Dewan Rakyat · 3 July 2024
15th Parliament, session 3, meeting 2 · not final · 1,118 turns · 63,408 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Assalamualaikum, selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mula pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan. Saya mempersilakan soalan yang pertama, Puan Vivian Wong Shir Yee, Yang Berhormat Sandakan. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Soalan Sandakan nombor satu.
Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
1. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi membangunkan Sandakan sebagai salah satu destinasi pelayaran, ataupun cruise destination di Malaysia, memandangkan Sandakan merupakan destinasi popular bagi pelancong-pelancong dari Eropah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama dengan agensinya Tourism Malaysia telah mengadakan lawatan tapak di Sandakan pada bulan April 2024 bagi meninjau kemudahan sedia ada untuk menilai tahap kesesuaian untuk dipromosikan lebih jauh. Kementerian Pengangkutan juga telah menjemput pihak kementerian bersama dengan Tourism Malaysia menghadiri satu perbincangan pada 3 Mei 2024 bagi mengenal pasti langkah seterusnya bagi menghidupkan semula industri cruise di Malaysia. Berdasarkan penilaian, Sandakan Port merupakan transit port yang boleh dipopularkan, terutama bagi pelancong dari Eropah di mana destinasi agropelancongan dengan wildlife merupakan tarikan utama di Sandakan. Antara strategi yang dicadangkan termasuk mengaktifkan semula Malaysia Cruise Council yang menghubungkan pembuat dasar dengan pemain industri bagi menyatakan hala tuju industri serta mengatasi sebarang halangan yang merencatkan pembangunan industri
kapal persiaran di pesisiran. Ini termasuk menambah baik infrastructure pelaburan, penambahbaikan tadbir urus customs, immigration and quarantine (CIQ). Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sandakan, soalan tambahan.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah mengenai isu yang dihadapi oleh our operators in Sandakan, khususnya di Sandakan. Di mana mereka tidak dapat membeli petrol untuk kegunaan bot-bot mereka yang sedia ada untuk membawa feri pelancong daripada jeti ke resort. So, hanya setiap hari mereka diberikan satu limit 100 liter sahaja. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada telah membangkitkan isu ini di Kabinet dan juga sudah mendapatkan persefahaman daripada Kementerian Kos Sara Hidup untuk memberikan mereka elaun yang lebih, di mana satu hari mereka perlu menggunakan sekurang-kurangnya 400 liter dan bukan 100 liter sahaja. Thank you.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, permohonan permit khas untuk membeli barang-barangan kawalan di jadual ataupun berjadual bagi tujuan pengangkutan air, termasuklah pelancong, adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sebarang aduan berkenaan hak pembelian petrol yang berkenaan boleh dilakukan kepada pihak KPDN. Untuk makluman, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kementerian untuk menjaga imej negara bagi memastikan ekonomi negara terus meningkat dan juga Yang Berhormat Sandakan ada sebut, saya akan berbincang dalam Kabinet yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah perancangan strategi pihak kementerian dalam merancakkan juga pelancongan pelayaran bagi kategori sungai seperti yang masyhur di Melaka River Cruise? Bagaimana dengan negeri-negeri lain yang turut berpotensi seperti negeri Kelantan di Pengkalan Datu dan Kuala Besar? Kedua, apakah strategi kementerian dalam menggalakkan pengendali kapal pelayaran dan industri kapal pelayaran merancakkan lagi terminal pelabuhan seperti Langkawi Cruise Terminal, Swettenham Pier Cruise Terminal dan Port Klang Cruise Terminal di Selangor? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat persoalkan ini isu. Saya sudah banyak kali beritahu. Jadi, kita pelancongan mesti bekerjasama. We must be cooperate together sama kerajaan negeri masing-masing dan rancangan daripada kerajaan negeri. Ini juga cruise, kita cuma boleh buat promotion. Jeti semua bersedia. Ada terlibat sama dengan kerajaan negeri dan terutama sekali Kementerian Pengangkutan mesti bersedia. Bila bersedia, kita boleh jalankan promosi di negara mana-mana. Sekian, terima kasih.
Soalan yang kedua, saya mempersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.
Okey. Yang Berhormat dari Jabatan Perdana Menteri. Menteri.
2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan pelan terkini menggubal Akta Ombudsman Malaysia yang telus, berakauntabiliti dan cekap dalam sistem kerajaan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Laporan Kemajuan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 ke 2023, Kerajaan Malaysia komited untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai badan bebas yang akan menerima dan meneruskan aduan berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan awam persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan Madani sedang mempertimbangkan satu modul Ombudsman Malaysia yang unik yang menggabungkan Biro Pengaduan Awam dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia ini juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Agenda Reformasi dan Undang-undang Bilangan 1 Tahun 2024 yang telah diadakan pada 29 April 2024 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, yang memutuskan supaya sesi libat urus holistik dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan untuk menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan Ombudsman Malaysia. Keputusan ini turut dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 12 Jun 2024. Kini, proses pelantikan ahli jawatankuasa dari setiap agensi yang terlibat bagi tujuan sesi libat urus holistik sedang berjalan. Sesi libat urus ini penting untuk memastikan pandangan dan keperluan semua pihak berkepentingan diambil kira dalam proses penubuhan Ombudsman Malaysia secara telus dan menyeluruh untuk kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Sik.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ketika rakyat dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bahawa pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan melalui proses ataupun melalui Parlimen, melalui jawatankuasa tetap Parlimen. Ketika yang disebut libat urus untuk kewujudan Ombudsman Malaysia ini, adakah pihak kerajaan menetapkan bahawa pelantikan Jawatankuasa Ombudsman juga perlu melalui proses ataupun melalui Jawatankuasa Parlimen bagi memastikan penubuhan Ombudsman ini lebih akauntabiliti, lebih integriti dan lebih diyakini oleh rakyat sebagai badan bebas untuk menyiasat sebarang salah laku di pihak mana-mana yang melakukan kesalahan dalam negara kita? Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Cadangan Yang Berhormat itu adalah baik. Itu ada satu perkara, saya rasa boleh diambil kira. Saya berpandangan bahawa jawatankuasa yang ditubuhkan, yang sedia ada itu boleh berbincang dengan pihak-pihak berkenaan supaya perkara itu dapat dihalusi dan satu tindakan boleh dibuat.
[Bangun]
[Bangun]
Tetapi kita perlu ingat bahawa seperti yang saya beritahu, bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk menentukan dan menamakan pihak-pihak yang terlibat. Maka pada masa itu, satu keputusan muktamad akan dibuat. Terima kasih.
[Bangun]
Soalan tambahan, saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput punya itu rosak ke?
Okey, okey.
Saya tak keluar – Ha, okey. Baru keluar.
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Ombudsman Malaysia yang dicadangkan ini akan turut merangkumi maladministration ataupun salah laku oleh anggota-anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini SPRM mempunyai jawatankuasa aduannya yang sendiri, yang ditubuhkan di bawah seksyen 15, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jawatankuasa ini bertujuan antara lain, memantau dan menangani aduan yang bersifat bukan jenayah terhadap pegawai dan anggota SPRM. Bagi PDRM pula, aduan-aduan terhadap pegawai-pegawai dan anggota PDRM dikendalikan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2022. Walau
bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dan dibincangkan secara lebih lanjut dengan semua agensi dan kementerian yang berkaitan dalam sesi libat urus yang akan diadakan. Seperti saya kata, dalam tempoh tiga bulan dari 12 Jun, satu deep study akan dibuat dan di mana pelantikan akan dibuat. Selepas itu, menghalusi semua pandangan dan satu keputusan akan dibuat selepas itu. Terima kasih.
Baik. Kita ke soalan yang ketiga. Saya mempersilakan Tuan Tan Kok Wai, Yang Berhormat Cheras.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.
3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Luar Negeri menyatakan hasil lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras di atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini. Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengadakan lawatan rasmi ke Republik Rakyat China dari 22 Mei hingga 1 Jun 2024. Lawatan rasmi ini adalah bagi memenuhi jemputan Tuan Yang Terutama Ding Xuexiang, Timbalan Perdana Menteri China dan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini. Semasa lawatan tersebut di Beijing, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat ke atas Premier Li Qiang, Perdana Menteri China, mengadakan mesyuarat dua hala dengan Tuan Yang Terutama Ding Xuexiang, Timbalan Perdana Menteri dan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Wang Xiaohong, Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam. Semasa di Hong Kong, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah bertemu dengan Tuan Yang Terutama John Lee Ka-Chiu, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengambil peluang meneroka peluang kerjasama di antara Malaysia dan China, terutamanya dalam bidang pendidikan dan tumpuan kepada latihan teknikal dan vokasional (TVET). Pembangunan industri halal dan kesalinghubungan atau dengan izin, connectivity serta hubungan sesama rakyat. Kedua-dua pihak juga telah bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama, termasuklah bidang teknologi tinggi, tenaga yang boleh diperbaharui, ekonomi digital dan semi-konduktor. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri turut menggalakkan pihak China untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama yang sedia ada dalam sektor ekonomi dan sosial, seperti projek-projek utama
Malaysia dan China termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), “Dua Negara, Taman Berkembar” dengan izin, “Two Countries, Twin Parks” dan lain-lain projek di bawah inisiatif jalur dan laluan atau dengan izin, Belt and Road Initiative (BRI). Kerjasama ini adalah penting bagi terus merancakkan hubungan pelaburan dan perdagangan yang kini berada pada tahap yang sangat memuaskan, di mana China merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak tahun 2009 dan menyumbang sebanyak 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan global Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, semasa kunjungan hormat ke atas Premier Li Qiang, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengambil peluang untuk memaklumkan tentang industri halal global yang bernilai USD3.1 trilion pada tahun 2018, yang berkembang sebanyak 4.1 peratus setiap tahun dan dijangka mencapai USD5 trilion pada tahun 2030. Premier Li Qiang menyambut baik usaha Malaysia dan menzahirkan kesungguhan kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam bidang pensijilan, perkhidmatan dan produk halal. Kedua-dua pihak juga turut membincangkan isu pengecualian visa, di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan hasrat dan harapan agar China juga memberikan pengecualian visa selama 30 hari kepada pengembara Malaysia, sama seperti yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada pengembara China.
Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebutkan tadi, bidang pendidikan terutamanya TVET, merupakan topik utama yang telah dibincangkan semasa lawatan ini. Dalam hal ini, kedua-dua negara bersetuju untuk mempertingkatkan usaha sedia ada dalam meneroka peluang kerjasama bagi mewujudkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi tinggi. Semasa lawatan tersebut, tajaan industri oleh 114 institusi TVET negara China menawarkan sebanyak 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET. Malaysia juga bercadang untuk terus menghantar lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar ke China, terutamanya ke Majlis Latihan Vokasional Hong Kong yang merupakan institusi terbesar dalam bidang pendidikan dan latihan vokasional dan profesional. Semasa lawatan ke Shenzhen dan Shanghai, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga telah menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU), memorandum persetujuan (MoA) dan surat niat (LOI). Ini termasuk MoU antara Universiti Kuala Lumpur dan Huawei, MoU antara SKS Coachbuilder Sdn. Bhd. dan Zhejiang CRRC Electric Vehicle Co. Ltd. dan MoA antara Maraliner Sdn. Bhd. dan SKS Coachbuilder Sdn. Bhd. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga telah menyaksikan majlis menandatangani LOI antara MARA Corporation Sdn. Bhd. dan China Electrical Equipment (CEE) International Co. Ltd. Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke China telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengeratkan
lagi hubungan dua hala dan mengekalkan persefahaman yang sedia ada antara Malaysia dengan China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik. Sekian dan terima kasih.
Yang Berhormat Cheras. Silakan.
Terima kasih. Demi mengukuhkan hasil lawatan ke China, ingin saya tanyakan, apakah Timbalan Perdana Menteri telah mengambil kesempatan lawatannya untuk meningkatkan dialog antara ASEAN dengan Shanghai Cooperation Organization (SCO) ke dialog tahap Menteri Luar Negeri? Memandangkan Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun hadapan dan juga SCO ini merupakan organisasi serantau terbesar di dunia ini dari segi geografi dan populasi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri KLN.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, bahawa dalam pertemuan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersama dengan Tuan Yang Terutama Premier Li Qiang, mereka juga telah menyentuh soal isu-isu serantau dan juga antarabangsa termasuk juga kerjasama dan juga kolaborasi bagaimana untuk kita memantapkan lagi hubungan di antara Malaysia dengan juga China, bahkan dengan melibatkan dengan negara-negara sahabat dalam anggota ASEAN sendiri. Penting untuk kita memperhebatkan lagi hubungan kita itu. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga telah memaklumkan tahun hadapan kita sebagai Pengerusi ASEAN juga akan memanfaatkan kedudukan itu untuk memantapkan lagi kerjasama kita. Bukan hanya Malaysia, Yang Berhormat, tetapi juga di kalangan anggota negara-negara ASEAN, bersama juga dengan China sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Kangar. Dia berdiri dahulu.
Terima kasih, YB Speaker. Terima kasih, YB Menteri. Kalau kita lihat balik bilangan penduduk China, sekarang ini melebihi 1.4 bilion yang mendorong kebanyakan negara-negara menjalin hubungan diplomatik yang intim dengan negara China sejak zaman berzaman. Jadi, begitu juga dengan Malaysia. Selepas lawatan Perdana Menteri ke China, seterusnya lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China. Memang nampak dari segi keakraban antara Malaysia dan China. Namun begitu, di rantau di sebelah sini terutama di Laut China Selatan, China sedang berusaha untuk memperkukuhkan kuasa maritim mereka. Malah, mereka turut menghampiri kawasan luar pantai Sarawak. Soalannya, apakah pendirian tegas Kerajaan Malaysia terhadap isu ini? Kedua, adakah langkah proaktif kerajaan di dalam menangani isu kehadiran kapal-kapal perang China di Laut China Selatan? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri KLN.
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri juga, saya turut bersama-sama dengan beliau untuk mengiringi lawatan rasmi itu. Perjumpaan, perbincangan telah diadakan dalam keadaan yang begitu mesra sekali di antara kedua-dua pemimpin ini. Memang ada menyentuh soal-soal serantau dan juga antarabangsa termasuk juga isu-isu yang sedang diteliti bersama oleh kedua-dua buah negara. Kita memang tegas dari mula bahawa kita mempertahankan kedaulatan kita. Kita akan menggunakan platform-platform yang sedia ada untuk kita mengadakan sebarang rundingan dengan pihak China. Kita memang bertegas dan kita tidak akan berkompromi soal kedaulatan negara. Tetapi, mekanisme yang sedia ada ini, Yang Berhormat, kita akan gunakan. Bagaimana untuk kita meneruskan perundingan, perbincangan terutamanya melibatkan Laut China Selatan. Code of conduct (COC), umpamanya. Memang ini sudah diperbincangkan antara kedua-dua buah negara dan kita memanfaatkan framework ASEAN yang sedia ada itu bagaimana kita untuk berunding dan berbincang dengan pihak negara China sendiri. Terima kasih, Yang Berhormat.
Berikut, saya mempersilakan Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Yang Berhormat Ketereh.
Assalamualaikum wbt. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 4.
Silakan, Menteri Pertahanan.
4. Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) termasuk penyelenggaraan infrastruktur di kawasan (RKAT) setelah mendapat peruntukan sebanyak RM400 juta pada tahun 2024.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh untuk soalan dikemukakan. Kementerian Pertahanan sentiasa melaksanakan senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara bergantung kepada peruntukan tahunan yang diterima. Empat agensi pelaksana yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan senggaraan itu iaitu Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) Markas Angkatan Tentera Malaysia. Bagi tahun 2024, Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan peruntukan tersebut telah diagihkan kepada empat markas iaitu markas tentera darat, markas tentera laut, markas tentera udara dan juga markas Angkatan Tentera Malaysia. Pada masa ini, sebanyak 694 projek sedang dalam proses perolehan, 386 dalam pelaksanaan, 16 projek telah selesai dilaksanakan oleh keempat-empat agensi pelaksana ini.
Secara kesimpulannya, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan anggota tentera terutamanya yang terkait dengan perumahan anggota dan keluarga bagi memastikan bahawa mereka dapat terus menyumbang khidmat bakti kepada negara. Itu sahaja jawapan.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Ketereh.
Terima kasih, Timbalan Menteri. Kalau kita tengok, RM400 juta itu bukan satu jumlah yang kecil, yang mana duit rakyat disumbangkan kepada MINDEF ini, kalau kita tengok keseluruhannya, RM19.7 juta. Untuk ini sahaja, diberi RM400 juta. Jadi, kalau duit yang banyak tetapi tidak digunakan dengan baik atau tidak diseliakan dengan baik, tentunya dia tidak memberi manfaat kepada anggota angkatan tentera. Jadi, soalan saya. Bagaimana MINDEF mengawal pelaksanaan projek ini agar wang yang sebanyak itu, RM400 juta ini, tidak berlaku ketirisan dan dia dimanfaatkan kepada projek-projek tersebut? Itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh di atas soalan tambahan itu. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman kita, kita tahu bahawa hampir keseluruhan Rumah Keluarga Angkatan Tentera― ada 59,000 Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang sebahagian besarnya harus kita selenggara. Sebab itu kalau kita lihat daripada jumlah yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan itu setelah kita agih-agihkan kepada markas- markas yang telah saya sebutkan tadi, memang kita ada penyelarasan ataupun supervision di peringkat tapak itu sendiri. Sebab itu kalau kita lihat semua projek-projek kita ini, memang kita mempunyai apa yang kita sebut sebagai penyelarasan di peringkat tapak projek ataupun yang kita sebut sebagai mesyuarat tapak setiap bulan yang kita lakukan.
Di samping kita tahu bahawa dalam masa yang sama kita juga melakukan lawatan- lawatan. Semua kepimpinan di peringkat MINDEF itu sama ada Menteri, Timbalan Menteri atau pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan dan pembangunan projek ini memang kita lawat tapak-tapak projek ini untuk pastikan bahawa projek-projek yang siap juga bukan sahaja dapat dilaksanakan mengikut jadual tetapi dalam masa yang sama, kita harap hasil kerja yang dilakukan oleh kontraktor itu juga dapat memenuhi kehendak anggota- anggota pertahanan kita. Itu sahaja.
Tekan, Yang Berhormat. Silakan tekan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri..
Yang Berhormat Bukit Bintang, okey.
Apakah masih terdapat anggota-anggota tentera yang masih duduk di luar kem, akibat tidak cukup perumahan anggota. Saya ingin tahu, berapa bilangannya dan perancangan menempatkan mereka. Terima kasih.
Silakan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bintang atas persoalan yang dikemukakan. Sepertimana Dato' Yang di-Pertua, sepertimana yang saya maklumkan, keseluruhan daripada rumah keluarga angkatan tentera adalah sekitar 59,000 rumah. Kalau kita tengok dalam blueprint perumahan angkatan tentera, kita harus menyiapkan sekitar 12,000 lagi perumahan anggota pertahanan kita. Sebab itu kalau kita lihat secara keseluruhannya, kita hanya menyediakan sekitar 60 peratus daripada keseluruhan keperluan anggota pertahanan kerana kita tahu bahawa sebahagian daripada anggota pertahanan itu mereka membeli aset-aset di luar dan mereka duduk di kawasan perumahan masing-masing. Akan tetapi keperluan kita buat masa ini adalah sekitar 12,000 rumah keluarga angkatan tentera dan ini sasaran kita menjelang tahun 2030. Itu sahaja jawapannya.
Berikut, dipersilakan Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Jempol nombor 5, terima kasih.
Silakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
5. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah cabaran kementerian dalam usaha menggubal akta baru atau meminda akta sedia ada berkaitan Lemon Law bagi melindungi pengguna dalam hal ehwal pembelian kenderaan dan setakat ini bagaimana tahap kerjasama pemain industri kenderaan terhadap cadangan pengenalan Lemon Law ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Jerantut bertarikh 3 Julai 2024, Yang Berhormat Kampar pada 10 Julai 2024 dan Yang Berhormat Setiu bertarikh 16 Julai 2024, memandangkan pertanyaan dan isu yang dibangkitkan berkaitan latar perkara yang sama. Peruntukan perundangan bercirikan Lemon Law berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barangan yang diberikan gagal mematuhi guarantee yang ditetapkan telah termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) di bawah kawal selia KPDN. Peruntukan undang-undang sedia ada yang mempunyai ciri-ciri dan komponen Lemon Law juga terkandung di beberapa akta dan peraturan merentasi kementerian dan agensi di Malaysia seperti Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Langsung – Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967.
Susulan daripada pelbagai aduan dan kes terkait yang berlaku serta pandangan banyak pihak, KPDN telah melaksanakan inisiatif untuk meneliti kerangka perundangan sedia ada untuk mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan pengguna. Sehubungan itu, kementerian sedang menjalankan kajian perwujudan perundangan berkaitan Lemon Law bersama kumpulan perunding pakar. Kajian ini telah bermula pada bulan Jun 2024 dan disasarkan selesai pada bulan September 2024. Hasil kajian ini akan dijadikan asas pertimbangan untuk membuat keputusan dasar sama ada perlu membuat penambahbaikan terhadap kerangka perundangan sedia ada atau memerlukan kepada penggubalan perundangan baharu. Sebagai usaha yang berterusan, KPDN akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha ini. Ini termasuklah penganjuran Simposium Kepenggunaan Malaysia 2024 yang telah diadakan pada 4 Jun lalu bertujuan mendapatkan maklum balas daripada para pemegang taruh berkenaan cadangan pengukuhan kerangka perundangan Lemon Law di Malaysia dan bersandarkan kepada simposium tersebut adalah didapati semua pihak, semua stakeholders, dengan izin termasuklah pihak industri memberikan respons yang positif untuk memperkukuhkan perlindungan hak kepenggunaan melalui Lemon Law, sekali gus membantu perkembangan industri automotif negara. Terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Timbalan Speaker, jadi pada pandangan Jempol, Lemon Law ini mesti disegerakan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah pun membangkitkan isu Lemon Law ini sejak 2007 dan juga pada tahun 2014 menghantar memorandum kepada kementerian supaya dicepatkan Lemon Law ini. Jadi sebagaimana yang kita sedia maklum kalau saya ambil aspek kerosakan, kerosakan dari segi kenderaan kereta sahaja. Jadi semakin banyak kes kerosakan kereta. Saya ambil contoh kereta sahaja isu ini besar yang dilaporkan dalam media perdana dan media sosial. Masalah utama kepada pengguna ialah untuk menuntut hak tebus rugi melalui pemfailan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia disebabkan ada had maksima RM50,000 dan ke bawah. Jarang ada kalau kita lihat dari segi kenderaan baharu, ia bawah RM50,000. Begitu juga kenderaan motor berkuasa tinggi pun melebihi RM50,000. Jadi dalam hal ini, Jempol ingin mencadangkan, saya mencadangkan satu perkara yang boleh buat dengan segera...
Yang Berhormat, soalan... [Tidak jelas]
...Iaitu kita naikkan had Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia kepada RM150,000 dan sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kalau perlu kita buat penambahan dalam akta kita kena buat, bawa ke Dewan ini dengan kadar segera supaya kita putuskan untuk kita
melindungi hak pengguna di negara kita. Jadi apa respons, pandangan dan juga komitmen daripada Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Ya, kalau kita lihat Akta 599 ini, seksyen 98(1) memang menetapkan bahawa had bidang kuasa award itu adalah RM50,000 dan kalau kita lihat sebenarnya semenjak akta ini diwujudkan pada tahun 1999 telah dua kali pindaan dibuat. Asalnya hanya RM10,000 tahun 2003 dipinda kepada RM25,000 dan 2019 kepada RM50,000 had nilai bidang kuasa award. Sememangnya Yang Berhormat melalui laporan awal KPDN dalam kita menambah baik undang-undang Lemon Law ini, had bidang kuasa termasuklah nilai had RM50,000 itu merupakan salah satu daripada empat komponen utama isu berbangkit yang perlu ditambah baik dan saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol bahawa melihat kepada realiti dan kedudukan semasa, sememangnya had nilai amaun tersebut, bidang kuasa tersebut adalah perkara yang perlu untuk diperkukuhkan dan ditambah baik. Terima kasih.
Yang Berhormat sebelah sini jika tiada, saya akan panggil di sebelah sini. Baik, sebelah kerajaan ada sesiapa mahu bertanya soalan kepada Menteri? Jika tiada, saya teruskan soalan yang selanjutnya. Soalan yang keenam, Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera soalan saya nombor 6.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
6. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah Sekolah Agama Rakyat di bawah JAKIM yang layak menerima geran bantuan berjumlah RM20,000 sebagaimana yang diumumkan serta mekanisme serta prasyarat permohonan geran bantuan berkenaan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan pemegang taruh negeri. Berdasarkan kepada perenggan 267 Belanjawan Negara 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023, sebanyak RM20,000 akan diberikan kepada setiap sekolah agama rakyat dan akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Buat pengetahuan Yang Berhormat dan Ahli Dewan yang mulia, sejak 2003, kerajaan ketika itu telah memberhentikan bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat.
Namun, Kerajaan Perpaduan telah mengembalikan semula bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia. Merujuk kepada Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM sehingga April 2024, jumlah sekolah agama rakyat berdaftar adalah sebanyak 1,876 buah sekolah. Semua permohonan geran ini mestilah melalui pemegang
taruh negeri masing-masing dan kelulusan adalah berdasarkan kepada garis panduan Pengurusan Peruntukan Khas Geran Institusi Pendidikan Islam tahun 2024. Sehingga Jun 2024, JAKIM telah menerima sebanyak 874 permohonan dan sekolah agama rakyat yang memohon akan diberikan peruntukan berdasarkan jumlah pelajar yang ada di sekolah agama rakyat yang memohon. Semua peruntukan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Pengurusan yang berada di JAKIM. Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah menyalurkan bantuan setakat ini sebagai permulaan sebanyak RM5.36 juta kepada JAKIM bagi Geran Sekolah Agama Rakyat. Pihak JAKIM telah memulakan gerak kerja bagi menguruskan bantuan geran dengan bantuan 18 pemegang taruh negeri masing-masing, 18 pemegang taruh tersebut ialah jabatan hal ehwal agama Islam negeri-negeri, termasuklah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan juga Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Islam Kelantan. Maknanya, keseluruhan negeri menerima geran- geran ini. Setakat ini JAKIM telah menerima permohonan sebanyak 874 daripada sekolah agama rakyat. Sehubungan itu, JAKIM akan menyalurkan peruntukan tersebut ke akaun semua sekolah agama rakyat yang memohon pada tahun ini bermula Julai 2024 tanpa mengira negeri Kerajaan Perpaduan ataupun negeri pembangkang. Terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah apakah kerajaan bercadang untuk mengembalikan bantuan per kapita sebagaimana disebut tadi yang pernah diberikan sebelum 2022 kepada pelajar-pelajar di SAR ini kerana kita melihat kos pentadbiran, kos pengurusan dan juga pembangunan sekolah meningkat dari semasa ke semasa. Sudah tentu kita menyedari bahawa sebenarnya SAR ini banyak membantu kerajaan, meringankan beban dari sudut pembangunan dan pengurusan pentadbiran sekolah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah baik serta memperkasakan sekolah agama rakyat. Malahan, telah membuat inisiatif untuk mengembalikan bantuan SAR ini. Umumnya boleh saya kongsikan dengan Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang lainnya yang telah pun dilakukan ketika ini iaitu peruntukan sebanyak RM150 juta bagi selenggara dan naik taraf institusi pendidikan Islam. Untuk makluman Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, agihan pertama berjumlah RM50 juta telah diagihkan kepada institusi pendidikan Islam yang memohon melalui pemegang taruh negeri. Ketika ini, JAKIM sedang menguruskan baki peruntukan sedia ada. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat sebentar tadi, ianya sememangnya ada
di dalam perancangan. Namun begitu, ianya masih lagi berdasarkan kepada kekuatan dan juga peruntukan kewangan yang ada kepada pihak kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih Timbalan Speaker. Pulai ucap tahniah kerana kerajaan telah mengembalikan Geran Bantuan Sekolah Agama Rakyat ini yang sebelum ini menjadi polemik. Jadi, sekarang ini ada bantuan RM20,000 setahun. Jadi, soalan saya adalah apakah rancangan kerajaan pada masa depan untuk meningkatkan lagi kualiti SAR ini supaya dapat membantu rakyat melahirkan lebih ramai lagi ilmuwan agama di negara kita ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang dimaklumkan bahawa ada beberapa inisiatif dan juga usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh adalah dari segi gaya aspek infrastruktur iaitu dari aspek penyelenggaraan. Manakala, bantuan tambahan adalah aspek pengoperasian. Dalam masa yang sama, pihak JAKIM juga sedang dan telah pun melaksanakan dan akan melaksanakan iaitu advokasi bersama pihak institusi pendidikan Islam khususnya sekolah agama rakyat termasuk menganjur dan mengadakan program-program latihan kepada guru-guru, kursus kepada guru-guru dan juga pentadbir, mudir dan pengetua sekolah agama rakyat. Ini menunjukkan bahawa usaha-usaha yang bersepadu bukan setakat infrastruktur tetapi juga aspek sumber manusia dan juga kemahiran serta kemampuan pentadbir, guru- guru dan pengurusan sekolah agama rakyat yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan Islam di Malaysia. Terima kasih.
Soalan berikut. Dipersilakan Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sila jawab.
7. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kementerian cuba mengatasi masalah longkang otak (brain drain) dengan mengurangkan pilihan IPTS yang ditawarkan oleh biasiswa JPA-LSPM. Apakah cara untuk meningkatkan kualiti pendidikan di IPTA supaya bertaraf tinggi seperti IPTS demi mengelakkan kejadian longkang otak?
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan jawapan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperbetulkan sedikit istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Sibu dalam soalan ini
Yang di-Pertua iaitu soalannya berbunyi ― ada perkataan yang digunakan untuk ‘brain drain’ itu ialah ‘longkang otak’. So, yang itu terlalu literal definition ya, dengan izin. Jadi, sebenarnya istilah yang telah diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah hijrah cendekiawan. Walaupun ada juga yang menyebut tentang mungkin penghijrahan bakat tapi itu tidak berapa tepatlah. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibu. Jadi, hijrah cendekiawan ini dalam konteks penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah bermaksud pergerakan graduan tajaan yang memilih untuk berkhidmat di luar negara setelah tamat penajaan dan juga pengajian. Jadi, dalam skop pertanyaan ini antara usaha untuk kita mengurangkan masalah hijrah cendekiawan ini yang melibatkan graduan tajaan kerajaan yang bekerja di luar negara, sebenarnya mulai tahun 2016 kerajaan telah pun melaksanakan model baru penajaan dalam bentuk pinjaman boleh ubah (PBU) berasaskan tempat berkhidmat supaya program penajaan seumpama ini dapat memberikan pulangan pelaburan dalam bentuk modal insan kepada negara. Manakala, di bawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) tahun 2024, disyaratkan supaya IPTS yang disenaraikan mestilah dikategorikan sebagai kategori berdaya saing di bawah penarafan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Negara (SETARA) 2022 dan tersenarai dalam Quacquarelli Symonds atau QS World University Rankings tahun 2024 mengikut kedudukan keseluruhan ataupun mengikut bidang masing-masing. Justeru itu, sebenarnya Yang Berhormat tiada pengurangan bilangan pilihan IPTS yang ditawarkan oleh Biasiswa JPA-LSPM tahun 2024 sebagaimana yang didakwa Yang Berhormat lah. Jadi, seterusnya untuk menjawab isu mengenai perbandingan kualiti antara IPTA dan IPTS pula adalah diperhatikan bahawa secara keseluruhan IPTA berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding IPTS. Ini adalah berdasarkan kepada QS World University Rankings tahun 2024, di mana lima IPT di kedudukan teratas adalah Universiti Malaya diikuti oleh Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Maksudnya, kelima-lima ini adalah universiti yang dalam kategori IPTA. Kemudiannya, baru ada IPTS lah, Taylor’s College disebutkan. Walau bagaimanapun, dalam usaha kita untuk mengekalkan dan memastikan program yang ditawarkan oleh IPTS ini berkualiti dan sentiasa menepati kehendak semasa, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membangunkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan Dokumen Jaminan Kualiti sebagai rujukan piawaian dan panduan untuk membangunkan program-program yang berkualiti.
MQA akan melaksanakan semakan kualiti terhadap program di IPT secara berkala, tiga tahun hingga lima tahun supaya program yang ditawarkan adalah relevan dengan keperluan semasa majikan dan industri. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Sibu.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang perkataan ini ada juga digunakan di luar macam bahasa pasar. Jadi, saya menggunakan perkataan ini, ‘longkang otak’. Tidak apa, maksud dia ialah brain drain. Okey, masalah kehilangan pakar atau brain drain sudah lama menjadi satu isu di negara kita. Salah satu sebab ialah kekurangan peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti awam di negara kita, terutamanya untuk pelajar lepasan STPM. Jadi, kalau tidak ada jaminan diberikan kepada mereka yang mengambil STPM supaya juga mempunyai priority yang setaraf atau lebih tinggi untuk memilih kursus mereka, siapakah lagi akan mengambil STPM sebagai platform untuk memasuki universiti awam dan juga kewujudan STPM ini juga akan diragui. Jadi soalan saya, bagaimana kerajaan memastikan bahawa universiti awam kita mempunyai peluang atau ruang yang mencukupi kepada pelajar lepasan STPM dan bagaimana memastikan supaya mereka berpeluang untuk memasuki kursus yang mereka ingini?
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kemasukan pelajar lepasan STPM ini atau yang setaraf seperti STAM, matrikulasi, asasi, diploma, sebenarnya mereka melalui sistem UPU online ke universiti-universiti awam. Yang ini menggunakan prinsip meritokrasi yang penilaiannya ada dua iaitu yang pertama, penilaiannya adalah 90 peratus markahnya adalah akademik dan 10 peratus pula adalah kokurikulum. Jadi, ini sudah tentunya berasaskan merit setiap pelajar lah. Kemudian sistem UPU online pula sememangnya membolehkan pelajar menyenaraikan beberapa pilihan kursus dan universiti.
[Bangun]
Jadi, keutamaan diberikan kepada pilihan pertama dan juga pilihan kedua dengan mengambil kira kelayakan pelajar dan juga tempat yang sedia ada. Jadi, walau bagaimanapun kita perlu faham bahawa beberapa kursus yang popular contohnya perubatan, kejuruteraan, undang-undang, itu ia mempunyai persaingan yang tinggi dan dalam hal ini, pelajar dengan pencapaian tertinggi sahajalah yang mungkin dapat diterima masuk ke mana-mana pilihan pertama merekalah. Jadi, persaingan dan kelayakan ini akan sebenarnya menentukan kursus yang ditawarkan kepada pelajar itu. Terima kasih.
Baik. Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Baik, terima kasih kepada Datuk Speaker. Baru hari ini saya faham istilah brain drain. Dok cari juga apa maksud yang sebenarnya tetapi cantiknya guna istilah ‘hijrah cendekiawan’ adalah lebih sedap didengar. Baik, soalan tambahan saya Tuan Speaker, mungkin isu brain drain ataupun penghijrahan cendekiawan adalah isu global. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya penghijrahan cendekiawan. Mungkin salah satunya ialah kita
mungkin tiap-tiap negara ataupun negara kita lebih memandang orang luar daripada rakyat kita sendiri ataupun mungkin daripada segi tangga gajinya rendah atau nilai ringgit kita yang semakin merudum. Pada tahun 2023 dilaporkan seramai 5.5 peratus iaitu 1.86 juta penghijrahan terbesar iaitu terutamanya ke Singapura, 1.3 juta. Jadi soalan saya, adakah kementerian beranggapan isu ini adalah isu menang-menang ataupun bagi saya win-win situation di mana apabila mereka ini kembali, mereka ini adalah lebih berbakat, berpengalaman, berkemahiran dan kembali bekerja di Malaysia dan boleh membangunkan Malaysia tetapi jika ia berterusan, apakah pembaharuan terhadap fungsi TalentCorp di bawah Program Kepulangan Pakar? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya bersetuju bahawa kita kenalah sebenarnya mengekang pengeluaran ataupun hijrah cendekiawan ini ke negara-negara luar tetapi apa pun sebenarnya kita belum ada angka yang secara rasmi berapa ramai ataupun berapa peratusan yang keluar ke luar negara ini untuk bekerja. Itu saya rasa mungkin kita kena bangunkan sistem dengan lebih baik untuk kita betul-betul track dengan izin, mereka ini. Jadi bagi saya, sebenarnya kerajaan pun memang menjalankan beberapa usaha untuk memastikan kita mengekang penghijrahan cendekiawan ini. Seperti Yang Berhormat juga tahu, baru-baru ini kerajaan telah pun mengumumkan tentang penambahbaikan sistem saraan untuk penjawat awam. Itu juga di antara salah satu cara bagaimana kita sebenarnya memberi keutamaan ini dan memberikan kepada penjawat-penjawat awam ini ataupun mereka yang mahu bekerja di sektor-sektor awam dan swasta ini mendapat pulangan ataupun gaji yang lumayan ataupun gaji yang setara dengan apa yang telah diberikan di negara luar. Tapi, of course itu bergantung pada berapa banyak kewangan negara kita. Jadi tentang TalentCorp yang Yang Berhormat tanya itu, insya-Allah itu memang di antara perkara yang dilakukan oleh TalentCorp untuk memastikan talents yang ada negara luar khususnya pelajar-pelajar kita untuk dibawa kembali pulang ke negara dan memberikan khidmat mereka di sini. Tetapi, insya-Allah saya akan memberikan kepada Yang Berhormat secara bertulis tentang lebih terperinci apakah fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh TalentCorp. Terima kasih.
Izinkan?
Baik, soalan yang kelapan.
Tuan Speaker, boleh saya tanya soalan?
Yang Berhormat duduk ya. [Tidak jelas] . Baik, silakan Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lapan.
Silakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
8. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kerajaan akan mengkaji semula lokasi kem-kem tentera seperti TLDM, Marin dan lain-lain terutamanya di Langkawi yang agak jauh daripada sempadan Malaysia- Thailand sedangkan masih ada tanah-tanah yang kosong berhadapan dengan negara Thai yang lebih strategik.
Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi atas persoalan yang dikemukakan. Penubuhan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Langkawi di Tanjung Gerak, Langkawi yang turut menempatkan Markah Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) adalah memenuhi strategi pertahanan maritim negara iaitu untuk memperkukuhkan pertahanan perairan barat Semenanjung Malaysia terutamanya di Selat Melaka daripada sebarang ancaman yang mampu menggugat kedaulatan dan keselamatan perairan negara. Peranan ini termasuklah menangani sebarang bentuk ancaman dan pencerobohan pendatang asing, terutamanya dari kawasan utara iaitu dari Teluk Andaman. Justeru itu, kementerian tiada perancangan untuk memindahkan atau membuat pembangunan baharu pangkalan di kawasan lain malah keupayaan pengoperasian dan infrastruktur MAWILLA 3 akan terus dipertingkatkan dan ditambah baik daripada semasa ke semasa. Itu sahaja jawapannya.
Yang Berhormat Langkawi, soalan tambahan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya bangkitkan soalan ini Dato' Yang di-Pertua, kerana ramai yang berjumpa dengan saya dan menyatakan bahawa, especially nelayan yang membuat laporan berhubung dengan penyeludupan dan juga illegal immigrant ini, dengan izin. Didapati apabila laporan diberikan kepada pihak berkuasa, mengambil masa yang begitu panjang. Bayangkan dari Kuah nak ke sempadan itu, sedangkan Langkawi itu hanya lebih kurang 20 minit sahaja bersempadan dengan Kepulauan Thailand. Jadi bila makan masa begitu lama, kadang-kadang nelayan kata sampai dua kali...
Yang Berhormat, soalan.
...illegal immigrant masuk, baru peronda sampai. Sebab itu saya bila melihat kedudukan Langkawi itu, saya mencadangkan bahawa kita banyak tanah di kawasan...
Yang Berhormat, soalan.
...sempadan dari Kuala Perlis sampai ke Tanjung Rhu termasuk Datai dan kawasan ini paling dekat.
Yang Berhormat, soalan.
20 minit sahaja dengan... [Pembesar suara ditutup]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Nak soal ataupun saya suruh duduk?
[Bercakap tanpa pembesar suara] Nak tanya soalan.
Soal terus. Okey? Soalan, direct.
[Bercakap tanpa pembesar suara] [Tidak jelas]
Tekan. Tak perlu, masa tak cukup. Direct to the point.
[Bercakap tanpa pembesar suara] [Tidak jelas]
Buka mic, buka mic.
Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, ada juga aset-aset lama, kalau tidak dapat buka base baru, sekurang-kurangnya upgrade aset-aset lama. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menaikkan taraf kapal-kapal yang ada di sana? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi atas soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana tadi disebut, saya tegaskan balik ya kerana kita harus melihat bahawa kedudukan MAWILA 3 dari segi aspek strategik kedudukan itu mungkin tidak sama seperti mana kita jangkakan dari segi pandangan mata kasar awam kita. Sebab itu kalau kita lihat, apabila kita letakkan MAWILA 3 kita di Tanjung Gerak itu, kita boleh melihat bahawa itu adalah kedudukan strategik kita. Tetapi dari segi masa yang sama, sepertimana yang dipersoalkan tentang aset, memang kita tahu bahawa kita di peringkat Kementerian Pertahanan melalui Tentera Laut Diraja Malaysia memang kita dari masa ke semasa, sentiasa menambah aset kita. Di samping kita menambah aset kita, aset yang sedia ada juga kita upgrade atau kita tambah baik supaya yang paling penting bagi kita adalah kita dapat memastikan bahawa aset-aset kita dapat beroperasi dan anggota-anggota kita dari segi kebajikan diberi keutamaan. Itu sahaja jawapan.
Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Di Batu Pahat ada Kem Majidee Batu Pahat iaitu Pasukan 10 Rejimen Askar Melayu Diraja. Kem ini dikelilingi- sekarang ini pesatlah, pembangunan pesat dikeliling kem ini. Saya tidak pasti tentang keselamatan. Kemudian, tahun lepas saya ada mohon tambahan RM200,000 untuk naik taraf Kem Majidee ini kerana ada masalah tentang kediaman kem. Jadi, saya minta Timbalan Menteri Pertahanan tolong tengokkan permohonan saya pada tahun lepas.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Walaupun persoalan itu luar daripada soalan asal, jadi permohonan daripada Batu Pahat itu akan saya tengokkan seperti permintaan.
Baik, terima kasih. Berikut saya mempersilakan Tuan Chong Zhemin, Kampar.
Terima kasih. Soalan saya soalan nombor 9.
Dipersilakan Menteri Komunikasi.
9. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah status pelaksanaan 5G dwi rangkaian dan berapa pegangan ekuiti DNB yang akan dilepaskan kepada syarikat telco.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, pihak syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih ataupun MMO iaitu Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan YTL Communications pada 28 Jun 2024 telah menyempurnakan perjanjian langganan saham atau share subscription agreement, dengan izin, (SSA) untuk memegang equity dalam Digital Nasional Berhad (DNB) seperti pecahan berikut. Bagi Menteri Kewangan diperbadankan, mereka memegang- issued share capital held adalah RM500 juta dan juga accumulative percentage of issued share capital and shareholder advance adalah 34.88 peratus. Bagaimana untuk Telekom Malaysia, issued share capital held adalah RM100,000 dan accumulative percentage of issued share capital adalah 0.01 peratus. Manakala untuk Celcom Digi Maxis, Umobile dan juga YTL Communications mereka masing-masing mempunyai issued share capital held adalah sebanyak RM100,000 dan juga shareholder advance sebanyak RM233,233,333.00. Masing- masing mempunyai accumulative percentage of issued share capital and shareholder advance sebanyak 16.28 peratus. Struktur pegangan saham dalam DNB bagi setiap pelabur akan diselaraskan kepada 30 peratus bagi Menteri Kewangan diperbadankan dan juga 14 peratus bagi setiap MMO setelah pihak Telekom Malaysia menyempurnakan perjanjian langganan sahamnya bersama Menteri Kewangan diperbadankan dan DNB pada ataupun sebelum 21 Ogos 2024.
Penyempurnaan perjanjian SSA tersebut telah melayakkan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat untuk menyertai model dwi rangkaian 5G di Malaysia. Seterusnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia, termasuklah mengeluarkan pakej maklumat pemohon ataupun applicant information package (AIP) pada 1 Julai 2024. Proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kementerian Komunikasi komited bagi melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwi rangkaian 5G dalam usaha untuk menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G, sekali gus memacu hala tuju industri telekomunikasi yang lebih berdaya saing dan mampan. Sekian jawapan saya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kampar.
Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan akan melarang syarikat telco yang sama untuk memegang ekuiti dalam kedua-dua syarikat rangkaian 5G untuk memastikan kedua-dua syarikat ini bersaing untuk memberikan perkhidmatan 5G yang paling pantas dengan harga yang paling murah? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Komunikasi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang kalau ikutlah perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak MMO dan jugalah TNB, mereka sememangnya telah bersetuju bahawa pihak MMO hanya boleh berada dalam satu entiti iaitu entiti A atau entiti B dalam dwi rangkaian 5G ini. Maksudnya, selepas tempoh bagi AIP ini tamat, apabila sesiapa sahaja yang memenangi tender ini mereka akanlah memimpin entiti B tetapi mereka yang tidak dipilih akan kekal berada dalam entiti A dan untuk mereka yang akan berada di entiti B, mereka akan jual saham mereka dalam TNB supaya mereka akan menjadi dua entiti yang berbeza. Hal ini adalah bagi menjamin kesaingan yang sihat antara kedua-dua entiti dalam membangunkan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia, di samping menyediakan perkhidmatan 5G yang berkualiti tinggi kepada rakyat jelata. Terima kasih.
Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah technology transfer yang diperolehi oleh Malaysia hasil daripada syarikat luar di bawah 5G ini dan berapakah sasaran kita untuk melahirkan pakar tempatan 5G? Kalau dahulu, Damansara berjaya menurunkan harga telco kepada rakyat. Dalam hal ini kita difahamkan ada wujud pakej Rahmah. Adakah kerajaan boleh membuat satu pakej Rahmah plus khas untuk OKU, veteran, pelajar dan juga ibu tunggal
untuk menikmati pas yang lebih murah untuk unlimited data dan juga 10gb hotspot dengan kelajuan yang lebih tinggi supaya membantu golongan ini dalam menghadapi fenomena ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Setakat ini, untuk MMO yang terlibat sama ada dalam entiti A ataupun entiti B, mereka memang semua adalah syarikat Malaysia. Itu adalah keputusan mereka untuk menentu siapa yang akan menjadi pembekal untuk equipment mereka. Setakat ini kita tahu bahawa equipment-equipment untuk rangkaian 5G ada beberapa. Semua adalah daripada luar negara sama ada Ericsson yang sekarang diguna pakai oleh TNB, Nokia, Samsung ataupun Huawei, ZTE yang datang dari China. Jadi, itu adalah keputusan untuk MMO sendiri. Itu adalah commercial decision, keputusan business mereka. Jadi, apabila entiti B diwujudkan, mereka akan memilih pembekal untuk equipment- equipment tersebut. Terima kasih juga Ahli Yang Berhormat, soalan tentang pakej Rahmah. Pakej Rahmah ini adalah usaha sebenarnya hadkan kepada tempoh masa satu tahun. Tetapi sekiranya dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga cadangan yang bagus daripada Ahli Yang Berhormat Tumpat, kami akan kaji semula sama ada kita bolehlah sekurang-kurangnya wujud balik pakej Rahmah ini untuk golongan-golongan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Baik, soalan berikut Tuan Kamal bin Ashaari, Yang Berhormat Kuala Krau.
Assalamualaikum wbt. Soalan saya nombor 10.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk jawapan.
10. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyeragamkan undang-undang jenayah syariah di kesemua negeri; dan (b) adakah sudah wujud model undang-undang yang boleh dijadikan asas dan panduan kepada negeri-negeri dalam menggubal undang- undang kesalahan jenayah syariah yang seragam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau.
Soalan pertama berkenaan dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyeragamkan undang-undang jenayah syariah kesemua negeri. Pada masa ini usaha ke arah penyeragaman undang-undang syariah diletakkan di bawah Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan (JPIK) yang merupakan salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Peraturan 7, Peraturan-peraturan MKI. Objektif penubuhan JPIK ini adalah untuk menambah baik, menyelaras dan menggalakkan penyeragaman undang-undang syariah antara negeri-negeri dan pengharmonian antara undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kerajaan juga melalui JAKIM yang merupakan sebuah agensi utama di peringkat Persekutuan turut sama-sama menjalankan usaha ini selaras dengan fungsi JAKIM iaitu menggubal dan menyeragamkan undang-undang syariah. Bagi maksud ini, selaras dengan fungsinya, JAKIM serta komited mengadakan rundingan dan perbincangan dengan negeri- negeri dari semasa ke semasa mengenai undang-undang syariah melalui platform Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan (MPIK). Majlis dialog ini diadakan setiap tahun dan yang terkini adalah pada 9 Oktober 2023 hingga 11 Oktober 2023 dan draf Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) telah pun dibentangkan dalam majlis dialog tersebut selepas ia dibincangkan di peringkat JPIK. Selain itu, kerajaan juga melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai agensi Persekutuan yang bertindak sebagai badan penyelaras antara negeri akan mewujudkan ekosistem secara menyeluruh ke arah pemantapan perkhidmatan Mahkamah Syariah. Buat masa ini terdapat tujuh usaha yang telah dilaksanakan oleh JKSM ke arah memperkasakan pentadbiran keadilan Mahkamah Syariah yang melibatkan pendaftaran kes dan prosedur, pembangunan fizikal dan infrastruktur, meningkatkan kemahiran personal, kerajaan mewujudkan juga Akademi Kehakiman Syariah Malaysia, meningkat sistem penyampaian perkhidmatan dan juga memperkasakan pentadbiran pengurusan-pengurusan kes dan menggalakkan inovasi dalam pengurusan kes dan pentadbiran Mahkamah Syariah negeri-negeri. Selain itu, JKSM juga turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Pindaan Undang-undang Syariah yang ditubuhkan pada 2021. Merujuk kepada soalan yang kedua iaitu adakah wujud model undang-undang yang boleh dijadikan asas dan panduan kepada negeri-negeri. Ya, pada masa ini draf Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) yang digubal merupakan draf awal yang telah pun dibincang di peringkat JPIK dan Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan. Walau bagaimanapun, kerajaan sehingga ke hari ini menunggu hasil laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi DUN untuk Menggubal Undang-undang Islam memandangkan terdapat beberapa peruntukan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 melibatkan isu bidang kuasa antara
Persekutuan dan negeri sebagaimana yang diputuskan dalam kes Nik Elin Zurina. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang kedua, tadi disebut kes Nik Elin yang saya kira bukan sahaja memberi kesan domino kepada enakmen undang-undang syariah tetapi juga kedudukan Islam di Malaysia. Jadi, sejauh mana kerajaan melihat prospek trajektori baharu dalam proses sekularisasi yang menyahkan agama daripada sistem perundangan dan pentadbiran negara dan juga apakah keputusan Nik Elin ini berpotensi membuka litigasi floodgate kepada sesetengah pihak untuk mencabar keperlembagaan pendidikan Islam Malaysia apabila undang-undang mengenai locus standi diberikan tafsiran yang liberal. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan soalan tersebut, ada dua soalan di pecah iaitu adakah ia akan melibatkan pindaan. Seperti yang saya jawab sebelum ini, soalan yang sama diajukan oleh YB Pagoh iaitu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Menggubal Undang-undang Islam antaranya mengkaji dari aspek bidang kuasa syariah dan juga tafsiran Perlembagaan dan juga kompetensi DUN menggubal undang-undang Islam. Maka pindaan– cadangan pindaan itu juga termasuk dalam skop kajian di bawah jawatankuasa khas itu. Kita ingin melihat cadangan penyelesaian yang akan disediakan oleh jawatankuasa khas. Adakah ia hanya memerlukan pindaan ataupun ada inisiatif ataupun pelaksanaan- pelaksanaan yang lain. Kita ingin memastikan bahawa, memastikan penyelesaian yang tuntas dan menyeluruh selepas ini agar kita dapat melihat perkembangan pemerkasaan undang-undang syariah itu. Soalan yang kedua yang berkenaan dengan adakah ia berlaku sekularisasi mahupun membuka kepada floodgate dengan izin, litigasi. Kita melihat perkara ini, kita sudah pun – JAKIM dan juga libat urus dengan negeri-negeri sudah mengadakan perbincangan berkenaan dengan aspek ini, di antaranya, perbincangan bersama dengan Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Penguat kuasa Syarie negeri-negeri. Terdapat juga perbincangan daripada bawah Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan iaitu JPIK membincangkan aspek ini. Namun, kita terus memantau dan melihat perkara ini berdasarkan kepada pemerhatian dan perbincangan bahawa kita boleh menyelesaikan isu ini. Namun begitu, ia memerlukan satu proses libat urus yang menyeluruh, yang ini yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya, bersetujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika saya katakan agama Islam itu satu, undang-undang agama Islam ini
pun satu, bukan sahaja di Malaysia, seluruh semeter ini. Jadi, bilakah komitmen ini, penyeragaman undang-undang Islam ini di seluruh negara? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri JPM.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tersebut sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan dan komitmen yang tegas daripada pihak kerajaan. Namun, saya ingin kongsikan dengan Dewan yang mulia ini, setakat ini kerajaan telah berjaya menyeragamkan beberapa undang-undang syariah yang utama. Di antaranya: (i) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam; (ii) Undang-undang Keluarga Islam; (iii) Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah; (iv) Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah; dan (V) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah. Ini bermakna, sudah dibuktikan. Namun begitu, ada beberapa lagi undang-undang yang perlu kita seragamkan agar ia akan dapat memperkasakan dan meningkatkan keberkesanan dan keefisienan pentadbiran perundangan syariah. Terima kasih.
Soalan yang ke- 11, Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang.
11. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Digital menyatakan merujuk kepada seksyen 3 Akta Perlindungan Peribadi, adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan peruntukan mengenai perlindungan data peribadi daripada penyalahgunaan oleh pihak kerajaan di dalam Akta Omnibus yang akan diperkenalkan kelak.
Terima kasih Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan yang ke-11. Tuan Speaker, Akta Perkongsian Data ataupun singkatnya dikenali sebagai Akta Omnibus yang akan digubal masih berada di dalam peringkat penetapan dasar prinsip-prinsip utama bagi cadangan penggubalan draf rang undang-undang tersebut. Rang Undang- undang Perkongsian Data yang dicadangkan adalah untuk mengawal selia perkongsian data di antara agensi di dalam sektor awam. Pihak kementerian mengambil maklum akan keperluan perlindungan data peribadi daripada penyalahgunaan oleh mana-mana pihak semasa perkongsian data dijalankan di antara agensi-agensi yang berkaitan. Walaupun agensi kerajaan telah pun Tuan Yang di- Pertua, dikecualikan daripada pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi tahun 2010 ataupun Akta 709 iaitu melalui rujukan seksyen 3 akta yang sama. Pada masa ini, pegawai-pegawai awam Tuan Speaker adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi Tahun 1972 [Akta 88] dan juga Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) sekiranya pegawai awam tersebut disabitkan dengan sebarang isu yang berkaitan ketirisan semasa mengendalikan data peribadi. Tuan Speaker, pihak kementerian akan mengkaji kesesuaian peruntukan-peruntukan yang berhubung kait dengan perlindungan data peribadi di dalam draf rang undang-undang
tersebut bagi mengimbangi kepentingan, perlunya perkongsian data dan juga hak seseorang individu terhadap data peribadi mereka. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Selayang, soalan tambahan.
Terima kasih atas jawapan. Soalan tambahan saya dalam dua bahagian. Pertama ialah apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan keupayaan serta keutuhan sistem IT bagi kementerian selaku agensi kerajaan?
Dan kedua, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan keyakinan masyarakat tentang keselamatan data yang disimpan oleh kerajaan susulan beberapa insiden yang berlaku seperti kepada PERKESO Malaysia dan Portal Halal Malaysia pada Disember lepas? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Selayang yang menonjolkan soalan tambahan tersebut. Tuan Speaker, ada beberapa langkah yang boleh diambil dan telah diambil dalam aspek ataupun perkara meningkatkan keupayaan serta keutuhan sistem IT bagi kementerian serta agensi-agensi kerajaan. Langkah-langkah tersebut antaranya adalah kita memberikan fokus kepada usaha untuk menyediakan infrastruktur yang selamat seperti Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan perkhidmatan pengkomputeran awan. Keduanya, kita mengadakan program bagi meningkatkan keupayaan bakat penjawat awam dalam soal pengujian prestasi dan dalam aspek keselamatan awam. Perkara ketiga, Tuan Speaker, kita menyediakan dasar dan juga panduan dalam pengurusan, pembangunan dan pemantauan projek ICT seperti Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam, Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam, Dasar Perkongsian Data Sektor Awam dan juga Panduan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan. Dan kita juga merujuk kepada penggunaan tools and system dalam menyokong pengurusan dan pentadbiran projek ICT yang berkesan. Tuan Speaker, aspek meningkatkan keyakinan masyarakat tentang keselamatan yang disimpan oleh kerajaan adalah sangat penting. Kita semua sekarang menggalakkan orang ramai untuk menggunakan infrastruktur yang ada supaya mereka dapat meningkatkan prestasi perniagaan mereka, kehidupan mereka dan sebagainya. Jadi, dalam kerajaan, kita lihat untuk memastikan bagaimana langkah-langkah diambil untuk pastikan infrastruktur yang kita sediakan itu adalah infrastruktur yang selamat. Dengan keadaan tersebut, satu daripada perkara itu, kita kena jaga terhadap ketirisan data dan aspek ini kita kena lihat dengan teliti. Misalnya Tuan Speaker, sekiranya berlaku sebarang ketirisan, adalah perlu untuk kita mengadakan langkah-langkah supaya kita dapat memberikan notis berkenaan dengan ketirisan itu berlaku dan tindakan segera diambil.
Selain daripada itu, kita juga kena memberikan latihan kepada setiap mereka yang mengendalikan data itu untuk memastikan bahawa mereka mengendalikan data itu dengan langkah-langkah yang cermat pada setiap masa dan mereka ini mengikuti garis panduan yang diberikan oleh kerajaan, berkaitan dengan apakah seharusnya langkah diambil untuk memastikan data itu adalah selamat. Bila berlaku suatu masalah, saya rasa, Tuan Speaker, penting untuk kita melihat kepada apa yang telah pun berlaku, belajar daripada insiden tersebut dan memastikan bahawa sistem yang kita sedia ada tersebut itu adalah diperkukuhkan supaya tidak diulangi. Tuan Speaker, sistem dan masalah berkaitan dengan ketirisan dan juga pencerobohan, data breaches dan sebagainya, ia akan tetap berlaku. Soalnya, bolehkah kita mewujudkan satu sistem yang boleh meyakinkan orang ramai untuk menggunakan, menggalakkan mereka untuk menggunakan infrastruktur digital yang kita ada itu? Itu penting. Dalam keadaan tersebut, saya setuju dengan Yang Berhormat daripada Selayang, perlunya untuk langkah-langkah diambil daripada kerajaan dan juga pihak sektor awam untuk memastikan bahawa kita ada satu sistem yang selamat digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Tuan Speaker, terima kasih.
Yang Berhormat Setiu.
Okey, terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua, Menteri. Apakah bentuk penyelarasan dari segi aspek perkongsian data dan penyimpanan awan merentasi peringkat kerajaan, agensi serta di peringkat negeri? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan sistem penangkis penggodam bagi menjamin keselamatan data peribadi? Contohnya, sistem PADU yang sebelum ini dilaporkan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu, termasuk serangan-serangan seperti serangan penafian- perkhidmatan teragih (DDoS) dan sekatan Firewall. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya. Terima kasih, Tuan Speaker. Soal berkenaan dengan sepertimana saya sebut tadi, soal berkenaan dengan keyakinan pengguna data dan sebagainya, itu adalah satu perkara yang penting. Memang ada beberapa cara, Yang Berhormat. Dalam mana kita dapat melihat cubaan ataupun penggodaman, kita juga lihat ketirisan berlaku berkaitan dengan data. Aspek itu kena kita terajui. Kita ada dua aspek. Satu, daripada sudut orang awam di mana kita ada Akta Perlindungan Peribadi dan di dalam akta tersebut disenaraikan apakah sebenarnya langkah yang diambil untuk memastikan bahawa data itu adalah selamat. Kemudiannya, berkaitan dengan kerajaan pula. Kita ingin menggubal satu undang- undang yang baharu. Undang-undang itu akan melihat kepada cara bagaimana berlakunya insiden-insiden ini, khususnya pada peringkat agensi-agensi kerajaan, dan bagaimana kita boleh pastikan ia tidak akan berlaku lagi.
Apa yang disebut dan dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi adalah satu perkara― DDoS dan sebagainya. Kita lihat ada pelbagai jenis cara. Tapi, undang-undang yang kita akan wujudkan itu adalah undang-undang menyeluruh untuk memastikan aspek keselamatan data secara keseluruhan. Sepertimana saya sebut tadi, sekiranya berlaku, apakah tindakan yang perlu diambil, bagaimana kita dapat selesaikan, setakat mana data itu memang telah pun disalahgunakan dan sebagainya dan bagaimana seterusnya kita boleh pastikan bahawa ia selamat dan perkara itu tidak berulang. Jadi, kita terbuka terhadap cadangan-cadangan. Sekiranya ada, Yang Berhormat, sila jumpa dengan saya. Kita boleh bincangkan supaya dapat dimasukkan dalam cadangan yang akan dibawa di dalam sesi akhir tahun ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut soalan yang ke-12, Tuan Hassan bin Saad, Yang Berhormat Baling.
12. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Komunikasi menyatakan perancangan untuk membina lebih banyak pencawang bagi tujuan meningkatkan kadar capaian internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan pedalaman dengan lebih menyeluruh.
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, sehingga 31 Mei 2024, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menyiapkan sebanyak 7,114 tapak 5G iaitu 81.7 liputan di kawasan berpenduduk di seluruh negara. Bagi negeri Kedah pula, sebanyak 385 tapak 5G yang telah dirancang dan 379 tapak telah disiapkan sepenuhnya, memberikan 80.1 peratus liputan di kawasan berpenduduk di negeri Kedah. Perincian bagi liputan 5G di kawasan berpenduduk mengikut negeri sehingga 31 Mei tahun ini adalah seperti berikut: | Negeri |Sasaran (Tapak)|Siap (Tapak)|Liputan di Kawasan Berpenduduk (%)| |---------------|--------------:|-----------:|---------------------------------:| |Kuala Lumpur | 763| 750| 97.7| |Putrajaya | 108| 108| 97.3| |Selangor | 1845| 168| 96.1| |Johor | 927| 920| 83.9| |Melaka | 215| 209| 88.6| |Negeri Sembilan| 232| 227| 77.5| |Pulau Pinang | 449| 418| 91.1| |Perak | 503| 475| 79.8| |Perlis | 44| 44| 91.4| |Pahang | 361| 341| 65.5| |Terengganu | 223| 215| 72.7| |Kelantan | 232| 225| 66.4| |Sabah | 596| 555| 68.6| |Labuan | 62| 40| 94.4| |Sarawak | 584| 540| 60.0|<END_TABLE_MARKER>
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Buat masa ini, pembinaan rangkaian 5G tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi yang tinggi dan peluasan ke kawasan-kawasan lain termasuk luar bandar telah dimulakan serta akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sekian jawapan saya. Terima kasih Puan Speaker.
Baling.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara ini sudah dua, tiga kali dibangkitkan dalam Dewan ini. Isu ini terutama sekali di kawasan saya Baling memang menjadi satu yang sukar untuk didapati...
Terus kepada soalan.
... Terutama sekali di sekolah-sekolah, perniagaan online dan berbagai aktiviti yang lain. Jadi saya nak minta jaminan Menteri, bilakah perkara ini akan dilaksanakan dan dimulakan di kawasan Baling kerana banyak aduan-aduan daripada rakyat Baling mengenai kesukaran untuk mendapat capaian internet yang baik? Terima kasih.
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Setakatlah 30 April 2024, inisiatif yang telah dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Parlimen Baling adalah termasuk pembinaan sebanyak 24 menara komunikasi baharu yang telah siap dibina daripada 30 yang dirancang dan juga kesemua 138 buah menara juga telah siap dinaik taraf dan sebanyak 14,747 premis daripada 18,246 yang dirancang telah tersedia dengan capaian gentian optik.
[Bangun]
Kesemua inisiatif ini akan siap secara berperingkat pada suku keempat tahun 2025. Saya akan minta pegawai MCMC di negeri Kedah untuk buat lawatan tapak bersama dengan Ahli Yang Berhormat supaya sama-sama kita boleh buat audit di kawasan Yang Berhormat untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi olehlah pengundi-pengundi dan jugalah warga-warga di kawasan Parlimen Yang Berhormat. Terima kasih.
Sungai Petani.
Terima kasih Timbalan Speaker. Tahniah kepada kerajaan kerana telah menyiapkan 80 peratus sasaran tapak di negeri Kedah. Tapi kalau kita lihat apakah langkah-langkah daripada pihak kerajaan untuk memastikan sasaran tapak yang telah atau pencawang yang telah siap ini berfungsi dengan 100 persen baik? Jadi sebab saya mendapat aduan banyak khususnya di kawasan saya di kawasan DUN Pantai Merdeka khususnya ada pencawang tapi tidak berfungsi dengan baik. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan penyelenggaraan pencawang-pencawang ini? Satu lagi, ramai orang-orang kampung khususnya masyarakat pendalaman yang susah untuk nak buat aduan kepada MCMC kerana tidak tahu tempat dan sebagainya.
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memaksimumkan kaunter-kaunter MCMC atau PEDi untuk dijadikan kaunter aduan supaya masyarakat lebih tahu bagaimana untuk menyalurkan aduan mengenai capaian internet? Terima kasih.
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, tentanglah isu yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuklah menjawab secara bertulis selepas ini kerana dalam tangan saya, saya tak ada maklumat yang terkini tentanglah the tower yang disebut olehlah Yang Berhormat. Tetapi tentang isu bahawa bagaimana penduduk-penduduk bolehlah buat aduan, panjangkan aduan mereka kepada MCMC. Sebenarnya ada beberapa cara. Mereka bolehlah pergi ke website melaluilah portal aduan MCMC iaitu https://aduan.mcmc.gov.my. Memang kaunter kami selalu buat kaunter aduan MCMC di Parlimen tetapi selain daripada dua cara ini, MCMC sebenarnya juga ada satu hotline di mana penduduk-penduduk juga boleh hantar aduan mereka melalui WhatsApp. Messaging sahaja ya dan lain bolehlah kongsilah nombor MCMC punya hotline di sini iaitu 016-2206262. Ini adalah cara yang paling simple untuklah pengadu-pengadu sekiranya inginlah menghantar aduan mereka kepada MCMC. Teruslah hantarlah lokasi di mana apa-apa masalah yang dihadapi melalui WhatsApp kepada hotline ini dan kami akanlah buat ambil tindakan secepat mungkin. Sekian sahaja Puan Speaker. Terima kasih.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 4 Julai 2024”. Terima kasih.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah Peraturan Mesyuarat 16(1)(c) untuk Yang Berhormat Menteri membuat penerangan Menteri di Kamar Khas berkenaan dengan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) pada hari ini. Penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas petang ini selepas usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AUDIT (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [2 Julai 2024]
Saya akan baca senarai pembahas. YB Puchong, YB Kubang Pasu, YB Bayan Baru, YB Machang, YB Tenggara, YB Kapar, YB Kota Melaka, YB Temerloh, YB Gopeng, YB Dungun, YB Pulai, YB Kuala Terengganu, YB Petaling Jaya, YB Kubang Kerian, YB Rasah, YB Arau, YB Bentong, YB Gerik, YB Kluang dan YB Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Puchong. Masa lima minit.
Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan pindaan akta audit. Puan Speaker, pindaan yang dibawa hari ini kebanyakannya adalah untuk meluaskan bidang kuasa Ketua Audit Negara supaya boleh mengaudit syarikat yang mendapat jaminan kewangan daripada kerajaan, membuat pengauditan melalui pendekatan Follow The Public Money Audit, kuasa untuk mewujudkan garis panduan, kuasa untuk memberi syor mengenai apa-apa ketidakaturan yang serius dan akhirnya kuasa untuk membuat follow-up audit. Puchong mengalu-alukan semua pindaan ini kerana undang-undang ini akan memastikan bahawa tadbir urus duit awam yang lebih baik lagi. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaan, Puchong ada beberapa pertanyaan kepada kerajaan yang satu, apakah jumlah syarikat yang mendapat jaminan kewangan daripada kerajaan? Berapakah
peningkatan jumlah badan yang boleh diauditkan oleh Lembaga Ketua Audit Negara selepas pindaan ini? Kedua, berapa jumlah badan yang diaudit oleh Lembaga Ketua Audit Negara setiap tahun sekarang dan apakah sasaran selepas pindaan? Ketiga, memandangkan pindaan ini akan menambah skop kerja lembaga, adakah kerajaan akan sediakan lebih banyak sumber dari segi kewangan dan juga kakitangan kepada lembaga supaya peranan-peranan baharu ini boleh dilaksanakan dengan lebih menyeluruh? Keempat, berapa kerap lembaga menjalankan audit bagi sesuatu badan ataupun kumpulan wang mengikut seksyen 2 akta ini iaitu interpretation expression of public moneys? Puan Speaker, Puchong telah pun pergi ke website Lembaga Ketua Audit Negara untuk cari berapa kerap lembaga membuat audit ke atas satu badan yang signifikan untuk negara kita dan saya secara random cari untuk tiga badan. Untuk Khazanah, Khazanah mempunyai total realizable asset value yang 126 bilion. Audit menyeluruh yang terakhir dilaporkan di Laporan Ketua Audit Negara 2012 iaitu 12 tahun lembaga tidak mengaudit Khazanah secara menyeluruh. Walaupun pada tahun 2019, Lembaga Ketua Audit Negara ada mengauditkan Sutera yang merupakan salah satu anak syarikat subsidiari milik Khazanah. Saya bagi satu contoh lagi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dengan jumlah saiz dana RM154 bilion, laporan audit terakhir berkenaan dengan pengurusan pelaburan sekuriti hutang persendirian dan bon kuasi.
KWAP adalah Laporan RM 2011 iaitu 13 tahun dahulu. Puchong juga masih ingat lagi masa saya menjadi Menteri Tenaga, kami mendapati bahawa kira-kira RM200 juta ― terdapat RM200 juta tunggakan sumbangan kepada Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) yang belum dijelaskan oleh Penjana Tenaga Bebas (IPP) bagi tempoh 2008 hingga 2018, 10 tahun tak ada orang tahu. AAIBE ini sebenarnya boleh diaudit oleh Lembaga Ketua Audit Negara dengan Akta Audit yang sedia ada sebelum pindaan ini. Tetapi semalam saya check laman web Lembaga Ketua Audit Negara. Lembaga Ketua Audit Negara tidak pernah pun membuat audit yang menyeluruh ke atas AAIBE, hanya pada 2010 dia membuat audit ke atas projek bekalan elektrik luar bandar yang dibiayai daripada dana AAIBE. Oleh itu, terdapat tunggakan yang begitu besar untuk satu akaun amanah, tak ada teguran langsung pun daripada Ketua Audit Negara dan tak ada orang mengambil tindakan sehingga tahun 2018. Dengan ini Puchong sangat ingin tahu bahawa apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahawa bukan sahaja dari segi kuasa, ada kuasa tetapi dari segi pelaksanaannya ia memang telah menjalankan peranannya dengan baik dan membuat audit secara sistematik. Saya tahu bukan semua agensi boleh membuat audit dan bukan setiap tahun kita boleh buat audit tetapi untuk dana-dana kumpulan wang ataupun syarikat-syarikat
yang memang ada dana yang signifikan wang awam (public money), Ketua Audit Negara boleh membuat audit dengan secara lebih sistematik. Puan Speaker, seterusnya Puchong ingin mencadangkan pindaan masa depan bagi seksyen 92 yang sekarang ini mewajibkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara peringkat Persekutuan ke Parlimen dan laporan peringkat negeri ke Dewan Undangan Negeri. Saya ingin cadangkan supaya pindaan dibuat supaya bukan sahaja laporan-laporan ini dibentangkan tetapi dibentangkan dalam bentuk usul kerajaan untuk dibahaskan. Ini adalah untuk memastikan bahawa teguran-teguran dan syor-syor Ketua Audit Negara mendapat perhatian yang sewajarnya di Dewan yang mulia ini apabila kita ada bahas, kita baca laporan-laporan ini dengan lebih teliti kerana kita tahu bahawa kerajaan akan jawabnya. Ini adalah supaya kerajaan juga dapat lebih tekanan selepas ia dibahaskan di Parlimen ini. Puan Speaker, memang di bawah Kerajaan MADANI memang Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di Parlimen tetapi Puchong percaya bahawa kita perlu menginstitusikan praktis-praktis yang baik ini supaya pada masa depan tidak kira siapa jadi kerajaan praktis baik ini boleh diteruskan. Good leaders come and go, good in situation remain, dengan izin. Itu sahaja saya sokongan pindaan ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, masa berubah keperluan juga berubah begitu juga dengan akta-akta RUU. Ini amat penting bagi memenuhi tuntutan dan cabaran semasa begitu juga dengan akta pindaan ini. Kubang Pasu secara keseluruhannya melihat kepada akta ini dan saya rasa Kubang Pasu perlu menyokong pindaan ini. Sebabnya pertama ia memberikan ekosistem audit yang lebih mantap mungkin bukan sempurna tetapi mantap. Tugas dan tanggungjawab Ketua Audit Negara diperluas di bawah Perenggan 5(1)(d) Akta Audit bagi mengaudit badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan, itu pindaan yang pertama. Itu satu pindaan yang baik. Jika pindaan ini dibuat lebih awal lagi mungkin isu mengenai NFC dahulu Feedlot Corporation boleh diaudit. Sungguhpun ia syarikat swasta tetapi kerajaan mempunyai kepentingan kerana NFC menerima duit kerajaan untuk melaksanakan projek industri daging lembu Malaysia. Ini hanya sebagai contoh, mungkin ada lagi banyak syarikat-syarikat lain. Seterusnya, memberikan Ketua Audit Negara kuasa untuk membuat syor menangani apa-apa ketidakteraturan yang serius yang telah berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan ataupun simpanan awam di bawah pengauditannya berbanding dengan dahulu. Pengauditan sedia ada Ketua Audit Negara perlu membawanya kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk tindakan selanjutnya. Seterusnya, memperluas kuasa Ketua Audit Negara. Ini seksyen baharu 9(a) iaitu untuk melaksanakan susulan audit. Ini satu benda yang baik, satu perkara yang baik kerana
apa-apa juga syor, ulasan atau pandangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan dan tindakan yang telah diambil oleh Persekutuan, negeri, pihak berkuasa awam atau yang lain-lainnya seperti mana yang ditentukan berbanding dengan yang sedia ada, Ketua Audit Negara perlu membawanya kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Seterusnya, mewujudkan suatu peruntukan baharu mengenai bidang tugas Ketua Audit Negara untuk melaksanakan pengauditan melalui pendekatan follow the public money audit. This is very good atas dasar kepentingan awam. Seterusnya, bagi saya ini satu cadangan pindaan yang baik, Kubang Pasu kalau baik boleh kita katakan baik. Pindaan ini akan membantu PAC dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap wang negara ataupun wang awam. Di sini Kubang Pasu ada sedikit cadangan bagi memantapkan lagi pindaan RUU Audit yang sedang dibahaskan ini iaitu cadangan pindaan nombor 2 di bawah Duties of Attorney General, dengan izin 514 dengan ayat berikut, “Any other body including company registered, dengan izin on the Companies Act 2016 in receipt of public monies if the Minister of Finance is satisfied that the public interest urgently requires that the accounts of such body shall be examined inquired into an audited by Auditor General”. Cadangan supaya perkataan, “Minister of Finance” itu digantikan dengan “Auditor General”. Saya rasa kalau ini kita buat barulah kita bagikan kebebasan sepenuhnya kepada Ketua Audit Negara bukan kepada eksekutif ataupun menteri. Seterusnya sedikit mengenai peranan PAC dalam hubungan dengan laporan Ketua Audit Negara. Semua orang tahu setakat ini kita sudah pun mengemukakan, membentangkan 11 laporan dalam masa setahun kita menjadi Jawatankuasa. Ini satu sangat-sangat prestasi yang tinggi, ramai kawan-kawan saya dalam audit. Kami bila masuk ke dalam ― belum masuk dalam Mesyuarat PAC, kami letak parti di luar. Ya, Bangi. Bangi kata macam ini. [Sambil menunjukkan isyarat ibu jari] . Parti di luar. Kita sekarang audit PAC, kita kena neutral and that’s what happened in the last one year, dengan izin Puan Yang di- Pertua. Banyak kalau saya hendak terangkan mengenai PAC ini. Kita boleh lihat sendiri kita ada punya carta dan sebagainya saya tak mahu pergi kepada itu. Cumanya akhir sekali, setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Audit Negara di atas daya usaha yang baik dalam mencadangkan lima pindaan kepada RUU Audit 2024 dan juga di atas kerja baik yang telah dilaksanakan selama ini. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Yang saya hormati, rakan-rakan PAC juga yang berada di sini, pada hari ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana telah berjaya melakukan satu reformasi institusi yang sangat bermakna iaitu
memperluaskan kuasa untuk audit dengan menggunakan tatacara follow the public money audit. Ini adalah satu pada saya, satu reformasi institusi yang sangat bermakna kerana selama ini kita tahu bahawa Jabatan Audit hanya boleh mengaudit institusi kerajaan, agensi- agensi kerajaan, badan-badan berkanun tetapi tidak ada kuasa untuk memperluaskan kuasa untuk mengaudit syarikat-syarikat persendirian, syarikat-syarikat public listed company yang menerima geran kerajaan. Kita tahu bahawa keterbatasan itulah menyebabkan tangan-tangan Jabatan Audit itu tersekat. Jadi kita tahu bahawa sejarah Jabatan Audit Negara ini penuh dengan pelbagai liku-liku yang susah dan terutamanya pada tahun-tahun 2015 hingga 2018 di mana pegawai- pegawai Jabatan Audit Negara selalunya melakukan siasatan terhadap skandal-skandal besar penuh dengan tekanan dan pelbagai dugaan sehinggakan pegawai-pegawai diugut, ditukar dan dikenakan pelbagai tindakan.
Jadi, atas inilah saya rasa ini adalah satu kejayaan dengan pembentang Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 ini, satu kejayaan yang besar. Marilah kita sama-sama memberi satu tepukan kepada pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara. Jadi, saya ingin teruskan dengan bahawa follow the public money audit ini adalah satu yang sangat-sangat penting kerana kita tahu bahawa dulu pelbagai skandal apabila duit itu sampai ke – selalunya sampai ke syarikat-syarikat persendirian. Selepas itu, dia akan ke luar negeri dan dia – duit itu akan pergi ke Cayman Islands, kepada British Virgin Islands dan sebagainya. Jadi, ini adalah sangat penting supaya kita boleh dapatkan money trail tersebut sehingga end-to-end, from the beginning to the end dan ini adalah penting. Saya juga ingin – selepas – dan beberapa institusi – reformasi institusi yang berlaku. Bukan sahaja audit – peluasan kuasa Rang Undang-undang Audit, kita juga berjaya untuk membahaskan Laporan Audit Negara dalam Parlimen ini. Dulu, tak ada. Sekarang, setiap Laporan Audit Negara akan dibahaskan di sini. Tiga kali setahun ya. Tiga kali dibentangkan, akan dibahaskan. Satu berita baik lagi adalah laporan PAC pun akan julung-julung kali dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini minggu depan. [Tepuk] . Laporan PAC yang Ahli-ahli PAC bertungkus-lumus buat kerja akan dibentangkan dan dibahaskan. Jadi, saya rasa ini adalah reformasi institusi – tiga ini adalah reformasi institusi yang dijanjikan oleh Kerajaan Madani dan itu cukup untuk pengetahuan NGO-NGO di sana. NGO-NGO seperti BERSIH, seperti NGO-NGO yang lainlah selalu katakan kerajaan lambat, lewat, tidak buat reformasi institusi. Inilah bukti bahawa kejayaan Kerajaan Madani untuk melakukan reformasi. Saya juga ingin minta sedikit penjelasan daripada Jabatan Audit Negara. Kita tahu bahawa follow the money trail, follow the money – public money audit. Kita juga ada pelbagai – kerajaan memberi tax exemption ya dan juga tanah percuma atau discounted price kepada syarikat-syarikat besar. Adakah Jabatan Audit Negara juga mempunyai kuasa untuk mengaudit syarikat- syarikat yang bukan mendapatkan duit secara terus tetapi dari segi tax exemption? Dari segi – what do you call – mungkin sebagai bunga, all this interest free loan dan sebagainya. Saya
nak tanya. Kalau boleh, Jabatan Audit – kerajaan harus jawab. Adakah itu subjected to audit as well? Saya juga ingin membangkitkan satu isu tentang...
Sila gulung.
Ya, last sekali. Satu ingin – apa ini – bangkitkan isu tentang overlapping grant. Ada banyak geran kerajaan, daripada pelbagai agensi diberikan kepada syarikat yang sama. Jadi, overlapping grant ini kalau boleh, Jabatan Audit juga harus mengaudit supaya wang kerajaan tidak dibazirkan kerana satu entrepreneur tidak patut mendapatkan – saya tahu ada syarikat yang dapat daripada – lebih daripada 10 agensi kerajaan bantu mereka. Jadi, ini adalah satu pembaziran dan ini adalah pembaziran kepada rakyat. Jadi, last sekali, dengan pindaan ini, saya juga harap Parlimen – Parlimen juga harus lihat kuasa PAC kerana PAC – dengan peluasan kuasa ini, PAC harus juga ikut kuasa PAC, dengan Timbalan Speaker juga, kalau boleh dibawakan, kuasa PAC harus diperluaskan supaya kita boleh serentak dengan Jabatan Audit Negara kerana kita ada keterbatasan tertentu. Jadi, akhir sekali saya terima kasih kepada Timbalan Speaker dan Jabatan Audit Negara. Jabatan Audit Negara dan juga PAC berpisah tiada. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput Yang Berhormat Machang.
Terima kasih, Puan Speaker. Saya ingin menyentuh apa yang dipinda ini sesuatu yang baik. Malah, saya mahu Jabatan Audit Negara terus menyiasat transaksi penjualan saham MAHB kepada GIP– BlackRock. Kenapa saya katakan begini? Kerana, pengumuman kerajaan tempoh hari oleh Menteri MITI untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan dana awam, yang mana ketika ini MAHB selaku pengurus lapangan terbang tersebut sedang diswastakan. Jadi, bila adanya pindaan ini, maka kebertanggungjawaban dari segi pengurusan dana awam untuk mana-mana entiti yang dah diswastakan, satu tata kelola yang tidak baik. It’s a bad governance. Jadi, bila kita ada kes-kes begini, ia memberi ruang kepada rakyat untuk bertanya dan mempersoalkan ketelusan. Bila mana kita sudah delist, menyahsenaraikan MAHB daripada Bursa, kita tidak tahu butiran-butiran di ruangan awam. Apa yang akan berlaku, kontrak mana yang diberikan. Tidak ada ketelusan dari segi itu dan ini menyebabkan, kalau kita lihat, kita bimbang urus niaga ini akan menimbulkan masalah ketidakpatuhan terhadap tata kelola. Saya ambil contoh apa yang berlaku di Sydney tahun lalu, yang kita nak bawa masuk GIP BlackRock ini ke dalam MAHB. Mereka urus Lapangan Terbang Sydney dengan
kerugian RM1.9 bilion. Jadi, tang mana bagusnya GIP BlackRock ini, yang kita nak sangat bawa masuk ke dalam MAHB menguruskan aset strategik kita? Saya nak ingatkan di sini. Khazanah sebagai salah seorang pemegang saham utama dan antara entiti yang memacu penswastaan MAHB ini pun boleh dipersoalkan dari segi track record governance, dari segi urus niaga. Saya ambil contoh apa yang berlaku terhadap Axiata. Khazanah masuk beli saham USD1.4 bilion 2016. Tahun 2023, terpaksa jual sebanyak USD50 juta. Kerugian lebih 98 peratus. Jadi, Jabatan Audit Negara kena siasat. Mereka ini dibayar gaji beratus ribu, lebih daripada Ahli-ahli Parlimen. Tetapi, bila ada kerugian yang sebegini, yang kena ahli politik. Yang menguruskan dana-dana ini, tidak dikena. Saya juga ingin ingatkan Jabatan Audit Negara, selain daripada kita memperkukuhkan hal ini daripada segi kewangan dan sebagainya. Kita juga perlu meneliti dari segi tanggungjawab mandat sosial. Semua syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, GLC and GLIC. Sebab apa? Dalam banyak syarikat ini, memang ada mandat sosial yang jelas. Contoh, meningkatkan penyertaan ekuiti bumiputera dalam sektor-sektor tertentu. Saya ambil contoh mudah, yang saya nak persoalkan keperluan audit terhadap Ekuinas contohnya. Penjualan Syarikat ICON kepada syarikat Singapura, Yinson. Ini bertentangan dengan mandat penjualan saham yang kita nak bantu syarikat bumiputera, yang Datuk Seri Najib Razak buat dulu. Ekuinasnya untuk itu. Tetapi, kenapa bila dijual kepada syarikat Singapura, bukan bumiputera, di bawah harga pasaran 13 peratus? Yang kedua, yang akan datang ini ialah Orkim. Apakah Ekuinas akan buat keputusan yang tepat, dengan mematuhi mandat sosial berkenaan dengan penambahan ekuiti pegangan bumiputera untuk kita bantu syarikat-syarikat bumi yang berkelayakan? Jadi, ini persoalan-persoalan yang Jabatan Audit Negara perlu pertimbangkan secara serius dari segi governance.
Machang, sikit laluan.
Silakan, Hulu Terengganu.
Terima kasih, Machang. Yang di- Pertua, tata kelola dan ketelusan. Bersetuju atau tidak Machang bahawa penjualan MAHB ini tidak menunjukkan tata kelola yang bagus, yang baik, yang telus kerana ia tidak melalui Kabinet, satu. Yang kedua, pengerusi Khazanah minta kebenaran daripada Menteri Kewangan, minta kebenaran daripada Menteri untuk lulus peruntukan ini, yang mana orang yang sama. Anwar Ibrahim minta kebenaran Anwar Ibrahim, tanya Anwar Ibrahim untuk keputusan ini? Setuju tak, Machang?
Silakan, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Saya lihat ada keperluan dan pandangan Machang. Apakah ada keperluan aset strategik mesti mendapat kelulusan Parlimen sebelum dijual?
Saya masukkan – kedua-dua ucapan dalam ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Hulu Terengganu. Di Norway, kita ada National Transparency Act. Apa-apa penjualan, pegangan saham strategik negara perlu dibentangkan dalam Dewan Rakyat dahulu.
Jadi, ini perkara yang saya rasa Jabatan Audit Negara boleh pertimbangkan sebab kita bimbang. Ketika ini, Pengerusi Khazanah adalah Yang Amat Berhormat Tambun. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun. Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Tambun. Jadi, apa-apa masalah dibincangkan antara tiga orang ini iaitu orang yang sama. Bukan kah ini resipi kegagalan 1MDB yang kamu semua dahulu lawan. Tetapi bila tang masuk Kerajaan Madani, kamu halalkan.
Sila gulung.
Tak dibincang dalam Kabinet, Menteri Luar Negeri bantah. Menteri Luar Negeri bantah kerana tidak ada perbincangan dalam Kabinet for the record. Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua, kita minta Jabatan Audit Negara dengan ada kuku dan taring yang baru ini, siasat penjualan saham MAHB kepada BlackRock-GIP dan semua GLC, GLiC yang mengkhianati mandat untuk membangunkan ekonomi Bumiputera. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab beri ruang kepada Tenggara untuk bahas Akta 62 (Pindaan) 2024 ini. Bagi Tenggara, it’s time lah untuk – Ini masa lah untuk pindaan ini dibuat setelah sekian lama tidak dipinda. Kali pertama pada 1978. Kedua pada 1991. Dah 33 tahun dan dengan perubahan semasa pada keadaan sekarang ini, dia selari dengan peredaran masa. Pindaan ini bertepatan dengan hasrat Malaysia Madani ini, which is disebut tadi reformasi institusi dan ia dapat menambah baik, memperkukuh tata kelola dan akauntabiliti sektor awam dengan lebih efektif, mengelakkan ketirisan wang awam yang merugikan negara. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini melibatkan pewujudan peruntukan baharu. Pindaan beberapa peruntukan sedia ada yang bertujuan memperkasa institusi Audit negara. Pindaan Akta 62 memberi kuasa mandat sosial yang baharu, peluasan tugas Ketua Audit bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain dan penambahan ini juga dijelaskan dalam seksyen 5(1)(d), Akta Audit yang memperuntukkan kuasa pengauditan badan lain, termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], di mana kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan Kerajaan Persekutuan, baik juga kerajaan negeri. Pindaan ini menyeluruh. Saling melengkapi apabila takrifan jaminan kewangan itu diselarikan. Seperti ditakrifkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023
[Akta 850], berdasarkan subseksyen 14(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], seksyen 2, Akta Jaminan Pinjaman 1972 [Akta 66], subseksyen 2(1), Akta Jaminan Pinjaman Pertubuhan Perbadanan 1965 [Akta 96] dan seksyen 2, Akta Jaminan Pinjaman 1963 [Akta 412]. Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 5(1)(d), Akta 62 turut memperuntukkan pengauditan melalui pendekatan follow the public money audit, dengan izin, tertakluk kepada Kementerian Kewangan atas dasar kepentingan awam. Tindakan ini bertepatan kerana nilai integriti dilihat semakin pudar dalam masyarakat kita pada hari ini. Jadi, di kalangan segelintir syarikat yang dipertanggungjawabkan membantu kerajaan menerusi penyaluran dana bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan ini juga perlulah pengauditan dan pindaan ini sangat baik. Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai dana, pinjaman, bantuan kewangan dan sebagainya bertujuan untuk membantu rakyat bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Namun, ada beberapa perkara yang di luar jangkaan atau pun yang kita tidak suka, tahu dan dengar berlaku. Jadi, wujud golongan individu, syarikat mahupun pertubuhan yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas hak dan kesengsaraan rakyat yang terkesan dengan membuat tuntutan-tuntutan palsu dan sebagainya. Ia bagi memperoleh dana-dana yang disediakan untuk kekayaan sendiri tanpa memikirkan nasib mereka, golongan sasar yang memerlukan perhatian dan bantuan. Risiko berlaku penipuan wujud dalam mana-mana organisasi. Kita dihidangkan dengan kes penipuan dan amalan rasuah yang tidak henti-henti. Kebanyakan kes ini mempunyai kaitan dengan perolehan kerajaan. Jadi, di pelbagai peringkat Persekutuan, negeri dan sebagainya lah. Jadi, Tenggara yakin pindaan ini dapat memperbaiki dan memperkukuh tata kelola, memperluas skop audit dengan memasukkan entiti yang menerima jaminan kewangan kerajaan dan ia memastikan pengesanan serta pengauditan menyeluruh terhadap wang awam untuk menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik kepada kata-kata Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Ini lah dia kata, ‘Ini lah sikap buaya-buaya ekonomi di skala kecil dan sederhana. Nilai integriti semakin pudar dan tamak haloba menjadi budaya’. Jadi, perkataan ini sebahagiannya boleh ditangani lah dengan pindaan ini. Jadi, perolehan awam antara urusan kerajaan paling terdedah kepada rasuah dan penyelewengan. Merupakan satu masalah kompleks meliputi pelbagai bentuk aktiviti menyalahi undang-undang. Akibat daripada ketirisan kewangan ini, pekerja dibuang, mahasiswa menganggur, peniaga terpaksa menutup perniagaan dan sebagainya. Golongan yang sepatutnya menerima faedah serta bantuan dipinggirkan begitu sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan SPRM, menerusi operasi khas sepanjang tahun 2022, seramai 133 individu yang terdiri daripada pemilik pengarah syarikat telah ditangkap. Lebih daripada 100 syarikat telah disiasat. Melibatkan penyelewengan dana RM194 juta. Seramai 34 pemilik, pengarah syarikat telah didakwa di mahkamah, kesalahan mengemukakan tuntutan palsu. Jadi, Tenggara minta kepada kerajaan menyatakan
berapakah jumlah sebenar kerugian kepada kerajaan akibat daripada penyelewengan ini yang berkaitan dengan tuntutan palsu yang tidak ada rekod dari tahun 2018 sehingga kini? Saya ucapkan tahniah. Tambahan seksyen baharu 7A, Akta 62, beri kuasa Ketua Audit Negara mengeluarkan apa-apa garis panduan melibatkan pengauditan, laksana audit susulan sekiranya terdapat apa-apa syor kematian atau pandangan yang diberikan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Panjang lagi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya minta masa.
Sila gulung.
Baik. Pindaan ini jalankan audit secara menyeluruh mengenai perolehan kementerian, jabatan, agensi bahagian kerajaan. Audit dalaman perlu memainkan transformasi utama, mengamalkan pendekatan yang tangkas didorong oleh teknologi dan profesional. Menganjurkan latihan itu penting untuk meningkatkan akauntabiliti ini. Menerusi ketangkasan dan pendekatan proaktif juruaudit dalaman supaya berupaya menangani risiko yang berlaku dengan berkesan. Selaras dengan perkembangan teknologi yang kian mencabar dalam menangkis sebarang bentuk keseriusan jenayah yang berlaku. Melalui pindaan ini juga, Akta 62 ini, Tenggara berharap ia nya akan dapat menambah baik, memperkukuh tata kelola, membolehkan pengawasan dan awam dijalankan dengan lebih efektif bagi mengelakkan ketirisan wang awam yang merugikan kerajaan. Tenggara mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk Kapar membahas RUU Meminda Akta Audit 1957 atau Akta 62. Saya juga ingin memberi penghargaan kepada Ketua Audit Negara kerana sebagai Ahli PAC, dia antara yang saksi penting bagi kami dalam PAC adalah Jabatan Audit Negara. Memang tebal PAC ya. [Menunjukkan senaskhah dokumen] Kita tengok dalam laporan ini pun, pertama saksinya Jabatan Audit Negara. Barulah jabatan-jabatan lain. Ada enam sebagai ex-officio. Tuan Yang di-Pertua, Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 62 untuk meluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain, termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta 777 yang menerima jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan atau negeri. Kapar mahu tahu, berapakah amaun minimum atau jumlah jaminan kewangan minimum yang diberi oleh kerajaan sehingga ia nya akan mengambil perhatian daripada Ketua Audit Negara? Entiti yang perlu diauditkan kerana Kapar berpendapat perlu ada amaun minimum yang munasabah, yang memungkinkan Ketua Audit Negara memberikan tumpuan, dengan masa, dengan personel dan segalanya lah untuk diauditkan kerana ada prioriti kerja dan
tumpuan Ketua Audit Negara. Sebab kalau ikut, memang banyak aduan yang boleh dilayankan oleh Ketua Audit Negara. So, what is your limit yang memberikan satu benchmark untuk diambil tindakan? Jadi, Kapar mahu juga melihatkan kerana Ketua Audit Negara ini adalah satu body yang sepatutnya neutral. Kerana semua orang memberi perhatian apa yang disebutkan, apa yang diberi syor dan diberikan teguran oleh Ketua Audit Negara adalah perkara yang akan diambilkan perhatian oleh semua pihak. Jadi, Kapar mahu Ketua Audit Negara memberikan tumpuan yang bagaimana nak fokus ini? Nak pilih yang mana? Kerana lazimnya aduan- aduan ini daripada pelbagai kategori. Daripada aduan awam, daripada saingan ekonomi, manakala syarikat yang pindaannya adalah syarikat mungkin dia punya lawan atau musuh ekonomi dia atau pun aduan daripada saingan politik.
Jadi, bagaimanakah Ketua Audit Negara akan menentukan what is your priority? Saya juga menarik perhatian cadangan pindaan Duties of Auditor General 5(1)(iv) follow the public moneys. Any other body, including a company registered under Companies Act 2016 in receive of public’s money if the Minister of Finance is satisfied that the public interest urgently requires the accounts of any search body shall be examined inquired into and audited by Auditor General”. Jadi, saya minta di sini Minister of Finance ini, selain daripada Minister of Finance iaitu seorang eksekutif, boleh tak yang lain selain daripada itu yang sama kuasa untuk menentukan, a neutral body yang memang air political? Jadi, supaya kita nak elak conflict of interest. Satu lagi yang terakhir dalam apa yang kita lihat di sini Timbalan Yang di-Pertua, dekat muka surat lima. Implikasi kewangan dia kata. “Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan”. Persoalannya, dengan beban kerja sedia ada, dengan jumlah petugas ataupun penjawat awam yang sedia ada di dalam entiti institusi audit negara sekarang ini pun dah macam tak cukup tangan, bila nak audit lagi syarikat dengan pindaan ini, pindaan yang RUU ini. Kalau dah nak buat audit untuk syarikat lain selain daripada kerajaan, bukankah ia akan menyebabkan lebih perlu banyak kewangan? Jadi, bagaimanakah? Saya tak faham. Bagaimanakah statement ini kata “Tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan”. Jadi, saya mahu kerajaan menjawab bab ini kerana untuk menjalankan tugas dengan baik dan kompeten maka audit negara perlu duit yang lebih, perlu orang yang lebih, yang qualified dan sebagainya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024. Pertama sekali saya ingin merakamkan bahawa saya menyokong
seratus peratus Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 ini di mana saya lihat objektif pindaan akta ini adalah untuk mewujudkan kuasa baharu dan juga perluaskan tugas kepada Jabatan Ketua Audit. Ini adalah perlu di mana saya lihat mereka telah memberikan cadangan pindaan di mana selepas pindaan ini diluluskan maka Jabatan Ketua Audit, mereka boleh audit mana- mana syarikat yang ada jaminan kewangan daripada kerajaan dan juga mana-mana syarikat yang menerima wang awam boleh disiasat oleh Ketua Audit. Jadi, saya nak tanya kepada Jabatan Ketua Audit, penjelasan. Sama ada kalau ada kes yang disiasat oleh PDRM ataupun SPRM, bolehkah pada masa yang sama Jabatan Audit itu boleh juga siasat syarikat-syarikat berkenaan? Saya beri satu contoh, kes yang melibatkan anak menantu Pagoh di mana SPRM sekarang nak tangkap anak menantu Pagoh itu tetapi dia sudah melarikan diri ke luar negara. Jadi, dalam masa ini PDRM tak boleh lanjutkan siasatan ataupun SPRM tak boleh lanjutkan siasatan. Bolehkah Jabatan Audit pergi siasat syarikat tersebut? Saya menyeru kepada Jabatan Audit supaya menyiasat syarikat yang melibatkan anak menantu Pagoh itu. Itu yang pertama. Dengan perluasan sedemikian sudah pasti – sebelum ini ya Timbalan Speaker, saya adalah pembangkang sebelum ini dan kita selalu merujuk kepada laporan audit ini untuk kita teliti di mana ketirisan, salah guna kuasa. Jadi, dengan perluasan ini saya rasa itu adalah sesuatu yang bagus sebab sebelum ini banyak kerajaan negeri, mereka tubuhkan banyak anak syarikat dan anak syarikat itu mereka salurkan wang mereka itu kepada syarikat- syarikat yang lain di mana telah menghalang Jabatan Audit untuk mengaudit company sedemikian. Maka, saya yakin dengan adanya pindaan ini mereka boleh siasat. Contohnya, di kerajaan Kelantan sebelum pernah meminta peruntukan daripada Pusat kononnya mereka menghadapi kecairan kewangan, tidak cukup nak bayar gaji kakitangan kerajaan Kelantan tetapi apabila Kerajaan Pusat bagi wang kepada mereka, mereka pula kita lihat mereka beli kereta mewah untuk exco mereka, kereta baharu untuk exco mereka. Jadi, hal-hal sedemikian sudah pasti dengan adanya pindaan akta ini dia dapat memberi kuasa untuk kita siasat mana-mana kerajaan yang salah guna kuasa.
Minta laluan Kota Melaka.
Jadi, saya merujuk lagi kepada...
Kota Melaka, minta laluan sikit?
Saya tak bagi. Saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit...
Jangan buat tuduhan. Saya ingatkan jangan buat tuduhan. Beri peluang jawab.
Yang kalau saya – Timbalan Speaker, saya merujuk kepada laporan audit yang terakhir iaitu pada tahun 2022 di mana kenyataan...
Peraturan 36 Speaker, 36(12). Tak boleh mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan. Kota Melaka tadi sebut tentang Kelantan. Dia sendiri pun tak pasti lagi.
Yang Berhormat.
Maklumat Kelantan itu dia suruh audit siasat tapi dia dah tuduh Kelantan guna duit, salah guna duit. Kenapa dia tak minta Segambut menjelaskan macam mana suami dapat kontrak? Terima kasih.
Teruskan.
Timbalan Speaker. Apa yang saya kata itu semua fakta lah. Kalau dia mengambil sikap sengaja lupakan sesuatu, itu saya tak boleh buat apa. Ya. Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara apabila mereka menyediakan Laporan Audit bagi tahun 2022 di mana dalam kenyataan tersebut dia mengatakan secara keseluruhan masih terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti, projek, program kerajaan dari tahun 2016 hingga tahun 2022. Terdapat isu yang menjurus kepada kerugian wang awam, pembaziran dan pembayaran tidak teratur disebabkan kegagalan kementerian, jabatan, agensi dalam mematuhi prosedur ataupun peraturan yang ditetapkan, kurang teliti semasa merancang aktiviti serta pemantauan yang tidak konsisten dan tidak teliti. Ketua Audit juga kata mereka telah mengemukakan sebanyak 261 syor audit untuk dilaksanakan oleh kementerian ataupun jabatan dan agensi serta syarikat kerajaan yang diaudit di peringkat Persekutuan dan negeri. Jadi, dalam isu ini saya harap supaya Ketua Audit barangkali boleh beritahu kepada Dewan memandangkan begitu banyak kelemahan, shortcoming. Berapakah tindakan tatatertib telah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, yang telah buat salah? Adakah tindakan tatatertib diambil? Jika ya, berapakah tindakan tatatertib yang telah diambil? Apakah jenis tindakan yang telah diambil? Itu saya rasa itu penting. Kalau tidak, sia-sia sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Audit. Kita perlu puji Jabatan Audit Negara. Mereka memang buat kerja dengan baik, pergi teliti, telah siasat, keluarkan laporan tetapi jika tiada tindakan yang sewajarnya diambil terhadap mereka yang buat salah, sengaja buat salah maka sia-sia sahaja usaha Jabatan Audit tersebut. Jadi, saya harap kita mesti ambil tegas, ambil tindakan terhadap mereka yang buat salah. Dengan itu, sekian terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Okey, assalamualaikum warahmatullah dan selamat pagi. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Objektif utama Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 dalam fasal 2 untuk memperluas bidang Ketua Audit Negara. Adakah selama ini bidang tugas memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun badan- badan tertentu masih terhalang dan bermasalah? Apakah maksud audit mengikut wang
awam dari segi sumber dan jumlahnya yang akan membolehkan Ketua Audit Negara mengambil fungsi untuk melaksanakan audit? Adakah perluasan audit akan dilaksanakan kepada NGO yang berdaftar atas dasar kebajikan dan mendapat sumbangan suka rela daripada orang ramai? Apakah kriteria NGO yang akan terlibat dalam audit ini? Dalam sesi libat urus RUU bersama Ketua Audit Negara sebelum ini, NGO disebut turut terlibat dengan pindaan sedangkan dalam dokumen bertulis yang diedarkan kepada Ahli Parlimen tiada dinyatakan tentang NGO. Adakah juga audit melibatkan semua parti politik di mana sebahagian kewangan melalui yuran dan sumbangan ahli parti.
Apakah rasional audit dijalankan? Apakah yang dimaksudkan dengan audit badan- badan lain? Adakah melibatkan badan-badan berkanun termasuk FELDA, FELCRA, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain? Adakah semua syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 terlibat untuk diaudit walaupun statusnya syarikat sendirian berhad? Apakah dengan luasnya bidang kuasa yang diberikan kepada Ketua Audit Negara nanti akan dapat mengatasi semua masalah seperti penipuan maklumat dan data daripada pihak pengurusan tertentu, mengesahkan data perakaunan tidak palsu yang sebenarnya maklumat itu benar, masalah pihak pengurusan menyembunyikan kesalahan yang berlaku ataupun penyelewengan? Berapakah jumlah badan-badan lain dan syarikat-syarikat yang terlibat bila akta ini dikuatkuasakan atas dasar kepentingan awam? Berapakah unjuran sumber manusia yang digunakan untuk melaksanakan audit kepada badan-badan yang terlibat di seluruh negara dengan perluasan kuasa audit apabila akta ini diluluskan? Temerloh mengingatkan kuasa pengauditan mestilah dilakukan dengan profesional dan penuh integriti. Janganlah kuasa audit yang ada digunakan untuk menyelongkar dan menggeledah pihak tertentu sahaja sehingga menimbulkan isu yang lain dan hilang fokus tujuan audit dijalankan. Apakah dengan lulusnya pindaan Undang-undang Audit 2024 ini, ia boleh diguna pakai untuk mengaudit perjalanan pengurusan kewangan terdahulu atau sebelum ini bagi semua badan dan syarikat yang terlibat? Pada prinsip ketiga pindaan ini mewujudkan suatu peruntukan baharu mengenai kuasa Ketua Audit Negara untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan. Garis panduan yang sangat umum ini menjadi tanda tanya. Adakah ia adalah kuasa penuh dan boleh berubah menurut budi bicara Ketua Audit Negara? Apakah SOP untuk melaksanakan garis panduan ini? Adakah ia boleh dipengaruhi oleh sentimen, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa? Kuasa yang lebih luas kepada Ketua Audit Negara mestilah diikuti dengan keadilan dalam proses pendakwaan. Apalah ertinya kuasa mengaudit yang begitu luas tetapi pendakwaan yang dibuat adalah secara terpilih. Pendakwaan terpilih hanya akan merosakkan lagi integriti dan kepercayaan rakyat dan dunia seluruhnya terhadap integriti dan sistem negara ini. Prinsip yang keempat pindaan memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk membuat syor bagi menangani apa-apa ketidakaturan yang serius yang telah berlaku. Apakah yang dikategorikan sebagai ketidakaturan yang serius itu?
Dalam hal ini, dengan pindaan baru, Ketua Audit Negara diharap dapat membuat syor, komentar dan cadangan terhadap FELDA, MAHB, KWSP dan Khazanah. Susulan audit terhadap badan-badan ini juga perlu dilaksanakan selaras dengan prinsip kelima dalam rang pindaan Undang-undang Audit 2024 ini iaitu melaksanakan susulan audit. Selari dengan memberi perluasan kuasa kepada Ketua Audit Negara, maka Temerloh memohon audit dijalankan kepada Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri yang terlibat kerana menafikan peruntukan kepada MP dan juga ADUN. Ke manakah peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Ahli Parlimen dibelanjakan atau dilaburkan atau disimpan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, selamat tengah hari, salam Malaysia Madani. Izinkan saya memulakan perbahasan RUU Audit. Hari ini kita melihat Kerajaan Madani mengambil keputusan untuk memperkasakan peranan institusi Ketua Audit Negara yang selaras dengan prinsip good governance. Sebuah akta yang tidak pernah dipinda sejak 33 tahun yang lalu. Kerajaan sentiasa menambah baik tata kelola pentadbiran negara dan akauntabiliti sektor awam. Tahun lepas, kita ingat kita mulakan dalam ruang dalam Dewan ini dibuka secara luas untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan jelas menyatakan sikap keterbukaan kerajaan dalam menerima segala kritikan dan cadangan penambah baik yang membina bagi memastikan wang awam diuruskan dengan penuh bertanggungjawab. Cuma, saya ingat pada ketika itu, apabila usul perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dikemukakan, pembangkang memilih untuk membantah dan keluar daripada Dewan ini. Bukan setakat itu. Tahun ini, buat julung kali, kali pertama, jenis sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan agensi Persekutuan tahun 2022 dimuat naik atas talian Ketua Audit Negara di pautan agdashboard.audit.gov.my dan menjelaskan 3P dan 1K yang dapat penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara. 3P itu adalah pemborosan, pembaziran, pembayaran yang tidak betul dan 1K adalah kehilangan dan kerugian wang awam. Saya ingin menegaskan bahawa reform come with pain. Laporan Ketua Audit Negara telah pun menunjukkan peningkatan yang ketara perbelanjaan Kementerian Kewangan yang melibatkan subsidi produk petroleum berjumlah RM40 bilion berbanding dengan tahun 2021, ia telah meningkatkan sejumlah RM35 bilion. Jelas kita lihat kita tak boleh mengamalkan dua darjat dalam prinsip tata kelola dan integriti. Apabila kita soalkan penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang pemborosan dan ketirisan yang berlaku di antara agensi dan GLC, tetapi kita tidak melihat kebocoran dan ketirisan dalam penyaluran subsidi untuk bahan api. Maka, adalah penting untuk kita menegaskan beberapa perkara dalam RUU ini.
Pertama, tiap-tiap kali kita menemui banyak salah laku dan ketirisan yang berlaku dalam laporan― pernah berlakunya insiden, saya ingat lagi, jam yang patut kita beli RM400 tapi bayaran RM4,000. Ventilator untuk beli untuk pesakit COVID-19 tetapi tidak boleh digunakan. Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022, saya lihat dengan teliti penemuan tentang prestasi pengurusan yang tidak memuaskan tentang masalah bekalan benih padi asas tidak mencukupi. Saya mendapati― saya berjumpa dengan petani-petani dari Perak, dari Melaka, masih lagi berlaku masalah yang sama. Oleh itu, saya mendesak Jabatan Ketua Audit Negara perlu melihat pada isu ini yang pernah kita audit tetapi tahun ini kita lihat kemungkinan besar ada tanda-tanda ia akan berulang. Kita lihat dalam banyak-banyak kesalahan itu, saya ingin memohon Menteri untuk memberikan keterangan berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara yang lalu, dalam tempoh lima tahun yang lalu, berapakah jumlah kerugian dan kehilangan wang awam negara kita tiap-tiap tahun? Dalam kita menelitikan segala ketirisan dan kerugian kita yang berlaku tiap-tiap tahun, apakah PDRM, SPRM, jawatankuasa khas siasatan dalaman oleh JPA telah pun membukakan fail untuk menyiasat berapa orang yang terlibat? Apakah mereka telah disabitkan kesalahan? Berapa kes yang masih dalam siasatan? Saya ingin menjelaskan juga bahawa dalam RUU ini juga menekankan kepada kuasa Ketua Audit Negara dalam menjalankan susulan audit bagi memastikan tindakan yang diambil terhadap syor, cadangan, ulasan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Ini adalah sangat penting supaya tiap-tiap kali lepas kita membuat penemuan dalam laporan audit itu, akan datang dengan tindakan susulan untuk semak dan melihat ada tak perubahan berlaku. Saya lihat segala usaha ini adalah sungguh baik. Rumusannya, Puan Yang di-Pertua, dalam pembangkang mengkritik kerajaan dalam tiap-tiap hari, sebenarnya mereka lupa bahawa mereka pernah diberikan peluang untuk meneruskan pentadbiran negara kita. Mereka pernah menjadi menteri, timbalan menteri dan jawatan duta khas di luar negara. Tetapi, pada ketika itu, mereka tidak melakukan apa-apa. Saya dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Beliau mempersoalkan banyak perkara. Tak apa, kita menerima dengan baik. Tetapi, beliau harus ingat, beliau pernah berkuasa dan pernah menjadi kerajaan. Saya tidak ingat apa yang Machang...
Masa sudah tamat.
...Pernah sebutkan sebelum ini tetapi saya hanya ingat bahawa dia pernah bagi dua hujah yang paling saya ingat. Penghapusan hutang dan cetak lebih banyak wang kertas sahaja. Itu yang mampu Machang katakan sebelum ini. So, saya rasa sekurang-kurangnya kerajaan ini telah pun mulakan mengamalkan tata kelola yang baik. Saya yakin dan percaya sedikit demi sedikit yang kita lakukan ini, kita mampu melakukan perubahan dan rakyat akan menilai prestasi Kerajaan Madani. Sekian sahaja. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024. Dalam Al-Quran, surah An-Nahl ayat 96, Allah menyebut, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Apa yang ada di sisi kamu akan sampai tempohnya dan apa yang ada di sisi Allah kekal.” Ini membawa maksud bahawa mana-mana undang-undang yang datang daripada manusia akan mengalami perubahan. Salah satu dari fungsi Parlimen ialah membuat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada termasuk undang-undang berkait dengan audit yang kita bincangkan pada hari ini. Oleh itu, saya ingin untuk kita ingat kepada satu maxim audit dengan izin, “An auditor is a watchdog not a bloodhound” iaitu tugas audit untuk memastikan sistem kawalan kewangan dan aset terpelihara seperti watchdog. Bukan tugas audit mencari kesalahan dan menjadikan yang disiasat sebagai mangsa yang akhirnya dihumbankan ke dalam penjara iaitu bloodhound. Oleh itu diharapkan dengan pindaan ini, Jabatan Audit Negara tidak menjadi perkakas balas dendam musuh politik supaya ianya benar-benar menjadi satu badan yang diberi kuasa untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemelihara kepada aset dan juga harta. Tuan Yang di-Pertua, pertambahan bebanan kerja kakitangan awam, prinsip-prinsip pindaan yang akan dibuat melalui RUU ini tertumpu pada mengembangkan bidang kuasa Ketua Audit Negara. Pindaan seksyen 5 memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan. Dengan peluasan skop tugas Ketua Audit Negara ini, sepertinya berlaku juga pertambahan bebanan kerja dan tahap kerumitan untuk mengaudit entiti-entiti yang lebih banyak berbanding sebelum ini. Adakah Jabatan Audit Negara akan menambah sumber manusia dan kepakaran yang diperlukan untuk menggalas tanggungjawab ini terutamanya melibatkan penambahan skop tugas penyiasatan? Apakah jaminan pertambahan beban ini tidak akan menjejaskan kakitangan Jabatan Audit daripada segi prestasi dan moral yang seterusnya berisiko menyebabkan kita terus merudum dalam indeks keseimbangan kerja hidup global? Mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, dalam pelantikan Ketua Audit Negara mengikut RUU Audit (Pindaan) 2024 ini, ianya boleh menjejas tugas juruaudit di bawah seksyen 174(2) Akta Syarikat. Mungkin akan berlaku soal siapa yang lebih berhak mengambil rekod kewangan untuk diaudit. Juruaudit syarikat ada tanggungjawab mengikut undang-undang untuk disempurnakan tugas audit. Bagaimana pula apabila juruaudit syarikat telah memberi laporan audit bersih? Bukankah akan menimbulkan ketegangan antara juruaudit luar syarikat dan Pejabat Ketua Audit Negara? Juruaudit luar syarikat kerana itu adalah keperluan dalam Akta Syarikat ada dengan professional duty untuk dilaksanakan, dengan izin. Maka dibimbangi ketegangan yang boleh
mengheret ke mahkamah. Jadi untuk itu, saya pohon jelaskan jalan penyelesaian jika berlaku pertembungan ini. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih Timbalan Speaker kerana telah memberi ruang kepada Pulai untuk membahaskan pindaan Akta 62. Pindaan ini adalah suatu tindakan yang sangat baik dalam melakukan kajian semula dan menambah baik akta-akta yang mempunyai kelompangan kerana peredaran masa dan zaman. Ini adalah salah satu reformasi institusi yang menjadi agenda utama Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terutamanya berkaitan dengan tata kelola dan tadbir urus pentadbiran dan kewangan awam. Usaha ini juga adalah satu faktor untuk meningkatkan lagi kredibiliti negara dalam memerangi salah laku tadbir urus dan terbukti pada tahun 2023, negara kita telah memperbaiki daripada segi sudut ranking World Corruption Index. Terdapat beberapa peruntukan baru yang penting untuk memberi kuasa baru kepada Jabatan Audit Negara dan juga Ketua Audit Negara dalam mengawal selia pendanaan awam ke pertubuhan-pertubuhan ataupun badan-badan yang telah diletakkan dalam garis panduan pindaan seksyen 5. Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Madani di bawah teraju Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan sangat menekankan agenda yang penting ini. Selama hampir 33 tahun pindaan tidak dibuat. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, bagaimanakah pihak kerajaan melakukan kawal selia sebelum ini terhadap isu-isu yang melibatkan ketirisan dana awam dan bagaimana ketirisan ini dapat dipertanggungjawabkan ke atas setiap agensi-agensi kerajaan atau individu yang terlibat dalam ketirisan berkenaan? Berkaitan dengan pindaan seksyen 5 pindaan ini menggantikan perenggan (d) dalam subseksyen 1 dengan beberapa perkara penting termasuklah memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit mana-mana badan termasuklah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat [Akta 777] yang mempunyai jaminan kewangan dan juga membawa masuk pendekatan ‘Follow The Public Money Audit’ atas dasar kepentingan awam. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri berkenaan perkara ini. Jika berdasarkan kepada sesi libat urus yang diadakan, ada menyatakan bahawa mana-mana badan ini termasuk akaun pertubuhan. Jadi apakah pertubuhan-pertubuhan yang di bawah Akta Pertubuhan 1966 termasuk dalam senarai yang dimaksudkan ini? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan apakah maksud public money di sini. Berkait juga dengan dana-dana atau peruntukan Ahli Parlimen yang disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan di komuniti setempat yang telah disalurkan. Juga ingin penjelasan apakah limitasi yang ada supaya pindaan ini memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara dan tidak disalahgunakan dan dijadikan boneka pihak-pihak tertentu pada masa akan datang.
Apakah pindaan ini juga memberikan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun-akaun yang terlibat yang sebelum ini secara backdated atau kuasa-kuasa mengaudit berkenaan dengan hanya akan bermula mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Berkaitan dengan pindaan subseksyen 9 juga memberi kuasa baru kepada Ketua Audit Negara melakukan dan juga membuat syor mengenai apa-apa ketidakteraturan yang serius yang telah berlaku dalam perakaunan ataupun penjagaan wang awam ataupun simpanan awam di bawah pengauditannya. Hal ini mempercepatkan usaha untuk kerajaan menangani isu ketirisan dan juga ketidakaturan hal ehwal perakaunan dan penjagaan wang awam. Saya juga ingin menyambut baik cadangan-cadangan yang telah dilontarkan berkenaan dengan berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang boleh dibahaskan dan diulas di dalam sidang Parlimen ini. Perkara ini perlu supaya laporan ini menjadi sebuah risalah yang dibentangkan dengan lebih berkesan lagi malah perbahasan juga perlu penyertaan daripada pihak pembangkang sebagai salah satu mekanisme semak dan imbang, kita tidak mahu apa yang berlaku pada persidangan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara yang lepas di mana hampir semua barisan pembangkang tidak bersama dalam perbahasan tersebut.
Sila gulung.
Namun begitu perlu diingat bahawa perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini tidak perlu dijadikan medan untuk menuding jari tetapi perlu dijadikan sebagai salah satu mekanisme untuk menilai setiap tahap pentadbiran itu dalam urusan kawal selia dana awam demi mengangkat agenda ketelusan dan juga prinsip yang baik ini. Inilah fungsi sebenar Dewan yang mulia ini dalam konsep Demokrasi Berparlimen. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyentuh berkenaan perluasan skop kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang menerima jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan dan juga negeri. Soalan saya apakah implikasi peluasan skop punca kuasa Ketua Audit Negara ke atas pengauditan badan-badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan di dalam bentuk jaminan kewangan serta syarikat yang menerima wang awam sekiranya Menteri
Kewangan berpuas hati bahawa kepentingan awam menghendaki siasatan dan pengauditan akaun itu dijalankan oleh Ketua Audit Negara? Kuasa untuk meletakkan keperluan untuk audit terletak pada Menteri Kewangan. Menteri Kewangan diberi kuasa yang besar dan ini memerlukan semak imbang untuk menyekat keadaan di mana kuasa yang ada digunakan untuk kepentingan politik atau kepentingan yang lain. Sejauh manakah pendekatan audit mengikut wang awam dapat memastikan pengesanan wang awam (public financial money trail) dijalankan secara lebih berkesan sama ada di dalam atau luar negara. Sebelum ini pihak pembangkang selalu membawa usul untuk menyiasat pendedahan Pandora Papers berkaitan akaun pesisir luar yang melibatkan beberapa orang YB tidak kira sebelah mana pun. Apakah jaminan kebebasan kepada Ketua Audit Negara di dalam melaksanakan fungsi dan tugasnya tanpa dipengaruhi, tanpa ditekan, tanpa diancam? Ini kerana peluasan kuasa yang diberikan adalah sangat luas dan pastinya bergantung kepada asas penentuan dan audit terpilih (selective audits) yang akan diputuskan oleh Ketua Audit Negara. Saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang semalam berkenaan prinsip pemisahan jawatan di antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pemisahan ini adalah penting untuk memastikan kewangan negara kita berada di landasan yang betul, tata kelola yang betul. Kita juga tidak mahu terjadinya penggadaian aset-aset strategi negara yang memiliki kepentingan besar untuk negara. Telah banyak diulas tentang isu berkaitan dengan cadangan penjualan sebahagian saham Malaysia Airport Berhad kepada Global Infrastructure Partners (GIP) dan saya tidak ingin mengulas ini. Dalam keadaan di mana Khazanah pengerusinya adalah Perdana Menteri dan beliau adalah Menteri Kewangan yang tadi disebut diberi kuasa yang luas untuk menentukan sama ada mahu dilakukan audit atau tidak dan ini yang dibimbangi dengan apa yang dimaksudkan dengan selective audit ini. Masyarakat telah terbiasa dengan istilah apa yang disebut oleh public prosecution, selective prosecution di mana pendakwaan dilakukan secara terpilih. Janganlah nanti difahami oleh rakyat selective prosecution boleh juga membawa maksud audit secara terpilih berasaskan kepada pertimbangan kriteria-kriteria lain yang tidak bersangkut paut tentang kriteria kepentingan awam. Tuan Yang di-Pertua, kedua saya ingin menyentuh berkenaan pengukuhan mandat tugas dan fungsi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Apakah perancangan khusus kerajaan untuk memastikan kelangsungan mandat tugas dan fungsi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang sedia ada di dalam membuat teguran dan dapatan kepada pihak berkuasa awam berkaitan perkara seperti yang diperuntukkan di dalam perkara 77.1 Peraturan Mesyuarat? Adakah ia juga mencakupi syor memperluaskan kuasa siasatan dan pengauditan PAC ke atas lebih banyak badan, agensi yang mempunyai kehubungan langsung atau menerima dana daripada agensi kerajaan? Seterusnya bercakap mengenai negeri pembangkang, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan negeri Terengganu. Terengganu sememangnya mengutamakan prinsip
ketelusan di dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Kecemerlangan kerajaan negeri di dalam mengamalkan tatacara pengurusan kewangan harus dipuji dengan mendapat tiga tahun berturut-turut mendapat Sijil Audit Bersih tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara. Bukan itu sahaja, pengurusan kewangan Terengganu turut mengungguli kedudukan pertama di dalam Malaysia Open Bajet Index (MyOBI). Dibimbangi sekiranya kuasa selective audit ini menyebabkan objektiviti di dalam pemilihan kes mana yang mahu diaudit ini ditinggalkan. Negeri yang mencatat prestasi yang baik dari segi transparency tiba-tiba menjadi sasaran kepada audit-audit yang tertentu manakala negeri-negeri yang mempunyai masalah ditinggalkan. Ini yang kita bimbang.
Sila gulung.
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya saya memuji langkah pindaan RUU Audit ini dan saya yakin ia mempunyai kebaikan yang sudah tentu diwarisi tidak kiralah kerajaan mana pun yang memerintah kerana itu saya berpendirian menyokong apa yang baik di dalam pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan RUU Audit (Pindaan) 2024 di Dewan yang mulia ini. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pindaan seksyen 5 untuk meluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat yang menerima jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan ataupun kerajaan negeri. Pertamanya, saya ingin juga memuji kerajaan pada hari ini yang melalukan satu tindakan yang progresif untuk memperluaskan kuasa kepada Jabatan Audit untuk menjalankan siasatan. Saya juga mengalu-alukan kehadiran ramai tokoh-tokoh yang utama dari pihak pembangkang seperti Kubang Kerian, Pagoh dan lain-lain yang turut hadir untuk membicarakan isu yang penting ini meskipun sebelum ini mereka mengambil tindakan walk out apabila kita membahaskan Laporan Ketua Audit.
Petaling Jaya, Petaling Jaya sedikit sahaja.
Sila. Apa komen, Menteri tidak ada Timbalan Menteri tidak ada. Kita bahas rang undang-undang dia.
Terima kasih, saya nampak memang mereka mengambil giliran untuk berada. Saya nampak Timbalan Menteri ada beberapa orang yang ada dan yang lebih penting adalah jawapan yang diberikan oleh mereka apabila menggulung akta tersebut.
Pertamanya saya ingin terus merujuk kepada kes FELCRA. Puan Yang di-Pertua, kita dikejutkan dengan pendedahan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkenaan hutang FELCRA yang berjumlah RM1.21 bilion pada April 2023. Hutang ini rentetan kerugian oleh 14 anak-anak syarikat di bawah FELCRA. Selain diversification dengan izin, FELCRA dalam pelbagai sektor telah menyebabkan mereka gagal menjana pendapatan dan mengakibatkan kewangan bertambah lebih buruk. FELCRA ini merupakan entiti milik kerajaan, dimiliki sepenuhnya oleh MOF dan diselia oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Kabinet pula telah meluluskan jumlah hutang sebanyak RM1.53 bilion untuk FELCRA dan anak syarikatnya untuk diselamatkan dan distruktur semula. Pembayaran mengambil tempoh 35 tahun dan hanya akan membayar semula bulanan bermula 2026 pada kadar RM4.6 juta kepada MOF. Justeru, saya ingin bertanya, setakat Jun 2024, sila nyatakan berapa jumlah kerugian yang ditanggung oleh semua state dan federal serta GLC dengan izin? Dan GLC seharusnya berpegang kepada objektif komersial dan penglibatan industri strategik dan bukan menanggung tanggungjawab sosial. Malah GLC yang tidak berdaya harus disyorkan untuk ditutup dan tidak dikekalkan zombie company dengan izin semata hanya untuk membiayai orang-orang. Saya ingin mencadangkan agar audit secara berkala, berfasa ataupun early audit dapat dijalankan di fasa awal pelaksanaan dan penghasilan ke atas projek yang menelan perbelanjaan besar kerajaan dengan mengambil kira setiap syor dan cadangan awal yang diberikan ke atas setiap tindakan susulan. Sekiranya terdapat kepincangan audit, Jabatan Audit Negara seharusnya ada satu saluran automatik yang dilaporkan yang dilaporkan terus kepada SPRM untuk menjalankan penyiasatan lanjut. Puan Yang di-Pertua, kedua, pindaan subseksyen 5(4) untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk membuat apa-apa syor untuk menangani apa-apa ketakteraturan yang serius yang telah berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang haram atau simpanan awam di bawah pengauditannya. Pertama, isu-isu kepentingan semasa negara perlu terus dibentang tanpa perlu menunggu laporan tahunan. Jika tidak, laporan audit tersebut tidak memberi signal jelas keadaan semasa. Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara ada menjelaskan tentang komitmen kerajaan terhadap pampasan konsesi lebuh raya umpamanya di mana ia melibatkan amaun pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi berikutan pemberian diskaun tol, penangguhan kenaikan kadar tol dan pemansuhan kutipan tol sebelum tamat tempoh konsesi. Kedudukan komitmen pampasan adalah banyak. Puan Yang di-Pertua, cadangan saya adalah agar Ketua Audit Negara dapat memperbaharui konsep, terma dan kategori bagi audit pampasan konsesi lebuh raya dan sebarang perjanjian yang bakal tertera dengan pihak-pihak swasta. Contohnya isu projek lebuh raya PJD Link. Kita dimaklumkan pada April 2024 bahawa ia telah dibatalkan oleh
kerajaan. Namun, dikhabarkan sekiranya projek lebuh raya itu dibatalkan, kerajaan perlu membayar pampasan kepada pemegang konsesi. Terma dan syarat ini tidak dijelaskan oleh kerajaan kepada pihak awam, sedangkan projek ini sangat bersifat kepentingan awam.
Sila gulung.
Puan Yang di-Pertua, saya berharap agar perkara ini dapat perhatian Ketua Audit Negara kerana jikalau tidak, segala konsesi atau pampasan akhirnya akan memberikan kesan dan juga impak kepada rakyat juga. Dan saya juga ingin mengesyorkan Jabatan Audit Negara dapat menggalakkan penyertaan orang ramai akhirnya dalam proses audit dan belanjawan negara seperti yang kita lihat dalam Badan Pemeriksa Kewangan Indonesia, yang mana mereka libatkan orang awam, akauntan daripada kalangan rakyat untuk turut terlibat dalam proses audit negara. Sekian saja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Timbalan Yang di- Pertua, saya rasa Dewan ini perlu merakamkan rasa satu teguran kepada menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir waktu mana rang undang-undang dia dibahas. Nampak tidak serius walaupun kita membahas panjang lebar tapi Menteri tidak ada, Timbalan Menteri nak jawab pun tidak ada. [Tepuk] Dewan perlu merakamkan satu teguran kepada kedua-dua mereka. Ini pandangan saya untuk kita lihat lebih serius Dewan ini, yang kita bincang. Memulakan perbahasan, saya ingin memetik suatu kata-kata Sayidina Umar Al- Khattab yang mafhumnya, “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbanglah diri kamu sebelum diri kamu ditimbang kerana akan lebih mudah bagi kamu dalam hisab esok jika kamu bertanggungjawab pada hari ini”. Tuan Yang di-Pertua, institusi ini telah pun berusia 118 tahun dan menjangkau lebih satu dekad dan menghampiri– menghampiri lebih daripada satu abad dan menghampiri 14 dekad. Pelantikan Ketua Audit Negara bertanggungjawab termaktub dalam Perkara 105, Perlembagaan Persekutuan yakni Akta Audit 1957. Setelah berada hampir 12 dekad, sampai masanya kerajaan mempertimbangkan fungsi dan menaik taraf Jabatan Audit Negara sebagai sebuah Suruhanjaya Audit Negara supaya fungsi dan peranannya lebih besar dan kuasa lebih luas. Saban tahun kita lihat Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Dewan yang mulia ini dengan memperincikan jumlah ketirisan, pemborosan, pembaziran oleh kementerian, jabatan bagi meneruskan amanah rakyat. Apa yang jelas, saya tengok beberapa agensi lain dia memperuntukkan elaun khas contohnya elaun khas SPRM, elaun khas pegawai polis, elaun khas kastam, elaun khas doktor, elaun khas jurutera. Sampai masa saya fikir bayaran elaun khas juruaudit kepada semua juruaudit di sektor awam dapat
dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Saya rasa ramai pihak yang menyokong supaya dia ada penghargaan diberi kepada Jabatan Audit. Saya pergi kepada pindaan seksyen 5(1)(d) iaitu tentang perluasan kuasa juruaudit untuk mengaudit terhadap akaun zakat dan di bawah Majlis Agama Islam sebagaimana taklimat yang diberi. Persoalan saya ialah, terdapat negeri-negeri yang meminda Enakmen Majlis Agama Islam, di mana pengauditan bagi akaun Majlis Agama Islam diaudit oleh juruaudit-juruaudit yang ditentukan sendiri oleh Majlis Agama Islam. Apakah pindaan ini bercanggah dengan Akta Audit tersebut dan saya ingin dapat penjelasan negeri-negeri yang telah membuat pindaan tersebut dan sejauh mana bidang kuasa Jabatan Audit untuk mengaudit akaun-akaun majlis agama, zakat dan sebagainya kerana ia, dia tidak termasuk dalam Kumpulan Wang Disatukan? Ini di antara konflik saya rasa perlu diberi penjelasan. Berhubung dengan pindaan seksyen baru 7A iaitu menyentuh tentang isu power to guideline atau kuasa bagi mengeluarkan garis panduan. Kalau kita lihat pada 18 Jun 2024, pada ketika itu Ketua Perbendaharaan telah pun mengeluarkan satu– meluluskan satu pindaan Pekeliling Perbendaharaan iaitu Pekeliling Perbendaharaan 3.1 iaitu pelaksanaan audit dalam di kementerian atau jabatan Persekutuan dan kerajaan negeri. Pindaan tersebut ialah tambahan perenggan 4.3, PS 3.1 menyatakan saya quote, “Walau apa pun tanggungjawab dan bidang kuasa Unit Audit Dalam, sebagaimana dinyatakan di bawah perenggan 4 ini, namun pegawai Unit Audit Dalam terdiri daripada pegawai kader Jabatan Audit Negara hendaklah tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara”. Tapi kita baru bincang akta itu, bererti saya lihat ada keperluan untuk melihat balik supaya tidak keluar arahan sebelum Dewan meneruskan peruntukan sebab nanti dia akan bercanggah dengan apa yang sedang berlaku. Persoalan saya ialah sejauh mana garis panduan dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara mengikat mana-mana pihak terhadap pematuhan terhadap garis panduan tersebut, sebab ia terlalu general. Akta ini terlalu umum. Jadi, kita perlu spesifikkan supaya sejauh mana ia mengikat dan kalau sekiranya berlaku tidak pematuhan pada garis panduan, apa tindakan perlu dibuat? Dan saya fikir ini perlu kita dapat penjelasan supaya mana-mana pihak bukan saja kita ikat dia dengan arahan tetapi di waktu yang sama, ada suatu tindakan kalau sekiranya pematuhan tidak dilaksanakan. Saya pergi kepada seksyen 9A iaitu tentang follow-up audit (susulan audit). Persoalan saya ialah berapa lama tempoh susulan audit itu dapat diselesaikan? Kebimbangan saya bila bidang kuasa dia luas, dengan staf yang tidak bertambah, kita bimbang beban yang terpaksa ditanggung Jabatan Audit terlalu besar. Dan saya fikir kalau kita tambahkan fungsi bidang kuasa, skop, perlu juga dilihat penambahan kakitangan supaya tidak terbeban kepada pegawai-pegawai di peringkat Jabatan Audit Negara. Dan akhir sekali, saya juga melihat tentang...
Sila gulung.
...tentang audit dalam ini, tentang Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan sebagaimana saya nyatakan tadi dan saya rasa perlu suatu perluasan skop bidang kuasa
supaya audit dalam yang dilakukan itu dapat mengenal pasti lebih awal sebarang salah urus tadbir di peringkat kementerian atau agensi di bawahnya dan supaya tindakan lebih awal dapat diambil. Kalau sekiranya fungsinya terhad, saya fikir laporan tersebut hanya berkisar dalam agensi yang dia siasat oleh Jabatan Audit dalam. Bererti dia tidak sampai kepada matlamat sebenar bagaimana audit dalam itu dapat membantu menyelesaikan sesuatu salah tadbir dapat– lebih awal dapat dicegah. Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu perbahasan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih pada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan bagi Akta Audit (Pindaan) 2024 yang akan meminda Akta Induk Akta 62 pada hari ini, Pindaan ini memang perlu sebab sudah lebih 30 tahun sejak pindaan terakhir berlaku pada tahun 1991 dan wajar kita sokong. Ia menunjukkan bahawa pendekatan yang sangat baik, sangat progresif daripada Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun yang begitu ambil berat berkenaan dengan integriti. Sebab itu akta ini dibawa untuk pindaan pada hari ini. Saya nak tanya beberapa perkara. Yang pertama, kalau kita tengok sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dibahas dan digulung tetapi selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk, ia dibentang, dibahas dan digulung. Jadi saya tanya kenapa tidak dimasukkan apa-apa peruntukan baru berkenaan dengan kewajipan untuk membahaskannya dalam Dewan yang mulia ini dalam pindaan kali ini. Yang kedua, saya nak bahaskan adalah berkenaan dengan kekuatan Jabatan Audit Negara itu sendiri sebab kita nampak pindaan ini mengangkat fungsi kuasa, bidang kuasa yang ada pada Jabatan Audit. Jadi, sudah tentunya perlu mempunyai pegawai, kekuatan yang lebih. Jadi, apakah ia akan menambah lagi kekuatan kakitangan dalam di bawah Jabatan Audit Negara. Yang ketiga adalah saya nak tanya, ada tak selepas pindaan ini, Jabatan Audit Negara akan melakukan audit berkala terhadap agensi-agensi tertentu yang banyak menggunakan dana awam. Tidak kira, saya tak perlu sebut mana-mana agensi tetapi tidak kira apa agensi saja yang ada projek besar, yang melibatkan dana awam berjuta ataupun berbilion setiap tahun. Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada seksyen 5 ya untuk pindaan ini yang telah memasukkan 5(1)(d), masukkan subseksyen baru (iii) dan (iv) berkenaan dengan financial guarantee, jaminan kewangan dan juga in receipt of public money, terima dana awam. Saya menyambut baik kedua-dua ini dan dikatakan bahawa Jabatan Audit boleh audit syarikat di bawah Akta Syarikat yang menerima dana daripada kerajaan. Kita
menyambut baik. Ia ada keperluan cuma saya nak tanya, selain daripada syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat, boleh tak Jabatan Audit turut mengaudit NGO, persatuan yang didaftarkan di bawah ROS yang menerima dana yang besar. Saya tidak kata semua tapi dana yang besar daripada kerajaan dan juga anak-anak syarikat ya ataupun badan GLC yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sebab ada badan- badan tertentu di bawah kerajaan negeri yang mempunyai dana yang besar. Jadi, apakah selepas pindaan ini, Jabatan Audit akan mempunyai bidang kuasa berbuat demikian? Seterusnya di bawah seksyen 9A baru yang dimasukkan berkenaan dengan follow- up audit (audit susulan). Saya menyambut baik, memang ada keperluan. Sebab apa yang berlaku sebelum ini adalah setiap kali laporan audit dibentangkan, kita nampak ada perkara yang didapati kurang sesuai, ada tata kelolanya yang dipertikaikan dan ada cadangan syor daripada laporan itu sendiri tetapi ada tak cadangan ataupun syor tersebut diambil tindakan ataupun dipatuhi, kita tidak tahu. Jadi, selepas dimasukkan perkara ini saya harap ia dapat dilakukan. Saya nak tanya kerajaan, apakah sebelum pindaan yang kita bahaskan pada hari ini dilakukan, sebelum ini tidak pernah kah ada audit susulan? Sebab perkara ini patut kita lakukan sejak dulu lagi. Ada keperluan, kalau kita nampak ada kesilapan, ada kekurangan dan kita dah tegur, kita nak tengok, selepas itu apa yang terjadi? Ada tak ada apa-apa langkah pembetulan yang diambil? Dan perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua yang saya nak bahaskan adalah berkenaan dengan seksyen 9(4), akta induk yang telah ditambah bahawa Ketua Audit Negara boleh buat apa-apa cadangan, recommendation to address the irregulating, ketakteraturan. Saya nak tanya, apakah skop yang berkaitan dengan perkara ini sama ada, ada apa-apa guideline daripada mana-mana peraturan sebelum Ketua Audit Negara boleh membuat cadangan berkenaan dengan perkara yang dinyatakan? Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul jam 1.05 minit tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang muda, orang Sungai Bakap, tap-tap skrin guys.
Sepatutnya saya berucap pukul 1.05 petang tadi tetapi Speaker menghendaki saya datang sekarang, insya-Allah saya buat demikian. Kemudian saya kena berlari ke Kamar Khas. Pertama sekali, berhubung dengan audit yang kita bincangkan. Saya hendak bincangkan tentang perkara fasal 4 iaitu meminda subseksyen 9(4) Akta 62 untuk memberi kuasa Ketua Audit Negara untuk membuat apa-apa syor untuk menangani apa-apa ketidakaturan yang serius, yang berlaku dalam perakaunan ataupun perjalanan wang awam atau simpanan awam di bawah pengauditannya. Jadi, Perdana Menteri pada 1 September 2023 dengan berkata, peranan audit itu perlu mukhtasim, disegani bukan sahaja audit dari segi kewangan tetapi audit dari segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelakkan daripada kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian. Budaya tidak mengindahkan teguran daripada audit perlu dinoktahkan, terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan. Soalan saya, apakah data– tetapi sebelum itu, saya hendak bagi tahu. Apakah data terkini statistik ketidakpatuhan jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan dan negeri? Yang keduanya, apakah tindakan diambil Timbalan Menteri atau hukuman yang diberikan kepada organisasi yang mengabaikan atau tidak mengendahkan tindakan susulan Laporan Ketua Audit Negara? Kita tidak tahu jika saranan Ketua Audit Negara telah diambil tindakan atau tidak. Kita tidak tahu, kita tidak pasti dan tidak tahu sebenarnya kerana tidak ada keterbukaan informasi daripada pihak kerajaan dan kurang laporan susulan. Saya yakin tindakan punitif dan korektif ke atas kementerian dan jabatan terlibat akan dapat mengurangkan ketirisan serta pembaziran wang awam. Yang kedua Yang Berhormat Pengerusi iaitu cadangan ini bagus, kami melihat ini bagus tetapi kalau kami memerintah, kami akan baguskan lagi dan kita ada tambahan-tambahan yang boleh kita buat. Akan tetapi kebagusan ini kita tahu bahawa kita bergantung banyak kepada PAC. PAC sekarang sedang membincang laporan 2021, 2022 tetapi banyak perkara-perkara yang berlaku pada 2023 dan mungkin awal 2024. Saya dapat maklumat, memang PAC akan pick-up, dengan izin, mana-mana yang perlu diberi keutamaan. Tetapi yang paling penting, audit sendiri kalau mengetahui perkara ini serius dan perlu diketengahkan, dia ketengahkan. Ini kita tengok, Menteri yang tegur. Sepatutnya Menteri tak payah tegur. Ini ada Menteri yang pakai baju batik itu. Allah, Menteri ya. Dia daripada Pontian. Dia menyebut-nyebut ini dalam laporan akhbar, Kementerian Kewangan kesal dengan kehilangan RM681.17 juta wang awam sebagaimana Laporan Audit baru-baru ini yang melibatkan dengan pengurusan beras. Ini Menteri Kewangan menegur, tidak payah tegur, bagi tahu dekat audit. Menteri Kewangan bagi tahu dekat audit tentang perkara ini perlu diberi perhatian. Saya hendak tanya teguran Menteri Kewangan pada tahun tersebut. Dia Menteri Kewangan sekali lagi ataupun tidak, saya– Timbalan Menteri. Akan tetapi dia membuat teguran, dia membuat teguran terbuka pada audit, yang dia sendiri boleh arahkan audit berbuat demikian. Saya cadangkan supaya audit tambahkan kakitangan bahagian penguat kuasa dan juga peruntukan untuk membolehkan mana-mana yang serius diketengahkan serta-merta
dan dibincangkan, tidak perlu tunggu PAC untuk berbuat demikian. Kemudian, yang ketiganya Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat mungkin tidak setuju tetapi kena setuju, ini audit berhubung dengan peruntukan Ahli Parlimen.
Ya, setuju.
Ya. Ahli Parlimen tahun sudah tidak dibagi peruntukan, yang pihak kerajaan dia bagi. Saya kata Malaysia sekarang ini kumpulan minoriti menguasai kerajaan, kumpulan majoriti dianaktirikan. Di negara lain seluruh dunia, majoriti anaktirikan minoriti tetapi di Malaysia, minoriti anaktirikan majoriti. Saya minta siapa hendak audit? Saya minta you audit apa yang berlaku. Duit ini diberi kepada siapa? Saya dengar cerita, peruntukan Ahli Parlimen dibagi kepada KEMAS, kepada ketua- ketua bahagian yang kalah lawan dengan kami, dibagi peruntukan. Apa hak dia dapat peruntukan? Peruntukan, peraturan dari mana kita bagi kepada orang yang kalah pilihan raya untuk mengurus peruntukan? Tak halallah, bahasa Perlis lah, tak halallah hang buat kerja tu. Kita akan terus berdoa pada Allah SWT supaya kezaliman yang berjalan sekarang ini dipatuhi. Saya minta supaya auditkan apa yang telah diberi, peruntukan itu diberi kepada siapa, saya hendak tahu. Saya dengar kata dia hendak beri kepada KEMAS. Apa ada KEMAS? KEMAS dulu DAP yang hendak tutup KEMAS. Kami perjuangkan, pertahankan KEMAS. Sekarang pula KEMAS hentam kami, apa punya KEMAS.
Masa sudah tamat.
Akhir sekali Yang Berhormat. Kelmarin ada pelanggaran berlaku berhubung...
Bila DAP kata mahu tutup KEMAS?
Kelmarin ada perlanggaran berlaku...
Tarik balik, Arau.
37(1)...
Tanpa berasas...
Orang melanggar iaitu orang tengah– Pendang tengah berucap...
Peraturan Dewan, Timbalan Speaker.
Pelanggaran 37(1).
Peraturan Dewan...
Keduanya ialah berhubung dengan 18(1).
Arau.
36(6).
Saya hendak bagi tahu, saya nak bawa usul. Jelutong cabar Ketereh...
Timbalan Speaker, saya minta...
...ajak bergaduh di tempatnya.
Saya minta Arau tarik balik kenyataan DAP hendak tutup KEMAS.
Inikah sifat Ahli Parlimen? Bersifat seolah-olah macam apa? Ini bukan gengster, ini ajak orang bertumbuk di tempat mereka. Ini satu peraturan yang salah, saya akan bawa usul di bawah 36(12)...
Siapa gengster?
...iaitu melanggar hak kebebasan Ahli Parlimen.
Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Arau.
Ada pula cabar kita, ajak– mujur saya pegang Ketereh, jangan pergi, jangan pergi.
Yang Berhormat Arau.
Tetapi walau bagaimanapun, benda ini kita selesai dengan eloklah. Saya bukan hendak bergaduh, saya ini orang baik, baru balik Mekah, Yang Berhormat.
Ya, orang baik, sila dengar.
Saya minta supaya kita hendaklah berbicara dengan penuh adab dan sopan.
Yang Berhormat Arau.
Tunjuk depan Ahli, Speaker yang begini baik hati kepada kita, yang sentiasa senyum. Jadi, kita berbicara dengan baik. Jangan ajak bergaduh, tidak bagus, tidak bagus rakyat Malaysia. Ya, silakan.
Arau, jangan ajak- Kami tak pernah kata mahu tutup KEMAS.
Timbalan Speaker.
Silakan, wanita itu.
Yang Berhormat Arau.
Ya.
Yang Berhormat Jelutong membangkitkan peraturan mesyuarat supaya Yang Berhormat Arau tarik balik ‘DAP hendak tutup KEMAS’.
Tutup KEMAS.
DAP nak tutup apa Yang Berhormat?
Tadi Yang Berhormat Arau kata DAP nak tutupkan KEMAS.
KEMAS.
Saya kata apa tadi?
[Ketawa]
Saya kata apa?
Tarik balik.
Tarik baliklah.
Tarik baliklah.
Arau sudah lupa, kami masih ingat okey.
Tak tahu apa yang Arau cakap.
Acting, acting.
Saya nak tarik apa? Saya tak tahu apa nak tarik.
Cakap sampai dah lupa apa yang dibahaskan Yang Berhormat.
Saya nak tarik apa? Saya kata kita selesaikan dengan cara elok-elok. Cara adik-beradik. Nak tarik balik perkataan itu?
No.
Tak ada. Tak ada.
Saya sebut awal itu sebab tadi DAP dan sebagainya...
Arau telah menyatakan DAP nak tutup KEMAS.
Betul. Tarik balik.
Arau nak tarik balik?
Ini cadangan daripada Kerajaan PH, masa itu DAP dalam kerajaan.
Jangan menipu Yang Berhormat. Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan tadi.
Tak pernah ada dasar macam ini.
Tarik balik perkataan menipu.
Yang Berhormat.
Tarik balik. Tarik balik perkataan menipu.
You tarik balik kenyataan dulu.
Saya kata kerajaan masa itu...
Jangan menipu.
...Yang dianggotai oleh DAP sama- sama...
Arau jangan menipu!
Nak suruh tutup KEMAS.
Mana ada?
Kamu telah tutup PLKN, tutup Biro Tatanegara.
Ha.
Sekarang jadikan KEMAS masuk senarai ditutup.
Timbalan Speaker, ini dah keterlaluan, melampau.
Arau, Arau boleh tunjukkan bukti bahawa DAP nak tutup KEMAS kah?
Dalam Kerajaan PH. Kerajaan PH masa itu.
Tak boleh cakap macam ini.
Timbalan Speaker.
Usaha nak tutup KEMAS, Kerajaan PH.
Bukti, bukti.
Bukti, bukti.
DAP adalah dalam kerajaan, KEMAS.
Minta dia tarik balik.
[Tidak jelas] ...Kerajaan PH.
Saya harap Arau tarik balik apa yang Arau cakap tadi kerana tiada bukti.
Saya kata DAP masuk dalam Kerajaan PH yang cuba nak tutup KEMAS.
No, no, no.
Tidak, Arau tidak berucap seperti ini.
Jangan temberang.
Yang Berhormat ini, Speaker perlu adil.
Arau sila tarik balik.
Tarik balik kenyataan itu.
[Dewan riuh]
Arau, sila tarik balik.
Saya kata PH nak tutup KEMAS, DAP anggota kerajaan KEMAS. DAP anggota Kerajaan PH yang nak tutup KEMAS.
Apa ini Timbalan Speaker.
Arau, sila tarik balik.
Tak hormat langsung.
Saya kata DAP anggota Kerajaan PH nak tarik KEMAS.
Tadi Arau tidak berucap seperti macam ini.
[Dewan riuh]
Yang lain, sila duduk. Jangan kacau.
Okey. Perkataan itu ditukar balik kepada ini.
Tarik balik dulu.
Tarik balik.
Tarik baliklah.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Yang Berhormat
Tarik balik.
Bagi saya bercakap.
Jangan cakap bukan-bukan.
Tarik balik dulu.
Biar saya bercakap.
Tarik balik dan cakap.
Yang Berhormat, ini bukan-bukan A, B, C macam itu. Saya akan terang di sini. DAP dalam Kerajaan PH nak menarik, nak tutup KEMAS.
Tak betul. Itu pun tak betul.
Tak betul juga.
Itu menipu.
Tarik balik.
Itu tak betul. Penipu!
Kalau saya salah, perbetulkan.
Arau.
Bukan dia betul. Dia bukan Menteri. Ini sama saya. Biar Menteri betulkan...
Arau...
Tarik balik Arau.
Arau, sila tarik balik.
Menteri betulkan, saya tarik baliklah.
Tuan Speaker, ini 36... [Tidak jelas] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Besut, duduk Besut!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Besut duduk!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sila duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Kepada Ahli. DAP bukan Ahli.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ayat benci kepada DAP.
36(12) ada, 36(6) saya akan cakap.
Timbalan Speaker, saya minta Pendang juga tarik balik kenyataan.
DAP, apa ini...
Arau, sila tarik balik Arau.
36, 36.
Arau sedang mengelirukan Dewan, Arau.
Bagi saya bercakap.
Puan, Puan.
Bagi saya bercakap.
36(6) Puan, 36(6) adalah kepada Ahli. Sekarang tidak adapun perkataan dikeluarkan kepada Ahli.
Besut, jangan jadi loyar buruk. Duduklah Besut.
[Tidak jelas] ...Kata.
Kamu lagi buruk, loyar.
Mengganggu menggunakan peraturan. [Pembesar suara dimatikan]
Saya sudah buat keputusan bahawa Arau perlu tarik balik apa yang dikatakan tadi. [Tepuk]
Puan, bawah peraturan mana Puan?
Mengelirukan Dewan.
36(6), 36(6) tak ada dalam...
Mengelirukan Dewan.
36(12)?
36(12).
Apa yang mengelirukan?
36(12)? Okey, saya.
Tarik balik dulu.
Saya akan menambah perkataan...
Tarik balik dulu.
...Tarik balik perkataan itu tapi saya akan menambah DAP dalam Kerajaan PH terlibat untuk menutup KEMAS. [Tepuk]
Ha! Ini lagi teruk.
Ada bukti kah ya, Arau?
Mana bukti?
Saya tarik balik perkataan DAP...
Mana bukti?
...Tapi saya sebut DAP juga dalam Kerajaan PH nak menutup KEMAS.
Mana bukti?
Mana buktinya? Awat duk merapu?
Sila tunjukkan bukti.
Yang Berhormat, kalau saya mengelirukan Dewan, Menteri kena bagi tahu saya mengelirukan Dewan. Saya tarik baliklah. Ini siapa pemerintah?
Hei!
Apa hak mereka nak persoal saya? Ilmu mana kamu pakai? Mana dia? Mana dia buktinya yang saya kata salah?
Yang Berhormat Arau, jangan buat tuduhan tak berasaslah.
Ilmu.
Jangan, kamu lawyer buat kat mahkamah. Bukan lawyer di sini.
Tak berasas.
Mana ada bukti bahawa kita ingin menutup KEMAS.
Saya sebut. Saya kata PH yang mana DAP anggotanya...
Mana bukti DAP nak tutup KEMAS?
...Cuba menutup KEMAS.
Mana buktinya? Jangan duk cakap macam itu.
Jelutong, sila buat usul untuk menghantar Arau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Perkataan DAP itu ditarik balik tetapi dimasukkan PH, di mana DAP...
Sudahlah. Tarik balik jelah.
Saya minta. No, dia kena tarik balik. Kalau tak tarik balik, minta dia keluar.
Sila tarik balik yang itu. Arau sudah tarik balik kah?
Ya. Saya akan tarik balik. Saya menambah perkataan PH, di mana DAP... [Tidak jelas]
Dia mengulangi kenyataan itu.
Tarik balik.
Cuba menutup KEMAS. Bukan tutup, cuba.
Lagi tak betul.
Lagi teruk.
Mana bukti? Mana? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang boleh kata tak betul pada saya hanya Menteri.
Tarik balik jelah. Janganlah.
Saya rasa Yang Berhormat Jelutong boleh buat usul supaya untuk Arau menunjukkan bukti. Kalau tak dapat, tunjukkan bukti, kita akan hantar dia pergi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. [Tepuk]
[Dewan riuh]
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Betong.
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Speaker, satu-satu aligasi yang tidak berasas telah dibuat oleh Arau.
Saya – Pendang!
Satu aligasi tanpa berasas telah dibuat oleh Arau. Bila Yang Berhormat Speaker...
Saya sudah suruh Yang Berhormat Arau untuk tarik balik dan beliau tarik balik perkataan itu tetapi dia putar belitkan kenyataan itu.
Ya, betul.
Tapi tak apa.
Jadi suruh dia keluar.
Saya minta Yang Berhormat Jelutong untuk buat usul, kita terus hantar dia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. [Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Puan dah buat keputusan kah? Belum usul di fail, dah nak hantar. Macam mana ini?
Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker.
Besut.
Puan salah menggunakan peraturan Dewan.
Besut, Besut, duduk Besut.
Yang Berhormat Speaker.
Peraturan Dewan guna betul- betul.
Duduklah. Duduk, jangan buang masa.
Yang Berhormat.
Bila Puan sudah cakap macam itu.
Kalau Yang Berhormat Besut tak mahu duduk, saya boleh hantar you keluar.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Saya nak tanya penjelasan Puan.
Yang Berhormat menuduh saya memutar belit.
Puan dah buat keputusan awal sebelum usul difail.
Apa hak Speaker menuduh saya memutar belit?
Kalau tak dapat bukti.
Yang boleh cakap ini, Speaker tuduh saya putar belit. Yang Berhormat itu salah itu.
Jadi buat usul untuk hantar saya pergi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Di bawah peraturan mana Speaker tuduh saya putar belit?
Sila duduk.
Bila saya putar belit?
Sila duduk.
Kenapa Puan kata kita hantar?
Saya tak putar belit.
Kalau tak...
Kenapa Puan kata kita hantar? Tak boleh.
Kalau tak dapat bukti.
Tunggulah usul.
Saya cakap buat usul.
Tunggu usul, Puan buat keputusan. Bukan buat keputusan awal. Tak boleh Puan. Salah peraturan.
Tak, Yang Berhormat tuduh saya putar belit.
Kalau mengelirukan Dewan.
Ini bukan keputusan awal.
Maksud saya kalau mengelirukan Dewan.
Ya lah, buat usul. Buat usul dan Puan akan putuskan kemudian.
Okey, kita tunggu usul Yang Berhormat Jelutong.
Bukan sekarang.
Ya, sekarang saya tak minta.
Puan dah buat keputusan sekarang.
[Tidak jelas] ...36(12).
Jangan buat keputusan dulu. Tunggu dulu usul.
Yang Berhormat tunggu saya berucap balik. Tak boleh Yang Berhormat. Salah itu. Yang Berhormat memihak. Yang Berhormat duduk situ kena adil kepada semua.
Ini tuduhan serius terhadap Timbalan Speaker.
Itu tuduhan. Tak elok. Tuduhan macam itu.
Ini lagi tuduhan.
Yang lain sila duduk. Saya mahu sambungkan persidangan. Saya jemput Yang Berhormat Betong untuk teruskan perbahasan.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua di atas peluang untuk turut membahaskan RUU Audit (Pindaan) 2024. RUU ini yang bertujuan untuk meminda Akta Audit 1957. Timbalan Yang di-Pertua, Betong ingin menggunakan kesempatan ini untuk menekankan pentingnya Jabatan Audit Negara melalui Laporan Ketua Audit Negara yang saban tahun membongkar kes-kes penyelewengan dan tata kelola di dalam jabatan kerajaan dan juga agensi-agensi yang ditubuhkan di bawahnya. Timbalan Yang di-Pertua, Betong menyokong usaha untuk meminda akta ini berikutan ia hanya pernah dipinda sebanyak dua kali sehingga sekarang. Perubahan dalam landskap perakaunan dan pengauditan moden memerlukan ia untuk sentiasa disemak agar kekal relevan. Walaupun saya menyokong usaha ini, namun terdapat beberapa perkara yang
perlu dipertimbangkan dengan teliti terutamanya pindaan seksyen kepada seksyen 5 Akta 62 yang memperluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk mengaudit syarikat yang menerima jaminan kewangan kerajaan adalah langkah yang baik. Ini akan meningkatkan ketulusan dalam penggunaan dana awam. Namun, definisi jaminan kewangan perlulah jelas dan komprehensif. Pada masa yang sama, Betong meminta penjelasan mengenai jenis-jenis jaminan kewangan yang termasuk dalam skop ini. Persoalannya selanjutnya adakah pihak Jabatan Audit Negara akan menyediakan garis panduan dalam menentukan had minimum nilai jaminan yang akan membawa kepada pelaksanaan audit. Betong percaya terdapat banyak entiti yang menerima jaminan kewangan sama ada di bawah Persekutuan ataupun negeri. Adakah jabatan mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk mengaudit kesemua entiti ini? Keduanya, kuasa untuk mengeluarkan garis panduan di bawah seksyen 7A yang baharu adalah penting untuk memastikan keseragaman dan kualiti audit. Walau bagaimanapun, kita perlukan garis panduan ini hendaklah selaras dengan piawaian pengauditan antarabangsa. Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2023, Malaysia berada di kedudukan ke-57 daripada 180 negara.
Penambahbaikan dalam proses audit boleh membantu meningkatkan kedudukan kita. Selain itu, ia juga perlu fleksibel dan mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis entiti yang diaudit. Pada masa yang sama, garis-garis panduan ini hendaklah sentiasa dikaji semula secara berkala untuk memastikan ia kekal relevan dengan kehendak semasa. Betong juga ingin mendapatkan penjelasan lanjut sekiranya terdapat sebarang mekanisme pengawasan terhadap garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Adakah perlu ada proses semakan atau kelulusan untuk garis panduan ini? Bagaimanakah sekiranya wujud konflik antara garis panduan ini dengan undang-undang atau peraturan sedia ada dan bagaimana ia akan diselesaikan? Berdasarkan persoalan ini, Betong mencadangkan supaya satu jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar industri dan akademik ditubuhkan untuk membantu dalam pembangunan garis panduan ini. Ketiga, merujuk kepada fasal 4 yang bertujuan untuk meminda subseksyen 9(4) Akta 62, Betong mohon penjelasan mengenai definisi ‘ketakteraturan yang serius’. Kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk membuat apa-apa syor adalah langkah yang baik. Namun, yang penting adalah bagaimana syor-syor Laporan Ketua Audit Negara akan dilaksanakan dan dipantau. Penting juga untuk memastikan bahawa Ketua Audit Negara bebas daripada sebarang pengaruh politik dalam membuat syor-syor tersebut. Keempat, berkenaan audit susulan di bawah seksyen 9A yang baharu. Ini adalah langkah yang sangat diperlukan untuk memastikan keberkesanan proses audit. Namun, penting untuk dipertimbangkan tempoh masa yang sesuai antara audit asal dan audit susulan, kekerapan audit susulan, mekanisme untuk menilai keberkesanan tindakan pembetulan yang diambil dan proses untuk menangani kes-kes di mana tiada tindakan pembetulan diambil.
Maka adalah dicadangkan agar laporan audit susulan ini dibentangkan di Parlimen bersama- sama dengan laporan audit tahunan untuk memastikan pengawasan yang berterusan. Seterusnya, walaupun RUU ini dikatakan tidak melibatkan perbelanjaan tambahan, kita perlu realistik tentang implikasi jangka panjang. Anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023 dan 2024 adalah masing-masing sebanyak RM160 juta dan RM167 juta. Adakah ini mencukupi untuk melaksanakan mandat yang diperluaskan dan beban tugas yang dijangka akan bertambah? Perluasan skop audit sudah pasti akan memerlukan pengambilan dalam bilangan juruaudit yang berkelayakan, pelaburan dalam teknologi audit yang lebih canggih dan latihan berterusan untuk kakitangan audit dalam bidang-bidang baharu. Adalah penting untuk Jabatan Audit Negara mengekalkan kualiti auditnya dalam mengelakkan ketirisan dan kehilangan wang awam. Betong juga ingin mencadangkan agar suatu kajian terperinci dilakukan untuk menilai keperluan sumber jangka panjang Jabatan Audit Negara. Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali, kebebasan Jabatan Audit Negara perlu dijamin sentiasa terpelihara. Untuk ini, Betong mencadangkan perkara-perkara berikut: (i) kajian terperinci tentang keperluan sumber untuk melaksanakan mandat baharu ini dijalankan; (ii) mekanisme untuk memastikan kebebasan Jabatan Audit Negara daripada pengaruh politik diperkukuhkan; (iii) penubuhan suatu mekanisme pelantikan Ketua Audit Negara yang lebih telus dan bebas daripada pengaruh eksekutif; (iv) peruntukan bajet yang tetap untuk Jabatan Audit Negara. Mungkin sebagai peratusan tetap daripada bajet negara; dan (v) perlindungan undang-undang yang lebih kuat untuk juruaudit yang melaporkan penyelewengan. Sebagai kesimpulannya, Timbalan Yang di-Pertua, Betong ingin menegaskan bahawa pindaan ini adalah langkah yang baik ke arah tadbir urus yang lebih baik. Namun, ia perlu diperhalusi untuk memastikan keberkesanannya. Sekian, terima kasih. Betong mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Gerik untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Audit 1957 ataupun Akta 62 (Pindaan 2024) ini. Puan Yang di-Pertua, Akta 62 ini pernah dipinda dua kali sebelum ini iaitu pada tahun 1978 dan 1991. Akta ini secara asasnya memperuntukkan tugas dan kuasa bagi Ketua Audit Negara untuk mengaudit, pertamanya, akaun Persekutuan. Keduanya, akaun negeri-negeri,
pihak berkuasa awam dan badan-badan yang ditentukan selaras dengan Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, pindaan Akta Audit ini pada akhirnya bertujuan untuk memperkasakan institusi Jabatan Audit Negara yang meliputi pewujudan kuasa baharu, perluasan tugas, penambahbaikan dalam aspek perjalanan kuasa dan pelaksanaan mandat kepada Ketua Audit Negara. Puan Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya, Gerik ingin menyentuh berkenaan peluasan kuasa Ketua Audit Negara. Fasal 2 untuk meminda seksyen 5 Akta 62 untuk meluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun mana- mana badan lain termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang menerima apa-apa jaminan kewangan yang diberikan oleh Persekutuan atau kerajaan negeri. Soalannya. Sejauh manakah pendekatan follow the public money audit ataupun pengauditan mengikut wang awam dapat memastikan pengesanan wang awam atau financial trailing dijalankan secara lebih berkesan sama ada di dalam atau luar negara? Apakah pihak Jabatan Audit Negara punya kapasiti, punya tenaga kerja yang cukup untuk melaksanakan tugasan yang berat ini? Gerik berpandangan pihak kerajaan perlulah juga membantu dan meneliti semula keperluan Jabatan Akauntan Negara supaya ia lebih realistik dengan beban tugas yang diterima. Keduanya, apakah usaha yang diambil terhadap kewujudan kerangka ombudsman sebagai mekanisme pengawasan atau institusi hisbah khususnya Jabatan Audit Negara seperti yang disyorkan sebelum ini? Bilakah ia akan dimuktamadkan? Gerik juga ingin mengesyorkan supaya kemungkinan akta ini boleh diselaraskan bersekali dengan pelbagai akta yang berkaitan dengan juruaudit bebas, akauntan bertauliah, percukaian dan lain-lain penyelesaian masalah syarikat supaya pada akhirnya mereka inilah yang akan menjadi mata, telinga dan tulang belakang kepada Jabatan Audit Negara bagi kerja-kerja pengauditan awam yang banyak ini. Puan Yang di-Pertua, keduanya, Gerik ingin menyentuh berkenaan pengukuhan mandat tugas dan fungsi PAC. Apakah perancangan khusus kerajaan untuk memastikan kelangsungan mandat tugas dan fungsi PAC yang sedia ada dalam membuat teguran dan dapatan kepada pihak berkuasa seperti perkara yang diperuntukkan dalam Perkara 77(1) Peraturan Mesyuarat? Adakah ia juga mencakupi syor memperluaskan kuasa siasatan dan pengauditan PAC ke atas lebih banyak badan/agensi yang mempunyai hubungan langsung atau menerima dana daripada agensi kerajaan? Sejauh manakah komitmen kerajaan berhubung dengan peranan suruhanjaya penting yang lain, contohnya seperti SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), agar mereka lebih bertanggungjawab melaporkan secara terus kepada Parlimen sebagai semak dan imbang? Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, sebagai rumusan, jadi melihat akan wujudnya suatu suasana baharu terhadap bidang pengauditan dengan pindaan Akta 62 ini― pertamanya, agensi syarikat dan persatuan mana-mana yang menerima dana awam dan
kerajaan akan lebih telus dan berhati-hati dalam perbelanjaan ataupun pengurusan kewangan serta aktiviti mereka. Keduanya, akta ini diharap dapat mengheret dan menghukum pesalah laku kewangan yang menyalahgunakan dana awam selepas ini. Ketiganya, kuasa Ketua Audit Negara dan PAC diharap akan lebih besar, taring yang lebih tajam dalam melaksanakan tugasannya bermula selepas akta ini dikuatkuasakan. Saya juga menyokong cadangan YB Kubang Kerian sebelum ini supaya diwujudkan elaun khas juruaudit seiring dengan penambahan tugas juruaudit dan akauntan negara Malaysia serta kakitangannya. Keempat, akta ini juga menggalakkan secara langsung perniagaan-perniagaan PKS dan usahawan kecil untuk mengemas kini rekod kewangan dan perakaunan mereka seiring dengan perkembangan perniagaan mereka. Budaya ini amat baik. Sepertimana pepatah mengatakan, perakaunan itu adalah ibu segala perniagaan. Akhir sekali, sebagai seorang yang berlatarbelakangkan perakaunan, Gerik melihat akta ini sebenarnya bakal merancakkan kembali industri pengurusan korporat syarikat, kesetiausahaan syarikat, perakaunan, pengauditan dan percukaian pada masa akan datang. Sekian sahaja. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Audit 1957 (Pindaan) 2024 yang jelas membuktikan betapa Kerajaan MADANI ini walk the talk, dengan izin, dalam memastikan tata kelola pengurusan wang rakyat sentiasa dipelihara bagi mengelakkan penyelewengan, pemborosan, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan. Selepas kali terakhir Akta 62 ini dipinda 33 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991, memang sudah sampai masanya Dewan yang mulia ini mengambil tanggungjawab untuk terus memperkasakan institusi audit negara. Selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Penggal Parlimen Kelima Belas dan juga Ahli PAC sejak Parlimen Penggal Keempat Belas, saya telah berurusan dengan tiga Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara ini juga adalah antara tujuh ex-officio PAC yang melengkapkan jawatankuasa ini dalam melaksanakan fungsi tugas dan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Arahan Perbendaharaan (Pindaan) 2023 dan Pekeliling Am No. 2, Organisasi Kementerian-kementerian Jabatan Perdana Menteri. Setiap kali Laporan Ketua Audit Negara atau ringkasnya disebut LKAN dibentangkan di Dewan yang mulia ini, setiap kali itulah Ketua Audit Negara akan hadir memberikan taklimat kepada PAC mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN. Sinergi ini dibuktikan betapa cabang perundangan negara iaitu PAC dan cabang eksekutif iaitu Jabatan Audit Negara
bekerjasama untuk memeriksa dan memastikan kewangan negara diuruskan dengan sebaik- baiknya demi manfaat rakyat secara keseluruhan. Puan Yang di-Pertua, jika kita lihat dalam pindaan terkini Akta 62 ini, terdapat pindaan akta ini iaitu membabitkan perenggan 5(1)(d) di mana ia akan memperluaskan bidang kuasa Ketua Audit Negara bagi mengaudit badan-badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan atau government guarantee, dengan izin. Bagi saya, pindaan ini adalah perkara paling utama yang dilakukan di mana buat masa ini. Ketua Audit Negara melalui Jabatan Audit Negara hanya boleh mengaudit syarikat- syarikat berkaitan kerajaan atau badan berkanun. Perluasan bidang tugas ini akan membolehkan Ketua Audit Negara melaksanakan pengauditan terhadap syarikat-syarikat yang menerima jaminan kewangan di mana biasanya akan berlaku penyelewengan dan ketirisan seperti yang kita lihat dalam skandal 1MDB di mana syarikat-syarikat ditubuhkan menerima jaminan kewangan daripada kerajaan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi sehingga sekarang. Malah di PAC sendiri, jawatankuasa ini pernah dimaklumkan mengenai syarikat-syarikat yang menerima jaminan kewangan kerajaan tetapi Ketua Audit Negara tidak dapat melaksanakan pengauditan disebabkan ketiadaan peruntukan dalam Akta 62 sedia ada. Pada masa yang sama, saya ingin bertanya kepada Menteri sama ada Ketua Audit Negara bebas mengaudit semua syarikat GLC, GLIC, CLBG dan badan berkanun tanpa perlu mendapatkan sebarang kebenaran daripada MOF. Saya mohon penjelasan dalam perkara ini. Selain itu, pindaan ini juga akan mewujudkan peruntukan baru mengenai bidang tugas Ketua Audit Negara adalah untuk melaksanakan pengauditan melalui pendekatan Follow The Public Money atas dasar kepentingan awam juga akan dapat memperkasakan institusi audit. Saya lihat Pengerusi PAC saya berdiri. Saya bagi ruang.
Terima kasih Kluang sebab bagi ruang. Saya nak tanya pandangan daripada Kluang. Ya lah, kita duduk di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Demi keberkesanan yang lebih baik audit negara ini, setuju ataupun tidak Jabatan Audit Negara ini diletakkan di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri? Saya nak tanya pandangan daripada Kluang. Terima kasih.
Terima kasih Pengerusi PAC saya yang tanya soalan ini. Memang saya akan masuk sentuh tajuk ini juga. Pada pandangan saya, memang sesuai kalau kita boleh memperkasakan Jabatan Audit Negara dan lebih baik lagi kalau fungsi ini dan jabatan ini boleh diletak di bawah Parlimen dan ada sinergi yang lebih baik, tambah baik lagi supaya kita memperkasakan PAC. Pada masa yang sama, kita boleh melaksanakan pengauditan yang menyeluruh terhadap semua projek-projek dan juga program yang melibatkan kepentingan rakyat dan ada juga kepentingan kerajaan dalam itu. Jadi, saya...
Ringkaskan dan sila gulung.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Jadi, saya akan cuba. Satu isu lagi iaitu saya juga tertarik dengan pindaan untuk memperluaskan kuasa Ketua Audit Negara untuk melaksanakan susulan audit terhadap apa-apa syor, ulasan atau pandangan yang diberikan Ketua Audit Negara dalam LKAN. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apa yang dimaksudkan dengan pindaan ini? Sedangkan seperti yang saya sedia maklum, Jabatan Audit Negara mempunyai paparan Ketua Audit Negara atau lebih dikenali sebagai Auditor General’s Dashboard ataupun AG Dashboard dengan izin, bagi memantau sama ada semua syor audit dalam LKAN dipatuhi oleh kementerian, jabatan atau agensi berkaitan. Selain itu, Ketua Audit Negara turut mempengerusikan Jawatankuasa Tindakan LKAN yang turut dianggotai agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, apa yang hendak dilakukan Ketua Audit Negara dalam pindaan ini iaitu ada siasatan, tindakan susulan lagi. Jadi yang paling penting soalan saya seterusnya, adakah Ketua Audit Negara akan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara terhadap susulan audit yang dilakukan ini? Jika ya ini, apakah tujuan dan justifikasinya? Puan Yang di-Pertua, saya ingin membuat kesimpulan bahawa pindaan Akta Audit 1957 ini amat perlu. Cuma bagi pandangan sayalah, ia perlu lebih menyeluruh dengan turut memasukkan kepentingan kerjasama strategik antara PAC dan Jabatan Audit Negara, khususnya Ketua Audit Negara. Malah, ia ada nama PAC disebut dalam Akta 62 ini. Sedangkan, kedua-duanya saling lengkap-melengkapi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Hari ini kita membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Audit 1957 yang antara lain memperluas bidang kuasa Ketua Audit Negara bagi mengaudit badan lain termasuk syarikat yang menerima atau mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan kerajaan atau menerima mana-mana wang awam. Tuan Yang di-Pertua, audit ini amat dekat dengan saya dan izinkan, kalau terlebih panjang sikit, mohon diberi kesempatan. Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara. Pertama sekali, saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan. Apakah sebenarnya bentuk audit and assurance dengan izin, yang akan diberikan oleh Jabatan Audit Negara dalam konteks ini? Audit ini satu skop yang cukup luas. Adakah kita bercakap tentang financial statement audit dengan izin, ataupun kita bercakap tentang compliance audit ataupun kita bercakap tentang regulatory audit ataupun kita bercakap tentang forensic audit sebab skopnya terlalu luas.
Apabila kita kata, kita akan membuat pengauditan ke atas wang awam sebagai contoh, maknanya pendekatan nak follow wang awam ini, pendekatan mana nak dipakai? Ini memberi kesan dari sudut pendekatan dan juga hasil audit nanti ataupun ia adalah sekadar satu review sahaja? Itu pertama. Yang kedua, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Apabila dilaksanakan audit, katakanlah kerajaan memilih syarikat A dan syarikat A ini menerima wang jaminan – menerima jaminan kerajaan dan dalam konteks ini, syarikat A telah diaudit oleh sebuah firma perakaunan bertauliah, ya. Dah selesai diaudit dan adakah Ketua Audit Negara akan masuk buat audit sekali lagi? Katakanlah Ketua Audit Negara masuk buat audit sekali lagi, pendapat audit dan kesimpulan audit Ketua Audit Negara adalah berbeza dengan apa yang diberikan oleh firma perakaunan tersebut, yang mana kerajaan nak ikut? Kerana apa-apa pendekatan kerajaan, katakanlah, kerajaan kata yang dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara adalah yang betul, maknanya reputasi firma itu akan terjejas. Ini penting ya, dalam konteks kualiti audit. Sebab itu, dalam konteks ini, kerajaan perlu jelas. Kalau dah diaudit oleh syarikat luar, firma bertauliah, adakah nak diaudit sekali lagi? Apa yang nak dicari dalam konteks tersebut? Kerana itu, apa yang saya sebut tadi, kerajaan perlu jelas. Nak buat audit apa sebenarnya ini?
Dalam konteks mana? Hendak dipilih bagaimana? Ini satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian. Dikatakan syarikat yang menerima jaminan kerajaan ― that one straight forward, syarikat mana-mana menerima jaminan kerajaan. Kedua, syarikat ataupun badan ataupun institusi yang menerima wang awam. Kalau ikut fasal dua yang akan buat keputusan adalah Menteri Kewangan. Dalam konteks ini Menteri Kewangan hendak buat keputusan berdasarkan apa? Adakah berdasarkan sentimen ataupun orang report pada Menteri Kewangan? Di mana kuasa Ketua Audit Negara untuk membuat keputusan syarikat mana yang hendak diaudit atau badan mana yang hendak diaudit? Di sini kita perlu teliti dan jika kita lihat bahawa kecenderungan kerajaan untuk meletakkan kuasa yang terlalu besar pada Menteri Kewangan. Sikit-sikit hendak beri kuasa kepada Menteri Kewangan. Sikit-sikit hendak beri kuasa kepada Menteri Kewangan. Tak kisahlah siapa Menteri Kewangan, pendekatan ini sebenarnya mendedahkan kita kepada keadaan di mana kalaulah Menteri Kewangan mana-mana hendak menyalahgunakan kuasa dia boleh bangun pagi decide company A pergi audit, company B pergi audit. Sebab itu dalam konteks ini perlu jelas bahawa yang buat keputusan ini seharusnya Ketua Audit Negara. Apakah peranan? Kalau tengok bacaan saya Fasal 2 ini maknanya Menteri Kewangan yang akan membuat keputusan. Seterusnya, kita perlu ingat bahawa dalam konteks kita hendak melaksanakan audit ini, sesiapa yang hendak diaudit ini dia kena ada guidelines. Yang disebut dalam pindaan ini pihak Audit Negara akan mengeluarkan guidelines tetapi saya mohon kerajaan supaya pastikan audit guidelines ataupun standard ini dikeluarkan terlebih dahulu. Maknanya katakanlah kerajaan hendak bagi geran, syarikat-syarikat yang hendak terima geran ini dia
hendak kena ada guidelines dah apakah yang perlu dipatuhi. Nanti katakanlah Audit Negara hendak masuk, maka Audit Negara akan check against the guidelines atau against the panduan yang diberikan. Sebab itu saya mohon kerajaan biar ada transition period. Pastikan semua benda sudah selesai, guidelines semua sudah selesai barulah pastikan semua institusi ini start didik mereka supaya mematuhi guideline yang diberikan supaya bila Audit Negara hendak masuk dia ada standard ataupun guideline yang dia boleh compare dalam konteks laporan audit yang disiapkan oleh syarikat atau institusi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya hendak menyentuh juga tentang siapakah yang akan melakukan audit ini? Adakah audit ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara ataupun Jabatan Audit Negara dengan izin, akan outsource-kan audit ini kepada firma-firma perakaunan di luar sana? Jika saya baca dalam rang undang-undang ini disebut tidak ada implikasi kewangan kepada kerajaan. Tidak ada implikasi kewangan pada kerajaan maknanya apa? Maknanya dalam konteks staffing Jabatan Audit Negara semua sama tetapi tasking- nya ditambah kembangkan lagi segmen-segmen yang perlu diaudit. Dalam konteks ini, jika ini berlaku maknanya tumpuan khusus Jabatan Audit Negara pada perkara-perkara yang sebelum ini akan berkurangan dengan sumber yang ada. Sebab itu saya kata kita perlu realistik, kita perlu lihat apakah pendekatan yang digunakan kerana sekarang ini pun saya tahu Ketua Audit Negara, saya tahu Jabatan Audit Negara pun banyak outsource kepada firma-firma di luar sana dalam melakukan audit pada agensi-agensi.
Ringkaskan.
Akhir sekali, saya hendak menyentuh tentang kegunaan. Apabila kita laksanakan audit ini, audit melibatkan kos. Dia ada compliance cost dan kita perlu pastikan bahawa audit report ini digunakan. Saya ingin mengambil contoh apa yang berlaku dalam konteks MAHB. MAHB ini telah diaudit, akaun MAHB tahun 2023 menunjukkan keuntungan RM543 juta. Kalau check cash balance ataupun baki tunai dalam MAHB pada akhir 2023 ada RM1.85 bilion tetapi pertimbangan ini tidak diambil kira langsung oleh kerajaan. Potensi MAHB di masa depan tidak diambil kira langsung oleh kerajaan dalam konteks kerajaan hendak menjual satu blok besar 30 peratus MAHB kepada syarikat asing. Tidak ada asas langsung buka akaun, semak satu persatu. Saya cabar mereka di luar sana yang ada kemahiran dalam bidang perakaunan, kemahiran dalam bidang kewangan, tengok betul-betul MAHB, just be frank to yourself. Kalau tidak jual pada asing pun MAHB still buat untung, masih ada masa depan yang amat cerah melihat peningkatan jumlah pengguna lapangan terbang. Akan tetapi kita bercakap hari ini tentang perlunya kerajaan buat audit untuk menjaga wang awam dan perlu diingat 39 airport yang dibina dengan menggunakan wang awam ini adalah milik rakyat Malaysia. Kenapa kita hendak bagi, kita hendak spend pada 39 airport, lapangan terbang kita hendak bagi orang lain dapat untung daripada hasil tersebut. Sebab itu ― ini saya tidak masuk tentang perkara-perkara berkaitan strategik aset dan sebagainya kerana ini merupakan perkara asas.
Kita bercakap buat itu, buat ini, hendak audit. Yes, ada audit report. Go and read that audit report dan jika kita lihat audit report itu membuktikan tidak ada asas untuk kerajaan menjual satu blok besar 30 peratus MAHB kepada syarikat asing. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Audit Negara yang saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahas Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024. Semua pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat, saranan dan juga teguran akan diambil kira demi membantu menambahkan baik usaha kerajaan dalam memastikan institusi-institusi negara seperti Jabatan Audit Negara diperiksa dan direformasi menjadi institusi yang lebih kukuh dalam memartabatkan tata kelola yang baik dalam pentadbiran negara. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan kepada Akta Audit 1957 yang dibentangkan oleh Kerajaan MADANI dan yang telah dibahaskan pada hari semalam dan hari ini adalah penting bagi memperkasakan peranan dan kuasa Jabatan Audit Negara bagi membina kepercayaan awam dalam pentadbiran negara. Dengan menyediakan pengauditan bebas dan objektif terhadap perbelanjaan kerajaan, Jabatan Audit Negara membantu membina kepercayaan rakyat dalam perbelanjaan dana awam oleh kerajaan dengan izin, the government of the day. Selain itu, dengan pindaan-pindaan ini Jabatan Audit Negara dapat turut menyokong usaha kerajaan ke arah yang baik. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam merangka kerja tadbir urus yang baik dengan memastikan aktiviti dan perbelanjaan kerajaan dijalankan dengan bertanggungjawab dan beretika. Dengan izin, strong and independent institution of state are the very bedrock of a vibrant and functioning democracy. Dengan pindaan ini, saya pasti bahawa Jabatan Audit Negara akan menjadi sebuah institusi yang lebih kukuh bagi menjadikan negara demokratik dan lebih matang. Saya akan menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung pindaan-pindaan ini berdasarkan kepada isu dan juga mengikut kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing. Yang Berhormat Bachok bertanya apakah jaminan ruang kebebasan Ketua Audit Negara ini akan terus dipelihara? Berdasarkan tugas dan fungsi Ketua Audit Negara di bawah Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama subseksyen 5(1) Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa secara amnya untuk mengaudit akaun-akaun bagi Persekutuan dan negeri-negeri serta membuat laporan mengenainya.
Peranan Ketua Audit Negara adalah sebagai salah satu semakan (checks) untuk memastikan perbelanjaan wang awam dilakukan secara wajar dan mengikut undang-undang. Dalam menjalankan tugas dan kuasanya, Ketua Audit Negara hendak bertindak secara bebas (independent), saksama (impartial), tanpa rasa takut atau pilih kasih (without fear or favour) dari segi pengauditan. Ketua Audit Negara diberi kuasa untuk bebas meminta mana- mana orang memberikan apa-apa penjelasan dan maklumat yang diperlukan oleh Ketua Audit Negara untuk membolehkan pelaksanaan tugasnya di bawah seksyen 7 Akta Audit. Berhubung dengan kebebasan dalam membuat pelaporan Ketua Audit Negara diberi kuasa untuk memberi syor, ulasan dan pandangan dalam laporan auditnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9 Akta Audit. Pindaan akta ini tidak akan menjejaskan kebebasan sedia ada Ketua Audit Negara malah Jabatan Audit Negara akan terus melaksanakan mandat yang diperuntukkan dalam undang-undang yang berkuat kuasa tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Yang Berhormat Bachok memohon pihak kerajaan memberikan lebih perhatian dan peruntukan dalam aspek latihan peningkatan kemahiran persijilan dan pentauliahan di samping pendedahan terhadap amalan terbaik di peringkat antarabangsa kepada warga kerja Jabatan Audit Negara. Jabatan Audit Negara akan mempertingkatkan kepakaran pegawai dengan menghantar lebih ramai pegawai mengikut kursus-kursus dalam dan di luar negara yang dianjurkan oleh badan antarabangsa serta rakan Supreme Audit Institution (SAI) yang lain seperti kerjasama dengan negara Korea dan UAE.
Jabatan Audit Negara juga mempunyai Akademik Audit Negara yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang mendapat pengiktirafan sebagai ASOSAI, A-S-O-S-A-I training institution untuk menawarkan kursus dan latihan berkaitan perakaunan, pengauditan, pengurusan dan IT bukan sahaja kepada warga Jabatan Audit Negara tetapi juga kepada pegawai daripada agensi luar dari dan dalam negara. Sejak tahun ini, Ketua Audit Negara juga mempengerusikan ASEAN Audit Committee yang ke-50, Working Committee on State Owned Enterprises dan Special Committee on Establishing New INTOSAI, Working Group on Follow-up Audit. Penglibatan di peringkat antarabangsa ini akan memberi peluang pendedahan kepada pegawai Jabatan Audit Negara melalui perkongsian, pengetahuan dan pengalaman dalam memperkukuhkan mekanisme pengauditan yang sistematik bagi meningkatkan akauntabiliti dan sebagainya. Lebih ramai pegawai juga akan digalakkan untuk mendapatkan sijil profesional seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), Certified Public Accountants (CPA), Certified Internal Auditors (CIA), Chartered Institute of Public Finance and Accountancy (CIPFA) dan lain-lain.
Yang Berhormat Menteri. Sikit?
Ya.
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Kalau boleh jawapan secara bertulis. Perangkaan berapa ramai juruaudit di bawah Jabatan Audit Negara yang mempunyai chartered yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Saya – sekejap, saya nak jawab soalan ini. Ini memandangkan statistik yang terkini...
Jawapan secara bertulis nanti.
Jawapan bertulis akan diberi. Ya, Jelutong ada juga? Tak bahas ini.
Ada Yang Berhormat Menteri. Saya kelmarin kebetulan Timbalan Speaker mempengerusikan mesyuarat dan saya tidak dapat menyempurnakan perbahasan saya. Jadi, saya ingin tanya apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri menggulung berkenaan dengan syarikat Akademi Yakin Sdn Bhd (AYSB). Sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti melombong emas. Saya telah menyatakan bahawa akta audit ini akan memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Jabatan Audit Negara untuk mengaudit syarikat tersebut di mana asal-usulnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelajar di Kelantan tiba-tiba sekarang terlibat dalam aktiviti melombong emas. Adakah laporan berkenaan syarikat ini akan dibentangkan di Parlimen bagi tujuan Ahli-ahli Parlimen menghalusi pendapat Jabatan Audit Negara supaya dapat dibahaskan untuk kita mengetahui sama ada aktiviti yang dijalankan oleh mereka ini adalah sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang?
[Bangun]
Saya difahamkan bahawa salah seorang penjawat dalam syarikat tersebut merupakan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Apakah penglibatan beliau dan sama ada dana kerajaan digunakan bagi tujuan melombong emas? Adakah ia dibenarkan oleh kerajaan?
Ini lari tajuk ini.
Tak lari tajuk.
Timbalan.
Tak lari tajuk.
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Saya minta – Saya minta Timbalan Menteri penjelasan.
Ya.
Penjelasan sedikit daripada Bachok.
Ya. Saya – saya – saya...
Isu yang sama. Isu yang sama.
Saya jawab soalan fasal ini perkara yang khusus.
Tak, isu yang sama. Saya ada maklumat daripada UPEN.
Sekejap. I will answer you. Sekejap lagi.
Ya.
Perkara yang khusus saya rasa alegasi itu sangat serius. Kalau ia ada berkaitan dengan kerajaan wang follow-up dan sebagainya, maka saya akan mendapatkan jawapan sekejap lagi. Tetapi, kalau ada sedemikian yang dibuat alegasi yang dibuat oleh Yang Berhormat Jelutong saya rasa percaya itu adalah benar dan berasas, penyiasatan menyeluruh akan dibuat. Tetapi, khususnya ia patut berkaitan di mana ada kewangan yang disalurkan oleh kerajaan dan sebagainya. Yang Berhormat, semestinya jawapan bertulis akan diberi setulus yang boleh. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, Yang Berhormat.
Saya dapat pemakluman daripada pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan bahawa Jabatan Audit Negara melalui e-mel...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tajuk yang sama.
Tunggu dahulu. Sekejap. Soalan yang ditanya sebelum ini mengenai angka-angka. Sekarang ini kita ada. Terkini. ACCA...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
ACCA – Sekejap, saya jawab pada soalan yang diberi oleh – ACCA 57...
Tak, saya nak merujuk kepada isu yang...
ACCA 57, MA 144, CFA enam, ACPA tiga, CIPFA empat, CIMA dua, IAA lapan, CPA tiga. Bermakna, jumlah 228.
Terima kasih Yang Berhormat. Isu yang dibangkitkan oleh Jelutong, maklumat daripada pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan bahawa Jabatan Audit Negara telah menghantar e-mel bertarikh 25 Januari 2023. Isu yang sama. “Telah berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh Akademi Yakin Sdn Bhd dan isu audit berkenaan telah berstatus selesai (Hijau). Segala operasi perlombongan di bawah AYSB adalah melibatkan perjanjian dengan syarikat
dan segala kos adalah ditanggung oleh syarikat sepenuhnya dan tidak melibatkan dana AYSB apatah lagi dana awam”. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Speaker. Isu peraturan. Memandangkan Timbalan Speaker yang juga sama mempengerusikan mesyuarat. Saya...
Peraturan Mesyuarat yang mana satu?
36. 36(6) dan juga 36(12). Kelmarin, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Ketereh menyatakan bahawa saya mengelirukan Dewan dengan membahaskan isu syarikat AYSB yang melombong emas di Kelantan. Kebetulan, aktiviti syarikat itu adalah salah satu perkara yang telah dilaporkan oleh audit negara dan memang mempunyai relevannya, kaitannya dengan undang-undang yang dibahaskan. Jadi, untuk makluman Timbalan Speaker, saya mengambil maklum jawapan daripada Bachok. Ini menunjukkan bahawa kelmarin ada pihak-pihak di sebelah sana yang sengaja ingin melarang saya daripada meneruskan dengan perbahasan.
[Bangun]
[Bangun]
So, saya mohon Timbalan Speaker mengambil perhatian dan kalau boleh menegur Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana...
Saya ambil maklum.
..termasuk Bachok dan juga Ketereh yang melenting dan hanya menaikkan, meninggikan suara tanpa apa-apa hal.
Saya ambil maklum.
Timbalan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Speaker. Sikit sahaja. Yang dibangkitkan...
Saya silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk sambung menjawab. Masa tinggal tujuh minit sahaja.
Puan Yang di-Pertua, saya dapati pemimpin DAP juga ada memohon tanah di Kelantan, beratus ekar.
Sila duduk. Pendang.
Jadi, yang ini mungkin di luar pengetahuan Jelutong.
Yang Berhormat Pendang.
Ha, dia tak tahu yang ini.
Yang Berhormat Pendang sila duduk.
Timbalan Speaker, saya tahu bangkitkan isu peraturan tapi jangan buat tuduhan.
Ya. Sila duduk.
Siapa? Siapa dia?
Saya tak tuduh. Ada. Betul.
Siapa yang memohon?
Saya akan senaraikan. Tak apa.
Yang Berhormat Pendang.
Pemimpin DAP. Ha, itulah sebab di luar pengetahuan. Jelutong banyak tak tahu ini.
Yang Berhormat Pendang, kalau protes tanpa kebenaran, saya akan arahkan Yang Berhormat Pendang untuk keluar.
[Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]
Ini sangkaan jahat Timbalan Speaker. Saya minta Pendang tarik balik lah.
Tak nak tariklah.
Tak boleh bangun bantai sahaja. Siapa dia? Nyatakan. Siapa yang meminta tanah di Kelantan?
Bukan nak minta, tanah dapat pun. Saya akan senaraikan.
Siapa dia? Siapa dia? Nyatakan. Saya cabar. Kalau berani nyatakan nama sekarang.
Saya akan senaraikan.
Tak, Pendang kalau berani saya cabar sekarang nyatakan nama dia. Kalau berani.
[Bangun]
Pendang buat tuduhan. Jangan buat sangka buruk.
Siapa dia?
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat jangan cuba buat tuduhan dalam Dewan tanpa asas.
Ya, Timbalan Speaker. Kalau berani Pendang nyatakan lah siapa dia.
Kita henti di sini. [Dicelah] [Tidak jelas]
Tak. Mohon Pendang tarik balik tuduhan palsu.
Nyatakan nama dia? [Pembesar suara dimatikan]
Nanti suruh Pendang – Okey, okey.
Saya rasa...
[Tidak jelas] .. jangan buat tuduhan dalam Dewan.
Timbalan Speaker.
Mula-mula...
Peraturan Timbalan Speaker.
Patut nyatakan nama lah siapa dia.
Kena nyatakan lah. Kalau tak kena tarik balik.
Pendang, saya cabar Pendang.
[Tidak jelas] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu sangkaan jahat.
Siapa dia pemimpin DAP yang minta tanah di Kelantan?
Jika tak namakan mesti tarik balik.
Siapa dia pemimpin DAP yang minta tanah di Kelantan? Siapa dia?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bagi tahu nama di Dewan.
Nama... [Pembesar suara dimatikan]
Mereka beroperasi di Kelantan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa? Siapa?
Timbalan Speaker jangan benarkan Pendang lari.
Janganlah discriminate...
Siapa dia?
...kalau mana melibatkan pemimpin kamu, kamu simpan.
Siapa pemimpin DAP yang minta tanah di Kelantan? Pendang, saya cabar. Bagi tahu nama sekarang.
Bukan setakat minta, dah dapat pun.
Siapa dia? Bagi tahu nama.
Pendang.
Tak, Pendang sebutkan nama sahaja. Kalau berani sebutkan nama.
Kalau berani sebut nama.
Kamu tak ada bukti. Kamu berbohong.
Tarik balik lah.
Siapa dia?
Jangan berbohong, Pendang.
Tarik balik lah. Timbalan Speaker.
Ahli Yang Berhormat.
Ini sangkaan jahat.
Ini sangkaan jahat.
Perlu tarik balik.
Ini amalan yang tak baik. [Disampuk]
Pendang. Siapa dia, Pendang? [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, buat usul lah terhadap Yang Berhormat Pendang.
Minta maaf Timbalan Speaker. Saya betul-betul minta maaf. Dengan takzimnya, saya minta dia tarik balik... [Disampuk]
Timbalan Speaker.
...kenyataan itu.
Timbalan Speaker.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya nak guna... [Disampuk]
Dia tak dapat namakan, mesti tarik balik.
...peraturan mesyuarat.
Jangan benarkan Pendang... [Pembesar suara dimatikan]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya akan jawab dalam usul.
Yang Berhormat boleh buat usul dan suruh Yang Berhormat Pendang untuk jawab dalam usul. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk teruskan jawapan. Empat minit sahaja.
Speaker. Timbalan Speaker.
Timbalan Speaker. Tak boleh buat usul. Dia kena tarik balik.
Tadi Arau tuduh DAP nak tutup KEMAS. Sekarang Pendang pula... [Disampuk]
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
...tuduh kita macam itu.
Yang Berhormat diberikan...
Mereka perlu tarik balik. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat boleh buat usul supaya Yang Berhormat lain untuk buat penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila teruskan.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya terpaksa jawab sedikit kepada Pendang. Satu di antara polisi DAP dari mula-mula, saya masuk ahli tahun 90-an ialah tidak dibenarkan memohon atau mendapat tanah kerajaan satu inci pun. [Tepuk] Bukan sahaja saya sebagai ahli, isteri saya dan anak-anak saya pun tidak dibenarkan. This is the principle we hold very, very strong to our heart. Mustahil ada pemimpin DAP yang memohon, mendapat tanah. Saya rasa Pendang seorang bekas Timbalan Menteri. You know aligasi sedemikian tak berapa baik lah kerana ini mencemar semua Ahli Parlimen DAP. Saya harap Yang Berhormat yang lain bila membuat tohmahan-tohmahan sedemikian, ada asas. Jangan buat sedemikian di Parlimen. Yang Berhormat, saya terus ke dua hal... [Disampuk]
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tahu di bawah undang-undang Kelantan, hanya orang Kelantan boleh memiliki tanah. Jadi, apa yang Pendang kata itu saya rasa memang salah langsung.
Yang Berhormat Menteri, mohon tanah atas nama syarikat boleh. [Disampuk]
Kalau betul lulus itu, kerajaan mana yang lulus? [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang waktu untuk Timbalan Menteri untuk menjawab. Tinggal dua minit sahaja.
Kerajaan mana yang luluskan dapat tanah itu, Pendang? Di Kelantan itu?
Terima kasih Tapah. [Pembesar suara dimatikan]
Saya tidak memberi kebenaran untuk Ahli-ahli Yang Berhormat lain untuk berucap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...tapi syarikat boleh. Itu kena tanya... [Tidak jelas]
Jadi, tak betul lah kata pemimpin DAP yang mohon sebab syarikat itu lain. Do you know or not? Ada perbezaan.
Pendang mengaku berbohong kan?
Tolong lah Pendang.
Pendang berbohong.
Benda ini asas lah. Ahli Parlimen, you patut... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah habis menjawab kah? Mahu teruskan?
Baru mula.
Timbalan Speaker, saya dengar perkataan ‘Beruas’ dikeluarkan tadi oleh Pendang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...depa tanya. Bukan saya kata ‘Beruas’.
Pendang keluarkan kenyataan ‘Beruas’.
Tanyalah beras- Beras pula. Beruas. Takut mana tahu kot-kot dia tahu sebab masa itu Datuk Husam Musa yang bersama dengan kamu sekarang menjadi exco kanan.
Ini lagi tuduhan. Ini lagi tuduhan tak berasas.
Kamu pun tuduh Nik Amar kelmarin apa?
Lagi tuduhan tak berasas.
Kamu sebut Nik Amar. Timbalan Speaker Kelantan semalam, kamu sebut nama.
Yang Berhormat Pendang.
Tuduhan.
[Pembesar suara dimatikan] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Pendang. Kalau berdiri lagi, saya akan arahkan Yang Berhormat Pendang keluar rehat tiga hari. [Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila teruskan. Masa tinggal satu minit sahaja.
Tampin, duduk Tampin.
Jabatan Audit Negara. Saya akan terus ke asas lah. Perkara yang- Jabatan Audit Negara sebagai supreme audit institution of Malaysia merupakan ahli kepada badan pengauditan antarabangsa seperti International Organization of Supreme Audit Institution. Garis panduan pengauditan yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara adalah berasaskan International Standard of Supreme Audit Institution yang dikeluarkan oleh INTOSAI. Antara kriteria yang dipertimbangkan semasa pemilihan mana-mana badan lain, termasuk syarikat-syarikat yang akan diaudit ialah kepentingan awam, jumlah amaun dipinjamkan, geran atau jaminan kewangan yang signifikan dan material. Keperluan pengauditan atas dasar kepentingan awam, antaranya mengambil kira perkara berikut:
(i) disyaki salah guna dana awam seperti misused of public funds; (ii) potensi kepada keselamatan awam (potential harm to public safety); dan (iii) kehilangan kepercayaan awam (lost of public interest). Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Kapar telah membangkitkan mengenai adanya Jabatan Audit Negara mempunyai enforcement body, kakitangan yang cukup dan memohon kerajaan sediakan peruntukan yang lebih dan manpower untuk mereka. Dengan pindaan Akta 1957 yang melibatkan peluasan fungsi dan meningkatkan tugas pengauditan, Jabatan Audit Negara akan mengoptimakan sumber manusia sedia ada bagi memastikan... [Disampuk]
Yang Berhormat.
...pelaksanaan dapat dijalankan... [Disampuk]
Sahabat Timbalan Menteri.
...dengan berkesan. Sekejap. Di samping itu, Jabatan Audit Negara sedang melaksanakan beberapa usaha berterusan bagi mendapatkan perkhidmatan pengauditan awam seperti berikut: (i) pelaksanaan Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara mulai tahun 2025; (ii) kerjasama pengauditan dengan firma audit swasta yang dilantik oleh Ketua Audit Negara di bawah seksyen 7(3); dan (iii) pelaksanaan kaedah self-assessment audit kepada syarikat bersaiz kecil dan berisiko rendah. Ini saya rasa adalah satu yang sangat-sangat baik. Bagi maksud tersebut juga, Jabatan Audit Negara sedang mengadakan libat urus bersama pihak Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam secara berterusan bagi memperkasakan kapasiti sumber manusia dan kewangan bagi memudahkan proses pengauditan.
Saya minta dahulu. Saya sangat terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Semalam sebab saya tak sempat bahas. Jelutong ganggu saya.
Terus sahaja soalan. Kalau tak ada soalan, sila duduk.
Ada soalan. Ada soalan. Ada soalan. Saya nak tanya sekarang ini, kalau lulus yang ini. Saya hendak minta pandangan pada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita buat audit dahulu yang paling pertama sekali, dekat Malaysia Airports Berhad. Ini kerana di situ ada KWSP campur dengan Khazanah, ada 70 percent. Jadi, yang lain-lain ada 950 syarikat yang ada satu percent, dua percent, tiga percent. Jadi, yang manakah kerajaan akan tawarkan kepada GIP yang BlackRock ada hundred percent?
Terima kasih. Terima kasih.
Syarikat manakah yang ditawarkan? Jadi, kita nak tahu yang itu. Sila buat audit yang ini dahulu. Sebab apabila luluskan undang-undang ini, maknanya Audit Negara boleh mengaudit syarikat-syarikat GLC swasta dan sebagainya.
Syor Yang Berhormat akan diambil kira. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya alih kepada satu perkara –Sekejap lagi ya. Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan mengenai berapa bilangan syarikat yang menerima jaminan kewangan? Jaminan kewangan adalah jaminan oleh kerajaan terhadap jaminan yang dibuat oleh syarikat badan lain. Jaminan yang dibuat oleh kerajaan adalah juga satu hutang yang akan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan, selaras dengan Perkara 98(1)(b) dan 98(3) Perlembagaan Persekutuan. Sehingga 31 Januari 2022, jumlah jaminan kewangan untuk 22 syarikat adalah berjumlah RM222,199,000 bilion melibatkan 22 syarikat. Terdapat peningkatan sebanyak RM3.112 bilion berbanding RM219.087 bilion pada tahun 2021. Ya?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya minta laluan. Walaupun kita berbeza parti dan blok tetapi saya yakin Ahli-ahli Parlimen DAP pasti ingat apa yang berlaku terhadap 1MDB adalah governance nightmare, dengan izin. Maksudnya, kita tidak mahu perkara itu berulang dan tadi bila Yang Berhormat Menteri cakap kita perlu tambah kakitangan untuk memantau kerja-kerja audit yang ada ini. Saya yakin kami semua di blok pembangkang boleh menjadi rakan strategik kepada Jabatan Audit Negara. Apa sahaja kita bangkitkan untuk perhatian kerajaan, wajar diambil kira Jabatan Audit
Kalau nak serah kepada PAC bulat-bulat, PAC ini dah berlaku baru PAC masuk. Jadi, kita nak halang sebelum berlaku nasi jadi bubur. Contohnya Yang Berhormat Menteri, just to give you an example ya, roll out second network DNB. Terang-terang dekat sini, apa yang Lembah Pantai hendak buat sekarang ini contravene dengan Akta Komunikasi dan Multimedia, seksyen 133. Jadi, siapa yang nak tegur Kementerian Komunikasi sebelum roll out second network DNB ini dibuat? Satu. Kedua, tadi saya tanya berkenaan dengan Ekuinas. Kita ada clear social mandate untuk GLC, GLIC daripada segi bumiputera. Kenapa penjualan saham ataupun syarikat di diverse kepada bukan bumiputera tidak ditegur oleh Jabatan Audit Negara sedangkan target tersebut dalam RMKe-12. Jadi saya nak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, bagaimana Jabatan Audit Negara dengan adanya kuku dan taring yang baru di pindaan ini boleh membuat lebih kerja-kerja audit yang proaktif sebelum jadi seperti 1MDB, NFC dan sebagainya. How do we preempt things? Thank you.
Yang Berhormat, merangkumi perkara- perkara yang dibangkitkan, satu di antara inisiatif baru yang akan dibawa dengan serta-merta adalah pelaksanaan self-assessment. Itu yang baru sekali dan saya percaya seperti kita semua membayar tax self-assessment. Ini adalah satu di antara yang baru yang dibawa oleh
Auditor General. Saya rasa ia akan merangkumi semua hal dan it will trigger seberapa awal yang boleh. So, it is yang akan menyelesaikan perkara yang dikata oleh Yang Berhormat. Perkara-perkara yang lain, saya akan bagi jawapan bertulis.
Yang Berhormat, sila gulung.
Ya, terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ada...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pendang. Nak rehat?
Yang Berhormat Puchong juga.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Bangun, keluar.
Jaminan kewangan adalah jaminan oleh kerajaan. Ah, sudah bagi jawapan. Yang Berhormat Puchong bertanya berkenaan Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan sekarang dan berapakah bilangan yang dijangka selepas RUU Audit diluluskan. Pada tahun 2024, Jabatan Audit Negara akan mengeluarkan persijilan kepada 476 penyata kewangan serta menerbitkan tiga laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan pengauditan prestasi, program atau audit kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan. Pengauditan, pengurusan, syarikat kerajaan serta pengauditan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan dan negeri. Akhir sekali. Yang Berhormat Kapar telah bertanya mengenai beberapa jumlah jaminan minimum yang diterima oleh syarikat yang akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Sebagaimana jenis pengauditan yang lain, Jabatan Audit Negara tidak menetapkan amaun minimum pinjaman geran atau jaminan kewangan yang diterima oleh mana-mana badan lain termasuk syarikat untuk tujuan pengauditan. Namun begitu, antara kriteria yang dipertimbangkan semasa pemilihan mana-mana badan lain termasuk syarikat yang akan diaudit ialah jumlah amaun pinjaman, geran atau jaminan kewangan signifikan dan material. Yang lain saya terpaksa memberi secara bertulis tetapi sebelum saya akhiri Yang Berhormat, saya percaya bahawa rang undang-undang yang dibawa hari ini sangat bermakna kerana – saya nak habiskan dengan ini ya, Yang Berhormat. Public trust and confident in our institution of state can be enhanced in the event our institution act with impeccable integrity, transparency and accountability. Kepercayaan rakyat dalam kerajaan dan pentadbiran negara dapat dipertingkatkan sekiranya institusi-institusi negara mempunyai sifat integriti yang tinggi, ketulusan dan bertanggungjawab. Saya percaya dengan rang undang-undang yang akan diluluskan ini adalah bertujuan untuk sedemikian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah
kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Datuk Armizan bin Mohd Ali) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu Akta untuk meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] bagi memperkukuh rangka kerja rehabilitasi dan mekanisme penyelamat korporat serta meningkatkan ketelusan korporat melalui pengukuhan rangka kerja pelaporan pemunya benefisial dibacakan kali yang kedua sekarang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebagai makluman, bacaan kali pertama rang undang- undang ini telah dilaksanakan pada 19 Mac 2024. Taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Dewan Rakyat telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 20 Mac 2024 dan 25 Jun 2024. Laporan Penyata Prosiding JKPK Dewan Rakyat telah pun diedarkan kepada semua Ahli Dewan pada 27 Jun 2024 yang lalu. Pada dasarnya, objektif dan peruntukan undang-undang yang dicadangkan dalam pindaan ini adalah serupa dengan pindaan yang telah diperkenalkan dan ditambah baik melalui Akta Syarikat (Pindaan) 2024 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 November 2023. Pindaan tersebut telah melalui semua proses dan telah berkuat kuasa pada 1 April 2024. Pindaan kepada Akta Syarikat tersebut melibatkan badan korporat bagi entiti
syarikat dan pindaan yang dicadangkan kali ini adalah bagi badan korporat yang melibatkan entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang mempunyai akta khusus. Tuan Yang di-Pertua, antara asas RUU PLT (Pindaan) 2024 ini adalah untuk memperkenalkan kerangka perundangan berkaitan penyelamat korporat yang komprehensif bagi membantu sesebuah PLT yang berhadapan dengan masalah kewangan atau kesulitan aliran tunai dan sekali gus risiko penggulungan dalam keadaan PLT itu didapati masih ada peluang untuk dipulihkan dan berdaya maju. Sebagai contoh, banyak entiti perniagaan termasuk PLT berhadapan dengan masalah sepanjang dan pasca pandemik COVID-19 yang melanda dunia bermula penghujung 2019. Sepanjang tahun 2020 dan sehingga kini, KPDN melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu sektor korporat termasuk Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di Malaysia untuk menangani kesan negatif pandemik COVID-19. Antaranya seperti yang berikut:
(i) melaksanakan tempoh moratorium penyerah simpanan dokumen; (ii) melanjutkan tempoh pematuhan mesyuarat agung tahunan dan tempoh serah simpan penyata kewangan; (iii) menaikkan amaun keterhutangan syarikat daripada RM10,000 kepada RM50,000; (iv) memanjangkan tempoh menjawab notis tuntutan oleh mana-mana pemiutang; dan (v) memberikan pengurangan sebanyak 90 peratus sehingga 31 Disember 2022 untuk kompaun-kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Syarikat 1995 dimansuhkan. Lanjutan daripada inisiatif-inisiatif seperti di atas, pihak KPDN mencadangkan pindaan kepada Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] bagi memperkenalkan suatu kerangka perundangan berkaitan rehabilitasi entiti perniagaan yang lebih komprehensif bagi mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampan serta memastikan entiti perniagaan terus berdaya saing. Selain itu, KPDN juga berhasrat untuk memperkenalkan suatu kerangka pelaporan pemunyaan benefisial untuk PLT dengan mengambil kira perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dalam memerangi aktiviti-aktiviti penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai. Untuk makluman, kedudukan Malaysia berhubung aktiviti-aktiviti tersebut sedang dan akan dinilai oleh pelbagai badan antarabangsa seperti Financial Action Task Force (FATF) yang merupakan badan antarabangsa bebas yang membangunkan piawaian antarabangsa untuk memerangi penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan untuk melindungi sistem kewangan global dan Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) melalui Exchange of Information on Request (EOIR) yang menjalankan penarafan berhubung isu-isu penzahiran bagi percukaian ke atas negara-negara yang
berdagang dengan negara-negara OECD. Penilaian yang akan dijalankan oleh FATF ke atas Malaysia telah dimulakan dari Jun 2024 hingga Disember 2025 di mana keberkesanan undang-undang, penguatkuasaan terhadap pematuhan pelaporan dan tindakan undang- undang yang sedang dan telah diambil perlu dibuktikan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini digubal untuk meminda Akta 743 bagi tujuan yang berikut:- (i) pengenalan mekanisme rehabilitasi bagi PLT; (ii) pengenalan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial; dan (iii) pengukuhan polisi berkaitan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus PLT yang mampan. PLT merupakan satu bentuk perniagaan yang mempunyai kombinasi ciri-ciri sebuah syarikat serta perkongsian konvensional. Secara luaran, PLT adalah sama seperti syarikat iaitu mempunyai status entiti undang-undang yang berasingan (separate legal entity) daripada pekongsi-pekongsinya. Entiti PLT juga bertanggungan terhadap hutang dan liabilitinya sebagai satu badan korporat sama seperti sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, PLT mempunyai struktur tadbir urus dalaman (governance) yang lebih fleksibel yang mirip seperti perkongsian konvensional. Buat masa ini, mekanisme penyelamat korporat tersedia di bawah Akta Syarikat 2016 dan hanya terpakai kepada syarikat. KPDN telah menerima cadangan supaya mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan sukarela korporat (corporate voluntary arrangement) dan pengurusan kehakiman (judicial management) diperkenalkan ke dalam Akta 743 supaya mekanisme tersebut boleh diterima pakai oleh PLT yang mengalami masalah kewangan. Ini kerana, sebagaimana syarikat, PLT bertanggungan sepenuhnya terhadap hutang dan liabiliti perniagaannya dan sewajarnya mekanisme rehabilitasi korporat yang komprehensif perlu juga disediakan bagi membolehkan PLT yang masih berdaya saing untuk meneruskan perniagaan. Dalam hal ini, KPDN ingin mengusulkan pindaan kepada Akta 743 dengan memperkenalkan mekanisme penyelamat korporat yang menggunakan kerangka seumpama di bawah Akta 777 melalui apa-apa penyesuaian sebagaimana yang perlu. Cadangan peluasan pemakaian ini akan memberikan peluang kepada lebih banyak PLT yang menghadapi masalah kewangan menggunakan mekanisme penyelamat korporat untuk memulihkan kedudukan kewangan mereka melalui proses rundingan serta persetujuan dengan pemiutang dan, pada masa yang sama, diberikan perlindungan daripada tindakan undang-undang atau penggulungan sewaktu proses tersebut berlangsung. KPDN mencadangkan supaya PLT yang telah diberikan perintah pengurusan kehakiman boleh mendapatkan pembiayaan penyelamat (rescue financing) serta perlindungan terhadap pembiaya penyelamat tersebut sebagaimana yang terpakai kepada syarikat di bawah Akta 777. Selain itu, dicadangkan juga supaya mana-mana PLT yang memasuki proses rehabilitasi iaitu skim perkiraan sukarela korporat atau pengurusan kehakiman adalah diberi perlindungan undang-undang untuk terus mendapatkan bekalan perkhidmatan atau
barangan yang penting (supply of essential goods and services) untuk memastikan PLT boleh terus beroperasi demi kelangsungan perniagaan. Inisiatif ini akan memberi impak perundangan positif dan komprehensif bagi memastikan entiti perniagaan seperti PLT yang masih berdaya maju diberikan ruang yang secukupnya untuk membolehkan mereka terus beroperasi terutamanya dalam tempoh pasca pandemik COVID-19. Justeru itu, tindakan penggulungan akan hanya menjadi pilihan terakhir setelah PLT yang terbabit mengambil tindakan-tindakan lain untuk menyelamatkan aktiviti perniagaannya termasuk melalui perkiraan sukarela korporat atau pengurusan kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Akta 743 masih tidak mempunyai peruntukan berkaitan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial. Berdasarkan piawaian Recommendation 24 yang dikeluarkan oleh FATF berkaitan pelaporan pemunyaan benefisial, PLT merupakan salah satu entiti perniagaan yang tertakluk kepada piawaian tersebut. Oleh itu, jurang perundangan yang perlu diatasi dalam Akta 743 adalah:- (i) penjelasan mengenai definisi pemunya benefisial yang menjangkau melebihi pemilikan ekuiti termasuk kuasa untuk mengawal sesuatu entiti selaras dengan cadangan FATF; (ii) memberikan penjelasan dan panduan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial yang merangkumi PLT tempatan dan asing; (iii) menyelaraskan pelaporan maklumat pemunyaan benefisial antara SSM dan badan berkanun yang berkaitan untuk mengelakkan pelaporan bertindih; dan (iv) memastikan kerangka undang-undang di Malaysia adalah selari dengan piawaian FATF dan amalan terbaik antarabangsa. Sehubungan dengan itu, cadangan-cadangan pindaan bagi RUU ini adalah seperti berikut:- (i) memberikan definisi pemunya benefisial dari perspektif jumlah sumbangan modal atau kawalan ke atas pengurusan PLT; (ii) mewajibkan PLT untuk menyimpan daftar pemunya benefisial serta keperluan mengemas kini daftar tersebut; (iii) menjelaskan kewajipan pelaporan pemunyaan benefisial kepada Pendaftar melalui serah simpan perakuan tahunan PLT serta pengemaskinian maklumat pemunya benefisial apabila terdapat perubahan; (iv) menjelaskan obligasi mana-mana orang untuk memaklumkan PLT sekiranya mereka merupakan pemunya benefisial; dan (v) memberikan kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menentukan apa-apa kelas PLT yang dikecualikan daripada membuat pelaporan pemunyaan benefisial di bawah Akta 743 kerana tertakluk kepada perundangan lain yang serupa dan memberikan kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menentukan mana-mana orang
atau golongan orang termasuk agensi penguat kuasa dan kawal selia yang boleh diberikan akses berkaitan maklumat pemunya benefisial tersebut. Pengenalan peruntukan baharu yang dicadangkan dalam RUU ini akan meningkatkan ketelusan maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan SSM dan akan membantu agensi penguat kuasa dan kawal selia termasuk Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membanteras jenayah serius yang berselindung di sebalik entiti perniagaan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pengukuhan polisi yang menyokong pelaksanaan tadbir urus PLT yang lebih mampan juga adalah penting bagi memastikan tahap pematuhan yang tinggi di kalangan PLT. Antara pindaan yang penting yang dicadangkan adalah seperti berikut― Pertama, pindaan am supaya laman sesawang SSM boleh digunakan untuk mengiklankan atau menyiarkan maklumat sebagai media alternatif kepada kehendak perundangan untuk diiklankan atau disiarkan dalam surat khabar. Pindaan ini bersifat facilitative untuk memastikan isu-isu praktikal susulan tiada lagi surat khabar yang mempunyai edaran meluas ke seluruh Malaysia.
Tambahan pula kos pengiklanan adalah tinggi dan membebankan terutama sekali sekiranya pengiklanan tersebut perlu dibuat oleh PLT yang menghadapi masalah kewangan atau dalam tindakan penggulungan. Dan yang kedua pada masa yang sama, penyelarasan juga dibuat untuk cara notis diberikan kepada PLT atau pekongsi PLT dengan akta-akta lain yang dikawal selia oleh SSM. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini mengandungi 13 fasal serta satu jadual yang merangkumi perkara-perkara yang berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 10(2) Akta 743 untuk memasukkan perenggan baru (ea) dan (eb) yang memerlukan PLT menyerah simpan dengan pendaftar butir-butir berdaftar termasuk butir-butir mengenai pemunyaan benefisial dan sumbangan modal setiap pekongsi bagi tujuan pendaftaran. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 19(1) Akta 743 untuk menghendaki sesuatu PLT menyimpan daftar mengenai pemunyaan benefisial di pejabat berdaftarnya. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IIIA ke dalam Akta 743 yang memperkatakan tentang pemunyaan benefisial suatu PLT seperti berikut. Seksyen baru 20A yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan takrif pemunya benefisial suatu PLT.
Seksyen baharu 20B yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan obligasi untuk menyimpan dan menyelenggara daftar pemunya benefisial dan menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial dengan pendaftar. Hanya orang atau kelas orang yang ditetapkan oleh Menteri termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa berwibawa yang kompeten boleh mengakses daftar pemunya benefisial sesuatu PLT dan maklumat pemunyaan benefisial yang berkaitan. Seksyen baru 20C yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada suatu PLT untuk menghendaki penzahiran pemunyaan benefisialnya. Seksyen baru 20D yang dicadangkan bertujuan untuk mengenakan kewajipan ke atas pemunya benefisial untuk memberitahu PLT apabila dia mendapat atau menjadi pemunya benefisial atau jika terdapat apa-apa perubahan kepada maklumat pemunyaan benefisial PLT dan seksyen baru 20E yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan pemakaian Bahagian IIIA kepada semua PLT kecuali kelas PLT tertentu yang tertakluk kepada kewajipan serupa mengenai pelaporan pemunyaan benefisial di bawah undang- undang bertulis lain. Pengecualian ini bertujuan untuk mengurangkan beban pentadbiran PLT dan mengelakkan pertindihan pengawal seliaan. Fasal 5 bertujuan untuk meminda perenggan 27(7)(a) Akta 743 untuk mengenakan tanggungjawab tambahan kepada pegawai pematuhan PLT bagi menyenggara daftar pemunyaan benefisial dan menghendaki penzahiran pemunya benefisial. Fasal 6 bertujuan untuk meminda tajuk Bahagian VII Akta 743 untuk memasukkan perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman sebagai sebahagian daripada tajuk. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 49A dan 49B ke dalam Akta 743. Seksyen 49A yang dicadangkan bertujuan untuk memasukkan mekanisme penyelamat korporat untuk PLT dalam bentuk perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman. Bagi tujuan perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman PLT, peruntukan Penggal 8 Bahagian III Akta Syarikat 2016 dan Kaedah-kaedah Mekanisme Penyelamat Korporat Syarikat 2018 hendaklah terpakai. Seksyen 49B yang dicadangkan bertujuan untuk mengawal selia pemakaian fasal berkaitan insolvensi di bawah mana-mana kontrak untuk pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu antara pembekal dengan PLT yang melaksanakan perkiraan sukarela atau di bawah pengurusan kehakiman. Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 70A ke dalam Akta 743 untuk memperuntukkan tempoh pematuhan bagi apa-apa tindakan atau serah simpan dokumen apabila tempoh pematuhannya tidak dinyatakan dalam akta ini. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan seksyen 76 dalam Akta 743 dengan seksyen baharu yang membenarkan penyampaian dokumen kepada PLT secara pos atau secara elektronik. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 76A ke dalam Akta 743 bagi memperuntukkan bahawa laman sesawang suruhanjaya boleh digunakan untuk menyiarkan iklan yang sebaliknya dikehendaki disiarkan dalam surat khabar.
Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan perenggan 91(aa) dan (ba) bagi memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial serta yang berhubungan dengan perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan Jadual Keempat baharu ke dalam Akta 743 bagi menyenaraikan barang dan perkhidmatan perlu yang dilindungi di bawah seksyen 49B baharu Akta 743. Dan fasal yang terakhir iaitu Fasal 13 bertujuan untuk mengadakan peruntukan pengecualian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada Yang Berhormat menyokong?
Saya menyokong Yang Berhormat.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sebelum saya membaca senarai ini, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat terminologi integriti. Saya rasa Yang Berhormat-Yang Berhormat semua sedia maklum, integriti ini bukan sahaja rasuah dan sebagainya menjauhkan tapi cara kita bercakap, cara kita berbahas. Kalau jadi budak-budak, bagi saya, kita dah berumur. Jangan perbodohkan diri kita di khalayak live baik di sebelah kerajaan, baik di sebelah pembangkang. I will handle it accordingly dengan izin, apa yang termaktub di sini. Jika ada yang degil, saya tak peduli. Dalam ini saya melaksanakan tugas. Di luar kita kawan. Baik, di sini terdapat 14 orang Yang Berhormat akan berbahas. Dimulakan dengan Yang Berhormat Rasah diberi 10 minit selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawan, Kos Sara Hidup dan Pertanian. Berikutannya, seramai 13 Yang Berhormat akan berbahas, diberi masa lima minit iaitu Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Gerak, Grik, maaf. Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Jempol. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, masa-masa yang diberi adalah sebagai panduan tapi atas budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah untuk memulakan tirai perbahasan pindaan akta ini. Silakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya selaku pembahas pertama untuk membahaskan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang baru saja dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. RUU ini adalah untuk meminda akta induk, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]. Sebelum saya memulakan perbahasan saya berkenaan dengan tiga polisi yang terlibat untuk pindaan pada kali ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga agensi yang terbabit iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri ketika pembentangan tadi. Sesi pertama perjumpaan telah diadakan pada 20 Mac, sehari selepas bacaan pertama pada 19 Mac yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia KSU KPDN sendiri dan juga taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada jawatankuasa.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Gopeng, anggota JKPK yang turut terlibat dalam mesyuarat tersebut. Seterusnya pada 25 Jun yang lepas, sesi kedua bersama SSM telah diadakan, yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan juga Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Gopeng. Hasilnya, pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah membentangkan atas meja semua wakil rakyat DR.18 Tahun 2024 penyata yang berkenaan dengan sesi libat urus kami bersama dengan pihak SSM. Saya selaku Pengerusi JKPK, rasa ini adalah antara tugas utama JKPK yang patut dilaksanakan dan digalas bersama dengan kerjasama semua agensi terbabit. Sebab, saya ada menerima, ada rungutan tertentu, katakan bahawa banyak RUU sebenarnya tidak dibincangkan dengan JKPK dulu. Akan tetapi, untuk KPDN saya merakamkan ucapan penghargaan kerana memberikan pengiktirafan kepada JKPK yang mewakili Parlimen selaku pembuat undang-undang legislatif di Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, daripada tiga polisi yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, polisi pertama berkenaan dengan kerangka pelaporan dengan ayat ataupun fasa yang sangat penting iaitu pemunyaan benefisial. Sebelum ini, memang tidak ada, sejak akta ini mula dikuatkuasakan pada tahun 2012 sehingga kini, tidak ada. Akan tetapi, frasa yang sama telah kita masukkan ke dalam Akta Syarikat ketika Akta Syarikat dipinda dan diluluskan dalam Dewan yang mulia ini pada 28 November 2023. Jadi, ia lebih kurang sama dan saya menyambut baik kemasukan pemunyaan benefisial, ayat ini dalam akta ini sebab ia akan membolehkan tata kelola PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad) ditambah baik, selaras dengan keperluan semasa. Ia juga adalah antara usaha bersama daripada pihak kerajaan untuk menangani masalah-masalah seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pengelakan
cukai dan apa-apa jenayah yang berkaitan dengan kewangan yang cuba elak daripada skop undang-undang yang kita ada. Jadi, saya menyambut baik― ia sebagai cara kita mengatasi jenayah yang mungkin cuba dilakukan oleh pihak tertentu. Saya juga difahamkan ia ada berkaitan dengan pematuhan terhadap agensi, piawaian yang ditetapkan oleh agensi antarabangsa seperti FATF dan OECD. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk ketika menggulung nanti, nyatakan apakah kelebihan kita apabila kita mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh FATF dan OECD. Sebab saya rasa umum ingin tahu, apakah kelebihan terutamanya pekongsi- pekongsi dalam Perkongsian Liabiliti Terhad yang saya difahamkan sekarang ini dalam lebih kurang ada dalam 35,000 PLT. PLT ini bertambah dengan begitu cepat. Saya difahamkan dalam masa tiga bulan terakhir ini sahaja, dia tambah hampir 1,000 PLT daripada 34,000 sebelum ini naik kepada 35,000. Jadi, apakah kelebihan yang kita akan dapat. Kedua, berkaitan dengan pemunyaan benefisial ini. Apabila skim ataupun mekanisme pelaporan ini diperkenalkan, apakah ia akan memberikan kos ataupun menambahkan kos operasi PLT itu sendiri? Jadi, apakah impak dia? Sebab kita pun kena fikir apabila kita melaksanakan sesuatu, ia tidak mendatangkan kesan negatif yang tinggi ataupun kita kena cuba meminimumkan impak negatifnya terhadap urusan perniagaan. Ketiga, di bawah polisi pertama ini, apakah ia akan membantu dalam pertubuhan PLT di Malaysia, ataupun ia mungkin menyebabkan pertambahan PLT selepas ini akan jadi berkurangan, yang menyebabkan mereka yang mungkin ingin berniaga selepas ini kembali kepada cara yang lebih konvensional. Sebab ini – PLT ini cara baharu. Kalau cara konvensional, banyak kepada syarikat persendirian ataupun perkongsian biasa. Jadi, mohon jawapan daripada Menteri berkenaan dengan perkara ini. Saya hendak tanya, apakah respons daripada pihak pemegang taruh ataupun pemain industri terhadap pindaan terbaharu? Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan dengan polisi kedua iaitu memperkenalkan satu kerangka mekanisme penyelamat korporat ataupun dikenali sebagai rehabilitasi. Asalnya memang tidak ada, kalau biasa, kalau ada berlaku apa-apa kes dan sebagainya, pemiutang akan mengheret penghutang ke mahkamah dan berakhir dengan penggulungan sekiranya kes tersebut dibuktikan. Jadi, saya nampak ada dua mekanismenya. Satu perkiraan sukarela korporat, yang keduanya pengurusan kehakiman. Saya menyambut baik. Saya selepas mengadakan libat urus dengan SSM, saya bersetuju supaya pengurungan hanya menjadi opsyen terakhir, sekiranya opsyen lain telah habis digunakan, tidak ada cara lain untuk menyelamatkan syarikat tersebut. Cuma ada keadaan di mana, sekiranya kita laksanakan ini selepas pindaan ini diluluskan, dilaksanakan, apakah impak kepada syarikat-syarikat yang― kata orang apa, institusi kewangan seterusnya yang memberikan pinjaman pada masa akan datang, apakah mereka mungkin merasa takut? Sebab PLT mempunyai satu lagi mekanisme untuk menyelamatkan diri daripada digulungkan. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah ia boleh menyebabkan industri bank misalnya, rasa tertekan ataupun kata orang tekan brek untuk mengurangkan pemberian pinjaman pada masa akan datang, okey.
Seterusnya, berkenaan dengan polisi ketiga. Kita tahu, zaman sekarang memang zaman untuk kita menggunakan teknologi dan sebagainya, pendigitalan. Ia adalah sesuatu yang selaras dan perlu dilakukan bersesuaian dengan keperluan semasa. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, dengan menggunakan laman web SSM, apakah kutipan yang boleh― kalau syarikat yang terlibat ia tidak mengiklankan dalam surat khabar, dia iklan dalam laman SSM, jadi apakah kutipan. Berapakah kutipan yang dijangkakan ataupun kadar yang akan dikenakan terhadap syarikat? Begitu juga untuk SSM sendiri, sebab SSM sendiri boleh mendapat penjimatan dengan buat paparan dalam laman sahaja. Jadi, berapakah penjimatan yang dijangkakan daripada pelaksanaan pindaan yang terkini ini? Jadi, bagi saya ia adalah satu pindaan yang saya harap boleh menguntungkan urusan perniagaan untuk entiti perkongsian liabiliti terhad. Sebab pada tahun lepas, perkara yang sama sebenarnya telah pun dipinda dan mula dilaksanakan di bawah Akta Syarikat. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah mengambil langkah yang sewajarnya dan banyak berdiskusi dengan JKPK bersama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dua kali berdiskusi dengan pihak JKPK Parlimen untuk membolehkan pihak kami juga dapat membentangkan satu penyata. Sebab saya tengok, saya anggap hari ini sebagai suatu yang sangat bersejarah. Terima kasih juga kepada Dato’ Yang di-Pertua, yang memberikan peluang kepada saya selaku Pengerusi JKPK sebagai pembahas pertama untuk sama-sama kita menggunakan platform dalam Dewan Rakyat ini untuk mencari, untuk sama-sama kita mendapatkan idea yang terbaik terhadap pembentangan apa-apa sahaja rang undang- undang dalam Dewan Rakyat ini akhirnya, supaya rakyat kebanyakan kita yang akan mendapat manfaat dan ekonomi kita sentiasa terjaga. Sekian sahaja perbahasan saya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024. Saya melihat pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk menyokong perkembangan ekonomi dan kesejahteraan negara serta mendukung ketelusan di dalam urus tadbir korporat.
Dato' Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyentuh berkenaan pengenalan kerangka, pelaporan, pemunyaan benefisial (beneficial ownership). Seksyen 20C memperuntukkan suatu perkongsian liabiliti terhad untuk mengehendaki penzahiran
pemunya benefisialnya. Kerangka laporan maklumat pemunya benefisial ini penting bagi memastikan entiti perniagaan di Malaysia tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah atau melindungi aktiviti jenayah. Kebelakangan ini kita melihat bagaimana struktur korporat telah disalah guna untuk pelbagai aktiviti yang melanggar undang-undang seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai. Justeru itu, pindaan ini amatlah wajar untuk memastikan entiti perniagaan tidak disalahgunakan oleh individu yang identitinya tidak dizahirkan dan berselindung di sebalik tabir entiti syarikat yang bertujuan melindungi aktiviti jenayah. Sebagai contohnya pada Februari 2021, seorang rakan kongsi daripada sebuah PLT telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kerana membuat pernyataan palsu. Tindakan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM selaku badan kawal selia korporat Malaysia. Soalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pelaporan berkenaan pemunyaan benefisial di dalam usaha untuk memerangi kegiatan seperti berikut? Seterusnya, apakah bentuk kerjasama rentas kementerian dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia terutama untuk memudahkan penyiasatan dan penguatkuasaan berhubung jenayah pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan jenayah berat yang lain? Seterusnya, pada 1 April 2024, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan sebuah sistem iaitu Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) yang bertujuan untuk menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial syarikat. Persoalannya, sejauh manakah keberhasilan penggunaan sistem tersebut serta adakah mekanisme yang sama turut terpakai untuk perkongsian liabiliti terhad? Kedua, saya ingin menyentuh berkenaan pengenalan penyelamat korporat bagi PLT. Fasal 7 bertujuan memasukkan seksyen baharu 49A dan 49B yang memperkenalkan konsep perkiraan sukarela korporat (corporate voluntary arrangement) dan pengurusan kehakiman (judicial management) untuk memberikan peluang kepada PLT yang menghadapi masalah kewangan menggunakan mekanisme penyelamat korporat bagi memulihkan kedudukan kewangan mereka. Dengan adanya mekanisme ini, maka entiti perniagaan dapat menjalankan perniagaan, menjana hasil dan terus mengekalkan tenaga kerja mereka. Persoalannya, sejauh manakah penambahbaikan mekanisme penyelamatan korporat ini akan membantu golongan usahawan atau entiti perniagaan yang terkesan khususnya mereka yang berdepan dengan masalah aliran tunai sehingga mengakibatkan ada yang terpaksa “gulung tikar”. Seterusnya, berapakah perniagaan PLT yang terpaksa digulungkan serta apakah punca kepada penggulungan tersebut? Setakat 10 Jun 2024, terdapat 35,283 PLT aktif di dalam daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Saya ingin bertanya, berapakah PLT aktif yang terdiri daripada golongan bumiputera dan berapa daripada golongan bukan bumiputera serta
apakah bentuk bantuan dan sokongan yang disediakan bagi merancakkan ekonomi perniagaan PLT ini? Realitinya sekarang ramai yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Namun, ada kekangan yang membataskan mereka. Justeru, apakah pendekatan daripada pihak SSM dalam membantu para peniaga untuk mendaftarkan perniagaan mereka? Ketiga, saya ingin menyentuh berkenaan serah simpan maklumat pemunyaan benefisial. Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 10(2) Akta 743 yang mengehendaki perkongsian liabiliti terhad untuk menyerah simpan dengan pendaftar butir-butir berdaftar termasuk butir-butir mengenai maklumat pemunyaan benefisial dan sumbangan modal setiap pekongsi bagi masuk pendaftaran. Persoalan saya, bagaimanakah kerajaan dapat meningkatkan kesedaran entiti perniagaan tentang kewajipan mereka untuk menyerah simpan maklumat pemilikan benefisial seperti yang diperuntukkan melalui sistem elektronik beneficial ownership e-BOS yang saya sebutkan tadi? Serta apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap ketidakpatuhan oleh mana-mana perniagaan yang terlibat? Semoga dengan adanya pindaan ini Dato' Yang di-Pertua, ia akan menambah baik urus tadbir entiti perniagaan perkongsian liabiliti terhad di negara kita supaya berkembang lebih maju selepas ini. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong? Yang Berhormat Kepong? Baik. Kita pergi kepada Yang Berhormat seterusnya, Yang Berhormat Mersing.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan RUU dan saya kira sangat penting untuk membantu perkongsian liabiliti terhad menghadapi isu kewangan, kesan daripada pasca pandemik COVID-19 dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi negara. Dato' Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa pindaan yang terkandung dalam RUU ini merupakan peruntukan yang dibawa masuk daripada akta syarikat pindaan yang telah diluluskan. Saya juga percaya bahawa hasil pindaan yang akan diluluskan ini akan menyelaras pemakaian polisi-polisi yang menambah baik instrumen perundangan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kebanyakan peruntukan dan polisi dalam Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 ini adalah merujuk kepada Akta 777, di mana manfaat yang dinikmati oleh syarikat akan turut sama terpakai kepada entiti PLT yang berdaftar.
Saya menyokong usaha pindaan yang dibuat kerana ia memberi peluang kepada PLT untuk menggunakan proses corporate voluntary arrangement dan judicial management, sama seperti sebuah syarikat berbanding sebelum ini di mana tiada peruntukan serta kerangka sedemikian wujud di bawah Akta 743. Sepertimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan, pengenalan dasar dan peraturan dalam RUU ini dilihat menyediakan polisi terbaik untuk PLT-PLT tempatan dalam menangani isu-isu pengubahan wang haram, rasuah, pembiayaan keganasan, pengelakan cukai dan sebagainya. Namun, persoalannya adakah kedudukan Malaysia sangat terdedah dengan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan sehingga perlunya penzahiran ini dibuat oleh entiti-entiti PLT? Bagaimana pula dengan situasi di mana PLT itu sendiri menjalankan aktiviti yang seolah-olah sah dari segi undang-undang tetapi sebenarnya melanggar pelbagai peraturan atau perundangan seperti menjalankan aktiviti yang bersifat penggubahan wang haram atau terlibat dalam perolehan tender kerajaan? Adakah RUU PLT ini boleh membantu kerajaan untuk menghapuskan isu-isu serius seperti kes Ali Baba, kartel atau PLT-PLT yang bersekongkol dengan syarikat-syarikat untuk mendapatkan tender-tender kerajaan? Seterusnya, saya ingin menyentuh fasal 7 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 49A dan 49B bagi mekanisme perjawatan korporat dan pengurusan kehakiman. Saya pohon penjelasan, adakah pendekatan khusus garis panduan dan bentuk bantuan sokongan untuk menyelamatkan syarikat atau entiti PLT yang mengalami masalah kewangan dan insolvensi. Sementara itu, saya ingin mengetahui sejauh mana maklum balas daripada pihak perbankan dan institusi kewangan berhubung dengan urusan atau amalan penyelamatan korporat mana-mana PLT yang gagal menyelesaikan hutang atau pinjaman. Bagaimana kaedah dan pelan rehabilitasi yang diperkenalkan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti korporat seperti PLT. Pada masa yang sama, saya dimaklumkan bahawa cadangan untuk menambah baik mekanisme perkhidmatan korporat telah dipinda di bawah akta syarikat ini telah diuar-uarkan sejak tahun 2020 lagi untuk membantu syarikat-syarikat yang terkesan. Namun, mengapa kerajaan mengambil masa yang agak lewat untuk membawa pindaan ini bagi PLT? Mungkin di luar sana telah terdapat banyak PLT yang berdepan tindakan penggulungan walaupun pelbagai inisiatif telah disediakan melalui perundangan. Adakah pindaan-pindaan yang dibuat ini masih relevan dalam konteks membantu memulihkan PLT- PLT yang terkesan? Saya khuatir kelewatan ini telah menyumbang kepada lebih banyak PLT yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, saya menghargai kecekalan dan komitmen pihak kementerian dalam memastikan persekitaran korporat kekal berdaya saing seiring dengan perkembangan ekonomi yang mencabar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana membenarkan Tebrau mengambil bahagian dalam perbahasan pagi ini. Dato' Speaker, kita kena faham kerajaan sekarang perlu memperketatkan undang-undang yang sedia ada untuk memastikan ekosistem perniagaan Malaysia adalah sentiasa segar dan relevan. Ini termasuk juga keperluan untuk meminda undang-undang yang sedia ada dari semasa ke semasa bagi memenuhi hasrat ini.
Buat masa kini, ada enam bentuk entiti perniagaan di Malaysia iaitu sendirian berhad, berhad, syarikat berhad, menurut jaminan, milikan tunggal, perkongsian dan perkongsian terhad. Dengan ratifikasi perjanjian perdagangan seperti RCEP dan CPTPP, kerajaan perlu mewujudkan satu suasana perniagaan yang lebih fluid untuk usahawan dan peniaga untuk membuka business dan mengambil risiko. PLT ini adalah— PLT ini ada kelebihan seperti liabiliti terhad, tidak seperti perkongsian biasa dan tidak perlu akaunnya untuk diaudit tiap-tiap tahun seperti syarikat sendirian berhad. Ini bukan sahaja penting untuk pemain tempatan, tetapi juga akan memberi atau menjadi satu tarikan atau consideration bagi pelabur luar negara, sama ada hendak melabur di Malaysia. PLT dalam istilah kereta ini, kita seumpama kereta hibridlah. Model ini ada unsur atau ciri perkongsian konvensional dan juga sendirian berhad. Ini adalah bagus dan patut dipromosikan oleh kerajaan. Tetapi berdasarkan kepada data yang ada, sektor industri yang didaftarkan di bawah PLT setakat 29 Februari tahun ini hanya adalah 53,522 entiti sahaja, padahal di Malaysia ada hampir satu juta industri mikro, kecil, sederhana. Kebanyakannya adalah milikan tunggal, perkongsian atau sendirian berhad. Maka, saya minta pencerahan daripada pihak Menteri, sila bagi maklumat pecahan bentuk model perniagaan bagi semua industri mikro, kecil, sederhana di Malaysia. Apakah usaha yang telah atau bakal dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai orang memilih modal perkongsian limited— liabiliti terhad ini? Saya ada satu isu teknikal yang saya ingin merujuk kementerian kepada pemindaan untuk seksyen 76A, di mana dikatakan iklan surat khabar boleh diganti dengan iklan maklumat di laman sesawang SSM. Saya mengambil pendirian ini adalah tidak sesuai kerana maklumat yang biasa kita perlu iklan ini adalah notis atau maklumat yang perlu diketahui oleh orang awam supaya mereka yang ada kepentingan itu boleh mengambil tahu maklumat ini. Saya bagi contoh, di bawah undang-undang perceraian, “Sesiapa yang ingin menceraikan pasangan secara unilateral, perlu iklan petisyen perceraian di surat khabar supaya pasangan tersebut atau responden atau mana-mana pihak berkaitan termasuklah kawan atau ahli keluarga yang nampak iklan tersebut boleh maklum petisyen ini dan sekiranya perlu, responden itu boleh membantah petisyen perceraian tersebut di mahkamah”. Begitu juga dalam kes anak angkat, juga ada keperluan undang-undang untuk iklan supaya ibu bapa kandung atau sesiapa yang berkaitan boleh mencabar petisyen tersebut sekiranya mereka hendak.
Tetapi jelas di bawah seksyen 48, 49 dan 50 akta ini, ada keperluan untuk iklan di dua surat khabar bila sesebuah PLT digulungkan, sama ada sukarela atau sebaliknya. Tentunya rasional keperluan iklan ini adalah untuk memaklumkan kepada kreditor dan juga mana-mana pihak yang ada urusan perniagaan dengan PLT tersebut supaya mereka boleh mengambil tindakan seterusnya. Tetapi kalau sekarang keperluan ini diganti dengan iklan di laman SSM sahaja, saya jangka ramai orang tidak akan melayari laman SSM setiap hari untuk mencari maklumat sebegini. Maka, ini akan mewujudkan satu keadaan yang sangat tidak adil kepada orang awam. Maka, adalah lebih wajar kalau iklan surat khabar ini dikekalkan dan sebarang notis atau maklumat penting juga boleh diletak di laman sesawang SSM sekali. Dato’ Speaker, penambahan dalam 49A seperti di Akta Syarikat ini adalah dialu- alukan. Dengan ada sistem judicial management, bolehlah elak daripada litigasi yang makan masa yang panjang dan melibatkan kos tinggi untuk semua pihak. Pengurusan kehakiman kena dijalankan dengan adil dan memberi perlindungan bukan sahaja kepada PLT, tetapi juga kepada kreditor-kreditor yang lain. Terima kasih Speaker kerana memberi peluang kepada saya. Itu sahaja perbahasan saya hari ini. Saya harap pihak kementerian boleh mengambil maklum dan juga apa yang saya katakan ini. Justeru, Tebrau menyokong pindaan RUU ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Gerik.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Gerik untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) (Pindaan) 2024 ini. Tuan Yang di-Pertua, PLT ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan juga dikenali sebagai Akta 743. Sejarahnya PLT ini, asalnya diwujudkan untuk menggantikan enterprise (persendirian) atau perkongsian (partnership) bagi kegunaan perniagaan profesional. Contohnya seperti firma akaun, firma guaman, doktor, klinik dan lain-lain. Namun, seiring dengan perkembangan semasa, PLT kini sudah jadi pilihan usahawan kerana ia tidak perlu audit report contohnya, tetapi kita mendapat kelebihan sepertimana sendirian berhad. Jadi, model perniagaan apakah sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, yang sesuai untuk PLT ini? Adakah hanya usahawan kecil dan sederhana ataupun ianya — pindaan undang- undang ini akan membawa kepada perubahan kepada jenis perniagaan yang sesuai untuk PLT pada masa depan? Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada pindaan RUU PLT ini. Pertamanya, Gerik ingin menyentuh berkenaan kerangka penzahiran maklumat, pemunyaan benefisial, pemilik bermanfaat seksyen 20C yang dicadangkan bertujuan untuk memberi perkongsian liabiliti terhad atau PLT kuasa untuk menghendaki penzahiran pemunya benefisialnya atau siapa pemilik syarikat sebenarnya.
Persoalannya, apakah langkah yang diambil bagi memastikan keberkesanan pelaporan atau penzahiran maklumat tentang pemunyaan benefisial atau beneficial ownership (BO) ini mengambil kira perkembangan terbaru di peringkat serantau dan global dalam usaha memerangi kegiatan seperti pengubahan wang haram? Keduanya, sejauh manakah tahap pematuhan semasa bagi pelaporan pemunyaan benefisial susulan pindaan Akta Syarikat 2024 yang dikuatkuasakan mulai 1 April 2024 yang lalu yang mana semua syarikat dikehendaki mengemas kini maklumat BO mereka melalui sistem electronic beneficial ownership atau e-BOS secara mandatori? Jadi, adakah kerangka yang sama juga akan digunakan bagi perkongsian liabiliti terhad atau PLT ini? Tuan Yang di-Pertua, keduanya kita ingin menyentuh berkenaan dengan konsep perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman. Fasal 7 yang bertujuan memasukkan seksyen baharu 49A dan 49B yang memperkenalkan konsep perkiraan sukarela korporat atau corporate voluntary arrangement (CVA) dan pengurusan kehakiman kepada perkongsian liabiliti terhad dengan menerima pakai kerangka di bawah Akta Syarikat 2016. Persoalannya, adakah pendekatan khusus yang diambil kerajaan bagi membantu syarikat atau entiti perkongsian liabiliti terhad ini atau PLT ini yang terdedah kepada risiko “gulung tikar” atau berhadapan dengan masalah kewangan supaya mereka dapat mengatur serta memperkukuhkan kedudukan aliran kewangan syarikat, sekali gus memastikan pemulihan entiti perniagaan dan kekal berdaya saing? Soalan kedua, adalah sejauh manakah kerangka mekanisme penyelamat korporat serta pelan rehabilitasi di bawah Akta Syarikat 2016 serta pindaan-pindaan berkaitan terpakai ke atas entiti perkongsian liabiliti terhad, terutama mereka yang sedang menghadapi masalah aliran tunai? Apakah langkah kerajaan dalam memastikan keberkesanan pindaan ini ke arah meningkatkan aspek ketelusan dalam tadbir urus korporat dalam konteks PLT ini? Tuan Yang di-Pertua, akhirnya berkenaan bidang kuasa Menteri dan kajian semula percukaian bagi PLT. Fasal 11 bertujuan memasukkan perenggan 91(1)(aa) dan (ba) ke dalam Akta 743 untuk memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkaitan apa-apa berhubungan dengan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial serta yang berhubungan dengan perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan.
Manakala seksyen 20E, Menteri boleh mengecualikan apa-apa kelas Perkongsian Liabiliti Terhad daripada pemakaian bahagian ini. Jika perkongsian liabiliti terhad itu tertakluk kepada apa-apa kehendak di bawah undang-undang bertulis yang lain, yang serupa dengan bahagian ini. Jadi, persoalannya sejauh manakah pengecualian peruntukan ini akan memberi kesan kepada kelas Perkongsian Liabiliti Terhad tertentu yang tertakluk kepada kewajipan serupa bagi pelaburan pemunyaan benefisial di bawah undang-undang bertulis lain? Adakah kerajaan juga mempunyai perancangan untuk mengkaji semula kadar percukaian atau
syarikat untuk PLT ini dengan amaun sumbangan modal tidak melebihi RM2.5 juta. Sekian saja daripada Gerik.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Gerik. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Dato’ Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merupakan satu reformasi yang penting bagi menambah baik tata kelola Perkongsian Liabiliti Terhad atau PLT dalam akta. Rang undang- undang ini akan secara amnya mengharmonikan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad ini dengan Akta Syarikat yang telah dipinda tahun lepas dalam beberapa aspek. Dato’ Yang di-Pertua, PLT ini adalah satu badan korporat yang mempunyai status undang-undang perbadanan yang boleh menyaman ataupun disaman atas namanya sendiri. Dia boleh memiliki aset dan juga boleh melakukan perkara-perkara seperti perbadanan yang lain. Antara yang lain, PLT ini memberi perlindungan liabiliti terhad kepada rakan-rakan kongsi sama seperti liabiliti terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat. Jadi apa-apa hutang atau obligasi PLT ini akan ditanggung oleh PLT itu sendiri dan bukannya rakan kongsi yang menjadi perkongsian dalam PLT tersebut. Di sini Dato’ Yang di-Pertua, PLT adalah satu wadah perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan juga perkongsian konvensional. Maknanya ianya seperti satu hibrid di antara sebuah syarikat dan juga perkongsian. Saya ingin memohon di peringkat ini, supaya diberikan jumlah PLT yang didaftarkan setakat ini. Dato’ Yang di-Pertua, mutakhir ini kita melihat bagaimana struktur korporat atau corporate structure dengan izin digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram dan juga jenayah seperti pengubahan wang haram, seperti percubaan mengelak cukai dan pembiayaan terorisme dan juga penipuan. Maka timbul keperluan Dato’ Yang di-Pertua untuk mengenal pasti siapa di belakang pemilik firma, sama ada ianya adalah pemegang saham ataupun pekongsi dalam situasi perkongsian terhad. Pemahaman konvensional tentang pemunya benefisial seperti yang dirujuk dalam rang undang-undang ini dalam bahasa mudah adalah orang yang benar-benar mengawal entiti tersebut. Jadi, atas kertas orang itu walaupun tidak dinyatakan sebagai pekongsi ataupun pemilik saham, dia adalah defector pemilik sebenar ataupun orang yang mengawal entiti korporat tersebut. Maka pindaan yang dicadangkan dalam RUU ini mewujudkan satu kerangka pelaporan bagi pemunya benefisial dalam sebuah PLT. Rang undang-undang ini mentakrifkan pemunya benefisial sebagai saya rujuk atau saya quote, “orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu PLT dan termasuk seorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak ke atas suatu PLT.” Di sini Dato’ Yang di-Pertua, perkataan yang dikudakan adalah milikan mutlak ataupun kawalan berkesan mutlak menggambarkan bahawa ia hanya meliputi mereka yang
mempunyai milikan yang cukup besar ataupun perkongsian yang cukup besar untuk mengawal perkongsian tersebut. Di samping itu, rang undang-undang ini juga mencadangkan bahawa pendaftar PLT ini diberi kuasa untuk mengeluarkan garis panduan bagi maksud mengenal pasti pemunya benefisial bagi sesuatu PLT. Oleh kerana milikan mutlak dan juga kawalan berkesan mutlak ini tidak ditakrifkan secara khusus dalam rang undang-undang ini, maka adalah penting Dato’ Yang di-Pertua supaya pendaftar mengeluarkan garis panduan yang jelas kepada umum tentang apa yang ditakrifkan sebagai pemunya benefisial. Saya mencadangkan bahawa terma milikan mutlak dan kawalan berkesan mutlak ini diberi maksud dalam akta itu sendiri supaya tidak memberi ruang kepada interpretasi berlainan dan supaya terdapatnya kesinambungan dalam maksud terma-terma ini. Saya khuatir Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya takrifan ini diberikan hanya dibiarkan pada garis panduan sahaja, ia membolehkan pemunya benefisial untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab yang dikenakan. Sikit saja lagi Dato’ Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini juga mencadangkan bahawa setiap PLT menyimpan satu daftar pemunya benefisial dengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Mengenai akses kepada daftar ini Dato’ Yang di-Pertua, rang undang- undang ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menentukan siapa yang boleh ada akses. Saya ingin tahu buat masa ini adakah kementerian sudah memutuskan siapa yang boleh diberikan akses kepada daftar ini? Saya ingin cadangkan bahawa akses ini diberikan kepada orang awam secara terhad mungkin melalui satu permohonan, ini dapat membantu Dato’ Yang di-Pertua sekiranya terdapat situasi yang mana tindakan saman sivil diperlukan untuk mendedahkan siapa sebenarnya di belakang tabir atau mengawal sesuatu PLT tersebut. Dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya, perbahasan saya dengan mengatakan bahawa Bangi menyokong rang undang-undang pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih peluang untuk Padang Rengas ikut serta dalam perbahasan pindaan Rang Undang- undang Perkongsian Liabiliti Terhad pada hari ini. Perbahasan saya merujuk kepada fasal 11 di mana ianya adalah penting dalam konteks tingkatan kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkaitan dengan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial dan perkiraan sukarela korporat, urusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan. Terdapat beberapa isu yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan seperti ini mempunyai implikasi yang meluas terhadap pengawalseliaan dan penjagaan data. Walaupun langkah-langkah untuk meningkatkan transparensi dan kepatuhan undang-undang mungkin dilihat sebagai langkah positif dalam
memerangi jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram. Penting juga untuk mempertimbangkan kesan terhadap hak privasi dan kepentingan komersial korporat. Persoalannya, adakah langkah-langkah yang diambil memadai untuk memastikan data peribadi dilindungi dan digunakan dengan sepatutnya. Dato’ Yang di-Pertua, selain itu kejelasan dalam peraturan yang dihasilkan oleh Menteri adalah penting bagi memastikan bahawa syarikat-syarikat dan entiti-entiti yang terlibat memahami sepenuhnya keperluan dan prosedur yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang yang baru. Ini adalah mencakupi proses untuk mengakses maklumat pemunyaan benefisial dan memastikan bahawa korporat dan pihak berkepentingan lain dapat memenuhi kehendak yang ditetapkan dengan betul tanpa sebarang kesulitan. Soalan saya, adakah terdapat bantuan dan panduan praktikal yang disediakan untuk membantu mereka mematuhi peraturan baru ini? Dato’ Yang di-Pertua, di samping itu peraturan yang dibuat perlu memberikan garis panduan yang jelas mengenai pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan dalam konteks korporat. Ini amat penting untuk memastikan proses-proses tersebut dilakukan dengan adil dan telus.
Jangan pula bagai perahu karam sebelah sambil mempertimbangkan kepentingan semua pihak yang terlibat. Secara keseluruhannya, undang-undang ini mungkin bertujuan untuk kepatuhan dan urusan korporat. Namun, menjaga keseimbangan antara tujuan untuk menggalakkan transparensi dan perlindungan korporat, hak privasi serta kepentingan komersial korporat. Dengan menyelidik secara teliti dan berhati-hati, pelaksanaan fasal 11 dapat memberi manfaat yang signifikan dalam usaha memerangi jenayah kewangan global tanpa mengabaikan aspek-aspek sensitif yang berkaitan dengan privasi dan kepentingan korporat. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan kadar cukai pendapatan syarikat bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Kadar cukai yang dikenakan kepada PLT seharusnya mengambil kira keperluan untuk memastikan keadilan dalam sistem cukai serta memberi insentif kepada PLT untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat dan ekonomi. Berdasarkan pendapatan bercukai tahun taksiran 2024, cukai yang dikenakan kepada RM190,000 yang pertama adalah berjumlah 15 peratus bagi RM1,501 sehingga RM600,000 berjumlah 17 peratus dan untuk nilai RM600,001 dan seterusnya adalah 24 peratus. Persoalan saya di sini, adakah kerajaan juga mempunyai perancangan untuk mengkaji semula kadar percukaian untuk syarikat atau perkongsian liabiliti PLT dengan amaun supaya modal tidak melebihi RM2.5 juta? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Terima kasih kerana beri ruang dan peluang kepada Tenggara untuk bahas Rang Undang- undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) (Pindaan) 2024. Ini merupakan usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menggerakkan, menstrategi pendekatan, menyokong agenda reformasi dan transformasi, memperkukuhkan kerangka tatakelola tadbir urus negara secara keseluruhan termasuk ekosistem sektor korporat. PLT merupakan bentuk perniagaan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti (Akta 743) ini. Terdapat 35,283 PLT aktif setakat 10 Jun 2024 dalam daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa pindaan RUU PLT ini terpaksa mengambil masa tiga tahun akibat daripada PKP ketika itu dan saya ambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan kementerian yang bertungkus-lumus menyempurnakan RUU ini. Barangkali ini dibuat untuk memastikan kerangka perundangan yang lebih kukuh ditawarkan kepada sektor korporat untuk tempoh jangka masa panjang, menambah baik perundangan sedia ada dan peruntukan untuk menambah baik ketelusan dan tadbir urus, menambah baik mekanisme penyelamat korporat dan rehabilitasi PLT yang menghadapi masalah kewangan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Akta 743 tiada peruntukan, yakni pelaporan pemunya benefisial manakala pindaan ini dibuat bagi menambah baik kerangka pelaporan pemunyaan benefisial mengatasi jurang perundangan. Dalam usaha kerajaan mempertingkatkan ketelusan korporat melalui penzahiran pemunyaan benefisial yang komprehensif dan memastikan Malaysia sentiasa bersedia dalam memerangi aktiviti-aktiviti negatif seperti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan untuk melindungi sistem kewangan negara. Selaras dengan amalan terbaik dan piawaian antarabangsa, memerangi aktiviti- aktiviti penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengekalan cukai seperti Financial Action Task Force (FATF) dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Inilah masanya untuk kita membuktikan kesediaan negara kita dalam menghadapi proses penilaian melalui kerangka pelaporan yang kukuh. Malaysia sedang dinilai FATF dan OECD bermula pada 2024 hingga Disember 2025. Malaysia menjadi ahli FATF sejak tahun 2016, merupakan satu badan antarabangsa bebas yang membangunkan piawaian antarabangsa, memerangi pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan. Sekiranya kita tidak mematuhi penarafan, Tenggara ingin bertanya yang ditetapkan oleh FATF dan OECD, apakah kesannya kepada negara? Apakah kebaikan atau keburukan yang negara kita perolehi daripada penarafan ini? Adakah ianya berisiko melemahkan ekonomi atau pelaburan di Malaysia, mendatangkan kesan negatif ataupun menjatuhkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa?
Bagi kerangka penyerah simpan pelaporan dan penzahiran maklumat pemunya benefisial, pindaan subseksyen 10(2) memperuntukkan tanggungjawab PLT, mengemukakan laporan maklumat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai data berkaitan pemunya benefisial atau beneficial ownership. Soalan saya, apakah bentuk penjelasan yang telah dibuat merentas kementerian dengan agensi penguat kuasa seperti PDRM, Bank Negara Malaysia dan SPRM untuk memudahkan siasatan badan penguat kuasa menyiasat terhadap pihak individu yang berselindung ketika menjalankan jenayah dengan menggunakan entiti perniagaan atau PLT? Berapakah jumlah kes pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan direkodkan oleh pihak kementerian melibatkan entiti PLT yang telah direkodkan? Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak syarikat telah gulung tikar, tenat walaupun pelbagai inisiatif telah disediakan. Usaha pihak kementerian pada hari ini menyahut seruan Kerajaan Perpaduan, membantu semua lapisan masyarakat yang terkesan dengan pandemik termasuklah syarikat-syarikat sedia ada. Saya sentuh tentang peruntukan baharu seksyen 49A , 49B Akta 743 yang memperkenalkan mekanisme penyelamat korporat terhadap PLT yang mengalami masalah kewangan dalam bentuk Perkiraan Sukarela Korporat (CVA) dan Pengurusan Kehakiman (JM). Pindaan ini membolehkan PLT yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian, menggelakkan pemiutang mengambil tindakan undang-undang dan membolehkan memohon pengisytiharan insolvensi. Langkah yang tepat, memastikan PLT mampu berdaya saing meneruskan perniagaan apabila dihimpit masalah kewangan. PLT bertanggungjawab penuh terhadap hutang dan liabiliti perniagaannya. Tindakan ini adalah – tindakan wajar rehabilitasi korporat mestilah dibuat. Dalam Akta 743 sedia ada, tiada sebarang peruntukan berkaitan dengan mekanisme penyelamat korporat. Jadi, pindaan ini sangat baik dan inisiatif ini beri implikasi perundangan yang positif, komprehensif, memastikan entiti perniagaan PLT berdaya maju. Selain itu dapat beri ruang dan peluang untuk terus beroperasi, contohnya dalam pasca pandemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, satu minit minta tambahan sikit. Ia amat penting pindaan ini bagi menggiatkan lagi industri dan mengembangkan ekonomi. Mekanisme pengiraan sukarela CVA boleh dilakukan di luar mahkamah, beri fleksibiliti yang lebih besar, syarikat PLT yang berdepan dengan masalah kewangan akibat hutang syarikat. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kos perundangan. Ketika krisis mekanisme ini, ia menjadi pemudah cara dan proses lebih cepat mengurangkan risiko terhadap PLT yang bermasalah, dapat mengelakkan sistem mahkamah menjadi terlalu sesak. Jadi soalan Tenggara, sejauh manakah peruntukan mekanisme penyelamat korporat, membantu entiti perniagaan PLT yang terkesan yang berdepan masalah aliran tunai? Adakah mekanisme yang diguna pakai sama seperti termaktub dalam Akta Syarikat? Adakah terdapat kajian perbandingan dengan pendekatan negara-negara jiran Singapura, misalnya di bawah Akta Insolvensi, Penstrukturan dan Pembubaran 2018 (IRDA)? Berapakah
jumlah permohonan daripada syarikat ke atas mekanisme penyelamat serta kadar yang dibenarkan oleh mahkamah sejak tempoh pandemik sehingga kini? Jadi, akhirnya sebagai kesimpulan, pindaan ini amat tepat dan baik dan secara peribadi saya ingin memaklumkan– bukan memaklumkanlah, berkongsi bahawa kita kena segera melaksanakan perkara ini. Itu sahaja, Tenggara mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pandemik COVID-19 yang melanda sejak penghujung 2019 telah memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan ekonomi di Malaysia dan juga ekonomi global secara keseluruhan. Saya ingin menzahirkan kebimbangan saya terhadap nasib syarikat-syarikat bumiputera yang terkesan akibat pandemik tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, umum mengetahui PLT memberi peniaga kelebihan liabiliti terhad yang sama dengan syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat dan privasi perkongsian konvensional di mana penyata kewangan mereka tidak perlu difailkan kepada pendaftar. Oleh itu secara tidak langsung, PLT dapat membantu menggalakkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan. Sehingga kini, saya difahamkan hampir 34,000 lebih syarikat telah berdaftar di bawah PLT ini. Adakah telah wujud mana-mana persatuan ataupun badan korporat yang menjadi wakil ataupun yang membawa suara-suara mereka ini?
Jika belum, apakah mekanisme yang diguna pakai oleh pihak SSM untuk mengambil maklum balas daripada mereka? Dato' Yang di-Pertua, perkara seterusnya pada pindaan fasal 7 bagi memasukkan fasal baharu 49A dan 49B. Fasal tersebut bagi mewujudkan kerangka mekanisme penyelamat korporat serta pelan liberalisasi di bawah Akta Syarikat 2016. Mekanisme ini adalah sebagai langkah menyelamatkan syarikat daripada terus “gulung tikar” terutama mereka yang sedang menghadapi masalah aliran tunai. Namun begitu yang menjadi persoalannya adalah mengapa akta ini tidak bersekali dengan Akta Syarikat bagi penubuhan entiti ini. Sepanjang tempoh 2022 sehingga 2024, berapa buah syarikat PLT yang telah “gulung tikar”. Adakah kerangka tersebut adalah sama dengan mekanisme korporat yang diguna pakai kepada syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat? Serta adakah kerangka tersebut mempunyai pendekatan atau khusus kepada syarikat atau entiti PLT. Dato' Yang di-Pertua, perkara terakhir pada fasal 2 subseksyen 10(2) berkait dengan serah simpan maklumat pemunyaan benefisial bertujuan untuk mendaftar maklumat pemunyaan benefisial dan sumbangan modal setiap pekongsi dan ia juga bagi mengukuhkan komitmen Malaysia ke arah menggalakkan persekitaran perniagaan yang telus dan
memerangi jenayah kewangan. Pada 1 April 2024, pihak SSM telah melancarkan satu sistem baharu iaitu Sistem Pemunyaan Benefisial Elektronik (e-BOS) bagi memastikan proses penyerahan maklumat lebih efisien. Oleh itu, apakah langkah yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan kesedaran syarikat tentang kewajipan mereka untuk menyerah simpan maklumat pemilikan benefisial dan menggunakan sistem e-BOS sebaik mungkin. Sehingga kini, berapakah peratus syarikat yang telah menggunakan sistem tersebut? Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang untuk saya berbahas berkenaan dengan pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024. Dato' Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh berkenaan dengan perbahasan RUU PLT ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan pujian kepada pihak SSM yang memaksimumkan penggunaan digital dalam pengurusan pengesahan identiti bagi pengaktifan ID pengguna EzBiz SSM. Sudah lebih setahun kaedah ini diaplikasikan. Jika dahulu entiti-entiti perniagaan kalau mahu mendaftar dengan SSM, perlu ke pejabat SSM dan untuk mengambil cap jari dan perlu menunjukkan kad pengenalan jika dahulu. Kini kaedah baharu telah diperkenalkan dengan pengguna hanya perlu mengisi borang atas talian dan mendapatkan tarikh baharu untuk slot janji temu panggilan video secara atas talian melalui aplikasi WhatsApp. Justeru ini merupakan satu penambahbaikan dan juga saya fikir usaha ini juga perlu dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain, agar pendekatannya lebih mesra pengguna dan juga memudahkan pengguna-pengguna yang ingin berdaftar dengan SSM. Perkara ini juga selaras dengan Pelan Tindakan JENDELA yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global berasaskan digital. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang fasal 7 berkenaan seksyen 49A yang baru iaitu pengenalan mekanisme penyelamat korporat dalam bentuk perkiraan sukarela korporat (CVA) dan pengurusan kehakiman (JM) kepada PLT. Polisi semasa ialah CVA dan JM hanya diperkenalkan pemakaiannya kepada syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016. Peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Syarikat 2016 ini tidak dapat dimanfaatkan oleh PLT yang menghadapi masalah kewangan. Mekanisme penyelamat korporat dalam bentuk CVA yang boleh dilakukan tanpa perintah mahkamah ini memberikan fleksibiliti yang lebih besar daripada segi skop, saiz dan juga tumpuan sesebuah PLT yang berdepan dengan masalah kewangan akibat hutang PLT. Cadangan bagi memperkenalkan pemakaian CVA kepada PLT ini wajar kita sokong. Ketika krisis fleksibiliti ini boleh merangkumi keupayaan untuk penyesuaian proses dengan
sumber dengan lebih cepat bagi mengurangkan risiko sistematik daripada PLT-PLT yang bermasalah. Mekanisme ini juga dapat mengelakkan sistem mahkamah menjadi terlalu sesak. Berbeza dengan JM, mekanisme JM berada sepenuhnya di bawah pengawasan mahkamah. Justeru soalan saya kepada Menteri, apakah langkah kerajaan bagi memastikan PLT-PLT ini tidak mengambil kesempatan terhadap mekanisme ini untuk lari daripada penstrukturan hutang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya Kalabakan menyokong pindaan RUU PLT ini. Terima kasih. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas pada hari ini berkenaan dengan suatu akta untuk meminda Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad ini telah diperkenalkan di Malaysia bermula pada tahun 2012. Undang-undang ini merupakan undang-undang di Malaysia yang mengatur tentang perkongsian perniagaan alternatif. Antara tujuan pindaan ini adalah untuk mendukung ketelusan dalam tadbir urus korporat. Dalam masa sama pindaan yang dibentangkan ini mampu menyokong aktiviti penguatkuasaan terhadap penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan jenayah berat yang lain. Di samping itu, diharap juga mampu menyokong penilaian Financial Action Task Force (FATF) dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dengan izin. Perkongsian liabiliti terhad adalah merujuk kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan untuk mempunyai keperibadian undang-undang berasingan di bawah Akta 743, di mana ia akan merujuk kepada ciri-ciri perbadanan yang berbentuk kekal dan turun temurun, having perpetual subsection. Perubahan dalam pekongsi tidak menjelaskan PLT atau liabilitinya dan mempunyai keupayaan tidak terhad, unlimited capacity dengan izin. Sehingga 10 Jun 2024, terdapat 35,283 PLT aktif dalam daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Melalui dokumen Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang telah diedarkan, suka untuk saya merujuk kepada tiga polisi yang akan diperkenalkan iaitu polisi pertama pengenalan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial berkaitan dengan PLT. Polisi kedua pengenalan kerangka mekanisme penyelamat korporat bagi PLT dan yang ketiga pengemaskinian dan pengukuhan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus PLT yang mampan. Walaupun begitu, polisi satu dan dua yang dicadangkan adalah polisi-polisi yang sama diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan pindaan tambahan di bawah Akta Syarikat (Pindaan) 2024 [Akta A1701] yang telah diluluskan pada 13 Disember 2023.
Begitu juga saya fokus kepada polisi satu walaupun telah diluluskan tapi mempunyai rasional untuk dibahaskan. Pada masa ini, Akta 743 tidak mempunyai sebarang peruntukan berkaitan dengan pelaporan pemunyaan benefisial. Dengan adanya cadangan ini, ia mampu untuk meningkatkan ketelusan maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan SSM dan akan membantu agensi-agensi penguatkuasaan dan kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan pelbagai lagi. Dengan adanya cadangan ini, ia pasti mampu memudahkan siasatan dan membanteras jenayah yang berselindung di sebalik entiti perniagaan PLT yang pastinya salah satu agenda dengan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah, pengelakan cukai dan macam-macam lagi jenayah kolar putih. Antara pindaan-pindaan yang dicadangkan bagi mengatasi jurang perundangan berkaitan dengan pemunyaan benefisial ini adalah yang pertama memberikan definisi pemunyaan benefisial (BO) dari perspektif pemunyaan sumbangan modal atau kawalan ke atas pengurusan PLT. Kedua mewajibkan PLT untuk menyimpan daftar pemunya benefisial serta keperluan mengemas kini daftar tersebut. Ketiga menjelaskan kewajipan pelaporan pemunyaan benefisial kepada pendaftar melalui serah simpan perakuan tahunan PLT serta pengemaskinian maklumat pemunyaan benefisial apabila berlaku perubahan.
Yang keempat, menjelaskan obligasi mana-mana orang yang memaklumkan PLT sekiranya mereka mempunyai pemunya benefisial. Akhir sekali, suka untuk saya menyatakan di sini, terdapat keperluan yang besar untuk mengawal entiti PLT ini dengan berhikmah dan pastinya RUU yang dibahaskan ini mempunyai rasional dan kewajaran untuk dibentangkan. Oleh itu, Padang Besar menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih diberi peluang untuk membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024. Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang definisi ‘pempunyaan benefisial’. Saya mengalu-alukan cadangan untuk pelaburan dan penzahiran maklumat ‘pempunya benefisial’ untuk perkongsian liabiliti terhad. Kekhuatiran saya ialah definisi di seksyen 20A bahawa ‘pempunya benefisial’ ialah seorang yang mempunyai milikan mutlak atau mempunyai kawalan mutlak ke atas satu perkongsian liabiliti terhad. Definisi ini ada kelemahannya dan adalah seperti definisi yang sama kepada istilah ‘pempunya benefisial’ di dalam Akta Syarikat 2016, dalam seksyen 2. Oleh sebab ada
kelemahan itu, SSM telah keluarkan satu garis panduan yang mengatakan bahawa istilah itu– definisi perlu juga dibaca bersama dengan seksyen 8 akta itu. Dengan pengalaman yang ada tentang definisi ini di dalam Akta Syarikat, mengapa definisi ini digunakan sekali lagi tanpa penambahbaikan seperti yang telah ditunjuk bahawa seksyen 8 di dalam akta itu adalah penting? Bahawa effective control itu adalah seorang yang mempunyai hak berkuasa, di mana pengurusan akan mengikut kemahuan atau petunjuk atau arahan. Itulah kawalan yang penting sekali. So, saya meminta mengapa definisi itu tidak digunakan di dalam seksyen 20A? Perkara yang kedua ialah tentang kuasa diberikan kepada Menteri untuk memberikan kecualian. Apa sebab Menteri memberikan kecualian kepada beberapa kelas yang akan ditentukan? Mengikut penjelasan dibuat ialah bahawa kemungkinan mereka akan di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia atau suruhanjaya. Mengapa tidak isytiharkan dengan terang bahawa kalau perkongsian terhad ini juga di bawah bidang kuasa Bank Negara atau suruhanjaya? Maknanya, mereka akan mengikut institusi itu. Kalau tidak, kekhuatiran saya ada satu gap, di mana kedua-dua pihak tidak akan dapat menjaga kepada perkongsian yang diberikan pengecualian. Perkara yang ketiga ialah tentang akses oleh orang ramai untuk maklumat. Penting juga kepada orang awam yang akan mengadakan urus niaga dengan perkongsian liabiliti terhad untuk mengetahui siapa sebenarnya mereka mengadakan pengurusan dan mengapa mereka menyembunyikan identiti kepada mereka. Oleh sebab itu, kalau kita mengikut undang-undang di United Kingdom, orang ramai boleh mengakseskan maklumat ini. Tidak ada sebab yang baik mengapa mereka yang hendak menggunakan konsep terhad disembunyikan. So, ini pertanyaan saya meminta bahawa memberikan akses kepada orang ramai juga, bukan sahaja kepada satu golongan dan kelas atau kerajaan. Perkara yang keempat ialah tentang perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman. Kita tahu di bawah akta ini, satu perkongsian tradisional boleh ditukar kepada liabiliti dan dengan ada perkiraan sukarela korporat, pemiutang terpaksa untuk mengambil bayaran yang akan diberikan dan bukan dapat menuntut balik RM1 kepada satu hutang. Adakah ini adil kepada pemiutang-pemiutang? Akhirnya ialah tentang penerimaan. Saya meminta kerajaan melihat tentang satu perkara yang telah berlaku, di mana penerima swasta pada masa ini meminta bayaran fi yang tinggi kepada pemiutang-pemiutang untuk menjalankan tugas mereka. Ada yang meminta sehingga 2.5 percent of the current value. Walaupun mahkamah telah keluarkan beberapa kehakiman bahawa fi yang munasabah itu tidak boleh lebih daripada RM1,000. Saya meminta kerajaan untuk memberikan perhatian kepada masalah ini kerana akhirnya, orang ramai yang berurus niaga dengan perkongsian terhad akan mengalami kerugian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Jempol melihat pindaan rang undang-undang Akta 743 kali ini fokus kepada kerangka pelaporan pemunyaan benefisial dan mekanisme penyelamat korporat melibatkan perkongsian liabiliti terhad. Isu pemunya benefisial iaitu pemilik sebenar. Tujuan pindaan ini adalah baik. Untuk mengenal pasti pemunya benefisial, pemilik sebenar yang mempunyai kawalan mutlak ke atas sesuatu perkongsian liabiliti terhad, yang mana identitinya tidak direkodkan di dalam daftar penubuhan PLT. Jempol menyambut baik pindaan ini, bertujuan meningkatkan ketelusan PLT, di samping menyokong usaha mengekang aktiviti pengubahan wang haram, rasuah dan sebagainya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Jempol ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak kementerian berhubung pindaan akta ini. Dalam pindaan Akta 743 ini, siapakah yang bertanggungjawab dalam melaporkan pemilikan benefisial, pemilikan sebenar dalam PLT? Adakah pemilik sebenar berkongsi dalam PLT atau pegawai pematuhan? Seterusnya, adakah suruhanjaya mempunyai mekanisme untuk menyiasat kesahan pelaporan pemilik beneficial ini? Kerana sekiranya pemilik sebenar tersebut tidak ingin dikenali atas sebab-sebab tertentu, sudah tentu tiada rekod dokumen berkaitan bukti pemilikan PLT disimpan. Begitu juga, Jempol ingin bertanya. Bagaimanakah pemilik benefisial boleh dikenal pasti sekiranya rakan kongsi dalam PLT tersebut merupakan syarikat yang pemegang sahamnya atau kepentingannya dimiliki oleh konglomerat negara asing dengan struktur korporat yang kompleks? Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Jempol juga merujuk cadangan pindaan seksyen 208(9) berkaitan maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan pendaftar. Dalam carian SSM, selepas daripada pindaan ini berkuat kuasa, adakah senarai nama pemunya benefisial, pemilik sebenar akan dipamerkan dalam carian SSM? Adakah ia boleh diakses oleh orang awam?
Sekiranya senarai nama pemunya benefisial boleh diakses oleh orang awam, apakah jaminan kerajaan bahawa maklumat nama pemunya benefisial tidak disalahgunakan dengan bagaimanakah pula dengan isu sensitiviti dan privasi nama pemunya benefisial? Seterusnya, dalam keadaan kes sesuatu PLT sekiranya dihadapkan ke mahkamah untuk tuntutan sivil. Sebagai contoh dalam kes yang ada melibatkan penjamin, personal guarantee dengan izin. Adakah pemunya benefisial ini iaitu pemilik sebenar boleh dinamakan sebagai defendant kedua atau ketiga dan adakah terdapat precedent case mahkamah negara luar
berkaitan isu ini? Adakah praktis pendedahan pemunya benefisial ini dijalankan di negara lain? Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya mekanisme penyelamat korporat. Jempol juga merujuk kepada cadangan pindaan seksyen 49 Rang Undang-undang Akta 743 yang berkaitan mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan sukarela korporat atau pengurusan kehakiman. Soalan Jempol, apakah jaminan bahawa pindaan ini tidak menjejaskan kepentingan pemiutang yang ingin melaksanakan tindakan penguatkuasaan pembayaran hutang terhadap sesuatu PLT sekiranya ada perintah mahkamah telah diperolehi? Jadi, dengan itu Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 30 minit.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan RUU PLT pada petang ini. Apa yang ingin saya sebutkan sebagaimana di awal tadi bahawa pembentangan RUU PLT pada kali ini merupakan pelengkap kepada reformasi yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan melalui KPDN dalam membentuk satu tadbir urus kepada sektor korporat kita yang lebih telus dan mematuhi piawaian antarabangsa. Sebagai Ahli Dewan, kita semua mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu tanggungjawab untuk memastikan wujudnya ekosistem ekonomi domestik yang sihat, yang mampan, yang berada di landasan yang baik dan sekali gus memenuhi aspirasi tadbir urus dan tata kelola yang seiring dengan aras yang telah diletakkan di peringkat antarabangsa. Saya berpandangan apa sahaja haluan perbahasan kita perlulah ke terarah kepada tiga komponen penting sebagai mana yang digariskan dalam RUU ini. Pertama adalah untuk membuka ruang bagi kita melaksanakan mekanisme rehabilitasi korporat untuk membantu entiti-entiti perniagaan yang wujud dan kali ini adalah PLT. Kedua adalah untuk memperkenalkan keperluan untuk entiti PLT membuat pelaporan pemunyaan benefisial bagi mematuhi standard dan piawaian antarabangsa dan ketiga untuk memastikan elemen tadbir urus PLT yang lebih mampan. Ketiga-tiga sebenarnya matlamat ini juga telah selari dan sejajar dengan pindaan kepada Akta Syarikat yang telah diluluskan pada tahun lalu dan telah pun berkuat kuasa bermula pada 1 April yang lepas. Kali ini ia melibatkan entiti atau pun badan korporat PLT. Daripada ketiga-tiga belas Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan tadi, saya bersyukur kerana didapati bahawa keseluruhan perbahasan itu memberikan respons yang positif dan sekali gus menyokong pindaan yang cuba dibawa melalui RUU ini. Saya akan cuba untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan, yang terangkum dalam skop RUU ini dan perkara-perkara sampingan yang tidak secara langsung terangkum dalam skop ini kita akan bagi maklumat secara bertulis.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah yang juga merupakan Pengerusi kepada JKPK yang berkaitan dan keseluruhan ahli JKPK telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada KPDN dalam kita membawa kedua-dua RUU sebelum ini iaitu RUU yang melibatkan Akta Syarikat dan juga Akta PLT ini. Beliau telah membangkitkan tentang respons daripada pemegang taruh atau pun pemain industri terhadap pindaan yang cuba dibawa ini. Untuk makluman bahawa pindaan ini telah melalui sesi konsultasi yang cukup panjang. Series of engagement yang telah dilaksanakan dan berdasarkan kepada pengalaman memperkenalkan kerangka pemunya benefisial di bawah Akta Syarikat yang lepas. Begitu juga untuk PLT ini, kita telah mendapati bahawa respons daripada industri adalah positif. Terdapat perkara-perkara yang perlu diperincikan dan kita laksanakan melalui garis panduan tersebut. Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, pemegang taruh kini telah memahami bagaimana kerangka ini beroperasi dan ini dapat dilihat terutamanya apabila sejumlah 320,339 syarikat atau lebih kurang 47.1 peratus jumlah syarikat yang telah menyerah simpan maklumat berkenaan beneficial ownership di SSM. Perkara ini juga dibangkitkan oleh beberapa pembahas tadi. Ini bermaksud semenjak pindaan telah dilaksanakan terhadap Akta Syarikat dan berkuat kuasa pada 1 April. Sehingga kini, hampir separuh 50 peratus telah pun menyerah simpan maklumat berkenaan dengan beneficial ownership. Kita akan meneruskan program kesedaran untuk memastikan pematuhan supaya keseluruhan syarikat dan kemudiannya PLT apabila diluluskan RUU ini, kelak akan mematuhi perundangan ini. Seterusnya Yang Berhormat Rasah juga telah mengutarakan kebimbangan jika pihak bank mengetatkan prosedur memberi pinjaman kepada PLT baru yang menghadapi masalah kewangan kerana pengenalan mekanisme penyelamat korporat ke dalam RUU ini. Kita melihat polisi cadangan pindaan RUU ini adalah memperkenalkan peruntukan pembiayaan penyelamat iaitu rescue financing yang boleh dipohon oleh PLT yang telah diberikan perintah pengurusan kehakiman mahkamah. Pihak bank akan diberikan keutamaan paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat yang diberikan kepada PLT tersebut. Walaupun kini, kita di pasca pandemik dan keadaan telah kembali seperti biasa. Cadangan konsep perlindungan kepada PLT melalui mekanisme penyelamat korporat dapat membantu PLT yang masih menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan kedudukan kewangan melalui proses rundingan serta persetujuan dengan pemiutang. Pada masa yang sama PLT diberi perlindungan dan tindakan penggulungan. Melalui RUU ini dan pindaan yang dilaksanakan ini, kita melihat bahawa perlindungan juga diberikan selain daripada pelan rehab itu perlulah mendapat persetujuan ataupun keputusan daripada mahkamah. Kedua, para pemiutang juga diberikan jaminan keutamaan dalam pelaksanaan pelan ini. Kita melihat bahawa dengan adanya pendekatan ini maka pihak pemiutang termasuklah institusi perbankan tidak akan mengetatkan syarat-syarat baharu kepada PLT yang baru berdaftar.
Berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Rasah. Pendaftaran atau pun pemaparan melalui laman sesawang SSM. Sukacita ingin dimaklumkan bahawa kos yang terlibat untuk pengiklanan melalui laman sesawang SSM ini adalah RM500. Jika dibandingkan dengan kos yang lebih tinggi yang terpaksa ditanggung oleh syarikat dan juga PLT yang menggunakan alternatif sedia ada iaitu surat khabar, paling minimum adalah RM1,200. Ini akan memberikan penjimatan kepada syarikat dan juga PLT.
Ia juga sejajar dengan hasrat untuk memudahkan dengan memberikan alternatif kepada PLT untuk meletakkan sebarang pengiklanan berkaitan.
YB Menteri. Saya nak― kalau boleh, nak tanya soalan ya. Berkenaan dengan kos untuk menyiarkan dalam laman sesawang SSM. Tadi YB Menteri jawab RM500. Saya nak tahu, kenapa perlu ada kos ini? Sebab, setahu saya, bila kita siarkan di situ, dia bukanlah ada additional perbelanjaan yang perlu dibelanjakan oleh SSM untuk menyiarkan notifikasi tersebut. Jadi, saya nak mohon, mungkin kalau Menteri boleh jelaskan, kenapa perlu ada kos ini in the first place, dengan izin? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat, sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa kos yang diletakkan RM500 tersebut kerana, antaranya, sistem yang kita bangunkan di SSM ini melibatkan kos maintenance dan sebagaimana― saya menjawab sekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi, juga berkaitan dengan pemaparan melalui alternatif laman sesawang ini. Jika dibandingkan di antara penggunaan media konvensional surat khabar itu dengan laman sesawang, kita melihat lebih mudah bagi awam mengakses kerana satu maklumat itu kekal. Mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan entiti perniagaan boleh akses pada bila-bila masa, berbanding dengan surat khabar hanya untuk tempoh tertentu. Jadi, dengan adanya alternatif ini, maka akan membolehkan awam mendapat maklumat yang lebih mudah dan maklumat itu boleh diakses pada bila-bila masa. Tan Sri Yang di-Pertua, saya teruskan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Kuala Terengganu yang membangkitkan tentang penyelarasan yang dilaksanakan oleh SSM dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain dalam pelaksanaan perkara yang berkaitan dengan pemunyaan benefisial, ownership ini. SSM telah melaksanakan kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa iaitu Bank Negara Malaysia, SPRM, Jabatan Kimia Malaysia, PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia melalui operasi penguatkuasaan bersepadu. Penyelarasan ops bersepadu ini dijalankan di peringkat nasional melalui inisiatif National Coordination Committee to Counter Money Laundering yang turut meliputi perkongsian maklumat serta data-data berkaitan antara agensi terlibat. Pengumpulan data secara berpusat juga telah dilaksanakan di bawah inisiatif NFCC bagi membantu proses
siasatan dan tindakan pendakwaan terhadap pihak yang berselindung di sebalik entiti korporat untuk menjalankan siasatan. Kerjasama sedia ada telah dilaksanakan dan dengan adanya data ataupun maklumat melalui pemunyaan benefisial ini, maka SSM akan dapat membantu menyalurkan maklumat yang dipohon oleh agensi-agensi penguat kuasa ini dan sekali gus dapat mempermudahkan proses siasatan yang melibatkan aktiviti-aktiviti penyalahgunaan entiti syarikat untuk pengubahan wang haram dan juga jenayah-jenayah berkaitan. Kuala Terengganu juga membangkitkan tentang apakah bentuk program kesedaran yang telah dilaksanakan kepada pihak awam berkaitan dengan penzahiran pemunyaan benefisial ini. Untuk makluman, bahawa SSM telah mengadakan program-program kesedaran di seluruh negara berkaitan kepentingan dan pematuhan penzahiran pemunyaan benefisial ini. Setakat bulan Jun 2024, sebanyak 43 program di seluruh negara dengan jumlah peserta seramai 2,216 telah menyertai program kesedaran yang dilaksanakan. Program- program kesedaran ini akan diteruskan pada masa yang akan datang. Kuala Terengganu juga telah membangkitkan tentang penguatkuasaan ke atas PLT yang tidak mematuhi keperluan BO. PLT mempunyai obligasi untuk mengenal pasti dan mendapatkan maklumat pemunya benefisial. Jika seseorang individu mengetahui bahawa beliau merupakan seorang pemunya benefisial kepada PLT tersebut, individu itu juga mempunyai obligasi untuk memaklumkan perkara berkaitan kepada PLT. Maksudnya, bukan hanya PLT itu tetapi individu yang merupakan pemunya benefisial juga mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan. Maklumat pemunya benefisial yang diperolehi perlu dimasukkan ke dalam data pemunya benefisial dan maklumat BO tersebut perlu dimaklumkan kepada Pendaftar dalam tempoh 14 hari dari tarikh maklumat direkodkan. Dari semasa ke semasa, daftar pemunya benefisial itu perlu dikemas kini dan sebarang perubahan perlu direkodkan. Sebarang perubahan maklumat BO juga perlu dimaklumkan kepada Pendaftar iaitu SSM dalam tempoh 14 hari dari tarikh maklumat BO itu direkodkan. Dari segi kegagalan untuk menyimpan atau melaporkan BO, PLT boleh didenda sehingga RM20,000 dan sekiranya mana-mana individu gagal memaklumkan kepada PLT berhubung statusnya sebagai seorang pemunya benefisial, individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun. Pada peringkat ini, untuk Akta Syarikat, baru berkuat kuasa pada 1 April ini dan masih dalam tempoh yang dibenarkan untuk syarikat-syarikat mengemukakan rekod BO. Maka, dari aspek itu, belum ada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap mana-mana pihak. Untuk soalan Kuala Terengganu berkaitan dengan berapa PLT yang telah digulungkan dan apakah punca kepada penggulungan tersebut. Walaupun bukanlah skop khusus yang melibatkan RUU ini, namun saya ingin kongsikan. Bahawa sehingga Jun 2024, sebanyak 3,903 PLT yang tidak aktif dan punca kepada penggulungan― pertama adalah penggulungan di mahkamah yang difailkan oleh pemiutang atas kegagalan PLT untuk
membayar hutang; kedua adalah pekongsi memfailkan penggulungan secara sukarela kerana tidak ingin meneruskan perniagaan. Yang Berhormat Mersing telah membangkitkan berkaitan adakah kedudukan Malaysia sangat terdedah dengan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan sehingga perlunya penzahiran ini dibuat pada entiti-entiti PLT. Pada masa ini, untuk makluman, Malaysia dinilai sebagai mematuhi sebahagian sahaja (partially compliance) daripada piawaian FATF berkaitan pelaporan pemunyaan benefisial. Adalah diharapkan pindaan-pindaan yang dicadangkan ini akan memperbaiki kedudukan Malaysia dalam penilaian FATF. Ketidakpatuhan peruntukan FATF boleh menyebabkan Malaysia diletakkan dalam senarai kelabu atau hitam mengikut tahap ketidakpatuhan. PLT juga adalah tertakluk kepada penzahiran ini kerana PLT sebagai sebuah badan korporat seperti syarikat juga akan dinilai oleh FATF dan OECD. Jadi, pematuhan ini adalah amat penting untuk memastikan kedudukan Malaysia dan juga untuk kita menarik pelabur-pelabur asing jika melihat Malaysia mempunyai kerangka perundangan yang sihat dan komprehensif, yang menggalakkan ketelusan dalam tadbir urus korporat. Mersing juga membangkitkan tentang pendekatan khusus atau garis panduan dan bentuk sokongan untuk menyelamatkan syarikat dan entiti PLT yang mengalami masalah kewangan dan insolvensi susulan daripada pengenalan kerangka mekanisme penyelamat korporat iaitu CVA dan JM. Melalui RUU ini, SSM akan mengeluarkan garis panduan dan peraturan yang berkaitan yang akan menerangkan dengan lebih lanjut berhubung proses dan prosedur CVA dan JM yang boleh dimanfaatkan oleh PLT. SSM juga akan mengadakan latihan dan program kesedaran secara berterusan bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai kerangka CVA dan JM tersebut. Pendekatan yang sama telah dilaksanakan untuk Akta Syarikat. Untuk pengetahuan, sebagaimana yang dimaklumkan tadi dan juga dibangkitkan oleh para pembahas, para Ahli Yang Berhormat, bahawa pengenalan mekanisme penyelamat korporat ini adalah satu mekanisme baharu yang diperkenalkan untuk PLT. Dengan adanya pengenalan mekanisme ini akan memberikan opsyen kepada PLT-PLT yang menghadapi masalah kewangan ataupun isu terkait dengan aliran tunai.
Maka, penggulungan ya― proses penggulungan akan menjadi opsyen yang terakhir. Mereka mempunyai opsyen melalui dua kaedah ini untuk membolehkan syarikat tersebut dipulihkan ataupun diselamatkan. Mersing juga membangkitkan tentang situasi, di mana PLT sendiri menjalankan aktiviti yang seolah-olah sah dari segi undang-undang tetapi sebenarnya melanggar pelbagai peraturan atau perundangan seperti menjalankan aktiviti yang bersifat pengubahan wang haram atau terlibat dalam perolehan tender kerajaan. Sudah pastinya melalui pengenalan kerangan pelaporan pemunyaan benefisial, PLT akan melengkapkan keseluruhan pelaporan BO dan dengan adanya data ini maka agensi- agensi penguat kuasa akan dapat melakukan penyiasatan. Sebagaimana yang kita maklum
yang dibangkitkan dengan perolehan tender kerajaan dengan adanya data yang berkaitan BO ini maka kita dapat mengakses maklumat yang berkaitan dengan contohnya isu-isu yang melibatkan kartel, siapakah pemilik sebenar sesebuah entiti perniagaan tersebut PLT mahupun syarikat. Jadi dengan adanya RUU ini, pindaan ini, maka akan dapat mempermudahkan dan membantu penyiasatan dan sekali gus dapat mengelakkan penggunaan entiti perniagaan untuk perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Mersing membangkitkan tentang sejauh mana maklum balas daripada pihak perbankan dan institusi kewangan berhubung dengan urusan atau amalan mekanisme penyelamat korporat ini. Sebagaimana yang telah saya maklumkan tadi bahawa respons daripada pihak institusi perbankan, daripada industri dengan pengenalan yang dibawa melalui RUU ini adalah amat positif. Perkara ini telah dilaksanakan melalui series of engagement, dengan izin dengan industri sebagai salah satu pemegang taruh dalam kita menggubal RUU ini. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bangi. Siapakah yang mempunyai akses kepada daftar pemunya benefisial yang disimpan di peringkat PLT? Di bawah subseksyen 20(b)(9) RUU ini, mereka yang mempunyai akses kepada maklumat dalam daftar pemunya benefisial pertama agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa di bawah yang menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan berdasarkan undang-undang bertulis masing-masing. Pemunya benefisial sendiri, orang-orang yang mempunyai kebenaran daripada pemunya benefisial atau mana-mana orang atau kelas orang yang mempunyai akses kepada daftar pemunya benefisial yang disimpan di Pejabat Pendaftar akan diwartakan oleh Menteri KPDN melalui perintah yang akan disiarkan melalui warta seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 20(b)(9) RUU (Pindaan) 2024 ini. Yang Berhormat Bangi juga membangkitkan cadangan supaya akses boleh diberikan kepada awam secara terhad khususnya syarikat-syarikat tertentu yang memerlukan maklumat dan saya fikir perkara tersebut adalah perkara yang perlu untuk diambil kira kerana selain daripada agensi-agensi penguat kuasa, pihak-pihak tertentu, syarikat-syarikat tertentu yang mempunyai keperluan untuk kes-kes tertentu juga memerlukan maklumat yang berkaitan dengan beneficial ownership. Cadangan ataupun syor daripada Bangi tersebut adalah perkara yang akan kita berikan pertimbangan khas. Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan persoalan Bangi statistik PLT yang didaftarkan setakat ini yang juga dibangkitkan oleh Kuala Terengganu, setakat 30 Jun 2024 sebanyak 39,350 PLT telah berdaftar dengan SSM. Untuk Padang Rengas pula, apakah pendekatan khusus garis panduan dan peraturan dikeluarkan untuk memberi pemahaman kepada pemakaian CVA dan GM? Susulan daripada pengenalan kerangka mekanisme penyelamat korporat melalui CVA dan GM di bawah Akta Perkongsian Liabiliti ini, SSM akan mengeluarkan garis panduan dan peraturan yang berkaitan yang akan menerangkan dengan lebih lanjut berhubung proses dan prosedur CVA dan GM yang boleh dimanfaatkan oleh PLT dan garis panduan ini adalah
penting bukan hanya kepada PLT tetapi juga kepada semua pemegang taruh dalam ekosistem. SSM juga akan mengadakan latihan dan program kesedaran secara berterusan bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai kerangka CVA dan GM tersebut. Pendekatan yang sama juga telah diambil sebelum ini susulan daripada pengenalan mekanisme yang sama di bawah Akta Syarikat 2016. Soalan berkenaan dengan cukai untuk PLT ini saya fikir di luar skop KPDN dan juga RUU ini. Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan tentang berbeza dengan CVA, mekanisme GM berada sepenuhnya di bawah pengawasan mahkamah dan persoalannya adakah dengan CVA ini bagaimana kerajaan dapat memastikan PLT-PLT tidak mengambil kesempatan terhadap mekanisme ini untuk lari daripada penstrukturan hutang PLT yang terbabit. Walaupun CVA adalah proses rehabilitasi yang tidak berada di bawah pengawasan proses mahkamah, pelan rehabilitasi yang dicadangkan di bawah CVA hendaklah mendapatkan persetujuan 75 peratus dari nilai hutang bank institusi kewangan dan pemiutang. Sehubungan dengan itu, pelan rehabilitasi tersebut adalah mengikat PLT dan dipantau oleh bank, institusi kewangan dan juga pemiutang. Sekiranya pelan tersebut tidak dipatuhi dan tidak berjaya, PLT tersebut akan berdepan dengan tindakan penggulungan. Maksudnya masih ada tindakan yang boleh diambil oleh PLT sekiranya mengguna pakai mekanisme CVA tersebut. Yang Berhormat Padang Rengas tadi telah membangkitkan tentang cukai yang saya sebutkan di luar skop dan Bangi juga ada membangkitkan tentang makna kawalan mutlak. Di bawah seksyen 20A rang undang-undang ini seseorang pemunya benefisial sesebuah PLT ditakrifkan sebagai seorang individu atau orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau kawalan mutlak ke atas PLT melalui jumlah sumbangan modal di dalam PLT dan termasuklah seseorang yang mempunyai kawalan mutlak ke atas PLT itu. Pendaftar akan mengeluarkan satu garis panduan yang juga dibangkitkan oleh Selayang tadi. Pada peringkat ini, berdasarkan best practices beberapa negara, kita mengambil pendekatan untuk meletakkan terlebih dahulu dalam garis panduan dan kita akan melihat possibility ataupun keperluan untuk dimasukkan terus dalam akta ini sebagai salah satu daripada peruntukan undang-undang selain daripada garis panduan. Kita mengambil maklum akan concern, dengan izin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Selayang tadi. Yang Berhormat Tenggara membangkitkan tentang mengapa perlu piawaian penarafan FATF dan OECD ini penting bagi Malaysia. Sebagaimana kita tahu bahawa ini merupakan salah satu inisiatif piawaian di peringkat antarabangsa yang penting, yang kondusif untuk menangani aktiviti-aktiviti seperti pengubahan wang haram, keganasan ataupun pengelakan cukai. Malaysia merupakan anggota FATF sejak 2016 dan negara- negara FATF ini akan membuat dilakukan penilaian dan Malaysia juga terlibat bermula daripada 2024 hinggalah penghujung 2025.
Perubahan yang dicadangkan di bawah RUU ini berkaitan penzahiran, pelaporan pemunya benefisial adalah kritikal dalam usaha untuk memastikan Malaysia mematuhi sepenuhnya kehendak piawaian FATF. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, pada masa kini kita dalam kategori partial compliance dan sekiranya kita tidak melakukan penambahbaikan, kita khuatir bahawa Malaysia akan dimasukkan dalam senarai kelabu ataupun senarai hitam. Ini penting untuk memastikan Malaysia mempunyai kedudukan yang baik sejajar dengan usaha kerajaan juga selain daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan melanggar dengan undang-undang tadi, ia penting juga untuk memastikan ekosistem yang kondusif bagi menarik keyakinan para pelabur untuk datang melabur ke negara kita. Tan Sri Yang di-Pertua, Padang Rengas juga membangkitkan saya kira telah saya jawab tentang akses kepada daftar BO ini dan telah dinyatakan agensi-agensi yang boleh diberikan akses dan Menteri KPDN diberikan kuasa untuk menentukan mana-mana pihak yang diberikan akses kepada data yang terkandung berkaitan dengan BO ini. Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol telah membangkitkan tentang siapakah yang patut bertanggungjawab terhadap maklumat pemunya benefisial PLT di bawah kerangka pelaporan ini. Untuk makluman, sebagaimana yang terkandung dalam RUU ini, pertanggungjawaban itu diletakkan kepada pekongsi, pegawai pematuhan, ejen, pemunya benefisial dan mana-mana orang yang menerima notis di bawah seksyen 20C RUU ini. Ini bermaksud bahawa bukan hanya PLT, tetapi compliance officer, ejen dan mereka yang mempunyai pemunya benefisial walaupun tidak disenaraikan sebagai rakan kongsi rasmi itu juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat kepada SSM berkaitan dengan...
Menteri, Menteri panjang lagi? Perlukan masa ataupun hendak gulung di sini?
Ada beberapa lagi Tan Sri.
Kalau boleh tulis jawapan bertulis, boleh?
Boleh Tan Sri.
Ataupun perlukan berapa minit lagi hendak habiskan itu?
Saya boleh kemukakan, sebab isu-isu yang lain yang dibangkitkan ini...
Boleh saya bagi lima minit lagi?
Boleh, boleh.
Okey, lima minit ya.
Terima kasih. Perkara yang dibangkitkan oleh Setiu. Setakat ini, berkaitan sama ada wujudnya badan atau persatuan yang membawa suara atau mewakili PLT yang telah berdaftar. Setakat ini tidak ada persatuan khusus untuk PLT. Namun, PLT juga boleh menganggotai mana-mana badan kesatuan entiti perniagaan yang sedia ada. Tidak semestinya dalam satu kesatuan yang hanya melibatkan mereka yang ataupun entiti yang berdaftar dengan PLT.
Setiu juga membangkitkan tentang langkah yang disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan serah simpan BO dan peratusan syarikat yang telah menggunakan e-BOS. Kesemua syarikat diwajibkan untuk penyerahan simpanan BO bermula 1 April 2024 hingga 30 September 2024 melalui Arahan Amalan No.9 Tahun 2024 yang telah dikeluarkan. Fi lewat serah simpan dan fi ratifikasi tidak dikenakan, malah tindakan penguat kuasa juga tidak akan diambil dalam tempoh ini. Inisiatif ini dibuat bagi menggalakkan serah simpan melalui BO oleh semua syarikat. Ini adalah untuk syarikat-syarikat yang telah berdaftar di bawah Akta Syarikat melalui pindaan yang telah diluluskan. Berkuat kuasa 1 April dan kita telah memberikan masa di antara 1 April hingga 30 September kepada syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat untuk mematuhi peruntukan undang-undang tersebut. Saya telah sebutkan tadi, setakat 30 Jun 2024, sebanyak 320,339 buah syarikat daripada 679,999 buah syarikat yang berdaftar di bawah SSM telah pun menyerah simpan maklumat BO. Ini mewakili 47.1 peratus. Ini bermakna ada tiga bulan telah berlalu dan akan ada tempoh tiga bulan lagi sebelum kita dapat melihat keseluruhan pematuhan dan selepas itu kita akan memastikan bahawa penguatkuasaan dilakukan berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan. Tan Sri Pengerusi, YB Selayang membangkitkan tentang langkah-langkah yang diambil bagi memastikan prinsip-prinsip kerahsiaan maklumat BO di bawah RUU ini. BO ini akan dipastikan– mengambil kira sensitiviti dan privasi maklumat pemunya benefisial. Akses kepada maklumat BO hanya akan dikongsikan dengan agensi penguat kuasa bagi tujuan siasatan dengan institusi pelapor di bawah AMLA bagi tujuan mengenal pasti dan verifikasi maklumat BO tersebut. SSM juga memastikan keselamatan sistem e-BOS adalah di tahap tertinggi untuk mengelakkan sistem diceroboh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. SSM juga maklum desakan untuk menjadikan maklumat BO diberikan kepada orang ramai, namun itu sebabnya pada peringkat ini kita telah memberikan kuasa kepada menteri hanya agensi- agensi tertentu yang diberikan akses kepada maklumat ini yang sebahagiannya juga kerana sebagaimana kekhuatiran yang dikemukakan oleh Selayang untuk mengambil kira sensitiviti dan privasi kepada pemunya maklumat benefisial tersebut. Tan Sri Yang di-Pertua, Tenggara bertanyakan tentang sama ada mekanisme penyelamat korporat CVA, JM yang diperkenalkan dengan akta syarikat ini adalah sama dengan RUU ini dan sememangnya bahawa peruntukan-peruntukan dalam RUU ini adalah peruntukan-peruntukan sama yang kita import daripada RUU akta syarikat selepas dan untuk memastikan keseragaman dari segi amalan dan juga tadbir urus entiti-entiti perniagaan, sama ada syarikat ataupun juga PLT ini. Jadi, saya sebabkan kesuntukan masa dan masa tambahan telah pun diberikan, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat. Seramai 13 orang Ahli Dewan Rakyat yang telah terlibat dalam perbahasan ini yang sebahagian besarnya– kesemuanya, keseluruhannya telah pun menyatakan sokongan terhadap RUU ini dan telah mengemukakan beberapa perkara untuk
pencerahan lanjut dan saya kira isu-isu dibangkitkan yang telah pun saya respons dan perkara-perkara yang belum dapat saya respons secara khusus dan perkara-perkara yang di luar skop, sekiranya diperlukan, kita akan berikan jawapan secara bertulis. Saya ingin berikan jaminan bahawa kita akan terus melakukan engagement dengan izin, libat urus, mendekati para pemegang taruh dalam kita menguatkuasakan undang- undang ini setelah diluluskan kelak, insya-Allah. Engagement ini penting dalam kita memastikan penguatkuasaan undang-undang ini bersifat mesra perniagaan dan bukanlah berbentuk punitif. Saya ingin beri contoh, bagaimana dalam menguatkuasakan akta syarikat kita telah memberi ruang yang secukupnya untuk syarikat-syarikat menepati segala kehendak pelaporan dan sebagainya. Insya-Allah, kita akan lakukan perkara sama untuk entiti PLT-PLT yang akan tertakluk terangkum di bawah RUU ini. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatnkuasa]
[Bangun]
Ya, Pasir Gudang.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ada satu perkara sahaja. Yang Berhormat Menteri, ini berhubung persoalan undang- undang fasal 4 berkaitan seksyen 20B. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada Dewan Rakyat ini apa alasannya hanya orang atau kelas orang yang ditetapkan oleh Menteri, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa berwibawa yang kompeten boleh mengakses daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad dan maklumat pemunyaan benefisial? Kenapa ada sekatan sedemikian? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagaimana yang telah saya perjelaskan tadi, Yang Berhormat. Juga dibangkitkan oleh Bangi dan juga Selayang, kita tahu bahawa
peruntukan undang-undang ini adalah perkara baru yang ingin kita perkenalkan dalam struktur tadbir urus korporat di negara kita. Pertama, kuasa kita berikan kepada Menteri untuk menentukan pihak-pihak yang mempunyai akses ini adalah partly dengan izin, untuk memastikan bahawa privacy dan juga data tersebut tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Sebagaimana yang telah disebut oleh YB Bangi tadi, Yang Berhormat Menteri boleh untuk memberikan maklumat ini sekiranya mana-mana pihak memerlukan dengan alasan tertentu yang terlibat yang memerlukan contohnya, dalam kes-kes prosiding tertentu. Jadi, kita tidak memberikan akses begitu sahaja untuk memastikan tidak ada mana- mana pihak yang menggunakan maklumat ini dengan tujuan selain daripada objektif pemunya benefisial ini diletakkan sebagai satu keperluan untuk diserah simpan dalam data SSM. [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Puan Hajah Fuziah binti Salleh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)(PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 dibacakan kali kedua sekarang.
Menteri sebentar, kita ada tetamu sebentar. Saya ingin maklumkan bahawa dalam Dewan kita juga, kita mempunyai Deputy Minister of Interior Kingdom of Thailand. Jadi, kita mengalu-alukan His Excellency Chada Thaiseth daripada Thailand, welcome to Parliament of Malaysia. Teruskan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), APD 1983 telah diwartakan pada 14 April 1983 dan pindaan kali terakhir dibuat pada tahun 1998. Akta ini menyediakan peruntukan mengenai rawatan dan pemulihan penagih dadah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024, telah menimbang dan bersetuju akan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri, No. ML457/2024 bertajuk Rang Undang-
undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024, antara lain untuk dibentangkan di mesyuarat Parlimen. RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 2024 merangkumi aspek perundangan yang lebih komprehensif dan tersusun bagi membolehkan rawatan dan pemulihan yang sewajarnya dapat diberikan dengan lebih cepat kepada penagih dadah atau bahan dan penyalahgunaan dadah atau bahan. Rang undang-undang ini merangkumi pindaan bagi mewujudkan beberapa punca kuasa baru serta penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada. RUU ini menerapkan nilai ihsan bagi meningkatkan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah dan bahan serta memperkasa penglibatan komuniti untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan negara daripada gejala dadah. Secara keseluruhannya, RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 2024 mengandungi 29 fasal di dalamnya. Fasal- fasal pindaan adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan oleh Menteri. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang akta daripada Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) kepada Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan). Fasal 4 bertujuan untuk meminda tajuk ringkas Akta 283 bagi mencerminkan ruang lingkup yang diperluas untuk merangkumi penagih dadah, penagih bahan dan penyalah guna dadah dan bahan. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 283 untuk memasukkan tafsiran baru dan untuk meminda takrif tertentu yang sedia ada. Antaranya seperti berikut. “Bahan”, ertinya mana-mana bahan yang dinyatakan dalam Jadual. Dua, “mengambil”, termasuklah makan, mengunyah, menghisap, menelan, minum, menyedut atau masukkan ke dalam badan dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua. Ketiga, “penyalah guna dadah atau bahan” ertinya seseorang yang mengambil dadah berbahaya atau bahan ke dalam badan yang bukan maksud perubatan atau preskripsi yang sah oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar yang ditentusahkan melalui ujian. Tafsiran baru mengenai “penyalah guna dadah atau bahan” ini merupakan peruntukan yang penting dan signifikan bagi rang undang-undang ini bagi membolehkan rawatan dan pemulihan diberikan kepada mereka. Seterusnya, “penagih dadah atau bahan” ditambah baik kepada seorang yang melalui penggunaan mana-mana bahan berbahaya atau bahan menunjukkan ciri-ciri ketagihan kepada dadah berbahaya atau bahan yang menjejaskan kawalan kendiri yang ditentusahkan melalui ujian. Elemen suatu psikik, suatu keadaan psikik pada tafsiran asal digugurkan bagi membolehkan pengesahan dibuat dengan lebih cepat dan rawatan dan pemulihan segera dapat diberikan. Seterusnya “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 [Akta 638]. Pindaan ini dilaksanakan supaya pelantikan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan adalah selaras iaitu
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 4 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 [Akta 638], berbanding peruntukan asal Akta 283 yang beri kuasa lantikan oleh Menteri.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 283 untuk memperuntukkan bahawa seseorang pegawai boleh menahan dalam jagaan mana-mana orang yang dengan munasabah disyaki sebagai penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 283 berhubung dengan obligasi mana-mana penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan yang disyaki untuk menjalani tatacara ujian. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan seksyen 6, Akta 283 untuk memperuntukkan bahawa majistret hendaklah atas syor pegawai pemulihan dan selaras memberi penagih dadah atau bahan peluang untuk membuat representasi memerintahkan penagih dadah atau bahan itu menjalani rawatan dan pemulihan. Seksyen ini diperluas kepada penagih bahan dan perintah pengawasan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digantikan dengan rawatan dan pemulihan dalam komuniti. Untuk menjelaskan perintah yang diberikan tidak terhad kepada pengawasan oleh pegawai pemulihan sahaja tetapi merupakan suatu proses menjalani rawatan dan pemulihan dan juga merupakan kesinambungan rawatan yang diterima dalam institusi. Seksyen ini memberi punca kuasa kepada majistret untuk membuat pilihan perintah rawatan dan pemulihan yang boleh diberikan kepada penagih dadah atau bahan atas syor pegawai pemulihan sama ada: (i) menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama tempoh dua tahun; atau (ii) menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama dua tahun. Pada tahun 2023, seramai 75,291 orang telah menerima rawatan dan pemulihan di AADK dengan pecahan seramai 65,372 orang menerima rawatan dan pemulihan dalam komuniti. Manakala seramai 9,919 orang menerima rawatan dan pemulihan dalam institusi. Subseksyen baru juga diwujudkan bagi memberi peluang kepada klien dalam komuniti untuk mendapat rawatan dan pemulihan dalam institusi sehingga tempoh enam bulan. Peluang ini diberikan untuk membantu klien supaya terus melepaskan diri daripada ketagihan dengan berada dalam persekitaran yang lebih terkawal. Pilihan hukuman denda atau khidmat masyarakat juga ditambah bagi kesalahan melanggar mana-mana syarat bagi perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti, sebagai tambahan kepada pemenjaraan atau sebatan dalam Akta 283 yang asal. Tuan Yang di-Pertua, khidmat masyarakat ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan, aktiviti atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam pada amnya yang boleh membantu dan mengekalkan pemulihan penagih dadah atau bahan di bawah pengawasan ketua pengarah.
Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 6A ke dalam Akta 283 untuk memperuntukkan bahawa majistret hendaklah atas syor pegawai pemulihan dan selepas memberi penyalah guna dadah atau bahan peluang untuk membuat representasi, memerintahkan penyalah guna dadah atau bahan ini menjalani rawatan dan pemulihan. Seksyen ini memberi punca kuasa kepada majistret untuk memerintahkan penyalah guna dadah atau bahan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti tidak melebihi dua tahun atau di pusat pemulihan tidak melebihi tempoh enam bulan. Rawatan dan pemulihan yang bersesuaian perlu diberikan kepada penyalah guna dadah atau bahan sebagai langkah pencegahan awal daripada ketagihan sekiranya diambil dengan kerap atau dalam tempoh yang panjang. Tempoh perintah yang dicadangkan juga adalah berbeza untuk memastikan klien dapat dipulihkan secara komprehensif berdasarkan model i-Pulih yang telah dibangunkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan. Sepertimana dalam fasal 9, subseksyen baharu juga diwujudkan dalam fasal ini bagi memberi peluang kepada klien dalam komuniti untuk mendapat rawatan dan pemulihan dalam institusi sehingga tempoh enam bulan. Peluang ini diberikan untuk membantu klien supaya terus membebaskan diri daripada ketagihan dengan berada dalam persekitaran yang lebih terkawal. Mana-mana orang yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang tidak mematuhi mana-mana syarat adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan: (i) kesalahan kali pertama, dikenakan perintah perlanjutan tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti tidak melebihi enam bulan; dan (ii) kesalahan kedua atau berikutnya dikenakan perintah untuk menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama tempoh tidak melebihi satu tahun. Berdasarkan perundangan semasa yang sedang berkuat kuasa, individu yang memasukkan dadah ke dalam badan boleh diambil tindakan di bawah seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya 1952. Statistik Jabatan Penjara menunjukkan seramai 3,472 orang banduan sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi kesalahan tersebut. Manakala seramai 2,978 orang adalah tahanan reman. Seterusnya, banduan yang telah selesai menjalani hukuman pemenjaraan atau membayar denda di bawah seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya 1952 ini perlu menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan selama tempoh dua hingga tiga tahun melalui seksyen 38B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 8, Akta 283 untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara rawatan dan pemulihan mana-mana penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan yang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela. Seksyen ini memberi punca kuasa kepada pegawai pemulihan untuk membuat perakuan dan
seterusnya menentukan rawatan dan pemulihan dadah atau bahan yang bersesuaian kepada mana-mana orang yang akan menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela. Pilihan rawatan dan pemulihan adalah sama ada rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan, pusat khidmat atau pusat pemulihan persendirian selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Melalui cadangan pindaan ini, klien boleh memulakan rawatan dan pemulihan secara serta-merta dengan tempoh penilaian yang lebih pendek. Punca kuasa juga diwujudkan di bawah seksyen ini untuk memberhentikan mana-mana klien yang tidak mematuhi syarat rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan atau pusat khidmat. Pada tahun 2023, seramai 2,460 orang klien telah mendapat rawatan dan pemulihan secara sukarela di Agensi Antidadah Kebangsaan dengan 961 orang klien menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi dan 1,499 orang klien menjalani rawatan atau pemulihan dalam komuniti. Berikutnya, fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 9, Akta 283 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana ibu bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang ibu atau bapa atau penjaga itu mengesyaki atau mempunyai sebab mempunyai, menjadi penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan boleh memohon kepada pegawai pemulihan supaya orang belum dewasa itu dirawat dan dipulihkan dan membawa orang belum dewasa itu ke hadapan pegawai pemulihan itu. Seksyen ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa ibu bapa, ibu atau penjaga seseorang belum dewasa itu hendaklah menghadiri program rawatan dan pemulihan bersama dengan seseorang belum dewasa itu, sekiranya ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa itu diminta oleh pegawai pemulihan untuk berbuat demikian. Pegawai pemulihan boleh mengenakan syarat-syarat kepada ibu atau bapa atau penjaga yang difikirkan patut dan sebarang ketidakpatuhan adalah satu kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM5,000. Bagi seorang belum dewasa yang dibawa ke hadapan pegawai pemulihan, seksyen 8 mengenai tatacara rawatan dan pemulihan secara sukarela adalah terpakai.
Untuk fasal 15, bertujuan meminda seksyen 10 Akta 283 untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan pusat khidmat bagi kediaman, rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan yang diperintahkan untuk diterima masuk untuk tinggal di dalamnya di bawah Akta 283. Pusat khidmat ini adalah fasiliti yang disediakan dan dikawal selia oleh Agensi Antidadah Kebangsaan untuk klien menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti. Pada masa ini, terdapat 22 buah Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan di seluruh negara. Punca kuasa ini membolehkan lebih banyak fasiliti di AADK disediakan untuk kediaman serta rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan.
Bagi fasal 16, ia bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 283 untuk memberi kuasa Menteri menentu pembayaran elaun bagi Anggota Lembaga Pelawat. Menteri punya kuasa untuk melantik Ahli Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap pusat pemulihan yang bertanggungjawab untuk menasihati dan membuat syor kepada Ketua Pengarah. Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan memainkan peranan penting dalam memastikan pengoperasian pusat pemulihan berada pada tahap yang baik dan kebajikan penghuni-penghuni adalah terjaga termasuk merancang, menyelaras dan melaksanakan program atau aktiviti untuk klien. Ahli Lembaga Pelawat juga perlu melaporkan kepada pusat pemulihan sekiranya terdapat sebarang keadaan yang berhubung dengan penyelenggaraan, rekreasi dan disiplin penghuni-penghuni yang berada pada tahap yang tidak memuaskan. Pada ketika ini, terdapat 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Dadah Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara dengan setiap PUSPEN mempunyai lembaga pelawat masing-masing. Jumlah keseluruhan Ahli Lembaga Pelawat semasa ialah seramai 288 orang. Fasal 17 pula bertujuan untuk menggantikan seksyen 12 Akta 283 untuk memberi Ketua Pengarah kuasa menyingkatkan tempoh rawatan dan pemulihan mana-mana orang di mana-mana pusat pemulihan atau pusat khidmat atau dalam komuniti atas apa-apa sebab yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. Pindaan ini memberi kuasa penuh kepada Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan bagi meningkatkan tempoh perintah rawatan dan pemulihan yang ditetapkan bagi mana-mana orang di pusat pemulihan atau pusat khidmat atau tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti, atas apa-apa sebab yang difikirkan patut oleh pengarah. Peruntukan asal APD 1983 mengenai keizinan bertulis daripada Menteri bagi peningkatan tempoh bagi individu yang belum menjalani rawatan dan pemulihan dalam pusat pemulihan genap 12 bulan, digugurkan. Pindaan ini adalah bagi mempercepatkan dan membolehkan Ketua Pengarah menyingkatkan tempoh rawatan berdasarkan beberapa faktor yang difikirkan perlu bergantung pada tahap kepulihan klien serta untuk kebajikan klien seperti memberi peluang pekerjaan, pendidikan dan memberi ganjaran kepada prestasi cemerlang klien. Bagi fasal 18 pula, bertujuan untuk meminda seksyen 16 Akta 283 bagi menambah baik peruntukan yang berhubung dengan pusat pemulihan persendirian bagi rawatan pemulihan dan jagaan lanjutan bagi penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan. Seksyen ini memberi punca kuasa kepada Menteri untuk memberi kelulusan bagi pendaftaran sesuatu pusat pemulihan persendirian kepada mana-mana individu atau mana- mana organisasi, badan atau kumpulan orang selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan boleh diperbaharui daripada semasa ke semasa. Menteri juga boleh membatalkan kelulusan pendaftaran yang diberikan jika individu atau organisasi, badan atau kumpulan orang yang diberi kelulusan tidak mematuhi syarat- syarat yang dikenakan oleh Menteri. Melalui pindaan ini, denda tidak melebihi RM500,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada mana-mana
orang yang menyedia, mengendali atau melaksana apa-apa perkhidmatan tanpa kelulusan Menteri. Selain itu, denda tidak kurang RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat oleh Menteri. Pindaan ini akan menambah baik peruntukan bagi mengawal selia pusat pemulihan persendirian supaya pengoperasian pusat ini mengikuti piawaian yang ditetapkan dan selaras dengan polisi kerajaan semasa. Pindaan akta ini kelak akan dapat memastikan kebajikan penghuni atau klien yang dirawat adalah terpelihara di samping memperkasa peranan komuniti untuk bersama kerajaan dalam memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah serta bahan. Sehingga 31 Disember 2023, terdapat 55 buah pusat pemulihan persendirian berdaftar dengan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan jumlah penghuni atau klien yang mendapat rawatan dan pemulihan dadah adalah seramai 3,145 orang. Bagi fasal 19, ia bertujuan untuk meminda seksyen 17 Akta 283 bagi memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang menjadi penghuni di pusat pemulihan, pusat khidmat atau pusat pemulihan persendirian boleh pada bila-bila masa diarah oleh Ketua Pengarah supaya dipindahkan untuk tinggal di pusat pemulihan, pusat khidmat atau pusat pemulihan persendirian yang lain dan jika diarahkan sedemikian, orang itu hendaklah dipindahkan ke pusat pemulihan, pusat khidmat atau pusat pemulihan persendirian yang lain itu. Pindaan ini meluaskan skop punca kuasa pemindahan penghuni kepada pusat khidmat dan pusat pemulihan persendirian. Bagi fasal 21, ia bertujuan untuk meminda seksyen 18 Akta 283 untuk memperuntukkan bahawa seseorang pengamal perubatan, termasuk pegawai perubatan kerajaan hendaklah mempunyai kewajipan untuk memberitahu Ketua Pengarah mengenai mana-mana orang yang dirawatnya kerana ketagihan dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta 283. Pindaan ini meluaskan skop kepada penagih bahan dan penyalah guna dadah atau bahan. Fasal 22 bertujuan untuk menggantikan seksyen 21 [Akta 283] untuk memperuntukkan bahawa tempoh pemenjaraan atau tahanan yang telah dijalani hendaklah disifatkan sebagai tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di pusat pemulihan atau pusat khidmat mengikut mana-mana berkenaan dan hendaklah disifatkan telah dijalani serentak dengan tempoh pemenjaraan atau tahanan itu. Bagi fasal 23, ia bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 283 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan atau pusat khidmat boleh dikehendaki melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang pada pendapat orang yang menjaga pusat pemulihan atau pusat khidmat ini akan membantu dalam rawatan dan pemulihannya dan aktiviti itu boleh melibatkan pekerjaan di dalam atau di luar pusat pemulihan atau pusat khidmat itu. Pindaan ini untuk meluaskan skop aktiviti yang akan membantu rawatan dan pemulihan kepada mana-mana penghuni di pusat khidmat. Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 27A, 27B dan 27C ke dalam Akta 283. Butiran bagi subseksyen tersebut adalah seperti berikut.
Seksyen 27A yang dicadangkan bertujuan memberi Menteri kuasa untuk melantik apa-apa bilangan pegawai pemulihan yang dikehendaki bagi semua perkara yang berhubung dengan kelengkapan, rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta 283. Seksyen 27B yang dicadangkan bertujuan memberi Ketua Pengarah kuasa untuk melantik apa-apa bilangan sukarelawan sebagaimana yang diperlukan untuk membantu pegawai untuk melaksanakan fungsi rawatan dan pemulihan di bawah Akta 283. Peruntukan baharu ini membolehkan seorang sukarelawan untuk dibayar elaun yang ditentukan oleh Menteri. Sukarelawan yang dikenal pasti untuk dibayar elaun adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang pencegahan, perundangan, rawatan, perubatan dan pemulihan yang boleh membantu pegawai pemulihan melaksanakan tugas. Selain itu, sukarelawan ini juga berperanan sebagai ejen perubahan bagi menggalakkan masyarakat dalam membantu penagih dadah atau bekas penagih dadah supaya tidak kembali menagih dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat. Seksyen 27C yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan untuk melantik apa-apa bilangan orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran mengenai perkara yang berhubung dengan hal ehwal pegawai pemulihan, rawatan dan pemulihan, penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan dan perkara lain sebagaimana ditetapkan untuk menjadi anggota majlis tersebut.
Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bertujuan untuk mengawal selia profesion pegawai pemulihan dengan ahlinya terdiri daripada pakar dalam bidang rawatan perubatan serta rawatan dan pemulihan penagihan dadah daripada pihak swasta atau kerajaan. Majlis ini juga berperanan untuk mengiktiraf kompetensi dan profesionalisme pegawai pemulihan untuk melaksanakan tugas rawatan dan pemulihan. Majlis juga menentukan syarat atau kriteria yang melayakkan pegawai pemulihan atau pengamal perubatan berdaftar untuk melaksanakan tugas rawatan dan pemulihan. Bagi seksyen 26 bertujuan untuk meminda seksyen 28 Akta 283 bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan atau maksud akta ini dengan lebih lanjut berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan: (i) penubuhan, pengurusan dan kawalan pusat khidmat termasuklah peruntukan mengenai kuasa, kewajipan dan fungsi orang yang menjaga atau diambil kerja di pusat itu; dan (ii) untuk mengadakan peruntukan mengenai disiplin, pelajaran, latihan vokasional dan pekerjaan orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di pusat khidmat itu. Fasal ini juga memberi Menteri kuasa untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tata cara Majlis Profesion Pegawai Pemulihan. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan supaya hukuman bagi apa-apa pelanggaran terhadap
peruntukan bagi mana-mana kaedah yang menjadi suatu kesalahan ditingkatkan kepada denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih satu tahun atau kedua-duanya. Fasal 27 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru, 28A dan 28B ke dalam Akta 283 iaitu seperti berikut: (i) seksyen 28A bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk meminda Jadual Akta 283 melalui perintah yang disiar dalam Warta; dan (ii) seksyen 28B bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk membuat dan mengeluarkan Perintah Tetap Ketua Pengarah yang selaras dengan Akta 283 dan mana-mana peruntukan yang dibuat di bawah Akta 283. Fasal 28 bertujuan untuk memasukkan Jadual ke dalam Akta 283 untuk memperuntukkan senarai bahan yang termasuk bahan psikotropik yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 [Akta 366] dan toluena. Kemunculan dadah jenis baharu, NPS telah menyebabkan penagih dadah sukar untuk diperakukan dan pendaftaran NPS ini ke dalam Jadual ADB 1952 mengambil masa yang begitu panjang. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk mewujudkan Jadual senarai bahan dengan membuat rujukan silang kepada Akta Racun 1952 berserta tambahan dadah dan bahan lain bagi membolehkan rawatan pemulihan bagi penagih dadah atau bahan dan penyalahgunaan dadah atau bahan diberikan sewajarnya. Fasal 29 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong, Yang Berhormat.
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menerima senarai pembahas yang cukup panjang. Jadi, saya cuma nak baca empat dulu. Mungkin hari ini kita boleh selesai dan setiap pembahas diperuntukkan lima minit. Baik, selepas ini saya jemput Jelutong, lepas itu Langkawi, kemudian Maran dan Sandakan. Lepas itu, kita tengoklah masa ada ke tidak ya. Silakan Jelutong.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Bagi senarai 10 dulu Dato’ Speaker, baru kita dapat adjust masa kita.
Tak apa. Saya bagi empat dulu. Tunggu ya. Kalau saya baca 10, yang lain itu balik. Ha, jadi semua tak tahu siapa yang nak, akan saya panggil sat lagi. Silakan Jelutong.
[Dewan Ketawa]
Minta di-rewind balik masa Tan Sri, 20 saat. Minta maaf. Terima kasih Tan Sri.
Teruskan.
Tan Sri, saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih di atas kesempatan dan pada masa yang sama, saya berterima kasih kepada keprihatinan kerajaan, kementerian, kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun yang menunjukkan inisiatif untuk kita membaik pulih dan juga meminda, menggubal satu undang-undang baru bagi tujuan kita menangani masalah penagihan dadah yang makin lama makin menjadi lebih buruk di kalangan masyarakat di Malaysia. Pada masa yang sama, saya cuma ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa peruntukan yang saya rasa mungkin perlu ditambah baik atau dipinda. Pertamanya, berkenaan dengan penggantian seksyen 6, di mana kuasa diberikan kepada pegawai pemulihan di mana peruntukan itu berbunyi, “Jika penagih dadah atau bahan itu dibawa atau hadir di hadapan majistret, majistret itu hendaklah atas syor pegawai pemulihan,” di mana peruntukan ini memberi penekanan kepada syor pegawai pemulihan. Saya ingin mencadangkan, kalau boleh kuasa yang diberikan kepada pegawai pemulihan ini diserahkan kepada seorang doktor, kepada pegawai perubatan kerana pegawai perubatan mempunyai kemahiran dari segi perubatan untuk meneliti sama ada seseorang itu merupakan penagih ataupun tidak kerana tafsiran penagih ini ada yang menggunakannya setiap hari, ada yang tidak menggunakannya setiap hari. Ada juga di kalangan– ramai kalangan profesional yang saya kenal, doktor, engineer, peguam, jurutera yang bukannya penagih tetapi menggunakannya kadang kala. Ini adalah perkara yang perlu kita beri perhatian kerana saya bukan mengatakan bahawa itu adalah sesuatu yang boleh kita benarkan. Tetapi, saya rasa lebih baik kalau kita menyerahkannya kepada pegawai perubatan untuk memberi syor kerana pegawai perubatan akan berada dalam keadaan yang lebih baik disebabkan oleh kemahirannya, disebabkan oleh ijazah yang beliau diiktiraf sebagai pegawai perubatan untuk mentafsirkan sama ada seseorang itu merupakan penagih ataupun tidak. Now, perkara kedua yang ingin saya tanya adalah bagaimana kita ingin memantau tugasan untuk melaksanakan– kalau seseorang penagih itu diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan pegawai pemulihan. Bagaimanakah kita ingin memantau tindak-tanduk seseorang itu yang diperintahkan untuk menjalani pemulihan dalam komuniti dengan cara pengawasan. Satu lagi perkara yang ingin saya bangkitkan dalam masa yang begitu singkat ini adalah ada juga peruntukan yang memerlukan seseorang penagih itu memperolehi izin daripada majistret, kalau beliau ingin keluar daripada sesuatu kawasan. Jadi, bagaimanakah
izin itu diperolehi? Apakah tempoh masa yang beliau akan dibenarkan untuk keluar dari kawasan tersebut?
Now, ini secara tidak langsung akan memberi kuasa kepada majistret untuk bukan saja menjalankan tugasan-tugasan biasa tetapi juga untuk dari masa ke semasa memantau gerak geri seseorang penagih dan bagi saya ia tidak menyelesaikan masalah ini. Tan Sri Speaker, saya di sini ingin merujuk kepada rang undang-undang ini, yang saya fikir adalah rang undang-undang yang baik. Untuk makluman Tan Sri Speaker, saya tidak mahu dituduh membuat kenyataan yang tak berasas. Kalau kita merujuk kepada laporan CodeBlue yang bertarikh 21 September 2023. Ini adalah beritanya, Highest drug addiction rates in Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu. So, saya... [Ketawa] Saya tidak mahu Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana ketawa kerana ini ialah perkara serius. Boleh google ya. Lihat kepada laporan yang telah diberikan oleh Director General, Pengarah Sutekno Ahmad Belon at AADK’s headquarters on 4th April 2023. Perkara serius. Highest number of drug addiction in Perlis, Kedah, Kelantan and Terengganu. Jadi, saya berterima kasihlah di atas inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan, walaupun pihak-pihak di sebelah sana tidak menyokong tetapi sedikit sebanyak kita prihatin dan saya berharap undang-undang ini dapat menyelesaikan masalah penagihan dadah di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Baik. Saya jemput Langkawi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan sokongan hebat daripada Jelutong. Saya nak bertanya Jelutonglah, yakinkah kita anak cucu kita satu hari tidak terlibat dengan dadah? Di Dewan yang mulia inilah saya bercakap bagaimana saya melihat dengan mata kepala saya sendiri seksaan yang dilakukan ke atas ibu. Saya juga melihat bagaimana seorang mahasiswa tujuh kali menikam mahasiswi, girlfriend-nya kerana bapanya dapat tahu- yang supposed to be mak mertuanya, dapat tahu bahawa dia seorang penagih dadah. Di highway, berhenti Tan Sri, berhenti kereta, tujuh kali tikam anaknya dan saya melihat sendiri bagaimana kepalanya dipotong. Tinggal daging saja. Dipotong oleh cucu yang kemudian duduk termenung di atas surau menunggu polis datang. Ini semua dibuat tanpa kesedaran mereka sebagai seorang penagih dadah. Saya melihat bukan kita tidak mahu menyokong kerajaan tapi masalahnya perkara ini disebut sendiri oleh Menteri. Menteri sebut pada 30 Jun 2024, pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK. Apa maknanya tuan-tuan? Saya dimaklumkan oleh NGO-NGO, mereka tidak dipanggil langsung untuk berbincang dengan mereka. Ada lebih daripada 100 NGO yang juga membantu anak-anak kita, yang menggunakan cara Islamnya, cara Kristiannya, cara Buddhanya.
Nanti bila mereka tidak register, apakah mereka akan didenda dengan RM500,000? Siapa nak register kalau tak mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan oleh kerajaan. Tutup Inabah, tutup Pengasih. Tuan-tuan, kalau anak tuan-tuan yang terlibat dengan dadah. Inilah pusat-pusat yang dapat membantu, AADK. Kita tahu, kita melawat pusat AADK. Saya pernah bersekali dengan Timbalan Yang di-Pertua melawat pusat AADK, masya-Allah kotornya. Tempat itu hanya boleh dimuat 500 orang, dimasukkan lebih 1,200 orang. Ini di Johor. Tan Sri Pengerusi, kalau kita serah pemulihan, perawatan, penguatkuasaan, pemantauan kepada AADK, mampukah mereka membuat semua ini? Adakah mereka ini pakar? Ya, Menteri kata mereka ini – perbezaannya dan rasional untuk melakukan anjakan paradigma ini adalah kerana pegawai AADK juga mempunyai 41 tahun pengalaman berkaitan dengan dadah dan terlatih menerusi kaedah persijilan yang diiktiraf. Kita nak tanya, Yang Berhormat Teluk Intan pada hari bulan – telah pun mengumumkan 320,000 anak-anak kita yang terjebak dengan dadah, yang berusia di antara 15 hingga 29 tahun. Ini pengalaman 41 tahun. Jabatan Narkotik tak dikira berapa tahun? Mereka wujud lebih awal daripada AADK. NGO tidak dipanggil untuk terlibat. Mereka ini juga, apakah pakar mereka ini, kalau kita tengok di muka satu saja, Tan Sri. Pindaan seksyen 1, akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan ibu, dipinda dengan menggantikan perkataan penagih dadah dengan perkataan penagih dan penyalahgunaan dadah dan bahan. Dalam Dewan inilah Yang Berhormat Menteri, kita bincang supaya penagih-penagih dadah ini jangan dipanggil penagih dadah. Mereka ini pesakit. Mereka ini sakit. Kenapa kita nak panggil mereka ini, kenapa juga mereka ini nak dihukum? Apakah RM5,000 itu nak hukum ibu bapa yang tidak melapor anak mereka? Saya nak bagi tahu, yang terlibat dengan dadah ini tiga suku adalah orang miskin. Mereka tidak akan lapor selepas ini bahawa anak mereka terlibat dengan dadah. Mana nak cari RM5,000? Mana nak cari RM5,000? Saya tengok muka-muka di sini, mungkin anak-anak tidak terlibat kerana tuan-tuan adalah Yang Berhormat. Orang yang dihormati di dalam kampung. Ingat cucu-cucu tuan- tuan. Cucu-cucu Yang Berhormat ini yang akan terlibat. Jangan kita senang sahaja menyokong. Yes, kita ada tiga perempat. Kita ada tiga perempat majoriti yang cukup kuat dalam Dewan ini, kita luluskan undang-undang ini. Akibatnya, anak, cucu kita tuan-tuan, rujuk balik, kaji balik. Kenapa kita nak cepat sangat nak meluluskan? Ya, Menteri come and go. Anak-anak dadah sepertimana yang diceritakan oleh kawan saya seorang penagih dadah. Dia kata, “Datuk...”, saya tanya dia. Dia 39 tahun menagih dadah. Dia berhenti. Lepas itu Tan Sri, dia kata kat saya, “...Orang penagih dadah ini Datuk, tak ada disebut mantan. Jangan sebut mantan kepada penagih dadah kerana mereka akan berulang. Sama juga dengan orang politik”, dia kata. Tengok Tun M itu dah habis dah. Bertanding balik. Ketagih. “Orang politik sama dengan penagih dadah”, katanya. [Ketawa] Ya.
Tan Sri Speaker, saya ingat ini dah keterlaluanlah. Mana boleh samakan ahli politik. Mungkin sebelah sanalah. Tapi jangan gunakan istilah itu.
Baik. Baik. Saya...
Jelutong, tak apalah kalau nak kata sebelah sini pun sebelah sinilah. Jaga anak cucu Jelutong.
[Dewan riuh]
Jangan risau. Anak saya jangan risau.
Alhamdulillah.
Yang Berhormat, tolong berkhidmat betul-betul.
Alhamdulillah.
Jangan sombong Jelutong, jangan sombong.
Saya dah bagi tahu tadi , Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu paling banyak orang penagih dadah. Jaga kawasan.
Jangan...
Baik.
Dadah tidak kenal politik apa. DAP kah, PAS kah, UMNO kah, BERSATU kah, PN kah, dia tak peduli. Percayalah cakap saya. Saya melihat sendiri anak India, anak Melayu, anak Cina, kalau tak terlibat dengan dadah, yang dulu dadah. Sekarang ini sintetik drug ini lebih bahaya, Tan Sri. Tengah jalan, dia lompat naik atas lori.
Sokong, sokong.
Jangan main-main dengan drug yang ada sekarang ini. Dia dah jadi zombi, Yang Berhormat Jelutong. Dia dah jadi zombi bila dia kenal dadah ini. Adakah pegawai AADK ada qualification yang begitu nak kenal pasti? Sedangkan Kementerian Kesihatan sendiri ada juga pakar-pakar yang tak dapat mengenal pasti mereka ini. Melalui darah, bukan melalui melihat muka dan orang dadah ini bila kita deal dengan dia orang, Tan Sri. Dia orang pandai putar belit.
Pandai putar belit. Dia curi kasut kita pun, dia cerita macam dia tak curi, dia nak tolong polish kasut kita. Pandai mereka ni. Dia masuk pusat pemulihan enam bulan, dia keluar bapa dia kata, “Alhamdulillah anak aku sudah pulih”. Dia tipu bapa dia sebenarnya.
Baik.
Dia tipu Yang Berhormat Menteri.
Langkawi, saya rasa tiga minit terlebih dah tu. Boleh landing dah.
Saya landing Tan Sri. Soalan saya yang pertama Tan Sri, saya ingin bertanya, apakah ada syarat-syarat yang disebutkan dalam penggantian seksyen 84 ini? Adakah ia berdasarkan budi bicara pegawai semata-mata atau ada SOP yang jelas?
Kedua, saya ingin tahu, berapa ramaikah jumlah penagih sedia ada yang berpotensi dikategorikan sebagai pesakit atau adakah pindaan ini hanya terpakai kepada mereka yang belum ada rekod sebagai penagih dadah? Ketiga, apabila disebut rawatan di pusat pemulihan dengan kaedah yang sedia ada, yang mana penagih-penagih ditahan dalam satu tempoh sebelum dibebaskan, apakah status kapasiti pusat pemulihan, pusat khidmat di seluruh negara dan apakah kerajaan menjangkakan akan ada surge atau pertambahan jumlah individu? Last soalan Tan Sri, berhubung dengan pemulihan dalam komuniti. Ini tentunya sukar jika sesuatu lokaliti itu ramai penagih dadah atau pesakit. Kita sedia maklum Lembah Klang mempunyai penduduk yang ramai, manakala lokaliti lain tidak terlalu padat jumlah penduduknya. Ini boleh mengakibatkan kekurangan pegawai yang boleh memantau mereka. Apakah kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan yang ampuh untuk menangani isu ini? Syabas kepada AADK kerana dapat convince Minister untuk memperkasakan AADK. Please, bawalah NGO bersama dalam perbincangan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih Langkawi. [Tepuk] Saya jemput Maran.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut membahaskan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan yang akan dipanggil Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024. Negara dan rakyat negara ini berhadapan dengan ancaman dadah sejak berpuluh- puluh tahun yang dahulu lagi Tan Sri. Ramai daripada rakyat negara kita, terutama anak- anak muda yang telah menjadi mangsa dan mati kerana penagihan dadah. Saya ingin bertanya kerajaan, berapa ratus ribu, juta duit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam menangani gejala dadah di negara kita, lima tahun yang lalu. Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak pernah mengkaji dan mencari berapa pula wang telah dibelanjakan oleh penagih dadah dan mangsa dadah itu sendiri. Begitu juga berapa banyak pula wang ibu bapa dan keluarga yang telah lebur musnah akibat anak mereka terlibat dengan dadah. Tan Sri Yang di-Pertua, maklumat– kita diberitahu kalau kita lihat dalam maklumat- maklumat yang ada, bilangan penagih yang didaftarkan sehingga September 2023 mungkin Timbalan Menteri boleh betulkan saya. Penagih lelaki 17,268 dan penagih wanita 973. Jumlah semuanya 18,241. Saya sebenarnya Tan Sri, saya tidak berapa yakin dengan jumlah ini kerana saya pernah terlibat sendiri dengan pegawai sepertimana yang Langkawi sebutkan, jadi ADO. Terlibat sebagai setiausaha keselamatan daerah yang terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat mengendalikan masalah dadah di daerah dan juga di negeri.
Kalau ikut setengah pendapat, mengatakan dua, tiga, empat orang penagih berada di belakang seorang penagih. Kalau kita kira empat orang satu penagih, bermakna jumlah penagih yang terdaftar 72,964 orang. Tan Sri Yang di-Pertua, apa tujuan kerajaan meminda Akta Dadah Berbahaya ini? Saya terbaca laporan pandangan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa kalau kita keluarkan penagih daripada penjara ini, kita boleh jimatkan RM17 juta setahun. Apakah duit yang kita pandang Tan Sri ataupun kita nak selamatkan rakyat negara kita dari penagihan dadah. Buat masa ini, dua pendekatan ataupun pengenalan yang diberikan kepada penagih ini. Yang pertama dari segi polis. Dari segi keselamatan, kita melihat dia sebagai penjenayah tetapi dalam masa yang sama dari segi kesihatan, kita melihat penagih sebagai pesakit. Ini dua keadaan. Kontroversi yang berlaku selama ini dan mungkin ini sebahagian daripada cadangan yang hendak dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menukarkan supaya penagih dalam penjara dikeluarkan, diletakkan di bawah pemulihan dan penyeliaan. Saya terlibat ni Tan Sri. On the ground saya terlibat sendiri. Bagaimana kita buat gerakan, tumpuan ke kawasan-kawasan penagih dadah bukan sahaja di negeri yang disebutkan oleh Jelutong. Jelutong ambil isu-isu kerana berpolitik. Jelutong jangan angkuh, satu ketika nanti mungkin keluarga you akan kena benda-benda seperti ini. Ingat, jangan bercakap besar, ini benda bukan memilih siapa, tak kira anak Speaker, anak siapa pun dan sebagainya dan semua orang akan terdedah kalau kita tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tindakan yang sungguh-sungguh bagi membanteras masalah dadah ini. Tan Sri Yang di-Pertua, apakah penagih diletakkan di bawah pemulihan, bermakna mereka akan hanya diberikan rawatan dan pemulihan dan dibuat penyeliaan? Pengalaman saya Tan Sri Yang di-Pertua, bila kita letak di bawah pemulihan dan rawatan ini, maknanya pada waktu pagi penagih ini akan pergi ke pusat pemulihan dan rawatan dan mereka akan diseliakan oleh pegawai-pegawai rawatan, pemulihan ini dan petang mereka akan balik ke rumah. Jadi di tengah jalan, mereka akan bertemu. Tan Sri Yang di-Pertua, kita nak tahu berapa ramai pusher, pengedar-pengedar sentiasa bersedia menunggu untuk memastikan supaya penagih ini akan terus menambahkan ahli-ahli mereka. Tan Sri Yang di-Pertua, sebab itulah saya minta supaya Menteri Dalam Negeri buat penilaian sebenar bukan kerana kita nak beri penghargaan kepada pegawai-pegawai PPAD, dulu kita panggil AADK. Dahulu kita panggil Pasukan Petugas Antidadah Kebangsaan dan sekarang kita tukar kepada AADK. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri. Di bawah, dari seluruh negara kita, dulu kita ada jawatankuasa khas membanteras dadah dan kita ada Majlis Keselamatan Negara. Saya tak tahu berapa kali Majlis Keselamatan Negara bermesyuarat membincangkan kes dadah ini. Kita ada Pasukan Petugas Antidadah dahulu dan sekarang dipanggil AADK. Kita ada jawatankuasa keselamatan negeri. Kita ada jawatankuasa antidadah negeri. Kita ada jawatankuasa antidadah daerah dan kita ada jawatankuasa pemulihan dan pengawasan di daerah.
Saya nak bertanya, minta Menteri berikan saya maklumat. Kalau tak boleh hari ini, beri secara bertulis. Berapa banyakkah, berapa kalikah mesyuarat yang telah diadakan oleh jawatankuasa-jawatankuasa ini bagi membincangkan masalah dadah, bukan masalah keselamatan, masalah dadah sebab dia jawatankuasa khas dadah ini dan berapa kali sepanjang lima tahun yang lepas. Saya nak tengok berapa serius kita bersungguh-sungguh, serius ataupun bersungguh-sungguh bagi kita menangani isu dadah ini. Tan Sri Yang di-Pertua, apakah kerajaan juga sepertimana yang Langkawi sebutkan, telah meminta pandangan daripada pakar-pakar, sama ada perubatan kesihatan dan juga pakar-pakar berpengalaman daripada polis, kebajikan yang juga pernah terlibat dengan pemulihan ini? Saya ucapkan terima kasih banyak kepada pasukan polis. Cawangan Anti Dadah (CAD), yang memang bertungkus-lumus siang malam, pagi, yang sentiasa kita temui, bagaimana mereka nak membantu kerajaan mengatasi masalah penagihan dadah, bukan sahaja di kampung-kampung, di FELDA, bahkan di bandar-bandar. Jadi saya nak sebut kita melihat, kementerian mencadangkan supaya penagih dadah dianggap sebagai pesakit. Tan Sri Yang di-Pertua, pesakit biasa berbeza dengan penagihan dadah. Penagih dadah, mereka bukan sahaja sakit emosi, bukan sahaja sakit fizikal kerana dadah dah termasuk dalam badan mereka, mereka juga sakit mental. Tanpa mendapat dadah ini, mereka akan huru-hara dan akhirnya mereka mencari dadah. Pesakit biasa lain. Kalau mereka berlaku kemalangan, ditimpa kemalangan, apabila pulih patah kakinya, itulah lebih baik dipulihkan. Maka, dia akan menjadi manusia normal tapi tidak kepada penagih dadah. Sebab itulah saya minta kerajaan berhati-hati kalau nak letakkan pemulihan dadah ni di bawah jawatankuasa pemulihan semata-mata. Undang- undang mesti kita laksanakan sebab sepertimana yang Langkawi sebutkan, mereka ni kita anggap sebagai profesor. Saya dulu masa saya buat tumpuan di peringkat daerah, jawatankuasa antidadah daerah, mereka ni memang bukanlah semuanya tetapi sebahagian besar adalah merupakan profesor, cukup bijak, mungkin lebih bijak daripada kita Ahli-ahli Parlimen dan mungkin juga Timbalan Menteri pun, lebih bijak mereka lagi. Tan Sri Yang di-Pertua, sebab itulah saya minta supaya kerajaan berikan perhatian dalam melaksanakan perkara ini dan saya minta supaya kalau boleh, berilah perhatian sungguh-sungguh supaya jangan nanti walaupun kita pinda undang-undang ini, mungkin kita tidak mahu lagi tahun depan kita lagi pinda kerana banyak lagi isu yang melibatkan penagihan dadah. Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi perkara ialah dari segi penguatkuasaan. Saya pernah terlibat. Dalam meeting yang sama ada pegawai penguat kuasa tetapi rupanya merekalah menyampaikan maklumat, menyampaikan dadah ni dalam penjara. Begitu juga saya nak tanya, saya minta maaf, bukan saya nak burukkan pegawai polis tetapi ada, termasuk kita juga, manusia biasa mungkin ahli politik dan sebagainya tidak kurang juga terlibat dengan perkara seperti ini. Ada pegawai polis yang tidak bertanggungjawab yang telah menjadi tali barut ataupun sebahagian daripada penagih ini dan mereka akhirnya diambil tindakan.
Saya ingin tahu daripada Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri, berapakah pegawai polis dan juga pihak penguat kuasa, termasuklah pegawai-pegawai AADK dan juga antidadah ini yang terlibat dengan kebocoran rahsia, termasuklah mengambil kesempatan rasuah dan sebagainya kerana dadah ini berbeza dengan penyakit-penyakit yang lain. Dadah walaupun kita anggap itu pesakit tetapi dia mempunyai nilai wang yang cukup tinggi. Inilah menjadi buruan, bukan sahaja daripada penagih tetapi yang paling besar ialah pada pusher ataupun pengedar-pengedar. Saya nak tahu juga Tan Sri, berapa jumlah pengedar dadah ada dalam negara kita dan apakah tindakan? Berapa ramaikah yang telah diambil tindakan oleh kerajaan kepada pengedar-pengedar ini kerana merekalah yang bertanggungjawab meluaskan lagi pengaruh dadah. Saya nak mencadangkan satu lagi Tan Sri Yang di-Pertua...
Masa pukul 7...
Sikit lagi, last. Apakah boleh, suatu ketika dulu kita pernah mencadangkan supaya penagih dadah ini kalau boleh, walaupun dalam bentuk sakit ataupun rawatan, kita tempatkan di satu tempat. Dulu kita pernah cadangkan di pulau kerana mudah dikawal. Kita beri identiti yang baik kepada mereka untuk mudah kerana kalau di luar apatah lagi diletakkan di bawah pemulihan, maka pendedahan mereka lebih terdedah pada pusher ataupun pengedar-pengedar yang sentiasa mencari kekayaan melalui mangsa penagih dadah yang melibatkan rakyat negara kita. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Maran. Maran ialah pembahas terakhir hari ini ya. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 4 Julai 2024. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.02 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Rancangan Pembangunan Kawasan Jajaran Projek Ecrl Khususnya Di BentongSpecial Chamber
Silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seperti yang kita sedia maklum merupakan projek landasan kereta api sejauh 665 kilometer yang mampu meningkatkan perhubungan Lembah Klang ke tiga wilayah di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Selain memendekkan masa perjalanan, limpahan ekonomi yang bakal dirasai oleh penduduk setempat akan memberi manfaat kepada banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ini juga akan berpotensi menjadikan Bentong sebagai hab perindustrian baharu yang dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan. Selain itu, mengambil kira jaraknya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, sektor pertanian Bentong juga mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Ini sudah tentu menuntut beberapa persoalan.
Pertama, apakah rancangan pembangunan di kawasan Bentong bagi menghadapi kadar pertumbuhan penduduk dan juga perkembangan industri setelah ECRL siap kelak? Misalnya, jalan simpang Ketari ke simpang Sungai Marong perlu dinaik taraf dan dilebarkan bagi mengelakkan masalah lalu lintas yang berganda setelah projek ECRL siap.
Yang kedua, pada tahun lepas, Kementerian Pengangkutan telah membangkitkan berkenaan dengan Projek Pemacu Ekonomi di sepanjang laluan ECRL seperti pembangunan Bandar Aeroangkasa di Cherating dan Smart City di Temerloh. Apakah ada sebarang perancangan khusus sebagai pemacu ekonomi di Bentong? Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seperti yang kita sedia maklum merupakan projek landasan kereta api sejauh 665 kilometer menghubungkan kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar utama di Pantai Timur iaitu Bentong, Temerloh, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Projek ini akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan perkembangan industri di sepanjang koridor ECRL, menyediakan peluang pekerjaan serta merangsangkan aktiviti ekonomi, terutamanya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Projek ECRL mengambil maklum keperluan menaik taraf infrastruktur termasuk jalan di sekitar stesen ECRL yang dibina melalui kajian yang dijalankan seperti contoh Kajian Penilaian Impak Lalu Lintas. Pihak ECRL telah menjalankan TIA yang telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya Bentong dan JKR negeri Pahang bagi mengkaji impak aksesibiliti Stesen ECRL Bentong ini.
Berdasarkan kajian TIA yang dijalankan di jalan keluar masuk Stesen ECRL Bentong, ia menunjukkan tiada peningkatan trafik yang ketara dari pembangunan Stesen ECRL Bentong dalam tempoh 10 tahun setelah ECRL beroperasi. Manakala, kajian terhadap persimpangan Ketari juga telah dilakukan dan didapati bahawa level of service masih kekal sama setelah Stesen Bentong siap dan beroperasi kelak kerana impak pembangunan Stesen ECRL Bentong ini adalah rendah jika dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang berunsurkan perusahaan, komersil ataupun perkhidmatan. Namun begitu, persimpangan tersebut perlu dinaik taraf berdasarkan kepada keadaan semasa walaupun tanpa Stesen ECRL Bentong.
Bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah kesesakan yang sedia ada, pihak ECRL telah bersetuju menjalankan kajian TIA di kawasan tersebut bagi mengenal pasti naik taraf yang perlu dilakukan oleh pihak pemilik jalan iaitu JKR. Berdasarkan laporan TIA, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan di persimpangan Ketari. Pihak ECRL komited dalam membantu pelaksanaan naik taraf tersebut.
Walau bagaimanapun, bantuan dan kerjasama JKR dan pihak berkuasa tempatan diperlukan, terutamanya dalam penyediaan tapak seperti isu tanah. Pihak ECRL berharap agar cadangan mitigasi penambahbaikan persimpangan Ketari ini dapat memberikan impak yang positif terhadap sistem aliran trafik di persimpangan tersebut dan menyokong kepada pembangunan daerah Bentong.
Dalam pada itu, PLANMalaysia melalui Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur yang telah dilaksanakan, bertujuan untuk memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen termasuklah pembangunan pelaburan projek pemacu ekonomi dapat dikenal pasti dan potensi projek ECRL dalam menyokong pertumbuhan wilayah dan negara dapat dioptimumkan.
EAP juga merangkumi taman perindustrian, hab logistik dan pembangunan berorientasikan transit. Selain itu, sebarang projek pembangunan yang berhubung kait dengan ECRL yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta agensi berkenaan seperti hab kargo, pusat pelancongan dan lain-lain aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan penggunaan rel dan kargo, boleh diambil kira sebagai pembangunan EAP.
Laporan oleh PLANMalaysia ini telah mengambil kira pembangunan di sekitar stesen-stesen ECRL, termasuk Stesen ECRL Bentong yang akan berpotensi mewujudkan pembangunan bandar ekopelancongan iaitu kluster pelancongan tanah tinggi seperti Genting Highlands, kluster pelancongan eko seperti Eko Rimba Lentang, kluster pelancongan warisan dan sejarah kebudayaan seperti Muzium Felda
Lurah Bilut serta hab perindustrian baru di kawasan perindustrian Bentong 1 yang dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan.
Selain daripada itu, projek berimpak tinggi yang dicadangkan di kawasan sekitar Stesen ECRL Bentong ialah hab pengumpulan hasil pertanian yang dapat menjadikan kawasan sekitar sebagai tumpuan aktiviti ekonomi borong dan runcit hasil produk pertanian tanah tinggi seperti contoh, halia, sayur-sayuran dan buah- buahan segar untuk diedarkan ke pasaran antarabangsa melalui Pelabuhan Klang dan seluruh Malaysia.
Pada masa ini, tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ke ITT Gombak, Selangor masih kekal seperti yang dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026, manakala dari Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang dijangka akan siap pada 31 Disember 2027. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Bentong kalau ada soalan.
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah projek ECRL benar-benar telah mematuhi garis panduan dan syarat termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Endapan (ESCP) bagi memelihara alam sekitar dan menjaga kepentingan orang awam sepanjang proses pembinaan? Dan satu lagi iaitu apakah status penubuhan sebuah syarikat usaha sama antara MRL dan CCCC (China Communication Construction Company) bagi kongsi kos dan risiko pengoperasian dan memastikan kadar tambang yang berpatutan, sejurus siapnya projek ini nanti.
Sila Menteri.
Ya, yang pertamanya, sudah tentu projek ECRL ini telah pun melalui pelbagai kajian, termasuk EIA dan juga impak kepada sosio dan sebagainya, termasuklah Pelan Kawalan Hakisan dan Endapan. Sudah tentu kita akan memberikan perhatian kepada syarat-syarat kelulusan yang telah diberikan dan semua itu akan dilaksanakan.
Laporan EIA mengandungi penilaian terhadap isu dan kesan seperti alam sekitar seperti contohnya, bunyi dan getaran, sosial ekonomi, ekologi dan sebagainya. Jadi semua ini telah pun dikemukakan berdasarkan kepada penilaian yang telah dibuat dan saya yakin bahawa pihak MRL selaku pemilik projek ini akan memberikan tumpuan khusus untuk memastikan segala syarat-syarat dalam EIA dan FIA akan diberikan perhatian dan sudah tentu ini merupakan satu projek kerajaan yang besar, satu projek yang mendapat perhatian antarabangsa.
Jadi sudah tentu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong itu akan diberikan perhatian serius oleh pihak pemaju projek iaitu MRL dan juga CCCC.
Berhubung kait dengan usaha sama Syarikat OPCO, sukacita saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan kepada Yang Berhormat Bentong, pada mesyuarat jemaah Menteri pada minggu lepas kebetulan telah pun diluluskan memorandum Jemaah Menteri untuk meluluskan penubuhan satu syarikat OPCO antara Malaysia Railing dengan pihak CCCC.
Risiko yang telah diambil kira ialah ini adalah satu hasil daripada perundingan semula pada tahun 2019 di mana pihak yang menjadi kontraktor utama dalam projek ini iaitu CCCC, mereka juga perlu mengambil risiko dari segi pengoperasian iaitu selepas projek ini disiapkan dan mula beroperasi mereka akan menanggung 50 peratus daripada risiko operasi. Ini bermaksud sekiranya ada kerugian dari segi operasi pihak pihak syarikat CCCC iaitu mewakili kepentingan negara China, mereka perlu menanggung risiko 50 peratus daripada kerugian operasi.
Tetapi sebaliknya, kalau ada keuntungan operasi, 80 peratus keuntungan itu adalah milik pihak MRL iaitu bagi kepentingan Malaysia. Pihak CCCC hanya ambil dua peratus. Ini merupakan satu hasil rundingan semula pada 2019 untuk memastikan projek ECRL ini yang memakan belanja begitu besar, RM 50 bilion lebih kepada Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing dan kita mengurangkan risiko pendedahan kewangan kepada Kerajaan Malaysia.
Jadi ini sesuatu yang akan dimuktamadkan dalam masa dua tiga bulan lagi.
Keputusan dasar telah pun diberikan oleh Kabinet dan saya telah meminta supaya MRL untuk muktamadkan perjanjian dengan CCCC dan satu perjanjian bakal ditandatangani menjelang bulan September akan datang. Terima kasih.
Baik. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Strategi Pengawalseliaan Kecerdasan BuatanSpecial Chamber
Silakan Bentong.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Dalam strategi adaptasi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) negara, selain dari melihatnya dari sudut potensi ekonomi dan komersial, adalah penting untuk kita melihatnya sebagai sebuah infrastruktur awam yang tidak kurang pentingnya dari lebuh raya, lapangan terbang dan sebagainya.
Bahkan, mungkin infrastruktur awam berbentuk digital ini lebih utama dalam ekonomi era baharu ini. Maka, ini memerlukan dua bentuk strategi dalam menentukan arah tuju pengadaptasian AI di negara iaitu pertama dari sudut pengawalseliaan, menyediakan garis panduan dan undang-undang bagi mengelakkan penyalahgunaan.
Yang kedua ialah dari sudut pembangunan AI yang menggunakan sumber terbuka (open-source). Menerapkan kebergantungan kita kepada teknologi tertutup dari syarikat-syarikat teknologi gergasi luar terutamanya dalam organisasi kerajaan, bermakna mendedahkan infrastruktur awam kita kepada entiti luar. Malah, adalah tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan penumpuan kita terhadap soal ini adalah berkait soal keselamatan negara.
Sekiranya diamati, implementasi AI melalui sumber terbuka, mungkin dapat diterokai dalam memastikan kemandirian kita dalam pembangunan dan penggunaan ekosistem teknologi AI secara meluas. Oleh itu, soalan saya ialah:
(i) Apakah status perancangan kerajaan dalam merangka undang- undang bagi mengawal selia penggunaan AI secara meluas dalam negara?;
(ii) Apakah strategi kerajaan dalam menggalakkan pembangunan AI melalui teknologi AI sumber terbuka, berbanding AI model tertutup seperti ChatGPT ataupun Copilot oleh Microsoft, dan Gemini oleh Google apps?; dan
(iii) Apakah kerajaan mempunyai strategi dan inisiatif untuk mengumpulkan data-data, kajian dan sumber ilmu awam negara yang berbahasa Malaysia secara berpusat yang khusus untuk pembangunan AI tempatan?.
Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker. Tiga soalan dalam satu, yang saya akan jawab satu persatu. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara status perancangan kerajaan dalam merangka undang- undang bagi mengawal selia penggunaan AI secara meluas di dalam negara, pada masa ini kementerian ini bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang meneliti dan membangunkan Garis-garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI Negara (National Artificial Intelligence Governance and Ethics Guideline).
Garis panduan ini dibangunkan untuk menggalakkan penggunaan AI secara selamat, dipercayai dan beretika. Garis panduan ini akan diedarkan kepada umum di dalam masa terdekat.
Tuan Yang di-Pertua, ianya agak berbeza dalam soal kita merangka undang- undang secara regulatory. Di dalam beberapa tempat di dunia ini, ada pendekatan yang berbeza, ada negara yang mengadakan pendekatan di mana kita menggubalkan undang-undang yang mengikat. Di dalam negara lain, mereka mengadakan pendekatan yang lebih light touch di mana mereka tidak ada undang- undang yang mengikat tetapi mereka keluarkan guidelines. Garis panduan yang perlu diikuti oleh syarikat-syarikat yang tertentu.
Jadi ianya di antara cara-cara pendekatan negara-negara peringkat global dan di Malaysia kita menggunakan atur cara garis panduan yang kini sedang dibangunkan. Selaras dengan usaha global dalam tadbir urus AI, Kementerian Digital juga Tuan Dipertua, melalui salah satu agensinya, MyDIGITAL Corporation aktif bekerjasama secara strategik, berperanan sebagai hos Malaysia Centre for Fourth Industrial Revolution.
Melalui MYCentre4IR ini, Malaysia berusaha untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan penting mengenai AI, terutama melalui keanggotaan MyDIGITAL dalam World Economic Forum Global AI Governance Alliance.
Penglibatan ini membantu Malaysia kekal relevan selaras dengan piawaian dan amalan global dalam dasar dan tadbir urus AI. Malaysia turut menyumbang kepada pembangunan siri Kertas Taklimat Tadbir Urus AI.
Selain daripada itu, usaha juga diambil untuk merangka penyelesaian perundangan yang memastikan pembangunan inovasi teknologi AI dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip dan garis panduan yang ditetapkan, turut dibuat melalui penglibatan kementerian ini dalam Jawatankuasa berkaitan Perundangan dan Etika di bawah National Blockchain and Artificial Intelligence Committee (NBAIC) yang diterajui oleh MOSTI. So, di situ Tuan Speaker kita melihat pada kemungkinan kita menggubal undang-undang dalam masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perkembangan semasa dan ledakan teknologi AI, kerajaan sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan berkaitan AI. Kerajaan tidak mempunyai sebarang syarat khusus untuk pembangunan AI sama ada melalui teknologi AI, sumber terbuka
(open-source) atau model-model yang tertutup seperti ChatGPT, Gen Ai , Copilot bagi menggalakkan perkembangan teknologi dan pembangunan kemahiran dalam kalangan rakyat.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini Yang Berhormat, pengurusan dan kualiti data, ini penting, perlu dititik beratkan terutamanya berkaitan dengan klasifikasi data, sebagai contohnya kita ada data sulit yang termasuk di dalam apa yang disebut sebagai model tertutup dan juga data terbuka which be open-source.
Oleh yang demikian, bagi memastikan keselamatan dan kualiti data yang digunakan, pembangun perlu mematuhi akta, polisi, garis panduan yang sedia ada seperti Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan juga Akta Keselamatan Siber yang baru-baru ini Tuan Speaker, diluluskan oleh Parlimen dan akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat. Penggunaan garis sebarang teknologi AI juga perlu mematuhi etika dan tadbir urus “Responsible AI”.
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua yang dibangkitkan. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa inisiatif dan strategi berkaitan dengan pengumpulan data, berkaitan dengan kajian dan sumber ilmu untuk membangunkan AI tempatan. Di antara langkah-langkah dan inisiatif yang diambil termasuk Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (National AI Roadmap 2021-2025) di mana kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan yang bertujuan untuk mengembangkan ekosistem AI negara.
Pelan ini juga bertujuan untuk memperkukuh infrastruktur data dan teknologi serta memupuk kolaborasi antara sektor awam dan swasta. Ianya juga merangkumi aspek pengawalseliaan, etika, dan piawaian untuk memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan selamat. Dengan adanya pelan ini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan berharap dapat memantau impak dan juga nilai AI terhadap masyarakat dan ekonomi bagi membentuk dasar dan polisi AI yang berimpak tinggi.
Keduanya, Malaysia Artificial Intelligence Nexus, program ini diperkenalkan bertujuan untuk menyatukan pakar-pakar tersohor dalam bidang AI, universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia. Di antara inisiatif daripada program ini Tuan Yang di- Pertua, adalah mewujudkan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) di Universiti Teknologi Malaysia, selain peluncuran AI Talent Roadmap for Malaysia (2024-2030) dan juga penubuhan Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC).
Ketiga, Portal Data Terbuka Sektor Awam. Portal ini dikendalikan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) Tuan Yang di-Pertua. Ianya menyediakan data terbuka untuk dirujuk oleh semua pihak berkepentingan dan boleh dimanfaatkan untuk pembangunan AI tempatan.
Keempat, Pembangunan Ekosistem AI Tempatan. Kerajaan sentiasa berusaha membangunkan ekosistem AI bertempatan yang inklusif dengan melibatkan semua pihak berkaitan termasuk universiti, institusi penyelidikan dan sektor swasta dalam pembangunan teknologi sumber terbuka. Kementerian Digital melalui agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) turut menjalankan pelbagai aktiviti dalam hal memperkukuhkan lagi ekosistem AI tempatan seperti memperkenalkan sebanyak 180 program pembelajaran yang berkenaan dengan AI melalui 47 pusat latihan tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, bermula 1 Mei sehingga 30 Jun 2024 tahun ini, seramai lebih daripada 500 individu yang telah dilatih bagi tujuan menggunakan AI dalam Modul eUsahawan. Usaha ini juga dapat memupuk proses penyetempatan teknologi
(technology localization) dan dapat menambah lagi pembangunan AI di seluruh Malaysia. Sekian terima kasih.
Baik Bentong, kalau ada soalan? Silakan.
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Panjang jawapannya, terima kasih. Soalan tambahan saya adalah ringkas sahaja. Sejauh manakah kementerian meletakkan
pengadaptasian AI dalam usaha untuk menggantikan pelan strategik pendigitalan sektor awam 2021 hingga 2025 nanti?
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Bentong. Tuan Yang di-Pertua, pelan strategik yang dimaksudkan itu iaitu Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPA) 2021 sehingga 2025 adalah pelan yang menggariskan hala tuju strategik buat tujuan melaksanakan pendigitalan sektor awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi sektor awam bagi memacu agenda kerajaan digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat dan negara digital.
Sehingga bulan April Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam telah mencapai sebanyak 67.71 peratus, manakala bagi teras tujuh, adaptasi kemunculan teknologi baru yang relevan, yang turut merangkumi AI, telah mencapai tahap 47.33 peratus. Tumpuan dua tahun berbaki sehingga 2025 dan melantasi 2025, inisiatif AI akan menjadi salah satu teknologi yang digunakan dalam mendasari perkhidmatan pintar kerajaan.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kesinambungan daripada teras tujuh PSPA ini, disokong pula dengan pelaksanaan anjakan strategi digital first yang telah diluncurkan oleh kementerian pada bulan Jun tahun ini. Dokumen anjakan strategy digital first telah meletakkan satu sasaran inisiatif pembangunan platform AI as a service untuk kegunaan sektor awam dalam teras dua, berpacukan data.
Kementerian Digital juga Tuan Yang di-Pertua, melalui Jabatan Digital Negara akan melihat semula pencapaian kesemua inisiatif di dalam PSPA 2021 sehingga 2025 dan memulakan gerak kerja untuk penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam bagi meneruskan kesinambungan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam.
Tuan Yang di-Pertua, buat tujuan kita memastikan negara ini dapat terus membangun dalam segi digital, selaras dan seiras dengan negara-negara serantau, kerajaan menitikberatkan dan menumpukan usaha-usaha kepada bagaimana kita boleh mewujudkan infrastruktur yang membolehkan negara kita memindah ke arah teknologi menggunakan teknologi baru, khususnya AI, yang sekarang telah menjadi tumpuan seluruh dunia.
Dan dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita kena pastikan bahawa kita ada polisi-polisi yang mencukupi supaya kita dapat melatih seluruh kakitangan kerajaan untuk bersama-sama menggunakan kaedah-kaedah teknologi yang baru, supaya kita dapat melihat manfaatnya. Pada keseluruhan kerajaan dan kemudiannya ianya dibawa balik kembali ke rakyat Malaysia. Kita fokus kepada perkara ini melalui pelan-pelan yang saya telah pun sebut sebentar tadi, sekian terima kasih.
Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya, silakan Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembangunan Kawasan Di Dataran Lok 9, Kuala PerlisSpecial Chamber
Silakan Kangar.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Dataran Lok 9, Kuala Perlis merupakan satu kawasan baru yang dipulihkan. Dataran ini berkeluasan sebanyak 16 ekar dan terletak bersebelahan dengan Hotel Brasmana,
Kuala Perlis. Walaupun kawasan ini baru dibuka sekitar bulan Februari 2024, Dataran Lok 9 sudah menjadi tapak acara yang berlangsung di negeri Perlis. Kemuncak kepada kegunaan tapak ini, sehingga kini adalah Minggu Citrawarna sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis ke-81.
Tapak ini mampu menarik kehadiran pelancong, memandangkan tapak ini amat luas bagi membolehkan pelbagai program dilaksanakan. Untuk itu, Parlimen Kangar mencadangkan agar infrastruktur ini dinaik taraf. Antaranya cadangan naik taraf adalah:
(i) menurap kawasan tapak berkenaan;
(ii) menyediakan tandas awam dan kemudahan surau dan bekalan air; dan
(iii) menyediakan dewan terbuka bagi membolehkan aktiviti seperti kejohanan tertutup, jamuan-jamuan negeri dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, Parlimen Kangar memohon agar kementerian dapat membantu bagi menaikkan taraf Dataran Lok 9, Kuala Perlis sebagai tapak bagi mengadakan acara penting di negeri ini. mohon penjelasan daripada pihak Timbalan Menteri, terima kasih.
Baik, terima kasih. Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum akan cadangan oleh Ahli Yang Berhormat untuk membangunkan kawasan Dataran Lok 9, Kuala Perlis dan menjadikannya sebagai kawasan untuk penganjuran acara-acara penting di negeri Perlis. Namun untuk makluman, permohonan oleh Ahli Yang Berhormat adalah di luar fungsi MOTAC. Semakan dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mendapati bahawa tapak Dataran Lok 9, Kuala Perlis merupakan milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPS).
Bagaimanapun, MOTAC mengalu-alukan cadangan oleh Ahli Yang Berhormat dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu selaras dengan hala tuju dan keutamaan Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis bagi membantu menaik taraf infrastruktur kemudahan pelancongan di kawasan Kuala Perlis, khususnya dan di negeri Perlis amnya demi menyokong industri pelancongan tempatan, sekali gus menjana ekonomi setempat, asalkan permohonan yang dibuat adalah selaras dengan fungsi MOTAC. Sekian, terima kasih.
Kangar, ada soalan tambahan?
Ya. Terima kasih YB Timbalan Menteri.
Saya faham tanah berkenaan ataupun tapak berkenaan adalah kepunyaan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Walaupun begitu, saya pasti bahawa untuk Program Minggu Citrawarna yang lepas, didapati bahawa pihak MOTAC pun ada memberi sokongan terhadap program yang telah dijalankan dan aktiviti terbaharu untuk Dataran Lok 9 adalah Karnival Sukan Air di Kuala Perlis yang dijadualkan pada 13 September 2024.
Dan Dataran Lok 9 ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menarik kehadiran pelancong tempatan dan juga luar negeri. Jadi, ini saya rasa ada kaitan dengan MOTAC. Bila sebut dengan pelancong, ianya ada kaitan dengan MOTAC.
Jadi, saya berharap MOTAC, ataupun adakah MOTAC bersedia untuk menambah
skop pembangunan di sini, walaupun ia masih di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, adakah MOTAC boleh berusaha ataupun bersedia berkolaborasi dengan PKENPS dalam pembinaan padang bola sepak pantai, pembinaan gelanggang bola tampar pantai?
Jadi, rasional dia adalah Dataran Lok 9 mempunyai permukaan yang agar berpasir. Ini akan memudahkan pembinaan gelanggang, malah kosnya adalah lebih rendah. Jadi, mohon penjelasan lagi sekali daripada Timbalan Menteri, terima kasih.
Ya, silakan Menteri. Menteri jawab sekarang.
Tak boleh bercakap sorang?
Bagilah seorang lagi bercakap.
Tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh.
[Ketawa]
Terima kasih di atas kesungguhan Yang Berhormat Kangar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Arau minta maaf ya, ini floor saya, [Ketawa] di atas cadangan untuk penambahbaikan terutamanya di Lok 9. Insya-Allah kita akan lihat dari sudut Phipun penambahbaikan dan penaiktarafan di pihak yang telah mengajukan soalan sebentar tadi. Setiap perkara yang boleh membawa kebaikan kepada pelancongan atau pun industri itu pastinya pihak kementerian akan memberikan kerjasama lebih baik daripada apa yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Keduanya juga..
Minta penjelasan boleh?
Penjelasan..
Tidak boleh, tidak boleh.
Tidak boleh?
Saya mohon Speaker bagi warning last.
[Ketawa]
Silakan.
Cadangan Ahli Yang Berhormat bagi pembinaan bola sepak pantai dan pembinaan gelanggang bola tampar pantai sebenarnya adalah lebih di bawah bidang kuasa PBT. Namun, kita akan berjumpa dengan pihak kerajaan negeri supaya setiap cadangan yang seperti saya telah katakan tadi, ada persefahaman dari sudut hala tujunya.
Apa pun bentuk pembangunan yang mahu dilakukan, bukan sahaja di negeri Perlis malahan negeri-negeri lain, kita akan mendapatkan input yang sebenarnya supaya tidak ada percanggahan dari sudut hala tuju pembangunan, terutamanya bab infrastruktur itu sendiri. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Kangar kerana menunjukkan kesungguhan yang amat dalam industri pelancongan. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Silakan Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Penambahbaikan Prasarana Di Pasar Besar Sena, Kangar, PerlisSpecial Chamber
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sebenarnya saya sambung sedikit tadikan? Sebenarnya saya buat untuk KPKT tapi MOTAC yang sambut. Jadi terima kasih.
[Ketawa] Sebenarnya asal, asal, asal untuk Kamar Khas.
Okey, untuk Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Pasar Besar Sena mula dibuka pada tahun 2005. Pasar Besar Sena ini lebih dikenali sebagai “Market Kangar” dan ia menjadi tumpuan bagi masyarakat Kangar khususnya dan Perlis secara amnya.
Pasar Besar Sena ini merangkumi bangunan utama iaitu tempat menjual barangan basah. Di samping itu, terdapat juga bangunan kedai yang berdekatan dengan Pasar Besar Sena. Memandangkan Pasar Besar Sena sudah lama beroperasi, maka usaha-usaha naik taraf dan baik pulih perlu dibuat. Antara cadangan penambahbaikan dan naik taraf pasar adalah:
(i) pendawaian semula dan pemasangan lampu pasar. Ini adalah kerana, keadaan sedia ada pasar yang agak gelap, dan terdapat kekurangan soket elektrik untuk kegunaan para peniaga;
(ii) penambahbaikan tandas. Sejak sekian lama tandas tidak diselenggara dengan baik memandangkan tiada bekalan air terus dari paip dan ini menimbulkan kesulitan kepada para peniaga dan pengunjung pasar yang perlu bagi menggunakan tandas berkenaan;
(iii) pembinaan rumah sampah. Terlalu banyak sisa buangan terutama sabut kelapa yang tidak dibuang dengan sistematik sehingga merosakkan pemandangan. Jadi saya minta pembinaan rumah sampah. Dan yang terakhir – sebenarnya ini yang besar;
(iv) pemasangan sistem solar panel 300 kilowatt di bumbung pasar.
Ini akan menjimatkan kos elektrik dan sebagai projek masa hadapan di mana kawasan sekeliling Pasar Besar Sena ini boleh dimajukan.
Jadi, Parlimen Kangar memohon agar pihak kementerian dapat membantu merealisasikan projek penambahbaikan prasarana di Pasar Besar Sena. Terima kasih.
Sila Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan senantiasa fokus dan komited dalam menyokong PBT untuk memajukan kawasan pentadbirannya melalui penyaluran peruntukan untuk
meningkatkan kualiti infrastruktur dan juga kemudahan-kemudahan awam, demi kesejahteraan masyarakat setempat.
KPKT ingin mengucapkan terima kasih atas perhatian dan keprihatinan Yang Berhormat untuk meningkatkan taraf kemudahan kepada rakyat negeri Perlis secara amnya. Berhubung dengan cadangan usaha-usaha untuk menaik taraf dan membaik pulih Pasar Besar Sena, pada tahun 2023, ingin kami maklumkan bahawa KPKT telah pun meluluskan peruntukan projek kecil BP.1 sebanyak RM190,000 kepada Majlis Perbandaran Kangar untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem pendawaian elektrik dan penukaran lampu jenis LED cekap tenaga.
Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri Perlis telah meluluskan peruntukan sebanyak RM135,000 bagi menaik taraf tandas sedia ada di Pasar Besar Sena.
KPKT menyambut baik cadangan Yang Berhormat untuk pembinaan rumah sampah dan pemasangan sistem solar panel di bumbung pasar tersebut kerana cadangan ini akan meningkatkan kecekapan penggunaan elektrik serta memastikan pengurusan sampah yang lebih sistematik.
Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bolehlah mengemukakan permohonan projek yang lengkap kepada kami di peringkat KPKT untuk dinilai mengikut kriteria-kriteria permohonan projek seperti mana kebolehlaksanaan, indeks keesahan dan kebolehpercayaan, analisis kos-faedah serta pulangan pelaburan bagi mengenal pasti potensi, risiko dan juga penggunaan sumber kerajaan yang lebih cekap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Kangar ada soalan tambahan?
Terima kasih YB Timbalan Menteri.
Berdasarkan analisis kos-faedah serta pulangan pelaburan, penggunaan sistem solar panel mampu untuk mengembangkan potensi kawasan-kawasan di sekitar pasar besar. Jadi kawasan Pasar Besar sebenarnya terletak berhampiran dengan Sungai Perlis dan sungai berkenaan boleh dimajukan sebagai satu kawasan rekreasi, malah gerai-gerai makanan boleh juga dibina di sini.
Soalannya adakah KPKT bersedia untuk memajukan kawasan di sekitar Pasar Besar Sena sebagai kawasan yang amat produktif? Dan soalan kedua berkaitan dengan pelupusan sampah, apakah tindakan pantas bagi menyelia sampah yang bertan-tan berada di Market Kangar?. Terima kasih.
Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, berikut ada beberapa perancangan sebenarnya daripada Majlis Perbandaran Kangar yang telah juga disokong oleh KPKT untuk dinaikkan taraf di Pasar Besar Sena ini.
Pertamanya, adalah pembinaan rumah sampah dan peruntukan telah pun diberikan RM30,000, pemasangan sistem solar panel 30 kilowatt atas bumbung bangunan Pasar Besar Sena dengan kos sebanyak RM200 ribu, pemasangan sistem kawalan lampu bangunan dan lampu jalan serta indicator cuaca RM300 ribu, pemasangan sistem CCTV dan sistem perhubungan kecemasan suara atau pun intercom sebanyak RM250 ribu, penukaran jubin lantai Pasar Besar Sena RM350 ribu dan menaik taraf sistem bekalan air dan pemasangan meter individu di Pasar Besar Sena.
Pada keseluruhannya ini juga telah pun menunjukkan komitmen Kerajaan Malaysia Madani melalui KPKT khususnya, untuk sama-sama membangunkan Pasar Besar Sena ini walaupun duduknya di bawah Perlis, di bawah Perikatan-lah ya.
Untuk seterusnya berkaitan dengan sampah. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan pemantauan daripada agensi KPKT iaitu SWCorp dan kajian awalan yang telah dijalankan oleh syarikat konsesi di Pasar Awam Sena, Kangar mendapati janaan sisa pepejal untuk pasar awam adalah tinggi kerana selain daripada peniaga di pasar awam itu sendiri, penjaja-penjaja dan juga peniaga medan selera berhampiran pasar telah juga turut membuang sisa pepejal di tong roro yang sama juga ditempatkan di pasar awam.
Jadi, perkhidmatan kutipan dengan frekuensi sekali sehari dijalankan pada awal pagi sebelum pasar awam mula beroperasi bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan juga pembeli. Walaupun pasar awam beroperasi daripada jam enam pagi sehingga satu petang tetapi sisa pepejal telah terhasil daripada aktiviti perniagaan lain sehingga jam enam petang. Ini menyebabkan sisa pepejal melebihi kapasiti tong roro yang disediakan yang diletakkan di luar tong itu oleh peniaga- peniaga lain semakin bertambah
Ini menyebabkan sisa pepejal yang melebihi yang melebihi tong roro, yang disediakan diletak di luar tong itu oleh peniaga-peniaga lain semakin bertambah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui SW Corp kerana Pahang ini menerima pakai 672.
Jadi agensi yang kita gunakan di situ adalah SW Corp ,bersedia untuk menambahkan frekuensi kutipan pasar daripada sekali sehari kepada setiap tiga jam sehari sekiranya terdapat keperluan di lapangan dan juga PBT tersebut bersetuju untuk membuat tambahan sumbangan bayaran kepada tabung kumpulan wang urusan sisa pepejal pembersihan awam. Ini adalah kerana setiap perkhidmatan tambahan yang melebihi tahap perkhidmatan yang ditetapkan di dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan juga pihak konsesi adalah perlu dibayar mengikut kos semasa.
Walau bagaimanapun, kutipan setiap tiga jam ini boleh dikaji terlebih dahulu dengan mengenal pasti kapasiti janaan sisa pepejal harian, bilangan tong, saiz tong dan juga implikasi kos. Seterusnya hasil kajian akan dibentangkan dan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Kawasan ataupun Regional Implementation Community dengan melibatkan kerajaan negeri sendiri Perlis dan juga pihak berkuasa tempatan selaku ahli jawatankuasa.
Seterusnya cadangan tersebut bolehlah Tuan Yang di-Pertua, diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Tahap Perkhidmatan di bawah KPKT, khususnya JPSPN.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kepada Global Insfrastructure Partners (Gip)Special Chamber
Baik, sebelum saya jemput Menteri Kewangan (II) memberi penerangan, saya nak siapkan beberapa housekeeping ini. Mulai hari ini, saya benarkan Ahli Yang Berhormat dan juga pegawai kerajaan yang tidak mempunyai kerusi untuk duduk, boleh berdiri. Ya. Kerana kerusi terhad, namun
pegawai-pegawai kerajaan dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak ada kerusi, boleh berdiri ya.
Sebelum kita mulakan dan ini untuk memberikan peluang kepada Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam sesi ini. Itu yang pertama ya, jadi kita menjadi UK-lah. Tak cukup kerusi, kita berdirilah. Baik yang kedua ialah Menteri saya akan berikan 30 minit. Kalau tak cukup masa, minta lagi ya. Kemudian, selepas Menteri memberikan penerangan, saya buka untuk perbahasan dan 30 minit. Jadi, Menteri boleh pilih siapa yang dia nak benarkan dahulu. Ikut budi bicara Menteri.
Kemudian, saya akan putuskan sama ada selepas 30 minit itu perlu ditambah atau tidak masanya. Ya? Baik, sekali lagi saya ulang kalau tidak ada kerusi, sila berdirilah ya. Mungkin boleh berdiri sebelah sinikah. Baik, saya jemput Menteri untuk memberikan penerangan. Dipersilakan. Mula sekarang, 30 minit Menteri ya.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Tan Sri Yang di-Pertua serta semua Ahli Yang Berhomat yang saya hormati.
Pada Sesi Penerangan Menteri ini, izinkan saya memberi penerangan menyeluruh berhubung dengan cadangan mengambil alih Malaysia Airports Holdings Berhad
(MAHB) oleh Konsortium yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, izinkan saya memberi beberapa penegasan tentang usaha ini. Pertama, kerajaan tidak menjual saham MAHB. Hakikatnya, Khazanah dan KWSP membeli saham MAHB bagi mengukuhkan pegangan mereka daripada 41 peratus kepada 70 peratus.
Kedua, pengurusan MAHB tidak akan diambil oleh warga asing. MAHB kekal dikawal oleh kerajaan dari segi milik lapangan terbang, aspek keselamatan dan pengurusan.
Ketiga, Lapangan Terbang Malaysia sudah ketinggalan, berbanding negeri serantau. Cadangan mengambil alih MAHB oleh Konsortium ini adalah dengan hasrat akhir untuk menyediakan perkhidmatan lapangan terbang terbaik buat rakyat dan penumpang.
Keempat, penyahsenaraian MAHB daripada pasaran awam akan membolehkan pembaharuan MAHB disegerakan. Usaha ini dapat manfaatkan dana pelaburan yang diterima bagi menaik taraf kapasiti dan keselesaan kemudahan di semua lapangan terbang kita. Kelima, penglibatan GIP hanyalah sebagai pelabur dan rakan teknikal yang beri khidmat nasihat dan berkongsi kepakaran mereka, dalam meningkatkan tahap kecekapan lapangan terbang.
Tan Sri Yang di-Pertua, MAHB telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 30 November 1999. Sebagai syarikat tersenarai, sesiapapun boleh membuat transaksi jual beli saham MAHB di pasaran. Ketika ini, Khazanah dan KWSP masing-masing memegang 33 dan lapan peratus saham MAHB manakala baki 59 peratus dimiliki oleh pelabur lain.
Oleh itu, cadangan mengambil alih MAHB melalui penubuhan Konsortium yang diterajui Khazanah dan KWSP ini akan membeli keseluruhan 59 peratus saham yang kini dimiliki pelabur lain. Hasratnya, adalah supaya MAHB tidak disenaraikan dan Konsortium akan memiliki 100 peratus saham MAHB.
Ini bermakna, Khazanah dan KWSP tidak menjual saham mereka tapi sebenarnya membeli saham MAHB. Khazanah dan KWSP akan meningkatkan
pegangan saham mereka dari 41 peratus kepada 70 peratus, iaitu mengukuhkan pegangan saham institusi berkaitan kerajaan dengan majoriti yang lebih besar. Maka, tidak berbangkitlah seperti yang didakwa bahawa kerajaan menjual saham MAHB kepada pelabur asing. Rakan Konsortium asing iaitu Global Infrastructure Partners
(GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) hanya akan memegang minoriti saham MAHB iaitu sebanyak 30 peratus.
Tan Sri Yang di-Pertua, tuduhan bahawa orang asing akan mengambil alih menguasai lapangan terbang negara tidak benar sama sekali. Semua lapangan terbang negara kekal milik kerajaan, sementara MAHB berperanan sebagai operator atau pengendali lapangan terbang.
Selain itu, aspek keselamatan juga tetap menjadi tanggungjawab agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAQIS Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Ini termasuklah kawalan keluar-masuk warga asing yang kekal di bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen dan pihak luar tidak boleh campur tangan.
Kerajaan juga akan terus memegang saham khas atau golden share dalam MAHB. Berdasarkan hak saham khas, hanya kerajaan yang mempunyai kuasa untuk melantik Pengerusi dan Pengarah Urusan MAHB. Bahkan, kedua-duanya harus warganegara Malaysia.
Oleh itu, selari dengan hasrat perjanjian Konsortium ini, pengurusan MAHB tidak sama sekali akan diserahkan kepada rakan kongsi Konsortium asing. Maka, tiada asas untuk mendakwa warganegara asing akan ambil alih pengurusan MAHB.
Tan Sri Yang di-Pertua, kenapa keputusan mengambil alih MAHB ini dibuat? Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa lapangan terbang di Malaysia semakin ketinggalan, jika dibandingkan dengan negara serantau.
Jika kita lihat statistik berkaitan sektor penerbangan negara kita, ia agak membimbangkan. IATA melaporkan, sementara sektor penerbangan telah menyumbang sebanyak 12 peratus KDNK Singapura dan 16 peratus KDNK Thailand, negara Malaysia, hanya menyumbang sebanyak 3.5 peratus.
Sebelum pandemik melanda, kemasukan pelancong ke Malaysia dalam tempoh 10 tahun hanya berkembang pada kadar satu peratus setahun, berbanding dengan negara jiran lapan peratus. Laluan penerbangan jarak jauh bagi Malaysia menurun daripada 33 pada tahun 2010 kepada 22 bagi tahun 2022, sedangkan negara serantau menunjuk peningkatan bilangan laluan penerbangan jarak jauh mereka seperti 40 laluan di Singapura dan 55 laluan di Thailand. Antara penerbangan langsung dari Singapura termasuklah − dari KLIA ke London, Tokyo dan Beijing menurun daripada tiga puluh tiga pada tahun 2010 kepada hanya dua puluh dua bagi tahun 2023.
Sedangkan, negara serantau menunjukkan peningkatan bilangan laluan penerbangan jarak jauh mereka seperti 40 laluan di Singapura dan 55 laluan di Thailand. Antara penerbangan langsung dari Singapura termasuklah ke Paris, New York dan Addis Ababa. Ketiadaan laluan penerbangan langsung seperti ini dari Malaysia, mengehadkan potensi pelancongan dan pelaburan.
Singapura juga mempunyai 208 penerbangan langsung ke Eropah seminggu, berbanding Malaysia yang hanya ada 33 penerbangan seminggu. Singapura juga mempunyai 60 penerbangan seminggu ke Amerika Utara, sedangkan kita tidak ada satu pun penerbangan ke sana. Pulau Pinang dengan populasi seramai 1.8 juta, mempunyai bilangan laluan yang lebih rendah berbanding Phuket yang mempunyai 50 laluan antarabangsa dan populasinya hanyalah 600 ribu.
Kita mahukan lebih banyak pilihan untuk rakyat dan pelancong kerana pada masa ini hanya 23 syarikat penerbangan yang beroperasi di Pulau Pinang, berbanding lebih 50 syarikat di Phuket.
Dari segi anugerah, tahun lalu, terdapat 25 lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik. Indonesia memenangi 11 daripadanya, sementara Malaysia hanya satu iaitu di Langkawi. Dari segi pelaburan pula, MAHB hanya membelanjakan sekitar RM1.4 bilion untuk 39 lapangan terbang dalam tempoh lima tahun yang lalu, berbanding RM60.6 bilion di Thailand dan RM12 bilion di Indonesia.
Maka, sudah tiba masanya. Kalau kita tidak melakukan sebarang perubahan sekarang, Malaysia akan semakin ketinggalan di rantau ini. Kecekapan sektor penerbangan amat penting bagi menyokong pembangunan ekonomi. Tahap connectivity lapangan terbang dalam rangkaian antarabangsa serta kecekapan urusan di lapangan terbang, antara penentu pertumbuhan perdagangan dan pelancongan.
Perubahan mesti dilakukan sekarang, lebih-lebih lagi apabila sekarang berlakunya perubahan rangkaian bekalan global, susulan isu geopolitik dunia seperti konflik US dan China. Syarikat antarabangsa sedang giat mencari alternatif lain untuk melabur dan kedudukan negara ASEAN dilihat strategik.
Maka, sekiranya kita mahu menarik lebih ramai pelabur masuk ke negara ini, peluang ini hendaklah dimanfaat sebaiknya, dengan memastikan tahap connectivity yang lebih tinggi, terutamanya dengan rakan perdagangan dan pelaburan negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, mengambil kira keperluan mendesak untuk melaksanakan pembaharuan di MAHB, sebuah Konsortium diwujudkan dengan diterajui oleh Khazanah dan KWSP melibat pegangan majoriti 70 peratus. Baki 30 peratus Konsortium ini pula dimiliki ADIA dan GIP, selaku pelabur dan teknikal minoriti.
Dengan tubuhnya Konsortium ini, pembaharuan kepada lapangan terbang negara dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Keperluan pelaburan MAHB dianggarkan berjumlah RM10 bilion untuk tempoh lima tahun dan ianya dapat disegerakan dengan mengambil kira kedudukan kewangan kukuh ahli konsortium.
Matlamat utama pembaharuan MAHB adalah supaya lapangan terbang negara kita bertaraf global dan dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Kerajaan bercita-cita tinggi. Harapannya adalah dalam tempoh yang terdekat, isu berhubung lapangan terbang yang sekian lama dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat dapat ditangani segera.
Bagaimana dengan pengalaman Yang Berhormat kebelakangan ini apabila menggunakan lapangan terbang negara? Semasa cuti sekolah baru-baru ini, antara kita pasti berdepan dengan kesesakan trafik di lorong ketibaan KLIA menunggu keluarga tersayang. Bagi kita yang nak bercuti, pernah berhadapan dengan queue panjang, sama ada di check-in, imigresen, menunggu bas penghubung, menunggu di pintu masuk kapal terbang sebelum boarding.
Cuba kita bayangkan masa depan lapangan terbang kita, apabila kita tidak lagi berdepan dengan semua masalah ini. Tiada lagi kesesakan trafik sewaktu ketibaan atau berlepas. Tiada lagi masa yang lama, yang diperlukan untuk beratur di check-in untuk menunggu bagasi. Semasa saya menggunakan lapangan terbang di Sydney, tak sampai 10 minit dari tiba di lapangan terbang dan selesai urusan imigresen.
Kita ingin memberi pengalaman terbaik kepada semua penumpang. Proses remeh-temeh di lapangan terbang harus kita kurangkan. Barulah kita sebagai penumpang, akan bertenang, akan dapat menikmati dengan lebih masa untuk membeli-belah atau minum-minum, di samping meluangkan masa riadah di lapangan
terbang. Kita juga pernah melihat lapangan terbang di bandar-bandar lain yang lengkap dengan aktiviti interaksi dan rekreasi untuk ahli keluarga.
Teknologi canggih serba moden perlu disegerakan untuk diguna pakai bagi memudahkan cara urusan di lapangan terbang. Pengalaman sebagai penumpang sepatutnya tidak mengundang stress. Sebagai penumpang, sebelum menaiki kapal terbang, kita sepatutnya merasa tenang, di samping menikmati kemudahan yang disediakan. Pengalaman bercuti sepatutnya menggembirakan dan keseronokan bercuti bermula seawal tiba di lapangan terbang. Itu yang rakyat dan pelancong mahukan.
Maka dengan itu, keselesaan pengguna yang diidamkan ini bakal menjadi kenyataan, bukan sahaja untuk lapangan terbang antarabangsa utama seperti KLIA, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu tetapi juga untuk lapangan terbang domestik lain seperti Tawau, Miri atau Kuala Terengganu. Tan Sri Yang di-Pertua, sudah tentu, Khazanah dan KWSP telah melalui proses yang terperinci dan komprehensif dalam memilih rakan kongsi teknikal yang seiring dengan matlamat untuk mengubah dan meningkatkan kecekapan lapangan terbang kita.
Dari beratus syarikat yang dinilai, lima syarikat telah dikenal pasti dan disenarai pendek oleh Khazanah dan KWSP. Akhirnya GIP yang memenuhi kriteria ketat yang telah ditetapkan terutamanya termasuk kesediaan untuk menjadi minoriti, niat yang jelas untuk melepaskan pegangan dalam tempoh tertentu, serta pengerusi dan pengarah urusan hendaklah merupakan rakyat Malaysia. Seperti saya sebutkan tadi, pendirian kita tegas dalam mempertahankan kepentingan pegangan dalam aset strategik negara.
Dalam hal ini, hanya GIP dilihat menepati syarat yang ditetapkan iaitu sedia untuk melabur, menjadi minoriti, menyumbang kepakaran dan melepaskan pegangan mereka dalam jangka masa yang singkat. Kepakaran dan kejayaan dalam pengalaman mereka dalam mengoptimumkan tahap kecekapan di lapangan terbang adalah yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing serta kecekapan lapangan terbang kita. Contohnya, dalam tempoh 18 bulan pertama, GIP telah berjaya mengurangkan masa beratur di Lapangan Terbang Sydney sebanyak 60 peratus iaitu daripada 28 minit ke 11 minit.
GIP juga telah berjaya menggantikan aerotrain penumpang di Lapangan Terbang Gatwick dalam tempoh hanya 10 bulan ya. GIP turut meningkatkan jumlah laluan penerbangan di Lapangan Terbang Edinburgh, dari 141 ke 225. Bilangan penumpangnya juga meningkat, daripada 9.2 juta kepada 14.4 juta. Atas dasar itu, GIP dipilih untuk membantu menyumbang kepakaran yang mereka ada, bagi meningkatkan tahap kecekapan, daya saing dan kualiti lapangan terbang di tanah air kita.
Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kekal teguh dalam pendirian kita mempertahankan dan membela nasib rakyat Palestin. Begitu juga peranan aktif yang dimainkan oleh institusi-institusi yang ada di dalam negara kita yang turut bersolidariti dan menyumbang untuk rakyat Palestin.
Usaha kerajaan berterusan dalam membela nasib rakyat Palestin. Di platform antarabangsa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak jemu untuk berbicara dan menyuarakan gesaan kita kepada pemimpin-pemimpin dunia agar segera dihentikan kekejaman rejim Israel terhadap Palestin.
Kita menyuarakan juga ketegasan kita di PBB supaya negara Palestin mendapat keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kita sokong penuh keputusan resolusi gencatan senjata dan konsisten salur bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Walaupun kita tidak dapat menghalang mana-
mana syarikat untuk melabur di negara kita, tetapi tidak untuk syarikat milik Israel.
Kerajaan Madani di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tegas dalam soal ini. Contohnya, syarikat perkapalan ZIM milik Israel yang telah kita sekat dari berlabuh di negara kita sejak Disember 2023.
Tan Sri Yang di-Pertua, keputusan pengambilalihan MAHB adalah satu langkah strategik yang perlu dilaksanakan untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dengan negara serantau dalam sektor penerbangan. Saya ingin menegaskan bahawa kepentingan negara kekal terjamin. Kerajaan akan tetap memegang saham khasnya dan keahlian dalam Lembaga Pengarah MAHB.
Transaksi ini tidak melibatkan sebarang penjualan saham daripada Khazanah.
Mengakhiri sesi penerangan ini, saya mengharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menyokong usaha konsortium untuk memacu MAHB ke tahap yang lebih tinggi lagi. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Tepuk]
Baik, saya ucapkan terima kasih kepada Menteri. Ada yang hendak celah, hendak bahas, hendak tanya, silakan.
Boleh?
Saya bagi Putrajaya, selepas itu saya bagi Arau dan selepas itu saya bagikan.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pertama sekali saya rasa – terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya rasa isu utama yang kita lihat di sini adalah berkaitan dengan pegangan 30 peratus oleh syarikat asing. Satu blok. Satu blok. Ini berbeza dengan pegangan yang ada pada hari ini 27 peratus syarikat asing tetapi dipegang oleh 923 pemegang saham. Itu banyak bezanya. Yang dipersoalkan sekarang ini kenapa hendak dikeluarkan satu blok besar, 30 peratus?
Kita tidak – saya persoalkan berkaitan dengan pertambahan pegangan KWSP, pertambahan pegangan Khazanah tetapi kenapa beria hendak tambah pegangan ini – sebabnya hendak bagi 30 peratus satu blok asing kepada Konsortium yang kita tahu dikuasai mainly oleh GIP. Itu isu asas yang kerajaan perlu jelaskan.
Tidak boleh kata sebelum ini ada 27 peratus pemegang saham – kita alu-alukan pemegang saham asing. Itu dialu-alukan tetapi bukan satu blok dalam satu strategik aset negara. Jadi ini kita perlu faham.
Kedua, kita perlu ingat bahawa terdapat 39 lapangan terbang, kita tidak bercakap tentang Gatwick satu airport. Kita tidak bercakap tentang Sydney Airport, satu airport. We are talking about 39 lapangan terbang termasuklah lapangan- lapangan terbang kecil di seluruh negara. Semua ini dibina dengan duit rakyat, selain daripada penggunaan dana MAHB melalui jaminan kerajaan. Umumnya adalah duit rakyat.
Sekarang ini kita hendak berikan komponen konsesi ini yang baru sahaja dilanjutkan, 35 tahun untuk satu tempoh yang panjang, kita hendak beri pada orang lain? Hendak kata MAHB tidak boleh buat kerja? Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri sentuh. Saya hendak sentuh, itu kemudian.
Yang pertama tadi Yang Berhormat Menteri hujah yang sebut tadi adalah berkaitan dengan kewangan. Yang Berhormat Menteri sebut bahawa kerajaan memerlukan RM10 bilion setahun untuk lapangan terbang ini. RM10 bilion, yang pegang saham 70 peratus adalah syarikat Malaysia. KWSP dan juga EPF. RM3 bilion
lagi Yang Berhormat Menteri, kita boleh dapat daripada mana-mana dana di Malaysia. PNB boleh, Kumpulan Wang Persaraan sekarang pun boleh. Macam- macam kita boleh dapatkan untuk tujuan tersebut.
Kenapa kita hendak jualkan? Kenapa kita hendak jual atas alasan kita hendak RM3 bilion? Tidak make sense. Kita boleh bagi RM7 bilion kalau untuk tujuan tersebut, kenapa kita tidak boleh sediakan RM3 bilion? Banyak lagi dana-dana kerajaan yang boleh digunakan oleh institusi-institusi yang memegang dana yang banyak ini boleh dilaburkan.
Kerana apa? Kerana MAHB ini syarikat yang berpotensi. Ini bukan syarikat yang rugi. Tahun lepas untung RM543 juta, aset RM1.85 bilion Yang Berhormat Menteri. Dan kita bercakap tentang untung pada suku pertama, RM190 juta Yang Berhormat Menteri. Ini termasuk penjualan pegangan di India. Jadi kita lihat jumlah penumpang yang meningkat. Kita lihat trendnya sudah hampir kepada sebelum COVID-19.
Jadi tidak ada alasan mengapa kita hendak jual syarikat ini dan kalaulah kita bercakap tentang kelemahan, cakap tadi GIP boleh pendekkan masa di lapangan terbang. Pendekkan masa di lapangan terbang ini bukan MAHB sahaja. Ini berkaitan dengan imigresen, ini berkaitan dengan kastam, pelbagai proses lain. Takkanlah sampai perlu jual 30 peratus just semata-mata hendak pendekkan masa di lapangan terbang. Tidak masuk akal. Apakah tidak boleh kita ambil konsultan antarabangsa?
Ambil konsultan antarabangsa. Cari konsultan yang terbaik, bayar konsultan tanpa perlu pegang saham, boleh dibuat.
Dan hendak katakan alasan untuk aerotrain di Gatwick, tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri, aerotrain kita sudah hendak siap. Tahun hadapan akan siap. Kini kita bercakap tentang perkara-perkara remeh yang kita tidak nampak benda yang lebih besar. Sebab itu saya kata dalam konteks ini, kerajaan perlu melihat perkara ini secara lebih meluas. Ini we are talking about satu aset strategik negara yang tidak ada masalah pun.
Kalau tidak, dia tidak dapatlah pegang konsesi di Turkiye. Kita memandang rendah. Saya dengar Yang Berhormat Menteri kata kita punya airport lambat dan sebagainya. Ini bukan soal MAHB sahaja. Kedatangan pelancong hendak salahkan MAHB, mana boleh! Apa Kementerian Pelancongan buat? Itu kita kena tanya. Jadi saya lihat seolah-olah ini duk cari kesalahan MAHB untuk justify menghalalkan penjualan ini.
Putrajaya, seminit lagi sebab kawan-kawan tunggu.
Jadi sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada saya di mana rasional RM10 bilion yang diperlukan ini sedangkan kita boleh dapat dana tersebut dan 70 peratus daripada RM10 bilion tentunya datang daripada kita dan banyak lagi dana-dana awam di Malaysia yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Keduanya, kalau kita lihat tadi berkaitan dengan untuk memendekkan masa di lapangan terbang dan khidmat-khidmat lain. Apakah kita tidak boleh cari satu konsultan, kata hendak cari paling hebat di dunia tanpa perlu menjual saham-saham ini?. Dan baharu sahaja kita bahaskan RUU berkaitan dengan audit negara, berkaitan dengan wang awam. Ini wang awam yang telah dibelanjakan berpuluh-puluh tahun membina 39 airport, 39 lapangan terbang dan laporan audit menunjukkan wang awam ini digunakan dengan baik. Keuntungan RM543 juta last year dan kita tengok projection daripada analyst akan terus meningkat.
Jadi kerajaan perlu − tidak mengapalah jangan malu. Dalam konteks ini kerajaan tidak perlu malu. You just take back, buat keputusan, tidak teruskan
penjualan saham MAHB, satu blok besar saham MAHB ini kepada syarikat asing. Itu sahaja. That’s it. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Menteri hendak ambil terus soalan atau pun hendak jawab dahulu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey. Oleh itu Arau silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Pak Haji, supaya Pak Haji yang mabrur. Pertamanya Yang Berhormat, memendekkan cerita ya. Ini − saya minta maaflah saya ambil contoh.
Ada satu orang pada masa yang lepas, terlibat sayalah ya. Dia memegang saham BERNAS 32 persen. Selepas itu makin kecil, makin kecil, tinggal 20 persen.
Tetapi 20 persen itu ialah blok besar yang kalau Syed Mokhtar hendak beli, dia tidak boleh buat apa. Kalau dia hendak, dia kena ambil blok besar. Hanya setelah dinasihatkan oleh bekas Perdana Menteri suruh jual sementara – jual sementara, tetapi sampai sekarang tidak ada sementara, ambillah. Jadi GIP ini kalau sementara itu jangan cakaplah. Sekali dia masuk, susah dia hendak keluar ya.
Okey, dia ambil 20 persen maka terjuallah BERNAS dan BERNAS telah dikeluarkan daripada senarai. Pegang satu blok besar. Sekarang ini GIP yang mana akan dipegang oleh BlackRock Incorporated, sekarang ini hendak ambil 25 persen, kemudian Doha yang juga mirip-mirip sebelah Israel akan ambil lima persen, 30 persen. Ini blok besar. Blok besar ini adalah blok yang control seperti yang telah kawan saya sebut tadi. Hak yang lain-lain 923 hendak kumpul tidak boleh. Tetapi blok besar ini akan kontrol. Yang Berhormat sebut tadi Chairman dengan CEO dipegang oleh orang tempatan. How about COO?
Yang ini disebut COO, ini orang yang akan buat kerja Yang Berhormat. Yang Berhormat ini orang baik tapi Yang Berhormat kena terima teguran ini sebab Yang Berhormat terlibat dengan benda yang tidak sewajarnya Yang Berhormat terlibat.
Gatwick dengan Sydney ialah airport paling rendah kehebatannya di dunia, kenapa diambil contoh dua airport ini yang pernah ditadbir dengan baik tapi lepas itu nak tadbir Airport Malaysia.
Airport Malaysia ni dikenali sebagai airport yang terbaik di dunia, kita tadbir airport Turkey, Istanbul yang tiga terbesar di dunia. Saya tak pasti yang di Istanbul yang terbesar di dunia. MAHB yang tadbir yang berkenaan, makna kita lebih baik daripada GIP. Kenapa kita mesti bergantung pada GIP untuk mendapatkan sumber kewangan? Yang Berhormat, kami ini GIP ni kalau dia tak terlibat dengan apa tu sokongan kepada Israel, kami tak kacau. Masuklah tak ada masalah, tetapi Financial Time London kata dia little Israel Yang Berhormat dan United Nations mengiktiraf sebagai BlackRock ini ialah paling terendah dalam human right.
Bangsa-bangsa Bersatu pun pertikaian. Di Amerika Yang Berhormat orang buat demonstrasi BlackRock ada saham di sebuah universiti. Universiti buat demonstrasi supaya BlackRock tarik balik sahamnya daripada Universiti yang berkenaan. Persoalan sekarang ini, ialah BlackRock GIP ini yang akan dipegang oleh BlackRock ni ialah penyokong Israel. Yang Berhormat, dari ucapan Yang Berhormat disediakan oleh pegawai-pegawai pun tak bolehlah jawapan macam itu tak adillah.
“Kami menyokong Palestine dan semuanya” − Sokong Palestine kemudian suruh beli BlackRock beli saham kita. Ini syarikat daripada Norway − Pemegang saham daripada Norway tiga puluh perpuluhan empat sahaja negara Islam.
Syarikatnya − ceritanya panjang susah nak sebut tapi memendekkan nya KLP ya.
KLP tarik balik pelaburannya daripada Caterpillar kerana Caterpillar didapati ada terlibat dengan sokongan kepada Israel.
Ini BlackRock Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri yang menyatakan bahawa dari segi human right dia paling rendah sekali. Financial Time kata ini adalah little Israel, tiba-tiba Malaysia yang menyokong Palestin menyokong rakyat Palestin tapi ambil BlackRock yang didapati menyokong terbuka Israel, malah CEO BlackRock kata apa, dia kata, dia kalau kita nak pertikai Israel bunuh tiga puluh tujuh ribu orang, lapan puluh tujuh cedera. Dia kata kenapa tak sebut HAMAS bunuh seribu tiga ratus orang?
Jadi seribu tiga ratus orang mesti diganti dengan pembunuhan yang berlaku tiap-tiap hari. Yang Berhormat tak pernah dunia ini melihat orang bunuh orang begitu sahaja.
Baik.
Semua negara tidak bagi perhatian. Akhir sekali Yang Berhormat, apa yang berlaku di Bosnia di mana tiga ratus ribu orang dibunuh. Enam puluh ribu orang wanita dan kanak-kanak perempuan telah dirogol secara rasmi di khemah yang disediakan.
Ini baru sangat. Masa itu juga dunia juga hanya tak tahu nak buat apa serah kepada Black Wolves. Serah kepada Belanda untuk jaga serbaneka supaya tidak dirogol apa itu oleh Serbia. Tapi askar ini juga menyokong, maka Bangsa-Bangsa Bersatu akhirnya ambil tindakan tangkap dan hukum dia seumur hidup.
Tetapi yang sekarang ni mereka membunuh orang tiap-tiap hari yang kita kata kita menyokong Palestin. Kita sokong apa? Sokong Palestin...
Arau ulang point tu banyak kali dah. Point taken cukup.
Point taken. Ye tapi tak pernah dijawab...
Nanti dulu Arau. Dia tak jawab lagi. Tapi Menteri Luar akan menjawab “Kita akan menyokong Israel”, apa dia?
Arau. Kita half an hour. Please.
Terima kasih Speaker, haji mabrur. Tetapi nak sebut sekali lagi bahawa perbuatan untuk menjual kepada GIP yang dipegang oleh BlackRock ditentang dengan hebat hanya oleh rakyat Malaysia termasuk Sungai Bakap. Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Speaker kerana diberi peluang untuk dalam perbahasan ini. Saya nak memulakan dengan membacakan tahniahlah dan terima kasih kepada Menteri Kewangan Kedua yang telah memberi satu penjelasan yang bagi saya cukup terang dan sepatutnya semua dalam Kamar ini faham situasi. Yang tak faham tu sebab mereka tak nak faham saja.
Tuan Speaker, kita mulakan perbahasan saya dengan isu yang paling penting ialah kita nak bicara isu data dan angka dan keperluan ekonomi, bukannya emosi dan naratif politik. Pertama kita kena akui, semua orang kena akui ialah seperti yang
dijelaskan oleh Menteri tadi, pembelian MAHB ini hanya melibatkan pengurusan dan operasional sahaja. Itu sahaja.
Fizikal aset strategi negara iaitu airport yang fizikal itu yang boleh sentuh tu, masih dalam pegangan kerajaan. Kalaulah syarikat lainkah MAHB lainkah, kita boleh tukar. Kalau kontrak mereka sudah sampai masa. Tapi benda yang fizikal tu tak akan tukar, tapi penjagaan strategi fizikal ini semua dikendalikan oleh kerajaan, imigresen, polis, tentera, semua terlibat.
Kedua, ini pun ramai orang salah faham. Selalu orang kata tiga puluh persen dimiliki GIP, itu tidak betul. Tiga puluh persen tu dimiliki oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
Dua-dua itu dia combined baru tiga puluh persen. Bukannya boleh kata GIP tu satu orang tiga puluh persen. Blok yang subtantaif.
Dah terang dah tadi.
Tolong. Tolong.
Arau my floor, my floor. So saya harap orang kena faham semua ini dan saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita fikirlah ada baik untuk negara. Tadi Menteri sudah sebut, keadaan lapangan terbang KLIA. Kita guna angka, kita guna data. Tengok, baru-baru sahaja Skytrack memberi penarafan, ranking untuk airport dunia. baru seminggu lepas, nombor satu Doha, nombor dua Changi. Tahu tak Tan Sri Speaker, KLIA nombor berapa? Tujuh puluh satu Tan Sri Speaker.
Tahun lepas enam puluh tujuh. Sekarang tujuh puluh satu. Tujuh puluh satu, Changi nombor dua. Malah rakan jiran kita Bangkok Suvarnabhumi pun lima puluh lapan. Dalam keadaan ini, macam mana kita nak bersaing dalam aspek dunia ini?
Tahun 2026, Visit Malaysia Year. Kita nak tarik target dalam dua tahun ini hampir 35.6 enam juta pelancong ke Malaysia dan bakal men-generate RM147 bilion untuk ekonomi negara.
Kalau kita tak cantikkan airport kita, naik taraf airport kita. Macam mana kita nak dapat pelancong ini? Ya ada yang sebut bukan nya datang pelancong mesti tengok airport. Saya setuju. Tapi airport itu first impression. Bila kita masuk airport kita tengok negara tu cantik tidak? Selain daripada itu, Menteri juga sebut dengan baik berapa airport kalau airport tu tak naik taraf macam mana kita banyak penerbangan ke sini ke sana.
Tadi Menteri sebut yang pergi North Amarica, Singapore 60, Malaysia zero.
Europe, Beijing, Shanghai macam mana kita nak connect? Saya nak sebut di sini sebab saya tinggal di Tebrau, Johor Bahru. Maka sebab kesesuaian, saya selalu guna Changi Airport. Bukan sebab saya tak cinta Malaysia, sebab lebih sesuai lebih dekat. Satu jam dari rumah saya saja.
Bila kita pergi Changi Airport pilihan itu begitu banyak, satu hari ada lima belas flight pergi China mungkin, tiga puluh mungkin. Tapi kalau di sini, mungkin dua mungkin tiga di KLIA. Waiting time juga. Suasana dia, dia memberi satu impression yang sangat baik kepada sesiapa saja pergi sana. Itulah kenapa, pelancongan itu penting. Sektor pelancongan bukan saja penting dari segi imej negara, dia juga penting dari segi ekonomi.
Macam saya kata, 100 bilion lebih dia boleh menyumbang kepada negara kita malah Tan Sri Speaker, bayangkanlah bila masa Ringgit Malaysia ada sedikit tekanan. Banyak orang cerita sebab kita punya interest rate tinggi. Betul. Tapi bila saya tanya masa tu dalam jawatankuasa, mengapa Thailand interest rate agak
rendah, mengapa masa tu Thai Bath jatuh? Rupanya sebab tourism. Sebab ramai pelancong pergi Thailand, maka mereka pegang kepada Thai Bath.
Sama juga dengan Sing Dolar, sebab itulah saya kata kenapa pentingnya kita kena make sure sektor pelancongan itu dijaga dan saya haraplah kita ini bahas dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia. Setiap masa telah diberi confirmation pun pengesahan pun penjaminan pun Yang Berhormat Perdana Menteri bahawa Konsortium ini dipilih daripada 145. Dan mereka sajalah yang setuju bahawa Chairman dan CEO adalah orang Malaysia. So, akhirnya pegangan kita daripada empat puluh satu sudah jadi tujuh puluh.
Apa masalah? Sepuluh bilion suntikan yang bakal masuk ke Malaysia ini akan menjadikan airport KLIA lagi cantik, lagi mewah lebih elok. Saya haraplah Ahli-ahli yang mulia ni kita semua sokonglah inisiatif kerajaan. Berilah kepercayaan, keyakinan kepada kawan-kawan kita dari Khazanah. Saya cukup yakin mereka akan buat yang terbaik dan kita jangan politikkan isu ini demi negara dan rakyat sejahtera.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Berilah kepercayaan, keyakinan kepada kawan-kawan kita dari Khazanah saya cukup yakin mereka akan buat terbaik dan kita jangan politikkan isu ini demi kepentingan negara dan rakyat sejahtera, terima kasih Tuan Tan Sri Speaker.
Baik, silakan.
Terima kasih.
Okey saya bagi − boleh ya, lepas itu Menteri − Shah Alam.
Terima kasih. Saya cuma ada beberapa poin Tan Sri Speaker. Pertamanya tentang Amadeus Report.
Amadeus ini adalah satu syarikat IT yang menyatakan bahawa pada tahun 2023.
Oktober 2023, the available seat the available to Malaysia is about 26.3 million.
Ini bermakna bahawa dia telah pun melebihi 106 persen daripada 2019 punya numbers. Ini menunjukkan bahawa demand untuk seats − the airlines seats to Malaysia sudah semakin bertambah. Saya sendiri nampak lihat di Pulau Pinang baru- baru ini pada Ahad lepas, apabila saya berada di airport, queue untuk ke imigresen itu saya rasa lebih daripada 100-200 meter. Sebab they are few flights available dengan izin, STRARLUX ada, flydubai ada, Qatar Airways ada. Ada banyak permintaan lagi daripada international airlines untuk mendarat di airport Penang.
So, saya menjangkakan bahawa strategic partnership yang diberi penerangan oleh Menteri Kewangan Kedua itu ialah untuk melihat kepada competitiveness KLIA ataupun airport-airport yang lain. Kalau kita pergi ke Christchurch umpamanya, if we can go to Christchurch, bila turun saja kita rasa we are in the Lord of The Ring punya area. Dia punya bunyi dan sebagainya.
Kalau pergi Bali pun misalnya, saya pergi Bali bulan lepas, nampak bila sampai Bali bunyi gamelannya, bunyi − itu first impression yang sahabat saya Tebrau sebut tadi. So, KLIA pun kita perlu sebab kita turun KLIA tak rasa kita ini ada di Malaysia. Dia tak ada roh, tak ada soul, tak ada jiwa. Jadi tak ada vibes untuk mengatakan.
Jadi untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 ini, kita perlukan catalyst dan airport merupakan catalyst yang cukup-cukup penting, strategik, tempat yang cukup
strategik untuk menarik ramai lagi pelancong ke negara sini. Saya harap supaya kita semua menyokong inisiatif Khazanah dan juga MAHB. Saya sendiri berpengalaman membentangkan beberapa proposal kepada MAHB demi memajukan KLIA semasa itu. Saya pernah juga menjadi Pengerusi Taskforce KLIA pada tahun 2018-2019 dilantik oleh PM pada masa tersebut untuk menyusun beberapa strategi bagi menjadikan KLIA sebagai satu hab yang cukup canggih.
I think masa itu KLIA 2 ada isu tentang panjangnya immigration line, so saya sendiri paksa MAHB give up beberapa stor untuk diberikan kepada ruang untuk imigresen. Jadi, saya rasa jangan kita ambil mudahlah tentang apa inisiatif yang akan diadakan oleh Khazanah ini, sepatutnya kita menyokong usaha ini untuk kemajuan negara kita bersama. Teruskan, terima kasih.
Saya jemput Ketua Pembangkang.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya mendengar apa yang Menteri bentangkan.Ini satu perkara yang amat baik untuk kita melihatkan negara kita ini menjadi satu tempat di mana pelancong akan melihat the first base yang dia sampai itu adalah airport sendiri. Jadi kita nak bangunkan airport. Oleh sebab kita nak bangunkan airport, kita perlukan wang, kita perlukan kewangan. Kita memerlukan satu strategi supaya kita dapat tentukan apa saja yang kita buat itu lebih canggih daripada airport-airport yang lain.
Saya juga dengar tadi bila Menteri kata connectivity ini adalah sesuatu yang amat penting sekali untuk pelancong datang. Saya bersetuju juga, tak ada masalah bab itu. Tapi apabila saya dengar investment yang kita lakukan, MAHB hanya RM1.4 bilion yang kita invest dalam pembangunan airport itu. Manakala Thailand 6.6 bilion, besar. Sebab itu tak nampak kecanggihan yang akan kita bangunkan. Ini maknanya apa yang saya dengar tadi masalahnya adalah masalah kewangan, bukan masalah tentang nak berikan 30 peratus kepada orang lain.
Kalau masalah dari segi strategi, saya dah dengar juga Putrajaya kata tadi, kita carilah satu konsultan yang lebih canggih di dunia ini [Tepuk] yang boleh keluarkan landskap yang lebih cantik, architecture yang lebih canggih, design yang lebih sesuai untuk kita dan kita boleh bagikan fasa pertama mungkin KLIA, fasa kedua, Penang, kita boleh lakukan. Lagipun apabila kita nak privatise the public-listed company, kita juga perlukan wang, bukan Khazanah dapat free nak naikkan sehingga 70 peratus ini, dia kena purchase a few billion ringgit. Itu dah pertama.
Keduanya, bila dah privatise dan you have another partner yang juga merupakan satu syarikat yang ditentang oleh ramai orang, bukan hanya kami di peringkat Pembangkang ini. Dalam United Nations sendiri telah mensenaraikan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang sepatutnya tidak diambil kira sebagai satu syarikat yang boleh menjadi rakan kongsi dalam mana-mana negara. Jadi sebab itu bila ada, bila Yang Berhormat sebut tadi ada lima syarikat yang telah pun disenaraikan, disenarai pendekkan. Tapi tak sebut dengan kami, tolong jawab lima syarikat itu yang mana satu, supaya kita dapat menilai kembali lima syarikat ini.
Supaya bila kita nak fikirkan tentang nak membesarkanlah syarikat kita MAHB ini, kita perlukan satu kumpulan yang kuat, satu kumpulan yang ada kewangan.
Saya rasa kalau dah sebut tadi rakan kita ALIA ada satu. ALIA ini is a very good investment body yang boleh kita fikirkan. ALIA why don’t you take another 25 percent from GIP? Tak apa, kita bukan kata tak nak, tetapi kita rasa cara nak ambil ini menyebabkan kita yang ada dalam negara kita ini fikirkan, apakah kita ini langsung tak ada sentimen tentang masalah yang telah pun dibangkitkan oleh dunia hari ini?
Kalau kita tengokkan dalam sosial media, dipersoalkan tentang BlackRock ini bukan hanya dalam Malaysia, bukan hanya ahli UMNO, ahli UMNO pun persoalkan tetapi tak tahulah sama ada Paya Besar persoalkan tidak? Tapi ramai di kalangan semua rakyat-rakyat yang ada hari ini dalam Malaysia, luar negara di seluruh dunia.
Maka sebab itu kita merasakan ini adalah merupakan aset strategik negara. Aset strategik ini adalah merupakan bukan hanya nak membangunkan lebih canggih, tapi juga dia sesuai untuk digunakan dalam peperangan nanti.
Betul kita tak jual airport, tetapi pengurusan airport itu yang boleh menyebabkan sesuatu airport itu nanti disalahgunakan. That is the reason yang kami menentang, kena faham bahawa bukan tak suka untuk KLIA ini dibangunkan, MAHB dibesarkan sebagai satu syarikat besar di dunia. Do it. Itulah yang kami mahukan, itulah yang kami nak supaya Khazanah dan EPF menjadikan ini sesuatu pengajaran, mencari konsultan yang lebih baik dan akhirnya maybe one of the best company in the whole world.
[Tepuk] . Yang ini yang kita nakkan, bukan kita kata tak mahu untuk diperbesarkan strategi bagaimana, yang kami tak mahu adalah rakan kongsi itu jangan dipersoalkan oleh rakyat dan seluruh dunia. Itu persoalannya. Terima kasih.
Baik saya jemput.
Yang Berhormat saya mencelah sikit.
Shah Alam dulu.
Yang Berhormat mencelah sikit, boleh tak?
Shah Alam, Shah Alam dulu.
Dak mencelah sikit.
No, no, no. Shah Alam dulu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua. Rakan-rakan Ahli Parlimen. Yang Berhormat sekalian, terima kasih. Saya ingin menyentuh beberapa perkara tentang penyahsenaraian MAHB ini daripada bursa saham kita.
Pertamanya, kita tahu bahawa memang kerajaan perlukan kepada suatu airport, malah keseluruhan airport yang ada di dalam negara kita ini dinaik taraf diberikan pengupayaan yang baru, satu kesegaran yang baru supaya ia menjadi satu mercu tanda bagi sebuah negara itu. Antaranya ialah pengupayaan sebuah lapangan terbang itu kerana ianya pintu masuk sebagaimana yang disebutkan oleh ramai rakan-rakan tadi.
Sebelum ini kita tahu Yang Berhormat Menteri Kewangan dah sebutkan kedudukan kita di kalangan rakan-rakan jiran. Kita tak payah pergi jauh tetapi cukup dengan membandingkan Indonesia dan Thailand.
Kita tak perlu nak bandingkan dengan Singapura kerana mereka itu sudah terlalu jauh dengan kita. Dulu mungkin kita agak hampir tetapi mereka − kita bina KLIA, mereka bina Terminal 3, sekarang mereka sudah ada Terminal 4. Kita masih lagi dalam keadaan yang sekarang ini dan begitu terlalu jauh berbanding dengan Singapura. Tetapi yang menjadi kebimbangan kita ialah apabila kita juga turut
ketinggalan dengan Indonesia, kita juga turut ketinggalan dengan Thailand yang telah pun melabur sebegitu besar dalam tempoh lima tahun yang lepas berbanding dengan apa yang dilakukan oleh MAHB.
Boleh Mencelah?
Dalam tempoh lima tahun yang lepas kalau MAHB nak melabur, nak mencari konsultan, nak meningkatkan mereka sudah boleh lakukan kerana pada masa itu adalah masa yang terbaik sekali dilakukan. Dan pada ketika itu pentadbirannya adalah di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, tahun 2020, 2021, 2022. Sepatutnya pada masa itu mereka sudah menasihatkan MAHB.
“Hey, you cannot wait”. Tak boleh tunggu lagi. Kita sekarang ini, kita sudah keluar daripada pandemik, masa inilah kita hendak merancang pergi kerana pada ketika itu semua orang akan pick up tetapi apa yang dilakukan? Kita masih lagi ketinggalan.
Tidak ada pengupayaan itu.
Saya tidak pasti, saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, rasionalnya apakah MAHB pada masa itu tidak berkeupayaan ya, untuk melakukan satu anjakan, satu lonjakan untuk meningkatkan keupayaan airport-airport dalam negara kita ini supaya dianya boleh berdaya saing dan boleh tidak terlalu ketinggalan daripada negara-negara jiran. Itu yang pertamanya.
Dan apakah perbezaannya? Kenapa kita perlu pergi kepada penswastaan ini atau privatisation ini?. Kita faham memang tidak seperti mana yang difahami oleh masyarakat di luar, konon-kononnya kita menjual sedangkan sebenarnya yang berlaku ialah kerajaan memiliki lebih besar pegangan dalam MAHB. Daripada 41 peratus menjadi 71 peratus. Ini satu pemahaman yang silap di kalangan ramai orang di luar. Kononnya kita “menyerahkan” kepada orang sedangkan kita mengambil pegangan, ekuiti yang lebih besar kepentingan dalam MAHB.
Cuma persoalan saya ialah kenapa kita pergi ke penswastaan itu? Tidak bolehkah cara lain yang kita boleh usahakan dengan menerbitkan mungkin bon dan sebagainya atau pun shares yang baharu untuk meningkatkan keupayaan dari segi dana dalam MAHB pada masa itu.
Seterusnya Yang Berhormat Tan Sri, ialah berkenaan dengan dari segi aset strategik ini. Ini yang menjadi kebimbangan di kalangan masyarakat. Saya rasa kita perlu jelaskan juga apakah yang dimaksudkan dengan aset strategik. Apakah yang membezakan airport negara kita ini dan juga aset-aset yang lain? Mungkin kurang strategik tetapi dia juga ada pegangan yang lain seperti China yang masuk dalam ECRL dan sebagainya. Yang masuk dengan Proton, yang memiliki saham-saham dan juga pegangan yang besar. Jadi kenapa aset strategik ini begitu dibimbangi dan bagaimanakah kerajaan hendak memastikan bahawa kepentingan, keselamatan negara dapat kita kawal dan dapat kita jaga dengan sepenuhnya.
Yang terakhir saya hendak sentuh tentang penglibatan GIP. Kenapa GIP dan kebetulan pula BlackRock ingin memiliki GIP ini dan dia datang kemudian tetapi ini mencetuskan kebimbangan di kalangan kita. Cuma pada saya, kita harus konsisten.
Kita tidak boleh mengatakan bahawa oh BlackRock ini kerana dianya terlalu memihak kepada Israel maka menyebabkan kita mengetepikan dia sedangkan sepatutnya Kerajaan Perikatan Nasional dahulu lagi, pada tahun 2019 sebab pada masa itu lagi sudah sepatutnya tidak menyerahkan atau pun meminta BlackRock – ini secara direct, bukan melalui GIP − Direct meminta GIP untuk melabur dalam akaun syariah yang terurus, syariah manage account berjumlah USD600 juta atau pun RM2.5 bilion.
Ini betul-betul sudah BlackRock, bukan kepada GIP. Kenapa pada masa itu boleh, sekarang tidak boleh. Jadi pada saya, kita harus bersikap adil dan konsisten.
Pada masa itu 2019 bukan kita tidak tahu siapa Israel. Siapa Israel kita tahu. Israel ini daripada dahulu lagi, 60 tahun dahulu peristiwa Nakbah. Rakyat Israel berjuta-juta
diusir keluar sehinggakan yang tinggal hanya beberapa portion sahaja di West Bank dan di Gaza. Itu sahaja. Yang lain semuanya dikuasai oleh Israel. Itu tidak termasuk lagi yang terpaksa menjadi pelarian di luar negara. Saya gulung Tan Sri.
Tolong, tolong.
Jadi pada maksud saya ialah kita harus konsisten. Mungkin Ahli-ahli Parlimen, rakan-rakan dari Pembangkang mengatakan ya kalau sekarang ini kita jadi kerajaan kita akan tolak BlackRock. Tidak semudah itu. Ya tanam tebu di tepi bibir. Kata-kata bagaikan sindiran. Kita boleh sebut itu ya tetapi hakikatnya ialah kita harus konsisten. Kalau kita mengekalkan begitu maknanya 2019 dahulu kita sudah...
Okey, Shah Alam.
Berani berani menegas. Terima kasih.
Baik. Saya allocate-kan one hour. Sekarang sudah hampir one hour. Cuma saya hendak berhenti di sini, tidak membenarkan cuma boleh mencelah. Celahan boleh. Jadi saya minta Menteri menjawab dalam masa 15 minit dan kalau Menteri benarkan celahan, silakan. Silakan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat semua kerana memberi masa untuk saya buat penerangan tadi. Saya mendengar hujah-hujah yang diterangkan dan ada banyak isu yang dibangkitkan tadi. Jadi bagi saya masa untuk kupas sedikit apa yang ditanya tadi. Akan tetapi saya bermula dengan satu tegaskan yang apa yang kita rumus daripada perbincangan kita tadi.
Pertama, saya tidak dengar orang kata kita tidak patut memperbaharui airport kita. Semua orang setuju yang MAHB harus terus invest dalam airport kita untuk membangunkan kerana kalau kita masih ketinggalan dan usaha-usaha kita untuk membangunkan negara, ekonomi akan terencat sedikit. So, saya berterima kasih kerana semua orang setuju yang itu usaha yang betul.
Cuma yang kita hendak tanya ialah kenapa kita buat cara macam ini dan apakah kebaikan yang kita ada daripada usaha yang dibuat oleh Khazanah dengan KWSP? Mungkin penerangan saya kurang jelas, masih ada kekeliruan kerana saya masih mendengar orang berkata kita jual saham. Sebenarnya Khazanah dengan KWSP beli lebih daripada pasaran. Tidak ada kerajaan yang menjual ya.
Siapa hendak beli saham, boleh beli saham kerana MAHB telah tersenarai dalam KLCI. Jadi apa yang dibuat ialah kita tubuhkan satu konsortium. Konsortium ini mengambil alih dan membuat privatasi. Sekarang kenapa kita kena buat privatasi?
Ini kerana bila ada syarikat [Tidak Jelas] yang tersenarai, dia ada beberapa tatakelola yang mungkin menghindar optimasi di masa depan. Macam mana ya?
Pertama, kalau you are listed entity, you kena bagi dividen tiap-tiap tahun.
Jadi ada kekangan daripada kewangan. Jadi walaupun dia mungkin membuat RM500 juta, RM600 juta, RM700 juta, tapi sebahagian daripada kewangan yang kita ada di situ kena pulang balik pada shareholder yang ada. Kalau tidak shareholder tidak sokong syarikat itu. Harga saham itu akan turun ya, tetapi bila kita privatise dan kalau kita ada privatisation dengan pelabur-pelabur yang ada pegangan yang dia boleh pegang untuk jangka masa lama, dividen bukan isu jangka masa pendek. Dia boleh differ requirement of the dividend. Macam itulah kita boleh cari kewangan yang lebih dari penjanaan syarikat dan injection yang masuk. Jadi bila kita buat macam itu lebih
senang lagi usaha kita untuk perbaiki MAHB dapat dilaksanakan dengan lebih elok lagi.
Kedua, kenapa kita ada cara konsortium, bukan cara ada konsultan yang masuk ke dalam MAHB?
Saudara, Yang Berhormat semua pun faham yang bila ada partnership yang diwujudkan, tiap-tiap orang yang melabur dalam partnership tu akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapat, memperbaiki syarikat yang ada tu. Bila ada konsultan ia hanya menengok apakah dia punya repot yang dia buat.
Tapi dia tak stake in the game. Yang ini penting. Kerana kalau orang tu dah melabur tiga peratus takkan dia kata tak apalah, kalau tak buat duit, tak buat duitlahkan. Tak macam tu. Kita kena ada seimbangan, apa yang penting kepada KWSP, apa yang penting kepada Khazanah dengan pelabur yang masuk sekali. So, aligment tu penting. Bagi saya masa tu sikit ya dan saya benarkan tadi semua orang bercakap dulu. Saya nak tahu apa isu yang ada. Terima kasihlah.
Jadi yang tu pertama, aligment tu yang penting dan kita cari partner yang boleh aligment dengan kita. Tak semua orang boleh aligment, banyak orang yang kata ya saya setuju ya saya suka KLIA, saya nak membangunkan KLIA. Saya nampak banyak potensi daripada syarikat-syarikat − lapangan kami ada di Malaysia tapi saya tak nak keluar daripada itu. Kalau saya masuk saya duduklah, macam diceritakan pada Arau tadikan.
Tapi kita kena ingat GIP ini adalah dana yang ditubuhkan, dia adalah Fund Manager, dikumpul dana pada orang lain dia labur, lepas masa sepuluh tahun dia kena keluar kerana dia kena pulangkan dana yang diambil daripada pelabur-pelabur lain kepada mereka yang melabur ke dalamnya. Macam itulah BlackRock, macam itu lah GIP. Dia bukan duit dia, dia collect duit daripada ADIA, dia collect duit dari PFF, dia collect duit daripada Temasek tapi dia lead financial of the Konsortium.
Jadi kita tahu yang dia akan keluar selepas satu jangka masa. Yang antara mereka yang masuk kata dia ada interest, banyak orang kata dia tak nak keluar. Dia masuk dia nak duduk. Jadi kalau macam tu, Khazanah dan KWSP tak nak partner macam tu. Fasal dia pun rasa lepas kita dah perbaiki lapangan terbang yang kita ada sekarang, dia pun nak released balik ke dalam KLCI. Bila dia released, perkembangkan balik ekonomi kita balik di masa depan.
Fasal itu kita kata kita ada kriteria-kriteria yang ketat. Siapa yang boleh kita ambil. Siapa yang tak boleh kita put aside. Kerana itu penting, kena ada matlamat yang clear di masa depan. Kedua, kita pun cari siapa ada experience, seperti yang saya cerita tadi ada beberapa area yang kita rasa − bukan KLIA tu tak elok, kita semua pengguna. Kita semua juga bangga dengan apa yang kita dah ada dengan KLIA.
Tapi kita nak perhebatkan lagi KLIA dan airport-airport yang kita ada lain di dalam Malaysia ini untuk lebih elok lagi. Kita bawa partner yang boleh buat kita macam itu. Kita uruskan dengan cara yang lebih elok, tapi dalam penerangan saya tadi saya ceritakan kita tak serahkan pengurusan kepada partner kita. Ini partner, dia bagi nasihat dia tunjuk cara dia buat di tempat-tempat yang lain ya, kita belajar daripada cara itu, kita tak serahkan.
Kalau konsultan dia tak stake in the game, kalau kita appoint Direct Operator kita lepaskan. Cara macam ini kita pegang pengurusan, fasal kita nak membina staf- staf kita ada untuk menjadi yang lebih kuat lagi. Saya tak pernah kata yang MAHB punya staf itu tak baik. Kita rasa dia telah airport itu dengan elok lagi tapi dia ada potensi.
Saya nak buat statement saja boleh tak Tan Sri?
Statement saja.
Setuju tak Yang Berhormat Menteri bahawa konsultan adalah mereka yang they tell you that your work is faulty and they ask you fix it? Terima kasih.
Terima kasih bagi pencerahan macam itu.
Yang itu, yang penting kita ialah mencari orang yang boleh berganding bahu bersama-sama untuk membina lapangan terbang yang ada di dalam Malaysia ini.
Kerana itu lah kita buat cara konsortium, bukan cara lain. GIP dah ada expertise, kita dah nampak kerana KWSP telah melabur bersama GIP dalam Getwick, dia telah melabur bersama GIP dalam Sydney dan kita dah nampak pembaharuan yang dibuat dan KWSP dah bersama dia orang.
Macam kita juga, bila kita nak membina perniagaan kita cari orang lain, kita cari orang yang kita kenal juga. Yang kita tahu dia boleh delivered dan dalam sudut the experience matters. Fasal tu kita rasa yang inilah cara partner yang boleh cari.
Dia cerita itu benda lain dia buat benda lain. Jadi, kita setuju kita kena buat untuk benefit negara. Dia akan menolong negara lebih maju di masa depan.
Consortium-approach mungkin adalah cara yang paling elok sekali untuk membina. Konsultan bukan cara yang operatorship bukan cara yang kita boleh outsource ke orang lain dan kita ketatkan peraturan yang kita ada yang kita tidak memberi apa-apa isu strategik kepada orang yang tak nak. Di masa depan semua ini pulang balik kepada Malaysia. Partner dia keluar, this is nation entity bukan nya cara yang lain. Kerana itulah usaha Khazanah dan KWSP adalah usaha yang betul.
Saya faham isu Palestin adalah satu isu yang hangat. Tetapi Kerajaan pun faham, apa yang penting adalah kita kena berusaha untuk isu Palestin dengan cara yang lain dengan usaha yang akan merealisasikan the two-state nation yang kita kata. Kerana itu mungkin cara yang paling elok, Malaysia tak berganjak daripada stand dia untuk Palestin. Kita sokong. Orang US datang, PM kata tak boleh. Yang ini semua pendirian Malaysia. Bila ada perbahasan dia orang PPB, wakil kita tunjuk kita push.
Ini bukan benda yang senang dan kita tahu Malaysia adalah satu negara yang bergantung kepada trade, kalau orang tak suka dia mula tarik balik, kita pun susah.
Tapi kita tak berganjak pada prinsip kita yang kita pejuang untuk Palestin. Tapi untuk benda ini kita pun faham apa yang penting untuk membangunkan negara kita kena buat. Yang itu kita tak bertindak pada isu itu.
Ada tohmahan yang diceritakan fasal orang quote isu-isu fasal BlackRock orang quote isu-isu macam ini. Bagi saya mencerahkan dua perkara, pertama GIP kita dah berusaha dengan dia orang lama dah ada partnership lama dah. Dia fund manager yang collect dana. Dia invest dalam MAHB ya, tapi dana dia collect adalah dana dia sebagai GIP. BlackRock ambil tetapi dia tak boleh kacau ini, fasal pelabur- pelabur yang masuk itu tak membenarkan orang lain masuk kerana masa bila dia masuk dalam dana itu BlackRock tak ada.
So kenapa kita nak confuse BlackRock dengan ini? Kalau kita ingat pun dari segi BlackRock, kenapa dia nak GIP? Fasal dia tak ada infra group. Tapi dia tak boleh kacau apa yang dah ada dia kena tengok ke depan. Daripada segi...
Menteri saya nak bagi dua minit lagi kalau boleh. Saya janji satu jam, dah satu jam tiga minit sekarang. Saya bagi dua minit lagi.
Sorang seminit penjelasan.
Terpulang kepada Menteri.
Saya ambil satu minit?
Okay.
Jadi, yang penting seperti yang dikata ini penting untuk Malaysia. Kita dah cari cara yang paling elok untuk kita buat. Kita tahu macam mana kita nak buat dan kita sokong apa yang kita nak buat pada Palestin, itu tak berganjak. This is a balance solution yang kita nak. Apa yang kita buat kita tolong membina balik negara. Terima kasih.
Menteri nak bagi dengan siapa sekarang?
Ya saya.
Machang?
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Kedua, Sri Gading ya.
You know.
The road to hell is paved with good intentions. That was what been sold by then Dato’ Sri Najib Razak kepada kita semua. 1MDB − bagus hebat tapi tang dah kelola kelaut dan kita lihat kesannya pada hari ini.
Dan kita pun tahu dalam urus tadbir korporat yang rumit sebegini dalam exercise privatisation begini. The devil’s are in detail. Jadi saya nak tanya beberapa maklumat detail yang mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab saya yang bertulis kepada kami.
Pertama, adakah Konsortium akan menjamin bahawa CAPEX akan diperuntukkan kepada semua lapangan terbang dan bukan lapangan terbang tertentu yang untung sahaja?
Kedua, adakah Konsortium akan menjamin secara bertulis bahawa tidak akan ada sebarang pemecahan atau pemisahan mana-mana lapangan terbang atau kumpulan lapangan terbang pada masa hadapan. Ada yang international airport ada yang STOL di Sabah Sarawak tak make money. So, adakah GIP berminat dengan lapangan terbang ini? Mungkin tidak.
Adakah Konsortium − yang ketiga, akan menjamin secara bertulis bahawa tidak akan ada sebarang penganugerahan langsung untuk pembangunan lapangan terbang, penyelenggaraan, kedai bebas cukai, sewaan ruang komersial dan sebagainya semua anugerah mesti melalui tender dan dilakukan secara adil dan telus.
Keempat, yang terakhir bagaimanakah Konsortium dapat memastikan kepada orang awam bahawa semua aktiviti mengekalkan standard tadbir urus korporat tertinggi memandangkan MAHB tidak lagi disenaraikan di Bursa Malaysia.
Saya bukan − we can agree that, kita semua bersetuju dengan niat, niat yang ini semua baik tapi nak menuju itu kadang-kadang kita tergelincir. Jadi, saya bukan nak salahkan Datuk Amirul Feisal sebagai Pengerusi CEO Khazanah, MD Khazanah the dirt that did not happen under his watch. It happened before, years ago. I don’t trust Khazanah in managing this exercise. That’s why I raise this matter in Parliament.
Yang Berhormat, kita fokus kepada isu ini, jangan buang masa isu lain.
Ya Tan Sri Yang di-Pertua, jadi I just put on record, Hansard Tan Sri Yang di-Pertua. We are not happy with this deal. We believe we could be a better one to replace such deal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Okey. Point taken. Thank you. Sri Gading.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker. Ada dua perkara saja yang saya nak bentangkan ataupun nak persoalkan yang ataupun nak membantah apa yang dinyatakan oleh pihak pembangkang iaitu menyatakan bahawa GIP ataupun BlackRock ini akan menguasai saham.
Sebenarnya kalau kita lihat daripada data yang dikemukakan oleh pihak kerajaan, jelas menyatakan bahawa 30 peratus ini dibahagi dua lagi, ADIA dan juga GIP. Iaitu maknanya mereka pun pecah dua, sedangkan di pihak kerajaan, yang paling majoriti adalah Khazanah dengan 40 peratus, manakala KWSP 30 peratus.
Jadi, ini menjelaskan kepada kita bahawa pihak kerajaan ataupun pihak yang memegang saham yang terbesar adalah daripada Khazanah.
Dan Khazanah ini juga adalah merupakan pelabur-pelabur yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, daripada yang ramailah. Itu yang pertama. Begitu juga dengan KWSP.
Kedua, sepertimana yang kita sedia maklum saya mungkin memang berlainan pandangan dengan Putrajaya ingin menyatakan kalau konsultan, konsultan ini dah tentu kena bayar. Bila kena bayar, jadi tak jadi, sampai satu masa dia tinggal saja. Ini satu perkara yang akan lebih merumitkan pihak MAHB.
Jadi, kalau katakan sekarang ini dengan pelabur, dia akan memberikan satu tanggungjawab bersama. Dah tentu dia akan memastikan pelaburan dia ada keuntungan, dia akan bekerja bersungguh-sungguh. Jadi, saya minta penjelasan yang lebih jelas daripada Menteri, terima kasih.
Setengah minit Yang Berhormat. Setengah minit, confirm setengah minit. Saya sebenarnya − kami bukan menolak, kami menyokong tapi jangan ambil BlackRock, itu saja.
Yang kedua Yang Berhormat, saya juga dapat maklumat BlackRock juga wakil pelaburan KWSP. Hat itu pun kena tarik balik. Kami bagilah whiterock, apa tripplerock no problem. Tapi not BlackRock sebab United Nations tak diiktiraf.
Saya ingat Arau dah buat point cukup, cukup, cukup.
Ya bukan. Tapi saya mintak jangan kata kami menolak.
Baik.
Ni puak-puak kerajaan ini kena ingat.
Point taken, point taken. Baik.
Kami tak menolak. Kami mintak jangan ambil BlackRock, thank you.
Tan Sri. Tan Sri Speaker Ketua Pembangkang pesan tadi sebelum dia keluar. Dia kata dia minta pesan pada Menteri
lima senarai. Lima yang shortlisted. That’s what yang our Ketua Pembangkang pesan tadi. Terima kasih.
Baik. Saya minta Menteri jawapan terakhir dan landing, dari itu saya nak tutup. Silakan Menteri.
Terima kasih. Ada beberapa isu yang diterangkan. Terima kasih kerana sokongan yang diberi ya dan juga terima kasih kerana tolong memastikan yang tatakelola yang akan dibuat oleh pemilik MAHB akan buat dengan cara yang betul. Tapi kita kena bagi dia ruang untuk buat. Kita tak boleh masuk-masuk dah kata ini minimum requirement yang you kena ada.
Saya percaya yang usaha yang akan dibuat Khazanah dengan KWSP adalah usaha yang betul, yang lebih elok di masa depan dan kita beri dia ruang. Fasal kita boleh nampak pun apa yang dia buat. Kita pun ingat yang bahawa bawah operating arrangement yang dia ada, MAHB kena menjaga kesemua airport yang ada. Dia tak boleh pilih yang mana dia nak. Ini dipantau juga oleh kementerian ya.
Jadi, yang itu adalah satu kawal selia yang kita ada dalam proses ini. Jadi, bagi pihak Khazanah, KWSP saya rasa dia dah adakan tatakelola yang baik untuk mengawasi pelaburan yang dibuat ini dan saya berterima kasih semua kerana setuju, yang cara macam ini cara yang betul dan kita akan boleh menolong membina lapangan terbang yang lebih elok lagi di masa depan di Malaysia, terima kasih.
Baik, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Speaker, kapal terbang elok bukan kerana airport.
Dengan ini tamat sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan.
Kerana polisi kerajaan.
Saya tengah bercakap ni, YB rentilah kejap dulu.
Okeylah.
Dan Penerangan Daripada Menteri Peraturan Mesyuarat 16. Kamar Khas hari ini ditangguhkan hingga hari Khamis, 4 Julai 2024, jam 2.30 petang. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 4.26 petang]