Dewan Rakyat · 28 February 2024
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 1,000 turns · 70,630 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum saya mulakan sesi pada pagi ini, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, “muflis di dunia” sering ditafsirkan sebagai seorang yang bankrap dan tidak mempunyai harta, tetapi “muflis di akhirat” ditentukan jauh lebih menyeksakan daripada muflis di dunia. Perbandingan disebut di dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya- ““Tahukah kamu sekalian, siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab, “Orang muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta benda.” “Rasulullah SAW membalas, “Bukan muflis harta aku maksudkan, tetapi muflis pahala pada hari kiamat. Sebahagian umatku pada hari ini datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pada masa sama, dia juga membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta, membunuh orang, memukul orang. Penyelesaian pada ini adalah dengan mengambil amal kebajikan lalu diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dicampaknya ke dalam neraka.”S” Riwayat Muslim. Istilah “muflis” yang sedia difahami oleh sahabat radiallahuanhu digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menggambarkan keadaan seseorang pada hari kiamat yang menerima nasib lebih baik daripada muflis di dunia, iaitu apabila pahala kebaikan diambil orang sehingga habis tiada apa yang tinggal. Malah, itu pun belum dapat menyelesaikan semua tuntutan dan hak orang yang disakiti atau dizaliminya. Semua amal kebaikan yang dilakukan semasa di dunia dahulu tidak dapat menyelamatkannya daripada azab Allah SWT. Justeru, agar kita tidak menjadi muflis di akhirat nanti, sewajarnya kita perlu sentiasa bermuhasabah diri daripada menzalimi atau menyakiti orang lain walaupun dalam hal yang kelihatan kecil dan remeh. Mendiam diri itu adalah lebih baik daripada menimbulkan apa-apa masalah kepada orang lain. Malah, dengan mendiam diri daripada melakukan sebarang keburukan adalah suatu amalan yang baik dan diganjari pahala. Sebagai renungan.
Baik, kita mulakan sesi pada pagi ini. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Yang Berhormat Paya Besar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan Paya Besar nombor 1.
1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan: (a) berapakah jumlah produktiviti CPO dan CPKO serta kepenggunaan mengikut negeri dan daerah dari tahun 2013 hingga 2023; dan (b) berapakah kuantiti kontrak metrik tan mengikut negara dan capaian eksport CPO dan produk sawit secara pukal serta pempakejan dari tahun 2013 hingga 2023.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah pada Paya Besar kerana dilantik menjadi Pengerusi Backbencher... [Tepuk] Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pengeluaran CPO sepanjang 2013 hingga 2023, purata setiap tahun kita mengeluarkan 19.07 juta metrik tan sepanjang 2013 dan 2023. Manakala CPKO, kita mengeluarkan on average 2.2 juta metrik tan setahun sepanjang 2013 dan 2023. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk eksport CPO dan processed palm oil sepanjang 2013 dan 2023, jumlahnya sebanyak 184.27 juta metrik tan. Eksport melalui pukal sebanyak 155 juta tan iaitu purata hampir 14 juta tan setahun. Manakala eksport melalui bukan pukal sebanyak 29.24 juta metrik tan atau pun purata 2.66 juta metrik tan setahun. Daripada segi percentage eksport pukal sebanyak 84.1 peratus dan bukan pukal adalah 15.9 peratus. Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas pencerahan. Kita tahu, Yang Berhormat Menteri, sektor pertanian merupakan sektor kedua terpenting dalam perdagangan Malaysia dan ia mengatasi perdagangan hasil lombong. Sektor pertanian, sudah pasti sawit menjadi dominasi dalam sektor tersebut. Yang Berhormat Menteri, sawit ini penting kerana tanpa sawit, Malaysia akan jadi net importer, tetapi sawit ini adalah bergantung kepada pengeluaran.
Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat? Sebab saya anak peneroka, Yang Berhormat. Saya- di kawasan Paya Besar ini ada 16 Rancangan FELDA dan saya lihat sendiri ladang-ladang kelapa sawit ini, buah ada, tetapi tidak ada pekerja dalam ladang kelapa sawit ini. Kalau kita tahu sawit ini penting untuk negara kita, jadi apa usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan ladang-ladang sawit kita ini- buah ada, kualiti tinggi dan dapat kita keluarkan supaya ia dapat meningkat eksport kita, itu yang pertama. Kedua, saya nampak kita banyak tumpukan kepada CPO, bukan CPKO. Saya yakin Yang Berhormat Menteri tahu, CPKO akan memberi high value product kepada price effect dan ini juga akan meningkatkan ekonomi negara kita. Minta pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju bahawa perladangan ini sangat penting untuk menjadi sebagai sebuah daripada komoditi eksport iaitu kelapa sawit kepada negara. Dia- daripada soal perladangan ini, yang paling penting untuk kita meningkatkan pengeluaran kita, kita tidak boleh berdepan dengan masalah tidak ada cukup pekerja. Dalam industri ini, setakat hari ini feedback yang kementerian dapat bahawa sektor perladangan kelapa sawit ini, kita kekurangan hampir 40,000 pekerja. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, 40,000 pekerja ini adalah- kalau kita translate dia dalam economic value, kalau 40,000 pekerja ini, kalau dia boleh harvest satu metrik tan per day, untuk 260 hari setahun, kita kehilangan 7.9 bilion nilai eksport kita. Kedua, kita juga berdepan dengan masalah, di mana banyak daripada kita punya foreign workers yang datang ke negara kita ini, mereka dibawa masuk atas industri manufacturing dan services. Jadi, bila dia masuk dekat sini, sehinggakan statistik yang kita dapat bahawa dia terlebih 165,000 perkilangan, perkhidmatan 27,000 dan mereka ini sepatutnya kalau kita boleh mobilize dia masuk dalam ladang, that will be good untuk membantu kekurangan pekerja ladang, tetapi masalah dia ialah, mereka dibawa masuk atas tiket manufacturing dan juga service sector, maka mereka tak nak bekerja dekat ladang sebab waktu dipanggil masuk itu dia based on manufacturing. Itu yang kita berdepan hari ini dan KDN saya difahamkan- KDN dan juga KSM telah stop kuota untuk membawa pekerja asing ini dan kita cuba meyakinkan sebahagian daripada mereka untuk masuk dalam sektor ladang. Jadi, pertanyaan soal hendak- yang kedua tadi ialah kenapa kita tak produce CPKO? Sebenarnya CPKO ini adalah by-product kepada proses CPO. The more you produce CPO, the more you get CPKO. Terima kasih.
Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, terima kasih kepada Menteri. Sepertimana disebutkan tadi ialah, kita mengalami soal kekurangan tenaga buruh untuk memungut hasil kelapa sawit ini. Ada atau tidak perancangan daripada pihak kementerian untuk menggunakan robot, robotiklah untuk penggunaan ini. Ini kerana walaupun kita tahu penggunaan manusia lebih efisien dan cepat, tetapi daripada tidak dapat langsung, lebih baik kita menggunakan penggunaan robot ini untuk supaya dapat menghasilkan penghasilan yang baik kerana ini merupakan perkara penting. Dulu, saya pernah bincang dengan Dr. Adham Baba ketika beliau menjadi Menteri MOSTI dahulu. Makna perancangan-perancangan daripada pihak saintis kita, Saya rasa mampu untuk melakukannya. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju. Sebenarnya dalam industri kelapa sawit, mechanization kita sangat bagus. Hari ini kalau kita hendak pergi- hendak buat letak baja, racun dan juga kita hendak buat precision farming, kita boleh guna semua drone, tapi ada satu masalah yang sangat kritikal dalam industri sawit ini ialah apabila kita hendak harvest buah ini, ia masih tidak lagi jumpa teknologi yang boleh pergi- machine pergi kutip buah tersebut. Ia masih memerlukan manual dan kita ada banyak pisau untuk meraih buah ini secara automatik dan gunakan bateri, tetapi kita perlukan tenaga mahir untuk mencantas buah-buah ini. Jadi, oleh sebab itu kita banyak bergantung kepada pekerja asing ini ialah kalau ikut ratio, kalau kita ada 300 orang pekerja dalam sesuatu ladang, setengah daripada itu adalah untuk meraih buah dan untuk mengutip buah, yang lain-lain ini semua kita boleh buat mechanization. Cuma yang short ini adalah peraih buah yang kita nak.
Jadi, sebab itu kementerian telah buat satu kursus TVET. Dia buat kursus TVET ini adalah proof of concept, hendak bawa anak-anak tempatan kita yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana tidak minat melanjutkan pelajaran untuk bawa masuk, attend dalam TVET ini. Kita train dia bagaimana boleh mengajar mereka untuk memetik buah kelapa sawit ini dan pendapatannya boleh mencecah hampir lebih daripada RM3,500. Jadi, itu salah satu daripada strategi kementerian untuk melatih mereka ini dan first batch ini kita kenal pasti 60 orang untuk masuk dalam kelas ini, bermula bulan April sampai bulan September dan dengan harapan dia boleh tumpukan proses mengutip buah ini dan apabila kepakaran itu dapat kita raih, jadi kita boleh galakkan lebih ramai orang untuk meraih buah kelapa sawit. Terima kasih.
Baik. Berikutnya saya mempersilakan Dato' Dr. Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Dato' Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan, perancangan jangka pendek dan jangka panjang kementerian bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara susulan tindakan kerajaan menghapuskan skim pencen penjawat awam bermula 2025.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, soalan yang mahukan saya menyatakan perancangan jangka pendek daripada sahabat saya dan juga jangka panjang ya- apakah cara dan langkah-langkah untuk kita mengekalkan, menjadikan pegawai-pegawai Graduan Perubatan kekal dan setia bersama KKM. Namun, saya ingin sebutkan di situ, susulan tindakan kerajaan menghapuskan skim pencen penjawat awam bermula 2025 itu agak tidak tepat andaian itu ya, kerana kita sedang menjalankan kegiatan ataupun kajian SSPA ataupun Skim Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam. Maka, dia tidak boleh terkait soalan saya ini. Jawapan saya ini bukan kerana susulan penghapusan, tetapi adalah apa langkah-langkah yang- apa pun, akan kita pertingkatkan, beza itu ya. Jadi, saya perlu jelaskan perkara tersebut . Tuan Yang di-Pertua, kerana keputusan tentang saraan dan juga tentang skim pencen itu akan dibuat di hujung tahun ini, setelah kajian SSPA itu dilakukan. Apa pun Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat ya, aset- kalau saya sebutkan aset hardware seperti hospital, klinik-klinik kita itu adalah penting. Namun, aset sumber manusia ini, human capital dalam KKM itu adalah jauh lebih penting, Dato’ Yang di-Pertua. Lalu, sangat mustahak untuk kita mampu dan mengambil inisiatif dan langkah-langkah bagi mengekalkan kesetiaan dan kebersamaan mereka kerana cabarannya adalah juga besar dan saya sangat memahami akan the attrition rate, dengan izin, keluarnya pegawai-pegawai ini daripada kesihatan perkhidmatan awam. Lalu, antara perkara yang mungkin saya boleh tekankan sebagai the pull factor kepada kita adalah pertamanya, ia menetapkan gaji permulaan pegawai-pegawai perubatan kontrak ini Gred UD41 setelah mereka melalui housemanship mereka adalah dengan gaji permulaan sebanyak RM5,197 yang jauh lebih tinggi daripada apa pun skim- skim perkhidmatan awam yang lain, termasuklah PTD. Kedua, kita telah juga meningkatkan pelantikan tetap seramai 9,822 orang dalam tahun 2019 ke-2023 dan telah pun meningkatkan jumlah itu dan kita meramalkan akan meningkatkan kepada 6,000 pelantikan tetap dalam tempoh 2024 hingga 2025, Tuan Yang di-Pertua.
Ketiga, kita juga akan kekal membayar dan juga sedang meneliti elaun tugas atas panggilan iaitu on call kalau MO itu pada lingkungan RM200 kepada RM220. Panggilan aktif- active call dan juga pada passive call daripada RM80 hingga RM130. Mahupun yang pakar itu Dato’ Yang di-Pertua, on call itu dalam lingkungan bayaran RM230 ke RM250 active call dan sebaliknya RM100 hingga RM160 passive call.
Ketiganya, seterusnya, adalah yang dikatakan elaun lokum yang mereka lakukan selepas waktu pejabat di klinik-klinik, juga di hospital, EED di Jabatan Kecemasan hospital-hospital kita. Kita berikan RM80 sejam. Kurang lebih mereka akan bertugas tiga, empat jam. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, seterusnya adalah segala ganjaran dan imbuhan yang lain, gaji pegawai perubatan turut kita menerima elaun, umpama elaun insentif- Incentive Critical Allowance RM750, elaun pembedahan juga kita berikan RM80 sejam bagi pegawai-pegawai perubatan dan kepada pakar RM200 sejam. Dan juga apabila mereka terpaksa tahap-tahap kesusahan kadar bulanan dan memikul lokasi mereka, mereka mendapat RM500 hingga RM1,500 tergantung kepada pedalaman ataupun di mana mereka. Bayaran insentif pedalaman 10 peratus daripada gaji pokok. Akhir sekali, mungkin saya nak sebutkan sebagai satu insentif penawaran pengajian kepakaran perubatan menerusi kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan juga Program Latihan Kepakaran, The Parallel Pathway. Ini pun jumlahnya pun kita akan tingkatkan dari sudut jumlah yang boleh mengambil ijazah ataupun kepakaran lanjutan ini, Datuk Yang di-Pertua. Apa pun, saya ingin tekankan, paling besar insentif ataupun motivasi kepada pegawai-pegawai muda ini, Datuk Yang di-Pertua, adalah saya rasa teruja dan sangat bangga menyaksikan dan meneliti dan menyantuni pakar-pakar senior konsultan, mana pun hospital yang saya lawat baru-baru ini di Hospital Selayang. Tokoh-tokoh dan figura-figura itu yang menjadi tok guru mereka sebagai klinikal tutor mereka semasa mereka menjalankan kegiatan-kegiatan seperti Master’s Medicine dan sebagainya, inilah tokoh-tokoh yang saya perhatikan the greatest asset, Dato Yang di-Pertua, adalah human resource, pakar-pakar yang masih lagi bersama kita di sebalik apa pun rintangan, apa pun at odds, mereka tidak sama dengan equipment yang ada di swasta’, seumpama ialah gamma knife-nya dan yang lain itu, mungkin mereka tidak ada seperti itu, tetapi mereka kekal dengan kita. Inilah saya kira untuk pegawai-pegawai perubatan muda kita, memandang kepada kesetiaan, loyalty, patriotisme, berkhidmat untuk rakyat dalam perkhidmatan kesihatan, fasiliti kesihatan awam dan perkhidmatan awam ini, saya rasa adalah...
Yang Berhormat Menteri, gulung.
....Pendorong-pendorong paling utama dalam mengekalkan kesetiaan. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat dengar jawapan.
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi pencerahan yang panjang lebar. Cuma, apa yang kita difahamkan, Datuk Yang di-Pertua, pemansuhan skim pencen penjawat awam yang akan bermula berkuat kuasa pada 2025 ini’, dijangka akan memberi impak yang besar kepada tiga sektor kritikal negara iaitu sektor keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Jadi, soalan saya, ini merupakan satu keputusan yang besar dan melibatkan jumlah rakyat yang ramai yang bakal terkesan. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membentangkan apa-apa Kertas Putih berkaitan dengan isu yang melibatkan penjawat awam yang secara tidak langsung juga melibatkan kepentingan rakyat terbanyak?
Kedua, apakah justifikasi kerajaan untuk tidak mengekalkan skim pencen penjawat awam dalam sektor kritikal, khususnya di Kementerian Kesihatan? Sedangkan, saya yakin pihak kerajaan juga sedar akan krisis yang bakal dihadapi negara, sekiranya graduan-graduan dalam sektor kritikal ini tidak lagi berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam. Akhirnya, adakah tindakan menghapuskan skim pencen ini akan mengakibatkan KKM akan kehilangan ramai lagi Doktor-doktor Pakar yang mungkin akan berhijrah ke sektor swasta? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus. Itulah yang saya mulakan awal-awal tadi dengan menerangkan hal ini. Saya tahu ini adalah fokus soalan ini dan bukan sangat bagi insentif yang mahu kita sebagai pull factor kepada Graduan Perubatan untuk kita gamit untuk setia bersama kita...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Pokoknya yang saya telah sebutkan tadi, hal perkara lantikan tetap dan itu semua adalah di bawah JPA. Dasar tentang skim pencen dan sebagainya itu adalah dasar yang ditentukan oleh kerajaan, the current government ataupun Kerajaan Madani di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya terangkan sekali lagi, kajian menyeluruh tentang impak dan sebagainya tentang Skim Persaraan Perkhidmatan Awam yang akan disebutkan sebagai yang bakal diumumkan adalah satu yang kita wajar nanti. Sebab apa, wajar kita tunggu supaya dapat kita dengar benar-benar sebelum kita membuat- saya istilahkan tadi ‘presumption’ ataupun ‘being very presumptive’, andaian-andaian yang membawa kepada pelbagai andaian yang saya kira adalah negatif. Kita belum dengar. Kita belum dengar lagi, apakah skim sebenarnya. Mungkin jauh lebih baik ataupun setanding, kalau tidak pun baik, sama tara dengan pencen. Kita dengar dulu. Sekarang ini kerajaan sedang menjalankan kajian itu, Skim Persaraan Perkhidmatan Awam yang baharu itu, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus sabar menanti.
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Hebat Kuala Selangor.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah dan sebab graduan perubatan yang meninggalkan perkhidmatan awam dan memilih sektor swasta sehingga sekarang? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih, Bukit Bintang. Sebab saya- Yang Berhormat, saya tahu soalan ini adalah sangat penting dan juga saya memahami betapa semua kita mahukan human capital dan human resource kita kekal dengan dalam perkhidmatan awam kita. Saya memandang kepada satu kajian yang dibuat ya dalam tahun 2022, kurang lebih, patennya sama ya. Dalam tahun 2022 itu ada seramai 1,696 pegawai- kita ambil saja Pegawai Perubatan ya. Kita dapati bahawa antara sebab utama yang mereka tinggalkan perkhidmatan awam adalah 54 peratus adalah kerana tawaran untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan-badan berkanun yang lain. Itu pertama.
Kedua, 28 peratus atas alasan sebab alasan peribadi. Ketiga, enam peratus yang menerima tawaran berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kita yang sedikit lebih kadangkala remuneration mereka itu. Keempat adalah 45 peratus bekerja di luar negara dan 2.7 peratus melanjutkan pelajaran, 0.8 peratus membuka klinik sendiri. Jadi, buka klinik sendiri itu only 0.8 percent. Persepsinya itulah sebab utama. Akhir sekali, 0.5 peratus tidak menyatakan alasan apa- apa pun. Jadi, kita sedar dan sebab itu kita akan berusaha untuk mengekalkan kesetiaan dan penglibatan mereka dalam sistem perkhidmatan awam, kesihatan awam kita kerana kita tahu tidak kurang sepertimana yang telah saya nyatakan terperinci tadi, Timbalan Yang di-Pertua, betapa kita juga memberikan imbuhan dan insentif yang juga baik dan tidak kurang tandingannya. Baik. Itu yang kita mahukan- saya mahu menjelaskan perkara yang agak sedikit berbeza tapi saya tahu masa tidak mengizinkan, di mana saya akan memperkukuhkan kolaborasi public-private supaya kalau pun mereka meninggalkan kita, tetapi tidak semestinya ianya kerugian kepada pihak awam. Saya punya langkah-langkah untuk memastikan perkara itu akan dapat kita memanfaatkan dengan program National EMR saya dengan finance reform yang saya akan lakukan dan akan kita undertake, dengan izin, untuk Penggal Kelima Belas Parlimen ini. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih sahabat saya Bukit Bintang.
Berikutnya, dipersilakan Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Serian.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan dan membina SOSCO Rehabilitation Centre di Sarawak bagi memudahkan pesakit yang perlu menjalani rawatan pemulihan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat dari Serian. Ini jawapan julung kali saya sebagai Menteri Sumber Manusia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PERKESO telah memeterai memorandum persefahaman ataupun MoU dengan Universiti Sarawak (UNIMAS) pada Ogos 2022 bagi menyediakan program rehabilitasi serta kemudahan berkaitan rehabilitasi di Sarawak Bumi Kenyalang menerusi penyediaan kemudahan tersebut di hospital pengajar UNIMAS. Antara kemudahan yang disediakan di UNIMAS adalah seperti, dengan izin: (i) consultation by rehabilitation physician; (ii) physiotherapy; (iii) occupational therapy; (iv) neurological rehabilitation; (v) neurological rehabilitation with neuromodulation therapy; (vi) speech and language communication assessment; (vii) speech therapy; (viii) cardiorespiratory rehabilitation; (ix) sleep study; dan (x) neuro-robotic and cybernetic rehabilitation program.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik PERKESO dari tempoh Ogos 2022 hingga Januari. Hujung Januari tahun ini sebanyak 18 kes telah dirujuk ke UNIMAS oleh PERKESO. Daripada jumlah tersebut, sembilan orang telah kembali bekerja, lapan orang telah selesai menjalani rawatan rehabilitasi dan seorang lagi masih menjalani rawatan pemulihan. Inisiatif ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, terutamanya para pencarum PERKESO untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi di kampus UNIMAS. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kementerian sememangnya merancang untuk menambahkan lagi pembinaan Pusat Rehabilitasi PERKESO dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Negeri Sarawak adalah antara wilayah yang dialu- alukan untuk bekerjasama bagi merealisasikan hasrat ini. Kementerian bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Kerajaan Negeri Sarawak berkaitan lokasi, keperluan semasa dan juga kerjasama, memandangkan pembinaan pusat rehabilitasi ini melibatkan kos yang sangat besar. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini PERKESO mempunyai sebuah pusat rehabilitasi di Melaka yang beroperasi sejak 2014. Manakala Pusat Rehabilitasi PERKESO di Ipoh, Perak sedang dalam fasa pembangunan pesat, dijangka akan siap hujung tahun ini dan sebuah lagi dalam fasa perancangan reka bentuk yang dicadangkan di negeri Terengganu. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Serian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri untuk menjawab soalan yang penting ini. Pusat rehab di Melaka telah dirasmikan pada tahun 2016, pembinaan 2014, ketika itu saya Menteri. Jadi, jawapan yang telah diberi oleh Menteri tadi tentang satellite iaitu yang dianjurkan oleh UNIMAS. Terima kasih atas usaha itu, tetapi itu tidak mencukupi. Maka, bila Menteri menerangkan bahawa ada usaha untuk membina Pusat Rehabilitasi PERKESO di Sarawak yang baharu, yang akan menelan, bakal menelan belanja ratusan juta ringgit. Saya amat berharap kenyataan Yang Berhormat Menteri yang datang sendiri untuk menjawab akan jadi kenyataan. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua sebab ini first time dia menjawab. Nyatakan statistik bilangan orang yang telah dan sedang menjalani rehabilitasi di pusat rehab di Melaka. Siapakah yang layak? Sememangnya saya tahu yang layak adalah pencarum PERKESO. Sekian, terima kasih. tolong menjawab.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat dari Serian. Sememangnya kita mengiktiraf usaha dan juga inisiatif Yang Berhormat dari Serian sebagai mantan Menteri Sumber Manusia dalam isu ini, termasuk untuk membangunkan Pusat Rehabilitasi PERKESO termasuk yang di Melaka yang disebut tadi. Saya telah menyatakan bahawa kementerian bertekad untuk memperluaskan lagi pusat rawatan, Pusat Rehabilitasi PERKESO termasuk membina pusat-pusat yang baharu. Dalam 10 tahun ini kita ada sebuah pusat di Melaka, kemudian sedang dibina di Perak dan satu lagi dirancang di Terengganu. Saya telah menyatakan bahawa dalam lima tahun, kita tidak nak tunggu 10 tahun. Dalam lima tahun yang akan datang kita akan bina sekurang-kurangnya tiga buah Pusat Rehabilitasi PERKESO yang baru termasuk meninjau sama ada mengikut keperluan dan mengikut keupayaan kementerian, PERKESO untuk dibina di Sarawak. Saya akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk kerjasama dan juga perincian yang lebih lanjut dalam isu ini.
Untuk makluman, tentang jumlah orang yang telah mendapat rawatan dari Pusat Rehabilitasi PERKESO. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, daripada 2019 hingga Januari 2014, seramai 10,695 orang telah menjalani rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Daripada jumlah tersebut, seramai 494 orang adalah anak bumi Sabah dan Sarawak yang telah mendapat rawatan rehabilitasi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, peratusan kes yang kembali semula bekerja atau setelah mendapatkan rawatan rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah lebih kurang 70 peratus. Satu angka yang agak baik walaupun sememangnya kita berharap akan meningkatkan lagi jumlah peratusan jumlah peratusan kes kembali ke tempat pekerjaan ataupun ke alam pekerjaan selepas mendapat rawatan. Mereka yang layak untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah dua kategori. Satu kategori pencarum, di mana 90 peratus daripada rawatan tersebut diberi kepada pencarum. Mereka mendapat rawatan percuma. Manakala 10 peratus lagi adalah pihak swasta ataupun individu yang membayar. Mereka bukan terdiri daripada pencarum PERKESO. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Tahniah kepada kerajaan untuk menambahkan lagi SRC di negara kita. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, daripada 10,000 yang mendapat rawatan di SRC ini ataupun Pusat Rehabilitasi SOCSO ini, berapakah anggaran kos, purata kos setiap pesakit yang dirawat? Kedua, kalau kita lihat di negara lain, ada negara yang telah membina hospital sendiri. Hospital Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan umpamanya Turki. Apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan hospital khas bagi pekerja-pekerja di negara kita bagi memastikan mereka mendapatkan rawatan yang lebih selesa dan tidak bersaing dengan masyarakat umum di negara kita? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Ada dua soalan di sini. Satu soalan tentang kos setiap penerima rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Ini soalan yang agak terperinci. Saya akan berikan secara bertulis kepada YB Maran. Soalan kedua adalah, adakah PERKESO berniat untuk membina hospital. Untuk makluman sudah tentu dalam- untuk kerajaan pembinaan hospital merupakan bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini termasuk kepada Yang Berhormat Maran, pusat rehabilitasi kita memang mendapat kerjasama dengan KKM. Justeru, rancangan untuk pembinaan ataupun menaik taraf pusat rehabilitasi kita menjadi hospital mungkin kita boleh bincang secara lanjut, terutamanya dalam mendapat persetujuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Seterusnya kita ke soalan yang nombor 4. Saya mempersilakan Datuk Idris bin Ahmad, Yang Berhormat Bagan Serai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Patpat siku lipat. Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, perincian strategi kementerian dalam memenuhi matlamat untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus ketika ini.
Pandai berpantun ya. Tuan Yang di-Pertua, tahniahlah kepada Bentara dengan uniform baru segak bergaya. Semoga bertugas dengan penuh amanah. Pada masa kini, Malaysia bergantung sepenuhnya 100 peratus kepada sumber bawang yang diimport dari India, Belanda, China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar yang diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Pada tahun 2022, Malaysia mengimport bawang sebanyak 687,000 tan metrik dengan nilai RM1.58 bilion. Kita nampak bawang itu kecil je, RM1.5 bilion ustaz, Bagan Serai. Daripada jumlah tersebut, bawang kecil diimport sebanyak 38,000 tan metrik dengan RM81.5 juta bagi menampung keperluan penggunaan domestik. Penggunaan bawang bagi setiap kita ini, 1.2 kilo untuk setahun. Buat masa ini, kementerian memberi fokus kepada pembangunan tanaman bawang kecil sahaja kerana bawang besar pihak MARDI belum menjumpai, research-nya belum sesuai untuk ditanam di Malaysia. Memandangkan bawang besar dan bawang putih tidak boleh ditanam di Malaysia buat masa ini, disebabkan oleh keadaan iklim. Untuk makluman, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah melaksanakan kajian penyelidikan berkaitan bawang sejak tahun 2020. Hasil daripada kajian tersebut, MARDI telah memperkenalkan tiga variety iaitu BAW-1, BAW-2, BAW-3.
Ketiga variety ini berbeza daripada segi saiz, warna, keupayaan adaptasi dan juga kesesuaian tanah. Strategi kementerian dalam memenuhi matlamat untuk mengurangkan import bawang dilaksanakan melalui program pembangunan tanaman bawang yang melibatkan dua fasa iaitu fasa pra komersial dan fasa komersial. Fasa pra komersial bertujuan untuk melihat potensi penanaman bawang kecil di Malaysia yang melibatkan tempoh pelaksanaan selama dua tahun, bermula 2024 hingga 2025. Sebanyak 70 tan metrik benih bawang dan 230 kilogram biji benih bawang kecil dibekalkan oleh MARDI dalam fasa ini. Saya minta panjang sikit, ini pertama kali hal bawang di Malaysia ini.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Beras selalu dah. Manakala bagi program penanaman seluas 100 hektar kawasan penanaman bawang akan dibangunkan iaitu 50 hektar 2024 dan 50 hektar pada tahun 2025, dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak lima tan metrik per hektar. Penanaman bawang ini boleh dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Dijangkakan pengeluaran bawang bagi fasa ini adalah sebanyak 1,000 tan metrik. Tempoh pelaksanaan bagi fasa komersial adalah selama lima tahun iaitu bermula 2026 sehingga 2030. Dalam tempoh ini, seluas 1,347 hektar kawasan penanaman bawang akan dibangunkan dengan nilai jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 14,470 tan metrik. Ini akan memenuhi keperluan tempatan sebanyak 30 peratus pada tahun 2020. Dianggarkan harga bawang ini akan lebih mahal daripada yang diimport, tetapi untuk sekuriti makanan, kita mesti menyediakan sekurang-kurangnya alternatif untuk rakyat memperoleh bawang jika berlaku sesuatu sekatan ataupun keadaan tertentu berlaku di tempat yang kita import bawang itu. Penanaman bawang kecil telah dimulakan di kawasan pertubuhan peladang di negeri Perlis dan Selangor, seluas 1.2 hektar dan Ladang Bikam, Perak seluas satu hektar. Penuaian pertama adalah dijangka pada bulan April 2024. Kita harap semua Ahli Parlimen, tak kiralah mana parti kah, semua kah, kita bekerjasama untuk sekurang- kurangnya tahun 2030 nanti kita ada bawang di sekitar 30 peratus bawang kecil. Bukan bawang besar ya, bawang besar MARDI belum menemui kajian yang mendalam untuk menghasilkan bawang besar di Malaysia ini. Sekian.
Soalan tambahan Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Walaupun bawang ini bukanlah merupakan makanan asasi, tapi ia merupakan penambah perisa untuk makanan. Menteri lebih tahu kerana dia merupakan- part-time tukang masak. Cuma persoalan saya ialah adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menggalakkan rakyat untuk menanam bawang. Contohnya di kawasan-kawasan kecil di halaman-halaman rumah dan sebagainya dengan sedikit bantuan benih percuma kepada rakyat. Yang keduanya ingatan saya juga ialah supaya kajian yang dibuat oleh pihak MARDI berkenaan dengan benih BAW-1, BAW-2, BAW-3 ini diambil perhatian kerana saya yakin dan percaya kemampuan daripada saintis kita yang berada di MARDI lebih mengetahui tentang cuaca yang ada di sini dan dapat menghasilkan. Tak perlulah kita nak pergi konsultan dengan orang-orang luar kah, kadang-kadang cuaca tidak sesuai dengan tempat kita. Saya lebih yakin dengan kemampuan saintis kita. Terima kasih Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Pandangan yang- kita sebab daripada mula, jadi kita boleh beri berbagai-bagai pandangan. Dia bukan macam padi, dah berzaman, tetapi ini baru permulaan dan kita dapati sekarang ini peringkat pembenihan. Akan mula ditanam secara luas tahun 2026 dan tahun 2030 kita akan capai 30 peratus. Yang dah ditanam, saya tengok sekarang bawang itu elok. Memanglah bawang ini hanya alat penumis tapi tanpa bawang, tidak wangilah masakan kita. Walau bagaimanapun, ia adalah satu bahan antibiotik yang begitu, boleh menahan daripada serangan penyakit dan sebagainya. Satu onion ini kita tahu para penasihat, ilmuwan doktor mengatakan ia baik untuk dimakan. Kita akan berusaha sebab kita nampak ia kecil, tapi bayangkan 1.5 bilion kita import bawang. Kalau di negara-negara lain, setengah itu tak ada bawang, dia orang buat demonstrasi. Jadi, kita di sini demonstrasi yang lain itu dah ada dah selalu, tapi yang kaki buat demonstrasi itu sekarang jadi Menteri, jadi kuranglah sikit... [Ketawa] Jadi soal tidak puas hati rakyat dalam hal ini dan saya memanglah tidak akan kembali ke alam itu sebab dah jadi kerajaan. Di sebelah sana itu saya nampak bercakap kelmarin ini nampak macam nak kekal jadi Pembangkang selamanya. Jadi, hat bawang ini kita ambil tindakan bersama. MARDI memainkan peranan dan benih ini benih MARDI yang baik yang kita akan- hasil dah ada dah sikit, lepaih ni ada pembenihan kita akan menyokong. Termasuklah ada cadangan kalau boleh ditanam di batas-batas bendang di padi, kita akan lihat di mana keadaan yang sesuai. Sebab dia kalau hujan lebat, terlalu lebat dia tidak berapa sesuai. Dia kena di kawasan yang agak kering, menurut pandangan saintis kita daripada MARDI.
Yang Berhormat di belakang tekan. Yang Berhormat Pulai ya.
Ya. Terima kasih Dato’ Speaker. Kalau kita lihat disebut oleh Menteri tadi, satu individu menggunakan 1.2 kg bawang ya. Bermaksud bahawa kalau ada satu keluarga yang akan menggunakan lebih kurang setengah kilo bawang dalam satu rumah itu. Maknanya dalam tempoh enam bulan, lebih kurang tiga kilo bawang digunakan. Kalau ia boleh ditanam di rumah untuk menghasilkan tiga kilo dalam tempoh enam bulan, tentunya suri rumah boleh juga menanam tanaman bawang ini di rumah tanpa dia membeli di pasar raya dan sebagainya. Dan ia boleh lagi mengurangkan import bawang di negara kita ini. Mohon pandangan daripada Menteri.
Terima kasih. Memang Perdana Menteri menyarankan supaya di kawasan bandar-bandar juga diusahakan supaya mengeluarkan sayur-sayuran dan bahan-bahan tanaman dan ini juga akan jadi tumpuan kita. Di peringkat ini, peringkat MARDI mengeluarkan benih yang disebut tadi di Perlis, di Kelantan, di Perak. Lepas ada benih dah banyak nanti, baru kita edar kepada orang ramai. Kajian MARDI ini saya nampak memang hasilnya cukup baik dan ia di kawasan yang saya cakap tadi agak kering dan dia boleh ditanam pada masa akan datang.
Bila ada saja benih ini dikomersialkan, kita harap pihak MARDI juga akan membimbing. Jabatan Pertanian akan membimbing supaya mana tempat yang sesuai ditanam dengan bawang ini. Kita kena ingat ya import kita terlalu tinggi. Walaupun kita nampak bawang itu kecil, tapi 1.5 bilion adalah tinggi. Kalau kita kurangkan, kita import bawah daripada satu bilion, maka ia dapat menjimatkan tukaran asing yang berlaku begitu tinggi akibat kita import bahan-bahan makanan terlalu tinggi dari luar negara.
Baik. Kita selanjutnya ke soalan yang ke-5. Dipersilakan Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Yang Berhormat Klang.
5. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berapakah jumlah yang telah diperuntukkan pada tahun 2023 dan 2024 untuk membaik pulih atau menaik taraf jalan-jalan raya di kawasan Klang. Selain itu, apa status terkini projek-projek menaiktarafkan jalan raya yang sedang dilaksanakan di kawasan Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya, Kementerian Kerja Raya bersama pihak Jabatan Kerja Raya senantiasa memandang serius terhadap aduan-aduan kerosakan jalan di Jalan Persekutuan. Saya turut berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana turut serta dalam program turun padang KKR pada 23 November 2023, tahun lepas yang kita adakan bersekali bersama Yang Berhormat Kapar, ADUN Pelabuhan Klang dan ADUN Meru bagi kita bersama-sama membincangkan serta mendalami masalah yang dihadapi di kawasan- kawasan YB dan kita bersama-sama turut membincangkan isu ini bagi menambah baik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan KKR kepada masyarakat setempat.
Merujuk kepada soalan Ahli Yang Berhormat, Jalan Persekutuan di Klang adalah sepanjang 185.07 kilometer yang melibatkan 26 bilangan laluan dan merupakan Jalan Persekutuan yang disenggarakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Pada tahun 2023, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM16.35 juta di bawah program penyelenggaraan berkala pavement, berkala bukan pavement, penyelenggaraan jambatan serta penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan sembilan bilangan kerja berkala pavement, tujuh bilangan kerja bukan pavement, empat bilangan kerja penyelenggaraan jambatan dan 15 bilangan kerja penyelenggaraan lampu dan lampu jalan isyarat di jalan tersebut dan semua kerja telah disiapkan sepenuhnya. Berdasarkan anggaran penyelenggaraan jalan tahun 2024, kementerian ini telah mengenal pasti dan merancang 35 bilangan kerja berkala pavement bernilai RM43 juta. Pavement, 51 bilangan kerja berkala bukan pavement yang bernilai RM20.42 juta dan 14 bilangan kerja penyelenggaraan jambatan yang bernilai RM3.79 ringgit juta dan 33 bilangan kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat yang bernilai RM6.17 juta bagi sepanjang jaringan jalan raya di Klang, Selangor. Sehingga Februari 2024, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM6.99 juta, ini baru dua bulan 2024 ini. Jadi RM6.99 juta telah diperuntukkan dan di bawah program penyelenggaraan berkala pavement, penyelenggaraan berkala bukan pavement, penyelenggaraan jambatan serta penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan tiga bilangan kerja berkala pavement, satu bilangan kerja berkala bukan pavement dan tiga bilangan kerja penyelenggaraan jambatan dan 10 bilangan kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat dan semua kerja dijangka siap pada hujung bulan Oktober 2024 ini.
Di samping itu, bagi pelaksanaan kerja tahun 2024, jalan-jalan yang rosak akan dikenal pasti oleh pihak syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang dilantik dan pihak JKR akan menyediakan anggaran penyelenggaraan jalan (EPJ) bagi tahun 2024 berdasarkan kerosakan jalan. Walau bagaimanapun, kelulusan kerja tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang tahun. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat dua projek menaik taraf jalan di Klang yang sedang dalam pembinaan iaitu projek menaik taraf Jalan Pelabuhan Utara dari Klang Kontena Terminal ke North Port, Pelabuhan Klang Selangor dengan peruntukan di belanja pada tahun 2023 sebanyak RM12.429 juta dan unjuran tahun 2024 bagi projek ini adalah sebanyak RM15 juta. Status terkini, projek adalah awal berbanding jadual iaitu kemajuan fizikal sebenar 83 peratus berbanding jadual 82.5 peratus. Projek ini dijangka siap pada bulan November tahun 2024. Projek kedua adalah membina dan menaik taraf Lingkaran Pulau Indah Fasa ke-3 dengan peruntukan dibelanjakan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM40.79 juta ringgit dan unjuran tahun 2024 bagi projek ini adalah sebanyak RM120 juta. Status terkini projek adalah awal berbanding jadual iaitu kemajuan fizikal sebenar 12.9 peratus berbanding jadual 10.63 peratus. Tarikh siap semasa bagi projek ini adalah pada 24 Julai tahun 2026. Sekian, terima kasih.
Yang berhormat Klang, soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi begitu banyak details berkenaan dengan projek di Klang, yang turun bersama dengan saya pada tahun lalu. Terima kasih. Walau bagaimanapun, kita sedar Yang Berhormat Menteri, Daerah Klang ini mempunyai tiga buah pelabuhan utama dan kawasan industri. Sering kali kita dengar jalan-jalan kita rosak. Kita tahu tanah nya sebab kita dengar alasan nya adalah tanah marine clay. Adakah jalan-jalan yang dibina ini benar-benar berkualiti? Sedangkan kita tahu walaupun kita buat pavement, dalam masa sebulan atau kurang dari sebulan, rosak balik. Begitu juga jalan-jalan baru yang kita bina pun cepat rosak. Adakah kualiti Jabatan Kerja Raya ini akan ditingkatkan, khasnya mengikut tanah yang ada di kawasan tersebut. Itu pertama. Bagaimana pula kerja-kerja kecilan yang dikatakan sebagai pavement dan juga kerja-kerja yang ada penyelenggaraan. Ada juga berlaku ketirisan, kelewatan. Bagaimanakah perkara ini akan dipantau? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan di-Pertua. Banyak soalannya. Boleh- saya sebenarnya ada maklumat-maklumat yang panjang dan sangat detailed. Jadi saya boleh panjangkan soalan tu secara bertulis, tapi secara ringkasnya...
[Bangun]
...Memang JKR ni sentiasa peka dengan prihatin dalam masalah kerosakan jalan akibat isi padu kenderaan berat yang tinggi, lebih- lebih lagi di Port Klang ini. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan struktur turap turapan jalan yang berdaya tahan tinggi dicadangkan. Jadi reka bentuk lapisan tapak atau road base yang kukuh dengan menggunakan cement-treated base atau bituminous road base juga dicadangkan supaya struktur utama jalan dapat menerima beban yang tinggi.
Jadi seperti mana juga dalam spesifikasi pembinaan jalan, JKR ataupun SPJ 2008 seksyen 4 ini flexible pavement JKR ini punyai beberapa spesifikasi bahan berdaya tahan yang tinggi sebagai bahan turapan yang dikenali sebagai bahan turapan sesuai atau pun speciality mix Yang di-Pertua. Antara yang telah dibangunkan adalah seperti berikut ya, porous asphalt, stone mastic asphalt, guard graded asphalt, halt in-place recycling, cold in-place recycling, polymer modified asphalt, natural rubber modified asphalt, the crumb rubber modified asphalt...
[Bangun]
[Bangun]
Jadi, antara inisiatif JKR Yang di-Pertua dalam menangani isu kerosakan jalan di kawasan Pelabuhan Klang ini projek membina dan menaik taraf Lingkaran Pulau Indah Fasa Ke-3 merupakan antara projek yang mengaplikasikan produk inovasi bahan turapan jalan, fiber reinforced asphalt concrete digunakan. Di lokasi penggunaan reinforced asphalt concrete ini adalah di laluan utama kenderaan berat yang berulang alik ke pelabuhan. Jadi projek ini secara tidak langsung dijangkakan dapat meningkatkan daya tahan lasak dan jangka hayat turapan jalan yang panjang. Jadi banyak lagi yang detil ataupun maklumat-maklumat yang penting Tuan Yang di-Pertua. Nanti kalau saya hendak bagi semua ini mungkin mengambil masa 10 minit sebenarnya dan kalau boleh saya diizinkan memberi jawapan secara bertulis, sebab ini penting bagi Yang Berhormat juga.
Baik.
Baik. Thank you.
Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Menteri pun dah sebut tadi Kapar, sebab tadi kita lihat bersekali. Ekoran daripada berkaitan dengan soalan itu tadi, jadi saya tak sure lagi yang disebutkan tadi adakah asphalt masih lagi belum ditentukan ataupun is it concrete? Konkrit, turapan konkrit yang akan digunakan especially North Port, Klang Utara dan sebagainya dan selepas MyApps MyJalan itu dilancarkan dikatakan Menteri mengatakan 10 kali- ganda aduan diterima. So soalan saya, berapa peratus yang telah pun diselesaikan? Terima kasih, Speaker.
Terima kasih dua bahagian. Satu yang konkrit itu memang kita dalam usaha dan saya sendiri tegaskan kepada JKR untuk kita mencari mana spesifikasi yang sesuai untuk kenderaan berat sebab kita akui kawasan Pelabuhan Klang itu memang kawasan economic activity yang penting. Tak boleh kita katakan jangan bawa kenderaan berat sebab itu memang untuk industri dan pelabuhan. Sebab itu mana specialty mix yang diperlukan sekarang pun masih dalam ujian dan sebagainya. Saya boleh kongsi sedikit dengan Yang Berhormat fasal ini sebab saya pada bulan Januari ya, melawat di suatu tempat di mana JKR ini bersama PETRONAS telah menggunakan satu eksperimen lah sekarang untuk kita ini salah satu pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan jenis stone mastic asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen ubah suai dengan campuran plastik iaitu PETRONAS Plastic Modified Bitumen sudah dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama PETRONAS. Yang ini ya, apabila saya pergi melawat ke sana bersama ramailah daripada PETRONAS dan juga daripada pakar-pakar di JKR, kita dapati dalam ujian ini memang dia untuk dua tahun dalam pemantauan. Dalam setahun sudah ini memang spesifikasi itu memang agak baguslah. Dia kukuh dan sebagainya sebab di Cameron ini, ada juga banyak juga trak-trak yang berat yang lebih muatan juga. Mungkin ini kita boleh pakai digunakan di Pelabuhan Klang, selain daripada konkrit yang lain itu di mana dikatakan.
Di MyJalan ini Tuan Yang di-Pertua, memang rasa saya ini agak apa boleh dikatakan sangat berjayalah untuk kita mendapati objektifnya untuk mendapat aduan. Buat masa sekarang lebih 11,000 sudah aduan kita terima melalui apps ini. Dalam apps ini kita dapati apabila kita semak hanya 25 peratus aduan yang berkaitan dengan jalan persekutuan, yang 70 lebih peratus itu, 75 peratus yang lain itu adalah seliaan kerajaan negeri dan PBT. Ini bukan hendak mengatakan ini hal orang lain, tidak. Kita no wrong door policy kita terima, cuma dengan ada data secara saintifiknya kita tengok, kita bantu kerajaan negeri, bantu PBT. Tuan-tuan ini tengok banyak kerosakannya di kawasan seliaan tuan. Mungkin gunakan statistik ini ataupun data ini untuk mohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan dan sebagainya. Jadi, berbalik kepada tanggungjawab kami, 25 peratus memang sekarang saya dapati hampir 75 peratus lah kita boleh selesaikan. Kalau data yang tepat, nanti saya bagi secara bertulis, tetapi 70 peratus daripada yang mana dalam seliaan KKR, JKR kita sudah selesaikan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Minta Kuala Krai satu, Yang Berhormat.
Kita terus kepada soalan yang keenam. Yang ke-6, duduk Yang Berhormat. Saya ke soalan yang ke-6. Dipersilakan Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan: (a) bagaimana kementerian menilai sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025 adalah praktikal untuk dilaksanakan sedangkan jumlah pengguna EV masih rendah; dan (b) apakah galakkan yang disediakan bagi menarik minat lebih ramai golongan M40 untuk berkemampuan memiliki EV pada masa akan datang.
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Low Carbon Mobility Blueprint 2021 hingga 2030 (LCMB) yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2020 menggariskan sasaran 10,000 pengecas EV menjelang tahun 2025, di mana 9,000 unit adalah pengecas AC iaitu alternating current dan 1,000 unit adalah pengecas DC iaitu direct current. Pada tahun sehingga 31 Disember 2023, sejumlah 2,020 unit pengecas telah dipasang di 750 buah lokasi di seluruh negara. Di mana 1,591 unit adalah jenis AC dan baki 429 unit adalah jenis DC atau fast charger. Mengambil kira kebanyakan perumahan di Malaysia adalah jenis landed property di mana pengguna EV boleh mengecas kenderaan mereka di rumah dan semakin banyak destinasi seperti pusat membeli-belah juga telah mula menyediakan kemudahan pengecas EV jenis AC untuk pelanggan- pelanggan mereka. Kerajaan berpandangan tumpuan kerajaan seharusnya adalah untuk menyediakan kemudahan pengecas EV jenis DC iaitu fast charger untuk menangani range anxiety atau kerisauan jarak yang dihadapi oleh pengguna EV untuk perjalanan jauh.
Cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 unit pengecas EV telah dibangkitkan dalam Mesyuarat National EV Steering Committee pada bulan yang lalu. MITI bersama agensi berkaitan iaitu MARii dan MGTC sedang mengkaji dan memperhalusi kewajaran untuk meningkatkan sasaran pengecas DC dan hasil penemuan kajian tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat NEVSC yang akan diadakan pada suku kedua tahun 2024. Dato' Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum bahawa faktor yang menyebabkan kurangnya pemilikan kereta EV di kalangan kumpulan M40 iaitu kos pemilikan kenderaan jenis ini secara relatifnya lebih tinggi. Bagi mengatasi isu ini syarikat pengeluar kenderaan nasional seperti Proton dan Perodua telah memberi komitmen untuk mengeluarkan EV pada harga yang kompetitif pada tahun 2025 bagi memenuhi pasaran semasa. Di samping itu, selaras dengan dasar semasa, kerajaan juga mengalu-alukan syarikat OEM yang lain untuk mengeluar dan menghasilkan secara tempatan (CKD) EV jenis kereta penumpang berharga di bawah RM100,000. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum ini kerajaan tumpu insentif hanya untuk OEM. Hanya beberapa tahun lalu MITI dan MOF menyediakan juga insentif untuk pengguna. Apakah insentif ini masih kekal dan akan dipertingkatkan untuk menggalakkan penggunaan EV yang lebih tinggi bagi mencapai sasaran net zero carbon dan juga apakah bentuk insentif kepada pihak swasta yang melabur dan membiayai pembinaan lebih banyak stesen pengecas di negara ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Kuala Kangsar. Insentif yang sedia ada ialah pengecualian penuh duti eksais dan duti import sehingga akhir 2025 untuk EV yang diimport atau sehingga akhir 2027 bagi kenderaan yang dikeluarkan di dalam negeri. Pengecualian penuh cukai jalan bagi EV yang dikeluarkan dalam negeri juga sehingga tahun 2027. Pengecualian sepenuhnya cukai jalan bagi EV yang diimport sehingga 31 Disember 2025 dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi kos pemasangan, sewaan, pembelian, termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan, kemudahan pengecasan EV untuk tahun taksiran 2022 dan 2023. Skim Galakan Penggunaan Motosikal- yang ini baru, yang baru telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan ialah skim RM2,400 untuk pembelian atau langganan motosikal elektrik. Ini dasar yang sedia ada. Apa yang MITI telah cadangkan dalam Mesyuarat National EV Steering Committee kepada MOF ialah bahawa kita lanjutkan apa yang telah diadakan untuk motosikal kepada juga kereta, tetapi ini sedang diperhalusi dan sedang dikaji oleh Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Yang Berhormat, tekan. Kalau tidak saya nampak Yang Berhormat bangun, tetapi...
Balik Pulau.
...Di sistem saya ini tidak keluar.
Soalan tambahan Tuan Speaker.
Soalan tambahan, Balik Pulau.
Sebentar. Yang Berhormat.
Tebrau.
Tak ada? Balik Pulau. Saya pengguna EV, baik ambil saya.
Baik Yang Berhormat memandangkan sistem Yang Berhormat itu..
Dapat, dapat. Gopeng dapat.
...Sudah keluar, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Gopeng ya.
Tak apa, tak boleh cakap.
Bentara, tolong semak Yang Berhormat tu punya sistem ya.
Seperti yang sedia maklum Menteri, banyak negara selain dari Malaysia, khususnya di rantau jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan malah Singapore ya pun sedang- tengah membangunkan industri EV mereka. Maka, soalan pertama saya pada pandangan Menteri, apakah kelebihan Malaysia untuk kita membangunkan industri EV ini, sampai kita boleh lebih daripada kawan-kawan kita di Rantau ASEAN ini dan setakat berapa- komitmen Kerajaan Malaysia untuk menjayakan komitmen ini? Soalan kedua ini lebih praktikal ya. Seperti Balik Pulau, saya pun pengguna EV juga Balik Pulau. Tahu tak Menteri kalau saya hendak guna EV charging ini sekurang- kurangnya saya ada tujuh apps dalam handphone saya. Tujuh apps ini, semua EV charging company dia ada apps sendiri. Pembayaran pun beza. Ada yang perlu top-up. Maknanya saya ada berapa top-up. Saya ada kredit di banyak akaun la apps la. Maka, boleh tak kerajaan harmonikan ataupun menyatukan sekurang- kurangnya satu cara bayaran sahaja supaya kita tidak ada banyak top-up atau balance di banyak akaun sana? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Kelebihan- pertama sekali Malaysia tidak semestinya saing dengan negeri-negeri jiran. Dalam banyak perindustrian kita ada vertical integration, kita boleh kerjasama, tetapi untuk sektor EV memang hasrat kerajaan ialah untuk membangunkan industri tempatan dan juga kita dalam keadaan kita beralih ke ekonomi hijau. Dua kelebihan. Satu ialah kita bukan sahaja ada ekosistem automotif, tetapi kita juga ada ekosistem semiconductor. Kita- semua faham bahawa EV mengandungi kandungan semiconductor yang banyak dan ekosistem, dua-dua ekosistem kita adalah kelebihan kita. Kedua ialah, pasaran kenderaan swasta kita kira besar. Indonesia, pasaran Indonesia ialah satu juta atau satu juta lebih setahun. Thailand, 800,000 kereta setiap tahun yang dijual dalam pasaran Thailand. Malaysia jual hampir 800,000 buah kereta pada tahun lepas. So, ini adalah pasaran kita yang kira dianggap- kira besar walaupun penduduk kita tidak ramai.
Soalan kedua tentang EV charger dan juga apps. Memang hasrat kerajaan ialah untuk ada apps yang boleh gabungkan semua, tetapi ini juga memerlukan kerjasama di antara CPO atau pun charging point operators. Kerajaan dalam usaha untuk bincang dengan mereka supaya interoperability boleh diwujudkan. Terima kasih.
Dato’ Speaker, bagi belah sini satu soalan tambahan Dato’ Speaker. Timbalan Menteri suka jawab soalan saya ini, saya tahu.
Yang Berhormat, saya hendak memperbanyakkan yang dapat Menteri jawab, jadi saya telah hadkan untuk dua sahaja ya.
Okey, terima kasih.
Baik, saya mempersilakan soalan yang ke-7. Dipersilakan Tuan Chiew Choon Man, Yang Berhormat Miri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 7.
7. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, untuk memberikan peruntukan bagi tujuan membaiki dan menaik taraf bangunan Petroleum Muzium Miri dan bangunan lama Pejabat Residen Miri yang terletak di pusat bandar raya supaya merangsang pelancongan di Miri.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Miri bagi kemukakan soalan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Petroleum Muzium Miri dan pembangunan lama Pejabat Residen Miri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Yang Berhormat kalau boleh saya memohon jasa baik, kita boleh memohon dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menaik taraf kedua-dua bangunan ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Miri.
Terima kasih YB Menteri. Soalan saya seterusnya adalah, adakah pihak kementerian boleh mempertimbangkan dengan wujudnya usaha sama dengan Kementerian Pelancongan Brunei untuk mempromosikan aktiviti pelancongan di bahagian utara Sarawak, khususnya Miri dan Bintulu bersama- sama dengan negara Brunei Darussalam? Memandangkan kerjasama Brunei dan Sarawak dalam pelancongan dapat memberi satu jenis pengalaman yang cukup menarik kepada pelancong asing kerana dapat terus merasai keunikan budaya di kedua-dua negara yang berlainan. Brunei dan Sarawak juga masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri seperti Brunei, adanya lapangan terbang antarabangsa dan Sarawak pula ada mempunyai ekopelancongan yang bertaraf dunia seperti Mulu dan Niah. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Tuan Yang di- Pertua, masalah ini soalan spesifik. So, apa dia cadangan ataupun kemukakan soalan tambahan, memang itu soalan yang baik. Jadi, saya sekarang maklumat-maklumat dalam saya punya tangan tiada, saya akan jawab bertulis.
Silakan Yang Berhormat Langkawi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Menteri, kalau kita keluar negara, kalau kita melawat muzium-muzium, khususnya di Europe dan muzium-muzium ini dijadikan tempat untuk para ijazah, para mahasiswa mengadakan research mereka di sana. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri, bercadang untuk mengadakan pengisian bahan- bahan ilmiah dan bahan-bahan sejarah ke dalam muzium-muzium ini supaya bukan sahaja mahasiswa di dalam negeri, malah mahasiswa di luar negeri juga boleh datang ke Malaysia untuk membuat penyelidikan? Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat Menteri kerana dapat memasukkan bak kut teh dalam warisan makanan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Memang dia paling aktif dalam saya punya kementerian ini, tetapi untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, sekarang muzium bukan di bawah kementerian saya, di bawah Kementerian Perpaduan. Sila kemukakan soalan kepada Kementerian Perpaduan. Sekian, terima kasih.
Berikutnya saya beransur ke soalan yang ke-8, saya mempersilakan Tuan Jamaludin bin Yahya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Dato’ Speaker, Timbalan Menteri dan sidang Parlimen sekalian, dengar. Nak peruntukan sokong kerajaan, Dapat habuan juga jawatan; Teman saya dah termakan umpan, Soalan Pasir Salak nombor lapan.
8. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan: (i) jumlah rumah generasi kedua FELCRA yang sudah dibina setakat ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk menambah lagi pembinaan rumah tersebut; dan (ii) syarat-syarat untuk memiliki rumah generasi kedua FELCRA memandangkan kerenah birokrasi pihak pengurusan FELCRA menyebabkan ada beberapa projek generasi kedua tertangguh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih YB Pasir Salak atas soalan dan juga ‘pantun’. Cuma saya tidak dapat jawablah... [Ketawa] Saya akan jawab soalan nombor 8. Tuan Yang di-Pertua, FELCRA telah membina dan membangunkan 1,322 unit rumah generasi kedua di tiga lokasi seperti berikut: (i) perumahan generasi kedua FELCRA, Seberang Perak, Perak. Fasa 1, 349 unit. Fasa 2, 710 unit; (ii) perumahan generasi kedua FELCRA Sri Makmur, Pahang sebanyak 140 unit; dan (ii) perumahan generasi kedua FELCRA Sukau, Sabah sebanyak 123 unit.
Program Perumahan Generasi Kedua FELCRA dilaksanakan menerusi pembiayaan geran dan juga pinjaman di mana kos binaan rumah dibiayai oleh pendahuluan oleh FELCRA. Manakala kos infrastruktur asas dibiayai oleh peruntukan geran kerajaan. Pendahuluan kos binaan rumah oleh FELCRA akan dibayar balik oleh peserta melalui pelbagai kaedah seperti bayaran secara tunai, bayaran menerusi pinjaman bank dan bayaran menerusi pinjaman Skim Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Untuk makluman Dewan sekalian, pengurusan FELCRA sentiasa bersedia untuk menambah projek perumahan generasi kedua berasaskan keutamaan semasa namun tertakluk kepada peruntukan yang boleh disediakan oleh kerajaan. Syarat-syarat untuk memohon pemilikan rumah generasi kedua FELCRA adalah seperti berikut: (i) warganegara Malaysia; (ii) pembeli rumah kediaman pertama; (iii) pendapatan isi rumah bawah RM4,000; (iv) usia antara 18 hingga 45 tahun dan berkeluarga; (v) menetap di persekitaran projek penempatan; dan (vi) belia merupakan keutamaan kepada anak peserta. Sebagai pelaksana Program Perumahan Generasi Kedua FELCRA perlu mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada pelbagai pihak berkuasa yang kadangkala memerlukan masa yang agak panjang bagi mendapat kelulusan perakuan siap dan juga pematuhan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Untuk makluman di FELCRA Changkat Lada ada 180 lebih rumah lagi yang belum dapat diberi pinjaman kerana birokrasi. Kita harap dapat diselesaikan. Baik. Selain daripada penyediaan rumah generasi kedua, soalan tambahan saya, apakah pelan kementerian untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk generasi kedua termasuk di FELCRA Changkat Lada, misalnya penyediaan latihan kemahiran dan bimbingan keusahawanan bagi memastikan pembangunan modal insan peserta serta daya saing mereka. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Berkaitan 100 lebih lagi yang belum mendapat perumahan generasi kedua ini, FELCRA sebenarnya masih lagi dalam rundingan kerana kebanyakan mereka tidak memenuhi kelayakan ataupun tidak mempunyai pendapatan tetap dan sudut peminjaman masih lagi dalam proses rundingan.
[Bangun]
Dato’ Yang di-Pertua, FELCRA sentiasa responsif dan prihatin berkaitan dengan pengurusan dan juga pembangunan hal ehwal keusahawanan terutamanya melibatkan usahawan di bawah bimbingan dan juga kendaliannya agar terus berdaya saing dan berinovatif dan dinamik. Secara keseluruhannya sehingga kini terdapat seramai 1,183 orang usahawan bimbingan FELCRA menerusi enam kluster perniagaan dengan perincian seperti berikut: Pertama, pembuatan 33 orang, agrokultur 34, tanaman 98 orang, ternakan 131 orang, makanan 271 orang, perkhidmatan 616 orang.
Daripada jumlah di atas 80 peratus iaitu 946 usahawan adalah di kalangan generasi kedua yang diberi ruang dan peluang yang luas oleh FELCRA supaya mereka menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya. Begitu juga di FELCRA Seberang Perak yang tadi disebut Felcra Changkat Lada telah diberi peluang khusus untuk memperkasakan bidang keusahawanan di kalangan generasi kedua sama ada secara individu ataupun Persatuan Belia FELCRA Seberang Perak. Terdapat tiga bidang keusahawanan yang diberi penekanan iaitu yang pertama, Agropertanian tanaman herba kacip fatimah kerjasama di antara Persatuan Belia FELCRA Seberang Perak dengan Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak yang membangunkan 2,000 polybag kacip fatimah. Kedua, kemahiran khusus kendalikan dron untuk proses pembajaan yang melibatkan 30 orang generasi kedua yang bekerjasama dengan FELCRA Niaga Sdn. Bhd. Ketiga, mengusahakan bidang perkhidmatan seperti bengkel moto, gunting rambut, aksesori gajet telefon, car wash, percetakan digital dan makanan yang melibatkan 50 orang usahawan belia. Manakala dari sudut aspek pembangunan modal insan, beberapa modul khusus dan latihan telah dilaksanakan secara tahunan oleh FELCRA Seberang Perak seperti kursus kepimpinan jati belia, kursus responsif terhadap dasar pembangunan negara, kursus keusahawanan sebagai pilihan kerjaya, kursus kemahiran TVET, kursus kerohanian dan sahsiah. Di Sebarang Perak juga, kita memperkasakan keusahawanan FELCRA dengan menyediakan Dataran Niaga Belia dengan kemudahan-kemudahan seperti food truck dan medan selera yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti setempat yang dianggarkan kira-kira 10,000 orang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Berhubung isu perumahan FELCRA di kawasan saya tidak terkecuali di Tampin iaitu di Bukit Jelai, Tampin. Saya telah menerima aduan dan rayuan daripada peserta FELCRA di Bukit Jelai supaya pihak kerajaan melakukan sesuatu agar perumahan dapat dibina untuk mereka. Persoalan saya apakah usaha terkini yang sedang dilakukan oleh kementerian untuk membantu para peserta FELCRA memiliki kediaman mereka sendiri dan apakah faktor yang mengekang kementerian daripada berbuat demikian serta apakah pelan alternatif yang boleh dilakukan untuk mengatasinya? Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya tak pasti sama ada FELCRA mempunyai keupayaan untuk membina rumah ada daripada segi teknikal dan sebagainya. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) banyak yang terbengkalai. Saya tak pasti dan saya mengharapkan kalau kementerian kalau pihak FELCRA dapat hanya menyediakan tapak, menyediakan infrastruktur dan serahkan kepada syarikat seperti SPMB untuk membina rumah. Itu lebih baik daripada FELCRA sendiri yang membina rumah. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih YB Tampin. Berkaitan dengan rumah generasi kedua di kawasan Yang Berhormat, sebenarnya kita belum laksanakan lagi, tetapi ada dalam senarai keutamaan pihak FELCRA yang mana kita masih menunggu peruntukan khasnya peruntukan geran kerajaan dari sudut penyediaan infrastruktur. Masih belum dilaksanakan. Jadi berkaitan dengan kaedah pelaksanaan, pandangan sayalah berkaitan soalan yang kedua tadi, bahawa kaedah pelaksanaan untuk perumahan generasi kedua FELCRA yang mana sebelum ini bagi pembinaan infrastruktur kita menggunakan khidmat kontraktor tempatan di setempat di bawah FELCRA Bina. Yang mana kita mengkhususkan untuk infrastruktur dengan menggunakan geran kerajaan dan juga kos pembinaan rumah melalui peruntukan FELCRA secara pendahuluan.
Cadangan daripada Yang Berhormat untuk FELCRA menyediakan tapak, tempat dengan kemudahan infrastruktur, manakala dari sudut pembinaan diberi peluang kepada SPNB. Ini satu cadangan yang baik dan perlu kita boleh lihat. Kita boleh teliti namun keputusannya belum dapat diputuskanlah. Insya-Allah, kita bawa kepada pihak pengurusan FELCRA. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Saya berharap Yang Berhormat tengoklah di Bukit Jelai, Tampin ini.
Okey.
Terima kasih.
Insya-Allah Yang Berhormat.
Baik. Saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.
Soalan saya nombor 9.
9. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apa langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memanfaatkan pendigitalan, terutamanya MySejahtera dalam mengengkang penularan wabak COVID- 19 baru-baru ini.
Terima kasih Tan Sri Speaker dan juga sahabat saya Selayang. Ya, kalau yang dimaksudkan adalah yang baru- baru ini adalah penularan epid ataupun minggu epid 47, 48 ke-52, Tan Sri Yang di-Pertua. Maka, untuk saya jawab ringkas-ringkasnya adalah pertamanya, ia tetap kita menggunakan pendigitalan sistem kesihatan melalui aplikasi MySejahtera yang mana dalam epid tersebut kita kekal menggunakan pengurusan individu positif COVID-19 dengan kita menggunakan pelaporan keputusan ujian kendiri oleh pengguna. Contohnya, dengan kita memberikan kad Home Surveillance Order (HSO) untuk lima hari dan juga notifikasi untuk mereka naikkan sebagai Home Assistant Tool selama lima hari juga. Keduanya, kita menggunakan MySejahtera untuk sebagai satu warning atau amaran sebagai pengesanan penyakit berjangkit dalam kurang lebih lingkungan 1,000 meter di mana mereka berada. Kalau mereka tengok MySejahtera ini, mereka akan diberitahu bahawa berlaku kes-kes positif dalam 100 meter lingkungan rumah dan diberikan tempoh 14 hari. Seterusnya, kita masih lagi menggunakan pemberian Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) melalui janji temu vaksinasi. Di situ pun kita dapat meningkatkan penggunaan ini sebanyak 23,637 dalam epid 47 ke-52 itu dan juga kita memberikan sijil vaksinasi itu. Seterusnya, pemberian notifikasi secara bersasar kepada individu yang layak mendapat antiviral Paxlovid. Itu sangat penting ya. A very expensive antiviral drug yang kita berikan, juga melalui MySejahtera. Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, adalah untuk kita buat hebahan terkini berkaitan COVID-19. Itu antara perkara yang ringkas-ringkasnya dapat saya sebutkan Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Baik, Selayang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ada dua perkara. Satu ialah, apakah langkah yang akan dibuat kerana ramai sekarang tidak lagi membuat ujian kendiri atau membuat pendaftaran dalam MySejahtera sebab menganggap gejala dialami seperti selesema biasa dan ini akan adakan kesan kepada MyHub MySejahtera.
Kedua ialah masih ramai bimbang akan kesan sampingan pengambilan vaksin COVID-19 dan dos penggalak. Apakah langkah untuk memberikan keterangan lanjut kepada mereka?
Baik. Terima kasih sahabat saya Selayang dan Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama tadi, untuk soalan yang terkait dengan apa yang disebutkan tadi ia adalah sikap dan dasar kita atau KKM untuk menentukan sama ada kita boleh keluar daripada PICK itu. Apa yang dikatakan sebagai satu yang dibuat pengumuman oleh WHO. Kita sebenarnya sudah pun masuk ke satu era, dengan izin, living with the virus, Tan Sri. Maksudnya, kita terimanya sebagai juga penyakit-penyakit berjangkit yang lain seperti influenza yang mana akan kita tahu dari semasa ke semasa, berapa musim, di hujung tahun contohnya, kita akan dapat saksikan sedikit surge ataupun ledakan. Itu kita akan terus memantau. Namun, kita tahu sekarang ini, dalam mutakhir sekali, tempoh penggunaan yang masih lagi menggunakan- aktif menggunakan aplikasi MySejahtera ini adalah kurang lebih 13.9 juta rakyat Malaysia. Saya faham akan gejala ini namun kita perlu membuat persiapan ataupun persiapsiagaan- preparedness andainya berlaku apa pun infectious disease-nya, maka kita boleh menggerakkan dan trigger ataupun kita memulakan kembali penggunaan MySejahtera. Itu adalah satu yang telah pun kita tetapkan sebagai SOP. Buat sementara ini kita mengambil sikap untuk living with the virus dan di mana kalau kita punya gejala umpama batuk, kita protect others dengan kita memakai pelitup muka itu, our face mask sendiri. Kalau gejala yang lain itu, tetap kita menggunakan yang saya sebutkan tadi membuat pelaporan dan juga kita memberikan HSO dan HAT tadi. Home Assistant yang kita sebutkan tadi. Semua itu masih lagi sehinggalah kita ada perkara-perkara dasar yang kita ambil sebagai perubahannya. Untuk sementara itu kita kekal sebagai living with the virus. Kita berjaga-jaga dengan segala SOP yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih Tan Sri. Terima kasih sahabat saya Selayang.
Ya. Saya jemput Muar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun lepas, kerajaan telah pun melaksanakan Skim Perubatan yang sangat baik dan progresif iaitu Skim Perubatan MADANI di mana keluarga yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah, keluarga itu boleh dapat RM250, individu dalam RM75 dan warga emas dalam RM150. Ini memastikan akses kepada perubatan dengan cepat dan pantas di klinik-klinik swasta dan perkara ini wajar dipuji. Saya pun turun ke lapangan untuk mencari warga Muar yang perlukan akses begini dan tolong daftarkan bagi mereka. Persoalannya, secara tiba-tiba, pada minggu lepas diumumkan bahawa skim perubatan ini telah pun diberhentikan ataupun dihadkan daripada satu- negara ke hanya sepuluh kawasan. Dengan itu, akan menyekat kebolehan seseorang keluarga yang berpendapatan rendah untuk dapat akses kesihatan yang baik. Saya ingin faham apa kewajaran di sebalik keputusan ini dan saya merayu supaya kerajaan mempertimbangkan keputusan ini dan meneruskan Skim Perubatan MADANI yang baik. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Muar. Soalan ini memang akan terbit esok, MQT. Saya akan jawab dengan lebih khusus. Apa pun, saya mahu rakamkan betapa Skim Perubatan MADANI (SPM) ini sangat popular. Namun, persoalan pertimbangan kos dalam tahun ini pun sudah hampir seluruhnya telah kita belanjakan dan saya yakin kerajaan akan dapat pertimbangkan dengan imbangan yang paling wajar sebab ia adalah popular sama ada oleh rakyat dan juga oleh GP yang menjalankan tugasan ini. Ya saya akan dapat jawab dengan lebih teliti esok insya-Allah, terima kasih Tan Sri.
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Yang Berhormat. Saya bangun bawah 18(1).
Okey, sekejap ya. 18(1).
Bermula dengan pantun. Pergi hutan mencari PATI, Mandi pakai kain basahan; Ketibaan Tan Sri gembirakan hati, Walau tegas berbelas-kasihan.
Oh, thank you.
Saya dah hantar semalam,Yang Berhormat sebelum pukul 5 sebagaimana peraturannya. Tiga usul, tapi saya belum tengok mana-mana envelop besar. Envelop besar ini ialah jawapan daripada Tan Sri, selalunya menolaklah, tetapi saya minta kalau boleh timbangkan satu untuk dibincangkan
(i) “Usul Mendesak Pindaan Pada Peruntukan Tertentu Perlembagaan Persekutuan Bagi Memastikan Keterjaminan Undang-undang Islam di Peringkat Negeri”; (ii) “Usul Kerajaan Melaksanakan Langkah Progresif Dalam Menangani Beban Kos Sara Hidup”; dan (iii) “Usul Perdana Menteri Membuat Penjelasan Mengenai Kejatuhan Nilai Ringgit.” Jadi, ketiga-tiga ini saya telah hantar dan saya tidak dapat jawapan.
Baik.
Kalau ada mercy bagi pihak Tan Sri, itu yang terbaiknya sebagai seorang manusia. Ini sifat-sifat Rasulullah yang ditunjuk...
Baik. [Ketawa]
...Dan Yang Berhormat, Allah sayang kepada manusia...
Sayang.
...Yang ada sifat belas kasihan.
Baik.
Jadi, bagi kita bincang satu di Kamar Khas. Terima kasih.
Beginilah Arau. Sebelum saya masuk saya sudah agak dah Arau akan tanya ini. Sebab itu saya prepare jawapan saya. Sebenarnya Arau telah pun menghantar tiga Usul iaitu pada semalam 27. Malangnya Arau, malangnya, ia dihantar selepas jam 10 pagi. Maknanya tidak cukup 24 jam. Jadi, kalau Arau check balik Peraturan Mesyuarat 18(2), dia kena waktu yang cukup. Jadi, lain kali, apa yang Arau boleh buat, Arau boleh repeat- balik soalan itu, tapi make sure pastikan waktu yang dihantar itu bertepatan dengan kehendak Peraturan Mesyuarat. Jadi, soal kita hantar ke Kamar Khas kah, itu budi bicara saya, tetapi saya kena selesaikan requirement itu. Kalau tidak, saya tidak berlaku adil pada Arau sebab arahan
itu tidak cukup masa, tapi orang lain hantar saya reject. So, untuk Arau pergi ke syurga, saya juga nak pergi ke syurga. Jadi, kita maintain begitu ya, Arau. Boleh ya? Baik, terima kasih.
Cuma, saya minta Yang Berhormat teruskan sifat mercy itu.
Ya.
Sebab ia akan menjadi seorang yang hebat di masa akan datang.
Ya tapi isunya Arau...
Sekurang-kurangnya sejarah akan mencatatkan Yang Berhormat adalah orang yang terbaik.
Ya, tapi sejarah juga akan mencatatkan akan bahawa saya lepas Arau, saya lepaskan Arau walaupun saya telah cop. Sampai sahaja surat itu kita cop exactly waktu yang diterima. Jadi, saya harap Arau boleh dapat balik. Reword balik, masukkan balik. Insya-Allah, saya akan pertimbangkan.
Yang Berhormat, sikit saja. Kami ini sebenarnya, kami ini bukan ada siapa nak tolong kami. Kami sahaja. Peruntukan tak dapat. Itu sebab bagilah kelonggaran perkataan 10.00 pagi. Puak-puak sana ada peruntukan. Kami apa pun tiada. Semua mulut kering belaka ini.
Jadi, saya minta dipertimbangkan juga supaya kekangan yang ada pada kami itu diberi pertimbangan. Kami tetap akan mari untuk menjadi Pembangkang yang membina kepada negara...
Baik.
...Kalau kami tidak ada, sana tak ada makna. Kelmarin Perdana Menteri nak bagi ucapan pun dah hilang semangat. Dua minit sahaja sebab kami tak ada. Kalau kami tak ada, hangpa semua tak ada apa. Saya nak beritahu...
Okey.
Bagi peruntukan, tolong.
Baik, terima kasih.
Saya nak beritahu supaya semua orang boleh berucap dengan adil dan saksama. Terima kasih.
Baik. Silakan Menteri. Usul.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibawa Kali Yang Pertama; akan dibaca Kali Yang Kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 29 Februari 2024.” Terima kasih.
Ada yang menyokong?
Saya mohon menyokong, Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Yang Berhormat, saya bersetuju Yang Berhormat, tapi saya memohon sekali lagi. Kawan-kawan saya, kami ini sembahyang jemaah, Yang Berhormat. Kalau kami keluar seorang dua begitu, tak manis. Jadi, saya minta supaya pukul 1 tengah hari sampai pukul 2 petang, bagi kami peluang untuk kita- sebab ini bulan Syaaban, Yang Berhormat. Selepas itu, masuk Ramadan. Peluang kita beribadah. Bila mati tak ada apa lagi dah. Bagi- pergi 7.30 petang, tak apa. Kami rela. Tak ada masalah.
Dia begini. Kalau kita tak skip, kita akan push sampai malam. Ramai- kawan-kawan dia letih. Jadi, kita sembahyang jemaah pun bergilir-gilir. Tak ada masalah. Lagi pun tempat itu tak boleh masuk 40 orang untuk jemaah. Jadi, kita buatlah. Jadi, untuk sekarang ini kita tetapkan begitu. Teruskan. Silakan.
Usul — Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku. Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [27 Februari 2024]
Baik saya ada list yang panjang, Arau. Cukup panjang list ini. Saya nak bagi semua orang berucap. Sebab ini tahun yang penting untuk kita. Sebab itu saya akan panggil Kampar untuk 12 minit. Namun, saya nak baca supaya semua orang tahu giliran yang dia akan berucap. Pastikan berada dalam Dewan pada masa yang ditetapkan. Bermula dengan YB Kampar, lepas itu Tasek Gelugor, Ledang, Hulu Terengganu, Ipoh Timur, Bachok, Subang, Tanah Merah, Bukit Bendera, Pasir Mas, Ayer Hitam, Rantau Panjang, Pasir Gudang, Kapar, Sri Aman, Padang Serai, Tawau, Padang Besar, Kluang, Pasir Putih, Balik Pulau, Pokok Sena, Igan, Hulu Selangor, Bangi, Kangar, Petaling Jaya, Permatang Pauh, Tuaran, Jelutong dan Tumpat. Masa yang diperuntukkan untuk Ahli Yang Berhormat ialah 12 minit. Jadi, gunakanlah masa ini sebaiknya. Saya jemput sekarang Kampar. Silakan.
Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja Duli Yang Amat Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang, Larut kerana semalam memberikan satu ucapan yang membara semangat barisan pembangkang setelah pembangkang gagal dalam Dubai Move, semua- tak boleh buat, tiba-tiba bersemangat. Saya ucapkan tahniah, tapi dalam ucapan tersebut banyak fakta separuh masak ataupun half facts bersama dengan pseudo truth telah diguna pakai untuk buat persepsi untuk burukkan kerajaan. Saya bagi contoh. Pertama, Larut kata oleh sebab kerajaan nak buat cukai baru. Low Value Goods Tax (LVGT). Rakyat hidup susah. Apakah itu LVGT? LVGT itu satu cukai untuk online daripada beli barangan dari luar negara. Kalau beli di tempatan, tak ada cukai kerana kita kena tutupkan loophole. Kalau kita beli barangan dari luar negara, lebih RM500 kenakan cukai, tapi ada orang kita pecahkan beli RM2,000, kita pecahkan kepada mungkin lima kali kita beli. RM400, RM400, RM400. Tidak kenakan cukai. Jadi, kita kena tutupkan loophole ini, kita kenakan LVGT. LVGT ini kalau kita ingat kembali, bilakah cukai ini diumumkan? Cukai ini diumumkan pada tahun Bajet 2022. Masa itu Kerajaan Perikatan yang memerintah. Jadi, masa itu pembangkang telah umumkan cukai. Tiba-tiba sekarang bantah, tapi cukai ini semasa Kerajaan Perpaduan kita naik, kita telah tunda banyak kali. Sepatutnya dilaksanakan tahun lepas, sampai kita tunda sampai hari ini. Pembangkang baru juga katakan oleh sebab cukai SST dinaikkan enam peratus sehingga lapan peratus, rakyat hidup susah. Adakah itu betul?...
[Dewan riuh]
Dengar, cukai SST itu naik dua peratus, tetapi banyak perkhidmatan asas dikecualikan. Pertama, logistik tidak dikecualikan. Pengangkutan dikecualikan. Courier dikecualikan. Warehouse, makanan, minuman, perkhidmatan telco, parking, semua dikecualikan. Melainkan perkhidmatan yang lebih spesifik, yang lebih banyak mahal. Itu tidak akan meningkatkan beban bagi orang-orang kampung. Melainkan mungkin barisan Pembangkang setiap hari akan hidup mewah, hotel Lima Bintang.
Yang Berhormat...
Itu tak sama lah.
Yang Berhormat...
Lagi ada? High-Value Goods Tax, tiba-tiba ini juga jadi satu beban. Apakah itu High-Value Goods Tax? Itu untuk barang yang mahal sahaja. Siapa yang beli barang mahal, dia kenakan cukai. Saya rasa itu- it is fair, itu adil. Kita bukan kenakan cukai kepada B40, M40. Kalau barisan Pembangkang nak beli perabot dari Itali, itu kenakan cukai. Kalau barisan Pembangkang nak beli handbag, itu kena cukai.
Yang Berhormat...
Itu High-Value Goods Tax.
Penggulungan Menteri kah ini?
Itu High-Value Goods Tax.
Baik.
Larut juga...
Kampar nak bagi laluan tidak?
Tak bagi. Tak bagi. Saya 12 minit sahaja.
Minta tolong duduk.
Saya belum masuk ucapan saya, Tan Sri. Saya jawab sahaja...
[Dewan riuh]
Duduk, duduk.
Pembangkang juga, Larut juga...
Dia patut bahas Titah Tuanku, bukan bahas ‘titah’ Ketua Pembangkang.
Ini floor saya lah, duduk.
Duduk, duduk.
Larut juga cuba kaitkan ini dengan kenaikan harga ubat-ubatan lima hingga 10 peratus. Saya pergi cek ke mana datang fakta ini. Lima hingga 10 peratus. Rupa-rupanya ini dari Malaysian Pharmacists Society President, Profesor Amrahi Buang. Apakah dia cakap? Dia cakap oleh sebab USA, Amerika Syarikat naikkan kos ubat itu, maka kos ubat di Malaysia akan naik. Dia juga cakap ini perkara yang biasa. Setiap tahun akan naik sekali atau dua kali. Bermakna, masa Perikatan Nasional memerintah dua tahun itu juga kos ubat-ubatan naik. Janganlah cuba buat persepsi oleh sebab cukai naik, ubat naik, semua rakyat hidup susah. Okey, saya masuk kepada ucapan saya. Pertama, saya hendak masuk kepada isu subsidi bersasar. Yang Amat Berhormat Tambun telah umumkan pelaksanaan subsidi bersasar pada tahun ini. Jadi, saya ingin tanya. Apakah persediaan kerajaan dalam pelaksanaan subsidi bersasar? Paling penting, apakah status sistem PADU dalam mengumpul maklumat B40 dan M40 supaya cash transfer kita akan dilakukan secara lancar? Kita tak mahu isu cash transfer ini tidak dapat dilakukan selepas subsidi ditarik balik kerana ia akan mengakibatkan rakyat B40 dan M40 mengalami kesusahan kewangan dan tekanan yang amat tinggi. Saya harap Menteri boleh bagi maklumat setakat hari ini, paling terkini. Apa peratusan rakyat yang telah berdaftar, yang layak dapat bantuan telah berdaftar bawah sistem PADU? Berdasarkan kadar pendaftaran ini, apa sasaran untuk daftarkan seluruh rakyat Malaysia, 33 juta supaya kesemua data rakyat Malaysia masuk ke dalam sistem PADU tercapai tahun ini? Seterusnya, saya ingin bangkit tentang kumpulan hacker rootkit yang telah mendakwa telah berjaya hack sistem PADU. Walaupun Menteri Ekonomi telah menjelaskan bahawa sistem PADU yang di-hacked itu bukan Pangkalan Data Utama, namun ia sebenar penduduk- dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia masih satu masalah yang amat serius kerana 27 terabyte maklumat pada LPPKN telah digodam oleh kumpulan hacker ini. Saya menyeru pihak kementerian menjelaskan, apakah maklumat peribadi yang telah di-hacked oleh kumpulan hacker ini dan bagaimanakah pihak kerajaan akan mengetatkan sekuriti sistem kesemua server kerajaan supaya maklumat peribadi rakyat tidak akan digodam dan dikompromikan?
Sebelum ini, kumpulan hacker R00TK1T telah mendakwa telah berjaya menggodam server Maxis dan menyebarkan maklumat peribadi ini. Saya mohon supaya kerajaan memandang serius terhadap dakwaan dan ancaman serangan siber ini dan meningkatkan sekuriti kesemua server kerajaan dan menularkan guideline yang baharu kepada semua pihak swasta untuk mengetatkan sekuriti siber. Berdasarkan Malaysia National Cyber Coordination and Command Centre (NC4), serangan R00TK1T terhadap Malaysia adalah disebabkan konflik Timur Tengah. Jadi saya harap pihak kerajaan boleh menyiasat dakwaan ini dan juga menjelaskan kepada Parlimen, adakah serangan siber terhadap Malaysia, adakah disebabkan oleh mana- mana pendirian politik terutamanya di Timur Tengah? Seterusnya, saya ingin beralih ke isu ventilator. Tahun lepas, rakyat Malaysia dikejutkan oleh Laporan PAC bahawa 104 daripada 136 ventilator yang telah dibawa pulang oleh Ayer Hitam semasa COVID-19, tak boleh dipakai dan ia kena dilupuskan jadi besi rosak. Pada 20 Januari bulan lepas, media juga melaporkan bahawa disebabkan kegagalan ventilator di sebuah hospital kerajaan Lembah Klang telah mengakibatkan seorang pesakit mati dan seorang pesakit brain death. Media itu tak kata khususnya hospital mana, tetapi betul-betul ada satu ventilator yang rosak dan mengakibatkan satu orang mati, satu orang brain death. Jadi saya ingin Kementerian Kesihatan untuk memberi maklumat lanjut mengenai kes ini. Adakah ventilator ini merupakan batch ventilator yang sama yang dibawa balik oleh Ayer Hitam semasa COVID-19. Ataupun ini merupakan ventilator daripada supplier lain? Saya juga menyeru kepada Kementerian Kesihatan supaya buat testing. Kita kena test. Kalau ventilator ada problem, ini untuk selamatkan nyawa. Kalau ventilator rosak, pesakit mati. Jadi saya harap, Kementerian Kesihatan boleh buat testing kepada semua ventilator yang ada pada hospital ini supaya ia berfungsi secara sempurna dan tiada lagi risiko kegagalan kerana ini akan mengakibatkan kehilangan nyawa. Seterusnya, saya ingin ke isu TVET. Pertama sekali, saya menyambut baik usaha dan inisiatif Kerajaan Persekutuan dengan fokus kepada TVET, sekali gus membuktikan aspirasi kerajaan bahawa ia berjaya melahirkan graduan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Keseriusan Kerajaan Madani menggalakkan inisiatif TVET adalah terjemahan komitmen kerajaan dalam memperkasa ekonomi negara. Lanjutan daripada usaha Kerajaan Negeri Perak juga menubuhkan Majlis TVET. Ini merupakan satu usaha yang mulia dengan membantu anak-anak muda yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran tinggi untuk menyertai program pendidikan dan latihan teknikal vokasional- TVET supaya mempelajari kursus vokasional yang amat berguna di mana mereka boleh mendapatkan placement, pekerjaan terus semasa mereka sedang belajar dan juga mereka boleh mendapat wang 1,000 ringgit euro. Saya bagi contoh, untuk TVET di negeri Jerman ataupun mereka panggil Ausbildung semasa mereka mendapat placement di universiti ataupun sekolah vokasional, mereka diberikan duit belanja setiap bulan 1,000 Euro ataupun sama dengan RM5,000- lebih daripada RM5,000, RM5,100 lebih, okey. Jadi semasa tiga tahun mereka belajar, mereka belajar di kelas, mereka pergi ke syarikat, mereka juga dapat duit untuk menampung kos sewa, kos hidup dan selepas tiga tahun mereka habis belajar, mereka dapat cert dan mereka boleh terus dapat pekerjaan di syarikat multinasional besar. Di luar negara, TVET ini diiktiraf setaraf dengan pendidikan tinggi universiti dengan jalan alternatif, dengan mempelajari program pendidikan dan latihan teknikal dengan membolehkan pelajar terus mempelajari teknik-teknik dan ilmu secara hands-on. Oleh itu, kita perlu meninggalkan pemikiran bahawa TVET ini merupakan jalan kedua jika pelajar tidak mendapat tempat di universiti. Ia secara betulnya dia setaraf- terutama di luar negara. Saya menyanjung baik usaha awal Kerajaan Negeri Perak menghantar 55 orang anak Perak ke Jerman dan juga China untuk menimba pengalaman serta mengikuti
program TVET di luar negara di mana lima orang pelajar telah dihantar ke Jerman di bawah PASAK dengan kerjasama FELCRA Education serta syarikat Study Germany. Berbanding dengan program China, program Jerman ataupun Ausbildung memberi 1,000 Euro ataupun RM5,000 setiap bulan kepada setiap pelajar dan ini akan mengurangkan kos beban keluarga yang kurang kemampuan untuk menyertai program TVET di luar negara. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi belia Malaysia berumur antara 15 hingga 30 tahun pada 2022 adalah seramai 9.6 juta orang iaitu hampir 30 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berjumlah 32.6 juta. Ini bermakna Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar dalam memenuhi permintaan guna tenaga kerja tempatan yang dipacu oleh TVET dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap dalam bidang-bidang tertentu khususnya bidang teknikal dan kemahiran. TVET ini saya rasa ini boleh jadi satu jawapan kepada banyak perkara di Malaysia. Pertama, pendidikan percuma. Kalau kita tak mampu untuk buat pendidikan percuma di Malaysia, kita boleh hantar mereka pergi ke Jerman. Jerman memang sudah ada pendidikan percuma. Mereka boleh pelajari TVET di Jerman dan mereka boleh dapat 1,000 Euro setiap bulan. Kedua, kita juga boleh selesaikan persoalan Grab. Ada yang kata anak muda kita buat gig economy di sini- Grab itu turunkan harga, tetapi kita perlu ingat. Grab ini dia pasaran open market, competitive market. Kalau dia kurangkan harga, bermakna pengguna pakai Grab pun kurang. Betul, driver itu dapat duit kurang, tapi kalau mereka boleh tingkatkan teknik mereka, kita hantar mereka ke luar dengan TVET, kita akan dapat jawab soal ini. Kita tak perlu takut kalau Grab kurangkan harga. Kita boleh buat kerja yang lain. Jadi, sekian sahaja perbahasan saya. Terima kasih.
Baik, terima kasih Kampar. Saya jemput Tasek Gelugor.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua. Dalam perbahasan Titah Diraja ini, pertama sekali saya bagi pihak seluruh warga Tasek Gelugor, saya mohon merakamkan bahawa kami merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Seri Paduka Baginda Tuanku. Sesungguhnya kami warga Tasek Gelugor yang berbilang bangsa dan agama menyokong penuh hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku mahu melihat negara kita bangkit dan bangun menjadi sebuah negara yang maju, aman dan bersatu padu. Dah, hilang pula dah. Okey. Yang di-Pertua, dalam kita bercakap mengenai kestabilan dan keharmonian, satu faktor penting ialah kebebasan rakyat untuk bersuara. Topik ini telah disentuh panjang oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang kelmarin dan saya hanya mahu menambah sedikit sahaja. Rakyat perlu mempunyai ruang untuk bersuara dengan bebas supaya mereka menyampaikan pandangan dan bukan sahaja menegur kerajaan, malahan juga membantu kerajaan, tapi saya amat bimbang dengan apa yang berlaku dalam negara kita hari ini kerana tindakan-tindakan kerajaan hari ini menunjukkan kebebasan rakyat sedang disekat. Ketua Pembangkang dah ulas panjang mengenai media sosial kelmarin. Jadi saya tak mahu ulas panjang mengenai media sosial. Tuan Pengerusi dalam arena media tradisional, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Komunikasi melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia. Sebaik sahaja dilancarkan, bertubi-tubi kritikan dilontarkan oleh pelbagai pihak. Saya merasakan bahawa adalah salah untuk kerajaan melancarkan kod etika ini. Sepatutnya, Kementerian Komunikasi mendahulukan penubuhan Majlis Media Malaysia dan majlis inilah yang sepatutnya merangka, melancarkan, melaksana serta memantau pelaksanaan kod etika wartawan. Untuk memastikan media kita bebas, apa
yang diperlukan ialah self-regulation by the media industry, dengan izin Yang di-Pertua. Bukan lebih banyak cengkaman kerajaan melalui kod etika pula. Yang di-Pertua, bagi saya kerajaan ini memerlukan orang yang lebih baik, lebih kompeten untuk menggalas amanah sebagai Menteri Komunikasi. Apatah lagi sebagai jurucakap kerajaan. Menteri Komunikasi sekarang adalah antara yang menyebabkan rakyat melihat kerajaan hari ini sebagai kerajaan yang gagal. Yang di-Pertua, seterusnya saya ada satu pengumuman nak dibuat dan awal- awal ini saya minta Yang di-Pertua bagi leeway sikit daripada segi masa pada saya dan semua orang jangan ganggu. Ini berkaitan dengan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Suspens sikit. Tuan Yang di-Pertua, saya merupakan antara puluhan ribu rakyat yang mengidolakan Tambun dan saya sanggup berhujan, berpanas entah berapa banyak demonstrasi satu masa dulu. Pernah lari lintang pukang dari FRU dan banyak lagilah pengalaman kalau kita nak cerita dalam usaha nak mengangkat Tambun menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang saya tak sangka ialah selepas saya menang di Tasek Gelugor dalam PRU-15, saya berhadapan dengan siasatan SPRM dan kini diheret ke mahkamah. Parlimen bukan tempat yang betul untuk isu ini jadi saya akan buktikan di mahkamah. Saya tak nak sentuh itu. Cuma yang saya nak sebutkan dalam Dewan yang mulia ini ialah betapa saya langsung tidak menyangka bahawa hal ini akan dilakukan kepada saya, tapi Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang saya lebih tak sangka ialah apa yang berlaku selepas pendakwaan.
Yang di-Pertua, saya nak ambil peluang dalam Dewan hari ini, Dewan yang mulia ini untuk mengumumkan kepada semua dalam Dewan yang mulia ini bahawa saya telah beberapa kali diajak, malahan diugut supaya saya menyokong Perdana Menteri. Bertubi- tubi, mereka menghubungi saya melalui telefon sehingga akhirnya saya mengambil keputusan, tak apalah jom kita jumpa. Pertemuan pertama pada 17 Januari 2024 di Westin Bukit Bintang. Nak sebut fasal langkah, langkah Westin. Kemudian di JW Marriott, pindah tempat, langkah Marriott...
Marriott pula.
Selepas itu saya diam. Selepas perjumpaan tu, sebab salah seorang yang bertemu tu rupa-rupanya kawan saya. Saya tak nak calarkan nama dia, jadi saya diam, saya tak buat apa-apa. Sehinggalah pada Istiadat Pembukaan Parlimen hari Isnin lepas, saya didekati sekali lagi. Kali ni pada Isnin petang. Saya diajak jumpa di Corus Hotel, Jalan Ampang. Hah apa, langkah Jalan Ampang nak panggil? Kemudian tengah malam Isnin, malam tu kami ada pre-council Perikatan Nasional, tengah malam telefon datang, nak apa? Dia jumpa di Saujana, Subang. Langkah Saujana. Saya terpaksa entertain perjumpaan-perjumpaan ni sebab saya bimbang mereka ada kuasa, saya tak tahu apa yang di luar jangka yang boleh dilakukan kepada saya. Saya ada rekod mengenai semua-semua ni, jadi jangan cuba nak persoalkan, nanti saya dedahkan satu persatu...
Dedah, dedah, dedah.
Modus operandinya teliti.
Tasek Gelugor, boleh buat laporan Polis lah...
[Bangun]
Berjumpa di tempat tertutup...
...Kalau betul-betul berlaku, sila buat laporan Polis...
[Dewan riuh]
...Dalam sebuah hotel.
...Jangan buat persepsi dalam Parlimen. Minta buat laporan Polis.
[Mencelah]
Jelutong, you know me, nantilah.
Minta, minta...
Yang Berhormat...
Modus operandinya teliti.
Minta laluan.
...Berjumpa di tempat tertutup dalam bilik hotel dan nama individu-individu yang berjumpa dengan saya, saya yakin bukan nama sebenar. Nama yang mereka gunakan Rahim lah, Arman lah, Hasnan lah dan kadang-kadang dia bercakap sama satu dengan dia, dia kata nama dia lain, dia kena refer pada satu sama lain, nama lain, dia pun terlupa nama apa dia pakai.
Speaker, peraturan Speaker.
...Nama Agus tak ada.
Peraturan, peraturan Dewan.
...Tapi ada satu nama...
Berkenaan apa itu?
...Ini berkaitan dengan kestabilan.
Peraturan 36(6).
Tak payah kacaulah...
Biar saya baca dulu. Saya baca, saya baca.
Tak payah ganggulah...
Kenapa takut nak dengar ni?
Saya, saya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang, kerajaan.
Baca.
Apa isu itu?
Sebagai ahli backbencher.
Ini mengambil masa saya Yang di-Pertua.
Saya nak tanya, adakah beliau dibenarkan untuk membuat tuduhan-tuduhan ini terhadap...
Dia tak sebut nama, tak apa.
...Perdana Menteri.
Tak sebut namalah.
Dia tak sebut nama, it’s okay. Dia tidak menyebut nama.
Duduk, duduk...
Saya tidak menuduh...
[Bangun]
Mungkin nama-nama itu dia katakan tadi- ya, jangan sebut...
Supaya- bangang.
...Nama-nama orang tertentu...
Saya tak sebut.
...Mereka tidak boleh...
Saya tak sebut nama dalam Dewan, tapi...
Ya.
...Ada satu nama yang diulang berkali-kali bukan dalam Dewan ni seolah-olah inilah dia punca kuasa, saya tak tahu, saya tak kenal dia sebut nama Farhan banyak kali. Saya tak kenal nama ni, saya tak pernah jumpa. Seolah-olah itulah punca kuasanya. Dalam semua pertemuan, mesej yang ada adalah saya mesti sokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri dan sebagai balasan, ada habuan yang akan diberikan kepada saya...
Hebat!
Habuan yang disebut...
Saya minta laluan.
Peruntukan Parlimen RM1.7 juta...
Tan Sri Speaker, peraturan sekali lagi.
...Dan sebahagian dari itu...
Tan Sri Speaker, peraturan.
Peraturan berapa?
Sebagai backbencher, saya bangkitkan Peraturan 36(6), kenyataan mengatakan bahawa ada habuan kalau menyokong Perdana Menteri kita merupakan sangkaan jahat. Takkan kita nak biarkan Pembangkang membuat kenyataan-kenyataan, kalau berani buat repot dengan SPRM lah.
Repot, repot, kita repot.
Jadi, saya minta supaya kenyataan itu diperbetulkan. Ini...
Apakah sangkaan jahatnya?
Ini berulang kali...
Apakah sangkaan jahat?
Berulang kali. Muar, sit down.
Eh, you, you also know ugutan yang kita kena.
Muar.
Jangan buat tak tahu.
Speaker.
Muar, diam.
Kita pun dijanjikan peruntukan kalau sokong. Apakah yang salah, apakah yang salah?...
[Dewan riuh]
Tan Sri, saya bangkitkan isu peraturan dengan Tan Sri, saya minta Muar supaya tidak campur tangan. Duduk.
Okey, sekarang begini.
Tan Sri Speaker.
Okey, semua duduk. Semua duduk dulu. Semua duduk dulu.
Kenyataan Tasek Gelugor mengatakan bahawa ada habuan.
Duduk dulu, duduk...
[Dewan riuh]
Baik.
...Kalau menyokong Perdana Menteri merupakan satu pelanggaran.
Baik, saya nak buat ruling. Sekarang saya buat ruling. Arau duduk.
Ya.
Yang Tasek Gelugor sebut tu ada individu-individu yang offer kononnya menyokong PM. Itu ialah sangkaan yang tidak baik sebab apa? Kita pun tak tahu, individu ini wujud kah tidak ataupun dia juga mungkin berlakon seperti penyokong. So, move jangan... move, you dah sebut tadi point, tetapi jangan kata orang ini berjumpa dengan saya untuk nak bagi habuan menyokong dengan PM.
Tak...
Mungkin kita tak tahu orang tu betul atau tidak.
Nanti sekejap Tan Sri.
Jadi saya ingat narration itu stop at that level, move forward.
Saya akan jelaskan lepas ni memang ada. Saya nak sebut bahawa dalam pertemuan tu bukan mana-mana Ahli Parlimen, tidak buat offer, offer ini, mereka mendakwa. Jadi sekejap lagi...
Ini soalnya. Dia mendakwa dia bekerja bagi pihak...
Itu bukan fakta, mendakwa sahaja.
Sangkaan jahat itu.
Bagi bukti, bukti. Bagi bukti dulu.
Kita tak tahu, mungkin juga dia orang luar, dia juga musuh PM yang akan memburukkan kerajaan. I am not getting involved dalam parti cumanya saya kata kita pun tidak tahu individu itu wujud kah tidak.
Saya setuju dan itu memang saya nak sebut sekejap...
That’s all, move, move forward please.
Kalau ada bukti, repot lah.
Jadi antara...
Kenapa takut?
...Yang disebut pada saya ialah mengenai peruntukan Parlimen RM1.7 juta, sebahagian dari itu adalah untuk pusat, operasi pusat khidmat. Peruntukan projek mesra rakyat yang katanya boleh diagihkan kepada kroni-kroni saya. Mereka tahu saya susah sekarang Tan Sri sebab isteri saya kanser dan saya...
Tan Sri Speaker...
...Saya terpaksa, sekejap...
Saya cabar Tasek Gelugor, kalau berani buat repot dengan SPRM.
Okey.
Kalau berani buat repot.
Saya kata tadi...
...Personal.
...Jangan kaitkan lagi sebab kita tak tahu lagi, move forward- benda yang lain pula.
Kalau anak jantan, buat repot.
Tinggal dua minit lagi, lebih baik cakap pasal kawasan pula.
Eh, eh, kau ingat kau sorang anak jantan.
Arau...
Dia sebut “anak jantan.”
Dia dah duduk dah, dia duduk dah.
Kejap...
Arau, please. Please Arau...
Ini mengambil masa saya Tan Sri, ini tak adil.
Okey, you ada dua minit lagi.
Jadi...
Speaker, Tanjong Karang merakam apa yang berlaku, satu. Yang kedua, untuk penjelasan hal yang disebutkan...
No, begini YB.
...Tersebut.
Tan Sri Speaker.
...Kita tak boleh.
Sekejap, bagi saya habis. Saya minta kawan-kawan daripada Perikatan Nasional tak apa, bagi saya habis sedikit. Tan Sri Speaker, saya adalah macam-macam, token, kegunaan peribadi, tak ada had, macam-macam. Jadi saya ambil arahan Speaker tadi, saya tak sebut di sini, tapi ada satu benda yang membabitkan kestabilan negara dan tata kelola dalam kerajaan. Mereka kata nak membatalkan pertuduhan saya dan ini mengganggu...
Tan Sri Speaker, this is a serious matter Tan Sri Speaker.
Sebab itu saya kata...
Ini tuduhan yang begitu serius.
Ya, ini tuduhan...
Ini Tasek Gelugor daripada permulaan lagi...
...Padahalnya dia dah kata dia tak tahu orang tu siapa, nama pun tak tahu...
Kalau berani buat repot dengan SPRM!
...Apatah lagi...
Kalau berani, buat repot dengan SPRM!
...Boleh buangkan pertuduhan.
Now ruling saya. Now ruling saya. Tasek Gelugor, ini ialah tohmahan orang yang kita tak verify, move forward. Kalau you nak- saya setuju...
Boleh saya...
...Buat laporan Polis, but this is not the place.
Tan Sri Speaker, boleh saya...
Sebab tak boleh verify.
Boleh saya sebut satu tohmahan yang membabitkan Tan Sri?
Tak boleh, itu ialah hearsay sebab itu hearsay. Hearsay tak boleh dibawa ke dalam Dewan.
Sebab bukan apa Tan Sri...
I cannot verify, sama ada orang tu bercakap dengan- you pun tak tahu, siapa pun tak tahu, nama tu wujud kah tidak.
Saya move on lah, saya move on. Faham...
...Ataupun you reka, we don’t know, but this Dewan bercakap tentang rakyat. So, move forward, I say.
Okey, sebab bukan apa, sebab mereka kata...
I know...
Saya faham...
Mereka mengata, mereka mengata, you quote. Kita tak boleh...
[Dewan riuh]
Saya move on...
Yang Berhormat...
Okay, the rest duduk.
Dah, dahlah.
Okay, move forward.
Saya move on, tak apalah...
Tasek Gelugor, please.
Okey. Saya nak menjaga nama Tan Sri...
Tak apa, tak apa yang itu hearsay, don’t worry about that. I handle myself.
Jadi, betul mereka tawarkan kewangan sebab dikatakan saya...
Tan Sri Speaker...
Cukuplah Tasek Gelugor! Jangan berlindung di sebalik imuniti Dewan. Keluar sana buat sidang media, buat sidang media- berani tak? Kenapa nak berselindung di belakang Dewan, takut imuniti.
Okey, Kampar duduk.
Hujah mereka kata...
Buat dakwaan yang tak betul. Keluar, buat media, buat laporan Polis. Buat laporan Polis, cukup!...
[Dewan riuh]
Semua duduk.
Kalau betul-betul jantan, keluar Dewan buat sidang media.
Kampar, Kampar duduk.
Buat sidang media, cakap di luar sana ...
[Mengetuk tukul] Kampar!
Cakap di luar Dewan!
Kampar, duduk!
Duduk!
Tasek Gelugor, now saya bagi dua minit landing jangan sebut tentang hearsay. I do not want to hear anymore hearsay. What you are saying about hearsay yang saya tak boleh verify, nobody can verify. So, cakap tentang fakta.
Kebimbangan saya ialah lepas apa saya sebut tadi ialah saya ikut arahan Tan Sri, saya bimbang mengenai keselamatan diri saya. Saya bimbang mengenai anak-anak dan isteri saya. Saya bimbang mengenai apa yang akan dihadapi di mahkamah, tapi saya berserah kepada Allah SWT sekiranya itu ialah niat buruk kepada saya.
Tan Sri Speaker...
Tasek Gelugor.
Tak apa, tak apa dia nak landing dah.
Tasek Gelugor...
Saya nak tutup dah.
Tasek Gelugor, boleh bagi sikit je.
Bagi, you know me tak apalah.
Ya, ya, sikit je.
Selepas ni kita sembang Bangi.
I sympathize…
Jadi Yang di-Pertua, saya tak nak sebut mengenai tohmahan tu, tapi ada rumours di luar mengatakan bahawa ada rakan-rakan yang akan ikut sama.
Benda rumours.
It’s all about hearsay. Rumours, hearsay, rumours. This is Dewan yang mulia Yang Berhormat!
Jadi Tan Sri, saya nak sebut dengan jelas bahawa saya tidak akan boleh dibeli dengan tawaran rasuah... [Tepuk]
Cukup.
Kalau nak mengharapkan saya membelot perjuangan ini tidak sama sekali dengan rasuah-rasuah yang ditawarkan... [Tepuk] Sebagai penutup, saya nak sebut satu ayat Al-Quran.
Dalam al-Quran Allah berfirman... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Patutkah manusia ini menyangka bahawa mereka boleh mengaku macam-macam benda, berjuanglah, berimanlah, sedangkan mereka tidak diuji? Sesungguhnya, Allah sudah menguji golongan sebelum kita, sebelum kita- semua dan dengan ujian itulah, Allah tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang pembohong... [Tepuk] Jadi, saya nak memperingatkan kepada rakan-rakan kita dalam Perikanan Nasional, saya juga nak memperingatkan kepada semua dalam Dewan ini, this is the kind of government that we have today. Kita kena ingat dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang saya sokong, dalam pembukaan Parlimen dan sebelum itu lagi Tuanku ada sebut bahawa Baginda akan memburu semua orang yang korup. Korup itu maksudnya menyalahgunakan kuasa...
Okey Tasek Gelugor. Please landing.
Ampun Tuanku, orang itu yang menyalahgunakan kuasa itu akan menghadap Tuanku setiap minggu sebelum Mesyuarat Kabinet... [Tepuk]
Hoi, Tan Sri Speaker.
Ini tuduhan yang serius...
[Dewan riuh]
Ini adalah tuduhan serius. Tarik balik!
Tan Sri Speaker, saya minta tarik balik.
Ini tuduhan yang serius terhadap Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI.
Tan Sri Speaker.
Sila tarik balik! Ini satu tuduhan yang kurang ajar. Kurang ajar!
Ini tuduhan yang serius yang dibawa oleh Tasek Gelugor.
Saya tarik baliklah.
Okey. Okey, okey, okey. Tasek Gelugor. Listen, listen.
Tuduhan yang serius!
Listen, listen. Tasek Gelugor...
Sila tarik balik! Ini kurang ajar!
Ini tuduhan yang serius terhadap kerajaan.
Sit down semua. Sit down!
Ini menghina Dewan, memesongkan rakyat Malaysia. Menghina Dewan ini, kurang ajar.
Saya minta semua, sit down. Ipoh…
Menghina Tambun.
Semua, semua duduk. Sungai Petani. Baik, Ipoh- baik.
Tan Sri, nak minta saya tarik balik? Okey.
Tasek Gelugor, that is very, very, very unkind statement. Saya bagi warning sekarang, tarik balik sebab untuk menuduh orang korup dalam keadaan yang you tidak ada bukti, I am warning you now, tarik balik!
Tan Sri...
Hoi, tarik baliklah!
Satu, tarik balik! Dua...
Boleh, boleh saya ubah ayat saya Tan Sri?
Tuan Speaker.
Tak mahu ubah. Tarik balik perkataan tadi, korup- “orang yang korup jumpa dengan Tuanku...” Tarik balik.
Okey. Saya tarik balik.
Okey, done. Sit down.
Saya nak, saya nak habis...
Ini level Ahli Parlimen pun macam ini, ini. Semalam keluar Dewan. Semalam keluar Dewan...
Last…
Kata akur pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tapi keluar Dewan.
Okey. All right, sit down. Duduk. Baik Hulu Langat, case closed.
Ini tahap ni, tahap ni, tahap ni, tahap Pembangkang ini.
Hulu Langat. Baik, baik, baik. Done, done, done. Baik. Saya nak- baik, saya belum.
Tan Sri, jadi pesanan saya...
Sudah, landing dah habis. Saya tak bagi masa dah. Cukup! Duduk, sit down.
[Mencelah]
Apa, apa Parit Buntar, apa?
Baik. Saya ada peraturan yang jelas, saya boleh gantung you sampai six months.
Gantung, gantung.
I am using this time around, saya akan guna itu. Sesiapa juga yang tak dengar cakap saya, I will use that. I can suspend six months.
Ya. Saya ikut arahan Tan Sri.
So, be careful. I kata dah, duduk, tamat. You dah tarik, duduk, cukup. I got to handle this.
Tetapi saya kecewa Tan Sri menamatkan masa saya kerana ada gangguan tadi. Saya kecewa dengan arahan itu, tetapi saya ikut arahan Tan Sri.
Ya. You kecewa dan sebagainya, I got Parliament to run.
Yes.
Okay, please. Thank you very much.
Yang Berhormat.
Saya nak maklumkan Tan Sri, Tan Sri kena berhati-hati juga sebab nama Tan Sri pun digunakan.
You tuduh. It doesn’t matter, still hearsay. Kalau kita sebut hearsay, saya boleh ungkit 30 tahun dulu. Kita move forward. Benda yang hearsay, kalau you tak setuju, pergi SPRM. Tak setuju, pergi balai Polis. Let them investigate, let them arrest. Kalau di sini, nobody can do anything. You cerita, cerita, cerita, siapakah yang boleh verify? Tak boleh verify.
Ya, ya.
Sebab itu saya kata, jangan gunakan benda-benda yang telah pun kita sebut- benda-benda ini hearsay.
Faham. Jadi dengan itu saya minta maaf Tan Sri kalau..
Yes.
Sekiranya itu- sebab saya bukan apa, saya pun emotional juga bila...
I know you are emotional. I tahu isteri you sakit, everybody has problem, tetapi...
Sekejap, sekejap.
...You kena respect I. Bila I kata move forward, jangan sebut lagi. You keep on saying. Ini mengundang masalah.
Sekejap Tan Sri. Saya pun emotional juga terutama bila saya kenal Tan Sri dan saya tahu latar belakang Tan Sri. Jadi, bila mereka menggunakan nama saya, saya pun jadi macam ini.
It doesn’t matter. You can pi my Chamber, cerita, but...
Saya minta maaf.
...Not telling that story di sini.
So, saya pun minta...
Doesn’t good. You nak…
Saya nak minta maaf ini. So, okeylah. Jadi, saya nak...
Okeylah, cukup. Duduk.
Saya pun minta maaf sebab...
Saya jemput sekarang, Ledang.
Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Apa lagi?
Bukan. Yang Berhormat, saya baru bangun. Bukan macam...
Okey. Peraturan mesyuarat mana?
Yang Berhormat jangan marah kat saya. Saya tak berucap.
Ya, tak marah. Tak marah. Panas, panas.
Kemarahan sana bawa mai sini, tak betul.
Saya demam ini. Saya demam. Jadi, sebab itu saya kata...
Demam? Okey, 36(12). Tadi Jelutong bawa Perkara 36(6), Perkara 36(6) dan menyebut Ahli yang lain. Dia tak sebut menyebut Ahli yang lain kerana buruk sangka. Hanya menyebut yang lain sahaja, Ahli yang lain. Dia cuba menyebut kata kononnya dia buruk sangka. Dia telah melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12). Dia wajar diambil tindakan, bawa di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Okey, baik.
[Mencelah]
Shut up! Shut up!
Arau, jangan pakai standing order salahlah. 36(12)...
Arau, duduklah Arau. Arau, Arau kacau Dewan sahaja Arau ini. Duduklah Arau.
Baik. Kang saya ambil tindakan. Saya akan ambil tindakan kedua-dua belah pihak. So, you better sit down. You better sit down.
Peraturan mesyuarat.
Apa dia?
Peraturan Mesyuarat 36(12) Tan Sri. Dewan ini bukan satu medan untuk buat satu dakwaan yang tak berasas...
Betul. Saya dah buat...
Untuk buat persepsi...
Saya dah buat ruling tadi...
Nanti, nanti. 36(12)...
Okey, tak payah. Tak payah. Tak payah. Kampar, sit down. Kampar...
Tadi Tasek Gelugor sudah buat banyak dakwaan...
Saya dah sebut. Saya dah handled Tasek Gelugor...
Banyak dakwaan.
Sit down. Cukup.
Ini semua akan dilaporkan kepada dia.
Saya kata duduk, cukup.
Jadi, kalau Tasek Gelugor kata...
Kampar! Saya kata duduk! Okey, Ledang sambung. Baik. Sebelum Ledang bercakap, this is the problem. Benda yang you bergaduh di luar, jangan bawa masuk dalam Dewan. Orang tulis kat you, orang maki you, orang mencarut kat you, that is your problem outside. Orang tulis macam-macam kat you, that yourself atau orang ini kata, that’s what hearsay. Tak boleh bawa di sini. Lagi pun you sebutlah berjam-jam, there’s nothing happens. Nothing will happen. Sebab itu, settle your problem outside. Di sini ialah benda-benda yang kita bincang, benda boleh kerajaan mengambil tindakan. Because, you say-lah whatever you say, nobody can do anything, termasuk saya. So, those I consider hearsay sebab saya tak ada proof apa-apa. Sebab itu jangan get involved, okey? Saya takkan benar lagi benda-benda hearsay ini disebut di sini. Okey Ledang, please. You have 12 minutes. Saya demam, penat ini.
Ya. Terima kasih Tan Sri. Tenang, tenang Tan Sri. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, salam sejahtera. Kita tenang-tenangkan keadaan. Redakan. Saya doakan supaya Tan Sri Speaker sihat, tidak ada apa-apa, apa dipanggil itu- kesusahan dan kesulitan. Saya ingin mulakan terlebih dahulu sebab tadi daripada Tasek Gelugor dah sebut, saya juga nak sedikit petik ayat al-Quran. Dalam surah Al-Maidah, ayat 8, ayat awal... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan, lagi menerangkan kebenaran...” sampai habis ayatlah- mafhumnya. Jadi, saya percaya kalau ada kesalahan, penyelewengan, rasuah, kita lapor dan kita kena ambil tindakan. Saya setuju, mesti ambil tindakan supaya perkara ini tidak berulang, tidak berlaku kepada sesiapa juga, sebelah sana atau sebelah sini. Jadi, saya harap kawan saya Tasek Gelugor, keselamatan kita amat perhatikan dan kita berikan perhatian penuh. Saya harap, saya doakan semuanya baik, tetapi kalau betul rasuah, penyelewengan, lapor, dedahkan dan laksanakan tindakan. Tan Sri Speaker, sebagai iftitah pembuka bicara saya pada tengah hari ini, saya merafak sembah atas kesempatan untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Tidak saya lupa juga, merafak sembah dan mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah,
Sultan Pahang agar sentiasa dikurniakan keafiatan dan dilimpahkan kesejahteraan berpanjangan hendaknya. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat struktur ekonomi sesebuah negara, terutamanya seperti Malaysia, kita memang lazimnya masih berpaut kepada kedudukan ekonomi global. Jatuh bangun ekonomi global ini dipengaruhi oleh iklim geopolitik dunia yang memang kompleks ramalannya. Bak kata pepatah, “Angin tak dapat tangkap, asap tak dapat genggam”, “Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Pengarah Penyelidikan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pierre-Olivier Gourinchas dalam penulisannya pada 30 Januari baru-baru ini, menyebutkan bahawa ekonomi global kita menuju ke arah soft landing ataupun pendaratan lunak. Kadar inflasi secara umumnya mula menurun, pertumbuhan terus meningkat. Namun, beliau juga mengingatkan evolusi ekonomi ini belum cukup tegap dan risiko gejolak itu masih ada. Kalau kita bergerak ke hadapan untuk menampung beban tanggungjawab risiko gejolak ekonomi ini, ianya menuntut kepada kepimpinan, kepada leadership. Menuntut kepada pasukan yang padu, komitmen yang luhur daripada pihak kerajaan. Tekad politik dan ketetapan pembaharuan dasar yang tangkas perlu digerakkan oleh pihak kerajaan supaya disebarluaskan lagi mencakupi ruang dan sektor yang bertepatan. Sebagai contoh, usaha pihak kerajaan memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence, ia sejajar dengan kajian yang diperkenalkan dalam nota perbincangan IMF terbitan Januari 2024.
Menurut IMF teknologi AI yang berkembang pesat, berpotensi untuk mengubah hala tuju pasaran, lantas membentuk jalur ekonomi yang lebih menjanjikan. Menurut nota perbincangan ini juga, hampir 40 peratus pekerjaan tahap global telah terdedah kepada teknologi AI dan angka ini ditilik untuk meningkat kepada 60 peratus pada masa hadapan. We have to start somewhere. Justeru, inisiatif melibatkan teknologi dan digital yang digerakkan oleh kerajaan seperti AI untuk rakyat atau Malaysia Digital patut menjadi batu loncatan. Menteri Digital ada di sini. Selain itu, Inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) juga adalah contoh komitmen kerajaan dalam memandu Malaysia di atas landasan ekonomi yang mengukuh. Sebuah inisiatif serampang dua mata untuk memenuhi tanggungjawab Malaysia ke arah peralihan bertanggungjawab 2050, di samping mengubah tata kewangan isi rumah dan peluang pekerjaan untuk rakyat tentunya. Menurut agensi tenaga antarabangsa, pasaran tenaga global memuncak bermula tahun 2021 apabila hampir semua negara berusaha untuk pulih daripada kebejatan dek pandemik COVID-19, tapi situasi ini menjadi gawat membentuk krisis sewaktu bermulanya peperangan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022. Harga gas asli capai paras tertinggi dalam sejarah. Kemudian, ada kenaikan tinggi dalam pasaran tenaga elektrik dan juga harga minyak. Tinggi harga pasaran tenaga, maka tinggi juga risiko inflasi yang akan membawa impak ataupun kesan kepada perkembangan ekonomi negara. Jadi, perlumbaan masa depan saya lihat bukan lagi seolah-olah siapa yang pertama menjejak kaki ke bulan semula selepas lebih 50 tahun. Memang ada perlumbaan ini di antara beberapa buah negara besar, tapi saya lihat sekarang ianya lebih tertumpu pada siapa yang lebih pantas dan proaktif untuk mengemudi pasaran tenaga baru dan menguasai sektor teknologi serta digital. Namun harus diingat pengenalan dasar dan polisi seperti program AI untuk rakyat serta inisiatif peralihan tenaga NETR juga mesti dipersiapkan untuk menyongsong gejolak risiko yang ada, manfaat kepada rakyat, impak kepada sektor lain wajar dinilai sebaik- baiknya dan keputusan yang betul perlu dibuat walaupun sukar, walaupun tidak popular, walaupun ditentang oleh Pembangkang. Malah dalam misi untuk menjayakan reformasi dasar dan polisi ini, kerajaan mesti melihat peranan serta dukungan semua pihak sebagai bahan utama dalam resipi untuk membina negara dan ianya melibatkan kesepaduan
daripada kalangan entiti, agensi kerajaan, semua lapisan masyarakat untuk bekerja sama daripada pihak GLC, swasta, gig economy dan sebagainya. Tambahan lagi, seperti yang dititahkan oleh Tuanku Agong Isnin lalu, “Tanggungjawab memupuk dan membina negara ini beratnya jatuh ke pundak kita Ahli- ahli Dewan yang mulia ini...” Mengangkat semangat naratif yang dibawa oleh Tuanku melalui Titah Baginda, saya juga ingin menyeru agar tekad meningkatkan kecekapan ekonomi melalui kerangka Ekonomi MADANI, NETR, NIMP, Penyasaran Subsidi, Dasar Gaji Progresif dan Inisiatif Keterjaminan Makanan Negara terus dipergiatkan dan diberikan fokus. Tan Sri Yang di-Pertua, persoalan utama ialah sejauh manakah dasar-dasar ini dapat direalisasikan. Ini yang kita nak dengar. Ini yang kita nak, cadangan, saranan. Macam mana kita nak realisasikan sebenar-benarnya. Bilakah kesannya kepada ekonomi dan rakyat? Saya percaya lebih cepat kita dapat laksanakan. Lebih cepat kita bantu untuk laksanakan. Lebih cepat manfaatnya untuk rakyat dan negara. Termasuk untuk pembangkang. Persoalan utama yang harus digarap dalam mempergiatkan keterjaminan makanan ialah untuk memastikan kita bersedia ataupun tidak untuk mengguna pakai teknologi dan infrastruktur digital dalam meningkatkan malah melibat gandakan hasil negara dengan sumber yang berpatutan. Saya sedia maklum, bahkan di kawasan saya sendiri ada pekebun, petani. Ada peladang, pesawah yang lebih selesa untuk menggunakan cara tradisional, tapi kita tahu bahawa kita kena ambil kira, mesti ada usaha-usaha untuk melaksanakan integrasi teknologi supaya akhirnya hasil kualiti yang kita dapat lahirkan itu adalah yang terbaik dan sebenarnya menjamin keterjaminan makanan pada masa hadapan. Namun, dalam siri lawatan Yang Berhormat Menteri Pertanian baru-baru ini dan juga Yang Berhormat Menteri Digital ke tapak penanaman sawah dan juga perusahaan kebun tanaman baru-baru ini. Saya melihat memang ada prospek yang jelas dalam integrasi teknologi dan digital kepada sektor keterjaminan makanan dan pertanian. Jadi, ini satu perkara yang kita nak lebih usahakan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. Tak banyak, ada satu lagi seksyen besar sini- Indera Mahkota, minta maaf ya. Jadi, saya percaya keterlibatan semua pihak dalam memastikan sebaran maklumat yang tepat, pengenalan inisiatif yang mesra golongan sasaran, tata kelola yang baik dan efektif boleh melawan arus gejolak risiko dan krisis yang terhidang. Jadi, kita kena ada digital agriculture technology, ada Majlis Ekonomi Digital dan lain-lain untuk memastikan kita berada di landasan yang betul. Tan Sri Yang di-Pertua, menyebut tentang iklim geopolitik global. Izinkan saya untuk mengangkat penghormatan kepada kerajaan, rakan-rakan Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia yang terus menzahirkan solidariti bersama dalam kemelut kekejaman Israel di Palestin kini. Isu kemanusiaan di Palestin ini bukan isu siapa juara, siapa pembela. Bukan isu kerajaan atau pembangkang. Bukan pada kita untuk ambil kesempatan atau memanipulasi. Bukan untuk kita racikkan dalam dinding agenda politik dan kecurangan agama yang sempit. Kerana hakikatnya, apa yang berlaku di hadapan kita ini adalah nyata, real, langsung, semasa, dalam pengetahuan kita. Nyawa tidak berdosa menjadi korban sehingga hilang nilai hanya sekadar pada angka dan saya boleh baca laporan mengatakan sekarang sudah hampir 30,000 orang yang terbunuh. Mereka dihentam, mereka dibunuh dengan kejam, wanita dan kanak- kanak, di hospital, masjid, mahupun gereja, termasuk kem-kem perlindungan UNRWA, baik doktor mahupun wartawan. Pada mata rejim Zionis Israel, nyawa tiada nilai. Ihsan dan kasih sayang tiada makna. Seolah-olah no compassion, no mercy. Apa yang kita saksikan ini ialah jenayah kemanusiaan yang terbesar. Jenayah genosid, jenayah aparteid dan settler colonialism. Tan Sri Yang di-Pertua, minggu lalu saya dan rakan-rakan Yang Berhormat dari Sik, Kalabakan dan juga Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar, Kimanis telah terlibat dalam lawatan khas Republik Arab Mesir dan lintasan Rafah, Gaza. Tujuan lawatan ini untuk kita pamerkan sokongan
penuh Malaysia terhadap isu Palestin dan untuk kita membuat lawatan sendiri ke lintasan Rafah, Gaza untuk lihat bekalan kecemasan dan bantuan kemanusiaan masuk disalurkan ke Gaza. Ini, alhamdulillah, dengan kerjasama rapat Kerajaan Mesir dan Ops Ihsan. Kami bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Mesir, Bulan Sabit Merah Mesir, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, lawat hospital dan kemudiannya bertemu dengan badan zakat dan sedekah Al-Azhar. Kami saksikan kesan tembakan tentera Israel kepada pesakit. Kami mendengar rintihan kesengsaraan mereka. Kami saksikan dengan mata kepala kami deretan lebih kurang 3,000 trak bantuan kemanusiaan tersadai di sepanjang jalan daripada Terusan Suez membawa hingga ke Al- Arish dan Rafah sepanjang 12 jam dan 13 checkpoints perjalanan. Deretan trak bantuan ini bukan berbentuk ketenteraan, bukan bawa bantuan senjata, bukan bantuan gas ataupun minyak, tetapi bantuan barangan keperluan asas untuk hidup. Bekalan makanan, ubat-ubatan, selimut, khemah perlindungan dan lain-lain. Apa perlu deretan bantuan ini disekat sedangkan bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat dan lain-lainnya lepas masuk dan digunakan oleh pihak Zionis Israel? Bayangkan dengan dua mata kami menjadi saksi. Bukan sekadar deretan treler bantuan disekat, tetapi bantuan yang diusahakan secara runcitan oleh individu-individu dalam beg-beg kecil hasil sumbangan mereka cuba untuk dihantar melepasi sempadan tetapi terpaksa juga menunggu clearance, pelepasan daripada pihak Mesir dan juga pihak Israel. Jadi kami amat terkesan Tan Sri Yang di-Pertua dan dalam kesukaran ini walau bagaimanapun, kita diajar tetap tidak hilang harapan. Jangan pernah berhenti meyakini ihsan dan kasih sayang dunia dan terus usaha bantu dengan segala kudrat, ikhtiar. Tan Sri Yang di-Pertua saya mohon sedikit masa sahaja untuk tutup kisah berkenaan dengan Palestin ini. Jadi, atas semangat ini meskipun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memudahkan lorongan rombongan hingga Rafah dengan kerjasama Presiden Mesir.
Saya ingin menggesa agar Kerajaan Malaysia, negara kecil dengan suara yang merdeka ini untuk terus mendesak Kerajaan Mesir untuk permudah dan percepat proses dan birokrasi saluran bantuan. Tak munasabah, tak munasabah untuk masa menunggu trak masuk ke Gaza ini sehingga lebih dua bulan. Lebih dua bulan dalam keadaan kanak- kanak mati kelaparan dan Gaza terus diserang tentera Zionis Israel, kematian setiap hari 100 orang. Kerjasama dengan badan zakat dan sedekah Al-Azhar wajar dipercepatkan. Pada masa yang sama, saluran bantuan oleh rakyat Malaysia wajar diteruskan, terutamanya untuk bekalan makanan dan perubatan. Saya difahamkan semalam ada bantuan 45 tan daripada udara dilaporkan telah dijatuhkan di utara dan tengah Gaza oleh Tentera Udara Mesir dengan kerjasama Emiriah Arab Bersatu dan Jordan. Saya tak faham- saya tak pasti sama ada sampai kepada rakyat di sana, tetapi itu antara usaha yang dilakukan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan adalah satu ilusi- illusion sekiranya tumpuan hanya kepada saluran bantuan. Kita bagi bantuan, tapi serangan masih berlaku. Pembunuhan masih berjalan. Jadi, sasaran kita tentunya kepada gencatan senjata kekal. Mestilah menamatkan episod perang yang kejam... [Tepuk] Dan dikembalikan hak rakyat Palestin terhadap rumah, tanah dan dunia mereka. Desakan oleh pihak kerajaan wajar terus digiatkan kepada ICJ, ICC, Majlis Keselamatan PBB dan segala ruang serta saluran yang ada. Jadi, tahniah kepada PMX, Menteri Luar, Timbalan Menteri Luar, Wisma Putra yang terus mengangkat isu Palestin seperti yang dititahkan oleh Tuanku Agong. Di pihak kami, Tan Sri Yang di-Pertua...
Ledang, kejap sikit. Ledang, sikit boleh?
Ahli-ahli Parlimen...
Saya ingat masa Ledang, Ledang landing. Tak boleh dah.
Ya, ya. Saya teruskan. Di pihak kami, saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen akan menggerakkan suara kedamaian...
Speaker, tak boleh?
...Melalui platform-platform Parlimen yang merentas negara. Melalui IPU, melalui CPA, melalui AIPA, PIUC, PUIC dan lain-lain dan dalam masa terdekat ini, insya-Allah, kami akan menggerakkan rancangan menubuhkan Kaukus Palestin Parlimen Asia Tenggara dalam bersatu hati bersama-sama rakan Ahli Parlimen Asia Tenggara untuk terus mendesak... [Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup. Saya raikan, malah menyokong penuh usaha kerajaan dalam membawa hala tuju, dasar dan polisi negara. Bahkan saya berbangga Malaysia terus lantang di persada dunia untuk membawa suara keamanan. Namun, harus diperingatkan agar aspirasi rakyat terus menjadi panduan. Aspirasi membentuk rakyat yang bermaruah, berilmu, berwibawa, berpegang kepada prinsip dan yang penting rakyat yang berani berubah untuk kebaikan. Tanggungjawab besar pada kerajaan tapi perlulah didukung oleh semua pihak termasuk daripada kumpulan pembangkang. Atas naratif yang saya bawakan ini, Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Ledang. Sekarang saya jemput Hulu Terengganu.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk bahas Titah Diraja pada petang ini- pada tengah hari ini. Saya memulakan ucapan ini dengan merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas limpah perkenan baginda untuk perasmian sulung Istiadat Pembukaan Persidangan Parlimen Penggal ini dan saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih serta tahniah setinggi-tingginya ke atas baginda kerana dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang XVII. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang diberi adalah selama 12 minit, maka saya terus kepada apa yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Sebagaimana yang kita tahu bahawa baginda menekankan dalam Titah Baginda, iaitu keutamaan Baginda ialah keadaan hidup 33 juta rakyat Malaysia dan harapan baginda agar usaha membela nasib rakyat diberi penekanan. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan hari ini sedar bahawa rakyat sekarang hidup susah dan tertekan? Apa yang saya perhatikan Yang di-Pertua, Perdana Menteri sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengakui permasalahan ini. Namun, ianya bertentangan dengan Menteri Ekonomi yang mengatakan bahawa formula-formula dan juga apa yang dibentangkan itu yang akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat. Dalam hal berkenaan kos sara hidup, hari ini Yang di-Pertua dengan RM50, rakyat tidak banyak barang yang boleh dibeli. Harga beras dah mencecah sehingga RM45 sekilo, harga gula melebihi RM4.00 sekilo. Jadi, dengan RM50 itu, cuma rakyat mampu membeli sekampit beras 10 kilo dengan sekilo gula untuk kehidupan mereka. Ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini telah tidak mampu untuk mengurus kos sara hidup rakyat.
Itu tak dibangkitkan lagi hal-hal berkaitan dengan harga ikan, harga sayur, harga telur dan sebagainya. Inilah yang menjadikan rakyat semakin hari semakin tertekan. Pada Mac nanti, kerajaan bercadang untuk menaikkan cukai perkhidmatan daripada enam persen kepada lapan persen. Ini juga akan menimbulkan kegelisahan rakyat dan ditambah lagi suasana ini saya meramalkan akan lebih parah ketika rakyat nak sambut puasa, rakyat nak berhari raya dan pada masa yang sama, penggal persekolahan baru akan dibuka. Jadi, tekanan demi tekanan akan dirasai oleh rakyat jika kerajaan tidak menyelesaikan masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu kes Nik Elin. Kita menghormati apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Cuma, kebimbangan saya ialah negara seolah-olah menuju ke arah secularism yang memisahkan antara agama dengan kehidupan, yang mana ini amat membahayakan kehidupan kita dan daripada naratif yang didengar di luar, mengatakan bahawa kes ini seolah-olah memberikan sedikit kemenangan kepada Sisters In Islam yang ingin membezakan antara agama dengan kehidupan. Ketiga, kebimbangan saya Yang di-Pertua dengan kes tersebut ialah kuasa Raja- Raja yang menguasai ataupun yang mengetuai agama di negeri-negeri di Malaysia ini akan semakin sedikit semakin terhakis kerana undang-undang syariah di negeri-negeri ini semuanya di bawah kuasa Raja. Raja-Raja telah menurunkan cap mohor Baginda semua untuk meluluskan keadaan tersebut. Kebimbangan saya juga, bulan puasa menjelang tiba. Ertinya masyarakat di Kelantan nanti bulan puasa nanti, mereka tidak boleh lagi didakwa jika mereka tidak berpuasa. Satu lagi, ini membuka ruang kepada negeri-negeri lain untuk dicabar dan apabila dicabar, maka terbatal semua undang-undang syariah di negeri-negeri tersebut. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini sesuatu yang segera dan tuntas perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyeimbangkan antara sivil dengan syariah kerana dalam sivil, asas perundangan fundamental berbeza dengan syariah. Kalau contohnya arak, seorang Islam tidak boleh minum arak, tidak menghidangkan arak, tidak boleh menuang arak, tetapi dalam sivil, boleh minum arak selagi tidak mencederakan ataupun membahayakan orang lain. Itu dua keadaan dan suasana yang berbeza antara syariah dan sivil. Tuan Yang di-Pertua, hal yang kedua yang saya ingin bangkitkan di sini ialah berkaitan dengan penurunan pangkat Ketua Pengarah Pelancongan yang dikatakan semalam telah disebut oleh beberapa orang rakan, dia telah berkhidmat selama lebih 30 tahun, mempunyai pengalaman- PhD dalam pelancongan, tetapi diturun pangkat setelah dilantik tak sampai pun satu tahun. Apa yang dibisingkan di luar sana ialah penurunan ini disebabkan oleh saya tak tahu betul, tak betul, saya minta Menteri menjawab lepas ini. Pertama, dikatakan bahawa Ketua Pengarah ini tidak bersedia untuk membenarkan hidangan babi ketika lawatan ke Laos. Betul, tak betul- Menteri jawab. Kedua, Ketua Pengarah ini juga tidak bersetuju untuk pelantikan anak saudara Menteri untuk menjadi Pegawai Pelancongan di Auckland dan banyak lagi perkara- perkara lain yang disenaraikan. Betul atau tidak, penjelasan daripada Menteri perlu diberi dalam Dewan yang mulia ini. Isu lain dikatakan bahawa pemecatan ini- ini isu bangsa kerana Datuk Ammar orang Melayu. Ini cukup serius. Jadi, saya minta perkara ini diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya agar rakyat di bawah tidak terkeliru dengan apa yang berlaku kerana dengan pengalaman 35 tahun dan PhD yang dipegang adalah suatu yang saya rasa cukup tertinggi dalam satu pentadbiran kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan juga. Rakyat gelisah apabila dicadangkan bak kut teh sebagai hidangan warisan negara. Seolah-olah kita ini Taiwan ataupun Hong Kong. Kita tak menentang apabila dibawa busawak, uthappam sebagai
makanan warisan negara kerana ia tidak bercanggah dengan agama, tapi bila disebut bak kut teh...
Tan Sri Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...
Berapa itu?
36(12).
Ya. Apa hal?
Mana-mana Ahli tidak boleh mengelirukan Dewan yang mulia ini. Tadi, Hulu Terengganu telah mengatakan bahawa nanti apabila bulan puasa, tidak boleh sesiapa yang tidak berpuasa tidak boleh didakwa, tapi sebenarnya Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita tengok enakmen-enakmen yang dibatalkan dalam kes Nik Elin tidak termasuk kesalahan untuk tidak berpuasa. Saya minta supaya Hulu Terengganu pertama, baca dulu. Kedua, tarik balik.
Okey. Kalau begitu, saya tarik balik lah, tapi maknanya, undang-undang lain, itu sebagai contoh. Undang-undang lain yang ditarik balik itu...
Contoh itu kena bagi yang betullah Hulu Terengganu. Baca dulu. Ini tak baca, terus nak buat persepsi dalam Dewan yang mulia ini.
Ini floor saya Tuan Yang di-Pertua.
Kalau saya tak check tadi, you dah bawa pergi TikTok, dah satu Malaysia dah masuk. Tolonglah, nak cerita fasal benda ini baca dulu.
Jangan koyak.
Okey, okey. Okey, okey.
Ini bukan isu koyak. Hulu Terengganu adalah seorang senior.
Yang di-Pertua, masa saya Yang di-Pertua. Masa saya.
Benda ini baca dululah.
Okey. Okey Bangi. Okey. Sudah. Dia dah tarik dah. Dah tarik.
Dah tarik.
Okey,okey. Stop it, stop it.
Okey. Yang di-Pertua, jadi, isu bak kut teh ini satu perkara yang sensitif bagi kita orang yang beragama Islam. Okey. Yang di-Pertua, berkaitan dengan satu lagi isu yang kecoh di luar sana ialah isu LAKSANA, yang mana saya tak tahu saya betul atau tidak, tapi dikatakan bahawa repot Polis telah dibuat berkaitan dengan Penasihat Kewangan. Menteri Kewangan melantik anaknya sebagai Penasihat Kewangan. Jadi, ini daripada segi moralnya, saya rasa sebuah kesalahan. Kenapakah? Kerana kalau kita tengok daripada kes-kes yang melibatkan bekas Panorama CEO...
Yang Berhormat, elok dihubung ayat tu, “adakah benar?” Perkataan itu. Jangan buat statement. Adakah benar? Ayat- itu baharu tanya.
Okey. Setuju dengan apa yang Yang di-Pertua kata. Kerana bekas Panorama CEO di Melaka, dihukum kerana melantik anaknya menjadi- dalam jawatan yang di bawah beliau. Begitu juga dengan pelantikan CEO- bekas CEO Halal Hub Melaka, melantik anak dia. Mereka didakwa, tetapi apa yang
berlaku kepada Perdana Menteri yang melantik anaknya walaupun secara pro bono tidak diambil apa-apa tindakan, satu. Yang kedua, bila disebut pro bono Yang di-Pertua, saya tidak tahulah penasihat ini manusia ataupun jin? Kalau jin, dia makan asap je. Tak makan makanan lain sebab dia pro bono. Jadi, itu persoalan-persoalan yang bermain di luar sana. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, masa dah semakin berkurangan. Isu berkaitan dengan sakau dan integriti. Hari ini kerajaan berbangga untuk menghapuskan kleptokrat. Menghapuskan mereka yang sakau, mereka yang rasuah dan sebagainya. Kita sokong. Apa yang dilakukan oleh kerajaan, hal tersebut kita amat menyokong- 200 peratus kita sokong. Persoalannya di sana ialah, ketika kerajaan dikatakan galau, kerajaan dikatakan tidak berintegriti, kerajaan dikatakan era kleptokrat, rasuah, tapi rakyat selesa, rakyat gembira, rakyat sejahtera. Hari ini, saat ini, detik ini dikatakan penuh berintegriti. Penuh dengan tanpa rasuah, tapi rakyat di luar sana gelisah. Semalam kita dengar bagaimana Rantau Panjang mengatakan bahawa ada manusia, keluarga yang sanggup bunuh diri kerana tekanan hidup yang terlalu hebat, yang tak mampu untuk dilalui. Kadang-kadang yang galau ini. Jadi, persoalannya ialah betul atau tidak integriti hari ini berada pada tahap yang tertinggi? Adakah itu satu kebenaran atau itu satu retorik sahaja untuk mengaburi mata rakyat untuk pastikan bahawa mereka berada dalam keadaan yang selesa? Yang di-Pertua, berkaitan dengan IJN. Kita juga terbaca dalam laman CodeBlue mengatakan bahawa semua pensioner kerajaan dan penjawat awam telah tidak lagi layak untuk pergi ke IJN. Ini seolah-olah menggadai kesihatan rakyat. Menggadai kesihatan para penjawat awam yang telah berkhidmat, yang telah berjasa kepada negara dan mereka ini diminta untuk ke klinik-klinik kerajaan yang lain. Jadi, ini menimbulkan masalah kepada penjawat awam yang tua-tua yang mengalami masalah, yang tidak ada insurans kehidupan dan sebagainya. Jadi, ini satu perkara yang perlu juga dijawab oleh kerajaan. Akhir sekali Yang di-Pertua, di Hulu Terengganu, Tasik Kenyir 36,000 hektar. Jadi, kita minta TNB yang banyak menerima manfaat walaupun dibayar cukai pada Hulu Terengganu supaya buat sesuatu untuk menaik taraf rakyat Hulu Terengganu. Kita ada satu cabang baharu yang dibina iaitu di Kampung Kuala Jeneris dan kita mencadangkan agar TNB untuk membina R&R untuk pastikan kehidupan masyarakat di Hulu Terengganu akan terbela. Yang di-Pertua, akhir sekali Yang di-Pertua. Saya nak memetik kata-kata Hamka, “Jika diam saat agama mu dihina, gantilah baju mu dengan kain kapan. Jika diam saat agama mu dihina, gantilah baju mu dengan kain kapan.” Akhir sekali Yang di-Pertua...
Dua kali akhir dah ini.
Ini last sungguh. Akhir sungguh. Jika Perdana Menteri ketika sebagai Pembangkang mengatakan bahawa hang tak reti jaga negara, maka hari ini hang lebih tak reti jaga negara. Sekian. Wabillahitaufik wal
Baik. Saya jemput Ipoh Timur.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Ipoh Timor amatlah berbesar hati diberikan peluang untuk turut serta dalam sesi membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bagi saya satu Titah yang amat penting dalam memastikan kemakmuran negara, kedaulatan tanah air, kesejahteraan
hidup rakyat dan kestabilan hala tuju perkhidmatan Dewan yang mulia ini. Junjung kasih Tuanku dan Daulat Tuanku. Tan Sri Speaker, menjadi antara yang lebih awal berucap sudah pasti semua masih lagi segar bugar dan malah panas hati tadi, panas bahasa juga lepas berehat kira- kira dua bulan lah. Ada yang tak berehat langsung sepanjang dua tiga minggu yang lepas. Macam saya lah. Sangat sibuk mengesahkan dan menyelesaikan masalah Pasar Pasir Putih, Bukan Kelantan punya Pasir Putih, Pasir Putih dekat Ipoh yang baharu sahaja terlibat dalam kebakaran yang habis meranapkan, hangus terus, rata terus seluruh bangunan Pasar Pasir Putih. Boleh tengok Facebook saya lah kalau nak tahu apa yang telah ditimpa oleh 70 lebih orang peniaga. Namun demikian, saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri KPKT, Majlis Bandaraya Ipoh yang turun ke tapak kebakaran kurang daripada 12 jam selepas kebakaran berlaku dan telah memberi komitmen membina pasar sementara secara segera serta pasar gantinya di tapak asal dalam sekitar dua tahun di hadapan. Tahniah juga kepada Kerajaan Perpaduan yang berjaya menyampaikan bantuan kepada semua peniaga aktif di pasar tersebut dalam kuantum RM2,500 dalam masa kurang daripada 48 jam selepas hilangnya stok, hilangnya punca pendapatan, hilangnya tapak peniagaan berdekad-dekad dan bantuan sejumlah RM200,000 telah disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan, oleh kerajaan negeri, oleh pejabat daerah dan syabas, tahniah. Ini lah namanya Kerajaan Perpaduan yang bukan sahaja sampaikan bantuan yang tepat tetapi sampaikan bantuan dalam masanya yang juga tepat. Syabas, tahniah. Tan Sri Speaker, lepas sidang penggal lepas habis, saya alihkan perhatian kepada permohonan-permohonan bantuan kewangan khususnya daripada pesakit yang terpaksa pergi ambil rawatan di luar negeri, maksudnya luar Perak lah. Ada yang datang ke pejabat saya minta duit tambang, minta duit perjalanan untuk dapatkan rawatan di Serdang atau minta rawatan di Hospital Pulau Pinang. Ini kawan-kawan dan pesakit kardiotorasik sebab Ipoh tak ada pusat kardiotorasik. Kuala Selangor tak ada. Orang- orang Ipoh, malah orang-orang seluruh Perak ini kalau ada pesakit yang perlukan rawatan kardiotorasik terpaksa gagahkan diri ke Pulau Pinang, Serdang dan IJN.
Kos pengangkutan, kos semasanya, risikonya dua tiga jam naik bas ke, naik MRT ke. Saya cakap tentang warga tua yang kadang-kadang jejak KL pun tak pernah. Kalau ada yang beruntung sedikit, mungkinlah ada anak-anak yang boleh jaga, yang boleh hantar, tetapi anak-anak pula yang kena hantar itu kena minta cuti. Itu hilang produktiviti. Ini semua kalau bukan kecemasan. Kalau kecemasan, macam mana pula? Dua hari lepas, dua malam lepas ja, satu lagi kes di Hospital Raja Permaisuri Bainun, General Hospital Ipoh yang ditimpa komplikasi intervensi kardiologi yang terpaksa dikejar ke Hospital Pulau Pinang untuk pembedahan sebab tidak boleh hendak buat pembedahan dekat Ipoh. Nasib pesakit itu belum tentu lagi. Ini kes-kes macam ini memang berulang tiap- tiap minggu. Tempat dan infrastruktur sebenarnya ada, dah ada. Memang diperuntukkan untuk Pusat Kardiotorasik semasa perancangan dan pembinaan lagi oleh KKM dan EPU di Hospital Raja Permaisuri Bainun di tingkat lima di Ipoh. KKM dah buat lawatan tapak pun. Cuma, progress belum jumpa dan temu lagi lah. Bercakap tentang ancaman seperti ini, apa lagi puncanya sebenarnya? Duit tak cukup atau kita ada kekurangan pakar pembedahan kardiotorasik ke? Ini dua-dua kemungkinan dan kalau itu masalah sebenarnya, kenapa seolah-olah ada sekatan yang memperlahankan pentauliahan dan pengiktirafan pakar bedah yang belum selesai- selesai. Ini isu yang mendasar ini. Hendak jadi pakar bedah kardiotorasik ini, ada dua cara hendak dapat pengiktirafan atau pentauliahan. Pertama, latihan berstruktur KKM melalui laluan sejajar atau parallel pathway yang Kuala Selangor ada sebut tadi di hospital dan diuji serta ditauliah badan bertaraf
antarabangsa. Cara ini sudah buat puluh-puluh tahun dari dahulu lagi. Graduan parallel pathway KKM boleh mendapat peluang kerjaya dengan mudah di seluruh dunia tetapi tidak diiktiraf di negara sendiri pula nampaknya pada ketika ini. Kedua, pengiktirafan daripada universiti tempatan melalui Program Postgraduate. Pihak Majlis Perubatan Malaysia (MMC) pula macam nak guna Akta Perubatan 1971 yang dipinda 2012 dan berkuat kuasa tahun 2017 pula untuk sekat cara yang pertama tadi, yang parallel pathway yang saya sebut tadi. Kalau itu isunya, maka saya sokong semua, segala usaha KKM untuk memperkasakan semula latihan laluan parallel atau parallel pathway dan membolehkan pendaftaran pakar dalam National Specialist Register (NSR) untuk graduan parallel secara lancar dengan objektif tangani isu kekurangan pakar bedah kardiotorasik. Saya merayulah, saya meminta, malah menggesa supaya perancangan Pusat Kardiotorasik di tingkat lima blok baharu HRPB General Hospital Ipoh itu, dilaksanakan secara fast track dalam kadar yang segera untuk kita selesaikan. Orang tak perlu nak gagahkan diri pergi buat pembedahan dekat Penang atau Serdang. Ini soal kesihatan, Yang Berhormat. Soal nyawa, hidup orang. Hidup mati orang. Jadi, saya sokonglah sekiranya sebuah Pusat Kardiotorasik di Ipoh jadilah cepat-cepatnya. Tan Sri Speaker, Perenggan 20 dan 21 Titah Diraja amat mustahak dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu menerima ucapan tahniah. Ekonomi Malaysia 2024 ini menunjukkan wujudnya ketahanan dan perkembangan dengan kadar inflasi yang sederhana, kadar pengangguran yang stabil, jangkaan demi jangkaan yang memberangsangkan datang daripada pelaburan luar negara. Yang nilai ringgit betul-betul terpeleot sikit lah, peleot banyak lah sebenarnya, tapi yang geramnya, ada pihak yang cuba-cuba hendak samakan insiden ini dengan krisis kewangan. Antaranya kalau tidak silap, Larut pun hendak mainkan isu ini. Nak katalah sama dengan Asian financial crisis. Waktu krisis itu, pelaburan tak masuk. Pelaburan yang dah masuk pun dah cabut lari. Orang yang tak ada kerja pula, hilang kerja, apatah lagi nak kerja baharu.
Ipoh Timur, laluan boleh?
Tak payahlah, tak payahlah, tak payahlah.
Sikit sahaja nak sentuh.
Tak payahlah, tak payahlah, tak payahlah.
Nak sokong Ipoh Timur.
Nanti buang masa pula, ini saya hendak...
Nak- memang saya sokong Ipoh Timur.
Waktu Asian financial crisis itu dia sama dengan orang sudah masuk ICU. Sudah pasang ventilator, tak sedar lagi. Sat lagi mungkin nak jumpa pencipta dah. Sekarang ini sebenarnya walaupun dia serius, walaupun terkurung kat rumah, dia hanya demam. Demam, bagi ubat, bagi dia rehat sedikit, bagi kena buat intervensi yang betul, boleh diselesaikan. Ini orang Melayu kata, “jauh panggang dari api.” Apakah samanya? Jadi, janganlah main sentimen kata ini sekarang ini la ini sama seperti Asian financial crisis. Bacalah sikit kome. Tan Sri Speaker, saya mengaku kemerosotan nilai ringgit yang kita tengah saksikan ini merisaukan. Tak ada orang kata tak risau. Tak ada orang kata benda ini bukan benda. Cakap tentang nilai Ringgit ini...
Ipoh Timur.
...Ada usaha yang berada dalam...
Boleh ya?
Tak cukup masa, bro.
Tak boleh ya?
Bagi teman selesai dulu.
Sama-sama Kerajaan Perpaduan pun tak bagi?
Okey la, bagi dua ayat, dua ayat, dua ayat.
Sebab tadi, tadi...
Tak cukup masa, chor.
Tadi Ipoh Timur cakap Larut sebut semalam. Saya hampir percaya dengan Larut. Sebab dia kata pelaburan yang masuk RM329 bilion itu dia kata tak betul, macam tipu. Jadi, saya macam dah percaya. Teman macam percaya apa yang Larut sebut tadi itu. Jadi, hendak minta sedikit pandangan dari Ipoh Timur. Terima kasih.
Baik, baik mike, jangan dengar la Larut. Dengar la teman. Cerita teman betul. Cerita teman ini berasaskan, berdasarkan apa yang Bank Negara bagi, apa yang kerajaan bagi. Apa yang dema cakap itu tak naklah kata tipu, tetapi tak betul la. Tak betul. Dengar la teman, boleh?
Ha boleh.
Baik chor, baik chor, baik chor. Yang fasal kemerosotan nilai Ringgit yang kita tengah saksikan ini, memang adanya usaha yang berada dalam kawalan kita. Induknya, dasarnya kita perlu meningkatkan permintaan Ringgit. We need to create demand, dengan izin, create demand for the Ringgit. Keyakinan umum kepada Kerajaan Perpaduan boleh serba sedikit mempengaruhi nilai mata wang. Kestabilan politik, polisi yang lebih telus, komunikasi yang efektif. Semuanya boleh bina keyakinan kembali terhadap Ringgit kita yang tercinta. Pada kemuncak pandemik, di mana disrupsi atau kegugatan dramatik melanggar Order Ekonomi yang lama, Indonesia gubal Undang-undang Cipta Kerja atau Omnibus Law 2020. Korea buat Korean New Deal pula, Vietnam buat Transformasi Digital Negara Tahun 2021 yang menyiapsiagakan ekonomi mereka untuk memulih- demi masuk pemulihan nanti dan menjajarkan semula dengan jajaran ekonomi yang baharu. 2020, 2021, 2022, kerajaan semasa buat apa tak? Ada? Ha, krik krik, krik krik. Malaysia cakap tak pe. Kerajaan Perpaduan, sebaik kita masuk jadi kerajaan, walaupun hanya dapat mula pada hujung 2022 masuk 2023, kami dah putuskan dan akan laksanakan rasionalisasi subsidi, reformasi institusi itu. Kami sudah luluskan Akta Tanggungjawab Fiskal Reformasi, itu reformasi institusi. Kita ada NETR, kita ada NIMP, mencetus kebangkitan ekonomi hijau, perindustrian berimpak, bernilai dan berketumbuhan tinggi. Kerajaan Perpaduan udahlah, sedang dan akan terus buat kerja yang negara perlukan. Kita perlu jujur. Yang tak baik kita tegur dan kita buat. Apa yang kome buat waktu itu? Waktu jadi kerajaan? NETR tidak ada buat ke? NIMP ada buat ke? Rasionalisasi subsidi ada buat ke waktu itu? Tak ada, tapi tak apa, kita buat dan kita dah buat. Untuk meningkatkan penggunaan mata wang kita dan permintaan mata wang kita, saya cadangkan supaya kita mewajibkan supaya gaji pekerja-pekerja asing di depoh- ini expat ya, depositkan ke akaun di Malaysia. Faktanya, 27 peratus daripada penerima gaji separuh di sini, separuh di tanah air mereka. Ini expat, foreign expat. 31 peratus pula terima semua gaji keseluruhannya dalam mata wang mereka sendiri. Ini kalau kita boleh selesaikan atau sebagai satu intervensi untuk pelaburan yang baru, dapat merangsang ekonomi tempatan, stabilkan Ringgit, tapi kena teliti lebihlah, secara lebih mendalam. Teliti sebab dia mungkin akan ditafsir salah pula oleh belah sana, kata oh ini nanti menjadi faktor penolak untuk pelaburan apa semua, tetapi ada caranya untuk kita buat...
Okey Ipoh Timur, landing please.
Oh landing, okey saya- saya secara- tujuh cadangan untuk menahan kemeruduman Malaysian Ringgit. Dasar Fiskal yang merangsang ekonomi, satu.
Kedua, meningkatkan keyakinan awam melalui komunikasi kerajaan yang lebih baik, kuat dan memberangsangkan. Ketiga, bayaran expat pekerja asing bergaji tinggi ke dalam akaun Malaysia walaupun boleh dalam denomination home currency.
Empat, mendorong dan memperkasakan plat e-bayar tempatan untuk pelancong. Kelima, mempromosikan dan memperbanyakkan kemasukan pelajar asing yang layak dan mengekalkan bakat tempatan di peringkat pendidikan tinggi dan pasca ijazah. Enam, intervensi di pasaran- ini sensitif sikitlah. Intervensi di pasaran pertukaran asing dengan pretext wujudkan garis merah atau red line dan tujuh, dana penstabilan mata wang memanfaatkan deposit MM2H yang saya pasti sat gi akan diumumkan oleh kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Dan akhir kalam, tadi dengarnya ada kawan-kawan kata Kerajaan Perpaduan ini naklah sangat, inginkan sangat, harapkan sangat sokongan daripada Ahli-ahli yang sampai ada yang nak tuduh kata kita ini korup, tuduh Tambun ini korup. Saya nak jawab dengan serangkap peribahasa sahajalah. Pinggan tak retak, Nasi tak dingin, Kome kata kome tak nak, Kami ini pastinya tak ingin... kome datang ke sini. Sekian, terima kasih. Patik mohon mencadangkan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Di kesempatan ini, mewakili hati nurani sekalian warga Bachok yang tumpang berteduh di bumi bertuah ini menzahirkan setinggi lafaz junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kecaknaan Tuanku yang tidak terhitung luasnya serta keprihatinan tinggi seorang raja berjiwa rakyat. Pastinya negara amat beruntung dapat bernaung di bawah payung pemerintahan Tuanku, raja yang bijaksana yang sentiasa mengambil berat terhadap denyut nadi rakyat, kemakmuran ekonomi dan perpaduan kaum yang menjadi tunjang kestabilan dalam negara. Tuanku selalu mencemar duli, Menziarahi rakyat tanda peduli, Rakyat gembira tiada terperi, Kebaikan Baginda tersemat di hati. Baginda raja selalu menyeru, Inginkan rakyat bersatu padu, Buatlah keputusan tidak terburu, Supaya negara terus maju. Dirgahayu Tuanku. Bachok menjunjung kasih.
Puan Yang di-Pertua, prospek ekonomi negara dan rakyat. Dalam membicarakan soal kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang diberikan penekanan oleh Baginda Tuanku, kita boleh memilih angka-angka yang memihak kepada kita atau tidak memihak kepada kita. Kita juga boleh memilih pujian-pujian yang memihak kepada kita atau kritikan yang tidak memihak kepada kita. Namun, kita perlu jujur dengan angka, kerana angka tidak pernah berbohong. Justeru, kita perlu fokus kepada petunjuk ekonomi sebenar dan prihatin terhadap keperluan dan keresahan rakyat. Puan Yang di-Pertua, semalam saya sedikit tersentuh apabila membaca komen- komen rakyat di portal-portal berita. Saya sekarang ini kalau baca berita, saya suka tengok komen-komen rakyat. Itu lebih real berbanding dengan kenyataan Menteri-Menteri yang nampaknya semakin dikendurikan oleh rakyat. Saya baca komen di IG Astro Awani semalam berita tentang cukai SST lapan peratus yang terbaharunya diperluaskan termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan termasuk servis kereta. Ada komen. “Apalah nasib rakyat. Anak masuk sekolah nak bayar itu ini. Lagi nak puasa barang pun naik. Lagi nak raya mesti nak servis kereta. Allahuakbar.” Maknanya, rakyat sudah boleh jangka akan berlaku gelombang besar kenaikan harga barang menjelang Ramadan, buka sekolah dan raya yang akan disambut nanti. Selepas Chinese New Year tempoh hari, Puan Speaker, berita PMX sebut ekonomi negara masih baik. Ada komen. Dengan izin, “Second day Chinese New Year, pasar malam already full with Chinese selling food. Imagine how hard to earn money nowadays.” Malah saya sendiri, Yang di-Pertua, first day Chinese New Year, malamnya ambil last flight KB ke KL, sampai, ambil Grab, tengok driver, namanya Cina. Malam raya. Raya Cina. Saya masuk, saya say hello, saya sebut Gong Xi Fa Cai, beliau senyum dan kami berbual. Puan Speaker, malam raya bawak Grab. Ini semua rakyat, bukan walaun, bukan cybertrooper. Real person, real people, tetapi kerajaan nafi, tak peduli. Boleh pula tanya mana bukti. Konon madani, tiada simpati, tiada empati. Puan Yang di-Pertua, secara umumnya, ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 ini diharap dapat berkembang lebih baik berbanding tahun lepas. Diharapnya lebih empat peratus. Tahun lepas, di bawah sasaran empat peratus. Pemangkinnya- ekonomi domestik. Penghalangnya- ekonomi global. Risikonya- hutang isi rumah yang semakin meninggi. Inflasi diharap kekal sederhana, betul, di bawah tiga peratus. Namun, ada risiko yang kita perlu anticipated lebih awal sebab kenaikan dua peratus SST kepada lapan peratus, pelaksanaan subsidi bersasar dan gangguan bekalan makanan bermusim mahupun tidak bermusim- beras, ayam, telur, gula, minyak masak- masih lagi berulang. Ringgit, sahabat saya diulas tadi, diharapkan dapat kembali menebus maruahnya yang telah jatuh ke paras terendah sejak 1998. RM4.80 per USD ini sangat rendah nilainya. Bagi mengelak berlakunya tekanan inflasi import kepada pengilang, penternak, petani dan peniaga seterusnya memberikan tekanan kepada kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Semua ini sedikit sebanyak akan menjejaskan periuk nasi rakyat di segenap peringkat. Betul, tiang dan dinding rumah kita masih kukuh, tetapi angin yang menderu semakin kuat, ombak yang menghempas semakin menghakis, tempiasnya sedikit sebanyak terkena jua ke atas periuk nasi kita. Yang di-Pertua, pendekatan ekonomi klinikal satu langkah penyelesaian...
Bachok, sedikit penjelasan ringkas. Saya tahu masa terhad. Terima kasih, Puan Speaker. Setuju tak Bachok bahawa rakyat tak nak dengar angka-angka yang bagus-bagus yang meningkat-meningkat, inflasi menurun dan sebagainya, tapi rakyat nak tahu harga barang tetap rendah. Setuju tak, Bachok?
Terima kasih. Bukan sekadar rakyat nak tahu dan dengar, kita minta kerajaan juga mendengar, kerajaan juga empati. Jangan mudah-mudah menafikan apa yang berlaku di bawah yang ditekankan oleh Tuanku Agong supaya kita menjaga dan merasai denyut nadi rakyat. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan ekonomi klinikal satu langkah penyelesaian. Dalam hal ini, Bachok mencadangkan kita mengambil satu pendekatan yang dipanggil sebagai ekonomi klinikal untuk memulihkan tahap sosioekonomi negara. Ini kerana ekonomi, sama seperti sistem biologi individu, terdiri daripada sistem yang sangat kompleks. Gagal satu fungsi akan menjejaskan kegagalan sistem yang lain. Maka, dalam tempoh ekonomi yang meruncing ini, proses diagnosis perlulah tepat bagi mengenal pasti tanda, gejala dan simptom penyakit. Diagnosis yang tepat akan membawa kepada rawatan dan intervensi yang tepat. Konsultasi pelbagai kepakaran juga amat diperlukan berpandukan etika profesional yang tinggi bagi memulihkan kesihatan ekonomi negara. Kita pernah saksikan ketika Tun Dr. Mahathir menangani krisis kewangan 1998, ambil tindakan drastik dan berani, ada Majlis Tindakan, MTEN. Kita juga pernah saksikan ketika negara berdepan krisis berkembar krisis kesihatan dan juga krisis ekonomi di bawah pimpinan Pagoh dan Bera, ambil tindakan drastik dan berani, ada Majlis Tindakan MKN. Ada libat urus pelbagai pihak. Ada pelan komunikasi yang jelas berdepan dengan rakyat, berdepan dengan wartawan, tidak mengelak soalan. Jadi, ini yang kita perlukan pada tempoh yang sangat kritikal ini. Puan Yang di-Pertua, periuk nasi rakyat. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa topik yang mempunyai kesan kepada periuk nasi rakyat hari ini dan juga hari mendatang. Pertama, disentuh oleh Tuanku Agong tentang isu underemployment ataupun bekerja di bawah kelayakan. Kerajaan perlu segera tangani isu generasi muda yang bekerja di bawah kelayakan pendidikan dan bukannya terlalu fokus kepada isu pengangguran secara umum sahaja. Bagi saya, masalah ini bukan lagi masalah ataupun satu isu yang terpencil, tetapi suatu krisis masa depan negara. Perlu diwujudkan satu mekanisme sokongan dan peralihan, dengan izin, support and transition. Mungkin perlu ada jawatankuasa rentas kementerian peringkat nasional menilai ketempangan pasaran kerja, struktur ekonomi, dasar pelaburan dan dasar pendidikan dalam negara. Ini perlu disegerakan. Keduanya, krisis negara menua. Kerajaan perlu perhalusi semula isu pencen dengan persediaan menghadapi krisis menanti iaitu negara yang menua. Setakat 30 September 2023, dilaporkan 48 peratus daripada ahli KWSP mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000. Dengan simpanan tersebut, kira-kira dijangka hanya memperoleh RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun, sedangkan Malaysia sedang menuju ke arah status negara tua menjelang tahun 2030. Dalam hal ini, Bachok berharap kerajaan melihat perkara ini dengan serius dan mengambil satu langkah yang proaktif. Mandat kepada KWSP, KWAP, LTAT dalam mengimbangi keperluan semasa dan keperluan pada hari tua perlu diperluaskan dan diberikan keanjalan.
Bagi menjamin kehidupan warga emas yang sempurna, ini perlu diberikan perhatian. Ketiga, kenaikan cukai. Banyak diulas oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Perlu ambil kira pendapatan rakyat. Benar kenaikan ini penting untuk menjana hasil tambahan kepada rakyat, tapi kerajaan perlu mengambil kira keadaan rakyat pada hari ini. Ini kerana perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dikecualikan pastinya akan meningkat kos dan bayarannya di mana peniaga akhirnya akan mengalihkan kesan kenaikan ini kepada pengguna secara tidak langsung. Selain itu, amatlah penting untuk disegerakan klasifikasi baharu isi rumah, bukan lagi klasifikasi B40, M40, T20 di mana Menteri umum tahun lepas dasar ini akan bermula Januari 2024.
Kini sudah diambang Mac, nak masuk bulan Mac 2024 masih tiada pengumuman apakah klasifikasi baharu yang akan digunakan bermula tahun ini sebelum kita melaksanakan dasar subsidi bersasar yang amat kita alu-alukan untuk dilaksanakan pada tahun ini. Keempat, subsidi bersasar ini diperhalusi impaknya. Pelbagai pandangan telah dinyatakan berkenaan peralihan subsidi daripada segi pelaksanaannya supaya benar- benar membantu mereka yang memerlukan. Kita setuju. Ini langkah yang perlu disokong. Menteri pun telah umumkan kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar minyak petrol RON95 pada tahun ini sebagai langkah untuk mengoptimumkan sumbernya. Cuma orang di kampung sudah bertanya-tanya. Orang di bandar pun sudah berkira-kira. Apakah mekanismenya? Adakah dengan pelaksanaan ini harga minyak petrol 95 di pam stesen ketika itu akan mengikut harga pasaran yang akan diapungkan? Bukan lagi harga bersubsidi pada hari ini dan apakah mekanisme rebat tunai dan juga kad subsidi yang akan diperkenalkan pada masa terdekat ini? Persoalan kepada PADU. Kita mengharapkan PADU yang benar-benar padu. Untuk rekod, kami Pembangkang pun mahukan PADU yang padu sebagai faktor penentu kejayaan program subsidi bersasar yang amat mustahak dan besar manfaatnya ini. Setakat 22 Februari hanya 3.72 juta Puan Speaker, individu yang selesai mengemas kini maklumat dalam PADU. Sekitar 10 peratus daripada populasi. Itu pun hampir separuh, 1.2 juta adalah penjawat awam. Maknanya ramai lagi rakyat. Adakah ini- dan kita bimbang ia akan menjejaskan timeline pelaksanaan program subsidi bersasar dan kita mengharapkan partisipasi rakyat yang lebih tinggi, penerangan yang lebih agresif kerana manfaatnya sangat besar dan kita tidak mahu berlaku jurang akibat trust deficit dengan izin, rakyat kepada kerajaan. Puan Yang di-Pertua, akhir tak lengkap jika saya tak bangkitkan tentang Kelantan dan Bachok. Kami menghargai kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan dan meluluskan projek-projek pembangunan di bawah RMKe-12 yang kebanyakannya penerusan daripada projek-projek pembangunan yang dimulakan terdahulu. Antaranya projek banjir, lebuh raya ECRL, lapangan terbang dan kita berharap projek-projek ini dapat siap mengikut jadualnya. Royalti minyak Puan Speaker, walau apa pun namanya wang ihsan, bantuan tunai Persekutuan hendaklah telus dan adil sebagi tanda hormat kepada yang empunya hak malah perjuangan menuntut royalti Kelantan adalah suatu manifestasi kehendak majoriti rakyat Kelantan yang telah menyokong pentadbiran kerajaan negeri dalam lapan PRU berturut-turut sejak tahun 1990. Jadi ia perlu ditunaikan mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh bapa-bapa kita yang terdahulu. Akhirnya Puan Speaker, sebagai penutup, saya hendak berkongsi satu petikan ucapan khalifah Islam yang pertama Sayidina Abu Bakar yang amat masyhur sebagai pedoman untuk kita- semua dan Dewan Yang Mulia ini. “Jika sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku sebagi pemimpin dan jika sekiranya aku melakukan kesalahan maka perbetulkan aku dan orang yang lemah di kalangan kamu adalah orang yang kuat pada pandangan ku sehingga aku berikan hak kepadanya dan orang yang kuat di kalangan kamu adalah orang yang lemah pada pandangan ku sehingga aku mengambil kembali hak daripadanya”. Semoga bumi bertuah Malaysia ini menjadi tempat yang kaya berbakti, yang miskin tumpang berteduh. Terima kasih Yang di-Pertua, Bachok menjunjung kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Subang.
Terima kasih Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan menyambut Titah Diraja. Setahun Kerajaan Madani dan saya berpendapat bahawa agenda reformasi telah bermula. Ada reformasi Parlimen, ada juga reformasi di bentuk Fiscal Responsibility Act, tetapi pada tahap yang kurang kencang dan kurang komprehensif. Terdapat banyak lagi reformasi yang belum lagi dan perlu dilakukan pada tahun ini 2024. Tuan Speaker, sekarang Kerajaan Madani mempunyai majoriti lebih dua per tiga yang cukup kukuh. Pada Isnin lalu Yang di-Pertuan Agong pula dah beri pesanan. Oleh demikian pada pendapat saya tahun 2024 inilah akan merupakan peluang terbaik untuk melakukan dasar-dasar agenda reformasi yang paling penting. Jadi poin ucapan saya yang pertama adalah dengan izin, there should be no more reason this year for not carrying out better governance reforms. Oleh demikian, tahun 2024 ini adalah amat penting lebih crucial dari tahun 2023. Tahun ini adalah tahun penentuan sama ada Kerajaan Madani ini ada atau tidak political will untuk melakukan lebih reformasi. Oleh demikian saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Tambun memberi pandangan beliau, apakah rang undang-undang reformasi yang bakal dilakukan pada tahun ini khususnya adakah Parliamentary Services Act dan Political Financing Act akan dibentangkan dan diluluskan pada tahun ini? Baik, poin yang kedua saya dan inilah isu hot topic iaitu tentang mata wang ringgit. Saya memang setuju dengan kerajaan bahawa statistik ekonomi Kerajaan Madani 2023 adalah jauh lebih baik daripada zaman kerajaan dahulu. Inflasi terkini adalah under control hanya 1.5 peratus pada bulan Disember 2023, maknanya purata inflasi pada tahun pertama pentadbiran Madani adalah hanya pada tahap 2.5 peratus. Ini jauh lebih baik daripada kadar 3.3 peratus inflasi pada tahun 2022 buah kerajaan lain. Isu unemployment pula sama senario dia. Hanya 3.3 peratus pada tahun 2023 Kerajaan Madani ini lebih baik daripada kadar unemployment kerajaan dahulu pada tahap 3.7 peratus tahun 2022. Jadi kalau inflasi lebih baik, pekerja lebih ramai, ekonomi pada asasnya nampak dengan izin improve dan juga steady, tetapi kenapa pula mata wang ringgit terus jatuh? Tuan Speaker, masa saya berumur 12 tahun pada tahun 1981, ayah saya menghantar saya ke Singapura belajar situ. Saya masih ingat ringgit pada masa itu dengan Singapore Dollar lebih kurang sama one for one dan Ringgit to US Dollar pada masa itu 1USD:RM2.50. Sekarang yang terkini, Ringgit to Singapore dah RM3.55; to US Dollar RM4.80 lebih kuranglah. Tuan Speaker, sejak umur 12 saya melihat kemerosotan Ringgit. The point I’m trying to make is kemerosotan ini bukan kerja satu tahun Kerajaan Madani, ia kemerosotan- you tengok data, statistik semua ada, mata wang berpanjangan sejak 30 tahun dulu. Tuan Speaker, dalam 30 tahun lepas apabila mata wang kita mula merosot another phenomena happened. Malaysia pula bermula mencatat eksport yang cukup cemerlang dan berjaya. Kita lebih banyak eksport daripada import, 30 tahun lalu ya. We have been having trade surplus for thirty years, tetapi yang hairannya kenapa kita selama 30 tahun mata wang Ringgit kita merosot pada masa yang sama trade surplus kita kuat. Dengan izin, this is indeed a very strange economic puzzle, an economic conundrum. Tuan Speaker, untuk memahami fenomena ini, kita perlu faham dua perkara dahulu. Pertama dengan izin, like all goods and services the Ringgit is also subjected to the law of supply and demand. Kalau supply banyak dan demand kurang, harga epal ataupun oren ataupun Ringgit, nilainya akan jatuh. Kalau supply sikit, demand banyak harga epal, oren atau Ringgit akan naik. Ini lah satu asas ekonomi yang paling basic. Pagi ini semasa sarapan pagi, I explained this to my daughter. Dia umur 11 saja, dia pun faham. Jadi kalau ekonomi kita lebih baik, eksport kita maju, kenapakah pula demand untuk Ringgit kita jatuh?
Perkara kedua yang kita kena faham dengan izin, adalah supply and demand can be impacted directly by behavioral economics.
Dewan yang mulia ini kena faham behavioral economics inilah isu sebenarnya. Ringgit Malaysia terkesan dengan izin, behavioral economics of confidence. Apakah confidence ini? Manifestasi confidence atau kekurangan keyakinan yang paling ketara bagi Malaysia adalah phenomenon capital outflow dalam 30 tahun kebelakangan ini. Dalam erti kata lain, kekurangan kemampuan domestik dan isu tahap keyakinan adalah faktor utama for the steady outflow of capital, maka kejatuhan Ringgit- nilai Ringgit walaupun trade surplus ada setiap tahun. Tambahan lagi 90 peratus eksport Malaysia daripada sektor elektrik dan elektronik- satu industri yang sangat kuat dan baik, tetapi bukannya satu pun adalah gross national income. Kebanyakan kilang ini adalah dimiliki oleh entiti asing dan tenaga kerjanya ada kebanyakan pekerja asing. Ini- kawan-kawan saya semua di Dewan ini, adalah kegagalan Dasar Look East yang separuh masak yang telah gagal mewujudkan transfer technology, gagal mewujudkan banyak syarikat Malaysia yang inovatif dan berdaya saing, tetapi cukup berjaya mewujudkan sistem kroni kapitalisme dengan konsesi tenaga; konsesi tol- jalan; konsesi telefon; konsesi pelabuhan; monopoli import seperti beras dan gula. Industri seperti eksport minyak sawit yang merupakan hasil titik peluh industrialists dari Malaysia, orang Malaysia sendiri dikenakan windfall tax, tetapi bagi golongan kroni kaya atas angin dengan terma lopsided contract konsesi kerajaan tidak pula dikenakan windfall tax langsung. Kalau kita terus amalkan sistem ini golongan entrepreneur yang lebih baik, yang patriotik pula akan berhasrat menjadi kroni. Golongan kroni maha kaya pula akan terus mengeluarkan wang capital outflow beli business, rumah mewah, aset-aset di luar negeri dengan izin, all our export gains 30 years jadi capital outflow. Kalau kita teruskan sistem ini, Ringgit akan terus merosot. Rakyat terus susah, golongan elit Malaysia akan terus enjoy hidup mewah di Kampung Knightsbridge London. Yang maha kaya kroni-kroni dua orang Tun- wang-wang mereka sudah lama parking di Singapura, London, Switzerland, BVI, tax haven semua ada situ. Tuan Speaker, kemerosotan Ringgit bukan salah Kerajaan Madani sahaja. Baru satu tahun sahaja berkuasa, ini adalah masalah kroni kapitalisme berdekad-dekad yang sudah sampai ke tipping point sekarang. Kesimpulannya crony capitalism adalah penyumbang utama kemerosotan nilai Ringgit selama 30 tahun ke sekarang, 99 percent of the cause! Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah tipping point yang telah berlaku. Pada tahun 2023, dengan wujudnya Kerajaan Madani, rakyat biasa khususnya, golongan middle-class, mempunyai ekspektasi yang tinggi bahawa reformasi akan dilakukan. Apabila reformasi tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, confidence level middle-class pun terus merosot- menjunam. Saya memang faham fenomena ini sebab kawasan saya, Subang adalah bandar raya middle-class yang terunggul di Malaysia. The 2023 fall of confidence of the middle- class adalah penggerak tipping point utama kejatuhan mata wang Ringgit baru-baru ini. Seperti isu crony capitalism, isu lost of confidence of the middle class is also a classic behavioral economics issue. Jadi solusi utamanya bukanlah daripada traditional fiscal ataupun monetary policy. Tak payah kita beritahu- Bank Negara buat kerja dia. Kalau suruh dia adjust bank base-lending rate, itu akan naikkan inflasi. Solution-nya adalah dalam alam politik, incentives, nudge, societal reengineering. How do you stop the capital outflow that weakens the Ringgit? Jawapannya adalah reformasi, iaitu poin utama, poin pertama ucapan saya.
Dengan izin, “The time to ponder in Shakespearean manner has passed. It is no longer a case of should we reform or not reform. The time to be or not to be, has passed”. Tiada lagi alasan. Reformasi 100 percent is the only solution. Selain daripada mereformasi sistem kita, kita ingin dua short-term solution. Pertama, arahkan semua GLIC dan GLC untuk standby membawa balik pulang wang ekuiti dan aset dari luar negara. We have to be ready to defend the line and not let the RM5 psychological mark be breached. Kalau kita melepasi paras itu, RM5 ini akan bakal menjadi punca kepada economic spiral yang cukup parah kepada semua. Kedua, kerajaan perlu mempercepatkan dan menggalakkan penerimaan high- net-worth residence investors. Kita pun- berhijrah ke Malaysia. Ini bermakna peraturan Imigresen yang efisien, yang jelas dan tiada korupsi dalam sistem dia. Roll up the red carpet now, facilitate the residency and investment to Malaysia. Tuan Speaker dalam interaksi saya dengan ramai golongan high-net-worth individual dari rantau Asia Pasifik maknanya dari Jepun, Korea, China, Taiwan dan Hong Kong, mereka jauh lebih berminat berhijrah ke Malaysia berbanding dengan Singapura, Thailand ataupun Vietnam. Singapore terlalu mahal. Thailand dan Vietnam mereka kurang berbahasa Inggeris. Malaysia kita ada semua, makan pun sedap, cuaca baik, hidup pun aman, main golf memang murah. Infrastructure semua ada lebih baik dari Thailand dan Vietnam. Walaupun politik Malaysia bergolak, high-net-worth individual ini semua boleh buat RM10 juta, RM100 juta, RM300 juta- banyak sekali ini. When they bring in the money, Ringgit will strengthen. Mereka ini bukan pengundi, dia tidak campur tangan. Dia mari sini spending dan investing. Apa yang mereka minta daripada kerajaan kita ialah banteras rasuah dan amalkan sistem Imigresen yang jelas dan efisien. Jadi Tuan Speaker, dua perkara ini adalah short-term solution kepada kerajaan yang boleh dan patut diamalkan. Tuan Speaker, kedua-dua poin yang saya telah bahaskan adalah praktikal dan boleh dicapai. Saya minta kawan-kawan saya daripada sebelah sokonglah, ia bukan susah... [Merujuk kepada blok Pembangkang] It is not the issue. Saya harap Ahli-ahli Parlimen boleh menyambung dan memberi pandangan balas kepada ucapan saya. Terima kasih Tuan Speaker atas peluang ini. Saya menyokong sepenuhnya Titah Diraja yang telah dibentangkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya juga untuk turut serta dalam perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Terima kasih Tuanku atas titah untuk Ahli Parlimen buat panduan. Setiap kata Tuanku adalah perintah demi pastikan negara ada haluan. Yang di-Pertua, saya setuju dengan penegasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Larut semalam- Ketua Pembangkang yang menegaskan realiti rakyat hari ini berhadapan dengan masalah kesempitan hidup. Apa yang beliau katakan itu fakta. Benar, di mana-mana sahaja rakyat mengeluh berhubung kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin meningkat, tetapi malangnya kita dihidangkan dengan angka-angka oleh kerajaan yang menunjukkan seolah-olah negara kita adalah tidak ada masalah. Berbagai-bagai-bagai alasan diberikan oleh kerajaan apabila pembangkang atau mana-mana pihak bersuara berhubung kesusahan rakyat dan kedudukan ekonomi negara yang semakin haru-biru.
Masalah yang melumpuri rakyat tiada penyelesaian. Sebaliknya kerajaan terus bercakap dan bercakap. Kita kini seolah-olah memiliki kerajaan yang bersikap NATO- No Action Talk Only. Oleh itu kita ingin ingatkan pihak kerajaan jangan hanya bijak bercakap berdegar-degar mahu membela nasib rakyat, tetapi hakikatnya apa yang hendak diucap tidak sama dengan tindakan dalam bahasa mudahnya, “Cakap tidak serupa bikin” sehingga ia boleh mencetuskan perbalahan politik. Pihak Kerajaan juga haruslah berhenti sikap menuding jari kepada pihak Pembangkang apabila mereka gagal menguruskan negara khususnya berkaitan ekonomi termasuk nilai mata wang Ringgit yang semakin menjunam dan harga barang yang semakin meningkat. Rakyat sudah muak dengan sikap menyalahkan Pembangkang atau Kerajaan terdahulu sedangkan sudah setahun lebih Kerajaan Perpaduan memerintah. Sampai bila mahu bersikap demikian. Oleh itu lebih baik jika pihak kerajaan menumpu perhatian memulihkan mata wang Ringgit dan menangani kos sara hidup rakyat serta kenaikan harga barang. Pihak kerajaan tidak boleh berada dalam senario “syok sendiri” dengan mengumumkan angka demi angka bagi menunjukkan kononnya negara ini berada dalam landasan yang betul dalam menangani masalah yang berlaku. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan keprihatinan saya ke atas masa depan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai tabung yang mengurus wang persaraan 120,000 anggota tentera.
Keprihatinan saya ini berkait dengan keputusan drastik oleh Yang Berhormat MENHAN memberhentikan pelaksanaan pelan penstrukturan LTAT yang terkandung dalam Pelan Strategik LTAT 2023-2025 yang dilancarkan oleh Yang Berhormat MENHAN yang terdahulu ini iaitu Datuk Seri Muhamad Hassan dan dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada sesi Oktober 2023. Kedua, peletakan jawatan Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Pengurusan Kanan LTAT yang terlibat secara langsung merangka dan melaksana strategi LTAT ini. Antara elemen terpenting strategi LTAT yang seperti yang dibentangkan sebelum ini adalah mempelbagaikan aset pelaburan yang kini hampir 50 peratus tertumpu kepada syarikat Boustead Holdings Berhad. Saya sendiri menyokong pelaksanaan strategi berkenaan yang bertujuan memastikan Tabung Persaraan Tentera sentiasa dilindungi dan terus stabil untuk jangka panjang. Saya berpandangan strategi untuk mempelbagaikan aset pelaburan dengan cara mengurangkan pergantungan kepada syarikat Boustead dan meningkatkan pelaburan di dalam aset mudah cair adalah tepat atas sebab-sebab berikut. LTAT perlu berfungsi mengikut amalan terbaik tabung persaraan seperti KWSP. Berdasarkan kepada laporan tahunan 2022, Boustead berhadapan dengan hutang yang sangat tinggi, hutang di peringkat syarikat sahaja berjumlah RM3.5 bilion dan di peringkat kumpulan hampir RM10 bilion. Selain daripada dana yang diperolehi daripada LTAT melalui penjualan Boustead Plantation Berhad kepada LTAT, Boustead tidak ada aliran tunai yang mencukupi pada masa depan untuk membayar hutang berkenaan. Boustead dan anak-anak syarikat telah terlibat dalam dengan pelbagai krisis kewangan dan skandal peringkat nasional hingga terpaksa disemak dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Struktur syarikat konglomerat seperti Boustead sudah tidak sesuai diamalkan dalam kerangka syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Syarikat GLIC yang lain seperti Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad sudah menghentikan amalan pelaburan di dalam syarikat konglomerat seperti yang dilihat melalui penyusunan semula syarikat UEM Berhad dan Sime Darby Berhad. Oleh kerana itu Boustead sebagai holding company sudah tidak memberi apa- apa nilai tambah kepada LTAT. Malahan pendedahan pelaburan yang besar kepada syarikat tunggal akan meningkatkan risiko rosot nilai yang tinggi kepada tabung persaraan yang dIuruskan LTAT.
Risiko ini juga dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dalam Laporan Audit LTAT sepanjang empat tahun yang lepas. Adalah diharapkan Menteri Pertahanan fokus utama perlu tertumpu pada masa depan dan kestabilan LTAT dan bukan kepada syarikat yang diuruskan oleh LTAT. Justeru, LTAT perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk menentukan hala tuju dan strategi pelaburan mengikut kerangka pelaburan di bahawa pindaan LTAT yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2022. Jadi soalannya, apakah penstrukturan semula LTAT ini akan diteruskan atau tidak. Dato’ Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini MINDEF telah mengumumkan kejayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mentauliahkan semula dua buah kapal jenis peronda iaitu KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak yang sudah berusia lebih daripada 50 tahun. Saya ingin bertanya apakah rasional perkara ini memandangkan kapal yang dah usia lebih daripada 30 tahun pun sangat berisiko tinggi untuk digunakan oleh anggota kita. Apatah lagi kapal yang sudah berusia setengah abad. Saya maklum bahawa hampir 75 peratus aset laut yang digunakan TLDM sudah berusia lebih daripada 40 tahun, tetapi tindakan untuk mentauliahkan semula dua buah kapal usang ini sangat merisaukan saya terutama menyentuh mengenai aspek kebajikan dan keselamatan anggota TLDM yang mengoperasi dua aset berkenaan. Apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara maritim yang sentiasa sibuk dengan kapal-kapal dagang yang lalu dan merentasi Selat Melaka dan Laut Cina Selatan. Atur gerak dua buah kapal usang ke wilayah Sabah dan Sarawak ini memberi konotasi negatif terhadap fokus MINDEF terutamanya untuk menjaga perairan laut di Sabah yang sentiasa mengalami masalah pencerobohan. Apakah dua buah kapal usang ini mampu memberikan perkhidmatan yang optimum dalam menjaga kedaulatan maritim negara kita? Tindakan kitar semula ataupun recapitalization kapal-kapal usang untuk kegunaan TLDM tidak akan menjimatkan wang kerajaan untuk jangka masa panjang kerana perhatian lebih perlu diberi kepada structure integrity kapal yang sentiasa berada di atas air serta sentiasa terdedah dengan elemen semula jadi. LCS. Isu LCS ini Yang di-Pertua nampaknya tidak ada- saya tak nampak jalan kesudahan. Bukan sahaja mereka yang bertanggungjawab seakan kekal bebas dan tidak boleh disentuh malah prospek kejayaan kapal aset in juga sangat malap dan gelap. Bila sebenarnya fasa pembinaan kapal LCS ini akan bermula. Saya ringkaskan sahajalah perkara ini dengan hanya dua soalan. Soalan yang pertama apakah RM2 bilion peruntukan tambahan sebagaimana yang diumumkan dalam Dewan yang mulia ini oleh MINDEF akan merangkumi segala kos ambil alih hutang syarikat Ocean Sunshine Berhad yang boleh melupakan hutang RM417 juta milik Boustead sebelum pelan ambil alih ini dapat dimuktamadkan. Soalan saya yang kedua. Daripada sumber mana syarikat OSB tadi akan mendapatkan dana untuk melupuskan jumlah hutang RM417 juta milik Boustead kerana OSB adalah syarikat shell company di bawah MOF. Isu LCS ini seumpama sudah menjadi kanser yang sudah tidak dapat diubati. Saya sangat skeptikal terhadap prospek kejayaan projek LCS ini. Hari ini kita dapat lihat akibat kepincangan projek LCS terhadap LTAT itu. Sudahlah LTAT kini sudah tiada nakhoda. Jawatan Pengerusi pun masih kosong walaupun di tengah-tengah saat genting menjual bank pelaburan Affin Bank yang selama ini menjamin kadar dividen yang tinggi kepada pencarum tentera. Apa lagi milik tentera yang boleh dibanggakan selepas ini. LTAT ibarat sebuah kapal yang hanyut di tengah lautan yang bergelora, terdedah dengan pelbagai ancaman bahaya dan yang akan menjadi mangsa adalah anggota tentera sendiri selaku pencarum... [Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, saya sebenarnya dapat menjangkakan sebenarnya daripada lima buah kapal yang dirancang, mungkin sebuah sahaja yang akan disiapkan oleh syarikat pelaksanaan. Memandangkan masa ada 1.54 minit.
Isu 3R. Mengenai bercakap kepentingan 3R ini. Yang di-Pertuan Agong menginginkan supaya rakyat-rakyat tidak dihasut dengan isu 3R iaitu race, religion, royalty. Kaum, agama dan raja. Nasihat Seri Paduka Baginda tepat. Atas semangat itulah sekali lagi saya menggesa kerajaan untuk mewujudkan garis panduan yang jelas berhubung apa yang dikatakan 3R itu. Apakah bentuknya? Apakah tindakan yang dianggap memainkan atau mempolitikkan 3R? Apakah bercakap memperjuangkan kepentingan dan nasib orang Melayu dianggap memainkan isu 3R? Apakah kelantangan menentang pihak atau individu yang cuba menjolok sarang tebuan dengan menyentuh sensitiviti orang Melayu dan umat Islam dianggap memperalatkan 3R? Perlu ada garis panduan berhubung perkara ini kerana walaupun kita memahami apa yang dimahukan Yang di-Pertuan Agong tetapi di peringkat kerajaan perlu ada garis panduan jelas. Setakat ini tindakan tegas pasti akan dikenakan mana-mana individu atau pihak yang menghina suatu kaum, agama dan Raja, tapi dalam soal lain apakah yang dikatakan 3R masih lagi kabur. Dato’ Yang di-Pertua turut perlu diberi perhatian ialah cara bagaimana kerajaan menangani isu 3R ini. Contohnya biarlah ia adil dan tidak dilihat double standard. Sebelum ini beberapa orang pemimpin DAP sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Ini bukan saya yang kata, tetapi dizahirkan sendiri oleh sahabat sekutu DAP iaitu pemimpin UMNO Yang Berhormat Pontian seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian, 10 Februari lalu. Beliau menyatakan kenyataan demi kenyataan berbaur perkauman yang dicetuskan pemimpin DAP amat bahaya bukan sahaja kepada sensitif rakyat, kepada negara ini malah keharmonian masyarakat. Pontian juga menyoalkan sama ada kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh beberapa DAP ini sengaja dibuat bagi melihat dan mengukur reaksi bumiputera atau menguji tahap kesabaran golongan ini. Memandangkan masa tidak mengizinkan, saya minta tambah sikitlah.
Sila gulung.
Ya saya nak gulung dah. Mengakhiri perbahasan ini saya ingin mengimbas kembali peringatan Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun sendiri ketika berucap di Melaka baru-baru ini beliau menggesa pemimpin dan pemegang amanah di negara ini tidak bersikap angkuh, rakus dan gelojoh seperti dilakukan pada zaman penjajah British zaman dahulu. Mengambil semangat itu saya juga mengambil kesempatan ini menyeru pihak kerajaan supaya bersungguh-sungguh menguruskan negara. Janganlah angkuh dengan kuasa yang ada. Berhentilah bersifat rakus menindas lawan politik dan usahlah gelojoh salahkan Pembangkang... [Tepuk]
Larut semalam menyatakan sebuah kerajaan yang zalim, angkuh, sombong dan culas adalah kerajaan “jadong”. “Jadong” ini merupakan istilah yang dipetik daripada Allahyarham Syed Hussein Al-Attas. Jelas hari ini, kerajaan hari ini ialah kerajaan “jadong” yang terbukti dah gagal... [Tepuk] Jadi, Durian, rambutan dan buah pulasan, Itulah buah jadi pilihan, Selesaikanlah masalah, bukan beri alasan, Supaya negara ada haluan. Titah Seri Paduka penuh amanat, Untuk dijadikan panduan dan nasihat, Amanah rakyat jangan dikhianat, Jadilah pemimpin, janganlah banyak muslihat. Sekian, terima kasih. Saya sokong titah Yang di-Pertuan Agong... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Salam perpaduan, salam Malaysia Madani dan salam mutiara. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Bukit Bendera sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Terlebih dahulu Bukit Bendera merafak sembah setinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Besarlah harapan kami hamba rakyat Baginda Tuanku agar institusi demokrasi negara ini dapat berpayung di bawah ketegasan dan hikmah duli Tuanku agar tidak diganggu-gugat pihak-pihak yang kemaruk kuasa. Puan Speaker, izin saya menegaskan pentingnya perpaduan nasional kepada negara kita. Perpaduan nasional adalah perkara yang terpaling penting buat tanah air kita iaitu Malaysia terutamanya sekali berdepan zaman kemelesetan ekonomi dunia. Perpaduan menjadi asas bagi sebuah negara untuk bangkit semula dan juga menjana kemakmuran. Berdepan cabaran ekonomi, negara Malaysia yang bersatu padu dapat mengumpulkan tenaga, sumber kemahiran dan juga daya usaha untuk mendepani segala cabaran. Pun begitu, mengekalkan sebuah perpaduan bukanlah perkara yang mudah dan mempunyai cabaran yang tersendiri. Fahaman ekstremis dalam apa jua bentuk adalah ancaman maha besar terhadap kestabilan dan juga perpaduan. Ia memecahbelahkan masyarakat, melemahkan rasa saling percaya antara komuniti dan melembapkan usaha- usaha ke arah kemajuan dan juga pembangunan tak kira ekonomi ataupun sosial. Di Malaysia, usaha menghalang percambahan pemikiran ekstremis adalah amat penting dalam menyemai rasa kebersamaan, keberpunyaan dan keterangkuman antara kepelbagaian budaya, keturunan dan juga kepercayaan. Di sinilah kita menemukan kepentingan peranan institusi pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah. Bukit Bendera ingin mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia memupuk usaha membina negara di sekolah-sekolah melalui beberapa strategi utama. Sukatan pelajaran, menyepadukan unsur-unsur sejarah Malaysia, budaya dan juga nilai ke dalam sukatan pelajaran sedia ada seperti mengajar murid-murid tentang kepelbagaian budaya, kepentingan perpaduan nasional serta sumbangan kaum-kaum di Malaysia terhadap masyarakat sebangsa. Kedua, pendidikan jamak budaya. Berikanlah galakan kepada sekolah-sekolah untuk mempromosikan kefahaman jamak budaya dalam kalangan murid daripada latar keturunan yang berbeza. Ini boleh dilakukan dalam melalui program-program pertukaran pelajar dan juga dialog antara budaya. Seterusnya, pendidikan nilai. Berikanlah penekanan tentang kepentingan nilai seperti toleransi, rasa hormat dan juga semangat persaudaraan dalam sukatan pelajaran. Nilai-nilai ini adalah amat penting dalam memupuk perpaduan dan juga membina sebuah masyarakat yang bersefahaman bersepadu. Juga, berikanlah galakan kepada sekolah-sekolah untuk melibatkan komuniti setempat serta ibu bapa dalam aktiviti sekolah. Ini akan membentuk hubungan yang kukuh antara sekolah dan juga komuniti. Memupuk rasa keberpunyaan dan juga tanggungjawab bersama ke arah usaha membina negara. Jadi, mempermudah program-program pertukaran pelajar antara sekolah berlainan daerah dan juga wilayah di Malaysia. Ini akan membantu pelajar membina sudut pandangan yang lebih luas tentang negara dan juga membina hubungan dengan pelajar lain daripada latar budaya yang berbeza.
Di sini, media juga memainkan peranan yang penting dalam membingkaikan naratif yang betul dan tepat. Di sinilah pentingnya garis panduan tetap- minta maaf. Tentang perwakilan masyarakat yang begitu pelbagai yang dipertontonkan dengan betul termasuklah perbezaan etnik, budaya dan kepercayaan. Slogan “Malaysia Truly Asia” dengan izin, bukanlah sekadar satu slogan, bahkan suatu hakikat. Telah terbukti jika kita melihat kekayaan dan keindahan kepelbagaian budaya di tanah air yang tercinta ini. Selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, usaha menonjolkan semangat slogan ini boleh dilakukan melalui festival muzik, seni tampak dan juga hidangan makanan. Ini dapat menyemai rasa saling menghargai dan juga menghormati antara masyarakat berbeza budaya serta tradisi. Sebuah bangsa yang bersepadu adalah jauh lebih kukuh serta bersedia untuk mendepani sebarang kemungkinan. Ia juga membuka ruang untuk membina dasar yang lebih berkesan, memastikan juga perkongsian sumber negara yang lebih adil dan saksama serta menyemai rasa tanggungjawab kolektif untuk bangkit semula dan membina negara daripada kejatuhan. Pelaburan langsung asing ataupun dengan izin, foreign direct investments negara melonjak sehingga RM329.5 bilion bagi tahun 2023 iaitu rekod yang tertinggi menurut data yang dihebahkan minggu lalu. Jadi, sementara khabar berita ini menyorot perkembangan positif bagi ekonomi Malaysia, sebagai pembuat dasar, kita tidak boleh berasa selesa. Sudah bertahun-tahun peluang disia-siakan. Kita perlu bekerja keras untuk mengejar prestasi negara-negara jiran serantau. Malaysia sememangnya perlu menarik minat pelabur, mencipta peluang pekerjaan dan juga membangunkan sumber manusia bagi melayani pertumbuhan ekonomi yang mampan. Jadi, saya juga ingin membawa perkara yang selanjutnya iaitu apabila kita terus mencari jalan untuk memperbaiki dasar dan polisi secara yang berkesan. Puan Speaker, belanjawan responsif gender dengan izin, gender responsive budgeting adalah satu strategi transformative yang mempunyai kuasa menjana dayakan bukan sahaja wanita, bahkan keseluruhan komuniti. Ia merupakan pendekatan yang berwawasan dalam merangka belanjawan yang mendalami usaha memahami bagaimana keputusan fiskal boleh memberi kesan kepada individu yang berasaskan keperluan. GRB adalah soal dasar yang dirangka untuk mematuhi keperluan setiap golongan masyarakat dan ia boleh membawa kepada penggunaan sumber secara lebih berkesan dan cekap, justeru memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Jadi cuba bayangkanlah, sebuah negara Malaysia di mana setiap keputusan fiskal dianalisis secara terperinci demi memastikan supaya ia memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat Malaysia dengan melibatkan pertimbangan rakyat di setiap tahap proses belanjawan daripada perancangan sehinggalah penilaian. Kita akan mampu mencipta sebuah masyarakat yang lebih inklusif di mana setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya. Jadi Puan Yang di-Pertua, Malaysia bolehlah dipertimbangkan sebagai sebuah negara yang semakin tua. Istilah ini merujuk kepada sesebuah negara di mana nisbah populasinya mempunyai jumlah warga emas yang signifikan. Selalunya didefinisikan sebagai berusia 65 tahun ke atas. Jadi, sambil populasi negara kita semakin menua, sudah tentu penting untuk kita mengadaptasikan dasar-dasar serta infrastruktur bagi memenuhi keperluan populasi demi memastikan warga tua dapat hidup sihat dan aktif. Di sini Bukit Bendera ingin menyorot perihal keadaan rumah-rumah jagaan orang tua ataupun kini dirujuk dengan izin, sebagai assisted living facilities. Pusat-pusat penjagaan ini adalah fasiliti penginapan yang menyediakan tempat tinggal, makanan, jagaan dan juga bantuan sokongan kepada warga emas yang memerlukan bantuan menjalani aktiviti harian. Jadi, beberapa orang penghuni mungkin memerlukan jagaan rawatan mahir 24 jam sehari yang boleh disediakan atas permintaan. Jadi, pusat-pusat ini juga menawarkan kombinasi tempat tinggal, khidmat sokongan peribadi dan juga penjagaan kesihatan yang dirangka khas untuk menepati keperluan individu setiap penghuni.
Pusat-pusat jagaan swasta diuruskan oleh syarikat persendirian ataupun organisasi yang di danai melalui yuran yang dibayar oleh penghuni ataupun anggota keluarga mereka. Jadi, pusat-pusat ini selalunya menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan termasuklah rancangan penjagaan peribadi, aktiviti rekreasi dan juga tempat tinggal yang selesa. Mereka juga mungkin menawarkan penjagaan yang lebih kayangan serta tingkatan privasi yang lebih berbandingkan dengan pusat-pusat jagaan kerajaan tetapi kosnya memang mahal. Paling tidak pun lebih RM10,000 sebulan untuk seorang individu. Jadi, cuba bayangkan. Kalaulah ada kedua-dua ibu bapa yang masih ada, harganya dua kali- ganda. Jadi, di sini ada keperluan untuk mentransformasikan rumah- rumah jagaan di bawah penyelenggaraan kerajaan supaya menjadi lebih meriah dan juga memberikan keriangan serta penjagaan yang lebih bermaruah. Kerajaan boleh mencuba beberapa strategi. Antaranya, menambahbaikkan kemudahan dengan persekitaran taman-taman yang subur, pusat kesihatan yang- dan juga kawasan komuniti yang selesa untuk mereka berkumpul dan juga membawang. Jadi, tawarkan program rekreasi, segala jenis program, muzik, seni, tarian dan juga permainan yang direka khas sesuai dengan minat dan juga kemampuan warga emas. Pada masa yang sama, wujudkan program kesihatan dan juga inisiatif-inisiatif yang dapat memperbaiki kesihatan fizikal dan juga mental, dan juga wujudkan program penjagaan dementia dan juga perkhidmatan khas yang dirangka untuk menyokong penghuni yang menghidap dementia termasuklah aktiviti yang dapat memperlahankan kesannya. Jadi, di sini saya juga ingin menyentuh kan mengenai sekali lagi perpaduan. Puan Yang di-Pertua, perpaduan adalah nadi kepada sesebuah negara. Memacu kemajuan dan juga memperkukuhkan daya tahanan. Apabila sebuah negara bersatu, ia juga berubah menjadi satu kuasa yang besar yang juga mampu untuk mengatasi sebarang halangan daripada kemelesetan ekonomi hinggalah ke jurang sosial. Jadi, langkah mengetepikan perbezaan politik untuk memberi tumpuan kepada keperluan rakyat adalah satu komitmen untuk masa depan yang lebih cerah untuk semua. Jadi, usaha bersama ini akan dapat mengemudikan hala tuju yang berkesan sekali gus mewujudkan masyarakat di mana setiap individu berasa hargai dan juga sokong oleh ekosistem di persekitaran. Jadi, di sebalik manfaat praktikal, perpaduan adalah asas keamanan dan juga kestabilan. Dalam dunia yang penuh dengan perpecahan, sebuah negara yang bersatu membawa simbolik kepada harapan serta mempamerkan kuasa berkesamaan dalam mengatasi perselisihan. Jadi Puan Speaker, izinkanlah saya menutup dengan pantun. Anak mami dari Jelutong, Jual petai tiga kupang; Janganlah tidak sedari diuntung, Kelak digelar si Lebai malang. Titah Tuanku membuka sidang, Jadi panduan ahli mesyuarat; Jangan pembangkang cepat meradang, Sabar berbincang cari muafakat. Jadi dengan itu, Bukit Bendera menyokong sepenuhnya Titah Diraja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan dengan firman Allah SWT... [Membaca ayat Al-Quran] Yang bermaksud, demi kebiasaan orang-orang Quraisy, kebiasaan mereka ialah mereka melakukan rehlah, bermusafir pada waktu sejuk dan pada waktu panas- dan sembahlah Tuhan kepada rumah ini iaitu Kaabah yang memberikan mereka makan ketika mereka lapar dan memberikan mereka keamanan ketika mereka takut. Sadaqallahul azim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya membacakan ayat tadi menunjukkan bahawa bagaimana dua perkara yang sangat diminta oleh seorang manusia iaitu keamanan apabila mereka takut dan juga kenyang apabila mereka ni lapar. Itulah dia tugas kerajaan bagi memastikan bahawa rakyat berada dalam keadaan aman dan rakyat berada dalam keadaan selesa dari sudut ekonomi dan juga kos sara hidupnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk turut sama menjunjung kasih terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dua hari lepas dan saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengajak rakan-rakan Ahli Dewan untuk sama-sama kita insaf apakah yang dirasai oleh rakyat di seluruh negara pada ketika ini. Kita mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri pada Februari lalu tentang usaha membasmi kemiskinan tegar yang sudah mencapai 100 peratus kononnya di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, tapi timbul persoalan adakah kesemua itu dapat menggambarkan realiti sebenar yang berlaku kepada rakyat jelata? Adakah kerajaan sedang seronok berada dalam gelembung kelompok mereka sendiri sahaja dan semakin rimas dalam mendengar keluhan rakyat? Inilah yang perlu untuk didengar oleh kerajaan. Namun, kita tengok pada ketika ini, pada saat ini jam 1.55 tengah hari, petang. Tengah hari, cuma ada seorang sahaja Timbalan Menteri yang sudi hadir ke dalam Dewan ini. Terima kasih kepada kerajaan yang cukup prihatin. Saya ingin memberikan amaran kepada kerajaan. Jangan sesekali memangsakan rakyat dalam menguruskan negara kerana apa guna pelaburan meningkat kalau anak muda sudah penat memerah keringat, tapi hidup masih melarat. Tak mengapa kerana saya memetik kata-kata pujangga Yang Berhormat Pandan, “Syukur Malaysia masih aman.” Saya memetik posting dalam Facebook nya 11 September 2015, “Salam Jumaat, kita sudah boleh mulakan dengan salam 4.4 selepas ini sebagai meraikan kejatuhan mata wang.” Itu ketika mata wang 4.4. Tak tahulah sekarang ini mungkin salamnya sudah berubah, “salam 4.8.” Isu Ringgit, saya sependapat dengan rakan saya semalam Yang Berhormat Paya Besar yang menyatakan Ringgit bukan satu-satunya faktor untuk mengukur kekuatan ekonomi negara. Betul, saya setuju. Saya setuju bahawa mana-mana kerajaan, jadi kerajaan isu Ringgit ni tidak boleh kita nak baiki secara overnight, tak boleh. Kita bukannya ada kasut Cinderella untuk berubah sekelip mata. Kita bukannya ada tongkat Nabi Musa untuk membelah laut, betul, tetapi persoalannya yang kita hadapi ini, kita berdepan dengan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini menjanjikan macam-macam kepada rakyat. Bukankah Perdana Menteri sendiri pernah menyatakan seperti disebut oleh Ketua Pembangkang semalam bahawa- jika Anwar naik, Ringgit naik, harga barang turun. Jika mahu dipakai hujah Perdana Menteri yang menyatakan bahawa sekarang ini bukan Ringgit sahaja yang turun, Yen dan China Yuan atau mata wang China juga turut mengalami kemerosotan. Ya, betul tapi saya nak rujuk balik rekod. Ketika Perdana Menteri berkempen sekitar Oktober 2022 sebelum menyerang mata wang Ringgit pada masa itu, nilai Yen dan China Yuan sama sahaja seperti hari ini. Hari ini, 28 Februari 2024, RM1 bersamaan 31.54 Japanese Yen. Nilai ini sama sahaja. Pada 21 Oktober 2022, ketika kempen PRU-15 sedang rancak dan Yang Amat Berhormat Tambun ketika itu berkempen- jika Anwar naik Ringgit naik. Pada masa itu, RM1 bersamaan 31.52 Japanese Yen. Maknanya sama sahaja.
Mari kita lihat pula mata wang China atau Chinese Yuan. Hari ini 28 Februari 2024, RM1 bersamaan 1.51 Chinese Yuan. Pada 21 Oktober 2022, nilai RM1 bersamaan 1.55 Chinese Yuan. Maknanya, tidak banyak berubah. Ertinya, kenapa pada masa itu kononnya seolah-olah bila mata wang Ringgit merosot, negara seolah-olah hampir hancur. Oh, sekarang ini jangan digunakan sebagai modal politik. Dulu, Menteri Ekonomi menyatakan untuk pastikan Ringgit tak jatuh, jangan ikat Ringgit tapi ikat Najib. Sekarang saya nak tanya siapa yang patut diikat sekarang ini? Perdana Menteri kata, “Okey tak apa Ringgit jatuh kerana kadar inflasi turun”. Betul kah begitu? Kadar inflasi ini kita semak data daripada DOSM. Sebenarnya Puan Yang di-Pertua, kadar inflasi pada hari ini turun dalam keadaan trend penurunan yang biasa dan kadar inflasi 1.5 pada hari ini dicatat yang terakhir pada Disember 2023 – 1.5. Kadar inflasi seperti ini juga dicatat ketika zaman pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional. Saya ambil contoh kadar inflasi pada Mac 2021 – 1.7. Kadar inflasi pada Februari 2021 – 0.1. Ertinya, pada saat ini kadar inflasi ini perkara biasa. Saya ucapkan tahniah. Kadar inflasi 1.5 ada penurunan, bagus, tetapi nak kata itu sebagai penanda bahawa Malaysia ini sudah pun segala-galanya baik, saya rasa itu merupakan satu persepsi yang tidak betul.
Kalau begitulah, kalau nak kira kadar inflasi, saya ambil contoh. Hari ini Kelantan, kalau kadar inflasi mengikut negeri: Kelantan 0.9 peratus kadar inflasinya. Sekarang nobatlah Kelantan sebagai negeri yang terbaik dari sudut ekonomi; Negeri Sembilan, 1 peratus kadar inflasi; Melaka – 1.1; Terengganu – 1.2; Kedah – 1.3, ini lebih rendah daripada kadar nasional berbanding Sarawak, kadar inflasi 2.4; Wilayah Persekutuan Putrajaya – 2.1; Selangor – 1.7, tinggi daripada kadar nasional. Jadi dengan maksud ini, saya bermaksud bahawa jangan semata-mata mengemukakan angka-angka yang memihak kepada kerajaan semata-mata. Sebab itu saya kasihan, simpati kepada rakyat. Rakyat bertanya Perdana Menteri macam-macam, bila nak bagi bantuan. Dua, tiga hari lepas saya dengar Perdana Menteri sebut, “Kalau diberikan semula semua harta yang disakau kepada negara, saya akan bagi semua bantuan kepada rakyat!” Wow, hebat bunyi Perdana Menteri. Dah jadi macam- macam, dah jadi macam-macam janji dikemukakan. Sambil jadi Perdana Menteri pun masih boleh lagi menyatakan bahawa, “Kalau dikembalikan wang Ringgit yang disakau, saya akan bagi semua kepada rakyat.” Sebab itu pandangan orang yang tidak berparti di luar sana, saya nak memetik seorang pemerhati politik, bekas Ahli Parlimen DAP sendiri, saudara Ong Kian Ming menyatakan bahawa jangan menggunakan alasan sakau lagi untuk nak bantu rakyat. Kerajaan dah berusia setahun lebih, bantu rakyat dengan yang mampu dan jangan menggunakan sebarang alasan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada tajuk Kementerian Digital. Dunia pada hari ini berlumba-lumba untuk menjadi negara paling maju dalam teknologi digital kerana di sana terdapat peluang limpahan ekonomi yang sangat besar. Syarikat-syarikat gergasi teknologi hari ini merekodkan nilai modal pasaran luar biasa sebagai satu indikator. Peradaban manusia kini berada dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Tempoh hari, Malaysia diumumkan berada di tempat pertama dalam skor ketekalan 5G global. Namun hakikatnya, ramai yang merungut dengan isu jaringan internet yang tidak stabil, terutama apabila dua buah syarikat telekomunikasi bergabung pada November 2022. Saya tidak ada kajian yang terkini, tapi bila kita baca rungutan di media sosial, ramai yang tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kedua, pembangunan literasi digital sebagai persediaan sumber manusia berdaya saing. Aspek pendidikan dan latihan perlu dititikberatkan untuk memupuk rakyat yang celik dan mahir dalam teknologi digital. Kerajaan perlu terkehadapan untuk mengawal selia kepesatan teknologi ini berkembang. Sebagai contoh, teknologi kecerdasan buatan generatif atau generative AI, semakin mudah diakses oleh orang ramai.
Banyak pihak melahirkan kebimbangan terhadap generative AI ini boleh mendatangkan pelbagai implikasi terhadap pendidikan dan kesejahteraan awam. Ketiga, dalam aspek perlindungan data peribadi. Data yang besar bermakna merupakan tunjang kepada teknologi digital. Kerajaan perlu ingat, aspek keselamatan siber menjadi keutamaan bagi memastikan rakyat secara sukarela terlibat dalam inisiatif data raya seperti PADU yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi. Jika kebimbangan ini tidak disurutkan, maka rakyat tidak percaya untuk memberikan data dan maklumat mereka kepada kerajaan. Puan Yang di-Pertua, saya masuk semula– saya juga ingin mengingatkan, meminta kerajaan menjelaskan situasi kerugian yang diumumkan oleh Axiata Group beberapa hari lepas. Bagaimana sebuah syarikat teknologi terkemuka dan tersenarai awam ini berhadapan kerugian, sedangkan kita mahu melihat industri digital terus menerajui inovasi dan mencipta peluang pekerjaan. Puan Yang di-Pertua, saya masuk semula ke topik tata kelola dan tadbir urus. Tuanku menyatakan jangan main politik. Tunggulah PRU Ke-16. Kami hamba rakyat menjunjung titah perintah. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah Patik biarlah sampai kepada Tuanku, sambil ia singgah juga ke telinga rakyat. Titah Tuanku titah keramat. Lahir dari hati nurani yang mahu melihat rakyat selamat, negara berkat, pemimpin muafakat. Ampun Tuanku, yang bermain politik ialah yang terus menindas sebahagian rakyat kerana tidak mengundi mereka. Yang bermain politik ialah yang terus menerus membuat dakwaan palsu tanpa bukti dan hujah. Puan Yang di-Pertua, saya bukan bercakap kosong. Saya petik kenyataan Yang Berhormat Tanjong Karang pada beberapa hari lepas menyatakan bahawa “sokong PM, baru program jualan murah boleh dilakukan”... [Menunjukkan sekeping kertas] Ini adalah merupakan rasuah secara terang-terangan. Apakah kaitan di antara sokong PM dengan program jualan murah? Rakyat saya di Pasir Mas, rakyat saya- kami di Parlimen- Pembangkang juga rakyat Malaysia! Apa masalah mereka, mereka tak dapat program jualan murah? Oh, kerana tidak sokong PM. Adakah wang ini merupakan wang peribadi Perdana Menteri? Ini merupakan rasuah secara terang-terangan. Sudahlah bermain politik. Kalau nak dikatakan bermain politik, inilah pihak yang benar-benar bermain politik pada hari ini. Saya nak menyeru kepada kerajaan, kerajaan sudah ada lebih daripada dua per tiga majoriti. Apakah yang nak ditakutkan lagi? Laksanakanlah kesemua janji bulan bintang. Reformasi terpaling suci, terpaling hebat yang pernah diucapkan satu ketika dahulu. Ini masanya untuk dilaksanakan. Buktikan bahawa kamu benar-benar pentingkan reformasi. Empat tahun masa ini, sepatutnya inilah masanya. Saya yakin kalau kita Ahli- ahli Parlimen, kita boleh dapat duduk sepakat, negeri-negeri pembangkang dapat diberikan apa yang berhak untuk mereka, suasana politik ini akan sejuk dan tidak ada masalah. Pelabur pun boleh melabur dengan begitu yakin dalam negara kita... [Tepuk] Soalnya, bila anda menyatakan anda ada dua per tiga majoriti, adakah mereka sendiri tidak yakin majoriti yang ada di pihak mereka. Bila mereka kata bahawa kembalikan wang yang disakau, adakah yang disakau itu merupakan rakan di sebelah dia sendiri. Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang saya nak sampaikan. Walaupun demikian, masa tidak mencukupi, terima kasih. Pasir Mas mohon menyokong titah ucapan. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih Tuanku yang telah disampaikan baru-baru ini. Saya menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Begitu juga saya merafak sembah, ucapkan penghargaan kepada Sultan Pahang yang telah menyempurnakan pemerintahan Baginda dengan begitu cemerlang sekali untuk tempoh lima tahun. Saya akan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Puan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan dengan berbicara tentang ekonomi makro Malaysia. Saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana kerajaan sebelum ini atau kerajaan sekarang. Bagi saya, dasar yang baik kita teruskan dan sebaliknya jika kita menyedari ada kelemahan, kita perbaiki asalkan demi kebaikan rakyat. Contoh dulu, kalau BR1M diibaratkan sebagai dedak, selepas itu kita sambung, kita berikan bayaran PRIHATIN Rakyat. Hari ini jadi Sumbangan Tunai Rahmah dan itulah contohnya yang baik kita teruskan. Hutang langsung kerajaan- government direct debt bertambah RM485.7 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM1,172.5 bilion pada hujung tahun 2023 atau menghampiri RM1.2 trilion. Hutang bertambah sebanyak RM92.9 bilion dari tahun 2022 kepada 2023. Yang lebih membimbangkan ialah nisbah hutang kepada KDNK bertambah daripada 50 peratus pada tahun 2017 kepada 60.3 peratus pada tahun 2022 dan kini 64.3 peratus pada hujung tahun 2023. Kita harus berwaspada. Memang tidak dapat dinafikan bahawa jumlah hutang tambahan akibat daripada tindakan Kerajaan PH 1.0 untuk menghapuskan GST dan kembalikan SST pada tahun 2018 dan kembali kepada subsidi pukal pasca PRU-14 adalah dianggarkan sekitar RM360 bilion untuk tempoh enam tahun kebelakangan ini. Kadar faedah bon kerajaan ketika ini ialah sekitar empat peratus. Maka, bayaran faedah tahunan bagi hutang tambahan RM360 bilion ini adalah sekitar 14.4 bilion setahun. Kerajaan Madani kini menganggarkan hasil tambahan daripada kenaikan SST dari enam kepada lapan peratus mulai 1 Mac hanyalah RM3 bilion pada tahun ini. Maksudnya, rakyat jelata terpaksa bayar cukai servis lebih tinggi dua peratus, hanya untuk membiayai 21 peratus daripada beban faedah tahunan sahaja bagi hutang tambahan angkara langkah- langkah kerajaan yang memerintah selepas PRU Ke-14.
Kenaikan cukai servis ini hanya mampu untuk tanggung 21 peratus daripada kos faedah tahunan sahaja. Prinsipal hutang tidak dibayar langsung dan ini akan membebankan rakyat dengan kenaikan cukai dan pelbagai cukai-cukai baharu bagi berpuluh-puluh tahun lagi. Sebab itu, kerajaan kini ada pelbagai cukai-cukai baru, kenaikan kadar cukai yang sedia ada. Sales tax, service tax - 8 peratus; LVGT - 10 peratus; DST – 8 peratus; CGT – 10 peratus; dan HVGT – 10 peratus. Diparahkan lagi dengan kenaikan takrif elektrik, takrif air dan caj bulanan Indah Water. Itu pun naik. Mungkin akan ada lagi banyak cukai baru atau kenaikan cukai disebabkan terpaksa membayar kos khidmat hutang DSC. Kos khidmat hutang ini, apa yang paling membimbangkan ialah kos tahunan untuk kerajaan bayar faedah hutang, iaitu kos khidmat hutang atau debt service charge (DSC). Menurut laporan terbaru MOF, bagi suku keempat 2023, bayaran DSC telah naik 36.4 peratus ke RM16.5 bilion berbanding hanya RM12.1 bilion pada suku yang sama tahun 2022 lepas. Maksud, peningkatan RM4.4 bilion. DSC bagi suku empat tahun 2021 dan 2020 pula ialah RM10.2 bilion dan RM8.4 bilion masing-masing. Kenaikan DSC ini jauh lebih tinggi berbanding kenaikan gaji penjawat awam, pencen, kesemua perbelanjaan kerajaan lain termasuk peruntukan untuk bantuan rakyat dan perbelanjaan semua kementerian. Peningkatan drastik bagi kos khidmat hutang ini sangat membimbangkan. Bayangkan, bayaran ialah RM16.5 bilion bagi satu suku tahun 2023 sahaja berbanding bayaran RM28.9 bilion bagi keseluruhan tahun 2017. Memang tidak dapat dinafikan bahawa susulan keputusan kerajaan ganti GST dengan SST dan memulangkan subsidi pukal selepas PRU-14 telah menyumbang kepada
kenaikan hutang langsung negara seperti mana yang saya telah sebutkan tadi. Tetapi, keadaan menjadi lebih parah sebab Kerajaan Madani telah terbitkan RM228.5 bilion hutang baru tahun 2023 pada keadaan kadar faedah OPR telah dinaikkan sebab Bajet 2023 adalah kedua terbesar dalam sejarah. Yang lebih teruk ialah ramalan kadar pertumbuhan KDNK 2023 oleh Kerajaan Madani ialah 4.5 peratus berbanding dengan realitinya hanya 3.7 peratus. Terdapat shortfall yang sangat ketara. Ini menyulitkan situasi kewangan. Kos faedah hutang baru kerajaan kini adalah sekitar 3.9 peratus bagi tahun lepas berbanding kadar 2.5 hingga 3.3 peratus pada 2020 dan 2021. Akibatnya, nisbah hutang negara kepada KDNK telah naik dari 48.7 peratus pada suku pertama 2018, sebelum PRU-14, ke-65 peratus ketika ini. Selepas mengambil pinjaman untuk Januari dan Februari 2024, dah melebihi 65 peratus. Adakah had siling nisbah hutang kepada KDNK akan dinaikkan lagi, tetapi ianya terpaksa dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bajet 2024 pula adalah terbesar dalam sejarah. Bermakna, kerajaan akan lebih meminjam pada keadaan kadar faedah sudah naik. Bagi membiayai kos faedah hutang kerajaan yang semakin naik mendadak, kerajaan hanya ada dua pilihan. Satu, naikkan kadar cukai sedia ada atau perkenalkan pelbagai cukai baru bagi menambah hasil kerajaan. Kedua, potong peruntukan untuk bantuan rakyat, subsidi dan perbelanjaan kementerian ataupun kurangkan jumlah penjawat awam ataupun mansuhkan pencen. Ini yang berlaku sekarang. Sebab itu, saya menyarankan agar kerajaan tidak boleh lagi bersifat populis yang akan memudaratkan rakyat dan negara untuk jangka panjang. Ambillah iktibar daripada pemansuhan GST dan keputusan kembali kepada subsidi pukal pasca PRU-14. Kita dimaklumkan bahawa hasil kutipan SST dan pelbagai jenis cukai lain masih lebih rendah daripada hasil kutipan GST. Kenapakah masih lebih rendah? Sebab di bawah sistem pencukaian GST, ramai terhalang untuk lari cukai termasuk ekonomi gelap (black economy) iaitu ekonomi yang tidak direkodkan atau tidak dicukai- yang saiznya hampir 30 peratus daripada saiz keseluruhan ekonomi negara. Setiap kali satu cukai baru diperkenalkan, ada sahaja peniaga akan naikkan harga, dan itu adalah satu kebiasaan, kelaziman yang berlaku. Bila cukai khidmat digital enam peratus dibenarkan pada 1 Januari 2024, peniaga gunakan alasan untuk naikkan harga lagi. Begitu juga cukai LVGT 10 peratus dan CGT 10 peratus yang diperkenalkan pada 1 Januari. Perkara sama akan berlaku bila kadar cukai servis atau SST dan cukai perkhidmatan digital dinaikkan daripada enam peratus hingga lapan peratus mulai 1 Mac iaitu lusa. Pada bulan Mac 2024, cukai servis akan diperluaskan kepada banyak lagi sektor- sektor yang tidak pernah dikenakan cukai servis sebelum ini seperti sektor logistik dan penghantaran. Selepas itu pula, cukai HVDT 10 peratus akan berlangsung pada Mei 2024. Masalahnya ialah cukai-cukai seperti ini tidak telus dan tidak dicetak dalam resit. Maka, pengguna langsung tidak sedar kenaikan harga adalah lebih tinggi daripada kenaikan kadar cukai sedia ada ataupun cukai baru. Jadi, lima kali diperkenalkan cukai baru dan dinaikkan kadar lima kali untuk peniaga naikkan harga. Ini satu fenomena yang berlaku sekarang. Keadaan menjadi lebih parah apabila setiap kali kerajaan naikkan kos utiliti seperti caj Indah Water, bil elektrik, bil air seperti yang dilakukan baru-baru ini, menjadi alasan baru pula dinaikkan harga. Apatah lagi akan bertambah parah bila kerajaan terpaksa tarik balik subsidi pukal bagi RON95 dan diesel kelak. Kata orang, benda yang elok jangan diusik. Harga sudah stabil selepas subsidi pukal ditarik balik dan GST diperkenalkan pada suatu ketika dahulu, kenapakah pula kerajaan selepas itu merosakkan perancangan kerajaan terdahulu? Kita sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian ini.
Dalam usaha tergesa-gesa untuk mengembalikan sistem lama di bawah pentadbiran PM ke-6 yang terbukti tidak bermasalah, maka kerajaan hari ini seolah-olah telah memberi peluang― ini seolah-olah ya. Sebab, setiap kali naik, ianya naik setiap bulan, ada cukai baru. Ini yang orang ambil kesempatan untuk naikkan. Kesimpulannya ialah kerajaan perlu bawa balik GST sebagai penyelesaian mutlak dengan menambah baik mekanisme tuntut balik cukai― ini saya setuju― dan menambah pemberian tunai kepada rakyat khususnya golongan B40. Kalau segan nak gunakan balik nama GST yang telah dipraktikkan oleh lebih daripada 174 buah negara di seluruh dunia, gunakanlah apa sahaja nama― VAT tax, consumption tax, madani tax, apa pun― asalkan ianya berdasarkan pencukaian atas prinsip kepenggunaan. Saya nak menyentuh lagi mengenai takrif elektrik yang telah saya huraikan semalam. Semalam Menteri jawab kata akan bawa pada mesyuarat NACCOL 20 Mac. Bang, dua hari lagi 1 Mac. Hari ini telah diwartakan bil elektrik, bil air dikenakan SST. Saya rasa tak susah. Memang ada kuasa pada Menteri Kewangan untuk beritahu melalui warta. Dia kata tak payah― macam TCM. Sebelum ini, perubatan tradisional, kita bagi pengecualian. Boleh. Tidak ada masalah. Tak payah tunggu sampai 20 hari bulan. Orang akan maki hamun sampai 20 hari bulan baru kita nak terkial-kial buat satu keputusan. Jadi, saya minta cepatkan. Tak betul. Bil air, elektrik adalah keperluan asas. Kalau boleh parking kita kekal enam peratus SST, kalau makanan pun boleh, kenapa tidak- telekomunikasi pun kita bagi. Kenapakah air dan elektrik tak boleh dibagi? Ini rakyat- rakyat- saya rasa rakyat akan menyokong kerajaan, kata betul, ini tindakan betul untuk memanfaatkan rakyat jelata, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Jadi, saya balik kepada isu. Saya amat bersetuju sekali Titah Diraja mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi, tetapi saya berasa kesal dengan tindakan atau pelaksanaan dasar atau tindakan kerajaan seolah-olah berlakunya flip-flop ataupun terdapat percanggahan yang sangat ketara. Dalam kes MSM Malaysia Holdings Berhad, nilai- ataupun mulai November 2023, MSM telah diberikan subsidi gula secara senyap-senyap. Selama lapan suku tahun berturut-turut MSM mengalami kerugian, tetapi bila kerajaan bagi RM24 juta satu bulan, dia untung.
Mengikut perkiraan saya, subsidi RM1 untuk satu kilo atau RM1,000 untuk satu tan. Saya rasa perkiraan yang mudah, 600 juta tidak pernah dibincangkan di Parlimen. Saya rasa mantan Menteri Kesihatan pun tak dirujuk pun. Macam mana tiba-tiba kita dah berkata, kita dah pernah tarik balik subsidi gula dan kita biarkan mereka dia terapung. Tiba-tiba tak beritahu pun, kita bagi RM24 juta sebulan. Kalau dengan angka ini, 600 juta akan diberikan pada pengilang. Tapi, yang lebih pelik pada tahun ini, 1 Januari, duti eksais untuk minuman bergula pula dinaikkan 40 sen per liter kepada 50 sen per liter. Saya nak tanya yang mana satu dasar kerajaan yang konsisten? Kita keliru dan bingung. Saya teringat satu lagu. “Madu di tangan kananmu, Racun di tangan kirimu, Aku tak tahu yang mana akan kau berikan padaku.” Jelas. Sekejap kita naikkan tax gula (sugary tax). Sekejap kita bagi subsidi, yang manakah satu kita nak? Saya di sini, saya nak minta supaya kita lihat balik perkara ini. Gula ini terlalu banyak. WHO pun kata tak pernah sarankan kita bagi subsidi gula sebab ia akan mengakibatkan kesihatan rakyat. Kita pernah, PH pun pernah, BN pun pernah. Kita 2013, 2019, sugary tax, itu dibuat oleh PH dan BN, kita tak bagi subsidi dan saya rasa ini perlu kita lakukan. Untuk penyelidikan, Timbalan Menteri ada, tahniah. Saya cuma pisah teams. Inilah masanya untuk kita melihat apa masalah kita. Ya tahu, COVID-19 itu mungkin satu punca kenapa kita terbelakang, tetapi lihatlah skor kita terlalu jauh.
Kita antara yang tercorot. Hanya menang dua buah negara sahaja dalam ASEAN. Saya rasa sudah sampai masa kalau Singapore, Band 5, Band 6, dia ada 41 peratus. Malaysia sekadar satu, dua peratus. Saya rasa jauh perbezaannya. Kita kena cari, buat satu action plan untuk selesaikan masalah ini. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan yang baru-baru ini mengatakan bahawa beliau sokong SJK(C) dan saya ucapkan tahniahlah dan terima kasih. Kita boleh bekerjasama. Saya nak tahu pembinaan sekolah SJK(C) yang baharu, bolehkah kita percepatkan? Kita sama-sama membantu. Satu perkara lagi...
Sila gulung.
Sebagai yang terakhir. Saya nak minta supaya di kawasan saya, Majlis Daerah Yong Peng boleh dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran, tetapi syaratnya satu tak cukup, mini stadium. Kita ada tanah. Saya minta ICU bagilah RM4 juta, buat satu mini stadium. Saya kira ini akan memberi kebaikan kepada rakyat saya. Satu lagi yang terakhir ialah tentang agama. Saya sokong kata apa, Titah Tuanku baru-baru ini. Bahawa agama Islam itu agama yang suci, agama yang menjadi agama Persekutuan, agama rasmi. Saya sokong. Tidak ada masalah. Pada waktu yang sama juga, kita memberi ruang kepada agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing. Saya cuma bertanya. Saya agak hairan sejak setahun ini, tidak ada pendaftaran rumah berhala oleh ROS. Saya tak tahu kenapa. Khas untuk bukan Islam. Mungkin ada sesuatu exercise yang perlu dilakukan. Saya berharap ianya bersifat sementara. Kalau ini adalah satu tindakan tidak membolehkan rumah berhala didaftarkan, esok akan ada banyak rumah berhala haram. Nak kawal ini susah. Kita tak macam, ada JAKIM untuk kawal apa? Majlis Agama Negeri untuk kawal, untuk Islam, tapi saya nak tanya kenapa, apa justifikasi? Yang terakhir suara penternak unggas di Johor. Kita mensyaratkan semua kena sediakan reban tertutup. Kosnya, tujuh hingga 10 juta. 60 peratus penternak ayam, penternak unggas ini adalah mereka yang masih gunakan reban terbuka. Jadi, saya nak tanya, manakah nak cari tujuh hingga 10 juta? Kita minta dia pematuhan KM, ini satu masalah yang besar sebab di luar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan. Sebab itu saya minta, saya tak tahu rasionalnya di mana dan kenapa kita buat macam itu? Kita kena fikir suatu hari nanti, bila penternak kecil ini tak ada, kita akan dimonopoli oleh penternak besar, ladang besar. Ia akan memberi satu kesan yang buruk, rakyat atau penternak yang biasa akan hilang punca pencarian rezeki.
Masa sudah tamat.
Itu saja. Saya menjunjung Titah. Saya sekali lagi ucapkan terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam merasmikan Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas. Saya mengambil kesempatan ini mewakili seluruh rakyat di Rantau Panjang dan seluruh rakyat keseluruhannya untuk merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Tuanku Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Juga, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang telah bertakhta untuk mentadbir negara.
Jadi, kita juga mengucapkan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah yang telah memayungi negara sebelum ini sehingga 30 Januari yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, kezaliman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Wanita, kanak-kanak kecil dan orang tua, anak-anak muda dibunuh sesuka hati. Lebih daripada 30,000 mati terbunuh dan lebih daripada 70,000 yang cedera. Jadi, oleh itu, saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan apakah tindakan kerajaan terkini untuk memastikan tindakan yang serius untuk memberikan tekanan yang berterusan pada Israel di peringkat antarabangsa serta menambah lebih banyakkan bantuan-bantuan membantu rakyat Palestin yang sangat memerlukan dalam berdepan peperangan di sana. Saya mengucapkan tahniah kepada ibu bapa di Malaysia yang turut sama-sama untuk memboikot keluaran hasil-hasil produk Israel yang sehingga boleh memberi kesan tekanan kepada mereka. Saya harap perkara ini terus mendapat kerjasama. Saya kagumi keberanian seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang sanggup membakar diri di luar kedutaan Israel, di Washington sebagai membantah perang terhadap Gaza dan membunuh anak-anak kecil dan wanita yang tidak berdosa. Ini adalah satu kekejaman yang sepatutnya membuka mata setiap pemimpin besar kuasa dunia. Tuan Yang di-Pertua, seluruh rakyat hari ini merintih tentang kesempitan hidup. Kos hidup yang semakin meningkat, harga barang asas, beras, ayam, ikan, telur sudah semakin mahal. Ditambah lagi kerajaan pada hujung bulan ini akan menaikkan cukai SST daripada enam peratus kepada lapan peratus. Kesannya akan lebih mencengkam rakyat dan apabila subsidi dihapuskan, cukai dinaikkan, sudah tentu kita akan terasa, bagaimana rakyat-rakyat di bawah yang miskin akan terasa betapa beratnya kehidupan ini dan tambah pula penurunan nilai Ringgit dan yang memberi kesan yang besar terutama penduduk-penduduk di sempadan yang bergantung kepada banyak barangan import. Jadi, saya ingin penjelasan apakah hala tuju ekonomi ataupun master plan dalam memulihkan ekonomi negara? Apakah agenda untuk merangsang ekonomi sama ada jangka pendek dan jangka panjang? Apakah usaha yang telah dibuat untuk membantu terutamanya golongan B40 yang akan berdepan terutama musim sesi persekolahan yang akan dibuka dan akan berdepan dengan bulan Ramadan dan musim perayaan tak lama lagi. Apakah polisi yang telah diguna pakai oleh kerajaan untuk mendepani isu ekonomi penurunan nilai Ringgit ini? Apakah kerajaan hari ini berusaha untuk memastikan bagaimana golongan-golongan yang memerlukan ini tidak terus tertekan? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Kita mengharapkan kerajaan jangan mengikut telunjuk IMF dalam menangani masalah ekonomi negara. Bagaimana rakyat ingin hidup dengan sejahtera kalau dalam keadaan tekanan hidup yang begini berat? Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua bagaimana keadaan kesan kejatuhan nilai Ringgit kepada rakyat. Nilai Ringgit telah mencecah paras terendah RM4.80 berbanding dengan Dolar Amerika yang hampir menyamai paras terburuk ketika berlakunya krisis ekonomi 1997-1998. Menteri yang sama yang memegang jawatan Menteri Kewangan dalam negara kita. Bahkan beberapa minggu yang lalu, Ringgit juga mencatat rekod terburuk berbanding dengan Dolar Singapura dalam tempoh 56 tahun iaitu kadar RM3.55 iaitu berbanding dengan SGD1.
Kejatuhan nilai Ringgit ini satu yang sangat serius kerana ia akan menjadi mangsanya adalah negara dan rakyat. Harga barangan import khususnya yang berkaitan dengan makanan terutamanya akan melambung tinggi. Apakah yang telah kerajaan buat?
Kejatuhan nilai Ringgit ini boleh menyebabkan ketidakpastian ekonomi di kalangan rakyat mengakibatkan ketidakstabilan pekerjaan dan pendapatan terutamanya keluarga dan ini tidak dapat- jika ini tidak dapat diselesaikan ia akan memberi tekanan yang besar kepada keluarga terutamanya yang memerlukan kewangan tambahan terutamanya golongan ibu tunggal dan golongan B40. Tekanan kewangan ini menyebabkan kesan yang sangat besar boleh membawa kepada konflik dalam keluarga, keruntuhan institusi keluarga, penceraian, kesan psikologi yang sangat besar dan boleh membawa kepada masalah kepada generasi akan datang. Jadi ini lah satu kesan yang berantai. Saya ingin penjelasan, apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan pada hari ini? Saya ingin penjelasan juga iaitu berkaitan dengan isu pemulihan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Saya ingin penjelasan kepada kerajaan, terutama projek-projek mega yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan supaya tidak membebankan rakyat termasuk projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sejauh mana projek ini tidak memberi kesan jangka panjang kepada rakyat? Saya ingin penjelasan supaya perkara ini tidak menjadi beban kepada generasi yang akan datang. Saya mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua mengucapkan tahniah kepada APPGM-SDG yang telah menjalankan kajian pemetaan terhadap isu-isu rakyat di 85 buah kawasan Parlimen pada tahun 2023 dan insya-Allah disambung pada tahun 2024 pada 30 lagi kawasan Parlimen. Terlalu banyak isu, ratusan isu yang kita dapat temui- dan hasil. Apa usaha yang akan dibuat terhadap penyelesaian isu-isu ini supaya dapat membantu memulihkan negara kita terutama dalam mewujudkan pembangunan yang lestari. Jadi saya ingin perkara ini dapat diteliti oleh semua agensi kerajaan supaya perkara ini diambil kira- sejauh mana kajian-kajian yang telah dibuat diambil kira oleh semua agensi yang bertanggungjawab supaya perkara ini memberi impak yang positif kepada negara. Apa erti kita buat kajian, tapi kajian itu hanya tinggal kajian dalam fail dan buku. Jadi begitu juga saya ingin tahu apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan penyelesaian terhadap semua- isu-isu daripada kajian-kajian yang telah dibuat? Saya ingin tahu juga, apakah usaha untuk menghapuskan apa jua masalah birokrasi yang menyebabkan perkara dan matlamat ini tidak dapat diselesaikan? Saya kira perkara ini juga adalah isu besar sebab apa yang kita dapati sebagai salah seorang jawatankuasa APPGM-SDG, kita dapati antara isu besar adalah isu kemiskinan dan isu kebajikan. Jadi saya ingin tahu perkara ini sejauh mana diberi perhatian oleh kerajaan? Sepatutnya peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen tak sepatutnya dinafikan. Apa lagi bila berdepan dengan musim bencana. Apa lagi bila berdepan dengan buka persekolahan dan juga kita berdepan juga dengan musim perayaan. Jadi sepatutnya inilah ruang dan masa untuk sama-sama kita berganding bahu. Tiada diskriminasi kepada mana-mana pihak. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana tindakan yang telah diambil oleh agensi yang berkaitan? Begitu juga, saya ingin penjelasan tentang berkaitan dengan masalah kesan kenaikan harga barang. Mana kita lihat kenaikan harga barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula yang telah menyumbang kepada peningkatan kos. Dalam mana dalam tempoh lima tahun yang lalu kenaikan harga beras adakah sebanyak 15 peratus dan gula 10 peratus dan menurut data terkini golongan berpendapatan rendah, menghabiskan sehingga 60 peratus daripada pendapatan bulanan mereka hanya untuk keperluan asas. Begitu juga dengan keperluan isu perumahan rakyat yang mana didapati hanya 36 peratus daripada unit perumahan yang baharu dilancarkan yang berharga kurang daripada RM300,000 dan hanya lebih kurang dan kalau melihat menurut angka dari Bank Negara Malaysia lebih daripada 76 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM8,000 sebulan dan mereka hanya mampu memiliki rumah kurang daripada RM300,000 dan ini mempunyai kesan jangka panjang.
Saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan lambakan graduan asing dalam sektor pekerjaan. Kita dapati menurut Jabatan Tenaga Kerja Malaysia jumlah graduan asing yang bekerja di Malaysia meningkat sebanyak 15 peratus setiap tahun dan yang paling kita bimbang ialah memberi impak yang besar terutama saingan kepada graduan tempatan. Apa lagi baru-baru ini kita dapati bagaimana pihak kerajaan bercadang untuk memasukkan graduan asing bekerja di sektor yang berteknologi tinggi dalam negara. Jadi saya ingin tahu apakah sebenarnya justifikasi daripada perancangan kerajaan ini? Apa usaha kerajaan untuk memastikan supaya graduan kita yang ratusan ribu, puluhan ribu lagi yang belum dapat pekerjaan supaya mereka mendapat tempat yang sewajarnya? Sejauh mana perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan? Begitu juga tekanan yang dihadapi oleh keluarga hari ini iaitu kos perubatan yang mahal yang mana kos rawatan terutama melibatkan hospital swasta yang meningkat sebanyak 12 peratus setiap tahun dan ini memberi kesan yang sangat besar. Apa lagi yang membimbangkan kita data menunjukkan lebih daripada 30 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dalam keadaan berdepan dengan situasi yang ada. Jadi begitu juga dengan kenaikan harga ubat dijangka antara lima hingga 10 peratus tak lama lagi. Jadi apa usaha kerajaan kalau harga ayam mahal, beras mahal, kos perubatan mahal, ringgit rendah dan semua kos hidup meningkat- apa lagi elektrik akan naik, air akan naik, cukai pun akan naik. Apakah nak jadi kepada negara Malaysia? Di manakah janji kerajaan dulu untuk membela rakyat? Manakah laungan reformasi untuk memperkasakan negara?
Sudah mati.
Jadi inilah yang paling kita kesal dan yang paling kita kesal satu lagi ialah bagaimana cadangan kerajaan untuk mansuhkan pencen penjawat awam. Kajian yang memberi kesan yang sangat besar terutama kepada lebih 70 peratus generasi muda. Bagaimana kita mendapati kesannya daripada segi sosioekonomi, penurunan kuasa beli terutamanya dijangka dalam tempoh 10 tahun selepas penswastaan, di mana kesannya 15 hingga 20 peratus akan menurun. Kitaran ekonomi negara akan menyusut dan begitu juga tentang pertumbuhan ekonomi akan menurun. Kesan psikologi di mana ketidakpastian pekerjaan menyebabkan 50 peratus penjawat awam beralih ke sektor swasta dalam tempoh lima tahun dan kesan kesihatan mental terjejas lebih daripada 60 peratus penjawat awam dilaporkan menurun motivasi dan peningkatan jati diri mereka. Kesannya ialah begitu juga terhadap komuniti dan ekosistem, kehilangan pekerja mahir dalam sektor awam. Sebanyak 40 peratus penjawat awam mahir dalam bidang kesihatan, pendidikan, keselamatan mungkin berpindah ke sektor swasta. Kestabilan operasi dalam sektor kritikal terjejas, penurunan sebanyak 25 peratus dalam kecekapan operasi sektor kesihatan, pendidikan dalam tempoh tiga tahun selepas pemansuhan pencen. Jadi saya mengharapkan supaya kerajaan menilai balik dasar-dasar yang nak dilaksanakan. Saya mohon kepimpinan kerajaan pada hari ini turun padang melihat rakyat di bawah. Jangan berteori di bilik aircond. Ada yang menangis, bahkan ada yang bunuh diri. Ada yang merintih kerana mereka sangat terbeban dengan kos hidup rakyat.
Yang Berhormat sila gulung.
Hentikan kezaliman terhadap Pembangkang. Apabila kita menjaga rakyat, kita yakin dan kita percaya pasti Allah akan memberi keberkatan kepada kita dan ekonomi kita meningkat. Jadi itu saya menyeru kepada semua kepimpinan kerajaan supaya sama-sama kita melihat realiti kehidupan, beban yang dihadapi rakyat dan hendaklah bersungguh- sungguh dengan keikhlasan untuk sama-sama membantu bukan melepas dendam kepada pembangkang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk Pasir Gudang turut sama membahaskan Titah Diraja yang disampaikan oleh Baginda Yang di- Pertuan Agong pada 26 Februari
Dalam Titah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong itu, Baginda telah menyentuh satu perkara yang sangat penting yang ingin saya sambung di sini iaitu dalam Titah Tuanku Agong dan di dalam teks bertulis pada perenggan 34 dinyatakan Yang di-Pertuan Agong berkata bahawa Malaysia perlu menyuarakan ketegasan pendirian berhubung isu Palestin dengan menggesa supaya gencatan senjata segera diaktifkan dan akses bantuan kemanusiaan dipercepatkan kepada penduduk Gaza di Palestin. Demikian Titah Baginda dan saya pada kesempatan ini menyokong sepenuhnya ucapan yang penting ini. Dalam perbahasan saya ini saya hanya membawa satu isu ini sahaja iaitu isu Palestin di mana rakyat Palestin di Gaza sedang diserang oleh Israel. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak lupa untuk menyatakan merakamkan pandangan saya iaitu saya menghormati dan memuji pendirian Kerajaan Malaysia selama ini sehinggalah yang ada sekarang ini sejak zaman Perdana Menteri yang pertama Tuanku Abdul Rahman sampailah Perdana Menteri yang ke-10 ini Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua Perdana Menteri kita Kerajaan Malaysia ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kalau kita lihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang ini di mana Perdana Menteri Yang Berhormat Tambun, mewakili Malaysia telah berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan pendirian tegas kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Begitu juga, beliau telah menyatakan di sidang kemuncak negara-negara APEC di hadapan Presiden Amerika Joe Biden, di hadapan juga Setiausaha Amerika, Blinken, Perdana Menteri telah mengulang lagi bahawa kezaliman telah dilakukan dengan begitu ganas oleh Rejim Zionis Israel terhadap rakyat Gaza. Begitu juga baru-baru ini, Menteri Luar- YB Rembau telah berucap di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague, Belanda, menyatakan pendirian Malaysia bersama-sama dengan negara-negara lain menyokong usul daripada Afrika Selatan yang menuntut keadilan bagi rakyat Palestin. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia juga perlu diberi penghargaan pada sumbangan mereka dari semua kaum, agama, semua lapisan membantu mendapatkan bantuan kemanusiaan, wang Ringgit dan barang-barang makanan, ubat kepada rakyat di Gaza. Mengapa saya memfokuskan isu Palestin ini saja dalam ucapan saya ini, Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang berlaku di Gaza sekarang adalah suatu pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin oleh sebuah ‘kerajaan’ Israel. Pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil genocide. Ini penyembelihan. Buktinya, setakat hari ini 26, 28 Februari sudah 146 hari aggression, serangan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan hampir 30,000 nyawa rakyat Gaza dibunuh- 30,000. Hampir seluruh penduduk diusir keluar dari rumah-rumah mereka di Gaza untuk menyelamatkan diri. Berapa ramai kanak-kanak yang mati? Setakat 140 hari sejak 7 Oktober itu dikira seramai 12,660 orang kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan itu. Kita boleh lihat dalam kaca TV, dalam media sosial, di akhbar wanita-wanita biasanya akan menjadi mangsa dalam mana-mana peperangan, seramai 8,570 wanita Palestin terkorban.
Begitu juga, hospital hanya tinggal beberapa buah sahaja tinggal di Gaza untuk merawat yang luka, yang cedera, kenapakah? Kerana 31 buah hospital di Gaza sekarang gagal beroperasi, lumpuh, sampai kepada perkara direkodkan oleh pertubuhan- pertubuhan antarabangsa. Kalau kita sebut ambulans sebanyak 124 buah ambulans hancur. Jadi, inilah keadaannya. Ini lah bukti genocide, pembunuhan beramai-ramai. Jadi dalam Parlimen Malaysia ini, Pasir Gudang ingin menyatakan bahawa kita di Malaysia patut, patut menyatakan bantahan, bantahan terhadap kerajaan Amerika Syarikat, kenapakah? Sewaktu Israel terus mengganas, membunuh dan mengebom rakyat di Gaza, Amerika satu-satunya negara kuasa besar telah memveto, memveto usul Majlis Keselamatan. Usul dari agensi lain tak laku, tetapi usul di Security Council Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu membawa makna boleh dilaksanakan ikut undang- undang, tetapi kerajaan Amerika, memveto. Jadi...
Yang Berhormat Pasir Gudang, saya turut ingin menyokong perbahasan. Kita juga melihat dalam laporan CNN terkini bahawa masalah kebuluran menjadi masalah serius di Gaza di mana telah dilaporkan walaupun bantuan makanan telah dihantar oleh Malaysia dan negara-negara lain, bekalan makanan yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di Gaza tidak sampai dan ramai daripada mereka di situ kebuluran. Kita lihat anak-anak sedang berkeliaran membawa tin-tin kosong untuk mendapatkan makanan tetapi tidak mendapat makanan. Jadi, saya juga memohon mengambil kesempatan ini untuk menyeru kerajaan memberi perhatian kepada sama ada makanan itu sampai kepada yang memerlukan di Gaza. Terima kasih Yang berhormat.
YB Pasir Gudang. Saya juga ingin menyokong yang dikatakan oleh YB tadi berkenaan dengan genocide yang telah dilakukan oleh Israel ini. Jadi, saya nak tanya YB Pasir Gudang, patutkah dunia ni kita haramkan atau kita ban Israel ini daripada terlibat dalam mana-mana acara atau kejohanan antarabangsa sukan. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Jelutong dan Bangi. Kepada pertanyaan Yang Berhormat Bangi itu saya teringat adalah kena pada masanya Kerajaan Malaysia sekurang-kurangnya sebagai tanda menyatakan bahawa Israel, penyertaan Israel dilarang dalam pertandingan-pertandingan sukan dan sebagainya di mana-mana juga di dunia ini. Lebih daripada itu iaitu saya menyeru Malaysia supaya mengiktiraf kemerdekaan sebuah negara Palestin, betul-betul iktiraf kemerdekaan negara Palestin dan mengusahakan supaya sebuah negara Palestin menjadi anggota rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sekarang status Palestin just sebagai pemerhati sahaja. Jadi Malaysia mesti ke depan. Malaysia menjadi menjuarai dalam OIC, Pertubuhan Negara-negara Islam dalam negara, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali, Malaysia ke depan. Maknanya yang sudah buat ini sudah bagus sudah, tetapi saya- Pasir Gudang merasakan Malaysia belum cukup lagi. Akhir sekali menggulung Tuan Speaker. Saya sangat memuji rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin. Di Pasir Gudang sahaja kami telah mengadakan dua kali penyertaan rakyat, mengadakan perhimpunan solidariti kepada rakyat Palestin. Pada 2 Mac, Sabtu depan ini satu himpunan mega di Kuala Lumpur anjuran NGO- NGO yang menuntut gencatan senjata dilaksanakan sekarang di Gaza, satu lagi hentikan genocide yang akan diadakan pada 2 Mac, hari Sabtu ini di masjid berdekatan dengan Tabung Haji dan saya minta kepada pihak Polis Diraja Malaysia permudahkan lah rakyat Malaysia untuk menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin. Janganlah susah-susahkan penganjur-penganjur ini.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua bahawa saya ulangi lagi Titah Yang di-Pertuan Agong supaya kerajaan lakukanlah apa yang diminta supaya kerajaan berusaha gencatan senjata segera diadakan di Gaza sana. Kedua seperti menyahut saranan Jelutong iaitu bantuan kemanusiaan dipercepatkan kepada rakyat yang diserang di negara Palestin di Gaza itu. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikutnya dipersilakan, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Dato’ Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim... [Berselawat] Saya mewakili seluruh rakyat pelbagai kaum di Kapar menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas pada 26 Februari 2024. Kapar juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Kementerian Perpaduan Negara kerana berjaya membawa satu inisiatif untuk membawa seluruh Dewan ini untuk mengingat semula Rukun Negara. Kapar selaku Ketua Portfolio Perpaduan Negara, Perikatan Nasional menyokong usaha mendidik rakyat seluruhnya bermula dengan penggubal undang-undang dan pemimpin terpenting parti politik yang juga merupakan Ahli Dewan. Perlu diakui antara isu terbesar kita walaupun sudah lebih enam dekad merdeka daripada Penjajah British, tetapi kita masih mengalami masalah, dengan izin, trust deficit atau seolah-olah krisis ketidakpercayaan antara kaum masih lagi dirasai. Prinsip Rukun Negara masih relevan dan kementerian perlu merancang bagaimana hendak membuatkan perubahan structural, dengan izin, yang boleh membuat menterjemahkan roh Rukun Negara kepada semua lapisan masyarakat. Baharulah terhasil insya-Allah perpaduan seluruh negara. Baharulah tamadun Malaysia tercapai. Perlu diatasi selfish political gains, rabun sejarah atau history blind, sejarah pembentukan negara ini. Saya hendak bertanya adakah kerajaan sudah mencari pakar- pakar sejarah yang tulen, bukan yang biasa-biasa, yang tulen untuk dimasukkan fakta sejarah ini dalam buku-buku teks sejarah bagi mengganti fakta sejarah yang telah diolah oleh penjajah kita. Tidak lama lagi kita hendak merdeka, adakah kita melaung itu, tetapi perlembagaan kita masih lagi banyak legasi daripada penjajah. Hari ini 28 Februari, nilai pertukaran wang USD1 bersama dengan RM4.76. Kawan-kawan kita kata RM4.80. Kapar tertarik dengan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong melalui Titahnya kepada Perdana Menteri dan barisan anggota pentadbiran kerajaan, “Pesanan saya sentiasa hayati denyut nadi rakyat kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib mereka.” Dato' Yang di-Pertua, di tangan saya ini sebungkus beras... [Menunjukkan sebungkus beras] Beras “Super Import Spesial”, beras putih. Ini 1 kilogram ini, RM4.80. Kalau 10 kilogram kali sahajalah- RM48. Pengalaman peribadi saya di Kapar minggu lepas saya pergi ke pelbagai warung, warung kecil-kecillah ya. Bertanya khabar kepada pelanggan dan pengusaha warung, saya banyak mendapat rintihan, keluhan dan aduan serta mohon disampaikan masalah kewangan harian mereka kepada pihak kerajaan. Ini tadi Menteri kata beras sudah tidak berapa sudah masalah sudah, bawang dia kata kan. Kemudian, saya pergi berjumpa secara fizikal rakyat untuk merasai denyut nadi mereka. Ini contoh ya, ini nama samaran. Mak Tam jual nasi lemak dan nasi berlauk secara kecil-kecilan. Saya tanya Mak Tam, saya tanya khusus mengenai beras sebab dia jual nasi, “Apa jenis beras yang digunakan?” Jawab Mak Tam, “Saya beli beras RM36 Yang Berhormat, kadang-kadang RM38, 10 kilogram beras import.”
Beras import- ini beras importlah ini... [Menunjukkan bungkusan beras] Saya kata, “Kenapa tidak beli beras tempatan?” “Susah Yang Berhormat, hendak dapat tiga pun susah. kadang-kadang tidak ada langsung. Saya pergi sudah lima buah kedai tidak dapat langsung, bila saya hendak berniaga. So, saya beli apa yang ada.” Jadi kalau dapat yang tempatan pun dia kata banyak hancur. Tidak sesuai untuk berniaga. Nanti banyak hancur kadang-kadang dia pelik-pelik sedikit berasa macam plastik dia kata. Tidak tergamak hendak digunakan untuk menjual nasi dari beras ini katanya. Bawang naik harga, daging naik harga, tepung, minyak semua naik luahnya dengan sedih. Kadang-kadang tidak cukup jualan, rugi. Macam mana hendak bayar bil api, bil air, pekerja lagi, anak sekolah, anak muda yang keluar IPT tidak dapat kerja, hendak berdepan dengan Ramadhan lagi, hendak masuk sekolah lagi. Macam mana hendak beli, hendak raya lagi, dia kata. Ini Mak Tam- itu hanya contoh. Jadi kekusutan para belia, ibu tunggal, warga emas yang mengidap penyakit kronik, pelbagai segmen masyarakat ini ditimpa malang disebabkan kos sara hidup semua tadi telah disebutkan oleh rakan-rakan kita sini. Kita mahu tindakan holistik dan komprehensif masalah kos kehidupan ini. Tidak cukup makan, tidak cukup pakai, tidak selamat ini. Tidak sihat ini, anak boleh pergi sekolah ada tempat tinggal. Bukannya hanya announcement, hanya sekejap kata yang ini ada subsidi, yang ini luar ada bantuan begini dan sebagainya. Bukan begitu sahaja.
Speaker, kos sara hidup kita ini melonjak ini kerana compounding effect beberapa perkara. Antaranya pelbagai cukai. Walaupun makanan tidak dikena cukai, kos perkhidmatan akan dikenakan cukai. Contohnya, nasi ayam tadi tidak di cukai tetapi penghantar rempahnya, ayamnya, minyaknya akan dikenakan cukai perkhidmatan yang lebih tinggi. Sudah naik ya. Segala harga, semuanya naik. Sayur, kata harga sayur ini akan naik bukan sebab petani hendak jadi jutawan tetapi sebab baja akan dicukai. Baja. Selepas cukai, ada pula penurunan nilai mata wang. Rakyat marhaen yang hendak makan nasi ayam tadi itu akan terasa kerana kita juga mengimport beras, gandum dan sebagainya. Jadi, penggemar nasi ayam tadi terpaksalah bayar lebih sebab ayam ini lebih mahal dan sebagainya. Ada lah Menteri kata, jangan makan ayam kalau yang sudah mahal itu kan, tetapi bawang pun import juga, pun akan naik juga. So, selepas cukai dan penurunan nilai mata wang, kita melihat pelaburan langsung asing (FDI) jatuh sebanyak 47 peratus daripada 2022 sebanyak RM74.6 bilion pada tahun 2023 sebanyak RM39.5 bilion. Bila tiada dana dari luar masuk, kita guna dana dari kerajaan...
Yang Berhormat Kapar, Sik mohon sedikit pencelahan.
Dan dana yang makin berkurangan akan menyebabkan stres kepada sumber dana dan banyaklah bantuan kepada sektor-sektor tertentu akan berkurangan.
Kapar.
Jadi bila bantuan berkurangan, harga...
Mohon sedikit Kapar.
...Naik untuk menampung kos.
Boleh Kapar? Sedikit. Satu minit berkaitan dengan kos sara hidup rakyat.
Saya minta maaf. Empat minit itu tidak sempat saya berhenti. Saya hendak inikan, menarik kan perhatian kerajaan yang mahu menoktahkan kemiskinan tegar.
Hendak tolong Kapar ini.
Maka, kerajaan cipta sistem PADU untuk kumpulkan semua maklumat data orang miskin. Contoh di Daerah Klang. Kapar- Daerah Klang. Ada tiga Parlimen, sembilan DUN, tetapi sepanjang setahun kerajaan memperkenalkan projek membasmi kemiskinan, dia kata Disember 2023 dinoktahkan kemiskinan tegar, tetapi malangnya Speaker, hanya satu DUN sahaja diambil pilot project dan tidak sampai 50 orang pun diluluskan. Sudah diluluskan pula itu tidak ada langsung lagi sampai ke yang penama yang telah diluluskan. Makna satu pun tidak ada lagi berjaya dalam setahun ini. Jadi, masalahnya, bilalah benda itu hendak diselesaikan? Saya merujuk kepada muka surat 10, Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku. Saya tidak suka dengan sistem yang banyak ‘red tape’. Oleh itu, kecekapan proses kerja dan tadbir urus mestilah sentiasa dinilai dan ditingkatkan. Jadi, saya rasa ini sangat relevan. Tolonglah kalau kita benar-benar hendak menyelesaikan masalah kemiskinan, bukan kata hendak menoktahkan, hendak menyelesaikan, hendak mengurangkan. Ia nya kena setel kan fasal ‘red tape’. Tidak boleh Kementerian Ekonomi sahaja, kena delegasi kepada orang di bawah. Saya yakin dan percaya pegawai yang dilantik itu ada kemampuan. Fasal personel data privasi Sistem PADU ini. Kenapakah tak dipakaikan sistem yang sedia ada? Semua jabatan, agensi kerajaan, kementerian ini dia ada sistem sendiri. Kenapakah tak guna back-to-back system? Kerana apa yang disebutkan pagi tadi dalam perbahasan kita daripada baik di sini atau pun di sana, kita takut di-hack personal data kita. Semua kita ini, kita dalam Dewan ini adalah terdedah kepada pencerobohan data peribadi. Jadi, saya hendak tanya kepada kerajaanlah- apa jaminan kerajaan personal data ini tidak akan disalahgunakan dan apakah tindakan undang-undang yang boleh digunakan, diambil oleh rakyat itu kepada kerajaan sekiranya itu terjadi? Saya hendak pergi pada Kapar, Dato’ Speaker. Projek Kompleks Rakan Muda Klang di Sementa. Maklum balas di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Klang. Laporan forensik yang dilakukan oleh JKR menyatakan isu struktur tanah yang merosakkan struktur serta keadaan kompleks tersebut. Jabatan Belia Daerah mengesahkan penutupan kompleks ini kepada orang awam dan akan dibuka semula jika ia didapati selamat. Ini saya quote. Soalan orang muda Kapar, “Bilakah siap?” “Berapa kos dia?” “Bilakah boleh digunakan?” 100,000 orang hendak gunakan. Jadi, saya mintalah kepada Kementerian Belia. Last sekali, Dato’ Speaker. Isu Nik Elin ini memanglah, Kerajaan Kelantan memang isunya memang tidak menggugurkan enakmen Mahkamah Syariah di negeri lain secara automatik. Namun, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab harus mengambil kira sikap prevention is better than cure. Siapakah jangka ada orang yang akan mencabar enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan? So, itu logiknya keresahan pihak yang lain. Palestin. Kempen “Airdrop Aid for Gaza” dilancarkan dua minggu lalu menyeru masyarakat dunia untuk menggesa negara masing-masing untuk menghantar bantuan makanan ke Gaza terutamanya bahagian utara melalui udara. Saya sangat teruja Dato’ Speaker sebab ini adalah di antara yang saya cadangkan di Dewan yang mulia ini pada Menteri yang dahulu sebelum inilah. Saya dikecamlah, diperli oleh netizen dan sebagainya. So, oleh sebab ini sudah menjadikan satu political- satu kempen dunia, saya ulang saranan kepada Perdana Menteri dan kerajaan supaya berpakatlah dengan pimpinan negara lain untuk menghantar bantuan. Kalau tak boleh melalui yang disebutkan tadi, melalui jalan raya yang sudah dimusnahkan dan sebagainya yang kena beratur, gunakanlah air drop. Akhir sekali Dato’ Speaker. Nak habis sudah ini. Kerajaan Malaysia perlu menguatkan suara menghentikan pembantaian berpanjangan rakyat Palestin oleh terrorist Zionist yang telah diperakui seantero dunia.
Pemerintah jangan hanya bermain formula, 33 juta Malaysia mahu solusi nyata, Pendekatan holistik dan adil jangan hanya asyik bersandiwara, Yang benar menjerut rakyat jelata sekarang ini. Speaker, ini betul-betul terakhir ini Dato’ Speaker ya. Sebab dia original ya kena cari mana apa ya. Minta maaf Speaker. Pujangga terpukau kerlipan kejora, Maju hendaknya Malaysia berukun negara, Amar makruf nafi mungkar jangan alpa, Tamadun Rabbani berasas takwa, Itulah Malaysia yang kita mahukan. Jadi, saya mengucapkan banyak terima kasih atas peluang yang diberikan oleh Speaker. Mudah-mudahan apa yang kita bincangkan ini adalah untuk memajukan Malaysia. Insya-Allah, untuk menjadi kita hendak masuk ke bulan Ramadhan tidak lama lagi. Mudah-mudahan ia akan menambahkan takwa kita. Berada kita di sini, perbahasan kita ini akan bertambah takwa kita... [Berucap dalam Bahasa Arab] Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dengan kesempatan ini juga saya dengan seluruh rakyat di kawasan saya di Sri Aman ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana telah naik takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17. Semoga di bawah naungan Tuanku negara Malaysia tercinta ini akan terus dilimpahi rahmat, makmur dan sejahtera hendaknya. Tuan Yang di-Pertua, Tuanku semasa bertitah telah membangkitkan beberapa perkara penting seperti adab, contoh teladan Ahli Dewan. Sebagai salah seorang Ahli Dewan, saya menjunjung teguran Duli Tuanku berkenaan perkara ini. Terima kasih Tuanku kerana mengingatkan kami. Ya, memang betul. Sudah sememangnya sebagai para penggubal undang-undang, kitalah sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat di luar sana. Apatah lagi apabila berada di dalam Dewan yang mulia ini. Kita sudah tentu mesti beradab bukan sahaja daripada segi tingkah laku tetapi juga daripada segi tutur kata sebagai penggubal undang-undang. Kita telah mengangkat sumpah awal-awal lagi dan di antaranya untuk menghormati Dewan ini termasuk juga peraturannya. Tidak kiralah sebelah mana, di sana atau di sini. Kita harus pegang teguh kepada janji dan sumpah kita sebagai Ahli Dewan. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, sebaiknya fokus ataupun perbincangan di Dewan ini harus menjurus kepada isu membina, isu kepentingan rakyat dan menggubal undang- undang untuk kemakmuran, kesejahteraan dan pembangunan negara dan sesama sekali bukan untuk kepentingan diri sendiri mahupun untuk politik semata-mata.
Maka, janganlah kita bertelagah dan memprovokasi di antara satu sama yang lain kerana ia bukan sahaja mencemar kemuliaan Dewan ini, bahkan merugikan semua pihak kerana perkara-perkara penting yang harus kita bincang, gubal dan putuskan menjadi terhalang atau lambat.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kita bukan lama di sini, cuma kurang lebih lima tahun. Jika rakyat tak puas hati, maka setakat itu sahajalah. Jadi, marilah kita sama-sama gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membincangkan berkenaan perpaduan. Saya juga melihat perpaduan negara Malaysia yang majmuk ini begitu rapuh sekali. Maka, saya amat memahami akan perasaan Tuanku apabila Tuanku menyeru agar kerajaan merangka satu dasar baharu ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni. Ini memandangkan walau negara kita sudah berusia 61 tahun, namun masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai Bahasa Kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain. Begitu juga dengan semangat toleransi dan semangat hormat-menghormati yang nampak semakin hari semakin luntur. Ini amat merunsingkan dan bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Malaysia kita juga mesti tahu dan memahami akan sejarah negara kita. Bagaimana ia tertubuh dan sebagainya. Bagi saya, mengenali dan tahu akan sejarah negara amat penting sekali supaya kita tahu akan asal usul kita, termasuk pengorbanan pemimpin dan nenek moyang kita di dalam membentuk negara Malaysia. Tertubuhnya Malaysia melalui gabungan Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963 dan dimeterai dengan sebuah perjanjian yang dikenali sebagai “Perjanjian Malaysia 1963” adalah peristiwa dan tanggal yang begitu keramat bagi setiap rakyat Malaysia. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, yang menghairankannya masih ada di kalangan rakyat Malaysia yang tidak dapat membedakan atau membezakan makna perayaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia pada 16 September di dalam konteks ataupun kerangka negara Malaysia. Hinggakan ada yang melaung- laungkan “Malaysia merdeka, Malaysia merdeka” pada tanggal 31 Ogos iaitu perayaan Hari Kebangsaan dan ada juga yang menghantar salam bertulis “Selamat Hari Malaysia, merdeka”. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, sebab saya pernah menerima salaman sebegitu. Mana mungkin Malaysia boleh merdeka, walhal semenjak ditubuhkan pada 16 September 1963, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat tidak pernah dijajah oleh sesiapapun atau mana-mana negara lain hingga kini. Jadi, istilah Malaysia merdeka itu tidak tepat sama sekali. Yang menjadi tanda tanya saya sekarang, kenapakah ini boleh berlaku? Apakah jadi dengan program atau dasar penyatuan negara kita? Atau adakah mata pelajaran Sejarah kita berkenaan pembentukan negara ini kurang tepat atau tidak jelas dan sebagainya? Tanggal 31 Ogos dalam konteks ataupun kerangka negara Malaysia adalah perayaan Hari Kebangsaan bagi meraikan kepelbagaian kita dan tanggal 16 September adalah Hari Malaysia bagi mengingati tertubuhnya negara Malaysia pada 16 September 1963. Tuan Yang di-Pertua, masalah dan kekeliruan inilah harus kita perbetulkan dengan merangka satu dasar baharu ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan padu seperti yang diarahkan oleh Tuanku semasa bertitah. Sistem pendidikan dan mata pelajaran sejarah yang tepat dan komprehensif juga penting, bahkan wajib didedahkan seawal peringkat prasekolah bagi menyerapkan kefahaman sejarah negara yang lebih mendalam kepada anak-anak kita yang akan menjadi pewaris negara dan pemimpin kita pada masa hadapan. Ini bukan boleh dipandang remeh Tuan Yang di-Pertua, kerana ini melibatkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia, bumi yang kita pijak, tanah tempat lahir dan tumpahnya darah kita. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, saya mohon agar pihak kerajaan melalui Kementerian Perpaduan dan juga Pendidikan mengambil berat dan mempertimbangkan perkara-perkara ini dengan sewajarnya. Seterusnya, saya ingin juga menyentuh berkenaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah sebuah negara yang membangun, maka sudah tentu kita masih memerlukan pelbagai kemudahan, terutama daripada segi infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya.
Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, pendidikan dan road connectivity adalah game changer bagi pembangunan sesebuah negara, wilayah ataupun kawasan, tetapi realitinya sekarang, jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar masih amat ketara. Contohnya di kawasan saya Sri Aman, ada 47 buah sekolah dan hampir sesuku daripada jumlah tersebut adalah sekolah pedalaman. Masalah atau kekangan yang dihadapi oleh para murid, guru dan warga sekolah di pedalaman antaranya ialah tahap kehadiran yang tidak memuaskan disebabkan keadaan jalan akses ke sekolah yang selalu terputus. Terputus semasa musim tengkujuh, terputus semasa hujan menyebabkan banjir. Tiada kemudahan prasekolah dan keadaan sekolah yang usang dan serba serbi kekurangan. Oleh yang demikian, saya mohon agar sekolah-sekolah di pedalaman, termasuk SK Keranggas kerana saya baru sahaja melawat ke sekolah itu baru-baru ini ya. Dilengkapi dengan asrama bagi memudahkan murid tidak kerap berulang alik dan seterusnya boleh hadir ke sekolah tanpa menjejaskan pelajaran mereka. Kemudahan prasekolah juga dituntut agar anak-anak di pedalaman mendapat akses pembelajaran awal dan tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan anak-anak yang ada akses kemudahan prasekolah, seperti Titah Tuanku tempoh hari, kita mesti melentur buluh dari rebungnya. Mohon pihak Kementerian Pendidikan mengambil berat serta mempertimbangkan rayuan ini ya, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dengan keadaan kewangan yang agak lemah ya, kita- semua tahu, maka agak sukar kerajaan melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberi suntikan kewangan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi. Namun begitu dan seperti yang saya katakan tadi, pendidikan dan infrastruktur jalan raya adalah game changer ke arah pembangunan. Terbantutnya sistem atau pembinaan berkaitan, maka pembangunan dan kesejahteraan rakyat juga affected ataupun terancam. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap sekiranya saya tidak membangkitkan masalah infrastruktur di kawasan saya kerana ia memang sudah tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk menyuarakan permintaan rakyat di kawasan saya. Penambahan jumlah penduduk di Sri Aman, terutama di Pekan Semanggang semakin hari semakin rancak, maka sudah tentu memerlukan banyak penambahbaikan, terutama jalan-jalan perhubungan bagi menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang agak tinggi. Maka Tuan Yang di-Pertua, memang kami amat bersyukurlah dengan adanya Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan kami dengan banyak bandar dan pekan besar di seluruh Sarawak. Namun, agak janggal kerana jalan akses dari persimpangan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Semanggang agak sempit, apatah lagi semasa musim perayaan, jalan raya ini memang sesak. Oleh yang demikian, saya ingin memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaik taraf jalan tersebut dari dua- lorong dua hala, ke empat- lorong dua hala. Dengan terbinanya jalan ini nanti, saya percaya akan melancarkan lagi traffic flow dan sekali gus mengurangkan kemalangan di jalan raya di sektor jalan tersebut. Begitu juga dengan jalan persimpangan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Batu Lintang di Sri Aman yang perlu dinaik taraf memandangkan di kawasan ini ada 42 buah rumah panjang Tuan Yang di- Pertua dan lebih 3,500 orang penduduk, menyebabkan traffic usage sepanjang jalan ini agak tinggi. Oleh demikian, saya memohon agar jalan ini dinaik taraf ke empat- lorong dua hala secepat mungkin bagi menyediakan efficient connection untuk pergerakan penduduk setempat. Saya juga memohon untuk jalan dari persimpangan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Pantu yang menghadapi masalah yang sama, serupa ya. Lebuhraya Pan Borneo yang melintasi kawasan saya di P.202 Sri Aman juga agak kurang lengkap Tuan Yang di-Pertua, keadaannya kerana tidak sepenuhnya dilengkapi dengan lampu jalan. Lampu jalan tidak mencukupi. Keadaan ini mendatangkan risiko kemalangan yang tinggi kepada trafik pada waktu malam.
Oleh yang demikian, saya amat mengharapkan agar pihak Kementerian Kerja Raya boleh mempertimbangkan perkara ini dengan secepat mungkin bagi menyejahterakan rakyat di kawasan P.202 Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, saya dan seluruh rakyat Parlimen Sri Aman ingin mengucapkan penghargaan serta terima kasih kepada beberapa orang Menteri yang telah datang ke kawasan saya- Sri Aman baru-baru ini. Pertamanya, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang datang melawat jelapang padi IADA Batang Lupar pada Februari lepas. Beliau juga semasa lawatan tersebut telah mengumumkan harga lantai belian padi di Sarawak dan di Sabah ditetapkan pada kadar 1,300 per tan metrik bermula 15 Februari 2024. Izinkan saya sedikit masa lagi, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kami percaya lawatan Yang Berhormat Menteri juga telah memberi kefahaman dan pengetahuan hands-on akan segala kemajuan dan cabaran yang dihadapi di lapangan termasuk isu pembangunan infrastruktur yang perlahan, penjanaan pendapatan petani, pembangunan benih berkualiti yang sah dan sebagainya. Maka, harapan kami agar semua ini diberi perhatian dan dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak kementerian. Begitu juga pada awal bulan Februari lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan- dia ada di dalam Dewan sekarang- juga ada datang melawat ke Hospital Sri Aman, bangunan Klinik Kesihatan Sri Aman dan Klinik Kesihatan Balai Ringin. Dengan lawatan tersebut, besarlah harapan kami agar segala permasalahan dan cabaran yang kami hadapi terutama daripada segi kerosakan infrastruktur yang agak kritikal, fasiliti kesihatan kekurangan pakar perubatan dan kakitangan kesihatan dan sebagainya dapat dipertimbangkan dan ditangani secepat mungkin. Kami juga mengharapkan agar Klinik Kesihatan Batu Lintang di Undop dilengkapi dengan kemudahan pergigian bagi memudahkan penduduk setempat mendapat servis tersebut tanpa payah berulang alik ke Pekan Simanggang. Mohon perkara ini dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Akhir sekali, saya kena utarakan ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana saya baru menerima WhatsApp dari landasan menyuruh saya menyuarakan ini. Juga, sebagai wakil rakyat dari luar bandar, saya amat memahami maka ingin panjangkan perasaan tidak puas hati penduduk di luar bandar yang tidak faham akan artificial intelligence (AI) apatah lagi mengenai Program AI untuk Rakyat atas talian anjuran Kementerian Ekonomi. Program atas talian ini dilihat tidak menunjukkan keprihatinan pihak kementerian akan masyarakat di luar bandar yang masih terputus jaringan digital dan sebagainya. Jadi, saya harap pihak kementerian ambil berat serta bagilah pertimbangan yang sewajarnya dalam perkara ini. Sebagai penutup, saya sekali lagi menjunjung sepenuhnya Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Semoga kita sejahtera di bawah naungan Tuanku. Saya mohon menyokong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya biasa mengingatkan pada masa yang lalu, pilihan sama ada dalam ucapan nak berpolitik atau nak mementingkan kawasan, terpulang. Masa 15 minit itu masa Yang Berhormat-Yang Berhormat. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya dan seluruh rakyat Padang Serai merakamkan sembah tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar ibni Sultan Ibrahim dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Moga Allah melimpahkan taufik dan hidayah sepanjang bersemayam atas pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Dato’ Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong dalam Titah perasmian baru- baru ini telah menyebut beberapa perkara. Pesanan Baginda Tuanku supaya kita- semua hayati denyut nadi rakyat kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib rakyat. Pada hari ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut, walaupun telah disebut berkali-kali, isu nilai Ringgit Malaysia yang jatuh merudum. Isu beras putih tempatan yang bukan baharu hari ini, tapi telah pun mencecah hampir lapan bulan yang sangat susah untuk didapati di pasaran. Kemudian, isu harga-harga barang keperluan rakyat yang mencanak naik, kenaikan cukai-cukai SST dan sebagainya. Sudah tentu perkara-perkara ini akan menjadi suatu beban kepada rakyat. Saya nak sebut kepada Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini, saya juga- bukan hanya saya, mungkin juga Ahli-ahli Parlimen yang lain- turun ke lapangan melihat di pasar raya besar, pasar raya kecil dan sebagainya untuk mencari beras tempatan. Ini dah nak masuk lapan bulan dah ini. Di pasar raya besar, Dato’ Yang di-Pertua, Lotus Kulim, Dato’ Yang di-Pertua, daripada beribu-ribu beg yang ada, beras itu semuanya beras import. Kalau kita tengok kepada nisbah bekalan beras yang ada dalam negara kita, 65 peratus sekurang-kurangnya adalah beras tempatan dan 35 peratus adalah beras import, tetapi bila kita tinjau, kita tengok masalah di Lotus, di beberapa buah pasar raya besar, di pasar raya biasa, tidak jumpa walaupun satu kampit beras tempatan. Jadi, rakyat yang di luar bandar di dalam kampung nak mendapatkan beras tempatan kononnya kena menunggu Jualan Rahmah baharu boleh dapat. Bersesak-sesak, berebut-rebut untuk mendapatkan beras tempatan yang harganya lebih murah. Dato’ Yang di-Pertua, inilah perkara-perkara yang sangat penting yang kita- semua mesti dengar denyut nadi rakyat. Kementerian Pertanian telah pun menyebut langkah-langkah yang telah diambil, penguatkuasaan yang telah diambil, tetapi kita tidak lihat masalah ini dapat diselesaikan. Bagan Serai semalam ada menyebut kita kena wujudkan suatu- kita kena tracking hasil beras yang keluar dari ladang dan adakan satu sistem supaya kita benar-benar dapat mengawal bekalan beras tempatan ini. Yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua, Tuanku juga telah bertitah keutamaan Tuanku adalah 33 juta- rakyat Malaysia. Tanggungjawab bukan hanya kepada Perdana Menteri sahaja tetapi kepada 222 Ahli Parlimen yang sedia ada. Ulasan saya Dato’ Yang di-Pertua, inilah ungkapan yang Tuanku mahukan, semua pihak berperanan. Dengan majoriti yang ada pada kerajaan pada hari ini dua per tiga telah dimiliki, sepatutnya peruntukan sama rata diberikan tanpa sebarang syarat. Daripada 33 juta orang rakyat itu, ada juga di 74 buah Kawasan Parlimen di sebelah sini yang memerlukan bantuan dan sebagainya. Dalam keadaan ekonomi semasa yang semakin parah, banyak keperluan rakyat yang perlu dibantu. Hari ini PM cakap soal rasuah, tetapi untuk mendapatkan bantuan peruntukan, untuk dapatkan bantuan peruntukan, rakyat kena sokong, Ahli Parlimen kena sokong PM la ni. Saya sebut dah tadi. Kerajaan hari ini dah ada dua per tiga. Bagi saja tanpa sebarang syarat. Baharulah dapat menunjukkan jiwa yang besar. Inilah Titah yang Tuanku nak sampaikan kepada semua pihak termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ketiga, Tuanku juga bertitah, pada pandangan Tuanku, hubungan antara kaum masih belum sempurna dan ada generasi hari ini yang gagal kuasai Bahasa Kebangsaan dan memahami budaya hidup yang lain. Islam adalah agama Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni, tetapi dalam masa yang sama tidak boleh disebarkan agama lain kepada penganut agama Islam.
Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, kontrak sosial telah pun termeterai semenjak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Hak keistimewaan Orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan. Tiada istilah perjuangan hak sama rata dalam Perlembagaan Negara dan kontrak sosial. Ingatan kepada semua pihak, jangan cuba bermain api...
Yang Berhormat Padang Serai, Sik boleh sikit- mencelah?
Sila, sila.
Yang Berhormat Padang Serai mungkin ada juga kita mengingati pesanan Tuanku Agong ketika ucapan iaitu kita perlu membela nasib rakyat keseluruhannya. Sedangkan, Yang Berhormat Padang Serai, pada tarikh yang sama 26 Februari yang lalu, klinik-klinik yang menjadi panel Skim Perubatan Madani telah ditamatkan program ini serta-merta dan hari ini laporan media menyebut begitu rakyat terkesan ketika mana diumumkan telah pun ada bajet RM100 juta Projek Skim Perubatan ini ketika Bajet 2024. Jadi, adakah projek skim ini cuba nak mempermainkan rakyat khususnya dalam soal kesejahteraan kesihatan rakyat? Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada di sini, sahabat saya, mungkin boleh menjawab selepas ini.
Terima kasih, Sik. Masukkan dalam ucapan saya. Jadi, ini satu pertanyaan rakyat yang telah dijanjikan dengan Skim Perubatan Madani. Jadi mungkin rakyat bila dia memerlukan perkhidmatan kesihatan, dia pergi ke klinik-klinik kesihatan terlibat, tetapi nampaknya perkhidmatan ini ada yang telah dihentikan. Jadi, mohon penjelasan dan penerangan daripada kerajaan. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin ke isu yang seterusnya iaitu isu pengampunan Dato’ Sri Najib. Tan Sri Yang di-Pertua, permohonan pengampunan Dato’ Sri Najib Razak telah difailkan pada Ogos 2022 selepas keputusan perbicaraan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Berdasarkan Perkara 42(2), Agong berkuasa memberi pengampunan jika hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah. Dalam kes rasuah SRC International, Agong- dapat memberikan pengampunan kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Walau bagaimanapun, Dato’ Sri Najib masih mempunyai tiga kes lain yang belum selesai iaitu kes rasuah 1MDB, kes penggubahan wang haram SRC International dan kes pecah amanah IPIC. Oleh itu, Agong tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan dalam kes-kes yang belum selesai di mahkamah. Walaupun Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bersetuju mengurangkan hukuman dan denda terhadap Dato’ Sri Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun penjara dan dari RM210 juta kepada RM50 juta denda, namun jika denda tidak dibayar, tempoh penjara Dato’ Sri Najib akan ditambah selama setahun dengan tarikh pembebasan pada 23 Ogos 2029. Lembaga tersebut perlu menjelaskan alasan pengurangan hukuman disebabkan kesalahan beliau melibatkan penyelewengan wang negara yang besar. Persoalan muncul mengenai keutamaan diberikan kepada kes Dato’ Sri Najib untuk dipertimbangkan dalam proses pengampunan sementara masih banyak rakyat lain yang di penjara dan menunggu peluang untuk mendapatkan pengampunan. Apa justifikasi bagi memberi peluang kepada kes Dato’ Sri Najib dalam proses pengampunan, mengingatkan banyak lagi individu yang menantikan peluang yang sama? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang isu ketidakstabilan import dan eksport dalam negara. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit semestinya akan memberikan tekanan tambahan kepada beberapa buah industri di Malaysia terutama sektor import dan eksport. Kenaikan kos barang import telah menyebabkan peniaga terpaksa menanggung beban tambahan dalam usaha untuk memperoleh barang yang pada gilirannya menyebabkan mereka mengurangkan jumlah barang yang diimport atau menaikkan harga produk mereka.
Jumlah perdagangan Malaysia untuk bulan Julai 2023 menunjukkan trend menurun pada kadar 13 peratus penurunan. Eksport juga menunjukkan trend menurun pada kadar 16 peratus dan import 14 peratus. Eksport pada bulan Mac 2023 mengalami penurunan sebanyak 1.85 bilion, kurang 1.4 peratus berbanding dengan bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Eksport yang lebih rendah adalah disebabkan oleh penurunan terutamanya ke Singapura kurang 3.7 bilion, diikuti oleh Jepun 1.6 bilion, China kurang 1.6 bilion, Hong Kong kurang 1.2 bilion dan Amerika Syarikat 1.2 bilion. Pada masa yang sama, import juga mengalami penurunan sebanyak 1.9 bilion, 1.8 peratus pada bulan Mac 2023 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Hal ini tidak hanya memberi kesan negatif kepada peniaga tetapi juga kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih mahal untuk barang-barang asing. Kenaikan harga bahan mentah dan barang import menjadi faktor utama harga makanan asas meningkat pada tahun ini terutamanya beras dan ayam. Di samping itu, peningkatan harga barang import juga berpotensi merosakkan daya saing produk tempatan di pasaran domestik oleh sebab nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin lemah. Meskipun peniaga yang menjalankan perniagaan eksport mungkin mendapat manfaat daripada kejatuhan Ringgit, hal ini tidak mencukupi untuk menutupi kerugian yang dialami oleh industri secara keseluruhannya. Sebagai perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ini isu-isu yang telah disampaikan kepada saya yang melibatkan isu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu isu pasukan bomba. Isu jentera bertangga udara di Balai Bomba Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani dan Bandar PERDA rosak dan tiada bajet untuk membaiki. Jentera bomba di Kulim, kelengkapan Hazmat suits tak cukup dan lampu spotlight tidak boleh diperbaiki. Perkara ini sangat serius. Nyawa akan hilang jika ditimpa kebakaran bangunan yang tinggi. Tolong uruskan keperluan ini di peringkat kementerian. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya harap apa yang kita sebutkan, teguran-teguran yang diberikan oleh pihak sebelah sini iaitu pembangkang dapat diberikan perhatian yang serius dengan Titah Tuanku yang telah sampaikan, kita perlu dengar denyut nadi rakyat, perlu berjiwa besar. Janganlah amalkan sikap pilih kasih, berikan peruntukan kepada semua sebab kita semua perlu membantu rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Tawau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Saya zahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena pelantikan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII. Saya berharap dengan kebijaksanaan dan ketegasan Tuanku, negara Malaysia sentiasa dalam keadaan bermuafakat dalam kepelbagaian agama, bangsa dan wilayah bagi mencapai negara Malaysia yang sejahtera. Tidak lupa juga ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang banyak mengambil berat tentang kami di Sabah dan Sarawak seperti menganjurkan program Kembara Borneo bagi melihat sendiri keadaan rakyat jelata dan sehingga sekarang masih follow up, dengan izin, isu-isu kemudahan asas yang dilihat perlu diselesaikan segera. Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencapai kesejahteraan Malaysia, Sabah, Sarawak perlu dibangunkan secara sama rata dan adil dengan kemajuan yang ada di Semenanjung Malaysia.
Justeru, saya ingin menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong dan PMX agar masalah jalan persekutuan, air, elektrik dan banjir perlu dinoktahkan segera dengan kelulusan penubuhan Tabung Amanah bagi melancarkan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sabah Sarawak dan menyelesaikan isu kemudahan asas, sekali gus mengelakkan Sabah rugi RM1 bilion setahun berpunca daripada kerenah birokrasi. Saya ingin menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong dan PMX berkenaan kos sara hidup dan perbezaan pasaran harga barang perlu dinoktahkan agar rakyat Sabah Sarawak tidak menerima beban dua kali, terpaksa menanggung kos pengangkutan dari Semenanjung menyebabkan harga barangan menjadi mahal. Tuan Yang di-Pertua, walaupun banyak usaha seperti subsidi tiket untuk pelajar semasa perayaan, namun kos penerbangan untuk Sabah, Sarawak masih luar biasa mahal. Oleh yang sedemikian, saya mohon Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk melaksanakan satu mekanisme bagi mengurangkan beban penduduk Sabah, Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Menteri Pendidikan Malaysia untuk memansuhkan serta-merta perbezaan elaun antara penjawat awam dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung agar semua mendapat elaun sama-rata. Sebagai contoh, Elaun Perumahan Wilayah (EPW) guru dengan gred G44 dari Semenanjung Malaysia menerima elaun antara RM730 sehingga RM830, manakala guru gred yang sama dari Sabah dan Sarawak hanya menerima elaun RM200 hingga RM550. Jumlah sekolah daif di Malaysia adalah 1,156 buah dan Sabah menyumbang hampir 50 peratus sekolah daif daripada jumlah keseluruhan. Saya berharap masalah sekolah daif di Tawau dan Sabah diselesaikan segera. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan pendudukan tidak berdokumentasi. Saya berterima kasih kepada Menteri KDN, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution, banyak kemajuan dalam setahun ini berkenaan kes permohonan kewarganegaraan telah diselesaikan. Saya juga dimaklumkan pihak KDN berusaha untuk menggubal Perkara 15A serta sedang mempertimbangkan untuk pemberian Pas Pelajar dan pekerja yang telah saya rayu sebelum ini.
Minta perhatian Menteri Pendidikan untuk memberi arahan pada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi melaksanakan terus zero reject policy, dengan izin, di mana anak-anak yang tidak berdokumentasi, ibu atau bapa merupakan warganegara yang tinggal di Sabah wajib diterima untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan sementara menunggu permohonan kewarganegaraan mereka selesai seperti yang sudah dilaksanakan di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang diutarakan oleh Yang Berhormat Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ahli Parlimen Ketereh bahawa kadar pension tentera yang sudah wajib dikaji semula. Saya melihat sendiri kadar pension sekarang tidak cukup menampung kos sara hidup sehingga mereka memerlukan Bakul Makanan dan rumah PPR. Isu ini boleh menjejaskan minat anak-anak muda untuk menyertai tentera, sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, bangunan baru Hospital Tawau akan siap pada bulan Mei 2024 dan apabila siap, 1,000 orang staf diperlukan, tetapi yang diluluskan untuk perjawatan hanyalah 280. Saya mohon Perdana Menteri meluluskan permohonan tambahan 1,000 perjawatan bagi menampung keperluan seramai satu juta orang penduduk merangkumi Parlimen Tawau, Kalabakan, Semporna dan Lahad Datu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan setinggi-tinggi Gunung Kinabalu kepada rakan-rakan di sebelah kerana sudi memberikan ucapan Selamat Hari Natal yang disampaikan oleh Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin. Ini menunjukkan satu tindakan menghargai semangat kepelbagaian kaum dan agama serta menunjukkan salah satu konteks daripada elemen kesejahteraan Malaysia dengan menganggap semua sambutan perayaan sebagai perayaan Malaysia, sama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Kaamatan, Gawai, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Wakil Rakyat di Dewan yang mulia ini semua pernah menjadi Pembangkang dan kita faham keadaan kekangan kewangan menyebabkan kesukaran menjalankan tanggungjawab sekali gus rakyat yang terhukum. Peranan Pembangkang perlu diperkasakan demi memainkan peranan check and balance, dengan izin, dalam sistem demokrasi. Justeru, saya menyokong Usul Yang Berhormat Pasir Gudang, Tuan Hassan bin Abdul Karim berkenaan mekanisme pemberian peruntukan perlu termaktub dan dikuatkuasakan kepada semua Wakil Rakyat, tanpa mengira parti politik dalam Perlembagaan. Inilah masa keemasan untuk melaksanakan keadilan yang merupakan elemen yang penting dalam Madani... [Tepuk] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyeru kepada semua- rakan-rakan sekalian agar menyokong kerajaan yang ada pada hari ini dan menjalankan peranan masing- masing sehingga habis penggal. Berbeza antara kita hanyalah pendekatan yang berlainan demi mencapai kesejahteraan Malaysia dan bukan bermatlamatkan politik dendam. Selepas habis penggal, kita serahkan kepada rakyat untuk memilih pendekatan kesejahteraan pihak mana yang mereka pilih. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Yang di-Pertuan Agong, menyeru agar Dewan yang mulia berbahas secara rasional dan berasas. Janganlah kaitkan isu seperti banjir, kemudahan asas, kos sara hidup dan lain-lain dengan agama dan kaum sehingga seluruh rakyat Malaysia akan terancam. Sabitkan dalam Dewan yang mulia ini tidak kira mana- mana pihak, cadangan yang bermanfaat, saya sokong. Cadangan tidak munasabah, saya tolak. Kita hanya sementara sahaja di dunia ini. Maka, Parlimen yang usahakan, Tuhan yang tentukan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meluahkan perasaan saya melalui sebuah sajak bertajuk, “Daulat Tuanku, Malaysia Maju, Sabah Jaya”. Daulat Tuanku, Malaysia Maju, Sabah Jaya. Daulat Tuanku, Muafakat Malaysia, Sultan Pahang dikenang Sabah. Kemudahan asas banyak ketinggalan, Tabung amanah selesai masalah, Berbeza harga dan elaun di Sabah Sarawak, Madani perlu segera menoktahkan. Pesara tentera banyak sumbangan, Pencen mereka perlu dikaji, Hospital Tawau untuk berjuta penduduk perlu banyak kakitangan, Kesejahteraan Malaysia, paksi kita, Nilai keadilan dalam Madani, Sabah Sarawak masih menunggu. Merai perayaan semua agama, bangsa, Menjamin Malaysia terus sejahtera, Dana peruntukan untuk semua Wakil Rakyat, Peranan Pembangkang wajib perkasa, Agenda Madani sentiasa disokong agar negara stabil dan makmur. Dewan Parlimen usahakan penyelesaian, Tuhan berkati dan menentukan, Kita hanya sementara sahaja di dunia, Buat baik demi kesejahteraan Malaysia Daulat Tuanku,
Malaysia Maju, Sabah Jaya. Tawau menyokong Titah Raja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ikan disisik disejuk-beku, Siang pelata isi disayat; Menjunjung kasih Daulat Tuanku, Raja bertakhta berjiwa rakyat. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya terlibat dalam Usul Menjunjung Kasih dan membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya juga mengucapkan tahniah kepada sahabat saya dari Tawau tadi. Ucapan yang cukup bagus dan bermakna, hebat dan dahsyat... [Tepuk] Insya-Allah. Izinkan saya menyentuh peranan Malaysia di peringkat ASEAN. Sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru supaya semua pihak memanfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2026, Malaysia telah dipilih sebagai Pengerusi ASEAN 2025, berpotensi besar untuk meneroka ekonomi baharu di samping mempromosikan budaya dan warisan negara kita ini kepada pelancong yang hadir ke negara kita. Bercerita tentang ASEAN, Malaysia adalah antara negara yang sangat strategik. Dalam kedudukan di Asia Tenggara, Malaysia berpotensi besar untuk mengadakan hubungan multilateral dengan negara-negara ASEAN terutama dalam tumpuan sebagai hab logistik antarabangsa di Malaysia atau lebih tepat halal hub logistik antarabangsa. Kelmarin, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah melawat Yala, Pattani dan Narathiwat bagi tujuan mempromosikan dan mempertingkatkan makanan halal di selatan Thai. Suatu tarikan buat Thailand. Satu cabaran juga buat Malaysia. Bagaimanapun, persaingan kadangkala menjadi peluang. Kita perlu mengambil kesempatan bekerjasama terutama di sempadan negara. Kita perlu memanfaatkan populasi ASEAN yang mencecah 700 juta populasi penduduk. Saya pernah usulkan sebelum ini, Perlis sebagai pintu masuk ASEAN agar perlu diberi perhatian. Cadangan itu agar Kerajaan Pusat menambah baik sempadan negara untuk menjadi penghubung limpahan tersebut kepada negara ASEAN yang lain. Sebagai contoh, Zon Bebas Perdagangan ASEAN (AFTA) merupakan satu kerjasama multilateral ASEAN dalam bidang ekonomi di mana aliran perdagangan bebas antara negara anggota ASEAN, termasuk pengecualian tarif, aliran bebas modal dan pasaran serta aliran bebas tenaga buruh. Pelaksanaan AFTA telah membantu memudahkan lagi kegiatan perdagangan antara negara anggota ASEAN di mana persetujuan untuk mengurangkan sekatan-sekatan ekonomi tertentu telah disepakati bersama.
Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 perlu diambil kesempatan untuk membentuk dan mempercepatkan kewujudan Segi Tiga Emas pembangunan ASEAN melibatkan intensifikasi diplomasi bagi memacu hubungan business to business dengan izin, dan people to people agar terlaksana slogan opportunities to all yang digariskan oleh Sekretariat ASEAN. Menyentuh soal pelaburan. Kepelbagaian kerjasama ekonomi yang terdapat dalam pertubuhan ASEAN seperti AFTA, EAEC dan Komuniti Ekonomi ASEAN telah menjadikan ekonomi negara rantau ASEAN berkembang dengan pesat serta-merta dapat menarik negara luar untuk melabur.
Kegiatan perdagangan yang giat di dalam negara anggota mahupun dari negara luar telah menyebabkan negara anggota ASEAN turut menikmati aliran barangan, pelaburan, kepakaran dan perkhidmatan yang berlaku kesan daripada pelaburan negara luar rantau ASEAN. Pelaksanaan AFTA juga membantu Malaysia mewujudkan peluang akses pasaran untuk pembekal perkhidmatan Malaysia melalui liberalisasi dan fasiltitasi langkah serta meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab pengeluaran untuk perkhidmatan dalam pasaran serantau dan global. Pada awal sidang tahun lepas, saya ada membangkitkan soal limpahan ekonomi melalui Koridor Ekonomi Timur (EEC) tetapi kali ini, kita nampak Kerajaan Thailand pula fokus kepada Southern Economic Corridor atau Koridor Ekonomi Selatan dan Projek Landbridge. Pertemuan saya baru ni dengan salah seorang Ahli Parlimen Pheu Thai di Ibu Pejabat Pheu Thai, Bangkok banyak memberi maklumat terperinci berkenaan perancangan Kerajaan Thai terutama Projek Landbridge yang cukup menguja. Beliau berkata, kerajaan di sana telah selesai menyusun laporan mengenai projek tersebut termasuk projek Koridor Ekonomi Selatan sekiranya projek itu diluluskan. Baru- baru ini, Parlimen Thailand telah meluluskan Projek Landbridge tersebut yang sudah semestinya memberi satu regional economic block di peringkat ASEAN dan Malaysia akan mendapat limpahan ekonomi dengan pemfokusan kepada logistik. Thailand masih berusaha menggerakkan projek pembinaan laluan perdagangan alternatif tersebut bernilai USD28 bilion atau RM131.5 bilion. Projek ini akan menghubungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Projek ini melibatkan pembinaan pelabuhan baharu Ranong di barat dan Chumphon di timur negara tersebut dihubungkan dengan laluan rangkaian lebuh raya dan kereta api yang komprehensif dengan laluan sepanjang 100 kilometer yang akan berfungsi sebagai alternatif kepada cadangan untuk membina Segenting Kra pada suatu ketika dahulu yang jauh lebih mahal. Utara tanah air antara yang paling dekat dengan limpahan ekonomi yang bakal berlaku. Fasiliti sempadan dan infrastruktur logistik di sempadan antara yang perlu kita tambah baik. Perlis boleh diberdayakan sebagai hab logistik antarabangsa atau lebih tepat hab halal logistik antarabangsa dengan siapnya projek Pelabuhan Darat Perlis atau PIP dan projek Pelabuhan Sanglang (SIJ). Insya-Allah, saya juga dimaklumkan akan ada satu kerjasama untuk menghubungkan Perlis dan Songkhla dalam masa terdekat untuk merancakkan hubungan ekonomi sempadan. Mohon kerajaan memudahkan urusan tersebut. Oleh itu, kerajaan perlu memperkasakan koridor di negara kita di mana negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan serta Terengganu perlu dihubungkan melalui pembentukan pembangunan Koridor Wilayah ECER dan NCER termasuk Pahang dan timur Johor. Saya juga ingin menyentuh isu pelancongan. Dato’ Yang di-Pertua, dengan adanya kerjasama multilateral antara negara-negara ASEAN, kita boleh mewujudkan semula konsep pelancongan berunsurkan Asian Trails yang memberi peluang kepada pengembara melancong ke pelbagai negara di rantau ini dalam satu perjalanan yang memberi nilai kebudayaan dan warisan yang cukup bermakna. Seperti mana gelaran Malaysia sebelum ini, the Truly Asian, slogan itu perlu dihidupkan semula. Usaha proaktif dan kolaboratif dalam meningkatkan kemasukan pelancong asing ke ASEAN perlu diseiringkan dengan peningkatan infrastruktur sokongan pelancong seperti lapangan terbang, lebuh raya dan laluan maritim agar lebih connectivity and accessibility terwujud. Daripada segi dasarnya adalah perlu bagi setiap negara yang ingin menjadikan industri pelancongan sebagai salah satu- enjin pertumbuhan ekonomi utama terus membangunkan industri pelancongan di negara masing-masing. Merujuk kembali pada Malaysia misalnya, pihak kerajaan perlu menyasarkan supaya industri pelancongan dijadikan sebagai salah satu- industri utama pembekal penting perolehan wang asing. Oleh itu, pelbagai usaha yang bersepadu perlu digerakkan bagi merangsang perkembangan industri ini. Pihak kerajaan perlu melibatkan diri secara langsung dalam industri ini di samping menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan penglibatan pihak swasta.
Padang Besar, Masjid Tanah.
Ya, teruskan.
Terima kasih Padang Besar. Saya tertarik dengan kenyataan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan pelancongan, bagaimana kita harus mengambul peluang untuk memberikan impak, tapi saya nak tengok pelancong Malaysia datang melawat ke Thailand pada tahun 2023 seramai 4.56 juta orang dan ini adalah jumlah yang tertinggi dalam ASEAN dan bagaimana kita nak tarik orang Thailand juga datang ke Malaysia sebagaimana tinggi nombor tersebut. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Padang Besar. Adakah pihak kementerian pelancongan ataupun Tourism Malaysia ada membuat kajian, belajar dari Thailand bagaimana mereka menarik kehadiran pelancong begitu ramai dan perlu ataupun tidak sekiranya tak ada kajian tersebut, perlu ataupun tidak diadakan kajian tersebut?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah dan tahniah juga atas kemenangan tadi. Terima kasih... [Tepuk] Soalan tu, Menteri lah jawab, saya tak jadi Menteri lagi. [Ketawa] Gurau je. Sebenarnya kita perlu strengthen balik, kita perlu, dengan izin, strengthen balik industri halal kita. Sebenarnya halal ini dia punya pasaran dia lebih besar dan yang tu yang kami bincang dengan Ahli Parlimen Thailand, tumpuan dia untuk mengambil hati orang-orang Islam adalah dengan fokus kepada halal. Insya-Allah antara benda boleh dicadangkanlah. Hasil yang akan datang- saya sambung. Hasil yang akan datang akan banyak terbina projek-projek pelancongan yang secara langsung memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu. Kerajaan di negara terlibat perlu membuat penilaian mengenai prospek industri ini di negara kita dan merangka dasar yang sesuai sama ada industri boleh dimajukan tahap yang lebih tinggi atau menjadi penyumbang penting kepada pendapatan negara khususnya pada perolehan wang asing. Mohon Yang Amat Berhormat Menteri juga menyelesaikan masalah dalaman kementerian secepat mungkin dan fokus kepada usaha ini bagi persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Mengambil kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Manoharan Periasamy atas pelantikan sebagai KP Tourism Malaysia yang baharu. Tugas Tuan lebih mencabar selepas ini. Terima kasih juga kepada Dato' Dr. Ammar atas khidmat bakti selama ini. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya menyentuh isu keterjaminan makanan. Seterusnya Titah Tuanku juga turut menggesa agar usaha meningkatkan pengeluaran makanan perlulah dilaksanakan secara tersusun agar tahap jaminan makanan negara mencapai sasaran. Berbicara tentang keterjaminan makanan, orang kampung saya asyik dok mengadu. YB, harga benih padi sekarang mahai, harga baja pun mahai, harga beras pun mahai. Ada juga mengadu, YB, kat kedai mana lagi kami nak dapatkan beras subsidi, yang dok ada la ni mahai. Keterjaminan makanan bukan sekadar bercerita tentang barang ada atau tak ada tetapi keterjaminan makanan juga berkisar tentang apa yang kita sediakan, adakah ia berkualiti, adakah ia selamat dimakan. Isu keterjaminan makanan ini akan terus berlarutan sekiranya pendekatan yang kerajaan ambil buat masa ini seolah-olah berundur ke belakang, tidak ada hala tuju yang jelas untuk memastikan bekalan makanan cukup di pasaran. Tuanku juga turut bertitah kos import sekarang mahal, sudah sampai masa kerajaan perlu usaha sendiri untuk mengeluarkan bahan mentah sendiri. Kadar import negara meningkat lebih pantas dari apa yang kita eksport. Bahasa mudahnya apa yang kita beli banyak daripada apa yang kita jual. Dengan nilai Ringgit yang semakin melemah berbanding USD, kos import akan terus meningkat. Sebagai negara yang banyak bergantung kepada perdagangan antarabangsa, itu bukan satu perkara yang baik.
Agenda food security negara tidak hanya tertumpu kepada food availability sahaja dengan izin, malah perlu fokus merangkumi food safety dan food integrity kepada industri pembuatan makanan dan pemprosesan makanan. Janganlah kita buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga, buat kerja asal ada, tapi kualiti tidak ada. Cadangan saya tanah-tanah berkeluasan strategik perlu dizonkan sebagai food security zone dengan dilengkapi penyusunan fungsi agensi-agensi cross-functional untuk menyokong tanaman- tanaman strategik bagi tujuan fokus dan mewujudkan Food Standards Agency (FSA). Antara tanaman alternatif untuk makanan yang saya cuba bawa ke Malaysia adalah sorghum yang sedang dilaksanakan di Thailand. Kesimpulan, akhir kata daripada saya Malaysia adalah sebuah negara yang berpotensi besar untuk pergi lebih jauh dengan kedudukan Malaysia yang strategik memungkinkan Malaysia untuk menjadi antara negara besar di ASEAN bertepatan dengan Titah Yang di-Pertuan Agong, Baginda menyeru agar kita bersatu hati, berganding bahu membangun negara kita bersama.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Cukup-cukuplah mengamalkan politik dendam. Kami pihak pembangkang walaupun tiada peruntukan sesen pun kami akan terus bekerja untuk membantu kerajaan membangunkan negara. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bak kata Buya Hamka, “Kalau hidup hanya sekadar hidup, kera di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja.” Dalam perbincangan dengan Jawatankuasa APPGM SDG, usaha menoktahkan kemiskinan akan menjadi realiti jika tiada campur tangan dan birokrasi politik. Negeri sempadan kebetulan juga adalah negeri yang ramai orang miskin. Merancakkan ekonomi sempadan secara tidak langsung membantu usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menoktahkan kemiskinan.
Sila gulung.
Sekian setakat itu daripada saya. Dengan ini saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Pertama sekali saya ingin ucap terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Titah julung dalam Dewan yang mulia ini. Puan Yang di-Pertua, Tuanku Agong telah menitah agar kerajaan merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni. Saya bersetuju sepenuhnya dengan titah cadangan Tuanku. Peribahasa Melayu berbunyi, bersatu teguh, bercerai roboh. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Slogan kata keramat kita, “Bersekutu bertambah mutu.” Rakyat Malaysia yang majmuk ini perlu ada perpaduan dalam negeri barulah kita mampu bersaing di pentas antarabangsa. Lima tahun yang lalu ketika saya menyampaikan perbahasan julung di Dewan yang mulia ini, saya telah pun membangkitkan isu yang serupa yakni kita harus melihat kemampuan rakyat Malaysia bertutur dalam pelbagai bahasa sebagai satu kelebihan.
Kepelbagaian kebudayaan adalah kekuatan kita bukan kelemahan. Jauh lagi penghalang perpaduan negara. Betul Malaysia bukan sebuah negara yang besar daripada segi saiz atau kependudukan. Kita berjiran dengan beberapa buah negara besar yang mempunyai kependudukan dominasi dalam kebudayaan masing-masing. Malaysia pula selalunya dipandang sebagai berada di pinggir tamadun besar, jauh dari pusat tamadun. Walau bagaimanapun, saya berbeza pandangan dalam isu ini. Malaysia sebenarnya merupakan axis mundi kerana kita terletak betul-betul di sempadan beberapa tamadun besar dunia. Melaka berkembang pesat 500 tahun dahulu kerana aktiviti perdagangan antara timur dan laut barat bertemu di sini. Sejarah merekodkan bahawa pada suatu ketika ada 84 bahasa kedengaran di jalan-jalan di bandar kuno Melaka. Dalam kata lain, kita sudah pun metropolitan sejak zaman bahari. Kebolehan rakyat Malaysia untuk menguasai pelbagai bahasa perlu diberi tumpuan. Sudah tentu kita harus memastikan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu terus diperkasakan. Seperti mana pertemuan tamadun dunia menghasilkan warisan yang begitu kaya dalam masyarakat majmuk Malaysia, pertemuan antara bahasa yang pelbagai dengan Bahasa Kebangsaan kita mampu menghasilkan cetusan buah fikiran yang hebat. Bayangkan kalau karya-karya unggul bahasa lain diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Jika ini berlaku, maka bahasa kebangsaan kita bukan sahaja menjadi bahasa yang lebih dinamik, mampu membawa gagasan dari pelbagai budaya malah bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu yang hebat. Dalam aspek ini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) boleh memainkan peranan utama untuk merangsang pasaran terjemahan ini. Dalam kita memastikan rakyat Malaysia mampu menguasai bahasa kebangsaan, kita tidak harus mengabaikan kemampuan rakyat Malaysia bertutur dalam pelbagai bahasa. Bayangkan sebahagian besar rakyat Amerika Syarikat cuma boleh memahami bahasa Inggeris. Manakala majoriti rakyat negara China hanya bertutur dalam bahasa Cina sahaja. Apabila dua kuasa besar ini bersaing, apakah peranan Malaysia dalam konteks antarabangsa zaman ini? Berbanding dengan negara-negara tersebut, rakyat Malaysia bukan sahaja mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, malah bahasa Inggeris, Cina, Tamil, Arab dan sebagainya. Sekarang lagi ada rakyat kita yang memang berbakat boleh berbahasa bertutur dalam tujuh, lapan bahasa lagi. Ada bahasa Korea, bahasa Jepun. Mampukah kita menjadi negara kita yang dihormati dengan kekuatan kepelbagaian bahasa dan budaya serta keupayaan diplomatik? Bayangkan Malaysia menjadi pendamai dunia kerana kita boleh mengajar dunia untuk hidup harmoni dalam kemajmukan kaum dan agama. Puan Yang di-Pertua, pada zaman ini kita tahu tak ramai orang lagi yang membaca buku iaitu walaupun saya ingin menggalakkan ITBM lebih banyak menerbitkan, mencetakkan buku, menggalakkan pembacaan buku, tetapi saya pun faham tak ramai minat lagi baca buku. Justeru lebih afdal kita tidak menggunakan lagi perintah larangan penerbitan buku. Antara tahun 1998 hingga 2023, sebanyak 781 penerbitan telah dikenakan tindakan perintah larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Untuk makluman sebenarnya jawapan yang diberikan kepada saya pada tahun yang lepas adalah 798 jilid buku yang dikenakan tindakan larangan tersebut, tetapi apabila saya buat carian di database KDN, saya dapat sahaja 781 jilid buku. Antaranya 348 jilid buku dalam bahasa Melayu. 246 jilid buku bahasa Inggeris. 135 jilid adalah bahasa Cina; 16 jilid bahasa Tamil; dan 28 jilid buku bahasa Indonesia. Lapan lagi buku dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, bahasa Korean dan sebagainya. Ini bermakna hampir 45 peratus buku yang dilarang terbitan adalah dalam Bahasa Kebangsaan kita. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah pun dikuatkuasakan selama 40 tahun. Tahun ini 40 tahun dah. Kita harus sedar akan perubahan zaman.
Pada hari ini orang yang berniat jahat mencapai bahan penerbitan sudah pun tidak lagi mencari sumber fizikal. Tak ada orang baca buku dah. Mahu bahan lucu ataupun mahu bahan lucah, online. Mahu sebar berita palsu, online juga. Mahu membuat provokasi isu 3R, juga online. Malangnya kita masih cuba sekat sini sana untuk bahan-bahan bentuk pencetakan. Ia hanya memberi satu persepsi negatif kepada orang awam bahawa penggunaan suatu bahasa dalam negara ini selalu dipantau dan disekat. Maka nanti akan ada orang yang membayangkan jikalau kita ingin mengajar ilmu pengetahuan atau berbincang dengan lebih mendalam tentang isu falsafah. Eloklah kita guna bahasa lain agar kita dipantau ataupun disekat. Ini sudah tentu memudaratkan bahawa kebangsaan kita. Puan Yang di-Pertua, kini Malaysia berada di persimpangan yang amat genting untuk membaharui struktur ekonomi negara. Ramai rakyat di luar sana ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat duduk dalam Dewan yang mulia ini meluahkan kebimbangan mereka terhadap nilai Ringgit. Namun ramai sebenarnya tidak tahu bahawa nilai mata wang bukan satu-satunya penanda bagi menaakul kesihatan ekonomi suatu negara. Di sini saya petik dua perkara sahaja untuk menunjukkan keadaan negara yang sebenar.
Pertamanya pinjaman kerajaan dalam mata wang asing pada tahun 2023 hanya adalah 2.1 peratus dan kalau kita berbandingnya dengan tahun 1997. Ketika itu, pinjaman negara, pinjaman kerajaan dalam mata wang asing adalah 21.7 peratus. Jadi, perbezaan 10 kali- ganda. Kedudukan kita sekarang jauh lebih selamat berbanding dengan situasi dulu. Kedua, non-performing loan, dengan izin. Pada tahun 1997 iaitu ketika krisis kewangan Asia adalah 18.6 peratus. Tahun lepas tahun 2023, 1.65 peratus sahaja. Paling penting, eksport negara kita bertambah baik, sejak suku keempat tahun lepas. Pertumbuhan eksport kasar negara telah mencatat trend positif iaitu 8.7 peratus pada bulan Januari tahun 2024, baru-baru ini. Sememangnya, tugas kita sebagai wakil rakyat ialah untuk memantau dan mengimbangi dasar-dasar kerajaan. Namun, memuji biar berpada, mengkritik biar berhemah. Jangan kita melampaui batas dengan melontar kenyataan yang tidak benar sehingga menjejaskan sentimen pelaburan negara kita. Biarlah kita memberikan kritikan yang konstruktif. Puan Yang di-Pertua, dalam pada itu saya juga bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi mengurangkan pembaziran. Umpamanya, bilangan kenderaan diesel hanya meningkat kurang daripada tiga peratus sejak tahun 2019. Namun jualan diesel subsidi– bersubsidi meningkat sebanyak 40 peratus. Ini adalah salah satu contoh bahawa kita perlu ambil tindakan drastik supaya wang cukai rakyat sampai kepada golongan yang layak dan bukan dicuri atau diseludupi. Rentetan pelaksanaan dasar subsidi bersasar, saya juga berharap kerajaan akan melakukan pembaharuan dasar pengangkutan yang drastik. Wang yang berjaya dijimatkan berikutan pelaksanaan subsidi bersasar harus dilabur semula untuk menambahbaikkan pengangkutan awam di seluruh negara, bukan sahaja di Lembah Klang. Tanpa penambahbaikan sistem pengangkutan awam di bandar sekunder dan luar bandar, rakyat kita masih terpaksa bergantung kepada mode pengangkutan peribadi. Dalam keadaan ini, sebarang pengurangan subsidi petrol sudah tentu akan memberi impak yang sangat-sangat berat kepada semua. Saya masih lagi ingat lirik lagu patriotik lama. Saya tak pandai nyanyi seperti Puan Yang di-Pertua. Tak merdu, tak sedap. Jadi, saya petik lirik sahaja. “Kampung ku sudah berjaya, Pembangunan sekeliling, Ada jentera, ada kereta Proton Saga, Sawah pagi menguning”.
Sedap lagu tu tetapi saya tak pandai nyanyilah. Maaf. Ya, kita bangga menghasilkan kenderaan negara sendiri. Namun, pandangan bahawa milikan kenderaan peribadi itu satu petunjuk kekayaan negara harus berubah. Kita lihat di negara-negara maju. Rakyat mereka tak kira pendapatan atau pangkat menggunakan pengangkutan awam. Pemilikan kenderaan peribadi bukan keperluan asas...
Sila gulung.
Saya akan gulung. Rakyat tidak diperlu dibebani hutang pinjaman semata-mata kerana dia ada pengangkutan yang efisien untuk bergerak, terutamanya ulang-alik antara tempat kerja dan rumah. Jadi, akhir sekali, pembaharuan dasar ekonomi dan pasaran perlu dilakukan secepat mungkin. Justeru, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini akan memberi tumpuan untuk membicarakan perkara yang akan manfaatkan negara kita dalam jangka masa panjang. Bukan membuat provokasi yang memecah belah masyarakat kita. Dengan itu, sekali lagi saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, saya merakamkan penghargaan setinggi-tingginya merafak sembah ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sewaktu merasmikan Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas baru-baru ini. Dalam Titah ini, ada beberapa perkara yang penting yang akan saya kemukakan dalam perbahasan ini untuk sama-sama kita membina negara yang kita sayangi ini. Yang pertamanya di perenggan yang keempat. Yang di-Pertuan Agong menyebut berkenaan dengan mustahaknya berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Di sini saya ingin mengingatkan kepada semua- rakan-rakan Ahli Parlimen yang dilantik dan dipilih oleh rakyat di dalam negara kita yang berbilang kaum ini. Situasi demokratik di dalam negara kita ini sangat perlu. Kita bukan lagi berada pada zaman dahulu kala. Zaman yang tidak kenal erti Demokrasi Berparlimen dan seumpamanya. Dalam Parlimen kita, saya sangat menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kluang sekejap tadi. Kita mempunyai bangsa yang berbagai-bagai dan kita mempunyai kekuatan yang berbagai-bagai di dalam negara kita. Bukan bermakna yang layak mentadbir, memerintah negara ini di sebelah kerajaan sahaja. Tidak. Di sebelah sini, kita pun pernah menjadi kerajaan. Kalau saya nak sebut waktu kita menjadi kerajaan, Ringgit Malaysia ini tidak menjunam turun. Walaupun Ringgit Malaysia dari tahun ke tahun, sebagaimana yang disebut, pernah dia semakin menurun, semakin menurun, tetapi sekarang ini adalah situasi yang paling parah di dalam negara kita yang implikasinya terlalu teruk, terutamanya untuk rakyat miskin di dalam negara kita. Jadi, sebab itu, apabila kita mempunyai kekuatan tersendiri. Laluan? Sila, sekejap.
Sedikit. Terima kasih kepada YB Pasir Puteh. Jadi, sama ada YB setuju tak sebenarnya masalah penurunan nilai mata wang Ringgit ini bukan masalah sekarang sahaja, tetapi sebenarnya dia telah berlaku sekurang-kurangnya dua dekad? Selama 20 tahun lebih dah. Jadi, ini sebenarnya adalah salah satu isu, satu masalah struktur ekonomi kita.
Ya, ya. Saya faham.
Dan setiap kerajaan, kesemua di sini pernah jadi kerajaan. Jadi, kita tak perlu menuding jari. Kita perlu bekerjasama tak kira kerajaan ke Pembangkang. Bekerjasama untuk membina semula negara khasnya untuk reform ekonomi kita.
Ya,ya. Tanya sahaja. Itu bukan tanya itu...
[Dewan ketawa]
Saya kira- saya tadi menyokong pandangan daripada Kluang, tapi dia bangun, dia menentang saya...
[Dewan ketawa]
Saya kira Kluang...
Saya minta pandangan sama ada setuju...
Saya tak bagi laluan. Duduk dulu. Saya nak bagi tahu. Duduk dulu. Saya rasa Kluang mesti mempelajari konsep ekonomi. Kalau mata wang ini turun, ia memberi seribu satu macam petanda aras kepada ekonomi negara. Kluang mesti faham perkara ini. Jangan Kluang duduk di sebelah kerajaan, mempertahankan apa jua yang ada pada kerajaan. Saya menyatakan bahawa penurunan nilai ringgit ini salah satu daripada petanda. Jadi, sebab itu saya harap pihak kerajaan mesti lebih demokratik untuk kita membina semula ekonomi negara kita ini. Di mana kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen yang latar belakangnya berbagai-bagai. Mungkin Kota Raja, dia mempunyai hubungan dengan Vietnam, dengan Kemboja rapat mungkin. Kami sebelah ini mempunyai hubungan dengan Middle East yang kuat. Rakan- rakan daripada yang berbangsa Cina mempunyai hubungan dengan China dan ada rakan-rakan mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara di sebelah Eropah. Mengapakah tidak kita garapkan secara rasmi atas suara kerajaan itu sendiri untuk kita menarik pelabur-pelabur yang datang dan melabur di dalam negara kita secara bersungguh-sungguh?... [Tepuk]
Saya kira negara kita ini sudah cukup kekuatan yang ada dan kita berhentilah berpolitik membabi buta sebagai mana pada hari ini. Kita mesti menghormati pandangan yang berbeza di antara pembangkang dan seumpamanya. Tadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan dia sebut, saya tidak nak ini- dia kata, fikirlah kita bercakap dalam masa 12 minit ini untuk kita fokus kawasan, kah apa? Saya nak sebut, berapa kali kita fokus kawasan, apa tindakan yang diambil oleh kerajaan kepada pihak Pembangkang di kawasan yang kita suarakan kepada kerajaan. Ini sikap yang berlaku dalam negara kita dan sikap yang seumpama inilah menyebabkan pelabur- pelabur asing seluruh dunia sebenarnya meletakkan tanda soal yang banyak pada Malaysia. Ikhlas saya sebut. Saya juga mempunyai rakan-rakan yang ramai daripada negara-negara luar. Saya duduk, saya belajar 10 tahun di negara-negara luar. Ini persoalan kita. Jadi, sebab itu kita kena balik semula kepada saranan yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam ucapan supaya ekonomi negara kita ini kita dapat bina bersama dan persefahaman di dalam Parlimen ini mesti digarap bersama. Ada perkara yang kita kena ingat, rakan-rakan banyak sebut, peruntukan apa semua sekali. Saya nak bagi tahu, nak bagi, sila bagi dan insya-Allah ia akan memberi input yang baik kepada negara. Kalau tak nak bagi, kita pun bukan pelahap sangat. Kami Pembangkang, terutama daripada PAS, kami bangkit, kami bangun puluhan tahun yang lampau tanpa kekuatan kewangan pun. Hari ini kita menjadi parti yang paling besar di dalam Parlimen ini. Kita ada 43 Kerusi dan tidak ada dalam rakan-rakan PAS ini yang melompat ke sana ke sini, tidak ada. Ini kita kena ingat. Jadi, sebab itu saya nak sebut bahawa pelaburan, kita mesti fokus sungguh- sungguh dan kami berlapang dada, insya-Allah. Kalau untuk menarik pelabur-pelabur asing masuk di dalam negara kita ini, insya-Allah kami berlapang dada.
Kedua, yang kami nak sebut untuk kita tingkatkan semula daya saing ekonomi. Negara kita ini negara pertanian. Negara pertanian. Kita fokuskan betul-betul kepada pertanian. Sekali lagi saya sebut, SSL negara kita menurun kali ini. Insya-Allah, Menteri ada di hadapan kita. Kalau kita garap bersama, insya-Allah kita boleh naikkan semula SSL bekalan makanan di dalam negara kita ini secara berstrategik. Jadi, kita kena fikir dalam bidang pertanian ini, apa agenda yang baharu yang perlu kita kena buat. Jangan kita buka fail yang lama, kemudian kita sambung sahaja kerja lama. Kita mesti mempunyai pemikiran berdaya saing yang lebih maju. Dalam semua sektor, semua bidang, semua kementerian yang ada ini, sepatutnya Menteri-menteri yang ada pada hari ini mereka boleh mengemukakan agenda-agenda yang baru untuk negara kita yang boleh melonjakkan ekonomi negara. Dengan maaf, saya bukan semata-mata nak mengkritik tapi nak menyedarkan. Nak menyedarkan. Ada kalanya kadang-kadang tindakan daripada Menteri kita ini seolah- olah saya tengok tidak membangun. Pecat Ketua Pengarah yang boleh- saudara saudari sekalian, kita kena terbuka, perbezaan pandangan sedikit sebanyak. Ini lah amalan yang biasa. Allah tidak buat dua orang manusia ini sama semua, tak buat. Walaupun kita dengan isteri. Walaupun kita dengan anak kita. Maka, sebab itu jangan ada tindakan- tindakan yang boleh merugikan negara. Bahkan, saya dengar Menteri yang sama ini tak masuk pun Dewan Negara memberi jawapan. Banyak- negeri-negeri di Malaysia ini tak dipijaknya lagi. Macam mana dia nak promosi pelancongan yang menjadi daya saing sepatutnya di dalam negara kita. Cuma mungkin bila keluar di medsos, dia mula pergi ke negeri yang dia tak pergi, tapi pergi pun saya lihat, dengan maaf, saya bukan nak mengata. Tidak ada satu agenda yang baru dan tidak ada program yang baharu yang mampu menjana kekuatan pelancongan di dalam negara kita. Sekadar pergi melawat. Lebih baik tak pergi. Dengan bahasa yang mudah. Jadi sebab itu, kita kena ada satu pelan, ada satu perancangan yang rapi untuk kita menjamin kekuatan negara kita. Ketiga, saya ingin sebut sikit. Sudah tiba masanya negara kita ini untuk kita jadikan sebuah negara industri. Kalau kita nak mengharap kita sentiasa beli daripada negara orang, tak ke mana-mana kita. Satu hari kita akan ketinggalan. Senjata kita beli dengan orang. Teknologi, kereta, motor, kenderaan, duduk mai ambil-ambil dengan negara orang, model itu, model ini ambil, pasang semula, tempat kita sekadar itu sahaja. Adakah rakyat kita tidak berteknologi? Saya rasa yang ada di Jepun- rakyat di Jepun, mereka belajar di universiti yang sama yang dipelajari oleh rakyat di Malaysia. Rakyat di Amerika pun dia belajar di universiti yang sama sebagai mana yang rakyat Malaysia belajar, tapi kerajaan seharusnya meletakkan rakyat ini di posisi yang tepat. Posisi yang sebenar. Baharulah rakyat kita ini dia boleh berinteraksi dengan keintelektualan yang ada di dalam kepala dia. Itu harapan saya. Masa sudah habis. Satu sahaja yang terakhir Puan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pertindihan kuasa antara Persekutuan dengan negeri, terutamanya akta dengan enakmen. Saya minta supaya pihak kerajaan menyelesaikan perkara ini secara cepat dan secara yang menyeluruh supaya tidak berlaku benda-benda yang tidak baik kerana benda-benda yang berlaku sebelum daripada ini, walaupun kita tengok dia betul daripada segi mungkin hujah dia kata tidak boleh bertindih di antara dua kuasa, yes, tapi kena ingat, dia punya risiko, dia punya kepercayaan dia, dia punya tanggapan, boleh jadi orang panggil berlaku situasi yang tidak baik dalam negara kita. Jadi sebab itu, saya mengharapkan pihak kerajaan mengambil satu inisiatif yang sebaiknya dan kalau nak gubalkan ini- kalau perlukan pakar-pakar, terutamanya syariah di sebelah pembangkang ini, kita bersedia bila-bila masa untuk kita bagi khidmat untuk negara kita. Akhirnya, saya ingin baca serangkap pantun. Negara dilema rakyat pasrah, Rakyat berduka tambah merana; Suara bergema menentang rasuah, Perasuah pula memimpin negara.... Wallahu’alam
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Balik Pulau untuk menyertai perbahasan menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di dalam Dewan yang mulia ini. Saya mewakili rakyat Balik Pulau khususnya, merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku atas pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Ke-XVII dan terima kasih atas nasihat Tuanku kepada kami baru-baru ini. Saya mulakan dengan dua rangkap pantun. Bunga seroja corak ukiran, Hujungnya patah liuk berliku; Titah Diraja patik sembahkan, Menjunjung kasih Titah Tuanku. Kuntum tersorok si bunga hutan, Hujung berliku warna berahi; Apa yang buruk jadikan ingatan; Nasihat Tuanku sabar patuhi. Tuan Yang di-Pertua, tempoh ini merupakan tempoh yang mencabar bagi ekonomi global serta Malaysia. Diasak oleh pelbagai faktor seperti ketegangan geopolitik, pengetatan dasar monetari bagi menangani inflasi serta peningkatan risiko kelembapan ekonomi di serata dunia.
Perkara ini lagi disukarkan oleh ketidaktentuan yang dialami oleh negara-negara utama yang turut dirasai oleh negara-negara sedang pesat membangun selain menjejaskan dinamik dagangan yang sedia mencabar akibat ketegangan perdagangan yang berlarutan. Walau bagaimanapun, seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bahawa struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai serta asas kukuh yang dibina selama ini telah meningkatkan daya tahan ekonomi serta meletakkan negara di landasan pertumbuhan yang stabil. Pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan sebanyak 3.7 peratus. Jumlah pelaburan juga meningkat sehingga 23 peratus kepada RM329.5 bilion dan kadar inflasi juga sebanyak 2.5 peratus pada tahun lalu. Insya-Allah, unjuran kenaikan KDNK untuk tahun ini 4.5 hingga 5.5 peratus dapat direalisasikan. Saya berharap Kerajaan Perpaduan terus kekal mengambil pendekatan yang proaktif dalam melaksanakan agenda pembaharuan untuk memperkukuh daya saing negara sebagai sebuah ekonomi yang mampan sejajar dengan keperluan semasa. Saya ingin menyentuh Tahun Melawat Malaysia 2026. Puan Yang di-Pertua, pelancongan adalah satu bahagian yang penting dalam mana-mana ekonomi kerana ia membawa masuk wang asing daripada luar. Ketibaan pelancong asing akan merancakkan aktiviti ekonomi tempatan dari penginapan, F&B, perkhidmatan pengangkutan, pertunjukan kesenian dan kebudayaan telah secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan telah menetapkan sasaran 26.1 juta orang pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sejumlah RM97.6 bilion untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 dalam Belanjawan 2024 tempoh hari. Untuk tahun lepas, kita menerima pelancong luar seramai 20.1 juta, mengatasi sasaran 19.1 juta dan jumlah pendapatan RM71.3 bilion.
Cuma, di sini saya ingin memohon supaya Menteri Pelancongan dapat menjelaskan angka yang diumumkan oleh beliau sendiri sebelum ini, iaitu 26 juta orang pelancong asing daripada 1 Januari hingga 15 November 2023. Tak sama dengan jumlah yang dilaporkan. Jumlah ini saya rasa kurang tepat dan perlu dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini. Daripada jumlah yang disebut, separuh adalah daripada pelancong Singapura. Saya ingin memohon supaya Kementerian Pelancongan dapat memberi fokus, menumpukan membawa pelancong-pelancong yang berbelanja tinggi, iaitu high-spending tourist, terutama daripada Timur Tengah dan juga dapat memberi tumpuan untuk memperkasakan MyCEB untuk melobi dan membawa MICE ataupun aktiviti yang berunsurkan business ataupun event ataupun business event ke negara kita kerana pelancong perniagaan akan berbelanja tiga kali lebih daripada pelancong biasa. Begitu juga dengan pasaran dari India kerana sebelum ini mereka hanya transit di KLIA sebelum ke Australia, New Zealand, Bali dan sebagainya. So, pakej transit boleh ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tempatan seperti apa yang dibuat oleh Qatar Airways ataupun Emirates di Timur Tengah. Puan Yang di-Pertua, Tahun Melawat Malaysia 2026 ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI komited untuk merangsang sektor pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, saya faham pelbagai promosi mempromosi produk dan perkhidmatan bakal diuar-uarkan untuk menarik pelancong datang ke Malaysia melalui TMM 2026 itu. Oleh itu, saya berharap penekanan kepada kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam perlu disegerakan supaya setiap kemudahan asas di lokasi pelancongan dapat memenuhi jangkaan dan harapan pelancong yang datang ke negara ini. Selanjutnya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 akan membuka banyak peluang ekonomi dan peluang tersebut haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita harus memastikan persediaan yang rapi dan teliti dibuat untuk Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Peluang ini juga akan membolehkan sektor pelancongan memperkukuhkan daya saing negara, mempromosikan budaya dan warisan dengan menonjolkan keunikan dan kepelbagaian Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai batik Malaysia. Saya difahamkan jualan batik Malaysia pada tahun 2023 telah mencapai rekod jualan iaitu sebanyak RM100 juta. Ini satu angka yang cukup membanggakan. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada pelbagai pihak, terutama kepada Kraftangan Malaysia, pengusaha-pengusaha batik Malaysia dan Kerajaan Malaysia yang menggalakkan penjawat-penjawat awam memakai batik Malaysia setiap hari kerja. Saya cuma terkilan kerana apabila pihak Dewan tidak membenarkan kami Ahli Parlimen memakai batik Malaysia setiap hari bersidang. Cuma, saya terkilan juga apabila melihat pakaian seragam bentara yang baru-baru ini sepatutnya mempunyai elemen seni budaya Malaysia seperti batik dan songket... [Tepuk] Namun, warna tangerine terang-benderang yang ditampilkan...
Betul, betul, betul.
Jadi, saya harap supaya pihak Dewan dapat menimbang semula pakaian mereka kerana mereka sendiri datang dekat saya...
Balik Pulau, boleh celah sikit?
Boleh. Silakan.
Terima kasih bangkitkan fasal pakaian. Saya terima juga aduan daripada bentara segan nak pakai baju kuning. Pening kepala tengok. Terima kasih.
[Ketawa] Insya-Allah, masukkan sebagai sebahagian ucapan. Puan Yang di-Pertua, seterusnya, topik keterjaminan makanan. Keterjaminan makanan menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan global. Terima kasih kerana Menteri juga berada di sini. Berdasarkan Indeks Keterjaminan Makanan Global (GFSI) 2022, Malaysia berada di tangga ke-41 daripada 113 buah negara dengan skor 69.9 dan di tangga kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asia Tenggara. Sungguhpun aspek bekalan makanan, khususnya bagi keperluan tempatan, sentiasa terjamin dan mencukupi pada masa ini, cabaran yang dihadapi kerajaan kini bukan kepada bekalannya semata-mata, sebaliknya harga produk import di pasaran sering berdepan tekanan kenaikan berterusan. Saya berharap kerajaan mempunyai wawasan jelas mengenai keterjaminan makanan terutama selepas mengambil iktibar daripada konflik Rusia-Ukraine dan kesannya terhadap rantaian bekalan makanan. Ini dikatakan kerana indikator keterjaminan makanan negara pada hari ini bukan semata-mata melihat beberapa tan sayur dan daging dihasilkan dan tersedia dijual di pasaran, sebaliknya kos rantaian pembekalan yang mempengaruhi harga pasaran perlu diambil perhatian kerana rakyat akhirnya akan mencongak berapa harga dibeli, bukan berapa banyak bekalan tersedia di pasaran. Saya juga berharap tahap keterjaminan makanan Malaysia kekal stabil dan bekalan makanan dalam negara diyakini mencukupi bagi menampung keperluan domestik dan perancangan holistik serta hala tuju pembangunan industri agromakanan negara perlu dilaksanakan bagi tempoh yang akan datang. Seterusnya, saya ingin menyentuh ekonomi jingga- orange economy. Tidak ada kena mengena dengan baju bentara. Ekonomi jingga bermaksud kepada impak ekonomi dari industri kreatif seperti seni visual, muzik, filem, fesyen, design dan literature, dengan izin. Di Malaysia, ekonomi jingga memberi sumbangan yang besar kepada KDNK negara dan merupakan satu sektor yang berkembang pesat. Kejayaan South Korea sebagai salah satu kuasa ekonomi besar dunia adalah kerana mereka berjaya menggabungkan industri kreatif dengan teknologi terkini. Mereka bukan hanya eksport produk-produk seperti elektronik, telekomunikasi dan automotif, tetapi mereka juga berjaya mengeksport budaya mereka seperti F&B, K-drama dan K- pop. Setiap acara perniagaan atau trade exhibition di Korea, mereka akan selitkan persembahan kesenian dan budaya mereka. Industri kreatif dan budaya boleh memacu inovasi, membentuk identiti dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kerajaan MADANI mengiktiraf, acknowledge ya, dengan izin, ekonomi jingga sebagai industri yang strategik dan menyasarkan sumbangan RM32 bilion kepada KDNK dalam tahun 2025. Industri ini dapat membuka ruang dan peluang kepada kelompok masyarakat yang berbakat, terutama generasi muda untuk berkarya sama ada dalam aspek multimedia, seni budaya dan warisan budaya dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. Penggiat seni dan industri jingga perlu mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan untuk menggiatkan agenda seni dan kreatif negara bagi memelihara industri kreatif dan tradisi kesenian yang unik negara kita. Saya melihat kerajaan boleh membuka ruang penglibatan pihak ketiga seperti penggiat industri kreatif, NGO dan sebagainya untuk membolehkan asimilasi industri kreatif berlaku dengan sektor dan industri lain.
Dengan ini saya percaya Malaysia dapat memperkukuhkan ekonomi jingga negara lantas memberi manfaat kepada penggiat industri kreatif sendiri. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin sentuh mengenai isu di kawasan saya iaitu mengenai asrama pekerja asing.
Saya ingin menarik perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya dapat melihat semula kepada kebimbangan penduduk Teluk Kumbar dalam Kawasan Parlimen saya, atas cadangan beberapa pemaju yang mahu membina asrama-asrama pekerja asing seramai 8,000 dan 30,000 penghuni, yang melebihi penduduk tempatan. Ini boleh mengakibatkan ketidakseimbangan sosial dan akan membawa pelbagai masalah. Seharusnya, pemaju dibenarkan membina asrama mereka di dalam kawasan perindustrian supaya mereka lebih banyak kemudahan, memberi banyak lebih kemudahan kepada majikan dan pekerja. Jadi, saya berharap KPKT dapat mempertimbangkan kelulusan DO di dalam kawasan Parlimen Balik Pulau berkenaan dengan asrama pekerja asing. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Saya menjunjung penuh Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Marhum Sultan Iskandar. Pelbagai perkara telah dititahkan oleh Baginda yang seharusnya menjadi pedoman dan panduan buat kita- semua dalam menggalas tugas memimpin umat serta rakyat dan negara ke arah kesejahteraan. Mewakili rakyat Parlimen Pokok Sena, kami merafak sembah tahniah kepada Tuanku atas lantikan dan menjunjung kasih atas Titah. Puan Yang di-Pertua, saya tertarik untuk menyentuh sebahagian daripada petikan Titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang telah diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen perundangan tertinggi dalam negara. Baru-baru ini timbul kegusaran di kalangan rakyat berkaitan dengan isu kedudukan enakmen syariah dan juga Mahkamah Syariah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin. Saya tidak berhajat untuk mengulas keputusan berkenaan. Namun, apa yang membimbangkan adalah kedudukan enakmen syariah dan Mahkamah Syariah yang terdedah kepada cabaran sehingga di batal sebahagian seksyen. Kita harus faham bahawa pindaan Perkara 121(1A), Perlembagaan Persekutuan yang digerakkan oleh tokoh perundangan Islam ketika itu. Antaranya Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim adalah bagi membuka denai awal mengangkat martabat Mahkamah Syariah dalam negara. Walau bagaimanapun, masa yang berlalu menunjukkan keadaan yang sebaliknya. Ia bukan makin meneguhkan kedudukan mahkamah dan enakmen syariah, bahkan semakin disempitkan, keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Justeru, yang pertama saya ingin menegaskan bahawa kami bersedia menyokong langkah kerajaan untuk membentang pindaan Akta 355 sebagai langkah awal bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah diangkat semula dalam negara. Sila bentang, kami akan sokong, insya-Allah. Kesediaan ini bertepatan dengan kehendak Allah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan jangan kamu sekali-kali bertolong-tolongan dalam melakukan dosa maksiat dan pencerobohan (Al-Maidah: 2)”. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua berkenaan dengan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam. Saya mengharapkan agar keanggotaan turut dibuka kepada pemegang taruh di peringkat negeri khususnya Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Ini bagi memastikan suara di peringkat negeri yang terlibat secara langsung dalam isu ini tidak dipinggirkan.
Ketiga, selain isu cabaran perlembagaan dan keabsahan enakmen syariah negeri, kita juga berhadapan dengan kes-kes yang berkaitan dengan hukum syarak yang dibicarakan di mahkamah sivil. Kes-kes sebegini juga termasuk dalam spektrum pertembungan bidang kuasa mahkamah sivil dan Syariah yang melibatkan kes-kes yang besar seperti kes pengislaman sepihak mahupun kes bin Abdullah dan lain-lain. Dalam perkara ini, saya suka untuk memetik pandangan Tun Abdul Hamid dalam isu ini supaya membenarkan hakim syarie bersidang bersama dengan hakim-hakim yang lain di mahkamah sivil. Ini bagi memastikan sesuatu kes yang melibatkan kepentingan syarak dapat dibahaskan secara seiring, berpandukan pandangan syarak mahupun peruntukan dalam akta tertentu. Ini mohon pandangan dan respons daripada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini masih tidak nampak jelas perancangan strategik kementerian untuk menangani isu kos sara hidup. Apa yang ada di hadapan kita adalah satu demi satu langkah menaikkan cukai serta pengurangan subsidi barangan sedikit demi sedikit. Malah, tidak kelihatan di mana bersasarnya pemberian subsidi sebagaimana yang kerajaan sering ulang iaitu perubahan dasar kepada subsidi pukal kepada subsidi yang bersasar. Saya tidak mempunyai masalah dengan pemberian subsidi bersasar kerana kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pemberian subsidi kepada rakyat. Namun, dalam masa yang sama kita bimbang, kesal, langsung ketiadaan mekanisme yang strategik bagi melaksanakan subsidi bersasar. Akhirnya, sedikit demi sedikit rakyat yang menjadi mangsa utama. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita perhatikan jumlah hasil yang disatukan negeri hanya berjumlah RM35.2 bilion pada tahun 2022 berbanding hasil yang dikutip di peringkat Persekutuan mencecah hampir RM300 bilion. Jurang ini masih terlalu besar. Apatah lagi jika kita membandingkan satu negeri dengan negeri yang lain. Tidak termasuk dalam konteks pemberian khas seperti royalti petroleum serta perjanjian pajakan Pulau Pinang-Kedah. Dalam konteks ini terdapat dua perkara yang boleh diperhatikan. Pertama, adalah menilai semula kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan pada Jadual Kesepuluh pemberian dan sumber hasil yang diserahhakkan kepada negeri iaitu pada Bahagian I yang menyentuh pemberian ikut kepala. Pemberian geran per kapita ini tidak dinilai semula sejak kali yang terakhir dipinda pada tahun 2002. Satu lagi adalah pada Bahagian III berkaitan sumber hasil yang diserahhakkan kepada negeri. Kedua, adalah menilai semula pada kerangka pemberian Persekutuan kepada negeri disebabkan oleh negeri kehilangan sumber pendapatan yang besar kerana berkorban menyumbang kepada kepentingan negara. Sebagai contoh, kami di Kedah kehilangan sumber pendapatan guna tanah komersial kerana mempertahankan tanah sawah padi yang menyumbang lebih daripada 40 peratus padi dan beras negara. Saya memohon agar perkara ini teliti dengan lebih mendalam oleh kerajaan supaya kedua-dua peringkat kerajaan ini dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan lebih stabil. Puan Yang di-Pertua, lanjutan isu tanah sawah yang dikorbankan oleh Kedah. Suka juga untuk saya bangkitkan tentang keluhan pesawah. Pengusaha tanah sawah yang tidak berkesudahan. Masih banyak isu pesawah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Kami di Kedah dan juga rakan-rakan di Perlis, lebih 50,000 orang pesawah terus membanting tulang mengerjakan tanah bendang. Mereka setia memerah keringat demi memberi makan kepada rakyat Malaysia. Namun, pelbagai isu padi yang muncul, sebagai contoh, terputus bekalan benih padi sehingga pesawah tidak dapat melaksanakan kerja menabur benih. Harga benih padi yang tidak terkawal, kualiti benih padi yang buruk, langsung tidak bercambah apabila direndam di dalam air. Harga belian padi yang turun mendadak selepas dinaikkan. Itu adalah sebahagian daripada contoh-contoh permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
Namun, apa yang menarik, pesawah kita tetap tabah walaupun isu demi isu muncul dalam industri padi, mereka tetap mengerjakan sawah. Kata orang Kedah, pesawah petani tidak pernah serik untuk menanam padi. Inilah kehebatan mereka. Kerana mereka sedar tanggungjawab mereka besar sebagai penyumbang utama sektor makanan negara. Namun, apakah pula tanggungjawab kerajaan kepada mereka? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon perhatian daripada beberapa kementerian dan agensi yang bertanggungjawab seperti KPKT dan JPS untuk melihat dengan lebih dekat isu yang kerap melanda beberapa buah tempat dalam kawasan saya, Pokok Sena. Saya sering kali menerima aduan daripada penduduk setempat dan menghayati sendiri apa yang mereka alami iaitu mengenai masalah kejadian banjir yang kerap berlaku dan telah menyebabkan kerugian kepada mangsa, termasuk di kalangan peniaga disebabkan banjir yang sering berlaku. Oleh itu saya mohon agar perhatian dapat diberi secara khusus untuk menilai faktor dan punca kepada kejadian dan kaedah-kaedah serta langkah penyelesaian sebagai jalan keluar yang boleh digerakkan seiring di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan berkaitan dengan isu jalan Persekutuan dalam kawasan saya di Pokok Sena yang perlu diberi perhatian oleh kementerian yang berkaitan. Sebagai contoh Jalan Langgar, jalan utama di Bandaraya Alor Setar, sudah lima tahun tidak diturap semula. Banyak kerosakan, bahu-bahu jalan juga berlubang dan tidak sekata, mengharapkan perhatian. Mudah-mudahan apa yang kita bangkitkan dapat menyelesai dan menjamin kesejahteraan rakyat di tempat kita. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Luar, Wisma Putra serta NGO- MyAqsa Defenders dan sebagainya telah bertungkus-lumus mengangkat suara rakyat Malaysia dalam sesi pendengaran awam di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini. Kita mengharapkan agar mesej-mesej perjuangan rakyat Palestin terus diperdendangkan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memastikan isu ini sentiasa bugar dalam ingatan dan doa kita semua. Walaupun kita memahami proses pengadilan ini masih panjang, bahkan Israel juga turut berdepan pendakwaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, namun tekanan demi tekanan menggunakan instrumen institusi antarabangsa ini wajar diteruskan bagi memastikan Israel dan sekutunya menghentikan kezaliman tersebut. Inilah suara yang terus kita sampaikan, mesej yang terus kita angkat, agar mendapat perhatian daripada semua pihak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Igan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali Igan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Igan untuk berbahas Usul Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Puan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya terus kepada perkara-perkara yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan kali ini. Pada perbahasan kali ini Igan ingin membangkitkan lagi dan lagi mengenai isu pendidikan di Sarawak, khususnya berkenaan dengan masalah kekosongan guru yang sangat kritikal yang perlu perhatian segera daripada Kementerian Pendidikan. Saya maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan amat mengambil berat isu ini. Saya memohon agar isu kekurangan guru yang kritikal ini dapat diatasi dengan segera.
Untuk makluman, setakat bulan Januari 2024, Sarawak masih lagi mengalami kekosongan guru seramai 2,478 orang di mana 2,200 orang guru sekolah rendah dan 278 orang guru sekolah menengah, termasuk 107 orang guru sekolah rendah dan enam kekosongan guru sekolah menengah di kawasan Parlimen saya di bawah seliaan PPD Daro. Datuk Yang di-Pertua, ini satu jumlah yang besar dan sudah pasti memberi impak yang buruk kepada prestasi akademik para pelajar, khususnya di luar bandar. Malah, terdapat 52 buah sekolah rendah yang masih belum ada Guru Besar dan 10 buah sekolah menengah yang masih tiada pengetua termasuk 10 Guru Besar dan satu Pengetua di Kawasan Parlimen saya. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya ingin tahu, apakah perancangan Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah kekurangan guru ini? Saya memohon agar Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengambil berat dan memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu yang sangat-sangat kritikal ini. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana penempatan seramai 1,108 orang guru baharu di Sarawak pada Disember tahun lepas menempatkan seramai 602 orang anak tempatan Sarawak di mana seramai 268 orang mengajar di sekolah rendah dan 334 orang mengajar di sekolah menengah. Puan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada 1,108 orang guru baharu berkenaan, berapa orangkah yang menolak tawaran dan apakah alasan yang diberikan dan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan? Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai penurunan enrolmen pelajar ke aliran sains (STEM) di Sarawak. Mengikut data yang saya ada, sejak tahun 2017 hingga 2023 tiada peningkatan yang drastik para pelajar memasuki aliran STEM ini iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sedangkan Sarawak telah meletakkan sasaran 60 peratus pelajar mengikuti aliran STEM untuk melahirkan modal insan yang mahir dengan pengetahuan teknikal dan profesional, demi pembangunan negara pada masa hadapan. Untuk rekod,sejak tahun 2017 hingga 2023 enrolmen pelajar ke aliran STEM cuma 30.55 peratus tahun secara puratanya. Angka ini jauh daripada sasaran 60 peratus yang telah ditetapkan. Sudah pasti keadaan ini amat membimbangkan. Oleh sebab itu saya ingin tahu, apakah tindakan dan perancangan pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada itu, kalau mengikut data yang saya peroleh guru bukan opsyen di peringkat sekolah rendah yang mengajar subjek Sains adalah 55.42 peratus, Matematik 49.58 peratus dan Bahasa Inggeris 31.87 peratus. Manakala di sekolah menengah guru bukan opsyen yang mengajar subjek Sains adalah 28.99 peratus, Matematik 29.74 peratus dan Bahasa Inggeris 13.67 peratus. Puan Yang di-Pertua, ini bermaksud, guru-guru yang mengajar subjek-subjek berkenaan bukanlah daripada kalangan guru-guru terlatih dalam ketiga-tiga subjek berkenaan. Keadaan in amat membimbangkan. Oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pendidikan, mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah perancangan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian? Puan Yang di-Pertua, seperti jatuh ditimpa tangga. Sebanyak 19 buah sekolah menengah di Sarawak tidak mempunyai lab biologi, kimia dan fizik dan 585 buah sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan bilik sains. Mungkin inilah yang menyebabkan Sarawak menduduki tempat kedua tercorot daripada segi aliran STEM ini di negara kita. Ini adalah salah satu faktor mengapa para pelajar tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang STEM. Saya memohon agar kementerian Pendidikan mengambil langkan tegas untuk mengatasi masalah ini. Saya ingin tahu, apakah perancangan jangka panjang yang akan dilakukan?
Puan Yang di-Pertua, sebenarnya isu pendidikan di Sarawak bukan sahaja tentang isu kekosongan guru yang kritikal, tetapi masih banyak isu-isu lain yang membelenggu sistem pendidikan di Sarawak seperti isu prestasi buruk pelajar Sarawak dalam peperiksaan peringkat nasional seperti SPM yang sentiasa berada pada kedudukan tiga terbawah. Selain itu, isu sekolah kurang murid juga amat kritikal. Selain daripada itu, isu-isu sekolah daif masih menjadi keluhan rakyat Sarawak. Sekolah yang tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air bersih yang terawat, tiada jaringan internet dan ada sekolah-sekolah yang sering dilanda banjir juga perlu perhatian daripada pihak Kementerian Pendidikan. Sehubungan dengan itu saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk pergi melawat ke kawasan Parlimen saya untuk melihat sendiri bagaimana keadaan sekolah-sekolah di luar bandar khususnya di kawasan pesisir sungai. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai isu dan cabaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak supaya kerajaan dan kementerian berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Sesungguhnya Jabatan Bomba adalah agensi yang sangat penting yang terlibat langsung dengan kerja-kerja pemadaman kebakaran, penyelamatan dan khidmat kemanusiaan. Untuk makluman Sarawak dengan keluasan 124,450 kilometer persegi merupakan satu wilayah terluas di Malaysia. Oleh sebab itu Jabatan Bomba di Sarawak berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamat yang terbaik ke seluruh kawasan di Sarawak. Puan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Sarawak mempunyai 39 buah balai bomba yang memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan 24 jam, tujuh hari seminggu. Penempatan lokasi Balai Bomba adalah berdasarkan kajian fire cover dengan izin, di samping faktor-faktor lain. Kalau mengikut kajian risiko yang dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, wilayah Sarawak memerlukan 60 Balai Bomba lagi. Manakala kalau mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri ataupun DUN kadar liputan perkhidmatan kebombaan dan penyelamat adalah pada kadar 44 peratus sahaja yang mewakili 36 Kawasan DUN daripada 82 Kawasan kesemuanya. Bererti masih terdapat 48 Kawasan DUN yang tidak mempunyai Balai Bomba. Oleh sebab itu Puan Yang di-Pertua, saya memohon agar kerajaan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi perhatian serius atas isu ini untuk menambah Balai Bomba di Sarawak dalam memberi perkhidmatan yang maksimum. Saya memohon agar kamus ataupun kaedah untuk pembinaan balai bomba di Sarawak tidak harus mengguna pakai kamus di Semenanjung. Kriteria pembinaan balai bomba harus mengambil kira aspek geografi Sarawak yang luas. Puan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya memohon agar balai bomba baharu dibina di kawasan Parlimen saya iaitu di Kampung Igan Matu dan juga di kawasan Kampung Sekaan Matu. Untuk pengetahuan Kampung Igan mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang padat dan jarak balai bomba terdekat adalah bandar Mukah yang mengambil masa 45 minit perjalanan untuk sampai ke Kampung Igan. Oleh sebab itu, jika berlaku kebakaran tiada apa lagi yang boleh diselamatkan. Begitu juga keperluan balai bomba di Kampung Sekaan Matu ataupun kawasan yang berdekatan amat-amat diperlukan kerana Balai Bomba yang terdekat adalah Balai Bomba di Pekan Daro yang mengambil masa 40 minit perjalanan. Sekiranya tidak dapat membina Balai Bomba yang besar, Balai Bomba Kategori ‘E’ juga memadai sebagai permulaan. Selain daripada itu, cabaran yang besar bagi Pasukan Bomba di kawasan perkampungan adalah jalan raya kampung yang sempit dan sukar untuk jentera besar masuk untuk memadam kebakaran. Oleh itu, saya memohon agar Balai Bomba disediakan dengan kenderaan yang kecil, yang boleh masuk ke kawasan kampung jika berlaku kebakaran.
Puan Yang di-Pertua, Jabatan Bomba Sarawak juga berdepan dengan cabaran jentera dan kenderaan utiliti yang usang. Untuk makluman jangka hayat jentera Bomba seperti fire rescue tender yang berusia 15 tahun ke atas ada 26 buah dan ada 31 buah yang berusia 11 hingga 15 tahun. Begitu juga dengan kenderaan utiliti seperti kenderaan pacuan empat- roda, van dan bas di mana terdapat 61 buah yang telah berusia 15 tahun ke atas manakala 38 buah yang berusia 11 hingga 15 tahun dan 30 buah yang berusia enam hingga 10 tahun. Puan Yang di-Pertua, nampaknya aset-aset yang ada di Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak sudah terlalu usang begitu juga dengan kenderaan khas seperti aerial ladder platform, jentera HAZMAT dan ambulan EMRS. Terdapat 13 buah yang berusia 15 tahun, tiga buah berusia 11 hingga 15 tahun. Selain daripada itu jangka hayat kenderaan marin juga sudah usang di mana terdapat tujuh buah yang berusia 15 tahun ke atas dan terdapat 35 buah yang berusia 11 hingga 15 tahun. Oleh itu saya memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar aset-aset ini diganti secepat mungkin supaya anggota bomba dapat melaksanakan tugas mereka dengan cekap dan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Bomba Sarawak juga merekodkan sebanyak 54 pasukan bomba sukarela ataupun PBS dengan keahlian seramai 2,222 orang ahli di mana 34 PBS dikategorikan sebagai aktif. Untuk makluman, penubuhan PBS ini amat penting dan menjadi keutamaan tinggi khususnya bagi kawasan yang tiada balai bomba dan jarak perjalanan yang jauh dari balai bomba. Adalah amat penting PBS dimanfaatkan untuk keperluan setempat dan sebagai pasukan terawal bertindak sekiranya ada kebakaran dan kecemasan. Sehubungan dengan itu saya memohon agar PBS ini dibantu daripada segi aspek kewangan serta peralatan seperti pam angkut, hos pakaian dan kenderaan. Untuk rekod jumlah peruntukan yang disalurkan- mohon tambahan satu minit. Untuk rekod, jumlah peruntukan yang disalurkan kepada PBS Sarawak sejak tahun 2019 hingga 2023 adalah terlalu sedikit iaitu RM426,000 sahaja di mana secara puratanya hanya RM106,500 sahaja setahun. Oleh sebab itu saya memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar menambah lagi peruntukan untuk PBS ini agar peranan dan tanggungjawab mereka yang sangat penting dalam membantu kebakaran dan kecemasan. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada kementerian berkenaan mengenai status prasarana 5G yang kini telah menembusi 80.2 peratus di seluruh negara. Namun, saya ingin tahu apakah status 4G yang masih tidak kelihatan di kawasan luar bandar khususnya di Sarawak dan Sabah. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku? Puan Yang di-Pertua, baru-baru ini telah diwujud sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Digital. Dalam konteks sistem pendigitalan negara yang amat penting untuk menjadi prasarana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, saya ingin tahu apakah perancangan kementerian dalam hal ini. Adakah rakyat di luar bandar akan menikmati secara serentak dasar pendigitalan negara ini? Terakhir Puan Yang di-Pertua, isu ketirisan maklumat data peribadi yang didaftarkan dalam sebuah sistem digodam dan disalahgunakan oleh scammer, scammer amat berleluasa sekarang ini. Saya ingin tahu apakah perancangan kementerian bagi memastikan rakyat benar-benar yakin data peribadi mereka dilindungi. Apakah usaha kerajaan melalui CyberSecurity untuk memastikan anasir luar tidak mengancam keselamatan siber negara? Puan Yang di-Pertua, demikian sahaja perbahasan Igan. Dengan itu Igan menyokong. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Petua. Hulu Selangor menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan sebaik mungkin dalam perbahasan saya dan saya mohon memfokuskan perbahasan saya khususnya di Parlimen Hulu Selangor dan di antaranya perbahasan saya bersifat umum. Saya mohon untuk tiada celahan semasa saya sedang berbahas. Minta maaf banyak-banyak ya. Hulu Selangor sering kali menyentuh berkaitan dengan infra khususnya jalan raya dan lampu jalan. Isu ini tidak berkesudahan dan telah dibangkitkan beberapa kali dalam perbahasan saya yang lepas. Saya yakin bukan saya sahaja tetapi semua Ahli Parlimen menghadapi isu yang sama. Saya ditanya oleh rakyat namun sampai bila jawapan yang sama diberikan iaitu JKR tiada peruntukan. Maka, tiadalah kerja-kerja pembaikan sedangkan jalan-jalan tersebut berada dalam keadaan yang sangat teruk dan melibatkan keselamatan nyawa semua pengguna jalan raya khususnya di Hulu Selangor. Sudah genap dua tahun lebih Hulu Selangor dinaiktarafkan kepada Pembandaran Hulu Selangor namun jalan-jalan utama seperti jalan Persekutuan dan jalan negeri yang masih lagi bermasalah dan tidak dapat diperbaiki atas faktor kekurangan dana.
Hulu Selangor mohon agar Kementerian Kerja Raya mengambil perhatian agar perkara ini untuk yang pertama, meluluskan dengan kadar segera permohonan menaik taraf jalan persekutuan FT001 Kuala Lumpur-Tanjong Malim. Kedua, meluluskan permohonan menaik taraf dan menurap jalan semula jalan persekutuan FT3208 Bukit Beruntung. Ketiga, meluluskan permohonan menaik taraf jalan persekutuan FT228 Bukit Tagar; dan yang keempat, meluluskan permohonan bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan di bawah MPJ Lampu Jalan 2024. Puan Yang di-Pertua, rakyat sedang terkesan dengan kadar kos sara hidup yang tinggi. Kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan daripada enam peratus ke-lapan peratus pasti secara tak langsung akan menaikkan harga barangan. Kita melihat kejatuhan nilai ringgit yang mana dikatakan berada pada paras terburuk dalam tempoh tiga dekad ini. Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengukuhkan ringgit serta ekonomi negara kita. Sehingga ke hari ini, kehidupan rakyat terus dibebani dengan kenaikan kos sara hidup dan kekurangan bekalan keperluan. Baru-baru ini, saya sempat pusing di sekitar pasar raya- pasar raya yang ada di sekitar kawasan Hulu Selangor. Boleh dikatakan, semua tempat yang saya pergi, tidak ada beras tempatan dan ini jugalah yang dikatakan juga oleh rakan-rakan di sebelah Pembangkang. Semuanya beras import sahaja di pasaran. Begitu juga dengan telur. Telur biasa seperti gred ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ kurang dan kuantitinya agak terhad. Apa yang menariknya Puan Yang di-Pertua, persoalan yang ingin saya ajukan kenapa telur seperti telur omega lebih banyak berada di pasaran berbanding telur biasa. Boleh lihat sendiri di pasar raya. Siapakah pengeluar telur omega ini dan apakah telur juga ada kartel yang mengawalnya? Begitu juga dengan beras tempatan. Ke manakah perginya beras tempatan? Isu ini masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang dan masih tidak dapat diselesaikan. Baru-baru ini, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) seperti yang kita ketahui, telah pun menyatakan berkaitan mencadangkan iaitu beras tempatan ke asal RM20 untuk dicampurkan menjadikan beras putih RM30. Sudah pasti, ini akan lebih membebankan rakyat. Saya mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan teliti betul-betul sebelum nak melaksanakan sesuatu.
Puan Yang di-Pertua, kita nak kurangkan beban rakyat. Bukan menyusahkan mereka dengan menaikkan lagi harga barangan. Adakah ini yang dimaksudkan kerajaan hendak menoktahkan kemiskinan, sedangkan yang saya lihat semakin hari harga semakin meningkat, nilai ringgit terus jatuh dan rata-rata lain menyatakan keluhan dan kesusahan mereka. Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin dapat sedikit penjelasan daripada Kementerian Perpaduan Negara berkaitan arahan untuk tidak membenarkan kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk bekerjasama atau memanggil Ahli Parlimen Pembangkang dalam program yang dianjurkan, sedangkan saya ahli KRT. Sekiranya benar terdapat arahan tersebut, atas sebab apakah tidak dibenarkan sedangkan pemilihan ahli jawatankuasa KRT itu dibuat sendiri oleh penduduk dan mereka tidak digajikan? Teras utama KRT juga melibatkan perpaduan. Jadi, saya melihat tidak relevan sekiranya terdapat arahan untuk tidak membenarkan KRT menjemput Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Namun, jika tiada arahan seperti itu, mohon agar kementerian memperbetulkan semula perkara ini kepada semua Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di kesemua kawasan Ahli Parlimen Pembangkang, khususnya di Hulu Selangor. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan pembangunan yang mungkin menjejaskan penempatan hidupan liar seperti monyet dan sebagainya. Bila sesuatu kawasan dah dibangunkan, sudah pastilah hidupan liar ini akan kehilangan habitat asal dan haiwan ini akan keluar ke kawasan perumahan berdekatan. Ini adalah realiti. Di mana juga isu ini merupakan isu yang sama. Saya mohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memikirkan sesuatu untuk mengatasi masalah monyet yang terlalu banyak di kawasan rumah teres, kawasan FELDA dan juga kawasan rumah bertingkat. Monyet sekarang boleh panjat rumah bertingkat, boleh buka dan boleh masuk di rumah bertingkat dan seterusnya merosakkan tanam-tanaman, memusnahkan harta benda seperti bumbung, rumah, paip pecah dan sebagainya. Saya melihat ketidakmampuan Jabatan PERHILITAN untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia melibatkan banyak kawasan, walaupun difahamkan adanya perangkap atau sangkar yang dipasang. Ia tidak dapat menyelesaikan isu ini kerana monyet yang ada terlalu banyak. Saya mohon kerajaan menjelaskan, perancangan dan juga strategi baharu yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi membantu Jabatan PERHILITAN menyelesaikan masalah monyet dan kehidupan liar ini daripada terus melakukan kerosakan dan mengganggu penduduk di kawasan terlibat. Puan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan adalah melibatkan kebajikan peniaga kecil yang mana gerai mereka terpaksa dirobohkan atau dipindahkan. Dah lah keadaan ekonomi sekarang dengan wang ringgit yang jatuh menjunam pasti memberikan kesan yang besar kepada peniaga-peniaga ini. Saya faham, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya menjalankan tugas mereka dengan arahan yang telah diterima. Namun, perlu diambil perhatian, nasib peniaga kecil kerana itulah punca pencarian untuk meneruskan kehidupan mereka dan anak-anak mereka. Saya mohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin boleh memikirkan dan membincangkan perkara ini dengan PBT. Tidak bolehkah kerajaan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memikirkan sesuatu yang boleh membantu para peniaga kecil yang berniaga di tepi jalan ini dengan kaedah yang tertentu daripada menempatkan mereka di satu sudut yang berkemungkinan orang tidak hadir ke kawasan tersebut. Kebiasaan orang yang mencari makan, pasti akan mencari tempat yang mudah untuk mereka dapatkan makanan tersebut, berbanding daripada mereka yang terpaksa ke kawasan yang jauh. Alasan biasa yang digunakan untuk perubahan atau pemindahan yang dilakukan adalah keselamatan dan kebersihan. Saya faham, namun tidak adakah inisiatif lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan?
Sebagai contoh, kerajaan membenarkan mereka berniaga di kawasan tersebut, tetapi mengikut kepada syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan kebersihan terjaga. Sekiranya tidak menepati syarat, kompaun akan dikenakan. Saya bercakap secara umum yang mana ia melibatkan semua peniaga pelbagai kaum di seluruh Malaysia dan boleh dikatakan hampir 90 peratus peniaga kecil ini adalah di kalangan bumiputera. Roboh sana, roboh sini. Tidak kasihan kah kepada mereka? “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Carilah jalan untuk memudahkan dan bukan menyusahkan mereka peniaga-peniaga kecil ini. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pula berkaitan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ini penting untuk kita- semua yang ada di dalam Dewan ini. Saya ingin mengaitkan dengan kebajikan. Mereka yang bekerja di bawah pusat khidmat, tidak kiralah sama ada di bawah kerajaan ataupun pembangkang dan bukan sahaja melibatkan Parlimen tetapi juga melibatkan pusat khidmat DUN di setiap negeri. Mereka berkhidmat untuk rakyat. Saya mohon agar Kementerian Kewangan menyediakan sedikit dana PERKESO untuk diberikan kepada semua kakitangan yang telah di-endorsed-kan, dengan izin, oleh pejabat pusat khidmat masing-masing mengikut kepada jumlah pekerja yang telah ditetapkan oleh kerajaan sekiranya nak melaksanakan perkara ini. Saya mohon mencadangkan agar perkara ini dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan untuk kebajikan kakitangan pusat khidmat, baik di bawah kerajaan mahupun pembangkang. Isu ini tidak mengira batasan politik. Sepatutnya, mereka ini juga layak mendapat kelebihan perlindungan PERKESO, memandangkan risiko mereka tinggi kerana mereka berhubung dan berurusan dengan masyarakat setiap hari. Puan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pembangunan di kawasan Lembah Beringin, Hulu Selangor. Lembah Beringin yang mana dahulunya menjadi tumpuan bagi projek-projek pembangunan, kini hanya tinggal terbiar dan dilupakan. Bahkan, disebut sebagai ghost town dengan izin, kerana banyaknya rumah kedai terbengkalai dan penempatan rumah yang kosong tidak berpenghuni. Saya mohon agar kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi membangunkan kawasan Lembah Beringin ini. Saya melihat banyak cadangan yang pernah diutarakan sebelum ini untuk tujuan pembangunan. Antaranya ialah cadangan Lembah Beringin sebagai hab pendidikan dan institusi latihan. Lembah Beringin ini merupakan kawasan luas dan sekiranya universiti dapat diwujudkan, pasti akan menarik ramai orang untuk hadir ke Lembah Beringin dan bukan sahaja dapat meningkatkan pembangunan daripada segi penempatan bahkan juga perniagaan dan sebagainya. Namun, sehingga ke hari ini, kita lihat Lembah Beringin kekal sunyi dan terbiar.
Tidak adakah usaha daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memulih dan menggerakkan kembali pembangunan di kawasan Lembah Beringin ini? Mohon agar perkara ini diambil perhatian. Puan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya kira masa tidak cukup, saya minta tambah sikit saja. Sikit saja...
Sila gulung.
Sikit saja.
Sila gulung.
Yang terakhir- baiklah. Saya ingin sedikit penjelasan berkaitan dengan status penyelarasan Parlimen yang ada di tempat saya dan mungkin juga di Kawasan Ahli Parlimen Pembangkang yang lain. Adakah lantikan ini disahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan ianya adalah lantikan daripada Kerajaan Negeri. Saya ingin tahu, apakah kuasa yang ada pada mereka yang mana di kawasan tersebut telah ada Ahli Parlimen yang sah dan dipilih oleh rakyat sendiri?
Adakah peruntukan yang sepatutnya diserahkan kepada MP Pembangkang telah diberikan kepada penyelaras Parlimen? Sekiranya ya, berapa nilai peruntukan yang diberikan melibatkan kos pengurusan, infra dan juga kebajikan rakyat? Saya mohon penjelasan yang jelas supaya mudah untuk kami salurkan kepada rakyat. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim, juga saya merafak sembah dengan ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu dengan bijaksana. Puan Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang tertinggi dalam negara. Perlembagaan Persekutuan ini adalah asas negara kita. Ia menetapkan perkara-perkara asas seperti kebebasan rakyat, seperti demokrasi, kewarganegaraan dan juga sistem Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ini Puan Yang di-Pertua, ia juga memaktubkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, juga kedudukan istimewa Melayu dan juga peribumi Sabah dan Sarawak dan jangan ada pihak yang mempertikaikan perkara-perkara ini, tetapi pada masa yang sama Puan Yang di-Pertua, jangan kita lupa juga dalam Perlembagaan Persekutuan ini, ia juga menjamin kepentingan sah bangsa dan komuniti lain dalam negara kita di samping menjamin hak dan kebebasan beragama buat mereka yang bukan Islam. Sama seperti jangan ada pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan juga kedudukan istimewa Orang Melayu dan juga peribumi Sabah dan Sarawak. Samalah juga, jangan ada pihak yang cuba menafikan bahawa kaum dan etnik lain yang ada dalam negara ini punya hak dan kepentingan mereka. Kaum-kaum lain telah sama menumpahkan darah, keringat dan air mata untuk ibu pertiwi ini dan Malaysia ini, Puan Yang di-Pertua, adalah milik semua warganegaranya. Perlembagaan Persekutuan Puan Yang di-Pertua, adalah satu kanun yang mengimbangi pelbagai jenis kepentingan yang ada. Kepentingan di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak, kepentingan Islam dan bukan Islam, kepentingan Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan macam-macam etnik lain. Jangan sekali-kali kita sebagai Ahli Parlimen menghina Perlembagaan Persekutuan dengan tohmahan bahawa ianya adalah songsang atau ciptaan Barat dan sebagainya kerana jika kita tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, maka rakyat juga tidak akan menghormati perlembagaan tersebut. Puan Yang di-Pertua, negara kita kini berhadapan dengan percubaan. Ada pihak- pihak yang ingin membakar sentimen perkauman. Semua isu dikaitkan dengan isu kaum dan pihak-pihak ini menggunakan isu kaum dan agama ini demi- malangnya kepentingan politik juga. Ini digandakan dengan platform media sosial seperti TikTok yang secara natijahnya memudahkan penyebaran sesuatu perkara tanpa verifikasi dan berhadapan dengan situasi ini Puan Yang di-Pertua, apa yang kita boleh lakukan? Ramai berpandangan bahawa kerajaan harus lebih tegas dalam mengambil tindakan. Saya setuju kalau ada pihak yang melanggar undang-undang dan sebagainya tindakan wajar diambil, tetapi seperti yang telah saya katakan berkali-kali, undang-undang sebenarnya bukanlah penyelesaian untuk semua masalah yang ada dalam negara kita, Puan Yang di- Pertua.
Di sini, saya melihat pemilik platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan sebagainya haruslah memainkan peranan yang lebih besar. Mereka ada garis panduan, saya tahu, tetapi saya melihat bahawa tindakan yang mereka ambil ini tidak cukup berkesan. Tindakan yang diambil oleh mereka pada saya adalah terlalu lambat bila mana keputusan diambil untuk take down sesuatu content itu Puan Yang di-Pertua dah terlambat. Content itu dah viral dah. Satu Malaysia dah viral. Jadi, di sini saya fikir bahawa pemilik platform media sosial harus memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan bahawa hubungan di antara kaum di dalam negara ini tidak terjejas disebabkan media sosial ini. Dan buat semua rakyat Malaysia kita sudah lama hidup bersama, jangan hanya perbezaan yang sikit yang kita ada, kita musnahkan segalanya. Puan Yang di-Pertua, menyentuh tentang perlembagaan, salah satu tonggak penting dalam negara, kita tahu adalah institusi kehakiman. Peranan mahkamah adalah untuk mentafsirkan undang-undang yang ada. Ada kalanya keputusan mahkamah itu kita setuju, ada kalanya keputusan mahkamah itu kita tidak bersetuju dan bila kita tidak bersetuju kita kata khilaf. Saya sebagai peguam, bila kita nak failkan rayuan, salah satu perkara yang kita letakkan adalah bahawa keputusan oleh Hakim yang bijaksana adalah khilaf, contohnya. Tidak bersetuju, tiada masalah. Mengkritik pun tiada masalah. Tetapi apa yang saya lihat Puan Yang di-Pertua, terutama selepas kes Nik Elin ini, saya melihat bahawa bukan setakat kritikan tetapi sudah sampai menghina mahkamah, ada di luar sana. Saya tidak boleh terima apa yang dilakukan sebab ada yang kata bahawa Hakim dipengaruhi oleh penjajah atau tidak bijak, ada yang pempengaruh yang buat content yang tak betul, yang salah berkenaan dengan keputusan mahkamah dan sebagainya. Apabila rakyat melihat bahawa institusi kehakiman ini diperlekehkan, maka mereka juga akan terpengaruh untuk tidak mendaulatkan undang-undang kita. Jadi di sini Puan Yang di-Pertua, saya fikir pihak berkuasa harus mempertahankan tonggak yang penting ini mempertahankan Institusi Kehakiman kita. Saya menggesa supaya pihak berkuasa untuk menyiasat dan jika ada asas, Peguam Negara wajar ambil tindakan keras termasuklah memulakan prosiding contempt, dengan izin terhadap mereka yang melampau menghina institusi mahkamah ini, Puan Yang di- Pertua... [Tepuk] Saya tekankan, menghina bukan mengkritik. Puan Yang di-Pertua, saya nak sentuh satu perkara yang mungkin tidak ada kena mengena secara khusus kepada perlembagaan tetapi tentang kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). Baru-baru ini Open AI telah memperkenalkan kecerdasan buatan generatif yang dipanggil “Sora” yang mampu menghasilkan video resolusi tinggi yang kelihatan cukup realistik. Maka, tidak lama lagi kita mungkin akan ada satu situasi yang mana video yang ada online itu, kita tidak boleh bezakan di antara video yang betul dengan yang telah dihasilkan melalui AI. Tidak dinafikan bahawa AI ini mengubah hidup kita, Puan Yang di-Pertua. Ada banyak kebaikan. Bila kita guna telefon sekarang ini, banyak dengan izin, feature AI yang ada, tetapi pada masa yang sama, kita juga tidak boleh memandang enteng pada isu-isu yang berbangkit dengan AI ini. Pertama, saya melihat isu harta intelek (IP) dengan AI ada kandungan yang akan menyerupai harta intelek orang lain, tetapi di bawah Undang-undang Harta Intelek, hak cipta, jika tiada peniruan atau copying, maka ianya bukan pelanggaran hak cipta. Jadi, kita perlu melihat semula Undang-undang Harta Intelek kita, supaya kita dapat mendepani isu-isu harta intelek baharu dengan adanya AI.
Kedua, misinformation dan disinformation, Puan Yang di-Pertua. Jika sekarang kita berhadapan dengan kepalsuan yang mana saya sentuh tadi. Dengan kepalsuan yang ada dalam media sosial, bayangkan selepas ini sesiapa pun boleh buat video atau imej palsu untuk menyerang orang lain menggunakan AI dan video tersebut ataupun imej tersebut akan nampak seperti real, dengan izin. Undang-undang sedia ada harus berupaya untuk menangani kemungkinan ini, terutama undang-undang seperti Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia.
Ketiga, kesan kepada pembuat content, kepada pereka grafik dan lain-lain dalam bidang industri kreatif. Apakah nasib mereka dengan adanya AI? Jika suatu grafik yang sebelum ini dibuat oleh manusia, dengan adanya AI, kita cuma perlu input sahaja, Puan Yang di-Pertua. Apa yang kita nak dan dia akan keluar tanpa ada input daripada manusia. Jadi, saya ingin mencadangkan Puan Yang di-Pertua, supaya buat masa ini kerajaan elak daripada menggunakan AI ini untuk tujuan grafik atau video. Kalau tak boleh elak, kurangkan. Sekurang-kurangnya sampai kita tahu impact AI ini ke atas orang ramai, ke atas pereka, ke atas content creator dan sebagainya. Sebab kita harus terus menyokong para penggiat industri kreatif yang ada pada ketika ini. Maka Puan Yang di-Pertua, melihat kepada isu-isu yang telah saya gariskan ini, saya menggesa pihak kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa tindakan atau task force untuk mempertimbangkan semua isu yang berbangkit dan akan berbangkit dengan AI ini. Jawatankuasa atau task force ini perlu merentasi kementerian dan harus melibatkan pemegang taruh, pakar dan juga semua bijak pandai yang ada. Saya bukan anti AI Puan Yang di-Pertua, tetapi kita mahu pastikan bahawa kita, masyarakat kita ini benar-benar bersedia dengan kesan AI dalam kehidupan kita. Terakhir Puan Yang di-Pertua, saya menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari bahawa sebarang permintaan dari mana-mana pihak untuk mengganggu gugat kestabilan politik tidak akan dilayan. Saya fikir ini satu mesej yang jelas buat semua untuk kita bersama-sama membangunkan negara. Tidak ada lagi langkah-langkah. Saya harap selepas ini, selepas mesej yang telah diberikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Bayangkan tahun lepas sahaja Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan ini telah mendapat pelaburan diluluskan sebanyak 329.5 bilion dan membuktikan bahawa walaupun dengan propaganda sebelum ini yang kononnya kerajaan akan bertukar berkali-kali yang dimainkan ini, namun kerajaan masih dapat pelaburan ini. Bayangkan kalau tidak ada propaganda ini, berapa banyak lebih tambahan yang kita boleh dapat kalau kita gandingkan tenaga kita. Jadi, saya fikir sudah-sudahlah. Kita- semua berada di sini kerana kita telah dipilih oleh rakyat. Saya fikir juga, saya dengar rakan-rakan di sebelah sana mengatakan tentang peruntukan dan sebagainya. Saya berharap bahawa dengan Titah Seri Paduka Baginda, pihak yang di sebelah sana mulakan rundingan dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan peruntukan yang sama rata untuk kawasan mereka. Saya fikir pihak kerajaan sudah lama mengatakan bahawa pintu rundingan sentiasa terbuka. Jadi, inilah masanya dan kita boleh masukkan. Contohnya, kalau kita nak ada satu undang-undang yang mana peruntukan itu diberikan bukan atas budi bicara Perdana Menteri, kita boleh masukkan dalam terma rundingan contohnya. Jadi, saya berharap ini boleh menjadi satu- batu loncatan untuk kita bersama-sama membangunkan negara ini. Hentikan politik yang tidak berkesudahan demi rakyat yang telah memilih kita, 222 Ahli Parlimen yang berada di sini. Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya dan saya Ahli Parlimen Bangi mohon menyokong Usul. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Kangar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam.
Selamat petang Dato' Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat. Alhamdulillahirabbil`alamin wassalatu wassalamu`ala asrafil ambiyai walmursalin wa`ala alihi washabihi ajmain. Menjunjung kasih dan merafak sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Permaisuri Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Jadi, pada petang ini seperti biasa Kangar mengambil peluang untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi, saya mulakan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, peneraju transformasi pertanian. Jadi alhamdulillah, Menteri Pertanian pun ada di sini. Dia baru masuk dan isu yang selalu dibincangkan dalam Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah berkaitan dengan isu beras. Saya tak boleh elak sebab saya datang dari kawasan yang kawasan pengeluaran beras, antara yang terbesar di utara Semenanjung Malaysia. Jadi, terlalu banyak isu dan saya pasti Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dah ambil tindakan. Banyak tindakan dah ambil. Cuma kadang-kadang kita kena perkasakan lagi, tambah lagi tindakan-tindakan supaya kita dapat menyelaras ataupun memperbaiki mutu ataupun apa-apa yang berkaitannya dengan beras tempatan. Cuma yang kita agak menghairankan ialah kenaikan harga setelah Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, berlaku kenaikan harga beras yang agak luar biasa. Kalau dahulu, beras 10 kilo berharga RM26 ataupun RM26, kini telah naik sampai RM38. Mati rakyat sampai macam ini, daripada segi harga beras. Dan harga beras tersebut kekal hingga kini, kekal. Tak turun. Kekal sampai sekarang dan sampai bila rakyat di bawah sana boleh bertahan dengan harga yang sebegini? Saya ulang, sampai bila rakyat di bawah sana boleh bertahan dengan harga sebegini, terutamanya di kalangan B40? Tuan Yang di-Pertua, nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Kalau kita tidak makan nasi seharian, rasanya kita tidak boleh duduk senang. Macam-macam jenis nasi yang kita ada. Nasi kandar pun ada, nasi Arab pun ada, nasi minyak, nasi goreng, semua kita menggunakan nasi bagi memenuhi perut bagi rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan melalui KPKM perlu memperkukuhkan sistem makanan negara pada semua peringkat, baik peringkat pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penyediaan beras untuk keperluan masyarakat Malaysia. Jadi, bagi mencapai hasrat ini, kerajaan perlu membantu petani secara berkesan dan menyeluruh. Ini penting bagi meningkatkan pengeluaran produktiviti padi di seluruh negara. Apakah masalah petani atau pesawah padi? Jadi, ini saya rasa telah difahami oleh Menteri KPKM. Masalah utama pada kini ialah di kawasan Parlimen Kangar, khususnya PPK Bintong adalah kemarau berpanjangan dan masalah ketiadaan air. Agensi-agensi berkaitan seperti MADA, JPS sudah sedia maklum tentang perkara ini kerana situasi ini berlaku, bukan berlaku pada masa sekarang sahaja, tetapi berpuluh-puluh tahun yang lalu. Petani-petani tidak mampu membeli pam air bagi mengepam air ke sawah-sawah mereka. Tak mampu. Kadang-kadang bila kita tanya JPS, tanya MADA, masing-masing lawan, dia orang bertolak. Ada pam besar. Pam besar tak boleh, takut air itu sedut semua. Jadi, macam-macam cerita berkaitannya dengan JPS dan juga MADA. Jadi, sekiranya tiada air di bendang, masalah rumpai akan semakin teruk kerana pertumbuhan rumpai akan lebih cepat daripada padi semasa awal pertumbuhan pokok padi dan ia mengundang penyakit padi dan perosak tanaman padi seperti karah, reput tangkai dan sebagainya. Jadi, di sinilah peranan MADA, peranan JPS bagi membantu petani. Kedua-dua agensi ini perlu mencari kaedah yang sesuai bagi memudahkan kawasan ini diairi. Kerana apa? Kerana nasi merupakan makanan yang dimakan oleh sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia.
Agensi-agensi ini perlu mencari jalan dan bukannya mencari alasan untuk membantu petani sebab petani-petani sudah menjalankan kegiatan ini turun-temurun. Mereka tidak ada pilihan. Suka atau tidak, mereka tetap akan tanam padi. Untung atau tidak, mereka tetap akan tanam padi. Itu yang berlaku kepada golongan ataupun masyarakat petani. Andai kata bekalan beras tidak mencukupi, adakah kita- semua bersedia untuk tidak makan nasi pada setiap hari? Andai kata negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan negara-negara pengeksport tidak mengeksport ke negara kita, apakah yang akan berlaku? Sampai bilakah kita akan bergantung kepada import bekalan beras? Jadi, timbul beberapa persoalan di sini. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu ini? Apakah usaha kerajaan untuk menjamin bekalan beras di negara ini? Apakah usaha untuk mengawal monopoli kartel-kartel beras? Apakah usaha-usaha kerajaan untuk membantu petani-petani bagi meningkatkan hasil padi? Adakah kerajaan akan meningkatkan subsidi input pertanian kepada petani-petani? Ini antara satu benda yang penting. Saya pun terlibat dalam PPK Bintong di Parlimen Kangar. Antara yang dibincangkan ataupun diusulkan adalah berkaitannya dengan menaikkan sedikit atau tambahkan subsidi input pertanian kerana didapati bahawa pendapatan petani agak merosot pada hari ini. Adakah kerajaan juga mempunyai mekanisme untuk mengawal kenaikan harga benih padi? Apakah ada kaedah untuk kawal kenaikan harga benih? Isu seterusnya adalah berkaitan dengan kes Nik Elin, seperti yang dibincangkan oleh Bangi tadi. Jadi, sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat sedar ataupun tidak, orang Islam di sebelah sini, di sebelah sana sedar ataupun tidak, peranan Mahkamah Syariah semakin merosot kerana kesan tindakan Nik Elin mencabar Enakmen Mahkamah Syariah di negeri Kelantan. Adakah orang Islam lebih rela berada di bawah mahkamah sivil yang berasaskan undang-undang penjajah semata-mata dan menafikan hukum-hukum Islam berdasarkan sumber perundangan Islam? Kalau kita lihat balik, walaupun undang-undang sivil, ianya belum lagi perfect. Belum perfect. Yang perfect ialah undang-undang Islam. Apakah akan jadi kepada agama Islam di negara ini? Kerana Islam adalah Agama Persekutuan. Agama Islam sudah diancam dengan liberalisme dan pluralisme. Apakah kerajaan akan mengikut aliran liberalisme ini? Jika jawapannya adalah ya, maka negara ini sebenarnya menuju ke arah sebuah negara sekularisme dan akan hilang jati diri dan akhirnya Malaysia akan menjadi negara Barat di Asia yang akan mengamalkan nilai-nilai Barat dan mengetepikan nilai-nilai Islam, walaupun pada awalnya negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan Islam. Sejarah sudah membuktikan banyak- negara-negara yang dahulunya Islam kini sudah mula meninggalkan ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam, terutamanya di kawasan Eropah Timur. Jadi, lambat laun negara ini akan menjadi sebuah negara sekular jika masyarakat Islam di negara ini boleh pejam mata tentang isu yang melibatkan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan kebebasan bersuara. Mengapakah suara rakyat Malaysia cuba disekat? Adakah kita sedang menuju ke arah sebuah negara yang tidak mengamalkan demokrasi? Kerajaan demokrasi adalah kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Adakah rakyat perlu mengiakan semua tindakan kerajaan walaupun bertentangan dengan prinsip demokrasi? Apakah yang kerajaan bimbang sangat? Ini yang kita hendak tahu. Apakah yang kerajaan bimbang tentang tindakan-tindakan yang menyekat kebebasan bersuara terutamanya kepada kami Ahli Parlimen Pembangkang? Saya tidak faham hala tuju dan ke arah mana kerajaan akan membawa rakyat Malaysia berkaitan dengan kebebasan bersuara. Dahulu kita nampak berdegar-degar memperjuangkan kebebasan bersuara. Sekarang sudah menjadi sebaliknya.
Rakyat hari ini semakin bijak. Sekarang adalah 2024, bukan tahun 1980-an, tahun 1990-an ataupun tahun 2000. Jadi, kita sudah jauh ke depan. Jadi, selagi akses banyak disekat oleh kerajaan, rakyat tetap akan bangkit menyuarakan pandangan mereka. Rakyat sekarang tidak takut sudah. Kalau dulu-dulu, mungkin takut. Sekarang tidak takut. Tangkap pun tangkaplah. Tidak takut. Jangan lupa, ketika negara-negara sedang membangun menentang penjajah dan penjajah mengambil pelbagai tindakan kepada rakyat, suara rakyat makin lama makin bergema, dan akhirnya negara-negara yang dijajah telah mencapai kemerdekaan. Saya makin tidak faham kerana negara ini menuju ke arah liberalisme agama atau Islam liberal, tetapi dari sudut yang lain menyekat kebebasan bersuara. Kami rakyat akan bersuara walaupun ada ancaman daripada kereta peronda polis di depan rumah dan sebagainya. Isu seterusnya. Seperti Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan- ambil masa sikit na, Tuan Yang di-Pertua. Sehingga hari ini, ada lagi generasi yang gagal menguasai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan walaupun lebih 60 tahun Tanah Melayu merdeka dan pembentukan negara Malaysia 1963. Ini Titah Diraja. Persoalannya, adakah kerajaan akan memperkasakan sistem pendidikan yang berteraskan Malaysia yang membolehkan rakyat negara ini boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih? Kita perlu ada jati diri, kita perlu ada satu sistem pendidikan menggunakan Bahasa Kebangsaan. Kita guna Bahasa Melayu pun boleh maju. Jangan bimbang. Banyak negara-negara asing yang menggunakan bahasa tempatan tetap maju. Isu yang terakhir berkaitan dengan MOTAC. Apakah hala tuju MOTAC? Apakah yang YB Menteri hendak bawa negara ini dalam aspek pelancongan? Tahniah kepada KP baharu. Kangar ingin mohon pihak MOTAC membantu Kangar untuk menarik pelancong ke Kuala Perlis kerana kami sudah ada tapak baharu yang dikenali sebagai Dataran Lok 9. Dataran ini boleh dimajukan dan diadakan dengan pelbagai aktiviti tempatan dan antarabangsa. Jadi, saya rasa setakat itu sahaja. Dengan ini, Kangar menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang telah selamat menyempurnakan pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI dan telah menaungi negara dengan bijaksana dan penuh hemat. Saya juga ingin mengucapkan tahniah serta menyembah takzim Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII pada 31 Januari 2024 yang lalu.
Berbekalkan hemat serta kearifan Baginda Tuanku dalam mengemudi pemerintahan saya mendoakan agar Baginda Tuanku sentiasa sejahtera dan dirahmati Tuhan dan negara akan terus stabil, maju dan kekal berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat saya ingin menekankan bahawa kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini telah berjaya mendorong kerancakan pertumbuhan ekonomi negara di mana pelaburan tertinggi negara telah dicatatkan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023. Sekalipun kejayaan besar tersebut diraih oleh kerajaan, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan perbandingan Ringgit dan Dolar Amerika Syarikat sebagai satu ukuran semata-mata dalam menentukan kestabilan ekonomi semasa. Pada hemat saya, kita perlu mentafsir mesej ini dengan jelas agar semua pihak lebih bertanggungjawab dalam memberi pendapat dan olahan dan tidak memanipulasikan fakta dengan keadaan sebenar ekonomi negara. Misalannya ada pihak yang membandingkan keadaan semasa tentang ringgit jatuh pada paras terendah iaitu pada kadar 4.7965 berbanding dolar dalam dagangan lebih daripada kadar 4.885 sewaktu krisis kewangan tahun 1998. Sedangkan menyamakan kedua-dua keadaan ekonomi amat tidak adil sekali. Pada tahun 1998 krisis kewangan telah pun memudaratkan menjadi krisis ekonomi. Rizab antarabangsa Malaysia amat berkurangan berbanding sekarang. Hutang tidak berbayar NPL mencecah 20 peratus. Struktur ekonomi daya tahan bank memang lemah ekoran sasar pembangunan yang bersifat oligarki dan dipenuhi dengan amalan kronisme dan nepotisme. Hari ini sistem perbankan rizab dan eksport Malaysia memang jauh lebih sihat dan baik berbanding dengan masa terdahulu. Dalam pada itu, ramai juga mempersoalkan mengapakah nilai mata wang Vietnam dan Thailand tidak jatuh seteruk Ringgit Malaysia. Dalam hal ini kita perlu mengakui bahawa kerana mereka telah melakukan reformasi struktur lebih awal dari Malaysia. Maka ekonomi mereka menjadi lebih produktif dan berdaya saing. Sekarang mereka tengah menikmati bonus reformasi tersebut. Hari ini kita melihat Ringgit masih merudum. Pokoknya kerana kita masih awal dalam usaha meningkatkan produktiviti dan melaksanakan reformasi. Di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, Kerajaan Perpaduan bertekad melaksanakan reformasi melalui beberapa rancangan utama, khususnya Pelan Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Industri Baru dan Pelan MyDIGITAL telah pun dilancarkan. Dasar-dasar ini adalah untuk melonjakkan negara kita ke peringkat negara maju. Kita sudah berjaya menarik FDI yang mencecah rekod yang amat baik. Pentingnya sekarang adalah pemantauan dan pelaksanaannya. Sebelum ni saya telah melontarkan beberapa cadangan di ruang media. Antaranya agensi pelaksanaan seperti MIDA perlu menjadi pusat sehenti sepanjang perjalanan pelaburan pelabur-pelabur asing dan domestik. Lebih cepat pelaburan tersebut mendarat di Malaysia, lebih tuntas ia membantu mengukuhkan Ringgit kita. Di Dewan yang mulia ini, saya juga ingin membuat cadangan tentang Kempen Beli Barangan Malaysia. Terdapat Ahli-ahli Dewan termasuk Bank Negara yang membawa cadangan ini dan meminta rakyat membeli barangan buatan tempatan sebagai satu langkah untuk mengukuhkan Ringgit. Bagi saya permintaan ini terlalu luas skopnya dan sukar untuk mencapai sasaran. Seharusnya kerajaan menjadi contoh dan teladan dulu melalui dasar perolehannya. Kelmarin dalam lawatan saya ke Pameran Amal Gaya Seni di Pusat Perubatan Universiti Malaya, saya dimaklumkan oleh para artis bahawa amat sukar untuk hasil kerja mereka dipamerkan di bangunan kerajaan. Lebih-lebih lagi dibeli oleh agensi awam.
Di samping itu, saya perhatikan banyak cenderahati yang dihadiahkan oleh agensi kerajaan kepada tetamu-tetamu merupakan barangan seperti plag, pingat, trofi dan lain-lain yang saya menganggap biasa, tiada keunikan dan kurang menarik. Barangkali produk-produk ini juga adalah hasil negara asing. Saya ingin mengesyorkan di Dewan yang mulia ini supaya perolehan cenderahati kerajaan diberikan kepada artis-artis tempatan bermula dengan 30 peratus. Ramai artis tempatan yang berbakat dan memerlukan sokongan. Ia bukan sedekah, tetapi peluang kepada mereka untuk mempromosikan hasil karya mereka kepada tetamu tempatan dan antarabangsa. Daripada segi ekonomi ia juga dapat menghentikan import, mengukuhkan Ringgit, di samping menggalakkan barangan buatan Malaysia. Saya ingin mendapatkan maklum balas Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi tentang syor tersebut. Bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2024 yang dijalankan pada 21 Februari hingga 4 Mac, saya juga ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat dan orang ramai untuk turut serta turun ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay bagi melihat hasil kreatif kraf tangan pengusaha-pengusaha Malaysia dan membantu pengusaha tempatan menjana pendapatan dan menaik taraf kehidupan Malaysia. Tidak jauh, kunjungilah pameran seni di galeri di belakang Dewan yang mulia ini dan menyokong artis- artis kita. Tuan Yang di-Pertua, kedua saya ingin memfokuskan kepada isu di kawasan Parlimen Petaling Jaya dekat hospital awam. Untuk makluman, PJ merupakan antara kawasan yang paling padat di sekitar Lembah Klang dengan mempunyai sekurang- kurangnya 360,000 penduduk dengan anggaran kepadatan penduduk 6,600 orang kilometer persegi. Tahukah anda bahawa Petaling Jaya telah diunjurkan sebagai masyarakat menua? Menurut WHO, masyarakat menua terdiri daripada tujuh peratus yang populasinya berumur 65 tahun ke atas. Malah kerajaan juga terus menunjukkan bahawa Malaysia akan menjadi super age community menjelang tahun 2056. Pada saat ini, Parlimen Petaling Jaya masih tidak mempunyai hospital awam dan terpaksa bergantung kepada dua buah klinik kesihatan yang mempunyai limit perkhidmatan apatah lagi kepakaran perubatan. Bertentangan dengan persepsi orang ramai Tuan Yang di-Pertua terhadap Petaling Jaya, tetapi inilah hakikat. Melihat pula kepada peningkatan populasi warga emas di Petaling Jaya, selain kepadatan penduduk- penduduk dalam kumpulan B40 dan pangsapuri kos rendah terutamanya di kawasan DUN Taman Medan dan sebahagian di DUN Seri Setia, saya melihat terdapat keperluan yang mendesak untuk mewujudkan infrastruktur hospital awam yang berdekatan serta mudah akses oleh pelbagai golongan awam. Namun saya akui bahawa isu kekurangan tanah di Petaling Jaya untuk membangunkan sebuah hospital awam juga menjadi satu isu. Justeru, saya berpendapat bahawa libat urus strategik perlu dimulakan dengan penglibatan pihak KKM, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain agar isu ini dapat diperhalusi dan ditangani secara berhemah. Setakat ini hanya terdapat satu hospital iaitu University Malaya Medical Centre (UMMC) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan penjagaan kesihatan dalam kategori yang agak mampu milik kepada penduduk. Jika pembinaan hospital baru adalah terlalu mahal, adakah kerajaan boleh memperkasakan UMMC supaya juga boleh menawarkan perkhidmatan yang seperti hospital awam lain. Perkara ini bukanlah kali pertama dibangkitkan oleh saya. Justeru, besar harapan saya agar KKM di bawah YB Kuala Selangor dapat mengambil inisiatif untuk warga Petaling Jaya dengan kadar segera. Tuan Yang di-Pertua, ketiga, isu pengangkutan dan kemudahan awam. Saya sentiasa konsisten menekankan di dalam beberapa perbahasan saya betapa pentingnya memperkasa first and last mile connectivity dengan izin, melibatkan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, bas, minivan dan kemudahan asas seperti laluan pejalan kaki dan mesra OKU.
Untuk makluman, pihak saya sentiasa mengadakan pertemuan secara konsisten bersama wakil MBPJ, Prasarana, MRT Corp, ADUN, ahli majlis, NGO-NGO bagi memastikan PJ dapat menjadi sebuah hab yang menghubungkan jaringan pengangkutan bersepadu di bawah MRT, LRT. Justeru, saya berpendapat bahawa pengangkutan awam harus diperkasakan sebelum membincangkan segala pembinaan lebuh raya yang baru seperti PJD Link. Isu hangat ini sering terpampang di media massa dan mendapat perhatian ramai namun mesej saya jelas bahawa kita perlu menumpukan kepada agenda merangka pengangkutan awam yang mampan untuk seluruh Malaysia. Sekalipun projek PJD Link telah dibatalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun lalu, masih terdapat khabar angin bahawa projek tersebut akan dinilai semula. Saya berpendapat bahawa selagi isu ini relevan, ia perlu dinyahklasifikasikan perjanjian konsesi PJD Link daripada Akta Rahsia Rasmi 1972 agar terma dan kandungannya dapat diakses oleh orang awam dan lebih bersifat telus.
Justeru, alternatif kepada lebuh raya sudah pastinya menyokong kapasiti pengangkutan awam yang terdiri daripada pelbagai bentuk, mudah akses, berpatutan, efektif dan holistik sebagai langkah proaktif meningkatkan taraf kualiti kehidupan bagi komuniti PJ. Tuan Yang di-Pertua, sebelum menutup tirai ucapan perbahasan saya, izinkan saya ungkapkan serangkap pantun untuk renungan kita semua. Mekar sejambak bunga di taman, Cerminan subur Daulat Diraja; Malaysia Madani mengejar kemajuan, Amanah rakyat luhur dijaga. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Saya menjunjung penuh Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca doa] Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Permatang Pauh untuk sama-sama menyertai perbahasan Usul Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertamanya, sebelum saya melanjutkan perbahasan saya, saya mewakili rakyat Permatang Pauh dengan penuh takzim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Permatang Pauh mengambil peluang ini menjunjung kasih Titah Diraja ini dengan membangkitkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, sekali gus merealisasikan beberapa inti pati penting Titah Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, konsep federalisme yakni gabungan antara penyatuan negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia. Segala persetujuan dan persefahaman yang dilakukan antara negeri dan Persekutuan, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan utama negara Malaysia, jelas menggariskan akan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Semangat federalisme akan luntur jika salah satu pihak tidak menghormati dan bersikap semberono yang bertentangan dengan konsep federalisme.
Saya melihat konsep Madani yang dilancarkan oleh kerajaan sekadar slogan yang menitip di bibir sahaja. Penghayatannya agak sedikit. Asasnya, konsep federalisme dan Madani ini membawa nilai yang sama. Namun saya pelik melihat gelagat beberapa Menteri yang mengadakan program di negeri dan juga Parlimen Perikatan Nasional, tapi tiada jemputan kepada kerajaan negeri dan juga Wakil Rakyat setempat. Setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia ini ada peranannya sendiri. Negeri Kedah negeri yang bersebelahan dengan negeri saya sendiri sanggup mengorbankan pulangan ekonomi demi membekalkan beras kepada negara. Juga Kedah turut menanggung kos yang besar untuk melestarikan kawasan tadahan Ulu Muda, jadi sumber air ke negeri saya sendiri. Pengorbanan Kedah ini sewajarnya mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, memandangkan tuntutan Kedah ini mempunyai asas yang jelas. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan Kelantan dan Terengganu yang mempunyai sumber minyak di perairan negeri mereka. Wang royalti mesti diberikan sebagaimana perjanjian Kerajaan Negeri dan PETRONAS dan ia termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Menteri Kewangan yang menaungi PETRONAS perlu melunaskan perjanjian yang dimeterai sekali gus menjunjung semangat federalisme. Konsep federalisme ini perlu dihormati agar tiada persengketaan antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan perlu bijaksana menguruskan konsep federalisme ini agar Persekutuan ini bebas daripada unsur yang tidak sepatutnya. Tuan Yang di-Pertua, tahun 2023, kita telah menyaksikan rakyat menanggung bebanan kos sara hidup yang sangat membebankan, kesan kenaikan harga barang keperluan yang tiada penyudahnya. Kita mengharapkan sinaran penyelesaian pada tahun 2024. Namun, semuanya hampa apabila tahun 2024, rakyat terus dibebankan dengan pengenalan cukai-cukai yang baru. Rakyat dihidangkan dengan pengenalan cukai barangan nilai rendah bagi platform jualan dalam talian sebanyak 10 peratus yang menambahkan lagi bebanan rakyat. Sedia maklum, rakyat yang kurang berkemampuan, rata-rata banyak menggunakan platform e-dagang ini kerana harganya lebih murah. “Sudah jatuh ditimpa tangga pula”. Awal tahun ini, kerajaan juga telah membuat penyelarasan bil elektrik yang mana pasti akan menyebabkan rakyat akan lagi terkesan. Tuan Yang di-Pertua, isu beras tempatan yang masih belum bertemu penyudahnya menambahkan lagi tekanan. Tiba-tiba pula baru-baru ini kecoh dengan beras putih Madani harga RM30. Adakah ini menjadikan beras putih tempatan berharga RM26 sudah tiada di pasaran? Dalam bentuk persoalan. Banyak persoalan yang berbangkit. Rupa-rupanya ada pihak yang lebih lajak daripada laju. Saya mohon, bincanglah dulu sebelum buat sebarang kenyataan. Bukan apa, dah kerap sangat berlaku bercanggah sesama sendiri dan last sekali, pakat-pakat spin pula. Tuan Yang di-Pertua, harga barangan sekarang seakan-akan sudah tidak terkawal seperti perbahasan Ketua Pembangkang berkaitan penderitaan rakyat, semalam. Begitulah realiti kehidupan rakyat teramai sekarang ini. Adakah kerajaan tiada sebarang usaha untuk memulihkan semula kuasa beli rakyat? Kasihan kat peniaga- peniaga kecil yang kerugian kerana barang jualan mereka banyak yang tak laku. Sebaiknya, kerajaan berilah insentif sempena perayaan dan sesi persekolahan yang akan datang nanti untuk meringankan beban rakyat ataupun kerajaan menangguhkan dahulu beberapa keputusan yang pasti akan meningkatkan kos kehidupan rakyat ini. Kenaikan cukai SST kepada lapan peratus pasti juga akan meningkatkan kos. Pemain sektor perkhidmatan sudah lama merungut dengan dasar yang bakal menimpa mereka minggu depan ini. Berkaitan dengan isu jualan rahmah di setiap kawasan, saya nampak ia hanya penyelesaian jangka pendek. Malah keberkesanan juga sangat minimum. Apakah penyelesaian menyeluruh kerajaan untuk menghadapi kos sara hidup ini?
Tuan Yang di-Pertua, banyak berkaitan dengan isu kos sara hidup tapi saya skip kerana ada banyak lagi yang ingin saya sentuh. Saya ingin sentuh berkaitan isu konsert. Era Kerajaan MADANI ini sudah beberapa kali diadakan konsert dan kadang-kadang ia mengundang kontroversi. Saya tertanya-tanya, adakah kerosakan padang nasional Bukit Jalil selepas konsert Coldplay tidak cukup dijadikan pengajaran supaya konsert di stadium ini tidak berulang lagi? Belajar daripada pengalaman adalah fitrah semula jadi manusia tapi pelik dengan kerajaan sekarang ini. Saya ingin mengetahui pendirian Kerajaan MADANI terhadap konsert. Adakah kerajaan bersetuju dengan penganjuran konsert semata-mata untuk pulangan ekonomi yang mana adanya pergaulan bebas, pendedahan aurat dan penyumbang masalah sosial yang lain? Bagi saya, tidak mengejutkan kalau kerajaan hari ini memilih konsert untuk pulangan ekonomi kerana kerajaan telah memilih keuntungan kepada pemain-pemain vape daripada kesihatan generasi muda negara sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, cadangan agar menjadikan kampung baru Cina sebagai tapak warisan telah menimbulkan polemik. Saya tidak ingin membangkitkan perkara ini secara mendalam, namun saya ingin menasihatkan kepada Menteri agar berfikirlah dengan bijaksana. Janganlah kerana demi kepentingan tertentu, ia akan menimbulkan implikasi yang buruk dan berpanjangan. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia baru-baru ini kecoh dengan isu cadangan kerajaan berkaitan dengan pencen. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah kerana tidak mampu untuk menanggung pembayaran pencen yang agak besar. Saya tidak bersetuju dengan alasan ini disebabkan beberapa perkara. Antaranya, majoriti penjawat awam kita ini bukanlah bergaji besar. Kedua, pencen juga merupakan tarikan utama rakyat untuk menyertai sektor awam dan yang ketiga, kalaulah berlaku di satu hari nanti pemotongan KWSP penjawat awam ini, jumlahnya akan kecil kerana gaji mereka lebih kecil, akan mengakibatkan wang terkumpul KWSP pun akan kecil dan tidak mampu menampung kehidupan selepas bersara. Saya merasakan tak perlulah disentuh isu pencen ketika ini, ketika keadaan rakyat majoriti sedang merasai tekanan kehidupan. Jika benar kerajaan tetap meneruskan ini, saya nak mencadangkan agar dibuat beberapa peringkat. Simple sahaja. Penjawat awam yang bergred rendah, serendah-rendahnya sehinggalah ke Gred 56, kekalkanlah pencen mereka. Penjawat awam yang lebih daripada 56, boleh ditawarkan pencen atau skim KWSP. Segala lantikan politik, Timbalan-Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Perdana Menteri, bahkan Perdana Menteri sekali, bahkan mungkin Ahli Parlimen dan juga ADUN, mungkin boleh dicadangkan untuk skim KWSP. Jika kita tidak mampu untuk mengubah perkara ini, kerajaan tidak perlulah menyentuh isu pencen ini kepada penjawat awam di bawah. Carilah jalan lain. Majoriti penjawat awam bila bersara, pencennya tidak seberapa. Orang utara sebut, “Tak banyak mana pun”. Kenapakah perlu diganggu perkara yang boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram seperti ini?
Tuan Yang di-Pertua, isu Nik Elin baru-baru ini juga telah menimbulkan polemik dalam negara. Saya tak mahu mengulas panjang, cuma saya ingin bertanya dua perkara sahaja kepada kerajaan. Yang pertama, adakah kerajaan mahu meminda perlembagaan untuk memperkasakan undang-undang syariah di setiap negeri ini agar ia tidak boleh dicabar oleh orang-orang yang kita tahu, orang-orang yang tidak senang dengan undang- undang syariah? Soalan yang kedua, bilakah RUU 355 akan dibentangkan? Dalam paper baru- baru ini dimaklumkan Menteri kata akan dibentangkan. Jadi kita nak tengok, nak tahu jadi ataupun tidak? Saya yakin jika dibentangkan, semua Wakil-wakil Rakyat yang beragama Islam pasti akan menyokongnya. Jika dalam suasana sekarang ini pun itu pun tidak boleh dibuat, tak perlu sembanglah nak perkasakan undang-undang syariah.
Permatang Pauh.
Sila.
Saya nak celah sikit ya.
Sila.
Ya, tadi tentang RUU 355 ya.
Dato’, minta...
Boleh, boleh celah?
Boleh, boleh, boleh.
Saya nak tanyalah sebab tadi kata tak payah sembang kalau tak boleh bentangkan dan sebagainya sebab masa yang sebelah sana berada dalam kerajaan pun tak ada pun bentang RUU 355 ini. Jadi, saya pun rasa tak payah sembanglah.
Baik. Terima kasih pada Bangi. Saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya sikit juga, boleh tak? Tambah sikit.
Boleh tambah masa Dato’?
Boleh, boleh, boleh. Boleh, boleh tambah masa. Saya nak tanya, sebab tertib untuk nak meminda akta ini bukan satu proses yang mudah ya, diambil panjang. Pertama, kerajaan terikat dengan tertib proses pemindaan; kedua, Majlis Raja- Raja perlu dimaklumkan secara sebulat suara; ketiga, Kabinet perlu memperakui; keempat, pindaan perlu mendapat pandangan pakar. Banyak lagi sebelum nak dibentangkan dalam Dewan. Saya nak tahu, pada masa Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, Menterinya daripada parti tuan, peringkat mana yang telah dibuat untuk RUU 355 ini?
Baik, terima kasih pada Bangi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Saya rasa soalan dari Bangi itu sebenarnya dijawab oleh Shah Alam sebenarnya itu. Dalam tempoh masa yang ditadbir oleh Bagan Serai sebelum ini, saya rasa itulah poin yang telah dibuat dan...
Tahu pun.
Ya. Jadi, saya rasa saya menunggu untuk komitmen kerajaan sekarang pulalah saya nak tengok. Baik. Isu yang terakhir sebelum saya sentuh, boleh minta sikit Dato’ Yang di-Pertua? Terima kasih. Berkaitan dengan isu penjualan arak, sikit sahaja. Kalau kita tengok arak dalam Malaysia ini dia ada dua jenis. Ada bir, ada liquor. Undang-undang berkaitan dengan penjualan liquor dan bir ini berbeza walaupun kedua-duanya ialah arak. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 untuk tidak membenarkan arak, bir dan sebagainya dijual secara terbuka di kedai runcit, kedai 24 jam dan juga supermarket. Kerana kita sedia maklum arak ini kesannya tidak baik dan juga kerajaan perlu menjaga rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi. Berkaitan dengan isu negeri, sikit sahaja. Baru-baru ini berlaku pencemaran di Sungai Air Merah dan Sungai Kulim di sempadan antara Penang dengan Kedah. Sebenarnya isu ini dah banyak berlaku, Sungai Kereh, Sungai Lembu, Sungai Bakap sejak berpuluh-puluh tahun.
Menariknya baru-baru ini statement antara Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah bercanggah dengan statement daripada Exco Negeri Pulau Pinang yang mana Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah memaklumkan ia berlaku kerana kegiatan melepaskan sisa ternakan babi. Itu dibuat setelah berlaku siasatan, intipan, pantauan menggunakan dron, tetapi Exco Negeri Pulau Pinang menyatakan ia disebabkan oleh ternakan itik yang terletak di ladang bersebelahan. Jadi, orang-orang sekitar jadi pening. Mana satu yang betul, tetapi dari sudut baunya, memang penduduk sekitar tahu itu adalah bau najis babi. Jadi kita mahu bertanya, apakah tindakan kerajaan berkaitan dengan isu ini? Exco Pulau Pinang juga telah memaklumkan bahawa penternak babi itu tidak memiliki lesen. Jadi, bagi saya sudahlah tak ada lesen, berani pula melanggar undang-undang, cemarkan alam sekitar. Kalau hanya dengan kompaun, saya rasa tak jadi masalah kerana mereka tauke-tauke yang kaya. Jadi, mereka boleh bayar kompaun. Jadi, saya mengharapkan respons daripada pihak Menteri berkaitan dengan isu ini. Dalam sesi perbahasan yang lepas, saya sudah beberapa kali menyebut berkaitan dengan isu kesesakan di Permatang Pauh. Baru-baru ini pun Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri dalam kenyataan beliau, beliau juga tidak menafikan kesesakan sangat berlaku pada lalu lintas Permatang Pauh. Jadi, saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk memberikan respons berkaitan dengan bagaimana nak meringankan aliran trafik Juru sehingga Sungai Dua kerana respons sebelum ini yang diberikan tidak memberikan kesan yang baik. Kesesakan masih tetap berlaku. Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, saya nak memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melihat semula kesesakan di Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang yang mana Jabatan Imigresen negeri ini berada di Seberang Jaya, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Saya nak mencadangkan agar kerajaan kalau boleh pertimbangkanlah untuk membuka semula cawangan imigresen, khususnya untuk pengurusan pasport sahaja. Kerana kalau boleh bukalah satu di pulau dan satu di Seberang Perai. Kerana isu dia sekarang orang mula beratur daripada pukul 6 pagi beratur dengan keluarga dan sebagainya, dengan anak-anak kecil dan sebagainya untuk urusan pasport sahaja. Jadi, mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak KDN. Jadi untuk perkara-perkara yang lain di peringkat kawasan, saya akan bangkitkan dalam kesempatan yang akan datang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Permatang Pauh mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Tuaran mulakan perbahasan dengan merafak sembah ucapan tahniah kepada Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor atas pelantikan sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ke- XVII. Kita sama-sama mendoakan semoga Tuanku dikurniakan kesihatan dan kebijaksanaan menaungi kerajaan sehingga Malaysia berjaya mengatasi pelbagai cabaran pembinaan dan pembangunan negara. Tuaran juga merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Pahang atas kecemerlangan penuh kebijaksanaan menangani pelbagai cabaran sepanjang pemerintahan selama lima tahun. Rakyat Sabah khususnya akan mengabdikan dalam ingatan keprihatinan Tuanku tentang keperluan kemudahan asas di Sabah di akhir pemerintahan Tuanku.
Titah Diraja pada kali ini disampaikan dengan menggunakan tatabahasa yang senang difahami oleh rakyat Malaysia dalam nada pertuturan harian. Pada Tuaran, Titah Diraja tersebut bukan sahaja bersejarah kerana inilah julung-julung kalinya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah di Parlimen Malaysia, tetapi Tuanku juga bertitah perkara asas pembinaan dan pembangunan negara bangsa Malaysia khususnya, merujuk kepada pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, pelaksanaan dan penggunaan serta penghormatan Perlembagaan Persekutuan, dasar dan peraturan ditetapkan, mempertingkatkan perpaduan, keharmonian kaum negara, pentingnya eksekutif sentiasa menasihat dan juga nadi rakyat demi membela nasib mereka, memperkasakan ekonomi negara dan ekonomi rakyat dan membudayakan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam. Dalam masa yang diberikan, Tuaran menumpukan perbahasan dalam hal pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penghormatan serta pelaksanaan inti pati Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Tuanku berpuas hati dengan langkah- langkah yang dilaksanakan kerajaan dalam menyelesaikan perkara-perkara berkaitan MA63, denyutan nadi rakyat, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak masih belum berpuas hati dengan pelaksanaan MA63 ini. Persoalannya, kenapakah masih timbul rasa ketidakpuasan hati ini? Tuan Yang di-Pertua, sebabnya pada ketika kenyataan-kenyataan seperti kita adalah generasi pelaksana, oleh itu laksanakan sahaja MA63, tidak perlu lagi dirunding terus berkumandang. Namun hakikatnya, sehingga kini masih ada yang belum dilaksanakan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, pelaksanaan revenue sharing dalam MA63 sepertimana yang termaktub dalam Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu Satu peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak perlembagaan ataupun Constitutional Rights pada Sabah untuk mendapatkan dua perlima ataupun 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan dari Sabah. Walaupun perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, namun hak perlembagaan Sabah ini telah dinafikan sejak sekian lama. Namun, Tuaran tetap berharap agar jaminan pelaksanaan hak Sabah yang dilaksanakan sebelum Julai 2023 dapat ditunaikan seperti yang diumumkan, seperti yang dijanjikan. Malah pada ketika ini, sepatutnya tumpuan harus difokuskan kepada penyediaan mekanisme pelaksanaan hak perlembagaan Sabah tersebut. Dalam hal ini, dua perkara perlu dielakkan iaitu pertama, bahawa janganlah proviso Perkara 112C ini dikelirukan dengan proviso Perkara 112D.
Pada Tuaran, Perkara 112D hanya berbangkit apabila Perkara 112C telah diterima dan diiktiraf sebagai hak Sabah dan kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya. Jika kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak melaksanakan Perkara 112C, maka Perkara 112D tidak berbangkit, tetapi apabila dibentangkan pewartaan tempoh hari berkenaan dengan perkara ini yang diungkit, yang dibangkitkan di sana ialah 112D yang sepatutnya tidak berbangkit kerana dia tidak dirujuk langsung tentang hak perlembagaan Sabah iaitu 112C. Kedua, bahawa hak perlembagaan Sabah dalam Perkara 112C ini adalah istimewa pada Sabah sahaja. Mohon dengan izin Sarawak tidak ada hak perlembagaan seperti itu, dia lain sebab itu perlu dirunding secara berlainan ataupun dengan cara yang berlainan dengan Sabah dan kerajaan, begitu juga dengan Sarawak. Oleh itu, pewartaan Warta Kerajaan Persekutuan pada 20 April 2022 iaitu Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2022 dan seterusnya Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023 iaitu Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 tidak ada kena mengena dengan langkah melaksanakan hak perlembagaan Sabah dalam hal perkongsian hasil ataupun dalam hal revenue sharing.
Oleh itu, Tuaran meminta Kerajaan Persekutuan supaya mengambil langkah- langkah positif untuk menyediakan mekanisme melaksanakan tuntutan hak perlembagaan Sabah tersebut iaitu Perkara 112C. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lain berkenaan pelaksanaan MA63 ini ialah ada tiga perkara yang telah diikat dengan sumpahan sepertimana yang diikat oleh Batu Sumpah Keningau. Tiga perkara itu ialah kebebasan beragama di Sabah. Yang kedua tanah adalah hak Sabah dan yang ketiga adat istiadat hendaklah dilindungi dan dipelihara di Sabah. Semasa batu sumpah ini dilancarkan pada 30 Ogos 1964 setahun selepas pembentukan Malaysia, beberapa ekor haiwan termasuklah kerbau, lembu, kambing, babi dan ayam telah disembelih dan darah haiwan-haiwan tersebut telah dicurahkan di atas batu sumpah tersebut. Menurut kepercayaan orang-orang Momogun di Sabah, sumpahan yang diikat sedemikian rupa akan berterusan mengikat pihak-pihak yang terlibat sehinggalah yang menjadi sumpahan generasi ataupun generational curse. Sekarang sepanjang 60 tahun terbentuknya Malaysia, kita telah melalui liku-liku sejarah yang mana kebebasan beragama di Sabah terancam, pernah ada paksaan dan sebagainya, tanah Sabah iaitu Labuan diserahkan kepada Persekutuan menjadi Wilayah Persekutuan tanpa apa-apa pampasan, satu sen pun tidak ada dan seluas 124,389 hektar tanah Sabah diserahkan kepada FELDA tanpa pemilikan ekuiti daripada Kerajaan Sabah. Semua ini secara terang- terangan merupakan pelanggaran terhadap perakuan Batu Sumpah Keningau. Sebab itu apabila lapan daripada 10 buah daerah termiskin di Malaysia ini adalah daripada Sabah. Masalah-masalah seperti bekalan air, masalah bekalan elektrik, masalah jalan-jalan raya, masalah banjir, masalah jambatan-jambatan gantung yang usang tidak selesai-selesai. Masalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI), kehadiran pelarian Filipina berterusan di Sabah, pelbagai masalah pembangunan menghantui Sabah. Maka Tuaran ingin bertanya, apakah ini kerana sumpahan generasi yang diikat oleh Batu Sumpah Keningau? Apakah kita ini kena sumpahan dan apakah yang kena sumpahan itu hanya di Sabah ataupun apakah seluruh negara kita kena sumpahan? Kerana pembentukan Malaysia ini, jaminan perakuan dalam MA63 itu telah dicabuli dan tidak dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, maka sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua agar MA63 itu dilaksanakan dengan sepenuhnya. Memang benar kita adalah generasi pelaksana. Persoalannya, apakah lagi yang perlu ditunggu-tunggu? Apakah lagi yang mahu dirunding-runding? Laksanakan saja MA63 ini dan mana-mana tindakan terdahulu yang bertentangan dengan MA63 termasuklah pindaan terhadap Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda pada tahun 1954 tanpa memenuhi kehendak MA63 iaitu harus berunding dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sehinggakan pada hari ini status Perkara 122B itu masih terumbang-ambing. Dalam perkara ini, TYT Sabah dan TYT Sarawak ada kuasa untuk melantik Judicial Commissioner, tetapi itu telah dibuang dan sekarang diserahkan kepada Agong tanpa perundingan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, telah dipinda. Kita tanya di Dewan ini, apakah statusnya, jawapan dahulu ialah pihak kerajaan atau mana-mana pihak bolehlah pergi ke mahkamah untuk menentukan...
Tuaran, saya minta mencelah sedikit- Puncak Borneo.
Puncak Borneo, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Setujukah tidak Yang Berhormat Tuaran untuk menyarankan kerajaan khasnya Kementerian Pendidikan untuk meletakkan Perjanjian Malaysia di dalam silibus subjek dalam pendidikan negara kita supaya semua rakyat Malaysia sedar bahawa kita ada social contract ataupun hak Sabah, Sarawak yang harus diketahui oleh setiap anak-anak Malaysia supaya hak kita daripada Sabah, Sarawak ini tidak dinodai daripada sekarang sehingga ke akhir hayat. Terima kasih.
Untuk membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai satu wawasan, kita hendaklah mempunyai satu sejarah yang sama dan sejarah pertama kita ialah pembentukan Malaysia itu sendiri iaitu Perjanjian Malaysia. Kenapa kandungan Perjanjian Malaysia ini tidak dimasukkan secara detil terperinci dalam sejarah, buku-buku sejarah yang dipelajari, kita hidangkan kepada pelajar-pelajar kita. Saya setuju. Dalam hal ekonomi dan langkah-langkah memperkasakan rakyat, komitmen terhadap pelaksanaan reformasi atau pembaharuan hendaklah disegerakan. Sebagai contoh dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan. Hal-hal berkaitan dengan logistik dan pengangkutan hendaklah dititikberatkan. Sehubungan itu, saya juga ingin bertanya agensi manakah yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan pertanian di Sabah, di Sarawak dan juga di semenanjung? Kalau di Semenanjung, saya difahamkan dia melalui agensi-agensi seperti KADA dan sebagainya tetapi di Sabah pula langsung tidak ada. Kita tidak ada. Sedangkan jalan- jalan pertanian ini sangat-sangat penting. Bagaimanakah kita mahu menaik taraf, bagaimanakah kita untuk memohon jalan-jalan pertanian untuk mengeluarkan hasil pertanian kita? Kemudian dalam menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah yang berhadapan dengan masalah rizab margin yang rendah. Pada masa ini, rizab margin adalah pada kadar 12 peratus. Tahap ini adalah terlalu rendah berbanding Semenanjung yang mempunyai rizab margin pada 40 peratus sekali gus menimbulkan kerisauan pada kestabilan bekalan elektrik di Sabah. Margin rizab yang terlalu rendah ini juga menyebabkan catuan elektrik dan gangguan bekalan elektrik masih berterusan di bumi di Bawah Bayu dan ia dijangka akan menjadi lebih serius pada musim El Nino ataupun musim panas yang berpanjangan kerana permintaan dan penggunaan tenaga yang lebih tinggi. Melihat situasi itu secara konteks, pada 17 Januari lalu grid bekalan elektrik itu berdepan defisit kritikal. Bekalan 155 megawatt apabila dua buah syarikat pengeluar tenaga bebas IPP tidak dapat beroperasi sepenuhnya iaitu Kimanis Power Sdn. Bhd. membekalkan 95 megawatt dan Ranhill Powertron Sdn. Bhd. membekalkan 60 megawatt. Persoalannya dalam keadaan di manakah kita sudah membentuk negara Malaysia selama 60 tahun, mengapakah kemudahan-kemudahan asas yang berkualiti masih belum dapat disediakan di Sabah? Saya harap ini bukan kerana sumpahanlah. Umum mengetahui bahawa hal-hal elektrik sebelum ini adalah hal berada di bawah seliaan Persekutuan dan bermula pada 3 Januari tahun ini barulah bekalan elektrik diserahkan kepada Sabah. Persoalan timbul juga ialah apakah status kawal selia bagi hal ehwal bekalan elektrik di Wilayah Persekutuan Labuan memandangkan syarikat utiliti di Labuan juga adalah sama dengan Sabah iaitu Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Adakah status kawal selia bekalan elektrik di Labuan berada di bawah Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS). Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun. 60 tahun sudah berlalu, MA63 membentuk negara-ku; Sudah lama tertunggu-tunggu, Generasi pelaksana di manakah kamu. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan satu ungkapan daripada Thirukkural. Dengan izin, Timbalan Speaker. Yang berbunyi seperti berikut, tapi maknanya akan saya terangkan dalam bahasa Malaysia... [Berucap dalam bahasa Tamil] . Saya ulangi... [Berucap dalam bahasa Tamil] Yang bermaksud, “Jangan takut kepada musuh, tetapi kita perlu berhati-hati, risau dan gementar dengan kawan yang berpura- pura berkawan dengan kita, tetapi sebenarnya beliau adalah musuh.” Saya akan menjelaskan kenapa saya memberi ungkapan ini dalam ayat Thirukkural kemudian, ketika saya menghabiskan perbahasan. Timbalan Speaker, saya ingin Yang di-Pertua juga berterima kasih atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya, di mana saya ingin merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Diraja- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya teruja ketika mendengar Titah Tuanku kerana beliau merupakan seorang penaung yang terkenal. Dahulunya di Johor, di mana rakyat di Johor bangga dengan istilah “bangsa Johor.” Semoga dengan naungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, kita juga akan terkenal sebagai bangsa Malaysia, di mana rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa akan menjadi lebih akrab dan perpaduan akan tersemai dengan naungan Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya teruja juga dengan Titah Tuanku, di mana Tuanku telah menyatakan tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menukar kerajaan. Saya fikir, Titah Tuanku ini disambut baik oleh rakyat Malaysia. Kerana rata-rata kita mengetahui percubaan- percubaan untuk menukar kerajaan sering kali berlaku. Yang terakhirnya kita dengar Langkah Dubai dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan terima kasih bagi rakyat Malaysia kepada Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-XVI, di mana Tuanku telah berjaya mengilhamkan satu Kerajaan Perpaduan di mana kita lihat parti-parti politik yang dulu bertelagah, bersama-sama dalam kerajaan sekarang iaitu seperti DAP, UMNO, PKR, AMANAH, MCA dan MIC. Sesungguhnya, Tuanku Sultan Pahang telah berjaya membawa pihak-pihak ini bersama-sama untuk kita memastikan Kerajaan Perpaduan menjaga nasib dan juga memberikan perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ketika itu, Malaysia menghadapi masalah. Rakyat jelata tahu di mana Tuanku telah membuat pelawaan kepada pihak di sebelah sana untuk bersama-sama kita, tetapi pihak-pihak tertentu telah menolak. Namun demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah dan juga berterima kasih, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Pahang di atas Kerajaan Perpaduan yang telah diilhamkan oleh Tuanku. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara. Saya mengambil iktibar daripada nasihat Yang di-Pertua untuk membangkitkan masalah-masalah di kawasan saya. Pertamanya masalah kebocoran paip IWK- Indah Water yang sering kali berlaku di Jalan Sungai Pinang di DUN Sungai Pinang, di mana masalah itu menyebabkan air najis mengalir keluar dan walaupun berulang kali telah pun diperbaiki Yang di-Pertua, masalah itu tidak selesai. Jadi, saya mohon kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia iaitu Timbalan Perdana Menteri kita yang pertama dan juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk memberi perhatian kepada masalah itu supaya dapat ditangani dengan seberapa segera yang boleh. Keduanya, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang. Di kawasan Jelutong, Jalan P. Ramlee, setiap kali bila hujan lebat, mesti akan banjir. Saya juga mohon supaya kerajaan pimpinan PMX, Kerajaan Perpaduan memberi perhatian memastikan bahawa projek itu dengan segera dilaksanakan.
Tidak melupakan juga kepada anggota-anggota PDRM, Balai Polis Jelutong di kawasan saya di mana terdapat pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri bahawa Rolling Plan dengan izin, telah pun dilancarkan di mana kuarters baharu akan dibina bagi anggota-anggota Polis di Kuarters Jelutong. Untuk makluman Yang di-Pertua, Kuarters Balai Polis Jelutong adalah kuarters yang tertua di Malaysia di mana hanya ada satu bilik sahaja untuk anggota-anggota yang berkhidmat di Balai Polis Jelutong. Bayangkan, dengan isteri dan anak-anak mereka. Jadi, saya merayu menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan perhatian supaya dapat dilaksanakan pembinaan baharu- kuarters baharu di Balai Polis Jelutong di Jelutong dengan segera. Akhir sekali, saya ingin menyentuh kepada projek perumahan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di kawasan Kota Giam di Sungai Pinang di mana isu perumahan juga dialami- juga adalah masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Jelutong, di mana Projek Perumahan Rakyat dijangka akan dibina dan saya cuma memohon menggunakan kesempatan ini untuk saya merayu kepada kementerian dan kerajaan PMX untuk memastikan bahawa Projek Perumahan Rakyat di kawasan Kota Giam dilaksanakan dengan segera. Dalam kesempatan yang telah diberikan kepada saya dalam beberapa minit yang tinggal lagi, saya teruja juga dengan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh tentang perkara-perkara berkenaan dengan hubungan perpaduan antara kaum. Dengan izin, saya memetik dalam Titah Tuanku. Tuanku telah bertitah seperi berikut, “Saya juga menyeru semua lapisan masyarakat supaya memperkukuhkan perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat tidak memainkan isu race, religion dan royalty.” Yang di-Pertua, dalam kesempatan yang diberikan ini, saya ingin bersuara bagi rakyat Malaysia berbilang kaum terutamanya kaum India dan kaum Cina yang tergores hati dan rasa begitu hampa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang bekas Perdana Menteri kita yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Rakyat mula tanya, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, pelbagai rancangan diumumkan. Wawasan 2020 dan sebagainya. Rakyat ingin tanya dan tertanya-tanya, adakah beliau sebenarnya ikhlas apabila mengumumkan semua- polisi-polisi seperti berikut? Kenyataan beliau dalam satu temu bual dengan sebuah televisyen satellite TV, Thanthi TV di India, di mana beliau mempersoalkan keikhlasan dan kesetiaan rakyat Malaysia yang berbangsa India dan Cina. Saya menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan kepada beliau, saya tidak ingin menamakan beliau, tapi rakyat umum mengetahui. Bukankah ketika beliau menjadi Perdana Menteri, kita ada pemimpin-pemimpin dari MCA, MIC daripada GERAKAN dan juga menjadi Ahli-ahli Kabinet beliau, umpamanya Tun Dr. Ling Liong Sik daripada MCA, mendiang Tun Dr. Samy Vellu, mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik.
Apakah mereka-mereka ini tidak setia kepada Kerajaan Barisan Nasional ketika itu? Cumanya, saya tahu bahawa kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh beliau berulang kali. Saya rasa begitu hampa, begitu kecewa. Ketika itu saya di bangku sekolah, melihat kepada beliau sebagai seorang pemimpin yang terulung, pemimpin yang disegani, tetapi kenyataan-kenyataan beliau berulang kali diulangi dan ini boleh menyebabkan perpaduan integrasi nasional di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini tergugat. Saya cuma merasakan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau...
Tuan Speaker, peraturan mesyuarat.
Saya minta waktu diberhentikan Tuan Speaker, saya akan respons.
Dipersilakan Yang Berhormat...
12...
Waktu di- Tuan Speaker, saya minta waktu diberhentikan.
36(12).
Waktu.
Yang Berhormat Jelutong, duduk kejap.
Duduk dulu Jelutong.
Yang Berhormat Parit Buntar...
36(12). “Mana- mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”... [Merujuk Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Pertama tadi, Jelutong sebut orang yang tak ada di Parlimen. Bekas Perdana Menteri. Mengelirukan pula itu kenyataan yang memetik beberapa kenyataan yang tidak dipastikan kebenarannya. Kalau tadi Jelutong boleh mempertikaikan Tasek Gelugor bawa isu luar Dewan ke dalam Dewan, yang ini kenyataan PM, bekas PM di luar Dewan. Nak buat apa buat kenyataan di sini, siapa nak jawab? Dia tak ada. Buatlah kenyataan di luar Dewan. Buatlah kenyataan akhbar, jumpa Tun dan sebagainya. Walaupun tak sebut nama, kita tahu siapa yang ditujukan. Kalau tadi Tasek Gelugor boleh halang, Jelutong bangkitkan pula isu yang...
Yang Berhormat...
...Kenyataan di luar Dewan.
Yang Berhormat Parit Buntar, pendekkan.
Okey, itu kenyataan saya supaya tak payahlah ungkit-ungkit benda yang- yang di luar Dewan. Teruskan kepada fokus untuk isu yang kita bangkitkan. Titah tuanku, bukan titah Tun Dr. Mahathir.
Timbalan Speaker, saya minta masa di...
Baik, baik.
Saya akan bagi penjelasan.
Baik, sebelum saya proceed ke situ, Yang Berhormat Jelutong, ada apa-apa yang nak dijelaskan because...
Ya.
...Saya akan berlaku adil, kalau satu pihak membangkitkan peraturan, saya nak dengar yang ada- yang sebelah pihak pula.
Yang di-Pertua...
Jangan risau bab- bab time.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyentuh Titah Tuanku yang saya telah ungkapkan. Sebab itu, saya telah merujuk kepada Titah Tuanku yang telah menyentuh tentang- saya telah membaca ungkapan Titah Tuanku, saya juga menyeru semua lapisan masyarakat supaya memperkukuhkan perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R- race, religion dan royalty, pertamanya. Kedua, saya tidak menyebutkan mana-mana nama. Saya tidak tahu kenapa Yang Berhormat daripada Parit Buntar bangun untuk membela beliau. Sebab saya tidak menyentuh di sebelah sana. Saya membangkitkan perkara ini kerana adalah kaitan dengan apa yang telah dititahkan oleh Tuanku supaya perkara ini tidak disentuhkan. Ini adalah sebabnya kenapa saya tidak menyebut mana-mana nama dan saya hanya membangkitkan perkara ini kerana tidak mahu perkara ini berlaku, lagi-lagi di negara kita yang tercinta, Yang di-Pertua. So, sebab itu saya mengatakan di sini bahawa perkara-perkara ini harus- saya membangkitkan perkara ini kerana kenyataan-kenyataan ini memang dilaporkan dalam media massa, dibuat oleh beliau ketika beliau memberi temu bual, wawancara yang telah dilaporkan oleh media massa. So, Tuan Yang di-Pertua dan saya membangkitkan perkara ini kerana alasannya adalah ada kaitan dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Baik, ini petua saya. Baik. Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Jelutong. Nombor satu, tidak ada nama-nama tertentu dibangkitkan atau disebut. Kedua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong adalah asasnya akademik. Ya, benda di luar. Kalau perlu bukti, bercakap di dalam Dewan, saya akan ambil kira. Dengan sedemikian, tidak melanggar apa-apa peraturan. Yang berhormat Jelutong, saya tambah- Dari tadi tinggal baki berapa Yang Berhormat Jelutong, berapa minit?
Satu minit, 15 saat.
Saya bagi tujuh minit lagi.
Terima kasih, terima kasih.
...Tujuh minit.
Dan Yang Berhormat...
Tuan Speaker, 7h minit lagi, banyak sangat itu... [Ketawa]
Sebentar, sebentar Yang Berhormat Jelutong. Tak Yang Berhormat. Sebentar.
Bagi 2 minit saja. Seminit. 7 minit itu tak adil.
Yang Berhormat Parit Buntar, sebentar.
YB Speaker sebut 7 minit. Mana boleh.
Sebentar Yang Berhormat...
Masa tadi tinggal seminit lebih saja.
Yang Berhormat Parit Buntar, untuk Speaker yang terakhir, Yang Berhormat Tumpat pun saya tambah 7 minit.
Okey.
Baik. Yang Berhormat Jelutong, 7 minit.
Ya.
Yang Berhormat Tumpat, 7 minit. Ya, baik.
Terima kasih Timbalan Speaker yang tegas lagi budiman selalu.
Jelutong, boleh Sik bagi tanya sikit. Tadi Jelutong kata...
Saya tak benarkan. Minta maaf. Tak ada masa.
Bagilah, Jelutong. Bagi. Jangan takut Jelutong.
Tidak. Saya juga- saya tidak benarkan. Minta maaf.
Jelutong...
Saya juga terdengar...
Sikit saja Jelutong...
Saya tak bagi. Maafkan saya.
Yang Berhormat, ini adalah floor- Yang Berhormat Sik, ini adalah floor Yang berhormat Jelutong ya.
Ya, saya juga terdengar perbahasan Yang Berhormat Pembangkang kelmarin. Larut. Beliau begitu bersemangat mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan pada masa sekarang, tidak membawa sebarang reformasi institusi dan sebagainya. Saya ingin tanya balik kepada beliau, beliau tak hadir. Mungkin yang hadir boleh maklumkan kepada beliau. Masih kah ingat lagi Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sini dan di sebelah sana, suatu ketika dahulu Parlimen digantung dan tak boleh bersidang. Di bawah pemerintahan siapa perkara itu dibuat? Alasannya diberikan bahawa COVID-19. Masih ingat lagi dak Yang Berhormat- Yang Berhormat di sebelah sana, di mana Ahli-ahli Parlimen dilarang daripada memasuki Parlimen untuk bersidang. Pihak polis digunakan untuk melarang. Saya tak menyalahkan pihak Polis, tapi larangan itu dibuat oleh Yang Berhormat Larut ketika itu, beliau- apabila beliau merupakan Menteri Dalam Negeri. Semua perlakuan-perlakuan salah guna kuasa itu dilakukan oleh Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Larut...
Jelutong boleh?
Silakan.
Jelutong, saya nak sentuh sikit Jelutong kata hari itu tidak dibenarkan masuk Parlimen. Sekarang ini, apabila dibenarkan masuk Parlimen, boleh tengok berapa ramai Ahli Parlimen yang ada dalam Parlimen... [Tepuk] Kalau tengok di Blok Menteri, anggota pentadbiran tinggal dua orang, Timbalan Menteri. Jadi, perlu serius, kerajaan ini bila bercakap, perlu serius, pastikan. Saya ingat Perdana Menteri sendiri keluarkan arahan supaya Ahli Parlimen, anggota pentadbiran berada di Dewan. Jadi, saya nak sentuh yang itu, Jelutong. Terima kasih, tidak perlu disambung terima kasih.
Yang Berhormat, ada perbezaan Yang Berhormat. Ketika Yang Berhormat menjadi kerajaan, kita bersidang pada hari Khamis. Kita pulang dan bila kembali ke Parlimen pada hari Isnin, kita disekat. Disekat dekat Bank Negara, ada FRU. Tidak dibenarkan untuk masuk, semata-mata kerana ketika itu Yang Berhormat Pagoh risau dan takut tentang perkara-perkara yang akan dibangkitkan...
Memanglah risau. COVID-19 kot.
Point saya Jelutong, kalau boleh ya. Point saya, tak apalah, yang itu berlaku, tapi sekarang ini, bila Parlimen dibuka seluas-luasnya, tak datang pun Ahli-ahli Parlimen kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Jelutong. Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Maran minta...
Sikit saja. Boleh ya Yang Berhormat? Kawan baik ini. Yang Berhormat, saya kira- saya rasalah, kalau Yang Berhormat ketika itu menjadi Menteri pun, Yang Berhormat akan mengambil tindakan yang sama. Jangan kerana kepentingan politik, mengatakan bahawa Ketua Pembangkanglah, Pagoh lah, sebagainya. Sebab Yang Berhormat tidak pegang ketika itu. Saya berada dalam Jawatankuasa ketika itu. Bagaimana kita menangani isu COVID- 19 ini. Ini patut dipertahankan... [Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, jangan beremosi. Saya dah beri peluang dah... [Ketawa] Saya rasa Pengerusi...
Jelutong yang tak faham, Jelutong...
Okey. Apa yang saya nyatakan di sini adalah jangan sandiwara di Dewan yang mulia ini...
[Dewan riuh]
Jangan menunjukkan seolah-olah bahawa hanya kita sahaja yang mempelopori reformasi...
Jelutong, Sik. Sik minta sekali lagi boleh? Bagi Jelutong.
Okeylah, bagi Sik... [Ketawa]
Jelutong, saya nak minta Jelutong rujuk di mana Ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan jangan menukar kerajaan- di mana- teks di mana?... [Menunjuk dokumen berkaitan] Tak adapun. Jelutong jangan mengelirukan Dewan.
...Tarik balik.
Yang menyebut jangan menukar kerajaan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Mana?
Mana Jelutong?
Sik, saya ingin merujuk kembali kepada nasihat di mana Tuanku telah berkata beliau tidak akan melayan mana- mana pihak...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu telah dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini.
Jelutong, laluan Jelutong. Parit Buntar sekali lagi.
No, tidak, saya tidak benarkan.
Hai, tak berani kah?
Maknanya, Jelutong telah mencetuskan...
Pasir Gudang pun tak setuju, Jelutong.
Saya tak benarkan.
Pasir Gudang pun tak setuju.
Saya tak benarkan. Yang di-Pertua, apa yang penting adalah kita telah mendengar dan memang Titah Tuanku kelmarin dulu memang jelas dan rakyat akhirnya bernafas lega apabila Sultan Ibrahim menaiki takhta dengan Permaisuri Agong, di mana rakyat jelata, rakyat Malaysia memang senang hati dan merasakan bahawa percubaan untuk menukar kerajaan melalui pintu belakang tidak lagi akan berlaku. Saya di sini mengambil kesempatan, pada masa yang sama, untuk mencadangkan. Kita tak perlu risau. Lima tahun ini kita ada Sultan Ibrahim. Tuanku akan memastikan kerajaan ini kekal, tetapi selepas itu, saya ingin mencadangkan, sebagai Ahli Parlimen backbenchers, Fixed-Term Parliaments Act atau pun akta penggal tetap Parlimen digubal dan kita bentangkan dan kita luluskan supaya tidak ada percubaan- percubaan oleh mana-mana pihak apabila kita dipilih menjadi kerajaan...
[Bangun]
Seputeh nak minta laluan? Okey, saya bagi.
Saya hanya tolong nak jawab tadi Yang Berhormat kata tadi yang ucapan- Titah Tuanku yang mana perenggan 7, Tuanku berkata semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggu masa pilihan raya.
Di mana disebut “tukar kerajaan”...? Tak ada sebut. Tak ada sebut tukar kerajaan. Cuma menyebut menghormati Kerajaan Perpaduan. Itu maksud yang lain.
Yang Berhormat Sik, duduk Yang Berhormat Sik.
Ini perenggan 7. Speaker, perenggan 7. Ada baca kah ini?
Yang Berhormat, teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, kakak saya yang tolong membantu. So, saya, Yang di-Pertua, ingin mencadangkan satu undang-undang iaitu ‘Fixed-Term Parliament Act’ atau Akta Penggal Tetap Parlimen digubal dan kita bincangkan dan kita luluskan supaya tidak ada mana- mana pihak yang akan cuba menggugat kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat selepas Perdana Menteri dipilih dan dilantik. Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua, maafkan saya. Saya tak jelaskan Thirukkurul... [Berucap dalam bahasa Tamil] Yang bermaksud, jangan risau kepada musuh-musuh yang kita kenal, tapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersama-sama kita berkempen bersama-sama kita, menang pilihan raya bersama-sama kita, kalau lompat pergi ke sebelah sana, kita harus waswas dengan mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Samalah yang tujuh orang itu.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Baik, pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Tumpat. Saya bagi 22 minit ya, Yang Berhormat Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan masa yang cukup untuk saya membahaskan Titah Diraja pada kali ini.
Jelutong jangan keluar ya.
Saya mulakan dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim dan selawat kepada Rasulullah SAW yang merupakan junjungan besar yang telah pun memberikan panduan kepada kita umat Islam untuk mentadbir, bukan hanya mentadbir rumah tangga, tetapi juga mentadbir negara. Patik dan semua warga Tumpat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan keselamatan dan keafiatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII dan Permaisuri Agong sebagai tonggak dan syiar Parlimen Malaysia yang akan memandu negara ke puncak jaya. Patik ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi junjung kasih penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang telah melalui bersama-sama rakyat kemelut kesihatan, politik, ekonomi selama lima tahun. Tugas yang tidak mudah dan mencabar. Jika YDPA yang ke-XVI buat kejutan manis dengan idea lawatan ke pedalaman Borneo, patik juga berharap, insya-Allah, suatu hari lawatan mencemar duli juga akan dapat dibuat ke pedalaman Kelantan dan YDPA melihat sendiri sebuah negeri di Semenanjung yang 65 tahun di bawah Persekutuan Malaysia juga tanpa lebuh raya, tanpa empangan, tanpa pelabuhan. Kami memiliki minyak, tetapi tidak dapat menikmati hasil mahsul royalti minyak ini. Kami dari Kelantan berada di hujung Semenanjung Malaysia, mohon perhatian. Tumpat akur bahawa semua lapisan masyarakat perlu memperkukuh perpaduan sebagaimana titah tuanku. Kita- semua maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama negara yang mesti dihormati, hasil persetujuan Raja-Raja Melayu dari negeri-negeri yang berdaulat membentuk Persekutuan dan memberikan punca kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang. Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan akan terus dipelihara. Maka, Parlimen ini wajib menjaga hak orang Islam untuk memeluk dan mengamalkan agama Islam sepenuhnya. Termasuk kalau tadi disebut oleh Jelutong tentang bangsa Johor, di Johor mereka memperkasakan tulisan jawi. Jadi, saya memohon agar kerajaan memperkasakan tulisan jawi dalam semua aspek... [Tepuk] Dan memastikan sejarah Mahkamah Syariah dan jenayah di Mahkamah Syariah dimasukkan dalam syllabus secara mendalam supaya ia dapat dimartabatkan dan dipelihara dan difahami oleh semua.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengatur kehidupan individu dan masyarakat, bahkan kepada negara. Pandangan mengatakan agama semata-mata urusan peribadi dan tak perlu diselenggarakan oleh kerajaan adalah pandangan salah, tidak bersumber kepada ajaran Islam. Ia adalah doktrin utama fahaman liberalisme yang suka meluaskan keadaan sosial dan perspektif individu, bukan perspektif masyarakat keseluruhan. Urusan agama tidak wajar diurus sendiri oleh individu dan negara berhak campur tangan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Al-Anbiya, 73. Yang bermaksud, “Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan yang memimpin manusia ke jalan yang benar dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadah kepada Kami.” Tanpa sebuah kuasa, tanpa sebuah kerajaan, perbuatan mengerjakan ibadat tidak dapat dibuat. Saya ingin bertanya, benarkah jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Gua Musang dalam Soalan Jawab Bertulis pada 21 Disember 2023, menyatakan bahawa AGC telah memberikan pandangan bahawa keputusan kes Iki Putra betul dan Kelantan tiada kuasa gubalan untuk 20 seksyen enakmen Kelantan yang dicabar. Kalau ini benar, ia seolah-olah signal kerajaan cenderung kepada tuntutan Nik Elin sejak awal. Sebagai langkah segera untuk mengatasi persoalan seperti ini, saya mencadangkan pertama, penubuhan segera Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji pindaan perlembagaan terhadap perkara-perkara tertentu, antaranya preclusion clause bagi mengatasi permasalahan yang timbul. Perlembagaan ini merupakan suatu makhluk yang hidup yang memerlukan pindaan dan penambahbaikan sesuai dengan keperluan semasa. Kedua, memastikan kuasa badan perundangan negeri untuk menggubal undang- undang syariah termaktub secara jelas tanpa kekaburan. Sebagai contohnya, umur taklif dan semua kesalahan jenayah syariah yang dianggap oleh orang bukan Islam ia merupakan moral law, tetapi bagi orang Islam ia berbeza. Islam bukan setakat bebas diamalkan tetapi ia sepatutnya diambil oleh Perlembagaan ini dan ia perlu diperincikan. Sebagai contohnya, semalam kami berbincang di bawah jawatankuasa khas, sexual offence untuk kanak-kanak, bila mana ada cadangan untuk meminda daripada umur consent daripada 18 ke-16 sebagai umur majoriti untuk mengurangkan impak kepada kanak-kanak lelaki di bawah kes statutory rape yang merupakan banyak kes di Malaysia dalam hubungan seksual. Dalam kaedah ini, sekalipun ada consent daripada pihak-pihak jenayah seksual di antara kanak-kanak ini 16 ke, 18 ke, tidak boleh dipakai kepada orang Islam kerana dalam syariah, jenayah zina ini tidak mengira umur dan tidak berkaitan dengan consent pihak-pihak dalam kes mereka. Kita juga melihat lacuna dalam gubalan di mana ada kesalahan dalam enakmen yang tidak mempunyai kelayakan yang sama di Peringkat Persekutuan. Contohnya, muamalat riba tiada dalam undang-undang Persekutuan. Akan berlaku kelompangan undang-undang integriti di mana negeri tiada kuasa gubalan dan Parlimen juga tiada kuasa gubalan atas isu ini. Kesan keputusan pith and substance, dengan izin, akan memberikan impak besar ke atas undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri. Contohnya, kesalahan riba ini tidak boleh diperundangkan oleh negeri dan ia juga tak boleh digubal oleh Parlimen kerana ia adalah undang-undang yang bersifat diskriminasi, bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Kita harus ingat bahawa enakmen-enakmen negeri telah dikuatkuasakan dari awal sejak tahun 1980-an lagi. Enakmen negeri-negeri lain sekitar 1990-an. Tangkapan dan pendakwaan telah dibuat tanpa apa-apa masalah sebelum ini. Namun, kini ia tinggal kenangan sekali pun ia diluluskan oleh DUN secara sah dan tidak ada apa-apa teguran dari Pejabat Peguam Negara.
Sepatutnya bila DUN disaman, DUN dipertikai, Parlimenlah yang menjadi ayah kepada DUN-DUN ini kerana AGC ini merupakan orang yang dihantar yang berada dalam Dewan Undangan Negeri ketika undang-undang itu diluluskan.
Keputusan Nik Elin kali ini mengecilkan lagi kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman atas sebab-sebab yang telah pun dibatalkan. Kita percaya kepada MKI, ahli jawatankuasa yang- tetapi yang kita perlukan di sini ialah kita mohon supaya dapatan segera dibuat dan kena segera dibuat kerana ia menggusarkan rakyat Muslim, majoriti penduduk di dalam negara ini. Keputusan Nik Elin akan membuka pintu banjir kepada kebanjiran cabaran-cabaran lain selepas kes ini. Kes Nik Elin memberikan kesan kepada satu, kita nampak ada trend pencabulan dan gangguan daripada individu-individu kepada kuasa gubalan negeri milik semua. Ini lah Dewan Undangan Negeri, ia bukan milik mana-mana parti ataupun manusia kerana Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri menjamin kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam Negeri dan semua undang-undang ini telah pun ditandatangani dan diwartakan dengan izin, dengan restu daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Masa sudah sampai untuk bidang kuasa dan kuasa kehakiman Mahkamah Syariah diperluaskan sejajar dengan kepakaran dan pengalaman negeri dan negara. Bukan hanya terhad kepada 356, malah lebih daripada itu. Yang ketiga, menjamin agar penambahan kuasa, sistem dan pegawai, bilangan pegawai penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di negeri masing-masing diperkasakan kerana kita tidak mahu ia dibebankan kepada PDRM yang sedia ada menanggung beban tugas yang sangat tinggi. Pasca kes Nik Elin yang mana pempetisyen adalah orang Kelantan dicabar oleh, kepada Kerajaan Kelantan dan Ketua Hakim juga kebetulannya adalah rakyat Kelantan yang mendengar kes ini. Dalam kes ini, bukti perlunya pemerkasaan Enakmen Jenayah Syariah dan Mahkamah Syariah khususnya di Kelantan. Saya cadangkan kerajaan adakan satu Suruhanjaya untuk memungut referendum khusus bagi rakyat Kelantan, adakah mereka bersetuju jika kesalahan jenayah di bawah Federal-List diletakkan terus sebagai State-List yang mana terhad pemakaiannya kepada Muslim sahaja. Kita kira suara hati rakyat Kelantan yang majoriti Muslim lebih 97 peratus dalam tempoh 34 tahun, lapan kali pilihan raya, konsisten majoriti rakyat Kelantan mereka sedar walaupun mereka berstatus pembangkang, peruntukan dan pembangunan sangat real menjadi kekangan kepada mereka, tetapi mereka tetap bersama-sama untuk melihat undang-undang ini berjalan secara baik. Sebagai contohnya, kita melihat Suruhanjaya Cobbold dan referendum Brexit di UK. Pelaksanaan penuh jenayah untuk Muslim di bawah State-List di Kelantan boleh berlaku. Ini bukan mustahil atau kita boleh melaksanakan double aspect doctrine sebagaimana berlaku di Kanada. Saya kira perkara ini boleh dilakukan, semangat federalism yang sebenar dan bersifat matang. Kita sebuah negara yang dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Malaysia. Sebagaimana tadi kita melihat bagaimana Sabah memperincikan tentang sejarah MA63, Kelantan juga ada sejarah undang-undang tubuh sendiri sebagaimana dengan negeri lain. Kita melihat pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, akan membuka peluang ekonomi. Dalam isu ini saya ingin mendapatkan kerjasama dan peluang untuk memanfaatkan segala ruang yang ada di negeri kita sama ada kelemahan ataupun kekuatan kita untuk membantu pendapatan ekonomi negara terutama negeri-negeri sempadan sebagaimana perbahasan daripada Padang Besar tadi. Saya ingin bertanya, kenapa di Tambak Johor, namanya CIQS, tetapi tempat lain namanya ICQS. Sejauh mana perkembangan dan apakah model yang diguna pakai ke arah single border agency di semua pintu masuk antarabangsa.
Tumpat mencadangkan agar kastam tidak diletakkan di bawah single border agency, tetapi kekal di bawah Kementerian Kewangan kerana bidang kuasa dan skop tugas berbeza kastam untuk mengutip pendapatan negara. Kajian Penilaian Impak Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai sepanjang 12 kilometer dijangka siap pada Jun 2025. Pembinaan Jambatan Persahabatan Pengkalan Kubor-Tak Bai yang mana jarak keduanya ini hanyalah tidak sampai 300 meter di mana ia akan menghubungkan jarak yang lebih dekat dan strategik antara Malaysia dan Thailand. Maka, saya memohon dan merayu agar stesen terakhir ECRL perlulah dibuat di Pengkalan Kubor. Kalau di sana hujung, kita ada Tanjong Pagar. Di Kelantan kita ada Pengkalan Kubor yang kita boleh buat secara straight untuk kita pastikan ada perubahan besar pada negeri Kelantan yang telah pun menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia sejak 60 tahun lepas. Saya difahamkan kos pembinaannya RM80 juta. Ya, saya dimaklumkan oleh sesetengah pihak, kalau tidak ada gesaan secara serius kemungkinan akan dimulakan pada 2035, 2035 tak tahu berapa kali lagi pilihan raya. Jadi kalau boleh dibuatkan segera. Ini kerana apa, sebahagian tadi dimaklumkan bahawa ianya sebenarnya kos pembinaan empat kilometer ditanggung oleh Malaysia, Thailand akan belanjakan untuk jarak lapan kilometer. Kenapakah ini penting? Kerana hari ini ia bergerak melihat kepada perkembangan semasa yang berlaku di sekitar Segenting Kra. Pintu masuk darat ini memerlukan cadangan dan pembinaan special economic zone sebagaimana di Johor untuk rakan kita di Singapura. Jadi kita perlu ada special economic zone di Pengkalan Kubor untuk bersahabat dengan kawan kita peringkat ASEAN di Thailand. Kita kena bersedia dengan perubahan nasib ekonomi Thailand kerana kita sebagai negeri sempadan kita mahu kita mendapat semua- nikmat-nikmat yang diperlukan dalam membela negara kita dari sudut ekonomi. Saya juga ingin merayu kepada pihak kerajaan supaya menaik taraf, menambah baik dan memperluas kawasan zon bebas cukai Pengkalan Kubor, selaras dengan hasrat menyediakan Pengkalan Kubor sebagai bandar sempadan yang bertaraf antarabangsa. Saya ingin fokuskan apakah perancangan negara untuk pelan logistik dan pengangkutan demi negara daripada Tanjong Pagar ke Pengkalan Kubor kerana kita tahu kalau kita tidak bersedia kita akan mendapat impak yang teruk daripada land bridge ataupun bypass di Segenting Kra oleh Thailand. Tempat pengumpulan barangan Thailand sebelum ini, sebelum Covid adalah di Tak Bai, tetapi bila berlaku Covid keseluruhan dah berpindah hanya di Rantau Panjang dan Tak Bai telah menjadi sunyi. Ini kerana apa? Tidak ada jambatan. Maka perlulah jambatan ini dibuat supaya boleh merangsang ekonomi kedua-dua. Kerana dimaklumkan oleh peniaga-peniaga di zon bebas cukai kalau 1980-an pendapatan mereka antara RM10,000 hingga RM15,000 sehari tetapi kini untuk mendapat RM100 pun sukar kerana pelbagai sekatan dibuat termasuk tiada perahu dibenarkan untuk membawa barang ke ZBC yang perlu diteliti semula untuk dibenarkan sebagai mana dulu. Tambahan lagi, kita perlu mengeluarkan wang kerana mata wang mereka jauh lebih tinggi daripada kita sekarang. Silakan.
Minta laluan sikit Tumpat. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Saya tertarik apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang pembinaan bandar di sempadan. Kebetulan kami berdua menjaga sempadan. Jadi, ini adalah satu perkara yang sangat penting. Jadi, saya juga bersependapat dengan Yang Berhormat supaya dipermudahkan untuk dimajukan semua- bandar-bandar sempadan, bukan sahaja di Kelantan termasuk sampai ke Perlis. Jadi, seharusnya projek-projek yang memberi impak kepada ekonomi ini diambil peluang sebaik-baiknya. Kita malu kepada negara Thailand. Kita tengok bagaimana banyak projek yang bermanfaat yang boleh dimanfaatkan yang berada di kawasan sempadan, tetapi sebaliknya berlaku dalam negara kita. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?
Saya setuju 100 peratus dengan Rantau Panjang dan mohon dimasukkan sebagai sebahagian daripada perbahasan saya. Yang seterusnya adalah tentang liputan telekomunikasi yang bertindan antara divisyen baru dalam Kertas Putih Dasar Industri Pertahanan ialah Divisyen Pertahanan Siber dan Elektromagnetik yang sangat relevan dan signifikan dalam Dasar Pertahanan Negara masa kini. Soalan saya, sejauh mana penambahbaikan liputan talian dan aset telekomunikasi di sempadan disebabkan sepanjang pemantauan saya di Pengkalan Kubor dan Tak Bai didapati talian negara lain ataupun Thailand lebih kuat sehingga apabila berlaku sebarang operasi ia memberikan kemudaratan keselamatan pegawai, mengganggu dan menyukarkan operasi kerana rahsia penguatkuasaan tidak dapat dibuat secara baik kerana telefon kita automatik bertukar menjadi telefon Thailand bila berada di sempadan. Jadi, ini perlu kepada suatu tindakan segara kerana ini bukan sempadan Kelantan, ini sempadan Malaysia. Begitu juga dengan saya ingin memohon kepada pihak kerajaan untuk meneliti. Saya difahamkan bahawa Perintah Duti Kastam Pengkalan Kubor 1989 digunakan dengan kadar berbeza daripada kadar duti di ICQS dan CQS di seluruh negara. Ini sangat aneh kerana agensi sama, tetapi Perintah Duti Kastam berbeza. Sudah sampai masanya akta ataupun perintah ini dihazafkan dan digantikan dengan akta dan Perintah Duti Setem yang lebih seragam. Saya juga memohon kepada Kementerian Kewangan untuk berbincang dan menubuhkan cadangan pembinaan premium outlet dan Kementerian Kerja Raya untuk meneliti zon bebas cukai di Pengkalan Kubor diberikan imej dan insentif supaya kawasannya diperluaskan. Sekarang hanya 5.5 kilometer dan bolehlah berunding dengan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengguna pakai tanah yang ada di sekitarnya supaya lebih viable untuk menggantikan dan meluaskan lagi kawasan zon bebas cukai ini. Saya juga memohon pada Jabatan Kerja Raya untuk menukar feri Pengkalan Kubor yang sangat uzur. Malu kita Yang di-Pertua, bila kita bandingkan antara feri kita dengan feri Thailand, kita asyik rosak sahaja. Lepas dah rosak dimaklumkan pula bahawa juru enjin hanya seorang sahaja sepanjang tahun bertugas. Jadi, saya kira perlulah kita tambah juru enjin, tukarlah kepada feri yang baru. Ini maruah kita. Bila Perdana Menteri Thailand datang baru ini kita segan sebab kita terpaksa naik dia punya feri, tidak boleh naik feri kita. Bila saya tanya projek dekat Kelantan, dia kata ini JKR Pusat. Saya pohon, jangan malukan kita berada di sempadan kerana ini adalah imej maruah negara. Bukan hanya maruah negeri. Saya juga memohon agar pihak KPDNK membuka pejabat tetap di sempadan untuk memastikan tiada aktiviti penyeludupan barang negara dan bukan datang ke Pengkalan Kubor bila ada aduan kerana jarak antara Pengkalan Kubor dengan Kota Bharu 40 kilometer. Saya berharap dan memohon agar Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) ini dibantu supaya dapat mengutip cukai lebih tinggi dan pulangan ekonomi yang lebih baik untuk rakyat kedua-dua negeri dan juga negara.
PMA Utara seperti dekat Padang Besar kita difahamkan RM800 juta kutipan. Dekat Pengkalan Kubor tak sampai pun RM200 juta sebab segala kemudahan tidak ada. Jadi, perlu dibantu, dirangsang untuk mendapatkan kutipan yang lebih. Saya juga memohon kepada pihak kerajaan supaya memberikan penarafan dan pengecualian daripada pengenaan cukai dan borang khusus untuk aktiviti CSR dalam kes bencana. Baru-baru ini Thailand kena banjir besar. 2014 kita banjir besar. Bila kita banjir besar datang tolong. Bila dia banjir besar kita nak tolong, rupa-rupanya kita terpaksa melalui pelbagai birokrasi yang saya rasa perlu dipermudahkan untuk kita bantu rakan kita di sebelah sana sebab kami memang berjiran dan sangat rapat. Jadi, kalau boleh untuk CSR ini diberikan borang khusus untuk memastikan ia dapat menolong bukan hanya individu, tapi juga NGO-NGO yang ingin membantu antara kedua-dua negeri.
Saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat dalam kes kos sara hidup, mewujudkan grain ATM. ATM beras tempatan di semua Pusat Khidmat Parlimen tanpa mengira kerajaan ataupun pembangkang, sebagai mana yang dibuat di India, Thailand dan Indonesia. Mereka boleh bawa kad, letak kad, keluar beras. Jadi, kalau boleh ini tak payah pakai beras import, ini pakai beras tempatan sahaja. Wujudkan ATM beras ataupun grain ATM ini kerana kita percaya program ini sangat membantu rakyat. Di Kelantan kita ada program Al-It’am, di Kedah ada beras Sejahtera dan di Terengganu ada jenama beras sendiri. Maka, dalam keadaan gawat beras, maka seeloknya diwujudkan skim ini sebaris dengan inisiatif lain dalam barangan asas agar tidak ada rakyat kita yang tiada beras di rumah mereka, walau apa pun tahap ekonomi mereka. Seterusnya lagi Tumpat memohon agar pihak kerajaan memberikan pengecualian kepada keluarga OKU dan caretaker OKU ataupun penjaga sah mereka diberikan pengecualian untuk kenderaan MPV yang dipasang di luar negara yang lebih besar dan selesa, demi keselesaan mereka dan penjaga sehingga mana pengeluar kereta nasional ataupun tempatan mampu mengeluarkan kereta seperti ini untuk kegunaan mereka. Jenama nasional berhenti pada Perodua Kijang dan Proton Juara dan tiada pelancaran baharu dan ataupun modal yang sama yang di-upgrade-kan. Sehingga kini kenderaan yang ada tidak mampu untuk membantu OKU-OKU kita mencapai tahap selesa sebagaimana MPV Jepun yang lebih mesra OKU. Jadi, kita mohon diberikan pengecualian kepada OKU dan juga penjaga mereka yang sah untuk keselesaan digunakan oleh OKU. Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana pasukan Peguam Malaysia juga hadir memberikan keterangan di ICJ bagi membantu Afrika Selatan demi solidariti kita kepada Palestin. Saya merayu kerajaan mengeluarkan pekeliling rasmi menghentikan segala produk dan insentif komersial yang memberikan apa-apa pulangan pada Israel. Saya juga menyeru para Mufti semua negeri mengeluarkan fatwa mengusahakan boikot yang akan memberikan kesan pelbagai daripada segi ekonomi, politik dan moral pada Israel dan meningkatkan jati diri Palestin untuk terus berjuang mempertahankan tanah air mereka. Ini akan memberikan kesan yang berpanjangan kepada rakyat kita. Semoga akhirnya Palestin akan menjadi berdaulat sebagaimana berjuangnya Afrika Selatan atas desakan dunia, akhirnya mereka kembali berdaulat. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, tentang berapakah perancangan kerajaan untuk memperbanyakkan lokasi-lokasi bersejarah terutama di negeri-negeri Pantai Timur untuk didaftarkan di bawah UNESCO supaya kita boleh merancakkan ekonomi dan pelancongan kita. Saya juga ingin melihat kepada pihak kerajaan- tadi cadangan daripada Bangi saya kira dan juga daripada rakan-rakan kita yang lain sebut tentang peruntukan daripada pembangkang. Saya kira Parlimen ini adalah Dewan debat pencadang dan pembangkang. Kedua-duanya warganegara yang berhak kepada bajet, yang kita sama-sama luluskan. Sekalipun tentulah ada polisi yang tak setuju atau kita setuju sebab kita pembangkang dan kerajaan. Oleh itu sepatutnya tidak lagi ada caveat ataupun sekatan peruntukan kepada pembangkang, sebagaimana yang dinikmati oleh MP kerajaan. Tidak perlu lagi ada rundingan panjang untuk capitulate barisan MP pembangkang bagi terus dan ini akan meninggalkan precedent yang baik. Saya ingin bertanya, adakah mana-mana kerajaan dalam dunia ini, negara demokrasi yang tidak memberikan peruntukan kepada pihak pembangkang. Jadi, kalau boleh, jadilah negara yang lebih matang, berikan peruntukan kepada pembangkang sebab sekarang ini bila disebut, “Sama-sama bertanggungjawab”, mesti ada sama-sama bajet. Kita juga ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan dengan PADU, adakah PADU boleh menjamin bahawa sekiranya berlaku sebarang kebocoran ....
Tumpat.
...Pihak rakyat boleh menyaman agensi kerajaan...
Tumpat.
...Yang dipertanggungjawabkan untuk memegang maklumat ini.
Tumpat, sedikit. Tumpat.
Saya tidak benarkan.
Nak tanya sedikit, boleh?
Yang Berhormat Temerloh, saya tidak benarkan. Duduk.
Okey.
Antara yang terakhir Yang di-Pertua. Sekalipun kita tahu hutang kerajaan besar, tapi saya mohon untuk benteng banjir di Rantau Panjang dan Tumpat dipersiapkan. Mohon kerana ini merupakan satu keperluan rakyat dan juga dalam kes rasuah bukan hanya orang yang menerima tetapi pemberi juga harus dihukum... [Membaca sepotong hadis] . Dalam hal ini kita mohon supaya diambil tindakan kedua-duanya. Seterusnya ialah tentang kita memohon kepada kerajaan menjalankan kajian serius agar waktu Semenanjung Malaysia Barat dikembalikan kepada GMT 7+ berdasarkan...
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
...Kepada kedudukan geografi yang sebenar supaya mengikut body clock bagi menambahkan kualiti kerja dan waktu rehat rakyat Malaysia. Terakhir saya ingin berpantun. Rakyat Kelantan membaca iklan, Negerinya kaya mineral berada; Namun sayang tiada pulangan, Semuanya dikutip oleh negara. Saya mohon menyokong Titah Diraja, Dirgahayu Tuanku. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sebagai pencerahan, Usul tamat Dewan pukul 7 petang, tapi saya menggunakan kuasa 12(3), 15 minit saya extend... [Tepuk] Itu yang saya telah berikan 22 minit kepada Yang Berhormat Jelutong, 22 minit kepada Yang Berhormat Tumpat bagi yang terakhir- 12(3), ya.
Bagi masa lebih, bolehkah?
Tidak boleh sudah. Kuasa mengehadkan 15 minit lebih. Itu saja.
Nak balik boleh dah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Khamis, 29 Februari 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.16 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Perumahan Generasi Baru Felda LasahSpecial Chamber
Silakan.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Isu Perumahan Generasi Baru FELDA Lasah. Isu Perumahan Generasi Baru telah dibangkitkan oleh generasi muda FELDA Lasah. Berikut adalah ringkasan kronologi.
Pada tanggal 13 Mac 2014, pembinaan 100 unit rumah dimulakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu ASR Padu Sdn Bhd. 13 Mac 2015, projek asal telah siap.
Tanggal 2019 hingga 2020, projek terhenti dan peratusan siap 75 peratus. 5 Januari 2021, pembinaan baik pulih dari kontraktor yang sama.
4 Mei 2021, Encik Hisham dari pihak aset menjelaskan terperinci terma dan syarat dari FELDA kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan
(JKKR) FELDA Lasah. 4 Julai 2022, borang permohonan diedarkan kepada penduduk FELDA Lasah melalui ketua-ketua blok. 1 Ogos 2022, saringan pemilihan permohonan dan Mesyuarat Khas oleh JKKR untuk pemilihan 100 dari 203 borang diterima.
15 November 2022, Perdana Menteri, waktu itu Datuk Seri Ismail Sabri hadir ke FELDA Lasah untuk Majlis Ramah Mesra dan menyerahkan kunci rumah kepada lima peserta sebagai acara gimik. 27 Februari 2023, 100 orang peserta yang dipilih perlu membayar wang pendahuluan di JomPay Maybank. 3 Mac 2023, undian nombor rumah bagi peserta yang layak dan serahan borang LAP kepada pemaju dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bertindak. Pada tanggal 6 Mac 2023, mengumpul semua borang permohonan pinjaman rumah Agrobank untuk memeriksa prakelayakan.
16 Mac 2023, pihak Agrobank melakukan taklimat terma dan syarat pinjaman rumah dan penyerahan borang-borang pinjaman. 26 April 2023, permohonan kepada Pengarah Aset Encik Mohd Ridzuan supaya pinjaman tidak melibatkan bank yang dijangka ramai ahli yang tidak layak. 12 Julai 2023, permohonan sekali lagi kepada
Pengarah Aset, supaya mengekalkan syarat asal iaitu sewa beli dengan FELDA selama lima tahun.
9 Ogos 2023, kelulusan CCC dan projek siap sepenuhnya. 15 Ogos 2023, penyerahan kunci rumah oleh kontraktor kepada FELDA pada Majlis Penyerahan di Wilayah Trolak. 6 Oktober 2023, keputusan prakelayakan dari Agrobank bahawa 36 peserta tidak lulus disebabkan senarai hitam.
25 Oktober 2023, pihak aset memberi surat cadangan kepada Pengarah Besar FELDA, untuk kebenaran kemasukan awal peserta yang lulus Pra Kelayakan dan 30 November 2023, terima maklumat dari pihak Aset FELDA, Dato’ Amiruddin enggan menandatangani surat cadangan tersebut dan tetap dengan keputusan untuk menyerahkan sepenuhnya kepada bank untuk kemasukan peserta yang layak.
Berdasarkan kronologi, pihak peserta tidak berpuas hati dengan cadangan yang dilakukan oleh Pengarah Besar FELDA dan memohon bagi mengekalkan perjanjian aset iaitu sewa beli dengan pihak FELDA selama lima tahun. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.
Silakan, Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 100 buah unit rumah Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terletak di Tanah Rancangan FELDA Lasah telah siap sepenuhnya dan telah mendapat kelulusan CCC pada Ogos 2023.
Walau bagaimanapun, pihak FELDA masih belum menerima dokumen hak milik bagi 100 buah unit rumah ini daripada Pentadbir Tanah Negeri Perak. Merujuk kepada Kanun Tanah Negara [Akta 828] di bawah seksyen 215, 217 dan 218, sebarang urusan pindah milik kepada pembeli hanya boleh dilakukan setelah dokumen hak milik diperolehi. Di sebabkan isu inilah maka FELDA masih tidak boleh memasuki rumah PGBF sehingga kelulusan hak milik diperolehi.
Pihak FELDA telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan pihak Pentadbir Tanah Negeri Perak untuk menyegerakan proses pengeluaran hak milik tersebut. Walau bagaimanapun, tempoh kelulusan tertakluk kepada pembatalan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti yang tertakluk dalam bidang kuasa Pentadbir Tanah Negeri Perak.
Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada itu, proses seterusnya adalah melibatkan pinjaman perumahan. Mesyuarat Lembaga FELDA Bil. 444 Kali ke-5/2023 bertarikh 27 Jun 2023 telah menetapkan kemasukan peserta ke rumah PGBF setelah dokumen pindah milik diluluskan oleh Pentadbir Tanah Negeri Perak, adalah melalui proses pinjaman perumahan daripada pihak bank.
Bagi melicinkan proses pinjaman perumahan ini, pihak FELDA telah mengadakan kerjasama dengan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) memandangkan kedua-dua institusi perbank ini telah menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan yang lebih fleksibel, dengan syarat-syarat yang bersepadan mengikut kemampuan bayaran balik oleh pembeli yang terdiri daripada generasi kedua FELDA. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Setiausaha. Oh ya, Yang Berhormat hendak tanya? Tidak ada. Okey, teruskan Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu KewarganegaraanSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, isu kewarganegaraan. Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, ramai warganegara lelaki di Malaysia menghadapi kesulitan kerana tidak dapat memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang lahir sebelum pendaftaran perkahwinan.
Isu ini meluas dalam komuniti akar umbi disebabkan oleh kurang kesedaran.
Menurut undang-undang yang diamalkan sekarang, kanak-kanak ini dijangkakan mewarisi kewarganegaraan ibu mereka. Sesetengah lelaki warganegara Malaysia bernasib baik, jika mempunyai isteri warganegara asing yang boleh mewarisi kewarganegaraan.
Walau bagaimanapun, ramai anak mereka berada dalam situasi yang rumit apabila ibu tidak dapat dikesan, maklumat yang tertera di sijil kelahiran tidak sah, atau ibu sendiri adalah orang tanpa kewarganegaraan. Kerajaan juga mengakui bahawa kanak-kanak yang dilahirkan sebelum perkahwinan adalah punca utama kes tanpa kewarganegaraan (stateless).
Ini mungkin disebabkan oleh Malaysia merupakan salah satu dari dua negara terakhir di dunia yang masih belum menangani diskriminasi terhadap kanak-kanak yang dilahirkan sebelum perkahwinan.
Yang Berhormat Menteri,
(i) nyatakan negeri di Semenanjung Malaysia yang memiliki jumlah tertinggi kanak- kanak tanpa kewarganegaraan, disebabkan kelahiran sebelum perkahwinan?;
(ii) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum ini telah menggunakan Seksyen 1(e) dalam Prosedur Operasi Standard pada tahun 1990-an untuk memberikan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah atau diangkat. Sejak bilakah prosedur ini dihentikan?; dan
(iii) adakah terdapat penilaian menyeluruh terhadap impak ekonomi dan pembangunan negara akibat lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai anak tanpa kewarganegaraan?
Selain itu, berkaitan dengan konteks tanpa kewarganegaraan dalam kalangan komuniti etnik India sebelum kemerdekaan, berapa banyak permohonan yang telah diselesaikan sehingga kini? Apakah strategi kerajaan untuk menangani individu tanpa kewarganegaraan sebelum kemerdekaan yang layak menjadi warganegara di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, yang kehilangan sijil kelahiran mereka.
Sekian, terima kasih.
Ya, silakan Menteri.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat sahabat saya dari Sungai Siput. Tan Sri panjang sedikit jawapan ini.
kementerian ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat dalam perkara ini. Saya amat memahami kekhuatiran Yang Berhormat sebutkan, namun izinkan kementerian untuk memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Sebagai sebuah kementerian yang menerajui soal keselamatan dalam negara, isu berkaitan dengan kebajikan hendaklah juga dilihat sekali dengan isu keselamatan, pada kementerian ini berusaha untuk mempermudah, bukan mempersulit tetapi tidaklah sampai mempermudah berlebihan sehingga menjadi murah dan menjejaskan aspek keselamatan terutamanya.
Dewasa ini, lambakan warga asing sama ada Pendatang Asing Dengan Izin
(PADI) atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ia merupakan isu nasional yang mendapat sentimen negatif daripada rakyat sekali gus menyebabkan kementerian ini perlu lebih cermat, lebih teliti serta berhikmah dalam memproses dan mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan Malaysia agar tidak diambil kesempatan oleh individu-individu yang tidak layak untuk mendapat taraf kewarganegaraan.
Sebagaimana Yang Berhormat maklum, kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh warganegara secara automatik. Dia lahir, itu bukan automatik dia jadi warganegara kerana kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku. Ini fakta dan juga perkara yang penting.
Dalam hal ini, bagi individu yang dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara sah mengikut perundangan negara ini, maka kewarganegaraan individu tersebut adalah mengikut kewarganegaraan ibunya selaras dengan seksyen 17, Bahagian III, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan.
Dalam hubungan ini, kanak-kanak tidak sah taraf lahir daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan dengan perundangan Malaysia tidak layak mendapat kewarganegaraan secara undang-undang. Namun, itu bukan lah titik noktah kepada kanak-kanak tersebut. Ini kerana kanak-kanak tersebut masih berpeluang untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia secara kaedah pendaftaran sekiranya mematuhi syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.
Kementerian ini juga ingin menggesa dan mengingatkan agar ibu bapa memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab kerana menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendaftarkan perkahwinan masing-masing sebelum kelahiran kanak- kanak dan menguruskan dokumentasi dengan kedutaan negara asal ibu kandung sekiranya kanak-kanak tersebut lahir di luar perkahwinan. Dengan ini, sekurang- kurangnya kanak-kanak ini masih boleh menggunakan keistimewaan negara asal ibunya seperti boleh memohon dokumen perjalanan negara asal ibunya.
Berhubung dengan beberapa soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, kementerian ingin menjelaskan seperti berikut; Pertama, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri
(KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya merekodkan status sama
ada seseorang individu sebagai warganegara atau bukan warganegara sahaja berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung individu berkenaan sewaktu kelahiran berlaku.
Sehubungan dengan itu, JPN tidak merekodkan individu yang tidak memiliki taraf kewarganegaraan dan JPN tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah individu yang tiada kewarganegaraan. Berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299], semua kelahiran yang berlaku di Semenanjung wajib didaftarkan. Pendaftaran kelahiran tanpa mengemukakan maklumat perkahwinan akan didaftarkan dengan catatan seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] tadi atau tanpa Maklumat Bapa dalam sijil kelahiran tersebut.
Kedua, permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 14(1)(b) Seksyen 1(e), Perlembagaan Persekutuan masih berkuat kuasa tertakluk kepada penelitian dan penilaian secara kes demi kes. Penentuan seksyen adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.
Justeru, individu yang memenuhi syarat boleh berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi penentuan Seksyen sewajarnya. Namun, KDN ingin menegaskan walaupun permohonan kewarganegaraan boleh dikemukakan oleh individu yang layak, namun syarat-syarat dinyatakan hanya melayakkan permohonan dikemukakan tetapi tidak menjamin kepada permohonan akan diluluskan.
Kerana kita semua sedia maklum, KDN telah beberapa kali menyebut bahawa penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan dan tidak ditawarkan dan diberikan secara sewenang-wenangnya.
Ketiganya, sebagai sebuah kementerian yang menerajui hal ehwal keselamatan, fungsi kementerian ini melalui JPN hanyalah bertanggungjawab untuk mendaftar dan merekod peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, maklumat kematian, pengangkatan, perkahwinan dan penceraian. Justeru itu, persoalan berkaitan impak kepada ekonomi, kepada pembangunan negara adalah di luar bidang kuasa kementerian ini.
Keempat, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 686 orang telah dikeluarkan sijil kewarganegaraan mengikut etnik keturunan India di bawah Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan lahir sebelum Merdeka dari 1 Januari 2013 hingga Disember 2023. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, permohonan di bawah Perkara 19 adalah pemerolehan kewarganegaraan secara naturalisasi.
Dalam hal ini, individu yang layak dan berhasrat untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia boleh mengemukakan permohonan.
Namun, sebagaimana yang telah dijelaskan, syarat-syarat dinyatakan hanya melayakkan permohonan dikemukakan tetapi tidak menjamin bahawa permohonan tersebut akan diluluskan. Maknanya boleh lulus dan boleh tidak lulus berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan Malaysia, beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Makna pemohon mesti membuktikan bahawa mereka layak untuk dipertimbangkan. Beban itu terletak kepada pemohon.
Proses penelitian dan pertimbangan juga adalah berbeza mengikut keperluan, bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat yang diberikan dan juga tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 tadi, serta perundangan berkaitan yang berkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan-peraturan imigresen. Terima kasih, Tan Sri.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya juga ingin mengemukakan soalan tambahan. Tetapi memandangkan terdapat individu mudalah yang berumur 21 tahun ke atas yang tanpa kewarganegaraan yang tidak berjaya dengan permohonan kewarganegaraan 15A mereka, apakah prosedur dan laluan yang tersedia untuk menangani situasi mereka?
Berapa banyakkah sijil kelahiran bukan kewarganegaraan di bawah seksyen 13, anak kelahiran di luar perkahwinan telah dikeluarkan walaupun bapa kandung adalah warganegara Malaysia?
Saya juga ingin meminta penjelasan berkenaan dengan cadanganlah untuk menghapuskan Artikel 14, seksyen 1(e) yang direka untuk menangani isu kewarganegaraan? Apakah penghapusan perlindungan ini dapat mengatasi isu ini tanpa kewarganegaraan? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri. Ada lebih daripada dua soalan yang dibangkitkan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pemerolehan kewarganegaraan Malaysia adalah sama. Ada melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran atau naturalisasi.
Dalam hal ini bagi individu yang telah berumur melebihi 21 tahun, mereka adalah tidak layak untuk memohon taraf kewarganegaraan secara pendaftaran di bawah Perkara 19A, Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimana pun individu tersebut masih berpeluang untuk memohon taraf warganegara Malaysia secara naturalisasi di bawah Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan 1964 iaitu Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 yang disebutkan sebentar tadi, serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, perangkatan, kesahtarafan anak dan juga peraturan imigresen.
Terdapat dua laluan bagi individu bukan warganegara yang melebihi 21 tahun untuk memohon taraf warganegara secara yang saya sebutkan tadi di bawah seksyen 19, Perlembagaan Persekutuan iaitu seperti berikut:-
(i) pemohon dinasihatkan untuk menguruskan segala dokumen pengenalan diri dan mendapatkan dokumen perjalanan daripada kedutaan negara asal ibunya. Bagi membolehkan pemohon untuk berada secara sah dalam negara ini, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah peraturan imigresen sebelum membuat permohonan taraf pemastautin tetap dan mendapat kad pengenalan pemastautin tetap iaitu MyPR di Jabatan Pendaftaran Negara; dan
(ii) individu berumur 12 tahun ke atas dan mempunyai sijil perangkatan atau Sijil Lahir Malaysia di bawah kategori ‘anak angkat’ yang dibangkitkan tadi, ‘anak jagaan’ dan ‘anak tak sah taraf’ boleh memohon kad pengenalan
pemastautin sementara, MyKAS sekiranya layak tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan Pendaftaran Negara 1950.
Seterusnya pemegang MyKAS yang layak serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memohon taraf pemastautin tetap dan mendapat kad pengenalan pemastautin tetap, MyPR di Jabatan Pendaftaran Negara.
Dalam hal ini Yang Berhormat, individu pemegang kad pengenalan pemastautin ini yang layak seterusnya boleh memohon kewarganegaraan secara naturalisasi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan. Namun kementerian sekali lagi ingin menegaskan bahawa walaupun pemohon boleh dikemukakan oleh individu yang layak, namun syarat-syarat yang dinyatakan hanya melayakkan pemohon mengemukakan permohonan tetapi ia tidak menjamin ianya diluluskan.
Maknanya ia tidak boleh lulus secara automatik. Mesti mematuhi syarat-syarat kerana saya sebutkan tadi bahawa anugerah warganegara ini adalah anugerah tertinggi negara kita dan ia tidak kita tawarkan secara sewenang-wenangnya.
Oleh sebab itu kalau viral di sosial media yang menunjukkan bahawa kementerian dengan begitu mudah memberi warganegara kepada mana-mana individu ia sebenarnya tidak berlaku kerana tidak mudah. Ia melalui proses-proses yang sangat teliti sebenarnya. Seterusnya Yang Berhormat, Yang Berhormat ada bangkitkan tadi juga berkaitan dengan jumlah sijil kelahiran bukan warganegara di bawah seksyen 13, Anak Kelahiran di luar Perkahwinan.
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, dari tahun 2020 sehingga 13 Februari 2024, bulan ini, sebanyak 12,569 kelahiran telah direkodkan dengan catatan seksyen 13.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendaftaran kelahiran dengan kemasukan maklumat bapa tetapi tidak disertakan dengan dokumen perkahwinan yang sah akan dibuat di bawah seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 iaitu Akta 299. Merujuk peruntukan tersebut maklumat bapa atau orang yang mengaku sebagai bapa boleh dimasukkan kepada dokumen sijil kelahiran kanak-kanak dengan persetujuan ibu tersebut.
Justeru, tertakluk kepada seksyen tersebut maklumat bapa kepada dokumen kelahiran tidak semestinya merujuk kepada bapa kandung semata-mata. Ini peraturan-peraturan yang ada dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Terima kasih.
Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Pembinaan Pondok Polis Alor LekSpecial Chamber
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tanah seluas 0.9673 hektar telah diambil balik untuk cadangan pembinaan sebuah pondok polis di Kampung Alor Lek dan tanah ini dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk cadangan pembinaan sebuah pondok polis.
Kampung Alor Lek berada di tengah-tengah tiga buah kampung yang lain iaitu Kampung Bukit Munduk, Kampung Bukit Aman dan Kampung Sungai Las dengan jumlah keseluruhan penduduk di keempat-empat kampung ini seramai 1,726 orang.
Buat masa ini, keempat-empat kampung tersebut berada di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Sungai Tong yang jaraknya 35 kilometer dari Kampung Alur Lek. Hampir kesemua penduduk adalah berbangsa Melayu yang rata-ratanya bekerja sebagai petani, penoreh getah, pengusaha kebun buah-buahan dan ladang sawit.
Memandangkan arus perubahan semasa berlaku dengan pantas dan pesat, kes kejadian jenayah yang melibatkan kes-kes seperti kecurian, pecah rumah, penagih dadah meningkat kepada kadar yang membimbangkan.
Kecurian hasil buah-buahan dan getah sering berlaku di samping kes pecah rumah yang bukan sahaja berlaku pada waktu malam bahkan juga pada waktu siang.
Selain itu, penduduk kampung sering terganggu dengan bunyi motor oleh penunggang remaja yang membuat bising pada waktu malam dan juga gejala mat rempit yang sering berlaku pada hujung minggu. Di samping itu, terdapat juga kampung di kawasan ini yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam bagi gejala penagihan dadah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merasakan pembinaan sebuah pondok polis amat diperlukan untuk fungsi penugasan seperti berikut:
(i) pejabat pertanyaan pondok;
(ii) pentadbiran pondok;
(iii) AMRA;
(iv) sentri kawasan; dan
(v) lain-lain penugasan untuk membantu Balai Polis Sungai Tong, seperti sekatan jalan raya dan jaga aman.
Justifikasi untuk pembinaan pondok polis di kampung ini adalah seperti berikut:
(i) keempat-empat kampung ini terletak jauh di kawasan pedalaman di mana balai polis terdekat ialah Balai Polis Sungai Tong yang berjarak 35 kilometer dan Balai Polis Telemong yang berjarak 50 kilometer;
(ii) tanah yang dicadangkan itu adalah tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dirizabkan untuk pembinaan pondok polis; dan
(iii) lokasi yang strategik kerana berada di tengah-tengah kampung yang berdekatan.
Sekian, Setiu memohon pertimbangan pihak kementerian. Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Yang Berhormat Setiu. Terima kasih di atas pertanyaan berkenaan. KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang amat menitik berat berhubung soal-soal berkaitan dengan keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh tanpa mengira demografi, kedudukan geografi di sesuatu kawasan terbabit. Ia meliputi kawasan Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Berdasarkan data bancian tahun 2020, Mukim Hulu Nerus berkeluasan 50,092.81 hektar dan data menunjukkan seramai 12,465 orang termasuk penduduk di Alor Lek. Alor Lek, Yang Berhormat sedia maklum merupakan kawasan di bawah pentadbiran Balai Polis Sungai Tong, sebagaimana yang dimaklumkan tadi, di mana jarak balai ke kawasan tersebut adalah lebih kurang 23 kilometer dan dihubungi oleh jalan.
Balai Polis Sungai Tong − Setiu Yang Berhormat saya percaya, adalah tahu telah beroperasi sejak tahun 1983 dengan kekuatan seramai sembilan orang anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Polis berpangkat Sarjan Mejar.
Balai Polis Sungai Tong terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu manakala Balai Polis Telemong terletak di bawah pentadbiran IPD Hulu Terengganu dengan kekuatan seramai 12 anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Polis berpangkat juga Sarjan Mejar.
Berdasarkan kajian dan penelitian dari semasa ke semasa sentiasa dilaksanakan oleh PDRM untuk meneliti pelbagai aspek berkaitan dengan jenayah dan juga perkara-perkara yang lain dan juga menilai keperluan menaik taraf kategori sesebuah pondok polis, balai polis atau mewujudkan IPD baharu selari dengan pertambahan penduduk, pembangunan sesebuah lokasi serta situasi semasa keselamatan.
Makna ini, perkara-perkara penting yang akan dipertimbangkan dalam kewujudan sebuah pondok polis, balai polis atau IPK iaitu dari segi penduduk, dari segi pembangunan kawasan di sebuah lokasi termasuk kawasan-kawasan strategik.
Juga dipertimbangkan soal-soal laporan polis, jumlah jenayah indeks, jumlah sasaran penting dan juga keluasan rondaan. Ini faktor-faktor penting yang kita pertimbangkan dalam apa yang disebutkan tadi.
Bagi tempoh Januari 2021 sehingga Disember 2023, jumlah keseluruhan kes jenayah yang dicatatkan di Balai Polis Sungai Tong adalah sebanyak 13 kes. Kes yang direkodkan pada tahun 2021 adalah satu kes jenayah kekerasan iaitu mencedera dan tiga kes jenayah harta benda dua kes curi dan satu kes curi motosikal.
Dalam tahun 2022 pula, sebanyak satu kes jenayah kekerasan iaitu rogol direkodkan manakala dua kes jenayah harta benda, satu kes curi dan satu kes curi motosikal direkodkan. Dalam tahun 2023, sebanyak enam kes jenayah harta benda empat kes pecah rumah dan curi dan dua kes curi motosikal direkodkan.
Kadar jenayah indeks yang direkodkan di bawah pentadbiran Balai Polis Sungai Tong adalah termasuk dengan kawasan Alor Lek. Ini di kawasan. Jadi, berdasarkan penelitian ini − ini garis panduan dan juga perkara-perkara yang dinilai bukan sahaja di Setiu tapi standard di seluruh negara.
Berdasarkan penelitian pihak PDRM, jumlah kekuatan polis di Balai Polis di Sungai Tong sudahpun mencukupi bagi pentadbiran kawasan berkenaan. Di samping itu, kekuatan Balai Polis Telemong dan yang terletak sejauh 50 kilometer melalui jalan darat masih mencukupi bagi memenuhi dan membantu mengawal keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan Alor Lek. Namun demikian, kita dari masa ke semasa sentiasa buat kajian-kajian untuk menentukan taraf kedudukan pondok polis, balai polis dan juga IPK kita. Terima kasih, Tan Sri.
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya iaitu berkait dengan isu yang hampir sama juga dengan pondok polis iaitu permohonan untuk naik taraf Pondok Polis Merang dan juga Pondok Polis Jabi yang sering saya utarakan dalam perbahasan Parlimen sebelum ini.
Disebabkan pondok yang sedia ada itu sudah usang, dibina sudah begitu lama dan kalau di Merang itu hanya ada dua anggota sahaja. Sedangkan pertama, penduduk di Merang itu semakin bertambah disebabkan di Merang ini ada jeti awam untuk pergi ke Pulau Redang. Sebelum COVID-19, jumlah pelancong yang menggunakan jeti Merang ini dianggarkan dalam 1,500 orang.
Dan baru-baru ini diumumkan bahawa akan dinaiktarafkan jeti silika kepada jeti komersial. Jadi, ia mungkin akan menambahkan lagi pertambahan pelancong yang akan datang ke Meranglah. Jadi, sebab itu saya merasakan perlu dinaik taraf pondok polis Merang ini kepada balai polis, jadi tambahkan anggotanya disebabkan anggota dua orang tidak mencukupi untuk mengawal jenayah yang berlaku disebabkan pertambahan penduduk ini.
Yang kedua, di Jabi. Di Jabi pun sama juga. Pondok Polis Jabi yang sudah lama, semenjak saya kecil lagi, pondok inilah yang ada. Jadi, jumlah anggota pun kecil dan pertambahan penduduk di Jabi itu semakin bertambah dan dengan adanya taman-taman perumahan baru dibina dan penempatan baru dibina. Jadi, saya mengharapkan supaya dapat diberi pertimbangan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Maklumat lengkap tentang kedudukan permohonan itu saya tidak ada di tangan saya. Namun, saya nak sebut sekali lagi bahawa kita memang ada kaedah standard dan peraturan-peraturan tertentu dan juga garis panduan-garis panduan yang memang telah kita guna pakai dan diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian untuk kewujudan, seperti mana yang saya sebutkan tadi, sama ada pondok polis balai ataupun IPK.
Yakni, perkara-perkara yang berkaitan dengan pertambahan penduduk, soal- soal berkaitan dengan pembangunan di lokaliti berkenaan, indeks jenayah, juga soal- soal sasaran-sasaran penting jika ada kes penting untuk dinilai.
Jadi, apa juga yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya akan angkat untuk penilaian oleh pihak kementerian dan insya-Allah saya akan bagi jawapan lebih detail mengenai soalan tersebut. Namun demikian, saya hendak sebut bahawa walaupun sesebuah balai diwujudkan, anggotanya 12 orang atau pun di pondok polis anggotanya kurang. Dari semasa ke semasa, program-program atau aktiviti-aktiviti pengawalan tidak hanya juga dilakukan oleh anggota di balai berkenaan. Ia juga dilakukan oleh anggota-anggota lain.
Begitu juga dari segi program-program yang kita buat biasanya juga secara kolaborasi, ada yang dibuat bersama dengan RELA juga agensi yang lain. Yang penting, saya hendak sebutkan bahawa, kementerian sentiasa untuk pastikan soal- soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat ini diberi keutamaan. Oleh sebab itu, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat katakan naik taraf pondok polis di Merang dan juga pondok polis di Jabi ini saya akan angkat untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Anggaran Kos Penyelenggaraan Jalan Bagi Parlimen SetiuSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan Timbalan Menteri. Saya ingin membawa perhatian tentang keperluan kos untuk kerja penyelenggaraan jalan bagi kawasan Parlimen Setiu.
Isu kerja penyelenggaraan jalan bagi Parlimen Setiu dengan anggaran kos keseluruhan RM6,397,500.00 perlu diberi perhatian segera atas faktor keselamatan pengguna jalan raya. Beberapa kerja penyelenggaraan segera perlu dijalankan melibatkan empat kerja berkala pavemen dengan anggaran kos RM4,250,000.00, iaitu:
(a) kerja mill & pave di Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu
(FT03), seksyen 635 hingga 636, dianggarkan RM1.1 juta dan seksyen 628 ke 629 dianggarkan RM920 ribu;
(b) kerja mill & pave di Jalan Bulatan Che Selamah, Kampung Nyatuh-Kampung Raja (FT3684), seksyen 25.4 hingga 26.4 dengan anggaran kos RM730 ribu; dan
(c) Kerja cold in place recycling (CIPR) di Jalan Kuala Terengganu hingga Kota Bharu (FT03), seksyen 633 hingga 634.
Dianngarkan RM1.5 juta.
Manakala terdapat lapan kerja berkala bukan pavemen dengan anggaran kos RM677,500. Antaranya;
(a) mengecat garisan jalan yang pudar di Jalan Kuala Terengganu hingga Kota Bharu (FT03), seksyen 627 hingga 656 sebanyak RM250 ribu;
(b) menggantikan papan tanda yang pudar dan rosak di Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu (FT03), seksyen 642 hingga 650.00, sebanyak RM65 ribu, seksyen 650 hingga 656, RM55 ribu dan seksyen 642 hingga 650, RM65 ribu;
(c) menggantikan papan tanda amaran jambatan yang pudar atau rosak di Jalan Kuala Terengganu hingga Kota Bharu (FT03), seksyen 628.5 ke 634.3, RM54 ribu dan seksyen 648.4 ke 648.6, dianggarkan RM 40 ribu;
(d) mengecat semula road kerb pudar di seksyen 637 hingga 640, dianggarkan RM65 ribu; dan
(e) dicadangkan untuk menjalankan kerja menggantikan papan tanda yang pudar rosak untuk Jalan Bulatan Che Selamah hingga Kampung Raja (FT3684), seksyen 23 hingga 40.
Dianggarkan RM83 ribu.
Selain itu, terdapat juga lima kerja penyelenggaraan pencahayaan jalan dengan anggaran kos RM1.47 juta iaitu kerja pemasangan lampu, feeder pillar serta kabel bawah tanah cas sambungan sesalur Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Che Selamah hingga Kampung Raja (FT3684) di:
(a) bulatan Kampung Benting Lintang, RM300 ribu;
(b) selekoh Kampung Benting Lintang, RM 200 ribu; dan
(c) selekoh Masjid Kampung Tembila, RM250 ribu.
Manakala terdapat kerja pemasangan lampu, feeder pillar serta kabel bawah tanah cas sambungan sesalur TNB di Jalan Kuala Terengganu hingga Kota Bharu
(FT03):
(a) Bukit Kampung Gong Penaga. Anggaran RM270 ribu; dan
(b) Selekoh Kampung Batang Gergaji, RM450 ribu.
Oleh itu, saya memohon agar kerajaan mengambil tindakan segera bagi memastikan jalan di Parlimen Setiu dapat memiliki peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang dinyatakan dengan segera.
Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu yang telah memberikan pertanyaan dan cadangan yang begitu detail. Saya kita tentu Yang Berhormat telah berbincang dengan JD Daerah dan kami − Menteri dan saya telah menemui seluruh JD Daerah.
Di Semenanjung ini ada 86 JD Daerah. Jadi, bayangkan Yang Berhormat permohonan daripada 86. Ini yang kita dengar daripada Yang Berhormat ini Tan Sri Speaker baru satu, baru satu. Setiap ada 85 lagi JD Daerah dengan longgokan permohonan yang begitu banyak termasuk kawasan Tan Sri. Kita pula ada lagi 30 JD Daerah Sabah, Sarawak yang menjaga Jalan Persekutuan. Tetapi yang nampak paling detail ini mengalahkan Pontian ini Ahli Parlimen Setiu-lah, detail bukan main.
Ahli Parlimen Pontian pun tidak se-detail itu. Apa pun saya akan menjawab pertanyaan.
Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memandang serius terhadap aduan-aduan kerosakan jalan dan lampu jalan yang berlaku di Jalan Persekutuan termasuklah kawasan Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan pertanyaan laluan tersebut adalah FT003 − FT ini Federal Trunk Tan Sri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu sepanjang 29.82 km bermula dari seksyen 627 hingga 656.82 serta FT3684 Jalan Kg. Raja-Kg. Che Selamah sepanjang 17.4 km bermula dari seksyen 23 hingga seksyen 40.4 dan merupakan Jalan Persekutuan di bawah seliaan JKR Daerah Besut.
Pada tahun 2020 hingga 2023, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM 14.24 juta di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen. Berkala pavemen ini Tan Sri menurap semula, membaiki jalan yang rosak di kawasan turapan, tar. Berkala bukan pavemen ini maksudnya perabot jalan, Tan Sri. Istilah ‘perabot’, dia perabot ini bukan macam perabot yang kita faham. Tetapi ‘perabot jalan’ ini contohnya ialah papan tanda jalan, longkang tepi jalan, lepas itu lampu amber, lampu yang laplip apa semua itu. Satu lagi ialah lampu isyarat jalan. Itu berkala bukan pavemen dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK).
Kerja-kerja penyenggaraan tersebut melibatkan 15 bilangan kerja berkala pavemen, 19 bilangan kerja berkala bukan pavemen dan tujuh bilangan kerja penyenggaraan lampu jalan. Jadi, kita dah laksanakan ini Yang Berhormat. Saya tahu bahawa ada lagi kerosakan-kerosakan. Berdasarkan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) 2024, kementerian ini telah mengenal pasti dan merancang 18 bilangan kerja berkala pavemen, 12 bilangan kerja berkala bukan pavemen dan 11 bilangan
kerja penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi laluan FT003 dan FT3684 di sepanjang jajaran daerah Setiu dan Besut.
Sehingga Februari 2024, kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah wang di bawah program penyelenggaraan yang saya sebutkan tadi dan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan tujuh bilangan kerja berkala pavemen, 13 bilangan penyelenggaraan lampu jalan, lampu isyarat dan semua kerja dijangka siap hujung bulan Jun YB, termasuklah perkara-perkara Yang Berhormat mohon itu sebahagiannya akan siap hujung bulan Jun 2024, bukan 2025.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, bagi Anggaran Penyelenggaraan Jalan 2024 juga, jalan yang rosak akan dikenal pasti oleh pihak syarikat konsesi Roadcare. Untuk Terengganu ini Roadcare. Pihak JKR akan menyediakan Anggaran Penyelenggaraan Tahun 2024 berdasarkan kerosakan jalan.
Walau bagaimanapun, kelulusan kerja tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi laluan laluan Persekutuan. Dulu saya di Kementerian Kewangan bolehlah lulus Tan Sri. Sekarang ini saya kena minta daripada Kementerian Kewangan untuk melulus. Mereka juga ada keutamaan-keutamaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited untuk memastikan keadaan yang selamat, selesa bagi kerja-kerja penyenggaraan sepanjang tahun. Terima kasih.
Yang Berhormat ada soalan tambahan?
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak bangkitkan dua tiga perkara yang berkait dengan jalan inilah.
Yang pertama, berlaku mendapan yang teruk di FT003, seksyen 613.8 hingga 61.5.8 Air Sejuk. Kita bimbang takut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
Kami minta supaya selesai segeralah mendapan ini.
Yang kedua, selekoh tajam sempadan Setiu-Kuala Nerus. Selepas simpang Kenyir tu nak pergi ke Kuala Terengganu ada selekoh tajam. Dulu pernah dapat peruntukan untuk pemasangan amber light tu dengan kos kalau tidak silap saya RM400,000 dalam dua tiga tahun lepas, tetapi sekarang hampir semua sudah tidak menyala Timbalan Menteri. Jadi saya cadang dulu supaya diluruskan selekoh ini tetapi diluluskan peruntukan untuk pemasangan amber light, tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja lampu amber light ini sudah tidak menyala. Jadi saya cadangkan supaya dipertimbangkan untuk pelurusan jalan tersebut kerana banyak berlaku kes kemalangan maut di area ini.
Yang ketiga, pemasangan lampu jalan di kawasan yang agak gelap. Sebagai contoh, bermula daripada simpang Kenyir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong. Malam malam memang gelap sangat situlah. Sudah ada berlaku accident dan kadang-kadang lembu-lembu ternakan melintasi jalan yang mengakibatkan berlaku kemalangan. Jadi saya cadang supaya bukan sahaja di tempat inilah dipasang lampu jalan ni, mana-mana tempat yang dikategorikan sebagai gelap teramat sangat dan kawasan itu sentiasa mengundang risiko kemalangan diminta supaya dipasang lampu jalan. Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Parlimen yang berpengalaman dia akan membocorkan soalan. Jadi saya telah menerima soalan bocor itu.
[Ketawa]
Jadi oleh kerana dia telah tanya lebih awal kepada pegawai, maka saya sudah ada jawapan. Kalau tidak Tan Sri saya akan bangun di sini, saya kata saya akan pertimbangkan. Itu perkara spesifik, maka saya pun keluar Tan Sri. Yang ini ada jawapan. Pandai betul Yang Berhormat ini. Kalaulah dia parti UMNO-kan lagi bagus.
[Ketawa]
Pegawai yang tanya.
[Ketawa] Ini mendapan jalan yang teruk Kampung Air Sejuk. Dia spesifik di sini ya. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan lima bilangan kerja berkala pavement RM4.98 juta dan enam bilangan kerja berkala bukan pavement RM531,000. Semua kerja akan disiapkan ya.
Itu jawapan mengenai mendapan jalan.
Kemudian mengenai hendak meluruskan jalan. Kaedahnya begini Yang Berhormat, oleh kerana meluruskan ini bererti kita membina jalan baharulah. Coner- coner itu kita hendak luruskan bererti bina jalan baharu ini dia kena ikut prosedur hendaklah melalui UPEN, Unit Perancang Ekonomi Negeri diluluskan peruntukan permohonan itu daripada EXCO dan kemudian diangkat kepada kami.
Kami bawa ke Kementerian Kewangan sebab ia perkara baharu supaya dimasukkan dalam senarai keutamaan dan kami ada senarai. Nombor satu − entah nombor berapa ratus dah sekarang ini. Kalau jalan yang disebut oleh Yang Berhormat ini melibatkan banyak kemalangan dan sebagainya, kami ada data-data itu. Dengan sendiri ia akan naik ke keutamaan yang lebih awal.
Berlaku juga black spot, dengan izin. Black spot ini − perkara 55 lokasi black spot di seluruh negara. Di daerah Setiu ini ada enam lokasi black spot, maka kita akan melaksanakan beberapa perkara untuk mengelakkan black spot itu dan ada sebahagiannya telah kita lakukan. Contohnya RM600,000 melibatkan empat kerja sebut harga di laluan FT03, 3684, 3685. Skop kerja yang terlibat termasuk penyelenggaraan komponen lampu jalan yang rosak serta penggantian tiang serta lantera yang rosak. Yang Berhormat tahu ‘lantera’ itu apa? Ini tiang, lepas itu ada lampu, di atas penutup lampu itu namanya ‘lantera’. Saya pun baru tahu Tan Sri.
[Ketawa] Dan yang akhir, ini jalan selepas simpang Kenyir hingga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong mengenai lampu jalan yang perlu dipasang. Maka kita akan mempertimbangkan pemasangan lampu jalan itu. Dan satu lagi kalau kita melihat kepada 2023, RM15.3 juta telah dibelanjakan pemasangan lampu jalan 106 lokasi terpilih dan 22 lokasi daripada itu di negeri Terengganu telah dipasang. Jadi, ini dalam catatan kami, simpang Kenyir hingga SMK Sungai Tong.
Tan Sri Yang di-Pertua, itu jawapan dan Tan Sri Yang di-Pertua oleh kerana segala-galanya akan di-hansard-kan apa yang disebut di sini, saya ingin merayu kepada Tan Sri. Saya lihat tadi di luar penuh pegawai-pegawai termasuklah pegawai saya. Yang masuk ini satu, dua, tiga, empat, lima. Di luar punyalah ramai. Jadi apabila ada tiga kementerian, dia berdiri sepanjangan tu Tan Sri. Berdiri sepanjangan, kesian. Kalau di sini sejam, sejamlah mereka berdiri yang akhir. Kamar Khas ini terlalu kecil Tan Sri.
Ya.
Saya kira tentu ada dalam radar Tan Sri untuk membesarkan Kamar Khas supaya pegawai-pegawai yang bertugas − Lagi satu kenapa tidak masuk media Tan Sri? Saya punya bercakap punya panjang, seorang surat khabar pun tidak ada.
Ada.
Ada eh? Kalau dia orang minatlah.
Saya harap ada peminat.
Ada live kat sana.
Ada live?
Ya, ada live.
Jadi hal-hal lain, saya ingin mencadangkan. Saya rasa dalam radar Tan Sri supaya Kamar Khas kita lebih besar.
Maklumlah kita punya ini lebih canggih sekarang ini di bawah Kerajaan Perpaduan.
Terima kasih.
Baik, untuk respons itu saya jawab yang ini dulu ya sebelum kita tutup. Kita ada plan, dah pun berbincang dengan JKR. Bangunan Sementara yang kita ada sekarang ini, Bangunan Sementara yang kayu itu, dia expired pada 2025. So, bangunan itu akan diruntuhkan dan kita akan bina bangunan empat tingkat, cadangan kita untuk memenuhi kehendak-kehendak MP dan juga termasuk Kamar Khas ini kita akan bina di situ yang akan memuatkan 80 orang, insya-Allah.
Permohonan telah pun dimasukkan ke dalam JPM. JPM telahpun kemukakan kepada JKR. Kerja-kerja awal telah pun sedang berlaku dan insya-Allah dengan bantuan daripada Kementerian JKR dan Kementerian Kewangan kita boleh mula kerja pada tahun 2025 apabila kita menjadi Pengerusi kepada ASEAN.
Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, terima kasih kerana kita akan menjadi Parlimen terawal di kawasan ini yang run − we run on renewable energy. Kita tidak akan lagi guna tenaga TNB, tetapi kita pakai solar. Jadi ini telah sedang berlaku.
Tender sudah keluar. I think by June or August insya-Allah kita akan menjadi di antara Parlimen terawal yang will be run by own solar system, renewable energy. Baik, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan itu, tamat sesi Ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Khamis, 29 Februari 2024 jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.29 petang]