Dewan Rakyat · 29 February 2024
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 593 turns · 47,317 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam bahagia. Kita mulakan dengan Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan menjemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
1. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, mengikut tinjauan penduduk Klang masih kurang berpuas hati terhadap hasil serbuan ke atas lubuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan pedalaman Klang kerana jumlahnya masih tinggi. Persoalannya, adakah pihak kementerian setuju bahawa aktiviti serbuan harus dilakukan secara lebih kerap supaya ia lebih menyeluruh.
Sila Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih rakan saya dari Klang. Lima negeri yang paling ramai keberadaan pendatang asing tanpa izin ialah: pertama, Selangor; kedua, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan; ketiga, Johor; diikuti Sabah dan Sarawak. Ini top five. Jumlah serbuan. Ini saya ambil rekod dari 1 Januari 2022 sehingga 27 Februari 2024, 20,880 operasi penguatkuasaan dan Jabatan Imigresen tangkap 58,508 orang pendatang asing tanpa izin dan 871 majikan. Bukan sahaja kita tangkap PATI, majikan pun kita tangkap okey- kerana melindungi, menggaji dan segala macam. Ia mengikut kesalahan bawah Akta Imigresen. Jadi, di Klang, di kawasan Yang Berhormat, ada lapan hot spot. Hot spot ini maknanya kawasan yang kita klasifikasi sebagai paling ramai pendatang asing berdasarkan kepada: satu, aduan orang ramai; kedua, intelligence Jabatan Imigresen. Di mana? Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, GM Klang, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Kawasan Industri Pulai Indah, Bandar Bukit Tinggi. Ini kawasan- kawasannya. Dah kalau kita tahu, apa kita buat? Pemantauan dan naziran yang kita buat secara rutin. Sebab itu untuk rekod. Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah lakukan 36 serbuan di Klang bagi tahun ini sahaja. Hari ini kita 29 Februari. Makna dalam tempoh 60 hari, kita telah melakukan 36 serbuan di Klang dan kita telah tangkap 2,054 PATI dan lapan majikan. Bermaksud operasi di Klang ini Yang Berhormat selang sehari. Selang sehari, selang sehari. Begitulah komitmen yang kita tunjukkan secara berterusan, khusus untuk menangani perkara ini. Terima kasih.
Ya, Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat teruja dan juga begitu komitmen yang sangat tinggi daripada pihak kementerian yang mengambil begitu banyak serbuan dengan begitu detailed. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Namun begitu, kita sering dengar ya, pihak PDRM, pihak Imigresen dan juga Pihak Berkuasa Tempatan sama-sama ada kolaborasi mereka, membuat tangkapan atau serbuan. Setiap kali kita nampak pagi ada tangkapan, petang dah kembali normal kawasan tersebut. Saya sangat tertarik tadi- sebenarnya saya sudah ada tapak-tapak, tetapi memang Menteri telah menyebutkan semua tapak tersebut dengan begitu baik sekali. Seperti Pasar Meru, pagi ada tangkapan, petang sudah kembali normal. Bagaimanakah ini berlaku? Adakah Menteri setuju bahawa ada ketirisan dalam kegagalan penguatkuasaan terhadap agensi-agensi kuat kuasa tersebut? Kalau majikan kena tangkap, saya percaya kalau ada ketirisan pihak penguat kuasa pun patut ada tindakan dalam apa itu, yang call penguat kuasa itu sendiri. Terima kasih.
Baik, Menteri.
Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, sekarang ini untuk rekod pekerja asing yang sah berada dalam negara kita, yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara ini yang sah ya, jumlahnya 2.1 juta. Baik ya. Jadi, bila kita buat serbuan, kita tangkap, proses pertama kita buat- apa lakukan? Kita buat pemeriksaan. Dia akan jatuh kepada pertama, tiada dokumen. Yang kedua, dia overstay atau yang ketiga, dia salah guna pas. Dia ada Pas Lawatan Kerja untuk kerja ladang, tetapi dia kerja kilang umpamanya. Ada juga bila kita periksa, dia ada dokumen yang sah. Jadi, rekod kita sekarang adalah bagi setiap 100 tangkapan orang asing yang kita buat, 100 tangkapan kita dapati yang tidak lengkap dokumen, yang overstay dan yang langgar salah guna pas adalah sekitar 20 peratus. Bermaksud setiap sepuluh, lapan itu adalah mereka yang hadir di sini secara sah. Jadi, kerana itu Yang Berhormat perhatikan, bahawa kalau hari ini dia ditangkap, setelah Jabatan Imigresen lakukan pemeriksaan, dia ada dokumen yang sah. Tentulah pilihan kita, kita lepaskan dia.
Kalau tak ada, kita terus ke Depoh Imigresen. Kita buka investigation paper (IP), kita serah kepada DPP, kemudian berakhir pada pendakwaan. Kemudian hukuman due process seterusnya berlaku. Jadi, itu menjelaskan keadaan yang Yang Berhormat gambarkan tadi selepas operasi pagi tangkap, petang dia ada balik umpamanya. Saya sebutkan bahawa bagi setiap kes yang kita tahan, 80 peratus itu mempunyai dokumen yang sah. Manakala 20 lagi jatuh kategori yang saya sebutkan tadi. Tak ada dokumen langsung, berlaku perlanggaran pas mengikut peraturan imigresen ataupun terlebih tinggal- overstay. Terima kasih.
Baik, saya jemput Ketereh.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Menteri. Saya setuju dengan MP Klang tadi, yang mana kalau Menteri kata bila dia periksa, ada dokumen-dokumen, kemudian dia boleh datang balik, tetapi yang berlaku di Parlimen saya, tahun lepas saya sudah mengadu bahawasanya di Kampung Kubang Tin, kalau Menteri tak lupa, di kawasan Melor. Jadi di kawasan Kubang Tin ini terdapat lebih kurang dalam 300 orang- masa itu, 300 ke-500 macam gitulah. Kemudian bila saya bagi tahu dalam Dewan ini, terus Imigresen buat tindakan. Malangnya selepas dua minggu, mereka datang balik, tetapi dengan jumlah yang bertambah. Sekarang ini saya dilaporkan oleh wartawan hari itu Edisi Siasat, dia telefon saya, dia kata ini yang Dato ini mentioned dalam Parlimen itu hari. Dia kata sekarang ini dah bertambah sampai lebih kurang 1,200. Jadi saya minta Menteri menjelaskan, kenapakah boleh jadi macam itu?
Okey.
Adakah seperti yang MP Klang tadilah, kemungkinan-kemungkinan tersebut? Itu sahaja.
Baik. Terima kasih. Sila Menteri.
Terima kasih Ketereh. Ketereh, Tan Sri Yang di-Pertua bangkitkan kes yang spesifik, saya alu-alukan untuk maklumat itu diserahkan kepada saya. Saya bagi jaminan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, saya akan dapatkan jawapan yang lebih lengkap, hotspot di Kelantan itu di mana. Di Ketereh kah, Pengkalan Kubor kah, di Paloh Rawa kah, Kampung Kemuncup kah, ya. Kita boleh tahu kat mana dan saya boleh berikan statistik yang Yang Berhormat maksudkan. Kalau di sana berlaku, umpamanya berulang kembali insiden dan dikhuatiri ada elemen isu-isu integriti misalnya, itu lebih-lebih lagi saya pohon diangkat pelaporan kepada saya. Sebab saya fikir dalam agensi penguat kuasa seperti Imigresen yang menguruskan isu pendatang asing, lebih-lebih lagi isu integriti adalah menjadi keutamaan kami. Terima kasih.
Saya bersedia Menteri untuk bagi maklumat kerana...
Ketereh
...Perisikan Imigresen- Speaker, saya nak bagi tahu, Perisikan Imigresen itu adalah anak murid saya. Dulu saya pernah mengajar.
Ketereh, Ketereh hantar surat dekat Menteri... [Ketawa] Sekejap lagi minum kopi dekat luar ya.
Tan Sri Speaker, satu soalan tambahan.
Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri Speaker.
Pasir Salak.
Saya. Okey. Saya nak bagi satu lagi ya. Silakan Tanjong Piai.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat, tadi MP Klang ceritakan itu memang benar. Saya terima banyak aduan daripada gabungan Persatuan-persatuan Pemborong Pasar Kuala Lumpur dan aduan telah dibuat di mana mereka menyalahgunakan peluang-peluang meniaga di persekitaran tersebut. Tindakan daripada DBKL telah ambil, tetapi dia balik normal hari kedua. Saya nak tahu, kalau katakan pekerja asing ini, dia ada dokumen, tetapi bagaimana boleh diberi peluang untuk meniaga? Meniaga itu untuk tempatan. Lesen orang tempatan, tapi orang asing yang ambil peluang untuk meniaga. Tindakan diambil. Mengapa tidak, adakah itu tidak salah? Adakah itu mereka diambil- kalau ada dokumen dilepas begitu dan mereka balik pada hari yang sama? Itu sangat satu perkara yang amat hairan. Jadi saya harap ia nampaknya seolah-olah mencabar perundangan negara kita. Saya harap kementerian ambil tindakan tegas. Kalaulah mereka berterusan, maka tindakan yang sesuai, sewajar supaya perkara ini tidak berlarutan. Ia memberi kesan menjejaskan peniaga orang tempatan.
Okey. Baik, jelas.
Jadi, saya minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.
Baik YB.
Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Tanjong Piai. Terima kasih atas pemerhatian yang dibuat. Saya nak- reaksi saya begini ya. Pertama, keberadaan warga asing di negara kita ini, terutama yang dikategorikan sebagai PATI, langkah untuk menanganinya harus menjadi tanggungjawab semua pihak. Agensi kerajaan, Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan juga rakyat seluruhnya. Kenapakah PBT? Kalau dikaitkan dengan meja berniaga di pasar, itu agensi yang regulate-nya adalah Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau meja itu memang telah pun diberikan lesen perniagaan yang sah kepada warga tempatan, kemudian tiba-tiba didapati orang asing pula yang berniaga di situ, tindakan penguatkuasaan itu pada local authority, contoh. Kalau pendatang asing pula mendiami rumah kediaman, dia di bawah autoriti Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri. Orang tempatan yang menyewakan itu. Itu juga adalah satu kesalahan. Jadi kita jelas di bawah akta imigresen, di bawah akta pasport, di bawah peraturan imigresen sebagainya. Jadi, saya sebut begini Tan Sri Yang di-Pertua, tanggungjawab itu ketika saya menjawab dalam Parlimen sebagai di peringkat Kementerian Dalam Negeri, saya juga nak sebut bahawa hal ini harus ditangani secara bersama kerana kita ada tiga tingkat kerajaan, kita ada pelbagai agensi dan yang saya nak tegaskan adalah jumlah serbuan dan jumlah angka tangkapan yang kita buat itu adalah merupakan manifestasi kepada konsistensi kita untuk menangani perkara ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Dato' Dr. Alias bin Razak, Kuala Nerus.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
2. Dato' Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan, justifikasi kerajaan membatalkan perkhidmatan Skim Perubatan Madani (SPM) di peringkat klinik swasta dan hanya meneruskan perkhidmatan tersebut di 10 buah daerah terpilih sahaja sedangkan kementerian baharu menerima peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2024 untuk menambah baik skim perubatan tersebut.
Silakan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Pertamanya, untuk saya perjelaskan bahawa mengatakan justifikasi kerajaan membatalkan perkhidmatan Skim Perubatan Madani di peringkat klinik swasta itu adalah sikit keliru kerana kalaupun 10 buah daerah atau 21 atau seluruh negara yang dilaksanakan oleh PH Corp. adalah melalui klinik-klinik swasta Yang Berhormat ya. Tolong ambil perhatian. Masih lagi klinik swasta yang akan melaksanakan perkara ini kerana klinik-klinik kita itu dah- memang sudah terbeban ya. Itu pertama. Keduanya, pastinya KKM memandang serius antara perkara yang terlalu menghambat. Kami adalah kesesakan atau waiting time, dengan izin waktu menunggu khususnya di jabatan kecemasan trauma di seluruh negara. Justeru, dengan itu KKM telah merangka beberapa penyelesaian yang mana kita untuk mengatasi kesesakan ini. Lalu pertama yang kita laksanakan adalah pelaksanaan extended hours ya ataupun kita tambah waktu. Yang ini yang saya sebutkan baru-baru ini bayaran lokum yang kita sambung kembali setelah diberhentikan. Dulunya enam buah Klinik Kesihatan kita tambah masa yang lebih kurang empat jam lokum, hampir pukul 10 baru kita tutup, tetapi kita akan terus menambah 75 lagi hospital dan 23 lagi klinik-klinik untuk mengatasi kesesakan, khususnya di ED ataupun di jabatan kecemasan itu. Keduanya, kita memperkenalkan Skim Perubatan Madani, di situ latar belakang Skim Perubatan Madani ini sebagai pilot project yang akhirnya telah kita lancarkan pada
15 Jun ya dengan permulaan 10 buah daerah: Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling itu semuanya 10 itu ya, Klang, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut, Kota Kinabalu dan Kuching dengan memberi fokus untuk mencapai apa yang dikatakan mengurangkan kesesakan. Sedikit sebanyak kita nampak ya, kita nampak atas kebaikannya itu. Kedua, kumpulan yang menerima itu adalah kumpulan yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ya, boleh mendapatkan rawatan sakit-sakit ringan, ini adalah sakit-sakit ringan ya. SPM ini ialah sakit-sakit ringan, the usual cough and cold common illness, dengan izin ya. Percuma di klinik-klinik perubatan swasta yang mendaftar di bawah Skim Perubatan Madani, berdaftar dengan PH Corp. anak syarikat kami ya.
Jadi, skim ini telah diperluas kepada 11 buah daerah, seterusnya Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Pasir Mas, Kota Setar, Kuala Muda, Seremban, Kuantan, Melaka Tengah, Perlis dan Seberang Perai Tengah. Pada 8 Ogos 2023, dalam fasa kedua ya dan Skim Perubatan Madani kemudiannya diperluaskan di seluruh negara pada 19 September pada fasa ketiga dan berdasarkan pada perbelanjaan lepas dan unjuran ke depan, perbelanjaan seminggu di daerah sepuluh– ini yang saya ingin tekankan. Persoalannya adalah, apabila kita membuat dasar, tiga perkara menjadi penting: (i) adalah apa yang dikatakan keupayaan untuk melaksana, kita mampu melaksana melalui klinik dan hospital swasta; (ii) adalah apa yang dikatakan sebagai natijah atau health outcome ya natijah yang baiknya; dan (iii) adalah kemapanan pembiayaan kewangan. Di situ adalah menjadi masalah yang kita sedang hadapi. Sebabnya kalau saya sebutkan ya, ketika kita 26 Februari yang lalu kita Skim Perubatan Madani menumpu operasi kita kembali menumpu kepada sepuluh buah daerah fasa satu itu. Justeru kerana kalau saya boleh sebutkan ringkasnya, memandang kepada kemapanan pembiayaan Tan Sri dan Yang Berhormat Kuala Nerus ya. Daripada peruntukan 2024, perbelanjaan adalah RM1.7 juta seminggu. Ia adalah perbelanjaan RM1.7 juta seminggu dan kalau kita ambil seminggu saja the expenses pembiayaan common illness ini yang dibuat di klinik swasta itu saja RM1.7 million, dengan izin. Kalau kita ambillah kalau kita nak buat nationwide, itu saja seminggu will cost us RM12 hingga RM15 juta seminggu. Dengan kata lain, kalau saya boleh bacakan seterusnya, sebanyak yang telah diperuntukkan RM100 juta, tetapi hingga ke saat ini 29 Februari, kita telah berbelanja RM78.73 juta dan masih berbaki RM16.2 juta untuk sepanjang tahun. Jadi dengan anggaran perbelanjaan RM1.7 juta tadi, peruntukan ini bakal habis pada April 2024. Tan Sri Yang di-Pertua, persoalan cabaran ya untuk menjadikan dasar-dasar kita itu punya kemapanan itu adalah penting dan sementara Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga menyebutkan betapa kita juga ada program-program yang lain, seumpama PeKa B40 dan juga Afiat dan juga SPM ini. Lalu saya sebagai Menterinya, mahu menekankan betapa mustahaknya untuk- ya kami dalam yang memimpin hari ini KKM, mahu kembali melihat dan menilai akan keupayaan kemampuan fiskal ya kewangan pembiayaan ini. Sebab apa yang mustahak dalam skim ini adalah outcome dan kalau outcome-nya itu hanya cough and cold- Doktor Kuala Nerus juga faham bahawa kesan daripada pendekatan PeKa B40 menekankan tentang preventive, promotive, wellness. Sesiapapun pesakit yang datang kita nak bukan saja treat cough and cold ini ataupun penyakit-penyakit ringan ini, tetapi untuk benar-benar mendatangkan natijah, health outcome yang lebih baik. Lalu dengan perbelanjaan yang begitu besar.
Kalau saya sebutkan, kalau kita mahu untuk melaksanakan seluruh negara, ia akan memakan perbelanjaan Tan Sri, sebanyak RM227 juta seluruh negara kalau kita mahu sepertimana yang Muar mahupun ia di-roll out pada seluruh negara. Justeru ringkasnya itu saya ingin tekankan dalam kita merangka apa pun bikinan dasar-dasar kesihatan, ia mesti pertamanya memenuhi satu health outcome yang lebih baik, lebih mampan dan juga pembiayaan yang lebih mantap dan lebih berjangka jauh. Atas persoalan pelaksanaan, ya ia mampu dilaksanakan melalui GP-GP swasta, klinik- klinik swasta kita itu tidak ada masalah. Apa pun kita akan melibatkan GP-GP ataupun klinik-klinik swasta ini dalam program-program PeKa dan juga SPM ini, kita akan terus sebab saya menekankan kolaborasi publik dan swasta Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Baik terima kasih. Kuala Nerus, short and sharp soalan dia.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi penjelasan yang komprehensif lah kiranya. Namun, antara faktor utama Skim Perubatan Madani ini diperkenalkan adalah untuk membantu golongan B40 dan juga miskin tegar agar mereka ini mendapat rawatan primer yang segera. Tujuannya untuk mengelakkan daripada berlaku komplikasi yang akhir terpaksa dirujuk ke hospital. Itu antara tunjang yang utama. Kedua, untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di pusat-pusat kesihatan awam. Jadi, yang menjadi persoalan saya ialah daripada 10 buah daerah yang dipilih itu, empatnya di Selangor. Empat daripada 10- sedangkan Selangor sudah ada Skim Kad Peduli Sihat dan Selangor negeri kaya. Dia boleh tambah saja bilangan peduli sihat. Tiba- tiba di Kuala Nerus tidak ada. Kawasan yang miskin, yang ramai, klinik pun kurang, tempat waktu menunggu yang lama, dibatalkan...
Ya.
Jadi, ini antara persoalan yang saya timbulkan- adakah kerajaan telah berpuas hati bahawa golongan B40 sudah tidak ada di daerah tersebut dan waktu menunggu sudah dapat dipendekkan? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Menteri.
Terima kasih Tan Sri, terima kasih sahabat saya yang sangat prihatin tentang hal kesihatan. Beliau juga adalah seorang pengamal perubatan ya. Tan Sri Yang di-Pertua, perkara ini saya pasti ada ruang untuk saya pertimbangkan kerana 10 buah daerah itu adalah melanjut apa yang telah dibuat dahulu dan saya sebagai Menterinya hari ini, wajar mengambil perhitungan untuk membuat penilaian semula dari sudut ketepatan pemilihan. Ini adalah semestinya bersifat data- based. Saya atas perkara itu sahabat saya Kuala Nerus tahu juga kita bersama dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang kita telah membuat janji dalam hal kesihatan, Tan Sri. Kita tidak akan politikkan, kita will not weaponise, dengan izin, hal-hal perkara kesihatan. Saya sangat bersetuju dengan Kuala Nerus untuk saya pertimbangkan kembali dan melihatnya secara menyeluruh, khususnya untuk benar-benar dapat mengena ataupun tepat kepada sasaran-sasaran yang memerlukan. Terima kasih Tan Sri, terima kasih Kuala Nerus.
Semangat yang baiklah. Sila Tampin.
Terima kasih Tan Sri Speaker, kalau dulu kita ada satu program Klinik Rakyat 1Malaysia dan dijenamakan semula sebagai klinik komuniti dan ia cukup baiklah satu ketika dulu. Saya rasa kat Kuala Nerus pun ada kut.
Apa hala tuju atau pendekatan baharu yang ingin dibawa oleh Kerajaan Madani terhadap klinik komuniti sebab ia program yang amat baik yang diilhamkan oleh Dato’ Sri Najib ketika dulu dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam untuk masyarakat di luar bandar. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?
Silakan Menteri.
Tan Sri dan Yang Berhormat Tampin. Saya memandang perkara ini dengan penuh tanggungjawab ya kerana ketika kita merubah dari Klinik 1Rakyat ke Klinik Komuniti bukan saja ia sekadar satu branding semata-mata, tetapi komitmen untuk menambah baik perkhidmatan itu. Antara lainnya kita meletakkan Doktor dan juga beberapa facilities yang lain. Jadi, ia bukannya sekadar ditangani oleh MA dan Jururawat begitu saja. Jadi, itu komitmennya dan hari ini pun kita pastikan. Saya mahu memastikan primary care ataupun perkhidmatan kesihatan primer ini sangat penting dan persoalan Klinik Komuniti kita, bahkan Klinik Desa kita termasuklah 3,000 lebih klinik-klinik kesihatan kita- part 1 hinggalah 7 itu saya akan memperkasakan dan meletakkan pendekatan preventive, promotive dalam amalan health ataupun amalan primary care- maaf, dengan izin, kesihatan primer. Jadi insya-Allah, kita akan terus memperkasakan ya Klinik-klinik Komuniti kerana itu adalah penting bagi menangani NCDs atau boleh dikata penyakit-penyakit tidak berjangkit di samping penyakit berjangkit yang datang dan perginya episodic dan acute itu semua pun tahu, tetapi yang ancaman NCDs ini- kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol, obes. Ini yang kita perlu tangani kerana ia akan membawa kesan yang begitu berat kalau tidak ditangani. Terima kasih.
Sikit Yang Berhormat Menteri.
Baik terima kasih. Saya jemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor 3.
3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan, faktor-faktor yang menyebabkan penurunan nilai Mata Wang Ringgit yang tidak mencerminkan petunjuk prestasi ekonomi negara yang menggalakkan, nyatakan kesan negatif, serta apa langkah-langkah kewangan yang boleh diambil oleh Bank Negara untuk menghindar Ringgit terus susut nilai.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan. Pergerakan Ringgit dipengaruhi pelbagai faktor dan kejatuhan nilai Ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan Dolar Amerika dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China.
Faktor ini turut memberi kesan kepada mata wang serantau yang lain. Setakat 28 Februari 2024, nilai Ringgit telah menyusut 3.5 peratus, berbanding dengan Dollar Amerika. Sejajar dengan mata wang serantau seperti Yen Jepun yang menyusut 6.3 peratus, Baht Thailand yang menyusut 4.7 peratus dan Won Korea 3.3 peratus. Sejak Mac 2022, Bank Pusat Amerika telah menaikkan kadar faedah sebanyak 525 mata asas iaitu julatnya telah naik sehingga tahap 5.5 peratus. Pada masa yang sama, kalau kita bandingkan dengan Malaysia, OPR Malaysia hanya menaik sebanyak 125 mata ke tahap 3 peratus. Peningkatan OPR yang lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain, boleh dikatakan sebab nilai utama Ringgit menurun berbanding dengan negara-negara lain.
Perbezaan ketara dalam kaedah faedah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 250 mata ini contohnya mendorong pelabur asing untuk mengalih modal keluar dari pasaran domestik ke pasaran yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Kadar faedah OPR ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, bagi mendapat mandat domestik iaitu kestabilan harga, pertumbuhan mampan dan bukan untuk sebarang matlamat mengubah kadar pertukaran ringgit. Sekiranya OPR dinaikkan untuk mengukuhkan Ringgit, ekonomi negara akan terkesan serta pelbagai pihak terbeban dengan pinjaman, perlu membayar faedah yang lebih tinggi. Sebagai contoh, jika seorang itu ada pinjaman sebanyak RM200,000 ini akan bermakna kalau kita naikkan ke-enam peratus, bermakna kenaikan untuk seorang itu akan naik RM6,000 setahun. Beban ini akan menjadi satu beban yang agak besar untuk peminjam. Pelbagai langkah segera telah pun diambil oleh kerajaan dan juga Bank Negara Malaysia dalam menangani kemerosotan ringgit. Langkah-langkah oleh Bank Negara termasuklah memastikan pasaran pertukaran asing di dalam negara kekal teratur serta mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari. Bank Negara akan terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan. Bank Negara juga memantau penukaran hasil eksport kepada Ringgit oleh syarikat-syarikat pengeksport, selain meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk menyelesaikan eksport bagi mengurangkan kebergantungan kepada pergerakan Dolar Amerika. Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil masa lebih sedikit?...
Sila, sila.
Kerana isu ini adalah isu yang banyak dibangkit.
Silakan.
Bank Negara juga telah mempertingkatkan usaha-usaha untuk membendung pergerakan nilai Ringgit yang berlebihan. Kementerian Kewangan dan Bank Negara telah mengambil tindakan bersepadu dan selaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran wang asing. Khususnya, kita memperkasakan lagi usaha bersama-sama Syarikat Berkaitan Kerajaan- GILC dan GLC bagi menggalakkan mereka membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten. Kerajaan juga mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta untuk mengurangkan tekanan kepada Ringgit. Ini termasuklah menggalakkan mereka mengutamakan pelaburan domestik serta menangguhkan pelaburan luar negara terbaru. Pelaburan luar negara yang dilaksanakan juga perlu diuruskan secara berhemah seperti melindungi nilai ataupun hedging, dengan izin, pendedahan mata wang asing dan membawa balik hasil pelaburan luar negara bagi mengurangkan tekanan tinggi kepada Ringgit. Dalam menangani isu nilai Ringgit, semua pihak boleh memainkan peranan. Rakyat Malaysia digalakkan mengamalkan sikap Malaysia First sebagai pengguna harian. Ini termasuklah membeli barangan dan perkhidmatan domestik serta melabur dalam Unit Amanah atau pelaburan lindungan nilai Ringgit domestik. Kempen melancong di dalam negeri dan membeli barang tempatan harus ditekankan lagi. Ini bukan sahaja menjimatkan wang, malah dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan menyumbang kepada pengukuhan nilai Ringgit. Asas ekonomi kukuh: (i) kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi lebih kukuh pada tahun 2024 di antara empat hingga lima peratus, berbanding pertumbuhan ekonomi 3.7 peratus tahun 2023.
Pengukuhan pertumbuhan disokong unjuran terkini IMF menunjukkan perdagangan global akan bertingkat daripada 0.4 peratus kepada 3.3 peratus tahun ini; (ii) kadar pengangguran telah turun kepada 3.3 peratus suku tahun keempat tahun lalu, selaras dengan tahap sebelum krisis COVID-19; (iii) kadar inflasi menurun kepada 1.6 peratus suku keempat 2023, dari dua peratus suku ke-tiga tahun yang sama, iaitu antara terendah di Asia; (iv) eksport telah menunjukkan pemulihan kukuh bulan Januari 2024, meningkat 8.7 peratus selepas mengucup selama 10 bulan sebelum ini; dan (v) prospek pelaburan yang sangat baik. Pada tahun 2023, pelaburan yang diluluskan mencapai RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah. Usaha akan digandakan ke arah memudahcarakan perniagaan atau ease on doing business, dengan izin, dan menyegerakan pelaksanaan pelaburan bagi memacu pertumbuhan tahun ini. Berdasar faktor-faktor yang tersebut, saya yakin Ringgit akan menunjukkan prestasi lebih baik pada tahun ini. Sekian, terima kasih.
Silakan, Bagan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas jawapan yang lengkap dan juga menyatakan komitmen bahawa Bank Negara sedia untuk campur tangan dalam pasaran tukaran wang asing kalau perlu, untuk memastikan bahawa nilai Ringgit adalah dapat dipertahankan pada tahap yang sewajarnya. Memandangkan petunjuk ekonomi negara mempamerkan prestasi yang baik, apakah nilai mata wang Ringgit yang berpatutan atau fair value dan bilakah ia akan pulih ke tahap berpatutan itu? Sekiranya pasaran tukaran wang asing tidak mengambil kira prestasi ekonomi yang baik, adakah kemungkinan Ringgit akan mencapai paras RM5 ke US Dollar dan nyatakan langkah yang akan diambil oleh Bank Negara, termasuk menggunakan rizab wang asing sebanyak USD115 bilion? Adakah kerajaan bercadang atau bersetuju bahawa tidak perlu untuk menaikkan kadar faedah OPR, kawalan modal atau capital control dan juga tambatan Ringgit atau Ringgit peg kerana ia tidak akan membantu untuk mengukuhkan nilai mata wang Ringgit. Sekian, terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan, Bank Negara sentiasa bersedia mengambil langkah- langkah campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan. Sebagai contoh, BNM akan menjual mata wang US Dollar daripada rizabnya untuk menyekat kelemahan Ringgit yang berlebihan. Seperti saya katakan sebelum ini, Bank Negara telah berusaha bersama GLIC dengan GLC untuk bergerak bersama untuk memelihara kestabilan kewangan di dalam negara. Ini usaha bersama MOF dengan Bank Negara. Penting untuk kita ingat, yang pelabur asing ini akan melihat kestabilan negara antara satu benda yang penting, bukan sahaja daripada segi kestabilan politik, tetapi juga untuk kestabilan mata wang, kestabilan ekonomi, kestabilan polisi dasar-dasar yang kita ada, untuk mereka percaya yang negara ini adalah negara yang boleh dilaburkan.
Dengan ada Bank Negara dengan MOF bersama menstabilkan Ringgit, ini menyenangkan lagi peniaga-peniaga untuk estimate apa yang dia kena manage dalam business dia ada, dengan izin.
Kalau kita lihat daripada segi ada usaha-usaha yang kita ada, kita juga telah nampak tanda-tanda yang baik daripada segi ekonomi, bursa telah pun meningkat selama sebanyak tujuh peratus tahun ini. Inilah petanda yang baik juga kerana ia menunjuk confidence yang ada kepada syarikat-syarikat yang ada dalam negara. Kalau kita lihat juga daripada segi penganalisis perbankan, mereka merasakan ringgit adalah mungkin di tahap yang antara lapan ke-10 peratus lebih rendah, daripada apa yang sepatutnya dia berada. Dengan data-data yang saya katakan sebelum ini, kita merasa Ringgit akan terus mengukuh dan dijangka daripada analisis perbankan, Ringgit akan mengukuh ke tahap RM4.50 sebelum hujung tahun ini. Jadi, dengan itu saya rasa kita harus pasti yang usaha-usaha kerajaan itu telah berkesan dan kita tidak perlu menggunakan instrumen-instrumen seperti pegging Ringgit dengan US Dollar atau menutup pertukaran Ringgit seperti yang kita adakan di zaman- zaman AFC dulu kerana kedudukan kewangan kerajaan dan negara kukuh bukan seperti dulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik, saya jemput Temerloh.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Temerloh memerhatikan bahawa kerajaan begitu defensif untuk mempertahankan kejatuhan nilai Ringgit. Seolah-olah kejatuhan tersebut tidak memberi kesan kepada rakyat. Hakikatnya, kejatuhan nilai Ringgit memberi kesan yang amat besar. Mengambil kira 60 peratus sumber makanan kita diimport dari luar negara. Begitu juga keperluan-keperluan pengguna yang berkaitan dengan barangan import. Soalan saya, adakah kerajaan melihat kejatuhan nilai Ringgit menguntungkan negara? Disebut tadi tidak langsung melibatkan inflasi. Inflasi seolah-olah okey, ya. Jadi, adakah kita lihat kerajaan terus sedia menerima kejatuhan nilai Ringgit ini ataupun apakah usaha-usaha untuk mempertahankan ataupun tadi disebut, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk menggalakkan rakyat membeli barang buatan Malaysia? Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh ya. Kerajaan sentiasa peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan Ringgit, ya. Jadi, kalau kita tengok usaha-usaha kerajaan telah meningkatkan lagi sumbangan yang diberi kepada mereka yang terkesan. Kita tengok tahun ini Sumbangan Tunai Rahmah adalah antara yang paling tinggi daripada sebelumnya. Kita naikkan lagi dan kita luaskan lagi mereka yang boleh mendapat Sumbangan Tunai Rahmah. Ini lah satu usaha kerajaan agar mereka yang terkesan tidaklah terkesan dengan lebih teruk. Kedua, kalau kita tengok daripada segi penerangan saya tadi ya, saya telah pun menerangkan yang kita percaya, yang Ringgit akan mengukuh dalam tahun ini. Data-data yang kita ada telah menunjukkan yang pertumbuhan dalam ekonomi akan berada di tahap yang lebih elok pada tahun lalu. Jadi, kita pasti yang tidak akan menjadi isu yang lebih teruk pada yang ada sekarang. Namun, bila ada penganjakan yang lebih, seperti saya katakan pada YB Bagan tadi, Bank Negara dan GLIC dan GLC sedia masuk untuk memperkukuhkan Ringgit. Jadi, saya rasa dengan usaha-usaha kita ada macam ini, di mana kita tengok siapa yang perlu ditolong, kita tolong. Kita tengok usaha kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi, Malaysia akan dapat mengharungi cabaran yang ada dan menjadi lebih elok pada masa depan. Terima kasih.
Baik, Terima kasih, Yang Berhormat.
Tan Sri, Tan Sri.
Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri...
Tan Sri, Tan Sri Speaker...
...Pada hari ini. Silakan, Setiausaha. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Baik. Saya mulakan dengan menjemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pakai batik warna biru; Soalan saya nombor satu.
1. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sektor-sektor apa yang sedang kerajaan pertimbangkan untuk membenarkan pasangan asing Warganegara Malaysia bekerja, dengan mengambil kira kelayakan yang mereka miliki dan boleh disumbangkan kepada industri tersebut, memandangkan status Pemastautin Tetap yang amat sukar diperoleh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tan Sri di-Pertua. Terima kasih rakan saya dari Bukit Bendera. Seorang warga asing, sama ada lelaki atau perempuan bertemu jodoh dengan rakyat negara kita. Okey, berkahwin secara sah, daftar perkahwinan di Malaysia. Dasar semasa kerajaan adalah mereka ini dibenarkan bekerja, tapi bukan automatik, mereka kena mohon dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sebab semasa mereka berkahwin dengan warga tempatan, mereka memegang Pas Lawatan Sosial pasangan kepada warganegara. Pada pas ini tertera perkataan “Tidak dibenarkan bekerja”. Jika mereka mahu bekerja, mereka mesti memohon kepada pihak berkuasa kita. Di situ, kerana dasar kita adalah dasar membenarkan mereka bekerja. Mereka boleh bekerja selama mana mereka mematuhi syarat. Pertama, ketika memohon mereka sertakan dokumen perkahwinan yang sah. Di negara kita. Berkahwin di Siam tidak boleh, tetapi, kahwin di Siam kemudian balik daftar di sini jadi boleh balik, tetapi asalnya mesti perkahwinan yang sah di negara kita. Kedua, dia mesti ada pasport dan dokumen perjalanan yang sah. Dia memang physically tinggal di sini. Dia tidak boleh sekali tinggal di sini kemudian bulan depan tiga bulan berada di Australia kah kemudian balik. Tidak boleh. Dia mesti berlama untuk satu tempoh berterusan lima tahun. Kemudian, dia mesti melepasi tapisan keselamatan oleh pihak Polis dan tidak termasuk dalam senarai syak. Jadi, kesimpulannya: apakah boleh? Jawapannya, ya. Apakah automatik? Tidak, kena mohon. Ada syarat? Ya. Bahagian kedua soalan Bukit Bendera ini, apakah ini soal pemastautin tetap? Apabila mereka memegang Pas Lawatan Sosial pasangan warganegara untuk satu tempoh iaitu selepas lima tahun, mereka boleh memohon untuk mendapatkan permit masuk. Istilah kita ini permit masuklah iaitu IC Merah. Mereka boleh mendapatkan IC Merah selepas lima tahun. Selepas satu tempoh, undang-undang negara kita mengatakan mereka boleh juga memohon warganegara, tetapi bukan lagi dengan Jabatan Imigresen, tetapi dengan
Jabatan Pendaftaran. Itu proses yang mengikut undang-undang dalam negara kita. Terima kasih.
Silakan, Bukit Bendera.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri ke atas jawapan yang telah diberikan. Jadi, soalan tambahan saya mungkin ada berkaitan jugalah dengan soalan tadi dengan Yang Berhormat Klang. Terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ya yang bertindak membuat serbuan ke atas premis-premis perniagaan bukan warganegara. Jadi, sambil membuat rakaman video dan sebagainya supaya ia viral dan jadi pihak-pihak ini dianggap sebagai hero masyarakat. Jadi, ini memperlihatkan masalah xenofobia dan mencerminkan imej yang buruk. Jadi, bagaimanakah jika perniagaan ini dijalankan secara sah di sisi undang- undang? Jadi, apakah pendirian sebenar KDN terhadap warga asing yang mencari rezeki di Malaysia dan juga menjalankan perniagaan secara sah di sisi undang-undang? Jadi, benarkah dakwaan wujud iaitu sikap double standard dengan izin terhadap bangsa- bangsa yang berbeza? Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih rakan saya Bukit Bendera. Tan Sri Yang di-Pertua, keberadaan warga asing di negara kita ini selama dia memiliki dokumen yang sah mengikut undang-undang, mereka boleh bekerja seperti saya sebut tadi, kan, tetapi sudah menjadi lumrah akan ada di sana kalangan yang masuk, tetapi tanpa dokumen apa-apa. Jadi, ini undang-undang dan penguat kuasa akan terus menjalankan tanggungjawab. Baik, di antara kedua-dua situasi ini kerajaan harus mengambil pendekatan yang lebih seimbang. Pertama, apa hakikat yang tidak berubah- mereka sudah pun berada di sini, apakah yang tidak berubah? Mereka manusia. Okey, daripada segi kemanusiaan, mereka nak meneruskan kehidupan. Itu yang pertama, tetapi dari sudut pelaksanaan undang- undang, sebagai kerajaan yang berkuasa kita ada tanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang- menguatkuasakan undang-undang. Bagi- ada bagi kesan ekonomi, kesan politik, kesan sosial. Saya beri jaminan Yang Berhormat, pemantauan pihak berkuasa khususnya Pasukan Polis terhadap keadaan Yang Berhormat sebutkan tadi. Sekarang lebih tertumpu kepada insiden seperti ini hanya dikesan di Pulau Pinang dan sedikit di Johor, tetapi kita tidak boleh underestimate. We can never underestimate the sentiment among the locals. Sebab itu kita kena terus membuat pemantauan.
Jadi pertimbangannya dari sudut kemanusiaan, kita tak boleh just tangkap, kemudian campak ke laut atau halau begitu sahaja. Ada due process dia kalau mereka menyalahinya. Sebab itu saya sebut tadi, dia juga ada peranan ataupun ada perkara yang telah pun dilakukan juga oleh warga tempatan. Misalnya ruang niaga, warga tempatan bila dah dapat, bagi kepada pendatang asing berniaga, warga tempatan duduk di rumah. Itu yang berlaku bila kita buat tindakan penguat kuasa ataupun sewakan rumah. Kemudian akan ada satu dua watak yang kemudiannya mengambil tindakan di tangan sendiri. Itu tak dibenarkan sebab itu keadaan yang tidak kondusif sama sekali untuk keadaan dalam negara kita. Jadi, perimbangan yang kita cuba ambil ketika nak menguatkuasakan undang- undang, kita juga ada pertimbangan kemanusiaan. Jadi, ini balance yang kita cuba dapatkan, tapi tidak sampai kita ketepikan semua peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan keberadaan warga asing yang langsung tidak mempunyai sebarang dokumen. Terima kasih.
Baik, saya jemput Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, bercakap berkenaan dengan pasangan warga asing, saya nak sentuh tentang warga asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Setakat hari ini, statistik warga asing yang memegang lesen PLKS ini yang berkahwin dengan warga tempatan, ada tak statistik yang terkini daripada pihak Menteri? Sejauh manakah pihak kementerian mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri untuk mewujudkan garis panduan dan juga SOP untuk memastikan warga asing yang memegang permit PLKS ini tidak berkahwin dengan warga tempatan seperti mana dalam Akta Imigresen 155? Terima kasih.
Sila, Menteri.
Bila seorang warga asing itu dah dapat Pas Lawatan Sosial (Pasangan Warganegara), itu maknanya dia telah pun sempurna majlis perkahwinan dia- baharu dapat pas itu. Kalau dia masuk untuk bekerja, dia dapat Pas Lawatan Kerja Sementara, tetapi kalau dia dapat Pas Lawatan Sosial (Pasangan Warganegara), maknanya dia telah pun berkahwin secara sah dalam negara. Jadi soalannya tadi berapa ramai? Rekod Imigresen setakat ini, sehingga 31 Januari tahun ini, jumlahnya 183,984 orang. Maknanya rakyat Malaysia bertemu jodoh dengan warga asing, kemudian daftar perkahwinan dan pasangannya dapat Pas Lawatan Sosial (Pasangan Warganegara), 183,944 orang. Ini jumlahnya. Di sinilah yang tadi soalan Bukit Bendera. Dalam kelompok inilah, ada yang memohon kerja. Dia kena dapat pula izin untuk bekerja, terutama sektor yang kita tak ada kepakaran misalnya. Ada juga daripada kelompok ini kemudiannya, sebab dia dah berkeluarga di sini, dah berbelas-belas tahun, berpuluh-puluh tahun, maka undang- undang mengatakan dia boleh memohon untuk mendapat warganegara di bawah Perkara 19 dan Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk membuat keputusan. Terima kasih.
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan nombor 2.
2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, apa inisiatif proaktif oleh pihak kementerian untuk meningkatkan keberdayaan usahawan khususnya golongan B40 dan usahawan muda di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Beluran dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi- agensinya sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai program yang bersifat inklusif bagi meningkatkan keberdayaan usahawan, khususnya golongan B40 dan usahawan muda di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah. Antara program khusus yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 adalah: (i) Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus Sabah oleh SME Corp. yang disediakan khusus untuk perusahaan mikro bumiputera Sabah dan sebanyak 67 permohonan melibatkan peruntukan geran sebanyak RM5.5 juta telah diluluskan. Manakala di bawah program BEEP sedia ada termasuk perusahaan kecil dan sederhana, sejumlah 15 PMKS bumiputera Sabah telah mendapat kelulusan geran bernilai RM3.6 juta; (ii) Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) juga dilaksanakan oleh SME Corp. telah memberi manfaat kepada
seramai 244 orang usahawan belia Bumiputera di Sabah dengan kelulusan geran sebanyak RM3.7 juta; (iii) Skim Pembiayaan Usahawan Tamu di bawah TEKUN Nasional telah memberi manfaat kepada seramai 608 orang penjaja dan peniaga kecil di Sabah dengan nilai pembiayaan sebanyak RM2.43 juta. Bagi usahawan muda pula, pada tahun 2023, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM645,000 kepada 45 orang usahawan belia di Sabah, di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Belia; (iv) Skim Pembiayaan Ikhtiar (i-Muda) oleh Amanah Ikhtiar Malaysia kepada seramai 14,905 orang usahawan muda di Sabah dengan nilai pembiayaan sebanyak RM90.27 juta pada tahun 2023; (v) Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah membuka pejabat cawangan di Sabah pada 25 Mei 2023 dan semenjak itu, INSKEN telah melaksanakan 31 program melibatkan seramai 1,681 usahawan di Sabah; (vi) Program iTEKAD oleh SME Bank melibatkan 30 orang usahawan B40 dengan geran peruntukan sebanyak RM150,000 di Sabah pada tahun 2023. Manakala di bawah Program iTEKAD Bank Rakyat pula, pada tahun 2023, sebanyak RM195,000 telah disalurkan kepada 39 orang usahawan B40 di Sabah; (vii) Program Young Entrepreneurs Strive for Success (YESS) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi melahirkan usahawan koperasi di kalangan pelajar sekolah menengah dan kolej vokasional, di mana pada tahun lalu 2023, sebanyak tujuh koperasi sekolah di Sabah telah menyertai program ini. Sebagai rekod, koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana Berhad daripada Daerah Lahad Datu telah menjadi johan bagi Anugerah Projek Terbaik peringkat kebangsaan di bawah program YESS pada tahun 2023; dan (viii) Program Latihan Intensif Dalam Talian Bagi Usahawan Generasi Baru, Program Latihan Kerjaya dan Keusahawanan Bagi Graduan TVET dan Program Usahawan Perantis di bawah PROTÉGÉ yang telah memberi manfaat kepada seramai 292 orang usahawan graduan di Sabah bagi tempoh sehingga 2023. KUSKOP juga akan memulakan Projek Tamu Desa yang bertujuan untuk membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur keusahawanan di luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi tahun 2024 ini, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM19 juta yang tentunya akan memberi manfaat kepada usahawan B40 dan usahawan muda di Sabah. KUSKOP turut menganggotai Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan di Sabah bagi memastikan penyelarasan program-program agensi persekutuan dan negeri dapat dilaksanakan untuk manfaat semua usahawan PMKS. Terima kasih.
Terima kasih. Beluran.
Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, sekali imbas memang kita melihat banyak program kementerian, tetapi hakikatnya, terutama sekali penumpuan dari segi dana perlu ditambah oleh kementerian bagi memperluaskan manfaat program-program tersebut untuk jumlah yang lebih besar, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin tahu, dalam mengangkat martabat usahawan muda di luar bandar tambah lagi perniagaan atas talian, apakah program khusus kementerian untuk mengolah usahawan luar bandar ini kepada adaptasi pendigitalan yang lebih ke hadapan? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih. Di bawah program bimbingan dan latihan keusahawanan di bawah INSKEN, memang kita telah sediakan modul-modul latihan yang bertujuan untuk membimbing usahawan ini memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara online. Demikian juga untuk koperasi-koperasi, kita mempunyai Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang juga menyediakan modul-modul latihan untuk koperasi- koperasi ini kita bimbing bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan dan produk mereka secara online. Semua jadual latihan ini telah berada ataupun telah disediakan oleh agensi- agensi ini dan terbuka untuk semua usahawan termasuk di luar bandar untuk memohon menyertai latihan-latihan yang telah kita jadualkan sepanjang tahun ini. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Kewangan menyatakan, bagaimana usaha kerajaan untuk mengatasi masalah 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun yang simpanan mereka untuk hari tua berada di bawah RM10,000 sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Gudang, terdapat banyak strategi kerajaan untuk meningkatkan semula simpanan rakyat. Antaranya melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan insentif khas sebanyak 15 peratus daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 setahun bagi caruman padanan kerajaan di bawah Program i-Saraan, tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi seorang individu. Kedua, kerajaan turut memberi insentif caruman padanan 50 peratus bagi setiap ringgit yang dicarumkan ke dalam Skim KWSP oleh suri rumah di bawah umur 55 tahun yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih di bawah Program i-Suri. Untuk menerima insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 setiap individu, tertakluk kepada insentif padanan maksimum sebanyak RM300 setahun. KWSP juga menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke KWSP. Bagi ahli yang bekerja yang mempunyai majikan, mereka boleh memilih mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus bila-bila masa. Setakat 31 Disember 2023, seramai 210,000 orang ahli KWSP telah mendaftar dan membuat caruman melebihi kadar caruman berkanun bagi caruman pekerja. Selain itu, ahli boleh menambah caruman dengan membuat caruman sukarela, terhad kepada RM100,000 setahun. Pada tahun 2023, seramai 904,000 orang ahli telah membuat caruman sukarela dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM8.4 bilion. Ada banyak lagi insentif dan program-program yang diperkenalkan dan mungkin satu yang berbeza sedikit dari tahun-tahun yang lalu. Pada tahun lalu, insentif caruman sebanyak RM500 secara one-off juga diberi untuk membantu ahli yang mempunyai simpanan rendah yang menghampiri usia persaraan untuk menambah dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya begini. Bagaimana nasib warga Malaysia sekarang yang berada dalam sektor pekerja tak rasmi, informal workers? Saya dimaklumkan jumlah mereka
besar sekitar 40 peratus tenaga kerja Malaysia. Mereka ini pada umumnya tidak ada caruman KWSP dan PERKESO. Soalan saya, apakah nasib mereka apabila mereka tua nanti tanpa ada jaringan keselamatan skim simpanan masa tua? Adakah warga tua itu mesti bekerja sampai mereka mati? Jumlah mereka ramai. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan nak membantu mereka?
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Gudang, terima kasih kerana soalan yang diberikan. Semestinya soal keselamatan sosial adalah satu soal yang penting untuk negara. Dalam usaha ini, kerajaan sentiasa menyokong bawah Ekonomi Madani, agar perlindungan sosial dapat diperluaskan lagi di dalam negara. Dalam kaedah-kaedah yang kita buat sekarang, kita menumpukan kepada KWSP, di mana KWSP telah menekankan di mana ia bekerjasama dengan majikan- majikan seperti Grab untuk menekankan mereka, untuk menolong pekerja mereka mencarum. Kita menggalakkan usaha-usaha macam ini. Kita juga keluar untuk menarik warga kerja-warga kerja Grab untuk masuk ke dalam KWSP dengan Skim i-Saraan, di mana kerajaan memberi insentif padanan. Ini akan menolong mereka menambahkan lagi simpanan. Jadi pada masa depan, kerajaan akan melihat lagi penambahbaikan skim-skim yang ada agar safety net yang kita ada dalam Malaysia ini akan lebih meluas lagi. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Saya jemput Jerantut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menteri, minta maaf. Soalan saya ialah, apa status terkini Akaun 3 KWSP yang dijangka dimulakan pada April 2024, khususnya dari sudut kaedah pengeluaran dan memastikan jaringan keselamatan sosial untuk para pencarum? Soalan saya kedua, ringkas. Apakah tiada sinar kepada pengeluaran KWSP bersasar, khususnya kepada pencarum ataupun rakyat yang amat-amat memerlukan bagi menyelesaikan pembayaran kritikal untuk mengelakkan mereka terjerumus dalam muflis atau diisytiharkan sebagai bankrap? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jerantut, memang kita telah pun memperkenalkan yang inisiatif Akaun 3 akan diperkenalkan pada tahun ini. Buat masa sekarang, seperti Yang Berhormat semua sedia maklum, KWSP masih sibuk lagi kerana dijangka di masa terdekat ini akan mengumumkan dividen. So, biar dia orang habis declare dividen dulu, jadi ahli punya simpanan pun naik sedikit. Selepas dividen diumumkan, dipercayai dalam bulan April, pengumuman Akaun 3 akan dibuat. Dalam pengumuman itu iaitu akan diperhalusi cara-cara pengeluaran, mekanisme-mekanisme yang ada, di mana pemecahan kepada Akaun 3 akan diterangkan. Perlu diingat, dalam zaman pengeluaran besar yang berlaku dulu, kita terpaksa berganjak ke era yang baru. Dalam era yang baru, konsep social protection ataupun keselamatan sosial adalah satu konsep yang penting. Kerana itu, fokus kerajaan adalah untuk menolong ahli- ahli dan semua orang untuk menabung cukup untuk zaman persaraan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang menua. Kita kena menjamin yang rakyat Malaysia ada cukup simpanan di masa persaraan.
Jadi, dengan adanya Akaun 3 itu, ada kelonggaran sedikit untuk pengeluaran untuk kecemasan, tetapi kerajaan tidak melihat kepada pengeluaran bersasar kerana ada juga kelonggaran yang akan diberikan dalam Akaun 3. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.
Terima kasih Yang di-Pertua. Lompat si katak lompat; Soalan Kangar nombor empat.
4. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apa strategi kementerian dalam menangani isu pekerjaan di bawah kelayakan- underemployment terutama di kalangan graduan secara berkesan mengambil kira peningkatan trend kadar guna tidak penuh siswazah dengan kelulusan tertiary namun bekerja dalam pekerjaan yang tidak setanding kelulusan mereka.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar atas keprihatinan tentang isu underemployment, dengan izin. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam menangani isu underemployment graduan, KPT amat komited mempergiatkan usaha dengan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi serta industri. Antara inisiatif KPT adalah dengan mempergiat kolaborasi bersama industri melalui platform-platform seperti Majlis Pekerjaan Negara dan Majlis TVET Negara (MTVET) yang bertujuan membincangkan isu-isu ketidaksepadanan atau mismatching, dengan izin, penawaran dan permintaan tenaga buruh serta menyediakan ruang dan peluang bagi membincangkan isu-isu kebolehpasaran graduan termasuk underemployment. KPT turut berkolaborasi bersama beberapa buah agensi dan kementerian lain dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antaranya agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia ataupun ringkasnya PERKESO melalui portal MYFutureJobs bagi padanan pekerjaan. Selain itu, KPT turut terlibat dalam Program Karnival Kerjaya dan job fair yang dianjurkan oleh PERKESO bagi memastikan graduan yang masih belum bekerja dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan akademik mereka. Sepanjang tahun 2023, seramai 87,757 orang graduan telah berjaya memperoleh pekerjaan menerusi portal MYFutureJobs. Kementerian juga telah menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak industri dan agensi berkepentingan. Contohnya MoU antara pihak KPT dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 2023 berhubung kerjasama untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran modal.
Pelaksanaan MoU tersebut merupakan manifestasi komitmen kedua-dua pihak dalam menjayakan program graduan pasaran modal yang menyediakan pakej latihan yang lengkap dan bernilai tinggi yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam merancakkan industri pasaran modal dan sekuriti negara. Akhirnya, selain itu kementerian juga mengambil inisiatif membangunkan portal, dengan izin, Graduates Reference Hub for Employment and Training atau ringkasnya GREaT. Antara maklumat dan perkhidmatan yang disediakan melalui portal seperti ini adalah seperti perkhidmatan pencarian dan padanan pekerjaan, permohonan latihan industri, permohonan kemudahan penajaan dan bantuan kewangan melanjutkan pengajian, perkhidmatan untuk mendapatkan kaunseling kerjaya dan e-profiling. Sekian, terima kasih.
Sila, Kangar.
Terima kasih YB Timbalan Menteri. Kajian terkini oleh Khazanah Research Institute menunjukkan bahawa satu pertiga graduan baru menghadapi situasi underemployment atau bekerja dalam pekerjaan yang tidak setanding dengan kelulusan mereka. Jadi, soalannya adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan penyediaan program transisi. Kalau dulu-dulu, kita ada. Dulu-dulu zaman saya ingat zaman hujung 1980-an kita ada program khidmat sementara. Jadi, soalan saya adakah kerajaan mempunyai apa cadangan untuk mengadakan program transisi untuk graduan? Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan. Ada beberapa kaedah yang dibuat oleh pihak kerajaan. Saya fikir yang antaranya juga ialah tentang jawatan MySTEP yang sekarang juga ditawarkan kepada graduan-graduan kita. Cuma, di peringkat KPT sekarang ini, kita cuba untuk mengikut statistik yang kita ada. Graduan yang mendapat ijazah ini sekarang ini lebih kurang 40 peratus yang underemployment ini dan ini yang sedang kita cuba usahakan supaya mereka ini dapat dipadankan dengan ijazah yang mereka ada, tapi mengikut statistik, dia gap ini semakin berkurang, tapi untuk sementara ini, saya fikir saya setuju dengan yang disebut oleh YB Kangar tadi. Memang kita perlukan intervensi awal ini, terutama melalui MySTEP dan juga kaedah lain bersama industri untuk kita pastikan bahawa graduan-graduan kita ini dapat pekerjaan yang setimpal dan yang paling penting gaji yang padan. Itu yang saya fikir yang saya boleh bagi input buat masa ini. Terima kasih.
Saya menjemput Sri Gading.
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Kita membincangkan perkara ini agak banyak kali, dari tahun lepas dan mungkin daripada sebelum-sebelumnya di mana mismatch pekerjaan dan kelulusan. Boleh tidak kementerian dapatkan jawapan, peratus jurusan yang mismatch tadi itu? Maknanya peratus jurusan yang kurang mendapat tawaran dan apakah tindakan bagi kerajaan ataupun pihak universiti untuk memastikan jurusan-jurusan yang memang tidak dapat tawaran yang baik ini, sama ada dirombak, dibuatkan pendekatan baru, silibus yang baru? Itu yang pertama. Kedua, sekiranya kita ada program yang dipanggil peningkatan ataupun tambah baik. Lupa dah istilah dia, iaitu kalau katakan dia tidak sesuai dengan program itu, ada program lain untuk diberikan pendekatan pada pelajar-pelajar ataupun jurusan mahasiswa yang tak dapat kerja yang baik tadi. Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Di peringkat KPT, kita ada beberapa langkah yang kita sedang buat untuk kita pastikan kita dapat kurangkan mismatch ini. Antaranya ialah pertamanya pelaksanaan semakan penambahbaikan kurikulum secara berkala. Ini penting untuk kita pastikan bahawa kurikulum yang kita tawarkan di peringkat universiti ini memang diperlukan oleh industri. Pada masa yang sama juga, kita ada Pembangunan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 sebagai dokumen strategik untuk rujukan utama kita untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan kita. Juga, kita ada pelaksanaan padanan pekerjaan seperti yang saya sebut tadi bersama PERKESO dan pengukuhan agenda keusahawanan atau job creator di IPT. Ini pun sedang ditekankan di peringkat IPT dan IPTS dan juga pelaksanaan program latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran seperti program intervensi kebolehpasaran graduan (GE). Juga, saya ingin sentuh tentang di peringkat KPT juga. Sekarang ini kita sedang kaji yang mana-mana fakulti yang kebolehpasarannya kurang 30 peratus. Ini mungkin akan dikemas kini supaya kita dapat pastikan bahawa kita akan jalankan kursus-kursus yang memang diperlukan oleh industri dan graduan mendapat jawatan yang ditawarkan
di luar sana. So, mana-mana fakulti yang kurang daripada 30 peratus ini, kita akan cuba kaji semula kewujudan fakulti-fakulti yang berkaitan dan berkenaan. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tunggu litar lumba SP siap punya lama; Soalan saya nombor lima.
5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan: (a) status projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) yang sakit di Kedah dan kesannya terhadap perkhidmatan air di Kedah; dan (b) langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan terhadap negeri yang mempunyai rizab simpanan air yang rendah.
Sila, Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Sungai Petani atas keprihatinan dalam isu air di negeri Kedah. Secara keseluruhannya terdapat lima projek pembinaan loji rawatan air ataupun LRA yang masih dalam pembinaan iaitu LRA Jenun Baru, LRA Lubuk Buntar Lama, LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau, yang mana pembiayaan ini melalui kaedah geran daripada Kerajaan Persekutuan. LRA Pelubang pula melalui pembiayaan daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan. Jumlah keseluruhan kelima-lima projek ini bernilai RM859.05 juta dan projek ini kesemuanya sepenuhnya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kelima-lima projek ini akan menstabilkan bekalan air terawat ke Daerah Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Bandar Baru dan juga Parlimen Merbok. Saya pun telah mengadakan lawatan ke tapak untuk melihat status pembinaan terkini pada 28 dan 29 Januari yang lalu. Didapati bahawa projek LRA Bukit Selambau kini telah berada dalam status sakit iaitu tarikh asal sepatutnya siap adalah pada 2 Disember 2023, telah dianjakkan ke 26 Jun 2024 setelah menerima EoT. Kemajuan fizikal ketika ini sebenar 24.47 peratus, berbanding kalau ikut jadual, Tan Sri Speaker sepatutnya 56.29 peratus iaitu lewat lebih 30 peratus. Projek ini berjumlah geran tadi berjumlah RM129.4 juta. Namun, semakan seterusnya mendapati bahawa terdapat satu lagi projek LRA yang berstatus sakit di Kedah iaitu projek LRA Sungai Limau. Kalau ikut tarikh siap asal adalah pada 28 Oktober 2023. Kini telah pun dipinda ke 25 April 2024 setelah menerima EoT. Kalau kita tengok kepada kemajuan fizikal sebenar 21.1 peratus, tetapi kalau ikut jadual, sepatutnya 71.61 peratus. Berlaku kelewatan lebih 50 peratus. Projek ini dilaksanakan melalui geran seperti yang saya sebut tadi berjumlah RM89.8 juta. Jadi, secara kos keseluruhan untuk dua projek sakit di Kedah bernilai RM219.2 juta dan sekiranya projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang dijadualkan, jangkaan akan berlaku gangguan bekalan air kepada 80 peratus pengguna di Daerah Baling dan juga Kuala Muda. Susulan lawatan tersebut juga, saya dan kementerian telah pun meminta melalui agensi di peringkat negeri, supaya pihak kontraktor mengemukakan pelan pemulihan ataupun recovery plan, dengan izin, untuk memperbaiki prestasi kerja, termasuklah menambah bilangan pekerja dan meningkatkan peratusan kerja yang jauh ketinggalan berbanding jadual. Bagi persoalan kedua daripada Sungai Petani, kementerian telah mengambil langkah intervensi terhadap negeri yang mempunyai rizab simpanan air yang rendah.
Secara asasnya seperti berikut: pertama, meneroka dan melaksana pembinaan sumber air baharu dari semasa ke semasa seperti pembinaan takungan air pinggiran sungai ataupun TAPS dan sebagainya berdasarkan kajian keperluan sumber air.
Kedua, pembinaan loji rawatan air baharu dan menaik taraf loji rawatan melalui PAAB supaya selari dengan pertumbuhan pembangunan negeri. Ketiga, pengurangan kebocoran dan penggunaan air secara berhemah dan terakhir sekali, penggunaan alat cekap air, penggunaan air alternatif dan lain-lain. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, saya jemput Sungai Petani.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan dan telah pun turun sendiri untuk melihat keadaan semasa di negeri Kedah. Pada tahun 2020, kerajaan negeri telah mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberikan sejumlah wang sebanyak RM900 juta dan projek ini dijangka siap pada tahun 2023 dan kalau kita lihat sampai ke hari ini, masalah air di negeri Kedah ini menjadi satu mimpi ngeri untuk rakyat negeri Kedah dan baru-baru ini, kerajaan negeri mendakwa bahawa kelewatan naik taraf ini disebabkan kenaikan kos bahan binaan dan telah mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan lewat dan tidak melayan permohonan variation of prices (VOP) daripada Kerajaan Negeri. Adakah Timbalan Menteri boleh menjelaskan situasi sebenar dan adakah kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh duduk dengan baik, dengan elok dan pada akhirnya, ini memberikan manfaat kepada rakyat negeri Kedah khususnya. Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya rasa merujuk kepada sidang media yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, yang mana respons saya dakwaan beliau itu adalah tidak betul, tidak tepat. Sebab, kalau kita tengok daripada segi satu sudut peningkatan kos binaan itu, sememangnya berpunca daripada peningkatan sebagai contoh, harga semasa, harga barang binaan seperti besi, pasir dan lain-lain yang tertakluk kepada kelulusan pekeliling dan boleh dituntut melalui permohonan perubahan harga yang mana Sungai Petani sebut tadi, VOP. Cuma dalam kes ini Tan Sri Yang di-Pertua, permohonan VOP ini sebenarnya perlu dikemukakan kepada kerajaan negeri kerana berada di bawah tanggungjawab dan diurus sendiri oleh kerajaan negeri kerana dalam projek-projek ini, kerajaan negeri merupakan agensi pelaksana. Jadi, tidak timbul isu seolah-olah Kerajaan Persekutuan tidak mahu membenarkan VOP kerana VOP ini mohon dengan Kerajaan Kedah sendiri, tetapi sekiranya bila kenaikan itu melangkaui harga siling projek yang telah ditetapkan, maka agensi berkenaan iaitu kalau dalam kes ini, kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan NOC kepada kementerian yang dipanggil notice of change (NOC). Jadi NOC ini biasa pula kelazimannya berlaku kerana berlaku perubahan dalam permohonan asal. Contohnya harga siling itu naik, tetapi selalunya ada juga berlaku sebagai contoh penambahan skop kerja. Bila skop kerja bertambah dan kita expect, kita jangka kos itu akan bertambah. Cuma berdasarkan rekod, saya telah semak seawal pagi ini pun kementerian sebenarnya tidak menerima, belum lagi menerima sebarang permohonan NOC daripada kerajaan negeri untuk kedua-dua projek sakit ini. Jadi bagi peringkat kami, memang kita nak bekerjasama, tetapi jangan menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan seolah-olah nak memangsakan mana-mana pihak. Sebenarnya kita nak siapkan projek ini. Dana pun kita dah peruntukkan, cuma nasihat kita supaya projek ini dibuat dengan sebaik mungkin sehingga siap.
Dan sebagai konteks yang berbeza kepada Sungai Petani, yang mana saya cuba terangkan juga kepada umum bahawa pada masa yang sama, dalam tempoh ketika yang lebih kurang hampir serupa, terdapat juga pembinaan projek LRA yang lain di negeri lain. Contohnya yang saya kemukakan itu di Johor, LRA Sultan Iskandar. Alhamdulillah dapat disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan sepertimana jadual. Jadi, insya-Allah niat kita nak membantu, cuma kita mohonlah kerjasama supaya projek LRA Kedah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Silakan.
Terima kasih. Pertama, saya ingin dapat penjelasan ya. Apa yang disebut tadi, projek ini adalah projek geran Kerajaan Persekutuan dan sebahagian itu ialah pinjaman kepada kerajaan negeri melalui PAAB. Bagaimana projek ini perlu dapat sebab agensi kerajaan negeri ialah pelaksana bukan pembiaya. Sepatutnya bila berlaku VOP, Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk menambahkan kos kepada projek. Adapun NOC ialah perubahan skop projek, yang itu saya rasa kita clear, tapi saya perlu jelas bahawa oleh kerana pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, bebanan itu tidak seharusnya diberi kepada kerajaan negeri, ke agensi. Kerajaan negeri hanya agensi pelaksana bukan pembiaya. Jadi, kita clear-kan bahawa ini mesti, penambahan itu mesti ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan yang beri geran kepada kerajaan negeri. Yang kedua ialah, negara kita dua ekstrem ya. Waktu banjir, kita punya air yang sangat banyak, kemudian waktu kemarau, kita ada beban masalah bekalan air. Saya ingin dapat penjelasan tentang empangan bekalan air, bukan empangan elektrik. Empangan bagi bekalan air. Mungkin data ini perlu bertulis. Kedah, negeri-negeri utara sebab El-Nino ini akan berlaku berpanjangan sampai pertengahan tahun ini dan ia mendatangkan kesan yang besar kepada sektor pertanian. Saya ingin mendapat penjelasan tentang berapa banyak jumlah empangan bekalan air mengikut negeri-negeri di Semenanjung. Terima kasih. Mungkin ini bertulislah sebab data agak detailed.
Silakan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih pada Kubang Kerian atas persoalan selaku mantan Menteri. Di sini mungkin saya cuba bantu menerangkan perbezaan antara VOP dan juga NOC. Apabila kerajaan, tak kiralah mana-mana kerajaan, memutuskan untuk mengadakan sesuatu projek, maka ditetapkan harga siling kemudian diserahkan kepada agensi pelaksana. Dalam kes ini, memang terdapat permintaan daripada kerajaan negeri yang memohon untuk mereka melaksanakan sendiri. Jadi dalam kes ini, apabila harga siling itu ditetapkan, proses menguruskan projek itu yang diuruskan di peringkat negeri, yang mana untuk di peringkat negeri itu juga, pemilihan itu akan menentukan kos projek berdasarkan pemilihan yang dibuat. Maka memang akan berlaku sebenarnya kos projek itu berada di bawah harga siling. Jadi, sebab itu peranan SO ataupun peranan di peringkat pelaksana itu dalam keadaan bila berlaku perubahan dalam isu ini, berlaku perubahan kos binaan. Ikut syarat sebenarnya boleh kemukakan kepada SO, kepada agensi pelaksana sebab harga siling itu masih di paras yang lebih tinggi. Jadi, selagi perkara itu boleh diuruskan sebenarnya sehinggalah mencecah harga siling dan bila berlaku pertimbangan di peringkat agensi pelaksana bahawa kos itu telah melangkaui, maka barulah terpaksa mengubah projek itu sendiri. Iaitu maka berlakulah notice of change ataupun NOC yang disebut tadi. Cuma dalam isu ini, memang pembiayaan empat LRA ini adalah melalui geran, tetapi disalurkan melalui agensi pelaksana. Kalau Yang Berhormat dulu pun selaku mantan Menteri, kita kalau di peringkat Federal mungkin diuruskan di peringkat bahawa Bekalan Air. Perkara itu kementerian
boleh intervene ataupun masuk campur secara direct kerana itu bahagian di bawah kuasa kementerian. Dalam isu ini, sebab itu lebih rumit kerana kerajaan negeri sepatutnya bertanggungjawab memastikan projek ini dilaksanakan mengikut projek ataupun mengikut yang telah kita persetujui bersama. Cuma dalam isu yang kedua, Yang Berhormat bertanyakan soal empangan, yang saya mungkin boleh bantu sedikit daripada asasnya. Sumber air ini melalui beberapa kaedah. Biasanya yang disebut empangan untuk bekalan air sebab empangan pun ada juga untuk kegunaan hidro dan juga mungkin sumber itu datang terus dari sungai-sungai kita ataupun kaedah yang terbaru yang dipanggil TAPS tadi. Kita bina pula takungan air pinggiran sungai supaya perkara itu boleh menampung ketika mana berlaku kesurutan air sungai. Kalau loji rawatan air ambil direct dengan sungai, bila sungai itu kekurangan air, TAPS itu akan menampung. Maka sebab itu dalam untuk tujuan musim kemarau itu, memang persediaan itu perlu dibuat, dipantau rapi. Cuma untuk persoalan yang lebih terperinci itu, saya akan kemukakan secara bertulis. Jadi, harap dapat membantu Yang Berhormat juga menerangkan keadaan sebenar di negeri Kedah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik terima kasih. Saya jemput seterusnya Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.
Tan Sri Yang di-Pertua, hari ini saya memakai batik rasmi Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Melawat Kelantan 2024 yang telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 25 Februari baru-baru ini. Saya sediakan serangkap pantun sebagai sokongan TMK 2024. Ambo jemput semua pakat mari, Melawat Kelantan tahun ini; Nombor enam soalan diberi, Dipersilakan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tan Sri.
6. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah terdapat peningkatan jumlah guru yang bersara awal dan apakah faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah tersebut dan apakah penyelesaian holistik yang telah digunakan oleh kerajaan untuk menangani isu tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjamin kesejahteraan guru agar kekal berkualiti dan bermotivasi dalam melaksanakan profesion keguruan sepanjang perkhidmatan. Berdasarkan rekod KPM, jumlah pegawai perkhidmatan pendidikan yang diluluskan bersara pilihan pada tahun 2023 adalah seramai 6,394 orang, bersamaan dengan 1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru. Berbanding dengan tahun 2022, tahun sebelum ini iaitu seramai 5,306 orang atau bersamaan dengan 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan kajian tinjauan faktor-faktor persaraan awal guru dan kaitannya dengan pembangunan profesionalisme keguruan pada tahun 2022. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara faktor guru memilih persaraan awal adalah: (i) kedudukan kewangan yang stabil; (ii) faedah persaraan; (iii) masalah kesihatan;
(iv) perubahan pelaksanaan dasar; dan (v) pendigitalan pendidikan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2023, KPM telah mengambil pendekatan holistik bagi memastikan guru kekal bermotivasi menerusi inisiatif tujuh- teras utama nadi keunggulan KPM iaitu di bawah teras lima, kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan. Inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti pelaksanaan tujuh langkah segera ke arah kesejahteraan guru; peluang pelantikan pengetua secara pemangkuan dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan muda yang berkelayakan dan memenuhi syarat dan khidmat kepakaran klinikal kaunseling kepada guru yang tidak berjaya dalam permohonan pertukaran. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] KPM pada masa yang sama juga telah mengumumkan 10 perkara bagi menjaga kebajikan Guru. Antaranya, memperkasakan pengurusan pengambilan guru agar kekosongan di sekolah dapat dipenuhi dengan segera. Ini memberikan semangat baharu kepada guru-guru. KPM juga prihatin terhadap tahap kesejahteraan psikologi Guru dengan menyediakan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan fizikal yang dinilai melalui inventori kesejahteraan fizikal. Selain itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan advokasi. Pada masa yang sama, KPM juga berusaha meminimumkan tugasan pengurusan dan pentadbiran bukan profesional dengan mengoptimumkan pengisian kekosongan perjawatan anggota Kumpulan Pelaksana berdasarkan kelulusan kuota pengisian Agensi Pusat JPA serta bekalan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Pada masa yang sama, KPM dengan kerjasama rakan strategik telah menyediakan peluang merehatkan minda melalui program Cuti-cuti Cikgu serta memberikan kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM sewaktu bertugas, sebagai usaha untuk menaikkan semangat baharu. KPM akan terus komited dalam melaksanakan usaha untuk menjamin kesejahteraan guru. Sekian daripada saya. Terima kasih.
Kuala Krai.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya menerima rungutan daripada guru-guru tentang masalah kerja guru selain pengajaran dan pembelajaran ataupun PdP yang semakin bertambah seperti pengisian PAJSK, iHadir dan sebagainya, yang mana dalam masa yang sama, kesemua ini memerlukan online yang sepertimana kita tahu selalu bermasalah setiap kali waktu puncak. Langkah KPM sebelum ini seperti memansuhkan pertandingan, sambutan ataupun majlis pada semua peringkat untuk memberi peluang kepada guru-guru menggunakan lebih masa mereka memahami potensi dan bakat yang ada pada setiap murid dan kemudian digilap serta dikembangkan. Apakah langkah ini benar-benar memberi impak dan mengurangkan bebanan guru? Apa perancangan terperinci kementerian bagi mengurangkan masalah beban tugasan Guru, sama ada kerajaan telah mengkaji keperluan seperti mewujudkan pembantu guru bagi meringankan bebanan yang perlu digalas dan lebih banyak autonomi guru dalam perancangan harian pengajaran dan pembelajaran.
Apabila setiap kali bertukarnya Menteri, akan ada janji untuk menyelesaikan masalah Guru...
Ringkaskan soalan.
Ya. Akan ada janji untuk menyelesaikan permasalahan kerja-kerja perkeranian ini. Apa isu ini, permasalahan ini telah dapat diselesaikan? Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti Yang Berhormat Kuala Krai sedia maklum, KPM selalunya mengambil satu pendekatan manusiawi dalam untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan guru. Pada bulan Mac tahun 2023 iaitu dalam masa kurang daripada lima bulan setelah Kerajaan Madani ditubuhkan dan setelah Menteri Pendidikan baharu dilantik, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melaksanakan ataupun mengemukakan tujuh langkah segera untuk memastikan bahawa beban Guru dapat diringankan...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Seperti yang dinyatakan tadi, nombor satu berkenaan dengan pemansuhan pertandingan, sambutan majlis yang tidak memberikan impak besar juga termasuk berkenaan dengan catatan, berkenaan dengan eKehadiran yang mana guru telah pun diberikan masa yang lebih iaitu untuk sesi pada sebelah pagi, sesi pagi catatan eKehadiran boleh dibuat sebelum pukul 12 tengah hari dan sebelah petang dibuat sebelum pukul 5 petang. Ini juga termasuk pelantikan pengawas peperiksaan dan juga kita nak kurangkan sambutan-sambutan seperti sambutan Hari Guru hanya akan diadakan di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja. Pada masa yang sama, pihak KPM juga selalu dalam perbincangan dan libat urus dengan pihak-pihak kepentingan, termasuk Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Majlis Guru Besar dan sebagainya untuk memahami dengan lebih lanjut keperluan-keperluan on the ground, dengan izin, keperluan-keperluan Guru dan juga rintihan-rintihan guru. KPM sentiasa komited untuk menjamin kesejahteraan Guru dan untuk memastikan bahawa Guru-guru kita mempunyai satu minda yang amat positif. Sekian.
Rasah.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Timbalan Menteri yang telah menjawab tadi. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, memang kita tahu tujuh- teras itu mula dilaksanakan sejak Mac tahun lepas. Cuma saya nak tanya, ada tak ada apa-apa langkah tambahan, moving forward daripada tujuh- teras tersebut untuk mengurangkan lagi beban kerja guru-guru kita supaya ya lah, disebabkan beban kerja dan bersara itu, kes itu boleh dikurangkan. Saya mohon cadangkan satu perkara Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan sama ada kalau seorang guru itu telah menyatakan dia bersara pada umur 55 tahun, sudah daftar sebelum ini. Memandangkan kita hadapi masalah kekurangan Guru pada ketika ini, adakah kemungkinan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengambil langkah yang fleksibel untuk membolehkan mana-mana Guru yang nak bersara asalnya pada umur 55 tahun dan bersedia untuk melanjutkan perkhidmatan sehingga umur 60 tahun, dibenarkan tatkala kita hadapi masalah kekurangan Guru pada ketika ini? Sebab ini saya rasa satu langkah interim, langkah sementara yang boleh kita mengurangkan masalah kekurangan Guru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dari Rasah. Berkenaan dengan bahagian pertama soalan Yang Berhormat Rasah tadi, seperti yang saya katakan tadi, libat urus dan perbincangan akan terus diadakan untuk memastikan bahawa KPM dapat melaksanakan polisi-polisi ataupun hala tuju dalam menjamin kesejahteraan Guru.
Nombor dua berkenaan dengan sama ada opsyen untuk guru-guru yang telah pun memilih untuk bersara pada opsyen, katakan pada umur 55. Di sini kita adalah terikat dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pencen 1980, bahawa pilihan ataupun opsyen yang telah pun dipilih oleh guru tersebut adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Sedikit saya mengambil kesempatan ini untuk menambah sedikit berkenaan dengan makluman, kumpulan umur yang tertinggi bagi persaraan diri pilihan sendiri mengikut data setakat September 2023. Kumpulan yang paling tinggi adalah kumpulan yang berumur 50 tahun ke atas iaitu merangkumi lebih daripada 97 peratus. Maksudnya, guru bersara awal ini golongan yang paling banyak memohon adalah antara 50 tahun ke- 60 tahun. KPM sentiasa bekerjasama dengan melalui IPG dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan bahawa latihan dan juga lantikan Guru itu adalah mencukupi setiap tahun.
Saya nak maklumkan di sini pada tahun 2023 sahaja, seramai 18,700 orang Guru baharu telah pun dilantik dah hanya pada bulan Disember yang lepas, Guru yang dilepaskan oleh SPP iaitu seramai 9,542 dan pada awal bulan ini tahun 2024, keputusan Contract of Service, pelantikan Contract of Service juga telah pun diumumkan oleh pihak SPP. Ini dapat untuk memastikan bahawa kita mempunyai bekalan Guru yang mencukupi di sekolah-sekolah kita. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7, tetapi ada satu pembetulan iaitu ‘Sumbangan Asas Rahmah 2024 memberi subsidi yang lebih berbanding dengan Sumbangan Asas Rahmah’, bukan ‘Tunai Rahmah 2023’.
7. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kewangan menyatakan, Sumbangan Asas Rahmah 2024 memberi subsidi yang lebih berbanding dengan Sumbangan Asas Rahmah 2023. Apa sebab peningkatan jumlah dan bilangan penerima tersebut. Nyatakan pelan pelaksanaan SARA apabila subsidi bersasar telah dilancarkan sepenuhnya.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Pada tahun 2024, kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah ataupun SARA sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelombang kos hidup. Program ini dilaksanakan secara berperingkat mulai 22 Januari 2024 untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras dalam kerangka ekonomi Madani. Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah pertama, meluaskan penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar. Kedua, meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023, manakala kadar golongan bujang kekal RM600. Ketiga, penggunaan kredit program SARA diperluas, daripada hanya makanan asas yang termasuk beras, telur, minyak masak, tepung, roti, biskut, mi segera, makanan dalam tin, minuman dan bahan perasa, kepada tiga kategori barang asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri termasuk berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, tuala wanita, ubat-ubatan termasuk Panadol, ubat batuk dan lain-lain ubatan yang diluluskan oleh KKM dan peralatan persekolahan termasuk pakaian sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan alat tulis. Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA pada tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700 orang penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding
tahun 2023 iaitu hanya 210,000 orang penerima, dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan sebanyak lima kali ganda berbanding tahun selepas. Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa, termasuk sekiranya perlaksanaan subsidi bersasar dilancarkan dalam memastikan bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan rentan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.
Sibu.
Terima kasih Menteri, memberikan jawapan yang baik. Kaitan pelaksanaan SARA ini adalah berbeza di Sabah dan Sarawak. Jadi, Sabah dan Sarawak disalurkan melalui wang tunai. Adakah ini akan menjejaskan tujuan asal kerajaan supaya bantuan ini adalah untuk tujuan spesifik? Apa kegunaan lain yang kerajaan boleh mengaplikasikan kegunaan konsep SARA ini supaya pemberian bantuan ini seperti memberikan bantuan rawatan kesihatan di klinik swasta juga boleh digunakan?
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sibu, kaedah SARA berbeza mengikut negeri. Di Semenanjung Malaysia, penerima akan menerima bantuan keperluan asas tanpa tunai, cashless berjumlah RM100 ataupun RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya, kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. Di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran RM600 dan RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan di akaun bank ataupun secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024. Berdasarkan pelaksanaan SARA sejak 2023 dan maklum balas yang diterima daripada pemegang taruh dan penerima itu sendiri, SARA banyak memberi manfaat dan faedah memandangkan ia ialah bantuan bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi mendapatkan barangan yang telah ditentukan. Ia berbeza daripada subsidi pukal. SARA akan mengelakkan ketirisan dan diberi kepada penerima yang dikenali dan layak sahaja. Bantuan SARA tidak boleh digunakan untuk barangan yang tidak patut seperti rokok dan alkohol. Konsep SARA memang satu konsep yang sesuai dan boleh dipertimbangkan untuk bantuan kaedah lain pada masa depan. Terima kasih.
Rantau Panjang.
Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bagaimana cara pemilihan kumpulan sasar yang disasarkan oleh SARA yang kita dimaklumkan tadi lebih kurang 700,000 ya, bukan 700 saya dengar YB sebut tadi “700,000.” Macam mana cara pemilihan? Begitu juga tentang penyasaran subsidi petrol dan diesel. Macam mana cara ia akan dibuat? Sejauh mana setakat ini program ini telah mencapai objektifnya sebab rata-rata rakyat seluruh negara berdepan dengan tekanan hidup. Bukan satu golongan sahaja. Apakah ini penyelesaian terhadap tekanan ekonomi yang sedang dihadapi oleh seluruh rakyat?
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebenarnya SARA diperkenalkan kerana dia menumpu kepada miskin dan miskin tegar. Ia menggunakan data yang ada dalam sistem eKasih di bawah seliaan ICU di JPM. Kriteria yang digunakan adalah untuk mereka yang di bawah paras garis kemiskinan. Untuk mereka yang kemungkinan tak masuk dalam eKasih, kita galakkan untuk mereka mendaftar dan melihat kelayakan mereka dan boleh menyalurkan aduan dan pertanyaan melalui MOF, LHDN dan Yayasan MyKasih. Ini adalah antara bantuan-bantuan yang diberi kerajaan. Ia bukan hanya satu yang diberi. Jadi kalau kita nak tengok cara, dia kena tengok daripada segi menyeluruh. Terima kasih.
Saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.
8. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sama ada kementerian berhasrat untuk mengkaji semula kadar bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penerima sedia ada supaya selari dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Padang Rengas. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu, sehingga mereka mampu hidup berdikiri. Bantuan kebajikan yang diberikan ini juga bertujuan untuk membantu kelangsungan hidup kumpulan sasar. Penilaian semula mengenai kadar bantuan dilaksanakan secara berterusan. Semasa pembentangan Belanjawan tahun 2021, kerajaan telah menaikkan kadar bantuan yang melibatkan skim berkaitan orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak. Kenaikan kadar Skim Bantuan Kebajikan adalah seperti berikut: (i) Bantuan Kanak-kanak daripada RM100 kepada RM150 atau RM200 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan untuk satu keluarga; (ii) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar daripada RM350 kepada maksimum RM500 mengikut keperluan kes;
(iii) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja daripada RM250 kepada RM300; (iv) Elaun Pekerja OKU daripada RM400 kepada RM450; dan (v) Kelima, Bantuan Warga Emas daripada RM350 kepada RM500. Sepanjang tahun 2023, seramai 438,517 mendapat manfaat daripada skim bantuan ini. Puan Yang di-Pertua, selain daripada kenaikan kadar bantuan, kementerian juga telah menilai semula kadar kelayakan permohonan. Pada tahun 2021, penetapan hak kelayakan pendapatan baharu bagi bantuan Elaun Orang Kurang Upaya telah dinaikkan dari RM1,200 kepada pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah. Kenaikan syarat ini juga telah memberi peluang dan galakan kepada OKU untuk terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. JKM telah mengguna pakai Pendapatan Garis Kemiskinan baharu yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Mulai tahun ini, syarat asas kelayakan permohonan bantuan JKM telah dinaikkan kepada PGK 2022 RM1,198. Terima kasih.
Padang Rengas.
Soalan tambahan saya. Apa pendekatan kementerian, khususnya dalam mengatasi cabaran pemutihan senarai dalam sistem eKasih bagi tujuan penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan? Bagaimanakah ia akan diselaraskan dengan sistem PADU nanti? Adakah wujud perbezaan daripada segi bilangan isi rumah miskin tegar antara JKM dan Kementerian Ekonomi. Terima kasih.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Padang Rengas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai sistem eKasih adalah di bawah seliaan ICU JPM manakala
sistem PADU adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi. Dalam pembangunan pangkalan data PADU ini, pihak kementerian kami sentiasa berkongsi maklumat berkaitan senarai penerima bantuan kebajikan yang disalurkan melalui JKM. Bantuan JKM ini tidak ada kategori penerimanya sebagai miskin, miskin tegar atau sebagainya, tetapi syarat kelayakan adalah untuk menerima bantuan kebajikan ini mempunyai ‘mean test’ tersendiri. Sebagai contoh ya, saya nak maklumkan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar ataupun Pesakit Kronik Terlantar dan sebagainya. Terima kasih.
Batang Sadong.
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Parit Sulong atas lantikan sebagai Timbalan Menteri KPWKM. Okey, soalan saya susulan daripada jawapan Timbalan Menteri tadi, dengan mengambil kira masalah logistik di Sarawak, apakah kaedah untuk memudahkan pemohon yang tinggal di pedalaman untuk mendapat bantuan kewangan dari pihak JKM sama ada dari segi permohonan dan pengagihan dana bantuan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan juga terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat dengan menanya soalan berkaitan kemudahan pemohon yang tinggal di pedalaman, terutamanya dari Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, JKM ini dia sentiasa memberi tumpuan untuk membantu menangani keperluan rakyat ini tidak kira di mana mereka berada termasuklah di kawasan pedalaman Sarawak, tetapi saya nak kongsi mengenai tempoh pemakluman status permohonan bantuan. Dia mengambil masa maksimum 30 hari daripada tarikh permohonan itu lengkap diterima. Kenapakah 30 hari? Kenapakah tempoh 30 hari itu diguna pakai? Sebab dia mengambil kira proses siasatan, penyediaan laporan siasatan dan juga lawatan ke rumah untuk memastikan maklumat-maklumat yang berkaitan itu lengkap dan boleh diguna pakai sebelum kelulusan itu diberikan. Walau bagaimanapun, saya nak maklumkan bahawa sekiranya dalam keadaan yang kritikal dan memerlukan bantuan segera, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian masih boleh untuk membantu meluluskan bantuan segera melalui tabung bantuan segera untuk membantu klien tersebut agar mereka mendapat bantuan awal. Terima kasih.
Saya jemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.
9. Tuan Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apa langkah-langkah konkrit yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan akses bagi anak OKU terutama dalam kategori palsi serebrum- CP, ke sekolah-sekolah awam di negara ini tidak dinafikan.
Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Batu Pahat. Puan Timbalan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang terdiri daripada enam kategori berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 iaitu: (i) ketidakupayaan penglihatan; (ii) ketidakupayaan pendengaran; (iii) ketidakupayaan fizikal; (iv) ketidakupayaan pertuturan; (v) masalah pembelajaran; dan (vi) ketidakupayaan pelbagai. Cerebral palsy (CP) merupakan sub kategori ketidakupayaan fizikal. Berdasarkan data pada 31 Januari 2024, terdapat seramai 119,565 Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas dalam sistem pendidikan di bawah KPM. Daripada bilangan tersebut, sejumlah 1,579 adalah daripada kalangan CP. KPM telah mengambil tindakan bagi memastikan akses pendidikan kepada murid berkeperluan pendidikan khas semua kategori, ketidakupayaan termasuk kategori CP melalui enam teras strategik berikut: (i) penambahbaikan akses dan mobiliti terutama menyediakan sekurang-kurangnya empat kemudahan asas yang merangkumi susur lantai, susur tangan, parkir dan tandas mesra orang kurang upaya. Menaik taraf kelas pendidikan khas dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK); (ii) pemantapan sumber manusia dengan berfokus kepada peningkatan profesionalisme secara berterusan kepada guru dan pembantu pengurusan murid; (iii) pemantapan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan pengembangan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas; (iv) penambahbaikan sistem sokongan dengan menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada MPPK bagi meminimumkan halangan mereka daripada mengikuti pendidikan berkualiti dan saksama; (v) pemantapan pengurusan data bagi memastikan semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas tersenarai mendapat pembiayaan dan khidmat sokongan dalam meneruskan persekolahan; dan (vi) pemantapan tadbir urus bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran MPPK melaksanakan tugas yang terbaik. KPM komited dalam memastikan langkah-langkah yang diambil ini dapat sokongan daripada kesemua pihak berkepentingan demi mencapai hasrat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas berkemahiran dan berpengetahuan sebagai kesediaan untuk kelangsungan hidup. Sekian, terima kasih.
Batu Pahat.
Terima kasih Menteri. Ini soalan tambahan daripada saya. Ini spesifik tentang palsi serebrum lah. Adakah bantuan kewangan ataupun peralatan bantu untuk pelajar palsi serebrum dan bagaimana prosesnya? Kedua, adakah terdapat program latihan khas untuk Guru dan staf sekolah untuk pelajar CP ini. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Semangnya seperti yang saya nyatakan tadi, kita mempunyai enam jenis, enam kategori ketidakupayaan untuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas dan CP merupakan salah satu daripada ketidakupayaan fizikal. Dalam kategori ini dan secara umumnya, memang pihak KPM menyediakan peralatan ataupun kemudahan kepada murid-murid kita yang berkeperluan seperti kerusi roda- wheel chair dengan izin, meja yang bersesuaian yang boleh dilaraskan dan sebagainya.
[Bangun]
Berkenaan dengan kelayakan pendidik-pendidik kita, kesemua guru yang terlibat dalam kelas-kelas pendidikan khas adalah terlatih dengan diberikan pendidikan khas yang mana kesemua guru tersebut terlatih dan equipped dengan izin dengan kawalan emosi, therapy balancing dan juga usaha-usaha ataupun tindakan untuk urutkan muka dan sebagainya.
Pada masa yang sama, KPM turut ada menyediakan pusat perkhidmatan pendidikan khas (3PK) iaitu pada masa sekarang terdapat 13 buah pusat iaitu di kesemua negeri selain daripada Labuan, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Namun, dalam masa setahun yang akan datang ini lima lagi akan ditubuhkan iaitu satu di Labuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu. Sekian, terima kasih.
Ya, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Baik. Terima kasih Tan Sri Speaker. Baik, soalan saya untuk tambahan, untuk soalan sembilan iaitu saya nak bertanya adakah Zero Reject Policy 2018 yang dilaksanakan pada 2018 masih sesuai diguna pakai sebab mengikut polisi ini semua- pelajar-pelajar yang menghadapi kecacatan diminta oleh jabatan ataupun kementerian diterima di sekolah-sekolah. Ada rungutan daripada Guru-guru yang menyatakan bahawa ada kecacatan yang tak boleh kita adakan kelas, maksudnya guru-guru terpaksa jadi pengasuh kepada kanak-kanak ini dan tak boleh mengajar apa-apa. Adakah polisi ini masih diguna pakai oleh kementerian ataupun ada penambah baikkan? Yang kedua iaitu adakah bagi kategori CP, mereka ini memerlukan Juruterapi dan peralatan kursus untuk kelas-kelas ini? Adakah kementerian memenuhi kriteria ini di mana banyak di sekolah-sekolah masih lagi belum mencukupi peralatan ini dan juga adakah Rumah Hijau seperti yang dijalankan di Johor diperkembangkan di negeri-negeri lain? Sekian, terima kasih.
Silakan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Nombor satu berkenaan dengan Zero Reject Polic. Dasar bagi pelaksanaan Zero Reject Policy KPM adalah untuk murid berkeperluan pendidikan khas, warganegara Malaysia dan dasar ini ada diteruskan. Itu berkenaan dengan Zero Reject Policy. Nombor dua berkenaan dengan kemudahan yang disediakan seperti yang saya menjawab dalam soalan tambahan pertama tadi. Memang kemudahan-kemudahan ada disediakan kepada murid-murid CP kita seperti wheel chair dan sebagainya. Pada masa yang sama guru-guru kita adalah layak dan equipped, dengan izin, dengan kelayakan masing-masing untuk membantu murid-murid CP ini. Pada masa yang sama, kelas pusat perkhidmatan pendidikan khas (3PK) ini turut disediakan. Saya mengambil kesempatan in juga untuk menyatakan bahawa pada tahun ini, untuk keseluruhan pendidikan khas bagi tujuan untuk menaik taraf fasiliti ataupun peralatan, sejumlah RM15 juta telah pun diperuntukkan dan sejumlah RM15 juta lagi diperuntukkan untuk menaik taraf ataupun untuk tujuan institusi ataupun sekolah, kelas- kelas pendidikan khas masing-masing. Terima kasih.
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamat lah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN 2024) Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam [Dato’ Sri Huang Tiong Sii]; dibawa Kali Yang Pertama; akan dibaca Kali Yang Kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [28 Februari 2024]
Yang Berhormat.
Saya.
Pertama, saya berdoa Yang Berhormat cepat sembuh.
Insya-Allah, terima kasih.
Semoga Allah merahmati. Yang kedua, saya bawa 18(1) Yang Berhormat. 18(1) iaitu tentang Titah Yang di-Pertuan Agong supaya Malaysia lebih terus dan tegas menyokong Palestin. Saya sebut usul ini untuk dibincangkan di Parlimen supaya pendirian baharu dibuat oleh Malaysia tentang ketegasan kita menyokong Palestin.
Baik, dah hantar, dah hantar dah..?
Jadi yang ini belum dijawab. Bila saya sampai duduk sini. Saya nampak envelop. Envelop tu tentulah menyusahkan jiwa raga saya sebab envelop ini mesti ditolak semua. Yang Berhormat telah menolak tiga-tiga usul saya kelmarin, tetapi yang Usul berhubung pindaan Perlembagaan, Yang Berhormat Menteri tak menjawab pindaan Perlembagaan. Menteri jawab yang lain. Dia jawab, “Maaf lah.” Minta maaf Timbalan Menteri jawab dia lari, lari sikit. Jadi dia tak jawab pindaan Perlembagaan. Nak selamatkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah ataupun rang
undang-undang agama Islam di peringkat negeri, undang-undang kena dipinda. Itu cadangan saya. Kalau boleh Yang Berhormat, dengan izin Yang Berhormat, semoga Allah merahmati, berbincang di Kamar Khas. Tak bersalah Yang Berhormat. Habis, saya minta tak bagi publisiti. Sebab kami nak puas hati sebagai orang Islam bahawa rang undang- undang yang dibuat di peringkat negeri itu, dipertahankan dan tak dicabar oleh Mahkamah Sivil.
Baik terima kasih Yang Berhormat. Setiausaha? Oh ya, kita akan sambung, maaf ya. Kita akan sambung dengan perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ada 15 nama yang akan saya bacakan hari ini dan seperti biasa, hari ini kita break atas permintaan Arau. Dia lapar dia kata, dia tak sihat. Insya-Allah. Kita break hari ini, untuk lunch. Baik untuk itu, 15 yang akan berucap hari ini ialah YB Jelebu, Indera Mahkota, Semporna, Beluran, Bayan Baru, Alor Setar, Serian, Ketereh, Sibu, Besut, Tanjong Piai, Sik, Tenom, Merbok dan Sri Gading. Masing-masing ada 12 minit. Namun sebelum itu, sebelum saya panggil Jelebu untuk memulakan ucapan. Saya ingin nak sebut sesuatu. Ini yang serius ya. Pada semalam, 28 Februari 2024, semasa berucap YB Padang Serai telah salah menyebut nama Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan ini amat serius YB. Amat-amat serius. Sebab ia diucapkan di dalam Dewan. Saya sebagai Speaker yang bertanggungjawab, tak kira sebelah kiri atau sebelah kanan mesti bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan yang telah pun YB sebut. Untuk itu saya dengan ini memerintahkan YB bangun memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Dipersilakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin memohon keampunan dan kemaafan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kekhilafan dan kesilapan saya semasa menyampaikan ucapan saya petang semalam kerana telah menyebut “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ibni Sultan Ibrahim”. Sepatutnya “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar”. Saya berikrar kekhilafan seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Ampun Tuanku. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Baik terima kasih. Saya ingin juga memperingatkan Ahli Yang Berhormat. Saya tahu keghairahan kita berucap, tetapi ada benda-benda yang we do not cross the red line. Khususnya, benda-benda yang melibatkan nama-nama Tuanku. Jadi untuk itu saya harap lah ini menjadi pedoman kepada kita dan jangan berulang lagi. Baik untuk itu, saya jemput Jelebu. Masa 12 minit. Silakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2024. Sebelum saya meneruskan ucapan saya Tan Sri Speaker, saya ingin merafak sembah dan merakamkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII.
Saya juga ingin merafak sembah dan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI. Sesungguhnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini selaku Ketua Negara, ibarat payung kepada negara dan institusi beraja yang merupakan pelengkap pada Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Tan Sri Speaker- Puan Speaker. Oh, sekejap sahaja Tan Sri Speaker. Saya belum sempat hendak ucap tahniah kepada Tan Sri Speaker. Harap Tan Sri Speaker mendengar kerana telah membuat pilihan baju bentara kita warna FELDA. Ini menunjukkan semangat perjuangan FELDA dapat dibawa ke Dewan Rakyat ini... [Tepuk] Tahniah kepada Parlimen Malaysia.
Cerah sangatlah, cerah sangat ini.
Warna FELDA lah ini. Yang Berhormat, saya hendak sebut saya hendak teruskan, Yang Berhormat. Alhamdulillah, kita dapat terus lihat proses peralihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berjalan dengan lancar dan sambutan di kalangan rakyat jelas menunjukkan bahawa institusi beraja ini masih terus kekal di hati rakyat. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari adalah satu Titah yang ringkas, padat, penuh dengan isi yang tersurat dan juga tersirat. Saya mengambil masa beberapa hari untuk membaca dan melihat respons daripada medsos berkaitan dengan Titah Baginda dan saya nyatakan di sini bahawa majoriti rakyat memberikan respons yang sangat positif sambil mengharapkan agar kerajaan dapat menzahirkan pandangan dan hasrat Tuanku Agong itu dalam bentuk dasar negara yang memberikan manfaat kepada rakyat. Teguran tuanku supaya semua lapisan masyarakat dapat memperkukuhkan perpaduan negara dan tidak memainkan isu 3R- race, religion dan royalty perlulah kita ambil peduli dan ambil serius. Tahniah juga kepada pihak Parlimen, khususnya Tan Sri Speaker atas pelaksanaan lafaz Rukun Negara kepada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat. Walaupun tindakan itu nampak mudah dan kecil, tetapi secara tidak langsung ia adalah isyarat kepada rakyat bahawa mendukung aspirasi Rukun Negara itu adalah kewajipan kepada semua dan sebagai contoh dan teladan, maka kita terjemahkan di dalam Dewan yang mulia ini. Puan Yang di-Pertua, pertama saya hendak sebut soal yang berkaitan dengan FELDA. Saya tidak boleh lari daripada membahaskan isu yang berkaitan dan melanda golongan dan warga peneroka, khususnya bagi kawasan FELDA di seluruh negara. Secara keseluruhan Puan Yang di-Pertua, sejak tahun 1958 dan 1990, kita ada 100 lebih- saya untuk rekod Dewan sekali lagi. Kita ada lebih 112,000 orang peneroka di seluruh 317 rancangan di seluruh negara yang mengusahakan hampir 450,000 hektar kawasan ladang peneroka. Kalau kita lihat di peringkat negeri sahaja, di peringkat Negeri Sembilan sahaja, kita ada 16,000 orang peneroka, di bawah 49 rancangan menggambarkan betapa peranan besar yang dimainkan dan disumbangkan oleh golongan peneroka daripada semua lapisan generasi sangat penting dan relevan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan juga pembangunan di dalam negara kita. Jumlah peneroka di seluruh negara sahaja sudah melebihi 100,000 orang dan kalau kita ambil kira jumlah isi rumah generasi kedua, ketiga dan mungkin ada yang keempat, jumlah itu sudah menjangkau hampir jutaan warga ataupun orang, Puan Speaker. Sebab itu sudah semestinya saya sebut sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini. Sudah semestinya fasiliti, keadaan serta keperluan di kalangan masyarakat FELDA pada hari ini adalah jauh berbeza daripada apa yang disediakan oleh kerajaan sewaktu awal penubuhan FELDA dahulu.
Bukan bermakna golongan peneroka tidak cukup lagi dalam soal urus tadbir dan juga pembelaan kerajaan kepada golongan peneroka, tetapi pembaharuan dan penaiktarafan dalam soal yang berkaitan dengan kehidupan peneroka, khususnya bagi golongan generasi kedua, ketiga, keempat dan seterusnya harus diambil kira dan diberi perhatian. Kalau dahulu, kerajaan fikir 112 golongan peneroka, sekarang kerajaan harus memikirkan jutaan golongan peneroka. Kalau saya bercakap dalam soal generasi baharu FELDA ini bukan hanya berkisar kepada soal penempatan sahaja, tetapi soal yang berkaitan dengan kesinambungan dan hala tuju FELDA untuk satu jangka masa yang lebih panjang, Puan Yang di-Pertua. Sebab itu saya merasakan sudah sampai masanya kerajaan melihat semula, mengkaji dan mengeluarkan satu blueprint baharu untuk FELDA secara keseluruhan. Saya dan sudah semestinya apabila sudah bercakap dengan soal FELDA, saya tidak boleh lari daripada menyentuh soal Akta Penempatan Berkelompok (GSA) yang telah pun digubal sejak tahun 1960. Saya pernah membangkitkan berkenaan Akta GSA dalam perbahasan saya sewaktu perbahasan Bajet 2023, Belanjawan 2023 yang lalu dan saya ingat, saya catit jawapan daripada Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa pihak kerajaan juga bersetuju bahawa sudah sampai masanya Akta GSA 1960 dipinda buat ketika ini. Yang Berhormat Menteri juga menambah kepada jawapan itu, yakni Jawatankuasa Khas Penyelarasan Pindaan Akta 530 telah ditubuhkan, yang mana Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan oleh Pengarah Besar FELDA. Saya difahamkan Puan Yang di-Pertua, bahawa Ahli Jawatankuasa terdiri daripada pihak yang berkepentingan yakni JPM, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Bahagian Kawal Selia FELDA, FELDA sendiri, FELCRA serta ahli jemputan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk pihak berkuasa negeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah senarai jawatankuasa ini telah dikemaskinikan pasca PRU dan PRN 2023 kerana sampai hari ini, pihak berkuasa negeri masih lagi tidak dijemput dan tidak dilibatkan dalam jawatankuasa penggubalan akta ini...
[Bangun]
Berdasarkan jawapan yang saya terima juga dimaklumkan sekarang gerak kerja masih berada di peringkat pengumpulan isu untuk diteliti sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. Adakah pihak kerajaan mempunyai timeline, dengan izin, ataupun garis masa yang telah ditetapkan dan bilakah pindaan terhadap akta ini akan dibawa untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Jelebu.
Minta maaf. Boleh saya habiskan sekejap ya. Minta maaf, Kuala Krau.
Sila, sila.
Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya satu sesi libat urus khas bersama dengan Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN bagi 54 Kawasan Parlimen di seluruh negara dapat diadakan dan diuruskan segera. Ini kerana Ahli Parlimen dan ADUN kawasan tersebut mempunyai dan menjadi tempat rujukan dan pengumpulan masalah warga FELDA dan sudah semestinya mereka mempunyai pandangan yang baik dan mewakili suara masyarakat FELDA di kawasan masing-masing. Besar harapan saya dan juga seluruh masyarakat FELDA termasuk kepimpinan di FELDA jika pindaan terhadap akta ini dapat dilakukan dengan kadar segera memandangkan akta ini sudah tidak lagi relevan buat masa ini. Kuala Krau, sekejap, sila.
Terima kasih Jelebu yang saya kira antara yang paling konsisten tentang menyebut maksud FELDA. Cuma sebut tentang GSA tadi, sedangkan perbincangan untuk menghapuskan GSA itu masih belum berlaku
tetapi apa yang sedang berlaku di tanah rancangan FELDA ialah telah bermulanya pengukuran kepada STR yang juga saya kira membabitkan Akta GSA juga. Terima kasih.
Terima kasih Kuala Krau. Masukkan dalam ucapan saya. Ini bukan penghapusan Kuala Krau, penambahbaikan. Kajian untuk kita gubal balik Akta GSA 1960 kerana Puan Yang di-Pertua, banyak perkara yang diperjuangkan oleh golongan peneroka dan generasi terkini di kawasan FELDA dia tidak boleh meet ataupun, dengan izin, tidak boleh hendak masuk dengan akta kita.
Sebahagiannya Puan Yang di-Pertua, saya sebut perkara kedua yakni mengikut Akta GSA, hanya sebuah rumah sahaja iaitu rumah peneroka sahaja yang dibenarkan dibina atas lot tersebut. Perjuangan daripada golongan generasi muda FELDA untuk kerajaan membenarkan supaya dibina lot kedua, lot ketiga di atas lot pertama ataupun tanah lot pertama yang keluasannya hampir setengah ekar Puan Yang di-Pertua. Setengah ekar ini kalau hendak ikut-ikut, kalau kita boleh buat bina hampir lebih daripada empat buah banglo kecil di dalam atas tanah setengah ekar. Ini bukan satu perkara baharu dan perkara pelik kerana seingat saya dan mengikut rekod saya pada tahun 2017, Perdana Menteri ketika itu sudah pun mengumumkan kelulusan untuk membina satu lagi unit rumah ataupun lebih daripada satu unit rumah di atas tapak sewaktu melancarkan Hari Peneroka tahun 2017. Maknanya apa Puan Yang di-Pertua? Maknanya itu boleh dilakukan mengikut keadaan dan situasi apabila ia memerlukan ataupun keadaan memerlukan perubahan sedemikian rupa dilaksanakan di kawasan FELDA. Ini bukan soal yang berkaitan tentang pelanggaran syarat atau sebagainya. Pelbagai sesi libat urus antara FELDA termasuk kerajaan negeri sebagai pemegang taruh kepada Akta Kanun Tanah Negara boleh melakukan perbincangan dari semasa ke semasa supaya kelulusan untuk membina lot kedua FELDA ini dapat diberikan untuk kepentingan golongan generasi kedua, ketiga dan keempat Puan Yang di-Pertua...
Sila gulung.
Jadi kerana itu...
Sila gulung.
Boleh saya sambung sikit lagi Puan Yang di-Pertua?
Sila gulung.
Saya gulung Puan Yang di-Pertua. Kerana itu Puan Yang di-Pertua, mengikut rekod kita ya, 60-70 peratus peneroka generasi pertama sudah meninggal dunia. Yang ada sekarang ini hanya generasi pewaris ataupun generasi satu, dua, tiga dan empat. Dalam akta juga, pemilik ataupun peneroka asalnya dikenali sebagai pemilik yang saya sudah sebut dan juga golongan peneroka sebagai pentadbir. Ini juga dalam akta, tidak menyebelahi dan juga tidak memberikan kepentingan kepada generasi-generasi baharu kawasan FELDA di dalam Akta GSA 1960. Kerana itu Tuan Yang di-Pertua- ya, Kinabatangan hendak sambung?
Masa cukup.
Kerana itu Puan Yang di-Pertua, oleh kerana gangguan terlalu banyak, saya sambung sedikit lagi Puan Yang di-Pertua. Kerana itu, sampai masa dan ketikanya kerajaan harus menetap dan membuat keputusan supaya akta yang sudah tidak lagi relevan untuk kepentingan masyarakat dan warga FELDA ini dapat diberikan penumpuan dan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Jelebu menyokong Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas kepimpinan cemerlang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Seterusnya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Saya juga menjunjung kasih atas Titah Diraja yang disampaikan pada Isnin lalu. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak ADUN Beserah, Yang Berhormat Andasura Rabu dan seluruh penduduk Indera Mahkota, saya ingin membangkitkan empat masalah prasarana di kawasan kami. Pertama, jalan-jalan rosak iaitu Jalan Kemaman. Jalan dari Kemaman ke Kuantan iaitu dari sempadan Kemaman hingga ke Kampung Sungai Ular dan Jalan Gebeng Bypass dari persimpangan Kampung Sungai Ular hingga Bulatan Jabor. Kedua, jambatan usang dan sempit iaitu Jambatan Sungai Chendor, Sungai Cherating, Sungai Baging dan Sungai Ular. Ketiga, muara sungai yang semakin cetek iaitu Muara Sungai Ular dan Muara Sungai Balok. Keempat, hakisan pantai yang semakin kritikal iaitu di Muara Sungai Balok hingga Pusat Rekreasi Balok. Kami harap masalah- masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan sempurna. Sebagai Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional, ingin saya mengingatkan tiga kementerian teraju iaitu Kementerian Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia akan ucapan-ucapan dan persoalan-persoalan saya di Dewan yang mulia ini iaitu tentang perlunya digerakkan reformasi pendidikan. Malangnya, sehingga hari ini, ia belum dijawab atau ditangani dengan sempurna. Bagi KPM dan KPT, ia meliputi falsafah; dasar; undang-undang; ekosistem; kurikulum; TVET; sumber manusia; mutu dan penghakupayaan Pensyarah, Guru dan pelajar; teknologi digital; kebolehpasaran graduan; perpaduan; pengantarabangsaan; peranan ibu bapa dan alumni; kerjasama semua pemegang taruh; dan kewangan. Bagi Kementerian Sumber Manusia, sepatutnya fokus utama bukannya pekerja asing. Sebaliknya harus ada paradigma baharu yang melibatkan dua- komponen besar. Pertama, pembangunan sumber manusia dan kedua, pengurusan sumber manusia. Ini supaya mencapai matlamat hakikinya iaitu pembangunan kemahiran modal insan yang benar-benar memenuhi keperluan ekonomi negara, tetapi sayangnya, perkara-perkara ini belum dijawab atau ditangani dengan sewajarnya oleh ketiga-tiga kementerian. Namun, saya hendak sebutkan, Menteri KPT telah pun menyatakan persetujuan untuk bertemu. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, bab yang sudah lama pun belum selesai. Contohnya beban tugas guru yang disebut tadi. Sesetengah Guru terpaksa terpacak depan pagar menunggu murid-murid sampai. Menanggung terlalu banyak kerja perkeranian. Ada masa jadi tukang kebun untuk menceriakan kawasan sekolah. Bergelut untuk mengisi data dalam suasana connectivity yang tidak baik. Hari sukan yang paling dahsyat. Guru jadi semua. Dialah event manager, dia jadi RTM, dia jadi Majlis Olimpik, dia jadi Kesatuan Olahraga, dia jadi pereka fesyen, dia cari dana, dia jadi caterer, dia jadi kaunselor pujuk pelajar yang kalah, dia jadi dewan bandar raya, ada masa dia jadi Indah Water ya.
Guru-guru tidak pernah bersungut bab mengajar, tetapi perkara-perkara yang tidak berkait dengan PnP, itu yang membebankan. Jadi, kami mendesak kerajaan agar masalah beban tugas Guru ini diselesaikan dengan sesegera yang boleh... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, daripada segi teknologi, ekonomi dan pendidikan digital, kalau kita ingin bersaing dengan dunia luar, kita harus menyediakan dan menyediakan secara yang komprehensif, secara yang holistik, suatu ekosistem geopolitiknya, budayanya dan generasi yang mencetuskannya dan menguasainya. Namun pada masa yang sama, kita juga perlu mengatasi kesan-kesan negatif atau, dengan izin, the unintended consequences daripada kepesatan teknologi digital. Contohnya, keselamatan siber, manipulasi artificial intelligence, privasi, etika, kecurian data, manipulasi data. Ini PADU ini saya tidak tahu hendak jatuh dekat mana?... [Ketawa] PADU, sudah jadi macam hempedu. Sebab itu kita perlu melahirkan generasi berteknologi tinggi yang manusiawi. Sebab itu pada tahun 2022, saya telah menulis buku berjudul, “Kehidupan Digital Teknologi Yang Manusiawi”. Ini nukilan saya sebagai mantan Menteri yang menjaga penerangan. Semasa saya jadi Menteri yang jaga penerangan, saya bukan jadi macam Menteri propaganda Hitler yakni Joseph Goebbels yang kerjanya asyik memeriksa, mengawal dan menghukum mereka yang bersuara, turunkan media sosial. Betul?... [Tepuk]
Ugut nak hantar kereta Polis depan rumah. Beluran, tahu mengapa dia nak hantar kereta? Sebab dia naik basikal... [Ketawa] [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, yang sedihnya terdapat beberapa reformasi dalam bidang- bidang lain yang ada kaitan dengan pendidikan juga belum terjawab. Kita memerlukan reformasi dalam pelbagai bidang iaitu politik, ekonomi, sosial dan institusi. Setiap bidang itu saling berkait dan mempengaruhi bidang yang lain. Reformasi pendidikan akan menerima kesan baik daripada ekosistem yang lebih positif yang lahir daripada reformasi bidang-bidang lain tersebut. Di sinilah relevannya Rangka Tindakan Reformasi Institusi oleh IDEAS. Saya hadir pelancarannya semalam. Rangka tindakan itu menggariskan 13 jenis reformasi institusi yang ingin dicapai dalam tempoh tiga tahun. Ia terkandung dalam empat tunggak yakni sistem pilihan raya dan politik, pengawasan dan ketulusan kerajaan, Parlimen yang bebas dan institusi-institusi yang bebas dan kuat. Kelmarin saya menerima memorandum BERSIH tentang tiga perkara yang ingin dicapai tahun ini. Yang menariknya Kemaman, yang pertama... [Ketawa] Pelaksanaan agenda reformasi 100 peratus. Maknanya dok berlaku lagilah...
Gagal, gagal, gagal.
Tolak, ha ini. Tolak DNAA terhadap mana-mana ahli politik dan tolak undang-undang dua darjat. Nampaknya Tuan Yang di-Pertua, makin ramai yang dah tak sabar menunggu reformasi. Atau agaknya reformasi dah jadi reformati.
...Mati, mati.
Mati ya? Sebab itu kawan- kawan dema pun dah mula tak sabar dan dah mula protes. Hasrat melahirkan generasi berteknologi tinggi yang manusiawi boleh dipacu laju kalau reformasi benar-benar berlaku. Reformasi akan mewujudkan ekosistem yang memugar dan mencerdik, tetapi kalau berlaku ‘reformati’, apa yang akan wujud ialah ekosistem yang memagar dan mencekik. Jadi, yang mana satu idaman kalbu? Memugar dan mencerdik atau memagar dan mencekik? Tuan Yang di-Pertua, satu lagi bidang yang memerlukan reformasi ialah perkhidmatan awam. Pihak perkhidmatan awam sebenarnya telah pun memulakannya. Contohnya beberapa buah model telah dilaksanakan dalam 35 yang lepas iaitu model
birokratik, perkhidmatan awam baharu atau NPM, urus tadbir, joined-up government, nilai awam dan program transformasi kerajaan. Masa menjadi Menteri di Wisma Putra, saya memulakan inisiatif melahirkan pakar-pakar bidang atau subject matter expert. Sebenarnya, Kabinet Tun Mahathir dan Tan Sri Mahiaddin pernah mewakilkan saya untuk berbincang dengan KSN dan KPPA pada masa itu tentang bagaimana memperbaiki perkhidmatan awam, tapi apakan daya disangka hujan sampai ke petang, eh disangka panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Tuan Yang di-Pertua, atas segala peranan dan jasa anggota-anggota perkhidmatan awam dari dulu sampai sekarang, marilah kita kalungkan ucapan setinggi- tinggi terima kasih dan penghargaan kepada mereka. Apa yang mereka harapkan ialah reformasi yang digerakkan oleh mereka sendiri dengan dukungan kita ahli politik. Reformasilah dulu soal gaji progresif, soal kebajikan, soal perubatan. Saya tahu belanjanya besar. Jadi kita harus bertahap-tahap dan buat dengan bijaksana. Berunding dengan mereka. Bukan main tiba-tiba. Tiba-tiba tak ada pencen, tiba-tiba jawatan kontrak, tiba-tiba Ketua Pengarah di MOTAC kena buang, tiba-tiba anak saudara dia orang jadi bos di luar negeri, tiba-tiba anak sendiri jadi penasihat. Hulu Terengganu, ini pro bono kah pro don’t know? Yang terbaharu, tiba-tiba tak boleh pergi IJN.
Tiba-tiba bak kut teh.
[Ketawa] Tiba-tiba bak kut teh. Dalam hal ini, kami di Perikatan Nasional menyokong kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Dr. Adnan Mat yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini supaya keistimewaan para penjawat awam menerima rawatan di IJN dikekalkan... [Tepuk]
Masa sudah tamat. Sila gulung.
Saya tahu Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Semporna.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja. Saya menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ke-XVI atas Titah Diraja bersempena dengan sidang Dewan Mesyuarat Ketiga dan Parlimen Ke-15 dan juga mengucapkan tahniah kepada Tuanku atas pelantikan selaku Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengambil untuk mengucapkan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Abdullah, Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVI atas perkhidmatan yang dicurahkan kepada bangsa dan negara selama pemerintahan Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong. Setelah mendengar Titah Tuanku, beberapa perkara yang telah disentuh dalam Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Di antaranya perpaduan, kerjasama, menghormati perlembagaan, hutang negara besar, ketirisan, aspirasi, MA63 dan- ‘red tape’’ Itu antara perkara-perkara yang telah dititahkan oleh Tuanku masa Titah Diraja baru-baru ini. Saya ingin menyentuh tentang hutang negara. Kita sedar dan tahu bahawa negara Malaysia berhadapan dengan hutang yang begitu besar. Semuanya maklum RM1.3 trilion. Masa saya dulu berkhidmat di peringkat Pusat, saya ingat hampir beberapa
bilion yang kita belanjakan untuk interest sahaja, hutang yang ada nak bayar. Hampir RM30 bilion, RM40 bilion. Saya jangka pada saat ini kerajaan terpaksa membayar dalam lingkungan mungkin dalam lebih daripada RM50 bilion interest not principal hutang yang ada kerana bebanan ini merupakan satu bebanan yang harus diambil iktibar. Kita tahu insan manusia bila dia berhadapan dengan tidak ada duit, dia jangan berbelanja boros. Langkahnya jangan boros dan perbelanjaan yang tidak memberi manfaat. Maka saya syorkan langkah-langkah jimat cermat dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya kewangan negara ini memang kita tidak punya wang yang begitu besar. Lavish expenditure. Pertama, projek-projek yang harus disenaraikan ataupun dilaksanakan. Projek-projek yang bukan hanya mempunyai impak kepada negara kewangan, return on investment, dengan izin. Di samping itu, bukan hanya return on investment, pulangan peluang pekerjaan kepada negara kita sama ada impaknya besar dan kadang-kadang itu kita belanja banyak, tetapi daripada segi peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita, pengangguran juga harus diatasi. Maka dengan itu, perlu bagi kita untuk memastikan senarai projek-projek ya kalau saya lihat ada antara projek besar, jumlah peruntukan beratus bilion ya tapi pelaksanaan tidak ke mana, return-nya kepada rakyat tidak ke mana. Ini harus diambil iktibar bagaimana kepentingan rakyat dan juga negara itu harus menjadi consideration pihak kerajaan untuk memastikan. Di samping itu, kita dah tahu bahawa masalah Ringgit salah satu faktor yang cukup penting, tapi sebelum saya menyentuh tentang masalah Ringgit, perbelanjaan dah kita tahu. Saya harap para Menteri yang ada dan juga Timbalan-timbalan Menteri buat lawatan ke luar negara. Saya masih ingat pada tahun krisis tahun 90-an. Setakat kita sekat perjalanan Menteri-Menteri. Bukan setakat menyekat perjalanan Menteri, kecuali dia penting. Perlu ya.
Itu dilakukan tahun 1990-an. Penggunaan kereta pun, kadang-kadang KSU dua orang penumpang. Dua buah kereta, dua orang di situ, bukan satu orang saja, penjimatan dia penting kepada kita. Kadang-kadang saya nampak di televisyen, lawatan Menteri satu bab. Keduanya, bukan hanya Menteri, pengiringnya, agensi-agensi yang berbelanja. Bayangkan keadaan Ringgit yang begini lemah, kita belanja hotel, kita belanja untuk outstation, mungkin berjuta. Ke arah mana kita nak amalkan supaya kita belanja berjuta? Lawatan kalau kesan dia baik, tidak apa, Menteri Luar kemungkinan investment, MITI mungkin, penting, tetapi kadang-kadang saya dapati ini harus diambil iktibar, bagaimana perbelanjaan yang berjimat-cermat harus menjadi satu amalan kepada pihak pemerintah yang ada. Di samping saya menegur, saya juga memberi cadangan-cadangan. Contohnya, salah satu lagi kelemahan yang daripada segi Ringgit yang begitu lemah dah hampir, kalau Pound RM6.05 saya ingat. Kalau Dolar dah RM4 hampir ke RM9 dah dan Singapore Dollar, bayangkan dah SGD3 : 60 sen, 50 sen. Ini satu perkara yang harus diambil serius oleh pihak pemerintah kerana kesan kelemahan Ringgit ini is basically bukan saya katakan dia tak kompleks, it’s complex, tapi is only simplified by demand and supply. If the demand is there, saya yakin Ringgit ini akan meningkat, but perbelanjaan, masalah kita supply is over demand. Pasal apa saya sebut tadi hutang, interest saja RM50 bilion. Gaji- gaji dah hampir RM100 bilion. Saya berharap- gaji pun dah tinggi sangat, jangan terlampau banyak sangat- civil servant. Keperluan dia ada di antara jabatan-jabatan mungkin tidak diperlukan transfer them to where agency yang amat diperlukan. Kadang-kadang itu tanggungan pada kerajaan begitu besar dan Ringgit. Saya yakin seperti disebut oleh Menteri Pertanian baru- baru ini, nak belanja untuk beli bawang saja import bawang dan hampir RM1 bilion lebih. Bayangkan kalau Ringgit itu kuat maknanya purchasing power of the country is stronger, dengan izin, than you can afford. Mungkin RM500 juta RM600 juta.
Masa saya jadi Menteri Domestic Trade kita import daging berapa juta saja. Subsidi ayam, telur pun tidak ada masa saya. Itu saya ingat bagaimana kita nak pastikan bahawa strengthen Ringgit sebagai satu langkah untuk memastikan supaya perbelanjaan itu tidak akan sebegitu banyak. Kerana kita yakin bukan hanya pengimportan komoditi makanan, pengimportan barang-barang keperluan untuk industrialize the country, the main power, the services industry, the goods yang kita import. Kesannya kepada domestic trade yang ada kerana at end of the day, dengan izin, is the consumer, pengguna akan berhadapan dengan keadaan services sama ada goods terpaksa membayar dengan kos yang begitu tinggi. Seperkara juga yang saya nak sentuh tentang selain daripada hutang negara ini, it must be managed properly. Saya berharap mengatasinya seperti yang saya tekankan pastikan perbelanjaan dia jangan boros dan kita harus tekankan hanya perbelanjaan yang berhemah. Saya dapati acara-acara pun banyak, very, kadang-kadang acara itu bunganya sana bunga sini, that is all money, but every cents count pasal rakyat di peringkat bawah purchasing power mereka cukup rendah. Bayangkan kalau kita selaku pemerintah belanja banyak sangat, tapi rakyat di bawah tak boleh menampung pun keupayaan perbelanjaan mereka tentang makanan, kos barang yang begitu tinggi dan itu kelihatan bahawa tidak seimbang dengan apa yang kita nak kan. Tuanku juga telah menyentuh tentang perpaduan dan kerjasama, saya yakin bahawa ini merupakan salah satu tuntutan bukan hanya dalam agama Islam, tapi kerjasama perpaduan ini perlu dilahirkan, direalisasikan, tetapi kerjasama bukan hanya dapat kita jayakan dengan menggunakan hormat-menghormati, tentang agamanya, tentang bangsanya. Saya pernah juga jadi Menteri Perpaduan, beberapa tahun di negara Malaysia. Bukan hanya setakat daripada segi hormat agama dia, hormat bangsa dia, tapi daripada segi wilayah-wilayah juga harus di negeri-negeri yang ada, saling hormat-menghormati antara satu. Keseimbangan pembangunan yang ada di negara ini perlu direalisasikan. Saya ingat dah sampai ketika dia daripada segi pengagihan peruntukan pembangunan, wilayah dan negeri-negeri harus dilihat keperluan rakyat. Mereka rakyat Malaysia, di Kelantan, di Terengganu, sampai kadang-kadang airnya pun dah macam teh tarik. Saya suarakan masa saya dulu Menteri dalam Barisan Nasional. Saya tegur, pergi belanja duit, jangan tak belanja duit. Dia Malaysian, they need help, dia perlukan jalan raya. Saya masih ingat ayahanda pada Alor Setar ini, saya ingat Yang Berhormat ayahanda, Ustaz Nazimuddin bekas pengasas JAKIM di Sabah. Saya masih ingat masa itu dia MP Baling, dia minta peruntukan kepada saya. Lepas itu bila dia minta peruntukan kepada saya, saya bagi tahu I bagi tahu the officer, KSU bagi dekat dia. Pasal yang jalan ini bukannya orang PAS saja yang jalan, ini rakyat Malaysia. Kita mengimbangi perpaduan ini bukan hanya dapat realisasikan menerusi perimbangan kaum, agama, tapi dari sudut mengimbangi pembangunan yang ada di negara kita ini supaya kelihatan rakyat yang merasa kerana kelak nanti mereka juga akan menentukan siapa yang akan berkuasa. Jadi, saya berharap apa yang ditekankan oleh Tuanku Agong, Titah Tuanku tentang betapa pentingnya perpaduan itu dan kerjasama yang didapati kita lahirkan, dapat kita jayakan. Jadi ini satu perkara yang perlu direalisasikan. Berhubung kait dengan Perjanjian 63, juga telah disebutkan oleh Tuanku dan kita sedar dan tahu ini sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Banyak perkara, rakan-rakan saya pun dah bangkitkan tentang Perjanjian 63. Ini merupakan satu perkara yang kita tidak boleh dinafikan, is not privilege. Saya dah berulang kali is not privilege to be given to Sabah dan Sarawak. It’s the right which is invaded dalam Perlembagaan Malaysia, 112 (c) contohnya, 40 peratus daripada cukai yang dipungut di Sabah harus dikembalikan kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Kita sedar dan tahu bahawa kerajaan juga berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan, mungkin terbatas, we considered that, tetapi jangan sampai 60 tahun keadaan ini tak dilaksanakan. Alhamdulillah hari ini saya nampak ada langkah-langkah yang diambil. Cuma saya melihat hanya masih dalam lingkungan jumlah yang begitu kecil, sedang dalam Perlembagaan kalau kita lihat seperti Titah Tuanku, hormatilah Perlembagaan yang ada.
Itu Titah Tuanku dan saya nyatakan di sini bahawa tunaikanlah sebaik mungkin Perjanjian 63. Ada beberapa perkara bukan hanya daripada segi autonominya, bahkan juga daripada segi 112(c) yang dinyatakan tentang 40 peratus yang seharusnya diberikan. Banyak perkara yang juga harus kita ambil iktibar termasuk continental shelf yang ada. Seperkara yang saya nak sebut juga apa yang telah dititahkan oleh Tuanku. Ketirisan dana awam yang ada. Saya ingin sebutkan di sini bahawa jangan hanya tuduh, jangan hanya, don’t blame the Federal Government alone. The leader of the state particularly Sabah perlu mengambil tanggungjawab tentang keadaan ketirisan yang ada. Ini ketirisan duit awam yang ada, contohnya Pan Borneo. Saya lihat ada Pre-Q, tapi biasa Pre-Q ini kalau pengalaman saya daripada segi pelaksanaan dalam lingkungan lapan bulan hingga sembilan bulan, tapi pelaksanaan di peringkat Sabah yang dah kontrak diberikan dahulu pun tak siap-siap. It’s not functioning well. Mengapakah ini berlaku? Apa lagi yang ada sekarang ini dan saya berharap Yang Amat Berhormat yang ada di sini supaya perkara ini kita teliti secara baik. I have the track record of some of the contractors yang ada, yang sedang melaksanakan dan saya harap mereka ini jangan diulangi kesilapan-kesilapan untuk melantik. Dan mereka ini cekap, failure, dia akan syarikat dia ada satu. Lepas itu Board of Directors tak ada shareholder, dia change, but the same of kind character. Ini yang saya nakkan supaya yang penting bukan individu, bukan pimpinan itu di peringkat ambil hati dia but rakyat di peringkat bawah perlu diambil hati untuk memastikan jalan mereka dapat disiapkan sebaik mungkin, secepat yang mungkin. Satu perkara lagi yang saya nak sebut, I was privileged. Saya selaku Menteri Kewangan, saya selaku Ketua Menteri, ketirisan kewangan. Sabah Development Bank yang ada. Satu dana, satu bank yang very special for Sabah. They have a special kind of enactment di situ, tidak ada kuasa Bank Negara, tapi ada kuasa, tapi dana itu hampir RM6 bilion dibelanja pinjaman kepada syarikat-syarikat. Daripada RM6 bilion, RM3 bilion almost non-performing loans, 10 years, 15 years, 20 years. Bagus lagi Ah Long ketuk pintu siasat, but this one non-performing loan.
Saya masih ingat ada satu ketika, there is one occasion, RM1 billion bond was raised by Sabah. I had paid that, saya bayar hutang itu dalam jangka masa oleh sebab tujuh buah bank tuntut. They had that kind of agreement yang saya bagi tahu nak tolong sikit bayaran tapi tak boleh dia cakap, you have to settle this. So, saya settle. Bila I check, RM500 juta spend dekat Semenanjung. Berapa ratus juta di Penang, di Selangor. Saya kata, takkan lah duit- bank nak belanja. I’m not fabricating story here. I was privileged as a Minister of Finance, saya ketua menteri waktu itu. Bila saya baca, saya bagi tahu dengan CEO, you saman that company. Minta dia bayar duit RM500 juta- syarikat ini yang telah sampai sekarang tak tahu bayar kah, tak bayar kah. Jadi, saya berharap tindakan tegas, siasatan perlu dilakukan. Ketirisan duit bukannya RM100 juta, berbilion-bilion duit yang ada di mana rakyat amat perlukan lagi-lagi negara kita. Saya tahu Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan- tapi perkara ini penting. Dan saya juga melihat bahawa ketirisan contohnya emas, dah jumpa di airport Tawau. Emas, ini tak tahu. Ini mungkin sekali sahaja, dah beberapa kali dah? Bukit Menteri itu, satu lombong emas yang ada. Saya ada minta bincang dengan Menteri Environment waktu itu. EIA was not even granted. Illegally and how can they operate?- Illegal operasi yang dah ada situ. Di samping itu pula, kita jumpa emas. Lepas itu dilepaskan, no case. Takkan emas bawa di kapal terbang, there is no case? They must be thorough. Just imagine how many occasion has happened, berapa kali dah? Mungkin beratus juta kewangan negara rakyat yang kita ketirisan. Perlu ada ketegasan selaras dengan Titah Tuanku. Tindakan pelaksanaan, tanggungjawab harus dilakukan dan Pan Borneo, saya dah sentuh tadi dan saya nak sentuh sedikit tentang keselamatan.
Sila gulung.
Ya, saya singkat. Kalau boleh minta izin. Keselamatan. Saya minta supaya bot tidak banyak di kawasan-
kawasan east-coast side- ESSCOM. Ini penting kepada kita untuk menjaga keselamatan. Kemudahan-kemudahan yang ada peruntukannya tingkatkan untuk tidak ada pembolosan. Bukan hanya penyeludupan barangan, bahkan penyeludupan manusia. Sektor pelancongan. Saya cadangkan kepada kerajaan, saya tahu dalam keadaan ringgit yang lemah, pelancong banyak. Di kawasan saya sahaja, pelancong hampir 3,000 satu hari. The reason why waktu itu, itu yang saya maklumkan. Saya pinjamkan duit pada Sabah Air almost RM300 million. The reason why? Because saya tahu, saya bagi tahu dengan Tony Fernandes, you bring to this. Not only from China, from downside, from other places, but not only tourists, but make sure employed Sabahan steward, stewardess, pilot but make sure the maintenance is there. Make sure you bring all the lobster, fish export ke Hong Kong and the return is there. When I ask him, dah bayar hutang dah? RM150 million dia bayar hutang, almost half already the loan. Saya nak cadangkan tourism yang ada kalau dapat, pelancong ini merupakan satu perkara yang penting kepada kawasan-kawasan seperti Semporna. Mungkin kita tak minta supaya geran, pinjaman kepada usahawan-usahawan tempatan dan anak-anak muda di situ. Lend them money to build up resort supaya kadang-kadang saya dapati bila saya buat lawatan, resort doesn’t belong to the local boys in there dan ini merupakan satu perkara yang harus kita sediakan untuk membolehkan mereka dan anak-anak dari kawasan-kawasan yang amat memerlukan dan saya sebenarnya oleh sebab masa tak mengizinkan, banyak perkara yang saya nak sentuh dan saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya dah ambil masa yang lain dan saya dengan ini ucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker dan saya menyokong Usul Menjunjung Kasih atas Titah Tuanku Yang di- Pertuan Agong. Sekian, terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Beluran turut mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas dan merakamkan ucapan tahniah ke atas pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Yang Berhormat Speaker, dasar pertanian kerajaan dengan petani adalah merupakan satu dasar yang penting. Kalau kita lihat di kaca TV sekarang, ada membaca berita, di Netherlands umpamanya, protes besar-besaran telah berlaku baru-baru ini. Dilakukan oleh farmers ataupun petani di negara tersebut ke atas dasar dan langkah- langkah kerajaan negara itu untuk mengurangkan emisi nitrogen dalam industri pertanian yang dikatakan sebagai faktor pencemaran tanah dan udara dan laut dan itu menjadi protes pada petani di negara tersebut. Di Perancis, protes juga dilakukan oleh kesatuan petani di sana. Protes ke atas low food prices dan juga cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi diesel- fuel kepada petani. Itu berlaku di Perancis dan sedang berlaku di Poland sekarang ini, petani di sana melakukan protes ke atas dasar kerajaan untuk membenarkan eksport produk pertanian dari Ukraine dan juga protes against green deal yang dilakukan oleh kerajaan di negara tersebut. Maknanya terdapat reaksi bertentangan protes antara dasar kerajaan terhadap urusan pertanian dengan petani-petani di negara-negara yang saya sebutkan. Saya tidak katakan bahawa di negara kita ini, petani sedang berprotes. Tidak, tetapi dasar kerajaan yang dilakukan oleh kerajaan mengakibatkan sedikit sebanyak pulangan dan juga aktiviti pertanian yang dilakukan oleh petani di negara kita. Contohnya apabila kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga beras import, beras putih import daripada satu harga yang agak rendah kepada RM3.60 sen satu kilo kerana untuk menyesuaikan harga import beras yang semakin meningkat di harga pasaran antarabangsa iaitu mengakibatkan, memberi kesan kepada pengeluaran
beras putih tempatan negara kita. Sebab itu saya katakan dasar dan tindakan kerajaan memberi implikasi kepada petani dan juga hasilan petani negara kita. Apakah yang berlaku apabila beras putih import dinaikkan harga? Beras putih tempatan hilang daripada pasaran. Sama ada berlaku manipulasi? Yang itu adalah merupakan tugasan kerajaan untuk menyemak, tetapi dasar kerajaan yang dilakukan oleh kerajaan tanpa mengira implikasi ke atas keseluruhan rantaian pengeluaran hasil pertanian boleh mengakibatkan kesan yang drastik kepada pengeluaran seperti yang berlaku. Beras import dinaikkan harga, tetapi beras tempatan dikekalkan harga menyebabkan manipulasi dan juga kehilangan beras putih tempatan di pasaran tempatan. So, kerajaan tidak boleh mengolah dasar yang separuh masak, tidak boleh mengolah dasar yang piecemeal, tetapi harus apa juga tindakan kerajaan, dasar yang dibuat oleh kerajaan harus melihat keseluruhan rantaian industri pengeluaran hasil tempatan negara kita. Begitu juga apabila pengerusi task force mengumumkan satu pendekatan baharu tanpa mengira ataupun membelakangkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Yang di-Pertua Dewan, dalam mengurus kos sara hidup, kita tidak boleh melihat kos sara hidup per se ke atas pengguna, tetapi harus melihat kepentingan industri pengeluaran pertanian itu secara keseluruhannya. Kita tidak boleh melihat bahawa harga beras perlu dikurangkan, harga produk pertanian harus rendah tanpa mengira kos operasi yang meningkat yang ditanggung oleh petani dan juga pengeluar hasil pertanian di negara kita. Sebab itu dalam melihat, mengurus kos sara hidup, aspek pengeluar, aspek petani- petani negara kita harus diambil kira bersama oleh kerajaan dalam mengolah satu dasar yang holistik. Kalau tidak, kita akan berdepan dengan masalah. Seperti saya katakan tadi, menaikkan harga beras import, beras putih import menyebabkan kehilangan beras putih tempatan. Sebab itu Yang Berhormat, satu pendekatan holistik perlu diolah oleh NACCOL dalam menangani kos sara hidup dan juga memastikan bahawa hasil pengeluaran produk pertanian kekal diperoleh di negara kita. Sebab itu saya ingin tahu, apa tindakan kerajaan dan kementerian terhadap cadangan untuk mengimbangi kenaikan harga beras putih import? Cadangan kerajaan terhadap harga lantai padi yang masih kekal pada tahap RM31,300 untuk satu tan pada ketika ini. Apakah tindakan kerajaan untuk mengimbangi harga yang tidak seimbang antara beras putih import dan juga beras putih tempatan di pasaran sekarang ini? Saya tahu bahawa beras putih import masih dijual pada harga RM2.60 pada ketika ini. Apakah tindakan kerajaan? Apakah tindakan NACCOL? Adakah NACCOL akan bercadang untuk mengapungkan harga beras dalam masa terdekat ini? Adakah NACCOL akan mencadangkan agar satu bentuk subsidi bersasar dilakukan kalau harga beras tempatan diapungkan untuk mengimbangi pengeluaran dan kesan kenaikan harga barangan yang sedang berlaku di negara kita.
Beluran, laluan.
Dalam konteks ini- Yang Berhormat. Boleh, ringkas.
Terima kasih Beluran, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu beras masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang dan setuju tak Beluran bahawa tindakan kerajaan ataupun satu kekhilafan kerajaan menjadikan harga beras import lebih tinggi berbanding dengan beras tempatan oleh sebab masalah mata wang. Yang kedua, masalah ini juga berlaku dalam industri gula. Gula pun diberi dua harga, harga premium dan harga biasa kerana pada saya, kedua-dua ini kalau dikatakan oleh Ayer Hitam dua hari lepas, air dan elektrik sebagai penghulu kenaikan harga barang. Pada saya, beras dan gula adalah ibu segala makanan ruji atau makanan utama di Malaysia. Setuju tak kekhilafan dilakukan oleh kerajaan- tersebut? Terima kasih.
Sebab itu kerajaan harus olah satu dasar yang holistik. Dia tidak boleh piecemeal, Yang Berhormat. Dia tidak boleh naikkan harga import, tetapi kekalkan harga tempatan. Dia tak boleh. Kalau keputusan dibuat itu untuk menaikkan harga import, mesti ada satu tindakan terhadap harga beras tempatan. Dia tak boleh buat piecemeal. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan semula Lembaga Padi Beras Negara (LPN) dalam keadaan ini untuk menangani masalah industri padi beras ke hadapan ini. Apakah cadangan untuk? Mungkin boleh dicadangkan, mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk mewujudkan semula. Saya faham bahawa Akta 523 ini masih berkuat kuasa dan mungkin pada ketika itu untuk menghentikan LPN adalah satu tindakan yang terbaik ketika itu, tetapi dalam keadaan sekarang ini, untuk terus mengeluarkan dan memperkasakan industri padi beras negara, sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan kembali LPN dalam terdekat ini dan saya minta agar perkara-perkara ini akan dibincangkan di Mesyuarat NACCOL. Saya setuju dengan cadangan bahawa industri padi beras negara ini perlu diperkasakan, Yang Berhormat. Perlu diperkasakan. Kita masih jauh daripada mampu untuk mengeksport beras. Sebenarnya negara kita hanya mempunyai keluasan sebanyak 700 ribu hektar padi, penanaman padi negara kita. Kalau dibandingkan dengan Thailand, 100 juta hektar. Dibandingkan dengan Vietnam, tujuh juta hektar. Indonesia, 10.5 juta hektar keluasan kawasan tanaman padi. Kita, 700,000 hektar sahaja. Jadi kita masih jauh daripada boleh mampu menjadi pengeluar beras untuk kegunaan tempatan malahan masih jauh untuk berangan-angan menjual beras di pasaran antarabangsa. Jadi, langkah dan tindakan perlu diambil untuk membangunkan industri beras negara ke hadapan ini. Kerajaan yang lalu mengolah pendekatan SMART SBB. Itu merupakan satu pendekatan permulaan dan perlu disusuli dengan tindakan-tindakan dan dasar-dasar serta pendekatan yang lebih terperinci untuk menjayakan dasar ini, pendekatan SMART SBB ini. SMART SBB melibatkan perkhidmatan pihak swasta dan juga pelaburan yang besar daripada pihak swasta, tetapi kalau beras masih dikawal pada harga RM2.60, bagaimanakah kita dapat menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam industri padi beras? Kalau kita tidak lakukan ini, kita tidak imbangkan satu dasar yang holistik, kita tidak olah satu dasar yang holistik, kita akan terus bergantung kepada import beras dari luar. Jadi, dia perlu satu dasar holistik. Tidak boleh dasar knee-jerk policy, tak boleh. Saya duduk sebagai Menteri di kementerian, banyak knee-jerk policy yang berlaku hingga sekarang ini. Kita lihat kalau berlaku kekurangan jagung untuk ternakan ataupun harga jagung naik, banyak saranan yang dibuat. Penglibatan GLC dibuat untuk menanam jagung, tetapi akhirnya tiada satu pokok jagung yang dapat kita lihat. It’s all knee-jerk policy, knee-jerk respons. Begitu juga kurang ayam, kurang telur. Menteri pergi sana, banyak GLC yang sanggup untuk membuka reban ayam, menceburi dan terlibat di dalam industri ternakan ayam, tetapi akhirnya tidak kesampaian. Jadi, knee-jerk policy, dasar yang holistik perlu untuk mengimbangi keseluruhan industri beras makanan untuk menjamin keterjaminan makanan negara kita. Ada lagi. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Speaker, pada Parlimen yang lalu, kita sebulat suara untuk mewujudkan akta baharu dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, mengemukakan satu akta baru iaitu Perkara 49A iaitu Akta Lompat Parti dan menjamin bahawa tidak ada Ahli Parlimen yang berubah parti, tetapi kita lihat hari ini, walaupun kita mempunyai Akta Lompat Parti...
Ringkaskan dan sila gulung.
...Yang kononnya untuk menghalang penghijrahan parti. Kita nampak masih terdapat penghijrahan yang berlaku. Sebelum ini empat orang dari Sabah dan sekarang ini ada blok sana, enam orang daripada Parti Bersatu yang menggunakan kelompangan, kelonggaran di dalam Akta 49A ini untuk berhijrah parti.
Soalan saya Datuk Yang di-Pertua, adakah ini niat intent and purpose of 49A tercapai? Adakah kerajaan tidak berfikir, tidak melakukan sesuatu untuk memperkatakan akta ini jika intent dan purpose-nya adalah untuk menghalang penghijrahan parti? Kita lihat sekarang ini kelompangan dalam akta menyebabkan ada Ahli Parlimen walaupun masih kekal sebagai ahli parti, tetapi mengalih sokongan kepada parti yang bertentangan dengan partinya sendiri. Itu merupakan kelompangan yang besar, yang berlaku di dalam Akta 49A yang kerajaan perlu address. Begitu juga dalam Perkara 49A, kuasa Speaker untuk menentukan kekosongan terlalu luas. Tidak dinyatakan precise dan procedure yang terperinci untuk membuat keputusan sama ada berlaku kekosongan ataupun tidak. Sebab itu bila kita fail, bila kita ajukan pemakluman tentang adanya ahli parti yang melompat, keputusan Speaker terlalu tidak luas dan merangkumi semua sudut. Sebab itu saya katakan bahawa terdapat kelompangan terhadap perkara-perkara yang terlalu longgar di dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang harus dilihat oleh kerajaan. Jadi, kalau akta ni tidak berjaya untuk menghalang Ahli-ahli Parlimen daripada berhijrah parti, melompat parti, Yang Berhormat Speaker, bukankah sebaiknya kita tiadakan sahaja akta ini alau kerajaan tidak berhasrat untuk membuat pindaan-pindaan tertentu bagi menambah baik akta ini keseluruhannya.
Masa sudah tamat.
Masa sudah tamat, betul.
Terima kasih.
Saya harap agar kerajaan melihat semula ini bukan kerana seruan ini seruan daripada kami di sini yang terakibat, terkesan oleh kelonggaran akta ini, tetapi keseluruhan kerana apabila kita buat akta ini, hasrat dan niatnya adalah untuk menghalang. Yang jika sekarang ini kita mendapati bahawa ia tidak berjaya untuk menghalang, tidak berkesan untuk menghalang, perlu ada pindaan atau perlu dimansuhkan sahaja akta... [Tepuk] Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.08 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.08 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan selamat petang. Kita teruskan sesi perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Bayan Baru untuk mengambil perbahasan Titah Diraja. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan- saya ada tiga isu.
Pertama sekali saya ingin memulakan perbahasan saya dengan isu padi dan beras yang merupakan isu utama yang melibatkan 30 juta rakyat Malaysia. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan lebih kurang RM3 bilion subsidi kepada industri padi dan beras. Subsidi tersebut melibatkan subsidi baja, subsidi harga padi, subsidi benih padi, subsidi pengapuran dan pelbagai jenis subsidi lagi. Setiap Rancangan Malaysia, kerajaan memperuntukkan berbilion-bilion Ringgit kepada setiap RMK kepada projek pengaliran tali air dan sebagainya, infrastruktur dalam jelapang padi. Kerajaan juga melibatkan pelbagai jenis agensi untuk membantu sektor padi dan beras. Kita ada Jabatan Pertanian (DOA), Industri Padi dan Beras, MADA, KADA, IADA di merata negeri, JPS, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDI, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), NAFAS dalam Kementerian KPKM sahaja. Dalam KPKM sahaja sudah ada 10 buah agensi yang melibatkan membantu sektor padi dan beras. Dengan penglibatan tenaga kerja, pegawai kewangan dan infrastruktur yang begitu banyak, sudah tentunya industri padi dan beras ini boleh diibaratkan sebagai anak emas kepada Kerajaan Malaysia. Tujuan kerajaan memberi- melabur dan juga memberi pelbagai jenis bantuan kepada industri padi dan beras, tujuannya hanya satu sahaja, memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan beras yang mencukupi pada harga yang munasabah. Ini niat murni kerajaan. Walau bagaimanapun, sejak tahun lepas sehingga sekarang Malaysia mengalami kekurangan bekalan beras tempatan di pasar raya Lotus kah, Giant kah, mana-mana kedai runcit. Yang ada di rak hanya beras import. Beras tempatan sahaja tiada langsung. Beras tempatan hanya dapat dibeli di Jualan Rahmah sahaja dan kita tidak dapat di mana- mana tempat lain. Setelah kerajaan mencurahkan berbilion-bilion Ringgit, tetapi beras tempatan tiada. Rakyat pula terpaksa beli beras import pada harga yang jauh lebih tinggi. So, ke manakah pergi beras tempatan kita? Ini adalah ditanya-tanya oleh rakyat sekarang. Something is seriously wrong. Doesn’t make sense. Sudah lama pemain industri mengadu bahawa wujud kartel mengambil beras tempatan dan ditukar beg dan dijual sebagai beras import dan kita kena tanya mengapa gejala ini berlaku. Mengapakah beras tempatan ditukar beg jadi beras import? Ini kerana wujud jurang harga beras yang besar. Harga jualan beras tempatan dikawal. It is a price controlled item, RM2.60 sekilo. Harga jualan beras import tidak ada price control. Dijual antara RM36, RM38 sehingga RM45 pun ada sekilo. Sorry RM4.50 sekilo. Harga perbezaan antara beras tempatan RM2.60 sekilo, harga jualan beras import RM3.80 sekilo. Perbezaan RM1.20 sekilo. Perbezaan hampir 50 peratus. Harga kawalan ini yang RM2.60 telah ditetapkan sejak 2008. Selepas 16 tahun, cost of production beras tempatan telah meningkat. Sekarang cost of production, kos beras di pasaran adalah lebih kurang RM3.40 sekilo, tetapi harga masih dikawal pada RM2.60 sekilo. Penetapan harga beras pada harga artificially low. Ini basic economic akan membawa kepada masalah shortage dan kewujudan kartel. Kawalan harga yang terlalu rendah sebenarnya merugikan semua pihak. Petani rugi kerana harga mereka ditekan oleh pengilang dan pemborong. Rakyat rugi kerana hendak beli beras tempatan, tetapi dijual pada harga beras import. Kerajaan rugi kerana subsidi diberi, tetapi beras tempatan telah ditukar beg. Subsidi menjadi sia-sia. Yang untung hanyalah kartel tukar beg. Something has to be done. Dalam keadaan sekarang, apakah pilihan kerajaan? Saya- sebenarnya kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan juga. Pilihan pertama, apungkan harga jualan, tetapi rakyat akan rasa tertekan dengan peningkatan harga. Pilihan kedua, kekalkan harga sekarang RM2.60 kawalan harga, tetapi petani tertekan. Petani telah menjadi golongan yang paling miskin dalam Malaysia ini- B40 of the B40. Saya sebenarnya simpati kepada kerajaan kerana dalam keadaan yang dilema. Kita pun tahu bahawa kalau buat pilihan, buat sesuatu pun akan dimarahi, akan dibangkit pelbagai isu. Maka saya ingin mencadangkan two-step approach kepada kerajaan. Langkah pertama adalah naikkan harga kawalan kepada harga yang munasabah mengikut cost of production tempatan sekarang. Ini bertujuan membantu petani dan mengawal bebanan rakyat.
Langkah kedua, tunggu harga beras dunia menjadi stabil. Selepas pilihan raya India pada bulan April 2024, kita jangkakan bahawa harga beras dunia akan turun. Pada masa itu, harga beras tempatan boleh diapungkan mengikut pasaran dunia. Kawalan harga bukan penyelesaian selama-lamanya. Biarlah pasaran menentukan harga beras.
Kita harus ambil iktibar daripada kawalan harga ayam. Selepas harga ayam diapungkan, harga ayam kekal stabil. Ia tidak melonjak dan pada masa yang sama, ia mengatasi masalah shortage dalam pasaran. Dulu harga ditetapkan, tapi tak ada- pasaran tak jumpa daging ayam. Pada masa sekarang, diapungkan, ia cukup. Demand and supply. Pada masa yang sama, kerajaan pun menjimatkan subsidi kerajaan. Jadi, ini adalah langkah bijaksana kerajaan serampang tiga mata. Kalau kerajaan ingin mengapungkan harga beras, penjimatan subsidi ini boleh diberi kepada golongan sasar B40 melalui PADU. Itu cadangan saya. Pada masa yang sama, kerajaan juga harus tegas kepada kartel-kartel. Mereka yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan. Menteri harus tegas, pegawai penguatkuasaan harus melaksanakan tanggungjawab. KPKM jangan menjadi toothless tiger. Industri padi dan beras harus ada reformasi yang 100 peratus. Sudah terlalu lama industri padi dan beras tidak dirombak mengikut perkembangan semasa. Krisis beras tempatan inilah masa yang sesuai untuk menyusun semula rantaian industri padi dan beras. Isu yang kedua tentang beras juga adalah isu Beras Madani. Saya tidak pasti cadangan yang detil dari Bukit Gantang, tetapi saya ingin- saya sangka baik cadangan Bukit Gantang, tetapi kita perlu ambil iktibar daripada Beras Nasional yang dulu diwujudkan. Beras Nasional, ia adalah beras subsidi dan akhirnya wujud ketirisan dan kartel-kartel juga memanipulasikan harga. Kerajaan bagi subsidi banyak, tetapi di pasaran tak jumpa Beras Nasional pada masa itu. Ini adalah pengajaran pahit kepada kita melalui zaman dulu. Jadi, kita harap bahawa kerajaan atau juga NACCOL dan KPKM, kaji betul- betul cadangan sebelum sesuatu itu diumumkan. Saya juga ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini tentang- isu kedua ini adalah tentang hari sidang Parlimen. Kita di sini tahun ini, kita akan bersidang 69 hari. Daripada 2013, saya nak baca di sini, 51 hari. 2014, Dewan bersidang 57 hari. Tahun 2015, 61 hari. Tahun 2016, 53 hari. Tahun 2017, 57 hari. Tahun 2018, 70 hari kerana ada Kajian RMK Separuh Penggal, dia lebih banyak sedikit. Tahun 2019, 68 hari. Tahun 2020, 55 hari. Tahun 2021, 50 hari sahaja. Tahun 2022, 33 hari sebelum pembubaran Parlimen. Tahun 2023, 80 hari kerana termasuk 19 hari untuk belanjawan. Saya in short ya, kita hanya lebih kurang 50 hari sehingga 70 hari. Sebenarnya saya nampak bahawa perbahasan kita sekarang- saya tengah rushing sekarang ini kerana saya diberi 12 minit. Minggu depan tinggal lima minit sahaja, mungkin lah, mungkin. Saya rasa sebagai Ahli Parlimen, kita nak bawa isu-isu rakyat. Ada banyak isu, tetapi datang sini, baru nak take off, sudah kena landing lah. Jadi, ini lah kesusahan Parlimen. Setuju kah tak? Setuju- tolonglah tepuk sikit... [Tepuk] Terima kasih. Saya ingin perjuangkan, kita kena reformasi 100 peratus ya seperti apa yang dicadangkan oleh BERSIH. Perdana Menteri telah jumpa dan nampak bahawa kerajaan memang menyokong kepada institutional reform dan sebagainya. Saya rasa ini adalah lowest hanging fruit, tambahkan hari persidangan supaya Ahli-ahli Parlimen boleh bawa isu-isu rakyat. Saya baharu bawa dua isu sahaja, 12 minit sudah habis. Saya minta tambah satu minit untuk bawa isu yang ketiga. Isu yang ketiga saya nampak bahawa hari ini adalah Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera. Tujuan Kongres Ekonomi Bumiputera ini adalah meningkatkan sosio dan ekonomi bumiputera. Sebagai seorang bukan bumiputera- non-bumi, saya setuju dengan usaha kerajaan meningkatkan status ekonomi bumiputera. Saya juga menyokong usaha inklusif untuk melibatkan Dewan Perniagaan Bukan Bumiputera dalam kongres. Kaum bumiputera adalah kaum majoriti di Malaysia.
Peningkatan sosioekonomi ekonomi bumiputera akan membawa peningkatan kepada ekonomi Malaysia. We have to rise together. Dia tidak boleh zero-sum game. Dia kena sama-sama maju ke depan. Jadi, kalau kita nak tengok dua objektif besar, kewujudan Kongres Ekonomi Bumiputera yang dulu dan seterusnya melahirkan Dasar Ekonomi Baharu, objektif nombor satu, pembasmian kemiskinan tegar tanpa mengira kaum. Kemiskinan tegar telah menurun daripada 49 peratus tahun 1970, sekarang telah almost zero dan mungkin akan dihapuskan. Kita target untuk hapuskan tahun ini, 2024. Jadi objektif itu, kemiskinan tegar itu dah berjaya, kira berjaya. Objektif kedua adalah penstrukturan semula pekerjaan mengikut kaum. Pada tahun 2021, seramai 5.61 juta orang graduan dalam Malaysia. Majoriti adalah kaum bumiputera. Profesional bumiputera seperti Doktor, Jurutera, Pensyarah, Pilot dan sebagainya, telah meningkat ke tahap yang sangat membanggakan. Institusi bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad, cukup berjaya. PNB mempunyai dana sebanyak RM341.6 bilion...
Yang Berhormat, sila gulung.
Sorry.
Sila gulung.
Okey, saya tidak– masa tak berapa cukup ya. Tapi tak apa, sekejap boleh.
Gulung, gulung.
Gulung, gulung. Sorry, sorry... [Ketawa] Speaker, saya tak cukup masa.
Yang Berhormat...
Okey. So, saya nak bagi tahu bahawa...
Yang Berhormat, saya bagi ruang untuk gulung, Yang Berhormat duduk.
Okey, boleh, boleh... [Ketawa] Saya hormat Speaker. Okey, secara keseluruhannya, saya nampak bahawa 40 tahun sejak DEB ini telah berjaya, we have to be proud of our success. Of course, kita ada masalah sedikit di kalangan bumiputera. Jadi, haraplah kongres ini boleh adakan perbincangan untuk trickle down supaya golongan B40 bumiputera diangkat dan inilah harapan kita. Saya nampak bahawa sebagai seorang non-bumi ya, bukan bumiputera, saya mengharapkan kongres ini dalam usaha dia akan merancang langkah yang lebih inklusif memajukan sosioekonomi kepada bumiputera dan juga bukan bumiputera. Nasib bumiputera dan bukan bumiputera sebenarnya diikat bersama. Bumiputera kah, bukan bumiputera kah, harus berganding bahu majukan ekonomi bersama. We sink and swim together. Jadi, saya ucapkan selamat berkongres. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan.
Baik, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih. Saya menunggu sehingga Tuan Yang di-Pertua mengambil tempat di tempat Yang di-Pertua untuk membangkitkan perkara ini memandangkan Tuan Yang di-Pertua juga mahir dan berpengetahuan tentang peruntukan kaedah-kaedah persidangan.
Saya rujuk kepada peruntukan 36(6) mengenai membuat, “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain.” Yang Berhormat Tasek Gelugor keluar, tetapi dia masih dalam Dewan. Saya bangkitkan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua maklum bahawa 24 jam yang lalu, semasa Yang Berhormat Tasek Gelugor dibenarkan untuk membuat perbahasan ucapan atas Usul Menjunjung kasih Titah Tuanku, Yang Berhormat Tasek Gelugor telah membuat pelbagai tohmahan terhadap Yang Berhormat Tambun. Di antaranya ialah bahawa kononnya ditawarkan, disuapkan duit RM1.6 juta, RM1.7 juta, SPRM telah menawarkan untuk menarik balik pertuduhan dan sebagainya. Selepas itu, kelmarin saya lihat satu petikan akhbar FMT mengatakan bahawa pihak SPRM telah menghubungi Yang Berhormat Tasek Gelugor, kelmarin. Hari ini Pesuruhjaya Azam Baki telah menyatakan bahawa memang tidak ada pegawai SPRM menghubungi Yang Berhormat Tasek Gelugor. Namun demikian, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini memandangkan Yang di-Pertua juga merupakan seorang Pendakwa yang berwibawa di Mahkamah dulu. Peruntukan seksyen 25, Akta SPRM, mungkin Tasek Gelugor ada di sini, saya boleh baca.
“Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan atau ditawarkan apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan akta ini hendaklah melaporkan pemberian janji atau tawaran itu berserta dengan nama jika diketahui orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada Pegawai Suruhanjaya atau Pegawai Polis yang paling hampir.”
Yang di-Pertua, yang ini tak ada kena mengena dengan 36(6).
Saya...
Yang Berhormat duduk. Saya tengah mendengar apa yang diterangkan dan dibahaskan Jelutong.
Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Yang di-Pertua. Sebab itu saya tunggu...
Yang Berhormat, kalau ada apa-apa pun minta izin Mahkamah- izin Dewan, ya? Silap pula Mahkamah.
Terima kasih Yang di- Pertua yang sabar mendengar perkara yang dibangkitkan. Kelmarin ketika Yang Berhormat Tasek Gelugor membuat perbahasan, kami juga telah mencabar beliau untuk membuat laporan SPRM. Selepas keluar dari Dewan, beberapa jam telah berlalu di mana Tasek Gelugor telah mengatakan bahawa ada Pegawai SPRM menghubungi beliau. Hari ini Pesuruhjaya SPRM mengatakan tidak ada mana-mana Pegawai SPRM menghubungi beliau. Jadi, persoalan saya kalau beliau tidak membuat laporan SPRM, sepatutnya tindakan diambil terhadap beliau mengenai tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh beliau terhadap Yang Amat Berhormat Tambun. So, saya minta petua daripada Yang di-Pertua, sama ada Yang Berhormat Tasek Gelugor ada atau tidak menghubungi SPRM ataupun membuat laporan SPRM. Kalau tidak, beliau tidak boleh menggunakan Dewan ini, kekebalan Dewan ini untuk membuat tuduhan terhadap Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Gelugor dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan. Pertamanya saya kena jelaskan platform. Ada dua- platform. Di dalam ini kita kebal di bawah Artikel 63 Perlembagaan. Jadi, dengan izin, kadang saya mungkin akan bercakap dalam bahasa Inggeris yang lebih saya rasa saya dapat menyampaikan apa yang maksudnya. Kekebalan dalam Dewan ini dia ada hakim dia. We look at this perspective first. We got to look into the perspective of the House first, dalam Dewan. Apa-apa yang berlaku di dalam Dewan sama ada seseorang Yang Berhormat itu telah melanggar Peraturan
36(6), the deciding person, the judge is the Speaker or the person yang duduk memutuskan di sini, okey. Jika di luar kita tahu. Kita are subjected to the Mahkamah Sivil. Jadi, apa-apa diputuskan di dalam Dewan ini, jika tidak berpuas hati atas keputusan, dia lebih kurang macam appeal jugalah. Perkara Peraturan 43 itu jelas. You can appeal dalam dua hari tempoh diberi. Jika tidak keputusan itu stamp. Berbalik kepada apa yang Yang Berhormat Jelutong telah nyatakan. Ia berlaku pada- saya tidak ada the clear picture of it. Ia berlaku atas dasar sesuatu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat atas apa yang telah dinyatakan di dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Tambun dan ada Yang Berhormat menyatakan bahawa you are subjected to Peraturan 36(6). Jadi, the burden is somehow rather kena bukti oleh orang yang natural justice. Orang yang membuat tohmahan tersebut. Kalau sedemikian masih lagi terbuka Dewan ini, perkara yang berlaku semalam kalau Ahli-ahli Yang Berhormat fikir ia masih lagi melanggar Perkara 36(6) ini, Ahli-ahli Yang Berhormat masih terbuka lagi untuk membuat usul di bawah 18, 17 terhadap apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Ini sebagai panduan yang saya buat keputusan tapi I’m subjected to the appeal kepada Speaker. Ini what is my petua. As an academic atas apa yang berlaku. Baik, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih, Datuk.
If any of the Yang Berhormat rasa terkilan dan masih lagi memikirkan apa yang telah Yang Berhormat Tasek Gelugor nyatakan, buatlah Usul. Jika Yang di-Pertua telah membuat keputusan, the door is closed. Kita tak ada pintu dah. Fasal dalam 43 kata, dalam tempoh dua hari. Sekarang masih dua hari lagi tak- 48 jam lagi tak?
Masih.
Masih lagi. The door is open to anybody.
Yang di-Pertua boleh saya celah sekejap.
Sebentar, sebentar. Bagi saya selesai. Faham Ahli-ahli Yang Berhormat? Okey, settle satu hal. Sekarang Yang Berhormat Tasek Gelugor, nak bercakap kalau balik kepada 37(B), (A) terutamanya, 37(A) kalau tak silap saya, mengeluarkan teguran dan tak nak berbangkitkan kena ikut apa dia Peraturan Yang Berhormat nak bangkitkan. Saya tanya itu dulu fasal itu lesen.
Ya. Bagi saya 36(6) saya rasa Jelutong cuba memfitnah saya dan membawa niat jahat kepada saya Yang di-Pertua. Sebab dalam hal ini semalam, saya telah pun memberi penjelasan. Saya telah pun menjawab apabila Tan Sri Speaker memberikan arahan kepada saya dan saya telah patuh kepada arahan tersebut. Jadi, as far as, dengan izin, as far as yesterday’s debate was concerned, Speaker memberi arahan ada satu perkara yang saya diminta tarik balik, saya tarik balik. Bagi saya kes is closed at that level. Jadi, saya tak nampak sebab kenapa Jelutong nak membawa balik isu begini. Kalau sekiranya daripada segi apa yang saya sebut pun, saya tidak mengatakan Tambun yang buat. Saya mengatakan ada suara luar yang datang kepada saya. Saya merekodkan perbualan saya dengan pihak lain. Jadi, saya tidak menyebut nama mana-mana Ahli Parlimen di sini.
Baik.
Jadi, dengan itu Yang di- Pertua, bagi saya, saya harap the case has been closed, settled by the Speaker yesterday dan tidak sepatutnya ditimbulkan lagi dengan apa-apa niat buruk daripada sesiapa pun selepas ini. Terima kasih.
Baik. Kita hormat kepada apa yang telah diputus oleh judgement oleh Speaker, tapi the door untuk 43- itu ada lagi berapa jam. Kalau ada lah. Itu tidak siapa boleh halang, but after 48 hours the door is closed. Baik.
Yang di-Pertua, saya terima petua Yang di-Pertua, tetapi ia tidak masih lagi melepaskan Tasek Gelugor daripada melaporkan perkara itu kepada SPRM kalau benar sebab...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong sebagaimana yang saya nyatakan tadi...
Yang ini apa kena mengena dengan Jelutong?
Yang Berhormat, duduk, duduk. Kalau tidak berpanjangan. Kita akan buang masa. Yang Berhormat Jelutong, saya telah nyatakan. Ini atas dua platform. Satu platform di lindung oleh Perkara 63, satu platform we are subjected to the Civil Law outside. Jadi, saya rasa what I’ve said is jelas and clear. Let us move on to the business of the day.
Terima kasih, Yang di- Pertua.
Baik. Baik, saya mempersilakan Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Saya memulakan perbahasan dalam Dewan yang mulia ini dengan merafak sembah menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah yang begitu prihatin dan mengambil nilai kasih sayang seorang pemimpin kepada rakyatnya dalam menjiwai perit getir dan suka duka yang dialami oleh rakyat Malaysia. Rahmat Tuhan membawa berkat, Tuanku memerintah penuh cermat; Rakyat di hati kasih disemat, Negara sejahtera terus selamat. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Ketua Portfolio Belia dan Sukan Perikatan Nasional saya ingin membawa perbahasan ini kepada enam perkara penting. Pertama, mengenai Sukan Olimpik Paris 2024. Tatkala kita masih terngiang dentuman sorakan kejayaan kita memberi saingan sengit dalam Piala Asia, menentang gergasi bola sepak Asia Korea Selatan dengan kedudukan seri tempoh hari tanpa kita sedar duka langkah kontinjen atlet ke Olimpik Paris 2024 semakin mengecil. Faktanya Sukan Olimpik Paris 2024 berisiko menjadi lebih kecil berbanding beberapa edisi terdahulu selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri mengikuti langkah skuad hoki lelaki. Setakat ini dimaklumkan hanya Bertrand Rhodict Lises yang layak bagi acara 10 meter platform lelaki menerusi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lepas. Saya tidak mahu hanya membicarakan soal punca cabaran atlet negara kita tak dapat tempat dalam Olimpik yang berprestij ini. Namun, apa yang lebih utama, adakah atlet negara kita diberi ruang secukupnya mendapatkan sokongan moral, teknologi latihan- latihan terkini, kebajikan, sokongan pentadbiran agensi-agensi yang berkaitan dalam memastikan prestasi para atlet berada pada tahap yang sesuai dan sepatutnya. Jangan disekat suara para atlet kerana hanya politik dalaman dalam badan-badan pengendali sukan.
Kedua mengenai fasiliti sukan. Dato' Yang di-Pertua, umum mengetahui hujung bulan Mac ini, negara kita akan menjadi tuan rumah kelayakan Piala Dunia perlawanan antara Harimau Malaya dan Oman. Namun kebimbangan kita lah tempat di mana perlawanan berkelas dunia ini akan berlangsung. Kita akan jadi tuan rumah perlawanan berkelas dunia, tetapi padang kita kelas kampung. Kalau kita nak gunakan Stadium Nasional Bukit Jalil itu sebagai tempat perlawanan, tentulah kita akan dapat melihat keadaan padang hari ini yang sangat mendukacitakan. Lebih mendukacitakan ialah kenyataan daripada pihak Perbadanan Stadium Malaysia yang saya baca beberapa hari lepas kalau Stadium Nasional Bukit Jalil tak dapat jadi tuan rumah, kita cari stadium lain. Sepatutnya disebut kalaulah Stadium Bukit Jalil itu tak dapat jadi tapak konsert, konsert kena pergi tempat lain. Ini bola yang kena pi tempat lain. Kita buat stadium untuk main bola Dato' Yang di-Pertua. Itu yang sepatutnya kita angkat, itu yang sepatutnya kita pertahankan. Saya mengambil maklum pihak Perbadanan Stadium juga ada melibatkan tenaga pakar dalam pengelolaan kualiti rumput. Namun adakah Stadium Bukit Jalil ini akan terus jadi tumpuan penganjuran konsert-konsert besar yang akhirnya akan merosakkan dan menjejaskan kualiti rumput apatah lagi rumput itu ditaja oleh tokoh sukan yang sangat berpengaruh dalam negara kita. Ketiga mengenai isu p-hailing dan e-hailing. Rider makanan, penghantar barang segera dan seangkatan dengannya menjadi jalan segera anak muda dan belia dalam memastikan supaya atas meja mereka ada makanan untuk anak dan pasangan, untuk meneruskan kehidupan yang kian menekan pada zaman hari ini. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rider kini berdepan kesukaran dalam memperoleh pendapatan yang sewajarnya. Persatuan penghantar p-hailing menggesa kerajaan bertindak tegas membabitkan isu sebuah syarikat p-hailing yang menurunkan kadar caj upah penghantar seperti yang telah saya sebutkan ketika mencelah perbahasan Ketua Pembangkang. Sebelum ini penghantar berjaya meraih pendapatan sehari RM170. Ada yang meraih sehingga sehari RM200, tetapi hari ini hanya sekitar RM70 ke RM100 sahaja Dato' Yang di-Pertua. Hilang separuh atau lebih separuh pendapatan mereka. Saya mengambil maklum YAB Perdana Menteri juga pernah berjanji dan bertemu dengan pengendali syarikat p-hailing. Namun sehingga hari ini para rider ini, anak muda yang majoriti menjadi pengguna p-hailing ini menagih apakah solusi, penyelesaian yang telah pun diambil oleh kerajaan. Mereka masih menanti. Keempat mengenai anak muda yang kian terhimpit soal survivor dan soal moral yang berkecamuk. Dato' Yang di-Pertua, kita sedia maklum, anak-anak muda di luar sana terutama yang baharu memulakan kehidupan berkerjaya. Keluar gelap subuh, balik malam pun gelap. Ini hakikat yang berlaku di luar. Belia kita terutamanya pasangan-pasangan muda yang baharu berkahwin, bergelut untuk hidup di luar sana. Mereka sedang bekerja keras demi sesuap nasi dan hidangan makanan di atas meja mereka. Persoalannya, bagaimana mereka ini membahagikan masa untuk melihat anak- anaknya membesar, untuk memberi didikan kepada anak. Anak muda terpaksa menjalani hidup membesarkan keluarganya, menghabiskan masa di atas jalan raya kalau dia rider motosikal. Menghabiskan masa di luar. Lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah berbanding masa di dalam rumah. Bila nak tengok anak, bila nak didik anak. Sedangkan guru yang pertama kepada anak-anak ialah ibu bapa. Guru di sekolah ini hanya membantu ibu bapa untuk memberi pendidikan sedangkan kehidupan hari ini, belia kita hakikatnya, dia terpaksa bekerja keras. Mereka pun nak didik anak. Dia tahu kasih sayang kepada anak. Dia tahu dia kena beri didikan kepada anak tapi dia terpaksa bekerja kerana kehidupan yang menghimpit, ditekan oleh pelbagai pihak, kos sara hidup. SST pula yang akan naik esok lapan persen. Semua ini menekan kehidupan mereka. Apakah penyelesaian? Ke mana hala tuju kita nak bawa belia kita ini Dato' Yang di-Pertua.
Saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia ini, pandangan seorang ahli akademik Dr. Anuar Ahmad, UKM dalam satu terbitan akhbar yang menyebutkan kajian pada kajiannya, didapati makin ramai ibu bapa yang mengelak untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Kebetulan Yang Berhormat Menteri ada dalam Dewan. Terima kasih. Menurut pandangan beliau, hari ini ibu ayah sanggup buat loan pinjaman peribadi, hantar anak ke sekolah lain, swasta, tahfiz, sekolah-sekolah yang agak mahal yuran kerana dia nak tengok anak dia itu pada masa depan lebih terjamin pendidikannya, akhlaknya. Saya tidak bermaksud sistem pendidikan kita hari ini tidak baik. Tidak. Saya sendiri pun lahir daripada sistem pendidikan arus aliran kebangsaan. Namun, bagaimana kita nak mengurus mak ayah hari ini yang sudah mungkin semakin hilang keyakinan kepada sistem pendidikan yang ada hari ini. Dia nak tengok anak dia baik daripada dia dan dia serba salah nak bayar yuran mahal, terpaksa buat pinjaman. Ini semakin menekan kehidupan terutamanya di kalangan pasangan-pasangan muda belia pada hari ini. Saya sendiri Dato' Yang di-Pertua ada seorang kakak ipar. Dalam rumah dia guru. Selesai menguruskan ayah yang sakit, ayah pun baru meninggal dunia. Semoga dirahmati, diampuni dosa beliau. Selesai menguruskan ayahnya yang sakit jam 11 malam, jam 12 malam, dia buka laptop, key in segala macam data. Saya masuk tidur, dia tak tidur lagi. Saya bangun tidur pagi, dia dah celik mata. Sediakan sarapan anak-anak. Keluar pergi sekolah dan itulah rutin kehidupannya seharian. Sampai bila guru-guru kita ini akan melalui proses yang macam ini. Dia nak didik anak dia lagi. Nak didik anak murid lagi dengan kehidupan yang semakin terhimpit. Saya tidak bermaksud kita nak cari salah, kita nak cari solusi. Kita nak bawa ke mana? Guru, murid, belia, ke mana hala tuju yang jelas yang kita nak bawa Dato' Yang di-Pertua. Selain itu Dato' Yang di-Pertua, disebabkan ibu ayah yang sibuk dengan pekerjaan mereka menyebabkan anak-anak di rumah ini dia berhadapan ataupun dia berinteraksi dengan dunia media sosial sepenuhnya. Kita perlu sedar terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak sihat sedang berlaku dalam media sosial terutamanya yang dinamakan sebagai the dark side, sisi yang gelap. Terdapat sebilangan anak muda terutama di universiti, di sekolah remaja yang terjebak dengan dark side. Apa maksud dark side Dato' Yang di-Pertua? Medium yang telah disalah gunakan untuk menyebarkan hal-hal salah laku moral. Khidmat langganan seks, perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak. Satu sudut yang lain di sisi yang cerah mereka ini identitinya baik. Satu sudut lain di sisi yang gelap, sebenarnya mereka sedang meruntuhkan moral mereka sendiri. Bahkan mereka menjadikan itu sebagai sumber pendapatan. Jadi kalaulah belia yang ada pada hari ini begitu keadaannya. Kita tidak mula mengawalnya dengan serius. Bagaimana nasib negara kita pada masa akan datang. Kalau kerajaan boleh ada kuasa menyekat content, content politik yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan. Kenapa kita tak guna kuasa itu untuk menurunkan content, content yang boleh merosakkan moral dan meruntuhkan akhlak para belia. Sepatutnya perkara itu digunakan seluasnya untuk menjadikan belia kita dan masa depan negara kita terjamin. Dato' Yang di-Pertua, Allah berfirman surah Al-Anfal, Ayat 25 yang bermaksud. “Jagalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa kepada bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kamu, tetapi juga akan menimpa kamu secara umum.” Maksudnya dosa maksiat yang berlaku ini kalau diturunkan bala tidak hanya kena kepada orang yang buat, tetapi kena kepada kita- semua. Dato' Yang di-Pertua yang kelima, saya menjunjung kasih Titah Tuanku supaya kita tidak bermain politik. Saya bersetuju supaya kita- semua Ahli-ahli Parlimen kerajaan ataupun pembangkang, sudah masa ini bukan masa untuk bermain politik, tetapi masa bekerja. Saya bersetuju Titah Tuanku itu patut dipikul oleh kerajaan yang ada supaya menghentikan semua tindakan politik terhadap para penjawat awam yang kononnya dianggap tidak sebulu dengan aspirasi Kerajaan Madani. Memecat pegawai tinggi,
menurunkan pangkat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam sebelum daripada ini. Ini permainan politik yang tak patut berlaku. Hentikan juga permainan politik dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Ada arahan bertulis supaya agensi pegawai peringkat Persekutuan di negeri berkenaan untuk tidak terlibat dalam mesyuarat dan acara-acara rasmi. Ini merugikan politik, merugikan semua pihak negeri dan juga Federal. Hentikan permainan politik di sekolah-sekolah, pusat pengajian. Pemimpin kerajaan bebas keluar masuk kempen politik. Pemimpin pembangkang disekat dan dihalang daripada dijemput ke sekolah dan pengajian tinggi. Hentikan bermain politik dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Hentikan! Kedah, Kelantan, Perlis, semua beri peruntukan kepada ADUN-ADUN pembangkang kecuali Terengganu, dia tak bagi sebab tak ada pembangkang langsung. Hentikan juga bermain politik dalam isu-isu kritikal negara. Contohnya isu Beras Madani. Saya sokong sahabat saya, Yang Berhormat Bayan Baru sebutkan tadi. Isu-isu Beras Madani, mata wang yang merudum jatuh, isu kos sara hidup, semua ini perlu dijawab secara profesional, bukan jawab guna ayat politik. Tuan-tuan, Puan-puan sekalian, Ahli Yang Berhormat sekalian dah jadi kerajaan. Jawab sebagai sebuah kerajaan, jangan jadi pembangkang. Kalau nak jadi pembangkang, silakan. Kami tukar tempat duduk sebelah sana. Tak ada masalah. Dato’ Yang di-Pertua, jika semua isu utama negara, isu-isu kritikal ini dapat diatasi, jika Kerajaan Madani menunaikan semua janji, jika Ahli Parlimen Pembangkang dilayan sama rata seperti Manifesto Pakatan Harapan dan jika diberikan hak sepatutnya kepada empat buah negeri di bawah PN, saya tidak ada masalah untuk kerajaan yang ada ini kekal sehingga PRU Ke-16. Kalau semua itu dipenuhi. Perlu diingat, orang yang mengajar tentang permainan politik itulah yang dahulunya...
Yang Berhormat.
...Mengajar tentang Langkah Kajang 16 September, desak Pagoh
Yang Berhormat.
...Letak jawatan. Desak Bera bubar Parlimen.
Yang Berhormat.
Semua orang tahu ini siapa punya angkara.
Satu minit.
Baik Dato’ Yang di- Pertua. Saya ke poin akhir. Akhir sekali, yang keenam. Ada kata pujangga menyebutkan, “Public service must be more than doing a job efficiently and honestly. It must be a complete dedication to the people and to the nation.” Penjawat awam sinonim dengan kata-kata, “Hero yang tak didendang.” Namun melihat kepada beberapa insiden yang terjadi, umum mansuh pencen sudah tentu akan menggores hati wira-wira kita ini. Terbaharu apabila diumumkan penjawat awam dan pesara kerajaan ini di discharged daripada IJN. Saya menerima aduan daripada seorang pesara kerajaan yang pernah bekerja di Lembaga Padi Beras Negara di Alor Setar. Dia dah bersiap dah untuk ke Kuala Lumpur ke IJN, Dato’ Yang di-Pertua untuk menerima rawatan. Lepas itu dia tengok berita keluar, dia tanya saya, “Betul kah ini?” Saya kata kalau ikut laporan berita ini, macam ini lah. Saya pun tak tahu apa...
Yang Berhormat.
Status terkini kerajaan.
15 saat.
Akhirnya, dia batal kan untuk ke IJN kerana kos yang tinggi dan dia sekarang berada di Alor Setar. Dato’ Yang di- Pertua, pantun penutup. Janganlah pemimpin bercakap lebat, Janji bulan bintang ucapan keramat; Janganlah sebab hendak berjimat, Akhirnya kelak menyusahkan rakyat. Memetik mawar di Pekan Tampin, Indah ciptaan di hati tersemat; Kalau kita jadi pemimpin, Jadilah pemimpin membela rakyat. Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Serian.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Serian untuk turut sama membahaskan Titah Diraja. Sebagai permulaan, Serian merapak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas perkenan Baginda berangkat mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Februari yang lalu iaitu julung kali Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan persidangan Parlimen setelah dilantik sebagai Yang di- Pertuan Agong Ke-17 oleh Majlis Raja-Raja. Kedua, Dato’ Yang di-Pertua, Serian menjunjung kasih mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong kerana dipilih oleh Raja- Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Serian yakin, penuh yakin bahawa di bawah naungan pemerintahan Baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selama lima tahun mendatang, negara kita akan terus menikmati kedaulatan tanah air, keharmonian dan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang Agong Ke-16. Serian juga menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Ke-16 iaitu Sultan Abdullah, Sultan Pahang sekarang atas pemerintahan baginda selama lima tahun. Walaupun politik bergelora ketika itu, iaitu dalam tempoh 2018 sehingga 2022 yang telah menyaksikan tiga Perdana Menteri dalam satu pilihan raya iaitu Pilihanraya Umum Ke-14 pada tahun 2018. Ditambah lagi dengan MCO COVID-19. Baginda Tuanku Sultan Abdullah telah berjaya memerintah negara dengan cukup cemerlang dan kebijaksanaan. Dato’ Yang di-Pertua, berbalik kepada Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda telah menyentuh beberapa perkara yang harus menjadi pedoman kepada kita- semua 222 Ahli Dewan Rakyat ini. Dato’ Yang di-Pertua, kita harus menumpukan usaha kita untuk membela nasib seluruh 33 juta orang rakyat Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Puan Yang di-Pertua, tak nampak tadi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya, baru-baru ini ada netizen dalam sosial media telah menghina, mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Johari bin Openg. Bagi saya, saya Ahli Parlimen dari
Sarawak, dari Serian. Bagi saya, saya ingin memetik. Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini. Ada pepatah Melayu yang menyebut, “Cubit paha sebelah kiri, paha kanan juga akan terasa.” Ini pepatah Melayu yang saya ingin bawa ke Dewan yang mulia ini. Bila menghina Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, saya sebagai Ahli Parlimen Sarawak, dari Sarawak pun rasa terhina. Maka oleh yang demikian sebenarnya, saya amat berterima kasih kerana satu kumpulan telah pun membuat laporan polis iaitu di Balai Polis Satok sebentar tadi. Jadi bagi saya Puan Yang di-Pertua, perkara macam ini yang dikeluarkan oleh netizen ini yang berbaur perkauman, haruslah tidak ada dalam sistem negara majmuk, negara kita yang tercinta ini. Maka Puan Yang di-Pertua, saya minta supaya Polis Diraja Malaysia ambil berat akan perkara ini supaya perkara sebegini boleh dibendung sebelum ia jadi besar. Dato’ Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua- satu hari nanti akan mendapat gelaran Dato’. Satu lagi Puan Yang di-Pertua, Dato’-Dato’. Tak apa. Tambang kapal terbang terlalu mahal sekarang. Kita cakap tentang integrasi nasional. Kita cakap tentang perpaduan kaum, tetapi dengan tambang kapal terbang yang begitu mahal. I think for the last one or two months. Macam mana kita hendak mempromosikan perpaduan nasional? Orang Sarawak mahu pergi Semenanjung. Orang Semenanjung mahu pergi Sarawak, tetapi tambang kapal terbang terlalu mahal. Saya quote. Saya baharu checked kapal terbang dari Kuching pergi ke Kuala Lumpur pada 3 hari bulan Mac, hari minggu yang mendatang. Menggunakan Malindo, Batik Air. You know how much it costs? RM2,546.46. Itu one-way you know. Not return ticket. One-way. So, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan harus lihat akan perkara ini. There must be a way. There must be a way to reduce this incredible high fare kapal terbang.
I think dari sini pergi Adelaide one trip is, Adelaide, Australia is about RM2,000 first. So, dari Kuching pergi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur-Kuching we have to spend about RM5,000. This is too much, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit ini sangkut-paut dengan perpaduan kaum, integrasi nasional. Saya telah sebut tentang tambang kapal terbangnya terlalu tinggi, RM2,546.46 one-way, Kuching-Kuala Lumpur. Satu subjek yang saya ingin bawa ialah cuti umum. Saya bawa di Dewan yang mulia ini kali kedua. Saya minta kepada kerajaan supaya masukkan Gawai Dayak sebagai cuti nasional, cuti kebangsaan. Begitu juga saya minta supaya Pesta Kaamatan, Sabah juga dimasukkan sebagai cuti kebangsaan. So, dua hari 31 Mei untuk Pesta Kaamatan KadazanDusun, Sabah. Selepas itu 1 Jun untuk Pesta Gawai untuk masyarakat Dayak kerana waktu perayaan ini bukan sahaja masyarakat KadazanDusun yang meraikannya, bukan sahaja masyarakat Dayak merayakannya bahkan hampir- kalau di Sarawak hampir semua. Kalau Gawai Dayak semua kaum di Sarawak sama-sama menyambut dan meraikannya. Itu permintaan saya seperti mana yang saya telah sebut. Last sitting, I did bring it up dengan izin, but the minister said Malaysia terlalu banyak cuti umum, 14 hari kalau tidak silap, but, why not? This is very, very important. Harus diingat tanpa Sarawak, tanpa Sabah, tidak ada Malaysia. That is very, very important, I said again. Tidak ada Sarawak, tidak ada Sabah, tidak ada Malaysia kerana kita bersama-sama dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ketika itu Malaya, kita sama-sama berganding bahu menubuhkan satu- negara yang baharu yang dinamakan Malaysia. Maka, peranan, pengorbanan kita- bukan pengorbanan, tetapi usaha kita untuk sama-sama memajukan, menubuhkan sebuah negara yang baharu yang dinamakan Malaysia. Hendaklah patutlah diiktiraf. Tuan Yang di-Pertua, satu minit lagi. Jadi saya pergi ke trade bilateral relation di antara Indonesia-Malaysia dan Malaysia-Indonesia melalui sempadan. Sempadan yang saya maksudkan ialah sempadan di Tebedu, sempadan di sebelah sana Entikong. Dato Yang di-Pertua- I am sure you will be Dato nanti. Sebab sebut empat, lima kali. Jadi Puan Yang di-Pertua, sebelum trade bilateral relation perdagangan dua hala antara Malaysia-Indonesia, Indonesia-Malaysia about 15 years back dibekukan.
Perdagangan di CIQS Tebedu Inland Port, Tebedu tiap-tiap tahun nilai perdagangan mencecah ratusan juta ringgit, tetapi sejak trade bilateral relation ini dihentikan, tidak dibenarkan lagi, boleh dikatakan perdagangan di Tebedu, pintu masuk Indonesia- Malaysia, Malaysia-Indonesia CIQS Tebedu and Inland Port, Tebedu boleh dikatakan no, kosong. Tuan Yang di-Pertua, masih bercakap tentang CIQS Tebedu. Sudah juga dibangkitkan, tetapi selagi ia tidak menjadi realiti saya akan terus membangkitnya. 1990 CIQS Tebedu nampak canggih, nampak bagus kalau dibandingkan dengan CIQS - ato BEA cukai namanya di sebelah sana. Kita punya megah, cantik, tetapi 30 tahun kemudian- 30 tahun kemudian CIQS ato BEA di Entikong cantik seolah-olah airport international, tetapi kita sebelah sini kasihan tengok. Saya boleh katakan macam reban ayam. Ketua Pembangkang ada di sini, beliau waktu Menteri Dalam Negeri telah berkunjung ke tempat itu melawat, saya berada dengan beliau. Harapan orang Serian, harapan orang Sarawak untuk mendapat CIQS yang megah, yang baharu sehingga sekarang...
Sila gulung.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Yup, please, thank you.
Puan Yang di-Pertua, saya setuju CIQS itu patut kita bangunkan, kita berikan keutamaan kerana betul seperti apa yang disebutkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Serian, saya melawat bersama dengan dia. Saya mohon kepada kerajaan berilah keutamaan kepada CIQS yang dipinta oleh masyarakat Yang Berhormat Serian. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih, Ketua Pembangkang Larut. Jadi last, saya tegaskan di sini selagi CIQS yang baharu tidak dibina, saya akan ungkit perkara ini di Dewan yang mulia. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Serian. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.
Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Saya akan sentuh perkara-perkara yang melibatkan moral veteran Angkatan Tentera Malaysia. Perkara pertama, sudah lebih setahun sejak Parlimen Kelima Belas ini dibuka dan bersidang dari Penggal Pertama hingga Penggal Kedua saya telah membawa isu pelarasan pencen ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Malangnya isu ini tidak diselesaikan oleh Kementerian Pertahanan dan kerajaan kerana alasannya terdapat kes Mahkamah oleh Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM). Saya juga telah membawa Usul ini di bawah Peraturan 18(1) Pelaksanaan Pelarasan Pencen ATM yang Berpencen Sebelum 1 Januari 2013 kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Pada 13 Jun 2023, Usul saya ini juga ditolak dengan alasan isu ini masih dalam pertimbangan Mahkamah Tinggi Malaya. Tahniah saya ucapkan kepada Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh Mior Rosli kerana pada 5 Februari 2024 Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan seperti berikut. Majlis Angkatan Tentera telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Majlis Angkatan Tentera juga hendaklah melaksanakan hak pelarasan pencen veteran pesara sebelum 1 Januari 2013 serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013 dan tidak adil membezakan
pencen mereka sedemikian. Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan pencen kepada tentera yang telah berkhidmat untuk negara. Kegagalan menyelaras pencen veteran Angkatan Tentera adalah satu keingkaran kepada Perlembagaan Persekutuan.
Jadi isu pelarasan pencen veteran angkatan tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2017 ini telah melibatkan seramai 78,546 orang veteran. Mungkin sekarang ini sudah berkurangan kerana mereka ini sudah tua-tua semua. Banyak dah mati. Jumlah pencen mereka yang bersara sebelum 1 Januari 2013 jauh lebih rendah berbanding dengan pencen veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013. Perkara ini telah terjadi kerana pihak berwajib maksud saya yang ini MINDEF, Kementerian Pertahanan tidak melakukan pelarasan pencen. Setiap kali ada kenaikan gaji, semuanya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Angkatan Tentera 1972. Sudah lebih 10 tahun mereka menunggu Kementerian Pertahanan melaksanakan kenaikan pencen mereka, tetapi malangnya setakat ini Kementerian Pertahanan tidak pernah berusaha untuk melaksanakannya walaupun seramai 98 peratus pesara adalah daripada golongan B40. Apabila ditanya kepada Menteri Pertahanan, jawapannya hampir sama. Semua Menteri Pertahanan cakap macam itu. Akan dibincangkan, akan dikaji. Kedua, memerlukan perbelanjaan yang besar. Ketiga, jika veteran selaraskan pencen, orang awam pun hendak selaraskan pencen. Itulah jawapannya. Jadi, kalau itu jawapannya, tolong tengok Perlembagaan Persekutuan. Pada bulan Oktober 2023, Menteri Pertahanan, maksud saya last perbincangan kita di Dewan ini. Saya ada bertanya kepada Menteri Pertahanan. Bawa ke tidak isu pelarasan pencen ini ke Kabinet? Beliau mengatakan ada bawa. Jadi, saya hendak tanya Menteri Pertahanan sekarang ini apa keputusan Kabinet pada masa itu? Sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 5 Februari, ia merupakan kecuaian Majlis Angkatan Tentera yang mana Pengerusinya adalah Menteri Pertahanan. Kenapakah pula veteran yang terpaksa menanggung akibat? Orang lain buat salah, orang lain yang terima akibat. Jumlah 78,546 orang veteran berpencen ini telah berkurangan setiap tahun dan tidak pun bertambah. Mereka inilah yang bergadai nyawa 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sama ada barisan hadapan ataupun kumpulan sokongan ketika negara kita menghadapi ancaman dari luar yang mana ancaman ini berterusan hingga sekarang. Termasuklah zaman darurat ya, konfrontasi dengan Indonesia, mengawal sempadan-sempadan negara dan macam-macam lagi. Twenty-four seven, 24 jam tujuh hari seminggu. Itulah tugas Angkatan Tentera. Purata usia mereka hari ini pula hampir 60 ke-99 tahun. Semua veteran menerima pencen kadarnya 50 peratus kerana tidak cukup servis. Sebab 21 tahun Tentera kena pencen. Itu polisi yang dibuat. Jadi pencen dia sudahlah kecil 50 peratus. Jadi, masa itu umur tentera-tentera ini adalah daripada 38 tahun mungkin ke-43 atau 44 tahun. Bayangkan hendak menyara hidup keluarga macam mana. Apakah pengorbanan veteran yang bermandi peluh bermandi darah dan bertugas siang dan malam untuk menjaga negara ini dianggap tiada keutamaan? No priority at all. Biarlah keadaan mereka hari ini terdapat seramai 1,798 orang veteran ATM cedera semasa bertugas termasuk pertempuran menentang pengganas komunis. Mereka ini hidup sengsara selama puluhan tahun akibat cacat kekal kerana hilang anggota badan semasa mempertahankan negara. Adalah diingatkan kepada kerajaan bahawa rata-rata umur veteran ini sudah sampai ke penghujung usia. Kesihatan mereka juga tidak menentu. Kalau mengikut adatnya mereka tidak lama lagi akan meninggalkan kita- semua. Dari tahun 2013 hingga sekarang sudah ramai yang meninggal dunia di mana
kerajaan telah berhutang dengan mereka. Dalam masa yang sama mereka tidak merasai hasil daripada pelarasan pencen yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Pelarasan pencen ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013 adalah hak mereka mengikut undang-undang. Sebab itu kita menang mahkamah. Sebab itu mahkamah buat macam itu kerana itu hak mengikut undang-undang. Jadi, saya ingin di sini saya hendak maklumkan sedikitlah. Okey, ada seorang itu berpangkat sarjan. Dia ini Chinese daripada Utara. Bayangkan pencen dia sekarang ini hanyalah RM1,198. Sekarang ini dia umur 85 tahun. Bayangkan apa lagi kalau pangkat Koperal, pangkat Prebet lagi rendah. Macam mana dia hendak survive? Hendak beli ubat pun tidak cukup. Pelarasan pencen yang tertangguh sekarang adalah satu pelanggaran undang- undang Perlembagaan Persekutuan dan melanggar hak-hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah satu tindakan berbentuk penindasan terhadap veteran ATM di mana hak mereka dinafikan dengan penuh kezaliman dan tidak berperikemanusiaan. Ditambah pula kebanyakan veteran ini hidup dalam amat daif dan ramai yang menghidap penyakit. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk segera bertindak menyelesaikan isu ini yang telah terabai sejak tahun 2013. Timbalan Speaker, perkara yang kedua ingin saya bangkitkan di sini ialah kadar pencen hilang upaya. Saya sudah bangkit sudah dahulu. Yang mana masih menggunakan kadar lama. Saya ambil contoh ya seorang veteran daripada Kok Lanas, daripada Parlimen saya di mana Koperal Nik Ya Mat Noor telah putus kaki dari buku lali ke bawah tapak. Buku lali ke bawah terpijak jerangkap samar tahun 1976 di Gubir, Kedah. Kecacatannya kekal, tetapi hanya dibayar RM114 sebulan. Bayangkan sedihnya.
Sedih, sedih, sedih, sokong.
Dia terpaksa terima luka ini sehingga akhir hayat. Sembahyang atas kerusi 46 tahun. Perkara ketiga, tahun lepas kerajaan ada bagi bantuan sara hidup RM300 sebulan kepada veteran tidak berpencen, tetapi saya hendak tanya kenapa tidak diberi juga kepada yang berpencen? Kerana pencen mereka kecil. Mereka di bawah B40. Jadi bantuan sara hidup itu kena diberi sama rata. Jangan diberi pada veteran yang- sahaja. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri Pertahanan ambil maklum perkara ini. Kerana mereka juga di bawah B40. Perkara keempat, pingat PJM yang diberi kepada veteran yang bertugas sebelum 2 Disember 1989 untuk Semenanjung dan 17 Oktober 1990 untuk Sarawak. Kalau kita tengok yang bertugas zaman darurat ini yang dapat banyak pingat PGB, Pingat Gagah Berani, Pingat Seri Pahlawan, semua dapat elaun, tetapi apa jadi kepada orang lain? Diberi PGM tanpa sebarang elaun. Jadi, saya cadangkan sini bagilah RM500 sebulan sehingga akhir hayat mereka. Mereka pun sudah tua sudah. 99 tahun pun ada umur. Bagi dekat dia. Perkara yang akhir. Ini berkenaan dengan kerjaya kedua. Jadi, saya harap kerajaan mempertimbangkan...
Ketereh, Sik mungkin boleh sedikit. Hendak tanya soalan berkenaan dengan pertahanan kita boleh kah?
Tidak cukup masa.
Tidak cukup masa. Kejap, saya kena habis juga ini.
Kalau ada masa bagi ya?
Kalau ada masa okey, okey. Ini hendak cerita ini kerjaya kedua tentera. Tentera ini pencen 21 tahun umur antara 38 ke-44 tahun atau 45 tahun. Masa itu anak kecil-kecil lagi.
Jadi, dia hendak kerja apa? Dia tidak reti yang sekarang ini tidak reti. Jadi, saya mohonlah kerajaan berilah prioriti kepada askar ini untuk bekerja di bidang-bidang yang ada penguat kuasa. Contoh kita kata Dewan Bandaraya atau PBT kah, bagi prioriti kepada mereka. Kerana mereka ini tidak pernah berkursus. Ini duduk sedia go kursus, suruh pergi kursus. Kursus untuk apa? Dia hendak bekerja, dia hendak sara anak-anak dia. Bagi dia kerja.
Sila gulung. Sila gulung.
Akhir kata, akhir kata- saya gulung ya. Saya mewakili veteran angkatan tentera mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar menyelesaikan hutang kerajaan kepada veteran yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 dengan segera. Ingatlah jasa-jasa veteran ini yang teramat besar kepada agama, bangsa dan negara. Sekian dan saya mohon menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk membahas dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada petang ini. Timbalan Yang di-Pertua, tahun ini persempadanan baharu pilihan raya untuk Sarawak akan dilancarkan dan cara atau bagaimana persempadanan baharu ini dijalankan memang menjadi satu tumpuan perhatian kepada pelbagai pihak. Dulu, persempadanan baharu pilihan raya kita memang dianggap tidak adil. Seperti contoh, jurang jumlah pengundi di antara kawasan pengundi adalah sangat besar. Daripada puluhan ribu orang pengundi sehingga ratusan ribu orang pengundi dan kebiasaannya kawasan bandar mempunyai pengundi yang jauh lebih banyak daripada kawasan luar bandar. Dua hari lepas, saya mendapat jawapan dari Jabatan Perdana Menteri, telah menyatakan bahawa persempadanan kawasan pilihan raya akan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan prinsip-prinsip persempadanan yang dipegang oleh SPR adalah seperti berikut. Kemudahan yang diadakan bagi pemilih-pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri. Kedua, mengambil kiraan kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian. Ketiga, jumlah pemilih yang lebih kurang sama banyak bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar. Keempat, mengekalkan hubungan masyarakat tempatan. Kalau mengikut prinsip-prinsip ini, memang persempadanan dahulu mempunyai banyak ketidakadilan. Sebagi contoh, kawasan Parlimen Bangi mempunyai pengundi yang lebih kurang 700,000 dan ada banyak lagi kawasan Parlimen yang kurang daripada 50,000 jumlah pengundinya. Di kawasan saya, P.212 Sibu, walaupun tidak dianggap merentasi sempadan negeri, tetapi Sarawak begitu besar. Kawasan saya sudah dianggap merentas negeri kalau berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Kawasan saya sudah merentasi daerah di dalam Sarawak seperti kawasan Sibu sudah merentasi Daerah Mukah dan Sibu
mempunyai tiga PBT, tiga local council, mempunyai dua buah Pejabat Pentadbiran Daerah iaitu Sibu dan Mukah. Jadi, saya berasa sekarang adalah masanya untuk kita membetulkan persempadanan pilihan raya ini dan kita mulakan di Sarawak sebagai satu reformasi pilihan raya yang akan dibawa oleh Kerajaan Madani ini. Dalam Perjanjian Malaysia juga ada menyentuh tentang Sabah dan Sarawak harus mempunyai satu pertiga Kerusi di dalam Dewan Rakyat. Adakah persempadanan baharu kawasan pilihan raya Sarawak ini juga akan merangkumi peningkatan kawasan Parlimen yang lebih banyak bagi Sabah dan Sarawak? Saya berharap Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri boleh memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai aktiviti persempadanan baru ini dan kawasan- kawasan baharu yang akan dicadangkan dan sebagainya. Timbalan Yang di-Pertua, Kertas Putih Kesihatan Malaysia sudah dilancarkan tahun lalu oleh Kementerian Kesihatan. Saya ingin tahu, sejauh mana cadangan- cadangan yang dimaklumkan dalam Kertas Putih itu telah dilaksanakan terutamanya dalam tajuk-tajuk berikut. Mempergiatkan kerjasama awam dan swasta yang efektif. Kedua, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama. Ketiga, memperkukuhkan landasan dan tadbir urus sistem kesihatan melalui penstrukturan semula, seperti bentuk perancangan dan melaksana inisiatif autonomi fasiliti penjagaan kesihatan sektor awam secara berperingkat. Saya mendapati bahawa selalunya sekarang apabila pesakit hospital awam disuruh untuk menjalankan sesuatu saringan kesihatan di sektor swasta, pesakit itu diminta untuk menanggung kos tersebut. Jadi, adakah ini merupakan caranya kita mempergiatkan kerjasama antara swasta dan awam seperti yang dinyatakan di dalam Kertas Putih Kesihatan? Kalau tidak, apakah cara operasi antara awam dan swasta? Mungkin Menteri boleh jelaskan. Biasanya kalau pesakit disuruh oleh hospital untuk mendapatkan rawatan di luar, biasanya hospital akan menanggung kos itu, tetapi apa yang berlaku ini adalah berbeza. Untuk Hospital Sibu, jadi saya juga ingin tanya, bilakah ia akan dinaiktarafkan menjadi satu regional hospital? Dua fasiliti pentingnya selalu saya bangkitkan iaitu radioterapi dan Invasive Cardiac Unit. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melaksanakan, menambahkan fasiliti-fasiliti ini ataupun kementerian lebih cenderung untuk outsource those services from private sector kerana di Sibu, ada satu hospital swasta di Sibu sudah merancang untuk membekalkan perkhidmatan tersebut. Jadi, adakah kerajaan lebih cenderung atau berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini melalui bekerjasama dengan pihak swasta? Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani memang menunjukkan keazamannya untuk mengurangkan pelepasan karbon di dalam negara kita melalui mempromosikan kereta EV pada masa yang akan datang. Polisi kereta EV ini memang merupakan satu trend untuk kita mengurangkan pelepasan karbon yang giat dilaksanakan oleh banyak negara di seluruh dunia, tetapi saya ada dua pertanyaan mengenai pelaksanaan polisi kereta EV ini. Pertamanya ialah mengenai harga kenderaan EV ini masih mahal berbanding dengan kenderaan biasa yang memakai internal combustion engine. Bagaimanakah caranya untuk kita mewujudkan EV yang lebih mampu milik? Juga harga sekarang. Harga sekarang untuk mengecas, harga pengecasan EV ini juga agak mahal pada masa sekarang. Adakah kos pengecasan EV juga akan diliputi dalam subsidi bersasar seperti petrol? Sekarang kenderaan petrol tidak ada subsidi untuk petrol. Adakah kenderaan EV ini, apabila mereka mengecaskan kenderaan, mereka juga akan mendapatkan subsidi dari kerajaan? Keduanya, pertanyaan saya ialah walaupun EV ini dianggap satu yang bersih, sesuatu yang bersih, tetapi baterinya banyak menggunakan elemen-elemen yang merupakan REE dan ini akan mewujudkan lebih banyak masalah alam sekitar, sekiranya perlombongan elemen ini dipergiatkan. Jadi, sebelum kita menuju ke arah untuk melancarkan menggunakan EV secara besar-besaran, adakah kita sudah bersiap sedia
daripada segi teknologi kita dan penyediaan industri kita untuk kitar semula bateri-bateri EV pada masa yang akan datang, menjadi satu masalah yang besar apabila bilangan kenderaan EV ini meningkat pada satu jumlah yang besar. Biasanya hayat bateri EV ini lebih kurang 10 tahun. Kalau di kawasan panas seperti Malaysia, ia mungkin akan mencepatkan proses battery aging itu. Jadi, mungkin hayat dia mungkin lima tahun sahaja. Saya juga ingin tahu, apakah peratusan sasaran kerajaan untuk menggantikan kenderaan internal combustion engine yang ada sekarang dengan kenderaan EV ataupun kerajaan masih juga akan menggalakkan melalui insentif kenderaan internal combustion engine yang mempunyai pelepasan karbon yang rendah seperti hybrid engine dan turbo charge low capacity engine kerana kenderaan ini mungkin lebih kos efektif. Saya berasa kita harus juga ingat, hanya internal combustion engine boleh menggunakan biofuel. Minyak sawit dan juga biofuel dari algae yang merupakan satu teknologi yang baharu untuk menangkap karbon dalam udara dan menjadikannya sebagai biofuel. EV tidak akan menggunakan biofuel. Hanya kenderaan internal combustion engine baharu boleh menggunakan biofuel. Jadi, adakah kenderaan ini juga akan terus digalakkan oleh kerajaan?
Akhirnya, saya juga ingin mahu tanya satu soalan tentang perancangan poliklinik di Sibu sudah lama diluluskan oleh kerajaan, tetapi sampai sekarang kita, saya, kita masih belum tengok perancangan pembinaan poliklinik Sibu itu dijalankan. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, bilakah poliklinik Sibu akan dijalankan? Itu saja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengambil kesempatan ingin mengajak kesemua Ahli Yang Berhormat supaya sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada Baginda Yang di- Pertuan Agong serta Tuanku Permaisuri. Semoga diberkati dan dirahmati kehidupan Baginda berdua. Yang pertamanya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan sistem keadilan. Pertama, saya ingin menyentuh keadilan dalam kedua-dua sistem mahkamah. Dalam konteks keadilan saya ingin merujuk kepada Muhammad Hashim Kamali dalam bukunya, “Principle of Islamic Jurisprudence” menjelaskan bahawa ad atau kes keadilan adalah meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya atau sesuai bagi mewujudkan keseimbangan antara hak dan kewajipan agar kezaliman dan kemudaratan dapat dielakkan. Manakala sistem kehakiman merupakan perbuatan berdasarkan pertimbangan yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana atau tidak membuat sesuatu keputusan dengan sewenang-wenang. Kita sedia maklum menegakkan keadilan merupakan kewajipan dalam kehidupan bermasyarakat bagi mengelakkan sebarang bentuk penindasan, di samping mewujudkan keamanan serta kestabilan dalam negara. Saya ingin membaca sedikit- satu ayat Surah An-Nisa ayat 58... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ayat ini mengatakan bahawa, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada harinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. Jadi, bila saya baca ayat ni tidak ada lagi tuduhan kepada saya sepertimana yang pernah dibuat oleh Tambun tempoh hari iaitu saya membaca ayat ini mengikut nafsu dan juga membaca ayat ini untuk mendapatkan projek, jauh sekali. Secara umumnya, ayat
tersebut memberikan garis panduan kepada pemerintah dan juga hakim untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah, tidak bersikap zalim dan sentiasa bersikap adil dalam memutuskan sesuatu perkara. Namun begitu, apa yang mengecewakan rakyat sepanjang pemerintahan Kerajaan Madani ini, yang dikatakan Madani adalah tidak benar-benar menegakkan keadilan melibatkan kes-kes pemimpin politik dalam parti pemerintah itu sendiri dan perkataan keadilan itu sekadar satu slogan politik dan retorik semata-mata. Terdapat beberapa pendakwaan ahli politik yang dituduh yang dibicarakan di mahkamah ditarik balik yang sepatutnya tidak berlaku. Contohnya pada 4 September 2023 kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, yang mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan iaitu DNAA daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan gubahan wang haram yang berkaitan dengan satu- dana Yayasan Akalbudi. Ini atas permohonan pihak pendakwaan. Dengan contoh yang saya berikan, adakah ini konsep adil yang dilaung- laungkan oleh Kerajaan Madani selama ini? Selain itu, kita sering disajikan dengan berita-berita pendakwaan yang bermotifkan politik balas dendam oleh kerajaan. Boleh dikatakan hampir kesemua bekas Perdana Menteri, ditambah dengan bekas Menteri Kewangan dan Ketua Pembangkang juga disiasat pada masa yang sama oleh kerajaan hari ini. Kalau melibatkan kes bekas Menteri Kewangan, dirujuk kepada Pandora Papers. Sebenarnya dalam Pandora Papers, ramai lagi yang terlibat termasuk daripada pihak-pihak kerajaan, tapi tidak disiasat. Ini masalah yang berlaku. Jadi, sebenarnya rakyat menginginkan kerajaan yang memerintah Malaysia dengan kedua-dua sistem penghakiman yang benar-benar adil dan saksama tanpa campur tangan dan tekanan politik demi kesejahteraan rakyat, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Ramai sebenarnya pihak-pihak termasuk Persatuan Peguam-peguam Muslim dan juga Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) sendiri telah mendesak kerajaan benar- benar tidak mencampuri urusan badan kehakiman, terutama melibatkan kes-kes pembicaraan pemimpin politik mahupun individu yang berprofil tinggi. Badan kehakiman sebenarnya sepatutnya mereka adalah bebas daripada sebarang kongkongan dan tekanan, agar keputusan yang adil dapat diberikan. Persoalannya adakah ini benar-benar diaplikasikan oleh kerajaan pada ketika ini? Di kesempatan ini juga, saya ingin menyentuh berkaitan isu Mahkamah Syariah yang dicabar hari ini oleh seorang yang bernama Nik Elin, yang beragama Islam di mana telah dikejutkan pada 8 Februari tempoh hari, apabila keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah. Implikasi keputusan dalam kes Nik Elin ini amat besar, kerana ia jelas akan menghakis dan melemahkan kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman atas seksyen-seksyen yang telah dibatalkan. Malah, susulan kemenangan dalam kes Nik Elin juga akan membuka ruang kepada banyak pihak lagi yang akan mencabar Enakmen Jenayah Syariah yang melibatkan 13 buah negeri lain di Malaysia. Dalam isu ini, kita sering kali didedahkan dengan naratif yang salah di media sosial berkaitan pertindanan antara undang-undang sivil dan juga undang-undang syariah. Walhal sebenarnya perkara ini tidak berlaku. Meskipun ada pertindanan, ia boleh diuruskan menurut seksyen 59 Akta Tafsiran 1997. Apa yang saya nak highlightkan ialah, bukan isu pertindanan itu. Kerana ada seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang dibatalkan, tetapi tiada kesalahan yang sama dalam undang-undang persekutuan. Saya beri contoh, seksyen 41 muamalat riba tiada dalam mana-mana undang-undang. Di bawah Undang-undang Sivil, satu perlakuan salah boleh didakwa di bawah banyak peruntukan undang-undang sebenarnya. Ia bukan masalah jika banyak undang- undang memperuntukkan pelbagai kesalahan untuk perlakuan yang sama. Saya beri contoh, umpamanya kita membuang sisa kimia di dalam sungai, banyak pihak berkuasa
yang terlibat dan boleh mengambil tindakan seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan sebagainya yang mengawal selia undang-undang yang berlainan. Jadi, hukuman di bawahnya boleh dikatakan lain dan pertindihan ini tidak dianggap tidak adil. Jadi, tegas untuk saya katakan bahawa ketidakadilan itu hanya akan berlaku apabila didakwa dua kali double jeopardy. Maksudnya, bahasa mudah adalah apabila seseorang sudah didakwa dan didapati bersalah atas satu perlakuan, maka dia tidak boleh lagi didakwa atas perlakuan yang sama. Itu dinamakan double jeopardy. Oleh itu, apabila Mahkamah Syariah ada menyediakan kesalahan bagi satu perbuatan seperti kes liwat dan Mahkamah Sivil juga memperuntukkan kesalahan liwat, hal ini tidak bermakna akan ada berlaku pertindihan ataupun ketidakadilan. Contoh kes Iki Putra yang mencabar keabsahan seksyen 28 atas kesalahan liwat di Selangor. Bila beliau berjaya, beliau sebenarnya tidak dituduh pun di Mahkamah lain. Itu di Mahkamah Sivil. Itu yang dikatakan bahawa yang ada peruntukan dua-dua pun tak ada pertuduhan, apa lagi kalau yang tak ada untuk peruntukan Mahkamah Syariah. Jadi, jangan pula kita keliru dengan putar belit begini. Mungkin peruntukan Mahkamah Syariah itu bercanggah dengan kuasa Parlimen, tetapi isu ketidakadilan bagi individu tidak wujud. Ketidakadilan hanya timbul apabila seseorang itu sudah dihukum di bawah syariah, didakwa semula di mahkamah sivil untuk kes yang sama, itu memang tak boleh.
Saya harap naratif yang salah ini dapat diperbetulkan dengan fakta agar rakyat tidak keliru mahupun terpengaruh dengan mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk melaksanakan pindaan Perlembagaan dengan segera kerana pindaan segera perlu dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu melalui Menteri Agama bawah fasal 48 Standing Order iaitu menukar perkataan ‘terus’- percussion clause iaitu kecualian supaya memberi kuasa gubalan kepada negeri atas apa sahaja kesalahan perintah agama boleh diterima pakai. Justeru, kerajaan digesa untuk memberi jaminan kepada rakyat...
Besut. Besut, celahan- Pasir Salak.
Tak sempatlah.
Sikit sahaja.
Oh, satu minit lagi tak sempat, banyak lagi. Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan sedikit integriti kerajaan dalam memerangi rasuah iaitu kita lihat skor diperoleh Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah ini 50 kepada 57 daripada 180 buah negara. Jadi selain itu, saya ingin mengatakan tidak ada sebenarnya pelan strategik yang jelas kepada umum dalam negara mencapai sasaran pada kedudukan 25 di peringkat global dalam masa 10 tahun lagi. Seterusnya, sedikit mengenai dengan memperkasa pengeluaran makanan tempatan. Isu terakhir yang saya ingin bangkitkan ialah berkaitan pengeluaran makanan tempatan yang masih sama dan tidak memuaskan. Jika dirujuk data Jabatan Perangkaan, dalam tempoh lima tahun iaitu 2018 hingga 2022, negara import makanan sebanyak RM296.4 bilion berbanding lima tahun sebelum ini. Jadi saya ingin merujukkan bahawa apa yang dibuat oleh Terengganu. Terengganu telah mengeluarkan beras tempatan sendiri dan dikenali sebagai Beras Ganu. Jadi Beras Ganu MyGAP ini merupakan beras berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian pensijilan MyGAP mengikut Malaysian Standard dan kita sedia maklum Terengganu melalui anak syarikat Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. terus meningkatkan pengeluaran beras jenama tempatan sendiri daripada semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dalam kalangan rakyat tempatan dan luar Terengganu. Jadi, saya ingin katakan bahawa apa yang kerajaan tidak buat adalah untuk mengeluarkan beras yang murah seperti Terengganu hanya berharga RM24 untuk 10 kilo,
berbanding dengan apa yang dibuat oleh pihak NACCOL dengan harga yang diisytiharkan RM30.
Masa sudah tamat.
Dan akhirnya ada satu masalah beras ini, ada cerita terbaharu mengatakan bahawa ada campur. Beras ini dicampurkan dengan dedak haiwan demi mendapat keuntungan. Ini pihak berkuasa perlu menyiasat dan mengambil tindakan dengan segera. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersempena Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15 ini. Saya ingin membangkitkan beberapa isu penting yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan bagi menambah baik pentadbiran kerajaan hari ini seterusnya menjamin dan meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat. Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik niat kerajaan dalam membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) atas tujuan memudahkan pengagihan dan penyaluran bantuan dan subsidi kepada rakyat. Kita- semua sedia maklum dengan laporan-laporan berita dan respons daripada rakyat mengenai kekeliruan dan kegusaran terhadap keberkesanan pelaksanaan. Mengikut laporan, setakat 21 Februari 2024 iaitu 16.8 peratus sahaja rakyat yang sudah mengemas kini maklumat terkini dalam portal PADU. Ini merupakan jumlah yang sangat rendah untuk tempoh berbaki sebulan lagi. Apa yang membimbangkan ialah Menteri Ekonomi sendiri, Yang Berhormat Pandan pernah menyebut bahawa terdapat kemungkinan untuk rakyat Malaysia berisiko tercicir daripada menerima subsidi bersasar, sekiranya mereka tidak mengemas kini data mereka dalam PADU. Saya berpendapat ia kurang logik kerana ia seolah-olah memaksa atau mengugut rakyat ke atas pendaftaran PADU. Puan Yang di-Pertua, semasa kerajaan menyasarkan 100 peratus kadar sasaran pengemaskinian maklumat rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas ke dalam sistem PADU, saya ingin menzahirkan kebimbangan saya terhadap rakyat negara kita yang tidak mempunyai akses internet atau celik digital, terutamanya di kawasan luar bandar dan kampung-kampung pedalaman. Kita harus akui bahawa di negara ini, masih terdapat banyak kawasan yang belum benar-benar mendapat capaian atau akses internet yang baik dan masih terdapat rakyat yang masih menggunakan telefon biasa, bukannya telefon pintar atau smartphone. Ini dapat kita lihat sendiri melalui laporan-laporan terkini yang menunjukkan bahawa pengemaskinian rakyat Sabah dan Sarawak dan rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman ke dalam sistem PADU masih rendah. Jika lihat pada laman web PADU, ia sangat tidak mesra rakyat, di mana rakyat terpaksa mengisi sebanyak 40 soalan daripada lapan bahagian yang berbeza dan jika terlepas atau tidak berjaya mengisi mana-mana satu soalan pun dianggap tidak lengkap. Ia juga memerlukan rakyat mengisi maklumat yang sulit. Oleh itu saya ingin mengingatkan kepada kerajaan, janganlah kerana tanggungjawab kerajaan yang tidak dapat menyediakan akses internet yang baik, rakyat pula yang dihukum tercicir daripada menerima subsidi dan bantuan daripada kerajaan. Malah bukan sahaja di luar bandar, kadar pengemaskinian rakyat Malaysia ke dalam sistem PADU ini berlaku di seluruh negara. Ini kerana terdapat kegusaran terhadap kebocoran dan keciciran maklumat peribadi rakyat Malaysia kepada pihak ketiga. Dalam sidang-sidang Parlimen sebelum ini, saya juga beberapa kali membangkitkan isu-isu
mengenai kegiatan scam yang berpunca daripada kebocoran data maklumat peribadi rakyat Malaysia dan insiden ini masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Lebih membimbangkan ialah pada penghujung tahun lalu, terdapat kajian dan laporan yang menunjukkan aktiviti jenayah scam atas talian dilaporkan semakin meningkat dan berleluasa di seluruh dunia sehingga wujud satu tema yang digunakan scamdemic yang mana telah mengakibatkan ramai juga rakyat Malaysia menjadi mangsa. Melihat kepada insiden-insiden yang berlaku, saya amat memahami dan ingin membawa suara rakyat mengenai kebimbangan terhadap kebocoran data maklumat peribadi rakyat Malaysia kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Puan Yang di-Pertua, bulan Januari yang lalu, Yang Berhormat Menteri Ekonomi menyebut bahawa PADU tidak tertakluk kepada PDPA kerana ia didirikan sebagai pusat pengumpulan pangkalan data kerajaan dan kementerian dan agensi awam tidak tertakluk kepada akta perlindungan berkenaan. Kenyataan ini juga seolah-olah menyebut bahawa kerajaan dari awal sudah ingin melepaskan tangan daripada bertanggungjawab sekiranya terdapat kebocoran data di masa akan datang. Di seluruh dunia, kita menyaksikan kesedaran terhadap keperluan yang melindungi maklumat peribadi sudah dipertingkatkan. Sebagai contoh di negara-negara berada di bawah Kesatuan Eropah, mereka tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Data Am atau GDPR. Selain itu di Kanada, Australia, United Kingdom dan India turut telah menguatkuasakan undang-undang seperti PIPEDA, Akta Privasi, Akta Perlindungan Data dan Akta Teknologi Maklumat di negara mereka, di mana kerajaan juga diambil kira sebagai satu entiti yang boleh dihadapkan di mahkamah dan boleh dipersalahkan sekiranya terlibat dengan kebocoran data.
Ini amat penting kerana jika rakyat yang ditipu atau menjadi mangsa scam berpunca daripada kebocoran data PADU, adakah kerajaan akan bertanggungjawab? Atau jika dirujuk dengan kenyataan awal Yang Berhormat Menteri Ekonomi, kerajaan hanya seolah-olah mahu melepas tangan dengan memberi alasan kementerian atau agensi kerajaan tidak tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi yang sedia ada. Saya cadangkan kepada kerajaan agar satu akta yang berkenaan harus digubal, di mana kerajaan juga dikira sebagai satu entiti yang boleh dihadapkan ke mahkamah dan dipersalahkan jika terlibat dalam kebocoran maklumat data. Pihak kerajaan perlu meyakinkan dahulu rakyat bahawa tidak terdapat...
Tanjong Piai.
...Risiko kebocoran data dengan mempertingkatkan dahulu sistem sekuriti dan keselamatan yang ada. Selain itu, saya juga ingin bertanya, mengapa kerajaan tidak harus menggunakan data-data sedia ada yang boleh diperoleh dari jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain yang sudah pun tersedia dan digunakan dalam pemberian bantuan kerajaan sedia ada, seperti Sumbangan Asas Rahmah atau Sumbangan Tunai Rahmah. Saya pasti kadar pelaksanaan pemberian bantuan secara tersasar yang sudah pun dibina oleh pentadbiran kerajaan sebelum ini lebih bersifat mesra rakyat kerana rakyat sudah pun terbiasa dan mudah untuk mengisi ataupun mengemas kini maklumat mereka untuk memperoleh hak mereka yang telah dijamin oleh kerajaan.
Sedikit sahaja.
Sekejap, sekejap. Seperti rakyat kebanyakan di luar sana, saya juga berharap agar kerajaan tidak terburu-buru serta dapat mempertimbangkan tempoh pengemaskinian maklumat peribadi ke dalam sistem PADU ini kepada satu tempoh yang benar-benar relevan bagi mencapai 100 peratus kadar sasaran pengemaskinian maklumat rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Saya banyak isu.
Sedikit sahaja. Sedikit sahaja Tanjong Piai. Sedikit sahaja. Tanjong Piai setuju tidak kalau saya utarakan pandangan-pandangan sahabat saya bahawa kalau sekiranya ada jaminan daripada kerajaan berkaitan dengan
PADU ini, tentang maklumat peribadi kita itu tidak bocor. Saya rasa ramai yang akan willing untuk isi dalam PADU ini. Terima kasih.
Saya setuju. Sebab itu saya kata kalau boleh, ubahlah akta untuk menjamin sekuriti itu untuk orang ramai. Tuan Yang di- Pertua, dalam Belanjawan 2023, kerajaan telah memberi peruntukan kedua terbesar sebanyak RM36.3 bilion untuk Kementerian Kesihatan bagi menaik taraf 26 buah hospital, termasuk Hospital Pontian. Saya ingin membangkitkan mengenai peruntukan menaik taraf Hospital Pontian sebanyak RM150 juta yang diperuntukkan. Jumlah peruntukan tersebut ialah bagi pembinaan empat tingkat bangunan tambahan di kawasan hospital sedia ada. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Hospital Daerah Pontian yang sedia ada ini telah dibina pada tahun 1929 dan memulakan operasinya pada bulan Jun 1930. Maknanya, ia telah wujud selama 95 tahun. Ini merupakan satu tempoh yang sangat panjang dan pasti keadaannya sekarang ini sudah tidak sesuai dengan keperluan yang diperlukan oleh masyarakat. Naik taraf pembinaan Hospital Pontian telah ditunggu-tunggu oleh masyarakat Pontian selama ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Hospital Pontian ini tidak mempunyai dewan bedah tersendiri dan setiap kes yang memerlukan pembedahan akan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah atau Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru atau Hospital di Kulai. Jadi, keperluan menaik taraf Hospital Pontian telah lama konsisten diperjuangkan oleh Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, ADUN dan semuanya. Yang mengecewakan saya ialah sehingga sekarang ini di mana kita telah pun berada pada tahun 2024. Masih tidak ada ketetapan yang jelas berhubung dengan pelaksanaan peruntukan RM150 juta yang telah diluluskan melalui Belanjawan 2023. Pengumuman peruntukan ini telah diketahui oleh rakyat, khususnya masyarakat di Pontian yang turut merangkumi Parlimen Tanjong Piai. Ramai yang sering bertanya-tanya berhubung dengan status projek ini. Saya turut mendengar bahawa di peringkat kementerian telah timbul pula cadangan membina hospital baharu dan difahamkan jika permohonan hospital baru ini dipohon untuk peruntukan RM150 juta akan ditarik balik. Adakah ini benar? Kalau benar, saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Perkembangan ini tidak enak untuk didengar sebab Pontian memang memerlukan sebuah hospital baharu yang dilengkapi dengan fasiliti yang diperlukan oleh rakyat umum seperti yang sudah dimaklumkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak bina hospital baharu, ia memerlukan panjang masanya. Pengambilan tanah dan bajet dimohon semula dan sebagainya. Jadi, saya harap kementerian mesti membantu supaya merealisasikan projek ini sebab saya melihat perkara ini penting. Seboleh-bolehnya jangan nanti berlaku apa yang dikatakan seperti pepatah, “Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong berciciran.” Akhirnya, rakyat di Pontian yang menjadi mangsa dan dianaktirikan. Saya berharap atau saya ingin bertanya kepada kerajaan. Bilakah naik taraf Hospital Pontian akan direalisasikan dan janganlah mengabaikan hak-hak dan kesejahteraan rakyat Pontian dan Parlimen Tanjong Piai? Ini penting. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga sentuh satu lagi isu berkaitan dengan warga asing di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Baru-baru ini saya memang terima rayuan ataupun aduan daripada Gabungan Persatuan-persatuan Pasar Borong Kuala Lumpur mengenai masalah peniaga-peniaga warga asing yang telah menyalahgunakan peluang perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dengan menggunakan lesen orang tempatan. Pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga warga asing di sekitar pasar borong tersebut, tetapi hairan, mereka masih berniaga seperti biasa pada hari keesokan harinya. Perbuatan mereka ini seolah-olah mencabar peruntukan undang-undang yang sedia ada. Pagi tadi, saya sudah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, bahawa mengapa perkara ini berlaku? Sebab mereka lesen orang tempatan, orang asing yang berniaga. Ia menjejaskan pendapatan orang tempatan. Kalau ini berlaku pun,
mereka ada dokumen, tetapi mereka memang tidak dibenarkan untuk berniaga sebab visa itu bukan untuk mereka berniaga di kawasan kita. Jadi, sebenarnya pihak DBKL telah ambil tindakan, tetapi Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kata pihak berkuasa tempatan dan DBKL harus bertanggungjawab. Cuma, apabila dirujuk balik kepada DBKL, dia kata pihak pekerja asing ini patut dirujuk kepada Imigresen. Maknanya, di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi, saya hendak tanya kepada Menteri. Manakah satu pihak kementerian bertanggungjawab? Bagaimanakah untuk atasi masalah ini?
Sila gulung.
Sedikit lagi. Dan berharap Menteri Wilayah harus melihat isu ini dengan lebih serius sebab kalau tidak, masalah ini tidak selesai-selesai. Jadi, saya ingin bertanya atau ingin tahu. Adakah Menteri Wilayah mempunyai rancangan menyemak semula pemilik-pemilik lesen perniagaan yang bersubahat memberikan tapak perniagaan kepada warga asing secara tidak sah sebelum terus membuka pula peluang-peluang kepada pihak-pihak swasta menambah lebih banyak peraih yang boleh menjejaskan sumber pendapatan golongan peniaga Warganegara Malaysia di sini. Jadi, saya harap ia akan memberi satu jawapan supaya bagaimana untuk dapat atasi isu-isu ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih untuk saya bersama-sama membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya peringatan pada diri saya dan seluruh Ahli Dewan. Islam merupakan sebuah agama sempurna kepada seluruh manusia yang memiliki semak dan imbang, dalaman dan luaran, fizikal dan rohani yang sangat berhikmah. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary radiallahuanhu bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya, “Agama itu nasihat”... [Memetik sabda Nabi SAW] Kami pun bertanya, untuk siapakah nasihat itu? Maka, Baginda menjawab, nasihat untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, imam-imam kaum Muslimin dan seluruh Muslimat ataupun rakyat. Pertama, saya ingin mengingatkan bahawa sebagai sebuah kerajaan, penting untuk diingati bahawa kerajaan hari ini tidak boleh mewujudkan sentimen perbezaan dalam melayani khidmat kebajikan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Setiap warganegara berhak untuk diperlakukan dengan adil dan dihormati tanpa mengira pandangan atau kritikan mereka terhadap kerajaan. Memahami dan menerima kritikan sebagai alat untuk penambahbaikan adalah tanda kekuatan sebuah kerajaan yang matang dan demokratik. Maka, jika kerajaan yang lemah dan tidak ada unsur tamadun itu ataupun madani itu, ia melihat rakyat yang mengkritik itu sebagai musuhnya. Sekali lagi saya tegaskan, keputusan kerajaan untuk tidak memberi peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang adalah keputusan politik dan bukan pertimbangan untuk kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada hal berkaitan dengan keterjaminan makanan. Ketika mana pada 4 Januari 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menafikan dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi beras dan benih padi di negara kita, tetapi realitinya, petani terus dihimpit dengan kesulitan dan kesukaran apabila wujudnya golongan tengah yang sentiasa menjadi kartel dan dalang kenaikan harga beras di pasaran, sedangkan beras
yang diborong daripada para petani diambil dengan harga yang amat murah. Maka, pihak kerajaan seharusnya dengan serius perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih tuntas khususnya berkaitan harga beras yang sangat kritikal. Pada September 2023, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bahawa bekalan beras tempatan pulih dalam tempoh sebulan, tetapi hari ini 29 Februari, sudah lima bulan selepas itu, harga beras masih gagal ditangani dengan jayanya. Sejak berpelukan dengan kawan baharu, janji-janji selama ini mula tinggal janji sahaja. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat sering kali berdegar-degar Yang Berhormat Menteri Ekonomi berformula kononnya untuk membasmi kemiskinan tegar, tetapi lihatlah hari ini, sepertimana yang disebut oleh Ahli-ahli Dewan yang lain, nilai Ringgit kita sudah pun, mungkin kalau tidak dilakukan sesuatu yang lebih konkrit, mungkin mencapai RM5 untuk USD1. Bahkan, Menteri Ekonomi tidak menumpukan sepenuhnya perhatian dalam menangani isu kemelesetan ekonomi, tetapi sibuk ber-podcast dan bergaduh politik dengan rakyat yang semakin terhimpit. Maka, seluruh rakyat melihat kesempitan hidup ini tiada lagi jalan penyelesaiannya yang lebih tuntas yang digerakkan oleh kepimpinan kerajaan pada hari ini. Bahkan, cadangan kenaikan harga beras akan menghasilkan kesan domino kepada kenaikan harga barang asas dan makanan-makanan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya juga beralih isu berkaitan dengan hal ehwal hidup rakyat saya di Daerah Sik, di pedalaman sana yang pada ketika ini masih terus terkesan dengan masalah harga getah yang masih tidak stabil dan khusus juga bagaimana hari ini, penoreh-penoreh getah mengalami kesulitan apabila ladang-ladang getah mereka, pokok- pokok getah mereka telah menghadapi penyakit yang disebut penyakit luruh daun yang disebut sebagai pestalotiopsis. Nak sebut pun payah sikit. Bekas Yang Berhormat Menteri Perdagangan dan Komoditi mungkin tahu. Kulat pesta ini sedang berpesta, menyebabkan ribuan hektar ladang-ladang getah sama ada untuk pekebun-pekebun kecil yang ditanam oleh pekebun kecil ataupun di Felda-Felda menghadapi penyakit pokok getah yang sangat serius menyebabkan hasil susu yang merosot mendadak dan ada pokok-pokok getah yang telah mati. Di sini saya ingin bertanya, apa peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan termasuk Rubber Research Institute (RRI), Lembaga Getah Malaysia, RISDA dan lain-lain? Yang mana, keadaan ataupun isu ini sudah berlanjutan lebih daripada tiga tahun. Padahal kalau tuan-tuan mengamati setiap kilogram getah yang dijual oleh penoreh-penoreh itu, beberapa persen diambil daripada harga itu sebagai cukai ses untuk digunakan kembali untuk membuat penyelidikan berkaitan getah kita. Jika tidak ditangani dengan segera, berkemungkinan kita akan menghadapi kemerosotan pengeluaran getah yang lebih parah dan menyebabkan lebih ramai lagi penoreh-penoreh getah akan kehilangan pendapatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mahu membangkitkan berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa khususnya apa yang telah dilontarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam ucapan beliau berkaitan peranan Malaysia yang perlu digerakkan lagi, di hadapan lagi sebagai negara yang bermaruah untuk kita bersama memastikan pembunuhan kepada rakyat di Gaza itu dihentikan dengan segera. Dalam kesempatan ini, saya memohon kita bersama-sama, sudah tidak ada lain melainkan kemaafan kita kepada seluruh rakyat di Gaza, kepada ibu-ibu dan anak-anak di sana. Bagaimana kita hari ini tidak mampu, seluruh komuniti antarabangsa termasuk negara-negara sama ada di Timur ataupun di Barat gagal untuk menghalang kerja ataupun tindakan ganas syaitan Rejim Israel yang terus membunuh saudara-saudara kita di Gaza. Sudah pastilah apa yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong itu perlu digerakkan secara lebih tersusun oleh Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Mohamad bin Hasan. Kita melihat tindakan ataupun susulan Yang Berhormat Menteri berada di ICJ di The Hague, Belanda mengambil bahagian dalam
prosedur pendapat nasihat untuk isu Palestin itu adalah tindakan yang konstruktif yang perlu diteruskan lagi. Termasuklah saya di sini juga ingin mengucapkan terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya oleh Tan Sri Yang di-Pertua untuk bersama dalam rombongan bersama Timbalan Menteri Luar, melihat sendiri lintasan Rafah-Gaza pada minggu lepas. Bagaimana sulit dan sukarnya bantuan-bantuan daripada seluruh dunia yang terus disekat, yang terus tidak dipedulikan oleh Rejim Israel untuk mereka terus membunuh anak-anak kecil yang sedang kelaparan sama ada di Rafah ataupun di utara ataupun selatan Gaza. Tuan Yang di-Pertua, sudah pastilah apa yang disebut bahawa kita perlu menggerakkan seluruh komuniti antarabangsa bagi memastikan pelaksanaan ataupun gencatan senjata itu perlu segera dilaksanakan khususnya sebelum ketibaan Ramadan pada minggu hadapan. Kita akan saksikan, kalau tidak ada lagi gencatan senjata yang perlu dilaksanakan itu, sudah pastilah jumlah 30,000 yang telah terkorban itu akan terus bertambah dan ribuan anak-anak termasuklah lebih 70,000 yang tercedera itu akan terus bertambah dan kita akan saksikan bumi Gaza itu akan hancur sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, saya terus juga ingin membangkitkan berkaitan dengan keterjaminan makanan sekali lagi. Bagaimana saya melihat apa yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang baru-baru ini sangat memberi kesan yang buruk kepada langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya dalam menangani kenaikan harga beras tempatan. Kita melihat bagaimana jika cadangan itu dilaksanakan oleh pihak kerajaan, ia memberi mesej seolah-olah negara kita tidak ada lagi petani-petani yang telah menanam padi sejak ratusan tahun yang lalu apabila diselaraskan Beras Madani itu. Ini akan memberikan juga implikasi kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522]. Beras putih yang disebut “Beras Putih Madani” ini yang saya melihat tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan berkenaan dengan gred dan harga beras tempatan. Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji model negara Jepun dalam mendorong inovasi dan kualiti beras tempatan dan meningkatkan kerjasama antara pengeluar dan agensi kerajaan serta memastikan pelaksanaan penguatkuasaan kepada kartel-kartel yang telah pun menghisap darah petani-petani ini dihentikan. Antara contohnya ialah Kerajaan Jepun telah membuat peraturan pengeluaran beg beras tempatan dan beras import itu disediakan oleh pihak kerajaan untuk mengawal penipuan di situ ataupun manipulasi di pihak pemborong ataupun pengeluar yang kita boleh laksanakan di negara ini.
Kedua, berkaitan dengan varieti padi yang perlu dipelbagaikan mengikut keadaan dan suasana ataupun iklim yang sentiasa berubah, termasuklah kesan daripada turunan hujan yang sangat lebat khususnya di kawasan negeri Kedah dan Perlis. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin membangkitkan berkaitan dengan isu perubahan iklim ataupun climate change, yang saya membangkitkan juga berkaitan dengan kelestarian air Sungai Muda, Ulu Muda yang berada di daerah saya di Daerah Sik, yang mana di kawasan tadahan Ulu Muda ini. Ia sangat penting kepada air yang akan digunakan kepada seluruh penduduk negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, di mana Hutan Ulu Muda ini meliputi seluas lebih 163,000 hektar yang merangkumi kawasan tadahan air untuk Empangan Muda yang juga untuk disalurkan ke Sungai Muda bagi digunakan untuk rakyat di Pulau Pinang. Saya ingin mengingatkan pihak Kerajaan Persekutuan supaya jangan berkira atau jangan kedekut membayar imbuhan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang telah berkorban demi memastikan kelangsungan hidup rakyat dan memastikan ketiga-tiga negeri Utara ini mendapat manfaat dari sudut keselamatan air, makanan dan tenaga... [Tepuk] Jangan kedekut untuk rakyat. Jangan berkira kerana rakyat sedang melihat apa yang sedang dibuat oleh kerajaan di sini.
Para Ahli sekalian, saya ingin maklumkan bahawa pengeluaran kawasan padi di kawasan MADA telah merosot pada musim terakhir baru ini kerana perubahan iklim yang sangat ekstrem, yang menyebabkan hujan lebat yang berterusan. Ini sudah pasti memerlukan satu tindakan yang lebih tuntas daripada pihak kerajaan, bagaimana menangani perubahan iklim ini yang kesannya telah pun dirasai oleh para petani kita. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir...
Masa sudah tamat.
Yang terakhir, setengah minit. Saya juga ingin membangkitkan bagaimana satu laporan ataupun satu kenyataan yang dibuat oleh Pengarah...
Masa sudah tamat, ringkaskan.
Ya, saya tamatkan ayat ini. Laporan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Saya sebut namanya, Datuk Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain yang membuat laporan mengatakan kes rogol remaja bawah umur 16 tahun meningkat daripada 202 kes iaitu peningkatan 11.8 peratus pada tahun lepas 2023 berbanding tahun 2022 menurut laporan itu. Ini antara signifikan memberi maksud kepada kita bahawa lemahnya, gagalnya undang-undang sivil yang ada pada hari ini untuk mengekang jenayah rogol ini walaupun berlaku mungkin suka sama suka tetapi ia tetap diletakkan sebagai statutory rape ataupun rogol bawah umur, dengan izin, yang sangat mencemaskan kita. Ini membuktikan bahawa undang-undang jenayah syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri pada hari ini perlu diberi ruang untuk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan Akta 355 perlu segera dipinda di Dewan yang mulia ini untuk memastikan jenayah- jenayah yang membahayakan generasi kita ini dapat kita banteras. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Salam Malaysia Madani. Dari Tangkak ke Teluk Sengat, Berbaju kurung bunga disemat; Tuanku Johor Raja berdaulat, Menjadi Agong pelindung rakyat. Tenom memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas keizinannya memberikan ruang dan peluang untuk bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini untuk menjunjung kasih membahaskan Usul menjunjung Kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tenom juga menghargai keprihatinan Tuanku atas keinginan untuk melihat kestabilan politik, peningkatan ekonomi, kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta isu kemanusiaan sejagat. Sesungguhnya negara dan rakyat amat beruntung sekali dapat bernaung di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang sentiasa mengambil berat terhadap kesemua lapisan masyarakat. Ucapan terima kasih Tenom ucapkan kepada Yang di-Pertua Dewan atas kesudian memberikan peluang kepada Tenom untuk turut menyertai sesi perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, kejatuhan harga getah kepada sekitar RM2.80 pada ketika ini telah mengakibatkan ramai para penoreh getah enggan untuk meneruskannya sehingga mereka beralih ke tanaman lain hingga mengakibatkan negara mengalami kerugian sejumlah RM2.3 bilion. Tiada output getah dihasilkan dari ladang berkeluasan
425,000 hektar. Masalah ini berpunca daripada harga getah yang dipengaruhi oleh orang tengah serta harga pasaran dunia yang sukar dikawal oleh kerajaan. Justeru itu, pada hemat Tenom perlunya ada nilai tambah dan transformasi di dalam industri getah bagi memastikan harga komoditi getah lebih kompetitif. Oleh itu Tenom ingin mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan tumpuan untuk memperkasa sektor industri pembuatan getah tempatan dengan memberikan tumpuan kepada aspek pengeluaran tayar jenama tempatan seperti mana yang telah dilakukan oleh kerajaan menerusi pelaksanaan dasar automatif negara yang telah berjaya menghasilkan PROTON. Usaha yang sama perlu dilakukan bagi menghasilkan tayar jenama tempatan bagi memastikan berlakunya game changer ataupun transformasi industri getah agar ia terus kekal berdaya saing di peringkat global. Mekanisme ini boleh dilaksanakan menerusi suntikan dana ataupun pinjaman daripada pihak kerajaan kepada pengusaha industri dan pengeluaran produk berasaskan getah. Perkara ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Thailand pada tahun 2016 menerusi pinjaman berjumlah 15 bilion Bhat ataupun sekitar RM1.78 bilion berdasarkan kadar semasa pada waktu itu kepada sektor pembuatan sarung tangan, tayar dan produk getah. Pinjaman ini diberikan dengan syarat yang dikenakan iaitu para pengusaha industri getah perlu menggunakan empat tan getah setiap tahun bagi satu juta Bhat dalam pinjaman modal. Tenom percaya inisiatif seperti ini mampu meningkatkan penggunaan getah domestik dan secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan harga getah kepada kadar yang lebih kompetitif. Tenom gusar sekiranya tiada tindakan diambil dengan kadar segara, ia akan mengakibatkan industri ini akan terkubur suatu hari nanti, kesan daripada tindakan pekebun getah yang akan beralih kepada tanaman yang lebih menguntungkan. Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini Sabah sedang berhadapan dengan krisis buruh yang sangat kritikal, kesan daripada penghijrahan tenaga kerja muda ke luar negeri untuk mendapatkan peluang pekerjaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kesannya, kebergantungan terhadap pekerja-pekerja asing sangat tinggi terutamanya dalam sektor perladangan terutamanya sawit dan buah-buahan sepertimana di Parlimen Tenom. Namun demikian, Tenom difahamkan oleh para peladang bahawa mereka kini terpaksa menanggung kos bayaran levi pekerja asing yang pada khidmat mereka adalah sangat tinggi dan membebankan. Justeru itu, mereka meminta agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian serius pada masalah ini agar sektor perladangan di Sabah terutama di Parlimen Tenom, kebanyakannya ialah pekebun sederhana dan kecil tidak terjejas dan akan terus kekal berdaya saing. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tenom memohon agar pihak kerajaan memberikan tumpuan untuk menambah baik kemudahan dan fasiliti sukan di Kompleks Sukan Tenom yang sedang dibina.
Antaranya adalah pertama meningkatkan tahap keselamatan di astaka yang baharu siap dibina. Pada ketika ini berada pada tahap yang kurang memuaskan dan berbahaya untuk digunakan, khususnya kanak-kanak dan para pelajar. Kedua, memperbesarkan binaan astaka agar ia berupaya untuk menampung kapasiti pengguna yang lebih ramai, mengambil kira bahawa Daerah Tenom merupakan daerah penuh. Ketiga, membina trek balapan baharu untuk digunakan oleh orang awam di sekitar Kompleks Sukan Tenom jika trek balapan yang siap dikhuatiri ditutup kepada orang ramai seperti yang berlaku di Kompleks Sukan Keningau, di mana orang awam menggunakan
laluan konkrit sahaja. Justeru, Tenom mencadangkan agar laluan trek balapan baharu dapat dibina untuk kegunaan orang ramai. Keempat, pemasangan lampu limpah di sekitar kawasan stadium bagi kegunaan aktiviti sukan pada waktu malam. Kelima, Tenom memohon agar aspek teknikal berkaitan pengurusan ini diturunkan kepada kerajaan negeri agar pembangunan infrastruktur sukan ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk tempatan. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan agar tahap kesejahteraan penduduk di Parlimen Tenom menerusi aktiviti kesukanan dapat ditingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, Tenom juga menggesa agar pihak kerajaan memberikan tumpuan bagi memperkasakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia memandangkan program ini berupaya membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi domestik, meluaskan pasaran produk tempatan dan membantu mengubah tahap penerimaan rakyat terhadap barangan Malaysia. Perkara ini penting memandangkan pembelian barangan tempatan ini sudah pastinya akan meningkatkan kapasiti pengeluaran produk tempatan yang seterusnya akan memberikan kesan kepada rantaian lain seperti mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Ekosistem perniagaan yang makmur ini pula akan mencipta pertambahan pendapatan kepada negara menerusi hasil kutipan cukai yang seterusnya akan dipulangkan semula kepada rakyat, menerusi pelbagai inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan bantuan-bantuan lain, pembinaan infrastruktur dan prasarana untuk rakyat. Tenom yakin dan percaya Kempen Beli Barang Buatan Malaysia akan merancakkan ekosistem domestik di samping mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi semasa agar pemulihan ekonomi negara dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh aspek keterjaminan makanan. Antara perkara yang penting yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan berkenaan infrastruktur dan prasarana pertanian yang pada masa kini masih di tahap kurang memuaskan. Misalnya di Sabah dan Tenom, khususnya isu kekurangan infrastruktur kemudahan pengairan di kawasan pertanian sawah telah mengakibatkan banyak sawah menjadi terbiar dan tidak diusahakan. Di Tenom, terdapat 1,191.57 hektar tanah pertanian sawah yang berdaftar di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom dan daripada jumlah keluasan tanah tersebut, hanya 287.27 hektar sahaja yang mempunyai infrastruktur pengairan kategori K1. Manakala selebihnya dalam kategori K2 dan K3. Hal ini menjadikan proses penanaman padi dua kali setahun sukar untuk dilaksanakan terutama di kawasan K2 dan K3 disebabkan masalah pengairan ini. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, Tenom ingin mencadangkan agar pertama, aspek penambahbaikan penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur pengairan dipercepatkan dengan kadar segera, memandangkan pada ketika ini ia memakan masa yang lama hingga bertahun-tahun lamanya untuk diatasi. Kedua, Kawasan Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADA) diperluaskan di kawasan pedalaman Sabah kerana pada ketika ini pengendalian IADA hanya terdapat di Daerah Kota Belud sahaja. Ketiga, memohon agar peruntukan tambahan daripada kerajaan Persekutuan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan cepat kepada jabatan berkenaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS). Tuan Yang di-Pertua mengakhiri ucapan, Tenom merasa rendah diri menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Diharapkan apa yang telah dibahaskan oleh Tenom sebentar tadi mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
Alur dibelah tebing dirata, Tepian sumur memikat terkukur; Raja berdaulat payung mahkota, Negara makmur rakyat bersyukur. Dengan ini Tenom menyokong usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tenom. Saya jemput Merbok.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismilahi Rahmani Rahim. Sekalung tahniah daripada rakyat Tuanku di Parlimen Merbok kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan isu di kawasan saya iaitu menyelesaikan isu saliran dan perparitan di sawah padi. Tan Sri Yang di-Pertua, saya membawa suara pesawah jelapang padi Merbok yang meminta supaya kementerian menyelesaikan isu sistem saliran dan perparitan di kawasan penanaman padi PPK Merbok. Masalah sistem saliran dan perparitan yang berlarutan sekian lama menyebabkan kawasan penanaman padi di Merbok sering kali dilanda banjir ketika musim tengkujuh. Manakala ketika di luar musim hujan, sawah padi menjadi kering kerana air tidak dapat disalurkan ke situ serta masalah pasang surut air laut yang sering melimpah ke dalam petak-petak padi. Masalah banjir dan air laut melimpah jelapang padi akan dapat dikurangkan sekiranya penyelenggaraan sungai dan sistem pengairan sawah dapat dilaksanakan dengan baik. Justeru, saya berharap agar kementerian dapat menyalurkan bantuan untuk penyelenggaraan infrastruktur pesawah terlebih dahulu dan projek hakisan pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai juga perlu dipercepatkan pelaksanaannya untuk mengelakkan hakisan yang semakin hari semakin serius. Selain pesawah padi, nelayan sungai dan nelayan laut di kawasan Merbok juga ingin suara mereka disampaikan di Dewan yang mulia ini. Aktiviti pencerobohan bot pukat tunda, pukat sorong dan penggunaan bubu naga di perairan Tanjung Dawai dan Sungai Merbok telah menyebabkan nelayan-nelayan di kawasan ini terjejas sumber pendapatan. Sehingga kini, masih tiada tindakan berkesan diambil pihak berkuasa walaupun penguatkuasaan undang-undang maritim telah dilaksanakan. Ramai nelayan memberitahu kepada saya, sejak nelayan bot pukat tunda, pukat sorong dan bubu naga itu menjalankan aktiviti di perairan berkenaan, didapati kehidupan laut semakin pupus. Manakala benih ikan, udang, ketam dan lain-lain turut musnah akibat penggunaan peralatan berkenaan. Akibatnya, bukan sahaja nelayan-nelayan terus tertindas, malah ribuan metrik tan anak ikan atau benih musnah setiap hari dan jika dibiarkan boleh menyebabkan kepupusan sumber perikanan serta menggugat sektor berkenaan. Saya menggesa Jabatan Perikanan negeri Kedah dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya membanteras aktiviti haram ini serta perlu menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas dan berkesan. Saya juga menggesa pihak kementerian campur tangan dan menjalankan siasatan dengan segera terhadap aduan yang dikemukakan oleh nelayan- nelayan ini. Selain itu, pihak berkaitan juga perlu menyalurkan bantuan dan pampasan setimpal kepada mereka yang terbabit dengan kerosakan alat tangkapan akibat dilanggar bot pukat tunda ketika menceroboh di perairan Sungai Merbok dan Tanjung Dawai. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan berkenaan penyakit pembuangan sampah secara haram yang masih berlaku di hutan paya bakau
yang sepatutnya dilindungi sepanjang Sungai Merbok di Segantang Garam. Masalahnya apabila saya menyuarakan masalah ini, tiada jabatan kerajaan yang ingin bertanggungjawab. Mungkin kerana tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menguruskan masalah seperti ini. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar dapat menyalurkan peruntukan kepada jabatan berkaitan yang menjaga sungai dan hutan bagi tujuan pembersihan dan menjaga kelestarian alam sekitar, tidak kiralah di mana pun ia berlaku di dalam negara ini.
Isu seterusnya ialah berkenaan peruntukan yang diumumkan dalam pembentangan bajet untuk tahun 2024 iaitu sejumlah RM80 juta yang telah diperuntukkan bagi memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Antaranya di Gua Niah, Sarawak, Lembah Bujang di Kedah dan Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Saya ingin bertanya, apakah status pelaksanaannya sehingga sekarang? Kedua, adalah berkenaan isu di negeri. Isu berkenaan juga telah dibawa oleh sahabat saya Yang Berhormat Sik tadi iaitu isu tentang pemuliharaan Kompleks Hutan Ulu Muda di negeri Kedah yang berkeluasan 110,000 hektar. Tidak hanya melibatkan pengekalan biodiversiti yang terkandung dalam ecological fiscal transfers (EFT), dengan izin. Bahkan juga perlu dinilai kerugian akibat kehilangan hasil hutan serta kos penyelenggaraan sumber dan aliran Sungai Muda yang sepanjang 79 kilometer serta kelestarian alam semula jadi. Kompleks Hutan Ulu Muda ini juga berperanan sebagai kawasan tadahan air utama untuk kegunaan air minuman dan pertanian bagi penduduk negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi mengekalkan keseimbangan biodiversiti dan menjamin kelestariannya, saya ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan bayaran kepada kerajaan negeri Kedah sejumlah RM100 juta setahun sebagai pampasan kepada kehilangan hasil kepada kerajaan negeri untuk menguruskan Kompleks Hutan Ulu Muda ini. Jika Pulau Pinang berbangga kerana caj perkhidmatan air yang rendah, tetapi mereka mengabaikan tanggungjawab penyelenggaraan air daripada sumber utamanya iaitu Ulu Muda, malah mencadangkan penubuhan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) yang dianggap menceroboh kepentingan negeri Kedah yang menjadi pentadbir terhadap wilayah kedaulatan negeri Kedah. Bahkan juga dilihat sebagai langkah untuk mengelak daripada membayar kos penyelenggaraan yang diminta oleh Kerajaan Negeri Kedah. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya perbahasan saya berkenaan projek penanaman padi sebanyak lima kali dua tahun. Jika ia berjaya dilaksanakan dengan berkesan, akan berjaya menghasilkan tahap sara diri, self-sufficient level (SSL) negara, dengan izin, sehingga lebih 120 peratus. Maka, ia perlu disegerakan bagi menjamin bekalan utama beras pada negara mencukupi. Walaupun MADA telah memulakan langkah ini dengan penanaman padi lima kali dua tahun dalam keluasan yang lebih kurang 1,240 hektar, namun saya melihat peruntukan ini diberikan kepada MADA ini tidak mencukupi untuk melaksanakan projek ini dengan lebih meluas kerana hanya sebanyak RM3.5 juta sahaja yang disalurkan bagi tahun 2023. Peruntukan yang mencukupi perlulah disalurkan untuk menjamin projek ini akan berjaya dilaksanakan sekali gus dapat menjamin tambahan bekalan beras kepada negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import. Dalam keadaan nilai Ringgit kita yang sangat lemah sekarang ini yang juga akan menyebabkan harga beras di pasaran meningkat dengan ketara. Mengikut peraturan lima tahun terkini iaitu dari tahun 2017 hingga 2021, kawasan MADA merupakan pengeluaran padi terbesar negara dengan keluasan parcel padi mencapai lebih 100,000 hektar di Kedah dan Perlis yang menyumbang di antara 39 hingga 43 peratus padi setahun kepada negara, tetapi kawasan yang dimulakan untuk projek penanaman padi lima kali dua tahun hanyalah 1.2 peratus sahaja daripada keseluruhan kawasan MADA.
Agak menyedihkan apabila status Malaysia sebagai negara pertanian sebelum ini semakin dilupakan. Kerajaan perlu sedar pentingnya bagi negara ini untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Langkah-langkah strategik perlu dirangka, dinilai semula dan dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran makanan terutamanya makanan asas. Isu nasional. Kos sara hidup dan taraf hidup. Kos sara hidup iaitu kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah. Bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuklah kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan dan lain-lain untuk kegunaan harian. Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan telah merosot. Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menghimpit masyarakat pada hari ini. Lebih daripada separuh pendapatan yang dijana digunakan untuk membayar ansuran bulanan seperti perumahan, kenderaan, pendidikan dan pinjaman peribadi. Situasi ini menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan ke atas barangan lain. Kenaikan kos sara hidup terjadi setiap tahun walaupun terdapat banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat tentang kenaikan harga barangan pengguna. Isu kenaikan kos ini menjadi perbualan hangat rakyat di mana-mana ketika ini walaupun kita pergi ke kedai kopi dan sebagainya. Wahai kerajaan yang memerintah sekarang ini, yang bijak berkata-kata sewaktu menjadi pembangkang, tetapi apabila menjadi kerajaan, tidak pula buat apa yang telah dicanangkan sebelum ini. Nah, sekarang kamu mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Maka, laksanakanlah amanah yang telah dibebankan kepada kamu. Demi kelangsungan kehidupan rakyat jelata atau pun kamu memilih untuk menjadi pembangkang semula. Layak menilai dan melihat apa yang sedang kamu semua lakukan sekarang. Sebelum saya tamatkan perbahasan ini, izinkan saya membaca serangkap pantun. Dari Selambau ke Tanjung Jaga, Singgah di Masjid membeli motan; Inflasi rendah kerajaan bangga, Makan beras import rasa tempatan. Sekian. Saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Daulat Tuanku. Sembah patik beribu-ribu ampun... [Tepuk]
Saya menjemput Sri Gading.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam perpaduan. Pertamanya, saya ingin merafakkan sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya juga merafak sembah dan ucapan menjunjung kasih dan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin yang telah memayungi tampuk pemerintahan negara selama lima tahun. Alhamdulillah saya panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka rasmi Penggal Ketiga Parlimen Ke-15. Isu perpaduan negara dan jati diri. Titah Yang di-Pertuan Agong, saya ingin menyinggung isu yang ditekankan oleh Seri Paduka Baginda semasa Titah Diraja iaitu isu perpaduan. Saya percaya kepelbagaian kaum dan budaya dalam Malaysia ini satu rahmat
buat kita- semua. Keunikan inilah yang mengangkat identiti negara kita dari zaman pra kemerdekaan sehinggalah sekarang. Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah ayat 48... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Sekiranya Allah mengehendaki, nescaya kamu dijadikan satu umat sahaja, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberiannya kepada mu. Maka, berlumba- lumbalah berbuat kebajikan...” Dalam ayat ini, ibrah yang dapat sama-sama kita ambil lah kepelbagaian merupakan satu dorongan dari Allah untuk kita manusia berbilang kaum, berlumba-lumba menjadi terbaik dan meningkatkan kualiti diri supaya dapat melaksanakan kebaikan dalam kalangan ummah. Seterusnya, membina peradaban dan pembangunan negara selari dengan tujuan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Juga kita teliti semula Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam sesi perasmian yang lalu. Jelas Titah Tuanku memberi penekanan kepada kita- semua untuk berusaha dalam meningkatkan tahap perpaduan kaum dan keharmonian dalam negara kita yang jelas masih belum mencapai tahap yang sepatutnya walaupun sudah hampir tujuh dekad setelah kemerdekaan yang kita capai. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk satu Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 yang telah dijalankan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sekalian, Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 diukur berdasarkan 12 ciri negara rahmah iaitu kepimpinan yang kompeten dan integriti, sistem pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan, tadbir urus yang baik, undang-undang yang adil, masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang, institusi keluarga yang utuh, hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni, ekonomi yang mampan, agihan kekayaan yang saksama, pembangunan yang lestari, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat yang terpelihara menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Jika lihat laporan indeks ini skor bagi siri ketujuh daripada 12 ciri negara rahmah iaitu hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni mengalami penurunan daripada skor 7.4 pada tahun 2022 kepada 7.13 pada tahun 2023. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sekalian, skor ini adalah berdasarkan rating yang diberikan oleh 3,192 orang responden mengikut pelbagai kategori umur dan juga latar belakang sosial. Penurunan ciri tujuh dalam indeks ini menunjukkan bahawa negara kita sebenarnya masih lagi belum selesai dalam masalah isu keharmonian dan perpaduan. Manakala jika melihat kepada satu isu lagi kajian yang dibuat oleh sebuah badan pemikir iaitu Architects of Diversity berkait diskriminasi dalam kalangan masyarakat Malaysia menunjukkan bahawa 64 peratus daripada responden pernah menghadapi diskriminasi dalam tempoh 12 bulan iaitu September 2022 hingga September 2023. Diskriminasi ini berlaku di mana-mana sama ada di tempat kerja, di media sosial dan sebagainya. Hatta masa mencari rumah sewa sekalipun berlaku isu diskriminasi kaum. Sebagai contohnya ada beberapa isu yang tular mengatakan bahawa rumah sewa hanya dibenarkan sewaan untuk golongan kaum tertentu saja. Ini lah satu perkara yang saya kira amat merunsingkan. Tambahan lagi dalam dapatan kajian itu menunjukkan bahawa responden daripada kaum India iaitu golongan yang paling ramai mengalami situasi diskriminasi ini sama ada ketika mencari pekerjaan, ketika mencari rumah sewa dan ketika berurusan dengan pihak Polis. Maka Tuan Yang di-Pertua, di sinilah pentingnya kita sebagai pembuat polisi untuk menggubal dasar dan polisi awam untuk membantu dalam menghakis isu diskriminasi dan mengangkat semula agenda perpaduan keharmonian kaum selari dengan setiap dasar yang kita laksanakan. Sebagai contoh saya mencadangkan kepada pihak kerajaan melalui KPKT agar segera mewujudkan satu Akta Sewaan Kediaman bagi memastikan isu diskriminasi kaum yang sering dihadapi di antara penyewa dan pemilik rumah sewa dapat diselesaikan segera.
Selain daripada mewujudkan satu akta khas berkaitan keharmonian kaum, pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah segera untuk mewujudkan dasar-dasar atau pekeliling yang menekankan peri pentingnya jati diri dan tatanegara dalam kalangan para pelajar di bangku sekolah dan juga di kalangan belia di negara kita. Generasi belia hari ini aset yang tidak ternilai untuk masa hadapan negara kita. Jika dilihat pada data Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia golongan berumur 15 hingga 40 tahun adalah antara golongan terbesar yang membentuk populasi negara ini. Hampir 14.7 juta orang rakyat Malaysia iaitu 44 peratus terdiri daripada golongan ini. Maka haruslah kita memandang berat dan mengisi golongan ini dengan jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi. Di kesempatan ini juga, saya ingin berkongsi berkaitan data yang dikeluarkan oleh pihak PDRM berkaitan statistik penglibatan dan tangkapan juvana bagi tahun 2016 hingga 2022. Jika dilihat pada data ini seramai 24,635 orang terlibat dalam kes jenayah juvana dalam kategori umur 16 hingga 18 tahun dan 9,508 orang terlibat dalam kes jenayah juvana dalam kategori umur 13 hingga 15 tahun. Angka ini adalah sangat serius dan merisaukan. Kesemua ini majoritinya adalah melibatkan di kalangan orang-orang Melayu. Saya percaya asbab kepada berlakunya situasi ini disebabkan keruntuhan moral, kurangnya aspek tatanegara dan semangat patriotik dalam kalangan para pelajar yang mudah terdedah dengan pelbagai hasutan melalui media massa sekarang ini. Hal ini telah pun diakui oleh pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia semasa penyediaan laporan berkaitan PLKN 3.0 pada November yang lalu. Saya percaya isu ini tidak akan mudah diselesaikan namun usaha awal oleh kerajaan dalam membendung isu ini dari berlarut hinggalah- haruslah bermula daripada kalangan pelajar di bangku sekolah. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia harus merangka satu- model penerapan dan pembangunan modal insan yang berkesan, konsep kepelbagaian dan kesejajaran teras ta'ammul yang berpaksikan taaruf, tasamuh, qawaun, takaful dan mahabbah. Di samping itu, saya juga amat menyokong dasar-dasar pendidikan yang diterapkan dengan literasi perpaduan dan juga elemen-elemen keterangkuman diversiti. Sebagai contoh pengenalan semula PLKN adalah penting namun perbincangan mengenai modal pelaksanaan PLKN tersebut perlu melibatkan pelbagai pemegang taruh termasuk pertubuhan-pertubuhan NGO dan CSO. Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri pada 27 Februari yang lalu, bahawa Akademik Kenegaraan akan menerajui kerjasama dengan semua pihak dalam memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani. Saya percaya bahawa usaha seperti ini perlu dilakukan untuk pembangunan modul PLKN 3.0. Kesempatan ini juga saya mohon pihak berkaitan untuk memperkasakan PLKN 3.0 dengan memberi penekanan kepada isu-isu keterangkuman diversiti dan kesepaduan sosial selain daripada modul tatanegara dan ketenteraan yang dicadangkan. Selain itu, saya menyeru kepada semua pemimpin politik sama ada di blok kerajaan mahupun pembangkang usahlah kita sesekali menjadi batu api kepada rakyat dalam isu-isu sensitif termasuklah isu 3R kerana kita lihat situasi rakyat dan masyarakat awam sekarang tegang kerana permainan sentimen dan api perkauman agama sejak kebelakangan ini. Kepimpinan kita haruslah menjadi teladan kepada masyarakat umum. Jika kita melihat kembali sejarah, kepentingan kontrak sosial merupakan asas pembentukan negara kita. Kontrak sosial ini merupakan satu persetujuan bersama antara bapa kemerdekaan dari Melayu, Cina dan India ketika mahu mencapai kemerdekaan. Ia perlulah difahami, dihayati dan mendalami oleh semua masyarakat generasi anak Malaysia. Jangan ada mana-mana pihak atau individu yang bersikap terlalu prejudis terhadap pihak lain sehingga menimbulkan istilah seperti, “cacing naik ke mata”. Oleh itu, saya berharap setiap daripada Ahli Dewan kita melihat semula nilai yang wujud dalam kontrak sosial ini. Untuk membina kesepaduan kaum yang kita nikmati sekarang bukanlah dibina dalam masa satu hari dan tempoh yang sangat lama.
Kita juga perlu tahu bahawa perlembagaan yang kita dukung sekarang ini juga mempunyai kewibawaan yang tersendiri dalam menjaga kepentingan semua kaum. Perlembagaan negara yang dibina ini wajib dipertahankan. Selain sebuah negara kita juga sudah mempunyai nilai kebersamaan yang tersendiri. Sekarang terpulang kepada kita berada di dalam Dewan ini untuk menentukan apa bentuk kebersamaan yang ingin kita anuti bersama. Ingatlah membina itu payah, meruntuh itu sangat mudah. Tuan Yang di-Pertua dalam titah Seri Paduka Baginda dalam pembukaan sesi Parlimen penggal ketiga ada menyentuh akibat berkait dengan harapan tuanku untuk melihat satu budaya politik matang yang tidak lagi mengganggu gugat kestabilan politik dalam tempoh satu penggal Parlimen. Ini supaya negara dapat bergerak dan berkembang maju mahupun dari sudut ekonomi dan juga pembangunan negara. Maka saya menyeru supaya pihak pembangkang di sebelah sana tidak perlu lagi memainkan isu-isu yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik kerana terbukti sudah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai majoriti dua pertiga dalam Dewan. Kestabilan politik ini adalah penting kerana kestabilan ini akan membawa kemakmuran ekonomi yang mampu dirasai oleh masyarakat seluruhnya. Pelabur asing akan lebih yakin dengan sebuah kerajaan yang stabil seterusnya membuka peluang pelaburan yang lebih tinggi dan ramai dan banyak. Seperti yang terbukti pada tahun yang lalu approval investment 2023 sebanyak RM329.5 bilion, namun perkara ini akan mengambil masa untuk pelabur masuk yang sebenar dapat dilakukan dan hasil dapat dituai. Menurut Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul, 50.1 peratus pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023.
Point of order. Point of order Yang Berhormat.
Ya point of order berapa itu?
Yang Berhormat telah mengeluarkan sangkaan jahat.
Point of order berapa itu?
36(6).
36(6).
Sangkaan jahat. Pada hal kalau dilihat sepanjang perbahasan, kami tidak pernah ganggu pihak kerajaan. Pihak kerajaan yang selalu mengganggu kami, satu. Nombor dua, tentang apa yang telah dititahkan oleh Agong. Jadi, Yang Berhormat tidak boleh mengatakan bahawa Agong tuju kepada kami sahaja. Agong tuju kepada semua. Untuk membolehkan- kalau hendak tanya pada kami, kami sanggup terima apa sahaja asalkan keadilan dilaksanakan. Peruntukan kami kena bagilah hujung tahun. Jadi, Yang Berhormat kena sebut yang itu. Kerajaan akan diminta bagi peruntukan kepada- baharulah nampak cantik ucapan itu, tetapi...
Okey.
...Yang Berhormat juga terlibat dengan...
Tanpa syarat, tanpa syarat.
Kezaliman kepada kami. Terima kasih.
Ya, masukkan.
Okey, baik. Terima kasih sebab ada yang menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang tegur. Baik, saya sambung balik. Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul, 50.1 pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023 telah pun masuk ke peringkat dilaksanakan. Kesemua ini akan membuahkan hasil dalam tempoh 18 hingga 24 bulan mendatang. Dengan kelebihan yang ada pada barisan Kerajaan Perpaduan sekarang, saya menyeru pihak kerajaan untuk menggunakan penggal ini untuk memastikan polisi-polisi dan peranan di negara kita dapat ditambah baik dan dikukuhkan untuk menjamin kemasukan pelaburan yang lebih tinggi. Polisi yang berkait dengan kemapanan, kelestarian dan juga mesra pelabur adalah penting untuk negara berkembang maju selari dengan kemahuan sustainable development goals. Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung tinggi Titah Seri Paduka Baginda yang menyatakan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri kerana terbukti dapat menguruskan pentadbiran negara dengan baik dalam tempoh setahun yang lalu. Terbaharu, diluluskan peruntukan kepada 50,000 -pemandu bas dan juga pemandu teksi mencarum KWSP oleh kerajaan oleh Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Walaupun Larut menyatakan Kerajaan Perpaduan pada hari ini gagal, sebenarnya pembangkang takut, lagi lama Kerajaan Perpaduan ini tadbir, semakin banyak lagi pencapaian atau kejayaan yang dikecapi bukan sahaja negara, tetapi rakyat.
Penjelasan Yang Berhormat, boleh?
Yang pasti, rakyat tidak lagi mengangkat bendera putih seperti sebelum ini. Tidak ada bendera putih Yang Berhormat Arau, jangan susah. Insya-Allah walaupun mungkin kata beras kurang dan sebagainya, tetapi rakyat terus ke hadapan. Untuk makluman juga pada Dewan hari ini, kalau kita hendak masuk hotel hari ini pun penuh. Menunjukkan bahawa rakyat bergembira dan boleh bersuka ria. Itulah, insya-Allah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta penjelasan Yang Berhormat. Penjelasan sedikit sahaja.
Sudah habis sudah itu. Tadi saya sudah bagi sudah tadi.
Tidak apa, kita habis 5.30. Yang Berhormat yang terakhir.
Sri Gading nak bagi dekat Arau?
Yang terakhir.
Sudah bagi tadi saudara Arau.
Saya ganggu, Yang Berhormat untung dapat masa. Rakyat sedang memerhatikan kita, Yang Berhormat seorang yang baik.
Ya.
Sekarang saya tidak pernah ingat Yang Berhormat seorang yang tidak baik tau.
Tadi sudah.
Arau, Sri Gading tidak bagi itu. Sudah, duduklah dahulu.
Tidak, tidak. Saya dengan dia. Yang Berhormat...
Jangan kacau.
Tidak, saya bukan kacau. Arau kacau dia.
Tidak, bukan saya kacau. Saya minta penjelasan.
Ya.
Penjelasan Yang Berhormat.
Sri Gading hendak bagi tak?
Adakah Yang Berhormat sedar ucapan Yang Berhormat tadi akan jadi elok. Saya hendak Yang Berhormat jadi ucapan jadi elok. Tugas saya sebagai orang lama di sini hendak pastikan kawan-kawan bagi ucapan yang elok.
Insya-Allah. Okey, terima kasih.
Tetapi ucapan yang elok, bukan perli kami. Yang Berhormat minta Perdana Menteri tegakkan keadilan Yang Berhormat.
Saya sambung balik.
Apakah Yang Berhormat sedar bahawa menghalang peruntukan Kabinet itu adalah berdosa? Daripada segi hukum Islam, ia berdosa. Jadi Yang Berhormat, teruskan. Jangan benarkan yang belakang.
Arau, Arau. Kalau banding dengan ucapan Larut, bahasa Sri Gading lebih lembut Arau, kalau bandingkan dengan Larut. Lembut sangat bahasa dia. Cuba...
Saya bercakap dengan nada yang lembut, insya-Allah.
Yang Berhormat. Shah Alam, Shah Alam.
Apakah itu?
Baik, sekarang kita pergi basic.
Okey Arau, terima kasih. Okey, duduk
Sama. Yang Berhormat, adakah menahan peruntukan kami ini dapat pahala ke dosa?
Itu nanti dahulu, nanti saya ada lagi. Ada lagi benda.
Yang Berhormat, berdosa.
Arau, Arau.
Ya, ya?
Hendak tanya Sri Gading dahulu. Sri Gading hendak bagi tidak? Kita ada masa lagi.
Dah, dah. Dah cukup, saya suruh duduk. Masa saya sekarang.
Saya akan bagi masa lagi kalau Sri Gading...
Kalau nak ucapan Yang Berhormat jadi elok, bagi kebenaran pada Arau.
Okey, dengar lagi. Belum habis, belum habis.
Kekuatan Arau Yang Berhormat boleh tumpang.
Insya-Allah.
Terima kasih.
Okey.
Baik. Sri Gading boleh sambung lagi.
Kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan PMX yang terbukti memahami denyut nadi rakyat dan mampu menguruskan pentadbiran negara dengan baik. Antara kejayaan pentadbiran negara sepanjang tempoh 2023, kedudukan Malaysia Indeks Persepsi Rasuah pada kedudukan 57 berbanding dengan 61 pada tahun 2022. Peningkatan sebanyak tiga- mata. Ini merupakan usaha kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa sehingga ke akar umbi. Kedua, jika dilihat pada kadar inflasi keseluruhan pada Disember 2023, menunjukkan prestasi yang baik dengan kadar 1.5 peratus berbanding kadar inflasi keseluruhan pada Disember 2022 pada kadar 3.8. Seterusnya seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lalu, kadar pelaburan yang tinggi telah diluluskan, insya-Allah rakyat akan mengecapinya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kembali Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah. Dalam laporan ini menunjukkan Malaysia berada prestasi yang memberangsangkan sebagai sebuah negara rahmah. Kita kena ingat bagaimana jawapan daripada Menteri memperuntukkan Jualan Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Ini untuk rakyat. Untuk rakyat B40 yang terlibat, yang paling ramai B40 adalah orang Melayu. Jangan kita kata bahawa Kerajaan Madani pada hari ini tidak memperjuangkan orang Melayu. Ini kita kena jelas. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bukti kepimpinan Yang Berhormat terbukti dengan wujud polisi-polisi dasar yang mesra rakyat. Sumbangan Tunai Rahmah untuk isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih, terima maksimum RM3,700 setahun berbanding RM3,100 pada tahun 2023. Kadar STR untuk belia juga ditingkatkan kepada RM500 daripada RM350. Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua penjawat awam termasuk pesara telah disalurkan secara sekali gus pada 23 Februari, RM2,000 kepada penjawat awam dan RM1,000 kepada pesara. Di sinilah sebenarnya apabila kita lihat, saya hendak duduk di hotel Kuala Lumpur baru-baru ini telefon, dia kata semua penuh. Sebab apa? Ramai enjoy dengan dapatan yang diberikan oleh kerajaan. Memberi Bantuan Awal Persekolahan kepada pelajar dengan nilai RM150 seorang pelajar. Kadar subsidi padi dinaikkan, betul tidak? RM500 daripada RM350. Harga lantai padi naik RM1,300 daripada RM1,200. Insentif Pendapatan Rakyat (IPR), penyertaan hampir 50,000 orang sehingga 1 Disember 2023. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyinggung berkenaan...
Yang Berhormat, mohon penjelasan.
Hutang dan beban fiskal dalam perbahasan kali ini.
Sri Gading tidak mahu bagi.
Kalau Sri Gading tidak mahu bagi, saya akan bawa usul kejap lagi.
Apakah itu?
Ada. Saya bertanya minta penjelasan, boleh tidak?
[Ketawa]
Sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat sebut tadi harga padi. Saya adalah pesawah, orang sawah padi. Harga naik RM1,300. Okey alhamdulillah, tetapi kadang swasta ada ambil sampai RM1,700. Yang Berhormat Sungai Petani kawasan getah ya. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar padi yang dikeluarkan sebanyak mana pun tetapi beras tidak ada? Sebab apa? Beras itu ditulis itu tajuk “Beras Super”, tetapi dia tidak sebut import kah ataupun tidak, tetapi dia sebanyak sebesar duit 50 sen itu dia pelekat tanda bahawa ini ialah beras import atau beras tempatan. Dia tidak perlu tukar kampit, tukar tanda itu sahaja. Jadi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa walau apa pun kerajaan bagi, kerajaan telah gagal untuk menangani masalah di mana beras tempatan? Kalau Yang Berhormat mendengar di mana-mana kalau dapat beras tempatan, saya hendak pergi tengok. Saya pi cari rata.
Okey, terima kasih atas...
Ya. Jadi Yang Berhormat- tak apa, tetapi...
Insya-Allah.
...Yang Berhormat dapat 5.30 Yang Berhormat, jadi saya bagi floor.
Ya lah.
Kalau tidak, saya akan bawa Usul, bawa point of order.
Bagi sudah Arau, insya-Allah.
Yang Berhormat telah bercakap 25 minit macam Ketua Pembangkang itu.
Itulah rezeki bila di akhir.
Sri Gading, Sri Gading.
Ya?
Saya hendak mencelah sedikit boleh?
Boleh, silakan.
Kita tahu bahawa beras tempatan ini dia memang tidak cukup, kita hanya keluarkan 60 peratus. Maksudnya, 40 peratus tidak cukup. Maknanya ada orang yang boleh dapat beras tempatan dan ada orang yang tidak dapat beras tempatan. Sebab itu kadang-kadang ada orang yang dapat, ada orang yang tidak dapat. Setuju tidak itu Yang Berhormat?
Okey. Untuk makluman yang berkenaan, sebenarnya kalau kita lihat jawapan daripada Menteri, itulah keadaan yang berlaku pada hari ini.
Yang Berhormat, ini fakta. Sebab kelmarin bila Tasek Gelugor cakap semua orang kompelin dia ini hearsay, tapi ini fakta Yang Berhormat. Beras tempatan yang dikeluarkan adalah antara 65 ke-70 peratus. Beras import ialah 35 peratus, Yang Berhormat.
Ya.
Yang saya nak sebut di sini di MADA sekarang kawasan saya di rumah saya, orang sedang ambil padi. Riuh rendah ambil padi, tapi mana ada beras? Merata beras ada berlaku penyelewengan. Ini bukan
salah siapa-siapa, ini salah orang yang buat kerja ini. Kita- semua sama menyerang mereka.
Okey.
Bayan Baru hari ini telah memberi ucapan yang cukup hebat. Saya berlari balik datang sini untuk menyatakan sokongan pada Bayan Baru yang telah memberi sokongan cukup baik terutamanya pandangannya tentang Kongres Bumiputera yang dibuat pada hari ini. Itu ucapan yang baik daripada seorang, apa Pembangkang pula daripada pihak.
[Ketawa] Okey, cukup. Terima kasih atas penjelasan. Okey.
Jadi Yang Berhormat. Jadi kenyataan daripada sahabat kita di belakang itu adalah salah menyebut bahawa beras tempatan ini ada orang dapat, orang tak dapat, tak. 70 peratus dikeluarkan tempatan. Beras itu ada, tapi telah dihilangkan dengan kata kami beras import sebab beras import boleh letakkan harga RM37 ke RM40. Beras tempatan dalam jumlah yang sama hanya RM26. Terima kasih.
Okey.
Itu fakta ya.
Baik. Mungkin fakta tapi kalau kita lihat bahawa beras masih ada walaupun dalam keadaan. Kalau katakan beras tadi 30 peratus ataupun 35 peratus sahaja beras import dan ada di pasaran, tak munasabah untuk mencukupi penggunaan rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pada penghujung, saya ingin menyinggung berkenaan hutang dan beban fiskal negara dalam perbahasan kali ini. Pada penghujung 2023, hutang negara mencecah RM1.2 trilion atau 63.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Jika dimasukkan jaminan dan liabiliti lain ia mencecah RM1.5 trilion melebihi 80 peratus KDNK negara. Termasuk dalam beban hutang ini adalah hutang 1MDB sebanyak RM9.7 bilion melibatkan RM5 bilion prinsipal dan RM4.7 bilion faedah. Kerajaan setakat ini telah membayar hutang 1MDB berjumlah RM43.8 bilion. Maka iktibar yang besar harus diambil oleh pihak kerajaan dan juga pimpinan pentadbiran negara supaya tiada lagi salah laku dan penyelewengan dana awam yang besar sehingga menggugat kestabilan ekonomi negara dan masa depan negara. Sehubungan dengan itu, saya memuji tindakan yang dilakukan oleh semua Ahli Parlimen mahupun di barisan Kerajaan dan Pembangkang, pada tahun lepas dengan mewujudkan dan meluluskan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Ini lah bukti Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim amat mementingkan tatakelola yang baik dan telus. Atas sebab beban hutang yang tinggi, pembangunan negara agak sukar dilakukan dalam tempoh yang singkat. Maka pada hari ini kita dengar pelbagai polisi-polisi yang tidak digemari perlu diperkenalkan sebagai langkah penjimatan dan kos pengurusan negara. Hal ini selaras dengan kaedah fiqah yang bermaksud polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahat terhadap rakyat. Sebagai contoh, pelaksanaan polisi subsidi bersasar termasuk dalam urusan ibadah haji juga diperkenalkan untuk memastikan kesaksamaan dirasai oleh setiap golongan masyarakat tanpa menjejaskan beban fiskal negara. Sistem PADU yang diperkenalkan akan membantu penyaluran subsidi bersasar. Maka di kesempatan ini saya menyeru rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dan mendaftar sesegera yang mungkin dalam sistem PADU pada hari ini. Menyentuh isu pencen dan skim penjawat awam. Seperti yang kita tahu, skim penjawat awam yang dikaji semula ini sedikit sebanyak akan membantu kerajaan menyediakan skim yang terbaik ataupun yang setanding dengan para Penjawat Awam di samping menyelamatkan negara daripada dibeban dengan sebuah bom jangka. Skim ini sebenarnya sudah hampir satu dekad tidak dikemas kini. Kali terakhir pelarasan dibuat
adalah pada tahun 2012. Maka wajarlah untuk kerajaan pada hari ini untuk mengkaji semula dan mewujudkan satu skim yang lebih wajar buat kakitangan awam yang baharu. Perbelanjaan bagi bayaran pencen meningkat dengan begitu mendadak iaitu sebanyak 321 kali ganda dalam tempoh antara 1970 dan 2024. Kita boleh lihat data dari tahun 2014 bayaran pencen oleh kerajaan ialah RM12 bilion. Pada tahun 2023, kerajaan membayar sebanyak RM32 bilion. Sekiranya berlarutan skim pencen dilaksanakan unjuran yang telah dibuat, kerajaan akan membayar sebanyak RM120 bilion pada tahun 2040. Jadi kerajaan mungkin tidak akan mampu menanggung beban yang besar ini. Sesiapa sahaja yang akan menjadi kerajaan akan menanggung perkara ini. Maka langkah kerajaan untuk mengkaji semula skim penjawat awam adalah tepat supaya beban fiskal kerajaan tidak bertambah dari tahun ke tahun dan meredakan isu bom jangka bagi kewangan negara masa hadapan. Namun, saya menyeru kerajaan untuk melakukan keputusan yang terbaik setelah berbincang kajian dan libat urus dibuat di antara semua pemegang taruh bagi menjamin kualiti perkhidmatan awam tetap terjaga setelah skim baharu diperkenalkan satu masa nanti. Saya mencadangkan supaya insentif yang lebih baik perlu diberikan sebagai contoh tangga gaji yang lebih tinggi dan peratusan potongan KWSP dari kerajaan juga dinaikkan supaya dapat menarik minat untuk bekerja sebagai kakitangan awam berbanding dengan swasta. Kerajaan boleh melihat badan berkanun atau GLC yang telah berdiri teguh dan kukuh melaksanakan tanggungjawab kepada negara melalui skim tanpa pencen seperti Tabung Haji dan lain-lain. Saya minta pihak pembangkang hentikanlah mempolitikkan isu pencen ini. Jangan cuba bina naratif seolah-olah semua kakitangan awam sekarang terlibat. Sebenarnya ia adalah kepada kakitangan yang akan baru dilantik. Kedudukan ekonomi Malaysia dan ke boleh pasaran graduan. Tuan Yang di- Pertua, jika melihat kepada kadar pengangguran sekarang ini berada pada kadar 3.3 peratus adalah memuaskan. Namun begitu kerajaan harus menilai semula dasar-dasar berkaitan tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk mengelakkan is brain drain. Tambahan pula apabila isu nilai yang mata wang yang agak susut pada ketika ini.
Point of order.
Manakala polisi berkaitan penangguhan pulang...
Yang Berhormat.
Sri Gading.
...Pemilik Biasiswa JPA harus dinilai semula.
Yang Berhormat. Tak, tak. Point of order, point of order.
...Untuk mengurangkan kehilangan tenaga kerja mahir.
Point of order untuk Speaker.
Sekali gus merugikan negara dalam melakukan sistem perkhidmatan awam.
Point of order untuk Speaker.
Apakah point of order? Sri Gading. Sri Gading sekejap.
36(7). 35(7). Jadi...
Baca itu, apakah itu, apa dia itu?
35(7) Tuan Yang di-Pertua boleh menentukan had masa. Ini Yang Berhormat, Tahniah Yang Berhormat boleh bercakap begitu panjang sampai dekat 30 minit. Jadi saya minta jadi pembahas yang terakhir pada hari Selasa sebab saya nak minta...
Ya. Arau adjust-lah.
Nak dilayan sama macam Sri Gading.
[Ketawa]
Sri Gading boleh. Sekejap lagi saya bagi pantun ya.
[Ketawa]
Teruskan Sri Gading.
Okey. Sampai dah terlupa dah mana baris tadi... [Ketawa] Manakala polisi berkaitan penangguhan pulang pemilik Biasiswa JPA harus dinilai semula untuk mengurangkan kehilangan tenaga kerja mahir, sekali gus merugikan negara dalam mengukuhkan sistem perkhidmatan awam jika kita tidak membawa pulang pelajar- pelajar Biasiswa JPA ini. Saya menyokong penuh agenda KSP RMKe-12 yang menyatakan bahawa sektor-sektor kerja mahir perlu diperbanyakkan dengan menarik lebih banyak pelaburan tinggi masuk khususnya dalam sektor teknologi tinggi seperti E&E supaya kerajaan dapat terus berkembang maju. Hasrat saya juga pada masa terdekat ini adalah untuk membantu kerajaan melalui KPT dalam meningkatkan...
Sri Gading ada seminit lagi. Landing please.
Okey, boleh. Insya-Allah.
Landing. Perlahan, perlahan tak apa sampai pukul 5.30.
Akhir sekalilah. Akhir sekali, nasib para petani dan isu keterjaminan makanan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menggulung perbahasan saya, izinkan saya menyentuh berkenaan isu yang sedang dihadapi oleh sebahagian rakyat kita terutamanya di wilayah utara. Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran berkaitan fenomena El Nino yang bakal kunjung tiba pada bulan Mac ini. Pihak kerajaan melalui KPKM seharusnya bersedia dengan memberi bantuan dan insentif serta pelan kontingensi kepada para petani dan sawah terutamanya di wilayah utara. Ini akan membantu mereka dalam menjamin produktiviti tanaman semasa musim kemarau dan panas melampau, sekali gus akan menjamin hasil tuaian yang berkualiti tinggi dan tidak akan mengganggu bekalan hasil serta boleh menjadi satu daripada pendapatan rakyat dan juga kepada semua kita. Sekian, terima kasih. Saya menjunjung Titah Yang Diraja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Sri Gading. Tuah badan Sri Gading ya, 22 minit hari ini ya. Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 4 Mac 2024. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membentang Semula Rang Undang-Undang Sains, Teknologi Dan Inovasi MalaysiaSpecial Chamber
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Cadangan membentang semula Rang Undang-undang Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia amat penting kerana ia membentuk asas undang-undang yang mengawal dan menggalakkan perkembangan sains serta teknologi dalam negara. Ia membantu menyelaraskan norma undang-undang untuk penyelidikan dan inovasi, memastikan keselamatan serta etika sains dipatuhi dan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan teknologi. Antara kepentingan bagi Akta ini termasuklah:-
(i) menyokong pembangunan teknologi yang boleh meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Menurut Laporan Indeks Inovasi Global 2023, Malaysia berada di tangga ke-33 daripada 131 negara dalam hal inovasi, dan kelapan di rantau Asia Tenggara; dan
(ii) mencetuskan pertumbuhan ekonomi melalui sektor inovasi dan industri teknologi.
Dengan wujudnya akta ini, kita dapat merangsang penyelidikan dan pembangunan, serta mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan baharu untuk rakyat. Malaysia juga merupakan antara negara yang memanfaatkan teknologi Internet of Things (IoT) dalam sistem agrikultur pintar melibatkan penggunaan gerbang IoT, yang boleh menyambungkan teknologi lama ke ruang IoT untuk meningkatkan pengurusan, pemantauan, dan mengoptimumkan tanaman dan ternakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, tanpa Akta ini, Malaysia mungkin menghadapi beberapa masalah yang boleh merugikan pembangunan sains dan teknologi serta masyarakat seperti:-
(i) kurangnya struktur undang-undang. Ketiadaan kerangka undang-undang boleh menyebabkan kekurangan arahan dan panduan bagi mengawal selia pengembangan sains dan teknologi;
(ii) pengabaian keselamatan teknologi. Tanpa peraturan yang ketat, keselamatan dalam penyelidikan dan aplikasi teknologi mungkin diabaikan, meningkatkan risiko kepada manusia dan alam sekitar. Tuaran mencadangkan agar Kerajaan menguatkuasakan peraturan dan mekanisme yang lebih ketat untuk memastikan keselamatan dan tanggungjawab dalam bidang ini;
(iii) penyalahgunaan ilmu pengetahuan. Tanpa kod etika dan panduan undang-undang, risiko penyalahgunaan ilmu pengetahuan seperti penemuan berbahaya atau ketidakadilan sosial boleh meningkat. Saya mencadangkan agar Kerajaan menyediakan kod etika dan panduan yang jelas untuk mengelakkan penyalahgunaan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi; dan
(iv) kurangnya pengiktirafan pendidikan Sains. Tanpa dasar sokongan, pendidikan sains mungkin terpinggir, mengakibatkan kurangnya tenaga kerja berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Contohnya, pada tahun 2016, Malaysia telah menduduki tangga ke-55 daripada 72 negara dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) bagi subjek Sains. Ini menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan dan kurikulum sains di negara kita.
Justeru, wujud keperluan untuk membentang semula Rang Undang-Undang
(RUU) Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang sepatutnya dibentangkan dalam Parlimen pada tahun 2018. Sebenarnya Tan Sri ini saya mulakan dahulu semasa saya Menteri MOSTI. Akan tetapi tidak dapat diteruskan. RUU ini sangat penting kerana ia membantu menyelaraskan norma undang-undang untuk penyelidikan dan inovasi, memastikan keselamatan serta etika sains dipatuhi, dan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan teknologi. Sekian, dan terima kasih.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tuaran. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat Tuaran sedia maklum, inovasi merupakan pemacu perubahan yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi bagi membolehkan Malaysia keluar daripada middle-income trap, dengan izin.
MOSTI juga melalui pelbagai inisiatif giat berusaha untuk meningkatkan nilai rantaian ekonomi negara melalui sains, teknologi dan inovasi yang merupakan tonggak utama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan pembangun teknologi.
Pelbagai siri kajian inovasi kebangsaan yang telah dilaksanakan untuk mengukur tahap aktiviti dan status inovasi negara menunjukkan walaupun bilangan inovasi yang dihasilkan adalah tinggi, namun sebilangan besar inovasi tersebut belum berupaya memberikan impak tinggi terhadap produktiviti negara serta menyumbang terhadap pendapatan per kapita negara ke arah mencapai status sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi.
Kita melihat kekangan-kekangan ini sebagai peluang untuk kerajaan menyusun semula strategi bagi mengarusperdanakan agenda STI negara dengan lebih strategik dan kolaboratif. Bagi maksud ini, Malaysia melalui RUU STI ini akan memantapkan tadbir urus sains, teknologi dan inovasi secara bersepadu dalam menyelaras dan menangani faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan aktiviti berkaitan STI. Ini juga akan memperkukuhkan kerjasama antara pembuat dasar, industri, akademia dan masyarakat dalam merakyatkan STI secara meluas dan menyeluruh.
Sebagaimana YB sedia maklum, pada tahun 2018 berlaku perubahan kerajaan yang membolehkan kementerian ini memegang portfolio yang lebih besar di mana tumpuan pada masa itu adalah lebih memfokuskan kepada sektor alam sekitar dan sektor tenaga. Selain itu, tempoh tersebut juga adalah awal permulaan pandemik COVID-19 di mana sekitar tahun 2020 hingga 2022, menyaksikan seluruh dunia berada dalam fasa pandemik dan memerlukan keterlibatan MOSTI bersama Kementerian Kesihatan dalam mengoperasikan komponen perkhidmatan bukan kesihatan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sebagaimana saranan YB Tuaran, MOSTI sememangnya melihat keperluan untuk menyegerakan penggubalan RUU STI yang akan dapat memperkasa dan menyokong agenda STI negara. Hal ini kerana pada masa ini tiada perundangan yang khusus yang bersifat merentasi pelbagai kementerian dan agensi di Malaysia yang berperanan sebagai mekanisme untuk menerajui dan menyelaras aktiviti berkaitan STI.
Menurut Laporan Bank Dunia bertajuk Assessing the Effectiveness of Public Research Institutions in Fostering Knowledge Linkages and Transferring Technology in Malaysia 2020 turut menekankan tentang keperluan untuk Malaysia memperkasakan tadbir urus dalam memacu ke arah pertumbuhan ekonomi yang berasaskan kepada inovasi bagi mengharungi krisis global semasa di dalam mencapai aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Sebagai penanda aras, banyak negara yang mempunyai akta sains dan teknologi masing-masing bagi mengawal selia dan menambah baik ekosistem STI secara keseluruhannya seperti Jepun, Thailand, USA, Sepanyol dan Korea Selatan.
Berdasarkan analisis perbandingan tadbir urus berkaitan STI yang dibuat oleh OECD terhadap negara maju sains seperti Austria, Denmark, Finland, Netherland, Jepun, UK, Switzerland dan lain-lain. Kesemua majlis berkaitan STI yang ditubuhkan adalah berasaskan kepada peruntukan dan mempunyai mekanisme undang-undang dan hasilnya mereka dilihat dapat mengkaji dan menyelaras keseluruhan ekosistem STI di negara masing-masing dengan lebih baik.
Sebagai makluman Yang Berhormat Tuaran juga, MOSTI sedang dalam usaha untuk meneruskan penggubalan RUU STI dengan matlamat untuk memelihara kepentingan kerajaan di dalam bidang dan aktiviti berkaitan STI di dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang berasaskan kepada inovasi. Inisiatif mewujudkan RUU Sains, Teknologi dan Inovasi ini akan menjadi game changer dengan izin kepada pengukuhan ekosistem STI dalam semua aspek. RUU STI yang sedang dirangka dijangka akan dapat menambah baik ekosistem STI negara secara keseluruhannya.
RUU STI ini akan merangkumi aspek;
(a) pemerkasaan ekosistem STI;
(b) pemantapan pelaksanaan dan pengurusan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan negara;
(c) modal insan dan bakat STI;
(d) peruntukan dan pengurusan kewangan merangkumi kerjasama industri; dan
(e) pengukuhan perkongsian data.
Satu MJM Kebenaran Menggubal Akta STI akan diangkat pada tahun ini setelah kesemua sesi libat urus dengan pihak berkepentingan selesai dilaksanakan.
MOSTI mensasarkan supaya RUU STI ini diangkat bagi pertimbangan Parlimen pada tahun 2025. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Semasa saya Menteri MOSTI, telah dapati bahawa bilangan pelajar yang mengambil Sains telah menurun dengan drastik. Malah universiti-universiti menghadapi masalah kekurangan pelajar yang mengambil mata pelajaran STEM.
Oleh itu dua inisiatif yang telah diambil, satu ialah menggubal Rang Undang- undang STI yang seperti dimaksudkan tadi. Kita telah memulakan inisiatif pada tahun 2016 tetapi kenapa mengambil masa yang begitu lama? Tadi sedikit penjelasan tetapi makna dia tidak diberi penumpuan. Itu satu kenapa begitu, sampai mahu lapan tahun sudah sekarang, baru sekarang mahu ambil MJM lagi?
Soalan saya kedua ialah kita juga telah berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan ketika itu untuk menubuhkan satu STEM Centre. STEM Centre berasaskan dengan pengalaman Youth STEM Centre di United Kingdom dan kita telah ada peruntukan. Kita telah mulakan. Maknanya Kementerian Pendidikan akan promosi dan bagi kita, kita mempersiapkan dari segi teknologinya.
Apa yang saya dimaklumkan ialah STEM Centre ini telah ditutup dalam Kerajaan Madani ini. Pertanyaan saya, kenapa ditutup? Kenapa tidak diteruskan STEM Centre ini? Jadi, kalau pada saya, pertimbangkan semula supaya STEM Centre ini dihidupkan balik dan kalau boleh Yang Berhormat boleh melawat Youth STEM Centre di United Kingdom untuk memperkasakan lagi pendidikan STI di Malaysia ini. Terima kasih.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih YB Tuaran. Memang saya mengakulah bahawa Rang Undang-undang STI ini mengambil masa yang agak lama dan ada beberapa faktor.
Usaha untuk merangka Akta STI ini telah pun dimulakan sejak tahun 2010.
Skop draf Rang Undang-undang STI ini yang dirangka pada masa itu agak luas merangkumi pelaksanaan di DSTIN, Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara, mempromosi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan bakat dan kemahiran, penubuhan dana R&D, peranan Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (MSPK) dan juga peranan institusi sains seperti Penasihat Sains dan peranan Pusat Data STI di bawah MOSTI.
Pada tahun 2017 − mengikut data yang saya ada, kementerian telah membuat keputusan bagi menangguhkan cadangan penggubalan Akta Sains. Antara faktor yang mendorong keputusan itu adalah disebabkan oleh beberapa perkara dasar yang perlu diteliti terlebih dahulu. Antara kerisauan dalam peruntukan draf Rang Undang- undang Sains dan Teknologi pada ketika itu merangkumi penubuhan Majlis Sains Negara yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 serta pemansuhan Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan yang melalui keputusan Jemaah Menteri pada 23 Disember 2020.
Kedua, terdapat juga risiko dalam pelaksanaan terutamanya penguatkuasaan terhadap kementerian atau agensi kerajaan yang tidak mematuhi peruntukan berkaitan perkongsian data kementerian.
Ketiga, perkembangan STI lebih cepat dan berkesan merentasi pelbagai sektor industri serta kementerian berdasarkan pernyataan masalah teknologi berbeza.
So, mengambil kira perkara-perkara ini maka sekarang MOSTI lebih jelas dalam tindakan penggubalan Rang Undang-undang Sains dan Teknologi yang kini dikenali sebagai Rang Undang-undang Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun RUU STI. So, proses penggubalan ini kami jangka akan diteruskan dan kalau semua berjalan dengan lancar, tahun depan kita akan table atau kami akan bawa rang undang-undang ini ke Parlimen. Itu soalan pertama.
Soalan kedua, STEM Centre, Pusat STEM − Centre yang ditutup adalah di bawah KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi sekarang kita ada usaha untuk menghidupkan balik. Cuma perlu ada perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada pusat STEM, MOSTI juga ada beberapa inisiatif yang sebelum ini ada dan juga ada inisiatif baru. Sebelum ini kita ada Minggu Sains Negara dan Techlympics. Tahun lepas ada inisiatif baharu, Inovaton dan tahun ini ada inisiatif baru juga iaitu STEM Camp.
Semua program ini merupakan program perdana ataupun flagship MOSTI.
Kami harap dengan program-program seperti ini bolehlah membantu ataupun memupuk minat pelajar dalam aliran STEM. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Dasar Pemberian Mikro KreditSpecial Chamber
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dasar Pemberian Mikro Kredit. Tan Sri Yang di-Pertua, Program Mikro Kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dilaksanakan mengikut prinsip peer-presure peer-support hasil adaptasi sistem Grameen Bank di Bangladesh, dikatakan telah berjaya mengeluarkan ribuan wanita daripada gejala kemiskinan sejak penubuhan AIM pada 17 September 1987. Malah, dikatakan sudah ada usahawan wanita yang telah berjaya menjadi jutawan.
Di samping berperanan untuk membasmi kemiskinan, institusi makro kredit wujud untuk memastikan semua lapisan masyarakat terutama golongan underprivileged mempunyai akses terhadap perkhidmatan perbankan. Di Sabah, dimaklumkan bahawa terdapat hampir 55,000 orang wanita yang dikenali sebagai ‘Sahabat Usahawan’ menyertai program AIM sejak tahun 1987 sehingga sekarang.
Difahamkan, bilangan Sahabat Usahawan di Sabah adalah yang paling ramai berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Cabaran menjalankan operasi AIM di Sabah berbanding negeri-negeri lain agak tinggi disebabkan oleh keadaan bentuk muka bumi dan keadaan infrastruktur jalan. Tetapi difahamkan bahawa peratusan kadar bayaran balik semasa yang dinilai menggunakan kaedah portfolio-at-risk atau PAR adalah cemerlang. Sebanyak 19 daripada 22 cawangan AIM di Sabah mencatatkan kadar bayaran balik seratus peratus atau dalam kata lain berstatus PAR sifar.
Namun saya difahamkan, operasi AIM di Sabah pernah suatu ketika berhadapan dengan masalah integriti dan bayaran balik. Pada hemat Tuaran, masalah ini berpunca daripada isu dasar yang mana dikatakan ada bukan warganegara yang telah dibenarkan menjadi Sahabat Usahawan dan seterusnya mendapat pinjaman dan juga peristiwa luar jangka.
Pencerobohan Sulu yang berlaku awal tahun 2013 telah menyebabkan operasi AIM di Sabah terutamanya di bahagian Pantai Timur Sabah terjejas. Ramai Sahabat Usahawan terutamanya pemegang kad pengenalan merah dan bukan warganegara telah menghilangkan diri dan ramai pula yang terjejas punca pendapatan.
Saya difahamkan, pada tahun 2022, AIM di Sabah berjaya mengeluarkan modal pembiayaan hampir RM320 juta. Walaupun kadar bayaran balik adalah cemerlang sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, agihan modal untuk AIM di Sabah semakin menurun sedangkan peruntukan untuk negeri-negeri lain meningkat.
Contohnya, Parlimen Tuaran telah bertahun-tahun mendapat RM20 juta setahun melibatkan 3,500 peminjam tetapi pada tahun 2023 iaitu tahun lepas diberi hanya RM13 juta. Tuaran berpendapat, keperluan modal pembiayaan peserta AIM di Sabah perlu dinaikkan memandangkan menurut laporan, lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia berada di Sabah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan. Di samping itu, prestasi bayaran balik di Sabah adalah cemerlang.
Oleh itu, Tuaran mencadangkan supaya tatakelola modal pinjaman diperturunkan balik ke Sabah. Sekarang ini di Putrajaya yang menentukan.Dan jumlah modal untuk Sabah hendaklah dikembalikan seperti dahulu iaitu sekurang- kurangnya RM350 juta setahun. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran di atas keprihatinan beliau terkait dengan pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia atau pun ringkasnya AIM di Sabah.
Secara umumnya, terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi iaitu berkaitan tertohmah berkaitan pengurangan jumlah peruntukan AIM di Sabah pada tahun 2022 dan 2023, serta cadangan supaya tata kelola modal pinjaman diperturunkan balik ke Sabah serta jumlah modal untuk Sabah dikembalikan seperti dahulu iaitu sekurang-kurangnya RM350 juta satu tahun.
Untuk maklum Ahli Yang Berhormat, sebagai latar belakang AIM yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sejak 20 Januari 2023 melalui Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1987 melalui Surat Cara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah Pemerbadanan 1952 (Pindaan) 1981 atau pun yang dikenali sebagai Akta 258. AIM berperanan menawarkan Skim Pembayaran Kredit Mikro kepada golongan kurang berkemampuan untuk mengusahakan kegiatan ekonomi untuk menambah pendapatan keluarga. Sejak penubuhannya pada tahun 1987 hingga tahun 2023, AIM telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM32.52 bilion.
Mengenai pertanyaan berkaitan pengurangan jumlah pembiayaan AIM di negeri Sabah pada tahun 2022 dan 2023, AIM telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM319.32 juta pada tahun 2022 melibatkan seramai 67,312 usahawan dan sebanyak RM283.14 juta kepada seramai 54,217 usahawan di Sabah pada tahun 2023. Pengurangan ini adalah disebabkan penurunan pengeluaran pembiayaan keseluruhan AIM daripada RM2.74 bilion pada tahun 2022 kepada RM2.57 bilion pada tahun 2023 di mana ia turut mengurangkan jumlah pembiayaan AIM di semua negeri termasuk di Sabah. Dalam tempoh tersebut AIM hanya menggunakan sumber kewangan dalaman agensi dan mengguna pakai kutipan
bayaran balik yang diterima daripada Sahabat Usahawan AIM untuk digunakan semula sebagai dana pembiayaan kepada Sahabat Usahawan AIM.
Pada masa yang sama AIM juga mempunyai kos operasi yang perlu ditanggung dan juga bayaran balik pembiayaan kepada Kerajaan Persekutuan yang perlu dilunaskan mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, AIM komited untuk membayar balik pembiayaan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM857.97 juta yang mana sejumlah RM396.10 juta telah dibayar balik setakat 31 Disember 2023 dengan baki pembiayaan berjumlah RM461.87 yang perlu dibayar semula.
Daripada jumlah ini AIM mempunyai komitmen untuk membayar balik pembiayaan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM92.99 untuk dibayar pada tahun ini.
Tahun hadapan perlu bayar semula RM92.99 juta dan seterusnya pada tahun 2026 perlu membayar RM59.99 juta dan seterusnya RM35.99 satu tahun dari tahun 2027 hingga 2032. Pembayaran balik pembiayaan Kerajaan Persekutuan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada jumlah pengeluaran pembiayaan AIM bagi tahun semasa kepada semua negeri termasuk di Sabah.
Selain itu Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan cadangan supaya jumlah pembiayaan di Sabah pada tahun 2024 ini dipertingkatkan kepada sekurang- kurangnya RM350 juta. Secara umumnya kementerian dan AIM terbuka kepada cadangan tersebut, namun cabaran penetapan jumlah pembiayaan mengikut negeri adalah tertakluk kepada ketersediaan peruntukan di bawah AIM. Di bawah perancangan AIM bagi tahun 2024, sebanyak RM2.61 bilion akan disediakan untuk membiayai permohonan oleh Sahabat Usahawan AIM di seluruh negara dengan sebanyak RM230 juta akan diperuntukkan untuk usahawan di Sabah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebelum ini AIM hanya menggunakan peruntukan dalaman bagi membiayai Sahabat Usahawan AIM dan tidak pernah menerima peruntukan daripada kerajaan. Namun, atas keprihatinan yang sama seperti Ahli Yang Berhormat untuk meningkatkan pembiayaan kepada negeri-negeri dan atas inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian saya dalam libat urus Belanjawan 2024, buat pertama kalinya AIM menerima peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah inisiatif Belanjawan 2024 bagi meningkatkan lagi jumlah pembiayaan yang disasarkan pada tahun 2024.
Bagi tahun 2024 ini juga AIM turut mempunyai perancangan bagi mendapatkan pembiayaan tambahan melalui fasiliti kredit berputar atau pun revolving credit berjumlah RM100 juta lagi dengan pihak bank bagi meningkatkan pembiayaan AIM di peringkat negeri di seluruh negara. Dan ini sudah tentunya membolehkan pembiayaan tambahan kepada Sabah selain daripada RM230 juta yang kita sediakan awal melalui dana dalaman. Kita tambah daripada inisiatif belanjawan RM100 juta dan kita tambah lagi nanti melalui fasiliti kredit berputar ataupun revolving credit yang kita sedang muktamadkan dengan pihak bank sekarang.
Berkaitan dengan cadangan tatakelola modal pinjaman diuruskan di peringkat negeri, perkara ini saya setuju perlu diteliti untuk diteliti secara menyeluruh oleh kementerian dan AIM kerana ia terkait dengan perubahan dasar dan polisi kelulusan pembiayaan. Pada masa ini dari aspek tatakelola pengurusan pembiayaan oleh AIM, kelulusan pembiayaan ini adalah secara berperingkat, di mana ia bermula daripada pembentangan pembiayaan oleh Sahabat Usahawan di mesyuarat pusat diikuti dengan kelulusan peringkat pertama oleh kumpulan dan pusat sahabat tersebut.
Seterusnya pembiayaan ini akan diangkat untuk kelulusan cawangan AIM di peringkat negeri dan ibu pejabat.
Secara keseluruhannya proses kelulusan ini akan dilaksanakan dalam tempoh 16 hari bekerja berbanding dengan tempoh asal 28 hari sebelum ini dan
tempoh 16 hari itu meliputi − apa ini daripada proses kelulusan sehingga pembiayaan itu disalurkan ke akaun sahabat-sahabat.
Secara keseluruhannya, AIM sedang dalam proses menyusun semula operasi di Sabah bagi memastikan penyaluran pembiayaan yang lebih berkesan dan efektif.
Ini dijangka akan dapat memastikan kos operasi di Sabah berada di tahap optimum di samping memberi pembiayaan berterusan kepada Sahabat Usahawan AIM Wilayah Sabah. Terima kasih.
Ada soalan tambahan daripada Yang Berhormat, silakan.
Terima kasih di atas jawapan yang komprehensif tadi. AIM telah terbukti dalam memerangi kemiskinan.
Dan Kerajaan Madani memang dalam proses memerangi kemiskinan, menoktahkan kemiskinan. Dan ini yang terbukti.
Oleh sebab itu, jumlah yang RM100 juta ini I think is under statement-lah. The Kerajaan Madani atlest you give RM1 billion. Kalau betul-betul kita mahu menoktahkan kemiskinan. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat selain daripada RM100 juta lepas sudah involving credit, adakah Yang Berhormat akan berjuang di Kabinet supaya ini ditingkatkan, tingkatkan, sampai RM1 bilion sebab kita sedang berperang menoktahkan kemiskinan. Itu satu.
Yang kedua, adakah Yang Berhormat, adakah kerajaan akan menyiasat bagaimana dahulu telah berlaku di mana orang bukan warganegara telah diberikan makro kredit ini dan oleh sebab Perang Tanduo dulu, telah berlaku satu – orang lari dengan duit itu. Sebab orang ini bukan warganegara. Hanya kerana mereka dikatakan miskin. Hanya mereka ini ada kad pengenalan merah. Dan adakah Yang Berhormat mahu menyiasat ini? Bagaimana perkara ini telah berlaku. Sebab ini telah mencemarkan integriti yakni negeri Sabah.
Sehinggakan ditarik ke Putrajaya, pengurusan pemberian kredit di Sabah sedangkan itu bukan masalah Sabah, ini masalah salah guna kuasalah kepada mereka yang sepatutnya – bukan warganegara tidak boleh dapat. Tapi ini dibagi.
Jadi, adakah ini akan disiasat atau bagaimana? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Pertama, tentang perjuangan kita di Kabinet untuk menambah belanjawan kepada AIM ini, perjuangan saya bermula pada tahun lepas. Sebaik sahaja saya menerima mandat untuk melihat ataupun – selepas AIM ini diletakkan sebagai salah satu agensi di kementerian, kita bermula dengan libat urus belanjawan. Dan kita telah mencadangkan satu jumlah dan kita telah dimulakan dengan RM100 juta tahun ini.
Saya setuju, jumlah ini agak kecil berbanding dengan keperluan pembiayaan oleh sahabat-sahabat kita. Dan perjuangan itu kita akan teruskan pada tahun ini. Ini jaminan saya Yang Berhormat.
Keduanya, tentang pemberian pembiayaan kepada bukan warganegara. Ini saya tidak dapat bersetuju, saya akan teliti dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah membawa perkara ini ke Dewan ini dan saya rekodkan sebagai satu pandangan yang mesti disiasat oleh saya dan pihak kementerian.
Hasil siasatan itu nanti saya akan bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri kerana pada saya, asasnya, pembiayaan oleh agensi kerajaan Malaysia ini tidak boleh diberikan kepada warganegara. Ini pandangan saya, mungkin pandangan peribadi pada ketika ini tetapi sebagai satu panduan kepada siasatan yang saya akan laksanakan.
Tetapi saya dimaklumkan selepas 2013 itu, sudah tidak ada permohonan baharu diterima oleh AIM yang melibatkan bukan warganegara ini. Kita ambil iktibar perkara yang berlaku sebelum itu, saya tidak tahu apa sebabnya pentadbiran pada masa itu memberi pembiayaan ini kepada warganegara. Pada saya, saya tidak boleh terima itu. Dan yang boleh menjawab kenapa ia diberi kepada bukan warganegara, adalah mereka yang duduk dalam pentadbiran pada ketika itu.
Tetapi, saya berada di sini untuk memberikan jaminan kepada Dewan ini, kepada Yang Berhormat, untuk saya siasat perkara ini dan saya perlu bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri kerana pembiayaan kepada bukan warganegara itu pada saya sesuatu yang sangat serius dan saya melihatnya tidak boleh diterima.
Sedangkan warganegara kita, masih memerlukan pembiayaan yang sewajarnya daripada agensi kita ini, daripada kerajaan dan kementerian kita ini.
Dan sebagai makluman Yang Berhormat juga, kementerian sedang merangka satu program khas menoktahkan kemiskinan bermula dengan tiga cadangan, pilot project kita di tiga kawasan Parlimen yang mempunyai daftar ataupun insiden kemiskinan yang tertinggi iaitu kawasan Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. Di mana, agensi penerajunya adalah AIM dan melibatkan semua agensi-agensi di kementerian.
Yang ini, kita sedang muktamadkan dan kita akan – mudah-mudahan dilancarkan pada tahun ini, satu program jangka masa panjang. Jadi ini satu lagi perjuangan baharu kita. Pendekatan whole-of-ministry approach untuk membolehkan agensi-agensi kementerian ini membawa wawasan Perdana Menteri untuk menghapuskan ataupun menoktahkan kemiskinan. Di Sabah bermula dengan tiga kawasan Parlimen yang insiden kemiskinannya begitu tinggi. Dan AIM sebagai agensi, lead-agency dibantu oleh agensi-agensi lain dan penglibatan kementerian lain. Dan saya akan melihat secara peribadi untuk meneliti dan memantau sendiri perjalanan program ini nanti.
Terima kasih dan saya juga ucapkan mengalu-alukan sekiranya pandangan- pandangan, cadangan-cadangan tambahan yang boleh kita angkat jadikan sebagai sebahagian daripada tatakelola baharu pembiayaan mikro kredit kepada usahawan- usahawan kita di seluruh negara termasuk di Sabah. Terima kasih.
Silakan, Pokok Sena.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Menggubal Undang-Undang SyariahSpecial Chamber
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap petisyen Nik Elin Zurina binti Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha yang mencabar kuasa badan perundangan negeri kelantan untuk menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 pada 9 Februari 2024 telah menimbulkan pertikaian yang panjang mengenai bidang kuasa mahkamah.
Selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari 2024 yang memberikan tempoh masa setahun bagi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang
Islam, Pokok Sena ingin membangkitkan beberapa persoalan untuk diberikan pencerahan lanjut oleh Menteri yang berkaitan.
Pertama, apakah kerajaan akan meneliti semula keanggotaan Jawatankuasa Khas berkenaan untuk turut melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan dalam kes Nik Elin seperti Majlis Agama Islam Negeri-negeri, peguam-peguam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan serta bekas-bekas hakim mahupun pengamal perundangan yang pernah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam sebarang kajian berkaitan harmonisasi bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah.
Yang kedua, apakah kerajaan akan menyatakan perancangan pelan masa yang akan dilaksanakan dalam tempoh satu tahun ini serta menjelaskan beberapa milestone yang perlu dan akan dicapai dalam tempoh yang sama ini. Perkara ini bagi memastikan rakyat khususnya umat Islam dapat meneliti perjalanan agenda jawatankuasa khas supaya ia sentiasa on track sebagaimana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Yang ketiga, apakah kerajaan melalui Jawatankuasa Khas ini bersedia untuk memobilisasi isu ini di pelbagai peringkat dengan menubuhkan jawatankuasa kecil komunikasi strategik bagi meluruskan kefahaman rakyat terhadap usaha yang sedang digarap bagi memperkasa dan memperkukuh undang-undang syariah di Malaysia serta jawatankuasa kecil merentasi parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya bagi memastikan libat urus yang menyeluruh dan komprehensif. Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena atas keprihatinan berkaitan isu ini melalui usul yang dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(1).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini kerajaan tidak berhasrat untuk meneliti semula keanggotaan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang- undang Islam ataupun singkatannya ‘Jawatankuasa Khas’. Individu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa khas ini telah pun dipilih dalam kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang undang-undang sivil, Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Khas boleh dan akan menjemput individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk memberikan pandangan terhadap isu yang dibangkitkan di peringkat Jawatankuasa Khas bagi memastikan setiap kajian yang dibuat lebih menyeluruh dan telah mengambil kira semua faktor yang berkaitan termasuklah perundangan dan hukum syarak.
Untuk makluman Yang Berhormat jua, pelantikan kesemua anggota Jawatankuasa Khas ini telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa saya menyembah menghadap pada 23 November 2023.
Pelaksanaan gerak kerja Jawatankuasa Khas juga telah pun bermula sebaik sahaja watikah pelantikan diserahkan kepada Pengerusi dan semua anggota Jawatankuasa Khas oleh YB Menteri pada 5 Disember 2023 yang lalu dan mesyuarat pertama telah diadakan pada tarikh yang sama.
Jawatankuasa Khas telah pun mengadakan mesyuarat sebanyak sembilan kali yang bermula pada 5 Disember 2023. Kali terakhir Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bil. 9 telah diadakan pada 23 Februari 2024 yang lalu.
Saya percaya dengan pengalaman yang luas dalam bidang kepakaran masing- masing, anggota Jawatankuasa Khas ini mampu mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni bagi menyelesaikan isu yang berbangkit mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di bawah Butiran 1, Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan daripada berterusan.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan kedua Yang Berhormat iaitu pelan dan perancangan Jawatankuasa Khas. Jawatankuasa Khas akan menyediakan laporan hasil kajian dan pandangan terhadap semua isu yang berbangkit dalam tempoh enam bulan atau tidak melebihi satu tahun untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ataupun MKI dan seterusnya mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Jawatankuasa Khas ini akan melaksanakan kajian mengenai isu konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan mahkamah sivil secara menyeluruh dan tidak hanya memberi fokus kepada isu kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam sahaja. Bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, semua isu yang melibatkan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan mahkamah sivil sedang diteliti dan dikaji dengan terperinci.
Dalam hal ini, diharapkan semua pihak dapat memberi ruang kepada Jawatankuasa Khas ini untuk melaksanakan kajian mereka dan seterusnya mengesyorkan pandangan dan cadangan mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Dan ini juga bersesuaian dan bertepatan dengan Titah Duli Tuanku Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI. Harus difahami bahawa isu konflik bidang kuasa ini merupakan isu yang perlu ditangani dengan sebaik-baiknya kerana ia menyentuh bidang kuasa negeri dan juga Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan yang ketiga berkaitan dengan komunikasi strategik dan penyampaian kefahaman dan penjelasan kepada rakyat. Kerajaan sedar akan peri pentingnya untuk sentiasa memberi kefahaman dan penerangan kepada rakyat terhadap usaha yang sedang digarap bagi memperkasa dan memperkukuh undang-undang syariah di Malaysia. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham atau persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penerangan dan penjelasan berkenaan usaha memperkasa dan memperkukuh undang-undang syariah termasuklah memartabatkan kehakiman syariah di Malaysia telah, sedang dan akan disampaikan melalui pelbagai medium antaranya dalam bentuk video, audio, poster dan infografik dalam media sosial dan media arus perdana.
Selain itu, dalam memastikan mesej dapat disampaikan kepada rakyat dengan berkesan, penerangan dan penjelasan tersebut turut dilakukan melalui kempen media bersasar seperti siaran dan kenyataan media, sidang media, rancangan- rancangan ilmiah yang melibatkan pakar dan para akademik dalam media elektronik dan kapsul pendek pihak ketiga seperti pempengaruh di media sosial.
Penyampaian mesej juga akan turut melibatkan penerangan oleh guru-guru takmir di masjid dan surau seluruh negara. JAKIM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan sesi taklimat khas bagi memberi panduan dan input maklumat penjelasan kepada jemaah di masjid dan surau seluruh negara.
Dalam masa yang sama juga Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga bercadang untuk mengadakan satu konvensyen dalam masa yang terdekat yang kita namakan sebagai Konvensyen Memperkasakan Mahkamah Syariah yang akan dihadiri oleh semua pihak pemegang taruh, pakar-pakar perundangan, ahli-ahli politik, Ahli-ahli Parlimen yang akan dijemput untuk memberikan pandangan dan idea masing-masing dan kemudiannya akan dibawa ke Jawatankuasa Khas untuk dipertimbangkan.
Supaya keseluruhan pandangan dan idea yang benar-benar tuntas yang akan dapat membantu usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan mengelakkan isu pertindihan serta ketiadaan bidang kuasa badan perundangan negeri itu akan dapat diselesaikan.
Dalam hal ini, kerajaan secara proaktif memberi penerangan dan maklumat secara konsisten. Sekiranya terdapat persepsi negatif terhadap usaha dan tindakan secara langsung atau tidak langsung daripada pihak-pihak tertentu. Kerajaan sentiasa mengkoordinasi tindakan bersama agensi-agensi hal ehwal agama dalam mengawal perkara tersebut daripada terus berleluasa dan menyebabkan kekeliruan kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan. Soalan saya adalah, apakah tindakan jangka masa pendek yang boleh diatur oleh kementerian bagi memastikan tindakan strategik litigation seperti kes Nik Ellin ini tidak berulang sementara tempoh jawatankuasa menyediakan syor dalam tempoh setahun?
Di samping itu, saya juga ingin menzahirkan kebimbangan dengan trend yang berlaku iaitu trend yang menunjukkan Enakmen Syariah ini terdedah kepada cabaran dan pembatalan dengan pelbagai alasan. Soalannya, di mana lagi undang-undang Syariah ini nak digubal dan diluluskan jika yang digubal pun terdedah kepada pembatalan oleh mahkamah tanpa mahkamah perlu merujuk kepada Dewan Undangan Negeri yang meluluskannya? Terima kasih.
Terima kasih Tan Sri di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Pokok Sena. Dalam konteks ataupun usaha yang akan dibuat dalam tempoh yang pendek ini, usaha-usaha seperti mana yang saya sebut sebentar tadi untuk memberikan pencerahan dan juga penjelasan berkaitan dengan isu pertindihan serta kompetensi bidang kuasa negeri ini akan terus dipergiatkan.
Saya percaya dalam apabila usaha-usaha yang dibuat untuk memberikan pencerahan ini dan juga usaha libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, perbincangan dalam melihat untuk memahami keputusan kes Nik Ellin itu sendiri. Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.
Saya rasa ini sangat penting sebab ia telah diputuskan oleh satu badan kehakiman yang tertinggi dalam negara. Jadi, apa yang kita boleh fahami berdasarkan keputusan yang dibuat dalam kes Nik Elin itu ialah sejauh mana kuasa yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kuasa yang diberikan kepada negeri untuk membuat undang-undang dan kuasa yang diberikan kepada Badan Persekutuan Parlimen untuk membuat undang-undang.
Jadi dalam konteks keputusan yang telah dibuat dan oleh Mahkamah Persekutuan itu lebih menentukan untuk memartabatkan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Supaya, badan perundangan negeri mahupun badan perundangan Persekutuan itu saling hormat-menghormati antara satu sama lain, kuasa yang ada dan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Jadi, saya ingat pada soalan yang pertama tadi Yang Berhormat tadi itu, engagement ataupun libat urus tadi itu sedang dan akan dilakukan. Berkaitan dengan trend terdedahnya kepada cabaran. Saya ingat, Yang Berhormat dalam konteks separation of over, dengan izin ataupun kuasa tiga organs kerajaan yang sedia ada, Kehakiman, Eksekutif dan juga Legislatif ini – saya rasa – kita agak sukar untuk memastikan ada di antara individu ataupun mana-mana pihak yang mungkin akan menfailkan sesuatu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk membuat sesuatu cabaran.
Dan dalam konteks kerajaan, usaha pencerahan dan yang dibuat untuk memastikan Mahkamah Syariah ini terus diperkasakan akan dijalankan. Dalam konteks menghormati ketiga-tiga organs kerajaan yang berjalan dan pihak yang akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah, mencabar sesuatu peruntukan yang telah digubal oleh kerajaan negeri kuasa ini, memang telah diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan seperti Yang Berhormat sedia maklum, diberikan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara , Fasal 128, Perlembagaan Persekutuan.
Jadi, mana-mana pihak yang merasakan bahawa peruntukan-peruntukan yang digubal oleh badan perundangan negeri yang dirasakan telah terkeluar daripada kuasa sedia ada yang ada pada badan perundangan negeri ini. Maknanya, dalam konteks Nik Elin tadi, badan perundangan negeri Kelantan untuk menggubal beberapa seksyen di dalam enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan.
Sefaham saya Yang Berhormat, kalau kita tengok apa yang berlaku di Mahkamah Persekutuan tidak keseluruhan enakmen jenayah syariah negeri Kelantan itu dicabar, yang dicabar adalah beberapa seksyen di dalam enakmen jenayah syariah tersebut atas alasan bahawa badan perundangan negeri tidak ada kuasa untuk menggubal peruntukan-peruntukan tersebut.
Jadi, dalam konteks inilah Yang Berhormat – pertama, saya jawab pada soalan kedua tadi. Dalam kita nak menghalang mana-mana pihak untuk tidak mengemukakan ataupun mencabar mana-mana peruntukan itu agak sukar. Kita pun tidak tahu sebab ini kuasa. Kalau kita lihat pada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin, walaupun kita tengok – sefaham saya kalau kita tengok dalam kes, biasanya orang yang mahu failkan locus standi di sesuatu peruntukan, mencabar sesuatu peruntukan dalam kes Nik Elin walaupun dia tidak terlibat secara langsung, ataupun locus, mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa Nik Elin mempunyai locus untuk mengemukakan permohonan mencabar peruntukan di negeri Kelantan.
Jadi, apa yang telah diputuskan dalam kes Nik Elin itu telah membuka ruang yang begitu luas kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan permohonan untuk mencabar apa-apa peruntukan ataupun undang-undang sebagai tidak berperlembagaan.
Jadi, sebab itulah Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, saya kata, dalam konteks kebebasan kehakiman kita agak sukar untuk menghalang mana-mana pihak untuk mengemukakan sesuatu permohonan untuk mencabar kuasa yang ada pada badan perundangan negeri. Itu jawapan saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Tindakan Terhadap Kenyataan Provokatif Pemimpin PolitikSpecial Chamber
Tan Sri Yang di- Pertua. Kenyataan bersifat provokasi yang dikeluarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Harapan boleh menimbulkan keadaan yang tidak senang dalam kalangan rakyat.
Sekitar Mac 2023, seorang pemimpin veteran parti DAP telah mengemukakan pandangan bersifat kontroversi iaitu dengan melantik seorang Perdana Menteri daripada bukan Melayu kemudian disusuli gesaan pelantikan golongan bukan Islam dalam keanggotaan Jawatankuasa Khas Untuk Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membuat Undang-Undang Syariah oleh Ahli Parlimen Beruas.
Lebih membimbangkan adalah perjuangan di sebalik gagasan Malaysian Malaysia yang boleh menghakis identiti asal Tanah Melayu yang kita diami sejak sekian lama. Perkara ini terus dilaung-laungkan oleh pimpinan utama parti DAP termasuklah dalam konteks memperjuangkan sebuah negara sekular yang bertentangan dengan identiti kenegaraan yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Namun, masih tiada tindakan diambil meskipun jelas sifat provokasi yang dicetuskan. Kerajaan sebaliknya mengambil tindakan yang tegas terhadap media- media termasuklah media sosial yang tidak sealiran dengan penguasa walaupun apa yang diterbitkan itu tidak bersangkut paut dengan kesalahan 3R.
Apakah kebebasan media yang dilaungkan dahulu sekadar dihimpit dengan kepentingan politik semata-mata. Oleh yang demikian, Pokok Sena ingin membangkitkan beberapa persoalan untuk diteliti pihak berkaitan:
(i) mengapa seolah-olah wujud double standard daripada kerajaan terhadap kandungan media?;
(ii) di mana kebebasan media yang sebenar seperti yang dilaungkan oleh pemimpin utama kerajaan hari ini sehinggakan kandungan politik yang tidak sealiran menerima tekanan yang dahsyat?; dan
(iii) mengapa tiada tindakan keras daripada kementerian terhadap ucapan-ucapan pemimpin PH yang bersifat provokasi?
Terima kasih.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menyokong prinsip kebebasan media dan menjamin hak kebebasan bersuara rakyat seperti mana termaktub di bawah Fasal 1(a), Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Laporan Indeks Kebebasan Media bagi 2023 oleh Reporters Without Borders
(RSF) menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-73 daripada 180 buah negara.
Pencapaian ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan pengamal media untuk menyampaikan maklumat dan pemberitaan tanpa halangan
daripada pihak yang berkepentingan sekali gus menafikan wujudnya double standard daripada kerajaan terhadap kandungan media.
Keunikan landskap media di Malaysia tidak tertakluk kepada cara penilaian yang berlandaskan media barat. Pengamal media di Malaysia sentiasa bertindak mengikut keadaan negara dengan mengambil kira undang-undang sedia ada. Hal ini membuktikan ada pergerakan yang dinamik dalam penyampaian maklumat oleh wartawan.
Namun demikian, kebebasan media hendak juga berpandukan kod etika bagi memastikan ia tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian, Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia
(JaPen) telah membangunkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang menjadi garis panduan oleh agensi media sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat yang diyakini oleh jelata.
Kod Etika Wartawan Malaysia baharu ini terdiri daripada lapan etika utama iaitu:
(i) wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk;
(ii) wartawan hendaklah telus dan berintegriti;
(iii) wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi;
(iv) pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi;
(v) kesahihan dan ketetapan maklumat;
(vi) wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber;
(vii) wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka; dan
(viii) wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan tindakan terhadap ucapan-ucapan pemimpin PH yang bersifat provokasi, kerajaan tidak pernah berkompromi terhadap segala bentuk anasir dan provokasi agama serta perkauman. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan provokasi berkaitan isu sensitif khususnya agama dan kaum. Walau bagaimanapun, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588 tidak pernah bertindak untuk mengehadkan kebebasan media selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan perundangan di bawah Akta 588, khususnya di bawah peruntukan seksyen 211 dan juga seksyen 233 di bawah akta yang sama.
Sekian, jawapan saya terima kasih, Tan Sri Speaker.
Ya Terima kasih Tan Sri. Terima kasih juga dengan jawapan yang diberikan. Cuma, soalan saya ialah baru- baru ini didedahkan kira-kira 4,000 akaun yang tidak menyokong kerajaan sudah diambil tindakan. Kalau tadi dijawapan yang diberi akan diambil. Ini yang sudah diambil tindakan. Jadi tanpa perlu melalui apa-apa proses mahkamah dan sebagainya.
Jadi, soalan saya di mana prinsip kebebasan bersuara yang dilaungkan sebelum ini serta diiktiraf sebagai hak asasi manusia sejagat dan diiktiraf oleh undang-undang. Terima kasih.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pokok Sena. Saya pun sebenarnya dah jawab soalan ini di Dewan Rakyat pada hari Selasa yang lalu. Memang betul MCMC – Kementerian Komunikasi melalui MCMC ada kemukakan permintaan kepada platform provider seperti Meta ataupun TikTok untuk turunkan kandungan yang mempunyai berita palsu, mis-informasi ataupun berfungsi ataupun berelemen penipuan.
Ini adalah untuk melindungi hak rakyat jelata supaya rakyat jelata tidak dipengaruhi oleh maklumat yang salah, Tan Sri Speaker. Saya rasakan kalau kita cakap dan menyifatkan bahawa semua content yang diturunkan adalah kerana mereka merupakan kritikan terhadap kerajaan.
Saya sendiri nak tanya di sini, Yang Berhormat Muar, pada hari yang sama upload, muat naik video di TikTok dia dan kritik saya. Dan kritik saya. Kenapa saya tak minta TikTok untuk turun ataupun sekat akaun dia? Banyak lagi akaun-akaun yang dimiliki oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang masih boleh akses di TikTok seperti Ahli Parlimen Putrajaya yang semasa dalam perbahasan Ahli Yang Berhormat Muar cakap bahawa akaun Ahli Yang Berhormat Putrajaya disekat oleh TikTok.
Tetapi sebenarnya kalau kita semak dalam phone kita, akaun TikTok Ahli Yang Berhormat Putrajaya masih di sana. Jadi, saya harap bahawa Yang Berhormat faham kami sebagai kerajaan, kami kalau rasa ada informasi yang tidak tepat, adalah yang berunsur penipuan, adalah yang bersifat bahawa mempunyai berita palsu, kami akan kemukakan permintaan itu kepada platform provider untuk padamkan.
Tetapi, platform provider mereka juga ada garis panduan mereka untuk melindungi hak bersuara. Hak bersuara. Jadi, kalau mereka pun setuju bahawa kandungan tersebut adalah bersifat bahawa berita palsu, mereka akan padamkan.
Tetapi kalau mereka rasa bahawa ucapan itu tak ada masalah, itu adalah hak rakyat untuk bersuara, seperti apa yang telah dimuat naik oleh Ahli Yang Berhormat Muar.
Saya pun tidak pernah minta TikTok untuk padamkan, kalau begitu simple sahaja, kerajaan tak suka lah kritikan ini, tak suka kritikan itu, kita boleh minta TikTok untuk padamkan. Kerja saya senanglah Yang Berhormat.
But, that is not the thruth. Video saya Yang Berhormat Muar sekarang masih di TikTok saya tak minta TikTok untuk padamkan. Saya boleh cakap di sini Yang Berhormat dan bolehlah kongsi maklumat ini dengan beliau, MCMC tidak pernah kemukakan permohonan kepada TikTok untuk padamkan mana-mana satu video Yang Berhormat Muar. Kalau video itu dipadam oleh TikTok dia perlu tanya TikTok kenapa mereka buat demikian.
Ini kerana mereka ada garis panduan sendiri kalau mereka terima aduan daripada orang awam, selepaslah penilaian mereka, mereka rasa bahawa kandungan itu langgar garis panduan, mereka ada hak untuk membuat tindakan saat itu juga. Jadi, janganlah semua – kalau satu video dipadam, mesti MCMC yang buat, mesti Kerajaan Madani yang buat. Itu tidak adil dan tidak betul.
Jadi saya harap Yang Berhormat, sila lah faha lah isu ini. Kalau begitu senang untuk saya tutup akaun Ahli Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Putrajaya, kenapa TikTok akaun mereka masih di TikTok, kenapa? Itu sajalah.Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamat sesi Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 4 Mac 2024 pada jam 2.30 petang. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi. [Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.36 petang]