Dewan Rakyat · 27 February 2024
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 1,001 turns · 45,880 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Lafaz Ikrar Rukun Negara
[Dilafazkan oleh Setiausaha] : Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden [Dilafazkan oleh semua Ahli Dewan] : MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Lafaz Ikrar Rukun Negara — Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
KELURUHAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Di-Pertua — Salinan Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAddress / budget
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan selamat pagi. Alhamdulillah. Ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 26 Februari 2024, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas Meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi. [Salinan Titah Diraja adalah seperti di Lampiran]
Akta-Akta Yang Telah Diperkenankan
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang lalu seperti berikut: 1. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023; 2. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023; 3. Akta Perbekalan 2024; 4. Akta Kewangan (No.2) 2023; 5. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023; 6. Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023; 7. Akta Syarikat (Pindaan) 2023; 8. Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023; dan 9. Akta Makanan (Pindaan) 2023;
Perutusan Daripada Dewan Negara
Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas tahun 2023 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] “14 Disember 2023 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:
1. (D.R.34/2023) Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. 2. (D.R.32/2023) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2023. 3. (D.R.30/2023) Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023. 4. (D.R.27/2023) Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023. 5. (D.R.31/2023) Rang Undang-undang Perbekalan 2024. 6. (D.R.36/2023) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2023. 7. (D.R.33/2023) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023. 8. (D.R.42/2023) Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. 9. (D.R.26/2023) Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2023. Manakala, terdapat tiga rang undang-undang yang ditangguhkan di peringkat bacaan kedua dan ketiga oleh Menteri yang menjaga undang-undang tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 61, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara: 1. (D.R.28/2023) Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023. 2. (D.R.29/2023) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023. 3. (D.R.40/2023) Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2023. Salam hormat, t.t “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Di-Pertua — • Urusan Utama Parlimen • Ahli Mengangkat Sumpah di Luar Majlis • Ucapan Takziah Kepada Ahli Keluarga Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud • Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(7), 36(8) dan 36(10)(c)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai semalam iaitu 26 Februari hingga 27 Mac 2024 selama 19 hari. Antara urusan utama yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini adalah Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja dan rang undang- undang serta urusan kerajaan yang lain. Kita juga mulai esok akan tidak berhenti. Kita tidak berhenti sidang pukul 1 petang dan akan terus bersidang hingga ke malam. Seterusnya, mengikut Peraturan Mesyuarat 5(3), saya dengan ini memberitahu Majlis ini bahawa Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Ahli
Parlimen Kemaman telah mengangkat sumpah semasa di luar Majlis Mesyuarat pada 8 Disember 2023... [Tepuk] Selamat datang Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali ke rahmahtullah pada 21 Februari 2024. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak, Ahli Parlimen bagi kawasan Kota Samarahan dan anggota pentadbiran Persekutuan di beberapa kementerian. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman. Kepada yang beragama Islam, saya meminta kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud manakala kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama seminit. Al-Fatihah. Sila bangun. Bismillah. [Ahli-ahli membaca al-Fatihah dan bertafakur] Terima kasih. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda semalam jelas, terang, lagi bersuluh. Di sini ingin saya mengingatkan kepada Yang Berhormat mengenai peraturan mesyuarat, mengenai perkara-perkara tersebut. Antaranya ialah seperti berikut- Jadi, sesiapa yang dah ada standing order, saya mohon pegang dan lihat standing order itu. Peraturan Mesyuarat 36(8) telah membataskan perbincangan mengenai kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Dewan Negeri dan juga beberapa kategori jawatan yang lain. Peraturan Mesyuarat 36(7) menyatakan bahawa nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-Raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di- Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat dan Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) menyatakan bahawa adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit atau bermusuh- musuhan antara kaum dalam masyarakat dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948. Kita baru sahaja sebentar tadi, Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya telah berikrar untuk mencapai lima prinsip Rukun Negara. Saya harap Ahli Yang Berhormat dapat berusaha mencapai prinsip-prinsip itu. Ahli Yang Berhormat hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat, sepanjang berada dalam Dewan yang mulia ini kerana kita- semua disaksikan oleh rakyat melalui pelbagai platform. Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mempamerkan kematangan semasa berucap atau berbahas termasuk menjaga kesopanan dan kesusilaan seperti yang telah kita ikrarkan tadi. Saya dan timbalan-timbalan saya akan tegas bahawa kami tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mengambil tindakan, jika Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan mesyuarat. Selain itu, juga untuk makluman Yang Berhormat, Jadual Kementerian Menjawab semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan bagi mesyuarat ini telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat. Saya juga nak maklumkan bahawa saya telah pun memaklumkan kepada timbalan-timbalan saya, untuk memastikan masalah-masalah Yang Berhormat yang berlaku di luar Dewan, sama ada peperangan yang berlaku di antara parti ke parti ataupun apa juga melalui media sosial, selesaikanlah di luar dan jangan mengheret kita- semua ke dalam Dewan. Mana-mana Yang Berhormat menggunakan platform ini untuk tujuan memperkenalkan kawan-kawan, saya dah pastikan kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Akhir sekali, saya juga ingin maklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak akan menjawab soalan MQT hari ini kerana beliau terlibat dalam kunjungan hormat Perdana Menteri Kemboja pada hari ini dan insya-Allah beliau akan menjawab pada hari selanjutnya apabila waktu tiba. Baik, silakan Setiausaha.
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
Baik, saya jemput Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ketereh. Silakan.
1. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian berhubung isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ekoran peletakan jawatan beberapa pegawai kanan dalam entiti berkenaan baru-baru ini.
Tan Sri Yang di-Pertua dan semua Ahli-ahli Dewan. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullah.
Soalan yang pertama daripada saya, minta Menteri Pertahanan menyatakan, apa tindakan yang diambil oleh kementerian ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera ekoran peletakan jawatan tiga orang penting baru- baru ini. Maksud saya nya, tiga orang penting itu dari Lembaga Tabung.
Baik, terima kasih. Silakan Menteri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh. Peletakan jawatan tiga orang Pegawai Kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera baru-baru ini adalah perkara yang sentiasa dipantau oleh kementerian. Bagi pihak Kementerian Pertahanan serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera, saya memberi jaminan bahawa peletakan jawatan tersebut tidak akan memberi impak yang mengganggu operasi, perjalanan serta perkhidmatan LTAT. Sebaliknya, LTAT bergerak dan beroperasi seperti biasa. Sebagai langkah susulan, jawatan Ketua Eksekutif yang kosong, kini ditanggung oleh Encik Mohammad Ashraf Md. Radzi, Ketua Pegawai Kewangan sebagai tanggung tugas Ketua Eksekutif, berkuat kuasa serta-merta. Bagi jawatan Pengerusi LTAT pula, tugas tersebut kini dipangku oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang merupakan Timbalan Pengerusi LTAT, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 ataupun Akta 101. Bagi organisasi seperti LTAT, pelantikan tanggung tugas ini bukanlah perkara yang pelik. Ia pernah dilaksanakan sebelum ini semasa peletakan jawatan Ketua Eksekutif, Datuk Nik Amlizan Mohamed pada tahun 2020 dan peletakan jawatan Dato’ Sri Amrin Awaluddin pada tahun 2021. Pada masa ini, Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkredibiliti untuk mengisi jawatan Ketua Eksekutif LTAT serta kementerian sedang meneliti calon yang layak daripada kalangan mantan Panglima-panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi LTAT. Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan komited untuk terus memantau dan memastikan operasi serta strategi- strategi yang telah dirancang bagi menjadikan LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan diteruskan dengan sewajarnya. Fokus kementerian dan LTAT adalah untuk memastikan nilai wang simpangan anggota ATM terus dilindungi dan berkembang, di samping memastikan kestabilan dan kelestarian dana pelaburan LTAT bagi tempoh jangka masa panjang.
Sila Ketereh.
Soalan tambahan daripada saya. Sebagaimana yang kita tahu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah merupakan entiti di bawah Kementerian Pertahanan, yang mana entiti ini menguruskan caruman oleh lebih kurang 120,000 anggota tentera yang berkhidmat. Jadi setakat ini, saya tidak
nampak- saya pun 40 tahun menjadi tentera. Saya tidak nampak apakah bentuk bantuan atau bentuk sumbangan yang diberi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi membantu angkatan tentera dan juga veteran-veteran angkatan tentera, termasuk saya. Jadi, saya hendak tahu. Apakah rancangan penstrukturan semula Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik di masa akan datang? Memberikan keuntungan yang lebih di masa akan datang. Jadi, saya hendak tahu apakah rancangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dalam membuat penstrukturan semula Lembaga Tabung Angkatan Tentera?
Baik.
Terima kasih.
Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya daripada segi kementerian, apa sahaja keputusan untuk membawa kemajuan dan kejayaan bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan anak- anak syarikatnya perlu dimulai dan dikemukakan oleh pihak LTAT itu tersendiri. Jadi, dalam konteks ini, memang pihak LTAT telah melancarkan pelan-pelan transformasi mereka yang merangkumi empat teras iaitu pertumbuhan, ketahanan, impak dan kepercayaan yang mempunyai 10 sasaran dan juga 11 strategi. Daripada segi kementerian dan saya sendiri secara peribadi, secara asasnya tidak mempunyai banyak isu mengenai pelaksanaan pelan-pelan strategik tersebut. Supaya dengan pelaksanaannya, maka segala kebimbangan dan juga segala harapan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu akan dapat dipenuhi sebagai perkara- perkara yang dikehendaki oleh pencarum, pelabur dan juga bekas-bekas anggota, tetapi hanya dalam soal untuk melaksanakan pelan strategik ini, yang berkaitan dengan penstrukturan semula model perniagaan dan melihat kembali pegangan kepentingan LTAT dalam pelbagai syarikat. Maka saya telah menyatakan bahawa kita perlu melihat dan menimbangkan dengan secara teliti, mendalam, tidak bersikap melulu ataupun terburu-buru dan pada masa yang sama, kita perlu menimbangkan cadangan-cadangan tersebut secara cermat serta juga inklusif. Mengambil pandangan semua pihak yang terlibat, semua stakeholders, termasuklah anak-anak syarikat LTAT dan sebagainya. Jadi, apabila proses ini semua dapat kita lakukan dengan cermat, dengan teliti, insya-Allah kita akan pastikan LTAT akan dapat berjalan dan bergerak sebagaimana yang diharapkan oleh semua.
Ya. Saya jemput Tampin.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tahun lalu, Pelan Strategik 2023-2025 atau MAMPAN 25 telah dilancarkan oleh LTAT sebagai hala tuju yang baharu untuk mengekalkan kemapanan dan meningkatkan kesejahteraan sosial ekonomi pada pencarum. Persoalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah status masa pelaksanaan pelan strategik tersebut? Adakah sedang berjalan dengan baik ataupun bagaimana? Adakah dibolehkan sekiranya kepimpinan baharu yang bakal mengemudi LTAT kelak untuk membuat sebarang pengubahsuaian MAMPAN 25 atau hanya perlu mengikut perancangan awal? Yang terakhir Yang Berhormat Menteri, bilakah jangkaan dividen tahunan 2023 LTAT akan diumumkan? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Sila Menteri.
Terima kasih Tampin. Seperti yang telah saya katakan. Secara umumnya, kementerian tidak ada masalah daripada segi soal pelaksanaan Pelan Strategik LTAT ini, tetapi hanya kita sedang memberi perhatian yang lebih teliti dan cermat. Apabila sebahagian daripada pelan strategik ini melibatkan penstrukturan semula model perniagaan dan pegangan kepentingan LTAT. Ini termasuklah soal pembubaran beberapa buah syarikat dan penjualan aset-aset atau pegangan LTAT dalam pelbagai syarikat strategik.
Jadi, yang ini kita sedang beri perhatian. Kita sedang mencari jalan menang- menang untuk semua supaya dalam kita melaksanakan pelan strategik ini, seboleh- bolehnya tidak ada mana-mana syarikat yang terjejas dan pegangan LTAT masih lagi berada pada paras yang LTAT menguasai sesuatu anak-anak syarikat itu. Jadi maknanya, pelaksanaan apa-apa pelan, kita tidak mahu melihat akhirnya soal kecairan LTAT itu kita dapat atasi, tetapi soal dividen yang mampan sepanjang masa itu akan mendatangkan masalah kerana kita hilang kawalan atas beberapa buah syarikat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sekarang dalam proses untuk menentukan dividen LTAT, ia di peringkat Lembaga. Apabila diluluskan, akan dibawa kepada Menteri untuk kelulusan dan apabila diluluskan di peringkat Menteri, akan dibawa kepada Kementerian Kewangan, dia ada proses dan apabila Kementerian Kewangan meluluskan, maka barulah akan diumumkan, tetapi insya-Allah untuk tahun lepas, dividen tahun ini memang ada dan akan diumumkan. Jadi, tunggulah masa bila diumumkan nanti.
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.
2. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, status terkini peruntukan RM50 juta dijanjikan oleh mantan Menteri bagi pembinaan lima blok pangsapuri kos rendah yang mampu menempatkan 3,000 penduduk terutama semua penduduk Flat Taman Sri Berembang Port Klang, diisytiharkan tidak selamat diduduki ekoran retak dan kerosakan struktur teruk.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Saya mohon Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini peruntukan RM50 juta yang dijanjikan oleh dua orang mantan Menteri bagi pembinaan lima buah blok pangsapuri kos rendah yang mampu menempatkan seramai 300 sebenarnya Tan Sri, salah ini. ‘300’ orang penduduk, terutama semua penduduk Flat Taman Sri Berembang Port Klang kerana ia diisytiharkan tidak selamat dan diduduki ekoran retak dan kerosakan struktur teruk, terima kasih.
Baik. Pembetulan Menteri ya, 300.
Salam Malaysia Madani Tan Sri Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Pangsapuri Taman Sri Berembang Port Klang Selangor merupakan Skim Pembangunan Rumah Pangsa Kos Rendah Swasta yang melibatkan empat buah blok rumah yang mengandungi 416 unit rumah kediaman. Pangsapuri ini telah dibangunkan oleh pemaju swasta Lee Man Construction Company Sdn. Bhd. dan telah menerima perakuan layak menduduki- Certificate of Fitness for Occupation pada tahun 2000. Isu kerosakan pangsapuri ini telah dibentangkan oleh pihak kerajaan negeri kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 1 Oktober 2020. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah memulakan proses pemindahan mulai 15 Oktober tahun 2020 yang melibatkan 16 unit terjejas sebagai langkah keselamatan awal. Susulan itu, MBDK juga telah melantik jurutera perunding yang bertauliah untuk melaksanakan kajian menyeluruh dan hasil kajian tersebut mengesahkan bahawa Pangsapuri Sri Berembang ini tidak selamat diduduki. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kementerian mengambil maklum akan kenyataan yang dibuat oleh Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2020. Mengenai peruntukan RM50 juta yang dijanjikan bagi pembinaan lima buah blok pangsapuri kos rendah untuk menempatkan seramai 300 orang penduduk Pangsapuri Taman Sri Berembang. Semakan kementerian yang terkini ke atas perkara ini mendapati bahawa tidak ada tindakan susulan diambil dipihak kementerian pada masa tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya pihak kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan projek pembangunan semula tanah di Pangsapuri Taman Sri Berembang sebagai projek perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) oleh KPKT menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu memastikan tapak yang diserahkan telah selesai semua urusan hak milik sama ada diberikan secara percuma atau pada kadar nominal kepada kementerian KPKT, tanah tersebut mempunyai keadaan fizikal yang baik serta bebas daripada bebanan tapak - free of encumbrances, tertakluk kepada kesediaan tapak seperti yang dinyatakan di atas.
Seterusnya KPKT akan mengemukakan permohonan pelaksanaan projek ini kepada Kementerian Ekonomi (EPU) untuk tujuan pertimbangan. Namun, kelulusan pelaksanaan projek baru adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan kerajaan selanjutnya, berdasarkan kepada atur cara kewangan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Ampang.
Terima kasih. Terima kasih Menteri. Saya berpandangan sebab perkara ini dibangkitkan oleh ADUN kawasan dan ada dua perkara besar di sini. Pertama tentang peruntukan yang akan ataupun yang mungkin dipertimbangkan, tetapi perkara yang lebih fundamental ataupun asas adalah tempat itu telah pun diisytiharkan tidak selamat. Sudah hampir masuk tiga tahun perkara ini tidak pun ada apa-apa pergerakan. Jadi, soalan saya kepada Menteri ekoran daripada perkara itu, apakah tindakan yang perlu dibuat sama ada, ada satu Jawatankuasa Khas bersama dengan kerajaan negeri untuk penyelesaian, sebab melibatkan 304 nyawa yang perlu kita selesaikan, tapi yang keduanya adalah- soalan saya adalah, isu kepada pihak yang melaksanakan ataupun membangunkan kawasan-kawasan perumahan. Bukan sahaja di situ, di tempat- tempat lain. Kita lihat bahawa kalau Flat Berembang ini tidak sampai umurnya 30 tahun, ianya telah pun diisytiharkan tidak selamat. Jadi, apakah nasib bangunan-bangunan ataupun pembangunan-pembangunan yang ada sekarang ini dan yang akan datang. Oleh itu, cadangan saya ataupun soalan saya kepada Menteri, apakah kerajaan akan membuat satu ketetapan yang lebih ketat ya, kepada mereka ataupun pemaju- pemaju ini yang membina perumahan, terutama yang ada masalah berkaitan dengan design ataupun reka bentuk dan kualiti pembinaan yang kita dapati ianya melanggar 100 peratus apa yang telah pun ditetapkan oleh pihak berwajib. Yang ada sekarang ini, kita lihat hanyalah tempoh liability yang ditentukan hanya dua tahun selepas tempoh dilaksanakan. Jadi, soalan saya berkaitan dengan dasar, apakah akan ada satu ketetapan yang baru dan juga mereka, pemaju-pemaju yang telah pun melanggar banyak peraturan ini, saya rasa wajar bukan blacklist sahaja, tidak dibenarkan langsung melaksanakan pembinaan di masa-masa akan datang. Itu soalan daripada saya. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Ampang yang begitu prihatin tentang nasib penghuni pangsapuri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa siri mesyuarat serta perbincangan yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan bagi membincangkan penyelesaian berhubung isu ini telah diadakan. MBDK telah mengeluarkan Notis bertarikh 24 Jun dan 15 September tahun 2022 memaklumkan bahawa blok A, B dan C yang melibatkan 304 unit rumah tidak selamat untuk didiami dan perlu dikosongkan. Selepas itu, pihak MBDK dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah mengenal pasti penempatan sementara kepada pemilik dan penghuni yang terkesan. MBDK juga telah mengambil tindakan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Keselamatan yang bertanggungjawab untuk memantau dan melaksanakan tindakan susulan berhubung dengan isu ini.
Selepas hari ini, saya akan juga untuk mengambil langkah proaktif mengutus surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, supaya kerajaan negeri dan kementerian KPKT mencari jalan penyelesaian untuk memastikan keselamatan penghuni itu dijaga dan dibela. Sekian, terima kasih.
Ya, silakan.
[Bangun]
Terima kasih Tan Sri Dato’ Speaker. Jadi, dalam keghairahan pemaju-pemaju perumahan melaksanakan projek-projek mega, adakah kerajaan telah menjalankan kajian terperinci berhubung syarat yang menetapkan pemaju perumahan untuk menyediakan sebilangan kediaman mampu milik dalam setiap projek mega yang dibangunkan? Jika ya, mohon perinciannya serta dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggarakan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana awam serta swasta seluruh negara. Jadi, berapakah peruntukan yang telah disalurkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta pecahannya mengikut negeri. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan. Tentang soalan tambahan yang telah pun dikemukakan, di mana adalah dasar kerajaan supaya semua projek perumahan swasta, ia perlu membina rumah-rumah mampu milik, tertakluk kepada kebiasaannya adalah 30 peratus, tetapi negeri-negeri lain, kerajaan-kerajaan negeri mempunyai syarat-syarat dan juga peraturan tertentu mengikut keperluan, keadaan negeri masing-masing. Daripada segi jumlah penyelenggaraan tabung, memang RM100 juta telah pun diperuntukkan dan di mana kita bukan sahaja membuat penyelenggaraan, mengecat semula bangunan, menukar lif-lif baharu rumah-rumah pangsa, pangsapuri kos rendah dan juga kos sederhana. Kita akan pastikan supaya setiap peruntukan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya supaya penduduk pangsapuri kos rendah sentiasa menduduki kediaman yang berdaya huni serta bersifat manusiawi. Tentang peruntukan pecahan kepada negeri-negeri yang ditanya, ini merupakan soalan spesifik. Saya akan cuba berikan jawapan bertulis selepas ini. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput sekarang Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.
3. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, peruntukan yang lulus dalam rancangan menaik taraf kemudahan sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Parlimen Bukit Gantang bagi tahun 2024 dan nyatakan kemajuan pembinaan Sekolah Pendidikan Khas di Simpang, Parlimen Bukit Gantang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terang hari ini Dewan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Bentara kerana mendapat pakaian seragam baru. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan kemudahan infrastruktur sekolah berada dalam keadaan baik dan kondusif bagi menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah di seluruh negara, termasuk di Parlimen Bukit Gantang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024, KPM telah diperuntukkan RM900 juta bagi tujuan penyelenggaraan aset tak alih yang terdiri daripada aset bangunan, tanah dan infrastruktur di semua jenis sekolah dan institusi pendidikan KPM. Daripada jumlah tersebut, KPM telah menyalurkan sebanyak RM30.5 juta ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi tujuan penyelenggaraan 791 buah sekolah kerajaan di seluruh negeri Perak. Jadi, penyaluran peruntukan ini adalah berdasarkan keperluan mengikut permohonan dan susunan keutamaan yang dikemukakan kepada KPM oleh sekolah
melalui Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian. KPM- Yang Berhormat, akan memastikan peruntukan penyelenggaraan ini diagihkan kepada semua sekolah, termasuk sekolah di Parlimen Bukit Gantang. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2023 KPM telah memperuntukkan sebanyak RM228,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan di 12 buah sekolah di Parlimen Bukit Gantang. Selain daripada itu, KPM juga telah menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM2.24 juta bagi kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil institusi pendidikan bagi tahun 2023 iaitu penyelenggaraan tandas dan penyelenggaraan lain, bagi 32 buah sekolah di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPM telah diluluskan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah Changkat Jering Perak dan bagi tahun 2024, sebanyak RM400,000 telah diluluskan untuk membiayai kerja awalan di tapak projek melibatkan kerja ukur dan siasatan tanah. Manakala bagi soalan kedua Yang Berhormat, bagi projek pembinaan Kompleks Pendidikan Khas Taiping, Fasa 1 yang mengandungi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas 18 buah bilik darjah berserta kelengkapan perabot, peralatan dan lain-lain kemudahan di Mukim Simpang, Taiping Perak telah diluluskan dalam RMKe-12, Rolling Plan 2, Tahun 2022. Pembinaan kompleks Pendidikan Khas ini dilaksanakan bagi memberi perkhidmatan sokongan kepada murid berkeperluan khas di sekitar Perak Utara seperti Daerah Kerian, Hulu Perak dan Larut Matang dan Selama. Projek ini dilaksanakan oleh pihak JKR Malaysia secara lead consultant. Berdasarkan perkembangan terkini, lantikan lead consultant telah dibuat pada 27 Disember 2023. Proses reka bentuk sedang dilaksanakan dan projek ini diiklankan- tender setelah pelaksanaan Makmal Kejuruteraan Nilai bersama pihak JKR Malaysia selesai. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila, Bukit Gantang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sangat prihatin dan saya ucapkan terima kasih juga peruntukan-peruntukan yang telah disebutkan untuk Parlimen Bukit Gantang, tetapi masih ada banyak lagi yang perlu dinaik taraf, yang telah saya senaraikan dan saya hantar surat kepada kementerian. Mohon diberi perhatian untuk tahun 2024. Dalam masa yang sama juga, saya mengharapkan Sekolah Pendidikan Khas di Simpang ini tidak tertangguh lagi. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya akan susul tindakan bersama dengan pihak JPN untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut. Terima kasih.
Baik, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Masih lagi kelas pendidikan khas, khususnya Kelas Pendidikan Khas Integrasi. Saya mohon supaya sekolah-sekolah khas ini disediakan lampu isyarat kecemasan kebakaran kerana kelas-kelas ini menempatkan murid-murid bisu dan pekak. Kalau isyaratnya loceng, dia pekak tidak boleh dengar. Jadi boleh menimbulkan masalah kepada mereka. Jadi semua mesti disediakan lampu isyarat kebakaran. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ambil perhatian untuk susul tindak. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Baik, kita mulakan dengan menjemput Dr. Richard Rapu @Aman Anak Begri, Betong. Silakan.
1. Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, sejauh mana inisiatif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah berjaya mencapai objektifnya untuk menangani kos sara hidup rakyat dan senaraikan jenis-jenis inisiatif tersebut.
Baik, sebelum Menteri menjawab, oleh kerana soalan ini amat penting dan banyak yang bertanya, saya akan berikan tiga soalan tambahan, Menteri ya. Silakan Menteri.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Sungai Besar bertarikh 27 Februari 2024. Yang Berhormat Bachok bertarikh 4 Mac 2024 dan Yang Berhormat Bagan Serai bertarikh 19 Mac 2024, mengambil kira pertanyaan dan isu yang dibangkitkan berkaitan latar perkara yang sama. Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) merupakan platform nasional dalam merangka dasar strategi dan pelan tindakan berkaitan agenda kos sara hidup yang digerakkan merentasi kementerian dan agensi serta melibatkan wakil kerajaan-kerajaan negeri, badan bukan kerajaan dan industri. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dipertanggungjawabkan sebagai sekretariat kepada Majlis Tertinggi NACCOL yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 1 dan Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri KPDN sendiri. Pada masa yang sama, terdapat sebanyak tujuh Jawatankuasa Kerja kluster di bawah NACCOL yang dipengerusikan tujuh kementerian yang meliputi kluster makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti, kesihatan dan pendapatan. Melalui NACCOL, kerajaan memastikan setiap penggubalan dasar dan program yang dilaksanakan melalui kementerian dan agensi akan memberikan pertimbangan terhadap elemen kos sara hidup. Selain itu, mengambil kira kos sara hidup adalah bergantung kepada faktor permintaan dan penawaran- demand and supply dalam sistem ekonomi pasaran terbuka- free market economy. Pemantauan juga dilakukan terhadap faktor pasaran dan aktiviti sektor swasta dan industri, ini termasuk kesan pengaruh besar iklim serta ekosistem pasaran global. Selain penggubalan dasar dan program-program utama merentasi pelbagai kementerian, strategi dan pendekatan berbentuk intervensi dan mitigasi juga dilaksanakan dalam menangani pelbagai isu dan kesan berkaitan kos sara hidup termasuk menggalakkan penglibatan pelbagai pemegang taruh. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan yang terkait dengan sara hidup rakyat. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan melalui peruntukan tersebut tidak termasuk yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak lain seperti badan korporat melalui CSR dan NGO serta kerajaan negeri. Senarai inisiatif keseluruhan akan dipaparkan melalui portal Ihsan MADANI yang akan dilancarkan pada 20 Mac 2024. Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada program yang dirancang melalui pelbagai kementerian, kita juga melihat kepada aspek penguatkuasaan termasuklah berkaitan dengan elemen kartel dalam pakatan harga, pakatan pasaran, pakatan pengeluaran dan juga tipuan bidaan. Selain strategi tersebut, kita juga mengalu-alukan penyertaan, syor
dan pandangan konstruktif daripada semua pihak melalui pendekatan whole-of-nation untuk kita memastikan kita dapat memberikan impak yang lebih bernilai dan bermakna.
Saya jemput, Betong.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang komprehensif tadi. Jadi kalau kita lihat pada hari ini, peningkatan kos sara hidup ini amatlah mengganggu situasi rakyat akibat ketidakcukup pendapatan untuk menampung keperluan asas sama ada untuk makanan dan sebagainya serta beban rakyat juga yang membayar hutang yang ditanggung bagi menampung segala kenaikan kos barangan, perkhidmatan dan juga keperluan harian. Maka oleh itu, rakyat di luar sana kita dengar mengeluh mengenai peningkatan kos sara hidup yang agak menekan dan membataskan kehidupan mereka. Maka oleh itu soalan saya kepada Menteri, apakah isu dan cabaran yang sebenarnya yang dihadapi oleh kerajaan untuk mencari satu penyelesaian untuk mengurangkan segala kos sara hidup rakyat. Keduanya, adakah kerajaan mempunyai satu inisiatif dan perancangan jangka panjang, bukan yang short-term punya, jangka panjang bagi memastikan masalah untuk mengurangkan segala kos kehidupan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat panjang soalan itu, saya cuba untuk menjawab. Pertama bila ditanya tentang cabaran. Saya fikir dalam kita merangka pendekatan dalam menangani isu kos sara, hidup cabaran yang kita hadapi boleh saya ringkaskan dalam konteks external dan internal factor. Kalau disebut tentang external factor adalah terkait dengan kebergantungan tinggi kita kepada import barang- barang makanan yang akhirnya boleh menyebabkan di luar kawalan kita. Melihat kepada iklim geopolitik dan juga dasar domestik negara-negara di mana kita mengimport, contohnya India, yang terkini mereka kurangkan dan ada juga barang- barang makanan tertentu yang dihentikan eksportnya. Daripada segi internal factor pula, antaranya adalah isu pendapatan rakyat kita sehingga ada yang bertanya sama ada sebenarnya harga barang kita ini tinggi ataupun sebenarnya pendapatan rakyat kita, sara hidup itu, disposable income itu kurang?
[Bangun]
Kedua, cabaran tentang sistem ekonomi selama ini yang kita banyak mengambil pendekatan untuk memberikan subsidi pukal yang akhirnya berlaku ketirisan. Itu sebabnya sebagaimana Titah Tuanku semalam juga yang mengaitkan tentang isu perlunya kita melaksanakan penyasaran semula subsidi dan cabaran yang paling penting juga adalah ruang fiskal kita sendiri kerajaan. Dana kerajaan untuk membolehkan kita memberikan bantuan dan mengambil pendekatan intervensi dan mitigasi dalam menyelesaikan isu-isu yang terkait dengan kos sara hidup.
Sekiranya kita mempunyai ruang fiskal yang lebih besar, maka lebih banyak bantuan dapat diberikan kepada rakyat. Jadi itu antara cabaran yang dihadapi. Bagi saya bila disebut strategi jangka panjang yang digerakkan oleh kerajaan, contohnya dalam aspek pendapatan rakyat, dasar gaji minima, dasar gaji progresif, begitu juga pemberian bantuan secara bersasar melalui PADU dan sebagainya, itu antara long-term planning yang diikhtiarkan oleh kerajaan dalam kita menangani isu kos sara hidup ini.
Baik saya jemput Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, mengapakah wujud kekeliruan dan juga kelam kabut baru-baru ini berkenaan dengan perasmian Beras Putih Madani?
Yang mana ada yang mendahului kenyataan Menteri dan juga kita tengok Menteri jawab lain, Perdana Menteri jawab lain, Pengerusi NACCOL pun jawab lain... [Tepuk] Ini pasal orang kampung saya duk hingaq, jadi saya bercakap juga. Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, Pengerusi NACCOL ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, saya hendak tahu, apa kedudukan sahabat saya, YB Bukit Gantang bila mana dalam kenyataan media baru-baru ini banyak menyebut YB Bukit Gantang adalah Pengerusi NACCOL? Insya-Allah, itu sahaja soalan saya.
Baik, sila Menteri.
Apakah peranan dia juga? Okey sekarang...
[Dewan ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang kita maklum bahawa isu berkaitan padi dan beras ini adalah di bawah Akta 522 dan kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pertanian. Namun, mengambil kira KPDN adalah sekretariat kepada NACCOL, saya ingin memaklumkan bahawa daripada segi peranan sebagaimana yang disebut tadi, bahawa sejak formation, dengan izin NACCOL, Pengerusinya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sejak pentadbiran-pentadbiran yang lepas. Peranan Yang Berhormat Bukit Gantang, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Kementerian Pertanian dan telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Kementerian Pertanian merupakan Pengerusi kepada kluster makanan. Dimaklumkan bahawa peranan rasmi Yang Berhormat Bukit Gantang adalah Ketua Task Force Pemantauan kepada kluster makanan NACCOL. Jadi itu peranan yang sebenar secara rasmi oleh Yang Berhormat Bukit Gantang.
Ayer Hitam. Tan Sri Yang di- Pertua.
Lepas Arau ya.
Tan Sri Yang di-Pertua. NACCOL ini merupakan satu Jawatankuasa Kabinet yang sangat penting dan segala keputusan datangnya walaupun diperakui oleh NACCOL, ia perlu di-endorsed oleh Kabinet. Soalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk memperjuangkan supaya bil elektrik dan bil air tidak dikenakan kenaikan SST pada 1 Mac kerana air dan electricity merupakan dua keperluan asas. Kalau kita sudah boleh bagi kepada telekomunikasi pengecualian, tidak naik daripada enam ke-lapan peratus, kenapa tidak? Parkir- parking pun kita bagi dan makanan kita kekal pada enam peratus. Saya merayu sangat pada Menteri, tolong kerana kalau orang Islam kata Jumaat itu penghulu segala hari, ini bil air dan bil elektrik, penghulu segala kenaikan. Sudah tiga kali kenaikan elektrik, ICPT kemudian mereka yang penggunaan 1500 kilowatt sejam pada Julai tahun lalu dan tahun ini enam ratus hingga 1500 itu pun enam peratus kenaikan. Tambah lagi dua peratus SST. Orang Kedah kata, mampuih. Tolong, bil elektrik naik, bil air naik 21 peratus. Tolonglah kalau 1 Mac ini saya rasa keluhan rakyat ini susah. Minta supaya ada masa lagi, tiga empat hari bincang. NACCOL bawa, Kabinet bagi keputusan untuk pengecualian. Itu permintaan kita. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, perkara berkaitan kenaikan SST ini memang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat TPM yang lepas, kira-kira dua minggu lepas memang ada satu paper khusus untuk kita melihat kesan dan impaknya.
Insya-Allah perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam ini kita akan dikaji dan kita bawa kepada Mesyuarat NACCOL yang akan diadakan pada 20 Mac nanti untuk pertimbangan selanjutnya. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Mohon jawapan soalan saya nombor 2.
2. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan, berkaitan dasar bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat serta jumlah pampasan termasuk juga bantuan wang ihsan banjir.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan masih meneruskan dasar bantuan kepada mangsa banjir berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20 - Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Jadi, berdasarkan arahan MKN No. 20 tersebut, kejadian bencana ditafsirkan sebagai suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara yang melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. Setelah berlaku sesuatu bencana, berdasarkan tafsiran kejadian bencana di dalam Arahan MKN No. 20, mangsa yang terlibat akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dengan bantuan agensi-agensi tindak balas seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain-lain agensi. Semua mangsa bencana termasuk mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara akan dibantu oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di dalam khemah masing-masing dengan diberikan pelbagai jenis bantuan asas seperti makanan, minuman, tikar dan selimut. Bagi kejadian bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) termasuk bencana banjir, terdapat dua jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan yang disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada semua negeri iaitu Bantuan Wang Ihsan (BWI); dan Bantuan Wang Ihsan Kematian. Bantuan Wang Ihsan (BWI) merupakan sumbangan sebanyak RM1,000 untuk Ketua Isi Rumah yang terkesan akibat bencana dan berpindah ke pusat pemindahan sementara. Manakala Bantuan Wang Ihsan Kematian merupakan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk waris mangsa bencana yang meninggal dunia. Bantuan Wang Ihsan akan diagihkan kepada Ketua Isi Rumah mangsa bencana yang terjejas setelah proses semakan dan pengesahan oleh Pejabat Daerah dan perakuan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Bagi musim Monsun Timur Laut 2022-2023, jumlah bantuan wang ihsan yang telah diagihkan kepada 168,959 KIR. Jadi, mangsa bencana di seluruh negara adalah sebanyak RM168.959 juta. Manakala jumlah BWI Kematian yang telah diagihkan kepada 56 waris mangsa bencana yang meninggal dunia adalah sebanyak RM560,000. Musim MTL 2023 hingga 2024 masih belum tamat. Namun bagi mempercepatkan proses pengagihan Bantuan Wang Ihsan kepada Ketua Isi Rumah, mangsa bencana semasa Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) telah menyalurkan peruntukan awal bantuan bencana kepada semua negeri berjumlah RM232
juta bagi diagihkan kepada Ketua Isi Rumah mangsa bencana yang terjejas dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian Bantuan Wang Ihsan ini bukanlah merupakan suatu bentuk pampasan terhadap kerugian yang dialami oleh mangsa bencana, tetapi ia lebih merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban mangsa bencana. Selain bantuan Kerajaan Persekutuan, semua kerajaan negeri boleh mengenal pasti bantuan-bantuan lain untuk disumbangkan melalui agensi-agensi peringkat negeri seperti Lembaga Zakat dan badan-badan korporat untuk membantu meringankan beban mangsa bencana. Sekian, terma kasih.
Baik, silakan Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya, setakat ini, apakah inisiatif terkini kerajaan menerusi NADMA bagi memudahkan pelarasan agihan bantuan tanpa birokrasi termasuk mereka yang tidak berpindah ke PPS sebab ramai yang tidak berpindah juga, serta memastikan keberkesanan sumbangan NGO dan operasi pasca banjir? Juga, apakah insentif yang diberi kepada sukarelawan-sukarelawan JKM sebab mereka tidak ada sebarang elaun sedangkan mereka bertugas sepanjang musim banjir? Jadi, apakah inisiatif yang telah dibuat untuk memberi bantuan juga kebajikan kepada petugas-petugas yang membantu JKM di PPS. Terima kasih.
Baik, silakan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya banyak bantuan yang sedia ada melainkan- selain daripada Bantuan Wang Ihsan yang disalurkan melalui NADMA seperti yang saya terangkan tadi. Kerajaan Persekutuan melalui kementerian dan agensi yang lain turut menyediakan peruntukan bantuan lain yang boleh diakses kepada mangsa yang layak terutamanya bagi meringankan beban mereka dalam membaik pulih kerosakan kediaman mereka akibat bencana. Namun begitu, yang tadi Yang Berhormat tanya tadi kalau dari NGO ke apa, itu terbuka. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu. Selain daripada itu juga, ada juga bantuan baik pulih rumah. Program baik pulih rumah ini daripada Kerajaan Persekutuan. Program Baik Pulih Rumah Daif, Bantuan Bina Baharu Rumah, Projek Rumah Sejahtera Bina Baharu. Untuk sukarelawan tadi, memang ada dimaklumkan kepada saya. Jadi, saya minta secara bertulis dari pejabat kami di JKM untuk kami dapat mengetahui siapa-siapa yang terlibat dan berapa ramai untuk membolehkan kita menyerahkan kepada kerajaan untuk memohon. Sebenarnya secara prinsipnya, kerajaan tidak ada masalah. Cuma, kami masih menunggu bilangan ataupun nama-nama yang akan diberi kepada saya. Terima kasih.
Saya jemput Tampin.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Selepas musim banjir, negara kita juga tidak terlepas untuk berdepan dengan cuaca yang lebih panas dan kering. Dua belas buah kawasan kebanyakan di bahagian utara Semenanjung Malaysia termasuk Arau merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga. Keadaan ini mungkin boleh membawa kepada bencana kemarau iaitu masalah yang begitu berbeza dengan musim banjir. Soalan saya, ingin mengetahui apakah persediaan atau langkah kerajaan dalam hal ini? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Silakan Menteri.
Ya Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan ini, YB ini memang sudah berpandangan ke hadapan.
Ya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, METMalaysia telah mengeluarkan kenyataan media pada 13 Februari 2024 yang lalu melaporkan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Lanjutan itu, satu Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Bencana berkaitan kemarau yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diadakan pada 15 Februari 2024 yang lalu bagi memperkasakan kesiapsiagaan untuk menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Jadi dalam hubungan ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah bersetuju bahawa pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dibuat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering. OPA akan dilaksanakan di Pulau Pinang berdasarkan permohonan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, METMalaysia dan juga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Operasi ini akan dilaksanakan selama dua hari bermula pada hari ini, 27 dan 28 Februari 2024. OPA ini akan menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Air Itam di Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah di Perak. Ini adalah sebahagian tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di ketiga-tiga empangan tersebut yang mana setakat ini peratus kapasiti air di Empangan Teluk Bahang adalah sebanyak 80 peratus, di Empangan Air Itam adalah sebanyak 37 peratus, manakala di Empangan Bukit Merah adalah sebanyak 80 peratus. Jadi kejayaan OPA Tuan Yang di-Pertua, bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah. Faktor-faktor ini membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran. Jadi, kerajaan negeri juga yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi ini boleh mengemukakan cadangan kepada pihak NADMA untuk dibuat penilaian. Kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh METMalaysia bagi menjamin kejayaan OPA. ?Sekian, terima kasih.
Baik. Sekarang saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 3.
2. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah penipuan scammer atas talian yang semakin berleluasa dan apakah bentuk bantuan serta pembelaan yang boleh diberi kepada mangsa-mangsa penipuan ini.
Silakan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab soalan nombor tiga daripada Yang Berhormat Pulai bersama dengan soalan nombor 74 Yang Berhormat Batang Sadong secara bersekali. Tidak dapat dinafikan Tuan Yang di-Pertua, bahawa perkhidmatan dalam talian telah mengubah kehidupan rakyat Malaysia pada masa kini membawa peluang yang baru kepada orang ramai dan juga mewujudkan pelbagai peluang perniagaan. Namun, alam siber semakin menjadi lubuk jenayah dan giat dieksploitasikan secara mudah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, lantas menyebabkan peningkatan dalam kes jenayah siber secara drastik. Menyedari cabaran peningkatan kes jenayah siber, antara lain cabaran disebabkan oleh kecerdasan buatan, dengan izin, artificial intelligence dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyediakan perkhidmatan yang lebih mementingkan keuntungan berbanding dengan keselamatan awam, dengan izin, profit
versus public safety. Kerajaan Madani sedang giat mengatur pelbagai usaha secara strategik bagi memerangi isu ini secara efektif dan pada kadar yang segera. Dalam hal ini, satu mesyuarat telah diadakan pada 20 Disember 2023 bersama semua agensi, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Peguam Negara (AGC), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara, Kementerian Kewangan (MOF) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri. Berikutan daripada itu, satu Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang- undang Baharu berkaitan dengan kemudaratan jenayah dalam talian telah dipengerusikan bersama-sama oleh saya, Yang Berhormat Tuan Fahmi dan Yang Berhormat Tuan Gobind, kedua-duanya juga adalah Menteri yang juga bertanggungjawab dalam isu digital dan alam siber. Membentuk satu bagi pihak mewujudkan satu mesyuarat pertama jawatankuasa yang diadakan pada 5 Februari 2024 melibatkan enam agensi. Objektif sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk mewujudkan sesi libat urus untuk mendapati bahawa perundangan yang sedia ada pada hari ini tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa yang begitu pesat menyebabkan penipuan dalam alam maya semakin berleluasa dan semakin cepat kepada platform yang tidak lagi selamat dan dicemari. Terdapat keperluan segera bagi pewujudan satu sistem “Kill Switch” melalui perundangan dalam memberhentikan aktiviti penipuan dalam mana-mana domain atau platform dalam talian dalam negara kita secara automatik. Kerajaan Madani juga sedang dalam proses merangka satu akta baharu yang merangkumi peruntukan berhubung dengan tatacara dan penguatkuasaan “Kill Switch” tersebut untuk meningkatkan keselamatan digital dengan izin, digital safety secara terperinci dan jelas selaras dengan keperluan semasa serta perkembangan teknologi. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, penelitian juga sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi yang berkenaan terhadap beberapa peruntukan undang-undang lain seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, Kanun Keseksaan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, banyak undang-undang kita yang ada ini semuanya undang-undang ini adalah sebelum tahun 2010. Maknanya undang-undang kita agak lambat, maknanya kalau berbanding antara kereta ini macam kata orang betul-betul basikal buruk. Jadi, inilah sebabnya undang- undang ini perlu dipinda bukan sahaja daripada segi substantif, tetapi juga daripada segi prosedur supaya kita dapat membantu kerajaan yang berhadapan dalam isu yang berlaku pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Pulai.
Soalan tambahan. Scammer ini dia mempengaruhi mangsa ini dan mereka seolah-olah ada maklumat yang maklumat peribadi kita.
Contohnya bila kita dihubungi berkenaan dengan pinjaman kereta umpamanya, dia ada maklumat tentang maklumat daripada mangsa ini. Jadi, seolah-olahnya data kita ini terdedah kepada publik. Kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, tapi bagaimana seolah-olahnya scammer ini mempunyai maklumat kita dan mereka menggunakan maklumat itu untuk menipu kita. Apakah rancangan ataupun planning kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Memang betul Tuan Yang di-Pertua ya. Sebenarnya yang menjadikan perkara ini, apa yang disebut- yang scammer ini dalam fasa yang sangat sophisticated kerana mereka mempunyai maklumat. Saya jamin Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini, tak ada siapa yang tak pernah kena scam, tapi isunya Tuan Yang di-Pertua, ialah diri kita sendiri sebagai
first line of defence. Maknanya kalau kita tidak kenal nombor, jangan angkat. Pertama, tapi saya pun nak mengaku dengan apa yang Yang Berhormat itu betul. Masalah kita ini ialah kadang-kadang pengundi kita di luar bandar. Kadang- kadang orang-orang warga emas ya, mereka kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri bila dengar suara macam betul-betul PDRM dan majistret beritahu yang saya nak dikenakan tindakan, dibankrapkan dan sebagainya. Jadi, selalunya kita kena first line of defence. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dalam kewujudan Kementerian Digital, kementerian yang baru akan memberi jawapan secara bertulis tentang langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kes pelaburan tidak wujud mencatatkan jumlah kerugian paling tinggi tahun lepas iaitu sebanyak RM421 juta daripada jumlah keseluruhan kerugian RM1.3 bilion kes penipuan online. Apakah strategik khusus pihak kerajaan dalam mengatasi trend pelaburan tidak wujud yang lazim mensasarkan golongan pesara dengan menjanjikan keuntungan pelaburan lumayan dan memanipulasi psikologi mangsa, sehingga mereka mendedahkan butiran peribadi kerana pada hari ini terdapat penggunaan media sosial seperti aplikasi Telegram, WhatsApp yang mana cara memperdaya menjadi lebih cepat dan sangat berkesan. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengekang penggunaan aplikasi-aplikasi dalam talian dalam memperdayakan mangsa? Terima kasih Tan Sri.
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya yang Yang Berhormat ya, inilah yang sedang berlaku pada hari-hari yang berhadapan dengan kita semenjak kecanggihan teknologi maklumat. Data saya daripada 12 Oktober 2022 hingga 31 Januari 2024 ya, sebagai contoh, 71,631 panggilan yang telah diterima oleh NSRC dan antara kesimpulannya ialah aduan yang diterima didapati jumlah kerugian adalah sebanyak ‘RM245,160.299 juta’. Maknanya jumlahnya semakin besar. Jadi apa yang ditanya oleh Yang Berhormat itu, yang saya sebut tadi dalam jawapan saya ialah memang pertama sekali first line defence. Walau bagaimanapun kalau kita sebut di aspek pihak-pihak bank dan juga Bank Negara, adanya langkah-langkah keselamatan tambahan yang telah diatur dan diberikan maklumat terutama- sekali oleh aspek institusi kewangan. Pertama, memperketat proses pengendalian identification dengan profil risiko bagi pelanggan yang terdedah risiko tinggi, pemberian perkasaan token, hardware token kepada pelanggan yang dihadapi kesulitan untuk menggunakan aplikasi mudah alih, menetapkan had transaksi yang lebih rendah, menyediakan bantuan melalui pusat panggilan mengaktifkan perbankan dalam talian. Isu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua ya, dengan Yang Berhormat, kita mesti memahami saat duit itu yang ditransaksikan begitu laju. Itu sebab sistem perbankan bersama Bank Negara mewujudkan beberapa panggilan, aplikasi hotline yang perlu dilaksanakan oleh para pelanggan. Contohnya dalam e-dagang ataupun e-commerce, kita mempunyai- PDRM mempunyai portal Semak Mule iaitu nombor-nombor kita order ‘A’ dapat ‘B’. Kadang-kadang, dia beli- beli barang katakan bulan puasa, kurma macam-macam dia order, harga seringgit dengan begitu hebat dia pun orderlah 1,000 tiba-tiba akaun itu tak wujud. Semak Mule sebagai contoh di bawah PDRM, boleh membuatkan satu siasatan sama ada akuan itu wujud ataupun tidak, sebagai contoh. Kemudian senarai Amaran Penggunaan Kewangan- Financial Consumer Alert List. Kemudian Investment Alert List dan kemudian status syarikat jualan langsung dan sebagainya, tapi di sini Tuan Yang di- Pertua, saya telah membincangkan dengan semua agensi bahawa sudah tiba masanya bahawa agensi itu semua berkumpul di Parlimen, memberi satu taklimat khas kepada
semua Ahli Parlimen, pihak kerajaan dan pihak pembangkang memaklumkan apa yang ada di luar sana. Sebab Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri kan dengan izin, saya tengok dokumen yang ini nak minta kita isi, saya ini sebagai orang yang pakai cermin mata pun taklah teruk sangat ya. Saya baca pun saya tak faham. Macam mana rakyat di luar sana, yang tak ada satu kepada akses kepada Internet nak buka, nak buat laporan. Keduanya nak memahami apa yang perlu dilaporkan? Itu yang sebabnya mereka mengambil kesempatan. Jadi saya telah mencadangkan kepada mereka bahawa adakan satu sesi dengan Ahli-ahli Parlimen, kita terangkan apa ada di luar sana dengan semua agensi. Jadi sekurang-kurangnya, Ahli Parlimen kedua-dua pihak boleh membawa maklumat ini bersama agensi yang bertanggungjawab membuat roadshow di kawasan masing-masing, sekurang-kurangnya untuk mengurangkan penipuan semasa kita nak mewujudkan undang-undang, tapi Tuan Yang di-Pertua, undang-undang hebat mana sekalipun, first line of defence ialah diri kita. Saya nak minta maaf ya, antara masalah paling hebat bagi generasi yang lebih umur ialah love scam. Saya tak tahu Yang Berhormat faham love scam itu apa ya. Maknanya orang ajak dating-dating sebenarnya orang itu tak wujud. Selepas itu dia bagi duit. Saya tak tahulah nak bagi duit selalu bagi orang yang kita kenal. Orang tak kenal, nak bagi duti buat apa. Inilah isu dia, sebabnya dipanggil scammer. Jadi itu sebabnya saya ucap terima kasih. Saya minta Yang Berhormat bila kerajaan, agensi Bank Negara buat, PDRM buat, agensi bertanggungjawab turunlah beramai-ramai supaya kita dapat membantu rakyat kita di bawah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih. Saya jemput Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4. Saya minta jawapan yang tepat. Terima kasih.
4. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana usaha yang telah diambil oleh kerajaan termasuk melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dalam melindungi Undang- undang Enakmen Syariah Negeri-negeri daripada cabaran pihak-pihak tertentu tentang keabsahannya terutama melalui serangan terancang litigasi strategik yang sangat membimbangkan umat Islam di negara ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB Kota Bharu. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, semasa sidang Parlimen yang lalu, pada 21 November 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa PMQT telah menjawab soalan yang hampir sama. Hari ini saya akan berkongsi dan memaklumkan perkembangan terkini berkenaan dengan usaha dan inisiatif kerajaan. Umumnya, inisiatif kerajaan adalah menyeluruh, teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dan pemegang taruh. Kerajaan sentiasa komited untuk memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia selaras dengan objektif Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani 2023-2027 dengan Teras Ketiga: Kemuliaan Syariah dan memfokuskan usaha untuk memartabatkan perundangan dan kehakiman Islam. Antara usaha yang telah pun diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan perundangan syariah adalah melalui pindaan dan penggubalan undang-undang syariah dengan memastikan setiap peruntukan yang dicadangkan dan digubal sentiasa selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan. Fungsi ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan iaitu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Peraturan 7, Peraturan-peraturan MKI 2022. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Zaharah Ibrahim. Objektif penubuhan JPIK ini adalah untuk menambah baik, menyelaras dan menggalakkan
penyeragaman undang-undang syariah antara negeri-negeri dan pengharmonian antara undang-undang syariah dengan undang-undang sivil bagi memastikan kedua-dua sistem perundangan dapat dimartabatkan dan saling melengkapi. Buat pengetahuan semua, JPIK akan mengadakan mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat terakhir adalah pada 9 November 2023. Pada tahun 2023, tiga undang-undang telah dibincangkan oleh JPIK iaitu Kaedah- kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan, pindaan kepada Akta 505 pindaan kepada Akta 559. Selain itu, jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam telah ditubuhkan, yang dipengerusikan oleh Tun Zaki Tun Azmi. Buat pengetahuan semua jawatankuasa khas ini sedang dalam melaksanakan kajian terhadap isu-isu yang berbangkit, berhubung dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta tafsiran Perlembagaan, sebagaimana diperuntukkan di bawah butiran satu Senarai Dua, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa khas ini perlu membentangkan hasil kajian yang telah dilaksanakan dalam tempoh setahun kepada mesyuarat MKI dan buat pengetahuan semua, jawatankuasa khas telah pun membentangkan laporan awal kepada MKI pada 15 Februari 2024. Selain daripada itu, kerajaan juga melalui JAKIM mengadakan rundingan daripada masa-ke semasa, menerusi platform Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan. Mesyuarat terakhir Majlis Dialog diadakan pada 9 hingga 11 Oktober 2023 selama tiga hari. Selain itu, kerajaan juga sedang dalam tindakan untuk mengadakan satu konvensyen khas memartabatkan perundangan syariah dalam masa terdekat. Kerajaan juga dalam usaha menubuhkan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia bagi memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah dan ini adalah antara merupakan inti pati ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa mesyuarat MKI Ke-71 pada 15, 2024.
Perkara ini merupakan antara usaha dan komitmen kerajaan untuk memartabatkan, menambah baik serta mempertahankan undang-undang syariah. Terima kasih.
Sila, Kota Bharu.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya order Menteri, dapat Timbalan Menteri. Harap ini bukan scammer... [Ketawa] Saya order Menteri, dapat Timbalan Menteri tapi tak apalah. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada beberapa peringkat soalan tambahan. Agak panjang sedikit. Minta Yang Berhormat teliti. Adakah kerajaan sedar? Saya yakin kerajaan sedar, ekoran daripada satu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024 terhadap cabaran ke atas 18 peruntukan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, yang mana 16 seksyen telah diisytiharkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai null and void, batal dan tidak sah. Adakah kerajaan sedar bahawa di samping keputusan tersebut, terdapat sebanyak 13 lagi enakmen jenayah syariah di negeri-negeri seluruh negara yang mempunyai peruntukan yang sama, yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024? Salah satu daripadanya Yang Berhormat, ialah satu akta yang bernama Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang telah diluluskan oleh Parlimen ini pada 19 Disember 1996, jadinya akta ini. Yang Berhormat Tambun pada masa itu, Yang Berhormat Permatang Pauh adalah salah seorang Ahli Parlimen, malahan Timbalan Perdana Menteri yang meluluskan akta ini, yang mana akta ini pada pandangan saya berdasarkan keputusan kes Nik Elin, ianya mempunyai peruntukan yang telah dibatalkan. Antaranya, lapan seksyen dalam akta ini.
Ini belum lagi enakmen di negeri-negeri, 12 buah negeri lagi yang telah diisytiharkan batal pada 9 Februari yang baru. Soalan saya, bagaimanakah Yang Berhormat ataupun Yang Berhormat Menteri ataupun kerajaan hendak menguruskan perkara ini? Apabila peruntukan yang berkaitan seumpama yang telah dibatalkan ini masih ada lagi dalam undang-undang di peringkat negeri. Sebagai contohnya, kesalahan berjudi. Di negeri Pahang, ada dalam Enakmen Jenayah Syariah Pahang tapi berdasarkan kes Nik Elin ia tidak boleh dikuatkuasakan, tidak boleh dilaksanakan, kecuali ianya akan dicabar. Seterusnya, saya hendak tanya Yang Berhormat. Apabila sesebuah negeri membuat sesuatu enakmen di dalam Dewan Undangan Negeri- ini berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri, kerajaan negeri mempunyai satu rujukan yang sah di dalam kerajaan iaitu wakil Jabatan Peguam Negara, yang bernama Penasihat Undang-undang Negeri. Semua LA di negeri adalah pegawai daripada Jabatan Peguam Negara. Penasihat Undang-undang di sesebuah negeri sudah tentulah memberi nasihat kepada kerajaan-kerajaan negeri, sebelum kerajaan itu membawa satu-satu rang undang- undang ke Dewan Undangan Negeri, supaya rang undang-undang itu tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, sekarang ini seolah-olahnya yang bersalah kerajaan negeri, sedangkan kerajaan negeri telah dinasihatkan secara rasmi oleh wakil Peguam Negara di dalam...
Soalan, soalan.
Jadi, soalan saya apa tindakan kerajaan untuk membetulkan keadaan ini? Ketiga, Yang Berhormat. Ini soalan penting.
Panjang sangat.
Ketiga ya. Ada yang mengatakan bahawa peruntukan jenayah syariah dalam enakmen jenayah syariah negeri- negeri merupakan satu kesalahan yang disebut takzir. Bukannya hudud, bukannya kisas. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat pun Profesor dalam syariah ya. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, kalau saya mengatakan bahawa segala kesalahan jenayah syariah dalam enakmen negeri-negeri seluruh negeri di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan dibuat juga berdasarkan sumber-sumber hukum iaitu Quran, Hadis, Ijma’ dan juga Qias? Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa inilah asas kepada pembentukan kesalahan jenayah syariah dalam enakmen negeri, bukan sebagaimana Undang-undang Jenayah Mahkamah Sivil yang berdasarkan common law English dan juga undang- undang jenayah dari India? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Okey, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tiga soalan. Saya cuba menjawab secara menyeluruh. Insya-Allah. Soalan yang pertama berkenaan dengan adakah sedar? Sebenarnya kerajaan sedar dan telah pun melaksanakan inisiatif-inisiatif yang diperlukan. Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024 telah memutuskan bahawa peruntukan dicabar dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, ada dua yang sah dan ada 16 yang dibatalkan. Dalam hal ini, hanya peruntukan di atas atau peruntukan 16 sahaja yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019, yang diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Peruntukan-peruntukan dalam akta enakmen ordinan jenayah syariah di negeri-negeri lain, masih lagi sah dan berperlembagaan dan boleh dikuatkuasakan selagi keperlembagaan peruntukan- peruntukan tersebut tidak dicabar dan tidak diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Namun begitu, saya ingin menjawab soalan ya. Dengar dahulu. Sabar, saya jawab soalan. Adakah Kerajaan Persekutuan boleh mengarahkan negeri-negeri untuk meminda undang-undang syariah di negeri-negeri? Jadi, apa yang boleh diputuskan berdasarkan fasal 2 Perkara 74 dan Butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Hal Ehwal Agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Maka, Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja merupakan pihak berkuasa utama yang perlu direnungi dan perlu memberi perkenan atas nasihat majlis agama Islam negeri. Apa yang boleh dirumuskan, buat pengetahuan semua, buat pertama kalinya kerajaan dengan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji kompetensi DUN dan mohon bersabar.
[Bangun]
Jawatankuasa Khas ini telah pun bermesyuarat mingguan dan laporan pertama telah pun dilaporkan kepada MKI dan insya-Allah dalam masa setahun kita akan dapat satu penyelesaian yang tuntas, yang kita boleh laksanakan berdasarkan kepada apa yang diputuskan oleh laporan jawatankuasa khas tersebut. Soalan yang pertama. Soalan kedua berkenaan dengan AG, berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara. Boleh dikatakan pada tahun 2021, dalam kes Iki Putra, Jabatan Peguam Negara tidak pun intervene, mencelah. Dalam kes yang ini juga, dalam kes Nik Elin, Jabatan Peguam Negara juga tidak mencelah. Makna ini merupakan satu tindakan yang konsisten oleh Jabatan Peguam Negara melihatkan kepada keseluruhan perkara dan faktor yang ada pada hari ini. Itu merupakan konsistensi yang ada dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara dan sehingga ingat bahawa pada 2021, bukan Kerajaan MADANI. Ketiga, berkenaan dengan takzir. Sebenarnya kita telah pun menghantar soalan pada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan umumnya Jabatan Mufti juga menjawab bahawa Mahkamah Sivil juga melaksanakan undang-undang takzir. Cuma, ada beberapa perkara yang belum lagi cukup, yang belum lagi memenuhi keseluruhan aspek syariah. Terima kasih.
Jawab soalan itu. Takzir itu adakah berdasarkan sumber-sumber hukum? Takzir di Mahkamah Syariah.
Baik, itu jawapan Menteri. Silakan Ledang.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya mudah. Benarkah ada dakwaan yang mengatakan bahawa dengan perkara yang berlaku ini, maka terhakisnya akidah dan syariah dan apakah tindakan kerajaan untuk memperkasakan syariah? Terima kasih.
Dalam mesyuarat MKI, Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah menekankan aspek ini dan juga kalau kita lihat secara umumnya bahawa dalam kes ini, ianya hanya untuk memberikan satu tafsiran Perlembagaan Persekutuan kepada kompetensi, sama ada Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang ataupun Parlimen yang membuat undang-undang. Maka dengan itu, tidak ada isu Mahkamah Syariah terancam, tidak ada isu kerana ia telah memberikan satu panduan dan rujukan kepada semua bahawa inilah tafsiran Perlembagaan yang ada yang perlu dihormati, yang perlu kita laksanakan. Terima kasih.
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Komunikasi menyatakan, pandangan mengenai usaha untuk memerangi penyebaran maklumat palsu dan dis-informasi dalam media sosial yang semakin meningkat.
Sila, Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa komited dalam memerangi penyebaran maklumat dan kandungan palsu di media sosial bagi menjamin keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Antara usaha yang telah diambil adalah seperti berikut. Pertama, perundangan sedia ada seperti seksyen 505, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang diguna pakai untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu. Kedua, kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan platform media sosial dan juga agensi penguatkuasaan lain dalam menangani penyebaran maklumat palsu. Hasilnya dalam tempoh 1 Januari 2023 hinggalah 15 Februari 2024, sebanyak 6,168 kandungan yang berunsur dis-informasi telah diturunkan oleh penyedia platform. MCMC juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menubuhkan pasukan petugas siasatan bagi memastikan siasatan kes yang membabitkan penyebaran maklumat palsu dilaksanakan dengan segera dan kertas siasatan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk keputusan akhir. Ketiga, penubuhan task force menangani berita palsu pada 1 Disember 2022 yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi. Antaranya, PDRM, AGC dan MCMC memainkan peranan penting bagi memantau, menyiasat dan menguatkuasakan undang- undang terhadap penyebaran berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara. Mulai 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 861 berita yang tidak ditentukan kesahihannya yang menyentuh institusi diraja, agama dan perkauman (3R), termasuk melibatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta anggota pentadbiran telah dikenal pasti. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 91 Kertas Siasatan telah dibuka iaitu 60 daripadanya telah selesai, manakala 31 masih dalam siasatan di peringkat PDRM, AGC dan MCMC. Keempat, langkah advokasi dan kesedaran untuk mendidik masyarakat supaya menilai kesahihan sesuatu berita dengan menyemak fakta dengan sumber yang rasmi sebelum perkongsian dilakukan. Antara usaha advokasi adalah membangunkan portal untuk semakan fakta iaitu portal Sebenarnya.my oleh MCMC dan juga portal MyCheck Malaysia oleh BERNAMA. Kedua, penerbitan program di televisyen dan radio iaitu program bual bicara Pastikan Sahih dan juga segmen Biar Betul oleh RTM yang mengupas isu-isu berita palsu yang menjadi tumpuan masyarakat serta bagi memperbetulkan maklumat dan berita palsu yang tular, terutamanya di platform media sosial.
[Bangun]
RTM juga secara berterusan menerbitkan dan menyediakan kapsul klip video pendek, pesanan khidmat awam, promo, program bual bicara dan sketsa atau drama pendek untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya penyebaran berita palsu. Ketiga, penghasilan dan hebahan kandungan kreatif. Antaranya oleh BERNAMA yang telah menghasilkan liputan berkaitan berita palsu melalui platform BERNAMA Wires, BERNAMA TV dan BERNAMA Radio. Hebahan informasi dan radiografi secara berterusan juga dilaksanakan di semua platform media sosial rasmi Jabatan Penerangan untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan kesahihan maklumat yang diterima. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih. Saya jemput Sri Aman.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih pada Menteri kerana telah menghuraikan jawapan yang agak
bernas. Cuma, saya ada sedikit lagi soalan tambahan. Adakah kementerian mempunyai strategi jangka panjang bagi membentuk budaya digital yang lebih kritis dan beretika untuk masyarakat kita dan adakah ataupun apakah kementerian juga merancang mewujudkan mekanisme pelaporan yang lebih efisien bagi pengguna media sosial yang ingin melaporkan kandungan palsu atau dis-informasi? Terima kasih.
[Bangun]
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman atas soalan tambahan tersebut. Untuk program advokasi yang sedang dijalankan oleh MCMC, kami memang mempunyai program seperti “Klik Dengan Bijak”, di mana untuk tahun 2023, Program “Klik Dengan Bijak” sebenarnya kami telah menganjurkan 569 program di seluruh negara. Ini merupakan satu peningkatan yang dahsyat kerana pada tahun 2022, program yang telah dianjurkan adalah sebanyak 73. Jadi, setakat ini kami memang berhasrat untuk memperbanyakkan lagi program advokasi dan juga kesedaran supaya kita boleh mendidik generasi yang lebih cekap digital dan juga cekap media. Selain daripada itu, saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Aman bahawa sangat-sangat penting adalah tindakan perlu diambil apabila mempunyai kandungan berita palsu dan dis-informasi di media sosial. Oleh sebab itu, sama-sama usaha oleh kementerian adalah kita bekerjasama rapat dengan platform provider supaya kita boleh cepat-cepat turunkan informasi, dis-informasi ataupun maklumat berita palsu tersebut. Kalau berbanding pada tahun 2021, secara keseluruhan kandungan yang telah diturunkan, yang menyentuh isu 3R dan juga berita palsu adalah sebanyak 170 pada tahun 2021. Tetapi pada tahun 2022, angka ini meningkat kepada 271. Tetapi hanya untuk 2023 sahaja, 7,000 kandungan yang mempunyai ucapan kebencian seperti 3R dan juga berita palsu telah diturunkan. Ini merupakan salah satu usaha di bawah kementerian ini untuk memastikan bahawa kita hadkan, kita pastikan bahawa berita palsu itu cepat-cepat diturunkan supaya dia tak jadi viral. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya jemput Muar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2022, kerajaan melalui MCMC hanya menurunkan 96 content di laman sosial berkenaan kritikan kepada kerajaan. Pada tahun 2023, jumlah ini meningkat dengan mendadak lebih 4,000 content kritikan kepada kerajaan telah pun disekat. Mengapakah kerajaan begitu takut dengan kritikan rakyat? Sampai sanggup menyekat kritikan daripada rakyat dan ada peningkatan lebih 40 kali ganda. Bagaimanakah kerajaan klasifikasi-kan berita palsu? Di TikTok dua minggu yang lepas, apabila YB Putrajaya mengkritik berkenaan kejatuhan nilai mata wang negara yang sahih dan berdasarkan fakta, bila dah cecah dua juta views, terus kena banned. TV Pertiwi, bila bicarakan isu mansuh pencen. Isu fakta, terus kena banned. Banyak akaun lain yang bicarakan mengikut fakta, kena banned. Adakah ini taktik baharu kerajaan? Bila dah tak boleh jawab kritikan rakyat berkenaan isu ringgit yang lemah, kos sara hidup yang terus menekan rakyat dan janji-janji yang dicapatikan, terus gunakan kuasa untuk menutup mulut rakyat... [Tepuk] Kerajaan sama yang sebelum ini bicarakan soal kebebasan bersuara tetapi kini menyekat segala-galanya. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Muar, tetapi saya rasa banyak tuduhan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Muar itu. Sebenarnya tidak berasas...
[Dewan riuh]
Pertama, pada tahun 2022, kandungan yang telah diturunkan, 96 yang disebut oleh Yang Berhormat Muar adalah tentang berita palsu dan juga kandungan palsu. Itu pertama. Kedua, saya harap bahawa Yang Berhormat faham bahawa platform provider itu mereka tidak ikut arahan kerajaan. Kerajaan mana-mana, mereka pun tak ikut arahan
daripada kerajaan tersebut. Mereka juga ada garis panduan komuniti mereka. Community guidelines. I believe that. Saya percaya bahawa sebab itulah Ahli Yang Berhormat Muar, seorang influencer yang mempunyai begitu ramai followers di TikTok, sepatutnya faham isu ini.
Laporan daripada MCMC.
Kalau- boleh biar saya jawab tak, Yang Berhormat?
Muar, Muar.
Boleh saya jawab tak?
Muar, duduk. Muar, Terima kasih.
Jadi, procedure-nya adalah memang MCMC apabila kami terima laporan, kami akan kemukakan permintaan kepada Facebook, kepada TikTok, kepada apps, kepada platform-platform yang lain, tetapi akhirnya, mereka akan buat keputusan sendiri, sama ada mereka setuju dengan pandangan MCMC dan juga kerajaan.
Jadi, sekiranya sesuatu kandungan itu diturunkan oleh platform tersebut, ini bermakna bahawa platform tersebut juga setuju dengan penilaian- judgement ataupun request atau permintaan daripada kerajaan. Sebenarnya ada juga permintaan daripada kerajaan yang ditolak oleh mereka, Yang Berhormat. Yang Berhormat percayakah bahawa TikTok akan ambil arahan daripada Kerajaan Malaysia? Tak kira siapa yang duduk di sebelah sini, Yang Berhormat perlu faham Facebook, TikTok, mereka sebagailah syarikat yang begitu besar, multinational, mereka tak ambil arahan daripada sesebuah kerajaan, tetapi mereka akan buat penilaian sendiri, sama ada mereka setuju dengan permintaan daripada sesebuah kerajaan itu. Sekian sahaja, terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, soalan saya, soalan nombor 6.
6. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, perincian mengenai konsesi tambahan baharu bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit selama 30 tahun bermula dari 2029 hingga 2059 serta apakah implikasi terperinci yang terlibat.
Silakan Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Tuan Yang di-Pertua, seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah meluluskan pelanjutan tempoh konsesi selama 30 tahun kepada pihak Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL SB) yang dipertanggungjawabkan untuk mengoperasi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula dari tahun 2029 hingga 2059. Kelulusan ini dimeterai melalui perjanjian konsesi tambahan yang telah ditandatangani oleh pihak kerajaan dan pihak ERL SB pada 23 Januari 2024 ini. Melalui perjanjian konsesi tambahan ini, kerajaan tidak lagi membayar apa-apa caj atau fi daripada sumber pendapatan, dengan izin, passenger service charge kepada pihak ERL SB bermula tahun 2029. Ini adalah syarat penting yang dipersetujui oleh kedua- dua pihak ERL SB dengan kerajaan.
Pihak ERL SB pula dibenarkan untuk melaksanakan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran, dengan izin, market-driven fare yang bakal memanfaatkan rakyat, pihak kerajaan dan ERL SB. Melalui kaedah ini, tiada lagi klausa pampasan kepada ERL SB sekiranya kerajaan tidak meluluskan permohonan kenaikan kadar tambang. Pelaksanaan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran ini akan memberikan peluang untuk ERL SB berinovasi dalam tambang yang ditawarkan selain menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan setimpal dengan kadar tambang yang bersesuaian mengikut permintaan pasaran. Terima kasih.
Silakan, Beluran.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Express railway ini merupakan satu mod pengangkutan di negara kita. Dengan penghentian PSC ini, caj perkhidmatan penumpang dan penurunan volume penumpang yang amat ketara berbanding dengan beberapa tahun yang lalu- sekarang ini 6.5 million berbanding dengan 8.9 million sebelum itu- apa jaminan kerajaan, mod pengangkutan ini tidak akan menaikkan caj secara tidak terkawal di masa akan datang? Seperti apa yang berlaku dengan pengangkutan udara Sabah, Sarawak, Semenanjung sekarang ini, Tan Sri. You fly from KK today, economy RM1,600 paling murah sehingga RM2,500 in all airlines. Last week, RM3,300, RM2,400 up to RM3,300 economy seat from Kota Kinabalu to Kuala Lumpur. Inilah yang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang berada di Sabah dan Sarawak. Apakah jaminan ini tidak akan berlaku pada mod transport ini? Apakah tindakan kerajaan terhadap mod pengangkutan yang kian meningkat secara tidak terkawal yang sedang berlaku dalam negara kita ini? No seat, caj begitu di luar kawalan. Kemudian, apakah ini satu mod business yang baru bagi semua airlines untuk meletakkan penjualan tiket ini kepada third party dan membuat caj sesuka hati? Di mana kawalan kerajaan terhadap mod pengangkutan yang penting ini, Tan Sri, termasuklah ECRL ini? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan, Menteri.
Terima kasih, YB Beluran. Jadi, soalan ini ERL lah ya. Saya cakap fasal ERL dulu. Jadi, kerajaan melihat perkara ini- sebagai menghadapi sekiranya pada masa depan ya, kerajaan membuat satu win-win situation. Ada cadangan kita melihat pada masa depan iaitu di antara ERL dan pengguna, di mana perkhidmatan terbaik dapat diberikan tanpa ia membebankan operasi pada masa depan. Di samping itu juga, kerajaan kita melihat mod transport yang lain juga akan dipertingkatkan. Satu. Keduanya, tadi berkaitan dengan PSC dan sebagainya, sudah tidak akan dibuat lagi. Pampasan tidak ada lagi, kalau sekiranya tak boleh top-up untuk tambah. Jadi, mod-mod lain juga, kalau kita nak bandingkan pada masa ini, seperti Grab, AirAsia, semuanya beroperasi antara Kuala Lumpur dengan airport. Jadi, semua ini juga akan dipertingkatkan. Ertinya, kita masih ada laluan lain sekiranya- sebab, kita melihat perkara ini, memang kemungkinan mungkin ada, tetapi apabila mode of transport lain ini juga ada, ini juga akan memberi saingan kepada ERL ini pada masa depan. Keduanya ialah berkaitan dengan yang airline ini pulalah ya. Jadi, keluar sikitlah daripada soalan ERL, tetapi yang ada pada masa ini- saya memang mengakui Yang Berhormat Menteri, saya pun terima banyak WhatsApp. Saya orang Sarawak. Ada yang kena grounded, ada yang ini- macam-macamlah ya tentang tiket ini. Jadi, pada masa ini, saat inilah, apa yang saya dapat lebih kurang memberikan jawapan, yang pastinya dalam sebulan ini, suka tak suka, kita menghadapi mata US punya Dolar dengan kita dan ini memberi kesan kepada minyak dan sudah pastinya secara tak langsungnya semuanya pembayaran kapal terbang, minyak dan sebagainya semua dalam US Dollar dan terus terang, memang ia secara tak langsung sudah translated kepada tiket. Keduanya juga ialah pada masa ini, kita menyedari permintaan tinggi. Memang betul-betul tinggi sekarang ini dalam dua minggu ini, di mana harga memang tinggi dan
tidak dapat memenuhi permintaan sebab kapal terbang ini sendiri tak cukup pada masa ini. Ini apa yang kita dapat repot daripada airline. Airlines sendiri tak dapat nak buat tambahan lagi, nak buat extra flight lagi dah, nak ditambah lagi beyond their capacity, tapi perkara ini kita menyedari bahawa MAVCOM, kita memang sentiasa minta MAVCOM untuk melihat perkara ini dengan very, very close-lah sebab ini memang memberikan kesanlah secara tak langsung ya. Bukan tak langsung, memang langsung punlah kepada rakyat yang ingin nak fly antara west dengan east inilah. Mungkin di samping itu juga ya, untuk studen, studen kita, kerajaan juga melihat perkara ini iaitu tentang ada memberikan Flysiswa dan sebagainya. Ini untuk studen, studen kita pada masa ini, untuk memberikan mereka sort of credit-lah untuk tiket penerbangan untuk studen kita yang di Sabah, Sarawak dan sebagainya. Ertinya, perkara ini bukanlah kerajaan tidak melihat perkara ini. Memang memberikan pemantauan yang begitu rapi pada masa ini tentang apa yang berlaku ini. Itu yang saya dapat berikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Datuk Willie anak Mongin, Puncak Borneo.
7. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, adakah terdapatnya peruntukan khas untuk pembangunan belia contohnya Pusat Belia di setiap kawasan Parlimen dan juga dana khas untuk membaik pulih serta menaik taraf padang bola sepak di kampung-kampung daripada kementerian kerana ia menelan belanja yang agak tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat minta Kementerian Belia dan Sukan menyatakan terdapatkah peruntukan khas untuk pembangunan belia dalam bentuk pusat belia di kawasan-kawasan Parlimen dan juga dana khas untuk baik pulih serta menaik taraf padang bola juga di kampung-kampung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang pertama ialah kementerian ini, kita tak ada peruntukan khas untuk wujudkan pusat belia ikut kawasan Parlimen. Yang kita ada adalah kita bina kemudahan yang serupa yang memberi manfaat secara langsung untuk membangunkan kegiatan belia setempat di seluruh negara, menerusi 15 Kompleks Belia dan sukan di seluruh negara setiap negeri, 16 Kompleks Rakan Muda di setiap negeri, 16 Kompleks Sukan Komuniti di beberapa buah negeri terpilih dan 11 kompleks sukan yang lebih kecil.
Selain daripada itu, sejak tahun lepas juga kita telah pun mewujudkan enam premis youth hub sebagai pusat aktiviti belia setempat di negeri Selangor, negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Kedah, Negeri Sembilan dan juga negeri Melaka. Untuk tahun ini, kementerian telah pun rancang untuk tambah tiga lagi premis youth hub termasuk di negeri Sarawak. Kementerian akan adakan sesi perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mewujudkan premis youth hub ini di negeri-negeri tersebut. Sorry, di negeri tersebut. Berhubung dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai usaha untuk naik taraf padang bola sepak di kawasan-kawasan kampung, kita juga tiada dana khas untuk baik pulih serta menaik taraf padang bola sepak di kampung. Sebaliknya, kita mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dari semasa ke semasa termasuk semalam bersama dengan Exco-exco Kerajaan Negeri untuk melihat projek-projek pembangunan yang boleh diusahakan. Dengan peruntukan yang terhad, maka buat masa sekarang kita fokus kepada menaik taraf setiap fasiliti yang ada yang menjadi milik kementerian sendiri. Erti kata lain, kalau ada fasiliti-fasiliti yang bukan di bawah kendalian kementerian, kita perlu pertimbangkan dengan lebih baik. Terima kasih.
Sila, Puncak Borneo.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang dibagikan dan terima kasih juga akan mempertimbang pembinaan youth hub di Sarawak. Saya mengalu-alukan hasrat ini dan saya juga memohon supaya kementerian mempertimbangkan untuk mempunyai peruntukan khas kepada kampung-kampung, terutamanya untuk pembinaan dan baik pulih padang-padang kampung kerana banyak di antara belia-belia kita yang menjadi ahli sukan ini bermula daripada peringkat kampung. Jadi, selain daripada itu sepertimana yang kita sedia maklum, sukan bola sepak adalah sukan yang popular di masyarakat kita. Jadi, soalan saya, apa pelan dan langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk melahirkan pemain pelapis berbilang bangsa yang berkualiti demi meraih pingat di peringkat antarabangsa pada masa hadapan. Begitu juga dengan sukan terjun. Adakah- apa rencana dan langkah strategik kementerian untuk melahirkan barisan penerjun pelapis yang unggul bertaraf antarabangsa kerana kita ketandusan pelapis-pelapis ketika ini dan saya berharap kementerian mempunyai satu rencana dan juga strategi untuk menangani masalah ini. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat ini mungkin sedikit tidak berkaitan dengan soalan asal, tapi saya cuba jawab juga. Yang pertama, sebenarnya untuk pembangunan sukan di peringkat daerah, peringkat komuniti, peringkat kampung, kalaupun kita tidak mempunyai dana dan peruntukan yang cukup untuk membangunkan fasiliti dari semasa ke semasa, kita hanya boleh baiki dan baik pulih yang mana yang kita sempat ataupun yang kita punya perancangan lebih awal, tetapi dari sudut program pembangunan, cukup banyak. Antara lainnya bukan sahaja yang dianjurkan oleh kementerian, tetapi sebaliknya juga boleh dianjurkan oleh persatuan-persatuan belia dan persatuan-persatuan sukan tempatan. Ini menerusi contohnya Dana Sukan Komuniti. Tahun ini RM20 juta diperuntukkan untuk Dana Sukan Komuniti di setiap kawasan daerah, kampung malah taman dan lorong sekalipun, kalau ada persatuan belia dan persatuan sukan, boleh mohon. Selain daripada itu, dalam soal pembangunan bakat baharu untuk bola sepak dan sukan terjun serta sukan-sukan lain, kita ada program-program yang telah pun bermula sejak awal. Contohnya National Football Development program iaitu memang menjadi salah satu latihan ataupun pusat latihan yang mana di seluruh negara ada, 16,000 lebih pesertanya sehingga ke hari ini. Manakala begitu juga dengan program pembangunan sukan terjun yang telah pun digerakkan oleh MSN. Cuma saya yakin bahawa jika betul, saya akui bahawa jika ada fasiliti yang lebih baik di peringkat-peringkat daerah, kampung dan sebagainya. Tentu sekali kita boleh lebarkan talent pool tersebut dan ini menjadi cita-cita kementerian. Terima kasih atas soalan.
Sila Kulim-Bandar Baharu.
Ya, terima kasih Tan Sri Speaker. Salam Perikatan Nasional... [Mengangkat tangan kepada seseorang] Baik, apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Puncak Borneo yang banyak membangkitkan tentang isu-isu luaq bandaq. Jadi, saya rasa soalan saya ini juga tak lari daripada Puncak Borneo punya.
[Ketawa]
Sebab isu berkaitan dengan luaq bandaq yang mana masih belum dinoktahkan. Cuma, kemiskinan alhamdulillah telah dinoktahkan pada tahun lepas. Cuma, fasiliti di luaq bandaq belum lagi.
Jadi, persoalan saya ialah cuma Tan Sri Speaker, apabila cerah ini... [Menunjuk pada kamera] Muka saya sana tak cerah...
[Ketawa]
Pasai saya gelap kot noh. Persoalan saya iaitu, adakah Kementerian Belia dan Sukan yang telah pun membina banyak gelanggang kepada belia iaitu yang saya maksudkan di sini iaitu gelanggang futsal, yang mana pada 10 tahun atau 15 tahun, banyak gelanggang yang telah dibuat, tetapi malangnya apabila kita lihat balik, gelanggang-gelanggang ini dah rosak, terbiar dan tak dibaik pulih ataupun tak diselenggarakan. Jadi, bendanya dah ada tapi tak diselenggarakan. Bila kita tanya pada Pejabat Belia dan Sukan, kata tidak ada peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, saya mohon supaya pada tahun ini dipertimbangkan balik, diberi bantuan atau peruntukan dibaik pulih. Sedangkan benda ini sudah ada, kan? Yang kedua iaitu adakah pihak kementerian juga bercadang supaya diadakan padang bola tapi padang bola yang berumput. Sekarang ini padang bola yang sintetik. Mungkin di kawasan-kawasan yang sesuai, kita adakan padang bola sintetik macam mana di kawasan saya. Sekolah rendah pun sudah ada padang bola sintetik, tapi biaq lah ada lampu limpah yang mana belia-belia ini apabila dia kerja waktu siang, malam dia boleh main. Jadi, mohon pertimbangan daripada kementerian. Terima kasih.
Silakan Menteri.
Yang pertama soal, apa tadi Yang Berhormat? Saya dah lupa... [Dicelah] Padang bola, padang futsal. Futsal ini, Yang Berhormat, memang banyak dan kita sejak tahun lepas kita ada buat usaha untuk kenal pasti semula sebab kebanyakan padang futsal yang dibina sejak 10 tahun, 15 tahun yang lepas, kebanyakannya dibina dan kemudian diserahkan sama ada kepada Pihak Berkuasa Tempatan, kerajaan negeri, persatuan dan sebagainya. Jadi, penyelenggaraan itu bukan di bawah KBS. Maka, bila kita hendak repair balik, baik pulih dan sebagainya, banyak kesulitan. Jadi, dia proses yang sedikit panjang. Cuma, kita bagi penumpuan terhadap naik tarafan dan pemulihan yang mana di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan buat masa sekarang. Di mana waktu yang sama, kita juga berhubung dengan kerajaan negeri dan beberapa pihak yang lain, kementerian lain juga, di mana kalau ada permohonan- permohonan ini, kita minta untuk melalui kerajaan negeri supaya kita boleh salurkan peruntukan dana-dana tersebut pada kerajaan negeri ataupun PBT yang bertanggungjawab terhadap fasiliti tersebut. Yang kedua, padang bola sintetik dan sebagainya, macam saya sebut tadi, peruntukan kita terhad. Setiap tahun pun, setiap negeri akan menerima satu jumlah yang kalau dihitung, mungkin tidak akan pernah cukup. Jadi, kita sentiasa mengharapkan sebarang dana tambahan jika ada projek-projek ataupun cadangan-cadangan yang di luar perancangan awal menerusi belanjawan. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Alor Setar.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri Teluk Intan. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah perkembangan terkini mengenai “konsep bina dan jual” yang pernah diumumkan sebelum ini sebagai solusi kepada projek perumahan “sakit” yang berlaku.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Kerajaan amat mengalu-alukan
konsep pembinaan secara kaedah bina dan kemudiannya jual- build up and sell. Bagi pemajuan perumahan swasta, melalui Dasar Perumahan Negara tahun 2018 hingga 2025, Kementerian KPKT telah menggariskan pelan tindakan bagi memastikan peralihan daripada jual dan kemudian bina, kepada bina kemudian jual dilaksanakan secara berperingkat. Walau bagaimanapun, usaha ini telah mengalami kelewatan akibat daripada wabak COVID-19 dan kini menunggu masa yang sesuai sehingga ekonomi negara dipulihkan sepenuhnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Dasar Rumah Perumahan Negara menggalakkan konsep pembinaan secara bina kemudian jual dengan nisbah 10 peratus: 90 peratus. Bagi pemajuan perumahan swasta, melalui kaedah pembinaan BKJ ini, pemaju akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli manakala bagi 90 peratus akan dikenakan setelah rumah tersebut siap dan sijil perakuan siap dan pematuhan CCC serta penyerahan pemilikan kosong, vacant possession, dengan izin.
Bagi pelaksanaan kaedah ini, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 [Akta 118] dan peraturan-peraturan telah memperuntukkan Jadual I dan Jadual J iaitu Perjanjian Jual-Beli bagi pembinaan pemajuan perumahan, secara bina kemudian jual dengan nisbah 10 peratus dan 90 peratus. Oleh kerana konsep BKJ ini memerlukan pemaju mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh bagi melaksanakan projek, pada masa ini, kerajaan hanya menggalakkan sebagai satu opsyen, pemaju yang bersedia untuk melaksanakan konsep BKJ secara sukarela. Bagi menggalakkan pemaju perumahan melaksanakan konsep bina kemudian jual, beberapa kemudahan dan insentif telah disediakan oleh kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun peringkat negeri. Dalam merealisasikan hasrat ini, bermula pada tahun 2019, KPKT telah melaksanakan kajian dan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Dalam kajian ini juga, KPKT bercadang untuk menambah baik dan memperincikan projek terbengkalai. Cadangan penambahbaikan ini bertujuan untuk memperkasa tadbir urus dan pengurusan pemajuan perumahan yang efisien bagi memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terpelihara. Selain itu juga, memudah cara pemajuan perumahan swasta ke arah kelestarian sektor perumahan. Antara pindaan yang dicadangkan adalah pertama, memperkukuhkan definisi ‘terbengkalai’ dalam menguruskan pemantauan projek perumahan. Tafsiran ini akan ditambah baik bagi membolehkan pemantauan yang lebih berkesan dilaksanakan oleh KPKT dalam pencegahan projek perumahan terbengkalai. Kedua, mengkaji cadangan meningkatkan jumlah modal diterbitkan dan modal terkumpul secara tunai bagi syarat pemaju yang hendak mengemukakan permohonan Lesen Pemaju Perumahan. Peningkatan jumlah modal ini dapat memastikan pemaju yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan rekod pelaksanaan penyempurnaan projek yang baik sahaja dapat menjadi pemain industri. Ini dapat memastikan masalah projek sakit atau projek terbengkalai dikurangkan pada masa hadapan. Ketiga, menyenaraihitamkan nama pengarah syarikat yang menyebabkan projek- projek terbengkalai dan projek sakit. Selain itu, pemaju yang gagal membayar kompaun, ingkar Award Tribunal Pembeli Rumah dan juga melaksanakan pemajuan perumahan tanpa license, juga akan disenaraihitamkan dan tidak boleh memohon Lesen Pemajuan Perumahan serta permit iklan dan jualan. Yang keempat, terakhir, memperkenalkan contract option to purchase, pra- perjanjian jual-beli dengan syarat yang terperinci. Contract option ini menyediakan ruang
keluar di pihak pemaju dan juga pembeli rumah dan tidak melibatkan implikasi kewangan yang tinggi sekiranya pemajuan perumahan tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan pemaju gagal mendapat jumlah jualan yang disasarkan di dalam satu tempoh masa. Akhir kalam, adalah diharapkan hasrat kerajaan bagi meminimumkan projek perumahan sakit dapat direalisasikan melalui konsep pelaksanaan proses bina kemudian jual ini kelak. Sekian, terima kasih.
Sila, Alor Setar.
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah atas cadangan kerajaan untuk pinda Akta Pemajuan Perumahan. Saya juga mencadangkan supaya akta tersebut dipinda dengan mengheret semua Ahli Lembaga Pengarah, bukan setakat Pengarah sahaja. Mengheret semua Ahli Lembaga Pengarah ke mahkamah jika projek itu sakit. Tan Sri Speaker, soalan saya ialah, kalaulah konsep bina dan jual ini dilaksanakan nanti, ianya akan ada risiko kenaikan harga rumah kerana pemaju akan meletakkan semua beban kewangan itu pada harga rumah dan tentunya, harga rumah akan meningkat naik. Apakah usaha kerajaan untuk kawal harga rumah ini setelah dilaksanakan konsep ini? Yang pertama. Yang kedua, jika pihak pemaju- tadi disebut, diberi pilihan. Mungkin pemaju tidak mahu laksanakan konsep ini. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) pun 10 tahun lepas telah menolak cadangan ini. Tahun 2004 telah ditolak cadangan ini. Kalaulah pemaju berkeras untuk tak melaksanakan konsep ini, adakah kerajaan sendiri bersedia melaksanakan konsep ini? Kerajaan bina, kerajaan jual direct kepada pembeli supaya- terutama kepada kumpulan B40 dan M40 supaya mereka ada rumah pada masa depan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Baik. Menteri.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang prihatin tentang konsep ini di mana pada ketika ini, kita melaksanakan konsepnya secara asas, sukarela. Kita faham dengan kos yang semakin menaik. Oleh kerana itu, kementerian telah mencadangkan insentif-insentif yang ditawarkan bagi menggalakkan pemajuan secara bina kemudian jual. Antaranya pertama, mengecualikan syarat pembayaran deposit bagi lesen pemajuan perumahan dan juga bank guarantee. Kedua, keutamaan fast lane bagi semua urusan yang melibatkan pemajuan seperti tukar syarat tanah, pecah sempadan, kelulusan plan susun atur, plan bangunan dan juga kelulusan daripada jabatan-jabatan teknikal. Ketiga, pertimbangan untuk mengecualikan daripada development charge supaya pemaju yang membangun dan kemudian jual diberikan insentif sebagai galakan. Kita memang- daripada segi projek-projek kerajaan, daripada segi social housing arm, dengan izin, KPKT- kita mempunyai projek perumahan rakyat yang memang sudah siap, baharu kita aturkan kepada pembeli supaya pembeli rumah yang bernasib baik mendapat PPR, tidak ada risiko projek sakit ataupun terbengkalai. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang, tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Silakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Saya ingin menarik perhatian Tan Sri terhadap Peraturan Mesyuarat 2(2) dan 2(3) iaitu berkaitan menetapkan Kerusi Ahli-ahli. (2) Tuan Yang di-Pertua, “Sebaik-baik difikirkannya munasabah sesudah dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka bolehlah ditetapkannya Kerusi bagi tiap-tiap orang Ahli dan, bolehlah diubahnya ketetapan itu dari semasa ke semasa sebagaimana yang baik pada pertimbangannya. (3) ‘Kerusi-Kerusi akan diuntukkan mengikut timbangan Tuan Yang di-Pertua dan keputusannya dalam perkara ini adalah muktamad.” Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagai Ketua Whip Perikatan Nasional, pada 21 Februari 2024, sebelum persidangan semalam, saya telah menulis surat kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua melalui Tuan Setiausaha Dewan Rakyat untuk memohon bagi pihak Perikatan Nasional membuat perubahan tempat duduk kepada seramai 8 orang Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Tan Sri telah meluluskan perkara ini. Yang menjadi kemusykilan kami pada hari ini, Yang Berhormat Tan Sri, terdapat dua orang Ahli Parlimen yang sehingga ke saat saya bercakap ini, masih lagi di-classified sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional, berdasarkan seating plan dalam kedudukan ini iaitu yang pertamanya, Yang Berhormat Tanjong Karang. Sebelum ini, duduk di Kerusi F18 iaitu di belakang... [Menunjuk ke tempat duduk Ahli Parlimen Tanjong Karang] Antara Kuala Kedah dan juga Padang Terap. Sekarang ini, telah berpindah ke E49... [Menunjuk ke tempat duduk yang dimaksudkan] Ya, E49. Ha, itu Tanjong Karang. Kawan lagi, PN.
...Angkat tangan lagi.
Angkat tangan lagi. Itu yang pertama. Yang keduanya, Bukit Gantang. Dulu duduk di E8, sebelah Jerai... [Menunjuk ke tempat duduk yang dimaksudkan] Ya, sebelah Jerai itu. Sekarang ini telah pindah ke E48. Oleh kerana mereka ini masih lagi di-classified sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional, saya dengan rendah diri, Yang Berhormat Tan Sri ingin mendapat pencerahan daripada Tan Sri. Arahan ataupun tindakan memindahkan mereka ke tempat itu atas asas apa? Siapakah yang membuat apa-apa tindakan yang menyebabkan mereka ini berpindah daripada kedua-dua tempat ini? Saya dengan rendah diri mohon pencerahan. Itu sahaja, Yang Berhormat Tan Sri.
Terima kasih, Kota Bharu. Kota Bharu telah pun membacakan klausa tadi. Cukup jelas iaitu sebagaimana yang baik pada pertimbangannya. Ahli Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat masuk ke dalam ini, Yang Berhormat mempunyai pilihan. Boleh tulis surat dekat saya- secara bertulis, Yang Berhormat tidak selesa dengan kawan sebelah. I don’t ask any question. You tak selesa. Pada pertimbangan saya, okey. You nak pindah, pindahlah. Asalkan, jangan pindah sebelah sini saja. Yang ini, tak bolehlah. Yang itu, apabila cukup number, boleh pindah. Sekarang, tak boleh lagi. Saya tidak akan hadkan mana-mana, siapa pun, mahu sebelah sini atau- sebelah sini pun ada juga minta pindah atas sebab-sebab tertentu. Sini pun pindah juga.
So, oleh kerana saya berpegang teguh kepada peraturan mesyuarat yang membolehkan saya atas kuasa yang ada ini untuk membenarkan, jadi saya benarkan. Namun pun begitu, sudah tentu saya akan bincang dengan Setiausaha dan juga kadang- kadang lighting, ada kes yang Ahli Yang Berhormat tidak duduk, panas dia kata. Jadi, kita move kan. Ada penyakit dan masalah mungkin. Apa juga alasannya, selagi dia boleh tulis surat kepada saya dan saya boleh buat keputusan, saya akan buat keputusan. Begitu juga kita ada MP yang baharu, dia ikut senioriti dalam parti dan kita entertain juga. I’m open about it.
Terima kasih Tan Sri. Sedikit penjelasan sebelum kita mulakan. Jadi, saya hendak recap balik apa yang Tan Sri sebut, kedua-dua sahabat saya ini, Tanjong Karang dan juga Bukit Gantang dipindahkan ke tempat baharu atas permintaan...
Permintaan mereka.
Permintaan mereka.
Yes.
Permintaan mereka, that’s the word. Thank you, no further question.
Thank you very much...
[Dewan riuh]
Thank you Sir.
Peraturan Mesyuarat 42. Sama Peraturan Mesyuarat 2 dan 23. Lazimnya, secara konvensyen di Parlimen kita, Tan Sri. Saya duduk 23 tahun ini, belah sana penyokong kerajaan, belah sini bukan penyokong kerajaan...
Minoriti.
Minoriti, dan ada satu blok dekat sini adalah blok yang neither there, nor here. Sebab itu apabila Yang Berhormat Muar membuat keputusan untuk dissociate himself from that group, Tan Sri membuat keputusan untuk letak dia di blok sana, Tan Sri. Maknanya, blok sana itu adalah mereka yang neither there, nor here. Itu secara konvensyen, Tan Sri. Saya duduk di sini bukan kerana saya minta di sini, tetapi memang secara konsensus antara Ketua- konvensyen- dan ya lah, atas persetujuan bersama semua bahawa saya duduk di sini dan susun atur saya yang keenam ini pun dibuat secara konsensus dengan Tan Sri. Walaupun power itu pada Tan Sri. Jadi, blok sana itu Tan Sri, adalah ‘blok bukan sana dan bukan sini.’ Adakah itu sebenarnya berlaku, Tan Sri?
Tidak berlaku. Sebenarnya keadaannya begini. Ada blok ini dipanggil blok bukan kerajaan dan tidak ada definisi itu adalah neither here nor there. Maknanya, dia minta pindah dan kita ada ruang untuk dia pindah di kalangan Blok Pembangkang.
Tan Sri duduk dahulu, Tan Sri ahli PKR dahulu sebagai Ahli Parlimen. Ada beberapa orang ahli PKR yang keluar parti ketika itu, termasuklah Bagan Serai, Bayan Lepas...
11 orang, ramai.
Kulim-Bandar Baharu. Semua yang keluar dari blok sini ketika Tan Sri duduk dekat blok sini ketika itu, diletak di blok sana. Walaupun Speaker yang berbeza kerana adalah amalan Parlimen kita yang tidak bukan duduk sini, diletak dekat sana, Tan Sri. Sebab itu Syed Saddiq atas utusan Tan Sri sendiri, diletak di blok sana. Itu sahaja. Jadi maknanya, mereka ini keluar dan keluar dari blok kami dan diletakkan di blok sana kerana tidak selesa dengan blok kami, Tan Sri. Itu sahaja, Tan Sri.
Jelas, selagi dia minta, siapa-siapa juga di sini memohon untuk pindah, saya akan lihat keperluan itu. Begitu juga di sini, ada yang memohon untuk pindah dan bukan pindah di sini... [Ketawa] Pindah di kalangan mereka. Itu sahaja.
Jelas Tan Sri, again, no further question. Thank you.
[Bangun]
Thank you very much. Ya, Arau
Sebelum Yang Berhormat keluar, saya bawa ini Perkara 18(1).
18(1), sudah tulis belum?
Yang Berhormat, pendek sahaja.
Soalan saya, sudah tulis belum? Kalau tidak tulis, tulis dahulu.
Tidak, tidak, Yang Berhormat.
Tidak boleh, tidak boleh. Kalau tidak...
Yang Berhormat, ini berdasarkan observation, cadangan saya supaya benda itu dibawa ke Kamar Khas iaitu Rang Undang- undang Jenayah Syariah dan juga Kos Sara Hidup. Sebab Menteri jawab agak bercanggah sedikit, jadi elok bincang di sana.
Baik, baik.
Yang ketiga Yang Berhormat, berehat tengah hari ini, saya komited dengan Parlimen. Jadi, saya perlukan rehat satu jam untuk solat dan lain-lain lagi. Body yang sama duduk di Parlimen ini, tidak boleh digerakkan sepanjang hari macam itu. Kita- kalau saya- kita habis 5.30, habiskan 6.30, tetapi jangan ambil masa tengah hari Yang Berhormat, tidak baik sebab ia melibatkan manusia itu yang tidak mampu untuk berterusan. Macam saya tidak apa, saya can be non- stop, but banyak kawan-kawan saya kena rehat satu jam. Jadi Yang Berhormat, minta dipertimbangkan.
Tetapi amalan kita juga tidak memastikan dan tidak memaksa Ahli-ahli Parlimen berada all out. Kadang-kadang all the time, dia boleh pergi beli air, minum masuk balik, tetapi cuma kita hendak pastikan...
Tetapi Yang Berhormat, ada jawapan-jawapan Menteri itu yang saya hendak duduk di sini, tetapi dia kena tengah hari. Yang Berhormat, minta tolong pertimbangkan, bukan hendak berlawan. Yang Berhormat seorang yang bagus, kita akan ikut punya walaupun peruntukan tidak dapat, tetapi tolong pertimbangkan satu jam rehat itu. Yang Berhormat akan dapat pahala sebab kami pergi solat...
[Dewan riuh]
Terima kasih.
Terima kasih. Baik, terima kasih. Setiausaha. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Yang Berhormat, baca doa bagi kuat, kami hendak Aamin...
[Dewan riuh]
Setiausaha, saya mulakan ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Peraturan 16(1) dan (c) untuk Yang Berhormat Menteri membuat penerangan Menteri di Kamar Khas berkenaan dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas petang ini selepas Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai.
Usul Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Sebentar Yang Berhormat Shah Alam. Baik, senarai yang ada di depan saya, seramai 10 orang akan berbahas pada ketika hari ini. Dimulakan dengan Yang Berhormat Shah Alam 10 minit sebagai pencadang. Diikuti dengan Yang Berhormat Batang Sadong 30 minit sebagai penyokong, diikuti pula oleh Yang Berhormat Larut 60 minit sebagai Ketua Pembangkang. Seterusnya, Yang Berhormat Paya Besar 25 minit, berikutannya Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ipoh Timur dan terakhir dalam senarai, Yang Berhormat Subang 12 minit. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan, adakah 10 minit ataupun 60 minit.
60 minit.
Terima kasih.
Maaf, 60 minit. Silakan, Yang Berhormat Shah Alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Segala puji bagi Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat dan pengikut Baginda hingga hari kemudian. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya Ahli Parlimen Shah Alam memohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung Kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana sudi berangkat menyampaikan Titah di Persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas pada hari Isnin, 26 Februari 2024.
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku. Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.””
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan ucapan terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke- XVII. Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, Payung Negara makmur dan rahmah; Raja merakyat Raja disanjung, Lima tahun memikul amanah... [Tepuk] Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai Allah, pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Di tanganMu lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu...” Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dititahkan Kebawah Duli Tuanku, Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan. Ia akan terus kekal dipelihara, di samping meraikan kepelbagaian agama yang dianuti dengan aman oleh rakyat dalam negara ini. Prinsip Islam dalam bernegara adalah kesaksamaan dan perkongsian hak antara warganya. Itulah yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW... [Membaca sepotong Hadis] “Bagi mereka apa yang menjadi hak kita dan ke atas mereka sama dengan tanggungjawab yang dibebankan ke atas kita.” Dengan prinsip inilah, negara pertama Madinah telah berkembang dan melebar pengaruhnya. Asalnya negara kecil yang didiami oleh pelbagai bangsa dan suku- ada Arab, Aus, Khazraj, Qainuqa’ juga pelbagai agama- Islam, Nasrani dan Yahudi- sudah pasti budayanya berbeza. Namun, perbezaan ini telah dapat diurus dengan baik oleh Rasulullah SAW kerana prinsip kesaksamaan dan perkongsian yang dapat diterima dan dihayati dengan baik. Kedamaian Madinah Al-Munawarah mula tergugat apabila sebahagian warganya daripada kalangan Bani Qainuqa’ telah menceroboh prinsip perkongsian ini apabila mereka secara terang-terangan melanggar misaq yakni Piagam Madinah yang merupakan kontrak sosial bagi warga Madinah atau dinamakan sebagai syurut yakni syarat-syarat. Dalam Hadis Rasulullah SAW... [Membaca sepotong Hadis] “Kaum Muslimin terikat dengan kontrak atau syarat-syarat yang termeterai antara mereka.” Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah beberapa bulan setelah kemenangan Madinah ke atas kaum Quraisy dalam peperangan Badar. Islam sangat menghormati kontrak sosial yang dibina. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Madinah apa-apa peperangan atau konflik yang berpunca daripada perbezaan kulit, kaum mahupun kerana perbezaan agama. Peperangan atau konflik hanya berlaku apabila kontrak sosial dikhianati atau dicerobohi. Agama amat menghormati kebebasan memilih... [Berucap dalam bahasa Arab] Hatta untuk memilih agama, sehingga Allah berfirman... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Tidak ada paksaan dalam memilih atau menganut agama.” Dalam konteks agama Islam, kebebasan itu dihadkan apabila seseorang telah memilih agama untuk dianuti. Negara Madinah terus berkembang, tidak berlaku konflik dalaman yang besar sehingga lahirnya golongan yang memusuhi fitrah dan cuba memonopoli kebenaran. Mereka lahir secara aktif pada fasa terakhir pemerintahan Sayidina Uthman RA, kemudian amat aktif dalam zaman pemerintahan Sayidina Ali RA Karamallahu Wajhah. Mereka adalah kumpulan pelampau yang dinamakan sebagai Khawarij. Dasar pemikiran kelompok ini adalah memusuhi perbezaan sehingga mereka amat melampau untuk cuba menyeragamkan manusia termasuklah dalam unsur-unsur
pemikiran. Usaha ini memang mustahil untuk dilakukan. Tetapi, kerana sikap melampau yang ada pada mereka, mereka tetap lakukan juga. Hasilnya, terbitlah pula dasar pokok yang kedua kumpulan ini iaitulah memonopoli kebenaran. Pada pandangan mereka, apa sahaja yang mereka lakukan, maka itulah kebenaran. Kerana dua dasar pemikiran inilah, maka tindakan mereka semakin bertambah ekstrem menyesatkan pihak yang bertentangan idea dalam hal pentadbiran politik, mengkafirkan pihak yang berbeza kerana mereka yakin bahawa kebenaran itu ada bersama dengan mereka. Anti dialog, menanam sikap taksub di kalangan pengikut, menambahkan pemikiran jalur keras seperti halal darah pihak lawan dan kemuncaknya, Yang di-Pertua, mereka sanggup membunuh. Sayidina Ali adalah mangsa teragung mereka yang dibunuh oleh penjenayah Khawarij Abdul Rahman bin Muljam. Khawarij bukan berperang dengan pihak yang berlainan agama, tetapi mereka berperang dan membunuh rakan seagama. Politik di negara kita semakin membahang apabila isu agama dan bangsa dipolemikkan. Lebih bahaya apabila sampai ke tahap mempertikaikan perlembagaan negara. Ya, perlembagaan negara bukan kitab suci, tetapi perlembagaan adalah kontrak sosial atau syurut, yakni syarat-syarat yang perlu kita pertahankan. Bahkan, itulah yang kita ikrarkan ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan yang mulia ini. Pelanggaran terhadap dokumen asas sebuah negara akan menyebabkan kita berpolemik. Sekiranya polemik itu ditangani dengan keras kepala atau kepala keras ala neo Khawarij yakni Khawarij baharu zaman sekarang, maka negara kita sedang dijalurkan atau diarahkan ke arah zon yang sangat-sangat berbahaya. Isu bangsa dan agama, sekiranya diapi-apikan, akan menyebabkan lahirnya golongan yang terlajak. Sebagai contoh, kes Nik Elin telah dibakar di luar daripada hakikat yang sebenar dan natijahnya, pemikiran takfiri mengkafirkan tanpa kaedah dan disiplin ilmu mula merebak dalam masyarakat. Lebih malang lagi, ia berpunca dari meja-meja kuliah. Di sebahagian tempat, ia dilaungkan dari mimbar khutbah. Dalam kempen politik, khusus dalam Pilihan Raya ke-15 yang lalu, pemikiran anti perbezaan dan memonopoli kebenaran nampaknya telah dilihat melebar. Dakwaan bahawa sekiranya mengundi parti sekian dan sekian...
Shah Alam. Shah Alam, boleh saya minta penjelasan?
Sedikit sahaja. Beberapa patah perkataan hendak habis. Dakwaan “Sekiranya mengundi parti sekian dan sekian masuk neraka.” “Kita sedang berdepan dengan musuh Islam.” “Negara kita dah nak diambil orang...” adalah bibit-bibit pemikiran Khawarij yang bertunas dalam negara ini.
Kita sedang berdepan dengan musuh Islam, negara kita sudah nak diambil orang, adalah bibit-bibit pemikiran Khawarij yang bertunas dalam negara ini. Kita amat bimbang sekiranya ia tidak ditangani oleh pihak kerajaan, golongan terlebih lajak dan laju akan makin mengganas. Apa yang kita takutkan akan berlaku di negara ini, akan mula tercetus. Sila Pasir Mas.
Shah Alam, saya mengamati ucapan daripada Shah Alam satu persatu dan Shah Alam membangkitkan satu kebimbangan yang saya rasa satu perkara yang boleh diterima. Cuma apabila Shah Alam menyebut bahawa isu-isu takfiri ini dilontarkan dalam khutbah dan sebagainya, sedangkan kita tahu bahawa khutbah-khutbah Jumaat ini dirangka teksnya oleh majlis- majlis agama masing-masing. Jadi, bagaimana Shah Alam dapat membuktikan bahawa ada khutbah Jumaat atau khutbah apa yang dimaksudkan oleh Shah Alam tadi yang digunakan sebagai medan untuk takfiri. Kalau boleh Shah Alam dapat menyatakan kes secara spesifik kerana kita bimbang kadang-kadang benda ini dalam keadaan yang situasi yang tidak boleh kita hukumkan secara general. Sebagai contoh ada yang menyatakan bahawa kalau bagi
kepada kelompok tertentu negara ini akan menjadi Taliban. Jadi, ucapan-ucapan seperti ini tidak boleh mewakili satu kelompok yang disebut oleh Shah Alam. Terima kasih.
Terima kasih Pasir Mas. Ucapan-ucapan seperti ini telah pun disebutkan dan bukti-buktinya telah dinyatakan di dalam Hansard sebelum ini. Pasir Mas boleh lihat, kita boleh rujuk balik kepada Hansard, kalau Pasir Mas ingin, saya boleh tunjukkan selepas daripada ucapan saya nanti. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk meneruskan ucapan saya...
Shah Alam, Pulai Shah Alam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat menyedari hal ini...
Pulai Shah Alam.
Saya teruskan Pulai. Titah Diraja telah menyeru semua lapisan masyarakat supaya memperkukuhkan perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R iaitu race, religion dan royalty. Baginda juga menyeru kepada kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni. Bagi menyahut seruan Titah Diraja, maka saya ingin mencadangkan agar kerajaan pertama: menggerakkan dengan lebih intensif advokasi dan pendidikan kesedaran tentang Rukun Negara, dokumen kontrak sosial dan Perlembagaan Malaysia. Akan lebih berkesan apabila program ini disinergikan dengan agensi agama di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri. Kedua, menangani pemikiran Khawarij dan takfiri hendaklah menjadi agenda utama agensi-agensi agama dalam kerajaan seperti JAKIM, YADIM, IKIM dan seumpamanya. Jangan dibiarkan pemikiran agama disandari atau dipajak kepada pihak lain sehingga di doktrin dalam minda masyarakat bahawa agama itu diwakili oleh pihak yang tertentu sahaja. Ketiga, menyuburkan budaya dialog dan wacana rentas pemikiran politik dan aliran. Falsafah bernegara hendaklah dibudayakan dengan rancak, program-program di kaca-kaca TV yang bernuansa agama hendaklah membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan lahirnya pemikiran neo Khawarij dan takfiri. Negara Madani tidak mungkin dapat dilestarikan sekiranya bibit dan benih pemikiran ini tidak dicabut dari akarnya. Keempat, mengadakan libat urus dengan tokoh-tokoh yang sering membangkitkan isu-isu yang sensitif melalui wahana ilmiah dan budaya perdebatan yang sihat...
Shah Alam.
Kementerian Komunikasi harus membuka gelanggang perdebatan seluas-luasnya untuk mendidik masyarakat awam menghormati nilai ilmu dan membuat keputusan berdasarkan teras dan tonggak dalam budaya Madani. Saya ingin mengingatkan kita bersama kepada ungkapan Amirul Mukminin Sayidina Ali dalam warkahnya kepada Malik Al-Asytar. Rakyat kamu hanya ada dua golongan, sama ada saudara-mu seiman atau saudara-mu sesama insan. Maka kita semua berkongsi negara ini. Kita adalah Malaysian, rakyat Malaysia yang berbilang kepercayaan, budaya dan kaum, tetapi...
Shah Alam.
...Yang menyatukan kita adalah Malaysia. Kalaupun kita bukan saudara seiman, kita tetap saudara sesama insan.
Shah Alam.
Pulai dahulu.
Saya nak beri pada Pulai dahulu kerana beliau telah bangun.
Terima kasih kepada Shah Alam. Dalam isu yang berkaitan dengan Khawarij ini, apa yang disebut oleh Shah Alam tadi ia berlaku di banyak tempat ataupun di banyak platform. Jadi, apakah punca yang menyebabkan pemikiran takfiri ini berlaku dalam negara kita ini sedangkan negara kita ini adalah sebuah negara yang berbilang agama, berbilang bangsa dan menekankan wasatiyyah, iaitu kesederhanaan atau sederhana dalam tindak tanduk kita, tetapi bagaimana aliran pemikiran ini boleh berkembang?
Terima kasih Pulai. Saya kira apa yang saya sebutkan tadi itulah antara rentetan-rentetannya, di mana kerana pertamanya kerana tidak memahami konsep bernegara yang ada dalam negara kita ini. Tidak memahami syurut atau perjanjian-perjanjian kontrak sosial yang telah pun terbentuk sejak negara kita ini merdeka dan tidak memahami ataupun mempunyai pemikiran yang terbuka, meraikan kepelbagaian memahami bahawa Islam dalam negara kita ini memang sudah diletakkan di tempat yang tertinggi dalam Perlembagaan kita. Tempat yang ketiga, Perkara Ketiga dalam Perlembagaan iaitu setelah nama-nama disebutkan wilayah-wilayahnya. Macam kita juga, seperti kita mesti ada tubuh dahulu, mesti ada jasadnya baru diberikan nama, kemudian diberikan kamu agama apa? Islam atau bukan Islam dan sebagainya. Jadi Islam itu sudah merupakan ataupun diletakkan di tempat yang sangat tinggi dalam negara kita ini, tetapi pemikiran-pemikiran yang tidak memahami kedudukan ini dan kemudiannya digembar-gemburkan di medan-medan, apatah lagi apabila ia dirancakkan ketika cuba hendak meraih sokongan dalam pentas-pentas politik, maka itulah yang menyebabkan rakyat yang tidak memahami, yang pertamanya tidak mendalami agama. Yang keduanya kerana tidak memahami konsep bernegara yang menyebabkan mereka ini akhirnya apabila dibiarkan, digembar-gemburkan, dihasut, menyebabkan mereka ini orang kebanyakan yang terpengaruh, sehingga mereka ini sebenarnya yang sanggup berani mengatakan itu kafir dan sebagainya. Saya tidak percaya, agamawan yang berkuliah di masjid atau di surau, di mimbar, mengatakan orang sedemikian kafir, orang sedemikian terkeluar daripada Islam kerana mereka faham, mereka bercakap daripada segi sudut- ada sandaran, tetapi apabila masyarakat kebanyakan itu dia tidak memahami dan mereka teremosi dengan semangat untuk menyokong kumpulan-kumpulan tertentu. Maka inilah yang menyebabkan akhirnya budaya memonopoli kebenaran yang saya sebutkan tadi ataupun budaya yang tidak memahami perbezaan ini yang menyebabkan mereka ini akhirnya terdorong kepada budaya ‘Khawarij’ dan juga takfiri. Sila.
Shah Alam.
Sedikit Shah Alam. Okey, terima kasih Shah Alam. Saya meneliti ucapan Shah Alam yang saya boleh bersetuju dalam beberapa fakta cuma seolah-olahnya keharmonian agama itu seolah-olahnya hanya membabitkan sesama Islam. Bagaimana pula pandangan- Shah Alam bersetuju bahawa keharmonian dari sudut memahami agama juga perlu diambil kira oleh penganut agama lain supaya tidak mentafsirkan Islam tanpa pengetahuan ataupun mentafsirkan Islam mengikut pandangan mereka, tidak merujuk kepada sumber-sumber Islam. Minta pandangan Shah Alam. Terima kasih.
Ya, dia datang daripada dua sudut. Daripada mereka yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam dan juga yang mungkin tidak memahami secara mendalam.
Sebab itulah saya mencadangkan tadi supaya program-program yang akan mendukung satu dasar yang dicadangkan, yang dititahkan oleh Titah Diraja itu mesti
dirancakkan. Dia harus melibatkan semua, bukan sahaja orang Islam, tetapi yang bukan Islam supaya perbezaan ini dapat difahami dan diharmonikan.
[Bangun]
Saya pernah mengikuti suatu dialog interface interfaith di banyak tempat. Di luar negara, dalam negara kita ini dan ia sangat bermanfaat dan sangat berguna untuk mewujudkan keharmonian, kesefahaman di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan juga agama dalam negara kita ini. Terima kasih, silakan.
Terima kasih kepada Shah Alam. Berdasarkan kepada apa yang disebut awal tadi iaitu tentang isu Nik Elin di mana ada sebahagian daripada masyarakat ataupun pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan, kononnya boleh melakukan kesalahan-kesalahan yang telah dibatalkan. Adakah ini benar? Sedangkan kita sedia maklum bahawa undang-undang yang dibatalkan masih wujud dalam undang-undang Kanun Keseksaan dan masih boleh didakwa di Mahkamah Sivil. Maka bila disebut begitu, maka ada pula penerangan menyatakan bahawa itu Mahkamah Sivil bukan Mahkamah Syariah. Apa yang kita lihat bahawa walaupun mungkin di Mahkamah Sivil bukan di Mahkamah Syariah, tetapi undang-undang yang ada di Mahkamah Syariah dibandingkan dengan Mahkamah Sivil, undang-undang yang sama, perkara yang sama, kesalahan yang sama didapati bahawa undang-undang kesalahan contoh liwat- kanun keseksaan meletakkan hukuman maksimum 30 tahun, Enakmen Syariah Kelantan, tiga tahun. Satu lagi contoh, rogol haiwan. Mahkamah Sesyen ataupun Kanun Keseksaan memaksimumkan 20 tahun, manakala Mahkamah Kelantan atau Enakmen Syariah Kelantan, maksimum dua tahun. Adakah ini percanggahan dan Sri Gading bercadang ataupun mencadangkan supaya mahkamah yang ada kaitan yang dikatakan seksyen jenayah di bawah Mahkamah Sivil ini ada orang berpandangan ini bukan datangnya daripada Al-Quran, bukan datangnya daripada hadis, bukan datangnya daripada ijtimak ulama dan sebagainya. Bolehkah perkara-perkara, peraturan-peraturan ini seperti mana yang kita sedia maklum bahawa bila disebut sahaja takzir, dia datang daripada pemerintah yang akan menentukan hukuman. Apakah pandangan Shah Alam?
Terima kasih Sri Gading. Tuan Yang di- Pertua, saya akan jawab dan sentuh pandangan yang diberikan oleh Sri Gading ini dalam perbahasan saya seterusnya iaitu keputusan penghakiman kes Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin lawan Kerajaan Kelantan, sebenarnya secara tiba-tiba telah membuka mata semua rakyat Malaysia dari yang pakar dalam bidang undang-undang hingga kepada peniaga, pengusaha sawah dan ladang. Ramai yang mengulas seakan-akan mahir segala-galanya. Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk meraih politik murahan. Semua bercakap seolah-olah Islam telah hilang dari bumi Malaysia. Buka sahaja TikTok, orang bercakap hal ini yang tidak faham kedudukan yang sebenarnya. Isu Nik Elin merupakan isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak sekali-kali pada pandangan saya meruntuhkan Enakmen Kanun Syariah Jenayah yang wujud di negeri-negeri. Malah ia boleh menjadi pemangkin untuk menyegerakan usaha pemerkasaan enakmen yang sedia ada. Ia boleh membuka ruang dan peluang agar Enakmen Kanun Syariah Jenayah negeri-negeri diharmonikan dengan senarai yang ada dalam Persekutuan...
[Bangun]
Tadi telah pun dijelaskan oleh Timbalan Menteri Agama setelah menjawab persoalan dari Kota Bharu. Adakah ini bermakna kita- saya bersetuju dengan tindakan Nik Elin Zurina? Tidak, tidak semestinya kerana jalan yang lebih lunak dan aman, lebih harmoni boleh diambil untuk menyesuaikan, mengharmonikan pertindihan yang berlaku antara Enakmen Jenayah Syariah yang ada di negeri dengan senarai yang ada dalam Persekutuan...
Okey Shah Alam, saya mohon.
Ya, silakan.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Shah Alam. Saya melihat kepada perkembangan perbahasan yang dikemukakan oleh Shah Alam, saya rasa kita sama bersetuju bahawa kes Nik Elin telah membuka peluang dan membawa kesedaran kepada orang ramai tentang terhadnya bidang kuasa kerajaan negeri dan terhadnya bidang kuasa undang-undang di Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman lebih tinggi daripada 356. Jadi adakah dengan ini Shah Alam bersetuju untuk kita pinda Perlembagaan bagi memastikan kedudukan Mahkamah Syariah dan bidang kuasa negeri diperluaskan sebagaimana negara kita telah pun merdeka daripada 65 tahun di mana kedudukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil ini sama-sama wujud ketika merdeka. Apakah pandangan Shah Alam?
Sebab itu kita kena sedar dan ketahui bahawa sekarang ini telah ada satu Jawatankuasa di bawah MKI yang mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan MKI bagi meneliti persoalan-persoalan yang berbangkit seperti mana yang berlaku dalam kes Iki Putra, kes Nik Elin. Iki Putra dengan Kerajaan Negeri Selangor, kes Nik Elin lawan Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi, jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh MKI. Satu badan tertinggi yang mengkaji untuk memperkasakan enakmen-enakmen jenayah yang ada dalam syariat Islam itu. Jadi isunya sekarang ini, apabila keputusan itu digembar-gemburkan, diperkatakan oleh semua orang yang tidak ada pengetahuan tentang undang-undang, yang tidak ada pengetahuan tentang syariat Islam, yang tidak ada pengetahuan tentang kaitannya dengan Perlembagaan Persekutuan, itulah yang menyebabkan apa yang berlaku sekarang ini, berlaku begitu kecoh, kegusaran, kerisauan yang berlaku dalam negara kita ini. Sebab itulah Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menasihati semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama dalam negara ini dan tidak mempolemikkannya sehingga menimbulkan persengketaan. Dalam masa yang sama, saya sebutkan tadi Jawatankuasa Khas mengkaji isu berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri ini untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan, MKI sedang meneliti persoalan berbangkit. Sebab itulah saya katakan isu Nik Elin ini secara tidak sengaja barangkali telah membuka mata banyak pihak untuk memperkasakan, memadamkan kekaburan- ambiguity dan mengharmonikan Enakmen Jenayah Syariah di negara ini. Yang penting, kekeliruan yang timbul hanyalah melibatkan kesalahan-kesalahan yang menjurus kepada hukuman sivil dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun melibatkan kesalahan-kesalahan takzir dalam Enakmen Jenayah Syariah di negeri-negeri dan bukannya melibatkan hukum hudud ataupun qisas yang seolah-olah ia diperkatakan oleh orang yang tidak faham ini bahawa keputusan ini telah melanggar hukum daripada Allah SWT.
Shah Alam.
Yang ini kena bagi sebab sebelah saya.
Shah Alam, tadi Shah Alam ada menyebutkan soal berkaitan dengan kes Iki Putra. Iki Putra ini tahun 2021 kalau tak silap sayalah. Tahun 2021 ini masa itu COVID. Masa itu kerajaan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional.
Kes Iki Putra ini, dia lawan juga hukuman Mahkamah Syariah. Masa itu Kerajaan Perikatan Nasional. Menteri Undang-undang dari sana. Menteri Agama pun dari sana.
Timbalan Menteri Agama pun dari sana. Cuma, kita tidak tahu pada masa itu tidak ada kita dengar ada himpunan kah, ada demonstrasi kah, ada bantahan kah, ada Islam terancam dan sebagainya. Kita tidak dengar pun kerajaan pada masa itu, kerajaan 33 bulan pada masa itu untuk tubuhkan jawatankuasa memperkasakan Mahkamah Syariah, tetapi bila mari Kerajaan Perpaduan, mari Kerajaan Madani ini, oh macam-macam. Islam terancam, hancurlah Mahkamah Syariah, hancurlah institusi Islam dalam negara kita. Jadi, ini pada saya satu pendekatan yang berbeza-beza. Masa jadi kerajaan dia tahu benda itu, tetapi dia tidak buat apa-apa. Tidak ada himpunan, tidak ada bantahan, tidak ada demo, tetapi bila di bawah Kerajaan Perpaduan Madani ini, ada demo ada bantahan dan sebagainya. Saya hendak minta sedikit komentar daripada Shah Alam ini. Maksudnya macam berbolak-balik ini, berbolak-balik ini maksudnya. Kalau kena ke dia, tidak apa. Kalau kena ke kita, tidak boleh, kan? Ada himpunan, ada demonstrasi dan sebagainya. Insya-Allah tidak kena 14 hari ini.
Shah Alam, hendak tambah sedikit sahaja.
Saya ingat...
Iki Putra itu masa itu Hulu Langat jadi ADUN Selangor dia pun tidak bincang- Iki Putra lawan Kerajaan Selangor.
Saya ingatkan Pasir Mas hendak tolong jawab soalan itu tadi. Ini saya ingat nanti Pasir Mas dia berbahas nanti dia mungkin boleh jawab kot. Sebab persoalan itu patut mereka yang jawab, bukan saya.
Betul...
Semasa itu Pasir Mas jadi kerajaan masa itu- Kerajaan Perikatan Nasional, “kerajaan tebuk atap”, tetapi Titah Seri Paduka Baginda semalam, Tuanku bagi tahu tidak akan melayan lagi dah jika ada mana- mana, tidak kisahlah ‘langkah Dubai kah’, langkah Chicago kah, langkah Las Vegas kah, selepas ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan. Tabik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, adakah tanggungjawab untuk mendaulatkan syariat berakhir di sini? Sudah pasti tidak. Di sinilah peranan kita sebagai Ahli Parlimen. Di sinilah peranan agamawan, pakar undang- undang dan semua untuk bergabung mencari jalan mendaulatkan hukum yang ditentukan oleh syariat. Sebenarnya tanpa kita sedari, kita boleh melaksanakan tanpa pun perlu menggubal undang-undang yang baharu. Contohnya berkenaan dengan hukum qisas, yakini hukuman balas ataupun diyat yakini pampasan ataupun ganti rugi yang berkenaan dengan kesalahan bunuh ataupun kecederaan pada tubuh badan. Seksyen 426 Kanun Prosedur Jenayah Akta 593 dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya membuka ruang ke arah pelaksanaan diyat dalam sistem perundangan Malaysia. Kita kena ingat qisas ataupun diyat ini merupakan sesuatu yang katai yang disebutkan dalam Al-Quran.
Sebentar, sebentar Yang Berhormat Shah Alam. Boleh ulang tidak, empat berapa?
426.
Bawah?
Kanun Prosedur Jenayah, Akta 593.
Baik, teruskan.
Sudah ada sebenarnya penulisan akademik dan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Bayan Linnas Siri Ke-185 yang khusus membicarakan hal ini. Mantan Mufti Wilayah Persekutuan pada ketika itu pada tahun 2019, semasa Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau- Mufti kemudian selepas daripada itu, beliau menjadi Menteri Agama, tetapi perbincangan tentang diyat ini beliau telah mulakan dalam Bayan Linnas iaitu pandangan Mufti Wilayah pada ketika itu. Lalu, saya ingin maknanya diyat ini merupakan satu hukuman ataupun pampasan ataupun ganti rugi yang ada dalam syariat Islam. Dalam masa yang sama, dalam Perlembagaan Persekutuan, semangatnya itu kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam seksyen 426 ini iaitu mengenakan pampasan kepada orang yang teraniaya ini. Daripada segi semangatnya, spirit-nya sama juga seperti yang terkandung dalam hukuman diyat dalam syariat ini. Jadi, apa yang ingin saya nyatakan ataupun persoalkan ialah, adakah kerajaan di bawah Bahagian Hal Ehwal Agama dan Undang-undang bersedia dan bercadang untuk melakukan pindaan terhadap Kanun Prosedur Jenayah ini agar pelaksanaan diyat dapat dilaksanakan. Saya percaya tidak kira namanya diyat ke atau pun Kanun Keseksaan, tetapi kalau sekiranya spirit-nya itu ia menepati Maqasid Syariah yang bertujuan untuk melakukan pembelaan dan juga keadilan, maka ia nya boleh diterima sebagai satu syariat yang telah memenuhi tuntutan qisas ataupun diyat yang ada dalam syariat Islam. Hanya ia mestilah memerlukan pindaan, pandangan daripada para agamawan, pakar undang-undang syariah yang mahir dalam bab yang saya sebutkan ini. Jika ini dapat dilaksanakan, maka Tuan Yang di-Pertua, kita akan mengorak langkah setapak lagi dalam memastikan keadilan sistem perundangan di Malaysia seterusnya memenuhi Maqasid Syariah yang sama-sama kita dambakan...
Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua.
Shah Alam, saya minta laluan.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi Shah Alam telah menyebut tentang perlunya pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah Syariah. Adakah Shah Alam sedar bahawa Kanun Prosedur Jenayah itu melambangkan tatacara pelaksanaan sesuatu hukuman yang akan dikeluarkan atas kesalahan jenayah yang merujuk kepada Kanun Jenayah Syariah. Persoalan saya, adakah Shah Alam bersetuju di Dewan yang mulia ini supaya kerajaan mempercepatkan pembentangan RUU 355 bagi mencapai matlamat apa yang Shah Alam sebutkan tadi? Sekian.
Saya percaya di bawah Kerajaan Madani sekarang ini, dengan adanya Jawatankuasa di bawah MKI yang saya sebutkan tadi banyak kali insya-Allah, saya cukup yakin bahawa hasrat kita untuk memperkasakan RUU 355 ini akan dapat dicapai. Yang pentingnya mesti ada usaha ke arah itu, bukan silence tidak apa-apa yang dilakukan sepanjang beberapa tahun di bawah kerajaan yang sebelum ini. Yang penting usaha itu. Saya berikan sepenuh keyakinan pada jawatankuasa memperkasa undang- undang jenayah syariah ini kerana mereka ada sasaran yang ditetapkan oleh Pengerusi MKI iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Kita harus memberikan ruang kepada mereka untuk meneliti sebenar-benarnya dan saya percaya mereka akan melibatkan ramai pihak termasuk daripada pakar-pakar mahupun Ahli-ahli Dewan di pihak sebelah sana. Sekiranya perlu, tuan-tuan pun boleh mengusulkan kepada mereka untuk memberikan input-input dan juga cadangan- cadangan ke arah pemerkasaan syariah Islam dan mempercepatkan...
Shah Alam.
Ya? Dan mempercepatkan Pindaan kepada RUU 355 ini. Terima kasih.
Soalan Shah Alam. Bila 16 Perkara yang dibatalkan di dalam Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan itu, digambarkan bahawa Islam itu sudah terancam. Kuasa kerajaan negeri itu telah dikurangkan. Jadi, ini yang dianggap sebagai polemik. Daripada dahulu ada, sekarang sudah tidak ada. Dahulu boleh digubal 16 Perkara ini, tetapi sekarang tidak boleh. Itulah gambaran bahawa kuasa negeri itu semakin berkurang, Islam itu sudah jadi terancam. Saya minta pandangan Shah Alam bagi menjawab isu ini?
Terima kasih Pulai. Saya rasa isu ini telah pun dijawab tadi dengan jelas oleh Timbalan Menteri Agama bahawa apa yang dilakukan sekarang ini dia harus menghormati kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, kita juga sedang mengharmonikan kedua-dua kanun yang ada ataupun akta yang ada di bawah Enakmen Syariah Jenayah di negeri-negeri dan yang ada di Persekutuan, tetapi biarlah perkara ini dibahaskan dan dibincangkan oleh mereka yang pakar. Bukannya ia dibahaskan, dibincangkan di kedai-kedai kopi ataupun di merata-rata tempat oleh sembarangan orang yang tidak pun memahami kedudukan Perlembagaan ataupun hukum-hukum dan syariat yang ada dalam Islam. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin keluar dari...
Yang Berhormat- Yang Berhormat Shah Alam waktu telah tepat pukul 1. Yang Berhormat boleh sambung pada 2.30. Dengan itu, ditangguhkan Mesyuarat.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua, mempengerusikan Mesyuarat]
Teruskan, Menteri.
Usul Menteri Di Bawah P.M 14(2) — Penerangan Menteri di Bawah 14(1)(i) dan Ucapan Pujian di Bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(j)Motion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan Penerangan Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) dan Ucapan Pujian di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(j) dibuat sekarang dan selepas itu disambung semula dengan urusan seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.”
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik, terima kasih.
Tan Sri Yang di-Pertua, standing order.
Ya.
Terima kasih, Tan Sri. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang tadi, urusan kita sekarang ini adalah berdasarkan kepada Standing Order 14(1)(i) dibaca bersama 14(2). Saya ingin mendapat satu pencerahan daripada Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan Penerangan Menteri yang kita difahamkan diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bukan kerana tak nak dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercakap hari ini, tetapi kita biar peraturan itu betul dahulu. Mengikut amalan Parlimen, walaupun 14(2) menyatakan boleh, tetapi amalan biasa, sesuatu Penerangan Menteri mestilah dimasukkan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari itu. Itu yang pertama. Saya bagi contoh pada 20 Januari tahun 2022 semasa kerajaan yang lalu dalam Mesyuarat Khas disenaraikan Penerangan Menteri berkaitan dengan bencana banjir, pengurusan banjir, bantuan bencana banjir, perancangan jangka panjang banjir. Itu satu. Pada zaman kerajaan ini iaitu pada 9 Oktober 2023, Penerangan Menteri Pertanian berkaitan dengan bekalan beras putih, Menteri Alam Sekitar berkaitan dengan jerebu, Menteri Pertahanan berkaitan dengan LTAT, Menteri Dalam Negeri berkaitan dengan reformasi penjara dan pusat tahanan, tetapi pada hari ini dengan penuh hormat, kami Ahli-ahli Parlimen berada dalam keadaan yang, dengan izin, caught by surprise without any notice bahawa Penerangan Menteri yang telah disenaraikan pada tempoh ini dan tidak ada apa-apa tajuk. Apa sebenarnya tajuk. Kami diberitahu- subject to correction bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak mengucapkan menjunjung kasih kepada Agong yang lepas dan juga mungkin terima kasih kepada Agong. Saya rasa ini tidak bertepatan dengan aturan. Pada minggu ini dan minggu depan, Perbahasan Junjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Pembangkang dan juga kerajaan. Minggu yang ketiga adalah Jawapan Menteri. Kenapa di situ tidak digunakan oleh anggota pentadbiran dan juga Perdana Menteri sendiri untuk menyatakan perkara ini daripada mengambil masa Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan Titah ini pada hari ini. Jadi saya mohon satu petua daripada Tuan Yang di- Pertua mengenai perkara yang agak di luar daripada tata kelola. Terima kasih.
Baik, saya jawab.
Tan Sri, lanjutan daripada itu Tan Sri, further, 14(2). Kalau kita baca Peraturan Mesyuarat 14(1), Tan Sri, urutan agenda mesyuarat itu telah dilakarkan sedemikian rupa dalam 14(1) dan kalau menurut 14(1)(i), Penerangan Menteri itu mesti dibuat selepas lazimnya mengikut Peraturan Mesyuarat selepas Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan yang dikemukakan setiap hari. Itu merupakan amalan kita setiap kali Parlimen ini bersidang. Penerangan Menteri mengikut Peraturan 14(i) akan dijadikan sequence selepas Pertanyaan-pertanyaan Lisan. Kalau usul ini diterima mengikut perkara 14(2), 14(2) Tan Sri tidak boleh digunakan untuk memperbetulkan perkara yang tidak betul seperti yang dilakarkan dalam sequence 14(1). Tentu sekali kami ingin tahu bagaimana Tan Sri reconcile 14(1) dengan 14(2) yang dalam mengizinkan. Kita bukan menentang apa yang hendak dihujahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi daripada segi peraturan mesyuarat, ia nampak bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Parlimen ini 14(1) dan 14(2).
Jadi, sebelum Tan Sri mengizinkan ini, kita minta penjelasan daripada Tan Sri tentang Peraturan Mesyuarat. We cannot tidak patuh pada Peraturan Mesyuarat dan konvensyen yang dibuat oleh Parlimen sekian lama, Tan Sri.
Baik, sebab itu kita minta Menteri membuat permohonan mengikut Peraturan Mesyuarat ini. Sebab 14(1)(i) dan (j). Usually look at (j)- pujian. What PM hendak buat ialah ucapan terima kasih. Sebab itu saya akan serahkan kepada Dewan untuk PM dengan rasa rendah diri hendak mengucapkan terima kasih kepada Tuanku. Tidak akan lah itu pun kita hendak persoalkan... [Tepuk] I don’t think, I don’t think. Saya tidak rasa because- no, no. I know what you mean because dalam Peraturan Mesyuarat ini, benda ini jelas. As long as Menteri bawa cadangan dan kita biarkan Ahli yang saya setuju.
Kita tidak boleh menggunakan 14(2) untuk memperbetulkan keadaan yang salah tadi.
Tan Sri, kita ingat Titah Agong yesterday Tan Sri, kita sebagai Penggubal Undang-undang, ikutlah peraturan. Ini peraturan sudah ada. Kenapakah kita tidak ikut? The third week.
Ya, it is peraturan. Itu yang Menteri baca itu kita ikut peraturan.
Peraturan kena dilaksanakan dengan secara yang bijaksana. We should take...
No. Saya gunakan kuasa saya, move. Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk...
Okey, kita tidak ikut apa yang tidak ikut peraturan. Kita tidak ikut. Apa yang tidak ikut peraturan.
Tidak boleh. No, it is very clear. It is allowable. Dibenarkan. Apakah yang masalahnya? Dibenarkan.
Dibenarkan, tetapi bukan masa ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Minggu yang ketiga ucaplah terima kasih. Satu minggu tunggu lama.
It’s too late.
Tan Sri.
Orang Asia- Yang Berhormat, orang Asia ada adab dia. Sebelum kita cakap, terima kasih kepada Tuanku. Is it wrong untuk sebelum kita start apa- apa? Now I’m asking you. Is it wrong to do that- adakah satu kesalahan? No.
Tidak salah...
It is not wrong. It is not wrong, but not the right time to do that.
Satu point lagi. Apa juga Titah Diraja, konvensyennyalah adalah teks ucapan yang disediakan oleh kerajaan.
No- betul, tetapi sebagai Ketua...
Sebab itu tidak pernah dalam Parlimen kita ini selepas Titah Diraja, Perdana Menteri bangun untuk memberi pujian kepada Agong.
That’s what exactly yang...
Tidak pernah dibuat dalam Parlimen kita. Sebab itu kita tidak boleh...
Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, biar saya terangkan.
Saya buat permohonan di bawah 14(2). Saya bukan memaklumkan pada Dewan bahawa kerajaan akan- saya memohon kebenaran. Jadi, Ahli daripada front bench menyokong permohonan saya. Kemudian, Yang di-Pertua akan menanya pada Dewan, boleh kah tidak boleh untuk setuju atau tidak...
That's what I’m saying.
Kita belum sampai lagi ke setuju, kah tidak. Pembangkang nak membantah, nak bantah itu bila peringkat setujulah. Pembangkang pun tak ikut peraturan.
Nak bantah mesti disebut keputusan.
Kalau majoriti setuju atas prosedur Dewan...
Yang Berhormat Menteri, kita buat bantahan sebelum keputusan...
Betul, tapi kalau majoriti.
...Sebelum ruling.
Itu sebab Menteri minta kebenaran Dewan. Kalau Menteri tak nak ikut peraturan, kita tak ikut kebenaran Dewan. Yang Berhormat pun pernah jadi Menteri.
Sebelum ruling- sebelum ruling oleh Speaker, itulah kami praktikkan.
Betul. Itu sebab- itu saya kata, biarlah Dewan membuat keputusan.
No, no. Let me be clear.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Menteri minta ialah satu permohonan. Saya...
You cannot use your majority to bulldoze.
No, no, no, no.
Yang Berhormat Menteri.
Apa bulldozed? Kita tak buat peraturan.
It’s not about...
Kita minta kebenaran Dewan.
Kita ada peraturan mesyuarat.
Saya tidak mahu- not.
Apa pula bulldoze.
Now I leave it to you. Now saya akan buat keputusan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
PENERANGAN DARIPADA YAB. PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i) DAN 14(1)(j) — Ucapan Tahniah Atas Pelantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVII Dan Ucapan Terima Kasih Kepada Mantan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Silakan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera...
No, no. I do not know. No.
Janganlah emosi.
Please no.
Tuan Yang di-Pertua.
Tentunya main emosi Tan Sri Speaker.
Saya bukan bahas- saya...
Tambun.
Tak bolehlah. Panjang macam itu pun boleh Speaker emosi.
Yang Amat Berhormat Tambun.
[Pembesar suara dimatikan]
Saya minta. Sebagai Ketua Pembangkang, saya minta untuk...
[Mencelah]
Ini apa ini Pendang? Are you allowed to talk? Ketua Pembangkang sedang bercakap.
Sekejap.
You duduk!
Sekejap, sekejap.
Duduk. Duduk Pendang. Ketua Pembangkang, respect Ketua Pembangkang you. Ya, Ketua Pembangkang.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bila kita dengar tentang apa permintaan Menteri, saya tahulah majoritinya akan kata setuju dan kami di sini pun bukan kata tak setuju...
[Dewan riuh]
Cuma kami kata- cuma kami kata kalau dalam peraturan itu sendiri pun kita nak gunakan kuasa kita kerana majoriti, dia boleh menimbulkan banyak perkara. Saya tak mahulah kata abused of power, tetapi...
Ya.
...Ini juga boleh menunjukkan bahawa kita abused dengan majoriti kita yang ada. Jangan kita buat sebegitu rupa...
[Dewan riuh]
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita nak kata...
Jangan buang masa.
Kita nak merafak sembah, tahniah, terima kasih kepada Agong, buatlah tadi sebelum pencadang nak buat. Tadi pencadang pun dah ada. Nak terima kasih apa lagi dan pencadang dah bercakap dah semua dah dan sudah ada penyokong pula lepas ini. Tiba-tiba tengah-tengah itu nak berhenti kejap, minta cakap terima kasih ini- pasal apa? Saya tahu bahawa...
[Mencelah]
Apa dia?
[Mencelah]
Loteri? Saya bukan tidak - tak bersetuju. Sebab itu saya kata jangan buat perkara-perkara yang boleh di luar sana nampak seolah-olah kita ini nak membangkang sahaja. Bukan kita nak bangkang, tapi nak ikut peraturan yang ada... [Tepuk]
Okey Ketua Pembangkang.
By convention, tak pernah pun perkara-perkara yang ini berlaku di mana-mana negara.
Saya ada rekod. Don’t let me read this record apa yang berlaku.
No. The record doesn't show that bila dah ada pencadang, ada orang bangun tiba-tiba nak ucap terima kasih, tak ada. Ini sebelum. Kalau nak buat, buat sebelum tadi sebelum ada pencadang, go ahead.
Kami sokong.
Kami sokong. Siapa kata yang kami tidak sayang kepada Yang di-Pertuan Agong... [Tepuk]
Okey.
And we do not want the process Titah Diraja itu kita pun tahu, kita pernah jadi kerajaan. Kita yang buat, tapi...
Okey Ketua Pembangkang.
...Sudah tentu ada peluang diberikan kepada Yang Dipertuan Agong untuk dia nak tambah, itu tak apa. Itu atas budi bicara dia. Jadi, hari ini yang tiba-tiba kita nak ucap terima kasih sebab dah ada pencadang.
Dah ada Usul.
Dah ada Usul pencadang. Usul pencadang pun dah ada dan kami- semua bersetuju. Kami nak sokong apa yang pencadang dah bawa pun tak apa.
Baik, baik. Saya dah buat.
Sebab itu kalau bagi juga perkara ini dibuat, saya tidak mahu seolah-olah di luar sana nampak, “Eh, ini kerajaan apa pasal ni Raja dah cakap. Tuanku Agong dah cakap. Nak cakap apa lagi.” Tunggu. Besok dalam penggulungan, Yang Amat Berhormat Tambun nak gulung, gulunglah habis... [Dewan riuh]
Baik, Ketua Pembangkang dah cakap.
Itu permintaan saya. Saya minta- permintaan saya...
No.
...Kalau boleh Yang Amat Berhormat tunggu. Bukan lama sangat.
Okey.
Kalau tidak mahu juga panjang- panjang tak apa. Lepas ini saya akan bercakap bagi pihak pembangkang. Besok bersetujulah nak cakap, cakaplah habis.
Esok Ketua Pembangkang cakap. Sekarang saya jemput Perdana Menteri teruskan sebab terlampau- keputusan sudah dibuat. Silakan Perdana Menteri. Terpulang, remember the world is watching. That’s all...
[Dewan riuh]
Okey. Tan Sri Yang di-Pertua...
Baik dengar. Dengar dulu.
The world is watching you, Tan Sri. The world is watching you.
Baik, silakan Perdana Menteri. Silakan. Silakan Tambun...
[Dewan riuh]
[Mencelah]
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Okey. Sebut tarik balik ayat itu.
[Mencelah]
Usul ini iaitu Usul untuk tanya kepada...
Pendang. Empat hari Pendang, empat hari...
[Dewan riuh]
Silakan Tambun.
Saya bantah keras sikap Pembangkang keluar tatkala kita nak ucap tahniah kepada Agong dan kita nak merafak sembah tahniah dan terima kasih atas khidmat Yang di-Pertuan Agong yang lalu.
Ya.
Tidak ada kena mengena sama sekali terhadap Titah Tuanku Agong. Saya sepatutnya datang pagi tadi. Dari pagi tadi kita ada kunjungan rasmi daripada Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. Sebab itu saya mohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua supaya bentangkan jam 2.30 sebab program dengan Perdana Menteri Kemboja selesai 1.45 dan Usul ini mengikut Perkara 14(1)(i) dengan 14(1)(j), ini mengambil kira apa yang kita anggap harus didahulukan. Kalau kita nak terima kasih kepada mantan Yang di-Pertuan Agong setelah akhir sidang, itu tak munasabah. Jadi, sepatutnya dibuat pagi tadi, saya setuju, tapi untuk Pembangkang bantah, ini menunjukkan tentang sikap yang tidak sopan, tidak menghormati institusi Yang di- Pertuan Agong... [Tepuk] Mereka boleh bantah proses, tetapi kita pertahankan proses dan Tuan Yang di- Pertua telah buat keputusan. Inilah masalah dalam negara kita ini setelah dengar Titah Tuanku pun tidak faham kerana dendam kesumat dan cemburu buta sebenarnya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya sebut tadi mengapa saya beri keutamaan, sekali lagi saya tegaskan tidak ada kaitan dengan Titah Diraja. Ini hanya tanggungjawab Dewan setelah dilantik Yang di-Pertuan Agong, kita rakamkan penghargaan dan setelah pemergian Yang di-Pertuan Agong yang lalu, kita ucapkan terima kasih atas sumbangan Tuanku. Itu sahaja dan sekali lagi Ketua Pembangkang menyebut tentang kita yang buat ucapan.
Saya nak tegur ya kerana seperti mana yang kita tahu Titah Diraja itu masih Titah Diraja walaupun dalam perkara-perkara pokok daripada segi dasar masih tunjuk kepada cadangan kerajaan, tetapi Titah Diraja tentunya ada ruang untuk ditambah, diperkukuh termasuk hal-hal yang menyakitkan hati mereka. Itu sebenarnya yang jadi masalah sekarang. Baik. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa istiadat melafazkan sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke- 17 yang diadakan sempena Mesyuarat Raja-Raja yang ke-264 khas pada Rabu 31 Januari 2024 telah menyaksikan pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim bagi tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024. Saya selaku Ketua Majlis Parlimen Ke-15 bagi pihak Dewan yang mulia ini dengan sepenuh ikhlas ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Saya berkeyakinan bahawa kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan daripada pemerintahan seorang Raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata dan negara. Sebagai teras pemerintahan Raja Perlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong kelak. Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan... [Tepuk] Saya juga ingin merafak sembah dengan Ucapan Menjunjung Kasih dan setinggi- tinggi penghargaan Dewan ini turut dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu dengan penuh adil dan bijaksana. Saya yakin seluruh rakyat jelata merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Tuanku dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Tengku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah SWT, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu. Moga Tuanku berdua terus dilimpahi dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua. Daulat Tuanku. Sembah takzim daripada saya dan seluruh Ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]
Baik, terima kasih Tambun... [Tepuk] Kita sambung Ucapan Menjunjung Kasih dengan menjemput Shah Alam, sambung.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyambung Ucapan Menjunjung Titah Diraja pada petang yang mulia ini. Kebelakangan ini kejatuhan nilai mata wang Ringgit telah menghantui ramai rakyat Malaysia. Seolah-olah kedudukan nilai mata wang Ringgit penentu segala kepada ekonomi negara. Sekali lagi ia digunakan pihak tidak bertanggungjawab...
Shah Alam.
Sebagai peluru.
Shah Alam boleh sedikit.
Bangi, ada Bangi nak pencelahan.
Baharu nak mula ini.
Shah Alam setuju tidak dengan saya, sepatutnya Pembangkang tidak keluar tadi semasa ucapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun?
Seratus peratus setuju... [Tepuk] Dia tidak tahu pun apa yang nak diucapkan, tetapi asal kerjanya membangkang, itulah kerja pihak Pembangkang.
Ya...
Sekali lagi, isu mata wang Ringgit ini digunakan pihak tidak bertanggungjawab sebagai peluru dan candu, kononnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tidak arif mengurus kewangan dan tiada hala tuju. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Lucunya, yang kuat bermain forex pun kuat menghentam sama, sedangkan jika ia mempunyai simpanan US Dollar yang banyak, ketika inilah dia akan mengaut laba. Menurut Gabenor Bank Negara- Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, 20 Februari 2024, kejatuhan nilai Ringgit disebabkan faktor luaran semasa. Antaranya, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat yang mendadak, kebimbangan tentang geopolitik dunia dan ketidaktentuan tentang prospek ekonomi negeri China. Hakikatnya, kejatuhan nilai mata wang Ringgit juga turut menimpa Yen Jepun, Renminbi China dan semua mata wang negara Asian, melainkan Singapura. Timbul persoalan- kenapa tidak Singapura? Kerana Singapura mengurus monetary policy mereka melalui pertukaran wang asing. Maksudnya, bila US Dollar mengukuh, maka Dolar Singapura juga turut mengukuh. Mereka melakukan ini untuk menghalang implikasi tekanan inflasi bagi negara mereka. Kerana majoriti keperluan asas mereka adalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan import. Jadi, mereka perlu currency yang kuat untuk menangani kenaikan inflasi. Bagaimanakah Singapura boleh lakukan ini? Mereka ada reserve dan surplus yang sangat besar, balance sheet Singapura kukuh. Lalu memberi asas yang padu untuk memastikan mata wangnya lebih kukuh berbanding dengan negara-negara lain di dunia ini. Lalu bagaimana keadaan kita Malaysia? Negara kita telah mengalami defisit sejak krisis kewangan Asia 1998 lagi. Ditambah dengan beban hutang yang semakin meningkat saban tahun. Titah Diraja menzahirkan kekecewaan dan kebimbangan Baginda dalam hal ini. Kerana Baginda mahu setiap perbelanjaan diurus dengan teliti. Baginda juga mengharapkan kerajaan memperoleh lebihan fiskal ketika pemerintahan Baginda. Alhamdulillah Kerajaan Madani telah bertindak proaktif, Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 telah dibentangkan dan telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Saya menjangkakan dengan adanya Akta 850 berkenaan dengan tanggungjawab fiskal ini kerajaan akan mampu untuk mengurangkan defisit negara secara beransur-ansur dan kembali kepada kedudukan surplus pada tahun 2030 tanpa menjejaskan rakyat dan pembangunan negara kerana kita tidak akan mampu dan berdaya tahan untuk terus- terusan memacu ekonomi dalam keadaan defisit. Cabarannya, Titah Diraja mahukan surplus semasa pemerintahan Baginda.
Yang Berhormat Shah Alam
Ya.
Pada tahun 2020, tahun 2021, tahun 2022 semasa pemerintahan Yang Berhormat Bera dan Pagoh, Ringgit betul ada menjunam juga. Alasan diberi, faktor luaran. Pasaran luar yang terkesan kerana COVID yang melibatkan semua negara, tetapi pada masa tersebut, kerajaan pada masa tersebut, Yang Berhormat Bera ada di sini, dimaki berbakul-bakul. Dikatakan tidak reti memerintah, hancur negara. Turunkan PM, harga Ringgit akan menaik dengan mendadak, tetapi hari ini apabila Pembangkang menggunakan hujah yang sama, tiba-tiba dikatakan pembangkang bermain politik. Kenapakah hipokrit? Dahulu kalian boleh, kini tidak boleh. Manakah keadilannya? Terima kasih.
Keadaan berubah-ubah mengikut tahun. Pada masa itu, apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Batu Pahat ya, Muar- tidak, Perdana Menteri pada masa itu ialah melakukan perbelanjaan yang di luar daripada kawalan ya. Tidak ada mendapat keputusan daripada Dewan yang mulia ini. Melakukannya dalam keadaan darurat ya. Maka, perbelanjaan itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil pertimbangan dan juga pandangan daripada Dewan yang mulia ini, tetapi hari ini, tanggungjawab ini, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan ia nya dimaklumkan, dibentangkan dan mengambil kira pandangan daripada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat.
Saya- izinkan saya terus sedikit lagi. Saya menjangkakan tadi sekiranya kita komited dengan tanggungjawab fiskal 2023 ya, Akta 850 ini, maka pada tahun 2030 saya menjangkakan kita akan boleh kembali kepada keadaan surplus, tetapi cabarannya ialah Titah Diraja inginkan ataupun berharap bahawa ekonomi atau perbelanjaan negara yang surplus ini berlaku dalam pemerintahan Baginda.
Maka, maksudnya, dalam lima tahun ini, Kerajaan Perpaduan harus bekerja dengan keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat begitu.
Yang Berhormat Shah Alam.
Alhamdulillah. Kita inginkan...
Shah Alam.
...Kestabilan dalam negara kita ini untuk memastikan hasrat ini boleh kita capai.
Shah Alam.
Dan kita ucapkan terima kasih kepada Baginda kerana telah memberikan jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan ini akan kekal sehingga tempoh penggal kali ini.
Shah Alam, sikit sahaja. Shah Alam.
Ya.
Terima kasih, Shah Alam. Saya mendengar dengan tekun perbahasan Shah Alam dan apa yang telah diucapkan dua tiga minit yang lalu. Yang jelas adalah sekurang-kurangnya yang ada di sebelah sini ikhlas untuk membantu PMX untuk memastikan bahawa kesejahteraan rakyat itu terbela. Memang kita rasakan bahawa sesuatu yang diusahakan itu tidak boleh berjaya, sekurang- kurangnya perlukan masa. Apa yang saya rasakan adalah sekurang-kurangnya yang ada di sebelah sini bersama-sama bertekad ikhlas, bukan seperti seorang dua Ahli Parlimen masa berkempen memerlukan bantuan PMX, masa berkempen memerlukan bantuan Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, tetapi selepas berjaya macam kacang lupakan
kulit... [Tepuk] Saya tak mahulah menyebutkan mana-mana nama, tetapi sekurang- kurangnya kita di sebelah sini, tak kiralah Pakatan Harapan ataupun...
Tangan kira lawan rasuah, tangan kanan melepaskan perasuah. Kamu dahulu yang lawan, kini hanya berdiam diri. Kalau berani, namakan.
Yang Berhormat Muar, sila duduk.
Jangan baling batu sembunyi tangan.
Timbalan Speaker, baru kelmarin diberikan nasihat untuk kita beradab. Saya tidak menyebut mana-mana nama. Kenapakah Yang Berhormat Muar perasan sangat?... [Tepuk] So, saya di sini ingin mengatakan bahawa sekurang-kurangnya kita lihat keikhlasan Barisan Nasional-Pakatan Harapan semua di sebelah sini membantu PMX untuk memastikan bahawa kerajaan yang ada sekarang akan terus bersatu, akan terus bersama memastikan bahawa kesejahteraan rakyat terus terbela. Terima kasih diberi peluang.
Terima kasih, Jelutong. Jadi, persoalan ringgit ini, kita rakyat semua kita tidak harus terlalu panik dan gusar dengan keadaan mata wang pada masa ini. Ia harus dilihat sebagai fenomena sementara. Semua kajian daripada institusi-institusi kewangan, malah dari Bank Negara juga mengunjurkan bahawa fenomena ini merupakan fenomena sementara dan Ringgit akan kembali mengukuh sekitar pertengahan tahun dan sehingga kepada penghujung tahun ini. Petunjuk-petunjuk ekonomi negara berada pada landasan yang betul sebagaimana angka-angka yang dinyatakan dalam Titah Diraja. Inflasi yang rendah pada kadar 2.5 peratus pada tahun 2023, ekonomi yang berkembang pada kadar 3.7 peratus, hanya 0.1 sahaja kurang daripada yang disasarkan, dan pelaburan-pelaburan yang diluluskan yang meningkat kepada RM329.5 bilion pada tahun 2023 lebih baik daripada tahun 2022 menunjukkan bahawa negara sedang menuju ke arah ekonomi yang lebih kukuh. Tuan Yang di-Pertua, Shah Alam menyambut baik juga Titah Diraja yang mahukan kerajaan meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti. Ini termasuk kecekapan dan kecepatan siasatan dan penyelesaian sesuatu kes. Ia sebenarnya sangat sinonim dengan aspirasi dan iltizam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selama ini. Maka, semua pihak harus menjayakan termasuk agensi kerajaan, swasta, korporat dan juga orang ramai. Namun, kelompangan yang terdapat dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang sedia ada tidak banyak membantu hasrat murni ini. Pindaan-pindaan tertentu harus menjadi fokus dan keutamaan pada waktu kerana kelemahan yang terkandung di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 membantutkan usaha membanteras rasuah untuk bergerak secara telus di negara ini. Kelompangan pada peruntukan berkaitan boleh disalah gunakan untuk kepentingan pihak tertentu dan ini boleh menyebabkan pembongkaran salah laku rasuah sukar untuk dikekang. Selain daripada keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan perlu dipertingkatkan, kita harus mengakui bahawa peranan pemberi maklumat akan turut menjamin pentadbiran yang lebih berakauntabiliti melalui maklumat-maklumat yang diberikan demi memelihara kepentingan awam. Pindaan yang dilaksanakan dengan kadar segera merangkumi seksyen 4, seksyen 6(1), seksyen 7, seksyen 8(1) dan (4), seksyen 11 bagi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, seksyen 203 Kanun Keseksaan dan seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah harus disegerakan untuk membentuk sebuah mekanisme kawalan terhadap isu integriti dan sebarang ketirisan yang merugikan negara supaya ia boleh disekat di peringkat yang lebih awal lagi.
Begitu juga tentang akta pendanaan politik yang perlu disegerakan. Saya percaya sahabat saya nanti Yang Berhormat Bentong akan boleh membahaskan secara detil keperluan kepada akta pendanaan politik ini kerana beliau adalah merupakan seorang champion di kalangan kumpulan rentas parti Parlimen Malaysia berkenaan dengan integriti, governance dan antirasuah. Persoalannya, adakah pindaan rang undang-undang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan akta pendanaan politik ini akan dibentangkan pada penggal ini juga? Kita alu-alukan hasrat dan usaha kerajaan untuk melakukan reformasi institusi tetapi sekarang kita tidak seharusnya lagi bicara tentang reform, tetapi yang kita harus bicarakan ialah tentang the speed of the reform. Itu yang kita inginkan, Tuan Yang di-Pertua. Dalam masa yang berbaki ini, saya ingin menyentuh satu perkara yang sangat penting bagi dunia Islam bagi menghormati aspek kemanusiaan yang sekarang ini menghambat saudara-saudara kita di Palestin. Saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan yang mulia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berani bersuara secara berdepan, face-to-face dengan pemimpin dunia khususnya Presiden Amerika Syarikat di persidangan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) 2023 pada November lalu berkenaan dengan serangan ganas Israel terhadap Palestin. Rasulullah SAW bersabda... [Membaca sepotong Hadis] “Sesungguhnya jihad yang paling afdal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” Inilah yang telah pun dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, bukan sekali, bukan dua kali, tetapi beberapa kali di beberapa perhimpunan, tetapi apa yang dilakukan di APEC itu adalah secara berhadapan.
Isu umat Palestin bukan sahaja merupakan isu umat Arab ataupun umat Islam, tetapi ia merupakan isu sejagat. Kehadiran negara-negara bukan Islam khususnya Afrika Selatan yang mengheret Israel ke ICJ dengan didukung oleh sejumlah besar negara- negara lain seperti Brazil, Bolivia, Colombia, Namibia memberi gambaran berlakunya kebangkitan luar biasa masyarakat dunia untuk menentang kekejaman Israel. Bahkan, tindakan...
Sila gulung.
Ya, saya gulung. Bahkan, tindakan negara-negara Eropah termasuk yang menjadi anggota NATO dan sekutu pada Israel seperti Sepanyol, Itali, Ireland, Perancis, Norway, Denmark, Canada, Australia dan New Zealand berulang kali mendesak serangan dihentikan atau gencatan senjata dengan segera. Saya percaya kita memang sangat terkesan dan komited untuk membantu saudara-saudara kita sama ada seagama ataupun saudara-saudara kita seinsan yang ada di bumi Gaza ini dengan apa juga bentuk bantuan, tetapi kita belum lagi menunjukkan kesatuan di dalam negara kita Malaysia ini. Maka, saya menyeru agar kita sama-sama akan keluar dalam satu perhimpunan mega untuk menyatakan sokongan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, tanpa mengira bangsa, tanpa mengira batasan kelompok ataupun kepartian untuk kita sama- sama turun pada 2 Mac dalam satu perhimpunan aman, menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan gesaan kepada dunia supaya menghentikan serangan yang zalim terhadap rakyat Palestin. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berterima kasih sekali lagi kepada Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Titah Diraja. Terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan. Terima kasih kepada pegawai-pegawai dan Bentara Parlimen. Terima kasih kepada warga Shah Alam yang memberikan sokongan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong untuk berucap, 30 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Batang Sadong untuk membahaskan Titah Diraja sebagai penyokong pada hari ini. Terlebih dahulu, saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII. Semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya serta berada dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh kedaulatan. Merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih jua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah atas jasa bakti dan kebijaksanaan Baginda sepanjang menaungi negara sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Menjunjung kasih akan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas semalam. Titah Diraja yang begitu sarat dengan nasihat yang bijaksana lagi penuh makna serta peringatan demi kemaslahatan rakyat dan negara. Baginda telah bertitah supaya semua pihak menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Baginda mahukan semua Wakil Rakyat menumpukan kepada usaha membantu membela nasib rakyat, bukannya menjaga kepentingan parti politik ataupun diri sendiri semata-mata. Nasihat baginda yang mahukan supaya semua kita menunjukkan teladan baik dengan menjaga adab dan tatatertib ketika persidangan sewajarnya kita pegang erat. Marilah bersama-sama kita menjunjung Titah Diraja, menjaga keharmonian negara serta tidak sesekali memainkan isu sensitif 3R yang melibatkan “raja, kaum dan agama.” Sesuai dengan namanya iaitu Dewan Rakyat, Baginda juga menitahkan supaya semua Ahli Dewan Rakyat berikan tumpuan penuh ke arah mempertahankan kestabilan politik dan fokus kepada ke arah pemulihan ekonomi demi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Di bawah Kerajaan Madani, kita bukan sahaja perlu mengetepikan segala perbezaan politik malah perlu dedikasikan sepenuh komitmen dalam memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif. Semua ahli politik harus meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya. Kestabilan kerajaan dan kestabilan politik negara merupakan teras utama. Tanpanya, Malaysia bakal terjerumus ke dalam kemelut politik dan ekonomi tidak berkesudahan yang akhirnya akan merugikan rakyat dan negara. Dalam Titah Diraja, Baginda mengajak kita- semua supaya meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai perjuangan dan fokus paling utama. Itu amanah yang harus kita galas dan pikul bersama. Agenda rakyat dan masa depan negara merupakan keutamaan kita. Puan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama- sama bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini dan bagi yang bukan Islam untuk bertafakur sejenak. Sesungguhnya, Allahyarham Tun Pehin Sri merupakan negarawan dan pejuang yang telah banyak berbakti, bukan sahaja pada Sarawak, malah Malaysia secara umumnya. Al-Fatihah. [Ahli-ahli bangun bertafakur]
Saya teruskan. Syabas dan tahniah kepada barisan Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri yang ke-10, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Menggalas tanggungjawab dalam sesebuah Kerajaan Perpaduan pastinya cukup mencabar dan bukan mudah. Namun, saya percaya semua barisan anggota Kabinet yang dipilih mampu memikul amanah ke arah membina Malaysia yang lebih maju dan berdaya saing, insya- Allah. Terus kepada isi perbahasan hari ini. Puan Yang di-Pertua, jurang pembangunan antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah masih begitu ketara. Satu hakikat yang perlu kita akui ialah kedua-dua wilayah yang menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara ini masih perlu mengejar Semenanjung daripada segi pembangunan. Justeru, kerajaan perlu melihat secara lebih mendalam isu-isu yang dihadapi supaya segala usaha yang diambil mencapai sasaran yang ditetapkan. Misalannya, walaupun Sarawak dan Sabah menerima dana untuk membaiki sekolah daif, masalah kekurangan akses bagi sekolah, khususnya di pedalaman masih dirasai.
Kemudahan sekolah di Sarawak dan Sabah masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung, seperti kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, “Rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung.” Begitu juga rakyat Sabah, jurang hubungan antara tiga buah wilayah- Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga harus kita rapatkan supaya semangat betul-betul sebagai warga Malaysia dapat diwujudkan, bukan lagi berdasarkan wilayah, tetapi bagaimana kita dapat asimilasikan supaya nilai norma dan budaya dapat diterjemahkan sebagai warga Malaysia. Puan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber asli semula jadi. Namun, ia tidak dapat dinikmati oleh kesemua peringkat masyarakat. Pengelasan B40, M40, T20 tidak berjaya memberi gambaran tepat terhadap keadaan ekonomi sebenar rakyat terutamanya mengambil kira kadar inflasi, kuasa beli yang lemah dan pendapatan boleh guna yang rendah. Tambahan pula, klasifikasi ini juga gagal merungkai dan menggambarkan keadaan kehidupan rakyat yang sebenar ditambah lagi dengan keadaan sosioekonomi dan juga geografi yang berbeza antara satu sama lain umpamanya zon: Zon Timur; Utara; Selatan; Sabah; dan Sarawak. Sebagai contoh, kesenjangan pendapatan dan ekonomi dizahirkan dengan Gini Indeks yang menunjukkan Malaysia berada pada paras 30 peratus lebih tinggi daripada purata negara maju dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi ataupun kita panggil OECD. Ia juga lebih tinggi daripada Amerika Syarikat yang merupakan salah satu ekonomi negara maju yang paling tidak sama rata di dunia. Di Benua Asia, statistik juga menunjukkan Malaysia lebih tidak sama rata daripada kebanyakan negara jiran. Ini perkara yang harus dipandang serius, Puan Yang di-Pertua. Apa yang lebih membimbangkan, 20 peratus yang terkaya di Malaysia memiliki lebih daripada 52.1 peratus daripada keseluruhan kekayaan Malaysia. Manakala 40 peratus yang terendah memiliki kurang daripada lapan peratus. Manakala taburan aset cair ataupun aset kewangan pula adalah sangat ekstrem- 20 peratus yang teratas memiliki hampir 95 peratus daripada semua aset kewangan, manakala 80 peratus terendah hanya memiliki lima peratus sahaja. Sudah pasti keadaan ini tidak boleh dibaiki dalam sekelip mata. Namun, langkah pertama yang perlu diambil oleh kerajaan adalah dengan pembetulan gaji. Ia bagi menangani perbezaan gaji, lantas meningkatkan kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan. Melaksanakan inisiatif seperti ini menunjukkan komitmen kepada pendekatan yang lebih holistik dan proaktif dalam menangani isu-isu utama berkaitan dengan pampasan pekerja dan kestabilan kewangan rakyat. Saya mengambil maklum dan menyokong Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang meletakkan gaji minimum yang wajar di Malaysia adalah RM3,047. Menurut MPGN, jumlah RM RM3,047 merujuk kepada kadar yang dikira oleh Bank Negara pada tahun 2016 yang telah diselaraskan dengan kadar inflasi semasa. Selain daripada
menunggu impak daripada Progressive Wage Model ataupun Model Gaji Progresif, kerajaan disarankan untuk mengemas kini gaji minimum sewajarnya seperti disarankan oleh Bank Negara dan juga EPF MyBudget. Puan Yang di-Pertua, mengambil tanggungjawab mewakili golongan hawa, adalah penting bagi saya untuk membangkitkan isu-isu wanita dalam Dewan yang mulia ini. Ini kerana dalam banyak aspek wanita, masih dilayan sebagai warga kelas dua ataupun second-class citizen, dengan izin, bila mana terdapat diskriminasi terhadap wanita sama ada di ruang peribadi iaitu rumah tangga dan keluarga mahupun ruang awam iaitu pekerjaan, ekonomi ataupun politik. Pada suku kedua 2023, kadar penyertaan tenaga buruh wanita pada paras 56.2 peratus yakni rendah berbanding dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki sebanyak 82.8 peratus. Ini menunjukkan ketidakseimbangan gender dalam tenaga kerja di Malaysia. Laporan World Bank juga menyatakan wanita yang berkerjaya terperangkap dalam double burden syndrome yang mana selain bekerja, mereka juga menguruskan tugasan domestik seperti menjaga anak dan juga orang tua. Bukan itu sahaja, kajian daripada Khazanah Research Institute mendapati terdapat jurang gaji gender yang besar di Malaysia selepas disesuaikan dengan pelbagai faktor seperti segregasi pekerjaan. Jurang gaji gender, purata melebar kepada 17.8 peratus dengan wanita dibayar kurang berbanding rakan lelaki mereka untuk pekerjaan yang sama. Kerajaan tidak boleh mengambil enteng terhadap isu ini. Pemerkasaan wanita harus berlaku di peringkat struktur organisasi dan bermula dari akar umbi, bukannya hanya bersifat di permukaan. Perlunya pemerkasaan wanita berstruktur bertujuan untuk mendobrak halangan systemic dan ketidaksamaan fundamental yang mereformasi undang-undang yang mendiskriminasikan, menyediakan sistem sokongan kepada wanita dalam bentuk institusi penjagaan berkualiti yang berpatutan, pemilikan akses kepada sistem kehakiman yang adil buat wanita dan anak-anak. Seterusnya Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia kepada isu yang kian meruncing... [Minum air] Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia kepada isu yang kian meruncing iaitu isu pendidikan penyambung generasi masa hadapan. Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi yang ditaksir iaitu matematik, saintifik dan bacaan, berdasarkan program pentaksiran pelajar antarabangsa iaitu PISA 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini. Terima kasih Muar... [Minum air]
Menurut laporan PISA 2022, keciciran pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pencapaian murid sekolah Malaysia dalam ketiga-tiga domain berkenaan. Skor purata murid Malaysia adalah lebih rendah daripada skor purata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) bagi ketiga-tiga literasi. Berhubung pencapaian murid Malaysia mengikut lokasi sekolah, skor di bandar adalah lebih tinggi berbanding luar bandar bagi purata pencapaian kesemua domain terbabit iaitu 424 berbanding 399 mata dalam purata pencapaian literasi matematik, 431 berbanding 413 mata literasi saintifik dan 401 berbanding 389 mata literasi bacaan. Dengan perbezaan skor antara 12 hingga 25 mata, ini bermakna literasi antara pelajar di sekolah sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Subang Jaya, Selangor dan Sekolah Kebangsaan Sungai Apin, Simunjan, Sarawak adalah amat berbeza. Ini menunjukkan terdapat jurang yang besar terhadap akses pendidikan dan pencapaian akademik di antara pelajar bandar dan luar bandar. Juga, pelajar dengan sosioekonomi tinggi dan rendah. Dalam Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan pada sesi yang lalu, Kementerian Pendidikan menerima jumlah peruntukan terbesar iaitu RM58.7 bilion. Perdana Menteri sendiri menyebut kebanyakan sekolah daif di Sarawak berada di skala
tujuh. Bermakna ia mesti dirobohkan dan dibina semula merujuk kepada bangunan tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Yang Berhormat Batang Sadong. Tunggu sekejap. Yang Berhormat Pendang, Tan Sri Speaker mengarah keluar empat hari. Jadi, Yang Berhormat Pendang, sila keluar Dewan.
Terima kasih. Apa ni, saya hendak tahu apa salah saya. Kedua, saya tidak tahu pun saya dihukum. Lepas itu, saya hendak minta bagilah adil. Jangan buat keputusan yang emosi. Apa yang saya bercakap...
Boleh jumpa dengan Tan Sri Speaker.
Saya nak tanya yang itu saja. Sebab saya tak boleh mempertahankan diri tadi sebab saya tak- dalam Hansard pun tak ada. Tiba- tiba kata saya dihukum. Saya pun dapat tahu dari luar saja sebab tadi saya tengah berjalan keluar, saya dapat, “Hei, kamu dihukum.” Saya kata, saya tak dengar pun. Jadi, saya hendak tahulah apa salah saya dan beritahu sudah kah dia semak Hansard sebab saya tengok tadi, masa saya nak keluar, saya tengok muka Speaker sangat emosi.
Yang Berhormat Pendang.
Jadi, kalau dia tengok gambar dia sendiri pun pada ketika itu, “Fuh dia pun malu wo.”
Yang Berhormat Pendang.
Tan Sri Speaker. Itu yang saya nak tahu.
Yang Berhormat Pendang. Boleh minta penjelasan nanti.
Tak. Dia kena jelas sekarang lah. Sebab hat ini saya...
Bukan saya yang arahkan Yang Berhormat Pendang keluar.
Saya boleh keluar, tidak ada masalah.
Saya tidak dapat berikan apa-apa penjelasan.
Tapi saya nak tahu, apa salah saya.
Tanya Tan Sri Speaker sendiri.
Hukuman dibuat tanpa ada perbahasan- tanpa ada disemak Hansard dan sebagainya, tiba-tiba dibuat hukuman. Itu yang saya hendak tahu. Bukan saya tidak mahu terima. Saya akan keluar kalau betul saya ada diberi penjelasan, panggil Speaker- bagi mai penjelasan sekarang. Ha.
Speaker akan masuk sekejap lagi.
Takpa, saya tunggu sampai dia masuk baru saya keluar. Sampai dia terang. Saya nak tanya apa salah saya. Itu sahaja. Okey. Saya tidak akan keluar lagi.
Ikut peraturan. Kalau perintah telah dibuat, kita mesti ikut. Boleh...
Saya tak dengar.
Bolehlah. Masih boleh, masih boleh.
Peraturan 43...
Tak apalah 40 berapa pun, masalahnya saya tak dengar ni. Beruas, you bukan Speaker. You duduklah. You duduklah. Biar Speaker buat keputusan.
Mohon keluar Dewan.
Keputusan Pengerusi adalah muktamad, 43.
Pendang boleh rayu melalui Usul.
Tak, tak, saya nak dengar Speaker yang buat dulu.
Tapi ikutlah peraturan.
Saya tak nak dengar Beruas.
Tadi saya dengar dengan jelas.
You dengar, saya tak ada.
Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat Pendang...
Speaker sudah kata empat hari keluar. Kita mesti ikut. Itu peraturannya.
You bukan orang yang dihukum. You dengar. Bukan you dihukum. Saya yang kena hukum. Saya nak dapatkan penjelasan.
Kalau tidak puas hati, bawa ke usul. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Tadi Speaker sudah kata empat hari.
Tak taulah. Bila Beruas jadi Speaker tak tau?
Yang Berhormat Pendang.
Ramai lagi dok ada tak bercakap pun macam Beruas.
Yang Berhormat Pendang.
Saya tunggu sebab saya nak minta Speaker bagi penjelasan dekat saya.
Sila keluar dulu. Nanti kalau Speaker bagi, baru minta.
Dah, takpa lah. Saya tidak akan bercakap apa. Saya duduk dengaq je tempat ni. Bukan saya nak bercakap, nak campur tangan apa semua. Saya nak dengar sampai Speaker masuk. Lepas tu saya akan tanya apa salah saya. Itu sahaja dan...
Itu arahan Speaker.
Ya, ya, saya tak dengar. Saya tak dengar.
Jadi, baik keluar dulu.
Masalah dia saya tak dengar. Saya tengah jalan keluar di luar sana, dia orang bagitahu kata Speaker gantung. Saya kata saya tak tahu, saya tak dengar. Biarlah saya ada di sini. Nak hukum saya.
Tapi keputusan Speaker adalah muktamad.
Biar saya dengar dan saya tahu apa salah saya. Baru boleh saya dengan penuh apa ni hati yang terbuka akan keluar terima hukuman. Saya terimalah. Ini perintah.
Yang Berhormat Pendang.
Saya duduk sini saja. Saya tak akan keluar.
Boleh keluar sekejap. Tunggu Speaker masuk. Baru minta...
Saya tak tahu Speaker masuk pukul berapa.
3.45 petang.
Tak apalah. Terus, saya tak akan ganggu. Saya duduk sini. Okey, terima kasih.
Ini arahan saya untuk keluar sekarang.
Pendang, tolong hormat lah Speaker.
Cakap dengan Speaker bukan cakap dengan Beruas. Beruas, you banyak masalah. You pun banyak masalah. You selesai masalah you dulu. Hello, you jangan kacau saya lah. Saya dengan Speaker. Ha, ya, ya.
Yang Berhormat Pendang, saya sudah kata keluar sekarang. Boleh masuk nanti. Bila Speaker masuk.
Dia yang kena ya... [Merujuk kepada Beruas] Pendang, Pendang, sini. Hormatlah Kerusi Pengerusi.
Ya, saya hormat, tapi masalahnya...
Tebrau, sila duduk.
Saya tak tau apa salah saya sekarang.
Tak apalah. Hormatlah Pengerusi.
Bukan tak hormat. Saya nak tahu apa salah saya sekarang.
Pengerusi sudah beri Aturan 43 jelas, muktamad.
Dia peraturan ni kalau kita betul-betul ikut, dia tak jadi macam hari ini.
Yang Berhormat Pendang. Yang lain sila duduk.
Daripada Speaker ikut apa-apa...
Yang Berhormat Pendang, kalau Yang Berhormat Pendang tidak mahu keluar sekarang, saya boleh tambah kepada 10 hari.
Terpulang kepada apa ni... [Tepuk]
Jadi, sila keluar sekejap.
...Nak tambah 10 hari.
Keluar sampai Speaker masuk nanti. Saya sudah bagi arahan.
Saya bila salah guna peraturan untuk ugut saya, saya lagi keras. Kalau pujuk saya elok-elok, saya okey, tapi kalau guna untuk ugut saya, saya tak peduli gantung tu bukan kena hukum gantung sampai mati. Saya boleh keluar punya. Kalau hukum sampai mati, memang saya takut. Ini takdak aih. Ini dunia saja. Takdak masalah. You nak gantung enam bulan pun takpa. Baik, terima kasih.
Puan Speaker, Puan Speaker. Sedikit penjelasan berkenaan dengan Peraturan 44 ini- 44, 43 tu yang muktamad. 44(5), saya merujuk kepada 44(5). Jika seseorang Ahli telah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklah diarah keluar daripada Mesyuarat dan tidak boleh mengambil bahagian. Bermakna diarah keluar. Kalau dia tak keluar pun, dia tak boleh ambil bahagian. Itu sahaja...
[Dewan riuh]
Fahamlah, faham maksud dia tak boleh ambil bahagian. Makna tidak boleh hendak bangun pun tak apa.
Hei, ini memesongkan Dewan. Seorang wakil atau bukan wakil bukan boleh memesongkan Dewan.
Perkataan tu “dan” tahu bukan atau dan, dan, dan.
Dan tak boleh mengambil bahagian. Betullah tak boleh ambil bahagian lah. Diarah keluar. Tak keluar pun tidak apa.
Bacalah baik-baik. Memesongkan Dewan.
Diarah keluar dari Dewan. Dan, dan.
Itu sudah jadi satu kesalahan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Jangan bazir masa. Saya arahkan Yang Berhormat Pendang untuk keluar sampai Tan Sri Speaker masuk, baru Yang Berhormat Pendang- nanti minta penjelasan dengan Tan Sri Speaker.
Saya boleh masuk balik bila Tan Sri Speaker...
You boleh tanya dengan Tan Sri Speaker dulu, ya.
Ha, okey. Terima kasihlah.
Yang Berhormat Batang Sadong, sila sambung.
Terima kasih Puan Speaker. Saya sambung. Ditambah lagi dengan isu kekurangan guru yang telah menjadi masalah sekian lama. Setakat November 2023, seramai 3,076 guru diperlukan bagi mengisi kekosongan di sekolah menengah dan rendah di seluruh Sarawak. Isu structural dan fundamental seperti akses pendidikan yang berkualiti oleh golongan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak perlu diteliti oleh kerajaan. Jika tidak, isu kesenjangan ekonomi antara rakyat akan terus melarat jika ianya tidak dibanteras daripada akar umbi. Autonomi Sarawak seperti peruntukan MA63 yang membolehkan pengarah pendidikan negeri meluluskan semua peruntukan Kerajaan Sarawak akan membantu mengurangkan red tape untuk memastikan kerja pembaikan dipercepatkan.
Selain itu, pada hemat saya juga kerajaan perlu beralih daripada, dengan izin Puan Yang di-Pertua, exam-oriented education kepada quality-oriented education iaitu education for all, sesuai dengan konsep Karamah Insaniah yang diangkat oleh Malaysia MADANI yakni pendidikan yang membangun sahsiah pelajar, membina kemahiran berfikir secara kritikal, kebolehan menyelesaikan masalah kreativiti dan kemahiran-kemahiran lain yang penting untuk pelbagai aspek kehidupan mereka kelak.
Apabila sistem pendidikan melatih generasi baru dengan pemikiran kritikal dan kreatif serta, dengan izin Yang di-Pertua, transferrable skills, saya percaya sumber bakat akan menarik pelaburan bernilai tinggi yang menggaji mereka dengan upah yang tinggi dan bermaruah sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong semalam. Puan Yang di-Pertua, sistem kesihatan negara yang baik, bukan sahaja satu keperluan moral, tetapi juga kepentingan ekonomi. Rakyat yang sihat dan cergas membentuk asas tenaga kerja yang produktif, merangsang inovasi dan kreativiti, mengurangkan kos penjagaan kesihatan serta menyumbang kepada kestabilan sosial. Ini adalah perihal penting untuk kemakmuran jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Namun demikian, menurut laporan Malaysia Health System Research Volume 1, kerajaan memberi keutamaan dan peruntukan yang lebih tinggi kepada secondary dan tertiary care berbanding primary care dan long-term care. Ini bermakna sistem kesihatan sekarang beroperasi lebih untuk merawat, berbanding mencegah yang memakan belanja yang lebih besar. Ia juga menyumbang kepada pembiayaan kesihatan yang tidak efektif. Apa yang lebih mengejutkan kegagalan memberikan keutamaan kepada penjagaan kesihatan prima (PHC) diterjemahkan apabila terdapatnya pelaburan untuk membina bangunan hospital di sektor swasta dalam keadaan banyak lagi klinik-klinik daif yang belum diselia di seluruh negara. Sebagai contoh di Sarawak, 77.1 peratus ataupun 209 daripada 271 Klinik Kesihatan Primer berada dalam keadaan fizikal yang uzur. Sementara penambahbaikan hanya terhad kepada pembaikan kritikal, infrastruktur klinik dan peningkatan mekanikal dan elektrikal. Manakala penambahan keluasan menggantikan infrastruktur kayu kepada bangunan konkrit tidak dapat dilakukan kerana kekangan bajet. Dengan belanjawan yang diperuntukkan, masih terdapat sebanyak 66.4 peratus fasiliti kesihatan primer di Sarawak perlu diberi perhatian. Setiap negeri itu berbeza. Seperti juga isu fasiliti kesihatan di Sarawak. Masih ada daerah tidak mempunyai klinik ataupun poliklinik walaupun mempunyai hospital. Perkara ini tidak dapat diterjemahkan melalui sistem kesihatan yang berpusat ataupun Putrajaya- centric. Ini kerana faktor-faktor unik termasuklah geografi melingkungi topografi keluasan kawasan serta faktor sosioekonomi iaitu kampung-kampung kecil dan terpencil. Di sini saya melihat perlunya autonomi Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelesaikan perkara ini. Juga anjakan paradigma kembali kepada asas iaitu pencegahan lebih baik daripada merawat dengan mempunyai fasiliti kesihatan primer yang menyeluruh, kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada perbelanjaan kesihatan yang efektif malah meningkatkan literasi kesihatan kepada masyarakat untuk mengamalkan cara hidup yang sihat kerana kos rawatan pastinya jauh lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, marilah kita- semua bersama-sama segulai sejalai dan bersatu hati mempertahankan permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan, demi kestabilan politik menjana pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat. Dengan ini, Batang Sadong mohon untuk menyokong dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih... [Tepuk]
Baik, terima kasih Batang Sadong. Sekarang saya jemput Ketua Pembangkang untuk berucap. Ketua Pembangkang ada 60 minit dan Ketua Pembangkang akan bernasib baik kerana Perdana Menteri Kampuchea akan berada semasa Ketua Pembangkang berucap. Silakan... [Tepuk] [Tuan Yang di-Pertua berbincang dengan Setiausaha]
Minta maaf ya. Sebelum itu saya ada- Ketua Pembangkang one minute. Sorry, I missed one script Ketua Pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat dari Shah Alam sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Silakan, Ketua Pembangkang.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya baru hendak start 59 minit 30 saat.
Kita adjust balik.
Sekejap, peraturan. Tan Sri Speaker, saya hendak minta, saya tidak tahu sebenarnya tadi. Minta maaf sekejap, saya mencelah. Saya dihukum, tetapi saya dekat luar tadi orang beritahu kata saya dihukum empat hari. Jadi, tidak apalah saya tengah jalan keluar. Cuma saya hendak minta penjelasan ataupun petua daripada Tuan Speaker, apa salah saya tadi dan telah adakah dibuat semak siasat. Saya tidak mahu, saya hendak jaga Tan Sri Speaker supaya buat keputusan tanpa emosi. Jadi, saya tengok tadi dalam gambar. Tengok tadi masa Tan Sri Speaker buat keputusan dalam video... [Ketawa] Dengan muka, dengan apa semua saya tahu Tan Sri tengah emosi. Jadi, saya hendak dapat penjelasan. Okey, terima kasih.
Baik, Pendang. Di antara pemimpin Pembangkang yang paling saya hormat ialah Pendang, kawan saya, pegawai saya dahulu okey, tetapi apabila saya sebut satu perkara, saya kata Pendang tarik balik, “Oh, saya takkan tarik balik!” You are my friend or tidak? You tidak peduli, You cakap sebab itu orang kata, “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Anggaplah saya kawan, tetapi bila saya Chair ini, you kena hormat sedikit bahawa itu kawan aku, tetapi dia Speaker. Kalau tidak, hancur Dewan ini kalau saya tidak buat lagu itu. Jadi, bila saya kata tarik balik, apa salah, “Speaker, maaflah tarik balik.” “Oh! Aku tidak akan tarik balik!” You cannot do that towards Speaker. Mana-mana orang pun takkan terima. Sebab itu saya bagi empat hari. Agong kata 14 hari. No, saya kata empat hari. Dengan hormatnya Pendang, sila keluar. Terima kasih. Silakan, Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat sebelum kita mulakan, saya minta Pendang tarik baliklah, supaya boleh Speaker bagikan kelonggaran, boleh?
No, I’ve said four days. Four days.
Kalau dia tarik balik, boleh Tuan Yang di-Pertua?
...Saya tidak dengar...
Jadi, jangan argue...
Saya tidak dengar, Speaker pun..
Jangan argue. Minta maaf, tarik balik. Boleh?
Saya- kalau macam ini saya minta maaf, saya tarik baliklah.
Okey, setuju done. Okey...
[Dewan riuh]
[Tepuk] Terima kasih Ketua Pembangkang.
Terima kasih.
Steady Speaker.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamuaikum waramatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya Tuhan pemilik sekalian alam. Dipohonkan taufik hidayah serta nikmat berkekalan kepada hamba-hamba-Mu seluruh rakyat Malaysia. Demikianlah jua selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah hari ini saya sekali lagi tampil membahaskan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berhadapan dengan Speaker, sahabat saya yang bijaksana. Terima kasihlah, kan mudah.
Tuan Yang di-Pertua, kata pujangga Melayu. Warna putih si merak dewa, Terbang hinggap di hujung kota; Tuanku lambang kekuatan bangsa, Rakyat bernaung di payung mahkota... [Tepuk] Sudah terpahat dan terpateri dalam jendela sejarah negara, bahawa di Istana Johorlah bersatunya gerakan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat, hingga memungkinkan Malayan Union dikuburkan dan akhirnya bumi bertuah ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sesungguhnya, rakyat Malaysia tanpa mengira batas warna kulit, bertuah dapat bernaungkan Raja-Raja Melayu, khususnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang senantiasa cakna, arif serta prihatin terhadap nasib rakyat jelata, dulu, kini dan insya-Allah selama- lamanya. Benarlah kata azimat, Raja itu tonggak perpaduan untuk rakyat berpayung. Makanya, sekali lagi bagi pihak rakan-rakan dalam Perikatan Nasional, saya mengambil kesempatan menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim sebagai Yang di- Pertuan Agong XVII... [Tepuk] dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah selaku Raja Permaisuri Agong... [Tepuk] Perikatan Nasional juga menjunjung kasih atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Al-Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah, memayungi negara dan rakyat sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong Ke- XVI pada 30 Januari yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, tiga malam sudah nisfu Syaaban, di mana pintu-pintu langit serta pintu-pintu rahmat dibuka oleh Allah SWT untuk hambanya memohon keampunan. Dalam bulan Syaaban ini jugalah berlakunya pertukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Pertukaran arah kiblat ini bukan bermakna Masjidil Aqsa ditinggalkan daripada perjuangan umat Islam. Hari ini kita perhatikan seolah-olah hanya rakyat Palestin sahaja yang berjihad untuk mempertahankan bumi suci Palestin ini. Sudah puluhan tahun pelbagai bentuk kezaliman dilakukan Zionis. Nyawa umat Palestin bagaikan tiada harga. Saban hari kita dipertontonkan bagaimana anak-anak kecil, wanita, orang tua dan pemuda pemudi dibunuh sesuka hati hingga tiada seinci pun bumi Gaza selamat diduduki. Sudah lebih 30,000 yang mati terbunuh dan lebih 70,000 lagi yang cedera. Malaysia dahulunya menjadi suara yang lantang dan menentang kezaliman, di manakah suara itu hari ini? Saya yakin, walaupun terdapat Ahli-ahli Parlimen di hadapan saya yang datangnya daripada parti yang bersama dengan Liberty International, saya yakin mereka juga tidak sanggup melihat kezaliman ini. Kerajaan perlu lebih lantang dan lebih tegas bersuara untuk melakukan sesuatu bagi membantu rakyat Palestin yang terseksa di bumi suci ini. Bantulah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Kami Perikatan
Nasional akan sentiasa bersama kerajaan untuk membantu rakyat Palestin ini seperti jua yang dititah oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong semalam.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Kita- saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa pada hari ini kita amat bertuah sekali untuk menerima tetamu khas bersama delegasi beliau di Dewan Yang Mulia ini. Saya dengan penuh hormatnya mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang Terutama Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja dan delegasi ke Dewan... [Tepuk] Kepada Tuan Yang Terutama, kehadiran di Dewan Rakyat ini merupakan satu penghormatan besar pada badan delegasi Malaysia. Saya berharap agar lawatan rasmi ini dapat mengukuhkan lagi hubungan bilateral antara Kemboja dan Malaysia. Semoga hubungan sedia ada ini terus berkembang dalam pelbagai aspek dan bidang. Honourable Members, I would like to inform that we have a special guest with us today in this August House. With the great honour, I wish to welcome His Excellency Hun Manet, The Prime Minister of Kingdom of Cambodia and his delegation to the House of Representatives. To His Excellency Hun Manet and delegation, it is indeed a privilege to have your Excellency and your delegation in this August House. We hope that your visit to Malaysia is a memorable one and will further strengthen the existing relationship between the Kingdom of Cambodia and Malaysia, thank you, welcome Sir... [Tepuk] Ketua pembangkang, sambung.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak ambil kesempatan ini. On behalf of my party, Perikatan Nasional which are the opposition party at the moment, now... [Tepuk] Excellency, I would like to take this opportunity and to welcome you to our country. I know for the last how many years, our diplomatic relationship between the two countries has been going very, very well and insya-Allah, I think in the future we hope the relationship is not going to be better, but much better than before... [Tepuk] We would like to welcome you again and your delegation, Excellency... [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suara Perikatan Nasional adalah suara rakyat, suara yang menjadi check and balance kepada kerajaan. Selaku Pembangkang yang credible, kami menjunjung tinggi Titah Diraja Tuanku bahawa tugas membangunkan negara adalah tanggungjawab bersama. Sebab itu kami bersuara tapi janganlah pula bila kami bersuara, dibalas dengan intimidasi dan pertuduhan politik dendam yang tidak bernoktah... [Tepuk] Realitinya hari ini, kita kena tengok realitinya hari ini, rakyat hidup terhimpit di mana-mana sahaja kita pergi. Dari Perlis sehinggalah ke Sabah, bermacam-macam keluhan serta rintihan rakyat yang ada di bawah sana. Kita dengarlah keluhan dan rintihan yang lahir dari hati sanubari mereka, tidak lain dan tidak bukan adalah masalah kesempitan hidup. Rakyat mahukan sebuah kehidupan yang baik, rakyat mahukan kehidupan yang bahagia, rakyat mahukan kehidupan yang bermakna. Apa ertinya kehidupan yang bermakna, kalau pendapatan tak cukup. Apa ertinya jika terpaksa, “kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang”. Apa ertinya jika tempat tinggal pun tak ada. Apatah lagi untuk kita miliki...
Indera Mahkota.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Larut. Soal kesempitan hidup ini berlaku di mana-mana, termasuk di kawasan saya Indera Mahkota dan dalam semua sektor, termasuk dalam sektor pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, saya dapat nota daripada seorang guru tadika KEMAS di kawasan saya. Dia bertanggungjawab untuk 42 orang murid dan mereka biasa membeli barang-barang dapur untuk bagi makan kepada murid-murid. Dia ada 42 orang murid. Ada 18 item barang- beras, telur, minyak masak, ikan, macam-macamlah, sampai kepada susu Dutch Lady, Milo, susu cair.
Semua sudah naik harga, dari tahun 2020 sampai sekarang, Tuan Yang di- Pertua. Jumlah barangan yang mereka beli, kalau dahulu harga dia RM203.94, sekarang dah jadi RM301.80, naik lebih kurang 50 peratus. Yang Berhormat Larut, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kesempitan hidup ini merata dan guru-guru ini, yang ini saya kena tabik guru-guru tadika sebahagiannya.
Tuan Yang di-Pertua, dia keluar duit poket sendiri sebab dana yang dulu dah tak cukup dah. Sebab sekarang ada guru yang keluar duit poket sebab dah naik harga lebih kurang 50 percent. Terima kasih.
Mohon pencelahan sikit ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Larut. Apabila kita mendengar ucapan Ketua Pembangkang berkaitan dengan kos hidup rakyat, sebenarnya di luar sana terlalu ramai rakyat yang sangat tertekan, terutama di kalangan ibu-ibu. Saya sangat terkedu apabila ada kes yang melibatkan ibu yang sanggup cuba untuk membunuh diri dengan anak-anak yang kecil kerana mereka hidup yang sangat tertekan. Ada satu kes bagaimana seorang ibu naik motor bawa anak empat orang, pusing naik motor sambil menangis cuba nak membunuh diri tapi Allah selamatkan dia. Satu kes lagi, ada kes seorang ibu umur 34 tahun, gantung diri bersama anak. Dua orang anak umur tiga tahun dan enam tahun dan diletakkan nota kerana masalah kehidupan. Banyak lagi kes yang kita terima. Di kawasan saya, ada kes seorang anak kecil menangis pergi sekolah. Kerana apa? Kerana mak tak mampu bagi wang saku, hanya mampu bagi bekal makanan sahaja ke sekolah. Apakah pandangan Yang Berhormat? Apakah penyelesaian sepatutnya yang dibuat oleh kerajaan dalam berdepan dengan tekanan hidup yang semakin mendesak ini?
Tuan Yang di-Pertua, dua orang sahabat saya membangunkan cerita yang berlaku, the reality on the ground. Bukankah ini kemiskinan? Sebagai kerajaan, kita perlu jujur, kita perlu ikhlas lihat permasalahan ini dengan sejujur-jujurnya. Jangan syok sendiri. Apa asas apabila kerajaan umumkan bahawa di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka sudah capai sifar kemiskinan tegar? Mengapakah hanya tiga buah negeri ini sahaja? Bukankah sebelum ini kerajaan janji sifar kemiskinan tegar di seluruh negara sebelum akhir tahun 2023, tapi realitinya, bukan itu. Realitinya, kemiskinan tegar tak dapat disifarkan, bahkan kumpulan M40 sudah ramai yang jatuh kepada B40. Bayangkan apa yang disebutkan oleh kedua-dua rakan saya ini. Bayangkan kalau ada lima orang anak hidup di Kuala Lumpur, keluarga lima orang anak, ketua keluarga jatuh sakit. Nak makan pun susah. Anak-anak sekolah pun susah. Tambahan pula dihambat dengan hutang. Tidakkah sedih ini semua? Kita mahu kerajaan cari solution. Inilah tugas hakiki kerajaan. This is your responsibility...
Larut.
Jangan salahkan orang lain, jangan buat dasar yang flip-flop dan jangan lari daripada tanggungjawab ini... [Tepuk]
Mencelah, Larut.
Percayalah. Percayalah, kami di sebelah sini akan sentiasa bersuara demi kepentingan rakyat Malaysia... [Tepuk]
Larut.
Bukit Gantang, ya.
Bukit Gantang...
[Dewan riuh]
Duduk, duduk, duduk.
Isu beras putih, sebagai contoh. Ini, Bukit Gantang. Ini makanan ruji rakyat. Mustahak, penting untuk mana-mana kerajaan selesaikan isu makanan ruji rakyat. Jangan tangguh.
Bukit Gantang mencelah.
Sudah bertahun masalah ini tak selesai.
[Bangun]
Menteri cakap lain, Bukit Gantang cakap lain... [Tepuk]
Yang Berhormat, ini Bukit Gantang nak cakap.
Akhirnya yang tersepit siapa? Yang tersepitnya Perdana Menteri. Menteri, kawan baik dia. Bukit Gantang tak berapa nak kawan.
Nak bagi laluan?
Akhirnya dia terhimpit.
Nak bagi laluan tak?
Buat apa nak bagi? Jadi, saya nak maklumkan- silakan.
Tan Sri...
Oh, Beluran. Okey.
Isu beras putih, Tan Sri, kerajaan tidak serius untuk menangani. Membuat dasar yang half-baked. Nak selesaikan masalah BERNAS dengan menaikkan harga beras putih import, tetapi tidak melihat tentang harga beras putih tempatan. Maka, itulah penyebab dan faktor beras putih tempatan di manipulasi menjadi beras putih import. Yang itu pun kerajaan tak sedar. Takkan membuat dasar untuk jangka masa pendek, tetapi tidak melihat keseluruhan rantaian? Tan Sri, beras penting, Tan Sri. Ini makanan ruji. Satu dasar yang konkrit perlu diolah oleh kerajaan untuk meletakkan keseriusan kerajaan menangani masalah makanan ruji ini. Kerajaan berbelanja berbilion-bilion Ringgit setahun untuk memberi subsidi kepada beras putih tempatan dan ini tidak harus dimanipulasikan. Sebab itu Yang Berhormat Bukit Gantang dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melangkaui kuasa Menteri Pertanian dan Menteri Kos Sara Hidup. Tak tahu saya, Yang Berhormat. Kita tidak boleh ikut macam ini, bila kita jadi kerajaan kelak ya.
Larut. Terima kasih Tan Sri, terima kasih Ketua Pembangkang. Kawasan Bagan Serai ini merupakan kawasan jelapang padi negeri Perak. Banyak hasil padi yang ada di sana, tetapi malangnya, beras tempatan tidak ada. Satu. Sedangkan kalau kita tengok, beras tempatan telah pun menjangkau hampir dekat dengan 70 peratus. Ertinya, 30 peratus sahaja yang kita import. Pelik bin ajaib, yang sedikit ada di pasaran, yang banyak tak ada pasaran. Ini seolah-olah macam ular lidi telan ular sawa. Itu satu. Yang keduanya, Tuan Yang di-Pertua...
Jangan panjang-panjang.
Sikit sahaja. Yang keduanya ialah, pada saya ialah untuk hendak- masalah kartel. Selalu jawab kartel, kartel. Kenapa tidak adanya satu daya usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan yang ada kuasa. Boleh pergi tengok dekat manakah padi-padi itu dijual di kilang-kilang? Macam kita boleh trace AMLA, duit, money trail, dengan izin. Sama juga kita nak tengok mana padi ini, beras ini dijual dan dicampurkan sebagainya demi rakyat nak makan. Terima kasih... [Tepuk]
Yang Berhormat Larut, sikit sahaja. Beras.
Larut.
Saya nak sentuh, Tan Sri Speaker, dalam sidang Dewan yang lepas, kami- semua ini ramai yang bercakap-cakap beras tak ada. Ingat tak? Kita kata beras tak ada, tetapi kerajaan termasuklah Perdana Menteri dan juga Menteri Pertanian kata, ada. Makna kata, siapa yang kata, tak ada? Dan perkara ini dah berlarutan berbulan-bulan, dah masuk sidang Parlimen yang lain. Sepertimana disebut oleh Ketua Pembangkang, kerajaan kena seriuslah buat kerja. Bila kami sebut, kami jelaskan, ambil tindakan. Jangan sembang. Terima kasih Ketua Pembangkang.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, inilah dia masalah kita yang ada. Sebab itu jangan marahkan rakyat. Jika rakyat mengatakan Kerajaan Madani ini kerajaan gagal kerana tindak tanduk kerajaan itu. Jangan salahkan orang lain. Bermula Januari lalu, bila utiliti air dan elektrik telah naik, cukai 10 peratus barangan nilai rendah, LVGT- dekat-dekat dengan LGBT... [Ketawa] Iaitu barangan nilai rendah atas talian juga telah dikuatkuasakan. Dan dalam masa tiga hari lagi, iaitu bermula 1 Mac 2024, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pula naik daripada enam kepada lapan peratus. Cukai perkhidmatan digital yang naik daripada enam kepada lapan peratus dan cukai 10 peratus barangan bernilai tinggi akan dikuatkuasakan bermula Mei 2024. Semua ini ada kesan dan sudah tentu rakyat yang menjadi mangsa. Harga ubat-ubatan juga naik, lima hingga 10 peratus. Kalau sebelum ini kos ubat sekitar RM200 sebulan, sekarang mungkin dah cecah hampir RM300, RM400. Apa nak jadi ni? Kalau semua dah naik, harga rumah juga melonjak sebab harga bahan binaan naik, ini menyebabkan semakin sukar untuk rakyat memiliki kediaman sendiri...
Tuan Speaker.
Kuala Langat.
Mohon.
Sila, sila.
Terima kasih, Larut. Saya cukup terasa apabila disebutkan oleh Larut tadi berkaitan dengan harga ubat-ubatan yang naik. Dari sudut profesionalnya, sebagai Ahli Parlimen yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan, kita mendapat maklumat melalui media bahawa harga ubat-ubat akan naik lima hingga 10 peratus. Dijangkakan pengeluar ubat-ubatan ataupun pembuat ubatan ini di US akan meningkatkan harga ini. Saya cukup terasa apabila Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ini menyebutkan bahawa kesan daripada pengurangan nilai Ringgit itu sendiri hanya akan melibatkan perolehan ubatan yang sangat minimal di negara kita kerana dikatakan bahawa kaedah perlindungan nilai ataupun hedging bagi mengelakkan kenaikan harga ubat yang telah dibeli awal. Ini mungkin terpakai kepada Kementerian Kesihatan ataupun hospital-hospital di bawah kerajaan, tetapi bagaimana pula dengan harga ubat di peringkat swasta? Sudah tentu akan melibatkan kenaikan dan kerajaan sendiri sudah memulakan inisiatif public-private partnerships. Program Madani juga sudah tentu akan memberikan kesan kepada rakyat golongan B40, M40, walaupun mereka mempunyai alternatif untuk
datang ke klinik kerajaan, tetapi sebahagiannya tidak mampu untuk menunggu terlalu lama di klinik kerajaan. Mereka pergi ke swasta dan akan memberikan impak yang sangat tidak baik. Apa erti nilai kerajaan kepada naluri rakyat ataupun golongan yang kita katakan B40 dan...
Ya.
Termasuk juga dengan isu berkaitan dengan IJN ini, apabila penjawat awam dan juga pesara yang hari ini sudah mula dikeluarkan discaj daripada mendapatkan lanjutan di IJN ini.
Terima kasih.
Saya tidak merasakan perlu ada di peringkat kerajaan merasakan bahawa penjawat awam ini, golongan barisan hadapan dalam isu COVID-19. Kalau kita lihat gambaran Polis terpaksa memegang payung sebagai penjawat awam, hujan lebat.
Panjang sangat itu Kuala Langat.
Dan saya ingat harus isu ini juga diberi perhatian yang cukup baik. Apakah pendapat Ketua Pembangkang?
Tuan Yang di-Pertua, panjang sangat. Masuklah sebagai salah satu ucapan saya. Inilah dia yang saya nak sebutkan tadi. Bila kita sebut masalah di sini, malangnya siapa jadi mangsa? Rakyat jadi mangsa. Kerana apa? Kita mahukan penyelesaian, isu beras, naik. Sayur!
Naik!
Ayam.
Naik!
Bawang.
Naik!
Daging.
Naik!
Ikan.
Naik!
Telur.
Naik!
Bukan bak kut teh. Inilah dia.
Larut, mencelah Larut. Bukit Gantang.
Bukan bak kut teh.
Larut.
Yang kita tunggu pengumuman Menteri yang empati tentang nasib rakyat, bukan pengumuman yang angkuh dan sombong, yang menggunakan kuasa menghukum Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan (LPPM)... [Tepuk]
Larut.
Menghukum tanpa alasan. Macam- macam cerita yang kita dengar.
Masjid Tanah. Masjid Tanah pun dengar juga.
Masjid Tanah pun dengar? Okey, silakan.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya nak tanyalah, bila Ketua Pembangkang sebut pasal pelancongan ini, kalau kita tengok apabila diturunkan pangkat, apabila dekat televisyen di-interview Menteri Pelancongan, dia kata kemerosotan prestasi dan juga tidak mencapai standard yang ditetapkan. Saya nak tanya kepada Ketua Pembangkang, apakah justifikasi, apakah indikator yang menentukan kemerosotan prestasi dan juga standard yang ditetapkan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri. Belum habis lagi Ketua Pembangkang. Satu. Yang keduanya sebab kehadiran pelancongan 26 juta Menteri beritahu, membanggakan tahun lepas berbanding dengan 2022 hanya 10.7 juta. Ini adakah tak mencerminkan satu prestasi yang naik? Patutnya, yang patut ditukarkan adalah Menteri Pelancongan sebab dalam WhatsApp group viral tentang attitude Menteri Pelancongan. Setuju ataupun tidak Ketua Pembangkang?
Ketua Pembangkang, ringkas saja.
Itu tak apalah. Kita minta Yang Amat Berhormat Tambun dengar, ini adalah rintihan rakyat.
Ringkas Tuan Yang di-Pertua.
Apakah dia?
Terima kasih Speaker. Terima kasih Ketua Pembangkang. Dulu dengar bahawa Ringgit naik, barang naik kerana hang tak tahu jaga negeri. Sekarang ini, apakah itu kembali kepada orang yang berkata, “Hang tak tahu jaga negeri”? Terima kasih.
Ketua Pembangkang, Larut. Larut, sekejap. Larut...
Sebentar, sebentar. Bila isu ini bangkit, belum habis lagi isu ini, kerajaan timbul pula satu isu lagi untuk kerajaan, untuk rakyat, untuk pegawai-pegawai kerajaan. Timbul pula isu tentang pencen. Ini yang jadi masalah kepada kita- semua. Belum habis satu, masuk satu lagi. Satu lagi, bila tiba-tiba Menteri MITI bangkit pula cerita nak bagi supaya membenarkan graduan asing bekerja di sektor berteknologi tinggi negara. Apakah nak jadi ni? Saya nak ingatkan kerajaan, berikan keutamaan kepada rakyat Malaysia... [Tepuk] Jangan kita bersikap seperti, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”... [Tepuk]
Yang Berhormat...
Utamakan graduan tempatan. Latih mereka, perbanyakkan pengambilan graduan bagi sektor berteknologi tinggi dengan kerjasama IPT tempatan. Belum apa-apa isu pencen yang dibangkitkan, isu p-hailing juga tidak selesai-selesai. Apakah soal kebajikan mereka ini tidak penting di mata kerajaan? Apakah soal kebajikan mereka yang bekerja p-hailing ini, terpaksa turun ke jalanan untuk memperjuangkan kebajikan mereka. Di manakah kerajaan yang selama ini berjanji? Alor Setar.
Yang Berhormat Larut.
Terima kasih Dato’ Seri Ketua Pembangkang. P-hailing ini lah kaedah yang lahir ketika waktu COVID-19, waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri, kaedah yang cepat dan mudah untuk anak muda cari duit untuk sara anak isteri, tetapi selepas itu, syarikat p-hailing ini turunkan kadar upah. Saya dapat aduan ada pengguna, rider p-hailing, pendapatan dia sehari 30 order dapat RM200 lebih. Sekarang ini 30 order dapat RM100, Ketua Pembangkang.
Maknanya dia hilang separuh pendapatan. Itulah nak guna, nak sara anak isteri dan sebagainya. Ada Perdana Menteri janji, “Saya bagi tempoh seminggu akan jumpa pengguna untuk selesaikan isu. Saya ulang apa semua”...
[Dewan riuh]
Jadi mana janji itu dan apa yang patut kerajaan buat? Janganlah sebab anak muda ini undi PN, maka kerajaan tidak pandang suara anak muda yang guna rider p-hailing. Apa pandangan Ketua Pembangkang?
Wow! Ini saya nak masuk Tuan Yang di-Pertua. Bila dia sebut tentang janji-janji ini, saya nak ingatkan kepada kerajaan supaya rakyat mendengar. Kredibiliti seseorang pemimpin itu diukur dengan cara bagaimana dia menunaikan segala janji-janjinya... [Tepuk] Kredibiliti, kepimpinan juga diukur dengan kemampuan sesebuah kerajaan itu mencipta pembangunan, menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan. Bukan janji semata-mata. [Tepuk] Kalau kita lakukan semua ini dengan baik, percayalah rakyat akan sokong. Tidak payah nak takut dengan pembangkang. Ini janji tidak tunai.
Yang Berhormat Larut.
Macam mana lagi? So, saya pesan, saya pesan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, do it right, insya-Allah negara selamat.
Yang Berhormat Larut.
Tuan Yang di-Pertua, masyarakat hanya berfungsi jika semua anggotanya mematuhi peraturan yang dipersetujui bersama. Malaysia sebuah negara majmuk dan kontrak sosial merupakan struktur asas untuk kita semua kekalkan keharmonian yang telah sekian lama terjalin, tetapi sekarang umat Islam dan orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti resah gelisah bilamana diasak dengan pelbagai siri cubaan halus daripada pihak-pihak tertentu yang bersikap seperti, “kaduk naik junjung dan cacing naik ke mata”... [Tepuk] Tidak perlu timbulkan isu-isu sensitif, perkara-perkara yang sensitif seperti ini...
Yang Berhormat Larut, boleh Pasir Mas?
Pendang dululah.
Pendang dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Larut, terima kasih Puan Speaker. Apa ini tadi disebut isu pencen tadi ini, disebut oleh Yang Berhormat Larut.
Saya nak tanya, dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Larut berkenaan isu pencen. Kenapalah kerajaan ini gelojoh sangat dengan isu pencen ini? Sebab dasar dan mekanismenya belum jelas lagi. Jadi, kita minta biarlah selesai dulu. Janganlah jadi macam kes beras, tak selesai apa lagi, diumumkan oleh orang yang tiada autoriti. Jadi saya minta penjelasan daripada Ketua Pembangkang supaya penjelasan isu pencen ini- mekanisme dah siap. Apakah kerana orang Melayu, kebetulan majoriti yang menjadi- pencen ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua masukkan sebagai salah satu ucapan saya. Pasir Mas nak sambung?
Ya Pasir Mas, sebab Larut sudah masuk topik dan tinggalkan topik pencen tadi. Isu soal majoriti, minoriti dan kegelisahan rakyat ini Larut- saya nak menarik perhatian Larut terhadap kenyataan Felo Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Teo Kok Seong yang berpandangan bahawa tanah ataupun Malaysia ini ada tuannya, iaitu orang Melayu. Bukan kita nak bangkitkan soal rasis atau- tidak, tetapi dari sudut bagaimana negara ini dibina, sepatutnya kita tidak perlu lagi membangkitkan soal-soal sensitif. Ini ada orang bangkit kononnya hendak melihat
satu hari nanti Perdana Menteri ini lahir daripada bukan Melayu. Kenapakah dia perlu memilih masa ini untuk mengeluarkan soal sensitif seperti ini? Nampak bertujuan untuk mengeruhkan suasana. Apa pandangan Larut?
Betul, sebab itulah rakan-rakan kita yang sebelah sana kena sedar diri la sikit, jangan bermain dengan api. Harmoni ini tidak ternilai harganya. Jangan sesekali kotori nikmat ini dengan apa juga perkiraan politik sempit tanpa melihat kepada kepentingan demografi masyarakat setempat yang lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, timbul juga fahaman pluralisme, liberalisme, sekularisme dalam amalan LGBT telah menular, meresap dan menembusi ke dalam masyarakat Malaysia. Bak jerat serupa jerami malah ada yang berani secara terang-terangan mencabar perundangan-perundangan negara kita... [Tepuk] Kerajaan sepatutnya bertegas dalam hal yang menjadi fundamental kepada rupa wajah masyarakat Malaysia. Jangan pula tindak tanduk kerajaan dilihat tunduk kepada suara-suara yang mengguris hati umat Islam, seperti apa yang dibangkitkan oleh rakan- rakan saya Pasir Mas dan beberapa orang tadi. Begitu juga dengan keputusan petisyen kes Nik Elin Zurina, yang akan menggugat Enakmen Jenayah Syariah di seluruh negeri dalam negara kita yang tercinta ini...
Larut, Kota Bharu. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Larut. Sekejap tadi Yang Berhormat Larut membangkitkan isu mengenai satu kes petisyen yang dimaksudkan oleh nama yang disebutkan tadi yang mencabar peruntukan- peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan dan pada 9 Februari, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan. Adakah Yang Berhormat Larut boleh bersetuju dengan pengisytiharan mahkamah bahawa 16 seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan itu diisytiharkan null and void, batal dan tidak sah? Terdapat banyak peruntukan undang-undang dalam Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah di negeri lain yang berada dalam risiko dibatalkan. Malahan tadi Timbalan Menteri Agama memberi jawapan dalam Dewan ini mengatakan bahawa tidak, yang batal itu Kelantan sahaja, yang lain ini tidak batal, boleh dilaksanakan. Jadi, apa pandangan Larut kalau sekiranya negeri-negeri selain Kelantan melaksanakan, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang telah dibatalkan di Kelantan ini, umpama judi misalnya. Mohon pandangan.
Terima kasih sahabat saya Kota Bharu. Ini yang saya katakan segala apa keputusan yang telah dibuat dalam kes Nik Elin ini mendedahkan enakmen negeri-negeri yang lain kepada risiko pembatalan. Kami di Perikatan Nasional mahu melihat ke hadapan dan menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) untuk mencari jalan memperbaiki kelompangan serius dalam kuasa serta bidang kuasa berkaitan hak menganut dan mengamal- profess and practice majoriti rakyat Malaysia. Perikatan Nasional akan mengemukakan Memorandum Khas kepada MKI merangkumi cadangan pindaan Perlembagaan untuk dipertimbangkan kerajaan bagi memperkasakan Undang-undang Syariah di negara ini. Apabila semua ini sudah berlaku, ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sepenuhnya untuk dilaksanakan. Kita tengok nanti bila kita bentang, rakan-rakan kita di sebelah sana yang beragama Islam- hendak tengok macam mana. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Tahun lalu ekonomi Malaysia berkembang 3.7 peratus rendah daripada jangkaan pasaran dan juga sasaran kerajaan antara empat hingga lima peratus...
Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Manakala...
Sedikit, pasal...
Manakala Suku Keempat 2023 ekonomi berkembang sebanyak tiga peratus, lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Sedangkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan pada 2022 adalah 8.7 peratus. Saya sedar bahawa ia berasaskan low base, tetapi hakikatnya inisiatif kerajaan terdahulunya yang dipimpin oleh Presiden saya, Tan Sri Pagoh yang menyebabkan ia naik.
Hendak gaduh kah...?
Siapa yang cakap itu- Hulu Langat? Kita bukan perangai seperti Hulu Langat yang hendak cari gaduh semata-mata. Jadi yang kita mahukan adalah supaya kerajaan mencari inisiatif dan insentif yang boleh menjadi enjin pertumbuhan ekonomi. Apabila kita lihat secara mendalam kepada data ekonomi dan pelbagai indikator pasaran, timbul beberapa perkara yang membimbangkan kita. Contohnya, penyusutan baki akaun semasa, kelemahan dalam sektor pembuatan, pemulihan sektor pelancongan yang lembap, penurunan nilai mata wang, kejatuhan nilai eksport serta penyusutan nilai eksport. Jumlah pelaburan langsung asing negara pada 2023 merosot terus apabila hanya meraih RM39.5 bilion berbanding RM74.6 bilion ketika tahun 2022, merudum 47.1 peratus. Eksport Malaysia pada 2023 merosot sepuluh bulan berturut-turut. Bermula Mac hingga Disember, jumlah jatuh sepuluh peratus kepada RM118.5 bilion berbanding tahun 2022 menyebabkan jumlah dagangan negara juga turun 4.3 peratus kepada RM225.1 bilion. Soalnya, mengapa semua trend ekonomi ini menjurus kepada keputusan yang negatif? Sudah tentu ia berkait rapat dengan kompetensi, kecekapan dan kemampuan kerajaan untuk mentadbir negara dan mengurus ekonomi. Semua aspek ini terangkum dalam satu spektrum penilaian yang membawa kepada hilangnya keyakinan pelabur terhadap kerajaan, tetapi Kerajaan MADANI pada hari ini berbangga dengan indeks inflasi 1.5 peratus yang sebenarnya tidak mencerminkan realiti kesusahan rakyat di bawah sana. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)...
Larut.
Melaporkan.
Larut, Hulu Langat
Indeks sentimen.
Larut, Hulu Langat.
Pengguna dan indeks situasi perniagaan.
Eh, saya.
Bagi suku kedua 2023...
Minta dengan Larut, bukan minta dekat belakang itu.
Disebabkan permintaan.
Bukan minta dekat belakang itu, Larut.
Daripada pengguna juga menurun.
Larut.
Bagi laluan, kah?
Imbangan dagangan Malaysia juga menguncup...
Tidak bagi.
Daripada RM26.7 bilion pada Mac 2023 kepada RM12.4 bilion pada November 2023. Ertinya rakyat kurang berbelanja akibat harga barang yang melambung tinggi. Ini bukan berita yang perlu dibanggakan. Turun padanglah dekati rakyat. Lihat rakyat sedang mengeluh, ada yang menangis...
Larut, masa Perikatan Nasional perintah dulu pun harga barang tinggi juga.
Hulu Langat, sila duduk Hulu Langat.
Masa Perikatan Nasional perintah dulu pun, harga barang tinggi juga. Tadi, Larut...
Hulu Langat, sila duduk.
Okey.
Amaran pertama. Kalau berdiri tanpa kebenaran, saya akan bagi henti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ini marah, tetapi senyum.
Sila.
Yang Amat Berhormat Tambun umumkan jumlah pelaburan diluluskan, approved investment tertinggi dalam sejarah. Tahniah dan syabas. Pelaburan diluluskan dengan pelaburan langsung asing dua perkara berbeza, Yang Amat Berhormat Tambun. Kayu ukur sebenar prestasi pelaburan dan ekonomi sesebuah negara adalah aliran masuk pelaburan terus bersih atau bukan hanya approved investment. Inilah yang berlaku dengan macam-macam pengumuman sebelum ini. Berhentilah daripada bersikap ostrich syndrome, yang menyorok kepala dalam pasir dengan tidak mahu mengakui masalah serta kelemahan yang berlaku dalam kerajaan. Lebih buruk lagi jika kelemahan itu cuba ditutupi dengan menuding jari pada pihak lain. Jangan sampai seperti pepatah Melayu, ‘buruk muka cermin dibelah’. Tuan Yang di-Pertua, hari ini rakyat bercakap soal kejatuhan nilai Ringgit, di mana Ringgit mencecah paras terendah- Ringgit 4.8. Itu dia. Sekali lagi, 4.8 berbanding Dolar Amerika Syarikat dan menyamai, hampir menyamai paras terburuk ketika berlakunya Krisis Ekonomi 1997-1998. Secara kebetulan Menteri Kewangan ketika Ringgit terburuk pada 1998 dan semasa Ringgit menjunam RM4.80 sekarang adalah orang yang sama. Orang yang sama...
Nama, nama?
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sebut nama? Jangan ya. Tuan Yang di-Pertua tak bagi. Saya dengar Tuan Yang di-Pertua. Kejatuhan nilai Ringgit ini sesuatu yang serius kerana yang menjadi mangsa adalah ekonomi negara dan sudah tentu rakyat jadi mangsanya. Harga barangan import khususnya yang berkaitan makanan melambung tinggi. Apakah kerajaan buat? Menteri Komunikasi kata Kabinet tak bincang isu Ringgit jatuh RM4.80. Apakah isu ini tidak penting
kepada kerajaan? Mana tanggungjawab kerajaan dalam isu serius ini? Apakah nak jadi dengan kerajaan ini? Dulu bila Ringgit jatuh walaupun tidak seteruk sekarang ini, berdegar-degar suara Yang Amat Berhormat Tambun. Saya ulang, saya ulang kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun pada 11 September 2022, semasa berceramah di Taman Melawati. Apa Yang Amat Berhormat Tambun kata, saya ulang di sini. “Harga import naik sebab apa? Sebab Ringgit jatuh. Sebab apa Ringgit jatuh? Sebab hang tidak reti jaga negeri ini.”... [Tepuk] Kemudian, pada 4 Oktober 2022 dalam Dewan yang mulia ini. Tambun dalam nada keras menyerang Menteri Kewangan ketika itu. Saya ulang, kenaikan harga makanan itu dikaitkan dengan kejatuhan nilai Ringgit. Walaupun Menteri Kewangan sebut tidak membimbangkan, inilah Menteri Kewangan satu-satunya di dunia yang tidak bimbang nilai Ringgit jatuh. Saya hairan. Semasa Kempen Pilihanraya Umum Ke-15 pada 15 November 2022, apa kata Yang Berhormat Tambun. Saya ulangi lagi. Saya minta maaf. Saya kena minta maaf dengan Presiden saya dahulu sebab dia sebut. Dia sebut ini. Ketika itu, Ketua Pembangkang sebut. “Muhyiddin- Ringgit jatuh. Ismail Sabri- Ringgit jatuh. Muhyiddin, harga barang naik. Ismail Sabri, harga barang naik. Sebab tu kena tukar. Bagi kat Anwar kerana Anwar harga barang akan turun.” Lepas itu tak apa dia sebut lagi pada 16 November 2022. “Bagi saya jadi Perdana Menteri supaya harga barang turun dan Ringgit naik.” Tiba-tiba sembang kari hari ini. Dia kata apa? Jangan jadikan isu kelemahan Ringgit sebagai senjata politik. Apakah nak jadi? Bila kena batang hidung, dia taici habis. I would like to remind the Prime Minister. You are the Prime Minister and the Minister of Finance. Take the bull by the horns and be responsible, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Mengapa tidak ditubuhkan Jawatankuasa Khas untuk umumkan pelan kontingensi dengan segera. Cari jalan keluar, selamatkan negara. Sebab itu kalau pada 4 Oktober 2022, ketika bergelar Ketua Pembangkang, Yang Amat Berhormat Tambun boleh marah Menteri Kewangan disebabkan Ringgit jatuh. Sekarang ini Yang Amat Berhormat Tambun Perdana Menteri, yang memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun patut marah juga Menteri Kewangan yang ada sekarang ini... [Tepuk] Kena pecat Menteri Kewangan yang ada hari ini kerana prestasi Menteri Kewangan ini lebih teruk daripada Menteri Kewangan sebelum ini. Saya hanya minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pecat Menteri Kewangan yang ada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi sebuah negara demokrasi, kebebasan akhbar merupakan salah satu kayu pengukur utama. Banyak sudah kita saksikan. Sejarah dunia menjadi bukti bilamana tiadanya kebebasan akhbar dalam sebuah negara itu, rakyat yang menjadi mangsa. Sebab itu tiada apa yang perlu kerajaan takut dengan kebebasan akhbar ini. Apabila media boleh secara bebas melaporkan tentang kesusahan rakyat, bantuan boleh disalurkan bila kerajaan dengar. Apabila media boleh secara bebas menegur kelemahan kerajaan, matlamatnya adalah untuk kebaikan. Jangan takut.
Larut.
Lebih-lebih lagi di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, hak warganegara untuk mengeluarkan pendapat adalah terjamin.
Larut, ringkas.
Okey, ringkas.
Terima kasih Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kejatuhan nilai Ringgit dulu kerana orang yang sama sekarang menjadi Menteri Kewangan. Setuju tak Larut bahawa untuk menaikkan semula nilai Ringgit ini, orang yang pegang jawatan tersebut kena turun dahulu. Setuju atau tidak?
[Bangun]
Itu setuju. Jadi, saya nak minta kalau boleh Kerajaan MADANI ini menjadikan reformasi dalam soal kebebasan bersuara. Buktikanlah melalui tindakan.
Yang Berhormat.
Jangan bila rakyat kritik, dibalas dengan ugutan kereta peronda Polis di depan rumah. Jangan bila pandangan rakyat itu tidak selari dengan kehendak politik, pelbagai tekanan dikenakan hinggakan- Muar, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Kerajaan pada hari ini, apabila mereka berada di Kerusi Pembangkang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kebebasan media, tetapi hari ini terbukti jumlah censorship, sekatan meningkat bukan sekali ganda, dua kali ganda, tiga kali ganda, meningkat 40 kali ganda, sampai- sikit. Apabila Yang Berhormat Putrajaya keluarkan video berasaskan fakta kritik berkenaan mata wang Ringgit yang paling lemah lebih 26 tahun, tetapi bila sudah cecah dua juta views dilenyapkan kerana Laporan MCMC, bawah Kerajaan MADANI. Adakah ini taktik baru kerajaan? Apabila mereka tidak boleh jawab isu mata wang lemah, kenaikan kos sara hidup, rasuah berleluasa, mereka tutup mulut rakyat, tutup mata rakyat, ugut mereka. Kita perlu lawan berhabis-habisan... [Tepuk]
Anak muda Muar, saya bersetuju. Walaupun masih lagi duduk dalam kumpulan Bebas, tetapi saya setuju.
Larut, saya hendak sentuh tadi berkaitan apa yang Muar sebut berkaitan dengan Ringgit. Kita lihat suatu hari yang lepas, apabila satu portal berita membuat satu tajuk yang menunjukkan bahawa Ringgit jatuh ke paras terendah. Nampaknya tajuk tersebut pun diminta ditukar. Selepas beberapa minit ditukar, kalau kita ingat tajuk itu.
Saya juga, video saya menceritakan pasal Ringgit, semua fakta, tetapi di-delete- kan ya, di-blocked dari TikTok dan ini saya nak tanya sikitlah kerajaan, kalau sebelum ini kerajaan kata tak bolehlah dengan skop yang luas, tak tahu apa definisi, tak boleh bercakap tentang 3R- race, religion dengan royalty. Adakah sekarang ini kerajaan nak masukkan R keempat iaitu “Ringgit.”? Tak boleh bercakap pasal Ringgit. Terima kasih... [Ketawa] [Tepuk]
Ya. Putrajaya, saya ini yang saya kata mereka ini sekarang ini, seperti satu kumpulan yang asalnya trying to create fear kepada Pembangkang. Hari ini- the fear, fear them.
Ya... [Ketawa] [Tepuk]
Ini yang jadi masalah kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, penting saya tegaskan di sini, Kerajaan MADANI ini tidak memenangi pilihan raya, ianya hanya dibentuk melalui kerjasama politik selepas pilihan raya dan Perlembagaan membenarkan mengikut lunas demokrasi untuk kerajaan ditukar jika tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.
Setuju... [Tepuk]
Allah SWT berfirman dalam surah As- Saff ayat dua dan tiga, mafhumnya berbunyi, “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan, amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
[Mencelah]
Apa dia?
Pembohong.
Apa dia?
Pembohong.
Itulah dia. Sekarang ini sudah memasuki tahun kedua Kerajaan MADANI. Mana dia janji harga minyak turun?
Pembohong.
Dulu bagi alasan tak boleh turun sebab tak jadi Perdana Menteri.
Pembohong.
Sekarang dah berkuasa, program subsidi bersasar pula. Tiba-tiba, jangan ditangguhkan. Bersorak tentang reformasi, tapi dalam banyak perkara diselubungi dengan sebuah pentadbiran yang menyalahgunakan kuasa. Tadi saya dah bangkit. Tuan Yang di-Pertua, tadi pagi. Tuan Yang di-Pertua ada tadi kan, duduk kat belakang. Jangan abuse the majority... [Tepuk] Pada 14 Mac 2023 di Dewan Yang Mulia ini, Yang Amat Berhormat Tambun berkata pendakwaan dalam skandal kapal LCS sebelum ini tak cukup kerana watak-watak utama ini yang dikatakan terlibat dalam skandal ini tidak diheret ke mahkamah, tapi bila dah jadi Perdana Menteri, mana pendakwaannya?
Gagal.
Pembohong.
Jadi janganlah, jangan Tuan Yang di- Pertua, episod dendam politik berterusan meskipun ketika ekonomi negara terbantut. Ketika Ringgit menjunam teruk dan ketika rakyat terus-menerus dihimpit dengan kos sara hidup. Sesiapa sahaja yang dirasakan boleh memberi ancaman sehingga difitnah, disiasat dan didakwa dengan pelbagai tuduhan politik. Politik dendam sebegini tidak membawa keuntungan kepada sesiapa. Pendedahan yang bukan-bukan sebegini rupa akan menyebabkan pelabur asing bertambah takut. Maka, rakyat bertambah derita disebabkan kesempitan ekonomi. Kalau benar tindakan diambil demi membanteras rasuah, buatlah kepada semua. Jangan main pilih bulu. Hanya kerana kesepakatan politik, satu dunia tahu yang mana benar, yang mana salah. Jangan simpan pekung hanya kerana mahu berkuasa... [Tepuk] Ingat, neraca atau asas dalam sebarang tindakan kita adalah keadilan. Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bertindak ke atas semua tanpa memilih bulu. Kalau betul mahu membanteras rasuah, mengapa ada silap mata sehingga kes yang telah sampai ke peringkat bela diri pun digugurkan?... [Tepuk] Ini bukti jelas bahawa laungan reformasi adalah pembohongan dan sudah adapun NGO- tadi Bersih melakukan flash mob kerana menentang keputusan yang dibuat oleh kerajaan... [Tepuk] Kalau benar-benar ikhlas menentang rasuah, mengapakah bekas Menteri yang terkaya dengan rasuah hampir RM100 juta tidak dikenakan apa-apa tindakan pendakwaan? Apakah dengan hanya menggugurkan daripada senarai Kabinet sudah memadai? “Berhentilah berkokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang dengan najis”. “Berhentilah berkokok-kokok, berderai-derai, tetapi ekor bergelumang dengan najis”...
Najis.
Bila rakan buat salah, dipejamkan mata. tapi jika melibatkan pihak lawan, yang tak adapun, diada-adakan. Kepada agensi penguat kuasa, janganlah benarkan diri kalian menjadi kuda tunggangan, rasuah dan salah guna kuasa wajib ditentang, tetapi apabila bertindak, berpaksilah kepada neraca keadilan dan bertunjangkanlah rasa takut kepada Allah SWT... [Tepuk] Ingatlah Buya Hamka juga menyebut, faktor kejatuhan seseorang pemimpin adalah kerana ketidakadilan pemimpin itu sendiri.
Ya, setuju.
Hari ini mungkin kita sombong, mungkin kita sombong dan alpa kerana sedang khayal memegang kuasa. tetapi ingat, langit tidak selalunya cerah...
Ya... [Tepuk]
Dan kita tidak selama-lamanya di atas kerana setiap yang bermula pasti ada...
[Mencelah] [Tepuk]
Kerana tiap yang bermula pasti...
Berakhir.
Kalau nak samakan diri dengan Nelson Mandela...
[Ketawa] Jauh sangat.
...Banyak bezanya. Jauh bezanya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, hanya tinggal tak sampai satu minit. Saya nak cari poin terakhir.
Point of order. Point of order.
Kenapakah pula point of order?
[Bangun]
35(7). Bukan. 35(7). Semasa Speaker mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Cambodia dan Ketua Pembangkang berucap, jam tak berhenti. Saya dah bagi signal suruh berhenti, empat minit.
Oh.
Empat minit. Empat minit.
Boleh.
Jadi Point of Order 35(7) saya minta Speaker bagi empat minit kerana mengalu-alukan Perdana Menteri Cambodia. Terima kasih yang dikasihi.
Boleh, boleh.
Saya bagi Ketua Pembangkang untuk gulung.
Boleh ya?
Bolehlah.
Dua minit sebab tadi. Okey.
No, no, no. Empat minit.
Dua minit.
Tak apalah. Saya ini...
Arau, Arau 35(7) itu untuk hadkan masa bukan tambah masa.
Kalau Tuan Yang di-Pertua ini, saya...
Arau bagi point of order salah...
[Dewan riuh]
Saya tak lawan.
Point of order salah.
Duduk, duduk. Kampar duduk.
Peraturan mesyuarat yang salah.
Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Apa Peraturan Mesyuarat 35(7)?
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Arau baca, Arau baca. Arau. Arau sudah lama, orang lama sini, bagi tahu apa itu 35(7)?
Yang Berhormat Kampar, sila duduk...
[Dewan riuh]
Ya. Duduk, duduk, duduk.
Saya bagi dua minit tambahan untuk Ketua Pembangkang.
Larut, akhir Larut.
Okey. Saya. Tadi tak bagi.
Itu tambahan, bukan untuk Hulu Terengganu ya.
Ringkas sahaja.
Selepas itu saya penutup.
Ringkas sahaja Larut. Berkaitan dengan perancangan ataupun apa yang diuar-uarkan oleh kerajaan untuk membasmi rasuah ataupun salah bidang kuasa bahawa di kalangan kita ini didatangi oleh pelobi- pelobi yang dikatakan mewakili Pejabat Perdana Menteri untuk menyokong mereka? Apakah itu tidak termasuk dalam rasuah? Terima kasih.
Oh ramai, ya. Siapa, ramai...?...
[Dewan riuh]
Sila gulung.
Ramai Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, tapi Tuan Yang di-Pertua ini pun satu hal juga. Saya nak bagi tahu tolong bagi tahu dengan kerajaan, cukup Tuan Yang di-Pertua kata dah kira dah lebih dah daripada dua pertiga. Yang takut dan nak rasuah lagi kami ini pasal apa?... [Ketawa] Semua itu dah rasuah, dahlah, cukup lah. Yang ini tidak makan rasuah. Yang pindah itu... [Ketawa]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Sila gulung.
Malaysia hari ini berada di persimpangan. Saya nak tutup. Keyakinan pelabur merosot, ekonomi terencat, mata wang merudum dan rakyat resah gelisah, tetapi kerajaan masih lagi sombong serta bongkak. Kerajaan Uthmaniyah 600 tahun di puncak kemasyhuran, tetapi disebabkan kelemahan dalam pentadbiran yang membawa kepada masalah ekonomi hingga nasib rakyat tidak diurus dengan betul dan
mengheret pula kepada konflik empayar yang sebegitu megah pun terkubur. Jangan sampai nasib serupa menimpa Malaysia. Jika urusan pentadbiran negara tidak dibuat dengan cekap, cermat dan berkesan, tetapi bila ditegur dan dikritik, dia kata ini kerajaan kami, kami punya sukalah... [Dewan riuh] Bahkan, ada juga Menteri yang sebut, tugas ini tugas saya- Menteri bukan jadi Santa Claus kepada rakyat. Pada saya, sebuah kerajaan yang zalim, angkuh, sombong dan culas adalah kerajaan jadong- jahat, bodoh dan sombong. Ini merupakan istilah yang saya petik daripada Allahyarham Syed Hussein Alatas. Terima kasih. Hakikatnya bahawa kerajaan ini adalah sebuah kerajaan yang gagal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Larut.
[Dewan riuh]
Larut, Larut, Larut.
Semua hendak rehat kah?
[Dewan riuh]
[Ketawa]
Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar, 25 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut serta membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Patik mewakili sekalian rakyat jelata dengan penuh takzim dan hormat, merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas pemasyhuran Baginda Tuanku selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII. Patik setulusnya yakin kebijaksanaan dan keadilan Tuanku serta keprihatinan Tuanku akan kesihatan rakyat di bawah naungan Tuanku sepanjang pemerintahan akan hanya membawa kepada kebaikan dan kemakmuran kepada negara yang bertuah ini. Patik juga dengan penuh takzim menyembah ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang telah menyempurnakan pemerintahan Baginda pada Januari yang lepas. Malaysia serta warganya pasti akan mengenang nikmat keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan sepanjang tempoh Baginda bersemayam atas takhta selama lima tahun. Dirgahayu Tuanku yang kembali bersemayam sebagai Sultan dan Raja pemerintahan negeri Pahang Darul Makmur. Puan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam merupakan manifestasi kecaknaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda, seorang Raja dan pemerintah negara yang memahami denyut nadi sebenar rakyat. Bukan sahaja memahami, tetapi telah berupaya menyelami perihal dan cabaran kehidupan rakyat di bawah. Kita amat berbangga dan merasa bertuah dapat berpayung di bawah pemerintahan Tuanku dan pastinya usaha membela dan memperkasa serta mempertingkatkan darjat dan martabat nusa bangsa akan menjadi keutamaan kita sebagai penggubal dan pembuat dasar di sini. Puan Yang di-Pertua, menelusuri peralihan masa dan tahun, strategi, dasar dan polisi turut silih berganti. Kitaran dan kepesatan ekonomi dunia dipengaruhi
perkembangan global yang di luar jangkaan. 2023 telah menyaksikan Kerajaan Perpaduan melalui Gagasan Malaysia Madani serta kerangka ekonomi telah merencana hala tuju baru dalam usaha mencorakkan dan memberikan nafas baharu bagi memperkasakan negara pasca pandemik. Bermula dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, dilengkapi dengan kepelbagaian dasar. Dasar Tenaga Negara, NETR 2030, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan juga pematuhan kepada global polisi seperti Carbon Net Zero 2050 dan juga green economy, termasuk juga Belanjawan 2024. Puan Yang di-Pertua, nampaknya kita Malaysia telah ada platform yang ampuh dan teguh untuk membuat lonjakan seterusnya. Menjelang tahun 2024 ini, cabaran dan obligasinya juga tidak berbeza. Krisis geopolitik yang masih berpanjangan, memburuk jika kita melihat nasib saudara kita di Palestin. Perubahan dasar monetary dan mata wang Amerika Syarikat, perkembangan ekonomi digital, pasaran dagangan yang berat sebelah, juga isu climate change yang kian meruncing akan terus menjadi perhatian dan turut menjadi elemen dan variable yang mencorakkan kitaran ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia. Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Puan Yang di-Pertua, beliau mengingatkan.
Paya Besar, Paya Besar. Kampar sini. Minta sedikit.
Nanti, saya tidak habis lagi.
Bukan, ada- live telecast ini tergendala. Saya minta Puan Speaker untuk pulihkan. Sebab tadi saya tengok sekarang live, YouTube kita tidak nampak. Oleh itu, saya mohon pihak Parlimen cuba baiki balik. Sebab kalau Larut, nasib baik dia sudah habis, kalau tidak habis, nanti dia cakap ini muslihat.
Puan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda mengingatkan peri penting sifat bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama di antara kita untuk bersama membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Puan Yang di-Pertua, topik hangat yang sedang bermain di media massa, berlegar menjadi bicara di segenap ceruk negara. Tidak lain berkaitan ekonomi negara dan prestasi mata Ringgit Malaysia. Jika di media, olahannya, susunannya lebih teknikal. Terangkum dengan pelbagai unjuran dan analisis dari pelbagai sumber dan rujukan, tetapi Puan Yang di-Pertua, di bibir masyarakat, topik kemampuan berbelanja, harga barangan yang meningkat, kadar keberhutangan rakyat dan kerisauan untuk kelangsungan hidup menjadi bualan yang begitu hangat. Yang pasti, keluh resah dan kegusaran ini menjadi cabaran bukan sahaja kepada kerajaan, tetapi tanggungjawab kita semua 222 orang Ahli Dewan Rakyat sepertimana Titah Seri Paduka Baginda semalam. Puan Yang di-Pertua, dengan izin, the economy is the start and end of everything, you can’t have any reform if you don’t have a strong economy. Minggu lepas Ringgit menjunam ke paras terendah iaitu RM4.801 sen, berbanding Dollar Amerika. Pelbagai pihak menyamakan kejatuhan ini seperti deja vu Asian financial crisis tahun 1998. Pelbagai spekulasi, pelbagai cadangan dikemukakan dan tidak kurang juga telahan berlegar seolah-olahnya ia refleksi kelemahan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara. Sebaiknya Puan Yang di-Pertua, kita tidak harus cepat menghukum. Jika kita benar-benar jujur, bicara dengan fakta. Petunjuk dan data ekonomi sebenar agar ianya lebih memberi faedah dan kesan yang menyeluruh kepada ekonomi negara kita.
Tidak salah menjadi kritikal, tetapi membawa naratif yang akhirnya merugikan semua, ini perlu dipertimbangkan. Dengan izin, you are entitled to your opinions, but not the facts. Puan Yang di-Pertua, penyusutan nilai Ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat ini tidak harus dijadikan kayu pengukur bahawa kedudukan ekonomi negara dan
fundamentalnya sudah terjejas. Sementelahan, kita tahu, kita faham, kita sedar Malaysia ini sebuah negara perdagangan dan mengamalkan ekonomi terbuka dan sering didorong petunjuk makroekonomi global.
Paya Besar, kalau boleh bagi sikit, boleh tak?
Saya habiskan dulu. Data menunjukkan keadaan situasi Ringgit yang berlaku pada ketika ini bukan satu proses yang pendek, tetapi satu proses long story. Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, saya dan rakan-rakan dalam jawatankuasa telah beberapa kali memanggil Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan pada tahun lepas untuk memberi gambaran sebenar latar ekonomi, khususnya kedudukan Ringgit kita. Berdasarkan penerangan yang diberikan, saya tahu kerajaan sememangnya tidak berdiam diri, malah sebaliknya agresif dalam melaksanakan pelbagai strategi mendepani isu penurunan ini terkait bukan hanya internal factors semata, tetapi turut berhubung kait dengan external factors. Sila, Pasir Mas...
Terima kasih Paya Besar. Sebab itu saya setuju dengan Paya Besar dengan ucapannya yang penuh matang bahawa Ringgit ini ia bukan isu politik semata-mata, tetapi ia perlu ditangani dengan kematangan. Sebab itu ketika Paya Besar sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam masa tempoh dua Perdana Menteri, adakah Paya Besar juga setuju bahawa suara nakal yang menyatakan kemerosotan Ringgit pada masa itu mengaitkan dengan kegagalan kerajaan juga satu pembohongan? Apakah pandangan Paya Besar?
Saya fikir soalan yang dikemukakan oleh Pasir Mas ini kita harus melihat secara jujur dan fakta. Saya- Yang Berhormat Pasir Mas pun mengenali saya. Saya akan bercakap perkara yang berdasarkan fakta dan data. Betul, semasa dua tahun saya menjadi Timbalan Menteri Kewangan, saya amat memahami suasana ekonomi yang sedang berlaku dan apatah lagi ketika itu kita sedang menghadapi pandemik, tetapi kita kena akui bahawa sepertimana yang saya sebutkan tadi, ringgit bukan penunjuk ekonomi yang sebenar. Ia bukanlah suatu faktor yang mutlak yang menunjukkan ekonomi negara kita berada di landasan yang tak tepat. Kerana apa? Kerana inilah faktanya. Puan Yang di-Pertua, kejatuhan Ringgit banyak disumbangkan oleh faktor-faktor yang di luar kawalan kita dan perkembangan global sepertimana yang saya sebutkan tadi. Pertama, pengukuhan Dolar dan kadar faedah di Amerika Syarikat yang pada ketika ini berada pada 5.5 peratus, berbanding dengan negara kita iaitu 3.0 peratus. Bagaimanakah kita nak bersaing dengan Dolar Amerika? Kerana perbezaannya adalah sangat luas, 250 basis point atau dalam bahasa mudahnya, 2.5 peratus. Bagaimanakah kita nak mengawal kelembapan ekonomi dan ketidaktentuan ekonomi China akibat krisis pasaran hartanah yang mendorong pada Bank of China untuk menurunkan kadar faedah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara mereka sendiri? Baru-baru ini, negara jiran, Perdana Menteri Thailand menggesa Bank of Thailand untuk menurunkan kadar faedah kerana pada hemat mereka, mereka sedang menuju ke arah kemelesetan. Itu yang saya sebut, Puan Yang di-Pertua, yang lebih utama, kita tidak harus cepat melatah dan panik dengan kedudukan Ringgit yang berlaku pada hari ini. Kerana apa? Kerana kita mesti melihat dari sudut fundamental yang kita ada...
[Bangun]
Ya, betul, kita ada hutang negara yang agak besar, tetapi bagaimana hutang negara tersebut memberi refleksi kepada kejatuhan Ringgit.
Paya Besar, sikit Paya Besar. Tampin. Boleh? Saya hanya nak mendapatkan pandangan. Menurut laporan Bloomberg, Ringgit yang berterusan menyusut pada masa ini telah meletakkan hampir ke paras terendah yang direkodkan pada tahun 1998 iaitu semasa krisis kewangan Asia. Dalam laporan itu juga ada menyebut, Ringgit mencatatkan kadar terburuk pada 4.88 iaitu lebih kurang sama dengan keadaannya pada hari ini sehingga mendorong kerajaan campur tangan untuk menambat mata wang negara pada 3.80 berbanding Dolar Amerika Syarikat. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat, mengapakah kita tidak mengulangi sahaja pendekatan tersebut yang boleh menghentikan penurunan nilai Ringgit boleh pulih semula? Terima kasih, Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Puan Yang di-Pertua, sekiranya kita mengulangi apa yang berlaku pada tahun 1998, 26 tahun yang lepas, kita akan kehilangan tarikan kepada pelabur luar buat selama- lamanya. Sebab, kita kena lihat, walaupun nilainya adalah sama, Yang Berhormat Tampin, RM4.80 pada tahun ini, RM4.80 pada tahun 1998, tetapi ia mempunyai characteristics yang berlainan. Tahun 1998, kenapakah kita pegged? Kerana ia merupakan masalah kita. Kita ambil satu contohlah, Yang Berhormat Tampin. Bank, ketika itu, mempunyai NPL pada kadar 18.6 peratus. Maknanya, kadar keberhutangan rakyat tak boleh nak membayar pada ketika itu, 18.6 peratus. Pada ketika ini, hanya 1.65 peratus. Ramai penganalisis di luar sana melihat KLCI, 30 syarikat di papan utama Bursa Malaysia. Pada tahun 1998, -76 peratus, tetapi sekarang hanya -2.7 peratus. Saya akui kita ada masalah, tetapi jangan panik...
[Bangun]
...Kerana ia tidak akan memberi naratif yang baik. Kita lihat interest rate ketika itu, 11 peratus dan interest rate ketika ini, tiga peratus. Kalau kita pegged, Yang Berhormat, ini satu perkara yang kita kena fahami. Apabila kita pegged- kita sekarang berada pada tiga peratus. Kita kena naikkan sehingga 5.5 peratus untuk samakan level dengan America Dollar iaitu 5.5 peratus. Bila kita naikkan interest ini, apakah kesannya kepada rakyat? Kesannya kepada rakyat, kita punya pinjaman akan mula meningkat daripada segi cost of funding, tetapi kita kena lakukan capital control sepertimana yang kita buat dahulu. Ini juga akan melemahkan negara kita untuk masa panjang dan buat selama-lamanya...
Yang Berhormat, minta laluan sikit. Paya Besar.
Saya banyak ini.
Sikit. Sikit saja. Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih dengan fakta-fakta yang diberi itu. Daripada segi ekonominya, memang betullah begitu, tetapi saya masih ingat lagi pada 4 Oktober 2022, ketika itu Yang Berhormat Tambun sebagai Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Paya Besar pada masa itu menjadi Timbalan Menteri Kewangan. Yang Berhormat Tambun marah Menteri Kewangan disebabkan Ringgit jatuh. Sekarang ini, Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri yang memegang tampuk kuasa dan juga Yang Amat Berhormat Tambun juga patut marah juga kepada Menteri Kewangan sekarang, bahkan perlu lebih keras lagi daripada dulu masa zaman Paya Besar jadi Timbalan Menteri Kewangan kerana prestasi sekarang ini, seperti fakta-fakta yang
disebut tadi, lebih teruk berbanding dengan Menteri Kewangan yang sebelum ini. Macam mana komen Paya Besar?
Ya, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat juga turut sama dengan saya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi. Kita dengar penerangan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Itu sebabnya saya beritahu Yang Berhormat, di sini bukan tempat untuk kita bermain politik.
Betul, betul.
Kita di sini adalah untuk kita laksanakan tugas sepertimana Titah Seri Paduka Baginda. Saya boleh lakukan perkara yang sama untuk- walaupun posisi saya sebagai Ketua Backbenchers, saya boleh tegur Yang Berhormat Menteri Kewangan sekiranya saya melihat ada perkembangan- perkembangan yang tidak selaras sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara maju, tetapi kita kena bersifat adil, Yang Berhormat. Kalaulah kerajaan sedang melakukan sesuatu, kita sebut kerajaan melakukan sesuatu, tetapi maaflah, Yang Berhormat Pendang, saya lihat, saya tunggu satu jam lebih ucapan daripada Ketua Pembangkang, tak banyak pun mengakui apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan... [Tepuk] Yang Berhormat bersama-sama saya dalam jawatankuasa. Tugas Yang Berhormat untuk terangkan apa yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Kasihan mereka, Yang Berhormat. Saya ingat lagi Yang Berhormat tanya macam-macam dalam sesi kita bertemu dengan Bank Negara tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bergerak sikit.
Paya Besar, Pendang ini macam sumpah-sumpah lah. Dalam mesyuarat tanya banyak, kemudian dekat sini cakap lain pula. Macam sumpah-sumpah.
Tuan Yang di-Pertua...
Sekejap, sekejap. Peraturan 36(6). Dia tak minta, dia terus bercakap, Tuan Yang di-Pertua. Mintalah kebenaran kepada...
Pendang pun tak minta kebenaran.
Tak, saya minta. Saya minta.
Sila duduk, sila duduk.
Saya minta. Tak...
Paya Besar geng saya.
Tak bolehlah. Kena mintalah.
Paya Besar geng saya.
Paya Besar, sila teruskan. Yang lain, sila duduk.
Dia geng saya. Dia geng. Saya punya Ketua BBC.
Ini kita nak...
Tahniah Paya Besar dilantik sebagai Ketua BBC.
Cukup, Hulu Langat. Sila duduk!
Kita nak jaga keharmonian Parlimen. Itu yang tak apa.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya sebab sebagai pengerusi backbenchers, saya ada banyak perkara yang saya nak sentuh sebab bagi saya, sebagai pengerusi backbencher, bukan sahaja kita menyokong, tetapi kita harus check and balance untuk memastikan pelaksanaan di pihak eksekutif betul-betul memberi kebajikan kepada rakyat sepertimana Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Puan Yang di-Pertua, kita kena lihat bagaimana pakar-pakar ekonomi, institusi perbankan, pakar-pakar penganalisis ekonomi, Maybank, MIDF, Kenanga, AmBank, Bank of America, OCBC dan CIMB yang selalu kita jadikan mereka sebagai rujukan dalam kita berbahas di Dewan ini. Mereka begitu optimis, bahawasanya Ringgit Malaysia akan lebih baik pada tahun ini. Kerana apa? Kerana sokongan pembaharuan struktur yang sedang dilakukan oleh kerajaan. Itulah saya minta sangat kepada kerajaan supaya terus konsisten dan komited dalam melaksanakan economic reform. Jangan takut, jangan bimbang, jangan U-turn. Perlu ada keberanian dalam pelaksanaan menguruskan aspek komunikasi, perihal ekonomi, turun padang, bertemu dengan high touch point seperti guru, pelajar, doktor, ketua kaum, ketua masyarakat dan tolonglah beri penerangan dalam bahasa yang mudah dan difahami, supaya apa? Supaya sentimen dan persepsi ini juga memberi penentuan kepada pertumbuhan ekonomi negara kita dan saya mengingatkan kepada kita- semua, honesty is the best policy. Puan Yang di-Pertua, saya tahu, saya sedar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2023, 3.7 peratus. Memang rendah daripada ramalan asal- 4.0 dan menguncup 2.1 peratus pada suku keempat berbanding suku sebelumnya, tetapi juga kita kena jujur dan ikhlas, kerana apa? Kerana kita mesti melihat bagaimana pertumbuhan perdagangan secara global, 2023 hanya 0.4 peratus, walaupun disebut oleh tadi Yang Berhormat Larut. Saya tak mahu komen banyak, Puan Yang di-Pertua. Cumanya, saya nak beritahu, kita tahu unjuran IMF. Kita bentangkanlah 0.4 peratus pada tahun 2023 tetapi ada yang positif. Unjuran daripada IMF pada tahun 2024, dia akan meningkat kepada 3.3 peratus dan bagaimana kita harus berperanan supaya untuk catch up semula nilai dagangan kita, supaya dapat memangkinkan ekonomi negara. Saya ingat, Puan Yang di-Pertua, kita kena mencari jalan keluar untuk memperbaiki situasi ini. Kerana apa? Imbangan akaun semasa, current account balance tidak terus menunjukkan penurunan. 2023, tahun lepas, 1.2 peratus. Kita surplus, tetapi 1.2 peratus. Tahun 2022, kita 3.1 peratus, tetapi 10 tahun yang lalu, kita berada pada kadar surplus 5.2 peratus imbangan akaun semasa. Itu sebabnya, saya yakin kalau kita dapat tingkatkan jumlah prestasi eksport kita, didominasi dengan penghasilan produk yang berkualiti dan pengekalan harga yang kompetitif, kita mampu untuk keluar daripada perkara trend penurunan ini. Melihat ke hadapan, sudah pasti penerokaan bidang pertumbuhan mesti disegerakan. Pemerkasaan sektor-sektor sedia ada mesti diperkasakan. Eksport elektronik dan komoditi ke pasaran baru mesti dilakukan segera. Jangan bertangguh lagi, Puan Yang di- Pertua. Terokai destinasi yang baru. Jangan hanya bergantung kepada kawan-kawan yang lama. Dalam Dewan ini Puan Yang di-Pertua, banyak kali saya sudah beritahu. Jangan kita hanya bergantung kepada United States dan China. Terokalah benua-benua Afrika dan saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani kerana sudah menunjukkan kementerian beliau untuk menerokai benua Afrika kerana apa? Di sana, ada peluang yang cukup-cukup besar. Kerana apa? Mereka akan jadi kawan baru kepada kita. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi tumpuan kepada dasar dan polisi. Titah Seri Paduka Baginda- Baginda menyeru kerajaan agar dasar yang kita buat mesti dapat menyatukan rakyat. Memperkenalkan dasar yang melengkapi dasar-dasar nasional dan mempunyai agenda pembaharuan yang mampu untuk memperkukuhkan daya saing
negara. Menjadi tanggungjawab kita sebagai penggubal dan pembuat dasar untuk menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menunaikan harapan dan amanah yang diberikan rakyat kepada kita. Puan Yang di-Pertua, saya ucapkan syukur kerana kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang terus memperkasakan projek-projek mega seperti Pan Borneo, ECRL, Pelabuhan Pulau Carey, RTS Johor-Singapura. Cumanya, Puan Yang di-Pertua, sewajarnya projek-projek yang berskala besar ini mesti berfungsi, menjadi tulang belakang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara agar kita dapat mampu memperlebar peluang, bukan sekadar pembangunan infrastruktur fizikal. Kerajaan perlu melihat, adakah capacity buildings dan spillover effect yang diharapkan dapat dilakukan secara menyeluruh, bukan hanya semata-mata projek mega ini dilaksanakan. Saya merasakan, sudah tiba masanya dan kewajaran untuk mewujudkan komuniti local development policy, yang mewajibkan syarikat-syarikat yang memperoleh projek mega berjumlah RM500 juta ke atas, menyediakan satu- dana khas secara CSR bagi program pembangunan bakat tempatan yang bersifat holistik dan menyokong pertumbuhan setempat. Projek polisi ini, Puan Yang di-Pertua, mirip kepada projek yang sedia ada di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan yang dinamakan ICP ataupun Offset. Saya ambil contoh, Puan Yang di-Pertua. Projek ECRL memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang dan rakyat di Pantai Timur dan alangkah baiknya, jika syarikat pemaju projek ini boleh memberikan Offset, membina infra pusat ekonomi di sepanjang jajaran ECRL. Melatih usahawan baharu dalam bidang MRO dan bidang-bidang yang berkaitan. Ini yang saya maksudkan, secara berterusan dan bukan hanya pada fasa pembinaan, tetapi impak pembangunan dapat dirasai oleh kawasan setempat di sekitar projek mega ECRL. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya memasukkan lagi satu perkara yang saya fikir amat-amat penting...
Ringkaskan.
Dalam memastikan ekonomi kita dapat disokong, yang saya dan ramai penganalisis ekonomi melihat ini sebagai cash cow Tuan Yang di-Pertua, kita dengar pencapaian kedatangan hampir 29 juta pelancong asing ke negara ini pada tahun lepas. Ada yang kata 26, ada yang kata 29, tetapi tak apalah. Kita tertinggi di kalangan negara ASEAN dan sudah pasti kejayaan ini boleh dibanggakan dan kita ucapkan tahniah kepada kementerian yang berjaya mengusahakan kedatangan pelancong asing ke negara kita pada tahun 2023. Namun begitu, Puan Yang di-Pertua, dalam kita- keghairahan kita menyambut tetamu dan pelancong luar negara ke negara kita, kita harus bersiap sedia dengan infrastruktur, fasiliti kemudahan awam yang baik dan bersih. Lebih utama lagi, membuang mentaliti kelas ketiga dalam ketersediaan fasiliti kelas pertama. Namun, Puan Yang di-Pertua, jika kita teliti, kalau kita tail down betul-betul, walaupun jumlah kita meningkat kedatangan pelancong asing, tetapi jumlah berbelanja mereka amat-amat rendah. Bukanlah amat rendah, bermakna rendah berbanding dengan Thailand. Kalau Thailand, USD31 bilion, tetapi negara kita hanya USD23 bilion. Itu sebabnya, saya menyeru kepada kerajaan supaya memperlakukan sesuatu tindakan yang segera untuk memastikan lebih ramai pelancong asing yang berkualiti dan mampu berbelanja lebih dipertingkatkan, selain meminta agar pemain industri lebih bersedia. Akhirnya, Puan Yang di-Pertua, saya mengharapkan sangat Ahli-ahli Dewan supaya kita dapat bersama-sama untuk memastikan apa yang kita lakukan pada hari ini akan memberi kesan pada masa yang akan datang.
Kita belum lagi hadapi defisit berkembar sepertimana yang disebutkan tadi walaupun mereka hanya melihat kepada defisit fizikal tetapi mereka juga harus jujur untuk
melihat kepada current account balance yang begitu surplus. Kita belum sampai lagi kepada defisit berkembar. Ini mempunyai keyakinan dan saya yakin sesungguhnya rakyat jelata mengharapkan kita lakukan sesuatu dan Insya-Allah, kita mampu lakukan sesuatu jika kita berganding bahu. Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Pendang, 12 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman. Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dengan mengerjakan perkara-perkara berkebajikan dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan daerah kamu serta bertakwalah kepada kamu, kepada Allah nescaya kamu akan diberi kejayaan.” Surah Al-Imraan, ayat 200. Pertamanya, marilah kita merafakkan rasa penuh kesyukuran dengan limpah dan kurnia-Nya, kita- semua dapat berkhidmat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan demi kesejahteraan rakyat. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan iaitu Tan Sri- Puan Timbalan Speaker, yang mana diberikan peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15. Pelbagai perkara yang telah diungkapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan Malaysia yang sejahtera, makmur dan maju, insya-Allah dengan doa kita semua, menunjukkan bahawa Baginda sangat memberi perhatian- perkembangan mutakhir ini serta mengambil berat akan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat mutakhir ini. Puan Yang di-Pertua, mutakhir ini rakyat berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Pada masa yang sama, lebih mengelirukan rakyat apa akan jadi. Sekejap nak membela rakyat, sekejap cukai dinaikkan, barangan meningkat. Jadi, macam apakah pembelaan rakyat hanya di mulut? Tindakannya berlainan. Ini perkara yang harus kita beri perhatian. Oleh kerana itu, kita tengok sekarang ini, sudahlah kos sara hidup yang melambung bagai tidak ada noktah untuk berhenti. Kos sara hidup hari-hari meningkat. Tadi daripada segi fakta yang diterangkan oleh Yang Berhormat Paya Besar- itu fakta daripada segi unjuran secara makro, tapi yang sebenarnya mikro yang di bawah yang dihadapi oleh rakyat ini- saya bukannya nak menafikan fakta-fakta itu, tapi the real, the reality yang berlaku di bawah itu rakyat sedang menderita. Apakah maksudnya? Kita tengok beras tempatan terputus. Bekalan minyak masak tiada dan mahal. Gula pula dibayangi harga yang sangat tinggi. Telur- telur ayam lah. Sat ni saya sebut telur, orang faham macam-macam pula. Minta maaf. Oleh kerana itu, kita tengok Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai satu topik dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih iaitu tiga usul yang saya akan bawa ini. Yang pertamanya, berkenaan dengan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, kedudukan mata wang Ringgit Malaysia kini berada pada paras yang amat menakutkan. Tadi dia terang- diterangkan oleh Yang Berhormat Ketua Backbenchers tadi daripada Paya Besar. Saya tengok itu teori. Masa Yang Berhormat Paya Besar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, pada ketika itu, RM4.23 sudah dikatakan- saya ulang balik lah. Bukan saya nak menyebut perkataan ini. “Mereka yang memerintah tidak reti memerintah. Bangang dan bodoh”. Saya ulang tu. Bukan saya yang kata. Perkataan itu dulu. Sebab itulah kita kena hati-hati. Kita nak sebut kepada orang bangang dan bodoh akan balik kepada kita. Adakah kita sekarang ini- saya tak naklah sebut yang ada sekarang ini bangang dan bodoh, tapi ini adalah ujian kepada kita untuk...
Minta laluan Pendang, boleh?
Ya, ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya tertarik apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan penurunan nilai Ringgit dan perkara ini sangat terkesan, terutama penduduk-penduduk di sempadan. Apabila kebergantungan negara kita tinggi terutama makanan dari luar negara, maka harga tu mahal bukan kerana barang itu mahal, tetapi nilai Ringgit menyebabkan semakin mahal. Dan ditambah pula dengan kekurangan bekalan yang ada tempatan. Jadi, sebenarnya apa penyelesaian yang dibuat oleh kerajaan hari ini dalam menangani isu nilai ringgit yang semakin menjunam. Apakah pandangan Pendang?
Itu yang saya katakan tadi. Saya ingat masuk dalam ucapan saya. Cuma, saya nak respons sikit. Rakyat tak nampak perancangan yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar yang menjadi Ketua Backbenchers- baharu dilantik, baharu ini. Satu tindakan yang drastik yang bagi nak mengekang. Rakyat tak nampak. Kamu merancang di sana, tapi tidak ada diumumkan. Barang semakin naik. Rakyat dia tak peduli kamu rancang apa, nampak lagi another three years, four years, dia akan dapat balik dia punya returnable ROI. Rakyat hendak sekarang ni, sedang menghadapi. Tekanan hidup. Berceritalah teori berapa peratus pun. Rakyat tak mahu yang tu. Dia nak sekarang. Jangka masa pendek dan jangka masa panjang itu simpan dekat Yang Berhormat daripada Ketua Backbenchers tadi untuk kerajaan. Jadi, ini yang kita hendak. Jadi, kalau hendak saya bagi lah kalau nak mencelah. Ha, tak? Tak pa. Jika benar kejatuhan mata wang ini telah menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, saya mohon untuk mendapatkan perincian yang menyeluruh. Dalam pada itu, dalam keratan akhbar baru-baru ini, Menteri Kesihatan juga menyatakan bahawa kejatuhan mata wang memberikan kesan yang sangat minima dalam pembelian serta perolehan berkaitan ubat-ubatan dari luar negara. Saya tak nak menyentuh lah sebab Menteri Kewangan dia bukan ekonomi. Eh, Menteri Kesihatan dia bukan ekonomi. Dia cakaplah apa pun.
Pendang, Pendang. Ringkas. Terima kasih Pendang, terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pelancongan tersebut, dikatakan bahawa kedatangan pelancong melebihi daripada sekarang. Persoalannya, kenapa pegawai tinggi di kementerian tersebut ditukarkan ataupun diturun gred? Terima kasih.
Ya lah, Datuk Dr. Amar ini rakan sekuliah saya masa kami bersama-sama dalam menyambung pelajaran MBA. Beliau ini seorang pelajar yang pintar. Setiap semester dapat Anugerah Dekan dan beliau bekerja 30 tahun lebih dalam MOTAC. Daripada junior officer sehingga naik kepada Ketua Pengarah. Tentulah appraisal performance every year- evaluation ini, evaluation yang dibuat oleh ketua-ketua jabatan pada ketika itu menilai dia bukan senang nak naik Ketua Pengarah kalau dia seorang yang berprestasi yang tidak baik. Ini adalah satu bukti sedangkan Menteri ini baharu satu tahun, telah menilai 30 tahun- 30 tahun lebih pegawai yang dilantik daripada junior officer sehingga meningkat menjadi Ketua Pengarah. Ini kena check balik dan sekiranya saya ambil angle HR, beliau telah tidak berprestasi tinggi ataupun salah guna- dia ada kaedah dia. Dia kena buat Show-Cause Letter. Kemudian, Discipline Board. Lembaga Pengarah akan buat keputusan. Dia tidak boleh demotion sebab dia dah- telah naik sampai Ketua Pengarah. Baru ambil tindakan. Discipline Board dah buat satu conclusion, satu kesimpulan disebabkan aduan-aduan yang dia telah salah menggunakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah, tapi itu tidak dibuat. Tiba-tiba terus umum saja. Ini zalim.
Menteri pun ada kuasa, tapi kuasa dia mengikut peraturan. Bukan melanggar peraturan ikut suka. Ini yang kita nak sebut ni. Peraturan dah ada kita mesti ikut. Boleh buat. Menteri ada kuasa untuk memecat sesiapa, tapi ikut peraturan. Ada Show-Cause Letter dia, ada domestic inquiry-nya ada Discipline Board yang dibuat. Ini yang perlu di- kita tak pertikai hak Menteri, tapi biarlah mengikut. Ini menzalimi dan menganiaya bukan sahaja ini, baharu pertama- kepada Ketua Pengarah MOTAC, semua- pegawai-pegawai kerajaan yang ada di kementerian. Kalau ini dah menjadi satu precedent- nanti akan langgar semua undang-undang yang ada. Yang penting, kepentingan diri, kehendak diri yang dapat kita lepaskan. Ini yang perlu- kami perlu tegur. Inilah kerja Pembangkang. Tegur benda-benda yang buat salah laku tidak mengikut peraturan, tapi kami dianggap menentang, kami dianggap...
Pendang?
Tak, tak, saya tak bagi, saya tak bagi.
Pendang? Saya nak tanya. Betul ker dia tak ikut peraturan?
Dalam konteks ekonomi pada hari ini...
Pendang, sebab Pendang tuduh tu.
Hulu Langat, sila duduk.
Tengok ni.
Hulu Langat.
Saya tak bagi.
Duduk? Duduk? Duduk eh? Duduk...
[Dewan ketawa]
Hulu Langat duduk.
Pendang, Pendang minta sikit.
Okey, sila.
Speaker, Hulu Langat ini dah terlalu mengganggu. Sepanjang hari dia dok macam ini. Penat kita nak habis sebulan, Tuan Speaker. Terima kasih.
Tak apa kita tambah dua bulan.
Tengok itu. Dia ini saya tak tahu dia punya akhlak dia, taraf pelajaran dia sampai tahap mana. Sampai tak tahu langsung nak beza peraturan, disiplin, akhlak.
Teruskan perbahasan.
Dia kata kat kita tak apa, tapi bila kita sebut benda-benda yang kita kritik dia terus bangkit. Dia panas telinga. Jadi, janganlah kalau panas telinga. Okey, baik terima kasih.
Tidak, saya tanya. Saya tanya.
Jadi, apa yang baik jikalau...
Betul kah Menteri MOTAC ini tak ikut peraturan? Saya tanya.
...Menteri Kesihatan yang menyatakan bahawa kejatuhan mata wang...
[Dewan riuh]
Hulu Langat.
Saya tanya. Tak, saya nak tanya Pendang sebab dia pandai sangat. Sebab dia belajar pandai sangat.
Hulu Langat, amaran terakhir.
Terakhir pula. Itu masalah.
Kalau berdiri berucap tanpa kebenaran, saya akan rehatkan Hulu Langat. Pendang, habiskan perbahasan.
Something wrong lah dia ini. Sakit tu. Jadi, kita tengok ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan pada tadi. Bila jadi apa baiknya jikalau nilai mata wang kita jatuh? Sangat teruk. Sudahlah jatuh ditimpa tangga apabila ekonomi kita merudum, terhantuk pula dengan prestasi nilai mata wang yang kian merosot. Kenapakah..? Diumumkan pelaburan 329 bilion. That is accrued. Bila ada MoU sahaja persetujuan, kelulusan dipanggil accrued, tetapi physical cash. Physical cash ataupun fiskal. Tidak masuk lagi. Jadi, maknanya elaboration ataupun cycling of cash dalam pasaran tidak berlaku. Jadi, duit kita semakin merudumlah. Itu yang tak- sebenarnya tak ada kekukuhan. Cuma, diumumkan sahaja pelaburan masuk, lulus. Ini di segi konteks kewangan kita tidak boleh accrue dengan ukuran- dia sistem accounting dengan sistem pelaburan yang masuk sebagai accrued juga. Tidak boleh. Minta apa Paya Besar tolong komen- Menteri Kewangan- lepas ini komen bab ini. Antara usaha yang perlu di- kita tengok- oleh itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi penekanan khusus kepada aspek penghasilan modal insan berkualiti tinggi kerana langkah itu akan memudahkan kita untuk merebut peluang ekonomi yang lebih besar. Antara usaha yang perlu dipertingkatkan adalah dengan meningkatkan lebih banyak penghasilan pekerja mahir dan separa mahir. Tak payahlah ambil orang luar untuk jadi internship. Kita difahamkan oleh Menteri MITI, 29,000 graduates kita keluar. Bagilah kat dia orang ini. Orang tempatan. Isikan tempat-tempat kerja yang kita perlu ini. Latih mereka. Kita ada cross-TVET. Kita ada cross in multiskill. Allah, banyak lagi...
Sila gulung.
Saya gulung. Saya gulunglah. Tak apa lah. Ini kita offer dekat graduan antarabangsa yang sedang kita- anak susu yang perlu kita susukan, kita pi bagi dekat kera di hutan. Bukan saya kata orang ini kera. Sat gi marah pula Hulu Langat itu. Bila saya sebut kera. Hari itu saya sebut kera dia mengamuk sakan. Oleh itu, apabila macam ini kita tengoklah, saya dah...
Sila gulung.
[Mencelah]
Saya tak kata dekat dia kera. Saya cuma bagi contoh. Dia mengamuk. Okey, baik. Dalam bab ini, saya teruslah untuk gulung kita tengok dalam- justeru itu, kerajaan campuran pada hari ini harus mengubah satu polisi yang lebih inklusif dan berdaya saing. Penekanan mestilah terarah kepada usaha menambah baik dalam aspek peningkatan daya saing, mencipta lebih banyak peluang kerja berprestasi tinggi serta memperkasakan institusi-institusi, termasuklah perolehan. Dalam yang saya dapat maklumat di segi hat yang terbaharu berkenaan dengan perolehan supply peluru, supply helikopter kepada oleh satu syarikat yang katanya, adakah benda ini berlaku mengikut standard operating procedure daripada perolehan ataupun direct nego terus bagi sampai saya difahamkan selama 15 tahun untuk helikopter
RM16.08 bilion oleh Kementerian Kewangan telah meluluskan kepada satu syarikat yang disebut saya tak silap saya Weststar. Ini saya minta supaya pihak kerajaan tolong bangkit dan tolong menjelaskan perkara ini. Jika- saya ada perinci. Saya ada terperinci berkenaan dengan ini. Cuma, saya tak dan sebut dalam masa ini dan satu lagi syarikat yang membekalkan peluru kepada angkatan tentera. Saya ada juga satu dokumen yang bukan dokumen yang OSA lah, yang saya ada fakta-fakta yang rasmi. Jadi, oleh sebab itu, saya harap yang berkenaan dengan MOTAC tadi, Menteri yang baru setahun jagung jadi kementerian tersebut, janganlah bertindak begitu, tetapi kalau bandingkan dengan rekod Menteri itu, dia pun ada rekod-rekod yang agak tidak sihat. Jadi, bila dia tengok Ketua Pengarah tidak ikut dia, dia terus ambil satu tindakan untuk menurunkan pangkat ataupun dikatakan memecat- yang terbaharu dapat surat. Saya dapat surat ni...
Masa sudah tamat.
Okey. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya minta menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 28 Februari 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]
DR 27.2.2024 I
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — PULAU JADIAN DI SUNGAI PAHANG YANG MENGHALANG ALIRAN SUNGAI Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: SebentarSpecial Chamber
Yang Berhormat. [Selawat] Silakan.
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran berkenaan isu pulau jadian di Sungai Pahang khususnya di kawasan Pekan yang menyebabkan sekatan air sungai ke laut sekali gus menjadi punca kepada risiko bencana banjir.
Perkara yang menjadi isu dan permasalahan adalah kewujudan kira-kira 55 buah pulau jadian dari Jambatan Pulau Manis ke hulu sungai yang menghalang aliran air sungai secara lancar ke arah laut. Pulau-pulau ini telah menjadi delta atau daratan di kawasan tersebut dan menyebabkan aliran air sungai ke laut tersekat.
Hal ini menimbulkan kerisauan khususnya kepada penduduk setempat kerana situasi ini menyebabkan risiko seperti hakisan sungai dan juga potensi banjir kilat terutamanya semasa musim tengkujuh kerana air dari hulu akan turun ke kuala.
Apabila kelancaran air tersekat disebabkan pulau jadian yang menghalang laluan air, ini menyebabkan kepada risiko berlakunya banjir di kawasan tersebut sedangkan ia boleh dielakkan sekiranya tiada pulau jadian ini yang mengganggu pengaliran air sungai. Isu ini telah berlaku dan membelenggu sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini dan tiada tindakan yang dilakukan walaupun telah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan yang mulia ini.
Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah usaha dan perancangan kementerian dalam melupuskan pulau jadian ini supaya aliran air sungai ke laut lebih lancar dan tidak lagi tersekat? Seterusnya, apakah inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi membantu kelancaran air di kawasan
ini sekiranya pelupusan pulau jadian tidak boleh dilakukan dalam masa terdekat?
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terutamanya terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Pekan dengan isu mendapan pasir di Sungai Pahang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mendapan pasir yang akhirnya menjadi pulau jadian adalah fenomena biasa bagi sungai yang besar seperti Sungai Pahang.
Ini adalah disebabkan oleh keadaan morfologi sungai yang agak mendatar dan berliku terutamanya di bahagian hilir. Mendapan ini boleh terjadi apabila terdapat sesuatu halangan struktur di dalam sungai seperti tiang jambatan dan sebagainya.
Selain itu, mendapan ini juga boleh berlaku akibat hakisan yang disebabkan hujan lebat dan aliran air sungai yang deras, seterusnya bergerak dari hulu ke hilir sungai.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang aktiviti untuk mengorek dan membuang mendapan di Sungai Pahang memerlukan kos yang tinggi. Bagi penyelesaian jangka pendek anggaran kos bagi mendalamkan dan membawa keluar mendapan pasir berdekatan dengan Jambatan Sultan Abu Bakar menelan belanja berjumlah RM16.8 juta. Manakala kos penyelesaian jangka panjang yang melibatkan kerja membuang keseluruhan mendapan tersebut yang membentuk pulau-pulau dan beting pasir di sepanjang Lembangan Sungai Pahang di Daerah Pekan dianggarkan berjumlah RM700 juta di bawah peruntukan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif bagi memberi kelulusan kepada Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB) sebagai konsesi bagi pengambilan pasir sungai di daerah Pekan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah berbincang dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya dan PPPB supaya kerja-kerja pengambilan pasir sungai dilaksanakan secara terkawal di sekitar Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan bertujuan untuk mendalamkan sungai bagi melancarkan pengaliran air di Sungai Pahang.
Pihak PPPB selaku konsesi pasir sungai di daerah Pekan juga telah membuat kajian hidraulik di kawasan tersebut. Kerja-kerja pengambilan pasir di kawasan berkaitan hendaklah dilaksanakan secara terkawal dan memenuhi syarat-syarat teknikal yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Pekan untuk bertanya.
Terima kasih ya. Terima kasih atas penjelasan tersebut. Cuma keadaan kita sekarang ialah kita ingin menyelesaikan masalah ini sesegera mungkin yang boleh. Bila kita sebut sesegera mungkin yang boleh ialah kerana ini akan membahayakan struktur jambatan melibatkan Jabatan Kerja Raya. Itu lain. Yang hendak saya sentuh ini ialah bawah kementerian ini di bawah JPS iaitu langkah segera ini.
Apakah langkah-langkah konkrit yang telah diperjelaskan tadi dapat diambil tindakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang bagi menyegerakan pelaksanaan ini secepat mungkin? Itu soalannya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada yang Berhormat Pekan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, di peringkat kementerian melalui JPS, kami berpandangan bahawa dari sudut keperluan untuk kita menyelesaikan isu mendapan pasir di sungai tersebut. Maka sebab itu, dari segi hasrat atau pun panduan yang boleh diambil kira adalah pihak JPS sebenarnya tidak ada halangan untuk kerja-kerja tersebut dilaksanakan setelah mengambil kira kajian hidraulik telah pun dibuat oleh pihak PPPB.
Cuma, dalam isu ini juga yang saya pasti akan juga diperhalusi oleh sahabat saya di bawah Kementerian Kerja Raya kerana ianya melibatkan struktur jambatan berhadapan atau pun berdekatan. Maka, di situ di pihak kami sebenarnya memang kita menyokonglah untuk pulau-pulau jajaran ini kita dapat hapuskan.
Cuma dari segi kerangka yang lebih besar seperti mana Yang Berhormat bertanya tadi, dari segi untuk menguruskan Sungai Pahang. Sebenarnya, kita tengok daripada dua kaedah iaitu pertama dari segi untuk memahami keadaan atau pun menambah baik itu melalui kajian-kajian. Jadi, satu dari segi contoh kajian yang telah pun kita adakan adalah kajian reka bentuk terperinci Lembangan Sungai Pahang yang telah dibuat pada tahun 2017. Maka, di situ juga kita telah mendapatkan input daripada kerajaan negeri untuk kita menilai terutamanya dari segi penyediaan peta hazard dengan izin dan juga risiko banjir.
Jadi, daripada peta-peta inilah menjadi rujukan dan panduan kepada cadangan pembangunan program tebatan banjir dan langkah mitigasi banjir. Kajian ini juga kita ambil kira berkaitan binaan di dalam sungai sama ada secara semula jadi dan buatan termasuk pulau-pulau kecil yang dinyatakan.
Cuma yang kedua sebab Dato’ Yang di-Pertua pun daripada Pahang.
Mungkin saya cerita sedikit keadaan di Pahang ini. Yang kedua adalah Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu atau dengan izin Integrated River Basin Management (IRBM) yang mana IRBM untuk Sungai Pahang ini kita hendak tengok dari segi untuk pengawalan kuantiti dan pemeliharaan kualiti sumber air yang mana ia sekali gus menyelesaikan beberapa isu. Bagi, untuk tujuan tersebut, IRBM Sungai Pahang telah pun diluluskan di bawah RMKe-12 dan insya-Allah akan bermula tahun hadapan 2025, dan jangkaan untuk di-whole kajian ini akan mengambil masa selama 18 bulan.
Cuma kaedah kedua, tadi dalam bentuk kajian tetapi yang kedua sebenarnya adalah dari sudut struktur pula. Jadi, untuk di pihak JPS sebenarnya Rancangan Tebatan Banjir untuk bandar Pekan ini, untuk fasa satu telah pun siap pakej pertama 2017. Manakala fasa dua ini jumlah kosnya adalah RM452 juta. Yang ini masih berjalan dan dijangka siap insya-Allah, 2027.
Jadi, saya harap dengan jawapan yang dibekalkan kepada Yang Berhormat Pekan akan membantu beliau untuk mencarilah jalan antara kepentingan yang di sebelah kami ini untuk menguruskan sungai tersebut yang mana di bawah kerajaan negeri memang sememangnya adalah terkait dalam soal penyelenggaraan sungai.
Manakala, untuk di pihak kerajaan Persekutuan ini lebih kepada pembangunan di sungai tersebut dalam urusan mengatasi kejadian banjir dan sebagainya. Saya rasa sekian sahaja daripada pihak saya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Baik, Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Risiko Kerosakan Jambatan Sultan Abu Bakar Disebabkan Pulau Jadian Di Bawah JambatanSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya berkenaan isu pulau jadian di Sungai Pahang khususnya di kawasan Pekan.
Untuk makluman dan perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jambatan Abu Bakar merupakan jambatan utama di Sungai Pahang dan fungsinya sangat penting terutamanya kepada penduduk setempat dalam menghubungkan penduduk antara bandar Pekan dan bandar Kuantan.
Perkara yang menjadi isu dan permasalahan adalah kewujudan pulau jadian yang menjadi delta dan telah menghalang aliran air sungai secara lancar ke arah laut.
Selain daripada itu, pulau jadian ini juga telah menghampiri dan memasuki ke bawah Jambatan Sultan Abu Bakar sekali gus membahayakan struktur jambatan tersebut dengan risiko rekahan atau runtuh.
Hal ini menimbulkan kerisauan kerana apabila kelancaran aliran air tersekat disebabkan pulau jadian menghalang laluan air dan berada di bawah jambatan, ini menyebabkan risiko jambatan rosak atau runtuh. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian apakah inisiatif dan usaha berkesan Kementerian dalam memastikan struktur jambatan terutamanya risiko berlaku tekanan yang kuat kepada jambatan dan risiko jambatan runtuh?
Selain itu, apakah bentuk penambahbaikan dan penaiktarafan daripada aspek penggunaan teknologi yang terkini yang relevan untuk dilaksanakan bagi menangani risiko kerosakan jambatan? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang Di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pekan. Saya tahu Yang Berhormat Pekan amat prihatin tentang isu ini. Semalam saya berjumpa dengan orang daripada Pekan, Dato’ Shahrudin yang menceritakan bagaimana ada satu ketika Yang Berhormat menggunakan letupan di muara sungai itu untuk air mengalir dengan laju, menyelesaikan masalah banjir di muara.
Jambatan ini pada tahun 1970 yang lama, tahun 2010 yang baru, ada dua lorong pergi, dua lorong balik. Pulau-pulau Yang Berhormat sebut tadi antara namanya Pulau Bugis, Pulau Tambang, Pulau Benta, Pulau Jambu, Pulau Kucing, Pulau Babi, kucing ada, babi pun ada Dato’ Speaker. Pulau Laut Genuk, Pulau Awang Mandur dan macam-macam lagilah namanya. Saya pernah pergi tempat itu Yang Berhormat. Kita juga ada gambar-gambar di sini. Gambar-gambar yang terkini dan di sebelahnya ada Hotel Angkasa dan kemudian ada rumah Dato’ Seri Najib di situ.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jambatan Sultan Abu Bakar terletak di Seksyen 283.9, Jalan Kuala Terengganu-Pintas Kuantan di daerah Pekan, Pahang. Jambatan yang merentasi Sungai Pahang ini saya sudah sebutkan tadi tahun siapnya tahun 1970 satu jambatan dan satu lagi tahun 2010.
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil maklum berhubung isu mendapan pasir yang membentuk beting pasir dan pulau jadian di sepanjang Sungai Pahang dan di sekitar Jambatan Sultan Abu Bakar. Kejadian ini berpunca dari bahan deposit seperti pasir, kelodak dan bahan organik yang mengalir dari hulu dan berkumpul di tempat tertentu seterusnya membentuk beting pasir dan pulau. Keadaan ini merupakan fenomena geomorfologi sungai yang mengalir berliku-liku mengikut keadaan topografi laluan sungai. Keadaan berliku ini menyebabkan perbezaan halaju air dan kelodak sehingga menyebabkan bahan deposit terkumpul di lokasi aliran sungai berhalaju rendah.
Lembangan Sungai Pahang adalah antara yang terkesan dengan fenomena ini berpunca daripada aktiviti huluan yang banyak menjejaskan tumbuhan litup bumi sehingga mengakibatkan hakisan tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam rizab Jalan Persekutuan adalah dalam lingkungan sehingga lima meter jarak dari jambatan sahaja. Rizab sungai melebihi lima meter dari jambatan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mana Timbalan Menteri tadi telah memberikan jawapan.
JPS Daerah Pekan telah mengenal pasti 51 pulau jadian. Bukan satu dua, 51 lokasi beting pasir di sepanjang lembangan Sungai Pahang di daerah Pekan. Dalam Daerah Pekan sahaja ada 51 pulau. Pihak JPS Daerah Pekan telah pun mengambil langkah-langkah mendalamkan sungai bagi mengatasi isu pembentukan beting pasir dan pulau pasir mengikut peruntukan yang diluluskan dari semasa ke semasa sebagaimana yang telah disebutkan tadi.
Kementerian Kerja Raya pula melalui JKR sentiasa memantau kerja-kerja pendalaman dan pengorekan sungai terutamanya di lokasi ini, pengorekan sungai yang terlalu hampir dengan struktur jambatan boleh menyebabkan berlakunya kerukan setempat sehingga menjejaskan integriti jambatan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kehadiran bahan deposit tanah pada tiang dan tetopi cerucuk sebenarnya membantu mengukuhkan struktur jambatan.
Dalam memastikan struktur jambatan tidak terjejas disebabkan oleh pulau jadian yang berada di bawah jambatan dan mengurangkan risiko jambatan runtuh, pihak kementerian telah mengambil pelbagai inisiatif seperti berikut:
(i) melaksanakan Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan di mana setiap tahun akan dijalankan kerja-kerja pemeriksaan keadaan struktur jambatan yang dijalankan oleh JKR daerah.
JKR daerah akan mengenal pasti sebarang kerosakan pada struktur jambatan yang akan direkodkan;
(ii) melaksanakan pemeriksaan rutin jambatan secara mingguan oleh pihak konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan;
(iii) melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan rutin jambatan oleh pihak konsesi merangkumi penyenggaraan pemotongan rumput, pembersihan saliran dan pembersihan jambatan; dan
(iv) melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berkala jambatan.
Bagi tahun 2023, sebanyak RM9.5 juta telah disalurkan kepada pihak JKR bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan kecil jambatan manakala bagi tahun 2024 sebanyak RM14.5 juta telah disalurkan. Ini bukan untuk jambatan Abu Bakar sahaja tetapi untuk yang lain. Tetapi perkara penting yang saya ingin nyatakan di sini bahawa, hasil pemeriksaan forensik yang telah diadakan mendapati bahawa keseluruhan struktur jambatan ini dalam keadaan yang baik. Tiada kerosakan ditemui yang boleh mengganggu integriti struktur jambatan.
Di tangan saya ini ada Laporan Pemeriksaan Forensik di sekitar jambatan yang disebut iaitu Jambatan Sultan Abu Bakar dan sukacita saya nyatakan tiada kerosakan. Terima kasih.
Yang Berhormat soalan pertanyaan.
Terima kasih. Baik, isunya sekarang ialah – ini secara jujur, saya nyatakanlah, sebab ini kena ikhlas, perkara begini bukan nak menyalah mana-mana pihak ya, tetapi kita nak cari satu penyelesaian, penyelesaian yang perlu kita cari ialah di bawah jambatan itu, pulau itu bergerak, sudah masuk bawah jambatan.
Sekarang ini, pulau itu sudah duduk bawah jambatan tak sampai satu meter lagi pada paras lantai jambatan. Jadi, ada dua tiga pulau yang besar-besar ini – tak apalah, Pulau Babi, pulau lain yang itu nama pulau.
Pulau ini bergerak. Bergerak boleh bayangkan sekarang, sebelah kanan sudah hampir air tidak bergerak, air bergerak sebelah kiri. Bila sebelah kiri, melibatkan hakisan yang banyak itu soal JPS-lah. Apa saya nak ceritakan ialah nak selesaikan masalah pulau jadian di bawah jambatan itu.
Saya memahami bahawa pulau itu kalau banyak lumpur-lumpur sebagai mengukuhkan struktur. Itu saya setuju. Tetapi tak kan kita nak biarkan benda itu berlalu begitu saja? Akhirnya, setengah daripada jambatan itu tertutup dengan pulau jadian. Jadi, saya nak cerita nak bayangkan ini nampak macam ini. Saya memahamilah perkara ini, jadi, saya nak tanya apakah bentuk pemantauan yang dilaksanakan ini berkesan? Sebab nak buang di bawah jambatan itu, JPS kata okey, ini be frank baru inilah. JKR kata tak okey. Bila buat sebelah atas pula, JPS kata okey, JKR pula kata, JPS kata okey, JKR kata tak okey.
Jadi, kita tak nak dua agensi ini, kita nak penyelesaian saja. Saya kena berterus terang dengan benda ini kerana dalam itu lagi payah kita ini, ramai orang tahu, dalam ini walaupun ada Youtube tapi lebih mudah saya menjelaskan di sini.
Sebab hari ini kita lihat ini, kita tak nak menyalah Kementerian Kerja Raya, kita tak mahu menyalahkan JPS.
Tetapi inilah dua isu agensi kerajaan yang berlaku di mana tak ada kompromi salah satu. Bila JPS nak buat, JKR kata tak boleh. Bila JKR nak buat, JPS kata tak boleh. Inilah isu yang saya bangkitkan. Jadi, saya minta penjelasan sebab kalau benda ini berterusan tak ada penyelesaian, saya yakin walaupun struktur sekarang ini selamat, tapi apabila dua tiga pulau yang meluncur ke bawah, saya tak fikir lagilah secara teori saya, keadaan akan selamat. Terima kasih Datuk.
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Yang di-Pertua, ini gambar.
Ini gambarnya. Ini pulau-pulaunya, ini jambatannya. Dan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pekan, peluncuran pulau ini di bawah jambatan. Saya memahami concern, keprihatinan apa yang dibuat, yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan.
Ada jawapan di tangan saya ini, mengenai teknologi yang digunakan:
(i) penggunaan aplikasi GIS bagi memantau pergerakan deposit dan pembentukan beting pasir atau pulau; jadi kita boleh check secara aplikasi GIS;
(ii) membangunkan sistem Bridge Management System (BMS) yang berupaya untuk memantau dan meramal perubahan rating keadaan jambatan;
(iii) penggunaan Aplikasi MyJalan untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan struktur jambatan. Saya ada gambar- gambar struktur jambatan itu dan aplikasi MyJalan ini boleh kita download dan apabila kita berada di atas jambatan itu kita boleh tunjukkan bahawa apa perkara yang tidak betul yang berada di atas jambatan itu, katalah ada rekahan apa;
(iv) yang ini agak menarik Datuk Yang di-Pertua, penggunaan teknologi Realtime Bridge Health Monitoring dengan izin, bagi memantau tahap kesihatan jambatan. Saya pun tadi tanya pegawai betulkah engkau monitoring kesihatan jambatan? Rupanya memang betul, jambatan sihat tak sihat, ada kaedahnya. Bererti kita ada teknologi itu;
(v) penggunaan Bridge Inspection Vehicle (BIV) juga boleh digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas struktur jambatan yang sukar diakses iaitu jambatan lainlah;
(vi) pihak JKR juga sedang mengambil inisiatif memohon peruntukan bagi perolehan sistem dron. Ini satu lagi yang boleh diguna yang dilengkapi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligent (AI) untuk kita memantau keadaan aset jambatan.
Jadi, ialah pada orang yang tak berada di Pekan, mungkin dia tidak perasan tentang betapa pentingnya yang disebut tetapi saya yang sudah banyak kali pergi ke Pekan memahami concern Yang Berhormat dan saya harap tidak ada lagi selepas ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah misalnya, yang dipengerusikan oleh DO tentunya ada wakil JKR, ada wakil daripada JPS mereka saya mohon supaya mereka bersama.
Yang ini apa dia, JKR mengehadkan kerja-kerja pengorekan pasir sehingga 50 meter di bahagian hulu, manakala 200 meter di bahagian hilir. Dalam lingkungan ini pengorekan pasir akan mengganggu integriti cerucuk jambatan seterusnya mengganggu kekuatan jambatan.
Jadi, ada sebab kenapa perkara itu ya. 50 meter di bahagian hulu, 200 meter di bahagian hilir. Jadi, pengorekan pasir tidak boleh dibuat dalam lingkungan itu kerana dari segi struktur engineer kita menasihatkan begitu. Walau bagaimanapun, saya harap mereka duduk selalu bersama untuk menyelesaikan masalah bagi manfaat rakyat dan kesihatan Jambatan Sultan Abu Bakar. Terima kasih.
Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pengambilalihan Tanah Persendirian Bagi Menyelenggara Dan Membaik Pulih Jalan Dari Lembah Beringin Ke KerlingSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor ingin menyentuh berkaitan dengan kerja-kerja pembaikan jalan dari Lembah Beringin ke Kerling yang berjarak 3.6 kilometer. Laluan ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat setempat tetapi juga merupakan laluan utama untuk berhubung dengan bandar-bandar kecil yang berdekatan iaitu Kuala Kubu Bharu, Batang Kali dan Tanjung Malim.
Selain itu, jalan ini juga merupakan laluan utama yang digunakan oleh pelajar untuk ke sekolah menengah di Kuala Kubu Bharu yang jauhnya 18 kilometer. Begitu juga dengan para guru yang mengajar di Kuala Kubu Bharu atau sebaliknya. Dalam masa yang sama, jalan ini juga digunakan oleh kenderaan berat seperti lori simen, lori balak dan treler yang membawa muatan.
Ini dibuktikan dengan gambar-gambar yang telah dikongsi oleh pengguna jalan raya tersebut. Difahamkan juga Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah memanggil pemilik tanah untuk membincangkan perkara ini namun pemilik tidak bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut mahupun membangunkannya.
Pemilik tanah hanya memberikan kebenaran untuk menggunakan jalan tersebut. Dimaklumkan bahawa jalan yang dibina tidak mengikut spesifikasi dan kehendak Arahan Teknik Jalan (ATJ).
Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor tidak dapat melakukan penyelenggaraan jalan memandangkan jalan tersebut adalah di bawah hak milik persendirian, iaitu Clarity Crest Sdn. Bhd. di Lot 441 & Lot 433, Kuala Lumpur Kepong Berhad di Lot 492 dan Lagenda Beringin Berhad di Lot 700. Masalah ini telah berlarutan lama; sudah berpuluh tahun semenjak wujudnya pembangunan di kawasan Lembah Beringin. Perkara ini telah dibincangkan beberapa kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Selangor.
Oleh sebab itulah, saya selaku Ahli Parlimen mewakili penduduk Lembah Beringin membangkitkan perkara ini memandangkan banyak kali isu ini telah diadukan. Saya faham perkara ini adalah di bawah bidang kuasa negeri menerusi Jabatan Kerja Raya namun apakah kementerian tidak boleh mencampuri urusan negeri dan turun padang untuk melihat permasalahan ini seterusnya membantu Jabatan Kerja Raya Negeri untuk menyelesaikan masalah yang telah sekian lama berlaku. Tidak adakah akta yang membolehkan pengambilalihan tanah tersebut?
Saya terlalu mengharapkan agar kementerian dengarlah rintihan daripada masyarakat yang tinggal di bumi yang seolah-olah terasing dari pembangunan sedangkan mereka adalah mangsa keadaan kerana suatu ketika dahulu diuar-uarkan akan dibina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kawasan tersebut.
Saya merayu agar perkara ini tidak habis di sini sahaja kerana ia telah memberi satu beban kepada masyarakat yang sekian lama tinggal di Lembah Beringin. Sudahlah pembangunannya terbantut, ditambah pula dengan masalah jalan yang terpaksa mereka hadapi dengan keadaan jalan yang rosak dan gelap gelita.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Yang Di-Pertua, KLIA dah tidak akan dibuat di situlah Yang Berhormat.
[Ketawa]
Ya, ya, ya.
Itu pastilah. KLIA sudah siap pun. Dan satu lagi mengenai turun padang ini saya tadi berbincang dengan pegawai-pegawai JKR negeri dan JKR daerah. Hulu Selangor
beliau memang turun padang dan mengetahui segala isu yang melibatkan jalan yang berkaitan. Saya diberikan gambar-gambar jalan itu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan dari Lembah Beringin ke Kerling sepanjang 3.6 kilometer yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat merupakan jalan hak milik persendirian. Adapun dia punya papan tanda di jalan itu menyebut bahawa “This is a private road” dengan izin ya.
Oleh itu jalan tersebut berstatus jalan persendirian maka peruntukan penyenggaraan negeri atau peruntukan penyenggaraan Persekutuan tidak boleh digunakan bagi menyenggara jalan tersebut. Ini kita fahamlah apabila hak milik persendirian. Jika jalan persendirian ini bermula dari persimpangan B78 Jalan Kuala Kerling, jalan negeri seliaan JKR Selangor ke kawasan perumahan Lembah Beringin sepanjang 3.6 kilometer sebagaimana saya sebut tadi, jalan tersebut dibina oleh pemaju Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd. dan masih belum diserah kepada mana- mana agensi dan jabatan kerajaan untuk tujuan penyelenggaraan.
Semakan juga mendapati bahawa rizab jalan tersebut masih di bawah tanah milik persendirian manakala pemaju Lembah Beringin Sdn. Bhd. telah dikenakan perintah penggulungan oleh Mahkamah. Jalan persendirian tersebut belum disiapkan sepenuhnya oleh pemaju asal dan apabila projek pembangunan terbengkalai maka keadaan jalan tersebut menjadi lebih teruk. Jalan persendirian ini turut digunakan sebagai laluan alternatif oleh penduduk perumahan Lembah Beringin untuk laluan ke Pekan Kerling dengan jarak yang tentunya lebih jauh iaitu 12.2 kilometer melalui jalan majlis, jalan persendirian dan jalan negeri JKR.
Laluan utama sedia ada dari Pekan Kerling ke kawasan perumahan Lembah Beringin adalah melalui Tol Lembah Beringin menggunakan Lebuh Raya Utara- Selatan ke Tol Tanjung Malim dan menggunakan laluan FT001 Jalan Kuala Lumpur -Tanjung Malim ke Pekan Kerling yang lagi jauh berjarak 24 kilometer, dikira dari Tol Lembah Beringin. Manakala, laluan bagi penduduk Lembah Beringin yang terdekat ke Bandar Bukit Beruntung adalah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dengan jarak 19 kilometer.
Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah meminta Pemegang Amanah (liquidator) bagi jalan di dalam tanah hak milik iaitu Tetuan Syarikat Lagenda Beringin Sdn. Bhd. untuk menguruskan serahan rizab awam kepada pihak kerajaan dan menyempurnakan penyiapan jalan tersebut sebelum diserahkan kepada mana- mana agensi dan jabatan kerajaan untuk tujuan penyelenggaraan.
Namun, perkara ini tidak mendapat persetujuan daripada pemaju tersebut.
Kementerian sentiasa prihatin dalam memastikan keter sambungan jalan raya bagi menyediakan akses kepada rakyat dan menggalakkan aktiviti sosioekonomi setempat. Pengambilalihan jalan negeri adalah tertakluk kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Dalam hal ini, untuk membolehkan jalan tersebut diselenggara menggunakan peruntukan sedia ada, penyerahan rizab jalan perlu dilaksanakan oleh pihak syarikat kepada pihak kerajaan negeri. Selanjutnya bagi tujuan penerimaan jalan pula, jalan tersebut perlu memenuhi kriteria pembinaan jalan yang telah ditetapkan dan memenuhi syarat-syarat keperluan minimum penerimaan jalan MARRIS dan spesifikasi jalan JKR. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.
Cuma di sini seperti mana yang saya sudah maklumkan tadi bahawa Lembah Beringin adalah satu pekan yang agak mati yang mana kalau kita ikut highway dia jauh. Memang jauh. Dia kena ikut keluar Bukit Beruntung atau pun keluar ke Tanjung Malim untuk patah belakang balik.
Jadi yang terdekat memang itulah jalannya. Cuma sekarang ini saya pun sudah berbincang dengan MPHS, saya sudah berbincang dengan Tuan DO, dengan JD berkaitan dengan perkara ini, memang sukar untuk selesaikan masalah. Itu sebab ianya jalan persendirian. Cuma sekarang ini tidak adakah jalan yang boleh dibawa oleh kementerian untuk membantu masalah ini?
Itu yang saya bawa sebenarnya. Sebab saya tahu masalah tidak boleh selesai. Tetapi kuasa yang ada pada Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk membicarakan, membincangkan dengan di peringkat negeri untuk membantu di peringkat daerah untuk selesaikan masalah ini, dan ianya mesti dibantu oleh peringkat kerajaan sebab saya tidak nampak di peringkat orang kata negeri boleh selesaikan masalah ini. Jadi mohon sedikit penjelasan dan mungkin bantuan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, insya-Allah. Terima kasih.
Datuk Yang di-Pertua, jalan di Malaysia ini ada lapan jenis. Sembilan sebenarnya termasuk jalan persendirian. Pertama Jalan Persekutuan, kedua jalan negeri, yang ketiga jalan bandaran, jalan PBT, yang keempat jalan kawasan perumahan kos rendah, kelima lorong belakang pun kira jalan juga antara dua teres rumah ya ada jalan belakang, lorong belakang. Seterusnya jalan pertanian, jalan pulau pelancongan dan jalan kampung. Yang akhir jalan persendirian. Yang jalan ini 36 kilometer ini jalan yang last sekali iaitu jalan persendirian.
Jadi apa yang kita boleh buat setelah saya adakan perbincangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor terutamanya, untuk menjadikan jalan ini Jalan Persekutuan itu tahap yang ketiga. Tahap yang pertama yang lebih mudah ialah jadikan ia jalan majlis perbandaran sebab ia lebih sesuai pada saat dan ketika ini. Itu hubungan antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan syarikat yang berkaitan itu adalah sangat penting.
Kami syaklah kami syak supaya mereka minta kita mengambil alih tanah dan membayar pampasan kepada mereka kerana syarikat itu digulung, menghadapi kerugian dan sebagainya. Itu sebab antaranya kenapa mereka tidak mahu menyerah sehinggalah kita memberikan pampasan untuk mengambil alih tanah supaya buat jalan ya. Ada satu lagi kaedah selain daripada kaedah pertama tadi majlis perbandaran terus berunding dengan syarikat.
Kaedah yang kedua, ini Yang Berhormat boleh lihat kaedah kedua ini bagaimana iaitu kita cari jalan lain. Payah sangat kita cari jalan lain. Kita membina jalan di jajaran yang lain, itu maksud saya. Ini kerana kalau mereka masih lagi berdegil kes itu kes mahkamah dan sebagainya maka kita tidak ada jalan lain jika ingin mengadakan jalan juga di tempat yang berkaitan, kita bina jajaran lain. Ini cadangan yang boleh diberikan.
Jadi Datuk Yang di-Pertua sekali lagi saya ingin menunjukkan gambar.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Jalan warna biru ini jalan tidak ada masalah.
Jalan warna merah ini jadi masalah, 3.6 km yang menjadi masalah dan mereka tidak mahu serah kerana pada pandangan saya, mereka ingin kita bayar pampasan supaya syarikat itu boleh bernyawa balik rasanya.
Walhal, sepatutnya jalan itu mereka yang kena siapkan. Apabila mereka ingin membangunkan sesuatu tempat dan sebagainya, merekalah yang sepatutnya menyiapkan jalan tersebut. Bukan kerajaan yang perlu menyiapkan. Jadi, perkara ini kita terus runding lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak sama parti dengan sayakan.
[Ketawa] Tidak ya. Tetapi untuk kepentingan rakyat, kita boleh bersama- sama untuk berunding terus. Terima kasih, baik.
Yang Berhormat, mungkin saya mencelah sedikitlah. Saya menghadapi juga masalah di kawasan saya sebagaimana Yang Berhormat. Boh Tea Estate itu adalah satu estet beribu hektar. Memang laluan itu dia tidak akan bagi.
Jadi, the option Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah kena cari option lain-lain sebagaimana option dua Timbalan Yang Berhormat tadi. Pertimbangkanlah. Mungkin DO tahulah mana boleh. Cadangkanlah. Okey, baik Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Mewujudkan Kepakaran Di Hospital Kuala Kubu BharuSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor ingin menyentuh berkaitan dengan keperluan kepakaran di Hospital Kuala Kubu Bharu. Perkara ini haruslah dititikberatkan kerana melibatkan isu kesihatan dan kebajikan semua warga Hulu Selangor. Berdasarkan statistik, jumlah keseluruhan kedatangan pesakit di Klinik Pakar Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tahun 2022 berjumlah 2,878 orang dengan jumlah pesakit yang paling ramai melibatkan pakar perubatan iaitu 1,314 orang, ortopedik seramai 328 orang, dan psikiatri seramai 675 orang.
Saya mengambil maklum ada pakar yang hadir daripada Hospital Selayang namun kerana peningkatan bilangan pesakit dan kekangan di Klinik Pakar Hospital Kuala Kubu Bharu seperti bilik konsultasi dan sebagainya memberikan kesan kepada mereka yang hadir untuk mendapatkan rawatan. Ada pesakit yang terpaksa menunggu hampir tiga ke empat bulan, masa yang sangat lama untuk bertemu dengan doktor pakar kerana ada doktor pakar yang hadir sekali sahaja dalam masa dua minggu, malah ada yang hanya hadir sebulan sekali sahaja.
Saya mohon Kementerian untuk mewujudkan kepakaran terutamanya yang melibatkan Pakar Perubatan, Pakar Pediatrik, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang ditempatkan terus di Hospital Kuala Kubu Bharu berbanding dengan hanya menggunakan perkhidmatan pakar yang hanya kebanyakannya datang dari Hospital Selayang. Kepakaran perlu ada di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mengurangkan tempoh masa menunggu untuk mendapatkan rawatan yang kadangkalanya memakan masa empat hingga enam jam di Hospital Selayang.
Itu tidak termasuk jarak perjalanan yang jauh yang mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam, belum dikira lagi dengan kesesakan jalan raya yang sudah pasti membebankan pesakit yang datang dari Daerah Hulu Selangor ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan, rawatan susulan dan sebagainya.
Tambahan pula sekarang caj parkir dikenakan di Hospital Selayang bermula dengan RM2.00 dan tambahan RM2.00 lagi bagi setiap jam yang berikutnya sudah pasti membebankan pesakit. Saya juga ingin mengambil contoh Hospital Banting yang mempunyai doktor pakar sendiri bagi mengurangkan beban di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Saya melihat perkara yang sama perlu wujud di Hospital Kuala Kubu Bharu ini, di mana ada kepakaran yang ditempatkan terus di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mengurangkan beban dan kesesakan di Hospital Selayang.
Mohon Kementerian mengambil perhatian perkara ini dengan menjadikan Hospital Kuala Kubu Bharu sebagai hospital yang mempunyai doktor pakarnya sendiri. Perkara ini adalah penting bagi memastikan kesihatan dan kebajikan penduduk di Hulu Selangor yang sebesar Negeri Melaka ini lebih terjamin. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Kuala Kubu Bharu adalah hospital non-lead di bawah Hospital Kluster Selangor Timur bersama Hospital Selayang yang merupakan lead-hospital. Hospital Kuala Kubu Bharu mempunyai 120 buah katil dengan kadar penggunaan katil atau pun Bed Occupancy Rate (BOR) sebanyak 46.76 peratus pada tahun 2023.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Selangor atas soalan yang dibangkitkan dan juga persoalan-persoalan ini akan saya jawab satu persatu. Berkenaan tentang meningkatkan akses penduduk kepada perkhidmatan kepakaran. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor mengenai pakar daripada Hospital Selayang yang hanya hadir memberikan rawatan ke Hospital Kuala Kubu Bharu sekali dalam masa dua minggu atau pun sekali dalam tempoh sebulan. Untuk makluman Yang Berhormat, bermula 31 Januari 2024 yang lepas, KKM telah mula menempatkan seorang pakar perubatan am secara sepenuh masa di Hospital Kuala Kubu Bharu yang akan memberikan perkhidmatan merangkumi perawatan pesakit dalam serta perkhidmatan klinik pakar yang dijadualkan sebanyak tiga kali seminggu.
Buat masa ini juga, melalui Inisiatif Hospital Kluster, Hospital Kuala Kubu Bharu menerima perkhidmatan Pakar Kecemasan dan Trauma secara bergilir daripada Hospital Selayang pada setiap hari di waktu bekerja bagi meningkatkan kualiti penjagaan pesakit yang hadir di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Selain itu, bagi meningkatkan akses kepada penduduk kepada perkhidmatan kepakaran di Hospital Kuala Kubu Bharu, perkhidmatan klinik pakar secara berkala yang merangkumi 11 bidang kepakaran telah dilaksanakan seperti berikut:
(a) Pembedahan Am: sekali sebulan;
(b) Obstetrik dan Ginekologi: dua kali sebulan;
(c) Pediatrik: sekali sebulan;
(d) Ortopedik: dua kali sebulan;
(e) Oftalmologi: sekali sebulan;
(f) ENT: sekali sebulan;
(g) Psikiatri: dua kali sebulan;
(h) Paliatif: dua kali sebulan;
(i) Geriatrik: sekali sebulan;
(j) Perubatan Sukan: sekali sebulan; dan
(k) Nefrologi: sekali sebulan Untuk maklumat Yang Berhormat Hulu Selangor, di dalam usaha untuk mengurangkan lagi masa menunggu, mengurangkan kesesakan dan menambah baik perkhidmatan di fasiliti hospital termasuk di Hospital Kuala Kubu Bharu, KKM telah melaksanakan inisiatif penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan perubatan bagi pesakit dari hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS).
Inisiatif penyumberluaran ini akan turut dilaksanakan bagi pesakit di Hospital Kuala Kubu Baru bermula tahun 2024 meliputi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan seperti berikut:
(a) radiologi;
(b) nefrologi;
(c) karditorasik; dan
(d) kardiologi KKM mengambil makluman berkenaan cadangan Yang Berhormat Hulu Selangor mengenai keperluan meletakkan pakar-pakar di dalam bidang seperti Obstetrik dan Ginekologi serta Pediatrik di Hospital Kuala Kubu Bharu. KKM berhasrat untuk menaik taraf Hospital Kuala Kubu Bharu kepada hospital berpakar pada masa akan datang selaras dengan pelan perancangan jangka masa panjang KKM.
Perancangan ini merangkumi naik taraf dari segi peralatan, fasiliti serta infrastruktur hospital agar ia dapat menampung keperluan perkhidmatan yang ingin disediakan. Sehubungan itu, perancangan ini akan dilakukan secara berfasa, mengambil kira faktor kewangan serta sumber manusia termasuk kepakaran yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mendengar dengan senang hati. Terima kasih banyak-bayak. Penjelasan yang cukup jelas dan sudah pastinya memberi satu berita yang baik jugalah untuk pendudukan Hulu Selangor.
Sudah namanya “hulu” tetapi dalam masa yang sama seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Hospital Kuala Kubu ini telah pun berusia 88 tahun, paling lama dah. Tetapi oleh kerana kita mungkin kita berdekatan dengan Selayang, berdekatan dengan Sungai Buloh, jadi menyebabkan kami tergantung dekat situ.
Saya sekadar ingin tahu, apakah keperluan yang diperlukan kalau sekiranya hendak membina hospital di Kuala Kubu Baru, hospital baharulah iaitu keluasan tanah yang diperlukan dan juga apakah syarat-syarat lain yang diperlukan sekiranya hendak membina sebuah hospital baharu di daerah Hulu Selangor.
Yang mana mungkin benda ini mungkin saya boleh bincangkan di peringkat Tuan DO untuk membincangkan sekiranya ada tanah kosong dan sebagainya.
Mohon penjelasan sedikit, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sudah pasti isu berkenaan tentang fasiliti terutama sekali hospital ataupun klinik adalah merupakan isu yang kerap kali dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen.
Dan juga berkenaan tentang usia Hospital Kuala Kubu Bharu, sememangnya kami mengakui bahawa banyak lagi hospital-hospital yang berusia di seluruh Malaysia. Dan juga terdapat kajian-kajian yang telah dibuat berkenaan tentang adakah ada keperluan untuk kita menyikap baik fasiliti yang sedia ada kepada perkhidmatan yang lebih komprehensif.
Dan juga sudah pasti syarat-syarat yang diperlukan terutama sekali berkenaan dengan pembinaan hospital adalah berkenaan tentang keperluan perkhidmatan tersebut. Adakah perkhidmatan sedia ada, hospital sedia ada ketika ini memadai ataupun perlu dipertingkatkan.
Dan juga selain daripada itu, faktor bangunan fizikal bangunan tersebut juga diambil kira. Adakah keadaan fizikal kukuh ataupun sedang berdepan dengan masalah sehinggakan menjejaskan keselamatan klien-klien KKM dan juga perkhidmatan ini perlulah diselaraskan oleh pihak JKR sama ada bangunan tersebut selamat ataupun tidak.
Dan juga faktor paling utama sekali adalah berkenaan tentang kemampuan kewangan kerajaan. Adakah kerajaan dapat menyediakan keperluan dan juga ketika ini kalau ditanyakan berapakah keluasan tanah diperlukan, kita mempunyai pelbagai kategori dan juga kita mempunyai data-data berkenaan tentang keperluan katil-katil yang boleh disediakan oleh KKM.
Dan juga syarat-syarat utama adalah yang paling terendah sekali, the minimum spec yang kita boleh sediakan adalah untuk jumlah katil bagi 150 katil, keluasan yang diperlukan minimum adalah 10 ekar. Dan juga, keluasan ini boleh pergi kepada 20 ekar, bagi sebuah hospital bertahap hospital negeri.
Dan juga sudah pasti faktor-faktor connectivity akan diambil kira untuk membina hospital yang baharu. Dan juga saya memohon kepada Yang Berhormat Hulu Selangor agar dapat berbincang dengan Exco Kesihatan Negeri dan juga pihak DO dan juga pihak-pihak berkenaan, adakah ada kesesuaian.
Dan juga kami di peringkat KKM akan sentiasa mengemas kini keperluan kerana kita melihat daripada sudut data kedatangan. Sebagai contoh, saya telah dimaklumkan bahawa kedatangan, kelahiran, kadar kelahiran di Hospital Kuala Kubu Bharu adalah dalam sekitar 68 kelahiran. Bermaksud, lima ke enam kelahiran setiap hari. Kerana lebih ramai penduduk-penduduk lebih memilih untuk deliver di Hospital Selayang kerana wujudnya kepakaran dan juga jarak antara Kuala Kubu Bharu dan juga Selayang memang kita akui dalam lingkungan 45 kilometer.
Tetapi, pembangunan hospital bukanlah satu-satunya kaedah untuk kita mengatasi dan juga menjaga kesihatan kerana di dalam Kertas Putih Kesihatan kita ingin meningkatkan the primary care ataupun kesihatan awam terutama sekali di klinik-klinik. Kita akan melihat keperluan-keperluan semasa.
Dan juga saya akan sentiasa bersedia untuk memberikan taklimat lebih lanjut kepada Yang Berhormat, adakah keperluan kepakaran. Dan juga kita mengakui Hospital Kuala Kubu Baharu berusia 88 tahun dan juga salah satu masalah kenapa kita tidak dapat menempatkan kepakaran yang mencukupi kerana kita tidak mempunyai OT ataupun Operation Theatre di fasiliti tetapi servei dan kajian sedang dibuat kita akan datang dengan planning yang lebih komprehensif. Itu sahaja jawapan saya Hulu Selangor.
Silakan.
Setiausaha.
Kamar Khas — PENERANGAN OLEH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(1)(c) — PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA MENGKAJI PENGENDALIAN PERKARA BERKAITAN KES KEDAULATAN BATU PUTEH, BATUAN TENGAH DAN TUBIR SELATAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: YangSpecial Chamber
Berhormat Menteri sebentar. Kalau mengikut 16(3) kuorum yang cukup, Usul daripada Yang Berhormat, ada ahli daripada Kerajaan dan saya. So, ahli daripada Kerajaan jangan keluar ya. Bagi habis. Silakan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Satu pertikaian selama 30 tahun bagi mempertahankan hak dan kedaulatan Malaysia ke atas Batu Puteh namun akhirnya Malaysia telah kehilangan hak dan kedaulatan ke atas Batu Puteh selama-lamanya – satu detik hitam dalam sejarah Malaysia yang berdaulat.
Kita tidak kalah dalam pertikaian ini di Mahkamah, Tuan Yang di-Pertua.
Malah, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sendiri pernah menyebut bahawa batuan itu pernah menjadi milik Kesultanan Johor Lama. Rakyat Malaysia, khususnya Rakyat Negeri Johor, wajar diberikan penjelasan mengenai sebab dan faktor sebenar yang mendorong keputusan untuk tidak meneruskan Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan perkara sebegini tidak patut berulang lagi pada masa hadapan.
Dengan izin, the people of Malaysia deserve to know the raw truth and web of reasons behind this decision. Ini soal hak dan kedaulatan negara − di mana salah dan silap? Siapa yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah menyebabkan Malaysia kehilangan hak ke atas Batu Puteh? Adakah prosedur and proses perundangan telah dipatuhi?
Persoalan-persoalan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Siapakah yang telah menasihati pihak kerajaan pada waktu itu memandangkan Peguam Negara berada dalam, dengan izin, garden leave? Adakah Jemaah Menteri dimaklumkan tentang perkara ini dan adakah keputusan Jemaah Menteri diperoleh? Adakah Kerajaan Persekutuan pada ketika itu telah merundingi Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Raja- Raja mendapat memperoleh persetujuan mereka memandangkan perkara ini merupakan isu tanah dan hal ehwal wilayah, sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan?
Kita tidak boleh memandang enteng dengan izin lightly mengenai hal berkaitan wilayah ini. Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi, Raja- Raja Melayu telah membuat persetujuan secara jelas mengenai kuasa tentang hal wilayah-wilayah.
Persoalan-persoalan yang dibangkitkan tadi masih lagi belum terjawab secara jelas dan nyata, sama ada melalui siasatan dalaman atau siasatan oleh Pasukan
Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (PPK)?
Sehubungan dengan itu, jelas bahawa terdapat keperluan bagi siasatan menyeluruh dilaksanakan bagi mengkaji pengendalian semua perkara berkaitan dengan perkara ini, secara khususnya dari aspek perundangan termasuk aspek Tort of Misfeasance, sebagai hala tuju ke hadapan agar langkah-langkah yang sewajarnya boleh diambil oleh pihak Kerajaan terhadap mana-mana pihak dan individu yang dikenal pasti.
Tuan Yang di-Pertua, seperti semua sedia maklum, PPK yang telah ditubuhkan pada 22 Disember 2021 sebelum ini oleh Kerajaan telah mengambil masa selama 10 buIan bagi menghasilkan satu laporan akhir setelah melaksanakan semakan dan kajian yang berkaitan. Dalam melaksanakan tugasnya, PPK telah menghadapi pelbagai cabaran untuk menyempurnakan tugasnya sepertimana terma rujukan yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri sebelum ini.
Antara cabaran yang dihadapi termasuklah:
(i) kesukaran dan kelewatan untuk memperoleh dokumen terperingkat yang berada dalam simpanan kementerian, jabatan, individu tertentu;
(ii) kementerian, jabatan berkepentingan, individu tertentu kurang memberikan input dan pandangan;
(iii) untuk memperoleh dokumen disebabkan oleh perintah perlindungan akses terhadap dokumen dan material; dan
(iv) ketiadaan kuasa oleh PPK untuk memanggil saksi dan mendapatkan dokumen yang berkaitan sebagaimana kuasa yang diperuntukkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI).
Malah, laporan PPK juga menyatakan bahawa terdapat sesetengah pihak yang enggan untuk memberikan kerjasama atas sebab peribadi dan profesional.
Dalam hal ini, PPK tidak berupaya untuk mengesahkan fakta dan menjalankan siasatan secara efektif dan menyeluruh kerana PPK tidak mempunyai sebarang kuasa yang jelas dalam mana-mana perundangan.
Oleh yang demikian, Jemaah Menteri Kerajaan MADANI baru-baru ini secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan RCI ini bertujuan, dengan izin, adalah sebagai fact-finding mission bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Agong untuk membolehkan pelaksanaan siasatan lanjut yang terperinci secara bebas, telus dan profesional berikutan hasil laporan oleh PPK, antara lain bagi maksud mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah penambahbaikan berkaitan sebarang isu yang membabitkan kedaulatan negara dan bukannya semata-mata untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.
RCI juga dibentuk ini mempunyai beberapa kuasa penting dalam menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendapatkan kebenaran fakta demi keadilan untuk rakyat Malaysia, iaitu antara lain, boleh menyaman orang untuk memberi keterangan, mengeluarkan waran tangkap bagi orang yang ingkar dan mendengar orang yang ingkar, maaf, mendenda orang yang ingkar.
Pada 14 Februari 2024, demi mencari kebenaran dalam isu yang penting ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Agong telah memberikan perkenan bagi penubuhan RCI untuk menyiasat pengendalian perkara berkaitan dengan kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dengan pelantikan tujuh orang Pesuruhjaya RCI dan satu orang setiausaha yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam berkuat kuasa mulai 14 Februari 2024.
Dari segi undang-undang, adalah jelas bahawa pemilihan pesuruhjaya bagi RCI di bawah Akta 119 merupakan perjalanan kuasa budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tiada mana-mana pihak lain mempunyai kuasa untuk melantik atau membatalkan pelantikan pesuruhjaya termasuklah RCI sendiri. Kedudukan ini telah diperjelaskan secara nyata dalam kes-kes mahkamah di Malaysia.
Secara umumnya, terma rujukan bagi RCI ini antara lain, adalah untuk melaksanakan perkara seperti yang berikut:
(i) mendapatkan penemuan keterangan-keterangan lanjut yang berkaitan dengan mengambil kira cabaran yang telah dihadapi oleh PPK serta menyediakan hasil penemuan;
(ii) menyemak, mengkaji dan menyediakan pandangan jika mana-mana pihak yang berkaitan telah melanggar sebarang undang-undang, norma kerja atau pekeliling pentadbiran dalam pelaksanaan tanggungjawab;
(iii) menilai, mengenal pasti dan mencadangkan syor berkenaan dengan tindakan perundangan dan bukan perundangan yang boleh diambil; dan
(iv) menyediakan laporan yang mengandungi hasil kajian, analisis dan syor yang berkaitan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Tempoh masa yang ditetapkan bagi siasatan RCI ini ialah selama satu hingga tiga bulan, dengan tempoh maksimum selama enam bulan dengan mengambil kira skop siasatan yang luas serta kompleksiti isu yang terlibat. Laporan RCI nanti akan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong untuk perkenan.
Laporan RCI ini seterusnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri supaya tindakan sewajarnya dapat dipertimbangkan untuk diambil berdasarkan hasil kajian ke arah pengendalian yang lebih berkesan berkenaan isu kedaulatan negara.
Kerajaan juga memberikan komitmen supaya laporan RCI ini dibentangkan di Parlimen. RCI adalah merupakan medium yang paling terbaik supaya siasatan yang menyeluruh dapat dijalankan berdasarkan input supaya dapatan siasatan adalah komprehensif dan bebas selain memberi penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan kes kedaulatan ini.
Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri ke-sepuluh hari ini tidak akan sama sekali kompromi dalam sebarang hal ehwal yang membabitkan soal hak, kedaulatan dan maruah negara. YAB Perdana Menteri sendiri pernah memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan terus berjuang berhabis- habisan, demi melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi penerangan
berkenaan isu penubuhan Siasatan di-Raja untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamat sesi Ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) dan Penerangan Daripada Menteri (Peraturan Mesyuarat 16(1)(c)) pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Rabu, 28 Februari 2024 pada jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.35 petang]