak-tonggak yang penting dan juga strategi yang akan kita laksanakan dalam masa 15 tahun akan datang. Dan sudah pastinya ia akan merapatkan jurang di antara golongan yang mampu dan golongan yang tidak mampu dan kalau kita lihat pada tonggak ketiga YB, Yang Berhormat, kita akan memperincikan lebih lanjut strategi-strategi yang akan kita laksanakan berkenaan dengan health financing system, insya-Allah. Kemudian, berkaitan dengan brain drain ini, memang kita tengah melihat secara terperinci. Sebab brain drain ini kadang-kadang sukar juga untuk kita melihat keadaan itu apabila ada the wages ya antara sistem-sistem yang berkaitan dengan pembiayaan ataupun penggajian di peringkat apa ni, public dan juga swasta itu sangat besar.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Tapi apa pun, bagi saya kita akan terus mengkaji dan melakukan libat urus dan melihat bagaimanakah cara untuk kita memastikan bahawa memperbaiki sistem-sistem kesihatan yang ada di peringkat publik ini supaya dia juga menarik minat supaya orang kekal terus berurusan di fasiliti-fasiliti awam berbanding daripada fasiliti-fasiliti swasta. Apa pun, ada satu lagi pendekatan yang kita lakukan Tuan Yang di-Pertua ialah bekerjasama dengan pihak-pihak swasta untuk memastikan mereka juga mendapat— kita memberi kebaikan yang terbaik kepada rakyat dengan mengoptimumkan perkhidmatan kesihatan di peringkat publik dan juga di peringkat swasta. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan merupakan antara cadangan yang telah diutarakan menerusi Kertas Putih Kesihatan yang telah kita luluskan untuk memantau dan memastikan pelaksanaan reformasi kesihatan efektif. Jadi, apakah status terkini penubuhan suruhanjaya tersebut? Dan baru-baru ini juga kita dengar Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa KKM sedang menyiapkan pelan pandemik komprehensif. Bilakah dijangka akan siap sepenuhnya dan apakah perkembangan terkini pelan tersebut memandangkan kita menghadapi ancaman juga penyakit X yang lebih bahaya daripada COVID-19 yang kita dimaklumkan. Terima kasih.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Kuala Langat, terima kasih. Berhubung dengan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan, seperti yang saya nyatakan tadi, pada masa ini, Kementerian Kesihatan sebenarnya sedang membangunkan kerangka pelaksanaan reformasi sistem kesihatan yang kita gariskan daripada Kertas Putih Kesihatan yang telah kita bentangkan tempoh hari. Jadi dalam keadaan sekarang ini, kita sedang melaksanakan struktur tadbir urus dan juga pembentukan pelbagai jawatankuasa yang kita namakan Kumpulan Kerja

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Teknikal ataupun dengan izin, Technical Working Group Yang Berhormat. Jadi, tentang Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini juga, kita sedang perincikan dan kita juga mengadakan libat urus bersama juga dengan pakar-pakar bukan sahaja daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi juga pakar-pakar di luar daripada kementerian, untuk melihat cara bagaimana yang terbaik untuk kita sama ada untuk kita menggunakan ataupun menubuhkan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan atau kita gunakan perkataan lain-kah, itu terpulang. Kita lihat dalam keadaan yang sama, tetapi functional it would be there, insya-Allah. Dan berkaitan dengan pelan pandemik, ini memang kita sedang bangunkan dan kita sentiasa dalam kesiapsiagaan. Kalau disebut tentang ancaman X ataupun pandemik X ini, saya yakin Yang Berhormat juga maklum bahawa itu adalah satu yang digunakan ataupun istilah yang digunakan yang kepada penyakit yang kita belum tentu lagi apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi kesiapsiagaan itu, insya-Allah kita sentiasa bersedia dan seperti yang saya jawab tadi iaitu dari sudut, pelbagai sudutlah kita membuat persediaan berdepan dengan apa-apa saja pandemik yang bakal mendatang pada masa hadapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya tak pandai berpantun, saya tahu apa ini Timbalan Menteri Kewangan pandai pantun. Jadi, soalan saya cuma nombor empat. [Disampuk] Eh, orang lain pula jawab. [Ketawa]

Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh · question

4. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh memberhentikan sementara pemotongan gaji sementara menunggu projek perumahan yang tidak siap disambung kembali.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Buah cempedak di luar pagar. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ataupun LPPSA merupakan badan berkanun yang dibebaskan saraan sepenuhnya yang bertanggungjawab untuk uruskan kemudahan pembiayaan perumahan bagi sektor awam. Pembiayaan LPPSA kepada penjawat awam adalah berdasarkan kadar faedah empat peratus tetap yang dikira atas baki berkurangan ataupun reducing balance. Bagi pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan contohnya, peminjam boleh menikmati tempoh penangguhan ataupun grace period dengan izin, selama 24 bulan bagi pembinaan rumah atas tanah dan 36 bulan bagi pembinaan rumah bertingkat atau sehingga pengeluaran bayaran kemajuan perumahan kepada pemaju mencecah 95 peratus yang mana terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, peminjam sebenarnya tidak perlu membayar balik pembiayaan dalam tempoh penangguhan tersebut yang merupakan satu kelebihan kepada pembiayaan LPPSA kepada penjawat awam. Seterusnya, sekiranya projek perumahan tersebut lewat siap atau telah disahkan sebagai projek terbengkalai atau sakit oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan Sarawak, selepas tamat tempoh tangguh tersebut, LPPSA masih boleh membantu melakukan penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah sekitar lebih kurang 20 hingga 40 peratus daripada ansuran bulanan asal sehingga tempoh lima tahun atau sehingga projek rumah tersebut pulih yang mana terlebih dahulu. Bantuan penjadualan semula bayaran balik ini telah memanfaatkan – ini angka terkini, seramai 1,187 orang peminjam dari tahun 2016 sehingga kini. Namun tiada rekod di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang terdahulu itu bagi permohonan dan kelulusan penjadualan semula bayaran balik bagi tahun 2015 dan ke bawah. Kaedah

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

penjadualan semula bayaran balik ini sebenarnya dilihat lebih membantu peminjam berbanding pemberhentian bayaran balik sehingga rumah siap. Ini sebab bayaran ansuran yang tertangguh akan menjadi terkumpul dan menyebabkan bayaran balik bulanan selepas rumah siap menjadi lebih besar dan membebankan peminjam kelak. Pelanjutan tempoh bayaran balik pula akan menjejaskan perlindungan takaful ataupun insurans gadai janji peminjam yang mendedahkan kepada pengurangan jumlah bayaran tuntutan pampasan kematian ataupun keilatan berbanding baki pembiayaan sekiranya peminjam meninggal dunia. LPPSA juga bertanggungjawab untuk memastikan kesinambungan kemudahan pembiayaan perumahan kepada semua penjawat awam yang layak melalui kutipan balik yang kita laksanakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ketereh.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Soalan tambahan. Setakat ni, 447 orang tentera telah dianiaya oleh pemaju akibat kecuaian dan sikap sambil lewa dan tiada kecekapan segelintir pegawai-pegawai di Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan. Jadi saya hendak tahu di sini, ada satu kes yang melibatkan 87 orang tentera lain-lain pangkat dipotong gaji sejak tahun 2009 iaitu 12 tahun yang lepas dan sehingga kini. Jadi, rumah tu memang dah berhenti dah. Duit 100 percent dah bagi kepada pemaju. Jadi, saya nak tahu macam mana ketua Kementerian Kewangan nak selesaikan masalah ini sebab ini melibatkan ramai tentera dan juga bekas tentera yang tanggung hutang. Ada yang apa ini, dah sakit, dah macam nak mereng dah otak dia. Jadi, tolong bagi penyelesaian.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

So, dia ini kes spesifik tentang 87 orang pegawai, anggota tentera tersebut. Mungkin kalau secara lanjutnya boleh tulis surat kepada pejabat saya dan saya akan lihat dengan lebih lanjut lagi. Tetapi, saya dah bagi tahu tentang kaedah yang kita boleh membantu termasuk berbincang untuk penjadualan semula di mana bayaran apa itu, ansuran akan berkurangan daripada 20 hingga 40 peratus dan ini boleh dilanjutkan untuk lima tahun. Dan jika selepas lima tahun ni masih ada kes, dia boleh lanjutkan lagi. Peminjam ataupun pembiaya juga boleh memohon untuk membatalkan perjanjian dengan apa itu, pemaju, pembelian rumah. Dan selepas pembatalan, kita boleh kalau dapat kelulusan pembatalan, maka LPPSA boleh mempertimbangkan pengecualian dari segi faedah ataupun keuntungan ke atas pembiayaan tersebut. Jadi, dia ada pelbagai kaedah yang telah saya sebut dalam jawapan utama saya. Tetapi kalau merujuk kepada kes spesifik tadi, mungkin ada isu-isu yang berkaitan yang tidak disebut, boleh menulis surat secara langsung kepada saya dan saya akan bantu untuk melihat apa sebenarnya terjadi kepada kes spesifik itu. Terima kasih.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

[Bangun]

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

[Bangun]

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Sebenarnya perkara ini dah dilapor kepada saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ketereh, sila duduk. Ketereh, sila duduk.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

...Dan ada, ada, ada dokumen...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Okey, soalan tambahan.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

...Yang lengkap bagi kepada saya. [Merujuk kepada senaskhah dokumen] Jadi...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Soalan tambahan Timbalan Speaker. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ini bukan masa untuk bahas. Jadi, sila duduk Ketereh. Nanti jumpa dengan Timbalan Menteri. Saya jemput Taiping.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Puan Timbalan Speaker.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Boleh jumpa ya? Okey, alright. Lepas ini dekat...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ketereh sila duduk.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Ya, ya, ya, ya nanti jumpalah. Ketereh, sila duduk ya. Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Ada dua perkara yang nak saya bangkitkan. Nombor satu apabila kita bincang berkenaan dengan perumahan yang tidak siap dan juga pinjaman LPPSA, maka saya nak tanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak LPPSA untuk mengurangkan risiko penjawat awam daripada terlibat dalam projek perumahan yang tidak siap. Nombor dua adalah berkenaan dengan takaful. Kita sekian maklum bahawa setiap pinjaman LPPSA akan sambung, akan datang dengan suatu pembayaran takaful. Dan khasnya untuk penjawat awam yang lebih daripada 40 hingga 45 tahun, kadar takaful itu adalah amat tinggi. Sebelum ini saya nampak satu pinjaman sebanyak RM250,000, kadar takaful dia adalah melebihi RM50,000 dan itu merupakan suatu kadar yang amat tinggi. Sama ada LPPSA bersedia untuk mengambil satu pendekatan yang lebih fleksibel seperti institusi kewangan ataupun bank-bank yang mana MRTA ataupun takaful ini dapat dikurangkan berdasarkan kepada setiap satu permohonan. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya tak bangun tadi sebab saya hormat Speaker tadi, saya jemput Ketereh untuk— Hah, dah datang pun. [Ketawa] Untuk bincang dengan maklumat lanjut. Dia dah kalih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bilangan belah sini semakin kuat. Bilangan sebelah sini semakin kuat. Selamat tinggal. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Hulu Langat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jadi saya jawab dulu soalan— dia ada dua soalan. Soalan pertama ialah tentang mengurangkan risiko peminjam terhadap projek-projek perumahan terbengkalai dan juga yang bermasalah. Antara langkah yang diambil oleh LPPSA termasuklah kita tidak meluluskan pinjaman kepada pelanggan yang membeli rumah di bawah projek pemaju perumahan yang telah disenaraihitamkan oleh KPKT. Keduanya, hanya kelulusan hanya diberi kepada pembiayaan kepada pemaju perumahan yang mempunyai Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan (APDL) yang diluluskan oleh KPKT. Kita membuat semak silang maklumat pemaju dan projek perumahan melalui pangkalan data sistem Jabatan Perumahan Negara (JPN) KPKT melalui sistem Housing Integrated Management System. Jabatan juga bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta melakukan lawatan tapak secara rawak bagi mengesahkan pengeluaran wang pinjaman berbanding dengan keperatusan kemajuan kesiapan rumah. Dan kita membuat pinjaman berdasarkan dokumen tuntutan peratusan kesiapan oleh pemaju perumahan yang telah disahkan melalui sijil pengesahan arkitek profesional. Jadi, untuk isu takaful ataupun MRTA, LPPSA sebenarnya melaksanakan ataupun kadar harga kita adalah kompetitif berbanding bank kerana perlindungan MRTA ataupun takaful LPPSA dijamin lulus dan tiada kos bebanan tambahan atau dengan izin, free of cover limit berbanding bank yang mungkin takaful mereka ataupun MRTA mereka boleh ditolak atau ditambah harga premium oleh pihak takaful dan insurans berdasarkan umur dan profil latar belakang kesihatan peminjam. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.

Wong Shu QiDAP · PHKluang · question

5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status terkini penubuhan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semalam hari Selasa, 10 Oktober 2023 telah dimaklumkan secara rasminya bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan bagi penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual. Jadi, itu satu berita yang amat menggembirakan kami because we have to start as fast as possible dengan izin. Penubuhan tribunal ini bertujuan untuk menyediakan satu platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum. Tribunal ini juga menyediakan platform bagi suatu hak tebus rugi ataupun right of redress dengan izin, kepada mangsa yang telah diganggu secara seksual. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 28 Mac 2023. Fasa pertama penguatkuasaan akta ini adalah melibatkan advokasi gangguan seksual kepada orang awam manakala penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual pula adalah pada fasa yang kedua. Bagi melaksanakan keperluan fasa pertama, KPWKM pada masa ini memberi fokus untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat umum mengenai Akta 840 serta mengetahui betapa seriusnya isu yang melibatkan gangguan seksual. Perkara ini diterjemahkan menerusi Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual yang telah dirangka untuk diadakan di setiap negeri. Sejak pelancaran Program Jerayawara Advokasi AGS ini di Putrajaya pada 29 Mei 2023 yang lalu, KPWKM bersama agensi-agensi di bawah seliaannya khususnya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menjelajah dan menganjurkan 11 siri jerayawara di seluruh negara. Kita ada tiga lagi yang belum kita lakukan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih atas jawapan daripada Menteri, agak jelas. Jadi, saya ingin tahu sama ada tribunal tersebut akan ditubuhkan di seluruh negara seperti Tribunal Tuntutan Pengguna yang ada di setiap negeri. Dan amat penting juga sama ada Menteri telah selesaikan pelantikan panel bagi tribunal tersebut memandangkan Menteri tadi menjawab bahawa perjawatan pun sudah diluluskan oleh JPA. Dan sebenarnya amat penting untuk orang awam tahu sama ada mereka boleh mengemukakan aduan mereka bukan sahaja bersemuka tetapi melalui cara laman web atau e-mel atau saluran lain untuk memudahkan mereka khasnya mangsa-mangsa gangguan seksual kemukakan aduan mereka kepada tribunal tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Mengenai sama ada Tribunal AGS ini dapat ditubuhkan di seluruh negara. Sebagai permulaan ini, pada masa ini tribunal ini akan diwujudkan hanya di Kuala Lumpur sahaja dahulu dan sekiranya di masa hadapan terdapat keperluan untuk ditambah ke negeri-negeri yang lain, kita akan teliti semula dan usahakan sebaiknya. Walaupun begitu, seksyen 12(3) Akta Antigangguan Seksual 2022 ini ada memperuntukkan bahawa tribunal...

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

[Bangun]

...Boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden. Justeru, sekiranya ada keperluan untuk tribunal bersidang di negeri yang lain, ia masih boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang dalam akta ini.

Namun, dari segi pelantikan pula, pelantikan panel tribunal belum dibuat pada masa ini sebab secara rasminya, kita hanya menerima baru semalam tapi kita sudah merancangkan ya. Dengan kelulusan perjawatan tribunal yang baru disahkan seperti mana yang telah saya nyatakan dalam jawapan tadi, insya-Allah ia adalah antara perkara seterusnya yang akan kita lakukan. Tadi, Yang Berhormat juga bertanya mengenai bagaimana untuk melaporkan. Kita ada apa nama line eKasih kita, talian eKasih salah satu daripadanya. Dan kita akan gunakan kita punya kaunselor untuk membantu menjawab dan memberi panduan bagaimana untuk meneruskan tindakan tersebut. Jadi, insya-Allah kita akan bantu dalam cara bagaimana— apa pun akan kita lakukan ya. Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Rantau Panjang.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan apakah timeline dan juga garis panduan serta SOP yang berkaitan dengan pengoperasian tribunal yang ditetapkan oleh kementerian? Dan apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan Jawatankuasa Pemantau Khas untuk memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan akta ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pertama, dari segi jawatankuasa pemantau itu, kita tubuhkan dahulu. Biar kita lihat bagaimana keadaannya. Kita boleh pertimbangkan kalau diperlukan ya. Itu satu. Keduanya tadi mengenai— apa kedua tadi, Yang Berhormat?

Minta timeline dan juga SOP, garis panduan.

Ya, ya. Terima kasih. SOP itu akan diwujudkan oleh— apabila sudah ditubuhkan, mereka yang bertanggungjawab adalah panel-panel ini dan juga jawatankuasa yang telah dilantik. I mean pegawai-pegawai bersama dengan panel yang akan mendengar kes untuk menyusun atur SOP-SOP mereka. Insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Dari Pulau Ketam nak pergi Batam, Soalan Kapar soalan nombor enam.

Halimah binti AliPAS · PNKapar · question

6. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (i) tahap kemajuan pembinaan Kompleks IPD Klang Utara yang merangkumi lokap dan kuarters dan berapakah jumlah modal insan yang bakal ditempat di sini; dan (ii) mekanisme pihak kerajaan bagi memastikan integriti dan komitmen anggota polis yang menjaga kawasan yang mencabar seperti pihak polis marin menjaga keselamatan persisiran pantai di Selat Klang dan di Pulau Ketam.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar. Soalan ini merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Pada masa ini, IPD Klang Utara beroperasi di bangunan rumah kedai yang disewa dengan keluasan 2,624 meter persegi sejak tahun 2010. Kerajaan telah meluluskan projek

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

pembinaan IPD Klang Utara di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2016 dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM159.31 juta. Projek ini dilaksanakan di atas tapak seluas 7.99 hektar, Lot 66029, Taman Sungai Kapar Indah, Mukim Kapar, Daerah Klang dengan perjawatan seramai 532 orang dan diketuai oleh ketua polis daerah berpangkat assistant commissioner police (ACP). Pada masa ini, kerja-kerja di tapak yang telah 100 peratus siap melibatkan kerja- kerja permulaan cerucuk, ujian beban dikekal, ujian analisis pemacu cerucuk. Manakala kerja-kerja penanaman cerucuk kekal sedang dilaksana melibatkan peratusan kemajuan fizikal projek adalah 4.6 peratus berbanding jadual melibatkan 5.23 peratus. Kelewatan semasa berpunca daripada kelewatan subkontraktor piling memulakan kerja-kerja cerucuk awalan. Namun demikian, kelewatan tersebut dijangka dapat diatasi dengan pertambahan bilangan mesin piling untuk kerja cerucuk. Kerja-kerja cerucuk kekal telah mula dilaksana pada 26 Ogos lalu dan kerja-kerja pembinaan dijadual siap pada pertengahan September 2025. Untuk makluman, Cawangan Kerja Keselamatan Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab memantau pembangunan projek di lapangan. Di peringkat Kementerian Dalam Negeri, status kemajuan projek dipantau secara bulanan oleh Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian yang bersidang setiap sebulan sekali. Untuk soalan kedua, Yang Berhormat, menepati Agenda Malaysia Madani teras kedua iaitu reformasi institusi dan tata kelola, ia akan memupuk integriti di warga PDRM. Dalam memastikan integriti dan komitmen warga PDRM sentiasa dalam keadaan terbaik— Yang Berhormat, saya minta masa sedikit sebab dua soalan— pelbagai mekanisme telah dilaksana seperti memperkasa Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 dalam meningkatkan ketegasan dan penyeliaan menggunakan kaedah close monitoring. Penekanan ini adalah bagi memastikan agar semua warga PDRM faham dan menghayati the spirit of PPPA 1993 sebagai mekanisme check and balance dalam menangani pelbagai isu berkaitan integriti dan salah laku. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh Januari 2014 sehingga Ogos 2023, maknanya sembilan tahun, sebanyak 43,824 aduan telah diterima oleh Cawangan Pengaduan Awam Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman daripada pelbagai saluran seperti hadir secara bersemuka melalui panggilan telefon, e-mel, faks, surat, laporan polis, Sistem Pengurusan Aduan Awam Polis Diraja Malaysia, akhbar, social media dan aduan luar seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Biro Pengaduan Awam dan sebagainya. Sepanjang tempoh Januari 2014 sehingga Ogos 2023, Yang Berhormat, sebanyak 19,648 kertas siasatan tatatertib (KST) telah dibuka atas pelbagai kesalahan di mana 18,448 atau 93.89 peratus KST telah selesai, manakala 1,200 atau 6.11 peratus masih lagi dalam siasatan. Bagi tempoh Januari 2014 sehingga Ogos 2023, seramai 14,572 orang pegawai polis telah dikenakan tindakan hukuman tatatertib. Kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh pegawai polis adalah kesalahan perlanggaran integriti, yakni kejujuran dan ketelusan, yang melibatkan seramai 12,899 orang pegawai bersamaan dengan 88.51 peratus. Dalam hal ini, pegawai penyelia bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan sesuai seberapa segera yang mungkin bagi perlanggaran-perlanggaran peraturan yang dilakukan. Pegawai lebih kanan turut bertindak sebagai penyelia bagi mengekal integriti dan disiplin yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota PDRM. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan tegas terhadap penyelia yang gagal dalam membuat penyeliaan turut dilaksanakan sekiranya terdapat pegawai di bawah seliaan terkesan melakukan perlanggaran atau terlibat dalam kegiatan jenayah, penyalahgunaan dadah, rasuah dan salah laku lain. Peranan penyelia turut bertindak

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

sebagai pembimbing, fasilitator dan role model secara langsung kepada pegawai yang diselia ke arah pelaksanaan tugas yang lebih menepati kehendak pasukan. Akhirnya, mekanisme kawalan dalaman PDRM sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa agar terus kekal relevan dalam keadaan semasa dalam memastikan perlanggaran salah laku ini ditangani dengan lebih baik dan berkesan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya. Seperti yang saya sebutkan dalam soalan asas, Kapar ini adalah kawasan yang mencabar bagi PDRM. Soalan saya, berapakah jumlah kepakaran dan anggota yang berpengalaman untuk mengendali persisiran pantai? Macam Pulau Ketam itu adalah pulau yang terdedah kepada bot-bot antarabangsa dan sebagainya. Kedua, adakah kementerian telah meneliti dan menyediakan keperluan kritikal Pasukan Polis Marin (PPM)? Termasuk memastikan aset yang mencukupi serta bot bersaiz besar, bukan bot biasa, yang berkeupayaan, well-equipped, dengan izin, seiring dengan cabaran membanteras jenayah rentas sempadan khususnya membabitkan perairan negara termasuk Op Kontraban.

Terima kasih Yang Berhormat. Apa pun, Kementerian Dalam Negeri khususnya PDRM sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dan perubahan-perubahan berlaku. Dari masa ke semasa, berasaskan perubahan tersebut, kita sentiasa meningkatkan keupayaan dari segi kecekapan pegawai, profesional pegawai dan sebagainya termasuk meningkatkan aset- aset dari masa ke semasa. Ia sedang dan berterusan dilakukan. Untuk menjawab secara detailed pertanyaan Yang Berhormat tadi. Pada masa ini, kekuatan pasukan polis yang melaksanakan penugasan di IPD Klang Utara adalah seramai 622 orang terdiri daripada 55 pegawai dan 567 anggota yang diketuai oleh seorang ketua polis daerah berpangkat assistant commissioner police (ACP). Dalam masa yang sama, pasukan polis turut mempunyai kekuatan 120 orang terdiri daripada sembilan pegawai dan 111 anggota daripada Markas Operasi Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang yang diketuai oleh seorang pegawai pemerintah berpangkat deputy superintendent police (DCP). PPM Wilayah 1 disokong dengan kekuatan 10 buah bot peronda yang diguna untuk mengawal kawasan perairan negara di sektor rondaan Sungai Besar, Selangor hingga ke Kuala Sepang, Selangor termasuk di Pelabuhan Klang dan Pulau Ketam. Apa pun, kita sentiasa meningkat keupayaan kita termasuk melakukan tugasan dengan kerjasama pelbagai agensi dan pihak yang lain bagi mengawal perairan negara terutama di Pelabuhan Klang yang sibuk. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jelutong.

Terima kasih Timbalan Speaker, Timbalan Menteri.

Saya merujuk kepada soalan asas 6(a), soalan pertama, lokap dan kuarters. Soalan saya adakah kerajaan mempunyai cadangan ataupun rancangan untuk memantau, menyelia pembinaan kuarters yang baru, pertamanya. Keduanya, kuarters- kuarters yang telah pun dibina bagi anggota-anggota polis. Saya memberi contoh. Di kawasan Jelutong...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Ya, terima kasih Timbalan Speaker. Di kawasan Jelutong, saya mempunyai sebuah balai di mana di hadapan balai ada kuarters di mana hanya ada satu bilik sahaja untuk anggota polis. Ini adalah kuarters yang paling tua di Malaysia. Bayangkan anggota polis yang terpaksa hidup dengan keluarga dengan satu bilik sahaja dan saya telah membangkitkan perkara ini beberapa

kali. Saya mohon jawapan daripada Timbalan Menteri kalau boleh memberi penjelasan mengenai perkara ini. Adakah kerajaan mempunyai apa-apa rancangan? Terima kasih.

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, secara spesifik berkaitan dengan balai berkenaan, saya akan memberi secara bertulis tapi secara umumnya saya ingin sebut bahawa memang ketika ini Kementerian Dalam Negeri, PDRM memang sentiasa memberi keutamaan kepada meningkatkan fasiliti. Kemudahan-kemudahan di balai-balai polis termasuk rumah-rumah kediaman. Malah kita ingin nyatakan bahawa komitmen kita sangat tinggi terutama sekali menyelesaikan isu termasuklah isu-isu kecil pun. Misalnya baru-baru ini di perjumpaan bersama dengan PGA di PGA Kulim, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan sejumlah lebih kurang RM200 juta untuk menyelesaikan isu-isu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Maknanya tumpuan kita bukan hanya kepada usaha untuk meningkat keupayaan berskala besar tapi isu-isu kecil yang perlu diberikan perhatian khusus terutama sekali memastikan kediaman, tempat kerja yang baik. Namun demikian, kita sedar bahawa dengan kekangan kewangan, kita memberi fokus kepada projek-projek yang perlu didahulukan. Namun, kita beri komitmen untuk menyelesaikan semua permasalahan berlaku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.

Soalan tambahan. Pandanglah sikit.

Terima kasih. Musim hujan petanda tengkujuh, Mohon bertanya soalan nombor tujuh.

Sh Mohmed Puzi bin Sh AliUMNO · BNPekan · question

7. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah perancangan kementerian dalam mengintegrasikan pengangkutan awam supaya lebih sistematik dan efisien bukan sahaja di pusat bandar raya, tetapi juga di bandar-bandar kecil dan luar bandar.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani, Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Pekan, rangkaian pengangkutan awam darat seperti perkhidmatan rel dan bas merupakan antara mod utama yang digunakan oleh pengguna untuk berulang-alik sama ada ke tempat kerja atau untuk menjalankan aktiviti harian di seluruh negara, baik di Lembah Klang mahupun di lain-lain kawasan. Bagi tujuan pengawal seliaan perkhidmatan pengangkutan awam, tiga agensi utama di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak telah diberikan peranan utama selaku badan kawal selia yang mengeluarkan lesen dan permit kepada pengendali perkhidmatan pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan serta bertanggungjawab memantau prestasi perkhidmatan yang disediakan oleh pengendali-pengendali tersebut sebagaimana ditetapkan di dalam syarat lesen. Selain itu, agensi-agensi ini juga berperanan menyelaras peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pengoperasian bas henti-henti intra bandar di bawah program myBAS dan juga program bantuan subsidi dana Interim Stage Bus Service Fund (ISBSF) di seluruh negara. Bagi Lembah Klang, rangkaian pengangkutan awam darat merangkumi lapan perkhidmatan rel yang dikendalikan oleh Rapid KL, KTM dan Express Rail Link serta perkhidmatan bas berhenti-henti yang disediakan oleh Rapid KL serta pengendali- pengendali lain. Sebanyak 298 laluan yang menghubungkan hab-hab utama pengangkutan awam darat di sekitar Lembah Klang.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Bagi mengurangkan kos pengguna, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan telah memperuntukkan dana sebanyak RM115 juta setahun untuk inisiatif My50 iaitu pas perjalanan tanpa had untuk 30 hari bagi perkhidmatan rel dan bas yang disediakan oleh Rapid KL. Di luar Lembah Klang, perkhidmatan pengangkutan awam darat tertumpu kepada perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan pusat- pusat petempatan dengan bandar terdekat. Bagi menjamin penyediaan perkhidmatan bas berhenti-henti yang berterusan kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan dana RM105 juta setahun di bawah program ISBSF sebagai bantuan kepada pengendali bas berhenti-henti yang menanggung kerugian operasi untuk terus menyediakan perkhidmatan merangkumi 265 laluan di Semenanjung Malaysia dan 88 jumlah laluan di Wilayah Sabah dan Sarawak. Program ISBSF ini juga turut merangkumi daerah Pekan di mana terdapat satu syarikat yang menyediakan dua buah bas di dua laluan untuk kemudahan penduduk setempat. Selain itu melalui Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM150 juta pada 2023 bagi membiayai perkhidmatan myBAS sedia ada dan juga perluasan program myBAS yang sedang diusahakan untuk beberapa bandar lain bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan dari aspek kemapanan, kebolehharapan dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Program ini juga dijangka akan dikembangkan ke bandar-bandar lain secara berfasa. Kerajaan dalam kajian untuk memperkenalkan perkhidmatan bas berdasarkan permintaan ataupun demand-responsive transit bagi tujuan meningkatkan kesalinghubungan perkhidmatan pengangkutan awam darat terutamanya bagi perkhidmatan bantuan terakhir yang menghubungkan stesen-stesen rel dengan kawasan petempatan dan lokasi pekerjaan. Bagi memastikan prestasi pengangkutan awam di negara kita mencapai tahap yang baik setanding dengan negara-negara maju, kerajaan akan terus mendaya upaya dan mengukuhkan ketiga-tiga agensi selaku agensi yang bertanggungjawab mengawal selia dan memantau sistem pengangkutan awam negara melalui pendigitalan perkhidmatan dan penambahbaikan struktur organisasi sesuai dengan keperluan semasa serta peranan yang telah diberikan kepada mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pekan.

Terima kasih Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Saya cuma ingin bertanya bagi apakah bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kementerian dengan kerjasama dengan kerajaan negeri atau badan-badan berkaitan di negeri-negeri di seluruh Malaysia untuk memperkasakan kemudahan pengangkutan awam supaya penduduk di luar bandar juga dapat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang setara dengan bandar-bandar besar di negara ini? Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pekan yang bertanyakan soalan itu. Memang banyak ruang untuk bekerjasama di antara Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan dengan pihak kerajaan negeri.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kita mengalu-alukan sekiranya pihak kerajaan negeri, kalau di Pekan, Kerajaan Negeri Pahang, boleh juga memberikan bantuan untuk menyediakan perkhidmatan bas berhenti-henti. Umpamanya di Selangor dia ada juga usaha di mana ada peruntukan daripada kerajaan negeri setiap tahun untuk menyediakan bas, Smart Selangor umpamanya. Bas percuma di Selangor. Jadi negeri Pahang juga kalau ada peruntukan daripada kerajaan negeri boleh membantu sebahagian dan kita boleh berunding untuk bagaimana kita pastikan mana- mana kawasan yang belum ada rangkaian pengangkutan awam darat ini dapat kita kecapi.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi, ini sesuatu yang saya alu-alukan. Kalau mana-mana pihak kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Negeri Pahang kalau mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita boleh berurusan dengan pihak kementerian dan kita sama-sama mencari pihak operator untuk pastikan bahawa kawasan-kawasan yang tidak berdaya saing dari segi economical boleh disediakan perkhidmatan pengangkutan bas ini. Jadi, saya berharap pihak Yang Berhormat boleh juga meminta pihak kerajaan negeri bersama-sama dengan pihak Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tanjong Karang.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tanjong Karang faham bahawa pengangkutan – bahawa keadaan luar bandar memberikan cabaran kepada syarikat pengangkutan awam kerana tidak ramai orang yang akan menggunakan dan mereka lebih suka untuk naik kenderaan sendiri. Persoalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menjadikan pengangkutan awam di luar bandar lebih efektif dengan cara menyediakan van komuniti setempat yang dapat menghubungkan jalan-jalan yang tidak ada akses ke bandar. Dengan cara ini, kos- kos penyelenggaraan van komuniti itu akan lebih murah dibandingkan dengan menggunakan bas. Seterusnya seiring dengan misi kerajaan untuk menuju kepada bebas karbon 2050, adakah kementerian bercadang untuk menjadikan pengangkutan awam di seluruh Malaysia menggunakan bas elektrik ataupun hidrogen sepenuhnya secara berfasa yang dapat mengurangkan lagi pencemaran alam sekitar seperti di Sarawak yang menyasarkan bebas karbon pada tahun 2030 di bandar Kuching? Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang pertamanya memang kita mengalu-alukan kalau mana-mana pihak yang ada usaha untuk menyediakan perkhidmatan van komuniti kepada pihak orang ramai terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Memang betul bahawa banyak kawasan luar bandar, syarikat-syarikat bas ini, mereka kurang berminat untuk menyediakan perkhidmatan kerana dari segi ridership-nya agak rendah dan ia tidak memberikan pulangan yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi, kalau ada mana-mana pihak syarikat yang ingin menyediakan van komuniti, kita alu-alukan. Ia tidak semestinya syarikat swasta. Malah, pihak NGO, malah Pusat Khidmat Ahli Parlimen pun kalau ada niat untuk menyediakan van komuniti dengan kadar tambang yang berpatutan, kita boleh menyediakan dari segi kawal selia itu, kita boleh benarkan. Malah, seperti dalam jawapan saya, kita sedang juga memperkenalkan Demand-Responsive Transit iaitu memang ada di kawasan bandar sekarang ini ada perkhidmatan-perkhidmatan di mana ada permintaan baru mereka pergi. Jadi, itu antara perkhidmatan baharu yang kita nak perkenalkan. Ia bergantung pada teknologi, dia boleh menggunakan apps, apabila ada permintaan di kawasan itu memang kita boleh bagi perkhidmatan itu. Jadi, kalau mana-mana pihak yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan van komuniti seperti yang dikatakan itu, bagi saya itu lebih kurang seperti konsep demand- responsive transit. Itu saya tak ada masalah. Kita boleh alu-alukan. Yang keduanya, penggunaan EV. Memang kita mengharapkan bahawa penggunaan EV ini dapat diperluaskan secara berfasa tetapi sudah tentu apabila kita dah memperkenalkan EV ini masalahnya ialah kos. Kos untuk membeli bas EV ini agak tinggi. Setakat ini, kos untuk membeli EV ini dia satu kali ganda lebih mahal daripada bas biasa.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi, memang kita hendak memperkenalkan, kalau boleh kita semua fleet, kita nak bas EV. Tetapi hakikatnya ialah kos yang begitu tinggi untuk membeli bas EV dan juga isu berkenaan pengecasan EV itu, memang itu juga masalah, satu lagi isu yang perlu kita tangani. Walau bagaimanapun, memang kita menghargai sebarang usaha termasuklah kerajaan Sarawak yang memang agak ke depan dalam perkara ini. Mereka bukan sahaja menggunakan EV, malah di Sarawak sudah ada bas yang menggunakan hidrogen sebagai percubaan di Sarawak, di Kuching khususnya. Jadi, memang perkara-perkara seperti itu kita alu-alukan dan kita harap bahawa penggunaan EV ini ataupun penggunaan pengangkutan yang berdasarkan kepada low carbon ini dapat diperluaskan. Kalau mana-mana pihak ada cadangan yang baik dalam perkara ini, bagaimana dapat perluaskan perkhidmatan itu dengan kos yang tidak begitu tinggi kepada kerajaan, kita amat mengalu-alukan perkhidmatan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Ali anak Biju, Saratok.

Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok · question

8. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah terkini Kementerian untuk memberdayakan usahawan terutama daripada kalangan B40 dan usahawan muda di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak termasuk pelaksanaan Skim Geran Usahawan Orang Asal.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Saratok dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai program yang bersifat inklusif melalui agensi- agensinya. Justeru, bagi memperkasa usahawan-usahawan di Sabah dan Sarawak, kementerian telah melaksanakan program-program khusus seperti berikut. Pertama, Program BEEP Plus Sabah dan Sarawak ataupun Program Peningkatan Enterpris Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Program Pengukuhan Mikro Madani yang dilaksanakan oleh SME Corp. Melalui program ini, geran sebanyak RM10 juta telah disediakan khusus untuk usahawan bumiputera Sabah dan Sarawak. Program ini menawarkan bantuan secara geran perdagangan sehingga 70 peratus pembiayaan atau maksimum sebanyak RM250,000 bagi setiap kelulusan. Sejak dilancarkan program ini pada 1 Oktober 2023, sebanyak 73 program telah diterima. Ini yang kita panggil sebagai Geran Usahawan Orang Asal Sabah dan Sarawak. Di samping itu, di bawah SME Corp. juga dilaksanakan Program BEEP Bumiputera sebelum kita dapat peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan juga bumiputera Sabah dan Sarawak layak untuk memohon program-program lain. Kedua, Program Inklusif SME Ekosistem yang juga dilaksanakan oleh SME Corp. menyediakan bantuan geran kepada inovator Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memperkasa kumpulan B40 dan menggalakkan transformasi komuniti menerusi bimbingan dan penyediaan sokongan teknikal. Bagi tempoh 2021 hingga Ogos 2023, sejumlah 30 inovator PMKS telah mendapat manfaat dengan kelulusan geran berjumlah RM4.6 juta dan tiga inovator daripada Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah geran sebanyak RM300 ribu. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang juga dilaksanakan oleh SME Corp. menyediakan bantuan pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan perniagaan dan khidmat nasihat. Sejak dilaksanakan dari tahun 2014, seramai 1,852 usahawan belia daripada Sabah dan Sarawak telah menerima geran sebanyak RM25.54 juta di bawah program ini. Daripada jumlah itu, 1,196 daripada Sabah dan 726 daripada Sarawak manakala pada tahun ini sahaja daripada Sabah 246 dan Sarawak 36 orang. Program yang keempat dilaksanakan oleh TEKUN Nasional memperuntukkan sejumlah RM5 juta khas untuk usahawan Pasar Tamu melalui Skim Pembiayaan

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Penampang

Usahawan Tamu bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 di Sabah dan Sarawak. Sehingga 30 September 2023, sebanyak 490 usahawan Pasar Tamu Sabah dan Sarawak telah menerima manfaat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM2.25 juta. Bagi usahawan muda pula, TEKUN telah menyalurkan pembiayaan kepada 75 orang usahawan di Sabah dan Sarawak di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Belia. Ini pada tahun ini sahaja. [Berhenti seketika meminum air] Program yang kelima, di bawah Program Be Your Own Boss dilaksanakan oleh Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada sembilan orang usahawan belia dengan melibatkan pembiayaan berjumlah RM3.26 juta di Sabah dan Sarawak. Sebagai makluman juga, INSKEN (Institut Keusahawanan Negara), kita telah buka pejabatnya di Sabah pada 29 Mei yang lepas dan INSKEN Sarawak kita telah laksanakan ataupun buka pejabatnya pada 1 Oktober yang lepas. Tahun ini, bagi Sabah, INSKEN telah melaksanakan 24 program dengan penglibatan 1,240 orang usahawan. Di Sarawak, tahun ini 21 program dengan penglibatan 810 orang usahawan. Kita juga melaksanakan iTEKAD di bawah SME Bank di mana di Sabah, 30 peserta dipilih dan Sarawak 30 peserta dipilih di kalangan kumpulan B40 terutama daripada golongan asnaf. Program RAKYATpreneur dan Bank Rakyat Sabah pada tahun ini 15 peserta, Sarawak 42 peserta juga di kalangan kumpulan B40 terutama golongan asnaf. Di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak 29 koperasi B40 dan belia di Sabah telah didaftarkan setakat ini. Di Sarawak, sebanyak 38 buah koperasi. Sebagai makluman juga, di Sarawak kita telah menganggotai ataupun menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan dan di Sabah juga jawatankuasa yang sama telah ditubuhkan dan akan bersidang buat kali pertamanya pada hari Isnin minggu hadapan. Dalam masa yang sama, Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah juga telah ditubuhkan, diadakan secara rintis di Sabah dan sekarang ini kita bersedia mengembangkan pendekatan yang sama kepada negeri-negeri yang lain sepertimana kita persetujui dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional dan kelmarin dalam Mesyuarat Perundingan Koperasi Kebangsaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saratok?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Terima kasih Menteri di atas jawapan yang komprehensif itu tadi dan soalan tambahan saya adalah berapa lamakah tempoh pelaksanaan Program BEEP Plus di Sabah dan Sarawak ini? Dan berapa banyakkah permohonan bantuan yang disebut-sebut tadi itu dari Saratok dan berapa banyak sasaran dan manfaatnya? Dan akhir juga adalah, apakah langkah-langkah atau mekanisme yang diambil oleh pihak kementerian untuk memantau keberkesanan semua program yang disebut tadi untuk mencapai matlamatnya? Mungkin Menteri boleh memberi jawapan bertulis untuk yang lebih terperinci. Terima kasih.

[Bangun]

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Tan Sri, yang pertama, pelaksanaan itu kita meminta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan syukur di bawah kerangka Ekonomi Madani semasa dilancarkan pada bulan Julai yang lepas, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah menyalurkan peruntukan RM100 juta tambahan kepada SME Corp.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Daripada RM100 juta itu, dapatlah kita sediakan RM10 juta khas kepada bumiputera Sabah dan Sarawak. Tetapi dalam masa yang sama juga turut layak untuk memohon di bawah skim-skim pembiayaan usahawan bumiputera di bawah skim sedia ada di bawah SME Corp dan mudah-mudahan jumlah peruntukan yang sama selagi ada peruntukan sedemikian, akan ada Program B-Plus lah.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Tentang jumlah permohonan daripada Saratok itu, saya akan balik semula kepada kementerian dan agensi SME Corp untuk dapatkan data tersebut dan sekiranya kita sudah buka permohonan ini dan jemput Yang Berhormat untuk uar-uarkan kepada usahawan-usahawan di Saratok untuk memohon, masih dibuka. Dari segi pemantauan itu, di bawah kementerian melalui SME Corp, kita ada sistem pelaporan yang kita panggil Pelaporan SMEIPA, Laporan Pemantauan Pelaksanaan Program-program Keusahawanan. Dan saya jemput Yang Berhormat sendiri dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk turut menjadi pemantau kepada program-program di bawah kementerian saya dan kementerian-kementerian yang lain juga. Ini tanggungjawab bersama kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Segamat.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya ada satu soalan sahaja. Selain aspek pembiayaan, kementerian juga seharusnya mencari jalan untuk mengetengahkan potensi perniagaan PKMS yang berada di luar bandar ke pasaran antarabangsa. Apakah bentuk usaha sama pelabur yang telah dimeterai bersama syarikat swasta dan matlamat untuk mengeksport produk-produk keluaran PKMS yang selama ini berdepan dengan kekangan dalam aspek produktiviti, logistik dan juga promosi melalui kementerian KUSKOP? Sekian.

Datuk Ewon BenedickUPKO · PHPenampang

Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun soalan ini tidak menyentuh mengenai soalan asal untuk Sabah dan Sarawak, tetapi ya, saya setuju dengan concern tersebut. Memang kita ada banyak program sedia ada untuk membantu usahawan-usahawan PMKS di luar bandar. Baru-baru ini kita adakan showcase Satu Daerah Satu Industri Peringkat Kebangsaan di Melaka. Dan program SDSI ini adalah satu program pembangunan keusahawanan mengikut identiti dan keunikan daerah. Dan saya jemput Yang Berhormat sekiranya ada produk ataupun perkhidmatan yang boleh dibangunkan di kawasan Yang Berhormat, kita boleh bincang di kementerian dengan melibatkan kerajaan negeri. Sebab pemilihan itu bergantung kepada kerajaan negeri juga. Ada, ada jawatankuasa dia. Tetapi di bawah skim-skim lain, terbuka. Di bawah SME Corp, di bawah Program BEEP misalnya ataupun Business Accelerator Programme untuk yang bukan bumiputera juga boleh dipohon supaya produk dan perkhidmatan itu boleh sama-sama dibangunkan. Untuk tujuan mengeksport, untuk makluman Yang Berhormat ini, kita telah adakan satu perbincangan di antara saya dengan Menteri Perdagangan, Perindustrian dan Pelaburan melibatkan kedua-dua kementerian untuk melihat bagaimana PMKS ini boleh terlibat dengan lebih baik lagi dalam misi membawa produk dan perkhidmatan kita ke luar negara. Dan kedua-dua kementerian sedang meneliti mekanismenya terutama selepas belanjawan yang dibentangkan nanti untuk tahun hadapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Jerebu tebal tak nampak bulan, Soalan saya soalan sembilan.

Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya · question

9. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Pendidikan menyatakan kadar keciciran dari sistem sekolah dan pecahan sebab-sebab keciciran mengikut tahun, umur dan jantina dari tahun 2019 sehingga Jun 2023 bagi setiap negeri dan apakah langkah supaya mereka kembali bersekolah.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan bersekolah tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan dari tahun 2019 kepada tahun 2022. Kadar keciciran murid pada peringkat rendah menurun daripada 0.12 peratus pada tahun 2019 kepada 0.07 peratus pada tahun 2022. Pada peringkat menengah pula, kadar keciciran menurun daripada 1.14 peratus pada tahun 2019 kepada 0.99 peratus pada tahun 2022. Namun, KPM akan memuktamadkan data kadar keciciran murid bagi tahun 2023 selepas menerima maklumat enrollment dari agensi selain KPM. Bagi tempoh 2019 hingga 2022, pada peringkat sekolah rendah, keciciran murid yang melibatkan Tahun 3, Tahun 4, dan Tahun 6 menunjukkan peningkatan manakala Tahun 2 dan Tahun 5 menunjukkan tiada keciciran murid dan penurunan dalam tempoh tersebut. Pada peringkat sekolah menengah pula berlaku peningkatan kadar keciciran murid bagi Tingkatan 2 dalam tempoh tahun 2019 hingga 2022. Manakala terdapat penurunan kadar keciciran yang melibatkan Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam tempoh berkenaan. Kadar keciciran murid mengikut jantina pula, pada peringkat sekolah rendah menunjukkan tiada keciciran murid perempuan berbanding murid lelaki bagi tahun 2019 hingga tahun 2022. Kadar keciciran murid lelaki menunjukkan trend penurunan dari tahun 2019 hingga tahun 2022 iaitu 0.16 peratus pada tahun 2019 kepada 0.09 peratus pada tahun 2022. Pada peringkat sekolah menengah pula, kadar keciciran murid lelaki menunjukkan penurunan berbanding kadar keciciran murid perempuan yang meningkat dari tahun 2019 kepada tahun 2022. Pada tahun 2019, kadar keciciran murid lelaki mencatatkan 0.72 peratus berbanding 0.29 peratus pada tahun 2022. Kadar keciciran murid perempuan pula mencatat 0.40 peratus pada tahun 2019 kepada 0.71 peratus pada tahun 2022. Untuk makluman, berdasarkan rekod dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid, dari tahun 2019 hingga 2023, didapati sebab utama murid berhenti adalah tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga, berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan bagi tahun 2023 yang terdiri daripada 13 jenis bantuan khusus dan lima jenis bantuan umum. Bantuan ini turut diagihkan untuk murid yang tercicir akibat kemiskinan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Makanan Asrama, Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama, dan Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform. KPM turut menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah. Modul Serlahkan Keunggulan Diri serta Modul Kajian Kes dan Amalan Terbaik Menangani Isu Murid Berisiko Cicir dan Murid Cicir sebagai panduan kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah di semua sekolah kerajaan dan bantuan sekolah. KPM juga melaksanakan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) supaya semua murid dapat kekal bersekolah terutamanya murid di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sekolah Model Khas K9 telah diperluas dari 12 buah sedia ada kepada 17 buah. Selain itu, KPM juga memperluaskan konsep K9 kepada sekolah komprehensif K11 iaitu K11. Konsep Sekolah Model K11 ini juga dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tingkatan 3 ke Tingkatan 4. Sebagai permulaan, KPM telah memulakan program rintis K11 di SK RPS Betau, Kuala Lipis, Pahang dan di SK Long Bedian, Baram, Sarawak. KPM juga menjalankan program outreach murid cicir di semua PPD dengan kerjasama komuniti setempat. Objektif program outreach murid cicir ini adalah memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali ke sekolah. Pada tahun 2022, program ini telah berjaya mengembalikan seramai 5,121 orang murid sekolah rendah dan 1,711 murid sekolah menengah. KPM yakin semua usaha serta inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan ini dapat menangani keciciran murid dan memastikan mereka kekal dalam sistem pendidikan negara sehingga tamat tempoh persekolahan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih. Lega saya mendengar bahawa tahap keciciran makin menurun. Namun, kita sedar bahawa kadar kemasukan sekolah menengah di negara kita masih mencabar dan statistik juga mengesahkan bahawa pendidikan yang tinggi akan mendatangkan pekerjaan yang bergaji lebih tinggi.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Memandangkan Thailand telah pun mewajibkan pendidikan sehingga umur 15 tahun dan negara-negara OECD memang mewajibkan pendidikan sehingga tamatnya sekolah menengah. Soalan saya adalah, adakah kementerian akan melaksanakan pendidikan wajib sehingga Tingkatan 3 sebagai langkah menyelamatkan lebih ramai murid yang tercicir serta meningkatkan purata tahun di sekolah. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd No)] mempengerusikan

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih, Yang Berhormat. KPM kini sedang menyediakan draf Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) bagi cadangan melanjutkan pendidikan wajib dari peringkat pendidikan rendah kepada pendidikan menengah. Bagi memperkemaskan draf rang undang-undang yang sedang digubal, KPM telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengadakan sesi libat urus bersama-sama pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan berkaitan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan badan bukan kerajaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Pasir Salak.

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Timbalan Menteri berhubung dengan keciciran ini ialah dasar home schooling yang telah kita luluskan di Malaysia bermula pada Jun 2003 iaitu 20 tahun yang lepas dan kita tahu bahawa home schooling ini antaranya ialah berpunca kepada ketidakyakinan ibu bapa terhadap sistem pendidikan di sekolah, satu. Yang keduanya Menteri ialah apabila anak-anak istimewa sebagai contoh realitinya mereka tidak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat di sekolah melalui pendidikan khas yang ditawarkan di sekolah. Jadi saya tidak mahu data yang terperinci tetapi mengikut apa yang Timbalan Menteri jelaskan pada Dewan, adakah home schooling semakin melebar atau bagaimanakah kerajaan hendak menangani isu yang melibatkan home schooling di Malaysia yang ada pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih, Yang Berhormat. Selagi semua data tentang keciciran bukan hanya untuk sekolah, selagi daftar di bawah KPM tadi itu semua adalah termasuk dalam data keciciran sama ada anak-anak kita mungkin ke sekolah international school, sekolah antarabangsa semua ini termasuk. Jadi home schooling ini merupakan satu memang satu trend yang kita amat perhatikan dan tentang pendidikan khas kebanyakan yang memilih home schooling kerana individu budak-budak, anak-anak kita yang mungkin ada keperluan yang special, keperluan khas jadi kita akan membuat tindakan atau membuat kajian yang lebih terperinci atas home schooling ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Dato' Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Yang Berhormat, saya dua hari soalan nombor 10 menyebabkan saya menunggu daripada awal sehingga penghabis. Kalau boleh kalau hari ini nombor 10 itu tidak dapat, esok bubuh nama 200 daripada saya menunggu macam ini. Sebab Yang Berhormat Speaker ada hak 15 minit jadi tidak perlu membuat sedemikian rupa. Saya kena buat research untuk ucapan saya, next ucapan saya. Jadi Yang Berhormat membuat saya menunggu sebegini, sangat tidak manis. Ya, nombor 10 tukar, tak payah masuk langsung buat nombor 200 senang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Arau..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Saya pun hendak tanya juga, bawah peraturan berapa Yang Berhormat persoalkan ini?

[Dewan riuh]

Tidak, saya bertanya soalan ini tentang hak Speaker. Speaker diberi kuasa 15 minit, jadi tidak bolehkah Yang Berhormat setelah dua hari berturut-turut nombor 10, bagilah. Kalau tidak, jangan masuk nombor 10, bubuh nombor 200 saya tidak payah menunggu begini. Tidak manis, terima kasih tetapi tidak apa Yang Berhormat, lupakan, sudah, jalan. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat. Kita dalam Majlis ambil maklum.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Dato' Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat. Saya ingin membangkitkan peraturan mesyuarat..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Sungai Petani?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Ya, Peraturan Mesyuarat 18(1) siapa-siapa Ahli selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Saya telah membawa satu usul...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Sungai Petani, ambil maklum. Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Majlis Dewan Rakyat, usul Yang Berhormat Sungai Petani telah diambil maklum dan benda itu dalam pertimbangan Speaker Dewan.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Terima kasih. Izinkan saya baca usul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tidak, tuan. Tidak dibenarkan selain keputusan dibuat oleh Speaker nanti. Jika Speaker meluluskan perkara 18(1) yang dipohon oleh Yang Berhormat Sungai Petani, baharu dibenarkan.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sementara itu kita nanti keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Baik, terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya juga bangun di bawah 18(1) yang mana saya telah hantar usul kelmarin iaitu berhubung dengan penyalahgunaan kuasa kakitangan awam untuk memberi servis motosikal di pilihan raya di Pelangai, di Pulai dan juga Simpang Jeram oleh sebuah universiti di utara tanah air. Ini telah dihantar semalam dan saya belum mendapat apa-

apa jawapan daripada Speaker. Apakah- saya juga ingin bertanya tanpa saya mendengar Sungai Petani tadi, boleh membaca usul saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Arau, sebagaimana saya nyatakan kepada Yang Berhormat Sungai Petani, usul Yang Berhormat telah pihak Dewan terima dan dalam pertimbangan Speaker, akan dimaklumkan sama ada diluluskan ataupun tidak.

Ya, saya memerlukan jawapan segera Yang Berhormat sebab saya bimbang pilihan raya di Kemaman, group yang sama akan bagi servis motosikal percuma kepada Barisan Nasional. Terima kasih.

[Dewan riuh]

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, kita teruskan dengan urusan Majlis. Yang Berhormat Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023, Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 seperti di No. 1 hingga 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 12 Oktober 2023.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Ada yang menyokong?

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis”. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNFasal-fasal 1 hingga 71– Tuan Pengerusi · Cameron Highlands

Baik. Jika ada yang hendak berbahas, saya hanya membenarkan satu di pihak kerajaan, satu di pihak belah kiri. Saya persilakan..

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Dato’ Seri..

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dato’...

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Adakah Yang Berhormat hendak berbahas dalam Jawatankuasa?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dato' Yang di-Pertua, ini perkara Jawatankuasa. So, we are to examine every provision. Jadi, tidak bolehlah ditetapkan satu daripada pihak kerajaan atau daripada pihak pembangkang. We are too - we call secara terperinci membaca setiap fasal. Jadi haruslah diberi kebebasan, biasanya tidak ada orang yang dapat pindaan tetapi apa-apa cadangan haruslah kita perincikan setiap perenggan semasa Jawatankuasa. Harap boleh dibenarkan lebih ramai untuk membahas kalau perlu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Beruas, sebentar. Yang Berhormat tekan, tekan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Puchong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tidak keluar lagi. Ya, Yang Berhormat Puchong.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Ya, boleh. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua kerana mengizinkan Puchong mengambil bahagian dalam perbahasan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, nanti dahulu saya belum putuskan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Oh, okey.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik mengambil kira apa yang telah dinyatakan tadi dalam peringkat Jawatankuasa, saya mulanya berhajat untuk memberi satu kanan [Merujuk kepada blok kerajaan] dan satu kiri [Merujuk kepada blok pembangkang]. Tetapi mempertimbangkan apa yang Beruas telah nyatakan tadi, saya bagi tiga kanan [Merujuk kepada blok kerajaan] , tiga kiri [Merujuk kepada blok pembangkang], tiga minit. Baik, boleh kita mulakan? Saya persilakan Yang Berhormat... Tekan, tekan. Saya persilakan di sebelah kanan [Merujuk kepada blok kerajaan] – tidak keluar - Yang Berhormat Puchong, three minutes.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Speaker. Puchong hanya ada beberapa soalan berkenaan dengan akta ini mengikut fasal. Pertama sekali adalah mengikut Bahagian I seksyen 1(2). Puchong ingin tahu bilakah akta ini akan dikuatkuasakan kerana Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan untuk dikuatkuasakan. Yang kedua, dalam ucapan Menteri semalam sebanyak 2,000 pemasangan iaitu 1,500 industri dan 500 komersial dan 4,000 bangunan akan terlibat mengikut seksyen 3. Puchong ingin tanya sama ada pengurus tenaga dan juruaudit tenaga yang mencukupi mengikut Bahagian VI akta ini yang didaftar adalah mencukupi supaya mereka yang terlibat mengikut seksyen 3 boleh mematuhi seksyen 6 ke 14 apabila akta ini dikuatkuasakan. Ketiga, adalah apakah sasaran kerajaan pendaftaran pengurus dan juruaudit tenaga untuk tahun 2024? Kerana apa daripada ucapan Menteri semalam, Menteri ada kata kita ada sedia ada juruaudit, kita perlukan juruaudit tenaga 500 juruaudit yang baharu tetapi apa yang kita sedia ada adalah dalam lingkungan 250 sahaja. Apakah langkah- langkah yang akan dijalankan oleh kerajaan sama ada sasaran untuk tahun 2024, 2025 dan tahun seterusnya? Puchong juga ingin tahu berapakah jumlah bangunan kerajaan yang akan terlibat mengikut seksyen 3 dan apakah implikasi kos kepada kerajaan? Seterusnya, jika kita tengok jadual ketiga untuk rang undang-undang ini, hanya bangunan pejabat yang dipakai dalam akta ini. Adakah jenis bangunan yang lain yang akan ditambah ke jadual ketiga seperti hospital, lapangan terbang, shopping complex, kompleks awam dan sebaginya? Apakah timeline-nya? Akhirnya, adalah soalan berkenaan dengan bidang kuasa, Dato’ Sri Speaker. Mengikut seksyen 69 dan 70. Menteri ada kuasa untuk membuat peraturan-peraturan dan meminda jadual akta ini yang merangkumi tenaga elektrik dan tenaga termal. Baik, jika kita tengok seksyen 2, tafsiran Menteri. Menteri adalah Menteri yang bertanggungjawab dengan pembekalan elektrik. Puchong ingin tahu sama ada pertindihan dari segi bidang kuasa dengan Menteri ataupun akta lain telah pun diselesaikan oleh kementerian? Sebagai contoh, di bawah Akta Bekalan Gas, tafsiran Menteri ialah “Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan petroleum”. Tetapi sekarang dari segi kecekapan tenaga termal sebab gas juga dilibatkan dalam tenaga termal. Tenaga termal yang gas adalah Menteri yang bertanggungjawab, petroleum. Sekarang, kecekapan tenaga termal adalah di bawah bidang kuasa Menteri yang bertanggungjawab elektrik. So, kalau boleh kita dapatkan penjelasan daripada kementerian bagaimana kita membuat demarcation dari segi tanggungjawab dan bidang kuasa, itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat di sebelah kiri [Merujuk kepada blok Pembangkang] , ada yang hendak bahas dalam Jawatankuasa? Jika tidak ada saya ke kanan pula [Merujuk kepada blok Kerajaan] .

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Beruas, Beruas.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tiada? Beruas, Yang Berhormat Beruas, sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Perkara 1(2) di mana Menteri diberikan kuasa untuk menetapkan tarikh berkuat kuasanya undang-undang ini dan juga mana-mana bahagian dalam rang undang- undang ini kalau diluluskan sebagai akta.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang saya hendak bangkitkan di sini ialah Dato’ Yang di-Pertua, bahawa saya menyokong matlamat dan tujuan akta ini tetapi saya berlainan pendapat dengan rakan- rakan yang lain tentang isu kecekapan dan konservasi tenaga. Saya lebih cenderung kepada kerajaan melaksanakan ataupun cuba mencapai matlamat akta ini dengan melalui polisi dengan izin, carrot-and-stick approach daripada menjadikannya satu undang-undang kerana undang-undang ini menjadikan satu perkara yang tidak salah dari segi moral menjadikannya satu kesalahan jenayah. Yang dalam undang-undang dikatakan kesalahan mala prohibita. Ini berlainan dengan kesalahan jenayah yang lain yang dikatakan sebagai kesalahan mala in se seperti merompak, membunuh, mencuri. Tindakan-tindakan tersebut adalah salah dari segi moral. Kerana hendak dijadikan undang-undang, terdapat elemen paksaan dan di bawah Bahagian IX dan X rang undang-undang ini. Dan itulah saya harap apabila Menteri melaksanakan undang-undang ini jangan jadikan semua ketidakpatuhan satu kesalahan jenayah. Ruang mesti diberikan untuk pematuhan undang-undang ini. Jangan anggap rakyat ini orang yang berjenayah apabila sesuatu pematuhan itu tidak ditepati dengan sepenuhnya. Yang kedua, akta ini menambah kos kepada pengguna-pengguna tenaga yang akan - kerana mereka mesti mematuh syarat-syarat yang dinyatakan dalam undang- undang ini. Antaranya ialah undang-undang ini memerlukan pengguna menggaji seorang pengurus tenaga, seorang lagi juruaudit dan juga membina bangunan-bangunan mematuhi syarat-syarat dalam akta ini dan undang-undang kecil yang akan digubal. Saya hendak mendapat penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara berikut. Siapakah yang layak menjadi pengurus tenaga dan juruaudit yang berdaftar iaitu Bahagian III? Sudah kah kita ada pengurus dan juruaudit yang mencukupi? Dan sudah kah kita ada institusi latihan di Bahagian VIII yang berdaftar yang diberikan kuasa eksklusif untuk melatih pengurus tenaga berdaftar? Soalan saya ialah kerana peruntukan eksklusif ini bagi saya tidak baik. Mana boleh ada satu-satu institusi latihan yang hanya diberi kuasa untuk melatih dalam sesuatu bidang. Jadi, adakah - persoalan yang timbul ialah adakah ia menjadi satu kesalahan mana-mana institusi atau orang yang memberi latihan kepada mana-mana orang tentang kerja-kerja seorang pengurus tenaga berdaftar yang dinyatakan di bawah seksyen 5(2) ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, gulung.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Akhir sekali, adakah menjadi kesalahan jika seorang pengurus tenaga berdaftar melatih membantunya? Adakah pengurus itu tidak boleh melatih orang lain? Hanya pembantunya mesti pergi ke institusi berkenaan untuk dilatih? Jadi, saya harap kalau boleh dipinda seksyen ini yang memberikan exclusivity kepada institusi untuk melatih pengurus tenaga. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebelah kiri [Merujuk kepada blok pembangkang]. Yang Berhormat. Sila, Putrajaya.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh sedikit disebut oleh sahabat-sahabat Ahli Parlimen tadi berkaitan dengan audit ini. Seperti mana yang saya nyatakan semalam, apa yang paling penting adalah untuk kita jelaskan bila disebut hendak dilaksanakan dari semasa ke semasa itu sama ada audit ini adalah audit berkala. Ini memberi kesan kepada keperluan syarikat-syarikat pengauditan sebagai contoh untuk menyediakan kepakaran bagi melaksanakan audit ini. Yang kedua sama ada audit ini adalah audit dalaman ataupun audit yang dibuat secara bebas? Ini juga akan memberi kesan kepada bekalan juru-juruaudit tenaga ini. Kita perlu ingat berbanding dengan negara-negara lain, Malaysia ini masih jauh dalam konteks bekalan juru-juruaudit tenaga khususnya. Sebab itu, ini memerlukan penjelasan yang mendalam untuk kita melihat apakah sebenarnya yang hendak dilaksanakan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Begitu juga berkaitan dengan laporan audit. Disebut bahawa suruhanjaya jika melihat bahawa laporan audit itu tidak disediakan mengikut garis panduan boleh meminta supaya syarikat ataupun pengguna tenaga itu membetulkan laporan audit. Ini perkataan ‘membetulkan’ ini dalam konteks audit ini agak janggal kerana biasanya auditor akan membuat audit berdasarkan standard yang telah disediakan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Jadi bila auditors sign the audit maknanya auditor telah mengesahkan bahawa audit itu telah disediakan berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Jadi apabila kata suruhanjaya boleh minta membetulkan ianya menggambarkan seolah-olah audit itu tidak betul. Jadi sebab itu perkataan “Membetulkan” itu perlu diteliti supaya ianya tidak memberi gambaran bahawa suruhanjaya akan bertindak menjadi juruaudit kepada audit yang telah dibuat oleh seorang juruaudit. Jadi ini merupakan suatu perkara yang perlu penelitian mendalam. Sekiranya tidak, apa yang akan berlaku, suruhanjaya itu sendiri akan mengambil masa yang panjang untuk meneliti audit-audit yang telah dilaksanakan. Jadi saya rasa itu antara perkara yang saya ingin sentuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya walaupun tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian pada peringkat dasar. Ingin berterima kasih kepada Timbalan Speaker yang telah memberi peluang kepada saya. Cuma saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dan menteri kepada peruntukan 57, fasal 57 yang berbunyi seperti berikut, “Bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kebolehterimaan keterangan ejen provokasi”. Peruntukan undang-undang ejen provokasi ini pada khidmat saya telah digunakan dalam Akta Dadah Berbahaya. Timbalan Speaker merupakan seorang pendakwa raya dulu di mahkamah. Kecenderungan untuk mahkamah menerima keterangan seorang ejen provokasi ini adalah begitu luas dan ini adalah kali pertama peruntukan ini digunakan di bawah satu undang-undang yang lain. Saya, pada khidmat saya ini adalah sesuatu peruntukan yang perlu kita perhalusi dan saya tidak bersetuju kerana ia memberi kuasa yang begitu luas kepada pihak berkuasa untuk menerima keterangan di bawah keterangan ejen provokasi di bawah seksyen 57(1) dan 57(2) kerana bahayanya adalah kalau seseorang itu berkomplot dengan seseorang yang melakukan kesalahan maka keterangan beliau boleh diterima di mahkamah dan mahkamah selalunya akan menerima keterangan itu tanpa sebarang kerisauan. Selalunya keterangan oleh pihak yang ditafsirkan sebagai ejen provokasi akan diterima begitu sahaja dan mahkamah selalunya akan menerima keterangan itu tanpa sebarang persoalan walaupun dicabar oleh peguam yang mengendalikan sesuatu perbicaraan. Jadi itu adalah kerisauan saya. Saya lihat Kubang Pasu bangun, Kubang Pasu. Okey, so saya – itu adalah perkara yang ingin saya bawa kepada perhatian menteri dan mohon penjelasan daripada perhatian menteri. Terima kasih Timbalan Speaker.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih kerana menyokong.

Tuan Yang di- Pertua bagi belah sini seorang lagi? Kubang Pasu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan, memang saya – tiga, tiga.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

Kelmarin pun saya terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini dan saya hendak sebut sekali lagi seperti mana yang disebut iaitu audit. Kerja audit ini satu perkara yang amat besar dan serius. Kita dahulu ada kualiti management system. Kita kena ada mereka-mereka yang pakar dalam melaksanakan audit quality management system. Ini suatu perkara yang baru dan kita berharap agar Suruhanjaya Tenaga dapat menyediakan senarai pakar-pakar audit dalam tenaga ini dengan sebaik-baiknya sebab kalau tidak kita akan menghadapi masalah. Seterusnya mengenai audit ialah tadi sebut oleh Putrajaya sama ada internal audit ataupun external audit. Selalunya terdapat kedua-duanya. Satu internal untuk internal control dan satu lagi pula external audit daripada luar yang ada kepakaran dalam bidang tenaga. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua satu lagi, mengenai ini Bahagian IV(10)(1). “Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara” bagaimana yang ditetapkan. Tempoh ini tempoh apa kita kena sebut, kekerapan. Kalau ‘public listed company’ setiap tiga bulan. Ini saya rasa bila kita terlibat dalam kerja yang besar banyak apa ini bangunan- bangunan yang perlu kita periksa. Saya khuatir nanti pelabelan ini dikeluarkan lambat. Suruhanjaya Tenaga tidak mempunyai cukup tenaga kerja dan saya tahu banyak kes-kes yang kelulusan mengambil masa begitu lama. Itu sahaja daripada saya Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih. Minta laluan kah? Oh laluan, okey silakan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih, terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Kubang Pasu. Saya tengok setiap kali, setiap kali follow up daripada Jabatan Audit Negara kepada semua kementerian dan komen-komen daripada audit ini selalunya dibentangkan masa Exit Conference. Tetapi tidak ada follow-up tidak follow through. Tidak ada follow through daripada Jabatan Audit Negara. Setiap tahun benda yang sama, komen yang sama yang dibangkitkan di tiap-tiap kementerian. Jadi kita tengok follow through ini perlu. Saya hendak mencadangkan supaya Jabatan Audit Negara diberi wakil di setiap kementerian-kementerian tertentu yang mana kita tengok banyak berlaku kebocoran dan ketirisan yang dikomen oleh Jabatan Audit Negara sehingga Jabatan Audit Negara mengeluarkan syor beberapa perkara, memastikan akaun amanah ditubuhkan dengan segera dan mendapatkan dana obligasi sosial selaras dengan perjanjian konsesi bagi memberi manfaat kepada golongan sasaran. Siapa yang hendak pastikan syor oleh audit negara ini kalau tidak ada representative daripada Jabatan Audit Negara di dalam kementerian itu sebab perolehan ini kita tengok macam-macam boleh berlaku walaupun ada procedure. Turun wahyu sahaja terpaksa kena ikut hat wahyu walaupun perolehan dapat yang lain. Ini menjadi satu normal, satu praktis yang biasa berlaku dalam kementerian-kementerian. Saya cadangkan supaya wakil daripada Jabatan Audit Negara menjadi follow through kepada syor-syor, komen-komen yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun benda yang sama berlaku. Saya ingat tidak mahulah benda-benda macam ini. Terima kasih.

Minta komen saya kah Pendang? Tidak ya?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak. Saya minta dicadangkan dia masuk dalam.. [Tidak jelas]

Dia macam ini. Jabatan Ketua Audit Negara ini berbeza dari mengenai tenaga, Pendang. Dia di luar daripada bidang tanggungjawab dan tugas Ketua Audit Negara. Ia tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Jadi Yang Berhormat Kubang Pasu nak masukkan Pendang punya komen?

Saya ingat tidak perlu masuk kot pasal itu bukan bidang dia. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, sebelum saya minta menteri untuk menjawab. Saya terbawa, tertarik apa yang Yang Berhormat Jelutong nyatakan tadi. Jadi, maybe pihak menteri ambil maklum kerana ini akan menjatuh hukum kepada orang ya, pada rakyat. Sama ada keterangan-keterangan fakta sebagaimana ada dalam akta keterangan itu seumpamanya keterangan seorang ejen provocateur kena disokong atau tidak. Ini saya mintalah dipertimbangkan walaupun saya...

Terima kasih Timbalan Speaker.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Ekoran mereka yang telah berbahas. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 10 minit.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Pertama sekali menjawab tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong tentang bila akta ini akan dikuat kuasa. Akta ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh 12 bulan selepas ia digazetkan dan keutamaan pihak kementerian dan juga Suruhanjaya Tenaga setelah akta ini diluluskan ialah untuk memberikan penjelasan dan penerangan kepada semua pihak berkepentingan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan dalam akta khususnya Audit Tenaga, energy saving measures dengan izin, dan pelaporan. Sebagaimana kita sebut, pertama sekali ia telah dibincangkan seawal Januari 2018. Kemudian di bawah kerajaan berikutnya ia telah diluluskan secara prinsip di peringkat Kabinet dan di ancang untuk dibawa ke Parlimen pada tahun 2020. Dan seterusnya di bawah kerajaan yang berikutnya juga dipersetujui untuk diteruskan dan akhirnya hari ini perkara ini kita dapat realisasikan. Jadi dia bukan perkara baru dan langkah-langkah promosi carrot yang disebut tadi sudah ada di dalam beberapa dasar- dasar dan polisi sebelum ini sebelum kita laksanakan EECA ini. Tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong bahawa ia akan melibatkan 2,000 pepasangan dan adakah kita punya pengurus tenaga dan juruaudit tenaga kita mencukupi. Untuk makluman, ST telah membuat perancangan untuk membuat proses transisi terhadap pengurus tenaga elektrik berdaftar di bawah peraturan- peraturan pengurusan tenaga elektrik 2008. Yang ini adalah existing legislation yang sedia ada dengan sasaran sebanyak 1,887 orang pengurus tenaga elektrik berdaftar yang akan ditransisikan pendaftaran mereka sebagai pengurus tenaga berdaftar di bawah RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Tentang soal hanya ada 500 juruaudit tenaga, buat masa ini kita sudah ada juruaudit tenaga yang bekerja dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga ataupun ESCO. Jadi, suruhanjaya bersedia untuk menilai juruaudit tenaga yang didaftarkan di bawah RUU ini dan sasaran kita pada tahun ini ialah untuk daftarkan sebanyak 200 orang juruaudit tenaga. Jadi, ia juga sebenarnya dengan ada EECA, ia juga sebenarnya satu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita untuk bekerja di dalam bidang ini. Apakah implikasi kos kepada kerajaan? Buat masa ini, sebanyak 300 buah bangunan kerajaan telah dilabelkan dengan label intensiti tenaga dan terdapat juga pekeliling pada 2014 yang memberi garis panduan kepada semua bangunan kerajaan

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

untuk melaksanakan program-program kecekapan tenaga seperti dengan izin, low- hanging fruit yang tidak melibatkan kos yang tinggi, pengawalan kos — apa ini, suhu bagi apa ini, pendingin hawa dan sebagainya, yang itu sudah pun mula dilaksanakan. Jadual Ketiga yang hanya akta ini hanya terpakai kepada bangunan pejabat. Apakah jenis bangunan kategori lain yang akan ditambah dan juga garis masa. Jadi, kita masih lagi dalam peringkat libat urus dengan pemegang-pemegang taruh yang lain untuk melihat kategori-kategori bangunan lain untuk kita turut sertakan di bawah peruntukan EECA ini. Tentang soal pertindihan kuasa antara Menteri yang bertanggungjawab untuk elektrik dan Menteri yang bertanggungjawab untuk bekalan gas ataupun petroleum, setakat ini tiada pertindihan kuasa. Memang dia dua Menteri yang berbeza yang bertanggungjawab tentang hal ini, tetapi secara khususnya hal perkara ini di bawah EECA telah dikaji dan diperincikan mengikut bidang kuasa Menteri yang bertanggungjawab dengan bidang atau bekalan elektrik. Jadi, walaupun kita telah meliputi bekalan tenaga termal juga di dalam soal kecekapan tenaga, tetapi diletakkan untuk Menteri yang bertanggungjawab dalam bekalan elektrik dan ini ialah keputusan lama yang telah dibuat ketika RUU ini mula-mula dibincangkan beberapa tahun yang lepas di dalam Jemaah Menteri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Minta penjelasan. Menteri, kenapa saya bangkitkan ini adalah kerana jika kita tengok dalam kecekapan tenaga untuk tenaga termal, ia akan include gas LNG dan salah satu untuk meningkatkan kecekapan tenaga termal adalah cogeneration, combined heat and power di mana gas price, tarif gas akan dirangkumi dalam polisi itu. Oleh itu, saya rasa agak susah kalau kita ada satu Menteri yang bertanggungjawab dengan kecekapan termal dan satu Menteri yang jaga tenaga termal.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya saya berpegang kepada keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2019 yang mana keputusan Jemaah Menteri pada waktu ialah kerana EECA ini di bawah Menteri yang bertanggungjawab untuk bekalan elektrik. Jadi, mereka meletakkan soal kawal selia undang-undang ini di bawah Menteri yang bertanggungjawab atas bekalan elektrik. Tetapi saya maklum, ya, memang kita ada sedikit perbezaan bukan hanya gas ya, kalau kita tengok soal nuklear di bawah MOSTI. Soal apa nama, hidrogen juga di bawah MOSTI. Jadi, memang ada kalau kita cakap tenaga secara spesifik, ada sebenarnya beberapa Menteri yang bertanggungjawab dan itu antara mungkin masalah atau cabaran structural yang kita ada. Tetapi kita rasa kalau kita melihat perkara ini dan fokus kepada soal kecekapan tenaga dan kita boleh laraskan. Selama ini pun memang perbincangan- perbincangan misalnya peralihan tenaga dan sebagainya yang kita ambil di peringkat NRECC, kita libatkan kementerian-kementerian, contohnya Kementerian Ekonomi, MITI dan sebagainya yang juga ada kaitan dengan soal tenaga. Seterusnya Yang Berhormat Beruas bercakap tentang cadangan agar ia lebih kepada polisi dan bukannya akta. Jadi, sebenarnya kita sudah ada polisi ini sekian lama, tetapi kita hendak bawa ke satu tahap yang lebih tinggi supaya kita dapat membawa kecekapan tenaga kita ke apa yang dilaksanakan di seluruh dunia. Kalau ini sudah jadi amalan di Eropah, di Jepun, di Singapura, malah di ASEAN sebenarnya sudah ada enam negara yang ada energy efficiency legislation. Jadi, kita ini agak ke belakang dalam konteks ASEAN. Yang terkini ialah Indonesia pada Jun 2023. Tetapi itu pun pendekatan awal kita lebih promotional and educational dengan izin, dan bukannya punitif. Seterusnya tentang — dan sebab itu ya, fokus kita ialah kepada pengguna- pengguna yang menggunakan tenaga di atas ambang yang sangat besar iaitu 21,600 gigajoule bukan kepada semua pengguna. Macam saya sebut semalam, hanya 2,000, tidak sampai pun satu peratus daripada jumlah pengguna komersial dan industri yang ada di dalam negara kita. Tentang kos untuk pematuhan, kita anggarkan ialah sebanyak antara 100,000 sehingga 120,000 untuk tempoh setahun dan ini kita bercakap tentang syarikat-syarikat yang ada bil elektrik setahun mereka berjuta-juta ringgit. Ia juga akan sebenarnya

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

translate, diterjemahkan dengan penjimatan bil elektrik. Jadi, ia bukan akan jadi kos yang habis di situ sahaja, it’s a form of investment dengan izin, yang akan kembali dalam bentuk penjimatan bil elektrik. Siapa yang layak menjadi pengurus tenaga berdaftar (REEM) dan juruaudit tenaga berdaftar (REA) dan tentang registered training institution yang sedia — adakah kita sudah sedia ada. Kelayakan ini telah dinyatakan di bawah seksyen 26 termasuk ijazah dalam bidang Sains Kejuruteraan Teknologi atau Seni Bina daripada kolej, institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja atau diploma dalam bidang yang sama dan adalah seorang pengurus tenaga berdaftar jenis dua dan seorang yang terlibat dalam sekurang-kurangnya dua audit tenaga yang telah diluluskan oleh suruhanjaya. Jadi, ini menjadi satu latar belakang untuk kelayakan tersebut. Tentang adakah ia menjadi satu kesalahan sekiranya kita melatih REEM dan REA tanpa berdaftar di bawah EECA, tujuan pendaftaran ini ialah lebih kepada untuk melihat bahawa modul latihan yang diberikan adalah relevan dengan keperluan perundangan ini. Seterusnya Yang Berhormat Putrajaya bercakap tentang perkataan...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, hendak dapat penjelasan. Soalan saya ialah kalau ada orang yang bukan hendak menjadi manager, pengurus tenaga yang berkelayakan, nak mempelajari tentang bagaimana mengurus tenaga lestari ini, adakah ia menjadi kesalahan? Katakan pengurus tenaga itu melatih pembantunya, kalau mengikut akta ini, dia sudah menjadi satu kesalahan. Bagi saya, exclusivity itu mestilah dibatalkan daripada peruntukan ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Saya fikir — saya akan bagi penjelasan secara bertulis, tetapi kalau yang kita lihat dalam peruntukan akta, dia agak luas. Dia ada banyak ‘atau’ termasuk dengan soal pengalaman bekerja, dengan soal mereka yang telah pun menjadi pengurus tenaga berdaftar jenis dua dan yang telah terlibat dengan audit tenaga yang diluluskan oleh suruhanjaya. Jadi — tetapi saya akan bagi secara bertulis, tetapi saya ingat pendekatan dia adalah agak luas yang diambil. Yang Berhormat Putrajaya membangkitkan tentang soal perkataan membetulkan laporan audit yang perlu diteliti semula. Kita sebenarnya pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) hanya akan membuat semakan terhadap Laporan Audit Tenaga yang dikemukakan oleh pemilik bangunan bagi memastikan laporan tersebut menepati format dan kriteria garis panduan dan kita tidak menyemak content itu sendiri dengan izin. Dan itu garis panduan yang kita ambil dan kita juga kena faham tentang perkara pokok audit tenaga dan audit kewangan. Dia ada beberapa perkara berbeza. Tadi telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu. Dalam soal audit tenaga ini, ia lebih kepada satu pendekatan yang positif untuk melihat kecekapan tenaga dan bukan daripada soal regularity yang menjadi fokus kepada financial audit. Yang Berhormat Jelutong meminta perhatian khusus tentang peruntukan berkaitan ejen provokasi yang perlu diperhalusi kerana bidang suruhanjaya yang terlalu luas. Ini sebenarnya adalah perkara yang ada di dalam banyak perundangan- perundangan yang lain termasuk seksyen 132 Akta Cap Dagangan 2019, Akta Cukai Jualan 2018 (Pindaan) 2020 dan Akta Petunjuk Geografi 2022 [Akta 836]. Yang Berhormat Kubang Pasu membangkitkan tentang kemampuan untuk ST untuk melaksanakan pengauditan tenaga dan jangka masa yang diperlukan. Jadi, kita akan sediakan garis panduan untuk melakukan audit tenaga dan juruaudit tenaga perlu melakukan audit tenaga berdasarkan garis panduan tersebut. Jadi, kita yakin kalau dipatuhi segala garis panduan tersebut dan di peringkat ST pun kita akan ambil beberapa penambahbaikan dan extend capacity capability yang ada, kita dapat memenuhi garis masa yang diperlukan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Jadi sekian sahaja...

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang Berhormat Menteri, sikit saja, sikit saja. Terima kasih atas penjelasan tadi. Jadi saya nak dapat sedikit gambaran. Maknanya

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

audit ini adalah satu audit untuk membina, ya betul. Dan ia tidak kisah sama ada audit dalaman ataupun perlu independent auditor untuk melaksanakan audit ini. I think itu merupakan satu perkara yang penting untuk dijelaskan. Kalaulah semangat yang diceritakan tadi, maknanya suruhanjaya nak melihat pada laporan tersebut. Jadi kalau boleh dijelaskan sama ada boleh dibuat secara dalaman oleh syarikat tersebut atau perlu independent auditor untuk menyiapkan laporan tersebut. Sebab itu saya kata tadi dia ada garis panduan, siapa nak rujuk pada garis panduan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih. Tentang soal sama ada ini ialah external atau internal auditor, sebenarnya macam saya kata peruntukan dia berbeza daripada audit kewangan. Jadi yang sekarang audit tenaga boleh dibuat oleh mana-mana registered energy auditor. Jadi itu menjadi demand yang ada sekarang di peringkat perundangan ini sama ada luar ataupun dalaman. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang turut serta dengan cadangan, pandangan dan ambil bahagian dalam sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 71 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 dibaca kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, izinkan saya untuk turut membentangkan RUU ini untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] yang mana ia adalah susulan daripada RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 yang telah diluluskan Dewan yang mulia sebentar tadi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Bekalan Elektrik 1990 telah diwartakan pada 30 Ogos 1990 terpakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Akta ini bertujuan mengawal selia industri pembekalan elektrik, memastikan pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, mengawal selia keselamatan pepasangan loji dan kelengkapan elektrik dan meliputi perkara-perkara berkenaan penggunaan elektrik yang cekap. Susulan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 yang akan dikuatkuasakan bagi tujuan kawal selia, kuat kuasa, selaras dan melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga termasuk tenaga terma, maka pindaan perlu dibuat ke atas beberapa peruntukan berkaitan dengan kecekapan tenaga di dalam Akta 447. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang dihormati sekalian, pindaan yang saya cadangkan melalui RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 melibatkan tiga fasal iaitu:

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta. Fasal 2 pula bertujuan meminda seksyen 4 iaitu tajuk panjang dengan memotong perkataan “dan penggunaan elektrik dengan cekap”. Kedua, seksyen 4(k) dengan memotong perkataan “penggunaan elektrik dengan cekap” dalam teks bahasa Inggeris dalam perenggan (ga) dengan menggantikan perkataan “efficient” kepada perkataan “effective”. Dan dengan memotong perenggan (la) seksyen 11(1) dengan menggantikan perkataan “cekap” kepada “berkesan”. Pemotongan seterusnya keempat, pemotongan Bahagian VA seksyen 23A, 23B, 23C dan 23D. Kelima, subseksyen 53(1) dengan memotong perenggan (xa), (xj) dan (xk) dan (c). Fasal 3 pula berkaitan peruntukan kecualian dan peralihan serta pemansuhan Peraturan-peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Secara Cekap 2008. Pindaan-pindaan lain yang saya tidak nyatakan secara khusus di sini adalah merupakan pindaan yang bersifat editorial atau consequential in nature dengan izin. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, kesimpulannya saya yakin RUU yang dikemukakan ini akan memantapkan lagi tadbir urus akta ini serta memastikan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRACC) dan Suruhanjaya Tenaga melaksanakan fungsi dan peranannya dalam menetapkan dasar serta hala tuju dan mengawal selia semua aspek berkaitan dengan kecekapan dan konservasi tenaga secara teratur dan juga berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ada sesiapa menyokong?

Dato' Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu. Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Kalau mengikut senarai yang ada pada saya, ada lima pembahas iaitu Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kepong. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong untuk memulakan Majlis.

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong rang undang-undang ini. Cuma ada beberapa soalan akan saya bangkitkan dalam perbahasan saya dalam kesempatan yang diberikan. Pertamanya, saya berharap bahawa pindaan kepada rang undang-undang ini akan juga memastikan bahawa kerajaan dapat menangani masalah pembaziran tenaga elektrik. Dan dalam konteks itu, saya berharap bahawa kejadian-kejadian di mana pepasangan ini diubahsuai dan pepasangan ini dipinda ataupun pemasangan pepasangan-pepasangan yang tidak sah dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Saya hanya menarik perhatian Menteri kepada beberapa kejadian yang telah dilaporkan baru-baru ini iaitu pertamanya kehilangan sebanyak RM2.3 bilion dalam penggunaan elektrik akibat disebabkan oleh pepasangan-pepasangan yang haram yang dipasang. Dan ini adalah disebabkan oleh kejadian-kejadian yang melibatkan Bitcoin

mining dengan izin di mana Bitcoin mining ini adalah sesuatu yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dan akibat daripada tindakan-tindakan Bitcoin, illegal Bitcoin mining kita mendapati bahawa banyak tenaga elektrik yang telah pun dibazirkan. Cumanya saya ingin minta kepada Menteri dan kerajaan supaya tindakan- tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan kalau boleh, dan pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan elektrik-elektrik secara tidak sah atau haram ini diambil tindakan yang lebih tegas. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, kalau boleh dalam penggulungan nanti memaklumkan kepada Dewan yang mulia berapakah pihak yang telah diheret ke mahkamah dan telah dikenakan tindakan kerana menggunakan elektrik secara tidak sah.

Saya berharap bahawa kerajaan memberi perhatian yang lebih mendalam dan serius kepada perkara ini kerana kita mendapati bahawa bukan sahaja tindakan ataupun kegiatan bitcoin mining, malahan terdapat juga pendatang tanpa izin yang mengusahakan perniagaan-perniagaan yang secara tidak sah yang juga mengambil kesempatan untuk menggunakan pepasangan yang tidak sah yang menyebabkan pembaziran elektrik dan juga menyebabkan pihak berkuasa mengalami kerugian. Saya di sini ingin tanya juga kepada pihak Menteri, apakah pihak kerajaan dari masa ke semasa mengadakan lawatan ataupun pemantauan, penyeliaan di seluruh negara daripada bukan sahaja premis-premis persendirian tetapi juga industri-industri dan kilang-kilang yang besar? Di mana kita ingin memastikan bahawa pihak-pihak seperti industry players, dengan izin, syarikat-syarikat besar, SME dan sebagainya dipantau dari masa ke semasa untuk memastikan bahawa sumber tenaga yang mereka gunakan di dalam perniagaan dan industri mereka adalah sesuatu yang didapati, diperolehi oleh mereka secara sah. So, saya di sini menyokong undang-undang yang dibentangkan. Cuma, memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dan adakah juga pihak kementerian mengambil anggota-anggota yang juga menjadi penyamar untuk menyamar secara sulit, penyamar sulit untuk, dengan izin, go underground untuk mendapat maklumat mengenai pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan alat- alat atau pepasangan untuk mendapat bekalan elektrik secara tidak sah? So, dengan itu, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan dan mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Bekalan Elektrik 1990. Seperti yang diketahui bahawa akta berkenaan telah diwartakan pada penghujung Ogos pada tahun 1990 bertujuan untuk mengawal selia sektor perbekalan elektrik dan terpakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Akta ini telah melalui beberapa fasa pindaan bermula pada tahun 2015 sesuai dengan permintaan pasaran serta pematuhan perundangan semasa bersifat yang komprehensif. Bagi menjadikan perbahasan ini lebih terarah, saya akan membahagikan ucapan ini kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama merujuk kepada bilangan 2 rang undang-undang iaitu memotong perkataan “dan penggunaan elektrik yang cekap” yang terkandung dalam bahagian tajuk akta ibu. Di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], bahagian tajuk telah dinyatakan mengenai peruntukan: (i) pengawalseliaan industri elektrik;

(ii) pembekalan elektrik pada harga yang munasabah; dan (iii) pelesenan mana-mana pepasangan loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang. Semua perkara asas dalam akta ini terkandung di dalam bahagian tajuk. Persoalannya, apakah terdapat peruntukan tertentu di dalam akta ini yang menyamai istilah “penggunaan elektrik dengan cekap”? Apakah signifikan dan justifikasi perkataan yang dipotong? Kerana terdapat juga beberapa seksyen yang menyamai istilah ini turut sama dipotong. Ataupun apakah skop istilah berkenaan terus diperuntukkan di dalam RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga (ECCA)? Tuan Yang di-Pertua, selain dari istilah “penggunaan elektrik dengan cekap” pada bahagian tajuk, RUU ini juga mencadangkan pindaan seksyen 4 dalam perenggan (k) dengan memotong perkataan “penggunaan elektrik dengan cekap” sebagaimana yang terdapat dalam bilangan 3 RUU ini termasuklah juga seksyen 4(la). Justeru, apakah terdapat implikasi dari pemotongan istilah berkenaan pada perenggan berkenaan? Kerana istilah kecekapan tenaga dalam disiplin ilmu, tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau output sebenar yang diingini. Ini kerana ketidakcekapan penggunaan tenaga khususnya elektrik akan meningkatkan kos domestik isi rumah atau peningkatan kos elektrik bidang industri yang akan memberi kesan langsung kepada persekitaran sosial ekonomi rakyat. Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan bahawa antara musabab pindaan kepada beberapa seksyen dalam akta ini adalah untuk menguatkuasakan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (ECCA) 2023 yang dibahaskan dalam mesyuarat kali ini. Pindaan ini penting sebagai satu anjakan pada sisi perundangan untuk mempercepatkan lonjakan industri high growth high value (HVHG), dengan izin, iaitu yang berkait rapat dengan tenaga, teknologi dan pendigitalan. Pelaksanaan peralihan tenaga adalah satu cabaran yang besar kepada negara dan hanya dapat dicapai melalui pendekatan whole-of-nation, dengan izin, keterlibatan semua pihak serta peralihan yang adil dan inklusif. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan istilah “penggunaan elektrik yang cekap”, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memaksimakan tenaga lebihan di Malaysia dengan projek-projek yang dapat memberi pulangan besar kepada negara? Ini adalah kerana 40 peratus lebihan tenaga yang ada dalam negara kita, jika tidak diurus dengan cakap dan efisien maka akan boleh menyebabkan pembaziran sebanyak RM80 bilion. Saya ingin juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar pihak kerajaan boleh memaksimakan dan memanfaatkan tenaga hijau yang potensinya banyak di negeri seperti Johor, Sabah, Sarawak dan Pahang seperti biomass, solar, biogas dan mini hidrogen. Kecekapan pengurusan dalam tenaga hijau ini dilihat mampu menarik pelabur industri besar ke negara kita. Tuan Yang di-Pertua, meskipun pindaan perundangan tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 diharap dapat memangkin pertumbuhan ekonomi negara seperti pengukuhan kapasiti tenaga elektrik sedia ada serta pertambahan kapasiti tenaga baharu boleh, tenaga baharu boleh (TBB) yang menjurus keberhasilan tenaga baharu, namun keselesaan dan keperluan rakyat tetap menjadi fokus utama. Oleh itu, pindaan seksyen 11(1) iaitu penggantian perkataan “cekap” dengan perkataan “berkesan” amat diharapkan dapat memudahkan kerja-kerja penjanaan electricity seperti pepasangan struktur elektrik atau tiang di tanah tertentu secara berkesan. Dengan lain perkataan, selain kerja-kerja pepasangan struktur secara fizikal berjalan lancar, pihak pengurusan juga diminta supaya memudahkan urusan membina struktur tiang elektrik di atas tanah yang dibenarkan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan elektrik dengan efisien terutamanya pepasangan lampu-lampu jalan kampung di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, pindaan akta bekalan ini juga akan menggamit perasaan ingin tahu rakyat kepada beberapa perkara dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi hari ini. Dalam hal ini, saya memohon Menteri memberi penjelasan, apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengawal kenaikan tarif elektrik yang berkesan yang memberi kesan kepada rakyat serta keperluan industri? Selain itu, Kuala Kedah juga ingin mengetahui, bagaimanakah pindaan bekalan ini akan dapat memberi pulangan besar kepada negara dan dapat untuk menyelesaikan isu pembaziran tenaga? Sekian, Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Perbahasan yang baik, Kuala kedah. [Tepuk] Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

Terima kasih. Terima kasih.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan rang undang-undang Akta Bekalan Elektrik 1990 pindaan 2023 pada hari ini iaitu akta induk 447. Dan sudah tentu kita menyokong dan bersetuju dengan pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi kerana pindaan ini adalah satu keperluan untuk kita menyokong ataupun membolehkan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 (EECA) dikuatkuasakan, dan akta ini baru sahaja kita luluskan sebentar tadi.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Jadi, kita berharap kerangka perundangan penggunaan tenaga akan menjadi lebih cekap, lebih komprehensif dalam memastikan penggunaan tenaga yang baik, kecekapan penggunaan tenaga yang baik akan membantu dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara untuk kemudahan rakyat. Ada dua perkara yang saya hendak sebutkan di sini berkenaan dengan Akta Bekalan Elektrik yang saya rasa perkara ini sudah lama berlaku dan berterusan. Saya pernah menyebutkan perkara ini iaitu berkenaan dengan permohonan akaun TNB iaitu bekalan elektrik, bekalan tenaga kepada pengguna TNB. Saya pernah menyuarakannya pada dua tahun lepas ketika Yang Berhormat Kota Bharu menjadi Menteri. Di mana bagi saya sekarang ini cara permohonan semasa tidak memberikan jaminan ataupun tidak memberikan satu pengesahan identiti 100 peratus. Sebab apa? Ada banyak insiden di mana mereka yang kehilangan MyKad dan memang ada bukti buat laporan polis kehilangan MyKad dan MyKad dikutip oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan gunakan MyKad tersebut menyamar identiti pemegang MyKad yang sah dan buat permohonan sebab sekarang ini hanya perlu tandatangan. Tandatangan ini kita tahulah, kadang dia tandatangan buat suka-suka sahaja, tidak ada pengesahan biometrik. Saya pernah mencadangkan pengesahan biometrik adalah satu keperluan sebab banyak kes di mana nama pemegang akaun dengan TNB tidak tahu dia pernah mohon tetapi akhirnya bila ada tunggakan hutang yang besar, diheret ke mahkamah. Memang ada banyak bukti, banyak kes begini. Dan ia perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dengan adanya pindaan sebegini supaya bekalan elektrik yang kita salurkan kepada pengguna sesuai dengan keadaan semasa. Jadi, saya harap pihak kerajaan boleh ambil tindakan untuk membaiki dari segi ini untuk memastikan mereka yang sebenarnya yang hadir untuk memohon bekalan elektrik dan bukannya pihak lain yang menyamar. Dan satu lagi isu Yang Berhormat Menteri yang saya hendak sebutkan di sini adalah berkenaan dengan pengusikan meter. Yang Berhormat Jelutong pernah sebut tadi dan pengusikan meter ini kita tahulah. Itu satu perkataan yang lebih, kata orang lebih sopan, yang kalau kita kasar sikit kita kata curi elektrik tetapi biasa TNB gunakan pengusikan meter.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya hendak cadangkan di sini sebab kita sebut tentang bekalan tenaga. Boleh tidak TNB memperbaiki meter yang digunakan untuk merekod, mencatatkan penggunaan tenaga? Sebab apa? Meter sekarang memang boleh diusik dan dibuka dan dipasang dengan apa-apa. Dan banyak kes pengguna rasa tidak puas hati. Bila TNB buat tuntutan kemudian hari sebab dikatakan penggunaan sebelum ini tidak ataupun gagal direkodkan penggunaan yang tepat. Saya memang secara terbuka saya cukup tidak setuju kalau ada pihak yang ambil tindakan yang tidak sah, tindakan yang bersifat jenayah yang menyebabkan TNB rugi. Kalau kita guna banyak, kita bayar banyaklah. Itu baru adil Datuk Yang di-Pertua. Betul tidak? Tetapi ada juga pihak yang dia tidak pernah sentuh tetapi ada kes sebegini berlaku. Kalau kes Bitcoin semua itu memang kita ambil tindakanlah. Itu saya setuju.

Yang Berhormat.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tetapi macam mana dengan pengguna domestik. Saya terima banyak aduan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sendiri sebagai wakil rakyat pun terima banyak aduan daripada pengguna domestik berkenaan dengan tuntutan daripada TNB berkenaan dengan perkara ini. Jadi, apakah cara untuk kita menyalurkan, membekalkan tenaga dengan cara yang lebih efektif, mengurangkan masalah-masalah sampingan sebegini yang sebenarnya mengganggu pengguna elektrik tersebut? Ya. Saya nampak Yang Berhormat Ipoh Barat.

Ya, Yang Berhormat Rasah, ini masalah di mana pencurian elektrik berlaku. Kerap kali ramai di antara mereka jumpa kita di pusat khidmat di mana rumah atau apa itu? Business premises disewakan kepada pihak ketiga dan pihak ketiga tanpa pengetahuan pemiliknya telah membuat illegal activities. Kemungkinan ada atau tidak. Tetapi ini tidak diketahui oleh pemilik itu dan bila penghuni itu, rental person dia pindah, baru TNB mengambil tindakan, ratusan ribu, dikatakan kamu ada terlibat di mana menggunakan dana TNB dan mencuri. Jadi, dalam masalah ini macam mana kita dapat atasi di mana yang pemilik rumah itu dia innocent. Dia menjadi innocent dan dia kerap ke mahkamah, dia perlu bayar pampasan tersebut. Macam mana kita dapat? Adakah senario yang boleh dicadangkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan, pandangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Dato’ Speaker, saya minta satu minit untuk saya ulas dan saya hendak cadangkan kepada pihak kerajaan supaya TNB ketika menerima permohonan untuk buka akaun baharu untuk kes sebegini wajibkan penyewa tersebut. Biar penyewa tersebut tetapi tanggungjawab daripada landlord, tuan pemilik hartanah juga untuk pastikan ada klausa ataupun perenggan yang mewajibkan penyewa yang mohon bekalan elektrik. Sebab itu saya rasa kita tidak boleh hendak mangsakan landlord tersebut. Tetapi penyewa tersebut kalau dia buat jahat, dia buat kerja yang illegal dan sebagainya, biar dia yang dipertanggungjawabkan dan kena benarkan landlord tersebut menyewakan kepada penyewa yang seterusnya dan memohon bekalan akan datang. Tetapi sambil itu TNB ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab sebab kita tak nak ada orang ambil kesempatan langgar undang- undang dan mendatangkan kerugian kepada TNB juga. Jadi, sekian sahaja. Saya harap dua isu ini mendapat ulasan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker atas peluang dan tambahan masa yang diberikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan terima kasih Dato’ Speaker atas ruang yang diberikan pada saya untuk turut berbahas bagi pindaan Akta Bekalan Elektrik ini. Jadi, pembahas-pembahas yang lain tadi telah menyebutkan banyak perkara tentang kecurian, salah guna elektrik dan sebagainya. Padang Serai pada pagi ini hanya ingin membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan elektrik kepada pengguna-pengguna domestik. Akta ini dipinda antaranya untuk memberikan peruntukkan kuasa pengawalseliaan pada Suruhanjaya Tenaga berhubung perkara yang berkaitan eksport dan import elektrik. Status cadangan pindaan berhubung peruntukkan kuasa pengawal seliaan kepada Suruhanjaya Tenaga bagi aktiviti mengimport dan mengeksport elektrik ke luar sempadan Malaysia seperti yang dibangkitkan di dalam Kertas Konsultasi Awam Suruhanjaya Tenaga setelah mengambil kira keterbatasan kuasa pengawalseliaan di bawah mana- mana undang-undang bertulis buat masa ini. Antaranya lagi, langkah ini bagi penggunaan Grid Nasional, pembekalan tenaga elektrik tersebut keluar sempadan Malaysia dan tidak akan menjejaskan bekalan dan kestabilan tenaga elektrik untuk kegunaan rakyat di dalam negara kita. Perkara ini saya ingin tegaskan kerana kebelakangan ini sering terjadi kekurangan bekalan tenaga elektrik di dalam negara seperti yang berlaku di kawasan Parlimen saya di Padang Serai yang telah menyebabkan masalah kepada penduduk khususnya bagi yang menjalankan perniagaan. Di Pekan Padang Serai baru-baru ini antara lima ke tujuh jam. Masih ada juga kampung-kampung di kawasan saya juga seperti di Kampung Tanjong Belit yang sering terganggu bekalan elektrik atas faktor kelemahan sama ada infrastruktur atau pencawang yang membekalkan elektrik di kawasan-kawasan tersebut. Saya juga dimaklumkan bahawa gangguan bekalan ini juga berlaku di kawasan Bertam iaitu Kepala Batas, Pulau Pinang mengambil masa gangguan sehingga 12 ke 15 jam. Ini antara beberapa contoh gangguan bekalan elektrik yang berlaku dalam negara kita. Saya yakin ada banyak lagi kawasan yang terkesan dengan gangguan ini. Saya juga ingin mencadangkan agar tarif elektrik pada industri pembuatan makanan seperti kilang memproses padi dan pembungkusan beras diberikan tarif yang lebih rendah berbanding industri pembuatan lain seperti produk E&E ataupun automotif. Ini bagi memastikan barang makanan yang sampai kepada pengguna dengan lebih murah dan tidak membebankan. Sebagai kesimpulannya, pindaan kepada akta ini sebelum diluluskan Suruhanjaya Tenaga mesti memastikan sebelum bekalan elektrik mahu dijual atau dieksport ke luar negara, bekalan dalam negara mesti dipastikan sampai kepada pengguna domestik dengan sempurna. Sememangnya kita maklum kerajaan telah mengambil langkah ke hadapan sejak kejadian blackout yang berlaku 3 Ogos 1996, lebih 27 tahun yang lalu, menyebabkan banyak penjana tenaga bebas telah dibenarkan beroperasi bagi menjana lebih banyak bekalan.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Apa pun diharapkan sekiranya aktiviti penjualan tenaga elektrik ini berhasil, maka diharapkan pulangan hasil ini akan memberikan suatu kadar tarif elektrik yang lebih kompetitif kepada rakyat yakni pengguna domestik khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin ambil peluang RUU untuk meminda Akta Bekalan Elektrik Tahun 1990 ini untuk

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

memberikan tiga cadangan kepada kerajaan. Pertama, sebagai langkah proaktif dalam menghadapi cabaran perubahan iklim. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan polisi yang akan mewajibkan semua bangunan baru yang dibina di negara kita dilengkapi dengan panel solar sebagai langkah menuju pembangunan lestari dan tenaga boleh diperbaharui yang akan membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar kita. Dengan memasang panel solar di bangunan baru, kita akan dapat meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional. Ini juga akan memberikan peluang untuk kita menghasilkan tenaga hijau sendiri serta mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik bagi pemilik bangunan. Tambahan pula, kerajaan juga dapat menggalakkan penglibatan pengusahaan yang memasang panel solar di bangunan mereka dalam pasaran karbon dengan penjanaan kredit karbon dan insentif lain sebagai penghargaan kepada usaha mereka dalam mengurangkan jejak karbon negara. Untuk menggalakkan pertumbuhan sektor perindustrian yang lestari dan mengekalkan daya saing negara, cadangan kedua saya adalah agar kerajaan mengkaji cadangan memberikan diskaun kepada kawasan perindustrian untuk caj kadar elektrik dari pukul 12 tengah malam iaitu 12 am hingga pagi pukul 9. Cadangan ini akan memberi insentif kepada perusahaan-perusahaan untuk menggunakan tenaga elektrik pada waktu- waktu yang lebih rendah permintaan dan juga mengurangkan beban grid elektrik pada waktu puncak. Diskaun ini boleh diwujudkan dengan kerjasama bersama agensi pembekalan elektrik negara. Ini akan memberi kawasan perindustrian kelebihan dalam mengekalkan kos operasi dan menarik lebih pelabur dalam sektor perindustrian. Selain daripada pemberian diskaun waktu off-peak, saya juga ingin mencadangkan kerajaan untuk menggalakkan penghasilan tenaga elektrik daripada tiupan angin dengan memasang lebih banyak wind turbines di lokasi strategik di seluruh negara. Wind turbines dengan izin adalah sumber tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi untuk menghasilkan tenaga hijau secara berterusan. Saya mencadangkan agar kerajaan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan syarikat tenaga elektrik untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai untuk memasang wind turbines dengan izin tersebut. Negeri-negeri yang memiliki kekuatan tiupan angin yang sesuai untuk projek ini haruslah diberikan keutamaan. Selain memberi manfaat kepada alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil, pelaksanaan projek wind turbines ini juga akan membuka peluang pekerjaan tempatan dalam pembinaan penyelenggaraan dan pemantauan wind turbines. Ini akan memberi dorongan kepada ekonomi tempatan dan memajukan teknologi hijau di negara kita. Itu sahaja, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Maka tamatlah pembahas-pembahas. Berikutan ini saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 15 minit.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada lima pembahas yang telah ambil bahagian dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mencelah dalam perbahasan RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 peringkat dasar. Yang Berhormat Jelutong ada menyuarakan tentang harapan beliau agar pindaan ini dapat memastikan kerajaan dapat tangani masalah pembaziran elektrik. Jadi kita sebagaimana kita sedia maklum, kita pinda RUU Bekalan Elektrik ini untuk memastikan kita streamline dengan EECA ataupun Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga yang baru kita luluskan sebentar tadi. Jadi, dengan ada Akta Kecekapan Tenaga yang telah diluluskan, ia akan memastikan kecekapan tenaga elektrik dan juga tenaga thermal yang kita anggarkan dalam jangka masa panjang menjelang

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

tahun 2050 hampir RM100 bilion penjimatan bil utiliti yang dapat dicapai selain daripada hampir 200,000 kilo tan CO2 yang dapat dikurangkan. Seterusnya, yang juga banyak disuarakan, saya fikir tadi oleh Jelutong, oleh Rasah dan beberapa Yang Berhormat yang lain, ini juga masalah yang kita sedia maklum tentang soal illegal Bitcoin mining. Ini banyak menjadi igauan pemilik-pemilik premis terutamanya warga emas yang mungkin mereka didatangi penyewa-penyewa dengan tawaran yang menarik, mereka memberi sewa tetapi mereka tidak mengubah akaun TNB mereka kepada penyewa. Ini sebenarnya perkara yang boleh dilakukan dan sepatutnya dilakukan kerana sekiranya ada apa-apa masalah, maka ia akan menjadi masalah antara penyewa dengan TNB bukan antara tuan punya kedai tersebut dengan TNB dan ini mencapai ratusan ribu ringgit. Jadi pada masa yang sama, saya fikir TNB juga perlu lihat, saya tahu daripada segi strict legal obligation ia antara pemilik akaun dengan TNB tetapi perlu ada selain daripada cara terbaik tukar nama akaun tersebut. Tetapi bagaimana kita hendak selesaikan dengan cara yang baik tanpa perlu membawa warga-warga emas kita yang tidak bersalah ke mahkamah dalam soal ini. Dan kerjasama di peringkat TNB, Suruhanjaya Tenaga dan PDRM sudah pun ada dalam perkara ini dan kuasa penyiasatan di bawah Akta 447 pada Jun 2023 telah diberikan kepada PDRM untuk menjalankan penguatkuasaan secara khususnya untuk isu illegal Bitcoin mining. Ada sebanyak 24 kes operasi penguatkuasaan antara 2018 sehingga 2022. Tentang pemantauan kilang-kilang besar untuk memastikan mereka menggunakan bekalan elektrik yang sah, memang ST bekerjasama dengan pemegang lesen dalam memastikan penguatkuasaan dalam perkara ini dan antara 2006 sehingga 2023 ada 41 kes berkaitan kecurian elektrik yang telah dibawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan. Seterusnya, tadi di Yang Berhormat Kuala Kedah satu perbahasan yang baik. Jadi sebagaimana saya sebut sebentar tadi, pindaan kepada Akta 447 ini ialah kerana kita potong perkataan ‘penggunaan elektrik yang cekap’ supaya tiada pertindihan antara Akta Bekalan Elektrik dan EECA yang kita baru luluskan. Jadi sebab itu, kita pinda supaya ia dapat bergerak dengan lebih baik dan tidak ada pertindihan dan selepas ini EECA menjadi perundangan yang komprehensif di dalam menangani soal kecekapan tenaga. Seterusnya, bagaimana pihak kerajaan bercadang memaksimakan penjanaan tenaga dan juga khususnya perancangan untuk tenaga hijau dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu. Kita ada matlamat sekarang kapasiti tenaga boleh baharu kita ialah 25 peratus daripada solar, biojisim dan juga hidro. Kita hendak tingkatkan kepada 70 peratus menjelang tahun 2050. Ini sebenarnya satu langkah yang sangat penting untuk memastikan kita tidak lagi bergantung kepada bahan api-bahan api seperti gas, arang batu dan sebagainya yang bukan sahaja mencemarkan tetapi juga memberi implikasi kewangan yang besar kepada negara. Tentang bagaimana kita hendak menangani masalah kenaikan tarif, sebenarnya hampir hari ini pun sebagaimana saya sebut sebentar tadi, kita di negara kita, kita tahun ini dijangkakan membelanjakan RM81 bilion, belanjawan kita RM388 bilion untuk tahun 2023 tapi kita belanjakan RM81 bilion hanya untuk subsidi ya. Kebanyakannya subsidi minyak termasuk juga elektrik. Untuk elektrik kita telah apungkan tarif untuk perusahaan-perusahaan besar dan kita juga telah kenakan kenaikan bukan keseluruhannya tetapi sebahagian besar kepada satu peratus pengguna terbesar elektrik bagi domestik. Jadi, ini mungkin rumah yang ada tujuh, lapan, 10 air con atau lebih. Bil elektrik dia RM700 ke atas baru mereka kena peningkatan tersebut. Jadi untuk yang lain, kerajaan masih lagi memberikan subsidi yang sangat besar dan kita perlu melihat daripada cara beransur-ansur agar perkara ini dapat kita lakukan supaya wang itu dapat kita salurkan kepada yang betul-betul perlu.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Tidak adillah kalau rumah ada lima, enam air con ini dapat subsidi sedangkan rakyat yang lain tidak dapat. Kita dapat atasi masalah-masalah terpencil soal bekalan elektrik dan sebagainya dapat kita atasi dengan penjimatan tersebut. Tahun ini, untuk tarif elektrik selepas pelarasan yang kita buat pada 1 Januari dan 1 Julai 2023, penjimatan kita ialah sekitar RM4.6 bilion yang sangat besar kesannya. Seterusnya tentang Yang Berhormat Rasah, cadangan yang dibuat tentang isu orang lain yang menyamar. Itu satu cadangan yang baik dan pihak kerajaan akan mengkaji bagaimana untuk kita melaksanakan perkara tersebut dan tentang soal usikan meter, that’s the politically correct word dengan izin, kita akan terus di pihak TNB, mereka secara berterusan. Proses ini sudah pun bermula tetapi mereka akan terus dengan pemasangan smart meter dengan izin yang dapat merekod penggunaan meter yang tepat dan juga dapat membolehkan pengguna juga akses kepada penggunaan meter tersebut secara langsung ataupun secara live. Seterusnya tentang bagaimana Yang Berhormat Padang Serai tentang soal kenapa kita membenarkan import atau eksport tenaga ketika mana masalah di dalam negara kita tidak selesai lagi. Sebenarnya kadar SAIDI ataupun System Average Interruption Duration Index yang ada di Semenanjung ini antara yang terbaik, setaraf dengan negara-negara maju tetapi saya akui masih ada lagi masalah-masalah terpencil kerana soal lokaliti dan sebagainya di Semenanjung sendiri yang ada berdepan dengan masalah pemotongan elektrik. Tetapi apa yang saya hendak tekankan, kita bercakap tentang soal tarif, kita bercakap tentang soal kita tidak mahu bebankan pengguna domestik, maka sebab itu apabila kita dapat eksport tenaga ini, kita tahu bahawa ini kita akan mampu menggunakan hasil daripada eksport tersebut untuk kita menaik taraf grid. Saya sebut semalam, kadar yang dianggarkan oleh IRENA, International Renewable Energy Agency untuk kita naik taraf grid sehingga tahun 2050 mengikut sasaran yang kita ada, RM180 bilion dan ini satu jumlah yang sangat besar dan apabila kita eksport, sekurang-kurangnya kita mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia untuk kita menaik taraf grid. Sebab sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong sebentar tadi, memang kalau boleh kita hendak memperbanyakkan pemasangan tenaga solar dan sebagainya di atas rumah-rumah yang ada di dalam negara kita tetapi kalau grid kita tidak bersedia maka kita akan lihat apa masalah yang berlaku di Vietnam. Vietnam mereka pasang solar begitu banyak dalam tempoh yang sekejap tetapi tengok-tengok grid mereka tidak bersedia, mereka tidak melabur dengan cukup dalam grid sehingga akhirnya tenaga solar itu terpaksa diketil, ditolak semula dan itu bukan satu perkara yang kita hendak lihat di negara kita. Ia perlu berjalan seiringan untuk kita pastikan grid kita bersedia dengan tenaga boleh baharu yang masuk ke dalam sistem. Jadi, seterusnya tentang soal tarif elektrik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai untuk pihak yang membuat padi, pembungkusan makanan diberikan tarif rendah. Sebenarnya, sememangnya akaun-akaun yang terlibat dalam makanan dan pertanian, mereka diberikan kod tarif yang khas dan ini diberikan subsidi tidak kira mereka menjadi pengguna voltan tinggi atau rendah tetapi dalam kod tersebut, mereka menikmati subsidi besar daripada kerajaan supaya mereka tidak akan pass- through kos tersebut kepada pihak pengguna. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat daripada kedua- dua belah pihak yang memberi pandangan, cadangan dan teguran untuk kita perbaiki soal bekalan elektrik kita dalam sesi perbahasan rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]

Usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Di Bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) — Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5) maka Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dibentangkan di atas meja mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas DR9 Tahun 2023 hendaklah diterima dan dipersetujukan. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat selaku pengerusi, Ahli Parlimen Titiwangsa, Selayang, Ipoh Barat, Lubok Antu, Masjid Tanah dan Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa Penyata Jawatankuasa- jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Ke-15 ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, masa pukul satu. Kita sambung selepas 2.30?

Saya mohon lima minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, teruskan.

Terima kasih. Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 yang telah dibentangkan di atas meja mesyuarat dalam Dewan ini sebagai Kertas DR9, Tahun 2023 adalah susulan daripada mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang telah diadakan pada 14 Jun 2023 dan 18 September 2023 yang mengandungi pindaan peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa cadangan pindaan Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat oleh Jawatankuasa Peraturan- peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat adalah seperti lampiran A hingga D dalam penyata iaitu lampiran A mengenai pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat 7(3) bagi membolehkan Tuan Yang di-Pertua menetapkan tempoh masa bagi seorang ahli yang dilantik untuk

mempengerusikan mesyuarat secara sementara tanpa perlu memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat. Lampiran B mengenai pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat 16(1), 16(4), 16(5), 16(6) dan Peraturan Mesyuarat 16(8) yang bertujuan memperkasakan Kamar Khas yang mana penerangan menteri yang boleh dibuat dalam Kamar Khas, penetapan tempoh masa bagi pelantikan pengerusi sementara Kamar Khas dan Kamar Khas bersidang sehingga selesai semua urusannya. Lampiran C mengenai pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat 17(3) yang bertujuan membolehkan Kamar Khas membincangkan usul berkenaan perkara tadbir kerajaan daripada tidak lebih daripada dua ahli dalam satu mesyuarat Kamar Khas. Setiap ahli boleh mengemukakan dua usul masing-masing dan satu soalan tambahan bagi setiap usul ahli tersebut. Dan Lampiran D mengenai pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat 44(2) yang bertujuan menjelaskan tempoh hari ahli yang diminta ...

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Peraturan Mesyuarat.

... keluar dari Majlis Mesyuarat merujuk kepada hari persidangan sahaja. Berdasarkan huraian di atas dan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 86 ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat ....

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Yang Berhormat ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Peraturan Mesyuarat.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Peraturan Mesyuarat.

Sekejap saya habiskan dahulu. 86(5) saya mohon mencadangkan supaya Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat ini diterima dan dipersetujukan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Peraturan Mesyuarat 86(5), sesiapa ahli selepas mengeluarkan pemberitahu sekurang-kurangnya dua hari terlebih dahulu boleh mencadangkan dalam Majlis supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan itu terima tetapi kita baru terima saya rasa hari ini, tidak sampai dua hari. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, kalau mengikut rekod sini, benda ini sudah dua hari dibentang dah. Saya tidak, kurang arif macam mana Yang Berhormat dapat lewat. Dalam rekod sebagaimana yang dinyatakan telah dua hari. Baik.

Sudah awal, atas meja dah. Tidak tengok.

Atas meja, atas meja, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Menteri sudah habis?

Saya mohon mencadangkan. Menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Menteri habis dah?

Dah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, memandangkan waktu telah lebih pukul satu, saya tangguhkan. Ada lagi? Sebentar. Baik, ada yang menyokong?

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, dengan sedemikian memandangkan ini, sebentar ya. Ada kekeliruan, sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dibuka untuk perbahasan. Jika ada, saya akan benarkan selepas waktu makan. Jika tidak ada, saya akan terus kepada pengundian. Ada hendak dibahas sebelah kanan? Belah kiri? Tidak ada ya. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dengan sedemikian, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN AWAM DAN TANGGUNGJAWAB FISKAL 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta membuat peruntukan mengenai tanggungjawab kebertanggungjawaban tadbir urus dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal, khususnya berhubung dengan hasil, perbelanjaan, pinjaman dan hutang, melaporkan dokumen belanjawan tahunan dan penerbitan dokumen lain dan untuk mengadakan perkara lain yang berkaitan dengannya. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam usaha memacu ekonomi negara, terdapat keperluan untuk mengimbangi antara pelaksanaan agenda pembangunan negara dengan usaha mengekalkan kemapanan kewangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Bagi mencapai maksud ini, adalah penting untuk meningkatkan disiplin dan melaksanakan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan awam. Usaha ini amat penting bagi memastikan kewangan awam kekal kukuh dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan fiskal negara supaya peruntukan yang mencukupi dapat disediakan, seterusnya memberi impak yang optimum kepada rakyat. Dalam masa yang sama, usaha turut ditingkatkan bagi menangani isu berkaitan ketirisan, pembaziran, penyelewengan dan kelemahan tata kelola dalam pengurusan wang awam yang akhirnya merugikan dana negara. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah menambah baik struktur institusi dan tadbir urus, ketelusan pelaporan dan keberkesanan pengurusan risiko melalui pembaharuan fiskal yang lebih bertanggungjawab dan progresif.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Sejak tahun 2017, Kementerian Kewangan telah meneroka langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan kewangan awam melalui peningkatan disiplin fiskal, keberkesanan perbelanjaan dan ketelusan dalam pelaporan. Pengenalan undang-undang tanggungjawab fiskal merupakan antara inisiatif pembaharuan fiskal yang utama bagi memastikan kemapanan fiskal Kerajaan Persekutuan dengan menekankan prinsip kebertanggungjawaban dalam melaksanakan pengurusan fiskal. Undang-undang berkaitan tanggungjawab fiskal juga telah diperkenalkan oleh kebanyakan negara seperti New Zealand, Australia, United Kingdom, Brazil, Chile, Ireland, Nigeria, India dan Thailand. Selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa ini, kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) dalam Belanjawan 2019. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Teknikal yang bertanggungjawab memberikan panduan, membincangkan isu dasar yang merangkumi elemen dan rangka dasar FRA yang sesuai dalam konteks pembangunan negara. Selain itu, satu kertas konsultasi awam telah diterbitkan pada September 2021, bagi mendapatkan input dan maklum balas berkenaan penggubalan FRA sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan fiskal. Kertas konsultasi tersebut mengandungi asas pertimbangan isu berkaitan pengurusan fiskal serta cadangan rangka dasar FRA. Secara umumnya, orang awam, penganalisa, para akademik, agensi penarafan dan institusi antarabangsa, menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tata kelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan fiskal melalui pengenalan FRA. Walaupun pandemik COVID-19 telah menjejaskan pelan pelaksanaan FRA, namun kerajaan kekal komited untuk meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal, termasuk memuktamadkan FRA sekarang ini seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023. Tan Sri Yang di-Pertua, negara kita pernah mencatat lebihan baki fiskal serta berupaya membayar sebahagian daripada hutang negara yang berjumlah sekitar RM103.1 bilion atau 36.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, sejak krisis kewangan Asia 1997-1998, kerajaan telah mengalami defisit dalam belanjawan secara berterusan dengan defisit fiskal tertinggi dicatat pada tahun 2009 iaitu 6.7 peratus berbanding KDNK, berikutan beberapa krisis ekonomi dan kewangan global. Defisit fiskal ini telah berjaya dikurangkan secara beransur-ansur kepada paras terendah pada tahun 2017 iaitu 2.9 peratus berbanding KDNK. Namun, krisis kesihatan akademik akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2020 hingga 2022 memerlukan kerajaan memperkenalkan beberapa siri pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi bernilai RM530 bilion atau 36.1 peratus KDNK dengan suntikan langsung fiskal sebanyak RM92.5 bilion, sebagai langkah intervensi bagi membantu rakyat dan mengelakkan ekonomi dari terjerumus jatuh ke tahap yang jauh lebih buruk. Pengenalan pakej-pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi yang memerlukan suntikan kewangan kerajaan telah menyebabkan paras defisit kembali meningkat kepada 6.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2021. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah melonjak kepada 1.079.6 bilion atau 60.3 peratus daripada KDNK pada akhir Disember 2022, berbanding RM793 bilion atau 52.4 peratus pada akhir 2019. Perkara ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa meminda had siling hutang daripada 55 peratus kepada 65 peratus daripada KDNK. Selain itu, dalam tempoh yang sama, kerajaan juga menanggung liabiliti dalam bentuk komitmen jaminan, komitmen projek di bawah perkongsian awam – swasta dan inisiatif pembiayaan swasta berjumlah RM363.3 bilion. Ini menjadikan keseluruhan hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan mencecah hampir RM1.5 trilion. Peningkatan hutang ini telah meningkatkan bayaran khidmat hutang dan mengekang ruang fiskal bagi melaksanakan program dan projek baharu serta langkah kitaran balas untuk menghadapi krisis ekonomi atau kejutan luar. Oleh yang demikian, situasi ini telah meningkatkan kepentingan peranan dasar fiskal dalam menyokong

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serta memastikan kemapanan kewangan negara dalam jangka sederhana dan panjang. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat beberapa perundangan yang diguna pakai dalam tadbir urus pengurusan fiskal negara. Akta Tatacara Kewangan 1957 merupakan akta utama dalam pengurusan kewangan negara. Walau bagaimanapun, akta ini lebih tertumpu kepada prosedur dan tatacara pengurusan kewangan awam. Namun, tidak menyentuh mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam merangka dasar fiskal negara. Oleh tu, penggubalan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal akan melengkapi Akta Tatacara Kewangan 1957 serta menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tan Sri Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan in dirangka berteraskan prinsip tadbir urus (governance), kebertanggungjawaban (accountability) dan ketelusan (transparency). Dalam menyokong usaha meningkatkan tata kelola dan kecekapan pengurusan kewangan awam mengikut standard peraturan dan prosedur terbaik dan selari dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. Rang undang-undang mempunyai enam fasal dan dua jadual seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas iaitu kewangan awam dan tanggungjawab fiskal 2023. Permulaan tarikh kuat kuasa yang akan ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pewartaan. Pemakaian akta yang dicadangkan ini hanya kepada Kerajaan Persekutuan dan entiti Kerajaan Persekutuan serta tafsiran bagi perkataan tertentu. Akta yang dicadangkan ini juga hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan. Fasal 2 mengandungi elemen prinsip umum pengurusan iaitu kebertanggungjawaban, ketelusan, tanggungjawab dan kesaksamaan antara generasi serta prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab seperti berikut: (i) memastikan kestabilan makroekonomi; (ii) mencapai dan mengekalkan kemapanan baki fiskal; (iii) mencapai dan mengekalkan tahap hutang yang berhemat; dan (iv) memastikan pengurusan risiko fiskal yang berkesan. Semua prinsip di atas akan diterjemahkan dalam bentuk objektif fiskal dan nilai kuantiti meliputi sasaran tahunan dan jangka sederhana antara tiga hingga lima tahun yang ingin dicapai oleh kerajaan, seperti dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan ini. Sebagai panduan kepada perancangan fiskal jangka sederhana, penggubalan rangka kerja fiskal jangka sederhana yang diterbitkan secara tahunan akan diteruskan dan disokong oleh strategi hasil dan dasar perbelanjaan. Fasal 3 mengandungi klausa berkaitan penggubalan dasar hasil, perbelanjaan awam, pengurusan pinjaman dan hutang serta pengurusan risiko fiskal. Secara umumnya, komponen-komponen ini mengandungi klausa berikut. Subfasal (3) Penggal I menggariskan bahawa penggubalan dasar hasil adalah berasaskan prinsip kecekapan, keadilan, kesaksamaan serta prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab. Objektif yang ditekankan meliputi antaranya memastikan pembiayaan sumber hasil yang mapan, sistem dan perundangan cukai yang cekap dan saksama dan meminimumkan potensi kehilangan hasil. Subfasal ini juga menyatakan tanggungjawab Menteri Kewangan berhubung dengan dasar hasil iaitu antaranya merangka strategi hasil jangka masa sederhana, menyediakan anggaran hasil tahunan, menaksir potensi kehilangan atau tambahan hasil serta memastikan pengurusan dan pentadbiran hasil mengikut objektif yang dinyatakan dalam akta yang dicadangkan ini. Subfasal (3) Penggal 2 menjelaskan pengurusan perbelanjaan awam perlu dirangka dan dilaksanakan secara berkesan dan cekap dengan mengutamakan disiplin

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

fiskal, ketelusan dan keberkesanan ke arah mencapai keseluruhan objektif sosioekonomi. Perbelanjaan awam perlu diurus secara berhemat dengan keutamaan program dan projek strategik serta berimpak tinggi yang memberi kesan berganda kepada ekonomi. Kerajaan juga hendaklah menilai implikasi kewangan ke atas setiap keputusan dasar yang ingin dilaksanakan serta memastikan peningkatan perbelanjaan sejajar dengan penjanaan hasil. Subfasal ini juga menyatakan tanggungjawab Menteri Kewangan untuk menyatakan sumber pembiayaan sama ada melalui pinjaman, penjimatan, penstrukturan semula perbelanjaan, tambahan hasil atau sekiranya terdapat keperluan peruntukan tambahan. Menteri Kewangan juga perlu menyediakan dasar perbelanjaan jangka sederhana serta menambah baik tata kelola dan ketelusan dalam perbelanjaan melalui pemantauan dan pelaporan secara berkala. Subfasal (3) Penggal 3 menjelaskan pengurusan pinjaman dan hutang yang bertanggungjawab dan berhemat. Memastikan obligasi pinjaman dan hutang dipenuhi tepat pada masanya dengan tahap risiko yang munasabah. Selain itu, tujuan pinjaman juga hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan pembayaran balik hutang. Fasal ini juga menjelaskan bahawa pinjaman yang dibuat perlu mematuhi akta- akta berkaitan seperti dinyatakan dalam Jadual Kedua akta yang dicadangkan ini dan digunakan bagi maksud yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 dan pembayaran balik hutang. Subfasal ini juga menyatakan tanggungjawab Menteri Kewangan berhubung dengan pengurusan hutang dan pinjaman iaitu antaranya menyediakan program pinjaman tahunan serta membuat penilaian kemapanan hutang jangka masa sederhana. Subfasal (3) Penggal 4 menyatakan pengurusan risiko fiskal dengan matlamat meminimumkan dan mengurangkan pendedahan risiko fiskal kerajaan. Risiko fiskal kerajaan merangkumi komitmen kewangan berbangkit daripada jaminan kerajaan, kerjasama awam swasta dan entiti kerajaan, perubahan indikator ekonomi serta impak daripada bencana alam, perubahan iklim, pandemik dan situasi geopolitik yang akan meningkatkan komitmen kewangan kerajaan. Subfasal ini juga menyatakan tanggungjawab Menteri Kewangan berhubung dengan pengurusan risiko fiskal. Antaranya mengenal pasti sumber risiko fiskal, menilai dan melaporkan risiko fiskal. Menteri Kewangan juga perlu menyediakan garis panduan pengurusan risiko fiskal bagi mengehadkan pendedahan risiko fiskal serta menyediakan pelan mitigasi bagi menangani impak risiko fiskal. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab entiti kerajaan dan penerima jaminan kewangan untuk mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada Perbendaharaan. Fasal 4 mengandungi klausa berkaitan pelan pelarasan fiskal bagi meningkatkan kebertanggungjawaban Menteri Kewangan kepada Parlimen. Pelan pelarasan fiskal perlu dibentangkan dalam dua keadaan iaitu pertama, sekiranya berlaku penyimpangan sementara dan kedua, apabila sasaran ditetapkan dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan ini tidak dapat dicapai. Penyimpangan sementara memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menyimpang sementara daripada sasaran yang ditetapkan dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan ini, sekiranya berlaku keadaan luar jangka seperti krisis ekonomi, krisis kesihatan atau menjejaskan kedudukan fiskal. Dalam hal ini, Menteri Kewangan perlu membuat penilaian keadaan luar jangka tersebut dan membentangkan kepada Jemaah Menteri. Sekiranya Jemaah Menteri bersetuju bahawa terdapat keadaan luar jangka yang akan memberi kesan signifikan kepada ekonomi, kesihatan rakyat dan kedudukan fiskal, Menteri Kewangan perlu membentangkan pelan pelarasan fiskal untuk kelulusan Jemaah Menteri dan kemudiannya dibentangkan kepada Dewan Rakyat untuk makluman. Oleh yang demikian, kerajaan boleh melaksanakan sebarang langkah suntikan rangsangan ekonomi dengan izin, counter-cyclical measures sekiranya berlaku sebarang krisis yang boleh menjejaskan kehidupan, ekonomi dan kedudukan fiskal kerajaan.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Manakala dalam keadaan kedua, sekiranya objektif fiskal dan nilai kuantiti dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan tidak dapat dicapai, Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk membentangkan pelan pelarasan fiskal melalui satu ketetapan di Dewan Rakyat untuk kelulusan. Sekiranya Dewan Rakyat tidak meluluskan pelan pelarasan fiskal ini, Dewan Rakyat boleh meluluskan satu ketetapan untuk Menteri Kewangan menambah baik pelan pelarasan fiskal untuk dibentang semula di Dewan Rakyat. Menteri Kewangan perlu melaporkan kemajuan langkah pelan pelarasan fiskal di dalam laporan tinjauan fiskal tahunan. Pelan pelarasan fiskal hendaklah mengandungi justifikasi bagi penyimpangan atau ketidakcapaian objektif fiskal dan nilai kuantiti, langkah-langkah yang akan diambil dan jangkaan tempoh masa yang akan diambil untuk kembali atau mencapai objektif fiskal dan nilai kuantitinya. Fasal 5 adalah mengenai penginstitusian Jawatankuasa Dasar Fiskal yang telah ditubuhkan secara pentadbiran sejak 2013. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyelia hal ehwal fiskal, hutang dan liabiliti serta risiko fiskal, membincang dan mengesyorkan dasar bagi mencapai objektif fiskal serta memenuhi tugas fiduciary dalam memastikan pelaksanaan dasar fiskal selaras dengan pengurusan fiskal bertanggungjawab. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli seperti berikut: (i) Perdana Menteri sebagai Pengerusi; (ii) Timbalan Perdana Menteri; (iii) Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi kewangan; (iv) Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi ekonomi; (v) Ketua Setiausaha Negara; (vi) Ketua Setiausaha Perbendaharaan; (vii) Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi; (viii) Gabenor Bank Negara Malaysia; dan (ix) tidak lebih dua orang lain yang mempunyai kedudukan dan pengalaman berkaitan fiskal dan kewangan awam. Fasal 6 melibatkan keperluan penerbitan beberapa laporan berkaitan kedudukan ekonomi dan fiskal merangkumi laporan sedia ada dan juga laporan baharu. Laporan sedia ada merangkumi tinjauan ekonomi, tinjauan fiskal, anggaran hasil Kerajaan Persekutuan dan anggaran belanjawan tahunan. Laporan baharu yang akan diterbitkan adalah pertama, laporan prestasi perbelanjaan separuh tahun. Kedua, penyata risiko fiskal dan ketiga, penyata perbelanjaan cukai. Jadual Pertama memperincikan objektif fiskal dan nilai kuantiti iaitu sasaran tahunan dan jangka sederhana antara tiga hingga lima tahun yang ingin dicapai oleh kerajaan. Terdapat empat sasaran dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan ini seperti berikut: (i) perbelanjaan pembangunan tahunan sebagai peratusan kepada KDNK hendaklah sekurang-kurangnya tiga peratus; (ii) defisit fiskal sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak tiga peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun; (iii) paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak 60 peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun; dan (iv) had jaminan kewangan sebagai peratusan kepada KDNK tidak melebihi 25 peratus.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Bagi maksud jaminan kewangan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan ini, ianya adalah merujuk dan terhad kepada jaminan yang terkandung di bawah empat akta seperti yang berikut:

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

(i) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], subseksyen 14(1); (ii) Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 [Akta 96], subseksyen 2(1); (iii) Akta Jaminan Pinjaman 1972 iaitu Akta 66, seksyen 2; dan (iv) Akta Jaminan Pinjaman 1963 iaitu Akta 412, seksyen 2. Had siling jaminan yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama akta yang dicadangkan ini tidak termasuk jaminan berkanun yang diberikan di bawah akta tubuh entiti yang diluluskan Parlimen seperti jaminan deposit Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Perlu saya jelaskan bahawa sekiranya kerajaan ingin menetapkan hala tuju dan sasaran fiskal yang baharu seiring dengan prinsip pengurusan fiskal bertanggungjawab, kerajaan boleh mengemukakan 1rang undang-undang pindaan ke atas Jadual Pertama untuk kelulusan Parlimen. Jadual Kedua menyenaraikan akta berkaitan pengurusan pinjaman dan hutang Kerajaan Persekutuan sebagaimana dinyatakan di bawah penggal 3, fasal 3 akta yang dicadangkan ini. Secara amnya, hanya empat akta utama digunakan pada masa ini sebagai punca kuasa kerajaan untuk meminjam iaitu Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 iaitu Akta 637, Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 iaitu Akta 403 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 iaitu Akta 275. Walau bagaimanapun, Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 [Akta 187] turut disenaraikan dalam jadual ini kerana menjadi punca kuasa kepada beberapa perjanjian pinjaman antara kerajaan dengan Bank Pembangunan Islam yang masih aktif dan dijadualkan akan selesai sepenuhnya pada 2026. Tan Sri Yang di-Pertua, buat pertama kali dalam sejarah, ini adalah buat pertama kali dalam sejarah, satu akta berkaitan pengurusan dasar fiskal dirangka berdasarkan konteks Malaysia bagi memastikan kemapanan kewangan awam, memelihara kestabilan makroekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat. Akta yang dicadangkan ini mengandungi objektif dan sasaran fiskal yang jelas untuk dicapai oleh kerajaan dalam tempoh jangka masa sederhana tiga hingga lima tahun. Selain itu, akta yang dicadangkan ini menekankan aspek akauntabiliti Menteri Kewangan kepada Parlimen dalam menguruskan dasar fiskal dan kewangan awam. Penggubalan akta yang dicadangkan ini menggambarkan komitmen kerajaan bagi menambah baik tata kelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan dasar fiskal negara. Tan Sri Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini akan membuka satu lembaran baharu dalam memartabatkan agenda pembaharuan fiskal negara. Ianya akan menjadi nadi dalam penggubalan dasar hasil, perbelanjaan awam, hutang dan risiko fiskal berteraskan kepada prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab. Perjuangan ini tidak akan terhenti setakat ini, malah akan diteruskan dengan inisiatif-inisiatif pembaharuan fiskal yang lain termasuk pengenalan rang undang-undang yang berkaitan dengan perolehan kerajaan. Sifat dan sikap tanggungjawab dalam melaksanakan tugas perlu dijiwai dalam diri setiap pemimpin dan penjawat awam dengan menjunjung ketaatan kepada negara, bangsa dan agama, melebihi kepentingan peribadi. Justeru, sokongan penuh dalam menyokong rang undang-undang ini adalah bukti Ahli-ahli Yang Berhormat semua berjiwa besar dalam mendukung pembaharuan dan penambahbaikan kepada dasar fiskal negara. Tetapkan niat yang baik dengan membuat perkara yang betul supaya kita dapat mewariskan satu teladan buat generasi akan datang. Saya akhiri dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Bukit Mertajam

Bagus. 1 Pindaan oleh YB. Timbalan Menteri Kewangan (YB. Pontian) melalui surat bertarikh 12 Oktober 2023

Tuan Yang di-Pertua

Ada siapa yang menyokong?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya sokong Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk membuat peruntukan mengenai tanggungjawab, kebertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal khususnya berhubung dengan hasil, perbelanjaan, pinjaman dan hutang, melaporkan dokumen belanjawan tahunan dan penerbitan dokumen lain dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya mendapat 17 permintaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas atas rang undang-undang ini. Saya akan bacakan nama-nama mereka yang akan berbahas mengikut aturan dan setiap pembahas akan diberi masa lima minit. Pertama YB Bagan, diikuti dengan Putrajaya, Paya Besar, Tanjong Karang, Gopeng, Bachok, Puchong, Kuala Krai, Ipoh Timur, Pendang, Pasir Gudang, Pasir Mas, Miri, Sik, Kampar, Kapar dan Subang. Untuk itu, saya jemput YB Bagan. Silakan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. Tan Sri Yang di-Pertua, saya bangun. Bangun untuk menyokong rang undang-undang ini yang memang tepat pada masanya dan membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan menunaikan janji kepada rakyat untuk menjalankan reformasi institusi demi mengawal hutang Kerajaan Persekutuan tidak dibenarkan naik melambung tinggi akibat sikap boros atau penyelewengan dan juga demi menegakkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Ia juga mencerminkan kesediaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyerahkan kuasa kepada Parlimen, kuasa Menteri Kewangan kepada Parlimen agar menjalankan reformasi institusi ini bahawa keunggulan Parlimen tetap didukung dan dibela. Ini adalah penting kerana usaha untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal mula pada 2018 semasa kerajaan berubah pada masa itu dan dirancang. Tetapi malangnya apabila Kerajaan Pakatan Harapan masa itu tumbang, digantikan dengan kerajaan yang baharu, usaha ini nampaknya ketinggalan dan tidak diusahakan. Sehingga bila berlakunya pandemik COVID, sebanyak RM530 bilion dibelanjakan sampai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu sebut, “Kerajaan sudah tiada wang lagi”. Sungguhpun begitu banyak wang dibelanjakan, tetapi rakyat tidak menikmatinya sampai perlu kibar bendera putih. Kita masih ingat, masa susah di bawah kerajaan masa itu. Dan itulah saya rasa menunjukkan betapa penting kita ada rang undang-undang sebegini supaya sekiranya ada kerajaan yang tidak bertanggungjawab seperti ini, mereka tidak boleh membuat kerajaan bankrap kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka ini. Kita kena berhati-hati kerana kalau tidak ada beberapa cadangan yang dilontarkan oleh mereka, kita masih ingat seorang pemimpin kerajaan dahulu masa itu mencadangkan, “Kalau kerajaan tak ada wang pada masa itu tak apa, kita boleh cetak wang untuk bagi sama rakyat”. Kalau buat cadangan macam itu, habislah, hancurlah, lingkuplah sistem kewangan dan ekonomi negara. [Tepuk] Itulah sebabnya rakyat buat keputusan betul, tolak sama kerajaan yang tidak guna itu, pilih Kerajaan Perpaduan.

Bagan, Bagan. Bagan kena namakan supaya orang tersebut boleh menafikan. Jadi, saya cadangkan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya. Saya namakan. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas kerana minta saya namakan. Yang saya namakan ialah jiran anda Yang

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Berhormat Machang. Beliau yang sebutkan, “Cetak wang untuk bagi sama rakyat, kalau kerajaan tidak ada wang”. Boleh tanya dia esok.

Yang Berhormat Bagan, ada sedikit soalan. Boleh? Ketika...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Oh ya. Tidak boleh. Saya tak ada masa lagi.

Saya hendak tanya Bagan boleh? 30 saat sahaja.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya juga — saya juga hendak minta...

Adakah...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak bagi. Minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bagi.

Ketika Kerajaan Perikatan Nasional menjadi kerajaan, adakah harga beras melambung sepertimana yang berlaku sekarang?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya juga minta bahawa dalam...

Tuan Yang di-Pertua

Sik. Sik. Sik!

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya juga minta bahawa dalam...

Tuan Yang di-Pertua

Sik! Sik! Sik! Tak bagi, duduk! Teruskan Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini penting juga supaya kita boleh pastikan skandal-skandal yang berlaku sebelum ini seperti 1MDB tidak dibenarkan berulang lagi. Dan di antara yang dicadangkan ialah untuk memastikan apabila ada jaminan, jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan mestilah dilaporkan secara telus. Dan saya nak syorkan di sini kalau boleh, sebarang jaminan yang diberikan oleh kerajaan termasuk surat sokongan, bolehkah laporkan secara umum. Kita nak tahu kerajaan berikan kepada sesiapa. Dan juga yang diberikan surat jaminan ataupun sokongan ini, mereka mesti buat penyata kewangan secara berkala kepada Parlimen supaya kita tahu apakah prestasi kewangan mereka. Pada masa yang sama, Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta bahawa objektif fiskal yang ditetapkan memang ia bercita tinggi dan amat berani Tan Sri Yang di-Pertua, seperti perbelanjaan pembangunan tahunan (DE) mesti lebih tiga peratus daripada KDNK. Baki fiskal ini yang saya bimbang sikit. Baki fiskal tak boleh, tak boleh lebih tiga peratus. Mesti kurang atau sama dengan tiga peratus. Kalau kita perlu ada deficit spending, macam mana? Saya sungguhpun kita tahu perlu ada Keynesian economics apabila keadaan mendesak, kita harap boleh ada kelonggaran. Dan saya menimbulkan kebimbangan ini kerana sekiranya semua sasaran ini ditetapkan, apakah objektif fiskal sasaran yang ditetapkan dan kita tidak boleh mencapainya. Ia akan digunakan sebagai ukuran oleh rating agency, oleh rating agency untuk menimbang semula kita punya credit outlook. Oleh sebab itu, saya harap perkara ini boleh mungkin dilihat semula supaya apabila kita tidak boleh mencapainya, ya memang di bawah fasal 26, tak boleh dibenarkan penyimpangan sementara. Nak buat laporan ke Parlimen, itu baik. Itu menunjukkan akauntabiliti dan ketelusan yang seperti yang disebutkan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi, yang penting ialah kita bimbang apakah reaksi daripada rating agency sekiranya Tan Sri Yang di-Pertua, kita tak boleh mencapai objektif fiskal ini. So...

Tuan Yang di-Pertua

Okey landing, Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, landing. Ya, terima kasih. So, oleh itu saya harap bahawa perkara ini diberikan pertimbangan supaya sekiranya ada apa-apa apa ini, itu keadaan khusus, kita boleh berikan penjelasan yang sewajarnya. Kerana kalau kita berani nak bercita tinggi, target nya terlalu tinggi, ia akhirnya mungkin kita makan diri.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Oleh sebab itu, saya hendak menyatakan sokongan penuh kepada rang undang- undang ini dan juga dengan keyakinan dengan rang undang-undang ini, kita dapat menghindarkan berlakunya skandal-skandal besar seperti 1MDB dan juga Jana Wibawa dan akhirnya saya harap bolehkah kita masukkan dalam rang undang-undang ini keperluan kita mesti adakan tender terbuka.

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau tidak ada tender terbuka, maka ia mungkin menjadi sesuatu yang boleh menyimpang daripada usaha untuk mencapai fiscal responsibility dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, please include the requirement of open tenders in this. Thank you very much. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Bagan. [Tepuk] Saya jemput Putrajaya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Selamat datang semua. Tan Sri Yang di- Pertua, kami diperuntukkan lima minit. Banyak perkara yang ingin disentuh dan pertama sekali saya ingin betulkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi bahawa ianya FRA ini telah di mula dibincangkan waktu Bagan kemudian di-ignore atau tidak diambil perhatian oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Sebenarnya tadi, baru tadi disebut oleh Timbalan Menteri, konsultasi telah bermula sejak tahun 2021 lagi, itu fakta. Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh di sini adalah berkaitan dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal. Di Jawatankuasa Dasar Fiskal yang mana kita lihat disebut dalam seksyen 28 bahawa jawatankuasa ini boleh mengemukakan syor kepada Jemaah Menteri. Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini ya jika kita lihat dijelaskan dalam seksyen 30 adalah antaranya adalah untuk menyelia perkara fiskal, menimbang teliti dan mencadangkan dasar kepada kerajaan, memastikan pelaksanaan dasar fiskal adalah selaras dengan prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab. Apabila kita lihat pada peranan dan tanggungjawab ini, kita tahu bahawa jawatankuasa ini seharusnya merupakan jawatankuasa yang bebas atau agak bebas ya. Kerana peranan-peranan ini adalah peranan yang memerlukan sebuah jawatankuasa membuat satu cadangan yang begitu objektif kepada kerajaan untuk dinilai oleh kerajaan. Oleh sebab itu, apabila saya melihat senarai Ahli Jawatankuasa Dasar Fiskal ini, kita lihat bahawa ianya akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri tak kira Perdana Menteri mana ya, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi. Dan jika kita lihat tadi saya sebut di seksyen 28, kalaulah Jawatankuasa Fiskal ini bertanggungjawab membawa usul kepada Jemaah Menteri maknanya apa? Dibincangkan di peringkat Perdana Menteri bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan bersama beberapa anggota lain, akhirnya dibawa pula ke Jemaah Menteri yang turut dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Oleh yang demikian, saya ingin lihat membawa kita semua melihat, apabila kita bercakap tentang Jawatankuasa Dasar Monetari. Jawatankuasa Dasar Monetari yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara 2009 yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas. Jawatankuasa Dasar Monetari ini dia boleh buat keputusan, berbeza dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal tadi dia boleh mengusulkan, membuat cadangan dan menyelia. Dan kalau kita lihat Jawatankuasa Dasar Monetari ini, termasuklah yang buat keputusan berkaitan dengan OPR, kita lihat ianya dipengerusikan oleh Gabenor Bank

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Negara, turut disertai oleh Timbalan Gabenor, Penolong-penolong Gabenor dan juga dua wakil atau ahli bebas. Oleh itu, saya ingin cadangkan supaya untuk memastikan perkara yang diusulkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal ini memberi kesan yang besar kepada kerajaan dan ditimbangkan di peringkat anggota pentadbiran, Menteri dan Jemaah Menteri, maka keanggotaan Jawatankuasa Dasar Fiskal ini, saya rasa kita perlu teliti semula. Jadikannya sebuah badan yang agak bebas. Jadi, apabila Jawatankuasa Dasar Fiskal bawa kepada anggota pentadbiran, bawa kepada Menteri, bawa kepada Jemaah Menteri, akan ada sparring. Jadi, jawatankuasa ini melihat dari sudut profesionalisme mereka, dari sudut kepakaran mereka, bawa kepada kerajaan dan kerajaan melalui Jemaah Menteri dan Menteri Kewangan akan meneliti dan bincang dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal ini. Dengan cara ini, kita akan mewujudkan...

Putrajaya, boleh nak mencelah sikit tak?

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Okey.

Terima kasih Putrajaya. Saya tertarik dengan Putrajaya punya hujah tadi dan secara dasarnya saya setuju. Adakah Putrajaya mungkin boleh setuju juga, mungkin untuk imbangi apa yang YB Putrajaya katakan, mungkin kita boleh lebihkan sedikit orang, orang luar, kita panggil orang luar dalam 29(1)(i) itu yang mana dalam itu, dia kata dua, tapi mungkin kita boleh lebihkan lagi supaya kita boleh imbangi sedikit apa yang telah Putrajaya katakan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Bangi. Saya setuju, selain lebihkan juga, saya cukup khuatir berkaitan dengan Pengerusi tadi. Kerana dia macam tak, tak balance, dia akan repeat benda yang sama. Dipengerusikan oleh Perdana Menteri di peringkat jawatankuasa, dibawa ke Kabinet yang dipengerusikan juga oleh Perdana Menteri. Jadi, kita tak ada tambahan nilai di situ. Kalau kita betul-betul serius ingin memastikan supaya akta ini memberi kesan yang besar kepada pengurusan fiskal, kita beri sedikit kebebasan kepada jawatankuasa buat keputusan, bukan keputusan, buat usul, buat cadangan bawa pada kerajaan, maka sparring. Kerajaan akan lihat daripada pelbagai sudut kata tak patut macam ini. Dia akan ada keadaan di mana cadangan tersebut akan turun naik. Maka kita akan mendapat satu keputusan atau satu cadangan yang lebih menyeluruh. Itu satu. Yang kedua adalah berkaitan dengan ketidakcapaian objektif fiskal. Saya disebut tadi kalau tak capai objektif fiskal, maka boleh dibawa ke Dewan Rakyat untuk dijelaskan apakah pelan untuk apa nama ini, untuk kerajaan mencapai objektif ini. Maka, saya nak tanya di sini, kalaulah dibawa pelan kepada Dewan Rakyat, disebut tadi, kalau pelan itu tidak diluluskan, maka Dewan boleh minta Menteri balik, buat balik bentangkan balik. Soalan saya, dalam tempoh tersebut, sekiranya pelan tersebut tidak diluluskan oleh Dewan, apakah terdapat kesan kepada belanjawan tahun tersebut yang telah diluluskan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Ini penting untuk pihak luar mendapat gambaran. Nanti tidakkan orang ingat macam berlaku di sesetengah negara apabila sesuatu tak diluluskan oleh Dewan, dia tergantung, ada shutdown dan sebagainya. Jadi ini memerlukan satu perhatian, nak kena jelaskan. Kalaulah dibawa ke Dewan tidak diluluskan, bawa balik sehinggalah diluluskan itu, apa terjadi pada belanjawan untuk tahun tersebut? Dan sekiranya perkara ini tidak dijelaskan, ini akan timbul seperti mana yang disebut oleh Bagan tadi, rating agency dan sebagainya akan melihat bagaimana keadaan yang kita nak lalui dalam tempoh yang kita perlu lihat tadi. Sebab itu yang ketiga— kalau boleh, Tan Sri Speaker, saya ingin sentuh sedikit lagi— adalah apabila kita mempunyai target dan sasaran seperti mana yang disebut oleh Bagan tadi tiga peratus, kurang daripada tiga peratus defisit, cabaran kita adalah nak

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

mencapai defisit ini. Dan jika kita lihat kajian-kajian yang dibuat di seluruh dunia berkaitan dengan akta pengurusan fiskal ini, dia akan ada terdapat kecenderungan untuk memastikan ianya dicapai. Bila nak capai benda ni, maka akan berlaku di mana OE, sebagai contoh— saya tak cakap akan berlaku terus berlaku. OE mungkin akan direklasifikasikan sebagai DE untuk memastikan supaya ianya dapat dicapai. Satu lagi. Memandangkan kita menggunakan perakaunan tunai berubah, maka kita perlu lihat adakah akan terdapat keadaan di mana kerajaan menangguhkan perbelanjaan termasuk bayaran-bayaran kepada pembekal-pembekal kerajaan, vendor- vendor kerajaan bagi memastikan target tersebut dicapai. Dan apakah mekanisme yang akan diletakkan oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan perkara-perkara sebegini dan perkara-perkara lain yang berkaitan daripada berlaku? Saya rasa itu sahaja. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Paya Besar.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Paya Besar mengambil kira pembentangan rang undang-undang ini ialah satu pembentangan yang sangat ke hadapan bagi memastikan ekonomi negara kita kembali dipulih dan dapat dilihat oleh pelabur-pelabur, khususnya di peringkat antarabangsa, sebuah negara yang mempunyai ketelusan, kebertanggungjawaban dan yang paling pentingnya adalah bagaimana kita nak meraih kembali pelaburan-pelaburan yang datang daripada luar negara. Perkara pokok, Tan Sri, adalah berkaitan bagaimana objektif fiskal yang diletakkan dalam jadual pertama dan perkara pokoknya adalah bagaimana kita menentukan KDNK nominal yang termaktub dalam fasal 7, Tan Sri di-Pertua, adalah yang ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya khuatir, saya bimbang penentuan KDNK nominal ini mengambil kira faktor yang agak bias. Saya minta Kementerian Kewangan untuk memperjelaskan supaya Dewan yang mulia ini jelas bahawasanya— sebab, apa cara sekalipun kayu ukur yang dibuat, dia akan merujuk kepada nilai KDNK dan fasal 7 memberitahu Yang Berhormat Menteri menentukan. Persoalan yang kedua adalah, bila nak ditentukan? Mengikut tahun kewangan ataupun mengikut quarter? Quarter pertama, quarter kedua, quarter ketiga atau quarter keempat. Itu perkara pokok yang pertama. Perkara pokok yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya sebentar tadi, Tan Sri, adalah berkaitan bagaimana kita nak melihat jawatankuasa fiskal ini adalah jawatankuasa yang begitu bebas. Saya faham dia ada jawatankuasa kecil di mana jawatankuasa kecil akan mengusulkan atau mengesyorkan cadangan kepada jawatankuasa fiskal. Tetapi, bagi saya, keanggotaan jawatankuasa kecil ini juga diletakkan dan ditentu tatakelolanya oleh mereka sendiri. Adakah penglibatan daripada pihak luar ataupun hanya berbincang di peringkat Kementerian Kewangan, mengambil kira pandangan Kementerian Kewangan sahaja dan mengesyorkan kepada jawatankuasa fiskal dan fiskal membuat keputusan, akhirnya akan di- rubber-stamp di peringkat Kabinet seperti mana yang disebutkan tadi? Itu yang kedua, Tan Sri. Yang ketiga, Tan Sri, saya harap kita hari ini dapat penjelasan adakah dengan FRA ini boleh meningkatkan penarafan kredit negara kita. Yang Berhormat Tan Sri, kita hadapi penarafan kredit ini naik dan turun. Selepas Asian Financial Crisis 1997-1998, berlaku penurunan kredit sehingga B minus oleh Fitch dan kemudiannya selepas dua tahun, naik. Dan hari ini kita berada terperangkap dalam keadaan A minus selama 18 tahun.

Saya tak faham, Tan Sri, bagaimana rang undang-undang ini akan dapat membantu supaya terperangkapnya kita dalam penarafan kredit antarabangsa ini sehingga 18 tahun tak meningkat-meningkat. Sebab satu hari, Tan Sri, pada tahun 1991, kita berada A minus ke atas sehinggalah positif A. Jadi, ini menunjukkan— Apa pentingnya kredit antarabangsa ini? Pertamanya, dari segi pelabur, dia akan merujuk negara kita ini mempunyai kemapanan kewangan atau tidak, adakah bagus untuk melabur di negara kita. Dan sudah pasti kerajaan juga penting, Yang Berhormat Tan Sri, kerana ia akan memberi petunjuk bahawasanya keadaan dan kemajuan makroekonomi negara ini berada di tahap yang lebih baik. Dan sovereign credit rating amat penting kerana ia akan tilt down kepada entiti seperti GLC, syarikat-syarikat swasta. Kalau kerajaan tidak dapat menguruskan dengan baik fiskal mereka, akhirnya kredit jatuh. Dan saya nak tahu di Dewan yang mulia ini, apakah implikasi terhadap kesan-kesan penurunan dan peningkatan kepada rating ini? Dan saya juga nak tahu komitmen jaminan supaya sudah kita muktamadkan, jangan ada dipanggil rollover, faedah atas faedah. Saya suka pandangan Yang Berhormat Bagan supaya walaupun kita ada government guarantee, Tan Sri, adakah dalam objektif yang keempat, jaminan kewangan tersebut kurang daripada 25 peratus dimasukkan juga good guarantee? Apa maksud good guarantee? Good guarantee adalah apabila dikatakan akan dapat pulangan balik. Kalau dapat pulangan balik, dia tak termasukkan. Atau bagaimana? Saya perlukan penjelasan daripada Kementerian Kewangan. Yang berikutnya, Tan Sri, saya harap sangat supaya kita dapat berusaha untuk menurunkan bayaran khidmat hutang, Tan Sri. Dahulu bayaran khidmat hutang kita 12 peratus. Naik, naik, naik, sekarang 16 peratus. Dan bagaimana keadaan FRA ini boleh membantu untuk kita menurunkan debt service charges kita? Negara penarafan seperti negara kita A minus, Tan Sri, sudah menunjukkan negara kita ini sangat terkebelakang dari segi bayaran debt service ini, bayaran khidmat hutang ini dan ini semua penyata- penyata yang menyebabkan negara kita masih terperangkap dalam tinjauan oleh Standard and Poor’s berada di peringkat stabil, tak pergi kepada yang positif. Saya nak tanya kepada Kementerian Kewangan. Kita dulu naikkan daripada 55 ke 60, 60 ke 65. Adakah dengan FRA ini, selepas tiga ke lima tahun kita akan kembali balik kepada had statutori yang asal, 55 peratus? Itu yang penting. Yang keduanya, apabila kita bagi GG kepada syarikat SPV, GLC, apakah penalti sekiranya kita tidak dapat faedah kepada atau hasil pada GG yang kita berikan? Yang akhirnya, Tan Sri, saya minta sangat supaya biarlah hasil negara yang kita masukkan dalam penggal-penggal dalam FRA ini dapat bertumbuh dengan lebih baik seperti mana pertumbuhan ekonomi. Jangan hanya bertumbuh satu peratus kutipan cukai kita tetapi ekonomi kita bertumbuh lapan peratus. Bagaimana FRA ini dapat membantu dalam perkara-perkara yang saya sebutkan tadi? Terima kasih, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Tanjong Karang.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, Tanjong Karang ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas inisiatif dan usaha Kementerian Kewangan untuk mengadakan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Setelah sekian lama negara kita ditadbir tanpa akta tatakelola pengurusan kewangan awam dan tanggungjawab fiskal yang betul-betul mengikat menteri untuk bertanggungjawab kepada pengurusan kewangan awam itu sendiri, maka tidak hairanlah kita telah mendengar dan telah melalui pelbagai skandal kewangan yang merugikan negara dan rakyat berbilion-bilion ringgit, antaranya 1MDB, LCS, skandal air di Sabah dan

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

terkini kerugian syarikat Boustead dan lain-lain skandal yang cukup mengecewakan rakyat. Akta ini meletakkan tanggungjawab dan akauntabiliti yang sangat besar kepada seorang Menteri dalam mengurus kewangan awam sama ada untuk perbelanjaan mengurus ataupun perbelanjaan pembangunan kementeriannya. Jadi, lantikan menteri perlulah seorang yang betul-betul educated, berketerampilan, berwawasan dan mampu berfungsi sebaiknya dalam apa jua situasi. Tuan Yang di-Pertua, ketua parti bukanlah kriteria yang melayakkan secara automatik seseorang itu untuk diangkat sebagai Menteri. Ini jelas dengan kegagalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kelihatan dipandu dan bukan memandu kementeriannya.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Ini terserlah dalam isu telur dan sekarang isu beras putih tempatan. Jadi, saya memohon maaf dan dengan penuh takzim menyeru Kota Raja untuk meletakkan jawatan Menteri ataupun Yang Amat Berhormat PMX perlulah menggantikan beliau dengan seorang Menteri yang lebih berkelayakan bagi menerajui kementerian penting ini...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tan Sri, ini tiada kaitan dengan akta ini.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

...Dan sekali gus menyelesaikan isu makanan rakyat ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Not relevant.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini membawa dasar fiskal yang berhemah dan berintegriti dalam pengurusan kewangan awam dengan meletakkan Menteri mengambil penuh tanggungjawab, akauntabiliti, ketelusan dan kesaksamaan antara generasi kini dan akan datang. Akta ini juga bertujuan untuk mewujudkan tadbir urus dalam menguruskan kewangan awam yang teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan termasuk pengurusan risiko fiskal khususnya yang berhubung dengan hasil, perbelanjaan, pinjaman dan hutang serta melaporkan belanjawan tahunan dan penerbitan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Seksyen 18(1) rang undang-undang menggariskan objektif utama untuk memastikan kemapanan kewangan awam, memelihara kestabilan mikroekonomi, mencapai dan mengekalkan kemapanan baki fiskal, mencapai dan mengekalkan tahap hutang yang berhemat dan memastikan pengurusan risiko fiskal yang berkesan dan melindungi kesejahteraan rakyat. Seorang Menteri juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan hasil kerajaan mampu membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan serta meminimakan potensi kehilangan hasil dan memastikan pengurusan dan pentadbiran hasil mengikut objektif yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 16(1) menghendaki Menteri merumus dan melaksanakan dasar pengurusan pinjaman dan hutang secara bertanggungjawab dan berhemat untuk memastikan kemampuan dan kemapanan hutang serta mengehadkan pendedahan kepada risiko fiskal. Seksyen 28, 29 meletakkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri, Perdana Menteri bagi menyelia perkara fiskal, hutang, liabiliti dan risiko fiskal. Silakan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Tanjong Karang minta laluan sikit. Terima kasih kepada Tanjong Karang. Setuju kah Tanjong Karang dalam Bahagian V Jawatankuasa Dasar Fiskal bagi penubuhan jawatankuasa bagi fasal 29 iaitu daripada (a) hingga (i). Jawatankuasa (a) dan (c) adalah berlaku pertindihan. Saya mencadangkan supaya – pertindihan ini adalah boleh mengganggu tata kelola kewangan. Saya mencadangkan supaya jawatankuasa (c) diasingkan supaya lebih telus dan terjamin. Terima kasih Tanjong Karang.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Ya, sila masukkan ucapan dalam ucapan saya. Seterusnya, seksyen 32 menghendaki seorang Menteri menyediakan laporan prestasi perbelanjaan pertengahan tahun, penyata risiko fiskal, penyata perbelanjaan cukai tahunan dan pelan mitigasi sekiranya berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal ini ia berakhir di Bahagian IV dengan tajuk “Pelaporan”. Persoalan saya kenapa tak ada bahagian yang kelima yang menyentuh soal kesalahan dan penalti dimasukkan sekali ke dalam rang undang-undang ini? Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 bagi memastikan Menteri lebih bertanggungjawab, accountable, transparent dan saksama dalam mengurus kementerian dan kewangan negara. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Saya jemput Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kalau cadangan Tanjong Karang kata nak Menteri Pertanian untuk bertanggungjawab atas isu beras tempatan berkurangan, saya ingin mencabar Tanjong Karang supaya lihat kepada kehadiran. Kalau Marang punya kehadiran kurang, ponteng dalam Dewan Rakyat ini, minta dia letak jawatan juga. [Tepuk] Kalau itu, logik. Tidak membantu, kan? So, saya rasa kita patutnya kembali kepada perbincangan hari ini tentang apakah Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA). Tan Sri Speaker, kita menyedari bahawanya cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapaikan pertumbuhan yang mampan, kerajaan harus mencari jalan bagi merancang melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan wadah Ekonomi Madani. Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, Kerajaan Perpaduan sebenarnya telah pun menemui pelbagai penyelesaian bagi memberikan lonjakan dalam pembangunan ekonomi negara kita seperti: (i) kerangka Ekonomi Madani; (ii) kerangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga; (iii) kerangka Pelan Induk Perindustrian Baharu; (iv) Dasar Gaji Progresif; dan (v) Sistem Pangkalan Data Padu yang dalam proses. Namun, masih lagi timbul pelbagai kebimbangan berbangkit tentang kurang yakin tentang komitmen kerajaan untuk melaksanakan segala dasar dan program yang dicerakinkan. Dengan pengalaman yang tidak baik tentang skandal-skandal yang berlaku, ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam bab pengurusan kewangan. Sebagai contohnya, ramai bertanya KSP RMKe-12, kerajaan meletakkan sasaran baharu dengan tambahan perbelanjaan 15 bilion untuk menampungkan program dan dasar yang baharu yang akan berlangsung dalam tempoh dua tiga tahun ini. Dari manakah dana itu dapat? Dari manakah tambahan hasil itu dapat? Kedua, bagaimanakah subsidi bersasar dasar ini dapat dilaksanakan dengan keadaan kerajaan yang kini menanggung pelbagai hutang yang besar dan kontingensi liabiliti yang banyak.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Ketiga adalah mengapakah kerajaan mampu menjimatkan RM8 bilion dalam tahun ini dengan pengurangan subsidi pukal elektrik kepada sekumpulan kecil sektor perindustrian dan sebagainya. Maka, bagi saya berpandangan rang undang-undang ini adalah sangat penting sebagai pelengkap kepada segala dasar kerajaan bagi meyakinkan rakyat di luar sana dan juga pelabur dan pasaran. Yes, we walk the talk. Kita janjikan apa yang kita nak buat dan kita laksanakan pada hari ini dan apa yang dirancangkan akan dilaksanakan. Jika apa yang dirancangkan itu tidak dilaksanakan, maka pak Menteri-pak Menteri yang bakal dipersoalkan dalam Dewan ini juga. Bayangkan kerajaan kini meletakkan syarat untuk mengawal cara pengurusan kewangan awam dan ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan tata kelola yang baik, ketulusan dan kebertanggungjawaban dalam soal pengurusan kewangan awam. Bagi saya, pengendalian rang undang-undang ini adalah untuk memastikan kemapanan fiskal Kerajaan Persekutuan dengan berpandukan kepada prinsip menjaga disiplin kewangan dan kebertanggungjawaban eksekutif kepada legislatif. Rakyat dan pasaran akan dibentangkan dengan maklumat yang penuh mengenai kedudukan kewangan negara yang lepas, semasa dan risiko masa depan. Dan pendek kata, pembentangan rang undang-undang ini adalah satu anjakan besar, big bold bagi memastikan kemapanan ekonomi dan fiskal negara dalam kita menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan negara-negara yang lain. Adalah penting kita harus meyakinkan rakyat dan pelabur-pelabur di luar sana bahawanya kerajaan kini berada di dalam satu landasan yang baik, komitmen yang tinggi dan disiplin pengurusan kewangan dengan berpaksikan kepada undang-undang yang ketat. Turut kita dapat memastikan pengurusan ini berdasarkan kepada sasaran yang ditetapkan tetapi bukan mengikut kehendak pentadbiran, mengikut kepentingan politik masing-masing terutamanya menjelang musim-musim pilihan raya. Sekali gus, kita akan memberikan keyakinan kepada rakyat dan pasaran termasuk syarikat penarafan, pemegang dana, para pelabur yang memberikan tumpuan dan perhatian kepada negara kita dan saya percaya dalam kita mewarisi sebagai, pelbagai cabaran dengan hutang dan kontingensi liabiliti yang tinggi dan skandal-skandal yang pernah kita lalui, saya yakin dan percaya dengan pengenalan rang undang-undang ini kita dapat meyakinkan rakyat di luar sana dan mengembalikan negara kita dalam landasan yang baik. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Bachok.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk membahaskan rang undang-undang ini iaitu suatu akta yang bertujuan untuk mendisiplinkan Putrajaya dan memberikan lebih kuasa kepada Parlimen untuk mengawal selia urusan kewangan negara. Saya terus kepada tajuk yang saya ingin tarik perhatian Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, objektif. Secara dasarnya akta ini perlu mendukung nilai 3T iaitu tadbir urus, tanggungjawab dan telus. Khususnya berhubung dengan pengurusan hasil, perbelanjaan awam, pinjaman, hutang dan pelaporan kewangan yang berkaitan.

Beberapa objektif disiplin fiskal berkaitan telah digariskan dalam fasal 1 dan 6(2) RUU ini. Namun, Bachok berpandangan penumpuan terpenting perlu diberikan kepada prinsip kesaksamaan antara generasi yang bermaksud pengurusan dasar fiskal negara hendaklah mengambil kira kesannya ke atas kesejahteraan generasi akan datang, bukan kepentingan hari ini sahaja. Adik-adik pelajar di atas sana pun adalah generasi yang akan datang yang perlu kita berikan perhatian.

Keduanya ialah hasil. Dalam perumusan dasar hasil yang digariskan, beberapa objektif penting hendaklah dicapai. Antaranya hasil yang mencukupi, mapan, cekap dan berdaya saing. Namun, Bachok berpandangan penekanan utama adalah perlu diberikan kepada prinsip keadilan dalam penjanaan hasil dan dasar percukaian negara mengambil kira satu keupayaan untuk membayar cukai dan yang kedua manfaat yang diperolehi daripada cukai yang dibayar sama ada ianya bersifat regresif, progresif ataupun kombinasi. Justeru, aspek keadilan cukai perlu dititik beratkan dalam fasal 10(2) tanpa dikesampingkan pentingnya dasar hasil yang mapan dan terjamin supaya kebajikan rakyat dan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara mapan dan terjamin. Ketiga, objektif dasar fiskal. Bachok ingin bertanya berdasarkan kepada empat parameter objektif fiskal yang terkandung dalam Jadual Pertama. Mengapa tidak digariskan parameter berkait perbelanjaan mengurus (OE) sedangkan kita tahu nisbah OE sudah pun mencecah lebih 97 peratus kepada nilai hasil? Malah dalam Penyata Akaun Persekutuan, nisbah OE dan hasil sebenar bagi tahun 2022 sudah pun mencecah hampir 99 peratus. Yang keempat, perbelanjaan awam. Di sini Bachok ingin menekankan aspek keutamaan (priority) perbelanjaan supaya yang dahulu didahulukan dan ingin bertanya apakah mekanisme di pihak kementerian bagi memastikan segala program dan projek yang dilaksanakan mempunyai impak yang tinggi dan nilai kesan pengganda kepada ekonomi khususnya sebagai alat yang bersifat menstabilkan ekonomi, counter-cyclical measures dengan izin. Yang kelima, penyimpangan sementara. Tan Sri Speaker, dalam keadaan disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, pastinya perlu ada peruntukan untuk situasi luar jangka seperti COVID-19 sebelum ini. Melihat kepada aturan ataupun proses yang digariskan dalam fasal 26 dan 27 RUU ini, soalan saya apakah ruang keanjalan (flexibility) yang ada yang diberikan untuk membuat sebarang pelarasan mengambil kira proses panjang daripada MOF kepada Jawatankuasa Fiskal kepada Kabinet dan juga kepada Dewan Rakyat? Bachok juga bersetuju dengan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya berkenaan dengan fungsi dan komposisi Jawatankuasa Fiskal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dianggotai oleh Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi, yang akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri juga orang yang sama. Yang keenam, pelaporan, Tan Sri Speaker. Bachok amat bersetuju supaya pelaporan yang lebih telus dikemukakan untuk tatapan rakyat keseluruhannya. Inilah elemen 3T yang saya sebut di awal tadi meliputi laporan tahunan dan laporan pertengahan tahun. Akhirnya Tan Sri Speaker, pada hemat Bachok, aspek penjimatan dan disiplin kewangan ini perlulah dimulakan daripada atas. Bermula daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri hinggalah kepada pegawai atasan dan kakitangan bawahan supaya disiplin fiskal ini dapat dibudayakan di semua peringkat. Janganlah sampai pegawai bawahan terpaksa berkira-kira dengan bajet peruntukkan yang ada di jabatan untuk outstation dan juga claim. Nak jumpa rakyat, nak jumpa petani, nak jumpa nelayan di kawasan saya di Bachok itu. Nak jumpa usahawan. Di bawah ini tersangat susah tetapi Menteri mudah-mudah sahaja ke sana ke sini, naik heli, mengumumkan projek di sana sini. Kepimpinan melalui tauladan Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Puchong.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada Puchong untuk turut dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. Sememangnya Tan Sri Speaker, negara kita sekarang ditenggelam hutang. Saya tengok satu ayat dalam surat khabar, ‘Malaysia drowning in debt’. Saya rasa hutang kita telah pun mencecah lebih daripada RM1 trilion. Bayar faedah sahaja RM46 bilion setiap tahun. Ia bermaksud bahawa kita perlu bayar faedah. Faedah sahaja bukan principle. Faedah sahaja setiap hari 126 juta. Setiap jam 5.25 juta. Setiap saat yang apabila saya cakap sekarang, setiap saat perlu bayar RM1,460 untuk bayaran faedah sahaja. Oleh itu, Puchong amat mengalu-alukan rang undang-undang ini. Ini telah menunjukkan satu semangat political will daripada kerajaan untuk membawa negara kita ke landasan yang betul. Ini adalah one step towards right direction. Satu langkah ke arah yang betul. Tetapi apabila Puchong membaca rang undang-undang ini dengan teliti, peruntukan-peruntukan, seksyen-seksyen, saya berasa bahawa mungkin kita boleh tambah baik lagi untuk masa depan. Yang satu saya tengok baca. Peruntukkan ini, ini semacam satu job description untuk memberi Menteri Kewangan sahaja. Apa laporan yang perlu dibuat, apa jawatankuasa. Yang ini kalau tak ada akta pun, saya rasa Menteri Kewangan perlu buat. Oleh itu, adalah agak sedih juga Malaysia telah di satu tahap di mana kita perlu ada satu akta undang-undang supaya Menteri Kewangan kita bertanggungjawab dan buat kerja mereka dengan betul. Kalau kita ada persoalannya, kalau kita ada akta untuk Menteri Kewangan, adakah kita juga kena ada untuk Menteri-menteri lain? Oleh itu, ini adalah satu persoalan yang saya ada. Saya tak ada jawapan dan walaupun saya sangat sokong kepada rang undang-undang ini tetapi agak sedih jugalah. Tambahan lagi, kalau kita tengok RUU ini, senarai tanggungjawab Menteri Kewangan. Menteri Kewangan perlu buat ini, perlu buat itu. Tetapi jika Menteri Kewangan tak patuh, tak buat, tak ada apa-apa peruntukkan dalam RUU ini untuk sebarang hukuman ataupun tindakan yang boleh diambil. Ini mengingatkan saya Akta Orang Kurang Upaya yang diluluskan oleh Parlimen ini pada tahun 2008 di mana kerajaan sepatutnya menyediakan prasarana awam yang mesra OKU. Tetapi sama juga seperti RUU ini. Kalau tak buat pun, tak ada apa-apa berlaku. Oleh itu, sampai hari ini kalau kita tengok prasarana kita, banyak lagi tidak mesra OKU. So, oleh itu saya nak penjelasan daripada kementerian apakah langkah yang akan dibuat supaya ia tidak menjadi setakat kosmetik sahaja? Kedua, saya juga nak mengingatkan kerajaan bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022, hutang Persekutuan pada akhir 2022 telah pun mencecah 1.08 trilion. Ini adalah daripada berita semalam iaitu telah mencatat hutang Persekutuan kepada KDNK 6.3 peratus. Ini bermakna kerajaan akan terus melanggar akta ini apabila ia dikuatkuasakan di mana because kalau kita tengok Jadual Pertama, dia telah tetapkan bahawa nisbah hutang ke KDNK tidak boleh melebihi 60 peratus. Harap kementerian boleh jelaskan. Selain itu juga, Puchong juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan perbezaan had nisbah hutang ke KDNK di bawah akta ini iaitu 60 peratus dengan had yang ditetapkan di bawah Akta Pinjaman Tempatan dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 pada 55 peratus. Bagaimana kita menentukan perbezaan ini? Selain itu, Puchong juga ingin tahu dari segi proses. Apakah perbezaan yang dibawa oleh RUU ini kalau kita berbanding dengan business as usual apabila kerajaan perlu meningkatkan nisbah hutang ke KDNK lebih daripada satu had yang ditetapkan? Melalui RUU ini, jika kerajaan tidak boleh mencapai objektif fiskal dan nilai kuantiti seperti Jadual Pertama, maka Menteri perlu membentangkan satu pelan pelarasan fiskal untuk diluluskan melalui ketetapan oleh Dewan Rakyat. Kalau tak ada RUU, maksud business as usual, proses yang sama juga akan diambil walaupun berbeza bentuk.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Puchong masih ingat lagi pada masa COVID melanda. Kerajaan masa itu perlu membawa RUU Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan COVID-19 2020 yang meningkatkan nisbah hutang ke KDNK dari 55 peratus ke 60 peratus pada tahun 2020 dan seterusnya 65 peratus melalui pindaan akta yang sama pada Oktober 2021.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Ada RUU ini ataupun tiada RUU ini, sama proses akan diambil. Hanya different, berbeza nama sahaja. Satu, pelan pelarasan fiskal kalau kita ada RUU ini. Kalau tak ada RUU kita juga perlu membawa satu akta rang undang-undang untuk kelulusan Parlimen. Malah melalui RUU ini untuk penyimpangan sementara. Kalau kita tengok seksyen 26. Penyimpangan sementara kerajaan hanya perlu membentangkan pelan pelarasan fiskal. Tiada kelulusan diperlukan. Kalau boleh saya minta penjelasan daripada kementerian. Oleh itu saya juga ingin tahu minta penjelasan apa berapakah panjang tempohnya ‘sementara’ itu. Sebab saya tengok seksyen 2 tafsiran, tiada tafsiran untuk apakah yang dimaksudkan oleh penyimpangan sementara. Akhirnya Puchong juga ingin minta penjelasan kenapa hak liabiliti persekutuan tidak dimasukkan dalam akta ini dalam jadual pertama. Itu sahaja yang saya nak dapatkan penjelasan daripada kementerian. Walaupun saya ada sedikit teguran tapi Tan Sri Speaker, Puchong sangat mengalu-alukan dan sangat setuju dengan pembentangan RUU ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Kuala Krai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 Kementerian Kewangan Malaysia. Tan Sri Yang di-Pertua, tadbir urus dan ketelusan kerajaan ataupun disebut-sebut pada hari ini dengan tata kelola dilihat sebagai satu kemestian bagi setiap kerajaan di dunia. Ia menjadi tema bagi pihak kerajaan yang ada untuk memperbaiki mutu pemerintahan dan pentadbiran mereka. Dan dalam masa yang sama, ia juga menjadi senjata bagi pihak kami sebelah pembangkang untuk mengkoreksi dan juga menilai kerajaan yang sedia ada. Kerajaan yang lemah dan tidak mengamalkan tata kelola yang baik tentunya akan mengundang korupsi, kerajaan yang tidak stabil, patronisma, rasuah, diktator, elitisme dan penghujungnya membawa kepada kemunduran kepada sesebuah negara. Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk melakukan tadbir urus yang baik dalam sistem pentadbiran negara ini. Saya juga berkeyakinan seluruh rakyat bersetuju dengan usaha tersebut. Namun mestilah betul-betul ikhlas. Tan Sri Yang di-Pertua, ada lima persoalan dan juga cadangan saya terhadap RUU yang dibentangkan pada hari ini. Yang pertama ialah mekanisme semak dan imbang dalam proses perolehan. Apakah usaha penambahbaikan terhadap kelompangan dalam sistem perolehan semasa negara serta mekanisme semak imbang yang sedia ada mengambil kira kelemahan sistem sedia ada yang hanya mendedahkan pembida yang menang berserta kos? Ia juga harus mendedahkan perubahan sepanjang kontrak berjalan. Misalnya apabila perubahan harga ataupun pengubahsuaian berlaku untuk memberikan maklumat semak dan imbang secara lebih telus. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji dan memperhalusi aspek kuasa budi bicara dalam membenarkan rundingan terus untuk sesuatu penganugerahan kontrak, termasuk sama ada wujud keperluan untuk mewajibkan pemberian sebab-sebab dan juga justifikasi secara terbuka sebelum penganugerahan sesebuah kontrak. Isu yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua ialah kontrak bersifat sensitif. Bagi kontrak yang melibatkan elemen sensitif seperti kontrak pertahanan, adakah kerajaan juga akan

mempertimbangkan syor pelaporan mandatori kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi tujuan meningkatkan pengawasan yang rapi serta proses pelaksanaan kontrak yang telus? Di hadapan kita isu kapal LCS masih menjadi tanda tanya terhadap tata kelola kerajaan pada hari ini. Isu yang ketiga Tan Sri Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan dasar perbelanjaan awam. Panduan Al-Quran Al-Kareem perlu diambil dalam melaksanakan dasar ini. Jangan terlalu kedekut dan jangan terlalu boros ataupun membazir. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Maksudnya, “Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurnya dengan sehabis-habisnya kerana akibatnya akan tinggalkan engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan”, Suratul Isra’ ayat 29. Soalan saya ialah apakah langkah rasionalisasi terkini kerajaan khususnya mengenai keutamaan perbelanjaan yang mampu mengurangkan ketirisan dan pembaziran melibatkan dasar perbelanjaan awam? Dan sejauh manakah tahap penjimatannya dapat dirasai sehingga kini? Apakah hasil pencapaian daripada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) yang diadakan pada September 2023 serta tindakan susulan yang telah diambil? Isu yang keempat Tan Sri Yang di-Pertua, ialah pengurusan pinjaman dan hutang. Saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, adakah semua pengurusan ataupun muamalat kerajaan pada hari ini termasuk pinjaman dan hutang serta perolehan mematuhi prinsip dan juga patuh syariah kerana isu patuh syariah adalah amat penting dalam pengurusan muamalat harian kita secara individu, apatah lagi dalam kerajaan agar reda Allah bersama kita. Begitu juga dengan entiti kerajaan ataupun syarikat-syarikat GLC sama ada urusan berkaitan dengan kewangan ataupun dan juga tata kelolanya. Saya mencadangkan kerajaan mewajibkan setiap GLC, melantik sebuah jawatan syariah bagi memastikan kita tidak terlencong. Isu yang agak lari sedikit daripada tajuk ini tapi saya nak cadangkan di sini ialah antara elemen penting untuk melaksanakan tata kelola yang baik ialah kakitangan kerajaan. Saya mengambil peluang di sini mencadangkan kepada pihak kerajaan mewujudkan apa-apa mekanisme yang sesuai agar dapat melaksanakan pinjaman tanpa faedah kepada kakitangan kerajaan. Sebagai contoh, Kerajaan Kelantan telah 30 tahun melaksanakannya bagi tujuan pinjaman pembelian kenderaan kepada kakitangan awam ataupun Pegawai Tadbir Negeri (PTN). Pinjaman tanpa faedah ini tentunya memberi keselesaan dan dalam masa yang sama akan meningkat produktiviti kakitangan kerajaan. Contoh yang kedua ialah pinjaman tanpa faedah. Sewaktu kerajaan era PM kesembilan, YB Bera pernah melaksanakan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional kepada mangsa-mangsa banjir. Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir, khususnya PMKS menguruskan perniagaan mereka termasuk juga membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat banjir. Maknanya perkara ini boleh dibuat oleh pihak kerajaan. Dan yang terakhir Tan Sri, dasar hasil. Saya juga menyeru kerajaan meneroka sumber hasil baharu seperti rare-earth elements (REE) dengan lebih efisien lagi agar sumber hasil baharu ini dapat dipercepat dan dipermudahkan pengeluarannya supaya kerajaan mendapat hasil yang lumayan dari sumber baharu ini. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri pula dilibat uruskan bersama serta hasilnya perlu dibahagikan dengan telus dan tidak lagi berpusing-pusing dengan pelbagai alasan, biar semua merasainya. Janganlah lagi, ianya dijadikan modal politik sepertimana yang berlaku terhadap royalti minyak dan gas seperti mana sebelum ini. Saya yakin seandainya kerajaan pada hari ini dapat berlaku adil dan memberi hak sepatutnya kepada kerajaan negeri. Insya- Allah hasil yang dimiliki dan diperolehi menjadi bertambah berkat.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Hendaklah kamu berlaku adil kepada siapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa”. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Ipoh Timur.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi ruang untuk Ipoh Timur menyampaikan sedikit perbahasan. Kalau kita kaji undang-undang tanggungjawab fiskal mana-mana negara sama ada kita pergi Australia kah, New Zealand kah, Nigeria, kebanyakan, kalau tidak semuanya, bersandarkan empat perkara. Satu adalah meletakkan tanggungjawab atau lebih memberatkan tanggungjawab Menteri Kewangan dan kerajaan untuk lebih bertanggungjawab dalam hal-hal fiskal. Keduanya, juga meletakkan dan mewajibkan sasaran diumumkan dan dilaporkan kepada Parlimen dan juga rakyat jelata. Ketiganya, ketelusan. Accountability dan transparency, dengan izin, dalam laporan kepada orang awam dalam hal-hal fiskal dan pengurusan kewangan. Dan yang keempatnya sudah tentu memastikan atau memartabatkan institusi-institusi fiskal yang bebas atau lebih membebaskan institusi fiskal. Tapi yang pentingnya adalah bahawasanya ia memartabatkan dengan izin, parliamentary oversight atau pengawasan Tuan-tuan dan Puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap penggunaan wang rakyat atau perbelanjaan dan perancangan wang rakyat. Dan saya sangat mengalu-alukan satu mekanisme kewajipan malah untuk kerajaan melaporkan atau membuat awam, to make public separuh penggal medium-term documentation, dengan izin. Dan saya juga ingin membawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada – walaupun apa yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bersifat teguran tetapi saya mula dengan asas, bahawasanya we have to start somewhere.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Dan ini adalah satu tindakan membentangkan dan Ahli-ahli Yang Berhormat meluluskan undang-undang ini sesuatu yang tidak pernah dibuat, satu yang tepat pada masanya dan saya sokong sepenuh-penuhnya. Akan tetapi, ada beberapa teguran yang saya nak sampaikan. Saya mula dengan kalau kita kaji bahagian demi bahagian dan juga penggal demi penggal dan juga seksyen demi seksyen, ada dua seksyen sahaja yang memberi accountability dan transparency penuh dan kuasa penuh kepada Parlimen, okey? Kalau tak silap dia, anggaran perbelanjaan iaitu 35 dan seksyen 27 iaitu ketidakcapaian objektif fiskal dan nilai kuantiti. Kalau kita turun satu grading lagi di mana adanya accountability tetapi accountability terhad dan ada kewajipan untuk dibentang kepada Parlimen, maksudnya kita-kita ni takde kuasa untuk mempengaruhi tetapi ia akan dibentangkan kepada kita, we have a say, dengan izin, tapi tak de pengaruhlah. Ada 16 seksyen, saya tak akan pergi satu demi satulah. Dia ada limited powers or limited accountability. Dan yang seterusnya, sebenarnya dua kategori saya nak cantumkan sekali. Satu adalah tak ada accountability nyata dan tak ada kewajipan untuk ber-accountability kepada Parlimen langsung dan malah bukan saja dia tak ada accountability, kalau tunggu pun it’s not timely, dengan izin juga. Ada sejumlah 11 seksyen. Dan saya juga ingin tarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada sesuatu yang agak mendasar dan cerebral, if you would allow me. Bab tiga peratus, defisit tiga peratus KDNK atau had tiga peratus KDNK atau yang boleh sampai ke tiga peratus KDNK dalam pembuatan bajet defisitnya. Sebenarnya saya agak risau sebab kita sudah dalam berapa tahun ni menyaksikan penyimpangan, nanti kita nak sembang pasal tafsiran apa itu penyimpangan

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

pula. Apakah significant risk atau risiko signifikan? Tapi balik kepada kalau letak had dia tiga peratus KDNK dan kurang, mungkin dia akan menjejaskan kerajaan yang bertanggungjawab untuk melakukan counter-cyclical budgeting. Sebab akta ini meletakkan had tak boleh lepas atau lepasnya kena lapor dia agak peninglah. Kena lapor dia lebih daripada tiga peratus. Mungkin ia itu akan membuat kerajaan tak hendak buat apa yang perlu pada waktu-waktu risiko, waktu-waktu krisis, waktu-waktu susah, waktu-waktu ekonomi merudum untuk counter-cyclical budgeting dan counter-cyclical expenditure. Jadi, ini adalah antara yang merisaukan tetapi namun demikian, memang masa tak cukup ada beberapa soalan lagi, mungkin kita waktu masuk jawatankuasa, saya akan bawa juga. Tapi, satu lagi soalan adalah entiti kerajaan ini. Kita tahu dalam akta ia menyatakan bahawa GLC-GLC besor bawah MOF Incorporated memang akan -akta ini lakulah terhadap mereka. Tapi adakah syarikat-syarikat subsidiari-subsidiari badan berkanun atau subsidiari kepada syarikat GLC besor bawah MOF Incorporated pun adakah subsidiari- subsidiari ini juga terpakai akta ini terpakai bagi syarikat-syarikat yang lebih kecil ini? Jadi, itu sahaja yang hendak saya sampaikan. Akhir kata, akta ini adalah sesuatu yang menunjukkan to what standards we hold ourselves dan standard yang diletakkan oleh akta ini memang bukan memancarkan, meletakkan Malaysia ke suatu tahap, satu piawaian dan satu standard di mana kita telah masuk liga perdana dalam negara-negara maju, walaupun kita belum negara maju lagi. Sekian, terima kasih. Ipoh Timur menyokong sepenuh-penuhnya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua memberi peluang kepada Pendang untuk melibatkan diri dalam pembentangan rang undang-undang dan fiskal wang negara ini. Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kerajaan yang membentangkan Kewangan Awam dan juga Tanggungjawab Fiskal 2023 di dalam Dewan yang mulia ini. Memandangkan tidak banyak masa yang diberikan diperuntukkan, jadi saya hendak terus kepada poin yang saya akan bahaskan berkenaan dengan mekanisme semak dan imbang, dengan izin, check dan balance dalam sistem perolehan. Mohon penerangan dalam usaha menambahbaikkan kelompangan dalam sistem perolehan sedia ada dengan mengambil kira kelemahan sistem sedia ada yang hanya mendedahkan pembida yang menang berserta dengan kos. Saya merasa setiap proses yang dilaksanakan harus mendedahkan perubahan sepanjang kontrak berjalan. Misalnya, apabila perubahan harga ataupun ubah suaian berlaku untuk memberikan maklumat semak dan imbang ini lebih telus apabila dibentangkan dalam perolehan. Seterusnya, dalam hal berkaitan perolehan, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji dan memperhalusi aspek kuasa budi bicara dalam membenarkan rundingan terus untuk sesuatu penganugerahan kontrak termasuk sama ada wujud keperluan untuk mewajibkan pemberian sebab-sebab dan justifikasi secara terbuka sebelum penganugerahan kontrak dibuat. Saya rasa terkilan sikit dengan pembentangan rang undang-undang ini kerana tidak dibuat, Tan Sri Yang di-Pertua, libat urus dengan MP-MP Pembangkang untuk mendapat pandangan daripada pihak yang agak kontra dengan kerajaan. Sekurang- kurangnya kerajaan boleh ada semak dan imbang, ada yang baik boleh kita -ini tak dibuat. Tak pernah berlaku, sebelum rang undang-undang tidak dibuat libat urus.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ni Timbalan Menteri Kewangan ada sini, apa masalah? Takutkah dengan pembangkang? Jangan macam tu. Ni kita untuk negara, untuk kita lawan rasuah, untuk kita jaga corruption, fiskal negara ini. Bagi dengar pandangan daripada pihak kami ini. Jangan nak sakau tak tau hala. Jadi, oleh sebab itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian semua pihak bersifat sensitif dan mempunyai kerahsiaan tertinggi sebelum contoh perolehan kontrak seperti mana yang sebut dalam kontrak pertahanan, Kementerian Pertahanan baru-baru ini. Sepertimana diberi kepada tellers dalam perolehan berkenaan dengan penganugerahan radar kepada sebuah syarikat yang kita dah tau rekodnya sangat buruk di beberapa buah negara termasuk negara asalnya, Perancis dan juga dia tak boleh - dia sudah melibatkan rasuah di negara India berkenaan dengan maintenance MIG-2000 daripada Perancis. Yang ini perlu kita ambil titik beratkan. Oleh yang demikian, saya berharap setiap lapisan jawatankuasa perlu proses yang terperinci, dengan izin, meticulous supaya tidak boleh ambil kesempatan di semua peringkat proses perolehan ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan juga mempertimbangkan syor pelaporan mandatori kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi meningkatkan tahap ketelusan, dengan izin, transparency serta meningkatkan pengawasan rapi untuk setiap perolehan. Jadi, itu yang saya sebut selalu wahyu-wahyu ni ada dekat sinilah, terutamanya di perolehan Kementerian Kewangan. Tidak payah perincikan lagi. [Ketawa] Seterusnya, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan langkah rasionalisasi terkini kerajaan khususnya mengenai keutamaan perbelanjaan yang mampu mengurangkan ketirisan dan pembaziran melibatkan Dasar Perbelanjaan Awam dan sejauh manakah tahap penjimatan sehingga kini. Saya nak bagi tahu. Pada tahun 2022, Bagan tadi dia sebut kerajaan dulu sangat rakus berbelanja. Perolehan pada tahun 2022, kita tengok penerimaan yang kita dapat hasil 2021, RM231 bilion. Pada 2022, penerimaan kita RM292 bilion, meningkat. Maknanya pengawalan duit, cara kutipan cukai bagus dibandingkan dengan sekarang rakyat sedang merintih, merayu, tidak ada perbelanjaan, tidak ada untuk nak makan, beraih mahai, jadi macam mana kita nak mengawal fiskal negara seperti mana yang dibentangkan hari ini, untuk apa? Ini persoalannya. Perlu dilihat kita tengok pada tahun 2021, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM64 bilion dan pada tahun 2022, perbelanjaan pembangunan sudah meningkat RM71 bilion.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jadi, itu kita pengurusan. Begitu juga dengan pinjaman dalam negeri. Pada tahun 2021, ada RM3 bilion tetapi pada 2022 tidak ada pinjaman luar negeri. Ini satu anjakan reformasi pentadbiran fiskal negara yang sangat baik. Jadi, saya — diakui oleh Ketua Audit Negara yang baharu di mana Ketua Audit Negara menyebut hutang negara pada tahun 2023 meningkat kepada RM1.18 trilion dibandingkan pada tahun 2021 iaitu RM979 bilion. Belum lepasi angka RM1 trilion 2021 lagi. Untuk rekod, pada tahun 2022, hutang termasuk liabiliti, debt dan liabiliti. Kerajaan menjangkau RM1.45 trilion atau lebih daripada 80.9 peratus daripada KDNK dengan nisbah khidmat hutang dijangka melebihi 15 peratus daripada hasil. Ini kenyataan daripada Ketua Audit Negara yang baharu, Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dua hari lepas. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ya, terima kasih. Jadi, dengan — sejauh manakah kajian dibuat terhadap kemampanan sistem percukaian sedia ada seiring langkah pengurangan hutang yang diambil? Mengambil kira jumlah faedah pinjaman atau perbelanjaan lain yang ditanggung kerajaan? Dan akhir sekali, bagaimanakah kerajaan akan memperluaskan asas hasil untuk memastikan peruntukan hasil yang mampan di mana perbelanjaan mengurus dapat dibiayai menerusi hasil negara? Saya mohon penjelasan. Dengan itu, saya nak ulang lagi sekali iaitu terima kasih kepada kerajaan terdahulu. Pada tahun 2022, tidak ada pinjaman luar negara, semakin tiada, kosong. Ini satu, satu anjakan yang sangat baik seperti mana yang disebut oleh Bagan tadi, saya menafikan kenyataan daripada Bagan yang hanya menuduh, bermain politik tanpa melihat kepada fakta-fakta yang ditulis, yang dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Jangan main politik ya, wahai Bagan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Setelah kita dengar penghujahan daripada kedua-dua belah pihak, saya kira saya hanya mahu menekankan betapa saya juga turut seperti semua, menyokong akan pembentangan rang undang-undang ini yang pastinya sudah lama kita nanti- nantikan. Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (Public Finance and Fiscal Responsibility Bill). Ya, ia terkait dengan persoalan dipaksikan di atas kebertanggungjawaban (accountability), tanggungjawab (responsibility), ketelusan (transparency) dan juga kesaksamaan antara generasi. Ini satu yang kita mahu —mungkin tidak ramai yang memahami intergenerational dengan izin, ekuiti ya. Apa yang nak saya sebutkan Timbalan Yang di-Pertua hanya menambah sikit. Apabila kita perhatikan komitmen kerajaan ini memang tidak ada siapa pun boleh menafikan dan inilah dia Kerajaan Madani yang akhirnya membentangkan Akta FRA ini dan juga fiskal —fiduciary responsibility ataupun kebertanggungjawaban fiskal. Namun, ada beberapa perkara yang hendak saya sebutkan, Timbalan Yang di- Pertua. Pertama adalah kesediaan kita memberi jaminan kerajaan, ya. Government guarantee yang to the tune, dengan izin, kepada paras 25 peratus keluaran dalam negara kasar, berbelanja secara off-balance sheet. Bermakna, kerajaan masih lagi bersedia berhutang dan di sinilah yang akan diperhatikan oleh khususnya the professional analysts di luar sana. Apakah ada bezanya sebelum daripada FRA ini dilulus dan dikuatkuasakan dan selepasnya? 24 jam yang lalu kita perhatikan isu Boustead dan juga LTAT, di mana ada sedikit kemahuan satu entiti private, ya. KLK yang mahu memberikan, mengambil alih entiti ini. Tetapi akhirnya LTAT meminjam RM2 bilion dengan jaminan kerajaan. Dan andainya kalau FRA ini sudah ada, apakah akan berlaku keputusan yang berbeza? Dan apa yang akan berbeza? Apa perhitungan yang akan berbeza? Di situlah saya kira bila kita perhatikan keanggotaan FRA ini, saya kira kita perhatikan —saya belum puas untuk merasakan bahawa ia cukup independent kerana sebahagian besarnya adalah daripada pihak eksekutif. Dan di mana peranannya legislatif? Jadi, saya mungkinlah kalau boleh dipertimbangkan, apakah wajar untuk kita mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya atas agenda fiskal polisi kerajaan supaya secara bipartisan, kami backbenchers dan juga opposition benches, ya seperti mana dalam PSSC Kesihatan kami bertindak secara bipartisan untuk menyemak dan mengimbang front bench yakni Kabinet dan khasnya Menteri Kewangan. Itu saya kira bolehkah diperhitungkan kewujudan satu PSSC Fiskal Polisi khusus, dedicated untuk itu?

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Keduanya, saya ingin juga menyinggung persoalan government guarantee tadi, ya. Bagaimana agak-agaknya akan dikuatkuasakan apabila memberikan jaminan kepada GLCs? 25 peratus daripada KDNK itu bukan sikit wangnya. Hampir RM425 bilion. Saya hitung-hitung begitu. Kalau ambillah masa price hari ini, sebanyak RM1.7 trilion GDP kita. Jadi, kalaulah kita komited untuk ataupun kita sudah bersedia untuk memberikan 25 peratus pinjaman off-balance sheet ini, tetapi yang mungkin akan diperhatikan oleh rating agencies bukan sahaja itu. Tetapi komitmen untuk kita memastikan fiscal discipline ataupun disiplin fiskal kita apabila untuk kita tetapkan dari sudut kuantum jumlah debt service. Apa yang dikatakan sebagai debt service charges ataupun debt services, ya. Pembayaran semula. Debt service charges to GDP. Itu tak ada. Itu tidak ada. Tidak ada dalam rang undang-undang ini. Buat hari ini kita ada apa yang dikatakan sebagai government administrative guidelines, 15 peratus. Itu pun akan kita lepasi. 15 peratus kerana kita sudah sampai membayar - buat hari ini RM46 bilion daripada hutang. RM46 bilion daripada hutang tadi RM291 bilion, debt service charges, bunga saja. Jadi, apakah dengan tidak ada komitmen debt service charges ke nisbah KDNK ini satu yang akan meletakkan rating agencies untuk penarafan sovereign credit rating kita itu terjejas? Jadi, itu perkara yang saya juga ingin tanya kementerian, mengapa tidak dimasukkan dalam banyak-banyak komitmen yang ditetapkan, debt service charges kepada KDNK itu tidak ada, ya. Kita ada jaminan —yang lain semua kita ada. Ada empat perkara yang disebutkan di situ dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apa yang digulungkan lagi? Saya sudah menyebutkan dua perkara. Itulah yang sekadar boleh saya sebut. Mungkin saya akan celah dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Terima kasih akan peluang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Pasir Gudang amat mengalu-alukan rang undang-undang ini. Kalau diluluskan dia akan menjadi satu akta yang baharu. Apa yang kita bincangkan ini bukan suatu pindaan tapi nak mewujudkan satu undang-undang yang baharu tentang kewangan awam dan tanggungjawab fiskal. Pasir Gudang juga menghargai sokongan Ahli-ahli Parlimen daripada blok Pembangkang yang menyokong rang undang-undang ini dan saya anggap ini satu pendirian, sikap yang amat konstruktif, patriotik, dan bertanggungjawab untuk kepentingan negara kita bersama. Bagi saya, pembentangan ini menunjukkan kerajaan, adalah bukti kerajaan untuk mewujudkan tata kelola yang baik terhadap pengurusan kewangan awam iaitu duit negara, duit rakyat. Yang kedua, RUU ini juga adalah bukti Kerajaan Persekutuan sekarang memahami doktrin pengasingan kuasa iaitu Menteri Kewangan, pihak eksekutif, menghormati institusi Parlimen untuk melakukan semakan terhadap pengurusan, tanggungjawab fiskal oleh kerajaan, khususnya fungsi Menteri Kewangan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Secara spesifik, saya merujuk kepada fasal 16 yang mengehendaki Menteri untuk merumuskan dasar pengurusan pinjaman dan hutang berdasarkan objektif pengurusan yang baik. Perkara ini penting bagi saya untuk mengelakkan negara kita mengalami nasib yang sama seperti negara Sri Lanka dan sebelum itu Greece yang tak mampu membayar hutang negara mereka ke pihak antarabangsa sehingga negara-negara yang sebut ini diisytiharkan muflis, terpaksa IMF dan badan-badan World Bank menolong.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi, ini suatu perkara yang sangat baik kerana saya diberitahu, dimaklumkan hutang Kerajaan Persekutuan sekarang pada akhir tahun 2022 sebanyak 1.08 trilion. Ini satu angka yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Jadi, Timbalan Menteri Kewangan boleh mengesahkan betul atau tidak iaitu hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia akhir tahun 2022 sebanyak 1.08 dan public debt- hutang awam semua ya, termasuk jaminan kerajaan, komitmen dan liabilities termasuk tanggungjawab kerajaan menanggung jaminan hutang-hutang 1MDB sebanyak 1.45 trilion. Apa yang saya difahamkan, Kerajaan Pusat kita setakat ini tak mampu nak bayar prinsipal. Hutang sebenar itu tak bayar. Yang dibayar tiap-tiap tahun itu ialah interest dia, bunga sahaja, faedah sahaja. Jadi, amat bahaya dan saya melihat RUU ini dibentangkan di Parlimen pada saat yang sangat kritikal. Saya membaca surat khabar The Star semalam untuk makluman Timbalan Menteri Kewangan... [Menunjukkan senaskah akhbar] Surat khabar The Star, Star Business semalam menyebut sama ada betul atau tidak iaitu kadar hutang Kerajaan Persekutuan dengan KNK sekarang ini, currently disebut 60.4 peratus. Manakala di dalam fasal 18 RUU ini disebut kadar hutang negara itu tak boleh melebihi 60 peratus dalam Jadual Pertama, muka surat 20. Jadi, adakah betul laporan dalam akhbar ini? Kalau dah lebih 60 peratus itu, 60.4 kalau angka ini betul, mengapa ini berlaku? Jadi, mungkin inilah tujuan RUU ini supaya elakkan terlebih sebab seingat saya 60 peratus itu, Parlimen kita yang luluskan. Sebelum itu kurang daripada 60 peratus. Jadi kalau berlaku paras hutang negara dengan KNK sudah lebih 60 peratus, ini saya anggap satu negligence, kecuaian, tetapi ini bukan kata-kata saya, ini laporan daripada akhbar ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Boleh jadi hearsay, boleh jadi tak tepat. Mohon penjelasan daripada Menteri bila menggulung nanti. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, peluang yang diberikan kepada saya untuk turut berbahas dalam rang undang-undang ini dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di atas pembentangan rang undang-undang yang cukup baik ini. Cuma apabila disebut tadi ada pembahas kita yang mengatakan bahawa ini kali pertama di dalam sejarah, kerajaan berhasrat hendak laksanakan rang undang-undang ini sebenarnya itu kurang tepat. Putrajaya pun telah sebut tadi bahawa ini sudah pun dimulakan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada kita lihat 3 September 2021, Kementerian Kewangan pernah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam bagi Bajet 2022 iaitu Akta Tanggungjawab Fiskal dan ia bagi nak bagi meminta pandangan awam berkenaan dengan akta yang tanggungjawab fiskal yang hari ini kita sedang bincangkan pada hari ini. Yang Berhormat Paya Besar boleh sahkan, beliau berada sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada masa itu. Jadi walau apa pun, tahniah kerana apabila usaha-usaha yang baik diteruskan, itu tidak menjadi masalah, tetapi bila kita claim, mendakwa bahawa kitalah yang memulakan segala-galanya, itu kurang tepat.... [Tepuk] Sebagaimana kerajaan terdahulu bila merangka ekonomi, kita teruskan Wawasan Kemakmuran Bersama. Walaupun ia dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kita bawa Wawasan Kemakmuran Bersama itu tanpa kita ubah apa, struktur asas agenda yang ada kerana itu ialah perkara yang baik.

Jadi, saya ucapkan tahniah meneruskan usaha-usaha seperti ini. Saya teruskan dengan perbincangan atau lontaran idea iaitu dalam fasal 7 berhubung dengan KDNK. Malaysia berada pada tangga ke-37 ekonomi dunia dengan nilai keluaran KDNK sebanyak USD406.3 bilion pada bagi 2022. Sebagai perbandingan, KDNK Indonesia lebih tinggi daripada kita iaitu USD1.3 trilion dan nilai KDNK Thailand USD495.3 bilion. Jadi, Malaysia belum merangka strategi dalam memastikan KDNK terus mengukuh. Jadi, bagaimana- persoalannya bagaimana akta fiskal ini mampu membantu negara untuk mencapai hasrat ini? Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar lagi. Fasal 9 iaitu rangka kerja fiskal dalam jangka masa sederhana. Seperti sedia maklum, strategi konsolidasi fiskal jangka sederhana melalui rangka kerja fiskal jangka sederhana tetap menjadi pendirian kerajaan hari ini seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 September 2023. Jadi, sejauh manakah rangka kerja fiskal jangka masa sederhana ini mengikut acuan madani yang ada pada hari ini mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan negara? Demi memastikan kemapanan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang ini dapat kita tangani, ia perlu dirancang dengan jelas hala tujunya ke arah mengurangkan defisit belanjawan yang sedia ada sekarang ini pada kadar 4.9 peratus daripada KDNK pada tahun ini. Puan Yang di-Pertua, saya mendapat tahu bahawa rang undang-undang dicadangkan oleh Menteri ini hendaklah pada setiap tahun kewangan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat, Laporan Tinjauan Ekonomi dan Laporan Tinjauan Fiskal berserta penyata anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun itu. Saya memuji usaha ini dan saya mencadangkan selaras dengan janji Pakatan Harapan dalam manifesto kita boleh yang disebut dalam PRU yang lepas, pihak Pakatan Harapan telah menjanjikan untuk mewujudkan pejabat bajet Parlimen untuk menganalisis dasar kerajaan terutamanya urusan fiskal untuk rujukan semua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti yang dianggotai. Saya percaya ini merupakan masa yang tepat untuk kita wujudkan apa yang disebut dalam janji tersebut. Pejabat bajet ini boleh beroperasi untuk memberi analisis bebas dan tidak memihak ke atas kitaran bajet, dasar fiskal dan implikasi kewangan ke atas cadangan bajet. Saya mohon janji ini dapat ditunaikan memandangkan tuan-tuan berada di pihak kerajaan pada masa ini. Begitu juga dalam fasal 12, tanggungjawab Menteri berhubung dengan dasar hasil. Kejatuhan nilai Ringgit yang agak ketara ini menggandakan perbelanjaan negara sebenarnya untuk barangan import, sekali gus mengurangkan hasil. Ini kali kedua seorang Menteri Kewangan tidak bimbang dengan kejatuhan nilai Ringgit. Saya ulang, ini kali kedua seorang Menteri Kewangan tidak bimbang dengan kejatuhan nilai Ringgit. Kali pertama ialah yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang. Jadi, kalau pada masa itu kali pertama, maka ini kali kedua seorang Menteri Kewangan tidak bimbang dengan kejatuhan nilai mata Wang Ringgit, bahkan kita melihat bahawa kadar kejatuhan itu agak statik. Kalau dahulu 4.75 lompat pada sekali hit sahaja, tetapi kali ini dia berlegar 74, 72, 75, 70 dan sebagainya. Jadi, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk meningkatkan food security negara bagi mengelakkan hasil negara mengalir keluar, tambahan pula dalam situasi kelemahan ringgit pada hari ini? Fasal 15, tanggungjawab Menteri berhubung dengan perbelanjaan awam. Dalam fasal ini berkait langsung kepada Menteri Kewangan yang menambahkan lagi bidang tugas Menteri Kewangan. Jadi, pentadbiran semasa hari ini, Perdana Menteri, Menteri Kewangan dipegang oleh orang yang sama. Saya fikir ini masa yang tepat untuk kita memisahkan bidang tugas ini supaya tidak terbeban kepada Yang Amat Berhormat Tambun semata-mata. Saya mohon Timbalan Menteri akan jawab selepas ini.

Perkataan 1MDB disebut dua kali oleh Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya mohon Timbalan Menteri Kewangan nyatakan adakah1MDB itu satu skandal sebenarnya. Sebab ia perlu dijawab dalam Dewan ini kerana apa yang kita dengar bahawa sudah tentu pihak Barisan Nasional dan UMNO di dalam kerajaan mempunyai pandangan yang berbeza tentang 1MDB. Jadi kalau diulang-ulang 1MDB ini satu skandal dan sebagainya perlu diberikan penjelasan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Begitu juga teguran oleh PAC berhubung dengan isu perjanjian LCS yang tidak dirujuk kepada AG terlebih dahulu. Saya fikir ini merupakan satu perkara yang contradict dengan apa yang kita nyatakan untuk kita menambahkan tata kelola dan juga wewenang yang baik dalam menguruskan kewangan negara. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Saya bermula dengan memetik sedikit fakta dan cabaran sebenar dari segi kedudukan negara kita ketika Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 pada awal tahun ini. Antaranya kerajaan telah mewarisi bebanan hutang yang terlalu tinggi. Bayaran khidmat hutang tahun ini juga telah mencecah RM46 bilion ataupun 16 peratus daripada hasil negara. Seperti juga yang dicetak dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam hutang dan liabiliti negara kita telah menjangkaui RM1.39 trilion. Sesesungguhnya hanya dengan adanya pengurusan kewangan awam yang lebih cekap dan baik baharu kita dapat terus membangunkan ekonomi negara secara mampan dan segala peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan dapat betul-betul memanfaatkan rakyat. Kerajaan kita selama ini bukannya tidak dapat dasar yang baik dalam pembangunan ekonomi negara, tetapi sering kali berlakunya isu ketirisan wang awam yang boleh mencatat hingga berbilion-bilion ringgit. Sebab itu kami telah menyertai gerakan reformasi yang telah lancarkan sejak beberapa dekad yang lalu. Kami berharap untuk melihatnya berlakunya reformasi institusi dan juga urus tadbir yang baik dalam negara kita. Akhirnya hari ini buat kali pertama dalam sejarah negara kita kerajaan telah memperkenalkan satu undang-undang yang akan mengawal selia tingkah laku kerajaan sendiri dalam urusan pentadbiran kewangan awam. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Madani. Rang undang-undang ini merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti fiskal di Malaysia. Dan adanya ketetapan bahawa kerajaan mematuhi peraturan fiskal tertentu dan menerbitkan laporan rang undang-undang ini pastinya akan membantu dasar fiskal kerajaan secara mampan dan stabil untuk negara kita. Sesungguhnya ketelusan dalam dasar fiskal dalam ekonomi negara adalah komponen penting dalam pentadbiran ekonomi yang lebih baik untuk kerajaan. Prinsip ini termasuklah memastikan kestabilan makroekonomi mencapai dan mengekalkan tahap hutang yang berhemat dan mewujudkan pengurusan risiko fiskal yang berkesan. Antara kebaikan dengan adanya ke stabiliti makroekonomi adalah ia akan membantu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan mengurangkan ketidakpastian dan mencipta persekitaran yang baik untuk pelaburan. RUU ini akan menghantar satu mesej yang jelas dan kuat kepada pasaran tempatan mahupun luar negara bahawa kegigihan kerajaan ini dalam memperkenalkan urus tadbir yang baik dalam pengurusan fiskal kerajaan. Ini secara langsung akan

memberi keyakinan yang kuat kepada pelabur asing bahawa dasar-dasar fiskal kerajaan ini semestinya mematuhi nilai-nilai seperti akauntabiliti, kemapanan, ketelusan dan kesaksamaan. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan hutang juga harus diberi penekanan dalam dasar kewangan negara. Walaupun dasar-dasar populis seperti memberi wang terus kepada rakyat ataupun meneruskan subsidi secara blanket amatlah menarik tetapi ia hanya akan terus membebankan kedudukan kewangan negara. Jika pencapaian sesebuah pentadbiran kerajaan hanya semata-mata diukur melalui berapa kali, dan berapa banyak kerajaan memberi wang terus kepada rakyat tidak mengambil kisah bagaimana tindakan ini akan menambahkan hutang negara ataupun mengambil langkah mudah dengan mencetak lebih banyak wang untuk memberi kepada rakyat,ini sebenarnya adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Kalau dah namanya hutang, sudah pasti ia perlu dibayar balik. Kalau bukan generasi ini yang bayar, pastinya generasi akan datang termasuklah anak muda sekarang yang perlu bayar balik hutang tersebut. Bayangkan kalau hutang negara terus bertimbun tanpa kawalan, sampai satu masa nanti wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan untuk manfaat rakyat terpaksa digunakan untuk membayar balik hutang sama ada bayaran pokok atau bunga. Oleh itu usaha kerajaan dalam memperkenalkan RUU ini adalah dipuji kerana ia sememangnya selaras dengan semangat ekonomi Madani di mana prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang merupakan inti pati ekonomi Madani terus ditekankan. Akhirnya dengan pendekatan ini kerajaan dapat mewujudkan satu persekitaran yang inklusif yang dapat mendorong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan ditambah lagi dengan inisiatif-inisiatif lain di bawah kerajaan ini. Kami yakin bahawa Kerajaan Madani pasti dapat mencapai matlamat atau sasaran di bawah ekonomi Madani. Atas sebab itu saya menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullah, selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sama untuk membahaskan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Dan harapan besar seluruh rakyat di mana-mana sahaja di desa di bandar, akta ini yang jelas objektifnya sangat baik untuk kementerian meletakkan kebertanggungjawaban kerajaan dalam tadbir urus dan ketelusan kerajaan menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal khususnya berhubung hasil perbelanjaan pinjaman dan hutang. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan berkaitan dengan fasal 7 dalam rang undang-undang ini berkaitan dengan kadar KDNK. Kita melihat dari sudut KDNK kita berlaku peningkatan khusus dalam suku kedua 2023, peningkatan sebanyak 4.2 peratus. Namun demikian, peningkatan ini tidak selari dengan kedudukan kadar kemiskinan seluruh rakyat sama ada kemiskinan bandar ataupun kemiskinan di desa. Kita masih lagi menghadapi kekangan bagaimana untuk nak menoktahkan kemiskinan seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita ada lagi 130,000 kemiskinan tegar di seluruh negara. Jadi adakah kementerian membuat unjuran selepas akta ini dilaksanakan ia akan dapat memberi kestabilan dari segi kenaikan KDNK itu dan peratusan kemiskinan yang perlu ada signifikan di situ. Yang kedua, saya membangkitkan berkaitan dengan tanggungjawab Menteri berhubung dengan dasar hasil dalam Perkara 12(1) yang menyatakan Menteri hendaklah merumuskan strategi hasil jangka masa sederhana dan menjalankan satu kajian semula ke atas dasar hasil tetapi tidak terhad kepada rangka kerja perundangan dan struktur insentif dalam mengoptimumkan sumber hasil.

Soalan saya bagaimanakah maksud tidak terhad dalam fasal ini kepada rangka kerja perundangan dan struktur insentif. Kita melihat banyak kes ketirisan yang berlaku di peringkat kita menguruskan projek-projek ataupun kita dapat menghasilkan atau obligasi kerajaan itu sendiri. Yang terbaru yang kita baca dalam laporan PAC berkaitan dengan Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam rumusan oleh PAC dilihat bahawa MAFI belum menerima dana obligasi sosial berjumlah RM37 juta pada tahun 2021 daripada syarikat konsesi. Jadi ini antara kelemahan-kelemahan di peringkat Menteri dan kementerian termasuklah dalam laporan ini bayaran skim subsidi harga padi sebanyak RM0.73 juta dibuat kepada pesawah yang telah meninggal dunia iaitu lebih kurang 300 orang petani yang meninggal dunia tetapi dibayar skim ini. Jadi siapa yang terima duit mereka ini? Sama ada waris yang mereka yang tidak bertanggungjawab ataupun ada hantu yang telah menerima duit ini. Jadi ini antara perkara-perkara yang perlu dilihat untuk diperbaiki oleh pihak kementerian. Yang ketiga berkaitan dengan tanggungjawab Menteri berhubung dengan perbelanjaan awam Perkara 15(6). Jadi bagaimanakah, soalan saya Menteri- untuk rakyat, mengenai perkara ini, adakah diletakkan hasil penilaian ini dalam mana-mana laporan perbelanjaan?

Kita melihat isu ini juga ada kes yang kita telah dapat rasai kesan besar kepada kewangan negara, kesan kepada keselamatan negara. Laporan PAC berkaitan dengan LCS sangat jelas. Bagaimana ketika itu Menteri telah pun mengabaikan panduan dan kebertanggungjawaban mereka ketika menguruskan projek ini. Kerajaan membayar RM6.083 bilion kepada kontraktor, namun sehingga hari ini, yang kita ketahui, tidak ada sebuah kapal yang kita terima. Dalam ketika peringkat awal lagi, kelemahan di peringkat kementerian bagaimana terma kontrak yang lemah tidak memihak kepada kerajaan. Dan ketika mana menentukan design ataupun kedudukan kapal itu, pandangan TLDM selaku end user, dengan izin, tidak diendahkan oleh MINDEF dan dalam ketika itu kerajaan memihak kepada kontraktor yang menerima projek ini. Jadi, ini antara kesan-kesan yang telah menyebabkan kerugian besar di pihak kerajaan dan rakyat itu sendiri. Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan bagaimana akta ini dapat memberi impak khusus kepada ekonomi dan hasil pendapatan kerajaan negeri, khususnya kepada negeri-negeri yang masih ramai di kalangan penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak. Sebab itulah ketika mana Kerajaan Negeri Kedah dengan bersungguh-sungguh memberi justifikasi bagaimana Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi imbuhan ataupun memberi pampasan kepada kerajaan negeri atas komitmen dan usaha mengekalkan lebih 100,000 hektar kawasan tanah sawah untuk kerajaan negeri terus mengekalkan Kedah itu sebagai negeri jelapang padi, permohonan RM170 juta adalah sangat sedikit untuk kita bandingkan kos melepas yang telah pun diberikan oleh kerajaan negeri ketika mana tanah-tanah sawah ini tidak dapat dikutip hasil lebih tinggi ketika mana kalau ditukar kepada tanah industri. Dan dalam soalan saya ini, adakah langkah fiskal yang akan dilaksanakan melalui akta ini akan memberi kesan langsung kepada usaha-usaha untuk kita membasmi kemiskinan dan membantu negeri-negeri yang terus ingin bergerak maju setara dengan negeri-negeri yang lain? Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. Rang undang-undang ini penting kerana ia akan memastikan pentadbiran Putrajaya akan mengendalikan kewangan dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab dan bukan bersifat populis seperti pihak pembangkang yang asyik menjerit nak turunkan harga minyak walaupun harga minyak sudah berada di satu paras yang rendah berbanding dengan negara-negara serantau dan negara pengeksport minyak. Dan pihak pembangkang sedar akan kewangan negara tidak mampu lagi untuk menanggung subsidi minyak yang melambung tinggi ini. Money doesn’t grow on trees. Kita tidak boleh mencetak duit sewenang- wenangnya dan membayar. Setiap tahun sebelum bajet, kerajaan akan menerima pelbagai tuntutan daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menambah subsidi, untuk bantuan tunai, untuk pengecualian cukai, untuk pengurangan cukai dan sebagainya. Hakikatnya, kerajaan memang memerlukan satu jumlah cukai yang minima untuk membangunkan negara dan juga untuk membayar perbelanjaan kerajaan. Saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini kerana seperti yang dibangkit oleh Bagan sebelum ini bahawa rang undang-undang ini boleh mencegah skandal-skandal besar seperti 1MDB dan skandal Jana Wibawa. Ingin saya bangkit di sini supaya skop rang undang-undang ini diperluaskan untuk merangkumi tata kelola Bank Negara Malaysia dalam menjalankan perdagangan rizab asing ataupun foreign reserve trading. Skandal forex telah mengakibatkan Malaysia rugi sebanyak USD10 bilion sejak 90-an. Dan ini merupakan satu jumlah dan impak yang besar terhadap kewangan negara dan jumlah ini setara dengan jumlah kerugian yang dialami oleh 1MDB jika tidak lebih besar daripada 1MDB, tetapi sehingga hari ini, tiada siapa-siapa yang didakwa dan tiada akauntabiliti walaupun negara mengalami kerugian sebesar ini. Saya ingin petik apa yang dikatakan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Murad Khalid. Dia telah mengatakan, Malaysia mungkin mempunyai jumlah rizab wang asing negara yang melebihi RM100 bilion sekiranya Bank Negara Malaysia tidak terlibat dalam kerugian forex ini. Saya minta izin dengan katanya, “We are losing RM4 billion in income annually because of the scandal. The total losses then were USD10 billion which is equivalent to about RM40 billion today. The money would have increased to USD26.6 billion or more than RM100 billion if it has been kept in government savings at the compound interest rate of four percent annually.” Jadi saya rasa satu tata kelola perlu dijalankan dan kita perlu masukkan ke dalam rang undang-undang ini ataupun kita perlu ada satu rang undang-undang yang baru untuk mengendalikan bagaimana kita nak menjalankan perdagangan forex. Saya menyokong bahawa rang undang-undang ini memasukkan baki fiskal lebihan tiga peratus daripada KDNK kerana ini sepatutnya merupakan satu normal ataupun konvensyen kerana telah lebih 20 lebih tahun, 25 tahun sejak 1998, setiap kali bajet dibentang, kita ada satu bajet defisit dan ia sudah jadi satu normal. Dan setiap kali, tak perlu tanya, kita tahu ia merupakan satu bajet defisit. Saya faham ada kalanya semasa ekonomi merudum, kita perlu membelanjakan lebih wang tetapi ia tidak boleh dijadikan satu normal. Kita tidak boleh menormalisasikan bajet defisit kerana ia tidak sihat untuk kewangan negara. Jadi, ia adalah betul jika kita ada sasaran tiga peratus baki fiskal daripada KDNK dan jika kita tidak dapat mencapai, ia perlu dibawa ke Parlimen, kita bahas dan kita luluskan. Jadi, ini saja yang saya nak bangkit. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Kena sebut betul-betul sebab rapat sangat. P109 – Kapar. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Kapar mengalu-alukan akta yang mahu dibuat di dalam Dewan yang mulia ini bagi membuat peruntukan mengenai tanggungjawab, kebertanggungjawaban tadbir urus dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal khususnya berhubung dengan hasil, perbelanjaan, pinjaman dan hutang dan sebagainyalah sampai apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi. Saya yakin rakyat Malaysia tiada mempertikai, tiada yang mempertikaikan akta yang nampaknya dasar bagus, semuanya baguslah. Saya tidak ada isu. Yang melibatkan kawalan kewangan kerajaan bagi memastikan segala perancangan, tindakan, operasi, mengurus tadbir kerajaan untuk mencapai rakyat yang sejahtera, makmur, sihat, bahagia, tetapi, saya nak ingatkan kerajaan mesti ada political will. Mesti ada political will, dengan izin. Kita semua maklum ungkapan keramat prinsip atau dasar good governance, accountability and transparency. Itulah essence apa yang disebut tadi, tapi kita juga semua tahu negara kita ini terpalit dengan masalah-masalah dan kita popular dengan perkara ketirisan, penyelewengan, hilang duit rakyat seperti apa yang disebutkan oleh semua Ahli Yang Berhormat tadi. Jadi, Kapar mahu mengingatkan kerajaan dan kita semua, semua kita dalam ini, siapa sahaja yang mengendalikan duit rakyat agar benar-benar cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap supaya tidak ada ketirisan. No fear no favour. Menghapuskan korupsi, kronisme, nepotisme dan ada rule of law, tiada campur tangan politik, kakitangan kerajaan yang diterapkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan dasar bagus ini khususnya.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Saya ulang, objektif yang dibaca oleh Timbalan Menteri tadi tanggungjawab, kebertanggungjawaban, takbir urus dan ketulusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam ini insya-Allah boleh, benar-benar boleh dilaksanakan dengan aman dan teratur oleh penjawat-penjawat awam tanpa risau dengan arahan yang terbalik daripada prinsip dasar ini, no political interference atau orang kata wahyu. Bahagian III, roman ketiga, Penggal 3, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan yang berhubung dengan dasar pengurusan pinjaman dan hutang kerajaan. Fasal 16 bertujuan untuk menghendaki Menteri merumuskan dan melaksanakan dasar pengurusan pinjaman dan wang secara bertanggungjawab dan berhemat untuk memastikan kemampuan dan kemapanan hutang. Sikit Tuan Pengerusi, Yang di-Pertua. Kapar hendak tanya kerajaan, apakah kerajaan akan menggunakan penilaian kewajaran penggunaan wang negara termasuk sehingga perlu berhutang, termasuk di kalangan jabatan, agensi kerajaan dan GLC mengikut keutamaan untuk mencapai prinsip Maqasid Syariah. Adakah kerajaan akan meletak perancangan perbelanjaan mengikut keutamaan daruriyat, essential, hajiyyat, keperluan dan tahsiniyyat. Yang mana kita tumpu kepada apa yang perlu sahaja, bukan untuk bermegah dan tunjuk-tunjuk supaya kerajaan hanya menumpukan yang penting dan prioriti, no wastage, tidak ada pembaziran. Kita contoh apa, lesson learnt, kita lihat daripada laporan yang disebutkan tadi oleh Sik yang dibuat oleh PAC dan Ketua Audit Negara. Kita tengok bagaimana sebuah LCS sekarang ini, oleh kerana masalah yang kita hendak buat akta ini, sekarang ini sudah pun menelan belanja kalau ikutnya sampai habis nantilah, dah lah dilanjutkan sampai 83 bulan lagi iaitu sebuah kapal puratanya menelan belanja RM2.245 bilion. Makna, lebih 100 peratus lebih daripada apa yang sepatutnya.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Akhir sekali Yang di-Pertua, supaya kerajaan mencapai transparency, accountability dan sebagainya tadi. Jadi, saya juga merujuk- saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, yang ini anggota jawatankuasa. Nama pun penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal. Kalau betul-betul kita hendak buat reformasi, saya bersetuju Menteri Kewangan perlulah orang lain supaya difference head dia akan memberikan apa- nilai tambah kepada yang sudah sedia ada dan juga ada (i) ini “Tidak lebih daripada dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh jawatankuasa yang hendaklah daripada kalangan orang yang mempunyai kedudukan dan pengalaman dalam fiskal atau kewangan awam”. Jadi, saya hendak tanya kerajaan, sebelah sini atau sana dua-duanya sebab this is out of the box. Kalau betul-betul hendak neutral, kalau betul-betul nak transparent, kalau betul-betul nak telus, siapakah yang neutral itu, neutral itu? Apa kata kalau yang dibuat oleh Parlimen sekarang ini kita ada select committee yang melibatkan kerajaan dan juga Ahli Parlimen daripada pembangkang, apa kata Jawatankuasa Dasar Fiskal, nama pun dasar, juga melibatkan daripada pembangkang. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Puan Speaker kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU ini. Sementara kita menunggu reformasi penting yang lain seperti corruption, kebajikan dan pendidikan, RUU ini memang baik dan merupakan satu reformasi yang paling penting dalam pentadbiran 11 bulan kerajaan baru ini. Masanya juga tepat iaitu dilakukan sebelum Belanjawan 2024. RUU ini teramat bagus, pada asasnya merupakan satu guideline atau garis panduan oleh kerana ia garis panduan RUU ini kurang ada substantive checks and balances, itu kita faham, tetapi matlamat utama sebagai satu guideline ialah untuk membenarkan satu komiti yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan paling penting Bank Negara Malaysia untuk memberi input tentang keadaan semasa ekonomi sebelum belanjawan dibentangkan. Tuan Speaker, setiap tahun belanjawan mula dibincangkan pada bulan Mac di mana kesemua kementerian mula memberi input-input mereka, apa yang mereka perlukan dari segi dana untuk tahun hadapan. Setiba bulan Julai, semua permintaan kementerian akan dikumpul oleh Menteri Kewangan dan selepas itu Menteri Kewangan akan mula merangka keperluan-keperluan mereka. Sama ada belanjawan dikurangkan sedikit, tambah sini, kurang sana dan kemudian Menteri Kewangan akan berbincang dengan Perdana Menteri dan juga Kabinet. Kalau bajet dibentangkan pada bulan Oktober, maknanya pada bulan September kesiapan bajet perlu sampai ke tahap 90 percent ataupun 95 peratus. Tanpa akta ini, ada possibility seseorang Menteri Kewangan boleh make his own judgement, dengan izin, tambah sini, kurang situ dan kuasa itu memang terlalu luas. Kalau kita tidak ada guideline akta ini Menteri Kewangan akan overspent menjadi terlalu populis dan masalah fiskal negara iaitu khasnya hutang negara akan bertambah. Jadi, matlamat utama akta ini adalah memastikan bahawa menjelang hujung bulan Ogos ataupun awal September, Menteri Kewangan perlu berunding mengikut jadual yang ditetapkan dalam akta ini dan matlamat utama ini akan memastikan dia tidak- kita tidak sebagai Ahli Parlimen dan juga jawatankuasa, tidak membenarkan seorang Menteri Kewangan melanggar batasnya dan membawa negara lebih dalam ke lubuk hutang. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, YB Tambun dan Kabinetnya sebab ini adalah perkara yang tersangat penting untuk kemapanan ekonomi Madani Malaysia, tetapi saya juga melihat bahawa kerana ini adalah hanya satu guideline, satu garis panduan, isu-isu yang substantial serta kawalan dan imbangannya memang kurang diberi perhatian. Oleh itu saya berharap bahawa dalam pengurusan

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

jawatankuasa ini dan untuk memastikan jadual-jadual dan sasaran-sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai, tindakan reformasi juga perlu dilakukan secara dalaman dalam jawatankuasa ini iaitu melalui perintah eksekutif dan juga melalui Surat Edaran Kewangan, finance circular. Perkara-perkara yang penting saya rasa yang boleh diatasi secara circular ini dan juga executive order ialah, dengan izin, a clear fiscal risk management policy, fiscal adjustment plan for non-achievement of fiscal objectives dan tiga, monitoring and reporting on performance outcome of expenditure estimates. Saya harap perkara-perkara tersebut boleh diselesaikan secara dalaman dan saya minta Menteri Kewangan untuk memberi satu undertaking kepada kita dia akan melakukannya. Tuan Speaker, satu lagi perkara yang sangat penting yang perlu kita bahas dalam perkara ini ialah untuk memastikan senario berikut ya, katakan saya bagi contoh, Menteri Kewangan meramalkan defisit sebanyak tiga peratus untuk tahun 2025 tetapi selepas satu tahun itu dah lepas, kita sampai ke tahun 2026, first quarter we will get the results, kita sudah tahu what was the real expenditures dalam 2025, dia ramal tiga peratus tetapi dapat enam peratus defisit. Maka kita perlu sebagai Ahli Parlimen mengambil tindakan tegas terhadap seorang Menteri Kewangan yang tak disiplin. Dengan izin, we need to make a provision for this scenario. Saya memang sokong 100 peratus RUU ini tetapi saya juga ingin meminta kawan baik saya YB Paya Besar sebagai Special Select Committee Ekonomi dan Kewangan, Chairman, untuk meneliti senario ini dan mengusahakan satu pindaan untuk dimasukkan supaya kita boleh tambah baik RUU ini tahun depan. So, please look into this scenario, pastikan apa yang kita katakan akauntabiliti betul-betul boleh dipakai Dewan yang mulia ini. Itu sahajalah ucapan saya, saya berharap bahawa kerajaan akan menggunakan perintah eksekutif dan finance circular untuk melaksanakan tiga perkara penting tadi dan yang lebih penting apa yang saya bangkitkan ialah untuk meminda RUU ini pada masa terdekat, tahun depan tentang isu akauntabiliti. Saya kira itu sahajalah daripada saya, saya harap bahawa cadangan dan pandangan saya diambil kira oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan pandangan-pandangan yang baik bermula dengan YB Bagan, Putrajaya, Paya Besar, yang keempat Tanjung Karang, kelima - Gopeng, keenam - Bachok, ketujuh - Puchong, kelapan - Kuala Krai, sembilan - Ipoh Timur, 10 - Pendang, 11 - Kuala Selangor, 12 - Pasir Gudang, 13 - Pasir Mas, 14 - Miri, 15 - Sik, 16 - Kampar, 17 -Kapar,18 - Subang. Saya membuat catatan kepada perkara-perkara utama yang ditimbulkan, saya tidak dapat untuk menjawab keseluruhan satu per satu. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Yang pertama, adakah kita boleh capai 4, 3, 60, 25? Itu angka empat peratus untuk pembangunan daripada KDNK, tiga peratus atau kurang untuk defisit daripada KDNK, 60 peratus daripada KDNK untuk paras hutang dan 25 peratus untuk jaminan. Di tangan saya ada maklumat data tahunan daripada 2015 hingga 2023 yang ingin saya kongsikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tetapi 2023 itu anggaran sebab tahunnya belum habis. Berapakah apabila kita kata perbelanjaan pembangunan hendaklah sama atau lebih tiga peratus? Berapakah dalam masa sembilan tahun daripada 2015 hingga anggaran 2023? Jawapannya ialah 4.0 peratus, empat peratus

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

selama sembilan tahun. Oleh itu, hasrat untuk mencapai lebih atau sama dengan tiga peratus itu sudah tercapai kerana purata kita ialah empat peratus. Kemudian dari segi defisit, dari segi defisit anggaran tahun ini lima peratus; 2015 - 3.2 peratus; 2016 - 3.1 peratus; yang paling rendah ialah 2017 - 2.9 peratus. Kemudian 2018 naik 3.7; 2019 - 3.4; 2020 - 6.2; 2021 - 6.4; 2022 - 5.6; 2023, 5 tahun ini. Mengapakah 2015 hingga 2017 - 3.2, 3.1, 2.9 iaitu menepati atau kurang daripada sasaran kita? Puncanya kerana pada ketika itu ada GST Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini GST dah tidak ada. Dahulu saya kepala yang menimbulkan perkara ini. Angka tidak boleh berbohong ini angka benar yang saya ingin kongsikan pada Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi adakah kita ingin melaksanakan GST? Tahun ini tentu tidak, tahun depan tidak ada pengumuman, belum ada pengumuman. Okey, kemudian dari paras hutang keseluruhan yang kita hendak ialah 60 peratus atau rendah- 2015 - 53.6; 2016 - 51.9; 2017 - 50 peratus; 2018 - 51.2; 2019 - 52.4; 2020 - 62 peratus; 2021 - 63.3; 2022 - 60.3. Itu tahun ini belum lagi anggaranya apabila kita campurkan angkanya ialah 56.3 peratus. Jadi kita boleh lihat di situ paras hutang keseluruhan yang meningkat pada 2020, 2021, 2022 adalah kerana masalah COVID-19. Maka paras hutang ditingkatkan dan ada Ahli Yang Berhormat mengatakan boleh atau tidak kita 60.3 peratus itu kita capai 60 peratus itu kita capai. Jawapannya boleh kerana puratanya ialah 56.3 peratus. Dan apabila Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Gudang menyatakan laporan Star 60.4 peratus itu betul dan kita menyatakan bahawa kita ingin mencapai 60 peratus itu dalam jangka masa sederhana bukan besok ya, bukan tahun depan. Tempoh yang diberi apabila akta ini dikuatkuasakan oleh Menteri Kewangan mungkin hujung tahun dikuatkuasakan. Tempohnya ialah tiga hingga lima tahun untuk kita mencapai apa yang kita gariskan empat perkara tadi, 4, 3, 60, 25 itu tempohnya ialah tiga hingga lima tahun. Jadi, dari segi logiknya kita boleh mencapai apa yang kita ingin nyatakan itu. Kemudian dari segi jaminan kewangan 2015 - 15 peratus; 2016 - 15 peratus; 2017 - 17.4; 2018 - 18.4; 2019 - 18.2; 2020 - 20.8; 2021 - 20.1 persen; 2022 - 17.8 persen. Jika kita bahagikan lapan tahun itu, nilai puratanya ialah 17.8 peratus dan hasrat kita ialah 25 peratus dan kurang daripada 25 peratus. Jadi, perkara-perkara ini adalah angka-angka yang kita kira boleh dicapai dalam tempoh sederhana tiga hingga lima tahun. Yang Berhormat Bagan ada menyebut mengenai keperluan untuk memasukkan perkara mengenai tender terbuka di dalam FRA.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Minta penjelasan Puan Speaker. Saya ingin tahu di manakah di dalam rang undang-undang ini yang menyebut tiga hingga lima tahun ini sebab ataupun...

Ada, ada disebut- kena baca detail, ada di situ ya, tiga hingga lima tahun ada. Okey terima kasih Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Bagan menyebut mengenai tender terbuka itu dan keperluan dalam FRA. Maka, saya ingin menyatakan di sini bahawa kita akan ada satu lagi akta khusus tentang perolehan. Tadi ada dua, tiga orang Ahli Yang Berhormat termasuk Pendang, ada menyebut tentang tender. Akta perolehan kerajaan ataupun Government Procurement Act (GPA) dijangka akan dibentangkan pada suku kedua 2024. Jadi apabila disebut tentang LCS dan sebagainya itu, bila sebut tender terbuka dan sebagainya itu, apabila sebut skandal itu dan ini, ini adalah hasrat Kementerian Kewangan untuk mengadakan akta khusus mengenai tender. Oleh itu, tiada keperluan untuk masukkan perkara mengenai tender dalam akta FRA ini. Yang Berhormat Paya Besar penarafan kredit berdaulat negara, penggubalan FRA dapat meningkatkan credit rating Malaysia. Penggubalan FRA dapat memberikan kesan positif ke atas kestabilan penarafan kredit berdaulat negara. Pengenalan had nilai kuantiti dalam FRA dapat mengurangkan pendedahan terhadap risiko dengan menangani kelemahan dan meningkatkan kapasiti fiskal bagi menguruskan sebarang kejutan.

Antara kriteria yang dijelaskan oleh agensi penarafan kredit dalam meningkatkan penarafan sedia ada negara adalah meluaskan asas hasil iaitu antara perkara yang dilihat oleh credit rating, mengekalkan penurunan beban hutang itu juga yang mereka lihat, meningkatkan kemampuan untuk menurunkan defisit itu juga yang mereka lihat. Jadi perkara-perkara mengenai FRA ini juga ada menyebut tentang apa yang dilihat oleh credit rating. Apabila kita melihat kredit rating pada Fitch yang baru ini dikeluarkan, mereka juga melihat kestabilan dari segi politik untuk menentukan kredit rating kita. Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak tanya, agak bila kita boleh memulihkan credit rating yang telah diturunkan oleh Fitch semasa pentadbiran kerajaan yang lepas yang merupakan penurunan yang buat kali pertama lebih 20 tahun. Adakah usaha yang dijalankan dapat meyakinkan bahawa credit rating ini dapat dipulihkan? Terima kasih.

Apabila kita dapat mencapai dalam masa sederhana mungkin tiga tahun, mungkin lebih awal daripada itu, kita harap credit rating kita akan bertambah baik dalam empat perkara yang kita piawaikan itu. Piawaian kita itu bukan main kita letak saja-saja ya seperti 60 peratus siling hutang. Itu adalah merupakan yang merupakan standard European Union. Begitu juga apabila kita menyatakan defisit tiga peratus, itu juga adalah standard antarabangsa. Jadi, apabila kita boleh mencapai apa yang kita ingin capai 4, 3, 60, 25 itu, saya harap kredit rating ini kita tentu akan jadi lebih baik.

Seterusnya...

[Bangun] Ha.

Sabar, sabar sahabat ya. Sabar. Saya banyak perkara nak jawab ini.

Boleh, boleh. Lagi sikit.

Okey, sabar. Paya Besar pun ada lagi.

Bolehlah sikit.

Berkenaan dengan good guarantees.

Credit rating, credit rating. [Ketawa]

Paya Besar...

Boleh?

...perkara yang dibangkitkan oleh pihak agensi penarafan kredit telah diambil kira dalam penggubalan FRA serta objektif fiskal dan had nilai kuantiti seperti dalam Jadual Pertama FRA. Paya Besar juga menimbulkan tentang good guarantees, definisi jaminan kewangan yang dihadkan di bawah akta ini telah dinyatakan dengan jelas merangkumi kesemua jaminan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Jaminan kerajaan yang diberikan oleh kerajaan adalah kebanyakannya adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan awam yang punyai nilai pelaburan yang tinggi seperti MRT, ECRL, Lebuhraya Pan Borneo serta membiayai program-program sosial seperti PTPTN untuk pendidikan, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), PR1MA, SPNB untuk program perumahan untuk sektor awam golongan M40, B40, Perbadanan Aset Air Berhad untuk bekalan air. Jadi, ini mungkin yang difahamkan oleh Paya Besar mengenai good guarantees untuk rakyat ya. Dengan adanya jaminan kerajaan ini, kerajaan mampu memanfaatkan instrumen pembiayaan dari institusi kewangan dan pasaran awam melalui pertubuhan perbadanan milik kerajaan yang tidak dapat ditampung sepenuhnya di bawah belanja pembangunan (DE).

Ha, Timbalan Menteri. Boleh sikit?

Ya, Paya Besar.

Boleh?

Ha, terima kasih.

Paya Besar tadi menyebut tentang telus, tanggungjawab, FDI, KDNK nominal, penentuan bila ditentukan jawatankuasa kecil jangan jadi rubber stamp.

Bagi tak bagi ini? [Ketawa]

Saya catat. Saya catat semua.

Bagi ke tak bagi? [Ketawa]

[Ketawa] Ya kita ada banyak kawan- kawan yang lain. Ada 18 yang lain. Silakan kalau ada beberapa perkara yang mustahak.

Saya nak tanya. Apakah jangkaan pihak MOF bila kita wujudkan FRA ini? Adakah kita punya outlook rating akan bertambah? Dan apakah jangkaan, mesti dah ada. Saya fikir di bawah Kementerian Kewangan. Itu yang pertama. Saya maksudkan good guarantee ini Yang Berhormat, adakah dimasukkan liabiliti good guarantee ini adalah gerenti yang kita rasa dapat. Yang Yang Berhormat sebutkan tadi adalah yang tidak ada pulangan, yang jangka tidak ada pulangan. Yang ada pulangan oleh PETRONAS, oleh TNB. Ini juga dimasukkan atau tidak dalam 25 peratus ini? Itu maksud saya. Bukan sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi.

Ya. Setakat ini sebagaimana yang saya sebut, 17.8 peratus. 17.8 peratus bererti kita masih ada lagi ruangan untuk jaminan ini ya. Kalau ada apa-apa perkara yang tertentu, yang difahamkan oleh YB Paya Besar, bolehlah bertemu selepas ini. Paya Besar ada menyebut tentang implikasi kesan rating tentulah selepas perkara ini kita laksanakan dalam masa setahun, dua. Tentunya kita akan mendapat rating yang lebih baik, bukan hanya A minus atau triple B plus oleh Fitch baru-baru ini dalam kedudukan stabil tetapi kita harap implikasi rating adalah lebih positif. YB Gopeng, di mana kerajaan nak dapat dana RM15 bilion dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12, dari mana sumber dana ini? Secara amnya sumber pembiayaan perbelanjaan pembangunan diperoleh melalui hasil dan juga pinjam kerajaan. Dalam hal ini sumber pinjaman bagi membiayai peruntukan tambahan tersebut, dibiayai daripada sumber domestik. Kerajaan memberi keutamaan untuk mendapat pinjaman dari sumber domestik, memandangkan terdapat permintaan kukuh dari pelabur dan kecairan pasaran yang mencukupi. Di samping itu, kos pinjaman juga lebih rendah dan pendedahan terhadap risiko kadar tukaran mata wang asing dapat diminimumkan. Dan tentunya apabila kita kata kita ingin membuat pinjaman, pinjaman yang boleh dibuat oleh kerajaan hanya untuk membiayai pembangunan dan tidak boleh OE, hanya boleh DE dan juga pinjaman tentang pembayaran hutang. Dan dari segi bayaran khidmat hutang, kita menetapkan supaya dia adalah 15 peratus daripada hasil dan tidak boleh lebih daripada 15 peratus daripada hasil. Memanglah sebelum ini, 10 ke 11 peratus tetapi oleh kerana kita ada pertambahan hutang kerana COVID-19, oleh itu dia meningkat pada 16 peratus dan kita ingin menurunkan pada 15 peratus daripada hasil. Khidmat hutang 15 peratus daripada hasil, itu tidak diletakkan di dalam empat perkara tetapi itu adalah dari segi dalaman ya, disiplin dalaman.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Timbalan Menteri, Puncak Borneo.

Puncak Borneo tadi tak...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Minta. Minta penjelasan sikit je.

Puncak Borneo tak ambil bahagian tapi bolehlah.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Nak, nak penjelasanlah ini.

Ya, sila.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Timbalan Menteri Kewangan, sahabat saya daripada Pontian. Saya nak menyentuh fasal 29, di mana Jawatankuasa Dasar Fiskal ini adalah amat penting. Maka mereka ini akan memberi syor- syor kepada Kabinet dan juga mereka ini adalah badan yang akan membuat hala tuju cara perbelanjaan kerajaan dan juga tax policies. Jadi, saya melihat senarai tadi, di mana saya juga ingin meminta penjelasan sama ada pihak kementerian boleh mempertimbangkan sama ada untuk meletak wakil daripada Sabah dan Sarawak dan juga boleh meletakkan wakil yang pakar di dalam bidang kewangan daripada luar dan juga meletakkan wakil daripada Ketua Pembangkang supaya kita ada check and balance dan ia boleh menjadi satu benchmark untuk kita lebih telus dan ia boleh disemak imbang oleh pelbagai pihak. Jadi adakah kementerian boleh mempertimbangkan perkara ini demi untuk kebaikan kita dan juga daripada mata luar melihat kita, kita lebih ke arah akauntabiliti dan juga lebih telus. Terima kasih.

Ya, tadi juga telah ditimbulkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, termasuk daripada Puchong dan kita mengambil ingatan terhadap perkara itu. Apa yang kita ingin nyatakan bahawa di peringkat Parlimen, kita sudah ada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam atau PAC yang pengerusinya daripada Pembangkang dan ahlinya bergabung dan kita juga ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ekonomi dan Kewangan. Tadi Masjid Tanah, yang jawatankuasa kedua ini ialah jawatankuasa Paya Besar, selaku pengerusi dan ada Putrajaya pun ada di dalamnya, Tuaran pun ada di dalamnya. Jadi, jawatankuasa itu diteruskan dan itu jawatankuasa. Jika perlu ada satu jawatankuasa, Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen ini khusus untuk mengenai dasar fiskal, dia boleh dicadangkan dan telah pun dicadangkan tadi dan kita boleh follow up tentang cadangan itu jika didapati sesuai dengan pihak Parlimen dan saya kira...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Timbalan Menteri, yang saya maksudkan tadi fasal 29...

...saya kira itu, itu adalah baik.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

...dalam RUU ini.

Saya tahu. Perlu ada daripada Sabah dan Sarawak. Ada dua orang kekosongan yang dipilih, boleh diletakkan Sabah dan Sarawak. Pada saat dan ketika ini, Timbalan Perdana Menteri ada dua. Salah satunya daripada Sarawak ya. Isteri saya orang Sarawak jugalah. [Ketawa] Jadi di situ dah ada komponen Sarawak. Jadi, kalau tidak ada Sabah di antara dalam kumpulan jawatankuasa itu, ada dua orang yang boleh dilantik. Kemungkinan seorang boleh daripada Sabah dan sudah ada seorang daripada Sarawak. Ya, Putrajaya.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Timbalan Menteri. Terima kasih atas penjelasan tadi. Cuma sepertimana yang saya sebut dalam perbahasan saya tadi, apabila kita lihat seksyen 28, di mana Jawatankuasa Dasar Fiskal ini mengemukakan syor kepada Jemaah Menteri dan jika kita lihat jawatankuasa ini juga dia ada tugas-tugas dia menyelia

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

perkara fiskal, menimbang teliti, mencadangkan dasar kepada kerajaan dan juga memastikan pelaksanaan dasar. Jadi kita lihat di sini, apabila jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dianggotai oleh Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Timbalan Perdana Menteri, maknanya dia berpusing dalam satu paksi yang sama. Kita tidak ada satu panduan atau ruang untuk kita berikan ada satu, as I said before dengan izin sparring antara cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa dengan apa yang boleh ditambah baik oleh anggota pentadbiran melalui Jemaah Menteri dan saya bagi contoh tadi apabila kita bercakap tentang Monetary Policy Council, ya di mana dia diketuai oleh governor, penolong governor, timbalan governor dan dua anggota lain bebas. Jadi kalau kita dapat beri gambaran bahawa jawatankuasa ini satu jawatankuasa yang bebas, bawa kepada kerajaan, dibincangkan di peringkat Menteri dan juga Jemaah Menteri...

Okey. Saya faham. Saya faham.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

...ianya lebih baik. Jadi adakah kementerian akan mengambil tindakan sama ada mengubah seksyen 28, 29 ini ataupun apakah pendirian kementerian tentang hal ini? Terima kasih Yang Berhormat.

Pada saat dan ketika ini, kita nak teruskan apa yang kita cadangkan ya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Pontian.

Sabar. Saya jawab dululah. [Ketawa] Pendang, kita sahabat kan? Sahabat lama. Dulu satu pentas, satu ketika. Kabinet ini ada 28 orang Menteri, Yang Berhormat Putrajaya. Dan dalam jawatankuasa ini, PM, TPM dua orang, Menteri Ekonomi ada empat orang. Ada 24 yang lain daripada Menteri-menteri itu tidak berada dalam jawatankuasa ini. Bererti 24 Menteri yang lain itu boleh memberikan pandangan yang berbeza daripada mereka yang menganggotai yang sama.

Jadi, saya kira untuk saat dan ketika ini kita teruskan. Sejak 2013, ini anggotanya. Kita ingin meneruskan setahun, dua. Kalau kita ingin ubah sebagaimana Yang Berhormat mana tadi mencadangkan supaya kita pinda pada tahun hadapan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

[Bangun]

Untuk sementara ini akta pertama. Ini akta ibu. Kita teruskan apa yang ada dahulu. Apa yang tidak puas hati Putrajaya?

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya punya concern adalah apabila diketuai oleh Perdana Menteri. Jadi, yang dalam Kabinet pun dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Itu antara komponennya dan turut dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri. Tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi akan dipertimbangkan kemudian, mungkin boleh dilihat kembali, dibawa kembali ke sini kemudian untuk kita tambah baik. Jadi, kita nampak ada satu tata kelola, ada satu governance yang jauh lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih atas cadangan. Kita ambil ingatan berat tentang perkara itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masih banyak lagi nak jawab?

Apa fasal waktu— Saya rasa itu silap tu, jam itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tidak silap.

Tak silap ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya. Masih banyak lagi nak jawab?

Saya tarik balik. Banyak sebenarnya. Banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya bagi masa tambahan tiga minit lagi.

Sikit lagi. 30?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tiga minit.

Tiga minit.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Apa ini. Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian.

Ya Pendang. Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini penting. Saya hendak tanya.

Bachok ada memberikan cadangan- cadangan yang baik lah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya hendak bagi cadangan yang baik lah.

Yang lain pun baik sebenarnya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang tadi disebut PAC. Disebut PAC...

Tanjong Karang dia mengulangi apa yang saya bentangkan ya. Tak apa. Teruskan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya hendak sebut. PAC ini memanglah tadi disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan orang yang sama. Dia tak nak semak dan imbang. Jadi, bagi kepada PAC. PAC juga terhad kepada kelulusan Tan Sri Speaker sama ada hendak bawa naik ke atas, hendak buat report. Kami tak boleh hendak terus pergi buat report tanpa kelulusan Speaker. Yang ini pun nak kena check balik. Selepas itu di RUU yang nak buat pindaan ini, kenapa masuk Sabah dan Sarawak? Kalau begitu saya hendak cadangkan semua negeri 14 ini mesti ada wakil untuk menjadi jawatankuasa. Kenapa Sabah dan Sarawak sahaja? Kami pun bayaq cukai juga negeri lain.

Ya, dalam MA63, dalam pindaan Perlembagaan yang kita ada bahawa kita ada tiga wilayah. Wilayahnya ialah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Adakah itu hidden agenda? Sebab sebelum ini dah lama wilayah ini bukan baharu, sejak daripada 1963 lagi.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Itu akta lain.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Wilayah ini sudah lama. Kenapa hari ini baru ada? Negeri lain pun hendak juga wakilnya duduk dalam Jawatankuasa Kewangan. Mereka pun bayar cukai juga.

Kita ada jawatankuasa kecil. Jawatankuasa kecil itu boleh ada 14 orang. Seorang daripada seorang negeri.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Lantik daripada negeri-negeri jugalah saya cadangkan. Baru adil.

Terima kasihlah Bagan. Terima kasih Pendang. Ada beberapa perkara yang saya ingin sebut.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Cukai diambil daripada semua negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang duduk.

Bagan ada menyebut tentang objektif fiskal ini amat berani. Deficit spending tiga peratus boleh atau tidak, saya dah sebut tadi. Saya dah jawab. Reaksi rating agency kita harap positif. Yang Putrajaya, saya dah jawab dan kita ingin menyatakan bahawa apabila kita tidak mencapai, maka kita akan bawa semula ke Dewan Rakyat. Dan masa tempoh untuk kita membawa balik ke Dewan Rakyat setelah diputuskan oleh Jemaah Menteri itu, kita boleh adakan sidang khas. Kita boleh selesaikan dalam masa dua minggu.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

[Bangun]

Atau kita boleh selesaikan katalah dalam Mesyuarat Kabinet Khas hari Isnin. Kemudian kita ada Mesyuarat Khas hari Khamis Dewan Rakyat. Kita boleh dengan pantas melaksanakan. Jadi, kita tak perlu risau dari segi pencapaian yang tidak dicapai, bawa ke Dewan Rakyat tak lulus ke bagaimana kerana kita boleh mempercepatkan proses itu.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang Berhormat Menteri.

Perkara ini tidak pernah berlaku. Ini kali pertama berlaku. Jadi, kita akan berhadapan dengan perkara yang akan kita hadapi kemudian.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang Berhormat Menteri, kalau saya minta penjelasan sedikit sahaja.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Ini kerana untuk mereka di luar sana ingin mendapat gambaran. Katakanlah dibawa ke Dewan, tidak diluluskan, dibawa balik. Kemudian, kemudian perlu ditambah baik dan hendak dibawa semula. Jadi, saya punya pertanyaan tadi. Apakah keadaan di situ, apakah ia memberi kesan pada penggunaan bajet ataupun belanjawan untuk tahun tersebut?. Itu sahaja. Jadi, dekat luar itu jelas. Maknanya benda ini tidak ada masalah. Kalau benda itu tidak ada masalah. Itu yang kita nak kena jelaskan sebab ini perkara baru. Jadi, mungkin tertanya- tanya. Kalau Dewan tak setuju hendak kena bawa balik, bawa semula ke Dewan. Apakah terdapat kesan pada belanjawan tahun tersebut? Terima kasih Yang Berhormat.

Dia tidak akan ada kesan pada belanjawan. Sebab belanjawan diluluskan dalam sesi yang berbeda. Oleh itu, dari segi tempohnya, katalah dibawa minggu ini. Kemudian, tidak diluluskan oleh Dewan. Maka, dipinda dibawa minggu hadapan. Yang Berhormat Putarajaya, boleh. Kita tak perlu bulan depan. Segalanya sekarang ini boleh proses dengan pantas. Okey. Tanjong Karang...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Saya dah menyebut tadi. Tanjong Karang minta Kota Raja letak jawatan. Dia tak ada kaitan dengan apa yang disebut di sini.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Gopeng. Kehadiran Marang dan sebagainya pun tak ada kaitan dengan apa yang ada di sini. Ekonomi Madani bahawa PADU, NIMP, NETR, KSP RMKe-12.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kuala Selangor.

15 bilion dapat daripada mana, telah saya jawab. Ya terima kasih...

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Timbalan Menteri. Kuala Selangor.

Anjakan besar. Kuala Selangor, saya akan sampai kejap lagi ya. Bachok, terima kasih menyebut mengenai mendisiplinkan Putrajaya. Kesaksamaan generasi hasil yang menuntut keadilan, manfaat cukai sama ada

regresif dan progresif. Regresif sebenarnya SST. Progresif GST. Tak apalah. Itu kita cerita kemudian. [Ketawa] Itu kita cerita kemudian. Dari segi prioriti perbelanjaan tentunya ada. Kita prioriti, luar jangka ini ada keanjalan yang tertentu. Dan pelaporan telus ini Yang Berhormat Bachok, jika kita membuka www.mof.gov.my iaitu laman web Kementerian Kewangan, untuk kali pertama dalam sejarah, pada 23 hari bulan September yang lalu, kita melaporkan prestasi setengah tahun pencapaian kewangan. Tak pernah dibuat selama-lama ini. Ini dikehendaki dalam FRA ini. Tetapi sebelum FRA diluluskan pun kita telah mencuba dan sudah ada dalam laman web Kementerian Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menilai pencapaian setengah tahun, enam bulan. Tetapi dilapor pada 23 September dan kita akan adakan perkara itu setiap tahun mengenai prestasi bajet dan pengurusan wang kerajaan dalam tempoh setengah tahun. Seterusnya, Puchong. Puchong mengira faedah yang dikenakan terhadap hutang kita RM1,460 sesaat. Terima kasih kerana tolong mengirakan itu dan kita memang concerned terhadap apa yang berlaku ini dan kita ada lagi tiga KPI apabila disebut bahawa proses kenaikan hutang. Apa bezanya apabila ketika COVID-19 kita bawa di sini untuk kenaikan paras hutang. Kita ada tiga lagi KPI yang kita bawa di sini. Bukan hanya untuk kita menurun atau menaikkan paras hutang tetapi kita ada lagi KPI. Tiga lagi KPI sebagaimana yang saya sebut. Dia bukan hanya setakat menaikkan siling hutang ataupun berkaitan dengan hutang tetapi kita dengan perbelanjaan pembangunan ya. Sebagaimana tiga KPI yang lain. Kuala Krai. Sistem perolehan lebih telus itu kita sebut bahawa kita akan ada yang dipanggil sebagai akta mengenai perolehan. Kemudian, mengenai rundingan terus dan sebagainya itu ya. Jangan boros dan membazir. Ingatan yang baik. Dasar hasil REE. Ini telah dinyatakan. Asalkan dia ada SOP di negeri-negeri berkaitan dan lulus EIA dan sebagainya. Ipoh Timur menyatakan bahawa FRA ini lebih bertanggungjawab, melaporkan dari segi kebebasan institusi, pengawasan wang rakyat. Separuh penggal dah saya sebut tadi bahawa kita melaporkan separuh penggal. Tahun ini bukan hanya separuh penggal tetapi setengah tahun kita laporkan. Beliau menyebut 16 seksyen, 11 seksyen. Terima kasih. Ada yang wajib bentang. Ada dua fasal. Limited accountability 16 seksyen. Semua sekali, saya hargai pandangan-pandangan daripada Ipoh Timur. Pendang, perolehan. Sekali lagi saya sebut. Kita akan ada akta yang berkaitan proses perolehan ini. Seterusnya, Kuala Selangor. Terima kasih menyebut tentang antara- kesaksamaan antara generasi. Kita tak mahu mewariskan hutang ini pada generasi akan datang. Pada saat dan ketika ini. Bayangkan jika dulu khidmat hutang adalah 10 peratus. Sekarang ini khidmat hutang 16 peratus. Dia sudah enam peratus lebih. Enam peratus lebih itu tidak dapat dinikmati oleh generasi pada saat dan ketika ini kerana hutang yang telah dilakukan beberapa tahun yang lalu. Jadi, kita tidak mahu mewariskan bebanan hutang ini pada generasi akan datang. Itu sebab hutang kita hendaklah kawal. Kuala Selangor, terima kasih. Boustead LTAT itu tidak apalah. Itu di forum yang lain. Jawatankuasa Khas Parlimen hanya untuk fiscal policy. Ini bagus Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita dah ada tentang kewangan dan ekonomi. Tetapi jika untuk khusus Jawatankuasa Khas Pilihan Khas Parlimen, khusus tentang fiskal dan monetari agaknya, misalnya. Itu kita pulangkan kemudian. Kita boleh bincang dan kita boleh fikirkan kembali untuk dapatkan keputusan. Pasir Gudang, saya dah jawab bahawa apa yang disebut oleh laporan The Star itu betul dan 60.4 peratus itu betul. Dan jadual ini adalah 60 peratus. Tetapi Pasir Gudang, dalam tempoh sederhana, setelah ia dilaksanakan, dimulakan. Bila?

Akta ini bila hendak dimulakan? Katalah tahun depan, awal tahun depan misalnya, kita ambil tiga hingga empat tahun daripada tarikh itu, tiga hingga lima tahun untuk mencapai 60 peratus itu. Dia bukan pada saat dan ketika ini Pasir Gudang, ya. Jadi, kita ada masa sedikit. Pasir Mas, Wawasan Kemakmuran ini sebenarnya telah dijawab oleh Perdana Menteri dua hari lepas, bahawa apa yang kita nak buat dalam Ekonomi Madani yang berbeza dengan Wawasan Kemakmuran Bersama ini ialah kerana dalam Wawasan Kemakmuran Bersama itu kurang ditekankan mengenai tata kelola dan juga nilai-nilai madani yang disebut. Madani ini ialah maju tiga perkara. Maju dari segi pemikiran, maju dari segi kebendaan, maju dari segi kerohanian. Itu tidak dinyatakan. Jadi, kita ubah kerangka Ekonomi Madani daripada Wawasan Kemakmuran Bersama. Kampar menyebut skandal forex memang dia teruk sebenarnya tetapi telah ada keputusan-keputusan yang tertentu. Bajet defisit Kampar sebut adalah perkara biasa. Betul, tetapi kita ingin mengurangkan defisit itu dan pada pandangan kita, tiga peratus defisit adalah satu perkara yang sepatutnya boleh. Kapar, political will. Inilah dia political will. Sebelum ini kita berusaha untuk membentangkan daripada 2017 sambung 2019, sambung 2021, sambung 2023. Pada saat dan ketika ini, dalam masa sekitar beberapa minit lagi kita akan uruskan satu perkara yang menakjubkan dalam sejarah Parlimen Dewan Rakyat kita, Malaysia ini mengenai FRA. Terima kasih atas semuanya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Speaker, minta penjelasan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Puan Speaker, minta penjelasan. Tadi, Menteri ada kata kita boleh capai sasaran dalam tiga hingga lima tahun jangka sederhana. Saya hendak tanya, bilakah seksyen 26 penyimpangan sementara akan dibuat? Sebab tiga hingga lima tahun kalau kita telah meningkat ke 62 peratus, kita tak payah guna seksyen 26. Sampai kita tak boleh capai, baru kita guna penyimpangan sementara. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan ‘sementara’ itu?

Penyimpangan ini ialah penyimpangan sementara ialah apabila berlaku krisis. Contohnya, berlaku peperangan di negara jiran. Kita minta jangan berlaku. Contohnya, berlaku lagi COVID-20 ke pula kah apa wallahualam. Penyakit X ke apa ke yang baru-baru ini saya kira kita harap tidak berlaku. Contohnya, berlaku banjir besar yang terlalu besar...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Ya, saya faham.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Tapi, even masa itu pun mungkin tak payah, sebab ada 8(3). 8(3) kata bahawa sasaran itu- Ini adalah sasaran yang boleh dicapai dalam jangka masa sederhana. Maksud, kalau ada COVID, kalau ada any crisis. Kita mencapai 63 tapi 63 ini kalau dalam masa tiga hingga lima tahun kita boleh turunkan kepada 60 peratus. Kita tak payah menggunakan seksyen 26 ataupun kita juga perlu menggunakan seksyen 26?

Apa yang saya faham daripada pandangan Puchong begini, ya. Katalah apabila tiba COVID baru-baru ini 2020, 2021, 2022. Kita telah meletakkan 55 peratus daripada paras siling hutang, ya. Kemudian, kita naikkan dua kali 60 peratus, kemudian 65 peratus. Oleh itu, kita memerlukan masa untuk kembali kepada 60 peratus. Bilakah penyimpangan sementara itu berlaku? Ia berlaku apabila keadaan luar jangka sebagaimana saya sebut tidak dapat diramal, memberi risiko signifikan kepada kehidupan manusia, ekonomi kedudukan fiskal. Risiko signifikan merupakan jangkaan impak yang ketara kepada sebahagian besar rakyat, kedudukan ekonomi, kewangan kerajaan. Tahap risiko signifikan ini akan dinilai oleh Menteri Kewangan dan Jawatankuasa Fiskal. Hasil dapatan penilaian itu perlu

dibentangkan oleh Menteri Kewangan, kelulusan Jemaah Menteri setelah Jawatankuasa Fiskal memutuskan dibawa ke Jemaah Menteri. Selepas Jemaah Menteri memutuskan, dibawa ke sini untuk diluluskan dan dibentang kepada Dewan Rakyat ini.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Faham, faham. Tapi Menteri tak faham soalan saya. Soalan saya, sekarang kalau kita telah pun turun ke 58 peratus. Saya sebagai contoh, ya. 58 peratus. Selepas itu ada perkara yang berlaku. Kita perlu tingkatkan ataupun GDP turun sebab dia adalah nisbah denominator. Kalau pada masa itu 62 peratus tapi kita yakin dalam masa tiga hingga lima tahun, kita boleh turunkan kurang daripada 60 peratus. Adakah seksyen 26 akan dilaksanakan ataupun tak payah? Sebab kita tahu pada jangka masa sederhana kita boleh turunkan balik ke 60. Ini soalan saya. Bukan sekarang, tapi pada masa depan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Kalau dia tidak memberi kesan pada yang seterusnya pada sasaran dan kita yakin tentang perkara itu, maka apa yang kita perlu lakukan ialah kita tak payah, ya. Kita tidak perlu mengubah - jadi itu. Selepas ini kita bincanglah, YB Puchong.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Ya, sila.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Dua soalan ringkas dan pendek. Sebenarnya dia berpokokkan...

Ipoh Timur.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan. Masa sudah tamat.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Pokokkan apa yang Puchong bawa.

35(27) wajib bentang. 16 seksyen limited accountability, 11 seksyen. Ya, Ipoh Timur?

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Yes, terima kasih. Terima kasih atas keprihatinan apa yang saya cakap. Apa Yang Berhormat Puchong sebut tadi berkenaan dengan...

Dia tak perlu bentang sekiranya unjuran dapati tidak melanggar sasaran.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Ya, betul.

MOF akan sentiasa pantau dan teliti.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

[Ketawa] Saya juga hendak tanya, sekiranya penyimpangan itu sebenarnya bukan penyimpangan seperti misalnya kalau tahun depan tiba-tibanya ekonomi merudum teruk sangat. Siapa yang akan tentukan sama ada itu satu penyimpangan atau memang ia adalah sesuatu yang baru berlaku sebab suasana ekonomi? Soalan keduanya, dasar di sebalik rang undang-undang ini adalah reporting atau laporan kepada Dewan. Tetapi kalau kita kaji seksyen 16 dengan seksyen 19, khusus kepada 19(4) di mana ia sebut “syornya melaporkan dapatan dan syornya kepada kerajaan”. Maksudnya, Menteri Kewangan lapor kepada Kabinet. Dan di manakah laporan kepada Parlimen di situ? Nak minta sedikit pandangan dan ulasan berkenaan itu. Terima kasih.

Jika ia tidak melibatkan krisis tetapi tidak mencapai apa yang disebut angka yang saya sebut 436025 itu, ya. Jika tidak berlaku dalam krisis tetapi 436025 ataupun empat tidak tercapai, tiga tidak tercapai, 60 tidak tercapai, 25 tidak tercapai ataupun satu daripada empat tidak tercapai. Atau dua daripada

empat tak tercapai, atau empat-empat tidak tercapai, bukan kerana krisis. Ia perlu ditentukan oleh Jawatankuasa Fiskal. Kemudian, Jawatankuasa Fiskal membawa kepada Kabinet, saya sudah sebut tadi empat orang dalam Jawatankuasa Fiskal. Ada 24 orang lain tak ada dalam Jawatankuasa Fiskal dalam Kabinet 28 orang Menteri itu. Dan kemudian diputuskan oleh Kabinet. Dan kita juga memerhati di sini, bukan? Kita sentiasa memerhati angka 436025 ini dan kita juga ada soalan-soalan di Parlimen kita boleh tanya. Soalan-soalan Parlimen, soalan-soalan Menteri. Adakah 25 peratus itu melebihi? Contohnya, pada setiap hari Selasa, pada setiap hari Khamis ada soalan Perdana Menteri. Prime Minister's Questions Time tak pernah sebelum ini ada. Ada Perdana Menteri boleh menjawab dan kemudian kita boleh bertanya, kenapa tidak ada sidang khas Parlimen? Kerana defisit sudah empat peratus. Kenapa tidak tercapai tiga peratus? Jadi, di sini juga boleh bertanya. Tidak semesti menunggu keputusan Kabinet barulah kita untuk membawa Menteri Kewangan untuk melaporkan di sini untuk dapatkan kelulusan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Cuma sedikit kekurangan, Menteri.

Okey, baik.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Seksyen 16 memang langsung tak ada sebarang clear reporting. Jadi, sikit cadangan sahaja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat.

Terima kasihlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Jika ada perkara-perkara yang saya tidak dapat jawab, saya rasa saya sudah jawab semua. Saya sebut satu persatu dan apa yang saya tulis di sini pun saya sebut satu persatu. Dan saya berminat dengan Subang menyebut bahawa ini adalah reformasi terpenting dan Subang juga menjawab kita jalankan dulu. Tambah baik tahun depan kalau ada apa yang kita hendak pinda, kita pinda. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat, soalan daripada Puchong minta jawab bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Untuk makluman, Yang Berhormat Timbalan Menteri mula menjawab pada pukul 4.50 minit. Jadi, masa yang telah diperuntukkan adalah lebih kurang 40 minit. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 38 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Sim Chee Keong) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 dibacakan kali kedua sekarang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ialah sebuah badan berkanun yang diberi kuasa di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 atau Akta 533 berkuat kuasa 1 Mac 1996. LHDNM bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberikan perkhidmatan dalam pentadbiran, pentaksiran, pemungutan, penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai yang lain sebagaimana yang dipersetujui antara kerajaan dengan Lembaga Hasil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen serta Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 Bilangan 1/2023, masing-masing pada 18 Julai 2023 yang antara lainnya telah bersetuju supaya RUU Lembaga Hasil ini dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak bagi mendapatkan pandangan dan ulasan. Dalam hal ini, pandangan dan ulasan daripada negeri Sabah dan Sarawak termasuk Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri telah pun diperolehi. Pandangan dan ulasan tersebut telah pun diperhalusi oleh Kementerian Kewangan dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 27 September 2023. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang menyatakan keperluan agar wakil kerajaan negeri tersebut dilantik sebagai anggota Lembaga-lembaga Hasil adalah untuk memastikan isu-isu percukaian yang berkaitan kedua-dua negeri dapat ditangani dan disampaikan dengan sewajarnya. Dalam hubungan ini, cadangan keanggotaan wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak boleh dipertimbangkan bagi menggalakkan pengurusan percukaian yang objektif dan bebas selain berusaha mengadaptasi amalan tadbir urus terbaik global seperti yang ditetapkan oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021. Yang di-Pertua, untuk mencapai sasaran kutipan hasil cukai langsung kasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil memerlukan penggunaan sumber yang paling optimum bagi memastikan keperluan tersebut dipenuhi. Oleh yang demikian, Lembaga Hasil hendaklah sentiasa memastikan kedudukan kewangannya kekal berada pada kedudukan lebihan atau surplus pada setiap tahun demi menjamin kemapanan Lembaga Hasil di dalam jangka masa panjang. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai lima fasal.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Akta 533 dengan memasukkan perenggan baharu (1)(da) dan dalam (db) untuk meluaskan keanggotaan lembaga dengan menambah seseorang yang mewakili negeri Sabah yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan seseorang yang mewakili negeri Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Premier Sarawak. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa orang yang mewakili negeri Sabah dan Sarawak itu hendaklah daripada kalangan orang yang pertama berkedudukan dan berpengalaman dalam perkara kewangan, berpengalaman dalam komersial atau percukaian atau undang-undang. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) atau (db) hendaklah juga memegang jawatan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah boleh dilantik semula. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(db) selepas berunding dengan Premier Sarawak. Selain itu, anggota yang dilantik di bawah perenggan (da), (db) juga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fasal 4 ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut berhubung proses pembatalan pelantikan seseorang wakil negeri Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa sebentar lagi. Kertas warna merah telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Fasal 5 bertujuan untuk meminda perenggan 28(a) Akta 533 bagi meluaskan kuasa pelaburan lembaga dengan menyimpan wang lembaga yang ada untuk pelaburan ke dalam bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia dengan sewajarnya di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 atau koperasi yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Koperasi 1993. Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, cadangan pindaan terhadap anggota lembaga dan kuasa pelaburan LHDN di seksyen 6, 7, 9, seksyen 28 Akta 533 adalah pertama, untuk memenuhi aspirasi Perjanjian Malaysia 1963, Malaysia Agreement 1963 (MA63) supaya dilantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam keanggotaan LHDN seperti yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Khas Perjanjian Malaysia 1963. Yang kedua adalah untuk memastikan keanggotaan Lembaga Hasil seimbang dengan tadbir urus korporat terbaik yang menerapkan nilai semak dan imbang (check and balance) selaras dengan amalan terbaik di peringkat global. Ketiga, untuk mengoptimumkan pendapatan pelaburan serta memperkemaskan fungsi pelaburan Lembaga Hasil. Keempat, untuk memberikan Lembaga Hasil lebih banyak alternatif bagi peletakan pelaburannya terutama dalam pelaburan yang patuh syariah. Lima, untuk mendapatkan kadar pulangan pelaburan yang lebih menguntungkan dan kompetitif. Enam, untuk memastikan Lembaga Hasil selaku badan berkanun status diasingkan saraan dan dibebaskan sepenuhnya dapat memaksimumkan pendapatannya bagi menampung sebahagian perbelanjaan tahunan iaitu kos operasi dan modal yang semakin meningkat.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Dan tujuh, untuk memastikan Lembaga Hasil kekal relevan dalam menjalankan aktiviti pelaburan seiring dengan perkembangan pelaburan yang ditawarkan di pasaran. Perbandingan peruntukan akta mengenai kuasa pelaburan antara agensi kerajaan yang lain adalah seperti Akta Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) 2007 yang juga telah dilaksanakan sebagai penanda aras. Yang di-Pertua, kesimpulannya, rang undang-undang pindaan Lembaga Hasil 2023 ini adalah penting supaya Lembaga Hasil dapat melaksanakan fungsi-fungsi utama penubuhannya dengan lebih berkesan.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Semoga dengan pindaan ini, LHDNM dapat memainkan peranan jitu dalam menyumbang kepada pertambahan hasil negara. Saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya akan baca senarai pembahas. Lima minit setiap pembahas. YB Bagan, YB Temerloh, YB Paya Besar, YB Pengkalan Chepa, YB Tanjong Manis, YB Pendang, YB Kota Belud, YB Kangar, YB Tuaran, YB Arau, YB Sri Aman, YB Kampar, YB Lubok Antu, YB Batang Sadong, YB Betong dan YB Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, atas peluang untuk memulakan perbahasan bagi pindaan kepada Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 2023, meminda akta ibu 1996. Dan saya—1995, minta maaf. Saya ingin menyokong pindaan ke atas rang undang-undang ini kerana memang ini adalah tepat pada masanya dan juga untuk memenuhi aspirasi dan juga isi kandungan sebenarnya MA63. Saya perlu sebut di sini bahawa semasa Pakatan Harapan memerintah negara pada tahun 2018, ada Ketua Pegawai Eksekutif adalah seorang yang berasal daripada negeri Sabah, Datuk Seri Sabin. Pada masa itu, sungguhpun ada tekanan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu untuk menukarkan beliau tetapi memandangkan beliau dari Sabah dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama daripada Malaysia Timur. You tidak kira Sabah atau Sarawak, saya akhirnya dapat meyakinkan Perdana Menteri pada masa itu untuk mengekalkan Datuk Seri Sabin terus menjadi Ketua Pegawai Eksekutif LHDN. Ini menunjukkan komitmen daripada pihak kami untuk mengangkat dan memberikan jawatan yang sewajarnya kepada mereka yang layak daripada Sabah atau Sarawak. Itulah sebabnya kalau ada mana-mana pegawai yang berubah atau bertukar tetapi Ketua Pegawai Eksekutif LHDN tidak berubah, kerana beliau dari negeri Sabah. Ini sekali gus menunjukkan bahawa memang daripada sejak 2018, daripada segi semangat telah pun menghormati prinsip ini. Malangnya, beliau telah letak jawatan di bawah kerajaan lama, sungguhpun belum sampai tempoh perkhidmatannya. Sebabnya saya rasa dekat sebelah sana akan tahu. Di samping itu, Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin melahirkan harapan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang cuba menyatakan bahawa...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Lima minit sahaja. Lain kali you sebut.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sat, sat. Datuk Sabin, Datuk Sabin, Datuk Sabin tadi ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak ada mana-mana pihak yang cuba menyatakan...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia datang jumpa saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Dia datang jumpa saya masa itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak ada masalah. Jangan buat tuduhan persepsi politik macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang sila duduk. Tidak beri laluan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini Bagan buat tuduhan persepsi itu...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bolehkah saya teruskan ucapan saya...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ya tetapi tuduhan itu tidak betul.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...You boleh cakap.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia jumpa saya, Datuk Sabin itu masa itu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

You cakap nantilah. Ini floor saya. Duduk!

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia cakap dia ada masalah. Saya tahu you tuduh, tidak boleh. Walaupun floor you, you tuduh tidak betul.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, ya, minta Yang Berhormat duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

You bina persepsi jahat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan, jangan, jangan tunjuk anda jahil tentang peraturan mesyuarat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Macam ini you main politiklah. Bagan please don’t play politiklah. Fokus for Lembaga Hasil lah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya saya akan fokus.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Don’t play politics lah. You play the politics.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

You don’t understand what is LHDN. Please sit down lah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

No. You cakap dia berhenti tadi cakap sebelah sana ada arah-arah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Pendang sila duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

That’s the word you’ve mentioned just now.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan jadi jahil. Terus duduklah. Haiya Jahil betul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

You, jahatlah you.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya berharap bahawa pengasingan kuasa di antara itu LHDN dan Menteri dapatlah dikenali dan difahami oleh pihak-pihak tertentu termasuk di sebelah sana bahawa tentu Menteri tidak ada kuasa ke atas LHDN. Tetapi nampaknya ada pihak tertentu yang tak faham perkara ini, sungguhpun LHDN adalah

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

sebuah badan korporat diperbadankan. Menteri tidak ada kuasa untuk masuk campur kerana ia semua tercatit, termaktub dalam akta. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan mesyuarat] Tetapi ada pihak juga mungkin untuk melepaskan diri cuba untuk mengaitkan tugas dan peranan oleh LHDN kepada Menteri sungguhpun Menteri Kewangan tidak ada campur tangan dalam hal ini. So, ini penting supaya kita dapat pastikan bahawa rakyat faham apa yang diambil tindakan oleh LHDN tidak ada kaitan dengan pihak Menteri. Tetapi kita pun harap tindakan yang diambil adalah munasabah dan ikut saluran undang- undang. Satu lagi perkara yang terakhir yang saya hendak bangkitkan ialah berkaitan dengan cadangan oleh pihak kerajaan untuk mengenakan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gains Tax bagi penjualan saham-saham untuk syarikat yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Saya harap bahawa perkara ini dapat dipertimbangkan semula kerana untuk masa ini memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gains Tax bagi saham- saham atau syarikat yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia adalah saya rasa tidak wajar kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu khususnya apabila kita menghadapi peperangan bukan sahaja Ukraine tetapi dekat Timur Tengah. Ini akan menjadikan keadaan ekonomi global tidak menentu dan pada masa yang sama akan menjejaskan pasaran ekuiti. So, kita harap bahawa pasaran ekuiti akan terjejas sekiranya Cukai Keuntungan Modal untuk syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan penjualan saya tahu hanya keuntungan atas penjualan, saya harap perkara ini ditimbang semula. Kalaupun hendak dilaksanakan mungkin lewatkan selepas itu ekonomi lebih mampan dan lebih stabil lagi. So, itu yang saya hendak sampaikan Dato’ Yang di-Pertua dan saya harap bahawa rang undang-undang ini akan dapat sokongan daripada semua pihak kerana memang kita hendak memartabatkan peranan yang dimainkan oleh Sabah dan Sarawak dan Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan komitmen mereka ke atas MA63 dan Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya fokus kepada pindaan LHDN. LHDN ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri badan berkanun yang diberi mandat oleh kerajaan. Bertanggungjawab untuk bertindak sebagai agen untuk kerajaan dan dikehendaki menyediakan beberapa perkhidmatan termasuklah pentadbiran, penilaian, penguatkuasaan, dan pengutipan pembayaran cukai. Dalam fasal 2 meminda seksyen 6 Akta 533 untuk meluaskan keanggotaan lembaga dengan menambah seorang yang mewakili Sabah dengan perundingan dan persetujuan Ketua Menteri Sabah serta seorang daripada Sarawak dengan berunding dan dipersetujui oleh Primer Sarawak. Temerloh menyokong pindaan ini kerana anggota lembaga ini sewajarnya berfungsi sebagai wakil dari negeri Sabah dan Sarawak serta lebih faham dan mengetahui situasi dan keadaan negeri mereka. Anggota lembaga juga dapat menyalurkan maklumat kepada negeri masing- masing dalam perkara kewangan, percukaian dan yang berkaitan dengannya. Anggota

yang mewakili Sabah dan Sarawak hendaklah mempunyai autoriti untuk melaporkan segala maklumat kepada negeri masing-masing serta menyampaikan segala maklumat percukaian daripada Kerajaan Persekutuan. Anggota yang dipilih juga seharusnya mereka yang memahami tentang kewangan, percukaian, komersial dan juga undang-undang. Perkara ini penting untuk memastikan tanggungjawab sebagai anggota lembaga dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bukan sekadar menambahkan ahli Lembaga semata-mata daripada Sabah dan Sarawak.

Temerloh ingin penjelasan, apakah mekanisme pelantikan yang diguna pakai oleh Menteri termasuk takrifan orang yang mewakili negeri Sabah dan Sarawak hendaklah daripada kalangan orang yang berkedudukan dan berpengalaman? Sebelum ini disebut “atau” seolah-olah pilih satu sahaja. Tetapi dalam pindaan yang terbaru digantikan “atau” kepada “dan”. Adakah pindaan ini juga membolehkan Sabah dan Sarawak menuntut geran khas bersesuaian berdasarkan hak-hak dan undang-undang yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan? Fasal 2. Anggota yang dilantik hendaklah memegang jawatan selama tidak melebihi tiga tahun dan boleh dilantik semula. Temerloh memohon penjelasan pada fasal 3 diperincikan lagi. Apakah signifikan dan implikasi tempoh tiga tahun yang diletakkan sebagai tempoh memegang jawatan ini? Pindaan seksyen 7. Temerloh mohon perincian kriteria yang ditetapkan bagi menentukan pelantikan semula anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) atau pun (db). Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 9 Akta 533 memperuntukkan bahawa— fasal 4, Menteri berkuasa membatalkan pelantikan anggota setelah berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan juga Premier Sarawak. Temerloh berpandangan sewajarnya pembatalan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kriteria yang dipenuhi supaya tindakan di atas adalah adil dan telus. Menteri mestilah juga melaksanakan semak dan imbang dalam membatalkan pelantikan anggota. Dalam pindaan 28(a), fasal 7 bertujuan meluaskan kuasa pelaburan lembaga dengan menyimpan wang untuk pelaburan ke dalam bank Islam dan juga mana-mana institusi kewangan lain di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Apakah jenis dan bentuk-bentuk pelaburan yang disediakan yang dapat memberi keuntungan pelaburan yang menarik dan dijamin serta patuh syariah? Sekian, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Paya Besar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Paya Besar mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi. Kerana apa? Inilah, Tuan Yang di-Pertua, melihatkan keterbukaan pihak kerajaan mendengar pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan kemudiannya semasa bacaan kedua telah dipulangkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas dan, alhamdulillah, Jawatankuasa Pilihan Khas dah menjemput Kota Belud, Temerloh, Dungun, Pasir Gudang berserta sembilan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas. Dan saya lihat ini semua, Tuan Yang di-Pertua, keterbukaan yang rakyat ingin mahu lihatkan di mana semak dan imbang itu berlaku. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Dan saya dengar tadi, dalam bacaan kedua juga ada pindaan. Di atas meja Ahli- ahli Yang Berhormat ada kertas warna merah. Bermakna akan ada pindaan dalam

Jawatankuasa. Saya harap sikap sebegini, Tuan Yang di-Pertua, harus diteruskan oleh mana-mana kementerian. Zaman kita tahu semua bukanlah bererti sudah perlu diteruskan. Ia sudah berakhir dan perlu semak dan imbang yang jelas. Ada beberapa perkara, Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya bagi penumpuan dalam pindaan kali ini. Yang pertamanya, saya harapkan sangat dengan pindaan LHDN kali ini, dalam bajet yang akan diumumkan pada hari Jumaat nanti, kita dapat memberi keyakinan bagaimana kutipan hasil mesti pertumbuhannya hampir sama dan seimbang dengan pertumbuhan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, tahun 2022, pertumbuhan ekonomi kita berada pada paras lapan peratus dan separuh tahun 2023 berada pada kadar 4.7 peratus. Tetapi, yang ironinya adalah kenapa pertumbuhan kutipan hasil— kalau kita lihat pada tahun 2022, 5.9 peratus, 2021, 15.1 peratus dan tahun 2022 pada 16.4 peratus. Hanya kenaikan hanya 1.3 peratus. Ini yang membimbangkan saya, Tuan Yang di-Pertua, supaya ada satu kaedah, satu jalan untuk kita membesarkan kutipan hasil dan terutamanya kita mesti membesarkan asas cukai kecil. Sudah pasti LHDN akan bertindak bebas dan mesti memastikan dan memberi tumpuan. Kerana apa? Sepertimana yang dilaporkan di surat khabar, hanya 40 peratus sahaja syarikat berdaftar mengemukakan borang pulangan cukai. Ini satu perkara yang harus diberi penekanan supaya kutipan hasil kita berasaskan cukai dapat mengikut purata ASEAN. Yang keduanya, Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan sangat supaya Bajet 2024 yang akan diumumkan nanti dan mungkin gambaran itu boleh diberikan di Dewan yang mulia pada penggulungan nanti, adakah— kita panggil multi-tax. Dipanggil— maknanya kita kenakan cukai berasaskan kepada jumlah keuntungan atau jumlah pendapatan yang mereka terima yang kita sifatkan sebagai marginal tax rate. Kalau dia untung sedikit dan dia lepas pada banjaran untuk dikenakan cukai tetapi tidaklah sebesar mereka yang mendapat pendapatan RM100,000, RM200,000 berbanding hanya mereka mendapat pendapatan yang kecil. Jadi, saya fikir keadilan ini mesti diberikan supaya marginal tax rate ini mesti kita wujudkan supaya ia memberi kuasa yang lebih besar disposable income kepada masyarakat supaya ini juga akan membantu dari segi ekonomi. Yang terakhirnya, saya harap sangat supaya, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan, insentif cukai yang tidak bersasar ini kita kena kurangkanlah. Kalau kita hanya memberi insentif cukai kepada orang kaya seperti mana yang dibuat dalam EV car, kita bagi kosong peratus kepada mereka yang hendak membeli EV car kerana kita hendak memberi galakan kepada mereka memiliki kereta elektrik tetapi akhirnya inilah kehilangan hasil negara yang sepatutnya diberikan kepada pembangunan negara dan akhirnya insentif cukai yang luas dan tidak bersasar ini akan melemahkan kutipan hasil kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja. Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua di atas peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2023. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah buat kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang selama ini telah menzahirkan semangat federalisme sebagai pentadbir cukai terunggul sejak ianya diperbadankan pada 1 Mac 1996 tanpa mengira sentimen kenegerian. Saya yakin keikhlasan yang dizahirkan mereka dalam melaksanakan tugas hanyalah untuk melihat kekayaan negara ini dapat diagihkan secara adil ke setiap pelosok negeri di Malaysia dan tidak hanya tertumpu kepada negeri- negeri tertentu sahaja.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Izinkan saya untuk membahaskan rang undang-undang ini dalam pindaan yang melibatkan seksyen 6, 7, 9 dan juga 28. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Tambun telah dilantik sebagai Perdana Menteri juga Menteri Kewangan dengan sokongan rakan- rakan gabungan dari Sabah dan Sarawak. Adakah rakan-rakan parti gabungan dari Sabah dan Sarawak masih belum yakin dan percaya kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk memberikan keadilan dan kesamarataan dalam pengagihan kekayaan ini kepada negeri Sabah dan Sarawak sehingga dicadangkan pindaan melantik wakil-wakil mereka dalam sebuah badan berkanun yang selama ini telah pun terbukti berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan jayanya? Ini dapat kita lihat apabila setiap tahun kutipan cukai langsung daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia meningkat menandakan agensi ini berada pada landasan yang betul. Justeru, saya ingin bertanya, apakah relevannya pindaan kepada seksyen 6(da) dan juga perenggan 6(db) yang menyatakan dengan khusus lantikan seseorang mewakili negeri Sabah dan Sarawak oleh Menteri hanya boleh dibuat selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan juga Premier Sarawak?

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Adakah ini merupakan membuka pintu kepada campur tangan pihak-pihak tertentu dalam sebuah agensi kerajaan ataupun ini mungkin barangkali gula-gula? Wallahualam. Sekarang ini pun kalau kita lihat sebagaimana disebutkan oleh Bagan tadi, keanggotaan LHDN telah pun diisi oleh wakil daripada Sabah dan juga Sarawak iaitu Yang Berbahagia Datuk Petrus Gimbad dan Yang Berbahagia Dato Sri Dr. Wan Lizozman bin Wan Omar yang merupakan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Saya yakin pelantikan ini adalah berdasarkan merit dan juga kelayakan mereka. Malah, kita juga pernah mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif yang disebutkan tadi, juga daripada negeri Sarawak. Ini menunjukkan selama ini amalan keterbukaan LHDN dalam melantik pengurusan tertinggi mereka adalah berdasarkan kepada merit dan juga semangat, bukan dasar semangat kenegerian ataupun wilayah. Saya ingin menarik Dewan yang mulia ini berkenaan pengagihan kekayaan yang kita bincang untuk kutip macam mana dengan segala persiapan untuk memastikan efficiency-nya. Bagaimana pula dengan pengagihan kekayaan yang sama rata merentasi negeri dan wilayah. Justeru, saya ingin mencadangkan agar setiap pembayar cukai boleh membuat pilihan untuk membayar cukai pendapatan mereka kepada kerajaan negeri pilihan masing-masing. Cukai pendapatan ini dihadkan kepada tiga peratus dan pendapatan bercukai mereka dan daripada pendapatan bercukai mereka dan kadar tiga peratus ini boleh ditolak dari cukai yang dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebagai contoh, pembayar cukai yang dikenakan cukai 24 peratus boleh membuat pilihan untuk meremitkan tiga percent cukai yang dikenakan tersebut kepada kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu yang telah dinafikan hak royalti petroleum, Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan dalam arus pembangunan dan juga negeri- negeri lain yang mempunyai sumber yang terhad seperti Perlis dan sebagainya. Baki 21 peratus lagi dibayar kepada LHDN untuk perbelanjaan Persekutuan. Melalui cadangan ini, insya-Allah pendapatan negeri akan meningkat dan dapat digunakan untuk pembangunan negeri yang masih ketinggalan dari segi pembangunan. Ini memastikan limpahan kemakmuran dapat dinikmati secara bersama. Tuan Yang di-Pertua, saya tiada halangan untuk menyokong pelantikan yang disebutkan tadi dengan mendapat persetujuan Ketua Menteri dan juga Premier Sarawak, wakil-wakil daripada negeri. Tetapi, apa yang lebih penting ialah tujuannya supaya memastikan jurang kemiskinan seterusnya menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri Sabah dan Sarawak ini lebih berjaya dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih atas cadangan pindaan kepada seksyen 28 dan semestinya itulah suara dan desakan kami selama ini dan rakan-rakan saya menyokong sepenuhnya pindaan ini bagi memastikan produk-produk kewangan Islam mendapat

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

sokongan agensi-agensi kerajaan dan seterusnya dapat memartabatkan Islam di Malaysia. Namun juga harapan saya agar kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dapat menambah baik pelaporan hasil cukai dengan mengisytiharkan jumlah hasil kutipan cukai daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak patuh syariah dan hasil cukai yang aktiviti-aktiviti yang patuh syariah. Supaya boleh kita dapat tahu perbezaannya dan juga apa yang paling penting Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhiri ialah kutip itu satu perkara yang perlu secara efisien tetapi yang jauh lebih yang diperlukan bagaimana efisiennya kerajaan dalam mengagihkan kekayaan. Saya ingatkan kepada ayat Al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kecelakaan bagi orang yang curang dalam timbangan. Apabila dia kutip daripada orang, dia kutip dengan cukup tetapi apabila dia agihkan, dengan sengaja mengurangkan agihan tersebut. Saya ingatkan kepada kerajaan supaya agihlah kekayaan negara ini daripada hasil yang dikutip itu secara adil dan telus terutamanya kepada kita puji yang baik, yang nak masukkan Bank Islam dan sebagainya untuk dalam pindaan ini tetapi yang tidak bagusnya bila tidak bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang ini. Itu yang tidak bagus. [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Manis.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada saya untuk turut sama berbahas. Terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan kerana membentangkan sekali lagi rang undang- undang D.R. 32/2023 ini yang bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 ataupun Akta 533. Saya terus merujuk kepada cadangan pindaan dari perenggan 6(1)(db) dengan memasukkan perkataan, “Seseorang yang mewakili Negeri Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Premier Sarawak.” Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengkalan Chepa tadi. Sebenarnya bukan soal kepercayaan kepada Yang Berhormat Tambun. Itu adalah hak kami dalam Perlembagaan Malaysia. [Tepuk] Dan juga memenuhi Perjanjian MA63 dan juga IGC dan juga bukannya soal semangat kenegerian. Itu saya ingin nak rujuk. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Negeri Sarawak...

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Saya juga nak betulkan Yang Berhormat. Saya sokong tadi tetapi tujuannya mestilah memastikan program pelantikan tersebut dapat membasmi kemiskinan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Betullah. Begitulah tujuan dia. Tapi, itulah saya katakan bukannya sebab negeri-negeri. Bukan soal negeri. Kerajaan Negeri Sarawak sejak MA63 telah sekian lama memohon supaya keanggotaan Lembaga Hasil Dalam Negeri ini melibatkan wakil daripada Sarawak dan juga daripada Sabah. Tapi, dengan pembentangan rang undang-undang kali ini alhamdulillah dapatlah wakil daripada Sabah dan Sarawak menjadi anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, menurut perenggan 10(a) akta ibu, fungsi lembaga adalah untuk bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, pentaksiran, pemungutan cukai dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan hartanah, duti, harta pusaka, duti setem dan cukai-cukai lain yang dipersetujui antara kerajaan dan lembaga. Jadi, apabila kita melihat kepada cukai, duti dan sebagainya dan apabila kita merujuk kepada perkara 112C dan 112D Perlembagaan Malaysia mengenai penyerahhakkan hasil cukai dan duti dan juga pemberian khas kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, maka adalah sangat wajar negeri Sarawak dan Sabah mempunyai

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

wakil dalam keanggotaan Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya kita di Sabah, supaya kita di Sarawak tahu berapa jumlah kutipan hasil cukai dan duti yang terkumpul dan berapakah jumlah yang harus dikembalikan kepada negeri Sarawak dan negeri Sabah. Dan untuk negeri Sarawak, pelantikan wakilnya haruslah dirujuk dan dirunding dan dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak seperti yang dicadangkan dalam— untuk dipinda dalam perenggan 6. Tuan Yang di-Pertua, dalam perenggan 9 akta yang sama, cadangan pindaan dengan memasukkan subperenggan (c) yang membawa maksud Menteri boleh membatalkan pelantikan dari Sarawak tetapi setelah berunding dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan lantikan baharu mestilah mengikut perenggan 6 yang disebutkan tadi. Apa yang menjadi pokok dalam pindaan-pindaan perenggan dalam Akta 533 ini ialah setiap pelantikan wakil, pembatalan wakil dan pelantikan baharu wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah setelah berunding dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Itu perkara pokok. Jadi, kalau nawaitu pindaan rang undang-undang ini adalah seperti yang saya bahaskan tadi, maka Tanjong Manis dan saya percaya seluruh GPS Sarawak akan memberi sokongan 100 peratus kepada pindaan akta ini. [Tepuk] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tanjong Manis mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah sebuah agensi yang cukup signifikan dalam memainkan peranan sebagai mekanisme percukaian yang memberikan pendapatan kepada kerajaan malahan menjadi agensi yang menjana pendapatan paling banyak kepada kerajaan. Kita harapkan LHDN ini menjadi agensi yang dapat mengutip sebanyak mungkin cukai daripada mereka yang sepatutnya membayar tetapi dalam masa yang sama mengekalkan profesionalisme dan tiada double standard dalam pindaan ini sepertimana kita tengok ada double standard dalam agihan cukai-cukai yang telah dikutip dengan baik, hasil ikhlas pekerja-pekerjanya menyebabkan cukai meningkat tetapi dalam masa yang sama mata wang menurun. Jadi, dia punya nilai agak samalah, malah lebih teruk. Kita tengok sekarang ni, kos barangan isi rumah pun meningkat dengan begitu gila-gila. Jadi, tak bermakna kalau kata kita tak ada keikhlasan mengagihkan balik kutipan kepada semua negeri ini yang ada dalam Malaysia ini, tiba-tiba kita ada satu sikap agihan ini berdasarkan kepada bukan kroni aku, bukan orang aku, kita tak bagi. Ini saya rasa konsep federalisme bukan sahaja MA63 yang telah dicerobohi tetapi konsep federalisme yang ada di Malaysia ini juga yang sepatutnya mana-mana kerajaan tak kira apa-apa parti mengamalkan konsep federalisme ini dalam bab pentadbiran dalam negara ini. Memandangkan tidak banyak masa yang diperuntukkan, saya menghormati pembahas yang lain. Dalam pindaan seksyen 6, Akta 533 yang meluaskan keanggotaan lembaga dengan menambah seorang wakil mewakili negeri Sarawak dan Sabah yang dilantik oleh Menteri. Saya menyokong yang ini sebab apa mereka ada hak begitu juga negeri-negeri lain pun ada hak. Soalnya selain kelayakan daripada paper qualifications dengan izin...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Pendang, Puncak Borneo nak minta pencelahan sikit saja.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Hah, sikit saja na.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...pasal tak dak masa. Tiga minit.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih sahabat saya daripada Pendang. Saya nak tanya pendapat Pendang sama ada Pendang sebagai wakil rakyat daripada Perikatan Nasional bersetuju ataupun tidak supaya setiap calon yang diletak di dalam seksyen 6 itu hendaklah disyorkan dan juga dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Apa pandangan Pendang?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tentulah untuk kepentingan setiap negeri itu, dia yang lebih tahu. Contohnya lorong-lorong di Mekah, orang Mekah yang tahu. Jadi, bila nak dipersetujui ini kami tak kenal siapa yang nak dilantik mewakili Sabah dan Sarawak. Jadi, kita...

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Sikit Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Hah, boleh, boleh.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tadi, semasa Yang Berhormat Timbalan Menteri bentang, dia kata antara tujuan dilantik wakil khusus daripada Sabah, Sarawak ini ialah untuk memudahkan penyelesaian kepada pertikaian pungutan hasil dan cukai. Kalau kata dalam konteks pertikaian ini, petroleum, hasil royalti kepada Kelantan sampai hari ni tak bagi lagi. Patutnya hasil-hasil daripada Kelantan yang dikutip itu kena ada juga wakil daripada Kelantan, setuju tak Pendang? Terengganu sekali.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Masuk dalam ucapan saya yang tu termasuk daripada Puncak Borneo tadi masuk juga ke dalam ucapan saya. Seorang ahli boleh dilantik oleh Yang Berhormat Menteri – ini jelas sebab apa Yang Berhormat Menteri Kewangan akan melaporkan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri. Jadi, tak payah ada appointment nak pi jumpa Yang Berhormat Menteri Kewangan, nak pi jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam bilik pun boleh bersembang dah, boleh buat keputusan dah, seorang tu saja. Saya pun ambil daripada Yang Berhormat daripada Kota Raja. Dulu dia banyak mengajar saya benda-benda macam ni. Bila seorang memegang banyak jawatan, boleh rujuk kepada Yang Berhormat Kota Raja. Itu saya punya mentor dulu tu. Jadi baik, meskipun Yang Berhormat Menteri mempunyai hak untuk melantik, pastinya beliau tidaklah seorang yang pluck something from thin air dengan izin. Sebab itu kita perlu tahu mekanisme semasa semak periksa yang digunakan. Dalam pada itu, kita juga hendak tahu terjemahan yang lengkap berkenaan dengan wakil daripada negeri terbabit. Adakah adalah pelantikan itu semestinya anak jati kelahiran daripada negeri Sabah dan Sarawak? Saya teringat dahulu komen sepertimana seorang komentator bola sepak, sepak bola kepada kaki ini, kaki ini kepada kaki ini, Kota Raja lah tu masa bila seorang memegang banyak sangat jawatan dalam kerajaan termasuk – Jadi, Perdana Menteri pun orang tu, Menteri Kewangan pun orang tu jadi dia buat keputusan seorang dialah, salah kah betui apa, kita tak tahulah. Jadi seterusnya, saya ingin mendapatkan kepastian dengan pindaan ini, adakah ia pada masa sama membolehkan Sabah dan Sarawak menuntut geran khas yang bersesuaian berdasarkan hak-hak dan undang-undang yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Masih dalam nada yang sama, dalam meningkatkan hasil daripada pelaburan, adakah kaedah pemantauan yang sedia ada mencukupi mengambil kira pindaan ini sebagai usaha untuk mempelbagaikan pelaburan lembaga? Sekiranya ia perlu dikemas kini, apakah aspek yang akan disemak? Apakah area ataupun aset baru yang akan diberikan perhatian kepada masa hadapan? Akhir sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan Program Khas Pengakuan Sukarela di bawah LHDN. Saya difahamkan bahawa program khas ini merupakan satu usaha bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Dalam aspek ini, saya kira proses tersebut perlu dimudahkan atas hasrat ia

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

program sukarela dan pastinya pembayar cukai secara tanpa paksa akan membayar cukai. Saya mendapat maklumat bahawa program tersebut baru-baru ini telah meletakkan syarat-syarat yang ketat dan selain menyusahkan pembayar cukai yang konsisten membayar cukai. Oleh yang demikian, saya beranggapan LHDN perlu dipermudahkan ataupun memudahkan, tidak lagi memberi kepayahan kepada mereka kerana mereka ini contribution for the outcome negara. Jadi oleh sebab itu, memberi kepayahan kepada mereka dan tidak perlu diletakkan syarat yang tidak munasabah. Saya harap RUU disemak semula dengan mengambil kira setiap inti pati perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Dengan itu, saya ucapkan sekian terima kasih dengan apa yang saya lontarkan pada hari ini, diberi perhatian oleh pihak Menteri Kewangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan, Yang Berhormat Pontian selaku Timbalan Menteri Kewangan, Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi yang diketuai oleh Yang Berhormat Paya Besar dan pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan yang telah berusaha dan mengambil inisiatif untuk melaksanakan sebaiknya apa yang telah disuarakan oleh kami ketika sesi perbahasan RUU LHDN, Jun lalu. Setelah melihat blue bill ini serta huraiannya, begitu juga dengan taklimat yang telah diberikan, sesi libat urus di mana saya juga dijemput setelah perbahasan Jun lalu, semua proses-proses yang telah dilakukan ternyata ada asas kukuh kepada apa yang saya suarakan tempoh hari. Harapan saya kepada Kerajaan Persekutuan tidak terhad kepada MOF sahaja apabila ada sahaja pindaan yang melibatkan Sabah dan Sarawak khususnya yang menyentuh hak kami seperti yang termaktub di dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia 1963, tolong buat engagement dengan kerajaan negeri dan Ahli-ahli Parlimen bukan sekadar taklimat tapi at least kena ada sesi perbincangan. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai pandangan dan ulasan yang diperolehi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Wilayah Sabah dan Jabatan Peguam Besar Sarawak. Saya mohon Yang Berhormat Menteri perincikan ulasan yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan negeri ini. Saya mahu detail. Perkara kedua adalah mengenai pindaan seksyen 6. Jika lihat akta ibu, seksyen 6(1), ini menyentuh mengenai keanggotaan lembaga.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat.

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota berikut.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dato’ Yang di-Pertua ...

(A) Ketua Setiausaha Perbendaharaan...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Beaufort.

... yang hendaklah menjadi pengerusi;

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Beaufort.

(B) Peguam Negara...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Beaufort.

... atau wakilnya;

Kota Belud lah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Nak sokong, nak sokong hat tadi ni.

(C) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Suruhanjaya Cobbold.

(CA) Ketua pegawai eksekutif;

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

(D) Tidak lebih daripada dua orang lain yang mewakili kerajaan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan (E) tidak lebih daripada tiga orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri. Dalam pindaan kepada akta yang kita lakukan hari ini yang melibatkan wakil dari Sabah dan Sarawak, kita harus merujuk IGC Report. Saya quote sub perenggan 24(1) “Financial provisions, there should be ad hoc consultation with the senior officials concerned in the Borneo States regarding tax changes and in addition the Borneo States should each be represented on Malaysian Board of Income Tax.” Represented bermaksud diwakili. Dalam konteks ini, saya berpandangan ianya lebih sesuai jika mewakili kerajaan Sabah dan Sarawak ini merupakan setiausaha kewangan negeri dan ianya pada pandangan saya ada lebih selari dengan semangat MA63. Dua sebab mengapa setiausaha kewangan negeri. Pertama, jawatan ini semestinya orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam perkara kewangan, komersial, percukaian dan undang-undang.

Kedua, jika lihat Akta Ibu yang saya sebutkan tadi, Ahli Lembaga Tetap LHDN dari A hingga CA, empat ini merupakan title jawatan. Siapa pun yang akan memegang jawatan itu mereka akan terus dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah LHDN berbanding dengan lantikan oleh Ketua Menteri atau Premier yang boleh jadi sesiapa sahaja. Jawatan Setiausaha Kewangan Negeri, loyalty dan bertanggungjawab mereka tidak akan dipersoalkan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai jawapan Yang Berhormat sewaktu menggulung RUU ini pada 15 Jun yang lalu. Saya quote, “Pada tahun 2022, cukai yang kita kutip dari Sabah berjumlah RM6.37 bilion. Itu kutipan sepanjang tahun 2022 untuk Sabah. Untuk Sarawak, kutipan hasil dari Sarawak pada tahun 2022 ialah RM6.653 bilion.” Saya ingin mendapatkan pengesahan adakah jumlah ini adalah jumlah yang sama seperti yang termaktub di bawah Perkara 112C, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Jumlah ini penting dan saya mahu, saya mohon Yang Berhormat mengesahkannya. Pesanan saya untuk Sabah, orang Sabah, Kerajaan Sabah, inilah jawapan kepada persoalan dan keadilan yang kita tunggu-tunggu selama ini. Daripada dulu bah kita mahu tahu berapa hasil bersih yang dipungut ke Sabah ke Persekutuan. Kita lawan dan minta keadilan. So, saya minta tolonglah jangan sia-siakan platform ini. Tolong hantar somebody yang bukan sahaja capable and they know what is going on tetapi juga yang akan fight apa saja untuk Sabah. Jangan buat lantikan politik.

Awas kamu orang. Jangan bah, rasa bersalah untuk lawan kalau benda itu bukan memihak kepada kita. After all...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sokong, sokong. Pendang sokong.

We have – we have given too much already. Tiada guna mahu main play safe, play safe ini. We are not, we are here not to please anyone. We are here to fight for Sabah. [Tepuk] You can take me out of Sabah, but you cannot take Sabah out of me. Timbalan Menteri, terima kasih kerana mendengar. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Berikutannya, dipersilakan Yang berhormat Kangar.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kangar, sila, Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kangar hari ini mengambil kesempatan untuk membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1995 [Akta 533]. Berdasarkan fasal 2 pindaan seksyen 6, ada menyebut bahawa meluaskan keanggotaan Lembaga dengan menambah seorang mewakili Sabah dan mewakili Sarawak yang hendak dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak. Jadi, persoalannya ialah dari segi mekanisme pelantikan yang perlu diguna pakai dan bagi saya Kangar, Kangar terus menyokong Sabah dan Sarawak dalam pelantikan wakil dari Sabah dan Sarawak. Ini berdasarkan kepada pengalaman kalau kita lihat balik Sabah, Sarawak, Semenanjung adalah tiga wilayah yang terdapat di Malaysia. Kita ada tiga wilayah. Jadi Sabah bukan setakat negeri, Sarawak pun bukan setakat negeri, malah mereka adalah wilayah, maka mereka perlu diberikan hak yang sepatutnya kepada rakyat di sana.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih, Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Okey saya masuk kepada...

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Orang rumah orang Sarawaklah itu.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Apa tek? Kami orang sama juga dengan itu apa Pontian, Timbalan Menteri Kewangan. Sama, sama. Okey. Jadi, satu lagi kita kena ingat bahawa Sabah dan Sarawak berada berdekatan dengan ibu kota Indonesia yang baru iaitu di Nusantara. Maka, apa-apa yang berkaitannya dengan Sabah dan Sarawak perlu diberi kekuatan bagi membolehkan Sabah dan Sarawak mendapat manfaat daripada apa yang dikatakan melalui pindaan [Akta 533] ini. Klausa 4, pindaan seksyen 9 yang memperuntukkan bahawa Menteri pada bila- bila masa tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik pastinya ada sebab-sebab tertentu. Persoalannya adakah Menteri tidak perlu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah ataupun Premier Sarawak ataupun Abang Jo di Sarawak, selaku Premier? Jadi, perlu perbincangan bagi memantapkan lagi urusan-urusan yang berkaitan. Jadi, setakat manakah kuasa yang ada pada Premier Sarawak dan setakat manakah kuasa juga yang ada pada Ketua Menteri Sabah? Fasal 5 pindaan 28(a) yang bertujuan meluaskan kuasa pelaburan Lembaga dengan menyimpan wang Lembaga untuk pelaburan ke dalam mana-mana Bank Islam atau mana-mana institusi kewangan melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

atau Akta Koperasi 1993, adakah terdapat kaedah pemantauan yang sedia mencukupi dalam usaha mempelbagaikan pelaburan Lembaga dan adakah ianya amat berpotensi bagi pelaburan ini? Jadi, Kangar dengan ini menyokong usaha-usaha untuk memartabatkan wakil- wakil Sabah dan Sarawak bagi [Tepuk] menganggotai ataupun dalam pindaan [Akta 533] ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Steady Kangar.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Tuaran untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 (Pindaan) 2023. Dato’ Yang di-Pertua dengan pindaan yang telah dicadangkan pada fasal 2 dan juga dengan cadangan dalam Jawatankuasa terhadap fasal 4, rang undang-undang ini, itu fasal Tuaran menyokong Rang Undang-undang Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 ini. Pindaan-pindaan yang telah dibuat ini, kita mengucapkan terima kasihlah kepada pihak kementerian kerana telah ya, telah bersabar dengan kami dengan dan rang undang- undang yang telah dibentangkan pada 8 Jun 2023 di Dewan yang mulia ini terpaksa dirujukkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi kerana niat utama, niat utama untuk melantik wakil Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak tersebut tidak sempurna. Kerana pelantikan tidak ada provisor untuk membuat consultation dengan Ketua Menteri bagi Sabah dan Premier Sarawak untuk negeri Sarawak. Jadi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa sebentar tadi mengatakan apakah ini cuba apa nama campur tangan dalam hal urusan Kerajaan Persekutuan? Itu tidak. Sebenarnya seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan tadi, bahawa ini sememangnya telah termasuk dalam hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia tahun 63 dan soal yang paling penting di sini adalah consultation, mesti ada perundingan. Apa yang Tuaran khuatir ialah hal ehwal yang berkaitan consultation tersebut. Sebagai contoh dalam Perjanjian Malaysia 1963, hampir setiap hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengehendaki pihak kerajaan untuk membuat rundingan ataupun consultation terhadap Kerajaan Sabah atau Kerajaan Sarawak apabila hak itu dikatakan dipinda di Dewan yang mulia ini ataupun tidak dilaksanakan di Dewan ataupun tidak dilaksanakan. Namun, banyak insiden, banyak telah yang berlaku, banyak sudah pindaan Perlembagaan Persekutuan di mana Kerajaan Persekutuan telah gagal untuk membuat consultation. Oleh sebab, pada kalau sebab itu, walaupun dalam provision ini. Sudah ada consultation, kita berharap ia betul-betul dibuat. Jangan janji saja, jangan jamin sahaja. Mesti betul-betul dibuat. Sebab dulu, sebagai saya ambil contoh, saya ambil contoh ya. Apabila dibuat satu pindaan terhadap Artikel 122 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994 yang melibatkan hak TYT Sabah dan TYT Sarawak untuk melantik Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, kerajaan telah gagal membuat consultation dengan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak tetapi pindaan itu telah dibentangkan di sini juga. Kalau dibahaskan akan diluluskan.

Jadi kita telah bertanya. Apakah status pindaan yang telah dibuat tanpa consultation-nya itu? Kita telah minta. Dalam kerajaan yang lepas, apabila Yang Berhormat Menteri Undang-undang datang daripada Sarawak, Menteri Hal Ehwal Sabah

Sarawak juga daripada Sabah. Kita minta supaya perkara ini diperbetulkan tetapi pada ketika itu dia mengatakan bahawa elok kita rujuk kepada mahkamah. Selepas itu dalam kerajaan pada kali ini, saya telah menghantar usul kepada Speaker meminta supaya perkara itu dibincangkan di Dewan yang mulia ini, dalam Majlis ini, tetapi sekali lagi usul itu ditolak mengatakan bahawa biarlah perkara itu dirujuk kepada mahkamah. Persoalan di sini ialah apakah setiap kali ada pertikaian di mana Kerajaan Persekutuan gagal berunding dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak, kita terpaksa pergi ke mahkamah? We can’t go to court all the time. Sedangkan itu memang kesilapan oleh Dewan yang mulia ini. Sepatutnya apabila Dewan yang mulia ini gagal, masih buat kesilapan, Dewan inilah yang memperbetulkan kesilapan itu. Dan sebab itu saya mengatakan seperti juga dalam pembentangan rang undang- undang pada bulan Jun yang lalu, ada kesilapan. Tidak mengikut apa yang dituntut oleh Perjanjian Malaysia 1963. Kita perbetulkan dengan cara perundingan. Setelah dua perundingan. Jadi pada kali ini saya berharap tidak ada yang tergantung-gantung seperti apa yang telah berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan Artikel 122 yang saya sebutkan tadi. Dalam hal pelantikan Ahli Lembaga Pengarah LHDN ini. Janganlah buat seperti apa yang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa mengatakan bahawa, sudah ada wakil sekarang, Yang Berhormat Datuk Petrus daripada Sabah. Ya dia orang Sabah, dia anak Sabah tapi dia bukan mewakili kerajaan Sabah. Sebab dia bukan dilantik oleh Kerajaan Sabah, bukan dirunding. Begitu juga daripada Sarawak. Itu kunci dia yang paling penting. Sebab itu sesungguhnya rakyat Sabah ya, rakyat Sabah mahukan agar apa yang disebut, apa yang disebut dalam keseluruhan Perjanjian Malaysia 1963 itu di setiap dokumen. Apabila saya sebut setiap dokumen, harus diingat bahawa dalam Perjanjian Malaysia itu ada 12 dokumen di dalamnya. Antaranya ialah Perlembagaan Persekutuan. Setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan itu adalah Perjanjian Malaysia 1963 begitu. Jadi ini bererti bahawa hendaklah ia dituruti. Jangan ulangi apa yang telah berlaku terhadap pindaan Artikel 122 Perlembagaan Persekutuan di mana hari ini TYT Sabah Sarawak tiada lagi hak untuk melantik hakim, tapi ini tergantung ya. Ini tergantung. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menyokong. Kita mengucapkan terima kasih kerana libat urus. Sebenarnya jika sekiranya cadangan pindaan ini dimulakan dengan consultation termasuklah mendapat ulasan daripada agensi-agensi yang berkenaan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi di mana akhirnya dia minta ulasan daripada Peguam Besar Negeri Sabah. Juga daripada Unit Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Kalau dibuat lebih awal ini, tidak timbul tapi dia tidak dibuat lebih awal. Jadi Dato’ Speaker boleh saya akhiri dengan serangkap pantun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan.

... Jangan janji sebarang janji, Kalau berjanji mesti ditepati, MA63 janji Malaysia sehidup semati, Mungkir janji Sabah Sarawak tidak berdiam diri... [Tepuk] Sekian, Tuaran menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya minta apa itu, saya punya ini terputus hubungan. Saya minta Bentara, tolong perbetulkan ya sebab masa tidak bersama. Yang pertama sekali Speaker saya ucap terima kasih. Esok soalan nombor enam tapi saya sebenarnya sudah reda untuk soalan nombor 60 Yang Berhormat. Tak ada masalah. Saya tidak ada masalah sebenarnya. Bukan saya mencari nama kah atau apa- apa. Saya cuma ingin berkhidmat kerana Allah sebab ini penting bagi kehidupan seseorang tapi Yang Berhormat bagi nombor enam, alhamdulillah. Semoga Allah berkati. Yang pertama sekali kita nak ucap tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang telah berjaya mengutip RM175 bilion pada tahun 2022, tahun 2022 ya, tahun 2022. Masa siapa ya, saya lupa. Okey, tapi saya ucap tahniahlah sebab Lembaga Hasil telah kutip RM175 bilion. Keduanya, sering kali digunakan perkataan kerajaan yang lepas. Kerajaan yang lepas, penggal yang lepas ada tiga Perdana Menteri tau, daripada Langkawi, daripada Pagoh dan juga daripada Bera. Kerajaan yang lepas itu apa dia maksud? Saya tak faham sebab apa. Barisan Nasional sekarang sudah masuk bersama dengan PH. Kalau sebut kerajaan lepas, Barisan Nasional. Jadi sering kali diperkecilkan kerajaan yang lepas, kerajaan yang lepas. Tak payah sebutlah. Petang ini pun sebenarnya saya tak nak bercakap berlebih-lebihan, sebab apa ini berhubung dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita nak cakap tenang-tenang tapi bila Bagan provoke tadi, maka saya tidak ada pilihan untuk juga bercakap dengan lebih hebat dan dahsyat. Yang Berhormat, tak payah provoke, tak payah provoke. Kita jangan buat kerja banding kerajaan yang lepas. Kita pun belum buat apa lagi. Saya tahu kita telah mengambil, membawa masuk pelaburan 100 bilion. Tiang pun belum masuk lagi. Simen sekampit pun belum masuk lagi. Ini pengumuman. Saya ingat kalau betul pengumuman itu barang masuk, sudah pasti dia akan mendatangkan kesan kepada banyak perkara, termasuk tukaran wang ringgit kita yang mungkin akan lebih baik. Oleh kerana ini semua kita pengumuman dan pengumuman ini akan mendatangkan kesan kepada pasaran saham kita, tapi pasaran saham dengan kerajaan sebut RM100 bilion, RM170 bilion, tak ada kesan pun. Sebab kita kena bagi kesan kepada- impaknya biar menyeluruh. Bukan setakat pengumuman dan cerita-cerita sahaja. Jadi saya minta jangan sebut lagi perkataan kerajaan yang lepas. Oleh kerana sebut perkataan kerajaan yang lepas. Saya nak sebut kerajaan yang lepas, 2022 telah kutip RM175 bilion. Yang keduanya, walaupun macam-macam pandangan. Saya menyokong usaha kerajaan untuk meminda beberapa seksyen di sini yang mensyaratkan mesti ada wakil daripada Sabah dan Sarawak setelah berunding dengan Ketua Menteri dan juga Premier Sarawak. Saya setuju, tidak ada masalah, tapi perkataan menyebut negeri ini kadang- kadang rimas saya dibuatnya. Kita Malaysia. Kita rakyat Malaysia. Saya pergi ke mana pun saya ingat saya orang Malaysia. Tuan-tuan tengok saya jarang menyebut tentang negeri saya. Saya jarang sebab apa saya rakyat Malaysia. Jadi kalau sekiranya orang layak itu daripada bersebut ini berkedudukan dan berpengalaman. Kalau sekiranya yang layak itu daripada Sabah, kita lantik semua daripada Sabah. Tidak ada masalah. Yang tetapnya wakil satu, wakil Sabah, satu wakil Sarawak, tapi kadang-kadang yang lain itu, layak daripada Sabah dan Sarawak, kena lantik juga. Bukan satu orang Sabah, satu orang Sarawak. Kalau mungkin yang layak daripada Sabah lima orang, lima oranglah. Apa masalah... [Tepuk] Kalau yang layak daripada Sarawak lima orang, lima oranglah... [Tepuk] Saya tak kisah. Orang kata tak lantik daripada negeri you, tak. Kalau orang saya layak, lantik. Tak ada masalah.

Setuju, setuju.

Pernah dua orang Ketua Hakim Negara daripada Perlis, dia layak, lantik. Tidak ada masalah. Yang paling penting sekali

kita rakyat Malaysia, berbanggalah jadi rakyat Malaysia. Jangan menempik-nempik kenegerian yang luar biasa sebab kita rakyat Malaysia. Macam Speaker walaupun dia Cameron Highlands, dia rakyat Malaysia. Orang hebat, polis lagi. Rakyat Malaysia. Jadi demikian adanya. Masa nak habis. Jadi saya menyokong supaya pelantikan berdasarkan kepada pengalaman dan berkedudukan. Bukan sahaja dua orang wakil daripada Sabah dan Sarawak. Kalau layak, kita lantik ya. Kemudian yang berikutnya Yang Berhormat, ini sekarang masa susah Yang Berhormat. Kita- Perdana Menteri duk sebut perkataan orang tu sakau, orang ini sakau. Sekarang susah.

Orang yang dulu nama jutawan sekarang dah susah Yang Berhormat, saya tau. Saya juga orang meniaga, saya tau. Sekarang susah. Jadi, masa susah ini cara Lembaga Hasil Dalam Negeri nak kutip cukai biar berhemah. Berhemah sikitlah. Saya tau mungkin banyak kawan-kawan saya bagi tahu dia datang, “Sila bayar serta merta”. Saya rasa berhemah sedikit sebab orang cari makan dalam keadaan susah ini, dia nak baik. Kita yang paling penting bagi kesedaran- yang ini Timbalan Menteri, bagi kesedaran, bagi pendidikan bahawa membayar cukai itu adalah tanggungjawab kepada pendapatan yang telah didapatkan di negara ini. Tanggungjawab. Timbul kesedaran dia sendiri nak bayar. Seperti yang telah disebut oleh Pendang tadi, kita nak supaya orang datang bayar itu dengan cara sukarela. Sebenarnya, mungkin dia tersilap, dia terlupa apa- bagi, buat cara berhemah kerana orang tengah susah. Bukan semua perniagaan berjaya. Banyak perniagaan yang buka, tutup, buka, tutup. Jadi, dengan itu saya minta supaya tindakan yang lebih berhemah. Rakyat Malaysia tiap-tiap ‘selinggai’ dan juga kepada orang muda melihat bahawa sekarang ini kita minta supaya kerajaan mengambil tindakan yang lebih terbuka, berhemah supaya orang yang kita nak kutip itu rasa seronok untuk bayar dan orang yang kutip itu pun seronok. Jangan dalam bentuk tegang tak sesuatu macam. . Di Parlimen pun itu juga, tegang. Tengok saya pakai biru. Ha, hijau. Yang Berhormat tidak pakai hijau? Hijau ini colour kami lah tapi yang saya nak bagi tahu saya pakai hijau sebab saya jumpa Hulu Langat tadi saya nak pakai colour inilah, nak tunjuk kat dia. Jadi, mai tajuk ini balik. Ini saya tak kata kat Hulu Langat. Saya sebut saya jumpa Hulu Langat, saya terserempak tadi. Ini adalah lambang Hari Mental Sedunia. Jadi, wallahuaklam. Kemudian akhir sekali, Yang Berhormat, akhir sekali...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, gulung.

Ya. Saya tau Yang Berhormat. Walaupun Yang Berhormat dah pernah menutup mic tapi jangan tutup mic dengan saya sebab kita- pertama kita kawan, yang keduanya saya bukan berniat untuk mengganggu siapa-siapa, ya. Ini pasal investment, Yang Berhormat. Kita sedar investment ini disebut Bank Islam dan juga institusi-institusi kewangan yang lain. Kita sedar apa pun investment sekarang ini risikonya cukup tinggi. Kita kena sedar yang itu dulu sebab kalau rakyat Malaysia dia fikir bahawa buat investment kalau rugi, kena ini masalah. Cukup kritikal sekarang. Dunia cukup kritikal. Jadi, kita minta supaya investment itu juga dilihat juga berisiko. Jangan bila kita sebut investment di sini seolahnya mesti untung dan sebagainya. Ada juga rugi dan lain-lain lagi. Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyokong – bukan saya menyokong. Saya bersama-sama kawan-kawan untuk melihat rang undang-undang ini dilaksanakan dengan sebaiknya. Dan juga kepada semua rakyat Malaysia kita mengucapkan selamat berjuang kepada rakyat Palestin. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Arau... [Tepuk] Dipersilakan, Yang Berhormat Sri Aman.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Menteri yang telah membentangkan suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya terpanggillah untuk membahaskan RUU ini kerana tertarik dengan pindaannya terutama sekali pindaan seksyen 6 perenggan 1(da) dan (db) yang saya lihat mempunyai elemen ataupun semangat Perjanjian Malaysia 1963. Sebenarnya, isu ataupun perkara ini Tuan Yang di-Pertua, adalah antara isu-isu atau perkara-perkara yang tertangguh dalam MA63 dan perkara ini sememangnya sering dan kerap dibangkitkan dan diperkatakan oleh rakyat di Sarawak dan juga di Sabah kerana ianya melibatkan hak kami. Saya harap- ya, saya harap jangan ada pihak yang salah faham kerana perjuangan kami dari dua wilayah ini bukan soal kepercayaan atau tidak percaya kepada pemimpin atau mana-mana pihak atau kenegerian. Akan tetapi, berpegang kepada hak perlembagaan dan bagi memenuhi Perjanjian Malaysia 1963, dan I.G.C. Report. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian memang semestinya, Sarawak dan Sabah atas dasar semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan juga semangat inklusifnya mempunyai wakil sebagai anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri. Selain mempunyai akses kepada maklumat berkaitan dengan kutipan hasil di dalam negara, langkah inklusif ini juga, Tuan Yang di-Pertua dilihat lebih telus dengan adanya wakil anggota lembaga dari wilayah Sarawak dan Sabah. Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti dan membaca akta ini berulang kali, maka saya beranggapan pindaan RUU ini akan lebih sempurna, ya. Lebih sempurna, lengkap dan bermakna jika pindaan seksyen 6, Perenggan (1)(da) dan (db) diselitkan ayat, “dan dipersetujui oleh", selepas perkataan “berunding.” Ini bagi saya jika tanpa perkataan “dipersetujui”, keputusan muktamad dalam melantik ataupun membatalkan pelantikan itu masih terletak atau tertakluk kepada keputusan Menteri. Jika ianya begitu Tuan Yang di-Pertua, maka bagi saya semangat MA63 itu nampak tidak wholesome-lah, dengan izin, atau agak tercemar. Jadi, saya mohon agar pihak kementerian memberi pertimbangan ke atas perkara ini dan jika boleh di amend sedikit ...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Sri Aman. Puncak Borneo minta pencelahan sedikit.

Silakan, Puncak Borneo.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Aman. Saya meneliti perkara yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Sri Aman tadi. Jadi, saya nak minta pandangan sama ada Yang Berhormat Sri Aman setuju bahawa kita memberi sokongan kepada rang undang-undang ini tetapi dengan syarat ia hendaklah di perbaiki dalam jawatankuasa nanti di mana syor calon tersebut hendaklah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Premier ataupun Ketua Menteri Sabah dan harus dipersetujui di mana ia akan berunding dan dipersetujui. Dan saya rasa ini adalah sejajar dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Sri Aman bahawa ia lebih molek, lebih sounds better-lah, dengan izin. Jadi, kita juga harus ingat bahawa baru-baru ini Yang Berhormat Tambun semasa Hari Malaysia di Sarawak. Beliau mengatakan bahawa, “MA63 is not to be compromised and not to be negotiated anymore. It has to be implemented”. Jadi, saya amat berbangga dengan hasrat ini tetapi adakah Yang Berhormat Sri Aman bersetuju bahawa ia harus dilaksanakan pada ketika ini tanpa perundingan lagi? Terima kasih.

Saya bersetuju Puncak Borneo. Saya mohon ucapan Puncak Borneo dimasukkan dalam perbahasan saya. Jadi, saya mohon agar pihak kementerian memberi pertimbangan ke atas perkara ini dan jika boleh di amend sedikit to include perkataan ‘dipersetujui’ agar pindaan RUU ini lebih molek, lebih madani, lebih lengkap dan lebih sempurna. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin- juga ingin mengimbau kembali bagaimana, atau kenapa timbulnya masalah ini mengikut kefahaman saya. Ianya bermula dari tahun 1967 di mana hak bukan kepercayaan Sarawak dan Sabah dalam hal ini luntur selepas keanggotaan wakil Sarawak dan Sabah itu terhenti apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri dan undang-undang yang berkaitan dimansuhkan dan dikawal selia oleh Jabatan Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam tahun 1967. Sebelum ianya diteruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang ditubuhkan pada 1995 di bawah Akta LHDN di mana Menteri Kewangan diberi kuasa penuh ataupun kuasa mutlak untuk melantik anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kalau tak silap saya. Jadi, begitulah setahu saya yang menjadi penyebabnya Sarawak dan Sabah tidak mempunyai wakil anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri selama ini. Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua, not all is lost kerana selepas lulusnya pindaan RUU ini nanti dengan harapannya ia dapat mengambil kira cadangan kita untuk memasukkan ayat yang mengandungi perkataan ‘dipersetujui’. Maka, pelantikan termasuk juga pembatalan pelantikan dua ahli anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri dari wilayah Sarawak dan wilayah Sabah akan terlebih dahulu melalui proses di mana Menteri berkenaan akan merujuk kepada Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah bagi mendapatkan kelulusan dalam pelantikan tersebut. Maka, setakat itu dululah perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Speaker kerana membenarkan saya untuk membahas Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, pindaan. Terlebih dahulu saya nak bangkit tentang pindaan ini. Kita tahu bahawa LHDN ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah perbadanan yang bertanggungjawab untuk mengutip cukai terus ataupun direct tax di dalam negara kita. Ini termasuk cukai pendapatan- income tax, stamp duty, dan juga lain-lain. Dalam pengutipan cukai ini, LHDN telah membuat pengumuman tahun depan, 1 Jun 2024 akan mulakan satu sistem e-Invois. E-Invois ini akan bermula tahun depan, Jun untuk pembayar cukai dengan pendapatan jualan tahunan melebihi 100 juta. Ini saya rasa bukan apa-apa masalah, ini untuk syarikat besar. Dan mulai tahun 2025, 1 Januari untuk syarikat 50 juta sehingga 100 juta. Ini pun bukan masalah- 2026, 25 juta sehingga 50 juta dan 1 Januari 2027, untuk semua pembayar cukai dengan transaksi bukan perniagaan tertentu. Ini bermakna sampailah tahun 2027, semua pembayar cukai tidak kira berapa pendapatan ataupun hasil jualannya, ia haruslah patuh kepada e-Invois. Dan sehingga hari ini, lapan bulan lagi akan dilaksanakan, kita tidak ada apa-apa maklumat yang spesifik dan khusus dan adakah e-Invois ini akan dimasukkan ataupun digubal dalam Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana saya tahu untuk mengamalkan e-Invois ini, dia adalah lebih sukar berbanding dengan GST pada tahun 2015. Maklumat-maklumat yang perlu syarikat itu masukkan dalam e-Invois itu adalah amat rumit dan saya rasa perlukan kita ada satu akta khusus ataupun kita pindakan. Kita tak boleh hanya bergantung kepada kuasa Menteri ataupun budi bicara Menteri untuk tentukan apa nak masuk, apa tak perlu dimasukkan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Jadi, saya harap pihak kementerian boleh bagi satu feedback ataupun apakah yang akan dilakukan. Dan saya faham untuk melaksanakan e-Invois ini, ia adalah untuk mengurangkan grey market ataupun black market economy yang ekonomi-ekonomi yang tidak ditakrifkan. Dan ini adalah saya nak tanya, adakah ini bersama dengan cukai SST? Ini boleh membantu kita mengurangkan black economy ataupun grey economy kerana ramai pandangan mengatakan e-Invois ini akan lebih manfaat, akan lebih terserlah ataupun kita akan nampak manfaat yang lebih besar jika kita menggunakan sistem cukai GST. Jadi, saya nak minta pandangan, apakah pandangan daripada kementerian? Dan juga saya nak tahu, apakah bantuan kerajaan yang akan dibagikan kepada syarikat- syarikat untuk membantu untuk mengamalkan e-Invois? Kerana saya nampak mesti ada banyak masalah kerana setiap invois yang dikeluarkan setiap hari boleh kita fikir satu hari berapa invois satu syarikat keluarkan. Adakah kita dapat tahan? Can we cope with this amount of invoice? Dan jika kita tidak mampu untuk membantu syarikat-syarikat ini untuk meluluskan e-Invois ini, mereka tak boleh hantar invois, mereka tak boleh kerja dan invois ini akan dipinda. Kita pinda balik, kita hantar balik, check dan lepas tu hantar lagi. Saya rasa ini satu keadaan yang amat rumit dan bukan senang. Dan mungkin kerajaan boleh bantu dalam syarikat-syarikat terutamanya yang kecil. Nasi lemak seller, kuetiau seller, perniagaan yang kecil kerana mereka perlu juga untuk mengamalkan e- Invois dan mereka tidak memiliki modal yang besar terutamanya untuk membeli software ataupun handphone apps untuk mengeluarkan e-Invois ini. Jadi, sekian saja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Dipersilakan Yang Berhormat Lubok Antu.

Tuan Roy Angau anak GingkoiPRS · GPSLubok Antu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi waktu dan ruang turut serta dalam perbahasan atas Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 ini. Dato’ Yang di-Pertua, secara dasarnya, saya berpendapat bahawa pindaan ke atas Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri ini adalah salah sebuah manifestasi usaha dan komitmen kerajaan dalam mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. Oleh yang demikian, Lubok Antu juga ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan di atas usaha dan langkah proaktif dalam membentangkan pindaan ini di Dewan Rakyat. Diharapkan agar cadangan dan saranan Ahli-ahli Dewan pada hari ini dapat diterima dan dipertimbangkan oleh kementerian dengan hati terbuka. Dato’ Yang di-Pertua, secara teorinya, pindaan ke atas Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri ini dibuat bagi memberi asas perundangan kepada pelantikan wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri yang pada masa ini hanya dilaksanakan secara pentadbiran. Ini sekali gus akan memberikan akses kepada Sabah dan Sarawak kepada maklumat mengenai kutipan, agihan hasil dan percukaian agar tuntutan selayaknya dapat dibuat dalam perkara-perkara lain yang melibatkan peruntukan dan kewangan daripada Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, pada masa yang sama, saya melihat bahawa masih ada lagi penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas RUU ini terutamanya berkenaan dengan seksyen 6 dan seksyen 9. Ini kerana Dato’ Yang di- Pertua, pindaan ke atas seksyen 6 dan 9 menekankan bahawa urusan pelantikan dan pembatalan keanggotaan wakil dari Sabah dan Sarawak di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri hanya dibuat selepas berunding with consultation, dengan izin, dengan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Persoalannya, adakah ini bermakna sebarang keputusan mengenai keanggotaan dan juga pembatalan keanggotaan tersebut hanya bersyaratkan rundingan sahaja? Apakah akan berlaku sekiranya Premier Sarawak atau Ketua Menteri Sabah tidak

Tuan Roy Angau anak GingkoiPRS · GPSLubok Antu

bersetuju dengan calon yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat walaupun rundingan telah diadakan? Perkara ini tidak mustahil berikutan ketidaktentuan politik negara seperti mana yang berlaku kebelakangan ini. Selain itu Dato’ Yang di-Pertua, jika diteliti dokumen IGC Report seperti mana yang telah dibentangkan sebentar tadi oleh rakan saya Kota Belud, jelas terutama di perenggan 24 menyatakan, dengan izin, “There should be ad hoc consultation with the senior officials concerned in the State of Borneo regarding tax changes and in addition, the Borneo state should be represented on Malaysian Board of Income Tax.” Jelas bahawa ianya adalah hak Sabah dan Sarawak untuk diwakili dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagaimana yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia, tetapi jika dilihat dalam RUU pindaan ini, masih perlu ada rundingan dengan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Soalannya Dato’ Yang di-Pertua, adakah rundingan yang disyaratkan ini dibicarakan di bawah seksyen ini hanya dibuat dasar diplomatik saja? Sejauh manakah kuasa Premier dan Ketua Menteri Sabah dalam menentukan wakil Sabah dan Sarawak sebagai anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri masih menjadi tanda tanya. Justeru itu, saya melihat amat penting untuk perkara ini diperhalusi oleh pihak kementerian kerana kami sebagai wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah tidak mahu peranan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam hal soal wakil dalam Lembaga Hasil ini adalah cukup sekadar untuk menyedapkan hati dan mencukupkan syarat sahaja. Oleh itu lebih molek sekiranya RUU ini dapat ditambah baik dengan memasukkan fasa “selepas berunding dan dipersetujui” oleh Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak ke atas pindaan seksyen 6, dan 9. Dalam erti kata lain, rundingan sahaja tidak memadai. Perlu ada persetujuan daripada Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Ini kerana setiap rundingan perlu diakhiri dengan kata putus atau persetujuan. Rundingan semata-mata dilihat seolah-olah tergantung atau ambiguous, dengan izin, dan berpotensi untuk disalah gunakan. Ini bagi memastikan sebarang keputusan mengenai keanggotaan wakil dari Sabah dan Sarawak mendapat restu daripada Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963. Mohon pandangan YB Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan perkara ini. Akhir sekali Dato Yang di-Pertua, saya secara berprinsip menyokong RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 ini selagi mana ianya menghormati Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini termasuklah dalam urusan menentu wakil sebagai ahli Lembaga Hasil yang wajar dibuat melalui rundingan dan dipersetujui oleh Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Rodiyah binti SapieePBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada Batang Sadong untuk bersama membahaskan pindaan terhadap Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995. Pindaan terhadap akta yang dinyatakan adalah untuk mengoptimumkan pengurusan dan pembaharuan dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun LHDN. Ini merupakan langkah bersepadu untuk memastikan LHDN dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien.

Puan Rodiyah binti SapieePBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, inti pati utama pindaan RUU ini bagi memastikan pelantikan wakil dari kedua-dua wilayah iaitu Sabah dan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah LHDN, sah dari segi perundangan. Keputusan untuk melantik wakil dari Sarawak dan Sabah ke dalam LHDN selepas mendapat persetujuan Premier bagi Sarawak atau Ketua Menteri bagi Sabah menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting kedua-dua wilayah ini dalam ekonomi Malaysia.

Puan Rodiyah binti SapieePBB · GPSBatang Sadong

Ini sejajar dengan usaha untuk memberikan lebih banyak suara dan kuasa kepada Sarawak dan Sabah dalam hal ehwal pendapatan negara dan memantau hasil Kerajaan Persekutuan supaya Sarawak dan Sabah memperoleh bahagian yang adil dalam Geran Khas Tahunan berdasarkan 112D Perlembagaan Persekutuan. Hal ini penting kerana ianya menekankan kepentingan transparency dalam menunjukkan angka tepat hasil negara dan juga jumlah kutipan hasil dari Sabah dan Sarawak kepada rakyat. Rakyat perlu tahu pendapatan kedua-dua negeri ini dan berharap hasil kutipan cukai tersebut dikembalikan secara adil untuk pembangunan negeri. Dengan adanya pelantikan wakil ini dalam Ahli Lembaga Pengarah LHDN, informasi mengenai kutipan hasil akan lebih jelas dan memungkinkan perancangan yang lebih baik untuk pembangunan kedua-dua buah wilayah ini. Penglibatan wakil Sabah dan Sarawak dalam LHDN menonjolkan pengiktirafan terhadap status dan keunikan kedua-dua wilayah ini dalam Persekutuan Malaysia Sabah dan Sarawak yang memiliki sejarah, budaya, dan ekonomi yang berbeza dari Semenanjung perlu diberikan perhatian khusus dalam isu percukaian. Ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 yang menegaskan hak dan kedudukan khas kedua-dua wilayah. Keseluruhannya, ini adalah langkah inklusif yang memastikan suara semua pihak diberikan perhatian dalam isu percukaian negara. Sarawak dan Sabah boleh membantu Kerajaan Persekutuan dengan menyumbang pendapat serta idea-idea dalam konteks tempatan agar sumber kewangan cukai diurus dengan lebih baik dan berkesan. Salah satu pindaan yang juga penting adalah berkaitan dengan pelaburan LHDN. Pindaan ini bertujuan untuk memberikan kelebihan dan pelbagai opsyen kepada LHDN dalam pelaburan. Ini memungkinkan LHDN untuk mengakses sumber kewangan yang lebih luas, meningkatkan peluang pulangan pelaburan dan menjamin kestabilan kewangan LHDN dalam jangka masa panjang. Perubahan ini bukan sekadar untuk memperkasa tadbir urus LHDN tetapi juga untuk meningkatkan efficiency, keadilan dan untuk mematuhi piawaian global. Harapannya, melalui pindaan ini LHDN dapat bertindak lebih proaktif memberi sumbangan yang lebih besar kepada pendapatan negara dan menjawab kehendak rakyat untuk sistem cukai yang adil dan berintegriti. Sebagai penutup, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2023 merupakan inisiatif penting untuk memastikan LHDN sentiasa relevan dan berdaya saing memenuhi aspirasi dan keperluan rakyat serta negara di masa kini dan masa hadapan terutamanya wilayah Sarawak dan Sabah. Batang Sadong seperti Ahli Parlimen yang lain mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

Terima kasih kepada Yang di- Pertua di atas peluang untuk sama-sama terlibat dalam membahas Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023. Tuan Yang di-Pertua, LHDN mempunyai lima fungsi utama seperti yang terkandung dalam seksyen 10 Akta LHDN 1995. Antaranya adalah agen kerajaan dan memberikan perkhidmatan dalam pentadbiran, pentaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan. Saya setuju juga dengan Arau tadi. Semoga segala usaha memungut dan menguat kuasa itu dibuat dengan cara yang berhemah. Dato’ Yang di-Pertua, Betong juga berterima kasih kepada kementerian dan juga yang terlibat dalam pindaan undang-undang ini di mana banyak libat urus dan telah dijalankan kerana berjaya meminda akta ini. Ini selari dengan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang juga banyak dibangkitkan oleh yang telah membahas terlebih dahulu, yang ditubuhkan untuk menyelesaikan butiran akhir MA1963, MA63, dengan izin,

yang telah menyatakan dalam perenggan 24 laporannya bahawa Sarawak dan Sabah mesti diwakili dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dalam perenggan 24(1) IGC, jelas tertera rekomendasi tuntutan sejak tahun 1962. Jadi, sudah tiba masanya perkara ini dipandang serius dan seterusnya dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan. Perkara ini juga adalah penting kerana apabila pendapatan keseluruhan negara diketahui maka Sabah dan Sarawak boleh menuntut jumlah yang sewajarnya berdasarkan hak dan undang-undang seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan bagi Sarawak. Dengan adanya wakil dari kedua-dua wilayah, sekurang-kurangnya kita tahulah mengenai berapa pendapatan dari kutipan cukai seluruh negara dan apabila kita tahu mengenainya barulah kita boleh memohon jumlah berpatutan sebagai geran untuk wilayah Sabah dan Sarawak. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin merujuk kepada pindaan seksyen 6 Akta LHDNM 1995 [Akta 533] dengan memasukkan perenggan baharu (i) (da) dan (db) untuk meluaskan keanggotaan lembaga dengan menambah seseorang yang mewakili Sabah dan Sarawak. Ini bukan erti kita tidak yakin dengan Menteri Kewangan tetapi ianya adalah termaktub dalam IGC report yang saya nyatakan tadi. Bagi Sarawak, hendaklah dilantik oleh menteri selepas berunding dengan Premier Sarawak. Dan saya juga bersetuju dan dengan komen daripada pembahas terlebih dahulu bahawa perlu ditambah ayat berikutnya selepas Premier Sarawak iaitu selepas berunding dan perlu dipersetujui oleh Premier Sarawak. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa orang yang mewakili negeri Sabah dan negeri Sarawak itu hendaklah daripada kalangan orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam perkara kewangan, komersial, percukaian atau undang-undang. Itu tidak ada isu bagi saya. Dan seterusnya bagi fasal 4 yang bertujuan untuk meminda seksyen 9, Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa tanpa memberikan apa- apa sebab membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(i)(db) bagi Sarawak selepas berunding dengan Premier Sarawak. Dan pada kertas merah iaitu pindaan dalam Jawatankuasa, semoga ianya nanti selepas huruf Premier Sarawak perlu ditambah dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(i)(db) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu. Maka dengan masa yang telah diberi, saya memberi terima kasihlah kerana pindaan ini telah dibuat dalam peringkat Jawatankuasa nanti seperti mana kertas berwarna merah dan telah diedarkan. Dan semoga undang-undang ini akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan itu Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Dipersilakan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Terima kasih, Dato' di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Dato’ Speaker, saya menyokong RUU LHDN (Pindaan) 2023 ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu berbangkit tentang pelaksanaan MA63. Sesungguhnya pelantikan secara pentadbiran perwakilan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak atas lantikan Menteri Kewangan Malaysia sebagai anggota lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang dilaksana sejak tahun 2022 hingga kini akan diperkukuhkan dengan pelantikan keanggotaan tetap melalui kuat kuasa undang-undang sebagaimana termaktub dalam RUU ini.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Pindaan yang dicadangkan ini juga adalah susulan kepada syor Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang telah bermesyuarat pada 19 Januari 2023 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat MTPMA63 tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak. Sepuluh perwakilan tetap Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak dilantik sebagai anggota Lembaga LHDNM telah dibangkitkan kali pertama dalam platform rasmi perundingan pelaksanaan MA63 oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Mesyuarat Majlis Khas MA63 pada 18 Oktober 2021. Mesyuarat ini telah dibangkitkan atas dasar asas untuk mengembalikan kedudukan asal kewujudan perwakilan kedua-dua negeri ini dalam institusi tersebut sejak penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Adalah diharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat memahami bahawa pelantikan ini adalah untuk mengembalikan amalan asal yang terkandung dalam undang-undang. Tuntutan ini juga sejajar dengan peruntukan berhubung percukaian seperti terkandung dalam subperenggan 24(1) financial provision Inter-Governmental Committee (IGC) Report pada tahun 1962. Keanggotan wakil daripada negeri Sabah dan Sarawak dalam Malaysian Board of Income Tax telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan pada ketika itu. Pelaksanaan pada ketika itu adalah berdasarkan peruntukan dalam undang-undang melalui Perintah 1964 yang berlandaskan Income Tax Ordinance 1947 of The State of Malaya dan Income Tax Ordinance 1956 of Sabah serta Inland Revenue Ordinance 1960 of Sarawak. Walau bagaimanapun, peruntukan mengenai keanggotaan wakil negeri Sabah dan Sarawak ini terhenti apabila Malaysian Board of Income Tax, dan ketiga-tiga undang-undang berkaitan dimansuhkan setelah semua perkara berkaitan cukai pendapatan dikawal selia oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia pada tahun 1967. Fungsi ini kemudiannya diteruskan oleh LHDNM yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah Akta 533. Pindaan Akta 533 yang memperuntukkan keanggotaan tetap wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak ini menzahirkan komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk melaksanakan isu-isu tertangguh berkait dengan MA63 sekali gus menghormati serta mengiktiraf hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Adalah diharapkan kelulusan pindaan Akta LHDN ini kelak akan membantu proses perundingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung semakan kadar pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Apa juga kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, yang kita mahukan adalah pengiktirafan bahawa formula asas kadar pemberian khas untuk Sabah di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan itu adalah terus relevan. Kita mahu peruntukan Perlembagaan berhubung entitlement Sabah pada kadar 40 peratus daripada hasil yang dikutip dari negeri itu terus menjadi asas dan panduan pada setiap semakan. Saya yakin dengan wujudnya keanggotaan Kerajaan Negeri Sabah dalam lembaga bagi LHDN adalah wahana untuk mencapai hasrat rakyat di Sabah sejak berpuluh tahun. Dengan ini, Sipitang menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Sipitang. Dengan sedemikian, berakhirnya pembahas yang terakhir. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 20 minit.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih. Terima kasih kepada Sipitang, Betong, Batang Sadong, Sri Aman, Kampar, Lubok Antu, Arau, Tuaran, Kangar, Pendang, Tanjong Manis, Bagan, Temerloh, Paya Besar, Pengkalan Chepa. Ada soalan-soalan penting yang ingin saya jawab, Dato' Yang di- Pertua. Kutipan hasil tahun 2022 daripada Lembaga Hasil. Untuk Semenanjung, 162.4 bilion. Saya ingin mengesahkan apa yang disebut oleh Kota Belud bahawa untuk Sabah, 6.37 bilion. Untuk Sarawak, 6.65 bilion. Dan jumlahnya ialah 175.46 bilion. Itu adalah angka yang tepat setepat-tepatnya. Dan kita juga- kita kutip hasil 6.37 bilion daripada Sabah, peruntukan pembangunan Sabah pada tahun ini ialah 6.5 bilion. Untuk Sarawak, kita beri 5.6 bilion. Kutip 6.3, kita bagi 6.5 – 6.5 itu, Dato' Yang di-Pertua, dia tidak termasuk perkara-perkara lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah yang ratusan juta lagi yang kita bagi kepada rakyat Sarawak, kepada rakyat Sabah. Jadi dengan lain-lain perkataan. kita sentiasa memberikan apa yang sepatutnya diberikan. Itu mengenai kutipan hasil. Selepas itu mengenai...

YB Menteri, Kota Belud.

Ya, sila.

Saya faham tadi YB Menteri menyebut itu memang mengesahkan. Soalan saya itu, adakah itu seperti yang termaktub dalam Perkara 112C Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan? Jumlah itu. Itu yang saya mahu tahu. Dia memang betul jumlah itu tetapi adakah seperti yang termaktub dalam Perkara 112C?

Perlembagaan Persekutuan tidak ada dekat tangan saya. Siapa ada, tolong bagi. Terima kasih atas pandangan, tetapi, ini angkanya ya. Sama ada dia selaras dengan apa yang itu, itu saya menunggu jawapan daripada pegawai. Saya harap saya memberikan kepuasan hati sebahagian besarnya pada Kota Belud tentang kutipan hasil. Kemudian, mereka yang menimbulkan mengenai apa tujuan sebenar yang kita lakukan ini. Tujuan sebenar tentunya untuk memenuhi aspirasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) supaya dilantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam keanggotaan Lembaga Hasil seperti yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia Bilangan 3 Tahun 2021 pada 18 Oktober 2021 yang pada ketika itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu untuk memperluaskan tempoh keanggotaan yang sama. Jadi, apa yang kita lakukan ini ialah untuk memenuhi semangat MA63. YB Arau ada menyebut tentang aktiviti pematuhan secara berhemah. Lembaga Hasil sentiasa berhemah dan kita menggunakan tiga teras- kesedaran, pendidikan, perkhidmatan, awareness, education, services. Ringkasnya, Dato' Yang di-Pertua, AES. Selain itu, Lembaga Hasil giat menjalankan program libat urus dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan kadar kesedaran dan pematuhan cukai. Kemudian, mengenai program pengakuan sukarela. YB Pendang ada menyebut tentang perkara ini. Sebenarnya kita ingin memudahkan, bukan kita ingin menyusahkan. Program PKPS, pengakuan sukarela ini bermula 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024. Kadar penalti yang dikenakan adalah kosong peratus, Dato' Yang di-Pertua. Punyalah baik. Kalau tidak, kena 10 peratus, 20 peratus. Ini tidak ada kena penalti. Kita hendak memudahkan, bukan menyusahkan. Jadi PKPS ini memudahkan. Siapakah yang layak? Pertama, pembayar cukai baharu...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat.

...Yang belum pernah melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Pontian.

Ya. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tadi disebut PKPS ini sebab rungutan- rungutan. Buat apa lagi hendak kena apa ini, orang kata cukai tambahan lagi? Orang hendak bayar duit sudah, cuma hendak permudahkan kaedah sahaja. walaupun dikatakan free tidak ada charge service apa semua, rakyat hendak bayar, contribution to our nation.

Terima kasih, tetapi...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jadi, tidak payah sebutlah free apa semua, memang itu tanggungjawab kita supaya orang mudah membayar tetapi sekarang ada sedikit...

...Ramai tidak bayar YB.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia akan bayar melalui ini. Okey, baik.

Jadi kita tidak kenakan penalti, pembayar cukai baharu yang belum pernah melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil tetapi telah memulakan perniagaan atau mempunyai pendapatan. Dia pembayar cukai baharu, selepas itu dia hendak bayar cukai tetapi dia telah mulakan perniagaan maka silalah. Kedua, pembayar cukai yang pernah melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil, mempunyai pendapatan-pendapatan tambahan yang tidak dilaporkan. Sepatutnya kalau tidak dilaporkan itu kena penalti tetapi kita tidak kenakan penalti. Punyalah baik ya. Pembayar cukai yang tidak melaporkan pelupusan aset. Dia sudah lupuskan aset, patut bayar cukai, silakan datang, kita tidak kenakan penalti. Kemudian duti yang mengemukakan dokumen perjanjian telah disempurnakan ditandatangani pada atau sebelum 1 Mei 2023 untuk terimaan, ini perkara-perkara teknikal. Itu tentang pengakuan sukarela. Kemudian YB Pendang, juga Kangar, pemantauan kaedah pelaburan Lembaga Hasil, bentuk pelaburan Lembaga Hasil adalah pelaburan berisiko rendah, simpanan tetap, simpanan jangka pendek. Pelaburan Lembaga Hasil dipantau secara terus oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan yang dipengerusikan oleh anggota Lembaga Hasil. Pelaksanaan pelaburan Lembaga Hasil diselia oleh garis panduan yang telah dilulus oleh mesyuarat Lembaga Hasil. Apakah yang dilaburkan? Bukan RM175 bilion itu, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kangar. Bukannya RM175 bilion tahun lepas yang dikutip itu yang dilabur, itu tidak. Itu diberikan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan. Mereka dapat 1.85 percent fee dan 1.85 percent fee itu lebih kurang RM3.3 bilion dan kos mereka lebih kurang RM2 bilion lebih adalah baki lebih kurang RM1 bilion atau RM800, RM900 juta. Itu yang mereka ingin laburkan selama ini dalam bank-bank perdagangan biasa, dengan lulus sebentar lagi akta ini maka mereka boleh melanjutkan pelaburan itu di institusi kewangan Islam di institusi Bank Pembangunan dan juga koperasi. Seterusnya mengenai e-Invoice, Kampar. E-Invoice ini bagus Kampar, bagus. Ini perkara yang cukup kreatif, e-Invoice ini. Semua orang tidak mahu GST, ramai orang tidak mahu GST, GST begitu, GST begini, walhal 173 buah negara daripada 194 buah negara sudah laksana GST. Takkanlah mereka tidak tahu mana yang baik, SST ke GST- 173 buah negara, 90 peratus negara dalam dunia ini tidak mungkin salah Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau yang buat itu 10 peratus mungkinlah salah tetapi kalau yang buat itu 90 peratus daripada negara dalam dunia, tidak mungkin salah tetapi Ahli-ahli Yang

Berhormat sebelum ini ramai yang tidak setuju GST bukan?... [Ketawa] Jadi kita buat e- Invoice lah.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Pontian, kita dipesong dahulu, kita dipesong. Terima kasih.

Maka, kita sebenarnya...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Pontian, Pontian, Yang Berhormat Pontian sedikit.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya hendak menyokonglah, setuju dengan bila dimasukkan Bank Islam dalam kaedah ini. Yang keduanya, kita boleh juga pasal apa, kita dapat efficient, macam mana kita collect untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan atau swasta iaitu PCB, sangat efficient kaedah itu. Kita boleh juga menggunakan peniaga-peniaga yang berdaftar dengan ROS dan mereka ada bank, ada akaun bank. Jadi kita boleh buat juga cadang supaya AFT secara roughly automatic fund transfer debit from dia punya akaun and credit Lembaga Hasil setiap bulan. Jadi dia tidaklah menanggung liabiliti besar sangat. Cuma end of the year dia akan bentangkan, laporkan dia punya aktiviti perniagaan dan kita kalau ada lebihan kita return back to...

Terima kasih Pendang. Memang itu pun sebahagian dibuat dan daripada RM175 bilion itu kita terpaksa pulang balik berbelas bilion sebenarnya kerana terlebih anggar dan sebagainya, memang ada dibuat. Okey, ini tentang e-Invoice. Lembaga Hasil telah mengeluarkan garis panduan umum e-Invoice dalam Versi 2.0 dan garis panduan spesifik e-Invoice Versi 1.0. Kita juga telah mengadakan libat urus dengan pengamal percukaian badan profesional media dan pemain industri. Kita juga menyediakan FAQ di portal HASiL. Sebarang maklum balas atau pertanyaan boleh di e-mel kepada [email protected]. Okey, lagi, Bagan menyatakan CGT penjualan saham tidak disenarai cukai keuntungan modal kalau boleh ditangguh, itu kita boleh fikir kemudian, runding kemudian. Terima kasih kerana hari itu meneruskan Datuk Seri Dr Sabin Samitah sebagai CEO LHDN. Kemudian kita memahami ada dua perang Ukraine, Palestin. Temerloh juga, kenapa tiga tahun? Ini antara standard yang dilakukan, tiga tahun dan kita kata mereka mesti berkedudukan dan berpengalaman. Ini untuk mengelak pelantikan yang lain itu atas lantikan politik dan sebagainya. Orang politik berkedudukan. Mungkin mereka kurang berpengalaman dalam bidang- bidang yang tertentu tetapi mereka yang berpengalaman contohnya akauntan yang kita nak lantik. Mereka berpengalaman tetapi adakah mereka berkedudukan? Itu yang perlu dilantik pegawai kewangan negeri misalnya. Jadi, dua-dua dan, perkataan “dan” itu tentunya perincian kriteria, telus, semak imbang. Paya Besar, terima kasih kerana menghargai apa yang telah dilakukan. Di sini saya berdiri hari itu dan kita merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi. Memang kita rujuk dan kita pergi dan kita berbincang dan kita berunding dan setiap perundingan mesti ada persetujuan. Jadi, tidak perlu letak perkataan bersetuju. Berunding itu untuk mencapai persetujuan. Ini sikap yang baik, terima kasih. Kita ada semak dan imbang dan kita lakukan perkara yang begini. Apa yang disebut oleh Paya Besar cukai asas marginal tax rate itu memang kita wujudkan. Insentif cukai yang tidak bersasar dihentikan, satu cadangan yang baik dan kenaikan hasil mesti selaras dengan pertumbuhan ekonomi, satu prinsip yang betul dan tepat. Pengkalan Chepa, saya sudah sebut kenapa kita lakukan perkara ini. Dia bukan gula-gula ya, tentang jurang kemiskinan berjaya dilaksanakan, dirapatkan, itu satu perkara

yang penting dan apa yang kita hendak buat juga ini untuk senarai untuk kita lakukan pelaburan yang patuh syariah. Tanjong Manis, semangat MA63, kemudian Pendang saya sudah jawab, kemudian Kota Belud saya sudah jawab. Kangar, kaedah pemantauan pelaburan untuk lembaga sudah jawab, Tuaran consultation, perundingan. Arau, kerajaan yang lepas saya tidak pernah sebut, orang lain yang sebut. Ini RM175 bilion, itu kutipan tahun lepas. Kita harap kutipan pada tahun ini akan bertambah daripada RM175 bilion ini. Kemudian, Arau menyebut bahawa mana buktinya? Buktinya petang tadi, hari ini Perdana Menteri mengadakan apa yang dipanggil sebagai memorandum of agreement, bukan hanya MOU, memorandum of understanding RM170 bilion pelaburan daripada negara China. Pada hari ini ditandatangani MOA, memorandum of agreement. Dasar-dasar utama ditandatangani oleh Geely, syarikat besar automotive negara China dan PROTON di Tanjung Malim, melibatkan RM32 bilion, memang berlaku on the ground di Automotive Hi-Tech Valley pada hari ini... [Tepuk] Sri Aman, terima kasih mengingatkan tentang hak Perlembagaan MA63, Kampar e-Invoice saya dah jawab. Lubok Antu, Batang Sadong, sistem cukai yang ada yang relevan yang berdaya saing. Betong dan Sipitang ini...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Saya hendak jawab satu perkara yang penting.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Puncak Borneo hendak minta pencelahan sedikit.

Saya hendak jawab satu perkara yang penting. Puncak Borneo, Kota Belud, Sri Aman, Betong, Tuaran, Lubok Antu.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri hendak jawab.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Sekejap.

Inilah perkara yang nak dijawab. Apakah maksud berunding? Berunding ialah due process yang menyeluruh dan sewajarnya. Apabila berunding itu untuk mencapai persetujuanlah. Tadi ditanya oleh Kota Belud. Apa dia yang dipersetujui oleh negeri Sabah ini? Yang saya sebut, saya hendak sebut. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah pada 17 Ogos 2023 Kerajaan Negeri Sabah bersetuju dengan draf RUU LHDN (Pindaan) 2023 seperti yang dinyatakan dalam surat bertarikh 26 Julai 2023. Kabinet dia bersetuju. Perkataan “berunding”. Kemudian, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Jabatan ini mengemukakan cadangan pindaan kepada seksyen 9 bahawa Menteri boleh membatalkan keanggotaan wakil Sarawak dalam lembaga selepas berunding dengan Premier Sarawak tertakluk seorang lain akan dilantik dengan serta-merta menggantikan anggota lembaga yang telah dibatalkan keanggotaannya seperti- itu yang kita letak kertas merah ini...

Tuan Yang di-Pertua...

Kerana Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak mencadangkan ini. Ia juga mengatakan perkataan “berunding”, bukan “berunding dan bersetuju”.

Ini Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Maksud consultation, maksudnya consultation. Dalam Financial Provisions...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya minta penjelasan sikit?

Ya. Jadi, dah ada Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak setuju perkataan ‘berunding’.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Ya, saya penjelasan sikit saja.

Ya. Dah setuju perkataan ‘berunding’. Kerajaan Negeri Sabah setuju perkataan ‘berunding’.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Ya Timbalan Menteri.

Apa lagi Puncak Borneo tak setuju?

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Bagi sikit, bagi ruang.

Dalam Financial Provisions, Report of Inter-Governmental Committee (IGC Report) 1963. Financial Provisions Perkara 24. "There should be an ad-hoc consultation with the senior officials concerned in the Borneo States regarding tax changes and in addition the Borneo States should be each represented on Malaysian Board of Income Tax.” Consultation. Dan kita guna perkataan ‘consultation’ itu di sini. Jadi. berunding tu, itu kita tak adalah letak ‘ad-hoc’ tu, kita guna ‘consultation’.

Berunding. Berunding maksudnya due process yang menyeluruh dan yang sewajarnya. Itu maksud berunding.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

But they don’t consult based on the entitlement for each of the states.

Tuan Roy Angau anak GingkoiPRS · GPSLubok Antu

Ada dua maksud tu.

Tuan Yang di-Pertua

Ha baik.

Saya kira perkataan yang diletakkan apabila telah disetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah bahawa bersetuju dengan perkataan ‘berunding’. Katalah Ketua Menteri Sabah menghantar satu nama A, kemudian dihantar kepada siapa, berundinglah dengan mungkin Ketua Menteri Sabah datang berjumpa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Lepas itu, Menteri Kewangan apabila melihat nama A, dia ada fail yang tertentu pada nama A yang tidak ada fail itu oleh Ketua Menteri Sabah. Maka mereka berunding, mereka berunding. Ketua Menteri Sabah hantar nama B, berunding. Berunding ini untuk mencapai persetujuan. Jadi, apabila dah letak perkataan ‘berunding’, tidak payah lagi letak perkataan ‘bersetuju’. Terima kasih. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Oh, dah habis dah.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Yang di-Pertua

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Fasal 4 [Pindaan]- Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi. Sebagaimana yang saya maklumkan sebentar tadi, terdapat pindaan melibatkan tambahan terhadap fasal 4 yang telah pun disemak oleh Jabatan Peguam Negara iaitu pindaan kepada fasal 4 rang undang-undang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Menteri hendaklah dengan serta-merta orang lain di bawah perenggan-perenggan atau sebagainya sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu, dilantik dengan serta-merta ya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 4 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Sim Chee Keong) dan diluluskan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Khamis, 12 Oktober 2023. [Mengetuk tukul]

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.37 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Permohonan Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15 Perlembagaan PersekutuanSpecial Chamber

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tajuk ucapan untuk Sandakan pada hari ini adalah mengenai “Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan” kepada Kementerian Dalam Negeri. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian terhadap permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang empat tahun saya dipilih Ahli Parlimen Sandakan, saya telah menerima tidak kurang daripada 120 kes memohon bantuan berkenaan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kebanyakan kes berkenaan ini, pemohon telah lahir sebelum ibu bapanya mendaftarkan perkahwinan secara sah. Dalam sesetengah kes juga, jika diamati, ia bukan disebabkan kesilapan maaf, dalam sesetengah kes juga jika diamati, ia bukan kesilapan daripada mereka sendiri, tetapi ada kalangan ibu mereka telah menghilangkan diri ketika mereka masih kecil lagi.

Justeru, sejak itu mereka dijaga oleh ayah atau ahli keluarga mereka. Jadi,

Tuan Yang di-Pertua, berikut merupakan soalan saya kepada kementerian

(i) berapakah jumlah permohonan di bawah Perkara 15 telah diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini?

Berapa ramaikah pemohon adalah dari Sabah?;

(ii) berapa banyak permohonan ini yang telah diproses oleh KDN dari tahun 2017 hingga 2022? Berapa permohonan yang telah diluluskan? Dan berapa banyak permohonan yang telah ditolak?;

(iii) Bagi permohonan yang telah ditolak, bolehkah KDN nyatakan alasan bagi penolakan itu?;

Tuan Yang di-Pertua, berikut merupakan soalan saya kepada kementerian

(iv) berapakah purata masa yang diperlukan KDN untuk memproses setiap satu permohonan? Ini kerana ramai pemohon juga telah menunggu selama 4 hingga 5 tahun dan masih belum ada keputusan daripada kementerian.

Untuk kes di mana pemohonnya:

(i) lahir di Malaysia;

(ii) ayah adalah warganegara Malaysia;

(iii) mempunyai adik-beradik warganegara Malaysia;

(iv) telah tinggal di Sabah sepanjang hidup atau seumur hidup mereka; dan

(v) tidak memegang apa-apa dokumen yang menyatakan mereka merupakan warga dari mana-mana negara; Adakah KDN akan mempertimbangkan untuk menggunakan hasil ujian DNA untuk membuat keputusan berkenaan permohonan kewarganegaraan mereka?

Bagi permohonan yang telah ditolak oleh KDN, yang mana pemohon telah melebihi usia 21 tahun, dan ibu mereka telah hilang sejak mereka masih kecil lagi di mana selama ini mereka juga telah dibesarkan oleh bapa mereka yang berstatus warganegara Malaysia, secara teknikal, mereka tidak mempunyai kewarganegaraan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen atau bukti yang menunjukkan bahawa mereka boleh memohon kewarganegaraan negara lain.

Apakah cadangan KDN yang boleh kita lakukan bagi kumpulan tanpa kerakyatan isu atau ‘stateless’ ini? Sekian dan terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Minta Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan adalah permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran di bawah Perkara 15(1) bagi isteri kepada warganegara Malaysia, Perkara 15(2) bagi individu di bawah umur 21 tahun anak kepada warganegara Malaysia dan 15A bagi individu di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

Berikut jawapan kementerian sebagai mana soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 22,582 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 telah diterima bagi tempoh 2019 sehingga September 2023.

Daripada jumlah tersebut, 6,046 permohonan merupakan permohonan dari negeri Sabah. Mulai tahun 2017 sehingga 2022, sebanyak 11,065 permohonan telah diterima dari negeri Sabah di bawah Perkara 15. Daripada jumlah tersebut 481 permohonan telah diluluskan, 3,917 permohonan telah ditolak dan 6,667 permohonan sedang diproses.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Kementerian ingin menjelaskan bahawa jumlah kelulusan yang dinyatakan adalah daripada permohonan yang diterima bagi tempoh tersebut sahaja dan jumlah itu tidak termasuk permohonan yang diterima, diproses dan diluluskan pada tahun sebelumnya.

Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan Malaysia, beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon dan proses pertimbangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.

Permohonan kewarganegaraan dikemukakan secara berasingan dengan kandungan maklumat dan dokumen sokongan yang berbeza-beza, maka hasil penilaian dan pertimbangan juga adalah berbeza mengikut keperluan, bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat yang diberikan. Fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, tiada tempoh atau masa tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan alasan penolakan juga berbeza-beza mengikut keperluan kes. Walau bagaimanapun, secara umumnya alasan penolakan adalah seperti berikut:

(i) perkahwinan tidak didaftarkan iaitu perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan,tiada sijil nikah, sijil kahwin;

(ii) keberadaan subjek tidak jelas. Subjek gagal membuktikan keberadaan subjek di Malaysia melalui dokumen pendidikan, kesihatan. Contohnya laporan kesihatan atau rekod lain, pengesahan pemastautin, laporan polis dan lain-lain;

(iii) selain dari itu, pemohon tiada locus standi untuk membuat permohonan. Ibu bapa sewajarnya memperoleh kewarganegaraan terlebih dahulu sebelum kewarganegaraan dikurniakan kepada subjek; dan

(iv) permohonan adalah didapati meragukan iaitu maklumat yang diberikan oleh pemohon tidak jelas dan terdapat percanggahan fakta.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menjelaskan di sini bahawa kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku.

Sehubungan itu, adalah dijelaskan bahawa semua perkahwinan di negara ini hendaklah didaftarkan di bawah perundangan negara yang berkuat kuasa, sebagai contoh jika perkahwinan pasangan bukan Islam, ia didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] dan pasangan Islam pula tertakluk kepada enakmen pentadbiran agama negeri masing- masing.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Dalam hal ini, bagi individu yang dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara sah mengikut perundangan negara ini, maka kewarganegaraan individu tersebut adalah mengikut kewarganegaraan ibunya selaras dengan seksyen 17, Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hubungan ini, berhubung persoalan Yang Berhormat berkenaan keputusan Deoxyribonucleic Acid (DNA) sebagai pertimbangan permohonan warganegara, suka saya jelaskan bahawa walaupun keputusan DNA mengesahkan pertalian darah seseorang dengan ahli keluarga yang lain khususnya antara kanak- kanak dengan ibu atau bapa ataupun dengan adik beradik yang lain, tetapi ianya hanyalah sebagai dokumen sokongan sahaja dan tidak boleh dijadikan sebagai bukti konklusif dalam pemberian kewarganegaraan Malaysia.

Ini kerana sebagaimana yang telah saya jelaskan, setiap pemohon masih perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa khususnya berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan.

Bagi Individu warga asing atau bertaraf bukan warganegara yang telah melebihi usia 21 tahun yang berhasrat untuk memohon kewarganegaraan Malaysia, individu berkenaan boleh merujuk kepada pihak JPN bagi mendapatkan khidmat nasihat sewajarnya.

Selain itu, sebagai langkah proaktif, KDN dan JPN sentiasa berusaha dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat khususnya mengenai isu pendaftaran dokumen pengenalan diri dengan mengadakan pelbagai program turun padang dan khidmat nasihat berterusan yang dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR). Mungkin saya boleh kongsi sedikit maklumat kepada Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, statistik permohonan warganegara mengikut Perkara ‘Dan', JPN Daerah Sandakan bagi tempoh 2017 hingga September 2023. Mengikut data yang kita ada, setakat ini jumlah pemohon daripada 2017 hingga September 2023 ialah 1,627 di mana 50 gagal ꟷ lulus, sorry. 50 lulus. Gagal 443, batal 89 dan masih lagi dalam proses 1,045 permohonan. Itu data di Parlimen Yang Berhormat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Berat Dengan Muatan (BDM) Kenderaan Di SabahSpecial Chamber

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya yang seterusnya adalah mengenai “Isu Berat Dengan Muatan

(BDM) Kenderaan di Sabah” kepada Kementerian Kerja Raya. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, saya ingin membawa perhatian segera kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya berkenaan “Isu Berat Dengan Muatan (BDM) Kenderaan di Sabah” .

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada List I dan List II Perintah Sekatan Berat Jalan, secara purata, BDM di Sabah adalah 15 peratus hingga 20 peratus lebih rendah berbanding di Semenanjung. BDM yang lebih rendah ini juga merupakan salah satu isu yang menyebabkan kos sara hidup di Sabah lebih tinggi kerana kos

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

pengangkutan untuk semua produk termasuk barangan keperluan harian secara amnya juga lebih tinggi.

Beberapa tahun lepas, Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan bahawa BDM yang lebih rendah ini adalah berikutan 25 jambatan di Sabah tidak memenuhi atau tidak dapat menampung spesifikasi untuk BDM yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah soalan saya kepada kementerian

(i) di manakah lokasi bagi kesemua 25 jambatan ini di Sabah?;

(ii) apakah status semasa bagi kesemua jambatan berkenaan?

Adakah terdapat sebarang perkembangan terkini sejak 2019?;

(iii) jika lori kontena dengan muatan penuh dibenarkan melakukan perjalanan seluruh Sabah, mengapa lori BDM tidak boleh diselaraskan dengan Semenanjung?

(iv) apakah jangka masa yang disasarkan oleh Kementerian untuk menyelesaikan perbezaan had BDM antara Sabah dan Semenanjung ini? Kita juga tidak boleh secara berterusan untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa kita perlu menunggu sehingga Lebuh Raya Pan Borneo Sabah siap sepenuhnya kerana tiada tarikh jangkaan siap untuk kesemua tiga fasa lebuh raya itu ketika ini.

Kos sara hidup merupakan isu utama negara kita ketika ini dan kita juga perlu menyelesaikan isu BDM ini dalam tempoh masa sesingkat mungkin untuk menangani peningkatan kos berkenaan dan yang lain. Sekian, terima kasih.

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sandakan.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya mengambil maklum setiap isu yang dibangkitkan oleh Ahli yang Berhormat. Merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan perbezaan 15 peratus sehingga 20 peratus bagi List I dan List II, BDM Semenanjung dan BDM Sabah, kementerian ini ingin menjelaskan bahawa berdasarkan statistik jalan yang telah diwartakan di bawah Perintah Sekatan Berat Jalan Persekutuan Utama sehingga 31 Disember 2021, hanya sebahagian kecil laluan di Semenanjung berada dalam List I iaitu berat maksimum 53 tan. Sebahagian besar laluan di Semenanjung masih berada dalam List V iaitu berat maksimum 36 tan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian telah melaksanakan kajian untuk mengenal pasti status bagi kesemua jambatan di Laluan Persekutuan di negeri Sabah. Pada tahun 2007, Kajian ke atas pemeriksaan inventorisasi dan penyenggaraan Jambatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan. Pada tahun 2010 pula, satu lagi kajian telah dilaksanakan iaitu Kajian Penilaian Kapasiti Jambatan di Laluan Persekutuan di negeri Sabah.

Berdasarkan semakan semula hasil kajian pada tahun 2010, jumlah keseluruhan jambatan di laluan Persekutuan di negeri Sabah adalah sebanyak 181

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

buah. Sebanyak 62 buah jambatan yang dikenal pasti dikategorikan dalam Senarai II

(List II) dan Senarai III (List III). Jambatan-jambatan ini disyorkan untuk diganti kepada jambatan dalam Senarai I (List I).

Bagi pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan 25 jambatan di Sabah yang perlu diganti, ianya merupakan senarai keutamaan jambatan yang perlu diganti dari tahun 2016. Senarai projek dan lokasi 25 jambatan adalah:

(i) lapan jambatan di Jalan Tamparuli-Sandakan, Sandakan;

(ii) dua jambatan di Jalan Kota Kinabalu-Kudat, Kota Kinabalu;

(iii) tiga jambatan di Jalan Tamparuli-Sandakan, Ranau;

(iv) satu jambatan di Jalan Tamparuli-Sandakan, Beluran;

(v) dua jambatan Jalan Kota Kinabalu-Kudat, Tuaran;

(vi) satu jambatan di Jalan Kota Kinabalu-Kudat, Kota Marudu;

(vii) satu jambatan di Jalan Kota Kinabalu-Tenom, Tenom;

(viii) empat jambatan di Jalan Kota Kinabalu-Kudat, Kota Belud;

(ix) satu jambatan di Jalan Beaufort-Menumbok, Beaufort;

(x) satu jambatan di Jalan Kota Kinabalu-Sindumin, Putatan;dan

(xi) satu jambatan di Jalan Berungis-Kota Belud, Tuaran Manakala status bagi 25 jambatan tersebut adalah:

(i) enam jambatan telah siap dibina;

(ii) satu jambatan termasuk dalam jajaran Pan Borneo;

(iii) Dua jambatan telah diluluskan dalam RMKe-11 RP4 (2020) dan dalam peringkat perolehan. Dijangka SST pada Jan 2024;

(iv) dua jambatan telah diluluskan dalam RMKe-11 RP4 (2020) tetapi digugurkan kerana kos projek yang diluluskan bagi program ini tidak mencukupi dan akan dimohon semula dalam rolling plan akan datang;

(v) lima jambatan dalam pembinaan;

(vi) lapan jambatan dalam peringkat permohonan RMKe-12 RP4.

Namun disebabkan oleh kekangan peruntukan, Agensi Pusat bersetuju untuk mempertimbangkan lima buah jambatan terlebih dahulu; dan

(vii) satu jambatan tidak dicadangkan naik taraf kerana masih berkeadaan baik dan kapasiti sedia ada mencukupi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Berat Dengan Muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebahagian besar jalan di Sabah ialah 38 tan sebagaimana yang diwartakan dalam Perintah Sekatan Berat [P.U.(A) 277/2018] .

Penetapan ini dibuat berdasarkan kepada faktor keselamatan, keadaan dan geometri jalan serta kemampuan semasa jalan dan jambatan sedia ada pada laluan tersebut.

Berkenaan lori kontena penuh muatan, kementerian ini tiada maklumat berkenaanya dan penguatkuasaan bagi muatan lebih adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pengangkutan Jalan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kementerian ini akan terus memantau keperluan berat had maksimum ini dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mengikut keperluan semasa tertakluk

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

kepada kelulusan peruntukan dan kedudukan semasa kewangan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Berkaitan Projek Pembetungan KuantanSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan selamat petang. Tajuk ucapan “Isu Berkaitan Projek Pembetungan Kuantan”, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berkenaan Projek Pembetungan Kuantan (PPK). Projek ini bermula pada tahun 2018 dan jangkaan awal tempoh masa projek adalah selama empat tahun. Projek ini mengalami kelewatan disebabkan pandemik COVID-19 dan jangkaan siap disasarkan pada pertengahan tahun 2023. Namun sehingga September 2023, masih banyak kerja pembinaan belum disiapkan.

Kami menerima banyak rungutan dan aduan berkaitan projek ini. Sebahagian peniaga terpaksa menutup sementara premis perniagaan kerana jarak pembinaan sangat hampir dan mengganggu laluan ke premis perniagaan. Ada yang terpaksa menutup premis perniagaan bagi tempoh tertentu. Keadaan ini menjejaskan pendapatan mereka sedangkan mereka terpaksa menanggung kos operasi termasuk membayar sewaan premis dan gaji pekerja. Apakah peranan kerajaan dalam membantu peniaga yang terkesan disebabkan pembinaan projek ini?

Tuan Yang di-Pertua, antara aduan paling banyak diterima ialah berkenaan jalan raya yang rosak, berlekuk dan tidak rata selepas tampalan sementara dibuat di kawasan projek PPK ini. Pengguna yang melalui jalan raya setiap hari mengadu keadaan jalan yang tidak rata dan berlekuk boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan seperti rim tayar bengkok serta kerosakan pada suspension kenderaan.

Di media sosial, mereka mengadu adakah mereka boleh menuntut pampasan atas kerosakan kenderaan mereka?

Selain itu, keadaan jalan yang rosak tersebut turut menyebabkan berlaku kemalangan. Adakah mangsa kemalangan di lokasi pembinaan berhak mendapat pampasan daripada kontraktor? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah tampalan sementara tidak perlu mengikut spesifikasi standard?

Adakah pihak berwajib tidak memantau kualiti tampalan sementara di kawasan pembinaan sesuatu projek?

Tuan Yang di-Pertua, sehingga September 2023, masih terdapat pembinaan di laluan jalan utama di mana sebahagian laluan ditutup dan menyebabkan kesesakan jalan raya khususnya waktu puncak. Masih terdapat pembinaan di Kampung Kempadang pada laluan FT183, Jalan Padang Lalang Tanjung Lumpur di mana satu laluan ditutup di beberapa lokasi.

Kami telah berhubung dan meminta pihak kontraktor mempercepat pembinaan di laluan utama bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang telah berlarutan beberapa tahun. Soalan saya, seberapa cepat pihak kontraktor dapat menyiapkan kerja-kerja pembinaan di lokasi tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, terdapat masalah keretakan pada struktur rumah di Perumahan Aman Plus yang terletak berhampiran dengan loji utama PPK. Pemaju perumahan mendakwa keretakan tersebut ada kaitan dengan projek PPK ini.

Masalah ini menyebabkan proses pembinaan terganggu dan boleh menyebabkan kelewatan. Difahamkan juga masalah tersebut telah dipanjangkan ke proses mahkamah. Soalan saya, bagaimana pihak kementerian menangani permasalahan ini supaya projek PPK tidak terjebak dalam kelewatan yang berpanjangan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bandar Kuantan adalah inisiatif kerajaan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan rawatan air kumbahan dengan memusatkan kumbahan di seluruh bandar Kuantan ke Loji Rawatan Kumbahan Kuantan yang terletak di Kempadang, Pahang sesuai dengan kemajuan pesat di Kuantan, Pahang.

Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina di mana kontraktor yang dilantik bertanggungjawab ke atas semua kerja mereka dan dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mewakili kerajaan.

Mengikut jadual kontrak, tarikh siap asal adalah pada 13 Jun 2022. Walau bagaimanapun, tarikh penyiapan semasa berdasarkan Lanjutan Masa No. 3 (EOT No. 3) adalah pada 13 Januari 2024. Peratus kemajuan sebenar projek setakat 25 September 2023 adalah sebanyak 96.73 peratus berbanding jadual iaitu 97.88 peratus. Kemajuan bagi tiga skop utama projek ini adalah masing-masing 94.50 peratus bagi loji rawatan kumbahan, 99.11 peratus bagi pembinaan rangkaian paip pembetungan dan 95.91 peratus bagi pembinaan rumah pam.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana semua sedia maklum, pandemik COVID- 19 yang bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Julai 2021 telah memberi kesan yang amat besar kepada pelaksanaan projek dan telah mengganggu kelancaran perancangan jadual kerja di tapak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Setelah tempoh PKP tamat, pihak kontraktor mengalami masalah bekalan bahan binaan kerana pihak pengilang turut terkesan akibat pandemik COVID-19 dan secara langsung telah memberi impak kepada jadual kemajuan kerja di tapak.

Berdasarkan kepada kemajuan semasa projek, dijangka semua kerja-kerja pembinaan paip pembetungan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2023.

Sekiranya kerja-kerja ini siap mengikut perancangan, maka tidak akan berlaku lagi masalah kesesakan lalu lintas kepada masyarakat sekitar. Kebanyakan aktiviti kerja selepas bulan Disember 2023 adalah lebih tertumpu kepada pembinaan Loji Rawatan Kumbahan di Kampung Pak Mahat dan rumah pam di beberapa lokasi.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu premis perniagaan yang terkesan, terdapat lima premis yang terlibat kerana kawasan meletak kenderaan menjadi terhad di sekitar premis tersebut. Walau bagaimanapun, premis-premis perniagaan ini masih beroperasi seperti biasa sepanjang kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

Pihak kontraktor telah berurusan terus dan berunding dengan pemilik-pemilik premis ini dan sebahagian isu ini ada yang telah diselesaikan dan ada yang masih dalam perundingan.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Selain itu, kerajaan telah melaksanakan analisis Environmental Impact Assessment (EIA) yang mengambil kira impak pelaksanaan projek ini kepada penduduk setempat dan langkah-langkah mitigasi juga telah dilaksanakan bagi meminimumkan kesan kepada penduduk.

Tuan Yang di-Pertua, pembinaan lurang bagi jajaran paip pembetungan yang dibina di atas jalan secara umumnya adalah pada kedalaman lebih daripada 10 meter. Selepas kerja-kerja pemasangan paip pembetungan selesai dilaksanakan, kerja-kerja pembinaan lurang akan dijalankan dan seterusnya kerja-kerja pembaikan semula jalan dibuat. Jalan akan dibuka kepada lalu lintas selepas kawasan sekitar lurang ditimbus, dimampatkan dan tampalan sementara dibuat. Tampalan sementara perlu dibuat sebelum turapan kekal kerana tahap kepadatan tanah yang sempurna sukar dicapai akibat pembinaan lurang yang dalam.

Kerja-kerja penyenggaraan juga telah dilaksanakan secara berkala oleh pihak kontraktor bagi memastikan keadaan tampalan sementara dalam keadaan baik sehingga pemadatan tanah dicapai dengan sempurna. Manakala kerja-kerja turapan kekal jalan akan dilaksanakan mengikut spesifikasi dalam kontrak.

Untuk makluman, pihak kontraktor juga telah memulakan kerja-kerja turapan kekal mengikut piawaian JKR bermula di Jalan Gambut, Jalan Tengku Muhammad dan seterusnya di jalan-jalan lain yang terlibat mengikut jadual yang telah dikemukakan kepada pihak JKR Negeri Pahang.

Sekiranya berlaku kemalangan di kawasan kerja-kerja pembinaan dan dapat dibuktikan bahawa kemalangan tersebut disebabkan oleh projek ini, maka tuntutan ganti rugi boleh dikemukakan kepada kontraktor sebagaimana termaktub dalam kontrak.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, kawasan utama yang dikenal pasti yang masih terdapat kerja-kerja pembinaan paip pembetungan adalah di Jalan Tanjung Lumpur kawasan Sungai Soi dan Jalan Teluk Sisek. Kerja-kerja di sepanjang jalan ini sedang giat dijalankan untuk memastikan semua aktiviti dapat disiapkan pada bulan akhir Disember 2023. Untuk makluman, kontraktor menghadapi masalah air bawah tanah yang tinggi serta isu utiliti sedia ada yang padat sehingga mengakibatkan pihak kontraktor memerlukan lebih masa untuk melaksanakan kerja- kerja di tapak.

JPP sentiasa memastikan pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja pemantauan kawasan kerja, menambah baik cara pengurusan lalu lintas dengan penambahan papan tanda amaran dan makluman kepada pengguna. Selain itu juga, pengawal lalu lintas ditugaskan di kawasan yang strategik sepertimana amalan terbaik dalam sistem pengurusan kawalan trafik (TMP). Kawalan pengurusan trafik secara berterusan ini adalah demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan kerja terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada dakwaan pihak pemaju Perumahan Adenland bahawa projek ini menyebabkan keretakan rumah yang dibina, pihak pemaju telah mendakwa pihak kontraktor dan kes ini masih dalam proses perundangan. Pemaju juga telah memperoleh injunksi dari mahkamah untuk menghalang pihak kontraktor daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Utama (CSTP). Situasi ini telah mengganggu perancangan kerja di tapak dan seterusnya akan menyumbang kepada kelewatan proses penyiapan projek ini secara keseluruhannya.

Pihak kementerian dan JPP telah melihat perkara ini dari sudut perundangan dan akan berusaha untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi memastikan rumah-rumah yang retak mendapat keadilan dan Projek Pembetungan Kuantan dapat disiapkan mengikut jadual.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Pihak kerajaan akan sentiasa memastikan dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai satu keutamaannya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pemasangan Paip Bekalan Air Luar BandarSpecial Chamber

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu, inilah antara kepentingan soalan tambahan yang kita minta itulah. Insya-Allah akan datang, akan dapat soalan tambahan.

Seterusnya, tajuk ucapan berkaitan “Pemasangan Paip Bekalan Air Luar Bandar”, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkenaan rintihan penduduk luar bandar khususnya golongan miskin dan B40 bagi kediaman baharu yang akan didiami kerana kesukaran proses pemasangan paip bekalan air.

Tuan Yang di-Pertua, bagi kawasan kampung dan luar bandar, terdapat kediaman baharu yang dibina agak jauh daripada jalan utama. Apabila kediaman mereka siap dibina, pemasangan paip baharu perlu disambung daripada paip utama yang kebanyakannya berada pada jalan utama. Pemasangan paip baharu ini memerlukan kos yang tinggi sekitar RM3,000-RM5,000 mengikut jarak dari kediaman tersebut hingga ke jalan utama dan perlu ditanggung oleh penduduk yang ingin membuat permohonan baharu.

Di Parlimen Kuantan contohnya, pada tahun 2018 pemasangan paip yang disambung dari jalan utama ke rumah jenis kampung yang baharu di Kg. Permatang Gaharu dengan jarak sekitar 110 meter dari jalan utama memerlukan kos sehingga RM3,000. Untuk makluman YB Menteri, kini terdapat enam buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Cempaka yang terletak di Lot 123704 dan jarak lokasi kediaman mereka ke jalan utama adalah sekitar 300 meter. Pemasangan paip memerlukan kos lebih daripada RM5,000 bagi setiap rumah kediaman. Kos ini sangat besar dan membebankan mereka yang berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, saya merayu agar YB Menteri dapat meneliti perkara ini dengan memberikan peruntukan khas pembangunan bagi pemasangan paip bekalan air luar bandar khasnya kepada golongan B40 dan yang kurang berkemampuan bagi menyediakan kemudahan asas untuk urusan harian mereka.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Silakan Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya mohon untuk menjawab bagi pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memandangkan Yang Amat Berhormat Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berada di Kuching, Sarawak bagi Mesyuarat

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan EXCO-EXCO Luar Bandar ataupun MEXCLUB yang diadakan pada hari ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa komited dalam meningkatkan taraf infrastruktur dan prasarana asas luar bandar termasuk bekalan air melalui program Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Fokus program BALB adalah peluasan sistem bekalan air kepada penduduk kampung yang masih belum menerima bekalan air sama ada melalui paip retikulasi, air terawat dari operator air atau sistem bekalan air alternatif, air tidak terawat bagi kawasan pedalaman yang jauh dan tidak ekonomik bagi sistem retikulasi.

Permohonan sistem paip air retikulasi baharu kepada kawasan luar bandar akan dipertimbang sekiranya skop yang dicadangkan adalah memenuhi Garis Panduan BALB KKDW antaranya kriteria bilangan rumah atau akaun baharu yang terlibat, anggaran panjang jajaran paip, keperluan pemasangan tangki air atau rumah pam sekiranya terdapat masalah tekanan air dan kos keseluruhan yang mencukupi.

Projek ini juga hanya boleh dilaksanakan setelah skop berkenaan dan penyambungan bekalan air kepada paip air utama sedia ada dipersetujui pihak berkuasa air negeri (PBAN) atau operator air iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad

(PAIP) bagi negeri Pahang.

Untuk makluman Yang Berhormat, semakan awal bersama pihak PAIP dan Pejabat KKDW (PKN) Negeri Pahang mendapati tiada permohonan projek BALB bagi Kampung Permatang Gaharu dan Kampung Cempaka yang diterima setakat ini.

Semua permohonan bekalan air retikulasi perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada pihak PAIP bagi semakan tekanan paip air utama sedia ada di kawasan terdekat serta ulasan sama ada sambungan terus boleh dibuat atau terdapat keperluan permohonan peruntukan tambahan sambungan paip retikulasi sebagai contohnya melalui program BALB KKDW atau juga Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Sekiranya terdapat keperluan bagi permohonan projek BALB, pihak penduduk kampung atau pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan kepada PAIP atau PKN Pahang atau KKDW dengan perincian bilangan rumah, jarak jajaran paip dan anggaran kos projek bagi semakan serta pertimbangan pihak kementerian selanjutnya. Semua permohonan akan dipertimbang pihak kementerian tertakluk kelulusan skop projek, peruntukan pembangunan tahunan semasa kementerian dan keadaan kewangan kerajaan keseluruhan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat dengan itu tamat sesi ucapan dan Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini.

Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Khamis 12 Oktober 2023, jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.14 petang]