Dewan Rakyat · 12 October 2023

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 910 turns · 50,386 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan 22(1).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, apa-apa berkaitan peraturan, selepas soalan lisan.

Tak, tak, berkaitan dengan soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Selepas...

Baik, untuk maklumat Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Adakah berkaitan dengan apa yang akan dibentangkan?

Berkaitan dengan susun atur soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Selepas soalan lisan.

Dak, dak, sebab saya nampak ada sedikit perbezaan. Yang ini perlu diberi perhatian oleh Tuan Yang di-Pertua, sebab 22(1)...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya dah nyatakan tadi. Apa-apa isu hendak dibangkitkan berkaitan peraturan, selepas soalan lisan ini. Baik?

Dak, ini juga berkaitan dengan penyediaan soalan lisan, Tuan. Sebab kalau lepas, maknanya tak bermaknalah saya bangkitkan isu berkaitan dengan Peraturan 22(1), berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan. Izinkan saya untuk menerangkan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya belum lagi start.

Okey, saya minta izin untuk penjelasan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Boleh, tak jadi masalah. Okey, Setiausaha? Sudah ya? Baik, waktu pertanyaan Menteri pada ketika ini. Dipersilakan Tuan Tan Hong Pin, Bakri. Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat, Dato’ Yang di- Pertua.

Tan Hong PinDAP · PHBakri · question

1. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu mangsa di Gaza, Palestin berikutan sekatan oleh Israel terhadap bekalan keperluan asas seperti elektrik, makanan, air dan gas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat. Kerajaan amat prihatin dan gusar dengan pertempuran di Palestin yang kini telah melangkau ke hari keenam. Ribuan nyawa telah melayang dengan bilangan kecederaan terus meningkat mendadak. Bukan itu sahaja, rakyat Palestin di Gaza kini terpaksa mengharungi kehidupan yang amat perit dan sengsara akibat sekatan menyeluruh dibuat oleh rejim Zionis, termasuk menyekat bekalan asas air, elektrik dan makanan. Malaysia amat kecewa dengan tindakan berat sebelah dalam menangani isu ini. Tatkala pihak Barat dengan sepantas kilat mengambil tindakan dan membantu Kiev dalam mempertahankan diri daripada pencerobohan Moscow, rakyat Palestin terus dipinggir tanpa sebarang pembelaan mahupun keadilan. Ini jelas menyimpang dengan prinsip kemanusiaan sejagat serta undang-undang antarabangsa. Kita juga bangga sewaktu satu dunia berganding bahu menghapuskan pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan. Kenapa pula pentadbir dasar Aparteid rejim Israel dibiarkan terus bermaharajalela meneruskan dasar yang jelas melanggar norma- norma kemanusiaan? Mengambil kira situasi kritikal pada masa ini, Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk segera menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti bekalan-bekalan asas dan perubatan. Rejim Israel tidak berhak untuk menyekat saluran bantuan kemanusiaan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan, rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan dana dan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin, sumbangan ini boleh disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin. Sebagai menunjukkan komitmen daripada pelbagai pihak di Malaysia, kita mulai menerima pelbagai tawaran dan hasrat yang telah disampaikan kepada pihak kementerian, khususnya daripada kalangan-kalangan pertubuhan-pertubuhan sivil dan NGO dan mereka turut menyatakan hasrat untuk menyampaikan bantuan-bantuan ini kepada rakyat Palestin. Dalam hubungan ini, kerajaan memberi komitmen untuk turut membantu dalam meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat Palestin ini.

Insya-Allah sebentar lagi saya akan menyampaikan bagi pihak rakyat Malaysia, sumbangan awal sebanyak RM1 juta untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dari dana AAKRP kita... [Tepuk] Dan ianya akan disampaikan kepada Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia. Saya juga ingin menjemput Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berkelapangan untuk turut serta menyertai saya dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan di Lobi Parlimen selepas ini. Ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen berterusan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin dalam apa jua cara dan kaedah yang terbaik untuk meringankan beban mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Namun, saya lihat mungkin saluran dari segi sumbangan kewangan itu mungkin belum mencukupi di mana ada sokongan ataupun tindakan-tindakan, langkah-langkah yang seterusnya, selanjutnya perlu diambil oleh kerajaan. Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua, lima rakyat Malaysia termasuk seorang wanita bersama ibu dan tiga anaknya kini berada di Tebing Barat yang

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

merupakan zon konflik dalam pertempuran berterusan di antara tentera Israel dengan kumpulan Palestin, Hamas. Jadi, apakah langkah ataupun bantuan dan sokongan yang akan diberikan oleh kerajaan di situ bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga Malaysia terutamanya di Tebing Barat? Adakah bantuan atau sokongan diberikan kepada warga Malaysia tersebut sekiranya berlakunya apa-apa kecemasan ataupun krisis di Tebing Barat? Dan bagaimanakah kerajaan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa ataupun NGO untuk memastikan bahawa bantuan dan sokongan sampai kepada mangsa di Gaza dengan selamat dan cepat? Mohon Menteri untuk memberi penjelasan.

Berkaitan keadaan rakyat Malaysia yang berada di sana, Wisma Putra sentiasa mengikuti perkembangan dan juga menyampaikan maklumat-maklumat melalui siaran rasmi seperti yang telah dimaklumkan juga dalam kenyataan-kenyataan akhbar dan juga melalui missions kita di luar negara. Ini termasuklah melalui kedutaan kita di Mesir. Kita telah memaklumkan tentang keberadaan mereka untuk kita mengetahui di mana mereka berada. Hingga setakat ini ingin saya maklumkan dalam Dewan ini iaitu ada lima rakyat Malaysia yang berada dalam laporan kita iaitu pertama seorang ibu dengan tiga orang anak yang memegang Pasport Malaysia yang dilaporkan berada dalam kawasan konflik. Manakala Kedutaan Besar Malaysia juga telah dapat menghubungi doktor, seorang doktor iaitu Nurul Ain Latif, beliau ini berasal daripada Kota Bharu dan telah berkahwin dengan warga Palestin. Dan keadaan mereka berada di tempat yang selamat. Dan kita juga sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi untuk Dr. Nurul Ain ini, dan sehingga kini kita mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina, untuk mengeluarkan keluarga ini bersama dengan lapan warga Indonesia yang berada di kawasan tersebut. Kita juga sedang memantau dari segi kedudukan-kedudukan rakyat Malaysia sekiranya ada di kawasan-kawasan yang terbabit. Sehingga setakat ini, seperti yang saya sebutkan tadi, belum ada laporan-laporan lain yang melibatkan kedudukan rakyat Malaysia, melainkan beberapa hari yang lalu ada rombongan melibatkan rakyat Malaysia dan- yang berada di kawasan Baitulmaqdis, telah pun dikeluarkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas komitmen yang kuat daripada Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin. Cuma, saya nak twist sikit soalan. Oleh kerana perang terus berlangsung dan memandangkan Amerika Syarikat dah mula menggerakkan kapal-kapal perang menuju ke Teluk bagi membantu Israel, soalan saya, apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap hal ini? Adakah kerajaan akan menghantar nota bantahan ataupun kerajaan akan diam begitu sahaja? Terima kasih.

Seperti yang kita ketahui Yang Berhormat, Malaysia antara negara yang berterusan menyatakan pendirian- dukungan terhadap keadaan dan penderitaan rakyat Palestin. Malah, ini bukanlah pertama kali Malaysia mengeluarkan kenyataan secara rasmi sejak beberapa bulan yang lalu sepertimana peristiwa yang berlaku di Jenin, kita berkali-kali mengeluarkan kenyataan menyatakan bantahan berterusan setiap masa. Lantaran itulah, sebarang langkah untuk mengeruhkan suasana akan juga kita keluarkan kenyataan-kenyataan membantah tindakan-tindakan. Malah, bukan hanya sekadar mengeluarkan bantahan tetapi mengesyorkan kepada badan-badan antarabangsa, termasuk antaranya OIC untuk bertindak secara bersama. Kerana tindakan-tindakan secara unilateral tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah. Lantaran itulah, kita berkali-kali menyarankan kepada pertubuhan-pertubuhan multilateral sebagai contoh dalam konteks OIC, menyatakan pendirian secara tegas, bertindak secara bersama, bagaimana kita dapat menangani isu ini, apatah lagi dalam konteks yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Boleh- ringkas Dato’ Speaker? Speaker, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan nombor 3...?

Soalan tambahan, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Duduk Yang Berhormat.

Soalan penting. Kalau boleh sana satu, sini satu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Saya tidak benarkan. Duduk. Dipersilakan Datuk Haji Idris bin Haji ‘Hasan’, Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Haji Ahmad.

Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai · question

2. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, akta sedia ada yang mampu dikuatkuasakan kepada negara jiran akibat tindakan mereka yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia dalam isu jerebu yang diakibatkan oleh pembakaran terbuka di bahagian Sumatera.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Pada masa ini tiada akta khusus yang boleh dikuatkuasakan kepada syarikat atau negara yang menjadi punca jerebu rentas sempadan di Malaysia. Perundangan yang kita ada iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] bertujuan mencegah, menghentikan dan mengawal pencemaran alam sekitar yang dikuatkuasakan di dalam negara sahaja. Berkenaan isu jerebu rentas sempadan yang dikaitkan dengan pembakaran terbuka di Sumatera atau Kalimantan, buat masa ini kerajaan mengambil pendekatan diplomasi dan berpandangan bahawa rundingan adalah jalan yang lebih baik untuk kita tangani isu ini. Pencemaran jerebu merentas sempadan tidak dapat diselesaikan dengan penggubalan undang-undang semata-mata mahupun tindakan kita menuding jari. Kita perlu akui bahawa, selain daripada negara kita sendiri, negara Indonesia juga telah menambah baik pendekatan mereka dalam menangani masalah pembakaran di ladang dan tanah gambut di dalam tahun-tahun kebelakangan ini termasuk presidential decree, dengan izin, dan beberapa tindakan lain berbeza dengan tindakan mereka sebelum ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Antara kekangan untuk kita ada satu perundangan rentas sempadan ialah kerana ia perlu disokong oleh peta lokasi, koordinat, maklumat pemilik tanah dan syarikat yang beroperasi di lokasi kebakaran. Jadi, jika tidak ada kesediaan dengan negara jiran tersebut kerana ini melibatkan kedaulatan mereka, maka kita tidak akan dapat menguatkuasakan perundangan tersebut. Pengalaman yang kita lihat di dalam negara seperti Singapura yang mereka juga —mereka ada Transboundary Haze Act, dengan izin, tetapi daripada segi kejayaan untuk mendakwa itu kita tidak lihat ada hasil lagi. Dan satu lagi ialah sebagaimana kita katakan tadi, kita ambil pendekatan untuk diplomasi dan juga menerusi kerjasama teknikal dan kajian saintifik di bawah ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP). Ini perjanjian yang ada sejak tahun 2002 dan Malaysia antara negara pertama yang telah menandatangani perkara tersebut, yang mana kita lihat dari segi kerjasama pengurusan kebakaran tanah gambut dan hutan serta pemadaman kebakaran yang berkesan. Tetapi, kita juga kena lihat bagaimana di peringkat dalam negara, kerajaan akan menambah baik pelan komunikasi insiden jerebu rentas sempadan untuk kita memberi manfaat kepada rakyat. Bagi memastikan keadaan jerebu tidak berpanjangan, NRECC dengan kerjasama sahabat saya Kementerian Luar pada 6 Oktober 2023 telah mengemukakan nota

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

diplomatik kepada Kerajaan Indonesia bagi memaklumkan situasi jerebu di Malaysia dan kesediaan negara untuk bekerjasama dalam operasi pemadaman segera di kawasan terjejas. Kalau- Tetapi, saya setuju bergerak ke hadapan, mungkin kita perlu di kalangan negara-negara ASEAN, kita perlu perbaiki AATHP tersebut, Perjanjian Jerebu Rentas Sempadan di kalangan negara-negara ASEAN. Dan ini, kalau kita hendak naik satu taraf lagi, kita kena lihat sebagaimana yang telah saya sebut Canada-US Air Quality Agreement ataupun yang dipanggil Canada-US Acid Rain Agreement 1991 kerana kalau ia di bawah perjanjian ASEAN yang sedia ada, tidak ada tindakan punitive yang boleh diambil ke atas syarikat atau negara yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. Ini antara kekangan yang kita ada di bawah kerangka yang sedia ada. Dan kita juga ingin mengulangi, kita telah pun memperingatkan syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di negara jiran, kita tidak akan mempertahankan mana-mana syarikat perladangan Malaysia, yang sekiranya mereka terlibat di dalam kebakaran atau pembakaran terbuka di negara Indonesia. Jadi, itu sedikit sebanyak respons daripada NRECC.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Terima kasih kepada Timbalan Speaker, Terima kasih kepada Menteri. Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC), sebanyak 116 titik panas yang ditemui, hanya satu sahaja yang titik panas ini terdapat di Sabah, di negara kita. Jadi, isu ini menyebabkan berlakunya soal Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat di negara kita yang hari Isnin baru-baru ini laporkan terjejasnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung seperti Cheras (163), Nilai (157). Soalan saya, berapakah kos yang terpaksa dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka di negara jiran ini? Kerana isu ini isu yang berlarutan setiap tahun dikatakan itu. Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih Menteri.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Okey, tentang kos secara spesifik, saya akan beri secara bertulis tetapi memang kos dia sangat-sangat besar kerana ia melibatkan kesan kepada kesihatan rakyat kita. Kita telah lihat sebagaimana dua hari lepas peningkatan kemasukan pesakit-pesakit ada sampai dua kali ganda dalam musim minggu-minggu sejak kualiti udara kita telah terjejas. Ia telah meningkat dengan begitu ketara. Apabila ia diterjemahkan dalam hari-hari pekerja tidak dapat hadir ke tempat kerja di mana beberapa operasi terpaksa dibatalkan. Kita pernah pada ketika 2015, 2019 beberapa acara besar berhadapan dengan pembatalan kerana jerebu, tentulah kos dia sangat-sangat ketara. Sebab itu, saya faham keprihatinan Yang Berhormat dan bukan Yang Berhormat seorang, ramai rakyat Malaysia yang merasakan pendekatan yang kita ada buat masa ini ia tidak mencukupi untuk kita tangani. Kita percaya sememangnya ASEAN ini kita dapat bergerak dengan lebih baik apabila kita bergerak bersama tetapi perlu pendekatan yang lebih terbuka untuk kita ambil tindakan. Tidak kira berlaku di Malaysia dan menjejaskan negara jiran dan sebaliknya. Kita kena ada pendekatan baharu berbanding dengan pendekatan yang kita guna pakai begitu lama di dalam ASEAN selama ini, di dalam beberapa hal kritikal, termasuk soal pencemaran seperti isu jerebu ini. Tetapi tentang kos secara spesifik, saya akan bagi secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Dato’ Sri Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat Puchong.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya adalah adakah Menteri telah pun baca laporan yang dibuat oleh Akademi Sains Malaysia

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

tentang laporan — tentang recommendation mereka di Transboundary Haze Act yang telah pun disiap pada tahun 2019. Dan juga MJM yang kita telah pun bentangkan pada 2019 atas kenapa sebab-sebab Kabinet telah memutuskan untuk kita teruskan, untuk membentangkan Transboundary Haze Act? Juga, saya hendak tanya Menteri, adakah Menteri telah pun tengok sama ada kita boleh think out of the box, di mana, macam mana kita boleh include klausa-klausa yang memastikan bahawa Transboundary Haze Act kita lebih berkesan daripada Singapura? Sekarang adalah alasan di mana, “Oh, Singapura tidak boleh buat apa-apa, kita tidak boleh buat apa-apa”. Adakah Menteri ada buat usaha untuk membuat sesuatu yang baru? Kerana apa yang saya tengok, dengar tadi adalah semua yang- langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah langkah-langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan ataupun Menteri yang sebelumnya. Dan memang kita tahu kita perlu membuat sesuatu yang lebih baik, lebih baharu. So, saya minta penjelasan daripada Menteri sama ada Menteri ada usaha untuk tengok Transboundary Haze Act?

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebab itu yang saya katakan tadi, kita tidak terus tutup pintu kepada Transboundary Haze Act. Kalau kita merasakan ini bukan cara untuk kita menangani isu ini secara mutlak, maka kita akan terus noktahkan usaha kita di situ, kita tidak akan proceed. Tetapi, kita masih mengkaji dalam hal ini tentang Transboundary Haze Act sebab kita tidak mahu posturing atau sekadar membuat gesture yang simbolik semata-mata, dengan izin. Apa yang kita ingin lakukan, saya setuju memang kita lihat tentang - saya ada baca laporan Akademi Sains Malaysia, saya juga dengar pandangan daripada Jabatan Peguam Negara. Tetapi sebab itu yang kita — antara perkara penting bagi saya ialah yang terbaik, yang kita cuba usahakan ialah menerusi apabila negara-negara ASEAN itu sendiri dapat melihat kelemahan yang ada di dalam AATHP, okey. AATHP was actually quite radical for its time, dengan izin, yang mana AATHP ini dia ada bergerak sedikit di luar kerangka non-intervention ataupun kedaulatan mutlak yang selama ini menjadi pegangan negara-negara ASEAN. Tetapi, kita telah lihat apa limitasi AATHP. ASEAN bercakap tentang haze-free ASEAN menjelang tahun 2030. Tetapi bagaimana credibly we can achieve wawasan tersebut tanpa kita memperbaiki perjanjian seperti AATHP. Jadi, sebab itu saya — daripada saya merujuk kepada perjanjian Singapura, saya suka melihat kepada the Acid Rain Agreement antara Kanada dan Amerika Syarikat yang dibuat pada tahun 1991 yang mana dalam pendekatan itu ya, mereka ada suruhanjaya, mereka ada jawatankuasa yang diwakili kedua-dua negara dan ada keterbukaan kedua- dua negara untuk melihat perkara tersebut secara menyeluruh. Tetapi, kalau kita berdepan dengan situasi yang mana satu negara tidak mahu bagi kerjasama atau susah hendak bagi kerjasama, maka susah untuk kita proceed. Jadi, sebab itu, kita melihat semua laporan ini sama ada daripada Akademi Sains, contoh di Kanada dan Amerika Syarikat dan di Singapura juga, untuk kita mencari apa cara penyelesaian terbaik. Saya berharap sememangnya we cannot — kita tidak boleh terima apa yang ada pada hari ini. Kita kena perbaiki apa yang ada pada hari ini supaya jerebu ini tidak jadi satu perkara yang norma dalam Asia Tenggara sebagaimana kita telah lihat dalam tempoh hampir 30 tahun kebelakangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Berikutannya soalan yang ketiga, Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Yang Berhormat Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Bukit Bendera minta Menteri, minta maaf tapi sebelum itu ada sedikit pembetulan ya iaitu JASA. J-A-S-A sebenarnya ada typo sikit, dia J-A-X-A.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera · question

3. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan pandangan tentang infrastruktur kritikal yang diperlukan untuk negara membangun dengan mengambil kira matlamat Malaysia untuk menubuhkan tapak pelancaran angkasa lepasnya sendiri. Huraikan langkah-langkah yang ditetapkan bagi memastikan negara mempunyai bilangan graduan yang mencukupi dalam kejuruteraan aeroangkasa dan mekanisme yang mencukupi untuk menjamin pembangunan penerokaan angkasa lepas yang setanding dengan NASA, JAXA dan EASA.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tanjong Malim

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Bukit Bendera. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 yang antaranya menggariskan penumpuan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara, kerajaan melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membangunkan beberapa infrastruktur kritikal teknologi angkasa. Antaranya yang pertama, Stesen Penerima Data Satelit Remote Sensing, Agensi Angkasa Malaysia di Temerloh, Pahang bagi menerima data-data satelit beresolusi tinggi. Yang kedua, Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit atau Assembly, Integration and Test (AIT) dengan izin dan Fasiliti Kawalan Misi di Kompleks Teknologi Angkasa MYSA di Banting, Selangor bagi menyokong pembangunan satelit penderiaan jauh negara yang dilancar pada tahun 2026. Dan yang ketiga, fasiliti pemprosesan dan big data analytics dengan izin, yang terdiri daripada pusat penyimpanan data, perkakasan dan perisian berkapasiti tinggi di Ibu Pejabat MYSA di Kuala Lumpur yang menjalankan pembangunan dan pengoperasian aplikasi teknologi angkasa kepada agensi pengguna perkhidmatan kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Di bawah Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 yang juga dikenali sebagai Malaysian Space Exploration 2030 (MSE2030), kerajaan juga telah merangka program pembangunan teknologi pelancaran angkasa, sejajar dengan hasrat negara untuk meneroka angkasa lepas. Bagi tujuan ini, negara perlu mempunyai infrastruktur kritikal fasiliti pelancar seperti: (i) landasan pelancaran atau launch pad; (ii) menara pelancaran dan sistem kawalan; (iii) stesen integrasi pelancaran roket; (iv) Fasiliti Kawalan Misi; (v) sistem komunikasi; dan (vi) gudang penyimpanan bahan bakar. Selaras dengan pelaksanaan teras empat Dasar Angkasa Negara yang menggalakkan penglibatan industri tempatan dalam pembangunan sektor angkasa negara yang berterusan, inisiatif pembangunan infrastruktur kritikal ini akan dilaksanakan sama ada dengan private initiative ataupun PPP, kerjasama awam dan swasta. Dato’ Yang di-Pertua, untuk bahagian kedua iaitu bilangan graduan yang mencukupi dalam kejuruteraan aeroangkasa. Untuk makluman semua, berdasarkan data daripada sistem MyMoheS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah graduan di semua peringkat pengajian di IPTA bagi Program Kejuruteraan Aeroangkasa dari tahun 2020 hingga 2023 adalah seramai 465 graduan, melibatkan peringkat sarjana ke bawah seramai 462, manakala tiga orang di peringkat doktor falsafah. Namun begitu, bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang mencukupi dengan sasaran 5,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam pelbagai industri angkasa menjelang tahun 2030, MYSA sedang mempergiatkan lagi usaha untuk

Tuan Chang Lih KangPKR · PHMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tanjong Malim

melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang boleh meningkatkan minat dan kesedaran golongan belia dalam bidang teknologi angkasa seperti berikut. Yang pertama, menyediakan tempat dan fasiliti penyelidikan untuk latihan industri dalam bidang sains, teknologi dan aplikasi angkasa. Bagi penempatan di ibu pejabat, pelajar akan didedahkan dengan penyelidikan dan pembangunan aplikasi pelbagai bidang berteraskan teknologi angkasa. Selain itu, pelajar juga akan dapat pendedahan mengenai penggunaan instrumentasi dan teknik melaksanakan pencerapan astronomi di Observatori Negara Langkawi (ONL). Manakala di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA di Banting, para pelajar didedahkan kepada teknologi pembuatan satelit, pengujian satelit sehingga teknologi penjejakan dan kawalan satelit. Kedua, program jaringan kerjasama strategik dengan agensi kecemerlangan dalam bidang angkasa luar negara telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah dan pelajar universiti dalam penyelidikan mikrograviti di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Antara program yang dilaksanakan sejak tahun 2010 adalah program Space Seeds for Asian Future (SSAF) yang telah menarik minat seramai 67,000 pelajar di seluruh dunia dan program Kibo Robot Programming Challenge yang melibatkan 44 pelajar Malaysia. Kedua-dua program telah dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan penyertaan dalam program ini telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam pengaturcaraan robotik serta sains dan teknologi angkasa. Yang ketiga, menganjurkan program Reka Bentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit atau program SiswaSat dan beberapa inisiatif yang lain tetapi panjang, nanti saya akan bagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Secara bertulis Yang Berhormat.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Secara bertulis kepada Bukit Bendera.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih. Pada tahun 2007, Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM105 juta untuk misi 10 hari terhadap, kepada Sheikh Muszaphar Shukor untuk menaiki Soyuz TMA-11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Jadi selepas 16 tahun, persoalannya kekal adakah pelaburan itu benar- benar berbaloi untuk negara kita? Jadi, saya juga berminat untuk mengetahui cara-cara Malaysian Space Agency menyumbang kepada pertukaran profesional dengan izin, profession exchanges terhadapnya kepada agensi-agensi angkasa lepas seperti NASA, Japan Aerospace Exploration Agency dan juga pada masa yang sama, apakah kadar ataupun tahap pembiayaan kerajaan yang dapat diperuntukkan dalam penyelidikan R&D untuk membangunkan industri angkasa lepas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Bukit Bendera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Program Angkasawan Negara satu adalah satu program offset di bawah kerjasama bilateral antara Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Rusia. Menerusi program ini, Kerajaan Rusia bersetuju untuk menanggung kos melatih dua orang angkasawan dan juga menghantar seorang angkasawan Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada bulan Oktober 2007. Dan untuk makluman Bukit Bendera dan juga Dewan yang mulia ini, kerajaan tak menanggung jumlah kos yang disebutkan tadi iaitu RM105 juta untuk misi angkasawan itu tetapi kerajaan berbelanja sekitar RM16 juta merangkumi kos-kos bagi menjalankan

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

misi saintifik, aktiviti pendidikan, proses pemilihan angkasawan, latihan di National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan juga insurans angkasawan. Kerajaan telah menerima pulangan RM16 juta ini dalam bentuk return of value (ROV) menerusi penjanaan ilmu, pembangunan bakat dan juga perkongsian pakar dan sebagainya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menerusi program PAN ini, Malaysia berupaya menjalankan sebanyak enam penyelidikan sains mikrograviti yang merangkumi bidang perubatan dan pharmaceutical, sains hidupan dan juga bioteknologi yang telah dijalankan oleh Angkasawan Negara dalam masa enam hari itu. Kesemua penyelidikan tersebut telah menghasilkan kertas kerja saintifik yang diterbitkan di dalam jurnal tempatan dan antarabangsa yang telah memberi sumbangan kepada penjanaan ilmu dan pengetahuan baharu. Sebanyak lapan paten daripada penyelidikan di ISS telah difailkan di Malaysia dan juga antarabangsa serta satu trademark. Selain itu, hasil penyelidikan turut menyumbang kepada faedah ekonomi melalui pembangunan antibiotik baharu untuk industri pharmaceutical, produk spin-off dan juga produk dikomersialkan untuk kegunaan industri khususnya dalam bidang penghabluran protein.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Program PAN juga telah membuka peluang kepada negara untuk menjalin kerjasama saintifik dalam program-program inisiatif mikrograviti antarabangsa dengan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), ROSCOSMOS, State Corporation for Space Activities Russia, European Space Agency (ESA), NASA dan United Nations Office for Outer Space Affairs. Mulai tahun 2007, Malaysia telah menghantar seramai 30 penyelidik ke agensi angkasa Korea Selatan, Jepun, Eropah dan India bagi tujuan pembangunan kapasiti dalam teknologi satelit, pengoperasian stesen bumi, latihan pengendalian dan pengurusan fasiliti AIT dan juga reka bentuk subsistem Global Navigation Satellite System (GNSS). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kos pembiayaan R&D pembangunan teknologi angkasa perlu modal yang besar. Oleh itu, kerajaan telah pun menggalakkan inisiatif kerjasama awam-swasta dan antaranya kerajaan menawarkan, dengan izin, request for proposal (RFP) Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) kepada pihak swasta. Inisiatif ini memberi peluang kepada industri angkasa tempatan untuk turut bersama menyumbang dalam memacu pembangunan sektor angkasa negara. Poin yang terakhir, Dato’ Yang di-Pertua, MOSTI turut menawarkan beberapa jenis dana bagi tujuan pembiayaan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi seperti Dana Penyelidikan Strategik yang dimanfaatkan oleh industri dan syarikat pemula dalam bidang angkasa. Kesemua dana ini boleh mampu memacu pertumbuhan mampan industri angkasa tempatan. Sekian, terima kasih.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat berdiri dulu. Tadi saya nampak dia dulu.

Yang Berhormat, siapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, silakan.

Saya? Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Nak beri laluan pada Alor Setar?

Saya rasa tak ada masalah. Boleh bagi laluan kat anak muda.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Then, silakan Yang Berhormat Alor Setar.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

[Tepuk]

Terima kasih bonda Rantau Panjang. Terima kasih Dato’ Speaker. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Menteri, kita sedia maklum ilmu ataupun bidang berkaitan angkasa lepas ini juga ada kaitan dengan kitab suci Al-Quran pada agama Islam. Soalan saya, adakah pihak kementerian mahu meneroka bidang ilmu angkasa lepas ini dengan agensi ataupun jabatan yang berkaitan dengan agama Islam ini? Contoh, Jabatan Falak Syarie di bawah majlis agama Islam negeri-negeri. Mereka juga mengkaji tentang ilmu- ilmu penerokaan angkasa lepas. Yang pertama. Yang keduanya, adakah pihak kementerian juga bercadang untuk meluaskan bidang aeroangkasa ini ke peringkat sekolah, peringkat sekolah menengah ataupun sekolah rendah sebagai pendedahan awal kepada pelajar? Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Menteri.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Alor Setar. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Memang kementerian ataupun MOSTI bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak. Saya nak bagi contoh bahawa ada beberapa agensi di bawah MOSTI, terutamanya MYSA dan juga Planetarium telah pun ada mewujudkan beberapa program kerjasama dengan NGO ataupun persatuan-persatuan yang...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Ya. Ya, persatuan-persatuan yang berteraskan pendidikan ataupun agama. Memang kami mengalu-alukanlah inisiatif ini supaya kita dapat memupuk minat anak-anak kita terhadap teknologi angkasa. Dan itu ada— Salah satu inisiatif yang telah saya sebutkan tadi adalah penyelidikan nano satelit, reka bentuk nano satelit yang dibuka kepada semua pelajar. Bukan sahaja pelajar universiti, tetapi juga pelajar di peringkat sekolah menengah dan untuk memupuk minat mereka terhadap ilmu dan pengetahuan teknologi angkasa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebelum saya— Sebentar. Sebelum saya teruskan kepada soalan lisan yang lain, Yang Berhormat Jerlun tadi ada yang nak bertanya?

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tekan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini pihak Ahli Dewan dibekalkan dengan buku soalan-soalan Dewan yang telah pun memenuhi peruntukan undang-undang. Saya tengok dalam soalan ini... [Sambil menunjukkan sebuah buku] Soalan nombor 1 daripada Kepong, walaupun daripada pihak kerajaan. Hari ini kita tengok soalan nombor 1 daripada Libaran. Persoalan saya, mengapa berlaku demikian? Yang kedua, soalan yang ditanya oleh Kepong ini saya lihat ada kena- mengena dengan kepentingan orang ramai iaitu berkaitan dengan tindakan undang-undang ke atas bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu polis. Mengapa soalan ini diundurkan ke nombor 21?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sebelum saya teruskan, bawah peraturan berapa Yang Berhormat bangkitkan ini?

22(1).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik.

Yang kedua, 22(2), memenuhi dalam tempoh 10 hari sebelum tamat tempoh penyerahan soalan. Itu soalan saya yang saya nak bertanya. Mengapa diubah sedangkan soalan ini ada kepentingan orang ramai? Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik. Kalau kita lihat daripada soalan yang telah dibentangkan, diajukan oleh Yang Berhormat Jerlun melibatkan dua perkara. Perkara mengapa satu soalan itu tiba-tiba ada dan tiba-tiba tiada. Yang Berhormat kena faham ya, Majlis, aturan Majlis adalah hak mutlak ditentukan oleh Majlis yang diketuai oleh Speaker. Ini ada dalam peraturan ini. Saya boleh semak. Kedua, kalau kita lihat, kalau 22(1) lah ya yang Yang Berhormat bangkitkan, kena ada notis, tapi boleh dikecualikan dengan empat syarat ya. Syarat, saya tak ingat semua, tapi saya nak nyatakan di sinilah. “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tidak dikeluarkan perintah pemberitahu dahulu kecuali pertama...”— lim pertama— “...Jika ada pertimbangan Tuan Yang di-Pertua pertanyaan itu hendaklah disegerakan.” Satu. Dua, “Dan kena mengena dengan perkara kepentingan awam, orang ramai”. Dua. Ketiga, “Ada libat dengan Aturan Urusan Majlis”. Dan Akhir, “Ahli itu telah mendapat kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua untuk mengeluarkan tanpa notis”. Jadi, Yang Berhormat, dalam perspektif ini ya, kadang-kadang itu dilihat suddenly ada, dengan izin ya, tidak ada. Ia terpulang pada budi bicara Yang di-Pertua Dewan ya. Untuk save clause ini, dengan izin, Yang Berhormat selalu ingatkan Peraturan 99, 99A dan 100. Apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertua atau timbalan-timbalannya mewakilinya, covered by that, dengan izin, bahagian peraturan, tiga peraturan itu. Faham? Saya ingat tak jadi masalah. Hari ini nampak dalam soalan, tapi sebelum keluar tiba-tiba ada. Itu prerogatif dan juga budi bicara Yang di-Pertua. Faham? Dan kedua, pentadbirnya adalah SUDR kita. Faham ya? Bagus, Yang Berhormat Jerlun. Dalam perspektif ini dapat kita faham kenapa benda ini berlaku. Tiba-tiba satu Yang Berhormat boleh dibenarkan, tetapi yang lain hendak dengan notis. 22(1) ada empat lim itu ya. Dan study 99, 99A dan 100. You be covered. Terima kasih. Okey, kita teruskan urusan Majlis. Setiausaha.

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dengan ini, saya mula memanggil dalam senarai. Apa yang telah saya maklum, Yang Berhormat Libaran kurang sihat. Jadi, kita pergi ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Yang Berhormat Kubang Kerian.

[Soalan No. 1 – YB. Datuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) tidak hadir]

Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian · question

2. Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan tidak berhasrat untuk meningkatkan lagi keupayaan JAKIM dengan menambah kakitangan yang berkepakaran, kemudahan serta teknologi terkini dalam mengesan bahan yang digunakan dalam setiap bahan yang diselidiki setelah Persijilan Halal Malaysia telah diterima di peringkat antarabangsa.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan dalam memacu negara menjadi hab industri halal bertaraf dunia sentiasa prihatin terhadap semua aspek yang berkaitan dengan halal termasuklah aspek pembangunan kepakaran halal, kemudahan teknologi dan sebagainya. Dalam hal ini, kerajaan melalui JAKIM dan agensi-agensi yang berkaitan sedang dalam usaha membuat penambahbaikan terhadap tadbir urus pensijilan halal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan persijilan halal Malaysia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Purata permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ataupun SPHM yang diterima oleh JAKIM pada setiap tahun adalah sebanyak 2,500 permohonan. Buat masa ini, jumlah keseluruhan pegawai yang menguruskan permohonan pensijilan, termasuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM adalah seramai 171 orang, yang terdiri daripada pelbagai skim dan kepakaran seperti Pegawai Sains, Pegawai Kimia, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai Teknologi Makanan, Pegawai Farmasi dan Pegawai Teknologi Maklumat. Pusat Analisis Halal Malaysia, Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) yang merupakan sebahagian daripada pengurusan halal JAKIM ialah sebuah makmal yang memberi perkhidmatan bagi penganalisisan dan pemantauan ke atas produk yang telah memperolehi sijil. MyHAC telah berjaya memperolehi pengiktirafan akreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia daripada Jabatan Standard Malaysia berdasarkan keperluan MS ISO/IEC 17025:2017, general requirements for the competence of testing and calibration laboratories dalam bidang ujian analisis kimia bagi skop alkohol, etanol pada 20 April 2022 dan skop asid nuklid pada Januari 2023. Sehingga kini seramai sembilan orang juruanalisis di makmal ini telah berdaftar di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Akta Ahli Kimia 1975. Beban tugas di peringkat JAKIM tidak terhad kepada jumlah permohonan yang disebut sebentar tadi. Terdapat 5,205 premis makanan yang dipersijilkan halal dan beroperasi di seluruh negara terletak di bawah tanggungjawab JAKIM. Selain itu, JAKIM turut menguruskan permohonan persijilan halal bagi pengilangan luar negara dan bertanggungjawab membuat pemeriksaan loji sembelihan serta audit Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang memohon pengiktirafan daripada JAKIM. Dalam hal ini, JAKIM sentiasa berusaha untuk memperkasa sumber manusia termasuk melaksanakan penstrukturan semula, redeployment dan menyediakan model- model perjawatan untuk MAIN dan JAIN. JAKIM bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri sedang membangunkan pelan ataupun kerangka digital yang menyeluruh iaitu MYeHALAL 2.0. Ia merupakan satu framework digital yang merangkumi sistem pensijilan halal dan capaian ekosistem halal menggunakan platform blockchain untuk jangka masa panjang. Berdasarkan perancangan MYeHALAL 2.0, pihak JAKIM telah menaik taraf dan memajukan sistem MYeHALAL sedia ada bersama dengan sistem sokongan MyHMS yang dilancarkan pada 30 Ogos 2023. Ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan JAKIM dalam memenuhi objektif untuk mempercepatkan proses permohonan sijil halal kepada 23 hari bekerja. Langkah positif ini akan memastikan JAKIM dapat menyelesaikan isu permohonan sijil halal sedia ada dan merancakkan industri halal negara serta-merta sesuai dengan posisi JAKIM sebagai tunjang utama dalam pensijilan halal Malaysia. JAKIM juga sedang membangunkan MyHALAL Ingredients yang berfungsi sebagai database maklumat bahan mentah yang digunakan dalam permohonan pensijilan halal. Sebagai memudah proses pemilihan bahan mentah oleh pemohon SPHM kelak, pemohon boleh menjadikan senarai bahan mentah yang telah disahkan status halalnya oleh JAKIM melalui sistem tersebut. Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, JAKIM turut mengadakan kerjasama dengan beberapa rakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Panjang kah lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik.

...bagi membangunkan aplikasi Smart Halal, Verify Halal dan Sistem MyHMS. Smart Halal dan Verify Halal merupakan aplikasi mobil yang dibangunkan sebagai medium yang boleh menjadi rujukan pengguna dan industri untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Dalam perkembangan terkini, kerajaan telah melancarkan aplikasi i-Bimbing Halal yang merupakan modul yang disediakan dalam aplikasi mobil Verify Halal. Ia bertujuan untuk membantu para usahawan membuat penilaian kendiri dalam menentukan tahap kesediaan dan persediaan pemohon sebelum membuat permohonan sijil. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat.

Terima kasih atas jawapan yang disampaikan. Saya nak rujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama. Kerajaan kini sedang menambah baik modul eksekutif halal antarabangsa yang dijangka dapat mengembangkan pensijilan halal luar negara di mana sebelum ini hanya membuat kerjasama dengan syarikat Original Equipment Manufacturer atau OEM tempatan dan mempunyai kilang luar negara. Persoalan saya ialah apakah mekanisme yang diaplikasikan kepada syarikat luar negara untuk memastikan status standard keperluan halal di Malaysia dapat dipatuhi dan sejauh mana penglibatan Halal Development Center ataupun HDC dalam menyediakan model ini? Yang kedua berdasarkan jawapan tadi, saya kira dengan 171 orang kakitangan yang melibatkan kelulusan, permintaan, tindakan perundangan pengiktirafan. Saya fikir dan kita letak sasaran 23 hari bekerja untuk dapat kelulusan. Saya fikir ini satu bebanan yang besar kepada kakitangan dan realiti di bawah sekarang ini ialah saya dapat aduan dia terlalu lambat untuk dapat kelulusan tersebut. Saya ingin mendapat penjelasan apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menambahkan lagi kakitangan dan menyediakan satu skim khas kepada kakitangan JAKIM halal? Di samping itu, mekanisme di luar negara ini saya fikir kita perlu mantapkan supaya status halal JAKIM ini diiktiraf di peringkat antarabangsa dapat kita maintain, dapat kita kekalkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jawab persoalan yang pertama itu berkaitan dengan mekanisme yang digunakan iaitu dengan memperkenalkan manual prosedur khusus bagi pelaksanaan pensijilan halal Malaysia antarabangsa dengan syarat dan keperluan yang lebih komprehensif dan bersesuaian dengan pemakaian di peringkat antarabangsa...

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

[Bangun]

Syarikat di luar negara yang memohon pensijilan halal Malaysia ini disyaratkan membangunkan sistem jaminan halal. Piawaian ini diwujudkan berdasarkan konsep halal built in yang menjadi keperluan pematuhan kepada pihak syarikat selain pemantauan yang akan dilakukan oleh pihak JAKIM. Yang ketiga menetapkan keperluan melantik Eksekutif Halal Antarabangsa bagi meningkatkan kemampuan dan kompetensi eksekutif halal dalam memastikan standard dan piawaian halal terpelihara. Jadi, ini adalah tiga tindakan Yang Berhormat yang dilakukan oleh pihak JAKIM untuk memastikan compliance ataupun pematuhan kepada badan pensijilan antarabangsa. Berkaitan dengan Halal Development Corporation. HDC memainkan peranan sebagai Industry Lead Body (ILB) yang turut membantu dan menjadi fasilitator kepada industri-industri halal negara selaras dengan Pelan Industri Halal Negara iaitu Halal Industry Master Plan (HIMP) 2030. Insya-Allah YB berkaitan dengan penambahan tadi, kita mengambil kira bahawa 171 kakitangan yang sedia ada mungkin satu bebanan yang

agak berat kepada mereka. Pihak JAKIM sentiasa bekerjasama dan berbincang dengan pihak JPA untuk dalam usaha untuk menambahkan kakitangan tersebut. Seperti mana Yang Berhormat Kubang Kerian sebut tadi, memang kita mengambil kira tentang pertukaran kakitangan yang berada di bahagian halal sejak kemudian dia pergi kepada bahagian-bahagian yang lain. Jadi dalam konteks itu, kita akan— JAKIM akan membuat penelitian dan perbincangan dengan pihak JPA untuk memastikan supaya graduan yang khusus dalam bidang kimia dan juga syariah yang ditawarkan oleh universiti- universiti. Contohnya, USIM. Mereka ini bila dia keluar nanti, kita harapkan kita dapat wujudkan satu skim khusus. Contohnya, FS contohnya. Jadi, mereka yang terlatih dalam bidang kimia dan syariah untuk ditempatkan di bahagian halal. Jadi, mereka ini akan berada di situ tetap. Jadi dengan cara sedemikian, kita harapkan agar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi itu untuk memastikan maintenance, pengiktirafan oleh badan antarabangsa terhadap pensijilan Halal JAKIM ini dapat dikekalkan. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Terima kasih Menteri. Saya telah melihat Yang Berhormat Tampin dahulu, ya. Sama ada Tampin nak memberi Sri Gading?

Tampin ada soalan yang amat penting Timbalan Speaker.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Saya pun soalan yang penting juga. Saya dah picit dulu tadi ini.

Saya teruskan. Saya teruskan dengan soalan.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Saya dah dua kali ini bangun Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Saya faham Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Sri Gading dua kali kena defeat. Tadi dengan Puchong pun kena defeat.

Tak apa Timbalan Speaker, kita bagi dua-dua.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik.

Okey, terima kasih. Pada Jun lalu, JAKIM telah mendedahkan hampir 72 peratus daripada jumlah keseluruhan produk yang mempunyai sijil halal di Malaysia dimiliki oleh syarikat bukan Islam untuk tempoh 2021 hingga April 2023. Sehubungan dengan itu, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan lebih ramai usahawan bumiputera mempunyai sijil halal terhadap produk-produk mereka dan memenuhi piawaian halalan toyyiban yang ditetapkan oleh JAKIM? Seterusnya, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan usahawan bumiputera ini terus mengabaikan logo halal dan apakah strategi kerajaan untuk menangani punca tersebut?

Adakah kos yang tinggi membuatkan usahawan bumiputera tidak berminat untuk mendapatkan sijil halal. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Sri Gading berdiri?

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Boleh sambung tak soalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tak boleh.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Tak boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Satu soalan sahaja.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Ingatkan boleh sambung tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tidak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kalau saya start bagi, saya kena berlaku adil di sebelah sini pula. Baik. Okey Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Dalam konteks usaha yang dibuat untuk memastikan supaya lebih ramai usahawan bumiputera ini memohon untuk mendapatkan pensijilan halal ini, sebagai contohnya baru-baru ini kita telah mengadakan MYeHALAL track di mana pihak JAKIM melalui Bahagian Halal JAKIM turun padang dan bertemu dengan pihak usahawan. JAKIM juga telah membangunkan aplikasi e-bimbingan untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera ini untuk memahami, bagaimana untuk mengemukakan permohonan pensijilan halal ini. Jadi, sekiranya tempoh permohonan pensijilan halal yang diluluskan itu adalah lewat, maka dengan adanya JAKIM turun padang melalui MYeHALAL track tadi itu kita akan dapat mengajak lebih ramai. Harapan kita supaya kita dapat memastikan lebih ramai usahawan bumiputera ini untuk tampil ke hadapan untuk memohon permohonan sijil halal. Saya tak nampak Yang Berhormat Tampin, berkaitan dengan isu kos yang tinggi dalam konteks untuk memohon sijil halal ini. Dan perkara itu boleh dibincangkan dan dalam saya secara peribadi tidak nampaklah kos itu terlalu tinggi. Cuma yang saya nampak mungkin awareness, kefahaman mereka ini tentang keperluan untuk mendapatkan sijil halal. Jadi dengan cara peranan yang dimainkan oleh JAKIM melalui MYeHALAL track itu dan melalui bimbingan tadi, kita harapkan lebih ramai usahawan-usahawan bumiputera ini akan tampil ke depan untuk memohon sijil halal tersebut. Terima kasih YB Tampin. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya dipersilakan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor tiga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Wan Azizah binti Wan IsmailPKR · PHBandar Tun Razak · question

3. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan langkah penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran masyarakat mengenai bahaya ancaman siber di mana penjenayah siber menggunakan alatan AI (kecerdasan buatan) untuk menggodam kata laluan, membocorkan maklumat dan menipu pengguna mengakibatkan pelanggaran data dan kerugian kewangan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih jiran saya. Dato' Yang di-Pertua, sebagai langkah proaktif dalam penguatkuasaan undang-undang mengenai bahaya ancaman siber, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang meneliti dan membuat pindaan terhadap beberapa aspek, berkaitan perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709). Tujuan pindaan ini adalah untuk memastikan Akta 709 sejajar dengan perkembangan teknologi digital semasa serta perundangan perlindungan data peribadi di peringkat global. Antara pindaan Akta 709 yang dicadangkan bagi mengawal ancaman

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

siber, termasuk mewajibkan pengguna data untuk melantik pegawai perlindungan data, melaporkan insiden kebocoran data kepada pesuruhjaya perlindungan data peribadi dan meningkatkan kadar denda yang lebih tinggi kepada pengguna data dan pemproses data. Selain itu, cadangan peluasan pemakaian tanggungjawab secara langsung akan juga dikenakan kepada proses pemproses data jika berlaku sebarang ketirisan data. Dalam masa sama, JPDP sedang dalam perancangan membangunkan garis panduan AI (kecerdasan buatan) bagi mengawal serta meminimumkan kadar capaian atau gunaan AI berkaitan data peribadi. Dalam memupuk kesedaran masyarakat dalam menangani ancaman siber, JPDP, CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia giat melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam serta meningkatkan pembangunan kapasiti dan latihan kepakaran keselamatan siber. Selain itu, kerjasama strategik turut dijalinkan bersama agensi penguatkuasaan berkaitan keselamatan siber negara seperti lah PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Imigresen Malaysia, termasuk sebagai saksi pakar-pakar di bawah seksyen 399 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan penguatkuasaan dan pembangunan keupayaan agensi penguatkuasaan terlibat. Menerusi kerjasama ini, CyberSecurity Malaysia akan mengukuhkan kawal selia keselamatan siber menerusi pembangunan penggunaan teknologi AI dengan pelbagai sumber data keselamatan untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap ancaman siber dengan lebih efektif. Pada masa ini, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA) di bawah MKN sedang dalam proses penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Siber yang akan menguatkuasakan jenayah siber selari dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ataupun Kanun Kesalahan Jenayah. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik terima kasih Menteri, soalan tambahan Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih jiran saya yang memberikan jawapan. Walaupun ada banyak-banyak langkah begitu, kita lihat bahawa apa ni, scammer ini berleluasa sangat sampai ke Amerika Selatan kita ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Jadi bagaimana saya hendak lihat bahawa mereka yang selalunya vulnerable, dengan izin, mereka diberikan lebih kesedaran dan juga bagaimana kita hendak buatkan langkah- langkah supaya dengan PDRM– saya diberitahu bahawa MCMC tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Jadi, apakah dengan PDRM itu mengetatkan lagi so menjadi satu contoh supaya mereka tidak buat lagi scammer ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat-sangat setuju dengan kenyataan Yang Berhormat tadi. Sebenarnya saya rasa kempen kesedaran adalah satu ongoing effort dan kita perlukan melibat semua agensi dan juga lah pihak swasta. Kita perlu adopt satu approach, a whole-of-nation punya approach untuk memastikan bahawa semua pihak memainkan peranan mereka. Oleh sebab itu, bagi KKD kami selalu bekerjasama dengan Bank Negara, dengan PDRM, dengan NFCC, NSRC dan juga lah sektor swasta seperti lah syarikat-syarikat telco untuk memastikan bahawa kempen kesedaran kami bolehlah diperluaskan ke semua lapisan masyarakat.

[Bangun]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Pada masa yang sama, memang SKMM ataupun punca kuasa bagi SKMM adalah terhad seperti lah untuk lah siasatan untuk kes-kes penipuan ataupun scam, kuasa siasatan adalah di bawah PDRM. Tetapi SKMM memain satu peranan yang sangat penting iaitu kita boleh ambil tindakan apabila kita dapat informasi pengesahan daripada PDRM supaya kita boleh padamkan ataupun turunkan website

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

ataupun posting kandungan yang berunsur penipuan. Untuklah tahun ini sahaja Dato’ Yang di-Pertua, sejak lah 1 hari bulan Januari hinggalah 30 September tahun ini, 1,471 laman sesawang yang berkaitan penipuan dan scam telah lah atau untuk memancingkan maklumat (phishing) telah disekat oleh lah SKMM. Pada masa yang sama, kita mempunyai 2,871 FB posting, 254 WhatsApp dan jugalah 13 posting Instagram, 11 lah Telegram dan 1 TikTok punya posting. Keseluruhannya adalah 3,150 posting di social media juga telah lah SKMM untuk padam ataupun turunkan. Itu adalah kerjasama yang akan lah dibagi oleh lah SKMM kepada PDRM dan SKMM akan terus lah bekerja secara rapat dengan PDRM untuk memastikan bahawa kita boleh lah memberi lah bantuan segera kepada mangsa-mangsa penipuan ataupun scam. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kalau saya sebelahkan kiri Menteri ini saya sudah selesai sudah soalan saya ini. Dato' Yang di-Pertua, saya percaya peringkat awam dan swasta pula juga perlu diberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah ini. Soalan saya, berapa kali kekerapan tahunan kerajaan bekerjasama dengan pihak pemain industri swasta untuk berkongsi perisikan ancaman dan menjalankan latihan keselamatan siber bersama untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif? Dan juga saya ingin bertanya, apakah perkembangan status cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Serta pemerkasaan yang disembang selama ini berhubung dengan fungsi Jabatan Perlindungan Peribadi (JPDP) bagi meminimumkan kebocoran data peribadi dan transaksi komersial yang semakin kerap berlaku. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Menteri, silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Untuk lah bahagian kedua soalan Yang Berhormat Langkawi, JPDP telah buat sesi engagement dengan lah pemegang taruh sebanyak lah 18 kali, dan kami dalam peringkat terakhir untuk sediakan NJM. Selepas kita dapat lah kelulusan daripada Jemaah Menteri, dan juga lah kelulusan daripada AGC, kami akan bentang lah rang undang- undang untuk meminda Akta Perlindungan Peribadi dalam Dewan Rakyat ini. Kalau Sidang Parlimen ini tidak sempat, kami harap bahawa untuk lah sidang pertama pada tahun depan, KKD boleh lah bentangkan, bawa rang undang-undang untuk meminda JPR, Akta 709 ini ke Dewan Rakyat, ke Dewan yang mulia ini. Kekerapan KKD dengan lah pelbagai agensi di bawah KKD, kekerapan kita untuk bekerjasama dengan pihak swasta, saya akan cakap bahawa selalu. Kami memang selalu bekerjasama dengan pihak swasta. Sebenarnya, semalam sahaja saya baru lah mempengerusikan satu mesyuarat dengan lah Bank Negara, syarikat telco, kebanyakan syarikat telco pun sudah hadir dan jugalah Persatuan Bank Malaysia dan jugalah Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia di Parlimen di Blok Pentadbir untuk lah berbincang bagaimana kita boleh selaraskan usaha kami untuk lah menangani untuk lah pastikan bahawa Kempen Anti Scam yang dilancarkan oleh mereka sendiri oleh setiap agensi ataupun organisasi sendiri, kita boleh dapat satu koordinator effort untuk pastikan bahawa kita boleh ada pencapaian yang lebih impactful, yang lebih berimpak. Jadi, kami selalu welcome, mengalu-alukan kerjasama daripada agensi kerajaan ataupun pihak swasta kerana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi bahawa kerjasama antara kerajaan dan juga swasta amat-amat diperlukan untuk menjaya Kempen Anti Scam ini. Sekian sahaja, terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya, dipersilakan Tuan Jamaludin bin Yahya, Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

... Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk lama di Parlimen terasa penat; Wahai Menteri yang bijak bestari, soalan Pasir Salak nombor empat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak · question

4. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pertahanan menyatakan: (a) status terkini pembinaan kapal littoral combat ship (LCS) milik TLDM yang telah terbengkalai sejak sekian lama di Boustead Naval Shipyard, Lumut; dan (b) adakah kerja-kerja pembinaan semula telah mula dijalankan dan bilakah kapal pertama dijangka akan diserahkan kepada TLDM.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pasir Salak sekali dengan satu lagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Ketereh pada 27 November 2023 kerana pertanyaan yang dibangkitkan menyentuh isu yang sama iaitu pembinaan, status pembinaan kapal tempur pesisir atau littoral combat ship (LCS). Sebelum saya menjawab isu ini yang dibangkitkan, suka saya menarik perhatian Dewan. Isu pembinaan LCS ini masih dalam pemantauan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk setiap tiga bulan dan pada 3 Oktober 2023 yang lalu, wakil kementerian iaitu Ketua Setiausaha sendiri iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama dengan wakil syarikat BNSSB telah dipanggil untuk memberikan penerangan berkaitan status terkini pembinaan LCS kepada jawatankuasa tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan, dimaklumkan kerja- kerja pembinaan semula LCS ini telah dilaksanakan semula mulai tarikh kontrak tambahan keenam ditandatangani iaitu pada 26 Mei 2023 berdasarkan kepada perancangan yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Dan aktiviti fizikal pembinaan LCS ini pula telah dimulakan pada penghujung September yang lalu iaitu pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, kapal LCS pertama dijangka akan dapat disiapkan pada bulan Ogos tahun hadapan sebelum ianya menjalani dua ujian. Yang pertama, Harbour Acceptance Test, dan juga Sea Acceptance Trial (ACT) selama dua tahun oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia. Secara keseluruhannya, kapal LCS ini akan diserahkan secara rasmi kepada TLDM secara berperingkat mulai tahun 2026 sehingga 2029. Itu sahaja jawapannya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan berapakah bilangan penglibatan vendor tempatan dalam projek Littoral Combat Ship (LCS) dan status rundingan kontrak pihak Boustead Naval Shipyard dengan pihak syarikat-syarikat pembekal peralatan?

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, secara umumnya vendor-vendor yang terlibat dalam pembinaan LCS ini hampir 400 vendor yang

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

terlibat. Dan sebab itu kalau kita lihat dalam beberapa bulan ini, daripada Mei sehinggalah September itu, jadi segala bentuk perjanjian-perjanjian kita ini, kita telah mengambil kira semua pandangan-pandangan daripada PAC sama ada dari segi pembayaran, dari segi pelaksanaan. Dan sebab kalau kita tengok antara teguran-teguran ini adalah kadang-kadang pembayaran itu melibatkan pihak kita sebut sebagai orang tengah contohnya atau syarikat-syarikat di pertengahan itu sebelum dia pergi kepada OEM. Jadi, ini pun kita ambil pertimbangan di mana dalam perjanjian kita ini, di mana kerajaan boleh terus membayar kepada OEM. Jadi sebab itu kalau kita tengok penambah-penambahbaikan yang dicadangkan oleh PAC itu telah kita ambil kira dalam kita melaksanakan projek ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sebelah kanan... [Merujuk kepada blok kerajaan] Jika tidak ada- sebelah kanan? Tidak ada, saya- clear.

Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita lihat daripada respons kementerian berhubung Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang didapati Kementerian Pertahanan memeterai perjanjian tanpa persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung dengan perjanjian tambahan keenam yang telah dimeterai pada Pameran Maritim Aeroangkasa Langkawi pada Mei lalu. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Minta penjelasan.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang di atas soalan yang dikemukakan. Sepertimana yang telah disebut juga oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan ya, di sini saya ulangi apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Di mana untuk makluman semua, Kementerian Pertahanan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan juga BNSSB, dan juga AGC sepertimana yang dibangkitkan oleh PAC telah melaksanakan beberapa siri perbincangan sebenarnya serta mesyuarat berkaitan dengan draf perjanjian ini, SA6 ini sejak April daripada tahun 2023 lagi iaitu selepas keputusan hala tuju projek diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 April. Sebab itu, hasil daripada kesemua libat urus ini bersama dengan AGC ini, Kementerian Pertahanan telah menerima ulasan daripada AGC melalui surat bertarikh 24 Mei, di mana empat perkara utama telah pun dibangkitkan iaitu tentang progress payment plan, begitulah juga dengan Integrated Logistics Support (ILS), detail design dan juga yang terakhir tentang LAD iaitu Liquidated Ascertained Damages. So, empat perkara ini diambil kira dan kita sudah ambil kira perkara-perkara ini. Sebab itu semua cadangan-cadangan ini telah dimasukkan, diambil perhatian oleh Kementerian Pertahanan. Sebab itu Kementerian Pertahanan telah mengambil kira semua perkara ini dalam pindaan berkaitan. Sebab itu bila dibangkitkan soal kita tidak melibatkan AGC ataupun tidak mendapatkan pandangan daripada itu, saya fikir itu tidak tepat ya. Ini jawapan daripada kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya, soalan nombor lima Yang Berhormat Tanjong Manis kurang sihat. Terus kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya doakan Tuan Yang di-Pertua sihat adanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Amin.

...Kerana saya nampak bertongkat pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Amin Ya Rabbil A’lamin... [Mengangkat tangan mengaminkan doa] Kerja kuat, kerja kuat.

Terima kasih. Yang kedua Yang Berhormat, saya minta Parlimen, janganlah masuk- satu orang tu dua soalan satu hari. Saya telah makan empat soalan, bagi saya tinggal enam. Tak

perlu masuk nama yang bagus. Bubuh nombor 100 ke atas pun tak apa sebab saya akan buat press statement- TikTok untuk orang muda ya. Saya perlukan satu hari satu lah. Hari ini dua. Untuk apa saya tak tau ya. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pantun sikit ya. Dari Arau ke Sipitang, singgah sebentar di Simpang Enam; Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya soalan nombor enam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri. [Soalan No. 5 - Yang Berhormat Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab (Tanjong Manis) tidak hadir]

Shahidan bin KassimPAS · PNArau · question

6. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan, garis panduan yang telah ditetapkan bagi penubuhan tabung-tabung bencana bagi memastikan dana daripada tabung-tabung ini tidak disalah guna, dan adakah tabung bencana seperti Tabung Bencana NSTP-Media Prima diaudit oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan kelancaran agihan seperti yang diharapkan oleh para penderma.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk melaksanakan penguatkuasaan kepada pihak swasta yang mewujudkan tabung bencana.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Namun begitu, tabung-tabung bencana yang di wujud dan dikendalikan oleh pihak-pihak swasta adalah tertakluk kepada kerangka perundangan garis panduan dan kuasa yang berkaitan. Antaranya: (i) Surat Pekeliling Am (SPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 6 Tahun 1987, Peraturan mengutip Derma oleh Pertubuhan dari Orang Ramai; (ii) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947; (iii) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri, kutipan derma bagi aktiviti agama Islam; dan (iv) MOF, khususnya LHDN, garis panduan permohonan pemotongan cukai pendapatan bagi projek-projek komuniti dan amal. Dan antaranya juga adalah bagi penubuhan badan-badan khusus seperti yayasan dan tabung adalah di bawah kawal selia Akta Pemegang Amanah Perbadanan 1952 dan Akta Syarikat 1965.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan. Saya- otak saya bergerak ke Tabung Palestin. Saya tak perasan saya ada termasuk NADMA hari ini. Soalan saya yang pertama ialah NGO yang kutip derma ini ada yang NGO yang berjenama. Saya tak payah sebutlah, nanti terkesan pula sumbangan yang diberikan. Mereka telah menubuhkan syarikat berhad. Jadi, syarikat berhad ini Yang Berhormat, apakah kita nak syarat kan kepada mereka, berapa peratus yang mereka boleh simpan untuk mereka dan berapa peratus untuk didermakan? Contohnya, pada tahun 2020, Duta Palestin ke Malaysia memaklumkan bahawa sumbangan yang nak diberi kepada Masjid Al-Aqsa tidak diterima sepenuhnya kerana orang yang kutip derma itu, dia telah menyimpan. Dan saya telah berjumpa dengan satu

NGO, dia telah kutip hampir RM24 juta. Saya tanya, “Berapa percent bagi sumbangan dekat Palestin?”. Dia kata, “Dia simpan lebih kurang 12 percent untuk operation, yang lain- lain dia bagi sumbangan”. Saya tidak pasti. Tapi apakah kerajaan akan menetapkan supaya semua NGO yang kutip derma ini mesti sekurang-kurangnya 95 peratus diberi sumbangan sebab orang yang nak kutip derma ini biarlah orang yang ada kemampuan. Sebab niat untuk buat kebajikan. Sebab kita yang bagi derma ini, kita nak duit kita sampai ke tempat yang kita bagi derma sebagaimana– dan ada juga NGO yang menyatakan bahawa mereka dapat kelulusan daripada Bank Negara iaitu 30 peratus mereka boleh simpan dan Bank Negara telah menafikan. Saya minta kerajaan tetapkan supaya 95 peratus disampaikan terus ataupun dibagi 100 peratus. Yang keduanya, tempoh masa sebab ada NGO yang kutip masa sepanjang masa seperti Mufti Perlis telah memaklumkan bahawa terdapat orang yang kutip derma di premis-premis, pergi rata-rata. Padahal masa itu sudah tidak ada lagi bencana yang berkenaan. Jadi, saya minta supaya ada tempoh masa ataupun sepanjang masa. Dan dengan itu, kerajaan diminta untuk mengumumkan bahawa ini tabung yang khusus untuk di derma oleh rakyat Malaysia yang diuruskan oleh kerajaan. Jadi senang, kita pun puas hati kalau kita bagi derma ianya sampai ke matlamat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Kutipan dana untuk bantuan-bantuan kemanusiaan sebagaimana yang saya sebutkan tadi adalah ke tertakluk kepada nature ataupun jenis badan-badan yang membuat kutipan tersebut. Dan sememangnya pada masa kini tidak ada undang-undang khusus yang mengawal selia kutipan dana yang berkaitan dengan derma bagi bencana di luar kerajaan iaitu kutipan daripada badan-badan selain daripada kerajaan. Atas sebab itu, mengambil kira pengalaman lepas dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi dan juga khususnya pengalaman sepanjang COVID-19 yang lepas, di mana banyak kutipan yang dibuat oleh pelbagai pihak. Ini antara kawal selia tentang tadbir urus, kebenaran, permohonan dan sebagainya berkaitan dengan kutipan-kutipan tabung bencana. Selain daripada kerajaan ini juga merupakan antara perkara yang sedang diteliti oleh kerajaan. Sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan KSP yang lepas, tempoh hari bahawa perlunya semakan mekanisme pengurusan bencana. Dan sememangnya ini antara perkara yang sedang diteliti dalam rangka kita mengkaji mekanisme pengurusan dan kerangka perundangan. Termasuklah arahan 19, 20, polisi DRR dan juga kewujudan akta khusus bagi pengurusan bencana di negara ini. Dan sememangnya cadangan Yang Berhormat Arau tersebut adalah amat penting untuk memastikan bukan hanya di peringkat kerajaan tetapi kita dapat mengawal selia kutipan derma yang dibuat oleh pihak selain daripada kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Oleh kerana disebut juga tentang bantuan-bantuan ataupun derma berkenaan dengan Palestin tadi tidak dapat diperincikan ataupun dipanjangkan perbahasan ataupun soalan ketika Menteri Luar menjawab soalan itu. Saya ingin mengajukan, adakah Tabung Amanah Rakyat Palestin yang dibuka itu adalah merupakan tax deductible yang akan memberikan ruang lebih banyak sektor-sektor korporat untuk menyumbang kepada derma itu? Yang keduanya, bolehkah difikirkan supaya tabung ini juga akan memberi ruang untuk tempoh yang tertentu kepada mereka yang ingin mengeluarkan zakat? Maknanya, ada rebate untuk tabung khusus kepada rakyat Palestin ini. Mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian jika ianya bersesuaian dengan penerima- penerima ataupun asnaf zakat yang terlibat dalam bencana perang rakyat Palestin ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya fikir apa yang disebut Tabung Amanah Palestin itu merujuk kepada tabung bencana yang diwujudkan di bawah Kementerian Luar Negeri pada tahun 2006, di bawah seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957. Tabung tersebut adalah di bawah kawal selia Kementerian Luar Negeri yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan ke luar negara melalui sumbangan daripada orang awam di Malaysia untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang dilanda bencana di luar negara. Tidak hanya dikhususkan untuk Palestin. Tabung ini juga boleh untuk mengutip, menerima sumbangan sebagaimana bencana gempa bumi yang berlaku di Turkiye. Akaun amanah ini ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Tabung Bencana KLN yang membuat keputusan berhubung tatacara penerimaan dan penggunaan dana tabung ini. Dan sebagaimana soalan spesifik tadi bahawa sememangnya penyumbang kepada tabung ini boleh mendapatkan pengecualian cukai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Satu tadi tidak dijawab Dato’ Pengerusi, berkenaan dengan zakat itu. Mungkin...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, boleh dijawab melalui bertulislah. Baik.

Saya jawab secara bertulis. Saya minta Kementerian Luar Negeri untuk menjawab secara bertulis...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yes.

...kerana soalan itu terkait dengan peranan Kementerian Luar Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebelum saya ke soalan selanjut, pembetulan untuk rekod. Bagi soalan nombor lima, Yang Berhormat Tanjong Manis tidak hadir sebab urusan rasmi dan bukan kurang sihat. To be put on record, dengan izin. Berikutannya soalan nombor tujuh, Tuan Fong Kui Lun, Yang Berhormat Bukit Bintang.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

7. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan penyertaan dalam sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini yang tidak mencerminkan keseimbangan kepelbagaian kaum dan apakah sebab kegagalan ini.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi dan Digital selaku Sekretariat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 telah menyelaras perancangan dan pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang telah diadakan pada 31 hari bulan Ogos 2023 di Dataran Putrajaya. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi, termasuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perpaduan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain. Sambutan dengan tema Malaysia MADANI, Tegak Perpaduan Penuhi Harapan telah dizahirkan dengan melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta. Selaras dengan tema, perancangan telah dibuat supaya sambutan kali ini memberi tumpuan bukan sahaja dari segi penglibatan pelbagai kaum di Malaysia tetapi juga kepada kerjasama erat di antara kerajaan, swasta dan anggota keselamatan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

KKD juga tidak mengehadkan penyertaan mana-mana kaum tertentu bagi menyertai mana-mana program anjuran kementerian ini. Malah, kami sangat menggalakkan penyertaan pelbagai dan etnik dalam setiap aktiviti anjurannya. Acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terdiri daripada Kontinjen

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Kenegaraan, Perpaduan Malaysia Madani, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. Dengan penglibatan 17,262 orang peserta, 67 buah kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 buah aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan. Ia turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Bagi menzahirkan semangat penyatuan kaum, segmen-segmen utama yang menonjolkan elemen perpaduan telah dilaksanakan seperti berikut: (i) acara bacaan ikrar Rukun Negara telah diketuai oleh ikon sukan, Muhammad Haikal Roslan, pemegang pingat emas bawah 25 tahun perseorangan Kejohanan Asian Lawn Bowls ke-12 2023, yang memimpin seramai 66 pembaca ikrar yang terdiri daripada pelbagai kaum; (ii) persembahan khas Gegar MADANI disertai kira-kira 800 orang penari dan 600 orang pelajar sekolah di samping irama pukulan gendang daripada 400 orang pemain gendang pelbagai kaum; (iii) persembahan lagu ‘Kurik Kundi’ olahan baharu nyanyian beberapa orang artis iaitu Nadeera Zaini yang mewakili kaum Melayu di Semenanjung, Suki Low (kaum Cina), Roshini Balachandran (kaum India), Zizi Kirana (masyarakat Sabah) dan juga Hazraniza Dollah (masyarakat Sarawak); (iv) acara perarakan Kontinjen Perpaduan Malaysia Madani yang dianggotai 400 orang peserta daripada pelbagai kaum dan etnik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan memperagakan pakaian pelbagai etnik di negara ini; dan (v) pemilihan pengacara majlis bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2023 juga turut mengambil kira penyertaan pelbagai kaum Melayu, India dan masyarakat Sabah. Sambutan tahun ini juga telah menerima maklum balas yang positif sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada 1 September tahun ini, bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang meriah dan luar biasa serta baginda amat kagum menyaksikan persembahan yang ditunjukkan oleh kesemua kontinjen serta peserta dari pelbagai peringkat umur yang mempamerkan semangat kenegaraan dan cintakan negara. Sekian jawapan saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bukit Bintang.

[Bangun]

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saban tahun, perayaan Hari Kebangsaan kurang mendapat sambutan pelbagai kaum iaitu kaum-kaum selain orang Melayu. Kurang turun padang, menyaksikan perayaan. Jika ada pun, segelintir sahaja. Soalan saya, apakah sebab-sebabnya dan apakah usaha untuk meramaikan penglibatan pelbagai kaum seperti kaum Cina, kaum India dan lain-lain, selain daripada kaum Melayu dan peribumi dalam perayaan ini? Terima kasih.

Dato’ Speaker, Peraturan Mesyuarat 23(1)(c). “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah-kalimah

mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati atau mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh”. Saya mohon petua Dato’ Speaker, soalan Yang Berhormat Bukit Bintang ini nampak ada sangkaan kepada pihak kerajaan. Telah dijawab tadi oleh Menteri, tidak ada isu tentang ketidakseimbangan kaum dalam sambutan Hari Kemerdekaan. Jadi, adakah Ahli Parlimen Bukit Bintang juga ragu-ragu dengan Kerajaan Perpaduan dalam agenda perpaduan? Saya fikir itu tak patut berlaku. Mohon petua Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri. Jadi, saya rasa tak ada apa-apa isu tentang ketidakseimbangan atau apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Jadi, saya jemput Timbalan Menteri untuk jawab soalan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih, Timbalan Speaker, jugalah terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang. Seperti yang saya sebut tadi, bagi semua program di bawah KKD dan saya percaya semua program yang dianjurkan oleh kerajaan, kita mengalu-alukan penglibatan dan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat. Dan oleh sebab itu, dan saya juga percaya bahawa semangat kenegaraan dan cintakan negara dari semua lapisan masyarakat terhadap negara kita adalah sama tahap. Untuk memastikan bahawa program KKD sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia boleh melibatkan masyarakat yang lebih luas, tahun ini kami telah memilih beberapa lokasi untuklah buat program kita sepertilah untuklah program Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 telah dilancarkan di KLCC pada 27 Mei pada tahun ini. Kita pilih KLCC kerana kita rasa itu adalah satu tempat yang senang akses olehlah orang ramai. Dan bukan itu sahaja, pada masa yang sama, kita jugalah pelancaran turut diadakan serentak di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak dan One Borneo Hyper Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Selain daripada itu, untuk memastikan bahawa ada akses kepada lokasi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, kami telah menyediakan perkhidmatan 50 buah bas perantaraan percuma dari stesen MRT Putrajaya station ke Dataran Putrajaya.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

[Bangun]

[Bangun]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Selain daripada itu, untuk lah program Ambang Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, kami juga sediakan inisiatif pengangkutan tambahan untuk lah semua orang, semua peserta. Jadi, saya harap bahawa Ahli-ahli Parlimen juga bolehlah membantu kami, denganlah mungkin pada tahun depan mobilize pengundi- pengundi daripada kawasan kita untuk lah juga menghadiri sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah fungsi Hari Kebangsaan selain bagi menyemarakkan semangat patriotisme adalah bagi mengukuhkan perpaduan rakyat dan ia tidak sepatutnya dipolitikkan sehingga menjadi punca perpecahan di kalangan rakyat. Isunya adalah Hari Kebangsaan baru-baru ini yang dibawa oleh Malaysia Madani jelas berpaksikan dasar dan slogan parti politik Kerajaan PH-BN. Lebih-lebih lagi, apabila ia menggunakan perkataan ‘Penuhi Harapan’. Jadi, harapan daripada Timbalan Menteri tadi untuk Ahli-ahli Parlimen mempromosikan Hari Kebangsaan dan menguar-uarkan supaya rakyat hadir perlu diraikan itu juga dengan slogan-slogan yang sesuai. Oleh itu, adakah wujud garis panduan yang jelas agar logo dan tema yang akan digunakan dan disebarkan nanti, untuk meraikan hari bersejarah negara ini tidak boleh mengandungi unsur-unsur memihak kepada mana-mana parti politik? Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih ataslah soalan tambahan tersebut. Saya rasa ‘harapan’ adalah satu perkataan yang positif dan bukan sahaja sebelah sini yang ada

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

harapan. Dan saya percaya, bahawa yang duduk di sana juga ada harapan dan impian yang bagus untuk negara kita. [Tepuk] Jadi, walaupun memang perkataan ‘harapan’ itu ada diguna pakai oleh parti politik sebelah sini, tetapi perkataan ‘Harapan’ itu, saya percaya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. [Tepuk] Sepertilah perkataan ‘bersatu’. Adakah secara tiba-tibanya, perkataan ‘bersatu’ itu tidak boleh diguna oleh kerajaan kerana itu juga dimiliki oleh, atau diguna pakai oleh parti politik? Saya rasa— ataupun, perkataan ‘keadilan’. Secara tiba-tiba, kami juga boleh tak boleh guna olehlah kerajaan. Jadi, saya percaya bahawa harapan— Madani itu juga satu slogan untuk kerajaan dan juga untuk rakyat Malaysia. Itu tak pilih mana-mana. Kita sepertilah apabila PM yang lalu melancarkan ‘Keluarga Malaysia’ ataupun ‘1 Malaysia’.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tidak ada masalah untuk sebelah sana pembangkang, masa itu saya pembangkang untuk menyokong kerana itu adalah aspirasi...

Kenapa peruntukan Ahli Parlimen tak dibagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau, sila duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...untuk semua negara.

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ataupun kita sekarang cakap bahawa oleh sebab perkataan itu dipilih, oleh sesebuah kerajaan dan oleh sebab itu dia tidak boleh disokong oleh semua rakyat Malaysia. Saya rasa itu adalah politik yang cukup...

Pilih perkataan yang lebih sesuai, yang universal, yang boleh diterima oleh semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kuala Krai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Dan saya harap bahawa kalau itu adalah satu usaha yang boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, biarlah kita ketepikan perbezaan kita dari segi politik dan memberi sokongan yang bagus.

Mula daripada kerajaan. Kerajaan kena mula dulu.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih.

Pihak kerajaan kena mula dulu dengan slogan-slogan yang sesuai.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kuala Krai.

Bagi peruntukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Amaran pertama. Kalau berdiri, berucap tanpa kebenaran saya akan silakan Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk keluar dari Dewan.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pergi Kemaman naik sampan, Soalan Kangar nombor lapan.

Zakri HassanBERSATU · PNKangar · question

8. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan penjelasan mengapakah bekalan gula bukan premium amat berkurang di Perlis. Adakah hal ini disebabkan penutupan kilang gula Chuping menyebabkan bekalan gula bukan premium tiada di negeri ini?

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

kepada Yang Berhormat Kangar di atas soalan itu. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Kangar bahawa kilang gula di Chuping sudah pun ditutup pada tahun 2020, bulan Jun. Manakala ladang tebu di Chuping ditutup pada tahun 2012. Maksudnya tidak ada kena mengenalah dengan kilang di Chuping itu dengan isu gula pada hari ini. Kalau berkaitan maksudnya dah lama dah masalah gula ini timbul. Jadi itu berkenaan dengan kilang. Berkenaan dengan soalan bekalan. Soalan ditanya oleh Yang Berhormat Kangar berkenaan dengan ketiadaan gula bukan premium. Okey gula ada dua, ada pelbagai. Gula premium ataupun gula jernih dan gula yang biasa gula rakyat itu adalah gula standard. Puan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bahawa industri gula ataupun pengeluar gula dalam negara kita ada dua, MSM dan CSR. Sejak daripada tahun 2021, mereka sudah pun memohon daripada kerajaan untuk menaikkan harga gula standard. Gula standard yang jual RM2.85 untuk kasar itu dan RM2.95 untuk halus. Mereka mengadu bahawa mereka kerugian dengan pengeluaran gula. Setiap satu kilo gula yang dikeluarkan, mereka rugi lebih kurang 88 sen. Jadi daripada tahun 2021, mereka sudah memohon untuk menaikkan harga gula tapi tidak dinaikkan harga. Malah apabila Kerajaan Perpaduan menjadi kerajaan mereka datang juga untuk memohon. Saya nak maklumkan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa harga gula standard ataupun gula rakyat di rantau ASEAN ini Malaysia merupakan yang terendah di mana kita menjual dengan harga RM2.85 sekilo berbanding negara-negara lain. Kalau kita tengok Thailand pun, iaitu negara pengeluar gula, Thailand pun menjual dengan RM3.76 sekilo. Kita paling rendah kalau kita banding Cambodia, Brunei, Singapura, Filipina, Myanmar. Myanmar RM8.39 sekilo. Jadi Malaysia paling rendah. Lebih rendah daripada negara-negara pengeluar iaitu Thailand. Jadi apabila keadaan itu begitu, mereka datang lagi kepada kerajaan dan memohon pula untuk mengeluarkan gula jernih ataupun gula premium. Pada 25 Mei tahun ini 2023, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluar gula ini mengeluarkan gula premium ataupun gula jernih dengan alasan untuk cross- subsidy. Maksudnya kerugian dalam gula standard itu disubsidikan melalui gula premium kerana gula jernih ataupun gula premium ini kita tidak akwal harganya, sedangkan gula rakyat itu kita kawal harganya. Bersekali dengan itu, pada 1 Jun dikenakan arahan pengawal bekalan di mana pengeluaran gula oleh dua syarikat pengeluar gula ini diberikan minimum, pengeluaran minimum iaitu 18,000 metrik tan untuk CSR, 24,000 metrik tan untuk MSM. Itu arahan pengawal bekalan dan kita pantau pengeluarannya setiap hari. Mereka kena report setiap hari dan pemborong juga kena report setiap minggu. Ada 193 pemborong yang perlu lapor distribution mereka ataupun pengedaran mereka setiap minggu. Jadi pengeluar setiap hari, distribution setiap minggu. Datuk Tuan Yang di-Pertua apa yang berlaku apabila soalan tadi berkenaan dengan gula bukan premium di Perlis kerana di Perlis ini ada beberapa sebab. Satu daripadanya ialah di Perlis ini ada empat syarikat pemborong dan empat syarikat pemborong itu semua daripada pengeluar yang sama. Kedua apabila berlaku keadaan di mana stok gula premium itu tinggi dan syarikat pemborong ini sudah keluarkan modal, jadi modal mereka tersekat di situ. Jadi mereka terpaksa masukkan gula premium itu dalam pasaran. Sebab yang seterusnya juga ialah mereka terpaksa membeli dengan cash term, dengan izin Datuk Tuan Yang di-Pertua. Jadi apabila cash term ini mereka perlu keluarkan gula premium tadi yang dalam simpanan mereka. Jadi itu dan mereka tidak order. Mereka tidak order gula standard. Itu antara sebab-sebabnya. Dan ada juga keadaan di mana bila mereka nak order gula standard, ada juga sedikit kurang pengeluaran daripada syarikat pengeluar oleh kerana tadi mereka nak

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

bawa gula premium tak dapat jual, mereka nak keluar gula standard, dia tak untung. Jadi, ini keadaannya. Namun kerajaan pada hari ini masih belum lagi mengambil langkah intervensi, masih dalam perbincangan, masih memberikan beberapa opsyen bagaimana kita nak mengatasi masalah ini. Contoh di Perlis, apa yang mereka lakukan, apa yang KPDN lakukan ialah buat Jualan Gula Rahmah di Perlis, sebab tak ada gula standard. Jual Gula Rahmah. Gula premium itu disubsidikan untuk jual di Perlis. Jadi, itulah keadaan untuk penerangan kenapa keadaannya begitu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Okey, untuk Perlis ini saya ingat daripada dulu- dulu lagi memang tidak timbul masalah kekurangan gula sebab dulu memang ada kilang gula Chuping. Tapi memandangkan klang gula Chuping pun dah pindah ke saya rasa ke Pasir Gudang, maka sekarang ini baru terasa Perlis kekurangan gula. Dan saya nak timbulkan di sini ialah bagi golongan peniaga. Peniaga-peniaga ini memerlukan gula bagi menjalankan perniagaan mereka. Sekarang bila kita pergi tengok di kedai-kedai ataupun pergi ziarah kedai-kedai, setakat dua kilo gula sahaja yang boleh didapati, boleh diperolehi. Jadi soalan saya sampai bilakah keadaan ini akan berlaku? Kedua, adakah isu gula premium ini juga akan menjadi macam isu beras tempatan dan beras import. Soalan ketiga bila nak lantik Menteri KPDNKK? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua saya nak tegaskan sekali lagi bahawa keadaan bekalan gula di Perlis, tidak ada kena mengena dengan kilang penutupan di Chuping. Kerana apa, kerana saya katakan tadi operasinya berpindah. Dia ni bukan lokal. Dia bukan buat dekat situ, jual dekat situ Ahli Yang Berhormat. Dia buat dan dia distribute, dia edar seluruh negara. Dia ada rangkaian distribution dia. Itu yang pertama. Kedua, intervensi. Jadi dia ada beberapa opsyen Yang Berhormat. Antara opsyennya ialah naikkan harga gula tapi bila kita naikkan harga gula, Yang Berhormat juga faham bahawa ia akan naikkan pula harga barang-barang makanan. Sebab inilah opsyen-opsyen sedang kita kaji dan dalam masa yang terdekat akan diselesaikan, insya- Allah Yang Berhormat. Berkenaan dengan lantikan Menteri, itu kita serahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukan untuk saya jawab. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya kepada Timbalan Menteri merujuk kepada jawapan yang diberikan. Tadi ada mengatakan bahawa gula harga dia ada dinaikkan untuk yang premium sebab kos mereka dah meningkatkan. Jadi soalan saya adakah cara yang sama akan dilaksanakan kepada beras tempatan dan juga kepada telur. Sebab telur dengan beras tempatan, kita tahu kos mereka juga tinggi. Sekarang ialah RM2.60 memang lebih rendah daripada kos mereka. Jadi adakah kerajaan akan gunakan cara yang sama untuk dua jenis yang saya sebut tadi. Kedua ialah tentang gula premium ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya. Sekarang apa yang berlaku di pasaran ialah semua rebut-rebut beli gula rakyat. Dan apabila mereka order daripada pekilang, mereka kata mereka mesti beli dua jenis baru mereka nak jual kepada pemborong untuk mereka jual kepada peruncit. Jadi sekarang mereka menghadapi masalah. Gula rakyat semua habis dijual tetapi gula premium itu tidak dapat dijual, sebablah itu yang telah menyebabkan keadaan hari ini di mana apabila rakyat pergi ke kedai nak beli gula, semua ialah gula premium.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Dan gula rakyat yang sepatutnya dibeli oleh B40 itu mereka tidak dapat beli. Itu adalah masalah yang dihadapi oleh kita sekarang dan saya hendak minta supaya

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

kementerian boleh berikan penjelasan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil? Terima kasih.

Terima kasih Kota Melaka. Tuan Yang di- Pertua, berkenan dengan telur dan beras tempatan, saya hendak maklumkan bahawa Akta Kawalan Padi dan Beras di bawah kawalan KPKM. Jadi, penentuan harga beras tempatan itu bukan KPDN tetapi oleh KPKM. Begitu juga telur. Jadi, saya jawab soalan kedua berkenaan dengan jualan bersyarat. Jualan secara bersyarat, KPDN telah berkali-kali mengingatkan sama ada pemborong, peruncit ataupun pengeluar tidak boleh mengeluarkan gula bersyarat, ya. Ataupun jualan bersyarat. Tidak kira lah sama ada gula, gula premium, gula standard, minyak dan tepung atau pun sebagainya. Ini namanya jualan bersyarat. Kerana barang-barang bekalan ini yang kita kawal bekalannya ini memang tak boleh jual jualan bersyarat. Maksudnya, minyak subsidi satu kilogram tak boleh dijual secara bersyarat. Gula yang kita standard itu juga tak boleh dijual secara bersyarat. Jadi, kita telah berkali-kali mengingatkan bahawa ini kesalahan dan saya terima laporan bahawa dari 3 hari bulan 5 hingga 10 hari bulan 10, ada 121 aduan berkenaan dengan jualan bersyarat ini. Jadi, kita sedang buka kes dan sekiranya didapati bersalah, memang hukumannya berat. Hukuman kalau di peringkat pengeluar, dia boleh sampai ke RM2 juta hukumannya. Jadi, kita bertindak tegas. Memang ia tidak boleh lakukan dan memang kita sentiasa mengingatkan tidak boleh melakukan jualan secara bersyarat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Saya jemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.

Soalan tambahan.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kamus pembangkang tak jumpa Harapan, Soalan saya nombor sembilan.

Tan Hong PinDAP · PHBakri · question

9. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bilakah Ruang Daya Cipta (RDC) akan ditubuhkan di daerah Muar seperti yang dinyatakan pada sesi penggulungan perbahasan jawatankuasa Belanjawan 2023.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHMenteri Sains dan Teknologi · Tanjong Malim

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Bakri. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2023 di bawah Program Inisiatif Bitara MADANI, MOSTI bersama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) selaku agensi pelaksana Program Ruang Daya Cipta (RDC) diminta untuk membangunkan fasiliti RDC di seluruh Malaysia. Ini termasuk satu lokasi yang dicadangkan iaitu di Muar, Johor. MOSTI dan YIM telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan Pegawai Daerah Muar, wakil Majlis Perbandaran Muar dan juga wakil Pejabat Pendidikan daerah Muar pada 8 hari bulan Oktober 2023. Bagi membentangkan konsep RDC dan mendapatkan cadangan lokasi yang bersesuaian mengikut kriteria program ini. Pembangunan fasiliti di RDC Muar, Johor dijangka akan dimulakan pada tahun ini juga. Pihak MOSTI dan YIM sedang menunggu cadangan lokasi bagi pembangunan RDC di Muar, Johor selepas mendapatkan cadangan lokasi. MOSTI dan YIM akan membuat lawatan tapak dan penilaian kesesuaian lokasi yang dicadangkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Jawapannya nampak macam positif. Tetapi, kita perlu tahu sekarang dah hujung tahun. Kita sekarang membincangkan bajet untuk tahun depan. Tetapi, bajet untuk tahun ini pun belum - masih dalam cadangan.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Jadi, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah yang menyebabkan kelewatan ini? Sehingga hari ini masih dalam cadangan sedangkan akaun PMR sudah tutup tak boleh mohon lagi permohonan- peruntukan. Jadi, apakah yang menyebabkan kelewatan ini? Dan bagaimanakah kita atasi masalah ini supaya bajet ataupun rancangan yang dirangka itu boleh berjalan mengikut jadual dan delivery sistem itu boleh membawa manfaat kepada rakyat?

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih, Bakri. Sebenarnya, tidak ada kelewatan. Sekarang, kita sudah dalam status atau pun dalam peringkat mencari, mencadangkan lokasi. RDC ini dia tidak macam projek-projek infrastruktur yang akan mengambil masa yang lama. Mungkin dalam satu minggu sahaja dia boleh diselesaikan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sehingga September tahun ini, kita telah pun membangunkan 13 RDC di seluruh Malaysia termasuk di Paroi, Kuala Terengganu, Kota Tinggi, Layang-layang, Langkawi, Tumpat, Bera, Sabak Bernam, Sandakan, Manong, Miri, Keningau dan Temerloh. So, maka ini adalah salah satu RDC yang dalam proseslah dan dijangka akan bermula dalam tahun ini juga. Yang peruntukan jangan risau. Kita sudah pun ketepikan. Terima kasih.

Kuala Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kulim-Bandar Baharu.

Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Okey. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya mohon menjawab sedikit soalan Kangar tadi sebab Timbalan Menteri tak jawab. Kenapa tak lantik Menteri lagi? Saya rasa tak perlu lantiklah sebab kita dah nak ambil alih waktu yang terdekat. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan. Soalan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Baik. Soalan saya, Timbalan Speaker, mohon perincian mengenai kadar penyertaan masyarakat di dalam komuniti mengikut lokasi RDC yang sedang beroperasi dan jumlah inovasi yang berjaya dikomersialkan serta nilai komersial inovasi daripada inisiatif berkenaan. Juga soalan kedua, langkah susulan kerajaan sama ada untuk memperluaskan inisiatif ini ke kawasan luar bandar dan institusi pendidikan terpilih. Sekian, terima kasih.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih, Kulim-Bandar Baharu. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Saya minta untuk jawab secara bertulis kerana perincian yang terperinci tidak dapat dibekalkan sekarang. Tetapi apa yang saya boleh bekalkan adalah sehingga September tahun ini, RDC telah memberikan manfaat kepada lebih 6,000 orang di semua komuniti dan sebanyak 130 latihan modul STIE telah dijalankan di RDC yang melibatkan 4,000 peserta dan 12 rakan akademia. Tetapi saya tidak dapat bekalkan secara - mengikut kawasan mana. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua RDC ini memang dibina di kawasan-kawasan yang di luar bandar sebab RDC ini adalah bertujuan untuk memberikan exposure dengan izin, sains, teknologi dan inovasi kepada anak-anak kita di luar bandar. So, nanti saya akan bekalkan jawaban bertulis kepada Kulim-Bandar Baharu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

Ahmad Fadhli bin ShaariPAS · PNPasir Mas · question

10. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perkembangan proses kerja-kerja naik taraf Mini Stadium Pasir Mas seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Hang Tuah Jaya

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, jawapannya ringkas. Tuan Pasir Mas minta Kementerian Belia dan Sukan menyatakan perkembangan proses kerja-kerja naik taraf Mini Stadium Pasir Mas seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu. Itu soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja naik taraf Stadium Mini Pasir Mas akan bermula pada September 2024 di mana projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya ini akan ditender pada bulan Mei 2024 dan dijangka siap pada bulan Disember 2025. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pasir Mas.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dan jawapan cukup baik. Saya tiada soalan tambahan. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey. Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.

Soalan no 11, alhamdulillah sempat.

Syed Ibrahim bin Syed NohPKR · PHLedang · question

11. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan langkah yang diambil oleh pihak kementerian dan agensi berkaitan bagi mengukuhkan peranan pengamal media dalam menyampaikan informasi sahih dan berwibawa.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penyiaran Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sentiasa membuat liputan berdasarkan kepentingan masyarakat untuk memastikan penyebaran berita yang tepat dan cepat kepada masyarakat berdasarkan pengalaman media yang telah dipraktikkan sekian lama. Ia juga disesuaikan dengan keunikan dinamik dan landskap media negara kita berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan negara yang menggariskan batasannya termasuk kebebasan bersuara terutama membabitkan perkara sensitif seperti isu perkauman dan sebagainya. Prinsip kebebasan media memerlukan– mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberian dan laporan. Pelaporan yang melanggar hak orang lain atau melanggar undang-undang tidak sepatutnya berlaku dan mestilah dielakkan kerana ia boleh mengakibatkan pihak media berdepan tindakan sivil atau tindakan undang-undang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Bagi mengukuhkan peranan pengamal media dalam menyampaikan informasi sahih dan berwibawa, RTM sentiasa melakukan reformasi penyiaran bukan sahaja dari segi isi kandungan tetapi juga dari segi teknologi yang digunakan. RTM telah sekian lama mengamalkan tatacara pengendalian standard operating procedure (SOP) yang ketat sebelum sesuatu berita itu disampaikan dalam format berita TV, berita radio atau di media sosial rasminya bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih. Selain maklumat yang ingin disampaikan perlu diperolehi daripada sumber sahih atau dikumpul sendiri di lokasi kejadian, berita yang diolah juga perlu melalui beberapa tapisan penerbitan termasuk semakan oleh pihak editorial sebelum disiar agar informasinya benar-benar sahih dan berwibawa. Sebarang siaran maklumat yang tidak benar akan diperbetulkan segera dengan pemakluman kesilapan tersebut errata, dengan izin. Selain itu, untuk mengukuhkan peranan pengamal media, para wartawan akan menerima latihan dari semasa ke semasa daripada pihak yang bersesuaian dan berpengalaman bagi menambah ilmu. Pelbagai kursus refresher, dengan izin telah diadakan dengan kerjasama Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk menentukan wartawan mendapat pelbagai ilmu baharu dengan pendekatan lifelong learning, dengan izin.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Antara kursus yang diadakan ialah kewartawanan digital, teknik penceritaan dalam dunia digital dan diskusi pelbagai isu semasa dunia kewartawanan. Dalam mengukuhkan peranan pengamal media juga, KKD menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah memperkenalkan sistem penggunaan kad perakuan media iaitu dokumen pengenalan diri kepada pengamal media yang bekerja dengan agensi atau syarikat media yang telah didaftar dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi. Pengamal media adalah bebas untuk membuat laporan dan menyampaikan maklumat yang sahih dan berwibawa kerana mereka tertakluk kepada etika kewartawanan Malaysia dan Ketua Pengarah JAPEN berhak untuk membatalkan kad perakuan media yang telah dikeluarkan jika pengamal media tersebut didapati melanggar kod etika tersebut. Jumlah kad yang telah dikeluarkan bagi tahun 2023 ialah sebanyak 2,942. Selain itu, content forum yang merupakan forum industri yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdaftar di bawah SKMM berfungsi sebagai organisasi kawal selia kendiri (self-regulatory organization) dengan izin bagi kandungan media elektronik di Malaysia. Content forum bertanggungjawab ke atas penghasilan dan pelaksanaan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kod kandungan– ia merupakan garis panduan lengkap yang merangkumi amalan terbaik (best practices) dan kod etika yang terpakai dalam ekosistem kandungan di Malaysia. Sebagai komitmen dan sokongan kerajaan untuk terus meningkatkan kebebasan media di negara ini serta membantu pengamal media menangani cabaran yang dihadapi, kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk cadangan untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia sebagai sebuah badan kawal selia kendiri melalui akta yang berkaitan. Cadangan penubuhan Majlis Media ini mengambil kira peranan majlis tersebut untuk mempertahankan kebebasan media di negara ini dalam menyampaikan maklumat serta menetapkan kod etika yang memastikan pengamal media melaporkan berita secara berintegriti dan bertanggungjawab. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ledang.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang jawapannya, komprehensif, ada pelan, ada rancangan. Saya rasa persoalannya ialah antara kebebasan media dengan pelaporan yang berunsur fitnah ataupun yang berlanggar dengan tatasusila masyarakat Malaysia. Jadi, saya ingin petik satu berita yang keluar baru-baru ini dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris yang mengeluarkan petikan daripada sumber luar berkenaan dengan satu berita, sebenarnya berita tersebut ialah propaganda Israel tetapi keluar dalam akhbar di negara kita. Saya telah berhubung dengan chief content officer mereka dan mereka telah tarik balik laporan tersebut. Tapi benda itu telah terkeluar. Jadi apakah langkah-langkah yang boleh diambil secara immediate sekiranya berlakunya pelaporan yang berunsur fitnah, yang berunsur tatasusila, yang berunsur– dengan 3R yang menyebabkan kucar-kacir rakyat dan negara ini kerana pelaporan-pelaporan yang begini? Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Yang Berhormat Ledang terhadap soalan tambahan tersebut. Saya memang akui dan saya rasa semua Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh nafikan bahawa kadangkala memang media juga boleh buat kesilapan. Selain daripada artikel yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang. Kebelakangan ini, saya juga mendapati bahawa sebuah portal berita yang menyatakan bahawa hutang negara sepatutnya adalah RM1.07 trilion tetapi dalam laporan mereka salah sebut, mereka buat grafik dan cakap bahawa hutang negara adalah RM1.7 trilion. Itu juga satu kesilapan yang sangat besar. Apabila saya hubungi editor-in-chief, mereka setuju untuk padamkan dan tukar dengan infografik yang betul. Jadi, apabila kita mendapati kesilapan seperti ini, apa SKMM akan buat adalah kami akan hubungi organisasi media tersebut dan minta kerjasama mereka untuk betulkan kandungan yang tidak betul dan ini saya juga perlu menegaskan

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

di sini bahawa semua pengamal media ada tanggungjawab untuk pastikan kesahihan berita mereka. Untuk isu 3R, SKMM bersama dengan PDRM kita akan terus lah memantau apabila kita terima laporan daripada pihak orang awam ataupun daripada pihak polis bahawa ada posting yang berunsur 3R, SKMM juga akan hubungi platform provider untuk padamkan post tersebut secepat mungkin dan siasatan terhadap siapa di belakang posting tersebut adalah di bawah PDRM dan SKMM akan pastikan bahawa kita beri lah semua sokongan dan juga bantuan yang diperlukan oleh pihak PDRM. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Yang di-Pertua, boleh tanya ada soalan tambahan. Yang di-Pertua, sepatutnya ada soalan tambahan satu lagi Yang di-Pertua. Saya mohon soalan tambahan daripada sebelah kami belum ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sudah tak ada masa, sila duduk.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Takkan satu soalan tak boleh Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah lebih jam 12.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Saya nak tanya mengenai tadi confirmation.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Confirmation bahawa ada gangguan daripada pihak kerajaan kepada media. Jadi, kalau boleh diberi sedikit... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya sudah kata masa sudah lebih jam 12 tengah hari. Tak faham? Tak faham?

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Saya faham tapi jawab Menteri yang tak jawab. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk, tidak faham.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Terima kasih, terima kasih atas adab yang diberikan.

Yang di-Pertua, minta penjelasan Yang di-Pertua, boleh? Peraturan, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Penjelasan apa?

Dewan telah menetapkan waktu masa untuk sama ada Menteri ataupun yang bertanya tapi banyak yang menyalahgunakan waktu sehingga soalan-soalan lain tidak naik.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kinabatangan, sila duduk juga.

Jadi apa petua Yang di-Pertua? Kena patuh dengan peraturan time yang adakah atau langgar sahaja? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1), yang ini tidak ada peraturan bangun macam itu sahaja. [Ketawa]

Saya minta penjelasan Arau. Arau kita kawan, tarik balik jangan begitu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey, cukup-cukup. Jangan bazir masa. Arau?

Arau, tarik baik. Kita ini berkawan.

Tak, saya bangun di bawah 18(1), Yang Berhormat bangun tidak ada 18(1).

Ada, saya minta penjelasan, petua Yang di-Pertua.

Penjelasan dibenarkan.

Jadi tarik baliklah.

Saya kata apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jangan berbual di sini. Sila duduk. [Ketawa]

Ini orang bagus, saya– kawan saya, okey. Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau, usul Arau masih dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Jadi tunggu keputusan.

Tak, tak. Saya kena sebut dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat steady sikit jangan serius sangat Yang Berhormat. Saya sayang Yang Berhormat ya. Ini di bawah 18(1) Yang Berhormat, saya telah hantar kepada Speaker iaitu berhubung dengan pengambilan jururawat asing dan juga tukang gunting...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau, saya sudah kata usul Arau sedang dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Jadi, sila tunggu keputusan.

[Bangun]

Jadi, okey Yang Berhormat ada dua. Ya, kelmarin saya hantar...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey, Machang pun sama. Saya tahu usul– Machang pun ada hantar usul, kan? Jadi, tunggu keputusan dari Tan Sri Speaker. Keputusan tidak ada di sini. Jadi, tunggu nanti Tan Sri Speaker bagi keputusan.

Yang Berhormat, persidangan Parlimen terhad...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak faham?

...saya hantar dua. Kelmarin, saya hantar fasal kakitangan awam terlibat...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak perlu sebut di sini kerana usul itu sedang dipertimbangkan oleh Tan Sri Speaker.

Tetapi di dalam peraturan mesyuarat dibenarkan saya bangun di bawah 18(1), saya telah bagi notis. Saya telah bagi notis, jadi Speaker tidak jawab, Yang Berhormat Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, tunggu keputusan Speaker.

Hak saya untuk beritahu kepada rakyat bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Hak saya pun suruh Yang Berhormat Arau duduk dulu. Kita sambung persidangan dulu.

Saya tahu tetapi 18(1) ini untuk kepentingan orang ramai.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, tunggu keputusan. Tidak faham?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

[Bangun]

Saya faham tetapi sekarang ini masalahnya saya, kalau tidak boleh bagilah saya baca tajuk Yang Berhormat. Tajuknya ialah yang pertama...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tidak perlu sebut tajuk di sini.

Kerajaan harus mengkaji semula pengambilan jururawat asing dan juga tukang gunting. Yang ini orang tempatan boleh, mencukupi. Yang kedua...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau.

Jangan terlibat untuk hantar...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau mahu rehat sekejap?

Bagi servis motosikal free oleh sebuah universiti semasa pilihan raya.

[Dewan riuh]

Terima kasih. Saya sudah bercakap terima kasih Yang Berhormat. Semoga Yang Berhormat sentiasa bersabar dan senyum- senyum selalu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk. [Dewan riuh]

Yang Berhormat Tuan Speaker, 36(6) dan 36(12) berhubung dengan “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain”. “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Tuan Speaker, saya dah hantar kepada Tuan Yang di-Pertua dan dapat pun jawapan balas daripada pihak Tuan Yang di-Pertua. Hari ini pun Yang Berhormat Bagan ada di depan saya. Semalam beliau yang mengatakan saya, mentohmah saya, walaupun saya tidak ada di dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Machang sudah hantar usul kah?

Sudah hantar, sudah hantar dan dijawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sudah dapat keputusan?

Dia kena jawab dan dia hendak jawab pada saya pada hari ini juga pada ketika ini. Izinkan kami lima minit untuk bertukar, berpandangan, berjawab balas, untuk dia tarik balik apa yang saya cakap.

[Tepuk meja] Setuju, setuju. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Semalam dia, saya tidak ada di dalam Dewan dia boleh tohmah saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Machang kalau sudah menghantar usul, tunggu keputusan Speaker dan bukan ambil masa persidangan di sini kerana tiada dalam usul mesyuarat. Kalau boleh nanti tunggu Yang Berhormat Speaker untuk membuat keputusan. Boleh?

Bolehkah Yang Berhormat Bagan?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua-dua stay-lah jangan keluar nanti. Okey.

Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini bukan saya sebut, Profesor Jomo pun sebut. Ini cetek ilmu ekonomi asas. So, ini memang tidak boleh pakai, cetak wang ini. Saya dah jawab, saya dah jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Bagan, sila duduk juga.

Yang Berhormat Bagan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Machang, saya rasa saya tidak mahu bazir masa tentang usul kah atau apa tarik-tarik balik sekarang.

Tidak adil, Yang Berhormat Speaker. Saya hendak terang kepada Yang Berhormat Bagan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jadi, saya minta Yang Berhormat Machang duduk. Kalau hendak apa-apa keputusan sila tunggu nanti Yang Berhormat Speaker untuk bagi keputusan.

Macam mana Yang Berhormat Bagan boleh cakap ini? Iskandar Puteri cakap benda yang sama. Beliau juga mengatakan dasar monetari yang sama seperti saya... [Tidak jelas]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli Yang Berhormat Machang.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Eh Machang, jangan buang masa Dewanlah Machang. Jangan ambil politik murahan dalam Dewan, Machang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jangan buang masa Dewan. Sila duduk. Nanti tunggu Yang Berhormat Speaker. Okey, saya teruskan usul di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya punya pertanyaan belum dijawab Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jangan bazir masa lah...

Pertanyaan Kinabatangan kena jawab.

Bukan bazir masa ini fakta. Saya tanya kita akur dengan masa kah tidak? Banyak soalan-soalan, tiap-tiap hari sama ada yang menjawab, yang bertanya, melanggar waktu. Jadi, apa pertua Tuan Yang di-Pertua?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey, okey. Jadi, lain kali semua orang patuh kepada masa yang ditetapkan ya.

Usul Perkara Tertentu Berkenaan Kepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan Di Bawah P.M. 18(1) — Isu Penyorokan Beras TempatanUrgent matter

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mengemukakan suatu usul di bawah Peraturan mesyuarat 18(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan isu penyorokan 180 tan metrik beras bergred Super Special Tempatan 5 persen atau SST5 atau Beras Putih Tempatan (BPT) bernilai RM405,000 yang dijumpai dan disita di sebuah kilang beras di Kedah pada 9 Oktober 2023. Ini adalah perkara tertentu kerana isu kekurangan beras tempatan ini telah berlanjutan sejak beberapa bulan yang lalu. Sememangnya disyaki berpunca dari salah satunya, penyorokan stok beras tempatan yang telah pun dibuktikan melalui Ops Beras Tempatan (OPT) di Kedah pada 9 Oktober 2023. Ini perkara berkehendak disegerakan kerana isu penyorokan beras yang didedahkan ini memerlukan penjelasan yang segera serta siasatan yang menyeluruh agar masalah kekurangan makanan ruji rakyat Malaysia ini dapat segera diselesaikan. Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana isu kekurangan beras ini telah menjejaskan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggunakan beras sebagai sumber makanan ruji utama. Penyorokan beras berskala besar ini memberikan kesan kepada mereka dan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan 18(1) oleh Yang Berhormat Sungai Petani pada hari Rabu, 11 Oktober 2023. Lanjutan itu Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengarahkan supaya Timbalan Yang di-Pertua YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor untuk mempertimbangkan usul ini. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Petani sebentar tadi. Beliau telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa: (a) tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu; (b) kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan (c) berkehendak disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian, usul ini dibenarkan untuk dirunding pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang. Terima kasih.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Yang Berhormat, 18(1) lagi satu. Saya merujuk 18(1), [Tidak jelas] ...Setiausaha. Saya hantar usul hari Selasa, yang ini hantar hari Rabu. Jadi, kenapa saya dinafikan hak untuk dijawab? Jadi, saya tahu saya bukan daripada sana.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Anak papa, anak papa.

Tetapi saya hantar hari Rabu, satu. Kemudian saya hantar kelmarin satu.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Siapa? Tarik balik tadi.

Tarik balik tuduhan itu. Siapa yang buat tuduhan anak bapa itu?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Pendang, Pendang, saya minta Pendang untuk tarik balik, Pendang.

[Dewan riuh]

Siapa yang buat tuduhan anak bapa?

Saya minta tolong pertimbangkan...

Berani bangun, berani bangun, berani bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Siapa yang sebut tadi?

Siapa yang buat tuduhan anak bapa, berani bangun. Berani bangun!

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk Ahli Yang Berhormat tarik balik kenyataan tersebut. Kita bersikap profesional Tuan Yang di-Pertua.

Saya hantar hari Rabu.

Yang buat tuduhan berani bangun.

Siapa? Dia kata apa? Saya hantar hari Rabu, hari Selasa ya.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk Ahli Yang Berhormat tarik balik kenyataan tersebut.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Pendang, Pendang tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Pendang, gentleman Pendang. Tarik balik Pendang. Biar gentleman, jangan buat macam itu. Silakan Pendang tarik balik.

Yang Berhormat Pendang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang, sila tarik balik.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Saya mohon untuk Pendang tarik balik perkataan tersebut.

Berani buat, berani tanggunglah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya nak tanya anak sapa kalau bukan anak papa. Pasaipa yang terasa pula?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Apa maksud Pendang, ketika kita berada di dalam Dewan yang mulia ini kita bersifat profesional ya Pendang.

Apa maksud Yang Berhormat?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya tanya anak siapa? Oleh sebab itulah conflict of interest akan berlaku bila masa...

Apa conflict of interest?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk Ahli Yang Berhormat semua. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Pendang, saya hendak jelaskan oleh kerana apa yang disebut oleh Pendang tadi, conflict of interest. Oleh yang demikian tadi saya sudah kata Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengarahkan supaya Timbalan Yang di-Pertua Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor untuk mempertimbangkan usul.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Ya, betul Timbalan Yang di- pertua yang memutuskan bukan Speaker.

Tarik balik!

Pendang, tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang lain sila duduk dulu!

Pendang, be professional-lah, ini Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang lain sila duduk dulu.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Ia keputusan Timbalan Yang di-Pertua.

Pendang, tarik balik.

Speaker dah bagi arahan, tarik baliklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Boleh duduk dulu kah? Semua duduk dulu. Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua anak papa. Yang berasa pasai apa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik baliklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tarik baliklah Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya pun anak papa.

Pendang kami ini semua bukan bodoh.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua anak papa.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Pendang.

Pendang tarik balik sahaja Pendang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tarik balik...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia yang berasa pasai apa? Kalau bukan, tidak ada kena-mengena dengan dia, tak perlu sebut sebab usul....

Kenapa kena keluar soalan itu?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Jadi, apa yang dimaksudkan oleh Pendang? Kalau boleh saya mohon penjelasan. Apa maksudnya Pendang mengatakan demikian?

Timbalan Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua anak papa.

[Dewan riuh]

Speaker, tadi Speaker dah beritahu Pendang untuk tarik balik tetapi Pendang tidak tarik balik. Saya mohon Speaker untuk ambil tindakan atas Pendang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tarik balik sahajalah.

Sebab ucapan daripada Arau tadi...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya tanya semua anak papa. Yang berasa pasaipa? Kalau dia bukan, tidak ada kena mengena dengan isu anak papa dia tidak ada, it’s nothing for him.

Conflict of interest Pendang. You tidak faham ya?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Conflict of interest pasal dia berasa. Kalau dia tak berasa, tak ada-lah conflict of interest.

Tak, dia berkait dengan apa Arau cakap.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua anak papa! Saya yakin.

Usul Arau tak masuk...

Speaker.

Lepas itu usul... [Pembesar suara dimatikan]

Saya rasa ini...

Timbalan Speaker.

Minta. Saya rasa kita perlu terus kepada — Benda remeh-temeh yang tak habis masa-lah. Saya rasa...

Bukan, bukan isu remeh.

Speaker.

Timbalan Speaker, peraturan Dewan.

Pertama sekali, perkataan itu tidak termasuk perkataan parliamentary.

Kenyataan itu dibuat oleh Yang Berhormat Pendang selepas Arau bangun dan tanya kenapa usul beliau tidak di...

Saya rasa kita teruslah dengan agenda. Mengambil masa-lah benda remeh-temeh Timbalan Yang di-Pertua.

Dan Pendang membuat kenyataan itu mencadangkan bahawa seolah-olah Speaker berat sebelah. Itu adalah apa yang dimaksudkan.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Perkataan conflict of interest itu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Itu kata Jelutong, saya tidak bermaksud macam itu.

Timbalan Speaker telah arahkan beliau tarik balik. Patut tarik balik.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Pendang, saya nak bertanya, apa maksud conflict of interest?

Sudah dapat arahan, tarik baliklah.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Apa maksud conflict of interest?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tak, apa maksud conflict of interest yang... [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kalau kamu rasa kamu anak papa...

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

No, it’s not about anak papa. Okey, apa conflict of interest? Conflict of interest yang Pendang nyatakan sebentar tadi, apa maksudnya?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kalau dirasakan kamu anak papa...

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

No, apa maksud conflict of interest? [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk semua. Pendang, tarik balik itulah. Saya rasa Pendang pun bermaksud.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Conflict of interest tadi, Pendang sudah kata.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik, tarik balik! Duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Itu disebut oleh mereka.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Pendang, tarik baliklah Pendang.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Beras. Isu beras bukan conflict of interest.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Pendang, tarik balik. Boleh selesailah. Tarik baliklah.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Isu beras ini saya tak menyatakan, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Isu beras ini saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Apa yang susah sangat nak tarik balik ini?

Apa Pendang sebut, tarik baliklah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tarik balik, sudah, selesai!

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Hulu Langat!

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Hulu Langat bangkit. Tarik balik! Susah sangat nak faham! Orang suruh tarik, tariklah! Susah betul... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tarik balik sajalah Pendang. Yang lain, sila duduk. Hulu Langat, jangan campur tangan. [Ketawa] [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang, jangan bazir masa. Tarik balik saja.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya tak bermaksud apa-apa. Ini anak papa, saya pun anak papa. So, okeylah. Habislah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Itu sangkaan jahat.

Pendang...

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Pendang, isu conflict of interest. Conflict of interest…

Timbalan Speaker telah memberi arahan, Timbalan Speaker telah memberi petua. Kenapa Pendang tak hormat Timbalan Speaker?

Bagi amaran. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah suatu isu di mana apabila Sungai Petani bangkit dan Arau juga bangkit. Nampak ada double standard. Sebabnya, sebabnya Arau hari Selasa minta, tidak pun ada keputusan. Tetapi Sungai Petani hari Rabu, ada keputusan. Jadi, ada orang yang bercakap conflict of interest. Tak salah kalau kita kata oleh kerana anak bapalah ada conflict of interest.

Sebab itu dia bagi Timbalan Speaker yang bercakap dan apa yang tak mengakunya anak bapa?

Timbalan Speaker

I think this true conflict of interest yang menyebabkan Timbalan Speaker yang terpaksa buat keputusan tersebut and pada saya, tak salah untuk Pendang mengatakan oleh kerana anak bapa, conflict of interest, maka terpaksa bagi kepada Timbalan Speaker. Yang tak mengaku anak bapa ini apasal? [Tepuk]

Bukan kata tidak mengaku. Jangan sindir Yang Berhormat, jangan sindir.

Kalau — Ini bukan sindir.

Ini bukan isu untuk ditertawakan. Tolonglah Ketua Pembangkang.

Ini fakta.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

What the big issue?

Inikah Ketua Pembangkang?

Fakta. Kalau bukan conflict of interest, sudah tentu Pendang selama ini tak bercakap pun pasal anak bapa. Dia bercakap pasal anak bapa ini kerana ada conflict of interest.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Ketua Pembangkang, boleh saya tanya? Isu Arau apa? Isu Arau apa Ketua Pembangkang?

Apa masalah, apa masalah kalau kita dah mengaku ada conflict of interest dan kita terima Timbalan Speaker punya keputusan, sudahlah! Teruskan.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tak boleh.

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker. Ketua Pembangkang ini tak faham.

Cuma Arau nak tanya , pasal apa yang dia punya tidak diberikan keputusan? Itu sahaja.

Timbalan Speaker.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Tak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang lain sila duduk dahulu.

And I think yang nak bergaduh pasal ini, pasal apa? Saya ingat kita baik teruskan usul yang telah pun dibangkitkan.

Timbalan Speaker.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tak boleh Ketua Pembangkang. [Tepuk] [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang lain sila duduk dahulu, saya tak mahu bazir masa kepada anak bapa sahaja ini. Okey?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya telah dimaklumkan bahawa keputusan Arau telah dihantar sebentar tadi. Ada? Sudah?

[Menunjukkan sampul surat berwarna putih kepada Tuan Yang di-Pertua]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini semua masalah Arau ini. Arau, keluar.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Timbalan Pengerusi, Timbalan Pengerusi. Kalau boleh saya tanya sikit. Kalau isu Arau adalah juga sorok beras sama dengan Sungai Petani, itu double standard.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya rasa kita...

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tapi kalau isu Arau bukannya itu, itu tidak double standard.

[Dewan riuh]

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya rasa saya tak mahu bazir masa terhadap isu ini lagi. Kalau boleh, kita teruskan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik!

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker lupa...

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Speaker, teruskan. Teruskan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik!

Pendang kena tarik balik. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey. Saya sudah jelaskan bahawa isu ini tak ada conflict of interest kerana Dato’ Timbalan Speaker yang buat keputusan. Okey? Jadi, apa yang dikatakan anak bapa tadi pun itu sangkaan jahatlah saya rasa.

Minta tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya sudah...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik, tarik balik! Pendang, tarik balik.

Belum ada tarik balik... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey, saya sudah arahkan supaya Pendang untuk tarik balik. Kalau Yang Berhormat Pendang tidak mahu tarik balik, saya persilakan untuk keluar rehat sampai after lunch. Sampai after lunch-lah, after lunch baru balik. Okey?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya yakin semua anak papa, semua anak papa.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukup, cukup.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua ada... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey, okey.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang, Pendang. Saya tahu Pendang tak mahu tarik balik. Pendang keluar dulu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Keluar, keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ha, keluar.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Semua anak papa.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukup, cukup.

[Dewan riuh]

Kami anak papalah. Kami anak papa.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Anak papa!

Steady Pendang. [Yang Berhormat Pendang keluar meninggalkan Dewan]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker. Boleh saya cakap sikit? Bayan Baru.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak perlu lagi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit sahaja Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya kata sudah! Duduk!

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Timbalan Speaker.

Semua duduk, semua duduk.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon cadangan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] dibaca kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 2007 dan bertujuan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang berperanan sebagai bahan kawal selia industri perkhidmatan air ini merangkumi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan. Selepas lebih 16 tahun Akta 654 dikuatkuasakan, beberapa ruang penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memastikan akta ini sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara. Ini termasuklah memantapkan tadbir urus SPAN agar lebih efisien dan meningkatkan

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

keupayaan kawal selia agar penguatkuasaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan sejajar dengan inisiatif global dan nasional dalam merealisasikan pembangunan lestari, dasar-dasar baharu berasaskan ekonomi kitaran, kecekapan penggunaan, perlindungan penggunaan dan penglibatan awam dan swasta telah diperkenalkan. Oleh yang demikian, penjajaran akta ini dengan dasar-dasar baharu penting untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa serta keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara. Proses pindaan akta ini telah bermula sejak tahun 2012 dan melalui beberapa siri rundingan dengan pemegang-pemegang taruh utama seperti pihak SPAN, pemegang lesen, penggiat industri, pengguna dan termasuk kerajaan negeri bagi tujuan penelitian semula dan penambahbaikan akta ini. Selaras dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian pada 9 hari bulan Mac 2020, pindaan-pindaan yang dicadangkan telah dikemas kini dengan mengambil kira fungsi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Alam Sekitar dan Air ketika itu.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi 12 fasal seperti yang berikut. Fasal 1 melibatkan tajuk ringkas bagi akta yang telah dipinda dan permulaan kuat kuasa. Akta ini akan dinamakan sebagai Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 dan akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam akta ini. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 9 bagi memendekkan tempoh lantikan anggota SPAN. Melalui pindaan ini, tempoh jawatan anggota suruhanjaya dipendekkan daripada 10 tahun kepada enam tahun. Tujuan pindaan ini adalah bagi mewujudkan fleksibiliti dalam urusan pelantikan anggota suruhanjaya yang berpengalaman dan tidak terikat dengan pelantikan sedia ada bagi suatu tempoh yang panjang. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 14 dan berkaitan pelarasan bahasa. Pindaan seksyen ini melibatkan pindaan subseksyen 14(3) akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of” dengan perkataan “commits”. Tujuan pindaan ini adalah untuk memastikan format penggubalan bagi peruntukan berkaitan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen ini dalam keadaan teratur. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 16 bagi mengeluarkan peruntukan berkaitan pemberian pinjaman dan biasiswa kepada pekerja suruhanjaya daripada seksyen tersebut. Seksyen 16 adalah merujuk kepada kuasa suruhanjaya. Pindaan seksyen ini mengelakkan pertindihan dengan peruntukan spesifik mengenai pinjaman dan biasiswa di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan bahawa perkara mengenai pemberian pinjaman dan biasiswa adalah tertakluk kepada budi bicara suruhanjaya. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 17 bagi membolehkan pelaksanaan perwakilan kuasa oleh SPAN mengikut keperluan. Pindaan ke atas seksyen ini akan meluaskan perwakilan kuasa untuk merangkumi pekerja SPAN yang mana setiap perwakilan kuasa akan dikeluarkan secara bertulis dengan menyatakan kuasa spesifik yang diwakilkan dan pegawai yang dinamakan. Tujuan pindaan ini dilaksanakan ialah untuk memastikan kelancaran fungsi dan kuasa SPAN terutamanya dalam fungsi-fungsi yang bersifat rutin. Contohnya pemberhentian bekalan air di bawah seksyen 55 dan Arahan Pengemukaan Maklumat di bawah seksyen 132 Akta 655 agar boleh diwakilkan kepada mana-mana pegawai SPAN. Fasal 6 bertujuan untuk menambah peruntukan baharu iaitu seksyen 19A mengenai kawalan penggunaan lambang atau representasi SPAN. Tujuan peruntukan ini diwujudkan adalah bagi memastikan lambang atau representasi SPAN tidak disalah guna dan pendekatan seperti ini telah dipraktikkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 23 dengan memotong perkataan “dengan kelulusan Menteri”. Pindaan ini dilaksanakan untuk mengelakkan pertindihan antara seksyen 23 dengan seksyen 22 akta yang sama mengenai terma-terma pelantikan

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

pekerja dan syarat perkhidmatan. Di samping itu, pindaan ini turut bertujuan untuk menyelaraskan kuasa mengenai penentuan terma-terma pelantikan dan syarat perkhidmatan pekerja kepada SPAN serta meningkatkan kecekapan pengurusan modal insan SPAN khususnya dalam aspek pengurusan bakat. Walaupun kuasa diperuntukkan kepada SPAN, kawalan Menteri mengenai perkara ini telah pun wujud dalam perbelanjaan dan penyediaan anggaran belanjawan SPAN. Fasal 8 bertujuan untuk menambah peruntukan baharu iaitu seksyen 23A bagi mewujudkan punca kuasa untuk membolehkan SPAN membangunkan prosedur pengurusan tatatertib sendiri berpandukan Jadual Pertama, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Pelaksanaan pindaan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan modal insan SPAN khususnya dalam aspek pengurusan tatatertib dalam pekerja SPAN. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 31 iaitu dengan memotong perkataan “selepas berunding dengan Menteri”. Seksyen 31 merujuk pengurusan akaun bank oleh suruhanjaya dan pindaan seksyen ini membolehkan SPAN membuka dan menyenggara akaun bank sendiri. Selain itu, perkataan “setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa” akan digantikan dengan perkataan “mengikut apa-apa cara yang dibenarkan”. Cadangan pindaan ini mengambil kira mekanisme lain pengendalian akaun bank yang turut dilaksanakan pada masa ini seperti electronic funds transfer (EFT). Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 34 iaitu bagi menaikkan had berkontrak oleh suruhanjaya. Di bawah seksyen sedia ada, suruhanjaya memerlukan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan untuk memasuki apa-apa kontrak bernilai lebih RM10 juta. Justeru, pindaan seksyen ini akan merangkumi kenaikan had berkontrak oleh suruhanjaya, namun masih tertakluk kepada persetujuan Menteri atau Menteri Kewangan. Ini membolehkan suruhanjaya membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun dengan nilai: (i) yang tidak melebihi RM10 juta; (ii) yang melebihi RM10 juta tetapi tidak melebihi RM50 juta, dengan kelulusan Menteri; atau (iii) yang melebihi RM50 juta, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan. Pindaan ini bertujuan untuk menambah baik tadbir urus kewangan SPAN dari aspek pengurusan perolehan. Ini memandangkan SPAN turut terlibat dalam pembiayaan projek-projek Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) yang nilainya melebihi RM10 juta. Pindaan ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan dan seterusnya, melancarkan pelaksanaan projek terutamanya yang bersifat kritikal. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 35 dengan memotong perkataan “dan kelulusan Menteri” dan membolehkan SPAN menentukan tatacara kewangannya sendiri. Justifikasi pindaan ini adalah bagi membenarkan suruhanjaya membuat keputusan berkaitan isu pentadbiran dalaman. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 41 dan berkaitan dengan pelarasan bahasa.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Sebagaimana seksyen 14, pindaan seksyen 41 melibatkan perkataan “shall be guilty of” digantikan dengan perkataan “commits”. Tujuan pindaan ini adalah untuk memastikan format penggubalan bagi peruntukan berkaitan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen ini dalam keadaan teratur. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, secara keseluruhannya, cadangan pindaan Akta 654 akan memperkemas tadbir urus SPAN dan dalam masa yang sama, memperkukuh integriti serta imej SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air dan pembetungan dengan menjadikannya sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Tuan Yang di-Pertua, kelulusan bagi rang undang-undang ini amatlah penting dan memerlukan sokongan daripada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pensiangan

Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya akan baca senarai pembahas untuk rang undang-undang ini. YB Bagan, YB Kubang Kerian, YB Parit Sulong, YB Kuala Terengganu, YB Jelutong, YB Temerloh, YB Tebrau, YB Kuantan, YB Rasah, YB Pagoh, YB Shah Alam, YB Pengkalan Chepa, YB Kota Melaka, YB Parit, YB Bayan Baru, YB Pokok Sena, YB Bentong, YB Kuala Nerus, YB Kuala Selangor, YB Kuala Krau, YB Bakri, YB Bagan Serai, YB Sri Gading, YB Bukit Gantang dan YB Bangi. Setiap pembahas diberi masa lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan pindaan ke atas Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN. Sememangnya pindaan ini perlu untuk memantapkan pentadbiran dan pengurusan SPAN kerana SPAN memainkan peranan penting dalam memastikan sumber air bersih kepada rakyat Malaysia. Kita semua maklum bahawa dalam keadaan perubahan cuaca atau perubahan iklim, air akan menjadi satu sumber yang amat diperlukan oleh semua rakyat. Malah, ia dianggap sebagai sumber yang mungkin lebih bernilai daripada minyak kerana kekurangan air ini akan menjadi mungkin sesuatu perebutan di antara negara-negara sehingga mungkin mencetuskan peperangan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk badan-badan pengawal selia seperti SPAN dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas mereka. Di sini saya ingin menimbulkan beberapa perkara. Satu ialah tentu bahawa tanggungjawab ini adalah dikongsikan bersama dengan kerajaan negeri kerana ia adalah dalam Concurrent List Perlembagaan Persekutuan. So, oleh itu, kerajaan negeri tidak boleh lari daripada tanggungjawab mereka. Dalam aspek ini, adalah penting kita lihat bekalan air mentah yang mencukupi. Di sini saya harap bahawa pihak Kerajaan Persekutuan boleh membantu negeri Pulau Pinang untuk mendapat sumber bekalan air mentah yang mencukupi kerana sungguhpun bekalan air mentah cukup mungkin sehingga 2025 ataupun 2030 tetapi untuk masa hadapan, perlu ada satu punca atau sumber yang terjamin. Dan di sini ada masalah apabila perbincangan dengan negeri Perak, tersangkut. Oleh sebab itu, perlu ada penglibatan daripada Kerajaan Persekutuan supaya boleh jadi pengantara di antara kedua-dua negeri di mana bukan sahaja ia akan menjaminkan bekalan air yang cukup untuk negeri Pulau Pinang, tetapi juga negeri Perak juga kerana ini adalah satu formula win-win, menang-menang. Satu penyelesaian yang akan menguntungkan penduduk di kedua-dua negeri ini. So, adalah perlu kerana nampaknya itu perbincangan di antara dua negeri tidak berjaya. Dalam aspek ini, harus ada satu mediator, dengan izin. Dan hanya Kerajaan Persekutuan, mungkin penglibatan daripada yang paling atas sekali dapat mencari satu resolusi yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua negeri. Dan kita tidak ada

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

masa kerana sekiranya nak dijalankan projek ini, perlukan masa dan ini mungkin makan sepanjang lima tahun. Kedua ialah tentang usaha untuk memastikan bahawa ada itu loji rawatan air dan lepas itu selain daripada loji rawatan air, perlu ada paip-paip air di mana tidak ada kebocoran air. So, di sini saya ingin mendapat itu maklumat daripada pihak kementerian, apakah non-revenue water (NRW), dengan izin, untuk semua negeri supaya kita boleh buat perbandingan? Dan tentu ini juga melibatkan dalam aspek kadar bayaran air dikenakan. Tak boleh juga ia terlalu tinggi ataupun terlalu rendah kerana kita mahu menggalakkan penjimatan air. Sesiapa yang membazirkan air, saya rasa mereka harus diberikan, kalau tidak pendidikan tetapi sekurang-kurangnya tindakan untuk memastikan tidak berlakunya pembaziran air. Ini suatu perkara yang agak penting. So, di sini saya ingin merayukan bahawa SPAN perlu melihat dari segi keberkesanan tugas dan peranan yang dimainkan oleh pegawai-pegawai mereka. Dan saya harap dengan pindaan ini, kita boleh lihat prestasi mereka boleh naik. Kalau tidak, kita lihat ada setengah negeri yang masih tidak boleh membekalkan air kepada penduduk mereka sehingga kena bergantung kepada air perigi. Malah, ada kerajaan negeri yang galakkan itu penduduk mereka gali air perigi kerana masalah sedemikian. Apabila kita sudah dalam abad ke-21, tak masuk akal kita kena terus bergantung kepada air perigi. Perlu kita pastikan air paip yang mencukupi untuk rakyat. Ini bukanlah isu politik. Ini adalah isu keperluan asas dan adalah amat luar biasa, malah dianggap janggal dan ganjil sekali bila kita lihat keadaan di mana berlaku banjir, tetapi tak ada air paip yang bersih, yang mencukupi untuk penduduk setempat. So di sini saya nak kongsikan masalah ini yang dihadapi ini dan saya harap tentang apa yang disebut iaitu perlunya ada satu penyelesaian, penyelesaian ke atas usaha Pulau Pinang untuk membeli air mentah ataupun air daripada negeri Perak yang akan menguntungkan kedua-dua negeri, menjaminkan bekalan air yang mencukupi bukan sahaja untuk negeri Pulau Pinang tetapi juga untuk negeri Perak dan memastikan keuntungan ini juga dapat dikongsikan bersama. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang telah pun merangka dan melakukan pindaan kepada rang undang-undang ini yang merupakan sebahagian di antara perkara yang proses yang perlu dijalankan demi kepentingan masa hadapan bekalan air negara. Saya lihat bahawa ada beberapa perkara yang mungkin saya nak sentuh daripada dasar ini. Pertama sekali ialah tentang sumber air. Sesetengah negeri, kebergantungan kepada satu sumber sangat membahayakan negeri tersebut. Sebagai contoh, tiga negeri bergantung kepada sumber daripada Sungai Muda. Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Dan sebarang risiko pencemaran pada sungai tersebut mengakibatkan loji terpaksa ditutup. Dan ini banyak berlaku di sungai Selangor. Tiga, empat loji terpaksa ditutup kerana pencemaran satu sumber. Puncanya? Pergantungan kepada satu sumber merisikokan pengguna-pengguna. Sebagai contoh juga berlaku di Melaka, bila Empangan Durian Tunggal. Pergantungan kepada satu sumber ini saya ingat sangat berisiko.

Saya lihat bahawa negara kita Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah yang sangat besar, reserve yang sangat banyak, yang belum diteroka pun. Untuk makluman, negara kita hanya menggunakan air bawah tanah lebih kurang dua ke tiga peratus berbanding dengan negara-negara lain. Sebab itu sebagai contoh di UK, pergantungan hampir 30 peratus daripada air bawah tanah, di Jepun sebagai contoh 20.1 peratus untuk

kegunaan domestik, 27.3 peratus untuk tujuan perindustrian dan penggunaan sektor pertanian sebanyak 5.4 peratus daripada sumber air bawah tanah. Jadi oleh kerana itu, saya fikir negara kita perlu meneroka sumber air bawah tanah ini supaya ia lebih dimanfaatkan. Sebab kita tidak ada isu sumber air atau bekalan air sebenarnya, isu sumber. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua ialah saya hendak bangkitkan juga dalam pindaan-pindaan yang dibuat berhubung dengan akta bawah subseksyen 9.2, berkaitan tempoh lantikan ahli suruhanjaya. Tempoh maksimum bagi lantikan akan dipinda daripada 10 tahun ke selama enam tahun.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kubang Kerian. Ustaz, sedikit boleh ustaz? Sikit, sikit.

Saya habiskan ini.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak boleh dah?

Tidak boleh, masa satu, dua minit.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak apalah ustaz.

10 tahun kepada enam tahun dilihat sebagai satu tempoh yang agak munasabah. Seperti yang dinyatakan, ia bagi tujuan menyeragamkan tempoh lantikan yang diamalkan oleh suruhanjaya- suruhanjaya yang lain. Namun, saya ingin mencadangkan agar tempoh setiap lantikan itu dibuat setiap tiga tahun berbanding dua tahun sekarang. Sebab bagi saya, dua tahun ini terlalu pendek. Kalau kita boleh lantik dalam tempoh tiga tahun, bermakna dua proses lantikan dalam masa enam tahun. Di samping itu, saya juga ingin melihat tentang seksyen 35. Saya pohon penjelasan berkaitan dengan Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan atau KWSMP. Kutipan bagi KWSMP ini mencecah kepada ratusan juta ringgit. Namun, saya difahamkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Air atau KWSA- Kutipan KWSA ini di peringkat negeri, ia tidak di peringkat suruhanjaya. Saya ingin pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah suruhanjaya bercadang untuk turut mengawal selia KWSA, Kumpulan Wang Simpanan Air? Di samping itu, kita lihat tentang NRW berapa negeri agak meningkat. Puncanya sebagai contoh, banyak Loji LRA ini dibina di tanah besar, bukan di pulau. Bermakna, kita hantar air ke pulau, air sudah dirawat dan bila berlaku kebocoran paip bawah laut atau dasar laut menyebabkan kadar NRW ini akan meningkat sebab yang kita hantar itu air yang sudah dirawat. Saya mencadangkan supaya pembinaan loji rawatan air dibuat di pulau, bukan di tanah besar. Dengan penghantaran air mentah yang belum dirawat, kalau sekiranya berlaku kebocoran sekalipun, kadar NRW tidak akan meningkat dan kos lebih rendah berbanding kita bina loji di tanah besar sama ada di Labuan, di Langkawi. Sebagai contoh, Langkawi sekarang menghadapi kritikal kerana kebocoran yang agak lama dan kos yang agak besar untuk dibaiki. Akhir sekali, saya juga ingin mencadangkan atau melihat bahawa isu sisa daripada loji rawatan air. Sisa loji rawatan air ini masih lagi diklasifikasikan sebagai sisa berjadual sedangkan kita boleh minum air, tidak ada halangan tetapi sisanya masih lagi di kategori sebagai sisa berjadual. Saya mohon supaya kalau boleh perkara ini dipertimbangkan untuk dikeluarkan daripada status sisa berjadual supaya proses ataupun syarikat air, operator-operator air negeri tidak terbeban dengan masalah sisa daripada loji rawatan air. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan untuk saya sama-sama membahas pindaan akta pada kali ini. Ucapan tahniah saya ucapkan kepada kementerian

di atas pindaan kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan saya tengok pindaan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam akta ini. Termasuk penambahbaikan prosedur kewangan, kebajikan pekerja, tempoh ahli ataupun anggota suruhanjaya dan yang lain-lain. Saya menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberikan biasiswa kepada pekerja dalam industri perkhidmatan air. Sudah semestinya inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi para pekerja tetapi juga merupakan satu pelaburan jangka masa panjang untuk meningkatkan tenaga kerja berprestasi tinggi yang diperlukan oleh negara. Namun begitu, untuk meningkatkan proses penentuan pemberian bantuan biasiswa, saya ingin mencadangkan agar kuasa penuh yang diberikan kepada suruhanjaya dilengkapi dengan semakan dan keseimbangan yang sesuai. Adalah lebih elok agar suruhanjaya menubuhkan satu panel ataupun jawatankuasa penilai yang terdiri mungkin daripada wakil suruhanjaya sendiri, yang pentingnya perlu ada pakar-pakar industri yang berkaitan. Dengan langkah itu, kita dapat memastikan bahawa pemilihan calon yang layak menerima akan dilakukan dengan lebih teliti dan lebih efisien, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berprestasi tinggi. Dan saya percaya dengan penubuhan jawatankuasa ini juga, ianya membolehkan suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan efisien dan mempunyai fleksibiliti dalam pengurusan tenaga manusia. Saya ingin ambil kesempatan untuk mendapatkan penjelasan juga daripada pihak kementerian. Apakah bentuk garis panduan atau ketetapan untuk melindungi hak pekerja supaya kita dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan kuasa atau ketidakadilan terhadap pekerja? Dengan pindaan akta ini, kita perlu memastikan bahawa suruhanjaya juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran semasa seperti fenomena El Nino. Dan menurut MET Malaysia, fenomena ini dijangka meningkat pada penghujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus. Dan fenomena ini boleh menyebabkan cuaca yang tidak menentu, termasuk kekurangan bekalan air. Oleh itu, pihak suruhanjaya perlulah mempunyai persiapan yang cukup untuk menguruskan situasi sebegini dengan cekap dan berkesan terutamanya di kawasan yang mempunyai tekanan yang rendah, termasuklah di kawasan Parlimen Parit Sulong. Jadinya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya, sejauh manakah kesediaan pihak kerajaan dalam menyediakan pelan tindakan mitigasi dalam menangani perkara ini? Dan yang terakhir, saya ingin merujuk kepada perubahan berkaitan tempoh penggal ahli suruhanjaya. Dalam pindaan ini, tempohnya dipendekkan kepada enam tahun. Dan langkah ini memang dialu-alukan dan ia akan memberi peluang kepada suruhanjaya supaya lebih fokus dengan lebih khusus dan selaras dengan pemilihan ahli- ahli suruhanjaya yang lebih relevan dengan teknologi terkini. Dalam masa yang sama, pindaan ini juga memberi peluang yang lebih luas kepada para pakar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Walau bagaimanapun, saya hendak minta kementerian juga pastikan bahawa perubahan ini tidak mengorbankan kesinambungan dan kelestarian suruhanjaya dalam– supaya boleh menumpukan kepada kelangsungan organisasi dan kebolehan untuk meneruskan perancangan jangka panjang. Sebab ianya penting agar segala usaha dan rancangan yang dibuat dapat diteruskan dan diperbaiki daripada semasa ke semasa. Dalam konteks pindaan ini, kesinambungan ini adalah kunci dan dia perlu menjaga kesinambungan agar memberi- antara memberi suruhanjaya kuasa yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap dan dalam waktu yang sama juga memastikan kewujudan mekanisme pengawasan dan accountability yang cukup. Dengan itu, Parit Sulong menyokong pindaan yang dicadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul satu tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat seterusnya untuk berucap, saya hendak betulkan beberapa perkara yang telah terjadi sebelum kita berhenti tadi, iaitu berkenaan dengan isu yang telah pun dibawa dan dibahaskan tadi berkenaan dengan isu membenarkan Ahli Parlimen Sungai Petani membawa usul ke Kamar Khas tadi. Saya perhatikan bahawa memang – Arau tidak ada di sini, tapi because ini live, I think it’s only fair untuk saya sebutkan di sini, yes! Arau telah pun memasukkan usul di bawah 18(1). 18(1), Arau telah memasukkan satu usul pada 10 Oktober, hari Selasa, pukul 3.45 petang dan kedua, hari Rabu, 11 Oktober, jam 5.34 petang. Tapi, usul yang Arau bawa bukan isu padi. Usul yang Arau bawa ialah isu penyalahgunaan kuasa kakitangan awam kanan dalam kempen politik dan kedunya isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang kejururawatan dan sektor kedai gunting rambut. Jadi, tidak bersangkut paut dengan isu padi yang disorok. Jadi, saya kira apa yang Arau bangkitkan bahawa saya tidak berlaku adil, tidak memberikan peluang dia berucap – salah. Jadi, saya menerima cacian cukup banyak dari media yang saya tidak berlaku adil kepada Arau dan seolah-olah saya memberikan laluan kepada Sungai Petani dan ditambah teruk lagi dengan Pendang kata ‘anak bapak’. Jadi, saya harap, tolonglah ya. You want to play game, play games among you. Don’t get Speaker involved. Once you get Speaker involved, susah jadinya. So, you play politics, play, I don’t mind but don’t get Speaker involved, because I have all the bukti. You might have your say, but I have my way. Untuk itu, saya ucap banyak terima kasih. Kalau orang yang telahpun faham keadaan sebenarnya, namun perkara itu saya haraplah ini berhenti di sinilah ya, don’t. Don’t do that. Baik, seterusnya saya menjemput Kuala Terengganu, silakan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order, 36(6).

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya. Ini sangkaan jahat oleh Yang Berhormat Pendang, kerana sehingga sekarang, beliau masih enggan untuk menarik balik perkataan ataupun smear, ini satu celaan, satu cacian yang agak teruk kepada Tuan Yang di-Pertua, sebagai Speaker Parlimen. Ini tidak boleh dipandang remeh. Seperti dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada mana itu, Kubang Kerian, tidak boleh. Ini bukan remeh. Anda mempersoalkan integriti dan juga kewibawaan Speaker Dewan Rakyat. Oleh sebab itu, saya harap sungguh pun beliau tak mahu menarik balik, beliau harus menarik balik. Kalau tidak, saya rasa tidak bermakna dia terus berada dalam majlis Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Bagan. Sebab – sebentar, sebentar. Sebab itu saya kata, saya tidak dilantik. Let me repeat, saya tidak dilantik oleh mana-mana parti, saya dipilih di bawah Perlembagaan. Jadi untuk itu, oleh kerana saya dipilih, makna Ahli Parlimenlah yang telah memilih saya. If you don’t like me, put a motion, put a motion. That’s all, get me out of here. Tetapi as long I’m here, bila ada peraturan-peraturan mesyuarat, listen-lah. Sebab saya tidak main game, I don’t play games here, I don’t play any political games, I allow you play political games, tetapi bila Speaker kata stop, berhenti, sebab kita ada agenda yang besar kita hendak teruskan. Yang keluar lagi kawat buat statement, statement yang Speaker – You know, it’s not good, it’s not good, because if you want me to follow by the book, boleh! Tetapi kita jadi tense, Speaker dengan Ahli Parlimen jadi tense. Do you want that to be? Kita ikut buku sekarang, every time kita ikut buku, it’s not good. I don’t want to do that, okay. So, please, kalau saya bagi ruang bolehlah, tapi jangan attack Speaker, no point. You scored

Tuan Yang di-Pertua

nothing, you will gain nothing by attacking the Speaker. No point. Saya bagi last, selepas itu saya hendak sambung. Kita tak ada masa.

Ya Speaker. Saya minta maaf. Saya cuma ingin menyambung apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan tadi. Kenyataan Yang Berhormat Pendang dibuat berulang kali. Malahan apabila diarah untuk keluar daripada Dewan, kenyataan itu diulang beberapa kali dan ditertawakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tau, saya tau, insinuation. Saya faham dan saya cukup – okey Jelutong, saya faham, saya cukup terasa. Hari ini saya cukup terasa because that’s insinuation. This insinuation cuts me deep. Because that’s why I think, I think – saya cukuplah, cukup benar, saya tak mau...

Saya minta supaya pergantungan dua jam itu tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa.

He must be taught a lesson supaya tidak membuat kenyataan begitu.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya beri sedikit pandangan?

Tuan Yang di-Pertua

Timbalan Speaker telah pun membuat keputusan. Sit down please Jelutong. Timbalan Speaker telah buat keputusan. Akhir I sudah stop di sini. Timbalan Speaker dah buat keputusan telah mengarahkan dia keluar untuk sementara, dia boleh masuk balik 2.30. That’s prerogatif Timbalan Speaker, cuma saya memohon sangat, please do not fight with Speaker, do not, no point, because you will not get anything, fight dengan Speaker. I’ve tried to do my job, to selesaikan masalah rakyat, you hendak bergaduh antara dua pihak, gaduhlah, I don’t care, tetapi once I come in, I kata tolong – cukup, dahlah tu. Okey, kita sambung.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, boleh sedikit sahaja, tadi dua-dua daripada sebelah kerajaan, sedikit pandangan dan saya minta Tan Sri Speaker ambil dengan cara rasional pandangan saya, saya tak ada niat jahat dalam hal ini. Saya rasa dalam isu ini, apa yang berlaku ialah kami kadang-kadang merasakan bahawa ada ketidakadilan dalam slot-slot yang diberi untuk kita memberikan pandangan dan itu menimbulkan pandangan bahawa mungkin ada sedikit berat sebelah di peringkat Speaker dan Timbalan.

Tuan Yang di-Pertua

Give me example. Contoh.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Jadi, contoh...

Tuan Yang di-Pertua

No, you sebut tadi ketidakadilan, bagi contoh.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Jadi contohnya tadi– nantilah dulu, saya...

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, dengar, dengar. Contoh?

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Contohnya tadi di hujung soalan 11, biasanya bila kerajaan tanya soalan, soalan tambahan daripada kerajaan, soalan susulannya daripada pembangkang, tetapi bila orang lain di sebelah kerajaan cakap berjela-jela, lebih daripada masanya, tiba-tiba kami tak dapat turn. Saya dah berdiri lama masa itu hendak bercakap. Jadi, itu satu contoh– nanti sekejap Tuan Yang di-Pertua. Jadi, dalam hal itu, saya rasa kita dua-dua ada peranan. The Speaker’s Chair ada peranan, kami pun, saya terima, Ahli-ahli Parlimen pun ada peranan, tapi saya mohon supaya keadilan itu biarlah boleh dilihat supaya rakyat boleh nampak bahawa semua pihak ada keadilan.

Tuan Yang di-Pertua

You boleh minta. Do not attack Speaker, that is all I’m saying.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Minta pandangan it’s okay. Do not attack. Saya ingat Beluran, tanyalah pendapat Beluran lain kali. Dia dah lama, orang lama. Beluran berkali- kali selalu dia menjadi Chair ini. Dia akan nasihat, do not fight with Speaker. Saya ingat sekali. Kalau Tan Sri Speaker, apa nama ini, Pandekar Amin was here. He said this thing, I remember. You have your way – you have your say but Speaker has his way. So you know I don’t like to drag. Jangan tense sesama kita. Do not have that tense situation. So saya hendak tutup di sini, cuma saya bagi ingatan don’t do that. Silakan Kuala Terengganu sambung.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya bersyukur kerana dapat sama berbahas berkenaan dengan pindaan Akta 654 Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan penelitian saya, pindaan ini melibatkan 10 peruntukan sedia ada dan dua tambahan yang bertujuan memperkasa dan memudah tadbir urus SPAN dari segi peruntukan memendekkan tempoh khidmat anggota Suruhanjaya serta mengurangkan kuasa Menteri. Dua peruntukan tambahan pula melibatkan penggunaan logo representasi Suruhanjaya serta memberikan kuasa penuh kepada Suruhanjaya untuk menentukan syarat perkhidmatan pekerja dan peraturan berkenaan tatatertib. Berkenaan meminumkan kuasa Menteri, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan seksyen 31 iaitu membuka dan menyelenggara akaun. Keadaan ini membolehkan SPAN menyelenggara akuan bank sendiri tanpa perlu berunding dengan Menteri. Soalan saya, bagaimana sekiranya ada isu tata kelola dan bagaimana kerajaan ingin memastikan pengurusan yang telus berkenaan kewangan SPAN? Begitu juga dengan seksyen 35, iaitu penetapan tatacara kewangan di mana tatacara kewangan ditentukan sepenuhnya oleh Suruhanjaya tanpa perlu mendapat kelulusan Menteri. Jadi persoalannya, apakah kaedah check and balance yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan tiada isu yang sepatutnya berlaku di dalam pengurusan kewangan SPAN. Saya mengharapkan SPAN dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap dan holistik sepenuhnya, seterusnya menyelesaikan masalah air yang masih membelenggu negara kita. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengulas sedikit berkenaan isu bekalan air. Fokus utama kerajaan adalah menjamin bekalan dan sumber air berterusan dan mampan kepada rakyat di samping meningkatkan akses bekalan air. Saya ingin bertanya, bagaimana kerajaan mengawal selia pengurusan sumber air di setiap negeri bagi mengatasi masalah perbekalan air memandangkan masih banyak tempat yang mengalami isu ini, khususnya di kawasan pendalaman. Saya mengharapkan isu keterjaminan bekalan air ini dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Kuala Terengganu, pohon laluan.

Sila.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Speaker, terima kasih Hulu Terengganu. Sedar tidak Kuala Terengganu bahawa hari ini dikatakan seluruh Kuala Lumpur tidak ada air. Ini satu masalah besar yang sedang melanda negara kita, baru ini kekurangan beras. Ini kekurangan air pula.

Ya seperti...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Speaker, tidak ada air ini sebab sekarang ini tengah naik taraf.

Tan Sri, masa, masa. [Tidak jelas]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya orang Hulu Langat jawab. Orang, orang Hulu Langat jawab... [Tidak jelas]

Saya pun boleh sahkan setelah diberikan lama.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri patut menjawab.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tengah naik taraf, tengah-tengah naik taraf sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Sambung.

Jangan sibuklah pasal isu dekat Selangor ini.

Masa saya terhad ini Tan Sri, masa saya terhad.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sambung terus.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat.

Seterusnya saya ingin bangkitkan isu air.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Speaker, yang itu melanggar kerana Hulu Terengganu mencelah kepada Kuala Terengganu.

Ya, saya benarkan.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Hulu Langat itu tidak boleh mencelah atas pencelahan Yang Berhormat ya.

Tuan Yang di-Pertua

Okey teruskan.

Kita masa lima minit sahaja Tan Sri. Seterusnya saya ingin bangkitkan isu air tidak terhasil (non- revenue water). Berdasar laporan SPAN, purata NRW negara, 37.2 peratus pada 2022 membabitkan pembaziran 7.08 juta liter air terawat setiap hari, kerugian sekitar RM2 bilion setahun. Jumlah ini sangat besar dan pembaziran tersebut merugikan sumber air. Jika kita lihat antara punca berlaku isu air tidak terhasil ini, kebocoran fizikal sistem, infrastructure system bekalan air, kecurian air melalui penyambungan haram, kegagalan meter air berfungsi dengan tepat, masalah kecurian air memerlukan penguatkuasaan yang ketat. Jadi, apa tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi isu ini? Saya ingin menyentuh berkenaan langkah kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan sumber air alternatif berikutan ancaman pencemaran air mentah yang semakin berleluasa. Saya ingin bertanya, mengenai pembinaan kolam takungan air mentah seperti off-river storage atau dikenali sebagai ORS yang telah dilaksanakan di beberapa negeri. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah sistem kolam takungan air ini di negeri-negeri lain juga? Bagaimana pula perancangan kerajaan berkenaan pembinaan kolam simpanan air bawah tanah? Seterusnya, sejauh mana langkah kerajaan bekerjasama dengan kerajaan- kerajaan negeri dalam usaha untuk meneroka kawasan-kawasan sumber air bawah tanah, dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada sumber sedia ada. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan kompetensi tenaga-tenaga mahir dalam sektor air dan pembetungan, saya berpendapat kerajaan harus melabur dalam meningkatkan kompetensi dalam sektor air dan pembetungan kerana ketika ini kita kekurangan tenaga kerja profesional dan mahir di dalam bidang berkenaan.

Pengambilan pekerja-pekerja yang berkemahiran amat perlu di dalam membentuk satu pasukan penyelenggaraan air yang cekap, seterusnya dapat mengendalikan isu berkaitan bekalan air, masalah paip dan pembetungan. Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan RM1.7 bilion dalam RP3 Rancangan Malaysia Ke-12 untuk membangunkan infrastruktur mampan menerusi pelaksanaan projek pembetungan di seluruh negara. Kesimpulannya, saya berharap dengan adanya pindaan ini, untuk SPAN ini, ia akan meningkatkan kecekapan SPAN di dalam mengawal selia industri air di negara ini. Saya...

Yang Berhormat Kuala Terengganu mungkin ada sedikit masa, boleh lagi dekat sedikit, belakang sedikit berkaitan dengan sumber air alternatif tadi. Boleh Tuan Speaker ya.

Okey.

Ketika kementerian di bawah kepimpinan Yang Berhormat Kubang Kerian, ada projek wakaf air ya iaitu kita membuka ruang kepada syarikat-syarikat korporat bersama membantu khususnya menyediakan sumber air alternatif termasuklah di daerah Sik dan sebagainya, air bukit, air terjun yang masyarakat dapat buat sendiri bersama. Jadi, adakah Yang Berhormat Kuala Terengganu setuju, projek ini perlu diteruskan oleh kementerian hari ini, supaya masalah bekalan air khususnya di luar bandar, dapat diatasi dengan segera untuk kita memastikan tidak ada lagi rakyat yang tidak ada air bersih di rumah-rumah mereka.

Cadangan yang baik, masukkan sekali di dalam ucapan saya. Saya pohon menyokong Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih saya jemput Jelutong.

Terima kasih Tan Sri Speaker yang saya hormati. Saya turut serta dalam perbahasan dan saya ingin.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jelutong, Jelutong, Hulu Langat, Hulu Langat, kawan.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kawan, saya minta, saya minta. Saya minta Speaker, saya hendak minta Speaker, boleh tidak.

Saya baru-baru mukadimah.

Tuan Yang di-Pertua

Dia baru hendak start, duduk dahulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tak boleh! Saya nak betulkan tadi Hulu Selangor itu dia kata tidak ada air. Sebenarnya di Selangor ini ada air. Dalam proses sekarang ini. Air Selangor sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Hulu Langat, Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Dalam proses Speaker untuk menaik taraf.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu, Hulu Langat!

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Memang... okey, okey hendak marah la tu.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat!

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Okey, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat! Satu. Okey.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya di sini ingin bertanya beberapa soalan menggunakan kesempatan ini, memandangkan saya berasal daripada Pulau Pinang dan Pulau Pinang dewasa ini mengalami beberapa insiden gangguan bekalan air. Yang paling teruk berlaku pada bulan Mei tahun ini 2023 dan saya difahamkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air telah pun menyiasat di loji air di Sungai Muda, kawasannya Lahar Tiang. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk tanya, apakah dapatan-dapatan daripada lawatan dan siasatan. Saya tanya sebab lebih kurang 600,000 pengguna di Pulau Pinang terjejas. 200,000 pengguna daripada Kedah juga terjejas, tidak mendapat bekalan air. Menteri Besar Kedah mengatakan bahawa di Sungai Muda berlakunya kejadian kerosakan pada baraj automatik sensornya dan disebabkan itu air telah pun mengalir keluar ke laut. So, saya menggunakan kesempatan ini untuk tanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk menyatakan, apakah dapatan-dapatan daripada siasatan ini? Ini adalah perkara penting kerana rakyat di Pulau Pinang ingin mengetahui, adakah kejadian ini berlaku akibat berlakunya khianat kerana terjejasnya bekalan air. Saya juga tanya bagi pihak rakyat di Kedah, adakah perkara ini berlaku disebabkan oleh khianat yang dilakukan oleh mana-mana pihak? So, saya berharap bahawa perkara ini, soalan saya dapat diperhalusi, dipertimbangkan dan Menteri kalau boleh memberi penjelasan apabila membuat penggulungan nanti. Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Timbalan Menteri kepada beberapa perkara, fasal-fasal dalam undang-undang ini. Umpamanya fasal 4, fasal 7, fasal 9, fasal 11. Di mana- di mana...

Jelutong boleh Sik tanya sikit pasal Sungai Muda tadi?

Silakan Sik.

Ya terima kasih Jelutong. Adakah Jelutong setuju bahawa komitmen kerajaan di Kedah sangat besar menjaga sumber air Sungai Muda iaitu Hulu Muda yang terletak di daerah Sik.

Jadi, untuk kita hendak memastikan sumber air kita untuk Kedah dan Pulau Pinang ini terus kekal, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu ada komitmen bersama, bantu Kerajaan Kedah untuk kita tuntut pampasan yang sewajarnya, kita beri kepada kerajaan negeri yang menjaga Ulu Muda itu. Setuju, Jelutong?

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Ya, saya bersetuju bahawa kita bersama-sama. Sebab itu saya berkata saya di sini bersuara bukan sahaja untuk rakyat di Pulau Pinang. Saya bersuara untuk rakyat di Kedah juga. Saya ingin tahu, apakah puncanya berlaku gangguan bekalan air? Sebab apa? Siapa yang menyebabkan gangguan bekalan itu? Adakah ia benar-benar berlaku disebabkan oleh kerosakan kepada baraj? So, saya di sini mengambil kesempatan untuk tanya kepada Menteri, kepada pindaan-pindaan yang ingin dibuat. Pertamanya, Timbalan Speaker- Timbalan Menteri, Tan Sri Speaker, ada peruntukan yang mengatakan bahawa...

Tuan Yang di-Pertua

Dia Menteri ada di sini.

Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja suruhanjaya di bawah seksyen 24 Akta 654 tanpa kelulusan Menteri. Peruntukan fasal 7 bertujuan untuk meminta seksyen 23 dengan cadangan pindaan itu, suruhanjaya boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya tanpa kelulusan Menteri. Fasal 9, berkaitan dengan akaun bank tanpa berunding dengan Menteri. Fasal 11, bertujuan untuk meminda seksyen 35 Akta 654 bagi membolehkan suruhanjaya untuk menentukan tatacara kewangannya tanpa kelulusan Menteri.

Bagaimana kita ingin memastikan bahawa tidak berlakunya ketirisan, rasuah, salah guna kuasa kalau kesemua ini boleh dibuat tanpa kelulusan Menteri? Saya yakin Menteri yang ada sekarang adalah menteri yang cukup hebat, bertanggungjawab dan berkebolehan. Jadi, saya ingin tanya kenapa pindaan-pindaan ini dibuat? Memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk memberi sebarang kelulusan tanpa mendapat restu kelulusan dan rundingan Menteri? Terima kasih.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Yang Berhormat Jelutong, boleh? Sedikit sahaja.

Slot dah habis dah.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Dah habis dah?

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Jelutong. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Jelutong bahawanya kebimbangan kalau kita buka satu floodgate untuk kita keluarkan kuasa dan tanggungjawab Menteri dalam sesuatu rang undang-undang dalam kesemua suruhanjaya. Sebab dalam negara kita ada banyak suruhanjaya-suruhanjaya lagi yang mana mungkin ada menyatakan kuasa dan tanggungjawab Menteri. Dan kalau ini menjadi precedent, adakah suruhanjaya- suruhanjaya lain akan turut menggunakan ataupun mengamalkan cara yang sama juga? Itulah kebimbangan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, jawab dan landing terus.

Ya, terima kasih Tan Sri Speaker. Saya juga lihat Tan Sri Speaker juga melihat kepada peruntukan. Ini adalah perkara yang perlu diperhalusi dan boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketirisan berlaku. Jadi, saya mohon Menteri memberi penjelasan dan kalau boleh melihat semula peruntukan-peruntukan tersebut. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Temerloh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan pindaan Akta 654 Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. Temerloh mengucapkan tahniah di atas usaha pindaan beberapa akta yang berharap supaya dapat memberi kuasa kepada SPAN untuk mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan, melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, membolehkan bekalan air ditebus guna sebagai sumber alternatif yang bukan sahaja untuk diminum. Pindaan bertujuan juga untuk memperkasakan fungsi dan tadbir urus SPAN. Subseksyen 9(2), pindaan tempoh maksimum lantikan anggota suruhanjaya dipendekkan daripada 10 tahun kepada enam tahun. Temerloh ingin bertanya, adakah semakin lama seseorang memegang jawatan menjadikan kecenderungan untuk menghakis integriti atau semakin banyak pengalaman dan bertambah kemahiran, mendorong salah guna kuasa? Apa yang penting, memastikan anggota suruhanjaya adalah terdiri daripada mereka yang bebas daripada sebarang salah laku. Fokus kepada pembentukan sumber manusia yang berakhlak mulia pasti dapat membina produktiviti yang tinggi. Bersikap bertanggungjawab dan memiliki sikap amanah dapat menjauhkan daripada salah guna kuasa. Temerloh fokus kepada pelantikan individu yang berkelayakan dan berkebolehan, tidak bergantung kepada masa sebab dalam masa enam tahun juga berbagai perkara yang negatif boleh berlaku jika dilantik daripada kalangan yang kurang berintegriti. Temerloh mencadangkan adanya mekanisme semak dan imbang yang akan diguna pakai untuk tujuan ini.

Pindaan seksyen 31 membuka dan menyelenggara bank sendiri tanpa berunding dengan Menteri. Temerloh berpendapat kebebasan untuk menyelenggara dan membuat keputusan pentadbiran dalaman berkaitan kewangan tanpa kawalan Menteri akan mendorong berlaku ketirisan dan kebocoran dalam pengurusan kewangan. Apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan tidak ada isu-isu ini akan berlaku? Dalam seksyen 34 berkaitan kelulusan kewangan. Kurang RM50 juta tidak perlu kelulusan Menteri. Temerloh bersetuju sekiranya pengurusan air perlu ditangani dan diselesaikan segera sehingga keputusan dan tindakan pantas yang melibatkan projek kecil perlu dilaksanakan tanpa kelulusan Menteri. Bagaimana pindaan ini dapat menghasilkan tadbir SPAN lebih baik dan cekap? Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan? Pindaan yang dibuat secara jelas meletakkan kuasa lebih kepada SPAN dalam pentadbiran dalaman tanpa kawalan Menteri. Fasal 7, suruhanjaya boleh menentukan syarat-syarat perkhidmatan pekerja tanpa kelulusan Menteri. Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh suruhanjaya yang membina pasukan kerja yang memiliki skil yang dapat menyumbang kepada produktiviti yang tinggi. Apakah jaminan ataupun KPI tiada akan berlaku pilih kasih dalam pelantikan pekerja- pekerja dan jawatan yang ditawarkan? Akhirnya, Temerloh dapat membuat sedikit kesimpulan. Pindaan yang dilakukan pada fasal 4,7,9 dan 11 semuanya melibatkan kuasa kelulusan Menteri. Kuasa kelulusan Menteri yang sedang berjalan selama ini. Temerloh ingin penjelasan, adakah kelulusan daripada Menteri menjadi penghalang utama sebelum ini dalam melancarkan tindakan dan keputusan SPAN? Keseluruhan fasal-fasal yang dipinda ke arah memberi kuasa kepada SPAN untuk membuat keputusan dan tindakan. Jelas, selama ini bidang kuasa SPAN terlalu terhad dan terbatas, sebaliknya Menteri yang berkuasa. Adakah ini menjadi punca masalah kelancaran pengurusan air selama ini khususnya melibatkan setakat ini, walaupun target dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kita tahu kita mahu mendapat bekalan air bersih di seluruh negara, sampai setakat ini kita belum lagi dapat menyelesaikan masalah air. Mungkin saya kira di negeri Pahang, khususnya Temerloh, rupanya saya dengar juga tadi di Pulau Pinang dan banyak tempat. Maknanya, tidak terkecuali juga di Kelantan yang kita lihat menjadi isu utama. Terima kasih. Sekian sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Tebrau.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bahas dan terlibat dalam perbahasan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. Bagi saya, saya menganggap RUU pindaan ini merupakan satu langkah lagi kepada SPAN dan mungkin juga industri air nasional secara keseluruhan menuju kepada satu badan yang lebih mantap, berdikari dan lebih berautonomi. Saya harap dengan pindaan ini, SPAN boleh memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan industri air di Malaysia. RUU ini akan memberi lebih autonomi dan kuasa kepada SPAN. Contohnya, seksyen 31 akan dipinda di mana tiada lagi keperluan untuk berunding dengan Menteri. Manakala seksyen 34, hak untuk kontrak juga dipinda dengan dua kategori baharu iaitu kuasa untuk membayar atau menerima amaun lebih RM10 juta tetapi tidak melebihi RM50 juta hanya dengan kelulusan Menteri dan juga kalau lebih 10 juta, baru perlu kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan. Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak Menteri. Apakah asas pindaan ini memandangkan Akta Suruhanjaya Tenaga, saya bagi satu contoh Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 yang ditubuhkan jauh lebih awal pun masih bergantung kepada seksyen asal iaitu seksyen 30A, di mana semua kontrak melebihi RM10 juta perlu kelulusan kedua- dua Menteri dan Menteri Kewangan.

Di sini Tan Sri Speaker, saya ingin mengambil quote dari movie Spiderman, “With great power comes with great responsibility”, dengan izin. RUU ini yang bermatlamat untuk memberi lebih kuasa dan autonomi kepada SPAN juga bermakna SPAN kena meningkatkan tahap penyampaiannya dan memberi servis yang lebih baik kepada bukan sahaja pemain industri air tetapi yang lebih pentingnya memastikan hak rakyat dalam isu air terawat dan pembetungan sentiasa dibela dan dijaga. Saya harap SPAN boleh menunaikan tanggungjawab statutori mereka untuk memastikan setiap rakyat Malaysia tidak kira di mana, Semenanjung kah, Sabah kah, Sarawak kah, mesti ada akses kepada air yang bersih dan dapat diminum. Hak akses air adalah hak asas manusia yang diiktiraf oleh PBB dan seluruh dunia. Kasihan, sehingga ke hari ini, ada rakyat Malaysia yang masih perlu bergantung kepada air hujan untuk mandi dan minum. Ada yang perlu mengangkut air berpuluh-puluh kilometer dari pekan ke kampung, hanya kerana kampung mereka tiada akses kepada air yang sempurna. Ada yang terpaksa bergantung kepada air yang kotor untuk cuci, mandi dan minum dalam satu kolam yang sama. Tentulah dari segi kesihatan, ramai yang akan sakit malah mungkin maut sekiranya situasi ini tidak ini bertambah baik untuk mereka. Tidak guna kalau kita Malaysia hendak kata hendak jadi negara membangun, hendak jadi negara berpendapatan tinggi kalau rakyat kita masih tiada akses kepada air ke rumah mereka. Di sini saya hendak tambah, berdasarkan kepada data DOSM, liputan air di Parlimen Tebrau adalah 99.99 peratus. Sedikit sahaja. Hanya tinggal satu kampung sahaja Tan Sri Speaker, satu kampung Orang Asli, Kampung Pasir Salam di Parlimen Tebrau yang sehingga ke hari ini masih tiada akses paip air yang bersih. Saya cukup harap kementerian dengan kerjasama kementerian lain boleh menyambung paip air ke sana supaya rakyat sana, Orang Asli di sana pun boleh menikmati air yang bersih seperti kita semua. Selain daripada itu Tan Sri Speaker, sebagai badan kawal selia kepada syarikat air negeri-negeri, saya juga harap SPAN boleh memantau dengan lebih teliti tindakan syarikat-syarikat ini dalam menangani isu bekalan air terputus. Banyak kali apabila ada situasi sebegini, kami akan mendapat, saya akan mendapat aduan daripada pengundi, ramai yang akan mengadu hotline yang dibagi tidak ada orang jawab, status maklumat terkini juga lambat dimaklumkan kepada orang awam dan kerja pemulihan bekalan juga boleh ambil masa yang lama, tidak cukup lori tangki untuk cover area yang cukup luas. Maka, saya harap setiap laporan post-mortem yang dihantar oleh syarikat- syarikat air ini boleh diakseskan oleh orang awam, orang ramai, termasuklah boleh pamerkan dalam laman website SPAN ini. Saya percaya ini tentu akan memberi ketelusan dan dialu-alukan oleh rakyat. Biarkan mereka sendiri memahami situasi sebenar dan biar mereka sendiri membuat penilaian, sama ada tindakan atau SOP yang dilakukan oleh syarikat-syarikat air ini adalah mencukupi. Saya yakin dengan mekanisme ini syarikat air juga akan lebih telus dan berusaha dalam proses pemulihan bekalan air dalam masa yang terpantas. Akhir sekali, saya juga mohon pencerahan kementerian berkenaan dengan seksyen 34. Siapa yang dalam suruhanjaya sebenarnya yang ada kuasa atau mandat untuk membuat keputusan kewangan ini? Adakah pengerusi? Adakah lembaga pengarah ataupun adakah tertubuhnya satu jawatankuasa khas untuk membuat keputusan kewangan ini? Saya juga setuju dengan pemindaan kepada seksyen 9 iaitu mengurangkan tempoh jawatan dari lima penggal kepada tiga penggal. Bagi saya tiga penggal sudah cukuplah. Ramai juga yang sedia berkhidmat, maka bagi saya ini adalah satu pembaharuan yang betul dan penting untuk memastikan orang baharu dengan idea baharu boleh menyumbang juga kepada pembangunan industri air di Malaysia. Last sekali juga, isu biasiswa. Saya harap sebarang biasiswa yang diberikan oleh SPAN adalah tertakluk kepada syarat dia akan bantu pembangunan industri air. Dia tidak kasi biasiswa untuk contohnya biologi kah, sains kah— yang tiada mengena dengan air

tidak perlu bagi. Hanya kepada air sahaja. Dengan itu, terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya. Tebrau mohon untuk sokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Kuantan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023. Saya mulakan dengan memetik firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 63. Maksudnya, “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka, siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudahnya mati? Tentu mereka akan menjawab Allah. Katakanlah segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya”. Terima kasih di atas kerja keras semua pihak atas pindaan RUU ini. Kita semua sedia maklum, air merupakan keperluan utama dalam kehidupan seharian. Kualiti air yang kita gunakan mempengaruhi kesihatan rakyat kita dan mutu perkhidmatan bekalan air mempengaruhi rutin kehidupan rakyat. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, terdapat 59 sungai tercemar dan 205 sungai lain sederhana tercemar daripada 672 sungai yang dipantau. Sungai merupakan sumber air utama di negara kita. Oleh itu, masalah pencemaran sungai perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam mengawal dan mencegah daripada terus berulang agar sungai di negara kita tidak tercemar. Tan Sri Yang di-Pertua, saya melihat pindaan kali ini memberikan beberapa kelonggaran birokrasi dan kebebasan kepada suruhanjaya untuk membuat keputusan tanpa melibatkan kelulusan daripada pihak Menteri termasuk pindaan bagi seksyen 23, seksyen 31, seksyen 34 dan seksyen 35. Dengan pindaan tersebut yang mengurangkan ikatan dengan kelulusan Menteri, kita mengharapkan pihak SPAN, pihak suruhanjaya dapat dengan lebih efektif dan dalam menjalankan fungsi utama SPAN dalam melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan pada seksyen 9 yang menukar tempoh jawatan bagi anggota suruhanjaya daripada lima tahun kepada tiga tahun. Tempoh masa tiga tahun adalah lebih relevan berbanding lima tahun yang agak lama. Pertukaran anggota baharu selepas tiga tahun dapat memberikan idea yang segar kepada suruhanjaya. Walaupun begitu, anggota suruhanjaya yang aktif dan cemerlang wajar disambung lantikan mereka. Seterusnya, pindaan seksyen 17 yang menambah perenggan (d) iaitu, “mana- mana pekerja Suruhanjaya”. Bagi mewakilkan fungsi dan kuasa berkaitan perkhidmatan bekalan air, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Mana- mana pekerja suruhanjaya ini merujuk kepada siapa? Adakah pekerja di peringkat eksekutif atau pegawai atau boleh diberikan juga kepada kakitangan bawahan lain? Saya berpandangan tanggungjawab ini perlu diberikan kepada pekerja yang berautoriti pada peringkat eksekutif atau pegawai sahaja. Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan seksyen 31 memberi kebebasan kepada suruhanjaya dalam urusan akaun mereka tanpa perlu berunding dengan Menteri dan urusan akaun tidak lagi terikat dengan penggunaan cek semata-mata, pastinya akan melancarkan urusan berkaitan dengan pengeluaran dan pembayaran mengikut teknologi semasa. Walaupun begitu, saya berkeyakinan proses kelulusan pengeluaran memerlukan pengesahan lebih daripada seorang, seperti amalan biasa dalam urusan perbankan. Manakala, pindaan seksyen 34 yang memperincikan perihal kelulusan “Had untuk berkontrak” bagi nilaian bawah RM10 juta, keputusan kontrak tidak memerlukan kelulusan Menteri, manakala kontrak yang bernilai lebih daripada RM10 juta memerlukan kelulusan Menteri. Pindaan kepada kedua-dua seksyen ini memberikan kebebasan kepada suruhanjaya untuk merancang dan membuat tindakan khusus bagi perkara-perkara penting dan segera. Namun, saya berpandangan perlu ada mekanisme kawalan dalam kelulusan peringkat suruhanjaya dan pemantauan secara berkala terhadap dokumen kontrak yang

diberikan kelulusan. Dengan pindaan seksyen 34 ini, diharapkan pihak SPAN dapat meneliti dan merancang bagi menyelesaikan masalah-masalah yang telah lama berlarutan di suatu kawasan.

Contohnya, ada rumah pam dan loji rawatan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik disebabkan masalah teknikal seperti pam rosak dan perlu diganti baru. Masalah seperti ini mungkin memerlukan bajet yang kecil dan diharapkan dapat diuruskan oleh pihak SPAN dengan lebih efisien selepas ini. Tan Sri Yang di-Pertua, akhirnya rakyat melihat apa yang kita bahas dan bincang di dalam Dewan ini, perubahan RUU ini tidak bermakna jika rakyat balik ke rumah masing- masing dan buka paip, airnya tiada. Namun, kepada Menteri, lihatlah masalah air ini untuk keseluruhan negeri. Bantulah rakyat atas jawatan yang telah diamanahkan tanpa pilih kasih. Kepada pengurusan suruhanjaya, jadikanlah pindaan ini sebagai pemangkin untuk berkhidmat dengan lebih komited serta berdedikasi. Tan Sri Yang di-Pertua, Kuantan menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Rasah.

Tan Sri Speaker, Rasah dah bertukar dengan Bentong.

Tuan Yang di-Pertua

Oh, tidak dimaklumkan.

Oh. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Dah maklum pada SUDR dah.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa tadi?

Dah maklum pada...

Tuan Yang di-Pertua

Bentong?

Bentong. Ya, Bentong.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

Baik, terima kasih.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Speaker, Bentong ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang membahaskan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun Akta 654 pada hari ini. Pindaan-pindaan yang dibuat, yang memansuhkan kuasa Menteri dalam membuat keputusan untuk suruhanjaya ini dilihat sebagai satu reformasi bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan di dalam SPAN ini dapat dilakukan dengan cekap, telus dan lebih baik. Namun, saya juga bersetuju bahawa pemantauan berkala diperlukan untuk memastikan ia berjalan dengan baik dan tiada korupsi dan sebagainya. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk membangkitkan beberapa isu yang melibatkan isu-isu bekalan air di Pahang yang diharapkan mendapat perhatian daripada pihak SPAN. Yang pertama iaitu loji air di Bentong kerap kali mengalami gangguan air keruh apabila hujan lebat. Ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk. Seterusnya, simpanan kapasiti bekalan air terawat juga semakin rendah berbanding permohonan baru. Sekiranya berlaku gangguan bekalan air, air akan terus terputus tanpa ada rizab. Risiko margin simpanan air rendah menyebabkan lebih luas kawasan akan terjejas jika bekalan terputus. Dan yang seterusnya iaitu terdapat juga isu kedalaman air sungai di muka sauk ataupun intake.

Tan Sri Yang di-Pertua, melihat kepada semua permasalahan ini, saya meminta SPAN melakukan kajian terperinci terhadap infrastruktur bekalan air di seluruh kawasan di Malaysia termasuk unjuran permintaan penggunaan air dalam jangka masa sederhana. Kalau kita nak tunggu pelaksanaan Transformasi Sektor Air 2024-2040, ianya terlalu lama. Kalau boleh, saya juga ingin membangkitkan satu perkara yang menimbulkan kekeliruan dalam satu lagi akta yang berkaitan dengan SPAN iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air. Dalam akta tersebut, SPAN tidak menyatakan dengan tepat bahawa setiap pengalihan meter atau tiang meter pengguna memerlukan notis diberi kepada pengguna, jika sekiranya water operator merasakan ada keperluan untuk dialihkan ke lokasi yang dirasakan selamat ataupun sesuai. Jadi, selain bekalan air, saya juga nak membangkitkan isu pembetungan kerana ia adalah isu yang sangat penting juga. Selain menjadi sumber rawatan air terawat, pembetungan yang baik juga dapat mengelakkan pencemaran terhadap sumber air bersih. Setakat ini, pengendali sistem pembetungan awam Indah Water Kosortium (IWK) Sdn Bhd telah melakukan kerja mereka dengan baik. Namun, operasi mereka banyak dibantu oleh pihak kerajaan kerana operasi yang tinggi, namun caj perkhidmatan yang rendah. Sehingga akhir 2019, kerajaan telah memberikan subsidi berjumlah 2.68 bilion kepada IWK. Kos operasi tersebut akan terus meningkat setiap tahun. Pemberian subsidi pula tidak dapat bertahan selama-lamanya. Sudah tentu jalan mudah adalah menaikkan caj perkhidmatan. Namun, apakah ada cara lain untuk dipertimbangkan bagi memastikan sistem pembetungan ini terus berfungsi dengan baik? Apabila bercakap mengenai perkhidmatan pembetungan, kerajaan sering memberi fokus kepada liputan perkhidmatan pembetungan di bandar-bandar utama. Contohnya, ingin meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan kepada 98 peratus menjelang 2025. Perhatian ini perlu diberikan kepada kawasan luar bandar yang sebenarnya lebih dekat dengan sumber air bersih. Ramai orang awam juga tidak menyedari bahawa pengabaian penjagaan tangki septik turut menjadi penyumbang kepada pencemaran sumber air ini. Dilaporkan bahawa tidak sampai 10 peratus daripada 1.3 juta tangki septik individu di negara ini mendapatkan perkhidmatan IWK untuk mengosongkan tangki mereka. Tan Sri Speaker, diharapkan pihak SPAN dapat melihat bagaimana kesedaran kita sebagai rakyat tentang isu pembetungan ini dapat ditingkatkan lagi. Akhir kata daripada Bentong, Bentong menyokong setiap pindaan ini dan mengharap ia dapat membantu SPAN sebagai sebuah organisasi yang penting untuk kehidupan rakyat Malaysia untuk berfungsi dengan lebih cekap, telus dan baik. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Pagoh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk membahaskan pindaan pada rang undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air. Saya ingin menarik perhatian Dewan pada statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setakat 2020 yang menunjukkan kira-kira 96.9 peratus populasi rakyat Malaysia di Semenanjung dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan menikmati bekalan air bersih dan dirawat. Namun, secara perbandingannya, dari jumlah ini, sebagai contoh, hanya 71.7 peratus daripada 1.7 juta penduduk Kelantan mendapat akses bekalan air bersih dan berkualiti untuk menjadikan negeri itu mempunyai peratusan agak yang terendah dari segi akses kepada air bersih. Masalah bekalan air ini juga membelenggu penduduk-penduduk di negeri-negeri yang lain. Insiden gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri yang dianggap maju sekarang ini seperti di Selangor, di Lembah Klang, malahan di

sekitaran kawasan di Kuala Lumpur ini sudah pun menghadapi masalah gangguan bekalan air bukan sekali, tetapi mungkin dalam tempoh dua tiga minggu sekali. Insiden kekurangan dan juga gangguan bekalan air biasa ini berlaku akibat peningkatan penduduk dan juga keperluan industri. Namun, soalnya, apakah persediaan dan tindakan proaktif segera Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri untuk menjamin bahawa rakyat tidak terus berhadapan dengan isu ini? Apakah pula pelan jangka panjang kerajaan dalam nak memastikan akses kepada bekalan air bersih dan terawat ini tidak menjadi masalah yang terus menghantui penduduk dan industri di kawasan-kawasan seluruh negara? Bagi saya, pindaan yang hendak dilakukan ini merupakan usaha yang baik ke arah untuk mengurangkan karenah birokrasi. Namun, tumpuan yang perlu diberikan pada cara menambah baik kecekapan pengurusan air dan juga liputan kemudahan bekalan air kepada segenap lapisan masyarakat tanpa memberikan layanan yang berbeza di antara negeri. Kerajaan Pusat harus bersikap adil dalam soal penyediaan utiliti asas secara cekap dan berterusan kerana setiap rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk menjalani kehidupan yang selesa. Dalam konteks ini, saya menggesa Kerajaan Pusat melihat kayu ukur kemiskinan dari perspektif yang lebih luas. Sejak sekian lama, negara kita mengukur kemiskinan dengan menggunakan garis pendapatan tanpa mengira akses air bersih sebagai salah satu indikator kemiskinan seperti takrifan oleh pihak Bank Dunia. Apa gunanya jika rakyat mendapat bantuan wang semata-mata tetapi dinafikan hak asasi mereka untuk mendapat bekalan air bersih dan terawat? Jika kerajaan dapat meningkatkan dan mengoptimumkan kemampuan data raya yang berdasarkan kepada kayu ukur kemiskinan air ini, maka usaha untuk menambah baik akses bekalan air akan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan teratur. Ini seharusnya menjadi anjakan fungsi SPAN sebagai sebuah entiti yang bertanggungjawab menjamin akses bekalan air yang menyeluruh, berkualiti dan selamat untuk buat semua pengguna. SPAN, Yang di-Pertua, telah pun ditubuhkan hampir 17 tahun lamanya, tetapi masalah masih berlaku. Secara purata penggunaan air per kapita harian oleh rakyat Malaysia ini adalah tinggi iaitu 201 liter setiap orang sehari berbanding 165 liter mengikut saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jadi sebab itu, ini adalah satu cabaran yang besar kepada kerajaan negeri dan pusat untuk menampung kapasiti penggunaan air di sebalik keterbatasan kewangan kerajaan negeri. Tuan di-Pertua, soal aspek pengurusan bekalan air secara komprehensif dan komitmen untuk mengangkat agenda mentransformasi sektor air ini telah pun digariskan dalam Pelan Transformasi Sektor Air 2040 ataupun WST2040 dan untuk nak memastikan keberkesanan pengurusan sumber air, sistem pemantauan bersepadu antara kerajaan negeri dan juga pusat diperkasakan dan sebagai usaha untuk memastikan kelestarian sumber air menerusi SPAN, harus juga mempergiatkan proses pembesaran dan menaik taraf loji air di seluruh negara. Satu perkara yang akhir Tan Sri Yang di-Pertua ialah tentang isu kadar air tidak terhasil ataupun NRW yang telah pun disebutkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Di sini, saya dimaklumkan 37.2 peratus NRW ataupun hampir tujuh juta liter sehari dibazirkan dengan anggaran kerugian mencecah RM2 bilion setahun. Oleh sebab itu, penting bagi pihak SPAN bersama kerajaan negeri dan juga Persekutuan menggariskan satu tindakan jangka sederhana dan panjang bagaimanakah isu NRW ini nak diuruskan supaya dalam tempoh yang tidak terlalu lama, situasi bekalan air di negara kita ini dapat diperbaiki. Sekali lagi, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pihak SPAN yang saya kira telah mengambil banyak inisiatif untuk memperbaiki sistem kawal selia air. Tapi, saya harap langkah-langkah seterusnya dengan pindaan yang ada dibuat di Parlimen pada hari ini, keadaannya akan bertambah baik di masa-masa yang akan datang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Suruhanjaya Air Negara (Pindaan) 2023 pada petang ini. Kita semua tahu bahawa air merupakan satu keperluan asas dan merupakan nadi kepada kehidupan. Semua orang perlukan air. Seingat saya, 40 tahun dulu bekalan air yang kita terima ini, kita boleh minum tepi jalan. Kepala paip air tepi jalan tu kita boleh minum. Itulah menunjukkan betapa bersihnya air yang kita perolehi, 40 atau 50 tahun dahulu. Dan keperluan air ini akan terus mendesak dengan pertambahan penduduk dalam negara kita ini. Tan Sri Yang di-Pertua, kita Malaysia ini menerima limpahan air yang sangat banyak. Hujan turun hampir setiap hari. Kalau tidak setiap hari mungkin setiap minggu. Malah, hujan ini juga menyebabkan berlakunya banjir di beberapa tempat dan perubahan iklim ini juga menyebabkan perubahan-perubahan ini menjadikan pengurusan air dalam negara ini menjadi suatu perkara yang semakin mencabar daripada masa ke semasa. Dan sebab itulah, saya yakin bahawa pindaan kepada akta SPAN ini dilakukan tepat pada masanya. Sudah tentu ia bertujuan untuk memastikan bahawa kecekapan dan keberkesanan pengurusan ketersediaan bekalan air ini dapat mengatasi keperluan yang semakin diperlukan oleh negara kita. Namun, saya ingin juga menyatakan beberapa persoalan apabila seolah-olahnya akta ini memberikan kuasa yang lebih kepada SPAN dan mengambil kuasa daripada kementerian ataupun daripada Menteri, terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan kewangan. Oleh kerana itu, saya ingin bertanya apakah rasional-rasional yang secara terperinci dan tepat yang dilakukan oleh kementerian untuk mengubah akta yang ada pada hari ini tanpa saya menidakkan keperluan untuk melakukan had untuk berkontrak sepertimana yang disebutkan dalam pindaan seksyen 34. Saya rasa ada keperluan ini untuk memberikan kuasa yang lebih kepada SPAN untuk berbelanja bagi tujuan-tujuan ataupun keperluan semasa yang mendesak tanpa melalui suatu birokrasi kementerian ataupun melalui Menteri seperti mana yang diamalkan sekarang ini. Namun, jumlah itu perlu dijelaskan kenapa RM10 juta dan kenapa RM50 juta dan sebagainya supaya ianya berkadar dengan keperluan yang diperlukan oleh SPAN. Tan Sri Yang di-Pertua, saya daripada Selangor, Shah Alam berasal daripada Sabak Bernam. Alhamdulillah, Selangor ini walaupun telah meningkat kepada tujuh juta penduduk, ramai juga yang datang daripada luar tetapi kita mempunyai bekalan air yang mencukupi. Hanya yang selalu digembar-gemburkan di dalam media ataupun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, seolah-olahnya Selangor ini menghadapi masalah bekalan air yang sangat meruncing. Sebenarnya Yang di-Pertua, ada dua isu yang utama. Satu, NRW iaitu air yang tidak berhasil disebabkan oleh kebocoran, ketirisan disebabkan oleh paip yang terlalu usang yang sudah berusia 40 hingga 50 tahun. Yang keduanya adalah disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di sungai-sungai yang mengalir, yang diperlukan sebelum ianya dirawat di loji-loji rawatan air di Selangor ini. Sekiranya SPAN...

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Minta laluan sedikit Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Terima kasih Shah Alam. Saya ingin mencelah sedikit berkaitan dengan paip yang bocor ini, saya nak berkongsilah pengalaman sikit. Sebenarnya di Putrajaya itu pun kalau air kita tak filter, dia punya air tu colour dia macam air Nescafe, kaw. Jadi, sebenarnya perkara yang dibangkitkan oleh Shah Alam ini adalah satu benda yang pernah kita kata itu Putrajaya, kita belum tanya lagi kawasan-kawasan lain dekat Tebedu kah dan sebagainya. Jadi, kena tengok jugalah SPAN untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan terutamanya berkaitan dengan maintenance paip-paip lama ni, terima kasih.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tenggara. Saya sangat bersetuju kerana sebab itulah saya sentuh tentang pencemaran ini. Selain daripada kebocoran air itu menjadi air yang teh kaw itu. Tetapi oleh kerana pencemaran- pencemaran ini berlaku, yang tidak serius pun menyebabkan loji-loji air ini terpaksa menambah kandungan kimia untuk nak merawat air itu. Sehinggakan kita tidak boleh lagi menikmati paip-paip air yang boleh kita minum sebagaimana kecil dulu di tepi jalan. Sekarang ini terpaksa beli filter, tak cukup dengan water filter di tepi gate, masuk dalam rumah dekat pantry pun kena lagi pakai. Jadi, inilah kualiti air yang ada pada sekarang ini dan sebab itulah dua perkara ini. Saya yakin Tan Sri Yang di-Pertua, sekiranya kementerian, SPAN dan juga pengendali-pengendali air di negeri ini dapat bekerjasama memastikan adanya perancangan yang sistematik dan tersusun untuk nak memulihkan paip-paip air yang usang ini dapat dilaksanakan. Tidak boleh tunggu lagi, mesti ada milestone. Daripada sekarang ini, mesti dimulakan. Yang keduanya ialah tentang pencemaran air ini, saya inginkan penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah sebenarnya mereka yang telah pun didakwa yang menyebabkan pencemaran-pencemaran air ini berlaku. Didakwa dan dikenal pasti didakwa dan telah pun dijatuhkan hukuman. Sekiranya perkara ini dapat kita uar-uarkan, berikan kesedaran kepada masyarakat, insya-Allah saya yakin masyarakat akan lebih bertanggungjawab untuk memastikan ketersediaan bekalan air dalam negara kita ini. Selain daripada itu, yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua ialah kita sebenarnya sebagaimana disebut oleh beberapa orang Ahli Parlimen tadi, kita sebenarnya menggunakan bekalan air yang sangat tinggi, 233 liter per kapita berbanding dengan 165 liter yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jadi, apakah langkah- langkah yang telah pun ataupun akan dilakukan oleh kementerian dan SPAN untuk memberikan insentif ataupun mendidik masyarakat kita ini supaya menggunakan air ini secara berhemah kerana kita tahu cabaran di masa akan datang akan lebih mendesak lagi.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya menyokong pindaan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Pengkalan Chepa.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingatkan sebagaimana dimomokkan, Kelantan sahaja air macam teh beng kaw tadi. Rupanya disahkan oleh Tenggara dan juga Shah Alam tadi, tempat lain pun sama. Jadi, dalam soal ini, kita tidak perlu bermain politiklah. Ini adalah masalah universal yang perlu diselesaikan secara tulus ikhlas daripada pihak yang berkuasa. Tuan Yang di-Pertua, SPAN berfungsi sebagai Jabatan Kawal Selia Air dan Pembetungan memberi lesen, permit dan juga tarif, memantau kualiti air, mengaudit operasi dan mengkaji serta menilai projek memperbaiki perkhidmatan perbekalan air negara. SPAN juga bertanggungjawab memastikan perkhidmatan yang diberikan selari dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020 – 2030, di mana ia menyasarkan kadar air terhasil sebanyak 20 peratus menjelang– Kadar air tidak terhasil sebanyak 20 peratus menjelang 2030. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah memperuntukkan sebelum daripada ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak 1.9 bilion bagi mengurangkan kehilangan air yang berpunca daripada kebocoran dalam pengagihan dan limpahan pada takungan perkhidmatan. Pada tahun 2021, negara telah mencatatkan kadar air tidak terawat sebanyak 33.4 peratus iaitu penurunan sebanyak 0.4 peratus, berbanding tahun sebelum daripadanya. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 17 menyatakan suruhanjaya boleh melantik mana- mana pekerja suruhanjaya untuk melaksanakan mana-mana fungsi dan kuasanya. Melalui pindaan ini, wakil suruhanjaya berupaya menguatkuasakan undang-undang

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Namun, tidak berhak membuat perundangan subsidiari. Pertambahan wakil suruhanjaya dalam menguat kuasa undang-undang ini sangat penting bagi memastikan kemapanan jangka panjang kualiti bekalan air yang akan sampai kepada pengguna. Setakat tahun 2021, ada empat insiden pencemaran air telah dikenal pasti, di mana melibatkan penutupan loji rawatan air, seterusnya mengakibatkan bekalan air terawat terganggu. Antara lojinya, LRA Sungai Keratong, LRA Sungai Semenyih, Selangor. Dengan adanya lebih banyak pegawai penguat kuasa, diharapkan ia bukan sahaja dapat memperkasa pentadbiran dan pengurusan air, ia juga berfungsi memantau serta menguat kuasa undang-undang secara lebih proaktif dan insiden yang berlaku, sebagaimana yang berlaku pencemaran di Sungai Kim Kim, Johor, pantai Tanjung Sepat, air Taman Industri Alam Jaya dan lain-lain tempat dapat diselesaikan melalui proses undang-undang yang lebih efisien. Saya amat menyokong pindaan seksyen 23, di mana suruhanjaya boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya tanpa perlu campur tangan daripada pihak Menteri. Ini pentingnya pelantikan pekerja yang dilantik bagi menjalankan fungsi tanggungjawab sesuai dengan aspirasi SPAN itu sendiri. Saya sudah rasa sampai masanya kerajaan memberi sepenuh kepercayaan kepada SPAN untuk menguruskan hal ehwal dan pentadbiran air selari dengan Pelan Keselamatan Air (WSP). Yang saya peliknya, usul ini daripada kerajaan, pindaan ini tetapi sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen yang berucap daripada kerajaan tadi, seakan tidak menyokong dan mempertikaikan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 31 meminda tata kelola membuka dan menyelenggarakan, menguruskan akaun bank di mana sebelum ini, suruhanjaya perlu berunding dengan Menteri bagi tiap-tiap akaun yang hendak dikendalikan. Perkara ini dilihat sebagai salah satu langkah yang baik dengan memberi kebebasan kepada suruhanjaya menguruskan akaunnya sendiri tanpa campur tangan daripada Menteri. Selagi mana suruhanjaya tersebut menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan berintegriti, sudah pasti prestasi perkhidmatan bekalan air negara dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Namun begitu, saya ingin menyentuh juga berkaitan seksyen 30(4), di mana suruhanjaya boleh mengemukakan anggaran perbelanjaan tahunan kepada Menteri bagi meningkatkan prestasi SPAN. Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Dato' Ahmad Faizal Abdul Rahman menyatakan bahawa sistem perpaipan negara berada pada kondisi yang sangat uzur, di mana ia telah berusia sebagaimana yang disebutkan oleh Shah Alam tadi, 40 tahun, 30 tahun. Kondisi paip uzur menjadi punca air tidak terhasil (NRW) yang tinggi dan mengakibatkan kerugian yang disebutkan oleh Pagoh tadi hampir dua bilion setiap tahun. Malah Kerajaan Kelantan juga, salah sebuah negeri yang terkesan apabila paip uzur tidak ditukar dan dibaik pulih mengikut masa yang ditetapkan dan kerajaan sebelum ini, Kerajaan Pusat, meluluskan peruntukan sebanyak 218 juta untuk membaik pulih sistem perpaipan negeri dengan menukar paip uzur sepanjang 400 kilometer. Namun begitu, ingin saya sebutkan sebagai wakil daripada Kelantan, Kelantan masih memerlukan peruntukan untuk menukar sebanyak empat ribu kilometer paip air dan kerja-kerja membaik pulih ini perlu dilakukan secara berperingkat, selagi mana kerajaan masih melaksanakan iltizam serta semangat federalisme yang difahami. Saya dukacita apabila pihak negeri mengangkat anggaran peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan paip-paip yang lama ini, disindir bahawa lebai-lebai ini kalau minta peruntukan, banyak. Ini ada orang bercakap begitu, yang tak sepatutnya. Untuk pengetahuan umum, 30 peratus sistem perpaipan negara menggunakan paip jenis asbestos simen. Paip jenis ini mempunyai jangka hayat 30 tahun sahaja, Yang di-Pertua. Bayangkan jika paip sedia ada sudah berusia 30 hingga 40 tahun, pastinya sistem perpaipan sedia ada perlu ditukar dengan paip yang baharu dan jika kadar air tidak terhasil dalam negara akan meningkatkan, meningkat disebabkan air bersih yang tidak sampai kepada pengguna.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Bukankah ini satu perkara yang sangat merugikan? Dan oleh itu, pentingnya kerajaan mendengar rekomendasi suruhanjaya dalam merangka bajet pembangunan bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan air negara. Terima kasih Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam membincangkan usul pindaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2023 ini. Tan Sri Speaker, seperti yang kita tahu, Akta 654 ini ya adalah untuk tujuan untuk kita tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya SPAN ya diberi kuasa untuk mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dengan adil, berkesan dan telus. Jadi, saya nak kongsi pengalaman saya dengan SPAN. Sebelum itu saya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh. Saya pernah hadapi masalah di kawasan saya, ada orang buang air sisa industri secara haram dan saya maklum kepada SPAN. Mereka mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Dalam masa yang singkat, mereka datang ke Melaka, buat siasatan, selesai masalah dan mereka dapat cari punca mana satu kilang yang tidak bertanggungjawab. Saya nak beri puji ya, kepada SPAN. Dan hari ini kita lihat tujuan pindaan ini ialah untuk memperkasakan fungsi dan tadbir urus SPAN. Jadi, saya lihat kepada pindaan ini, saya tak nampak tentang bagaimana kita nak berikan kuasa yang lebih kepada SPAN untuk mereka jalankan tugas mereka. Kenapa saya kata begitu? Ini adalah kerana SPAN tugas mereka untuk memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air adalah di tahap yang tinggi dan juga SPAN memantau pengendali supaya mereka mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan. Jadi, ini fungsi yang penting. Tetapi SPAN hari ini mereka berhadapan dengan pengendali industri itu ialah mereka daripada anak syarikat ataupun syarikat berkanun daripada kerajaan negeri. Saya nak berikan dua contoh. Yang pertama, Syarikat Air Melaka Berhad. Baru-baru ini, Syarikat Air Melaka Berhad, mereka keluarkan satu peraturan yang baru kepada semua kontraktor yang tolong pasang meter dan kontraktor mereka tidak puas hati dengan apa yang di, yang didasarkan oleh Syarikat Air Melaka itu. Dan mereka buat aduan kepada saya, buat aduan kepada SPAN. SPAN ambil tindakan dengan cepat, berkesan dan SPAN balas surat kepada saya mengatakan memang betul, [Merujuk kepada senaskhah dokumen] Syarikat Air Melaka Berhad tidak mematuhi undang-undang dan SPAN minta supaya Syarikat Air Melaka Berhad hentikan apa yang mereka yang laku yang salah itu.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tetapi apa yang berlaku, Syarikat Air Melaka Berhad tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh SPAN. Mereka enggan mengikut arahan daripada SPAN. Jadi, soalan saya ialah bagaimana kita memastikan supaya anak-anak syarikat kerajaan negeri atau badan berkanun negeri dengar nasihat daripada SPAN? Sebab SPAN adalah profesional dalam bidang ini. Mereka sepatutnya dengar tapi Syarikat Air Melaka enggan dengar. Antaranya ialah di mana Syarikat Air Melaka mengenakan caj kepada pemilik premis yang hendak membuat penyambungan, termasuk caj berjumlah RM250. Di mana mengikut SPAN, Syarikat Air Melaka Berhad tidak ada punca kuasa untuk mengutip RM250 itu dan mereka minta mereka henti. Jangan kutip tapi syarikat air masih kutip. Jadi dalam hal ini, bagaimana kita nak bantu SPAN untuk mengatasi masalah sedemikian? Dan juga, Syarikat Air Melaka kata pemilik yang nak pasang meter baru, bukan mereka yang pilih yang kontraktor tetapi Syarikat Air Melaka yang akan tolong mereka pilih kontraktor. Jadi, ini tidak betul. Dan SPAN pun beritahu kepada Syarikat Air Melaka bahawa mereka tidak betul tapi mereka enggan dengar cakap SPAN. Jadi, saya

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

harap supaya Menteri dapat ambil berat tentang ini supaya ada satu mekanisme untuk tegur syarikat kerajaan negeri. Point yang kedua, Tan Sri Speaker. Air ini adalah penting untuk kita semua. Kita makan, minum, mandi, pergi bilik air, kita perlukan air. Bayangkan kalau satu hari tak ada air. Bagaimana susahnya kita hidup? Tan Sri Speaker, semalam kita bersidang sampai pukul 8.00 malam. Saya balik ke hotel saya. Itu adalah five-star hotel. Tak ada air. Langsung tak ada air. Jadi saya tanya, apa sudah berlaku? Mereka kata kerana kerja pembaikan, penyelenggaraan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat telah menyebabkan ada gangguan air. Saya faham. Saya kata, okey. Saya pun gunakan air mineral gosok gigi, lap muka, tidur sahaja. Saya harap pagi ini bila saya bangun, ada air. Saya bangun pukul 7.00 pagi, tak ada air. Saya pergi ke kaunter, tanya. Apa sudah berlaku? Di tepi saya adalah pelancong daripada negara asing. Mereka juga mengadu, kata tak ada air. Five-star hotel. Penuh dengan pelancong asing. Ramai yang pergi sana, tak ada air.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat, boleh mencelah sikit?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi saya tanya, apa sudah berlaku?

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat, nak tanya, nak tanya Yang Berhormat sikit.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Nampaknya apa yang apa yang berlaku ialah begitu. Air Selangor itu...

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat sebut tadi itu dekat Kuala Lumpur ke dekat Kota Bharu?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Dekat Kuala Lumpur.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Okey, okey, okey. Terima kasih, terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Kelantan itu nanti saya akan datang. Jangan risau. Di Kuala Lumpur, itu five-star hotel ya. Saya tanya, apa sudah berlaku? Kononnya, Air Selangor memang ada umum kepada semua kawasan yang terjejas kerana mereka nak buat kerja naik taraf ini. Pada hujung September dah maklumlah kepada semua tempat yang akan terkesan. Tetapi hotel yang saya tinggal itu, tidak terkandung dalam kawasan yang terjejas, tidak. Sebab itu hotel itu tidak ada buat persiapan untuk simpan air. Ertinya, kawasan itu tidak sepatutnya terjejas tetapi mereka terjejas. Pada masa yang sama, ada tempat yang dimaklumkan akan terjejas, ada air. Kawasan yang dimaklumkan akan terjejas, mereka semua simpan air lah tapi tak guna air itu. Tapi kawasan yang saya tinggal itu, hotel five-star itu tidak sepatutnya terjejas, terjejas, tak ada air. Dan Air Selangor kata kerja-naik taraf ini bermula daripada 10 hari bulan jam 9.00 pagi. Dijangka siap Khamis, hari inilah, 12.00 petang. Tapi saya baru saja masuk ke laman web rasmi Air Selangor. Dia kata hanya akan siap esok, Jumaat pagi pukul 6.00. Saya doalah supaya dia akan siap. Kalau tidak nanti, dua hari tak ada mandi. Jadi dalam hal ini, itulah sebab saya kata SPAN perlu diberikan kuasa yang secukupnya untuk mereka kawal. Air Selangor sudah janji mereka boleh siap Khamis pukul 12.00 petang. Kenapa sekarang nak lanjut sehingga esok? Jadi, mesti ada orang ya kawal mereka. Akhir sekali, point yang terakhir. Kita sering dengar di Kelantan hadapi masalah air yang keruh macam milo. Dan jawapan yang diberi oleh Kerajaan Kelantan ialah minta rakyat mereka sendiri gali perigi untuk dapatkan air. Jadi dalam bab ini, barangkali Menteri boleh terangkan kepada kita...

Siapa yang bagi tahu itu? Jangan buat tuduhan. Ini tuduhan jahat ini.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat, rujukan mana ini? Ini sangkaan jahat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ini bukan sangkaan jahat ya.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tarik balik. Mana kenyataan? Show me the letter, tengok mana?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tan Sri Speaker, waktu– saya boleh jawab, saya boleh jawab ya. Waktu pilihan raya enam negeri...

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Mana bukti? Kenyataan dari siapa?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu kata, “Masalah air di Kelantan bukan masalah besar. Kalau air kotor ke, tak ada air ke, gali saja. Buat perigi, angkat air dari perigi.”

Buat balik luar Dewan, dia boleh saman Yang Berhormat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi, saya nak tanya kepada Menteri. Apa sudah terjadi? Saya percaya Kerajaan Pusat ingin bantu Kerajaan Kelantan. Barangkali ada sesuatu yang tak kena. Mungkin Menteri boleh terang kepada kita. Kenapa Kelantan di bawah pemerintahan PAS begitu lama, masalah air ini masih lagi tak boleh selesai? Dengan itu, sekian, terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, landing. Baik. Saya jemput Parit.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat tak mandi lagi itu. Balik mandi dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Parit. Ya, silakan.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 atau Akta 654. Air merupakan sumber yang berharga dan sangat penting untuk mengekalkan kehidupan dan memajukan pembangunan ekonomi. Di Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memainkan peranan penting dalam memastikan penyediaan perkhidmatan air yang efisien, adil dan mapan. Allah SWT menjadikan muka bumi kita ini dengan keluasan hampir 70 peratus merangkumi air. Hal ini menandakan air ini sebagai bahan utama untuk meneruskan sebuah kehidupan yang harmoni dan selesa. Ada beberapa nas ayat Al-Qur’an yang menunjukkan kepentingan air yang wajib diuruskan dengan sebaik mungkin. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya, Ayat 30 [Membaca sepotong ayat Al-Qu'ran] “Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup.” Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada RUU ini, difahamkan bahawa daripada pindaan ini, bahawa tempoh pemegang jawatan anggota suruhanjaya daripada lima tempoh dipinda kepada tiga tempoh. Soalan saya, apakah signifikan terhadap pemendekan pemegang jawatan ini? Adakah bagi mengelakkan berlaku nepotisme atau korupsi atau sebagainya? Selain itu, saya juga mendapat tahu bahawa dengan pindaan yang dicadangkan ini, suruhanjaya boleh memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja suruhanjaya di bawah seksyen 24, Akta 654 tanpa kelulusan Menteri. Saya memuji inisiatif ini dan berharap bahawa usaha ini akan berterusan. Soalan saya, sudah wujud berapakah jumlah biasiswa dan pinjaman yang diusahakan, diberikan kepada pekerja-pekerja? Di samping itu, saya mendapat tahu bahawa fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 35, Akta 654 bagi membolehkan suruhanjaya untuk menentukan tatacara kewangan tanpa kelulusan Menteri. Soalan saya, adakah wujud pemantauan mahupun audit dari kementerian dari masa ke semasa terhadap tatacara kewangan suruhanjaya ini bagi mengelakkan penyelewengan?

Akhir sekali, saya ingin mengajukan beberapa soalan di luar daripada pindaan ini untuk mendapat pencerahan. Pertama, bagaimana SPAN memastikan kelestarian pengurusan sumber air di Malaysia, terutama mengenai isu-isu seperti pengeksploitasian sumber air dan pemeliharaan alam sekitar? Yang kedua soalan saya, bagaimana SPAN mengurangkan pembaziran air atau menggalakkan rakyat mengelakkan pembaziran air dan menggalakkan penggunaan air yang lebih efisien dari kalangan penduduk Malaysia?

Soalan saya yang ketiga, apakah pelan inisiatif masa depan SPAN dalam membangunkan teknologi baru atau inovasi dalam sektor perkhidmatan air Malaysia? Yang keempat, bagaimana SPAN merancang untuk menghadapi cabaran masa depan seperti perubahan iklim dan tekanan terhadap bekalan air? Yang kelima, soalan saya sejauh manakah elemen pengawal seliaan dan penguatkuasaan dalam SPAN benar- benar mencapai objektif sehingga hari ini? Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon pencerahan dan mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahas RUU meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri dan Timbalan kerana duduk di sini untuk dengar semua perbahasan yang dibawa oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin membawa isu besar iaitu sekuriti air atau water security untuk negara kita. Walaupun Malaysia diberkati dengan jumlah air hujan, sungai yang besar dan juga – dan dengan pelbagai sumber air yang mencukupi tetapi saya ingin menarik perhatian kepada Menteri dan juga Timbalan Menteri bahawa satu laporan daripada SPAN pada tahun 2020 yang menunjukkan bahawa sebenarnya Malaysia mempunyai masalah water reserve margin yang sangat rendah. Sangat rendah, terutamanya di enam negeri. Negeri Johor hanya margin of 11.3 percent, Sabah 8.3 peratus, Perlis 7.1 peratus, Selangor hanya 1.5 peratus margin, Kelantan -0.2 peratus bermaksud bahawa Kelantan tidak mempunyai margin langsung untuk air, water reserve dan Kedah 2.3 percent. Ini bermaksud bahawa walaupun kita mempunyai air yang sangat – jumlah air yang banyak tetapi sebenarnya yang kita boleh di negeri-negeri tertentu tidak mempunyai air berlebihan untuk kegunaan rakyatnya. Apakah puncanya sebenarnya? Yang saya dapati, fahami adalah masalah pencemaran kepada sungai-sungai kita. Negara kita mempunyai sungai yang besar, panjang yang jumlah air yang banyak tetapi sungai kita dicemari dengan pembuangan. Sungai di ibarat sebagai sampah. Tempat buang sampah. Kilang melepaskan pelbagai pencemaran yang toksik ke dalam sungai. Rakyat kita sometimes yang tidak bertanggungjawab membuang segala sampah ke dalam sungai dan akhirnya kalau kita nampak bahawa apabila berlaku banjir, sungai kita penuh dengan sampah-sarap. Ini yang menyebabkan bahawa pencemaran ini menyebabkan sungai kita tidak boleh dipakai, tidak boleh dirawat, air yang di pam di negeri Selangor selalu berlaku pencemaran air yang akhirnya rakyat nak pam air tak dapat, ya. Jadi, saya ingin menarik satu perhatian kepada Menteri bahawa saya baru-baru ini melawat Kementerian Sumber Air di negeri China. Saya nampak bahawa apa yang mereka buat itu memang phenomenal, ya. Mereka betul-betul merawat pencemaran air at the source. Dia tidak melepaskan apa-apa pencemaran kepada sungai mereka dan mereka akhirnya sekarang kalau kita tengok sungai mereka kebanyakan bersih. Tak ada sampah-sarap yang saya lawati. Jadi, saya mohon supaya kementerian mengambil iktibar daripada tersebut. Kedua adalah sekuriti air di tiga negeri utara, ya. Kita tahu bahawa tiga negeri utara, Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis, kita bergantung almost 100 percent kepada Sungai Muda. Sungai Muda ini di ibarat sebagai the mother river of the Northen states,

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

adalah sungai ibu. Ya, sebab kenapa? Kedah bergantung 90 peratus kepada sumber air daripada Sungai Muda, Perlis 50 percent, Penang 80 peratus. Kalau kita tidak menjaga Sungai Muda dengan baik, maka air kita akan menghadap krisis air dan sekuriti air di negeri – di tiga negeri yang melibatkan lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia. Jadi, saya harap bahawa Menteri perlu interventions. Sekarang kita nampak bahawa pembalakan yang berleluasa di Ulu Muda, yang tidak jaga Muda basin – water basin. Kawasan tadahan air diberi pembalakan, diberi peluang untuk menanam pelbagai durian dan sebagainya. Akhirnya banjir. Sedikit banjir di Baling atau di Sik menyebabkan puluhan ratusan – minta maaf, jutaan rakyat di negeri Pulau Pinang dan Kedah sengsara. Jadi, that’s a collective responsibility. Saya tidak ingin hanya menuduh kepada Kerajaan Kedah saja. Sebenarnya yang menjadi mangsa juga rakyat Kedah dan juga orang Perlis dan Pulau Pinang. Jadi, saya harap bahawa Kerajaan Pusat boleh intervene untuk melaksanakan Muda River Basin Authority, ya. Muda River Basin Authority ini perlu dilaksanakan kerana kita nak harapkan Kerajaan Kedah itu dah tak boleh harap dah. Okey. Mereka dah gagal dah. Jadi, perlulah ada intervention, ya. Saya yang cakap yang benar. Okey. Yang Berhormat daripada Sik dan Baling pun tahu ada masalah besar tetapi tidak dapat di selesaikan.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat tak boleh kata tak boleh harap. Kena ada kerjasama Pusat dengan Negeri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya – itu sebab saya pun kata yang rakyat ini kita mahu...

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Jangan ada konotasi jahat bila berucap.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

....Kita mahu, kita mahu Kerajaan Pusat intervene kerana dah, dah berpuluh tahun kita harapkan sesuatu yang dilaksanakan, tidak dapat dilaksanakan. Jadi, akhir sekali saya mohon Menteri juga membantu Pulau Pinang kerana Pulau Pinang bergantung 80 peratus kepada Sungai Muda and this is very – is an issue of water security. Saya perlu kalau boleh Menteri dan Timbalan Menteri laksanakan projek Sungai Perak Raw Water Transfer Project. Ini betul-betul diperlukan kerana kita tahu bahawa sebenarnya Tan Sri Speaker, tahun 2020 we already maximize. Maksudnya tak ada air— kita projection of growth dan juga population dan juga keperluan industri. Air sudah maksimum. Tak dapat lagi. Perlu ada new water source daripada tempat lain. Tak ada tempat lain dah. Jadi, perlulah ada Sungai Perak Raw Water Transfer Project. Dan saya harap bahawa Menteri boleh laksanakan sebab negotiation stalled. Sudah lebih 15 tahun perbincangan dengan Kerajaan Perak tetapi tidak berlaku. Perlulah National Government iaitu Federal Government intervene untuk melaksanakan projek ini, barulah ada harapan untuk negeri Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang yang memerlukan air untuk survival. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Pokok Sena.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bahaskan beberapa dasar. Perkara dasar berkaitan dengan pindaan rang undang-undang ini. Pertamanya, Kedah tidak ada air tapi hanya ada ayaq. Cuma apa yang disebut oleh Bayan Baru tadi tak mau nak harap, tak boleh harap dah kepada Kedah tapi sepanjang kehidupan ini saya kira Pulau Pinang bergantung dengan Sungai Muda di Kedah. Jadi, harus diingat dan lebih berhati-hatilah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Selama ini banyak dah perbincangan yang dibuat dan disampaikan...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Pokok Sena, minta penjelasan sedikit saja. Saya kata tidak boleh harap kerana ada masalah yang tidak jaga tadahan air.

Saya, saya tak bagi laluan. Saya tak bagi laluan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kena ada the context. Jangan menuduh melulu, ya.

Saya tak bagi laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Bayan Baru. Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kita mahu bahawa yang— jangan salah baca.

Saya tak bagi laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Statement. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Okey. Tan Sri Speaker. Saya menyokong pindaan pada seksyen 34. Saya percaya pindaan ini dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang dirancang. Pertama, saya ingin bertanya mengenai pengagihan peruntukan RM1.7 bilion kepada projek pembetungan di seluruh negara yang dikemukakan dalam Rolling Plan Ketiga RMKe-12 baru-baru ini. Peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada usaha memodenkan infrastruktur pembetungan dalam negara serta dalam masa yang sama memastikan perkhidmatan sektor air dan pembetungan yang cekap. Apakah projek yang tersenarai dalam peruntukan tersebut? Itu soalan saya yang pertama. Yang kedua, saya difahamkan peruntukan yang disalurkan berjumlah RM239 juta kepada negeri Kedah bagi membangunkan sistem pembetungan melibatkan antaranya 28 loji kumbahan awam dan 16 loji kumbahan bagi premis kerajaan. Soalan saya, apakah status terkini projek-projek tersebut ketika ini dan bila jangkaan siap?

Yang ketiga, saya mengambil maklum antara tujuan Laporan Audit 2020 Siri 1, di mana pihak Laporan Ketua Audit Negara ada mengesyorkan beberapa perkara yang saya kira sangat mustahak untuk diteliti secara mendalam oleh pihak kementerian. Antaranya adalah soal penggubalan satu dasar pembetungan yang terperinci bagi menguruskan perkhidmatan pembetungan dan dasar ini akan menjadi satu garis panduan kepada penyediaan pelan pembentukan pembetungan yang lebih strategik di peringkat negeri. Soalan saya, apakah sudah ada usaha ke arah menyediakan satu dasar yang komprehensif dalam sektor ini dan apakah libat urus melibatkan negeri-negeri dilaksanakan oleh pihak kementerian? Yang keempat saya juga ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana status projek pembangunan sumber bekalan air alternatif khususnya air tebus guna yang akan digunakan oleh industri serta dalam masa yang sama membolehkan air terawat digunakan oleh pengguna untuk aktiviti seharian? Saya berpandangan langkah ini harus diteliti bagi mengurangkan penggunaan air yang tinggi selain memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk menikmati air terawat. Saya juga ingin mengetahui sejauh mana pihak kerajaan negeri turut dilibatkan dalam projek pembangunan sumber bekalan air tebus guna ini bagi menampung keperluan industri yang semakin berkembang. Yang terakhir, langkah SPAN memberi pinjaman dan biasiswa kepada pekerja adalah suatu langkah yang baik. Soal latihan profesional dan kompetensi tenaga-tenaga mahir dalam sektor air dan pembetungan wajar diberi perhatian. Saya ingin minta penjelasan, apakah kementerian mempunyai satu perancangan yang strategik ke arahnya sekira ia juga perkara yang perlu diambil perhatian kerana isu keselamatan air ini juga masih kritikal di setengah tempat dan memerlukan kepada perkhidmatan dan pengurusan yang cekap dalam mengendalikan krisis yang berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai perbahasan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 yang bertujuan untuk membuat pindaan terhadap akta induk Akta 654. Saya meneliti ada beberapa seksyen yang dipinda. Antaranya subseksyen 9(2) dalam akta induk yang dipinda untuk mengehadkan atau memendekkan tempoh perkhidmatan anggota suruhanjaya. Saya menyambut baik sebab biasanya ataupun kebiasaannya anggota suruhanjaya yang lain juga berkhidmat untuk enam tahun. Jadi, ini satu tambah baik yang saya rasa kita kena sokong. Yang kedua berkenaan dengan subseksyen 17(1) di bawah Akta 654 berkenaan dengan perwakilan kuasa daripada suruhanjaya yang asalnya hanya kepada pengerusi dan anggota suruhanjaya, sekarang ditambah dengan perkataan “mana-mana pekerja Suruhanjaya”. Saya rasa ia suatu tambah baik untuk melancarkan pentadbiran dan juga rutin ya, pentadbiran pengurusan SPAN. Cuma nak tanya, apakah level mana-mana pekerja di sini? Perlu ada takrifan yang bersesuaian. Saya yakin ia mungkin merujuk kepada pihak pengurusan tertinggi sahaja. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan apabila menggulung nanti. Perkara ketiga yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 23 dan seksyen 31 dalam akta induk 654 iaitu berkenaan dengan Suruhanjaya boleh menentukan syarat-syarat perkhidmatan yang ditawarkan dan juga berkenaan dengan buka atau selenggara akaun bank. Memang saya menyambut baik. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri yang berlapang dada untuk melepaskan kuasa tersebut. Kalau selama ni kuasa tersebut memang ada pada Menteri. Ini tanpa kelulusan Menteri pun boleh buka akaun dan sebagainya, sesuatu yang saya rasa perlu diberikan pujian dan disokong oleh semua pihak. Lepas tu ada satu seksyen baharu yang ditambah dimasukkan dalam akta ini iaitu hak eksklusif terhadap penggunaan lambang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Dikatakan satu kesalahan, sekiranya berlaku satu kesalahan boleh dihukum dengan tak melebihi RM100,000. Denda tak melebihi RM100,000 ataupun penjara tak melebihi lebih tiga tahun sekiranya ada kesalahan menggunakan lambang tersebut tanpa kelulusan bertulis daripada suruhanjaya itu sendiri. Saya nak tanya, apakah justifikasi terhadap ini. Dan sejak SPAN, suruhanjaya ini diwujudkan pada tahun 2006, berapa banyakkah cubaan ataupun kesalahan seumpama ini yang menyalahgunakan lambang SPAN tersebut telah dilaporkan ataupun direkodkan? Sebab saya nampak mesti ada satu penjelasan yang jelas berkenaan dengan perkara ini, kenapa ia dimasukkan. Jadi dan juga ada tak pengecualian sebab apa-apa general rule adalah kita kena ada satu pengecualian yang jelas. Macam mana dengan syarikat-syarikat air di peringkat negeri yang saya rasa patut diberikan peluang untuk menggunakan lambang ataupun simbol syarikat ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ini. Satu perkara yang saya nak sebutkan Dato’ Yang di-Pertua, kita menyokong. Keseluruhannya saya menyokong, saya menyambut baik pindaan yang kita, yang kerajaan bawa hari ini. Saya rasa ia satu yang amat dialu-alukan. Cuma saya nak tanya. Selepas pindaan ini diluluskan dan diwartakan kelak dalam masa terdekat, apakah manfaat ataupun tambah baik yang boleh dibawa dalam perkhidmatan air bersih, menyalurkan air bersih kepada pengguna. Saya rasa itu yang paling mustahak. Memang saya tahu kalau di Negeri Sembilan, tempat saya tu air tu tak ada air yang macam teh ‘O’ ke apalah. Air itu memang

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

air bersih, air yang memang mencapai standard. Cuma, macam mana kita boleh meningkatkan lagi ya, tahap kebersihan, tahap keselamatan air bersih yang kita bekalkan, kita salurkan kepada pengguna. Dan yang kedua saya rasa— saya mohon sebab ini di peringkat dasar adalah berkenaan dengan non-revenue water (NRW). Ini antara isu yang memang dari dulu lagi ya, dari dulu lagi berpuluh tahun kita hadapi banyak masalah NRW sebab paip bocor dan sebagainya. Banyak air terawat yang air bersih, yang sepatutnya boleh digunakan dibazir, ya. Hilang sebegitu yang menyebabkan kerugian kepada pihak operator air dan sebagainya. Jadi, apakah pandangan ataupun tindakan daripada SPAN sendiri ataupun kerajaan terhadap ini? Dan juga isu terakhir Dato’ Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan hubungan antara SPAN dengan semua operator air di Negeri Sembilan. Kalau di Negeri Sembilan tu Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Apakah hubungan tersebut dan boleh tak ada peningkatan hubungan untuk memastikan semua negeri dapat membekalkan air terawat bersih yang berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh negara? Itu saja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca selawat] Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) (Pindaan) 2023 pada petang ini. Setelah saya meneliti pindaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air ini, saya mendapati bahawa kebanyakan pindaan adalah bersabit dengan fungsi dan tugas suruhanjaya ke arah menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air lebih berdikari dan mampan. Namun, pada pandangan saya, beberapa pindaan perlu pada perincian. Lima perkara yang saya akan bangkitkan. Yang pertama Puan Yang di-Pertua, fasal 5 tentang meminda subseksyen 17(1) Akta 654 bagi membolehkan suruhanjaya mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa kepada pekerja suruhanjaya. So, di sini ingin saya bangkitkan mengenai elemen semak dan imbang ataupun check and balance. Siapakah pihak yang berfungsi sebagai ejen untuk semak dan imbang suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi dengan penuh integriti dan kebolehpercayaan yang optimum? Itu mohon satu penjelasan. Yang kedua, ingin saya bangkitkan mengenai pindaan fasal 7 suruhanjaya ini yang boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerja tanpa kelulusan Menteri.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Dengan adanya pindaan ini, bagaimana suruhanjaya boleh mengelakkan unsur- unsur nepotisme atau favoritism yang akhirnya menyebabkan pekerja yang diambil kelak tidak menepati merit kelayakan bagi jawatan-jawatan dalam suruhanjaya? Isu kabel, kroni yang sebenarnya satu isu yang besar untuk kita tangani. Hari ini, kerana apabila pekerja yang diambil bukanlah orang yang selayaknya, atau lain perkataan yang bukan dalam bidang kepakaran pekerjaan tersebut, maka sudah tentu output dan produktiviti yang bakal dihasilkan kelak akan sukar mencapai piawaian atau KPI yang ditetapkan. Berkaitan dengan fasal 8 pula, memberi suruhanjaya kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkaitan tatatertib pekerjanya. Dalam isu ini, saya ingin membangkitkan persoalan sekiranya terdapat dalam kalangan pekerja suruhanjaya, misalnya dibuang kerja, adakah wujud ruang dan garis panduan untuk pekerja tersebut mendapatkan perbicaraan yang adil sekiranya pekerja tersebut merasakan bahawa wujud elemen ketidakadilan dalam isu pemecatan mereka? Juga mohon penjelasan di pihak Menteri.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Saya juga ingin membangkitkan satu, dua perkara yang berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air ini. Antaranya, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini industri air di Malaysia? Adakah mencapai keuntungan, rugi atau sedang tenat dan kritikal? Sekiranya untung, secara kasarnya berapa keuntungan tahun 2020 hingga 2023? Sekiranya rugi, berapa pula kerugiannya? Mohon perincian. Seterusnya, mengenai negeri-negeri yang tidak ikut serta dalam projek migrasi air untuk diregulasi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air di peringkat Persekutuan. Antaranya termasuklah negeri Terengganu sendiri. Saya mohon pencerahan di pihak Menteri, apakah mekanisme kerajaan khususnya kementerian untuk membantu negeri-negeri yang tidak migrate, dengan izin, dengan berpaksikan semangat federalisme yang begitu dititikberatkan oleh Kerajaan Madani pada hari ini? Adakah Kerajaan Pusat boleh mempertimbangkan kelulusan bantuan dalam bentuk pinjaman mudah kepada kerajaan negeri untuk baik pulih segala macam infrastruktur air di negeri masing-masing? Kerana sebagaimana kita maklum ini, kos untuk menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah sangat besar. Sudah tentu tidak mampu untuk ditanggung oleh kerajaan negeri secara bersendirian. Soal kenapa tidak migrasi, macam beberapa negeri ada beberapa alasan. Alasan yang tidak dapat kita elakkan, terpaksa kekalkan dalam keadaan begitu. Tetapi, mohon supaya kerajaan pusat pertimbangkan satu kaedah lain bagaimana untuk membantu negeri-negeri ini juga untuk menaikkan infrastruktur masing-masing. Khususnya tentang paip yang bocor, yang dah berusia lebih daripada 30 tahun, 40 tahun dan sebagainya. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Wallahualam.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih, Timbalan Speaker. Ya, saya merasakan semacam ada satu solidariti di kalangan kita MP-MP atas tajuk ini dan RUU ini, Timbalan Speaker. Saya dapat merasakan begitu ya. Sebab, tatkala Putrajaya atau disebut tentang Putrajaya juga berbekal dengan air teh tarik, saya nampak sebelah sini rasa semacam, eh, menggunakan logik yang saya rasa saya sikit mahu berbeza. Bukan anak aku juga mati, anak orang lain pun mati juga. Jadi, saya harap bukan itu sikap kita, Timbalan Speaker dan Menteri, ya. Saya mengambil— sangat saya mengambil tanggungjawab dengan sungguh bertanggungjawab untuk sedikit memberikan— sudah satu minit dah saya bercakap. Menyebutkan betapa SPAN berbeza mungkin dengan TNB, ya. Semalam kita memuji Menteri atas segala yang baik, rancangan yang baik, RUU yang baik, ya. Energy transisi dan segalanya, EECA dan sebagainya. Tapi, hari ini kita berdepan dengan Menteri yang sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berdepan dengan situasi seluruh negara yang berdepan dengan cabaran kelestarian jaminan air, Menteri. Dan saya masuk teruslah topik ini, tak payah reverse, reverse gear sangat. Sebab, semua negeri ya, termasuklah Selangor, negeri saya ataupun negeri di mana saya adalah ahli wakil rakyatnya di Kuala Selangor. Saya kira, Menteri, di samping apa pun tadbir urus yang nak dibaiki daripada SPAN ini, mustahak untuk SPAN di luar sekadar governance dan tata kelola, tadbir urus ini, fungsi dan tadbir urus SPAN untuk menjadi the custodian ya, mengawal selia berdasarkan Akta Perkhidmatan Air ataupun Water Services Industry Act (WSIA) itu, apalagi daripada negeri-negeri yang kita dengar sebentar tadi, pertama adalah NRW. Bagaimanakah SPAN yang akan dapat membantu negeri-negeri ini ya, NRW tinggi? Perlis, Pahang, Kedah, semualah. Di Selangor pun 38 dulunya, sekarang kita sudah improved kepada 23. Menteri, satu kilometer paip, especially asbestos simen disebutkan tadi, AC paip yang sudah lebih daripada 50 tahun pun ada sejak World War II dulu, Perang Dunia Kedua dulu, perlu ditukar.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau ambil sahaja— tadi Kelantan ada menyebutkan 4,000. Sebenarnya, kalau di Selangor, kita ada 30,000 paip panjangnya. Ambil sahaja 20 peratus yang perlu dibaiki ataupun diselenggara, ia adalah 6,000 kilometer. Satu kilometer, 1.5 juta. Jadi kalau di Kelantan itu, saya congak-congak kalau 4,000 lah kilometernya, kurang lebih hanya memerlukan 600 juta ya, bukan sampai enam bilion atau lapan bilion. Tapi, tak apalah, itu satu hal lain. Tapi kalau di Selangor ini sahaja, kalau kita ambil, kita boleh buat 100 kilometer dalam setahun, maka kurang lebih 60 tahun untuk 6,000 kilometer untuk kita selenggara dan kita upgrade kepada HDPE ya, jadi high-density polyethylene pipe itu. Itu satu hal, Menteri ya. Persoalan saya ringkasnya— semua ini. Semua. Saya tengok kalau NRW lah isunya, di samping pollution yang disebutkan oleh Bayan Baru sebentar tadi, itu pun satu cabaran yang besar, tetapi kalau mahu setelah migrasi kita lakukan dahulu, apa lagi daripada peranan-peranan SPAN yang dari sudut membantu operators syarikat-syarikat air di negeri-negeri to go beyond a cash flow bila aliran tunai dan OpEx sahaja, tak bercakap tentang CapEx ya, perlu ada satu kesungguhan komitmen dalam pelan pelestarian air. Air sebagai sekuriti, di samping tenaga ya, yang kita dah bincangkan. Saya mahu tahu komitmen SPAN ya. Dulunya ada PAAB, Perbadanan Aset Air Berhad yang banyak memberikan dana dan sebagainya semasa migrasi dahulu, tapi sekarang ini kita ingin tahu ya. Sebab, semua negeri memerlukan penyelenggaraan dan mereka tidak bankable. Syarikat-syarikat ini tidak bankable, Menteri. Sebab, they are not doing well at all, ya. Tetapi, apakah lagi yang ingin tanya? SPAN untuk masa ke depan ini untuk kelestarian dan keterjaminan air yang negara yang bertuah ini mendapat curahan air, tetapi sebentar tadi Menteri dengar bagaimana Selangor pun only 1.5 percent reserve. Sebab, kita jangan lupa, kita mengendalikan juga permintaan ataupun keperluan Wilayah Persekutuan dan juga Putrajaya. Jadi, kalau Selangor ini, kita ada kurang lebih 100 kolam dengarnya, yang mana boleh jadikan diri kita telah mencongak kita boleh menyimpan air yang turunnya banyak waktu-waktu tertentu banjir, tetapi air di kolam Selangor ini kita akan dapat tiga bulan of reserve. Ini satu benda yang mungkin kawan-kawan lain, negeri-negeri lain boleh belajar. Keduanya juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh, insya-Allah. Reclaimed air, Menteri. Air reclaimed ini. Air daripada air dirawat daripada air kumbahan ini. Sebenarnya, kalau negara India, ataupun Pulau Pinang pun sekarang ini sudah menggunakan itu. So, we must dedicate air-air yang terawat yang ada, air yang terawat itu janganlah digunakan untuk industri dan untuk factory. Kita adakan satu peraturan di mana air-air ini digunakan oleh industri dan factories. Itu kita kena buat sebagai satu komitmen, satu undang-undang kot untuk tidak mensia-siakan air yang kita rawat begitu mahal tetapi kita guna untuk industri factory dan sebagainya.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Banyak lagi perkara yang nak saya sebutkan iaitu air reclaimed, air NRW dan nak gulung Timbalan Speaker ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi, saya mengharapkan begitu, SPAN buat ke depan nanti setelah RUU apa ini, pindaan-pindaan ini akan menjadikan SPAN lebih mampan, lebih baik dari sudut tadbir urus, governance tetapi di luar itu, beyond that, saya bagi mewakili kawan-kawan semua dari semua negeri- negeri. Daripada semua apanya negeri dan juga Ahli-ahli Parlimen yang lain, saya bangkit untuk- Kuala Selangor bangkit untuk menegaskan bagaimana SPAN akan membantu operator syarikat-syarikat air ini kerana mereka berdepan dengan masalah. Kalau tidak pun krisis, sentiasa bermasalah kerana perkara air ini telah menjadi satu yang di luar kemampuan mereka. Mereka tidak bankable dan air paip yang usang. Kemudian,

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

kecurian satu hal tetapi pollution itu, amalan-amalan kita sebagai warganegara ini pun sangat tidak madani, Timbalan Speaker. Begitulah dapat saya sebutkan ringkas-ringkasnya. Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Menteri. Saya menunggu jawapan-jawapannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Tuan Speaker. SPAN adalah satu badan pengawal seliaan kebangsaan untuk industri air dan pembetungan untuk seluruh negara. Sepertimana ada kementerian yang dikhususkan untuk keterjaminan makanan. Saya kira SPAN ini berperanan besar iaitulah untuk memastikan keterjaminan air kerana tak ada makan manusia boleh hidup lagi tetapi tak ada air, manusia akan berdepan dengan pelbagai masalah. Justeru itu, air bukan lah satu perkara yang perlu dipolitikkan dan semua kita mengakui bahawa setiap negeri ada masalah air. Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa. Sebaliknya kita bekerjasama bagi menyelesaikan apa yang sepatutnya kita lakukan demi rakyat yang memberi kepercayaan untuk kita menguruskan keperluan asasi mereka ini. Justeru, saya berpandangan antaranya ialah sekiranya ada kewajaran supaya lebih fokus, supaya kementerian ini dipecahkan kembali kepada dua kerana di bawah kementerian ini ada dua Suruhanjaya. Suruhanjaya Tenaga, ada Suruhanjaya Air, yang kedua-duanya merupakan asas keperluan kepada rakyat. Kalau sekiranya boleh diambil kira, kita pecahkan balik supaya air yang di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air dan juga satu lagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat keseluruhan pindaan akta ini ialah lebih kepada untuk memantapkan atau pun mempermudah cara, agar tidak ada birokrasi dalam sudut pentadbiran. Namun, apa yang perlu kita tekankan, walaupun pindaan ini membabitkan pengurusan, yang lebih penting ialah Suruhanjaya ini perlu lebih fokus dengan pindaan ini kepada tata selia ke arah memperkasakan perkhidmatan kepada rakyat. Justeru itu, bagi memantapkan perkhidmatan ini, saya mengemukakan pertama sekali, bagi memantapkan pengurusan agar SPAN ini mewujudkan pejabat-pejabat mengikut negeri, bukan sebagaimana sekarang ini yang dilakukan, yang dilakukan hanya mengikut zon. Pecahan kepada negeri ini saya kira lebih dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pengurusan air di negeri-negeri kerana SPAN ada pejabat di negeri-negeri yang berikutnya. Yang keduanya, saya juga menyentuh tentang Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) yang saya kira yang jumlahnya hari ini mencecah bilion ringgit, agar ia juga dapat digunakan untuk memperbaiki pembetungan sebagaimana yang dilaksanakan oleh PMX baru ini kepada sekolah-sekolah. Kepada tandas-tandas sekolah- sekolah, agar Kumpulan Wang ini dapat digunakan Menteri, untuk memperbaiki pembetungan di tandas-tandas terutamanya membabitkan premis awam seperti hospital, seperti balai polis atau pun premis awam yang lain yang juga berdepan dengan krisis pembetungan yang juga berada di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ini. Mudah-mudahan dengan tanggungjawab dan juga keprihatinan ini, rakyat di bawah sana sudah tidak lagi menjadikan air sebagai masalah utama mereka. Saya sebut tadi bahawa air bukan masalah politik tetapi air adalah masalah keperluan yang perlu kita duduk sama bincang tanpa menyalahkan siapa-siapa. Setiap orang ada kelemahan tetapi kelemahan itu tak akan menyelesaikan masalah rakyat kalau kita hanya menuding jari tanpa bertindak kepada sebarang tindakan. Kuala Krau pun sama, sering tak ada air. Jengka itu tak ada air empat hari sampai orang tanya dalam Facebook. “Yang Berhormat mandi kat mana? Kami hendak tumpang

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

mandi.” Jadi, menunjukkan bahawa ia bukan masalah politik. Jadi, kita harapkan kepada, dengan pindaan rang undang-undang ini semua pihak akan berusaha memberi cadangan dan cadangan yang baik diambil kira oleh kementerian. Yang penting apa itu air bukan jadi masalah kerana hidup pun perlu kepada air. Bila mati pun perlu kepada air untuk menguruskan jenazah orang yang menguruskan air. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, pindaan untuk kali ini nampaknya adalah untuk memperkasakan lagi apa itu, peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara supaya dia boleh bertindak lebih sebagai Suruhanjaya dan tidak nampak begitu ada berkaitan sangat eksekutif iaitu dengan kementerian. Di situ kita lihat banyak kuasa-kuasa yang sebelum ini terletak pada tangan Menteri telah dikeluarkan dan saya boleh kata lebih banyak autonomi diberikan kepada SPAN sebagai satu Suruhanjaya. Soalannya ialah Yang Berhormat Puan Speaker, sekiranya ada masalah dengan kementerian, kita boleh bawa berbincang dalam Dewan mulia ini tetapi apabila dia pergi sangat kepada Suruhanjaya, apakah kuasa atau pun apakah mekanisme untuk memantau prestasi dan sekiranya ada delivery system, dengan izin, yang SPAN bekalkan? Selama ini saya bagi contoh, selama ini sebenarnya isu industri pembekalan air, perkhidmatan air terutamanya dalam bekalan air terawat ini, kualiti atau pun mutu perkhidmatannya sebenarnya pada satu tahap yang sentiasa dipertikaikan. Jadi, apakah usaha yang telah diusahakan atau pun telah dilakukan oleh SPAN selama ini? Masa itu ada campur tangan politik mungkin? Okey dan boleh dibawa bahas untuk di dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, selepas ini macam mana? Apakah mekanisme untuk ini? Saya bagi satu contoh ya. Izinkan saya untuk baca beberapa statistik iaitu di sekitar Daerah Muar Yang Berhormat Puan Speaker, terdapat sepanjang 1,958 kilometer paip simen asbestos- AC pipe yang perlu digantikan atau pun dinaik taraf, tetapi kita lihat bagaimana kita kata perkembangannya iaitu untuk tahun 2014 hingga 2017, hanya lebih kurang 100 kilometer sahaja yang telah dinaik taraf dan untuk tahun lepas, dalam 2022 dan tahun ini 2023, hanya 15 kilometer sahaja yang telah dinaik taraf. Dengan kata lain, sekiranya untuk daerah Muar sahaja, untuk nak gantikan semua atau naik taraf semua paip, AC paip ini, kita perlukan masa 43 tahun, dengan syarat segala apa yang aset bekalan air itu dia akan menjadi status quo dan tidak akan berlaku apa-apa penuaan. Adakah ini realistik? Tidak realisitik. Sudah tentunya. Maka, lihat kalau sekiranya pada tahap prestasi yang kita nampak pada hari ini sampai kiamat pun isu ini tak akan selesai dan saya harap Menteri boleh bagi penjelasan sedikit.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Apakah mekanisme yang boleh kita pastikan, bagi satu assurance dengan izin, bahawa SPAN ini akan terus perform? Ini pertama. Kedua, kita tahu suruhanjaya ini kita perlu bagi lebih okey, perkasakan dia. Saya harap sekiranya boleh, SPAN bukan sahaja memihak—Sekarang ini kita lihat dia lebih memihak kepada operasi, pengoperasi, pemegang lesen iaitu syarikat airlah senang kata. Tetapi, saya harap selepas ini SPAN boleh ada satu mekanisme supaya pengguna boleh buat aduan. Dia supaya dia boleh memudahcarakan rintihan ataupun luahan pengguna terhadap syarikat air. Saya bagi contoh, sekarang ini sekiranya saya tiga bulan tak bayar bil air, terus syarikat air boleh memotong bekalan air saya. Tetapi sekiranya syarikat air tidak membekalkan bekalan air kepada saya tiga bulan pun, tidak ada apa-apa akan berlaku kepada syarikat air. Adakah ini adil? Tidak. Sudah tentunya tidak. Sekarang ini tiada satu mekanisme yang membolehkan pengguna untuk membuat aduan ataupun membuat sesuatu terhadap syarikat air. Isu yang sama juga berlaku kepada pembetungan. Tapi, saya fokuskan untuk bekalan air terawat sahaja. Satu

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

lagi contoh di Kelantan, hari-hari buka pili air sahaja, keluar air kopi, air teh ataupun terputus air. Tetapi, rakyat Kelantan tak boleh buat apa terhadap Syarikat Air Kelantan sebab dalam undang-undang, tak ada satu jabatan yang boleh membantu rakyat sebagai pengguna kepada perkhidmatan ini dan membuat sesuatu sekiranya syarikat air gagal melaksanakan amanah mereka. Jadi, apa yang boleh kita laku dalam Dewan mulia ini? Jadi, SPAN sekarang ini dia ada kuasa yang lebih besar. Adakah perkara ini akan diambil kira supaya bukan sahaja kita kata hak ataupun autonomi suruhanjaya terpelihara, bukan sahaja kita beri lebih banyak kuasa ataupun kita beri lebih ruang kepada syarikat air, tetapi juga perlu kita mempertahankan dan memelihara hak pengguna, hak rakyat sebagai pengguna kepada perkhidmatan bekalan air ini. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Banyak lagi isu sebenarnya, tapi tak apa. Saya ikut arahan Yang Berhormat Puan Speaker. Kalau ada kolam di dalam hutan, Jemputlah datang untuk bermandi, Kalau ada masa yang lebih panjang, Sudah tentu lebih banyak masalah boleh dibincangkan lagi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan terima kasih kepada Menteri yang berada pada petang ini. Pada petang ini kita membincangkan satu topik seperti mana disebut tadi, tak perlu kita hendak mempolitikkan kerana soal air ini ialah soal sejagat yang mesti dimiliki oleh semua orang. Sebab itu Nabi SAW pun memberi peringatan yang diriwayatkan daripada Abi Daud, [Membaca sepotong hadis] , “Manusia ini berkongsi pada tiga perkara. Maknanya tidak boleh untuk kita kuasai dan kita tak beri pada orang lain. Yang pertama ialah iaitu padang ragut untuk tumbuh-tumbuhan. Yang kedua ialah air. Yang ketiganya ialah api.” Maka antara fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dan dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan. Puan Yang di-Pertua, saya nak bercakap berkenaan dengan air yang tidak terhasil iaitu non-revenue water (NRW). Pengurusan air terutamanya melibatkan penyelenggaraan paip lama di negara ini memakan kos yang begitu tinggi. Maka dengan sebab itu, air tidak terhasil saban tahun seluruh negara puncanya ialah akibat daripada air yang air yang tidak terhasil ini terbuang begitu sahaja sehinggakan melibatkan kerugian sebanyak 2 bilion setahun. Sebab itu ia melibatkan soal paip lama seperti yang disebut tadi oleh rakan-rakan yang lain, maka sudah tentulah persoalan saya, apakah perancangan yang dibuat oleh pihak SPAN? Mungkin kita tidak boleh untuk nak merancang di dalam overnight, dalam masa dengan izin, dengan masa yang terhad. Mungkin dalam 20 tahun, 15 tahun untuk dirancang supaya memastikan supaya berlakunya soal pengaliran air yang tidak terhasil ini dapat dihilangkan supaya kita dapat menjaga kerana ini nikmat yang Allah SWT berikan tanpa kita mempolitikkan soal mana negeri-negeri yang kita sebut, mana negeri-negeri pembangkang-kah atau negeri-negeri mana, yang penting masalah air ini semuanya ada masalah kerana penduduknya makin bertambah, airnya juga penggunaannya juga bertambah.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Yang kedua berkenaan dengan pencemaran air. Hanya empat peratus sepertimana disebut oleh Menteri, 29 daripada 672 sungai dikenal pasti tercemar tahun lalu. Maka sebab itu, ini air-air yang tercemar ini akibat daripada soal pembuangan toksik ataupun pembuangan bahan-bahan kumbahan dan juga hasil-hasil kilang. Astro Awani melaporkan pada 9 hari bulan 10 tahun 2023, sekurang-kurangnya ada lima sungai didapati paling teruk tercemar di negara ini. Antaranya ialah Sungai Pinang, Sungai Juru di Pulau Pinang. Itu dua sungai. Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru. Oleh kerana itu, kita mengharapkan apabila kita mengharapkan punca sumber air kita ialah daripada sungai semata-mata, ianya amat berbahaya sebenarnya. Oleh itu, penerokaan kita kepada sumber baru untuk mendapatkan air ini seperti mana kita mengadakan kolam yang besar supaya hendak pastikan waktu air banjir ataupun hujan yang lebat, kita boleh kumpul dan kita boleh gunakan air di sini waktu kemarau ataupun disalirkan juga kepada petani-petani untuk digunakan dan juga untuk digunakan juga oleh pengguna-pengguna kita untuk minum. Maka, itu salah satu daripada perkara yang perlu kita fikirkan. Yang keduanya ialah daripada sumber air bawah tanah seperti yang dicadangkan oleh Kubang Kerian dulu. Sebenarnya dulu kerajaan dalam Kabinet dulu pernah juga membincangkan macam mana kita nak wujudkan satu kolam yang besar untuk mengumpul air-air yang kita anggap terbuang begitu sahaja terutamanya pada waktu banjir dan juga pada waktu hujan yang lebat, sedangkan air itu patut kita boleh gunakan untuk kita pastikan digunakan sepanjang masa terutama pada waktu kemarau dan sebagainya. Suruhanjaya juga memberi pinjaman dan biasiswa kepada pekerja suruhanjaya di bawah seksyen 24 Akta 654 tanpa kelulusan Menteri. Ini satu usaha yang baik. Kita harapkan inilah juga salah satu cara untuk kita nak melahirkan tenaga-tenaga profesional yang terlibat di dalam bidang air ini melalui pemberian biasiswa oleh suruhanjaya ini. Terima kasih Puan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih pada Timbalan Speaker. Kita sedia maklum bahawa RUU ini secara tidak langsung mengurangkan kuasa Menteri. Adakah Menteri bersetuju ataupun memang suka? Cuma persoalannya, Sri Gading mengharapkan Menteri tidak akan lepas tangan jika apa-apa berlaku terhadap isu air dalam negara. Antara isu yang penting untuk kita perbahaskan dan telah ramai pun yang sebut iaitu berkaitan dengan penyusutan sumber air di mana kalau kita lihat, sumber air ini biasanya kita ambil daripada sungai ataupun tasik ataupun empangan. Kita dapat melihat bahawa isu antara empangan yang terdapat contoh di negeri Johor, beberapa tahun yang lepas dan mungkin kalau musim kemarau, ada beberapa empangan akan kekeringan disebabkan oleh sekitar empangan itu dah tak ada lagi buffer yang sepatutnya jadi penghalang kepada kekeringan iaitu tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok hutan asal, tetapi telah ditebang dan digantikan dengan pembangunan sama ada perumahan ataupun pertanian.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Jadi, apakah kesannya dan apakah tindakan kerajaan?

Minta pencerahan sedikit. Sri Gading, sini.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Oh, ya. Okey, silakan.

Okey. Saya hanya ingin teruskan apa yang Sri Gading sebutkan tentang buffer. Saya harap, Menteri boleh take notice buffer di Johor amat nipis, malah di selatan Johor, buffer kita sekarang sudah negatif. So, harap Menteri boleh buat sesuatulah dengan SPAN. Terima kasih.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Okey. Terima kasih, Tebrau. Itu perkara yang telah kita hadapi dan apakah tindakan pihak kerajaan kepada pihak-pihak yang membangunkan di sekitar empangan takungan air? Isu yang kedua berkaitan dengan harga, harga air. Sekarang ini kalau kita lihat bahawa harga air ini kadang-kadang tidak sama di setiap negeri. Ada yang terlalu rendah, ada yang terlalu mahal. Boleh tak kita selaraskan ataupun letakkan harga siling yang munasabah supaya pengguna-pengguna ini, seluruh negara dapat harga yang taklah jauh sangat tingginya dan taklah terlalu rendah. Walaupun, mungkin kadang-kadang buka paip tak ada air. Itu satu perkara lainlah. Yang ketiga tentang kualiti, di mana kalau kita lihat, sumber air sepertimana yang Sri Gading sebut tadi, berpunca daripada sungai tetapi kadang-kadang sungai ini tercemar disebabkan oleh industri. Sama ada industri pertanian, penternakan khususnya, dan juga industri kilang. Semua dapat melihat isu Sungai Kim Kim telah disebut dan apakah tindakan kerajaan supaya pencemaran ini tidak berulang, khususnya di kawasan-kawasan pembangunan yang besar, yang banyak tetapi di situ perlunya sungai dan sungai itu memberikan, apa ini, menghasilkan air kepada takungan ataupun untuk sumber air minuman dan makanan kita. Jadi, saya mengharapkan supaya kilang-kilang ataupun industri seperti ternakan ayam, khinzir, najis mereka ini yang mengalir ke sungai, sepatutnya dibendung dan diambil tindakan segera supaya pencemaran seperti ini tidak berulang. Untuk makluman juga kepada Parlimen ataupun Dewan yang mulia ini, ada masalah tentang berkaitan dengan syarikat. Kepentingan awam yang perlu diutamakan dan juga perkara-perkara penting, bagaimana syarikat yang cuba untuk menjalankan kitar semula air industri. Ia memerlukan sokongan daripada pihak syarikat yang menjadi peneraju dalam sesuatu industri air di negeri yang berkenaan. SPAN menyokong tapi bila syarikat-syarikat yang menjadi peneraju air ini tak menyokong, maka kitaran semula air yang sepatutnya menjimatkan industri lain, sebagai contoh, di Batu Pahat, ada kilang yang buat baju. Buat industri yang memerlukan air yang banyak. Kadang-kadang, kalau dulu, dia tak tapis air di saluran parit yang berkenaan, hari Isnin warna hijau. Hari Selasa warna biru, hari Rabu warna merah. Begitulah, setiap hari dia akan keluar warna yang berbeza sebab dia menapis air menggunakan, apa ini, air untuk membasuh dia punya baju dia. Jadi, apa yang saya hendakkan supaya, kelulusan industri yang berkenaan dipermudahkan supaya industri tadi boleh menguruskan pembuangan air, sisa dia, untuk kegunaan dalaman dia sendiri. Seperti mencuci tandas, untuk landskap, sepatutnya itu dibenarkan. Itu antara perkara yang perlu saya tambahkan. Mudah-mudahan, ianya memberikan kebaikan kepada semua. Kalau Johor, air Johor hantar ke Singapura dan Melaka, saya yakin dan percaya negeri lain pun boleh membantu sesama kita dalam Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, terima kasih memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023. 10 pindaan Akta 654 ini dilihat dapat terus memperkasakan fungsi dan tadbir urus SPAN agar lebih independent dengan izin, yang melibatkan pengurusan perkhidmatan dan juga hal-hal yang berkaitan dengan kewangan. Subseksyen 9(2), tempoh lantikan ahli Suruhanjaya telah dicadangkan, dikurangkan daripada 10 tahun keenam tahun.

Sebenarnya, adalah lebih baik jika pelantikan ini dibuat setiap dua tahun dan dinilai sebelum pelantikan semula. Berdasarkan sumbangan dan prestasi dan dicadangkan juga tidak ada favoritism dan juga, pelantikan ahli Suruhanjaya ini di kalangan pelbagai latar belakang NGO, pemimpin komuniti, industry player dan profesional. Puan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang saya hendak sentuh. Yang pertamanya ialah kualiti air yang disediakan. Apakah perancangan SPAN untuk memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada penduduk, rakyat Malaysia adalah kualiti yang terbaik? Banyak juga negara yang air bersihnya boleh diminum daripada paip tetapi malangnya di Malaysia, kita masih lagi terpaksa. Bila kita bina rumah, kita terpaksa beli sekali dengan filter. Kalau yang tidak mampu untuk beli filter, maka air itu terpaksa dimasak. Maka, rakyat mendapat bekalan air yang berbeza mengikut kemampuan mereka masing-masing. Bagi mereka yang di kalangan B40, mungkin mereka tidak dapat air yang sebersih yang sepatutnya mereka gunakan. Jadi, apakah perancangan SPAN? Kalau boleh, perancangan ini dirancang dan dimaklumkan kepada rakyat ya. Berdasarkan kepada loji-loji ataupun kawasan-kawasan untuk capai kepada tingkat yang lebih baik dari segi kualitinya. Perkara yang kedua ialah ketiadaan air. Maksudnya, bila berlaku gangguan bekalan. Kita tak kata gangguan bekalan. Kita, air tak ada. Beras tak ada, tak boleh masak nasi. Air tak ada pun, tak boleh masak nasi. Jadi, gangguan ini berlaku dua cara. Yang pertama, dikatakan gangguan berjadual. Gangguan berjadual ini sepatutnya, pihak operator boleh membekalkan air kepada penduduk melalui bekalan-bekalan tangki. Tetapi, malangnya gangguan berjadual ini juga menyebabkan penduduk, termasuklah tiga hari ini, di kawasan rumah saya, kawasan penginapan saya, air tak ada. Terpaksalah beli air, mandi di hotel yang ada air. Gangguan yang kedua ialah gangguan yang tidak dijangka. Berlakunya paip pecah, pencemaran. Gangguan ini boleh dibuat prasangka mungkin dikatakan ini ada berlaku pengkhianatan, ya. Sebagaimana yang disebut oleh Jelutong bahawa apakah berlaku pengkhianatan, jika ada berlaku gangguan bekalan air? Saya minta pihak SPAN dan kementerian untuk menjelaskan perkara-perkara begini. Akhirnya, dengan pindaan RUU ini, saya mengharapkan SPAN dapat melihat secara menyeluruh bagi kawasan-kawasan pembekalan yang tidak sempurna. Sebagaimana di kawasan saya, Parlimen Bukit Gantang, masih banyak lagi kawasan yang tekanan air rendah menyebabkan penduduk tidak mendapat jumlah air yang secukupnya. Kawasan Kampung Permatang Raja, kawasan Padang Gajah, kawasan Pekan Terung dan kawasan Mukim Matang dan kawasan Air Putih. Dua minit lagi Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Akhirnya, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, penjelasan tarif baru telah dibuat pada tahun lepas. Berapakah jumlah pendapatan tambahan yang dipungut dan berapa banyakkah yang telah dibelanjakan untuk penambahbaikan perkhidmatan air bersih untuk rakyat? Soalan akhir, kos sara hidup makin tinggi, kos barangan terus naik. Adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan penyediaan air bersih percuma kepada rakyat khususnya B40 untuk mengurangkan kos sara hidup? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih

kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 ini. Sebelum saya masuk kepada ucapan saya, saya dengar banyak tadi yang mengatakan tentang gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Cuma untuk rekod, ada dua gangguan bekalan air. Satu, yang berjadual yang telah diberikan notis dan satu, oleh kerana ada pencemaran. Jadi kita kena tengok jugalah di mana yang terkena, terkesan dan sebagainya. Jadi, Puan Yang di-Pertua, pindaan melalui rang undang-undang ini adalah untuk memperkasakan lagi SPAN sebagai sebuah badan berkanun melalui penambahbaikan fungsi dan tadbir urus dia. Saya sambut baik Puan Yang di-Pertua cadangan pindaan untuk kurangkan tempoh memegang jawatan itu daripada lima tempoh, lima penggal kepada tiga. Cuma, saya ingin mendapat sedikit penjelasan, kenapa angka yang dipilih itu sebagai tiga bukannya dua ataupun empat dan sebagainya? Pada saya sedikit arbitrari di situ. Cuma, dari segi dasarnya saya menyokong pindaan ini kerana kita mahu ada satu situasi yang mana ada constant rejuvenation, dengan izin Puan Yang di-Pertua dan kita tak nak tengok hanya muka yang sama dan lama sahaja yang ada dalam SPAN ini. Selain daripada itu, Puan Yang di-Pertua, ada beberapa pindaan dalam rang undang-undang ini yang mengeluarkan keperluan untuk berunding atau mendapatkan kelulusan daripada Menteri untuk perkara-perkara yang ada kena-mengena dengan pentadbiran dalaman SPAN. Saya melihat seperti ada peruntukan berkenaan dengan tatacara kewangan, syarat perkhidmatan pekerja, pembukaan bank account dan sebagainya, yang mana dulu perlu pergi kepada Menteri untuk dapatkan kelulusan ataupun berunding dengan Menteri, sekarang ini tidak perlu lagi. Pada saya, ini adalah satu cadangan pindaan yang baik kerana bila kita ada satu badan kawal selia seperti SPAN ini, kita perlu memastikan bahawa badan tersebut adalah bebas. Dan saya sendiri Puan Yang di-Pertua, berkhidmat dengan satu badan berkanun dahulu iaitu Majlis Peguam untuk — lebih kurang lima tahun. Dan saya boleh hargai, apabila kita ada satu badan berkanun yang bebas daripada kuasa eksekutif, bagaimana ia boleh berfungsi dengan baik. Ramai yang mengatakan tentang bagaimana kita nak kawal selia dan sebagainya, who watches the watchdog dan sebagainya. Tetapi pada saya, masih lagi ada peruntukan-peruntukan yang mana Menteri boleh ada kawalan ke atas SPAN ini. Contohnya, boleh membatalkan pelantikan dan sebagainya dan kita juga ada proses judicial review, dengan izin. Jadi, saya melihat bahawa pindaan yang dicadangkan ini ialah satu pindaan yang baik dan ia akan dapat memperkasakan lagi SPAN ini sebagai satu badan kawal selia. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang cadangan pindaan untuk membenarkan SPAN ini mewakilkan fungsi atau kuasanya kepada mana- mana pekerja SPAN, yang mana sebelum ini hanya beberapa kategori tetapi sekarang, semua pekerja SPAN boleh menjadi penerima kepada penurunan kuasa oleh SPAN itu. Secara amnya, saya memahami keperluan untuk memberi kuasa ini Puan Yang di-Pertua. Cuma, saya berharap bahawa di masa hadapan sekiranya ini diluluskan, kuasa ini digunakan dengan berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya kerana kita khuatir bahawa sekiranya SPAN ini menurunkan kuasa dengan sewenang-wenangnya, ada kemungkinan bahawa terdapatnya penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Satu lagi cadangan pindaan yang pada saya Puan Yang di-Pertua memerlukan penjelasan adalah mengenai cadangan untuk memasukkan sekatan penggunaan logo SPAN. Saya rasa ini satu cadangan pindaan yang sedikit pelik pada saya kerana saya nak tahu sama ada sebelum ini, adakah beberapa situasi yang mana logo SPAN ini telah disalah guna? Mengapa kita tak boleh gunakan, contohnya undang-undang harta intelek yang biasa untuk melindungi logo SPAN? Jadi, saya mohon mungkin Menteri boleh beri pencerahan tentang perkara ini. Puan Yang di-Pertua, satu minit lagi kalau boleh. Saya speaker yang terakhir. Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Okey, terima kasih. Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, air ini adalah satu sumber asli yang begitu bernilai. Dan sekarang ini kita melihat ia sebagai satu komoditi yang begitu berharga dan kita sering take for granted bahawa negara kita ini ada banyak air dan kita akan sentiasa dibekalkan dengan air yang bersih. Tapi, sebenarnya pembekalan air bersih ini memerlukan satu badan kawal selia ke atas perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang bebas dan efektif. Jangan sekali-sekali kita lupa bahawa bekalan air bersih dan tidak terputus ini adalah satu hak asasi manusia. It is a human right, Puan Yang di-Pertua dengan izin. Ia adalah hak yang wajar dituntut oleh semua rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mohon supaya — saya menyokong pindaan yang dicadangkan ini dan sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 25 minit.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. 25 pembahas dan ada 25 minit yang perlu saya gulung semua isu-isu ini. Cuma kalau saya– sebab banyak di kalangan pembahas-pembahas telah menyentuh tentang soal bekalan dan sumber air secara umum. Sedangkan kita tahu bahawa pindaan ini ialah berkenaan dengan governance SPAN. Jadi, saya faham, bila bercakap tentang isu air, isu pembetungan. Ini adalah isu-isu kritikal yang tentu dibangkitkan oleh pengundi-pengundi kita di bawah. Tetapi, izinkan saya untuk bagi fokus dulu tentang tadbir urus SPAN yang merupakan isi utama kepada pindaan yang kita buat dan kemudian apabila ada masa, saya akan sentuh perkara-perkara yang dibangkitkan. Dan sekiranya saya tidak dapat jawab dalam ruang yang ada pada petang ini, saya akan beri jawapan yang bertulis. Pertama, Yang Berhormat Bagan ada bangkitkan tadi tentang soal bekalan air mentah. Jadi tentang – sekali lagi tentang isu bekalan air bagi Pulau Pinang untuk dapat kerjasama antara Pulau Pinang dan Negeri Perak. Jadi di peringkat NRECC sebagai satu kementerian di Persekutuan, kita mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri untuk teroka sumber air alternatif bagi memastikan kemapanan. Saya ingat antara kekangan yang dihadapi oleh Pulau Pinang ialah ia bergantung hampir kesemua bekalan air mereka kepada Sungai Muda. Jadi sebab itu, telah ada kajian skim bekalan air baru yang merangkumi cadangan penilaian opsyen dan kajian pra reka bentuk kejuruteraan bagi cadangan Projek Skim Pemindahan Air Sungai Perak untuk bekalan air utara Perak dan Pulau Pinang dan kajian kebolehlaksanaan Skim Bekalan Air Sungai Perai dan skim desalinasi bekalan air Pulau Pinang untuk diambil air laut. Jadi, kita sambut baik tentang perkara ini dan akhirnya, kita tahu bahawa isu sumber air tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri selaras dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Jadi, saya berharap perkara ini dapat dibincang secara langsung di antara Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Pulau Pinang untuk cari satu penyelesaian yang terbaik. Kita juga sedar tentang keperluan adanya Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu. Misalnya contoh, Sungai Muda tadi banyak dibangkitkan kerana ada sungai yang mana ia mempunyai satu, implikasinya pelbagai. Tentang tebatan banjir, bekalan air, pemuliharaan alam sekitar tetapi juga ia akan memberi implikasi kepada beberapa buah negeri. Jadi, kita ada pelan Integrated River Basin Management (IRBM) yang memberi syor kepada kerajaan negeri untuk tindakan menangani isu-isu strategik dalam

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

lembangan air, selari dengan matlamat pemuliharaan kelestarian alam sekitar. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Bagan, ada 24 batang sungai bagi kajian baharu dan sembilan batang sungai bagi kajian semula di bawah Program IRBM RMKe-12. Seterusnya, tentang Yang Berhormat Bentong, tentang isu bekalan air di negeri Pahang. Loji Bentong, air keroh, bekalan air terawat yang rendah, simpanan margin air yang rendah. Jadi, sememangnya Kerajaan Persekutuan telah luluskan peruntukan di bawah RMKe-11 berjumlah RM18 juta bagi tiga projek mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi. Status terkini adalah seperti berikut: (i) projek kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan air yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Bilut. Projek ini akan siap pada 28 Oktober 2023 selepas dapat kelulusan EOT nombor 3, atas sebab beberapa cabaran yang dihadapi di atas tapak; (ii) bagi mengatasi masalah kekeruhan di air Sungai Semantan. Ini telah melewati tarikh siap pada 10 Jun 2023 dan sedang berjalan dengan LAD dan dijadualkan siap sepatutnya pada 10 Jun 2023; dan (iii) seterusnya bagi projek di Sungai Klau yang telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2023. Seterusnya, Yang Berhormat Pagoh membangkitkan tentang masalah yang dihadapi oleh Selangor dan Lembah Klang khususnya. Jadi, sebenarnya kita dapat lihat masalah sebenarnya bekalan air awam di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang di bawah kawal selia SPAN berada pada tahap yang agak baik, 97.1 peratus pencapaian. Antara isu tentang masalah bekalan air yang kita hadapi di Selangor ini adalah tentang soal rizab margin air. Jadi, sebab itu sebelum ini bila ada beberapa insiden pencemaran mungkin tidak berapa besar tetapi ia akan terus menjejaskan. Jadi, di antara langkah yang diambil, contohnya ialah untuk Projek Rasau. Ia adalah projek yang dwifungsi, tebatan banjir dan juga bekalan air yang mana dia akan tap bekalan air daripada Sungai Klang. Dan Sungai Klang tadi ada disebut sebenarnya Sungai Klang telah jauh meningkat kualiti air dan boleh digunakan sebagai satu lagi bekalan air. Jadi, tidak lagi Selangor ini terlalu bergantung kepada Sungai Selangor. Seterusnya, sistem— okey, tentang masalah NRW. Banyak dibangkitkan tetapi Yang Berhormat Pengkalan Chepa ada menyebut tentang keperluan bagi negeri Kelantan. Sebenarnya dalam soal ini, peruntukan bagi pembangunan aset-aset bekalan air di Kelantan ada empat sumber utama. 665 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad di bawah OP4 (2021–2023), RM49 juta di bawah peruntukan kerajaan negeri, RM124 juta peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan di bawah RMKe-12 dan RM381,000 di bawah Projek Wakaf Air, melibatkan lapan buah projek. Jadi, kita telah terima dan ini saya hendak tekankan juga. Sebenarnya memang betul kita ada terima permintaan daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk projek sumber dan bekalan air RM8.328 bilion, okey. Tetapi kalau kita bila minta dalam mesyuarat— saya ada dalam mesyuarat tersebut, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat PM, mantan Menteri Besar Kelantan ada. Bila kita minta butiran berapa juta liter sehari, dia lebih 2,000 juta liter sehari, sedangkan keperluan Kelantan hanyalah 500 juta liter sehari. Jadi, itu sebab dia jadi sampai RM8 bilion, jumlah yang terlalu besar untuk kita salurkan. Jadi, Yang Amat Berhormat PM telah pun luluskan tentang beberapa keperluan segera bagi negeri Kelantan. Sebab bagi kita, isu air ini bukan isu politik, ia isu rakyat. Tetapi kita juga meminta bila Kerajaan Negeri Kelantan bagi senarai itu, please give us a realistic list. Jangan minta jumlah yang terlalu besar, yang tidak boleh kami justify. Jadi, sebab itu kita berdepan dengan masalah tersebut, Seterusnya— okey, Yang Berhormat Bagan juga tentang soal NRW. Meminta— dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu, tentang soal NRW di peringkat nasional dan pecahan ikut negeri. Kalau kita lihat di peringkat nasional, NRW kita sebenarnya agak tinggi, 37.2 peratus. Bermakna, lebih daripada satu pertiga air yang kita rawat di loji, kita hendak hantar ke rumah, lebih daripada satu pertiga tidak sampai ke mereka yang bayar bil air. Jadi, this is a big burden for the country.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Setiawangsa

Jadi, kita tengok ikut senarai daripada rendah ke tinggi. Paling rendah ialah Johor 26.3 peratus, negeri yang terbaik. Diikuti oleh Pulau Pinang 26.3 peratus— sama setara dengan Johor. Selangor telah mencatat penurunan yang ketara. Mereka telah jauh meningkat baik. Selangor pada hari ini adalah 27.8 peratus.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

[Tepuk] Terima kasih Menteri, terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Seterusnya, Perak 30.3 peratus, Melaka 33.2 peratus, Negeri Sembilan 35.1 peratus, Labuan 36.8 peratus, Terengganu 38.7 peratus, Sarawak 46.1 peratus, Pahang 47.7 peratus, Kedah 51.5 peratus, Kelantan 53.7 peratus, Sabah 55.0 peratus, Perlis 61.5 peratus. Jadi, pokok dia apa? Tadi kita bercakap banyak tentang pelbagai langkah hendak recover water, hendak tuai air hujan dan sebagainya. Kita kena benarkan pelarasan tarif air. Pelarasan tarif air ada satu negeri dah tak— saya— umur saya 41 tahun. Satu negeri ini, dia dah tidak naik air dia— tarif air domestik selama 40 tahun. Jadi, boleh bayangkan harga kos bahan-bahan pada waktu itu dengan hari ini, jauh beza.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Johor...

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, kalau boleh saya mencelah?

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Ya.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya memang tidak dapat menyinggung persoalan tarif, walaupun itu tajuk ketiga yang paling penting nak saya singgung. Namun, apakah kesediaan kementerian dan Menteri untuk membuat pelarasan, tidak semestinya satu yang sifatnya sama. Ia memerlukan banyak faktor yang perlu diambil kira. Tetapi seperti mana yang Menteri sebutkan contohnya Pahang. Sudah 40 tahun tidak dapat tarif baharu tetapi juga begitu negeri-negeri lain. Kesediaan itu kami sangat tunggu-tunggu. Terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih. Jadi pokoknya, kerajaan yang sebelum ini telah membenarkan kenaikan tarif untuk akaun-akaun selain daripada domestik ya, makna komersial dan industri. Kita sedang menyediakan kertas untuk tariff setting mechanism yang membolehkan operator-operator air. Sebenarnya, semua saya boleh katakan di sini, saya terima permintaan operator-operator air daripada negeri-negeri kerajaan dan pembangkang yang meminta untuk ada satu structure baharu sebab mereka pun tidak dapat cope dengan structure yang sedia ada. Jadi, kita akan come out dengan kertas tersebut. Memang boleh, contohnya di Selangor yang mana mereka yang B40 terus dapat air percuma. Di Pulau Pinang pun, yang B40 ada dapat air-air— bekalan air yang diskaun ataupun percuma. Jadi, ia boleh dibuat untuk memastikan ia menjadi subsidi ataupun harga itu— harga rendah itu diberikan secara bersasar kepada mereka yang memerlukan. Seterusnya, langkah kerajaan yang ditanya oleh Kuala Terengganu, tentang langkah kerajaan untuk kecurian air. Daripada 2008 sehingga September 2023, ada 103 sabitan kes yang telah diambil oleh SPAN untuk berdepan dengan kes-kes kecurian air. Tindakan pendakwaan di mahkamah, 103 sabitan kes yang berhasil dan 287 notis kompaun dengan notis kompaun yang dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan lebih daripada RM2 juta. Tadi ditanya juga oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tentang bagaimana inisiatif SPAN untuk membantu negeri-negeri yang ada NRW yang tinggi. Kerajaan negeri telah sediakan RM535 juta di bawah RMKe-11 dan dibawa ke RMKe-12 untuk Program Pengurangan NRW Kebangsaan Pendekatan 1 bagi membantu tujuh operator air yang mencatatkan NRW tinggi lebih 40 peratus. Jadi, skop kerja ini melibatkan kerja-kerja khusus seperti pemasangan meter sistem input volume yang baharu, penggantian meter pengguna yang rosak dan berusia lebih daripada tujuh tahun, pembaikan tangki-tangki air dan penyediaan GIS.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Dan bagi yang bawah 40 peratus macam Selangor, Johor, Pulau Pinang dan sebagainya, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan 1.37 bilion di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan Pendekatan 2 dengan konsep matching grant ya, bagi operator yang layak. Dan— cuma masalah dia, dan hari ini kita cuba atasi, kita ada keputusan awal ialah supaya— sebelum ini, banyak syarikat-syarikat air ini tak berani nak keluar sebab it will take time. Nak keluar duit dahulu, nak claim daripada kerajaan dan sebagainya. Yang banyak yang mungkin dapat mungkin Johor, mungkin Selangor. Jadi, apa yang kita buat hari ini ialah kita— dan mereka kena capai dahulu dapat 26 peratus, baru dapat. Jadi, kalau dia dapat 26.5, dia tak dapat sebarang matching grant. Jadi kita sekarang akan prorate penggantian tersebut untuk menjadikan satu, memudahkan operator-operator air membuat kerja-kerja pengurangan NRW. Dan kita akan terus kaji supaya kita dapat membantu usaha mengatasi NRW. Tetapi, apa, bagaimana cara yang terbaik bagi kita balik kepada soal tarif itu memainkan peranan yang penting. Selagi mana industri air kita tidak economical, maka kita tidak akan dapat ada satu kelestarian di dalam bekalan air. Seterusnya, Yang Berhormat Parit Sulong bertanya tentang bagaimana kita berdepan dengan isu bekalan air dalam keadaan fenomena El Nino. Sememangnya apabila ada fenomena El Nino, kuantiti hujan berkurangan dan cuaca akan lebih kering dan menyebabkan paras air sungai dan empangan juga menurun. Jadi, sebab itu ia akan memberi kesan kepada kecukupan air mentah untuk disalurkan ke loji rawatan air. Jadi, antara yang kita buat ialah, satu, memantau kecukupan sumber bekalan air mentah. Seterusnya, menjalankan, menyediakan pelan persediaan bagi menghantar lori- lori tangki ke kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air, bersiap-siaga dengan jentera, kenderaan, alat kelengkapan dan tenaga kerja, bekerjasama dengan agensi di peringkat persekutuan dan negeri untuk kita menjamin keselamatan sumber bekalan air mentah dari segi pencegahan pencemaran sumber air dan kita bekerjasama dengan METMalaysia, dengan NADMA, dengan kerajaan negeri untuk operasi pembenihan awan bertujuan untuk kita tingkatkan paras air di empangan dan pengairan pertanian. Jadi— dan di peringkat ini, SPAN juga telah ada satu command center yang mereka buat untuk memastikan kadar air di empangan-empangan semua dalam keadaan yang mencukupi. Tentang Yang Berhormat Kuala Terengganu bertanya tentang isu bekalan air, bagaimana kawal selia bekalan air untuk kawasan pedalaman. Ini, SPAN melalui pejabat wilayah atau cawangan akan melakukan pemantauan bagi kawasan pedalaman dengan kerjasama pihak operator air. Dan tentang soal Yang Berhormat Jelutong bangkitkan, antara tajuk kegemaran Yang Berhormat Jelutong tentang soal gangguan air di Pulau Pinang, tentang yang telah berlaku di Loji Sungai Muda dan ia juga— berdasarkan Laporan Jawatankuasa Teknikal Khas SPAN, insiden gangguan bekalan air Loji Rawatan Air Kulim High Tech, Loji Rawatan Air Sungai Petani dan Pinang Tunggal di Kedah dan Loji Rawatan Air Sungai 2 Pulau Pinang akibat penurunan air Sungai Muda pada 13 Mei 2023. Hasil dapatan merumuskan penurunan paras air Sungai Muda adalah disebabkan kehilangan isyarat had tutup antara remote terminal unit dengan komponen alat angkat pintu air yang mengakibatkan pintu nombor 14 baraj Sungai Muda terbuka menyebabkan air sungai terlepas ke laut. Dan ini kita sebenarnya telah maklumkan kepada orang ramai dan kita telah minta tindakan segera daripada pihak JPS yang menjaga baraj tersebut untuk mengambil tindakan. Seterusnya tentang Yang Berhormat Kubang Kerian telah membangkitkan tentang masalah sumber air negeri iaitu pergantungan kepada satu sumber yang memberikan kesan kepada banyak kawasan. Contohnya, banyak beberapa LRA besar sahaja yang menjadi sumber air. Jadi, sememangnya kita mengenal pasti beberapa kaedah alternatif. Contohnya, pembinaan empangan takungan air pinggiran sungai ataupun TAPS, empangan bawah tanah, penuaian air hujan dan lain-lain lagi. Jadi, bagi kebergantungan kepada satu sumber bekalan air di Selangor, kita— misalnya tadi saya dah bagi contoh

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

tentang projek yang kita buat di Sungai Rasau untuk tebatan banjir dan juga sumber bekalan air mentah sebagai satu sumber alternatif kepada Sungai Selangor. Seterusnya, Yang Berhormat Pokok Sena. Okey, telah bertanya tentang status projek sumber air alternatif dan tebus guna. Penerokaan sumber air alternatif yang telah diperluas melalui loji rawatan air pulih guna memang ada diusahakan, dan kalau ikut penggunaan kapasiti air pulih guna sehingga tahun 2022 adalah sebanyak 28 juta liter sehari. Kementerian telah menetapkan sasaran penggunaan air pulih guna 200 juta liter sehari menjelang tahun 2030. Dan antara, sebagai contoh apa yang telah diambil inisiatif, IWK telah ada kerjasama dengan Air Selangor untuk tubuhkan Central Water Reclamation Sdn. Bhd. dengan pada masa yang sama, IWK juga ada kerjasama dengan Syarikat Air Melaka Berhad untuk tujuan penggunaan air pulih guna. IWK juga ada MoU bersama PBA Pulau Pinang pada 16 Mac 2023 untuk melihat keperluan di Pulau Pinang. Seterusnya— okey, tentang soal tempoh lantikan Ahli-ahli Suruhanjaya SPAN. Sebenarnya— okey, cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian, cadang untuk buat setiap tiga tahun kita akan teliti. Tetapi kita rasa dua tahun ialah satu kadar yang munasabah. Dan kita melantik mereka ini biasanya daripada pelbagai latar belakang kewangan, kejuruteraan, perniagaan, pentadbiran dan apa-apa pengetahuan atau pengalaman yang khas yang sesuai dengan fungsi anggota SPAN. Jadi, itu latar belakang pelantikan yang kita buat selama ini. Seterusnya adakah Suruhanjaya— ini Kubang Kerian tanya. Adakah Suruhanjaya turut kawal KWSA (Kumpulan Wang Sumber Air)? Tetapi kita kena ingat, sumber air di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi, KWSA ialah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan di bawah SPAN. Okey, ini tentang kuasa Suruhanjaya tentang isu pemberian biasiswa. Dibangkitkan oleh Parit Sulong, pemberian biasiswa dan sebagainya. Sebenarnya SPAN telah mempunyai jawatankuasa yang khusus untuk menilai isu-isu modal insan termasuk biasiswa supaya ia dibuat dengan sebaik mungkin. Dan tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Temerloh bahawa apabila kita pendekkan tempoh daripada 10 kepada enam tahun, dia akan meningkatkan kecenderungan untuk menghakis integriti dan salah guna kuasa dan perlu ada mekanisme semak dan imbang. Jadi, pertamanya, kita tahu bahawa sebab itu sebenarnya tempoh enam tahun ialah untuk kita seragamkan dengan suruhanjaya-suruhanjaya lain. Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Penerbangan dan juga Suruhanjaya Persaingan. Jadi, ini kita dapat peluang untuk dapat anggota-anggota baharu supaya kita dapat bina modal insan baru dalam menyumbang idea kepada meningkatkan prestasi industri perkhidmatan air. Dan adakah— okey, tentang adakah kelulusan kepada menteri sebelum ini menjadi penghalang utama kepada kelulusan dan keputusan SPAN? Dia sebenarnya bukan soal kelulusan menteri ini menjadi penghalang tetapi sebenarnya kita hendak membina independence SPAN ini. Jadi, sebolehnya-bolehnya kita rasa tidak perlu untuk SPAN asyik kembali kepada menteri untuk operasi-operasi yang bersifat rutin. Biarlah sebagai satu suruhanjaya yang untuk sebagai regulator kepada industri air, mereka boleh ambil keputusan-keputusan tersebut tanpa perlu kembali untuk keputusan-keputusan ini kepada menteri dan membolehkan SPAN dapat beroperasi dengan lebih kritikal. Yang Berhormat Kota Melaka yang merupakan telah memberi sokongan padu kepada SPAN. Dia kata bagaimana SPAN hendak ambil tindakan kepada operator- operator air. Dia bagi contoh sebentar tadi. Jadi, sebenarnya setiap operator air perlu patuh dengan syarat standard dan syarat khas yang ditetapkan di bawah seksyen 10 WSIA, Akta 655. Dalam kes yang telah disebut tentang SANB di Melaka, amaran telah pun dikeluarkan dan jika tidak dipatuhi, SPAN boleh ambil tindakan di bawah seksyen 10 termasuk yang paling maksimum ialah didenda tidak lebih RM500,000 dan dipenjarakan tempoh melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya. Jadi itu perkara yang sudah termaktub. Seterusnya..

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Ya.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Kota Melaka. Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberi. Jadi saya hendak tanya berapakah tempoh masa yang akan diberikan kepada Syarikat Air Melaka supaya mereka mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh SPAN. Nampaknya mereka tidak ikut.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih, saya sambut baik pandangan tersebut dan saya akan maklumkan supaya regulator kita akan dapat ambil tindakan dengan lebih berkesan kepada operator-operator air. Jadi rakyat rasa mereka ada ruang untuk dibela dalam soal masalah mereka berdepan dengan operator-operator air. Seterusnya, juga tentang soal pengurusan kewangan sedikit. Apabila kita bagi ruang kepada SPAN di bawah pindaan ini untuk selenggara akaun. Sebenarnya peruntukan berkaitan kewangan SPAN adalah termaktub kepada Bahagian V, Akta 654. Jadi kuasa untuk SPAN membelanjakan semua telah digariskan di dalam akta tersebut. SPAN kena menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan yang perlu diluluskan oleh Menteri. SPAN juga tertakluk kepada Akta Badan Berkanun, Akaun dan Laporan Tahunan 1980 dan akaun SPAN dan laporan aktivitinya adalah diaudit dan perlu di bentang kepada Parlimen. Jadi tidak timbul soal salah guna yang dibangkitkan tersebut. So, banyak lagi yang ini, cuma mungkin yang lain saya pohon Tuan Yang di- Pertua untuk saya bagi jawapan secara bertulis kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Saya setuju dan saya sambut baik penyertaan 25 orang Yang Berhormat untuk soal SPAN dan bagi saya sekali lagi, ini bukan..

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit Bayan Baru. Mohon pencerahan tentang Muda River Basin Water Authority kalau boleh sedikit.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Saya sudah jawab tadi di awal, saya sudah sebut tadi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey, terima kasih banyak.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Jadi, ini menunjukkan keprihatinan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dan saya sambut baik sebagaimana pendekatan Yang Amat Berhormat PM, kita tidak jadikan ini sebagai isu politik tetapi kita jadikan - tentulah bila timbul kenyataan-kenyataan yang mempolitikkan isu air, itu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jadi kita datang kita hendak cari penyelesaian. Daripada awal, kita di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita akan bantu kerajaan-kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian. Saya bagi contoh tadi Yang Berhormat boleh tanya, mana bukti orang kata kita kena gali perigi. Itu kenyataan jelas keluar daripada mantan Timbalan Menteri Kelantan dilaporkan dalam media. Jadi benda-benda itu yang menimbulkan kemarahan. Kita, Yang Amat Berhormat PM telah pun bertemu dengan MB dan sebagainya untuk ada perbincangan untuk kita selesaikan isu ini merentas garis parti.

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat, minta sedikit. Tadi Yang Berhormat sebut tentang mesyuarat bersama dengan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan apabila ada permohonan daripada negeri yang mungkin berkaitan dengan apa yang saya sebut 4,000 kilometer paip yang hendak ditukar dan Yang Berhormat sebut bila diminta detail masa itu Menteri Besar tidak dapat berikan detail. Boleh tidak Yang Berhormat setuju, untuk kita Ahli-ahli Parlimen daripada Kelantan ini facilitate data yang Yang Berhormat hendak tadi, sebab kita dengar cara Yang Berhormat ulas itu macam satu benda besar untuk dapatkan data tersebut sedangkan proses mesyuarat Yang Berhormat pun sebagai Menteri menjawab dalam Parlimen, kalau ada perkara-perkara melibatkan data Yang Berhormat akan kata jawab bertulis. Jadi, itu mesyuarat zaman Menteri Besar yang sebelum daripada ini. Maknanya sudah lama sudah. Sekarang ini apa statusnya? Kalau sekiranya perlu kepada kami yang boleh bantu insya-Allah kita akan bantu, yang pentingnya kena luluskan jumlah yang diperlukan itu.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Itu yang saya kata, saya tidak kata ada masalah data. Yang diminta RM8 bilion untuk lebih 2,000 juta liter sehari. Keperluan Kelantan ialah 500 juta liter sehari, itu jelas. Bila kita banyak go through that issue, kita pun ingat tentang itu. Tentang soal kita ada mesyuarat berterusan, bukan hanya di kalangan Menteri Besar atau Menteri malah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat AKSB, di peringkat kementerian, di peringkat SPAN dan sebagainya. Jadi perkara itu berterusan, kita buat terus, dan saya sambut baik kalau ada improvement dengan Menteri Besar yang baru sebab dulu pun di peringkat Menteri Besar dan sebagainya Exco, COA KSB waktu itu yang dah bertukar sekarang, semua saya jumpa, tidak ada masalah. Kita akan teruskan proses tersebut untuk cari penyelesaian. Saya tidak fikir kita hendak terus menerus melihat masalah ini berterusan tidak kiralah negeri itu untuk mana sekalipun. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada..

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Menteri, Menteri, saya ingat Pengkalan Chepa nanti pilihan raya bertanding DUN jadi Menteri Besar di Kelantan. Sebab kerajaan negeri data yang diminta oleh Menteri pun dia tidak boleh hendak bagi. Jadi masalah, nanti balik bertanding DUN jadi Menteri Besar.

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Ini letak baja lebih, mati juga pokok ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Okey, terima kasih. Jadi itu sahaja sekali lagi saya harap sokongan semua untuk pindaan ini yang penting untuk kita bolehkan SPAN menjadi lebih efektif untuk keperluan yang ada pada hari ini bagi menguruskan soal air di negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Syarikat 2016 bagi memperkukuh rangka kerja rehabilitasi dan mekanisme penyelamat korporat serta meningkatkan ketelusan korporat melalui

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

pengukuhan rangka kerja pelaporan pemunya beneficial dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, waktu sekarang telah menunjukkan jam 5.30 petang.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat boleh menyambung huraian Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023 selepas selesai urusan Belanjawan 2024 nanti iaitu pada Selasa, 28 November 2023 kelak. [Tepuk]

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang, hari Jumaat, 13 Oktober 2023.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — PELANCONGAN SEJARAH DI SUNGAI MANIK Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: YangSpecial Chamber

Berhormat Pasir Salak.

Tuan Jamaluddin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh, Timbalan Menteri. Tuan Yang di- Pertua, Sungai Manik mempunyai sejarah yang sangat terkenal dengan jalan kereta api lama yang menghubungkan Stesen Tapah Road hingga ke Teluk Intan, Perak.

Pada awal tahun 80-an jalan kereta api ini digunakan oleh penduduk setempat untuk pergi ke Teluk Intan sama ada untuk ke sekolah ataupun untuk membeli-belah di bandar Teluk Intan. Sejak 1988, jalan kereta api ini tidak lagi digunakan kerana peredaran masa dan juga sudah banyak kenderaan lain yang boleh membawa penumpang seperti bas dan teksi.

Namun begitu, jalan kereta api ini boleh dijadikan produk pelancongan sejarah kerana jambatan-jambatan yang dibuat masih lagi kukuh dan mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana pembinaan jambatan tersebut adalah 30 tahun lebih lama daripada Jambatan Victoria yang terkenal di Kuala Kangsar. Kereta Api yang digunakan di Sungai Manik pada waktu itu digunakan oleh pihak British untuk mengangkut penumpang dan hasil komoditi getah dan bijih timah ke Port Weld atau Kuala Sepetang.

Justeru itu, saya mencadangkan laluan keretapi ini perlu dibangunkan semula oleh Kerajaan sebagai salah satu produk pelancongan sejarah dan para pelancong boleh menikmati pengalaman bagaimana orang-orang terdahulu menaiki kereta api sebagai alat pengangkutan yang utama sedari dahulu dari Tapah Road ke Teluk Intan melalui Stesen Degong, Kampung Sungai Tukang Sidin, dan Sungai Kerawai yang berada di Sungai Manik.

Selain daripada laluan kereta api ini yang sangat terkenal, dan jambatannya yang masih kukuh dan teguh, pelancong juga boleh menziarahi kubur-kubur pejuang

Tuan Jamaluddin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Melayu menentang komunis selepas Perang Dunia ke-2 di mana pejuang-pejuang ini dikuburkan di dalam satu liang lahad seramai tujuh orang. Di samping itu, ada juga penduduk kampung yang membuat projek ayam kampung dan ayam organik, produk kraf tangan berasaskan kayu, dan jeti Persatuan Nelayan Darat yang boleh dijadikan tempat persinggahan pelancong dan membeli produk-produk mereka sebagai tanda kenang-kenangan.

Bagi menzahirkan visi tersebut, Pasir Salak mencadangkan agar kerajaan memberikan satu peruntukan yang secukupnya untuk membina semula jalan kereta api tersebut dan stesen-stesen yang berkenaan untuk membina secara lengkap untuk kemudahan dan tarikan pelancong masa kini.

Pasir Salak juga berharap pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dapat memberi jaminan agar cadangan ini diterima dan direalisasikan demi kemajuan pelancongan sejarah yang sangat terkenal di Malaysia iaitu jalan kereta api lama di Sungai Manik. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab persoalan yang telah diajukan oleh MP Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana sudi mengizinkan saya untuk menjawab soalan yang pertama dalam Kamar Khas ini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) bertanggungjawab melindungi khazanah warisan negara termasuk di Negeri Perak melalui pewartaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

MOTAC menyokong penuh cadangan Ahli Yang Berhormat Pasir Salak berhubung pemulihan dan pembangunan semula jalan kereta api lama yang menghubungkan Stesen Tapah Road hingga ke Teluk Intan bagi tujuan pelancongan pada masa hadapan. Untuk makluman, pewartaan di bawah Akta 645, mengambil kira situasi keadaan tapak yang masih signifikan dan mempunyai kriteria-kriteria di bawah subseksyen 67(2).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, di negeri Perak, pihak JWN telah mewartakan Stesen Kereta Api Ipoh dan Jambatan Kereta Api Victoria di Kuala Kangsar di bawah Akta 645 sebagai Warisan. Selain itu, terdapat beberapa elemen sejarah pengangkutan negara juga telah diwartakan di bawah Akta 645 seperti Jambatan Sultan Ismail di Kuala Krai, Kelantan, Bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur. Usaha pewartaan ini secara tidak langsung akan memberikan nilai tambah kepada tarikan sektor pelancongan di kawasan sekitar lokasi tersebut, selain dapat memulihara, memelihara dan melindungi khazanah warisan.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pemeliharaan warisan adalah di bawah item 9E, dalam Senarai III – Senarai Bersama, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

Oleh itu, usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan negara merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

MOTAC sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak dalam mempertimbangkan sebarang permohonan projek untuk memelihara, memulihara, mengubahsuai dan menaik taraf produk ataupun lokasi pelancongan ataupun khazanah warisan di negeri Perak agar ia sentiasa terpelihara dan dilindungi seterusnya dapat menjadi tatapan generasi akan datang. Asalkan projek tersebut berpotensi, berdaya maju dan memberi faedah kepada masyarakat tempatan serta membantu meningkatkan ekonomi negeri Perak khususnya dan ekonomi negara amnya.

MOTAC sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan sekiranya terdapat permohonan daripada Kerajaan Negeri Perak berkaitan pembangunan infrastruktur pelancongan di kawasan Sungai Manik, Perak asalkan ia selaras dengan hala tuju dan keutamaan Kerajaan Negeri Perak. Permohonan tersebut boleh dipohon melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak dan Pejabat MOTAC Negeri Perak dengan syarat aspek penyelenggaraan secara berkala dan pengurusan pengoperasian diberi perhatian yang sewajarnya selepas projek dilaksana dan diserahkan kepada agensi pemilik.

Semoga penjelasan berkenaan perkara ini dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kekurangan Doktor Pakar Dalam NegaraSpecial Chamber

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Kesihatan berkenaan isu doktor pakar yang masih berkurangan di dalam negara dan ia telah menjejaskan khidmat pakar perubatan di kebanyakan kawasan luar bandar.

Untuk makluman Yang di-Pertua, KKM telah menyasarkan seramai 29,000 pakar perubatan bagi memenuhi keperluan kesihatan negara menjelang tahun 2030.

Namun, sehingga kini masih ramai lagi pegawai perubatan yang terpaksa menunggu lama untuk dapat masuk ke dalam program kepakaran dan ada yang mencecah sehingga tujuh tahun.

Perkara ini sudah pasti akan menjadi buah mulut yang negatif kepada masyarakat khususnya para graduan perubatan kita. Lebih membimbangkan, Persatuan Perubatan Malaysia pada Disember 2022 juga mengakui ramai graduan perubatan mengintai peluang kerjaya di luar negara kerana kebanyakannya mempunyai persepsi tiada masa hadapan di negara ini.

Jadinya, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah langkah kementerian dalam menambah bilangan doktor pakar dalam negara? Dan apakah mekanisme daripada kementerian dalam memberi tawaran yang menarik kepada mereka agar dapat mengekang graduan perubatan untuk mencari peluang pekerjaan ke luar negara? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Madani khususnya berkaitan kepakaran dalam intervensi kesihatan dan penyampaian perkhidmatan kepakaran klinikal kepada rakyat. Pada masa ini, 70 peratus beban penyampaian kesihatan ditanggung oleh fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan.

Manakala bakinya disampaikan oleh hospital di bawah kementerian atau agensi awam yang lain serta juga sektor swasta.

Berdasarkan rekod hingga Mac 2023, seramai 8,953 pakar perubatan sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Jumlah ini merangkumi 8,933 pakar perubatan lantikan tetap dan 20 pakar perubatan lantikan kontrak. Seiring dengan keperluan perkhidmatan kepakaran, Kementerian Kesihatan mengunjurkan lebih ramai tenaga pakar perlu dihasilkan. Setakat ini, jumlah pegawai perubatan yang diluluskan untuk mengikuti latihan kepakaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seramai 8,115 orang. Sasaran keluaran kepakaran yang hendak dicapai untuk negara pada tahun 2030 adalah seramai 23,979 orang untuk sektor swasta ꟷ sorry sektor awam.

Bagi pencapaian sasaran tersebut, Kementerian Kesihatan telah meningkatkan tawaran daripada 1,500 lot pengajian Program Sarjana Perubatan dengan Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP pada setiap tahun kepada 1,650 slot pengajian pada tahun iaitu kenaikan sebanyak 150 slot mulai tahun 2023. Jumlah pegawai yang sedang mengikuti pengajian perubatan di bawah Program Sarjana Perubatan di universiti awam adalah seramai 4,937 orang.

Bagi menambah keluaran pakar perubatan, Kementerian Kesihatan turut membenarkan pegawai perubatan mengikuti latihan kepakaran secara parallel pathway. Menerusi pendekatan ini, pegawai perlu menduduki peperiksaan dari badan-badan pengiktirafan perubatan yang diiktiraf seperti Royal College of Physician UK, Royal College of Surgeon UK dengan fasa pengukuhan pengalaman kepakaran dikendalikan di hospital Kementerian Kesihatan di bawah seliaan ketat oleh pakar perubatan.

Pegawai perubatan yang berjaya diiktiraf oleh badan-badan pengiktirafan perubatan ini boleh dipertimbangkan pewartaan kepakaran oleh National Specialist Registry atau NSR. Setakat ini, seramai 3,178 orang pegawai perubatan sedang menjalani latihan parallel pathway di seluruh negara. Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga memperakukan 1,404 pakar perubatan untuk mengikuti latihan lanjutan sub kepakaran dalam bidang-bidang kritikal seperti kardiologi, nefrologi, pembedahan vaskular dan juga pembedahan usus.

Bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan ke Program Sarjana Perubatan, proses pemilihan calon yang layak dibuat menerusi iklan tawaran pengajian, kriteria pemilihan dan juga sesi temu duga. Sehubungan dengan itu, calon yang berpotensi tinggi yang akan dipilih untuk mengikuti pengajian kepakaran dan sub kepakaran.

Selain daripada Kementerian Kesihatan, kementerian dan agensi awam lain serta sektor swasta digalakkan untuk mengemukakan dan menaja pengamal perubatan masing-masing untuk mengikuti Program Pengajian Kepakaran di dalam dan juga di luar negara. Menerusi langkah ini, jumlah pakar perubatan akan dapat dipertingkatkan bagi menampung keperluan perkhidmatan kepakaran di dalam negara.

Antara faktor penghijrahan pegawai perubatan dan pakar perubatan Kementerian Kesihatan yang telah meletakkan jawatan ini ke luar negara adalah disebabkan insentif dan gaji yang lebih menarik ditawarkan oleh sektor kesihatan luar negara khususnya di negara-negara maju. Selain itu, bagi mengurangkan

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

penghijrahan pakar perubatan, kementerian akan berusaha memastikan keperluan perkhidmatan sub kepakaran seperti peranti perubatan dan ubat-ubatan dapat kita penuhi. Ini bagi memastikan pakar-pakar ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien.

Kementerian Kesihatan juga menyediakan pelbagai insentif dan pakej yang menarik bagi mengekalkan pakar perubatan untuk kekal berkhidmat di Kementerian Kesihatan seperti berikut:

(i) elaun kepada pegawai perubatan pakar yang melakukan kes- kes pembedahan pada hari cuti hujung minggu bagi mengurangkan masa menunggu bagi kes-kes pembedahan elektif;

(ii) bayaran insentif pakar tertakluk kepada gred jawatan pegawai; (iii) bayaran elaun kerja luar waktu bekerja biasa iaitu on call

(EKLWBB) untuk active call;

(iv) Bayaran Insentif Penempatan Pakar Perubatan (BIPP) bagi pegawai yang bertugas di fasiliti kesihatan di Sabah dan Sarawak;

(v) kita juga melaksanakan perkhidmatan full-paying patient ataupun FPP dengan izin bagi memberi peluang kepada pakar perubatan untuk menjana sumber pendapatan tambahan dengan menawarkan perkhidmatan kepada pesakit yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan di hospital yang melaksanakan FPP tadi;

(vi) kita juga membenarkan pakar perubatan membuat lokum di hospital swasta dengan syarat-syarat yang tertentu;

(vii) kenaikan pangkat pakar lebih cepat mengikut tempoh pakar tersebut berkhidmat di kementerian;

(viii) menambah baik peluang kenaikan pangkat pakar perubatan dengan mewujudkan gred pakar UD56;

(ix) peluang latihan di luar negara bagi kursus jangka pendek termasuk Advanced Competency Programme.

Selaras dengan prinsip Madani yang menitikberatkan kebajikan pekerja, kementerian juga sedang melaksanakan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

(SSPA) bagi menyemak semula gaji, insentif, elaun dan juga kemudahan anggota perkhidmatan awam termasuklah pegawai di sektor kesihatan awam. Kementerian kesihatan juga turut menawarkan pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan dan latihan parallel pathway dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh atau CBBP dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada pegawai perubatan tetap dan Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan biasiswa kepada pegawai perubatan latihan kontrak.

Kementerian Kesihatan melalui Agensi Pusat akan terus berusaha untuk menambah baik insentif dan kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa. Dan walau bagaimanapun, penambahbaikan yang dilaksanakan di kementerian ini tidak akan menghalang pegawai daripada berhijrah dan bekerja di tempat lain. Isu penghijrahan ini kepada pegawai perubatan dan pakar perubatan adalah isu yang universal dan perkara ini perlu dilihat secara global kerana ia juga melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya stand down lima minit dahulu. Kalau tidak ada, kita move on ya.

Setiausaha semak balik, tengok mana, kalau tidak nanti kita proceed-kan 18(1) sahaja. Lima minit dari sekarang. Pegawai KPKT ada? Pegawai KPKT ada? Ha, panjang umur.

Panjang umur.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Projek Naik Taraf Kompleks Niaga Benteng PeseraiSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan mengenai status Projek Naik Taraf Kompleks Niaga Benteng Peserai di Parlimen Parit Sulong.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada Julai 2017, Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja mengindahkan serta menaik taraf kemudahan awam di sekitar kawasan Benteng Peserai dalam Parlimen Parit Sulong, Johor di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan melibatkan kawasan seluas kira-kira 2.5 ekar.

Komponen projek ini melibatkan pembinaan sebuah kompleks niaga, pejabat pentadbiran, medan selera, dataran dan tapak pasar tani serta kerja-kerja penyediaan infrastruktur seperti jalan masuk, kawasan letak kenderaan dan lain-lain.

Pembangunan projek ini telah pun dimulakan tahun 2017 dan terhenti seketika sewaktu pandemik dan proses pembangunan dijalankan semula pada tahun 2022.

Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai status terkini pembinaan naik taraf yang masih belum dapat disiapkan ini memandangkan kompleks niaga ini dapat memberi manfaat yang banyak bagi kegunaan aktiviti kemasyarakatan penduduk pinggir bandar Batu Pahat.

Di samping itu, saya juga ingin kementerian menyatakan bagaimana pembinaan ini dapat menjamin keselamatan bangunannya memandangkan pembinaan ini berada di lokasi tebing Sungai Batu Pahat, dan berapa anggaran kos yang akan ditanggung oleh pembinaan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Parit Sulong yang bertanya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Naik Taraf Kompleks Niaga Benteng Peserai di Parlimen Parit Sulong terdiri daripada dua fasa pembangunan iaitu:

(i) membina bangunan medan selera; dan

(ii) mengubah suai bangunan medan selera sedia ada kepada pusat jualan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan bangunan medan selera telah siap iaitu Sijil Perakuan Siap Separa telah dikeluarkan pada 31 Mei 2021 dan medan

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

selera ini telah mula beroperasi. Bagi Pengubahsuaian medan selera sedia ada kepada pusat jualan IKS seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, kerja-kerja pengubahsuaian telah bermula pada 14 Oktober 2021 iaitu selepas selesai perpindahan peniaga-peniaga.

Walau bagaimanapun, pada akhir bulan Jun tahun lepas, kontraktor tersebut telah diisytiharkan gulung tikar dan kontrak telah pun ditamatkan, okey. Tender kontraktor penyiap projek ini pada kali pertama telah ditolak oleh Lembaga Perolehan Kementerian disebabkan petender tersebut yang masuk tidak memberikan maklumat kerja semasa yang sempurna.

Pada masa ini, Majlis Perbandaran Batu Pahat sedang dalam proses penilaian lantikan kontraktor penyelamat okey, dan dijangka akan dimuktamadkan di peringkat kementerian pada bulan ini juga atas permintaan Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan isu keselamatan bangunan medan selera ini yang dibina di tepi Sungai Batu Pahat, pihak Majlis Perbandaran telah melantik perunding bertauliah bagi mereka bentuk binaan bangunan tersebut dan pembinaan telah mengambil kira aspek-aspek teknikal, bentuk muka bumi kawasan serta amalan pembinaan yang baik iaitu mematuhi peraturan semasa pembinaan yang telah ditetapkan.

Seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat, anggaran kos keseluruhan bagi projek ini adalah RM8 juta. Atas keprihatinan Yang Berhormat, saya akan pantau sendiri projek ini. Insya-Allah projek ini akan sempurna, siap menjelang bulan Jun tahun depan sepenuhnya. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perumahan B40 Di Kampung GajahSpecial Chamber

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Kampung Gajah merupakan sebuah daerah kecil yang lebih dikenali sebagai Daerah Kecil Kampung Gajah dalam Daerah Perak Tengah.

Penduduknya terdiri daripada 98 peratus orang Melayu dan selebihnya dua peratus ialah orang Cina, India dan Orang Asli.

Kampung Gajah merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Pasir Salak.

Pengundi di Kampung Gajah yang terkini adalah seramai 39,241 orang dan rata-rata penduduknya merupakan petani, pekebun kecil dan juga nelayan darat. Hanya 10 peratus sahaja yang bertugas sebagai penjawat awam yang terdiri daripada golongan pertengahan.

Perumahan di Kampung Gajah untuk golongan B40 adalah sangat diperlukan.

Sekarang, hanya ada tiga perumahan awam sahaja untuk golongan B40 daripada 15 buah taman yang ada di Kampung Gajah. Penduduk Kampung Gajah memerlukan beberapa lagi taman perumahan untuk golongan ni bagi menampung pertambahan penduduk di Kampung Gajah.

Ini adalah kerana berlakunya pertambahan penduduk daripada generasi kedua FELCRA Seberang Perak dan pertambahan anak muda Kampung Gajah serta berlakunya penghijrahan semula warga Kampung Gajah ke kampung disebabkan tekanan hidup di bandar.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Oleh yang demikian, Pasir Salak menggesa supaya kerajaan segera membuat program perumahan untuk golongan B40 dengan kadar harga yang lebih rendah dan mampu milik kepada golongan ini. Pada ketika ini harga rumah semakin melambung tinggi sehingga sebuah rumah teres mencecah harga RM190,000 untuk sebuah rumah. Sepatutnya kerajaan boleh menjual pada kadar RM66,000 untuk sebuah rumah mampu milik untuk golongan ini dan memberikan kemudahan pembayaran yang lebih rendah.

Bagi menzahirkan misi ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula harga rumah dan memberikan peluang kepada golongan B40 memiliki rumah terutamanya di Kampung Gajah. Hasrat memiliki rumah sendiri ini sangat-sangat diperlukan oleh setiap rakyat Malaysia demi kesejahteraan hidup di masa akan datang.

Saya berharap pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian KPKT sentiasa komited untuk menyediakan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kerajaan telah menetapkan sasaran penyediaan sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik bagi tempoh lima tahun bermula 2021 sehingga 2025.

Penyediaan rumah mampu milik ini dilaksanakan oleh agensi penyedia perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta.

Dalam hal ini, KPKT telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi tujuan penyediaan dan pelaporan rumah mampu milik serta pencapaian sasaran ini sentiasa dipantau melalui Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh bermula dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun tahun ini, sebanyak 261,901 unit rumah mampu milik yang telah siap dibina dan dalam fasa pembinaan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

Ini menyumbang kepada 52.38 peratus kita telah melepasi sasaran daripada 500,000 unit Rumah Mampu Milik yang disasarkan. Kerajaan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya yang berterusan dalam penyediaan Rumah Mampu Milik, bagi memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan atau sewaan di bawah konsep perumahan sebagai tempat tinggal (shelter for all) dengan izin.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, status penyediaan Rumah Mampu Milik di bawah KPKT dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi golongan B40, di negeri Perak adalah seperti berikut;

(i) Program Perumahan Rakyat (PPR). Sebanyak sembilan projek telah siap dibina merangkumi 1,274 unit rumah. Terdapat dua projek PPR dalam status perancangan di negeri Perak dengan

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

jumlah sebanyak 700 unit dan satu projek yang masih dalam pertimbangan kerajaan melibatkan 500 unit rumah. Untuk maklumat Yang Berhormat, minggu lepas saya baru umumkan di persidangan DUN Perak, KPKT akan memperuntukkan peruntukkan tambahan RM300 juta untuk PPR dalam negeri Perak. Ini adalah satu rekod baharu;

(ii) Rumah Mesra Rakyat (RMR). Sebanyak 6,631 unit rumah RMR telah siap dibangunkan di Perak dan 189 unit sedang dalam pembinaan serta 58 unit dalam perancangan;

(iii) Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan

(FELCRA). Bagi status pelaksanaan ini, sehingga 30 Jun 2023, FELCRA telah siap membangunkan sebanyak 710 unit rumah di negeri Perak iaitu kesemuanya ꟷ kesemuanya di daerah Pasir Salak. Tahniah saya ucapkan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, jumlah unit Rumah Mesra Rakyat yang dilaksanakan di Parlimen Pasir Salak adalah sebanyak 1,177 unit yang telah siap dibina melibatkan 467 unit rumah RMR dan 710 rumah di bawah program perumahan FELCRA, empat unit Rumah Mesra Rakyat dalam pembinaan dan 11 unit Rumah Mesra Rakyat dalam perancangan.

KPKT sentiasa bekerjasama dengan penyedia perumahan di peringkat negeri mahupun swasta dalam memastikan semua rakyat khususnya golongan B40 mempunyai tempat tinggal. Bagi program PPR pula, semua permohonan PPR baharu adalah dilaksanakan berdasarkan kepada persetujuan kerajaan negeri. Kita ada dasar baharu. Mana-mana kerajaan negeri yang sudi menawarkan tanah percuma, ataupun dengan premium kadar nominal akan diberikan keutamaan.

Suka cita saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini. Sejak saya umumkan dasar baharu ini pada 18 Mac tahun ini di Parlimen, sekarang setakat hari ini KPKT telah menerima tawaran 28 keping tanah percuma daripada kerajaan negeri. Saya ingin ucapkanlah terima kasih kepada semua kerajaan negeri yang memberikan kerjasama.

Selain daripada itu, untuk bantu ꟷ Tadi Yang Berhormat tanya bagaimana dengan golongan bawahan berpendapatan rendah untuk bantu mereka menyediakan rumah. Kita ada banyak inisiatif.

Pertama, KPKT melaksanakan inisiatif i-Biaya. Intelligence Biaya dengan menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 orang peminjam khususnya pembeli rumah pertama.

Kerajaan seterusnya pada 27 Julai 2023 setelah ꟷ berikutan dengan pengumuman model Ekonomi MADANI oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Kita telah menambah baik lagi inisiatif pembiayaan SJKP ini bagi memastikan kesediaan perumahan mampu milik bagi rakyat Malaysia dengan tambahan jaminan pembiayaan di bawah SJKP. Tambah lagi RM5 bilion. Berdasarkan pengumuman ini, jumlah keseluruhan jaminan yang telah diberi oleh Kerajaan telah meningkat ke satu jumlah yang sangat tinggi iaitu RM10 bilion telah pun disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan SJKP. Pada tahun 2008 sehingga 30 September 2023, sebanyak 30,841 permohonan pinjaman bernilai RM5.85 bilion telah pun diluluskan.

Selain itu untuk menambah baik inisiatif pembiayaan bagi memastikan kesediaan Rumah Mampu Milik bagi semua rakyat Malaysia, kita telah meningkatkan pembiayaan sehingga 120 peratus bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

termasuk juga insurans, bayaran deposit, kelengkapan perabot dan pengubahsuaian diberi jaminan oleh kerajaan Malaysia Madani.

Ketiga, kita mewartakan Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) pada 9 Jun 2023 untuk memberikan pengecualian atau peremitan duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah berharga sehingga RM1 juta untuk pembeli rumah pertama bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2023.

Oleh sebab itu, siapa cepat dia dapat. Yang Berhormat bolehlah menggalakkan orang kampung cepat pergi beli rumah pertama. Dia akan dikecualikan pembayaran cukai duti setem. Sekiranya rumah RM500,000 below, 100 percent exemption. Okey, lebih daripada itu tetapi kurang daripada RM1 juta, 75 percent diskaun stamp duty.

KPKT akan terus giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat kita mendapat akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki selaras dengan slogan kita “Rumahku, syurgaku”. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perutusan yang telah dibuat pada hari ini. Satu Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dirundingkan pada hari ini.

Ambil maklum ya. Terminologinya ‘runding’. Bukan perbahasan.

Saya dengan ini membenarkan ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk sekali Yang Berhormat Sungai Petani selama 30 minit daripada sekarang.

Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.

Kamar Khas — Usul Perkara Tertentu Berkenaan Kepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan Di Bawah [P.M. 18(1)] — Isu Penyorokan Beras TempatanSpecial Chamber

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mengemukakan suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan isu penyorokan 180 tan metrik beras bergred Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) bernilai RM 405,000 yang dijumpai dan disita di sebuah kilang beras di Kedah pada 9 Oktober 2023.

Dato’ Yang di-Pertua, sedikit saya ingin berucap di sini bahawa harga beras putih global mencatatkan peningkatan sebanyak 63 peratus dalam tempoh setahun iaitu daripada USD400 per tan metrik pada Ogos 2022 kepada USD650 per tan metrik pada Ogos 2023. Dan trend kenaikan ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung tahun 2023.

Dan kesan pelarasan harga beras putih import ini telah pun menyebabkan permintaan beras putih tempatan meningkat secara mendadak kerana harga beras putih tempatan yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM2.60 sekilogram adalah lebih murah berbanding dengan beras putih import yang tiada kawalan harga. Jumlah stok bekalan beras sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik yang

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

terdiri daripada 250 tan metrik stok kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan.

Jumlah ini dikatakan mencukupi untuk selama lima bulan. Ini adalah petikan yang saya ambil.

Namun begitu, pada 9 Oktober yang lalu, kita telah melihat bahawa terdapat satu ops yang berlaku seperti mana yang sebelum ini saya bangkitkan bersama- sama dengan Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Batu Pahat. Isu ini perlu disegerakan. Isu yang kita bincangkan ini dan diberikan perhatian kerana ia memerlukan penjelasan yang penuh daripada pihak berwajib. Dan pada ops yang lepas, telah ditemukan di sebuah kilang di Kedah iaitu terdapat penyorokan 180 ribu tan metrik beras bergred Super Special Tempatan yang bernilai sebanyak RM405 ribu.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Dan Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum bahawa perkara ini memang masih dalam siasatan pihak berwajib dan lokasi 180 tan metrik beras tersebut ditemui juga belum dapat didedahkan. Saya hormati proses siasatan tersebut dan memahami akan pentingnya hal ini dalam memastikan keberkesanan Ops Beras Tempatan.

Namun tetaplah bagi saya Sungai Petani, sebagai seorang Ahli Parlimen yang peduli tentang rakyat, saya tidak hanya semata-mata membangkitkan isu ini disebabkan oleh kawasan saya tetapi menyebabkan keseluruhan kawasan di khususnya di negeri Kedah itu sendiri.

Dan saya berharap bahawa kerajaan dapat memberikan satu kata putus, apakah keberkesanan daripada ops ini? Dan ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan, sebab apa? Sebab saban hari kita lihat bagaimana rakyat bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh Malaysia mengatakan bahawa beras tidak cukup, beras tidak ada. Saya tidak mahu mengambil satu sisi atau angle politik. Ini bukan salah mana-mana pihak, bukan salah pihak tertentu atau kerajaan tertentu, tetapi kita inginkan satu keterbukaan supaya rakyat yang sedang menghadapi krisis ini, rakyat yang sedang sengsara tidak terlibat sama dengan isu-isu pengkhianatan terbesar yang berlaku pada kali ini. Siapa pun pelakunya, siapa pun yang membuat onar ini, wajarlah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Dan dari situ, saya juga akan membangkitkan beberapa persoalan mungkin kepada pihak kementerian iaitu yang pertama, adakah perincian serbuan dan tangkapan akan dimaklumkan kepada umum setelah siasatan selesai supaya rakyat mengetahui orang yang bertanggungjawab dalam hal ini? Dan yang kedua, apakah pelan kementerian terhadap beras yang disita? Apakah akan dihantar semula masuk ke pasaran dengan segera untuk menyelesaikan masalah kekurangan beras tempatan atau disimpan sementara sehingga siasatan selesai? Dan kalaupun disimpan sementara, ini mungkin berikan kerugian kepada rakyat kerana beras kita tahu mungkin tidak tahan lama dan pada akhirnya ia akan menjadi sia-sia.

Dan yang ketiga, apakah langkah-langkah kementerian untuk membantu kilang-kilang beras ini secara berterusan bagi mendapatkan kemas kini stok beras yang dipegang oleh pengilang secara tepat? Dan apakah langkah drastik yang dilaksanakan oleh pihak kementerian KPKM bagi memastikan keberkesanan operasi task force bersepadu ini? Dan saya rasa untuk operasi ini perlu bersifat terbuka kerana apabila tangkapan dibuat atau apabila kes ini terdedah, ini menimbulkan pelbagai spekulasi ya, baik daripada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri sendiri.

Jadi kita tidak mahu ꟷ saya tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Cumanya dengan penemuan ini, rakyat melihat bahawa adanya satu pengkhianatan dan pastinya ada pihak yang akan disalahkan dan dipersalahkan. Cumanya yang bermain pada hari ini, antara dua kerajaan saling tuduh-menuduh dan ini tidak baik

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

dan tidak sihat untuk rakyat secara keseluruhannya. Dan ini tidak boleh untuk kita ambil sebagai sebuah alat atau sebuah senario politik untuk dilanjutkan terlebih daripada ini. Dan saya harap daripada pihak kementerian sendiri ada satu kejelasan tentang isu ini. Dan saya amat-amat berharap supaya kerajaan terbuka untuk mendedahkan pelaku sebenar dan siapakah yang wajar untuk disalahkan? Mungkin ada sahabat-sahabat saya yang daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Miri.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Miri.

Okey. Saya dari Miri. Okey, terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Saya ambil maklum dengan isu penerokaan 180 metrik tan beras putih tempatan yang disita pada 9 Oktober yang lalu. Tatkala kerajaan dan juga seluruh rakyat sedang berusaha mencari pelbagai jalan penyelesaian untuk menghadapi kenaikan harga beras di pasaran dunia, berlaku pula golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini dan hanya pentingkan diri sendiri, melakukan penyorokan beras untuk agenda tersendiri.

Mengikut apa yang berlaku ꟷ saya bukan nak buat spekulasi, tetapi selaku berlaku di pasaran di luar bahawa selepas penyorokan berlaku terhadap barang kawalan ini, selalunya barang tersebut akan diseludup ataupun dijual kepada pihak yang sanggup membelinya pada harga yang lebih tinggi seperti membeli di luar negara. Sebagai contoh ialah diesel subsidi ataupun minyak masak yang kita nampak selalunya merupakan barang kawalan yang akan disorok dan kemudiannya diseludup ke luar negara.

Tindakan sebegini telah memberi satu impak yang besar dan mendatangkan kerugian yang begitu besar kepada kerajaan dan juga rakyat yang memerlukan.

Sekiranya tindakan-tindakan sebegini tidak ditangani, maka rakyat terutamanya golongan B40 akan dinafikan untuk membeli barang keperluan harian pada harga yang lebih rendah. Dalam konteks kita pada hari ini, iaitu rakyat kita yang miskin dan terpinggir tidak dapat membeli beras tempatan dan terpaksa membeli beras import yang lebih mahal. Oleh itu, tindakan penyorokan dan penyeludupan ini bukan sahaja seolah-olah mencuri subsidi kerajaan tetapi juga cuti bantuan yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang susah dan memerlukan. Ini namanya penindasan dan penganiayaan kepada golongan miskin dan terpinggir.

Saya ingin ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bahagian penguat kuasa di pihak kementerian yang dibawa oleh Timbalan Menteri sendiri atas kejayaan dan keberkesanan mereka dalam mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab ini. Diharapkan lebih banyak tindakan penguatkuasaan ini akan terus diambil bagi mengekang kejadian ini daripada terus berlaku.

Saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian juga tentang penguatkuasaan ke atas kes penyorokan dan penyeludupan beras putih import di Sarawak dan Sabah. Kami amat menghargai usaha kerajaan dalam memberi subsidi ke atas beras putih import untuk membantu meringankan beban rakyat di Sarawak dan Sabah. Walau bagaimanapun dengan pemberian subsidi sebanyak RM950 setiap metrik tan bagi beras putih import di Sarawak dan Sabah, kami khuatir perkara yang sama seperi yang kita bincangkan hari ini juga akan berlaku di kedua-dua wilayah ini. Nilai subsidi yang tinggi ini sememangnya akan menjadi tarikan kepada anasir-anasir seperti yang ada pada barang kawalan lain.

Oleh itu, kami berharap agar pihak kementerian akan bekerjasama dengan kementerian atau agensi lain untuk menjalankan ataupun meningkatkan tahap penguatkuasaan ke atas tindakan penyeludupan dan penyorokan beras.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada terdapat perancangan untuk melancarkan operasi penguatkuasaan khas untuk mengelakkan ataupun mengurangkan kerja penyeludupan atau sorokan beras di Sarawak dan Sabah.

Berbalik kepada kes yang berlaku di Kedah hari ini, saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian bahawa selain menjalankan siasatan dari sudut penyorokan demi mengaut keuntungan yang salah di sisi undang-undang, saya juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj yang berlaku dalam kes ini. Kita juga harus mengambil iktibar daripada isu beras yang telah berlaku di Thailand pada dekad yang lalu sehingga menjadi satu pergolakan polemik yang serius. Okey, sekian sahaja daripada saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Sebelah sana, ada yang hendak bercakap? Lima minit.

Baik. Terima kasih.

Alor Setar, Alor Setar, Alor Setar. Ya. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen yang lain.

Walaupun dapat teks penuh usul itu tetapi saya cuba mengambil bahagian dalam usul yang nak disampaikan oleh ꟷ yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Yang saya faham daripada usul berkenaan ialah tentang isu tangkapan yang dibuat oleh satu kes penyelewengan beras yang berlaku di Kedah. Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada laporan media dan juga apa yang telah pun dikeluarkan oleh kenyataan media Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.

Kes ini berlaku tahun 2016, tujuh tahun yang lalu, kan? Itu yang dirujuk, bukan?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Bukan, bukan, bukan yang itu.

Bukan?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bukan. Bukan. Ini baru, ini baru.

Oh, okey, okey, baik, baik. Saya tarik balik perkataan yang itu, Dato’ Yang di-Pertua. Okey. Mengenai isu usul penyelewengan beras ini, saya setuju ianya adalah usul ataupun isu nasional yang perlu dibincangkan secara bersama tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. Kita sudah pun muaklah sebenarnya melihat politicking yang agak melampau, salah mempersalah antara satu sama lain dengan pihak pembangkangkah, kerajaan kah ataupun mana-mana parti.

Ada isu bersama kita perlu tangani secara bersama. Ada isu yang isu perbezaan parti politik itu di pentas politik sahaja. Tidak dibawa ke dalam pentadbiran ataupun pengurusan kerajaan. Saya juga bersetuju disebut tadi oleh dua orang Ahli Parlimen kita supaya pihak yang melakukan penyelewengan ini dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan dan diberi tindakan dan hukuman yang sewajarnya supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Ada ditimbulkan sebelum ini ada wujudnya dakwaan kartel-kartel yang wujud yang mengatur harga beras, harga padi, mengurangkan sukatan timbangan. Kartel- kartel ini perlu diambil tindakan yang serius oleh pihak kerajaan tanpa mengira siapa pun mereka, siapa di belakang mereka kerana ini melibatkan soal hak asasi ataupun makanan ruji rakyat. Semua rakyat akan terkesan dalam isu ini dia tidak kira warna parti politik.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, yang saya ambil kesempatan masa sikit sahaja, saya agak hairan sebenarnya apabila usul ini diterima di dalam Dewan Rakyat ini. Dia macam agak bercanggah dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri yang diberikan sebelum ini, kita tidak ada isu kekurangan beras yang serius.

Tetapi bila kita bawa usul ini di sini, dia macam isu ini agak serius.

Jadi, sebenarnya, pada tahap serius yang macam mana isu beras itu? Saya agak keliru di situ, mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu saja Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong pihak yang berkenaan mesti dibawa ke muka pengadilan dan juga diberi tindakan yang sewajarnya dan diatasi isu kekurangan beras ini jika benar ia wujud. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ada masa lagi, sila.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Batu, nanti kita...

Okey, baik.

Terima kasih Dato’ Speaker bagi Batu peluang untuk mengambil bahagian dalam usul ini. Dan terima kasih sahabat saya, Sungai Petani untuk bangkitkan perkara ini. Terdengar perbahasan tadi saya rasa apa-apa topik berkaitan beras ini memang sangat penting sebab itu adalah makanan utama masyarakat Malaysia ini.

Saya sebagai seorang anak muda, wakil rakyat yang muda, I kecewa dengan segelintir orang yang boleh buat aktiviti tersebut di mana sorok 180 metrik tan beras dan mereka yang sorok ini I rasa mereka bukan apa-apa tetapi sengaja untuk membuat perkara ini supaya masyarakat susah.

Sebab negara Malaysia ini adalah satu negara yang juga mempunyai import yang sangat besar, hampir 40 barangan makanan yang kita import. Dan barangan makanan import itu termasuk beras, beras import dan harga barangan import ini tidak stabil sebab nilai mata wang dollar yang semakin kuat. Dan apabila kita beli guna US Dollar, yang dengan mata wang kita yang semakin merudum, so, kita kena spend extra untuk beli barangan ini. Dan apabila terdapat kekurangan beras tempatan, sekarang kerajaan terpaksa menggunakan subsidi untuk beras import yang dikeluarkan oleh kenyataan daripada pihak Menteri. Ini dengan terus terang membazirkan duit kerajaan, Dato’ Speaker.

Saya nak tanya walaupun ada banyak fakta yang diberikan daripada kawan- kawan saya tadi, saya tidak ingin memberitahu statistik sebab nanti boringlah. Tapi, I nak tanya soalan kepada pihak kementerian adakah pihak kementerian tidak menyedari isu ini sebelum isu ini jadi satu perkara yang serius di kalangan masyarakat?

Kenapa stok beras ini ataupun kekurangan stok beras ini tidak tahu lebih awal.

Kalau tahu lebih awal, mungkin penguatkuasaan atau ops yang buat carian mana yang beras disorok boleh buat awal-awal lagi. Dan sekarang kita dah, pihak berkuasa lepas buat operasi dah jumpa 180 metrik tan tapi berapa tempat lagi yang orang yang sorok lagi kita tidak tahu.

So, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, dan saya mohon sangat-sangat pihak kerajaan untuk ambil tindakan yang tegas terhadap orang ini sebab saya di ibu kota ini boleh merasai masalah tersebut. Dalam supermarket yang setiap kali ada beratus-ratus beras, tapi sekarang satu hari dapat 20 atau 30 saja, mana cukup. Dan juga aduan yang saya terima daripada kawasan saya sahaja hari- hari saya terima aduan. Dan ini sebenarnya perkara seriuslah bagi saya. Dan itu sahaja daripada ucapan saya, Dato’ Speaker, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Speaker, saya Sik. Terima kasih Timbalan Menteri dan seluruh Ahli-ahli Parlimen. Ringkasnya yang pertama, bagi saya ucapan tahniah kepada Bahagian Penguatkuasaan Bagi Kawal Selia Padi dan Beras bersama dengan agensi lain dalam langkah operasi bersepadu yang telah pun membuat operasi dan diikuti sendiri Timbalan Menteri.

Kita dapat mendedahkan bahawa berlaku benar apa yang disebut sebelum ini iaitu kes menyorok beras ini yang sudah pastilah antara punca kemelut yang sedang melanda kes kenaikan harga beras import itu.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu lihat isu ini dengan jelas iaitulah bagaimana kita tidak boleh menafikan wujudnya jaringan kartel-kartel ini di kalangan pengilang- pengilang ini yang sedang mendesak kerajaan supaya menaikkan harga beras tempatan, itu utamanya isu ini. Mereka boleh dengan begitu cepat menaikkan harga beras RM1,700 satu tan metrik dengan tujuan untuk mendesak kerajaan juga menaikkan harga beras tempatan. Itu tujuannya. Jadi bila kerajaan bertegas untuk tidak menaikkan, maka, mereka boleh menurunkan dengan begitu cepat, RM1,250 satu tan.

Jadi, yang penting sekarang ini ialah kerajaan perlu melihat, kementerian melihat keseimbangan bagaimana harga padi itu sendiri dan harga beras tempatan ya. Kita nak pastikan bahawa rakyat tidak terbeban dengan harga yang tinggi dan petani juga perlu pembelaan dari segi mereka mengeluarkan kos yang sangat tinggi ketika mereka menanam padi.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menerangkan supaya operasi ini perlu diteruskan dan saya yakin pihak kementerian termasuk di bawah Bahagian Kawal Selia Padi ini tidak ada kemampuan untuk secara berterusan dengan kekangan kakitangan yang sangat terhad.

Jadi, saya mencadangkan supaya pihak kementerian sendiri membuat perundingan dengan di bawah mungkin Perdana Menteri diwujudkan jabatan khas, Jabatan Kawal Selia Padi dari segi meningkatkan kapasiti operasi, penguatkuasaan, kakitangan, bajet yang diperlukan bagi memastikan Bahagian Kawal Selia Padi ini dapat menjalankan fungsinya mengawal selia segala lesen-lesen pengeluaran beras ini dengan lebih kuat untuk kita pasti tidak ada lagi kelompongan dalam penguatkuasaan ini.

Yang keempatnya, saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya iaitulah kebersamaan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Dalam isu rampasan beras ini, kita tidak pasti ꟷ ada yang netizen yang dengan begitu liar menuduh ini kelemahan di pihak kerajaan negeri dan sebagainya.

Ini satu tuduhan yang tidak benar.

Saya mencadangkan supaya khususnya pihak di kementerian ꟷ dan kalau di negeri kita ada EXCO Pertanian, ya, kita ada Jabatan Pertanian Negeri, maka kekerapan bermesyuarat, kekerapan untuk kita mengadakan kerjasama itu perlu dipertingkatkan, masing-masing kita ada fungsi dan peranan.

Kerajaan negeri ada kekuatannya dari segi mereka langsung dengan para petani dan sebagainya. Jadi itu Yang Berhormat Menteri perlu diperkemaskan dari segi kebersamaan Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertanian sendiri dan agensi- agensi negeri supaya hal-hal yang tidak berkaitan ataupun tuduhan-tuduhan yang liar di luar itu kita dapat padam.

Yang pastinya kita dapat memastikan bahawa bekalan beras kita ini dalam keadaan yang stabil, dalam keadaan rakyat tidak terbeban. Dan ada saya mencadangkan supaya kementerian melihat kaedah yang dibuat model pengagihan beras tempatan dan beras import ini di negeri Jepun.

Di Jepun, kerajaan sendiri mengeluarkan pack beg untuk beras tempatan itu yang mana kerajaan dapat control berapa jumlah beg yang perlu dikeluarkan oleh setiap kilang itu. Dan kerajaan dapat pastikan mana kilang yang dia menyorok beras, mana kilang yang dia menaikkan harga sesuka hati. Ini saya cadangkan supaya kementerian dapat melihat sedikit dan membuat kajian model negara Jepun bagaimana dia menguruskan hal beras tempatan dan beras import. Dalam masa yang sama dia dapat mengekalkan jaminan kepada petani-petani supaya mereka terus terbela.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

[Bangun]

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Pengucap terakhir ya. Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

Okey, terima kasih.

Terima kasih banyak Dato’ Yang di-Pertua. Pertama, saya nak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas kehadiran ke dalam Dewan ini. Dengan penemuan stok beras sebanyak 180 tan, adalah penting untuk kerajaan mempertimbang, untuk mengetatkan syarat dan regulasi berkaitan dengan firma dalam rantaian pengeluaran produk beras ni. At least dia dapat membantu mengurangkan tindakan menyorok beras di masa hadapan.

Yang keduanya pula, kerajaan harus merancang untuk menubuhkan pasukan penguat kuasa khas untuk menguruskan industri padi. Pasukan ini kita lihat boleh memantau dan mengawasi pengeluaran produk berkaitan dengan padi untuk memastikan keluaran lebih telus dan terancang serta melindungi hak pesawah padi.

Dan yang ketiga cadangannya adalah pula tindakan susulan oleh pasukan Ops Jamin adalah perlu untuk memastikan stok beras yang ditemui dimanfaatkan oleh rakyat. Dan selain itu, perlu dipertimbangkan satu tindakan undang-undang susulan kepada mereka yang menyorok bekalan beras ini sebagai pengajaran kepada yang lain. Dan saya setuju agar pihak yang bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan seperti apa yang dimaklumkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen lain.

Yang keempat pula, wujud peluang bahawa penyorokan bekalan beras mungkin adalah tindakan sabotaj oleh pihak pengilang dan pemborong terhadap keadaan pasaran. Oleh itu, kerajaan perlu untuk siasat secara mendalam dan adil dalam menentukan punca serta pihak yang bertanggungjawab. Sebabnya, ini boleh merosakkan the whole system of distributing beras ini dengan izin Dato’ Yang di- Pertua.

Dalam kesimpulan, isu sorok beras sebanyak 180 tan ini sangat serius dan perlu tindakan yang komprehensif dan tegas daripada pihak kerajaan. Dan saya ingin mencadangkan seperti yang dimaklumkan mengenai mengetatan regulasi penubuhan pasukan penguat kuasa khas dan siasatan menyeluruh perlu kita ambil untuk memastikan bekalan beras kekal stabil dan masyarakat terutamanya mendapat manfaat yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ha baik, last ya lima minit.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Daripada mana?

Jerlun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Jerlun, untuk rekod.

Baik, isu di hadapan kita berkaitan dengan masalah sorokan beras. Ada dua perkara yang perlu diberi perhatian di sini mengapa berlaku sorokan beras? Kalau disebut tadi tentang sorokan beras 180 tan metrik dengan nilai RM450,000 yang disita. Dan saya tidak pelik bila perkara ini berlaku di Kedah sebab Kedah adalah negeri jelapang padi.

Persoalan yang timbul sekarang, mengapa boleh terjadi sorokan beras?

Sorokan beras ini pada pengamatan saya berlaku di kalangan pengilang-pengilang yang bersaing untuk mendapatkan jumlah padi sebanyak mungkin. Maka di situ berlakulah tawar-menawar antara kilang dengan pihak yang menjual padi ataupun jual padilah, bukan beras. Kemudian, pembekal padi itu pula dipengaruhi juga oleh kartel yang boleh memberi insentif yang paling banyak.

Antaranya melibatkan pemandu lori. Lagi banyak lori itu dibekalkan oleh seorang tauke, maka dia akan banyak mendapat beras. Sorry, maaf lagi banyak dia akan dapat padi. Bila tawaran yang tinggi, insentif yang tinggi, maka pengilang- pengilang ini boleh memberi dengan jumlah yang paling banyak. Itu bahagian kawal selia perlu mengambil langkah segera untuk memastikan tidak akan ada lagi duit kopi ataupun tawaran di luar jangka dengan pengaruh tertentu kepada pemandu lori dan sebagainya.

Saya terima rungutan daripada orang yang melakukan, orang yang jual padi.

Dia kata “Padi ini hak aku, aku punya padi, tiba-tiba dia kaya daripada aku. Dia pemandu lori, dia bukan ada padi, dia bukan ada kebun sawah, dia takda tapi dia lebih kaya”. Itu persoalan yang perlu diambil.

Yang kedua tentang isu lesen. Disebutkan di sini, ops ini menyebut bahawa kilang ini berjaya menyorok beras ataupun padi di kilang dia tanpa lesen. Apa garis panduan yang dibenarkan oleh Bahagian Kawal Selia kementerian tentang lesen?

Kalaulah mereka boleh buat tanpa lesen yang hanya baru satu saja kita tau, bagaimana dengan kilang-kilang yang lain? Saya percaya bukan satu kilang ini saja yang berjaya menyorok padi ataupun beras. Banyak lagi kilang-kilang yang berbuat demikian. Jadi sampai bila kerajaan terpaksa buat task force, turun padang, mengenal pasti hanya satu tempat tetapi satu tempat itu tidak memberi kesan untuk menyelesaikan masalah padi ataupun beras.

Akhirnya, rakyat menjadi mangsa, harga beras dalam kadar yang tinggi, belian yang terhad dan ini akan menyebabkan rakyat menjadi susah sebab beras nak dimakan hari-hari. Semua pihak makan sama ada miskin ataupun kaya. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula peranan kilang terhadap pemandu-pemandu lori yang dipengaruhi oleh kartel. Buatlah apa-apa akta yang berkaitan bagi membendung gejala ini supaya tidak ada lagi pemandu lori yang dipengaruhi oleh pengilang. Sebab kalau kita lihat dari segi penjualan beras, maaf penjualan padi, tidak ada langsung tarikan daripada BERNAS. Ini syarikat di bawah GLC kerajaan.

BERNAS tidak boleh buat penjualan yang tinggi sebab dia tidak boleh memberi insentif kepada pemandu lori. Kalau dibandingkan di kilang-kilang, pemandu lori sanggup beratur panjang hanya semata-mata duit kopi yang dia akan dapat.

Tuan punya padi dok tanya, maafkan saya, saya guna bahasa utara. Dok tanya “Bila duit nak dapat?” Dia kata “Nu, lori dok queue”. Padahal dia yang buat. Dia bagi alasan. BERNAS jual harga murah, kilang jual harga tinggi sikit. Padahal pasaran harga yang ditetapkan oleh kerajaan antara RM1,250 ke RM1,280 per tan di Kedah. Kalau di Sekinchan sehingga RM1,350 ke RM1,400. Itu pun paras harga yang berbeza sedangkan padi adalah kualiti yang hampir sama. Mengapa ada jurang perbezaan dari segi penjualan harga? Ini juga satu perkara yang perlu diambil perhatian.

Jadi itulah sumbang saran saya, pandangan saya kepada kerajaan atas isu ini supaya tidak berlaku lagi sorokan padi di masa yang akan datang. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 30 minit dan dibenarkan untuk mencelah ya jika nak clear-kan pertanyaan dengan Menteri. Silakan Menteri.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

So, terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menjemput saya ke Kamar Khas berhubung dengan isu penyorokan 180 tan metrik beras bergred Super Special Tempatan 5 peratus atau SST5 atau beras putih tempatan (BPT) yang bernilai RM405,000 yang dijumpai dan disita di sebuah kilang beras di Kedah pada 9 Oktober baru-baru ini.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Saya menghargai yang pendapat-pendapat. Okey, daripada bucu berunding.

Ini bukan berbahas ya. Yang berunding yang untuk isu ini Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Parit Sulung, dan juga Yang Berhormat Jerlun.

Terima kasih atas keprihatinan tentang isu ini dan memang saya menyambut baik pendirian kesemua Ahli Parlimen ini untuk tidak menjadikan perkara ini sebagai polemik politik kepartian. Ini memang tidak ada kaitan dengan politik.

Dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat kita melakukan pemeriksaan secara bersepadu dengan pembentukan Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) untuk memastikan mana- mana pihak yang melakukan penyelewengan dibawa ke muka pengadilan. Task force khas yang bersifat yang melancarkan operasi bersepadu ini dia melibatkan pelbagai agensi yang di mana meliputi:

(i) Kawal selia Padi dan Beras (KPB) yang di bawah KPKM;

(ii) Polis Diraja Malaysia (PDRM);

(iii) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM);

(iv) Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); dan

(v) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia

(MAQIS).

Task force ini merupakan salah satu langkah intervensi tambahan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KPKM selepas mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pengumuman untuk mengadakan empat langkah intervensi tambahan ini adalah diumumkan pada 2 Oktober untuk minggu lalu, 2 Oktober. Dan selepas pengumuman yang adanya yang pelancaran task force ini, pada 3 hari bulan Oktober kita juga adakan satu mesyuarat dan seterusnya kita melancarkan operasi bermula di Selangor dahulu dan untuk minggu ini kita ke Kedah.

Celah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dato’ Speaker. Boleh tak kalau saya cadang libatkan juga SPRM dalam task force itu?

Kerana kalau merujuk kes ꟷ satu lagi kes yang saya hendak sebut tadi itu kes 2016, SPRM selesai siasatan, 2019 serah kepada Jabatan Peguam Negara tetapi tidak ada tindakan sehinggalah semalam baru dibuat caj ke atas pihak yang berkenaan itu pun di hospital kerana dia masuk hospital sebab dia sakit.

Ini kalau SPRM masuk sekali dalam task force itu, saya rasa mungkin lebih mempercepatkan proses pendakwaan pihak-pihak yang bersalah itu. Terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih atas pandangan dari Alor Setar. Dari semasa ke semasa kita selalu ada penambahan yang ahli kepada pasukan ini seperti kita juga memasukan MARDI dan juga Jabatan Kimia atas usaha untuk mendapatkan sampel dan untuk menjalankan analisa atas sampel beras tersebut supaya membuktikan sama ada terdapatnya isu tukar kampit atau tidak. Dan untuk cadangan memasukkan SPRM ini, saya rasa kita akan bawa untuk mesyuarat task force ini untuk membuat satu keputusan. So, terima kasih.

Dan ingin saya maklumkan di sini bahawa operasi bersepadu bersama pihak Kawalselia Padi dan Beras 12 anggota, Polis Diraja Malaysia 21 anggota, KPDN

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

enam anggota, dan MAQIS enam anggota, telah berjaya membongkar dengan menyita sebuah kilang disyaki menyorok beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.

Berdasarkan sitaan yang telah dilakukan, hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan Task Force Khas OP BPT telah mendapati bahawa beras bergred Super Spesial Tempatan 5 Peratus (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) di dalam kampit jumbo yang berjumlah 180 tan metrik disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen.

So, maksud dia syarikat itu dia ada lesen cuma gudang itu tidak ada lesen.

Dan mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan task force khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000.

Di sini, saya ingin memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. KPKM dan anggota-anggota task force akan bertindak tegas terhadap sesiapa pun individu atau syarikat yang didapati melanggar peraturan yang sedia ada.

Jangan mengambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan yang berpatutan untuk rakyat, bukannya untuk menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan yang lebih. Dan kes ini...

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Yang Berhormat Menteri, pencelahan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, Speaker dan Ahli Parlimen yang dirahmati Allah.

Okey, selain daripada beras ini, Pasir Salak juga ingin mengutarakan satu permasalahan yang sebegini juga dia punya jalan cerita. Tadi berkenaan dengan beras tempatan dan selain daripada itu ialah benih padi sah. Kita minta juga kementerian untuk memantau tentang benih padi sah ini. Di kawasan saya di kawasan Pasir Salak, ada sawah padi yang luas. Dahulu kita ada masalah tentang upah mengangkut benih padi ini ke sawah. Kenaikan yang begitu tinggi sehingga RM1 satu trade. Biasanya 20 sen, bayangkan.

Kemudian, selepas itu benih padi sah pula berlaku kekurangan benih padi sah kerana apa? kerana hendak menaikkan harga. Baru-baru ini kenaikan itu sehingga RM10 satu beg daripada yang ditetapkan oleh kerajaan RM35 satu beg kepada RM45.

Dan bila tidak ada di pasaran yang ada di ini oleh kerajaan, mereka terpaksa beli pada orang-orang ꟷ pengilang-pengilang persendirian yang menyediakan benih padi sah ini sehingga harga naik sampai RM60 satu beg. Ini sangat membebankan petani kerana petani hendak masuk dah benih padi ke sawah tetapi benih tak ada.

So, air sudah ada di dalam bendang.

Dan akhirnya, air turun habis tak ada kering dan benih tak dapat lagi. Jadi, menjadi satu masalah bila benih padi sah sampai terpaksa membuat kerja kali kedua untuk menyediakan benih padi. Jadi, itu masalahnya. Dan akhirnya, petani fed up. Okey ya, di kawasan saya banyak yang tukar kepada kelapa sawit kerana tidak menguntungkan petani. Ya, itu minta perhatian daripada pihak kementerian.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mencelah berkaitan dengan penjelasan YB Timbalan Menteri. Saya dengar tadi pelbagai agensi terlibat operasi. Saya

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

bimbang banyak sudu dan garpu daripada kuah. 9 hari bulan operasi telah berjumpa.

Hari ini sudah 12, tiga hari.

Saya hendak tanya, adakah siasatan sudah selesai? Adakah pendakwaan akan dibuat? Apakah punca kuasa? Akta apa? Agensi macam-macam. Tetapi sebenarnya yang boleh heret suspek ini ke mahkamah di bawah akta apa? Agensi yang mana satu? Ada Menteri Besar satu itu, tiga hari ini dia ada hari yang keempat dah didakwa.

Jadi, kita tidak mahu ini sandiwara sahaja iaitu mesti saya hendak melihat ada pendakwaan dilakukan. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Sedikit sambung, sedikit sahaja berkenaan tentang ops tersebut.

Adakah kementerian telah menetapkan satu time frame untuk operasi ini setelah dilakukan tangkapan? Dan saya yakin tangkapan ini bukan terhenti di situ sahaja, dia akan berlarutan lagi dengan tangkapan-tangkapan yang lain.

Dan apakah pelan kerajaan daripada ops ini? Apa objektif yang ingin dicapai dan time frame yang jelas? Dan kalau sudah ada penemuan, adakah perkara ini akan dibentangkan kepada khalayak ramai supaya orang ramai tahu apa sebenarnya yang berlaku supaya tidak ada berlaku blame game antara satu pihak dengan pihak yang lain? Okey, terima kasih.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Minta mencelah YB Speaker dan Timbalan Menteri.

[Disampuk] Kangar, Kangar. Okey, isu sorok ini sebenarnya bukan satu benda yang baharulah. Saya ingat zaman saya sekolah dahulu cikgu-cikgu dok bincang isu yang sama, isu sorok beras lah, sorok minyak lah dan sebagainya. Jadi, lama sudah. Jadi, sekarang ini apa yang dibincang, apa yang dibangkitkan oleh Sungai Petani itu isu yang sama juga, sorok dan kita dapat tangkap.

Cuma saya hendak tanya Menteri sebab apa benda ini dia tak boleh hendak settle? Apakah akta kita terlalu longgar ataupun undang-undang kita yang terlalu longgar menyebabkan kita tidak boleh hendak buat apa sebab isu ini tidak boleh selesai. Isu kartel ke isu apa masalah ini tidak selesai berpuluh-puluh tahun daripada dahulu sampai sekarang dan kemungkinan akan jadi berpuluh-puluh tahun akan datang. Jadi, saya hendak tanya Menterilah apa-apa solusi. Terima kasih.

Timbalan Menteri, last, last.

Segamat ya saya nak tanya. Kita telah bangkitkan berkenaan dengan isu kartel dan sebagainya. Tetapi isu pokok di sini adalah supply of beras tempatan ini. Cuma satu kerisauan ꟷ seperti yang Menteri sebut tadi dalam satu jawatankuasa itu – dan juga KDB dan sebagainya. Tetapi ini laporan yang diberi oleh pegawai polis daripada Segamat ya. Dalam daerah Segamat ada tiga Parlimen, Parlimen Segamat, Sekijang dan Labis. Dalam Parlimen saya hanya ada satu sahaja supermarket iaitu Billion.

Dalam Billion sampai semalam 8.00 malam tiada beras tempatan. Itu adalah satu aduan.

Cuma saya hendak tanya, sebab kita fokus pada Kedah sekarang. Apakah – bagaimana pula di negeri-negeri lain sama ada perkara kartel ini berlaku khususnya di Segamat kerana langkah-langkah yang kerajaan perlu ambil monopoli oleh kartel dan juga saya risau ia mungkin wujud artificial supply and demand, penawaran permintaan yang direka cipta untuk mengaut keuntungan dan juga adakah serbuan yang sama akan dilakukan pada syarikat-syarikat di negeri-negeri lain. Kalau kita hanya fokus kepada Kedah, saya rasa perkara ini kekurangan beras itu berlaku di semua tempat. So, I suspect that must be have other idea dengan izin untuk perlu memastikan tiada ketirisan.

Last sekali, bagaimana kita mengelakkan ketirisan antara laporan kementerian menyatakan bekalan itu ada. Tetapi live report daripada semalam daripada kawasan saya memang tiada beras. Isu pokoknya seperti yang saya kata adalah isu pembekalan beras tempatan, itu adalah satu isu yang sangat penting juga yang still simultaneously dibawa oleh Sungai Petani. Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Speaker.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey terima kasih kepada soalan-soalan yang begitu banyak. So, saya mungkin tidak sempat untuk jawab kesemua. Cuma saya balik kepada kes yang spesifik dahulu. Kes yang sekarang yang di bawah usul ini masih dalam siasatan, okey, di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 552] dan Peraturan-peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-kilang Padi) 1996 [P.U(A) 626/1996] .

Sekiranya didapati bersalah, kilang padi tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.

So, Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras juga, melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesen.

Saya hendak jawab kepada soalan teknikal daripada Pasir Gudang kerana saya rasa itu amat penting di bawah mana akta dan sedangkan kita melibatkan banyak agensi yang berlainan, kan. So, ini adalah langkah drastik yang kita telah lakukan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengarahkan penurunan kuasa Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras kepada anggota penguatkuasaan rentas agensi yang terlibat dalam Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Penurunan kuasa itu dibuat berdasarkan seksyen 6 Akta Kawal Padi dan Beras 1994 [Akta 522]. So, inilah punca kuasa kita. Kita menurunkan kuasa seperti apa yang pernah berlaku semasa COVID-19. Agensi lain juga terlibat untuk tolong penguatkuasaan selain daripada Kementerian Kesihatan. So, cara yang sama kita akan guna pakai dan dalam tempoh masa satu bulan. So, task force ini kita baru menyediakan ini terma rujukan. Antara objektif untuk task force ini adalah untuk mengenal pasti sama ada tuduhan berlakunya sorokan dan tuduhan sama ada berlakunya ini tukar kampit adakah ia berlaku. So, ini terma rujukan untuk task force ini. So, kita cuma sangat-sangat spesifik lah atas dua objektif ini.

Yang isu lain seperti isu pasarankah, yang kenapa ini yang sorokan ini sudah berlaku lamakah ini bukan di bawah task force inilah. Kita cuma hendak mengenal pastikan sama ada tuduhan- yang sama ada daripada netizen-kah dari rakyatkah ini adakah ia valid atau tidak. So, sampai sekarang memang ada sedikit penemuan. Dan operasi ini kita jalankan dari semasa ke semasa, kalau cukup satu bulan masih tidak habis kesemua sasaran. Kita juga ada satu target atau sasaran berapa kilang dan pemborong kita nak mengadakan operasi. Cuma ini kerana ini nama dia pun operasi kan, so saya tak akan mendedahkan yang selebihnya daripada inilah. So, kita ada target, kita ada sasaran. Bukan sahaja kita tertumpu di Kedah.

Cuma kebetulan sekarang kita pun musim menuaikan. So, kalau you hendak kenal pasti sama ada berlakunya sorokan tidak, dia mesti ada musim yang menuai you boleh lihat padi dan sama ada kilang tersebut dia ada proses padi kepada beras ke kesemua itu baru kita boleh lakukanlah. Dan memang tidak terhad di Kedah.

Bukan kita hendak sengaja memilih bermula daripada Kedah tetapi memang pada faktanya Kedah merupakan jelapang padi untuk negara ini. So, inilah tempat yang

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

kita bermula dan seterusnya Johor jangan risau mesti akan sampai, okey, mesti sampai.

Okey, untuk Sabah dan Sarawak saya pun berasal dari Sabah, okey. Isu Sabah dan Sarawak dan Labuan berlainan sedikit berbanding dengan Semenanjung kerana Sabah Sarawak dan Labuan memang kewujudan beras putih tempatan tidak signifikan. So, kebanyakan kita memang makan beras yang- beras putih import. Itu baru itu specialty rice, itu lain, okey. So, kalau untuk beras putih import ini, di Sabah Sarawak sekarang masalah kita adalah dengan adanya subsidi RM950 untuk satu metrik tan untuk subsidi kan. Rakyat Sabah Sarawak dan Labuan supaya mendapatkan satu harga yang berpatutanlah untuk rakyat. RM31 untuk satu kampit 10 kilogram. So, kerisauan kita adalah sama ada ia akan di seludup keluar negeri- negeri atau negara-negara yang berdekatan.

So, di Semenanjung sampai sekarang kita masih belum melibatkan Kastam dalam operasi. Dan Kastam akan merupakan peneraju untuk operasi dekat Sabah Sarawak dan Labuan kerana objektif atau sasaran dia ada lain sedikit. Di Sabah Sarawak dan Labuan memang kekurangan kilang atau pemborong beras di mana berlakunya tempat itu ada juga beras putih import dan juga beras putih tempatan.

Kerana kalau ada kilang atau pemborong, dia ada dua jenis beras ini distorkan di tempat yang sama baru kemungkinan berlakunya tukar kampit. Kalau di tempat yang memang jual beras putih import, kita cuma memfokuskan kepada isu penyeludupan atau tidak. So, ini jawapan untuk kepada Miri.

Dan saya ingin update-kan untuk kemaskinikan apa yang berlaku pada minggu ini bukan setakat satu kes sahaja di Kedah. So, minggu ini kita sepanjang tempoh tiga hari Op PBT telah dijalankan di Kedah. Kita adakan pemeriksaan ke atas 28 kilang padi dan 18 pemborong. Dan hasil pemeriksaan telah menghasilkan dua kes. Yang kes yang 180 metrik tan ini adalah salah satu kes dan tambahan pula satu kes yang baru-baru inilah, yang baru kita jumpai kelmarin. So, hasil pemeriksaan telah menghasilkan dua kes di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras dan dua kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. So, two plus two, so ada empat kes.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

So dan satu kes di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Inilah yang tersebut yang melibatkan sitaan beras sebanyak 180 metrik tan. So, ini yang update saya memberitahu kepada.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit ada soalan berkaitan dengan kes operasi ini. Tersebar dalam TikTok ya, ada satu yang di-viral iaitu bagaimana pengguna melihat ada penukaran beg beras ini daripada beras tempatan kepada beras import ya. Jadi hanya diletakkan sticker sahaja. Jadi adakah itu juga telah pun ada di dalam senarai siasatan pihak kementerian? Kerana saya pun masih simpan lagilah link TikTok itu, kalau nak share nanti boleh saya bagilah.

[Ketawa] Terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey yang...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat saya nak tanya satu, sikit sahaja. Sebab kita tengok dalam TikTok-lah dalam Facebook- kah, wujud betulkah beras tiruan ini?

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Wujudkah tidak, so itu kita kena buat operasi.

[Ketawa] Ha, kan. So kalau yang untuk yang isu yang TikTok inikan yang selalu kita pun menerima banyak aduan melalui TikTok. So, dia bukan aduan yang sah cuma kes yang dikatakan oleh Sik yang tadi itu kan, saya rasa dia berkaitan dengan satu keputusan yang kementerian kita telah buat kerana selepas ada kenaikan harga. So, pemborong dan pengilang mereka jumpa kita, mereka minta untuk kelonggaran

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

diberikan supaya mereka boleh menampalkan sticker untuk harga yang baharu atas kampit yang lama itu.

So kemungkinan isu itu berkaitan dengan keputusan yang kita membenarkan yang ditekan ini. Cuma that reason dia tak faham. So, dia ingat inilah tukar kampit.

Lepas itu dia viral-kan. So, sebenarnya kementerian, kita pun pernah isu press statement untuk menerangkan yang isu inilah. Cuma kemungkinan tak sampai dia YB. So, update sudah. Okey.

So, ada lagi satu yang selalu ditanyakan oleh YB, kenapa sekarang baru terjumpa yang sorokan kan. So, ini sudah cakap lama semua ini. So, terima kasih YB atas ini soalan-soalan yang begitu kritikal okey. So, kami memahami keprihatinan YB berkenaan dengan isu ini dan buat masa ini, saya mohon YB-YB memberikan ruang kepada anggota task force bersepadu ini bersama pihak-pihak yang berwajib untuk melengkapkan siasatan sedia ada supaya sebarang tindakan lain termasuk pendakwaan sekiranya ada dapati ambil kelak.

Dan memang saya nak katakan di sini, tidak dinafikan kekangan anggota KBP, Kawal Selia Padi, kemungkinan antara faktor yang mengehadkan keberkesanan pengesanan penyelewengan inilah. So, oleh itu, task force bersepadu telah dilaksanakan supaya sumber dan anggota rentas agensi dapat dikerahkan secara bersama dan secara lebih efektif.

Dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya berhenti di sinilah. Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

YB since dengan izin, this is a discussion ataupun perbincangan. Apa Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi, hukuman itu RM20,000 ꟷ Maksimum berapa?

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

RM50,000.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Saya cadangkan kementerian pindalah. Minimum RM100,000 dan setengah juta. Ini cadangan.

[Tepuk] Kerana apa, saya Kedah itu dekat di hati saya. Saya tengok sana tauke-tauke yang ini buat duit RM20,000 itu sap sap soi sahaja.

[Ketawa] Dicadangkanlah ya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dengan izinlah ya. Menteri kementerian mengambil maklum itu. Minimum RM100,000 and million. Okey, sesi yang fruit full dengan izin. Ahli-ahli Yang Berhormat masa sudah cukup bagi Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguh sehingga hari Isnin, 16 Oktober 2023 jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 4.04 petang]