Dewan Rakyat · 26 October 2023

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 719 turns · 40,071 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya akan menjemput Kuala Pilah. Sebelum saya jemput Kuala Pilah, saya nak maklumkan bahawa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ini, Ahli Yang Berhormat kena baca apa yang Yang Berhormat tanya ya. Baik, saya jemput Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan. Silakan Dato’.

Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah · question

1. Dato' Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah langkah-langkah dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian bagi membantu pekebun kecil getah yang kini berhadapan dengan cabaran harga getah yang rendah.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya kerajaan memang maklum berhubung cabaran harga getah yang rendah dihadapi oleh pekebun kecil. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu pekebun kecil getah seperti berikut. Pertamanya, Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Kerajaan amat prihatin dan mendengar keluh-kesah pekebun kecil, terutama ketika mereka disantuni melalui program kementerian seperti Program Trek Komoditi. Oleh itu, kerajaan dan pembentangan Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk menaikkan kadar paras harga pengaktifan (PHP) bagi IPG daripada RM2.70 ke RM3.00 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. Kenaikan kadar insentif ini diharap dapat meringankan beban pekebun kecil ketika mana berlakunya ketidaktentuan dalam paras harga getah. Untuk makluman, sehingga Ogos 2023, pemberian IPG telah memberi manfaat kepada 217,705 pekebun kecil dengan pembayaran sejumlah RM474.54 juta. Program IPG ini telah dilaksanakan bermula September 2015. Yang kedua, Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Kementerian melalui LGM melaksanakan Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks yang ditambah baik dengan pemberian insentif seperti berikut. Pertamanya, kadar insentif bulanan dinaikkan kepada RM2.00 sekilogram. Ini untuk 100 peratus kandungan getah kering. Dulunya RM1.00 untuk seratus peratus kandungan getah kering. Yang kedua, bayaran insentif penyertaan berjumlah RM200 sebulan untuk tempoh satu tahun. Maknanya kalau sebelum ini, mereka mengeluarkan getah kering, beralih kepada lateks, mereka akan dapat imbuhan sebanyak RM200 sebulan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi · Petra Jaya

Yang ketiga, kadar bahan insentif galakan berjumlah RM100 sebulan dalam tempoh terhad selama satu tahun. Yang ini, kalau dah mengeluarkan lateks. Kalau mereka terus mengeluarkan lateks, mereka akan dapat tambahan, tiap-tiap bulan RM100. Yang keempat, insentif produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti iaitu RM1,000 bagi kluster yang pertama iaitu kalau dia dapat mengeluarkan 1,000 ke 1,499 kilogram per hektar setiap tahun. Kalau 1,500 bagi kluster kedua, yang ini kalau dia dapat mengeluarkan 1,500 ke atas satu kilogram per hektar setiap tahun. Usaha ini akan melibatkan pekebun kecil menjual lateks terus ke kilang, yang mana kos pengangkutan akan dapat dikurangkan dan pekebun kecil akan menerima harga yang lebih baik. Projek rintis ini telah dimulakan di Sungkai, Perak yang mana saya sendiri telah melancarkan dan insya-Allah, akan dilaksanakan juga di Sabah dan di Kedah. Ini akan dilaksanakan secara rintis. Yang kedua ialah Projek Rintis Penggunaan Gas Stimulan. Yang ini diluluskan sebanyak RM10 juta oleh MOF yang telah diumumkan baru-baru ini dalam bajet. Yang ini dijangkakan kalau mereka dapat menggunakan kaedah ini, dia akan dapat meningkatkan hasilan keluaran getah tiga kali ganda. Jadi, ini dan juga jangka hayat pokok akan dapat dilanjutkan sehingga 25 tahun dan sekarang ini kita mensasarkan dengan 1,000 hektar projek rintis ini. Kalau berjaya, ini akan dapat dikembangkan. Yang keempat ialah Program Transformasi Perusahaan Getah Negara. Yang ini saya dah banyak kali jawab di Parlimen. Jadi, saya kira mungkin boleh rujuk baliklah apa maksudnya program target ini ialah di mana kita menubuhkan secara kelompok dengan koperasi dan sebagainya. Peserta menyertai dan alhamdulillah, setakat ini ada enam penyertaan dan kita dapat melihat bahawa peningkatan pendapatan mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, baik. Sila Kuala Pilah.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan tambahan saya ialah selain daripada insentif yang bersifat jangka masa pendek, apakah langkah jangka masa panjang untuk membantu pekebun kecil dan merujuk kepada trend kenaikan harga getah asli beberapa minggu ini, apakah sebabnya dan adakah kenaikan harga getah asli ini akan berterusan dan membawa manfaat kepada pekebun kecil? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Okey Yang Berhormat Kuala Pilah, untuk jangka masa panjang, penumpuan kita ialah kepada bidang research and development. Kalau kita melihat dalam bidang penyelidikan, research ꟷ R&D ini, salah satu cabarannya ialah penyakit kepada pokok getah ini, terutamanya the white root disease ataupun apa dipanggil penyakit akar putih.

Kita dah membuat kajian supaya kita dapat menghasilkan klon ataupun melalui genomic sepokok yang boleh tahan daripada serangan penyakit akar dan sebagainya. Begitu juga kita sedang melihat bagaimana kita melihat prosedur torehan.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

[Bangun]

Dengan torehan yang baik, maka pokok produktiviti keluaran getah akan lebih baik dan sebagainya. Di sinilah kita juga sedang membuat kajian dari segi development of single nucleotide polymorphism markers. Untuk ini, lebih kepada teknologi genome untuk mengenal pasti klon getah yang berkualiti tinggi.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

[Bangun]

Seterusnya ialah dalam bidang mekanisasi dan automasi, sama ada dari segi untuk penanaman benih dengan menggunakan mesin dan juga untuk kita menggunakan torehan secara automated. Yang ini sedang kita lihat jugalah bagaimana kita nak pertingkatkan. Jadi, dengan erti kata lain, apa yang kita

hendak tumpukan untuk kita tingkatkan dari segi research and development supaya dari segi benih klon yang lebih baik, penghasilan yang lebih baik dan juga daya tahan penyakit dan sebagainya. Untuk meningkatkan produktiviti dan juga hasil keluaran kepada pekebun-pekebun kecil kita. Begitu juga kaedah penuaian dan pada masa yang sama, kita melihat pada pemasaran. Di sinilah yang kita nak kembangkan pemasaran di mana mission kita dan juga produk kita bertahan dan juga sustainable yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Sebab itu, kita kenalkan juga program apa dikatakan Malaysian Standard Sustainable Natural Rubber Standard yang sedang kita bangunkan secara rintis dan kalau ini dapat, maka maknanya kita akan berbeza dengan negara lain di mana getah kita adalah sustainable dan akan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Maka, keluaran pasaran kita akan lebih baik lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Padang Serai.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Menteri. Saya ingin bertanya, apakah perancangan kementerian untuk memastikan peruntukan bantuan yang mencukupi bagi tujuan rawatan penyakit luruhan daun pokok getah seperti pestalotiopsis sebagai usaha membantu pekebun kecil getah seluruh negara ekoran cuaca panas yang boleh menjejaskan dan mengurangkan produktiviti penanaman getah? Yang keduanya Tan Sri Speaker, adakah kerajaan juga bercadang untuk meningkatkan kadar bantuan penanam semula pokok getah bagi menggantikan pokok getah yang berusia atau tidak lagi membawa hasil? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Untuk penyakit luruhan daun, yang ini kita bekerjasama sebenarnya. Peruntukan itu disalurkan juga pada RISDA yang bertanggungjawab kepada pekebun kecil yang terancang dan juga merekalah yang menjalankan program ini dan peruntukan memang sudah ada disediakan dan ia dibuat secara besar-besaran untuk membantu.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

[Bangun]

Setakat ini, laporan yang kita terima ianya dah bertambah baiklah dari segi projek yang telah dilaksanakan dengan bantuan-bantuan yang ada. Tapi kita juga menyedari bahawa kita kena buat secara lebih integrated di antara RISDA dan juga kami supaya pekebun-pekebun kecil ini akan dapat bantuan secepat yang mungkin untuk mengelakkan daripada berlakunya luruhan yang akhirnya menjejaskan pengeluaran hasilan getah mereka. Dari segi hasilan harga dan sebagainya itu tadi, sudah pasti nanti saya ada menjawab lagi satu soalan berhubung kait dengan harga dan sebagainya. Insya-Allah. Nanti saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Tan Sri.

Mohon satu lagi soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Ahmad Fadhli bin ShaariPAS · PNPasir Mas · question

2. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan mengapa kerajaan masih belum menyatakan pendirian dan tindakan yang lebih tegas dalam isu konflik di Palestin seperti mendesak agar Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan berkenaan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya semenjak krisis melanda, Malaysia adalah negara paling lantang memperjuang isu Palestin dalam apa juga keadaan dan masa. Bahkan, jika Ahli-ahli Yang Berhormat mengikuti pendirian Malaysia akhir-akhir ini, kita telah meningkatkan tekanan tahap tertinggi kepada masyarakat antarabangsa agar tidak terus menutup mata dan membenarkan rejim Zionis bermaharajalela dan membabi buta melakukan pembunuhan ke atas orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua. Malaysia berterusan membangkitkan isu berat sebelah oleh pihak Barat dalam isu kezaliman rejim Zionis tanpa ada sebarang tindakan punitif. Adakah ini tindak tanduk mereka yang acap kali mendabik dada sebagai pejuang hak asasi manusia? Pendirian Malaysia telah dirungkaikan dengan amat jelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena pada hari Selasa yang lalu, sejurus beliau kembali dari lawatan ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir. Demikian juga, Yang Amat Berhormat turut menyatakan pendirian beliau dalam beberapa forum antarabangsa, pertemuan antarabangsa termasuklah yang terbaharu dalam mesyuarat GCC Asian di Riyadh. Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah mengikuti rapat apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terkini PBB telah meluluskan permohonan OIC dan Liga Arab dengan disokong oleh Malaysia, Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timor-Leste dan Vietnam atau Timor-Leste— dan Vietnam untuk satu mesyuarat luar biasa tergempar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai isu Palestin. Ia akan dipengerusikan oleh Presiden UNGA ke-78 pada jam 10 pagi waktu New York hari ini. Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh persoalan membawa Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau dengan izin International Criminal Court (ICC). Ingin saya jelaskan di sini bahawa isu berkaitan Palestin sebenarnya telah pun dibawa ke ICC. Untuk makluman Yang di-Pertua, mengikut peruntukan dalam Statut Rom, sesuatu jenayah kes antarabangsa yang tersenarai dalam statut tersebut hanya boleh dirujuk kepada pendakwa raya ICC oleh tiga pihak iaitu sama ada negara-negara Ahli Statut Rom sendiri, yang mana Malaysia bukan ahlinya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu atau PBB atau dengan inisiatif pendakwa raya ICC sendiri. Palestin telah menerima pakai Statut Rom pada tahun 2015. Susulan itu, pendakwa raya ICC telah membuat pemeriksaan awal ke atas situasi Palestin sama ada kriteria-kriteria Statut Rom dipenuhi untuk membuka sebarang siasatan. Pada Disember 2019, pihak pendakwa raya ICC memutuskan kriteria-kriteria berkanun di bawah Statut Rom di Rome dipenuhi bagi membuka siasatan. Seterusnya, pra perbicaraan dalam kamar telah dilaksanakan pada Februari 2021 untuk menentukan sama ada ICC mempunyai bidang kuasa ke atas situasi Palestin disebabkan ia melibatkan isu perundangan dan wilayah yang kompleks mencakupi Tebing Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis. Hasil daripada pra perbicaraan dalam kamar tersebut, pendakwa raya ICC telah mengumumkan pada Mac 2021 untuk membuka siasatan atas situasi Palestin dan dakwaan jenayah dilakukan oleh pihak Israel sejak 13 Jun 2014 tanpa ada tempoh tamat. Justeru, situasi Palestin sudah pun dalam proses siasatan ICC. Malaysia akan sentiasa menyeru dan bekerjasama dengan negara-negara anggota OIC serta negara-negara sepemikiran agar PBB dapat merujuk isu kekejaman Israel bukan sahaja ke ICC malah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dengan izin International Court of Justice. Pada 30 Disember 2022 yang lalu, PBB telah menerima pakai resolusi 74/247 yang meminta agar ICJ memberi pendapat nasihat atau dengan izin, advisory opinion berhubung isu-isu berkaitan Palestin. Lanjutan itu, Malaysia telah mengambil bahagian dalam mengemukakan kenyataan bertulis bagi mendapatkan pendapat nasihat berhubung isu Palestin yang telah diserahkan kepada pendaftar ICJ pada 25 Julai yang lalu, 2023. Kenyataan bertulis

berkenaan memberi fokus kepada pencabulan hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri atau dengan izin, self-determination oleh Israel.

Selain dari penyertaan dalam mengemukakan kenyataan bertulis, Malaysia juga bercadang untuk menyertai sesi lisan yang dijangka berlangsung 19 Februari 2024. Penyertaan Malaysia dan beberapa negara lain sepemikiran dalam proses untuk mendapatkan pendapat nasihat di ICJ berhubung isu Palestin melambangkan komitmen jitu dan berterusan negara dalam membantu mencari penyelesaian konkrit terhadap isu dan konflik di Palestin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Mas.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang saya fikir jawapannya yang cukup baik dan sangat bermaklumat sebentar tadi. Dan saya juga ingin memberikan kredit kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada malam kelmarin di Arena Axiata yang saya kira cukup tegas melambangkan pendirian Malaysia dalam isu Palestin. Cuma, apabila kita di pihak pembangkang, saya yakin rakyat Malaysia sebelum ini pun memang kita berbangga dengan ketegasan Perdana Menteri-Perdana Menteri kita sebelum daripada ini sejak zaman Almarhum Tun Abdul Razak sehinggalah sekarang. Cuma apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa, saya quote ucapannya, “Dalam sejarah Malaysia, selalunya kita hanya membuat kenyataan dari jauh. Ini lah kali pertama melihat kepada semangat denyut nadi anak Malaysia. Saya ambil keputusan untuk keliling dunia Arab menyatakan pendirian kita”. Jadi, kita melihat adakah ini merupakan kali pertama kita melaksanakan agenda seperti ini kerana sebelum ini pun Perdana Menteri pun, barisan Perdana Menteri sebelum ini pun sudah cukup tegas. Yang Berhormat Perdana Menteri daripada belah parti, Yang Berhormat Menteri sendiri Datuk Seri Najib pernah sampai ke Gaza dan juga usaha-usaha Perdana Menteri sebelum itu. Jadi, apakah beza usaha pada hari ini dengan usaha sebelum daripada ini? Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir, Menteri kena dedahkan negara mana yang berani menekan, mengugut Perdana Menteri kita sayang ini? Sebab kita tak sanggup untuk melihat Perdana Menteri kita ditekan dan diugut seperti ini. [Tepuk] Kalau mereka berani menekan Perdana Menteri kita, Malaysia harus menghantar nota bantahan kepada kedutaan negara mereka yang ada di negara ini. Terima kasih Menteri. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Terima kasih atas semangat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat yang berada di sebelah sana. Saya percaya dalam isu yang melibatkan Palestin ini, kedua-dua pihak kita tidak berbeza daripada pendirian kita. Barangkali mungkin ada pendekatan-pendekatan, cara kita menyampaikan, meluahkan pandangan kita. Saya ingin tegaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa saya mengikuti juga perkembangan-perkembangan, hujahan-hujahan yang disampaikan oleh pihak sana, menunjukkan bahawa kedua-dua kita sebenarnya tidak ada perbezaan dalam menegakkan dan membela perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dan dibunuh saban hari dan begitulah juga yang di sebelah sini. [Tepuk] Bagi menjawab soalan wakil yang daripada Pasir Mas tadi iaitu apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ya, ini adalah pendekatan yang kali pertama kita lakukan dalam keadaan situasi yang sangat serius seperti ini. Kita tidak hanya boleh duduk hanya sekadar mengecam dan atau menyampaikan bantahan- bantahan kita tetapi mesti ada langkah-langkah yang lebih mantap, tegas dan membawa seluruh dunia Islam. Setidak-tidaknya dalam konteks OIC untuk bersama-sama untuk kita menyatakan pendirian kita.

Lantaran itu, dalam Mesyuarat GCC–ASEAN yang lalu, Yang Amat Berhormat mengambil kesempatan itu bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin ASEAN dan juga pemimpin daripada GCC untuk berinteraksi dengan mereka, menyampaikan pendirian Malaysia. Dalam pada itu pula ketika mana beliau berada di sana, beliau mengambil kesempatan itu untuk berada daripada satu tempat ke satu tempat. Daripada Riyadh, beliau pergi ke Turki. Daripada Turki, pergi ke Cairo kerana itu adalah antara beberapa negara yang sangat penting peranannya dalam menentukan perjuangan kita selanjutnya. Perpaduan dan suara bersama daripada negara-negara berkenaan sangat-sangat penting dan Malaysia berada dalam kelompok itu sekali. Dalam pertemuan-pertemuan yang saya hadiri bersama dengan MBS, dengan Presiden Erdogan, dengan Presiden RCC, saya menyaksikan bagaimana harapan daripada pemimpin-pemimpin ini melihat Malaysia yang dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam istilah yang digunakan, connecting the dot. Inilah yang kita lakukan. Meskipun saya tidak nafikan apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita sebelum ini kerana Malaysia terkenal sejak tahun 1957 lagi adalah merupakan negara yang sentiasa memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Setiap Perdana Menteri mempunyai peranan mereka tetapi dalam konteks Perdana Menteri kita, beliau mengambil langkah yang lebih jauh untuk bersama-sama dengan kalangan pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia termasuk juga pemimpin- pemimpin daripada negara bukan Islam. Saya sendiri telah melakukan beberapa usaha selaku Menteri Luar. Bercakap dengan Secretary-General - Guterres dan juga dengan pemimpin-pemimpin yang lain, berpuluh-puluh. Daripada kalangan mereka yang saya hubungi, yang saya jumpa, menyatakan pendirian supaya masalah Palestin ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Peperangan ini mesti dihentikan dengan kadar yang segera. Humanitarian aid perlu dilakukan dengan kadar yang segera. Bagi menjawab perkara yang kedua, saya fikir di dalam Dewan ini, elok kita tidak namakan siapa mereka tetapi mereka seperti mana yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat berkali-kali bahawa kita tidak gentar dengan sebarang ugutan yang dilakukan oleh pihak mereka. [Tepuk] Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Pasir Gudang.

Alah.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, semalam saya melihat televisyen Al-Jazeera yang menyatakan statement Benjamin Netanyahu bahawa Israel sedang bersedia di sempadan Gaza untuk menggempur Gaza yang tidak mempunyai ketenteraan. Soalan saya, adakah lebih 50 negara-negara Islam dan blok negara-negara Non- Aligned hanya mengeluarkan statement usul dan ucapan-ucapan yang nyaring dan lantang tetapi membiarkan rakyat Palestin akan disembelih oleh Zionis apartheid Israel? Minta penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Ground offensive, dengan izin, yang sedang dirancang oleh pihak Israel untuk menyerang Gaza. Sehingga hari ini, walaupun sudah lebih daripada dua minggu mereka merancang tetapi masih belum dilakukan. Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kerana mereka sedang bersiap sedia untuk melakukannya. Sebab itu lah Malaysia dan termasuk juga negara-negara yang lain di dalam OIC bertungkus-lumus dalam beberapa hari ini untuk memastikan perkara itu tidak dilakukan. Saya sepatutnya berada di New York untuk bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain tetapi saya ditugaskan untuk berada di tempat-tempat yang lain bagi melaksanakan misi untuk mengekang tindakan yang nak dilakukan ini.

Ini termasuklah salah satu bendanya yang telah pun kita usahakan seperti mana yang telah saya jawab tadi dalam jawapan iaitu kita bersama dengan OIC dan Liga Arab mengemukakan satu cadangan untuk diadakan satu Perhimpunan Khas Bangsa-bangsa Bersatu dan telah pun diluluskan. Hari ini – kita sekarang pukul berapa sini? Sana dah – the 12 hours difference. Ia belum lagi dan hari ini akan diadakan satu persidangan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Bukan Security Council tetapi UNGA. Persidangan khas yang akan diadakan dan akan diberikan ruang kepada setiap negara yang datang untuk menyampaikan pandangan mereka, meminta supaya disegerakan langkah-langkah untuk memberhentikan sebarang bentuk serangan ke atas Gaza. Kita doakan yang terbaik Yang Berhormat sebab Malaysia melakukan sebaik- baiknya. It is rather – dengan izin, it is rather unprecedented that in the context of Malaysia to go around the world. Itulah tetapi kita lakukan itu. Yang Berhormat mantan Menteri Luar berada di sini. Bagaimana dari segi isu Palestin ini, kita tidak berbeza. Kita akan teruskan perjuangan kita untuk memastikan supaya akhirnya, perjuangan Palestin untuk dapat kita selesaikan bersama dan Malaysia memberi sumbangan yang terbaik di dalamnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai · question

3. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh manakah ridership perkhidmatan KTMB Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands, Singapura telah pulih ke tahap sebelum Covid-19. Apakah kerajaan sedia berunding dengan Singapura untuk menambah kapasiti perkhidmatan daripada 36 trip dua hala kepada sekurang-kurangnya 50 trip demi memenuhi permintaan rakyat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pulai, bilangan penumpang perkhidmatan Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands, Singapura telah kembali pulih malah mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Bagi tahun 2023, purata penumpang sehari adalah 8,635 orang, meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding rekod penumpang sebelum COVID-19 iaitu sejumlah 8,077 orang sehari pada tahun 2019. Kerajaan juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura, melalui platform Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan Shuttle Tebrau yang meliputi penambahan kekerapan operasi tren dari 31 trip kepada 36 trip dan peningkatan jumlah coach setiap operasi tren daripada empat coach kepada lapan coach. Penambahbaikan ini akan menawarkan peningkatan kapasiti bilangan penumpang sehingga 13,760 orang sehari. Pada masa ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Kementerian Pengangkutan masih menunggu maklum balas daripada Immigration and Checkpoints Authority (ICA), Singapura. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri. KTM Shuttle Tebrau ini sebenarnya KTM itu berada di dalam Parlimen Pulai. Sudah lebih daripada 100 tahun perkhidmatan ini. Jadi, dah banyak sumbangan ada di situ dan banyak ataupun ramai pengguna-pengguna terdiri daripada pekerja-pekerja yang berulang-alik antara Singapura dengan Malaysia. Jadi, dah 100 tahun dan sebelum ini telah banyak sumbangannya ya. Kemudian juga penting untuk kedudukan kita di Johor ini. So, soalan saya adakah KTMB Shuttle Tebrau ini akan terus beroperasi, setelah RTS nanti beroperasi pada tahun 2027?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai. Pertamanya dalam bilateral agreement di antara Malaysia dengan Singapura untuk melaksanakan projek RTS, antara syarat yang telah pun dipersetujui bersama ialah apabila siapnya perkhidmatan RTS nanti dan selepas RTS bermula operasi, kalau tidak silap saya enam bulan selepas beroperasi, maka perkhidmatan Shuttle Tebrau ini akan diberhentikan. Itu yang merupakan perjanjian sebelum ini antara Malaysia dengan Singapura. Namun begitu, saya faham bahawa apa yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pulai dan saya sendiri pun merasakan bahawa memang tidak salah dan kalau kita ada lebih banyak connectivity antara kedua-dua negara dan ini memberikan pilihan yang lebih kepada penumpang. Jadi, justeru itu Kementerian Pengangkutan akan mengusahakan untuk merundingkan perkara ini dengan pihak Singapura supaya perkhidmatan ini dikekalkan walaupun selepas RTS mula beroperasi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Jerantut.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih pihak Menteri yang menjawab soalan. Satu perkara yang amat baik, menyegarkan apabila pihak Menteri memberitahu tentang penambahan tren yang akan ditambah untuk mengelakkan kesesakan pada waktu puncak. Soalan daripada kami ialah apakah lagi inisiatif ataupun tindakan yang dilakukan dengan kerjasama di antara pihak Kementerian Pengangkutan, dengan imigresen, dengan Kerajaan Negeri Johor bagi kita dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak untuk pekerja-pekerja kita yang bekerja di Singapura?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut. Pertamanya, memang dari segi penambahan trip dan coach itu memang kita usahakan. Tetapi, untuk merealisasikan penambahan ini, ia bukannya bergantung kepada satu pihak sahaja. Di pihak kita terutamanya pihak operator KTMB memang bersedia. Kita ada coach yang mencukupi untuk menambah kekerapan itu dan juga menambah kapasitinya. Tetapi, ini tertakluk juga kepada persetujuan daripada pihak Singapura yang menerima penumpang kerana mereka juga ada kekangan dari segi imigresen mereka di Woodlands. Jadi, itu sebabnya trip itu mengambil masa yang panjang untuk kita berunding supaya dapat ditambah. Keduanya dari segi untuk meringankan kesesakan di Tambak Johor. Memang itu sesuatu yang amat diberikan perhatian oleh kerajaan dan satu Jawatankuasa Kabinet Khas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Petra Jaya, juga mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor itu. Kita cuba melihat pelbagai cara dan juga koordinasi di antara pelbagai agensi untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk kita menyeberangi Tambak Johor tersebut. Antara perkara-perkara yang saya rasa yang telah pun diambil perhatian dan diambil tindakan. Umpamanya, dari segi kaunter ataupun touch point Touch 'n Go dengan untuk membayar road charge itu untuk kemasukan daripada Singapura telah pun disatukan. Jadi, kedua-dua kaunter itu disatukan dan itu sudah tentunya juga dapat menjimatkan sedikit masa untuk kereta daripada Singapura memasuki Malaysia. Tetapi, ada pelbagai cara lagi. Kita akan cuba menambah lorong motosikal, juga menambah kaunter dan sebagainya. Juga memastikan supaya kaunter-kaunter imigresen itu sentiasa dioptimumkan secara sepenuhnya. Tetapi, apa pun kita rasa bahawa Tambak Johor ini bukannya mudah untuk kita selesaikan dari segi kesesakan dan dari segi masa jangka panjang ialah kita mengharapkan apabila siapnya projek RTS ini, ia dapat menyuraikan sedikit kesesakan di Tambak Johor itu. Kita juga akan melihat pelbagai cara lain lagi untuk menambah connectivity. Umpamanya ada juga cadangan untuk mengadakan perkhidmatan feri di antara kedua-

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

dua Malaysia dengan Singapura terutamanya daripada Johor Bahru ke Singapura. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih. Setiausaha. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya mulakan dengan Tuan Wong Chen, Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor satu.

Wong ChenPKR · PHSubang · question

1. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan peratusan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka dalam rangkaian pengangkutan awam Lembah Klang terutamanya di dalam rangkaian Prasarana seperti LRT, MRT dan bas Rapid KL.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Untuk makluman Yang Berhormat, pembayaran terbuka ataupun open payment adalah trend global yang telah lama dilaksanakan di sistem pengangkutan awam di London, Sydney, Singapura dan kota-kota terkemuka yang lain. Dari segi dasar membudayakan penggunaan pengangkutan awam, pelaksanaan open payment bukan sahaja memudahkan urusan pengguna harian tetapi juga memberikan insentif kepada pengunjung dari dalam ataupun luar negara untuk memilih pengangkutan awam. Sebagai contoh, seorang pelancong daripada UK yang baru tiba di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur boleh menaiki tren LRT dengan mengeluarkan kad kredit dan menyentuh pada alat pengimbas di gantri masuk stesen LRT tanpa perlu membeli token RapidKL dengan tunai ataupun membeli kad Touch 'n Go di kaunter tiket. Sejak awal tahun 2023, Prasarana telah pun mula merancang pelaksanaan sistem pembayaran terbuka bermula dengan rangkaian perkhidmatan rel di Lembah Klang. Kini, Prasarana sedang memuktamadkan pelan pelaksanaan tersebut untuk rangkaian Rapid Rail yang merangkumi laluan LRT Kelana Jaya, laluan LRT Ampang, laluan MRT Kajang, laluan MRT Putrajaya dan monorel. Sistem baru ini akan memperkenalkan penggunaan MyDebit dan kad kredit sebagai mod pembayaran tambahan di gantri selain kaedah pembayaran sedia ada yang menggunakan kad Touch 'n Go ataupun token. Kerja-kerja design dan development dijangka akan mula pada Mac 2024. Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka. Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap. Sekiranya perlu, sistem ini akan terus diperkembangkan dengan membolehkan penggunaan mod pembayaran yang lain seperti kod QR dalam fasa pelaksanaan yang seterusnya. Di samping itu, untuk seluruh rangkaian KTMB Komuter di Lembah Klang, penaiktarafan sistem tiket ataupun automatic fare collection kini hampir selesai. Mulai pertengahan November 2023, pengguna KTMB dapat menikmati kemudahan baharu di mana kesemua 57 stesen KTMB Komuter di Lembah Klang dilengkapi dengan alat pengimbas di gantri yang menyokong kaedah pembayaran terbuka termasuk kad kredit, kad debit, Touch 'n Go dah kod QR melalui aplikasi KTMB Mobile ataupun KITS.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Jumlah kos projek adalah sebanyak RM29 juta yang ditanggung oleh KTMB. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Menteri. Menteri, saya memang sokong open payment system ini sebab dia convenient, baik untuk rakyat tapi setahu saya, open payment system ini belum ada manfaat diskaun kalau you pakai credit card untuk tol-tol. Yang tu saya bacalah dalam website kementerian. Jadi, saya nak tanya sama ada apakah langkah kerajaan akan buat untuk memastikan kalau kita pakai credit card ini, open payment system ni, dia boleh bagi diskaun secara automatik? I know ada banyak program, Menteri dah explained berapa banyak sistem dia. Saya nak tahu apakah langkah yang kita akan buat supaya kita boleh menggalakkan pengguna-pengguna public transport di tol-tol kita? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tan Sri Yang di-Pertua, yang pertamanya untuk Yang Berhormat Subang, untuk tol saya tak boleh jawablah sebab itu di bawah bidang tugas Kementerian Kerja Raya. Sama ada diskaun diberikan untuk pengguna tol yang menggunakan open payment system itu, sesuatu yang perlu diputuskan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia. Yang keduanya dari segi untuk pengangkutan awam. Kita sedia ada ini sudah ada satu sistem ataupun diskaun yang cukup baik untuk pengguna pengangkutan awam iaitu My50 kita. Kad bulanan yang memberikan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa had kepada mana-mana pengguna pengangkutan awam selama 30 hari untuk hanya RM50 dan kerajaan telah pun komited untuk teruskan program ini untuk bajet tahun depan. Bagi saya, ini sudah cukup memadai, cukup murah dan ini adalah saya berani mengatakan bahawa antara monthly pass yang paling murah di seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia. RM50 tak sampai RM2 satu hari untuk kita menggunakan sebarang mod pengangkutan awam. Ini sesuatu yang saya harap dapat kita perluaskan, dapat kita promosikan dengan sebaik-baiknya. Yang Berhormat Subang pun di kawasan Subang itu banyak pengangkutan awam, saya harap Yang Berhormat dapat membantu untuk mempromosikan My50 ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua, Setiu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, jemput Setiu.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya, sejauh manakah pemantauan ataupun penambahbaikan terhadap tatacara operasi koc khas untuk wanita susulan daripada pengenalan koc wanita untuk MRT Laluan Kajang dan apakah pelan dan adakah kerajaan bercadang dan apakah pelan kerajaan untuk menambah koc wanita ini disebabkan jumlah aliran pengguna di kalangan mereka semakin meningkat setiap hari. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ya, terima kasih. Saya merasakan bahawa Yang Berhormat juga menyokonglah usaha tersebut untuk memperkenalkan koc wanita untuk MRT. Yang pertamanya, kita sekarang ini dalam satu tempoh masa yang masih kita menggalakkan, kita masih allocate dan kita telah tempatkan, pihak Prasarana tempatkan pegawai-pegawai ataupun anggota-anggota polis bantuan di stesen-stesen untuk memastikan supaya di gantri untuk koc wanita itu hanya penumpang wanita sahaja yang beratur untuk masuk. Kita juga ada kadangkala ada juga anggota-anggota yang kalau nampak ada penumpang lelaki berada dalam koc wanita, kita memberikan teguran dan sebagainya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa peraturan untuk kita dapat mendenda atau pun memberikan hukuman tetapi yang lebih penting ialah kita memberikan galakan dan juga memberikan teguran. Saya rasa dari segi compliance itu sangat tinggi juga sebab ramai

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

juga penumpang apabila mereka tahu bahawa itu koc wanita, mereka akan keluar daripada koc tersebut. Dari segi pertambahan bilangan, setakat ini kita rasa kita perlu melihat dulu bagaimana kita dapat pastikan perkhidmatan kita ini dapat berjalan dengan baik sebab yang pertamanya, untuk wanita, untuk penumpang wanita, koc wanita itu satu pilihan tetapi dia juga boleh masuk koc yang lain sekiranya terlalu sesak. Akan tetapi kita juga perlu ada pengimbangan. Terlalu kita hanya menambah koc wanita itu dan ia juga akan mengurangkan koc untuk penumpang lelaki pula, jadi itu akan menimbulkan masalah. Daripada empat koc sekarang ini, satu koc dikhaskan untuk koc wanita dan kita lihat keberkesanan itu terlebih dahulu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh.

Salamiah binti Mohd NorPAS · PNTemerloh · question

2. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan: (a) harga lantai getah pada masa kini; dan (b) mengapa kerajaan masih mengekalkan import getah dari Thailand, Vietnam dan Afrika.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi · Petra Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman harga lantai sepertimana yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024, IPG daripada RM2.70 telah pun dinaikkan ke RM3 sekilogram. Ini bermakna IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap ataupun cup lump kurang daripada RM3 sekilogram. Untuk soalan yang kedua, berhubung kait dengan mengapa kita masih import getah daripada negara-negara pengeluar getah. Jadi justifikasinya, mengapa kita masih mengekalkan getah, import getah asli daripada beberapa negara pengeluar seperti Thailand, Vietnam dan juga Afrika adalah berdasarkan perkara-perkara berikut – Pertamanya, keperluan memenuhi permintaan domestik terutamanya bagi sektor pembuatan produk getah berasaskan lateks. Pada tahun 2022, pengeluaran lateks negara hanya berjumlah 14,593 tan sedangkan sektor pembuatan produk getah memerlukan 365,000 tan. Yang kedua, memenuhi permintaan pasaran eksport terutamanya getah kering. Pada tahun 2022, negara mengeluarkan getah sekerap ataupun cup lump sebanyak 362,000 tan. Namun permintaan eksport getah kering berjumlah hampir satu juta tan. Yang ketiga, sektor pemprosesan getah asli negara dengan anggaran kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta tan memerlukan bahan mentah bagi meneruskan operasi dan kekal berdaya saing. Jadi, pengeluaran getah tempatan adalah lebih rendah berbanding permintaan daripada sektor industri pembuatan barangan getah menyebabkan getah negara masih perlu mengimport getah daripada negara-negara pengeluar getah yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2022 pengeluaran lateks negara hanya dapat menampung sekitar empat peratus jumlah penggunaan domestik. Meskipun pengeluaran lateks negara adalah rendah namun eksport bagi produk hiliran berasakan lateks seperti sarung tangan getah adalah tinggi dengan jumlah sebanyak RM21.302 bilion bagi tahun 2022 iaitu 78 peratus daripada jumlah eksport produk getah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Temerloh.

Soalan tambahan saya. Kita tahu bahawa harga getah sentiasa tidak menentu dan tidak stabil. Begitu juga hasil getah sangat bergantung kepada cuaca yang tidak menentu. Buruh ladang pula kita lihat waktu

sekarang sangat sukar diperolehi. Ini adalah masalah-masalah yang berterusan untuk produk getah. Soalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk menukar tanaman getah kepada jenis tanaman yang lebih komersial seperti kenaf kerana tempoh matangnya hanya empat bulan yang boleh menggantikan hasil eksport negara. Begitu juga ataupun dengan buluh yang sebelum ini sudah dimulakan. Itu yang pertama. Soalan saya yang kedua, apakah halangan kerajaan untuk melantik ejen membeli lateks ataupun getah cair dengan harga semasa. Yang ketiga, adakah perancangan dari kerajaan untuk mengumpul data penoreh getah yang mengambil upah menoreh getah kerana tiada kebun sendiri supaya layak mendapat subsidi daripada kerajaan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Soalan ada tiga. Soalan tambahan kalau ikut peraturan...

Tuan Yang di-Pertua

Satu.

Tan Sri Yang di-Pertua, satu saja tapi saya akan cuba respons kepada tiga-tiga dalam masa yang singkat ini. Pertama, memang harga getah ditentukan oleh permintaan dunia. Sebab itu kalau kita melihat dalam konteks negara kita, harga getah ditentukan oleh Standard Malaysian Rubber (SMR 20) yang mana pada masa sekarang kalau kita kirakan pada harga ladang, average harganya RM2.30 ke RM2.50. Sebab itu, kita memang letakkan harga siling ataupun harga lantai untuk kita membantu untuk menambah pendapatan mereka. Yang kedua, adakah kita nak beralih daripada getah pergi ke tempat lain? Ini lebih kepada persoalan. Malahan sebenarnya kita melihat bahawa getah sudah beralih, kebanyakannya pergi menanam kelapa sawit dan tanaman lain tapi untuk kita yang penting ialah bagaimana kita nak kekalkan pengeluaran getah terutamanya lateks sebab itu kita ada program yang kita buat projek rintis sekarang ini supaya pengeluaran lateks ini digalakkan sebab harga lateks lebih baik, RM5 lebih berbanding dengan harga getah sekerap.

Jadi dengan lateks ini, di mana sekarang ini mereka boleh menjual terus kepada ladang, eh kepada kilang. Dengan itu, mereka akan dapat pendapatan yang lebih. Tidak melalui orang tengah dan sebagainya lagi. Projek rintis ini yang kita nak laksanakan setahun. Yang kita, saya jawab tadi, di mana kita mulakan di Perak dan diharapkan lepas ini Kedah dan juga seterusnya akan pergi ke Sabah. Yang ketiga, soalannya ialah adakah penoreh boleh mendapat insentif? Di sini sebenarnya insentif adalah kepada pemilik tanah, pekebun kecil dan mereka biasanya akan berunding dari segi apa sahaja insentif itu akan dapat dibahagi antara pemilik tanah dan juga penoreh. Bila kita turun ke ladang ataupun berjumpa dengan pihak industri, masalahnya pula pemilik kata kalau penoreh pun dapat tapi kos untuk membaja, kos untuk memotong rumput dan sebagainya ditanggung oleh pemilik kebun. Jadi, di sinilah kadang-kadang mereka kena berundinglah. Saya kata, tak bolehlah 50-50, tengoklah bagaimana komposisi itu. Itu kita serahkan untuk mereka berunding di antara pemilik dan juga penoreh. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Piai.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat. Terima kasih kerana kerajaan telah mengambil pelbagai langkah, termasuk insentif harga lantai ditingkatkan untuk membantu kepada pekebun kecil. Tetapi sebagaimana yang kita maklum bahawa di Malaysia ini, kebanyakan pekebun kecil adalah warga emas. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan dan program-program yang boleh membantu menggalakkan anak muda kita untuk melibatkan dalam bidang ini untuk meningkatkan produktivitinya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih. Sepertimana Yang Berhormat Tanjong Piai sedia maklum, dia pakar sebenarnya dalam bidang ini. Pernah berada dalam kementerian. Pertamanya, kita melihat bahawa teknologi dengan penggunaan mekanisasi. Ini akan menarik minat golongan muda saya kira kalau terlibat bersama. Sebab itu salah satu fokus kita ialah dalam research and development supaya kita dapat menghasilkan kaedah baru untuk menoreh. Ini bukan sahaja untuk membantu mereka yang sudah berusia tetapi juga akan menggalakkan orang-orang muda. Kedua ialah untuk kita melihat bagaimana ianya dapat menarik orang-orang muda terlibat bersama. Sebab itu kita mengadakan Program TARGET. TARGET ialah kita kelompokkan mereka. Mereka tubuhkan koperasi dan dengan koperasi ini, pentadbiran baru akan dapat membantu melihat bagaimana secara kelompok mereka dapat meningkatkan di mana rantaian bekalan itu dipendekkan. Koperasi yang akan membeli direct dan dapat daripada pemprosesan itu dihantar kepada kilang, jadi hasilan mereka akan bertambah. Ini telah pun terbukti berjaya dalam enam projek rintis yang kita telah laksanakan. Diharapkan dengan usaha yang berterusan ini, kita akan dapat meningkatkan dan menggalakkan orang-orang muda juga terlibat dalam industri torehan getah ini untuk menghasilkan getah yang baik untuk negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri. Saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor tiga.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Doris Sophia anak BrodiPRS · GPSSri Aman · question

3. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status terkini penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2023.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Speaker. Ya, Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kanak-kanak telah ditubuhkan berkuat kuasa 1 September 2023. Jabatan ini merupakan penaiktarafan dan pemerkasaan perkhidmatan kanak-kanak yang sebelum ini dilaksanakan oleh Bahagian Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu JKM. Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan hari ini terhadap isu keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta usaha kerajaan dalam memastikan hak mereka terbela. Bagi tujuan penubuhan jabatan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mendapat kelulusan sebanyak 169 perjawatan kontrak daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred bagi tahun 2023. Kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam juga dan Kementerian Kewangan ini akan digunakan untuk memperkukuhkan struktur dan pengoperasian jabatan ini ke arah meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti dalam memastikan perkhidmatan menyeluruh dan profesional dapat diberikan demi kesejahteraan kanak- kanak di negara kita ini. Pengoperasian Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini akan dilaksanakan secara berfasa. Di fasa awal ini, pengoperasian Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan diletakkan di bawah seliaan JKM mulai tahun 2023 ini sehingga tahun 2025. Pelan jangka masa panjang yang disasarkan oleh KPWKM adalah untuk Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini diletakkan secara berasingan dan menjadi satu agensi baharu di bawah KPWKM bermula tahun 2026. KPWKM akan menyusul perkara ini dengan pihak-pihak berkaitan, seperti JPA dan MOF serta meneliti keperluan pindaan atau penggubalan akta baru serta peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sri Aman.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi dan terima kasih juga kerana telah memaklumkan berkenaan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) baru-baru ini. Namun saya ada seperkara lagi yang ingin tanya kepada pihak Menteri iaitu berkenaan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. Apakah nilai tambah ya yang dibawa dengan penubuhan jabatan tersebut dan apakah jaminan bahawa JPKK ini bukanlah hanya sekadar menukar nama baru, semata- mata atau menyalin baju pengoperasian Bahagian Kanak-kanak di bawah JKM. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua, terdahulu fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ataupun JPKK ini dilaksanakan oleh Bahagian Kanak-kanak, salah satu bahagian dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat. Melalui penubuhan JPKK ini, ia sememangnya merupakan penaiktarafan daripada entiti terdahulu dan penaiktarafan ini bukan hanya sekadar di atas kertas tetapi akan dapat dizahirkan melalui penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan kanak-kanak yang lebih baik. Antara nilai tambah yang boleh dicapai melalui penubuhan JPKK ini, termasuklah penempatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 untuk mengetuai JPKK daerah. Sebelum ini, Unit Kanak-kanak di peringkat daerah dipertanggungjawabkan kepada Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred antara S29 hingga S38. Jadi, dengan penaiktarafan gred ini membabitkan pegawai kategori pengurusan dan profesional yang memerlukan tahap kompetensi dan profesionalisme yang lebih tinggi. Saya tambah sikit lagi ya, ambil masa sikit Tuan Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Kedua ialah pengkhususan untuk mengendalikan kes kanak-kanak. Sebelum ini, Pegawai Kebajikan Masyarakat di daerah akan mengendalikan keperluan semua kumpulan sasar JKM. Selain kes kanak-kanak, mereka juga turut menguruskan keperluan kumpulan sasar yang lain, termasuklah warga emas ataupun OKU juga, mangsa pemerdagangan manusia, mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dan lain-lain lagi. Semuanya dilakukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Seterusnya, JPKK juga akan mempunyai pasukan yang dikhususkan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan. Itu saya akan bagi secara bertulis kerana masih panjang lagi. Yang keempat, pasukan pemantauan dan penguatkuasaan akan diperkasakan juga melalui penubuhan JPKK ini, menerusi perwujudan bahagian khusus yang baru iaitu Bahagian Pematuhan dan Penilaian. Kelima, juga diwujudkan Bahagian Advokasi. Kita aktif dalam advokasi, jadi mereka juga mewujudkan Bahagian Advokasi. Keenam, melalui JPKK ini juga kita akan mempunyai lebih ruang untuk menggandakan usaha sedia ada seperti lencongan atau dengan izin, diversion serta pencelahan yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih luas. Nanti saya bagi jawapan yang lebih panjang ya secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Rantau Panjang.

Ya. Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah saya ucapkan di atas usaha untuk penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. Jadi, saya ingin tahu berapakah peruntukan yang telah diperuntukkan untuk penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak- kanak sebab kita tengok dalam Bajet 2023, tidak ada sebarang peruntukan dan apabila kita melihat dalam Bajet 2024 ini, saya tak jumpa. Jadi, adakah berapa peruntukan disediakan untuk penubuhan jabatan dan apakah langkah kementerian untuk memastikan jabatan yang ditubuhkan ini supaya

berfungsi dan mampu berdiri sebagai sebuah jabatan, bukan sebagai unit ataupun bahagian di bawah JKM. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat atas soalan tersebut. Pertama sekali mengenai peruntukan tadi. Persoalan berhubung peruntukan ini diakui bahawa apa-apa nombor yang kita berikan ia tidak akan pernah mencukupi. Ini bukan hanya dihadapi oleh Jabatan Pembangunan Kanak-kanak tetapi adalah cabaran umum yang dihadapi oleh semua kementerian dan agensi kerajaan. Malah jumlah perjawatan yang diluluskan kepada JPKK ini adalah tidak sama dengan apa yang dicadangkan oleh KPWKM. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menggunakan cabaran-cabaran ini sebagai alasan Yang Berhormat ya, untuk tidak boleh menambah baik perkhidmatan kita. Benar, jika ada lebih banyak adalah lebih baik lagi dan amat dialu-alukan. Namun, kami di KPWKM bersama JKM akan menggembleng seluruh tenaga dan usaha untuk mengoptimumkan segala sumber yang ada untuk membolehkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini boleh memberi perkhidmatan yang terbaik. Tadi soalan mengenai boleh berdiri dengan sendirinya ꟷ sementara itu Yang Berhormat, jumlah pengendalian kes ini memang kes kanak-kanak ini memang merupakan yang paling besar di bawah JKM. Ia meliputi perlindungan dan pemulihan akhlak dan juga populasi kanak-kanak juga paling ramai. Statistik DOSM dikeluarkan pada 31 Julai dulu mencatatkan kategori kosong hingga 14 tahun sahaja adalah 7.5 juta, mewakili 22.6 peratus. Jadi, kalau tanpa pengkhususan menerusi JPKK ini, bukan sahaja pengendalian kes kanak-kanak yang lebih cekap akan sukar dicapai, tetapi pada masa yang sama kualiti pengendalian kes golongan sasar yang lain seperti OKU, warga emas dan sebagainya tidak boleh dikendalikan. Maka dengan itu, apabila sebahagian besar tanggungjawab dan fokus pengendalian kes kanak-kanak ini dialihkan dan dikendalikan oleh satu pasukan yang khusus, maka kakitangan JKM yang lain lebih mampu untuk mengendalikan kes membabitkan golongan sasar yang lain dengan lebih terurus dan itu harapan kita. Insya- Allah pada tahun 2026, kita akan nampak ke mana hala tujunya. So, itu perancangan kita supaya ia memang akan menjadi sebuah bahagian dan menjadi jabatan yang independent, dengan izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.

Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar · question

4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan keterlibatan serius koperasi-koperasi berkaitan dengan sektor agromakanan bagi membantu negara menghadapi krisis bekalan makanan pada masa sekarang dan akan datang.

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam membantu kerajaan untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan dalam negara melalui penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan. Sehingga 30 September 2023 terdapat sebanyak 172 koperasi telah terlibat secara khusus dalam sektor agromakanan yang meliputi aktiviti ternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor agromakanan ini KUSKOP melalui SKM telah mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut. Pertama, dengan menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta. Koperasi yang layak boleh memohon

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

pembiayaan sehingga RM3 juta bagi mengembang atau memperluaskan projek berkaitan pengeluaran makanan pertanian utama upstream, pemprosesan atau pengilangan agromakanan atau aktiviti hiliran makanan lain. Bagi tempoh bermula 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2023 sebanyak empat koperasi telah diluluskan pembiayaan yang berjumlah RM950,000 seperti berikut: (i) Koperasi Penternak Agrokultur Pantai Kundur, Kelantan berhak dengan nilai kelulusan sebanyak RM250,000; (ii) Koperasi Keluarga Haji Sharif Melaka Berhad, dengan nilai kelulusan sebanyak RM250,000; (iii) Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad dengan nilai kelulusan sebanyak RM200,000; dan (iv) Koperasi PEKAP Kuala Lumpur Berhad dengan nilai kelulusan sebanyak RM250,000. Kedua, dengan menyediakan geran bantuan pembangunan sehingga RM300,000 kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukuh dan mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti pertanian. Dari tahun 2021 hingga 30 September 2023, 124 koperasi telah diluluskan geran bantuan pembangunan dalam sektor agromakanan yang melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM6.18 juta. Ia merangkumi empat program yang telah dilaksanakan seperti berikut: (i) Pembangunan Bantuan Melalui Koperasi 2.0 (e-FAST); (ii) Transformasi ekonomi geran koperasi (Transfer); (iii) Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SKOPE); dan (iv) Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi. Ketiga, dengan mengadakan kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan dan Kerja di bawah kerjasama ini. Antara program yang dilaksanakan di bawah kerjasama strategik ini ialah Program Penanaman Secara Fertigasi, Program Pertanian Berskala Besar, Program Perikanan Akuakultur Ternakan, Program Pengembangan Penternakan Bukan Ruminan dan Pertanian Berinovasi. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sungai Besar.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Cuma kita maklum dan yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum bahawa di bawah KUSKOP terdapat enam federasi. Enam federasi koperasi yang sebenarnya bertujuan untuk menggabungkan koperasi- koperasi yang aktif digabungkan supaya modalnya besar, pasukannya besar dan boleh beroperasi secara besar. Kita yakin federasi ini memang berfokus pada dua federasi yang berkaitan dengan agromakanan dan ini keperluan rakyat. Pertama, berasaskan peruncitan dan pemborongan dan satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri federasi berasaskan pertanian dan asas tani. Jadi soalan saya, sudah berapa banyak penggabungan- penggabungan koperasi di bawah federasi koperasi berasaskan pertanian dan industri asas tani diwujudkan apa aktiviti tanaman ataupun ladang ataupun ternakan yang supply kepada rakyat pada harga yang lebih murah. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Ahli Yang Berhormat, saya setuju terdapat enam federasi yang telah ditubuhkan di bawah SKM dan mempunyai skop dan tugas masing-masing tetapi berkenaan dengan permintaan terperinci berkenaan dengan

berapakah koperasi ataupun aktiviti yang telah bergabung di setiap satu daripada federasi itu ataupun khususnya bagi agromakanan jawapan itu akan diberi secara bertulis. Tetapi setakat ini saya boleh memberi jawapan bahawa berkaitan dengan federasi. Keenam-enam federasi masih berada di atas landasan yang betul dan mencapai objektif penubuhannya walau agak perlahan dari segi memulakan operasi perniagaan mereka. Ini adalah normal dalam mana-mana jenis perniagaan yang baharu ditubuhkan apatah lagi perniagaan koperasi baharu yang bergantung kepada ketersediaan modal dan anggota bagi melaksanakan operasi perniagaan. Setiap federasi mempunyai rancangan perniagaan yang berdasarkan sektor ekonomi masing-masing yang boleh memberi manfaat kepada anggota masing-masing. Sejak ditubuhkan pada tahun 2021, keanggotaan operasi federasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad berjumlah 46 koperasi dan mempunyai 24 rangkaian pusat pengedaran DC Koperasi yang dilengkapi dengan sistem pengurusan gudang bersepadu di seluruh Malaysia. Sehingga kini federasi telah mengeluarkan sebanyak 10 SKU produk iaitu gula kristal 1 kilogram, minyak masak lima kilogram dan dua kilogram dan lima liter, beras super import lima kilogram atau sepuluh kilogram, tepung gandung bervitamin satu kilogram, biskut Cream Crackers 400 gram, biskut Milkmerry 250 gram, biskut Corn Crackers 400 gram.

Produk ini telah mula dipasarkan pada bulan September 2022 dan harga yang ditawarkan lebih rendah antara dua hingga lapan peratus berbanding dengan harga pasaran. Produk Coop sejak 1992 ini boleh diperolehi di 50 rangkaian outlet Coop Mart di Semenanjung. Federasi Koperasi Pertanian dan Industri asas Tani Malaysia Berhad dengan keanggotaan semasa lima buah koperasi sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak bagi melaksanakan projek pertanian yang boleh membantu dalam pembekalan makanan mentah negara. Apa-apa perincian yang diminta tidak dijawab akan diberi secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Dijemput Paya Besar.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tan Sri Speaker, saya hendak minta izin untuk mengalu-alukan kehadiran teman-teman dan juga sahabat-sahabat daripada Parlimen Sri Gading. Ahli Parlimen dia tidak boleh hadir sebab mak mertua dia meninggal dunia. Al-Fatihah. Terima kasih Tan Sri Speaker yang budiman lagi bijaksana.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Cuma teguran saya ialah Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak minta untuk dialu-alukan, tolong passkan note kepada kawan-kawan yang akan bertanya soalan supaya ia tidak mengganggu lain kali ya. [Tepuk]

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Baik terima kasih. Silakan Paya Besar.

[Bangun]

Terima kasih Tan Sri di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya Tan Sri, saya amat bersetuju penglibatan secara serius pihak koperasi dalam sektor agromakanan.

Tan Sri, bukan Parit Sulong ke yang dipanggil?

Tuan Yang di-Pertua

Paya Besar.

Dah separuh saya tanya soalan. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Dah berjalan separuh dah ya.

[Ketawa] Saya ulang balik Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Ulang baik, ulang balik.

Terima kasih Tan Sri. Saya melihat keterlibatan secara serius koperasi dalam sektor agromakanan adalah satu perkara yang perlu diberi penekanan. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya nampak ada kesungguhan pihak kementerian. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada menyebut ketersediaan modal dan anggota. Modal saya rasa kita boleh selesai, Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kita ada institusi kewangan yang bersedia untuk mengeluarkan modal. Tetapi persoalannya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Tan Sri adalah keanggotaan. Saya lihat koperasi-koperasi sebagai contoh di Paya Besar, koperasi- koperasi yang dahulunya established, bagus performancenya di awal penubuhan. Tetapi sudah masuk pertengahan sampai ke hujung, keanggotaan itu sudah tua, mereka sudah berumur. Jadi apakah langkah pihak kementerian untuk memastikan peremajaan koperasi ini dipertekankan supaya mereka dapat melihat dan menjangka ekonomi masa hadapan yang akhirnya menguntungkan masyarakat di peringkat bawahan? Terima kasih Tan Sri di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Menteri.

Pertamanya Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan bantuan pinjaman ataupun pembiayaan, ingin saya maklumkan bahawa koperasi- koperasi mempunyai masalah besar mendapat bantuan kewangan daripada institusi kewangan. Institusi kewangan tidak mengiktirafkan koperasi sebagai satu entiti lagi sebab itu modal pusingan yang dihulurkan oleh SKM itu adalah amat penting untuk koperasi- koperasi dapat meningkatkan taraf keberkesanan dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Jadi itu adalah satu perkara yang penting. Berkenaan dengan anggota dalam sesuatu koperasi, saya setuju itu menjadi satu masalah bagi koperasi-koperasi yang telah lama wujud. Sebab itu kita melalui koperasi, melalui SKM, menggalakkan koperasi-koperasi itu menerima ahli-ahli muda ataupun anak kepada ahli yang sedia supaya kita boleh meremajakan lagi koperasi-koperasi supaya ia boleh kekal relevan dan juga berfungsi dengan efektif. KUSKOP telah membangunkan Dasar Koperasi Malaysia 2030 atau DaKoM 2030 bagi memperbaharui hala tuju gerakan koperasi di Malaysia untuk mengikut perkembangan arus perdana agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Melalui DaKoM 2023, penekanan akan diberikan terhadap aktiviti yang menjurus kepada meningkatkan penyertaan aktif koperasi dalam industri bernilai tinggi yang mana memerlukan anggota- anggota muda untuk menganggotai koperasi berkenaan, aplikasi teknologi dan pendigitalan ke arah meningkatkan produktiviti, mengadaptasi kelestarian alam sekitar dan amalan kemapanan, mengukuhkan rantaian bekalan dengan serta menyediakan koperasi masa hadapan yang bertaraf global. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput seterusnya Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.

Tan Sri Yang di-Pertua, Jelebu mohon laluan sekejap Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Standing order mana itu?

Bukan, saya hendak mohon laluan sekejap untuk mengalu-alukan delegasi...

Tan Sri baru bagi petua tadi, itulah masuk lambat. Masuk lambat, Tan Sri dah bagi petua tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk, sila duduk. Saya sudah maklumkan dan juga bagi petua untuk...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

[Ketawa] Baru masuk, baru masuk.

Tuan Yang di-Pertua

Stampin, Stampin tidak apa Stampin. Stampin, sekejap. Saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk tidak mengganggu perjalanan kita. Kalau Yang Berhormat ada tetamu, sila passkan nama-nama yang dijemput itu untuk kawan-kawan yang akan bertanya soalan. Dengan itu tidak mengganggu perjalanan. Silakan Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Tan Sri. Soalan saya soalan lima.

Chong Chieng JenDAP · PHStampin · question

5. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status projek pemulihan dan penaiktarafan sekolah daif di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Stampin, khusus di negeri Sarawak bermula tahun 2016 sehingga 2023, KPM telah meluluskan, telah diluluskan 375 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif berskala enam dan tujuh dengan kos sebanyak RM2.59 bilion. Sehingga 26 Oktober 2023, status terkini pelaksanaan projek adalah 235 projek telah siap dengan melibatkan kos RM1.039 bilion, 43 projek di peringkat pembinaan dengan kos sebanyak RM436.6 juta dan 97 projek di peringkat pra bina dengan melibatkan kos sebanyak RM1.118 bilion. Selain daripada itu, KPM turut menyediakan peruntukan penyelenggaraan bagi institusi pendidikan di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 26 Oktober 2023, KPM telah menyalurkan sebanyak RM143.32 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan struktur dan bukan struktur bangunan, pembaikan bumbung, pendawaian elektrik, sistem kumbahan, pagar, longkang dan lain-lain penyelenggaraan kecil. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, 375 projek pembinaan semula sekolah diluluskan sejak tahun 2016. Setakat ini hanya 235 buah sekolah yang telah disiapkan iaitu lebih kurang 62 peratus. Apakah sebabnya kelambatan progress projek-projek pembinaan sekolah ini? Premier Sarawak telah beberapa kali dalam media mengeluarkan keluhan dalam bahawa Kementerian Pendidikan adalah slow in releasing funds for dilapidated schools. Adakah itu merupakan satu sebab kelambatan progress projek-projek pembinaan semula ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ya, memang betul hanya sehingga sekarang hanya 62 peratus yang dibina telah siap dan seperti saya terangkan tadi antara ada 43 buah projek di peringkat pembinaan dan 97 projek di peringkat pra bina.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Ini ada banyak sebab yang menyebabkan kelambatan ini tetapi sehingga 31 September 2023, kita masih ada 462 buah sekolah yang masih mempunyai bangunan daif di Sarawak yang melibatkan 157 buah sekolah di kategori 7 dan 303 buah sekolah di Skala 6. Okey, 159 di Skala 7, 303 di Skala 6. Jumlah ini adalah dinamik berdasarkan kepada penyiapan pelaksanaan projek sedia ada dan juga laporan terkini tentang keadaan bangunan sekolah oleh pihak JKR. Bagi menangani isu bangunan daif sekolah terutama di Sarawak, KPM setiap tahun mengemukakan permohonan untuk pelaksanaan projek setiap kepada Kementerian Ekonomi. Walau bagaimanapun, ia dibuat secara berfasa berdasarkan kepada keutamaan

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

pelaksanaan projek, keupayaan kewangan kerajaan dan keupayaan agensi pelaksanaan projek. Jadi, bagi tahun 2024, Sarawak telah diluluskan 11 projek baharu bagi pembinaan semula bangunan daif di sekolah melibatkan kos projek berjumlah RM368.3 juta. Saya memang faham, antaranya ada 460 tetapi dalam tahun ini hanya 11 projek diluluskan. Saya faham keluhan Yang Berhormat Stampin, okey tetapi bagi kita, kita akan cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses pembangunan sekolah daif ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab soalan-soalan mengenai sekolah daif di Sarawak dengan begitu terperinci. Untuk Timbalan Menteri, saya nak tanya iaitu tentang sekolah daif. Sekiranya ada data sekolah daif bukan sahaja di Sarawak tadi tetapi juga kalau ada di Semenanjung terutamanya di Kedah lah negeri saya, kalau ada, sekarang ataupun kalau tak ada bagi secara bertulis. Cuma saya minta kalau boleh sekolah-sekolah daif ini disegerakanlah untuk kita selesaikan sebab kadang-kadang apabila sekolah itu daif, pengerusi-pengerusi PIBG atau PIBG juga dipaksa untuk mencari kewangan untuk menyelesaikan isu-isu sekolah daif ini. Saya rasa, satu lagi sumber ataupun kaedah untuk kita menyelesaikan sekolah daif ini iaitu kita juga kena membenarkan MP-MP pembangkang ini masuk ke sekolah-sekolah untuk membantu menyelesaikan isu-isu sekolah daif ini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Soalan tambahan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Soalan tambahan, soalan saya – sat, sat tak habis lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada, ada...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Tan Sri, itu soalan terkeluar lah. Boleh soalan tambahan kedua bagi kepada saya kah?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Okey, soalan saya – Yang Berhormat, sabaq. Tak payah ganggu lah. Mohon Kementerian Pendidikan menyatakan juga status projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah seluruh negara terutamanya di negeri Kedah dan juga saya nak sambung sedikit sahaja. Bagaimanakah dengan pengagihan dari segi sumber manusia dan tenaga kerja di sekolah-sekolah daif untuk memastikan supaya setiap sekolah daif dilengkapi bukan sahaja dengan prasarana asas yang lengkap tetapi juga bilangan gurunya mencukupi? Yang Amat Berhormat, juga guru-gurunya mencukupi ini maksud saya hantaq biarlah mengikut keperluan sekolah. Jangan kurang guru Bahasa Inggeris tetapi hantaq guru bahasa Melayu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Kulim, Kulim, Kulim-Bandar Baharu, yang ini tak boleh, tak begitu. Baik, saya akan beri Stampin sebentar lagi. Mohon jawab yang ini dahulu. Stampin, sebentar Stampin.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Secara keseluruhan di Kedah, particularly di Kedah dari tahun 2016 sehingga 2023, yang telah siap ada 48 projek, yang dalam pembinaan tiga, dalam pra bina 12. Dalam tahun akan datang, kita akan – dalam rancangan kita ada lima projek di Kedah. Tetapi pada keseluruhan untuk seluruh negara yang dari tahun 2016 sehingga 2023, jumlah projek yang telah siap adalah 687, status pembinaan 104 dan dalam pra bina 205.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Yang lain itu, saya akan jawab, tengok –

Tuan Yang di-Pertua

Bertulislah ya.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Bertulis, yes. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Sila Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Tan Sri. Soalan tambahan kedua saya adalah berkenaan kos pembinaan semula sekolah ini. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tahun depan ada 11 projek telah diluluskan dan anggaran kos yang terlibat adalah RM368 juta. Maka, pada puratanya, satu sekolah lebih daripada RM30 juta untuk satu sekolah. Saya rasa ini memang merupakan satu kos pembinaan yang amat tinggi. Saya ingin tahu, apakah justifikasi untuk kos yang begitu tinggi? Mungkin maklumat yang lebih detil boleh dibekalkan supaya kita tahu, faham memang kenapa kos begitu tinggi RM30 juta lebih untuk satu sekolah dan sekolah itu adalah di kampung, di desa.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Maka, bilangan muridnya tak berapa ramai juga.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Menteri tak ada maklumat, boleh jawab secara bertulis. Kalau boleh, jawab sekarang.

Tan Sri Pengerusi, ini amalan baru kah? Kota Bharu. Amalan baru, tambahan kedua. Soalan tambahan kedua, adakah amalan baru daripada Tan Sri?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak amalan baru sebab saya buat ... [Disampuk] . Ya.

Ya, saya tanyalah. Tak payah jawab. Biar ...

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, saya jawab, saya jawab. Ya saya jawab. Soalannya, ada beberapa perkara yang tadi saya terlepas pandang. Jadi apabila Stampin bangkit, saya ikut itu soalan pertama. Rupanya soalan kedua. Jadi untuk berhentikan dia tidak patutlah. Jadi saya bagi peluang dia bertanya tetapi itu mistake saya, mistake. I’m sorry, saya minta maaf. Saya minta Menteri kalau tidak ada jawapan, sila bagi jawapan bertulis. Kalau ada jawapan, jawab sekarang.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Sekarang saya hanya ada jawapan yang keseluruhan untuk 11 buah projek ini adalah RM368.3 juta. Yang terperinci, saya akan sediakan secara bertulis kepada Yang Berhormat Stampin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor enam.

Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang · question

6. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kewangan menyatakan mengapa syarikat individu bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berstatus pemilik tunggal tidak diberi status taraf bumiputera bagi pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras peraturan semasa yang ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan, semua syarikat yang ingin berurus niaga dengan kerajaan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Pendaftaran akaun Kementerian Kewangan ini adalah terbuka kepada syarikat firma perunding yang ingin bertransaksi dengan kerajaan berdasarkan kod bidang pendaftaran tertentu. Sebagai kawalan dan seterusnya menyokong dasar keutamaan kepada syarikat bumiputera, syarikat hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan sebelum penarafan syarikat bumiputera diberikan kepada syarikat yang berdaftar. Bagi memastikan kesahihan status syarikat, Kementerian Kewangan telah

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

menetapkan supaya lawatan menentu sah perlu dilaksana untuk menentukan sama ada syarikat layak diberikan status bumiputera tidak tertakluk kepada dokumentasi sahaja. Untuk makluman, hingga 30 September 2023, sebanyak 108,870 syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Jumlah ini adalah termasuk 57,316 syarikat berstatus milikan tunggal. Daripada 57,316 syarikat milikan tunggal yang berdaftar tersebut, 27,335 syarikat telah mendapat taraf bumiputera atau 48 peratus. Kementerian Kewangan komited dalam mempermudah urusan pendaftaran selaras dengan prinsip-prinsip perolehan kerajaan iaitu accountability awam, ketelusan, nilai faedah terbaik, persaingan yang adil dan saksama. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Gua Musang.

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup panjang lebar lah, lebih daripada kehendak soalan. Jadi, pada saya, pada saya, soalannya adalah memfokuskan kepada syarikat pemilikan tunggal.

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Jadi, saya bagi contohlah saya bagi contoh kita orang Melayu bumiputera milik tunggal syarikat didaftar SSM bukannya firma sedangkan dah tahu IC itu dah kita submit masa permohonan pertama dah dia ini dah orang Melayu bumiputera. Kenapakah perlu ada permohonan kedua untuk mendapatkan status taraf bumiputera? Pertama. Keduanya, saya nak tanya soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua. Sejauh manakah peranan Kementerian Kewangan - maksud saya, campur tangan Kementerian Kewangan dari segi penilaian tender-tender yang telah dikeluarkan ataupun ditender oleh kementerian-kementerian lain? Sebagai contoh, tender yang telah issued by Kementerian Pendidikan Malaysia katanya ada campur tangan daripada Kementerian Kewangan untuk penilaian tender. Keduanya, kalau kita tengok pada zaman-zaman.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat apa dia tadi? Dua sahaja kan? Soalan?

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Tak, dua ini baru yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua

Dah tanya dah tadi?

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Dah.

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua dah?

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Tak, tak. Maksudnya, yang tadi soalan kedua.

Tuan Yang di-Pertua

Berapa soalan semua sekali?

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Dua.

Tuan Yang di-Pertua

Ha.

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Ya lah, maksudnya yang kedua la itu.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohd Azizi bin Abu NaimBERSATU · PNGua Musang

Okey, terima kasih.

Patutnya Tan Sri soalan tambahan ini satu tetapi dua. Tetapi, kalau mereka beri lebih pada itu pun yang mana boleh kita jawab kita jawab ya. Ya, betul. Syarikat apa yang dipanggil sebagai syarikat milikan tunggal. Katalah namanya Ali bin Abu tetapi untuk kita memberi taraf bumiputera ada syarat-syarat lain iaitu contohnya, sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja hendaklah terdiri daripada

bumiputera. Katalah syarikat Ali bin Abu Enterprise. Dia ada 10 orang pekerja, kalau sembilan orang bukan bumiputera dia tak dapat taraf bumiputera. Satu lagi, pengurusan kewangan hendaklah dikuasai oleh bumiputera walaupun syarikat Ali bin Abu tetapi kalau orang lain yang menguruskan kewangan dia tak dapat. Satu lagi gaji caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara kumulatif hendaklah dikuasai oleh bumiputera. Jadi, hanya kerana syarikat tunggal tidak bermakna dia boleh dapat taraf bumiputera. Itu jawapan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Kemudian, dari segi campur tangan tender-tender di kementerian lain oleh Kementerian Kewangan, tender-tender yang di bawah RM100 juta itu diputuskan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan. Tender-tender dibuat di atas RM100 juta baharu diurus oleh Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan. Terima kasih.

Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat. Ya, silakan Yang Berhormat.

Jelebu, Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan.

Terima kasih, Dato’ Sri Speaker. Panjang umur, sihat badan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Amin.

Dato’ Sri Speaker, sebelum saya mengemukakan soalan, boleh saya mengalu-alukan Dato’ Speaker?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan.

Terima kasih. Ini baharu sah. Saya Jelebu ingin mengalu-alukan delegasi daripada MRSM Kuala Klawang, Jelebu. [Tepuk] yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademi bersama dengan guru dan juga pelajar 40 orang, Speaker. Selamat datang ke Dewan Rakyat. Moga menjadi pemimpin negara masa hadapan insya-Allah. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, Yang Berhormat Menteri. Contoh, Abu bin Ali. Tadi, contoh Ali bin Abu. Saya bagi contoh Abu bin Ali pula yang digunakan oleh pihak ketiga untuk menubuhkan syarikat untuk mendapatkan hak dan keistimewaan bumiputera. Sampai satu ketika, di dalam negara kita Datuk Timbalan Menteri ada puluhan ribu syarikat pemilik tunggal mendapat status bumiputera yang tidak mempunyai status ataupun transaksi perniagaan buat sekian lama dan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tindakan automatik daripada pihak kementerian untuk wind up syarikat ini apabila tidak ada transaksi perniagaan. Pemilik perniagaan ini akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bantuan dan juga beberapa perkara yang diberikan oleh pihak kerajaan. Soalan saya, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk memberi tempoh-tempoh tertentu kepada sesebuah syarikat untuk bergiat aktif jika tidak ada sebarang transaksi bagi tempoh tertentu akan tertutup dengan automatik? Terima kasih Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Ya, itu kerja SSM. SSM bukan bawah Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, ya sebagaimana yang Yang Berhormat Jelebu- terima kasih atas soalan tambahan.

Syarikat-syarikat yang diguna oleh pihak ketiga ya kita tahu bahawa perkara itu memang berlaku. Itu sebab untuk memastikan tidak diguna oleh pihak ini kita ada kaedah untuk memberikan taraf bumiputera. Pertama, hendaklah memohon. Kemudian, daripada permohonan itu Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menyemak dokumen dan pergi melawat secara fizikal tanpa dimaklumkan pada syarikat yang berkaitan. Kalau dimaklumkan nanti ada perubahan-perubahan. Jadi, kita buat spot check kepada syarikat-syarikat itu. Kadang-kadang ya banyak dah perkara-perkara yang saya tak ada dah nak cerita perkara yang tak baik itu tetapi banyak perkara yang tak baik berlaku. Dikatakan taraf Bumiputera tetapi sebaliknya. Seterusnya, Kementerian Kewangan akan menyemak secara atas talian. Ini di bawah portal ePerolehan. Portal ePerolehan ini boleh diakses sekarang pun kita boleh tentang semakan online oleh Unit Pendaftaran Syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang mengenai ePerolehan. Kemudian, sijil dikeluarkan oleh MOF. Sijil dikeluarkan taraf Bumiputera itu oleh Kementerian Kewangan. Untuk kerja-kerja kontraktor jalan, jambatan, binaan ia diuruskan oleh CIDB di bawah Kementerian Kerja Raya. Itu kementerian lain untuk CIDB. Kita di Kementerian Kewangan untuk jaga perkhidmatan dan bekalan dan ada 22 kod bidang. Saya tak perlulah sebut satu sampai 22 itu yang kita berikan taraf bumiputera kepada syarikat- syarikat. Sekali lagi, Ahli Yang Berhormat Jelebu untuk tempoh-tempoh tertentu wind up company dan sebagainya itu kerja SSM kementerian lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan yang ketujuh dipersilakan Dato’ Adnan bin Haji Abu Bakar, Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Abu Hassan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Abu Hassan. Minta maaf.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Kuala Pilah di nombor 7. Terima kasih.

Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah · question

7. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang dilaksanakan kementerian untuk memastikan penjara bukan sekadar tempat untuk pelaksanaan hukuman tetapi juga menjadi sebuah institusi bagi mendidik banduan supaya mereka dapat memulakan hidup yang baru apabila keluar kelak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim, Yang Berhormat Kuala Pilah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Penjara Malaysia melaksanakan program dan aktiviti rawatan dan pemulihan kepada banduan bagi membina semula sahsiah, sikap, akhlak, rohani melalui Program Pembangunan Insan (PPI). PPI di laksana secara peringkat meliputi empat fasa dan mempunyai tempoh masa tertentu bermula dari fasa orientasi awal kemasukan, fasa pengukuhan sahsiah, fasa kemahiran dan fasa reintegrasi. Itu pra bebas. Pesalah juga berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang akademik yang disediakan dari peringkat 3M. Membaca, menulis, mengira sehinggalah ke peringkat Sarjana bahkan ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Berikut kalau boleh saya kongsi adalah statistik pesalah yang melakukan pengajian - melanjutkan pengajian dalam bidang akademi bagi tahun 2022. Untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terdapat 128 orang memperolehi keputusan 100 peratus berbanding pada tahun 2021 iaitu pada kadar 99.56 peratus. Kita ada juga di peringkat Diploma tiga orang, di peringkat Ijazah Sarjana Muda ada dua orang dan PhD tiga orang. Seorang telah memperoleh PhD, seorang sedang di peringkat pembentangan viva dan seorang lagi sedang pengajian di peringkat Institusi Penjara. Jabatan Penjara Malaysia turut bekerjasama dengan jabatan, agensi kerajaan dan swasta dalam memberi peluang pendidikan dan latihan kemahiran. KDN melalui Jabatan Penjara telah menawarkan latihan di 34 pusat Vokasional Industri dalam enam sektor iaitu: (i) makanan; (ii) perkhidmatan; (iii) pembuatan fabrik; (iv) pertanian; (v) perladangan; dan (vi) penternakan. Program-program ataupun latihan-latihan yang telah dikenal untuk membantu banduan meneruskan kehidupan mereka supaya tidak terjebak kembali ke dunia jenayah adalah dengan memperkasa Program TVET. Untuk makluman, mulai 2012 hingga 2022, seramai 15,790 orang banduan telah melalui latihan TVET melibatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Sumber Manusia seramai 15,126 orang dan pensijilan sijil kecekapan kemahiran daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) seramai 684 orang. Saya boleh share juga selain daripada itu Jabatan Penjara Malaysia komited dalam memperkukuh perlaksanaan program TVET dengan memperkukuhkan kerjasama industri dengan agensi melalui Korporat Smart Training (CST) yang dilaksana dalam tempoh jangka pendek dengan jaminan pekerjaan kepada pesalah.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Berdasarkan rekod Jabatan Penjara Malaysia, Yang Berhormat, bagi tahun 2023 seramai 370 pesalah sedang menjalani Program CST dengan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua bagi bidang Pemanduan Kenderaan Berat Awam, Barangan dan Kecemasan dan Operasi Manual Pembersihan Awam. Manakala Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga bagi bidang Terapi Spa. Sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini, KDN sentiasa menyokong usaha Jabatan Penjara dalam proses mereformasikan penjara ke arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan. Usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penjara melalui reformasi penjara sebagaimana yang dibentangkan tempoh hari dan pembangunan peradaban budaya manusia adalah selaras dengan nilai-nilai utama Malaysia Madani. Antaranya ialah kesejahteraan masyarakat, daya cipta, keyakinan dan ihsan, ini yang sedang dibawa dan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan tambahan Kuala Pilah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi menarik minat majikan untuk menggaji pekerja daripada kalangan penghuni penjara dalam bentuk Orang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

(OBB) dan Orang Diselia (ODS) dan apakah perancangan Jabatan Penjara dalam usaha melaksanakan penghuni penjara dalam mengikuti program TVET? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat. Dari semasa ke semasa KDN dan Jabatan Penjara membaiki apa yang kita lakukan daripada dahulu hingga sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat KDN melalui Jabatan Penjara Malaysia mengharapkan lebih banyak lagi majikan menggaji penghuni atau bekas banduan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini agar kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat menjalani hukuman. KDN juga sudah sedia maklum bahawa perkara ini sebenarnya bukan perkara baru. Justeru, sebenarnya beberapa kementerian telah pun bersama-sama mendukung usaha Jabatan Penjara ini agar memberi penekanan kepada golongan sebegini dengan memberi peluang pekerjaan, dalam masa yang sama ganjaran dan inisiatif dapat dirasai bersama oleh pihak majikan. Kita sentiasa menggalak kementerian dan juga pihak-pihak lain untuk bersama. Antara agensi yang turut menyokong usaha Jabatan Penjara memberi peluang pekerjaan kepada golongan ini termasuklah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia sendiri, PERKESO, LPP, KBS dan banyak lagi kalau saya nak senaraikan. KDN melalui Jabatan Penjara juga melaksanakan beberapa siri seminar dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, untuk kita tambah baik dan menggalakkan lagi lebih ramai pihak terlibat dengan program-program serupa ini. Selain daripada itu, perkara yang mampu untuk menarik minat para majikan supaya menggaji golongan ini ialah dengan kita menawarkan insentif pengecualian potongan cukai. Untuk jawapan yang kedua untuk Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri juga melalui Jabatan Penjara Malaysia berusaha untuk menggalakkan lebih ramai penghuni penjara agar mengikuti program-program TVET. Antara program kita laksana adalah Program Akademi Industri melibatkan kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Malaysia Productivity Cooperation (MPC) oleh Kementerian Ekonomi. Kita ada Program Reben Kuning iaitu latihan kemahiran dengan IKBN dengan IKTBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kita ada Program Peluang Kedua (PEKA TVET) kerjasama dengan MRCB, kita ada latihan kerjaya dalam bidang pertanian, perladangan dan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang dengan GIATMARA dan pelbagai program-program lain. Ini antara program-program dan melalui program reformasi yang kita umumkan akan banyak lagi program-program lain untuk memperlihatkan bahawa penjara bukan pusat hukuman tetapi membentuk sahsiah supaya mereka diberi peluang kedua supaya tidak kembali ke penjara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya hendak bertanya, apakah kementerian ada cadangan untuk memberikan insentif yang sama kepada NGO yang sudi untuk mengambil bekas-bekas mereka yang banduan ini untuk berkhidmat dalam sebahagian perkhidmatan ataupun ada golongan individu yang berhajat yang sama. Kedua, sejauh manakah keberhasilan program pelepasan Orang Bebas Berlesen sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita lihat data kita, apabila bekas-bekas, apabila banduan melaksanakan program-program sama ada program-program yang saya sebutkan tadi, kita lihat dari segi data yang kita ada daripada 800 orang banduan yang

terlibat. Mereka yang melakukan kesalahan yang berulang hanya lebih kurang 0.24 peratus sahaja. Maknanya kalau 800 orang, seorang juga yang terlibat bermakna sangat berkesan program-program seumpama ini. Berbanding kalau kita lihat mereka yang menjalani hukuman tanpa melalui program ini, 18.6 peratus dia kembali melakukan kesalahan. Maknanya, program-program yang kita buat ini amat berkesan sekali dan sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam reformasi berjaya yang kita buat memang kita akan lakukan penambahbaikan. Kita akan beri lagi galakkan inisiatif melalui cukai dan sebagainya kepada syarikat-syarikat dan juga mereka yang terlibat dalam program ini. Umpamanya, kalau kita lihat dari segi angka kita hari ini, mereka yang terlibat dalam, sorry, jumlah syarikat yang terlibat contohnya Sime Darby, FELCRA, MRCB, Panasonic, kita beri potongan cukai, maknanya RM4 ribu untuk seorang pekerja diberi. Jadi...

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Maksud saya tadi NGO bukan industri.

Ya, NGO juga kita ada program-program yang kita buat dengan NGO dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang berikutannya dipersilakan Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.

Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah · question

8. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada khidmat jururawat tempatan buat masa ini mencukupi atau tidak dalam perkhidmatan kesihatan negara sama ada kerajaan dan swasta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Kesihatan tidak dapat hadir saya dimaklumkan dan timbalannya pun ada tugas, diwakili oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dipersilakan.

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Terima kasih Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Nombor Enam, sehingga 31 hari bulan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Nombor Lapan Yang Berhormat.

Nombor Lapan, minta maaf. Sehingga 31 Ogos 2023 terdapat seramai 114,922 jururawat di Malaysia yang terdiri daripada 78,118 jururawat di sektor awam dan 36,804 jururawat di sektor swasta. Daripada jumlah 78,118 jururawat di sekor awam tersebut seramai 70,255 jururawat yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan yang merangkumi 69,828 lantikan tetap dan 427 lantikan kontrak. Bagaimanapun 427 jururawat lantikan kontrak ini sedang diuruskan untuk dilantik tetap yang dijangka selesai pada Disember 2023 tertakluk kepada tapisan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Berdasarkan keperluan semasa, unjuran keperluan jururawat di sektor awam pada tahun 2025 adalah 113,472 orang. Jumlah ini telah mengambil kira keperluan jururawat fasiliti baru dan naik taraf serta unjuran atrisi seperti jururawat yang meletak jawatan, bersara, meninggal dunia serta terdapat di kalangan jururawat yang berhijrah ke luar negara. Bagi memastikan bilangan jururawat mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kementerian kesihatan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti berikut: (i) pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan tajaan KKM dinaikkan daripada 1,000 kepada 2,000 setiap tahun; dan (ii) pengambilan Diploma Kejururawatan untuk menaik taraf Jururawat Masyarakat kepada jururawat yang dinaikkan daripada 800 ke 1000 orang setahun.

Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membatalkan moratorium pembukaan kolej kejururawatan swasta baharu bagi meningkatkan pengeluaran jururawat tempatan. Permohonan kepada agensi pusat bagi perwujudan jawatan tambahan secara berfasa melibatkan pelbagai skim perkhidmatan bagi fasiliti sedia ada Kementerian Kesihatan untuk tahun 2023 hingga 2025 dan pengambilan tetap secara berfasa graduan Diploma Kejururawatan daripada IPTA dan IPTS pada tahun 2024. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah pun dimaklumkan kepada Dewan terlebih dahulu, bagi soalan-soalan hari ini saya telah menjawab teks bagi pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi soalan-soalan. Saya mengalu-alukan soalan-soalan tambahan, namun jawapan akan diberikan secara bertulis nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat...

Tuan Speaker, saya rasa terkilan sebab hari ini Menteri Kesihatan tidak sihat, satu. Timbalan Menteri tidak ada bukan hari ini, dua hari berturut-turut Tuan Speaker. Semalam saya difahamkan Kementerian Ekonomi juga dijawab oleh bukan daripada Timbalan Menteri ataupun Menteri Ekonomi tetapi sebaliknya Menteri KPKT dan hari ini pula Timbalan Menteri daripada KUSKOP. Jauh beza itu Menteri Kesihatan kepada usahawan dan juga koperasi tapi tak apalah saya nak bertanya soalan. Saya bagi soalan pun mudah je ini. Sebab kita tengok dalam Malaysia hari ini, jururawat yang baru keluar daripada bidang pengajian mereka, mereka dapat RM1,500. Dekat Singapore, mereka dapat boleh sampai ke RM8,000. Dekat Dubai, mereka boleh dapat dalam RM6,500 dan ini juga menjadikan ada profesion jururawat ini yang bekerja dua syif di Malaysia, 16 jam. Dekat Singapura hanya enam jam untuk satu hari dan ini menyebabkan berlaku kebocoran. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, apakah perancangan – Tak apalah jawab secara bertulislah ya. Apakah perancangan pihak kerajaan – Dahlah susah nak dapat soalan lisan ini. Apakah perancangan pihak kerajaan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi profesion jururawat ini bagi ianya lebih dihargai dan lebih diangkat ke lebih tinggi? Sebab hari ini orang melihat profesion jururawat ini sebagai satu profesion kelas kedua, pekerja kelas kedua. Sebab yang hanya ambil nota daripada doktor sahaja dan ianya tidak dipandang berprestij dan juga dipandang tinggi oleh masyarakat. Malah kebocoran yang berlaku sebagaimana yang telah dijawab oleh Timbalan Menteri KUSKOP sebentar tadi, kita latih, latih, latih, latih, latih, kita bagi ruang untuk pengambilan jururawat, akhirnya bocor pergi ke tempat ataupun luar negara yang lain. Itu soalan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri akan berjawab secara bertulis. Soalan tambahan, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang akan dijawab secara bertulis juga.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Sebenarnya ini berkenaan dengan KUSKOP dan juga kesihatan sekiranya Timbalan Menteri sudi nak jawab. Saya pastinya Timbalan Menteri ada jawapannya. Saya sampaikan walau bagaimanapun. Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Sudah tentu Ahli-ahli Yang Berhormat dah tahu saya dah bawa berkali-kali berkenaan dengan care economy atau ekonomi penjagaan. Saya dimaklumkan bahawa dalam bajet yang akan datang ini, butiran bagi social enterprise dengan izin adalah sesuatu yang baharu yang akan diagih-agihkan bekerjasama dengan NGO-NGO dan juga social enterprise. Adakah punya ruang oleh KUSKOP untuk memartabatkan agenda Ekonomi Penjagaan ini dengan memberi peruntukan dan bantuan kepada social enterprise untuk wujudkan mobile care unit yang

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

telah dibahaskan hangat-hangat dalam Dewan ini. Sekiranya ada, mohonlah bantu, mohonlah bagi kat Ipoh Timur. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih atas soalan tersebut. Saya boleh jawab berkenaan dengan social enterprise. Ada penekanan diberi di bawah bajet untuk tahun 2024 dan sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mewujudkan social enterprise bagi caregiver, itu adalah satu yang sangat dialu-alukan. Saya bagi pihak KUSKOP boleh beri jaminan bahawa kita boleh bekerjasama ataupun mengadakan libat urus dengan Kementerian Kesihatan supaya kita boleh menggubal satu polisi ataupun satu strategi bagaimana kita boleh membangunkan social enterprise di sektor caregiver. Itu adalah jawapan yang saya boleh bagi dari sudut KUSKOP. Berkenaan dengan ketidakhadiran menteri pada hari ini Yang di-Pertua, ini adalah satu perkembangan yang telah berlaku pada pagi ini dan Timbalan Menteri sudi hadir tetapi beliau berada di Johor. Tak sempat sampai dalam masa. Itu sebabnya saya telah membaca jawapan teks bagi pihak Kementerian Kesihatan dan bukannya satu perkara yang disengajakan. Itu bagi menjawab satu tohmahan yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi. Itu sahaja.

[Dewan riuh]

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Syabas orang Perak. Syabas orang Perak.

Tuan Speaker. Tadi soalan KUSKOP itu. Soalan saya kesihatan. Tuan Speaker.

[Dewan riuh]

Tadi soalan KUSKOP.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, kita terus ke soalan yang ke nombor sembilan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya tak panggil Yang Berhormat berdiri pun ya. Yang Berhormat dipersilakan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal, Yang Berhormat Semporna. Soalan nombor 9.

Dato’ Timbalan Speaker, soalan nombor 9.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik Yang Berhormat. Menteri.

Mohd Shafie bin ApdalWARISANSemporna · question

9. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai projek Lebuh Raya Pan Borneo pakej Sabah: (a) kaedah semasa (Perolehan dan Pembiayaan) yang diguna pakai bagi mempercepatkan pelaksanaan baki pakej Sabah; dan (b) mekanisme penilaian kontraktor yang lebih berkesan bagi menjamin mutu kualiti kerja dan sasaran garis masa projek.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Dato’ Yang di-Pertua, keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah terdiri daripada 35 pakej dengan 15 pakej sedang dalam pembinaan. Kaedah pelaksanaan bagi baki projek Pan Borneo Sabah adalah secara tender dalam kalangan kontraktor tempatan atau kontraktor bumiputera atau kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, projek ini akan dibiayai melalui peruntukan pembangunan DE atau DanaInfra. Bagi menjamin mutu kualiti projek Pan Borneo Sabah, kerajaan akan memastikan kontraktor yang dilantik adalah yang berkemampuan dan berkeupayaan. Melalui garis pemilihan kontraktor yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Melalui garis panduan tersebut, penilaian tender akan dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang merangkumi perkara seperti penilaian kewangan, penilaian teknikal, pengalaman syarikat, prestasi kerja semasa dan penarafan bintang sijil SCORE ataupun Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang telah menjawab soalan nombor 9. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada boleh atau tidak detil dari segi pakej pecahan-pecahan ini. Kerana Pan Borneo dah dibagi dua. Satu Sarawak, satu Sabah. Kalau berdasarkan dari segi pencapaian, Sarawak jauh lebih baik. Di Sabah mungkin kurang dari 50 peratus dan saya ingin nak tahu sikit. Satu, pecahan pakej dia. Kalau kita melihat dari segi 2018 sehingga 2022, perbelanjaan yang telah diguna pakai oleh pihak kerajaan dalam lingkungan RM6.7 bilion, kedua-dua, Sabah dan Sarawak. Dan saya ingin tahu, sudah dijelaskan tadi sedikit sebanyak oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, skim kaedah yang baharu oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya syarikat-syarikat yang gagal dalam melaksanakan pakej-pakej yang lalu tidak akan dapat dilantik satu bab, syarikatnya sama ada dari segi pemiliknya juga. Kadang-kadang ada pemilik syarikat lain akan diguna pakai. Saya berharap akan ada kaedah yang baharu untuk memastikan supaya dapat kita percepatkan pelaksanaan Pan Borneo di peringkat Sabah ini kerana ini amat mendesak sekali dari segi kemudahan infrastruktur. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Pan Borneo ini Sabah dan Sarawak. Sabah panjangnya 706 kilometer. 15 pakej yang pertama yang telah pun diberikan RM10 bilion dan ia akan tamat pada selesai pada akhir 2024. Itu jangkaannya. Kemudian 20 pakej seterusnya bernilai RM15 bilion.

Jadi untuk Pan Borneo Sabah RM25 bilion. Untuk Sarawak 786 kilometer, Sabah 706 kilometer RM25 bilion, Sarawak 786 kilometer 10 pakej RM16.1 bilion. Kenapa perkara ini berlaku? Kenapa harganya berbeza. Ini antara sebab ialah kerana Sarawak telah membatalkan Project Delivery Partner (PDP). Sabah begitu juga apabila kita bertukar kerajaan. Cuma di Sarawak itu apabila dilantik Project Management Consultant (PMC), dengan pantas mereka menyelesaikan dan tender telah diberi kepada semua pakej yang berkaitan 10 pakej Jalan Pujut Link dari sehinggalah Teluk Melano siap pertengahan tahun depan keseluruhannya. Tapi Sabah pakej yang 15 pakej itu akhir 2024. Yang 20 lagi pakej kita dah beri empat kontraktor, 16 lagi pakej belum diberikan ya. Ini yang telah berlaku dan kita memastikan bahawa tender yang diberi itu penilaian peringkat pertama kesempurnaan tender, kecukupan dokumen, kecukupan modal minimum, prestasi kerja semasa, pematuhan Integriti Pact dan penarafan bintang CIDB. Itu penilaian pertama untuk kita memilih kontraktor. Penilaian kedua keupayaan kewangan dan keupayaan teknikal. Itu satu lagi penilaian kedua untuk kontraktor yang dipilih dan ketiga ada tiga proses penilaian kontraktor. Faktor Pelarasan Baki Kerja (FRBK) dan Markah Keseluruhan Terlaras adalah segala formula-formulanya kaedah bagaimana kita memilih kontraktor. Jadi Ahli Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini bahawa pada 18 Ogos 2023 kita telah memberi surat kepada Kementerian Kerja Raya agar meneruskan pakej yang belum diteruskan dan pembinaan jalan dari Sarang ke Temuno, pembinaan jalan dari Temuning ke Bingolon, jalan Bingolon Simpang Mengayau, dari Tawau Airport ke

Sungai Kalumpang itu dah ada kontraktornya. Tetapi ada lagi 16 sebagaimana saya sebut tadi dalam proses tiga peringkat yang saya sebut. Terima kasih.

Dato’ Speaker, Timbalan Speaker soalan saya. Adakah skim baru, kaedah baru yang akan diguna pakai? Apa Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan tadi yang itu ... [Tidak jelas] .. dari segi kewangan syarikat, keupayaan dia sama ada kita mempunyai kaedah yang baru supaya dia tidak berulang. Kadang-kadang syarikat kita lantik, cadangan dari kerajaan negeri contohnya lepas itu tidak mampu melaksanakannya. Sudah kita lantik dia sub kontrak projek-projek itu kepada syarikat-syarikat. Itu yang saya tanya apakah kaedah untuk kita bukan hanya melihat kegagalan lalu kaedah yang sama. Saya rasa akan berlaku lagi keadaan tidak berupaya untuk melaksanakan projek secepat yang mungkin ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dato’ Yang di-Pertua, soalan.

Ya, kita akan meneruskan tender terbuka secara tender pra kelayakan terpilih. Itu di antara kaedah baru yang boleh dibuat. Masih lagi tender terbuka tetapi dipanggil tender terbuka pra kelayakan terpilih adalah kaedahnya. Bagaimana perkara itu boleh dilaksanakan agar projek-projek penting untuk kepentingan rakyat ini boleh disegerakan dan kita harap penapisan syarikat-syarikat itu hendaklah lebih teliti untuk projek yang seterusnya supaya mereka boleh melaksanakan tanpa apa yang disebut oleh Semporna masalah-masalah yang dihadapi. Kita perlu belajar daripada Pan Borneo Sarawak yang kelihatan sedikit sahaja masalah dan dapat dilaksanakan dengan awal dan cekap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Menteri.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Pendang, soalan terakhir.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya. Saya rasa skeptikal dengan pembentangan bajet pada kali ini kerana angka yang sangat jauh. Yang pertamanya, cukai tidak langsung yang dibentangkan dalam pembentangan bajet hanya RM623,000. Kemudian dia ada ralat di correction dengan izin, disebut RM4.698 bilion. So kalau RM4 bilion lebih ini satu jumlah yang besar tidak ada kah semakan terakhir? Bukan benda kecil angka, this is a figure you know? Jadi kita nak kena alert benda ini properly, adakah Menteri Kewangan ini kompeten untuk nak menjadi Menteri Kewangan sebab perbezaan income sampai RM4.6 bilion, this is very miracle, dengan izin. So yang keduanya kenapa sekarang ini barang tengah naik meningkat? Menteri KPDN tidak lantik dah dua bulan. Apa masalah ini? Rakyat sedang menghadapi kenaikan harga barang yang begitu drastik. Seterusnya kita tengok macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, soalan?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini soalanlah tu. Kenapa bila – soalan – dah dua bulan tidak lantik KPDHN Menteri dah kerana masalah apa? Sebab rakyat ini sedang menghadapi kenaikan harga barang yang sangat meningkat tinggi. Tidak adakah langsung rasa belas kasihan kepada rakyat yang menderita ini? Seterusnya kita tengok.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat soalan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang ketiga, soalan yang ketiga penjualan besar-besaran saham oleh foreign investor sebagai ekonomi menunjukkan ekonomi MADANI ini gagal, tidak ada competence dan yang terbaru dah diumumkan oleh Lynas untuk withdraw out from Malaysia kerana polisi-polisi penekanan yang dibuat

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

walaupun ada tuntutan apa ini, apa ini tindak balas daripada kerajaan untuk memberi kelonggaran. Tetapi benda ini berlaku kerana apa? Jadi saya harap Menteri Kewangan ini kompeten atau tidak untuk dia menerajui Menteri Kewangan kerana bajet ini pun sampai angka RM4 bilion pun tidak boleh nak beza. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Ada tiga soalan yang menarik. [Ketawa] Soalan harga barang DOSM telah mengeluarkan kadar inflasi terkini ialah 1.9 peratus. Kalau ingin mempertikai, itu boleh tanya Jabatan Statistics angka 1.9 peratus itu bererti turun daripada 3.4, turun pada 2.8, turun pada 2.4, turun pada 2.0, turun pada 1.9 kadar inflasi. Menteri KPDNHEP dipangku oleh rakan saya Ahli Yang Berhormat betul-betul depan saya yang kepala tidak ada rambut ini. [Ketawa] [Disampuk] Dato’, sangkaan jahat, minta maaf. Saya tarik balik Papar.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sedap kata dekat orang ini.

Papar dengar tidak ini, dengar ya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sedap kata dekat orang ini Pontian.

Papar sekarang memangku Menteri KPDNHEP, betul Papar ya? Papar memangku jadi bukan tidak ada Menteri. Ada. Papar pun kerja dia Membantu Tugas-Tugas Khas. Jadi tugas-tugas sekarang beliau ialah memangku Menteri KPDNHEP dan kos sara hidup. Seterusnya mengenai saham pembelian, saya nak memaklumkan bahawa kemasukan semula dana daripada luar telah positif boleh dilihat dalam minggu ini sudah positif kemasukan pembelian dana asing dalam saham kita. Seterusnya yang dimaklum dimaksudkan oleh Pendang tadi ialah ralat dalam tinjauan fiskal. Ingin saya memberi penjelasan oleh kerana beliau bertanya. Muka surat akhir sekali itu ya, muka surat akhir ada ralat dan kita telah betulkan. Kenapa perkara itu berlaku? Buku ini diedar dan dicetak siap di atas meja Ahli-ahli Parlimen pada hari Khamis, 12 Oktober diletak di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat semua. 222 Ahli Parlimen dapat buku Tinjauan Fiskal ini. Kemudian pada hari Jumaat keputusan untuk menaikkan SST, Cukai Perkhidmatan daripada enam ke lapan peratus diluluskan dalam Kabinet hari Jumaat. Jadi kami tidak sempat nak mencetak kembali pada hari Jumaat sebab petang itu pembentangan Bajet pada pukul empat. Habis mesyuarat Kabinet pukul 12.00 tengah hari. Macam mana kami nak mencetak buku ini dan ada kaedah-kaedah pembetulan melalui SUDR yang perlu dibuat. Prosedurnya telah saya lakukan di sini. Daripada penambahan enam peratus pada lapan peratus cukai perkhidmatan yang tertentu bertambah pendapatan negara kepada RM3.45 bilion. Jadi RM3.45 bilion tambahan akibat keputusan Kabinet pada 13 hari bulan pagi, pembentangan Bajet pada 13 hari bulan petang, itu kita adakan ralat.

Tetapi, dokumen ini mengikut peraturan, kita dah hantar – diletak atas ahli-ahli 222 Ahli Parlimen. Dokumen yang dicetak kemudian, sudah ada pembetulan yang diberikan kepada pihak-pihak yang inginkan buku ini. Dokumen yang ada dalam online www.mof.gov.my telah dibetulkan peringkat awal, ia tak perlulah ditulis surat kepada semua Ahli Parlimen, itu. Ucapan bajet, tidak ada apa-apa kesilapan. Satu muka surat daripada buku ini sahaja ada sedikit kesilapan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Rancangan last minit ni.

Dia tidak ada – keputusan, memang keputusan Mesyuarat Kabinet pagi Jumaat. Keputusan untuk meningkatkan enam pada

lapan peratus itu yang meningkatkan RM3.45 bilion tambahan itu, pagi Jumaat. Jadi, tak sempat untuk dibetulkan dalam buku ini. Terima kasih, mohon maaf.

Timbalan Menteri, kalau boleh.

Isu yang sama, isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat duduk.

Boleh ke ini? Soalan tambahan ketiga ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat duduk, cukup masa dah. Yang Berhormat Menteri duduk, dah cukup masa. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua Ahli yang membahaskan Belanjawan 2024 peringkat dasar seperti senarai pembahas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 30 Oktober 2023”.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, ada menyokong?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit (RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut”. [25 Oktober 2023]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat- Yang Berhormat, senarai untuk di bahas perbahasan adalah seperti berikut. Kita akan mula dengan Yang Berhormat Beruas, kemudian Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Salak – Pasir Salak dan yang terakhir Yang Berhormat Hulu Langat. Dengan itu, dipersilakan Yang Berhormat Beruas untuk memulakan perbahasan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2024. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya bawa kepada perhatian Dewan ini dan juga kepada kerajaan berapa perkara untuk perhatian mereka dan tindakan mereka. Masalah pertama yang ingin saya bawakan ialah tentang masalah warga bukan Islam yang ada perkataan “Islam” tertera di atas kad pengenalan mereka. Tuan Yang di-Pertua, masalah ini telah menimbulkan masalah sosial dan mesti diatasi. Saya bagi satu contoh benar. Nama ibu dan anak saya gunakan nama samaran dan disingkatkan untuk melindungi identiti mereka tetapi kes ini telah saya bawa kepada perhatian Menteri Dalam Negeri. Ruby, seorang perempuan Cina bukan Islam hendak berkahwin dengan kekasihnya seorang lelaki Cina bukan Islam. Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana ada perkataan “Islam” atas kad pengenalannya. Mereka terpaksa bersekedudukan tanpa berkahwin dan kemudian melahirkan seorang anak lelaki yang bernama – saya singkatkan, bernama MPJ dan dalam kad pengenalan MPJ ini juga tertera perkataan “Islam”. Masalah ini akan timbul lagi apabila MPJ yang membesar di sebuah keluarga bukan Islam, tidak dapat berkahwin dengan seorang bukan Islam.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bagi saya, stigma – ada stigma pasangan ini tidak berkahwin dan juga anak dilahirkan di luar nikah ini adalah tidak adil kepada mereka. Ini merupakan satu kezaliman yang perlu kita hapuskan. Kalau perkara ini tidak diselesaikan, ia akan menjadi satu masalah sosial yang semakin hari semakin membesar. Saya merayu kepada Kementerian Dalam Negeri, agar perkara ini dapat diperbetulkan dengan satu tindakan pentadbiran (administrative) oleh Jabatan Pendaftaran Negara selepas mendapat pengesahan orang yang berkenaan bukannya seorang Islam atau mengamalkan agama Islam. Amalan sekarang meminta mereka mendapat satu perintah daripada Mahkamah Syariah bukannya satu amalan yang betul. Kita pergi ke mahkamah kalau ada pertikaian di antara dua pihak dan dalam kebebasan agama seseorang itu, status agamanya hendaklah ditentukan oleh orang itu sendiri dan bukan oleh pihak ketiga. Pada masa yang lampau, Jabatan Pendaftaran Negara akan menukar butir-butir dalam kad pengenalan seseorang itu apabila beliau melakukan satu ‘depo’ iaitu membuat satu surat akuan dan kandungan surat akuan itu kemudian disiarkan dalam satu surat khabar. Ataupun, seseorang itu mendapat satu surat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam ataupun Majlis Agama Islam bahawa seseorang itu bukan Islam atau tidak mengamalkan Islam. Kemudian kad pengenalan mereka akan ditukar. Kerajaan tidak boleh memaksa seseorang itu sebagai seorang beragama Islam apabila orang itu tidak menganuti agama tersebut. There should be no compulsion in religion. Ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan kita Perkara 11(1) yang memperuntukkan seperti berikut, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya”. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan ahli dalam Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu pada sesi ini iaitu untuk tahun 2022 hingga ke tahun 2024. Kita haruslah menegakkan hak asasi manusia yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Bangsa-Bangsa Bersatu. Kebebasan pemikiran dan agama adalah terkandung dalam fasal 18 deklarasi tersebut dan hak untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga adalah terkandung dalam fasal 16 deklarasi tersebut. Melainkan kita menegakkan hak asasi untuk beragama dan berkahwin, kita tidak mempunyai kedudukan moral untuk cuba menegakkan apa-apa hak asasi di persada dunia. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan, saya merayu agar kita semua memupuk perpaduan rakyat Malaysia sungguhpun kita pelbagai bangsa dan agama. Tuan Yang di-Pertua, bumi kita hanyalah sekadar saiz sebiji titik pasir dalam alam semesta ataupun universe. Tuhan maha besar adalah lebih besar daripada alam semesta. Tuhan wujud sebelum mana-mana agama dalam dunia ini. Tujuan agama adalah untuk menunjuk jalan balik kepada Tuhan. Agama tidak boleh digunakan sebagai bahan yang menyebabkan perpecahan, saling benci-membenci atau bunuh-membunuh dalam masyarakat kita. Orang yang tidak beragama kadang-kadang benci kepada orang yang beragama kerana mereka nampak perpecahan, benci-membenci dan bunuh-membunuh ini berlaku yang menyebabkan kesengsaraan kepada orang ramai.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita tidak berpecah-belah kerana isu agama dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu menghadapi pelbagai cabaran yang melanda negara kita terutamanya ekonomi negara kita. Marilah kita bersama-sama menumpukan perhatian kita untuk menaikkan produktiviti dan menjana kekayaan supaya rakyat Malaysia boleh mendapat pendapatan ke satu tahap yang lebih tinggi. Kita manusia yang kerdil ini tidak haruslah memandang rendah manusia yang lain ataupun menindas pihak yang lain. Datuk Timbalan Yang di-Pertua,...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Okey, Yang Berhormat Beruas. Saya minta pencelahan sedikit. Terima kasih kerana memberi ruang. Baru-baru ini tersebar arahan KPM ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

pelaksanaan Minggu Solidariti di Palestin di Institut Pendidikan bawah Kementerian Malaysia. Secara peribadi, saya rasa tiada masalah untuk kita bersolidariti untuk menentang kekerasan dan juga jenayah perang. Tetapi, apa perlunya kita membawa perkara ini ke sekolah-sekolah dan institusi pendidikan dan melibatkan anak-anak yang harus fokus untuk mewacanakan pendidikan dan masa depan mereka? Saya juga tidak sokong Israel mahupun Hamas menggunakan kekerasan sebab saya nobatkan keamanan sejagat. Saya percaya seluruh Ahli Parlimen dalam Dewan ini hendakkan keamanan. Tindakan KPM ini bukan good governance. But this is destroying canon. Ini bukan tata kelola. Tapi, ini ia bakal menghancurkan segala. Yes, our government walks the talk. They talk so much. They walk here and there but nothing happened. We keep moving backwards. This is not the way. Jadi, setuju kah Yang Berhormat Beruas supaya negara kita ini fokus membina negara kita, membina perpaduan dan memajukan bangsa kita untuk kemakmuran bersama? We have to go towards this direction. Not flip-flop. Apa pendapat Beruas?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya rasa isu ini memang satu isu yang rumit. Kalau kita orang dewasa mendapati ia satu perkara yang susah diselesaikan. Bagi saya, tidak haruslah dibawa ke sekolah di mana murid-murid tidak akan faham tentang isu ini. Saya takut ialah kalau ada mana-mana pihak yang menanam benih tentang kebencian di sanubari anak-anak muda kita yang memang kita mesti pupuk sebagai penyayang dan orang yang menyayangi manusia yang lain. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, kita ini satu manusia, Tuhan itu satu kepada kita. Perkara yang terakhir yang ingin saya....

Beruas, Beruas, Temerloh nak mencelah boleh?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tidak ada masa. Saya habiskan dengan isu yang terakhir tentang iaitu keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Jabatan Kerja Raya. Pada masa yang sama JKR perlu – kerajaan pula perlu mengawasi cara JKR menggunakan dana peruntukan secara berhemah. Tuan Yang di-Pertua, dulu kalau disebut JKR ia merupakan satu jabatan yang terbaik dalam tugas dan penyelenggaraan jalan, perparitan dan lampu jalan raya di bawah JKR. Tetapi, baru-baru ini kebelakangan ini di daerah Manjung, JKR merupakan jabatan yang terteruk sekali dalam pengendalian, perkara-perkara ini apabila dibandingkan dengan kerajaan tempatan dan kerajaan negeri yang mempunyai dana yang jauh lebih kurang daripada dana JKR ataupun dana Kerajaan Persekutuan. Saya difahamkan JKR sentiasa kata pelaksanaan kerja-kerja tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup dana. Saya mohon kepada kerajaan supaya menaikkan peruntukan yang lebih untuk JKR agar perkara-perkara di bawah jagaan JKR ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Di kawasan saya ada lampu jalan besar yang tidak dibaiki sampai lebih daripada dua tahun. Lampu isyarat kalau rosak berbulan-bulan tidak dibaiki hinggakan saya terpaksa menggunakan sebahagian daripada dana Ahli Parlimen Projek Mesra Rakyat untuk menolong JKR mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Datuk Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya ingin kerajaan memantau perbelanjaan yang digunakan oleh JKR. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya memang mesti rasa gembira kalau ada projek-projek yang dilaksanakan di kawasan saya. Tetapi, saya agak kecewa kerana pembaziran wang yang digunakan oleh JKR di kawasan saya. Saya bagi dua contoh. Satu ialah pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan Air Tawar, Laluan FT5, daerah Manjung yang dibina di tepi sebuah simpang jalan yang mempunyai lampu isyarat. Sebelum ia dimulakan saya sudah bantah sekeras- kerasnya. Saya pun pergi media dan menyatakan ini merupakan satu projek gajah putih

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

yang tidak akan digunakan oleh rakyat. Begitu juga pandangan ini diberikan oleh pengerusi masjid di tempat itu yang dikatakan jejantas ini untuk kegunaan mereka. Juga satu perkara yang memeranjatkan saya, untuk satu jejantas biasa ini ia memakan belanja sebanyak RM7.7 juta. Ia terlalu besar. Kenapa untuk penyelenggaraan tidak ada duit? Tetapi untuk projek sedemikian yang tidak ada gunanya kita belanja RM7.7 juta. Projek yang terbaru iaitu projek menggantikan jambatan FT071/17/300 Manjung menghubungi Ayer Tawar ke Beruas. Memang projek ini kita perlukannya. Tetapi, daripada kawan-kawan saya yang dalam industri pembinaan mereka terperanjat apabila jambatan yang bukan besar sangat ini akan menelan belanja RM8,839,503. Sungguhpun ia secara tender terbuka, saya hendak tanya apa yang berlaku? Sungguhpun tender terbuka, harganya terlalu mahal sekali. Oleh yang demikian, saya mohon kepada kerajaan memantau JKR agar kontrak diberikan dengan harga berpatutan dan memastikan JKR menggunakan dana peruntukan secara berhemah. Dengan itu saya menyokong...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Beruas, boleh bagi sedikit? Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Usul perbelanjaan bajet ini.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Beruas, Kota Melaka, sedikit.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau Speaker bagi masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Masa dah cukup, Yang Berhormat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Sedikit boleh Timbalan Speaker? Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Kota Melaka masa dah cukup. Duduk. Saya mempersilakan pembahas yang berikutnya Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2024. Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan ucapan saya dengan merakamkan sokongan serta dukungan sepenuh jiwa raga seperti mana rakyat Malaysia yang lain terhadap perjuangan rakyat Palestin di dalam menentu erti sebuah kebebasan dan juga nikmat kemerdekaan. Saya sentiasa menyokong pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat Palestin di dalam perjuangan ini. Saya menyeru kepada semua untuk bersama-sama menunjukkan solidariti dan mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin. Kalau boleh jangan ada rakyat Malaysia yang tiba-tiba menunjukkan sikap yang bertentangan menyokong Israel pula.

Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum Belanjawan 2024 ini memperuntukkan RM393.8 bilion, hampir satu per lima daripada unjuran KDNK tahun hadapan tetapi hanya RM90 bilion sahaja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Sebelum ini ramai Ahli Parlimen yang telah bangkitkan mengenai peruntukan pembangunan kepada negeri-negeri yang masih dikategorikan sebagai negeri miskin. Apabila dilihat dengan lebih teliti peratus peruntukan pembangunan bagi Belanjawan 2024 adalah sebanyak 23 peratus dan peratusan ini sebenarnya hampir sama dengan peratus perbelanjaan pembangunan bagi belanjawan sebelum ini. Jadi, persoalan yang saya ingin bangkitkan, bagaimana perancangan pihak kerajaan untuk tahun 2024 bagi mengeluarkan negeri-negeri dikategorikan sebagai miskin ini?

Di dalam keadaan ekonomi negara kita yang masih di dalam fasa pemulihan daripada krisis pandemik COVID-19. Di tambah situasi ekonomi global, geopolitik semasa dan krisis bekalan makanan dunia, tahun 2024 tentunya akan menjadi tahun yang jauh lebih mencabar dan penuh dengan ketidaktentuan. Kerajaan perlu bersedia untuk menghadapi global stagflation iaitu keadaan di mana pertumbuhan ekonomi yang perlahan, inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang tinggi. IMF dan Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 4.3 peratus bagi tahun 2023 pada awal tahun. Kini meramalkan hanya berkembang pada kadar 3.9 peratus. Sementara itu, kerajaan menjangka ekonomi akan bertumbuh sekitar empat peratus hingga lima peratus. Hari ini kita mencatat sejarah apabila nilai ringgit kita ke paras terendah sejak 25 tahun yang lalu. Kita dikatakan negara Asia yang terburuk kejatuhannya berbanding dolar, kejatuhan mata wangnya. Setelah yang pertama adalah Yen. Setiap kali apabila perkara ini ditimbulkan kita kata bukan negara Malaysia sahaja yang teruk, Yen pun teruk. Mengapa kita tak bandingkan dengan negara-negara lain yang tidak seteruk itu? Jadi, apakah langkah-langkah pantas kerajaan yang diambil untuk menangani masalah kejatuhan mata wang ringgit ini? Adakah kerajaan berpegang konsep dollarization yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun? Yang Amat Berhormat Tambun pernah menyebut dahulu bahawa “Ringgit jatuh kerana kamu tak pandai jaga kerajaan.” [Tepuk] Jadi, hari ini saya nak bertanya balik dalam keadaan yang sekarang ini lagi teruk Ringgit pada hari ini. Adakah kerana kamu pula yang tak pandai jaga kerajaan? [Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tak pandai, ya.

Kemudian, berkenaan isu pengurusan hutang. Tahun 2021, nisbah hutang dengan KDNK 63.3 peratus, 2022 - 60.4 peratus. Tahun 2023 - 62 peratus dan 2024 unjurannya 64 peratus. Sewaktu menjadi pembangkang dilaungkan kerajaan yang menambah hutang, kerajaan yang gagal. Sekarang ini dengan nisbah yang ditunjukkan ini lagi tambah hutang. Adakah bawah Yang Amat Berhormat Tambun kerajaan yang lebih gagal? Dato’ Yang di-Pertua...

Ya, letak jawatan.

...Pelaburan adalah komponen penting di dalam ekonomi negara dengan ia menyumbang hampir 20 peratus daripada saiz KNDK negara. Ia penting bagi merancakkan pertumbuhan negara. Sekali gus mencipta lebih banyak peluang, lebih banyak peluang perniagaan, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat. Alhamdulillah, pendekatan mesra pelabur dan perniagaan semasa kerajaan terdahulu Perikatan Nasional menjadi kerajaan telah terbukti membuahkan hasil yang lebih baik di mana jumlah pelaburan asing atau foreign direct investment dalam tempoh separuh tahun 2022 berjumlah sebanyak RM90.6 bilion adalah jauh lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM63.3 bilion. Mengikut data yang dikeluarkan oleh DOSM, setakat enam bulan pertama ini pelaburan langsung asing yang masuk hanya RM15.1 bilion iaitu USD3.2 bilion berbanding RM63.3 bilion pelaburan asing yang diluluskan. Persoalan yang saya ingin bangkitkan sebelum ini kerajaan beritahu Malaysia telah berjaya meraih pelaburan tertinggi dalam sejarah sehingga RM170 bilion daripada negara China. Saya nak tanya, daripada RM170 bilion daripada China banyak ini, berapa peratusan jumlah pelaburan sebenar daripada China yang telah diluluskan dan direalisasikan? Dato’ Yang di-Pertua, kedua, mengenai pengharaman eksport rare earth elements (REE) sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Pada zaman Yang Berhormat Pagoh dan juga Yang Berhormat Bera kita membuat polisi. Saya nak bercakap fasal polisi tidak membenarkan eksport renewable energy (RE). Tadi saya sebut REE, ini renewable energy (RE).

Akan tetapi, kerajaan yang pada hari ini telah mengubah dasar tersebut dan ini di mana RE kali ini dibenarkan dieksport. Ia menyebabkan pelabur-pelabur yang telah mengesahkan pelaburan mereka, data center dan sebagainya, dikeranakan sebelum ini apabila kita menyekat RE ini daripada dieksport jadi negara yang berhadapan dengan tidak cukup REE ini tak ada sumber. Maka kerana itu pelabur di sana mari ke Malaysia. Akan tetapi apabila dapat dieksport maka mereka membatalkan pelaburan mereka. Kecelaruan dasar yang berlaku akan menimbulkan ketidaktentuan di dalam kalangan rakyat, pemain industri, penganalisis pasaran serta pelabur-pelabur ke dalam negara kita. Berbalik kepada isu REE yang saya sebut tadi. Rare earth, saya menyambut baik pengharaman eksport REE sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, baru-baru ini kita dimaklumkan pula Kerajaan Negeri Perak telah mendapat royalti sebanyak RM16 juta hasil lombong NR-REE setakat Julai yang lalu, di mana 10 kali REE telah dieksport ke negara China. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah dasar yang telah dibuat Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri? Saya minta penjelasan dari segi itu. Terbaru pihak Lynas Rare Earth Limited, Lynas Australia mengumumkan untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang karbonat nadir bumi. Menurut kenyataan itu, penutupan itu susulan daripada keprihatinan dan kebimbangan Kerajaan Malaysia terhadap tahap sinaran radiasi. Ini kenyataan oleh Lynas tapi setakat ini untuk rekod yang berdasarkan kepada pelbagai jawapan yang telah diberikan oleh kerajaan berhubung persoalan tahap radiasi sentiasa sahaja maklumat yang diberikan kerajaan mengesahkan bahawa kadar radiasi adalah very low level, sangat rendah. Malah saya pernah ditunjukkan perbandingan bahawa kadar radiasi yang ditunjukkan itu enam becquerel per gram berbanding dengan apa yang dibuat di Perak, Kilang Amang 200 becquerel per gram, tak jadi isu. Akan tetapi yang di Kuantan ini enam, yang sana 200. Jadi isu besar. Semalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menetapkan syarat baharu iaitu Lynas hendaklah memastikan kandungan radioaktif dalam residue water leach purification di bawah satu becquerel setiap gram bagi membolehkan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. terus mengimport dan memproses nadir bumi sehingga Mac 2026. Sekali gus membenarkan aktiviti cracking and leaching diteruskan. Ia mendapat perhatian pelbagai media. Sekali lagi soalnya, polisi yang kelihatan flip-flop. Jadi, saya minta supaya di dalam isu-isu begini kerajaan Malaysia perlulah mampu menunjukkan kepada dunia di dalam proses membuat sesuatu keputusan mestilah berasaskan kepada pertimbangan fakta, fakta yang saintifik. Kalau fakta saintifik itu menunjukkan secara konsisten tak bahaya. Apa masalahnya? Kajian terperinci yang dilakukan oleh water leach purification mendapati bahawa ia adalah bahan radioaktif yang dikategorikan oleh Jabatan Tenaga Atom oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai radioaktif aras sangat rendah. Aras ini adalah satu tahap pada aras keradioaktifan yang tak perlu dikawal. Secara relatif keradioaktifan WLP adalah setara dengan keradioaktifan yang terdapat pada pelbagai-bagai bahan yang kita import selama ini termasuk batu fosfat yang diimport begitu banyak sekali untuk tujuan kilang baja, tak jadi isu. Lynas juga telah melakukan kajian menggunakan WLP untuk membangunkan condisoil. Kajian ini sudah berjaya diterbitkan oleh laporan pelbagai, Jabatan Alam Sekitar ada, UPM ada, MARDI ada, SIRIM ada, UKM ada, semua mengesahkan bahawa ia boleh digunakan.

Mengesahkan WLP ini selamat untuk digunakan sebagai perapi tanah yang menunjukkan kita berjaya dalam meningkatkan keberhasilan dalam padi, jagung, kenaf dan sebagainya, menjadi subur tanah. Malah, Mesyuarat Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom, Ketua Pengarah MARDI, Pengurus Besar Lembaga

Kemajuan Pertanian (MADA), Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian bersama Ketua Setiausaha Negara pada 18 Februari 2019 memutuskan tiada halangan untuk condisoil digunakan sebagai perapi tanah. Jadi, satu kerugian kita membuat keputusan supaya bahan-bahan ini, yang sekarang ini semakin bertimbun. 1.4 juta tan diarahkan supaya tak boleh bergerak, tinggal di sana. Sedangkan, ia sepatutnya boleh digunakan di dalam sektor perladangan, pertanian negara. Kerajaan seharusnya dilihat bersungguh untuk memanfaatkan sumber REE di dalam negara kita. Kita tahu, berdasarkan pelbagai laporan yang telah dibuat, misalnya kita kata REE di dalam negara kita mempunyai potensi ekonomi sehingga RM800 bilion, ini sumber kekayaan negara dan untuk memajukannya kita memerlukan pelabur datang. Sekiranya kita tidak dapat menunjukkan polisi dan dasar yang konsisten, ia akan menjadi satu kerugian kepada kita. Saya bagi contoh, misalnya, Kilang Shin-Etsu adalah kilang antara pembekal produk EV yang utama, super magnet, yang sepatutnya boleh buka kilang di Malaysia. Dia membekalkan 19 peratus – 90 peratus daripada keperluan untuk industri EV di Japan. Daripada 90 peratus itu, 100 peratus hasil datang daripada Malaysia. Rugi kita apabila mereka terpaksa buka kilang di Vietnam di sana, sedangkan hasilnya 100 peratus input datang daripada Malaysia. Perlu diketahui bahawa produk ini, selain daripada di dunia, selain daripada China, satu-satunya yang menjadi pengeluar, yang mempunyai teknologi tempatan rakyat kita menjadi pakar memegang paten. Rakyat Malaysia yang membuat kajian adalah di Malaysia. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan industri EV – Oh, saya ada satu minit sahaja. Saya perlu sebut tentang keperluan di kawasan saya. [Ketawa] Dato' Yang di-Pertua, saya ambil ruang untuk sebut sedikit berhubung dengan kawasan saya. Saya ingin menyebut apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus dalam ucapan beliau semalam. Royalti adalah hak milik rakyat Terengganu. Saya mengharapkan kerajaan persekutuan adillah. Sudah banyak disebut, banyak kali dan telah disebut oleh Marang. Pentingnya berlaku adil kerana adil ini lebih dekat kepada takwa. Dalam pada itu juga, bandar raya Kuala Terengganu memerlukan sistem penyuraian trafik yang lebih efisien. Jammed sekarang ini. Orang kata, kita di bawah pemerintahan Parti Islam Se- Malaysia, pelancong takut datang tetapi pada hari ini, pelancongan di Terengganu mencatat kenaikan sehingga 170 peratus, mengikut data yang rasmi. Jammed, kesesakan yang memerlukan sistem penyuraian yang baik. Saya minta supaya, kalau boleh Kerajaan Persekutuan membantu dengan melakukan kajian bagaimana satu sistem penyuraian trafik yang lebih efisien terutama di kawasan-kawasan tumpuan seperti Pasar Payang, Dataran Drawbridge dan juga Masjid Abidin. Besarlah harapan saya, kementerian dapat melihat perkara ini. Begitu juga masalah kekurangan parkir di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kementerian Kesihatan mendapat peruntukan sehingga RM41.22 bilion berbanding RM36.43 bilion pada tahun lalu. Saya berharap agar peruntukan tersebut mencakupi projek untuk menaikkan taraf sistem parkir sedia ada di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Dato' Yang di-Pertua, saya menghormati masa. Itu sahaja apa yang saya ingin ucapkan dan saya mengucapkan terima kasih di atas pelbagai pandangan bernas yang telah dikemukakan. Saya sebagai rakyat Malaysia, sekali lagi saya ingin menyatakan rasa syukur. Sekurang-kurangnya, di dalam soal Palestin ini, baik di pihak kerajaan, di pihak pembangkang, di semua di seluruh negara telah menunjukkan bahawa sebenarnya kita mampu seia-sekata di dalam soal yang berkait dengan isu kemanusiaan yang sangat penting itu. Tahniah kepada seluruh Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dipersilakan, Yang Berhormat Sembrong untuk berbahas.

Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat.

Sebelum saya berucap, izinkan saya... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebentar, Yang Berhormat Sembrong. Yang Berhormat Arau, peraturan mana Yang Berhormat Arau?

Yang Berhormat, 35(1). Setelah menelaahnya dengan dahsyat dan merujuk kepada kawan-kawan yang ada kelulusan undang-undang, jadi didapati yang dimaksudkan berdiri ini hanya menyebut perkataan ‘Speaker’. Tuan Yang di-Pertua yang itu. Jadi, mengarahkan ucapan kepada Tuan Yang di- Pertua. Jadi, bila saya dan kawan-kawan dihalang untuk membawa peranti untuk disiarkan kepada rakyat, ucapan kita, tiba-tiba terhalang dan macam-macam berlaku. Jadi, saya tanya Yang Berhormat. Apakah – apa yang harus saya buat untuk membolehkan saya mendapat penjelasan yang sewajarnya dan supaya arahan ‘tidak boleh menggunakan peranti’ itu dapat ditarik balik dan dibenarkan kami untuk menyampaikan ucapan kami supaya didengar oleh rakyat? Kalau rakyat suka, okey. Kalau tak suka. Jadi, bukan bila rakyat dengar, rakyat suka. Kadang-kadang, rugi balik. Kadang-kadang, untung tetapi yang paling penting, sekurang-kurangnya, rakyat mendengar wakil rakyatnya berucap, ada saluran-saluran tertentu untuk mereka sampaikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat. Apa yang telah dinyatakan Yang Berhormat itu, sebagaimana kita sedia maklum, Tuan Speaker telah memutuskan, sebagaimana telah dinyatakan kepada Dewan. Jadi, dari perspektif Peraturan Dewan, apa yang Yang Berhormat Arau boleh laksanakan ialah merayu dan peruntukan untuk merayu itu ada. Adakah Yang Berhormat Arau ada merayu atas keputusan Yang Berhormat Tan Sri Speaker?

Ya, saya merayu dan saya buat usullah tetapi begitulah keadaannya. Mungkin lambat sikit mendapat jawapan. Jadi, rakyat saya bertanya, apa dah jadi? Saya kata, terhalang sekejap. Bukan jadi apa, saya nak jaga nama baik Parlimen, terhalang sekejap. Selepas ini, ucapan saya boleh dipancarkan terus. Terima kasih semua rakyat Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat. Saya sedia maklum dan saya ada dimaklumkan oleh pihak Parlimen bahawa usul rayuan Yang Berhormat itu ada diterima dan dalam pertimbangan Speaker. Insya- Allah, pada hari Isnin depan, Tan Sri Speaker ada, Yang Berhormat boleh bangkitkan. Baik, ya. Kita teruskan dengan urusan aturan mesyuarat. Dipersilakan, Yang Berhormat Sembrong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Tok Batin-Tok Batin serta wakil-wakil para pelajar Orang Asli dari seluruh kawasan DUN Tanah Rata, Parlimen Cameron Highlands. [Tepuk] Kita tahu ini merupakan kawasan Yang Berhormat Timbalan Speaker sendiri dan Yang Berhormat Timbalan Speaker merupakan seorang yang saya mengenali rapat dan saya cukup menghormati. Maka, ianya satu penghormatan bagi saya untuk mengucapkan selamat datang bagi masyarakat Orang Asli Tanah Rata pada pagi ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Mohon mereka yang di Galeri itu, daripada kawasan Parlimen saya berdiri semua. [Tepuk] My Cameron, [Berucap dalam slang Orang Asli] Sembrong ucap terima kasih dan mengalu-alukan ketibaan My Cameron Highlands deh. [Berucap dalam slang Orang Asli] Terima kasih, sila duduk. Yang Berhormat Sembrong, silakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. My Cameron Highlands ini tak masuk dalam masa untuk perbahasan, ya? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tidak, tidak. [Ketawa] Setiausaha Dewan, 15 minit. Patah balik. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 merupakan belanjawan terbesar pernah diumumkan oleh kerajaan. Pada hemat saya, perkara paling mustahak ialah memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan sebaik mungkin dan setiap lapisan masyarakat harus merasai impaknya dan negara juga mesti menerima manfaatnya agar rakyat dan kerajaan mampu progress ke hadapan, membina negara dan membina kehidupan. Secara umum, kerajaan ini telah tertubuh hampir setahun. Sepanjang tempoh tersebut, saya merasakan kita sudah boleh dapat mengenal pasti, apakah perkara yang menjadi keperluan untuk kerajaan memberi perhatian dan kepedulian yang lebih.

Saya perhatikan terdapat dua perkara utama yang menjadi kebimbangan ramai iaitu ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Hari ini rakyat di luar sana sedang resah. Resah memikirkan tekanan perbelanjaan harian, resah akibat ketidakmampuan membeli barangan keperluan dan walaupun Belanjawan 2024 ada menyebut bahawa kadar inflasi dalam negara semakin memulih. Namun, kesan sebenar di peringkat masyarakat belum dapat dirasai dan keresahan tersebut masih berterusan. Pertama, kesukaran rakyat untuk mendapatkan beras dan keperluan asas. Ini adalah perkara yang paling utama kepada kehidupan rakyat. Ada saya terbaca sampai tiga hari terputus bekalan beras, ada pemborong yang menyorok beras, hendak beli beras tempatan sentiasa habis stok terpaksalah beli beras import yang harganya jauh lebih mahal dan makin meningkat. Belum lagi ambil kira tentang keluh kesah rakyat tentang kenaikan harga barangan keperluan asas yang lain terutamanya ayam dan telur. Saya ada baca keluhan pengguna tentang harga ayam yang mencecah harga siling. Ada RM9.40, ada RM10.50, ada sampai RM11 pun dan kenaikan harga ini bermula sebelum pengumuman untuk mengapungkan harga ayam dan telur. Jika sudah diapung nanti, entah berapa pula harganya. Bekalan makanan asas seperti beras, telur dan ayam ini adalah permasalahan mikro yang melanda rakyat. Ini terkait hal kedua iaitu persepsi tentang harga barang naik tetapi gaji masih di takuk lama. Saya sambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan penstrukturan semula gaji dan pemberian insentif tunai kepada penjawat awam. Namun, ia juga harus terlaksana bagi pekerja swasta serta peniaga kecil dan sederhana. Barulah kesan menyeluruh dapat diperlihatkan pada hemat saya. Belum selesai belenggu berkait ekonomi rakyat, ini membawa kepada perkara ketiga iaitu cabaran besar bagi ekonomi negara pula. Saya mengikuti rapat ucapan Belanjawan 2024 yang telah menyatakan bahawa pertumbuhan kadar dalam negara kasar menurun daripada 5.6 peratus pada suku pertama 2023 kepada 2.9 peratus pada suku kedua. Kerajaan dan agensi bertanggungjawab tidak boleh ambil mudah apatah lagi kedudukan mata wang negara berada di tahap yang mencemaskan. Nilai ringgit telah jatuh ke paras terendah sejak 25 tahun lalu.

Prestasi Bursa Malaysia. Bursa Malaysia juga masih belum memulih ke tahap pra 2018. Tuan Yang di-Pertua, kombinasi tiga faktor ini, pertumbuhan KDNK yang menurun, nilai ringgit yang merudum dan prestasi bursa yang lemah. Ini semua perlu dilihat secara serius dan menyeluruh. Jika tidak, ia akan terus menambah tekanan kepada prestasi ekonomi negara dan kepada rakyat. Keempat, di sebalik semua yang dinyatakan saya fikir kerajaan perlu mengakui dan segera memberi pencerahan kepada rakyat berkenaan perancangan menaikkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST kepada lapan peratus. Biarpun telah diumumkan bahawa ia tidak melibatkan makanan dan telekomunikasi, namun rakyat di luar sana masih bertanya-tanya bagaimana kenaikan ini akan memberi kesan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, demikianlah empat perkara utama yang menjadi kegusaran ramai pihak. Namun, kesemua hal yang dibangkitkan ini tidak mungkin dapat diselesaikan secara sendirian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya mendengar dan mengikuti pengumuman dan perancangan tetapi saya merasakan tidak ada sense of urgency dan fokus daripada menteri-menteri yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, beratus bilion berkaitan pelaburan langsung asing (foreign direct investment) telah diumumkan. Pelbagai MoU telah ditandatangani, pelbagai negara telah terlibat dan pelbagai sektor telah dikenal pasti. Namun apakah tindakan susulan yang telah dilakukan? Tindakan menteri-menteri tidak mencukupi jika hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau media sosial. Tindakan mesti diperlihatkan dan rakyat mesti merasai hasil tindakan tersebut. Dengan izin, action must not only be taken but must also be seen and felt to be taken. Saya secara peribadi pun merasakan sukar untuk mengenal pasti apakah key takeaway yang utama daripada belanjawan yang dibentangkan. Menteri- menteri pun kelihatan tidak minat dan mereka daripada kehadiran di dalam Dewan ini pun tidak memberikan jaminan seolah-olah tidak peduli untuk mendengar perbahasan bajet. [Tepuk] [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Mana ada, mana ada. Saya dengar. Menteri sebelah saya dengar.

You menteri apa?

[Dewan Riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Ketawa] Eh, Kerja Raya dekat sana apa.

[Dewan Riuh]

Hal ini membimbangkan kita sebagai Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Saya di sini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi hanya memberi pandangan supaya kerajaan mesti dilihat sebagai pihak yang mampu memberikan harapan dan sandaran kepada rakyat. Letakkan diri di tempat mereka, rasai kesusahan mereka, fikirkan kebimbangan mereka, bukan sekadar formula semata-mata. Insya-Allah, tindakan itu akan seiring dengan apa yang diperlukan dan diharapkan oleh rakyat. Saya menyambut baik Tuan Yang di-Pertua kebenaran yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk Ahli Dewan membahaskan isu Palestin dalam sesi perbahasan belanjawan. Semua sedar sudah hampir tiga minggu Israel membedil Palestin dan kemungkinan inilah krisis yang paling teruk. Tindakan ini jelas telah melampaui batas. Menurut Al-Jazeera, lebih 700 orang rakyat Palestin terbunuh dalam 24 jam. Lebih 12, 000 tan bom dijatuhkan. Wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pembunuhan. Kekejaman yang sedang berlaku ini adalah usaha pembersihan etnik. Ini terang-terangan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, dengan izin this is clearly a genocide. This is clearly crimes against humanity and Israel are blatant war criminals. [Tepuk] Namun, persoalannya sampai bila kita hanya sekadar mengecam dan mengutuk tindakan Israel? Krisis ini telah berlarutan semenjak 1948, sudah 77 tahun. Namun, sehingga sekarang saudara-saudara kita di Palestin terus dibunuh dan diusir dari rumah mereka. Lebih menyedihkan, kini, hari ini mereka dikenakan sekatan bekalan elektrik, minyak...

Minta laluan.

..Makanan, air serta ubat-ubatan.

Parit Buntar minta laluan.

Sila, sila.

Terima kasih YB Sembrong. Setujukah usaha Kementerian Pendidikan yang ingin membawa solidariti Palestin ke sekolah-sekolah diteruskan supaya pihak kerajaan boleh memberi gambaran yang sebenar tentang kezaliman Israel dan penganiayaan terhadap umat Islam Palestin yang hari-hari dibunuh, dibom, dan sebagainya. Sebab kalau pihak kerajaan tidak masuk ke sekolah untuk memberi gambaran, bimbang ada pelajar-pelajar yang mendapat maklumat yang salah kononnya Hamas yang bertindak ganas padahal yang bertindak ganas dari zaman-berzaman ialah rejim Israel. Terima kasih.

Yang Berhormat, sebenarnya apa yang kita nak didik anak-anak kita ialah nilai-nilai kemanusiaan. Kalau sekiranya apa yang dibawa ke sekolah berhubung kait dengan Palestin ini merupakan isu kemanusiaan, saya sendiri secara peribadi tidak ada masalah untuk membawa perkara- perkara sebegini yang dikaitkan dengan nilai-nilai sejagat termasuk mereka yang telah ditindas. Pertamanya, untuk mereka memahami ketidakadilan yang wujud di luar sana.

Kedua, untuk menyedarkan anak-anak kita betapa bersyukurlah kita berada dalam negara yang aman seperti Malaysia ini. Kalau itu pendekatannya, tidak berkisar kepada politik, saya sebagai mantan Menteri Pendidikan, setuju dengan cadangan Yang Berhormat tadi. [Tepuk] Saya berpandangan, dalam krisis seperti inilah hubungan Malaysia dengan negara luar yang sependapat menjadi penting. Sebelum ini kita selalu berbangga Malaysia antara pendukung utama perjuangan Palestin di peringkat antarabangsa. Hal ini tidak boleh terhenti dan suara Malaysia mesti terus kekal didengar. Saya gembira apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan delegasi membuat perjumpaan bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Arab Saudi, perjumpaan di Turki dan Mesir baru-baru ini. Ini merupakan satu usaha yang baik tapi kita juga harus memikirkan dan mengusahakan langkah seterusnya. Malaysia tidak boleh hanya sekadar memberikan rungutan kepada kerjasama antarabangsa yang disifatkan tidak berkesan. Malaysia harus ambil pendekatan berbeza meneroka inisiatif baharu di luar kotak untuk terus mendukung perjuangan Palestin di peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Malaysia melalui platform ASEAN boleh mengambil tindakan yang lebih berani dan proaktif. Malaysia adalah antara tiga negara utama Islam bersama Indonesia dan Brunei dalam kesatuan ASEAN, yang mempunyai kekuatan hubungan serumpun dan juga mewakili 250 juta umat Islam. Ini boleh dimanfaatkan sebaiknya dan jumlah yang besar itu merupakan reputasi yang besar dan signifikan.

Sikit Yang Berhormat Sembrong.

Masa terhad.

Sikit ja Sembrong. Kawan. [Ketawa] Yang Berhormat Sembrong adalah Ahli Parlimen yang cukup berpengalaman dan banyak berjasa kepada negara dalam pelbagai kementerian sebelum ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengingatkan kita mengenai risiko dan tindak balas daripada beberapa negara Barat berhubungan kelantangan Malaysia. Yang Berhormat Sembrong boleh berkongsi dengan kita, apakah risiko yang akan dihadapi oleh negara kita akibat daripada kelantangan kita.

Masalahnya saya tidak tahu apa risiko yang dimaksudkan, [Tepuk] kerana saya tengok ramai juga negara- negara Islam yang telah pun membuat pendirian yang agak tegas. Kalau itu merupakan sesuatu SOP bagi negara-negara Barat, negara-negara lain itu pun akan berdepan dengan risiko. [Tepuk] Kita berdiri di atas kebenaran dan kita berani kerana benar. [Tepuk] Kalau itu merupakan pendirian kita, tak perlu takut kepada sesiapa. [Tepuk] [Ketawa] Oleh yang demikian, saya percaya bahawa Malaysia perlu mengusahakan pendekatan baru di samping meneruskan usaha sedia ada. Malaysia harus bersama dengan semua negara yang sependapat, kemudian menyatakan dengan jelas apa tuntutan yang diperlukan. Tak lama lagi Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya kita mahu gencatan senjata segera agar krisis ini tidak berlarutan sehingga menjadi perang besar dan memberi kesan melangkaui Israel dan Palestin. Kedua, kita mahukan permanent humanitarian corridor. Koridor kemanusiaan kekal tanpa sebarang halangan harus diwujudkan. Kenapa? Kerana di Palestin ketika ini, sistem kesihatan telah runtuh. Rakyat terutamanya wanita dan kanak-kanak sedang nazak. Lebih 150 bayi di dalam inkubator hanya menunggu masa untuk meninggal dunia kerana tidak ada bekalan elektrik. Adakah ini tidak cukup untuk membuatkan kita bergerak? Sebagai bekas Menteri Luar dan Pertahan, saya tahu hubungan kita dengan negara-negara ini sangat baik. [Tepuk] Kita telah membuktikan sebelum ini, antaranya melalui kerjasama tiga hala bagi keselamatan di Lautan Sulu, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Malah dengan pimpinan di Timur Tengah, Arab Saudi dan UAE. Kita juga telah melakukan banyak usaha sama. Antaranya penubuhan Hospital Medan di Cox's Bazar demi pelarian Rohingya. Inilah cerminan bahawa Jalur Gemilang berupaya berkibar megah. Sejarah inilah bukti bahawa kita sentiasa berada di pihak yang benar. Ini adalah tentang kemanusiaan Tuan Yang di-Pertua. Kita mesti melakukan semua ini demi menyelamatkan rakyat Palestin. Esok, saya difahamkan 50 tan barangan keperluan dari Malaysia akan dihantar melalui Mesir. Ini baik tetapi apa lagi usaha diplomasi Kementerian Luar, bersama rakan- rakan sejawat untuk memastikan pembukaan pintu sempadan Rafah-Gaza secara penuh. Menurut Jawatankuasa Bulan Sabit Merah antarabangsa, hanya 20 trak dibenarkan minggu lepas. Hanya 17 trak beberapa hari yang lepas. Amat jelas, ini jauh tidak mencukupi. Kita sepatutnya boleh mula berbincang dengan negara-negara sempadan. Menteri Luar dengan rakan-rakan sejawat di Jordan, Lubnan dan Mesir untuk memastikan ada inisiatif kekal untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Adanya wakil kita di lapangan untuk dunia melihat. Adanya bukti yang Malaysia sedang mengetuai usaha demi rakyat Palestin dan dalam hal ini, semua pihak mesti memainkan peranan. Akhir sekali, mungkin ramai tidak sedar krisis ini berpotensi untuk merebak ke seluruh rantau dan dunia. Sedang kita berbahas ini, tentera dan kapal perang Amerika Syarikat telah bersedia di sana. Kapal-kapal China pun turut bersedia di rantau berkenaan. [Tepuk] Barisan perang baharu dibuka di utara dengan Hizbullah. Serangan telah dilakukan di Syria. Peluru berpandu dari pihak Kuti. IDF pula semakin agresif di Tebing Barat. Sekarang mula kedengaran berkenaan ancaman serangan darat ke atas Gaza. Ini disifatkan keterlaluan dan berlebihan. Sempadan bakal bertukar dan seluruh rantau bakal berperang. Pencerobohan darat ke atas Gaza hanya akan mencetuskan perang serantau. Kita tidak boleh ambil mudah hal ini kerana ia juga mampu memberi kesan yang buruk kepada rantau kita. Apa rasionalnya? Apabila orang ramai dipengaruhi naratif tidak adil dan berat sebelah dari pihak yang tidak bertanggungjawab, akan ada yang cuba mengambil kesempatan di dalam krisis ini. Jangan kita lupa, rantau kita juga terdedah kepada risiko ini. [Tepuk] Memang terdapat sel-sel pengganas di Selatan Filipina, Selatan Thai, Indonesia malah kita di Malaysia pun tidak terkecuali. Saya berada dalam bidang keselamatan sejak sedekad lalu sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri. Kelengkapan keselamatan serta risikan mesti diperketatkan dan perkembangan ini mesti dipantau secara rapi. Kita perlu a strong sense

of urgency and focus, dengan izin dengan segera untuk membuat persediaan dan di sinilah Menteri Dalam Negeri serta Menteri Pertahanan mesti bersedia. Satu-satunya kepentingan saya untuk menyuarakan semua ini ialah keselamatan rakyat. Keselamatan rakyat kita dan negara kita sendiri. Kebimbangan ini bukan hanya sekadar untuk menimbulkan ketakutan semata-mata tetapi untuk Malaysia lebih bersedia, untuk Malaysia lebih ke hadapan, untuk Malaysia lebih terpimpin dalam mendepani cabaran hari ini. Sekian, Sembrong mohon menyokong. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Sembrong. Dengan sedemikian, Mesyuarat ditangguhkan ke 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kapal belayar dari Labuan, singgah Sipitang hujungnya tanjung; Terima kasih kerana memberi laluan, budi Yang Berhormat Datuk tetap disanjung... [Tepuk] Sebagai mukadimah pembuka kata, Sipitang tampil menyertai rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sanjungan budi kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan yang mulia ini pada hari Jumaat lepas bersamaan 13 Oktober 2023. Seusai mendengar pembentangan tempoh hari dan kemudiannya meneliti inti sari belanjawan tersebut beberapa hari, Sipitang berkongsi citra semangat belanjawan tersebut yang bertema, “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat”. Kerangka yang dirangka begitu kemas dan teliti, diuntai rapi, ditenun cantik bagi memenuhi aspirasi dan denyut hati rakyat sebagai komitmen tinggi Kerajaan Perpaduan ke arah melonjakkan lagi agenda lestari pembangunan, demi keafiatan setiap rakyat dan kemakmuran setiap negeri. Sebelum saya fokus kepada soal belanjawan ini, sukacita saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini tentang keprihatinan kita terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin yang kini menghadapi ancaman dan serangan bertubi-tubi. Mewakili rakyat Sipitang, saya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza yang berhadapan dengan serangan Zionis Israel. Kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan itu dan berharap agar masyarakat antarabangsa bangkit bersama-sama sebagai mana pendirian tegas yang disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita beberapa hari lepas. Berbalik kepada soal belanjawan tahun 2024 ini yang berjumlah RM393.8 bilion ini, kita sangat mengalu-alukannya. Belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Kerajaan Madani ini bukan sahaja yang tertinggi tetapi sebenarnya lebih menyeluruh sifatnya. Saya

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

boleh katakan dari lubuk hati yang paling dalam bahawa ianya cukup holistik, objektif dan pragmatik biarpun baru di tahun kedua membentangkannya. Sipitang yakin lagi optimistik bahawa inti sari belanjawan ini sebagai tunjang teras hala tuju kerajaan kita, mampu membawa lonjakan perubahan, mensejahterakan kehidupan rakyat sejagat sebagai mana tema yang diangkat pada belanjawan ini. Untuk itu Sipitang merakamkan penghargaan-penghargaan tinggi setelus hati kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah mengaturkan belanjawan sebegitu rupa, yang menyaksikan penyatupaduan dasar- dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) selaras dengan kerangka ekonomi madani. Ini pastinya membantu negara kita meluncur laju ke depan dalam mendepani cabaran demi cabaran ekonomi di pentas dunia. Sehubungan itu, kita mengalu-alukan usaha kerajaan Persekutuan menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak. Selain itu, Sipitang menyambut baik pengumuman Kerajaan Perpaduan meningkatkan kadar Pemberian Khas Interim untuk Sabah dan Sarawak kepada RM300 juta berbanding RM16 juta bagi Sarawak dan RM125.6 juta bagi Sabah sebelum ini. Terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Persekutuan atas inisiatif ini memandangkan kali terakhir kajian semula pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah dibuat masing-masing-masing pada 1969 dan 2022. Peningkatan peruntukan tahun depan untuk Sabah itu tentunya juga sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan memenuhi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau ringkasnya MA63. Kita melihat inti pati Belanjawan Madani 2024 ini adalah juga seiringan dengan teras hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri kami, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Manis-manis buah durian, manis lagi buah rambutan; Terima kasih Kerajaan Perpaduan, peruntukan diberi tanda penghormatan. Di sebalik keindahan belanjawan ini, ada juga perkara yang kurang popular. Perbelanjaan pembangunan dinaikkan untuk Sabah dan Sarawak. Kita harus menghargai langkah ini. Namun, kadar peratusannya hanyalah 7.3 peratus untuk Sabah dan 6.4 peratus untuk Sarawak daripada keseluruhan RM90 bilion peruntukan pembangunan sedangkan kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak mengharapkan tumpuan yang lebih besar lagi. Kami ingin melihat lebih banyak sumber disalurkan untuk projek-projek pembangunan yang benar-benar dapat membantu sosioekonomi tempatan dan rakyat. Datuk Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Belanjawan 2024 merupakan yang kedua bagi Kerajaan Madani. Namun secara umumnya kita menyaksikan ia suatu belanjawan yang begitu komprehensif, yang mengambil kira kepentingan rakyat keseluruhannya. Dari Perlis hingga ke Sabah, dari Tambun sampai Sipitang. Biarpun baharu dua tahun mengambil alih pentadbiran Putrajaya, gagasan yang dihuraikan menerusi Belanjawan 2024 ini cukup jelas merakyat kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus dan teras keutamaan. Negeri Sabah akan terus memanfaatkan dasar fiskal lebih baik dan progresif yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 ini. Kita yakin dan percaya, ia akan membawa impak besar kepada Sabah dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negeri kami dan menarik pelaburan asing. Secara mikro, kita melihat dasar yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 ini sebagai amat inklusif dengan mengambil kira keadaan ekonomi serantau dan global. Sehubungan dengan itu, kepimpinan kami di negeri Sabah akan terus berusaha memperkasakan pertumbuhan bagi menggalakkan perdagangan dan pelaburan. Sehingga kini, perdagangan negeri Sabah telah mencatat rekod tertinggi dalam sejarah

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

iaitu melonjak RM118.1 bilion pada tahun 2022 berbanding hanya RM 87.2 bilion pada tahun sebelumnya. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun lalu, kerajaan telah berupaya- kerajaan negeri telah berupaya membawa masuk lebih RM33 bilion nilai pelaburan ke Sabah, di samping rekod tertinggi dalam kutipan hasil negeri yang mencecah sehingga RM7 bilion.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Dato' Yang di-Pertua, memperhalusi belanjawan yang disediakan untuk Sabah bagi tahun 2023. Suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai empat isu utama yang perlu diberikan perhatian segera dan seharusnya menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan. Isu bekalan air, elektrik, jalan raya dan telekomunikasi merupakan isu kritikal yang sudah membelenggu negeri kami sejak sekian lama. Pertanyaan kita ialah bilakah masalah air, elektrik, talian Internet, jalan raya ini dapat diselesaikan di Sabah? Sehubungan dengan itu, kita berharap dan merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan agar dapat kiranya menyelesaikan sepenuhnya isu-isu ini secara tuntas kerana ia begitu dekat dan melekat di hati rakyat di negeri kami. Kita faham dan sedar bahawa kos bagi menangani isu-isu ini agak tinggi namun ia tidak harus menjadi alasan untuk menidakkan hak kami sebagai terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau ringkasnya MA63. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan bilakah kerajaan pusat melaksanakan semua yang termaktub dalam MA63? Bukanlah menjadi rahsia lagi betapa Sabah semakin jauh ketinggalan dari segi infrastruktur asas berbanding rakan-rakan di Semenanjung sini. Di hadapan para Menteri Kabinet di Dewan yang mulia ini, kami mohon dengan sejujurnya tolonglah kami, bantu kami untuk menangani empat isu kritikal ini. Ia bukan sahaja keperluan asas bagi kehidupan rakyat penduduk Sabah tetapi juga merupakan kunci utama kerajaan menarik pelabur sama ada dari dalam mahupun di luar negara. Dato' Yang di-Pertua, Sipitang menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkunjung ke wilayah kami, Borneo Sabah dan Sarawak menerusi Kembara Kenali Borneo pada bulan September yang lepas. Sebagai daerah bersempadan dengan Sarawak, Sipitang merupakan lokasi persinggahan terakhir rombongan diraja ketika kembara di Negeri di Bawah Bayu sebelum memasuki Bumi Kenyalang di sempadan Sindumin, Lawas. Sesungguhnya Kembara Kenali Borneo itu banyak menyingkap kisah menarik. Paling penting berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah dan Sarawak yang ditelusuri oleh rombongan diraja bermula di Tawau hingga ke Telok Melano sejauh kira-kira 1,194 kilometer. Salah satu aspek yang terungkap dalam kembara tersebut ialah tentang kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo bagi jajaran di Sabah berbanding di Sarawak yang mana hal ini juga pernah saya bangkitkan ketika perbahasan ke atas Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas di Dewan yang mulia ini pada bulan Februari yang lepas. Sipitang merupakan pintu masuk laluan Lebuhraya Pan Borneo dari Sarawak. Kecewa rasanya untuk melihat bahawa projek ini terus tertinggal berbanding dengan rakan kita di Sarawak yang dijangka siap 100 peratus pada hujung tahun ini. Di Sabah masih bergelut dengan penyiapan Fasa 1 disebabkan masalah peruntukan kewangan. Sabah adalah negeri kedua termiskin kelewatan penyiapan Lebuhraya Pan Borneo ini telah menenggelamkan potensi ekonomi besar Negeri di Bawah Bayu ini. Sabah memerlukan peruntukan dan perhatian yang serius untuk memastikan projek ini berjalan lancar. Kami di Sabah berharap projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 melibatkan Tamparuli-Sandakan dan Fasa 3 melibatkan Kalabakan–Kimanis tidak berlaku kelewatan seperti Fasa 1.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Dato' Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Pusat di atas kelulusan satu daripada perkara yang pernah kita bangkitkan iaitu projek jalan raya dikenali sebagai Jalan Iburu dalam Parlimen Sipitang. Kelulusan projek ini sudah dikeluarkan dan insya-Allah pelaksanaannya dijangka dimulakan awal tahun depan. Dalam pada itu, Jalan Mendulong ke Long Pasia adalah isu yang telah berlarutan dan merupakan laluan utama keluar masuk bagi penduduk beberapa kampung seperti Maligan, Ulu Bole, Iburu, Long Miau dan Long Pasia. Keadaan jalan yang terabai bukan sahaja menyusahkan penduduk tempatan tetapi juga menghalang pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan ini. Sehubungan dengan itu, kita meminta Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kerja Raya menyatakan status projek Jalan Mendulong–Maligan dan terus ke Long Pasia, Kalimantan. Apakah status projek ini sekarang? Apakah sebab ia belum dilaksanakan dan bilakah jangkaan dimulakan pembinaannya? Saya juga ingin membangkitkan semula pembinaan dan pembaikan beberapa jalan di Parlimen Sipitang yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuk Jalan Kampung Luagan Sanginan, Kampung Batandok Lubak, Kampung Lupak, Kampung Tuhu Lupak, Kampung Gadong, Kampung Labi, Kampung Lelangut dan Kampung Suasa, Kampung [Tidak jelas] , Kampung Pintas dan Kampung Berumbai. Jalan ini letaknya di tebing Sungai Padas dan mengalami hakisan yang teruk dikhuatiri boleh mengancam keselamatan jalan raya dalam jangka masa panjang. Apakah tindakan kerajaan atau kementerian untuk mengatasi masalah ini? Kita juga ingin kepastian status cadangan menaik taraf Jalan Kampung Bangkalalak ke Kampung Mentulud sejauh 2.5 kilometer yang sudah bertahun-tahun lamanya diperjuangkan, di mana jalan ini penting sebagai pemangkin kepada ekonomi penduduk setempat dan bilakah ianya dilaksanakan? Kemudian, saya juga ingin memohon supaya Jalan Kampung Luagan Paya Gambut ke Kampung Labi sepanjang tujuh kilometer juga dinaik taraf. Saya juga ingin bangkitkan projek rancangan tebatan banjir Sindumin dengan cadangan pembinaan Alor Limpah paras aras tinggi dan kerja-kerja berkaitan Sungai Mengalong, Sindumin dan rancangan tebatan banjir dengan cadangan mendalamkan Sungai Lukutan Hilir. Dalam Belanjawan 2024 ini, peruntukan RM1.1 bilion untuk menyelesaikan masalah air di beberapa kawasan lain tetapi sayangnya Sipitang tidak tersenarai. Masalah gangguan bekalan air di Parlimen Sipitang yang merangkumi Daerah Sipitang dan sebahagian Daerah Beaufort juga memerlukan perhatian serius. Penduduk di sini terus menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada dua perkara lain yang telah berlarutan dan merupakan persoalan besar di kalangan penduduk di kawasan Parlimen Sipitang. Pertamanya, projek pembinaan loji air Meligan ini telah siap empat tahun lalu namun masih belum beroperasi sepenuhnya. Projek ini telah direka untuk menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk di Kampung Meligan serta beberapa kampung lain yang berhampiran seperti Kampung Iburu dan Kampung Ulu Bole. Ini seharusnya menjadi penyelesaian kepada masalah bekalan air penduduk. Namun, hingga kini mereka masih tergantung kepada air graviti yang kurang bersih dan berwarna merah. Ini adalah suatu ketidakadilan yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Kedua, projek solar hybrid yang telah dibina di Kampung Meligan dan Kampung Long Pasia pada tahun 2017. Meskipun projek ini telah wujud selama beberapa tahun yang masih belum berfungsi sepenuhnya. Penduduk di kawasan ini berharap agar projek ini dapat diteruskan dengan segera kerana ia adalah kunci akses elektrik yang setaraf dengan kawasan luar. Kita tidak boleh membiarkan mereka ini terpinggir dan terpaksa menghadapi kesukaran hidup akibat ketiadaan elektrik yang mencukupi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung. Sila gulung.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan akan memberikan kesan kepada masa depan Sabah dan Sarawak. Dalam Belanjawan 2024 yang besar berjumlah RM2.15 bilion diperuntukkan untuk projek rel dan kereta api namun ia tertumpu di Semenanjung Malaysia. Saat ini Republik Indonesia sedang giat membangunkan laluan kereta api sepanjang 2,478 kilometer bagi menghubungkan bandar-bandar di kawasan pelabuhan utama di sekitar wilayah Kalimantan, Nusantara sedang rancak membangun tetapi di sebelah kita masih belum bergerak. Bilakah akan dimulakan pembinaan pembangunan di kawasan sempadan sebelum sebelah kita? Kerajaan Madani sepatutnya melihat kepada potensi perhubungan jaringan kereta api Trans-Borneo ini yang menghubungkan kawasan growth centre, dengan izin Sabah dan Sarawak sebagai pelaburan jangka panjang yang akan memberi peluang ataupun pulangan besar kepada negara melalui integrasi ekonomi antara wilayah Sabah dan Sarawak, Brunei dan Kalimantan. Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan isu-isu yang saya bangkitkan dan juga rakan- rakan dari wilayah Sabah dan Sarawak sebelum ini di Dewan yang mulia ini adalah jelas bahawa Kerajaan Madani masih menghadapi cabaran dalam pengurusan pengagihan, perbelanjaan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak. Namun berbekalkan inti pati semangat Belanjawan 2024, Sipitang yakin Malaysia mampu meluncur laju terutama dalam misi pembangunannya. Jika perancangannya menepati sasaran, komitmen di tunai tanpa cuai dan usaha dilaksanakan tanpa mengungkit kisah masa lalu kerana landasannya telah dibina sekian tahun cuma kini memastikan kesinambungan yang konsisten. Kita yakin dan percaya belanjawan ini akan memakmurkan ekonomi rakyat di setiap pelosok negeri. Di Sungai Pahang ke Gua Niah hingga ke Lubang Buaya di Sipitang kerana kita memiliki segala-galanya. Akhirnya, Ambuyat dan kubal makanan tradisi, Sedap dimakan bersama Menteri, Sabah, Sarawak sentiasa di sisi, Selagi tuntutan terus diberi.

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Sabah, Sarawak suka Kerajaan Perpaduan, Jangan diabaikan segala tuntutan, Jadikan lah ia sebagai panduan, Semoga hasil dikongsi secara berpatutan. Sekian, Sipitang menyokong. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sepitang. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga nak bersama Sipitang untuk memberi satu pantun kepada Datuk Yang di-Pertua. Kini Langkawi terus membangun, selamat datang saudara saudari; Datuk Speaker tetap anggun, orangnya manis berseri-seri... [Tepuk] Tambah lima minit...

[Dewan riuh]

Datuk Yang di-Pertua, sebelum saya masuk kepada topik khusus iaitu pelancongan, saya ingin membaca terlebih dahulu rungutan yang telah dihantar kepada saya oleh rakyat. Masalah pertama ialah masalah Automated Enforcement Systems (AES) di mana kamera diletakkan di traffic lights dan orang ini meminta kepada saya supaya mereka nak saya timbulkan.

Dia kata kepada saya, dia telah menerima saman di mana dia di saman di traffic light dalam perjalanan Ipoh-Kuala Kangsar. Bila perarakan agama kaum India berjalan, polis minta kereta berjalan dan bila kereta berjalan, JPJ saman dan beliau bertanya. “Kalau dah polis suruh kita jalan untuk membantu perarakan tersebut, perlu kah saman ini dikenakan kepada pembawa-pembawa kereta?” Kalau nak detail, saya boleh bagi detail. Surat saman, gambar-gambar dan sebagainya. Yang kedua, sebuah syarikat telah meminta saya juga bertanya kepada Menteri khusus kepada Human Resources Development Corporation di mana sebanyak peruntukan telah diminta daripada syarikat untuk dimasukkan ke dalam Human Resources Development Corporation dan wang itu adalah untuk digunakan sebagai peruntukan untuk kita mengadakan kursus-kursus kepada kakitangan kita. Banyak syarikat yang telah pun 20, 30 tahun established dan mereka menyatakan mereka sudah ada in-house training untuk kakitangan mereka. Jadi, mereka bertanya, di manakah wang- wang yang telah di kumpul begitu lama oleh Human Resources Development Corporation untuk digunakan atau diberikan semula kepada syarikat-syarikat tersebut. Yang ketiga, saya juga turut nak memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun walaupun baru-baru ini nama saya keluar dalam video yang menyatakan saya salah seorang daripada mereka yang akan menyokong Perdana Menteri bersama dengan Larut, bersama dengan Gerik dan bersama dengan Lumut. Lumut telefon saya pada petang itu, “Datuk, betul ke Datuk?” Bunyi macam panik. Saya kata, “Biarlah, kalau kita nak sokong pun kita sokong. Saya senang je jawapan saya. Saya boleh sokong kalau saya diberi kebenaran atau lesen untuk membina kereta api daripada Kuah ke Alor Setar dan lulus Kulim Airport yang diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan meluluskan peruntukkan ini, yang dok tunggu ini. Peruntukan kepada kita semua, insya-Allah. Apa masalah nak menyokong PM?” Saya bersetuju dengan fiskal disiplin yang di introduced oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya bersetuju sangat-sangat kita mengadakan kuota pada bajet kita. Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada topik khusus saya iaitu pelancongan. Industri pelancongan negara amat memerlukan transformasi untuk menggalakkan persaingan dalam dunia yang semakin tidak menentu. Dengan meningkatkan pendapatan, kerjasama dan pelaburan, komuniti setempat yang bergantung harap dengan pelancongan perlu diperkasakan juga untuk memastikan kelestarian dan kemapanan industri. Produk-produk pelancongan negara masih berada di takuk lama kerana sering mengulang-ulang perkara yang sama. Ini boleh menyebabkan negara terus ketinggalan berbanding tarikan-tarikan di luar negara. Tidak hairanlah jika pelancong lebih mengenali negara Thailand, Singapura dan Indonesia walaupun kita berada di tengah-tengah semua negara di atas. Maka terdapat keperluan untuk industri pelancongan negara keluar dari zon selesa. Negara yang disebut di atas jauh meninggalkan Malaysia dalam konteks budaya perkhidmatan yang hebat. Rungutan sering kedengaran berhubung isu ini apabila pelancong tidak mendapat layanan dan perkhidmatan yang baik oleh kakitangan atau syarikat berkait dengan pelancongan. Ini membawa kepada pengalaman pengunjung yang tidak baik. Ia bukan sesuatu yang baik jika pengunjung ini menceritakan pengalaman yang tidak baik kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan mereka. Aspek pengurusan destinasi perlu dilihat dengan teliti supaya ia kekal segar dan tidak lesu. Dalam Dasar Pelancongan Kebangsaan 2020-2030 yang di bentang oleh Yang Berhormat Santubong pada satu ketika semasa beliau menjadi Menteri Pelancongan. Beberapa strategi telah digariskan. Enam teras strategi diumumkan iaitu: (i) transformasi tadbir urus; (ii) mewujudkan zon pelaburan bagi projek pelancongan inklusif; dan (iii) mempergiatkan digitalisasi pelancongan.

Ini bermakna kita dapat mengetahui pergerakan pelancong kita. Bila kita digitize, maka kita dapat mengikuti dari mana pelancong tersebut datang, sama ada dari Eropah singgah di Thailand, ke tempat kita dan berapa banyak wang yang mereka telah habiskan di tempat kita dan juga perjalanan mereka seterusnya. Dengan IT ini kita dapat juga mengetahui apakah jenis barang-barang yang disukai, yang dibeli oleh mereka-mereka ini. Datuk Pengerusi Tetap, sekiranya kita memperkaya pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan, usaha-usaha ini perlu diteruskan kerana kita tidak mahu bergerak dua langkah ke depan hanya untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang. Industri pelancongan pada 2019 contohnya menyumbangkan 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai RM240 bilion. Satu daripada empat kerajaan di Malaysia terkait dengan pelancongan dengan jumlah 23.6 percent daripada jumlah guna tenaga negara. Pada tahun 2019 juga, sebanyak RM86.1 bilion dibelanjakan oleh pelancong asing yang berjumlah 26.1 juta orang. Manakala pelancong domestik menyumbang RM103.2 bilion. Industri ini bagaimanapun berdepan cabaran terbesarnya pada tahun 2020, COVID-19, yang mana aktiviti ekonomi daripada penginapan, pengangkutan, riadah dan rekreasi terpaksa dihentikan dan kita rugi RM100 bilion. Dalam pembentangan Bajet 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyasarkan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion tetapi beliau selaku Menteri Kewangan juga telah menaikkan. Walaupun kita dengar pagi tadi daripada Timbalan Menteri Kewangan bahawa decision untuk menambah cukai SST daripada enam kepada lapan hanya dibuat lebih kurang tiga empat jam sebelum belanjawan ini dibentangkan. Ini bermakna semua pelawat dan pelancong terpaksa membayar cukai yang lebih ketika mana sektor pelancongan sedang bangkit daripada kemelesetan akibat COVID-19 yang saya sebutkan tadi. Tidakkah Yang Amat Berhormat Tambun atau penasihatnya tahu bahawa satu-satu tempahan dibuat secara advance dan ada pemain industri telah pun menerima tempahan berbulan-bulan dahulu. Kenaikan cukai bermakna perniagaan terpaksa menyerap kos kerana harga produk atau perkhidmatan mereka telah pun dipersetujui sebelumnya. Pelancong domestik pula dijangka akan cenderung untuk ke luar negara berbanding dengan melancong dalam negara. Kalau sekarang ini Datuk Yang di-Pertua, kalau kita pi di Kuala Perlis, ramai yang divert perjalanan mereka ke Thailand.

Tanpa kenaikan ini pun, sesetengah hotel telah mencapai harga yang sukar didapati oleh rakyat Malaysia. Ini bermakna sesetengah tempat hanya pengunjung luar dengan mata wang yang lebih ampuh dapat mengunjunginya. Subsidi diesel telah ditarik untuk kenderaan persendirian dalam bajet ini. Ia bermakna pengusaha-pengusaha bot pelancong juga terpaksa menaikkan kadar tiket mereka. Di Langkawi, bot-bot ini adalah antara nadi yang menghidupkan sektor pelancongan di sana dengan aktiviti seperti round island, eagle watching dan sebagainya. Penarikan subsidi ini ditambah dengan kenaikan kadar cukai akan membebankan lagi penduduk Langkawi yang sudah pun berhadapan dengan masalah kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding di tanah besar. Saya cadangkan agar kerajaan meneliti perkara ini atau menarik kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan pelancongan tidak dikenakan SST ini. Bercakap soal Langkawi, malangnya bajet ini tidak menyantuni pulau legenda ini sebagai hab pelancongan negara. Saya masuk dalam peranti bajet tidak ada satu pun dalam bajet tersebut yang memberi peruntukan kepada Langkawi. Janganlah kita politikkan demi pelancongan negara dan pelancongan ini juga adalah satu income besar kepada negara kita.

Tiada peruntukan khas kepada Langkawi walaupun ada peruntukan khas sebanyak RM20 juta kepada tempat-tempat lain seperti di Timah Tasoh Perlis, Kenong Rimba Park Pahang dan Telung Kemang, Negeri Sembilan. Kerajaan juga menyediakan RM47 juta untuk menaik taraf lapangan terbang di Pulau Tioman. Saya bukan tidak bersetuju, tetapi saya hanya hendak mempersoalkan mengikut statistik. Kalau mengikut statistik 2015 hingga 2022, pengunjung ke Pulau Tioman 2015 hanya sebanyak 270,000 orang, 2016; 276,000, 2017 dan seterusnya angkanya hanya below 300,000. Tetapi kalau kita tengok pula di Langkawi, ketibaan pelawat dari 2018 sebanyak 3.6 juta, 2019; 3.9 juta, 2020 COVID time 1.8 juta, 2021; 1.0 juta, 2022; 2.6 juta. Kalau kita lihat juga pelancong-pelancong di Pahang khususnya pelancong domestik sahaja mengikut tahun 2022 adalah 9.7 juta, ASEAN 282,000, antarabangsa 185,000. Saya mengucapkan tahniah kepada Tourism Pahang kerana they are very detailed, dengan izin. Kalau kita tengok kupasan berhubung dengan data kedatangan pelancong, saya rasa di Langkawi tidak ada ini. LADA tidak bagi sampai begini detil. Di dunia ini...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi minta laluan sikit.

Di dunia ini sebanyak 5,886 datang dari China, Genting Highlands yang paling tinggi.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi...

Singapore 978 pergi ziarah Genting Highlands.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi minta laluan sedikit.

India 396, Pakistan 251. Negara seperti Kuwait tidak ada, Lebanon tidak ada, Libya tidak ada, INSANIA tidak ada, Luxembourg tidak, Maldives tidak ada.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi...

Jadi very detailed. Saya ucapkan tahniah kepada mereka dan saya akan bawa perkara ini...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi minta laluan sedikit. Langkawi, Kampar minta laluan sedikit. Langkawi?

Kepada tourism.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Langkawi...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi, minta laluan sikit. Langkawi. Kampar minta laluan.

Kerajaan juga menyediakan 47 juta seperti mana yang saya katakan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kampar minta laluan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi...

Statistik yang saya bacakan tadi menunjukkan bahawa Langkawi jauh lebih banyak pelancong yang ada...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Timbalan Speaker, Point of Order 36(12).

Jadi sekiranya tidak ada...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Point of Order, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, adalah disifatkan sebagai menghina majlis dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.” Tadi Langkawi bangkit tentang tidak ada peruntukan spesifik untuk Langkawi, tetapi dalam bajet sini muka surat 156 bawah Butiran Projek 00114 ada projek pembangunan Langkawi tahun ini anggaran tahun 2024 – RM7.675 juta. Jadi saya minta Langkawi untuk tarik balik kenyataan yang tidak betul ini. Minta ruling Timbalan Speaker.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya tua sedikit kot tidak nampak. Jadi mungkin ada benda yang betul, sekiranya betul kita ambil angka itu. Tidak payah bergaduh-bergaduh, tetapi pokoknya kita kena tumpu kepada tempat pelancongan premium seperti mana di Pulau Langkawi ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Langkawi, sila gulung.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat, sila gulung.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang saya hendak perkatakan di sini dan cuma saya hendak bertanya status bebas cukai. Kami hendak minta supaya Langkawi ini dimasukkan semula seperti awal semasa bebas cukai diberikan kepada Langkawi kalau tidak salah saya pada tahun 1997, kalau tidak salah saya dan saya minta supaya perkara ini dimasukkan semula. Baru-baru ini katanya 35 peratus daripada cukai kenderaan mewah telah ditarik balik. Saya tinggal di Kuah dan sebelah rumah saya itu ada satu bangunan lusuh, buruk dan usang. Satu hari saya keluar pagi, rupanya dalam bangunan usang itu penuh dengan Ferrari, McLaren dan sebagainya. Jadi saya hendak bertanya kerajaan daripada dahulu kita dapat bebas cukai, berapa banyak kereta-kereta mewah ini yang dibeli di Langkawi? Berapa banyak cukai yang kerajaan dapat manfaat daripada kereta-kereta mewah ini. Kerana bila ditarik balik cukai tersebut, yang terganggu, yang terasa, yang sakit adalah penduduk-penduduk Langkawi sendiri. Saya yakin dan percaya, penduduk Langkawi tidak dapat hendak beli Ferrari-Ferrari ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kepada kementerian supaya melihat balik perkara ini. Kemudian facilities seperti ATM. Pulau Tuba itu hendak kena naik kapal kecil 20 minit baharu sampai di Kuah hanya hendak keluar RM50 daripada ATM machine. Inilah yang rakyat di sana tercungap-cungap orang kata masalah. Dahlah itu hendak berjalan dari laut sampah di laut itu cukup banyak. Saya hendak bertanya, di bawah kementerian mana sampah-sampah laut ini perlu dikutip? Kalau di darat itu kita faham, Idaman dan sebagainya. Perkara yang seterusnya Yang Berhormat Dato’...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Langkawi, masa sudah tamat.

Satu perkara besar lagi yang saya hendak bawa masuk sedikit ialah berhubung dengan Zoo Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan, ringkaskan.

Zoo Negara kita ini berada di tengah-tengah bandar. Kita minta supaya kerajaan dapat memikirkan swap dengan tanah lain, diperbesarkan zoo, mungkin ada naik safari dan sebagainya kerana kita mempunyai binatang-binatang eksotik di Asia ini. Mungkin boleh dijadikan satu tempat yang dapat kita membuat kajian ataupun memberanakkan lebih banyak binatang-binatang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat, saya telah pun mengikuti program...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Langkawi, masa sudah tamat.

Dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat. Sudah lebih daripada dua minit.

Okey, saya hendak bawa isu last. Di mana saya melihat IFF- International Fashion Festival yang di chairman atau dipengerusikan oleh Dato’ Raja Rezza Shah dan saya melihat saya pernah mengikuti di Kuala Lumpur, di Jakarta, di Dubai dia mendapat hebat daripada penduduk-penduduk di tempat ini khususnya orang-orang kaya.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ kalau dapat sekiranya Kementerian Pelancongan dapat mengambil IFF ini menjadi memberi insentif yang besar kepada mereka, mungkin ini salah satu tarikan pelancong yang patut kita highlight-kan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Masa sudah tamat.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih.

Saya hendak mengambil ucapan tahniah kepada Tan Sri Datuk Seri Mohd Effendi bin Norwawi daripada Sarawak dan Puan Sri kerana telah pun membuka Forest Dream baru-baru di Langkawi dan mendapat ramai sambutan. Saya minta kalau boleh tiap-tiap Ahli Parlimen boleh pergi melihat Forest bagaimana idea kreatif Puan Sri Jacqueline Micheal, bukan Jacqueline Micheal.

Tiara, sorry. Terima kasih, Puan Sri Tiara yang telah develop Night Forest ini.

Kepada Tan Sri Rahim yang membuka Underwater World di mana kita-kita yang tak pernah tengok penguin ini datanglah ke Underwater World Langkawi untuk melihat penguin.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Langkawi.

Dia kacau lagi. Kena tambah dua minit.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sekarang kita pergi ke pantai Langkawi ya boleh pakai seluar pendek kah?

Okey, saya nak jemput khusus...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

...Kepada tidak ingat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh datang tidak mahu pakai apa pun tak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukup, cukup. Masa sudah tamat.

Dah yang duk tanya pakai seluar pendek pasal apa?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi, tidak pakai apa-apa itu langgar undang-undanglah. Langkawi, tarik balik.

Langgar peraturan kah?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Tidak pakai apa-apa pergi Langkawi itu langgar undang-undang mana boleh. Tidak pakai apa-apa bogel.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya rasa sudah cukuplah.

Saya terlupa hendak sebut...

Soalan itu tidak betul.

Saya terlupa hendak sebut, saya nak bayangkan bagaimana Seputeh datang tidak pakai apa-apa di Langkawi. Itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukup, cukup.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini lucahlah. Fikiran kurang bersih. Adoi.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Langkawi, tarik baliklah. Jangan buat sangkaan- sangkaan jahat. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Jangan bazir masa. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Dewan sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruangan dan kesempatan yang telah diberikan untuk Gombak menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun hampir dua minggu yang lalu. Gombak ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan Tahun 2024 bukan sahaja sebagai belanjawan dengan peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia tetapi saya yakin belanjawan ini mampu untuk membentangkan hala tuju baru dan juga memulihkan ekonomi setelah berdepan dengan pandemik COVID-19. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, antara perkara yang sebegitu positif dapat dilihat ialah keyakinan kerajaan dalam memastikan hasil terus dapat ditingkatkan. Sebagai contoh pada tahun 2023, sebanyak RM303.2 bilion telah dihasilkan oleh kerajaan ataupun terimaan yang diterima oleh kerajaan pada tahun 2023 dan pada tahun hadapan insya-Allah berdasarkan daripada pekeliling baru yang kita dapati peningkatan lebih 4.9 bilion kepada RM308.1 bilion yang saya percaya kalau dapat diagihkan dengan baik dan saksama dapat memajukan dan juga memastikan kelestarian ekonomi dan juga kehidupan rakyat dapat dipertahankan. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, jika kita lihat daripada hasil yang telah dibentangkan dalam buku belanjawan ini, RM39.7 bilion adalah datangnya daripada cukai pendapatan rakyat ataupun bersamaan dengan 13.1 peratus. Manakala cukai korporat daripada swasta pula keseluruhannya berjumlah RM98.4 bilion yang bersamaan dengan 32.5 peratus daripada keseluruhan pendapatan negara dan ini bermakna 2.5 kali ganda berbanding daripada cukai yang dibayar oleh rakyat melalui cukai individu. 32.5 peratus penerimaan cukai korporat daripada syarikat manakala hanya 13.1 peratus daripada cukai individu. Jika kita bandingkan hal ini dengan negeri-negeri maju di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, trend ini wajar kita bimbangi kerana di Jepun pungutan cukai korporat berjumlah 18.7 peratus manakala penerimaan daripada cukai individu adalah dalam sekitar 11.7 peratus. Di Korea Selatan pula nisbahnya hampir sama cukai korporat menyumbang 18.8 peratus manakala 12.1 peratus datangnya daripada cukai-cukai individu. Kalau kita teliti 38 negara OCED yang sebahagian besarnya adalah negara-negara maju dan beberapa negara yang hampir mencapai taraf negara maju, daripada 38 buah negara tersebut, hanya tiga negara mempunyai pungutan cukai individu yang lebih rendah berbanding dengan cukai korporat iaitu Chile dengan 24.3 peratus individu berbanding 10.2 peratus korporat, Columbia 23 peratus cukai individu dan 7.7 peratus adalah cukai korporat, Costa Rica 8.4 peratus cukai individu berbanding 6.8 peratus cukai korporat.

Persoalannya di sini, harus kita nyatakan, adakah ini merupakan trend yang sihat ataupun sebenarnya rakyat tidak ingin membayar cukai ataupun tidak mampu untuk membayar cukai. Justeru, upahan dan penggajian merupakan perkara yang sangat penting untuk kita lihat dan kita dambakan terhadap rakyat dan juga pekerja-pekerja yang ada dalam negara kita. Jabatan Perangkaan Negara ataupun Department of Statistics Malaysia telah mengeluarkan laporan yang memberikan gambaran iaitu dengan izin, Household Income Survey Report 2022. Dalam laporan itu ketara sekali menunjukkan tahap kesenjangan ataupun tahap jurang di antara pendapatan isi rumah dalam negara kita, 72.6 peratus keluarga mempunyai pendapatan RM10,000 dan ke bawah. Manakala golongan yang berpendapatan RM16,000 ke bawah isi rumah hanyalah sekitar 11.5 peratus. Ini bermakna 89.5 peratus isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan lebih rendah daripada RM16,000. Dalam pada masa yang sama, 40 peratus daripada 89 peratus itu mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000. Ini dengan terang menunjukkan bahawa masalah utama, punca utama yang membawa kepada keresahan di kalangan rakyat dan juga persepsi terhadap ekonomi negara seolah-olah menyisihkan mereka dan tidak memberi peluang yang bermaruah untuk mereka meningkatkan kualiti dan taraf hidup secara besar. Walaupun dari segi perangkaan pengangguran kita mencapai apa yang disebut sebagai full employment dengan kadar pengangguran 3.0 peratus namun kita masih lagi belum dapat mengatasi isu kualiti pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi ataupun gaji yang lebih berpatutan, yang menyebabkan sebahagian besar isi rumah menerima gaji di bawah paras RM5,000. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, dalam tempoh beberapa hari yang lampau atau yang lepas, saya di Kerajaan Negeri Selangor telah menerima beberapa pandangan dan juga sesi bersama dengan Menteri MITI dan di antara perkara yang dibangkitkan oleh beliau ialah berkenaan dengan kadar produktiviti di kalangan pekerja-pekerja. Kadar produktiviti di dalam negara kita sebenarnya menurun dengan agak ketara kalau dibandingkan dengan negara-negara serantau seperti Singapura, Filipina dan Vietnam. Ini tiga negara yang telah mengatasi kita daripada segi kadar produktiviti dan kadar produktiviti ini sangat berkait rapat pula dengan upahan dan penggajian. Walaupun kita telah mencipta peluang pekerjaan yang tinggi dan banyak peluang pekerjaan, namun sebahagian peluang-peluang pekerjaan itu tidak menepati dan tidak mampu untuk memberikan pengupahan dan penggajian yang tinggi. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Perpaduan telah membentangkan beberapa pelan. Di antara pelan yang penting yang harus dilihat dan disokong dengan penuh oleh seluruh Ahli Dewan dan rakyat ialah dengan New Industrial Master Plan yang telah dibentangkan sebelum belanjawan ini dibentangkan. Dalam pelan ini telah memberikan satu harapan supaya dalam tempoh sehingga 2030, kadar pendapatan medium di kalangan rakyat akan meningkat kepada lebih RM4,200 berbanding RM2,100 pada hari ini dan ini akan disokong jika keseluruhan sistem dan eko sistem penghasilan sumber tenaga kita bergantung dan juga terurus daripada sektor-sektor yang telah digariskan. Saya ingin menyentuh tentang apa yang telah dicapai atau apa yang telah dicadangkan dalam belanjawan ini iaitu usaha untuk teknikal dan vokasional yang berjumlah RM6.8 bilion dan saya juga berharap agar RM6.8 bilion ini disalurkan kepada institusi-institusi teknikal dan vokasional yang disasarkan berdasarkan daripada apa yang telah digariskan di dalam NIMP ini. Kebanyakan daripada 21 bidang-bidang yang telah ditawarkan termasuk food and beverages, termasuk machine dan equipment, dengan izin, termasuk farmaseutikal dan juga bidang-bidang dalam licenses, automation dan juga aviation ataupun aerospace. Ini antara lima, enam bidang yang sebenarnya terdapat di dalam garis dan juga bidang-bidang dan sub-sectors yang terkandung di dalam NIMP dan sebahagian daripada bidang-bidang itu juga merupakan di antara bidang-bidang yang melatari sektor

pembuatan di dalam negeri Selangor mahupun negeri Pulau Pinang dan juga di negeri Johor.

Justeru, pengurusan serta koordinasi di kalangan Jawatankuasa Teknikal dan Vokasional bersama dengan garis panduan dan juga sektor-sektor yang digariskan ini sangat perlu. Kalau tidak, ia tidak akan bertemu ataupun yang dikatakan sebagai mismatch dan mismatch inilah yang akhirnya akan melahirkan pekerja yang tidak menepati skil daripada apa yang dilatih dan di-trained kepada mereka dengan bidang- bidang pekerjaan yang dikembangkan di dalam sektor-sektor, khususnya menjelang tahun 2030 nanti. Justeru pelarasan-pelarasan seperti ini wajar diwujudkan di pelbagai peringkat bukan hanya berlaku di peringkat nasional tetapi juga wajar dilaksanakan pengawasan dan juga dilaksanakan sampai di peringkat negeri, supaya negeri-negeri dapat mengenal pasti apakah niche ataupun apakah bidang-bidang keutamaan supaya pengajian yang dianggarkan pada tahun 2030 itu dapat dicapai. Bukan sahaja kita dapat mencipta peluang pekerjaan baru, memperkasakan bidang-bidang farmaseutikal ataupun aeroangkasa dan sebagainya tetapi juga mampu untuk match-kan dia atau digabungkan dengan bidang pekerjaan. Silakan.

Mohon laluan Gombak. Ya. Gombak, saya hendak tanya memandangkan kerajaan telah meletakkan farmaseutikal sebagai bidang utama, antara bidang utama kita. Bagaimana dengan perancangan kerajaan untuk melihat ke depan selepas kita berdepan dengan masalah Pharmaniaga baru-baru ini. Apakah kerajaan akan mewujudkan satu lagi badan yang baru? Bagaimana pandangan Gombak dan juga bagaimana dengan pandangan tentang aerospace? Saya faham di Selangor kita ada banyak blueprint yang bagus-bagus tentang aerospace tetapi ke manakah kita melahirkan blue-chip aerospace company dengan izin, yang bertapak di Selangor yang kita boleh jadikan pemangkin kepada industri aeroangkasa kita. Terima kasih.

Terima kasih Machang atas pandangan yang telah diberikan. Salah satu daripada kaedah untuk memajukan subsektor-subsektor tersebut bolehlah dilaksanakan sebagai mana kaedah yang dibangunkan di Korea Selatan dengan melahirkan anak-anak syarikat ataupun syarikat- syarikat yang dibiayai oleh kerajaan di peringkat awal. Namun, pelaksanaan syarikat-syarikat tersebut sewajarnya diberikan satu tempoh tertentu untuk bergerak bebas kerana kalau ia berterusan diberikan priority list dengan izin ataupun diberikan monopoli dan ia tidak akan mengembangkan sektor-sektor tersebut, selain daripada melihat daripada bidang SME dan sebagainya. Saya percaya apa yang dicadangkan mungkin sebahagian daripada strategi yang boleh diterokai, terutamanya dalam bidang farmaseutikal dan apa yang berlaku kepada Pharmaniaga, sebahagiannya adalah kerana tempahan dan pelan perniagaan yang silap. Namun, ia masih boleh diperkasakan dan boleh dibangkitkan kembali kerana bidang ini masih lagi satu bidang yang sangat terbuka dan mampu untuk menghasilkan peluang-peluang pekerjaan berkualiti berdasarkan daripada tawaran kos-kos yang telah ditawarkan di universiti-universiti. Namun begitu, SME merupakan satu tapak yang saya percaya wajar dibugarkan dengan segera supaya bidang-bidang yang disebutkan dalam 21 bidang itu dapat dikembangkan dengan baik.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih Gombak. Saya cukup menghargai atas keyakinan Gombak di atas belanjawan yang disediakan ini. Cuma, saya ingin bertanya sedikit pandangan Gombak, bagaimanakah keadaannya daripada hari pertama belanjawan dibentangkan oleh PMX, kita lihat nilai Ringgit kita terus

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

menyusut hari demi hari sehingga mencapai kadar yang terendah sejak 25 tahun. Terima kasih.

Terima kasih. Macam Menteri Kewangan tanyanya. Saya bukan Menteri Kewangan, hendak jawab. Namun begitu saya ada pandangan. Kebetulan dalam sesi dengan Yang Berhormat Menteri MITI sebentar tadi, kita turut ditanyakan tentang soalan tersebut. Beliau telah mengeluarkan pandangan beliau mungkin secara peribadi dan juga sebagai ahli pandangan Kabinet yang saya hendak kembalikan ataupun hendak lontarkan kembali ke Dewan. Di saat Ringgit kelihatan melemah dan mengalami penurunan yang agak ketara berbanding beberapa bulan yang lepas, dalam pada masa yang sama, kadar pertumbuhan negara terus mencatatkan pertumbuhan yang agak positif. Dengan erti yang sama, maknanya penurunan Ringgit tidak mengurangkan fundamental ataupun tidak mengganggu kepada asas-asas pertumbuhan yang ada dalam negara kita. Antara perkara penting yang memberikan kesan langsung kepada nilai Ringgit adalah yang dipanggil sebagai kadar interest ataupun OPR. Apabila OPR di Amerika Syarikat telah mencecah lebih lima peratus, kita bertahan kepada tiga peratus. Maknanya orang akan meletakkan pelaburannya kepada negara-negara yang memberikan sumbangannya ataupun memberikan limpahan interest yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah diberikan ringgit. Namun di pihak Bank Negara ataupun di pihak kerajaan, mereka juga memikirkan kalau OPR dinaikkan, di saat kita mampu untuk mengukuhkan Ringgit, ia juga akan, telah atau akan meningkatkan harga barangan yang sedia meningkat pada hari ini yang selalu dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada Perikatan Nasional. Jadi, tanggungjawab sosial dan keseimbangan ini perlu dikuatkan juga oleh pihak kerajaan supaya kita dapat mengawal harga barangan, dalam masa yang sama walaupun kita kehilangan beberapa pelaburan dan juga nilai Ringgit yang dianggap semakin melemah dan pihak kerajaan mungkin ada strategi-strategi tertentu. Biarlah Menteri Kewangan jawab selepas ini. Itu pandangan saya Yang Berhormat, sekian. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, di antara perkara yang diberikan penekanan oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah dalam bidang tenaga iaitu usaha-usaha Pelan Induk Peralihan Tenaga yang dibentangkan oleh sahabat saya dengan menitikberatkan beberapa perkara seperti kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, tenaga bio, mobiliti hijau, penangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan karbon atau dipanggil sebagai carbon capture, utilization and storage (CCUS). Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya ingin menyorot tentang apa yang telah dicatatkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Pada tahun 2019, penggunaan tenaga pada kadar ktoe atau kilotonne of oil equivalent adalah seperti berikut. Pengangkutan sebanyak 23,000, perindustrian sebanyak 19,000, bukan tenaga kepada 13,000. Manakala sumber-sumbernya adalah berdasarkan daripada produk petroleum 30,800, gas asli 18,000, elektrik 13,000 dan arang batu 1,800. Di saat kita menawarkan satu solusi-solusi hijau, antaranya kenderaan elektrik sebagai contoh, EV sebagai contoh. Kita dapat lihat ada beberapa dilema yang harus ditangani bersama-sama. Antara perkara yang kita hendak tangani adalah tentang sumber tenaga elektrik. Apa yang saya sebutkan pada tahun 2019 tadi tidak mengambil kira lagi bagaimana kemasukan MRT3, ECRL yang menggunakan tenaga-tenaga elektrik. Justeru saya percaya Suruhanjaya Tenaga dan pihak kementerian perlu menyalurkan kepada negeri-negeri keperluan-keperluan tenaga bagi setiap negeri dan kawasan dan lokaliti untuk diberikan projection supaya kerajaan negeri juga tahu supaya kita dapat menyusun kadar pembangunan dan juga urbanisasi dan perindustrian di kawasan dan lokaliti-lokaliti tertentu. Pelabuhan Klang antaranya. Kita telah mengambil tenaga daripada Jimah di Negeri Sembilan. Kita turut menarik tenaga daripada kawasan negeri Perak. Namun

dalam pada yang sama, kita masih lagi berdepan dengan kekurangan-kekurangan tersebut. Daripada apa yang kita catatkan di sini daripada Suruhanjaya Tenaga, tenaga- tenaga yang diambil sebagai tenaga hijau sebagai contoh, biomass dan juga solar. Kedua-dua sumber ini hanya menyumbang empat peratus daripada keseluruhan sumber tersebut. Bila kita cakap electric vehicle (EV), kita perlu sediakan tempat-tempat pengecasan. Orang tidak boleh tunggu cas lima enam jam, dia hendak yang supercharge dan supercharge ini akhirnya memerlukan substations yang dilahirkan ataupun yang perlu dibuat oleh Tenaga Nasional. Adakah kita bersedia dengan substations ini? Adakah kita bersedia dengan jumlah tenaga yang mencukupi untuk semua ini. Justeru, saya mencadangkan untuk kita menilai bagaimana kaedah di negara-negara lain dengan monopoli tenaga tidak diberikan kepada satu-satu pihak sahaja? Mungkin pandangan ini kurang popular pada setengah pihak tetapi di negara- negara lain kita membenarkan pasaran tenaga ini dibuka dengan kawalan. Kalau tidak hanya satu mungkin tidak tiga tidak 20 mungkin lima, enam, yang mana peluang-peluang pemain-pemain tenaga ini dalam pada masa yang sama dapat memberikan tenaga yang cukup dan ia harus berdasarkan daripada maklumat yang mencukupi kepada kita bersama-sama, supaya kita tidak berada terperangkap di tengah-tengah. Di saat kegilaan kita dan juga keterujaan kita terhadap electric vehicle, adakah the whole ecosystem, pokok asalnya adakah tenaga yang ada pada hari ini dan juga masa depan cukup dan sedang cukup dihasilkan. Kita tahu ada keterujaan terhadap solar tetapi ada isu-isu tertentu tentang kestabilan tenaga yang disalurkan oleh solar. Kita tahu ada Pulau Indah Power Plant yang dibina sebagai contoh di negeri Selangor tetapi masih lagi menggunakan fuel ataupun masih lagi menggunakan sumber gas sebagai contoh daripada bahan fosil. Di saat kita sebut sebagai hijau adakah...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Gombak, sila gulung.

Okey, last, last. Last words dua perkataan. Bukan dua perkataan, dua baris ayat ya. Adakah kita mampu untuk membuat penilaian di saat kita nak guna electric car. Adakah tenaga elektrik itu masih lagi menggunakan sumber fosil yang akhirnya juga akan menyebabkan penyebaran karbon ataupun pemikiran hijau kita itu tidak menyeluruh? Terima kasih. Saya menyokong belanjawan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih. Kuala Pilah ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menerusi pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM766 juta untuk tujuan perolehan peralatan perubatan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menggantikan peralatan yang mencecah beyond economic repair dengan izin. Bermakna kos untuk memperbaiki adalah jauh lebih mahal daripada menggantikannya, di samping memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu. Kita melihat saban tahun kos perolehan peralatan perubatan ini menelan belanja yang amat tinggi memandangkan kebanyakan peralatan ini diimport dari luar negara. Jadi persoalannya, adakah kerajaan bercadang untuk meneroka kaedah lain untuk

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

memperoleh peralatan-peralatan bukan sahaja peralatan perubatan, tetapi juga peralatan pejabat di semua fasiliti Kementerian Kesihatan. Kuala Pilah mencadangkan agar kerajaan melihat adakah sebarang kemungkinan untuk kerajaan mencuba kaedah leasing dengan izin, ataupun pajakan untuk perolehan peralatan perubatan dan peralatan pejabat ini yang saya kira lebih menjimatkan dan praktikal kerana ia kita hanya perlu membayar kos pajakan sahaja. Segala kerja pembaikan akibat kerosakan, penyelenggaraan, mahupun penggantian akan dibuat oleh pemilik pajakan. Kuala Pilah percaya kaedah ini mampu membantu mengurangkan perbelanjaan kesihatan, sekali gus mengurangkan pengeluaran tunai kerajaan secara drastik. Oleh itu, lebihan peruntukan yang ada melalui penjimatan ini dapat diberikan keutamaan kepada perkara lebih penting dan mendesak seperti membaik pulih dan menaik taraf klinik-klinik daif di luar bandar, terutama negeri Sabah dan Sarawak. Kuala Pilah, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, memohon agar Kementerian Kesihatan memberikan keutamaan peruntukan bagi pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah di lokasi yang baru memandangkan lokasi yang sedia ada sudah tidak sesuai, di mana staf terpaksa ditempatkan berasingan dan berjauhan daripada pejabat utama. Kita telah melihat dan telah mendengar dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari bahawa di antara pendekatan yang akan diambil bagi projek-projek yang lewat ialah mungkin akan membatalkan projek-projek tersebut. Sudah tentulah adanya lebihan- lebihan peruntukan bagi maksud itu dan ditambah pula dengan peruntukan yang paling besar antara yang terbesar diperoleh oleh Kementerian Kesihatan ini dapat diberikan keutamaan kepada pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah sepertimana yang saya nyatakan ini. Puan Timbalan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, perhatian yang serius harus diberikan terhadap isu kekurangan kakitangan kesihatan terutamanya doktor dan jururawat. Kuala Pilah percaya masalah kekosongan jawatan yang tidak diisi dengan segera di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu gugat kelancaran perkhidmatan kesihatan negara. Sasaran kementerian untuk tahun ini bagi nisbah doktor perubatan kepada penduduk adalah 1:450 dan jururawat 1:255 orang. Manakala sasaran bagi tahun 2024 untuk doktor adalah 1:400 dan jururawat 1:245. Data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan nisbah doktor perubatan kepada penduduk pada tahun 2022 adalah 1:470, manakala nisbah jururawat kepada penduduk adalah 1:262. Kuala Pilah bimbang sekira tiadanya usaha proaktif dan strategik daripada kementerian untuk menyelesaikan isu kekurangan doktor dan juga jururawat ini, ia bakal menambah beban kepada sistem perkhidmatan kesihatan dengan tertangguhnya diagnosis. Kesesakan melampau di hospital waktu menunggu menjadi semakin panjang, penderitaan berpanjangan dan mungkin meningkatkan jumlah kes kematian yang sepatutnya boleh dielakkan. Puan Timbalan Yang di-Pertua Dewan, sebelum ini mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib pernah mengumumkan kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai 2018. Namun begitu, apabila pentadbiran Dato’ Sri Najib jatuh pada PRU14, kenaikan tersebut tidak berlaku dan Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu telah menyatakan bahawa kerajaan terkini sedia ada tidak terikat untuk mematuhi keputusan Perdana Menteri yang terdahulu. Justeru itu, Kuala Pilah berharap agar kerajaan dapat melihat semula keperluan untuk kenaikan gaji tahunan penjawat-penjawat awam ini yang telah sekian lama tertangguh, di mana difahamkan sebuah jawatankuasa bagi tujuan tersebut telah pun ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Puan Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang berpencen serta tidak berpencen, khususnya mereka yang berada di bawah paras garis kemiskinan. Kita sedar dan akui pelbagai bantuan yang telah pun diberikan terutamanya bantuan

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

berbentuk insentif tunai, namun kerajaan harus memikirkan kaedah bantuan yang berbentuk jangka panjang, kritikal, dan berimpak tinggi. Kuala Pilah ingin bertanya, adakah usaha Jabatan Hal Ehwal Veteran dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) untuk menambah pengetahuan veteran, termasuk peningkatan kemahiran upskilling dan kemahiran semula reskilling, sekali gus meningkatkan ekonomi mereka? Dalam usaha untuk kita membantu anggota veteran ini, kerajaan perlu mencari solusi yang lebih praktikal dan dalam pada masa yang sama, tidak begitu membebankan kewangan negara. Puan Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan data eKasih, bilang isi rumah miskin tegar setakat September 2023 adalah seramai 110,663 orang berbanding kira-kira 130,000 isi rumah pada Februari 2023. Ini menunjukkan trend penurunan sebanyak lebih 19,000 isi rumah dalam masa tujuh bulan sahaja. Namun begitu, dalam kita menuju matlamat untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini, kerajaan harus memikirkan mekanisme baharu yang bukan sahaja holistik, tetapi juga realistik. Meskipun untuk sifarkan kemiskinan tegar bukanlah perkara mudah, tetapi Kuala Pilah percaya sekiranya kerajaan berpegang teguh dengan aspirasi ini dan segala corak pentadbiran dan tata kelola negara cenderung ke arah membantu merealisasikan inisiatif ini, ianya sudah tentulah akan berjaya dicapai dengan begitu jayanya. Kementerian juga harus turut turun ke lapangan untuk melaksanakan reality check dengan izin, dalam kalangan akar umbi. Untuk itu, setiap agensi yang berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan KEMAS harus diperkuatkan dengan menambah sumber manusia dilengkapkan dengan aset yang mencukupi agar kerja-kerja di lapangan dapat dilaksanakan dengan lancarnya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri MITI di atas usaha menarik pelabur asing masuk ke Malaysia. Alhamdulillah, Tesla melalui Tesla Malaysia Sdn Bhd telah membuka ibu pejabat dan pusat perkhidmatan mereka di Cyberjaya, Selangor. Kementerian harus memastikan tumpuan yang mendalam diberikan terhadap usaha transformasi landskap perindustrian dan pelaburan Malaysia supaya kita dapat menarik lebih banyak syarikat seperti Tesla untuk turut mengembangkan perniagaan mereka ke dalam negara dengan bukan sekadar membuka ibu pejabat, tetapi juga membuka kilang pemasaran mereka di sini. Sepertimana yang telah dilontarkan oleh Gombak sebentar tadi, sudah tentulah apabila adanya pengenalan kereta EV, kereta electric vehicle ini, sudah tentulah pelbagai sub sektor yang harus kita fikirkan. Kuala Pilah juga berpandangan dalam aspek ini, MITI, bahawa MITI wajar mengkaji semula dasar hanya membenarkan penjualan kereta elektrik ini, kereta EV pada harga RM100,000 ke atas. Ini seolah-olah hanya mengutamakan golongan T20 untuk memiliki kereta elektrik ini. Harus diingat, kereta EV ini menikmati pengecualian cukai import dan cukai eksais. Oleh itu, pengecualian yang sebegini seharusnya dinikmati juga oleh golongan rakyat B40, M40 dan semua lapisan masyarakat dan bukannya golongan T20 sahaja. Lebih ramai rakyat diberikan pilihan bagi memiliki kereta elektrik ini dengan pengurangan harga kenderaan tersebut, sudah pasti ianya akan menjana ekonomi negara. Puan Timbalan Yang di-Pertua, pembentangan Bajet 2024 jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi memberikan keutamaan kepada pendidikan. Peruntukan tertinggi sebanyak 58.7 bilion telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan. Kuala Pilah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan di atas peruntukan yang disalurkan kepada 8,354 buah sekolah di negara kita, bagi membaik pulih tandas yang bakal siap sepenuhnya pada tahun ini, insya-Allah. Walau bagaimanapun, walaupun Bajet 2024 ini mementingkan pembangunan fizikal, pihak kementerian juga wajar melihat kepada pengurusan modal insan di dalam kementerian, terutamanya kekurangan guru yang turut disumbang oleh peningkatan guru-guru yang memohon untuk bersara awal.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Kekurangan guru ini Timbalan Yang di-Pertua, dalam beberapa mata pelajaran hendaklah disantuni di peringkat awal lagi iaitu di peringkat kursus-kursus tersebut ditawarkan kepada bakal-bakal guru bagi menggalakkan mismatch dengan izin. Kuala Pilah bersetuju dengan sistem pendidikan yang tidak terlalu exam-oriented dengan izin dan sekarang ini sedang dilaksana dan diperkasakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran bilik darjah (PBD) sedang diperkasakan bagi mengambil alih penilaian pelajar melalui peperiksaan UPSR dan PT3. Namun begitu, ada kedengaran pandangan ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang melihat PBD ini, pentaksiran bilik darjah ini seolah-olahnya tiada roh peperiksaan yang menyebabkan anak-anak kurang memberikan tumpuan dalam aspek PDPC. Kuala Pilah berharap agar Kementerian Pendidikan dapat membuat kajian holistik berkaitan pandangan yang telah diberikan oleh semua pihak ini, terutamanya ibu bapa, penjaga, guru-guru dan semua pemegang taruh dalam sistem pendidikan negara kita ini supaya ada finding, ada dapatan yang telah diperolehi nanti daripada kajian Kementerian Pendidikan ini mungkin sudah tentunya kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan boleh address dengan izin, boleh meremedi situasi yang telah merisaukan ibu bapa, penjaga dan guru-guru ini. Tuan, Puan Timbalan Yang di-Pertua, kita wajar melihat krisis beras yang melanda di negara kita ini daripada perspektif keselamatan. Kebergantungan kepada negara luar bagi membekalkan beras, sayur-sayuran dan lain-lain harus dikaji semula. Kuala Pilah faham barangan makanan diimport ini lebih murah ada kalanya berbanding barangan tempatan. Untuk rekod, kita mengimport makanan untuk rakyat dan ternakan lebih daripada RM50 bilion setiap tahun tetapi persoalannya sampai bila kita harus bergantung kepada pihak ketiga ini. Cuba kita bayangkan negara kita melalui krisis dan peperangan sepertimana yang peperangan berlaku di luar sana sekarang dan pembekal barangan import ini menghentikan penghantaran. Kadar ini amat bahaya apabila tidak mempunyai simpanan makanan yang mencukupi. Belum pun peperangan bermula rakyat kita sudah mati awal tanpa peluang mengangkat senjata. Oleh itu, kementerian berkaitan wajar memikirkan kaedah yang paling ampuh dan praktikal untuk jangka masa panjang bagi menjamin keselamatan makanan dan tidak secara ad hoc dan penyelesaian secara ad hoc hanya timbul hanya dibuat apabila krisis tersebut timbul. Kuala Pilah menyeru Kerajaan Persekutuan untuk duduk semeja dengan kerajaan negeri bagi memikirkan kaedah terbaik bagi melaksanakan usaha penanaman beras padi berskala besar seluruh negara memandangkan peruntukan dana ada pada Kerajaan Pusat, manakala tanah berada di bawah bidang kuasa negeri. Timbalan Yang di-Pertua, isu perumahan untuk generasi kedua dan ketiga FELDA seolah-olah tiada berkesudahan. Terlampau banyak projek perumahan golongan ini tersadai dan terbengkalai, malah ada yang tidak pernah dimulakan atau dilaksanakan. Hari ini kebanyakan generasi kedua dan ketiga FELDA hanya mampu menyewa rumah atau sekadar menumpang di rumah asal peneroka milik ibu bapa mereka memandangkan mereka tidak mampu untuk memiliki ataupun membina rumah sendiri. Kerajaan sebelum ini pernah mengumumkan bahawa tidak akan ada lagi pembinaan rumah untuk generasi kedua FELDA memandangkan terdapat rumah yang telah siap dibina untuk golongan ini oleh pihak pemaju tidak mampu dibeli oleh mereka kerana harga yang mahal dan masalah kelulusan pinjaman daripada pihak-pihak bank. Kuala Pilah menyeru agar Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Ekonomi untuk melihat semula dan memberi tumpuan yang lebih mengenai pembinaan rumah untuk generasi kedua dan ketiga FELDA ini. Kerajaan harus memikirkan inisiatif terbaik untuk memastikan generasi kedua dan ketiga FELDA ini juga mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menyambut baik jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Lipis semalam di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Mewakili Kementerian Kerja Raya beliau telah menzahirkan komitmen kementerian bagi pembinaan jalan raya bermula daripada Simpang Pelangai hinggalah ke selatan negara. Sahabat saya daripada Jempol juga menyatakan dan memberikan pandangan sama juga dan melontarkan pembinaan lebuh raya madani, begitu juga rakan sahabat daripada Yang Berhormat Bentong.

Steady Bentong.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih di atas senyuman tersebut. Sudah tentulah jalan raya ini memberi manfaat kepada Kuala Pilah dan kawasan-kawasan lain yang terlibat di dalam jajaran Parlimen tersebut. Kuala Pilah sekali lagi berharap agar kerajaan dapat memberikan keutamaan kepada projek ini dalam rolling plan RMKe-12 yang bakal berakhir pada 2025. Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah berharap agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dapat melihat akan keperluan penggantian paip yang usang di Negeri Sembilan dan Kuala Pilah khususnya. Catatan daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) melibatkan non- revenue water di Daerah Kuala Pilah adalah sekitar purata 52 peratus ini amat tinggi. Selain menyebabkan kesulitan kepada pengguna apabila berlakunya gangguan bekalan air, paip yang pecah dan bocor teruk menyumbang kepada kehilangan air tanpa hasil yang menyebabkan kerugian kepada SAINS. Kawasan-kawasan yang kerap mengalami kejadian paip pecah dan bocor ini telah dikenal pasti dan disenaraikan sebagai kawasan hotspot yang perlu diutamakan. Oleh itu Kuala Pilah memohon agar kerajaan melihat semula penggantian paip- paip yang usang dan lama ini kerana ia bukan sahaja akan memberikan kemudahan kepada rakyat, malahan dapat mengurangkan kerugian kepada SAINS. Sejujurnya Timbalan Yang di-Pertua, SAINS tidak mempunyai kemampuan kewangan bagi mengganti paip-paip usang yang telah lama di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, Kuala Pilah memohon kerajaan melalui kementerian-kementerian yang saya nyatakan tadi melalui SPAN, melalui PAAB boleh kiranya memudah cara bagi membantu isu penggantian paip usang di Negeri Sembilan, terutama di Kuala Pilah ini. Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , Maksudnya: “Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya yakni Muhamad pada satu malam dari Masjidil al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran kami, sesungguhnya Dia lah Yang Maha mendengar lagi Maha Melihat”. Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang kepada Pasir Salak untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Belanjawan 2024. Semoga dengan peluang ini Pasir Salak dapat menyuarakan pandangan dan hujah daripada rakyat Pasir Salak. Selama-lamanya Pasir Salak menyokong penuh solidariti kepada perjuangan penduduk Palestin yang di bom berhari-hari demi membebaskan mereka daripada penjajahan rejim Apartheid Zionis Israel. Pasir Salak juga menyatakan pendirian untuk mengutuk sekeras-kerasnya pelbagai bentuk kekerasan, kezaliman, pengeboman, pembunuhan rakyat Palestin oleh Rejim Zionis terutamanya kanak-kanak, orang tua dan wanita serta rakyat Palestin menghadapi kemusnahan rumah kediaman, masjid, sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam yang lain.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatatkan dari tahun 2008 hingga September 2023 yang lalu lebih 6,000 rakyat Palestin terkorban, manakala lebih 153,000 orang cedera. Ada yang di penjara dan diusir daripada negara mereka serta sekarang ini hidup sebagai pelarian dengan serba kedaifan yang jumlahnya hampir enam juta orang. Ini adalah perbuatan orang Yahudi laknatullah. Selama 75 tahun rakyat Palestin ditindas sudah sampai masanya rakyat Palestin dibantu, diambil peduli dan dibela. Terkini di GAZA, sejak beberapa minggu lalu 2,329 orang Palestin maut dan lebih 9,000 orang cedera. Namun begitu rakyat Palestin tetap teguh Briged al-Qassam cekal mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa, penuh yakin bahawa bumi Palestin akan dibebas sepenuhnya. Itulah janji Allah yang pasti tiba. Puan Speaker, Rang Undang-undang Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh PMX selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Wilayah dan Pengerusi Khazanah 13 Oktober 2023 yang lalu seolah-olah memberi gambaran bahawa keadaan ekonomi tahun hadapan bakal menjadi lebih teruk daripada hari ini dengan dasar yang tidak menghiraukan keresahan rakyat iaitu dengan menaikkan cukai daripada enam ke lapan peratus. Namun realistiknya akan berlaku rantaian kenaikan cukai kerana kos pengangkutan, kos logistik dan kos bahan mentah akan meningkat menyebabkan kos makanan, minuman dan telekomunikasi yang dikecualikan turut akan meningkat walaupun dikecualikan cukai.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Yang keduanya, apakah rasionalnya menarik balik harga siling ayam dan telur, kalau sebelum ini rakyat yang susah dapat menikmati hidangan telur sebagai sumber protein, namun pada tahun hadapan harga telur akan diapungkan, harga ayam akan diapungkan, peniaga restoran juga bakal terkesan dengan peningkatan harga ayam dan telur. Akibatnya pada hemat Pasir Salak, harga ayam dan telur bakal akan naik harga dengan melambung tinggi. Begitu juga dengan diskaun pinjaman PTPTN. Kalau dahulu diskaun ini diberikan sebanyak 20 percent bagi penyelesaian penuh dan 15 percent bagi bayaran kurang daripada 50 peratus. Dalam Rang Undang-undang Belanjawan 2024, semuanya mendapat diskaun yang rendah hanya 10 peratus diskaun diberikan kepada penyelesaian penuh dan bayaran kurang 50 peratus. Puan Speaker, Pasir Salak ingin membawa perhatian Dewan. Pasir Salak ada beberapa persoalan. Pertamanya, kebanjiran warga UNHCR dan warga asing yang berlegar ke sana sini di sekitar Kuala Lumpur, membawa barang untuk berjual beli di Pasar Borong Selayang menggunakan motor roda tiga. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Di manakah penguatkuasaan untuk mengambil tindakan dan kita dapati masalah ini semakin kritikal? Janganlah sampai kumpulan ini menguasai perniagaan di Pasar Borong Selayang. Persoalan yang kedua, di Pasir Salak ada sawah padi yang sangat luas. FELCRA Seberang Perak mempunyai potensi mengeluarkan padi sekurang-kurangnya untuk supply kepada negeri Perak. Persoalan, apakah tindakan jangka pendek kerajaan meningkatkan pengeluaran beras negara? Pasir Salak mahu melihat pengeluaran 5.4 metrik tan per hektar kepada lapan metrik tan per hektar. Persoalan yang ketiga, kita dapati 30 peratus sayur di Cameron Highlands dihantar ke Singapura, begitu juga dengan beberapa barangan yang lain seperti durian. Akhirnya pihak Singapura boleh mengeksport barangan tersebut dan menjadi pengeksport sayur dan durian. Padahal Singapura bukanlah pengeluar sayur dan durian. Jadi, mengapakah Malaysia tidak boleh menjadi pengeksport sayur dan durian ini? Puan Speaker, Pasir Salak sangat bersetuju dengan Ketua Pembangkang dalam perbahasannya baru-baru ini bahawa kerajaan harus berpandangan jauh dengan memberikan tumpuan khas kepada ekonomi karbon sebagai komoditi baharu dalam rantaian ekonomi global.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Puan Yang di-Pertua, Parlimen Pasir Salak mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang lebih. Kemudahan sukan masih lagi pada tahap yang lama dan ketinggalan zaman. Pasir Salak mengharapkan sangat-sangat supaya stadium mini Kampung Gajah dinaiktarafkan pada Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Stadium mini Kampung Gajah diharapkan dapat dinaik taraf mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Persekutuan Atlet Amatur antarabangsa termasuklah padang dan balapan yang mempunyai lapan lorong, venue trek lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru, lontar lembing, lontar cakera untuk para atlet dan juga mesra OKU. Yang kedua, di Pasir Salak di FELCRA Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak juga membawa isu-isu yang berbangkit di mana perparitan laluan air yang tidak diselenggara dengan baik di parit buang air di Blok B yang tiga tahun telah diselenggara. Menurut petani pesawah di sana Encik Azman bin Samiran, kalau perparitan ini tidak diselenggara, air dari sawah tidak boleh dikeluarkan dengan sempurna dari sawah dan padi tidak boleh tumbuh dengan sempurna. Begitu juga dengan tali air-tali air yang ada sudah rosak dan tidak dibaiki. Ada tali air yang lebih tinggi daripada perparitan yang sedia ada. Menurut Encik Wahab dan Acai, tali air-tali air ini perlu dibaiki segera. Isu saliran kok U yang berada di bawah paras sawah mengakibatkan air tidak dapat masuk ke sawah-sawah untuk pengairan di musim awal penanaman. Antara kawasan sawah yang terkesan adalah di Sungai Kerang, Parit Kacit dan juga Blok C awam. Begitu juga jalan-jalan sawah padi, laluan lori tidak diselenggara, penuh lecak dan susah lori untuk melaluinya. Menurut pesawah yang terlibat iaitu Man Janggut, laluan lori pada padi sangat teruk sehingga lori-lori padi tidak dapat melalui jalan untuk mengambil padi pada musim menuai. Pasir Salak berharap pihak IADA dapat mengambil perhatian. Pasir Salak juga menyarankan kerajaan perlu menaikkan peruntukan untuk IADA ini di Seberang Perak agar segala kemudahan dan keperluan sawah dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Puan Speaker, baru-baru ini keluar dalam surat khabar Utusan Malaysia berita tentang isu kira-kira 150 orang penduduk Kampung Tanjung Sari di kawasan Parlimen Pasir Salak. Penduduk kampung membantah cadangan pembinaan ladang ayam berdekatan dengan masjid. Menurut mereka, ladang ayam tersebut hanya kira-kira 100 meter dari rumah penduduk. Sudah tentulah ia akan menyebabkan pencemaran bau dan kehadiran lalat dan mengganggu kehidupan penduduk menjalani kehidupan seharian. Imam masjid di kampung tersebut Encik Muhammad Sanusi Syafie mengharapkan pengusaha ladang ayam tersebut memikirkan kesan pembinaan ladang ayam tersebut yang akan menimbulkan masalah bau busuk. Pasir Salak memohon kepada pihak kerajaan agar masalah ini dapat diatasi supaya ladang ayam ini dipindahkan ke tempat yang sesuai agar pencemaran bau busuk yang akan berlaku dapat diselesaikan. Begitu juga dengan...

Pasir Salak, Pasir Salak.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Ya.

Mohon mencelah.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Sila.

Saya tengok tekun sangat Pasir Salak bercakap itu. Boleh tak, kalau kita mencadangkan supaya tidak dialihkan. Sebab kita perlu ladang-ladang ayam ini. Tetapi apa kata kalau kita naikkan, jadikan teknologi, menggunakan teknologi terkini, ayam duduk dalam air con. Tutup. Sekarang ini teknologi terkini. Apa cadangan— apa pandangan Pasir Salak?

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Baik. Terima kasih Ampang. Teknologi itu memerlukan kos yang tinggi. Sedangkan apa yang sekarang ini berlaku ialah ladang ayam biasa sahaja. So, kita haraplah dapat pindah ke tempat yang lebih selesa untuk— jauh daripada pencemaran bau ini. Sebab itu, kita di kawasan itu memang ada kawasan yang lebih jauh lagi yang boleh sesuai.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Jadi, saya sebenarnya kalau betul tak ada pencemaran bau— kita bersetuju dengan pendapat Ampang tadi supaya kalau ada lah teknologi yang baharu ini, kita tak ada masalah ya. Yang sekarang ini, kita nampak hanya 100 meter dari ladang-ladang ayam itu tidak ada teknologi yang baharu. Okey ya? Baik, terima kasih Ampang masukkan ucapan Ampang dalam ucapan saya. [Tepuk] Baik. Seterusnya, begitu juga dengan masjid baharu dan juga baik pulih masjid di kawasan saya. Pasir Salak ingin memohon kepada pihak kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyalurkan peruntukan kepada pembinaan dua buah masjid dan satu masjid untuk dibaik pulih. Dua buah masjid yang dimaksudkan ialah pembinaan Masjid Kampung Sungai Ranggam yang bersebelahan saja dengan Lebuhraya Pantai Barat dan Masjid Kampung Sungai Kerang dan membaik pulih satu lagi masjid iaitu Masjid Ar-Ridhuan, Kampung Kepala Pulau yang sudah dibina sejak 1969 tapi tidak ada pembaikan ataupun penggantian atap oleh pihak yang berwajiblah. Kita minta.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Baik, seterusnya, akhir sekali Pasir Salak mengharapkan dalam belanjawan ini agar projek MRT3 di Kuala Lumpur diteruskan dan diberikan peruntukan yang secukupnya bagi melengkapkan kemudahan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur. Pasir Salak juga ingin menyarankan agar Kementerian Kewangan mengambil perhatian bagi menaikkan gaji dan elaun kepada pasukan PDRM kerana pasukan PDRM adalah satu institusi yang sangat penting dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan mereka bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, tetapi tangga gaji mereka adalah yang terendah di kalangan penjawat-penjawat awam. Baik, itu sahaja Tuan Speaker – Dato’ Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Waalaikumusalam. Kita sampai ke pembahas terakhir. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya nak tanya kepada Kementerian Pendidikan soal berkaitan dengan pembinaan sekolah di Taman Pelangi Semenyih. Saya nak tahu, bila sekolah itu akan siap, itu yang pertama. Kemudian yang keduanya berkaitan dengan sekolah tak siap juga di Bandar Bukit Mahkota. Saya nak tahu, bila projek sekolah itu akan disiapkan, sebab Yang Berhormat Menteri ada dalam Dewan Rakyat pada petang ini. Syabas dan tahniah kita ucapkan Yang Berhormat Menteri kerana ada menunggu soalan-soalan daripada saya. Yang keduanya persoalan berkaitan, kita di DUN Dusun Tua memerlukan satu lagi sekolah menegah, kita memerlukan satu lagi, sebuah lagi sekolah menengah khususnya di DUN Tua, sebab sekolah menengah yang ada sekarang ini di DUN Dusun Tua telah sesak, sekolah itu telah penuh. Jadi, kita mengharapkan peruntukan bajet belanjawan yang besar ini, Menteri Pendidikan kena tengok, khususnya di Hulu Langat. Seterusnya, saya nak tanya kepada Kementerian Kerja Raya, soal berkaitan dengan masalah kesesakan jalan raya, khususnya di Hulu Langat ini, sebab itu saya nak mencadangkan khususnya di persimpangan Pekan Batu 14 Hulu Langat, Pekan Batu 14 Hulu Langat. Sekarang ini ada trafik light, dah tak sesuai sebab bila hari Sabtu, bila hari Ahad, bila hari cuti umum, memang terlalu sesak. Saya nak minta kepada Kementerian Kerja Raya, tolong tengok simpang Pekan Batu 14 Hulu Langat ini untuk atasi masalah kesesakan yang berlaku di Pekan Batu 14 Hulu Langat. Kalau tak boleh buat flyover, saya

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

mencadangkan agar dibuat roundabout ataupun bulatan untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di Pekan Batu 14 Hulu Langat. Begitu juga, persoalan berkaitan dengan kesesakan. Dato’ Speaker, saya ingat tadi saya akan berakhir dengan Speaker wanita tadi, rupanya saya dapat kita punya Dato’ Speaker misai kita. Memang misai dia, memang misai sangat istimewa. Kita rindu akan dia punya misai itu. Sebab itu saya nak menyebutkan soal berkaitan dengan kesesakan jalan raya ini. Saya nak minta kepada pihak kerajaan supaya proses pelebaran jalan daripada Pekan Semenyih menuju ke Pekan Bangi Lama. Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya masuk, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Kerja Raya. Saya ulangi sekali lagi, proses pelebaran jalan daripada Pekan Semenyih ke Pekan Bangi Lama. Begitu juga, soal berkaitan dengan pembinaan sebuah balai bomba khususnya di DUN Dusun Tua. Kalau berlaku kebakaran, nauzubillah. Kita terpaksa tunggu daripada Ampang, kita terpaksa tunggu daripada Kajang, kita terpaksa tunggu daripada Bandar Tun Hussein Onn. Sebab itu saya mengharapkan kepada pihak kerajaan supaya melihat soal berkaitan dengan pembinaan sebuah balai bomba, khususnya di DUN Dusun Tua. Begitu juga soal berkaitan dengan masalah banjir ini. Baru-baru ini saya berada di Mesir, kita terima telefon daripada teman-teman dan juga sahabat-sahabat. Berlaku banjir di Beranang khususnya di Dewan Undangan Negeri Semenyih. Saya nak minta daripada pihak kerajaan katanya dah lulus projek tebatan banjir di Sungai Beranang. Tetapi kerja ni masih belum lagi dimulakan, sebab itu kita nak minta perbelanjaan bajet peruntukan yang paling besar yang pernah dikemukakan oleh kerajaan yang ada. Semenjak kita merdeka, inilah perbelanjaan yang terbesar yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang juga merupakan Menteri Kewangan. Ini adalah merupakan satu belanjawan, merupakan satu peruntukan, merupakan satu bajet yang paling besar, satu peruntukan yang berani daripada rakyat untuk rakyat dan juga peruntukan ini melihat secara keseluruhannya masalah keperluan kehidupan masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini Malaysia.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Mana?

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Saudara ku yang ku cinta.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini baru mukadimah.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Ya, jadi saya nak tambah atas mukadimah saudara.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab itu saya tak bersetuju [Ketawa] bila ada yang menyatakan bahawa peruntukan ini di bawah bajet ini, belanjawan ini hipokrit. Adakah apabila kita memberikan peruntukan terbesar kepada Kementerian Pendidikan, ini merupakan perbelanjaan bajet hipokrit? Adakah belanjawan ini kita berikan peruntukan yang terbesar kepada Kementerian Kesihatan, ini merupakan perbelanjaan hipokrit?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Adakah kita memberikan bonus kepada kakitangan pegawai kerajaan sebanyak RM2,000, ini merupakan hipokrit.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab itu kena – kena tengok, ini peruntukan daripada rakyat untuk rakyat. Memang adalah peruntukan ini, Machang. Sebab engkau jer yang ada, aku cuitlah engkau. [Ketawa]

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Bagi pula Machang, tak bagi Ipoh Timur. Apa benda?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Belum, belum.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Hulu Langat, Hulu Langat, minum air dulu Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Belum, belum. Saya bagilah, saya bagilah ......

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Minum air dulu, saya takut...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Apa nak tanya.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Suara tu putus nanti.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya bagi, saya bagi, saya bagi. Itu Hulu Selangor ke tu?

Hulu Selangor ada?

...wayar putus.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tak, yang suruh minum tu? Machang.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Puncak Borneo, Puncak Borneo.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya bagi, saya bagi Ipoh Timur.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Naratif atau apa yang disampaikan oleh Hulu Langat tadi menyatakan ada mungkinnya naratif yang disampaikan di sebelah sana ada sedikit – apa nama, hipokrit atau tidak, itu tak taulah. Saya cuma nak tanya, hari itu Masjid Tanah, saya sebut nama dia tetapi dia tak ada, bukan salah sayalah. Masjid Tanah kata bahawasanya PMX bawa Bentong, bawa Hulu Langat, kenapa tak ajak depa pergi ke Timur Tengah. Dia kata rupa-rupanya pergi sana tak panggil dan itu adalah pembaziran, ikut cerita depa. Itu adalah sesuatu yang tak produktif. Pada halnya, yang pergi itu GCC, yang pergi itu OIC, yang pergi itu adalah untuk menggembleng tenaga seluruh negara, seluruh dunia untuk bersolidariti dengan Palestin. Adakah itu satu pembaziran, ikut tafsiran badan sosok tubuh yang pergi ke sana bersama-sama buat kerja yang diperlu, adakah ia itu satu pembaziran atau memang yang disampaikan teguran yang tak ikhlas tu dari sebelah sana, hipokrit?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Baru ni Speaker, berlaku banjir di Hulu Langat

[Dewan ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

di Kampung Sungai Tekali akibat daripada projek TNB. Projek TNB membina menara pencawang, berlaku banjir kilat. Apa yang saya dimaklumkan pihak TNB cuma datang bantu membersihkan rumah, tapi tak beri pun sedikit pampasan kepada rakyat, masyarakat ataupun warga yang berhadapan dengan masalah banjir yang berlaku di Kampung Sungai Tekali, Hulu Langat. Sebab itu saya nak menafikan, sebab itu saya nak menyebutkan di Dewan yang mulia ini, bila ada tuduhan-tuduhan yang menyatakan Perdana Menteri kita ini tak buat apa-apa, saya nak nafikan. Saya nak menafikan dengan sekeras-kerasnya dan saya nak nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa Perdana Menteri kita ini memang seorang yang gila. Gila, dia gila buat kerja, dia gila berusaha, dia gila sangat kuat kerja, tidak membazirkan masa, tidak membazirkan waktu. [Tepuk] Dalam lawatan ni, tak ada masa senggang, tak ada masa rehat. Perdana Menteri kita ini senantiasa memikirkan persoalan berkaitan dengan rakyat Malaysia, memikirkan soal berkaitan dengan Palestin, memikirkan persoalan untuk menarik pelabur-pelabur untuk datang ke negara kita. Inilah Perdana Menteri yang sekarang ini rakyat Malaysia, negara Malaysia, kita sepatutnya rasa bangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang kuat, yang rajin, yang kuat bekerja untuk memastikan – Insya-Allah suatu hari nanti Malaysia akan berada di suatu kemuncak dan Insya-Allah, kita akan digelar sebagai Harimau Asia.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sila sekali lagi Ipoh Timur.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Betul kah kegilaan Perdana Menteri kuat kerja sampai Bentong yang bersama, sakit bila dia sampai ke tanah air kembali, betui ka? Betui ka?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ada yang nak tanya lagi?

Yang Berhormat. Maran.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sila Maran.

Okey, saya bila Yang Berhormat sebut Perdana Menteri yang gila itu, jangan stop, teruskan. Jadi tidak betul itu. Orang di luar dengar Perdana Menteri yang gila, gila bekerja. Ha, betullah itu. Tapi Yang Berhormat, Datuk di-Pertua, terima kasih. Saya hendak bertanya kepada Hulu Langat, apa yang kita cakap dalam ini betul. Kita pun kadang-kadang bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri ini kita bahaskan. Kalau kita tak suka, kita tak bahas. Tetapi bila kita pergi keluar, di mana-mana saya jumpa Datuk Yang di-Pertua banyak kampung, orang kampung, orang peniaga sebenarnya marah kepada Perdana Menteri ini. Dia akan tanya saya, bila Datuk lagi hendak – Perdana Menteri hendak tukar? Bila dia hendak berhenti? Kenapa ini berlaku? Jangan kerana kita Hulu Langat kerana kita support, kita belah dengan dia, kita sokong dia. Kalau tidak bagus, kita khabar tidak bagus. Saya yang bagus saya khabar dia bagus. Yang tidak bagus saya akan khabar tidak bagus.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Masalahnya yang jadi isu...

Kenapa benda ini berlaku di luar?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang jadi isu sekarang ini masalah sebelah sana.

Jangan. Bukan kerana politik kita.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak habis-habis.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak habis-habis nak antikerajaan.

Yang Berhormat sabar, sabar.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak habis-habis nak tebuk atap, tidak habis-habis nak gulingkan kerajaan...

Bukan saya, saya tidak khabar.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sehinggakan muktamar baru-baru ini pun sebut lagi hendak menggantikan kerajaan.

[Ketawa] Yang Berhormat, sabarlah Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak, sabarlah ini. Ini kira sabarlah ini. Ini kira tawaduk ini. Ini ada air sembahyang ini.

[Ketawa] Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bercakap ini ada air sembahyang, ada wuduk.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kalau tidak ada wuduk Maran, jangan main-main.

Saya pun ada wuduk juga.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini ada wuduk ini.

Saya ingat sama itu, sama sahaja. Basuh muka dulu, basuh tangan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sepatutnya Maran orang lama dalam politik sepatutnya...

Tidak, saya, saya...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jangan kita bicarakan lagi persoalan berkaitan dengan antikerajaan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jangan kita bicarakan lagi soal berkaitan hendak ganti, soal tebuk atap, hendak gulingkan kerajaan. Semalam disebutkan apa? Kerajaan ini akan menemui ajalnya. Eh Maran, ini apa cerita Maran?

Yang Berhormat, Yang Berhormat sekejap sahaja. Sikit.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini apa cerita ini Maran?

Bukan, saya cakap....

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sepatutnya sekarang ini kita hendak bina negara, hendak bina ekonomi, hendak bina masyarakat, hendak bantu masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita ini.

Yang Berhormat, sekejap boleh? Sikit sahaja, sikit sahaja.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini wuduk saya dah batal. Sekarang ini wuduk saya dah batal.

Yang Berhormat. [Ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Wuduk saya dah batal sekarang ini.

Oh, cakap bohong batal wuduk. Tak adalah dalam hukum. [Ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Wuduk saya dah batal sekarang ini.

Yang Berhormat sikit sahaja.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Okey.

Yang Berhormat, saya cakap betul. Ini ikhlas daripada saya. Saya lama, memang saya lamalah. Sebab itu saya nak kita cari yang betullah. Saya – yang baik Perdana Menteri okey.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Maran, baru sembilan bulan Maran.

Nanti, nanti laa ilaha illallah Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Baru sembilan bulan Maran.

Nanti saya mengucap panjang kang batal pula wuduk saya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bagilah, dan untuk pengetahuan Maran, Perdana Menteri ini punya kuat buat kerja ini...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

...Pelaburan dia dah bawa masuk dalam negara kita ini mencecah hampir RM200 bilion. [Tepuk] Ini dia.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Eh, kalau cara macam ini, kalau cara macam ini tak beralih kerusi selepas ini tidak tahulah Maran. Maran memang tidak fahamlah sebab kerja Maran ini nak guling, nak pindah kerajaan, tebuk atap, alih atap, tukar atap baru. Semua atap, atap, atap, atap, atap, atap, atap sahaja.

Saya cuma – Yang Berhormat, saya menyuarakan. Kita ambil yang positif, negatif kita tengok, kita betulkan yang negatif. Yang positif kita ambil. Saya tidak nafikan semua yang Perdana Menteri kita tidak bagus. Tapi kita dengar di luar...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ah kalau begitu Maran, mari ke mari. [Ketawa]

Ah, tidak ada masalah. Yang Berhormat ke mari pun lagi bagus.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak ada, kalau ke sana tidak dapat peruntukan hendak buat apa?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab itu saya minta Ketereh ke mari.

Sayangnya Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya kesian dengan Ketereh itu.

Selama ini manusia hidup di dunia ini kerana peruntukan semuakah?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Untuk rakyat.

Belum pasti. Bukan semestinya. Allah ada, lagi Maha Kuasa.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Untuk rakyat.

Saya tidak pernah sebut...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Speaker, flyover dekat Taman Desa Jenaris. Flyover dekat bandar Seri Putra.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kejap, kejap.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tak, ini masa saya Speaker. Karang saya....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tak, tak. Kejap, kejap, kejap. Hulu Langat saya hendak mengajar sikit tentang bab ini ya. Sekejap, tapi masa itu saya akan ganti. Bila berbahas, bila Ahli Yang Berhormat punya floor bagi kepada orang lain, ini petua ya. Ingat ya. Yang boleh stop dia, ada orang yang bagi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Itu stop itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tak, untuk yang lain-lain inilah, akan datang ini. Bila Yang Berhormat bagi sahaja floor Yang Berhormat

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

pada sebelah sini yang boleh stop is your right. You have that 15 minutes. Yang boleh stop dia, Yang Berhormat.

Memang Speaker tapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kejap, kejap. Maran, kejap. Ini untuk pengetahuan yang akan datanglah. Kalau saya duduk sini, saya tidak akan stop sehingga orang yang floor itu cukup, baru saya intervene ya, akan datang inilah. Okey, Yang Berhormat, silakan. Saya akan ganti tiga minit tadi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Mencabar ini Speaker, kan. Puas hati ini Maran? Maran puas hati? Ha, itu dia Perdana Menteri kuat kerja itu. Mikir, mikior kata orang Kuala Kangsar, mikior masalah rakyat itu sampaikan dia persetankan semua berkaitan dengan kesihatan dia. Dia tidak sihat itu. Tapi tidak ada rest. Daripada satu tempat kepada satu tempat. Ini dia Perdana Menteri yang memang yang saya kata Perdana Menteri ini memang seorang yang kuat kerja memikirkan soal berkaitan dengan Malaysia negara rakyat dan juga negara Palestin.

Bolehkah Hulu Langat?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab itu saya hendak sebutkan kita ini dah merdeka 66 tahun Datuk Speaker. 66 tahun negara kita sudah merdeka. Sepatutnya budaya politik kita ini supaya politik matang. Budaya politik apa yang kita hendak bawa? Politik sejahtera.

Hulu Langat.

Hulu Langat.

Sik minta sikit.

Minta laluan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya bagi, saya bagi.

Lepas Machang, bagi Sik.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya bagi, saya bagi, bila saya hendak laju itu, bagi saya laju dulu.

Okey, sila, sila.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya pam, pam, pam, pam dulu.

Saya tunggu, saya tunggu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bila saya dah letih, saya bagi. [Ketawa] Kena faham sikit. Sik, duduk.

Bagi ya, lepas ini bagi ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Machang dulu kemudian Sik. Bagi saya pam, pam, pam, pam, pam sikit nanti saya bagi. Politik apa yang kita hendak bawa dalam negara kita ini? Politik kesejahteraan, politik yang ada akademik, politik yang ada rasa tanggungjawab, politik yang rasa amanah, politik yang ada integriti. Bukan politik caci, maki, adu domba, fitnah, sentimen perkauman, sentimen agama, pembohongan, penipuan. Kita dah 66 tahun kita merdeka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, tiga minit ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab itu saya hendak seru kepada seluruh masyarakat dan rakyat yang terdapat dalam negara kita ini. Kita kena bawa satu budaya politik baru dalam negara kita ini. Tidak boleh lagi dah politik-politik cerca, politik-politik maki ini. Hendak menang pilihan raya sebut benda dalam seluar. Tidak

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

boleh! Banyak lagi benda yang kita hendak sebut ini, Puncak Borneo. Buah kedondong ke, buah pisang ke. Sila Machang.

Ya, terima kasih Kuala Langat. Saya – Hulu Langat. Minta maaf. Tadi Hulu Langat menyatakan kerisauan tentang kesihatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akibat beban kerja yang banyak. Setuju tak Hulu Langat kalau kita pisahkan jawatan Menteri Kewangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya beliau ada banyak ruang lagi untuk lakukan kerja-kerja yang lebih baik dan serahkan jawatan tersebut kepada ramai ja Ahli Parlimen yang sesuai dan mampu membantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, macam mana pandangan Hulu Langat?

Hulu Langat, sikit.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Puncak Borneo, sebab dah sebut Puncak Borneo. Saya minta laluan sikit.

Bagi Sik dulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya janji – Puncak Borneo, saya janji Sik.

Okey, terima kasih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya janji Sik lepas ini bagi Puncak Borneo.

Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya kalau Machang ke mari, itu kita boleh bincang. [Ketawa] Tapi kalau tidak ke mari itu kuasa dialah. Itu kuasa dia kan. Itu kuasa Perdana Menterilah. Kita harap dalam rombakan Kabinet ini nanti insya-Allah, insya-Allah. Kita doa-doakan insya-Allah. Kalau terbitnya fajar, terbenam mentari.

Insya-Allah, Hulu Langat masuk.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ya, silakan Sik. Silakan Sik.

Hulu Langat, ya, Hulu Langat sebut tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sibuk pergi ke sana ke sini bekerja. Seorang lagi menteri yang juga sangat sibuk iaitu Menteri Kewangan. Beliau juga sibuk pergi ke mana sahaja, terpaksa mengikut Perdana Menteri. Ke mana sahaja Perdana Menteri pergi, dia terpaksa ikut sehingga menyebabkan dia tidak sempat nak tengok pun Kementerian Kewangan itu menyebabkan harga ringgit kita Hulu Langat nak sampai dah harga Rahmah ini RM4.76. Jadi ke mana Menteri Kewangan kita ini terlalu sibuk mengikut Perdana Menteri ke hulu ke hilir menguruskan negara.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kita dalam negara kita ini betullah kita ada Kabinet. Kita ada Jemaah menteri, kita ada Timbalan Perdana Menteri, kita ada menteri-menteri, kita ada timbalan menteri. Maksudnya kita kerja secara berpasukan. Itulah dia Kerajaan Perpaduan. Itulah dia Kerajaan Madani. Yang penting tidak rasuah, yang penting tak – lalu...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Hulu Langat, Hulu Langat Puncak Borneo. Okey, Puncak Borneo.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Siapa? Nanti. Kan saya kata bila saya pam, pam, pam, pam jangan tegur. [Ketawa] Yang penting tidak rasuah. Yang penting tidak salah guna kuasa, tak mentekedarah, tidak sakau, tidak ambil duit rakyat, itu yang penting kepada saya. Soal yang berkaitan dengan integriti, soal berkaitan dengan tata kelola itu kita pertahankan. Soal prinsip, soal dasar ini merupakan satu benda yang kita tidak boleh berkompromi dalam Kerajaan Perpaduan dan juga Kerajaan Madani. Sila Puncak Borneo.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan yang terakhir ya.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Saya amat bersetuju bahawa tata kelola dan good governance itu harus diperkasakan. Saya meneliti tadi dan mendengar Hulu Langat begitu bersemangat. Semua hujah-hujahnya baik. Jadi, bersetujukah Hulu Langat kalau Hulu Langat dilantik menggantikan Menteri KPDNHEP?

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Sebab saya tengok boleh menguruskan kos sara hidup. Memang cemerlang, mantap. Jadi saya bagi sokongan.

Insya-Allah, insya-Allah.

Tampin menyokong.

Saya sokong, saya sokong. Saya sokong Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bagi nombor akaun. [Dewan ketawa]

Datuk Matbali bin MusahBEBAS · GRSSipitang

Sipitang menyokong.

Cakap tak nak rasuah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bukan rasuah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Hulu Langat, landing.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Landing.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya tengok Speaker ini dengan saya ini macam kita ini bermusuh sahaja saya nampakkan.

[Dewan ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Padahal saya punya sayang dengan Speaker, betul. Dalam diari saya memang saya sebut itu idola saya Timbalan Speaker daripada Cameron Highlands. Tahu tak?

[Dewan ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Punya begitu saya sayang, bagi masa pun sikit-sikit sahaja kan.

Tambah lagi Speaker.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tambah pula saya last sekarang ini. Saya dikacau oleh Sik, saya dikacau oleh Machang, saya dikacau oleh Puncak Borneo. Bagilah masa sikit. Soal berkaitan dengan Rukun Negara ini – sebab itu saya sebutkan tadi, saya nak bercakap soal berkaitan lima Prinsip Rukun Negara ini. Saya nak minta Rukun Negara ini dibahaskan, di-usrah-kan, di-tamrin-kan, di-liqa’-kan, di-mukhayyam-kan, diperdebatkan, dihadamkan untuk seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita. Saya nak minta lima Prinsip Rukun Negara ini. Sesi yang lepas saya kata nak tengok lima Prinsip Rukun Negara di mana? Di sekolah. Itu pun dah pudar. Nak tengok lagi di mana? Di buku tulis budak-budak. Saya nak minta lepas ini kerajaan tolong tengok. Kita gantung, kita naikkan di pejabat-pejabat kerajaan. Setuju?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kita gantung, kita naikkan di universiti-universiti. Setuju?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kita naikkan dan gantungkan di sekolah-sekolah. Setuju?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kita naik dan gantungkan di kedai- kedai. Setuju?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kita naikkan dan gantungkan di pasar raya-pasar raya. Setuju?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab inilah konsep kita cintakan dan kasih kita, sayang kita terhadap negara Malaysia yang kita cintai ini. Seterusnya, saya ingin mencadangkan bermula tahun depan, saya nak cadangkan bersempena dengan bulan kemerdekaan. Kalau selama hari ini kita gantung Jalur Gemilang ini di pejabat-pejabat kerajaan, kali ini saya nak minta supaya Jalur Gemilang ini kita gantung, kita naikkan di setiap rumah yang terdapat di dalam negara kita ini sebagai tanda kasih sayang kita, cinta kita terhadap negara. Tak kiralah kita Melayu ke, kita Cina ke, kita India ke, kita Orang Asli ke, kita Iban ke, kita Kadazan ke, ini negara kita. Kita lahir di sini. Ini tanah tumpah darah kita. Kita belajar di sini. Kita menerima pendidikan di sini. Kita bekerja di sini. Kita berkahwin di sini dan mungkin suatu hari nanti kita juga akan mati di sini. Tak kira siapa kita. Jangan lagi ada menyatakan kaum ini kaum pendatang. Jangan lagi ada yang menyatakan, “Kamu balik negara asal kamu”. Jangan lagi ada menyatakan bahawa “Kamu menumpang di atas tanah air Malaysia ini”.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Last satu minit.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini negara kita, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk kasih sayang, jaga negara kita yang tercinta! Betul?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul. [Tepuk]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jangan lagi!

Satu minit.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ah.

[Dewan ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Satu minit. Ini negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, 45 saat lagi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jangan lagi ada kita dengar nak menakut-nakutkan di antara satu kaum dengan kaum yang lain! Menakutkan Cina dengan Melayu. Menakutkan Melayu dengan Cina. Menakutkan kaum-kaum lain dengan kaum- kaum yang lain. Sebab kita sudah bersaudara yang tinggal di atas muka bumi Malaysia yang kita cintai ini. Ini negara kita Tuan Speaker! Negara kita ini nak wariskan – kita nak wariskan kepada generasi yang akan datang!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya akan potong, 20 saat lagi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ya. Sebab itu tuan-tuan dan puan- puan kalau hancur negara kita ini, di mana lagi tempat kita untuk bertumpang teduh? Hulu Langat menyokong belanjawan peruntukan bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan! Hidup Kerajaan Madani! Hidup perpaduan! Terima kasih!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Lama juga saya bagi injury time itu. Hampir enam minit. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey Yang Berhormat, saya ingin ulang balik kerana macam saya nyatakan tadi kalau saya duduk sini, Yang Berhormat bagi ruang sebelah yang bercakap itu, yang boleh hentikan dia adalah Yang Berhormat. Selagi Yang Berhormat tak halang, saya akan biarkan. Masa Yang Berhormat. Jadi plan perbahasan. Okey, baik. Sejumlah 162 Ahli Yang Berhormat telah berbahas rang undang- undang ini dan bahas berkaitan Belanjawan 2024 peringkat dasar dan minggu depan Menteri akan mula menjawab. Dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguh – mesyuarat ini ditangguh hingga jam 10.00 pagi pada Isnin, 30 Oktober 2023.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.25 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim (Kuala Terengganu) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pendirian Terkini Malaysia Dalam Krisis PalestinSpecial Chamber

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan selamat petang. Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri.

Petang ini saya juga bersama dalam Peraturan Mesyuarat 17, mengusulkan suatu perkara yang penting berkaitan dengan perang Palestin-Israel, ataupun konflik di wilayah yang diduduki oleh Israel di Gaza.

Usul yang saya hantar ini pada 3 Oktober yang lalu, ketika itu perang di antara Palestin dan Israel belum lagi bermula. Ia bermula yang diketahui pada 7 Oktober.

Sudah pastilah perang ini telah menyebabkan penderitaan yang sangat parah kepada penduduk Palestin khususnya di wilayah Gaza yang dihuni oleh 2.3 juta penduduk.

Dalam hal ini, Malaysia yang perlu memperjuangkan penyelesaian adil dan damai untuk konflik ini. Walaupun two-state solutions ataupun penyelesaian dua negara itu telah menjadi pendekatan Malaysia sebelum ini, kita harus terbuka pada alternatif yang lebih adil. Kedaulatan Palestin dan hak penduduknya harus diutamakan dalam usaha mencapai perdamaian.

Sehingga hari ini, sudah jumlah lebih 5,200 orang yang telah terkorban, lebih 20,000 yang tercedera kepada penduduk-penduduk awam di wilayah Gaza dan di Tebing Barat. Malaysia juga perlu memainkan peranan lebih aktif di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain termasuk OIC demi memastikan pematuhan undang-undang oleh Israel dan perlindungan hak asasi manusia di kalangan rakyat Palestin ketika mana hari ini seluruh dunia mengecam bahawa Israel telah melanggar konvensyen dan juga hak asasi manusia...

Yang Berhormat saya merujuk pada Peraturan 17, untuk kepentingan Dewan kita, ucapan Ahli supaya tidak melebihi 400 patah perkataan dan perlu membaca teks yang diluluskan sahaja.

Saya boleh membiarkan kalau...

Ya, baik Tuan Yang di-Pertua.

Tapi kalau terlalu banyak saya takut boleh dimasukkan dalam soalan tambahan nanti.

Terima kasih.

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seterusnya kepada teks saya. Pendapat awam di Malaysia secara meluas menentang normalisasi hubungan dengan Israel dan ini adalah suara yang perlu diberi perhatian. Membantah usaha normalisasi merupakan cara untuk memenuhi aspirasi rakyat dan menjaga hubungan antara kerajaan dan rakyat yang kuat.

Selain itu, saya mengajak agar kita semua di Parlimen Malaysia turut berperanan dalam meningkatkan kesedaran di dalam negara mengenai isu Palestin- Israel. Kita perlu berkomunikasi dengan rakyat Malaysia dan menjelaskan implikasi serta langkah-langkah yang diambil dalam menangani isu ini.

Berikut adalah cadangan yang lebih terperinci bagi tindakan oleh pihak Kementerian Malaysia untuk membantu mengatasi krisis Palestin dan memastikan perlindungan hak asasi manusia khususnya rakyat Palestin.

Pertama, menguatkuasakan penyataan sokongan kepada Palestin. Malaysia boleh mempertingkat peranan diplomatiknya dalam menekankan sokongan kepada Palestin dengan menghantar duta besar atau wakil khas untuk bekerjasama dengan PBB dalam memantau perkembangan di Palestin.

Kedua, membekukan Perjanjian Ekonomi dan Perdagangan dengan Israel secara langsung atau tidak langsung. Malaysia boleh mengkaji semula sebarang perjanjian perdagangan dengan Israel dan mempertimbangkan penamatan perjanjian tersebut jika tindakan Israel terus melanggar hak asasi manusia.

Ketiga, memberikan sokongan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin. Malaysia boleh memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan bajet luar negeri untuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang lebih besar kepada Palestin, termasuk perubatan, makanan dan bantuan pendidikan.

Malaysia juga boleh mempertingkat peruntukan dalam bajet pembangunan untuk menyokong projek-projek pembangunan khususnya kepada pelarian dan juga pelajar-pelajar Palestin di Malaysia.

Keempat, mempromosikan diplomasi dan perundingan. Malaysia boleh menambahkan perbelanjaan dalam bajet luar negeri untuk menyokong usaha-usaha diplomasi dan perundingan di peringkat antarabangsa.Ini mungkin termasuk penyediaan sumber untuk perundingan damai, rundingan dua hala, dan penganjuran dialog antara pihak Palestin dan juga pihak-pihak yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Baik saya minta Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sik di atas soalan yang dikemukakan pada hari ini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Seperti yang telah kerap kali dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin negara, pendirian Malaysia tentang isu Palestin tidak pernah berubah dan kekal sejak dari dahulu lagi. Ini diperkukuhkan lagi dengan ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023 yang lalu, yang menegaskan bahawa Malaysia sentiasa menyokong pengembalian hak mutlak bebas kepada rakyat Palestin daripada pendudukan haram Israel, pengambalian hak tanah yang telah dirampas dan hak membentuk sesebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan empat cadangan Yang Berhormat Sik berkenaan konflik Israel-Palestin, saya akan merungkai kesemuanya satu per satu.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Cadangan yang pertama, menguatkuasakan penyataan sokongan kepada Palestin. Malaysia melalui pelbagai platform sentiasa lantang dan teguh dalam menyuarakan isu Palestin. Sokongan Malaysia terhadap negara Palestin boleh dilihat dengan jelas di pelbagai platform antarabangsa termasuk di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam

(OIC) serta Sidang Kemuncak ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk atau dengan izin ASEAN GCC Summit baru-baru ini.

Usaha terbaharu Malaysia boleh dilihat semasa menghadiri mesyuarat luar biasa tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC, Peringkat Menteri-menteri Luar Negeri di Jeddah, Arab Saudi. Mesyuarat yang berlangsung pada 19 Oktober 2023 ini menyaksikan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara anggota OIC menggesa konflik Israel – Palestin ini dihentikan segera. Selain itu, Malaysia turut mendesak untuk menghentikan dengan izin politics of disposition di mana ia menyahkan hak dan tanah bagi rakyat Palestin.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri membuat lawatan ke negara- negara Asia Barat bagi meraih sokongan bagi menunjukkan penyatuan dan solidariti dengan rakyat Palestin oleh negara-negara anggota OIC.

Cadangan kedua, membekukan perjanjian ekonomi dan perdagangan dengan Israel. Saya ingin menegaskan, perkara ini telah acap kali diterangkan di Parlimen ini bahawasanya Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Justeru, cadangan ini adalah tidak berbangkit.

Cadangan ketiga, memberikan sokongan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin. Malaysia sentiasa komited dalam memberikan sokongan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin. Bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin terbahagi kepada dua. Pertamanya, bantuan melalui dana kerajaan.

Bantuan dari kerajaan adalah meliputi projek fizikal dan bukan fizikal termasuk membiayai kos kedutaan besar dan kediaman rasmi kedutaan besar Palestin di Malaysia setiap tahun. Selain itu, bantuan Malaysia turut meliputi pembangunan modal insan melalui pelbagai program latihan, Program Kerjasama Teknikal Malaysia

(MTCP). 465 warga Palestin telah meraih manfaat sebagai peserta MTCP. Butiran tambahan boleh diberikan sekiranya diperlukan.

Bantuan yang kedua ialah bantuan melalui dana awam. Kementerian Luar Negeri telah diberi mandat untuk menguruskan dana amanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan. Tabung ini atas nama Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), diberi amanat untuk mengumpul dan menyalurkan dana kepada rakyat Palestin yang memerlukan. Sejak ditubuhkan dari tahun 2002, AAKRP telah menyalurkan dana untuk membiayai pelbagai projek untuk

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

rakyat Palestin. Menyentuh mengenai AAKRP, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menggerakkan kempen kutipan di kawasan masing-masing.

Cadangan yang keempat daripada Yang Berhormat Sik iaitu mempromosikan diplomasi dan perundingan. Isu Palestin ini adalah kompleks dan memerlukan masa serta perancangan rapi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dan saya akan terus-menerus berunding dengan rakan-rakan untuk mengusahakan pendekatan diplomasi bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menghentikan krisis di Semenanjung Gaza. Sekian dan terima kasih.

Saya persilakan Yang Berhormat Sik untuk mengajukan soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas ucapan ataupun jawapan diberikan.

Soalan tambahan saya berkaitan dengan kenyataan yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika dalam Himpunan Solidariti Palestin di Stadium Axiata di Bukit Jalil pada malam semalam ya. Iaitu beliau menyebut bahawa beliau telah menerima tekanan dan ugutan daripada pihak-pihak luar berkaitan ketegasan kita Malaysia dalam mempertahankan penindasan rakyat Palestin.

Jadi soalan saya, maknanya ugutan juga telah pun memberi kesan ataupun langsung kepada kita rakyat Malaysia yang sememangnya memberi sokongan penuh kepada Palestin. Jadi apakah pihak kementerian melihat ugutan-ugutan itu sangat serius ataupun ia memberi kesan langsung kepada hubungan kita di peringkat antarabangsa dengan negara-negara lain? Terima kasih.

Silakan Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Sebagaimana yang telah pun diterangkan dengan panjang lebar pada pagi tadi sewaktu sesi soalan Menteri di mana Yang Berhormat Menteri Luar telah menerangkan tentang isu yang telah dibangkitkan ini tetapi saya mungkin boleh menambah sedikit bahawa ugutan-ugutan itu bukan semestinya ugutan dari segi keselamatan. Mungkin juga ugutan ekonomi dan sebagainya. Tapi ini kita akan mengambil kira secara keseluruhannya.

Saya percaya agensi-agensi dalam negara kita juga telah mengambil inisiatif untuk melihat perkara ini secara dekat. Kalaupun ada ugutan dari segi keselamatan, mungkin sudah kita bersedia untuk itu. Manakala ugutan dari segi ekonomi juga kalau mungkin wujud, kita juga sudah bersedia untuk menghadapi ꟷ bagaimana untuk menangani semua bentuk ugutan yang telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Lesen Import (Ap) Untuk Sisa PlastikSpecial Chamber

Tuan Yang di-Pertua, pencemaran sisa plastik adalah suatu masalah yang berleluasa bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia. Sekiranya tiada pengurusan yang efektif, isu ini boleh membawa kesan negatif terhadap alam semula jadi dan kesihatan rakyat pada masa depan.

Walaupun budaya mengitar semula dihebahkan sebagai penyelesaian untuk pencemaran plastik, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

bahawa proses kitar semula itu sendiri boleh mencemarkan alam sekitar sekiranya ia tidak diuruskan dengan bersih mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika proses kitar semula dilakukan tanpa tapisan dan cara pembuangan yang tidak selamat, ia boleh memudaratkan kehidupan sungai dan laut.

Sehubungan dengan itu, isu yang saya ingin kemukakan adalah mengenai pencemaran sisa-sisa pembuangan oleh kilang-kilang kitar semula plastik di kawasan Telok Gong, Jenjarom, Banting dan kawasan Pelabuhan Klang yang masih lagi menjadi isu dan perlu dipantau dengan rapi. Saya telah menerima beberapa aduan daripada masyarakat tentang masalah pencemaran ini, termasuk para nelayan yang merungut tangkapan mereka sudah merosot.

Dalam pemantauan saya, saya telah lihat lori panjang mengangkut pelbagai jenis plastik dari kilang-kilang kitar semula, plastik untuk dikitarkan semula ataupun dilupuskan. Sebagai wakil rakyat, saya ingin memastikan kilang-kilang kitar semula plastik menjalankan operasi mereka mengikut undang-undang.

Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, khususnya Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk mengemukakan senarai syarikat yang menerima lesen import (AP) untuk Sisa Plastik HS39.15B bagi tahun 2023.

Maklumat senarai penerima AP bagi tahun 2023 ini penting agar kita boleh bersama memantau dan memastikan syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan atau tidak mengendalikan sisa plastik import untuk dikitar semula. Sekiranya ada di antara mereka yang didapati mengendalikan sisa plastik import tanpa lesen, tindakan undang-undang boleh dijalankan ke atas mereka. Akhirnya, saya ingin menekankan bahawa soalan ini adalah selaras dengan visi ke arah ketelusan maklumat supaya rakyat boleh di perkasa dengan maklumat untuk memantau salah laku demi menjaga hak kesihatan mereka dan hak untuk hidup dalam alam persekitaran yang bersih dan lestari. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan menjawab ya.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, semua pengimportan sisa plastik di bawah Kod Tarif 39.15 perlu mendapatkan lesen import ataupun AP daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) selaras Butiran 14, Bahagian 1, Jadual II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import 2017)

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Pada masa ini pengimportan sisa plastik tersebut adalah tertakluk kepada 19 syarat antaranya termasuklah mendapat pematuhan premis bagi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 daripada Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapat kelulusan memasang dan mengoperasi jentera daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan mengemukakan pengesahan kapasiti sebenar mesin pemprosesan yang di sahkan oleh SIRIM.

Penilaian kelayakan selaku pengimport sisa plastik di bawah kod tarif 39.15 dibuat melalui satu jawatankuasa Iaitu Jawatankuasa Penilaian Lesen Import, Approved Permit (AP) bagi sisa pepejal plastik kod tarif 39.15 (JKPLISP) yang

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

ditubuhkan oleh JPSKN. Hanya premis yang diluluskan oleh JKPLISP dan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Akta 127 sahaja boleh membuat permohonan dan mendapat kelulusan AP.

Pengimportan sisa plastik tersebut hanyalah dibenarkan bagi sisa plastik yang bersih dan homegen yang bertujuan untuk dikitar semula sahaja selaras keperluan konvensyen vessel. Pada ketika ini, penguatkuasaan pengimportan sisa plastik di bawah kod tarif 39.15 dijalankan secara bersepadu melalui kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JAS.

Bagi pematuhan kawalan pencemaran alam sekitar akibat pengoperasian kilang pula, premis-premis yang menjalankan aktiviti kitar semula ini adalah turut tertakluk kepada Peraturan Kawalan Pencemaran Alam Sekitar di bawah Akta 127, sama seperti mana-mana kilang atau perusahaan-perusahaan lain.

Berdasarkan data JPSPN pada tahun 2023, terdapat sebanyak 84 premis yang telah diluluskan selaku pengimport sistem plastik di bawah kod tarif 39.15.

daripada 84 premis tersebut sebanyak 35 premis adalah terletak di negeri Selangor.

Bagi menyahut seruan Yang Berhormat untuk ketelusan dan keterbukaan, berikut adalah senarai 35 premis tersebut.

Saya baca, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

(i) Technology PP Industries Sdn. Bhd.; (ii) Timur SOC Industrial Sdn. Bhd.; (iii) Jia Hua Plastic Sdn. Bhd.; (iv) Tanjung Majujaya Sdn. Bhd.; (v) Teguh Jaya Polymer Sdn. Bhd.; (vi) See Hau Global Sdn. Bhd.; (vii) Plus One Recycle Sdn. Bhd.; (viii) Intco Malaysia Sdn. Bhd.; (ix) Yuan Wei Plastic Sdn. Bhd.; (x) Idealpoly Plastic Industries Sdn. Bhd.; (xi) Danex Plast Sdn. Bhd.; (xii) Sunray Enterprise Sdn. Bhd.; (xiii) Color Pigment (M) Sdn. Bhd.; (xiv) Unique Capability Sdn. Bhd.; (xv) C2 Polymer Sdn. Bhd.; (xvi) RS Polymer Sdn. Bhd.; (xvii) Karich Sdn. Bhd.; (xviii) Teguh Jaya Polymer Sdn. Bhd.; (xix) RJH Marketing & Trading Sdn. Bhd.; (xx) OCK Recycle Sdn. Bhd.; (xxi) Unique Cycle Industries Sdn. Bhd.;

(xxii) Angkasa Kowaris Plastics Sdn. Bhd.; (xxiii) Enviro Polymer Sdn. Bhd.; (xxiv) Y Plastic Recycling Sdn. Bhd.; (xxv) Silver Coral Sdn. Bhd.; (xxvi) Cens Plastic Industries Sdn. Bhd.; (xxvii) Nan Fang Plastic Sdn. Bhd.; (xxviii) Twin Cycle Resources Sdn. Bhd.; (xxix) Sannanda Rika Sdn. Bhd.; (xxx) Teguh Jaya Polymer Sdn. Bhd.; (xxxi) Cens Plastic Industries Sdn. Bhd.; (xxxii) Asasrama Sdn. Bhd.; (xxxiii) TNMT Industries Sdn. Bhd.; (xxxiv) PE Plus Industries Sdn. Bhd.; dan (xxxv) JS Poly Industry Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, nasib baik 35. Kalau 100, saya tidak tahu.

[Ketawa] Yang Berhormat, silakan ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri jawapan begitu mantap. Saya sangat gembira dengan jawapan yang begitu telus.

Soalan tambahan saya adalah, berapakah banyak aduan, salah guna permit ataupun tanpa permit kitar semula ini berlaku di kawasan yang saya nyatakan dari Banting sehinggalah Pelabuhan Klang. Berapa banyak tindakan yang pernah diambil? Terima kasih. Untuk bagi tahun 2022 dan 2023.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memang saya membaca satu per satu senarai nama tadi supaya direkodkan dalam Parlimen dan rekod ini boleh diakses secara umum. Maka, ketelusan itu memang adalah di peringkat KPKT. Mengenai soalan daripada Yang Berhormat yang khusus ataupun spesifik ke kawasan Yang Berhormat, berdasarkan maklumat tambahan yang saya baru terima, aduan yang diterima secara rasminya adalah satu. Satu kes yang kita terima, namun, bila disiasat kembali, sebenarnya tempat tersebut, pemilik tersebut mempunyai lesen. Tetapi kalau lebih spesifik berdasarkan senarai daripada 35 syarikat yang saya namakan satu per satu sebentar tadi, untuk dalam daerah Kuala Langat dan Klang ini terdapat 15 permit atau premis yang mendapat lesen tersebut. Maka, bagi memudahkan supaya ada hubungan dengan wakil rakyat, saya tidak rasa ada salahnya insya-Allah kita pun akan kemukan spesifk nama premis yang ada lesen dalam kawasan Yang Berhormat kerana di pihak jabatan, kami mengawal premit pengimportan. Cuma, pengoperasian dari segi kilang yang halal ataupun tidak ini, itu juga memerlukan pemantauan dan juga aduan daripada pihak yang berkenaanlah. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, bolah tanya soalan...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau mengikut Peraturan yang ada...

Sebab I nak pastikan yang tadi, sebab Timbalan Menteri memang – terima kasih Timbalan Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Saya belum putuskan lagi. Belum putuskan. Saya belum putuskan sama ada boleh ataupun tidak. Kalau...

Kita boleh susuli di luar.

Okey. I’m very happy with that.

Tuan Yang di-Pertua

Saya cadangkan supaya susuli di luar. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Penguasaan Peniaga Warga AsingSpecial Chamber

Tuan Yang di-Pertua, memang kita sangat rapat dengan KPKT. Sudah sekian lama para peniaga kurang berkemampuan di negara kita sering menjadi mangsa kepada peniaga warga asing yang bermaharaja lela di tapak-tapak perniagaan bersubsidi seperti di pasar awam, pasar pagi, pasar malam.

Negara kita sebenarnya memerlukan pelabur asing, bukannya pendatang asing sebagai bos di pasar-pasar awam ataupun pasar pagi dan pasar malam. Peniaga yang kurang mampu sepatutnya berniaga di bawah tapak Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) yang dikurangkan kadar sewanya oleh subsidi kerajaan. Tetapi, orang asing digaji oleh peniaga kurang mampu ini untuk menjalankan perniagaan di tapak tersebut.

Kegiatan penyewaan lesen ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun lesen diberi kepada peniaga tempatan, namun “tauke on-the-site” dengan izin adalah warga asing yang menyewa lesen tersebut.

Baru-baru ini warga Rohingya khasnya juga sudah mula berniaga di kaki lima kawasan perniagaan komersial. Aktiviti perniagaan ini juga mengancam peniaga tempatan di kawasan perniagaan komersial tersebut. Situasi ini sememangnya tidak adil kepada peniaga tempatan yang telah terikat dengan undang-undang PBT daripada pelbagai jabatan seperti perlesenan, kejuruteraan, sisa pepejal dan domestik serta kesihatan awam.

Antara kawasan yang menjadi hotspot adalah Pasar Awam Selayang, Pasar Meru Klang, Pasar Sri Muda serta banyak tapak peniagaan awam lain terutamanya bandar-bandar utama di negara kita. Sebagai Kerajaan Perpaduan dengan konsep Malaysia Madani dan sebagai wakil rakyat yang prihatin terhadap rakyat, kita perlu mengambil inisiatif yang tegas secara efisien untuk menyelamatkan peniaga-peniaga tempatan kita terutamanya anak–anak muda.

Malangnya, pihak bertanggungjawab untuk memantau situasi ini seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia

(PDRM) sering menuding jari dan melepaskan tangan. Jika kegiatan seperti ini tidak diatasi dengan serta-merta, masa depan peniaga tempatan dan anak-anak muda kita yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan akan merosot kerana mereka akan dipaksa untuk bekerja di bawah warga asing. Oleh itu, proses pemberian lesen untuk perniagaan kecil harus diawasi dan disekat dengan segera.

Maka, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, khususnya pihak berkuasa tempatan untuk menyatakan apakah langkah- langkah telah diambil setakat ini bagi mengatasi peningkatan peniaga asing yang semakin teruk? Peningkatan tauke asing mengancam anak-anak muda kita yang berbakat dan menyekat mereka daripada menceburi bidang perniagaan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Silakan Menteri.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan

(JKT) memandang serius dan sentiasa memantau aktiviti perniagaan di pasar-pasar awam atau gerai-gerai bagi menangani isu perniagaan secara haram termasuklah peniaga warga asing.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen premis perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar-pasar selaras dengan Undang-undang Kecil

(UUK) Penjaja dan UUK Tred Perniagaan dan Perindustrian.

UUK Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian ini telah menggariskan bahawa kelulusan sewaan tapak pasar awam dan pengeluaran lesen hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja dan warga asing yang bekerja dengan penyewa tapak pasar malam tersebut mestilah mempunyai pas kerja yang sah. Bagi penyewa tapak pasar yang menyewakan tapak kepada warga asing, PBT tidak boleh berkompromi dan sewajarnya mengambil tindakan tegas dengan menarik semula sewaan tapak serta lesen perniagaan dibatalkan.

PBT juga perlu komited melaksanakan operasi penguatkuasaan dengan melakukan semakan status peniaga sedia ada serta pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT. Operasi bersepadu juga dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan sebarang tindakan penahanan warga asing atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah di bawah bidang kuasa dan pengurusan jabatan tersebut. PBT telah melaksanakan sebanyak 1,558 operasi bersepadu bermula tahun 2022 sehingga 31 Ogos 2023. Sehingga September 2023, sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan oleh PBT atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen atau premis.

KPKT sentiasa bersedia dan akan memberi kerjasama yang padu dengan kementerian lain bagi program turun padang sebagai usaha mengekang penularan masalah perniagaan secara haram oleh warga asing. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya persilakan Yang Berhormat Klang untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memang, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Jawapan Timbalan Menteri memang padu. Saya sangat gembira tapi rakyat di luar sana rasanya aneh.

Saya percaya sesiapa yang dengar kenyataan ataupun jawapan tadi, mereka ketawakan kita. Sebab apa, kita tahu saban hari ada tindakan diambil. Memang kita nampak penguat kuasa datang, tiba-tiba kita nampak agensi ada, tidak sampai berapa jam kembali ke normal, perniagaan mereka di situ kembali. Di mana

salahnya? Saya percaya setahun lalu atau dua tahun lalu di MBSA ada pegawai- pegawai kanan enforcement, ada MACC menahan mereka disebabkan ada kes-kes yang mana rasuah yang berleluasa di kawasan Sungai Buloh tetapi tiada tindakan susulan.

So, maka saya pohon, di bawah KPKT sebab apa, dahlah banyak aduan, dahlah banyak enforcement, berapa banyak tindakan disiplin yang diambil terhadap pegawai pemantau ini daripada pihak berkuasa tempatan? Sebab apa, merekalah sebenarnya dalang sebenarnya yang membenarkan perkara ini berterusan dalam Malaysia ini. Berapa banyak pegawai enforcement yang diambil tindakan? Terima kasih.

Menteri, sila menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang begitu komited dalam isu kerajaan tempatan. Kalau dalam rekod di Kamar Khas ini, memang saya sering berbincang dengan cara baik dengan Yang Berhormat macam kaedah tadilah. Itu cara baik kami, puji dulu lepas tu dia akan tembak. Itu normal. Itu sebab kita menyampaikan hasrat masalah sebenar di luar.

Cuma yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi memang saya ambil maklum. Dan sebab Yang Berhormat juga tadi menyebut beberapa contoh spesifik.

Sebagai contoh tadi, ada disebut Pasar Sri Muda, disebut Pasar Meru Klang, Pasar Awam Selayang. Di sini saya cuba nak bagi gambaran sebenar supaya bagaimana cabaran yang dihadapi, realiti di luar sana. Sebagai contoh, untuk Pasar Meru Klang yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Klang.

Bilangan operasi bersepadu yang dijalankan bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 184 kali. Daripada operasi yang dijalankan itu, hanya tiga sahaja lesen dibatalkan. Cuma untuk peringkat jabatan, kami menerima statistik yang dikemukakan. Memang saya minta dari pihak jabatan untuk mendapatkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan. Jadi dalam isu ini, ada beberapa sudut yang perlu kita lihat.

Pertama di peringkat KPKT ini, lebih kepada kawalan pelesenan perniagaan.

Jadi apa yang boleh diambil tindakan itu adalah dengan membatalkan lesen yang disalah guna seperti yang disebut sebentar tadi. Tapi pada masa yang sama, dalam situasi ini sementara penguatkuasaan itu kita boleh cuba jalan terbaik dan berapa kerap lagi kita boleh turun dan sebagainya, mereka yang sebenarnya membuka ruang kepada peniaga asing ini juga perlu kita teliti. Bagaimana nak mengubah sikap dalam masyarakat yang untuk kepentingan sendiri menyebabkan kepayahan kepada masyarakat.

Jadi sebab itu kalau hendak terus dipersalahkan kepada penjawat awam, saya juga kena tengok daripada keadaan yang kita terpaksa berdepan dengan masyarakat. Kalau ada kesedaran self-regulate.

Maksudnya kita sendiri mengelak memberikan peluang, kelebihan kepada orang asing, perkara ini tidak timbul. Kenapa dekat kawasan yang sama itu mungkin berulang dan berulang dan menjadi cabaran di bawah ataupun di peringkat jabatan ini, bagi memastikan perkara ini tidak berlaku dengan berleluasa.

Cuma, pada masa yang sama, teguran Yang Berhormat mengenai mungkin ada segelintir yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab tersebut tetapi tidak berlaku ataupun berlaku sebaliknya, perkara ini memang – teguran itu, peringatan itu

boleh disampaikan daripada pihak KPKT tetapi dari segi pengambilan, penjawatan di peringkat PBT ini, adalah di bawah kuasa bidang kerajaan negeri.

Maka, sebab itu di peringkat KPKT melalui jabatan kami, kita akan terus memastikan soal integriti. Peringatan dari segi pekeliling yang dikeluarkan oleh KPKT memang kerap. Saya tahu, dengan Datuk Ketua Pengarah sendiri pun, memang ada kita keluarkan pekeliling dari semasa ke semasa. So, maka sebab itu untuk mengatasi masalah ini, semua pihak kena mainkan peranan. Kita kena elak keadaan yang masing-masing cuba melepaskan tanggungjawab ataupun cuba mengelak bila perkara ini berlaku.

Cuma, macam yang saya sebut tadi, memang saya kongsikan statistik dengan Yang Berhormat supaya perkara ini juga mengambil pedoman, pengajaran sebab akhirnya, yang rugi itu kita sendiri. Jadi, dengan itu saya menyambut baik soalan daripada Yang Berhormat Klang. Insya-Allah saya yakin saya akan jumpa Yang Berhormat Klang dalam Kamar Khas dalam isu yang akan datang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Sila.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Beras Putih Di MalaysiaSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Tuan Yang di-Pertua, beras putih adalah produk makanan asas dalam kehidupan harian rakyat Malaysia dan ketersediaan beras tempatan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan negara.

Akhir-akhir ini, terdapat peningkatan yang ketara dalam pengenalan beras import ke pasaran Malaysia yang berpotensi merugikan industri beras tempatan serta menaikkan harga beras secara tidak munasabah.

Baru-baru ini, kerajaan memutuskan agar harga beras putih import diserap oleh kerajaan mulai 5 Oktober 2023 bagi membolehkan beras putih import diperoleh dengan harga runcit RM31.00 bagi setiap 10 kilogram. Ini memandangkan pengeluaran beras putih tempatan di Sabah dan Sarawak adalah terhad.

Justeru, saya meminta agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan peningkatan pengeluaran beras tempatan, termasuk meningkatkan sokongan kepada petani padi tempatan melalui teknologi dan penyelidikan pertanian yang lebih baik.

Ketiadaan beras putih tempatan di pasaran adalah isu serius yang perlu segera ditangani kerana ia memberi kesan kepada ketahanan makanan negara dan kualiti hidup rakyat Malaysia. Langkah-langkah intervensi yang diperlukan dalam pelan ini haruslah merangkumi aspek-aspek berikut:

(i) Peningkatan Pengeluaran Beras Tempatan. Kerajaan digesa untuk memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran beras tempatan dengan menyokong pesawah-pesawah tempatan melalui penyediaan teknologi moden, latihan dan bantuan kewangan yang lebih besar;

(ii) Penentuan Harga Siling Untuk Beras Import. Adalah penting untuk mengkaji semula dan menetapkan harga siling untuk beras import. Ini akan memastikan bahawa beras tempatan

bersaing dengan saksama dengan beras import serta mengelakkan penyalahgunaan harga ini ataupun manipulasi harga oleh pihak-pihak berkepentingan;

(iii) Pelan Pemulihan Jangka Masa Sederhana dan Panjang.

Kerajaan diminta untuk merangka pelan pemulihan yang komprehensif termasuk langkah-langkah jangka masa sederhana dan panjang. Ini perlu disusun dengan teliti dan berlandaskan kepada analisa menyeluruh mengenai masalah bekalan beras negara; dan

(iv) Perkongsian Data dan Kerjasama Industri. Kerajaan harus menggalakkan perkongsian data yang lebih baik di antara pemain industri beras untuk memantau dan meramal bekalan dengan lebih efisien. Kerjasama antara sektor awam dan swasta juga penting untuk mencapai matlamat ini.

Dengan mengambil tindakan yang sesuai, saya berharap agar gesaan dan idea daripada kesemua Ahli Dewan Rakyat untuk mengatasi ketiadaan beras putih tempatan di pasaran serta mengawal harga beras import yang tinggi dapat dipertimbangkan demi menjamin bekalan makanan dalam negara.

Ini akan melindungi kepentingan petani padi tempatan, memastikan keselamatan makanan negara serta memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada beras yang berpatutan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya silakan menjawab.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedang giat melaksanakan pelbagai langkah intervensi dalam tempoh jangka sederhana dan panjang bagi mengatasi isu kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran seperti berikut:

Pertama, peningkatan pengeluaran beras tempatan. Pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB). Sejak pelancarannya pada tahun 2021, pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) oleh 27 buah syarikat peneraju telah menghasilkan beberapa pencapaian menakjubkan meskipun hanya bermula pada tahun 2021.

Antaranya ialah rekod proses pemutuan padi serendah sembilan peratus berbanding purata industri sebanyak 20 peratus. Lonjakan penghasilan padi sehingga 150 peratus pada musim pertama penuaian dan sebagainya. Sehingga kini, program ini sedang dilaksanakan di kawasan seluas lebih 26,000 hektar dengan penglibatan lebih 10,000 orang pesawah di seluruh negara kecuali di negeri Melaka dan Johor.

Kedua, Program SMART SBB Model Ala Sekinchan. Program SMART SBB bagi model Ala Sekinchan telah terbukti mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan mengaplikasikan amalan pertanian baik daripada kawasan Sekinchan, Selangor. Umum mengetahui bahawa kawasan Sekinchan terkenal dengan penghasilan padi melebihi 10 tan metrik per hektar. Dengan penggunaan jentera terkini seperti jentanam dan penggunaan dron pertanian, projek rintis di Kampung Lat

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

1000, Perlis telah berjaya mengeluarkan hasil padi sebanyak 10.45 tan metrik per hektar, berbanding hasil sebelumnya sebanyak 7.00 tan metrik per hektar sahaja.

Ketiga, pemerkasaan infrastruktur pengairan sawah padi. Kerajaan turut meluluskan peruntukan projek pengairan sebanyak RM3 bilion bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun berskala besar dengan menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan dan jalan di kawasan sawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 231,000 hektar bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

Keempat, Kerjasama Penyelidikan. KPKM melalui MARDI turut bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan badan penyelidikan bagi penghasilan benih padi berkualiti yang boleh dituai dalam tempoh kurang daripada 75 hari, tahap toleransi tinggi dan tahan cuaca ekstrem. Sekarang masuk ke Penentuan Harga Siling Untuk Beras Import. Harga pasaran antarabangsa bagi Beras Putih Import

(BPI) telah meningkat sebanyak 60 peratus pada akhir Ogos 2022. Keadaan ini telah diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan Dolar Amerika (USD).

Walau bagaimanapun, BERNAS masih mengekalkan harga lama dengan menyerap tekanan pasaran yang tinggi secara berterusan. Mulai tahun 2023, BERNAS menerima impak berganda kerana bukan sahaja terpaksa menyerap asakkan kenaikan kos, tetapi membekalkan jumlah beras 38 peratus lebih tinggi daripada biasa. Sehubungan itu, saranan supaya kerajaan mengarahkan BERNAS berterusan mengimport beras bagi mencukupkan bekalan walaupun terpaksa menanggung kerugian adalah tidak timbul, kerana BERNAS telah pun bertindak melaksanakan perkara-perkara tersebut.

Oleh kerana tidak mampu menampung kerugian yang semakin tinggi, BERNAS terpaksa menyelaraskan harga BPI sehingga 36 peratus iaitu daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan metrik mulai September 2023.

Penyelarasan tersebut adalah hanya bagi menampung kos belian dan kos pengimportan sahaja.

Untuk Langkah Intervensi Bekalan Beras. Antara langkah intervensi jangka masa pendek yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan beras adalah seperti berikut:

(i) menjalinkan kerjasama strategik bersama KPDN dalam Operasi Beras Putih Tempatan (Ops BP), Operasi Jamin

(OPS JAMIN) iaitu bagi menguatkuasa Arahan Had Pembelian Maksimum kepada pembeli sebagaimana dalam Peraturan 10(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 dan pelbagai sesi libat urus untuk mendapatkan input daripada kesemua pihak berkepentingan dalam industri bagi meredakan kebimbangan mengenai kekurangan BPT dalam pasaran;

(ii) kita melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan secara konsensus bersama pengilang beras untuk pengeluaran tambahan 20 peratus stok pengilang padi secara berfasa iaitu fasa pertama, pelaksanaan mulai 8 September 2023 melibatkan lima syarikat pemborong utama dan fasa kedua, pelaksanaan mulai 15 September 2023 melibatkan 103 syarikat pemborong;

(iii) mengadakan sesi libat urus KPKM bersama Persatuan Restoran Pengusaha Makanan dan Penjaja Kecil pada 15

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

September 2023. Sesi ini telah mencapai persetujuan untuk memberi tawaran lesen borong kepada pengusaha makanan yang bernaung di bawah persatuan perniagaan. Melalui lesen borong ini pengusaha makanan dapat menikmati harga belian BPI pada harga borong tetap iaitu RM160 untuk 50 kilogram harga pintu gudang;

(iv) melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam pengedaran jualan runcit secara langsung melalui platform dan ruang perniagaan yang dimiliki oleh kedua-dua agensi ini yang menyasarkan kawasan luar bandar dan pedalaman; dan

(v) pada masa yang sama, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan empat langkah intervensi tambahan seperti berikut:

(a) memperkasa pengedaran BPT melalui FAMA dan LPP akan diperluaskan dengan meningkatkan pengedaran di kawasan pinggir bandar dan luar bandar termasuk kedai-kedai runcit;

(b) memberi subsidi sebanyak RM950 per tan metrik bagi BPI di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak mulai 5 Oktober 2023. Melalui kaedah ini, harga runcit BPI di kedua-dua negeri akan menjadi pada kadar harga maksimum RM31 bagi setiap kampit 10 kilogram;

(c) memastikan pembekalan perolehan di bawah kontrak kerajaan akan menggunakan BPI di mana pembekal boleh mendapatkan bekalan pada harga borong RM3,200 per tan metrik harga pintu gudang dan ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan; dan

(d) melancarkan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (Op BPT) yang melibatkan Kawal Selia Padi dan Beras

(KPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Operasi secara bersepadu akan diketuai oleh YBTM KPKM iaitu saya dan memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan menyeluruh di semua peringkat rantaian pembekalan BPT termasuk kilang-kilang besar dan stor-stor pemborong serta peruncit.

Keempat, perkongsian data dan kerjasama industri. KPKM sentiasa cakna akan keperluan merubah landskap industri terutamanya subsektor padi dan beras negara yang perlu diberikan nafas baharu. Memandangkan keperluan kepada bekalan padi bagi pemprosesan beras domestik dijangka terus meningkat dan pada masa yang sama trend pengimportan beras dari luar negara perlu dikurangkan bagi tujuan sekuriti bekalan makanan negara, maka terdapat keperluan untuk meningkatkan produktiviti padi di peringkat domestik. Dalam hal ini, KPKM akan terus

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

merancakkan pelaksanaan program SMART SBB untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan swasta bagi menjadikan industri padi dan beras negara lebih dinamik dan berdaya saing.

Penglibatan pihak swasta dalam industri padi dan beras negara amatlah penting bagi menyuntik semangat baharu kepada industri ini melalui pendekatan- pendekatan baharu dengan memanfaatkan sumber modal pembiayaan semaksimum mungkin. Program SMART SBB ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyatukan tanah sawah secara pertanian kontrak atau sewaan melalui satu pengurusan, sekali gus dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil lepas tuai melalui perkongsian data yang tepat dan telus bagi memastikan pemantauan seperti rice check dan amalan pertanian terbaik dapat dilaksanakan lebih teratur.

Dalam hal ini, penggunaan teknologi canggih atau Internet of Things (IoT) selaras dengan pembangunan Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) dalam penanaman padi adalah elemen penting yang ditekankan dalam Program SMART SBB.

Antaranya adalah penggunaan dron bagi pemantauan yang lebih berkesan dan penyemburan input pertanian seperti baja dan racun. Elemen teknologi yang diterapkan dapat mengurangkan kos penanaman di samping meningkatkan produktiviti hasil pertanian padi. Sekian, terima kasih.

Boleh tahan panjang.

[Ketawa] Saya persilakan Yang Berhormat Sik untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan diberikan berkaitan isu bekalan beras putih tempatan dan saya ingat ini kali kedua kita bicara di Kamar Khas ini.

Soalan tambahan saya mungkin ada dua soalan yang kita rangkum bersama.

Yang pertama dari segi pelan jangka panjangnya. Ketika sudah bermula usaha untuk penanaman padi lima kali dua tahun yang telah digerakkan oleh MADA ketika saya bersama di agensi ini pada dua tahun lepas. Namun saya lihat dalam bajet kita 2024, tidak ada satu angka khusus yang kita lihat dan signifikan untuk kita meneruskan projek ini kerana kita telah pun mendapat satu angka bahawa jika dilaksanakan penanaman padi lima kali dua tahun ini, ada potensi untuk peningkatan beras tempatan daripada 65 peratus sehingga mungkin sampai 80 peratus.

Jadi soalan saya ini, adakah ada satu projek khas dalam bajet kita lebih kurang RM6.1 bilion kepada Kementerian Pertanian ini untuk mengembangkan lagi projek lima kali dua ini daripada hanya sekarang ini 1,240 hektar di MADA kepada kawasan yang lebih luas.

Yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, iaitu disebut oleh Menteri Pertanian sendiri bahawa selepas penuaian musim kedua berakhir di kawasan MADA, kes-kes kekurangan beras tempatan dapat dikurangkan di dalam pasaran.

Jadi soalan saya, selepas sudah selesai sekarang ini musim tuaian di lebih 100,000 hektar di kawasan MADA, adakah sudah berlaku ada signifikan kepada peningkatan beras putih tempatan kita di pasaran ini? Terima kasih.

Silakan Timbalan Menteri.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Untuk makluman Yang Berhormat Sik, yang pelan jangka panjang untuk lima musim dua tahun ini, di MADA ini projek RM3 bilion yang selalu kita katakan itu sebenarnya ia adalah satu projek bersifat PFI. Maksudnya, ia adalah satu kerjasama di antara pihak swasta dan juga pihak kerajaan. Oleh tersebut,

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

RM3 bilion itu tidak dapat kamu jumpa dalam Bajet 2024 kerana ia bersifat PFI dan ia akan diuruskan melalui UKAS.

Kalau saya tidak silap, dalam masa yang terdekat ini kita sekarang tengah proses untuk buat finalisation, untuk memuktamadkan sesiapa syarikat yang akan dilantik untuk sama-sama kita membangunkan sistem perairan di MADA ini dengan jumlah nilainya RM3 bilion. So, yang itu untuk soalan yang pertama.

Soalan yang kedua itu, bagaimana kita memastikan ini bekalan semakin meningkat. Kalau, tunggu sekejap ya saya nak baca ini yang terbaru ya.

Boleh Yang Berhormat, boleh.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey. So, setakat kalau berbanding dengan status pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan, kita perbandingkan pada tarikh 18 Oktober berbanding dengan 25 Oktober. Kamu boleh lihat seperti contoh, di pasar raya setakat satu minggu itu, kan. Okey kita kira setiap minggu. Yang minggu pada 18 Oktober, kita telah menghantarkan 5,847 metrik tan atau 584,724 kampit melalui pasar raya. Pada minggu 25 Oktober, ia telah meningkat kepada 7,290 metrik tan atau 729,000 kampit. So, ini sesuatu peningkatan 19.8 peratus.

So, saya tak payah sebut satu-persatu. Cuma saya nak mengatakan yang terdapatnya ada peningkatan dalam kuantiti yang telah diedarkan melalui pasar raya, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan juga 103 pemborong di negeri ini.

Keseluruhannya yang menunjukkan satu peningkatan 23.43 peratus. Dari minggu ke minggu telah ada peningkatan dari segi bekalan. Dalam jumlah yang mutlak itu adalah daripada 10,794.79 metrik tan, kita telah meningkat kepada 14,097.88 metrik tan pada 25 Oktober ini. So week to week comparison-lah kan. So, ini yang sebagai satu bukti bahawa sekarang keadaan bekalan ini semakin terpulih di pasaran. So, sekian terima kasih.

Ahli- ahli Yang Berhormat, dengan itu tamat sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 30 Oktober 2023 jam 2.30 petang.

[Kamar Khas tamat pada pukul 3.30 petang]