Dewan Rakyat · 30 October 2023

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 1,070 turns · 62,949 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum saya memulakan Majlis, saya ingin mengucapkan alu-aluan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan pada hari ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada para peserta Program Jangkauan Parlimen yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari masyarakat Orang Asli seluruh negara. [Tepuk] Saya mewakili Parlimen Malaysia ingin mengucapkan selamat datang ke para peserta. Kita teruskan dengan soalan lisan pada pagi ini. Soalan pertama saya mempersilakan Tuan Wong Kah Woh, Yang Berhormat Taiping.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan Taiping, soalan 1.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Wong Kah WohDAP · PHTaiping · question

1. Tuan Wong Kah Woh [Taiping] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan- tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2020 dan 2021 berkenaan dengan ketirisan yang meliputi kehilangan wang awam serta pembaziran yang serius.

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, tujuh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah pun dibentangkan melibatkan pengauditan di peringkat Persekutuan dan negeri sepanjang tempoh 2020 dan 2021. Sebanyak 20 isu meliputi pelbagai kementerian, agensi, jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri yang telah diaudit dalam tujuh LKAN tersebut yang telah pun dikategorikan secara - sebagai isu punitif. Isu-isu ini melibatkan ketirisan yang meliputi kehilangan wang awam serta pembaziran yang serius, sama ada telah selesai diambil tindakan atau masih dalam tindakan siasatan lanjut oleh agensi penguat kuasa atau agensi pusat berkenaan. Isu-isu yang dibangkitkan melibatkan kelemahan pengurusan kontrak, pengurusan perolehan, pengurusan program projek dan kelemahan pengurusan wang zakat dan ketidakpatuhan terhadap peraturan. Sehingga 30 Oktober 2023, 12 isu telah selesai disiasat, melibatkan dua isu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 10 isu melibatkan

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

siasatan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan dan Jawatankuasa Khas- Tadi, saya mungkin telah pun menyebut 20 isu. Saya ingin membuat pembetulan 24 isu, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf. Saya meneruskan. Sehingga 30 Oktober 2023, 12 isu telah selesai disiasat melibatkan dua isu siasatan oleh SPRM dan 10 isu melibatkan siasatan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala 12 isu lagi masih dalam siasatan melibatkan siasatan lima isu oleh SPRM, enam isu oleh PDRM dan satu isu oleh Malaysia Competition Commission. Berdasarkan siasatan yang telah dilaksanakan sehingga kini, seorang penjawat awam telah dituduh di mahkamah pada 16 April 2023, di bawah seksyen 23(1) Akta MACC 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24 dan 25 orang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib. Sebagai langkah ke hadapan, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada 6 Julai 2023, telah memutuskan supaya Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan secara berkala kepada Jemaah Menteri dengan format pelaporan baru yang lebih berstruktur dan terperinci supaya setiap isu dilaporkan dapat diambil tindakan dengan lebih berkesan oleh setiap Menteri ataupun agensi. Untuk menutup Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa terdapat beberapa syor dari laporan-laporan tersebut, di mana tindakan telah pun diambil oleh jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi yang berkenaan. Contohnya, dua contoh yang berikut. Pertamanya, oleh Jabatan Kastam Malaysia di mana LKAN pada 2021 telah pun melaporkan bahawa duti kastam sejumlah RM72.32 juta terkurang kutip bagi tempoh 2015 sehingga 2021, oleh kerana tidak memenuhi syarat pemastautin milik kenderaan. Kastam telah pun menambah baik SOPnya untuk menilai kriteria pemastautin. Kedua, berkenaan dengan JPJ, LKAN pada 2021 telah melaporkan bahawa laporan penalti untuk perkhidmatan mencetak dokumen terkawal sebanyak RM149,178 tidak dikutip oleh JPJ bagi tempoh 2019 hingga 2020.

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Berdasarkan syor LKAN, JPJ kini telah pun mengutip balik sebanyak 1RM72,666 daripada jumlah tersebut dan seterusnya menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap terma-terma perjanjian tersebut. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Taiping, soalan tambahan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Kita sedia maklum bahawa isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, ada isu-isu yang akan diambil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang ditubuhkan oleh Majlis ini. Pada pagi ini, kita ada satu laporan dari PAC berkenaan dengan Pengurusan Wabak COVID-19. Ini juga isu yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini dan kita nampak prosiding pertama diadakan pada bulan Jun 2023 pada tahun ini. Laporan hanya dikemukakan empat bulan selepas itu. Itu bukan salah PAC tetapi apabila kita mahu membolehkan rakyat untuk memperolehi first-hand information, dengan izin. Makluman pada masa yang pertama, sama ada kerajaan akan menetapkan suatu tempoh masa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

...yang mana kerajaan, sama ada kerajaan akan membenarkan supaya... 1 Pindaan oleh YB. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (YB. Bukit Gelugor) melalui surat bertarikh 30 Oktober 2023.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, soalan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Ya, tengah tanya Timbalan Speaker. Sama ada kerajaan akan menetapkan tempoh masa supaya pelaksanaan live proceeding bagi PAC dilaksanakan dengan dua perkara dipinda. Nombor satu di bawah kuasa Dewan, Peraturan Tetap 85. Nombor dua, seksyen 9(m) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Sekian dari pihak saya. Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa soalan yang ditanya tersebut, sama ada kerajaan akan menetapkan live proceeding bagi prosiding-prosiding PAC itu, kami belum membuat sebarang keputusan. Tapi, kami ambil maklum berkenaan dengan persoalan yang ditanya tadi. Tapi, itu saya ingat tidak berkenaan dengan soalan asal yang ditanya, iaitu berkenaan dengan perkembangan-perkembangan LKAN-LKAN yang telah pun, saya telah pun terangkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat- Yang Berhormat...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih. Soalannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

...sila ikut Peraturan 10 ya bila berkaitan dengan soalan lisan. Silakan...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Pendang. Soalan yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak kaitkan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Taiping tadi. Alhamdulillah, saya setujulah. Cuma ada lah lebih telus dan manis sekiranya dimasukkan Laporan Ketua Audit Negara pada 2017, 2018, 2019. Tapi, ini dia masuk 2020 dan 2021. Mungkin ada sesuatu yang ada terpahat dalam agenda hatinya. Jadi, saya hendak meletakkan pada empat cadangan soalan. Soalan yang saya bangkitkan...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Tanyalah sekarang Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara pada 2019 yang menyentuh berkenaan dengan Kapal Tempur LCS. Di dalam laporan tersebut, Ketua Audit Negara telah menjelaskan beberapa perlanggaran tatacara berkaitan perolehan LCS. Kedua, kita tengok ada empat laporan. Laporan yang keduanya, daripada Laporan Audit Forensik dan yang ketiganya daripada jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang. Jadi, kita tengok. Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Kewangan Kerajaan iaitu JKSTUPKK berhubung projek perolehan kapal tempur persisiran pantai ini juga telah menyediakan laporan menyeluruh berkaitan dengan perlanggaran tatacara dan perolehan LCS ini. Di mana kah pembentangan, sampai sekarang kita tidak tahu. Seterusnya, dalam Laporan Audit Forensik disebut juga telah disediakan oleh firma perakaunan yang bebas juga telah didedahkan kepada awam tentang bahawa bukti penyelewengan telah dikumpul sejak 2010 lagi. Sebab itu saya sebut 2017, 2018, 2019 dan 2020. Sebab, kes LCS ini daripada 2010 lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jawatankuasa-jawatankuasa dan seterusnya PAC juga telah membentangkan. Seterusnya, kita hendak lihat di sini Laporan Ketua Audit Negara yang membolehkan sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

terhadap mereka yang terlibat. Laporan ini juga, menyebabkan PAC boleh membuat semakan dan siasatan hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara. Jadi, di mana kah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Pendekkan soalan Yang Berhormat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...tindakan yang diambil sampai sekarang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang telah pun saya katakan dan saya pun memberi jawapan tadi bahawa beberapa kes masih dalam siasatan. Beberapa kes telah pun, satu kes telah pun dituduh di mahkamah. So, kes-kes yang masih dalam siasatan, it is still in the process, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Kita beransur ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah.

Soalan saya nombor dua.

Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah · question

2. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan status pembaikan dan penggantian radar pesisir pantai di Wilayah Sabah bagi memastikan sistem amaran awal terhadap aktiviti pencerobohan laut di kawasan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) sentiasa berfungsi dengan baik dan berada pada tahap optimum.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji HasanUMNO · BNMenteri Pertahanan · Rembau

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat daripada Tanah Merah, bertanyakan berkenaan dengan status pembaikan dan penggantian radar pesisir pantai di Wilayah Sabah bagi memastikan sistem amaran awal terhadap aktiviti pencerobohan laut di kawasan Pantai Timur Sabah ataupun ESSZONE sentiasa berfungsi dengan baik dan berada pada tahap optimum. Tuan Yang di-Pertua, Pantai Timur Sabah merangkumi 10 daerah persisiran bermula daripada Kudat hingga ke Tawau iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Dengan panjang pantainya lebih kurang 1,733 kilometer, Dato’ Yang di-Pertua, yang melibatkan 361 buah pulau dan kawasan daratan seluas 31,158 kilometer persegi, iaitu 42 peratus daripada permukaan bumi negeri Sabah. Ini Datuk Shafie Apdal, biasa lah itu dalam tangan dia. Selain daripada faktor geografi, Dato’ Yang di-Pertua, kedudukan Pantai Timur Sabah yang berhampiran dengan kepulauan di Selatan Filipina dan juga Indonesia membuka ruang kepada pelbagai bentuk ancaman. Ancamannya, ancaman bukan tradisional juga ya Dato’ Yang di-Pertua, iaitu termasuk jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu gugat keamanan dan keselamatan kawasan berkenaan. Bagi memastikan keselamatan Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara, pada 25 Mac 2013, kerajaan telah mewujudkan ESSZONE (Eastern Sabah Security Zone - Zon Selamat Pantai Timur Sabah) dan kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Dato’ Yang di-Pertua, kawasan ESSZONE ini, ATM turut menjalankan operasi iaitu Operasi Pasir di bawah naungan Markas Angkatan Tugas Bersama 2, sejak tahun 2000 yang meliputi kawasan utara hingga selatan Pantai Timur Sabah. Saya sendiri Dato’ Yang di-Pertua, pada bulan Februari tempoh hari, baru ini saya telah pergi ke beberapa buah pulau, meninjau sendiri, melihat sendiri keadaan dan juga

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji HasanUMNO · BNMenteri Pertahanan · Rembau

melihat bagaimana anggota kita yang telah pun menjalankan operasi Op Pasir, yang mana setiap pasukan akan - tempohnya tiga bulan. Bagi mengawasi Pesisir Pantai Timur Sabah Dato’ Yang di-Pertua, radar Coastal Surveillance System ataupun pendeknya CSS telah diletakkan di 13 lokasi penempatan yang meliputi persisiran Kudat, iaitu bahagian utara ESSZONE sehingga ke Tawau, iaitu bahagian selatan ESSZONE. Pada masa ini, terdapat lapan buah radar yang baru sahaja selesai menjalani kerja-kerja naik taraf pada 16 September 2023 ini yang melibatkan radar CSS1206. Projek menaik taraf ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengesanan radar dan keupayaan perintah dan kawalan. Kesemua radar tersebut adalah berstatus operasi sepenuhnya (full-mission capabilities). Walau bagaimanapun, terdapat lima buah radar iaitu radar CSS AESA Spexer 2000 yang telah mengalami kerosakan dan dah tak boleh nak repair, tak ekonomi untuk di-repair lagi dah Dato’ Yang di-Pertua. Kesemua peralatan radar CSS AESA Spexer 2000 tersebut telah pun kita decommissioned atau kita tanggalkan untuk proses pelupusan. Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti keperluan bagi menutup sepenuhnya kelompangan ini di kawasan tersebut dengan melaksanakan perolehan sebanyak enam buah radar yang kita decommissioned-kan itu lima. Tapi, kita tambah lagi satu iaitu untuk jadi gap filler yang baharu.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji HasanUMNO · BNMenteri Pertahanan · Rembau

Jumlah keseluruhan peruntukan bagi perolehan enam buah radar tersebut adalah lebih kurang RM57 juta yang akan diperolehi dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya perlukan penjelasan dan jaminan jugalah daripada Yang Berhormat Menteri mengenai keupayaan radar jauh milik ATM yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Labuan. Adakah radar yang sedia ada ini berfungsi dengan baik, yang berupaya memberikan amaran awal terhadap aktiviti pencerobohan di laut dan di udara, termasuk kapal selam terutama dari negara China yang kita tahu kerap menceroboh masuk dalam perairan dan ruang udara Malaysia? Saya juga ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengenai rancangan masa depan MINDEF berkaitan pengoperasian Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di Pantai Timur Sabah yang dulu ini oil rig tetapi dihadiahkan PETRONAS kepada MINDEF. Apakah kementerian akan terus mengoperasikan aset ini memandangkan kos penyelenggaraan dan atur gerak mobile oil platform ini ataupun ringkasan MOPU, sangat tinggi dan perlu sentiasa ditanggung oleh kementerian, memandangkan hadiah PETRONAS ini tidak lagi memperuntukkan kerana PETRONAS tidak lagi memperuntukkan wang untuk penyelenggaraannya dan yang kena selenggaranya adalah sekarang tanggungjawab di bawah MINDEF? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan LRR ataupun long-range radar yang ada di Labuan tersebut, dia berfungsi dengan baik dan dia akan berfungsi banyaknya kita arahkan sekarang di Laut China Selatan, Dato’ Yang di-Pertua...

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

[Bangun]

[Bangun]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Kerana di kawasan Pantai Timur Sabah tersebut, di persisirannya, kita mempunyai sekurang-kurangnya – sekarang kita cukup untuk kita berasa puas hati kerana adanya operasi-operasi Op Pasir di enam kawasan iaitu kawasannya berbahagilah. Ada Rejimen Askar Melayu Diraja iaitu daripada enam RMAD sekarang ini di Op Pasir tiga bulan, ada juga Rejimen Sempadan, ada juga daripada Para iaitu kita punya anggota Para yang menjaga kawasan Semporna. Ini kawasan Datuk Seri Shafie Apdal lah ini, kawasannya Para. Memang itu memang khas. Selain daripada kita punya tentera laut Dato’ Sri, ada juga kita punya kerjasama bersama dengan Filipina untuk mengawasi sempadan bersama di Laut Sulu tersebut. Laut Sulu ini dikawal rapi oleh Malaysia dan juga dengan Filipina, Dato’ Sri ya dan amat baik. Daripada maklum balas yang kita terima, aktiviti kidnap dan juga mengambil wang ini ataupun kidnap for ransom ini telah pun amat berkurangan. Semasa saya ke pulau iaitu Pulau Berhala Dato’ Sri, penduduk di sana amat sukacita. Mereka boleh keluar ke laut sekarang tanpa ada ancaman. Kalau tidak dahulu mereka ini di-kidnapped ataupun diculik dan terpaksa bayar pampasan, barang-barang peralatan perikanan mereka dirampas, Dato’. Tetapi tadi berkenaan long-range radar di Labuan tersebut, kita banyak sekarang menghala kepada Laut China Selatan kerana kawasan tersebut sekarang ini amat sibuk. Suddenly become very busy, dengan izin. Tetapi kita— radar ini Dato’ Yang di-Pertua, kita tak boleh tinjau kapal selam. Kita cuma apa yang ada di udara sahaja. Jadi yang kapal selam ini nanti kita akan ada pula— itu sebabnya perolehan MPA kita iaitu maritime patrol aircraft kita yang sedang dalam perolehan dua biji, daripada Itali yang akan mempunyai keupayaan juga mengesan Dato’ Yang di-Pertua, keberadaan kapal selam di dalam kawasan Laut China Selatan. Kita juga sekarang Dato’ Yang di-Pertua akan meletakkan di dalam sedang proses perolehan, telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk kita memperoleh satu lagi long-range radar yang akan kita letakkan di kawasan Layang- Layang. Kerana di kawasan Labuan Dato’ Yang di-Pertua, dia tak boleh nampak sampai kawasan jauh kerana mereka akan nampak 10,000 ke atas sahaja kerana horizon. Benua begitu, horizon-nya begitu. Kalau dia jauh itu, dia tak nampak bawah. Dia cuma nampak apa garis dia dan dia nampak lebih kurang 10,000 ke atas sahaja, jika kita bergantung kepada radar yang ada di kawasan Labuan. Jadi kita perlu satu long-range radar lagi dioperasikan ataupun diletak di kawasan Pulau Layang-Layang untuk kita melihat lebih jauh lagi di depan supaya dia dapat menjangkau di luar kawasan EEZ kita. Jadi kita boleh tahu gerakan ataupun apa sahaja perkara yang berlaku di luar kawasan EEZ kita, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, soalan nombor dua yang tentang oil rig, yang tentang Pangkalan Laut Sharifah Rodziah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat. [Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat.

Tadi, ianya merupakan hadiah daripada PETRONAS iaitu pelantar terapung PETRONAS yang kita telah pun dapat. Kita telah pun siap, kita buat refit dia yang berjumlah RM11.3 juta. Telah siap pun dalam bulan – awal pertengahan tahun ini dan sedang beroperasi. Kita ada berbagai-bagai. Ada lebih kurang setiap masa, kita ada PASKAL di situ, lebih kurang 30 anggota Pasukan Khas Laut kita dan juga kita punya fast interceptor boat yang ada dan juga kita ada navy radar juga di situ yang boleh beroperasi mengawasi kawasan di kawasan sempadan itu. Tetapi Dato’ Yang di-Pertua, operasi untuk kita beroperasi, dia punya kos terlampau tinggi. Jadi, kita tamat tempoh operasi kita di situ pada tahun 2016. Bukan 2016, 2026. Jadi kalau kita fikirkan tentang untuk kita mengurangkan kos operasi, itu terpulang pada ketika itu untuk kita membuat penilaian.

Tapi memang benar apa yang disebut oleh Tanah Merah tadi, iaitu bahawa kos operasi dia tinggi dan kita perlu melihat dari segi untuk kita penjimatan. Bila dah ada enam biji radar yang baru ini nanti untuk kita mengoperasikan dan juga dengan segala operasi yang dilakukan di Op Pasir nya oleh rejimen sempadannya dengan ESSCOM dan lain- lain, pada pandangan kami untuk ketika ini, sudah mencukupi dan kita boleh mengurangkan kos untuk kita beroperasi, masih beroperasi di pelantar minyak tersebut. terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu bertanya kepada Kementerian Pertahanan, sejauh manakah langkah- langkah yang diambil oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan keselamatan untuk penduduk sekitar Pantai Timur Sabah oleh ancaman-ancaman lanun ini kerana mungkin sekarang ancaman itu berkurang tetapi tetap ada? Berapakah jumlah kekuatan anggota keselamatan untuk Op Pasir ini dan berapa jumlah pos yang disediakan untuk memastikan kita punya sempadan itu seperti yang telah dinyatakan tadi daripada Kudat sampailah ke Tawau itu dapat dijaga dengan baik?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Berat question dia Dato’ Yang di-Pertua untuk saya nak jawab. [Ketawa] Terima kasih kepada Kalabakan, Dato’ Yang di- Pertua. Seperti yang saya sebut sebentar tadi bahawa isu keselamatan merupakan keutamaan kami. Baik di Sabah, baik di Sarawak, baik di Semenanjung tanah air kita. Kita mempunyai suatu dasar untuk kita mempertahankan kedaulatan perairan kita dan tanah air kita. Makanya, di kawasan di Pantai Timur Sabah tersebut, yang mempunyai sepanjang 1,733 kilometer panjangnya, 361 pulau banyaknya di kawasan tersebut, seperti yang saya sebut sebentar tadi Dato’ Yang di-Pertua ialah kita mempunyai setiap tiga bulan, kita akan bertukar-tukar. Setakat hari ini, kalau Tentera Darat nya 16 Rejimen Askar Melayu Diraja yang beroperasi di dua kawasan iaitu di Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Rejimen 1 Rejimen Sempadan, di kawasan A iaitu kawasan sempadan Mengayau hingga Tambisan. 10 RRD beroperasi di kawasan Felda Sahabat. Daerah Semporna dan Tambisan ini dijaga oleh 10 Para iaitu— Para ini kita punya the best antara yang the best untuk kita jaga kerana kawasan Datuk Shafie ini dia kita kena jaga elok-elok sikit. [Ketawa]

Berkenaan dengan lanun itu, Dato’ Yang di-Pertua, sekarang ini dia punya chief lanun ada kat sini. [Ketawa] Minta maaflah. Saya tarik balik. Saya tarik baliklah. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Kegiatan lanun ini dah tak ada lagi dah. Hampir dah tak ada dah, Dato’ Yang di- Pertua. Hampir dah tak ada dah kerana wujudnya dasar kita mengawal sempadan begitu rapi. Setiap masa, ada enam zon yang berbeza yang dijaga oleh berbagai-bagai ketumbukan termasuk TUDM, termasuk TLDM dan TUDM beroperasi daripada pangkalan-pangkalan di Sandakan. Daripada pangkalannya, daripada Sharifah Rodziah dan juga di pulau-pulau yang mana kita mempunyai fast interceptor boat. Kita juga sedang dalam perolehan untuk mendapat lagi 16 ke 20 biji fast interceptor boat, 20 meter panjangnya, Dato’ Yang di-Pertua. Ini laju. Kalau yang besar- besar— LCS, LMS— dia punya speed ataupun kelajuannya paling banyak 28 ke 30 knot tetapi fast interceptor boat ini boleh mencapai 50 ke 50 knot, Yang di-Pertua, yang mana boleh menandingi bot-bot laju yang digunakan oleh lanun-lanun dan juga penyeludup- penyeludup, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, ini merupakan sesuatu yang amat baik.

Untuk pada ketika ini, Dato' Yang di-Pertua, kawasan di Timur Laut Sabah ini dengan rondaan bersama antara Tentera Laut Malaysia dengan Tentera Laut Filipina, keberadaan operasi-operasi daripada rejimen-rejimen dan juga daripada kompeni- kompeni daripada Tentera Darat dan juga Tentera Udara— Tentera Udara ada pesawat- pesawat dan helikopter yang sentiasa memantau dan akan ada kita punya, orang kata penggantian radar yang telah rosak, tak boleh dibaiki itu sebanyak enam. Lima rosak tak boleh dibaiki. Satu tambahan untuk filler gap. Jadi ini akan, saya katakan kawasan Pantai Timur Sabah ini akan berada dalam kawasan yang amat selamat dan, insya-Allah, Dato' Yang di-Pertua, untuk kita pastikan agar kehidupan seharian rakyat di sana akan dapat dijalankan dengan tanpa ada berasa takut untuk ke laut mencari kehidupan mereka seharian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Berikutannya, kita pergi ke soalan yang ketiga. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Yang Berhormat Segamat.

Yuneswaran a/l RamarajPKR · PHSegamat · question

3. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan strategi kementerian untuk menjejak projek-projek perumahan swasta yang berstatus lewat, sakit dan terbengkalai secara komprehensif dan menyeluruh.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Johor Bahru

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Menteri.

...Memenuhi permintaan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mengalu-alukan kehadiran JKK Kampung Tanjung Parang, pegawai-pegawai KEMAS Parlimen Kota Samarahan dari Sarawak. [Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini, pelbagai langkah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjejak, tracking, dengan izin, projek-projek perumahan swasta lewat, sakit dan terbengkalai secara komprehensif dan menyeluruh. Antaranya adalah melalui pemantauan laporan bertulis mengikut seksyen 10E(1)(b) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 berkaitan projek perumahan bermasalah. Kedua, mengenal pasti kategori projek perumahan iaitu lancar, sakit dan lewat dan seterusnya memantau kemajuan projek sebenar dari semasa ke semasa yang melibatkan lawatan tapak secara berkala dan sistematik. Ketiga, mengenal pasti tahap keseriusan masalah sesuatu projek dengan mengambil kira faktor tempoh masa penyiapan dengan membandingkannya dengan perancangan jadual kerja asal, sama ada masalah berkaitan isu dalaman pemaju atau isu teknikal yang melibatkan agensi-agensi lain. Bagi mengatasi projek perumahan yang bermasalah, berikut adalah strateginya. Pertama, penubuhan task force projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai. Penubuhan ini untuk mencari pendekatan yang lebih berfokus dan strategik serta memberi impak positif dalam menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai iaitu kita juga buat fact finding dan due diligence untuk mengenal pasti cara terbaik menyelesaikan masalah kronik projek perumahan.

Alhamdulillah, sehingga 30 September 2023, ini yang terkini statistik yang kami sahkan dalam mesyuarat minggu lepas, iaitu sebanyak 301 projek iaitu 38,752 unit rumah perumahan swasta sakit dan terbengkalai telah berjaya diselesaikan tahun ini dan dipulihkan dengan nilai GDV sebanyak RM28.88 bilion. Kedua, status kemajuan projek akan dilaporkan oleh pemaju melalui sistem Housing Integrated Management System (HIMS). Dahulunya laporan ini dikemukakan secara berkala iaitu secara sukuan tahun. Maka, berlaku kesenjangan di situ. Insya-Allah, bermula daripada Januari 2024, laporan ini kita akan cuba— sedang bina sistem ini untuk dikemaskini mengikut status sebenar kemajuan projek di tapak, dengan izin, real-time progress on the site. Yang ketiga, menjejak projek dengan lebih terperinci supaya tindakan penyelesaian adalah lebih bersasar dan lebih berfokus dengan menganalisa perkara- perkara berikut— jenis rumah strata atau bertanah melalui jenis perjanjian jual beli (jadual G atau H); tarikh sesuatu projek mula sakit; anggaran tempoh pemulihan atau penyelesaian projek lewat atau sakit; dan peratus pemajuan sebenar berbanding PJB. Seterusnya, penyelesaian yang lebih berfokus bersama pemaju dan pihak terlibat seperti kerajaan negeri, pihak berkuasa tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi utiliti, bank pembiaya dan persatuan pembeli dari semasa ke semasa. Akhir sekali, memantau kemajuan projek sebenar melalui lawatan tapak secara berkala dan sistematik. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Segamat, soalan tambahan.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya dalam masa ini memuji langkah- langkah yang diambil oleh Timbalan Menteri bagi menyelesaikan isu-isu rumah sakit dan juga terbengkalai. Ada dua isu berkenan dengan projek yang mega dan juga di kawasan yang memberi impak negatif kepada ekonomi dan juga kehidupan rakyat tempatan. Baru-baru ini, ada salah satu portal yang menyatakan syarikat pemaju perumahan daripada China, Country Garden sedang mengalami kegawatan kewangan, di mana krisis tersebut berisiko untuk menjejaskan kemajuan projek-projek perumahan sama ada yang dimulakan atau yang sedang berada dalam perancangan. Soalan saya, adakah pada hakikatnya in-depth financial auditing, dengan izin, selama ini dilaksanakan terhadap mana-mana syarikat asing yang terlibat dalam sesebuah projek pembangunan perumahan tempatan? Kedua, Yang Berhormat Menteri, boleh jelaskan bagaimana syarikat asing seperti negara China, Garden yang disebut di atas, boleh terus menjalankan perniagaan sebagai pemaju perumahan sehingga hari ini? Sedangkan hutang yang terkumpul oleh syarikat tersebut sudah mencecah sekitar 936.9 bilion equivalent to USD196 billion. Yang keduanya, secara ringkasnya, isu di rumah terbengkalai di kawasan Parlimen Segamat, Jalan Cokma, Taman Jementah Jaya 2. Dimaklum oleh PBT bahawa projek ini telah dimulakan pada tahun 2001 dan 2018 telah diluluskan, mendapat CCC tapi sehingga hari ini, tiada sebarang jual beli atau maklumat berkenaan dengan projek ini di mana pemaju juga dikenal pasti sebagai Darul Idaman. So, saya juga mohon Menteri untuk menyelamatkan projek sakit dan juga isu Country Garden. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Segamat. Berkaitan dengan projek perumahan yang berlesen di bawah KPKT ini, memang tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan, Akta 118. Jadi, kalau di bawah akta

tersebut, memang kita gariskan syarat-syarat yang terguna pakai dan obligasi pemaju serta pembuat keputusan syarikat iaitu pengarah. Mana-mana pemaju yang ingin menjalankan pemajuan di Malaysia hendaklah merupakan syarikat yang ditubuhkan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun SSM. Selain itu, syarikat pemaju perumahan juga perlu mempunyai modal diterbitkan dan modal terkumpul secara tunai iaitu paid-up capital, dengan izin, yang tidak kurang daripada RM250,000 seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6(1) Akta 118. Berdasarkan Akta 118, ketika ini, memang tiada peruntukan yang menghalang mana- mana syarikat asing untuk menjadi pemaju perumahan dan sekiranya terdapat mana- mana pemaju perumahan yang terlibat tidak mematuhi peruntukan Akta 118, maka perkara inilah yang kita kena tengok dari segi tindakan yang boleh diambil.

[Bangun]

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

[Bangun]

Cuma, merujuk kepada cadangan ataupun syarikat yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Segamat, secara general-nya pemahaman saya, syarikat yang dinamakan tadi memang merupakan pemaju yang berlesen. Terdapat projek-projek yang telah pun dibina.

Manakala projek yang sebenarnya menghadapi masalah, saya difahamkan telah dibatalkan lesen pemajuannya dan tiada projek sakit yang terkait dengan syarikat Yang Berhormat Segamat sebutkan tadi. Bagi perkara yang kedua berkenaan dengan contoh yang spesifik di kawasan Segamat, nanti saya mohon susuli butiran yang terperinci. Cuma seperti yang disebut tadi projek itu bermula pada tahun 2001. Manakala proses itu memang melalui pihak berkuasa tempatan yang menguruskan dari segi mungkin berlaku perubahan dari segi pelaksanaan projek di kawasan tersebut. Cuma yang dibangkitkan tadi saya difahamkan projek itu telah selesai. Cuma tidak tahu status dari segi jual beli. So, itu isu yang berbeza. Cuma saya ambil maklum itulah keadaan berkaitan dengan projek terbengkalai. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu isu yang selalu dialami oleh pembeli ialah rumah tak siap, bank terus charge tanpa ada diskaun, sedangkan pemaju diberikan extra time untuk siapkan projek itu. Satu, dia boleh pergi ke tribunal tetapi kadar tuntutan itu tidak melebihi RM50,000. Jadi, apa langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Ini dah lama dah sebut, termasuk di Kuala Krau pun ada projek-projek itu disebut masalah yang sama. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan tadi, dari segi perjanjian antara pihak pembeli dengan pihak bank, itu merupakan perjanjian antara pembeli dan juga pihak bank. Apabila berlaku kelewatan kepada projek termasuk yang menjadi projek sakit ataupun sehingga menjadi terbengkalai, di pihak kementerian memang kami bersedia untuk mengesahkan projek tersebut mengalami masalah dan seterusnya itu sepatutnya menjadi asas bagi pihak pembeli untuk berbincang dengan pihak institusi kewangan. Itu daripada sudut yang pertama. Untuk perkara yang kedua, dari segi permohonan penambahan masa yang disebut EOT itu, itu memang dari segi kaedahnya biasannya pemaju akan mengemukakan alasan-alasan yang berdasarkan masalah teknikal yang dihadapi. Cuma dari segi jaminan di pihak KPKT ketika ini, memang dari segi pengeluaran EOT itu kita kena tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, mungkin dahulunya mungkin selalu banyak keluar EOT. Perkara ini memang perlu ada kawalan yang lebih terperinci

dan lebih ketat. Cuma, masalah yang disebut itu kerana bila projek itu lewat siap daripada tarikh yang sepatutnya, maka pembeli sepatutnya mempunyai entitlement ataupun hak untuk menuntut bayaran LAD ataupun denda yang daripada pemaju dibayar kepada pihak pembeli. Perkara ini seperti yang Yang Berhormat sebut, sekiranya ada pemaju yang enggan membuat bayaran LAD itu, maka nasihat daripada pihak kementerian ini adalah supaya pihak pembeli membuat tuntutan melalui proses tribunal kerana itu bagi membolehkan hak kepada pembeli itu terjamin. Tetapi hakikatnya bagi projek yang mengambil begitu lama masanya untuk siap dan kalau dari segi terbengkalai berlaku penukaran pemajuan itu, maka pemaju asal itu mungkin tidak wujud lagi. Ini antara risiko yang dihadapi ketika ini oleh para pembeli. Maka untuk bagi mengurangkan beban itu yang mana sebenarnya telah lewat diserahkan itu, nasihat daripada kementerian untuk membuat tuntutan kepada pemaju. Sekiranya enggan boleh dibawa kepada tribunal, tetapi kalau syarikat itu telah “gulung tikar” dan sebagainya, itu memang cabaran yang kita hadapi pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya kita ke soalan yang keempat. Dipersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.

Ahmad Tarmizi bin SulaimanPAS · PNSik · question

4. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan usaha mengukuhkan hak dan kedudukan mahkamah syariah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan memperluas fungsinya untuk mengangkat martabat undang- undang syariah bagi umat Islam di negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, jawab.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Kerajaan amat peka dan sememangnya mengambil langkah-langkah yang serius dalam memperkasakan pentadbiran Mahkamah Syariah selaras dengan fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan bahawa kuasa perundangan Syariah dan Mahkamah Syariah adalah terletak di bawah sultan ataupun raja setiap negeri. Manakala, bagi negeri-negeri yang tidak beraja, adalah di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebarang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah seluruh negara perlu mendapat kerjasama, pandangan dan persetujuan daripada pihak berkuasa negeri-negeri. Pemerkasaan Mahkamah Syariah bukan hanya dari sudut bidang kuasa semata- mata, malah dari segi kecekapan pengurusan kes, kelancaran perbicaraan dan keberkesanan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan usaha-usaha ke arah penambahbaikan status Mahkamah Syariah melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah negeri. Antara usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan adalah: (i) kajian dan pindaan terhadap undang-undang Syariah agar sesuai dengan keadaan semasa termasuklah cadangan penggubalan kepada akta Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan; (ii) penyeragaman pentadbiran pengurusan kes-kes melalui pembinaan kaedah-kaedah arahan amalan, garis panduan prosedur operasi standard (SOP);

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

(iii) peningkatan kemahiran personel Mahkamah-mahkamah Syariah melalui program-program latihan yang dianjurkan oleh bahagian latihan JKSM dan agensi lain di dalam dan luar negara; (iv) penambahbaikan operasi dan perkhidmatan sokongan keluarga oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) meliputi dana pendahuluan nafkah, perkhidmatan BSK Transit; dan (v) pemfailan kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah, pengukuhan kepada penyelesaian pertikaian kes secara alternatif melalui sulh hakam dan mediasi. Penambahbaikan sistem pengurusan kes melalui sistem E-Syariah versi tiga yang menyediakan kemudahan e-Filing, e-Review dan platform perbicaraan secara dalam talian, menggalakkan inovasi dalam pengurusan kes dan pentadbiran di Mahkamah- mahkamah Syariah negeri-negeri dan lain-lain. Pihak berkuasa agama negeri sentiasa akan dilindungi bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dilaksanakan dengan teratur, seragam dan harmoni. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Sik, soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, mutakhir ini sistem kehakiman negara kita dihangatkan dengan isu doktrin struktur asas atau basic structure doctrine (BSD) di mahkamah sivil sehingga sebuah petisyen telah dibuat oleh peguam membantah cadangan BSD ini iaitu doktrin yang mengatakan kuasa kehakiman melebihi kuasa Perlembagaan yang doktrin ini adalah di-adopt daripada mahkamah di India. Antara kes yang di justifikasi dengan BSD ialah kes Indra Gandhi lawan Jabatan Agama Islam Perak yang membatalkan sijil keislaman tiga anak yang diislamkan bekas suaminya pada tahun 2018. Keputusan Mahkamah Syariah ini telah dibatal oleh Mahkamah Persekutuan. Jadi, kegusaran orang Islam mula timbul dalam kes ini kerana seolah Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan beberapa isu dalam isu keislaman secara muktamad, termasuklah isu terbaru yang sedang dibicarakan, kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid melawan Kerajaan Kelantan. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Menteri yang menjaga hal ehwal Mahkamah Syariah dengan pihak Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri di bawah Menteri Hal Ehwal Undang-undang untuk memastikan doktrin struktur asas ini tidak menjadi halangan untuk memastikan Mahkamah Syariah tidak digugat kedudukannya sebagai mahkamah untuk orang Islam di negara ini, seperti yang termaktub dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Soalan kedua saya, apakah perkembangan pindaan Akta 355 yang telah tertangguh sejak sekian lama? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Berkaitan dengan doktrin basic structure sepertimana yang kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, kita menghormati tiga organ kerajaan yang berbeza iaitu legislatif, judiciary dan juga eksekutif. Ini adalah asas terbentuk sesebuah negara, termasuklah di negara kita ini.

Dalam konteks tafsiran kepada peruntukan undang-undang, kita sedia maklum bahawa kuasa untuk mentafsirkan perlembagaan, sebagai contohnya, kuasa ini diberikan kepada hakim-hakim Mahkamah Tinggi atau khususnya di peringkat Mahkamah Persekutuan. Jadi, dalam konteks tafsiran yang telah digunakan di peringkat Mahkamah Persekutuan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tadi, pemakaian doctrine basic structure ini, saya rasa kita menghormati itu keputusan yang telah dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Cuma di peringkat Menteri di Jabatan Parlimen, antara usaha yang kita buat ialah kita mengadakan dialog, kita mengadakan engagement, libat urus dengan pihak-pihak yang berkaitan termasuklah dengan pihak Jabatan Peguam Negara, dengan pihak Peguam Negara untuk melihat bagaimana isu berkaitan dengan tafsiran kepada peruntukan undang-undang yang memberi kesan kepada Mahkamah Syariah. Yakni, libat urus ini masih lagi berjalan. Dalam masa yang sama juga Yang Berhormat Sik dan juga Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa baru-baru ini Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah membuat keputusan untuk membentuk satu jawatankuasa khas untuk melihat isu berkaitan tentang kompetensi kerajaan negeri untuk membuat undang- undang, termasuklah yang melibatkan kuasa dan bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Syariah. Jadi, kita harapkan dengan jawatankuasa khas yang dibentuk nanti dengan kepakaran yang mereka ada boleh memberikan pandangan-pandangan yang— Insya- Allah, akan melihat, menjurus kepada persoalan Yang Berhormat Sik sebut tadi, peruntukan Perkara 121(1A) yang jelas memisahkan antara Mahkamah Syariah dan juga mahkamah sivil. Soalan yang kedua berkaitan dengan perkembangan RUU 355 ini, yang ni Yang Berhormat Sik, kita masih lagi dalam sesi libat urus lagi. Kita mengadakan perbincangan dengan pihak badan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dengan pihak istana dan sebagainya. Insya-Allah, kita juga akan mengambil kira sepertimana yang saya sebut pada soalan yang pertama tadi, kita dalam proses untuk menggubal Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Jadi, pindaan kepada RUU 355 tadi itu akan juga melihat kepada penggubalan Akta Mahkamah-mahkamah Syariah sepertimana yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya berkaitan dengan kompeten juga ini, berkaitan dengan pengamal-pengamal undang-undang kitalah ya. Apakah status penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia yang telah diumumkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 10? Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Terlebih dahulu, saya mengucapkan – saya bagi pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas peruntukan yang diberikan untuk pewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia ataupun ringkasannya AKSM. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya Akademi Kehakiman Syariah Malaysia ini telah dicadangkan oleh komuniti perundangan syariah sejak sekian lama. Jadi, dalam konteks semenjak daripada pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan peruntukan yang diberikan, kita melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan pihak JPM, ICU dan juga Kementerian Ekonomi untuk mengenal pasti lokasi dan juga tempat bagi kita tubuhkan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia ini. In the meantime, dengan izin buat masa ini sementara menunggu akademi ini ditubuhkan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia masih lagi menjalankan, mengadakan latihan-latihan untuk menambah baik kompetensi ilmu, pengetahuan kepada hakim-hakim dan juga semua personel-personel yang terlibat di Mahkamah Syariah. Selain daripada menggunakan bilik-bilik yang ada di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu, kita juga memohon untuk menumpang. Contohnya di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di Bangi. Kita juga menumpang ILIM dan juga agensi-agensi yang lain.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, latihan ini masih lagi berterusan dan sebab itulah kita mengharapkan dengan penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia ini, Mahkamah Syariah memperoleh satu institusi atau latihan pusat yang boleh bukan saja boleh melatih hakim-hakim Mahkamah Syariah dan semua personel yang terlibat adalah kakitangan Mahkamah Syariah tetapi juga dia menjadi harapan Dato’ Yang di-Pertua, menjadi harapan kepada Mahkamah-mahkamah Syariah Nusantara. Contohnya di Brunei Darussalam, di Indonesia dan juga di Singapura. Mereka ini juga tidak ada tempat untuk melatih hakim-hakim mereka. Jadi, kita harapkan dengan tertubuhnya Akademi Kehakiman Syariah Malaysia ini, kita bukan saja dapat melatih hakim-hakim syarie di negara kita tetapi juga di Nusantara ini. Secara tak langsung dengan kompetensi, dengan pembangunan, kemahiran, skil yang ada pada hakim-hakim Mahkamah Syariah ini, kita akan pastikan keadilan yang sebenar akan dapat dilaksanakan dan pengurusan pentadbiran, keadilan di Mahkamah-mahkamah Syariah akan bertambah baik, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya kita ke soalan yang kelima. Dipersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Nak pantun sikit untuk kawan baru. Balik Tebrau pergi pasar, Selamat balik Kuala Kangsar. Soalan saya, soalan nombor 5.

Jimmy Puah Wee TsePKR · PHTebrau · question

5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan usaha kementerian untuk meluaskan penggunaan perkhidmatan Internet melalui Starlink dengan melancarkan satelit milik negara supaya kita tidak perlu bergantung kepada pihak lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pensiangan

Selamat pagi Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia atau MYSA telah membangunkan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau juga dikenali sebagai Malaysia Space Exploration 2030 atau MSA 2030 bagi memacu pertumbuhan sektor angkasa negara yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi baru dan strategik. Di bawah MSA 2030, MYSA telah melaksanakan kajian ekosistem angkasa tempatan bertujuan untuk mengenal pasti ketersediaan dan kemampuan penglibatan industri tempatan dalam aktiviti sektor angkasa negara. Teknologi pembuatan satelit di dalam industri tempatan telah bermula apabila kerajaan melancarkan Program Pembangunan Satelit Negara pada tahun 1995. Di bawah program tersebut, Malaysia telah berjaya membangunkan dan melancarkan dua buah satelit penderiaan jauh bersaiz mikro iaitu satelit RazakSAT pada 14 Julai 2009 dan satelit TiungSAT-1 pada 26 Disember 2000. Kedua-dua satelit berkenaan dibangunkan melalui kerjasama teknikal di antara syarikat Astronautic Technology Sdn Bhd dengan Surrey Satellite Technology Limited, United Kingdom bagi satelit TiungSAT-1 dan Satrec Initiative Co., Ltd. Korea Selatan bagi satelit RazakSAT. Bagi menghimpunkan pemain industri angkasa tempatan ke arah membangunkan industri angkasa negara, Malaysian Industry-Government Group for High Technology atau MIGHT telah menubuhkan Malaysian Space Industry Corporation atau MASIC. Sehingga kini, sebanyak 10 syarikat teknologi angkasa tempatan telah bergabung membentuk

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pensiangan

MASIC dengan matlamat mewujudkan ekosistem industri angkasa yang dinamik yang mempromosikan keupayaan angkasa Malaysia di samping menarik pelaburan, bakat dan perkongsian dari seluruh dunia. Selain itu, MYSA dengan kerjasama MIGHT juga telah memulakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala, Malaysia dan Turkiye dalam teknologi angkasa. Kerjasama ini akan menumpukan aspek perkongsian kepakaran dan pembangunan bakat bagi melahirkan tenaga mahir tempatan dalam teknologi pembuatan satelit. MYSA akan meneruskan kesinambungan Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara secara kerjasama awam-swasta yang akan menjadi pemangkin kemajuan industri satelit tempatan. MOSTI akan mengemukakan hala tuju baru dan penambahbaikan program ini melalui RFP atau request for proposal kepada pihak swasta yang dijangka pada suku keempat tahun 2023.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pensiangan

Adalah disasarkan Satelit Penderiaan Jauh Negara akan dapat dilancarkan menjelang tahun 2025 atau tahun 2026. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tebrau, soalan tambahan.

Terima kasih Dato’ Speaker. Satu berita yang cukup baik untuk industri angkasa. Soalan tambahan saya, Dato’ Speaker. Penglibatan kerajaan dalam industri angkasa dianggarkan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 bilion menjelang tahun 2030 di samping pertumbuhan 500 syarikat pemula teknologi berkaitan angkasa dan seterusnya bakal mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Sehingga kini, apakah status semasa MOU serta letter of intent yang telah dipersetujui dan ditandatangani semasa Langkawi International Space Forum di LIMA 2023 yang pada pandangan saya mendapat sambutan yang cukup baik. Adakah kementerian berhasrat meneruskan program anjuran ISF ini sebagai satu acara tahunan bagi memastikan industri angkasa negara kita akan terus terpacu? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Nampaknya YB Tebrau sentiasa ikut perkembangan yang terkini berkenaan dengan industri aeroangkasa negara kita. [Tepuk] Memang betul. Pada tahun ini, buat pertama kalinya negara kita telah menganjurkan satu program yang dinamakan Langkawi International Space Forum. Pertama kali dalam sejarah negara kita di mana kehadiran bagi keseluruhan aktiviti ini telah melebihi 5,000 peserta daripada dalam dan luar negara melibatkan agensi kerajaan, industri dan juga akademia. Sebanyak empat MOU telah dimeterai dan tiga pertukaran surat niat dengan tiga syarikat tempatan telah berjaya dilaksanakan dan projek tersebut telah dan sedang digerakkan oleh setiap pasukan projek mengikut carta perbatuan yang ditetapkan dan dipantau oleh sebuah jawatankuasa di bawah MYSA iaitu Jawatankuasa Khas Kerjasama Strategik dan Jaringan Antarabangsa. Sekiranya semua potensi itu dapat direalisasikan, kita menganggarkan bahawa sumbangan ini kepada ekonomi boleh dianggarkan sebanyak RM44 juta hanya daripada empat MOU dan juga tiga surat niat yang ditandatangani pada tahun ini. Jadi, melihat kepada impak positif daripada penganjuran Langkawi International Space Forum ini, MOSTI melalui MYSA sedang mencadangkan supaya penganjuran forum ini di peringkat – akan diadakan setiap tahun mulai daripada sekarang dengan cadangan bahawa ia akan mengikut hos, mengikut negeri yang membawa tema khusus.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Bererti bahawa pada tahun ini kita telah mengadakannya di Langkawi dan kita harap pada tahun-tahun yang akan datang, kita boleh menjelajah kepada negeri-negeri di seluruh negara. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, silakan.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih Yang di-Pertua. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Sungai Besar ya.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Sejauh mana penglibatan sektor development finance dengan izin dan syarikat modal teroka seperti MAVCAP, MDV, MTDC, Bank Pembangunan, MARA dan start-up ekosistem yang berkenaan sebagai catalyst terhadap penubuhan ekosistem angkasa serantau sebagaimana dan mungkin berkait rapat juga dengan NIMP 2030. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat kagum ya dengan keprihatinan Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat tentang perkembangan industri angkasa negara kita. Rupanya soalan-soalan yang ditanyakan ini hebat-hebat dan agak berat dan terperinci juga. Sepertimana mungkin YB sudah sedia maklum, industri aeroangkasa ini merupakan industri yang melibatkan kos yang sangat-sangat tinggi. Jadi, bagi negara kita untuk membantu membangunkan industri ini, kita perlu sesuatu pelan yang boleh membantu khususnya kepada syarikat-syarikat tempatan kita untuk menerajui industri ini. Jadi, di dalam National Industry Master Plan atau NIMP 2030 sebenarnya di dalam sana kita ada satu pelan tindakan untuk membangunkan high-value added product dengan izin, dan di dalam itu kita ada satu seksyen yang khusus untuk membangunkan industri aeroangkasa. Jadi, di dalam sana ada satu keperluan untuk kita mendapat development finance iaitu proof of concept. Proof of concept ini memerlukan supaya produk itu sudah dilancarkan, iaitu bererti roket itu sudah naik ke angkasa. Jadi, kita boleh bayangkanlah berapa banyak ataupun tinggi kos yang diperlukan untuk kita hanya hantar sebuah roket kepada angkasa untuk kita membuktikan proof of concept itu. Maka dengan itu, kita sedang bekerjasama dengan kementerian seperti MITI dan di dalam sana kita telah melaksanakan satu kajian ekosistem industri angkasa tempatan di mana kita telah mengenal pasti beberapa buah syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen angkasa berkaitan satelit. Jadi, mungkin kita boleh mula dengan komponen dulu dan kita akan melibatkan syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan mengikut kepada NIMP ini dalam usaha kita untuk memacu industri angkasa kita ke peringkat lebih tinggi. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita ke soalan yang keenam. Tuan Zulkifli bin Ismail, Yang Berhormat Jasin.

Al-Quds tercinta adalah tanah air kaum muslimin, Zionis Israel pencekik kanak-kanak dan pendokong mereka adalah musuh negara dan bangsa jahanam, Rakyat Malaysia semua peringkat umur siap pertahan Palestin, Tuan Yang di-Pertua, soalan saya hari ini nombor enam.

Zulkifli bin IsmailPAS · PNJasin · question

6. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah kerajaan bersedia memberikan peranan lebih besar kepada JAKIM dalam Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) agar dapat bertindak mencegah sebelum terlambat bagi menyekat kemasukan artis barat yang membawa unsur LGBT ke dalam negara ini seperti insiden konsert The 1975.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) merupakan pusat setempat yang memproses dan mempertimbangkan permohonan kemasukan artis dan kru luar negara. Keanggotaan PUSPAL terdiri daripada 16 kementerian, jabatan, agensi kerajaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta diurus setiakan oleh Unit PUSPAL di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital. Peranan JAKIM dalam PUSPAL adalah untuk memberi pandangan dan nasihat dari aspek sensitiviti agama dan umat Islam di Malaysia. Untuk makluman, semakan latar belakang artis luar negara dilaksanakan bagi setiap permohonan persembahan yang akan diadakan di tempat-tempat awam seperti acara konsert dan nyanyian oleh setiap anggota PUSPAL mengikut bidang kuasa masing-masing termasuk JAKIM. Sebarang dapatan yang menyentuh isu sensitif seperti dasar negara, keselamatan, keagamaan, perkauman dan kebudayaan serta memudaratkan kepentingan awam akan dibincangkan secara menyeluruh di Mesyuarat Jawatankuasa PUSPAL sebelum sesuatu keputusan dibuat. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan telah menambah baik proses tapisan dan penyenaraian hitam artis luar negara yang mempunyai rekod melakukan aksi tidak senonoh serta dikhuatiri akan membawa anasir negatif untuk generasi muda. Kedua, apakah tindakan tegas yang diambil terhadap vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy yang terus mengecam Kerajaan Malaysia baru-baru ini di dalam sebuah konsert di Amerika Syarikat selepas dia disenarai hitam daripada mengadakan konsert di Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Pertama, selepas insiden yang melibatkan The 1975 dengan izin, memang Jawatankuasa PUSPAL telah meneliti garis panduan kita. Memang PDRM sentiasa akan membantu kita untuk membuat the background checking, semakan latar belakang supaya kita pastikan bahawa artis-artis luar negara ini tidak mempromosi unsur- unsur negatif di Malaysia.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Selain daripada itu, semasa penganjuran konsert tersebut, kami juga akan memastikan bahawa jawatankuasa-jawatankuasa tersebut seperti lah JIM, PUSPAL berada di tempat lokasi tersebut bersama dengan PDRM dan juga anggota daripada PBT untuk memantau penganjuran konsert tersebut. Selain daripada itu, kami juga telah sekarang minta penganjur untuk wujudkan kill switch supaya sekiranya ada apa-apa insiden yang tidak seronok berlaku, boleh kita kill switch serta merta supaya putuskan electricity, supaya persembahan tersebut tidak boleh dijalankan lagi. Ini adalah garis panduan selepas insiden tersebut dan kami harap bahawa

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

dengan garis panduan yang lebih ketat, kita boleh memastikan bahawa persembahan yang akan dijalankan oleh artis luar negara di Malaysia adalah ikut budaya negara kita. Tentang tindakan yang boleh diambil atau pun yang akan diambil terhadap grup tersebut, saya hendak jawab di sini bahawa itu bukan di bawah bidang kuasa KKD kerana untuk KKD, memang kita telah blacklist, senarai hitam mereka tetapi sekiranya KLN atau pun JIM nak ambil tindakan selanjutnya, saya rasa itu adalah di bawah bidang kuasa mereka. Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Tampin.

Terima kasih Dato’ Speaker. Selain daripada penganjuran konsert dan platform media sosial, ideologi LGBT ini juga sedang meresap masuk dan giat dipromosikan menerusi filem, drama dan kartun. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, apakah pelan kementerian untuk mengekang perkara ini dengan lebih menyeluruh dan efektif? Apakah perancangan kementerian untuk memastikan kandungan siaran platform penstriman khususnya yang berpangkalan di luar negara dapat dikawal dan diselia? Hal ini kerana platform penstriman telah menjadi pilihan majoriti pengguna di Malaysia seperti Netflix, Viu, Iflix, Disney, Hotstar dan sebagainya. Dato’ Yang di-Pertua, saya mewakili Jempol mengalu-alukan rombongan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol ke Parlimen. [Tepuk] Tahniah Jempol.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tampin. Untuk movie, sebenarnya dia bukan di bawah KKD tetapi dia adalah di bawah Lembaga Penapisan Filem. Lembaga Penapisan Filem yang di bawah KDN yang akan menentukan sama ada kandungan dalam movie itu adalah sesuai untuk ditayang di dalam cinema negara kita. Jadi, kalau ada unsur-unsur yang tidak sesuai, jadi mereka akan minta penerbit-penerbit atau pun cinema itu untuk potongkan, keluarkan scene tersebut. Tentang untuk platform-platform OKT yang lain seperti lah Netflix dan sebagainya, kalau kita mendapati ada content yang tidak sesuai, KKD akan menghubungi platform tersebut untuk pastikan mereka tapiskan kandungan yang tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang soalan yang ketujuh. Tuan Zahir bin Hasan, Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Wangsa Maju nombor 7.

Zahir bin HassanPKR · PHWangsa Maju · question

7. Tuan Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci inisiatif kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data berpusat terbuka (open centralized database) melalui platform Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam mengumpulkan semua data berkaitan bencana sebagai salah satu usaha meningkatkan kesiapsiagaan serta mencegah bencana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Terima kasih Wangsa Maju atas keprihatinan membangkitkan salah satu komponen penting dalam pengurusan bencana negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana, pihak NADMA telah menggunakan platform Defense Geospatial Information Management (DGIM) yang dibangunkan oleh bahagian Geospatial Pertahanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Platform ini merupakan pengintegrasian data spatial dalam aplikasi Geographic Information System (GIS) merentasi pelbagai kementerian dan agensi yang berupaya

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

untuk mewujudkan Joint Common Operating Picture (JCOP) bagi tujuan pengurusan bencana. Ia juga akan berfungsi sebagai pangkalan data berpusat terbuka (open centralized database) sebagai mana yang dihasratkan oleh Wangsa Maju. Di antara agensi yang telah berintegrasi dengan platform tersebut adalah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). JCOP beroperasi 24 jam di Pusat Kawalan Bencana Negara NDCC di bawah NADMA bagi membolehkan maklumat terkini dan tepat mengenai kejadian dan situasi bencana di sesuatu lokasi dipantau dan diperolehi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Isu bencana tidak boleh kita bincang secara bermusim dan tidak boleh juga kita bahaskan semasa bencana itu berlaku. Lantaran itu, saya ingin buat dua soalan lanjutan. Yang pertamanya, apakah rancangan kerajaan secara bersepadu untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kesiapsiagaan, public awareness dan public preparedness dalam menghadapi bencana? Soalan yang kedua, adakah kerajaan berhasrat untuk melibatkan syarikat insurans dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan komuniti berisiko tinggi bencana dalam pelaksanaan Insurans Rahmah melalui pangkalan data ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, berkaitan dengan public awareness, dengan izin. Memang sebenarnya, selain daripada kerjasama dan concerted effort dengan izin, daripada semua agensi merentas kementerian dalam usaha kita meningkatkan kesiapsiagaan ini, komponen masyarakat juga adalah amat penting. Itu sebabnya kerajaan melalui NADMA, khususnya dan juga agensi-agensi termasuk JKM dan APM telah menggerakkan apa yang kita namakan Program CBDRM, Community-based Disaster Risk Management untuk membawa community on board bersama-sama dan seterusnya sekali gus bukan hanya mereka mahir dan mempunyai ilmu dalam pengurusan bencana tetapi dapat sama-sama membantu meningkatkan awareness masyarakat. Yang kedua berkaitan dengan syarikat insurans. Keterlibatan itu memang itu antara perkara yang ada syor yang telah dikemukakan dan kita tengah meneliti perkara berkaitan insurans tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat...

Masjid Tanah. Masjid Tanah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tekan, tekan.. Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan akan mengguna pakai sistem ini untuk disekalikan dengan MySejahtera kerana MySejahtera dah ada pada semua rakyat. Jadi, adakah kita akan sekalikan IDMS ini bersama dengan MySejahtera terus supaya dapat akses kepada semua rakyat dan update maklumat mereka terutama ketika bencana. Dan yang kedua berapakah bajet pengurusan data ini yang telah diagihkan kepada agensi-agensi bagi memastikan bahawa penggunaan ini dapat dimaksimumkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, berkaitan dengan data ini, platform DGIM yang kita gunakan ini tidak menggunakan data atau pun sistem MySejahtera sedia ada. Ia merupakan sistem yang saya sebutkan tadi, dibangunkan awalnya secara dalaman melalui JUPEM dan kemudiannya diangkat oleh NADMA untuk dibangunkan sebagai satu data pangkalan utama yang mengintegrasikan data-data daripada pelbagai kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini agensi yang terlibat mengintegrasikan data mereka dalam DGIM adalah DOSM, MAMPU, JKR, Agensi Angkasa Malaysia, JKM METMalaysia, PLANMalaysia, JBS, JMG, JUPEM dan PGN. Untuk makluman, tahun 2023 dan MTL yang kita akan hadapi bermula November ini merupakan kali pertama DGIM ini diperkenalkan dan akan digunakan bagi menghadapi bencana MTL yang akan bermula pada bulan November ini. Untuk makluman, bahawa sistem pada asasnya sebagai mana saya sebut dibangunkan oleh JUPEM dan pembangunan itu adalah mengguna pakai peruntukan sedia ada JUPEM itu sendiri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Berikutnya kita ke soalan yang kelapan. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.

Soalan saya nombor 8.

Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad KamalBERSATU · PNMachang · question

8. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan inisiatif yang telah diambil oleh kementerian untuk mempromosikan sukan permotoran terutama dalam kalangan anak muda termasuk peruntukan dana untuk pembinaan litar permotoran, sekali gus melahirkan lebih ramai jaguh sukan permotoran di peringkat domestik dan antarabangsa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Hang Tuah Jaya

Dato’ Yang di-Pertua, bagi memastikan pembangunan sukan pemotoran terus diperkasa, kementerian ini menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara bekerjasama erat dengan pihak Sepang International Circuit (SIC) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan permotoran. Kementerian ini telah pun memperuntukkan sebanyak RM8.3 juta bagi melaksanakan lebih 114 program sukan permotoran dengan penyertaan melebihi 5,000 peserta. Program yang dilaksanakan ini adalah berbentuk perlumbaan, bengkel sukan permotoran dan Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) sukan permotoran meliputi disiplin sukan seperti drag, go-kart, drift, rally motocross, MiniGP Cub Prix dan pacuan empat roda. Program ini merupakan platform untuk melahirkan lebih ramai jaguh sukan permotoran di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, kementerian turut memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi melaksanakan Program Rakan Litar Track Day menerusi inisiatif Rakan Litar di bawah Gaya Hidup Rakan Muda dengan sasaran penyertaan seramai 3,000 orang peserta. Kementerian Belia dan Sukan menerusi pihak Sepang International Circuit turut melaksanakan beberapa inisiatif program sukan permotoran dua roda dan empat roda. Antara inisiatif program bagi sukan permotoran dua roda adalah seperti berikut: (i) SIC Ohvale Junior Championship; (ii) FIM MiniGP Malaysia Series; (iii) Malaysia Superbike Championship; (iv) Asia Talent Cup;

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Hang Tuah Jaya

(v) Red Bull Rookies Cup; (vi) European Talent Cup; (vii) Junior GP Moto3; dan (viii) Moto3 World Championship. Manakala bagi acara sukan permotoran empat roda adalah seperti berikut: (i) Malaysia Championship Series; dan (ii) Sepang 1,000km. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Kementerian Belia dan Sukan belum bercadang untuk membina litar permotoran baharu kerana ketika ini kementerian mempunyai Litar Antarabangsa Sepang, Litar Go-Kart Sepang, Litar Lumba Tangkak, Litar Motocross Tangkak termasuk 15 litar permotoran dua roda dan empat roda di bawah kendalian pelbagai agensi. Kementerian pada ketika ini sedang memberi tumpuan untuk melaksanakan penyelenggaraan kemudahan sedia ada. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan. Yang Berhormat Machang.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Umum diketahui undang-undang yang memantau dan menyelia perhimpunan awam dan juga penggunaan kemudahan awam untuk pertandingan permotoran terletak di bawah PDRM dan juga pihak berkuasa tempatan. Jadi, penglibatan KBS agak minimal dalam hal ini. Apakah KBS bercadang untuk terlibat lebih proaktif supaya ada program-program di bawah peringkat akar umbi untuk membantu memastikan sukan permotoran yang kita buat di bawah ini selamat untuk bukan sahaja peserta tetapi juga penonton? Kita tahu apa yang berlaku. Banyaklah tahun ini kemalangan-kemalangan di Cub Prix— Izzat Zaidi dan sebagainya. Jadi, apakah dasar KBS untuk memastikan hal ini tidak berulang atau dikurangkan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Soalan yang baik. Kita memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan dalam penganjuran sebarang bentuk pertandingan mahupun persembahan yang berkait dengan sukan permotoran.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

[Bangun]

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

[Bangun]

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Kita faham semua aspek-aspek keselamatan ini, selain daripada PDRM dan juga pihak berkuasa tempatan, sebenarnya kita juga perlu mendapatkan sanction dan kebenaran daripada pihak MAM yang menyelia setiap aspek keselamatan. Ini adalah amalan ataupun peringatan yang berterusan kita berikan kepada mana-mana pihak penganjur yang ingin menganjurkan sebarang bentuk sukan-sukan permotoran yang melibatkan tentu sekali keselamatan orang ramai dan juga pemandu ataupun penunggang yang terlibat. Bagaimana sekalipun, kita tidak nafikan masih terdapat beberapa kes yang kita kesali berlaku dan kita pertingkatkan pemantauan terhadap, tentu sekali mengikuti undang-undang ataupun peraturan yang ditetapkan oleh pihak MAM dan juga PDRM serta PBT. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga jawapan Timbalan Menteri. Kalau kita lihat kos untuk membina litar yang complete ini cukup mahal dan kita tak mampu untuk menubuhkan ataupun membina litar yang banyak. So, apakah ada cadangan daripada KBS untuk membina litar-litar yang berkos sederhana, kecil tetapi selamat yang dibuat di peringkat negeri-negeri untuk bukan pertandingan yang besar tapi khusus untuk latihan saja? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Jawapan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Yang Berhormat Pulai, terima kasih atas soalan yang baik. Kita ketahui bahawa pembinaan litar-litar baharu memang ada cadangan- cadangan yang dikemukakan. Sentiasa ada cadangan untuk disaran litar rakyat dan sebagainya. Kadang-kadang melibatkan sukan trek, kadang-kadang melibatkan sukan yang bersifat drag. Kita ketahui bahawa untuk membina satu-satu litar mengikut spesifikasi keselamatan, yang mana kita sentiasa tekankan, ia memakan belanja sekurang- kurangnya hampir RM20 juta, ya. Sebab itu kita berhadapan dengan kesukaran untuk kita bersetuju membina litar-litar baharu. Sebaliknya, kita perkasakan ataupun kita buat kerjasama dengan pemilik-pemilik litar lain di seluruh negara supaya kita boleh sekurang- kurangnya membantu dari segi aspek penaiktarafan dan juga penganjuran program- program. Ini bagi bertujuan untuk memastikan ada ruang-ruang bagi peminat sukan permotoran ini untuk terus beraksi dan memanfaatkan litar-litar yang berada dalam negara ini. Tentu sekali kita mahu supaya program-program ini tidaklah tersekat hanya kerana kita tidak, buat masa sekarang, mempunyai litar seperti yang diidam-idamkan oleh hampir semua Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang kesembilan, Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Yang Berhormat Lubok Antu.

Tuan Roy Angau anak GingkoiPRS · GPSLubok Antu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 9.

Roy Angau anak GingkoiPRS · GPSLubok Antu · question

9. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status terkini pengoperasian menara telekomunikasi di kawasan Lubok Antu terutama di hulu sungai dan pedalaman yang dirancang untuk siap dan beroperasi menjelang akhir tahun 2023 demi menambah baik jaringan telekomunikasi dan internet di kawasan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan memahami keperluan kesalinghubungan internet untuk semua rakyat dan ini telah mendorong kerajaan untuk membuat penaiktarafan infrastruktur jalur lebar di seluruh negara, termasuklah di kawasan hulu sungai dan pedalaman yang sedang diperluaskan secara berperingkat. Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) setakat suku kedua tahun 2023 di Parlimen Lubok Antu, sebanyak dua buah daripada 37 buah menara telah siap dan beroperasi di Baroh dan Jelukong. Baki 35 buah menara masih di pelbagai peringkat pelaksanaan. Selain itu, 52 buah stesen pemancar yang dirancang untuk dinaik taraf telah siap sepenuhnya. Seterusnya, 543 daripada 2,820 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik serta kesemua 26 lokasi yang dirancang untuk perkhidmatan jalur lebar

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital · Kulai

melalui satelit BWA telah siap beroperasi. Kesemua inisiatif yang dirancang dijangka akan siap dan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025. Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (PoP), dengan izin, hak gentian optik. Secara keseluruhannya, jumlah PoP di Sarawak adalah sebanyak 741. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 PoP berada di kawasan berhampiran sekolah luar bandar di Parlimen Lubok Antu dengan dua PoP terlibat dengan pelaksanaan PoP fasa 1 manakala baki 23 PoP di bawah fasa 2. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur komunikasi adalah amat diharapkan agar perkhidmatan dapat diterima dengan lebih cepat. Sekian jawapan saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Roy Angau anak GingkoiPRS · GPSLubok Antu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri ke atas jawapan ya. Saya berharap menara telekomunikasi ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Soalan tambahan saya Timbalan Menteri. Apakah cabaran serta rintangan yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor dalam kerja-kerja pemasangan menara pemancar terutama di kawasan-kawasan hulu sungai yang bergunung-ganang terutama di kawasan Lubok Antu? Dan juga saya ingin bertanya berkenaan dengan Pusat Ekonomi Digital. Sejauh manakah peranan PEDi membantu para pelajar dan masyarakat di luar kawasan luar bandar dan apakah kejayaan PEDi dalam melahirkan ikon usahawan PEDi dari kalangan penduduk tempatan yang khususnya kawasan Lubok Antu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kesulitan ataupun masalah yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor khasnya untuklah kawasan pedalaman di Lubok Antu adalah sepertilah bagaimana kita mendapatkan lokasi yang sesuai bagi memenuhi keperluan teknikal sepertilah keperluan garis penglihatan, line of sight, dengan izin, bagi isyarat rangkaian terutamanya di kawasan yang berbukit bukau.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Selain daripada itu, kerana di kawasan pedalaman, kebanyakan tapak yang terlibat adalah native land. Jadi, kontraktor-kontraktor juga menghadapi masalah dan cabaran untuk mengenal pasti siapa pemilik dan juga akhirnya dapat persetujuan daripada mereka supaya menara bolehlah didirikan di tempat tersebut. Selain daripada itu, seperti lah tiada akses, jalan akses yang bertar dan juga sambungan electricity juga merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa lah pelaksanaan JENDELA ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan mesyuarat] Untuk lah soalan kedua tentang apalah fungsi Pusat Ekonomi Digital. Fungsi Pusat Ekonomi Digital ini adalah satu tempat di mana kita bolehlah menyediakan kursus untuk lah membantu lah penduduk-penduduk berhampiran supaya bolehlah membantu mereka untuk promote dan jual produk mereka dalam platform online dan juga lah menjadi seorang eVendor. Untuk di bawah Parlimen Lubok Antu, kami mempunyai dua buah PEDi. Satu di Lubok Antu dan satu lagi di Engkilili dan dua-dua ini mempunyai ikon PEDi. Di Lubok Antu, ikon PEDi itu adalah bernama Linda anak Jatim dan produk yang beliau jual dalam platform online ini adalah minyak wangi, minyak angin dan madu kelulut. Selain daripada itu, untuk lah PEDi di Engkilili, ikon PEDi bernama Sagu anak Enchan dan produk beliau adalah Kopi Dara Lawwa. Kita percaya bahawa PEDi memang bolehlah

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

membantu usahawan-usahawan kita yang datang dari kawasan pedalaman supaya produk mereka bolehlah dijual ke seluruh negara dan sebenarnya di luar Malaysia juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Tuan Speaker. Sehubungan dengan di pedalaman, Parlimen Jerai pun sukar untuk — Mohon penjelasan tentang JENDELA 2, adakah telah bermula ataupun telah dilaksanakan di kawasan pedalaman?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Untuk makluman Yang Berhormat, JENDELA kita sekarang masih tengah melaksanakan JENDELA fasa 1. Jadi, fasa 2 belum kita mulakan kerana kita masih ingin mengenal pasti lokasi. Kedua adalah apa mekanisme ataupun teknologi yang kita nak guna pakai, kerana sekarang dengan teknologi satelit mungkin ada site yang kita rasa lebih sesuai untuk kita pasang satelit untuk memberi akses kepada Internet, selain untuk mendirikan sebuah menara. Kerana untuk mendirikan sebuah menara, kosnya tinggi dan untuk kawasan pedalaman, memang ada kesulitan apabila tak ada access road yang bertar dan sebagainya. Jadi untuk JENDELA fasa 2, masih di peringkat rancangan. Akhirnya, di sini saya juga nak memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa minggu yang lalu iaitu 23 hingga 25 Oktober, MCMC telah datang ke Parlimen ini untuk mengadakan kaunter. Jadi di sini saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada 111 orang Ahli Yang Berhormat yang telah melawat kaunter MCMC untuk dapat dossier kawasan mereka dan juga buat aduan, bawa isu-isu kawasan mereka ke kaunter MCMC. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya?

Peraturan Mesyuarat 36(4). Pada Jumaat yang lepas saya telah menghantar satu usul kepada Speaker bahawa mengenai 36(4), “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan yang seksis”, merujuk kepada Yang Berhormat Langkawi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Bentong.

Ya, saya ingin status tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tan Sri Speaker telah menerima dua usul. Satu daripada Yang Berhormat Bentong, satu daripada Yang Berhormat Kepong. Masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker, jadi tunggu keputusan bila Tan Sri Speaker masuk ke Dewan.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Speaker, 36(12) dan 36(4) yang disebut itu. Insiden yang berlaku pada hari Khamis yang lalu ya, kalau kita tengok Hansard, Speaker telah membuat keputusan bahawa Speaker katakan bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Sekejap Yang Berhormat, sekejap. Mohon Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya tak bagi laluan. Saya tak mahu bazir masa kerana Yang Berhormat Kepong menghantar usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3), bukan 36(4).

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Ya, perkara itu adalah Perkara 36(4) Yang Berhormat, tapi tendency sekarang Dewan ini untuk menggunakan Perkara 36(12) untuk merujuk semua perkara walaupun boleh dipertimbangkan melalui 36(4) kepada 36(12). Jadi, dia ada tendency dalam Dewan ini menggunakan Perkara 36(12) untuk merujuk orang. Tetapi saya setuju Yang Berhormat, perkara yang berlaku pada hari Khamis itu memang ada tendency untuk dikategorikan sebagai sexist remark di bawah Perkara 36(4).

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Bukan seksis, lucah.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Memang betul Yang Berhormat, ya.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Bukan hanya seksis lucah Yang Berhormat. Ia berbaur lucah.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Jadi, sepatutnya perkara itu diurus melalui 36(4) Yang Berhormat.

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1).

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Satu persatu.

36(4). Ini isu sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Satu persatu. Arau dulu. Arau dulu.

Arau dulu. Terima kasih. Yang Berhormat, saya menghantar beberapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, saya tahu.

Yang Berhormat tak, ya...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tan Sri Speaker masih buat pertimbangan.

Tapi hari ini Yang Berhormat, saya nak bangun sebab saya nak menyatakan biar rakyat dengar. Hari ini kanak-kanak Palestin di tiap-tiap 10 minit, seorang dibunuh dan rakyat Palestin sekarang ini dah mati lebih daripada 8,000 orang. Saya minta supaya Parlimen membuat pendirian mengenai perkara ini dan jangan biar satu orang buat pandangan contohnya, Yang Berhormat Tebrau buat pandangan dia menyokong Israel. Apakah seorang sahaja yang menunjukkan pendirian menyokong Israel?

36(6).

Parlimen sendiri kena buat keputusan, apakah pendirian kita mengenai pembunuhan yang berleluasa sedang berlaku sekarang.

Saya merujuk 36(6)...

Ini saya nak bagi tahu Yang Berhormat, saya minta supaya kerajaan sendiri yang bawa usul untuk apa itu, menyatakan pendirian kita berhubung dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel. Kalaupun kita tak boleh buat apa...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah Arau, cukup.

Tunjukkan pendirianlah. 10 minit seorang kanak-kanak dibunuh dan sekarang dah melebihi 8,000 orang...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau cukup.

Dan kita tengok sendiri bangunan hancur, tiba-tiba kita diam. Cuma dengar satu suara sahaja, Tebrau kata menyokong Israel. Itu sebab saya kata kita semua rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Saya akan membuat usul dan terus akan buat usul. Terima kasih.

Tuan Speaker, nama saya disebut.

Shut up-lah.

36(6), jangkaan jahat. Satu, bila Yang Berhormat Arau guna perkataan “shut up”. Itu bukan satu perkataan yang Parliamentarian. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang senior kan, janganlah guna perkataan itu. Yang kedua, dia kata saya sokong Israel. Itu satu fitnah. Saya harap Yang Berhormat Arau boleh tarik balik pendirian itu.

Tarik balik. Tarik balik. Tarik baliklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau, ada apa bukti untuk membuktikan bahawa Tebrau sokong Israel?

Ya, dia sepatutnya dia tarik balik di luar sana sebab dia telah di-viralled-kan menyokong Israel. Patutnya dia tariklah. Tarik dekat luar sana, bukan tarik dalam Dewan. Kalau dia tak betul, tak apa, bagus, alhamdulillah. Bukan kita nak luah melulu. Saya bukan perangai macam you all, tuduh orang tak berhenti. Saya perangai saya ialah kalau betul dia tak cakap, okey alhamdulillah. Tapi kerajaan sendiri kena keluarkan pendirian. Menteri Pendidikan, Menteri Jabatan Perdana Menteri, keluarkan pendirian bahawa kita menentang perbuatan terkutuk Israel. Kamu nak tengok anak-anak dibunuh 10 minit satu orang? Biar.

Tuan Speaker, kalau tengok saya punya social media Facebook...

Ini tak kena dekat anak-anak Malaysia, ini orang luar. Ini keluarkan pendirian...

Saya solidariti dengan Palestin.

Okey, kalau...

Saya tanya soalan juga kepada Menteri KDN...

Nanti Tebrau, dengar sini.

Bila saya kata boleh tak kita longgarkan syarat untuk perhimpunan aman agar lebih banyak perhimpunan solidariti boleh dilakukan tanpa notis lima hari. Saya tanya dalam Dewan, ada rekod.

Yang Berhormat Speaker, kalau dia dah kata tak betul, dia buat penafian di luar sebab di dalam Parlimen ini, kami ini Ahli Parlimen terasa sebab apa...

Saya tak ada benda nak buat di luar sebab ini bukan benda pun.

Telah viral cerita dia menyokong Israel, kami terasa sebab Parlimen sendiri tak buat pendirian. Yang Berhormat Speaker yang hebat ini pun akan terasa tak ada pendirian. Menteri-menteri duduk diam, tak buat pendirian.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau.

Pendirian di luar tak cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau.

Tak mau bergaduh sebab ini kita hendak beritahu kita simpati dengan Palestin dan kita menentang perbuatan-perbuatan ketua-ketua Israel.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah Arau.

Saya tidak bergaduh. Kalau bukan, tarik balik dekat luar. Terima kasih.

Tarik balik sekarang dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau yang sebut, yang fitnah Yang Berhormat Tebrau dalam Dewan. Jadi perlu tarik balik di dalam Dewan.

Tarik balik, tarik balik.

Sekarang ini kalau dia tak mengaku, tak mengaku dia kata dia menyokong Israel, saya tarik balik. Tapi beritahulah sendiri.

Saya, saya...

Kata dia tak mengaku tak menyokong Israel.

Saya memang tak mengaku pun.

Tak mengaku okeylah tak ada masalah apa. Apa yang masalah?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jadi tarik baliklah. Jadi Arau tarik baliklah.

Tapi sekarang di-viral di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia.

Ada tak viral saya sokong solidariti dengan Palestin?

Tarik baliklah! Tarik baliklah!

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau...

Arau tanya saya dalam Dewan ini, adakah saya sokong? Saya kata tidak. Apa lagi Arau nak?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau tarik balik sajalah Arau.

Dia kalau dia mengaku, dia tak kata dia menyokong Israel tapi sekarang saya dengan dia bukan dengan orang lain!

Okey Arau, saya dengan Arau sahaja.

Bukannya dengan Chow Kit road. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang lain sila duduk, yang lain sila duduk.

[Dewan riuh]

Tarik baliklah oi!

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk, yang lain sila duduk, yang lain sila duduk. Yang Berhormat Arau, tarik balik fitnah itu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kalau dia kata, tarik baliklah... [Tidak jelas]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang...

Pendang tak ada kena mengena, tolong duduk. Tolong duduk! [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tak dapat duduk saya akan silakan keluar dari Dewan..

I can say anything.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yes, you can say anything but please sit down. Yang Berhormat Arau sila tarik balik dan kita teruskan Dewan.

Ingat senior boleh cakap... [Pembesar suara dimatikan] Israel kah? Sokong Israel.

[Dewan riuh]

Itu tak betul itu Pendang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Ini perangai Ahli Parlimen PAS kah?

Yang Berhormat...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Buat pertuduhan sahaja!

[Dewan riuh]

Tarik balik Pendang! Tarik balik!

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah.

Tarik balik Pendang!

Pendang tarik balik!

Muar, buat usul dulu.

Yang Berhormat, kalau dia tidak kata dia menyokong Israel dan dia mengaku, saya tarik baliklah, apa yang bising sangat? Yang orang lain menyibuk pasai apa? Macam Chow Kit road.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jadi Arau tarik balik sahaja, jangan cakap banyak lagi.

Hendak tunjuk garang, tak payah tunjuk garang lah, telan dengan pisanglah. Telan dengan pisang ja tak payah tunjuk garang sangat.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tebrau kalau dia tak mengaku, dia tak kata, okeylah.

Dia tarik balik. Saya— sebab ini viral dia kata.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah, cukup.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Speaker, adakah Arau sudah tarik balik?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau kata dia sudah tarik balik.

Timbalan Speaker, saya hendak cakap isu lain bukan... [Ketawa]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Adakah Arau sudah tarik balik? Kalau dia tarik balik, dia perlu minta maaf. Mana boleh sebarangan, suka hati tuduh Tebrau macam itu.

[Dewan riuh]

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

[Bangun]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tebrau tak pernah kata begitu, dia bangkit dalam Dewan. Tebrau tak pernah... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau sudah tarik balik?

Yang Berhormat, benda ini viral di luar... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak perlu jelas lagi. Saya sudah kata tarik balik, Arau sudah tarik balik kah?

Ini Yang Berhormat, kalau dia tak kata suruh tarik balik...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tarik balik dan minta maaf. Tak payah cakap banyak lagi!

Okey, sebab viral di luar. Ini orang lain menyibuk pasai apa? Menyibuk pasai apa? Weh! [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tebrau tidak pernah sebut... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang lain sila duduk. Arau, cakap betul-betul, tarik balik sahaja Arau.

Apa? Saya sudah tarik 10 kali sudah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, sudah tarik balik.

Saya kata kalau dia tak kata saya tarik balik, okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey, okey, cukup, cukup, cukup.

10 kali. Ini my tenth time. [Dewan riuh]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pendidikan Tinggi seperti yang tertera di No. 7 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 31 Oktober 2023.”

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHMenteri Pendidikan · Nibong Tebal

Puan Yang di-Pertua saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit (RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut”. [26 Oktober 2023]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab. Masa 30 minit.

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2024 pada peringkat dasar Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke- 15 tahun 2023 iaitu Yang Berhormat Damansara, Subang, Ledang, Sri Aman, Parit, Labuan, Jelutong, Puncak Borneo, Hulu Selangor, Kubang Kerian. Lubok Antu, Jerantut, Rasah, Hulu Terengganu, Batu, Batang Lupar, Kuala Krau, Maran, Kuala Krai, Jerlun, Tenggara, Seputeh, Kota Bharu, Gopeng, Kepong, Jelebu, Bukit Bendera, Batang Sadong, Sungai Buloh, Raub, Balik Pulau, Mersing, Tebrau, Temerloh, Tampin, Klang, Masjid Tanah, Bukit Bintang, Jempol, Serian, Gerik, Bangi, Kuala Pilah dan Bentong. Sebagai Menteri yang pertama menggulung daripada Jabatan Perdana Menteri, saya mohon untuk menjawab isu-isu di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Bantuan Guaman, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi seperti berikut iaitu Parlimen Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Malaysia (NFCC) dan PETRONAS. Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Belanjawan 2024 kebanyakan Ahli- ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai persoalan isu dasar yang menyentuh usaha reformasi perundangan secara khusus walaupun ianya secara langsung tidak berkaitan dengan Belanjawan 2024 secara spesifik. Sememangnya undang-undang yang kukuh dalam semua aspek merupakan asas kejayaan bagi sebuah negara. Oleh itu, suka saya menegaskan di sini bahawa Kerajaan Perpaduan kekal komited dalam matlamat untuk mereformasikan perundangan dengan mengambil kira pelbagai cabaran termasuk dari segi kewangan, kepakaran, tempoh masa dan struktur perundangan dengan mengambil kira kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain yang ada seluruhnya. Sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan dalam ucapan Belanjawan 2024, Kerajaan Perpaduan sentiasa komited untuk mendukung usaha badan kehakiman supaya akses kepada keadilan, dengan izin access to justice sentiasa bersedia kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Dalam hal ini, bagi memudahkan rakyat jelata untuk memperolehi perkhidmatan mahkamah, inisiatif mahkamah bergerak bagi kes-kes sivil juga akan diperluaskan. Sesungguhnya akses kepada keadilan adalah usaha yang paling penting bagi mencapai pertubuhan inclusiveness, dengan izin mahupun Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Peruntukan sebanyak RM38 juta disediakan bagi memperkasa dan meningkatkan produktiviti institusi kehakiman negara, termasuklah untuk membaik pulih prasarana mahkamah dan menaik taraf kemudahan ICT mahkamah yang usang dan rosak di seluruh negara. Peranan Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia juga akan di perkasa dalam melatih hakim-hakim mahkamah secara lebih terancang dan berkesan dengan implikasi kewangan sebanyak RM20 juta. Bagi terus mengorak langkah ke hadapan dalam pelaksanaan reformasi perundangan, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM18 juta.

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Pertama, melaksanakan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 untuk memberikan nafas kehidupan kedua bagi banduan mulai pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori selaras dengan konsep keadilan restorative dan dengan izin, restorative justice. Kedua, perlaksanaan kajian empirikal pengasingan peranan pendakwa raya dan peguam negara bagi mengenal pasti langkah terbaik ke arah reformasi institusi yang lebih tepat dan progresif. Ketiga, pengaturan langkah jitu untuk mempertahankan kedaulatan tanah air daripada tuntutan Sulu. Kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dalam hal ini dan akan terus mengatur langkah terbaik untuk melindungi dan memelihara kedaulatan Malaysia. Kerajaan juga komited dalam menangani isu penggubalan wang haram dan pembiayaan keganasan. Selaras dengan itu semakan perundangan Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Pemegang Amanah Diperbadankan 1952 akan dilaksanakan dengan kadar yang segera.

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Selanjutnya kerajaan juga turut cakna mengenai penipuan siber yang kian kompleks ini dengan perkembangan teknologi. Kini hanya terdapat satu mahkamah seksyen, iaitu mahkamah siber untuk mengendalikan prosiding berkenaan jenayah siber. Bagi memastikan mangsa jenayah siber memperoleh keadilan dalam tempoh masa yang munasabah, Kerajaan Perpaduan akan memperluaskan mahkamah siber di seluruh Malaysia secara berfasa. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengumpulkan semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok kerajaan dan blok pembangkang mengikut thematic seperti berikut. Pertama pemerkasaan perkhidmatan bantuan guaman Malaysia, pemantauan pendanaan awam yang baik oleh Jabatan Audit Negara, inisiatif penggubalan Akta Kebebasan Maklumat, penambahbaikan dan pindaan kepada Akta Pemberi Maklumat 2010 dan Reformasi Institusi Parlimen, penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak, usaha pengenalan pengetahuan pengurusan kewangan dan celik muflis, usaha perundangan kawal selia pendanaan politik yang baik, usaha reformasi mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya dan penepatan mekanisme aduan berkenaan isu rasuah dan integriti. YB Jerlun, Tebrau dan Bangi telah membangkitkan berkenaan dengan peranan Jabatan Bantuan Guaman dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) serta usaha memperkasakan perkhidmatan bantuan guaman bagi membolehkan lebih banyak bantuan guaman diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, peranan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) adalah saling lengkap-melengkapi dalam merealisasikan penyampaian khidmat bantuan guaman. Sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] JBG memfokuskan pada tiga kategori khidmat bantuan guaman iaitu prosiding sivil, prosiding syariah dan prosiding jenayah, khususnya bagi kes pengakuan salah. Dengan izin, duty-free sahaja. Antara usaha memperkasakan perkhidmatan bantuan guaman sedang dilaksanakan adalah pertama, memperkasakan perkhidmatan pengantaraan dengan izin mediation services secara dalam talian dengan membantu mahkamah menggalakkan penyelesaian luar mahkamah perkhidmatan pengantaraan secara dalam talian untuk memudahkan masyarakat dan mengurangkan kos pengangkutan pihak-pihak yang bertikai. Kedua meningkatkan penglibatan lebih ramai peguam swasta untuk menjadi peguam panel Jabatan Bantuan Guaman bagi membolehkan pengurusan litigasi, sivil dan syariah secara berasingan dan berfokus. Kemudian pelantikan peguam panel di bawah Jabatan Bantuan Guaman diperluaskan dalam menyediakan khidmat dampingan guaman iaitu bagi kes-kes jenayah yang melibatkan mangsa kanak-kanak khususnya yang menjadi mangsa jenayah seksual.

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Kemudian perkongsian pintar (smart partnership) dengan NGO-NGO yang bertauliah yang berinti pati kepada hal ehwal kebajikan kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab yang berkaitan dengan hak kanak-kanak. Akhir sekali, memperkasakan hebahan fungsi dan peranan JBG melalui platform yang lebih luas seperti hebahan melalui arus perdana, radio dan televisyen serta program promosi dan kesedaran masyarakat. Bagi tahun 2024 pula Kerajaan Perpaduan kekal tekad ke arah memperkasa lagi perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman dengan memperuntukkan tambahan sebanyak RM3 juta bagi lantikan sementara bagi menyokong JBG untuk memperluaskan pengendalian klinik guaman bergerak di kawasan pedalaman atas prinsip dengan izin mewujudkan platform Justice on Wheels. Ini bagi memastikan semua rakyat di luar sana terutamanya sekali mereka yang memerlukan perlindungan dan mahu menuntut hak mereka dalam perlindungan di sisi undang-undang di kawasan-kawasan pedalaman khasnya. Khususnya di Sabah dan di Sarawak dapat memperolehi akses kepada keadilan dengan izin JBG turut menyediakan klinik guaman bergerak yang akan memanfaatkan rakyat yang berada di kawasan tersebut. Manakala YBGK merupakan badan yang diperbadankan di bawah seksyen 16 Akta Syarikat 1966 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dengan izin company limited by guarantee dan bertaraf syarikat khairat dengan izin charitable company mengendalikan kes-kes jenayah khususnya bagi maksud reman, perbicaraan dan rayuan prosiding jenayah dengan menggunakan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Kerajaan melalui Jabatan Audit Negara selaras dengan Akta Audit 1957 boleh mengaudit YBGK dalam memastikan elemen akauntabiliti dalam pentadbiran dana awam dengan sebaik mungkin bagi kegunaan pembelaan awam. Melangkah ke hadapan dalam menetapkan hala tuju yang jelas dan izin untuk mewujudkan perkhidmatan bantuan yang ditawarkan bersama oleh JBG dan YBGK yang dibiayai oleh kerajaan. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum pada 24 Februari 2023 semasa pembentangan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti ikhtiar untuk mengubah satu akta yang khusus bagi menawarkan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah supaya rakyat yang dibelenggu kesempitan ini daripada segi kewangan dapat turut memperolehi akses pada keadilan. Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Akta Pembelaan Awam (JAPA) dan suntikan peruntukan geran penyelidikan sebanyak RM190,000 telah diluluskan dan keanggotaan JAPA ini terdiri daripada kalangan pakar akademik dalam bidang perundangan, lapan fakulti undang-undang universiti awam ataupun swasta terlibat. JAPA ini diwujudkan untuk menilai kewajaran penggubalan Akta Pembelaan Awam di Malaysia untuk menambah baik dengan izin untuk meng-elevate dengan izin struktur YBGK dan JBG bila menyentuh tentang isu mendapat pembelaan dalam hal ehwal bantuan guaman dalam isu spesifik iaitu isu-isu kes-kes jenayah dan merancangkan elemen serta parameter undang-undang yang seharusnya dicapai sekiranya terdapat keperluan akta ini untuk digubal pada tahun hadapan dan mengemukakan cadangan-cadangan lain kepada kerajaan. Buat masa ini, JAPA sedang membuat kajian perbandingan liputan kerangkaan perundangan berkaitan pembelaan awam dalam bahasa Inggeris dengan izin, public defender di negara-negara luar yang terpilih seperti Singapura, Australia, New Zealand, Taiwan dan United Kingdom atau negara lain dengan mengambil kira input-input utama berdasarkan kerangka perundangan dan amalan terbaik di luar negara berkaitan pembelaan awam, implikasi kepada perkhidmatan bantuan guaman secara holistik serta kesan kepada akta sedia ada di Malaysia. Bererti, Akta Bantuan Guaman dan dibaca bersama dengan Akta Profesion Undang-undang 1976. Hasil daripada kajian ini kita harap yang akan dikeluarkan pada

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

hujung tahun ini diharapkan akan dapat merangka pendekatan dan dasar kerajaan baru jika kerajaan mahu meneruskan komitmen untuk mewujudkan satu akta public defender. Kerajaan Perpaduan sentiasa komited dalam khidmat bantuan guaman kerana kita percaya tentang elemen bahawa dengan izin leave no one behind. Itu sebabnya untuk mendapat bantuan daripada apa yang disebut sebagai untuk bantuan guaman, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua bila bercakap tentang bantuan guaman, dia bukan hanya pergi ke mahkamah. Contohnya saya bagi dalam kes-kes sivil, Jabatan Bantuan Guaman mesti menekankan lebih banyak kepada mediasi. Mediasi itu dua-dua pihak kena bersetuju untuk mencari penyelesaian. Daripada pendekatan baru dalam banyak negara, bila bercakap tentang bantuan guaman, kalau kita hanya menggalakkan ke mahkamah, kita tak akan menyelesaikan pertikaian terutamanya sekali kes sivil. Bila berhadapan dengan kes keluarga, penyelesaian luar mahkamah perlu menjadi penekanan. Tetapi masalahnya kadang-kadang mereka tidak mempunyai kepakaran, kemahiran, mereka tidak tahu hak mereka. Antara masalah yang kita tahu, yang selalu kita dengar ialah untuk pergi ke mahkamah, kes ditangguh, kena pergi lagi ke mahkamah dan mereka yang duduk di kawasan luar bandar dengan ada program Justice on Wheels ini, elemen-elemen mediasi boleh kita bawa dan kita dapat selesaikan di peringkat akar umbi. Itu sebabnya peranan Jabatan Bantuan Guaman nanti ialah mengambil bekas- bekas hakim, bekas-bekas pegawai undang-undang yang mempunyai kepakaran kerana kerajaan akan biayai tetapi bukan pada kos swasta yang berlaku pada hari ini. Kalau kita tengok dalam kes keluarga sebagai contohnya untuk kawasan-kawasan khasnya bagi mereka tidak berkemampuan, selain pada isu cerai, isu hadanah. Kepada isu hadanah, isu tentang nafkah. Kemudian lepas itu mendapat perintah pada nafkah, pelaksanaan kepada perintah. Kadang-kadang bila dapat perintah, perintah itu banyak. Nak melaksanakan perintah itu menjadi masalah sebab dia lari sini, dia lari sana. Jadi anak-anak menjadi mangsa. Itu sebabnya kalau ada mediasi, diharap semua cabaran ini dapat kita selesaikan pada peringkat yang paling tersingkat.

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Kadang-kadang sepertimana Tuan Yang di-Pertua tahu, kadang-kadang mediasi ini mungkin marah sebab benda lain. Marah nyamuk, bakar kelambu dan bila berbincang di luar mahkamah, kemungkinan boleh dibawa bersama dan kemungkinan penyelesaian itu lebih mudah sebab adanya orang-orang yang lebih berpengalaman mungkinnya bekas hakim memberikan mereka nasihat. Itu sebabnya Program Justice on Wheels ini bagi pihak Jabatan Bantuan Guaman, kita hendak juga memberi bantuan kepada mereka-mereka terutama sekali peguam-peguam swasta di luar yang kemungkinan berkata, bahawa adanya sesetengah kes mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kes-kes jenayah di bawah YBGK sebagai contoh. Mungkin dalam kes Justice on Wheels ini terutama sekali bagi peguam- peguam kita di luar sana di kawasan luar bandar boleh memberi perkhidmatan kepada Jabatan Bantuan Guaman dan membantu dalam elemen mediasi sebagai contoh. Kadang-kadang dalam kes kerajaan tempatan dan juga kepada mereka di luar sana, masalah kadang-kadang masalah bil yang tidak terbayar. Kadang-kadang notis mereka tidak dapat, kadang-kadang mereka rasa dia bayar tetapi tidak adanya resit pembayaran. Jadi, ini isu-isu yang boleh diselesaikan di luar mahkamah. Sebab kadang- kadang dalam kes mereka yang mempunyai masalah dengan kerajaan tempatan tiba-tiba kompaun dan kemudian tindakan yang seterusnya itu tindakan yang kadang-kadang begitu keras. Jadi, perlulah seseorang yang boleh bercakap bagi pihak mereka. Pada tahun ini yang kita dapat banyak – Jabatan Bantuan Guaman dapat banyak pujian daripada mahkamah sendiri ialah legal companion yang diwujudkan kepada kanak- kanak yang berhadapan dengan kes-kes jenayah dan legal companion ini bererti dia meneman anak-anak di Mahkamah Jenayah apabila mereka berhadapan dengan kes-kes

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

jenayah seksual. Sebab walaupun mahkamah itu dalam bentuk yang amat dalam bahasa friendly to the children tetapi hendak tunggu, hendak menjawab soalan, hendak berhadapan dengan cross-examination dan sebagainya itu dia bukannya lebih kepada naratif membimbing tetapi lebih kepada naratif meneman kanak-kanak tersebut. Sebab bukan semua orang berani ke mahkamah. Mungkin kita dan Yang Berhormat ini semua, semua hero-hero belaka berani ke mahkamah tetapi mungkin di kawasan sana terutama sekali kanak-kanak mereka tidak berani dan mereka tidak yakin walaupun mungkin bahan bukti itu kuat. Itu sebabnya Jabatan Bantuan Guaman kita harap, insya-Allah dengan Belanjawan 2024 ini akan berhadapan dengan langkah- langkah yang lebih proaktif, dengan izin out of the box strategy supaya rakyat kita dapat berhadapan dengan kerajaan yang bertemakan kepada Kerajaan Madani.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Minta penjelasan.

Oh, silakan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya nampak komitmen daripada kerajaan khususnya yang dibawa melalui Yang Berhormat Menteri hari ini cukup jelas bahawa kerajaan beriltizam untuk mencari jalan bagaimana kita boleh membantu mereka yang perlukan bantuan khususnya apabila menghadapi cabaran undang-undang bukan sahaja di mahkamah tetapi juga di luar mahkamah. Ini dibahagikan kepada dua bahagian Speaker iaitu bahagian jenayah dan bahagian sivil tetapi keseluruhannya Yang Berhormat Menteri, ia berbalik kepada soal sama ada pun tidak kita mempunyai infrastruktur yang mencukupi untuk kita menangani masalah ini dan ianya juga bergantung kepada soal kos. Jadi, kita sudah bincang berkenaan dengan perkara ini kian lama dan saya lihat langkah-langkah diaturkan bagi tujuan kita mencari jalan penyelesaian tetapi kesemuanya akan sudah tentu melibatkan isu kewangan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan bagaimana kita boleh meningkatkan peruntukan yang diberikan untuk menangani masalah ini. Juga dalam soal ini adakah kerajaan bersedia untuk mendapat lebih daripada input ataupun cadangan daripada pihak-pihak seperti Bar Council dan juga NGO-NGO berkaitan bagaimana kita boleh membantu untuk mewujudkan satu sistem di mana masalah yang dapat diselesaikan. So, one, it is infrastructure and number two it’s cost dan ketiganya berapa lamakah akan kerajaan ambil untuk kita mula melihat apa disebut sebagai usaha-usaha ini diambil untuk kita menyelesaikan masalah ini.? Terima kasih, Menteri.

Yang Berhormat Menteri, soalan yang berkaitan boleh tidak? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Damansara tentang kos itu. Saya juga sudah ada bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya mengenai kos terutama sekali tentang YBGK yang mana maklum balas yang saya terima selalunya adalah YBGK ini tidak cukup kewangan untuk beroperasi dan sebagainya jadi ada kekangan di situ. Jadi, sementara menunggu kita konsolidasi di antara YBGK dan juga Jabatan Bantuan Guaman ini, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberikan mungkin sedikit peruntukan yang lebih kepada YBGK ini sekurang-kurangnya sehingga kita dapat melaksanakan reformasi bantuan guaman ini. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Damansara dan juga Yang Berhormat Bangi. Isu dia mudah sahaja. Pertama sekali berkenaan dengan katakan berkenaan dengan isu mobile court. Kalau kita tengok daripada senarai kita di Sabah dan Sarawak, kita mempunyai dalam kawasan pedalaman contohnya di Sarawak pada mula operasinya 52 kes-kes mahkamah bergerak. Kemudian di Sabah pula bermula pada tahun 2017. Kemudian di Sabah pula kita tengok bahawa tentang lokasi pula antara 63 lokasi bermula juga tahun 2007. Sebenarnya bila bercakap tentang mahkamah bergerak, ia mempunyai dua konsep, Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak semestinya konsep itu dalam mahkamah. Bila

kita tengok bila mahkamah bergerak spesifik yang disebut di Sabah dan Sarawak ini yang lebih kepada pendengaran permohonan kes sijil daftar, lewat kelahiran dan kematian, pengesahan dokumen bagi apa jenis permohonan termasuk bagi tujuan pendaftaran lewat kelahiran di Sarawak, permohonan kad pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara, permohonan tanah di Jabatan Tanah, permohonan anak angkat, permohonan bantuan kerajaan dan sebagainya. Kemudian ada juga prosiding pendengaran kes jenayah trafik dan sivil di Sabah, prosiding perbicaraan kes hutan kecil di Sabah. Maknanya bila adanya mahkamah bergerak, tanggapan semua itu mahkamah itu bergerak dan semua itu berlaku dalam mahkamah tetapi juga adanya persepsi umum bahawa mahkamah bergerak itu bererti hakim-hakim yang ada dalam mahkamah, sistem-sistem mahkamah yang ada itu diturunkan kepada premis yang wujud. Tetapi masalahnya bila bercakap tentang mobile court itu ialah kawasan itu begitu pedalaman, jadi program hendak masuk ke dalam itu memakan masa. Tetapi kalau berbanding 2007 dengan hari ini tahun 2023 dan tahun depan 2024, dengan sistem teknologi dan ada kemungkinan dan juga pengalaman daripada kes COVID-19 yang mana hakim-hakim kita sivil dan terutama sekali kes sivil yang pergi banyak pada online hearing, kita dapat melihat bahawa ini satu premis yang baru yang boleh kita kemas kini supaya isu mahkamah bergerak ini boleh menjadi satu isu yang menjadi satu kebenaran dalam lokasi dan jumlah yang begitu banyak. Jadi, bila Yang Berhormat daripada Damansara bertanya kepada saya tentang kos, jawapan saya kalau fixed cost itu lebih kepada premis yang ditanggung oleh kerajaan tetapi kos yang kadang-kadang tinggi ialah kos peguam. Sebab peguam kita bila dia pergi sebagai kes dalam elemen mahkamah memakan masa. Mungkin dia bagi diskaun tetapi yang penting di sini kalau kita bertemakan kepada termasuk elemen Alternate Dispute Resolution (ADR). Dalam kes mediasi, dalam kes timbang tara, dalam kes sivil kita boleh mengurangkan kos sebab kita menyelesaikan kes itu awal. Tetapi disebabkan oleh kes jenayah, kes jenayah ini tema dia berlainan kerana kes jenayah ini kita tidak boleh mempercepatkan. You cannot force kecuali kalau sekarang ini katakan dalam masa terdekat kerajaan hendak mewujudkan pendekatan yang agak berbeza contohnya yang mana Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memberikan kenyataan tentang kes-kes dadah di mana dilihat daripada elemen penyakit dan kita mengurangkan penjara sebagai contoh. Itu mungkin akan menjadi hala tuju pada tahun 2024 tetapi saya tidak bertanggungjawab dalam hal tersebut. Tetapi yang saya tengok, kita memang perlu mengurangkan kos tetapi sudah tentu antara cabaran yang paling depan ialah melihat kalau adanya subsidi yang wujud dan YBGK ini kita lihat subsidi daripada kerajaan dan rakyat memang bertambah, kes memang bertambah dan jumlah macam mana pun kita letak mungkin tidak akan memadai. Itu sebabnya ada beberapa bidang kuasa negara mewujudkan bahawa dalam kes-kes yang melibatkan golongan yang tidak mampu kemungkinan pembayaran kes itu berkurangan. Itu sebab untuk mewujudkan negotiation dengan peranan yang dimain oleh Bar Council dan State Bar Committee amat penting untuk membincangkan tetapi kalau kita dapat mengurangkan kes dan mewujudkan lebih banyak penyelesaian luar mahkamah mungkin kos itu berkurangan. Tetapi sudah tentu jangka masa yang panjang bagi negara kita ialah kewujudan kemungkinan public defender iaitu satu elemen yang begitu berfokus dan begitu konkrit dalam penyelesaian bantuan guaman aspek sivil dan juga jenayah.

Dalam kebanyakan negara, public defender itu ialah satu elemen yang baru diwujudkan untuk memberikan perlindungan yang tanggungjawabnya oleh kerajaan. Tetapi, mereka terlibat dalam public defender services ini dilihat sebagai elemen daripada elemen pendakwaan yang ada. Tetapi, sudah tentu akan isu falsafah itu berlaku kalau punca kuasa daripada kerajaan, kerajaan yang mensabit, kerajaan kemudian menghantar peguam untuk prosecute, mendakwa. Kemudian, hantar peguam untuk membela. Kemudian, ada banyak-banyak isu yang tidak dipersetujui.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

[Bangun]

Itu sebab YBGK, yang luar daripada kawalan kerajaan, terlibat dalam kes-kes jenayah sebab mereka bertentangan dengan mereka yang mendakwa iaitu daripada suara-suara negara, iaitu kerajaan yang mendakwa, YBGK, badan bebas membela. Silakan, Damansara.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih. Izinkan saya, Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya dengar apa yang disebut di situ sebagai cadangan untuk kerajaan bersatu untuk serap sedikit daripada kos daripada mereka yang perlu mengeluarkan kos untuk membela diri dalam kes-kes yang tertentu. Itu satu. Nombor dua, Yang Berhormat Menteri sebut berkenaan dengan mungkin kita nak wujud public defender di mana ada badan yang akan melihat kepada aduan yang dibuat bagi pihak mereka yang dituduh dan perkara itu dapat dibawa ke hadapan. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan kes-kes di mana, seperti mana saya lazim bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, apabila ada salah guna kuasa pada pihak mungkin pihak penguasa walaupun— saya bagi contoh SPRM kerap kali. Laporan-laporan polis dibuat, siasatan juga dibuat oleh anggota polis. Mereka buat tugas mereka, fail disediakan, diserahkan kepada pihak AG tetapi tidak ada tindakan diambil. Apabila ditulis surat, tidak ada jawapan. Kemudian, berdolak-dalik. As AG hantar balik kepada polis, polis hantar balik kepada AG. Bertahun-tahun berlalu, kemudian kes itu kita lihat dia ini hilang begitu sahaja. So, bagaimana rancangan kerajaan? Apabila kita ada sebut berkenaan dengan bantu pihak-pihak tertentu ini, terdapat pihak-pihak yang tertindas di luar di situ oleh sebab salah laku yang berlaku. Jadi, apakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu sistem di mana aduan-aduan tersebut itu juga akan diambil tindakan dan disegerakan? Supaya kita dapat mewujudkan kembali confidence di dalam sistem yang ada. Saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan satu kes yang melibatkan seorang warga daripada China di mana pihak pegawai-pegawai SPRM masuk ke dalam apartmen beliau, ambil duit lebih kurang RM600,000. Pihak polis ambil tindakan, mereka tahan pegawai-pegawai SPRM itu. Kemudian, wang itu pun dapat mereka perolehi daripada pegawai-pegawai tersebut. Wang itu kemudian dikembalikan oleh mahkamah kerana setuju bahawa tidak ada sebab untuk ambil wang itu. Kes itu pun tak ada tindakan. Jadi, kita nak tahu, kenapa boleh berlaku sebegitu rupa? Apakah rancangan kerajaan untuk pastikan bila kita sebut defender, kita nak bela ini, kita perlu ada satu sistem yang memang kepada saya, sistem yang efektif supaya masalah ini dapat kita selesaikan? Terima kasih, Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Saya nak selaras dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Damansara tadi yang disebut ada kes-kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa khususnya SPRM, dibuat siasatan, dibuat interrogation dan juga tangkapan tetapi tidak ada tindakan. Persoalan saya, sebaliknya daripada itu, ada pula kes-kes yang dibawa oleh SPRM ke mahkamah dalam keadaan terburu-buru, dalam keadaan yang tidak bersedia. Sebagai contohnya, yang dibawa terhadap Yang Berhormat Tasek Gelugor baru-baru ini. Dah dibawa ke mahkamah, tiba-tiba DPP minta supaya DNAA dulu kerana charge-nya tidak proper lagi. Kemudian, dituduh kembali. Juga kepada pemimpin-pemimpin daripada Perikatan Nasional, dibuat tuduhan. Apabila dirujuk permohonan untuk mahkamah menilai semula, mahkamah mengatakan bahawa tuduhan itu tidak proper, tidak dalam keadaan yang sebenarnya yang menyebabkan terpaksa di-acquitted and discharged dan sebagainya. Jadi, kita nak tahu, apakah tindakan kerajaan memastikan sesuatu aduan, complaint berhubung dengan kes-kes jenayah terutamanya rasuah ini diberikan perhatian

yang sewajarnya mengikut undang-undang sebelum ianya digunakan kuasa AG di bawah Perkara 145 dan sebagainya? Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sebenarnya, saya secara peribadi sebagai seorang yang pernah menjadi peguam jenayah dan juga peguam sivil, memang selalunya berhadapan dengan satu elemen frustration. Bahasa yang saya boleh guna secara tanpa ada niat jahat ya, a very good faith statement, frustration. Bukan niat jahat. Saya tidak menuduh mana-mana agensi. Tetapi, saya rasa pada tahun 2023 ini, kita melihat bahawa dengan saya selalu menekan kepada elemen teknologi— social media, teknologi— tidak ada apa yang boleh disembunyikan lagi. Maknanya, banyak maklumat ada di luar sana. Jadi, bererti bahawa dalam negara kita, agensi-agensi penguat kuasa mesti menjalankan tugas mereka dengan penuh transparensi dan akauntabiliti. Dia tak boleh lagi menganggap bahawa kuasa yang ada itu boleh menjadi satu kuasa yang sewenang-wenangnya. Itu adalah dia punya general premise. Itu sebabnya kalau kita tengok, pertama sekali bila bercakap tentang pendakwaan— dululah— di mana pada hari ini saya pun dah banyak kali jawab. Komitmen Kerajaan Madani memang ada kepada elemen pemisahan AG dengan prosecution powers, memang. Maknanya, AG sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan AG sebagai pendakwa negara. Itu memang komited tetapi memakan masa dan Jawatankuasa Hak wakil daripada ahli-ahli dua-dua pihak memang terlibat dalam empirical study yang dilakukan. Itu dalam elemen pendakwaan. Jadi, bila bercakap tentang elemen agensi-agensi penguat kuasa, kita mempunyai badan yang ada. Kita ada EIAC dan kemudian kita ada beberapa elemen— dan kalau kita tengok di polis, kita mempunyai IPCMC yang telah memakan masa yang lama. Tetapi, pada hari ini, bagi pihak kerajaan, memang kerajaan menyebut tentang kewujudan ombudsmen. Ombudsmen yang disebut ini nak membawa semula isu yang paling utama— adakah EIAC yang wujud memantau semua enforcement agency itu dimasukkan di bawah ombudsmen ini ataupun ombudsmen tidak wujud pada premis negara kita? Ini masih dalam perbincangan. Tetapi, semasa menunggu keputusan ini untuk dibuat sebagai satu dasar oleh kerajaan pada hari ini, saya melihat bahawa undang-undang yang ada ini memang mencukupi. Sebab itu yang bila kita sebut pada hari ini, kerajaan hari ini ialah kerajaan yang mempunyai penghormatan kepada sistem separation of powers. Sebagai contoh, kuasa judiciary, kuasa mahkamah. Semua yang berhadapan dengan tidak kepuasan hati daripada mana pihak— saya tak nak cakap kes yang spesifik sebab subjudis— mereka boleh pergi ke mahkamah hari ini dan mereka telah pergi kepada mahkamah untuk menuntut hak mereka dan hari ini kalau kita baca dalam social media, online news, macam-macam permohonan dibuat. Tidak adanya halangan permohonan itu tidak boleh dibuat. Tetapi, saya bercakap— permulaan saya tentang bantuan guaman. Bantuan guaman itu kepada mereka yang tak mampu terutama sekali kes sivil dan kes jenayah. Kes-kes yang disebut kata, contohnya individu yang mempunyai kewangan yang besar ataupun badan-badan organisasi yang besar, syarikat yang besar atas tuduhan rasuah, atas mana-mana tuduhan yang dilakukan mempunyai kemampuan untuk mencari peguam, dia tidak boleh mendapat bantuan guaman. Daripada premis percakapan perbahasan saya pada hari ini, permulaan dengan Jabatan Bantuan Guaman dan YBGK. Jadi, nak menjawab kepada Kota Bharu itu, saya nak bagi tahu Kota Bharu bahawa undang-undang yang ada pada hari ini ialah undang-undang yang sama yang mana bila kerajaan masa PRU14, kerajaan yang sama. Maknanya, undang-undang itu undang-undang sama. Tidak adanya pindaan pada undang-undang dari segi agensi- agensi yang disebut tadi. The law is the same, the law has been that way. Jadi, sekarang ini, kalau kita hendak buat pada perubahan dan pindaan, perlu kita banyak kajian. Tetapi, saya nak menekan di sini bahawa kerajaan tidak lari pada tanggungjawab kerana, pertama sekali ialah kita bercakap tentang Akta Kebebasan

Maklumat. Hari ini, Kerajaan Madani bercakap tentang Akta Kebebasan Maklumat. Perlunya pindaan dilakukan. Tetapi mungkin tak sempat pada tahun ini, mungkin, insya- Allah, pada tahun depan. Akta Kebebasan Maklumat ini sangat penting kerana perlu dilihat sekali dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. Jadi, perlunya satu balancing act di mana Akta Rahsia Rasmi kemungkinan dipinda supaya Akta Pemberi Maklumat mempunyai skop yang lebih luas. Jadi, itu semua, kata orang dalam bahasa orang putih, building blocks. Jadi, kita tidak boleh hanya datang ke Parlimen membuat pindaan sewenang- wenangnya tanpa membuatkan libat urus bukan sahaja dengan ahli-ahli politik ataupun wakil rakyat di sini, dua-dua blok, tetapi juga pada agensi-agensi terlibat yang akan melaksanakan perkara tersebut. Tetapi dialog tersebut, perbincangan tersebut, percakapan tersebut disebut oleh Kerajaan Perpaduan Madani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh.

We are not keeping quiet about it. Kita bercakap sebab kita mempunyai kesedaran perlunya satu perubahan dari segi landskap kita. Apa gunanya nak bercakap tentang contohnya mempunyai undang-undang yang begitu ketat kalau Akta Kebebasan Maklumat tidak memberi perlindungan yang sepenuhnya kepada pemberi maklumat. Jadi siapa nak report? Jadi ia tak boleh bergerak bersendirian tanpa mempunyai undang- undang...

Yang Berhormat, soalan saya tak jawab Yang Berhormat.

Kejap, kejap. Satu-satulah Yang Berhormat. Kemudian Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 — apa dia Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat masa sudah tamat.

Oh, kejap. Kerajaan — soalan Yang Berhormat berkenaan dengan SPRM? Tentang apa?

Damansara membangkitkan siasatan dibuat, tidak ada pendakwaan. Saya membangkitkan tidak ada siasatan yang lengkap di bawa ke mahkamah dan kemudiannya dibuang oleh mahkamah. Kenapa jadi begitu?

Yang Berhormat sebab separation of powers lah saya tak boleh jawab. Saya bukan Menteri yang - Commissioner for SRPM untuk menjawab pada hari ini dan saya juga bukan Pendakwa raya dan juga bukan Ketua Hakim Negara...

So, siapa Menteri yang jaga SPRM sekarang?

Saya pada saya setakat ini jawapan saya ialah saya bukan Menteri yang jaga SPRM. Saya tak bertanggungjawab.

Saya dulu jawab mengenai SPRM Yang Berhormat.

Saya boleh jawab tapi saya bukan bertanggungjawab. Jawab itu berlainan dengan bertanggungjawab. Jawab itu saya dapat jawapan yang diberi.

Jadi tak bertanggungjawablah sekarang.

Tapi kalau saya nak jawab. Saya boleh bagi jawapan bertulis tapi saya nak jawab sekarang kesediaan saya kepada isu-isu yang saya nak jawab dalam belanjawan. Yang Berhormat bawa isu tentang belanjawan. Yang

Berhormat tanya pada SPRM, saya boleh bagi jawapan bertulis, secara spesifik. Tak ada masalah.

Saya minta jawapan bertulis. Saya minta jawapan bertulis.

Tak adanya Kerajaan Perpaduan Madani nak lari pada tanggungjawab. Tak adanya. [Tepuk] . Kalau salah, tetap salah. Tapi sebelum saya duduk. Saya baca sosial media ini. Saya tahu saya nak duduk ini — yang lain saya akan bagi jawapan bertulis supaya jangan kata Kerajaan Perpaduan Madani ini lari daripada tanggungjawab. Saya nak baca pada Akta SPRM. Akta SPRM dan juga berkenaan dengan kuasa SPRM sebagai contoh — kuasanya memang luas Yang Berhormat semua. Kita semua tahu. Tapi, saya nak sebut juga bila kita bercakap tentang Akta Keterangan 1950 di bawah seksyen 126 tentang professional communications. Sekarang ini banyak orang cakap bahawa peguam-peguam mengatakan bahawa tidak boleh adanya fishing expedition. Itu premis daripada banyak peguam — Bar Council telah membuat kenyataan. Saya nak komen sebelum saya duduk bahawa saya rasa nak baca seksyen 126 ini kena baca menyeluruh 126(1) sebab ia kata, “No (advocate) shall at any time be permitted, unless with his client’s express consent, to disclose any communication”. Itu dalam Evidence Act, semua kita tahu melalui kes jenayah. Tapi banyak orang lupa bagi satu perkara di bawah proviso itu mengatakan “Provided that nothing in this section shall protect from disclosure or any such communication made in furtherance of any illegal purpose dan (b) any fact observed by any advocate in the course of his employment as such showing that any crime or fraud that has been committed since the commencement of his employment. Maknanya peguam ke, mana-mana badan profesional kalau dia terlibat dalam mana-mana kes jenayah terlibat membantu perlakuan jenayah, dia tak akan dapat perlindungan. Itu maksud saya. Jadi itu sebabnya di sini saya rasa, nak baca undang-undang itu kena baca menyeluruh. Jangan baca sekerat-sekerat. Ini jadi masalah kita. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua. Saya akan bagi jawapan bertulis. Yang Berhormat Kota Bharu jangan takut, Pengerang tidak akan lari. Dengan itu saya mengucapkan dan menyokong pada Belanjawan 2024. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Hal Ehwal Agama, 30 minit.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Saya mulakan ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-sama merenung firman Allah dalam surah Al-Hashr ayat ketujuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang- orang yang melanggar perintah-Nya)”.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Saya ingin merakam ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2024 pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 19 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama termasuk Yang Berhormat Pendang, Igan, Pengkalan Chepa, Bachok, Kinabatangan, Rantau Panjang, Jerlun, Kuala Krai, Libaran, Pekan, Pokok Sena, Sabak Bernam, Shah Alam, Marang, Tampin, Temerloh, Mersing, Bagan Serai dan Jasin. Puan Yang di-Pertua, bagi menggulung belanjawan kali ini, izin saya menjawab isu-isu berkaitan hal ehwal agama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara rangkuman mengikut tiga program seperti mana dalam buku Belanjawan 2024 seperti berikut; (i) pengurusan kehakiman dan perundangan; (ii) kemajuan Islam; dan (iii) pengurusan zakat dan haji. Saya mulakan dengan pengurusan kehakiman dan perundangan. Yang Berhormat Pendang mengesah kerajaan agar memperbanyakkan pembinaan mahkamah syariah dan usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah. Pengurusan dan pentadbiran mahkamah syariah kecuali di Wilayah Persekutuan dan Sabah adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri termasuklah urusan menaik taraf pembangunan fizikal mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah daripada aspek pembangunan fizikal. Sejak tahun 2000, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah membantu dalam membangunkan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah bagi sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan yang terbaharu adalah Pahang dan Sabah yang siap sepenuhnya pada tahun 2022. Pembangunan kompleks ibu pejabat mahkamah syariah ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM438.94 juta. Mahkamah syariah adalah simbol kepada keadilan undang-undang Islam di negara ini. Kerajaan sentiasa komited dalam usaha- usaha dalam memartabatkan undang-undang syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha ini akan dilakukan secara berterusan dengan kerjasama Persekutuan dan negeri-negeri. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun membangkitkan tentang Akademi Kehakiman Malaysia...

Yang Berhormat Menteri sekejap..

Yang Berhormat telah menyentuh mengenai mahkamah syariah. Saya dan juga ramai rakan kami di sini membangkitkan kedudukan undang-undang syariah itu sendiri yang mana mahkamah syariah dari segi kuasanya, dari segi jurisdiction-nya pun dicabar termasuklah di dalam mahkamah sivil. Yang Berhormat juga berjanji dengan saya masa persidangan Kajian Separuh Penggal dulu untuk memberikan jawapan yang sama tapi saya tak terima sampai hari ini. Jadi saya nak tahu, apakah langkah kerajaan hari ini untuk memastikan undang-undang syariah, enakmen-enakmen syariah negeri tidak dicabar sebagai Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya undang-undang tertentu perlu dipinda supaya tidak ada mana-mana pihak boleh mencabar kedudukan undang-undang syariah yang diluluskan oleh Dewan-dewan Undangan Negeri. Saya mohon penjelasan.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sebenarnya saya tidak bercadang untuk menjawab berkaitan dengan apa yang Yang Berhormat sebut tentang jawapan tulisan yang saya janjikan untuk berikan. Sebenarnya kalau ikut rekod yang ada pada saya dan di pejabat Menteri, kita telah menghantar ada tujuh Yang Berhormat yang bertanya soalan yang saya tak sempat untuk jawab dan saya janji untuk berikan jawapan itu secara lisan. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, saya dah terima daripada tujuh yang kita hantar, saya telah terima enam daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Maknanya, enam daripada tujuh Yang Berhormat telah memberi perakuan dengan borang kepada SUDR yang mereka ini telah terima jawapan yang saya berikan secara bertulis tersebut.

Masalahnya Yang Berhormat, saya tidak terima. Yang Berhormat boleh tengok Hansard Parlimen 18 September. Yang Berhormat sendiri berjanji akan bagi jawapan bertulis kepada saya. Sampai sekarang ini pun tidak ada. Isu yang kedua tadi, Yang Berhormat memperkatakan tentang memperkasakan Mahkamah Syariah. Saya tanya, kuasa Mahkamah Syariah dicabar, macam mana Mahkamah Syariah nak diperkasakan? Apa tindakan kerajaan? Itu soalan saya, senang saja.

Ya, betul ya, baik. Itu maksud saya. Maksud saya, sekarang proses untuk menghantar jawapan tersebut bukan daripada Menteri. Dia melalui- ada prosedurnya. Maknanya, daripada SUDR yang hantar. Itu yang saya difahamkan. Jadi setakat ini, semakan yang saya buat, Setiausaha Dewan Rakyat- kita telah terima enam daripada tujuh Yang Berhormat yang saya hantar jawapan-jawapan bertulis tersebut. Maknanya, enam terima, yang kita tidak terima setakat ini adalah daripada Yang Berhormat Kota Bharu. Itu sahaja saya maklumkan di sini.

Yang Berhormat hantar kah tidak jawapan kepada saya, jawapan bertulis?

Dah hantar?

Yang menghantar itu adalah melalui SUDR.

Mana boleh SUDR. Pejabat Menterilah. Menteri berjanji nak hantar jawapan bertulis kepada saya. Pejabat Menteri lah hantar. Tak kan SUDR hantar. Melalui SUDR bolehlah tetapi adakah pejabat Menteri telah memberikan jawapan kepada saya secara bertulis? Itu soalnya.

Tak, tak, itu maksud saya. Kita ikut proses, Yang Berhormat. Maknanya, yang jawapan itu memang telah dihantar kepada SUDR sebab pemahaman SUDR yang akan hantar kepada Yang Berhormat berkaitan. Kita tidak boleh...

Saya check dengan SUDR, setakat ini saya mengesahkan tidak terima apa-apa jawapan daripada pihak pejabat Menteri. Kita nak tengok...

Tidak, masalahnya enam yang lain terima, Yang Berhormat. Itu yang saya sebut ini, yang enam Yang Berhormat yang lain, yang saya janji untuk hantar, yang keenam-enam itu semua telah ada.

Saya tidak kiralah Yang Berhormat lain. Saya tidak terima, itu isunya.

[Dewan riuh]

Okey, tak pe Yang Berhormat. Nanti- Tuan Speaker...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, nanti hantar semula.

Ya, ya. [Tepuk] Okey, terima kasih. Berkaitan dengan usaha-usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Bharu, persoalan berkaitan tentang cabaran terhadap undang-undang syariah yang berlaku, yang seperti mana kita sedia maklum pada dua kes. Satu kes yang telah berlalu sebelum daripada ini, Iki Putra dan kes Nik Elin yang masih lagi sedang dalam perjalanan. Saya rasa kita semua sedia maklum dalam konteks tiga organ kerajaan yang ada. Kita ada Legislatif, kemudian kita ada Mahkamah Kehakiman dan juga kita ada pihak Eksekutif. Maka, dalam konteks itu Yang Berhormat Kota Bharu, kita menghormati kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128. Maknanya, mereka hakim-hakim di Mahkamah Sivil yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan menentukan sama ada bila mana ada cabaran, sama ada badan perundangan negeri tersebut mempunyai bidang kuasa ataupun tidak. Yang ini kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Persekutuan.

Yang Berhormat, sekejap. Yang Berhormat juga seorang peguam, bukan sahaja peguam syarie, bukan sahaja bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah. Yang Berhormat, proses mahkamah itu yang saya bangkitkan. Apabila ada satu-satu kes, sebagai contohnya kes Nik Elin melawan Kerajaan Negeri Kelantan, pihak jabatan-jabatan agama Islam atau majlis agama Islam yang lain dari segi prosedurnya boleh intervene, boleh mencelah sebagai pihak yang mencelah dengan kebenaran mahkamah. Persoalan saya, kenapa Kerajaan Pusat yang mempunyai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam di negeri-negeri yang tidak ada Sultan, tidak membuat pencelahan menunjukkan bahawa kita tidak bersetuju enakmen-enakmen ini dicabar kerana ia diluluskan oleh Dewan-dewan Undangan Negeri. Ketua Agama Negeri adalah Sultan-sultan. Apakah pendirian dan juga tindakan Kerajaan Persekutuan? Itu saya nak tahu. Boleh mencelah, you can intervene. Ini prosedur biasa, Yang Berhormat.

Betul, betul. Saya setuju, Yang Berhormat Kota Bharu. Memang kalau kita tengok, contohnyalah kalau kita tengok dalam kes Iki Putra dan kes Iki Putra dan kes Nik Elin ini. Kalau kita tengok tarikh pemfailan dia, Yang Berhormat Kota Bharu, dia berlaku semasa Yang Berhormat menjadi kerajaan lagi. [Tepuk] Maknanya, dalam konteks tersebut, Jabatan Peguam Negara yang menasihati kerajaan ketika itu dan ketika ini berpandangan bahawa oleh kerana undang- undang yang dicabar adalah undang-undang negeri, maka dalam konteks tersebutlah kerajaan sebelum daripada ini mengambil pendekatan untuk menyerahkan kepada kerajaan negeri dan majlis agama Islam negeri tersebut.

Yang Berhormat, saya nak betulkan Yang Berhormat. Lif untuk memasukkan kes itu ke Mahkamah Persekutuan diperolehi pada tahun 2023. Siapa kerajaan pada masa itu?

Lif diperolehi 2023. [Tepuk] You can check. Siapa jadi kerajaan masa itu?

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya tidak- saya tidak menafi...

Yang Berhormat, buat kajian dahululah. Yang Berhormat banyak fakta tidak betul. Kes berada dalam mahkamah, anytime you can file intervener, intervene application. Banyak lawyer sini. Bangi pun tahu.

Betul. Yang Berhormat, dalam konteks Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, majlis agama Islam memang

telah membuat permohonan untuk menjadi- untuk intervene. Permohonan itu telah dibuat, Yang Berhormat. Permohonan itu memang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sama ada mahkamah nak membenarkan atau pun tidak, itu kuasa dan budi bicara mahkamah tetapi dalam konteks saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama, kita menasihati, memberi semangat kepada Majlis Agama Islam Negeri- negeri untuk menjadi pihak ataupun paling kurang seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, untuk menjadi pencelah dalam kes tersebut. Cuma, persoalan dia ialah sama ada hendak benarkan ataupun tidak, itu kuasa yang ada pada mahkamah.

Yang Berhormat kaji baliklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Baharu. Yang Berhormat Jerlun bangkitkan tentang Akademi Kehakiman Malaysia dan Kehakiman Syariah. Untuk Puan Yang di-Pertua, kerajaan masih lagi mempertimbangkan beberapa cadangan lokasi bagi Akademi Kehakiman Syariah Malaysia. Urusan penetapan lokasi ini sedang giat dijalankan dengan kerjasama JKSM bersama JPM dan ICU dan juga Kementerian Ekonomi. Penubuhan akademi ini sebagai satu organisasi di bawah JKSM ini akan menjadi institusi latihan khusus kepada personel Mahkamah Syariah pelbagai gred tanpa mengira skim perkhidmatan guna sama atau bukan guna sama, termasuklah kepada para peguam syarie. Malah, JKSM berharap akademi ini akan menjadi hab latihan dan rujukan kepada komuniti kehakiman syariah serantau yang akan memberikan akses latihan kepada pegawai-pegawai kehakiman daripada Mahkamah Syariah Brunei, Singapura dan Indonesia. Sama seperti ILKAP, pakar perundangan, ahli akademik dan para pegawai kehakiman syariah akan dilibatkan sama dalam pembangunan modul latihan akademik ini. Yang Berhormat Jerlun juga memohon agar peruntukan diberikan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di seluruh negeri kerana PGSM juga menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan B40. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah menyediakan Dana Bantuan Guaman Syarie yang bermula sejak 2022 dengan dana sebanyak RM5 juta untuk tempoh tiga tahun. Dana ini diberikan melalui Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) yang dikendalikan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan dua isu seperti berikut, apakah usaha kerajaan dalam melindungi pihak-pihak berkepentingan, termasuk mengadakan perbincangan bersama perundangan syariah dan apakah usaha pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi memelihara kepentingan Mahkamah Syariah di negara ini? Dalam konteks ini, kerajaan telah menggesa pihak berkuasa agama negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri untuk terlibat dalam isu berkenaan. Kerajaan juga telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kompetensi badan perundangan negeri bagi menggubal undang-undang syariah sebagaimana saranan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI. Majlis Agama Islam Negeri-negeri menjalankan fungsinya selaras dengan Akta Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, termasuklah berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Dalam konteks ini, kerajaan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri dari semasa ke semasa bagi memastikan kepentingan Mahkamah Syariah seluruh negara sentiasa terpelihara.

Yang Berhormat Temerloh ingin tahu sejauh manakah usaha kerajaan untuk memperkasa dan memastikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini. Kerajaan amat peka dan sememangnya mengambil langkah-langkah yang serius dalam memperkasakan pentadbiran mahkamah syariah selaras dengan Fasal 1 Perkara 3

Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Pemerkasaan mahkamah syariah bukan hanya dari sudut bidang kuasa semata- mata, malah dari segi kecekapan pengurusan kes, kelancaran perbicaraan dan keberkesanan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan usaha-usaha ke arah penambahbaikan status mahkamah syariah melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan mahkamah-mahkamah syariah negeri. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang menggesa kerajaan mengambil perhatian yang serius dalam mempertahankan institusi mahkamah syariah yang dicabar baru-baru ini. Mahkamah syariah adalah simbol kepada keadilan Islam negara ini. Bidang kuasanya adalah tertakluk, terletak secara mutlak di bawah sultan dan raja pemerintah setiap negeri. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada institusi mahkamah syariah boleh menjejaskan kemuliaan dan kedudukan sultan dan raja pemerintah. Kerajaan sentiasa mengambil perhatian yang serius dalam mempertahankan institusi mahkamah syariah di negara ini. Usaha ini memerlukan kerjasama bersepadu semua pihak di peringkat Persekutuan dan negeri, agensi-agensi kerajaan dan Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan, termasuklah Ahli-ahli Parlimen. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian serius terhadap kes-kes yang menyentuh tentang undang-undang Islam demi memartabatkan dan memelihara kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Terkini, melalui Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada 28 Ogos 2023 yang lalu, satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada golongan pakar dan pengamal undang- undang yang berkelayakan akan ditubuhkan. Jawatankuasa khas ini bertanggungjawab untuk mengkaji isu-isu yang melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri mengenai penggubalan undang- undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Cadangan ini, Puan Yang di-Pertua, dibuat berikutan terdapatnya kes yang dibicarakan di mahkamah yang mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam membuat dan menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu konflik bidang kuasa antara Persekutuan dengan negeri demi memartabatkan serta memperkasa perundangan dan kehakiman Islam di negara ini dan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni bagi menangani isu berbangkit dalam perundangan dan kehakiman Islam. Yang Berhormat Jasin menyatakan beberapa perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam. Yang pertama, sikap kerajaan yang tidak tegas untuk mempertahankan isu kalimah Allah, kerajaan tidak bersungguh untuk menjaga kesucian perundangan syariah dalam keadaan golongan liberal sedang mencabar perundangan Islam, sikap biadap penganjuran Freedom for Palestine yang melarang para peserta bertakbir, orang-orang bukan Islam yang mempermainkan tafsiran Al-Quran dan kerajaan menurunkan kadar duti hiburan sebanyak 10 peratus, sedangkan konsert-konsert sebegini hendaklah dihentikan dan bukan digalakkan. Puan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberikan perhatian serius terhadap semua isu yang menyentuh tentang hal ehwal Islam termasuklah isu kalimah Allah dan cabaran yang dibuat oleh sesetengah pihak tentang perundangan syariah demi memartabatkan dan memelihara kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Mengenai isu kalimah Allah, kerajaan melalui JAKIM telah membentangkan keputusan tentang penentuan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-70 pada 28

Ogos 2023 kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-262 pada 24 Oktober yang lalu bagi memohon pertimbangan dan perkenan Majlis Raja-Raja. Mengenai isu cabaran terhadap perundangan syariah, kerajaan menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Ogos 2023 yang lalu mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada golongan pakar dan pengamal undang-undang yang berkelayakan. Jawatankuasa ini akan meneliti dan memperhalusi isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam penggubalan undang- undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah menurut Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan supaya satu jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni dapat dicapai.

Penjelasan, Yang Berhormat. Yang Berhormat telah menjawab dua kali ni. Pertama daripada Marang tetapi jawapannya sama iaitu jawatankuasa yang dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Agama Islam yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor untuk melihat kemampuan undang-undang yang dibuat di peringkat negeri. Tetapi apakah Yang Berhormat sedar bahawa undang-undang di peringkat negeri itu mesti melalui penasihat undang-undang? Penasihat undang- undang ini ialah wakil Kerajaan Persekutuan. Apakah kerajaan harus mengkaji semula undang-undang yang dibuat di peringkat negeri kerana mungkin kekurangan kemampuan dan terpaksa lantik penasihat-penasihat baru? Sebab Yang Berhormat ulang dua kali. Itu sebab saya bangun bertanya. Tadi Yang Berhormat dah jawab. Jadi, Yang Berhormat jawab sekali lagi jawapan yang sama iaitu membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar mengkaji undang- undang di peringkat negeri. Padahal kita tahu agama adalah hak negeri dan sebelum digubal, ianya mesti dapat nasihat daripada penasihat undang-undang yang juga wakil Kerajaan Persekutuan.

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Memang jawatankuasa khas yang dititahkan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor untuk ditubuhkan ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang pakar dalam undang- undang Perlembagaan dan juga undang-undang negeri. Apa yang jawatankuasa khas ini akan lakukan selepas daripada bermesyuarat dan bersidang ialah untuk memberikan syor-syor dan juga cadangan-cadangan sekiranya ada peruntukan Perlembagaan contohnya yang perlu dipinda. Kalau ada peruntukan-peruntukan undang-undang negeri yang perlu dipinda, kesemuanya ini akan datangnya syor ini daripada jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan kelak. Jadi, selepas apa tu – Sudah tentu syor dan cadangan yang diberikan oleh jawatankuasa khas tadi, sudah tentu ia akan mengambil kira kuasa-kuasa yang ada pada negeri tersebut sebab mereka ini adalah pakar. Jadi, syor-syor yang dibawa nanti, akan dibawa semula kepada MKI yang mana seperti mana kita sedia maklum, MKI ini memainkan peranan untuk memastikan kalau apa sebarang syor dan cadangan, contohnya dalam konteks ini untuk penyeragaman undang-undang Islam di peringkat negeri, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan contohnya. So, macam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan contohnya dia perlu dibawa kepada Parlimen untuk tujuan pindaan tersebut. Jadi, jawatankuasa khas yang ditubuhkan nanti itu akan memberikan cadangan apa pindaan yang perlu dibuat dan apa flow dia cadangan-cadangan itu akan lalui, proses yang perlu dilalui dan hasrat sepenuhnya daripada jawatankuasa khas ini ialah untuk memastikan supaya yang pertama, pindaan yang telah dibuat kepada Perkara 121(1A) berkaitan tentang kompetensi mahkamah syariah itu dapat dilindungi, martabat mahkamah syariah itu dapat diperkukuhkan. Ini adalah hasrat daripada Titah Duli Tuanku. Itu Yang Berhormat Arau, terima kasih. Berkaitan dengan isu – Minta maaf Puan Yang di-Pertua. Kalimah takbir ialah lafaz pujian ya kepada Tuhan dan mengagungkannya dalam segenap perkara. Bagaimanapun, melaungkan kalimah takbir di luar waktu solat mempunyai perspektif yang

berbeza yang mana laungan takbir tersebut hendaklah dilaung bagi mengangkat kemuliaan Allah.

Merujuk kepada isu Palestin, semua pihak adalah diseru menjadi keutamaan dengan menyokong Palestin dengan segenap perkara dan mengutuk serangan Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sedikit soalan. Terima kasih Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut berkaitan dengan kalimah Allah, yang berkaitan dengan lafaz “Allahuakbar”. Satu lafaz yang khusus di dalam solat ialah nak mula solat dengan takbiratulihram dan takbir intiqolat’, kita tak nafikan itu. Tetapi saya mengira bahawa kita perlu satu ada pendirian juga bahawa kalimah Allah atau sebutan Allahuakbar ini di pelbagai tempat bahkan sebutan Allahuakbar itu boleh membangkitkan semangat kita berdepan dengan makhluk-makhluk yang merbahaya contohnya binatang buas. Kalimah Allah itu, Allahuakbar boleh menakutkan apatah lagi kalimah Allah dalam keadaan sebutan Allahuakbar, dalam keadaan kita membangkitkan semangat umat Islam untuk menghadapi suasana yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Jadi, minta penjelasanlah Yang Berhormat Menteri, adakah khusus untuk solat sahaja kalimah itu.

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya, sebenarnya saya tidak nampak sebarang masalah untuk laungan takbir ini. Ya, seperti mana Yang Berhormat Pokok Sena sebut tadi itu tentang nak menaikkan semangat dan apa yang saya sebutkan sebentar tadi ialah bagaimana isu berkaitan dengan laungan takbir ini sepatutnya ia tidak menyelubungi isu yang lebih besar iaitu kesatuan kita, solidariti kita menyokong kezaliman— perjuangan rakyat Palestin. Itu yang saya maksudkan. Jadi, di mana sahaja saya ingat ia tidak menjadi isu, bermakna kalau dalam perhimpunan ke, ada pihak yang mahu melaungkan takbir. Cuma peringatan saya di sini sepatutnya laungan takbir itu mestilah dilakukan dengan niat yang baik. Dengan niat yang baik dan yang macam Yang Berhormat Pokok Sena sebut tadi itu untuk menaikkan semangat tanpa ada sebarang niat, mana-mana pihak yang cuba untuk memainkan kalimah Allah tersebut. Itu maksud yang saya sebutkan tadi. Puan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada bahagian yang kedua iaitu dengan kemajuan Islam. Yang Berhormat Pangkalan Chepa menggesa agar kerajaan menjelaskan fungsi dan peranan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri agar salah faham berkaitan agama tidak terus berulang. Secara umumnya pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan pejabat mufti di seluruh negara sentiasa menjadi tempat rujukan yang autoritatif dalam pelbagai bidang dan perkara. Sehubungan itu bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam agama seperti penafsiran dan terjemahan Al-Quran dan juga hadis, mana-mana pihak hendaklah merujuk kepada pihak yang berautoriti. Oleh yang demikian, semua pihak adalah bertanggungjawab untuk menggunakan kaedah yang tepat agar setiap terjemahan yang dikaitkan dalam hujah-hujah perdebatan selari dengan terjemahan yang sahih serta tidak menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Yang Berhormat Shah Alam ingin tahu apakah program-program dan hala tuju yang akan dilaksanakan oleh Hal Ehwal Agama bagi memastikan dalam pelaksanaan gagasan Malaysia Madani dapat dihayati dan diterjemahkan dalam setiap lapisan masyarakat. Bagi memastikan pelaksanaan gagasan Malaysia Madani dapat dihayati dan diterjemahkan di segenap lapisan masyarakat, Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani 2023-2027 telah dilancarkan pada 31 Januari 2023 yang lalu dan...

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Menteri

...Pelan ini sesuai dan praktikal sebagai...

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Menteri.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Tuan Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih pada Menteri. Mungkin saya nak minta penjelasan sedikit berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan penyerahan kembali yang saya bangkitkan dalam persoalan, mungkin saya hendak jawab sinilah. Berkenaan dengan pengembalian daripada aset Tabung Haji yang letakkan di dalam Urusharta Jamaah, SPV kepada Lembaga Tabung Haji kembali. Jadi, persoalan saya nilai aset yang dikembalikan kepada Tabung Haji itu adakah menepati supaya antara aset dengan liabiliti itu tidak menjejaskan kepada pendeposit untuk mendapat dividen pada tahun hadapan. Soalan saya ialah berapa harga yang ada daripada aset Urusharta Jamaah ini yang dikembalikan kepada Tabung Haji? Keduanya ialah berkenaan tadi, sambung tadi dengan hal yang bangkit dengan takbir. Saya ingat takbir itu tidak timbul masalah tetapi apabila perhimpunan di Dataran Merdeka yang melarang untuk kita bertakbir, itu timbul isunya. Terima kasih Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat, sila gulung.

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Bagan Serai. Seperti mana yang kita sedia maklum, penganjur telah mengambil keputusan untuk memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Berbalik soalan berkaitan dengan Tabung Haji itu, Yang Berhormat Bagan Serai, saya akan perincikan dalam jawapan bertulis. Cuma apa yang saya sebutkan di sini satu Jawatankuasa Khas Dalaman Tabung Haji telah dibentuk untuk mengenal pasti aset-aset yang boleh memberikan kebaikan kepada Tabung Haji sebab dalam konteks pengambilan aset ini, ada dua poin yang sangat penting iaitu kepentingan kepada kerajaan dan yang kedua adalah kepentingan kepada pendeposit. Jadi kedua-dua ini Yang Berhormat Bagan Serai, akan diberikan pertimbangan yang besar oleh Tabung Haji dalam konteks untuk mengambil alih aset-aset tertentu. Jadi jawatankuasa ini masih lagi dalam peringkat mengenal pasti dan sebelum mengadakan perbincangan pihak Kementerian Kewangan. Detail ini saya akan jawab dalam jawapan bertulis nanti. Puan Yang di-Pertua, saya banyak soalan-soalan lain yang tidak berjawab dan saya akan kemukakan jawapan dalam bentuk tulisan. Terima kasih Yang Berhormat, saya menyokong ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). Masa diberi 30 minit. Silakan.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) kali ini yang menyentuh isu-isu terkait tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, khususnya yang menyentuh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya secara langsung atau agensi-agensi yang diamanahkan kepada saya untuk menjawab di Parlimen. Antara perkara dan isu yang dibangkitkan adalah melibatkan jabatan dan bahagian seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi,

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Majlis Keselamatan Negara dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan. Tuan Yang di-Pertua, sewaktu membentangkan ucapan Belanjawan 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebutkan secara khusus dan spesifik bahawa matlamat Malaysia amat memerlukan sebuah perkhidmatan awam yang efisien, cerdas dan tangkas dalam menjayakan agenda pembangunan semula negara. Isu berkaitan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah disentuh oleh Yang Berhormat Julau, Miri dan Hulu Selangor. Seperti yang disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan, Kajian SSPA ini akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Secara umumnya, fokus kajian ini meliputi aspek dasar-dasar pengurusan sumber manusia daripada fasa sebelum lantikan, semasa dalam perkhidmatan dan selepas tempoh tamat perkhidmatan, dengan bertunjangkan kepada tiga skop utama iaitu pembangunan organisasi, kemapanan saraan dan pengurusan bakat. Pelaksanaan kajian ini melibatkan soal selidik...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, sini. Sambung semula nanti pukul 2.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, sila teruskan.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya meneruskan jawapan bagi isu yang dibangkitkan oleh Julau, Miri dan Hulu Selangor terkait berkaitan dengan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Pelaksanaan kajian ini melibatkan soal selidik dan sesi libat urus bersama penjawat awam di kementerian, agensi kerajaan dan semua negeri. Ia bertujuan untuk memastikan keterlibatan semua penjawat awam meliputi semua skim perkhidmatan menerusi sesi penerangan berkenaan Kajian SSPA serta, pada masa yang sama, bagi mendapatkan input serta maklum balas daripada penjawat awam ke arah memantapkan kajian ini. Sehingga 25 Oktober 2023, sebanyak enam sesi libat urus melibatkan kelompok perkhidmatan, kementerian, agensi serta 10 sesi libat urus di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Perlis, Selangor, Melaka dan Kelantan telah diadakan. Secara keseluruhannya, seramai 13,659 penjawat awam telah menghadiri sesi-sesi berkenaan. Baki tiga negeri lagi dijangka akan diselesaikan dalam tahun ini. Portal Kajian SSPA menerusi pautan semakansaraan.jpa.gov.my juga telah dibangunkan bagi membolehkan penjawat awam mengemukakan cadangan pembaharuan dan penambahbaikan berkaitan sistem saraan sedia ada. Sehingga 25 Oktober 2023, sejumlah 40,422 responden telah mengemukakan 97,706 cadangan

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

menerusi portal Kajian SSPA. Ini sekali gus bermakna tidak ada istilah memilih atau meminggirkan negeri tertentu dalam Kajian SSPA ini. Kita akan rangkumkan semua. Apa yang penting, insya-Allah, akan menamatkan penantian lebih sedekad penjawat awam untuk mendapatkan skim gaji dan elaun yang lebih baik berbanding masa kini. [Tepuk] Sementara menunggu Kajian SSPA ini dimuktamadkan, sebagaimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju supaya bayaran insentif awal Kajian SSPA pada kadar RM1,000 hingga RM2,000 diberikan kepada semua penjawat awam termasuk anggota tentera, polis, bomba, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform yang akan dibuat pada akhir Februari 2024. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Lumut dan Masjid Tanah berbahas tentang isu terkait pelarasan pencen. Ini juga perkara yang penting kerana saya fikir perkara ini juga melibatkan ramai Ahli-ahli Dewan. Sekadar ingin memberikan imbasan data bahawa sebarang pelarasan pencen akan melibatkan lebih 900,000 pesara dan tanggungan yang layak menerima pencen. Ini berdasarkan data tahun lalu 2022 dan tahun ini dijangka jumlah tersebut bertambah 10 hingga 15 ribu lagi. Unjuran tahun 2024, sejumlah RM32.4 bilion perlu disediakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan pencen. Jumlah ini merupakan 10.7 peratus daripada belanja mengurus. Masjid Tanah membangkitkan tentang penyelarasan pencen, dan saya fikir saya jawab secara bertulis sebab tidak ada di dalam Dewan. Lumut pula telah membangkitkan tentang...

Menteri, boleh mencelah sedikit? Bertanya tentang gantian cuti rehat yang sudah diumumkan pada 2023, daripada 160 hari kepada 180 hari tetapi sampai saat ini mereka belum lagi mendapat tuntutan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Memang ada, akan saya jawab perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan tersebut. Lumut bertanya tentang impak keputusan mahkamah yang membatalkan pindaan seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan kepada skim gaji dan pencen penjawat awam sedia ada. Impak daripada keputusan Mahkamah Persekutuan ini, mulai Julai 2023, bayaran pencen pesara kerajaan perlu dikembalikan kepada semua amaun asal yang telah diterima oleh pesara berdasarkan dua kategori iaitu pegawai awam yang bersara sebelum 1 Januari 2023, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 iaitu Kategori A; dan pegawai awam yang bersara mulai 1 Januari 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara (Kategori B). Kerajaan pada 12 Julai 2023 telah mematuhi keputusan Mahkamah Persekutuan dengan menyelaraskan bayaran pencen mengikut formula yang dinyatakan di dalam Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238] iaitu penyelarasan pencen kepada pesara hendaklah dibuat berdasarkan semakan gaji penjawat awam semasa dan tiada lagi faedah kenaikan kadar pencen tahunan dua peratus. Bagi menghargai jasa pesara pada masa ini, kerajaan telah bersetuju mulai Julai hingga Disember 2023, amaun pencen asal Kategori A dan B ditambah dengan bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) yang meliputi pesara yang bersara sebelum tahun 2013 bagi membolehkan jumlah pencen yang diterima adalah sama pada bulan Jun 2023. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang dibangkitkan oleh Temerloh yang masih tidak diterima oleh penjawat awam. Untuk makluman, permohonan pemberian awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) perlu dikemukakan kepada kementerian masing-masing terlebih dahulu untuk tujuan kawalan dalaman dan tapisan awal sebelum dipanjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan. Kelulusan yang diberikan juga adalah tertakluk kepada had siling peruntukan yang telah ditetapkan kepada kementerian-kementerian oleh Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat, ini bermakna bahawa para penjawat awam boleh memohon melalui kementerian-kementerian masing-masing berpandukan kepada siling yang telah ditetapkan di setiap kementerian dan sekiranya ada sebarang rayuan, bolehlah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo dan Lubok Antu bertanyakan tentang komposisi kaum dalam perkhidmatan awam dan jumlah bumiputera Sabah Sarawak dalam jawatan tinggi kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data sehingga 21 Oktober 2023, 10,025 penjawat awam Gred 48 dan ke atas merupakan bumiputera Sabah dan Sarawak. Ini juga termasuk mereka yang berada dalam Gred JUSA C dan ke atas, selain daripada perkhidmatan keselamatan iaitu tentera dan polis. Pertimbangan kenaikan pangkat bagi seseorang pegawai awam adalah berasaskan kepada merit. Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai, Lembaga Kenaikan Pangkat yang diwujudkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)75/2010] akan mengambil kira antaranya aspek kecekapan dan prestasi kerja, kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, sifat-sifat peribadi termasuk kesesuaiannya dengan jawatan dan potensi serta kepimpinan. Bagi memberikan sedikit pencerahan persoalan yang dibangkitkan oleh Lubok Antu, berdasarkan data Sistem HRMIS JPA sehingga 21 Oktober 2023, jumlah pegawai yang mengisi jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah seramai 111,428,000 orang. Daripada jumlah tersebut: | Bangsa |Jumlah (Orang)| |------------------|-------------:| |Melayu | 768167| |Bumiputera Sabah | 76865| |Cina | 6914| |Bumiputera Sarawak| 48645| |India | 41835| |Orang Asli | 2294| |Lain-lain | 6762| |Jumlah | 111428000|<END_TABLE_MARKER> Untuk rekod, seramai 2,221 Pegawai Awam Persekutuan mengisi jawatan Gred JUSA C dan ke atas. Tuan Yang di-Pertua, Kuala Langat bangkit bertanya tentang pendirian kerajaan terhadap tajaan JPA.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, sebelum– saya nak– sebab pencelahan hari itu. Terima kasih atas penjelasan dan juga data-data yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Menteri. Tetapi, saya rasa jurangnya itu saya dengar dengan teliti tadi, masih terlalu besar. Jadi, kalau boleh saya nak mencadangkan demi untuk kebaikan kita semua. Sebab, kita di dalam tiga wilayah ini, Sabah dan Sarawak sepatutnya kita diberi kesamarataan. Kalau boleh, kita juga boleh kena ada wakil dalam lembaga perjawatan awam itu dan di dalam SPA itu sendiri kena ada wakil Sabah dan Sarawak. Supaya mereka ini boleh menjadi wakil kita untuk meneliti segala kebaikan yang boleh diformulasikan bersama untuk kebaikan bersama. Kita tak nak menidakkan hak wilayah, Semenanjung atau sebagainya, tetapi kita cuma sebenarnya dalam Perjanjian MA63 itu tadi komposisi ini kena adil. Tetapi, mungkin

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

pada masa itu, mungkin kita terima hakikat orang Sarawak belum mencapai tahap pendidikan yang dikehendaki pada ketika itu dan secara tidak langsung ia become eroded, ia secara tidak langsung. Lack of better word, dia dinodai secara tidak sengaja. Jadi, sekarang ini kita telah mempunyai ramai anak-anak Sarawak, anak-anak Sabah yang mempunyai pendidikan tinggi. Jadi, sudah sampai masanya perkara ini harus dipertimbangkan dan diperhalusi. Saya mohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri, selaku Menteri yang menjaga perkara ini memperjuangkan hak kitalah. Kita tidak mengambil hak orang lain, kita cuma minta apa yang – what is due to us, dengan izin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sungguhpun pemilihan ataupun pengambilan pegawai-pegawai dan anggota kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam ini tidak menetapkan syarat perwakilan kaum, wilayah dan sebagainya, namun saya fikir cadangan dan concern, dengan izin, yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi merupakan satu perkara baik yang perlu diambil kira untuk memastikan perwakilan yang lebih baik, meliputi semua aspek. Kalau boleh saya kongsikan Tuan Yang di-Pertua, kerana ada pihak tertentu yang mungkin membangkitkan jumlah penjawat awam daripada bangsa Melayu yang terlalu ramai. Namun ingin saya kongsikan, kalau dilihat jumlah itu memang ramai, tetapi kalau kita lihat daripada peratus pelantikan contohnya. Kalau bangsa Melayu contohnya, jumlah yang memohon adalah seramai 952,300 orang dan yang dilantik adalah 16,126. Ini bermaksud daripada jumlah permohonan 952,000 tersebut, hanya 1.69 peratus permohonan yang berjaya. Apa pun, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi merupakan satu perkara yang amat baik untuk memastikan integrasi antara kaum dan juga wilayah itu juga dapat diterjemahkan dalam komposisi perkhidmatan awam kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan...

Yang Berhormat Menteri.

Sekejap, saya habiskan satu ini ya. Bertanya tentang pendirian kerajaan terhadap tajaan JPA kepada pelajar-pelajar perubatan, sama ada diteruskan atau sebaliknya. JPA akan meneruskan tajaan kepada pelajar bidang perubatan, selagi mana terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan bagi perkhidmatan kesihatan negara. Penajaan pelajar dalam bidang perubatan ini juga adalah tertakluk kepada kajian dan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Silakan Yang Berhormat.

Sebelum itu Menteri, berkaitan dengan tajaan JPA tadi. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar pergigian dan juga pelajar-pelajar farmasi? Adakah ia juga akan diteruskan?

Ya. Sebagaimana yang saya maklumkan, bahawa keputusan untuk meneruskan tajaan kepada pelajar dalam bidang yang melibatkan perubatan kesihatan ini akan dilaksanakan berdasarkan unjuran yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baik, terima kasih Menteri. Saya tidak ingin mencelah. Cuma saya nak mengalu-alukan kehadiran kunjungan delegasi daripada kariah Masjid Batu Kampung Pertama Permatang Pauh, Pulau Pinang ke Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Puan Fatimah binti Abdul Hamid, terima kasih atas kunjungan, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Speaker.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu-isu yang berkaitan dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak. Perkara dan isu-isu berbangkit dengan tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak selaku urus setia Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, antaranya telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang, Keningau, Tuaran, Beluran, Kota Belud, Batang Sadong, Puncak Borneo dan Sri Aman. Sipitang dan Kota Belud membangkitkan pertanyaan

tentang bilakah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan semua yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia MA63? Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam MA63 diselesaikan mengikut kerangka undang-undang iaitu pertama, Perlembagaan Persekutuan dan kedua Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), yang kedua-duanya dinyatakan secara tersurat dalam dokumen MA63. Perbincangan mengenai perkara tuntutan asas MA63 masih diteruskan. Perkara- perkara yang telah selesai sepenuhnya dan selesai sebahagian adalah seperti berikut. Selesai sepenuhnya penyerahan kuasa kawal selia LPG kepada Sarawak, penyerahan semula kuasa pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Sabah, pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan empowerment mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Sabah dan Sarawak. Pengiktirafan JKR dan JPS negeri Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah AP182, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 bagi melantik perwakilan tetap kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai ahli LHDN yang telah pun diluluskan baru-baru ini dan penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di negeri Sabah. Begitu juga pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak.

Bagi perkara yang selesai sebahagian, antaranya penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah, kajian semula pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D secara interim sebagaimana dinyatakan dalam ucapan Belanjawan 2024, hak dan kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas melalui Commercial Settlement Agreement (CSA) dan Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara kerajaan Sabah, Sarawak dengan PETRONAS dan juga penyediaan garis panduan khas bagi urusan penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Kota Belud membangkitkan status isu-isu perundangan mengenai empat perkara berkaitan petroleum iaitu royalti minyak dan bayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah dan hak negeri ke atas pelantar benua. Untuk makluman Yang Berhormat, isu ini telah mula berbangkit dalam platform perundingan rasmi yang pertama iaitu Jawatankuasa Devolution of Authority (JKDA) yang ditubuhkan pada tahun 2016 dan diteruskan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan MA63 yang ditubuhkan di antara tahun 2018 hingga tahun 2019. Setakat ini, status secara khusus adalah sama sebagaimana ketika Yang Berhormat Kota Belud berada dalam pentadbiran sebagai Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak masih belum mencapai sebarang persetujuan yang muktamad berhubung kedudukan empat- empat perkara tersebut. Apabila kita membincangkan tentang Akta Laut Wilayah contohnya, suka saya merekodkan di dalam Dewan ini, untuk makluman bahawa akta ini, RUU ini, telah diluluskan pada 18 April 2012 dan apabila saya rujuk Hansard, muka surat 60 hingga 83, akta tersebut telah lulus tanpa sebarang bantahan. Jadi, saya harap tidak ada mana-mana Ahli Parlimen atau mana-mana pihak yang membangkitkan, mempertikaikan tentang akta ini pada hari ini, mereka juga orang yang sama telah bersetuju untuk meluluskan Akta Laut Wilayah ini pada tahun 2012 yang lepas. Sungguhpun belum ada keputusan muktamad berkaitan perkara-perkara tersebut, bermula tahun 2020, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dan Sarawak telah merintis usaha baharu untuk membolehkan Sabah dan Sarawak mempunyai greater say, greater participation dan greater revenue sharing dalam penerokaan khazanah petroleum melalui perjanjian antara kerajaan negeri dan PETRONAS. Perjanjian penyelesaian secara komersial telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan PETRONAS pada 7 Disember 2020, iaitu CSA. Sementara itu,

Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS telah menandatangani CCA setahun selepas itu iaitu pada 7 Disember 2021 berhubung industri minyak dan gas di Sabah dan Sarawak. Inisiatif penyelesaian secara komersial tersebut telah memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk terlibat sama dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama PETRONAS di kedua-dua negeri tersebut. Strategi dan pendekatan ini menjadi nilai tambah untuk memelihara hak dan kepentingan kedua-dua negeri, selain meneruskan peranan PETRONAS sebagai syarikat minyak multinasional dan gas Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri minyak dan gas negara. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran, Keningau dan Beluran membangkitkan isu yang hampir sama iaitu semakan kadar pemberian khas yang termaktub dalam Perkara 112C dan semakan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu ini merupakan salah satu perkara asas MA63 yang dibincangkan dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II. Saya akan memberikan respons tentang isu ini. Sungguhpun subjek matter ini terkait dengan isu perundangan yang telah dirujuk kepada mahkamah untuk diputuskan, perkara ini terus dibangkitkan di Dewan yang mulia ini sungguhpun wujud peruntukan Peraturan 23(1)(g) dan 36(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyentuh mengenai prosiding di Parlimen dan mahkamah. Saya pernah membangkitkan berhubung peraturan Dewan ini dan mengambil kira, tidak ada sebarang larangan. Saya akan memberikan respons pada hari ini kerana khuatir sekiranya saya tidak memberikan jawapan, ada pihak yang menyifatkan saya bertindak menutup diskusi yang menyentuh hak dan kepentingan negeri saya sendiri. Namun, untuk mengelakkan sebarang tindakan sub judice dan mengambil kira kedudukan saya sebagai anggota pentadbiran, saya akan hanya memberikan jawapan berhubung latar belakang dan status semasa kemajuan berhubung tuntutan ini. Untuk makluman Dewan, sehingga kini, belum ada persetujuan muktamad di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung formula semakan kadar pemberian khas. Kerajaan Negeri Sabah tetap dengan pendirian, kadar perlu ditetapkan berdasarkan hak Perlembagaan di bawah Perkara 112C(1)(a) dan seksyen 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu dua perlima atau apa yang disebut sebagai 40 peratus daripada hasil yang diperoleh oleh Persekutuan di negeri Sabah. Pada masa yang sama, antara asas pendirian Kerajaan Persekutuan pula adalah semakan pemberian khas perlu melihat peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhannya, in totality. Ini termasuk Perkara 112C(1) yang menyatakan secara jelas kaitan antara Perkara 112C dan 112D, serta Perkara 112D(2) yang menggariskan bahawa peruntukan untuk mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dan keperluan negeri dalam kajian semula kadar pemberian khas. Untuk mendapatkan pemahaman yang jelas, suka saya mengimbas latar belakang berhubung semakan kadar pemberian khas ini. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah melakukan kajian pertama melalui Perintah Pemberian Khas Sabah (Ulangkaji Pertama) 1970. Perintah tersebut telah menggariskan semakan kadar pemberian khas bermula tahun 1969 hingga 1973. Semakan perlu dibuat lima tahun sekali. Disebabkan tidak ada kadar semakan yang dapat dimuktamadkan, Sabah terus menerima kadar terakhir pada tahun 1973 iaitu RM26.7 juta sehingga tahun 2021 tanpa sebarang pertambahan. Sebenarnya, sebelum satu kadar semakan dimuktamadkan pada tahun 2021, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah merintis persetujuan awal membuat semakan kedua pada tahun 2019 dengan kadar semakan yang dipersetujui untuk tempoh lima tahun dengan kadar pertama sejumlah RM53.4 juta bagi tahun 2022.

Perkara ini terkandung dalam surat-surat rasmi di antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Kewangan Sabah. Kadar semakan ini juga terkandung dalam ucapan Belanjawan Persekutuan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober 2019 dan ucapan Belanjawan Negeri Sabah 2020 yang dibentangkan pada 15 November 2019. Namun begitu, semakan yang dibuat pada tahun 2019 yang dalam proses untuk pengeluaran pewartaan perintah pemberian khas tersebut terhenti apabila berlaku perubahan kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Sabah dengan kepimpinan baharu telah mengeluarkan surat rasmi bertarikh 7 Disember 2020 untuk membatalkan keputusan kerajaan negeri terdahulu dan menyatakan hasrat untuk membuat rundingan semula untuk mendapatkan kadar yang lebih tinggi. Seterusnya, pada 14 April 2022, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mencapai persetujuan untuk membuat semakan kadar pemberian khas dengan kadar peningkatan 4.7 kali ganda, bermula dengan RM125.6 juta bagi tahun 2022, berbanding kadar asas RM26.7 juta yang diterima sejak tahun 1973 serta lebih tinggi daripada kadar RM53.4 juta yang dipersetujui pada tahun 2019.

Selanjutnya, rundingan semula telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah diadakan melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada hari ini. Dalam ucapan Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan secara rasmi persetujuan bersama kedua-dua kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar pemberian khas secara interim dinyatakan dalam ucapan belanjawan tersebut, secara interim pada kadar RM300 juta dan berkuat kuasa serta-merta bagi tahun 2023. Peningkatan...

Penjelasan Yang Berhormat.

Kadar dalam semakan secara interim ini dibuat berlandaskan komitmen untuk terus meningkatkan kadar pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak...

Saya minta laluan...

Dan perbincangan akan diteruskan dari semasa ke semasa...

Penjelasan Yang Berhormat. Penjelasan, Tuaran.

Minta laluan sikit, Kubang Kerian.

Siapa dulu Yang Berhormat?

Kubang kerian ya. Saya ada sikit saja. Saya nak dapat penjelasan tentang formula, formula yang tetap yang digunakan oleh pihak kementerian atau pihak Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Apakah ada formula tetap ataupun ianya sekadar interim untuk, untuk tahunan ini sahaja? Jumlah 300 dan 260 juta untuk, untuk Sabah, Sarawak tadi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas minatnya tentang hak dan kepentingan negeri Sabah. Secara asasnya, sebagaimana yang saya maklumkan bahawa terdapat perbezaan di antara formula di antara kedua-dua negeri ini. Sabah masih tetap dengan pendirian bahawa peruntukan 112C itu dijadikan sebagai

formula asas. Dua perlima ataupun 40 peratus. Untuk pengetahuan sebagaimana saya sebut tadi, sehingga kini, belum ada formula muktamad.

Itu sebabnya kerajaan ketiga-tiga peringkat atas prinsip untuk memastikan Sabah dan Sarawak menerima kadar semakan yang lebih tinggi daripada kadar sedia ada, maka persetujuan itu adalah di peringkat interim sebagaimana disebutkan secara jelas dalam ucapan belanjawan bahawa kadar 300 juta itu adalah pengaturan interim (interim arrangement) yang melibatkan ketiga-tiga negeri. Di mana dan apakah formula yang akan ditetapkan adalah tergantung perbincangan di antara kerajaan Sabah, Sarawak dan juga Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab tentang perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat, penjelasan. Terima kasih di atas memberi peringatan kepada kronologi apa yang telah berlaku dalam proses perbincangan pelaksanaan hak 40 peratus ini. Hasil daripada perbincangan itu dan hari ini, ada jawatankuasa teknikal di bawah Majlis Perunding Pelaksanaan Perjanjian Malaysia Tahun 1963, maka kami Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Harapan, kita telah bersetuju untuk menarik balik saman kita kepada Kerajaan Persekutuan dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tuaran, ringkaskan. Masa sudah tamat.

Ringkas sebab ini penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan.

Tapi dengan, dengan harapan, dengan satu jaminan mengatakan bahawa akhirnya pada bulan Julai tahun 2024 akan dilaksanakan hak 40 peratus itu. Itu jaminan yang telah diberikan kepada kami dan atas asas itu, kami pun telah menarik balik. Sekarang saya mahu tanya Yang Berhormat, apakah cabaran utama, apakah halangan utama bagi kerajaan ataupun kepada jawatankuasa ini untuk membuat keputusan, sama ada melaksanakan 40 peratus itu...

Sebab soal interim ini, soal kuantum itu, sebenarnya tidak berbangkit sebab asasnya ada. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan iaitu hak Sabah itu adalah 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Boleh minta laluan, Kota Belud? Saya terus direct kepada soalan. Adakah perkataan interim ini adalah sebenarnya yang telah saya tanya dalam bahas juga, perkataan interim akan diletakkan di dalam warta pembayaran baru yang berjumlah 300 juta tersebut dan adakah ianya akan dibentangkan di dalam Dewan sepertimana yang dibuat pada tahun lepas iaitu tahun 2022? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

Terima kasih. Perlu jawab dulu ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jawab dan gulung.

Okey, terima kasih. Yang disebutkan oleh Kota Belud tadi, pertama, sebagaimana sekiranya disebut tentang semakan pemberian khas, ianya mestilah terkait dengan perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang syaratnya adalah mesti diwartakan melalui perintah undang-undang. Kalau tidak melibatkan pewartaan, itu bukanlah kadar semakan khas. Pastinya, saya yakin Kementerian Kewangan akan melakukan, sedang dalam proses melakukan prosedur yang sepatutnya. Kita berharap bahawa perintah pewartaan itu dapat dibentangkan dalam sidang kali ini, dibentangkan di Parlimen.

Berkaitan dengan perkataan interim ataupun sebaliknya, perkara itu juga akan diperjelaskan sebagaimana Yang Berhormat Kota Belud dalam perbahasan menyebut dan mengaitkan dengan Kementerian Kewangan, maka saya fikir, disebut Kementerian Kewangan, maka biarlah Kementerian Kewangan memberikan penjelasan. Namun Yang di-Pertua, saya yakin sebagaimana tahun 2022, apabila dikeluarkan warta semakan pemberian khas tersebut, walaupun ada pihak bahawa, menyatakan bahawa perintah itu akan mengikat Sabah dan Sarawak, Sabah khususnya kerana 2022 itu melibatkan Sabah untuk tempoh lima tahun. Kita melihat sebagaimana komitmen yang ditunjuk, walaupun warta itu melibatkan tempoh lima tahun, namun apabila berlakunya persetujuan baharu sebagaimana yang diumumkan dalam belanjawan, satu perintah baharu akan dikeluarkan pada hari, pada tahun ini juga yang membatalkan perintah yang lepas. Begitu juga kita bersyukur Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dalam ucapan belanjawan, beliau sendiri telah menggunakan istilah penyelesaian interim. Saya fikir apabila disebut dalam ucapan belanjawan di Dewan yang mulia ini, maka perkara tersebut perlu untuk menjadi pegangan kepada Kerajaan Persekutuan. Menjawab yang terakhir, menjawab kepada Ahli Parlimen Tuaran yang disebut tadi sebagaimana dalam penerangan saya, argumen asas Kerajaan Persekutuan, Sabah dengan asasnya, formula perlu kekal 112C tersebut. Namun, Kerajaan Persekutuan juga melihat kadar pemberian khas ini mengguna pakai kepada peruntukan Perlembagaan khususnya perkara 112C(1) yang menyebut bahawa pelaksanaan 112C tersebut perlulah tertakluk kepada 112D. Kedua, di dalam 112D Perkara 2, fasal 2 ada menyebut bahawa sebarang semakan itu perlu mengambil kira dua perkara. Pertama, pastinya keperluan negeri dan yang kedua adalah kemampuan Kerajaan Persekutuan. Namun, kita mengharapkan Yang Berhormat, kita mengharapkan walaupun disebut kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan, kita mengharapkan bahawa yang paling penting adalah Kerajaan Persekutuan mengiktiraf Constitutional Rights Sabah yang disebutkan dalam perkara 112C tersebut.

Barangkali Yang berhormat, bacaan kita berlainan. Tapi bagi saya, Artikel 112C itu tidak ada yang disebut berkenaan dengan kemampuan Persekutuan atau keperluan Sabah. Yang disebut di situ adalah dua perlima, 40 peratus hak. Sama ada dia mampu, tidak mampu, itu hak. Itu yang disebut. Tapi, kenapa disebut kemampuan? Tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan sana pun. Di mana? Di mana letaknya? [Tepuk] Disebut soal kemampuan, kalau Kerajaan Persekutuan? Di mana disebut keperluan negeri? Di situ, hak dia 40 peratus. Itu saja. Jadi, itu sebab persoalan saya tadi ialah apakah sebenarnya halangan utama? Apa yang dibincang dalam jawatankuasa teknikal ini yang perlu mengambil masa sehingga bulan Julai tahun depan? Kenapa lama sangat mahu laksanakan? Dia sangat jelas, it’s a yes or no. Apa yang disebut, Yang berhormat sebutkan tadi, perkara ini hanya merujuk kepada Sabah, tidak merujuk kepada Sarawak. Jadi, apabila ada pemberian khas, disamakan. Sarawak dapat 300, kita dapat 300 juta. Tapi dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada Sarawak, Sabah sahaja yang 40 peratus ini. Sangat jelas. Jadi, itu sebab dari dulu sampai sekarang yang kerajaan- kerajaan ini sentiasa menyatakan kemampuan Persekutuan, kemampuan Persekutuan, tapi tidak ada dalam Perlembagaan dan tidak ada disebut soal keperluan Sabah.

Kenapa dilaksanakan sahaja dan saya perlu peringatkan bahawa kita telah menarik balik saman kita terhadap Persekutuan kerana dengan harapan bulan Julai selesai. Kalau tidak, kita fail balik itu. We have reason, the right to refile kalau tidak dilaksanakan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya fikir Yang Berhormat merupakan Ahli Parlimen yang cukup lama, pengalaman jauh daripada saya. Saya ada Perlembagaan Persekutuan di tangan saya. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Rujuk Perkara 112C fasal (1) yang menyebut bahawa pemberian formula itu

adalah tertakluk pelaksanaannya kepada 112D. Jelas perkaitan di antara 112C dan 112D. Dalam peruntukan Perkara 112D perkara (2) untuk semakan dilakukan, dijelaskan secara nyata di situ, tersurat bahawa ia tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan dan juga keperluan negeri. Saya bercakap berlandaskan. Itu yang saya sebutkan Yang Berhormat, saya juga orang Sabah. Saya juga memperjuangkan dan hak kepentingan Sabah tetapi apabila kita bercerita tentang MA63, dua rujukan kitab utama kita adalah Perlembagaan Persekutuan dan Laporan IGC yang kedua-duanya dimaktubkan dalam MA63 itu. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

Barangkali ini...

Saya fikir, saya berharap...

Barangkali ini terakhir Yang Berhormat.

Saya berharap Yang Berhormat Tuaran...

Barangkali terakhir. Ini...

...Dapat merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan...

Boleh, boleh.

...112C(1) dan 112D(2) untuk kita meneruskan diskusi.

Boleh. Boleh Yang Berhormat. Tapi ini...

Berkaitan dengan kes mahkamah Yang Berhormat...

Ini soal bacaan Yang Berhormat, bacaan saya.

Saya mengalu-alukan Yang Berhormat. Saya mengalu-alukan keputusan Yang Berhormat Tuaran dan rakan-rakan. Namun, sebagai orang Sabah, pesan saya, nasihat saya sekiranya kita ingin membawa sesuatu kes ke mahkamah berkaitan dengan perkara ini, you make sure you are going to win. Sekiranya tidak menang di mahkamah, ia akan mengurangkan bargaining power kita dalam menuntut hak dan kepentingan ini apabila mahkamah memutuskan. Jadi, tidak ada halangan kalau bagi saya selaku, saya bercakap atas kapasiti personal sebagai Sabahan. Keputusan hak masing-masing untuk membawa sebarang perkara ke mahkamah. Namun, pastikan kerana apabila membawa ke mahkamah, anda membawa bersama aspirasi dan juga perjuangan Sabah dan Sarawak dan pastikan kita cukup yakin bahawa kita boleh menang di mahkamah kerana sekiranya tidak memihak kepada kita, bargaining power yang ada disebut setiap kali dalam persidangan di Dewan ini, 40 peratus itu kelak sudah berkurangan.

Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan sebarang pandangan yang dinyatakan oleh pelbagai pihak dan perkara-perkara lain

berkaitan ICU, berkaitan dengan PACU, berkaitan dengan MAMPU, NADMA akan kita jawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat, mohon untuk kerusi 35 peratus itu, jawab secara bertulis kerana masa tidak mengizinkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Menteri sudah kata akan jawab secara bertulis. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah · Kota Samarahan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga semua Ahli Dewan. Memandangkan kesihatan saya yang kurang baik ini dan saya menghadapi masalah suara yang tersekat-sekat akibat batuk yang keras. Saya akan cuba menjawab dengan sewajarnya dan jika tidak dapat diteruskan, saya mohon Tuan Yang di-Pertua agar jawapan— saya boleh memberi jawapan bertulis ataupun Yang Berhormat berkaitan boleh bangkitkan semula isu di peringkat jawatankuasa. Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan kewangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebanyak RM11.55 bilion pada tahun 2024 yang meliputi RM4.12 bilion peruntukan mengurus dan juga RM7.44 bilion peruntukan pembangunan. Terdapat peningkatan sebanyak 4.7 peratus jika dibandingkan dengan peruntukan tahun 2023. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi dan berterusan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar yang akan memberi manfaat kepada 8.1 juta penduduk desa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan isu dan cadangan sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat dasar yang melibatkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat dari Larut, Kota Marudu, Ledang, Bachok, Rompin, Sri Aman, Tuaran, Semporna, Kinabatangan. Julau, Puncak Borneo, Tenom, Kudat, Pekan, Maran, Ampang, Kuala Krai, Kuala Krau, Kubang Pasu, Jeli, Kangar, Kuala Langat, Keningau, Bera, Putatan, Mersing, Tanjong Manis, Temerloh, Kota Belud, Selangau, Tampin, Jerai, Mas Gading, Gerik, Gua Musang, Seratok, Kalabakan, Baram, Lawas, Sipitang, Pasir Salak dan juga Kuala Pilah. Secara umumnya, setiap pertanyaan isu dan cadangan yang ditujukan adalah berkaitan dengan program infrastruktur luar bandar, pembangunan sosial ekonomi dan kesejahteraan masyarakat desa serta isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya ingin nak bahaskan di sini adalah keterjaminan makanan negara. Yang Berhormat Larut, Gerik, Semporna, Kuala Krau dan Jeli membangkitkan isu berkenaan peranan dan penglibatan agensi dan Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah KKDW di dalam pemerkasaan pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyusun strategi menerusi Pelan Transformasi Agensi dan Lembaga Kemajuan Wilayah, khususnya berkaitan Program Keterjaminan Makanan Negara.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah · Kota Samarahan

Misalannya, FELCRA Berhad telah mengambil inisiatif yang lebih agresif dalam pengembangan business baharu selaras dengan pemerkasaan pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan termasuklah yang pertama, Projek Ternakan Ayam Pedaging. FELCRA Berhad telah diberi tanggungjawab untuk Projek Mega Ternakan Ayam Sistem Tertutup dengan anggaran pengeluaran ayam sehingga 600,000 ekor per musim dan 3.6 juta ekor per tahun yang dilaksanakan di Tanjung Seratus Rompin, Pahang. FELCRA Berhad yakin dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi ini ia akan memberi peluang terutamanya kepada peserta untuk meningkatkan pendapatan dan peluang perniagaan. Kedua, cadangan bagi Projek Estet Padi. FELCRA Berhad telah memohon sejumlah RM120 juta bagi tahun 2023 dan juga tahun 2024 untuk membangunkan kawasan projek padi di Parlimen Beluran dan Parlimen Sri Aman yang memberi manfaat kepada peserta dan penduduk setempat.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah · Kota Samarahan

Projek ini juga akan turut membantu peserta bagi meningkatkan sumber ekonomi dan peningkatan hasil makanan negara. Ketiga, projek lembu pedaging dengan populasi stok lembu termasuk lembu integrasi melebihi 5,000 ekor meliputi kawasan termasuk Seberang Perak, Perak dan Tebing Tinggi, Johor diurus kendali oleh anak syarikat, manakala kawasan Paloh, Johor, Sungai Sepuluh, Johor dikendalikan oleh peserta FELCRA Berhad, rancangan dan kawasan Sri Mahkota, Johor, Rakai, Negeri Sembilan dan Ramuan Cina diurus kendali oleh Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad. Projek yang keempat, projek Urban Farming. Projek Urban Farming tanaman fertigasi yang melibatkan usahawan-usahawan FELCRA yang mengusahakan tanaman cili dan sayuran yang bersesuaian di 85 lokasi dengan kapasiti sebanyak 85,000 polybag iaitu 1,000 polybag di setiap lokasi. Selain daripada itu, RISDA pula menyediakan bantuan melalui Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan yang mensasarkan pekebun kecil memperoleh pendapatan tambahan selain hasil getah. Bantuan adalah bagi pekebun kecil melaksanakan projek-projek pertanian, antaranya tanaman jangka pendek yang dilaksanakan adalah seperti projek cili di Gerik, Perak dengan nilai bantuan RM190,000 dengan empat orang peserta pekebun kecil. Tanaman lain juga ada dilaksanakan seperti fertigasi cili, nanas, pisang, jagung, sayur-sayuran di pelbagai negeri. Keseluruhan bantuan bagi projek tanaman jangka pendek di seluruh negara bernilai RM40.32 juta dengan seramai 2,016 orang penerima manfaat. Bagi tanaman jangka panjang, adalah seperti kelapa matag, durian, limau kasturi dan vanila. Contohnya, projek tanaman durian di Larut, Perak dengan nilai bantuan RM20,000 kepada seorang pekebun kecil. Keseluruhan bantuan di seluruh negara bagi projek tanaman jangka panjang adalah RM2.1 juta dengan seramai 105 orang penerima mendapat manfaat. Manakala projek ternakan juga dilaksanakan, misalannya di Temerloh iaitu projek itik penelur dan arnab pedaging dengan nilai bantuan RM110,000 kepada lapan orang peserta pekebun kecil. Nilai keseluruhan bantuan di seluruh negara adalah RM18.64 juta dengan seramai 932 orang penerima manfaat. Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah dan sedang melaksanakan program dan projek dalam merancakkan pembangunan industri pemakanan negara. Antaranya ialah projek pertanian petani luar bandar; yang kedua adalah projek ternakan ikan air tawar; yang ketiga, projek pembangunan sawah di kawasan wilayah KEDA berkeluasan 456.9 hektar yang melibatkan peserta sebanyak 1,084 orang pesawah dan menghasilkan kira-kira 4,196.2 ton metric setahun. Selain daripada itu, KEDA juga berperanan sebagai agensi pelaksana bagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di mukim Pedu, Padang Terap yang memfokuskan kepada ladang tanaman durian yang seluas 337.92 hektar dan PROSPEK mukim Teloi, Sik yang menumpukan projek tanaman fertigasi cili.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah · Kota Samarahan

KEDA juga ke arah memperkukuhkan makanan negara telah mengusahakan pembenihan induk kopi Robusta dihasil oleh Nestle yang menggunakan induk dari ladang KEDA Charuk Tualang, Sik bagi mengeluarkan produk kopi Kedah oleh Nestle. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, KEJORA telah melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan keterjaminan bekalan makanan. Pertama, memperkukuhkan dan memperkasakan Program Pembangunan Tanah Pertanian KEJORA yang dibangunkan dengan pelbagai aktiviti iaitu tanaman, ternakan, ternakan air dan florikultur yang menyumbang kepada pengeluaran hasil negeri Johor dan dieksport ke luar negara. Antara tanaman yang diusahakan ialah sayur-sayuran, tanaman kontan, udang, ikan yang berkeluasan 13,000 hektar yang telah memberi pengeluaran sebanyak 17,020 metrik tan setahun. Selain daripada itu, KEJORA juga melaksanakan projek pertanian berteknologi tinggi menerusi Program Pembangunan Ladang Fertigasi yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian seluas 40.12 ekar. Seterusnya, membangunkan Projek Pembangunan Tanah Pertanian Berpotensi secara kolaborasi bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mana lokasinya di Pengeli, Tenggara, Johor. Seterusnya, agensi KESEDAR juga membangunkan KESEDAR “Food Valley” dalam usaha membantu kerajaan menangani isu keterjaminan makanan.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terdapat tiga lokasi kawasan yang dibangunkan bagi tujuan itu. Pertama, kawasan Agrotek, Manik Urai...

Yang Berhormat.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

...Di Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau, Arau.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Arau.

Sedikit, Yang Berhormat. Yang Berhormat tak jawab tak apa, sebab saya tanya ini mungkin tak dapat dijawab off the cuff macam itu. Boleh jawab bertulis. Sekarang ini kita ada— sebab, tajuk Yang Berhormat sebut tadi ialah keterjaminan makanan dan juga keselamatan makanan. Lebih kurang macam itu.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Ya.

Jadi, Yang Berhormat, nilai yang telah disebut tadi tidak sampai RM100 juta pun tetapi nilai makanan yang kita import ialah RM83 bilion. Jadi, dengan kerajaan mempunyai pembangunan wilayah yang begitu luas, apakah Yang Berhormat bercadang supaya pembangunan wilayah ini betul-betul bagi perhatian kepada pengeluaran makanan? Tetapi Yang Berhormat terangkan tadi ada projek RM2 juta. Ia tidak menjamin satu keterjaminan keselamatan makanan. Jadi, adakah Yang Berhormat bercadang nak— kalau ini Timbalan Perdana Menteri yang dikasihi pun ada, kot nak minta supaya kerajaan tambahkan peruntukan supaya kita boleh mengeluarkan makanan melalui pembangunan wilayah. Terima kasih.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih YB Arau. Sebenarnya YB Arau, untuk keterjaminan makanan ini, kementerian kita KKDW hanya merupakan support dalam membantu memastikan keterjaminan makanan negara. Kita memastikan sebenarnya agensi-agensi pembangunan wilayah merancang dan melaksanakan program-program pembangunan ekonomi luar bandar yang boleh menjurus kepada penghasilan membantu keterjaminan makanan. Sebab itu kalau kita lihat, ada program yang berskala besar, ada program yang berskala kecil. Ada program yang berskala besar yang melibatkan anak syarikat kita dan ada juga dalam bentuk skala yang kecil yang hanya melibatkan peserta-peserta di peringkat luar bandar.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Jadi, Yang Berhormat Arau, sebenarnya saya tak merumuskan keseluruhannyalah, tetapi apa yang penting bagi kita adalah memastikan semua program- program pembangunan ekonomi di luar bandar membantu menjurus kepada keterjaminan makanan. Okey, seterusnya...

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tangga Batu minta sedikit laluan.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Okey.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi disebut bahawa di KEDA, di Sik nak dibangunkan projek kopi.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Sebab kalau kita lihat hari ini Malaysia mengimport lebih kurang 33,000 tan biji kopi robusta daripada luar, sedangkan negara baru keluarkan lebih kurang 4,000 tan sahaja.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Ya.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Jadi, apa adakah daripada kementerian untuk menambah luas lagi kopi di kawasan KEDA di Sik tu, satu. Kedua, sebenarnya kita menumpang dengan Nestlé. Tetapi sebenarnya di KEDA ni, di kawasan Sik ini dia ada dipanggil speciality dia. Kalau macam kita kata kopi Aceh Gayo, kopi Blue Mountain ini dia ada dia punya speciality taste dia. So, apakah kementerian bercadang untuk keluar brand sendiri tidak tumpang kepada Nescafe supaya kita boleh unique, authentic daripada KEDA. Terima kasih.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu atas cerahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, program ini merupakan program usaha sama pihak KEDA bersama Nestlé untuk mengeluarkan produk kopi untuk Negeri Kedah. Projek ini masih di peringkat awal yang mana kita memfokuskan pengeluaran anak benih di peringkat awal ini, anak benih untuk kita luaskan lagi kawasan penanamannya.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Sikit lagi, biar clear Dewan. Baik...

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak boleh tanya soalan baru.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Kalau tak salah saya, kalau Nestlé ini dia gunakan klon Ivory Coast, kalau tak salah sayalah.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Ya, ya.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tetapi MARDI ada bangunkan klon robusta ni nama dia MK1. Jadi, apakah MK1 ni nak dibawa ke KEDA supaya kita kata Malaysian authentic coffee kalau kita banding pakai klon luar? Terima kasih.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih. Untuk setakat ini, kita masih lagi dalam usaha sama bersama Nestlé yang berkaitan dengan klon ataupun benih daripada MARDI ya, yang tu belum lagi dalam perancangan kita. Seterusnya, KEJORA telah melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan keterjaminan bekalan makanan. Tadi saya sebut KESEDAR. KESEDAR juga melaksanakan KESEDAR Dagang Sdn. Bhd yang memulakan usaha-usaha penternakan lembu pedaging bermula 2020 seluas 60 hektar secara fidlot dan integrasi di Sungai Asap, Chalil, Gua Musang. Kapasiti semasa pengeluaran adalah 170 metrik tan segar setahun. KESEDAR juga mempersiapkan kawasan seluas 900 hektar di Paloh 4 dengan sejumlah 20 juta peruntukan pembangunan yang telah diluluskan untuk tujuan ini. Kajian kesesuaian tanaman telah disiapkan dengan tanaman seperti nanas, sayur, sacha inchi

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

fruit dan Musang King serta ternakan seperti ayam pedaging, ayam baka, ayam penelur dan juga kambing tenusu – telah dicadangkan dengan beberapa pelabur berpotensi dalam industri pertanian dan penternakan – telah dikenal pasti untuk perbincangan susulan. Sebagai permulaan, KESEDAR melalui kerjasama dengan Nestlé Malaysia di bawah program Nescafé Grown Respectfully telah membangunkan tanaman kopi robusta di kawasan seluas 60 hektar di Paloh 4. Manakala perbincangan lanjut bersama dengan FELCRA Berhad sedang berjalan untuk pelaksanaan ternakan ayam pedaging dengan kapasiti pengeluaran satu juta ayam bulat setahun. Seterusnya agensi kita, KETENGAH telah membangunkan satu kawasan yang dipanggil lembah makanan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang melibatkan tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman fertigasi, projek agrotek, projek ruminan, projek hortikultur dan produk industri kecil dan sederhana dengan keluasan 199.21 hektar seperti butiran berikut. Projek Agro Tani melibatkan 355 orang usahawan. Projek agrotek melibatkan 183 orang usahawan. Projek hortikultur melibatkan 74 usahawan dengan pengeluaran hasil 14 tan setahun. Produk industri kecil dan sederhana melibatkan 247 orang usahawan dan pembuatan makanan dan minuman dalam wilayah KETENGAH, pelbagai kuih, kerepek dan jualan minuman disediakan dan dikeluarkan dengan peningkatan pendapatan antara 16 peratus hingga 50 peratus. Begitu juga projek agrotek iaitu fertigasi smart farming melibatkan tanaman cili dan timun dengan hasil pengeluaran 120 tan per pusingan. Projek ruminan melibatkan tanaman rumput Napier dengan hasil pengeluaran antara 30 hingga 50 tan bagi pasaran penternak setempat untuk ternakan lembu dan kerbau serta projek padang ragut yang melibatkan 32 orang penternak kerbau dengan hasil pengeluaran antara 25 hingga 30 tan. Seterusnya PERDA...

Menteri, boleh mencelah? Temerloh. Okey, saya melihat pertama sekali kalau kita melihat tadi banyak rancangan- rancangan yang sudah dilaksanakan. Cuma, saya melihat sejauh mana perancangan untuk menjadikan negara kita yang kaya dengan berbagai produk ini dapat diterjemah melalui R&D, mempelbagaikan berbagai lagi hasil. Contoh, kalau kita lihat di Jepun, dia ada wasabi. Berbagai produk daripada wasabi tapi kita punya produk tradisional seperti labu, keledek, jagung seolah-olah tidak ada R&D yang boleh menghasilkan tanaman yang berbagai untuk makanan negeri sendiri kerana kita ada tanah yang subur, iklim yang sesuai. Itu saja, terima kasih.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Temerloh hah. Untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, R&D memang selalu kita buat. Setiap agensi pembangunan wilayah kita sentiasa mengadakan R&D untuk memastikan tanaman dan hasil ekonomi kita ni membantu dari sudut keterjaminan makanan. Namun begitu, pada masa ini sumber – apa nama hasil kita cukup untuk orang kata pasaran mentah sahaja, pasaran mentah dan insya-Allah kita dalam perancangan kita untuk memastikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Temerloh tadi untuk peluasan tanaman-tanaman ini ke arah skala ataupun skill yang lebih luas lagi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, PERDA. PERDA turut menyumbang dalam membangunkan industri keterjaminan makanan negara dengan pengeluaran hasil pertanian melalui penyewaan tanah-tanah PERDA yang masih belum dibangunkan bagi tujuan pembangunan hartanah dan komersial. Seramai 134 peserta dan syarikat ketika ini sedang menyewa tanah-tanah PERDA seluas 1,381 ekar bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian dengan mengusahakan pelbagai tanaman kontan dan penternakan. Keseluruhan tanah seluas 1,381 ekar tersebut meliputi pecahan seperti berikut. Pertama, tanaman agroteknologi pertanian PERDA di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Di dalamnya terdapat Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang dilaksanakan dengan kerjasama bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang seluas 341 ekar, pengurusan oleh anak syarikat iaitu Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd dan seluas 297 ekar dan pengurusan oleh PERDA seluas 420 ekar.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Kedua, Taman Akuakultur PERDA di Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang yang pengurusannya dilaksanakan oleh PERDA seluas 323 ekar tanah. PERDA juga sedang dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan Northern Corridor Economic Region bagi meluaskan penyewaan tanah milik PERDA untuk melaksanakan program inisiatif pendapatan rakyat usahawan tani. PERDA turut membantu menaik taraf jalan bagi meningkatkan akses dan kualiti infrastruktur tanah PERDA untuk disewa untuk tujuan pertanian. Tuan Yang di-Pertua, agensi dan lembaga kemajuan wilayah di bawah KKDW telah mengadakan kolaborasi bestari di dalam melaksanakan program yang berkaitan dengan bekalan makanan negara seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang, FRIM, Jabatan Pertanian Malaysia, FAMA, jabatan perikanan dan pihak swasta yang lain berkaitan bagi tujuan mendapat khidmat nasihat, kepakaran, latihan dan teknologi yang boleh diguna pakai.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Seterusnya, Yang Berhormat Semporna telah mencadangkan supaya sawah- sawah padi sedia ada di Sabah seperti di Kota Belud, Papar dan Keningau ditambah baik dengan penglibatan FELCRA. Untuk makluman Yang Berhormat, usaha mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dengan estet padi di Sabah telah dijalankan dengan serius oleh FELCRA. Sehingga kini, jumlah keluasan berpotensi yang sesuai untuk pembangunan estet padi di Sabah adalah seluas 2,159 hektar yang bertumpu di Daerah Beluran dan juga Kota Belud. FELCRA turut mendapat maklumat mengenai status keluasan padi di Sabah melalui kerjasama dengan pihak IADA Sabah dan Jabatan Pertanian Sabah. Berdasarkan sumber data IADA Sabah, seluas kira-kira 31,000 hektar berpotensi untuk ditambah baik menjadi estet padi di daerah-daerah seperti Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Tambunan dan juga taburan kawasan lain di daerah lain seluas 15,024 hektar. Manakala sumber data Jabatan Pertanian Sabah mendapati seluas kira-kira 38,000 hektar turut berpotensi dimajukan sebagai estet padi di Daerah Kota Belud seluas 31,000 hektar dan kawasan-kawasan terbiar yang lain seluas 7,000 hektar. Berdasarkan sumber data di atas, FELCRA akan meneruskan perbincangan dengan pihak IADA dan juga Jabatan Pertanian Sabah bagi mengenal pasti kawasan- kawasan yang benar-benar bersesuaian untuk dimajukan sebagai estet padi dengan mengambil kira faktor seperti status tanah dan juga status kemudahan sistem pengairan yang sedia ada di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, skop agrikomoditi tertumpu pada tanaman seperti sawit, getah, koko, kenaf dan tanaman hutan. Secara umumnya, peranan RISDA adalah melaksanakan program penanaman semula getah berdasarkan Akta 85, sekali gus RISDA memfokuskan kepada agrikomoditi tanaman getah. [Minum air]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masih dapat sambung jawapan?

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Rasanya dah kering.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya boleh membenarkan Yang Berhormat untuk memberi jawapan bertulis kalau tak dapat sambung.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, panjang lagi jawapan yang telah dikemukakan oleh 42 orang Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan KKDW. Memandangkan kesihatan dan suara saya ini, saya mohon jawapan seterusnya saya beri secara bertulis dan insya-Allah, sekiranya masih tak puas hati, boleh berjumpa dengan saya untuk perbincangan yang lanjut. [Tepuk]

Setuju, setuju.

Sekejap lagi jumpa.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Boleh.

Datuk Hajah Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Sekali lagi saya ingin terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas menyentuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada 16 Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat dasar di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Belanjawan 2024 yang bertema Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat, KPK telah diperuntukkan sebanyak RM732.70 juta. Daripada jumlah tersebut, RM428.31 juta iaitu 50 peratus adalah untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus atau OE. Manakala selebihnya ialah sebanyak RM304.39 juta, 42 peratus adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan ataupun DE. Antara inisiatif diumumkan di bawah KPK dalam Belanjawan 2024 adalah seperti berikut: (i) RM100 juta bagi insentif Program Tanaman Semula Sawit yang akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian; (ii) RM70 juta bagi meningkatkan tahap kemapanan industri sawit serta memperhebat kempen menangani anti minyak sawit di pentas antarabangsa; (iii) RM10 juta untuk aplikasi teknologi peningkatan hasil tanaman getah bagi melaksanakan projek rintis, penggunaan gas stimulan untuk manfaat pekebun kecil getah di ladang seluas 1,000 hektar; (iv) peruntukan RM400 juta bagi kenaikan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah atau singkatannya IPG kepada RM3 sekilogram daripada RM2.70 sekilogram; dan (v) skop galakan cukai automasi yang akan diperluaskan untuk meliputi sektor agrikomoditi di bawah KPK. Justeru, di sini saya akan mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan terhadap 18 isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi perkara-perkara yang akan diperjelas sebentar lagi. Tuan Yang di-Pertua, windfall tax dan ses sawit yang membebankan. Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Beruas. Berkuat kuasa 1 Januari 2022, kerajaan telah meningkatkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa atau singkatannya WPL daripada RM2,500 se tan ke RM3,000 setan bagi Semenanjung. Manakala, RM3,000 setan kepada RM3,500 setan bagi Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kadar levi bagi Sabah dan Sarawak turut diselaraskan kepada tiga peratus seperti kadar levi bagi Semenanjung. Kenaikan nilai ambang ini memberi kelegaan kepada lebih kurang 4,300 pemilik ladang kelapa sawit yang mana mereka tidak perlu membayar WPL jika harga minyak sawit mentah ataupun MSM kurang

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi · Petra Jaya

daripada rate RM3,000 setan bagi Semenanjung dan RM3,500 setan bagi Sabah dan Sarawak.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Ini bermakna, syarikat perladangan sawit mempunyai peluang untuk menggunakan keuntungan tambahan bagi menguruskan ladang dengan baik serta melabur dalam mekanisasi dan automasi. Walaupun kenaikan nilai ambang akan mengurangkan sumbangan industri sawit kepada negara, kenaikan tersebut adalah selaras dengan keperluan semasa memandangkan semakan terakhir bagi WPL dibuat lebih 10 tahun yang lalu dengan mengambil kira peningkatan kos pengeluaran. Berkenaan cukai yang dikenakan di sektor perladangan, kerajaan telah mengambil kira purata kos pengeluaran. Secara purata, kos pengeluaran buah tandan segar atau BTS di ladang adalah di antara RM300 ke RM450 setan dan dengan keadaan harga BTS semasa yang melebihi RM500 setan, pihak ladang masih merekodkan keuntungan. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap prihatin mengenai rungutan daripada pihak perladangan mengenai cukai-cukai yang dikenakan kepada sektor tersebut. Untuk itu, kementerian akan melaksanakan kajian yang lebih komprehensif mengenai percukaian dalam sektor sawit dan hasil kajian tersebut akan membantu kerajaan dalam merangka strategi dan polisi untuk memastikan sektor ini terus mapan dan berdaya saing. Pada masa ini, KPK sedang dalam proses akhir due diligence, dengan izin, bagi melaksanakan kajian. Kajian ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan. Seterusnya, Yang Berhormat Sri Aman, YB Tangga Batu...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, boleh tak saya dapat satu penjelasan?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin menanya kepada kerajaan sama ada kerajaan telah mendapat pandangan perundangan daripada AG’s Chambers bahawa formula pengenaan cukai keuntungan luar biasa ini yang sekarang ini berasaskan jualan FFB ini, adakah ia sah dari segi undang-undang memandangkan cukai keuntungan luar biasa ini dikenakan di bawah Akta Cukai Keuntungan Luar Biasa? Maksudnya, ia adalah berasaskan keuntungan tetapi formula sekarang adalah berasaskan jualan. Adakah ia sah dari segi undang-undang? Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Adakah ia sah dari segi undang-undang? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat nanti boleh kemukakan sewaktu penggulungan oleh Kementerian Kewangan sebab cukai adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Tapi mengikut sewaktu industry dialogue dan juga kita telah kemukakan kepada Kementerian Kewangan, cadangan-cadangan bagaimana kita dapat menambah baik, mengambil kira pandangan daripada pihak industri. Jadi untuk itu, saya tidak akan menjawab yang di luar bidang kuasa saya. Jadi boleh kemukakan kepada Kementerian Kewangan. Seterusnya Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan mengenai kos input sawit seperti baja dan racun yang tinggi. Perubahan polisi dari negara pengeksport yang mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing adalah antara faktor yang telah dikenal pasti mempengaruhi kenaikan harga input pertanian termasuk baja dan racun rumpai. Kerajaan sukar mengawal kenaikan harga kerana bahan mentah diimport daripada luar negara dengan harga yang bergantung kepada faktor pasaran global. Pada tahun 2022, harga baja telah merekodkan peningkatan antara lima peratus sehingga 30 peratus berbanding tahun sebelumnya terutama bagi harga baja nitrogen,

phosphorus dan potassium ataupun NPK, urea dan muriate of potash ataupun MOP. Namun begitu, peningkatan ini masih di kadar yang boleh ditampung, memandangkan harga MSA, MSM pada tahun tersebut juga turut berada pada paras yang tinggi. Pada tahun 2023, harga baja telah menunjukkan penurunan. Pada September 2023, harga NPK telah menurun sebanyak 24 peratus, harga urea turun sebanyak 20 peratus dan MOP turun sebanyak 35 peratus berbanding purata harga baja pada tahun 2022. Bagi membantu pekebun kecil membeli input pertanian seperti baja, racun dan benih, Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah meluluskan sebanyak RM983,000 bagi membiayai pinjaman dengan nilai maksimum RM16,250 kepada seramai 117 pekebun kecil sawit persendirian sehingga Ogos 2023. Pekebun kecil sawit tidak disyorkan untuk mengurangkan kadar input berkenaan kerana ia akan menurunkan hasil sawit dalam jangka panjang. Pengurangan kadar baja dan racun rumpai akan menyebabkan hasil sawit tidak mencapai hasil yang sepatutnya. Pekebun kecil juga dinasihatkan supaya mengamalkan pengurusan agronomi baik seperti penggunaan semula tandan kosong sawit, penyusunan pelepah yang baik dan pengawalan rumpai terpilih bagi membantu meningkatkan kecekapan pembajaan dan pengawalan rumpai di kebun. Pembelian baja dan racun rumpai secara pukal iaitu dengan kuantiti yang banyak melibatkan beberapa orang pekebun kecil juga akan membantu mengurangkan harga input berkenaan berbanding pembelian secara persendirian. Mengambil kira harga semasa MSM yang kukuh dan harga baja yang semakin menurun, keperluan kerajaan untuk memperuntukkan subsidi baja kepada pekebun kecil adalah kurang kritikal. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa memantau pergerakan harga MSM dan harga baja serta harga input pertanian yang lain bagi membantu mengurangkan kos kepada pekebun kecil pada masa yang akan datang. Kepada persoalan Yang Berhormat Tawau berkenaan keperluan penubuhan majlis sawit Sabah dan Sarawak, kementerian mengambil maklum akan cadangan penubuhan majlis tersebut. Pada masa ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia mempunyai cawangan di setiap negeri dan untuk Sabah, terdapat 14 cawangan manakala di Sarawak, 15 cawangan yang menjalankan fungsi-fungsi penyelidikan, kawal selia industri seperti pelesenan dan penguatkuasaan dan pengembangan untuk membantu pekebun-pekebun kecil. Oleh itu, KPK berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan majlis sawit Sabah dan Sarawak buat masa ini. Yang Berhormat Julau dan Yang Berhormat Padang Serai telah membangkitkan persoalan mengenai apakah rancangan-rancangan kerajaan dalam melaksanakan kempen menangani anti minyak sawit. Untuk makluman, peruntukan dan dana sebanyak RM15 juta untuk kempen anti minyak sawit akan melibatkan usaha-usaha menangkis sentimen negatif minyak sawit di peringkat domestik dan antarabangsa. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh KPK melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOC dalam menjaga kepentingan industri sawit Malaysia. Antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertamanya, menjalankan program pendidikan dan kesedaran awam. Program ini dilaksanakan melalui perkongsian maklumat terkini dan tepat mengenai industri minyak sawit di Malaysia. Antaranya adalah penerbitan maklumat dalam media elektronik dan digital, penerbitan video, pendidikan dan juga kempen media sosial yang menyeluruh. Pengedaran poster mengenai kebaikan minyak sawit juga turut aktif dilakukan di institusi-institusi pendidikan dan sekolah-sekolah di seluruh negara. Selain itu, pelbagai promosi mengenai minyak sawit turut dilaksanakan di Eropah dan negara-negara pengimport lain seperti India, China dan juga Turkiye termasuk penekanan usaha-usaha kemapanan industri minyak sawit Malaysia melalui skim pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil, dengan izin, singkatannya MSPO. Kedua, menjalinkan kolaborasi antarabangsa iaitu membiayai inisiatif kerjasama dengan negara-negara atau organisasi antarabangsa dalam usaha meningkatkan pemahaman yang lebih baik tentang industri minyak sawit Malaysia dan memperkukuh hubungan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Ketiga, mengadakan misi teknikal ataupun ekonomi, persidangan, majlis kolokium dan lain-lain. Ini bertujuan untuk memberi penerangan yang jelas kepada pihak yang berkepentingan di peringkat global supaya keyakinan terhadap minyak sawit termasuk pensijilan MSPO dapat diperkukuhkan yang seterusnya menangkis persepsi negatif terhadap minyak sawit negara. Keempat, melaksanakan libat urus bersama pemegang taruh, memperkukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utama seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan antarabangsa dan pengimport-pengimport yang berkaitan dengan industri minyak sawit. Kementerian ini mengambil serius akan segala usaha dalam memerangi kempen anti minyak sawit termasuk isu pelabelan anti minyak sawit. Bagi memperhebatkan inisiatif sedia ada, kementerian melalui penubuhan pasukan petugas akan mengintegrasikan kerjasama silang di antara kementerian ataupun agensi berkaitan dalam usaha membanteras penjualan produk berlabel sedemikian. Pada masa ini – pada masa yang sama, akan meningkatkan kesedaran, mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap produk yang dipasarkan dan memberikan keyakinan terhadap pengguna untuk terus menggunakan produk berasaskan minyak sawit.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh tanya.

Timbalan Perdana Menteri.

Ya, sila.

Okey. Julau, kemudian Seputeh.

Okey terima kasih. Saya ada satu soalan sahaja tentang itu inisiatif MPOC. Adakah kita termasuk ke lobbying work- based di benua Eropah? Itu soalan saya sahaja.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah, kementerian dapat RM70 juta untuk digunakan untuk kempen, you know untuk mempromosi minyak sawit dan menjelaskan kepada dunia tentang minyak sawit Malaysia. Okey. Yang Berhormat, saya rasa kalau boleh, selepas anda, Yang Berhormat keluar daripada Dewan, tengoklah YouTube dan taip tentang kemasukan minyak sawit. Satu minyak sawit merah, tengok ada apa yang ada dalam dan yang kedua adalah tentang sustainability effort of Malaysian Palm Oil dan juga kalau tahu bahasa Cina, taip juga apa yang keluar. Saya boleh kata, sangat kurang bahan tentang untuk mempromosi manfaat minyak sawit khususnya red palm oil dan juga sangat kurang tentang isu kemapanan pengeluaran minyak sawit Malaysia ini. Sebenarnya, semua ini adalah isu yang mana selalu dilemparkan tuduhan terhadap Malaysia dan sebenarnya di bawah MPOC juga, pernah keluarkan banyak klip tau, video klip di bawah waktu bila Zuraida jadi Menteri dan juga malah di bawah saya, waktu saya itu, ada banyak klip dalam bahasa Cina yang mana kita masuk ke social media di China.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada banyak klip dalam bahasa Cina yang mana kita masuk ke social media di China dan semua ini saya rasa kita perlu semua kumpulkan, masuk sekurang-kurangnya dalam YouTube. Bila orang taip tentang Sustainability of Malaysia Palm Oil (MSPO) adanya dalam pelbagai bahasa. Sekarangnya ialah kalau Yang Berhormat cuba taip tentang kemapanan pengeluaran minyak sawit Malaysia, hanya ada dalam Bahasa Malaysia sahaja dan tentang berita ini, siapa baca? Saya rasa kita punya sasaran kita hanyalah betul. Malaysia, kita harus ada penerangan sendiri tapi yang kita perlu jual eksport minyak sawit kita ke dunia, ke China, ke India dan di masyarakat Eropah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya berharap dengan RM70 juta ini, banyak bahan yang pernah dikeluarkan oleh kementerian khususnya di bawah MPOC, haruslah kita tarik keluar dan masuk semua sekurang-kurangnya dalam YouTube dan juga TikTok dan sebagainya untuk bagi, sebagai usaha kita menguar-uarkan kebaikan minyak sawit kita. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat, daripada Julau, sama ada kita ada engagement ataupun kita ada engage lobbyists ataupun consultants daripada luar negara, memang ada. Yang ini kita buat secara berterusan sebab itulah kaedah untuk di Eropah, untuk di Amerika, we have to work dengan consultants and all lobbyists from overseas, dengan izin Dato’ Yang di- Pertua, Timbalan Yang di-Pertua. Kemudian, untuk Yang Berhormat Seputeh, saya sangat bersetuju dan menyokong pengalaman Yang Berhormat selaku Menteri dulu dan juga apa yang baik dilaksanakan. Kita akan kembangkan termasuklah segala kempen melalui social media dalam pelbagai bahasa. Malahan, mungkin boleh kita tambah apa yang kita hendak usahakan sekarang ini ialah untuk mencari saintis, pakar-pakar daripada luar negara untuk berbicara supaya perbicaraan, tulisan mereka dan apa saja mereka ulaskan boleh dirakamkan dan boleh disebarkan sama ada terbitan elektronik mahupun dari segi social media. Jadi, insya-Allah kita akan teruskan usaha ini dan inilah komitmen di peringkat kementerian untuk terus membuat aktiviti promosi dan kempen kesedaran secara konsisten bagi memberikan impak yang positif dan pemahaman yang lebih baik tentang industri minyak sawit Malaysia di dalam dan juga di luar negara. Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pohon seminit. Seminit sahaja.

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya mencelah sedikit untuk mengalu-alukan tetamu daripada Akademi Kepimpinan Balqis yang mewakili kawasan Pasir Puteh, Parlimen Pasir Puteh dan juga Parlimen Kubang Kerian [Tepuk] ke dalam Parlimen yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Boleh mencelah sikit?

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tangga Batu minta mencelah sikit.

Boleh saya mencelah sikit?

Sila, sila, sila.

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, berkenaan dengan kempen anti minyak kelapa sawit, itu satu tajuk yang banyaklah kita semua ambil tanggungjawab dan supaya sawit kita ini lebih ke hadapan.

Soalan saya, adakah rancangan daripada pihak kerajaan untuk ‘mengempen’ sawit di negara-negara yang belum kita terokai seperti di kawasan Timur Tengah dan seumpamanya. Mereka ini tidak tahu kelebihan sawit dan seumpamanya. Dia tidak anti sawit. Yang kita lawan tu yang kempen anti sawit. Jadi, kalau boleh dimasukkan satu agenda kerajaan ke negara-negara yang belum mengambil sawit daripada Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tangga Batu minta sikit. Baik, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Baik, kita tahu bahawa dalam sawit, minyak sawit ini dia ada dipanggil phytochemical iaitu tocopherol dan tocotrienol. Benda ini sebenarnya satu kita panggil antioksidan yang sangat baik untuk menjaga kesihatan. Cuma, masalah dia mahal, kan? Yang keluarkan ialah Sime Darby, KLK. Apakah ada usaha daripada MPOB, kalau kita boleh produce dalam Malaysia secara banyak dan dia juga di samping kita panggil boleh disebar luas penggunaan di kalangan rakyat Malaysia dan mungkin juga dia boleh membantu menaikkan lagi imej minyak sawit ini sebagai minyak yang sihat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh dan juga Tangga Batu. Sebenarnya, program pemasaran kita sekarang ini kita perluaskan pada negara-negara baharu untuk kita sebar luaskan kelebihan kelapa sawit Malaysia dan sebagainya. Sebab itu misal kata kalau kita melihat pasaran baharu di Arab Saudi adalah salah satu pasaran baharu yang telah kita melihat peningkatan dari segi eksport kelapa sawit, minyak sawit kita ke sana dan banyak jugalah di benua Afrika dan sebagainya, di samping Mesir dan juga Turki, yang kalau kita lihat pasarannya makin meningkat. Memang benar kandungan vitamin E dan antioksidan dalam minyak sawit adalah satu perkara yang patut kita sebar luaskan. Sebab itu yang saya katakan tadi salah satunya kita kena bekerjasama juga dengan pihak saintis daripada luar negara untuk mengesahkan dan untuk membantu kita dalam pemasaran ini sebab kalau kita bergantung dengan dalam negara sahaja, mungkin persepsi yang negatif itu perlu kita imbangi, sebab itu kita kena cari orang yang neutral untuk mengesahkan dan memasarkan produk kita ini. Insya-Allah, apa yang dicadangkan oleh Tangga Batu kita akan bawa, bagaimana kita dapat mempertingkatkan penggunaan. Saya ingat Yang Berhormat Seputeh dulu pun pernah untuk mempromosikan minyak sawit merah. Minum satu hari satu sudu, yang itu, tapi ramai di kalangan rakyat kita sendiri mempersendakan usaha tersebut. Walhal dari segi saintifiknya memang perkara itu adalah satu perkara yang baik. Jadi, sebab itulah saya kira

[Dewan riuh]

mungkin ini kita boleh bantu bersama. Tidak kira dari sebelah sini mahupun sebelah sana untuk sama-sama kita mempromosikan minyak sawit kita. Seputeh masih ada lagi. Banyak lagi jawapan saya ni. Saya dah sebut pasal Seputeh tadi. [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar apa yang Tangga Batu kata tadi. Sebenarnya saya masih ingat pada tahun 2019, kalau tidak silap saya, pihak MPOC pernah engaged dengan universiti yang di luar negara untuk membuat kajian terhadap Vitamin E tocotrienols yang dikeluarkan daripada minyak sawit kita dan mereka nak buat kajian sama ada Vitamin E tocotrienols boleh mengubati Parkinson’s, dementia, semua dan khususnya kedua-dua ini. Saya tak pasti apa yang dilakukan selepas saya tinggalkan kementerianlah. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh gunakan RM70 juta ini, revive ini projek, yang mana kita engage dengan universiti dekat Beijing ke, Singapura dan hospital yang besar ini untuk mengulangi kajian ini, teruskan kajian ini. Kalau kita boleh dapatkan result yang mana Vitamin E tocotrienols dikeluarkan daripada minyak sawit kita ini, boleh mengubati Parkinson’s dan semua penyakit otak ini. Jadi, tak ada masalah bagi seluruh dunia untuk terima minyak sawit.

Setuju. Saya akan terus usahakan Yang Berhormat Seputeh. Saya beralih kepada berhubung kait dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Padang Serai iaitu di mana

mereka membangkitkan isu berkenaan penurunan eksport, kadar eksport sektor sawit terutamanya BTS ataupun negara telah turun naik dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Daripada tahun 2000 hingga tahun 2019, BTS negara berada dalam lingkungan 17.2 hingga 20.2 tan sehektar kecuali pada tahun 2016 yang mencatatkan 15.9 tan sehektar disebabkan El Nino pada tahun 2015 hingga awal tahun 2016. Pandemik COVID-19 yang melanda negara pada tahun 2020 menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil beberapa langkah pencegahan seperti melaksanakan perintah sekatan perjalanan. Menutup pintu sempadan dan membekukan pengambilan pekerja pada Mei 2020 hingga Julai 2022 yang menyebabkan berlaku kekurangan guna tenaga di sektor perladangan yang agak kritikal dan seterusnya menyebabkan purata hasil BTS negara menurun kepada 19.73 dan 15.47 tan sehektar pada tahun 2020 dan juga tahun 2021. Kemasukan pekerja asing bermula September 2022 telah membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di sektor ladang dan meningkatkan purata hasil BTS negara pada 15.49 sehektar.

Pada tahun 2023, purata hasil BTS negara dijangka akan terus meningkat berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan statistik kualiti eksport minyak sawit Malaysia pada tahun 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 145,816 tan atau pun 0.9 peratus kepada 15.71 juta tan, berbanding 15.57 juta tan pada tahun 2021. Nilai eksport minyak sawit Malaysia pada tahun 2022 turut mencatatkan peningkatan sebanyak RM17.78 bilion iaitu 25.9 peratus kepada RM86.747 bilion berbanding RM68.70 bilion pada tahun 2021. Peningkatan ketara nilai eksport minyak sawit disebabkan oleh peningkatan harga MSM di pasaran minyak sayuran dunia. Antara faktor yang mempengaruhi peningkatan harga ialah krisis Ukraine dan Rusia yang menyebabkan kekurangan bekalan minyak bunga matahari, kemarau yang berlaku di Argentina yang menyebabkan kekurangan minyak kacang soya dan halangan eksport sementara minyak sawit oleh kerajaan Indonesia. Bagi tempoh Januari hingga September 2023, eksport minyak sawit Malaysia mencatatkan 10.86 juta tan menyusut sebanyak 395,723 tan iaitu 3.5 peratus berbanding 11.26 juta tan dari tempoh Januari hingga September 2021. Nilai eksport minyak sawit Malaysia turut mencatatkan penurunan sebanyak RM1.93 bilion atau pun 4.1 peratus kepada RM45.4 bilion berbanding RM47.37 bilion. Hal ini berikutan penyusutan harga MSM di pasaran minyak sayuran global terutamanya penurunan harga minyak kacang soya di pasaran global sebanyak 241 USD iaitu 17.6 peratus kepada 1,126 USD satu tan pada Januari hingga September 2023 berbanding 1,367 USD satu tan pada Januari hingga September 2021. Ini kerana kedua- dua bergerak seiringan di pasaran global. Selain itu, peningkatan stok minyak sawit yang melebihi paras 2 juta pada September 2023 turut menyumbang kepada penurunan harga MSM di pasaran. Peningkatan keluasan pokok sawit tua yang berumur 25 tahun turut menyekat pertumbuhan hasil BTS negara. Jika usaha tanam semula kelapa sawit masih pada kadar semasa iaitu 1.7 peratus, kumulatif keluasan pokok sawit tua dijangka sebanyak 596,182 hektar pada akhir tahun 2027. Melalui penanaman semula, profil umur pokok sawit dapat diperbaiki selain dapat mengurangkan peratusan pokok sawit tua dan seterusnya akan dapat membantu peningkatan purata hasil BTS negara. Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Saratok dan juga Yang Berhormat Betong telah membangkitkan mengenai perincian insentif Program Tanam Semula Sawit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, insentif Program Tanam Semula Sawit adalah dengan kaedah penyaluran peruntukan 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman UDA. Walau bagaimanapun, kementerian masih di dalam proses mengemas kini mekanisme sebelum program ini dilaksanakan bermula awal Januari 2024.

Kementerian sentiasa mengambil maklum dan komited terhadap pemberian bantuan ini kepada golongan sasar dan yang amat memerlukan sahaja. Dengan purata anggaran kos tanam semula iaitu perbelanjaan tidak berulang iaitu antara RM7,500 hingga RM8,000 sehektar sebanyak 12,500 sehingga 13,033 hektar atau 17 peratus hingga 18 peratus daripada jumlah keluasan sawit tua bagi sektor tersebut dapat ditanam semula. Kos tanam semula sehingga pokok matang ataupun cost to maturity dengan izin, berdasarkan pemantauan MPOB adalah antara RM12,000 hingga RM17,000 dan kos pengeluaran BTS adalah antara RM300 sehingga RM350 per tan. Manakala, kos pengeluaran minyak sawit...

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tangga Batu minta mencelah sedikit?

Setelah mengambil kira pendapatan jualan isi rong sawit adalah antara RM1,800 hingga RM2,500.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tangga Batu minta.

Ya.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak bersetuju kalau data mengatakan bahawa cost to maturity RM12,000 hingga RM17,000. Saya rasa data ini mungkin 10 tahun dulu lah. Tetapi saya rasa terkini mungkin dah mencecah sampai RM30,000 hingga RM35,000. Minta boleh check balik dengan MPOB kebenaran data ini. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih di atas pandangan tersebut. Insya-Allah saya akan dapatkan the latest dengan izin, daripada MPOB dan membuat kajian di lapangan apakah kos sebenarnya untuk penanaman semula.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Dia kalau per ekar mungkin lah tetapi kalau per hektar saya rasa dia tak masuk lah.

Ya. Baik.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih.

Maklum. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tangga Batu juga telah mencadangkan agar kerajaan melanjutkan insentif cukai di bawah insentif Program Tanam Semula Sawit ini. Bagi meningkatkan tahap mekanisasi dan automasi di sektor perladangan, kerajaan telah meluaskan skop galakan cukai automasi untuk sektor komoditi. Langkah ini akan dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia terutamanya tenaga kerja asing serta dapat menarik pekerja tempatan untuk menyertai sektor perladangan sawit. Untuk sektor pengilangan sawit, peluasan skop galakan cukai automasi akan dapat mengelakkan penggunaan dan penerimaan teknologi baharu serta automasi ke arah Revolusi Industri 4.0. MPOB dengan kerjasama pihak industri sedang dalam proses membangunkan kilang sawit pintar sejajar dengan perkembangan era digital dan kecerdasan buatan ataupun Artificial Intelligence. Yang Berhormat Betong turut membangkitkan isu berkenaan dengan European Union Deforestation Regulation ataupun singkatannya EUDR dan implikasinya terhadap pembangunan tanah adat di Sarawak. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam EUDR, terdapat beberapa implikasi yang perlu diambil kira dalam konteks eksport produk pertanian terutamanya kelapa sawit, koko, kopi, kayu, getah dan ternakan ruminan. EUDR menggunakan bahawa produk hutan menggariskan– sorry, EUDR menggariskan bahawa produk pertanian yang ditanam di tanah pertanian dibangunkan selepas 31 Disember 2020 adalah tertakluk di bawah peraturan ini. Saya memahami kebimbangan mengenai impak peraturan ini terhadap usaha pembangunan tanah NCR di Sarawak terutamanya produk kelapa sawit yang penting bagi

ekonomi negeri ini. Untuk makluman, Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk merundingkan dan memperhalusi kaedah pelaksanaan EUDR melalui Jawatankuasa Bersama Kerajaan Malaysia, Indonesia dan EU, yang sesi kedua siri mesyuarat ini dijadualkan pada Disember 2023. Aspek pengecualian tanah NCR di Sarawak akan diutarakan semasa sesi mesyuarat jawatankuasa bersama ini untuk melindungi kepentingan rakyat dan pemilik tanah di Sarawak. Kerajaan akan terus berusaha untuk berunding dengan EU dan menjadikan kepentingan rakyat Malaysia sebagai keutamaan dalam perbincangan ini. Adalah diharapkan penjelasan yang adil bagi semua pihak yang terlibat dapat dicapai. Yang Berhormat Tangga Batu telah meminta KPK untuk mengemukakan statistik terkini berkenaan IPG. Untuk makluman, bermula 1 Januari 2023, kerajaan telah menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan ataupun PHP, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 ke RM2.70. Jumlah pembayaran PHP IPG pada kadar RM2.70 sekilogram bagi tempoh Januari hingga September 2023 adalah berjumlah RM19.23 juta yang melibatkan sebanyak 194,182 tuntutan. Seterusnya, Yang Berhormat Betong telah membangkitkan persoalan berkenaan mekanisme yang efektif supaya IPG ini nanti dapat dituntut dengan segera dan mudah oleh para pekebun kecil. Mulai 1 Januari 2021...

Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat. Boleh sikit?

Boleh saya selesaikan yang ini dulu Puan ya?

Okey.

Mulai 1 Januari 2021, pekebun kecil tidak perlu lagi menuntut IPG dengan mengisi borang dan menghantar ke pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) berhampiran. Pembayaran IPG mulai tarikh tersebut adalah dikreditkan secara terus ke akaun bank pekebun kecil yang mempunyai permit autoriti transaksi getah ataupun singkatannya PAT-G yang sah tempoh. Berkuat kuasa melalui 1 Januari 2021, semua pemegang lesen kategori peniaga getah dan kelompok di Semenanjung telah diwajibkan mengguna pakai aplikasi RRIMniaga.

Di samping itu, LGM juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam memperluaskan penggunaan RRIMniaga di Sarawak bagi memudahkan penyaluran IPG. Usaha ini dilaksanakan supaya pekebun kecil Sarawak tidak tercicir menerima bantuan kerajaan termasuk IPG dengan membuka kaunter bergerak dan one stop centre. Ketika ini pada September 2023, LGM telah memberikan khidmat nasihat melalui refresher course berkaitan bantuan insentif kerajaan kepada Jabatan Pertanian Sarawak. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih dan tahniah di atas pelbagai usaha kerajaan dalam membantu terutama pekebun-pekebun kecil di seluruh negara. Seiring ini saya tanyakan ialah apakah bantuan terutama di musim tengkujuh? Sebelum ini kita ada bantuan terutama di musim tengkujuh sebab pekebun kecil memang tidak ada apa-apa pendapatan dengan keadaan hujan yang berterusan. Jadi, mereka sangat terkesan. Jadi saya hendak tahu, apakah dalam bajet ini disediakan bantuan musim tengkujuh dan berapakah jumlahnya? Bagaimana mekanismenya? Minta penjelasan.

Untuk musim tengkujuh, bantuan diperuntukkan melalui RISDA. Peruntukan itu dan bajet itu diluluskan melalui RISDA dan RISDA lah yang akan menguruskan segala bantuan kepada pekebun kecil getah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu soalan berkaitan dengan IPG tadi. Saya mohon maklumat berapa peratus tuntutan

IPG itu daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya? Dilihat trend sebelum ini, beberapa tahun sebelum ini, tuntutan itu sangat rendah. Ini antara punca bagaimana proses itu mungkin agak birokrasinya tetapi selepas kementerian membuat kaedah terus transaksi ke akaun pekebun itu, itu sangat baik. Cumanya dari segi kumpulan sasar penoreh ini sebab disebut syarat-syarat permohonan IPG ini ialah mereka yang memiliki geran kebun itu tetapi sebahagian penoreh getah kita ialah mereka yang tidak memiliki kebun. Mereka hanya menjadi penoreh itu yang mengambil upah daripada tuan kebun itu. Jadi, adakah ini juga diambil kira untuk kita memastikan kumpulan sasar IPG kita ini sampai kepada penoreh-penoreh getah yang masih hidup dalam taraf kemiskinan? Sudah pasti jugalah kenaikan harga pengaktifan itu pada RM3 yang akan dinaikkan pada tahun depan itu sangat baik untuk pekebun-pekebun kita dan pastinya perlu sampai kepada keseluruhan sasaran penoreh kita. Terima kasih.

Seperti mana yang saya katakan tadi, pertama sekali kita berurusan dengan pemilik tanah dan mereka mesti berdaftar dengan menggunakan PAT-G dan perjanjian antara pemilik tanah dan penoreh, itu antara mereka. Maknanya tuan tanah apabila dia mendapat bayaran, dia pula akan membayar kepada penoreh sebagai upah dan sebagainya ataupun perkongsian, apa sahaja perundingan yang mereka buat. Jadi, kita tidak akan berurusan dengan penoreh sebab kita hanya berurusan dengan pemilik tanah. Kadang-kadang mereka ada perjanjian antara mereka dan yang itu kadang-kadang kerajaan tak dapat nak campur tangan sebab pelbagai perundingan dan sebagainya. Sebab itu, untuk masa ini apa yang kita rundingkan ialah pemilik tanah yang berdaftar dengan menggunakan PAT-G dan apabila mereka berurusan, mereka akan dibayar terus ke dalam akaun mereka. Itu yang kita uruskan melalui RRIMniaga yang telah diwujudkan, yang apa kalau ada nanti perundingan, kita akan perhalusi melalui LGM. Melihat bagaimana kaedah kita dapat memperakui perjanjian di antara pemilik tanah dengan penoreh kalau sama ada kita boleh asingkan bayaran tersebut dan sebagainya. Itu melibatkan satu proses yang lain. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Terap telah memohon KPK mengemukakan langkah-langkah kerajaan memastikan semua penoreh getah dapat menikmati manfaat IPG ini. Bagi memastikan semua pekebun kecil ini mendapat manfaat IPG, adalah amat penting untuk memiliki PAT-G yang sah dan aktif. Oleh itu, LGM sentiasa komited turun ke lapangan melalui pembukaan kaunter bergerak ataupun OSC di seluruh Malaysia melibatkan kawasan-kawasan pedalaman atau yang jauh dengan pejabat LGM. Langkah ini bertujuan untuk menyantuni pekebun kecil dalam mempermudahkan urusan permohonan PAT-G. Bagi tempoh Januari hingga September 2023, sebanyak 119 kaunter OSC LGM telah dibuka di Semenanjung bagi mempermudahkan urusan permohonan dan pembaharuan PAT-G serta memberi penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan seperti IPG dan Insentif Pengeluaran Lateks. LGM juga giat melaksanakan hebahan melalui pelbagai medium seperti temu bual radio, poster-poster serta melalui media sosial. Berkenaan cadangan penyaluran IPG kepada peniaga getah semasa proses jual beli perlu dikaji dengan teliti kerana cadangan ini mempunyai risiko yang agak tinggi khususnya dalam ketelusan dan tata kelola penyaluran bantuan IPG serta terus kepada pekebun kecil getah serta membuka ruang manipulasi oleh peniaga getah.

Yang Berhormat, sedikit mencelah.

Saya sebenarnya masih banyak. Saya ada tiga minit lagi untuk menghabiskan semua persoalan dibangkitkan.

Tetapi ini penting sikit.

Masih berurusan dengan IPG kah?

Berkenaan dengan pekerja asing dan juga pelarian sedikit.

Biar saya jawab semua dulu.

Okey.

Kemudian, saya buka balik.

Tetapi harap boleh sebab ini perkara penting.

Ya, ya. Seterusnya, atas persoalan Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Padang Rengas berkenaan kenaikan PHP IPG lebih daripada RM3 sekilogram. Kerajaan dalam Pembentangan Belanjawan tahun 2024 telah bersetuju untuk menaikkan kadar PHP bagi IPG dari RM2.70 ke RM3 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. Kenaikan kadar insentif ini diharap dapat meringankan pekebun kecil getah ketika berlakunya ketidaktentuan pasaran harga getah. Sejak pelaksanaannya dari tahun 2015, kadar IPG telah disemak dan dinaikkan sebanyak enam kali iaitu daripada RM1.75 kepada RM3. Untuk makluman, sehingga Ogos 2023, pemberian IPG telah memberi manfaat kepada 217,705 pekebun kecil dengan pembayaran sejumlah RM474.54 juta. Namun, kerajaan peka berkaitan permintaan tetapi perlu berhati-hati mempertimbangkan permohonan lebih daripada RM3 kerana ia memberi impak yang besar kepada perbelanjaan kerajaan. Seperti komoditi lain, harga getah asli berorientasikan eksport dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya penawaran dan permintaan getah dunia. Intervensi daripada kerajaan adalah tidak mudah dan pada tahap yang minimum kerana industri getah negara adalah berorientasikan eksport dan pengeluaran negara juga adalah hanya sekitar 3.3 peratus dari jumlah pengeluaran dunia. Namun, kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran. Oleh itu, di samping kerajaan menaikkan kadar PHP IPG, kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan harga getah dengan melaksanakan strategi-strategi seperti berikut. Pertamanya, di peringkat antarabangsa, Malaysia bekerjasama dengan negara-negara pengeluar utama dunia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) dan The Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC) dalam menstabilkan harga getah melalui langkah pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli di kalangan negara-negara pengeluar. Yang kedua, pengenalan mekanisme pendapatan pekebun kecil ataupun livelihood rubber production mechanism, dengan izin di peringkat antarabangsa juga dalam peringkat cadangan bagi memberikan manfaat kepada pekebun kecil. Usaha ini adalah untuk memastikan harga getah asli berada dalam julat harga yang telah ditetapkan bagi mengurangkan ketidaktentuan harga getah dunia. Isu seterusnya adalah berkaitan harga getah yang rendah telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom. Harga rujukan getah sekerap di Thailand pada 12 September 2023 adalah pada kadar THB45.50 bersamaan dengan RM5.95 sekilogram pada 100 peratus kandungan getah kering. Manakala, harga getah sekerap di Semenanjung dan Sabah pada tarikh yang sama jika dinilai pada 100 peratus kadar getah kering adalah masing-masing RM5.50 dan RM4.71 sekilogram. Terdapat beberapa faktor yang membezakan harga jualan getah dan amalan pekebun kecil getah di antara Thailand dan Malaysia. Antaranya adalah tempoh simpanan sekerap oleh pekebun kecil. Yang kedua, kualiti getah sekerap yang dihasilkan. Yang ketiga kaedah jualan sekerap dengan penggunaan sistem tender yang meluas di Thailand bagi memendekkan rantaian pemasaran. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya perlukan panduan. Saya masih ada lebih kurang, berapa— lebih kurang 30 para lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, perlu berapa minit?

Kalau diizinkan, saya cuba menghabiskan. Mungkin kalau tiada celahan, mungkin 10 ke 15 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, saya benarkan 15 minit tiada pencelahan. Silakan.

Terima kasih. Bagi mendapatkan harga yang lebih tinggi, LGM telah melaksanakan beberapa inisiatif berikut. Jualan getah secara kelompok menggunakan sistem tender My Rubber Online ataupun singkatannya MyROL telah diperkenalkan dan kini dilaksanakan di 11 lokasi di Semenanjung. Kedua, menambah nilai getah dengan memproses getah sekerap kepada getah krip di bawah Program Transformasi Perusahaan Getah Negara ataupun singkatannya TARGET. Pelaksanaan projek TARGET bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kluster pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan. Seterusnya Yang Berhormat Tenom juga telah membuat pertanyaan berkenaan status penggunaan bitumen terubah suai getah untuk pembinaan jalan raya. Penggunaan teknologi getah beku ataupun CMB untuk turapan jalan telah diguna pakai di Semenanjung dengan anggaran panjang jalan getah yang telah diturap melebihi 270 kilometer. Prestasi jalan getah masih di tahap baik dan tiada penyelenggaraan dilakukan meskipun telah diturap lapan tahun. Dalam pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2023, peruntukan sebanyak RM50 juta telah diberikan untuk turapan jalan getah di bawah skop penyelenggaraan jalan raya. Kerjasama di pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Ipoh sepanjang 63 kilometer jalan getah sedang terlibat dalam program ini. Cadangan memperluaskan penggunaan jalan getah ke seluruh Malaysia termasuk di Sabah, amat dialu-alukan supaya teknologi ini dapat memberi manfaat kepada industri getah dan industri jalan raya. Yang Berhormat Padang Terap juga menyentuh mengenai isu cukai ses getah. Kerajaan melalui LGM merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengawalseliaan, penyelidikan dan pembangunan industri getah merangkumi sektor huluan, pertengahan dan juga hiliran. Seperti yang termaktub di dalam Perintah Lembaga Getah Malaysia 2009, ses pada kadar empat sen hendaklah dikenakan ke atas tiap-tiap kilogram getah asli yang dieksport, dipindahkan dan yang dijual kepada pengilang di Semenanjung. Kadar ses ini tidak pernah dinaikkan semenjak tahun 2009 sehingga tahun 2023. Manakala bagi ses tanam semula adalah di bawah RISDA. Selaras dengan Perintah RISDA 2020 yang membenarkan ses sebanyak 10 sen dan tiap-tiap satu kilogram atau sebahagian satu kilogram getah yang dikeluarkan dan yang dieksport. Ses yang dipungut ini merupakan nadi penggerak utama dan memastikan kesemua sektor di dalam industri getah, memperolehi manfaat hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan. Pada masa ini, kerajaan berpandangan pengurangan kadar ses hanya akan memberikan kesan negatif kepada aktiviti berteraskan penyelidikan dan pembangunan serta merencatkan pengeluaran teknologi-teknologi baharu di dalam industri getah negara di masa hadapan. Ses tanam semula juga adalah amat penting bagi memastikan keterjaminan aktiviti penanaman semula pokok getah oleh pihak RISDA. Aktiviti ini juga secara tidak langsung memberi pulangan semula ke atas ses yang telah dipungut kepada pekebun kecil getah. Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan tentang projek berimpak tinggi iaitu Kedah Rubber City dan usaha kerajaan untuk menyeimbang pembangunan antara negeri maju dan negeri miskin. Kerajaan mengambil maklum dengan projek KRC yang mampu memberikan limpahan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya pekebun kecil dan penoreh getah setempat yang mampu menyediakan peluang pekerjaan.

Projek KRC adalah salah satu inisiatif koridor utara yang dipantau oleh Kementerian Ekonomi. Penglibatan Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui LGM adalah memberikan khidmat consultancy dan kepakaran pengembangan teknologi bagi sektor getah ataupun transfer of technology, dengan izin. Maklumat terperinci berhubung status projek KRC akan dibentangkan oleh Kementerian Ekonomi. Yang Berhormat Padang Serai juga telah mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan peruntukan bukan sahaja kepada kebajikan penoreh getah tapi dalam menghasilkan benih getah yang lebih bermutu dan meningkatkan penggunaan teknologi dan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pokok getah yang lebih berkualiti tinggi. Sebagai makluman, kementerian melalui LGM mempunyai peruntukan untuk mengetengahkan penggunaan teknologi dan kerja-kerja pembangunan penyelidikan di peringkat huluan seperti pertamanya, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk penghasilan klon-klon getah yang berkualiti tinggi, mekanisasi dan penyelenggaraan kebun penorehan dan sebahagiannya bagi meningkatkan produktiviti dan automasi dalam sektor huluan industri getah. Yang kedua memperkenalkan penerajuan rangsangan lateks seperti mortex, RRIMFlow, reactorrim, G-FLEX dan yang terkini ialah HYDROBEST. Ketiga, menggalakkan penggunaan klon lateks balak ataupun LTC,klon yang dihasilkan oleh LGM yang mampu mengeluarkan hasil yang tinggi bagi lateks dan juga balak. Selain itu kerajaan melalui LGM telah menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan klon-klon getah yang berprestasi tinggi bermula seawal tahun 1920-an apabila Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM) ditubuhkan pada tahun 1925. Penyelidikan untuk menghasilkan klon-klon getah berfokus kepada pembiakbakaan dan pemilihan genotype melalui berapa siri percubaan berskala besar dan kecil. Kitaran proses pembaikbakaan dan pemilihan genetik mengambil masa lebih kurang selama 30 tahun. Di Malaysia, kejayaan program pembaikbakaan pokok getah dapat dilihat daripada peningkatan hasil lateks daripada 500 kilogram per hektar per tahun kepada lebih 1,800 kilogram per hektar per tahun. Klon-klon berprestasi tinggi dengan ciri-ciri sekunder yang baik telah disyorkan kepada pekebun-pekebun kecil dan pihak industri bagi tujuan penanaman melalui pengesyoran klon getah LGM. Yang Berhormat Betong juga telah memohon agar kerajaan mempertimbangkan pembangunan fasiliti untuk lateks concentrated di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, LGM telah menghubungi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Sarawak yang singkatannya M-FICORD mengenai cadangan kerjasama penggunaan RRIMniaga di Sarawak. Sekiranya diluluskan pelaksanaannya akan diterajui oleh Sarawak Rubber Industry Board ataupun Sarib yang telah ditubuhkan baru-baru ini. Di samping itu LGM akan terus meningkatkan kerjasama bersama M-FICORD dan Jabatan Pertanian Sarawak dari segi mempergiatkan usaha untuk memastikan pekebun kecil mempunyai PAT-G. Usaha ini dilaksanakan supaya Sarawak tidak tercicir menerima bantuan kerajaan termasuk IPG dengan membuka kaunter bergerak dan OSC. Terkini pada September 2023, LGM telah memberikan khidmat nasihat melalui refresher course berkaitan bantuan insentif kerajaan pada pihak Jabatan Pertanian Sarawak. Pada masa ini pekebun kecil getah di bawah projek GPS secara majoritinya masih mengeluarkan hasil getah keping dan cup lump. Meskipun GPS sentiasa menggalakkan pekebun kecil agar mempelbagaikan hasil pengeluaran getah termasuk mengeluarkan lateks tapi pengeluaran getah di Sarawak masih di tahap yang rendah dan tidak dapat menampung kapasiti minimum kilang pemprosesan lateks. Walau bagaimanapun LGM akan sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat teknikal sekiranya diperlukan pada masa akan datang bilamana fasiliti lateks dibangunkan di Betong.

Yang Berhormat Tangga Batu telah membangkit persoalan berkenaan pengguna industri kayu getah Sabah dan Sarawak. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan adalah didapati bahawa kebanyakan penghasilan produk perabot kayu adalah dari kayu getah. KPK melalui MTIB sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan di Sabah dan Sarawak seperti Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) dan pihak swasta dan menggalakkan pemain industri hiliran kayu. Semua bahan mentah yang ada di Sabah dan Sarawak seperti kayu getah boleh dijadikan sebagai sumber utama untuk penghasilan produk bernilai tambah tinggi seperti perabot. Berdasarkan pada maklumat yang diperolehi dari Persatuan Industri Perkayuan di Sabah, tidak banyak syarikat dalam industri perabot di Sabah yang menggunakan kayu getah sebagai bahan utama untuk penghasilan produk perabot. Terdapat hanya beberapa buah syarikat di Sabah yang memproses kayu getah dan dieksport dalam kayu gergaji ataupun sawn timber serta finger jointed. Kebanyakan syarikat-syarikat dalam industri perkayuan di Sabah dan Sarawak masih lagi memfokus kepada pengeluaran produk seperti kayu gergaji atau papan lapis yang masih bergantung kepada penggunaan spesies kayu dari hutan asli. Di samping itu juga pelan industri sokongan untuk industri kayu getah di Sabah dan Sarawak masih lagi rendah seperti kemudahan pengeringan kayu dan pengawetan kayu getah. Selain itu faktor kekurangan tenaga kerja mahir dan kos logistik juga turut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan serta kemajuan industri getah di Sabah dan Sarawak. Industri perkayuan berasaskan kayu getah telah lama berkembang maju di Semenanjung Malaysia. Salah satu pengeluaran produk perabot yang banyak menggunakan kayu getah dan terkenal di peringkat nasional serta dunia adalah dari daerah Muar, Johor. Selain bergantung kepada bekalan kayu getah dari pembekalan tempatan, pihak industri perabot di Semenanjung juga mengimport kayu getah dari negara luar seperti dari Thailand.

Melalui inisiatif perniagaan di kalangan pemain industri iaitu business-to-business (B2B), beberapa persatuan kayu-kayan dan syarikat pengguna kayu getah di Semenanjung telah melaksanakan kerjasama untuk membawa bahan mentah kayu getah di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Namun begitu, disebabkan faktor kos pengangkutan yang tinggi, keperluan rawatan khusus kayu getah ataupun blue stain dengan izin, serta beberapa isu, maka ia telah membataskan kebolehpasaran kayu getah di Sabah dan Sarawak untuk dibawa ke Semenanjung. Walau bagaimanapun, urusan ini masih diteruskan bagi membolehkan kayu getah dari Sabah dan Sarawak dapat dibekalkan untuk industri kayu-kayan di Semenanjung. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa mengharapkan kerajaan negeri, pihak swasta dan industri untuk meneroka dan mengkaji peluang dalam pembangunan industri berasaskan kayu getah, mengambil kira potensinya untuk dimajukan berdasarkan sumber-sumber yang ada pada kini dan masa hadapan. Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan isu berkenaan pembangunan industri koko negara. Kementerian melalui Lembaga Koko Malaysia sentiasa komited terhadap usaha memperkasa industri koko negara yang merupakan komoditi yang menyumbang nilai eksport negara yang keempat terbesar selepas kelapa sawit, getah dan kayu-kayan. Fokus inisiatif kementerian terhadap projek pembangunan baharu yang berteraskan penyelidikan dan penyediaan insentif kepada pemain industri koko tujuannya adalah bagi merancakkan semula sektor huluan koko dengan melibatkan lebih ramai pemain industri sektor berkenaan, selain memperkukuh jalinan kerjasama dengan sektor hiliran yang lebih dominan bagi menyumbang ke arah perkembangan industri koko di Malaysia.

Belanjawan 2024 yang telah diumumkan sudah pasti memberi manfaat kepada kumpulan sasar pemain industri koko di negara ini khususnya di negeri Sabah selari dengan matlamat memperkasa industri koko negara. Untuk makluman, pihak kerajaan pada ketika ini masih meneruskan insentif dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara khususnya pekebun kecil koko di Sabah. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, KPK melalui LKM melaksanakan Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko. Program ini bertujuan menyediakan insentif bagi memperluas kawasan penanaman koko. Kos program yang ditetapkan adalah sebanyak 5.2 juta dan menyasarkan tambahan seluas 200 hektar kawasan baru tanaman koko. Melalui inisiatif ini adalah dijangkakan bahawa pengeluaran koko domestik dapat dikekalkan dan ditampung oleh penyertaan pengusaha-pengusaha baru tanaman koko ini. Daripada jumlah sasaran keluasan berkenaan, seluas 100 hektar diperuntukkan kepada penanam koko di negeri Sabah dengan kos RM2.6 juta bagi pelaksanaan tahun 2023. Penggunaan tanaman yang dimaksudkan telah dilaksanakan pada tahun 2022 dan keluasan 300 hektar untuk negeri Sabah dan masih lagi dalam peringkat pelaksanaan. Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan berkenaan status terkini berkenaan Projek Biodiesel B20. Seperti yang sedia maklum, Program Biodiesel B20 bagi sektor pengangkutan telah bermula pada tahun 2020 di Langkawi, Labuan dan Sarawak kecuali Bintulu. Keluasan pelaksanaan Program Biodiesel B20 di Sabah dan Semenanjung akan dilaksanakan secara berfasa bergantung dengan ketersediaan infrastruktur pengadunan biodiesel di depoh-depoh seluruh negara. Kementerian akan terus komited dan memperluaskan Program Biodiesel Negara yang tidak hanya tertakluk kepada mandat Program Biodiesel B20, tetapi melangkaui sehingga B100. Dalam hal ini pada 3 Oktober 2023, kementerian bersama-sama PETRONAS Dagangan Berhad telah melancarkan program rintis penggunaan biodiesel B100 kepada lori-lori pengangkut petrol dan diesel dari depoh ke stesen-stesen minyak. Program ini akan mendapat sambutan baik daripada syarikat-syarikat lain dalam usaha mencapai sasaran environmental, social dan corporate governance syarikat masing-masing. Ini juga turut dapat membantu merealisasikan ikrar Malaysia pada persidangan perubahan iklim 2015 ataupun COP21 bagi mendapati hasrat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus dalam tahun 2023. Yang Berhormat Tangga Batu telah menyeru agar kerajaan memberikan kebenaran kepada sektor agrikomoditi untuk menambah baik bagi pengambilan pekerja- pekerja asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini polisi pengambilan pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia dan pihak KPK hanya berperanan sebagai agensi kawal selia bagi penentuan kuota pengambilan pekerja asing. Untuk makluman juga, sepanjang tempoh pelaksanaan pelan kelonggaran pengambilan pekerja asing sebanyak 20,970 kelulusan kuota telah pun diberikan kepada majikan. Namun, hanya 5,159 pekerja asing sahaja yang telah dibawa masuk setakat ini. Justeru itu, sektor perladangan yang kekurangan pekerja digesa untuk menyegerakan kemasukan pekerja asing. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sehingga Jun 2023, sektor agrikomoditi telah menyumbang RM38 bilion atau sekitar lima peratus kepada keluaran dasar negeri kasar ataupun KDNK. Manakala sehingga Ogos 2023, nilai eksport sektor agrikomoditi telah mencapai 103.5 bilion atau 11.07 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara. Jadi, sudah pasti Belanjawan 2024 ini sesungguhnya jelas memperlihatkan tekad Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan agenda dan dasar yang memberikan keutamaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, khususnya untuk menjaga kebajikan pekebun-pekebun kecil sektor agrikomoditi. Jadi, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dapat memberi sumbangan. Maaf, ada yang tak dapat saya bagi peluang disebabkan masa. Saya akur kepada apa sahaja arahan

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Jadi, terima kasih. Wabilahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sebelum saya memanggil kementerian dan selanjutnya, ingin saya rujuk balik apa yang saya telah nyatakan pagi tadi. Isi-isi dalam pertanyaan adalah di bawah Peraturan 23 dan bukan di bawah Peraturan 10 bagaimana yang dinyatakan kemudian. Sebagai rekod pembetulan. Berikutannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Belia dan Sukan, 45 minit.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Hang Tuah Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum bermula, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan dan merakamkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada kontinjen Sukan Para Asia Negara yang telah membawa pulang sejumlah 39 pingat secara keseluruhan merangkumi tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa. [Tepuk] Kejayaan mereka ini kita rakamkan sebagai satu titik sejarah yang memberi inspirasi kepada seluruh kita dan tentu sekali Kementerian Belia dan Sukan melihat kepada usaha dan juga pengorbanan mereka. Kami berikrar untuk membantu dan memastikan dasar-dasar yang baik dapat kita laksanakan agar atlet-atlet kita tidak kira daripada latar mana sekalipun dapat terus mengecapi kejayaan dan mengharumkan nama negara. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, pandangan dan cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Pasir Salak. Secara keseluruhannya, sebanyak 13 perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan kementerian ini iaitu dua perkara yang berkaitan dengan belia, dua perkara yang berkaitan dengan sukan dan sembilan perkara berkaitan dengan kemudahan sukan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tumpat atas keprihatinan membangkitkan isu mengenai Persidangan Parlimen Belia Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Persidangan Parlimen Belia merupakan salah satu platform rasmi anjuran kerajaan untuk memberikan ruang kepada golongan belia menyuarakan pandangan kepada kepimpinan negara. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan anak muda selain memberi pendedahan mengenai proses undang-undang dalam sistem pentadbiran negara. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, sebanyak 12 siri Persidangan Parlimen Belia telah dianjurkan melibatkan penyertaan seramai 526 orang belia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, persidangan ini berlangsung selama dua hari dan pada ketika ini, Kementerian Belia dan Sukan melihat bahawa jumlah hari penganjurannya adalah mencukupi. Kementerian ini sentiasa terbuka untuk meneliti sebarang pandangan bernas untuk memastikan kualiti program ini sentiasa terjamin. Berhubung tindakan yang diambil terhadap resolusi yang diperoleh sepanjang Persidangan Parlimen Belia, kementerian ini sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan kementerian dan agensi-agensi lain untuk memastikan setiap resolusi yang dipersetujui diberikan perhatian serius.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Hang Tuah Jaya

Malah beberapa cadangan yang pernah ditimbulkan semasa perbahasan Parlimen Belia telah pun dijadikan input bermanfaat untuk membangunkan pelbagai inisiatif kerajaan. Antara lainnya, pelaksanaan inisiatif pembangunan pelan pengurusan bencana peringkat komuniti melalui penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memperkasa serta memartabat sukan elektronik untuk generasi muda melalui penubuhan Unit Sukan Elektronik oleh Kementerian Belia dan Sukan. Di samping itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua peserta Parlimen Belia sentiasa diberikan ruang yang luas untuk menyertai pelbagai program yang melibatkan kepimpinan negara yang dianjurkan oleh kementerian ini. Malah alumni Parlimen Belia sering dilibatkan dalam pelbagai program anjuran Parlimen Malaysia yang dihadiri oleh Ahli Parlimen dan juga pemimpin negara. Malah kita boleh lihat bahawa ramai alumni daripada Parlimen Belia ini kini turut berkhidmat dalam sektor politik dan juga pentadbiran negara sama ada menerusi kementerian mahupun pejabat-pejabat Ahli Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas cadangan Ahli Yang Berhormat Bentong supaya Program Rakan Muda dijadikan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di dalam sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sudah pun mempunyai perancangan untuk meluaskan pelaksanaan program Rakan Muda ini merentas kementerian termasuk melibatkan penyertaan aktif pelajar daripada sekolah. Satu mesyuarat peringkat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara akan diadakan pada 31 Oktober 2023 bagi membincangkan kerjasama kedua-dua kementerian untuk melaksanakan pelbagai program secara bersama-sama di bahawa inisiatif Rakan Muda bermula tahun hadapan. Dalam isu had umur atlet pingpong dalam SUKMA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kampar yang mengemukakan perkara sedemikian, Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan temasya sukan terbesar negara, multisport games, dengan izin di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara dan telah pun dilaksanakan sejak tahun 1986. Temasya ini menyediakan platform pertandingan untuk atlet berumur antara 12 hingga 21 tahun di peringkat pembangunan sukan bagi pengembangan bakat dan penilaian prestasi, melibatkan program latihan pembangunan jangka panjang yang dilaksanakan secara berterusan bersama-sama Majlis Sukan Negeri-negeri.

Yang Berhormat, sekejap.

Tuan Adam Ali bin Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Boleh saya...

Sedikit je nak tanya berkenaan— takut terlupa. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya balik tentang resolusi daripada Parlimen Belia, ada yang dijadikan sebagai program yang diputuskan oleh pihak kementerian. Jadi, yang saya sebut ini merupakan hasil daripada saya menjadi Speaker di Parlimen Belia. Jadi, mereka datang untuk bertemu. Apa yang saya rasa yang boleh kita buat ialah kalau lah dapat diusahakan supaya Hansard Parlimen Belia itu sekurang- kurangnya dibawa ke Parlimen sini, dibentangkan sebagai mana laporan PAC, sebagai mana hari ini supaya kami boleh melihat apakah perbincangan mereka yang boleh kita panjangkan di sini. Jadi, bukan semua yang dicadangkan oleh mereka dibuat. Jadi sekurang-kurangnya kita mengetahui pandangan daripada anak muda. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Adam Ali bin Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya yakin bahawa buah fikiran yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Tumpat tersebut adalah satu yang cukup bernas. Kita boleh perhatikan apa bentuk mekanisme yang boleh kita adakan untuk memastikan input-input yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Belia itu boleh kita dokumentasikan dalam bentuk yang lebih kurang macam Hansard dan boleh diteliti oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mula ini. Terima kasih.

Tuan Adam Ali bin Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Saya sambung mengenai SUKMA. SUKMA ini dianjurkan melalui kerjasama erat dengan pelbagai pihak berkepentingan sukan negara iaitu Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negeri. Ia dilaksanakan secara dwitahunan dan berselang dengan temasya Sukan SEA. Setelah hampir 38 tahun, SUKMA masih menjadi platform utama dalam mengenal pasti atlet berpotensi tinggi bagi mewakili negara ke kejohanan peringkat antarabangsa. Merujuk kepada Peraturan Am Sukan Malaysia Sarawak 2024, penetapan kelayakan umur untuk setiap jenis sukan yang dipertandingkan telah pun dibincangkan bersama-sama Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat dengan SUKMA. Penetapan had umur ini dilaksanakan setelah mengambil kira syarat-syarat kategori kadet atau remaja yang dipertandingkan di peringkat kejohanan remaja peringkat antarabangsa sebagai mana ditetapkan oleh badan sukan antarabangsa masing-masing. Maka yang demikian bagi sukan pingpong, Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) telah menetapkan kategori kadet dan remaja dunia adalah di bawah usia 18 tahun dan 15 tahun ke bawah. Berdasarkan penetapan yang berkenaan, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) telah menetapkan bahawa kejohanan peringkat kebangsaan akan mempertandingkan peringkat umur terbuka, manakala dua kejohanan akan mempertandingkan peringkat umur yang demikian. Kejohanan Pingpong Malaysia ke-58 tahun 2023 yang akan berlangsung daripada 27 hingga 30 Disember 2023 di Segamat, Johor akan mempertandingkan peringkat umur terbuka. Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia Milo-Bank Islam ke-41 tahun 2023 dari18 hingga 23 Disember 2023 di Kuching, Sarawak pula akan mempertandingkan peringkat umur 18 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah. Manakala Kejohanan Pingpong Malaysia Harapan Milo ke-34 tahun 2023 yang akan berlangsung daripada 9 hingga 13 November 2023 di Kuala Terengganu, Terengganu akan mempertandingkan pula peringkat umur 13 tahun ke bawah dan 10 tahun ke bawah. Penetapan had umur 15 hingga 21 tahun bagi sukan pingpong di SUKMA ini menjadi antara usaha Persatuan Pingpong Malaysia untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi besar untuk diserap masuk ke program yang lebih tinggi dan seterusnya mewakili negara ke kejohanan peringkat antarabangsa. Penetapan had umur ini juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan model pembangunan sukan yang telah dirangka dalam mengukuhkan program latihan di peringkat negeri dengan kerjasama melibatkan Majlis Sukan Negeri, bersama-sama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan kesinambungan dengan izin, talent pipeline dari peringkat sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi atlet muda pingpong yang tidak layak mewakili negeri ke SUKMA berdasarkan kategori umur tersebut, mereka masih mampu untuk menunjukkan prestasi terbaik menerusi kejohanan anjuran Persatuan Pingpong Malaysia iaitu Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia 15 tahun ke bawah dan Kejohanan Pingpong Malaysia umur terbuka ataupun kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan iaitu Kejohanan Pingpong Majlis Sukan Sekolah Malaysia 18 tahun ke bawah. Selain SUKMA, atlet yang mempamerkan prestasi cemerlang akan dikenal pasti oleh jurulatih menerusi pelbagai kejohanan kebangsaan dan negeri-negeri. Atlet ini akan diberikan peluang menyertai program latihan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara berdasarkan kriteria yang telah pun ditetapkan. Dalam isu negeri Terengganu tidak membenarkan atlet gimnastik wanita bertanding dalam SUKMA...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Timbalan Menteri, saya nak minta laluan untuk SUKMA pingpong dulu sebelum kita balik ke isu yang seterusnya.

Tuan Adam Ali bin Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Baik.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Saya rasa— saya hendak buat tambahan sikit. Saya rasa ITTF tidak ada had umur minimum. Okey, saya bagi contoh di sini. Untuk satu pemain handal di dunia, nombor lima sekarang, Tomokazu Harimoto pada 13 tahun dia

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

telah memenangi World Junior Championship. Tidak ada had umur minimum, World Junior Championship. Pada 14 tahun, dia telah bermain di Czech Open. Ini pemain dewasa, pertandingan dewasa. Dia telah memenangi pertandingan tersebut dianjurkan oleh ITTF World Tour. Dalam umur 14 tahun juga dia telah memenangi Japan Open dan mewakili negara Jepun. Jadi, kalau satu pemain yang handal begitu, kalau dia berada di Malaysia dia sudah jadi world champion, junior champion tapi dia tak boleh wakil negeri bertanding di SUKMA, saya rasa ini tak betul. Jadi saya nak tanya, apakah rasional untuk letakkan satu umur minimum bagi pingpong? Kerana untuk pemain hebat dan handal yang muda, kita harus bagi mereka galakan. Kita harus bagi mereka sumbangan untuk mereka terus menyerlah. Bukan kita menghukum mereka supaya tak boleh beraksi dalam SUKMA. Jadi, saya nak minta penjelasan, apakah rasional untuk letakkan umur minimum.

Tuan Adam Ali bin Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Terima kasih Kampar. Seperti yang diperjelaskan sebentar tadi, sukan pingpong sekurang-kurangnya ada tiga kategori kejohanan yang boleh disertai oleh bakat-bakat muda ini selain daripada SUKMA. Jadi, menerusi kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan pingpong inilah bakat-bakat muda ini turut boleh kita teroka dan kita galakkan serta kita serap untuk menjadi atlet yang boleh bertanding dalam tahap yang lebih tinggi. Penetapan kelayakan had umur ini untuk Sukan Malaysia ke 2024 ini sudah pun dibincangkan bersama dengan penganjur negeri Sarawak.

Tuan Adam Ali bin Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Maka saya kira perkara ini boleh kita kemukakan sekali lagi kepada persatuan pingpong. Namun, ini telah pun menjadi ketetapan dan kita harap ianya tidak menghalang sebarang usaha untuk membangunkan atlet muda sukan pingpong.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Timbalan Menteri, saya faham masih ada tiga pertandingan lain tetapi jangan kita lupa untuk tiga pertandingan ini, tidak ada umur had minimum juga. Untuk Tunas Harapan, Remaja dan Kadet dan juga untuk pertandingan terbuka, tiada had minimum. Jadi, kenapa dalam SUKMA, kita kena buat had minimum? Saya rasa kita masih ada masa SUKMA pada tahun depan. Kalau kita rasa tidak perlu ada had minimum, saya rasa kita boleh bangkit sekarang dan kita ubahkan yang kita boleh cungkil bakat-bakat muda yang lebih handal. Saya rasa kita ada masa untuk kita perlihat semula.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Saya hormati pandangan dan juga perkara yang telah dikemukakan oleh Kampar menerusi Dewan yang mulia ini. Jadi, saya harap perkara ini kita boleh bincangkan dan kita akan libatkan pandangan yang telah dikemukakan oleh Kampar bersama dengan persatuan sukan pingpong. Saya yakin ada rasional-rasional yang lebih khusus yang boleh digariskan oleh Persatuan Pingpong Malaysia dalam penetapan had umur tersebut. Jika dibenarkan, saya teruskan. Jadi dalam isu berkait dengan negeri Terengganu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Raub, kementerian ini amat prihatin dengan isu yang berbangkit berkait dengan aspek pemakaian melibatkan atlet gimnastik wanita negeri Terengganu. Kementerian Belia dan Sukan pada 26 Oktober 2023 telah pun mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh Presiden, ahli jawatankuasa persatuan dan ibu bapa atlet gimnastik ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan isu atlet gimnastik wanita Terengganu yang dilarang untuk menyertai Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) berikutan penetapan garis panduan sukan di peringkat negeri. Mesyuarat turut membincangkan pelbagai langkah bersesuaian untuk menyelesaikan isu ini. Kementerian ini berhasrat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Exco Sukan Negeri Terengganu bagi mencapai persefahaman dan penyelesaian terbaik demi kebaikan atlet gimnastik wanita Terengganu.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Dalam masa yang sama, kementerian ini terus melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasakan sukan gimnastik di negeri Terengganu, memandangkan sukan ini masih dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah, Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Dalam isu...

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Menteri, boleh celah?

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Ya.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Boleh saya tanya, sekiranya pakaian gimnastik boleh dianggap tidak mematuhi ajaran Islam dan perlu dihalang oleh Kerajaan Negeri Terengganu, boleh saya tanya, adakah Menteri akan bimbang acara lain seperti diving, terjun yang pakaiannya juga macam tidak mematuhi ajaran Islam dan perlu dihalang? Tambah pula, sekiranya suatu hari nanti SUKMA diadakan di negeri Terengganu, adakah acara gimnastik dan juga acara diving tidak akan dianjurkan? Uzbekistan sebuah negara Islam yang 96 percent majority population adalah Islam Muslim tetapi mereka baru dapat dan menang emas di ASEAN Game di Hangzhou dalam acara rhythmic gymnastics. Saya minta pandangan Menteri dalam ini.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Dalam soal dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, ianya adalah berlandaskan pada enakmen yang telah pun digariskan, garis panduan yang dikeluarkan menerusi enakmen negeri. Maka, itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimana sekalipun, Kementerian Belia dan Sukan, kita ambil maklum terhadap pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sesuai dengan hak mereka. Kita tidak mahu meletakkan satu hukuman terhadap apa kesan kepada dasar ataupun peraturan yang dikeluarkan. Namun demikian, kita yakin bahawa setiap masalah ataupun setiap isu yang timbul itu boleh dibincangkan. Dalam soal penganjuran SUKMA, memang kita akui berlaku beberapa perbezaan. Contohnya dalam penganjuran Sukan Malaysia, jika Kelantan misalnya menjadi tuan rumah, ada isu yang pernah ditimbulkan berkait dengan penganjuran sukan air. Jadi, perkara-perkara ini, walau bagaimanapun, tidak kita lihat sebagai batu penghalang kepada penganjuran sukan kerana kita yakin bahawa setiap permasalahan ini ada jalan perbincangan terutama sekali menerusi mesyuarat berkala yang diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan exco sukan di negeri-negeri yang terlibat. Boleh ya? Terima kasih, Raub. Saya teruskan dengan isu kemudahan sukan untuk permohonan pembinaan baharu dan menaik taraf kemudahan sukan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Pasir Salak yang prihatin dalam membangkitkan perkara berkaitan dengan permohonan baharu dan menaik taraf kemudahan sukan di kawasan Parlimen masing-masing. Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mementingkan pembangunan kemudahan sukan berasaskan kepada keperluan di sesuatu kawasan demi mencapai hasrat membudayakan kehidupan bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, berpandukan kepada aspek peruntukan semasa dan perancangan yang teliti, pihak kementerian sedang memberi fokus untuk menaik taraf kemudahan yang sedia ada. Pada tahun 2023, Kementerian Belia dan Sukan telah menerima peruntukan sebanyak RM201.183 juta bagi melaksanakan 103 projek pembinaan, pemulihan, ubah suai dan naik taraf kemudahan sukan di seluruh negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan bersedia memberikan pertimbangan terhadap permohonan berkaitan dengan pembinaan kemudahan sukan baharu tertakluk kepada

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

peruntukan sedia ada, ketersediaan status tapak, kadar kepenggunaan dan kedudukan lokasi. Selain itu, mesyuarat projek-projek ini juga perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum sebarang permohonan diangkat kepada kementerian ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan projek hanya akan dipertimbangkan selepas masalah tanah atau tapak diselesaikan serta menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi seperti mana tertera dalam Garis Panduan bagi Cadangan Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2023 dan Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021-2025. Antara lainnya: (i) memastikan tapak atau tanah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan memperoleh pengesahan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; dan (ii) tapak adalah bebas bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak atau tanah projek seperti setinggan, bantahan penduduk dan lokasi yang tidak sesuai apabila membuat permohonan projek fizikal binaan baharu. Maka, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit, perkara yang dibangkitkan berhubung cadangan pembinaan kompleks sukan komuniti di kawasan Seri Iskandar telah dijawab oleh kementerian ini dalam sesi Kamar Khas pada 9 Oktober 2023 yang lalu dan ia tertakluk kepada syarat serta kriteria yang telah dimaklumkan tadi. Begitu juga perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kudat mengenai pembangunan sebuah kompleks sukan di daerah Pitas. Kementerian ini memohon Ahli Yang Berhormat untuk memberikan maklumat terperinci seperti lokasi, status tanah serta penggunaan semasa untuk penelitian lanjutan kementerian ini. Berkaitan dengan permohonan Ahli Yang Berhormat Pasir Salak untuk menaik taraf Stadium Mini Kampung Gajah, kementerian ini juga berharap Ahli Yang Berhormat dapat mengemukakan permohonan rasmi kepada kementerian ini untuk diteliti dengan lebih lanjut. Berkaitan dengan permohonan Ahli Yang Berhormat Kepong, kementerian ini belum mempunyai perancangan untuk membina kolam renang bersaiz olimpik baharu di Kuala Lumpur. Namun begitu, kementerian bersedia untuk mempertimbangkan permohonan berkenaan berdasarkan kepada syarat dan kriteria yang dimaklumkan tadi termasuk mendapat pandangan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berhubung permohonan Ahli Yang Berhormat Taiping untuk memasang lampu limpah di Padang Esplanade, Ahli Yang Berhormat perlu merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan yang mengendalikan padang berkenaan sama ada mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk membangunkan kawasan tersebut. Kementerian ini hanya akan mempertimbang sebarang permohonan sekiranya terdapat perancangan terperinci dan tiada halangan serta bebanan sedia ada di pihak berkuasa tempatan. Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kinabatangan mengenai status pembinaan kompleks sukan di Parlimen Kinabatangan, peruntukan untuk kompleks sukan berkenaan telah pada tahun 2019 diluluskan bagi pembinaan Kompleks Sukan Kuamut, Kinabatangan. Walau bagaimanapun, memandangkan isu tapak tanah yang tidak selesai dan tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi sehingga tahun 2022, maka ia telah pun dibatalkan. Urusan cadangan tapak pembinaan mesti diselesaikan terlebih dahulu sepertimana yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan bagi Cadangan Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2023 dan Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021–2025.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Kementerian ini sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Ahli Yang Berhormat berhubung perkara tersebut. Berhubung permohonan Ahli Yang Berhormat Arau untuk membina sebuah Kompleks Rakan Muda di Beseri, Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengangkat permohonan berkenaan kepada Kementerian Ekonomi. Walau bagaimanapun, ia tidak diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12 2024) kerana lokasi tanah yang tidak sesuai. Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sri Gading mengenai pembinaan trek sintetik di Sekolah Tunku Putra, Batu Pahat, dimaklumkan bahawa urusan pembinaan kemudahan sukan termasuk pembinaan trek sintetik di kawasan sekolah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam isu penggunaan padang rumput Zeon Zoysia Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kangar, kementerian ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Kangar kerana membangkitkan isu mengenai penggunaan rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kementerian amat berterima kasih atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk pengurniaan tajaan dana bagi menambah baik padang Stadium Nasional Bukit Jalil. Kali terakhir penggantian sistem perparitan dan perairan dibuat adalah pada tahun 2013, manakala kali terakhir rumput ditukar, Cow Grass dengan izin, adalah pada tahun 2015. Penukaran kepada rumput Zeon Zoysia ini juga adalah berdasarkan amalan terbaik negara-negara di Asia Tenggara. Antara lainnya seperti Singapura, Thailand dan Indonesia yang telah pun menggunakan rumput Zeon Zoysia, termasuklah di Stadium Sultan Ibrahim yang dimiliki oleh Kelab Bola sepak Johor Darul Takzim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkaitan penggunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan bola sepak khususnya, perbincangan dan sesi pemeriksaan oleh Jawatankuasa Teknikal Perlawanan diadakan bagi memastikan keadaan padang boleh digunakan dengan sepenuhnya. Perancangan yang dibuat juga telah mengambil kira keseluruhan tempoh pembinaan iaitu selama enam bulan bermula April 2023 sehingga September 2023 dan perancangan ini juga telah dibincangkan bersama-sama dengan pihak kontraktor yang dilantik. Setelah beberapa bulan kerja pembinaan dilaksanakan, pelbagai masalah telah dihadapi oleh pihak kontraktor dan Perbadanan Stadium Malaysia. Antaranya disebabkan oleh faktor cuaca tidak baik seperti cuaca panas yang berpanjangan. Ini menyebabkan pertumbuhan rumput tidak mengikut jadual perancangan seperti yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, reka bentuk stadium juga mempengaruhi tempoh pertumbuhan rumput. Perbadanan Stadium Malaysia turut mengambil inisiatif untuk menggunakan grow light dan mobile fan dengan izin, untuk mendapatkan persekitaran yang sama dengan kawasan luar. Pihak kontraktor yang dilantik telah menganggarkan bahawa tempoh matang bagi rumput Zeon Zoysia di padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah selama tiga hingga empat bulan selepas rumput ditanam. Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan Pesta Bola Merdeka adalah bertujuan untuk menghidupkan semula kejohanan berkenaan selepas tertangguh sebelum ini disebabkan oleh pandemik COVID-19. Keputusan ini juga dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan pertimbangan lain termasuk aspek logistik membabitkan sekretariat, petugas serta pasukan yang terlibat selain tiada venue lain di Lembah Klang yang mampu menampung jangkaan jumlah kehadiran penyokong pasukan kebangsaan. Bagi perlawanan pada 16 November 2023, melibatkan kelayakan Piala Dunia 2026 dan juga Piala Asia 2027, ianya penting untuk skuad Harimau Malaya selain menjadi medan persediaan bagi menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2024.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Sehubungan itu, Perbadanan Stadium Malaysia dan pihak kontraktor yang dilantik sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan rumput Stadium Nasional bagi memastikan rumput padang ini boleh digunakan dan memenuhi jangkaan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia. Satu sesi pemeriksaan dan penilaian teknikal padang bersama- sama dengan pihak kontraktor padang serta wakil daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia akan diadakan selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh perlawanan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah mencadangkan supaya stadium di semua negeri mempertimbangkan penggunaan rumput Zeon Zoysia atau yang setaraf dengannya. Walau bagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada kerajaan negeri kerana mereka perlu mengkaji dan meneliti dahulu kos serta aspek penyelenggaraan jangka panjang bagi penanaman rumput berkenaan. Kerajaan Pusat hanya akan menyalurkan peruntukan bagi penggantian rumput sahaja manakala lain-lain kos perlu diselaraskan oleh kerajaan negeri. Maka, berhubung permohonan Ahli Yang Berhormat berkaitan penggunaan rumput Zeon Zoysia di Stadium Tuanku Syed Putra, semasa Mesyuarat Penyelarasan Menteri, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri bertarikh 12 Jun 2023 telah dimaklumkan bahawa mana-mana negeri atau wilayah yang berhasrat untuk menukar rumput stadium utama kepada jenis Zeon Zoysia atau setaraf dengannya, boleh memaklumkan hasrat berkenaan secara rasmi kepada kementerian ini untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, Kerajaan Negeri Perlis telah memohon pelanjutan masa untuk mengkaji terlebih dahulu kos penanaman dan penyelenggaraan rumput berkenaan serta belum memaklumkan keputusan kajian kepada kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab semua 13 soalan yang ditimbulkan sepanjang perbahasan. Jadi, saya mohon untuk ditamatkan sekarang, jika tiada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, ada satu soalan lagi.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Untuk makluman, Ahli Parlimen Cameron Highlands, memandangkan Cameron Highlands itu adalah satu pusat peranginan yang begitu ramai yang pergi, fasiliti sukannya begitu teruk.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kertasnya telah diangkat kepada Menteri dan saya pohon pertimbangan kementerian untuk pertimbangkan permohonan Ahli Parlimen Cameron Highlands tersebut. Terima kasih.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Baik, Dato’ Timbalan Speaker.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Bagus.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Kami terima permohonan dan akan dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya mengikut seperti ketetapan yang dikemukakan. Ikut syarat-syarat yang telah pun kita kemukakan sebentar tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, terima kasih.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Saya nak mencelah sikit.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Ha, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kalau nak mencelah, ini waktu Menteri. Kalau dia benarkan.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Boleh, boleh.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Boleh nah? Okey, terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Tahniah jawapan itu. Saya puas hatilah nah atas jawapan yang diberikan tadi tentang rumput Zeon Zoysia. Cuma, saya nak beri

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

cadanganlah kan, memandangkan Stadium Bukit Jalil itu merupakan stadium yang sering diguna pakai dan sering timbul masalah sejak saya rasa berbelas tahun dah, lama dah masalah padang ini. Lama dah. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia melalui FAM, kita buat satu padang alternatif mungkin di sedikit luar daripada Kuala Lumpur. Mungkin Putrajaya? Mungkin ada kos. Kita kena – boleh berfikir macam itulah sebab masalah ini dah tidak selesai dan menyebabkan maruah ataupun imej Malaysia di mata dunia. Messi pun sound dulu nah? Lionel Messi pun dah sound padang kita teruk, dia tak nak main. Jadi, ini menyebabkan imej Malaysialah di mata dunia. Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mencari padang alternatif untuk dibina. Mungkin untuk 40,000 kapasiti, 40,000-50,000 orang penonton kawasan yang berdekatanlah. Mungkin Putrajayalah sebab berkenaan dari segi logistik. Kalau Bukit Jalil tak boleh, ada padang alternatif. Kalau dekat Cheras itu kecil sangat. Jadi, itu cadangan saya. Terima kasih.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Saya terima cadangan yang dikemukakan dan kita pun tahu padang pusat latihan FAM pun sedang disiapkan di Putrajaya.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

[Bangun]

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Jadi mungkin kita boleh bincang jika ada peluang di masa hadapan, sebuah kompleks atau stadium yang lebih sesuai diadakan sebagai salah satu padang satelit.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Yang Berhormat. [Menganggukkan kepala kepada Yang Berhormat Kapar]

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Menteri, saya pernah aju...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, tutup. Duduk.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Saya dengan ini menjemput Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, 45 minit untuk menjawab soalan-soalan.

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang bertemakan, “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”.

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

Sepanjang lapan hari perbahasan, saya dapati hampir semua Ahli Yang Berhormat menyentuh isu pertanian dan keterjaminan makanan. Walau bagaimanapun, setelah diteliti ucapan semua Ahli Yang Berhormat, saya berpandangan bahawa terdapat isu yang telah pun dijawab berulang kali dan penggulungan ini akan memfokuskan isu-isu utama dan isu baharu yang dibangkitkan. Sehubungan itu, saya akan memberi tumpuan kepada soalan daripada 62 orang Ahli Yang Berhormat dalam sesi penggulungan ini. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Ramai daripada Yang Berhormat membangkitkan isu berkenaan keterjaminan makanan, khususnya industri padi dan beras, sektor perikanan dan kebajikan nelayan

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

serta tidak kurang juga yang menyentuh berkenaan isu berkaitan agro makanan yang bersifat setempat. Selain itu, kementerian juga mengambil perhatian terhadap cadangan serta teguran yang disampaikan oleh Ahli Yang Berhormat semua. Sebelum saya meneruskan sesi penggulungan ini, izinkan saya memberikan gambaran penuh berkenaan dengan jumlah peruntukan untuk KPKM dalam Belanjawan 2024 dan turut menjawab isu agihan peruntukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pagoh iaitu bekas Perdana Menteri dan juga bekas Menteri Pertanian. Bagi tahun 2024, KPKM telah menerima peruntukan sebanyak RM6.17 bilion, berbanding tahun 2023 RM5.39 bilion. Ini melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM776 juta iaitu 14.4 peratus. Peningkatan ini meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, termasuk menampung keperluan pertambahan kadar pelbagai subsidi dan insentif di bawah KPKM yang melibatkan petani, pesawah, penternak serta nelayan bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara. Selain itu, Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan berjumlah RM400 juta akan dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif khusus untuk meningkatkan pengeluaran domestik dan kadar sara diri komoditi makanan utama. Selain inisiatif keterjaminan makanan, di bawah KPKM, terdapat juga inisiatif keterjaminan makanan di bawah kementerian dan agensi kerajaan yang lain. Dengan peruntukan lebih RM1.7 bilion dalam Belanjawan 2024. Antaranya peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti Madani untuk aktiviti ekonomi di peringkat komuniti di bawah seliaan ICU Jabatan Perdana Menteri. Yang kedua, peruntukan khusus RM600 di bawah Bank Negara Malaysia, yang ketiga peruntukan RM100 juta kepada Malaysia Co Investment Fund di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan yang keempat, peruntukan RM90 juta kepada RISDA dan FELCRA kepada pekebun kecil. Secara ringkasnya, skop keterjaminan makanan bukan sahaja di bawah tanggungjawab KPKM semata-mata tetapi juga melibatkan peranan semua pihak, selaras dengan food security is a shared responsibility. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi fokus utama kepada isu padi dan beras yang menjadi topik utama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ketika perbahasan. Jawapan-jawapan saya ini memang dipandu oleh pegawai-pegawai kerajaan. Yang Berhormat Pendang, Kubang Pasu, Jeli, Betong, Pokok Sena, Jerantut, Hulu Terengganu, Batang Lupar, Kuantan, Kubang Pasu, Dungun dan Sembrong telah membangkitkan isu kekurangan beras putih tempatan di pasaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu berkenaan kekurangan beras putih tempatan di pasaran telah dijawab melalui pertanyaan lisan, Kamar Khas dan turut dijelaskan melalui sesi penerangan Menteri pada 9 Oktober 2023 di Dewan yang mulia ini. Secara ringkas, pihak KPKM telah melaksanakan pelbagai langkah intervensi seperti berikut: (i) KPKM telah melaksanakan operasi beras putih tempatan 17 Jun 2023 di seluruh negara; (ii) operasi jamin yang telah dilancarkan pada 7 Julai 2023 melalui kolaborasi secara strategik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN; (iii) KPKM telah melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan mulai 16 Ogos meliputi pemeriksaan di kilang padi dan pemborong beras; (iv) langkah penguat kuasa turut diperkasa melalui arahan had pembelian maksimum kepada pembeli dengan had pembelian 100 kilogram di peringkat awal dahulu; (v) melaksanakan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam industri;

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

(vi) KPKM telah melancarkan program khas beras putih tempatan bersama pengilang beras untuk mengeluarkan tambahan 20 peratus stok pengilang padi sebanyak 23,000 metrik tan sebulan bagi tempoh setahun; (vii) penglibatan Lembaga Pemasaran FAMA, LPP turut dilibatkan dalam pengedaran jualan runcit secara langsung untuk membantu khasnya kawasan luar bandar dan pedalaman; dan (viii) kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan empat langkah intervensi. FAMA dan LPP telah terlibat- diminta terlibat untuk membantu kerajaan, terutama dalam agihan beras putih tempatan. Yang kedua, semua perolehan pembekalan beras putih tempatan di bawah kontrak kerajaan akan menggunakan beras putih import dan semuanya ini akan terlaksana sehingga selesainya 30 April tahun hadapan. Yang ketiga, menubuhkan task force khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKM. Sehingga kini, tiga kes tangkapan telah dibuat, maka terdapat tujuh kes lagi yang telah diambil tindakan oleh KPDN. Saya menyeru melalui siaran ini, mereka yang mendengar, terutama sekali pengilang-pengilang, pemborong, patuhilah arahan-arahan kementerian. Jika berlaku serbuan, penangkapan, payah- mungkin kilang mereka disita, sebelum itu mereka susah hendak menjalankan perniagaan semula. Sebab itu ambil langkah awal, sebelum ada serbuan dan sebagainya, biarlah diperbetulkan kalau ada kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini. Yang keempat, dalam konteks Sabah dan Labuan, Sarawak, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 per metrik tan beras putih import mulai 5 Oktober. Melalui kaedah ini, harga runcit beras putih import terkini di wilayah ini adalah di sekitar RM28 bagi sekampit sepuluh kilogram. Susulan pengumuman Kerajaan India berhubung larangan mengeksport beras putih bukan Basmati pada Julai 2023, saya telah berunding dengan Kerajaan India dan hasilnya, Kerajaan India telah memberikan kuota khas kepada Malaysia melalui kelulusan eksport 170,000 tan metrik beras putih bukan Basmati. Dengan langkah dan inisiatif yang telah saya sebut tadi, KPKM optimis isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran dapat direda dan diselesaikan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat, sedikit. Hendak hendak bagi pandangan. Boleh tidak kita- terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jangan panjang-panjang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak, tidak. Boleh tidak kita buka sedikit perundingan itu, selain dari India, negara-negara lain yang juga menyalurkan beras. Jadi, kita boleh bersaing harga dari segi itu untuk kita menjimatkan sedikit kos, terima kasih.

Terima kasih, pandangan. Memanglah kita juga boleh berbincang dengan Pakistan, Vietnam yang kita akan lihat dari sudut harga dan sebagainya untuk kita mengimport. Terima kasih atas pandangan itu.

Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Beluran, Sungai Besar, Sabak Bernam, Pasir Gudang, Sik, Kuala Kedah, Permatang Pauh...

Minta pencelahan sedikit.

...dan Pasir Puteh telah membangkitkan isu berkenaan cadangan supaya harga lantai belian padi dinaikkan.

Melalui pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan...

Yang Berhormat Menteri, celah sikit. Bukit Gantang.

Habis ayat ini sat ya. Meningkat harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 tan metrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kali terakhir harga lantai padi dinaikkan 2014 iaitu daripada RM750 kepada RM1,200. Itu yang terakhir harga lantai dinaikkan. Sila. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya ucapkan tahniah kepada kementerian mengambil langkah-langkah yang agresif. Tetapi sehingga kini, beras putih tempatan tidak dapat dijumpai dalam pasaran. Ia hanya beras putih import. Harganya melebihi RM32 sehingga ke RM50 harganya. Jadi, apakah langkah-langkah drastik kerana rakyat sekarang ini tidak mendapat beras putih tempatan dengan harga yang sepatutnya? Langkah-langkah untuk import, saya setuju. Tetapi apakah langkah drastik kerana kita mengawal harga beras tempatan dan kita membiarkan harga import? Jadi ada tendency untuk beras tempatan dijual pada harga import. Boleh tak kerajaan memikirkan bagaimana untuk menyamaratakan dia punya ground, basic dia iaitu tidak ada subsidi tetapi diberikan insentif kepada output? Sekarang ini ada subsidi benih padi, ada subsidi baja dan racun. Kalau kita hapuskan ini, harga insentif diberikan kepada output. Jadi semua orang akan balance dan harga akan lebih stabil. Terima kasih.

Memang subsidi kepada output itu juga ada dalam pemikiran saya. Tetapi kita akan cuba berbincang dengan lebih mendalam tentang keupayaan-keupayaan terutama sekali kita kena lihat pesawah-pesawah yang berskala kecil bagaimana mereka nak dapat hasil yang lebih banyak dibandingkan dengan berskala besar. Nanti kalau kita buat output dengan tidak ada penyelesaian awalnya, maka yang akan dapat subsidi yang besar nanti yang berskala besar. Yang ini dalam perbincangan, insya-Allah. Pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang ya? Itu memang dalam perhatian kita.

Yang Berhormat Menteri, sedikit tadi berkaitan harga lantai padi tadi ya.

Banyak tanya lain tak dan jawab lagi.

Ya, ketika sudah pun ada peningkatan dari segi harga lantai jadi RM1,300 itu sangat baik. Namun, keluhan para petani kita, jumlah itu masih belum dapat menampung kos-kos mereka yang semakin tinggi, harga input, harga racun, harga baja dan sebagainya. Jadi, komitmen harga itu sebenarnya terletak kepada pengilang-pengilang. Jadi kerajaan yang menentukan. Ketika baru-baru ini, pengilang menaikkan sehingga RM1,700 harga lantai. Mereka boleh naik tinggi pun mungkin kerana ada agenda lain mungkin yang mereka nak dapat daripada petani. Tapi maknanya, boleh tak kementerian melihat ada lagi sedikit kenaikan kalau dapat RM1,500 harga lantai itu sangat-sangat baik untuk petani-petani kita. Terima kasih.

Saya juga menerima memorandum dari para petani. Mereka memanglah nak kalau boleh sampai ke RM1,500 tapi buat masa ini, pihak Kementerian Kewangan memikirkan sekadar RM1,300 dahulu. Dan perkara itu kita boleh bincang lagi selepas ini kerana kita kena semua berpuas hati kepada semua pihak. Dia kena puas hati pihak penanam, pengilang, pemborong, pengguna dan kalaulah kita naik begitu tinggi dan sebagainya, maka akan melibatkan kalau tidak ada subsidi, akan berlaku kenaikan harga beras. Apa pula pengguna yang ramai ini. Jadi, nak seimbangkan kesemua itu, kita harap semua win-win situation itu yang kita hendak. Kita tak boleh memuas hati satu pihak dan pihak yang lain dan paling besar ialah pihak pengguna dan juga pihak penanam padi itu. Dua golongan ini memang kita kerajaan selalunya melihat untuk membantu kedua-dua golongan ini. Harga lantai padi...

Menteri, Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Sikit, Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Titiwangsa.

Sila. Nanti bagi – sila, sila.

Saya setujulah. Yang Berhormat Menteri, saya setujulah apa ini kerajaan cuba mengimbangi ini tetapi kita ada satu faktor yang sangat penting juga kita mempertimbangkan iaitu ketidakcukupan production beras putih tempatan sebab kita tahu kita cuma ada 62 peratus sahaja, 61, 62 peratus. Jadi kalau kita nak seimbangkan di antara pesawah, pengilang, pengedar dan peruncit, kita ingin meningkatkan harga padi supaya ramai pesawah-pesawah ini berminat untuk tanam padi sebab dia dapat untung yang agak munasabah. Kemudian kita dalam masa yang sama, apabila kita sekat harga RM26 ini, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa itu sudah jadi macam dah tak balance? Dalam satu peringkat, pesawah nak harga padi yang baik. Kemudian, bila nak jual, tak boleh lebih daripada RM26 sedangkan beras-beras import semua boleh jual. Bagaimanakah kita mengimbangi ini untuk memastikan bahawa satu hari nanti kita mempunyai beras yang mencukupi, yang dikeluarkan oleh negara kita sebab kita ada short lebih kurang dalam 37 peratus. Apakah tindakan Menteri jangka masa panjang atau kerajaan untuk memastikan perkara ini?

Macam saya sebut tadilah kerajaan bertindak untuk balance supaya rakyat, pihak majoritinya berpuas hati. Itu yang – kalau nak ikut bermain dengan harga, ini RM2.60 ini sekilo adalah harga tahun 2008. Saya ingat saya Tingkatan 5 dahulu, mi rebus RM1. Kalau bubuh telur, RM1.20. Tapi sekarang mi rebus sudah RM6, RM7 tapi kita kena ingat, harga beras 2008 RM26 untuk 10 kilo sampai sekarang. Jadi, apakah perlu perubahan harga itu? Sebab itulah kita lihat Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, KPKM kena berbincang dan supaya kalau berlaku kenaikan dan sebagainya, ia dapat dinikmati oleh semua pihak, win-win. Jadi pandangan Titiwangsa itu berkali-kali beliau mengatakan supaya biarlah sedikit sebanyak pasaran menentukan daripada kongkongan itu. Tapi kita akan lihat ini dari masa ke semasa. Perdana Menteri kita ini amat susah untuk menaikkan suatu harga. Dia berbincang berkali-kali walaupun saya mengadu kepada Menteri Kewangan, lepas itu mengadu kepada Perdana Menteri tetapi dia tetap dengan pandangan-pandangannya, sikap pro-rakyat itu. [Tepuk]

Yang Berhormat.

Sebab itu kita – insya-Allah, pandangan Titiwangsa itu memang pandangan seorang ahli perniagaan, ahli ekonomi yang terlibat lama dan kita kalaulah berlaku misalnya perubahan ini, kita harap ia tidak menjadi yang pentingnya tidak menjadi masalah besar kepada majoriti rakyat. Itu yang paling penting.

Menteri, Menteri, last ya Menteri, satu lagi. Saya bukanlah untuk komersial sangat...

Cuma saya nak pastikan bahawa peningkatan harga itu cukup untuk semua peringkat sama ada pesawah, pengilang, pengedar dan juga peruncit, untung. Kita kontrol keuntungan mereka tapi jangan sampai dia tak untung.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Bangun]

Tapi kalau harga padi meningkat, harga jualan beras daripada 2008 sampai sekarang sama, jadi saya takut lama, lama, lama, kilang pun tutup. Akhirnya kita suka orang tanam padi, kita naikkan pesawah tapi orang lain semua sangkut. Jadi saya rasa benda ini tak boleh tunggu lama- lama ini sebenarnya, 2008 sehingga 2023 ini, tak naik. Zakat fitrah pun naik.

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Ingat pandangan itu didengar sekarang oleh semua pihak dan kita akan sanggup berbincang dengan lebih teliti, dengan lebih bersungguh-sungguh. Saya sebut tadi, sebarang berlaku perubahan kita harap semua pihak – kalau semua pihak tak puas hati, penanam padi tak puas hati, pengguna tak puas hati, pengilang tak puas hati, pemborong tak puas hati, kalau semua tak puas hati, itu tanda berlaku keadilan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kota Raja.

Kalau satu puak puas hati, satu puak tidak puas hati, itu tidak keadilan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kota Raja.

Jadi semua puas hati, keadilan semua tak puas hati pun sebenarnya keadilan juga. Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Menteri.

Muar kah Arau dahulu?

Muar, Muar, Muar dulu. Saya ingat saya lupa sebab Arau depan.

Sekejap sahaja. Yang Berhormat Menteri, saya ingin puji usaha Yang Berhormat Menteri, kementerian dan Timbalan Menteri yang sentiasa memerangi usaha beberapa pihak, pengilang untuk sorok beras yang baru-baru ini 180 tan, 50 tan, 60 tan. Cuma persoalan saya apabila saya lihat akta tersebut, Akta Kawalan Padi dan Beras, walaupun pengilang yang didapati menyembunyikan beras, yang mereka dapat keuntungan ratusan ribu ringgit.

Tetapi jikalau mereka disabitkan dan didapati bersalah, mereka hanya perlu membayar RM25,000. Bukankah itu tidak mencukupi, di mana mereka boleh untung ratusan ribu tetapi kalau didakwa dan salah mereka hanya kena fine RM25,000. Terima kasih.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, boleh saya bagi satu cadangan?

Boleh sambung tidak?

Arau, sila Arau.

Yang Berhormat, kenaikan harga padi. Terima kasih banyak-banyaklah Yang Berhormat, atas kenaikan harga padi baru- baru ini. Tetapi bila harga padi naik dalam masa seminggu, tiba-tiba perkhidmatan pertanian juga naik mendadak sekali gus macam itu.

Saya beri contoh Yang Berhormat ya, Yang Berhormat mula-mula dahulu benih padi RM30. Selepas itu, Yang Berhormat umum baru ini RM40 dekat pintu kilang dan MADA telah isytiharkan harga benih RM45. Dia cuma isytihar sahaja tetapi barang tiada. Sekarang ini kalau hendak barang ini, boleh pergi beli kepada apa itu, orang lain yang harganya RM60 ke RM65. Itu pun tiada. Sekarang ini masalah besar di MADA, sekarang ini bendang sudah siap tetapi tiada benih dan benih pula harga mahal. Yang Berhormat, benih naik kemudian mesin padi naik sampai RM130 ke RM150. Kemudian, traktor naik, drone naik, potong rumput naik, tabur baja naik, Bangla yang mai tanam padi pun naik. Semua naik! Jadi Yang Berhormat, kita lihat campur semua itu naik harga RM100 tetapi perkhidmatan yang mereka terpaksa bayar RM200 lebih. Jadi, saya setuju dengan cadangan supaya harga padi ini tidak boleh dinaikkan macam itu. Kalau naik mendadak macam itu, dia orang tidak sempat hukum kita dengan kenaikan harga perkhidmatan pertanian. Saya cadangkan RM1,600 sebagai contoh sebab dengan cara itu petani tidak menghadapi masalah. Dalam keadaan sekarang, masalah lagi bertambah sebab perkhidmatan pertanian telah pun naik. Terima kasih.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kota Raja.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau saya boleh bagi satu cadangan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kota Raja, saya dahulu. Sedikit sahaja saya hendak tambah sebab pengalaman saya. Terima kasih. Terima kasih, Kota Raja. Saya simpati sebab mengadu kepada Menteri Kewangan pun tidak dilayan, kepada Kota Raja sebagai Menteri Pertanian. Kepada Perdana Menteri pun tidak layan. Saya hendak cerita pengalaman saya sendiri. Untuk saya hendak mengadu dekat Kota Raja lah. Yang Berhormat Kota Raja, kerana saya sendiri sebelum saya menjadi Ahli Parlimen, saya bekerja, saya letak jawatan sebelum saya bertanding 2018, saya buat bendang sendiri. Jadi, kos buat bendang, proses daripada permulaan sehingga harvest, sehingga kita apa ini, orang kata bungkus padi lah bahasa dia. Kita bungkus padi, la ni pakai mesin padi, kos dia satu relung. Di Kedah dipanggil satu relung untuk makluman semua. Ini pengalaman saya sendiri buat bendang daripada benih, badai, mesin, traktor, apa ini, tabur benih, tabur baja, racun, sampai harvest, kos satu relung RM1,200 sehingga RM1,250. Jadi, kos ini tinggi. Bila kita ada satu tan RM1,300, kami tengok pun tidak berminat hendak buat bendang. Jadi, saya kebetulan, saya pun terpaksa kena pajak bendang saya dekat orang lain sebab saya hendak jadi wakil rakyat. [Ketawa] Jadi, saya hendak mengadu dekat Kota Raja. Faham itu, Kota Raja dengan saya ini, kami sama-sama duduk dalam lumpur bendang sahaja masa itu.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, boleh bagi satu minit sahaja. Tadi Menteri mengatakan semua pihak tidak gembira tetapi saya ada satu cadangan untuk membolehkan semua pihak gembira dalam keadaan yang sedia ada iaitu kementerian mesti cari satu equilibrium. Satu apa kata, timbang equilibrium, maksudnya satu...

Faham, faham. Boleh faham, boleh faham.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Keseimbangan di mana semua pihak untung tetapi untung yang berpatutan. Dengan cara itu, barulah semua pihak boleh niaga, boleh cucuk tanam dengan ada keuntungan. Semua gembira. Sebelum kita naikkan mana-mana satu kos ataupun jualan padi dan sebagainya, kerajaan mestilah duduk bersama satu jawatankuasa, memastikan keseimbangan ini dapat dicapai dan semua orang akan gembira. Terima kasih.

Baik, terima kasih, terima kasih. Saya kata tadi itu bidalan sahaja. Kalau semua tidak puas hati, adil. Semua puas hati pun adil. Macam pembahagian kerusi pilihan raya. Tidak ada parti yang puas hati dalam komponen. Bila semua tidak puas hati, ada keadilan di situ. Saya yakin pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang ataupun pihak kerajaan nampaknya senada hal padi ini. Kita harap Menteri Kewangan dan Perdana Menteri mendengar dengan serius hal ini [Tepuk] dan akan membuat perubahan.

Perdana Menteri ini dia concerned sebab dia biasa jadi Menteri Pertanian dahulu. Macam jualan FAMA dan sebagainya, itu di antaranya diaktifkan pada zaman Menteri Pertanian, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jadi, dia faham hal nadi petani ini sebab itu yang mengumumkan kenaikan subsidi sebanyak RM500 pada dua bulan yang lalu adalah daripada beliau sendiri, setelah meneliti, melihat keadaan yang berlaku. Memanglah harga lantai padi merupakan asas dalam penetapan harga pasaran beras. Tadi Muar mengatakan denda terlalu rendah. Itu kena berlaku pindaanlah. Pindaan supaya syarikat-syarikat ini kalau RM25,000 itu sedikitlah pada mereka. Kita boleh pinda pada masa akan datang bergantung pada pihak AG untuk menentukan denda yang lebih munasabah, terutama kepada syarikat-syarikat besar. Harga lantai padi yang tinggi boleh mengganggu kestabilan harga pasaran beras tempatan yang akhirnya akan membebankan pengguna. Dalam hal ini, KPKM telah mengadakan sesi libat urus pada 25 Oktober 2023 bersama-sama persatuan pengilang- pengilang padi, persatuan pesawah, PPK dan daripada libat urus itulah lahir saranan- saranan dan pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh pihak kita. KPKM memandang serius akan perihal isu harga dan bekalan benih padi. Untuk pengetahuan Arau, benih padi sah telah diedar sebanyak 240,000 kampit bermula 28 Oktober. Hari ini 30, dua hari lepas. Jadi, akan sampailah kepada semua tempat. Insya-Allah sedang diedarkan sekarang. Dalam sasaran seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu, Jerlun, Sabak Bernam, Sik, Kuala Kedah, Jerai dan Pokok Sena. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan beras, benih padi sah adalah sebanyak 72,000 tan metrik atau 3.6 juta kampit setahun. Bagi memastikan bekalan beras padi sah mencukupi, kementerian telah mengambil beberapa langkah. Pengeluaran surat arahan penjualan beras padi sah secara terus kepada Pertubuhan Peladang Kawasan dan pesawah berkuat kuasa 11 Oktober 2023 untuk memastikan bekalan beras padi sah mencukupi untuk musim penanaman. Memantau dan mengawal ketat proses kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar padi sah berdasarkan SOP yang ditetapkan sebelum benih padi sah itu dijual kepada pesawah padi. Meluluskan kuota sebanyak 151,200 kampit, 20 kilogram benih padi sah untuk diedarkan kepada PPK dan pesawah di negeri Kedah. Bagi memastikan harga beras padi sah yang dijual adalah berpatutan, KPKM telah mengambil langkah seperti berikut. Penetapan harga maksimum jualan beras padi sah bagi setiap 20 kilogram RM40 di pintu gudang pengeluar. Manakala RM45 bagi harga runcit. Ini hasil perundingan berbagai pihak dan inilah keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan. Penjualan beras padi sah yang dipakejkan bersama racun khusus bagi varieti padi CL220 sebelum ini hendaklah dijual secara berasingan. Hasil harga beras padi sah bagi varieti CL220 adalah pada harga maksimum RM40 di pintu gudang dan RM45 di peringkat runcit. Kalau ada mana-mana tempat yang tidak mahu dengan jual harga ini, sila memberi laporan kepada pihak kami. Kalau ada peluang, saya sendiri akan pergi ke tempat yang enggan menjual dengan harga yang ditetapkan. Melakukan risikan dan penguat kuasa secara berterusan bagi memastikan ketetapan harga ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan pesawah atau mana-mana pihak berkepentingan, disaran membuat aduan berkaitan sewajarnya dengan segera kepada kawalan padi dan beras seperti juga Department of Agriculture, MADA dan LPP.

Seterusnya, mengeluarkan lesen runcit melalui kuasa Ketua Pengarah KPB di bawah peruntukan seksyen 4 Akta Pengawalan Padi dan Beras 1994 kepada PPK dan syarikat untuk mengedarkan beras padi sah terus kepada pesawah. Saya ingat pengeluaran meningkatkan— saya sudah banyak kali sebut soal padi berskala besar hendaklah menggunakan baja yang baru dan peruntukan dalam belanjawan tahun ini diperuntukkan untuk baja organik dan sebagainya— SMART SBB

dan pembukaan ladang padi. Kita mahu jelapang padi yang kedua yang dibuka di Sabah dan di Sarawak dan penglibatan FELCRA dalam perundingan untuk membuka ladang padi di Sarawak itu ke arah meningkatkan hasil. Pada minggu yang lalu, Menteri Besar Johor datang dengan rombongan yang besar berbincang dengan Kementerian Pertanian, apakah langkah-langkah yang boleh disumbangkan oleh Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan lagi meningkatkan hasil-hasil pertanian, tawaran-tawaran Kerajaan Johor dan permintaan- permintaan mereka yang mereka kemukakan. Dikemukakan oleh Menteri Besar dan rombongannya sendiri. Ini satu usaha yang begitu baik dilakukan oleh Kerajaan Johor, kerana Kerajaan Johor menghasilkan barang-barang pertanian ini yang tertinggi di Malaysia dalam memberi produk di Malaysia ini dalam hal pemakanan di Malaysia ini.

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Sikit lagi tambahan. Saya sangat menarik perhatian apabila Yang Berhormat Menteri sebut peluasan kawasan baru sawah kita. Khusus juga di Kedah, kawasan MADA, kita pada beberapa tahun lepas, kita mula proses untuk Projek MADA Plus, iaitu memperluaskan wilayah MADA itu ke kawasan-kawasan baru termasuk di sebelah Pendang dan juga di sebelah Merbok dan sebagainya. Tetapi, satu projek yang sekarang tertangguh di bawah kementerian yang belum nampak ada penyelesaian iaitu Projek Jeniang Transfer ataupun projek pembinaan air daripada Sungai Muda untuk dibuat satu empangan baru Empangan Naok yang akan menyalurkan kawasan-kawasan baru di sebelah Pendang Utara. Jadi, saya mohon untuk pihak kementerian ambil perhatian dalam bajet, mungkin dalam bajet tahun hadapan atau bila Projek Jeniang Transfer ini perlu disiapkan selepas Fasa 1 dah berjalan, fasa 2 masih belum nampak ada jalan dia. Jadi, sudah pastilah ia memberi kerugian kalau projek ini tertangguh sejak sekian lama. Terima kasih.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Terima kasih. Saya akan ambil perhatian tentang cadangan itu.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Menteri, Menteri. Kluang.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Misalnya, padi...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Kluang ada.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Kluang? Kejap, Kluang. Padi berskala yang dipanggil ala mini Sekinchan. Saya telah lihat dua tempat berlaku. Satu, di LAT1000, sempadan Perlis-Kedah di mana hasil daripada tujuh tan meningkat kepada lebih kurang 11 tan. Kelmarin, saya sendiri pergi terlibat menuai padi di Terengganu di Projek Ketara di Kampung Gerai, Besut, di mana di situ dapat 4.1 tan, kelmarin berjaya capai tujuh tan. Erti, peningkatan tiga tan. Itu sebab tanahnya itu belum dipulihkan lagi dengan bahan- bahan yang sesuai. Penanaman akan datang akan diusahakan, pulih tanah itu, dan kita yakin ia akan meningkat. Kalau meningkat kepada tujuh tan ke atas beberapa tempat, kita akan sampai kepada self-sufficient. Dan yang di Pendang itu, saya akan ambil perhatian. Kalau saya ada waktu, saya sendiri akan pergi melawat tempat itu. Bagi kita, hal keterjaminan makanan ini kita tolak hal fahaman politik dan sebagainya sebab ini adalah hal kemanusiaan. Kita kena...

Jeniang Transfer itu di Sik, Yang Berhormat Menteri. Ia melibatkan Daerah Sik, Pendang dan beberapa kawasan lainlah.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Baik, baik. Terima kasih.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kota Raja, saya pun tahu itu. Panggil saya sama, saya bersama dengan Kota Raja untuk bantu.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Terima kasih dan...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Menteri.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Sila, Kluang

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Ya, terima kasih Menteri kerana dah disebut berkenaan negeri Johor. Sebagai wakil rakyat negeri Johor, saya memang mengalu- alukan kalau kita boleh merapatkan perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan hasil makanan. Tetapi apa masalah di negeri Johor, apa yang saya lihat adalah ramai petani walaupun mempunyai tanah persendirian pun, mereka tidak berusaha kerana ada isu gajah, khasnya dari sentral sehingga Pantai Timur. Saya rasa itu adalah salah satu masalah besar. Walaupun tidak di bawah kementerian Menteri, tetapi kita perlu usaha cross-ministry antara kementerian Menteri dengan juga Kementerian Alam Sekitar supaya masalah ini diatasi. Kalau tidak, betapa banyak, betapa luasnya tanah yang kita adapun petani tidak akan usahakan. Terima kasih.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Boleh, Menteri Pertanian?

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Terima kasih Kluang.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Satu lagi daripada Johor juga. Sikit sahaja. Ini berkaitan dengan beras.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Ini saya nak jawab apungan ayam ini.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

[Ketawa] Sikit lagi. Terima kasih. Ia berkaitan dengan sawah. Kalau katanya di Kedah, di Perak, di Kelantan ada sawah, sebenarnya di Johor pun ada. Cuma, masalah pengairan yang menyebabkan petani tak dapat mengeluarkan hasil yang baik iaitu di Endau. Saya mengharapkan kalau boleh, Sri Gading mengharapkan kalau boleh perjanjian dengan Kerajaan Johor itu adalah dilaksanakan. Kalau boleh, ambil perhatian jugalah tentang sawah di Endau dan juga di beberapa tempat di negeri Johor untuk dibangunkan dengan segera.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Oleh kerana masalah besar kita sekarang masalah kecukupan makanan, khasnya ruji kita beras, dalam pertemuan dengan Menteri Besar Johor hari itu, kementerian ini meluluskan RM3 juta untuk padi dan beras di Johor. Itu, dan kita begitu prihatin terhadap beberapa perkara, usaha untuk mencukupkan beras di Malaysia ini. Di samping itu, kita harap Sabah dan Sarawak, kita akan terus bincang supaya kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang mengenal pasti kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak bagi tujuan penanaman padi dan kita kementerian ini juga akan memberi kerjasama. Begitulah juga tentang Sabah, kita harap mereka tidak rigid kepada benih padi dua jenis sahaja. Kita harap mereka membuka kepada benih-benih padi yang baharu terutama yang dihasilkan oleh MARDI yang menampakkan penghasilannya yang agak tinggi di beberapa tempat. Dari segi bantuan subsidi input pertanian pula, KPKM memperuntukkan lebih RM107 juta kepada hampir 43,000 orang pesawah padi di Sarawak pada tahun ini. Di samping itu, hampir 27,000 orang pesawah padi bukit atau padi huma di Sarawak menerima bantuan skim subsidi baja dan racun padi bukit. Untuk pengetahuan Sik, Projek Jeniang telah dimasukkan dalam projek pengairan RM3 bilion yang diadakan di kawasan MADA. Ia termasuk sekali di situ.

Baik, terima kasih, Menteri. Terima kasih.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Bagi menjawab persoalan yang dilontarkan oleh YB Pasir Gudang, Rasah berhubung isu BERNAS sebagai single gatekeeper. Model perusahaan BERNAS adalah bersifat subsidi silang (cross-subsidy) di mana keuntungan import akan diguna pakai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan. Berbanding dengan perjanjian konsesi antara kerajaan dan BERNAS sebelum ini, kerajaan telah membuat penambahbaikan dengan menetapkan supaya BERNAS melaksanakan 10 obligasi sosial bagi pihak kerajaan bernilai RM3.2 bilion yang meliputi

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

pelbagai program dan insentif di sepanjang rantaian nilai industri bagi tempoh perjanjian konsesi baru. Pihak BERNAS juga bersetuju berkongsi 30 peratus daripada keuntungan bersih syarikat bersama 240,000 pesawah di seluruh negara. Kerajaan menyambut baik saranan dikemukakan oleh Yang Berhormat. Namun, dasar yang dilaksanakan pada ketika ini adalah masih relevan dalam mendepani situasi semasa. Prestasi BERNAS selaku pengimport utama beras sentiasa dipantau dan diberikan penilaian oleh kerajaan melalui pencapaian key performance indicators yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi tersebut.

Tuan Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Kedudukan beras dalam negara ini stockpile-nya cukup sekurang-kurangnya untuk lima bulan. So, janganlah kita bimbang apa-apa hal kekurangan beras. Seterusnya saya akan— hari ini memberi— di antara yang bertanya selain daripada isi padi dan beras, ramai Ahli Yang Berhormat berbahas dan membangkitkan isu yang berkaitan dengan sektor agromakanan negara khususnya...

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Tanjong Karang mencelah sikit.

…subsektor ternakan, tanaman dan perikanan. Ya?

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Tanjong Karang ingin bertanya berkenaan dengan stockpile tadi. Berapa peratuskah stockpile untuk beras import dan berapa peratus untuk beras putih tempatan? Bagaimanakah baru-baru ini, tiba- tiba tidak ada stok beras putih tempatan? Seolah-olah tidak ada stockpile untuk beras putih tempatan. Terima kasih.

Beras.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekejap. Yang Berhormat Menteri, ya tentang itu, soalan saya tentang BERNAS. Adakah mereka pun terlibat dengan kegiatan campur beras import dengan beras tempatan? Sepertimana yang berlaku rupanya sebelum ini juga. Apakah tindakan yang diambil untuk memastikan ia diselaraskan secara umum untuk semua ataupun diwajibkan untuk tidak dibenarkan? Kalau dibenarkan, semua boleh buat. Kalau tidak dibenarkan, semua tak boleh buat. Terima kasih.

Ya. Separuhnya ada dibuat serbuan di pelbagai tempat dan semuanya itu dalam siasatan. Kalau ada melanggar undang-undang dan sebagainya, maka pihak kementerian akan berbincang dengan AG untuk akan ada pendakwaan. Setakat ini di peringkat siasatan. Saya dah jawab hal beras putih tempatan kerana berkurangan berlaku dengan segera itu kerana waktu itu berlaku kenaikan harga beras import. Orang di sebelah Lembah Klang ini jarang membeli beras tempatan sebab harga beras import itu tak mahal sangat daripada beras tempatan. Apabila beras import naik sehingga RM37, RM38, RM40, mereka cari beras murah. Bukan mereka cari beras tempatan. Yang murah adalah beras tempatan. Maka berlakulah pembelian beras tempatan ini secara besar-besaran yang menyebabkan berlaku shortage yang terpaksa kita buat intervensi. Dah diterangkan dah berkenaan kenaikan di sini.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Saya tanya peratusan stockpile beras tempatan dan beras import. Peratus, peratus.

Peratusan saya minta notis untuk beri jawapan peratusnya itu. Nanti pegawai-pegawai saya yang akan pandu saya, akan menjawab.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Beluran dan Kuantan telah memohon penjelasan berhubung isu pelepasan subsidi ayam. Untuk makluman Yang Berhormat, keputusan kerajaan untuk melepaskan subsidi ayam merupakan keputusan yang tepat masa kini. Ini saya umumkan dalam sidang akhbar pukul 9 pagi tadi iaitu kita

melihat harga pengeluaran ayam sekarang berada di paras yang munasabah dan tidak begitu tinggi. Harga di pasaran termasuk runcit dan di supermarkets dan hypermarket yang berada di bawah paras yang ditetapkan dulu harga siling. Oleh itu, sesuai masa ini diapungkan dulu harga ayam ini. Setelah itu pun kita bukan terus apung begitu, kita buat libat urus dengan berbagai pihak terutamanya pihak pengeluar ayam itu sendiri. Mereka juga menjamin bahawa keluaran ayam itu akan meningkat— akan mereka tingkatkan supaya tidak berlaku kekurangan dalam pasaran.

Menteri. Saya Titiwangsa.

Ya, Titiwangsa.

Menteri. Saya menyambut baiklah terhadap pengapungan ini. Tetapi sebenarnya hari ini banyak penternak dan juga pemain industri tidak merasa tertekan adalah kerana dua komoditi utama untuk penternak ayam ini iaitu corn dengan soyabean meal ini, harga dia dah jatuh. Jatuh begitu tinggi jatuh, ya. Kalau dibandingkan waktu ketika dulu. Jadi persoalan saya, adakah kerajaan bersedia melihat formula ini sekiranya harga corn atau soyabean meal ini satu hari nanti dia akan naik balik tiga kali ganda macam mana kita tengok sebelum ini? Ada tak, kita ada satu formula, kita masih meletakkan ceiling price tetapi kita adjust according to the increase in the corn price or soyabean price. Adakah Menteri ada that formula? Daripada kita tertinggal, akhirnya industri ayam yang bernilai lebih daripada RM13 bilion ini ayam tak jadi self-sufficient, sedangkan kita tak pernah tak self-sufficient. Ada tak formula untuk Menteri fikirkan? Terima kasih.

Kita- formula ini dia mengikut perkembangan semasa pada waktu yang kita bincang bersama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Buat masa ini, kalau berlaku kenaikan yang melampau misalnya, kita lebih cenderung untuk kepada subsidi bersasar iaitu golongan B40 yang mengalami mas alah besar itu, kita setuju kepada mereka, soal keperluan untuk subsidi bersasar itu. Saya ingat Menteri Ekonomi pun boleh bersetuju dengan saya di situ. [Ketawa]

Menteri, sikit.

Daripada bila kita beri subsidi secara blanket, kadang-kadangnya yang lebih keuntungan adalah tauke-tauke besar, pengilang- pengilang besar dan subsidi bersasar ini lebih ditujukan kepada mereka yang amat memerlukan. Hulu Terengganu, beri masa sikit lagi ya.

Mana Hulu, Besut.

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Besut.

Okey. Menteri kata ada kita lakukan libat urus untuk mengawal harga dan kita pasti mungkin tak akan naik harga. Masalah macam mana dengan kartel? Kartel yang dia akan caturkan pengeluaran sebab dia nak untung. Jadi dengan cara ini, macam mana kita nak kawal kartel yang mungkin akan menggunakan kuasa-kuasa mereka? Itu yang saya nak tahu.

Saya tak tahu yang dialog dengan hadir ini kartel atau tidak, tetapi mereka semua mengatakan sekarang harga green corn agak turun, harga soya dah turun, harga ayam yang mereka keluarkan pun sekarang ini berada yang mereka jual di tempat mereka itu, keluaran itu tak sampai pun RM7 sekarang ini. Kerana berdasarkan harga makanan yang agak turun. Setahun, dua tahun lagi kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Peperangan di Palestin kita tidak tahu akibatnya dia berakhir bila dan akibat kepada ekonomi belum dapat terkesan lagi. Tetapi itu kita lihat perkembangan pada waktu itu. Sebab itu kita dalam— diajarkan dalam agama kita, kita bercakap selalu insya-Allah,

kita cari penyelesaian yang terbaik. Kita tak boleh kata tahun ini akan selesai, tak boleh sebab dia sedar, dia mobiliti dalam hal kehidupan ini, terutama barang-barang makanan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Kota Raja, nak minta...

Tuan Yang di-Pertua

Menteri. Menteri dah habis masa. Perlu berapa minit lagi agak-agak?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Sikit.

Kalau nak ikut banyak lagilah.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Habis...

Tetapi lima minit tak apalah.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya bagi lima minit ya?

Lima minit boleh, boleh. Sila.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Menteri, lima minit.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Menteri, Kampar minta awal.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Saya nak tanya tentang subsidi tadi. Katakanlah kan, katakanlah dalam keadaan yang dijangka disebut oleh Menteri tadi, harganya dapat dikawal, katakan apa yang berlaku dalam pasaran ini menyebabkan harganya jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangka. Apakah tindakan kementerian untuk kembali kepada subsidi bersasar atau ada mekanisme lain sebagai langkah untuk menangani perkara tersebut? Kata harga tiba-tiba naik tinggi daripada yang dijangka, apakah nak kembali balik pada subsidi ataupun menggunakan mekanisme lain? Terima kasih.

Tadi trend saya, saya lebih suka kepada subsidi bersasar. Melainkanlah ada pandangan dari kementerian lain, Kementerian Kewangan, Ekonomi dan sebagainya di pandangan yang lebih baik, maka kita ikut pandangan itu. Tetapi bila kita subsidi secara blanket begitu, kadangkala pengguna tidak dapat sebanyak mana. Tetapi yang dapat adalah tauke-tauke besar. Misalnya kita tahulah, orang yang naik BMW 7 Series yang baharu, dia juga bubuh minyak RON95 yang disubsidi oleh kerajaan. Jadi kita nak kawal dalam bentuk umum itu memang payah, melainkan kalau kita beri pada subsidi bersasar. Ini...

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri. Menteri, Kuala Selangor sikit. Kalau diizinkan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Kampar, Kampar.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sudah— saya terpaksa mengulangi ucapan saya ini.

Ya.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Untuk ingatkan sikit Menteri, dengan izin.

Lima minit dah tau. Ini tinggal tiga minit lagi.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Satu minit sahaja Menteri. [Ketawa]

Okey.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Pilihan ini bukan pilihan yang dianggap sebagai saling bersilang, dengan izin. Maksudnya kalau kita apungkan ya sama ada ayam, telur bahkan beras sendiri. Kalau kita apungkan tidak bermaksud kita menghapuskan subsidi-subsidi bersasar itu. Itu adalah rasionalisasi subsidi sebenarnya,

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

kerana dua perkara itu tidak semestinya bersilang. It is not mutually exclusive, dengan izin ya. Maksudnya kalau kita ambil kita apungkan, ia tidak semestinya kita hapuskan subsidi bersasar sebab subsidi bersasar itu sentiasa boleh kita lakukan sebab ia adalah satu komitmen untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tetapi, kalau kita herotkan, kalau kita distort market ini, jadi apa yang kita sebut tentang kartel, tentang sorok, itu semua adalah kegiatan kerana kita kerajaan yang mencekik pasaran itu. Itu saya telah saya sebutkan dulu dan saya ingin mengulangi perkara itu supaya benar-benar Menteri dan kementerian dan PMX sendiri memikirkan termasuk jugalah hal beras. Jadi, distortion itu adalah faktor yang kita itself inflicted, kita sendiri yang sebenarnya mencetuskan perkara itu. Terima kasih Menteri.

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Menteri nak minta tambahan sikit.

Sebenarnya, sebahagian besarnya sama pandangan dengan saya. Tetapi kita dalam sebuah kerajaan, kementerian satu perkara kita bincang secara bersama. Sebab ia kait mengait antara satu sama lain.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Menteri saya nak tanya sikit.

Nak jawab bagi Tanjong Karang. Stockpile beras 100 peratus adalah beras import.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Menteri Kota Raja saya nak minta sikit tentang harga ayam.

Jadi, beras tempatan tak diletakkan dalam stok itu. Jadi, semua beras import yang diletakkan dalam – beras putih import semua yang menjadi stok kita. Ya?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Menteri, Kampar sini. Tadi kata harga ayam terapung tetapi masih ada harga siling. Saya nak sambung apa yang Titiwangsa bangkit. Jika kita tak ada kawalan mekanisme untuk naikkan harga siling, maka akan berlaku kekurangan semasa kos pengeluaran tinggi daripada harga siling. Jika kita hanya bagi subsidi bersasar kepada pembeli-pembeli, maka penternak tidak akan mengeluarkan ayam, kerana kos pengeluaran mereka telah lebih tinggi daripada harga siling. Jadi, adakah satu mekanisme sama ada kita boleh naikkan harga siling ataupun kita bagi subsidi kembali untuk turunkan. Maka, ia satu harga kawalan yang boleh dikontrol. Bukan yang harga siling yang mati.

Kita apungkan, ertinya dia tak ada lagi harga siling. Tetapi kita yakin setelah kita berbincang dan sebagainya dengan keadaan harga barang bahan makan import- makanan sekarang ini, makanan ayam, makanan lain- lain itu semua telah turun, harga keluaran di tempat mereka turun, kita yakin bila kita apungkan pun, kalau dia naik pun tidaklah begitu tinggi dan dalam kawalan, insya-Allah. Ini yang kita telah berbincang. Kalau kita tak percaya kepada golongan peniaga ini yang telah menyumbangkan begitu banyak dalam perkembangan industri dan ekonomi di Malaysia ini, kepada siapa kita hendak percaya dan mereka rakyat Malaysia kita berbincang. Kalau mereka lakukan penipuan dan pembohongan, kita bertindaklah di waktu itu. Yang pentingnya sekarang ini saya nampak suasana harga ayam– cuma telur kita belum apungkan lagi kerana telur kita masih subsidi 10 sen sebiji. Sebab, orang-orang B40 yang lebih banyak membeli telur, dia tak beli sekarang ni sebiji, lima biji, dia beli sepapan. Bila sepapan, 30 biji, maka dia kena tambah belanja lebih kurang RM10 kalau kita tarik subsidi itu. Bila keadaan telur ini pulih seperti ketika dulu, kita eksport telur kerana kita sampai ke peringkat 120 persen pengeluaran telur, waktu itu kita bersedia untuk apungkan harga telur. Buat masa ini, masih kita bertahan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Menteri- silakan.

Jadi sekian dululah, terima kasih saya ucap terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Ayat terakhir saya kena bercakap yang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tolong sat ni...

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Yang di-Pertua, ada ni persoalan yang tidak sempat dijawab, iaitu yang berkenaan kawasan masing-masing. Yang Berhormat Tasek Gelugor, Kota Marudu, Puncak Borneo, Tangga Batu, Batang Lupar, Pokok Sena, Keningau, Mersing, Tanjong Manis, Pasir Salak, Selangau dan Seratok soalan berkenaan kawasan mereka, saya akan jawab secara bertulis setiap mereka yang bertanya itu untuk kawasan mereka. Terima kasih.

Parit Buntar tak sebut, Parit Buntar.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri.

Termasuk Parit Buntar ya.

Ya, masuk.

Tuan Yang di-Pertua

Termasuk Parit Buntar sekali. Seterusnya saya jemput Menteri Ekonomi, silakan, 45 minit.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada kesemua 77 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Ekonomi. Mengambil kira masa yang terhad dan skop perbincangan yang luas, saya berhasrat untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang ditimbulkan mengikut kumpulan-kumpulan subjek ekonomi yang ditimbulkan. Tambahan pula, ada sebahagian daripada persoalan-persoalan itu telah pun diajukan dan diulas sebelum ini ya. Oleh itu perbahasan sebanyak 77 Ahli Dewan itu menyentuh pelbagai perkara yang boleh dirangkumkan di bawah topik-topik besar penstrukturan ekonomi negara seperti yang berikut. Pertama, kedudukan ekonomi negara dan...

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Timur nanti kejap dulu, Menteri baru mula.

...Sektor tumpuan sebagai enjin baharu pertumbuhan ekonomi. Kalau tak kita tak balik malam ni, ni ha. Bagi ruang sedikit untuk saya jelaskan, kemudian ada ruang untuk celahan. Kedua, penstrukturan ekonomi untuk mengatasi masalah-masalah struktur seperti penyasaran semula subsidi dan juga dasar gaji progresif. Perkara ketiga yang banyak di sentuh ialah mengenai pembasmian kemiskinan dan perlindungan sosial.

Perkara keempat ialah mengenai pembangunan wilayah termasuklah soal agihan peruntukan pembangunan dan perkara kelima ialah mengenai agenda ekonomi Bumiputera. Tan Sri Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang peka kepada cabaran-cabaran ekonomi negara. Selain dari masalah-masalah struktur yang kita semua sedia maklum. Contohnya terperangkap dengan ekonomi yang bergantung kepada rantaian nilai yang rendah. Pergantungan kepada tenaga kerja asing berkemahiran rendah yang terlampau tinggi. Cabaran untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi, masalah gaji pekerja yang rendah. Ini semua masalah-masalah struktur yang kita telah bincang untuk sekian lama. Sekarang ini pula negara berdepan dengan suasana ekonomi global yang sangat tidak menentu. Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan luaran berisiko untuk mencetuskan kelembapan ekonomi global bagi tempoh 2023 hingga 2025 dan dijangka akan memberi kesan kepada pertumbuhan negara. Tabung Kewangan Antarabangsa ataupun IMF pada Oktober 2023, baru-baru ini telah mengunjurkan ekonomi dunia berkembang perlahan sebanyak tiga peratus sahaja pada tahun 2023 dan dijangka akan lebih rendah pada tahun 2024 iaitu 2.9 peratus. Perdagangan dunia pula diunjurkan berkembang sebanyak 0.9 peratus pada tahun 2023, namun dijangka kembali pulih kepada 3.1 peratus pada tahun 2024. Ekonomi China diunjurkan berkembang sebanyak lima peratus sahaja pada tahun 2023 dan dijangka menyederhana kepada 4.2 peratus pada tahun 2024. Berdasarkan prestasi ekonomi China ini, sebarang perubahan yang berlaku di negara tersebut akan memberi kesan terhadap perkembangan ekonomi Malaysia kerana China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Pun begitu, walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran ini yang di luar kawalan kita, kerajaan komited untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai seperti yang disasarkan dan optimis langkah-langkah yang diambil akan mengimbangi kesan kelembapan ekonomi global. Pada tahun 2024, ekonomi negara dijangka mencatatkan pertumbuhan antara empat peratus hingga lima peratus disokong oleh persekitaran luar yang semakin pulih dan jangkaan permintaan domestik...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Pandan, Pandan.

...dan keadaan pasaran buruh yang lebih baik.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Nak kongsi sahaja, tak ada apa.

Nanti jap, bagi saya habis latar belakang ini dulu. Sebab banyak soalan itu ialah mengenai perkara-perkara yang kemiskinan, fasal gaji dan sebagainya ya. Jangkaan kadar pertumbuhan pada tahun 2024 ini adalah selari dengan beberapa agensi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan juga Bank Dunia yang menganggarkan KDNK Malaysia berkembang 4.3 peratus pada tahun 2024. Itu untuk menjawab pelbagai kegusaran yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Dewan, sama ada kerajaan mempunyai langkah-langkah yang kena untuk kita melindungi pertumbuhan ekonomi kita di dalam suasana kelembapan ekonomi global yang berlaku. Sebab itu, kerajaan yakin unjuran ini dapat dicapai berdasarkan beberapa indikator utama ekonomi. Antaranya indikator awalan seperti jualan semikonduktor global kerana sebahagian daripada sebab eksport kita sekarang ini berkurangan ialah disebabkan oleh permintaan daripada pasaran dunia. Dan satu indikator yang baik ialah kepada order atau booking untuk bulan-bulan yang akan datang berdasarkan jualan semikonduktor dan sudah menunjukkan kitaran teknologi itu akan meningkat semula dan berpotensi untuk memberi manfaat kepada eksport E&E negara. Indikator ini juga dijangka mendorong peningkatan bagi sektor pembuatan dan perdagangan.

Kerajaan juga memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikan ekonomi ke landasan

yang sebenar. Tumpuan akan diberikan untuk mempergiatkan lagi sektor berpotensi seperti mencergaskan semula aktiviti pelancongan dan mempercepatkan aktiviti pembinaan melalui pelaksanaan projek-projek infrastruktur serta strategi dan inisiatif di bawah dasar utama kerajaan. Seterusnya, soalan-soalan yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen ialah berhubung apakah sektor-sektor baharu atau utama yang akan menjadi enjin baharu ekonomi negara. Ya, Ipoh Timur.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Ipoh Timur.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat kembali ke Dewan. Inilah semangat Menteri-menteri dalam Kerajaan Madani. Lepas sakit, teruih balik keroje. [Tepuk] Tahniah atas pengembalian kepada Dewan. Keduanya saya nak tanya, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan externalities seperti apa yang berlaku di China, kita nak rujuk kembali kepada apa yang berlaku pada 2020 — Tahun ini, 2023, di mana tiba-tibanya ada beberapa kerajaan tempatan dan kerajaan provinsi di China yang tiba-tiba memang jatuh dalam keadaan ada tunggakan fiskal di peringkat kerajaan province dan kerajaan bandar raya. Benda itu memang telah membawa sedikit masalah kepada ekonomi di China, dengan pertumbuhannya terjejas. Apa yang dibawa oleh Menteri tadi, externalities kalau China ada masalah-masalah mengejut, adakah faktor itu juga dipertimbangkan atau memang ada dalam kita punya consideration dengan izin, dengan ekonomi Malaysia yang memang begitu terikat dengan ekonomi China, sekiranya ada isu-isu mengejut di China?

Terima kasih Ipoh Timur. China adalah ekonomi kedua terbesar di dunia. Sudah tentu China mempunyai rantaian ekonomi yang lebih rumit daripada negara kita dan setiap provinsi mereka itu adalah satu ekonomi yang besar. Kita tidak dapat pastikan sama ada, ada kesan yang khusus apabila provinsi-provinsi tertentu itu mengalami masalah kewangan. Tetapi, apa yang kita boleh lihat ialah Kerajaan China pada pandangan saya, mengambil langkah yang drastik dan tersusun untuk memastikan pengukuhan fiskal dan juga kewangan mereka itu berlaku dengan cepat seperti mana proses yang kita sedang alami di negara kita, Malaysia iaitu kita perlu melalui proses pengukuhan fiskal ini. Langkah yang sama juga sedang berlaku di negara China. Cuma, bila ada perkara-perkara yang belum lagi dapat diselesaikan atau dipulihkan di ekonomi China, sudah tentu itu akan ada kesan kepada keseluruhan ekonomi negara China yang juga ada tempias bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Yang pentingnya ialah kita kena mengakui bahawa dunia akan melalui pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dalam tahun 2023 dan 2024. Harapan kita ialah tempoh ini kita gunakan sebaiknya bukan sahaja untuk membina ketahanan kita dengan izin, our economic resilience, tetapi untuk memastikan apabila pertumbuhan ekonomi global itu naik kembali dalam tempoh 2025 ke atas, Malaysia berada di kedudukan yang paling baik untuk mendapat laba daripada pertumbuhan tadi. Sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menyambung semula, sebab itu kerajaan melalui Kajian Separuh Penggal akan melaksanakan 17 anjakan besar yang kita sebut sebagai high-growth, high-value sector. Ini adalah perkara-perkara yang akan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang seterusnya, selain daripada kita menguatkan lagi daya tahan dan daya saing ekonomi dan sektor-sektor yang selama ini membantu negara kita. Ini termasuklah yang kita telah perbahaskan panjang lebar yang berkaitan dengan peralihan tenaga, sektor yang melibatkan teknologi dan ekonomi digital, E&E yang bernilai tinggi, semi-konduktor, chips yang melepasi daripada aktiviti back-end mula memasuki kepada aktiviti berbentuk front-end, pertanian dan asas tani yang moden serta industri berasaskan nadir bumi. Tan Sri Yang di-Pertua, sebab itu dalam usaha untuk memastikan sasaran pertumbuhan ekonomi negara antara lima peratus ke 5.5 peratus dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 ini kerana perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Dewan, sama ada

dengan segala cabaran yang ada, adakah kita masih lagi berkemampuan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di dalam RMKe-12. Ya, Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih sahabat saya Pandan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya seronok hari ini, kita dapat jawapan yang agak lembut. Saya nak minta, saya dan juga semua Ahli Parlimen dalam ini, kita pakat-pakat jaga kesihatan sebab kita tak tahu bila. Terima kasih Yang Berhormat Pandan kerana kembali sihat. Alhamdulillah, kita syukur pada Allah kerana kita dapat berkongsi lagi sebab negara perlukan kita semua untuk kita membangun ekonomi. [Tepuk] Jadi, saya nak menyentuh berkenaan dengan DOSM yang telah mengeluarkan —Insya-Allah, saya akan fokus kepada ekonomi. Saya tak akan apa ini — Saya faham. Saya sedang berdepan dengan Menteri Ekonomi yang baru sahaja keluar daripada hospital dan dia begitu komited untuk berdepan. [Disampuk] Ha, itulah. Jangan ganggulah, saya nak pergi soalanlah. Bila kacau, nanti saya makan masa dia. Okey, baik. Saya nak sentuh kepada dua yang dikeluarkan oleh DOSM baru-baru ini, berkenaan dengan CPI kita, dua persen inflation. That is a good figure, actually dengan izin, but, kita tengok bila macam itu, dia berlaku juga increase of inflation. Maknanya berlaku kenaikan juga, kita harus bersedia. Tetapi yang kita nak tengok sekarang ini, itu secara basket, secara holistik, makro yang berlaku dalam inflation CPI yang ditetapkan oleh DOSM two percent. But, kita kena tengok mikro, non-core inflation ini. Sebab itu kita tengok, nampak cantik yang dibentangkan oleh DOSM ini, tetapi underground very bad. Ini saya nak kongsi dengan — Macam mana kita nak mengatasi keadaan begini Yang Berhormat Pandan? I’m very polite today to you. Okay, thank you very much. [Ketawa]

Terima kasih Pendang. Untuk rekod Tan Sri Yang di-Pertua, Pendang memang sentiasa dekat di hati saya dan has always been polite. [Ketawa] Terima kasih kepada Ipoh Timur tadi dan kepada Pendang, ingatan yang baik. Bagi mereka terutamanya yang lelaki, silalah pergi semak jantung masing-masing kerana risiko itu bukan sahaja risiko kepada Menteri, tetapi risiko disebabkan oleh gaya hidup kita terutamanya oleh kolesterol yang tinggi. Saya ada rekod kolesterol yang tinggi selama 20 tahun dan akhirnya, itu sudah tentu akan menyebabkan ada masalah pada jantung. Baik. Indera Mahkota, sekejap sebelum saya — Silakan Indera Mahkota.

Dato' Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Selamat kembali dan alhamdulillah kembali sihat. Sikit saja dan mungkin nak dibahaskan waktu lain. Yang tadi, 17 anjakan yang besar, saya tak ada masalah dengan itu. Cuma dalam 17 itu, sejauh mana ekonomi digital menjadi dengan izin, common denominator atau mempengaruhi semua itu supaya ya lah, kita faham kedudukannya sekarang. Terima kasih.

Terima kasih Indera Mahkota. Untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Pendang tadi iaitu mengenai inflasi ya, inflasi Malaysia memang antara yang terbaik di rantau ini dan kaedah menetapkan inflasi ini ialah kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia. Jadi, dia tak timbul soal ia tidak melambangkan keadaan sebenar dan sebagainya. Berdasarkan kaedah ekonomi dan statistik, maka bakul-bakul perbelanjaan itu ditetapkan dan inflasi mengukur kenaikan harga dari satu masa ke satu masa. Sudah tentu mereka yang arif tentang soal pengurusan ekonomi selalunya disebut bahawa inflasi yang baik ialah di antara satu ke dua peratus.

Maksudnya, kenaikan harga barang itu tidak mendadak tetapi pada masa yang sama, ia akan terus menjana pertumbuhan ekonomi. Masalah yang ada di Malaysia pada pandangan saya Pendang yang menimbulkan persoalan kenapa inflasi kita berada pada tahap yang paling rendah, 1.9 peratus sebenarnya tetapi rakyat masih merasakan kos sara hidup itu tinggi kerana soal kos sara hidup ini ada dua perkara, dua komponen. Satu ialah kos, satu lagi ialah pendapatan. Jadi, itu pandangan bersepadu di peringkat kerajaan bahawa kita tidak boleh menumpukan kepada soal mengawal dan merendahkan kos semata-mata sehingga ia telah menimbulkan satu keadaan yang mengherot ekonomi kita. Bagi contoh yang baik ialah subsidi bahan api, petrol ataupun diesel. Kita tahu sekarang walaupun niatnya itu baik kerana kita sebelum ini

berpandangan kalau kita tetapkan petrol dan diesel itu pada harga yang rendah, itu akan menyebabkan harga lain pun rendah. Tapi itu tidak berlaku malah yang berlaku ialah terutamanya diesel banyak disalahgunakan untuk diseludup dan dijual. Jadi, sebab itu bagi saya kita perlu menerima bahawa selain daripada kita mengawal harga bukan semata-mata dengan subsidi pukal tetapi kembali kepada asas ekonomi. Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, we really have to go back to the basic of economy. Pertama ialah penawaran dan permintaan. Penawaran ini menyentuh juga soal bekalan, menyentuh juga soal aktiviti-aktiviti yang boleh memastikan ada banyak bekalan yang mencukupi dan ini cara yang terbaik pada pandangan saya untuk menewaskan banyak persoalan yang timbul dalam ekonomi kita. Soal monopoli, soal kartel dan sebagainya. Keadaan sekarang ini bila ada syarikat-syarikat yang besar, yang bersabit dengan bekalan makanan, kalaupun kerajaan mengambil tindakan yang drastik, tetapi oleh sebab mereka mengawal 90 peratus daripada bekalan, maka negara akan mengalami masalah kerana bekalan itu akan terganggu. Jadi, kita tak boleh lari daripada asasnya iaitu mestilah ada penawaran yang mencukupi dengan permintaan. Itu perkara-perkara struktur yang diusahakan secara bersama sebahagiannya di bawah Kementerian Pertanian, sebahagiannya di bawah Kementerian Ekonomi dan sebagainya.

[Bangun]

Perkara kedua, komponennya ialah gaji. Sebab itu kita tak boleh lari daripada untuk kita mencari jalan macam mana kita menaikkan gaji rakyat secara berkala baik di sektor awam dan sektor swasta. Kalau ini bermakna kerajaan perlu bukan sahaja mengambil keputusan dasar tetapi memberi peruntukan, pada pandangan saya ia sesuatu yang perlu kita ambil kerana kalau tidak, sampai bila-bila Dewan Rakyat akan bergaduh soal ayam dan itik.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

Sedangkan kita ada banyak benda lain lagi yang kita nak bincang. Itulah yang, yang, yang saya ingat akan mengambil sedikit masa Pendang, sementara kita menambahkan bekalan, memastikan peruntukan itu pergi kepada sektor-sektor untuk meningkatkan bekalan ini...

[Bangun]

[Bangun]

Kita juga perlu cari jalan yang secara sistematik boleh meningkatkan gaji rakyat. Ya, Paya besar dan Titiwangsa, saya 25 minit lagi ada lebih kurang 50 muka surat lagi.

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Tan Sri di-Pertua, saya amat bersetuju sekiranya gaji progresif ini dapat dilaksanakan secepat mungkin Yang Berhormat Pandan. Tetapi, apakah halangannya Yang Berhormat Pandan, sebab dalam Bajet 2024 tempoh hari pun, saya tak nampak perkara ini dinyatakan secara jelas. Singapore dah buat Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Pandan tahu perkara ini. Saya nak dapat kepastian, apakah halangannya? Bilakah kita nak lakukan? Sebab sampai bila Yang Berhormat Pandan, selagi kita tak tebalkan poket rakyat, masalahnya akan sampai bila-bila akan berkaitan seperti mana yang dijawab oleh Yang Berhormat Kota Raja sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pandan.

Kalau saya jawab dulu sebelum Titiwangsa ya, saya bagi. Soalan Indera Mahkota tadi tentang ekonomi digital dan tech, itu adalah satu sektor yang seterusnya kita akan lancarkan satu sektor blueprint. Saya akan ulas sedikit lagi. Mengenai gaji progresif, saya akan cerita panjang lebar dalam tempoh 20 minit selepas ini termasuklah perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Paya Besar tadi.

Buat masa sekarang, kalau saya boleh kembali kepada ucapan yang akan menjawab persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan ini. Untuk kita mengatasi cabaran- cabaran luaran yang di luar kawalan kita ini, satu strategi kerajaan ialah untuk memberi tumpuan untuk meningkatkan permintaan dalam negeri. Bagi meningkatkan perbelanjaan sektor swasta, kerajaan menyasarkan pelaburan swasta pada harga semasa berkembang sebanyak 8.9 peratus atau bersamaan RM300 bilion setahun dalam tempoh 2023 dan 2025. Perkara yang cukup logik dalam keadaan permintaan luaran yang rendah, maka kita juga kena pastikan potensi pelaburan dan perbelanjaan dalaman negara kita ini terutamanya oleh sektor swasta itu dipercepatkan untuk kita mengimbangi kesan daripada kelembapan ekonomi global. Sasaran purata pelaburan swasta ini akan disokong oleh pelaksanaan projek- projek baru dan sedia ada yang merentas sektor-sektor utama ekonomi termasuklah lima sektor baru yang disebut sebagai HGHV yang telah diluncurkan dan terkandung di dalam Bajet 2024, di dalam KSP, di dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, Pelan Induk Perindustrian Baharu yang akan menggariskan dengan lebih terperinci lagi bagaimana kita boleh mempercepatkan pelaburan swasta dalam sektor-sektor utama ini. Menyentuh yang dibawa oleh Indera Mahkota mengenai digital dan tech ya. Setakat ini kita telah lancarkan apa yang disebut sebagai, dengan izin, sectoral blueprint untuk ekonomi berasaskan peralihan tenaga. Memperkukuhkan industri kita dengan NIMP 2030. Jadi, dua daripada lima sektor HGHV itu telah pun ada sectoral blueprint. Sebab itu, tumpuan seterusnya ialah untuk melengkapkan pelan hala tuju sektor-sektor HGHV yang lain dalam tempoh 12 bulan yang akan datang. Saya boleh maklumkan bahawa kementerian saya dan kementerian-kementerian yang terbabit sekarang ini sedang menumpukan usaha untuk membangunkan blueprint untuk digital dan tech yang insya-Allah, kita akan lancarkan jangkaan kita sekarang ialah Februari 2024 dan ini akan menyediakan hala tuju yang terperinci seperti juga sectoral- sectoral blueprint yang lain untuk sektor ekonomi digital dan teknologi termasuklah merancakkan perkembangan syarikat-syarikat pemula dan kemasukan syarikat teknologi dunia ke Malaysia ya. Insya-Allah, akan diusahakan di antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sectoral blueprint yang sama untuk pertanian moden dan sektor yang kelima diusahakan dan dikendalikan oleh NRECC iaitu ekonomi berasaskan nadir bumi. Tujuan kita mengadakan sectoral blueprint untuk setiap satu daripada sektor-sektor di bawah HGHV ini ialah untuk memperincikan lagi sasaran- sasaran, inisiatif-inisiatif, projek-projek rintis, enablers dengan izin, dan juga insentif yang akan diberikan oleh kerajaan supaya ia akan mempercepatkan pertumbuhan dalam kelima-lima sektor ini. Insya-Allah, kerajaan yakin bahawa melalui strategi dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan ini, sasaran pertumbuhan KDNK dalam KSP yang kita telah bentangkan di dalam Kajian Separuh Penggal walaupun mencabar dan saya berterima kasih kepada seluruh Dewan yang faham bahawa kita sedang melalui keadaan yang mencabar dalam ekonomi global ini, tetapi insya-Allah, dengan perancangan- perancangan ini, saya optimis sasaran itu sebenarnya akan dapat dicapai. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya dalam tempoh berbaki, saya ingin menyentuh tentang dua perkara yang paling banyak disentuh di dalam perbahasan mengenai kementerian saya. Pertama mengenai subsidi bersasar dan yang kedua mengenai Dasar Gaji Progresif.

Saya berterima kasih kepada Ahli Dewan di kedua-dua belah yang menunjukkan sokongan dan kefahaman yang tinggi mengenai peri pentingnya penstrukturan semula ekonomi negara terutamanya bersabit dua perkara yang besar. Pertama, penyasaran semula subsidi. Kedua, usaha untuk meningkatkan gaji rakyat melalui dasar gaji progresif. Saya baca Hansard perbahasan dan saya bersyukur setakat bacaan saya, tidak ada Ahli Dewan yang membangkang penstrukturan semula itu. Yang ditimbulkan ialah kegusaran mengenai pelaksanaan kedua-dua dasar ini supaya kita dapat mengimbangi

keperluan fiskal dan penstrukturan ekonomi negara dengan kesannya kepada rakyat dan masyarakat. Kerajaan telah memberi keutamaan untuk melaksanakan anjakan besar dalam mensasarkan semula subsidi.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Gaji.

Saya baca dahulu. Saya ulas sedikit, kemudian bagi ruang ya. Saya rasa kita dah bahaskan berkali-kali, kita dah bentangkan segala angkanya. Kita semua sedia maklum bahawa keadaan yang kita membelanjakan subsidi pukal sebegini tidak akan dapat ditampung oleh mana-mana pentadbiran dalam keadaan kita perlu mengurangkan hutang negara. Jadi kita perlu lakukan ini. Sebab itu antara keputusan pertama yang dibuat oleh pentadbiran ini dalam hal subsidi bersasar ialah untuk membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai sumber rujukan berpusat dan bertujuan menentukan kumpulan sasar yang benar-benar layak untuk mengurangkan, dengan izin, exclusion and inclusion error. Ini kerana kita tahu kita tak ada pilihan. Kita kena buat. Tapi, bila kita nak buat ini, kita nak pastikan bahawa kita dah cuba yang terbaik supaya perkara-perkara pentadbiran yang menimbulkan risiko keciciran itu dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Kuala Terengganu.

Tunggu sekejap. Saya sentuh mengenai PADU sedikit. PADU yang dijadualkan dilancarkan pada bulan Januari 2024 akan mengintegrasikan data mikro dan data pentadbiran dari pelbagai agensi kerajaan bagi mewujudkan profil data semua individu dan isi rumah seluruh rakyat Malaysia. Pelaksanaan PADU ini dijangka akan meminimumkan pertindanan dari segi agihan bantuan dan subsidi oleh pelbagai agensi kerajaan seperti yang berlaku sekarang. Berdasarkan data daripada PADU ini, insya-Allah, penentuan kumpulan sasar akan lebih tepat dan memenuhi objektif pelaksanaan sesuatu dasar. Kriteria dalam menentukan kumpulan sasar akan dilihat daripada aspek yang lebih meluas berbanding dengan sebelum ini kerana kita ada data yang lebih banyak sekarang berbanding dengan sebelum ini. Ia termasuklah soal pendapatan, bilangan isi rumah, tanggungan di dalam isi rumah, lokaliti— maksudnya tempat dia bekerja, kawasan bandar mana, kawasan pedalaman mana, jarak ke tempat kerja— serta pemilikan aset. Sebab, sebelum ini, penentuan bantuan ini langsung tak mengambil kira soal aset. Ada orang dia tidak declare income dia tetapi harta dia banyak sebenarnya. Jadi, kita juga ingin memastikan bahawa pemilikan aset seperti rumah, kenderaan, tanah dan lain-lain ini diambil kira juga. Oleh itu, melalui kaedah ini, kerajaan berharap kita tidak lagi perlu menumpukan kepada kumpulan pendapatan tertentu. Kerana sebelum ini, oleh kerana data yang ada itu hanyalah kepada beberapa variables tertentu sahaja, pemboleh ubah tertentu sahaja. Maka, kita gunakan kaedah statistik.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

[Bangun]

Kita draw a line, yang ini B40, yang ini M40. Jadi kalau terlebih RM10 pun daripada garis M40 itu, walaupun dia ada banyak faktor-faktor lain, maka dia tidak dapat bantuan.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Sedikit boleh tak, Menteri?

Saya jelaskan dahulu, kemudian Kuala Terengganu dahulu.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Tentang kebocoran maklumat.

Tidak ada, tidak ada. Biar saya jelaskan dahulu. Kemudian Kuala Terengganu dahulu. [Disampuk] Oh, Pendang dahulu ya? Pendang dah dapat peluang. Kuala Terengganu dahulu. [Disampuk] Gaji akan sampai lepas ini.

Data ini juga akan diverifikasi bagi memastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat sebab kita kena terima keadaan yang kita ada sekarang. Dalam masyarakat kita, hanya 60 peratus daripada tenaga kerja kita berada di dalam sektor formal iaitu makan gaji. Yang ini sahaja kerajaan ada data pendapatan. 40 peratus adalah di sektor bukan formal. Dia tidak ada fail apa-apa. Kita sebenarnya tidak tahu pendapatan dia. Dia miskin ke, dia kaya ke. Jadi, kita perlu melalui proses verifikasi untuk membolehkan seberapa ramai rakyat dan isi rumah mempunyai data pendapatan dan tanggungan yang tepat. Selain itu, data juga perlu berasaskan kepada, dengan izin, near real-time. Sebab, kita dah ada banyak pangkalan data sebelum ini, masalah utamanya ialah bukan untuk menubuhkan pangkalan data itu. Masalahnya ialah untuk mengemas kini data itu supaya ia betul-betul melambangkan keadaan yang sebenar. Kalau tidak, data itu dia tidak melambangkan. Dia miskin dalam pangkalan data kerajaan, dekat luar dia sebenarnya kontraktor besar. Oleh sebab itu, pangkalan data yang dibangunkan melalui PADU mestilah bermatlamatkan kepada near real-time supaya setiap perubahan yang berlaku dalam mana-mana pangkalan data, itu akan terus mengubah pemboleh ubah-pemboleh ubah di dalam pangkalan itu. Saya suka memaklumkan kepada Dewan, selaras juga dengan soalan daripada Bera mengenai status pembangunan PADU, pembangunan sistem ini telah dimulakan pada Jun 2023 dan dijangka akan dilancarkan pada Januari 2024, lebih kurang dua bulan sahaja lagi. Selepas dilancarkan, bermula Januari 2024, PADU akan dibuka selama tiga bulan sehingga Mac 2024 untuk membolehkan orang ramai mengesahkan data mereka di dalam itu. Ini yang disebut sebagai verifikasi. Ia satu usaha yang perlu melibatkan seberapa banyak pihak dalam negara kita. Selepas pengemaskinian maklumat individu dan verifikasi ini dilakukan, itu bermakna PADU sudah bersedia untuk melaksanakan apa-apa bentuk penstrukturan dan penyasaran semula subsidi bermula daripada April 2024 ke atas. Setakat Oktober 2023, pembangunan sistem telah mencapai 72 peratus setakat ini dan sebanyak 29.8 juta data penduduk telah pun dimuat naik ke dalam sistem. Kuala Terengganu dan kemudian...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pandan, Pandan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Putrajaya.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pandan, Pandan, ini Pulai, Pandan.

Tuan Yang di-Pertua

Kapar, Kapar.

Kapar dan kemudian Pulai.

Kuala Terengganu.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Putrajaya.

Putrajaya kemudian sebab nanti Pendang...

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Isu yang sama ya.

Tidak apa, kita dengar Kuala Terengganu dahulu, Kapar, kemudian...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pulai.

Masukkan Muar.

Pertama, saya ucapkan tahniah langkah penubuhan PADU dari segi untuk menyelaraskan pangkalan data itu adalah satu langkah yang amat penting.

Saya ingin tanya, apakah kerajaan sudah menetapkan mekanisme pelaksanaan untuk subsidi bersasar ini? Adakah ia juga melibatkan penubuhan satu agensi khas bagi menyelaraskan pemberian bantuan kerajaan termasuk penerima subsidi bersasar ini? Agensi-agensi yang pelbagai dan bertindan sekarang ini, di mana adakah kerajaan bercadang untuk menyusun semula menjadi sebuah agensi baharu yang boleh ditubuhkan sebagai pusat sehenti penjagaan kebajikan yang boleh membantu rakyat mencari pekerjaan agar mereka dapat hidup secara dalam keadaan sekarang ini, tidak bergantung semata-mata kepada bantuan? Terima kasih.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Menteri. Saya seronok dengar apa yang dirancangkan tadi, yang diterangkan oleh Menteri. Saya nak ingat satu sahaja, sebab kita mendapatkan maklumat yang sangat terperinci dan it is very sensitive. Jadi, saya nak ingatkan kerajaan supaya devise satu mekanisme di mana maklumat itu terjamin keselamatannya dan tidak digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Terima kasih Menteri.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pulai nak bertanya sedikit tentang data ini. Maksudnya, data yang lengkap, ia berada di banyak tempat. Maknanya kita akan rentas kementerian, rentas state dan sebagainya. So, data ini sebelum ini tidak terbuka. Tentulah ada pindaan-pindaan akta tertentu yang membolehkan data itu diperolehi di bawah PADU ini. Dalam tempoh yang singkat dua bulan lagi, apakah sempat benda itu dilaksanakan?

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Satu lagi saya hendak tanya macam data-data di peringkat kerajaan negeri, contohnya macam data tentang tanah dan sebagainya. Apakah ia boleh termasuk dalam PADU ini sekali? Terima kasih.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Berkaitan dengan data ini juga. Hasrat awal dahulu apabila dimulakan data ini adalah akhir sekali diadakan satu – seperti mana yang disebut oleh Kuala Terengganu tadi agensi khusus. Sebab, kita tak nak nanti bila data ini ada yang hendak gunakan data ini dia akan macam-macam agensi. Kalau, saya selalu sebutlah central link di Australia sebagai contoh. Kementerian datang dengan pelbagai inisiatif pendekatan bantuan dan sebagainya tetapi digunakan oleh satu agensi khusus yang mana, bukanlah agensi baharu. Kita boleh susun balik JKM dan sebagainya yang mana akan ada case officer seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi, hendak tengok keluarga dia anak berapa orang, anak OKU ke tidak, kerja apa dan sebagainya. Adakah ini merupakan pendekatan yang akan digunakan kerajaan untuk mewujudkan satu agensi khusus ini bagi memastikan data ini dapat digunakan seoptimum mungkin. Terima kasih.

Temerloh satu.

Kejap Temerloh. Saya jawab empat dahulu. Empat dahulu ya. Daripada Kuala Terengganu dan Putrajaya, lebih kurang pandangan yang sama dan daripada Kapar dan Pulai juga ialah mengenai perkara yang hampir sama. Jadi, saya ulas secara menyeluruh ya. Buat masa sekarang, kerajaan tidak membincangkan lagi sama ada kita perlu ada perubahan dari segi fungsi dan struktur kementerian- kementerian dan agensi-agensi. Saya faham dan saya pasti semua Ahli Dewan hargai bahawa adalah cukup penting untuk kita yakinkan rakyat dan juga sistem kerajaan bahawa PADU ini benar- benar boleh berlaku adil kepada penerima. Sudah tentu matlamat kerajaan ialah untuk merangkumkan dan mencantumkan seberapa banyak bantuan yang sekarang ini ada beratus-ratus jenis bantuan yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan mengikut fasa- fasanya supaya kita boleh gabungkan menjadi satu bentuk bayaran tunai ataupun bantuan bulanan yang lebih besar. Sebab, kalau tidak ini bagi RM50, yang itu bagi RM100. Jadi, orang yang dapat itu tercicir kiri kanan, dia tidak ada kesan kepada keluarga sedangkan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan itu berpuluh-puluh bilion.

Jadi, matlamat untuk memastikan kita mula menyatukan bentuk-bentuk bantuan ini adalah sebahagian daripada langkah jangka masa sederhana kerajaan dan saya ingat kita kena melalui proses ini terlebih dahulu iaitu kita sasarkan subsidi petrol dan diesel terlebih dahulu. Tengok sama ada PADU ini betul-betul boleh berlaku adil kepada rakyat dan kurangkan keciciran dan juga orang yang patut tidak dapat jangan dia dapat.

Apabila sudah ada satu keyakinan kepada sistem itu dan itu membolehkan kerajaan bergerak ke fasa yang seterusnya. Termasuklah soal kita nak gabung macam dan juga sama ada kita nak wujudkan atau kita nak rasionalisasikan agensi. Itu adalah keputusan-keputusan yang akan berlaku, insya-Allah dalam tempoh empat lima tahun akan datang. Soal Kuala Terengganu juga tentang sama ada kerajaan telah memutuskan mekanisme, mekanisme itu sepatutnya dibentangkan di Jemaah Menteri dua minggu lepas tetapi saya di hospital. Jadi, insya-Allah akan dibentangkan dan kerajaan akan buat keputusan dalam tempoh yang terdekat. Tetapi, kita telah bincang selama lebih kurang enam bulan. Jadi, sebenarnya bagi saya keputusan itu telah hampir sampai. Tapi, kita keputusan mekanisme macam mana itu mudah nak dibuat, yang payahnya ialah untuk pastikan bila kita nak agihkan itu ia betul-betul berlaku adil kepada setiap isi rumah. Sebab itu, kita betul-betul tumpu kepada mendapatkan data yang tepat dahulu kerana bila data itu tepat dan mengikut perancangannya, menjelang Mac 2024, kita sudah pun melepasi proses verifikasi dan pengemaskinian oleh rakyat Malaysia. Maka, macam mana pun kerajaan hendak buat keputusan, dia hendak bagi RM500 seorang kah, dia hendak bagi RM200 seorang kah, itu adalah keputusan yang boleh dilaksanakan terus.

[Bangun]

Kita tak nak contohnya, buat keputusan tetapi bila nak laksana yang itu tidak ada, yang ini tidak ada dan sebagainya. Sebab itu, untuk menjawab banyak persoalan sepanjang tujuh lapan bulan yang lepas, sebab itu proses dan sasaran semula subsidi ini mengambil masa begitu kerana tempohnya enam tujuh bulan itu kita tumpu kepada memastikan data itu selengkap yang boleh. Soalan daripada Kapar dan Pulai, satu cabaran sebelum ini kenapa data kerajaan ini tidak boleh digabungkan ialah kerana akta tidak bagi. Setiap jabatan itu, dia ada akta dia masing-masing dan dia memang tidak bagi kongsi. Jadi, untuk kita membawa perkembangan PADU sehingga ke peringkat ini, 72 peratus sudah hampir siap, 29.8 juta data telah masuk. Dalam tempoh lapan bulan yang lepas, kita telah pastikan agensi- agensi kerajaan menandatangani perjanjian satu sama satu dahulu. Sebab, kita akan mengambil masa kalau kita nak buat akta terlebih dahulu lepas itu baru nak buat PADU, maka kita akan tergelincir daripada jadual kita untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi. Jadi, kita buat sekali gus. Jadi, perkara itu telah berlaku dan insya-Allah bulan Jun 2024 kerajaan dijangka akan membentangkan Akta Omnibus mengenai perkongsian data. Ini juga akan mengambil kira pandangan dan juga perkara yang ditimbulkan oleh Kapar tadi apabila kita sudah ada satu pangkalan data yang begitu menyeluruh dan sensitif begini, sudah tentu soal kerahsiaan, soal siber sekuriti, soal perkongsian itu menjadi cukup sensitif dan kerajaan akan membentangkan bagaimana kita akan mengukuhkan perkara-perkara itu melalui Akta Omnibus. Insya-Allah akan dibentangkan Jun 2024. Temerloh sekejap.

Okey, terima kasih Menteri dan terima kasih Speaker. Kalau kita lihat tadi berkaitan dengan subsidi bersasar, saya tidak dapat melihat bahawa subsidi ini memberikan kesan yang baik ataupun bantuan ataupun manfaat kepada rakyat marhaen, yang pertama. Sebab, kalau kita lihat situasi hari ini krisis kenaikan harga barang yang tinggi, nilai mata wang ringgit yang lemah, keadaan ekonomi merudum, sewajarnya kerajaan membentangkan bajet tambahan. Bukannya, kita lihat dengan mengurangkan beban rakyat.

Juga, bukannya untuk mengurangkan subsidi rakyat. Dalam masa yang sama, sewajarnya juga kita mengurangkan kos pentadbiran kerajaan. Itu sahaja. Wallahualam. Terima kasih.

Soalan tambahan dari Muar.

Terima kasih Temerloh. Nanti saya kena jawab dan saya kena cepat Yang Berhormat Muar supaya...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo pun nak minta sedikit. Puncak Borneo minta sedikit. Tak banyak.

Saya kena teruskan. Saya jawab yang Temerloh tadi dan saya kena masuk yang Paya Besar tanya tadi tentang Dasar Gaji Progresif. Tidak betul Temerloh kalau kata ekonomi merudum. Kot mananya ekonomi merudum Temerloh? Pertumbuhan ekonomi naik dari satu suku ke suku. Ekonomi terus berkembang. Kadar pengangguran terendah. Kadar inflasi terendah. Jadi, kecualilah definisi ekonomi merudum itu pandai-pandai dibuat oleh Temerloh perkara itu tidak betul. [Tepuk] Kemudian...

Nilai mata wang kita pun merudum.

Nilai mata wang betul merudum tetapi satu dunia merudum. Yang tak merudum sekarang hanyalah Amerika Syarikat. Jadi, sebab itu keadaannya tidak boleh dibandingkan dengan keadaan nilai mata wang sekarang ini dalam suasana ekonomi dan juga perdagangan antarabangsa yang berbeza sekarang berbanding dengan tahun 1998 ataupun tahun 2015. Kalau nak dikatakan nilai mata wang merudum itu sebagai tanda kepada masalah ekonomi negara yang berlaku ialah bila mata wang merudum yang lain pun merudum juga. Gaji jatuh, ekonomi tak berkembang, orang hilang kerja. Itu baru boleh kata merudum. Yang berlaku sekarang ini di seluruh dunia. Mata wang jatuh kerana kita melalui keadaan yang mana Kerajaan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedahnya kemudian dunia pula berlaku pelbagai pergolakan dan bila berlaku pergolakan, sudah tentu pelabur- pelabur mengambil langkah biasa iaitu memegang aset yang dikira paling stabil iaitu sama ada emas ataupun dolar. Jepun pun begitu. China pun begitu. Thailand pun begitu. Semua begitu.

Yang Berhormat Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Jadi, sebab itu saya. Sementara saya nak jawab yang Temerloh tanya tadi, tapi saya rasa kita kena berlaku adil. Tidak boleh kita kata keadaan ekonomi negara ini merudum. Ekonomi tumbuh. Ekonomi sebenarnya berada dalam keadaan yang baik tetapi kita juga sedia maklum bahawa terutamanya oleh kerana tangga gaji rakyat itu tidak naik dengan cepat, sebab itulah apabila berlaku sedikit saja kenaikan harga barang tertentu, dia dikira menjadi beban. Ini perkara yang akan ditanggung oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan. Kalau selepas ini pembangkang jadi kerajaan pun, pembangkang akan tanggung perkara yang sama. Arau, saya nak kena jawab Paya Besar. Biar saya teruskan pasal gaji progresif dahulu, kemudian saya boleh kembali kepada Arau dan Pendang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

Muar daripada tadi belum dapat peluang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Lima minit lagi, lepas itu stop.

Bagi saya lima minit lebih lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, lima minit sahaja.

Kalau tidak, KPT akan marah di belakang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Betul.

Baik.

Jangan lupa Muar. Muar dah lama berdiri.

Dan Muar, ada tiga ya yang menunggu giliran.

Tadi saya...

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Puncak Borneo juga.

Menteri.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Menteri, Puncak Borneo. Jangan lupa Puncak Borneo.

Yang itu kena tanya Speaker ya.

Menteri.

Baik.

Speaker. Saya nak jawapan tadi, sejauh manakah...

Nanti, nanti. Temerloh, saya sudah jawab.

Ada yang belum dijawab lagi.

Dan saya kena teruskan.

Tak jawab lagi.

Saya kena teruskan, okey. Baik, kita kena kembali kepada soal ekonomi- soal Dasar Gaji Progresif eh. Mengenai Dasar Gaji Progresif, banyak persoalan ditimbulkan dalam perbahasan saya baca Hansard atas alasan ia tidak dimasukkan di dalam Belanjawan 2024. Sebenarnya peruntukan untuk pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalan telah pun dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi. Nanti bila kita sampai ke perbahasan peringkat Jawatankuasa, saya boleh tunjukkan bahawa peruntukan untuk projek rintis kepada syarikat-syarikat secara awalan itu sebenarnya telah masuk. Saya nak hurai tentang persoalan yang dibawa oleh Paya Besar tadi sebab saya faham di peringkat rakyat dan juga Ahli Dewan, kita perlukan ini. Kita perlu naikkan gaji jadi kenapa tidak boleh dibuat serta merta? Jadi, di peringkat kerajaan, kita ada perbincangan yang panjang lebar, berkali-kali saya ingat Dasar Gaji Progresif dibincangkan tiga kali di Jemaah Menteri ye sebab kita memahami pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini adalah langkah berani yang akan membawa kesan besar kepada ekonomi dan rakyat kerana ini kali pertama kerajaan akan campur tangan secara terus untuk meningkatkan gaji sektor swasta. Maka, keputusan yang dibuat ialah pelaksanaannya perlu melibatkan kesemua pihak dan digerakkan sebagai langkah bersama untuk satu negara. Dia tak boleh buat dasar saja dan pandai-pandai kamu sebab kita takut berulang perkara-perkara yang pernah berlaku apabila beberapa dasar mengenai gaji dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu, satu Kertas Putih cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen dalam

sesi ini dan saya telah dimaklumkan, Dewan Rakyat telah memberi tarikh pada 30 November 2023 untuk kita bentangkan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif sebab ia tebal dan dia banyak perkara-perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci dan dia tidak boleh dijawab dan disentuh dengan satu perenggan di dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri sebab isunya adalah rumit. Jadi, keputusan Jemaah Menteri adalah lebih baik bentang kertas dasar- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif bukan sahaja untuk dibahaskan tetapi untuk menjawab perkara-perkara yang disebut oleh Paya Besar tadi. Apa sebenarnya masalah gaji dalam negara kita ini? Kenapa sukar nak naikkan gaji? Kenapa dasar-dasar yang sedia ada ini sementara telah menyumbang sebelum ini tetapi masih belum cukup untuk menaikkan gaji? Adalah lebih baik sekiranya keseluruhan cadangan dan perincian dibentangkan di dalam Kertas Putih untuk memberi ruang kepada anggota Dewan dan rakyat keseluruhannya menilai pendekatan jadual masa dan mendalami perkara-perkara struktur yang perlu diselesaikan. Tapi untuk mengekalkan momentum tumpuan kerajaan kepada persoalan gaji, Projek Rintis Pelaksanaan Gaji Progresif akan dilaksanakan dalam tahun 2024. Tapi kita tak boleh pada pandangan saya sendiri, sesuatu yang sebesar ini tidak boleh hanya dibuat satu arahan kemudian pandai-pandai. Kita kena tengok dahulu enam bulan pertama macam mana, kaji apa yang boleh, apa yang tak boleh, tengok apa penambahbaikan yang boleh...

Yang Berhormat Menteri.

...dilakukan dan pada pelaksanaan projek rintis dalam tahun 2024 itu akan menilai keberkesanan dan ketersediaan dasar tersebut dan pihak kerajaan mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semasa pembentangan Dasar Gaji Progresif pada 30 November ini. Nanti, kita kena ikut giliran...

Muar daripada tadi, awal bangun.

Muar paling awal tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa tambahan mahu tamat.

Muar dulu, Arau- oleh kerana saya baru keluar hospital, saya minta lima minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tadi sudah lima minit.

Setuju, setuju.

Muar, Arau dan Pendang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri....

Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia seorang Menteri, jadi bagi peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Duduklah Arau.

Menteri ni penting, Yang Berhormat.

Terima kasih.

10 minutes.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Muar, Arau dengan...

Dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa mereka akan menarik semula subsidi diesel secara berperingkat tetapi perincian ‘secara berperingkat’ itu tidak didefinisikan. Persoalan saya, hari ini kerajaan membelanjakan lebih RM13 bilion setiap tahun bagi subsidi diesel dan bagi setiap liter dalam RM1.60. Rakyat sedang tanya, adakah pelan kerajaan untuk mengapungkan harga diesel mulai tahun depan selepas pangkalan PADU telah siap dengan bantuan cash transfer one go atau adakah dasar kerajaan ‘secara berperingkat’ tersebut bermaksud untuk naikkan harga bumbung diesel daripada tahun ke tahun? Apa perincian ‘secara berperingkat’ itu? Terima kasih.

Pendek Yang Berhormat. Ini saya minta jawab bertulislah ya. Semasa semua sekali wang jatuh Yang Berhormat sebut tadi tetapi Malaysia yang paling teruk di Asia. Semasa semua orang sudah recovered, dengan izin, Malaysia tak recover sampai hari ini. Itu saya minta jawab bertulislah sebab dia ni complicated sikit. Akhir sekali Yang Berhormat, saya nak tanya. Saya minta maaf, saya sebenarnya presiden persatuan TikTokers semasa Yang Berhormat tak keluar formula. Presiden persatuan penyokong Rafizi semasa tak da formula. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut bahawa kalau bagi peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen, dia takut dia bayar kepada TikTokers. Itu ya Yang Berhormat Tuan Pengerusi tapi kalau nak jawab, jawab bertulis pun tak apa. No problem. Thank you Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Tadi saya tertarik pasal berkenaan dengan program gaji progresif ini sebab apa, di situ dia ada dua elemen yang kita terpaksa kena tengok supplier dengan– supply dengan demand. Sekarang ni supply meningkat sangat tinggi, demand tidak berlaku lagi. Jadi dalam keadaan ini, kita akan tengok sama ada fokus kita tu nak pergi ke volunteer ataupun mandatori dalam sistem gaji progresif ini. Cuma saya nak tanya, bila kita nak bentangkan formula ini untuk kita tingkatkan sebab sekarang ni kita demand tak berlaku lagi. Bila tak berlaku, kita sudah ada– rakyat sudah ada liabiliti dekat situ, terutamanya pekerja swasta yang gaji tidak meningkat. Jadi, oleh sebab itu kita perlu keputusan segera tapi disebut tadi berapa hari bulan kita nak bentang? 30 dan kita nak laksana bila, Insya-Allah? Laksana tu penting sebab apa, sekarang ni supply sudah meningkat tinggi, semua, all sectors meningkat, cuma demand belum lagi berlaku. Jadi, kita concerned. Terima kasih. Jaga kesihatan sebab apa, jangan atas katil pun dok pikiaq bab ekonomi lagi. Your kesihatan first. Okey, terima kasih.

Baik, baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan.

Ringkaskan ya. Saya yang- Arau oleh kerana dia presiden kelab penyokong saya di TikTok, saya akan jawab di TikTok nanti. Untuk Muar ya, sebenarnya mekanisme-mekanisme itu telah dibincangkan tetapi keputusan- keputusan mengenai kuantum, bila dan sebagainya itu perlu diumumkan semasa dilaksanakan kerana kalau kita bincangkan sekarang, kita bimbang itu akan menyebabkan timbulnya spekulasi inflasi. Kalau orang kata akan jadi begini, begini, lima enam bulan, hah yang masa itulah segala jenis yang akan naik. Jadi, sebab itu kerajaan tidak mengumumkan perincian itu kerana itu perlu dibuat semasa dilaksanakan untuk kita memastikan tidak ada kesan knockoff inflasi yang keterlaluan. Jawapan soalan-soalan Arau nanti saya jawab secara bertulis.

Akhir sekali, Pendang tanya soalan yang masuk dengan cantik sahaja kepada penerangan bab terakhir mengenai gaji progresif ini ya. Antara inisiatif untuk kita meningkatkan gaji rakyat sudah tentu ialah yang melibatkan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Selain daripada itu, inisiatif-inisiatif yang pernah dibuat dan masih lagi berjalan sekarang termasuklah dengan menggalakkan penerimaan

sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti. Pendang pernah menjadi Timbalan Menteri, Pendang tahu bahawa memang ada Productivity Linked-Wage System (PLWS) ini dan ia berjalan bersama-sama dengan Perintah Gaji Minimum yang kita ada. Pun begitu, ada beberapa perkembangan yang menunjukkan dasar sedia ada iaitu penetapan gaji minimum dan sistem sukarela tanpa campur tangan kerajaan seperti PLWS. Sebab PLWS adalah sepenuhnya sukarela. Belum lagi berjaya meningkatkan tahap gaji pekerja. Contohnya ya, sehingga Ogos 2023, sebanyak 97,799 majikan sebenarnya telah melaksanakan PLWS dan jumlah pekerja di bawah PLWS sekarang ini adalah 5.96 juta. Namun, bila kita tengok kepada kadar gaji, ia tidak dapat ditingkatkan kepada kadar yang lebih tinggi. Kita tengok laporan gaji dan upah sektor formal untuk suku pertama 2023, masih terdapat seramai 2.2 juta pekerja yang bergaji kurang daripada RM2,000 walaupun ada Perintah Gaji Minimum, walaupun ada PLWS. Beberapa dapatan mengenai struktur gaji setakat ini menunjukkan perkara- perkara berikut. Pertama, penetapan gaji minimum menyebabkan berlakunya dengan izin, wage compression ataupun herotan gaji iaitu sementara gaji pekerja tidak berkemahiran itu telah naik, yang tukang cuci, yang bawah ini ia naiklah RM1,500 tetapi gaji pekerja berkemahiran dan separa kemahiran terutamanya bagi golongan muda dan pertengahan umur, sebenarnya menjadi semakin rendah dan tidak meningkat. Ia herotlah sebab nak bayar gaji minimum yang pekerja tidak berkemahiran ini, dia tak naikkan gaji yang berkemahiran pula. Sebab itu kita sering mendengar keluhan golongan muda mengenai gaji mereka yang rendah. Dapatan ketiga ialah walaupun sistem upah berasaskan produktiviti atau PLWS telah dilaksanakan lebih sedekad sebenarnya sejak 2007. Ia tidak mempunyai kesan nyata kepada kenaikan gaji pekerja kerana ia bersifat sukarela sepenuhnya tanpa ada campur tangan kerajaan. Jadi, oleh kerana Speaker dah memang betul-betul marah dan juga Menteri KPT pun marah di belakang, saya nak tutup kerana kita ada satu hari pada 30 November ini untuk kita bahaskan dengan lebih mendalam dan secara ilmiah mengenai masalah struktur gaji yang ada di negara ini. Dari segi jangka masa pelaksanaannya, Pendang, Paya Besar dan Ahli Dewan yang lain, ia akan diperincikan di dalam kertas putih itu, akan ada jadual yang terperinci di dalam kertas putih itu. Jadi, demikianlah Puan Yang di-Pertua penggulungan dari saya dan Kementerian Ekonomi kepada perkara-perkara yang ditimbulkan sepanjang perbahasan Belanjawan 2024. Di sebalik kehangatan Dewan — saya tak adalah tengok di hospital tapi saya bayangkan Dewan tetap panas macam mana pun dengan masing-masing mempunyai pandangan. Saya juga berterima kasih kerana pandangan-pandangan itu daripada semua pihak walaupun berbeza-beza, sebenarnya menjuruskan kepada matlamat yang sama. Kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang nampaknya bersetuju bahawa negara tidak boleh melengahkan lagi beberapa reformasi struktur ekonomi untuk memperbetulkan ekonomi negara kita. Soal penyasaran semula subsidi, pengukuhan fiskal untuk mula mengurangkan hutang negara, membina enjin-enjin pertumbuhan baru, meningkatkan gaji rakyat, membasmi kemiskinan dan mewujudkan sistem perlindungan sosial yang lebih menyeluruh, ini adalah titik-titik pertemuan di antara kita. Jadi saya doakan kita semua diberikan kekuatan untuk menjalankan amanah ini. Insya-Allah, berkat usaha bersama, kita akan dapat melihat Malaysia diiktiraf sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang akhir Parlimen Ke-15 ini dalam tempoh empat, lima tahun dari sekarang. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah mengambil masa satu jam satu minit. Saya jemput Menteri Pendidikan Tinggi.

Hari ini kami semua baik dengan Menteri Ekonomi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau jangan kacau. [Ketawa]

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pendidikan Tinggi · Kota Tinggi

Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertamanya, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membangkitkan isu-isu berkaitan dengan pendidikan tinggi sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2024 kali ini. Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan tersebut secara berkelompok dan bersekali berdasarkan tema-tema besar berikut. Pertama, keperluan transformasi pendidikan tinggi dan potensi pendidikan tinggi sebagai penyumbang ekonomi negara. Yang Berhormat Larut telah menyarankan kewajaran kerajaan untuk memulakan kajian bagi mentransformasikan sektor pendidikan tinggi sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara. Saya bersetuju dengan saranan tersebut. Sebenarnya, Kementerian Pendidikan Tinggi telah pun membentuk sebuah Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional atau National Higher Education Policy Review Committee (NRC). NRC ditubuhkan pada awal tahun ini dengan tujuan menyemak dan mengkaji semula secara mendalam kesemua dasar pendidikan tinggi negara. Ia dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Idris Jala dengan keanggotaan seramai lapan pakar dalam bidang pendidikan tinggi. Jawatankuasa ini turut dibantu oleh pasukan khas dari KPT, ahli-ahli akademik, Unit PEMANDU dan pemain industri seperti Boston Consulting Group. Untuk makluman, kesemua ahli dan pakar yang terpilih telah menyumbang khidmat secara pro bono atau percuma selama tiga bulan. Sepanjang tiga bulan yang diperuntukkan, pasukan ini telah mengadakan pelbagai sesi libat urus melibatkan kira-kira 200 peserta yang mewakili 115 organisasi. Sebanyak 874 isu telah dikenal pasti di peringkat awal. Walau bagaimanapun, setelah diteliti dan diperhalusi. Sebanyak 58 cadangan penambahbaikan utama yang merentas tujuh isu utama sektor pendidikan tinggi negara telah dibentangkan kepada pihak kementerian. Tujuh isu utama yang harus dibetulkan tersebut adalah:- (i) peraturan ketat yang mengekang perkembangan dan pertumbuhan sektor pendidikan tinggi; (ii) proses atau birokrasi yang menyebabkan kelewatan dan ketidakcekapan; (iii) penyelarasan yang tidak memenuhi keperluan industri dan reka bentuk akademik; (iv) hala tuju yang tidak jelas akibat kekurangan dasar dan peraturan yang baik; (v) sumber yang terhad; (vi) mekanisme pembiayaan yang tidak memberi insentif kepada prestasi tinggi; dan, (vii) penguatkuasaan dan pelaksanaan yang lemah. Daripada 58 saranan yang dikemukakan tersebut, 30 cadangan bersifat transformatif, tujuh cadangan quick wins, dan 21 inisiatif pembolehdaya atau enablers. Bagi memastikan segala saranan ini difahami oleh semua pemegang taruh dan benar-benar dapat memberi impak yang disasarkan, KPT telah mengadakan Hari Terbuka pada 23 Oktober yang lalu. Semasa Hari Terbuka tersebut, pandangan, kritikan serta

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pendidikan Tinggi · Kota Tinggi

maklum balas daripada orang awam dan semua pemegang taruh berkenaan 58 cadangan penambahbaikan telah berjaya dikumpulkan dan ia akan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan.

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penerangan. Saya percaya ini berbangkit daripada perbahasan Ketua Pembangkang. Jarang sekali saya bersetuju dengan Ketua Pembangkang tapi kali ini saya bersetuju dengan Ketua Pembangkang kerana saya bersetuju bahawa kita ingin menggunakan pendidikan tinggi sebagai satu jentera untuk menjana ekonomi. Memang adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Pada masa yang sama, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk juga merayu kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan supaya juga memberi perhatian. Dalam kita memberi perhatian kepada menggunakan pendidikan sebagai satu penjana ekonomi di mana kita akan menggunakannya untuk menarik pelajar-pelajar dari luar negara. Tiap-tiap tahun terdapat keluhan, rintihan dan aduan pelajar-pelajar di dalam negara yang mencapai pencapaian-pencapaian yang begitu baik dalam peperiksaan mereka, SPM dan sebagainya di mana beliau, mereka tidak memperolehi peluang untuk membuat matrikulasi dan sebagainya. Ini menjadi topik yang hangat. Selalu menjadi polemik terutamanya pelajar-pelajar India dan pelajar-pelajar Cina. Kita mendapati bahawa ada yang segelintir mendapat flat A, semua A, 9A, 10A tetapi bila mereka memohon untuk matrikulasi, tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Cuma saya merayulah kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Menteri, yang telah memberi penerangan yang begitu mendalam supaya perkara ini juga dapat diberi perhatian, supaya kita dapat— dalam kerajaan baharu ini, kita dapat menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan ia menjadi polemik. Persoalannya ialah kenapa mereka tidak mendapat tempat walaupun pencapaian mereka begitu cemerlang? Saya memohon, merayu supaya Yang Berhormat Menteri memberi perhatian kepada perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Menteri, boleh celah sikit? Saya tambah sikit. Apa yang, saya setuju apa yang YB Jelutong, kenyataan YB Jelutong kerana yang saya— apa yang saya faham pada masa kini jika kami nampak UM punya medicine ataupun kursus farmasi, pelajar STPM yang dapat 4 flat susah nak masuk kerana matrikulasi dapat satu priority. Mereka dapat priority boleh masuk ke course yang hangat ini di universiti utama seperti UM punya medicine, UM punya law, UM punya farmasi. Oleh itu saya harap KPT boleh dedahkan statistik, sekarang masih berapa STPM student yg berada dalam course medicine, law dan juga farmasi di UM, USM atau UKM, UPM. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong dan juga Raub. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Jelutong bercakap mengenai soal permohonan untuk masuk ke matrikulasi. Itu adalah di bawah bidang Kementerian Pendidikan. Manakala Raub bertanya mengenai angka dan itu saya boleh jawab secara bertulis. Selain daripada NRC, inisiatif transformasi pendidikan tinggi turut dilakukan dengan meneliti secara menyeluruh impak perkembangan serta inovasi terkini sains dan teknologi. Dalam hal ini, pihak kementerian sedang menyiapkan laporan penuh berkenaan New Horizon for Science and Technology in Securing Malaysia Global Competitiveness dengan izin, daripada pasukan pakar yang dilantik. Kajian yang dikendalikan oleh pakar- pakar akademik dan wakil dari Akademi Sains Malaysia ini akan memperincikan secara mendalam kemunculan pelbagai perkembangan sains dan teknologi yang mesti menjadi tunjang tujahan baru untuk kita ajar, terokai dan memanfaatkan demi Malaysia yang berdaya saing.

Melalui kajian ini, kita akan lebih celik dan terpimpin untuk merencana agihan sumber manusia yang ada untuk dilatih dan diberikan pendidikan serta pendedahan yang relevan. Selain semakan dasar secara keseluruhan yang bertujuan mentransformasikan sektor pendidikan tinggi negara ini. Terdapat beberapa inisiatif utama yang telah diambil oleh KPT bagi melonjak sumbangan sektor pendidikan tinggi ke dalam pembangunan ekonomi negara. Secara umumnya, sumbangan KPT kepada pembangunan ekonomi dijayakan melalui 12 Agenda Ekonomi Madani KPT yang terdiri daripada 50 inisiatif utama dan sokongan dan sumbangan tersebut dijayakan melalui empat pendekatan berikut. Pertama, pembangunan bakat terbaik. KPT berperanan membangun dan menyediakan bakat terbaik berdasarkan keperluan guna tenaga negara. Ini termasuklah menyelaras program pengajian sedia ada agar selari dengan keperluan menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Kedua, penyelidikan berimpak tinggi bagi menyokong ekonomi berasaskan inovasi. KPT membantu pertumbuhan ekonomi negara melalui inovasi produk dan penerokaan ilmu baru yang manfaatkan semua khususnya pihak industri. Di bawah pendekatan ini, KPT memfokuskan kepada penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan atau niche yang diperlukan negara. Antara kajian dan penyelidikan yang berimpak tinggi dan berupaya memberi sumbangan penting kepada ekonomi negara yang telah dan sedang dilakukan oleh sektor pendidikan tinggi adalah antaranya penyelidikan berkaitan: (i) Brachytherapy kanser lidah di USM; (ii) penghasilan vaksin dan sel sengkenit di UM; (iii) dialisis mudah alih UKM; (iv) Padi Putra UPM; (v) Satelit Nano USM; (vi) Autonomous Vehicle Politeknik Sultan Azlan Shah; dan (vii) medical electronic technology Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Banyak lagi yang tak dapat nak disebutkan di sini. Selain daripada pelbagai penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi ini, sektor pendidikan tinggi negara juga sudah membangunkan Pusat Tenaga Negara di UNITEN manakala Pusat Nano Fabrikasi di UKM, Pusat Kecerdikan Buatan dan Robotik di UTM dan Pusat Benih Negara di UPM baru sahaja mendapat peruntukkan untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan Keempat. Seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Beluran, KPT akan memastikan yang sektor pendidikan tinggi negara kita akan terus mengutamakan aktiviti kajian dan penyelidikan yang berimpak tinggi dan berupaya menyumbang kepada ekonomi negara, termasuklah memastikan manfaat-manfaat yang jelas di peringkat negeri. Ketiga, pemindahan ilmu. Peranan dan sumbangan sektor pendidikan...

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri, Ipoh Timur. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri KPT atas apa yang telah disebut tadi berkenaan dengan projek atau permulaan suatu fakulti dengan peruntukkan 20 juta bagi membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence dan perkara ini telah saya bawa dalam perbahasan saya. Soalannya adalah berkenaan dengan pembentukan atau pembinaan baru fakulti ini. Apakah, adakah pihak KPT berhasrat atau berancangan untuk membawa masuk atau melibatkan atau kerah sikit, kata nak kerah lah. Kerah pemain-pemain industri yang memang tersohor, yang sudah hebat, yang punya kedudukan yang sangat tingi di Malaysia. AI players kat Malaysia yang memang dah hebat-hebat untuk menjadi sebahagian daripada pembentukan dan pembinaan Fakulti Artificial Intelligence UTM dengan peruntukkan 20 juta itu kerana di Malaysia yang berkedudukan ke-13 paling hebat dengan download-nya yang 130 juta.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Sebuah syarikat yang bernama Imagine, berpangkalan di Kelana Jaya dengan pemiliknya, CEO nya, CEO, COO, CTO, semua orang Perak, anak jati Ipoh. Mereka sebenarnya telah memimpin sektor ini di peringkat persada dunia. Apakah hasrat, sama adanya hasrat KPT untuk melibatkan mereka dalam usaha pembangunan ekosistem AI atau kaji selidik penyelidikan dan kajian AI di Malaysia? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Timur. Saya akan sampai mengenai jawapan mengenai AI nanti. Memang ada dalam jawapan saya. Soal pemindahan ilmu, pendekatan yang akan dijayakan oleh kementerian— Pertama, menawarkan perkhidmatan konsultasi kepakaran kepada kerajaan, industri dan pihak yang memerlukan. Kedua, mengolah ilmu, inovasi dan pengalaman yang ada di IPT untuk dipindah dan diterjemahkan kepada masyarakat sebagai satu inovasi sosial dan inisiatif meningkatkan kesejahteraan. Untuk makluman, KPT sedang mengumpulkan segala inisiatif dan intervensi yang bukan sahaja boleh membantu membasmi kemiskinan tetapi akan berupaya memberi daya tumbuh masyarakat. Ini termasuklah memberikan bimbingan keusahawanan dan pembangunan ekonomi setempat dengan sasaran meningkatkan pendapatan, perkongsian solusi kepada isu masyarakat dan pelbagai lagi. Keempat, pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Kementerian akan mengoptimumkan kekuatan Malaysia untuk diangkat menjadi hab pendidikan global, sekali gus menarik kedatangan lebih ramai pelajar dan institusi antarabangsa seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Machang juga Yang Berhormat Parit. Untuk makluman, KPT sedang membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2023-2030 yang akan menggariskan beberapa strategi baharu dan pengukuhan yang diperlukan untuk terus melonjakkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang menarik. Walau bagaimanapun, suka ditegaskan dalam konteks pengantarabangsaan ini, kita mempunyai sekurang-kurangnya empat cakupan dan pendekatan untuk menjayakannya. Pertama ialah kepada kehadiran pelajar antarabangsa di Malaysia. Setakat Jun 2023, kita mempunyai seramai 104,315 pelajar antarabangsa di Malaysia yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang dan peringkat. Namun, ia bukanlah satu-satunya rujukan dan kriteria pengantarabangsaan kita kerana, perkara kedua, kita juga merujuk kepada kehadiran institusi pendidikan tinggi luar negara yang membuka cawangan di negara kita. Ketika ini, sebanyak 10 cawangan IPT dari luar negara yang sedang beroperasi di negara kita. Terbaru adalah kampus antarabangsa Tsukuba University dari Jepun yang akan mula beroperasi tahun depan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia adalah negara yang menjadi destinasi pertama di dunia pembukaan universiti Jepun di luar Jepun. Selain pembukaan cawangan antarabangsa oleh IPT luar negara di Malaysia, pengantarabangsaan sektor pendidikan tinggi turut melibatkan dua perkara iaitu penawaran pelbagai program luar pesisir yang menjadi fokus universiti awam dan pembukaan pelbagai kampus cawangan di luar negara oleh institusi pengajian tinggi swasta. Antara contoh pembukaan cawangan IPTS di luar negara adalah cawangan MSU melalui kerjasama dengan International Global University, Jakarta; Management and Science Institute, Colombo dan International Medical School Bangalore dan USCI di Bangladesh. Manakala penawaran program luar pesisir oleh universiti awam kita di luar negara, antara program yang ditawarkan adalah oleh UPM bersama Universitas Sebelas Maret Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia; Universiti Sains Malaysia bersama European Global School University di Turkiye dan Universiti Sultan Zainal Abidin dengan Universiti Prima Indonesia. Selain daripada itu, terdapat juga program-program dwi siswazah dan juga dual dan double degree dengan beberapa universiti luar negara dengan universiti awam negara kita.

Manakala Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima sebuah kampus percuma di Qatar bernilai RM29.5 juta tajaan The Qatar Regional Group. Kampus tersebut kini sedang dalam pembinaan dan menjelang hujung tahun ini, UKM Kampus Qatar akan mula menawarkan empat program pengajian offshore. Ketiga, penglibatan bakat tempatan dalam institusi pendidikan antarabangsa dan keempat, kerjasama antarabangsa dalam pelbagai penyelidikan strategik. Puan Yang di-Pertua, tema besar kedua dalam perbahasan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah pelaksanaan komitmen dalam Belanjawan 2024. Memandangkan terdapat pelbagai peruntukan program dan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, terdapat beberapa penegasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat agar KPT memastikan segala peruntukan dan program yang diumumkan tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini termasuklah Yang Berhormat Sungai Buloh yang mengharapkan agar inisiatif berkaitan PTPTN dan penetapan had yuran semasa pendaftaran benar-benar dilaksanakan. Begitu juga dengan Yang Berhormat Sungai Petani yang mengharapkan agar segala peruntukan yang diberikan, maka cakupan dan kualiti kemudahan OKU di IPT menjadi lebih baik. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani, bagi peruntukan tahun 2024, kos projek sebanyak RM11.24 juta dan peruntukan sebanyak RM6 juta telah diluluskan bagi menyediakan infrastruktur mesra OKU. Ini merangkumi penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada semua kategori kurang upaya serta memberi kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam P&P. Selain itu, kementerian telah pun membelanjakan sebanyak RM15 juta bagi tujuan pelaksanaan penambahbaikan infrastruktur sedia ada bagi OKU melibatkan 84 projek di universiti awam dan 24 projek di politeknik dan kolej komuniti yang telah mencapai tahap kemajuan 80 peratus siap. Di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12, kesemua projek pembangunan kampus asrama baharu telah mengambil kira elemen pembangunan infrastruktur dan fasiliti OKU berdasarkan Standard Malaysia Universal Design dalam sesebuah pembangunan. Ini termasuklah pembinaan kampus baharu yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu: (i) Politeknik Bagan Datuk; (ii) Politeknik Besut; (iii) Politeknik Hulu Terengganu; (iv) Kolej Komuniti Jeli; (v) Kolej Komuniti Parit Sulong; (vi) Kolej Komuniti Pendang; (vii) Kolej Komuniti Tasek Gelugor; (viii) Kolej Komuniti Simpang Renggam; (ix) Kolej Komuniti Bandar Tenggara dan; (x) Kolej Komuniti Pagoh Bagi projek naik taraf fasiliti usang yang diluluskan di bawah inisiatif Belanjawan 2024, Jabatan Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti diperuntukkan sebanyak RM30 juta dan kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan laluan kumpulan rentan ini adalah termasuk di bawah skop penyelenggaraan yang diutamakan. Seterusnya, seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Seri Gading yang telah menzahirkan sentimen yang serupa dengan menyarankan penubuhan majlis perundingan AI atau garis panduan yang jelas dan teliti agar pusat pengajian artificial intelligence dan penyertaan kita dalam teknologi ini benar- benar memberi manfaat, untuk makluman, lanjutan daripada pengumuman Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri, UTM telah mengambil tindakan yang segera dan sistematik dengan menubuhkan task force khas bagi melihat aspek penubuhan fakulti kecerdasan buatan. Task force ini bertanggungjawab untuk merancang dan memperincikan pembangunan struktur governance bidang tujahan, hala tuju, keperluan bakat, fasiliti, program akademik dan penyelidikan yang berimpak. Fakulti ini dibangunkan dengan memberi penekanan kepada aspek kecerdasan buatan yang merentas bidang. Ini telah diterapkan dalam visi, misi dan objektif strategik fakulti yang bakal ditubuhkan. Antaranya, membangunkan fakulti bertaraf dunia yang menyediakan pendidikan dan penyelidikan dalam kecerdasan buatan merentas bidang, membangunkan bakat kecerdasan buatan berorientasikan masa hadapan berfokus industri dalam menyediakan penyelesaian berinovasi untuk kesejahteraan masyarakat. Dari sudut struktur tadbir urus, fakulti baharu ini akan ditunjangi oleh jabatan- jabatan yang merentasi bidang seperti asas kecerdasan buatan; robotik dan automasi; bisnes dan etika; dan kecerdasan buatan gunaan dalam bidang-bidang tujahan utama negara.

Bidang penyelidikan kecerdasan buatan pula akan memberi fokus kepada fundamental AI, robotic and vehicle automation, business, financial and ethics, agriculture and food security, medical and healthcare, climate change dan bidang-bidang lain yang diperlukan negara. UTM telah meletakkan sasaran untuk memulakan pengambilan kohort pertama program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan pada sesi akademik 2024/2025. Memandangkan negara ini telah mempunyai kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan di beberapa universiti dan industri, UTM melalui fakulti ini akan menubuhkan konsortium pakar kecerdasan buatan atau artificial intelligence expert consortium, dengan izin bagi menggembleng dan menggabungkan kepakaran dalam memenuhi keperluan kecerdasan buatan dalam negara. Mengambil kira juga pandangan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Yang Berhormat. Indera Mahkota sedikit sahaja. Saya ucap syabas. Beberapa kali Yang Berhormat sebut tentang etika. Dua kali. Kalau boleh saya ada sebut dalam perbahasan dulu. Sementelahan kita nak bangunkan fakulti ini dan saya setuju dengan konsortium tadi itu, sangat baik. Supaya kita tidak buang tenaga dan dana. Cuma soal memastikan kesan-kesan the unintended consequences juga diambil kira. Mungkin itu di bawah tajuk etika agaknya. Terima kasih.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti yang saya bawa dalam perbahasan. Masa mencemburui kita dalam menangani atau mewujudkan satu agenda legislatif berkenaan dengan segala yang berkaitan dengan AI. Dalam konsortium, apakah pandangan atau apakah pendirian KPT dalam bukan sahaja mewujudkan konsortium melibatkan pakar-pakar tetapi melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini? Sebab dari sudut pandangan dasar untuk membangunkan industri itu perlu satu kerangka legislative framework, dengan izin atau legislative framework khususnya dengan AI related cyber security, dengan AI ETHICS. Perbahasan itu perlu ada pertimbangan legislatif dan undang-undang atau perundangannya. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan itu?

Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Ipoh Timur. Pertama mengenai Indera Mahkota, memang apabila kita sebut mengenai soal ethics dan sebagainya, memang ia mengambil kira apa yang telah disuarakan dan kebimbangan Yang Berhormat daripada Indera Mahkota. Kedua, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Memang apa yang akan dilakukan itu akan melibatkan banyak perkara yang akan mempengaruhi perundangan dan sebagainya. Dari segi kementerian, kita terbuka untuk menerima pandangan dan penyertaan. Mungkin kita akan buka penyertaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin ambil bahagian dan menyumbang kepada usaha-usaha kita kerana soal artificial intelligence ini merupakan satu perkara yang sangat penting untuk negara. Kita faham mengenai perkara ini dan dalam usaha kita mendukung kejayaan dan

kemajuan negara. Maka, kita menerima sumbangan dan penyertaan daripada semua pihak dalam soal ini. Jadi, mungkin ini akan disusun oleh pihak kementerian bagi memenuhi apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat. Saya memberi jaminan bahawa KPT akan memastikan segala komitmen dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kementerian akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Kita akan mempertimbangkan segala saranan yang telah dikongsikan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Lebih penting, untuk memastikan segala dasar, komitmen dan tanggungjawab KPT dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Saya ingin maklumkan iaitu satu unit pemandu peringkat kementerian telah ditubuhkan dan telah dikenali sebagai Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian Pendidikan Tinggi ataupun Higher Education Delivery Unit yang telah dilancarkan pada 30 Oktober yang lalu. Tujuan unit ini ditubuhkan adalah untuk memastikan segala dasar, tanggungjawab, komitmen KPT dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini sekali gus akan menjadikan KPT sebagai kementerian yang dipacu oleh prestasi. Puan Yang di-Pertua, isu ketiga adalah berkenaan dengan permintaan penubuhan IPT di kawasan parlimen. Isu ini terbahagi kepada tiga perkara. Pertama, permintaan untuk menubuhkan IPT baharu di kawasan parlimen masing-masing. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Semporna, Padang Terap, Tenom, Sibu, Sungai Siput, Tuaran dan Parit Buntar. Kedua, pertanyaan berkenaan status projek pembinaan IPT yang telah diluluskan sebelum ini, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan ketiga, permohonan untuk menaik taraf IPT yang sedia ada seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong. Di bawah Belanjawan 2024, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk kerja- kerja awalan melibatkan pelbagai politeknik termasuklah Politeknik Kota Belud. Walau bagaimanapun dalam isu berkaitan penubuhan IPT ini, saya ingin menegaskan tiga perkara. Pertama, bukanlah menjadi dasar kita untuk memastikan di setiap kawasan parlimen mempunyai IPT dan bukanlah sasaran kita untuk memastikan pelajar dapat mengikut pengajian tinggi di institusi paling hampir dengan tempat lahir atau tempat tinggal. Sebaliknya, kita menyasarkan untuk anak-anak muda mengikuti pengajian di IPT yang terbaik mengikut bidang dan minat mereka, di mana sahaja IPT itu berada.

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian KPT kerana meluluskanlah. Akhirnya saya percaya bahawa pembinaan Politeknik Kota Belud ini yang sudah lama dinanti-nanti. Pecah tanah pun sudah bermula daripada PRU14 yang saya harap nanti akan menambah ekonomi setempat di Kota Belud. Cumanya, saya ingin tanya dengan Yang Berhormat Menteri, sebenarnya berapa kos yang sebenar untuk membina Politeknik Kota Belud? Adakah yang perancangan sekarang ini according to, dengan izin Tuan Speaker, perancangan asal atau pun tidak dan mungkin apakah mungkin sebab-sebab ataupun halangan yang melambatkan pembinaan Politeknik Kota Belud? Terima kasih.

Soal yang melambat dan sebagainya, itu mungkin sejarah lama tetapi apa yang telah kita usahakan untuk tahun depan, kita akan kenal pasti tanah dan memastikan peruntukan untuk memperoleh tanah itu dulu. Kemudian, barulah kita akan merangka design dan sebagainya. Jadi, pokoknya kita akan pastikan projek itu dapat dijalankan bermula tahun depan.

Maksudnya pengenal pastikan tanah itu yang terbaru yang sebab hari baru itu Yang Berhormat Timbalan Menteri ada melawat tanah asal yang dicadangkan. So, mungkin...

Sama ada yang asal atau tidak, itu nanti akan dimuktamadkan.

Mungkin Yang Berhormat pun boleh beri pandangan dekat mana nak buat. Kedua, bermula pada tahun ini, KPT telah memperkenalkan Dasar Pengajian Anjal yang membenarkan pelajar hanya mengikut pengajian secara fizikal pada tahun pertama dan tahun terakhir sahaja bagi 74 program pengajian terpilih. Ini membolehkan kita meningkatkan akses dan mengambil lebih ramai pelajar bagi mengisi tempat di IPT sedia ada. Ketiga, sebagai amalan baharu, pembinaan politeknik dan kolej komuniti selepas ini akan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan yang tidak mempunyai apa-apa institusi latihan lain seperti Pusat GIATMARA, Institut Kemahiran MARA dan sebagainya. Walau bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, kesemua permintaan ini akan diberi perhatian untuk dimasukkan bagi pertimbangan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas kelak supaya kerajaan dapat mempertimbangkan. Jadi, kita akan lihat dan kaji untuk pertimbangan semua permohonan-permohonan tersebut bermula dalam tahun 2026 iaitu bila Rancangan Malaysia Ketiga Belas dipertimbangkan. Insya-Allah. Puan Yang di-Pertua, perkara keempat yang dibangkitkan ialah TVET. Yang Berhormat Kuala Langat ada membangkitkan bahawa kemasukan pelajar ke dalam Program TVET di politeknik dan kolej komuniti khususnya di Kuala Langat adalah tidak memberangsangkan. Saya ingin nyatakan bahawa Program TVET di bawah KPT sebenarnya menunjukkan kemasukan yang konsisten dan berada pada tahap tertinggi sejak tiga tahun terkini.

Terdapat peningkatan bilangan enrolment pelajar peringkat diploma bagi program TVET di bawah KPT iaitu 52.7 peratus pada tahun– atau 85,535 pelajar pada tahun 2022 berbanding 45.3 peratus atau 58,424 pelajar pada tahun 2021. Terbaru kemasukan ke politeknik bagi sesi pertama 2023/2024 adalah seramai 20,520 orang iaitu peningkatan lebih 20 peratus berbanding sesi yang sama pada tahun 2022/2023 iaitu seramai 16,962 orang. Bagi semua program TVET yang diuruskan oleh KPT sama ada di politeknik ataupun MTUN, sebanyak 79.6 peratus daripada tempat yang tersedia telah diisi dengan jumlah enrolment semasa mencecah kira-kira 144,816 pelajar secara keseluruhannya. Lanjutan daripada itu saya juga ingin merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Padang Besar yang menyarankan agar hanya satu kementerian saja menguruskan program TVET di negara kita. Pertama sekali kita mesti memahami bahawa pengajian TVET mempunyai banyak kumpulan sasar dan peringkat pengajian iaitu daripada sijil sehinggalah kepada ijazah dan pascasiswazah. Setiap kementerian dan agensi mempunyai fokus dan kumpulan sasar tersendiri dan kebanyakannya adalah pelatih peringkat sijil. Manakala program TVET di bawah KPT pula, sekali pun terdapat di semua peringkat lebih memfokuskan kepada program peringkat diploma dan ke atas. Sistem dan penawaran yang pelbagai ini tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pemohon dan juga pelatih malah ia memberi pilihan kepada mereka. Sekalipun terdapat beberapa kekurangan terpencil, kita mempunyai Majlis TVET Negara di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menyelaras perkara-perkara berkaitan TVET ini secara bersama-sama antara pelbagai kementerian dan agensi. Seterusnya bagi menjawab isu program pengajian TVET yang tidak sepadan dengan perkembangan industri yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar, terdapat beberapa transformasi yang giat dan– yang giat telah dan sedang dijalankan di politeknik agar program dan pendekatan pengajiannya selari dengan keperluan dan perkembangan industri. Antaranya adalah menjalinkan kerjasama yang erat dan strategik dengan pihak industri. Sehingga kini politeknik-politeknik di bawah KPT telah menjalin dan mempunyai hubungan kerjasama aktif dengan kira-kira 18,000 pihak industri. Kerjasama ini berlaku dalam pelbagai peringkat dan bentuk misalnya perkongsian kepakaran, khidmat nasihat terhadap kandungan pengajian dan latihan, penyediaan tempat bagi latihan industri, pelaksanaan latihan industri berstruktur serta mengimplementasikan pendekatan work-based learning iaitu proses pembelajaran secara

langsung dalam industri. Selain itu, transformasi ini akan turut melihat keperluan penjajaran semula program-program yang ditawarkan agar lebih terkini kompetitif dan berdaya saing. Bagi MTUN pula, kerjasama yang erat bersama industri dapat dilihat menerusi penubuhan kilang pengajaran ataupun teaching factory yang membolehkan para pelajar diberi pendedahan dan mempelajari aktiviti sebenar penghasilan produk dan perkhidmatan. Pada ketika ini terdapat empat teaching factory di MTUN dan selain itu MTUN juga bekerjasama dengan pihak industri dalam membangunkan dan menawarkan program-program akademik dalam bidang yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi di industri. Program-program teknologi tinggi dan bernilai tinggi sedemikian menekankan pengetahuan mengenai mesin dan peralatan canggih yang digunakan oleh industri pada masa kini. IPTA lain turut memainkan peranan proaktif bagi memastikan graduan yang bakal dilahirkan memiliki kemampuan dan bercirikan industri tersedia ataupun industry-ready. Pada ketika ini, graduan diberikan latihan yang diperlukan oleh industri selepas tamat pengajian. Walau bagaimanapun masa yang diambil untuk melatih bakat adalah panjang dan kos latihan adalah tinggi. Sehubungan itu, KPT telah mengambil inisiatif baharu bagi berhadapan dengan isu ini. Universiti Sains Malaysia misalnya telah memulakan projek rintis bagi penubuhan inkubator penyelidikan dan serap industri. Kementerian Pendidikan Tinggi– inkubator penyelidikan dan serap industri KPT, MOHE, Research and Industry Infused Incubator ataupun dengan izin, MRI-3 bagi pembangunan bakat industri tersedia untuk sektor elektrik dan elektronik. Inkubator ini dibangunkan berasaskan model kerjasama triple helix antara kerajaan, universiti dan industri bagi membangunkan bakat yang memiliki sharp skill dan smart skill serta menepati keperluan industri E&E yang melibatkan bakat bermula daripada ijazah pertama sehingga pascasiswazah. Hasil awal pelaksanaan projek rintis ini di dapati inkubator MRI-3 telah berjaya melahirkan 47 graduan yang berkualiti selari kehendak industri dan seterusnya ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian dengan gaji permulaan minima RM4,000. Buat masa sekarang, seramai 152 pelajar sedang menjalani latihan bagi memenuhi keperluan 800 graduan setahun yang diperlukan oleh pihak industri E&E. Selain itu, menerusi kerjasama dan perkongsian kepakaran antara industri universiti dapat juga membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli akademik dan tenaga pakar industri. Justeru itu, KPT yakin penubuhan inkubator MRI-3 perlu diperluaskan kepada sektor-sektor industri yang lain dan kapasiti penghasilan graduan juga perlu ditingkatkan selari dengan keperluan jumlah tenaga mahir tempatan oleh industri. Puan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Libaran membangkitkan tentang keperluan untuk kementerian memastikan yang lepasan TVET Tahfiz mendapat peluang yang sama dalam laluan kerjaya. Berdasarkan Belanjawan 2024, program ini akan diteruskan dengan beberapa pemantapan. Ini termasuklah program latihan kemahiran dan teknikal yang dipadankan dengan penerapan asas keusahawanan dan teknologi digital. Puan Yang di-Pertua, perkara kelima PTPTN, biasiswa dan pembiayaan pendidikan. Yang Berhormat Pendang, Tanjong Karang, Alor Setar, Parit Buntar dan Pengkalan Chepa telah membangkitkan isu pemansuhan hutang PTPTN oleh peminjam. Seperti yang pernah saya maklumkan dalam jawapan di Dewan yang mulia sebelum ini, kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan campuran iaitu Kerajaan Perpaduan ia bukan Kerajaan PH atau Kerajaan BN. Ini bermakna tidak ada mana-mana manifesto PH atau BN secara automatis yang akan dijadikan sebagai manifesto kerajaan. Jadi, sekiranya desakan menghapuskan PTPTN yang dirujuk oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah berdasarkan manifesto yang dikeluarkan mana-mana blok yang membentuk Kerajaan Persekutuan, ia bermakna tidak akan secara automatik menjadi komitmen Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang. Justeru, buat masa ini saya tegaskan kembali pendirian Kerajaan Perpaduan

yang telah saya nyatakan sebelum ini bahawa kita tidak mempunyai perancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang PTPTN. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan kedudukan sehingga 30 September 2023, cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN jika dipersetujui akan melibatkan seramai 3.86 juta peminjam dengan implikasi kewangan secara keseluruhan berjumlah RM70.48 bilion. Jadi, mungkin ada yang tidak jelas. Pemansuhan hutang PTPTN ini bukanlah sekadar bersifat penghapusan hutang di atas kertas. Ia sebenarnya bermakna jika dilakukan kerajaan terpaksa menanggung dan membayar semua hutang tersebut bagi pihak peminjam, RM70 bilion.

Sehubungan dengan itu, memandangkan jumlah yang diperlukan untuk kerajaan melangsaikan hutang ini adalah terlalu besar, pemansuhan hutang PTPTN adalah sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan pada hari ini. Ini bukan sesuatu yang menghairankan, jika kita perhatikan, semua parti atau blok politik yang pernah menjadi kerajaan telah membuat keputusan yang sama iaitu tidak menghapuskan hutang PTPTN termasuklah PN ketika mereka memerintah dari tahun 2020 sehingga tahun 2022. Walau bagaimanapun, dalam konteks mengurangkan...

Yang Berhormat, minta penjelasan sikit boleh? Yang Berhormat, ini bukan soal parti-parti ya. Ini soal komitmen yang luar biasa yang telah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat PM. Jadi, kalau Yang Berhormat kata tak mahu buat, okeylah, tapi janganlah kata bawah PN macam ini. Tak, kami tak kata apa. Tapi, komitmen yang dahsyat yang dibuat oleh PM sendiri bahawa, “Kita akan hapuskan PTPTN kalau kita memerintah”. Jadi, sekarang ini Yang Berhormat jawab itu tak boleh. Okey, no problem, fine. Tapi, jangan pergi kait-kaitkan kami pula. Sebab ini PTPTN ini benda yang berlaku sebelum itu lagi dan kami tak berani untuk mengeluarkan kenyataan menghapuskannya. Cuma PMX yang berani mengeluarkan kenyataan. Jadi, hari ini Yang Berhormat kata tidak akan buat, all right, no problem. Tapi, jangan kias-kias apa lagi kepada kami.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Shut up-lah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah Arau.

Tak adalah, saya cakap dengan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat. Masa Menteri pun sudah tamat.

Saya bukan cakap — Ini Menteri kah? Ini saya cakap Menteri.

Yang Berhormat, kita ambil perhatian.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

Ya, itulah jawapan saya mengenai PTPTN. Jadi, saya harap janganlah dibangkit lagi. Sebab kalau dibangkit, saya akan jawab begitu jugalah. [Ketawa]

Saya akan bangkitkan lagi. Terima kasih.

Yalah, bila Yang Berhormat jadi kerajaan, Yang Berhormat tak akan boleh buat. Itu sahaja. Walau bagaimanapun, dalam konteks mengurangkan hutang PTPTN ini, kementerian lebih cenderung untuk meneliti

dan mempertimbang saranan-saranan seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Jelai, Yang Berhormat Kepala Batas. Kesemua saranan ini akan diperhalusi dengan lebih mendalam oleh pihak kerajaan. Ini kerana semua saranan ini perlu mempertimbangkan kedudukan dan kelestarian PTPTN dalam memberi khidmat kepada mahasiswa dan sektor pendidikan tinggi. Malah, kementerian akan perlu turut memperhalusi dan mengharmonikan saranan- saranan oleh kesemua Yang Berhormat ini dengan saranan oleh NRC yang antara lain menyarankan pendekatan potongan gaji bulanan. Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama membantu membudayakan tabung pendidikan tinggi melalui SSPN di bawah PTPTN. Saya berterima kasih kepada beberapa kerajaan negeri yang mencarum di dalam tabung ini bagi memanfaat pelajar di negeri masing-masing. Seterusnya, dalam isu berkaitan pembiayaan pengajian ini juga, Yang Berhormat Parit Sulong menyoal tentang perbezaan antara Program SULUNG dengan SULUNG 2.0. Untuk makluman semua, Program SULUNG adalah program pembiayaan kepada pelajar yang merupakan wakil pertama daripada keluarga B40 yang berjaya memasuki universiti. Melalui sesi akademik 2022/2023, seramai 75 pelajar sahaja yang telah ditaja sepenuhnya melalui Program SULUNG. Jadi, mulai tahun ini dan tahun hadapan dan seterusnya, program ini telah kita tambah baik dan menggandakan perlaksanaannya. Berbanding hanya 75 penerima rintis, kita telah memperluaskan cakupan penerima kepada seramai 10,000 pelajar dan melibatkan kesemua 20 universiti awam berbanding hanya lapan buah yang terlibat sebelum ini. Perlaksanaan SULUNG 2.0 yang memberi pelepasan bayaran yuran kepada penerima ini mempunyai implikasi kewangan sebanyak RM30.8 juta kepada semua IPT yang terlibat. Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanyakan tentang status MyBrain 15. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa program biasiswa MyBrain15 yang telah dihentikan sebelum ini akan kita perkenalkan semula dengan nama MyBrain 2.0, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Jun 2023 telah bersetuju dengan perlaksanaan Program MyBrain 2.0 bermula tahun 2024. Biasiswa ini menyasarkan seramai 500 penerima bagi setiap tahun dari kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah institut pengajian tinggi swasta bagi melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah. Program biasiswa ini melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi setiap ambilan. Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan yang KPT akan meneruskan kesemua 18 program biasiswa di bawah kementerian ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM206 juta. Kita juga telah bersetuju untuk menaikkan Elaun Sara Hidup bagi semua penerima sedia ada dan penerima baru kecuali penerima biasiswa MyBrainSc dan kakitangan kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan. Ini kerana mereka akan terus menerima gaji dan imbuhan seperti biasa. Puan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung. Sila gulung.

Dalam usaha berterusan pihak kementerian untuk mempelbagai dan meningkatkan pembiayaan pendidikan, saya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Pekan untuk kita mengoptimumkan potensi wakaf untuk tujuan pendidikan. Kesemua universiti awam telah diarah untuk terus meneroka potensi instrumen kewangan ini bagi mengembangkan dana pembiayaan pendidikan di institusi masing-masing. Yang Berhormat Rompin ada membangkitkan berkenaan dakwaan usaha untuk mengurangkan staf akademik UNITEN di Kampus Muadzam Shah serta dakwaan bahawa lebih 60 peratus staf akademik telah dipindahkan dan kebanyakan mereka adalah staf- staf yang mempunyai kelayakan PhD dan ditempatkan di kampus Putrajaya yang belum ditubuhkan. Saya ingin menegaskan bahawa pihak kementerian tidak membenarkan pemindahan Kampus Muadzam Shah ini ke Putrajaya.

Puan Yang di-Pertua, saya rasa setakat itulah sahaja...

Yang Berhormat Menteri.

Yang saya boleh jawab.

Yang Berhormat Menteri, yang berkenaan dengan UNITEN Rompin tadi. Saya dimaklumkan bahawa masih lagi berlaku pemindahan dan kursus accountancy telah pun dipindahkan ke Putrajaya. Jadi, saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri untuk menangani masalah ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Menteri sudah habis jawab?

Ya, tadi saya sudah beritahu bahawa kementerian tidak benarkan pemindahan, tapi mungkin ia dilakukan secara sedemikian, memindahkan program. Jadi, kita akan memperhalusi perkara ini. Tapi apa yang kita dapat jaminan daripada pihak UNITEN ialah mereka sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah pengambilan pelajar. Masalahnya ialah banyak pelajar-pelajar yang tak mahu belajar di situ. Jadi, kita telah minta supaya mereka cari jalan dan saya juga berharap supaya Yang Berhormat dan juga kerajaan negeri dapat membantu usaha- usaha untuk menghantar pelajar belajar di sana.

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya melihat kepada dahulu kursus...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

Sikit, sikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sudah lebih lapan minit.

Bagi saya satu minit sahaja. Okey. Dulu kursus yang ada di Muadzam Shah tak ada di Putrajaya. Itu masalahnya. Jadi, apabila diadakan kursus di Muadzam Shah di Putrajaya, dia seolah-olah menimbulkan persaingan di satu universiti yang sama. Di Muadzam dan di Putrajaya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kita akan teliti perkara itu Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, bagi semua isu yang tak dapat dijawab, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Akhirnya, Kementerian Pendidikan Tinggi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan membahaskan isu berkaitan dengan sektor pendidikan tinggi negara pada kali ini. Terima kasih.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Menteri bagi jawapan bertulis.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Menteri, isu yang saluran direct intake universiti belum dijawab. Kenapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Menteri kata akan bagi jawapan bertulis.

Tuan Chow Yu HuiDAP · PHRaub

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 31 Oktober 2023.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.09 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Kompleks Sukan Di Wangsa MajuSpecial Chamber

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya ingin memohon pertimbangan untuk mewujudkan sebuah kompleks sukan di Wangsa Maju.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Parlimen Wangsa Maju mempunyai kawasan seluas 16 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk 13,224 sekilometer persegi. Anggaran penduduk berusia 15 hingga 64 tahun pada 2021 adalah sebanyak 71.8 peratus dan meningkat kepada 72.2 peratus pada tahun 2022.

Ini menjadikan Wangsa Maju sebagai kawasan Parlimen yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di Malaysia.

Dengan sebahagian besar penduduk tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) serta rumah kos rendah, ketiadaan fasiliti sukan awam di kawasan ini menyebabkan aktiviti sukan menjadi amat terhad dan tidak menggalakkan. Kita maklum bahawa aktiviti riadah dan kesukanan diminati oleh golongan pelbagai lapisan umur daripada kanak-kanak, remaja, belia mahupun dewasa.

Selaras dengan Sustainable Development Goal (SDG) ketiga, bersukan juga mempromosikan gaya hidup sihat selain mengurangkan risiko penyakit serta memberi manfaat kepada kesihatan mental. Perkara ini perlu diambil kira melalui kemudahan sukan yang mencukupi. Bandar yang mampan mempunyai infrastruktur yang signifikan terhadap aktiviti fizikal seperti yang digariskan dalam SDG kesebelas sekali gus menyumbang ke arah komuniti bandar yang inklusif dan mampan.

Parlimen Wangsa Maju juga mempunyai 21 buah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keramat dan juga PPD Sentul dengan 11 buah sekolah rendah, lapan buah sekolah menengah dan dua buah sekolah vokasional.

Kebanyakan sekolah ini tidak mempunyai fasiliti sukan yang mencukupi selain tidak mempunyai padang sekolah sendiri disebabkan tapak kawasan sekolah yang terhad dan padat. Buat masa ini, padang yang digunakan oleh sekolah bagi tujuan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Lumpur (DBKL) dan memerlukan kelulusan DBKL sebelum melaksanakan sebarang aktiviti besar seperti Hari Sukan Tahunan Sekolah.

Disebabkan ruang yang terhad juga, fasiliti sukan di sekolah yang diperlukan untuk menjalani latihan sukan bagi mewakili sekolah, daerah ataupun negeri juga kurang memuaskan. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai gelanggang badminton, bola keranjang, futsal dan sebagainya yang tersendiri. Oleh itu, kewujudan kompleks sukan di kawasan Wangsa Maju akan membantu pelajar-pelajar mendapat akses fasiliti sukan yang baik bagi menjalani latihan, sekali gus meningkatkan mutu sukan sekolah dan daerah.

Justeru, saya ingin memohon pihak kementerian untuk mempertimbangkan agar sebuah kompleks sukan dengan fasiliti pelbagai gelanggang, trek dan padang serta kolam renang dapat diwujudkan di kawasan Parlimen Wangsa Maju. Adalah amat diharapkan dengan adanya kompleks sukan ini akan merancakkan lagi aktiviti kesukanan di Wangsa Maju. Saya juga percaya dengan galakan bersukan akan dapat membina golongan belia serta mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Puan Yeoh Tseow SuanDAP · PHMenteri Belia dan Sukan · Segambut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan usul berkaitan pembinaan sebuah kompleks sukan di Parlimen beliau.

Kementerian Belia dan Sukan amat prihatin dan bersedia untuk membangunkan kemudahan sukan berasaskan kepada keperluan di sesuatu kawasan demi mencapai hasrat membudayakan kehidupan bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, berdasarkan kepada peruntukan dan perancangan semasa, KBS pada masa ini sedang memberi fokus kepada usaha menaik taraf kemudahan sukan sedia ada di bawah tanggungjawab kementerian.

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa kemudahan sukan sedia ada di Parlimen Wangsa Maju seperti lima gelanggang futsal, satu kompleks sukan, satu pusat badminton dan selain itu terdapat beberapa pusat komuniti dan dewan serbaguna sedia ada milik DBKL yang dilengkapi dengan gelanggang badminton dan futsal seperti Pusat Komuniti Taman Ibu Kota, Pusat Komuniti Gombak, Dewan Serbaguna Taman Melati Impian, Dewan Serbaguna Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 4, Seksyen 10 dan Dewan Serbaguna Taman Bunga Raya.

Kos pembinaan sebuah kompleks sukan baharu yang lengkap dengan kemudahan pelbagai fasiliti seperti gelanggang, trek balapan, padang serta kolam renang memerlukan peruntukan yang sangat tinggi. Saya bagi contoh, satu stadium kemungkinan besar RM50 juta. Yang kita terima untuk satu kementerian untuk satu tahun adalah RM50 juta untuk kos penambahbaikan. Itu sebab kita menggunakan bajet sedia ada untuk menaik taraf kemudahan sedia ada. Malah selepas kompleks siap dibina, ia memerlukan perhatian menyeluruh dari aspek penyelenggaraan, penjagaan dan pertambahan perjawatan bagi tujuan penyeliaan terperinci.

Puan Yeoh Tseow SuanDAP · PHMenteri Belia dan Sukan · Segambut

Selain itu, aspek paling penting untuk KBS adalah aspek pemilikan tanah menjadi kriteria penting yang harus diberikan keutamaan untuk sesuatu pembinaan

Puan Yeoh Tseow SuanDAP · PHMenteri Belia dan Sukan · Segambut

baharu. Kementerian ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat berkenaan isu ketersediaan tapak dalam pembinaan kemudahan sukan baharu.

Menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, garis panduan penyediaan cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan salah satu kriteria penting dalam pemilihan projek ialah perolehan tanah yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan perlu dipindah milik serta didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Permohonan bagi projek binaan tidak akan dipertimbangkan sehingga urusan perolehan dan pemilikan tanah selesai.

Sehubungan itu, setiap permohonan berkaitan pembinaan baharu kompleks perlu dipastikan bahawa tapak projek telah siap sedia untuk dimasuki oleh kontraktor dan tiada isu halangan serta bebanan di tapak projek contohnya setinggan, bantahan penduduk serta faktor geografi yang tidak sesuai.

Sehubungan dengan itu, kementerian mencadangkan supaya komuniti Wangsa Maju khasnya para belia memaksimumkan penggunaan kompleks sedia ada dan juga kawasan berhampiran.

Pada masa yang sama, kementerian bersedia untuk mempertimbangkan permohonan Yang Berhormat bertulis yang terperinci daripada Ahli Yang Berhormat mengambil kira syarat dan keperluan berkaitan kesediaan tapak, perancangan berkaitan penyelenggaraan dan kewujudan kemudahan sukan sedia ada.

Jika wujud keperluan, Ahli Yang Berhormat turut dialu-alukan untuk mengenal pasti kemudahan sukan bersesuaian untuk dipertimbangkan kementerian ini bagi tujuan naik taraf. Untuk tahun depan kita akan menerima bajet khas yang telah diumumkan untuk naik taraf. Jadi, kita menunggu permohonan daripada Yang Berhormat selepas Yang Berhormat meneliti lokasi mana yang sesuai untuk dinaiktaraf. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau ada soalan untuk diajukan?

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, terima kasih di atas jawapan yang panjang yang jelas juga tetapi saya ingin meminta memohon pihak kementerian Menteri untuk menilai balik maklumat yang disampaikan tadi kerana ada kekhilafan di mana di Parlimen Wangsa Maju adalah Wangsa Maju seksyen 1, 2 dan 4. Wangsa Maju seksyen 5,6 dan 10 di bawah Parlimen Setia Wangsa.

Jadi, saya kira yang kompleks sukan yang Menteri sebut tadi saya rasa dan saya percaya ia berada di kawasan Parlimen Setiawangsa. Itu yang pertamanya.

Keduanya saya ingin sampaikan hasrat daripada penduduk di Wangsa Maju.

Kita adakan dua dialog awam dan kedua-dua dialog awam ini rintihan penduduk di sana memohonkan agar diadakan kompleks sukan di sana dan terkini malam tadi kita ada dialog awam dan town hall dan itu juga telah disampaikan oleh para penduduk di Wangsa Maju.

Jadi, soalan saya berikutnya adalah mengambil kira kesukaran untuk mengenal pasti tapak untuk membangun kompleks sukan bersepadu di Wangsa Maju. Apakah rancangan kerajaan untuk membina kompleks sukan bersepadu di tapak bangunan parkir bertingkat ya multistorey car park di atas itu dijadikan kompleks sukan di mana di modelkan oleh Tuanku Abdul Rahman University dan Management and Technology (TAR UMT) dibuat atas multistorey car park itu di buat kompleks sukan ya.

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Di mana tingkat paling atas bangunan itu mempunyai padang bola, track olah raga pun ada. Jadi, kaedah ini boleh mengurangkan kesesakan sekali gus dapat meningkatkan pembudayaan sukan di Wangsa Maju. Terima kasih.

Okey Yang Berhormat Menteri sila jawab.

Terima kasih. Soalan yang mengenai atas tapak tempat letak kereta parking itu isu tanah masih kekal iaitu tanah parkir itu mesti milik Tanah Kerajaan Persekutuan sebelum kita boleh menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk bina.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah membuka fasiliti milik Kementerian Belia dan Sukan khasnya Perbadanan Stadium untuk kegunaan semua sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan dan Selangor ataupun negeri-negeri mana yang hendak gunakan stadium untuk hari sukan. Kita telah mula buka fasiliti dan kita bagi secara percuma tanpa kos. Kos pembersihan pun tidak ada.

Untuk rekod, setakat ini selepas kita buka sejak bulan Ogos, 12,500 kanak- kanak telah mula menggunakan Perbadanan Stadium Kuala Lumpur untuk hari sukan. Jadi, sekolah-sekolah di Wangsa Maju juga digalakkan kalau hendak boleh memohon kepada kita. Kita sedang membuka fasiliti sedia ada yang kita ada untuk kegunaan sekolah.

Kita juga ada satu Jawatankuasa Tinggi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang melibatkan dua lagi kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Apa yang kita lihat adalah banyak tanah sebenarnya wujud di dalam kawasan sekolah tetapi mungkin sekolah tidak ada dana untuk menaik taraf kegunaan sukan ataupun fasiliti tersebut.

Saya akan bawa isu ini kepada perhatian Kementerian Pendidikan untuk sama-sama melihat bagaimana kita boleh berkongsi bajet tersebut kerana tapak sekolah adalah tapak Kerajaan Persekutuan dan lebih senang kalau Kementerian Pendidikan juga memperuntukkan duit untuk pembinaan fasiliti sukan yang melibatkan penggunaan komuniti setempat, terima kasih.

Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perjawatan Tetap Serta Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa MajuSpecial Chamber

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Saya mohon penjelasan yang terperinci terhadap isu berkenaan IPD Wangsa Maju (IPDWM).

Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, 8 Mac yang lalu, kementerian menyatakan cadangan projek ini telah dimasukkan dalam Pelan Tindakan Perancangan Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cadangan lokasi di tapak Kuarters PDRM Jalan Aman dengan keluasan 5.65 ekar.

“Cadangan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kini sedang dikaji memandangkan tapak tanah untuk projek ini hanya berkeluasan 5.66

ekar yang tidak memenuhi Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2015, Jawatankuasa Standard dan Kos, Unit Perancang Ekonomi yang ditetapkan oleh Kerajaan.Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyenaraikan semula projek ini dalam perancangan projek Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ke-12 setelah isu tanah diselesaikan.” Daripada kenyataan tersebut, ada dua inti pati penting:

(i) keluasan tanah yang tidak diluluskan sebelum ini adalah 5.66 ekar kerana tidak memenuhi garis panduan; dan

(ii) projek ini dinyatakan telah dimasukkan dalam Pelan Strategik PDRM, dan sepatutnya disenaraikan dalam Rolling Plan RMKe-12.

Seterusnya mengenai perjawatan. Dalam jawapan bertulis untuk soalan lisan bertarikh 8 Mac 2023, difahamkan PDRM dalam proses melaksanakan kajian pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh termasuk cadangan pewujudan perjawatan IPD Wangsa Maju secara hakiki.

Semasa penggulungan bajet, Menteri menyatakan tiada perjawatan baru, sebaliknya hanya ada perjawatan interim berdasarkan pemantauan kadar jenayah

(jenayah indeks/bukan indeks) dan bukan semata-mata berdasarkan nisbah polis kepada penduduk.

Berikut merupakan statistik jenayah indeks dan bukan indeks di Wangsa Maju bermula dari 2019 sehingga Ogos 2023:

Ogos |Tahun/Kes Kes Jenayah Indeks|2019 1,976|2020 1,437|2021 1,020|2022 889|2023 558|Jumlah 5,880| |-----------------------------|---------:|---------:|---------:|-------:|-------:|-----------:| |Kes Jenayah Bukan Indeks | 961| 1175| 951| 1140| 843| 5070| |Jumlah | 2937| 2612| 1971| 2029| 1401| 10950|

Dalam table berkenaan, seperti yang masuk dalam soalan ini. Soalan saya kepada Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:

(i) cadangan tapak berkeluasan 5.66 ekar adalah memenuhi Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat 2022.

Garis panduan yang mana yang perlu dirujuk dalam kes ini?

Itu soalan yang pertama;

(ii) apakah perancangan KDN terhadap pemindahan IPD Wangsa Maju ke Kuarters Jalan Aman? Adakah seperti mana IPD sekarang ini yang berstatus menumpang di Kuarters Balai Polis Pudu atau ambil alih terus dengan pembinaan semula bangunan?;

(iii) apakah perancangan KDN untuk memasukkan projek ini ke dalam Rolling Plan RMKe-12?; dan

(iv) berdasarkan statistik jenayah di atas, apakah petunjuk

(indicator) yang digunakan untuk menentukan sama ada perjawatan baharu (atau interim) bagi IPD Wangsa Maju?

Saya mohon agar dapat diberikan jawapan terperinci agar dapat memberi manfaat kepada petugas PDRM serta menjamin keselamatan masyarakat. Sekian, terima kasih.

Okey saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim, Terima kasih Datuk Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Wangsa Maju.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri memainkan peranan amat penting untuk menyediakan platform yang selamat dan aman bagi menyokong pembangunan negara berdasarkan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan, kemapanan demi menjayakan agenda Malaysia Madani.

Soalan pertama Yang Berhormat pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri mengguna pakai garis panduan dan peraturan bagi perancangan bangunan edisi tahun 2015. Jawatankuasa Standard dan Kos Unit Perancang Ekonomi Jenis Bangunan Utama PDRM sebagai dokumen rujukan pembangunan fasiliti PDRM di seluruh negara.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Cadangan perwujudan IPK, IPD, balai polis atau pondok ini boleh dipertimbang dalam perancangan pembangunan Rancangan Malaysia sekiranya terdapat kewajaran dan perjawatan baru diwujudkan. Selain itu, keperluan penyediaan tapak tanah bagi pembangunan fasiliti PDRM perlu disediakan melalui permohonan dan perundingan bersama kerajaan negeri. Garis panduan ini juga merupakan dokumen rujukan semasa Bengkel Value At Entry yang dilaksana semasa fasa perancangan oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri bersama-sama dengan PDRM.

Garis Panduan Perancangan (GPP) Kemudahan Masyarakat 2022 Pelan Malaysia yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi disediakan sebagai rujukan kepada pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi- agensi teknikal dan pelaksana, pemaju, hartanah serta pihak berkepentingan yang terlibat dalam menyediakan kemudahan masyarakat di sebuah kawasan.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk pembinaan baharu sebuah IPD, perkara- perkara yang ditetapkan dalam Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2015 tadi iaitu Jawatankuasa Standard dan Kos Unit Perancang Ekonomi adalah keperluan tanah antara 10 hingga 15 ekar. Ini isu yang besar sebenarnya.

Soalan kedua Yang Berhormat, berkaitan adakah KDN mempunyai perancangan untuk memindahkan IPD Wangsa Maju ke kuarters Jalan Aman?

Adakah seperti mana IPD sekarang ini yang dibina di kuarters Balai Polis Pudu atau ambil alih terus dengan pembinaan semula bangunan.

Datuk Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat, pembinaan Kompleks IPD Wangsa Maju baharu telah dirancang di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Strategik PDRM Tahun 2021 hingga 2025 memang dalam perancangan untuk dibangunkan di tanah lot 710, Seksyen 88 Kuala Lumpur dengan keluasan 5.65 ekar yang merupakan tapak kuarters PDRM di Jalan Aman, Kuala Lumpur. Bagi pembinaan IPD baharu, keluasan tanah yang telah menjadi syarat utama adalah

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

kawasan sebagaimana disebut tadi, 10 hingga 15 ekar. Keluasan tanah yang tidak sesuai akan memberi kesan kepada pembinaan sesebuah IPD kerana fasiliti dan kemudahan-kemudahan tidak mencukupi dengan keluasan 5.6 ekar tersebut.

Soalan ketiga Yang Berhormat, berkaitan perancangan KDN untuk memasukkan Projek Pembinaan IPD Wangsa Maju dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Datuk Seri Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mencari kaedah terbaik dalam membangunkan sesuatu projek pembinaan IPD khususnya IPD Wangsa Maju. IPD Wangsa Maju telah disenaraikan sebagaimana disebutkan tadi dalam pembinaan Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2023. Namun atas dasar keutamaan diberikan kepada fasiliti IPD yang telah uzur, yang usang yang lain, maka IPD Wangsa Maju tidak dipertimbangkan untuk masa tersebut. Penyenaraian semula, ini dalam projek Rancangan Malaysia Kesebelas akan dibuat setelah isu tanah itu selesai. Ini isu besar yang kita hadapi.

Untuk makluman Yang Berhormat, KDN telah juga tetap memberikan perhatian bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan IPD Wangsa Maju sekarang ini pada tahun 2023, kerja-kerja umpamanya sejumlah RM100,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan am, pembaikan tandas, resapan air di Blok A Bangunan Pentadbiran IPD Wangsa Maju dan dijangka siap pada 31 Oktober ini. Selain itu, kerja-kerja pembaikan am, tandas, resapan air di Blok B Bangunan Pentadbiran IPD Wangsa Maju turut dijalankan dengan jangka siap pada 5 November, bermakna kerja-kerja lain tetap kita buat untuk melengkapkan kemudahan di sini.

Merujuk kepada pertanyaan, apakah petunjuk yang digunakan untuk menentukan perjawatan baharu IPD. Yang Berhormat, dasar semasa kerajaan sebagaimana yang ditetapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PB 3.1 Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikemas kini pada 14 Julai 2022 tahun lalu menyatakan perwujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti ꟷ satu, dan pindah butiran serta tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan. Walau bagaimanapun, perwujudan perjawatan baharu dibenarkan pada sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan kutipan hasil negara yang perlu dikawal ketat.

PDRM ketika ini dalam proses melaksanakan kajian mengoptimumkan perjawatan secara menyeluruh bagi setiap elemen dan formasi PDRM seluruh negara. Menerusi kajian dijalankan, jumlah perjawatan ideal bagi semua peringkat akan dikenal pasti bagi memastikan tiada masalah kurang perjawatan yang boleh mengganggu keberkesanan operasi supaya kekal relevan serta selari dengan kadar pengoptimuman sumber manusia perkhidmatan awam. Jumlah perjawatan bagi sebuah IPD ditetapkan berdasarkan demografi, satu kawasan seperti kepadatan penduduk, kegiatan ekonomi, kadar jenayah serta kepesatan pembangunan di daerah tersebut. Saya rasa saya menjawab persoalan Yang Berhormat. Terima kasih.

Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan tambahan Wangsa Maju?

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Sudah pastinya ada.

Okey.

[Ketawa]

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih banyak-banyak di atas jawapan itu. Ia membawa satu keadaan yang lebih kusut sebenarnya. Apabila diterangkan bahawa garis panduan memerlukan 10 hingga 15 ekar itu, jadi realistically dengan izin di Kuala Lumpur ini nak dapat tanah seluas itu memang betul- betul susah. Itu satu hakikatnya. Mungkin ada pengecualian untuk Kuala Lumpur.

Tuan Ts. Zahir bin HasanPKR · PHWangsa Maju

Keduanya, memang ada IPD di Kuala Lumpur yang keluasannya lebih kecil, lebih kecil daripada lima ekar. Apa yang berlaku adalah IPD itu dibina, they go vertically up. Contohnya IPD Dang Wangi. Jadi adalah model-model atau precedent di mana IPD itu dibina di kawasan lebih kecil tetapi dia go vertically up. Jadi itu pun pertimbangan daripada Kementerian Dalam Negeri juga.

Jadi soalan lanjutan saya, apakah kaedah lain yang boleh digunakan oleh PDRM dalam membangunkan sesuatu IPD atau balai polis? Yang keduanya, apakah langkah-langkah sementara yang PDRM akan lakukan bagi menangani segala masalah yang timbul disebabkan kekurangan yang wujud sekarang ini? Terima kasih.

Okey, dipersilakan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat sahabat saya Wangsa Maju. Apa pun PDRM tidak berdiam diri, kita mencari langkah-langkah yang terbaik kerana apa keadaan sekalipun kita sentiasa mahu pastikan terutama sekali di kawasan-kawasan Kuala Lumpur – Wangsa Maju yang jumlah penduduk besar dapat kita kurangkan indeks jenayah pada tahun sebagaimana kita inginkan. Sebab itu kajian-kajian tetap kita lakukan untuk menyelesaikan isu dan masalah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Menjawab pertanyaan Yang Berhormat, selain daripada permohonan pembinaan IPD atau balai polis melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun, KDN dan PDRM turut mengkaji permohonan di bawah kaedah projek kerjasama sektor awam- swasta terbuka melalui kaedah pertukaran tanah. Ini juga antara kaedah yang sedang kita kaji mengambil kira isu dan masalah sebagaimana Yang Berhormat sebut, kekurangan tanah dan sebagainya.

Dalam masa yang sama untuk makluman Yang Berhormat, PDRM telah melaksanakan langkah-langkah sementara bagi menangani masalah yang wujud melalui penyewaan ruang pejabat bangunan di premis bukan milik Kerajaan Persekutuan untuk jadikan balai polis sementara seperti yang ditetapkan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2011 Jabatan Perdana Menteri.

Maknanya dalam menangani isu jenayah dan sebagainya, kita tetap cari kaedah-kaedah yang terbaik untuk memastikan supaya tidak ada isu berlaku.

Namun, apa juga tindakan yang kita buat mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Terima kasih.

Terima kasih.

Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Infrastruktur Di Klinik Kesihatan Teluk Medan, Bagan SeraiSpecial Chamber

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Datuk Seri Yang di-Pertua.

Saya ingin membawa hasrat penduduk Parlimen Bagan Serai berkaitan keperluan infrastruktur di Klinik Kesihatan Teluk Medan, Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Pertama adalah ketiadaan ambulans di Klinik Kesihatan ini.

Ini kesihatan dahulu ya?

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Isu ketiadaan ambulans meruncingkan kerana ambulans adalah keperluan yang utama. Ketiadaan ambulans akan..

Yang Berhormat, Yang Berhormat baca usul yang ketiga ke yang keempat ini?

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Seperti yang ketiga.

Kemudahan lif ke ataupun kesihatan?

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Oh hendak lif dahulu?

Kesihatan.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Saya baca ketiga kesihatan dahulu.

Kesihatan?

Kesihatanlah. Tak apa tidak ada masalah. Nanti lepas ini kesihatan boleh jawab. Tak apa lah.

[Ketawa] Silakan teruskan minta maaf Yang Berhormat.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Pertama adalah ketiadaan ambulans di Klinik Kesihatan. Isu ketiadaan ambulan meruncing kerana ambulans adalah keperluan yang utama. Ketiadaan ambulans akan menjejaskan bantuan untuk sampai di sekitar kawasan dan mengakibatkan kelewatan bantuan untuk sampai kepada pesakit. Ini merupakan isu yang penting kerana ia melibatkan nyawa pesakit tersebut.

Hal ini kerana ambulans yang sedia ada telah mengalami kerosakan.

Sehingga kini, masih tiada lagi ambulans di Klinik Kesihatan Teluk Medan. Ini menyebabkan pihak klinik perlu meminjam ambulans daripada klinik lain untuk memastikan pesakit mendapatkan rawatan dengan segera dan efisien.

Isu yang kedua adalah masalah bekalan elektrik. Klinik Kesihatan ini kerap menghadapi masalah ketiadaan elektrik yang menyebabkan gangguan perkhidmatan di klinik ini. Antara cadangannya adalah dengan membina transformer di klinik ini dengan anggaran belanja sebanyak setengah juta daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Cadangan kedua adalah menarik wayar masuk ke klinik dengan pembahagian kos yang dikongsi bersama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Kesihatan Daerah.

Isu yang ketiga adalah masalah Bilik Rawatan Kecemasan yang sempit. Ia menyebabkan ketidakselesaan kepada warga Klinik Kesihatan ketika menjalankan tugasan. Selain itu, ruang untuk menempatkan pesakit juga terhad. Pelan pembangunan telah dibuat untuk penambahbaikan bilik rawatan ini tetapi masih dalam proses. Saya minta Menteri untuk memastikan proses ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Kementerian dapat memberikan perhatian yang khusus dan peruntukan yang sewajarnya, bagi memastikan isu ini diselesaikan segera demi kemudahan rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberi jawapan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) mengambil maklum akan masalah kekurangan ambulans di fasiliti kesihatan

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

yang disebutkan. Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan pembekalan sejumlah 590 unit ambulans baharu type ‘A’ dan type ‘B’ dan akan diagihkan secara berperingkat kepada hospital dan fasiliti KKM di seluruh negara mulai pada awal tahun depan iaitu tahun 2024.

Jadi, sukacita saya hendak maklumkan bahawa satu unit ambulans khas akan diagihkan ke Klinik Kesihatan (KK) Teluk Medan pada tahun hadapan bagi menggantikan ambulans yang telah dilupuskan. Jadi serahan paling awal Yang Berhormat akan kita laksanakan pada Bulai Mei 2024.

Pada masa ini, kes-kes kecemasan dalam kawasan operasi KK Teluk Medan akan dirujuk menggunakan ambulans dari klinik kesihatan yang berhampiran iaitu KK Bagan Serai yang hanya enam kilometer jauhnya, kemudian KK Gunung Semanggol 11 kilometer dan juga melalui rangkaian Medical Emergency Coordination Centre

(MECC).

Berkaitan dengan perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu berkaitan masalah bekalan elektrik ya di KK Teluk Medan pula, pihak kementerian telah pun membuat pemeriksaan dan kita dapati bahawa gangguan bekalan elektrik adalah berpunca daripada bekalan voltan yang rendah Yang Berhormat iaitu hanya sekitar 374 voltan ya berbanding nilai voltan yang nominal ada 400 voltan yang ditetapkan. Jadi, masalah ini menyebabkan beberapa peralatan perubatan di klinik tersebut tidak dapat berfungsi dengan cara yang optimum.

Jadi, sehubungan dengan itu, pihak TNB bercadang untuk memasang kabel khas untuk menyambungkan bekalan elektrik terus ke KK Teluk Medan dari substesen TNB. Langkah ini dijangka dapat mengembalikan semula voltan yang diperlukan iaitu 400 voltan ya.

Jadi, pihak TNB Kerian memaklumkan pada pihak kami bahawa pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada TNB Ipoh untuk melaksanakan pemasangan kabel baharu tersebut dan kerja-kerja pemasangan dijangka selesai insya-Allah pada awal tahun 2024.

Berkenan dengan isu ketiga pula yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Bagan Serai berhubung dengan isu ruang bilik kecemasan yang sempit. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, KK Teluk Medan ini sudah lama yang pembinaannya sejak 1975. So, sangat lama dan memang kita fahamlah dengan kesempitan yang ada di situ.

Kita insya-Allah dimaklumkan bahawa sememangnya kita ada perancangan untuk menaik taraf dan meluaskan ruangan bilik rawatan, bilik observasi juga dan kecemasan termasuk bilik isolasi, ruangan saringan demam serta beberapa ruangan untuk kegunaan yang lain dengan anggaran kos sebanyak RM200 ribu. Permohonan di bawah Projek Pembangunan BP06000 bagi tahun 2024 ini akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan pada tahun hadapan Yang Berhormat.

Selain daripada itu, kerja awalan Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan Kuarters Bagan Serai, Perak sebagai gantian telah pun juga diluluskan di bawah RP3 untuk tahun 2023, RMK12 yang bakal memberi perkhidmatan yang lengkaplah kepada penduduk di Parlimen Bagan Serai.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, selain daripada menambah baik dan menaik taraf fasiliti kesihatan kerajaan, Kementerian Kesihatan juga sedang giat melaksanakan Skim Perubatan MADANI termasuklah di kawasan sekitar KK Teluk Medan. Dengan ini saya juga berharaplah agar Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai membantu juga agar pemakluman mengenai Skim Perubatan MADANI ini akan dapat sama-sama kita hebahkan kepada kumpulan sasaran di

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

kawasan ini memandangkan skim ini akan diteruskan pada tahun hadapan yang dijangka memberi manfaat kepada 700 ribu rakyat Malaysia.

Jadi, kita juga mahu supaya penduduk di sekitar Bagan Serai mengambil manfaat daripada skim yang kita perkenalkan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. saya hendak mempersilakan Yang Berhormat Bagan Serai untuk mengajukan soalan.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Terima kasih kepada Datuk Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri dan saya ucap terima kasihlah kerana ambulans sudah dapat sebenarnya.

[Ketawa]

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Tahun depan, tahun depan.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Tahun depan insya-Allah. Fasal sudah banyak tahun sebenarnya. Jadi, amat sedihlah benda isu ini isu ia keselamatan, kesihatan, pendidikan ini benda yang tidak boleh kita kompromilah walau hat lain boleh jimat ya. Walau bagaimanapun saya ucap terima kasih.

Keduanya ialah berkenaan dengan isu bilik iaitu saya ingat perlu disegerakan juga lah. Saya tengok kepadatan kehadiran pesakit-pesakit itu banyak. Bilik rawatan saya ingat dua orang untuk menunggu di bilik kecemasan itu.

Jadi, saya harapkan supaya yang ini pun kalau boleh diusahakan untuk diikhtiarkan dengan segera. Terima kasih kepada Datuk Speaker.

Terima kasih.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat.

Memang kita pun insya-Allah dalam telah juga memperhalus satu polisi baharu di mana kita mengambil kira juga tentang pertumbuhan atau pun perkembangan penduduk selepas daripada ini.

Kita sedang teliti untuk klinik-klinik sama ada Klinik Desa atau klinik-klinik yang statusnya klinik lima, enam dan tujuh ya di kawasan-kawasan yang dahulunya difikirkan kecil tetapi dengan kepadatan penduduk yang semakin bertambah. Jadi, kita bercadang selepas daripada ini untuk meningkatkan kita punya pembinaan klinik- klinik ini dengan klinik ataupun KK empat ke atas. Empat, tiga, dua dan satu supaya ini dapat:

(i) memenuhi keperluan penduduk; dan

(ii) meningkatkan juga fasiliti yang kita boleh berikan kepada penduduk setempat.

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih juga kerana hadir menjawab soalan di Kamar Khas ini Yang Berhormat Menteri. Silakan Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kemudahan Lif Di Stesen Kereta Api Bagan SeraiSpecial Chamber

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Terima kasih kepada Datuk Seri Yang di-Pertua.

Kereta api merupakan salah satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan rakyat kebanyakan. Ini termasuklah komuter dan juga perkhidmatan kereta api elektrik (ETS). Saya juga sering menggunakan perkhidmatan ETS untuk ke Kuala Lumpur bagi urusan mesyuarat dan juga sidang Parlimen.Perkhidmatan kereta api merupakan antara pengangkutan utama bagi penduduk Bagan Serai untuk ke tempat kerja atau ke destinasi lain dengan mudah dan pantas.

Namun, apa yang menjadi kegusaran saya adalah stesen KTM di sini tidak mempunyai lif untuk para pengguna. Justeru itu, para penumpang perlu menaiki tangga yang cukup tinggi dan amat kasihan kepada penumpang yang perlu membawa beg yang besar serta berat. Ketiadaan lif ini juga memberi kesan kepada warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang perlu melalui jalan alternatif lain yang agak jauh bagi menaiki kereta api.

Saya berharap agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian yang khusus dan peruntukan yang sewajarnya bagi menyediakan kemudahan lif di Stesen Kereta Api Bagan Serai demi keselesaan dan kesejahteraan para penduduk yang menggunakan perkhidmatan ini. Sekian, terima kasih.

Okey, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan jawapan.

Dato' Sri Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai.

Saya mohon menjawab mewakili Kementerian Pengangkutan (MOT) kerana Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak dapat hadir disebabkan beliau terlibat dengan sesi permukiman pemimpin-pemimpin Kerajaan Malaysia-Singapura Kesepuluh di Singapura. Manakala Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan juga tidak dapat hadir disebabkan urusan rasmi di Bintulu, Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan (MOT) sentiasa prihatin terhadap keperluan pengguna, keperluan khas warga emas, wanita mengandung dan orang-orang kurang upaya yang memilih pengangkutan rel sebagai mod pengangkutan mereka. Bagi tujuan ini, MOT melalui Perbadanan Aset Keretapi

(RAC) selaku agensi yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan menyelenggara aset-aset pengkeretapian telah melaksanakan proses perolehan tender bagi membina lif di 12 stesen kereta api termasuk di Stesen Kereta Api Bagan Serai. Pembinaan kemudahan ini dijangka bermula pada suku tahun pertama tahun 2024 dan selesai dalam tempoh satu tahun. Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua.

Terima kasih. Soalan tambahan sekiranya ada, Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Terima kasih Datuk Seri Yang di- Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Timbalan Menteri. Saya mengharapkan supaya dalam soal pembinaan inilah untuk akan datang supaya untuk orang kurang

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

upaya ini mesti diberikan keutamaan kerana masyarakat kita ini sedang menuju ke arah negara tua. Penduduknya nak tua dan kita sendiri pun nak menuju ke arah tua.

Maka sudah tentu prioriti dalam waktu kita merancang stesen-stesen seperti begini perlu diberikan keutamaan kepada warga emas atau warga tua dan juga OKU.

Terima kasih Datuk Seri.

Okey. Yang Berhormat, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Bagan Serai. Saya berpendapat bahawa persoalan itu adalah persoalan makluman ya, memberi peringatan kepada kami. Dan saya percaya Perbadanan Aset Keretapi akan mengambil kira semua aspek dari segi pembinaan tersebut seperti yang kita ambil aspek-aspek sekarang ini di mana tandas-tandas yang kita bahagikan kepada OKU, seperti parking-parking yang ada tempat penurunan orang-orang OKU.

Dan sudah pastilah saya percaya pegawai-pegawai daripada MOT melalui Perbadanan Aset Keretapi akan mengambil kira apa yang dibentangkan oleh Bagan Serai dan mempunyai pandangan yang cukup bernas dan baik bagi kemudahan masyarakat setempat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Okey terima kasih. Dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri Kerja Raya di atas kehadiran di dalam Kamar Khas pada petang ini. Okey Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamat sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini. Kamar Khas pada hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 31 Oktober 2023 jam 2.30 petang. Terima kasih banyak-banyak.

[Kamar Khas tamat pada pukul 3.15 petang]