Dewan Rakyat · 2 July 2024

15th Parliament, session 3, meeting 2 · not final · 874 turns · 47,003 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Ucapan Takziah Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Dr. Syed Husin Ali

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada kesempatan ini, saya merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Dr. Syed Husin Ali, mantan Ahli Parlimen yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.20 pagi, Sabtu, 29 Jun 2024. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal dari tahun 2009 hingga 2015. Allahyarham terkenal sebagai tokoh politik negara yang gigih memperjuangkan isu-isu keadilan sosial. Allahyarham juga merupakan seorang tokok akademik terkemuka, perintis bidang sosiologi di negara ini dan merupakan antara pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta beriman. Kepada yang beragama Islam, saya minta kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Dr. Syed Husin Ali. Manakala kepada mereka yang bukan beragama Islam, saya mohon untuk tafakur seminit. Al-Fatihah. [Ahli-ahli bangun bertafakur]

Tuan Yang di-Pertua

Kita mulakan waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Muhammad Bakhtiar bin Wan ChikPKR · PHBalik Pulau · question

1. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Perdana Menteri menyatakan hala tuju Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dalam meningkatkan pelaburan domestik yang selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga tetapi dalam masa yang sama perlu mengimbangi keperluan kawasan berdekatan seperti masalah bekalan air di Seberang Perai Selatan.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Terima kasih Balik Pulau. Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP), itu merupakan ikhtiar Kerajaan Madani berteraskan kaedah kerjasama awam swasta. Swasta di sini maknanya PNB dan SD Guthrie dengan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak sepertimana yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Madani 2024 pada 13 Oktober yang lalu. Dia akan bergantung kepada kekuatan tenaga solar sebagai sumber tenaga hijau utama dan fasa pertama yang telah diumumkan melibatkan pembangunan tanah berkeluasan 1,000 ekar. Dia memudahkan kerana seluruh tanah ini dimiliki oleh Sime Darby dan Kerajaan Negeri Perak telah mempercepatkan proses pengambilan tanah yang dijangka bermula dalam kadar segera tahun ini juga. Ya berdekatan dengan hab E&E di Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech di Kedah. Jadi, keperluan kepesatan industri menuntut ada program kerana minat MNC’s dari sudut semi konduktor yang berlaku sekarang dan juga dalam industri dan teknologi hijau yang meningkat. Akan tetapi ekosistem perlu diperkukuh. Oleh sebab itu pendirian kerajaan untuk mempesat pembangunan industri pendidikan di Universiti Sains Malaysia, institusi TVET di Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta Pusat Latihan GIATMARA supaya dapat ditingkatkan dan diselenggarakan, diselaraskan oleh TPM 1. Keduanya tentang bekalan air mentah. Kedah ada memaklumkan kesediaan membantu tapi jumlahnya terlalu kecil iaitu 25 juta liter sehari (GLH). Akan tetapi keperluan di utara Perak, khususnya iaitu Kerian, Larut, Matang, Selama Perak dan keperluan KIGIP untuk keperluan awal ini mencecah 300 juta liter sehari. Ini ikut perancangan kerana keupayaan Sungai Perak sekiranya diberikan suntikan dana untuk mengurus sungai itu dengan lebih berkesan, kapasitinya boleh memenuhi keperluan Pulau Pinang, sebahagian besar Pulau Pinang 700 juta sehari. Untuk kos ini, kerajaan telah bersetuju meluluskan jumlah RM4 bilion untuk Perak, khususnya utara Perak, KIGIP dan memenuhi keperluan air di Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Balik Pulau.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan tadi serta tahniah Yang Amat Berhormat atas ikhtiar untuk memajukan KIGIP ini.

Satu ikhtiar yang saya rasa cepat daripada pengumuman Belanjawan, sehingga pecah tanah baru-baru ini. Saya rasa dengan adanya KIGIP ini, saya berharap syarikat-syarikat multinasional dan hi-tech industry datang ke KIGIP dan saya juga berasa syarikat-syarikat multinasional di Pulau Pinang, di Kulim dan juga di Batu Kawan ingin juga melabur ataupun membuka kilang mereka di KIGIP. Adakah ini secara tidak langsung akan memberi kesan ataupun daya saing kepada kawasan perindustrian Bayan Lepas, Kulim dan juga Batu Kawan? Soalan kedua saya, adakah kerajaan akan menambah baik infrastruktur dan bekalan air bersih di Seberang Perai Selatan kerana memandangkan kawasan ini merupakan rangkaian dan juga jiran terdekat KIGIP, yang banyak mempunyai tenaga mahir dan separa mahir? Oleh itu, soalan saya apakah pelan mitigasi segera isu bekalan air bersih ke SPS, sementara projek saluran air mentah siap daripada Sungai Perak?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Perdana Menteri.

Terima kasih. Seperti yang diumumkan, sinergi ekosistem Kulim Hi-Tech, Bayan Lepas, Batu Kawan dan KIGIP ini harus dilihat secara menyeluruh sebagai sinergi yang boleh saling melengkapi. Fokus KIGIP ini adalah industri teknologi hijau dan nampak minat beberapa syarikat baharu itu untuk menentukan industri bergantung sepenuhnya kepada tenaga hijau. Kalau kita, umpamanya Kulim Hi-Tech yang disenggarakan oleh MITI, itu telah hampir memenuhi keperluan yang awal dan kawasan itu sudah pun hampir penuh. Begitu juga Batu Kawan. Ada perancangan Batu Kawan fasa ketiga yang diluncurkan baru-baru ini hampir juga penuh. Sebab itu, saya tidak fikir ia satu persaingan malah saling melengkapi dalam melihat kepada satu ekosistem yang lebih menyeluruh. Tentang keperluan bekalan air, ini urusan kerajaan negeri. PBA Pulau Pinang telah pun mengadakan beberapa rencana yang menelan belanja yang agak tinggi. Umpamanya ― sebahagian sudah siap, umpamanya LRA Bukit Panchor, RM18.6 juta. Itu siap Disember 2023 tetapi masih belum mencukupi. Tetapi, GLH di Sungai Kerian yang melibatkan RM4 juta itu disiapkan Disember 2024. Ada juga yang beberapa tangki sedutan rumah pam di Taman Widuri, itu Mac 2024 dan yang diperinci. Sebab itu, program kita jangka panjang yang difikirkan kerana hal ini telah tidak dilakukan. Kedah memberi kerjasama sebahagiannya tetapi kapasiti sangat

terbatas. Jadi, tidak mampu kebergantungan bekalan air di Pulau Pinang dan di Kedah dan ada kesediaan di negeri Kedah untuk memberikan bantuan sementara tetapi sepertimana saya tegaskan, sangat kecil. Jadi, penyelesaiannyalah Perak, lebih-lebih lagi manakala Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan Kerajaan Negeri Perak setuju untuk memberikan bekalan air setelah dilihat unjuran bekalan air Sungai Perak itu lebih melebihi. Maka, keutamaannya ialah tentu Larut, Matang, Selama dan KIGIP di Kerian, Bagan Serai, Parit Buntar dan dapat menyalurkan, sepertimana yang saya sebut tadi, 700 untuk keperluan di Seberang Perai dan sebahagian di Pulau Pinang untuk menampung keperluan ini.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Jadi, saya tidak ― kalau 700 juta liter sehari, apakah boleh disegerakan? Saya telah umumkan tadi bahawa projek ini memudahkan kerana tanah Kerian itu dengan Ahli-ahli Parlimen yang hadir pada hari itu, itu milik Sime Darby. Jadi, tidak ada isu pengambilan tanah. 1,000 ekar itu milik Sime Darby. Apabila mereka bersetuju, Kerajaan Perak bersetuju untuk menyegerakan. Sebab itu, projek itu boleh dimulakan tahun ini juga, pembesaran dan pemulihan, pemuliharaan Sungai Perak dan penyaluran paip yang dialihkan ke kawasan Kerian dan ke Seberang Perai khususnya.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Tambun kerana projek KIGIP ini ialah berada dalam Parlimen Bagan Serai. Terima kasih. Laporan terbaru daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa kemasukan foreign direct investment (FDI) ke Malaysia ini mengalami sedikit kemerosotan berbanding dengan tahun 2022 iaitu pada tahun 2023 sebanyak RM40.4 bilion sedangkan 2022 RM75.4 bilion. Ini merupakan satu cabaran kepada pembangunan KIGIP ini. Persoalan saya dengan prospek pelaburan yang disasarkan dalam KIGIP ini, sejauh manakah penilaian pihak kerajaan terhadap prestasi pelaburan FDI yang rendah sebagai satu cabaran yang boleh merencatkan usaha negara mencapai sasaran tersebut dan apakah langkah yang dirancang untuk mengatasinya? Yang keduanya ialah satu lagi berkenaan dengan KIGIP ini apabila dilaksanakan, penggunaan air sudah tentulah banyak. Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Tambun, sekarang Tasik Bukit Merah hari ini kering. Dia mengalami masalah yang begitu besar kepada pesawah di sana, menjejaskan pesawah di sana, walaupun peruntukan yang disebut tadi, RM4 bilion tadi ialah untuk jangka panjang.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Saya mohonlah supaya Yang Amat Berhormat Tambun untuk memberikan peruntukan segera kepada pihak JPS sekurang-kurangnya, untuk mengatasi masalah pengairan air kerana kita tahu Kerian adalah merupakan jelapang padi negara. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

Terima kasih. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat. Kerjasama untuk bantu mempercepatkan proses pelaksanaan projek KIGIP di Bagan Serai dan daerah Kerian. Seperti mana yang kita tahu, FDI memang menurun, itu di 2023. Tetapi, pelaburan keseluruhannya itu tertinggi kerana ia melibatkan peningkatan mendadak domestic investment (pelaburan domestik). Jadi, sebab itu kita tidak sangat bimbang terutama melihat kepada angka suku tahun pertama 2024, di mana pelaburan asing telah meningkat. Saya tidak mempunyai angkanya sekarang tetapi telah diumumkan oleh MITI bahawa angka untuk 2024 ini memang jauh lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelumnya dan diberikan dengan terperinci nama-nama syarikat dan jumlah pelaburan. Mengenai KIGIP secara khusus Yang Berhormat, saya ingin memberi jaminan kerana semua pelaburan baru atau kebanyakan pelaburan baru itu mensyaratkan tenaga hijau dan fokus di KIGIP ini hanya tenaga hijau.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

[Bangun]

Keduanya, soal Bukit Merah, Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri PETRA ada di sini dan memang ada rencana dari terowong, dari Sungai Perak masuk terus ke Bukit Merah supaya menjamin keperluan bekalan air di Bukit Merah. Sebenarnya untuk Kerian, ke Kerian itu pun sebenarnya penyalurannya dari Bukit Merah ke Kerian dan Pulau Pinang. Dari segi sepertimana yang saya sebut, unjuran keperluan daripada kajian yang disebut tadi menunjukkan keupayaan dari Sungai Perak itu mencecah sehingga 1,500 juta liter sehari. Itu maknanya memenuhi keperluan Perak seluruhnya, utara Perak dan seluruh Pulau Pinang. Inilah sebab mengapa kerajaan bersetuju dengan pembiayaan yang besar tetapi dikendali melalui kerjasama PNB, Sime Darby, Guthrie dan Kerajaan Negeri Perak. Untuk keperluan segera, saya akan kemukakannya kepada PETRA, kalau ada apa-apa keperluan yang segera, yang perlu untuk mengetahui masalah sementara di kawasan Kerian akan kita pastikan, insya-Allah supaya dapat dilaksanakan.

Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebelum saya jemput Ipoh Timur, sebentar ya. Kita ada tetamu.

Tuan Yang di-Pertua

Sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari The Legislative Chamber of Oliy Majlis of The Republic of Uzbekistan. [Tepuk] Diketuai oleh Tuan Yang Terutama Dr. Nuriddin Ismoilov Speaker of the Legislative Chamber of Oliy Majlis of The Republic of Uzbekistan. Kepada Tuan Yang Terutama Dr. Nuriddin Ismoilov dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Dr. Nuriddin dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan Uzbekistan. Terima kasih. It is with great pleasure, I would like to inform that together with us today in this August House is the delegation from The Legislative Chamber of Oliy Majlis of The Republic of Uzbekistan headed by His Excellency Dr. Nuriddin Ismoilov, Speaker of The Legislative Chamber of Oliy Majlis of The Republic of Uzbekistan. To His Excellency Dr. Nuriddin and the delegation, we welcome your visit to this House. [Tepuk] We hope [Tepuk] the visit by His Excellency Dr. Nuriddin and the delegation will further strengthen ties and relationship between Malaysia and Republic of Uzbekistan. Thank you. Saya jemput Ipoh Timor.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya juga ingin ambil kesempatan untuk merakamkan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang berada dalam Dewan yang mulia ini, di sebelah sana. Soalan fasal Perak, SD Guthrie, PNB, keterlibatan pemain besar di tanah air ini yang domestik dan local amat dialu-alukan dan adalah sesuatu yang menyerlah. Namun demikian, saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun untuk memberi sedikit sebanyak gambaran strategi dan pendekatan yang diambil untuk menarik keterlibatan pelabur asing dalam pembangunan KIGIP secara amnya dan juga apakah strategi dan pendekatan untuk memberi jaminan kepada bakat-bakat yang sedia ada, kepakaran-kepakaran domestik yang sedia ada dan bakal kita bangunkan supaya mereka dapat bukan sahaja berkhidmat untuk KIGIP negeri Perak dan Malaysia tetapi untuk membangunkan satu layer of expert for the next generation dengan izin? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

Terima kasih, Ipoh Timur. Saya juga ucap– menggunakan kesempatan ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah Menteri Besar kerana kerjasama yang diberikan sehingga boleh

mempercepatkan kedua-dua projek raksasa, KIGIP dan juga Proton Geely di Tanjung Malim. [Tepuk] Kerjasama inilah kita nak beri contoh kerana akan beri manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Tentang kemungkinan pelabur masuk. Sebenarnya, mengikut rencana MITI, bila kita umum sahaja KIGIP, sudah ada beberapa syarikat yang menunjukkan minat kerana beberapa syarikat yang telah terlibat dalam data center telah terbatal sekarang. Kita tak menggalakkan industri data center baharu melainkan terikat dengan AI dan keperluan data center ini baik tenaga dan juga air, sangat tinggi. Inilah sebabnya mengapa beberapa syarikat telah pun dikenal pasti. Sepertimana Yang Berhormat tahu bahawa Malaysia sudah pun menjadikan hab semi konduktor di rantau ini. Kemudian semua perhatian diberikan untuk melonjakkan pelaburan dalam negara. Jadi saya tak rasa ada satu kebimbangan. Cabaran kita pertama ialah menyiapkan infrastruktur, termasuk tenaga hijau, air. Cabaran kedua ialah latihan yang lebih intensif baik TVET atau universiti atau Giat MARA, institusi-institusi pendidikan supaya mendapat memenuhi keperluan semasa. Kita sekarang sudah dapat status destinasi pelaburan yang menarik. Cabarannya ialah untuk kita seperti mana yang saya jelaskan menyiapkan dua ini. Infrastruktur harus disegerakan dan di samping itu tenaga mahir yang ada belum mencukupi untuk memenuhi keperluan yang dimaksudkan.

Tan Sri Speaker, minta satu soalan lagi Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu. Silakan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya tanya soalan, saya nak tanya etika berpakaian di Parlimen ini Yang di-Pertua, Batik boleh pakai hari apa?

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, majukan soalan dulu, kemudian saya komen kejap lagi.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Sebab saya nampak Menteri KDN pakai Batik hari ini. Minta maaf Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan-soalan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang di-Pertua. Minyak naik RM1.20, telur turun tiga sen. Soalan nombor dua perlu penjelasan.

Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu · question

2. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah yang digerakkan pada Mac 2024. Apakah program yang telah dilaksanakan kerajaan berdasarkan dapatan dari indikator baru terbabit?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Terima kasih. Sebelum Yang di-Pertua, saya pun nak peringatkan Menteri Dalam Negeri supaya ikut peraturan Parlimen. Saya setuju dengan Hulu Terengganu. Kedua, tentang kos sara hidup ini, Menteri Ekonomi ada memberikan penjelasan juga semalam. Jadi saya hanya ingin menambah bahawa indeks harga pengguna ini bukan perfect ataupun CPI. Negara-negara sudah meneliti, ILO sudah kemukakan pandangan. Sepertimana Yang Berhormat singgung dalam soalan. Pertamanya, keadaan semasa, menuntut ada perubahan. Ada keperluan yang di Kuala Lumpur tidak sama dengan keperluan di Hulu Terengganu. Jadi oleh itu, indeks itu harus diubahsuai dan ini sedang dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat yang kita adakan pada bulan Mac yang lalu, iaitu menetapkan kaedah kos sara hidup yang selari dengan perkembangan semasa. Maknanya poverty line income itu pun harus di-modify. PLI ini sebahagian daripada kos sara hidup, terutama bagi kategori yang paling miskin tetapi sepertimana yang dibangunkan oleh ILO pada tahun 2021, harus ada penyesuaian atau modifikasi tentang PLI (poverty line income) kerana kalau ikut kategori PLI India, kita semua sudah lepas tetapi takrif kita itu jauh lebih tinggi. Ini kerana kita ambil kira umpamanya soal pengambilan nutrien, diet Malaysia. Semua itu diubah dan termasuk umpamanya makanan, minuman bukan alkohol, pakaian dan kasut, perumahan, air, elektrik, gas, hiasan, kesihatan, pengangkutan, makluman rekreasi, perkhidmatan pendidikan yang umumnya tidak dimasukkan dalam kos sara hidup di kebanyakan negara kerana mereka hanya ambil jumlah basket yang lebih terbatas. Indikator kita ini melibatkan 13 negeri, tiga Wilayah Persekutuan, 162 daerah pentadbiran. Ini melibatkan apa yang disebut kecenderungan mengguna sut marginal propensity to consume dan juga PPP (puchasing power parity). Jadi sebab itu, sementara kita– bila kita lihat hari ini, memang kita akui ada permasalahan kerana kenaikan harga barang walaupun sebelum penyasaran subsidi diesel, memang ada peningkatan itu. Cara penyelesaian adalah untuk meningkatkan jumlah subsidi sementara kepada rakyat yang terbeban dan terkesan. Jadi, sementara disinggung sedikit tentang diesel, saya sebut begini. Ya, betul ada masalah dalam pelaksanaan yang harus kita tangani tetapi janganlah lupa bahawa ketirisan banyak, kecurian banyak. Kita lihat umpamanya di sempadan-

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

sempadan sekarang ini. Jadi, jangan kita elak daripada mengakui masalah ketirisan– manfaat diperolehi oleh orang asing, diesel ini yang terlalu banyak dan juga apa yang disebut kebocoran, ketirisan termasuk diesel untuk nelayan asing. Sebab itu bila kita ada tindakan penguatkuasaan berkesan, hasil itu diperolehi dan bila hasil diperolehi dia pulang balik kepada rakyat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih, tahniah kepada YAB Perdana Menteri dengan indikator baharu ini, ia harap lebih tepat data untuk mengatasi masalah kos sara hidup ini. Cuma kebocoran, penyelewengan penyeludupan tersebut mungkin tak berlaku di Sabah dan Sarawak, barangkali sebab itu tak tarik harga diesel di sana.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Soalan tambahan saya ialah Tuan Yang di-Pertua. Mac hingga September 1998, Tambun pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia. Pada Julai 2008, Tambun bersama dengan Dato’ Sri Shabery Cheek, Tambun ada mengatakan bahawa cadangan minyak naik mendadak preskripsi IMF dan World Bank. Saya ulang. Cadangan minyak naik mendadak preskripsi IMF dan World Bank. Persoalan saya, adakah kenaikan mendadak diesel baru ini terlibat dengan IMF? Kedua, dengan indikator baharu yang dicari ini, adakah dapat mengembalikan semula beras putih tempatan yang masih ghaib sehingga sekarang? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertuan ayat Quran...

Tuan Yang di-Pertua

Dua je soalan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

[Membaca sepotong ayat Al- Quran] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kubang Kerian ada? Saya tak tahu. Tolong jelaskan apa kena ayat itu dengan subsidi. Tetapi tak apa lah, kita jelas. Sebab itu saya kata bahaya bila tunggang-tunggang agama ini. Baik. Pertama, saya nak sebut tentang cadangan penyasaran subsidi dan dikaitkan dengan IMF. Bagus, sebab ada juga seorang ustaz dalam kempen yang menyebut saya ini guna preskripsi IMF. Fakta itu lagi terus clues. Elok saya gunakan ini kerana kita boleh buka semua dokumen bahawa bila saya jadi Menteri Kewangan 1990, kita adakan Dasar Belanjawan Seimbang. Tahun 1993, kita hentikan semua pinjaman daripada Bank Dunia dan IMF. 1993 sehingga saya dipecat, 1998. Walaupun saya jadi Pengerusi IMF World Bank Development Committee, ini satu penghormatan kepada negara. Tidak pernah sekali pun kita ambil preskripsi IMF, walaupun itu tohmahan pada masa itu. Tahun 1999, saya ingat masa itu semua- Kubang Kerian semua dengan saya masa itu. Dia tahu. 1998 saya dipenjarakan.

1999, mantan Menteri Kewangan rujuk kepada World Bank, minta pinjaman daripada World Bank dan IMF. 1999 Yang Berhormat. Macam mana saya tahu? Semasa saya menjadi Profesor di Georgetown University, saya ambil masa untuk menjadi konsultan soal isu rasuah dan governance. Saya lihat fail dan inilah yang saya dedahkan. Kemudian, bila saya jadi Ahli Parlimen bersama dengan rakan- rakan Pakatan Rakyat masa itu, DAP dan PAS menyatakan bahawa tohmahan puluhan tahun yang ditelan bulat-bulat, rupanya-rupanya fitnah yang ditelan dan terus digunakan pula sekarang setelah selang berpuluhan tahun. Jadi, saya nak nasihatkan. Kita boleh berbeza pendapat dan saya terima teguran tentang masalah pelaksanaan, termasuk penyasaran subsidi tetapi hentikanlah fitnah ini ya. Apa yang kita lakukan dalam masa saya Pengerusi IMF World Bank Development Committee. Kalau IMF itu dipanggil Finance Committee. Kalau Development Commitee itu milik World Bank. Apa dia? Iaitu menghapuskan hutang dipanggil high peak initiative di antara negara-negara yang paling miskin, terutamanya dengan negara Afrika. Maknanya, keputusan menghapuskan hutang mereka, highest indebted developing countries. Jadi, itu kenyataannya, Yang Berhormat ya. Jadi, saya nak jelaskan tentang perkara tersebut. Baik. Keduanya, peningkatan dan penyasaran subsidi. Kenaikan mendadak yang akan membebankan rakyat. Tetapi dalam kes diesel, kita ambil pertimbangan setiap nelayan, petani, pekebun kecil, pemandu teksi. Semua ini diambil kira dan jumlahnya itu besar. Saya ada angka-angka di sini yang menunjukkan bahawa jumlah yang diberikan kepada kalangan yang mempunyai dan mendapat faedah itu mencecah ratusan ribu. Jadi, tak boleh guna konteks ucapan itu. Walaupun saya dah tegaskan ucapan itu ucapan yang dibuat semasa saya bersama dalam Pakatan Rakyat. Tetapi tak mengapa. Soal dia ialah penyasaran subsidi diambil penaksiran bahawa kita tarik subsidi. Elektrik subsidi 85 peratus tak ditarik. Hanya penerima 18 peratus dan orang asing. Orang asing. Maknanya, orang asing. Hampir 38. Saya sebut 38. Dia sebut 38 juta. 3.8 juta orang asing yang mendapat manfaat. Jadi, apalah salah kita tarik? Kita tarik sebab dia tidak bayar cukai. Ada juga yang katakan Yang Berhormat yang ada di sini. Kita kenakan cukai hanya kepada orang kaya. Elektrik kita tidak kenakan cukai kepada orang kaya. Tidak boleh kita gunakan forum begitu. Itu satu penipuan. Cukai dikenakan kepada orang kaya. Kohort yang membayar cukai di Malaysia, yang membayar cukai itu paling rendah di Asia. Ini masalah kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Elektrik yang kena bayar cukai, 15 yang tertinggi. Ini fakta dia. 15 yang tertinggi, 85 peratus tak bayar. Maka, diberikan subsidi lagi. Subsidi elektrik masih lagi RM10 bilion. Baik. Penyasaran diesel begitu juga. Kita tak kenakan. Sebab itu kita ambil sikap terbuka sehingga dua hari, tiga hari yang lalu. Kalau ada umpamanya, mana-mana sektor yang rasa tertekan oleh kerana penyasaran diesel, kita masih beri pertimbangan untuk beri fleet card. Dibangkit lagi soal Sabah Sarawak. Sabah Sarawak itu, tolonglah pergi ke Sabah Sarawak dan lihat keadaan dia. Penggunaan diesel itu menyeluruh. Dia tak semestinya di sini. Tiap bot, tiap kereta, kenderaan itu menggunakan diesel. Jadi, pelaksanaan itu akan menjadi terlalu sukar. Kos sara hidup Sabah Sarawak relatif jauh lebih dari tinggi daripada Semenanjung. Jadi, bukanlah makna kita ditekan atau pun sepertimana sindiran Yang Berhormat Hulu Terengganu, seolah-olah kita kecualikan kerana mereka tidak terkesan daripada apa yang kita hadapi. Jadi oleh itu, saya nak jelaskan ya. IMF, boleh ulang fitnah itu. Tak ada masalah. Boleh ulang tetapi masih fitnah. Guna terus kempen sampai sekarang. Padahal dulu rakan-rakan dari PAS juga pertahankan saya dalam soalan IMF ini. [Tepuk] Betul. Saya, terima kasih. Tetapi sekarang, bukan semua. Saya akui ramai pemimpin yang tidak sebut tetapi ada penyokong-penyokong yang sebut kita cukai, tidak cukai kepada orang kaya. Ini ilmu mana ini? Ilmu mana yang mengatakan Malaysia ini tak kenakan cukai? Majoriti rakyat di bawah kategori tidak membayar cukai. Yang dikenakan hanya kelompok-kelompok tertinggi. Baik. Soal IMF ini saya harap boleh bangkit tetapi cukuplah setakat ini kerana tidak ada faedah untuk kita gunakan fitnah ini. Fitnah ini digunakan oleh mantan Perdana Menteri puluh tahun. Bila saya di penjara, tak ada peluang jawab. Bila saya jawab di sini, di tempat itu sebagai Ketua Pembangkang, tidak ada yang bangkit masa itu protes. Saya jawab dah isu ini. Saya kata tahun 1993, saya batalkan semua pinjaman dari World Bank dan IMF. Dibawa balik masuk 1999 dalam rekod dia. Lepas- berdiri di sini, barisan hadapan semuanya diam. Sekarang hendak dibangkitkan lagi. Ini memang isu lapuk yang tidak ada asas sama sekali.

Steady. [Tepuk]

Baik. Soal beras putih, ini biar Menteri Pertanian jawab. Tetapi yang- Saya ingat yang disebut tadi ya. Saya minta jawab lepas ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Yang Berhormat Hulu Terengganu, soalan tambahan dah?

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Dah sudah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Berikutnya, saya terus ke soalan tambahan berikut. Mempersilakan Yang Berhormat Tampin.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Secara realiti, kos sara hidup tidak akan pernah turun. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di seluruh dunia. [Disampuk] Walaupun pelbagai usaha telah digerakkan dan pelbagai jenis – dengar dulu soalan saya.

Walaupun pelbagai usaha telah digerakkan dan pelbagai jenis bantuan yang juga telah diperkenalkan sebelum ini, perkara mustahak yang menjadi kebimbangan rakyat di saat ini ialah sejauh manakah agenda mereformasi subsidi bakal memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan mereka. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah strategi dan jaminan kerajaan bahawa agenda mereformasi subsidi ini tidak akan sesekali menjejaskan golongan rentan yang rapuh untuk mendepani sebarang kenaikan kos sara hidup? Apakah usaha terbaru kerajaan bagi membantu golongan rentan yang terkesan supaya dapat kekal bertahan untuk mengharungi cabaran dan tekanan kos sara hidup? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tampin. Saya sebut tadi dalam jawapan kepada Hulu Terengganu, kita tidak nafikan bahawa kita harus terima kenyataan untuk hadapi masalah kos sara hidup yang dihadapi oleh seluruh dunia. Tapi, kita mesti tangani kerana ada golongan rentan yang memang tertekan dan kita harus cari jalan untuk meringankan beban mereka. Itu kenyataan yang saya tidak mahu nafi. Kedua, cara kita membantu ialah dengan menambahkan subsidi. Ya. Maknanya, kita tarik subsidi daripada yang tidak berhak mendapat termasuk orang asing, kita beri subsidi tambahan kepada rakyat. Untuk 2024, berapa jumlah subsidi? Ini baru saya dapat angka, saya minta Kementerian Kewangan kumpulkan kesemuanya. Yang di-Pertua, yang jumlah untuk peruntukan 2024. Jumlah subsidi keseluruhan dalam negara ialah RM58,129,786,000. Maknanya, RM58.1 bilion subsidi keseluruhannya, ikut sektor kepenggunaan, sara hidup, pendidikan, biasiswa, pinjaman, sektor pertanian, faedah dan lain-lain. Umpamanya, kita tahu

dalam STR, saya dah sebut ini. Kalau 2022 ketimbang 2024, peningkatannya itu berbilion. Sekarang ini sudah sampai RM10 bilion daripada jumlah RM2,000 sampai RM3,700. Jadi, saya nak ini harus difahami kerana kadang-kadang orang menganggap bahawa penyasaran subsidi ini tidak memberi faedah kepada rakyat.

[Bangun]

Umpamanya, Skim Subsidi Harga Padi, kita naikkan. Harga lantai belian padi kita naikkan. Naikkan mendadak daripada 21, 22 dan sehingga 24. Jadi, saya harap untuk menjelaskan soalan Tampin tadi iaitu bantuan kerana memikirkan ada kesan di kalangan rakyat, itulah sebabnya mengapa kadar sara dinaikkan ke RM1,200. Bantuan awal persekolahan untuk semua murid dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah itu diberi peruntukan RM800 juta yang mendapat faedah RM5 juta. Jadi, kalau kita mengambil perkiraan ini semua, kita akan dapat tahu bahawa kemudahan– maknanya, kerajaan terima kenyataan itu bahawa memang ada masalah. kalau tidak ada masalah mengapa nak ditambah subsidi kepada rakyat. Ini cara kita cuba kurangkan beban rakyat.

Saya mohon. Biasa soalan Perdana Menteri dapat soalan tambahan. Extra, biasa begitulah. Saya mohon satu soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, biar saya buat keputusan. Saya yang menentukan.

Harap-harap begitulah keputusannya. Baik, kalau ikut giliran Yang Berhormat Pasir Mas. Sila.

Terima kasih. Minta maaf ya Kubang Kerian. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Penerima tunggal Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. [Tepuk] Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun yang menjelaskan bahawa subsidi sekarang ialah RM58 bilion. Semua sekali sebab ada di luar sana dakwaan menyatakan bahawa kita menanggung subsidi minyak sampai RM80 bilion, RM70 bilion. Angka disebut oleh Perdana Menteri, menafikanlah apa yang disebut itu. Menyentuh tentang kos sara hidup, perlulah diakui bahawa bagaimana kemiskinan tegar pada hari ini masih menjadi tajuk utama. Semalam pun saya sudah bawa fakta bahawa mengikut data ICU di JPM menyatakan bahawa miskin tegar masih 423,341. Di negeri kelahiran Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, 2,470 warga miskin tegar berbanding Kelantan 1,613, Terengganu 1,236.

Semalam Menteri Ekonomi sudah menyatakan bahawa data ini kerana ada perbezaan antara eKasih dan juga data yang ada di Kementerian Ekonomi. Tetapi, inilah yang di-publish dua minggu lepas di Jabatan Perdana Menteri di bawah Yang Amat Berhormat Tambun sendiri. Ertinya, kemiskinan dan sara hidup itu satu perkara yang tidak boleh kita nafikan sama sekali. Perdana Menteri juga menyebut pada Februari lepas bahawa kita masih lagi terkawal walaupun ringgit jatuh tetapi kadar inflasi turun. Pada masa itu 1.5. Sekarang, kadar inflasi naik 2.0 sehingga 3.0, unjurannya. Walaupun mungkin stabil tetapi pada kadar 1.5, Perdana Menteri pun kata stabil. Sekarang pun saya rasa Perdana Menteri pun akan kata stabil. Soalan saya mudah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah kerajaan akan melaksanakan penyasaran bersasar subsidi RON95? Ya atau tidak? Kerana pada Mei lepas, 5 Mei, Perdana Menteri kata Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol diesel. Sebulan selepasnya, ia dilaksanakan. Jadi, hari ini saya harap Perdana Menteri boleh menyebut dengan jelas. Laksanakan atau tidak? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Pasir Mas. Saya tak sedar pindah tempat. Jadi, saya terperhati situ tadi. Baik. Angka miskin tegar, saya ingat Menteri Ekonomi dah jelaskan kerana Unit Penyelarasan (ICU) lihat kos sara hidup dari sudut kemiskinan yang keperluan yang lain daripada Kementerian Ekonomi keseluruhannya. Itu sebabnya ada sedikit perbedaan. Walaupun saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat supaya kalau boleh kita cuba selaraskan juga tapi kita letakkan kategori yang berbeda. Baik. Kemiskinan tegar yang disebutkan itu berdasarkan angka beberapa bulan yang lalu tetapi kita lihat umpamanya di Perak, disebut bahawa sebelum Julai yang 450 itu telah dinoktahkan. Sebab itu di Kelantan, kita turun dan kita beritahu dengan kerajaan negeri bersama dengan Menteri Besar bahawa jumlah yang dinoktahkan itu selewat-lewatnya pada akhir Julai. Jadi, kita bagi kategori negeri. Sekarang ini sembilan negeri sudah dinoktahkan. Itu angka terbaru Jun tahun ini yang belum disiarkan selain daripada menurut pengumuman minggu lalu, kita ada mesyuarat dengan ICU yang memberi penjelasan secara terperinci tapi kalau sepertimana disebut di Perak, sudah dinoktahkan kerana kekuatan negeri dengan Persekutuan, mustahil tak boleh selesaikan 450 orang. Jadi, daripada tunggu angka itu ada, kita selesaikan. Tapi, apakah selesaikan noktah tegar, kemiskinan tegar? Menoktahkan kemiskinan tegar untuk tahun berikut?

Dia belum tentu sebab tahun ini selesai, ada juga yang mungkin jatuh ke kategori itu pada tahun berikutnya. Itulah sebabnya angka itu akan beralih. Kedua, soal yang disebut tentang– Itu tentang ICU dan Kementerian Ekonomi. Walaupun saya nak jelaskan di sini, saya dah maklum kepada ICU, sepatutnya sekarang ini kita selaraskan kerana dari segi angka DOSM, Kementerian Ekonomi itu harus muktamad. Jadi, lebih baik kita selaraskan, pergi satu angka supaya tidak timbul lagi kekeliruan, terutama di Pasir Mas. Baik, tentang kenyataan Yang Berhormat tentang 5 Mei yang lalu, memang saya jawab, ditanya apakah kerajaan telah memutuskan, memuktamadkan? Saya kata sehingga hari ini belum dimuktamadkan. Maknanya, kertas Jemaah Menteri untuk memuktamadkan penyasaran subsidi diesel itu belum dilakukan. Jadi, itulah yang saya jawab. Tidak ada percanggahan. Kemudian, minggu berikutnya bila dibentangkan, diubahsuai lagi minggu berikutnya. Kemudian, diumumkan sebulan selepas itu. Tidak ada percanggahan sama sekali. Soalannya sekarang, apakah ada kemungkinan untuk masa-masa akan datang? Saya tidak menolak apa-apa kemungkinan. Yang boleh saya nyatakan sekarang, seluruh fokus kita sekarang ialah penyasaran subsidi diesel.

Mana-mana kerajaan, penyasaran subsidi ini toksahlah kita putar belit. Masa Yang Berhormat dan rakan-rakan Yang Berhormat belah sini, semuanya sebut nak buat penyasaran subsidi. Ya, penyelarasan subsidi itu disebut oleh semua Perdana Menteri, termasuk Perdana Menteri yang disokong oleh Yang Berhormat. Jadi, jangan bangkitkan ini seolah-olah salah daripada segi dasar penyasaran subsidi. Sebab itu pelaksanaannya kita ambil sikap yang lebih tawaduk. Ada kelemahan, kita baiki. Perlu suntikan, kita beri suntikan. Jadi kita tidak kata kita ini perfect kerana penyasaran subsidi ini satu benda yang sukar dilaksanakan. Kalau tanya saya, RON95 patut kita laksanakan lama tapi tidak mudah sebab masalah 3.8 juta orang asing ambil minyaknya. Orang kaya yang pakai Rolls Royce pun pakai minyak ini yang kita bagi subsidi. Tapi bagaimana nak selesaikan? Bertahun-tahun. Yang Berhormat Kubang Kerian dalam Kabinet-pun bincang perkara ini tetapi nak menyelesaikan itu sukar. Samalah kita hadapi sekarang tapi soalnya prinsip. Apakah penyelarasan subsidi itu satu keputusan yang bijak untuk ekonomi? Semua pun setuju walaupun dalam kempen dia kata tak setuju. Cuma pelaksanaannya itu boleh dipertikai. Saya tanya siapa, kerajaan mana, parti mana yang kata tak setuju penyasaran subsidi? Masa zaman kerajaan, semua orang kata ya, baik, bagus tapi tunggu, kami tak bersedia lagi. Sebab dia tahu kesan politik, suhu yang akan dihangatkan. Cuma

saya nak tanya, masa kamu berkuasa, kamu kata penyasaran subsidi itu perlu. Sekarang kamu kata tidak perlu. Ha, itu berbeda. Kalau kamu kata perlu tetapi haruslah lebih bijak dalam melaksanakan. Okey lah, saya boleh terima. Saya tanya, bijak bagaimana lagi. Boleh. Tapi sekarang ini apa yang berlaku ialah penyasaran subsidi ini, tarik subsidi, buang subsidi, zalim. Hari ini perintah, esok minyak turun. Itu sahaja yang dia dengar. [Ketawa] [Dewan riuh]

Ya, saya ulang ya.

Ya. Pasir Mas masa itu di sekolah lagi. Okey, tapi Pasir Mas, masa saya buat begitu walaupun Kubang Kerian cakap tidak, masa saya buat itu semua kempen Keadilan, PAS semua guna yang itu. Saya pergi Kelantan, nanti. Kubang Kerian dengar, Kubang Kerian masa itu bukan di Kelantan. Sebab saya pergi Kelantan, saya lupa nak sebut itu. Ini, dipesan itu. Minyak, minyak, minyak. Ya. Tapi sekarang ini sepertimana yang saya sebut, tak apalah, tak apa. Okey, saya terima. Tak ada masalah. Apakah saya sebut dulu, ya, saya sebut tapi saya dah bagi tahu harga minyak masa itu di Saudi 50 sen. Harga kita, RM2.05 sen. Orang dah tahu pun. [Tepuk] Cuba ulang yang itu di Sungai Bakap, selamatlah saya. [Ketawa] Baik. Jadi, ini tentang penyasaran subsidi. Setakat ini, belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakan dengan cepat. Itu saya boleh beritahu. Ada kajian daripada dulu− dulu ada tetapi kita fikir lebih baiklah kita lihat dahulu langkah-langkah yang diambil. Berkenaan elektrik, ayam, penyasaran diesel. Itu tiga dibuat tahun ini dan tahun lalu. Kita tengok kesannya dahulu dan bagaimana tentang reaksi rakyat, kemudian barulah kita bersedia berunding apakah keperluan. Tapi yang pentingnya yang saya tidak mahu, kelirukan Dewan. Saya katakan yang penting kita mesti hentikan subsidi bagi orang kaya dan bagi orang asing. Itu saya tidak tolak ansur. Bagaimana kaedahnya, kita kena fikir supaya jangan bebankan rakyat. Jangan beri subsidi kepada golongan yang paling kaya dan orang asing sepertimana kita lakukan sekarang, berpuluh-puluh tahun kerana tidak ada kerajaan yang sanggup menangani masalah tersebut. [Tepuk] Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, saya, banyak kali Kubang Kerian disebut. Lima ke enam kali saya ingat.

Datuk Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

So, kena bagi sikit laluan kepada Kubang Kerian, Yang Berhormat Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Kubang Kerian, saya menguatkuasakan Peraturan 37(2). Baik, duduk Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, kita mulakan sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Saya mempersilakan soalan yang pertama, Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Yang Berhormat Paya Besar.

Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Timbalan Yang di- Pertua, soalan saya nombor satu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, silakan.

Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar · question

1. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah tindakan yang diambil kementerian untuk menyelaraskan proses bidang kuasa Kerajaan Pusat dan negeri untuk penjanaan kredit karbon daripada hutan Malaysia.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kerajaan mengambil maklum bahawa dasar dan inisiatif di dalam menangani isu perubahan iklim khususnya yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri. Dan sememangnya tindakan pengurangan ataupun penyerapan gas rumah kaca, greenhouse gas (GHG) yang dilaksanakan akan menyumbang secara langsung kepada pencapaian sasaran pengurangan GHG negara dan turut mencerminkan komitmen negara di dalam menyumbang kepada tindakan perubahan iklim di peringkat antarabangsa. Kalau kita lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74(2), hutan sememangnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan justeru, setiap

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

negeri mempunyai kuasa dan hak untuk menggubal undang-undang dan menguruskan dasar perhutanan di negeri masing-masing. Peranan Kerajaan Persekutuan adalah dari aspek memberi nasihat, bantuan teknikal, latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perhutanan kepada negeri-negeri. Namun pada masa yang sama, kalau kita bercakap tentang soal pasaran karbon, ia lebih luas daripada aspek hutan semata-mata, kerana ia mempunyai kalau hutan ini merupakan nature-based solution untuk pasaran karbon tetapi ia juga ada tag-based solution. Kalau kita bercakap tentang pasaran karbon secara keseluruhan, kerajaan telah memutuskan di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Oktober tahun lepas bahawa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada waktu itu menggalas peranan sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan yang akan membangunkan Aturan Kebangsaan ataupun National Arrangements bagi pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia. Selaras dengan keputusan United Nation Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan ini telah disahkan oleh Jemaah Menteri. Pada masa yang sama, NRES juga kementerian namanya pada hari ini, menjadi focal point dengan izin, bagi penyediaan Nationally Determined Contributions yang ditetapkan di bawah Perjanjian Paris. Jadi itu merupakan kerangka bagaimana Kerajaan Persekutuan memainkan peranan dan NRES sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan kita telah memulakan libat urus dengan pihak kerajaan-kerajaan negeri. Pada masa yang sama, Dasar Pasaran Karbon ini juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan sama ada kerajaan negeri atau pihak swasta untuk terlibat di dalam industri perdagangan karbon tempatan dan membolehkan ianya berkembang dan ia berikutan pelaksanaan Pasaran Karbon Pematuhan di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris. Masih ada beberapa aspek perjanjian ini yang sedang diharmonikan di peringkat antarabangsa yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya. Antara matlamat yang ada di peringkat Kerajaan Persekutuan ialah untuk memastikan agar penjualan kredit karbon ke luar negara tidak menjejaskan pencapaian NDC negara untuk mengurangkan intensity pelepasan karbon yang merentas ekonomi sebanyak 45 peratus pada tahun 2030. Jadi, bagi di peringkat ini, kita akan terus menyokong inisiatif kalau di peringkat perhutanan, kerajaan telah menubuhkan Malaysia Forest Fund sebagai entiti yang bertanggungjawab untuk melaksanakan usaha serta strategi kewangan inovatif bagi sektor perhutanan. Dan kita telah melihat kredit-kredit karbon sudah

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

mula didagangkan di platform Bursa Carbon Exchange, termasuk Projek Kuamut yang dibuat di negeri Sabah. Kita telah melantik MFF sebagai agensi pelaksana agensi pelaksana di bawah dana pembangunan projek karbon hutan iaitu sebanyak RM5 juta pada tahun 2024 untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Paya Besar, soalan tambahan.

Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.

Saya memuji ada hubung kait di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Tetapi, persoalannya, Yang Berhormat Menteri, usaha Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi melalui Bursa Carbon Exchange (BCX) merupakan salah satu program yang saya fikir perlu kita perkasakan, kerana kaedah voluntary carbon market (VCM) yang kita perkenalkan pada tahun 2023 ini juga perlu kita perkuat dan perhebatkan. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat? Adakah kita hendak selama- lamanya sukarela? Kalau kita hendak bandingkan dengan IDX Carbon di Indonesia, mereka compulsory kepada syarikat penjanaan tenaga. Dan Malaysia bila hendak beralih kepada compulsory, berapa ramai syarikat yang terlibat dalam VCM ini? Yang kedua, Yang Berhormat, Yang Berhormat sebutkan tadi industri perdagangan karbon dan sudah pasti low pricing of carbon credit ini juga menjadi isu. Kita sekarang ini, melalui BCX, kita lebih kurang USD3.5 per metrik tan carbon dioxide equivalent. Kalau hendak dibandingkan dengan Singapura, dia ada kejelasan di situ, Yang Berhormat. Dia ada Carbon Pricing Act. Adakah kita juga akan bergerak ke arah sana? Yang akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan memberi keyakinan, apakah usaha kerajaan dalam kita memastikan mekanisme pasaran karbon ini akan diperkuatkan terutamanya dalam sektor perhutanan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih, Yang Berhormat. Pertama sekali, kita sememangnya bersetuju bahawa banyak lagi yang boleh dilakukan. Antara perkara yang kena ambil maklum ialah di beberapa negara, sebagai contoh di Singapura, mereka telah pun ada percukaian karbon, carbon taxation. Jadi, ini mendorong banyak syarikat untuk melihat kepada pasaran karbon sebagai salah satu alternatif untuk mereka offset karbon mereka.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Kita juga baru-baru ini ada pertemuan dengan rakan sejawat saya di negara Thailand. Thailand juga ada Thailand Voluntary Emission Reduction (T-VER) yang mana mereka daripada― kalau Bursa Carbon Exchange menggunakan sebelum ini piawai-piawai antarabangsa seperti Verra, tetapi T-VER ini mereka adalah standard domestik yang ditetapkan di negara Thailand. Jadi, kita telah menyatakan ketersediaan kita untuk ASEAN secara keseluruhan, kalau kita boleh berkongsi pengalaman melihat kepada pengalaman di Singapura dan juga di Thailand itu sebagai contoh dan juga di Indonesia. Ini antara negara-negara yang agak ke hadapan supaya kita dapat, tanpa menunggu masa yang lama, sebab, macam Projek Kuamut itu, tempoh masa untuk mendapat piawai Verra itu cukup lama. Saya rasa daripada initiation sampai akan dimasukkan ke pasaran pada bulan ini, lebih kurang 10 tahun atau lebih 10 tahun. Jadi, kita hendak tengok perkara-perkara tersebut. Dan di peringkat negara kita, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan berbincang dengan Bank Dunia untuk memajukan sama ada kita boleh melihat kebolehlaksanaan cukai karbon di negara kita. Jadi, perbincangan itu sedang berlangsung. Bagi kita, ini antara perkara yang kita ambil kira dalam proses penggubalan RUU Perubahan Iklim Negara yang sedang dibuat sekarang. Jadi, saya percaya kalau kita ada kerangka tersebut, harganya lebih baik daripada apa yang kita ada dalam realiti pasaran sukarela sekarang yang harganya agak rendah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Persilakan Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua soalan tambahan. Pertama, bila dilihat dari segi bidang kuasa, adakah kerajaan akan bercadang untuk menyelaraskan undang-undang ini? Sekiranya diselaraskan, apakah jaminan kerajaan agar sebarang undang-undang melibatkan hutan ataupun mineral REE yang merupakan yang berkait rapat dengan kerajaan negeri tidak akan mengguna pakai sebagaimana Petroleum Development Act yang menghakis kekayaan negeri dan hanya berpusat sebagai federal centric? Itu yang pertama. Kedua, selaras dengan perkembangan semasa, kita lihat masa hadapan karbon ini sangat baik. Difahamkan akan mencapai RM1.6 bilion. Jadi, dalam hal ini, kita hendak tengok adakah kita boleh bergerak ke arah meminda ataupun mengemaskini peruntukan dalam perlembagaan supaya membenarkan kerajaan- kerajaan negeri dalam usaha untuk menjaga karbon di hutan dan juga REE daripada terus diceroboh menubuhkan satu unit khusus kor Angkatan Tentera untuk menjaga hutan dan mineral mereka dalam negeri masing-masing. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dia ada beberapa soalan yang sedikit berbeza. Pertama, dari segi bidang kuasa hutan, bidang kuasa mineral termasuk REE. Itu jelas. Kita tidak berhasrat untuk meminda perlembagaan yang ada. Perlembagaan jelas meletakkan bidang kuasa hutan dan mineral ini di bawah bidang kuasa negeri dan kita tidak melihat keperluan buat masa ini untuk ada satu Petroleum Development Act ataupun yang mirip PDA untuk kita berhubung soal REE. Tetapi, dari segi apa yang kita sebut, pertama ialah kalau kita bercakap tentang soal karbon, sebagaimana yang saya sebut tadi, karbon ini bukan hutan semata-mata. Apabila kita bercakap tentang karbon, dia juga bercakap tentang emission, juga bercakap tentang technology-based solution. Jadi, itu berbeza dengan hutan. Sebab itu di bawah― kalau kita tengok Perjanjian Paris yang mana kita tandatangani pada tahun 2015, dia telah menetapkan bahawa ada nationally determined contributions yang perlu dijelaskan oleh setiap negara. Jadi, NDC-NDC ini, bidang kuasanya terletak di bawah kerajaan nasional. Jadi, sebab itu kita berfungsi sebagai focal point dan perlu ada penyelarasan. Sebab, kalau kita lihat apa yang berlaku sebelum ini, ada juga projek-projek karbon yang tidak wibawa yang mana telah menimbulkan banyak tanda tanya. Jadi, dia perlu ada kredibiliti di situ dan inilah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan ada standard yang dipatuhi dan sebagainya. Kita juga kena realistik. Apabila saya bertemu dengan rakan saya di Singapura, di Thailand, kita tahu kalau kita pergi ke peringkat antarabangsa sebagai Malaysia, sebagai Singapura, sebagai Thailand, kita agak kecil. Tetapi kalau kita pergi sebagai ASEAN dengan satu perkongsian dengan satu pasaran yang besar, maka kita ada scale yang membolehkan kita untuk engage dengan pasaran-pasaran besar yang ada. Dan penting juga kita hendak tahu, kalau kita hendak mematuhi atau kita hendak dapat karbon kredit dan sebagainya, dia kena tanam balik hutan. Pertama, hutan yang sedia ada, dia tidak boleh jual karbon kredit. Kedua, kalau kita potong balak banyak-banyak atau kita keluarkan banyak kawasan dari hutan macam berlaku di sesetengah negeri, itu juga tidak membantu ke arah usaha tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya ke soalan kedua. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, sila jawab.

Mohd Nazri bin Abu HassanBERSATU · PNMerbok · question

2. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah perancangan terkini dan tindakan susulan Kementerian setelah menjalankan lawatan ke LRA Bukit Selambau seperti yang diketahui projek ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran kepada Kerajaan Negeri Kedah memandangkan fenomena Super El-Nino ini memberi impak kepada sumber air.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau, Kedah telah diluluskan di bawah RP1 Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos keseluruhan RM129.4 juta untuk menambah kapasiti sedia ada daripada 30 juta liter sehari kepada 70 juta liter sehari. Antara skop projek ini merangkumi pembinaan loji rawatan air, pembinaan muka sauk, tangki imbangan, pemasangan paip pengepaman utama dan paip agihan baru. Terdapat permohonan― ini untuk rekod. Terdapat permohonan daripada kerajaan negeri pada tahun 2021 untuk menguruskan projek ini secara keseluruhan bermula daripada proses pelantikan kontraktor, pemantauan projek sehingga projek selesai dan telah pun dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan pada ketika itu. Namun, malangnya, susulan lawatan saya bersama dengan Kementerian PETRA ke tapak pembinaan LRA Bukit Selambau pada 28 dan 29 Januari 2024, kita telah mendapati bahawa kemajuan projek adalah mendukacitakan iaitu lewat 31.82 peratus berbanding dengan jadual yang sepatutnya siap pada 28 Jun 2024. Beberapa teguran telah dibuat. Antaranya, agar pihak kontraktor membentangkan pelan tindakan ataupun, dengan izin, recovery plan untuk meningkatkan prestasi kerja seperti menambah bilangan pekerja serta penyelarasan bersama pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu utiliti di tapak. Kemudiannya, saya dan kementerian sekali lagi telah turun ke tapak baru- baru ini buat kali kedua iaitu pada 24 Jun 2024 bagi menyemak kemajuan terkini dan mendapati bahawa pihak kontraktor telah diluluskan lanjutan masa kali kedua ataupun EOT 2 oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selaku pegawai penguat kuasa ataupun SO Project sehingga 16 April 2025.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

Itu tarikh baru yang diberikan iaitu EOT selama 292 hari ataupun hampir kepada 10 bulan. Walaupun kini peratusan kemajuan sehingga 15 Jun adalah 27.03 peratus berbanding jadual 29.83 peratus, maksudnya jadual itu telah dipinda iaitu

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

lewat hanya sebanyak 2.8 peratus. Kami menyatakan kegusaran kerana prestasi projek sebenarnya masih jauh untuk mencapai kemajuan siap 100 peratus. Bagi mengurangkan cabaran bekalan air di negeri Kedah, termasuklah ketiadaan rizab margin, kadar air yang tidak terhasil ataupun NRW yang tinggi iaitu 50.7 peratus dan kesan ketidaktentuan perubahan iklim. Kita tiada pilihan lain melainkan projek LRA ini perlu disiapkan dengan segera. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Timbalan Menteri kerana pergi dua kali dah ke tempat ini untuk melihat perkembangan projek tersebut. Apa yang kegusaran saya yang saya ingin timbulkan di sini ialah sebenarnya tarikh milik tapak projek tersebut ialah pada 6 Jun 2021. Sepatutnya dia siap pada tahun – pada 2 Disember 2023. Yang timbalan menteri beritahu tadi pada 28 Jun itu ialah EOT nombor satu. Sekarang telah diberikan EOT nombor 2 yang akan tamat pada 16 April 2025. Kegusaran penduduk di kawasan Bukit Selambau ini iaitu di Parlimen Merbok amatlah merisaukan kerana apabila ia lewat hampir dua tahun daripada jadual asal, dua tahun lebihlah daripada jadual asal. Tetapi sekarang ini adakah tindakan daripada pihak kementerian untuk projek ini disiapkan segera dan walaupun dua kali diberikan EOT dan untuk menamatkan kontraktor sekarang dan membuat bidaan semula supaya penderitaan penduduk yang terkesan akibat daripada kelewatan dan kelemahan kontraktor ini dapat diselesaikan. Dan adakah masalah akibat daripada kenaikan bahan binaan yang menyebabkan kontraktor akan mengalami kerugian jika mereka meneruskan projek ini? Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat kerana berkongsi kegusaran dengan saya. Seperti yang saya sebutkan tadi, untuk rekod memang ada permohonan khas daripada kerajaan negeri untuk uruskan projek ini. Maka sebab itu bila kami membuat keputusan untuk melawat tapak pada awal tahun, antara perkara yang menjadi kepayahan di peringkat kami kerana kuasa melantik kontraktor itu telah diserahkan kepada negeri, maka kuasa untuk memutuskan atau menamatkan kontrak itu adalah di bawah negeri juga.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

[Bangun]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

[Bangun]

Maka sebab itu, untuk lawatan kali ini, sebelum saya turun kerana dulu dipertikaikan saya turun tidak jemput sedangkan itu sebenarnya kita dah jemput pihak yang sepatutnya hadir tapi digambarkan seolah-olah saya masuk tidak beradab. Jadi, kali ini saya tulis surat kepada kerajaan negeri, lima hari. Yang datang alhamdulillah Yang Berhormat Exco turun tapi Menteri Besar yang memberi gambaran seolah-olah kita tidak mengikut saluran yang betul tidak tampil. Tapi bila ajak main bola, muncullah. Jadi kita sebab itu bagi saya ada hubungan yang baik kita boleh bina bila kegusaran itu timbul. Sebab saya faham Ahli Parlimen menghadapi tekanan daripada pihak pengundi ataupun penduduk setempat. 40 juta liter ini ikut laporan, ketika ini bila berlaku kelewatan memang dah berlaku gangguan air di kawasan sekitar Merbok dan juga Sungai Petani. Maka sebab itu bila kementerian memilih untuk turun, saya sendiri nak turun sebab bukan soal politik dengan kerajaan negeri. Kami sebenarnya nak bantu keadaan di negeri Kedah. Maka sebab itu tekanan memang demi tekanan perlu diberikan supaya pihak yang patut laksanakan iaitu kontraktor ini mampu menunjukkan kemajuan. Maka, akhir sekali dalam konteks ini dalam lawatan terbaru ini juga saya telah memohon dengan baik di peringkat kerajaan negeri supaya sama-sama memantau. Ketika ini, kementerian sebenarnya lebih kepada menguruskan pemberian geran sebab negeri dah minta untuk uruskan sendiri termasuk memantau. Sekarang ini kita dah nampak ada kelemahan, maka peringatan itu diberikan supaya sama-sama sama ada di peringkat Persekutuan, di peringkat negeri untuk kita usahakan selesaikan loji rawatan air ini sebab selagi tidak selesai, apa Yang Berhormat bangkitkan itu akan terus dihadapi dan saya punya kebimbangan, Yang Berhormat sebut dengan jelas, EOT dah dua kali negeri bagi. Kalau tahun depan tak siap juga, ia akan terus dipertikaikan ataupun yang terus perlu menghadap rintihan penduduk itu adalah Yang Berhormat sendiri selaku Ahli Parlimen kawasan. Terima kasih.

Lain kali, boleh jemput saya sekali untuk hadir.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, okey. Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya Yang Berhormat, awal tahun lalu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Malaysia telah mengeluarkan isyarat bahawa negara kita akan berhadapan dengan risiko El Nino dan pada Jun yang lalu, MET telah sekali

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

lagi mengeluarkan isyarat La Nina yang akan melanda negara bermula Julai ini sehingga penghujung 2024. Apakah risiko serta langkah keselamatan La Nina yang perlu rakyat ambil maklum khususnya dari segi kesihatan, pertanian dan persekitaran? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang dinyatakan tadi, sememangnya di awal tahun negara menghadapi cabaran fenomena El Nino. Bila berlaku El Nino ini, jangkaan kita akan berlaku musim kemarau yang juga mungkin bila disebut ada juga istilah super El Nino bermaksud kemarau yang berpanjangan. Jadi, bila berlaku kemarau kalau dari sudut sektor air, bagi saya kalau sektor yang lain mungkin kementerian berkenaan boleh bagi penerangan yang lebih jelas tapi untuk di sektor air, apabila berlaku keadaan sedemikian, cabaran kita adalah untuk menguruskan sumber-sumber air ini supaya mencukupi untuk loji-loji rawatan ini memproseskan air. Maka, kalau sesiapa yang mengikuti keadaan ketika itu, di peringkat kementerian sekalu pengawal selia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah mengarahkan operator-operator air untuk mengambil langkah-langkah mitigasi. Itu telah berlaku dan ketika ini pula, amaran yang terbaru adalah La Nina. Untuk keadaan sekarang ini, dia akan berubah daripada kemarau kepada keadaan yang lebih lembap. Maka untuk dari segi sektor air, walaupun air berlaku mungkin lebih banyaklah berlaku limpahan tetapi cabaran untuk operator air pun ada. Sebagai contoh iaitu bila berlaku hujan yang panjang dan sebagainya, air sumber kita itu mungkin berlaku pengeruhan. Maka nak memproses air itu ada yang loji mungkin tidak berdaya untuk memproses airnya maka berlaku juga cabaran untuk air. Dan kedua cabarannya juga yang berlaku, pernah pengalaman kita di negeri macam di Kedah tempoh hari, bila berlaku kepala air. Bila kepala air berlaku, menyebabkan bencana dan juga ada loji yang rosak akibat bencana dan tidak dapat diguna pakai walaupun air sebenarnya banyak. Maka sebab itu sememangnya langkah-langkah mitigasi dari segi operational dengan izin, memang pihak SPAN sentiasa mengemas kini bersama dengan pihak operator supaya segala amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Metrologi kita ambil maklum dan membuat persiapan yang sebaik mungkin. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan yang ketiga, saya mempersilakan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Yang Berhormat Semporna.

Mohd Shafie bin ApdalWARISANSemporna · question

3. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang lebih menyeluruh dan berkesan bagi menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Terima kasih sahabat saya dari Semporna. Tuan Yang di-Pertua, ketika saya bangun menjawab ini, saya penuh sedar bahawa Semporna seorang yang sangat arif tentang isu yang dibangkitkan ini. Pernah jadi Ketua Menteri, pernah jadi Menteri Persekutuan, sekarang mewakili Parlimen Semporna. Apa dia hakikat sebenarnya keberadaan pendatang asing di Sabah adalah satu hakikat kita harus bersetuju bahawa tak ada perbedaan dari sudut hasrat untuk mengatasi perkara ini. Sebelum daripada ini, pelbagai ikhtiar telah dibuat sama ada oleh Majlis Keselamatan Negara, oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah, oleh Jabatan Imigresen. Maka, kita tahu sebelum ini ada proses banci yang membawa kepada adanya kad IMM13, adanya sijil banci, adanya Kad Burung-Burung.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Daripada situ, kita dapat establish angka besar 136,055, tetapi semua kita bersependapat bahawa angka ini tidak mencerminkan hakikat bilangan yang sebenar. Lalu, RCI ditubuhkan, banyak syor. Antara syornya adalah supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah adakan jawatankuasa bersama, namanya Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing. Di peringkat dasar, di peringkat induk, Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah pengerusikan, kemudian, dia ada Jawatankuasa Teknikal. Baik. Daripada situ, fokus jawatankuasa ini ialah pertama mengusahakan penempatan semula, yang kedua mengadakan ikhtiar yang disebut sebagai homeless shelters, yang ketiga, aspek penguatkuasaan dan operasi kena diteruskan. Sebagai contoh, hasil penguatkuasaan daripada 1 Januari hingga ― tahun ini sehingga 12 Jun 2024, tangkapan sebanyak 6,559 telah dibuat. Apabila tangkapan telah dibuat, pemeriksaan tanpa dokumen misalnya kita akan tetap letakkan di depot imigresen dan kemudian kita hantar balik sebagai ― itu aspek penguatkuasaan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Akan tetapi, dari segi perkara yang lain adalah dia mesti bermula dengan proses bancian atau pendataan yang lebih credible dan sekarang jawatankuasa ini bersetuju bahawa Jabatan Ketua Menteri Sabah sedang menjalankan proses pendataan. Ini sekarang sedang berjalan dan pada mesyuarat 25 hari bulan nanti, kita akan menerima pembentangan ataupun laporan berkenaan dengan skop yang saya sebutkan tadi, penempatan semula, homeless shelters, laporan tentang penguatkuasaan dan hasil daripada proses pendataan. Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Semporna, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjelaskan perkara yang cukup penting iaitu berhubung kait dengan masalah yang besar kadang-kadang dipolitikkan dan saya mendengar jawapan Yang Berhormat semalam pun jangan politikkan sangat tentang kaedah ini kerana ia boleh menjadi negative impact kepada negara kita. IMM13, siapa yang isu dia? Dari tahun 1972 sampai tahun 1984. Kad Burung-burung di isu daripada tahun 1986, tahun 1988 selepas itu bancian. Kad Burung-burung siapa yang isu? IMM13 siapa yang isu? Selepas itu bancian siapa yang isu? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kerana ini merupakan salah satu perkara yang cukup penting kerana Burung-burung, bancian tidak ada ― kadang-kadang kita dapati bahawa there’s no element of security. Pada tahun 1974 sehingga tahun 1984, apabila IMM13 ― saya akui dia cuma dalam lingkungan 84,000 sahaja isu. Selepas itu, bila Burung-burung datang, dia isu dalam lingkungan 325,000 issued Burung-burung itu dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri bersama dengan IDS. Saya masih ingat, semasa itu saya juga pegawai kerajaan waktu itu. Akan tetapi saya melihat bahawa perkara ini cukup penting kerana banyak di antara perkara yang menyumbang ke arah kedatangan menggunakan sama ada banciannya tidak begitu lancar, sama ada Burung-burung itu they can just issued, jumlah yang besar tambah sahaja, there’s no security document-nya. Saya ingin bertanya, seperti Yang Berhormat telah sebutkan tadi, demi kerajaan, demi kerajaan, syor ada. [Sambil menunjukkan senaskah buku] Ini laporan siasatan pendatang asing yang ada, syor. Selepas itu dilantik lagi, ini tahun 2012. [Sambil menunjukkan senaskah buku] Selepas itu satu lagi lantikan diberikan oleh Barisan Nasional waktu itu Yang Amat Berhormat Dato’ Najib bersekali dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang sekarang ini issued untuk melantik RCI di bawah Pengerusinya Joseph Pairin Kitingan.

Mereka mencadangkan bahawa salah satu daripada permanent resident Sabah (PRS) ialah― Yang Berhormat bersekali dengan saya jadi kerajaan, waktu itu Pagoh menjadi Menteri Dalam Negeri, diubah. Bukan permanent resident Sabah (PRS) diubah kepada PSS (pas sementara Sabah) yang ada. Ini disebabkan waktu itu Timbalan Menteri Dato’ Aziz cadangkan, jangan letak PRS, residen implikasi dia seakan penduduk tetap. Manakala PSS tidak condition dia letak waktu saya jadi Ketua Menteri, don’t give them permanent resident. Itu bukan sahaja hak untuk mereka menjadi citizens of the country yang ada tetapi boleh kerja. Tidak ada yang telah kita lakukan. Selepas itu, yang baharu ini saya difahamkan pas warga asing, Kerajaan negeri sudah setuju, saya tidak jadi masalah, saya sokong. Oleh sebab penting bagi kita untuk melahirkan satu sistem― Dato’ Speaker, saya minta izin sikit kerana menjelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan.

Perkara ini penting. Akan tetapi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang perkara- perkara seumpama ini kerana kalau mengikut Perlembagaan, Artikel 19 Perlembagaan Malaysia di mana disebutkan di situ bahawa bila seseorang itu berada di negara Malaysia dalam jangka masa 10 tahun, mereka juga berhak untuk mendapat. Saya bimbang kerana dalam pas warga asing ini, kalau warga asing itu sudah berada di situ lebih 10 tahun sama ada dia secara automatiknya ― saya ingin bertanya soalan dia, mereka berhak untuk mendapat, menjadi citizen negara kita. Saya sedar dan tahu perkara ini cukup penting kerana daripada kita biarkan umat ini berada di negara kita, why don’t we take the tenaga yang ada, kita bawa Bangladesh sampai beribu tidur di KLIA, kenapa kita tak tap dengan mereka ― itu tujuan saya waktu saya menjadi Ketua Menteri. Akan tetapi, kita tak bagi warganegara, kita tidak bagi citizenship, kita tap them fasal tetapi upskill them untuk membolehkan perladangan yang ada sekarang 30 peratus daripada peladang, output yang ada, kita tidak boleh. Fasal banyak Indonesian yang dah balik ke Indonesia kerana ekonomi Indonesia jauh baik daripada Sabah dan ini yang saya ingin bertanya sama ada pas warga asing ― tadi itu saya tanya, pertama saya hendak jelaskan, fasal ini tidak mahu dipolitikkan. IMM13, siapa yang issued? Burung-burung, siapa yang issued, bancian siapa yang issued? Saya tidak mahu nanti bangkit bahawa ini kerja dipolitikkan. Saya kononnya kerja, cuma 20 bulan sahaja, saya jadi Ketua Menteri, takkanlah sampai berpuluh ribu saya boleh issued kad pengenalan ataupun pas.

Keduanya saya tanya tadi, pas warga asing. Sama ada dia boleh mendapat citizenship seperti apa yang termaktub dalam perlembagaan, keduanya. Saya hendak tanya ketiganya, kadar yuran yang diletakkan. Saya difahamkan ada yang mencecah 2,000 ada yang mencecah sampai 3,000. Saya tidak mahu perkara ini akan berlaku seakan-akan langkah ini untuk kita gunakan ada imbuhan dia itu mendapat buruh asing. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih soalan tambahan rakan saya. Pertama, Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah. Sekarang, pendataan ataupun banci sedang dikendali oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah melalui sistem apa yang disebut S.W.I.M.S singkatan untuk Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah telah dilantik syarikat yang namanya Smart Sabah Corporation Sdn Bhd. dan tumpuan pendataan ini ialah melibatkan sektor perladangan di ladang yang dimiliki oleh Kumpulan Sawit Kinabalu. Jadi, mereka pergi ke ladang, di situ ramai pekerja asing, mereka daftarkan. Principle dan juga subsidiari dan mereka kenakan fi. Ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah dan pada mesyuarat 25 Julai nanti ketika mesyuarat bersama, mesyuarat akan diberikan pelaporan penuh tentang hasil pendataan ini. Tujuan asalnya Yang Berhormat adalah untuk mendapat angka yang tepat, yang credible. Kalau sebelum itu IMM13, Sijil Banci, Kad Burung-burung Yang Berhormat tanya seperti dalam Laporan RCI 2012, dia sebut penglibatan Majlis Keselamatan Negara, penglibatan Jabatan Ketua Menteri, penglibatan Jabatan Imigresen, itulah agensi kawal selia yang bertanggungjawab mengeluarkan Kad Burung-burung, sijil Banci dan IMM13.

1997, apabila proses semak silang dilakukan secara konsisten, kita dapati ada individu yang pegang ketiga-tiga kad ini. Yang Berhormat pun tahu ada individu yang pegang dua daripada tiga. Jadi, arahan kita pada waktu itu adalah pada 1997, Yang Berhormat. Saya dan Yang Berhormat masa itu jadi Setiausaha Politik lagi. Yang Berhormat pada Sakaran Dandai, saya pada Tan Sri Syed Hamid. 1997 Yang Berhormat, keluar arahan pentadbiran supaya pemegang Sijil Banci dan Kad Burung-Burung tolong tukar pada IMM13. Tetapi tidak ramai yang ikut.

Waktu itu kita hendak streamline. Itu alasannya. Tetapi arahan satu bab, pelaksanaannya masih ada kecacatan. Sebab itu apabila syor dibuat oleh RCI, antaranya banyak syor Yang Berhormat tunjuk tadi. Tetapi yang kita rasa boleh kita laksanakan apa? Mula balik daripada basic. Apa dia? Kumpul data yang lebih credible. Macam yang KDN hendak selesaikan isu refugees. Kita pun buat data sharing dengan UNHCR pun kita buat. Kalau kita hendak - kemudiannya reforward, hendak ambil mereka sebagai sebahagian pekerja ladang yang perlukan pekerja ataupun hendak bagi mereka akses kepada education, akses kepada health services, dia mesti bermula dengan banci dan pendataan yang tepat dan inilah asas yang sedang kita mulakan sekarang, Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Speaker, saya tanya tadi tentang rate. Sama ada benar atau pun tidak kadar yang diletakkan? Ada cadangan? Saya difahamkan bahawa ini kerjasama KDN dengan kerajaan negeri yang sama ada...

Ya, saya tahu yang jawatankuasa bersama pengurusan warga asing ini, bila sampai kepada pendataan, tugasan itu adalah di bawah kawal selia Jabatan Ketua Menteri. Dia uruskan, dia outsource syarikat, dia tentukan kadar fi mereka semuanya. Kita ada pembahagian tugasan. Soal pendataan di Sabah, Jabatan Ketua Menteri sepenuhnya, Yang Berhormat. Terima kasih.

Pendataan tidak apa. Cuma persoalan dia, saya sebutkan tadi itu, pendataan is a figure that you get. Siapa sebenarnya? Sama ada 300 ribu, sama ada 500 ribu, itu mungkin isu of that sort of warga asing punya. Bukan Burung-Burung, bukan lagi IMM13, bukan lagi Bancian, but you bundle it together dengan izin to have that sort of document. Pas warga asing yang ada. Adakah warga asing ini ada sekuriti dia yang kita tidak boleh bolosi supaya seperti apa yang berlaku Burung-Burung, seperti apa yang berlaku dalam Bancian. Kita tidak ingin, supaya ada peningkatan.

Yang Berhormat, beri laluan.

Yang keduanya tadi, yuran. The rate that they enforce, is it true or not, yuran.

Memang yuran dikenakan. Off the cuff, saya tidak tahu angka dia ya. Saya akan bangkitkan persoalan Yang Berhormat bila saya pengerusi kan mesyuarat pada 25 Julai. Ada atau tidak pelantikan ke atas third party? Jawapannya, ada. Apakah yuran dikenakan? Ya.

Kalau ditanya pada saya berapa amaun dia? Saya tidak privy kepada jumlah amaun itu. Prinsipal lain, subsidiari lain. Saya juga akan bertanya berapa jumlah yang telah berjaya didaftarkan dan seterusnya perkara Yang Berhormat sebut tadi, tumpukan kepada pendataan, pendata. Saya ikut tadi disebut ia bukan bermula dengan vakum. Dia telah pun ada turutan sebelum itu. Sebab itu saya bangkitkan tentang Kad Burung-Burung, Sijil Banci dan IMM13. Saya ingat Yang Berhormat sedia maklum. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik. Yang Berhormat Jerlun.

Bismillahi Rahmani Rahim. Saya beralih isu PATI ini bukan setakat dalam konteks negeri Sabah, bahkan seluruh negara di Malaysia. PATI ini senang cakap pendatang haram, ya dan dia masuk melalui pintu-pintu negara tanpa melalui prosedur undang-undang yang terdapat di jabatan-jabatan tertentu khususnya Jabatan Imigresen Malaysia. Persoalan saya, apakah strategi yang telah pun dirangka bagi membendung kemasukan mereka di laluan-laluan tikus yang wujud di perairan kita? Wujud juga sindiket penyeludupan PATI. Jadi, sejauh manakah penguatkuasaan untuk membendung sindiket tersebut? Satu perkara lagi iaitu mereka ini bila masuk dalam negara, mereka berniaga. Meniaga pula tanpa mempunyai lesen yang dibenarkan oleh undang-undang dan satu situasi yang wujud sekarang ini, peniaga-peniaga daripada warga negara Bangladesh bermaharajalela di satu tempat sehingga disebut Little Dhaka. Ini di Kuala Lumpur sekarang ini. Jadi, setuju kah Yang Berhormat bahawa PATI ini kebal dari segi undang-undang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Warga asing yang berada dalam negara kita, Timbalan Speaker, boleh lah kita kategorikan pada yang pertama, yang masuk tanpa sebarang dokumen sama sekali. Kita ada 160 jalan tikus. Kita ada 140 pintu masuk rasmi. Tetapi kita ada juga 160 jalan tikus. Jalan tikus yang paling banyak, Kedah, Perlis, Kelantan. Paling banyak. Okey, itu kita akui. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum tentang bagaimana pintu masuk jalan tikus ini. Jalan tikus maknanya laluan yang tidak diwartakan oleh kedua-dua negara yang bersempadan. Okey, masuk berlaku. Itu kategori yang pertama. Kategori yang kedua adalah warga asing masuk dengan mempunyai pas kerja yang sah. Kita panggil pas lawatan kerja sementara. Yang ini jumlahnya sekarang 2.3 juta. Kita ada rekod majikannya, keberadaannya, profilnya. 2.3 juta.

Tetapi kita ada siling. Kementerian Ekonomi hadkan tidak boleh melepasi 2.55 juta by end of this year. Jadi, KDN dan juga KESUMA sebagai Kementerian Kawal Selia, kami ini dipandu oleh siling itu. Bermaksud kita ada defisit lebih kurang 300 ke 400 ribu lagi. Ini yang sah. Sudah masuk secara sah, kadang-kadang dia over stay. Maknanya pas kerja tamat, dia memilih untuk tinggal lagi. Over stay, kalau over stay dia salah dari segi Akta Imigresen. Bila kita buat penguatkuasaan, tangkap dan kita depot. Kenakan kompaun, depot dan senarai hitam. Ada juga yang dia salah gunakan pas. Itu juga satu kesalahan Imigresen. Baik, perkara spesifik yang Yang Berhormat Jerlun, bangkitkan. Yang pertama, dia masuk kemudian dia bekerja dibawa masuk oleh sindiket. Betul. Misalnya dalam kes kecurian nadi bumi di Sik. Yang kita tangkap itu betul-betul atas sindiket. Ketua Sindiket pun kita tangkap, kita SOSMA kan, satu. Kita profil siapa dia hendak bawa masuk. Dia bawa masuk memang secara sindiket. Sebab itu kita gunakan SOSMA. Nun sampai ke hutan Sik, curi nadir bumi, menggunakan lebih 30 orang warga asing tanpa sebarang dokumen. Sebab itu penguatkuasaan kita buat, satu. Yang kedua, kalau mereka berniaga. Kalau mereka berniaga di pasar, sudah tentu dengan penglibatan majikan tempatan. Yang dapat meja pasar itu, orang tempatan. Tetapi sudah jadi tauke di rumah. Dia sewa kepada orang Bangladesh. Jadi, penguatkuasaan bukan hanya ke atas mereka yang datang tetapi juga ke atas majikan. Ini juga aspek yang kita tumpukan. Sekian lama kita menguruskan hal ini. Kerajaan Madani yang baru menjengah satu setengah tahun. Kita inherit masalah ini dan bukan excuse, bukan alasan. Sebab itu kita profil kan kawasan hotspot yang mana kita kenal pasti mapping nya sebagai kawasan yang paling ramai diduduki oleh pendatang. Sebab itu saya hendak maklumkan bahawa daripada tempoh 1 Januari hingga 12 Jun ini di depot imigresen kita di seluruh negara, kategori Yang Berhormat tanyakan tadi iaitu pendatang ini, jumlahnya 61,152 orang. Ini yang sedang kita proses untuk kedutaan asing. Sila keluarkan travel document supaya kita boleh bawa mereka keluar, sekali gus kita senarai hitamkan mereka. Tidak boleh masuk lagi ke negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kita beralih ke soalan yang keempat. Silakan Dato Haji Abdul Kalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Kewangan. Maaf, Yang Berhormat Menteri, silakan.

Abdul Khalib bin AbdullahBERSATU · PNRompin · question

4. Dato' Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Kewangan menyatakan berkaitan penyelarasan subsidi diesel yang akan dilaksanakan dengan memberi bantuan BUDI MADANI kepada pemilik kenderaan diesel M40 dan B40. Adakah langkah ini merupakan satu jalan terbaik bagi membanteras penyeludupan diesel rentas sempadan?

Datuk Seri Amir Hamzah AzizanMenteri Kewangan (II)

Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum penyasaran semula subsidi diesel dilaksanakan yang berkuat kuasa 10 Jun 2024, terdapat jurang harga yang besar di antara harga runcit diesel pada RM2.15 seliter dengan harga pasaran.

Datuk Seri Amir Hamzah AzizanMenteri Kewangan (II)

Jika dibandingkan dengan negara jiran pada 9 Jun 2024, harga runcit diesel di Thailand adalah RM4.24, Indonesia RM4.44 dan Singapura RM8.66 seliter. Perbezaan harga ini mewujudkan tarikan besar untuk penyeludup meraih keuntungan membeli diesel di Malaysia dan menyeludup ke negara jiran. Antaranya melalui penggunaan kenderaan yang diubahsuai dengan tangki minyak yang lebih besar. Kegiatan penyeludupan diesel negara jelas dilihat daripada penggunaan diesel bersubsidi yang telah meningkat daripada 6.1 bilion liter tahun 2019 kepada 10.8 bilion liter tahun 2023. Walaupun tiada peningkatan kenderaan diesel yang ketara. Justeru, kerajaan mengambil langkah menyasar semula subsidi iaitu menetapkan harga runcit diesel di stesen minyak pada harga RM3.35 seliter iaitu harga tanpa subsidi dan pada masa yang sama menyediakan bantuan khusus untuk golongan sasar termasuk Bantuan BUDI MADANI bagi pemilik kenderaan diesel B40 dan M40. Tanda awal menunjukkan pendekatan penyasaran semula subsidi ini berkesan dalam mengurangkan ketirisan. Jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum penyasaran semula subsidi dan selepasnya, setakat ini jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia menurun lebih 30 peratus dan stesen di kawasan sempadan mengalami pengurangan yang lebih ketara di antara 40 hingga 50 peratus. Ini menunjukkan indicator yang jelas pengurangan penyeludupan. Penetapan harga runcit ke paras harga pasaran tanpa subsidi mencapai hasil kerana ia mengurangkan insentif untuk menyeludup. Ini tidak tercapai jika kerajaan melaksanakan kenaikan runcit secara ansuran kecil kerana ia tidak akan menangani jurang perbezaan harga.

Datuk Seri Amir Hamzah AzizanMenteri Kewangan (II)

Pada masa yang sama, bantuan bersasar disediakan. Antaranya kepada individu B40 dan M40 yang memiliki kenderaan diesel supaya tidak dibebani kenaikan harga runcit. Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun ditetapkan mengambil kira data penggunaan. Bantuan RM200 yang dianggarkan mencukupi untuk menampung kos tambahan bagi perjalanan harian 75 kilometer merujuk kepada kenderaan diesel biasa seperti penggunaan kenderaan diesel persendirian berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dengan itu, pendekatan penyasaran subsidi melalui penetapan harga pasaran dan bantuan bersasar mencapai objektif membanteras ketirisan dan pada masa yang sama melindungi rakyat daripada kenaikan kos. Di samping bantuan bersasar, pelbagai operasi penguatkuasaan juga diadakan dan akan terus diperkasakan melalui Ops Kesan, Ops Catut, Ops Terjah, Ops Tiris, Ops Menu, Ops Pasar dan Ops Samar oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Semua operasi ini adalah untuk membendung sebarang usaha untuk menjejaskan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran. Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa termasuk pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel dan sekiranya perlu penambahbaikan dari masa ke semasa akan dibuat dalam memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu tadi. Yang Berhormat Menteri, terdapat lebih daripada sejuta kenderaan diesel persendirian di dalam negara kita ini dan saya yakin saya melihat rami di antara Ahli Dewan yang menggunakan kenderaan diesel terutama 4 by 4 dan mungkin juga termasuk Dato' Yang di-Pertua. Persoalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih kerana prihatin. [Ketawa]

Daripada sejuta lebih ini Yang Berhormat Menteri, mengapakah hanya 100,000 sahaja yang menerima Bantuan BUDI MADANI? Hanya lebih kurang 10 peratus sahaja dan apakah usaha proaktif yang diambil untuk memastikan tiada golongan yang tercicir seperti mana yang berlaku pada golongan penternak akuakultur di mana sehingga awal Jun 2024 dilaporkan hanya 1,232 penternak akuakultur yang telah membuat permohonan BUDI MADANI berbanding jumlah keseluruhan seramai 7,900 penternak di seluruh Semenanjung? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin atas soalan tersebut.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

[Bangun]

Dato' Yang di-Pertua, setakat 1 Julai 2024, sekitar 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan Bantuan Tunai BUDI Individu. Manakala jumlah yang layak menerima BUDI Individu adalah sekitar 300,000. Kerajaan komited dan berusaha untuk memastikan mereka yang layak untuk BUDI Individu akan menerima manfaat bantuan tersebut. Antaranya melalui kempen kesedaran media dan memudah cara permohonan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Terdapat kemungkinan di antara individu yang layak ada atas sendiri tidak ingin memohon. Berdasarkan data LHDN, di kalangan yang layak diperhatikan lebih 100,000 individu tiada rekod mengemukakan borang nyata cukai pendapatan untuk sekurang-kurang lima tahun walaupun di bawah umur persaraan. Manakala kebanyakan daripada yang tidak mohon bantuan tunai juga tiada rekod cukai LHDN. Mungkin ini kebetulan kut. Walaupun berdasar data JPJ hampir 1.2 juta kenderaan persendirian diesel, jumlah tersebut termasuklah berbagai-bagai kategori yang tidak layak untuk BUDI Individu terutama 300,000 kenderaan persendirian milik syarikat, 330,000 kenderaan di Sabah, Sarawak dan Labuan. 150,000 kenderaan yang luput cukai jalan dan 60,000 kenderaan mewah atau individu melebihi syarat pendapatan. Dengan itu, yang layak BUDI Individu berbaki sekitar 300,000 individu pemilik kenderaan diesel persendirian. Berhubung isu akuakultur, dalam melaksanakan penyasaran semula subsidi, kerajaan telah menyediakan beberapa banduan subsidi. Antaranya Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk kenderaan logistik supaya dapat kekal membeli diesel pada harga RM2.15 seliter. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan bantuan tunai RM200 sebulan atau RM2,400 setahun bagi petani kecil dan pekebun kecil yang ditakrifkan menghasil jualan pertanian di antara RM50,000 dan RM300,000 setahun. Berdasarkan bantuan tersebut, penternak akuakultur yang memenuhi definisi “penternak kecil” dan berdaftar dengan Jabatan Perikanan layak memohon untuk bantuan RM200 sebulan. Pada masa yang sama, sektor akuakultur turut dapat memanfaatkan SKDS 2.0 bagi kenderaan logistik supaya kos pengangkutan pengeluaran ke pasaran tidak meningkat.

Selain bantuan diesel, kerajaan juga menyediakan peruntukan RM40 juta untuk insentif akuakultur. Antaranya bagi meningkatkan pengeluaran serta kemudahan pembiayaan mudah RM50 juta di bawah Dana Pembiayaan Agromakanan. Dengan itu, golongan akuakultur tidak boleh dikatakan golongan tercicir kerana mereka dapat memanfaatkan bantuan yang disediakan. Usaha sedang dipergiatkan oleh KPKM melalui Jabatan Perikanan untuk meningkatkan kesedaran dan juga membantu mereka yang layak untuk membuat permohonan bantuan tunai. Namun begitu, terdapat pengusaha akuakultur yang tidak memenuhi definisi “penternak kecil”.

Di samping itu, pengusaha akuakultur yang berskala besar bakal menanggung kos diesel tambahan berhubungan genset dan juga pam air untuk kolam akuakultur. Sebenarnya, pengusaha akuakultur berskala besar sepatutnya membeli diesel komersial tanpa subsidi sebelum ini. Dengan itu, tidak terjejas dengan kenaikan harga runcit diesel di stesen minyak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Terima kasih Timbalan Speaker. Berkaitan dengan akuakultur pertanian ini juga, saya nak tanya berkaitan dengan peneroka FELDA. Apakah strategi MOF untuk menangani kenaikan kos pengurusan hasil komoditi oleh 100,854 peneroka sawit FELDA yang sedang berhadapan dengan kenaikan sekitar 30 peratus dari RM45 se tan kepada RM60 se tan mengeluarkan hasil? Jika purata hasil peneroka ini kita ambil lima tan dalam 10 ekar sebulan saja pun dalam satu tahun mencecah kos tambahan itu RM7.6 juta sebulan ataupun 90.8 juta setahun. Jadi, adakah ada cadangan daripada pihak MOF untuk mempertimbangkan bantuan Budi MADANI ini kepada peneroka FELDA? Walaupun bukan dalam kategori M40 tapi dalam B40, tidak memiliki kenderaan tetapi hasil yang dikeluarkan untuk negara itu sebenarnya terganggu sedikit kosnya kerana penyasaran subsidi diesel ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Petua, kerajaan memang peka pada isu-isu peneroka FELDA. Sebenarnya dari segi penyasaran subsidi diesel ini, untuk peneroka, mereka dijaga oleh FELDA dan sebarang kenaikan yang dibuat kerana mereka mendapat pendapatan tetap kepada FELDA, akan ditanggung oleh FELDA, RISDA ataupun daripada FELCRA. Jadi, Kementerian Kewangan telah pun memberi kelonggaran untuk mereka memasukkan kenaikan. Untuk mereka yang layak, mereka masih boleh memohon untuk BUDI Individu dan untuk mereka yang ada kenderaan boleh juga memiliki- masuk dalam

SKDS. Jadi, ini bukanlah satu benda yang tidak difikirkan tetapi kerajaan sentiasa peka kepada kenaikan yang dikenakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan yang kelima. Dipersilakan Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terutamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan pada minggu yang lepas, tahniah!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi.

Wong Shu QiDAP · PHKluang · question

5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan produktiviti dan hasil minyak sawit daripada ladang sedia ada supaya produk minyak sawit Malaysia berdaya saing di pasaran komoditi global.

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Titiwangsa

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Tahniah kerana dapat Doktor. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bersama-sama agensi yang terlibat secara khusus untuk perladangan kelapa sawit ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan hasil dari ladang-ladang sedia ada supaya ianya berdaya saing di pasaran. Antara perkara-perkara yang kita lakukan ialah: (i) memastikan kita mempunyai bekalan buruh yang mencukupi, khususnya untuk aktiviti penuaian ataupun harvesting buah kelapa sawit; (ii) meningkatkan penggunaan mechanization dalam pengurusan ladang-ladang besar, sederhana dan kecil, di antaranya kerja- kerja untuk mengutip buah sawit, mengangkat dan menyusun buah sawit, penghantaran dan pemunggahan dan pemindahan buah-buah sawit dengan menggunakan mechanization; (iii) pengurusan ladang yang optimum ataupun good agricultural practices iaitu dari segi penanaman semula mengikut jadual, penggunaan baja yang berkualiti, benih yang bermutu; dan (iv) kita sedang membuat persediaan untuk meyakinkan small- small holders yang tidak mengendalikan ladang dengan cekap untuk kita mengadakan satu konsep penyatuan ataupun consolidation tanah-tanah ladang yang kecil-kecil ini untuk ditadbir secara estet.

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Titiwangsa

Kemudian kita juga akan meningkatkan R&D dalam mengawal penyakit- penyakit yang berjangkit mengenai pokok-pokok kelapa sawit ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih jawapan daripada Menteri. Jadi, saya sangat tertarik dengan idea untuk buat automasi dan juga mekanisasi supaya meningkatkan produktiviti dan juga penghasilan buah-buah sawit ini. Jadi, saya juga dapat bahawa Menteri pernah bangkitkan satu inisiatif iaitu Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit di luar sana. Jadi, saya minta kalau boleh Menteri memberi penjelasan, pencerahan yang lebih terperinci supaya kita tahu bagaimana inisiatif ini dapat bantu dan juga bagaimana ia akan dilaksanakan dan berapa kos akan terlibat dan paling penting sekali adalah minyak sawit telah dibukti bahawa adalah minyak sayuran yang lebih manfaat, yang paling produktif berbanding dengan minyak sayuran lain seperti kacang soya ataupun bunga matahari dan sebagainya. Walau bagaimanapun, memandangkan dalam pasaran tempatan kita sendiri, pengguna tempatan kita sendiri, rakyat sendiri pun mungkin tak tahu dan lebih cenderung untuk mengguna minyak sayuran lain dan minyak sawit kita tidak dijadikan produk digemari oleh pengguna tempatan sendiri. Jadi, saya nak tahu bagaimana kementerian akan mempergiatkan usaha untuk mempromosikan minyak sawit buatan Malaysia? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, kita kena faham, bila kita cerita tentang edible oil ini ataupun minyak- minyak sayuran ini, dia terdapat empat major edible oil: (i) kelapa sawit; (ii) soya bean oil; (iii) sunflowers; dan (iv) rapeseed oil. Keempat-empat edible oil, ini adalah merupakan saingan di antara satu sama lain. Propaganda yang dilakukan oleh negara-negara pengeluar minyak-minyak edible oil ini yang selain daripada kelapa sawit ialah, ini atas asas mereka compete dengan kelapa sawit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau dari segi produktiviti mengeluarkan minyak-minyak edible oil ini, kalau kita mempunyai satu hektar ladang untuk kita tanam soya oil, dia hanya boleh produced 0.5 metrik tan. Kalau sunflower dan rapeseed oil, satu hektar kita hanya boleh keluar 0.8 metrik tan. Tetapi kelapa sawit satu hektar kita boleh keluarkan 3.3 hingga 3.6 metrik tan.

Sudah tentu ini merupakan saingan yang paling hebat kepada mana-mana edible oil yang lain. Jadi, saya nampak lebih kepada propaganda dari segi business yang dilakukan. Sebab itu kita menggunakan Majlis Palm Oil Council (MPOC) kita ialah kita sentiasa pergi ke negara-negara yang kita eksport kelapa sawit ini. Kita merupakan pengeksport kedua terbesar dunia selepas Indonesia. Jadi, inilah perkara-perkara yang kita buat terus, kita memberi penerangan tetapi sehingga hari ini tidak ada satu scientific evidence yang mengatakan bahawa minyak kelapa sawit ini tak bagus. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik. Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, sebenarnya saya bersetuju dengan semua jawapan yang YB Menteri bagi. Tapi saya nak melihat di sini bahawa kalau kita lihat hari ini kita punya total yield kita stagnated dah dua tiga tahunlah sekitar 16, 15 tan dan saya yakin tahun ini akan naik 16 tan, dia akan naik satu tan. Dan seperti yang YB Menteri pernah bagi tahu dalam Dewan ini, bahawa setiap kenaikan satu tan per hektar ini sebenarnya kita menyumbang revenue RM4 bilion kepada negara. Tapi saya melihat tadi Menteri ada sebut bahawa nak mengoptimumkan penanaman semula. Saya melihat bahawa Program Replanting kita very slow sebab kos mahal dan sebagainya. Saya rasa ini adalah antara faktor utamalah yang menyebabkan- bukan faktor tapi antara faktor yang penting yang menyebabkan kita punya yield tak naik. Jadi, kita sebenarnya, industri ini heavily taxed sebenarnya. Bayar cukai tanah, bayar cukai export dan sebagainya tapi hari ini bila diperkenalkan oleh MOF iaitu windfall levy, kenapa tidak windfall levy ini dikembalikan kepada industri supaya kita boleh speed up, mempercepatkan kita – proses replanting kita supaya kita boleh meningkatkan kita punya produktiviti itu dengan lebih cepat. Baik, yang kedua. Dalam satu seminar baru ini, webinar yang dianjurkan oleh MPOC yang bertajuk Global Health Policy: How Today’s Trends Will Impact Malaysian Palm Oil’s Future”.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Saya melihat, saya amat tertarik dengan presentation yang dibuat oleh Tuan Brian See daripada Vice President Phytogaia Sdn. Bhd. Memang kita akui bahawa dalam hasil sawit ini dia ada phytochemical yang nama dia tocopherol dan tocotrienols. Kita akui bahawa Sime Darby, KLK dan hari ini saya baca berita bahawa sawit Kinabalu pun hendak keluarkan tocotrienol sebagai vitamin E yang boleh kesihatan dari segi kolesterol dan sebagainya. Cuma, dalam seminar diberitahu bahawa setakat hari ini kita tidak ada suatu klinikal evidence. Kita cuma claim dari segi chemical dia tetapi dari segi clinical evidence kita tidak ada. Jadi, saya mintalah kalau boleh Menteri lobi sedikit kepada

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Kementerian Kewangan supaya turunkan windfall levy itu kepada industri supaya research ini boleh kita mempertingkatkan dan kita boleh meyakinkan dunia bahawa sawit ini baik. Kalau kita kata hendak meningkatkan produktiviti ini dengan kita menambah keluasan tanah, saya rasa tidak mungkin sebab kita terikat dengan MSPO dan juga EUDR. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita tengok pada tahun 2013, negara kita mengeluarkan 19.6 juta metrik tan. Indonesia pada ketika itu mengeluarkan 26.5 juta metrik tan, 10 tahun selepas itu pada tahun 2023, kita punya pengeluaran hanya 18.5 juta, Indonesia 48 juta. Saya hendak berkongsi sikit dari segi produktiviti ini. Dia berlaku ini kerana pertama, of course lah kita tidak buka kawasan baru sebab kita comply dengan kita punya United Nations punya standard, EUDR, kita hendak kena pastikan no deforestation, kita hendak pastikan bahawa climate change ini tidak berlaku kerana kita buat deforestation. All that kita buat tetapi kita mengubah strategi kita untuk menumpukan produktiviti atau yield. Cuma, dalam konteks kita dengan Indonesia. Indonesia masih lagi membuka kawasan-kawasan baru kerana mungkin dia punya forest cover dia masih tinggi. Dia sekarang ini sudah mencecah hampir 14 juta hektar lebih sedikit. Whereas kita hanya ‘5’ juta hektar yang menyebabkan kita ada masalah dari segi peningkatan produktiviti kelapa sawit atau pengeluaran kelapa sawit ini adalah kerana daripada 5.7 juta itu 4.2 juta hektar dikendalikan oleh private sector tetapi 1.5 juta ini dikendalikan oleh small holders. Jadi, 1.5 juta ini over the period of time dia punya yield telah menurun kerana banyak pokok-pokok mereka adalah sudah tua, seperti mana Yang Berhormat sebut tadi dia tidak cukup untuk buat replanting. Kalau kita punya standard replanting kalau ikut kelapa sawit ini tiap-tiap tahun kita kena buat replanting about four to five percent tetapi dalam konteks small holders kita ini, dia below 1.8 percent. Sebab itu lama- lama pokok ini tidak boleh menghasilkan buah. Jadi, saya bersetujulah dengan Yang Berhormat. Nanti saya bawalah perkara ini. Pasal windfall tax ini pun kadang-kadang sudah tidak praktikal. Sebab kenapa saya cakap tidak praktikal? Dahulu kita punya kos untuk keluarkan satu metrik tan lebih kurang 1800 tetapi hari ini hendak keluarkan satu tan minyak kelapa sawit dia boleh mencecah hingga 2,800 ke 3,200 bergantung saiz dia. Jadi, sudah tentu

windfall tax yang kita guna pakai formula waktu kos dia 1,800 mungkin sesuai tetapi sekarang sudah 2,800, 3,800 mungkin sudah tidak sesuai. Saya – salah satu daripada kementerian punya usaha ialah untuk melihat semula pasal windfall tax ini. Dia tidak lagi windfall tax apabila market trading about 3,800 3,900, kos kita sudah melebihi 3,000, dia sudah tidak adalah kita panggil windfall tax. Ini kita hendak kena bawa dan kita akan bawa kepada Kementerian Kewangan. Insya-Allah, next budget saya suruh kita punya kementerian dan bekerjasama dengan MPOB untuk olah balik fasal soal access levy tax ini supaya kita dapat pastikan bahawa setiap duit yang kita kutip ini kita pulang balik kepada mereka yang buat replanting. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut kita ke soalan yang ke enam. Saya hendak persilakan Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Yang Berhormat Parit Buntar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jual pantun. Ekonomi negara makin tidak keruan, Sudahlah janji tidak ditunaikan, Harga diesel pula membebankan, Enam kerusi MP bila agaknya Speaker umum kekosongan, Soalan saya nombor enam, Minta beri jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Silakan.

Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Ustaz Misbah)PAS · PNParit Buntar · question

6. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah pelan komprehensif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan peluang kepada pelajar pelbagai kaum bagi melanjutkan pengajian ke peringkat TVET.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Pantun lari daripada ini. [Ketawa] Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited dalam memastikan akses pelajar ke program pengajian di institusi pendidikan tinggi. Justeru KPT telah menyediakan perancangan komprehensif bagi memperkasa TVET KPT melalui penyediaan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2035 dan TVET

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Termaju MTUN 2024-2030 untuk meningkatkan peluang pelajar pelbagai kaum bagi melanjutkan pengajian ke peringkat TVET. Transformasi Politeknik 2023-2035 secara strategiknya memperkukuh peranan Politeknik Malaysia sebagai institusi TVET yang berdaya saing menjelang tahun 2035. Transformasi ini telah dibangunkan pada tahun 2023 dan diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I merangkap Pengerusi MTVET negara pada 4 Disember 2023 dengan aspirasi meningkatkan penyertaan pelajar dalam pendidikan TVET di politeknik. KPT juga telah melancarkan TVET Termaju MTUN 2030 pada 11 Jun 2024 sebagai satu inisiatif memperkasa pendidikan TVET KPT bagi membangunkan bakat melalui kepakaran teknikal, kemahiran insaniah serta keusahawanan di Universiti- universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Ia adalah selaras dengan kerangka kelayakan Malaysia dan bermatlamat memupuk tenaga kerja mahir bagi menampung permintaan pasaran kerja tempatan dan global. Pelaksanaan TVET Termaju MTUN melibatkan kerjasama antara UNIMAP, UMPSA, UTeM, UTHM dan politeknik dalam negara supaya pelajar terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan lepasan diploma mempunyai laluan menyeluruh dalam pengajian TVET. Melalui Pelan Strategik MTUN ini, lebih banyak peluang disediakan untuk pelajar melanjutkan pengajian daripada peringkat Asasi TVET di Politeknik sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti. Kesimpulannya Dato’ Yang di-Pertua, TVET bukan lagi sekadar sijil kemahiran tetapi dimartabatkan sebagai alternatif utama laluan pendidikan dan Kerajaan Madani membuka akses pendidikan seluas-luasnya kepada generasi muda untuk mendapatkan pendidikan TVET sehingga ke peringkat PhD. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Parit Buntar, soalan tambahan.

Soalan tambahan saya adakah KPT melihat bidang TVET sebagai antara solusi untuk menangani fenomena brain drain serta pendekatan baharu yang diambil termasuk bentuk penyelarasan antara pihak kementerian, agensi dan institusi TVET, sekali gus membolehkan agenda TVET terus diarusperdanakan ke peringkat akar umbi? Apakah kementerian juga berhasrat untuk mempergiat kerjasama dengan penyedia latihan TVET sama ada dalam dan luar negara? Khususnya daripada segi penyediaan fasiliti, latihan dan bantuan pembiayaan. Sebagai contoh, menerusi program seperti program pertukaran pelajar TVET dalam bidang baharu yang mengaplikasi teknologi moden untuk memupuk minat pelajar seiring dengan keperluan industri?

Akhir sekali, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan pada Menteri yang pernah belajar di Parit Buntar itu. Tengok-tengoklah Parit Buntar. Tidak ada satu pun IPT ditubuhkan di situ termasuk IPT berasaskan TVET. Tinggallah sedikit jasa sekurang-kurangnya untuk pembangunan pendidikan di Parit Buntar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya fikir soalan terakhir itu yang sebenarnya yang soalan utamanya. Tetapi memang kita sedia maklum bahawa Kerajaan Madani begitu menekankan tentang kepentingan TVET ini. Saya sering – Kementerian Sumber dahulu memang kita telah menyatakan bahawa tahun 2023 adalah TVET year untuk ke negara ini. Di mana – sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua kepimpinan amat menekankan kepentingan TVET ini. Pelbagai kaedah telah dibuat selain yang saya sebut tadi, kita membuka akses kepada generasi muda kita dengan pelbagai bentuk.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Banyak sebenarnya. Kalau kita lihat dalam Majlis TVET Negara pun, pelbagai inisiatif telah dibuat oleh 12 kementerian disatukan dan dengan kerjasama dengan pihak industri. Kita akan pastikan bahawa kursus-kursus TVET yang ditawarkan memang menepati keperluan industri. Seperti yang kita sedia maklum, graduan yang dilahirkan oleh institusi TVET ini memang 95 peratus adalah diperlukan oleh pasaran dan mendapat kerja. Saya fikir itu― banyak sebenarnya soalan-soalan tadi. Mungkin kalau ada yang saya tidak terjawab, saya akan buat secara bertulislah kepada Yang Berhormat. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Saya mempersilakan untuk soalan berikutnya. Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Terlebih dahulu, tahniah ya kepada pihak kerajaan memperkasa TVET dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi dan mahir selari dengan keperluan revolusi industri 4.0. Soalan tambahan saya. Selain daripada pelan komprehensif yang telah dijalankan― sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut ada beberapa inisiatif yang telah dijalankan. Jadi, di sini, apakah inisiatif yang telah dijalankan oleh kementerian untuk menggalakkan generasi muda pada hari ini menceburi program TVET? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Jempol atas keprihatinan tentang generasi muda kita. Okey, untuk pemerincian ya. Dalam Transformasi Politeknik 2023-2035 ini, ada empat matlamat asas yang telah kita buat. Pertamanya, kita memperluaskan akses TVET KPT dengan menyediakan tempat bagi 300,000 enrolmen pelajar menjelang 2035 dan kita akan pastikan juga enrolmen diploma politeknik akan mewakili 50 peratus daripada enrolmen diploma TVET awam di peringkat nasional menjelang 2035. Maknanya, 50 peratus adalah daripada politeknik kita. Kita akan pastikan juga kadar kebolehpasaran graduan politeknik sentiasa melebihi paras 95 peratus dan kita juga memastikan penempatan permulaan penengah graduan politeknik adalah minimum RM2,000 sebulan menjelang 2035. Selain daripada itu, kita juga dalam Pelan TVET Termaju MTUN, kita adakan program bridging dan artikulasi. Ini adalah untuk kita permudahkan pelajar-pelajar kita untuk memasuki universiti. Ada lepasan diploma dan dia boleh buat credit transfer atau pun dengan pengalaman yang ada, kita akan nilai dalam menggunakan ‘IPLQ’ supaya mereka juga dapat dibenarkan untuk masuk ke universiti. Kita juga akan membuka ruang seluasnya kepada semua golongan termasuk, contohnya, lepasan tahfiz juga boleh kita buka ruang ini untuk mereka masuk ke dalam atau melanjutkan hingga ke peringkat universiti. Kita akan perbanyakkan kursus yang berbentuk open dan distance learning. Ini juga untuk mempermudahkan supaya ramai lagi pelajar-pelajar yang boleh belajar mengikut masa dan tempat yang sesuai. Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak muda sekarang sukar untuk mereka belajar dalam tempoh yang lama. Jadi, kita perkenalkan micro-credential untuk memudahkan mereka. Dengan kaedah tersebut, mereka akhirnya mendapat pelbagai sijil dan bila dikumpul akan menjadi satu sijil diploma atau pun ijazah. Selain daripada itu, kita banyak membuat sokongan-sokongan. Antaranya, Derma Siswa untuk pelajar yang keluarga berpendapatan rendah B40 serta bantuan kewangan daripada pelbagai agensi seperti yang kita sedia maklumlah. Daripada Yayasan Peneraju, MARA, PTPTN, wang zakat dan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP). So, dengan pelbagai insentif ini, kita harap tiada lagi pelajar yang tercicir daripada mendapatkan pendidikan TVET hanya kerana masalah kewangan. Diharap, YB Jempol, dapat menjawab soalan yang telah dikemukakan tadi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan berikutnya, saya mempersilakan Tuan Khoo Poay Tiong, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Saya tak ada pantun. Cuma hendak tanya Pagoh, mana anak menantunya?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Pagoh, dengar.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan saya soalan yang ketujuh. Terima kasih. Mana anak menantu Pagoh? [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka · question

7. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Kewangan menyatakan perincian usaha kerajaan untuk menjelaskan dan membantu para pengusaha PKS dalam pelaksanaan e-Invois serta kaedah kawalan kos penyelenggaraan sistem tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan nilai ambang hasil jualan perniagaan mulai Ogos 2024. Mulai 1 Julai 2025, semua peniaga termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana akan diwajibkan untuk mengeluarkan e- Invois. Pelaksanaan e-Invois merupakan satu mekanisme pelaporan hasil jualan dan perkhidmatan kepada pentadbir cukai bagi tujuan meningkatkan tahap pematuhan cukai dan seterusnya membantu kerajaan dalam menangani isu ekonomi bayangan. Di pihak peniaga, termasuk PMKS, inisiatif e-Invois akan dapat membantu perniagaan untuk mempunyai sistem perekodan jualan dan pembelian serta penyimpanan dokumen yang lebih teratur yang mana akan akhirnya dapat melancarkan operasi perniagaan. Kerajaan sedar akan cabaran yang akan dihadapi PMKS dalam mengadaptasikan e-Invois ini terutama peningkatan kos operasi, penerapan teknologi dan jurang kesediaan pengetahuan berkenaan dengan e-Invois. Sehubungan dengan itu, kerajaan bersetuju membenarkan PMKS mengeluarkan e- Invois yang disatukan iaitu e-Invois yang menggabungkan semua transaksi jualan

setiap bulan dan hanya perlu dikemukakan kepada pihak LHDN dalam tempoh tujuh hari pertama dalam bulan berikutnya. Bagi membantu memudahkan PMKS, terdapat dua kaedah penghantaran invois kepada LHDN seperti berikut, pertama, penghantaran data melalui portal MyInvois dan sistem point of sale. Penggunaan portal MyInvois ini tidak melibatkan kos tambahan kepada PMKS kerana ia boleh diakses dan digunakan secara percuma. Atau integrasi sistem perakaunan perniagaan dengan sistem MyInvois. Peniaga yang memilih untuk membangunkan sistem sendiri dan menggunakan pembekalan teknologi, insentif cukai telah disediakan seperti berikut, pertama, pengurangan tempoh tuntutan elaun modal daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer berkuat kuasa melalui tahun taksiran 2024 dan potongan cukai sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi perbelanjaan yuran perundingan yang ditanggung PMKS mulai tahun taksiran 2024 sehingga 2027. Kerajaan juga mengambil maklum proses untuk mengadaptasi e-Invois memerlukan tempoh masa yang panjang berikutan cabaran dan kekangan yang dihadapi terutama kepada peniaga kecil seperti peniaga goreng pisang, gerai tepi jalan atau perniagaan dari rumah ke rumah. Buat masa ini, peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000 tidak perlu mengeluarkan e-Invois. Namun, kerajaan menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-Invois selaras dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan perniagaan. Kerajaan juga akan memastikan tempoh peralihan kepada e-Invois dapat dilaksanakan secara lebih fleksibel dengan mengambil pendekatan didik dan pembetul. Kerajaan akan terus komited untuk membantu semua syarikat termasuk PMKS dalam melaksanakan e-Invois sepenuhnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita memang menyokong usaha ataupun dasar kerajaan untuk melaksanakan e-Invois ini. Ia satu dasar yang baik.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Akan tetapi yang kita lihat dalam dunia perniagaan ini industri-industri yang berlainan mereka mempunyai business operandi yang berbeza. Jadi dalam isu ini bagaimana MOF, kementerian dapat memahami tentang operandi business mereka supaya apabila melaksanakan e-Invois ini ia dapat dijalankan dengan lancar. Seperti yang dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri tentang mereka yang jual goreng pisang. Makcik yang jual goreng pisang itu bagaimana kita nak

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

bantu mereka? Kalau dia jual goreng pisang di Sarawak di luar bandar, tak ada coverage, ada masalah capaian internet, bagaimana mereka nak submit? Ada juga pakcik-pakcik umur dah 70 tahun...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

...Mereka tak cerdik. Bagaimana nak gunakan internet? Bagaimana kita nak bantu mereka? Jadi dalam isu ini bolehkah – saya nak tanya kepada kementerian beri kelonggaran jangan kenakan apa-apa denda apabila kita laksanakan e-Invois ini selama dua tahun bermula daripada 1 Ogos hingga 2026. Mana-mana yang buat salah kita jangan denda mereka dan kita bagi mereka didik dan memperbetulkan mereka tanpa apa-apa dendaan. Terima kasih Timbalan Speaker.

Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana memberi cadangan kepada kementerian di mana kita boleh menengok macam mana nak menambahbaikkan proses untuk e-Invois. Seperti yang saya terangkan tadi, untuk PMKS pada mereka yang mempunyai jualan kurang daripada RM150,000, ia tidak perlu menggunakan e- Invois. Jadi macam yang diceritakan tadi kalau peniaga goreng pisang saya rasa tak sampailah RM150,000 setahun. Untuk mereka yang masih, mungkin atas pada tahap yang itu, kerajaan menyediakan MyPortal di mana kita menyenangkan mereka untuk tidak payah ‘membelanja’, memakai sistem yang disediakan oleh kerajaan. Tetapi kita juga akan memberi konsep handholding di mana kita akan melatih mereka dalam proses mengubah masuk ke dalam sistem e-Invois ini. Dalam proses ini kita faham, bila kita baru bermula mungkin ada mereka yang tidak cekap. Mungkin ada mereka yang ada tersalah. Jadi LHDN akan memakai practical approach di mana kita tidak akan terus mendenda mereka walaupun ada dalam akta. Kita pakai timbang rasa dalam proses itulah. Pentingnya, kita nak menolong mereka agar mereka boleh memperbaiki di masa depan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Menteri tentang timbang rasa itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kota Melaka tak boleh tanya macam ini.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

...Boleh bagi satu guideline yang jelas, satu pekeliling supaya pegawai LHDN mereka boleh menurut perintah sebab kita takut Menteri kata timbang rasa tetapi yang bawah itu tak ikut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kota Melaka.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Mana boleh dua kali. Ini dah langgar ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya nak ucap terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang menggunakan e-Invois sehingga mencapai sasaran kutipan RM185 bilion. Tapi walau bagaimanapun, saya nak minta juga bagaimana e-Invois ini dapat membantu sejauh manakah mengurangkan insiden ekonomi bayangan. Jadi apakah usaha-usaha kerajaan dari segi aspek pentadbiran serta langkah untuk memastikan pelaksanaan e-Invois tidak akan membebankan golongan peniaga dan usahawan kecil berbanding organisasi ataupun firma berskala besar? Misalnya masalah sumber yang terhad yang berpengetahuan dan kekurangan tenaga kerja. Ini mengambil kira Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 2022 yang melaporkan kira-kira 31,598 entiti terdiri daripada individu perniagaan, syarikat dan lain-lain yang belum mengisytiharkan pendapatan mereka. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Pendang kerana memberi soalan itu. Seperti yang saya ceritakan tadi yang pentingnya untuk PMKS kita dah meletakkan tahap yang mana mereka memerlukan untuk memasuki e-Invois. Seperti yang saya katakan tadi aras ambangnya adalah RM150,000 setahun. Jadi mereka yang kurang pada RM150,000 setahun tak payah masuk e-Invois kerana mereka yang atas pada itu kita juga memberi sistem di mana mereka boleh menggunakan tanpa membebankan kewangan mereka kerana itu dibuat oleh LHDN dengan memberi akses through web. Juga seperti yang saya ceritakan tadi kita akan membimbing mereka agar boleh memakai sistem dengan lebih elok lagi. Itulah cara yang kita akan buat untuk yang ini. Saya harap dengan adanya usaha-usaha ini semua orang boleh masuk dalam sistem e-Invois. Kepada peniaga kecil walaupun tidak disarankan masuk, kalau dia kurang daripada RM150,000, kita galakkan mereka juga masuk juga. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

PENERANGAN DARIPADA MENTERI DALAM NEGERI DI BAWAH P.M 14(1)(i) — Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang Tahun 2024

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengeluarkan laporan tahunannya mengenai kedudukan Malaysia dalam perkara pemerdagangan orang yang menyaksikan kedudukan Malaysia meningkat kepada menjadi lebih baik iaitu pada Tier 2. Terima kasih atas ruang yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk memperkatakan tajuk ini. Saya mulakan dengan memberikan definisi tentang jenayah pemerdagangan orang. Ia adalah satu bentuk perhambaan moden yang fenomenanya berlaku di seluruh dunia. Pemerdagangan orang bolehlah kita faham sebagai satu perbuatan yang dilakukan ke atas seseorang yang boleh menyebabkan individu yang bernasib malang itu menjadi mangsa, hak mereka ternafi, tulang empat kerat mereka dieksploitasi selumatnya. Mereka diperlakukan secara zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ini satu jenayah yang boleh berlaku tanpa atau dengan melibatkan rentas sempadan dan terang-terang melanggar kesalahan hak asasi manusia. Tuan Yang di-Pertua, di negara kita hal ini diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri. Ada jawatankuasanya terdiri 22 kementerian, organisasi, pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan. Ada punca kuasanya iaitu satu akta yang kita panggil Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ringkasnya ATIPSOM. Kita juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, meratifikasikan beberapa perundangan antarabangsa. Antaranya Konvensyen ASEAN mengenai pemerdagangan orang, Konvensyen PBB mengenai jenayah terancang, protokol PBB mengenai pemerdagangan orang. Bersandarkan kepada senjata perundangan inilah maka kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri bertindak memainkan peranan. Selain ATIPSOM, di sana ada juga beberapa lagi punca undang-undang seperti seksyen 372 dan hingga 373 kanun keseksaan, Akta Kerja 1955 dan Akta Kanak-kanak 2001. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ranking atau laporan yang diberikan oleh Jabatan Amerika ini sudah pun bermula sejak tahun 2001 lagi. Kedudukan kita

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

memang turun naik. Kedudukan paling bawah adalah Tier 3. Kita pernah berada pada kedudukan Tier 3 sebanyak enam kali. Berikutnya adalah Tier 2 Watchlist kita pernah berada pada kedudukan ini sebanyak 12 kali.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Tier 2 pula kita pernah mencapainya sebanyak enam kali termasuklah yang baru-baru ini. Paling akhir, 2017. Jadi, apabila saya membentangkan usul ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk memaklumkan bahawa sasaran kita berikutnya ialah untuk berusaha mencapai Tier 1. Laporan ini biarpun bersifat subjektif penilaiannya tetapi mempunyai nilai tersendiri dalam konteks penilaian global yang harus kita berikan perhatian kerana ianya memberikan impak terhadap imej negara, sosioekonomi, perhatian pelabur, hubungan perdagangan, kesan ekonomi dan segala macam. Itu sebahagian daripada sistem bernegara dan kedudukan kita sebagai anggota negara di dunia ini. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, apabila saya membukakan usul ini ke arah mencapai kedudukan Tier 1, kita perlu satu usaha menyeluruh daripada semua. Pertama, apabila kita nilai hasil laporan baru-baru ini, jabatan negara ini memberikan kita lapan rating yang positif. Di sana, kita juga ada tujuh rating yang dikategorikan negatif. Manakala, 16 lagi adalah perkara yang perlu kita berikan penambahbaikan. Strategi kita Tuan Yang di-Pertua ialah lapan yang kita mencapai sebagai penilaian positif, kita nak pertahankan, kita nak improvise-kan lagi. Tujuh yang negatif kita akan cuba usaha baikinya. Manakala, 16 yang disebut sebagai perkara yang perlu kita tambah baik ini akan jadi tumpuan keutamaan kita. Antaranya, aspek positif yang kita diberi penilaian termasuklah bilangan penyiasatan. Maknanya, lebih banyak kes kita dapat kesan, banyak kertas siasatan telah kita buka. Ini mesti dibawa kepada pendakwaan dan akhirnya sabitan. Aspek ini kita diberi rating positif. Kita juga berada pada kedudukan positif pada aspek meningkatkan program kesedaran. Hari ini tajuk tentang pemerdagangan orang ini semakin luas disebut, dibincang dan diforumkan. Di sana juga ada yang kita dimasukkan sebagai aspek negatif. Misalnya, ada jurang antara bilangan mangsa yang dilaporkan dengan bilangan mangsa yang diselamatkan. Yang dilaporkan satu bab tapi yang diselamatkan itu satu perkara lain. Apabila wujud jurang bermaksud kita masih kena perbaiki lagi bilangan yang dikenal pasti untuk kita selamatkan. Ada juga teguran negatif itu kerana masih wujud lagi isu rasuah dan salah laku pihak berkuasa. Oleh kerana itu, Perdana Menteri Tambun sering sebut kenapa pentingnya aspek ini diberikan perhatian yang sungguh-sungguh di pihak kerajaan kerana ada kesannya dalam kes ini apabila agensi penguatkuasaan dilaporkan

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

dalam pelaporan ini sebagai masih berlaku masalah integriti ianya satu yang kita perlu berikan perhatian. Ada juga aspek penambahbaikan. Ada 16 semuanya. Jadi, dari strategi untuk melangkah dan berusaha ke arah mencapai Tier 1, kita sekarang sedang memperhalusi perkara ini kerana jika kita dapat menambah baik 16 komponen ini, kita percaya sasaran Tier 1 itu boleh menjadi kenyataan. Sekarang kita sudah pun memasuki tempoh pelaporan sehinggalah April tahun depan. Dalam masa setahun, kita kena kenal pasti bahawa perkara yang berkaitan dengan pencegahan, perlindungan, pendakwaan ini harus diberikan tumpuan yang lebih kerana ianya memberikan weightage yang lebih besar terhadap usaha kita untuk mencapai kedudukan yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, dari sudut governance ataupun tata urus, tata kelola. Saya sebutkan tadi bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui apa yang disebut sebagai bahagian Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) bertindak sebagai pihak yang berperanan dalam menyelaras dan mengkoordinasi semua inisiatif negara untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang. Menteri akan mempengerusikan Mesyuarat High Level Committee atau disebut sebagai HLC MAPO. Ada juga mesyuarat di peringkat berikutnya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Ada lima jawatankuasa di bawah MAPO ini seperti jawatankuasa perundangan, penguatkuasaan, penjagaan dan perlindungan mangsa, jawatankuasa khas mengkaji isu pemerdagangan buruh serta jawatankuasa media dan publisiti. Dari sudut perundangan domestik selain yang saya sebutkan tadi ATIPSOM dan juga ratifikasi perundangan antarabangsa, kita juga ada Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang mulai tahun 2021. Saya kira semasa Pagoh dan juga Larut mengetuai kementerian ini, pelan ini telah pun diasaskan. Ini merupakan satu dokumen strategik yang mengandungi empat teras utama termasuk 34 objektif yang spesifik dan di sana terdapat ratusan aktiviti yang dilaksanakan bagi memenuhi piawaian, pematuhan di peringkat sehingga penilaian ke atas negara kita dibuat. Menuju ke arah hasrat untuk mencapai kedudukan Tier 1, kementerian ini melalui inisiatif yang digariskan oleh MAPO dan kesemua agensi kawal selia, kita meletakkan tiga perkara. Pertama, kita bertekad untuk mempertingkatkan kerjasama antara agensi. Kedua, kita nak memperhebat usaha mengenal pasti dan melindungi mangsa. Ketiga, kita nak menambah baik proses pendakwaan. Kalau kita buka kertas siasatan, kita nak pastikan kualiti siasatan yang boleh berakhir dengan pertuduhan dan seterusnya sabitan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Tuan Yang di-Pertua, antara contoh kerjasama yang telah kita buat termasuklah dengan Global Shepherds Berhad dan Tenaganita. Tak semua yang boleh kementerian dan agensi buat. Maka, NGO boleh berperanan. Kita juga menjalin kerjasama dekat dengan institusi hak asasi seperti SUHAKAM. Di peringkat antarabangsa Tuan Yang di-Pertua, melalui platform Bali Process yang membawa kepada penganjuran Bali Process 18th Sharing Committee dan 17th Ad Hoc Group Senior Officials Meeting yang dibuat mengukuhkan lagi elemen kerjasama antara agensi yang menjadi ukuran penting dalam memposisikan kedudukan kita kepada kedudukan lebih baik. Bahkan menubuhkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang diumumkan pada 1 Mei tempoh hari oleh Perdana Menteri juga mempunyai weightage yang signifikan dalam meletakkan rencana kita, target kita menjadi kenyataan. Kedua, memperhebat usaha mengenal pasti dan melindungi mangsa. Mengenal pasti dan perlindungan mangsa pemerdagangan ini adalah perkara penting supaya kedudukan Malaysia itu dilihat sebagai serius dalam menangani isu pemerdagangan orang. Sudah pun ada garis panduan nasional untuk indikator pemerdagangan orang dan beberapa siri pembangunan kapasiti atau capacity building kepada agensi penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, kita juga memberikan fokus kepada menambah baik proses pendakwaan. Meningkatkan bilangan siasatan, pendakwaan dan sabitan yang membabitkan isu ini seperti yang saya jelaskan tadi. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, usaha perundangan, kerjasama dengan pelbagai agensi, kempen kesedaran, tekad untuk meningkatkan kes mengesan, menyiasat, mendakwa dan kemudiannya bawa ke mahkamah, seterusnya menyelamatkan mangsa, memberi perlindungan kepada mereka, ini semua adalah di antara checklist atau senarai semak dalam usaha berterusan kita untuk menoktahkan isu pemerdagangan orang ini dan ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Saya nak mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih daripada kementerian ini kepada semua kementerian dan agensi yang merupakan gabungan di bawah seliaan MAPO termasuklah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja yang terlibat membantu berusaha sehingga melonjakkan kedudukan kita kembali kepada tahap

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Tier 2 pada laporan terakhir pada minggu lepas. Sekian, usul saya bacakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Terdapat empat pembahas untuk penerangan ini. YB. Julau, YB. Tumpat, YB. Sri Aman dan YB. Pengkalan Chepa. Setiap pembahas diberi tiga minit. Saya jemput Yang Berhormat Julau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan ucapan tahniah kepada kerajaan di atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2024 (Trafficking in Persons Report) yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Sejak permulaan pentadbiran kerajaan ini, kita telah berjaya meningkatkan kedudukan Malaysia daripada senarai Tahap 3 pada tahun 2022 kepada Pemerhatian Tahap 2 pada tahun lepas dan tahun ini Tahap 2. Ini adalah bukti pengiktirafan terhadap komitmen kerajaan dalam menangani isu pemerdagangan manusia di Malaysia. Tahniah dan syabas kepada Menteri KDN. Laporan TIP ini mempunyai implikasi yang sangat besar, khususnya dalam konteks perdagangan antarabangsa dan akses kepada pasaran Amerika Syarikat. Laporan ini menilai usaha kerajaan dalam menghapuskan perdagangan manusia dan kesediaan untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat. Kedudukan yang lebih baik dalam laporan ini memudahkan barangan kita memasuki pasaran Amerika tanpa dikenakan pemeriksaan ketat oleh pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP). Saya ingin memetik daripada Kedutaan Amerika Syarikat berkenaan dengan tahap Tier 2 Malaysia. “The government demonstrated overall increasing efforts compared with the previous reporting period; therefore Malaysia was upgraded to Tier 2. These efforts include increasing the number of trafficking investigations, including of suspected labour trafficking; convicting more traffickers, including under the trafficking law, with the majority of traffickers receiving significant sentences; increasing trafficking public awareness efforts, and prosecuting allegedly complicit officials. The government convicted significantly more labour traffickers than in the prior year. The government increased the number of trafficking-specialist prosecutors, increased funding for Victim Shelters and The Anti-Trafficking Council, and facilitated more freedom of

movement passes for victims receiving services in government and NGO-run shelters. However, the government did not meet the minimum standards in several areas. While the government identified more potential trafficking victims, it formally identified fewer confirmed trafficking victims. The government continued to require victims to provide statements and participate in investigations and criminal proceedings to be formally identified as a victim and receive protective orders and trafficking-specific services. The government prosecuted fewer traffickers and it did not prosecute labour traffickers in the palm oil sector or the disposable glove manufacturing industry, despite ongoing reports of trafficking in these sectors”.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Yang di-Pertua, semakin rendah kedudukan kita dalam laporan ini, semakin sukar untuk kita mengeksport barang ke Amerika Syarikat. Barangan seperti minyak sawit dan getah Malaysia pernah menghadapi kesukaran untuk memasuki pasaran tersebut kerana isu buruh paksa yang dikaitkan dengan industri tersebut. Pada beberapa tahun yang lalu, komuniti kita berdepan dengan WRO (Withold Release Orders) kepada syarikat seperti Sime Darby, FGV, Top Glove dan banyak lagi yang menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar pasaran dan kerugian ini mencecah berbilion ringgit. Dalam proses untuk membebaskan tiap syarikat tersebut melibatkan ratusan juta Ringgit Malaysia untuk membayar debt bondage dengan izin, dan menampung keseluruhan keadaan kehidupan tenaga buruh asing di kilang. Peningkatan dalam laporan TIP ini adalah satu pencapaian besar kerana ianya bukan sahaja mengangkat imej negara kita di mata dunia tetapi juga mempunyai kesan tidak langsung terhadap kemudahan akses ke pasaran antarabangsa terutama Amerika Syarikat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Barangan kita tidak lagi akan dilihat dengan penuh kecurigaan atau dianggap sebagai hasil buruh paksa. Ini membuka peluang yang lebih luas untuk meningkatkan eksport dan meningkatkan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kita dapat terus mengekalkan dan meningkatkan kedudukan kita dalam laporan ini pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Berhubung dengan Laporan Pemerdagangan Orang di Malaysia ini, kita harus melihat bukan hanya kepada kita sebagai negara yang ditempatkan ataupun mereka datang ke sini tetapi juga rakyat kita yang menjadi mangsa pemerdagangan orang. Jadi dalam hal ini, kita mohon kepada pihak kerajaan untuk terus memantau juga penipuan dalam talian yang menyebabkan rakyat kita walaupun yang terpelajar yang terlibat dalam kesalahan ataupun menjadi mangsa kepada penipuan dan juga pemerdagangan orang ini kerana jumlah ini kita lihat hampir ada setiap tahun dilaporkan kepada negara kita. Itu yang pertama. Yang kedua, mengukuhkan kawalan sempadan. Saya kira yang ini Yang Berhormat Menteri dah tahu tentang keadaan yang berlaku di Tumpat, di Rantau Panjang, di Jeli dan sebagainya di mana pos-pos sempadan kita ini sangat lemah. Kalau boleh dipertingkatkan dan dilengkapkan dengan aktiviti-aktiviti seperti pengawasan dron, sensor canggih dan kamera CCTV untuk memantau kawasan sempadan yang mudah ditembusi. Yang ketiga, kita akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan. Jadi dalam hal ini, kita mohon kepada pihak negara kita untuk memastikan bahawa dapat lebih banyak pengurusan ataupun kerjasama operasi bersama di antara negara dengan negara kerana ini adalah cara yang terbaik untuk kita mengatasi pemerdagangan orang. Seterusnya, kita juga ingin mengetahui bagaimanakah pencapaian Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 yang telah dicapai dan apakah tindakan yang telah dibuat kepada mana-mana majikan terutamanya dalam sektor yang rentan yang telah mengambil pekerja buruh paksa ini. Jadi, apakah telah dibuat audit forensik ke atas pengurusan dana kerajaan dalam kes pengambilan pekerja asing yang mana berlaku dalam kes HRD Corp. So dalam hal ini, kita memohon pihak-pihak kerajaan dalam kita ke arah mencapai Tier 1 ini, memastikan latihan yang komprehensif dan berkala kepada anggota penguat kuasa termasuk memberikan penekanan kepada sistem telekomunikasi di sempadan yang saya telah pun maklumkan sebelum ini, kawasan kita di sempadan kadang-kadang berada di Malaysia tetapi dah pun dapat telekomunikasi daripada luar negara. Jadi perkara ini penting untuk kita buat supaya kita boleh mengekang antipemerdagangan orang. Juga yang terakhir, menambahkan kekuatan patroli di laut kerana isu kawasan perairan yang luas dan kekurangan patroli maritim ini menyebabkan perairan kita ini lebih mudah ditembusi oleh penjenayah. Yang terakhir saya inginkan daripada pihak kerajaan, apakah warganegara dan bilangan culprit yang menjadi pesalah yang telah pun menjalankan aktiviti pemerdagangan orang yang telah pun

ditangkap dan berapakah bilangan kanak-kanak dan pekerja seks wanita yang telah menjadi mangsa pemerdagangan orang dan apakah tindakan-tindakan yang dibuat untuk membantu kedua-dua golongan yang rentan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya amat terpanggil untuk memberi pandangan dan juga penjelasan berkenaan dengan isu pemerdagangan manusia ini, apatah lagi melihat kepada kedudukan terkini Malaysia masih kekal di Tahap 2. Isu ini amat menarik perhatian saya apatah lagi ada beberapa orang di kawasan saya yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Saya amat memahami betapa traumatize-nya mereka tersebut termasuk juga keluarga-keluarga mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kes atau isu pemerdagangan manusia ini kita tidak boleh ambil remeh. It is a pressing issue. Walaupun kita masih kekal di tahap dua tetapi it is still the pressing issue, dengan izin, negara kita. Kita kena beri perhatian yang serius dan segera, apatah lagi isu pemerdagangan manusia di negara kita ini telah dilaporkan di Trafficking in Persons Report (TIP) oleh Amerika Syarikat baru- baru ini seperti yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Puan Yang di-Pertua, status Malaysia di laporan ini bukan sahaja bagi saya memalukan dan mencemarkan negara kita tetapi lebih penting lagi, keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Laporan TIP tersebut menyatakan bahawa Malaysia kekal berada di dalam senarai pemerhatian tahap dua. Walaupun kita pada tahun-tahun yang lampau pernah di tahap tiga, but this is something yang kita tidak sepatutnya bangga, berada di tahap dua. Maka, saya memohon dan sekali gus mengingatkan kita semua bahawa kedudukan Malaysia di dalam hal ini adalah satu kedudukan yang masih amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera dari semua pihak, terutamanya dari pihak kerajaan. Oleh yang demikian Puan Yang di-Pertua, saya ingin terus bertanya. Beberapa perkara yang sedang berlegar di kepala saya sekarang yakni pertama, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan insiden pemerdagangan manusia di negara ini? Kenapalah kadar pemerdagangan manusia di Malaysia masih tinggi? Walaupun saya percaya kerajaan dan kementerian memang berusaha berterusan dalam menangani masalah pemerdagangan manusia ini. Where did it went wrong and how did it go wrong? Adakah ini menunjukkan bahawa usaha-usaha tersebut masih belum mencukupi

atau memuaskan atau berkesan atau adakah terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada atau sememangnya kita tidak melihat isu ini sebagai pressing enough, dengan izin. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, adakah pihak kementerian pernah membuat kaji selidik yang betul-betul mendalam? Penyebabnya, peningkatan dalam pemerdagangan manusia di negara kita sekarang. Adakah ia berkaitan dengan kekurangan penguatkuasaan undang-undang atau kelemahan dalam sistem kawalan sempadan kita atau ada hal-hal lain seperti dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi, sosial atau kejahilan rakyat ataupun masyarakat sendiri? Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa bertanya akan semua ini kerana di kepala saya ini banyak tanda tanya. Saya ingin terus bertanya. Bagaimana pula kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam menangani isu ini? Terutamanya dengan negara-negara jiran yang menjadi laluan untuk pemerdagangan manusia. Adakah terdapat usaha-usaha kementerian ataupun kerajaan untuk meningkatkan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan organisasi bukan kerajaan iaitu NGO dalam memerangi masalah ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Puan Yang di-Pertua, sedikit lagi Puan Yang di-Pertua ya. Kita perlu memastikan bahawa mangsa-mangsa pemerdagangan manusia diberikan perlindungan dan sokongan yang sewajarnya serta memastikan bahawa pelaku-pelaku jenayah ini dibawa ke muka pengadilan dan dihukum setimpal dengan kesalahan mereka. Saya menggesa kerajaan untuk memperkukuhkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan mengambil langkah- langkah tambahan yang perlu untuk menangani masalah ini dengan lebih berkesan. Kerjasama antarabangsa perlu dipertingkatkan, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dan kesedaran awam perlu dipertingkatkan. Kita tidak boleh berkompromi dalam soal ini kerana setiap nyawa yang terlibat adalah amat berharga. Namun, secara holistiknya saya tidak menidakkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kerana Menteri juga telah tadi menyatakan yang pihak kementerian bertekad dalam tiga perkara iaitu kerjasama di antara agensi dan pihak- pihak berkaitan, melindungi mangsa dan pendakwaan. Saya setuju bahawa terdapat peningkatan dalam aspek-aspek tertentu seperti peningkatan jumlah pendakwaan terhadap perdagangan manusia dan usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tentang bahayanya pemerdagangan manusia. Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, saya berharap agar Dewan yang mulia ini akan terus komited dalam membincangkan dan menangani isu ini sehingga kita dapat melihat perubahan yang nyata dan positif. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Speaker. Saya juga ingin merekodkan dan merakamkan di sini ucapan tahniah dan syabas kepada agensi-agensi kerajaan yang direkodkan bahawa Malaysia berada pada tahap dua dari sudut Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan tahun 2024. Namun begitu Yang Berhormat Menteri, ada beberapa persoalan yang saya ingin sebutkan. Sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan ini, di antaranya soal perlindungan kepada mangsa pemerdagangan iaitu ketidakcekapan penyelarasan antara agensi dan perkhidmatan perlindungan mangsa pemerdagangan yang tidak mencukupi secara menyeluruh merupakan antara isu berbangkit dalam laporan ini. Justeru, saya bertanya. Apakah usaha penambahbaikan terhadap prosedur SOP ini bagi memastikan mangsa pemerdagangan, terutama mangsa buruh dalam kalangan populasi rentan ini, misalnya pekerja domestik dan pekerja buruh dalam sektor minyak sawit dan pembuatan sarung tangan ini dapat diselesaikan dan apakah akan ada pusat sehenti rehab dan trauma, khususnya bagi menyokong dan melindungi mangsa? Begitu juga kalau kita merujuk kepada kebimbangan masyarakat dalam negara kita berkaitan dengan penipuan pekerjaan dalam talian dan juga kita digemparkan satu ketika dengan mangsa Muhammad Izzat Abdul Wahab yang meninggal dalam tahanan Depot Imigresen di Myanmar. Soalan saya, apakah banyak lagi mangsa-mangsa yang masih lagi dalam peringkat belum ada penyelesaian ataupun belum dikesan dan apakah tindakan secara drastik oleh kerajaan? Kerana kita tahu bahawa kebimbangan yang berlaku dalam masyarakat kita ini terhadap insiden dan juga sindiket ini sangat-sangat tinggi. Terutama sekarang ini baru lepas pelajar mendapat keputusan SPM, makin giat berlaku mungkin penipuan-penipuan yang menawarkan pekerjaan yang tinggi. Begitu juga saya ingin...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Pengkalan Chepa, laluan sedikit.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Ya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Ringkas. Berkaitan dengan penipuan pemerdagangan manusia dalam talian. Setuju tidak Pengkalan Chepa bahawa MCMC cuma fokus untuk menurunkan site ataupun laman-laman yang menghentam kerajaan, tidak fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

pemerdagangan manusia dalam site-site di Malaysia. Setuju atau tidak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Setuju 100 peratus. Yang terakhir Yang Berhormat Menteri, kalau kita merujuk kepada satu kajian sarjana oleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

...Mejar Shairul Amin bin Shaari yang bertajuk Pemerdagangan Manusia dan Kesannya Terhadap Isu Keselamatan di Malaysia daripada Universiti Putra Utara Malaysia. Dia menyebutkan bahawa di antara kaedah pemerdagangan manusia zaman moden ini telah bermutasi dengan adanya rangkaian urus niaga yang sistematik, tersusun dan mempunyai sebuah organisasi khas mungkin melibatkan entiti seperti NGO dan sebagainya dan termasuk juga yang membawa masuk pekerja-pekerja asing. Kebanyakan pekerja-pekerja asing kalau diselidik secara mikro, memang mereka ini ada ciri-ciri yang dikatakan sebagai pemerdagangan manusia tadi. Hendak datang Malaysia sudah kena bayar sampai RM20 ribu - RM30 ribu. Datang sini pula terikat dengan agen, agen pula kenakan fee yang sangat tinggi tahunan, kononnya ada medical check-up, ada permit, visa dan sebagainya. Padahal kita tahu bahawa charge seperti itu tidaklah sampai ribu-ribu yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia. Jadi, mereka dapat gaji yang sedikit, kadang-kadang pasport dipegang, ditahan, kadang-kadang ada kerja, kadang-kadang tidak ada kerja, pergerakan mereka terbatas, mereka terpaksa bekerja kerana ada hutang dan sebagainya. Ini salah satu yang mungkin tidak termasuk dalam radar pihak berkuasa yang telah pun mengklasifikasikan Malaysia pada tahap dua. Saya yakin kalau masuk perkara- perkara ini yang kita boleh, ‘ini permerdagangan secara moden’ yang juga memeras dan menekan pekerja-pekerja. Walaupun datang dengan ada permit, ada visa dan sebagainya tetapi soal ciri-ciri pemerdagangan dan paksa kepada pekerjaan yang tetap wujud pada pekerja-pekerja asing ini. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab dalam masa lima minit.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Sebelum itu, kita sampai jam berapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Habis jawab.

Habis jawab? Ok, baik. Tuan Yang di-Pertua, reaksi saya begini terhadap semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian, saya ucap terima kasih. Saya akan cuma pick-up satu dua perkara daripada isi ucapan dan memberikan reaksi segera dan saya akan susuli dengan jawapan bertulis. Julau dalam memetik laporan telah membuat satu analisis yang tepat bahawa kesan pelaporan ini pada kedudukan tier dua, benar memberikan kita beberapa kelebihan. Sekurang-kurangnya ada clarity dari segi produk, barangan kita yang dihasilkan daripada sektor, misalnya sektor perladangan. Kemudian menghasilkan beberapa produk dalam bentuk stock keeping unit, kemudian kerana dia tidak dikenakan WRO atau sanction oleh CBP di pihak Amerika, maka barangan ini boleh memasuki pasaran antarabangsa. Sebelum ini, ketika kita berada pada tier three, itu banyak dikaitkan dengan beberapa syarikat di negara kita yang dikatakan tidak comply. Yang paling famous, termasuklah Top Glove ataupun Sime Darby. Kemudian FELDA Global tapi apabila usaha berterusan dibuat oleh syarikat dengan kerjasama pihak kerajaan dan agensi kawal selia, sebahagian mereka bebas daripada itu. Top Glove misalnya bebas. Begitu juga dengan Sima Darby. FGV dalam pertemuan dengan saya baru- baru ini yang diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Rastam, mereka pun dalam fasa akhir untuk ke arah pematuhan. Jadi, kita masih bergerak di atas landasan yang betul. Baik, akibat ketidakpatuhan itu biasanya dikaitkan dengan ketidakpatuhan terhadap syarat dalam Akta Kerja 1955. Misalnya a decent living condition mesti diberikan oleh syarikat kepada pekerja asing. Kalau itu tidak dipatuhi, itu akan menyebabkan potensi sekatan ataupun ia tidak melibatkan soal ketidakbayaran gaji misalnya tapi elemen itu tidak terlalu besar tapi ketidakpatuhan itu ataupun satu elemen yang paling signifikan sekali ketika dikenakan sanction itu adalah debt bondage. Majikan kita apabila menggajikan pekerja asing, apa-apa bayaran yang dibayar oleh pekerja asing untuk mereka datang ke sini, undang-undang menghendaki majikan bayar semua. Benar, seperti yang disebut Pengkalan Chepa. Yang kita kenakan dalam bentuk visa atau levi, angkanya jauh lebih kecil. Pemeriksaan kesihatan sekalipun masih lagi kecil tapi kalau sudah mereka perlu membayar sehingga RM20,000 ribu dan apabila mereka bekerja, undang-undang antarabangsa ini menghendaki majikan bayar. Debt on bondage ini satu yang sangat membebankan kepada syarikat yang memerlukan pekerja asing.

Jadi, Top Glove ataupun FGV ataupun Sime Darby, mereka sudah pun melunaskan tanggungjawab ini, debt bondage atau dalam proses untuk melunaskannya. Itu reaksi saya terhadap Julau. Saya ucap terima kasih kepada Tumpat. Benar, aspek kerjasama antarabangsa itu adalah prasyarat yang sangat penting. Tahun depan, bila kita mengambil alih kepengerusian ASEAN, ada 10 agenda yang sudah pun menjadi consensus oleh semua anggota ASEAN. Bersidang di peringkat ASEAN ini, agenda setting-nya itu harus consensus ya. Salah satu daripada 10 agenda di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri waktu kita mengambil alih pengerusi nanti untuk kluster keselamatan, termasuklah aspek kerjasama soal pemerdagangan orang ini. Sebab dia ada kena kerjasama antara dipanggil police to police ya, G2G dan kesemua aspek ini akan kita ambil kira, wujud push factor di negara luar menjadikan negara kita ini berlaku pula full factor. Jadi semua aspek ini di dalam perhatian untuk kita bawa ketika negara kita mempengerusikan ASEAN dalam kluster keselamatan. Ini satu daripada tumpuan. Sri Aman, saya sangat hormati keprihatinan Sri Aman bahawa tidak patut ada sifat seolah-olah kita sudah pun mencapai satu tahap yang melegakan. Saya katakan tidak, sebab itu saya sasarkan untuk tier one. Dalam sejarah kita, sejak kita, sejak Jabatan Negara Amerika memulakannya pada tahun 2001, ya kita baru buat ATIPSOM pada 2007. ATIPSOM sebagai undang-undang utama yang kita guna pakai melalui tiga fasal pindaan dan pindaan terakhir itu menjadikan bahawa fokus kita itu bersifat victims-centered approach. Kita lebih fokus kepada victims, bukannya soal tertib-tertib biasa. Sebab kalau fokus kita kepada victim, ini membawa saya kepada menjelaskan soalan yang dibangkitkan oleh Pengkalan Chepa iaitu aspek perlindungan ya. Kita ada rumah perlindungan ini. Ini prasyarat yang sangat penting. Kita ada satu di Sarawak, kita ada satu di Johor, kita ada di Kuala Lumpur, Damansara, kita ada di Pulau Pinang. Jadi, bila kita selamatkan itu bagi weightage yang bagus. Bila kita bagi perlindungan, itu satu weightage yang bagus. Bila kita bagi orang, mangsa pemerdagangan ini kebebasan bergerak, itu juga bagi weightage yang tinggi dan kalau kita berjaya ambil keterangan daripada mangsa yang kita selamatkan dan berdasar kepada keterangan itu, boleh kita guna pakai untuk mensabitkan pihak yang terlibat, itu lagi markah penuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Jadi, rumah perlindungan adalah satu aspek yang sangat penting. Buat masa sekarang, kita ada. Dari segi

perundangan ada, dari segi kerjasama agensi dalam dan luar negara ada, dari segi political will di pihak pemerintah juga ada, dari segi kerjasama yang baik sebab pelaporan ini kita kena bagi kepada jabatan negara mulai sekarang sampai Mac 2025 untuk rating tahun berikutnya diberikan. Jadi kita sebenarnya kalau tanya saya Tan Sri di-Pertua dengan izin, I’m very optimist, we are moving on the right track. We are doing the right thing, we are moving on the right track. What we need now is a support from every stakeholder. Insya- Allah kita boleh capai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)(PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri

; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Mufti — (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak dan perkara yang berkaitan, dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) [Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar]; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Mufti — RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)(PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) [Dato’ Setia

Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar]; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Mufti — RANG UNDANG-UNDANG TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) [Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar]; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.09 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) — Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 Dan Tahun 2022Motion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, membuat ketetapan bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 (Kertas Statut ST.86 Tahun 2024 dan ST.87 Tahun 2024) untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam kedua-dua Laporan Tahunan ini; memperakui bahawa aspirasi dan komitmen kerajaan yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia telah mengangkat dan

menjadikan SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga diberi pengiktirafan status ‘A’ di bawah Prinsip-prinsip Paris (Paris Principles), dengan izin, selain mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) demi melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia; menyedari bahawa di dalam era dunia digital ini dengan kemudahan memperoleh maklumat dari Internet dan media sosial menyebabkan pentingnya isu hak asasi manusia untuk diberi penjelasan dan pencerahan oleh pihak SUHAKAM dan kerajaan bagi memastikan agenda kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat difahami dengan baik dan ditangani dengan sewajarnya selain keperluan kerajaan untuk membantu bekerjasama rapat dengan SUHAKAM dalam memperkukuhkan lagi usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjaga serta menangani pelbagai isu sosial, ekonomi, kebudayaan serta politik dalam kalangan rakyat. mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam menjalankan mandat dan tanggungjawab memerlukan perhatian daripada pihak berkaitan, selain pertimbangan bagi melaksanakan dengan berkesan syor-syor utama yang terkandung dalam laporan tersebut serta memahami keperluan kerajaan menandatangani dan menyertai, meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia bagi memperkasakan lagi hala tuju dan memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia; menyokong kepentingan perbahasan laporan tahunan ini bagi mencerminkan kesungguhan yang berterusan oleh kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan Bahawa dalam SUHAKAM melaksanakan mandatnya mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan bersatu hati dan menyokong kerajaan agar pelaksanaan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.” [1 Julai 2024]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri. Untuk makluman, kita ketinggalan masa. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri bila menjawab nanti, stick to the time dan pohon untuk memberi jawapan bertulis kerana we are already off-centered, dengan izin, dalam masa yang terhad. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, 10 minit.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Insya-Allah, saya akan singkatkan mungkin kurang daripada 10 minit. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih, Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara- perkara yang berada di bawah tanggungjawab kementerian semasa sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021 dan tahun 2022. Dato’ Yang di-Pertua, isu pertama KPT yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak iaitu peluang kemasukan ke institusi pendidikan tinggi (IPTA) untuk golongan orang kurang upaya. Di peringkat KPT, kemasukan pelajar ke IPTA diuruskan mengikut dokumen, panduan dasar dan prosedur yang ditambah baik secara berkala setiap tahun. Dalam konteks ini, secara dasarnya, kemasukan pelajar ke IPTA dan institusi latihan kemahiran awam dilaksanakan berdasarkan prinsip meritokrasi iaitu melibatkan 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum. Namun demikian, dalam memastikan akses pendidikan tinggi adalah meluas terutamanya kepada golongan orang kurang upaya, kementerian ada melaksanakan inisiatif kemasukan laluan khas yang melibatkan calon pelajar daripada golongan B40, OKU, institusi di bawah JKM, Orang Asli dan atlet. Seperti pemohon UPU online yang lain, calon kumpulan ini hanya perlu memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh IPTA dan ILKA dan akan bersaing dalam kategori mereka sendiri sahaja untuk kemasukan ke IPTA dan ILKA. Dato’ Yang di-Pertua, laluan kemasukan ke universiti yang ditawarkan oleh kementerian adalah: (i) laluan arus perdana di universiti dan politeknik; dan (ii) laluan kemasukan ke program-program yang dikhususkan kepada pelajar OKU di peringkat politeknik dan kolej komuniti. Melalui mesyuarat pemilihan bersama sesi akademik 2024/2025 untuk calon lepasan SPM, pihak KPT telah mengambil inisiatif menjemput wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan untuk bersama-sama memberikan input dalam menzahirkan bantuan dan sokongan kepada pelajar OKU untuk mendapat tempat di IPTA dan ILKA. Ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah pembaharuan baharu. Sebelum ini kita tidak libatkan JKM dan KKM, tetapi untuk memastikan kita dapat menyaring dengan lebih baik, maka kita jemput dua buah agensi ini dan juga kementerian ini untuk kita sama-sama memilih. Sokongan ini diterjemah melalui pemberian maklumat tambahan berkenaan kecacatan yang dialami oleh calon hasil pendapat pakar perubatan KKM dan pegawai JKM. Hasilnya, terdapat peningkatan yang signifikan iaitu sebanyak 60.2 peratus

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

calon pelajar OKU telah mendapat tempat di IPTA pada tawaran arus perdana sesi akademik 2024/2025 berbanding sebelum ini kurang daripada 50 peratus. Ini satu peningkatan yang agak drastik dengan pengenalan― terima kasihlah kepada Menteri Pembangunan Wanita juga yang turut terlibat.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Menteri, Pasir Salak. Terima kasih atas penjelasan kepada persoalan Pasir Salak. Jadi, adakah course-course ataupun kursus-kursus yang dijalankan menepati bidang-bidang untuk pekerjaan bagi golongan OKU ini? Terima kasih.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Memang kita juga libatkan agensi-agensi, terutama industri, untuk memastikan bahawa golongan OKU ini juga akan ditempatkan dalam sistem pekerjaan nanti. Itu memang kita ini. Kita tidak mahu― seperti juga kursus-kursus yang lain, kita akan pastikan bahawa it is industry-driven. Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, isu kedua melibatkan KPT telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Dungun. Saya berterima kasih kepada keprihatinan YB Dungun yang memberi penekanan terhadap aspek kepentingan rakyat melibatkan hak asasi pendidikan. Sehingga kini, kerajaan memberi subsidi yang tinggi kepada yuran pendidikan tinggi di universiti awam. Dalam hal ini, para pelajar di universiti awam hanya membayar yuran pengajian yang sangat berpatutan. Selain daripada subsidi yuran pengajian di universiti awam, terdapat pelbagai bentuk bantuan kewangan tersedia bagi membantu meringankan beban pelajar sama ada berbentuk one-off atau sehingga mereka tamat pengajian. Malah, di peringkat universiti sendiri, pelbagai bantuan juga boleh dimohon oleh pelajar yang berkeperluan khususnya pelajar golongan B40. Selain itu, penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah salah satu pendekatan kerajaan untuk memastikan tiada rakyat Malaysia dinafikan peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat tinggi atas sebab kekangan kewangan dan pada masa yang sama tidak membebankan kerajaan serta kemapanan ekosistem pendidikan tinggi negara. Antara inisiatif PTPTN adalah para peminjam PTPTN yang cemerlang iaitu mereka yang ijazah sarjana muda kelas pertama turut diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman sepenuhnya. PTPTN juga menyediakan kemudahan tabungan iaitu Simpan SSPN. Ia adalah instrumen simpanan yang disediakan khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN ini menawarkan pelbagai insentif termasuk dividen tahunan, perlindungan takaful serta pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit. Sejak diperkenalkan, Simpan SSPN telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setiap tahun. Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 6.4 juta bilangan akaun yang telah dibuka.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Adalah diharapkan melalui pembudayaan awal penabungan di kalangan rakyat, lambat laun akan mengurangkan kebergantungan yang berterusan kepada pinjaman dan berjaya meringankan bebanan kewangan graduan pada masa hadapan di dalam membuat bayaran balik pinjaman pendidikan mereka. Dato’ Yang di-Pertua, setakat ini sahaja ulasan dan maklum balas daripada isu-isu yang telah dibangkitkan dan melibatkan KPT. Secara tuntasnya kementerian sentiasa berusaha gigih melalui pelbagai strategi dan inisiatif demi merealisasikan aspirasi pendidikan tinggi negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Berikut saya mempersilakan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 20 minit.

Dato’ Seri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih.

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyambung jawapan untuk semalam, dari semalam. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan beberapa pertanyaan. Beliau inginkan penjelasan berkaitan isu kekurangan guru yang bertauliah di pusat tahanan ataupun di pusat alternatif. Sebelum itu saya ingin memaklumkan bahawa terma yang digunakan oleh JKM untuk institusi seperti STB adalah institusi pemulihan kanak-kanak. Sebagai memperkukuhkan perkhidmatan khusus kepada kanak-kanak, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK). JPKK telah melaksanakan penelitian dan telah mengenal pasti bilangan perjawatan yang diperlukan bagi perkhidmatan pendidikan dan latihan vokasional. Sebanyak sembilan buah institusi kanak-kanak pemulihan yang melaksanakan lapan bidang kemahiran iaitu automatif, kimpalan, jahitan, elektrik, bakeri, masakan, perabot dan pembinaan bangunan. Pada masa ini, seramai 23 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada Skim DV iaitu Pegawai Latihan Vokasional, Skim E Pegawai Latihan dan Skim DG Pegawai Latihan Pendidikan ditempatkan di kesemua institusi berkenaan. Di

peringkat awal ini, JPKK telah memohon perjawatan tambahan 10 tenaga pengajar pelbagai skim. Penempatan kesemua tenaga pengajar itu kelak adalah berdasarkan pengkhususan institusi. Pada masa ini hanya dua institusi kanak-kanak yang menyediakan program latihan vokasional yang membolehkan penghuni mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). JPKK juga sedang meneroka untuk menambah bilangan institusi kanak- kanak yang menyediakan latihan kemahiran vokasional yang mempunyai pengiktirafan SKM. Usaha ini dibuat melalui Program Pentauliahan Induk berasaskan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Selain itu juga seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi kerjasama dengan agensi pelaksana latihan kemahiran seperti GIATMARA, Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) turut dilaksanakan bagi menampung keperluan tenaga pengajar yang tidak mencukupi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memantapkan pemantauan institusi pemulihan kanak-kanak, KPWKM telah mengambil langkah-langkah seperti: (i) menambah baik garis panduan pengendalian kes tata kelakuan kakitangan terhadap penghuni Institusi Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Garis panduan yang baharu ini sedang dimuktamadkan dan disasarkan untuk diguna pakai menjelang suku tahun keempat tahun ini; (ii) meningkatkan kekerapan lawatan naziran dan pemeriksaan mengejut untuk mendapatkan makluman balas aduan atau laporan secara terus daripada kanak-kanak. Ia dilaksanakan melalui pemilihan penghuni di institusi secara rawak semasa pemeriksaan tersebut serta dibuat untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu-isu yang berlaku di institusi. Pada masa yang sama, usaha ini boleh meningkatkan kesedaran kanak-kanak menangani hak asasi mereka sebagai kanak- kanak di institusi; dan (iii) mengadakan program dan aktiviti berkaitan pengendalian dan penjagaan kanak-kanak serta advokasi kepada warga kerja institusi dari semasa ke semasa. Berhubung cadangan Yang Berhormat Puchong supaya dilakukan audit ke atas institusi kanak-kanak, sukacita dimaklumkan perkara ini sememangnya sedang dalam penelitian kami dan disasarkan untuk dilaksanakan ke atas kesemua 39 buah institusi kanak-kanak di bawah seliaan JKM bermula tahun ini.

Dalam Laporan Tahunan SUHAKAM Tahun 2021 telah menyentuh dan memberikan beberapa syor terhadap sembilan institusi kanak-kanak di bawah seliaan JKM. Ia agak panjang dan saya akan berikan maklumat tersebut kepada Yang Berhormat Puchong secara bertulis. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu membabitkan orang kurang upaya (OKU). Yang Berhormat Pasir Salak memberikan cadangan bahawa supaya elaun OKU dinaikkan dari RM450 ke RM1,000 sebulan. KPWKM melalui JKM menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan. Bantuan ini bersifat sementara waktu sehingga mereka keluar daripada kemiskinan dan hidup berdikari. Penilaian atau semakan semula mengenai kadar bantuan-bantuan ini dilaksanakan dari semasa ke semasa agar kadar tersebut kekal relevan. Terkini, Pendapatan Garis Kemiskinan atau pun PGK baharu telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024 dan mula diguna pakai melalui mulai tahun 2024. Ini telah menjadi syarat asas kelayakan permohonan bantuan JKM yang baharu iaitu PGK 2022 RM1,198. Di samping itu, penetapan kelayakan pendapatan bagi bantuan Elaun Orang Kurang Upaya (EPOKU) juga telah dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,500 dan ke bawah bermula pada tahun 2021. Kerajaan juga telah mula menyalurkan skim bantuan-bantuan lain di bawah JKM dengan kadar baharu bermula tahun 2021 termasuklah untuk OKU yang layak iaitu: (i) Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada RM350 kepada maksimum RM500 mengikut keperluan kes; (ii) Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja (BTB) dinaikkan daripada RM250 kepada RM300; dan (iii) Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, mulai tahun ini juga kerajaan telah turut menaikkan kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daripada RM150 kepada RM300 sebulan. Seterusnya, dalam menyediakan fasiliti mesra OKU di rumah ibadat seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina (JKRBSAB) di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) melalui Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif.

Antaranya ialah semua Pengarah JKM Negeri dimaklumkan mengenai Laporan Rumah Ibadat Mesra OKU dan booklet manual rujukan Rumah Ibadat Mesra OKU yang diterima daripada pihak SUHAKAM. Kedua, JPOKU juga telah mengedarkan kepada semua kementerian atau jabatan atau agensi yang berkaitan melalui berhubung Laporan dan Resolusi Seminar Rumah Ibadat Mesra OKU yang telah diterima daripada SUHAKAM. Laporan dan resolusi ini diedarkan untuk memohon kerjasama agensi dan pihak berkaitan agar dapat mengambil langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan accessibility OKU di rumah ibadat selain membangunkan polisi ke arah pelaksanaan rumah ibadat mesra OKU di negeri ini yang menepati standard. Ketiga, JPOKU juga telah melaksanakan perbincangan berkaitan accessibility OKU di tempat ibadat pada 25 April tahun 2018 bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Wilayah Persekutuan, pakar-pakar OKU dan anggota MKBOKU. Ia juga adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina yang memutuskan agar isu accessibility dan advocacy OKU di tempat ibadat dibincangkan dalam satu perbincangan khusus. Keempat, memaklumkan semua agensi yang berkaitan mengenai syor oleh Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina di bawah MKBOKU agar semua pihak yang terlibat dalam menyediakan keperluan kemudahan akses mesra OKU di semua tempat ibadat. Sama ada Islam dan bukan Islam serta perlu menepati standard MS1184;

Kelima Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa tersebut juga telah melaksanakan audit akses dan audit susulan secara berkala di rumah-rumah ibadat yang turut melibatkan kerjasama dengan pakar-pakar dari universiti, Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Isu aksesibiliti berkaitan rumah ibadat merupakan salah satu isu yang sering dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini. Penyelesaian terhadap isu ini memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Menteri. Pasir Salak. Okey. Terima kasih di atas jawapan yang tuntas daripada Menteri tentang keperluan rumah ibadat OKU. Baik, soalan saya, adakah ruang-ruang untuk kemudahan bagi golongan OKU ini memohon rumah kerana mereka ini kadang-kadang berkeperluan rumah dan juga tempat berniaga? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat maksudkan rumah sendiri ataupun tadi ada sebut berniaga?

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Rumah sendiri dan ruang berniaga di depan rumah.

Ruang berniaga? Ini sebenarnya Yang Berhormat kena― kita maklum bahawa kalau melibatkan struktur rumah itu ia melibatkan KPKT. Jadi, kita tidak ada kuasa untuk melulus ataupun tidak meluluskan. Ia perlu melalui KPKT. Namun, kalau memohon dari segi peruntukan untuk berniaga, saya tak janji tapi kita ada program yang dinamakan 2 Years Exit Programme (2YEP). Itu sebenarnya untuk mereka yang menjadi penerima bantuan kita. Namun kalau dia rasakan beliau layak, jadi bolehlah kita bantu. Kita bagi setakat ini masih RM2,700 sekali untuk dia keluar daripada menjadi penerima tetapi kalau OKU itu bukan penerima bantuan seperti kebajikan yang bulanan itu, itu kita akan kaji dulu. Biarlah dia memohon, akan kita lihat. Kita juga untuk membantu mereka yang menjadi penerima kebajikan kita ini. Kita cuba nak menaikkan lagi peruntukan untuk membantu mereka keluar daripada menjadi penerima kebajikan. Ini adalah saya bagi extra information dengan izin kerana saya, kami di KPWKM memang mahu melihat agar mereka ini kalau boleh dapat berdikari dan kita cuba memohon dari MOF, belum dapat lagi kelulusan. Kita mohon RM5,000 untuk berniaga. Ini kalau dia layaklah, akan kita kaji. Tapi dari segi struktur, itu bukan dalam bidang kuasa kita. Perlu memohon daripada KPKT ya. Terima kasih.

Tambah Yang Berhormat. Tambah sikit. Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang hasrat kita ini termasuk kementerian iaitu bercita- cita untuk mengeluarkan mana-mana pihak termasuk OKU daripada rantaian kemiskinan ini. Sekurang-kurangnya mungkin boleh mencapai tahap pendapatan maksimum. Tetapi apakah Yang Berhormat berfikir bahawa perlu ada rancangan strategi yang mantap di antara kementerian dengan kementerian iaitu untuk memastikan OKU ini sebetulnya mereka memang sudah tahap susah. Sudahlah susah, OKU lagi. Tetapi kalau bantuan setakat RM200, RM300, RM5,000 rasa saya tidak mencapai matlamat kita untuk membantu mereka daripada OKU yang tidak berpendapatan kepada berpendapatan tinggi. Jadi, mungkin perlu sudah satu

strategik pelan baharu kerajaan cadangkan untuk memastikan bahawa OKU ini betul-betul dibela masa depan mereka. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Pertama kita ada elaun untuk OKU yang bekerja dan diberi elaun untuk mereka bekerja dalam― kalau tak silap sayalah, untuk gaji minimum RM1,500 agar mereka dapat mudah turun naik tambang itu. Selain daripada itu juga, kita banyak dari segi bantuan untuk OKU ini dan kita ada job matching juga bersama dengan industri-industri dan malah ramai juga mendapat pekerjaan. Misal saya baru balik dari Penang melibat bagaimana mereka melatih mereka dan job matching. Selain daripada itu juga kita ada juga membantu mereka untuk berniaga tadi kalau mereka nak dan kita bekerjasama dengan agensi- agensi yang lain, kementerian yang lain untuk membantu mereka dan kita usahakan. Selain daripada yang kita sebut tadi 2YEP, itu seperti yang katakan kebanyakannya itu untuk mereka yang menerima bantuan kebajikan. Jadi, kita tidak mahu mereka menjadi penerima bantuan sahaja. Sebenarnya kami di KPWKM untuk tahun ini seterusnya tahun ke hadapan, kita cuba melihat kita mahu penerima bantuan kebajikan ini untuk menjadi orang yang lebih berdikari. Jadi, kita nak melihat kita punya mission kita lebih kepada ekonomi mereka supaya boleh mengurangkan mereka yang bergantung kepada kerajaan. Tapi itulah menjadi kita punya plan, perancangan untuk masa ini. Jadi insya-Allah lah, kita cuba sedaya upaya untuk membantu mereka. Jadi, kalau ada juga pekerjaan untuk mereka pun kita cuba bantu. Tapi itulah bergantung kepada kadang-kadang nasib mereka juga.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Namun kita tidak akan berhenti membantu, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Menteri.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Boleh mencelah sikit?

Saya ada empat lebih minit lagi.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Sikit saja.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Saya nak bertanya kepada kementerian Yang Berhormat. Adakah mencadangkan kepada Kementerian KPKT supaya rumah-rumah yang dibeli oleh OKU ini, golongan OKU ini diberi rebat yang lebih, sebab kebanyakan mereka terpaksa mengubahsuai balik rumah-rumah ini kerana untuk keperluan mereka. Itu pandangan saya.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Bila dia masuk dalam kita punya Hansard ini, kita akan hantar kepada KPKT ya sebab saya bukan KPKT. Saya KPWKM. Tapi kita cuba bantu untuk menyalurkan maklumat tersebut ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Tampin ada menyentuh isu berkaitan childfree kerana dikhuatiri boleh memberi kesan yang tidak baik kepada negara untuk jangka masa panjang. Pada masa kini, isu penurunan kadar kesuburan menjadi satu isu global terutamanya dalam kalangan negara maju dan membangun. Jadi, dalam hal ini banyak negara-negara seperti di Asia dan di Pasifik seperti Hong Kong, Jepun, Republic of Korea, Brunei, Australia, New Zealand, Singapore dan Thailand telah mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah iaitu berada di bawah paras penggantian malah Indonesia yang berkepadatan penduduk 275 juta juga kini hanya mencatatkan kadar kesuburan menghampiri paras ke penggantian. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, penurunan jumlah kelahiran hidup di Malaysia sememangnya telah mencatatkan arah aliran penurunan sejak tahun 2012. Jumlah kadar kelahiran juga berkait rapat dengan kadar kesuburan jumlah ataupun total fertility rate (TFR) yang menunjukkan penurunan yang semakin ketara. Berdasarkan laporan yang diterbitkan dalam Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), TFR di Malaysia menunjukkan penurunan daripada 2.1 orang anak pada tahun 2010 kepada 1.6 orang anak pada tahun 2022. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR. Ini termasuklah faktor ekonomi, cara gara hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur dan untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya. Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR. Bagi memberi respons terhadap masalah ketidaksuburan ini, KPWKM melalui agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah pertama menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan ataupun self-fertility sejak tahun 1979 pada kos yang berpatutan. Kedua, klinik kesejahteraan lelaki yang menawarkan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan gaya hidup sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki bagi mengatasi masalah ketidaksuburan dalam kalangan lelaki yang semakin meningkat. Ketiga ialah memberi inisiatif kepada pasangan dalam mendapatkan rawatan kesuburan dengan pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM8,000 dan banyak lagilah. Terkini, KPWKM melalui LPPKM telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan, rawatan

kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan yang serba moden dengan kos yang berpatutan.

Pusat Subfertiliti Negara ini akan dibangunkan di Shah Alam, Selangor dan akan menjadi pusat rujukan perkhidmatan kesuburan di Malaysia. Bagi KPWKM sendiri kami berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak pasangan itu sendiri. Seperti yang saya nyatakan tadi, terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi bagi membantu mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan. Selain itu, LPPKN turut memberi perkhidmatan yang boleh menyediakan persekitaran yang membantu pasangan membuat keputusan seperti perkhidmatan perancang keluarga dan pelaksanaan program pembangunan keluarga menerusi Modul SMARTSTART Pra-Perkahwinan yang boleh memberi kemahiran dan pengetahuan kepada pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga. Sebenarnya ada dua lagi isu kalau...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Habiskan. Habiskan Menteri.

Boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batang Sadong telah membangkitkan isu berkaitan infrastruktur dan kemudahan di empat institusi kanak-kanak di Sarawak seperti yang disentuh dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2022. KPWKM sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik di semua institusinya untuk keselesaan penghuninya. Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Batang Sadong ini, sukacita dimaklumkan bahawa KPWKM melalui JKM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada tahun 2023 dan RM1.6 juta pada tahun 2024 untuk menyelenggara, membaik pulih dan menaik taraf institusi kanak-kanak di negeri Sarawak. Seterusnya, Yang Berhormat Bagan Serai ingin mengetahui sejauh mana kejayaan pelan strategi kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur dan ingin mengetahui cabaran yang dihadapinya. Untuk makluman, berdasarkan statistik perkahwinan bawah umur yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 1,354 kes telah direkodkan pada tahun 2020. 1,086 kes direkodkan pada tahun 2021 dan 1,035 kes telah direkodkan pada tahun 2022. Ini menunjukkan berlakunya trend penurunan bilangan perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Melalui pelan ini, kerajaan telah mengambil pendekatan yang menyeluruh yang bukan sahaja merangkumi aspek perundangan, malah aspek pendidikan, kesedaran terhadap pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif, pengukuhan institusi kekeluargaan, pengumpulan data dan sistem sokongan sosioekonomi. Antara cabaran serta halangan utama pelan ini adalah undang-undang yang longgar yang memperuntukkan permohonan untuk berkahwin di bawah umur 18 tahun di mana hal ini terbahagi di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta undang-undang adat. Dalam hal ini, KPWKM akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk terus mempromosi dan mendapat sokongan dari pihak yang berkaitan untuk meminda undang-undang berhubung perkahwinan bawah umur. Tuan Yang di-Pertua, Oh! ada lagi dari Bukit Bendera, saya mohon maaf. Kalau tidak, saya bagi jawapan bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik Menteri. Elok bertulis.

Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi merakamkan penghargaan pada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, sepuluh minit.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam · Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat didalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM tahun 2021 dan 2022. Yang Berhormat Shah Alam telah memohon kerajaan untuk menjelaskan langkah-langkah yang telah diambil untuk kita tangani soal pengurusan sisa haram import bagi memastikan hak asasi manusia untuk akses kepada kesihatan dan taraf hidup yang selesa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita telah meratifikasi Konvensyen Basel bagi mengawal selia pergerakan rentas sempadan bagi sisa berbahaya termasuk sisa plastik. Sebarang pengimportan sisa plastik perlu melalui prosedur Prior Informed Consent (PIC) di bawah Konvensyen Basel, yang mana memerlukan persetujuan daripada kedua-dua negara pengimport dan pengeksport, sebelum

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam · Setiawangsa

sebarang proses import dan eksport berlaku. Kontena yang tidak memenuhi kriteria negara tidak akan dibenarkan memasuki negara dan akan dihantar semula ke negara asal. Untuk makluman, operasi yang dilaksanakan pada minggu lepas merupakan satu kejayaan hasil tindakan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan, malah dengan pihak badan bukan kerajaan dalam dan luar negara untuk membanteras penyeludupan haram sisa elektronik ataupun e-waste dan kita akan tingkatkan lagi kerjasama ini. Baru sahaja minggu ini kita adakan mesyuarat secara atas talian ataupun secara hibrid dengan pihak berkuasa di dalam negara kita dan juga dengan pihak NGO dalam dan luar negara tentang menangani perdagangan sisa haram dan komitmen kita ialah untuk tidak menjadikan Malaysia ini sebagai satu tempat tong sampah sedunia. Seterusnya, Yang Berhormat Kubang Kerian telah menyarankan kerajaan agar kita ambil langkah yang lebih proaktif untuk meningkatkan kesedaran rakyat bagi mengurangkan penggunaan plastik. Kami di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kita tetap komited di dalam menangani pencemaran sisa plastik, khususnya plastik sekali guna. Kita ada sebagai mana maklum Yang Berhormat Kubang Kerian kita ada Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan juga Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021- 2030. Antara contoh ialah inisiatif yang dibuat dengan kerajaan-kerajaan negeri yang mengenakan caj pencemaran minimum RM0.20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Jadi, ini ialah selaras dengan pendekatan user pays principle yang mana kita cuba meningkatkan kos bagi penggunaan plastik sekali guna. Kita juga tahu misalnya mengapa penggunaan botol plastik masih lagi meluas kerana kalau berbanding dengan botol plastik macam kotak yang banyak yang dijual sekarang, harganya lebih mahal. Jadi sebab itu perlu ada princip polluter pay ataupun user pays principle ini untuk meningkatkan kos dan menjadikan alternatif kepada plastik sekali guna ini lebih menarik. Kita tahu di banyak premis-premis tetap terutamanya di Pulau Pinang, di Selangor, di Wilayah Persekutuan KL, di Johor, mereka telah pun langsung tidak menjual beg plastik dan mengenakan bayaran, sama ada untuk beg kertas lebih murah ataupun lebih mahal ialah woven bag. Tetapi sekarang bagaimana kita nak bawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi ataupun lebih meluas? Jadi, disebabkan itu kita sedang di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita membincangkan dengan beberapa pemegang taruh untuk melihat kebolehlaksanaan

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam · Setiawangsa

satu perundangan yang lebih luas dari segi mencapai sifar penggunaan plastik sekali guna dan industri plastik yang lebih lestari. Satu lagi aspek ialah kadar kitar semula plastik yang sangat rendah di negara kita, berbanding dengan negara-negara lain. Yang Berhormat Kubang Kerian juga membangkitkan tentang soal menyelesaikan isu pencemaran laut yang tercemar dengan sisa plastik dan juga microplastics. Ada banyak beberapa kajian yang menyebut bahawa Malaysia antara yang tinggi di dalam kadar microplastics yang ada di dalam badan kita. Jadi, ini sebenarnya satu masalah yang sangat serius telah kita sedari di peringkat sedunia. Kadang-kadang kita tahu kita ada masalah pengurusan sisa plastik di dalam negara kita tetapi kita juga berdepan sebagai sebuah negara yang ada sempadan laut yang besar, banyak plastik yang datang daripada seluruh dunia dan bila bahan makanan kita banyak daripada laut, itu juga menjadi antara punca microplastic masuk ke dalam badan kita. Kalau sebelum ini statistik ataupun kajian menyatakan ia sudah pun masuk ke dalam janin ibu, tetapi sekarang katanya di dalam- telah dalam pelbagai peringkat telah ada microplastic ini. Jadi sebab itu kita perlu melihatnya secara dekat, malah menjadi punca kepada masalah kesuburan di kalangan lelaki, ada beberapa kajian yang menyebut. Tetapi kita perlu kajian yang lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menerima ini sebagai satu realiti dan antara perkara yang paling penting ialah untuk meningkatkan ekonomi kitaran bagi plastik ini yang mana, sebagaimana yang disebut kita ada dua pelan hala tuju tersebut ataupun kita menggunakan alternatif seperti biodegradable ataupun bio compostable plastic. Jadi, ini juga perkara yang penting sebagai alternatif kepada plastik.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam · Setiawangsa

Seterusnya, Yang Berhormat Tangga Batu memohon penjelasan mengenai peranan kerajaan di dalam memastikan Projek Tambakan Laut di Melaka tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kehidupan marin, khususnya bagi memastikan kelangsungan hidup para nelayan di kawasan berhampiran. Kita hargai keprihatinan Yang Berhormat dalam isu-isu, termasuk projek penambakan laut, khususnya di negeri Melaka. Sebagaimana kita semua sedia maklum, bagi projek penambakan yang memerlukan penyediaan dan kelulusan Laporan EIA. Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memastikan kajian EIA yang dilaksanakan mengambil kira kesan jangka pendek dan jangka panjang sesuatu projek bangunan. Dalam menilai kajian Laporan EIA, JAS biasa akan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di peringkat Pusat dan negeri dan juga pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapatkan ulasan berkaitan polisi perundangan ataupun

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHMenteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam · Setiawangsa

prosedur. Bagi isu berkaitan dengan alam sekitar dan kehidupan marin yang melibatkan kelangsungan hidup para nelayan, sebarang penemuan yang dikenal pasti, sama ada impak positif atau negatif semasa Laporan EIA akan dikemukakan di dalam surat kelulusan Laporan EIA kepada penggerak projek untuk pertimbangan pihak berkuasa dan apa kalau boleh diambil tindakan mitigasi. Jadi, turut Laporan EIA yang dikemukakan kepada JAS adalah selepas suatu projek pembangunan mendapat kelulusan dasar daripada agensi berkaitan. Kuasa kementerian melalui JAS adalah meluluskan Laporan EIA sahaja tetapi meluluskan projek pembangunan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang meluluskan. Untuk makluman tentang projek, kalau disebut tentang Projek Zon Ekonomi Pesisiran Pantai Melaka. Maka, ia telah dilaksanakan satu kajian EIA yang merangkumi cadangan pembangunan M-WEZ secara menyeluruh dan ini mengambil kira penyediaan pelan utama keseluruhan Projek Penyelarasan Rancangan Tempatan Daerah dan juga pandangan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Pihak pemaju perlu mengambil tindakan terhadap syor-syor yang dinyatakan di dalam Laporan EIA bagi memastikan kesan dan akibat pembangunan projek tersebut dapat diatasi dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan selari dengan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Saya sedikit sahaja hendak beri pandangan. Kelemahan dalam EIA ialah zon tersebut kadang- kadang dia mohon secara tidak- mereka hendak lari daripada peraturan. Mungkin mekanisme perlu dibuat oleh pihak kementerian supaya katakanlah dia hendak develop 2,000 hektar tetapi dia mohon 10 ribu, 10 ribu, 10 ribu hendak lari daripada peraturan. Jadi, ini antara faktor-faktor kelemahan yang ada. Mungkin minta pandangan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebab itu selepas kita selesai dengan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling fasa pertama tempoh hari yang lebih pada penalti dan denda. Kita melihat kepada fasa kedua dan ini melihat kepada termasuklah soal EIA, soal ketelusan, soal keberkesanan. Jadi, ini juga kita akan lihat secara lebih mendalam dalam pindaan fasa kedua. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan tentang soal perancangan kerajaan untuk membina lebih banyak loji insinerator untuk pelupusan e-waste di setiap negeri di seluruh negara. Berdasarkan statistik yang kita ada pada tahun 2022, terdapat penurunan sebanyak 21.19...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, tiga minit gulung dan jawapan bertulis.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

21.19 peratus penjanaan buangan berjadual berbanding pada tahun yang sebelumnya. Setakat ini, ia dilupuskan di Kualiti Alam Sdn Berhad dan juga di Trienekens Sarawak Sdn Berhad. Jadi, ada satu di Semenanjung dan satu di Sarawak. Walau bagaimanapun, kalau boleh kita hendak juga galakkan ekonomi kitaran yang mana ataupun yang kita panggil sebagai urban mining dalam contohnya, sisa elektronik ini ada banyak logam yang berharga, emas, platinum, perak dan sebagainya. Jadi, bukan semuanya hendak dilupuskan begitu sahaja. Jadi, kita akan lihat secara dekat tentang apa yang dibangkitkan dan kita juga hendak melihat dimajukan satu kod pelupusan. Contohnya, untuk bateri kereta EV dan juga panel-panel solar kerana semakin banyak sisa ini masuk ke dalam pasaran. Yang Berhormat Segamat menekankan tentang isu perubahan iklim dan kesannya kepada golongan minoriti yang terpinggir. Kita setuju sebab itu antara perkara yang dibuat ialah kita ada panel penasihat, panel konsultasi perubahan iklim yang mana kita libatkan, termasuk daripada masyarakat orang asal dan kita juga ada kluster belia yang mana pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di kalangan anak-anak muda dilibatkan dalam memberi pandangan, dalam menggubal polisi kerana kita tahu impak perubahan iklim ini. Mungkin kita tidak rasa sangat bagi kita yang sudah berusia tetapi bagi golongan anak muda ataupun golongan orang asal yang hidup di barisan hadapan dengan konflik dan sebagainya, mereka sangat berdepan dengan isu ini. Jadi, kita libatkan pandangan mereka untuk dapatkan bagaimana kita hendak gubal polisi yang terbaik dan malah kita juga ada geran di bawah Global Environment Facility Small Grants Programmed sejak tahun 2001 untuk projek-projek di peringkat komuniti dan ia telah sehingga Jun 2024, ia telah membiayai 233 projek berjumlah hampir USD7.5 juta. Akhir sekali, tentang soal konflik dengan hidupan liar yang ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pasir Gudang, mengancam kehidupan Orang Asli. Kita memang terima banyak aduan. Kalau di Gua Musang, ada 217 aduan gangguan gajah liar dan 93 antara Januari hingga Mei 2024. Jadi, antara yang kita laksanakan, kita telah buat Tabung Konflik Hidupan Liar untuk kerosakan ke atas kebun dan tanaman bagi masyarakat kampung dan Orang Asli. Kita juga ada beberapa sistem pagar elektrik gajah kekal dan kerjasama dengan komuniti setempat, kolar satelit dan lain-lain lagi.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Jadi- tetapi kita sedang melihat secara dasar bagaimana kita dapat berdepan apabila konflik ini menjadi semakin serius dan keperluan untuk kita juga memastikan semua peringkat masyarakat sedar dan tahu tentang bagaimana cara terbaik. Kadang-kadang tanaman yang ditanam itu juga mungkin tidak sesuai. Dia akan tarik lebih banyak gajah liar dan sebagainya. Jadi, ini sedang dilakukan dan ia memerlukan satu pendekatan baharu untuk kita berdepan dengan konflik yang menjadi semakin serius ini. Terima kasih.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapat penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, duduk. Berikutnya saya mempersilakan Menteri Kementerian Komunikasi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi · Kulai

Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Tahniah saya ucapkan kepada Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2021 dan tahun 2022. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Arau menyentuh isu kebebasan bersuara dan kebebasan media serta status penubuhan Majlis Media Malaysia. Kerajaan sentiasa menyokong prinsip kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut fasal (1)(a), Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara bukan bersifat mutlak, sebaliknya haruslah dilaksanakan secara bertanggungjawab, beretika dan mengambil kira kepelbagaian budaya dan agama yang mencorakkan masyarakat Malaysia. Dalam konteks kebebasan media, termasuk memberikan lebih kebebasan dalam melaksanakan tugas, Kementerian Komunikasi sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan kandungan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia (RUU MMM) bersama Jawatankuasa Portal Majlis Media Malaysia yang terdiri daripada wakil industri media, ahli akademik dan juga pihak awam. Hal ini adalah bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU MMM tersebut adalah jelas serta penubuhan MMM kelak memenuhi objektif utama yang disasarkan. Pada bulan Mei, Kementerian Komunikasi telah diminta oleh AGC untuk merujuk draf RUU MMM kepada MPC,

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi · Kulai

dengan izin, Malaysia Productivity Corporation untuk analisis impak peraturan ataupun, dengan izin, Regulatory Impact Assessment (RIA). Setelah kandungan RUU MMM dimuktamadkan serta proses RIA diselesaikan, draf RUU MMM akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan selanjutnya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi · Kulai

Seterusnya, kementerian ini akan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan bagi membentangkan RUU MMM di Parlimen setelah semakan oleh AGC selesai dilaksanakan. Mengambil kira tempoh masa bagi proses RIA dan juga semakan RUU yang perlu dilaksanakan, RUU MMM dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas. MMM apabila ditubuhkan akan bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara dan dalam masa yang sama, memastikan pelaporan berita yang dilakukan oleh media dilakukan secara bertanggungjawab. Fungsi MMM juga termasuklah menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam secara amnya serta menyokong pembangunan profesional wartawan dan organisasi media. Dato' Yang di-Pertua, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] juga tidak mengehadkan kebebasan media selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar perundangan di bawah akta tersebut khususnya di bawah peruntukan seksyen 211 dan seksyen 233. Namun kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan konsep kebebasan media dengan menyentuh isu 3R, selain menyebarkan fitnah serta berita palsu. Untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam indeks global, kerajaan akan mengkaji keperluan reformasi undang-undang media dan memastikan hak asasi manusia, termasuklah kebebasan media diberikan keutamaan dalam dasar serta amalan negara. Industri media tempatan juga diberi peranan sebagai pemangkin kepada kebebasan bersuara. Selain itu, kerajaan bersedia bekerjasama dengan agensi berkepentingan dalam usaha untuk meningkatkan aspek kebebasan media, memastikan integriti dan kebebasan media sejati serta mempertahankan keharmonian dan keseimbangan dalam masyarakat berbilang kaum ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga komited melindungi pengguna Internet di Malaysia daripada aktiviti dalam talian yang memudaratkan seperti yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman, provokasi dan sebagainya. Tindakan yang diambil adalah demi menjaga keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat secara keseluruhan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi · Kulai

Usaha sedang dipertingkatkan bagi mengenal pasti sebarang bentuk aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang sedia ada. Usaha ini turut melibatkan bekerjasama dengan platform media sosial dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Ingin saya tegaskan bahawa setiap penurunan bagi sesuatu kandungan dalam talian bukan hanya tertakluk kepada permohonan pihak kerajaan melalui MCMC sahaja. Setiap penyedia platform media sosial turut memainkan peranan penting dalam memantau setiap kandungan yang dimuat naik supaya ianya tidak melanggar akta perundangan tempatan sedia ada serta terma dan syarat dan kod standard komuniti yang telah ditetapkan oleh penyedia platform sendiri. Penurunan kandungan yang dilakukan oleh penyedia platform tertakluk kepada pertimbangan dan penilaian penyedia platform itu sendiri berdasarkan laporan penyalahgunaan daripada pengguna platform dan permohonan pihak berkuasa. Dalam hal ini, penurunan kandungan yang dimaksudkan oleh YB Muar tersebut adalah tidak benar disebabkan penurunan yang dilakukan adalah oleh pihak penyedia platform iaitu TikTok tanpa ada sebarang permohonan daripada pihak MCMC. Jadi, penurunan kandungan tersebut tidak ada apa-apa kaitan dengan MCMC. Saya harap penjelasan ini adalah mencukupi untuk Yang Berhormat Muar. Sekiranya terdapat sebarang kandungan yang telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan penyedia platform media sosial yang berkaitan untuk mengetahui justifikasi tindakan penurunan tersebut. Manakala bagi isu yang telah dibangkitkan oleh YB Kuala Krai, statistik yang disebut itu adalah berdasarkan laporan permintaan pengagihan keluar oleh kerajaan yang telah diterbitkan pada 6 Jun tahun ini oleh penyedia platform TikTok. Saya di sini pun ada sesalinan laporan tersebut. Memang betul dalam laporan tersebut menyatakan bahawa TikTok telah menerima permintaan daripada Kerajaan Malaysia sebanyak 1,862 tetapi sebenarnya laporan ini juga menunjukkan bahawa total content received dengan izin Yang di-Pertua, adalah sebanyak 6,231. Ini bermakna bahawa bukan kesemua permohonan untuk penurunan content adalah dibuat oleh MCMC ataupun Kerajaan Malaysia tetapi sebagai seorang pengguna TikTok, mereka juga berhak dan boleh buat aduan kepada TikTok untuk memohon bahawa sesuatu kandungan itu diturunkan. Daripada laporan ini juga telah menunjukkan bahawa 2,514 kandungan telah diturunkan kerana telah melanggar community guidelines. Content action due to community guidelines violation, dengan izin, I quote the report. Ada 2,970 kandungan telah diambil tindakkan ataupun diturunkan kerana content action due to local law

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Komunikasi · Kulai

violation tetapi pada masa yang sama Dato' Yang di-Pertua, ada 747 content no action. Maksudnya, walaupun permohonan dihantar oleh Kerajaan Malaysia ataupun oleh sesiapa pun pengguna tetapi akhirnya sekiranya TikTok rasa bahawa kandungan tersebut tidak melanggar community standard dengan izin, ataupun undang-undang tempatan, mereka tidak akan turunkan kandungan tersebut. Jadi, saya harap penjelasan ini adalah mencukupi dan saya nak tegaskan di sini bahawa sangat-sangat tidak adil kalau kita ada satu sangkaan bahawa semua permohonan ini adalah berkaitan dengan kritikan terhadap kerajaan kerana kami perlu faham bahawa sejak tahun 2019 hingga 2033...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, tiga minit. Gulung.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Penipuan dalam talian telah meningkat sebanyak 95 peratus. Pada masa yang sama, perjudian dalam talian telah meningkat 273 peratus sejak tahun 2019 hingga 2022. Ahli-ahli Parlimen daripada dua-dua pihak banyak juga membangkit isu tentang kandungan lucah seperti Yang Berhormat Beaufort pernah bangkit tentang isu pelacuran dalam talian dalam sidang Parlimen ini. Ahli Parlimen Klang pernah bangkit tentang perkongsian bahan-bahan lucah dalam sidang Parlimen ini juga. Yang Berhormat Lumut juga pernah bangkit tentang isu video dan gambar lucah dan juga produk kesihatan seks dan ubat kuat seks. Kuala Krai juga pernah bangkit isu tentang pelacuran dalam talian. Yang Berhormat Jasin pernah bangkit tentang isu judi online. Yang Berhormat Mersing, Shah Alam pernah bangkit tentang isu berita palsu. Kepala Batas pernah bangkit tentang isu penipuan, scam dan juga Yang Berhormat Bentong pernah bangkit tentang isu serangan seksual. Bagaimana kita hendak melindungi golongan wanita dan kanak-kanak yang terdedah terhadap serangan seksual dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor sendiri pun pernah bangkit tentang isu lucah dan judi dalam talian. Jadi, apabila Kementerian Komunikasi melalui MCMC mengambil satu tindakan yang lebih proaktif untuk menghantar laporan kepada platform provider ataupun penyedia platform, tuduhan juga datang daripada Ahli-ahli Parlimen sebelah sana bahawa ini merupakan salah satu cubaan kerajaan untuk ketatkan kebebasan bersuara. Saya rasa tuduhan tersebut kurang adil terhadap kerajaan dan saya harap semua boleh faham bahawa...

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat, sikit.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Apa masalah yang kami hadapi sekarang bukan sahaja dihadapi oleh Kerajaan Malaysia tetapi oleh kerajaan-kerajaan yang lain juga.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat, saya ingin minta Yang Berhormat jawab bertulis. Daripada kandungan yang dipohon oleh Kerajaan Malaysia kalau ikut dalam ranking ini, Malaysia berada pada kedudukan yang teratas dalam TikTok mohon untuk turunkan kandungan.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Mohon untuk turunkan kandungan, boleh spesifik tak apa kandungan yang dikatakan melanggar undang-undang negara Malaysia itu? Apa jenis kandungan? Yang Berhormat jawab bertulis.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Apa yang saya sebut tadi sebenarnya― dan saya pernah menjawab isu ini banyak kali dalam Parlimen. Kita akan ambil tindakan apabila kita mendapati bahawa adalah kandungan berkaitan dengan lucah, berunsur lucah, judi online, scam, penipuan, berita palsu. Jadi, saya rasa ini masalah yang kami hadapi dalam dunia online sekarang. Minggu yang lalu, Yang Berhormat di sana cakap bahawa banyak iklan tentang produk kuat dan minta kami ambil tindakan. Tetapi apabila kami ambil tindakan, seolah-olahnya semua tindakan ini adalah terhadap pengkritik kerajaan. Jadi, saya harap bahawa Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini boleh bersikap adil kepada kerajaan dan juga MCMC. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Menteri Kementerian Pendidikan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tahun 2021 dan 2022. Dalam tempoh perbahasan mulai 27 Jun sehingga 1 Julai 2024, terdapat 14 perkara berkaitan dengan pendidikan dibangkitkan oleh 12 orang Ahli Yang Berhormat. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM yang sentiasa bersama-sama dengan KPM memastikan hak pendidikan kanak-kanak di Malaysia diutamakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Shah Alam, Rasah, Miri dan Beaufort, penerimaan masuk ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan diterangkan melalui Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998, di bawah Akta Pendidikan 1996 yang merupakan dokumen perundangan yang memperincikan kategori kanak-kanak yang diterima masuk sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan iaitu kanak-kanak berstatus warganegara dan kanak-kanak bukan warganegara. Kanak-kanak tersebut hendaklah mengemukakan dokumen yang sah semasa pendaftaran sebelum diterima memasuki sekolah. Melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah bersetuju supaya semua anak warganegara Malaysia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri boleh diterima masuk ke sekolah kerajaan ataupun ke sekolah bantuan kerajaan. Arahan tersebut terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009. Pekeliling berkenaan menetapkan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri boleh diterima mengikuti persekolahan di sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan jika mana-mana salah seorang ibu atau bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia dan disokong dengan surat pengesahan ataupun perakuan ketua kampung untuk menjelaskan dan mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak kepada warganegara Malaysia. Penguatkuasaan Surat Pekeliling Ikhtisas ini telah memberi hak kepada semua kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang merupakan anak kepada warganegara Malaysia untuk mengikuti persekolahan sama ada di sekolah kerajaan, mahupun di sekolah bantuan kerajaan di negara ini. Di samping itu, KPM juga telah menyediakan akses kepada anak-anak gelandangan tanpa dokumen yang salah seorang ibu bapanya adalah warganegara. Sehubungan dengan itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) sejak tahun 2013 iaitu di Chow Kit. Sehingga kini, murid SBJK Chow Kit adalah seramai 139 orang. Bermula 23 Oktober 2023, KPM telah memperluaskan program SBJK ini ke negeri Sabah iaitu di Sekolah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Program SBJK di Sabah memberikan fokus kepada kanak-kanak yang tercicir berpanjangan dari pendidikan arus perdana. Mereka termasuk dalam kalangan kanak-kanak keluarga miskin tegar dan tidak ada dokumen pengenalan diri. Ingin dijelaskan bahawa SPI KPM Bilangan 1/2009 tidak terpakai kepada kanak-kanak bukan warganegara tanpa dokumen pengenalan diri, yang mana ibu bapa adalah juga bukan warganegara. Sehubungan itu, bagi kanak-kanak tanpa dokumen yang berstatus bukan warganegara atau kewarganegaraan belum ditentukan, kemasukan ke sekolah juga tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah)

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

1998 dan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2018 – Permohonan Kemasukan Sekolah Murid Bukan Warganegara bertarikh 15 Januari 2018. Bagi kanak-kanak yang tidak layak mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, KPM melalui mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) KPM Bilangan 194 pada 22 Jun 2010 telah meluluskan satu dasar pendidikan yang membenarkan kanak-kanak bukan warganegara tanpa dokumen pengenalan diri yang ibu bapa atau penjaganya bukan warganegara boleh mendapat pendidikan secara tidak formal melalui pendidikan alternatif yang diusahakan oleh agensi dan NGO di negara ini. Ia merupakan pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak bukan warganegara tanpa dokumen pengenalan diri yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia. KPM ada menyediakan garis panduan penubuhan pendaftaran pusat bimbingan alternatif dan pusat bimbingan alternatif ini disyaratkan berdaftar dengan KPM selaras dengan peruntukan seksyen 79 Akta Pendidikan 1996. Sehingga kini, terdapat 18 buah pusat bimbingan alternatif yang berdaftar secara rasmi dengan KPM melibatkan seramai 1,801 orang murid. Ahli Yang Berhormat Setiu dan Hulu Selangor mencadangkan agar...

Kubang Kerian.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Yes, sila.

Terima kasih. Saya menyambut baik usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian― SBJK dan pusat bimbingan alternatif. Cuma, saya― mungkin jawapan bertulis, tak apa. Saya ingin dapat penjelasan, berapa jumlah SBJK yang ada dan apakah kerajaan berhasrat untuk membina di beberapa buah pulau yang kita dapati ada masalah besar, khususnya di Sabah dan di kawasan Sarawak? Yang keduanya, selain daripada pusat pendidikan alternatif tadi, apa insentif kerajaan beri kepada agensi swasta atau badan-badan yang nak buka ini? Ada apa bantuan kah ataupun kemudahan yang kerajaan sediakan? Terima kasih.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Okey, terima kasih Yang Berhormat dari Kubang Kerian. Berkenaan dengan sekolah SBJK (Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih), setakat ini kita ada satu sahaja iaitu di Chow Kit dan program― bukan sekolah ya― program SBJK telah dilanjutkan sebelum ini pada tahun 2023 ke negeri Sabah. Untuk kawasan-kawasan yang lain, mungkin sekiranya ada terdapat keperluan, maka pihak kementerian sudi untuk mendengar cadangan-cadangan daripada Ahli- ahli Yang Berhormat kita. Berkenaan dengan pusat pendidikan alternatif yang kita ada sekarang, kita ada 18. Ada di Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Pulau Pinang,

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Kesemua pusat pendidikan alternatif ini didaftarkan di bawah KPM dan prestasinya ataupun kualitinya adalah terjaga di bawah KPM. Berkenaan dengan bantuan yang bakal kita bagi dari peringkat KPM, KPM akan memantau dari semasa ke semasa berkenaan dengan keperluan di peringkat on the ground, dengan izin, yang mana hasrat utama KPM adalah, selain daripada untuk memastikan anak-anak kita yang eligible ataupun layak untuk masuk ke sekolah di bawah pendidikan Malaysia, untuk anak-anak yang lain, kita juga mengambil tindakan dari semasa ke semasa untuk menjaga kebajikan masing- masing. Saya beredar ke isu satu lagi iaitu berkenaan dengan program ATHAM ke semua sekolah. Ahli Yang Berhormat Setiu dan Hulu Selangor mencadangkan agar program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) diperluaskan kepada semua sekolah KPM termasuk di luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SUHAKAM melalui Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah telah memperkenalkan program ini di sekolah mulai tahun 2009. Matlamat program ini adalah mewujudkan dan mengamalkan budaya hak asasi manusia di sekolah dan amalan secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial serta kesejahteraan hidup yang berterusan. Program ini bermula dengan lima buah sekolah yang terpilih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Kesemua sekolah yang dipilih ini melaksanakan program di peringkat sekolah masing-masing dan menjadi contoh dan membudayakan ATHAM di daerah dan negeri masing- masing.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Dan antara kriteria yang diambil oleh pihak KPM, JPN dan juga pihak SUHAKAM untuk membuat pemilihan sekolah adalah kepelbagaian jenis sekolah terdiri daripada sekolah harian, sekolah menengah, sekolah rendah luar bandar dan bandar, sekolah yang menjalankan rancangan integrasi murid untuk perpaduan, sekolah berisiko sama ada sekolah yang mempunyai banyak kes disiplin atau salah laku atau sekolah yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program hak asasi manusia. KPM menyambut baik cadangan pendedahan program ATHAM ini kepada ibu bapa dan perluasan program ini, termasuk sekolah di luar bandar. Pihak SUHAKAM dan KPM juga sedang dalam proses penyediaan kertas cadangan perluasan program ini dengan mengambil kira dari pelbagai aspek dalam membuat penambahbaikan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Berkenaan dengan akses pendidikan untuk anak-anak dari masyarakat Orang Asli, Ahli Yang Berhormat Temerloh dan Kuala Langat ada menyentuh berkenaan usaha untuk menangani keciciran dan akses pendidikan Orang Asli. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM merujuk definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan tetapi keluar dari sistem pendidikan sebelum tamat tempoh pendidikan. Dato’ Yang di-Pertua, saya minta tiga minit lagi, sekiranya diizinkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tiga minit. Baik Yang Berhormat, selepas itu gulung.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Secara keseluruhannya pada tahun 2023, kadar keciciran murid pada peringkat sekolah rendah adalah 0.06 peratus dan 0.08 peratus pada peringkat sekolah menengah. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Jun 2024, kadar transisi murid Orang Asli dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 adalah sebanyak 91.65 peratus. KPM ada melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mengadakan sesi libat urus dan program ziarah kasih bersama-sama dengan komuniti Orang Asli, melaksanakan program broadcast dan Chup Badui Sikulah bagi kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak pernah bersekolah. Dan apa yang penting, peluasan program Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) bagi mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari tahun 6 ke Tingkatan 1. Dan perluasan program sekolah K9 ini merupakan salah satu strategi penting bagi KPM dalam usaha untuk menangani isu kehadiran murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dan kawasan terpencil. Perluasan sekolah K9 mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tahun 6 ke Tingkatan 1. Pada masa kini, terdapat lapan buah sekolah Orang Asli yang melaksanakan program K9 dan secara keseluruhannya, 28 buah sekolah yang melaksanakan program sekolah K9 iaitu di Negeri Sembilan satu, Kelantan tiga, Pahang empat, Perak lima, Terengganu dua, Selangor dua dan Sabah 11. Dan sejak tahun lepas, KPM juga telah melaksanakan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11), iaitu sekolah yang menawarkan pendidikan selama 11 tahun dalam satu organisasi di bawah KPM. Sekolah ini menawarkan pendidikan pada peringkat sekolah rendah enam tahun, menengah rendah tiga tahun dan menengah atas dua tahun, di dalam premis dan juga pentadbiran yang sama. Sebagai permulaan, pada bulan Mac 2023, KPM telah memulakan program rintis sekolah K11 di SMK Betau, Pahang bagi murid Orang Asli dan SMK Long Bedian, Sarawak bagi murid peribumi di pedalaman. Yang Berhormat Tumpat ada membangkitkan isu berkenaan dengan petisyen daripada penulis berkaitan buku yang dijual semasa Pesta Buku

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang dikatakan mengandungi unsur yang tidak sesuai bagi murid bawah umur. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sewaktu PBAKL 2024 berlangsung dari 24 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024, pihak penganjur tidak pernah menerima apa-apa bantahan penerbitan, pengedaran dan juga penjualan novel yang tidak sesuai kepada murid bawah umur oleh mana-mana pihak. Pada masa yang sama, sebagai usaha daripada KPM untuk memastikan bahawa bahan-bahan yang dijual adalah berpatutan, maka penganjur PBAKL 2024 dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan langkah pencegahan bagi memantau bahan terbitan yang tidak diingini. Selain itu, pihak KPM juga melaksanakan pemeriksaan berkala bersama-sama dengan pihak KDN yang juga telah dijalankan selama tempoh 10 hari penganjuran PBAKL 2024. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tahun ini PBAKL 2024 telah mencatatkan pengunjung yang paling ramai iaitu lebih daripada 1.8 juta pengunjung dalam masa 10 hari pesta buku diadakan. Dengan itu, terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan berkenaan dengan isu-isu pendidikan di bawah Laporan SUHAKAM. Sekian daripada saya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, bukan kih badui? Chup badui.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Chup Badui Sikulah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Ha, baru betul. Itu bahasa Orang Asli.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Syukran jazilan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Okey. Baik berikutnya saya mempersilakan Menteri Kementerian Perpaduan Negara.

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Perpaduan Negara

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2021 dan 2022 di persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, tahun 2024. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah meneliti dan mengambil maklum laporan-laporan tersebut. Yang Berhormat Selayang telah mencadangkan supaya Kementerian Perpaduan Negara

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Perpaduan Negara

meningkatkan usaha dalam memupuk keharmonian dan perpaduan bagi mengelakkan diskriminasi antara kaum di Malaysia. Cadangan itu diterima baik oleh kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat, hala tuju inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian adalah untuk mencapai satu matlamat yang cukup besar iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, demokratik, liberal, progresif dan sopan santun. Hala tuju ini dinyatakan dengan jelas di bawah Dasar Perpaduan Negara yang telah digubal berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kementerian telah menghasilkan kerangka Membangun Malaysia Madani melalui perpaduan dalam kepelbagaian yang menyepadukan program melalui flagship Kembara Perpaduan yang turut terbahagi kepada tiga kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 661 program yang berteraskan kepada kluster Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah telah berjaya dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan serta agensi di bawahnya seperti Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Yayasan Sukarelawan Siswa, Yayasan Tunku Abdul Rahman dan Yayasan Tun Razak. Kementerian Perpaduan Negara akan terus melipatgandakan usaha bagi melaksanakan pelbagai strategi untuk melahirkan bangsa yang patriotik dalam mengukuhkan tapak integrasi nasional dan ekosistem perpaduan negara. Rata-rata kesemua program yang dilaksanakan pada tahun 2023 akan diteruskan pada tahun hadapan– pada tahun ini. Antara inisiatif yang telah dirancang oleh kementerian bagi tahun 2024 adalah Eksplorasi Rukun Negara, usaha untuk meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat Malaysia. Antara perkara yang akan dijalankan adalah Pameran Rukun Negara, Simposium Rukun Negara, Ekspresi Rukun Negara, Kem Anak Malaysia dan Program Raja Kita Akar Kita. Dua pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang akan berperanan sebagai penggerak utama dan penjalin hubung bridge builder bagi merealisasikan aspirasi masyarakat progresif. Ketiga, Sambutan Minggu Perpaduan. Sambutan yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun pada hujung bulan Mei bertujuan memperkukuhkan perpaduan rakyat berteraskan tiga prinsip iaitu faham, hormat dan terima berkaitan perbezaan budaya, adat dan kepercayaan setiap kaum di Malaysia.

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Perpaduan Negara

Pada tahun 2024, sambutan ini telah diadakan di negeri Johor. Harmoni Madani, ini adalah inisiatif baru yang akan dijalankan bagi memupuk semangat penerimaan dan budaya hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Perpaduan Negara

Antara program yang bakal dilaksanakan di bawah inisiatif ini adalah Bicara Harmoni Madani, Tinta Harmoni, Sambutan Hari Toleransi Sedunia, Sambutan Minggu Harmoni Sedunia dan program-program interface. Di samping itu Kementerian Perpaduan Negara juga mempunyai mekanisme tadbir urus bagi mencari penyelesaian isu yang menggugat perpaduan dengan membawa isu ini ke jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut. Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang melibatkan perbincangan antara pemimpin agama dari Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Tao, Sikh dan Bahai. Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang melibatkan tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang dari segi akademik, korporat, NGO, swasta dan belia. Majlis Mesyuarat Yang Berhormat Menteri Perpaduan bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta Exco-Exco Perpaduan Negeri yang dipanggil (MExUnity) yang dianggotai oleh barisan Exco Perpaduan Negeri dan Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam. Oleh yang demikian, melalui penghasilan inisiatif program yang dirancang oleh kementerian, agenda perpaduan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tersusun melalui kerjasama dan kesepakatan daripada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, fahaman dan ideologi bagi memastikan keamanan, keharmonian dan perpaduan dapat dicapai. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berikut, saya mempersilakan Menteri di Kementerian Kesihatan.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Pertama-tamanya Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai isu-isu kesihatan sepanjang perbahasan ke atas Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan 2022. Yakni adalah YB Tumpat, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Betong. Isu buli terhadap pegawai perubatan siswazah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Kuala Nerus ada membangkitkan mengenai isu pegawai perubatan siswazah (PPS) housemen atau house officer menghadapi tekanan semasa bertugas seperti tiada waktu rehat, tiada waktu menunaikan solat, bebanan kerja yang tinggi, penggunaan kata-kata kesat, dikasari secara fizikal atau

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

mental dan sebagainya dan di mana dinyatakan dalam muka surat 162 dalam Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2022 Dato’ Yang di-Pertua. Mengikut takrif buli daripada portal MyHealth KKM, buli adalah ditakrifkan sebagai satu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya atau peer abuse dengan izin. Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek atas isu-isu perkauman dan gangguan seksual yakni tekanan mental. Tuan Yang di-Pertua, kategori buli di tempat kerja, termasuklah antara lain ugutan, intimidasi, penghinaan, gangguan, pengasingan, bahasa yang melampau, inflammatory languages, kesilapan panggilan jantina, misgendering, ketidakadilan waktu bekerja, ketidakadilan beban kerja (unfair work load) dan ketidakadilan pemberian pampasan ataupun unfair compensation Dato’ Yang di-Pertua. Bagi menangani permasalahan ini terdapat pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk melalui syor-syor yang telah dikemukakan daripada Laporan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan atau dengan izin, Healthcare Work Culture Improvement Task Force bagi memastikan persekitaran kerja yang sihat dan kondusif kepada semua petugas kesihatan, termasuklah dan khasnya PPS ataupun pegawai PPS adalah housemen ataupun house officer Dato’ Yang di-Pertua ya, pegawai perubatan siswazah kita. Pertama, adalah antara lainnya inisiatif itu adalah melancarkan sistem MyHEALTH pada 1 Oktober 2022 sebagai saluran aduan yang melaporkan isu-isu buli dalam kalangan petugas kesihatan KKM. Sehingga 30 Jun 2024, jumlah aduan yang telah diadukan, direkodkan adalah sebanyak 318 aduan. Daripada jumlah ini 72 aduan dikemukakan oleh pegawai perubatan dengan empat aduan yang diterima sebagai mempunyai unsur buli dan kini dalam peringkat siasatan untuk mengesahkan dan pembuktian, dalam proses pembuktian. Dato’ Yang di-Pertua, manakala 68 aduan lagi merupakan aduan pelbagai isu yang berkaitan yang terkait dengan isu perkhidmatan, permohonan naik pangkat, pertukaran dan lain-lain. Bagi menjamin tata kelola ataupun dengan izin governance, bagi setiap aduan yang dikemukakan oleh PPS, sistem MyHealth ini diuruskan dan dikawalselia sepenuhnya oleh Unit Integriti KKM. KKM juga sedang dalam kajian untuk memperincikan lagi berkenaan hak-hak dan perlindungan yang seharusnya diberikan kepada para pemberi maklumat ataupun the whistleblower dengan izin bagi menjamin perlindungan kepada mereka kerana mereka selalunya akan membuat aduan terhadap orang yang lebih senior.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Menyeragamkan modul dan menggariskan objektif-objektif pembelajaran dalam program orientasi dan program transformasi minda yang disebutkan sebagai program induksi kepada PPS yang baru dilantik. Program orientasi ini merangkumi aspek perkhidmatan seperti memberikan pengenalan kepada pihak pengurusan hospital dan saluran aduan yang betul serta aspek teknikal seperti modul kesedaran, keselamatan pesakit dan best practice in general procedures. Seterusnya, melalui satu pasukan tugas khas yang ditubuhkan untuk mengkaji inisiatif penambahbaikan dan sokongan kesihatan mental PPS itu sendiri. Ini kita lakukan supaya KKM akan dapat menyediakan satu garis panduan kumpulan sokongan PPS, sokongan kepada kumpulan ini yang akan dikenali sebagai house officer encouragement and reassurance through sharing and support dengan akronim H.E.A.R.T.S. Melalui usaha ini PPS akan mempunyai platform yang lebih mudah...

Dato' Dr. Hj. Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Silakan.

Dato' Dr. Hj. Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Boleh tanya sedikit?

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sila, sila.

Dato' Dr. Hj. Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Okey, daripada aduan-aduan yang diterima dan siasatan yang telah dibuat, apakah tindakan yang diambil ke atas pembuli terhadap PPS tersebut setakat ini? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu adalah satu soalan yang pastinya kita perlu jawab dan kita sebelum apa pun aduan yang kita kenal pasti, kita akan membuat siasatan dan seandainya ia punya prima facie cases dan tergantung kepada seriousness, keseriusan kes itu, tindakan-tindakan selanjutnya akan diambil.

Dato' Dr. Hj. Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Sehingga kini, ada tidak kes yang telah diambil tindakan?

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ada. Kalau ingin tahu, kalau mutakhir kalau boleh saya sebutkan. Saya adalah Menteri Kesihatan pertama, maaf dalam pusingan pertama saya, mungkin ada yang masih ingat dalam Parlimen ke-14, saya mengambil tindakan ke atas seorang Ketua Jabatan yang agak tinggi pangkatnya, berpangkat JUSA A.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya mengambil tindakan sehingga beliau dipecat ya. Jadi, itu tindakan yang serius dan Menteri Kesihatan kali ini datang kali kedua, saya juga akan tidak berkompromi atas apa pun buli yang dijalankan, terutamanya secara serius, secara repeated, berulang ya. Terima kasih Kuala Nerus, sahabat saya.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Baik, menggalakkan pihak hospital untuk mengadakan sesi engagement antara Pengarah Hospital dan juga PPS secara berkala. Ini adalah penting Dato’ Yang di-Pertua, kerana ia memberikan satu ruang untuk semacam satu dialog ataupun dipanggil sebagai engagement supaya dapat PPS menyuarakan dan menyalurkan perasaan dan pandangan dan pengalaman yang mereka lalui. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Saya telah sebutkan ya. Tindakan-tindakan yang saya sebutkan tadi sehinggakan ia boleh diambil- sehinggakan boleh kita berdasarkan peraturan, boleh dibuang kerja berdasarkan Peraturan Penjawat Awam. Setakat ini ada empat kes dalam siasatan yang saya sebutkan sebentar tadi, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, itu adalah telah saya sebutkan. Baik, juga begitu Program Advokasi Kesihatan Mental di tempat kerja melalui Program KOSPEN WOW, Skop Minda Sihat telah kita jalankan secara berkala. Ia bertujuan untuk mempromosi persekitaran kerja yang sihat. Work culture ataupun just culture, satu suasana untuk menghidupkan kerja dan suasana kerja, ekosistem, environment yang sihat dan tidak ada apa yang dikatakan sebagai unsur-unsur yang menularkan dan mengamalkan amalan buli dan harassment, dengan izin. Ini adalah sangat penting. Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah Skop Minda Sihat ini termasuklah saringan kesihatan mental, pengurusan emosi dan panduan mengenai stres di tempat kerja serta perwujudan sudut minda sihat di tempat kerja. Sangat mustahak untuk semua ini di laksana dan diperhatikan. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, di setiap peringkat jabatan hospital dan jabatan kesihatan negeri yang telah diwujudkan satu Jawatankuasa Program Pegawai Perubatan Siswazah bagi memantau, membincang dan menyelesaikan masalah doktor pelatih ini sepanjang mereka menjalankan latihan mereka. Dato’ Yang di-Pertua, sedikit lagi kalau diizinkan. Bagi garis panduan mengenai penggunaan Sistem MyHelp dan prosedur bagi mengendali insiden buli di KKM telah kita keluarkan pada awal lagi 23 Februari dan garis panduan ini membolehkan insiden buli yang disalurkan melalui platform aduan yang khusus diuruskan dengan teratur, telus, cekap dan berkesan. Ia juga akan membolehkan pengurusan KKM mengenal pasti risiko yang berkaitan dan melaksanakan langkah kawalan dalaman serta penambahbaikkan secara lebih strategik berdasarkan data yang dikumpul dari semasa ke semasa. Garis panduan ini turut menerangkan tugas dan etika penyiasatan secara saksama

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

dan adil. Itu pun kita ingin tahu supaya jangan ada pula yang memangsakan orang- orang yang mereka benci. Itu pun satu juga yang mereka tidak gemari. Jadi, kita perlu melindungi supaya jangan berlaku juga apa-apa tuduhan dan fitnah terhadap sesuatu. Jadi, seseorang- jadi lalunya kita juga akan menjaga kedua- dua dan di situ adalah sangat penting. Ia mesti juga dilaksanakan profesional, etika penyiasatan yang secara saksama dan adil bagi insiden aduan buli MyHelp yang dilaporkan. Dato’ Yang di-Pertua, saya- diizinkan sedikit lagi jikalau boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua minit lagi.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya pantas masuk fast forward.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua minit lagi.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Berapa minit?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dua minit lagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ini walaupun ini tidak menyangkut tentang buli. Akses kepada kesihatan bagi warga tanpa dokumen pengenalan diri. Terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, YB Betong pula menyentuh mengenai akses kepada penjagaan kesihatan di pedalaman Sabah dan Sarawak, khususnya dari kalangan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Ini sangat penting untuk kita tangani mereka. Kerana andainya kalau tidak kita tangani mereka, maka mereka juga akan sekali gus menjadi apa yang dikatakan sebagai the reservoir of infection. Ini adalah mustahak untuk kita berikan- kita rawat mereka apabila mereka datang kepada fasiliti kita. Dalam hal ini, kita melaksanakan no wrong door policy, Dato’ Yang di-Pertua. KKM sememangnya komited untuk memberikan dan menyediakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh kepada warga, termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, makluman kepada Yang Berhormat Betong. Bagi meningkatkan pencapaian perkhidmatan kesihatan kepada golongan masyarakat yang tidak diliputi oleh fasiliti kesihatan statik, terutama bagi kawasan di luar bandar dan pedalaman, KKM ada menyediakan perkhidmatan klinik bergerak. Penyampaian perkhidmatan ini disampaikan melalui mod udara, air dan darat. Perkhidmatan ini disediakan secara berjadual dan lawatan dilaksanakan oleh pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai penolong perubatan dan juga penolong pegawai farmasi, jururawat, jururawat masyarakat (JM) dan sebagainya ya. Pembantu juga pembantu perawatan kesihatan dan pemandu kenderaan, semua in a team, they work together sebagai satu kerja berpasukan. Itu budaya korporat yang saya tidak sebutkan lebih awal tadi.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bagaimana kita mahu menghidupkan budaya korporat yang diletakkan di atas paksi kerja berpasukan, professionalism, kami sedia membantu dan juga paling mustahak sekali kerja budaya korporat dari KKM ini adalah sifat compassion, penyayang, ehsan belas terhadap sesama kakitangan dan khasnya kepada pesakit. Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Masa tamat ya. Apa pun saya ucapkan banyak terima kasih kepada sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, khususnya daripada yang saya sebutkan dari awal tadi. Yang Berhormat Kuala Nerus, YB Jerlun, Tumpat dan juga Yang Berhormat Betong. Sekali lagi atas kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab dalam masa 10 minit.

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Lipis

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana kita sedia maklum, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2021 dan 2022 telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen pada 27 Jun 2024, Khamis. Pembentangan ini menunjukkan aspirasi dan komitmen Kerajaan Madani yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia serta menjadi SUHAKAM sebagai badan bebas pada peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, di peringkat KESUMA pula, hak asasi manusia dari segi kebajikan pekerja sentiasa diutamakan dan diperjuangkan selaras dengan misi strategi KESUMA di bawah 3K, yakni memperkasakan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja. Berdasarkan pada sesi perbahasan yang lalu, yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 Jun 2024 dan 1 Julai 2024, seramai enam Ahli Parlimen telah membangkitkan persoalan berkaitan KESUMA iaitu YB Jerai, YB Pasir Salak, YB Jerlun, YB Seputeh, YB Tangga Batu dan YB Kepong. Bagi pihak KESUMA, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian, di mana saya amat menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Lipis

Berhormat. Pertama sekali, YB Jerai. Tidak tahu ada dalam Dewan ke tak. Telah membangkitkan persoalan mengenai keperluan kerajaan yang menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang akan merangkumi aspek pangkalan data pekerja dan platform gig, keselamatan sosial dan gaji minimum. Untuk makluman Dewan yang mulia, Jemaah Menteri telah bersetuju memperluaskan skop dan bidang tugas Suruhanjaya Pekerja Gig dan menjenamakannya sebagai Suruhanjaya Gig Malaysia di bawah, dengan izin, High Level Committee yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Lipis

Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang holistik akan membantu menangani pelbagai isu dan kelompangan dalam ekonomi gig yang merangkumi pangkalan data pekerja dan data platform gig, keselamatan sosial dan kadar upah. KESUMA juga dalam proses mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri bagi menggubal undang-undang pemburuhan untuk melindungi pekerja gig yang mencakupi empat perkara penting iaitu definisi pekerja gig, upah, mekanisme kilanan atau aduan dan perlindungan sosial. Cadangan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu- isu utama yang dihadapi oleh pekerja gig dan memastikan kebajikan mereka terjamin. Langkah ini juga akan membantu dalam membangunkan sektor ekonomi gig yang lebih mampan dan berdaya saing sekali gus memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi negara. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan persoalan seperti berikut. Perwujudan silibus pendidikan Islam di institusi latihan kemahiran di bawah KESUMA dan kedua, tindakan kerajaan terhadap majikan yang mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja kurang upaya. Soalan berkaitan isu penjagaan amalan buli atau diskriminasi juga turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun. Bagi soalan pertama berkenaan soal silibus Pendidikan Islam di institut latihan kemahiran seliaan KESUMA. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (LJTM) mempunyai guru kader bagi tujuan pengajaran pengajian Islam di tiga buah Institusi. Pengajian Islam ini juga merupakan salah satu silibus subjek umum yang diwajibkan untuk lulus bagi memperolehi persijilan yang disyaratkan. Berhubung dengan soalan kedua berkaitan amalan diskriminasi dalam pengambilan pekerja orang kurang upaya (OKU), KESUMA mengetuai Jawatankuasa Pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Lipis

yang memberi tumpuan khusus kepada isu berkaitan pekerjaan dan pengajian OKU di sektor awam dan swasta. Jawatankuasa ini juga menyelaras semua aspek pengajian termasuk amalan diskriminasi yang berlaku semasa pengambilan pekerja OKU dilakukan. Selain itu, KESUMA melalui PERKESO juga menjalankan sesi libat urus bersama majikan bagi memberi kesedaran berkenaan pengajian OKU dalam pasaran pekerjaan. Sehubungan itu, dalam Program Penempatan Pekerjaan yang dijalankan khusus kepada OKU pada tahun 2023, seramai 16,619 OKU telah ditempatkan. Manakala, bermula 1 Januari 2024 hingga 20 Jun 2024, seramai 12,151 telah berjaya ditempatkan. Selain itu, melalui pindaan terkini terhadap Akta Kerja 1955, Akta 265, satu peruntukan baru di bawah seksyen 69F telah diwujudkan bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk menyiasat dan memutuskan sebarang pertikaian di antara pekerja dan majikan berhubung diskriminasi dalam pekerjaan, termasuklah diskriminasi yang melibatkan OKU. Peruntukan ini juga memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk mengeluarkan sebarang perintah yang bersesuaian. Pada masa yang sama, majikan yang gagal mematuhi perintah tersebut, sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM50 ribu dan bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan. KESUMA menyarankan mana-mana pihak yang berhadapan diskriminasi, sama ada dari sektor awam atau sektor swasta segera melaporkan perkara tersebut menggunakan platform yang telah disediakan dalam sektor awam dan Jabatan Tenaga Kerja bagi sektor swasta. Amalan diskriminasi haruslah dibendung bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang harmoni dan selamat kepada pekerja. Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Kepong pula telah bertanyakan mengenai pelaksanaan kebenaran bekerja kepada pelarian pemegang kad UNHCR. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang membangunkan penyelesaian yang holistik terhadap pengurusan pelarian dan pemohon suaka. KESUMA akan menyelaraskan aspek berkaitan kelangsungan dan sara hidup yang memberi fokus kepada kebenaran untuk bekerja kepada pelarian dalam sektor yang dibenarkan oleh kerajaan. Pada masa ini, mekanisme kebenaran pekerjaan ini sedang diperincikan dengan kerjasama kementerian, agensi kerajaan yang berkaitan. Yang Berhormat Tangga Batu turut membangkitkan dua persoalan juga iaitu adakah penilaian telah dibuat terhadap majikan mengenai gaji yang dibayar kepada bekas banduan dan memastikan tiada pelanggaran gaji minimum dan dua, statistik penempatan bekas banduan di sektor perladangan dan latihan kemahiran kepada prospek penjara.

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Lipis

Untuk soalan pertama, KESUMA amat mengambil berat tentang kebajikan banduan atau prospek penjara yang menyertai Program Penempatan Pekerjaan di bawah seliaan KESUMA dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. Majikan yang menyertai temu duga di bawah program ini perlu mematuhi ketetapan di bawah Akta Kerja 1955 dan bayaran gaji minimum yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2022. Ini diikuti dengan proses saringan terhadap majikan sebelum temu duga dijalankan di penjara. Berdasarkan statistik dari tahun 2023 hingga 20 Jun 2024, purata gaji bulanan bagi golongan bekas banduan termasuk orang di parol, orang bebas berlesen dan sebagainya adalah berjumlah RM1,662.36 sen iaitu 10.8 peratus lebih tinggi berbanding kadar gaji RM1,500. Selain daripada akses pekerjaan, KESUMA melalui PERKESO turut menyalurkan jaringan perlindungan sosial yang lebih komprehensif dan inklusif kepada prospek penjara. Sesi libat urus bersama majikan diadakan bagi memberi kesedaran dan mengurangkan stigma berkenaan aspek keselamatan dalam menggaji prospek penjara. Secara tidak langsung, peluang kedua dapat diberikan kepada prospek penjara untuk meneruskan kelangsungan hidup serta meningkatkan hidup mereka. Seterusnya, untuk soalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan statistik penempatan bekas banduan di sektor perladangan. Dari tahun 2023 sehingga 20 Jun 2024, seramai 1,355 bekas banduan termasuk orang di parol, orang bebas berlesen dan sebagainya telah mendapat pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,123 orang atau 9.3 peratus bekerja di sektor pertanian, perhutanan berkaitan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, masa sudah habis. Adakah boleh saya teruskan sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua minit.

Dua minit ya. Bagi latihan kemahiran kepada prospek penjara, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh KESUMA seperti berikut. Kerjasama Jabatan Tenaga Manusia dengan Jabatan Penjara Malaysia pada 2022 bagi memberi peluang kepada pesalah juvana di Sekolah Henry Gurney menjalankan program sepenuh masa di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) terpilih melalui kaedah pembebasan berlesen bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia. Seramai 14 orang sudah mengikuti program itu di tujuh ILJTM, dalam sembilan program di antaranya berkaitan teknologi, fabrikasi, paip dan sanitari binaan berasaskan kayu, komputer dan sebagainya.

Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mentauliahi 37 daripada 43 penjara seluruh negara bagi melaksanakan latihan kemahiran melalui Sistem Latihan Dual Nasional. Latihan ini memberi peluang kepada banduan untuk mendapatkan kemahiran bagi tujuan pekerjaan sebaik sahaja dibebaskan dari penjara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pusat vokasional industri (PVI), institut penjara dari tahun 2012 sehingga 2023, seramai 17,897 orang telah menyertai Program Latihan Kemahiran TVET ini. Untuk tahun 2024 pula, sehingga 19 Jun 2024, seramai 780 orang telah mengikuti latihan kemahiran di mana 675 orang menyertai bidang pembuatan, penyediaan makanan, fabrik, pembuatan pakaian, tekstil, pertanian dan penternakan. Manakala, 1,105 orang lagi menyertai bidang kemahiran binaan seperti dengan izin bricklaying and tiling, building wiring installation, landskap dan pembuatan perabot. Seterusnya, HRD Corp pula telah melaksanakan program Second Chances and Opportunities for Peoples to Excel (SCOPE) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu bekas banduan diintegrasi semula dalam masyarakat melalui latihan kemahiran dan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan, makanan dan minuman. Perkhidmatan yang lain berdasarkan statistik dari 2021 hingga 31 Mei 2024, seramai 1,000 bekas banduan telah dilatih dan mendapat penempatan pekerjaan.

Tinggal satu sahaja yang Kepong tak dapat saya jawab dan saya jawab secara bertulis. Dan untuk akhirnya, sebagai penutup, sebelum saya mengakhiri sesi penggulungan ini, saya ingin menyampaikan kata-kata yang pernah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan hak asasi. “Sebuah negara perlu ada wawasan bertunjangkan nilai asas yang diperlukan dalam masyarakat harmoni, berkembang maju dan aman tanpa melupakan konsep insan serta hak asasi manusia”. Dengan kata-kata ini, saya yakin KESUMA akan merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI dengan memperkasakan hak dan kebajikan pekerja, selaras dengan senario perburuhan semasa khusus dari segi perundangan perburuhan, jaringan perlindungan sosial keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan pekerja asing yang lebih sistematik dan lain-lain lagi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama untuk menjawab dalam masa 10 minit.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-sama merenung firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat ke-70... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam”. Islam mengangkat prinsip karamah insaniah atau kemuliaan insan setiap manusia melalui firman Allah SWT yang saya baca tadi. Islam telah mengangkat hak asasi manusia jauh sebelum Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia yang diisytiharkan pada 1948. Namun, nilai hak asasi manusia menurut Islam berbeza dengan nilai asasi manusia yang bersifat mutlak. Oleh sebab itu, kerajaan berpegang bahawa UDHR tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam berinteraksi dengan isu-isu hak asasi manusia. Kerajaan pada masa ini turut mempertahankan prinsip hak asasi berdasarkan pendirian negara-negara Islam dan OIC melalui organisasi di bawahnya iaitu Independent Permanent Human Rights Commission. Dalam konteks Malaysia, adalah amat penting untuk kita memahami kerangka hak asasi manusia ini dalam bentuk yang lebih sesuai dengan konteks negara selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Berbeza dengan pendekatan yang mengiktiraf hak asasi manusia sebagai hak yang bersifat mutlak, tafsiran hak asasi manusia mestilah diseimbangkan dengan aspek agama, konteks, sejarah dan latar sosiobudaya masyarakat Malaysia. Apatah lagi dengan krisis kemanusiaan yang sedang melanda Palestin, Gaza sekarang telah menunjukkan hipokrasi sesetengah pejuang hak asasi manusia yang kononnya menjulang tinggi hak asasi manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang tempoh perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai lima orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Yang Berhormat Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin telah memohon penjelasan dan mempersoalkan kredibiliti serta fungsi SUHAKAM dalam penyediaan teks khutbah Jumaat. Puan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri sentiasa mengalu- alukan dan menerima banyak permohonan dari agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk SUHAKAM berkaitan khutbah bagi menyampaikan agenda dan hasrat agensi masing-masing. Setiap permohonan khutbah akan ditapis dan diteliti oleh Jawatankuasa Penyemak Khutbah supaya ia bertepatan dengan falsafah khutbah itu sendiri, di samping bersesuaian dengan isu semasa. Teks khutbah yang diterima untuk dibaca akan dipastikan memenuhi semua rukun dan kandungannya tidak berlawanan dengan syariat. Yang Berhormat Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh telah membangkitkan soal hak bimbingan agama Islam kepada Orang Asli, penelitian semula jumlah pegawai agama yang ditempatkan di perkampungan Orang Asli dan elaun pegawai-pegawai agama. Puan Yang di-Pertua, JAKIM bersama-sama jabatan agama Islam negeri (JAIN) dan majlis agama Islam negeri sentiasa berusaha memastikan masyarakat Orang Asli yang beragama Islam mendapat perhatian dan hak mereka dari sudut pendidikan, kesihatan, sosioekonomi, termasuklah dalam mendapatkan bimbingan agama bagi memantapkan kefahaman agama Islam mereka. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, JAKIM bersama JAIN dan MAIN berusaha memperkasa pengetahuan mereka melalui pendekatan yang pelbagai. Pelaksanaan kelas pengajian fardu ain di surau, umpamanya, ataupun di dewan orang ramai, ziarah rumah ke rumah dan bimbingan ibadah. Sehingga hari ini, JAKIM telah melantik seramai 227 penggerak masyarakat Orang Asli bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut. Mereka merupakan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi skim hal ehwal Islam gred 19, Penggerak Masyarakat Orang Asli. Selain daripada penggerak masyarakat Orang Asli yang dilantik oleh JAKIM, jabatan agama Islam negeri, majlis agama Islam negeri turut melantik pegawai masing-masing bagi melaksanakan peranan membimbing Orang Asli beragama Islam. Antaranya, guru agama Orang Asli di negeri Kelantan, mubaligh Islam di Perak dan penyelaras pembangunan insaniah masyarakat asli di Pahang. Yayasan Dakwah Islam Malaysia juga telah menempatkan 14 dai Orang Asli di beberapa penempatan di perkampungan Orang Asli.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Yang Berhormat Tuan Jamaludin bin Yahya, Pasir Salak telah memohon penjelasan berkenaan tindakan kerajaan untuk pemerkasaan pendidikan agama Islam kepada golongan OKU pendengaran dan penambahan guru agama KAFA yang boleh berbahasa isyarat. Puan Yang di-Pertua, pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan golongan OKU Muslim di negara ini, khasnya dari sudut pendidikan dan pengetahuan agama. Justeru, insya-Allah JAKIM bakal melancarkan Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024 pada tahun ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sehingga September 2023, terdapat seramai 29 orang guru kelas KAFA yang mengajar KAFA murid berkeperluan pendidikan khas dengan jumlah murid kurang daripada 100 di seluruh negara khusus masalah pendengaran. Guru-guru ini kesemuanya boleh berbahasa isyarat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, JAKIM sedang bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum dalam memberi latihan kepada guru-guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran MBPK masalah pendengaran ini dapat disampaikan dengan baik. Kerajaan sentiasa komited memastikan anak-anak OKU Muslim mendapat pendidikan dan bimbingan dalam penghayatan asas fardu ain yang sempurna selari dengan kemampuan mereka. Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Saad...

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Menteri, pencelahan. Pasir Salak.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Terima kasih kepada Timbalan Menteri Agama yang memberikan jawapan yang jelas tadi. Adakah mereka ini atau petugas-petugas untuk bahasa isyarat pendengaran ini diberikan elaun dan gaji yang khas untuk mereka? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang semua guru- guru yang mempunyai kemahiran untuk mengajar anak-anak OKU ini diberikan kursus, diberikan latihan dan diberikan gaji dan diberikan elaun sepertimana yang ditetapkan. Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Saad, Pokok Sena meminta penjelasan tiga perkara iaitu: (i) statistik pengisytiharan keluar Islam; (ii) usaha kerajaan dalam memperkukuhkan aspek perundangan; dan (iii) usaha dijalankan secara bersepadu bersama PERKIM dan NGO.

Jadi, Puan Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang mulia, untuk pengetahuan Yang Berhormat, tiada istilah penggunaan permohonan pengisytiharan keluar Islam di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam mengendalikan kes-kes pengisytiharan status agama. Bukan keluar Islam. Status agama. Berdasarkan statistik kes Mahkamah Syariah yang dijana melalui sistem e- Syariah bagi permohonan pengisytiharan status agama seluruh Malaysia sejak 2018 sehingga 2023, sebanyak 1,098 permohonan telah didaftarkan.

Mengikut rekod Mahkamah Syariah, permohonan pengisytiharan status agama berdasarkan status agama Islam yang terdapat dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Seseorang yang telah dinamakan oleh ibu bapanya dengan nama-nama orang Islam berdasarkan alasan-alasan yang berikut ya: (i) seseorang yang diragui agama Islamnya kerana masih mengamalkan ajaran-ajaran asalnya; (ii) seseorang yang dilahirkan mempunyai sijil kelahiran berstatus Islam tetapi tinggal dengan keluarga bukan Islam sejak kecil lagi dan tidak didedahkan dengan ajaran Islam; dan (iii) seseorang yang telah meninggal tetapi terdapat kekeliruan mengenai status agama semasa hidupnya. Bagi aspek yang kedua, pihak kerajaan juga sedang dalam usaha memperkukuh aspek perundangan, termasuk rundingan dengan majlis agama Islam negeri dan badan perundangan yang lain dalam konteks menangani isu pengisytiharan status agama, termasuklah libat urus dengan agensi kerajaan, NGO dan swasta. Kerajaan juga melalui JKSM telah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan kes pengisytiharan status agama di Mahkamah Syariah dan menjadikan SOP tersebut sebagai arahan amalan iaitu Arahan Amalan No. 1 Tahun 2020 SOP Penentuan Status Agama di Mahkamah Syariah. Tuan Yang di-Pertua, mohon dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dua minit.

Mohon sedikit soalan.

Sekejap. Teruskan.

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma ingin tanya berkenaan dengan perkembangan status isu pramugari bertudung sebab itu

merupakan sebahagian daripada hak sebagai seorang Islam yang saya sebutkan dalam SUHAKAM juga.

Ya, terima kasih. Okey. Berkenaan dengan aspek itu, kita hantar jawapan bertulis. Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai mencadangkan SUHAKAM untuk mendesak kerajaan agar meminda senarai negeri dalam Jadual Kesembilan, Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri untuk melaksanakan undang-undang syariah dan bagi mengelakkan kes cabaran peruntukan undang-undang negeri bagi menjaga kemaslahatan umum orang Islam. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah pun dijawab terhadap soalan daripada Yang Berhormat Pagoh pada 27 Jun 2024. Kerajaan sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha memartabatkan undang-undang Islam menurut kerangka yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk Menggubal Undang-undang Islam ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam tentang isu ini dan ini termasuklah cadangan pindaan terhadap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan dibuat dari masa ke semasa bersama pakar perundangan, pakar perlembagaan, mufti, ulama serta pihak-pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini, apa-apa cadangan berhubung dengan perkara ini tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru, kajian yang mendalam berhubung dengan perkara tersebut hendaklah dibuat bagi memastikan apa-apa keputusan adalah tepat. Oleh itu diharap semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada jawatankuasa khas melaksanakan kajian berhubung dengan perkara ini. Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu mengenai Hal Ehwal Agama. Terima kasih.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Timbalan Menteri, boleh saya tanya soalan satu?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat. Sila duduk. [Ketawa] Terima kasih.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Masa dah tamat dah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Jabatan Perdana Menteri bagi Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk menjawab. Masa diberi 20 minit.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2021 dan 2022. Semua pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat, saranan dan juga teguran akan diambil kira demi membantu, menambah baik usaha kerajaan dalam memastikan keperluan dan juga kepentingan setiap golongan masyarakat dalam menegakkan hak asasi manusia di Malaysia akan sentiasa terjamin dan terpelihara. Saya akan menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung Bahagian Hal Ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan juga bagi pihak SUHAKAM, berdasarkan kepada topik-topik yang kurang diberi perhatian di Parlimen sebelum ini dan mengikut kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kawan saya Yang Berhormat Pasir Gudang, telah membangkitkan mengenai tanggungjawab dan pendirian SUHAKAM dalam isu-isu hak asasi manusia perkauman dan agama. SUHAKAM berdasarkan mandat di bawah seksyen 4 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, konsisten menasihati, advice Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi triti antarabangsa yang berkaitan dengan isu- isu perkauman. SUHAKAM juga turut terlibat dalam proses perundingan dengan agensi- agensi kerajaan berkaitan dengan perundangan dan dasar-dasar bagi memastikan keharmonian dan kestabilan race dan agama di Malaysia terus dipertahankan. Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang ialah mengenai Firdaus Wong yang bangkitkan isu terhadap kanak-kanak bukan Islam yang dilihat tidak tindak balas daripada SUHAKAM. Mengenai penukaran agama. SUHAKAM melalui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak, Office of the Children's Commissioner telah sebelum ini menyatakan pandangan melalui kenyataan media bertarikh 21 Februari 2022, berhubung isu penukaran agama kanak-kanak. Dalam kenyataan media tersebut, OCC SUHAKAM telah menegakkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada tahun 2018

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

bahawa apabila ia melibatkan kanak-kanak, penukaran kepada agama lain hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa seperti yang termaktub dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini selaras dengan seksyen 12 Akta SUHAKAM 1999, SUHAKAM mempunyai kuasa untuk menyiasat, sama ada atas kehendak sendiri atau bertindak atas aduan. Walau bagaimanapun, berhubung isu Firdaus Wong, Office of the Children's Commissioner difahamkan, tindakan sewajar telah diambil oleh pihak polis. Justeru, OCC berpandangan ruang hendak diberikan kepada pihak polis untuk menyiasat kes dan membawa kes ke peringkat seterusnya, sekiranya perlu. Pasir Gudang.

Timbalan Menteri. Jelutong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Mahu beri. Mahu beri laluan?

Terima kasih Timbalan Menteri.

Betulkah ada soalan?

Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan Timbalan Menteri. Terima kasih di atas makluman. Cuma saya ingin tanya, ada juga perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini berkenaan dengan seorang lagi iaitu Zamri Vinoth, di mana beliau telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina agama hindu dan saya ambil maklum perkara yang telah dimaklumkan berkenaan dengan tindakan perundangan yang diambil terhadap Firdaus Wong. Tetapi apakah Zamri Vinoth ini mempunyai kekebalan, di mana walaupun laporan-laporan polis telah dibuat ke atas beliau, masih tidak ada sebarang tindakan diambil di mana kita lihat tidak ada siasatan dan perkara ini telah berlarutan sehingga menyebabkan masyarakat Malaysia yang beragama Hindu merasa sungguh hampa kerana tidak ada sebarang tindakan yang diambil. Mohon perhatian juga diberikan oleh Kementerian Jabatan– Timbalan Menteri kepada perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ini satu perkara yang sangat serius. Sebenarnya Vinoth ini yang menghina masyarakat India ini, Zamri Vinoth. Dia di kalangan masyarakat India menjadi satu perkara yang hangat dan menyusahkan masyarakat India. Saya harap pihak polis yang sedang menyiasat kes itu juga dengan Firdaus Wong akan mempercepatkan penyiasatan mereka dan satu keputusan muktamad dibuat supaya perkara-perkara

ini dapat dihapuskan pada permulaannya. Jangan kita membenarkan hingga ia berlarutan menjadi satu isu di antara satu agama dan lain.

Yang Berhormat Pasir Gudang juga membangkitkan soal custodial health unit. SUHAKAM mengalu-alukan penubuhan custodial health unit (CHU) di lokap polis. SUHAKAM mendapati CHU berkesan dan dalam penjagaan kesihatan di lokap, di mana setakat ini tiada kematian dalam tahanan polis dilaporkan di semua lokap berpusat yang CHU beroperasi. SUHAKAM mencadangkan agar pelaksanaan CHU ini diperluaskan ke lokap-lokap balai polis yang mempunyai kapasiti besar. Untuk makluman Yang Berhormat, pegawai penjaga tempat tahanan telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan setiap tahanan mempunyai akses yang sama rata kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk memastikan tempat tahanan itu bersih dan mengawal bilangan tahanan yang diletakkan di bawah sesuatu sel supaya tidak berlaku kesesakan. Saya beralih kepada Yang Berhormat Seputeh dan Bukit Bendera yang menyatakan bahawa SUHAKAM boleh melantik sehingga 20 orang pesuruhjaya dan bilakah pelantikan...

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri, Besut tak ada kah? Besut punya soalan yang ditujukan tempoh hari, tak ada kah, mengapa terus Seputeh? Besut nombor dua itu hari berbahas.

Yang Berhormat jangan marah- marah.

Tidak, bukan.

Mesti, mesti.

Tidak, bukan marah, hendak tanya...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Besut.

Hendak tanya, tak ada ke terus lompat kepada Seputeh.

Saya telah mengatakan ada isu- isu yang tidak dijawab sebelum ini, saya akan memberi keutamaan kepada perkara- perkara tersebut dan...

Ini undang-undang.

Yang Berhormat...

Berkenaan dengan...

Yang Berhormat we respect...

Berkenaan dengan peruntukan undang-undang.

Ya betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Besut sila duduk.

Jawab tak?

Yang saya jawab pun undang- undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kalau tak mahu duduk, sila keluar. [Ketawa]

Garangnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

Relaks, relaks, relaks Besut.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila teruskan.

[Dewan riuh]

Merujuk kepada seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999, Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada 20 orang anggota pesuruhjaya. SUHAKAM kini mempunyai sembilan orang pesuruhjaya dan kekosongan jawatan akan diisi berdasarkan keperluan suruhanjaya. Cadangan untuk jawatan Suruhanjaya diisi dengan pelbagai komposisi kaum termasuk OKU dan Orang Asli akan dipertimbangkan. Yang Berhormat Seputeh juga mencadangkan penubuhan Mahkamah Hak Asasi Manusia seperti di Indonesia. Yang Berhormat boleh bangkitkan perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini di forum antarabangsa, terdapat mahkamah hak asasi manusia berbentuk serantau (regional) seperti European Court of Human Rights dan Inter-American Court of Human Rights dan African Court on Human and Peoples' Rights. Di peringkat negara domestik pula, negara seperti Indonesia mempunyai mahkamah hak asasi manusia yang merupakan mahkamah khas yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa am mahkamah. Saya secara peribadi amat bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan cadangan penubuhan mahkamah yang khas bagi menangani kes-kes pencabulan hak asasi manusia dan pemberian relief serta remedi dalam kes-kes ini. Selain menjadi– sekejap Yang Berhormat. Selain menjadi satu forum kepada masyarakat untuk menuntut dan melaksanakan enforce hak-hak asasi manusia sepertimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Penubuhan mahkamah hak asasi manusia yang khas akan membolehkan kes-kes pencabulan hak asasi manusia didengar oleh hakim dan pengerusi atau pengerusi yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang hak asasi manusia dan membolehkan kes-kes ini dilupuskan (disposed) secara adil, cepat dan efektif. Penubuhan mahkamah seperti ini pasti akan menaikkan hak taraf hak asasi manusia, enhance the stature di negara ini. Dalam hal ini saya percaya bahawa penubuhan mahkamah hak asasi manusia boleh dikaji untuk dilaksanakan sebagai satu administrative tribunal secara creature of statute yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang khusus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mahkamah atau tribunal seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa ataupun baharu di Malaysia. Pada masa ini, wujudnya statutory tribunal yang lain seperti Industrial Court (Mahkamah Perusahaan), Court Martial, Valuation Tribunal, Commissioner of Income Tax dan tribunal serta jawatankuasa disiplin. Kesemua tribunal ini ditubuhkan di bawah undang-undang statut, oleh itu secara peribadi dan pada pandangan saya, saya tidak nampak halangan dari segi undang-undang terhadap cadangan yang dikemukakan ini. Sudah tentunya sebarang keputusan oleh mahkamah hak asasi manusia yang dicadangkan ini sekiranya menjadi statutori atau administrative tribunal akan tertakluk kepada semakan hakim (judicial review) oleh Mahkamah Tinggi di mana kuasa kehakiman (judicial power) adalah terletak pada badan kehakiman sahaja di bawah subperkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan. Ya, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas persetujuan dengan cadangan untuk tubuhkan mahkamah hak asasi manusia di Malaysia. Jadi, adakah Yang Berhormat setuju bahawa dengan adanya mahkamah hak asasi manusia ataupun tribunal seperti apa yang wujud di Indonesia. Jadi– lebih, kita boleh mempercepatkan proses bagi mereka yang menjadi mangsa untuk dapat keadilan dan juga yang– mungkin saya cadangkan kalau ini dipersetujui oleh pihak kerajaan, ia boleh dijadikan satu mahkamah yang mobile pergi ke kawasan pendalaman bagi orang yang kurang upaya ataupun macam Orang Asli dan sebagainya yang dianiayai, mereka boleh dapat– rintihan mereka boleh didengari. Akan tetapi, sebelum kita capai itu, kita lihat dulu SUHAKAM juga pernah ada banyak pendengaran macam Teoh Beng Hock, macam itu Bersih. Mereka rasa yang keganasan berlaku dan sebagainya, semua ini sudah ada pendengaran terbuka, tetapi sekarang semua ini tiada lagi. Setujukah Yang Berhormat, ini sepatutnya

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

SUHAKAM haruslah pulihkan semua praktis yang lama yang diadakan oleh SUHAKAM itu.

Saya setuju pandangan Yang Berhormat bahawa mahkamah ini kalau diwujudkan, akan memperkasakan hal-hal berkaitan dengan isu human rights. Itu pada dasarnya dan untuk mahkamah- mahkamah berfungsi di luar bandar, itu pun satu cadangan yang baik. Akan tetapi yang sebenarnya Yang Berhormat Menteri Undang-undang telah pun melancarkan Justice on Wheels di Sabah dan Sarawak, di mana ia pergi ke kampung-kampung dan sebagainya. Saya percaya– saya difahamkan di rantau ini pun – Semenanjung Malaysia pun ia akan dijalankan. Mengenai enquiry-enquiry yang telah berlalu, saya berpendapat bahawa ini perlu digiatkan dan dilipat gandakan bahawa setiap alegasi-alegasi yang ada asasnya patut di-investigate dan open hearing patut dibuat. Ini Yang Berhormat Besut, biar saya jawab.

Bagi saya...

Jawapan kah atau hendak tanya soalan?

Saya hendak tanya soalan dan juga saya tak tahu apa jawapannya, saya tunggu dahulu.

Ini jawapan ramalan. Yang Berhormat Besut, Kubang Kerian, Yang Berhormat Rasah, Bentong, Jerai, Kepong dan Marang membangkitkan tentang pelantikan Pengerusi SUHAKAM yang telah lama kosong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengosongan jawatan Pengerusi SUHAKAM adalah berlaku apabila Yang Berhormat Profesor Datuk Dr. Rahmat bin Mohamad meletakkan jawatan pada 28 Ogos 2023 yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 2023. Akta SUHAKAM 1990 telah dipinda dan telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 29 November 2023 dan 2 April 2024. Rang undang-undang pindaan ini turut mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong pada 18 Jun 2024 dan telah disiarkan dalam Warta pada 27 Jun 2024. Antara pindaan penting berkaitan pelantikan anggota SUHAKAM adalah kriteria pelantikan anggota SUHAKAM yang tidak boleh terlibat secara aktif dan berdaftar dengan mana-mana parti politik.

Oleh itu, pelantikan Pengerusi SUHAKAM yang dilaksanakan telah mengambil kira pindaan dan penambahbaikan ini. Justeru itu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih bagi memilih Pengerusi SUHAKAM telah diadakan pada 7

Jun 2024, selaras dengan seksyen 11(A) Akta SUHAKAM. Cadangan Pengerusi SUHAKAM pada masa kini berada pada peringkat akhir dan pengerusi baru akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Adalah juga dimaklumkan bahawa mengikut seksyen 5(4) Akta SUHAKAM, bagi tempoh kekosongan jawatan pengerusi, naib pengerusi yang dipilih daripada anggota suruhanjaya hendaklah melaksanakan fungsi pengerusi dan ia telah dilaksanakan semasa tempoh kekosongan jawatan pengerusi tersebut. Ya.

Isu yang saya bangkit itu hari berkenaan dengan kita lihat butiran 2, Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan menyatakan bahawa hak kerajaan negeri adalah dari segi perlombongan dan juga galian. Isu royalti ini, makna minyak ini sebenarnya adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi sekarang apabila sudah dapat minyak, tidak diberi. Perjanjian sudah ada tahun 74 antara kerajaan negeri dengan PETRONAS. PETRONAS diam sahaja tidak bercakap apa, yang tidak bayarnya Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya hendak tanya dari segi peruntukan undang-undang ini, perlembagaan itu adalah paling tinggi dan ditentukan makna, bidang kuasa mana? Bidang kuasa negeri dan bidang kuasa Persekutuan. Jadi, hak itu adalah hak Kerajaan Terengganu untuk mendapatkan royalti lima peratus, bukan 20 peratus yang pernah dijanjikan oleh Tambun pada masa dahulu. Jadi, saya hendak tanya dari segi undang-undang. Di mana hak Kerajaan Terengganu? Dengan perjanjian 74 dan juga peruntukan butiran 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

Yang Berhormat, kita semua tahu mengikut Perlembagaan Persekutuan, bahawa minyak dan mineral-mineral lain adalah hak negeri-negeri. Tetapi apabila ada pencabulan, alegasi yang dibuat oleh Yang Berhormat atau bayaran tidak dibuat, kita ada macam-macam action yang boleh diambil. Satu di antaranya adalah pergi ke mahkamah. Yang kedua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat ada pernah membuat laporan kepada SUHAKAM tidak mengenai perkara ini? Jika ada penyiasatan, kita boleh dapat tahu apa hal berkaitan dengan itu. Jadi, jangan...

Saya kata perluaskanlah, maksud hak asasi ini diperluaskan, bukan setakat laporan sahaja. Makna, kena perluaskan dari segi sudut SUHAKAM ini, perluaskan dia punya takrifan dia ataupun definisi dia.

Setuju. Perluaskan, saya setuju.

Ya, perluaskan.

Tetapi nampaknya Yang Berhormat dengan soalan yang ditanya...

Saya hendak tanya hak kerajaan, you sudah bagi tahu tadi. Galian dan juga perlombongan adalah hak kerajaan negeri.

Setuju.

Perjanjian menunjukkan tahun 74 antara kerajaan negeri dengan PETRONAS sah mengatakan 5 peratus royalti mesti diberi kepada Kerajaan Terengganu. Itu yang saya soal sekarang. Kenapa...

Yang Berhormat, saya setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila teruskan jawapan kerana tinggal 18 saat sahaja.

Ya, saya tidak berapa banyak, saya ada lebih kurang 45 muka surat lagi, 45 pages. Jadi, saya perlukan lebih kurang dua jam untuk jawab. Program Amalan Terbaik...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya bagi masa tiga minit tambahan sahaja.

Terima kasih. Projek Amalan Terbaik, Best Practices hak asasi manusia di sekolah seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Kuala Selangor telah diperkenankan oleh SUHAKAM sebelum ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2009. Bermula dengan lima buah sekolah terpilih di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Program ini kemudiannya diperluaskan pada tahun 2011 kepada 17 buah sekolah. Manakala antara tahun 2013 sehingga 2014, sebanyak 204 buah sekolah, termasuklah di Sabah dan Sarawak serta sekolah-sekolah Orang Asli telah dipilih menyertai program ini. Seterusnya pada tahun 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menambah bilangan sekolah untuk penglibatan ini, Best Practices Hak Asasi Manusia di seluruh Malaysia kepada 468 buah sekolah. Daripada jumlah tersebut, 226 buah sekolah adalah daripada kategori sekolah luar bandar. Pada tahun 2021, SUHAKAM telah melantik ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail untuk menjalankan kajian keberkesanan pelaksanaan program ini di beberapa sekolah terpilih seluruh Malaysia bagi tempoh 10 tahun pelaksanaannya, bermula 2009 sehingga 2018.

Berpandukan kepada dapatan kajian tersebut, pada tahun ini SUHAKAM telah mengemukakan cadangan pelaksanaan ini 2.0 kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah penambahbaikan kepada program sebelum ini berserta cadangan perluasan ini 2.0 kepada 10,215 buah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia secara berperingkat dalam tempoh sepuluh tahun dari 2025 hingga 2035, agar semua kanak-kanak dapat didedahkan kepada hak asasi manusia. Cadangan tersebut sedang diteliti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ia diluluskan. Yang Berhormat Setiu menyeru fungsi untuk membuat aduan kepada SUHAKAM di uar-uarkan kepada ibu bapa bagi kes hak asasi dan keselamatan kanak-kanak di sekolah. SUHAKAM melalui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak, Office of the Children's Commissioner (OCC) telah menyertai satu... [Loceng tamat perbahasan berbunyi] Hendak habiskan. Telah menyertai satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang yang turut dianggotai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia bagi merangka strategi dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran awam, termasuk kanak-kanak mengenai hak kanak-kanak. Salah satu strategi yang dirancang turut melibatkan penganjuran konvensyen kebangsaan mengenai perlindungan murid terhadap eksploitasi seksual yang menyasarkan warga pendidik untuk memainkan peranan, melaporkan kes kepada PDRM, Talian Kasih JKM dan nombor aduan OCC SUHAKAM. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri, Kota Melaka.

Perkara-perkara yang lain, yang dibangkitkan, semua akan dijawab secara bertulis dengan seberapa segera. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Menteri, Kota Melaka sini. Boleh tanya tentang- saya ada cadangkan supaya Akta SUHAKAM ini kita peruntukkan supaya kita bentang dan bahas di Dewan Rakyat supaya dalam masa akan datang, tidak kira siapa jadi kerajaan, kita dapat pastikan Laporan SUHAKAM ini dapat dibahas di Dewan Rakyat ini.

Yang Berhormat, itulah yang kita buat sekarang tetapi untuk meminda undang-undang, itu satu cadangan yang akan diambil kira.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di nombor satu hendaklah disetujukan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AUDIT (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Sri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 dibacakan kali kedua sekarang.

Dato’ Sri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), · Pengerang

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk memperkasakan institusi audit negara meliputi perwujudan kuasa baru dan perluasan tugas serta penambahbaikan dalam aspek perjalanan kuasa dan pelaksanaan mandat Ketua Audit Negara. Institusi Audit Negara telah wujud sejak tahun 1906 dan dengan sejarah hampir 118 tahun. Jabatan Audit Negara akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan wujudnya mekanisme semak dan imbang dalam pengurusan wang awam negara. Untuk maklumat semua, Akta Audit 1957, Akta 62 telah dikuatkuasakan sejak tahun 1957 iaitu pada tahun apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta 62 menjelaskan tugas dan kuasa Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun Persekutuan, negeri-negeri dan pihak berkuasa awam dan badan yang ditentukan selaras dengan Perkara 106, Perlembagaan Persekutuan. Akta 62 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1978 dan 1991. Pindaan pada tahun 1978 adalah berhubung keperluan pengauditan prestasi yang menekankan aspek ekonomi, kecekapan dan keberkesanan di bawah perenggan 6(d), Akta 62 manakala pindaan pada tahun 1991 adalah bagi memperuntukkan kuasa untuk meminda jadual di bawah seksyen 11, Akta 62. Akta 62 yang sedang berkuat kuasa telah mencapai tempoh 33 tahun sejak tahun 1991. Sehubungan dengan itu, Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 ini selaras dengan usaha Kerajaan Madani untuk menambah baik tata kelola negara

Dato’ Sri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), · Pengerang

dan akauntabiliti sektor awam serta selaras dengan perkembangan semasa dan mematuhi piawaian antarabangsa. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan ini meliputi dua skop utama iaitu pertama, pengukuhan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan dan kehendak semasa dan kedua, perluasan bidang kuasa Ketua Audit Negara. Rang undang-undang mengandungi lima fasal yang melibatkan perwujudan dua seksyen baharu dan pindaan ke atas dua seksyen sedia ada seperti yang diperincikan dalam salinan rang undang-undang dengan izin the blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat pada 27 Jun 2024. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 62 untuk meluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016, Akta 777 yang menerima jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan atau negeri. Pindaan ini penting dengan mengambil kira terdapat banyak penglibatan kerajaan dalam mana-mana badan dan syarikat termasuk persatuan dan organisasi bukan kerajaan. Namun, penglibatan kerajaan tersebut dalam bentuk jaminan kewangan tidak diperuntukkan dalam peruntukan Akta 62 yang sedia ada. Takrifan “jaminan kewangan” adalah seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Akta 850 iaitu apa-apa jaminan yang diberikan di bawah subseksyen 14(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], seksyen 2 Akta Jaminan Pinjaman 1972 [Akta 66], subseksyen 22(1) Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 [Akta 96] dan seksyen 2 Akta Jaminan Pinjaman 1963 [Akta 412]. Pindaan di bawah seksyen 5 ini juga akan mewujudkan satu peruntukan baru mengenai bidang kuasa Ketua Audit Negara untuk melaksanakan pengauditan melalui pendekatan “follow the public money audit” dengan izin, tertakluk kepada Kementerian Kewangan atas dasar kepentingan awam. Fasal ini bertujuan untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain, termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang menerima wang awam, jika Menteri Kewangan berpuas hati bahawa kepentingan awam menghendaki akaun itu diperiksa, disiasat dan diaudit dengan segera oleh Ketua Audit Negara. Pindaan yang dicadangkan adalah mengikut “pendekatan audit mengikut wang awam” yang membolehkan Ketua Audit Negara mengesan jejak wang awam.

Dato’ Sri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), · Pengerang

Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 7A ke dalam Akta 62 untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana perlu atau suai manfaat bagi maksud menjalankan peruntukan Akta 62. Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 9(4), Akta 62 untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk membuat syor, untuk menangani apa-apa ketakteraturan yang serius yang berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam di bawah pengauditannya. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 9A ke dalam Akta 62 untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk menjalankan audit susulan untuk mengkaji semula tindakan yang telah diambil oleh Persekutuan, negeri, pihak berkuasa awam atau badan yang ditentukan terhadap syor, ulasan atau pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam laporan audit. Subseksyen 9A juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan mengenai audit susulan kepada Yang di-Pertuan Agong dan boleh mengemukakan salinan laporan sedemikian kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri atau kepada Menteri. Cadangan pindaan ini pastinya akan memberi impak positif terhadap pengukuhan peranan Jabatan Audit Negara melalui skop pengauditan terhadap pengurusan wang awam yang lebih komprehensif dan menyeluruh serta memastikan syor audit diberi perhatian serius dan diambil tindakan sewajarnya. Puan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Madani sesungguhnya dalam menggerakkan pelbagai usaha reformasi institusi yang signifikan secara berterusan melibatkan institusi Parlimen, perlindungan hak kanak-kanak dan mengiktiraf hak kebebasan maklumat rakyat. Sebagaimana yang Dewan ini sedia maklum, kerajaan yang berpegang teguh kepada prinsip ketulusan dan akauntabiliti ini telah membentangkan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020, 2021 dan 2022 serta Laporan Ketua Audit Negara bagi memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Parlimen untuk memberikan pandangan dan cadangan bagi terus memperbaiki sistem pentadbiran negara. Cadangan pindaan ini juga akan selaras dengan inisiatif Kerajaan Madani untuk menambah baik aspek tata kelola urusan pentadbiran kerajaan. Puan Yang di- Pertua, saya memohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Saya menyokong Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Audit 1957 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. Saya akan baca enam sahaja memandangkan masa sudah 5.07 minit. Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang tidak sempat, kita bahas esok. Jadi saya akan jemput Yang Berhormat Pasir Gudang untuk bahas dalam masa lima minit.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya melihat Rang Undang-undang Audit (Pindaan) ini sangat penting. Misalnya memperluaskan bidang tugas Ketua Audit Negara di bawah perenggan 5(1)(d), Akta Audit bagi mengaudit badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan punya kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan. Saya memandang ini satu langkah, boleh dianggap satu reformasi undang- undang dalam soal pengurusan kewangan. Ambil contoh, dalam kes di mahkamah yang telah membicarakan kes SRC International. Kumpulan Wang Amanah Pencen telah pinjamkan wang sebanyak RM4 bilion kepada SRC International dan dengan jaminan kerajaan. Jadi, kerajaan yang menjamin. Yang kedua, dalam kes 1MDB buat pinjaman berbilion ringgit di luar negara, yang menanggungnya kerajaan kita juga sebagai penjamin, jaminan kerajaan. Kalau kita lihat, hutang kerajaan dah lebih RM1 trilion tetapi kalau hutang Kerajaan Malaysia ini dicampur dengan jaminan kerajaan, sudah menjadi RM1.5 trilion.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi, saya rasa memang sudah sampai masanya lah rang undang-undang Akta Audit ini dipinda supaya dapat dipertanggungjawabkan tugas Ketua Audit Negara ini selamatkan negara kita. Satu lagi, Puan Speaker. Dalam pindaan ini juga disebut tugas Ketua Audit Negara untuk melaksanakan pengauditan melalui pendekatan follow the public money audit atas dasar kepentingan awam. Ini sangat relevan. Kalau kita lihat dalam kes 1MDB, kes penyelewengan 1MDB ini telah dibicarakan di mahkamah di Manhattan, New York, di Switzerland, di Singapura dan di Kuala Lumpur juga. Kita

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

dapat lihat bagaimana wang 1MDB ini yang dijamin oleh kerajaan digunakan untuk buat filem Hollywood, beli kapal layar, beli barang-barang kemas, berfoya-foya dengan artis dan selebriti, bayar kepada syarikat-syarikat yang palsu, termasuklah wang 1MDB ini telah diselewengkan oleh syarikat Goldman Sachs. Jadi, memang kenalah. Saya menyokong pindaan ini. Satu lagi, Puan Speaker. Kalau kita lihat, satu lagi prinsip pindaan ini ialah ada kuasa baru diberi kepada Ketua Audit Negara untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan. Kita lihat select committee, PAC, Public Account Committee di Parlimen ini buat kerja yang cukup bagus. Jadi, saya percaya dengan ada pindaan ini akan membantu PAC di Parlimen. Akhir sekali, Puan Speaker. Pindaan Akta Audit ini penting. Ini satu reformasi. Tapi, dalam Parlimen ini saya hendak sebut, kalau kita hendak kawal betul kewangan negara kita, kita kembalilah kepada corak pimpinan kerajaan tiga Perdana Menteri yang terawal sejak merdeka, kerajaan yang berintegriti di mana jawatan Perdana Menteri dipisahkan daripada jawatan Menteri Kewangan. [Tepuk] Dua jawatan yang berbeza. Insya-Allah, kewangan negara kita akan berada di landasan yang betul. Jadi, saya menyokong penuh. Ini usaha yang baik. Syabas kepada kementerian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi) ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 di Dewan yang mulia ini yang bertujuan untuk menambah baik aspek tata kelola dan akauntabiliti dalam negara khususnya dalam urusan perbelanjaan wang kerajaan, wang rakyat. Memetik penulisan Almarhum Tun Salleh Abas dalam bukunya yang terulung, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, “Perlembagaan memberi kewajipan kepada juruaudit negara supaya memeriksa semua kira-kira wang kerajaan dan selepas itu melaporkan satu penyata kepada Yang di-Pertuan Agong dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Oleh sebab kewajipan yang diberikan kepada juruaudit negara ini adalah amat berat dan tidak boleh takut kepada sesiapa pun, maka pentinglah supaya kedudukannya mesti terjamin dan bebas”. Tun Salleh Abas. Puan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 2 dalam RUU ini. Bertujuan untuk meluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan

mengaudit akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat swasta yang menerima wang awam dan jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan ataupun negeri bagi mengesan dan menjejak aliran wang awam. Dalam hal ini, Puan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama, jaminan kebebasan kepada Ketua Audit Negara dalam melaksanakan fungsi dan tugasnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dipengaruhi, ditekan mahupun diancam. Ini kerana peluasan kuasa yang sangat luas ini termasuk pengauditan kepada pertubuhan dan syarikat di luar kerajaan, pastinya bergantung kepada asas penentuan pelaporan dan pemilihan melibatkan audit penyata kewangan dan audit terpilih (selective audits), dengan izin, yang akan diputuskan oleh Ketua Audit Negara. Soalan saya. Apakah jaminan ruang kebebasan ini akan terus terpelihara dan apakah panduan yang akan diguna pakai dalam menentukan asas pemilihan pihak- pihak yang akan diaudit di bawah pindaan akta ini? Kedua, Puan Speaker, pertambahan bebanan tugas (workload) dengan izin, kepada para juruaudit yang kita sedia maklum amatlah berat. Tugas auditor ini bersengkang mata siang malam, kadang-kadang bawa kerja hingga ke hujung minggu untuk mengejar dateline yang diberikan. Pastinya dengan pindaan ini, kerajaan perlu mengambil kira keperluan dan sokongan kepada warga Jabatan Audit Negara supaya dapat menjalankan tugas dengan kondusif tanpa menjejaskan integriti, kualiti dan standard kerja yang tinggi. Dalam hal ini, Bachok mohon pihak kerajaan memberikan perhatian untuk mewujudkan persekitaran kerja, budaya kerja dan mungkin pakej imbuhan (remuneration package), dengan izin, yang sepadan dengan beban tugas yang semakin mencabar ini. Ketiga, pendedahan kepada amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Puan Speaker, fasal 3 dalam RUU ini memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan― yang disokong oleh Yang Berhormat Pasir Gudang sebentar tadi. Saya amat tertarik dengan poin terakhir tentang pemisahan jawatan Perdana Menteri daripada portfolio Menteri Kewangan itu. [Tepuk] Ini penting supaya segala bentuk ketidakpatuhan mahupun perlanggaran tata kelola yang menyumbang kepada penyelewengan, ketirisan dan pembaziran wang awam yang selalu ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara dapat dikesan, dijejak dan dihalang lebih awal oleh pasukan juruaudit yang kompeten, profesional dan berpengalaman. Dalam hal ini, Bachok mohon pihak kerajaan memberikan lebih perhatian dan peruntukan terhadap aspek latihan, peningkatan kemahiran (upskilling), pensijilan

dan pentauliahan di samping pendedahan terhadap amalan terbaik di peringkat antarabangsa kepada warga kerja Jabatan Audit Negara. Puan Yang di-Pertua, dalam kesempatan kita membahaskan Akta Audit yang menjadi tunjang kepada tadbir urus dan tata kelola kerajaan, kita dikejutkan baru- baru ini dengan tularnya di media sosial suatu surat daripada Pejabat SU Politik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ditujukan kepada SU Politik Yang Berhormat Menteri Kesihatan bertarikh 6 Mei 2024. “Pra kelayakan kontraktor tender terpilih bagi kerja-kerja membina Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor”. Terdapat enam nama syarikat yang disenaraikan dalam surat ini untuk pertimbangan Menteri Kesihatan. Mohon Yang Berhormat Menteri mengesahkan atau menafikan perkara yang ditularkan ini demi menjaga integriti dan air muka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. [Tepuk] Sebagai penutup, Puan Speaker, Bachok merakamkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Ketua Audit Negara dan juga seluruh warga kerja Jabatan Audit Negara atas dedikasi, integriti dan profesionalisme yang ditunjukkan selama ini. Diiktiraf dalam dan luar negara. Dan terpenting, dipandang tinggi oleh sekalian rakyat. Stakeholder paling utama bagi Ketua Audit Negara. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya juga ingin merujuk kepada rang undang-undang yang telah dibentangkan dan menarik perhatian Timbalan Speaker dan Dewan yang mulia ini kepada fasal 2, di mana dalam fasal itu dinyatakan bahawa undang-undang ini bertujuan untuk meluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang menerima jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan atau negeri. Saya menyokong. Di mana kuasa yang diberikan oleh undang-undang ini akan memberikan Ketua Audit Negara kuasa untuk menyiasat akaun syarikat- syarikat yang telah menerima peruntukan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri.

Dalam konteks ini, saya ingin merujuk kepada satu berita yang dilaporkan dalam Malaysiakini dengan tajuk, ini adalah tajuk dia. [Sambil menunjukkan

senaskhah dokumen] Saya baca tajuk, “Lombong emas di Kelantan berkait pemimpin PAS jejas haiwan terancam” ya.

[Dewan riuh]

So, saya ini adalah.. – Izinkan saya untuk mengulas. Kalau ada...

Itu Malaysiakini, DAP punya.

...Ini adalah satu laporan berkenaan dengan sebuah syarikat. Nama syarikat itu telah...

Laporan kena audit dahulu itu.

Dalam laporan ini, syarikat itu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terowong pun kena, kena. Terowong-terowong pun kena audit juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Point of order Timbalan Speaker. Saya ingin membahaskan. Ini adalah berkaitan, terima kasih, adalah berkaitan. So, dalam laporan ini dinyatakan sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Kelantan sedang membangunkan projek melombong emas seluas 185 ekar padang bola di tengah-tengah hutan simpan negeri itu, yang melalui proses penilaian kesan alam sekitar.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Peraturan Mesyuarat 36(6).

Ini adalah...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 36(6). Apa yang disebut oleh Jelutong tiada kena mengena dengan rang undang-undang yang dipinda ini.

Timbalan Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terowong pun kalau perlu, diauditlah.

Timbalan Speaker, izinkan saya untuk meneruskan. Saya akan beri masa.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tiada kena mengena. Dia saja je itu. Ini budak jahat ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Budak jahat itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia dahulu dia peluk cium dia hentam UMNO, sekarang dia bersama dengan UMNO.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Teruskan.

Timbalan Speaker, menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menunjukkan syarikat ini yang dipanggil Akademi Yayasan (AYSB) asalnya sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab membantu pelajar Kelantan. Ini adalah syarikat dan sekarang sedang menjalankan aktiviti melombong emas. Menurut laporan syarikat ini, Lembaga Pengarah AYSB terdiri daripada lima ahli termasuk bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah, pegawai kewangan kerajaan negeri, Norazman Abdul Ghani.

Puan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(1) Puan Speaker.

Setiausaha Agung PAS dan Ahli Parlimen...

Peraturan Mesyuarat 36(1).

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terowong, terowong. Melibatkan Chief Minister.

Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja.

Ya lah, saya sedang membahaskan kuasa-kuasa.

Fasal-fasal mana dalam rang undang-undang ini?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Mana, mana?

Saya beri penjelasan, saya bagi penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Biar Jelutong bagi penjelasan. Sila duduk.

Saya akan bagi penjelasan.

Speaker, pandangan saya...

Kenapa menghalang saya?

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Penjelasan apa? Melencong, melencong. Hei Jelutong ini pulak... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jelutong, adakah ini berkait dengan RUU yang dibahas?

[Dewan riuh]

Timbalan Speaker, saya ingin bertanyakan dan menyatakan bahawa Ketua Audit Negara dengan pindaan undang-undang ini akan mempunyai kuasa untuk mengaudit syarikat tersebut, kerana syarikat tersebut juga terlibat dalam aktiviti melombong emas. Kita ingin tahu, adakah perkara ini melibatkan dana rakyat?

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Kau hina Kelantan? [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Ketereh, jangan teriak-teriak dalam Dewan.

Ini adalah syarikat...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terowong, terowong itu memang dana kerajaan. Terowong. Ha, itu yang kena... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Speaker. Ada pihak yang takut saya membahaskan perkara ini. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jelutong sila kaitkan apa-apa yang disebut... [Tidak jelas]

Saya, saya Timbalan Speaker.

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Puan Speaker.

Puan Speaker, saya sedang kaitkan. Itu sebab saya kata..

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Speaker, speaker peraturan mesyuarat.

Ini melibatkan...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Peraturan Mesyuarat 37.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Kalau hendak audit, auditlah.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Peraturan mesyuarat. Saya perhatikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang mana satu?

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

37. Saya perhatikan semalam Machang dia ungkitkan pasal ada surat layang di Facebook.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Tadi Bachok pun dia bangkitkan apa isu? Dalam Facebook.

Hei no, mai surat.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Sosial media. Dia kata tidak ada. Sekarang dia buat petikan Malaysiakini dapat laporan. Kalau ada, buatlah laporan.

Minta maaf Puan Speaker. Saya gunakan floor saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, sila-sila.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Tadi dia petik Facebook boleh, Machang [Pembesar suara dimatikan]

Ada surat, ada letterhead, ada tandatangan. [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kita ada bukti, kita ada laporan. Jelutong tidak ada laporan...

[Dewan riuh]

Timbalan Speaker, ini adalah syarikat Akademi Yakin Sdn Bhd.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kami dengar, sabar. Tadi you kata apa ini dari Facebook, semalam kata surat layang. Kami sabar. Kenapa sekarang sakit hati dengan laporan Malaysiakini?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk semua.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kenapa sakit hati? Tunggulah, dengarlah. Bagi.. [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Politik... [Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Semua duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Yang menggariskan enam syarikat yang terlibat... [Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masa Jelutong pun sudah habis.

Timbalan Speaker, saya telah dihalang untuk membahaskan satu rang undang-undang yang begitu penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kenapa tidak boleh dengar, dengarlah.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Tadi ungkitkan pasal projek apa benda itu kami tidak tahu pun di mana datangnya source itu. Sekarang, dia petik dari Malaysiakini, apa salahnya?

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

[Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] itu syarikat swasta ini. Ini.. [Tidak jelas] belum diluluskan lagi, sudah perkataan jahat, ini sangkaan jahat.. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk semua.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Muka pun jahat. [Ketawa] Nampak je baik.. [Tidak jelas]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Semua sila duduk. Jelutong sila gulung dan...

Timbalan Speaker, syarikat ini adalah kepunyaan negeri Kelantan.

Yang Berhormat, dia sebut nama parti politik.. [Tidak jelas]

...dan menerima dana daripada dana awam.

...Kepada rasuah.. [Tidak jelas]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Arau, sila duduk.

Akademi yayasan ini, di mana pengarah-pengarahnya adalah...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bila syarikat belum lagi dibolehkan audit oleh Audit Negara tetapi yang kami keluarkan ini projek kerajaan yang memang Audit Negara kena audit. Yang disebut oleh- tidak ada kaitan yang disebut oleh Jelutong ini.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Apa yang tidak ada kaitan? Agensi kerajaan negeri.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jelutong. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, semua sila duduk. Masa Jelutong sudah habis.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Pendang mahu bahas atau tidak? Mahu bahas atau tidak?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Mahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey.

Timbalan Speaker,

Jelutong jangan jadi hakim. Jelutong, kamu hanya Ahli Parlimen, bukan hakim.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah habis, sila duduk.

Timbalan Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan.

Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah habis, sila duduk.

Tetapi masa saya diganggu.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Speaker kalau cara macam ini ganggu orang berbahas, saya akan... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Pendang untuk membahas. Jadi, yang lain sila duduk.

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, baik, terima kasih.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kalau ini cara untuk ganggu, saya akan ganggu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ganggulah tiada masalah. Itu hak kamu.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Saya akan ganggu.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

You ganggulah, ganggu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Gopeng.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini kamu ganggulah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang mahu ganggu, semua keluar. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Pendang, teruskan Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey baik, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Apalah Pendang, buat hal sahajalah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas hak saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih perbahasan Akta Audit 1957, yang mana 33 tahun tidak pernah dipinda. Saya ingin membangkitkan perkara ini. Isu yang penting. Terutamanya berkenaan dengan skop kuasa yang ada kepada Ketua Audit Negara, pengukuhan mandat, tugas dan fungsi PAC dan punca kuasa membuat audit dan syor susulan. Jadi, selepas ini MAHB ini syarikat swasta tetapi duit dana kerajaan. Jadi bila kita luluskan, memanglah audit negara kena masuk untuk menyiasat kenapa nak ditawarkan saham kepada syarikat asing, anasir-anasir asing ini. Sebab bermula tertubuhnya MAHB adalah dana rakyat, dana negara. Jadi saya minta kita luluskan yang ini. Tetapi adakah audit negara ini mempunyai enforcement body yang cukup? Sedangkan sekarang untuk kementerian- kementerian, jabatan-jabatan kerajaan pun mereka tidak ada manpower yang cukup.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Boleh saya celah? Boleh saya celah?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya tidak bagi.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kenapa tak bagi? Tadi you kacau.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Itu kacau, ini lain.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Panggillah Masjid Tanah. [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini saya nak..

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Gopeng sila duduk. Tidak beri laluan, sila duduk.

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]. Saya hendak minta kos yang lebih kepada audit negara supaya mereka...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Tadi kata boleh kacau. Sekarang pula tidak boleh?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Supaya mereka mencukupi manpower untuk mereka membuat enforcement.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Gopeng, amaran kali pertama.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Apalah, takutlah Pendang. Tak gunalah kau.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Dalam menjaga hak negara, menjaga harta negara. [Tidak jelas] Ini adalah berdasarkan kepada pindaan fasal 2 yang meminda Akta seksyen 5 [Akta 62] yang semakin di luar skopnya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya ingin menyebut. Dalam oleh yang demikian, saya minta audit MAHB ini permulaannya selepas kita luluskan, mesti diaudit oleh audit negara.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Pendang, boleh minta laluan, Pendang?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Dalam masa yang sama, saya ingin mengetahui... [Tidak jelas] punca kuasa audit negara.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Pendang, tentang MAHB. Boleh bagi laluan, Pendang?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Soalnya sejauh manakah audit mengikut..

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Pendang boleh minta laluan Pendang. Timbalan Speaker, saya minta supaya Pendang bagi laluan. Pendang boleh bagi laluan tidak, Pendang?

Duduklah, tak bagi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang tidak bagi laluan. Sila duduk. [Pembesar suara dimatikan] Pendang tak bagi laluan. Kota Melaka sila duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk, duduklah Kota Melaka, you tak tahu apa.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Awak faham tentang MAHB tidak? Faham atau tidak faham? Jangan kelirukan.

[Tidak jelas]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dapat memastikan pengesanan wang awam yang mana. Jangan koyaklah.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Speaker, saya berdiri atas Peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dijalankan secara lebih berkesan sama ada di dalam atau di luar negara.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan Dato’ Speaker. Peraturan, peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dalam hal ini, apakah usaha yang diambil terhadap... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Pendang, tunggu dahulu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia bukan ada peraturan pun itu dia hendak kacau sahaja itu.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Peraturan Mesyuarat yang mana satu?

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Ingat dunia ini dalam kau saja yang ada alasan kah? Dunia ini kau sahaja ada alasan kah.

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

[Ketawa] [Tepuk]

Hei Gopeng duduklah, Gopeng.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Belajar dulu.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Saya merujuk kepada.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya teringat dia tengah tunggu pemisahan antara Menteri Kewangan dengan Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Peraturan mesyuarat yang mana satu?

Hey Pendang, peraturan duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Duduk, duduk!

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Pendang duduk. Saya nak sebut tentang peraturan. Duduk, duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Peraturan apa?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Duduk.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya tak nak... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Speaker. Peraturan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Peraturan Mesyuarat yang mana satu?

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Dengar. Peraturan. Duduk. Peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang duduk dulu.

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Duduk, duduk. Saya nak sebut tentang peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

You siapa?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Pendang dulu duduk. Baru boleh saya sebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Peraturan mana satu?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dia jerkah.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Dia tak duduk, macam mana saya nak sebut. Duduk dulu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Hei! This is my floor brother.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ikut peraturan. Speaker. [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

This is my floor. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pendang duduk dulu.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturanlah. Apa pula?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kalau Speaker suruh saya duduk, saya duduklah.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

You tak ada hak nak suruh saya duduk.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Speaker, Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Duduk dululah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Timbalan Speaker.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya duduk ha.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ha, okey. Baik. Terima kasih. [Dewan riuh] [Tepuk]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya, Timbalan Speaker. Saya merujuk kepada Peraturan 36(6), seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain.

Ada, ada.

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya. Timbalan Speaker, ucapan tadi pembahasan Pendang itu, dia mengatakan tentang MAHB minta supaya nak siasat, perkara itu belum lagi berlaku.

Baru minta siasat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi, sudah jelas dia cuba menggunakan peluang ini untuk memburuk-burukkan yang isu MAHB ini.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Kan minta siasat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi, saya minta supaya Timbalan Speaker buat ruling untuk beliau tarik balik. Tak perlulah sebut tentang MAHB. Kalau dia tak faham tentang MAHB, lebih baik dia duduk ataupun dia jangan bahas tentang isu MAHB ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kota Melaka, saya setuju dengan kamu. Kamu tak setuju dengan Perdana Menteri yang buat kenyataan untuk nak offer saham kepada BlackRock.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan, peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kan kamu kata tak bagus tadi.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kamu lawan kamu punya Perdana Menteri.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Siapa. Siapa tawarkan saham kepada BlackRock? Siapa? Sila. Saya nak minta penjelasan yang dituduh itu siapa bagi saham kat BlackRock?

Ipoh Timor, Ipoh Timor bagi saya peluang. Ipoh Timor.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Di mana. [Pembesar suara dimatikan]

Masa sudah tamat. Masa sudah tamat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Speaker. Peraturan, peraturan. Timbalan Speaker.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Cukup, cukup. Masa sudah habis. Layanan sama dengan Jelutong. Minta layanan sama dengan Jelutong. Masa habis.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Pendang, duduk.

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Thank you.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Peraturan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya minta empat minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Minta tambah sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bagi peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh Kota Melaka, seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain. Jadi, saya tak tahu siapa yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Pendang mana ada kata sebut siapa-siapa.

Kota Melaka tipu.

Hei, mana ada dia sebut.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Aduh tak faham kah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dan.

Puan Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya ulang balik.

Puan Speaker.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya ulang balik apa yang saya cakap.

Puan Speaker. Saya pun nak bangkitkan peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Biar, biar, biar Yang Berhormat Pendang buat penjelasan.

Tak, dia...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini, ini. Bangi duduk dulu. Duduk. Saya akan. Saya kata tadi, kalau rang undang-undang ini diluluskan, audit yang pertama perlu dibuat kepada MAHB sebab menggunakan wang rakyat. Bukan saya suruh buat sekarang. Undang-undang ini tak lulus lagi. Ini dia tak faham ini bahasa Malaysia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kalau ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Itulah kalau orang cakap bahasa Melayu, mahu pergi sekolah Malaysia pun...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kalau Yang Berhormat Pendang boleh cakap seperti ini, tadi Jelutong pun tak salah.

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak. Saya.

Betul. Syarikat Kelantan yang melombong emas.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini.

Syarikat Kelantan yang melombong emas. Syarikat Kelantan yang melombong emas.

Jelutong nak buat tuduhan.

...yang ada pemimpin- pemimpin PAS.

Jelutong nak buat tuduhan, jadi hakim.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Nanti kejap. Sekejap, sekejap. Jelutong tadi dia terus menuduh. Dia terus menuduh syarikat GLC. Syarikat GLC itu, GLC belum lagi diluluskan yang ini. Dia terus tuduh. Yang saya ini, saya kata sekiranya diluluskan...

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Jangan sebut Kelantan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Ketua Audit...

Apa salah sebut Kelantan?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...Audit Negara ini.

Apa perasan sangat?

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Hei, aku. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa Yang Berhormat Pendang pun sudah tamat.

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Rugi masa saya satu minit. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Too bad. Okey.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tuan Yang di-Pertua. Bagikan saya satu minit lagi. [Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Nak bagi pandangan supaya rang undang-undang ini... [Tidak jelas]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulunglah. Sila gulung.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Duduklah, duduklah.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Peraturan mesyuarat.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasihlah. Pendang duduklah. Terima kasih.

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, sila duduk dulu.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Standing order, standing order.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya bagi Pendang untuk gulung.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Standing order.

Yang Berhormat, point of order.

Ipoh Timor duduklah, Ipoh Timor.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Standing order, standing order.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ni, dia budak-budak. Kalau jadi Ahli Parlimen macam itu lah.

Peraturan mesyuarat.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Standing order.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini, budak-budak kalau dia jadi Ahli Parlimen, memang macam itulah.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Standing Order 36(12). Standing Order 36(12).

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya ingin membangkitkan persoalan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Standing Order 36(12). [Pembesar suara dimatikan]. Speaker, Standing Order 36(12). Okey, Standing Order 36(12).

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak ada. [Tidak jelas] Dia tak boleh cakap macam itulah, dia budak lagi.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Dia tidak boleh keluarkan kenyataan mengelirukan Dewan. Mengelirukan Dewan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Budak, duduklah budak.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Apa yang disebut Pendang tadi berkenaan dengan penjualan saham, pemberian saham kepada BlackRock. Itu adalah bukan saja salah. Dia mengelirukan Malaysia dan Dewan yang mulia ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini budak, budak, budak.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Kat mana, tang mana fakta atau tuduhan palsu yang ada jual. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk Peraturan Mesyuarat 36(12) mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan saya

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

minta Yang Berhormat Ipoh Timor untuk membuat usul supaya merujuk Yang Berhormat Pendang.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Tepuk]

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Saya akan buat usul. Terima kasih.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Duduk, duduk Pendang, Pendang. Habis, habis, habis masa lah, tak payah gulung.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Speaker. Jadi minta tarik balik itu. Minta tarik balik dulu. Minta tarik balik dulu. Tak bolehlah menghina Dewan, lepas itu tepuk punggung, nak lari. Tak boleh!

Point of order. [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sorry-lah saya tak larilah. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan] . Kedah... Saya tak lari punya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau pun mengganggu sekarang.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berminat untuk berbahas. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 3 Julai 2024.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Tepuk]

[Dewan ditangguhkan pada jam 5.37 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembinaan Jalan Susur Dari Tol Baru SerembanSpecial Chamber

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Silakan Yang Berhormat Tuan Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Pada kesempatan petang ini, izinkan saya membangkitkan isu yang berkaitan dengan Pembinaan Jalan Susur Keluar dari Tol Baru Seremban atau dikenali sebagai Tol Bandar Ainsdale.

Pada 20 Mac 2023, ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya, YB Timbalan Menteri Kerja Raya ketika itu telah menjawab pertanyaan saya tentang pembinaan flyover dari simpang Tol Bandar Ainsdale ke Pusat Bandar Seremban.

Ketika itu, YB Timbalan Menteri telah mengumumkan bahawa “RM600 juta diluluskan bagi membina jalan susur dari Tol Baru Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban, Jalan Seremban-Labu FT362 Daerah Seremban, Negeri Sembilan dalam Rolling Plan 3”. Pengumuman ini sangat dihargai kerana ia adalah berita yang dinanti- nantikan selama ini. Sebagai Ahli Parlimen kawasan, saya telah membangkitkan keperluan jalan susur baharu ini sejak penggal lepas lagi.

Pembinaan jalan susur ini amat penting untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di antara Tol Bandar Ainsdale, Jalan Labu sehingga ke simpang Jalan Sungai Ujong dan Lingkaran Tengah Seremban. Saya memohon pihak Kementerian Kerja Raya memberikan penjelasan kepada beberapa perkara berikut:

(i) apakah status terkini rancangan pembinaan jalan susur dari Tol Baru Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban, dan bilakah projek ini dijangka dapat disiapkan?;

(ii) sama ada projek pembinaan jalan ini akan melibatkan pengambilan tanah persendirian, tanah sekolah dan tanah

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

rizab rumah ibadat? Jika ya, sila berikan makluman tentang bilangan lot yang terbabit termasuk nombor lot atau hak milik tanah dan status proses pengambilan tanah ini;

(iii) berapakah kos sebenar yang dijangkakan untuk keseluruhan projek ini dan apakah nama kontraktor utama untuk projek ini?;

(iv) sama ada Pejabat Khas Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dibuka untuk projek ini seperti mana projek pembinaan besar yang lain. Jika ya, sila berikan makluman tentang pejabat khas dan pegawai yang dipertanggungjawabkan;

(v) bilakah kerja-kerja fizikal di lapangan akan bermula dan sama ada ia akan melibatkan penutupan sebahagian jalan sedia ada; dan

(vi) bolehkah pihak Kementerian JKR mengarahkan kontraktor yang terbabit supaya memberikan taklimat berkala tentang projek ini kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, agar wakil rakyat dapat menjadi penghubung di antara agensi atau kontraktor dengan penduduk jika berlaku sebarang masalah.

Mohon jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk soalan-soalan yang dinyatakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Batang Lupar. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Projek Membina Jalan Susur dari Tol Baru Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban, Jalan Seremban-Labu FT362 telah diluluskan di dalam Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Projek ini terletak di dalam kawasan pembangunan Bandar Ainsdale dan merupakan projek di bawah keutamaan di dalam Koridor Pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV), sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045. Pembangunan Bandar Ainsdale yang sedang pesat akan menyumbang kepada peningkatan jumlah trafik sepanjang Jalan Seremban-Labu (FT362) dari Tol Baru Seremban ke Jalan Lingkaran Tengah Seremban Fasa 3B.

Jalan sedia ada, dua lorong dua hala tidak mampu untuk menampung kapasiti trafik dan menjadi amat sesak terutama pada waktu puncak. Oleh yang demikian, pembinaan projek ini secara tidak langsung dijangka akan menyuraikan trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Seremban.

Merujuk kepada enam pertanyaan oleh Ahli Yang Berhormat, kementerian ingin memaklumkan bahawa yang pertama, status terkini bagi projek ini adalah dalam peringkat reka bentuk di mana semakan akhir penyediaan Dokumen Meja Tender sedang dilaksanakan. Makmal Pengurusan Nilai peringkat Kajian Nilai (VA) telah diadakan dan memuktamadkan kos, skop dan reka bentuk projek pada 21 hingga 24 Ogos 2023. Proses perolehan secara tender akan dilaksanakan pada bulan Julai 2024 dan Surat Setuju Terima dijangka akan dikeluarkan pada bulan November 2024 dengan tempoh pelaksanaan projek selama 36 bulan. Pembinaan bagi projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2028.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Kedua, untuk makluman, status pengambilan tanah bagi projek ini masih dalam peringkat permohonan pengambilan balik tanah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960. Berdasarkan semakan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Negeri Sembilan, terdapat 78 lot tanah yang terlibat bagi projek di atas yang mana melibatkan 69 lot tanah persendirian dan sembilan lot tanah kerajaan.

Walau bagaimana pun, senarai terperinci lot tanah yang terlibat dalam proses pengambilan masih belum dimuktamadkan. Pihak JKR telah mengemukakan permohonan pengambilan tanah seksyen 4 berkenaan pada 19 Jun 2024 setelah pihak juru ukur yang dilantik menjalankan kerja-kerja ukur dan pemetaan.

Berdasarkan semakan Kementerian Kerja Raya, terdapat beberapa dokumen yang masih tidak lengkap dan pindaan ke atas pelan permohonan sedang diambil tindakan pembetulan oleh pihak JKR.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selanjutnya, pengambilan tanah dijangka melibatkan tanah milik persendirian, sekolah dan rumah ibadat.

Kementerian Kerja Raya juga telah membuat libat urus bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan berhubung isu pengalihan kuil di dalam right of way, projek ini yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Teo Kok Seong pada 29 Februari 2024.

Kos projek yang telah dimuktamadkan adalah berjumlah RM500 juta setelah mengambil kira keperluan sebenar projek bagi mendapatkan best value for money.

Projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong dengan piawaian JKR R5 sepanjang 2.7 kilometer termasuk membina jejambat dengan piawaian U5.

Naik taraf jalan ini nanti akan memberi laluan terus kepada pengguna jalan raya yang hendak ke Bandar Seremban dan memberi akses kepada pengguna jalan raya menuju ke arah Kuala Pilah dan sekitarnya. Pembinaan jejambat juga dijangka dapat mengatasi masalah vertical clearance pada Jambatan Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dengan ketinggian 4.8 meter. Oleh kerana projek ini dalam proses peringkat akhir untuk di tender, Kontraktor untuk projek ini masih belum dilantik.

Jangkaan pelantikan kontraktor adalah pada bulan November 2024.

Keempat, soalan keempat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana projek pembinaan yang lain, perwujudan Pejabat khas Jabatan Kerja Raya bagi projek ini akan diputuskan setelah projek memasuki fasa pembinaan dan akan dilaksanakan selaras dengan kontrak yang dipersetujui di antara pihak kerajaan dan kontraktor utama kelak.

Soalan kelima, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada hujung tahun 2024. Penutupan sebahagian jalan akan dilaksanakan dan trafik akan dilencongkan selaras perancangan di dalam Traffic Management Plan (TMP) yang disediakan untuk projek ini di bawah pengawasan Pengarah Projek yang akan dilantik kelak. TMP yang teliti dan efektif akan dirangka bersama pihak Polis Diraja Malaysia dan agensi lain yang berkepentingan untuk meminimumkan kesesakan trafik, mengurangkan risiko kemalangan dan memberikan perlindungan kepada pekerja serta orang awam yang menggunakan jalan tersebut.

Terakhir soalan keenam. Seperti mana pelaksanaan projek-projek lain, pihak JKR selaku agensi pelaksana akan sentiasa memantau secara rapi dan memastikan segala isu berbangkit dan kesulitan yang dihadapi pengguna jalan raya dapat diatasi dengan sebaik mungkin mengikut amalan terbaik pengurusan pembinaan serta mematuhi garis panduan dan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Selain itu, pihak JKR juga akan membuat pemakluman dan sesi libat urus bersama penduduk dari masa ke semasa sepanjang tempoh pembinaan mengikut keperluan. Terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Saya persilakan Yang Berhormat Rasah untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang bagi saya agak menyeluruh terhadap enam persoalan yang saya timbulkan. Saya sekali lagi merujuk kepada soalan kedua, ikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, dikatakan jumlah tujuh puluh lapan lot tanah akan ikut perancangan terbabit.

Saya rasa telah, saya nampak figure itu agak besar jadi saya mohon pada pihak KKR dan juga agensi JKR apakah ada kemungkinan untuk menyemak semula reka bentuknya supaya kita boleh kurangkan bilangan lot yang terbabit. Memang saya dah jangka, memang akan ada lot sama ada sembilan lot kerajaan ataupun 69 persendirian yang terlibat. Memang kita tak boleh nak elak. Cuma kalau boleh kita nak kurangkan terutamanya berkenaan dengan kuil.

Saya difahamkan kuil tersebut, ada tak apa-apa cadangan spesifik berkenaan dengan kuil? Sebab ini rumah ibadat yang telah bertapak di tapak sedia ada sejak berpuluh tahun dulu. Dan yang kedua sekolah SJKC Yu Chye yang berada bersebelahan dengan kuil tersebut. Sebab dua ni yang saya nak sebut secara spesifik pada hari ini supaya perhatian khusus diberikan terhadap dua lot ini. Jadi mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Pertama, saya telah menyebut tadi bahawa kos projek ini ialah RM500 juta. RM 500 juta ini terdiri daripada dua komponen. Untuk pembinaan RM270 juta, Yang Berhormat Rasah. Untuk pengambilan tanah ini yang mahal RM 230 juta untuk pengambilan tanah. Jadi RM270 juta campur RM230 juta jadi RM500 juta.

Dan sebenarnya betul kita telah menyatakan rizab-rizab dan berapa banyak yang terlibat tanah tadi. Yang paling penting, apa yang telah kita lakukan dari segi reka bentuk ia telah dibuat berdasarkan apa yang dipanggil sebagai Arahan Teknik Jalan dan kita telah cuba meminimumkan sebaik mungkin sehinggakan contohnya ada satu tempat Indah Water Konsortium (IWK) betul-betul jalan itu bersempadan dengan pagar IWK. Jadi kita dah meminimumkan.

Mengenai yang lain, sekolah itu sampai ke pagar juga tapi kuil kita sedang berunding. Sebab kuil tu kecil saja. Pokok yang ada kuil itu berada daripada pokok pun pokoknya tidak besar sangat. Jadi sekitar situ saja kuil yang berkaitan kita telah berunding betul-betul dengan pihak kuil, kita telah menghantar EXCO bukan Islam berjumpa dan tentulah akhirnya nanti harapan kita boleh dipindahkan ke tempat lain.

Kerana ini, projek ini adalah untuk tujuan kepentingan awam untuk memastikan PLUS Highway tidak jammed apabila susur ke Seremban dan ke Bandar Seremban juga tidak jammed setelah projek ini daripada dua lorong jadi empat lorong

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

dua hala. Jadi, saya kira itu yang saya ingin sampaikan kepada Yang Berhormat dan kerajaan negeri dan pihak kuil masih dalam tindakan dan pihak EXCO dan UPEN Negeri Sembilan juga telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Program Pendidikan Khas IntegrasiSpecial Chamber

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Silakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan yang kedua. Izinkan saya membangkitkan isu yang berkaitan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Seperti mana yang kita sedia maklum, Program PPKI ini merupakan program khas yang diwujudkan untuk para murid yang mempunyai keperluan khas.

Selama ini, kelas PPKI telah terbukti amat bermanfaat dalam membantu para murid yang mempunyai keperluan khas, agar mereka turut mendapat peluang untuk belajar dan menuntut ilmu di sekolah. Bukan semua sekolah rendah dan sekolah menengah mempunyai kelas PPKI. Keadaan ini telah menyebabkan kelas PPKI yang ada terpaksa menerima murid yang lebih, walaupun setiap kelas PPKI sepatutnya hanya mempunyai tujuh orang murid sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan ataupun jawapan tentang beberapa perkara berikut:

(i) Berapakah sekolah rendah mengikut aliran Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah menengah mengikut aliran Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di seluruh negara yang mempunyai kelas PPKI;

(ii) Sila senaraikan nama-nama sekolah rendah SK, SJKC dan SJKT dan sekolah menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban yang mempunyai kelas PPKI;

(iii) Sila nyatakan berapakah peruntukan khas yang diterima oleh setiap sekolah yang mempunyai kelas PPKI yang dinyatakan di Soalan 2 di atas untuk tahun 2021, 2022 dan 2023;

(iv) Apakah peruntukan RM180 juta di bawah Belanjawan 2024 yang dikhususkan untuk kelas PPKI hanya disalurkan kepada sekolah Kerajaan sahaja, sama ada kelas PPKI di Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) akan turut mendapat manfaat daripada peruntukan ini;

(v) Apakah kekurangan guru PPKI yang telah diberikan latihan khas menjadi penghalang kepada pembukaan kelas PPKI, khasnya di SJKC; dan

(vi) Pada 18 April 2023, Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu telah melawat SJKC Kampung Baru Rahang, dan beliau telah memberikan peruntukan khas sebanyak RM200,000.00 untuk mewujudkan kelas PPKI di sekolah ini. Peruntukan ini telah diterima oleh pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

segala kerja pengubahsuaian telah disempurnakan pada hujung tahun 2023. Namun, kelulusan untuk mewujudkan kelas PPKI di sekolah ini masih belum diterima.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sila berikan penjelasan terhadap kelewatan ini dan apakah yang bakal dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan agar kelas PPKI boleh dibuka dengan seberapa segera di sekolah ini. Mohon jawapan daripada sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan untuk soalan-soalan yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Rasah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat Rasah atas pertanyaan berkaitan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

KPM sentiasa berusaha secara berterusan untuk memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi bagi keperluan masyarakat setempat.

Perkara ini penting bagi memastikan murid-murid boleh belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi fokus kepada pembelajaran dengan baik.

Berdasarkan semakan data KPM, sehingga 30 April 2024, terdapat sebanyak 2,721 buah sekolah KPM di seluruh Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Daripada jumlah ini, sebanyak 951 adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 1,618 buah adalah Sekolah Kebangsaan (SK), 120 buah adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 32 buah adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Manakala bilangan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban yang mempunyai kelas PPKI adalah sebanyak 47 buah. Daripada jumlah tersebut, 18 buah adalah SMK, 24 buah SK, dua SJKC dan tiga SJKT.

Berkenaan dengan peruntukan khas yang diterima oleh sekolah yang melaksanakan PPKI, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM komited dalam memastikan penyediaan akses pendidikan kepada murid berkeperluan pendidikan khas di sekolah dengan menyalurkan peruntukan bagi penyelenggaraan kelas PPKI dan penyediaan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).

Pada tahun 2021, sebanyak sembilan buah sekolah yang mempunyai kelas PPKI di daerah Seremban telah menerima peruntukan tersebut yang berjumlah RM1.41 juta, manakala pada tahun 2022 sebanyak empat buah sekolah lagi menerima peruntukan berjumlah RM250 ribu. Pada tahun lepas, 2023, sebanyak empat buah sekolah menerima peruntukan yang berjumlah RM200 ribu. Senarai pecahan sekolah yang menerima peruntukan daripada KPM akan saya serahkan pada Yang berhormat Rasah selepas ini.

Berkenaan dengan peruntukan RM180 juta di bawah Belanjawan 2024 khususnya untuk kelas PPKI, ia melibatkan 18 buah projek pembinaan blok baharu PPKI di seluruh Malaysia. Terdapat dua buah projek pembinaan blok baharu PPKI yang melibatkan sekolah dalam daerah Seremban iaitu SK Taman Paroi Jaya dan SMK Pendeta Za’ba.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023 terdapat seramai 468 orang guru pendidikan khas di SJKC termasuk penempatan 44 orang guru baharu.

Itu pada tahun 2023 di seluruh negara. Manakala April 2024, jumlah guru pendidikan khas di SJKC meningkat kepada 491 dengan penempatan dua orang guru baharu.

Ini untuk tahun ini.

Bagi tujuan pembukaan kelas PPKI di sekolah, KPM mengambil kira perkara berikut:

(i) permohonan daripada ibu bapa atau penjaga;

(ii) unjuran murid berkeperluan pendidikan khas;

(iii) keperluan guru Pendidikan Khas;

(iv) infrastruktur fizikal bilik darjah; dan

(v) peralatan serta bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya terdapat isu kekurangan guru opsyen PPKI yang terlatih, ianya bukan penghalang kepada kita untuk pembukaan kelas PPKI, khususnya di SJKC kerana kekurangan guru tersebut boleh diisi oleh guru bukan opsyen pendidikan khas yang akan diberi latihan asas pendidikan khas oleh KPM. Dalam isu ini, guru-guru tersebut akan diberikan kursus pendedahan pendidikan khas selama tiga hari yang mana mereka adalah layak untuk mengajar murid di kelas PPKI dan mereka juga layak menerima elaun sebanyak RM250.00 setiap bulan sama dengan guru opsyen pendidikan khas yang lain.

Berkenaan dengan kelulusan pembukaan kelas PPKI di SJKC Kampung Baru Rahang, berdasarkan data permohonan pembukaan PPKI tahun 2024, SJKC Kampung Baru Rahang belum mengemukakan sebarang permohonan waran perjawatan dan pembukaan PPKI bagi pengoperasian tahun hadapan iaitu 2024/2025. Walau bagaimanapun, semakan KPM mendapati pihak sekolah telah mengemukakan permohonan waran perjawatan dan pembukaan PPKI bagi pengoperasian tahun 2025/2026.

Tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan agensi pusat, kelas PPKI di SJKC Kampung Baru Rahang dijangka dapat beroperasi pada bulan Mac 2025.

Tarikh yang mana pihak KPM menerima permohonan oleh pihak sekolah dalam sistem e-operasi adalah pada 25 Jun 2024. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Saya persilakan Yang Berhormat Rasah untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang telah memberikan jawapan yang agak menyeluruh untuk enam soalan yang saya kemukakan.

Saya mohon menjurus kepada soalan kelima berkenaan dengan masalah kekurangan guru. Saya menyambut baik jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengatakan bahawa masalah kekurangan guru bukan penghalangnya untuk pembukaan kelas PPKI di sekolah.

Saya nampak data yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk soalan yang kedua tadi, minta maaf, untuk soalan pertama tadi. Soalan pertama dan kedua jelas menunjukkan sebenarnya banyak sekolah tidak ada kelas PPKI. Jadi apakah ada rancangan bersepadu, komprehensif daripada pihak kementerian sendiri untuk melatih lebih ramai guru.

Saya hendak tanya, khas untuk kelas PPKI di SJKC, kalau guru yang asalnya dari SJKC kurang rela untuk ajar kelas PPKI. Apakah ada paksaan atau pun apakah

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

approach pendekatan yang digunakan oleh pihak KPM untuk convert guru ini menjadi guru di kelas PPKI.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan SJKC Kampung Baru Rahang Khas PPKI. Yang Berhormat kata bulan Mac tahun depan boleh beroperasi. Mac atau Februari? Ini sebab sesi baru akan bermula, tidak silap saya Februari. Kalau boleh Februari-lah ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Terima kasih atas pencerahan berkenaan dengan bulan beroperasi. Ia akan beroperasi. Kita jangka sekiranya ke semua selesai, kita jangka ia dapat beroperasi apabila sesi persekolahan baharu bermula. Berkenaan dengan usaha daripada pihak KPM untuk memastikan bahawa kelas PPKI ini adalah tersedia kepada murid-murid kita yang berkeperluan pendidikan khas, sekiranya kita meninjau statistik dari tahun 2020 sehingga 2024 setakat bulan April ini di SK, jumlah sekolah yang menawarkan kelas PPKI adalah sebanyak 1,477 buah sekolah dengan 5,536 kelas. Dalam masa empat hingga lima tahun ini, angka ini telah pun bertambah untuk SK. Bertambah dari 1,477 kepada 1,616 buah sekolah SK dan menawarkan 6,003 kelas bagi kelas PPKI.

Untuk SJKC pula tahun 2020, jumlah sekolah yang terbabit adalah 102.

Jumlah kelas yang disediakan 282 dan ia telah pun meningkat setakat tahun ini dari 102 meningkat sampai 122 buah sekolah dan juga untuk bilangan kelas telah pun meningkat dari 282 sehingga 332 iaitu untuk SJKC.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Bagi SJKT pula, jumlah bilangan sekolah yang terbabit pada tahun 2020, 25 buah sekolah. Sampai sekarang 2024 32 sekolah dan kelas yang terlibat 51 kelas 2020 dan sekarang kita ada 58 kelas di SJKC setakat tahun 2024. Dan ini menunjukkan usaha dan juga komitmen daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa kita menyediakan kelas PPKI untuk anak-anak kita yang berkeperluan pendidikan khas.

Saya nak mengambil kesempatan ini untuk merekodkan penghargaan kepada yang berhormat Rasah juga. Saya nampak ada laporan dan liputan akhbar yang mana Yang Berhormat Rasah telah pun memberikan komitmen kepada sekolah untuk menanggung segala kos untuk penubuhan kelas untuk PPKI ini. Terima kasih saya ucapkan.

Dan berkenaan dengan isu guru. Isu guru − sekiranya kita meninjau berkenaan dengan guru ya. Sebentar ya, saya cuba cari dokumen yang ada. Guru yang kita ada. Data berkenaan dengan guru Sekolah Rendah pada 2 Julai 2024 di SK keperluan atau waran perjawatan 9,447 dan yang diisi 8,912. So, ada satu kekurangan 535 orang.

SJKC, keperluan adalah 529 dengan jumlah yang diisi 470 orang iaitu kekurangan 68 orang. SJKT keperluan 96 orang dan jumlah yang diisi 87 orang dengan satu kekurangan sembilan orang. Dan sememang ya, bagi guru bukan option pendidikan khas seperti yang saya sebut tadi, kita ada guru untuk option pendidikan khas dan guru untuk option bukan pendidikan khas. Guru-guru ini juga akan diberikan latihan bagi pembangunan kapasiti dalam bidang-bidang seperti pengurusan murid berkeperluan pendidikan khas, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah, pemantapan pedagogi dan kandungan mata pelajaran guru pendidikan khas, pemantapan digital dan ICT guru pendidikan khas dan sebagainya.

Itu merupakan satu usaha jangka masa pendek untuk kita menggunakan guru yang sedia ada untuk dijadikan guru dalam PPKI.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Pada masa yang sama melalui pengambilan calon untuk PISMP tiap tahun, pihak KPM ada unjuran untuk kesemua aliran sekolah untuk SK, SJKC, SJKT dan unjuran itu adalah berdasarkan keperluan kita dalam masa lima tahun punya akan datang itu. Maka, memang itu merupakan komitmen daripada KPM untuk memastikan bahawa keperluan anak-anak kita dapat dijaga dan dapat dipenuhi.

Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pusat Pengumpulan Hasil Laut Di Kampung Kuala Sanglang, Kubang Pasu, KedahSpecial Chamber

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Silakan Yang Berhormat Jerlun.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam Usul pada petang ini saya akan membentangkan berkaitan dengan Pusat Pengumpulan Hasil Laut di Kampung Kuala Sanglang, Jerlun dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Sanglang terletak di daerah Kubang Pasu di bahagian utara negeri Kedah bersempadan dengan negeri Perlis. Jumlah penduduk dianggarkan sekitar 450 orang. Rata-rata penduduk di Kuala Sanglang bekerja sebagai nelayan pantai. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan di tepi pantai menggunakan perahu atau bot kecil sahaja.

Apabila hujan lebat atau ribut kuat, mereka tidak dapat pergi ke laut. Oleh itu, menjadi suatu keperluan dan keutamaan kepada mereka untuk mendapat projek pembangunan daripada kerajaan sebagai platform untuk mewujudkan pusat pengumpulan hasil laut di tempat mereka.

Hasil tangkapan ikan tidak semuanya dijual kepada peraih atau pemborong ikan. Kebanyakan isteri nelayan di Kuala Sanglang mengambil peluang memproses tangkapan laut untuk dijadikan ikan kering, belacan, bebola ikan dan produk-produk lain yang berasaskan ikan. Mereka menjadikan ruang di halaman rumah masing- masing sebagai tempat untuk menjemur ikan seterusnya dibungkus dan dijual di pasaran terbuka sama ada di pasar sehari, pasar malam atau pembeli dari pelbagai tempat datang sendiri ke rumah nelayan-nelayan yang menjual produk tersebut.

Tradisi memproses hasil tangkapan ikan diwarisi oleh ahli keluarga sejak puluhan tahun hingga sekarang. Ini membolehkan pendapatan isi rumah keluarga nelayan dapat ditingkatkan dan tidak selamanya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan rumah para nelayan di Kuala Sanglang adalah bersebelahan antara satu sama lain. Halaman rumah yang sempit dan terhad digunakan sebagai tempat untuk memasarkan produk tersebut. Ini sedikit sebanyak mencacatkan pandangan mata dan menjejaskan persekitaran kepada pengunjung.

Lagipun, ruang yang sempit di halaman rumah turut mengganggu laluan keluar masuk penduduk setempat atau mana-mana pihak yang datang berurusan di situ.

Di samping itu, terdapat sebuah kilang padi milik persendirian yang tidak diketahui pemiliknya. Kilang tersebut pernah wujud puluhan tahun lalu tetapi tidak beroperasi sejak sekian lama. Kini, ia menjadi tanah kosong yang terbiar dan penuh dengan semak samun yang tidak dibersihkan. Ia menjadi sarang pembiakan binatang berbisa seperti ular dan biawak yang pernah masuk ke dalam rumah-rumah nelayan

di sekelilingnya dan ini menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan anak-anak kecil yang berada di luar rumah dan pada waktu malam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan beberapa cadangan seperti berikut:

(i) kerajaan membuat pengambilan tanah kosong tersebut;

(ii) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

(KPKM) membina sebuah arked sebagai pusat pengumpulan produk hasil laut; dan

(iii) LKIM atau KPKM membina sebuah kios untuk nelayan menjual makanan laut sebagai destinasi pelancongan tempatan.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Jerlun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Kuala Sanglang, Kedah terdapat satu ratus empat orang nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah dengan bilangan bot Zon “A” sebanyak lima puluh dua buah.

Pada tahun 2010, sebuah Kompleks Perikanan LKIM dengan kos pembinaan sebanyak RM4 juta telah dibina untuk kemudahan nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka. Kompleks ini telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013.

Selain itu, Pasar Nelayan juga turut dibina di dalam kawasan kompleks tersebut pada tahun 2015 dengan kos pembinaan sebanyak RM200,000. Terdapat sebanyak empat unit lot tersedia untuk digunakan oleh nelayan atau peniaga bagi memasarkan hasil laut terus kepada pengguna.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa membuka ruang dan peluang dalam membangunkan Industri Pemprosesan Hasil Laut melalui Program Pembangunan Industri Pemprosesan. Berikutan itu, LKIM telah menyediakan tiga buah Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) di Negeri Kedah iaitu di Tanjung Dawai, Penarak Langkawi dan Kuala Kedah.

Mengambil kira keperluan usahawan perikanan dan isteri nelayan di Kuala Sanglang yang memerlukan prasarana yang lebih bersesuaian dan selesa sebagai tempat pengumpulan dan pengedaran produk hasil laut yang diusahakan mereka, KPKM menyambut baik hasrat dan cadangan oleh Yang Berhormat Jerlun iaitu mewujudkan sebuah arked sebagai pusat pengumpulan produk hasil laut serta kios untuk nelayan menjual makanan laut.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Berikutan itu, KPKM melalui LKIM bercadang untuk menjenamakan semula Pasar Nelayan Kuala Sanglang sebagai Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Laut (CCDC) Kuala Sanglang. Hasil pemprosesan perikanan oleh isteri-isteri nelayan di kawasan Kuala Sanglang boleh ditempatkan dan dipasarkan di CCDC berkenaan.

Dengan prasarana yang lebih baik, LKIM berharap ianya dapat membantu

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

meningkatkan sosio ekonomi keluarga nelayan di kawasan Kuala Sanglang.

Berkaitan dengan pengambilalihan tanah kosong seperti yang dicadangkan, KPKM perlu membuat semakan serta penelitian lanjut kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan dan perlu mendapatkan kelulusan dari Agensi Pusat. Sekian dan terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Saya persilakan Yang Berhormat Jerlun untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajukan dua soalan tambahan. Yang pertama sekali berkaitan dengan Pusat CDC yang telah pun dinyatakan tadi iaitu berkaitan dengan Pasar Nelayan Kuala Sanglang.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang dimaksudkan oleh usul yang saya kemukakan ini iaitu untuk mewujudkan satu suasana pasar atau pun medan selera dan juga kios atau pun yang boleh memasarkan.

Setakat yang saya difahamkan oleh penduduk kampung iaitu majlis ketua kampung menyebut CCDC yang disebutkan itu tidak menjadi tumpuan orang sebab dia duduk dalam satu kawasan yang berpagar. Di situ ada Restoran Ikan Termenung kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi. Yang saya maksudkan ini di kawasan luar ini, kawasan yang menjadi deretan rumah-rumah. Kita hendak tutup suasana yang tidak cantik dari segi persekitaran itu. Itu yang pertama.

Keduanya, kalau tadi Timbalan Menteri menyebut bahawa Kuala Kedah, Penarak Langkawi dan Tanjung Dawai itu dia ada pusat pengumpulan produk hasil laut, itu di peringkat pusat-pusat nelayan yang besar-besar. Yang saya maksudkan ini nelayan pantai di kuala-kuala yang kecil. Kalau tadi disebut hanya 104 sahaja nelayan yang berdaftar.

Jadi mereka ini juga hendak ambil peranan yang sama seperti mana yang berlaku di tiga tempat tadi. Jadi saya hendak minta penjelasan semula adakah kerajaan akan berusaha untuk mewujudkan satu kawasan yang boleh dikategorikan sebagai kawasan pusat pengumpulan produk ini?. Bukan maksud CDC tadi. CDC tadi sedia maklum memang tidak beroperasi seperti mana yang diperlukan. Sekian.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Jerlun. Yang pertamanya, CCDC itu adalah cadangan di mana sekarang infra atau pun kemudahan yang sedia ada adalah Kompleks LKIM dan di dalam kompleks itu terdapat pasar nelayan.

Maka apabila kita mentransformasikan kawasan tersebut kepada CCDC ia akan juga untuk menambahkan kawasan itu menjadi pusat pengumpulan dan juga pusat untuk menjadi kegiatan ekonomi-ekonomi kecil khususnya untuk isteri-isteri nelayan di mana kita boleh kumpul dan juga memasarkan lagi produk-produk mereka di sana.

Pada masa yang sama tempat itu sebenarnya sangat besar potensinya. Ia berhadapan dengan siring sungai, berhadapan dengan terusan Sungai Kuala Sanglang dan juga pada masa yang sama ia juga dekat dengan jeti daratan untuk nelayan-nelayan menghantarkan produk mereka terus daripada bot terus kepada pasar.

Sekiranya kita mengambil kira tanah kilang padi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, yang pertama kita telah membuat semakan di tiap pejabat dan kita mendapati bahawa kawasan itu adalah tanah milik individu di mana pemiliknya tidak

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

dapat dikenal pasti. Kita juga tidak pasti sekiranya individu itu setuju untuk menjual tanahnya dan ini akan melibatkan juga proses pengambilan tanah dan akan melibatkan juga urusan dengan PBT negeri.

Keduanya, lokasi kilang padi itu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat terletak hanya 450 meter daripada Kompleks LKIM dan pasar nelayan yang kita sedang cadangkan untuk convert ke CCDC. Lokasi kilang padi itu juga agak dekat dengan kawasan perumahan dan mungkin boleh menyumbang kepada kesesakan yang Ahli Yang Berhormat utarakan tadi. Maka sekiranya Yang Berhormat lebih risau tentang keadaan tanah terbiar itu, lebih sesuai YB buat aduan kepada PBT tersebut supaya PBT di sana boleh mengambil tindakan yang sesuai.

Maka cadangan kami adalah lebih baik kita menggunakan infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada iaitu Kompleks LKIM dan Pasar Nelayan di mana kita bercadang untuk menjenamakan semula kepada Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Laut. Ini adalah untuk memenuhi keperluan lokasi dan nelayan tempatan di Kuala Sanglang di mana penduduknya hanya sebilangan 450 orang sahaja dan tidak perlulah jauh ke kawasan tiga lokasi di pusat negeri itu. Sekian dan terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembangunan Semula Kawasan Terjejas Di Bawah Majlis Perbandaran Kubang PasuSpecial Chamber

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT, saya ada usul yang kedua iaitu tentang pembangunan semula kawasan terjejas di bawah Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Tuan Yang di-Pertua, Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada beberapa buah kampung di kawasan pedalaman. PPD ini dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik, perparitan, kemudahan ICT, perumahan, sanitasi, sekolah, klinik dan aktiviti perniagaan runcit berskala kecil.

PPD ini terletak di dalam Pekan Alor Biak, Mukim Naga, Daerah Kubang Pasu dan di dalam Parlimen Jerlun. Jarak dengan bandar Jitra adalah sejauh 12 kilometer dan 15 kilometer dari bandar Alor Setar. Ia merupakan projek perintis di daerah Kubang Pasu yang dirancang dan dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun 1994 melalui Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Kedah. Keluasan keseluruhan tanah terlibat ialah 55 ekar yang mana telah dibuat pengambilan dan bayaran pampasan telah dibuat pada tahun 1995. Pampasan merangkumi kos pengambilan tanah, bangunan, kos pindah dan penyewaan tanah yang merupakan hak milik tanah adalah Kerajaan Negeri Kedah.

Terdapat bangunan kedai sedia ada yang berkeadaan uzur dan tidak terurus serta belum berpindah walaupun pampasan telah dijelaskan. Keadaan ini telah menjejaskan imej Pekan Alor Biak memandangkan ia terletak di laluan utama menghubungkan Pekan Ayer Hitam, Jitra, Gunung Keriang dan Alor Setar.

Tuan Yang di-Pertua, pada 28 September tahun lepas, berlaku kebakaran dan memusnahkan lapan buah kedai. Hingga ke hari ini tapak kebakaran tersebut tidak dibersihkan dan dibiarkan sahaja. Hal ini disebabkan Majlis Perbandaran Kubang Pasu tidak mempunyai peruntukan kewangan. Mereka yang terlibat kebakaran hilang punca pendapatan akibat tiada tapak perniagaan.

Terdapat tanah kosong yang terbiar berhampiran kawasan industri kecil dan sederhana dan Pejabat KEMAS yang memerlukan pembersihan. MPKP bercadang untuk membangunkan semula kawasan di dalam kawasan PPD tersebut dengan diberi perhatian pada kawasan “B”. Merujuk kawasan “B” akan saya serahkan lampiran kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang berkeluasan tiga ekar.

Perkara ini telah dibangkitkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kubang Pasu Bil. 04/2024 yang diadakan pada 23 Mei 2024.

Seterusnya telah dibangkitkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan MPKP Bil. 5/2024 yang bersidang pada 26 Mei 2024 supaya MPKP menyediakan perancangan semula ke atas tapak berkenaan. Tapak tersebut juga berada di dalam Cadangan Guna Tanah Perniagaan mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang diwartakan pada 10 Jun 2021.

Antara cadangan dan anggaran kos di atas tapak ini adalah:

i. kerja permulaan dan pembersihan dianggarkan RM100,000.00; ii. bangunan bazar setingkat dianggarkan RM1.5 juta; iii. tapak bangunan perniagaan dianggarkan RM2 juta; iv. tapak perniagaan terbuka dianggarkan RM500,000; dan v. penyediaan infrastruktur dianggarkan RM1 juta.

Jumlah keseluruhan adalah RM 5,100,000.00. Di samping itu, penyediaan tapak stesen minyak boleh diswastakan kepada pihak yang berminat. Oleh itu, saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.

[Selawat] . Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Parlimen Jerlun, adalah menjadi fokus dan komitmen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membangun dan memperkasakan peranan kerajaan tempatan, selaras dengan misi Malaysia MADANI untuk menjadi negara yang lebih makmur dan maju.

Kerajaan MADANI memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam. Dalam hal ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan

(JKT) menyediakan peruntukan projek-projek BP.1 berskala kecil khusus untuk pembangunan projek-projek di kawasan pentadbiran PBT di seluruh negara dengan kos pelaksanaan tidak melebihi RM1 juta bagi setiap projek.

KPKT telah menetapkan kriteria-kriteria projek pembangunan yang boleh dipertimbangkan di bawah peruntukan BP.1 Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan berikut:

(i) lokasi projek mestilah berada di dalam kawasan pentadbiran ataupun operasi PBT;

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

(ii) projek menjadi aset PBT selepas disiapkan dan diserahkan. Maknanya penyelenggaraan semuanya di bawah tanggungjawab PBT;

(iii) PBT bertanggungjawab menyelenggarakan aset tersebut apabila telah diserahkan; dan

(iv) projek perlu disiapkan dalam tahun semasa. Kalau peruntukan BP.1 itu diberikan tahun ini, tahun ini kena disiapkan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya tumpang simpati dengan nasib mangsa-mangsa kebakaran khususnya peniaga-peniaga yang disebutkan hilang punca pendapatan akibat kebakaran pada 28 September yang lepas. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang di-Pertua dan Ahli Parlimen Jerlun, Ahli Yang Berhormat juga, semakan telahpun dibuat oleh pihak kami dengan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dan mendapati bahawa Pekan Alor Biak di bawah Mukim Naga ini berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu.

Sehubungan itu, kementerian kami mencadangkan agar permohonan tersebut yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi dapatlah dipanjangkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Tuan Yang di-Pertua Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Saya persilakan Yang Berhormat Jerlun untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebenarnya kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Pembandaran Kubang Pasu. Sebab itu dia boleh mewujudkan Pusat Pertumbuhan Desa, IKS, KEMAS dan sebagainya.

Jadi tanah yang terlibat, tapak yang terlibat kebakaran itu pun masih lagi di bawah tanah MPKP. Jadi, saya mohon pertimbangan KPKT supaya isu yang berkait dengan tapak Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang dibina secara bersendirian.

Sebab pampasan telah pun dibayar. Jadi pihak MPKP tidak membuat apa-apa projek atas tanah itu akhirnya tanah itu dibangunkan rumah kedai mengikut keupayaan sendiri.

Jadi dibina dengan kayu, jadi risiko kebakaran berlaku. Jadi saya mohon pertimbangan sekali lagi sebenarnya ia bukan di bawah pejabat-pejabat tanah dan Daerah Kubang Pasu itu memang lah tanah tu. Tetapi pengambilan telah pun dibuat jadi tertakluk di bawah MPKP dan maklumat ini pun saya dapat daripada Majlis Daerah Kubang Pasu. Sekian.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan semakan yang dibuat oleh Jabatan Kerajaan Tempatan kepada Majlis Perbandaran Kubang Pasu itulah maklumat yang kita perolehi daripada mereka sendiri. Walau bagaimanapun tak apa,

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

kita adalah dalam satu negara yang sama kerajaan yang sama, kita masih boleh membuat semakan-semakan. Insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi ucapan di bawah usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Rabu, 3 Julai 2024, jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.56 petang]