Dewan Rakyat · 4 July 2024
15th Parliament, session 3, meeting 2 · not final · 580 turns · 46,468 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Jelutong.
Terima kasih. Selamat pagi Timbalan Speaker. Izinkan saya memulakan soalan saya dengan serangkap pantun. Apa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa, Apa guna memandang cantik; Kalau tidak berbudi bahasa. Dengan izin Timbalan Speaker. Soalan saya kepada YB Menteri adalah untuk menyatakan apakah status penggubalan perundangan, berkenaan kesalahan berhubung dengan account mule serta bagaimanakah perundangan ini dapat menangani peningkatan fraud kewangan dalam talian yang membimbangkan dalam negara berikutan perkembangan teknologi moden. Terima kasih.
1. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status apakah status penggubalan perundangan berkenaan kesalahan berhubung dengan akaun mule serta bagaimanakah perundangan ini dapat menangani peningkatan fraud kewangan dalam talian yang membimbangkan dalam negara berikutan perkembangan teknologi moden.
Silakan Menteri.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya minta maaf ya saya tak dapat berbalas pantun. Kerajaan pada hari ini sedar bahawa kemajuan teknologi yang semakin berkembang dengan kadar yang sangat pantas dan lebih menyukarkan apabila para penjenayah yang terbabit
memiliki kepakaran, bantuan peralatan serta modus operandi yang canggih dalam perlakuan jenayah siber khususnya jenayah scam yang melibatkan akaun keldai dengan izin mule account, judi dalam talian, kesalahan-kesalahan seksual dalam talian dan sebagainya. Tiada negara di dunia ini terlepas daripada ancaman siber yang wujud, susulan kemajuan teknologi khususnya perkembangan kecerdasan buatan dengan izin artificial intelligence. Dalam hal ini kebanyakan negara telah pun memulakan langkah proaktif dalam merangka perundangan yang bersesuaian untuk menangani cabaran teknologi berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan aktiviti penipuan dalam talian (online scam) dengan izin digerakkan dengan menggunakan akaun keldai di mana dengan izin scammers menggunakan akaun-akaun milik orang lain sebagai lubuk atau tempat persinggahan untuk menyimpan wang milik mangsa sebelum ia berpindah kepada akaun-akuan yang lain. Apabila siasatan dijalankan terhadap pemilik akaun-akaun ini, didapati akaun mereka telah disewakan ataupun diberi akses kepada orang lain secara sukarela atau sebaliknya. Tambahan pula perkara yang menyukarkan proses siasatan adalah pemilik-pemilik akaun ini kebiasaannya tidak mengenali pihak ketiga yang telah menyalahgunakan akaun bank mereka sebagai medium transit wang mangsa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini perundangan yang sedia ada tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi tindakan pemilik-pemilik akaun yang membenarkan akaun milikan mereka digunakan oleh orang lain dan juga tiada peruntukan khusus yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menyekat pergerakan wang mangsa penipuan dalam talian setelah ia disalurkan kepada akaun keldai. Disebabkan kelompongan inilah dalam aspek perundangan dan juga keperluan mendesak untuk melindungi semua lapisan masyarakat, daripada mangsa penjenayah penipuan dalam talian, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pindaan kepada Kanun Keseksaan Akta 574 dan Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian yang berkaitan dengan akaun keldai secara komprehensif dan berkesan. Dalam hal ini, cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan akan melibatkan perwujudan kesalahan baru yang berkaitan dengan tindakan mana-mana pihak yang membenarkan bank akaun mereka diguna oleh orang lain tanpa kuasa yang sah bagi tujuan yang sah untuk menangani isu akaun keldai serta memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk mengarahkan penyitaan akaun bank yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah siber. Kedua-dua cadangan pindaan ini
dijangka akan dibawa dan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini setelah memperoleh pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat, insya-Allah. Kerajaan Madani berharap bahawa usaha ini dapat sokongan semua Ahli- ahli Parlimen daripada dua-dua pihak untuk memastikan bagi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat negara kita adalah lebih terjamin. Terima kasih
Jelutong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang tuntas. Soalan saya susulan adalah berapakah jumlah kerugian wang yang telah direkodkan dari kes-kes penipuan ini dan dengan cadangan pindaan ini, adakah kerajaan dapat memastikan wang mangsa yang telah ditipu ini dapat dikembalikan semula kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Daripada tahun 2022, setakat Jun 2024 jumlah kerugian wang yang telah direkodkan dari kes-kes penipuan adalah berjumlah RM2,651,321,398.34. Didapati juga terdapat peningkatan secara keseluruhan bagi jumlah kerugian sebanyak 43.20 persen bagi tahun 2022 iaitu RM851,121,636.62 kepada RM1,218,839,783.59 bagi tahun 2023. Manakala kerugian bagi tahun 2024 adalah RM581,359,978.13. Berkenaan dengan soalan pemulangan wang mangsa, cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan ini akan membenarkan pihak polis untuk menghalang wang mangsa penipuan jenayah dalam talian daripada dikeluarkan atau digunakan dan ia juga akan memudahkan pihak polis untuk melakukan dengan izin, money tracing bagi mengenal pasti wang mangsa yang telah ditipu. Secara tidak langsung, ia akan membuka ruang untuk pemulangan wang-wang ini kepada mangsa-mangsa. Terima kasih.
Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan dengan isu yang sangat besar yang telah memberi kesan sangat besar kepada masyarakat, apakah langkah jangka panjang yang dirangka oleh Menteri melalui penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan ataupun NSRC untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai penipuan kewangan dan mempercepatkan proses pembekuan transaksi haram ini dan apakah– sejauh mana keberkesanan penggunaan ciri kill switch sebagai kaedah untuk melindungi dana pengguna daripada scam atas talian? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya terangkan tadi, setakat ini undang-undang kita tak ada tetapi bila kita lihat
kepada jangka masa panjang, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-undang Baru berkaitan dengan kemudaratan jenayah dalam talian telah ditubuhkan oleh kerajaan dan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi serta saya di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan juga Yang Berhormat Menteri Digital. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak tiga kali daripada 5 Februari, 13 Mac, 14 Mei dan insya-Allah, setelah perbincangan dan dihalusi perancangan dengan kelulusan Kabinet diharapkan bahawa undang-undang yang menyeluruh untuk jenayah dalam talian, bukan sahaja kes-kes jenayah scammer kewangan, jenayah artificial intelligence, jenayah-jenayah seksual, jenayah deepfake ini semua. Semua aspek jenayah ini September dan saya berharap jika Kabinet meluluskan dari segi dasar dan undang-undang baharu yang digubal itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang. Insya-Allah pada bulan Oktober 2024. Tetapi, pelaksana undang-undang ini yang akan digubal, dibawa, akan dilaksana oleh Kementerian Komunikasi serta Kementerian Digital, tertakluk pada bidang kuasa masing-masing. Tetapi, peranan bahagian undang-undang ialah membantu dalam menggubal undang-undang yang menyeluruh. Sebab kita tengok dalam bentuk undang-undang seluruh dunia, semua negara-negara telah mewujudkan undang-undang ini yang dilihat insya-Allah dapat mengurangkan jenayah yang berlaku dalam dunia siber, yang dilihat sebagai dunia yang begitu baru kepada masyarakat dalam dunia ini pada hari ini. Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Baik, terima kasih pada Speaker. Kalau Jelutong berpantun, saya pun pantun juga lah. Apa pun terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih daun keladi, Kalau ada bagi lagi.
2. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk menaikkan had nilai kerja G1 daripada RM200,000 kepada RM250,000 atau RM300,000 memandangkan harga barang yang semakin meningkat dan kerja G2 boleh dinaikkan kepada RM600,000.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Ini awal-awal berpantun. Buat tuak dengan ragi, Kalau minta saya tetap bagi.
[Ketawa]
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk memberi jawapan kepada soalan yang kedua ini. Untuk makluman, kaedah perolehan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan 2.1 iaitu Kaedah Perolehan Kerajaan ataupun PK dan merujuk kepada PK2.1 ini bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dan yang tidak mempunyai jadual kadar kejuruteraan awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM500,000, hendaklah dipelawa secara buat sebut harga seperti yang berikut: (i) perolehan yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM200,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang- kurangnya lima kontraktor tempatan ataupun daerah gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) mengikut kategori dan pengkhususan yang berkenaan; dan (ii) perolehan yang bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang- kurangnya lima kontraktor tempatan gred G2 yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) mengikut kategori dan pengkhususan yang berkenaan. Sehubungan itu, had nilai kerja bagi perolehan kerajaan, kontraktor tempatan gred G1 dan G2 masih tertakluk kepada arahan PK2.1 dan untuk sebarang kenaikan had nilai kerja bagi perolehan kerajaan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Jadi, berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK1.5 yang berkuat kuasa, pindaan pada 10 April 2023, nilai had keupayaan melaksanakan dan menjalankan kerja pembinaan bagi gred pendaftaran G1 ini telah ditingkatkan kepada tidak melebihi RM200,000 dan bagi perolehan kerja kerajaan mengikut keperluan industri. Berdasarkan rekod CIDB, Tuan Yang di-Pertua. Isu dan permintaan untuk menaikkan nilai had keupayaan melaksanakan kerja ini adalah berkait dengan perolehan projek kerajaan bagi sektor awam sahaja dan tiada lagi permintaan untuk menyemak semula nilai had keupayaan melaksanakan kerja di sektor swasta. Walau bagaimanapun, untuk sebarang kenaikan had nilai kerja bagi perolehan kerajaan untuk kontraktor tempatan G1 dan G2 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan sepenuhnya. Namun begitu, Kementerian Kerja Raya
bersama jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa memantau perkembangan industri dan isu-isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor. Jadi, Kementerian Kerja Raya sedang memperhalusi perkara ini bersama Kementerian Kewangan untuk terus memperkasakan industri pembinaan di negara ini. Yang Berhormat, saya pun selalu berbincang dengan ataupun saya didatangi untuk berbincang bersama dengan PKMM dan PKBS iaitu persatuan-persatuan, di mana kontraktor-kontraktor selalu meluahkan perasaan mereka untuk bagaimana sepatutnya penambahbaikan kita sedang buat dan saya telah mengarahkan pegawai di kementerian untuk memperhalusi bagaimana kita boleh membantu mereka ini. Sekian, terima kasih.
Kulim-Bandar Baharu.
Baik, terima kasih kepada YB Menteri atas jawapan yang ditunggu-tunggu oleh Persatuan Kontraktor Malaysia. Mereka mengharapkan sesuatu yang baik, perubahan yang kita cadangkan tadi supaya dapat dilaksanakan. Baik, soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri. Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu kontraktor di atas kenaikan harga jentera dan bahan disebabkan kenaikan harga barang khasnya kontraktor yang sudah diberikan tawaran kerja sebelum kenaikan harga diesel lebih kurang 55 peratus, akibatnya kos pembinaan turut meningkat antara 15 peratus sehingga 35 peratus. Ini akan mengakibatkan kerugian kepada kontraktor dan memungkinkan projek tidak dapat disiapkan dan adakah pihak kerajaan untuk menimbangkan untuk kembali VOP untuk menampung kos projek kepada kontraktor? Adakah pihak kerajaan akan melaksanakan cost nature of termination seperti yang dilaksanakan kerajaan semasa PKP dahulu dan juga ini permintaan, soalan permintaan daripada kontraktor.
Masa sudah tamat.
Satu sahaja, last. Kontraktor juga meminta supaya otai-otai kontraktor ini supaya yang sudah masuk usia emas, supaya jangan upgrade lesen G1 ke G2 apabila kontraktor renew lesen. Minta CIDB hold dahulu antara lesen G1 ke G2 sebab mereka dah berusia. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Ya, banyak soalan tadi. Ada soalan kami dah jangkakan sebab ini adalah perkara-perkara yang terkini ya, yang semasa. Jadi, Yang Berhormat, kerajaan amat prihatinlah terhadap kenaikan harga runcit...
[Bangun]
[Bangun]
...Diesel bermula pada awal bulan Jun iaitu 10 Jun 2024 yang lalu ini yang merupakan kenaikan sebanyak 55 peratus daripada harga pam— kalau dulu RM2.15, ke sekarang RM3.35 ya, harga pam diesel. Jadi, sehubungan dengan itu, kerajaan telah mula melaksanakan sistem kawalan diesel bersubsidi secara bersasar kepada rakyat yang terkesan. Permohonan boleh dibuat kepada agensi-agensi yang berkenaan dan antaranya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hiduplah. Jadi, yang berkaitan dengan mereka ataupun dengan agensi-agensi lain yang mungkin ada menyediakan saluran untuk permohonan seperti ini dibuat. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan pada 19 Oktober 2021 telah memperkenalkan diesel bersubsidi yang menggunakan skid tank ya, khas ya, menggunakan subsidi khas kepada sektor pengangkutan darat dan bot penumpang sungai dan disasarkan kepada pengusaha-pengusaha yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, skim ini tidak diperluaskan untuk industri pembinaan ketika itu. Oleh itu, pembelian diesel bagi kegunaan industri pembinaan selama ini adalah secara pembelian komersial dan bukannya pembelian secara runcit yang tertakluk kepada pemberian subsidi sebelum harga diesel ini diapungkan. Makna dia, kontrak selama ini memang diambil kira dalam estimate untuk harga diesel ini adalah dengan harga komersial. Tak pernah dengan harga pam yang bersubsidi. Jadi, Ahli Yang Berhormat sekalian, ada kemungkinan industri pembinaan akan terkena tempias akibat pengapungan harga minyak ini. Kita tahulah sebab saya pun turut menerima rayuan dan keluhan daripada mereka. Namun demikian, masih terlalu awal untuk menganggarkan peratusan kenaikan kos di dalam industri pembinaan ataupun industri binaan. Untuk makluman bersama, kerajaan sedang mengkaji isu ini dan sebelum pertimbangan memperkenalkan sebarang dasar baharu, perhatian yang lebih teliti perlulah dibuat berdasarkan pelbagai sudut. Antaranya, indeks kos bahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan merekodkan sebarang peningkatan dan juga penurunan kos bahan binaan di negara ini.
Jadi, dengan rayuan-rayuan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, memang kami tahu sangat akan ada masalah begitu. Jadi, sepertimana telah saya sebut tadi, kami sedang memperhalusi dengan agensi-agensi yang berkenaan, lebih- lebih lagi Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.
Sri Gading. Silakan.
Yang VOP itu dan yang itu Yang Berhormat, nanti saya akan bagi jawapan yang lebih teliti sebab saya perlu berbincang juga dengan agensi-agensi yang berkenaan ya. Saya tak bolehlah secara KKR sahaja memberi maklumat. Mungkin nanti takut ia tidak tepat. Sekian, terima kasih.
Sri Gading.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih atas jawapan Menteri yang panjang khusus berkaitan dengan sektor pembangunan yang tidak dapat diesel subsidi. Di mana kalau kita lihat, mungkin kalau pembinaan itu agak besar ataupun syarikat-syarikat besar, mungkin itu memang munasabah untuk diberikan pakai guna komersial punyalah. Tetapi, bagaimana tentang syarikat-syarikat G1 ini? G1, G2, kita tahu syarikat kecil. Tentu mereka tidak ada kemampuan untuk dapatkan bayaran yang berkenaan. Jadi, saya rasa penting untuk kementerian melihat...
Ringkaskan soalan.
Ya, soalannya itulah. Jadi, bagaimana cara untuk membantu golongan ini? Itu yang pertama. Kedua, berapa banyak syarikat G1 ataupun G2 boleh didaftarkan di bawah satu penama? Soalannya. Berapa banyak syarikat G1, G2, yang boleh didaftarkan atas nama seorang? Satu penama. Itu yang pertama. Sebab apa? Kalau boleh, kita hadkan supaya dapat berikan peluang kepada G1 yang baharu, yang baru mendaftar dan sebagainya.
Menteri, sila jawab. Masa sudah tamat.
Okey, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Ya, telah saya menyatakan tadi, Yang Berhormat, memang kita prihatin kepada rayuan daripada G1. Bukan G1 sahaja. G1 ke G4. Sebab, saya banyak kali dah berjumpa dengan mereka dan mendengar rayuan mereka. Baru-baru ini, Presiden PKBM pun sampai ke Sarawak, dia ikut saya, dia bawa kawan-kawan dia bersama untuk buat
rayuan di sana. Sebab, dia kata ini adalah sesuatu yang agak urgent ataupun perlu diambil kira dengan segera. Saya ambil maklum apa yang dirayu oleh mereka ini. Jadi, kita memang prihatin. Sebab itu, kita sedang, saya katakan tadi, sedang memikirkan untuk mencari bagaimana kaedah untuk membantu mereka. Kita akan syorkan kepada kerajaan dan kita berharaplah agensi tertentu iaitu Kementerian Kewangan akan bersama. Kita akan berbincang bagaimana membantu mereka ini yang terkesan dengan kenaikan harga bahan api diesel ini. Satu tadi, untuk jumlah yang G1 dan CIDB. Yang saya tahu, kalau saya tak silap― kalau saya silap, nanti saya perbetulkan. Kepada seseorang ini, dia tak boleh mendaftar lebih daripada satu syarikat. Ini sebagai satu kaedah kita mengawal supaya tidak ada mana-mana yang buat banyak syarikat, dia jadi kartel nanti. Isu kartel ini besar juga masalahnya, Yang Berhormat. Jadi, kalau ada sesiapa pun tahu ada orang perseorangan ini membuat beberapa syarikat dengan nama dia seorang itu, memang itu, saya fikirlah, ada kesalahan dari segi peraturan CIDB kita. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.
3. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik kes-kes keganasan rumah tangga yang direkodkan di kawasan Klang dari tahun 2021 hingga 2023 mengikut pecahan kaum dan kumpulan ekonomi. Berapa jumlah daripada mangsa-mangsa tersebut yang telah ditempatkan di pusat perlindungan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius akan kes-kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan perlindungan kepada mangsa kes keganasan rumah tangga melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Berdasarkan statistik JKM, sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga telah diterima dari tahun 2021 hingga 2023 di seluruh negara. Kes ini meliputi mangsa lelaki dan juga wanita. Daripada jumlah tersebut, 773 kes adalah dilaporkan di negeri Selangor dengan 81 kes dilaporkan di daerah Klang.
Perincian tindakan ke atas kes-kes tersebut adalah seperti berikut: | Tindakan |Bilangan (kes)| |------------------------------------------------------------------------------------|-------------:| |Diberi Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) | 1| |Diberi Perintah Perlindungan Sementara (Interim Protection Order) | 7| |Diberi Perintah Perlindungan (Protection Order) | 5| |Kaunseling di Pejabat Kebajikan Masyarakat | 8| |Khidmat nasihat di Pejabat Kebajikan Masyarakat | 41| |Dirujuk ke agensi lain | 4| |Dipindah tinggal berasingan di pusat perlindungan swasta, korporat persendirian, NGO| 3| |Pindah tinggal berasingan kembali ke rumah ibu bapa | 4| |Permohonan ditarik balik | 1| |Dalam proses siasatan | 7|<END_TABLE_MARKER> Manakala statistik pecahan kes keganasan rumah tangga mengikut kaum di Klang adalah: Kaum Bilangan (kes) India 37 Melayu 23 Cina 9 Bukan warganegara 6 Lain-lain bangsa 4 Peribumi Sarawak 2 Sementara itu, tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 adalah merujuk kepada mana-mana rumah atau institusi yang disenggara atau diuruskan oleh kementerian atau jabatan yang dipertanggungjawabkan bagi perkhidmatan kebajikan atau mana-mana agensi lain atau organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri.
Manakala, mengikut garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga oleh KPWKM, tempat berlindung merujuk kepada mana-mana rumah,
institusi atau tempat lain yang sesuai yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima mangsa untuk sementara waktu. Jadi, sekian terima kasih.
Klang.
Terima kasih kepada Menteri kerana jawapan yang begitu padat. Namun, apa yang saya tanya sebelum ini adalah berkenaan tentang bukan kaum sahaja, tahap ekonomi keluarga tersebut juga. Tetapi, tidak apa, tidak disebut. Akan tetapi, soalan saya adalah kita faham selalunya adalah daripada kalangan keluarga B40. Kita nampak NGO memainkan peranan yang lebih banyak daripada kementerian itu sendiri, yang mana dalam memberi perlindungan dan juga menjaga kebajikan mereka. Itu yang saya nampak di kawasan Daerah Klang. Apa yang saya pohon hari ini adalah supaya adakah kementerian bersedia dalam menempatkan mereka dalam rumah sementara dan juga mendapatkan pekerjaan kepada mangsa dan keluarga mereka supaya mereka dapat berdikari untuk satu tempoh yang bukan singkat tetapi tempoh yang agak panjang sebab keluarga mangsa keganasan ini dia sudah tentunya mereka berlarutan. Maka, kita tidak dapat hanya ditempatkan dalam rumah perlindungan tetapi kita perlu dapatkan mereka supaya mereka berdikari dan juga mereka perlu ada satu perumahan yang satu keluarga dapat hidup bukan dengan asrama. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, kita bekerjasama dengan NGO kalau Yang Berhormat hendak tahu. Sebab apa? Kita meletakkan mereka di rumah perlindungan dengan kita bekerjasama dengan NGO kerana kita mahu apabila menjadi mangsa keganasan, kita mahu mereka dilindung. Kalau kita benarkan orang tahu, yang menjadi orang yang melakukan penderaan tersebut akan boleh dengan mudah mencarinya. Jadi, itu apa yang kita lakukan. Kita bekerjasama dengan NGO. Kita ada juga rumah perlindungan kita sendiri. Pada masa yang sama, kalau dari segi ekonominya, sebenarnya kita ada juga sedia jawapan ekonomi tetapi mengikut masa kita tidak dapat bagi. Boleh kita beri jawapan bertulis. Tetapi, kalau dari segi memberi pekerjaan, itu boleh kita lakukan. Cuma, bergantung kepada mangsa itu sendiri kalau dia hendak bekerja ataupun sama ada dia bersetuju dengan pekerjaan yang ditawarkan tetapi kita perlu masa kerana apa yang kita lakukan ialah pekerjaan itu, kita bekerjasama dengan pihak swasta untuk kita mencari, membantu mereka ini untuk memberi pekerjaan kepada mereka. Jadi, segalanya memerlukan kerjasama di antara pelbagai pihak, bukannya di tempat kita sahaja. Kita tidak mahu melindungnya dengan begitu lama juga kerana
dia perlu membuat keputusan di mana dia hendak pergi, apa yang dia hendak lakukan. Jadi, sebab itu, itu bukan satu keputusan yang dibuat dengan orang kata semberono, I don’t know whether that is the right term, dengan izin, dengan begitu sahaja. Ia perlu dibincang bersama dan perlu dirancang juga. Jadi, banyak lagi Yang Berhormat cara kita membantu. Jadi, bukan NGO sahaja yang lakukannya malah kita dengan NGO kerjasama. Okey, terima kasih.
Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sangat berdukacita dengan apa yang berlaku dengan kes di Batu Gajah di mana seorang wanita yang telah didera telah pun melaporkan pada pihak polis tetapi kemudiannya dia telah didapati terbunuh didera oleh suami. Dalam kes ini, saya percaya kalau kita sudah ada EPO, kita sudah interim ataupun juga emergency protection order. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji lacuna dalam SOP dan juga undang-undang supaya kita mempunyai comprehensive legal protection kepada mangsa-mangsa ini kerana kita percaya bahawa perlunya ada kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan juga KDN dalam melahirkan penerima pengadu. Ertinya, di kaunter pertama bahagian polis itu untuk menjadi lebih mesra pengadu dalam kes sebegini sebab kita tidak mahu kes ini berulang. Itu yang pertama. Kedua, berapakah kumpulan...
Ringkaskan soalan.
...support group yang telah diwujudkan oleh kementerian khas untuk DVA ini? Dalam kes kanak-kanak, kita ada pelindung. Dalam kes DVA, kita tidak ada pasukan yang khusus. Jadi, adakah kementerian sudah ada pasukan dan berapakah pasukan yang ditubuhkan dalam negara? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, memang kita menggalakkan mereka yang mempunyai idea untuk kita memperbaiki kita punya syarat ataupun apa-apa yang menjadi kita punya term and condition kita, dengan izin. Dalam hal ini, kalau dari segi usaha menangani kes keganasan rumah tangga, ia memerlukan usaha menyeluruh daripada pelbagai pihak. Menyedari hal ini, KPWKM sememangnya bergerak seiring dengan agensi-agensi berkaitan atau whole of government approach dalam melaksanakan inisiatif kerajaan berhubung perkara ini. KPWKM telah pun menjalinkan kerjasama dengan PDRM dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap isu keganasan
rumah tangga melalui program-program kesedaran di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, kita juga bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam jawatankuasa– there is a jawatankuasa yang bernama Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga yang merupakan platform pemantauan dan penyelarasan usaha menangani isu ini. Dari sinilah kita dapat mendengar apa yang menjadi masalah ataupun menjadi cabaran kita yang boleh kita perbaiki. Sementara itu, peruntukan undang-undang sedia ada sememangnya bersifat mesra dan melindungi mangsa. Tadi disebut fasal EPO tadi. Pada masa dalam dua jam, kalau tak ada tindakan daripada siapa-siapa, pegawai JKM sendiri boleh bertindak untuk mengeluarkan EPO bagi membantu melindungkan mangsa kita. Dari segi NGO ataupun support group, sebenarnya kita banyak support group. Malah, kita baru sahaja–dalam proseslah. Bukan sahaja baru melancarkan community-based organization, ia bergantung kepada daerah-daerah yang pada masa ini memang dia sudah kita lancarkan tetapi dari daerah-daerah itu tidak menyeluruh. Setakat ini belum lagi kesemua daerah, belum dapat kita capai kerana seluruh negara ini besar dan ia delocalize. Kita juga ada support group dari NGO yang bersama dengan kita. Kalau dari segi saya hendak bagi pengiraan itu, kadang-kadang ada juga yang tak dimaklumkan dengan orang ramai kerana tidak mahu mereka diketahui tetapi mereka berjalan, bekerja secara sukarela. Malah kita ada juga Skuad Waja kita. Skuad Waja kita dari Jabatan Pembangunan Wanita yang menubuhkan Skuad Waja ini untuk memastikan mereka dapat membantu dalam hal seperti ini. Kepada wanita, saya ingin berpesanlah, wanita semua, pesanan saya ialah wanita mesti ingat bahawa orang lain tidak boleh ataupun tidak berhak memukul ataupun mendera kita. Badan itu, kita sendiri yang mengawalnya, kita yang punya. Jadi, jangan dibiarkan orang mendera kita. This is your body, jaga diri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Saya jemput Puan Yeo Bee Yin, Puchong.
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya, soalan pertama.
1. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa jumlah kes kanser baru setiap tahun dari 2020-2023. Apakah tindakan kementerian untuk meningkatkan saringan kanser payu dara, kolon, serviks dan ovari di kalangan wanita dan saringan kanser paru-paru, kolon, prostate, Nasopharynx dan hati di kalangan lelaki.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan terkini oleh Registri Kanser Kebangsaan 2017-2021, sebanyak 34,332 kes kanser baharu dilaporkan pada tahun 2020 dan 31,688 kes baharu dilaporkan 2021. Ya, oleh kerana pelaporan itu dibuat dalam 5 tahun sekali, kita tidak dapat– kita tidak ada datanya yang terkini. Apa pun, saya selaku Menteri memandang perkara ini adalah serius dan hari ini kita tahu bahawa notifikasi kanser hanyalah sebagai voluntari dan saya rasa high time kita mewajibkan to habit mandatory dengan menggunakan online. Dahulunya notifikasi manual sahaja. Jadi, saya percaya melalui talian, melalui secara online, dalam talian. Melalui laman sesawang Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW), saya suka untuk atau saya akan cadangkan supaya menjadi satu notifikasi yang mandatori dan wajib, public, private dan semuanya. Tuan Yang di-Pertua, 10 kanser utama yang dilaporkan tahun 2017 hingga 2021 adalah kes payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, limfoma, liver, prostat, leukemia, nasofarinks dan sebagainya. Wanita, the top five adalah payudara, kolorektal, kanser paru-paru, kanser korpus uteri dan kanser ovari. Sementara lelaki adalah kolorektal, paru-paru, kanser prostat, kanser hati dan limfoma.
Datuk Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan telah merancang gerak kerja ‘saingan’ kanser. Saringan kanser, maaf di bawah pelan-pelan strategik kami. Yang pertama adalah The National Strategic Plan for Cancer Control Programme berakhir 2021-2025, itu overall. Kedua adalah National Strategic Plan for Colorectal Cancer Control 2021- 2025 juga dan Pelan Tindakan Eliminasi Kanser Serviks and Cervical Cancer ini 2021-2030 dan inisiatif yang dibawa oleh The Breast–The Global Breast Cancer Iniciative, 2021 bermulanya. Datuk Yang di-Pertua, perkhidmatan saringan kanser yang disediakan di klinik-klinik kesihatan seluruh negara adalah saringan kanser kolorektal yang
menggunakan ujian Pneumococcal Chemical FO BT Fecal Occult Blood Test dan itu bagi tahun 2023 sebanyak 53,679 saringan kanser dibuat untuk colorectal. Kedua, saringan kanser payudara yang melalui pemeriksaan klinikal dan pemeriksaan sendiri dan ujian mammogram melalui program pengesanan awal saringan kanser payudara seramai “1.7 juta. 1.7 juta dan 1.700, 700, 449” wanita, 1.7 more or less wanita berumur 20 tahun hingga 65 telah menjalani pemeriksaan klinikal payudara di klinik-klinik kesihatan dan juga saringan kanser serviks melalui ujian pap smear dan hari ini lebih popular ialah ujian HPV bersama dengan ROSE Foundation. Datuk Yang di-Pertua, itulah antaranya saringan yang kita sedang lakukan dan the whole of – not– dia tidak boleh mengambil pendekatan hanya whole of government tetapi mesti lah whole of nation. Justeru, dengan itu kita memandang kepada support daripada NGO, supportive care frame work. Ramai yang terlibat dalam ini mewujudkan satu network supportive untuk close the gap. Closing the gap of cancer care, sama ada kalau boleh saya sebutkan nama-nama NGO yang banyak membantu kami...
Ringkaskan jawapan ya Menteri.
Ya. Baik. Itu yang dapat saya sebutkan awalnya. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Puchong.
Terima kasih Puan Speaker. Saya telah baca New Straits Times bertarikh 26 Jun 2024 yang bertajuk Cancer on the rise: A doctor’s perspective on Malaysia’s growing issue, di mana Persatuan Onkologi telah mencatatkan peningkatan lebih daripada 50 peratus pesakit dan kadar kematian akibat kanser dari 2012 hingga 2022. Dan juga kanser merupakan punca utama kematian iaitu 26 peratus di hospital swasta dan punca kematian keempat di hospital kerajaan ialah di sekitar sembilan peratus. Puan Speaker, apa yang saya bimbang ialah apabila saya baca bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 300 pakar onkologi untuk memenuhi permintaan kes kanser. Tetapi apa yang kita dapat mengikut daftar pakar kebangsaan ialah kita ada kira-kira 142 clinical oncologist, 15 medical oncologist dan 31 gynae oncologist sahaja. Data juga menunjukkan bahawa kita hanya ada 54 hospital yang ada pusat kanser. Perlis hanya...
Soalan. Soalan.
Perlis hanya ada klinik– satu kanser sahaja tetapi manakala Kedah, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan hanya ada satu pusat kanser. Oleh itu, soalan tambahan saya Puan Speaker adalah, apakah langkah
yang diambil oleh KKM untuk memastikan bahawa negara kita ada oncologist yang mencukupi dan juga pusat kanser yang mencukupi untuk menampung permintaan yang banyak sekarang? Dan juga menunjukkan trend yang meningkat yang sangat membimbangkan pada masa depan. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Ya, saya sangat sedar dan insaf akan keberadaan ataupun tidak ramai oncologist, terutama di KKM, kita hanya ada kurang lebih 68 sahaja oncologist working in our – in our healtcare facility – public healthcare facilities. Daripada situ, we have tiga medical oncologist dan tiga yang lain itu clinical oncologist yang kita sebutkan begitu. Training oncologist ini Tuan Yang di-Pertua, YB Puchong ya, juga saya memandangkan satu. Satu apa nya ini, pipe in the pipeline sangat terhad. Saya memerhatikan kalau sarjana – masters in medicine dengan izin sarjana perubatan kita dalam in a pipeline melalui– sedang apanya ini mengikuti program pengajaran kepakaran onkologi, ada 60 buat hari ini dan parallel pathway 11 dan jumlahnya adalah kurang lebih 71. And graduating from parallel pathway itu hanya satu atau dua sahaja setahun dan juga begitu sarjana perubatan kurang lebih kita dapat beberapa tidak besar jumlahnya, the graduate from both our parallel pathway dan juga sarjana perubatan yang kita buat di satu atau dua universiti pengajian perubatan di negara kita ini. Saya memandangkan perkara ini adalah serius saya tahu juga kalau boleh saya sebutkan ya, kita punya pusat onkologi di Malaysia tujuh hospital dan tiga hospital universiti, itu sahaja yang ada. Seven plus three dan– dan juga pusat khidmat onkologi kanak-kanak di Malaysia adalah di Hospital Tengku apa nya itu– HTA Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sultan Ismail dan juga Hospital Umum Sarawak, HSID di Johor dan Hospital Umum Sarawak dan juga Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Jadi, these are the few yang kita ada. So, di contohnya kita telah, baharu menambah dua pakar onkologi yang telah kita tempatkan di Hospital Ipoh dan itulah penambahannya so far. So, ya, saya akui kita memang mengalami satu kesediaan dari sudut kepakaran yang perlu kita pertingkatkan lagi both the parallel pathway dan juga master medicine. Jadi, itu yang nak saya sebutkan dahulu.
Yang Berhormat Menteri, boleh bagi jawapan bertulis kalau yang tak sempat jawab. Kuala Nerus.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sepertimana yang kita semua sedia maklumlah, kanser boleh terkena pada semua lapisan masyarakat ketika tidak bergantung pada status sosioekonomi. Juga jika sekiranya dapat dikesan
di peringkat awal dan mendapat rawatan awal, insya-Allah peluang untuk sembuh itu adalah besar berbanding setelah stage three or four baru kita kesan, memang agak sukar. Soalan saya ialah apakah usaha kementerian untuk meningkatkan tahap penyertaan peserta Peka B40 terutamanya dalam insentif melengkapkan rawatan kanser CCTI? Juga apa– kerajaan bercadang untuk memperluaskan Peka ini atau sejenis dengannya kepada golongan M40 yang juga saya kira terkesan dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang ini. Kos barangan yang mahal, nilai ringgit yang lemah, harga ubatan yang meningkat, kos pemeriksaan dan rawatan di hospital swasta juga sangat tinggi. Ditambah kenaikan kos bahan api, sekiranya golongan M40 juga amat sukar untuk membuat screening bila memandangkan kos yang tinggi, di samping yang saya perhatikan lah...
Masa sudah tamat.
Sekejap. Kesedaran masyarakat kita tentang pentingnya buat screening ini adalah amat rendah lagi. Apakah usaha kementerian...
Yang Berhormat Menteri. Sila jawab. Masa sudah tamat.
...untuk mengatasi isu ini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus. Saya tahu Kuala Nerus sangat– sangat passionate dengan izin, sangat peka dengan persoalan apa ini– soalan saringan dan saringan yang dimaksudkan adalah saringan melalui program Peka B40 yang asalnya memang untuk golongan berpendapatan rendah B40. Juga saya pada awalnya ketika membangunkan Peka B40 dalam 2018 dahulu, meletakkan soalan screening adalah sangat penting sebab screening adalah hanya satunya cara untuk kita dapat menangani awal ataupun mengesani awal. Antara yang kita buat adalah apa yang dikatakan sebagai colorectal cancer, CAA of the cologne dan juga breast dan juga apanyacervical cancer. Kita belum dapat menambah lagi tetapi itu adalah juga apa nya ini yang– yang saya tekankan dan untuk menambah kepada M40 itu Datuk Yang di-Pertua, Kuala Nerus, ia memerlukan satu pertimbangan dasar dan juga kewangan. Jadi saya kira perkara itu akan kita– kita bukan hanya ada Peka B40 sebagai saringan. Kita punya pelbagai lagi pendekatan pelbagai ruang untuk mereka mendapat– mendapat saringan sepertimana yang saya telah sebutkan lebih awal
tadi program-program saringan kita. Yang mana ia nya adalah juga program-program saringan kanser dan juga melalui– melalui kerjasama dengan NGO yang saya sebutkan tadi sebagai the NGO Supportive Care Framework.
Kalau boleh saya sebutkan, NCSM bersama dengan MAKNA, bersama dengan Pink Unity, ROSE Foundation, semua itu adalah NGO-NGO yang bekerjasama dengan kami to close the gap ataupun the care gap dalam rawatan dan juga dalam preventive, promotion, dalam screening, dalam diagnosis dan juga treatment. NCSM bersama kami Jawatankuasa Pilihan Khas juga menjalankan program 300,000 wanita muda yang kita jalankan di seluruh negara sebagai satu, untuk menamatkan cervical cancer dalam Program HPV Screening. Itu juga adalah satu yang bersama dengan NGO. Kita akan cuba perluaskan lagi, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Kuala Nerus.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Puan, aturan mesyuarat, Puan. Puan, aturan mesyuarat, Puan. Aturan mesyuarat.
Peraturan mesyuarat mana?
Peraturan mesyuarat berkenaan dengan aturan mesyuarat harian– hari ini. Puan...
Kalau tak ada kaitan dengan...
Ada kaitan, ada kaitan.
Jangan bazir masa. Cepat, peraturan mesyuarat...
Bukan bazir masa. Puan, saya...
Peraturan mesyuarat yang mana satu?
Saya pohon minta petua, Puan. Puan masih muda tapi saya minta petua.
Saya nak tahu peraturan mesyuarat yang mana satu?
Saya nak tahu kedudukan Tanjong Karang. Dia adakah di pihak kerajaan ataupun pembangkang?
Tiada peraturan mesyuarat yang disebutkan. Jadi, sila duduk. Saya jemput Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Susunan– Puan, Puan, saya minta penjelasan, Puan. Di mana kedudukan, di nombor empat...
Sila duduk. Jerantut.
Ini kerajaan. Puan kena adil. Puan sebagai...
Sila duduk. Jangan bazir masa.
Saya tak bazir masa. Saya ingin mendapatkan penjelasan, Puan. Ini mesyuarat.
Nanti baru minta penjelasan. Sila duduk.
Siapa yang nak minta penjelasan, sekarang?
Nanti minta penjelasan dari Tan Sri Speaker.
Ha, sudah macam ini. Tak layan langsung.
Jerantut. Kalau tak puas hati, keluar. Jerantut.
Kena adil, Puan. Pengerusi kena adil. Okey, Yang di-Pertua.
Sila duduk.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Jangan garang sangat. Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini pembinaan Jalan Persekutuan FT64 Maran- Jerantut-Benta yang masih lagi tidak siap sepenuhnya.
Okey, terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya pun merangka pelaksanaan jangka masa panjang bagi Projek Menaik Taraf Laluan Persekutuan FT64 dari Bandar Benta hingga ke Daerah Maran. Projek naik taraf laluan ini akan dilaksanakan secara
berfasa iaitu melibatkan Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3, tertakluk kepada keutamaan negeri dan agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini. Jadi, berikut adalah kemajuan projek yang telah diluluskan: (i) menaik taraf laluan FT64 Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 2 iaitu Bandar Jerantut ke Simpang Jengka. Ia siap pada Jun 2001; (ii) menaik taraf laluan FT64 Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 3, Segmen 6B Kuala Sentul ke Batu 55, siap pada Julai 2006; (iii) menaik taraf laluan FT64 Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 3, Segmen 6A iaitu dari Kuala Sentul ke Batu 55 juga. 6A tadi 6B. Segmen 6A ini siap pada Oktober 2008; (iv) menaik taraf laluan FT64 Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 1, Segmen 7, Kampung Latar Kasah ke Bandar Jerantut, siap pada Mei 2023; dan (v) menaik taraf laluan 64 Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 3, Segmen 1 Simpang Jengka ke Tekam dalam pembinaan dengan kemajuan sebenar 77.5 peratus berbanding 75.0 peratus jadual iaitu awal 15 hari setakat 25 Mei 2024. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, seterusnya bagi tahun 2024 di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12, agensi Pusat telah meluluskan pelaksanaan kerja awalan, ukur tanah, penyiasatan tanah dan kajian trafik bagi Fasa 1, Segmen 10 iaitu Bandar Benta ke Kampung Jerangsang. Jadi, secara keseluruhannya, fasa-fasa ini apabila siap kelak akan menyediakan jajaran perhubungan jalan yang lebih baik, selamat dan selesa daripada Bandar Benta hinggalah ke Daerah Maran. Sekian, terima kasih.
Jerantut.
Terima kasih Menteri dengan jawapan. Kalau boleh kita percepatkan kerana sering kali berlakunya banjir kilat di Kampung Sungai Siam kerana isu inilah di Fasa 3, Segmen 1. Jadi soalan saya, bilakah pihak kementerian berhasrat untuk menyambung Projek Jalan FT64? Specifically daripada Kampung Latar Kasah ke Kampung Sempadan yang menghala ke Benta. Ini kerana kita dimaklumkan ia telah pun- segmen ini telah pun diangkat semula daripada RMKe-10 lagi. Soalan saya kedua, apakah mekanisme JKR dalam menangani isu kerosakan jalan yang mendap akibat lori-lori bijih dan lori-lori sawit sepertimana yang berlaku di antara Jalan Batu 1 ke Sungai Badak? Terima kasih.
Ada dua soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, makluman yang saya ada di sini, Projek Sambungan Jalan FT64 dari Kampung Latar Kasah ke Kampung Sempadan menghala ke Benta yang dimaksudkan adalah menaik taraf Jalan Benta-Jerantut- Maran laluan persekutuan FT64 Pahang Fasa 1, Segmen 7A, 8 dan 9, itu Kampung Latar Kasah ke Kampung Jerangsang. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, fokus kementerian buat masa ini untuk melaksanakan kerja awalan naik taraf Jalan Benta-Jerantut-Maran laluan FT Pahang ke Jerangsang ini bagi kerja survey, siasatan tapak dan yang mana telah diluluskan oleh agensi Pusat, Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12. Kementerian ini akan meneliti baki jalan-jalan yang belum dilaksanakan sekiranya diberi keutamaan yang tinggi oleh kerajaan negeri dan memenuhi penilaian teknikal Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk diangkat kepada agensi Pusat, tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini. Jadi, kementerian ini sentiasalah Yang Berhormat, terbuka untuk menerima syor atau cadangan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf atau membina baharu jalan berdasarkan senarai keutamaan daripada pihak negeri. Bagi jawapan kedua tadi, Yang di-Pertua...
Jawapan bertulis.
...kedua dari kedua, soalan tambahan. Bolehkah saya sampaikan jawapan secara bertulis?
Boleh, boleh, boleh.
Sebab saya nak jelaskan, sejelas- jelasnya bagaimana kita menangani masalah reka bentuk jalan yang selalu mendap dan rosak kerana muatan lebih had, termasuklah di jalan yang disebut oleh Yang Berhormat ini. Boleh, ya? Sekian, terima kasih.
Siapa? Kuala Krai.
Ya, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berkaitan dengan isu penggantian Jambatan Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan iaitu dalam FT008/342/80. Isu ini sebenarnya saya pernah mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri pada sesi lepas yang mengatakan bahawa jambatan ini akan disiap pada Januari 2025. Tetapi on the ground-nya Yang Berhormat Menteri, saya nampak tidak akan siap kerana sebelah pun belum lagi siap, apatah lagi bahagian yang kedua. Jadi, saya nak kepastian daripada Yang Berhormat, bilakah sebenarnya jambatan ini akan siap? Ini kerana inilah laluan utama dan sewaktu Yang Berhormat
Petra Jaya menjadi Menteri Kerja Raya, pernah melawat jambatan ini. Saya harap tidak akan berlaku kelewatan kerana jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu FT008. Jadi, saya nak kepastian bilakah jambatan akan dapat disiapkan? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya– maaflah kerana saya ini tidak dapat menyatakan dengan spesifik bila tapi saya ambil maklum.
Mungkin ada dikatakan masalah, kelewatan dan sebagainya dan saya akan turun pergi ke sana juga nanti berhubung dengan Yang Berhormat sebab kita tak nak projek-projek begini yang sangat penting untuk rakyat dan untuk kawasan itu, kalau dia tertangguh terlalu lama persiapannya memang sudah menyukarkan rakyat kat sana. Tolong, nanti saya akan pergi turun ke sana Yang Berhormat ya dalam masa terdekat. Kalau boleh. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.
3. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah-langkah persediaan yang telah diambil oleh kementerian dalam menghadapi situasi ketidaktentuan iklim pada masa kini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau KPKM sedar akan kesan perubahan iklim yang boleh menjejaskan aktiviti pertanian negara seperti bencana banjir dan kemarau. KPKM melalui Dasar Agromakanan Negara 2021 ke 2030 telah menggariskan kaedah pengeluaran makanan yang lebih mampan sebagai langkah ke arah menghadapi situasi perubahan iklim, seterusnya mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian. Antara langkah-langkah segera yang dilaksanakan oleh KPKM bagi menghadapi kesan perubahan iklim adalah seperti yang pertama, melaksanakan sistem penuaian air hujan atau rain water harvesting dan pencarian sumber air tanah melalui sistem telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim kemarau dan menggunakan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanaman. Sebanyak 251 telaga tiub dan 246 pam bergerak telah disediakan oleh KPKM bagi menampung keperluan petani dan penternak untuk kawasan yang terjejas oleh bencana seperti banjir dan kemarau.
Kedua, menjalinkan kerjasama bersama Jabatan Metrologi Malaysia untuk menentukan musim penanaman yang sesuai dan membuat penjadualan semula musim penanaman. Sekiranya perlu, KPKM akan mendapatkan khidmat nasihat bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan untuk meningkatkan paras air di empangan bagi kegunaan pertanian akibat cuaca panas dan kering. Sebagai contoh, bagi menangani isu kemarau yang berlaku di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu atau KADA, operasi pembenihan awan kali pertama telah dijalankan daripada 21 hingga ke 23 Jun 2024. Berikutan daripada operasi ini, hujan sederhana lebat telah direkodkan pada 21 Jun 2024 di kawasan sasaran iaitu Gua Musang dan Pasir Puteh. KPKM telah memohon kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA untuk melaksanakan operasi pembenihan awan fasa 2 dalam masa yang terdekat. Ketiga, penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian secara berkala setiap tahun bagi membolehkan infrastruktur berfungsi dengan baik. Pada tahun 2024, RM80 juta telah diperuntukkan bagi menyelenggara sistem pengairan dan saliran pertanian dalam kawasan jelapang dan juga luar jelapang. Bagi mengurangkan risiko kerugian yang melibatkan bencana, KPKM telah menyediakan Tabung Bencana Pertanian dan Tabung Bencana Tanaman Padi yang berbentuk touch point iaitu penyaluran bantuan secara tunai khusus kepada petani yang menghadapi kerugian akibat bencana alam seperti banjir, kemarau, serangan makhluk perosak dan sebagainya. Pada tahun 2024, KPKM telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui Tabung Bencana Pertanian dan RM12 juta melalui Tabung Bencana Tanaman Padi bagi membantu warga agromakanan yang terkesan akibat bencana. Sekian, terima kasih.
Simpang Renggam.
Terima kasih Puan Speaker dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas inisiatif kementerian yang saya percaya akan dapat berhadapan dengan ketidaktentuan isu iklim yang agak kritikal ini. Cuma selain daripada usaha yang dibuat, yang dah dimaklumkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, bagaimana sekiranya kalau di luar jangkaan cuaca yang tidak tentu dan amat kritikal ini tidak mampu untuk katakan rain water harvesting ataupun penyelarasan sistem saliran, bagaimanakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bahawa bekalan makanan ini mencukupi, harga barangan terkawal seperti kerjasama dengan pelbagai pihak atau adakah usaha-usaha pelan B yang
ada di dalam perancangan kementerian kerana isu alam sekitar ini, ketidaktentuan iklim ini adalah isu yang amat kritikal. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya ketidaktentuan cuaca ini akibat daripada perubahan iklim merupakan satu cabaran, bukan saja yang dihadapi oleh petani di negara kita tetapi malah di seluruh dunia. Antara satu kaedah untuk kita cuba untuk meramalkan apa yang kita boleh bantu dalam masa akan datang, yang pertama contohnya menggunakan kaedah teknologi dan inovasi yang lebih baharu.
[Bangun]
[Bangun]
Contoh dengan penggunaan sistem penderia ataupun sensor dan elemen internet of things di mana kita dapat meramalkan secara awal perubahan yang berkaitan dengan cuaca dan daripada itu, kita dapat membuat perancangan yang lebih baik untuk membantu kepada para petani kita. Kedua, sebagai contoh adalah di mana kita menjalankan kajian untuk menghasilkan varieties seperti padi yang lebih tahan kepada perubahan iklim, tahan kepada banjir dan kemarau sebagai contoh. Dan daripada pihak KPKM, melalui agensi utama kita untuk membuat kajian iaitu MARDI, kita telah mula pun untuk membuat kajian beberapa variety padi yang baharu untuk lebih bertahan kepada kemarau dan banjir. Ada yang sudah dalam plot ujian dan kita dapat menjangkakan variety baharu ini bolehlah diisytiharkan mulai daripada tahun 2025 dan juga 2026. Sekian dan terima kasih.
Tangga Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya melihat sebenarnya kalau kita melihat Dasar Agromakanan Negara, kita berusaha untuk menambahkan kita punya food security tapi saya lihat jawapan menteri tadi agak flat, agak general tapi sebenarnya kita harus melihat hari ini di dalam negara kita berlaku pembaziran makanan sebanyak 11 juta tan per hari.
Soalan.
Ya. Sekejap, saya terang dulu.
Masa sudah tamat, soalan belum ditanya. Soalan terus.
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini supaya setiap kali berlakunya pembaziran makanan dia akan, pembaziran resource, tenaga, fertilizer dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita melihat kepada bekalan makanan di negara kita, ada yang
kurang daripada sasaran kadar sara diri kita yang kita perlu untuk berusaha untuk meningkatkan lagi. Tetapi ada juga beberapa yang lebih daripada sasaran kadar sara diri. Sebagai contoh, nanas dan juga durian. Pengeluaran nanas dan durian di negara kita lebih daripada 100 peratus, maka kita menumpukan kepada pasaran eksport sebagai satu sumber kekayaan baharu untuk negara kita. Dalam soal pembaziran makanan, saya rasa ini adalah tertakluk kepada disiplin kita sendiri. Ada ramai pakar ekonomi yang mengatakan dengan izin, poverties sometimes is not refer to a lack of food but lack rather distribution problem. Bagaimana kita untuk mendistribusikan makanan yang ada kepada golongan sasaran supaya lambakan bekalan itu dia tidak tertumpu kepada golongan yang tertentu sahaja. Jadi itu saya rasa adalah soal disiplin dan budaya makanan di antara kita semua. Sekian dan terima kasih.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara), Tanjong Karang.
4. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan persiapan terkini kementerian bagi pelaksanaan Mykiosk Niaga pemasangan panel solar melalui JKT yang telah menyasarkan 3000 unit di seluruh negara bagi kepenggunaan peniaga dan usahawan kecil
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Kerajaan Madani senantiasa fokus dan komited untuk membangunkan potensi pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai sebuah organisasi yang kukuh kewangan bagi merancakkan aktiviti ekonomi setempat dan meningkatkan daya ekonomi.
Ini adalah supaya PBT dapat berdiri dengan sendiri, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri. Berlandaskan prinsip kerangka Ekonomi Madani pada tahun 2023, KPKT telah pun memperkenalkan satu program yang dinamakan sebagai MyKiosk@KPKT dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memulihkan dan meningkatkan taraf ekonomi penjaja dan peniaga kecil yang berhadapan dengan cabaran persekitaran perniagaan yang kondusif melalui
penyediaan ruang niaga yang selamat dan seragam di lokasi yang telah pun dibenarkan dan merupakan tempat tumpuan awam. Program ini telah pun mendapat sambutan yang hangat daripada para penjaja dan peniaga kecil dan seramai 3,189 peniaga telah mendapat manfaat daripada program ini pada tahun 2023. Bagi meneruskan usaha murni ini, Kerajaan Malaysia Madani menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta di bawah program MyKiosk 2.0 pada tahun 2024 untuk menyebarluaskan lagi inisiatif ini ke seluruh pelosok negara. Senada dengan agenda progresif KPKT iaitu perkasakan rakyat bagi tahun 2024, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah pun meningkatkan kualiti garis panduan dan spesifikasi yang terperinci bagi pelaksanaan inisiatif MyKiosk 2.0 pada tahun 2024 merangkumi reka bentuk, struktur bahan dan juga tenaga solar yang sesuai digunakan. Berdasarkan kepada maklum balas daripada peniaga dan PBT, reka bentuk dan spesifikasi MyKiosk 2.0 tahun 2024 ini telah pun ditambah baik sepertimana berikut. Ada empat perkara yang telah ditambah baik. Pertamanya adalah berkaitan dengan penggunaan bahan ataupun material yang lebih lasak. Kedua, peningkatan sistem electrical sepertimana lampu LED solar berkapasiti tinggi dengan bateri yang berkeupayaan menampung beban elektrik sehingga 1,000 watt. Ketiga, pengubahsuaian reka bentuk sedia ada iaitu menjadikan bumbung lebih cerun supaya mengelakkan air bertakung dan juga dihinggapi lumut. Keempatnya, peningkatan sistem mekanikal iaitu tingkap hidraulik, roda dan rak mudah laras yang fleksibel bagi kemudahan peniaga untuk menyusun barang. Tuan Yang di-Pertua, KPKT senantiasa yakin dan percaya keupayaan setiap PBT untuk melaksanakan sendiri perolehan pemilikan kontraktor dan juga pemantauan kualiti kios di peringkat masing-masing. Bagi tahun 2024, KPKT menyasarkan sebanyak 4,000 unit kios lagi untuk disediakan dan dimanfaatkan oleh penjaja dan peniaga baru. Sehingga Jun 2024, sejumlah RM74.4 juta telah pun disalurkan ke 83 PBT dengan menyiapkan 2,977 unit kios Tuan Yang di-Pertua dan insya-Allah, perkara itu akan memperkasakan lagi komuniti kita di bawah.
Tanjong Karang.
Mohon izin Tuan Yang di-Pertua, menyampaikan pesanan daripada Yang Berhormat Bentong untuk mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran kepada pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong. Selamat datang, terima kasih.
Terima kasih di atas penjelasan pihak Menteri. Usaha ini dilihat amat sesuai dengan inisiatif kerangka Madani yang sangat inklusif dengan mewujudkan program MyKiosk Niaga yang mesra dengan tenaga hijau. Soalan tambahan, saya ingin memohon bertanya, bagaimanakah KPKT dapat memastikan inisiatif MyKiosk Niaga ini dapat diserahkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan? Adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan lagi unit MyKiosk Niaga ini di masa akan datang, termasuk di kawasan-kawasan Tanjong Karang? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, pertama saya ingin memaklumkan bahawa Tanjong Karang di bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah pun memohon sebanyak 15 kios, tetapi tidak melibatkan Parlimen Tanjong Karang. Jadi, seandainya Ahli Parlimen, Yang Berhormat kita merasakan bahawa di Tanjong Karang ada keperluan, bolehlah berhubung dengan pihak majlis dan mestilah diperlihatkan tentang sama ada kriteria- kriteria itu dapat dipenuhi. Untuk seterusnya, sama ada diserahkan kepada layak atau tidak layak Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa kita ada empat kriteria umum untuk mewajibkan pihak PBT memenuhi untuk sama ada boleh melaksanakan program MyKiosk atau tidak dan juga enam kriteria asas pemilihan peniaga yang perlu dipenuhi oleh para penjaja kecil. Yang perkara ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menjimatkan masa, saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.
Pulai.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Kalau di PBT Johor Bahru umpamanya, dia ada tiga Parlimen itu ya. So, macam mana agihan bagi setiap Parlimen untuk MyKiosk ini? Bagaimana inisiatif MyKiosk ini dapat membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat? Terima kasih.
Memandangkan ditanya juga oleh Ahli Yang Berhormat kita, ada empat kriteria yang disebutkan untuk wajib dipenuhi oleh pihak berkuasa tempatan. Pertamanya adalah mengutamakan pemilihan peniaga dan penjaja kecil daripada golongan B40 sebab kios ini, MyKiosk ini adalah tumpuannya kepada kelompok B40. Kedua, mengutamakan penempatan semula peniaga dan penjaja kecil yang sebelumnya beroperasi di lokasi yang agak berbahaya dan menimbulkan mungkin kacau ganggu lalu lintas untuk ditempatkan di tempat yang lebih strategik dan juga selamat. Ketiga adalah memastikan pengecualian sewaan dalam tempoh enam bulan ataupun memberikan kos sewaan yang lebih rendah daripada RM300 sebulan.
Tuan Yang di-Pertua, sama ada dapat diratakan penerimaannya kepada seluruh Parlimen di dalam satu-satu operasi majlis, maka saya kira perkara ini Ahli Yang Berhormat bolehlah bertemu dengan majlis untuk mendapatkan maklumat dan juga permohonan-permohonan itu dikemukakan kepada majlis perbandaran, yang mana beroperasi di bawah Parlimen tersebut.
Dato' Ngeh Koo Ham, Beruas.
Yang Berhormat, boleh minta satu soalan lagi Yang Berhormat?
Tuan Yang di- Pertua. Kena adil jugalah Tuan Yang di-Pertua.
Tanjong Karang tengah-tengah. Tanjong Karang duk tengah-tengah.
Dia tengah-tengah itu dia dua alam itu.
Minta satu lagi soalan.
Cukup, teruskan soalan kelima.
Yang tengah- tengah Yang Berhormat. Pembangkang pun tidak, kerajaan pun tidak. Sokong kerajaan.
Ya.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan kelima.
5. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha kementerian untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menyelesaikan masalah ketidakpadanan pekerjaan terutamanya lepasan-lepasan graduan dan generasi muda akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, siswazah dalam guna tenaga tidak penuh ataupun underemployment berkaitan kemahiran merekodkan seramai 1.68 juta orang pada tahun 2022 dan berbanding 1.55 juta pada tahun 2021.
Kerajaan sentiasa cakna dan proaktif untuk menangani masalah guna tenaga tidak penuh terutamanya kepada lepasan graduan dan generasi muda akan datang. Antaranya adalah melalui inisiatif-inisiatif berikut. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui PERKESO mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja termasuk di kalangan graduan dan belia. Antaranya melalui penyediaan platform portal MYFuture Jobs, membangunkan sistem Career Bridge Tool. Sistem ini merupakan sistem berteraskan kaedah dalam talian yang akan membantu menghubungkan graduan dengan pekerjaan yang sepadan mengikut kelayakan mereka menerusi platform portal MYFuture Jobs dan membangunkan sistem Wage Guide yang berperanan untuk membantu graduan TVET mengenal pasti dan mengukur potensi, sekali gus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya mereka. Di bawah platform Majlis TVET Negara, KESUMA juga telah menandatangani memorandum kerjasama MOC dengan pelbagai industri. Bagi tahun 2024, sebanyak 66 MOC telah dimeterai mencakupi pelbagai bidang dan industri seperti minyak dan gas, elektrik dan elektronik, automotif, hospitaliti, pembinaan, perladangan, perabot dan telekomunikasi. KESUMA menerusi agensi di bawahnya seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) aktif dalam menawar dan menyediakan pelbagai program reskilling dan upskilling, berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dan pelbagai disiplin, cabang pekerjaan. Agensi-agensi ini menawarkan program latihan kemahiran meliputi aspek teori dan praktikal mencakupi pelbagai bidang yang bersesuaian dengan permintaan industri semasa. Kursus-kursus jangka pendek dan program perintisan turut ditawarkan oleh pelbagai agensi di bawah KESUMA seperti di 32 buah institut latihan JTM dan KIAS, CIAST serta program sistem latihan dual national yang dilaksanakan di bawah JPK. Kursus dan program ini ditawarkan kepada para peserta yang berminat untuk mendalami kemahiran yang bersesuaian dengan minat dan latar belakang mereka. Menerusi inisiatif ini, graduan dan belia berpeluang mendalami kemahiran berkaitan pekerjaan mereka atau kemahiran baru sebagai persiapan mencari pekerjaan lain. Selain itu, KESUMA turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam, swasta atau teknikal.
Antaranya ialah platform-platform pemprofilan MyNet, kolaborasi industri akademik (industry academia collaboration), MyMAHIR Future Skills Talent Council, Youth Employable Student, Insentif Latihan Amali KESUMA (ILHAM KESUMA) yang terdiri daripada program-program berikut di bawah TalentCorp, Program Latihan Industri Berstruktur Nasional dan Geran Padanan Latihan Industri untuk Industri Kecil dan Sederhana termasuk syarikat pemula serta skil latihan industri di bawah HRD. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Beruas.
Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kerjaya jenis dengan izin, tech companies termasuk artificial intelligence (AI) dan gaming atau permainan berteknologi tinggi menarik minat generasi muda kerana pendapatan atau gaji kerjaya jenis ini adalah tinggi dan ia fleksibel di mana pekerja boleh bekerja dari mana-mana termasuk dari rumah. Soalan tambahan saya ialah apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dan akan diambil oleh kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan jenis ini di Malaysia, supaya mereka yang ada kemahiran dalam bidang ini boleh mendapat pekerjaan? Terima kasih.
Terima kasih Beruas, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
[Bangun]
Sebagaimana Yang Berhormat maklumkan sebentar tadi, memang ini adalah merupakan satu bidang yang sangat tinggi kalau daripada segi pendapatannya dan melalui TalentCorp, kita telah mewujudkan MyMAHIR Future Skills Talent Council, iaitu satu majlis berpandukan kepada sektor industri yang dipacu oleh industri dan salah satu MyMAHIR FSTC adalah sektor ICT yang mana yang terlibat adalah seperti MDEC, IBM Malaysia, Dell Technologies Malaysia, IX Telecom Sdn. Bhd., Agmo Studio Sdn. Bhd. dan banyak lagi yang lain, di mana penglibatan di bawah agensi kami adalah seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia dan NIOSH serta PTPK. Majlis ini bersidang dan berkongsi dengan pihak kerajaan untuk memastikan keperluan guna tenaga, keperluan manusia, seperti ICT dan digital termasuk keperluan kemahiran dan kompetensi. Ini boleh dapat dalam maklumat portal kami serta statistik saya nak bagi sedikit, Januari hingga 28 Jun 2024 sebanyak 1,669 kekosongan jawatan aktif AI dan gaming telah diiklankan dalam portal MYFutureJobs Fair. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Alor Setar.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada tiga orang graduan yang dah bekerja hari ini, Khazanah Research Institute bagi tahu satu daripada tiga orang itu bekerja dalam bidang yang bukan pengajian dia, ada gap. Jadi, macam mana pihak kementerian nak menghilangkan jurang ini? Tadi yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah orang, graduan yang belum bekerja, ini yang dah bekerja. Pekerjaan itu bukan dalam bidang pengajian dia. Macam mana nak transisikan supaya dia boleh mengadaptasi pekerjaan itu? Yang kedua, siapa yang nak kena mula dulu Yang Berhormat Timbalan Menteri? Universiti dulu ke yang kena buat bidang pengajian mengikut keperluan pekerjaan industri ataupun industri itu kena sesuaikan peluang pekerjaan ikut pengajian di universiti? Jadi, siapa yang nak kena mula dulu? Dia macam telur dengan ayam. Yang ketiga dan akhir Puan Yang di-Pertua, apakah kerajaan bercadang untuk juga melihat kesepadanan latar belakang pendidikan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri Kabinet? Kerana bidang ini juga memerlukan kemahiran yang tinggi. Setakat mana dia sepadan dan kalau dia tak sepadan, adakah kerajaan bercadang untuk memberi latihan ataupun kursus kerana ini juga bidang yang perlu kita beri perhatian. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya suka jawab soalan nombor tiga dahulu. Saya ingat kemahiran seperti ini tak perlu rasanya tapi kalau bersesuaian pun, perlu juga. Kalau bersesuaian ya. Jadi, saya berpendapat bahawa seperti soalan yang ketiga itu adalah hubung kait dengan soalan yang pertama Yang Berhormat sebentar tadi. Sebenarnya angka yang diberikan 1 Januari sehingga 7 Jun 2024, sebanyak 117,557 kekosongan jawatan aktif secara kumulatif diiklankan dalam portal MYFutureJobs dan sebanyak 43,937 kekosongan jawatan melibatkan syarat kelayakan diploma ke atas. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, PERKESO akan terus mengambil langkah proaktif sebenarnya untuk memastikan pekerjaan setaraf kelulusan akademik ini, yang setaraf dengan kelulusan akademik dan kemahiran mereka. Antaranya, sikit Yang Berhormat Yang di-Pertua sebab PERKESO ini dia panjang sebenarnya jawapan dia.
Sikit, sikit. Sempat.
Sikit ya? Menyediakan platform MYFutureJobs dan ini sebenarnya mendapat sambutan dan termasuk di portal-portal kami. Kemungkinan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, tidak
sama dengan kemahiran itu adalah disebabkan mungkin mereka ada minat, mungkin mereka sukar mendapat pekerjaan dan terpaksa mereka memilih dahulu tempat yang mereka perolehi, kemungkinan. Ini saya maksud from my heart, kemungkinan. Ini sebenarnya boleh masuk dalam platform kami, MYFutureJobs Fair yang sentiasa aktif Yang Berhormat Yang di-Pertua untuk memberi peluang pekerjaan kepada seluruh masyarakat Malaysia. Sebab itu lebih 100,000 dan masih lagi kekosongan lebih 60,000 dan sebenarnya kami tahu masih banyak tempat-tempat kekosongan seperti nursing dan sebagainya dan ini sebenarnya yang kita bangunkan sistem Career Bridge Tool, MYFutureJobs dan sistem Wage Guide. Ini semua adalah untuk panduan kepada mereka. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat menanyakan soalan yang sangat baik.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Setiu.
Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor enam.
6. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sejauh mana Komuniti Desa MADANI dapat menoktahkan kemiskinan dan hasrat kerajaan untuk menubuhkannya di negeri- negeri lain.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB. Setiu atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) bertujuan untuk membantu kementerian dalam melaksanakan usaha-usaha pembangunan komuniti luar bandar. JKDM ini akan bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) dalam memainkan peranan sebagai ejen perubahan bagi menyelaras pelbagai aktiviti ataupun program pembangunan sosioekonomi untuk membasmi masalah kemiskinan tegar masyarakat luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, masih terlalu awal untuk menentukan keberkesanan JKDM dalam membantu membasmi kemiskinan memandangkan ia baru ditubuhkan bermula Mac 2024 yang lalu. Dalam hal ini, KKW akan menggerakkan JKDM ini sebaik mungkin supaya ia benar-benar dapat memainkan peranan di peringkat akar umbi, seterusnya dapat menyumbang ke arah menyejahterakan masyarakat luar bandar dan pendesaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Setiu.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan telah menjalankan kajian terperinci memandangkan terdapat kerajaan negeri yang telah menubuhkan JPKK bagi mengurus dan membangunkan keselamatan kampung termasuk juga dalam usaha membasmi masalah kemiskinan ini. Dalam hal ini, adakah wujud pertindihan daripada segi fungsi dan peranan masing-masing bagi membasmi kemiskinan luar bandar di setiap negeri? Sebagai contoh pada bulan Mei yang lalu, dilaporkan Sabah tidak berhasrat untuk melaksanakan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) ini kerana Ordinan Pentadbiran Luar Bandar telah diluluskan dan institusi pentadbiran kampung sudah dimuktamadkan melalui JPKK yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Maka, tidak wujud keperluan untuk menubuhkan satu lagi badan yang mengelola kampung. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB Setiu atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Komuniti Desa Madani tidak bertindih dengan tugas Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan juga Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP). [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JPKK dan JPKKP berperanan untuk mengurus dan mentadbir kampung, manakala Jawatankuasa Komuniti Desa Madani menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan di kampung tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan JKDM adalah sebagai pelengkap dan nilai tambah kepada usaha yang sedia ada yang dibuat, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri, sekali gus dapat menyantuni rakyat yang terpinggir. Justeru, penubuhan JKDM akan membawa nilai tambah secara tidak langsung kepada kerajaan negeri berkaitan dengan pelaksanaannya adalah selari dengan JPKK, MPKK, MKK yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri yang berkaitan. Ini merupakan langkah proaktif pihak kementerian bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar di peringkat akar umbi. Dalam hubungan ini, KEMAS merupakan urus setia bagi mengerakkan JKDM dan seterusnya JKDM ini diharapkan akan menjadi nilai tambah kepada JPKK dan JPKKP dalam pembangunan komuniti luar bandar.
Isu berkaitan dengan di Sabah, tentangan dengan ordinan. Sebenarnya untuk mematikan kesejahteraan luar bandar terletak juga termaktub dalam perlembagaan di bawah senarai list bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Tampin.
Terima kasih Tan Sri yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan kepada kementerian yang telah memperkenalkan inisiatif Komuniti Desa Madani. Komuniti ini bukan sahaja dapat membantu hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan, malah dapat memupuk semangat usahawan di luar bandar dan boleh menjadi perantara antara akar umbi dan juga pihak berkuasa. Soalan saya, apakah bentuk atau contoh program-program sosioekonomi dan keusahawanan yang boleh dianjurkan oleh Komuniti Desa Madani dan adakah kementerian menetapkan sebarang panduan yang perlu dipatuhi oleh komuniti tersebut supaya matlamat penubuhannya dapat direalisasikan? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Yang Tampin atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, program-program sosioekonomi dan keusahawanan yang dianjurkan oleh Komuniti Desa Madani, antaranya ialah program yang sedia ada Program Perintis Keusahawanan, Program Pengukuhan Keusahawanan, Program Insentif dan Pembangunan Perniagaan, Program Promosi dan Pemasaran dan Program Kebun Sahabat Komuniti Desa. Namun begitu, programnya tidak terhad kepada program ini, ia bergantung kepada perancangan dan keperluan yang ada ataupun potensi di kawasan berkenaan. Maksudnya di kawasan JKDM berkenaan. Pihak KEMAS akan menyelaras program dan aktiviti ekonomi yang boleh dilaksanakan di kawasan berkenaan. Apa yang jelas, apa yang dapat kita maklumkan, melalui JKDM ini, kita akan lebih berfokus, yang mana JKDM bukan sahaja menyelia program-program keusahawanan dan juga ekonomi, malah ia juga akan memantau data-data eKasih ataupun maklumat-maklumat semasa rakyat-rakyat termiskin di kawasan berkenaan yang boleh kita santuni berdasarkan keperluan semasa. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu, Batu Gajah.
7. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh kementerian melalui program Academy In Industry (AII). Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi dan
strategi untuk menambah baik amalan latihan dalam industri yang lebih ekonomi untuk jangka pendek dan jangka panjang?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, nama program Academy In Industry telah diubah dan dikenali sebagai program Akademi Dalam Industri (ADI) bermula tahun 2024. Program yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan kerja atau dengan izin, work-based learning ini dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Ekonomi, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Sehingga 30 Jun 2024, sistem pengurusan ADI telah menerima 16,150 permohonan daripada pelbagai latar belakang demografik. Daripada jumlah ini, 2,924 orang telah berjaya ditempatkan di industri yang sedang menjalani pendekatan kemahiran melalui pensijilan yang diiktiraf oleh industri dan kerajaan. Seramai 94 orang daripada 2,924 orang tersebut telah tamat pengajian dan mendapatkan pentauliahan dan kini meneruskan pekerjaan di syarikat pilihan mereka. Kerajaan mendapati bahawa kekangan dan cabaran utama pelaksanaan program ini disebabkan oleh beberapa faktor. (i) kadar penyertaan syarikat yang masih rendah untuk menyediakan penempatan; (ii) peranan kurang aktif daripada beberapa persatuan industri; (iii) ketidaksediaan syarikat untuk melaksanakan peningkatan kemahiran; dan (iv) kebergantungan yang terhadap pekerja asing dengan kuota yang telah diluluskan pada syarikat-syarikat ini masih belum diisi dan syarikat mahu pekerja asing ini diisi terlebih dahulu mengikuti kuota yang telah diluluskan kepada mereka. Bagi menangani cabaran ini, kerajaan telah merangka strategi transformasi yang memerlukan kerjasama kukuh dan pada kementerian dan agensi yang terlibat dengan program TVET dan kemahiran teknikal bagi memaksimumkan keberkesanan program ADI. Persetujuan dasar telah diperolehi daripada empat kementerian seperti yang disebut bagi meningkatkan jumlah permohonan dan penempatan pemohon program ADI dalam syarikat melalui: (i) penyelarasan pemberian inisiatif antara program ADI dan program-program latihan TVET yang lain, contohnya Sistem Latihan Dual Nasional (SLDL);
(ii) pelaksanaan projek rintis bersama institusi pengajian tinggi awam dan swasta; (iii) lebih banyak libat urus akan dilaksanakan terutamanya dibawah platform PEMUDAH dengan persatuan-persatuan industri untuk lebih memahami dan terlibat secara aktif dalam program ADI ini; (iv) pemerkasaan sistem pengurusan ADI selari dengan pendekatan GovTech dan; (v) perkongsian data antara sistem pengurusan ADI dan MyFuture Job untuk mengenalpasti jawatan-jawatan kosong yang diperlukan industri. Sekian, terima kasih.
Baik, saya jemput Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi satu jawapan yang tuntas. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, untuk kita melihat Akademi Dalam Industri ini berjaya, kita memerlukan sambutan yang baik daripada pihak majikan. Daripada jawapan Yang Berhormat pun saya dapat lihat bahawa sambutan ini ialah kurang memuaskan. Jadi, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memberi galakan kepada pihak majikan untuk mengambil bahagian dalam akademi dalam industri ini. Apakah insentif-insentif yang diberikan kepada pihak majikan dari segi kewangan dan juga bukan kewangan? Terima kasih.
Baik. Sila Menteri.
Okey. Kelebihan mengambil pekerja tempatan berbanding pekerja asing antaranya adalah mengurangkan kos pengambilan asing seperti pemprosesan permit kerja, pembayaran levi, penyediaan tempat tinggal, menggalakkan aliran tunai ke luar negara, membantu dalam pembangunan negara secara mampan dan jangka panjang, menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan gaji pekerja tempatan melalui work-based learning, memperkasa industri dengan pekerja tempatan yang berkemahiran, menyokong inisiatif untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dengan beralih dari labour intensive economy . Pada masa ini, komposisi pekerjaan mahir negara cuma 28 peratus. Lebih kurang 60 peratus separuh mahir dan selebihnya pekerjaan kemahiran rendah. Malaysia menghadapi isu guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran, skill related unemployment dengan izin.
Sebanyak 38 peratus ataupun lebih dua juta orang pekerja dengan pendidikan tertiari tetapi pekerja dalam pekerjaan separuh mahir dan kemahiran rendah dan terakhir sekali menggaji pekerja asing berkemahiran rendah pada masa ini dengan bilangan lebih kurang dua juta sebenarnya turut mengisi pekerjaan separuh mahir yang boleh diisi oleh bakat tempatan terutamanya dalam sektor seperti perkhidmatan pembuatan pekerjaan bukan 3D. Sebenarnya, antara inisiatif dia adalah dari segi insentif kewangan dan dari segi untuk memastikan bahawa mereka untuk dari segi pekerja adalah kepastian pekerjaan tepat.
Tetapi, dari segi yang ini adalah memastikan bahawa dari segi meringankan kebergantungan kepada pekerja asing, mengurangkan dari segi kos merekalah dari segi mendapatkan pekerja-pekerjanya, antaranya. Terima kasih. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Padang Terap.
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, saya lihat sasaran pihak kerajaan untuk program Akademi Dalam Industri ini, sasaran setahun 20,000. Timbalan Menteri, depan... [Ketawa] Setahun, 20,000 peluang pekerjaan nak diwujudkan. Tapi, daripada jawapan Menteri tadi, hanya 2,000 yang berjaya. Jadi, apakah strategi pihak kementerian untuk memastikan sasaran ini boleh tercapai dengan kadar yang cepat? Soalan kedua, yang terakhir, ialah sejauh mana penyertaan anak-anak muda daripada kampung yang terdiri daripada golongan miskin tegar, daripada anak ibu tunggal, orang-orang susah ini terhadap program Akademi Dalam Industri ini? Terima kasih, Timbalan Menteri.
Sila, Menteri.
Dari segi ini adalah sukarela. Mereka mendaftarkan diri untuk dari segi pekerja-pekerja yang mereka minati. Itu adalah― saya mempunyai senarai dari segi bilangan industri yang ada. Boleh saya memberikan kepada Yang Berhormat. Ia juga tertakluk kepada semua negeri yang terlibat dan memastikan dia mempunyai matching antara kepakaran dengan keperluannya. Jadi, yang matching itu adalah satu perkara yang penting. Dan pendedahan mereka adalah pada syarikat-syarikat yang wujud di dalam negeri itu. Okey. Dari― mohon maaf. Tolong ulangkan dari segi soalan pertama tadi.
Oh, tadi ini jawapan soalan kedua. Soalan pertama tadi ialah apa strategi pihak kementerian untuk mencapai sasaran 20,000 peluang pekerjaan melalui program Akademi Dalam Industri ini?
Terima kasih. Seperti saya sebutkan tadi dari segi kuota, memberikan satu contoh satu syarikat. Bila dia memerlukan pekerja, mereka akan, sebelum ini, telah memohon dari segi pekerja asing terlebih awal. Jadi, oleh kerana mereka sudah memohon pekerja asing, mereka dah menetapkan sepanjang antara enam bulan ataupun tiga bulan sebelumnya dan oleh kerana mereka telah berjanji, maka kewangan sudah dikeluarkan untuk mendapatkan pekerja asing. Jadi, permohonan dari segi program ini, kadang-kadang perlu menunggukan bahawa pengisian kerja yang diperlukan perlu ditamatkan dahulu oleh pekerja asing, barulah boleh digantikan dengan pekerjaan lokal. Itu adalah antara satu contoh. Keduanya adalah sesi libat urus lagi dengan lagi pihak yang dalam industri dengan syarikat-syarikat dengan pihak yang menguruskan programnya. Itu adalah cadangan yang sedang dilaksanakan. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar
[Berpantun] Sungai Bakap banyak ikan, Soalan Kapar nombor lapan.
8. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah konkrit kementerian bagi menjamin cukup sumber manusia terlatih berkemahiran tinggi untuk menampung keperluan dalam memajukan industri semikonduktor khususnya nilai tambah termasuklah advanced packaging dan R&D.
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Kerajaan telah menyasarkan sebanyak 35 peratus tenaga pekerja mahir menjelang tahun 2030 bagi membolehkan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai status sebuah negara maju. Berdasarkan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe- 12), komposisi pekerja mahir pada tahun 2022 adalah sebanyak 29.6 peratus sahaja. Menyedari hakikat ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi melaksanakan inisiatif Akademi Dalam Industri (ADi). ADi merupakan program khas selama 18 bulan di mana peserta akan diterima masuk bekerja sambil belajar di syarikat-syarikat yang terpilih. Melalui ADi, peserta akan menerima gaji yang setimpal dengan kelulusan dan kemahiran. ADi dijangka akan dapat menyumbang kepada peningkatan pendidikan bukan formal yang berasaskan kerja, meletakkan pendidikan teknikal dan vokasional sebagai pendidikan arus perdana dan berupaya untuk menyediakan pekerja berkemahiran dalam industri pembuatan termasuk bidang semikonduktor.
Seterusnya, KESUMA menerusi TalentCorp telah melaksanakan Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) bertindak sebagai penggalak kepada penyertaan dan penglibatan lebih banyak syarikat dan industri untuk membuka lebih banyak peluang penempatan latihan industri berkualiti bagi melatih bakat negara melalui insentif potongan cukai berganda. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pekerja berkemahiran melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan serta pembangunan program latihan reskilling dan upskilling untuk melatih pekerja ke arah berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri secara keseluruhannya. Melalui levi ini yang berperanan sebagai insentif latihan kepada majikan, majikan boleh menghantar pekerja tempatan mengikuti latihan dalam pelbagai bidang kemahiran termasuklah industri semikonduktor. Berdasarkan statistik terkini, sebanyak 82,007 bilangan tempat latihan telah diluluskan bagi mengikuti latihan dalam industri semikonduktor melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM58.07 juta. Selain itu, KESUMA melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) juga telah menyediakan e-LATiH iaitu satu platform pembelajaran dalam talian. Terdapat lebih daripada 1,900 kursus percuma dan lebih 160,000 kursus premium yang boleh diikuti oleh rakyat atau pekerja yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang pekerjaan tertentu. Melalui e-LATiH, mereka yang berada di bandar mahupun luar bandar berpeluang untuk meningkatkan kemahiran bagi menambah baik prospek pekerjaan mereka dan berpeluang menjawat jawatan yang lebih tinggi serta meningkatkan keupayaan penjanaan pendapatan mereka dengan memperoleh gaji yang lebih tinggi. Pada masa ini, KESUMA juga sedang merangka Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030. Antara objektif bagi rangka kerja dasar ini adalah mengenai fasa strategik bagi menangani pelbagai isu struktur yang terdapat dalam pembangunan sumber manusia dan pasaran buruh negara. Pembangunan rangka kerja dasar ini juga adalah bagi menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebanyak 35 peratus menjelang tahun 2030. Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya jemput Kapar.
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan Menteri. Untuk makluman kita, PAC ada satu laporan khas tiga jilid hari ini iaitu mengenai pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).
Tan Sri Pengerusi, saya nak minta sedikit masa. Kalau tak boleh jawapan verbal, boleh bertulislah. Malaysia is a six largest semiconductor exporter globally, world, and commands 13 percent of global assembly, testing and packaging. Menurut The Edge, Menteri MITI mengatakan, “Without the right human capital and the right talent management of human capital, it is difficult for the country to realize it’s dream and aspiration to become an industrialized nation”. Sebelum itu, June 27, The Edge, Tan Sri Speaker, dia kata, “The country needs to address the challenges faced in developing the right human workforce, particularly the engineering profession as it moves towards the successful execution of the government’s economic plans, namely...”
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
“...The New Industry Masterplan 2030 and the National Semiconductor Strategy.” Jadi...
Yang Berhormat tak boleh angkat tangan suruh tak berhenti saya berhenti bercakap. So, Yang Berhormat dengar saya cakap dulu. Compress-kan soalan, terus tanya. Kalau nak baca itu, mungkin kita ambil masa. Apa soalan dia?
Okey. Jadi, Tan Sri Speaker, saya nak tanya.
Quote-kan apa benda, lepas itu terus majukan soalan.
Okey, nak tanya kerajaan, adakah kerajaan telah duduk bersekali dengan semua stakeholders untuk pastikan semua jabatan, agensi kerajaan termasuk keterlibatan syarikat korporat swasta dan kerjasama swasta-awam (PPP) melalui perkongsian kepakaran serta jaringan kolaborasi penyelidikan bersama IPTA dan IPTS untuk menampung, saya fokus industri semikonduktor. Sebab itu saya sebut tadi, kita ini di rangking yang tinggi. Seperti bidang reka bentuk litar bersepadu...
Okey.
...Dan sensory teknologi. Jadi, kita mahu penyelidikan ini yang akan menampung sehingga kita boleh mencapai yang dikatakan negara yang maju. Kita tak nak ada apa antara itu. Terima kasih.
Baik. Saya ingat Menteri faham soalan itu ya? Okey, silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar sebentar tadi, jawapannya ya, kita memang berkolaborasi dengan semua pihak. Sebagaimana jawapan saya di soalan lima tadi, hampir sama sebenarnya. Kolaborasi kita ini sebenarnya sangat tinggi.
Sebab itu, saya dah sebut MyMAHIR melalui TalentCorp yang mana kolaborasi kita di bawah kalau tak silap saya, 12 agensi termasuk Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk MITI yang dijawab oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, pun masuk dalam sebahagian daripada jawapan saya sebenarnya di bawah KESUMA. Sebenarnya, di bawah Future Skills Talent Council ini yang saya katakan tadi, kita mendapati kalau bidang mahirnya, memang kita tinggi sebenarnya. Sebab itu, saya minta maaf Tan Sri Yang di-Pertua, saya lupa sikit angka kita di Asia, kedudukan tak silap saya, kemahiran kita nombor dua, kalau tak silap saya. Kalau silap minta maaf, nanti saya betulkan angka tersebut. Kita terlibat dalam 10 sektor bakat mahir ini iaitu; (i) electric and electronic; (ii) information, communication, technology; (iii) aerospace; (iv) biopharma and manufacturing; (v) food beverages and accommodation; (vi) global business service; (vii) wholesale and retail; (viii) tourism, hotel, accommodation; (ix) energy, chemical, power; and (x) marine of offshore medical services Maknanya, saya nak sebut, meliputi semua apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kapar tadi. Insya-Allah, kalau– kita boleh bincang Yang Berhormat Kapar, kalau ada kekurangan daripada apa yang sebutkan dan insya- Allah kita boleh dari semasa ke semasa. Sebenarnya, kolaborasi antara kementerian, banyak, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya jemput Ampang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya begitu tertarik dengan jawapan daripada KESUMA, daripada Menteri. Tetapi, kita dapati bahawa industri-industri di peringkat tinggi itu telah pun ada program- program yang baik begini. Tetapi, mengetahui bahawa setiap tahun, kita tengok ada dalam 200,000 pelajar menjalani latihan industri. Jadi, apakah– saya nak tanya, sebab kita juga ada industri-industri seperti SME dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang kita difahamkan kurang mengambil pelajar-pelajar yang sedia ada yang terlatih ini. Jadi, soalan saya kepada Timbalan Menteri, apakah usaha KESUMA untuk menggalakkan industri ini mengambil pelajar-pelajar ini dan apakah kita ada insentif? Bukan saja tengok dalam
industri perkilangan yang besar-besar tetapi SME dan PKS ini juga saya rasa perlu ada satu sinergi untuk kita serapkan pelajar-pelajar ini. Jadi, itu soalan saya.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Ampang. Soalan Yang Berhormat itu sering saya tanya pula dalam– apabila saya ada mesyuarat di KESUMA. Soalan itu juga saya tanya sebenarnya. Apakah pelajar-pelajar kita yang keluar belajar, apakah langkah kita? Di manakah mereka nak mendapatkan pekerjaan? Jawapannya adalah lebih daripada 80 peratus, kita memberi ruang semula pekerjaan kepada peserta-peserta yang mengikuti kursus kita yang mana saya katakan tadi kursus amali KESUMA (ILHAM KESUMA) yang di bawah TalentCorp serta di bawah agensi-agensi kami yang lain termasuklah di PERKESO sendiri yang memastikan MYFuture Jobs semua dan sebagainya, sebenarnya lebih 80 peratus, yang dalam kurang daripada 20 peratus itu kami tidak pasti sebab dia tak maklum kepada kami semula. Sebenarnya, itu soalan yang sering saya tanya, dibangkitkan oleh Ampang kepada saya sewaktu saya mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang penting di KESUMA bersama PERKESO, TalentCorp dan Tabung serta agensi-agensi lain seperti NIOSH dan sebagainya. Ini sebenarnya sering kami lakukan kerana bawah TalentCorp, kita ada Program Latihan Industri Berstruktur Nasional, Geran Padanan Latihan Industri dan Industri Kecil dan Sederhana termasuk syarikat pemula, serta Skim Latihan Industri di bawah HRD. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Ini yang kami lakukan di KESUMA. Terima kasih.
Baik terima kasih, saya jemput Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Beaufort.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Soalan saya nombor 9.
Sila Menteri.
9. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah usaha yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Apakah kementerian menyediakan peruntukan untuk pembinaan gelanggang futsal dan pusat aktiviti riadah di kawasan kampung dan perumahan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menerapkan prinsip amalan gaya hidup sihat dalam setiap aktiviti sukan
dan kecergasan yang kita laksanakan dan kementerian ini mempunyai pelbagai program dengan matlamat ini seperti Liga Sukan Komuniti, Fit Komuniti, Sukan Luar Bandar dan Senaman Warga Emas. Semua program ini kita laksanakan di 122 daerah di seluruh negara dengan sasaran penyertaan melebihi 177,000 orang. Antara aktiviti sukan dan kecergasan yang kita laksanakan menerusi program-program ini antaranya adalah senamrobik, larian, jalan kaki, berbasikal, dan beberapa acara sukan yang dekat dengan rakyat seperti sepak takraw, bola tampar dan bola sepak. Di samping itu, sebagai salah satu usaha untuk kita gerakkan Malaysia menjadi negara yang bersukan dan rakyatnya mengamalkan gaya hidup sihat, kementerian sejak tahun 2015, pada setiap hari Sabtu, minggu kedua bulan Oktober, telah pun meraikan sambutan Hari Sukan Negara. Acara besar-besaran ini mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia dengan sasaran penyertaan untuk tahun ini adalah sekitar 4.5 juta orang. Kementerian ini juga turut melaksanakan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat. Sasaran penyertaan untuk KLAS Renang pada tahun ini adalah serama 8,880 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dalam golongan B40, berusia antara 6 hingga 12 tahun dan kanak-kanak Orang Kurang Upaya, serta warga emas. Program ini kita laksanakan di 220 lokasi di seluruh negara. Selain daripada itu, kita juga anjurkan Program Skrin Besar yang telah pun dilaksanakan di 317 lokasi seluruh negara sejak daripada tahun 2022 dan telah pun berjaya menarik penyertaan seramai lebih kurang 400,000 orang. Program ini secara tidak langsung dapat terapkan sifat sayangkan negara dan meningkatkan kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian menerusi inspirasi sukan. Berhubung dengan pertanyaan oleh oleh Ahli Yang Berhormat mengenai peruntukan bagi pembinaan gelanggang futsal dan pusat aktiviti riadah di kawasan kampung dan perumahan. Sehingga tahun 2018, kementerian telah pun membina sebanyak 1,943 gelanggang futsal di seluruh negara. Walau bagaimana sekali pun, bermula pada tahun 2022, kementerian ini telah pun menyerahkan semula sebanyak 1,916 buah gelanggang futsal yang berkenaan kepada pemilik-pemilik tanah di sebabkan oleh kos penyelenggaraan dan naik taraf yang tinggi serta isu-isu pemilikan tanah. Manakala, baki 27 gelanggang futsal yang dibina di atas tanah milik Kementerian Belia dan Sukan dikekalkan bawah pengoperasian kementerian.
Untuk kita terus menggalakkan juga penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan, kerajaan turut menyediakan insentif pengecualian cukai sebanyak RM1,000 bagi perbelanjaan untuk pembelian peralatan sukan, bayaran sewaan penggunaan fasiliti sukan, fi pendaftaran pertandingan sukan, serta yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Beaufort.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Kita memuji usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasa gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dengan menyediakan bantuan geran seperti Geran Padanan Sukan, Dana Sukan Komuniti dan Dana Bantuan KBS untuk tujuan pembangunan belia. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, perlunya pembangunan fasiliti di setiap kawasan Parlimen dengan memperkasakan tempat riadah untuk setiap satu kampung dan perumahan. Soalan tambahan saya, berapakah peruntukan yang tersedia untuk pembangunan fasiliti di setiap daerah daripada KBS dan apakah status permohonan pembinaan gelanggang futsal di Parlimen Beaufort iaitu di Kampung Kabidang dan Kampung Muhibbah? Terima kasih.
Sila Menteri.
Yang Berhormat dan Yang di-Pertua, saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Beaufort itu amat penting dan saya yakin perlu diberi perhatian yang penuh. Memandangkan, untuk pengetahuan, sekurang-kurangnya di Parlimen Beaufort, sebenarnya ada 11 fasiliti sukan yang pernah wujud. Namun, sembilan padanya diisytiharkan sebagai rosak.
Ini gelanggang-gelanggang futsal. Antaranya di Pekan Kuala Penyu, Kampung Berangkok, Pekan Menumbok, Kampung Kerukan, Kimanis, tulis surat. Kampung Bundu dan Pekan Beaufort dan sebagainya. Manakala, hanya ada satu fasiliti sukan yang mana dimiliki oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Bukan Persekutuan iaitu Kompleks Sukan Beaufort. Maka, kita akan pertimbangkan untuk pembinaan dan permohonan tersebut dapat kita segerakan dan supaya dapat dinikmati dan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kawasan Parlimen Beaufort tersebut. Terima kasih.
Saya jemput Kuala Krau.
Assalamualaikum, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah terdapat juga inisiatif baru bagi pihak kementerian supaya usaha yang sama diperluaskan kepada sukan elektronik
ataupun e-sukan sebagai antara aktiviti sukan di sekolah? Memandangkan e-sukan telah dimasukkan dalam senarai Akta Pembangunan Sukan serta pengenalan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan. Kedua, berdasarkan kepada jumlah fasiliti sukan di daerah-daerah, apakah ada peruntukan yang diperuntukkan bagi baik pulih? Sebab saya lihat kebanyakan fasiliti ini, kebanyakannya sukan, seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Terima kasih.
Saya tidak ada angka yang boleh kita nyatakan buat masa ini, yang mana kita boleh bagi secara bertulis untuk soalan nombor dua iaitu berkait dengan berapa peruntukan yang kita sediakan bagi tujuan pembaikpulihan. Namun, memang ada rencana daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menambah baik dan juga memulihkan fasiliti-fasiliti yang berada di bawah senggaraan Kementerian Belia dan Sukan. Untuk fasiliti yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mana selalunya mekanisme yang kita guna adalah bina, kemudian serahkan kepada PBT ataupun pihak-pihak yang berkerjasama di peringkat tempatan. Kita harap bahawa penyelenggaraan itu diberi perhatian yang penuh. Namun, ini adalah masalah yang saya kira memang berlaku di seluruh negara, di mana apabila kita telah bina, masalah utama sebenarnya adalah penyelenggaraan. Sama seperti yang saya sebut di Beaufort, begitu juga berlaku di daerah- daerah lain seluruh negara. Manakala, bagi tujuan e-sport, saya rasa ini adalah salah satu perkembangan yang baik dalam negara kita. Di mana menerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, telah pun kita tubuhkan sebuah high level committee bagi meneliti keperluan untuk kita mengkaji beberapa sukan baru yang boleh diperkenalkan di sekolah-sekolah. Selain daripada sukan tempur yang sebelum ini ditakrifkan sebagai badan beruniform, sekarang ditakrifkan sebagai sukan. Kita juga telah pun memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk meneliti bagaimana dapat kita laksanakan sukan elektronik ini di peringkat sekolah-sekolah. Memang diterima dengan cukup baik. Malah, saya juga jemput- sekarang pun dah bermula di Dewan Bankuet bawah. Memang kita adakan mini e-sports con ya, conference untuk e-sports, untuk kita dedahkan lebih ramai lagi law makers ataupun Ahli-ahli Dewan ini dan juga masyarakat secara terbuka untuk melihat bagaimana e-sports dalam negara ini sedang berkembang. Insya-Allah. Thank you.
Kalau boleh, pilot project itu dalam Parlimen Kuala Krau. [Ketawa]
Boleh mohon menerusi Jabatan Belia dan Sukan. Insya-Allah.
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamudden.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Ada ruang masa kecederaan sikit. Sungai Bakap akan dipertahan, Soalan sepuluh pohon jawapan.
Silakan.
10. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah usaha yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Apakah kementerian menyediakan peruntukan untuk pembinaan gelanggang futsal dan pusat aktiviti riadah di kawasan kampung dan perumahan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah. Alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada Alor Setar kerana prihatin terhadap Program Komuniti Sifar Sisa ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Madani sentiasa fokus dan komited untuk memeta hala tuju ke arah Malaysia yang sejahtera dari pelbagai sudut, tidak terkecuali dalam konteks aspek alam sekitar melalui enam tonggak utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan juga ihsan yang telah digariskan di dalam konsep Malaysia Madani. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara (SWCorp) telah pun mewujudkan Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) pada tahun 2020 di 17 Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan penglibatan pelbagai peringkat bagi memupuk kesedaran. Pertama, mengenai kebersihan dan kelestarian alam. Kedua adalah pengamalan 3R (reduce, reuse and recycle). Tuan Yang di-Pertua, sehingga tahun 2023, seramai 54,344 orang penduduk di 17 buah PPR terlibat secara langsung dalam Program KOSIS ini. Sebanyak 47.5 premis iaitu bersamaan dengan 22,550 orang penduduk dari tahun 2019 sehinggalah tahun 2023 telah pun menerima manfaat daripada hasil penjualan barangan kitar semula yang dilaksanakan di KOSIS. Menjelang tahun 2025, SWCorp telah pun mensasarkan sebanyak 70 premis iaitu bersamaan dengan 38,040 orang penduduk daripada 17 PPR sedia ada untuk menyertai Program KOSIS ini.
Menjawab soalan Ahli Yang Berhormat tentang apakah usaha-usaha yang telah ataupun sedang dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan penduduk menyertai KOSIS ini Tuan Yang di-Pertua, ada enam inisiatif. Pertamanya adalah mengadakan sesi taklimat dan juga libat urus bersama dengan komuniti PPR. Ia adalah bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat pelaksanaan komuniti dan pelaksanaan KOSIS ini dan juga sekali gus mendidik komuniti agar mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkaitan aktiviti pengasingan sisa pepejal di punca. Kedua adalah menyediakan pusat pengumpulan barangan kitar semula mesra penduduk yang dikenali sebagai Pusat KOSIS, di mana rumah sampah sedia ada di PPR telah pun diubahsuai fungsinya bagi menggalakkan penyertaan komuniti dalam Program KOSIS. Ini sekali gus telah pun menarik minat penghuni PPR untuk turut sama dalam program yang sangat bermanfaat ini Ketiga, kita telah pun menempatkan petugas di 17 buah Pusat KOSIS, di mana mereka ini berfungsi sebagai ejen kebersihan bagi membimbing dan membantu komuniti PPR untuk menjalankan aktiviti kitar semula sebagai satu tempat rujukan komuniti setempat. Keempat adalah melaksanakan perawatan sisa makanan secara manual. Komuniti diajar dan dibimbing oleh petugas-petugas Pusat KOSIS bagi kaedah perawatan sisa makanan untuk sekali gus menjadikannya juga sebagai baja compost. Kelima, melaksanakan pertandingan reka cipta untuk menggalakkan barangan kitar semula dan sekali gus yang keenam, SWCorp juga telah pun mengiktiraf ikon-ikon KOSIS di beberapa buah PPR. Semua ini kita yakin Program KOSIS ini dapat mengubah minda masyarakat, sekali gus mendidik komuniti yang lebih cakna dalam menjaga kebersihan persekitaran alam dan membantu negara untuk menjayakan ekonomi kitaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya jemput Alor Setar.
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat maklum tentang ada 47 premis yang telah pun melaksanakan ataupun mengambil bahagian dalam Program KOSIS ini. Maknanya, kita kata hampir separuh. Ada lagi separuh yang tak menyertai ataupun tak melibatkan diri dalam Program KOSIS. Apa halangan utama pada pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Apa halangan utama yang menyebabkan penduduk ini tak melibatkan diri dalam Program KOSIS, satu. Kedua, berkaitan dengan sisa-sisa yang patut dibuang itu. Salah satu daripada punca ialah bahan asal yang buat barang itu ataupun makanan itu, dia daripada barang yang tidak boleh dikitar semula ataupun yang membahayakan. Adakah kementerian ataupun kerajaan bercadang untuk memperketatkan polisi
undang-undang? Nak buat sesuatu bahan ataupun material itu dia mesti menggunakan bahan yang boleh kitar semula dan mesra dengan pengguna. Ketiga yang terakhir, Tan Sri Speaker. Saya ucap terima kasih kepada KPKT kerana inisiatif drive-thru ataupun Program Pandu Lalu Kitar Semula yang telah pun diadakan di Alor Setar. Itu menunjukkan orang Alor Setar ini orang baik-baik lah sebab dia berjaya untuk patuh kepada Program Kitar Semula ini. Adakah kementerian bercadang supaya tempat lain juga jadi macam Alor Setar? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ada tiga soalan tambahan itu. Kalau saya tak dapat jawab semuanya, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Pertama yang saya nak jawab adalah yang ketiga tadi. Sebenarnya, sehingga kini KPKT melalui SWCorp telah pun menyediakan sebanyak 88 unit Drive- Thru Recycling Centre di tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta 672. Lima daripadanya Drive-Thru Recycling Centre ini adalah berada di PPR. Di Parlimen Alor Setar sahaja ada satu Drive-Thru Recycling Centre, di Pasaraya Billion di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bagi kawasan PPR di Alor Setar ini, ada dua Tuan Yang di-Pertua, satunya di PPR Paya Nahu Dua, Sungai Petani dan satu lagi di PPR Taman Dahlia, Pulau Langkawi.
Di dalam Parlimen Alor Setar sendiri belum ada. Tetapi, memanglah menjadi tumpuan kita kalau boleh kita perluaskan lagi. Adapun tentang 47.5 premis tadi yang masih, yang baru menyertai, memanglah program ini berjalan dari semasa ke semasa. Kalaulah 222 ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan ini seperti mana Alor Setar...
[Bangun]
Concern tentang KOSIS ini, kewujudan KOSIS, insya-Allah, kita dapat jayakan lebih banyak lagi tempat untuk kita melaksanakan program KOSIS kerana ini sangat penting untuk ekonomi kitaran dalam negara kita. Manakala yang soalan yang kedua itu Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan bahan-bahan. Kita di peringkat KPKT sedang menyemak semula perundangan berkaitan sisa pepejal sedia ada serta meneliti kesesuaian penggubalan perundangan baharu yang khusus berkaitan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal. Antara perkara-perkara yang akan diteliti adalah turut merangkumi keperluan penggunaan bahan-bahan kitar semula dalam setiap pembuatan produk-produk di pelbagai pihak industri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Baik, saya jemput Shah Alam.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya lihat program KOSIS ini adalah merupakan program yang sangat bagus dan Shah Alam adalah salah satu Parlimen menyokong apa yang disuarakan oleh Alor Setar. Inisiatifnya pun banyak dan saya ingin bertanya kepada kementerian, Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah daripada tujuh itu fokus utama KPKT untuk meneruskan program Komuniti Sifar Sisa ini? Keduanya ialah oleh sebab Shah Alam terletak di bawah negeri Selangor dan Selangor diuruskan oleh KDEB dan dia tidak termasuk di bawah operasi SWCorp. Jadi, apakah bentuk kolaborasi yang boleh diusahakan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kawasan kami seperti di Shah Alam juga dapat mencontohi apa yang dilakukan oleh Alor Setar? Terima kasih.
Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga. Walaupun Selangor masih belum terlibat di dalam menandatangani Akta 672 tetapi saya juga difahamkan usaha-usaha ini sedang berjalan dan walaupun program ini, program KOSIS ini, dia tidak memerlukan kewajipan untuk bersama-sama di dalam Akta 672. Sebab ini adalah satu projek kempen yang digunakan secara meluas. Bahkan daripada 17 PPR yang disebutkan tadi, lebih kurang lapan hingga sembilan itu adalah di dalam negeri-negeri yang tidak menandatangani Akta 672. Adapun yang disebutkan oleh, ditanya oleh Ahli Yang Berhormat juga tadi adalah berkaitan dengan skop tumpuan khusus kita di peringkat SWCorp adalah menerusi program Komuniti Sifar Sisa ini adalah untuk mencapai 40 peratus daripada sisa yang wujud ada dilencongkan ke tapak pelupusan pada tahun 2030. Program-program ini boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa dan perbincangan-perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen untuk menjayakan KOSIS ini juga kita boleh adakan juga Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, Tuaran.
Soalan saya soalan nombor 11.
Silakan Menteri.
11. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan peranannya dalam menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan pertanian di seluruh negara dan berapa peruntukan yang diberikan untuk tujuan ini. Nyatakan juga jumlah jalan pertanian di Parlimen Tuaran berserta jumlah peruntukan yang diberikan untuk tujuan yang sama.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Kemudahan infrastruktur dan saliran pertanian merangkumi jalan-jalan pertanian merupakan aspek yang penting dalam perancangan pembangunan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ataupun KPKM. Pada tahun 2024, KPKM telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk tujuan menaik taraf jalan pertanian di kawasan jelapang dan luar jelapang dan telah menerima peruntukan tambahan secara one-off dari Kementerian Kewangan berjumlah RM50 juta bagi tujuan menaik taraf jalan pertanian di kawasan pertanian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.5 juta telah diperuntukkan kepada Sabah bagi menyelenggara dan menaik taraf jalan pertanian yang meliputi kawasan dalam jelapang dan luar jelapang. Sebagai makluman kepada Ahli Yang Berhormat, kawasan Parlimen Tuaran tidak termasuk dalam kawasan jelapang padi di Sabah. Kawasan dalam jelapang di Sabah adalah berada di Kota Belud dengan keluasan 8,500 hektar. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, Parlimen Tuaran mempunyai jumlah jalan pertanian sepanjang 10.02 kilometer termasuk kawasan luar skim pengairan. Pada tahun 2024, kerja menaik taraf jalan pertanian sepanjang 3.12 kilometer telah dilaksanakan di Kampung Minangkob, Kiulu dan Kampung Ranau, Ranau Rugading, Kiulu dengan jumlah kos sebanyak RM334 ribu. Sekian dan terima kasih.
Saya jemput, teruskan Tuaran.
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Nampaknya definisi jalan pertanian di sini hanya merujuk kepada kawasan jelapang padi. Sedangkan Yang Berhormat tahu daripada Nabawan tahu juga bahawa banyak daripada jalan-jalan ini telah disenaraikan sebagai jalan pertanian. Kalau kita tanya pegawai daerah, kalau kita tanya JKR, banyak jalan-jalan ini adalah dipanggil jalan pertanian yang langsung tidak mendapat apa-apa penyelenggaraan dan peruntukan daripada mana-mana agensi. Jadi, bagaimanakah Yang Berhormat sebagai Kementerian Pertanian yang bercerita tentang keterjaminan makanan, mahu petani-petani ini meningkatkan hasil pertanian mereka jika sekiranya jalan-jalan ini yang sangat penting untuk pengangkutan, tidak disenaraikan sebagai jalan pertanian. Hanya jelapang padi, hanya merujuk kepada pertanian, penanaman padi sahaja. Sedangkan pertanian sangat luas. Nanas ada, pisang ada. Berbagai-bagai lagi tanaman. Jadi, adakah Yang Berhormat, kementerian Yang Berhormat bercadang untuk mengubah takrifan apa yang dikatakan jalan pertanian? Adakah Yang
Berhormat akan berbincang dengan pihak JKR bagaimana kita menyelaras hal-hal jalan pertanian yang selama ini memang tidak ada jalan penyelenggaraan dan tidak ada orang yang bertanggungjawab. Tidak ada agensi ataupun institusi yang menjaga jalan-jalan yang dikatakan jalan pertanian ini supaya apa yang dikatakan di Sabah sekarang ini, beyond food security itu dapat direalisasikan. Terima kasih.
Baik. Sila Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan tadi, jalan pertanian ini dia ada dua kategori. Satu adalah kawasan jelapang dan luar jelapang iaitu untuk kawasan penanaman padi. Kedua itu adalah jalan pertanian di kawasan pertanian iaitu dia termasuk semua – sayur- sayuran, nanas, durian dan sebagainya. Tahun ini seperti mana yang saya katakan tadi, RM20 juta diperuntukkan untuk jalan pertanian di dalam dan di luar jelapang padi dan RM50 juta diperuntukkan untuk jalan-jalan pertanian di kawasan pertanian.
[Bangun]
Jadi, walaupun kawasan Yang Berhormat Tuaran tidak mempunyai jelapang padi, beliau dapat juga peruntukan daripada sini seperti mana yang saya katakan tadi, pada tahun ini RM334 ribu. Pada tahun yang lalu, ada dua jalan...
Cukupkah RM20 juta itu Yang Berhormat, cukupkah RM20 juta?
Pada tahun yang lalu RM88,800...
Tuaran.
Untuk jalan pertanian Tajau Indai dan yang kedua RM64,800 di jalan pertanian Kampung Dungun, Tuaran. Sekian, terima kasih.
Baik. Pasir Salak.
Terima kasih Tan Sri Speaker, Timbalan Menteri. Dalam Garis Panduan Projek Pembangunan Di bawah Peruntukan Persekutuan Jabatan Pertanian yang dikemas kini pada Julai 2022, antara kaedah yang digariskan bagi mengurangkan kos penyelenggaraan jalan ladang atau jalan pertanian ialah dengan menaik taraf kepada jalan konkrit atau NBT. Soalan Pasir Salak, berapa peratus jalan ladang atau jalan pertanian yang telah dinaik taraf kepada jalan konkrit atau NBT sejak Julai 2022 hingga kini? Adakah kerajaan berhasrat untuk menaik taraf jalan pertanian di kawasan Pasir Salak terutamanya di Kampung Sungai Buaya bersebelahan dengan FELCRA Seberang Perak? Terima kasih.
Baik. Sila Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Berdasarkan garis panduan untuk projek jalan-jalan pertanian yang diberikan pada
tahun ini, ya betul kita boleh menyelenggarakan jalan pertanian, boleh menaik taraf kepada crusher run ataupun konkrit dan juga boleh buat pembaikan kepada kerja yang diperlukan seperti calvert dan sebagainya. Jadi, biasanya jalan-jalan untuk dicadangkan untuk dinaik taraf akan dihantar oleh JPS negeri. Maka, kementerian akan buat kerja berdasarkan senarai yang dihantar dan disyorkan oleh JPS negeri. Bagi kawasan kepada Yang Berhormat YB tadi secara spesifik, saya akan check dan akan jawab secara bertulis. Sekian dan terima kasih.
Baik, terima kasih. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)(PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah. “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [3 Julai 2024]
Baik. Ahli Yang Berhormat, kita akan sambung dalam Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 dan seperti semalam juga kita akan berikan lima minit kepada semua pembahas. Saya mempunyai panjang list-nya. Cuma, saya nak baca sampai 25 dahulu. Lepas itu, kita baca selebihnya petang nanti. Baik, selepas ini saya jemput Sandakan. Lepas itu, Muar, Puchong, Bentong, Padang Serai, Segamat, Bukit Gelugor, Pokok Sena, Tampin, Kuala Pilah, Rompin, Bukit Bendera, Rasah, Pengkalan Chepa, Seputeh, Batu, Masjid Tanah, Beaufort, Jempol, Besut, Kluang, yang lain-lain itu panjang lagi. Saya akan baca kemudian. Baik, sekarang saya jemput Sandakan. Silakan. Permintaan Sandakan, saya hormati. Tambah seminit lagi.
Thank you. Kalau boleh dua minit lebih bagus Tan Sri.
Okey. Silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua atas peluang untuk membahas pindaan Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024. Jadi, pindaan ini adalah bertujuan untuk meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah secara sukarela, meningkatkan profesionalisme pegawai pemulihan dan memperketatkan kawalan pusat pemulihan persendirian di mana saya puji usaha kementerian tetapi kami memerlukan lagi lebih masa lagi untuk mengkaji. Jadi, untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, seluruh Malaysia hanya ada 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Manakala, di Sabah hanya mempunyai satu buah PUSPEN sahaja yang berada di Papar. Jadi, isu kekurangan kemudahan dan perkhidmatan rawatan yang mencukupi. Kita mesti memperluaskan lagi kemudahan ini sebelum memulakan pergerakan yang besar- besaran individu ke dalam rawatan. Jika tidak, PUSPEN akan menjadi sesak. Jadi, saya dimaklumkan juga di Tawau, kami akan ada satu bakal mempunyai satu PUSPEN yang baru yang boleh menampung 500 pesakit. Jadi, saya minta kementerian untuk mendapatkan data. Bagi saya, bagi penagih dadah yang sedang mendapatkan rawatan, yang tidak mendapatkan rawatan dan berapa yang sedang diletakkan di dalam jagaan penjara Sabah? Adakah dua PUSPEN untuk Sabah mencukupi? Jadi, sejajar dengan itu daripada statistik Jabatan Penjara Malaysia, setakat 10 Jun 2024 di mana terdapat 12,768 penyalahgunaan dadah yang telah disabitkan kesalahan ini. Jadi, berapakah di antara mereka adalah warganegara dan bukan warganegara? Bagi orang yang menyalahgunakan dadah tetapi bukan warganegara, bagaimanakah pihak kerajaan dapat memastikan mereka dapatkan sokongan rawatan dan pemulihan secara sukarela dan komuniti keluarga? Jadi, Sandakan merupakan salah satu contoh di mana statistiknya bukannya untuk yang bukan warganegara yang masuk penjara oleh disebabkan kesalahan membabitkan dadah adalah sangat tinggi. Jadi, kementerian boleh mendapatkan statistik daripada Ketua Penjara Sandakan dan lepas itu, kementerian mentafsirkan sama ada kerisauan Sandakan adalah munasabah. Selain itu, perkhidmatan PUSPEN adalah mandatori. Jadi, adakah menjadi masalah yang besar kerana kadar pengulangan yang tinggi? Berdasarkan statistik yang diberikan oleh sesi taklimat daripada KDN, AADK mempunyai 75,291 klien di seluruh Malaysia dan 9,919 daripada mereka sedang menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi. Jadi, adakah pihak PUSPEN bersedia untuk menerima tambahan 12,768 yang kini dalam penjara Malaysia dibawa ke PUSPEN bagi rawatan dan pemulihan selanjutnya.
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, ramai penagih akan melakukan apa sahaja aktiviti yang tidak baik. Contohnya, mencuri, menjual harta dan barangan hak milik orang lain, meminjam duit secara gelap dengan izin, Ahlong atau merompak demi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Adakah kesalahan-kesalahan ini tidak perlu dihukum dan masih perlu melibatkan ahli keluarga untuk membantu dalam rawatan pemulihan? Saya ingin mempersoalkan juga, siapakah mangsa pertama di dalam kalangan penagih semasa mereka melakukan kesalahan yang dinyatakan? Kebanyakan ahli keluarga terpaksa membuat laporan polis untuk menangkap mereka kerana mereka tidak dapat, tidak mempunyai jalan lain dan semua sampai ke kemuncak kesabarannya. Jadi, saya memang menyokong RUU ini tetapi saya ingin menegaskan sekali lagi kami tidak mempunyai pusat pemulihan yang secukupnya dan terutamanya di Sabah memang tidak mencukupi. Jadi, ini adalah sangat merisaukan. Walaupun saya Ahli Parlimen yang beberapa tahun sahaja tetapi melalui Pusat Khidmat saya kami terima ramai banyak isu-isu mengenai penyalahgunaan dadah di mana ahli keluarga tidak tahu ke mana untuk meletakkan anak mereka, apa yang patut dibuat. Kami pun, we try to help them. Tetapi, untuk kami punya PUSPEN di Papar walaupun hanya boleh menampung 300 orang. Kini 400 orang. Sudah melebihi daripada apa yang boleh dimuatkan. Jadi, mereka tidak dapat meletakkan mereka dalam PUSPEN. So, kami memang perlukan lebih banyak PUSPEN sebelum RUU ini dijalankan. Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, cadangan dalam pindaan seksyen 6A menetapkan bahawa seorang Majistret akan mengambil kira saraan daripada pegawai AADK sebelum menentukan hukuman. Jadi, namun dalam pindaan ini peranan pegawai perubatan ataupun penilaian perubatan tidak dinyatakan. Sementara itu, dalam pindaan seksyen 8 perakuan penagih dadah yang sebelum ini dilaksanakan oleh pegawai perubatan akan dipinda kepada pegawai pemulihan. Jadi, pindaan ini seolah-olah mengasingkan peranan Kementerian Kesihatan dan pegawai-pegawainya dan tidak memberikan lebih banyak kuasa kepada pegawai pemulihan yang tidak mempunyai latihan yang mencukupi dalam menangani isu ketagihan. Jadi, pengumpulan kuasa yang berlebihan dalam satu individu ini berpotensi membawa kepada penyalahgunaan kuasa di dalam menangani isu kesihatan seperti kebergantungan dadah adalah penting untuk menentukan kebergantungan dengan kerjasama dengan profesional dalam bidang kesihatan dan perubatan yang bersesuaian bersama dengan kakitangan AADK yang telah mendapatkan latihan khusus. Jadi, penglibatan profesional kesihatan dalam proses ini adalah penting
untuk memastikan bahawa penilaian dan rawatan yang diberikan adalah berdasarkan kepakaran perubatan dan kesihatan. Kekurangan penglibatan pegawai perubatan dan pengurusan rawatan dan pemulihan penggunaan dadah boleh menjejaskan keberkesanan program ini. Oleh itu, saya cadangkan satu tempoh percubaan harus dipertimbangkan untuk menilai keberkesanan pendekatan ini yang dicadangkan. Untuk membolehkan semua pihak berkuasa memantau dan menilai sejauh mana pendekatan baru ini berfungsi dalam konteks sebenarnya sebelum dilaksanakan dengan menyeluruh. Ini juga memberi peluang untuk membuat penyesuaian yang diperlukan berdasarkan maklum balas dan hasil yang boleh diperoleh dalam masa tempoh percubaan ini. Jadi, dalam cadangan pindaan ini juga tidak mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa bebas untuk menangani penggunaan dadah seperti Jawatankuasa Pengurusan dan Pemulihan Penggunaan Dadah (DUPT). Langkah ini menunjukkan bahawa tanggungjawab penilaian dan rawatan sepenuhnya diserahkan kepada AADK tanpa penglibatan luar yang bebas. Jadi kesimpulannya Tan Sri Speaker, pindaan Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) ini adalah langkah yang maju yang dapat meningkatkan akses dan kualitas pemulihan bagi penyalahgunaan dadah. Namun, untuk mencapai tujuan ini dengan efektif, kita perlu memperluaskan kapasiti pusat pemulihan melibatkan lebih banyak profesional kesihatan dan melakukan penilaian menyeluruh sebelum implementasi yang penuh. Dengan demikian, kita dapat memastikan bahawa setiap langkah yang diambil dapat memberikan manfaat memaksimumkan bagi individu yang membutuhkan bantuan dalam pemulihan daripada penyalahgunaan dadah. Itu daripada saya sahaja. Sekian dan terima kasih.
Baik. Saya terlepas pandang nama Kinabatangan. Sekarang saya jemput Kinabatangan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, penting sebetulnya. Kita lihat di mana-mana negara, apa bila rakyat dia banyak menagih, anak-anak muda banyak menagih, maka masa depan negara itu sudah tentu tidak akan menjamin masa depan yang baik. Satu contoh yang baik, kalau boleh satu ketika saya tanya dengan Kementerian Dalam Negeri. Bukan Menteri sekarang ini. Adakah Malaysia akan
mengikut langkah Philippines? Di mana Philippines berjaya mengekang penagihan dadah ini. Berjaya mengekang pengedar-pengedar dadah.
Dulu Philippines ini satu negara pengeksport dadah terbesar dalam dunia. Tetapi hari ini, lengang Tuan Yang di-Pertua. Sebab apa? Berpuluh ribu di-execute, dibunuh oleh Presiden Duterte ketika itu termasuk gabenor, termasuk ahli politik, termasuk angkatan tentera, polis dan sebagainya. Asal mengedar saja, dia tembak. Di Malaysia, kita sudah isytiharkan dadah ini musuh utama negara. Musuh utama bermakna kita kena perangi besar-besaran. Kita kena perangi secara menyeluruh. Dadah jenis syabu ini Dato’ Yang di-Pertua, memang dadah paling tegar. Banyak penagih di Kinabatangan ada, di Sandakan ada, Kota Kinabalu ada. Saya perhatikan, dadah jenis syabu ini, saya pernah katakan macam menjual pisang goreng. Di semua penjuru boleh dapat, RM30 boleh dapat. Saya pun hairan dari mana datang benda-benda ini. Di mana penguat kuasa kita? Di mana antidadah kita? Di mana pegawai pencegah? Apa ini, antidadah di pihak polis. Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kena fikirlah, mekanisme apa kita pakai. Kalau kita masih mahu mengekalkan dadah ini musuh utama negara, maka perlu kita banteras secara besar-besaran. Ini pusat— ini bagus sebetulnya. Saya paling setuju ini sebab tidak ada negara yang memenjara penagih ini, kita saja di Malaysia. Seharusnya penagih ini dipulihkan. Tapi pemulihan kita macam mana? Justeru itu, kena ada nawaitu itu, niat itu. Niat pegawai, pegawai perubatan, niat pegawai polis, pegawai pelaksana, pegawai pusat serenti iaitu nawaitu dia kena ubah untuk memulihkan penagih- penagih ini, bukan untuk mencari keuntungan. Ini di pusat serenti sekali pun, ada unsur-unsur jual beli. Macam-macam dia jual. Jadi, ini benda Tuan Yang di-Pertua, memang tidak akan selesai. Ia akan merugikan negara kita. Justeru itu, saya ingin juga menyokong cadangan Yang Berhormat rakan saya dari Sandakan. Di Sabah cuma satu, di Papar pusat serenti. Hari ini pun beratus-ratus jadi penagih. Akhirnya kita masuk sumbat dalam penjara, masa depan tidak ada. Apabila matlamat kita ingin memulih, patutnya pusat serenti ini pun mungkin kita wujudkan satu sekolah vokasional atau TVET untuk mereka di samping memulihkan mereka. Selepas satu tahun setengah, dua tahun, mereka keluar mereka ada keyakinan, ada skills dan mereka boleh mencari peluang pekerjaan. Sebab biasanya, penagih dadah ini macam juga orang keluar dari penjara. Apabila keluar penjara, pandangan daripada masyarakat itu amat rendah kepada mereka. Jadi, apa usaha kerajaan untuk melihat ke arah ini?
Jangan kita melaksanakan sistem Yang Berhormat Menteri, macam melepas batok di tangga. Seolah-olah ada akta sebegini, cukuplah. Tidak ada follow through, tidak ada follow-up, tidak ada action been taken untuk memastikan bahawa — perancangan yang baik itu tetapi pelaksanaannya tidak baik Tuan Yang di-Pertua, tidak akan mencapai matlamat yang baik. Sebab itu akta yang baik ini— saya amat setuju, ramai rakan-rakan di bawah sana menghubungi saya, “Yang Berhormat kena ucapkan terima kasih kepada kerajaan sebab membuat akta seumpama ini. Tetapi, pelaksanaan dia itu juga harus dilaksanakan dengan baik”. Banyak negara, di Thailand pula lain dia punya mekanisme. Dia halalkan dadah itu satu ketika dulu, tidak tahulah sekarang. Di Thailand dia ada dadah yang kita minum. Apabila kita minum, kita pun ketawa, kita ketawa satu hari. Kalau kita mahu menangis, kita menangis satu hari. Kalau kita mahu marah, kita marah. Tetapi, kita tidak mahulah begitu. Kita mahu macam Philippines. Macam mana negara itu bebas daripada dadah secara total. Jadi, ini yang perlu diilhamkan oleh kerajaan untuk memastikan masa depan anak-anak kita ini. Sebab memang betul mereka yang menagih dadah jenis syabu ini apabila mereka berkeinginan, mereka boleh mencuri, boleh membunuh, boleh merompak, boleh merogol, boleh membakar rumah sendiri. Banyak berlaku sudah. Jadi, kita tidak mahu insiden-insiden seumpama ini berlaku kepada masyarakat kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Kinabatangan. Saya jemput Muar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya nak mulakan perbahasan saya dengan memuji usaha Kementerian Dalam Negeri dalam membawa akta ini. Pujian ini berkait rapat dengan sudut prinsip iaitu isu penagihan dadah adalah isu kesihatan yang serius yang perlu diselesaikan melalui intervensi kesihatan sebagai keutamaan, bukan dilihat daripada sudut jenayah semata-mata. Kalau kita lihat pada hari ini, ramai anak muda yang dipenjarakan kerana isu ketagihan. Apabila mereka dipenjarakan, apabila mereka keluar daripada penjara itu dengan criminal record ataupun rekod jenayah, sukar untuk mereka bangkit semula dan diserapkan semula ke dalam masyarakat. Walhal isu ketagihan ini, ramai yang terkesan adalah mereka yang datang daripada latar belakang keluarga susah ataupun keluarga yang bermasalah. Sebab itu dadah dilihat sebagai jalan terbaru dengan izin, escapism bagi anak-anak muda ini.
Isu ketagihan dalam mana-mana kes selain dadah lazimnya intervensi yang paling efektif, a science and data proven method adalah melalui intervensi kesihatan yang akhirnya dapat mengeluarkan individu itu daripada belenggu dadah, bukan melalui penjara. Saya ingat isu ini bukan setakat dibincangkan baru-baru ini. Pada tahun 2019 dan awal tahun 2020, pada masa itu saya bersama dalam Jawatankuasa Kabinet Antidadah. Pada masa tersebut juga, Kabinet membuat keputusan untuk menyahjenayahkan isu penagihan dadah dan ini dibawa bersama oleh KDN dan juga Kementerian Kesihatan. Tetapi dibawa bersama, bukan setakat dilihat kepada sudut Kementerian Dalam Negeri semata-mata. Cukup pujian, kini saya pergi kepada kritikan yang membina. Saya ada empat kritikan yang membina. Saya nak mulakan bahawa apabila saya lihat undang- undang ini, niatnya baik tetapi pelaksanaannya bermasalah. Mengapa bermasalah? Kita perlu lihat kritikan yang pertama. Prof. Adeeba merupakan salah seorang pakar dalam polisi dadah. Dia sendiri mengatakan bahawa undang-undang ini bermasalah kerana ada percanggahan yang jelas dengan undang-undang sedia ada iaitu Dangerous Drugs Act yang akhirnya akan menyebabkan inconsistency in the implementation of the law. Ini kerana selagi DDA itu tidak dipinda, seseorang itu masih boleh ditangkap, dipenjarakan dan didenda RM100,000 atau lima tahun di penjara. Dengan itu, kita perlu pastikan bahawa dengan pengenalan undang-undang ini akan ada pindaan yang turut akan dilakukan supaya kita dapat harmonikan kedua- dua undang-undang yang tersedia. Kritikan membina yang kedua. Undang-undang ini memberikan kuasa yang terlalu besar kepada AADK sambil menyisihkan pemegang taruh yang paling besar iaitu pakar daripada sudut doktor dan polisi dadah. Kita lihat dalam undang-undang ini, hakim perlu mengikut nasihat daripada pegawai AADK ataupun ibu bapa turut boleh diambil tindakan jenayah mengikut nasihat kuasa AADK. Walhal, kita perlu ambil kira pemegang taruh terbesar iaitu doktor kerana doktor dengan intervensi kesihatan lebih tahu berkenaan isu penagih tersebut. Apa cadangan saya? Cadangan saya adalah cadangan yang sama yang telah berjaya dilaksanakan di negara Portugal di mana satu panel ditubuhkan dan di dalam panel ini ada wakil Kementerian Kesihatan iaitu diwakili dari pakar doktor dan juga pegawai antidadah iaitu AADK di Malaysia. Panel ini lebih adil dan boleh berbincang bersama untuk buat keputusan bersama kerana kita perlu ingat walaupun niatnya baik, tetapi KDN semata-mata tidak mencukupi. Perlu ada libat urus dengan pakar doktor melalui Kementerian Kesihatan. Cadangan yang ketiga ataupun kritikan membina yang ketiga. Isu ketagihan ini bukan isu one-off Tuan Yang di-Pertua, kita kenal ramai orang. Bukan setakat isu
dadah, kalau alcoholism dan banyak lagi perkara lain, relapse is normal. Kali pertama, kali kedua, kali ketiga. Tetapi mengikut undang-undang ini, jikalau seseorang itu relapse kali kedua, kali ketiga saja boleh dipenjarakan. So, kalau kita lihat prinsip undang-undang ini, kita ingin menyahjenayahkan isu penagihan dadah. Tetapi jikalau seseorang itu relapse kali kedua, ketiga, dia tetap akan dipenjarakan. Apa impaknya? Impaknya adalah perkara sebaliknya akan berlaku.
Kalau seseorang itu telah relapse, dia dah tak nak lagi pergi jumpa ke AADK. Dia tak nak lagi jumpa Doktor. Dia dah tak nak lagi pergi dapat rawatan kerana kalau dia pergi, dia akan dipenjarakan dan akhirnya impak prinsip murni dengan izin. Seminit, ini perkara sangat penting Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Akhirnya orang yang paling bermasalah, yang relapse dua tiga kali ini dah tak nak lagi dapat rawatan kerana dia takut akan di jenayah kan selepas itu sebab itu saya cadangkan lagi sekali dengan panel yang diwakili oleh doktor bahawa kita faham isu ketagihan yang sebenar. Cadangan membina yang keempat dan yang terakhir adalah kita memerlukan pelan yang menyeluruh. Portugal berjaya apabila mereka menyahjenayahkan dadah pada awal tahun 2000 tetapi Oregon gagal apabila menyahjenayahkan. Apa perbezaan Oregon dengan Portugal? Oregon gagal kerana apabila mereka menyahjenayahkan dadah, mereka tidak kaitkan sekali dengan aktiviti reskilling, upskilling, job matching dan akhirnya orang yang ingin mereka menyahjenayahkan itu tetap kembali semula ke masalah sama dan akhirnya sampai masyarakat tidak boleh terima lagi dan backtrack atau U-turn dengan undang- undang ini. Portugal pula membelanjakan berbilion ringgit, mereka tidak penjarakan mereka selepas mereka dapat rawatan, berikan kerja upskilling, reskilling, pantau dari bulan ke bulan supaya mereka keluar daripada kelompok penagihan dadah ini, sebab itu saya berharap kerajaan, saya rayu pertama tubuhkan panel. Panel ini perlu diwakili oleh Kementerian Kesihatan dan perlu melibatkan KESUMA juga untuk memastikan bahawa isu reskilling, upskilling dan job matching dapat dilakukan bersama supaya Malaysia tidak berulang– tidak ulangan kesilapan Oregon dan kita dapat meneruskan legasi yang baik seperti apa yang telah berjaya dilakukan di Portugal.
So, cadangan terakhir saya Tuan Yang di-Pertua adalah supaya undang- undang ini secara prinsip disokong tetapi dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pilihan Khas supaya Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dapat bersama-sama. Kalau boleh, Kementerian Undang-undang sekali dapat bersama perincikan supaya kita dapat ketatkan undang-undang ini. Prinsip yang baik, wajib kita sokong tetapi banyak penambahbaikan yang perlu kita lakukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Puchong.
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan). Tan Sri Speaker, sentiasa saya bagi ucapan saya bagi banyak fakta tapi hari ini saya nak memulakan ucapan saya dalam perbahasan ini dengan dua cerita yang saya alami sebagai ADUN Damansara Utama masa saya baru sahaja dipilih sebagai wakil rakyat. Saya telah menjadi wakil rakyat selama 11 tahun. Saya tahu tidak sepanjang ramai di sini tetapi cukup untuk berdepan dengan kes-kes yang berbeza. Antara memori yang paling mendalam bagi saya adalah berkenaan satu– antara satu kes adalah berkenaan dengan penagihan dadah. Saya masih ingat lagi masa itu saya ADUN Damansara Utama, saya pergi melawat Pangsapuri Damansara Bistari untuk satu program. Biasanya apabila saya pergi satu program, saya akan cuba mengambil kesempatan untuk melawat beberapa keluarga yang memerlukan. Pada masa itu, saya melawat satu rumah, seorang ibu yang anaknya baru sahaja meninggal dunia akibat overdose dadah. Saya masuk ke rumah itu, ruang tamu itu kosong tiada sofa, kami duduk atas lantai bersama dengan wanita itu, yang ibu itu berusia 60-an. Hanya satu meja yang kecil di atasnya terletaknya satu gambar seorang anak muda dengan kalungan bunga marigold yang menghiasi bingkai fotonya. Aunty itu duduk di sebelah meja kecil itu menitis air mata dan beri tahu kami bahawa tempat kosong di ruang tamu yang kita tengok terletaknya mayat anaknya beberapa hari yang lalu. Suami aunty sudah lama meninggal dunia, sekarang anak dia pun pula meninggal dunia. Tan Sri Speaker, sampai sekarang wajah muka ibu ini yang hilang anak dan paling penting saya tengok wajah dia hilang harapan untuk masa depan duduk di sebelah gambar anaknya yang telah pun meninggal masih kadangkala terimbas dalam minda saya.
Saya percaya ada banyak lagi tragedi seperti ini yang berlaku di setiap sudut di Malaysia. Oleh itu, Puchong sangat faham bahawa niat kerajaan untuk meminda akta ini supaya kita boleh ke arah decriminalization of drug addiction dengan izin. Dewan yang mulia ini yang kita bincang hari ini ialah bagaimana kita boleh membina satu masyarakat di mana penyalah guna dan penagih dadah tidak berakhir dengan kematian ataupun kemusnahan hidup tetapi ada second chance dengan izin, untuk membina kehidupan yang bermakna. Walau bagaimanapun, cerita yang seterusnya yang saya nak kongsikan Tan Sri Speaker, adalah berkenaan juga masih masa saya baru saja jadi wakil rakyat iaitu kes tragedi akibat jenayah yang dilakukan oleh penagih dadah. Saya masih ingat lagi pada masa itu tahun 2013, saya baru sahaja dipilih. Antara kes yang saya nak menangani ialah kes snatch theft dengan izin, di mana ada orang yang menaiki motor dan merampas beg pejalan kaki. Ada juga yang mengakibatkan kematian mangsa di sana dan polis tangkap suspek jenayah dan mereka – difahamkan bahawa antara mereka ada yang penagih dadah. Oleh itu saya faham bahawa apabila kita nak decriminalizing drug addicts, ini adalah penuh dengan emosi. Dia emosi dengan keluarga yang ada ahli-ahli keluarganya yang penagih dadah dan juga ada keluarga yang ahli keluarganya menjadi mangsa oleh jenayah yang dibuat oleh penagih dadah. Oleh itu sangat penting apabila kita meminda akta ini, sangat penting kita bincang dengan lebih teliti lagi supaya kita boleh dapat satu imbang a balance between rehabilitation and control. Rehabilitasi iaitu pemulihan dan rawatan dan kawalan. Tan Sri Speaker, selepas saya kongsi semua cerita saya nak kongsi fakta. Puchong telah membaca satu artikel di dalam The Lancet satu jurnal akademik yang terkemuka antarabangsa yang bertajuk ‘Drug Decriminalization: Grounding Policy in Evidence’. Artikel ini juga menyokong dikriminalisasi penagihan dadah dengan menunjukkan data-data dari United Nations dan Global Commission on Drug Policy. Serta menggunakan success story yang telah pun dibangkitkan telah pun dikongsikan oleh YB Muar di mana di Portugal yang mendapat perhatian antarabangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Portugal telah pun meletakkan dikriminalisasi dadah sebagai sebahagian daripada tindak balas progresifnya sebagai langkah untuk menurunkan penularan HIV dan viral hepatitis di negara itu. Dalam masa kurang daripada satu dekad, bilangan orang maut daripada overdose menurun lebih daripada 85 peratus. Diagnosis HIV baru turun lebih daripada 90 peratus.
Walau bagaimanapun, artikel yang sama juga menunjukkan bahawa pendekatan Portugal bukan setakat decriminalization. Saya ingin memetik perenggan artikel itu seperti berikut – “Portugal’s approach was not to simply decriminalise. It redefine addiction as an illness and provided extensive treatment and recovery support and moving people who used drugs away from the judicial system and towards professional care. Comprehensive medical, psychological and social support need to accompany decriminalization to address factors such as homelessness, unstable housing, ill mental health, poverty, racial inequities, and inadequate access to healthcare, all of which might drive people into drug use”. Dengan izin. Dengan itu, soalan Puchong ialah apabila kita membuat pindaan ke arah mendikriminalisasi penagihan dadah, adakah kita bersedia untuk memberi rawatan dan sokongan penuh pemulihan yang meluas? Adakah kita bersedia untuk infrastruktur-infrastruktur psikologi dan sosial yang komprehensif? Kita tak boleh copy paste satu perkara tapi tak copy paste seluruh strategi. Tan Sri Speaker, izinkan saya dua minit lagi. Tan Sri Speaker, Puchong juga ingin – telah pun meneliti satu lagi research paper. The International Journal of Environmental Research and Public Health yang bertajuk Monitoring Consumption of Common Elicit Drugs in Kuala Lumpur Malaysia by Wastewater-Cased Epidemiology yang telah menunjukkan bahawa antara dadah haram yang paling biasa digunakan di Kuala Lumpur sekarang ialah MDMA iaitu ecstasy, methamphetamine ice, ketamine kita panggil K Powdered. Ini adalah selari dengan apa yang saya dapati dalam perbincangan saya dengan satu pusat pemulihan penagih dadah persendirian di kawasan saya. Mereka panggil ini dadah generasi baru. Saya diberitahu oleh mereka bahawa untuk memulih daripada penagihan dadah generasi baru dari segi fisiologikal ialah untuk mengurung penagih dadah selama dua minggu, kira-kira dua minggu. Seterus itu dan yang paling penting, bukan psychological tetapi minda. Penagihan minda mereka dan juga kawan-kawan mereka. Oleh itu, mereka kata yang lebih penting adalah itu.
Dengan itu, Puchong ingin tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani penagih dadah generasi baru ini dan mengatasi penagihan dari segi minda dan sosial iaitu membina kehidupan baru untuk mereka? Menurut pusat pemulihan yang sama, Tan Sri Speaker...
Puchong...
Ya. Satu minit lagi ya. Satu minit.
Ya.
Dadah generasi baru biasanya menjejaskan otak dan organ-organ penagih pada kadar yang lebih cepat daripada dadah konvensional. Tetapi, saya tidak nampak apa pun yang dirangkumi dalam pindaan ini yang merangkumi aspek-aspek kesihatan, rawatan. Oleh itu, saya minta kerajaan boleh jelaskan. Tan Sri Speaker, yang paling membimbangkan― last ya, fakta yang last. Paling membimbangkan, menurut research paper yang sama daripada International Journal itu, mereka juga membangkitkan satu fakta yang sangat membimbangkan. Saya hendak bangkitkan di sini iaitu penggunaan ekstasi yang dianggar di KL adalah lebih tinggi daripada Belanda iaitu negara yang mempunyai penggunaan MDMA iaitu ekstasi yang tertinggi di kalangan lebih daripada 60 bandar di dunia di satu kajian yang diterbitkan oleh Office of European Union yang bertajuk, Wastewater Analysis and Drugs: European Multi-City Study. Puchong ingin tanya, apakah langkah yang diambil oleh KDN untuk mendepani penggunaan ekstasi yang tinggi ini? Akhir sekali, Tan Sri Speaker. Puchong merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat. Pindaan akta ini melibatkan mereka di bawah umur. Segmen ini adalah di bawah pemantauan JKPK saya. Saya sangat berharap bahawa JKPK boleh dilibat uruskan dan diberi masa supaya kita boleh meneliti lagi impak-impak pindaan ini terhadap penagih dadah di bawah umur. Sekian sahaja, terima kasih.
Baik. Terima kasih. Saya jemput Bentong.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang penyertaan perbahasan ini. Pertama sekali, Bentong ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri atas RUU Penagih Dadah (Pindaan) 2024 ini yang cuba mencapai sekurang-kurangnya tiga perkara. Pertama, RUU ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mendikriminalisasi penagih dadah atau penyalahgunaan dadah. Kedua, untuk mengurangkan kesesakan di penjara dan meringankan beban tugas polis. Umum mengetahui bahawa kapasiti penjara kita hanyalah sekitar 69,816 orang sedangkan populasi di penjara kita sehingga Februari 2024 sudah mencecah sehingga 75,379 tahanan. Daripada jumlah ini, 70.4 peratus adalah mereka yang disabitkan dengan kesalahan dadah iaitu 53,072 orang. Ini sudah tentu jumlah yang
sangat banyak dan memerlukan intervensi daripada kerajaan untuk menyahjenayahkan kesalahan penggunaan dadah ini dengan memberikan penekanan yang lebih kepada rawatan dan pemulihan berbanding memberi fokus kepada hukuman. Ketiga, RUU ini juga memberikan penghargaan dengan meningkatkan peranan pegawai AADK dalam menjalankan peranannya menyelia penagih atau penyalahgunaan dadah ini. Dalam menangani permasalahan penyalahgunaan dadah ini, ada tiga bahagian yang perlu diberikan penekanan iaitu dari sudut pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan. Memberi peranan yang besar kepada AADK untuk menjalankan tanggungjawab untuk ketiga-tiga peranan tersebut memerlukan pertimbangan rapi dan persediaan yang jelas. Sebaiknya AADK dapat dibantu peranannya melalui sumbangan daripada pihak-pihak lain termasuklah pihak Kementerian Kesihatan dan pusat pemulihan berdaftar persendirian yang lain. Bentong juga berharap kapasiti kepakaran pegawai AADK dapat ditingkatkan dalam menjalankan peranan tambahan ini. Ini bagi memastikan mereka mempunyai kelayakan yang secukupnya dalam membuat saringan, rawatan dan pemulihan. Untuk itu, Bentong ingin mengajukan beberapa perkara. Pertama, berkenaan dengan bidang kuasa AADK dalam menentukan rawatan dan pemulihan. Bentong merasakan sekiranya seseorang telah menjalani ujian dan diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai penagih atau penyalahgunaan dadah, syor pegawai perubatan mestilah diambil kira bersama dengan pegawai pemulihan AADK dalam penentuan seseorang itu menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan ataupun sekadar pengawasan di dalam komuniti. Bentong memahami keperluan kerajaan dalam mempercepatkan proses rawatan dan pemulihan penagih dadah. Akan tetapi, dengan menafikan terus pertimbangan daripada pegawai perubatan yang bertauliah dalam proses ini akan menyebabkan keputusan yang tidak tepat berkaitan kondisi kesihatan penagih. Kuasa penyingkatan tempoh rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada Ketua Pengarah dengan keizinan bertulis Menteri seperti dalam seksyen 12 juga mestilah dipertimbangkan untuk dibawa ke Majlis Profesion Pegawai Pemulihan. Majlis ini melibatkan anggota-anggota lain yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan tentang memberi cadangan untuk memendekkan tempoh pemulihan yang perlu dijalani bagi memastikan proses ini tidak terdedah kepada kesalahan tata kelola dan penyalahgunaan kuasa. Ini berkait rapat dengan perkara kedua berkenaan dengan peranan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan. Bentong berharap Majlis ini akan dianggotai oleh
pakar-pakar, selain daripada pegawai AADK yang berpengalaman, seperti pegawai perubatan kerajaan, pengamal perubatan berdaftar, pakar kaunseling ketagihan, pakar psikiatri dan juga bekas penagih dadah yang telah berjaya pulih. Ini bagi memastikan syor-syor mereka turut diberikan pertimbangan sebelum menentukan pemulihan penagih atau penyalahgunaan dadah ini. Perkara ketiga. Di dalam usaha untuk kita menangani kesesakan di penjara ini, apakah kapasiti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ini dapat menampung kemasukan baru penagih atau penyalah guna baru nanti sejurus strategi dikriminalisasi ini dijalankan? Apakah pusat-pusat pemulihan ini telah bersedia dengan segala kelengkapan dan fasiliti sedia ada bagi meningkatkan kadar rawatan dan pemulihan? Apakah ada kemungkinan untuk berlaku kepadatan di luar jangka di pusat-pusat pemulihan ini kelak? Hasil tinjauan daripada NGO-NGO yang turut terlibat dalam perkara ini, PUSPEN tidak menerima kemasukan penagih atau penyalah guna dadah yang telah berusia lebih 59 tahun dan mempunyai penyakit kronik seperti asma, HIV dan penyakit kulit atas sebab-sebab tertentu berkaitan dengan kebajikan mereka. Apakah melalui pindaan ini perkara seperti ini akan dipertimbangkan semula? Bolehkah Majlis Profesion Pegawai Pemulihan ini memainkan peranannya dalam menilai semula kriteria kemasukan ke PUSPEN? Tan Sri Speaker, saya ada dua perkara lagi. Perkara keempat. Dalam usaha kita mendikriminalisasi penagihan dadah ini, Bentong melihat beberapa perkara seperti memerlukan penagih hadir di hadapan majistret, menyekat kebebasan penagih untuk keluar dari pusat pemulihan melainkan melalui kebenaran bertulis daripada ketua pengarah serta denda yang dikenakan seperti melaksanakan perkhidmatan masyarakat tidak kurang daripada 120 jam dalam tempoh tidak melebihi enam bulan serta boleh dipenjarakan sehingga tidak melebihi tiga tahun dan sebatan sehingga tidak melebihi tiga sebatan. Ini semua masih tidak dapat membuang stigma yang menganggap mereka ini sebagai penjenayah dan seperti berada dalam tahanan walaupun mereka tidak duduk di penjara. Perkara yang terakhir yang ingin dibangkitkan iaitu berkenaan dengan pusat pemulihan persendirian. Di dalam seksyen 16(4) menyatakan mana-mana pusat pemulihan yang tidak berdaftar melakukan sesuatu kesalahan, yang tidak disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bentong berharap agar kerajaan dapat meminda hukuman ini dan memberi fokus untuk menyediakan inisiatif atau insentif bagi menggalakkan mana-mana pertubuhan atau organisasi yang menguruskan pusat pemulihan persendirian ini
untuk berdaftar. Pendekatan ini lebih baik dalam membantu pihak kerajaan untuk menggalakkan mana-mana individu atau organisasi untuk turut serta membantu menyediakan khidmat yang berpatutan untuk rawatan dan pemulihan penagih dadah. Sekian, terima kasih. Itu sahaja daripada Bentong.
Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Serai.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada Padang Serai untuk turut berbahas pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, masalah penagihan dadah ini sudah pun melanda negara dan seluruh dunia yang menjadi suatu perkara yang sangat penting untuk kita fikirkan untuk kita selesaikan untuk kita kurangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit untuk mempersoalkan Rang Undang- undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh kerajaan. Walaupun pindaan ini nampaknya progresif, pindaan ini sebenarnya penuh dengan kelemahan dan berpotensi membahayakan usaha pemulihan penagih dadah di negara kita.
Baik, Padang Serai, jam pukul 1.00. Sambung 2.30. Boleh?
Sedikit sahaja. Saya perabih boleh?
Tidak boleh. 1.00. 1.00 sekarang. Baik, kita tangguhkan Mesyuarat dan disambung pada jam 2.30. Sekian.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
Rang Undang-Undang — DR04072024 1430Bill
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Bismilllahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang
di-Pertua Speaker. Saya sambung ucapan saya. Tadi tak dan nak mula pun, gear pun tak dan masuk. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit untuk mempersoalkan Rang Undang- undang Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh kerajaan. Walaupun nampaknya progresif, pindaan ini sebenarnya penuh dengan kelemahan dan berpotensi membahayakan usaha pemulihan penagih dadah di negara kita. Pertama, mengenai pendekatan berasaskan komuniti dan pelantikan pegawai pemulihan. Kerajaan bercakap tentang pendekatan win-win tetapi bagaimana ini boleh dicapai apabila seksyen 27A memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk melantik pegawai pemulihan? Adakah ini bermakna pelantikan akan dibuat berdasarkan kepentingan pihak-pihak tertentu dan bukannya berdasarkan kepakaran? Bolehkah kerajaan memberi jaminan bahawa semua pelantikan akan dibuat secara telus dan berdasarkan merit? Seksyen 27C(1) memperuntukkan penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan. Namun, apakah jaminan bahawa Majlis ini akan bebas daripada campur tangan pihak-pihak tertentu? Bolehkah kerajaan membentangkan mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan kebebasan Majlis ini? Mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melibatkan NGO, masyarakat sivil, pakar perubatan dan ahli akademik dalam perbincangan pindaan RUU ini?
Mohon mencelah, YB.
Kegagalan melibatkan pihak- pihak ini menunjukkan kurangnya keprihatinan terhadap impak pindaan ini kepada kumpulan yang terdedah dan terpinggir dalam masyarakat.
Mohon mencelah, YB.
Ya, sila.
Berhubung dengan perkara tadi, adakah Yang Berhormat bersetuju, sekiranya pelantikan Ketua Pengarah ataupun lain-lain jawatan di AADK itu diutamakan pegawai-pegawai AADK kerana mereka ini adalah mereka yang berpengalaman? Selama ini, saya tengok selalunya bekas polis dihantar ke situ, yang tak naik pangkat dan sebagainya. Terima kasih YB.
Terima kasih Langkawi. Masukkan dalam ucapan saya. Kita mesti memilih dari kalangan pegawai-pegawai AADK yang berpengalaman.
Keduanya Yang di-Pertua, berkenaan dengan tatacara rawatan dan pemulihan. Seksyen 8(3) memberi kuasa kepada pegawai pemulihan untuk membuat keputusan mengenai rawatan penagih tetapi adakah pegawai-pegawai ini mempunyai kepakaran perubatan yang mencukupi? Bolehkah kerajaan memberikan data terperinci mengenai kelayakan dan latihan yang diterima oleh pegawai-pegawai ini? Kedua, kerajaan bercakap tentang pendekatan sukarela tetapi bagaimana ini boleh dicapai apabila penagih yang tampil sendiri, mungkin dihantar ke pusat pemulihan selama dua tahun? Bukankah ini akan menghalang penagih daripada tampil secara sukarela? Bolehkah kerajaan memberikan statistik mengenai kadar kejayaan pendekatan sukarela di negara-negara lain yang mengamalkannya? Mengapa tidak ada keseimbangan kuasa antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)? Pengesahan pengguna dadah memerlukan kepakaran perubatan kerana ketagihan adalah penyakit yang sering hadir bersama gangguan kesihatan mental dan morbiditi yang lain. Namun, AADK diberikan kuasa mutlak dari segi ujian air kencing, pengesahan, penempatan ke pusat rawatan dan tempoh rawatan. Bagaimana ini boleh dibenarkan? Ketiga Tuan Yang di-Pertua Speaker, mengenai penagih bukan dewasa. Seksyen 9(4) memberi kuasa kepada pegawai pemulihan untuk mengenakan syarat kepada ibu bapa penagih bukan dewasa. Tetapi, apakah jaminan bahawa syarat- syarat ini tidak akan menjejaskan hak asasi kanak-kanak? Bolehkah kerajaan menjelaskan garis panduan yang akan digunakan dalam menentukan syarat-syarat ini? Bagaimanakah kerajaan membenarkan denda RM5,000 ke atas ibu bapa, sebatan dan penjara sebagai pendekatan pemulihan? Ini jelas bukan pendekatan yang berasaskan sains dan tidak mengutamakan kesihatan awam. Mengapa kita tidak menggunakan model pengurangan kemudaratan yang telah terbukti berjaya di negara kita seperti penurunan kes HIV di kalangan penagih, dari 80 peratus ke dua peratus? Akhir sekali Yang di-Pertua Speaker, mengenai pusat pemulihan persendirian. Seksyen 16(2) membenarkan pendaftaran pusat pemulihan persendirian tetapi bagaimana kerajaan akan memastikan pusat-pusat ini tidak disalahgunakan untuk mengaut keuntungan atas penderitaan penagih? Apakah mekanisme pengawasan yang akan digunakan? Kerajaan bercakap tentang bantuan kepada pusat-pusat ini tetapi adakah ini akan membuka ruang untuk penyelewengan dana awam? Bolehkah kerajaan memberikan perincian tentang mekanisme akauntabiliti yang akan digunakan untuk memantau penggunaan dana ini?
Mengapa kerajaan mengenakan denda RM500,000 ke atas pusat yang tidak berdaftar di bawah AADK ini? Ini tidak realistik dan berpotensi menutup pusat-pusat yang mungkin memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Bukankah lebih baik untuk bekerjasama dan memudahkan proses pendaftaran? Jika ada pusat yang enggan mendaftar tanpa sebab munasabah, mengapa tidak hanya menutupnya tanpa mengenakan denda yang tidak masuk akal ini? Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan ini bukannya menyelesaikan masalah tetapi berpotensi mencetuskan lebih banyak masalah. Kerajaan perlu memberikan jawapan yang lebih jelas dan terperinci kepada soalan- soalan ini sebelum rang undang-undang ini boleh diterima. Kita tidak boleh membenarkan undang-undang yang berpotensi membahayakan dan membantutkan usaha pemulihan penagih dadah di negara kita diluluskan begitu sahaja. Terima kasih Yang di-Pertua Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Timbalan Speaker, sementara sebelum Segamat. Daripada Ledang, boleh saya buat pengumuman sikit, kehadiran?
Silakan.
Minta dialu-alukan bersama oleh Ahli-ahli Parlimen, daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil, Ledang bersama dengan kita pada petang ini [Tepuk] dan di belakang kiri saya ini, Sekolah Menengah Agama Kuala Krai, juga berada dengan kita. Terima kasih. [Tepuk]
Silakan Segamat.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk kita membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan). Saya ada beberapa cadangan dan juga penambahbaikan yang saya ingin membawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri dan juga pihak-pihak yang berkenaan. Saya yakin, perlu pertimbangkan cadangan-cadangan yang dibangkitkan juga sebelum saya, Yang Berhormat Muar dan juga Puchong dan juga Kinabatangan sekali.
Dan perkara yang penting, yang pertama saya ingin mencadangkan adalah berkenaan dengan pengawasan dan pemantauan pusat pemulihan. Penting untuk memastikan pusat pemulihan persendirian yang berdaftar dengan AADK mematuhi standard yang ditetapkan. Pengawasan berkala dan audit oleh pihak berkuasa perlu dilaksanakan untuk memastikan kualiti rawatan dan pemulihan terjamin, perkara pertama. Yang kedua adalah latihan dan pembangunan profesional. Ini yang juga perlu diberi perhatian. Pegawai pemulihan perlu diberi latihan berterusan dan program pembangunan profesional untuk memastikan mereka sentiasa mempunyai kemahiran terkini dalam menangani isu penagihan dadah. Dan saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan amendment of section 2, in subsection 1(4). In definition of ‘officer’, but inserting after the word ‘rehabilitation officer’, the word ‘any officer of the agency appointed under section 5 of The National Anti-Drugs Agency Act 2004’. Saya ingin memberi komen tentang ‘rehabilitation officer’ ini adalah saya yakin dengan pegawai-pegawai AADK yang cukup pengalaman seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma saya ingin tahu, apakah akan ada pegawai perubatan daripada KKM juga akan membuat pemantauan kerana ia adalah untuk mengesahkan supaya apabila kita telah meluluskan rang undang-undang ini, kita tidak boleh ada mana- mana pihak yang mempersoalkan kementerian atau pihak AADK terhadap kredibiliti mereka dalam proses atau melakukan ujian-ujian tertentu. So, saya yakin Menteri mesti ada jawapan supaya kita perlu yakinkan bahawa pegawai-pegawai AADK ini memang layak in terms of giving assurance of the health measure that has been taken. So, saya rasa itu penting dan juga berkenaan rehabilitation officer is not medically train. Dan apakah kementerian akan ada latihan- latihan atau pun kepakaran yang boleh mereka diserapkan dalam pegawai-pegawai AADK ini ataupun akan ada pengarah dan timbalan pengarah ini haruslah dipertimbangkan untuk pegawai-pegawai medical officers to be inserted or to be appointed to oversee on the medical process. Dan seterusnya, saya juga ingin membawa perhatian dan cadangan ini juga telah diadakan dan dipraktis di sebuah negara di Amerika Syarikat, di mana sistem penjamin dan penaja, is a sponsor system. Saya ingin membawa model ini juga dipertimbangkan oleh kementerian, di mana terdapat sistem sponsor penagih yang telah menjalani rawatan, diberi seorang penjamin atau mentor untuk membantu mereka kekal bebas daripada dadah. Dan penjamin ini akan memberi sokongan moral, bimbingan dan nasihat kepada penagih dadah dalam usaha mereka untuk membina semula kehidupan yang
lebih baik. Sistem ini telah terbukti berkesan dan mengurangkan kadar berulangnya penagihan dadah dan boleh dijadikan contoh untuk diimplimentasikan di Malaysia. Sistem sponsor ini bertempoh lima hingga 10 tahun. So, saya mohon kementerian boleh pertimbangkan cadangan ketiga adalah peluang pendidikan formal dan tidak formal kerana kita mahu meyakinkan bahawa semua penagih dadah ini adalah sebenarnya adalah patient. They are patients, they are not criminals ya, in fact. So, kita perlu meyakinkan mereka dengan pendidikan formal dan tidak formal supaya mereka tidak kembali kepada jalan yang tidak bermoral ini. Dan saya yakin penagih dadah yang telah pulih perlu diberikan peluang untuk melanjutkan pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal supaya penagih dadah ini kita boleh selamatkan mereka dan memberi keyakinan dan juga harapan baru. Dan nombor tiga adalah penambahbaikan infrastruktur pusat pemulihan perlu ditambah baik untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, selesa bagi penagih dadah yang menjalankan rawatan. Dan akhir sekali- dan kepentingan ibu bapa dan keluarga. Ya, walau bagaimanapun- walaupun kerajaan mengambil langkah-langkah, pihak-pihak NGO mengambil langkah-langkah yang- peranan yang paling penting, yang perlu dimainkan adalah ibu bapa dan ahli keluarga dan termasuk juga anggota-anggota agama juga memainkan peranan penting. They are playing important role to save the future of generation. Drug not only kills the people, but it kills the future and their vision, as well as mission. Dan akhir sekali, saya ingin menyentuh adalah peranan ibu bapa dalam keluarga, adalah amat penting dalam proses pemulihan dadah. Keluarga boleh memberikan sokongan emosi dan moral yang berterusan kepada penagih dadah. Keluarga juga perlu melibatkan diri dalam mendidik dan juga membantu mereka keluarkan daripada stigma sosial yang kini apabila penagih dadah ini dikembali dan memulakan kehidupan baru, harus memberikan sokongan moral supaya mereka juga boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Timbalan Yang di-Pertua, dengan pindaan ini kita berharap dapat melihat perubahan positif dalam cara kita menangani isu penagihan dadah di negara ini. Saya menyokong penuh pindaan ini dan harap agar ia dilaksanakan dengan kecekapan dan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan mereka. Sekian, terima kasih.
Steady Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya terima kasih atas peluang untuk membahas rang undang- undang ini, akta yang dinama Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024. Pada permulaannya Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan beberapa kekhuatiran yang timbul akibat pindaan-pindaan ini. Pertamanya, sepertimana yang telah pun kami mendengar dari, I think kebanyakan pembahas hari ini, bahawa terdapatnya satu kekurangan yang ketara iaitu bahawa pegawai-pegawai pemulihan di dalam akta ini atau rehabilitation officers, dengan izin, tidak mempunyai apa-apa kelayakan sepertimana yang ditafsirkan di dalam akta ini. Ini adalah satu perkara yang penting untuk kita lihat. Oleh kerana di dalam definisi pegawai pemulihan di pindaan seksyen 2, pegawai pemulihan itu adalah ditakrifkan dengan menggantikan perkataan subseksyen (2) dengan perkataan seksyen 27A. Langsungnya tidak dinyatakan bahawa pegawai-pegawai perubatan itu adalah berkelayakan. What are his expertise, his qualification, so on, so fourth, dengan izin Puan Yang di-Pertua. Ini adalah satu perkara yang penting oleh kerana keseluruhan akta ini melibatkan pegawai-pegawai pemulihan tersebut. So, persoalan yang timbul sekarang adalah kenapakah kita tidak membawa pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan untuk terlibat dalam usaha di bawah akta ini? Usaha di bawah akta ini baik. Memang ini adalah satu usaha untuk mengalih masalah ini daripada the criminal justice system kepada satu, more treatment approach. Tapi ini hanya boleh dicapai, dengan izin Puan Yang di-Pertua, dengan penglibatan Kementerian Kesihatan. Satu lagi kebimbangan Puan Yang di-Pertua adalah bahawa terdapat overlap di antara akta ini dengan akta Dangerous Drug Act 1952, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana di bawah Dangerous Drug Acts tersebut, di bawah seksyen 15 umpamanya, masih terdapat jenayah ataupun kesalahan self-administration of drugs. Jadi, seperti dalam kes-kes urine, di mana seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan sekiranya ditangkap oleh pihak polis dan sebagainya. Oleh kerana keadaan tersebut, sekiranya terdapat satu percanggahan antara akta ini dan juga Akta Dadah Berbahaya tersebut, mungkin ini, mungkin akan mencetuskan ataupun mengakibatkan penyalahgunaan kuasa di masa depan. Mungkin akan mengakibatkan berlakunya rasuah di masa depan oleh kerana sekiranya seseorang penagih itu ataupun drug user didapati ataupun ditangkap, adakah dia akan ditangani di bawah akta ini ataupun di bawah Akta Dadah
Berbahaya yang mempunyai, dengan izin, penal consequences? Itu satu kebimbangan yang perlu diambil kira. Lagi satu perkara Tuan Yang di-Pertua, sama ada beberapa peruntukan di dalam akta ini adalah berpotensi untuk tidak berperlembagaan ataupun is unconstitutional. Sekiranya kita lihat kepada seksyen 6(2) akta ini juga, 6A(2). Kedua- duanya mengguna pakai perkataan hendaklah, di mana saya membaca, ‘jika penagih dadah atau bahan itu dibawa atau hadir di hadapan majistret, majistret itu hendaklah ataupun...’, dengan izin, ‘...shall atas syor pegawai pemulihan dan selepas memberi orang itu peluang untuk membuat representasi membuat dua perkara’, A dan B. Tapi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dengan penggunaan perkataan ‘hendaklah’ itu, ini mengeluarkan kuasa mahkamah daripada exercise ini. Ini bermaksud bahawa mahkamah ini tidak mempunyai kuasa lagi. Kuasa ini diletakkan di dalam tangan pegawai pemulihan. Dan apakah peranan ataupun what is the- apakah tujuan representasi yang dibenarkan di bawah seksyen 6(2) tersebut, sekiranya majistret itu perlu ataupun hendak membuat beberapa perkara yang telah pun ditakrifkan di dalam akta tersebut?
Ini adalah satu perkara yang mengeluarkan judicial authority yang telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, boleh saya just diberi satu minit? Oleh itu telah pun diputuskan oleh beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan yang bawah undang-undang ataupun peruntukan-peruntukan sebegini adalah unconstitutional. Jadi, ini perlu dilihat kembali oleh Kementerian Dalam Negeri. Saya ada beberapa isu lagi tetapi saya akan mengakhiri dengan just...
Sebelum itu YB, boleh saya mencelah sekejap?
Ya.
Adakah YB setuju bahawa berkenaan dengan perkataan ‘shall’ tadi perlu dilihat semula dan mungkin boleh diganti dengan perkataan ‘may’ supaya kita memberi budi bicara kepada majistret dalam menentukan sama ada untuk memberikan perintah tersebut.
Terima kasih kerana membangkitkan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mic.
Sorry. Itu adalah satu perkara, soalan yang baik dan saya ingin merujuk kepada seksyen 6 subseksyen (5). Ini mungkin boleh di-adopt-kan, Bangi. Saya akan membaca dalam teks Inggeris di sini. ‘Where a person is produced or appears before a Magistrate
under subsection (4), the Magistrate may, after considering the report by Rehabilitation Officer and after giving such person an opportunity to make representations, order the person to undergo treatment and rehabilitation at a Rehabilitation Centre for a period not exceeding six months’. Jadi, perkataan ‘may’ itu boleh digunakan. Actually memang digunakan dalam peruntukan-peruntukan lain di bawah akta ini. Jadi ianya boleh digunakan untuk peruntukan-peruntukan yang telah pun saya sebut tadi yang menggunakan perkataan ‘hendaklah’. Ini akan mengatasi masalah ‘shall’ tersebut— masalah judicial unconstitutionality tersebut. Akhir kata Puan Yang di-Pertua, saya memang ingin menyatakan bahawa kalau kita lihat kepada negara-negara lain yang telah pun decriminalize masalah dadah ini. Saya sebagai Timbalan Menteri, tahun lepas telah pergi ke Portugal, di mana saya telah pun berjumpa dengan beberapa pegawai atasan seperti seorang bernama Joao Goulao. Beliau merupakan arkitek polisi Drug Rehabilitation di Portugal di mana di sana, masalah dadah di sana amat teruk di awal tahun 2000-an. Tetapi dalam 20 tahun, dia orang telah membuat satu polisi di mana mereka decriminalize drug use. Tetapi mungkin model itu tidak sesuai untuk digunapakai di sini secara keseluruhannya, tetapi kita boleh adopt beberapa perkara daripada negara-negara tersebut untuk memperbaiki akta ini. Akta ini bertujuan baik, tetapi ianya mempunyai banyak masalah dan saya menyeru kepada pihak kerajaan, agar jangan mempercepatkan benda ini. Kita perlu— we have to take it back, we have to reconsider a lot of aspects dan juga, okey last but not least kita perlu engage dengan pemegang taruh. We have to be very much in engagement with civil society, NGO and so on, agar kita mendapat satu pencapaian yang baik. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya melihat pindaan rang undang-undang ini antara lainnya ialah meminda tajuk panjang Akta 283 untuk memperluas ruang lingkupnya supaya merangkumi penagih bahan dan penyalah guna dadah atau bahan. Ianya bertujuan meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan. Pindaan seksyen 3 untuk memperuntukkan seseorang pegawai boleh menahan dalam jagaan mana-mana orang yang dengan munasabah disyakinya
sebagai penagih dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan. Meminda seksyen 5 berhubung dengan obligasi mana-mana penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan yang disyaki untuk menjalani tatacara ujian. Puan Yang di-Pertua, menurut statistik oleh AADK, jumlah penyalahgunaan dadah dan penagih dadah di Malaysia pada 2023 adalah sekitar 145,000 orang, di mana golongan muda yang berusia antara 19 hingga 39 tahun terjebak dengan najis dadah sekitar 92 orang, manakala 40 tahun ke atas sekitar 50 orang. Saya berpandangan jika kumpulan ini tidak diuruskan dengan baik, ia akan memberi kerugian besar kepada negara. Puan Yang di-Pertua, masalah penagihan dadah bukan memerlukan hukuman berat dan penjara semata-mata untuk memulihkan mereka. Penyelesaian secara rawatan atau kaunseling merupakan kaedah yang digunakan bagi mengurangkan masalah ketagihan. Walau bagaimanapun, adakah ianya mampu menjadi pelan jangka panjang bagi mengurangkan jumlah penagih dalam negara. Hukuman penjara dilihat semakin mustahil untuk mereka kerana masalah ketagihan berbeza-beza dan cara merawat mereka juga tidak sama. Jika dahulu dadah daripada tumbuh-tumbuhan seperti ganja, kanabis dan opiat antara popular di kalangan penagih. Keadaan dunia semakin canggih menyebabkan jenis dadah sintetik, antaranya methamphetamine, ecstasy, mescaline, ketamine dan lain-lain turut berkembang. Dadah jenis sintetik ini bukan hanya mengganggu saraf manusia, tetapi juga perilaku individu itu sekali gus tahap agresif dan ketidakstabilan mental. Soalan saya, bagaimana AADK melihat peranan NGO yang banyak dan aktif menumpukan aktiviti pemulihan penagih dadah. Sejauh manakah kerjasama antara pihak kerajaan AADK dan NGO berkaitan. Izinkan saya mencadangkan agar NGO yang terbukti berperanan aktif diberi kuasa dan hak autonomi untuk membantu pencegahan dadah. Malah diberi insentif seperti dana, kewangan, latihan dan kempen kesedaran dilibatkan dalam aktiviti kerajaan serta diiktiraf dan digabungkan agar peranan NGO ini lebih berkesan.
[Bangun] Rompin.
Saya tidak akan beri laluan kepada Padang Besar. [Ketawa] Padang Besar, sila duduk. [Ketawa]
[Dewan riuh]
Sekejap sahaja Dato’. Yang Berhormat Rompin.
Nanti, masa saya sudah tamat.
Okey, okey. [Ketawa]
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Ah, tak kira. Puan Yang di- Pertua, hari ini saya terbaca satu kenyataan yang dibuat oleh Yayasan AIDS Malaysia (MAF) di media sosial yang disokong oleh sekumpulan pakar perubatan dan pakar berkaitan yang lain. Mereka berpandangan undang-undang baharu ini akan mengekalkan orientasi hukuman walaupun menuju ke arah penyahkriminalan penyalahgunaan dadah apabila kerajaan ingin menyatukan kuasa untuk melakukan penilaian dan rawatan penagih dadah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan dan mengurangkan kerjasama agensi itu dengan Kementerian Kesihatan. Walaupun dikatakan bertujuan untuk penyahkriminalan, pindaan yang dicadangkan mengekalkan langkah-langkah hukuman terhadap individu yang menggunakan dadah dan keluarga mereka. Pakar menyatakan kebimbangan mereka, khususnya terhadap penyatuan tanggungjawab dan kuasa dalam satu agensi dan mengurangkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan. Kumpulan pakar menekankan ketidakcukupan penugasan tanggungjawab untuk penilaian ketagihan dan rujukan rawatan kepada pegawai pemulihan seperti yang dilihat dalam penggantian yang dicadangkan kepada seksyen 8, di mana pegawai pemulihan boleh mengesahkan seseorang individu sebagai penagih atau penyalah guna dadah atau bahan. Memandangkan sifat aspek penggunaan dan ketagihan dadah yang merangkumi dimensi kesihatan dan sosial adalah sangat penting bahawa pegawai kesihatan dan pekerja sosial dimasukkan dalam proses penting ini. Terdapat juga kebimbangan serius mengenai hukuman yang dicadangkan untuk ibu bapa, pengguna dadah muda seperti yang dilihat dalam pindaan yang dicadangkan kepada seksyen 9 yang berpotensi menghalang keluarga daripada mendapatkan sokongan yang diperlukan. Pendekatan hukuman seperti itu berisiko mengasingkan keluarga di kawasan luar bandar dan memperkukuhkan stigma. Kesimpulannya Puan Yang di-Pertua, saya bukan tidak bersetuju dengan pindaan ini, cuma saya melihat agar rundingan yang lebih luas dengan pihak yang berkepentingan dibuat sebelum meneruskan sebarang pindaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Tampin, saya ingin membacakan senarai pembahas yang belum dibaca tadi. Yang Berhormat Tampin, YB Kuala Pilah, YB Pengkalan Chepa, YB Bukit Bendera, YB Rasah, YB Masjid Tanah, YB Seputeh, YB Batu, YB Besut, YB Beaufort, YB Jempol, YB Pokok Sena,
YB Kluang, YB Bangi, YB Padang Terap, YB Bakri, YB Klang, YB Parit Buntar, YB Gombak, YB Tuaran, YB Kota Belud, YB Beruas, YB Mas Gading dan YB Sibu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024. Padang Besar jangan risau, walaupun Rompin tak bagi laluan, saya bagi laluan. Saya bangun untuk menyokong pindaan ini demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak bangsa dan negara. Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Saya faham Langkawi, saya sendiri pun terdedah dengan masyarakat yang sentiasa mengadu dengan pejabat kami untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Masalah keluarga mereka yang terhimpit dengan gejala dadah ini. Perubahan pendekatan daripada hukuman kepada rawatan mesti dilakukan kerana boleh menyelesaikan masalah kesesakan penjara dan penagihan dadah yang secara serentak. Pendekatan sebegini adalah jauh lebih baik berbanding sekarang dan telah terbukti berkesan seperti yang berlaku di negara Portugal dan Netherlands. Jika kita masih mengamalkan pendekatan lama, mana mungkin kita akan mendapat keputusan yang berbeza. Tuan Speaker, berdasarkan sumber data daripada agensi berkaitan, seramai 145,526 orang telah terlibat dengan dadah pada tahun 2023. Jumlah angka tersebut masih lagi belum mengambil kira individu yang bakal hadir dan menjalani rawatan secara sukarela. Kebimbangan saya, adalah sejauh manakah persediaan kementerian dan agensi berkaitan untuk mendepani bilangan penagih dadah yang cukup besar ini? Adakah para anggota telah bersedia untuk berdepan dengan penagih dadah daripada latar belakang yang pelbagai dan berkemungkinan berbahaya? Meskipun penagih adalah dikategorikan sebagai pesakit selepas ini dan bukan lagi penjenayah, namun masih ramai antara mereka yang terlibat dengan jenayah lain dan mempunyai masalah biopsychosocial spiritual. Saya berharap agar semua perkara dari segi keanggotaan, fasiliti, logistik dan pelbagai lagi dapat diuruskan dengan lebih baik terlebih dahulu, selewat-lewatnya sebelum pindaan ini dikuatkuasakan kelak. Tuan Speaker, salah satu faktor pindaan ini dibuat adalah untuk menggalakkan lebih ramai penagih datang untuk membuat rawatan dan pemulihan secara sukarela. Berdasarkan statistik klien AADK tahun 2023, daripada 9,919 orang
yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi, seramai 960 orang adalah merupakan klien sukarela. Daripada 65,372 orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti, seramai 1,499 orang adalah merupakan klien sukarela. Secara peribadi, jumlah angka klien yang menjalani rawatan secara sukarela sama ada dalam institusi ataupun komuniti adalah amat memeranjatkan. Persoalan saya mengenai perkara ini, apakah usaha lain di peringkat kementerian dan agensi berkaitan untuk memastikan lebih ramai penagih di luar sana hadir untuk menjalani pemulihan? Saya percaya akan ada lebih ramai lagi penagih di luar sana akan tampil secara sukarela untuk memperbaiki kehidupan mereka, jika ada tarikan yang kuat daripada kementerian dan agensi berkaitan. Tuan Speaker, usaha rawatan dan pemulihan penagih dadah ini tidak akan sempurna tanpa pencegahan yang baik. Lima tahun lalu, tiga pasukan khas PDRM telah dimansuhkan iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING). Pasukan STING yang telah dibentuk pada Januari 2014 berperanan besar untuk memerangi ketua dadah terancang dan sindiket penyeludupan dadah tempatan serta antarabangsa. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui mengapakah pasukan penting tersebut dimansuhkan sebelum ini sedangkan masalah penyalahgunaan dadah masih lagi berleluasa pada ketika itu dan hingga ke saat ini? Setelah pembubaran STING, apakah mekanisme yang digunakan PDRM untuk menangkap jerung-jerung dadah ini? Berapakah jumlah tangkapan besar yang berjaya dibuat sepanjang tempoh pembubaran STING? Saya berpendapat, sudah tiba masanya agar STING ini ditubuhkan kembali kerana terdapat keperluan besar untuk mengimbangi pindaan ini. Jika dadah masih mudah didapati dalam pasaran dan generasi baru pula tiada kesedaran, saya fikir pindaan ini tidak akan memberi sebarang makna. Tuan Speaker, perkara terakhir yang ingin saya sentuh dalam perbahasan kali ini adalah mengenai kesalahan berulang. Pada masa ini, bagi kesalahan berulang tertuduh boleh didakwa mengikut seksyen 39C di bawah Akta Dadah Berbahaya. Hukumannya adalah penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebatan tidak lebih daripada tiga kali.
Tampin.
Berdasarkan akta— silakan Padang Besar.
Itu yang kita nak dengar, terima kasih. Apa, Rompin? Setujukah Yang Berhormat Tampin kita bagi peluang kali kedua
kepada bekas-bekas penagih ini sebagaimana isu sebelum ini? Ada pengawal keselamatan yang ada kes 30 tahun, 20 tahun lepas dihentikan atas dasar kesalahan lampau, sedangkan kalau ikut treatment tadi, perlu ada merit. Selepas merit itu, dia dapat berjaya mencapai merit itu, dia boleh diterima untuk bekerja kembali. Setujukah Tampin? Terima kasih.
Saya amat bersetuju sekali dengan Padang Besar. Padang Besar, kita semua sama-sama mainkan peranan. Ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata. Kita semualah mainkan peranan untuk memastikan gejala dadah ini dapat di ini. [Ketawa] Berdasarkan akta dadah, penagih dadah ini pula, tertuduh boleh di bawah seksyen 6(6) iaitu diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat serta dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun dan sebatan tidak melebihi tiga kali. Pada khidmat saya, terdapat pertindihan terhadap Akta Dadah Berbahaya dan Akta Penagih Dadah dari segi hukuman terhadap kes berulang yang perlu dijelaskan oleh kementerian. Bagi kes berulang ini, kementerian akan mengguna pakai salah satu akta atau kedua-duanya akan berjalan secara serentak. Mungkin Timbalan Menteri boleh jawab. Tuan Speaker, sekian saja daripada saya setakat ini. Saya berharap segala pandangan yang telah dikemukakan mendapat perhatian daripada kementerian untuk tindakan selanjutnya. Kita sama-sama doakan agar semua penagih-penagih di luar sana akan kembali ke pangkal jalan dan kita semua berusaha bersama-sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kuala Pilah terus merujuk kepada pindaan rang undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak kementerian bagi diluluskan dalam sidang Parlimen pada kali ini. Secara prinsipnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kuala Pilah menyokong Rang Undang-undang Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 ini kerana saya lihat— Kuala Pilah melihat ia merupakan suatu semangat bagi memberi peluang kedua bagi pesalah dan seterusnya memberi ruang kepada penglibatan komuniti bagi memastikan pesalah ataupun pesakit ini dirawat dengan lebih berkesan lagi. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah terus merujuk kepada seksyen 2 yang bercakap tentang nyah jenayah penagihan dadah, dikriminalisasi penagihan
dadah. Kuala Pilah amat menyokong usaha kerajaan bagi nyah jenayah penagihan dadah dengan mengalihkan penyalahgunaan dadah dari hukuman penjaraan ke program rawatan dan pemulihan. Usaha untuk menggalakkan rehabilitasi dan restoratif ini adalah sebuah penyelesaian yang proaktif dan dalam menangani isu penyalahgunaan dadah di Malaysia. Kuala Pilah lihat usaha ini menjadi kesinambungan ke atas usaha kerajaan untuk mereformasi penjara dan pusat tahanan bagi merealisasikan agenda reformasi institusi dan perundangan negara. Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa kadar keberkesanan pemulihan banduan atau prospek dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali ganda lebih berkesan dalam mencegah recidivist atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam sel ataupun fasiliti. Setakat September tahun lalu, sebanyak 75,379 tahanan atas pelbagai kesalahan berada di penjara seluruh negara ini termasuk Yang Berhormat Timbalan Speaker, termasuk mereka yang telah ditahan reman begitu lama. Mereka ini dituduh dan gagal mengemukakan jaminan dan mereka ditahan reman. Ia kadangkala memakan masa bertahun-tahun dan akhirnya kes mereka ini ditarik balik dan mereka dibuktikan akhirnya tidak bersalah. Ini memberikan suatu sebenarnya, suatu perkara yang situasi yang tidak adil bagi mereka ini yang gagal mengemukakan jaminan.
Daripada jumlah keseluruhan ini, 70.4 peratus ataupun 53,072 orang adalah mereka yang disabitkan dengan kesalahan dadah. Kuala Pilah percaya usaha nyah jenayah penagihan dadah ini juga bakal menyelesaikan isu kesesakan penjara di seluruh negara. Yang Berhormat Timbalan Speaker, nyah jenayah penagihan dadah turut memberi sinar baharu kepada masa depan golongan penyalahgunaan dadah dan bahan. Sebelum ini status mereka adalah sebagai bekas penjenayah, menyukarkan mereka untuk kembali hidup seperti biasa akibat stigma dan persepsi negatif masyarakat dan akhirnya membuatkan mereka kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan. Maka itu Kuala Pilah percaya pindaan ini akan menjadi titik tolak, game changer kepada masa depan yang lebih cerah setelah mereka berjaya pulih daripada masalah ketagihan dadah. Pindaan rang undang-undang ini juga akan mengalihkan tanggungjawab penjagaan penyalahgunaan dadah ini daripada PDRM dan Jabatan Penjara kepada AADK. Oleh itu, persoalannya adakah terdapat keperluan untuk kerajaan menambah perjawatan pegawai pemulihan AADK untuk memenuhi keperluan akan datang?
Dilihatkan daripada cadangan pindaan ini Yang Berhormat Timbalan Speaker, segala cadangan yang dilontarkan dalam pindaan ini seharusnya disambut oleh agensi AADK dan oleh kerana itu adalah satu tanggungjawab besar AADK ini diperkasakan daripada aspek struktur perjawatan, kelayakan, penambahan peruntukan bagi membolehkan mereka menyambut apa juga cadangan pelaksanaan yang bakal dilontarkan melalui akta ini. Timbalan Speaker, saya merujuk seksyen 6 berkaitan rawatan dan pemulihan. Jika dapat dilihat setakat ini hukuman penjaraan masih tidak mampu menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah di negara ini, malah data serta statistik mengenai penyalahgunaan dadah negara ini sentiasa menunjukkan angka-angka yang membimbangkan. AADK melaporkan sebanyak 145,526 kes penagihan dan penyalahgunaan dadah yang direkodkan lebih membimbangkan di mana daripada jumlah ini sebanyak 62 peratus ataupun 90,226 orang yang terlibat merupakan golongan remaja dan belia yang berusia antara 19 hingga 39 tahun. Kajian Prevalens Penagihan Dadah dan Bahan Dalam Kalangan Belia di Malaysia pada tahun 2022 mendapati umur permulaan mengambil dadah, mengaku mengambil dadah pada usia awal iaitu sewaktu usia 15 hingga 20 tahun. Namun ada responden yang mengaku mengambil dadah seawal umur sembilan tahun. Mereka ini adalah aset negara. Amat merugikan jika potensi 90,000 belia ini disia-siakan begitu sahaja. Oleh itu Kuala Pilah menyambut baik usaha untuk memfokuskan kepada rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah dan bahan ini. Tidak semua penyalahgunaan dadah perlu dihukum penjara, Timbalan Speaker. Ada kalanya mereka hanya memerlukan rawatan dan sokongan untuk kembali pulih. Kerajaan perlu merangka dan membina program rawatan pemulihan yang berkesan dan holistik dengan fasiliti dan kemudahan yang lengkap dan mencukupi. Contohnya, fasiliti pemulihan seperti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di seluruh negara perlu dinaiktaraf dan sekiranya tidak mencukupi, perlu dibina baharu supaya dapat menampung keperluan. Timbalan Yang di-Pertua, saya merujuk seksyen 8 berkaitan tatacara pemilihan ataupun pemulihan secara sukarela iaitu kuasa kepada pegawai pemulihan AADK. Timbalan Yang di-Pertua, seksyen 8(3) tentang kuasa pemutus pegawai pemulihan AADK yang begitu besar. Kuasa ini bakal diberikan daripada akta ini subseksyen 8(3) ini. Kuasa ini begitu luas dan saya percaya dengan izin, every legal power must have legal limit dengan izin. Setiap kuasa yang mereka terima ini mesti ada legal limitnya.
Kalau sebelum ini, perakuan penagihan dadah dilaksanakan oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar. Kemudian, barulah pegawai pemulihan AADK. Pindaan pada seksyen ini memberi kuasa yang luas kepada pegawai pemulihan AADK membuat perakuan penagih atau penyalahgunaan dadah atau bahan, seterusnya menentukan rawatan dan pemulihan bersesuaian.
Sila gulung.
Kuala Pilah yakin pindaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan usaha pemulihan dan rawatan. Namun begitu agak merisaukan Timbalan Yang di-Pertua, apabila tugas untuk diagnose ketagihan dadah yang selama ini dilaksanakan oleh seorang pegawai perubatan akan beralih kepada seorang pegawai sosial. Apakah perancangan kementerian untuk memastikan kemahiran, kompetensi, pengetahuan, kepakaran pegawai- pegawai ini mencapai kualiti standard yang ditetapkan? Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita lihat sekarang ini ada satu cabaran iaitu cabaran kemunculan dadah jenis bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin banyak disalahgunakan. Penyalahgunaan dadah NPS ini juga tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing walaupun memberi fungsi yang khayal, kesan khayal yang sama seperti dadah konvensional. Dadah ini turut menjadi cabaran kepada usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dalam negara ini.
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Oleh yang demikian, Kuala Pilah berharap agar kerajaan- Saya cross refer dengan seksyen 8 tadi, melihat isu berkaitan dengan kompetensi pegawai pemulihan dadah ini supaya mereka boleh mempunyai pengetahuan yang sewajarnya dari aspek perubatan, bagi membolehkan tidak berlakunya ujian ataupun cabaran-cabaran ujian-ujian yang selepas ini kita anticipate, kita andaikan akan adanya test case di mahkamah nanti. Jadi, sekali lagi terima kasih. Kuala Pilah dengan ini menyokong Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih pada Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk
mengambil bahagian sama dalam membahaskan RUU bernama Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Salah satu pindaan utama adalah perubahan dalam definisi “penagih dadah ataupun bahan” dan “penyalah guna dadah atau bahan”. Dengan definisi baharu ini kita dapat memberikan kejelasan yang lebih baik dan perluaskan skop rawatan serta pemulihan. Penstrukturan semula akta juga telah dilakukan dengan menambah baik Bahagian I dan II, penamaan semula dan penyusunan semula bahagian dalam akta ini akan membantu dalam penguatkuasaan yang lebih efektif. Bahagian III telah meminda beberapa seksyen di mana suatu tatacara baharu untuk rawatan dan pemulihan termasuk rawatan secara sukarela juga diperkenalkan. Mana-mana penagih dadah yang ingin menerima rawatan dan pemulihan secara sukarela boleh pergi kepada mana-mana pejabat AADK, tanpa perlu berdepan dengan kerenah birokrasi yang panjang. Ketua Pengarah diberi kuasa untuk menyingkatkan tempoh rawatan atas sebab-sebab tertentu melalui syor yang telah dikemukakan oleh pegawai pemulihan. Seterusnya saya juga meneliti fungsi pusat khidmat dan peraturan baharu untuk pusat pemulihan persendirian yang diperkenalkan di bawah akta ini. Institusi ini akan memainkan peranan penting dalam menyediakan rawatan dan pemulihan yang lebih komprehensif kepada penagih dadah, terutamanya yang di bawah umur. Menyentuh seksyen 27A, di mana ia memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik pegawai pemulihan bagi tujuan tangkapan, rawatan dan pemulihan. Pada pengamatan saya, tidak perlu ada campur tangan Menteri dalam pelantikan pegawai pemulihan. Lantikan pegawai pemulihan cukup sekadar dibuat oleh Ketua Pengarah tanpa melibatkan Menteri secara langsung kerana kita faham campur tangan politik dalam pelantikan pegawai boleh menyebabkan amalan nepotisme, di mana individu yang dilantik adalah berdasarkan hubungan politik dan peribadi, bukannya berdasarkan kepada merit serta kompetensi yang sebenarnya. Ini boleh mengurangkan dalam– ini boleh merosakkan dari sudut pelaksanaan dan juga profesionalisme perkhidmatan awam. Campur tangan politik boleh mengurangkan kebebasan perkhidmatan. Kita tahu akan terjadi seperti itu. Ia akan menjejaskan integriti ketidakberpihakkan mereka dan penjawat awam mungkin terasa tertekan untuk memenuhi kehendak yang dikehendaki oleh orang politik daripada menjalankan tugas mereka secara profesional dan juga adil. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal penyalahgunaan dadah. Saya ingin menyuarakan kebimbangan tentang peningkatan penggunaan rokok elektronik yang boleh mendorong dan memudahkan lagi amalan penyalahgunaan dadah terutama di kalangan anak-anak muda.
Kita tahu bahawa kadar cairan yang mengandungi nikotin yang tinggi itu digunakan dalam rokok elektronik ini. Sekiranya mereka mencampurkan dengan dadah, terutama dadah sintetik, sudah pasti dari sudut mengenal pasti dan penguatkuasaan juga sangat sukar bagi pihak AADK ini untuk membuat siasatan dan juga tangkapan. Ini kerana ia boleh berlaku dengan begitu mudah. Benda dalam poket, kemudian boleh bawa keluar, terus hisap. Selepas itu bila orang datang, boleh berhenti. Tetapi kalau penagihan dadah secara konvensional ini, ia mungkin melibatkan peralatan yang sukar untuk mereka lepas daripada dicekup oleh pihak berkuasa. Oleh sebab itu, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya meningkatkan pemantauan kepada penggunaan dan penyalahgunaan rokok elektronik ini kerana ia boleh menyumbang kepada penyalahgunaan dadah. Kalau kita lihat kepada pelan generational end game, dengan izin, yang sangat mendukacitakan apabila kerajaan tarik balik akta itu, rang undang-undang itu, maka sudah pasti usaha yang kita harapkan untuk memastikan kawalan sepenuhnya pada jangka masa tertentu terhadap penyalahgunaan dan juga ketagihan dadah rokok ini tidak dapat diteruskan secara lebih efektif. Sepatutnya, saya mencadangkan supaya generational end game, RUU itu, diteruskan oleh pihak kerajaan selepas daripada ini kerana kita yakin dengan perancangan yang dibuat itu akan memastikan bahawa kawalan kepada penagihan dadah dan juga ketagihan nikotin secara berlebihan ini dapat ditamatkan pada masa akan datang. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Kita sekarang ini berada di dalam saat yang penting dalam menangani masalah ketagihan dadah di Malaysia. Jadi, cadangan pindaan kepada Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 ini merupakan pendekatan progresif dan berperikemanusiaan terhadap isu yang sangat rumit. Salah satu perubahan yang paling ketara dalam pindaan ini adalah cadangan cara untuk menangani ketagihan dadah. Jadi, menghantar penagih dadah ke pusat pemulihan menawarkan mereka peluang kedua dalam kehidupan dengan menyediakan pelan rawatan komprehensif yang mampu menangani punca
ketagihan mereka. Dasar ini mengubah pendekatan iaitu merawat penagih sebagai pesakit dan bukannya penjenayah. Walaupun pindaan ini penuh dengan empati dan kaedah ini pasti mengurangkan kesesakan penjara, tetapi ia juga berisiko kerana ia menghantarkan mesej yang salah. Dengan tidak menghukumkan penggunaan dadah, kita mungkin secara tidak sengaja menggalakkan penggunaan dadah, melemahkan usaha untuk menghalang penyalahgunaan bahan. Jadi, untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan pindaan-pindaan ini, Bukit Bendera ingin tahu, apakah perancangan untuk menangani kebimbangan awam mengenai gejala ketagihan dadah, terutamanya di kalangan remaja yang semakin meningkat? Puan Yang di-Pertua, pindaan ini juga mencadangkan untuk memperkasakan pegawai pemulihan dari Agensi Antidadah Kebangsaan untuk menjalankan penilaian dan juga meluluskan individu untuk pemulihan. Tanggungjawab ini dahulunya dipegang oleh pegawai perubatan di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi, pindaan ini dibuat untuk memudahkan lagi proses rawatan pemulihan. Akan tetapi, kita perlu juga memberi jaminan ketelusan, kualiti dan juga mengamanahkan tanggungjawab yang berat ini kepada pegawai-pegawai yang bertauliah. Jadi, perkara ini perlu diteliti dengan lebih terperinci. Jadi, janganlah kita terburu-buru. Pegawai pemulihan dengan latihan khusus mereka mesti dilengkapi dengan baik supaya mereka ini mampu memikul tanggungjawab dengan lebih berkesan. Maka untuk memastikan kualiti penilaian dan juga rawatan tidak terjejas, diharapkan ya, kita dapat senaraikan jenis-jenis latihan khusus yang akan diterima oleh pegawai-pegawai pemulihan AADK sebagai penyediaan bagi tanggungjawab baharu mereka. Adakah terdapat, dengan izin, check and balance untuk memastikan penilaian oleh pegawai AADK ini adalah tepat dan adil? Puan yang di-Pertua, menggalakkan rawatan dan pemulihan secara sukarela ini adalah satu tunggak utama pindaan. Insya-Allah, pendekatan ini dapat menghapuskan stigma yang dikaitkan dengan ketagihan. Stigma merupakan salah satu halangan utama dihadapi oleh individu yang bergelut dengan ketagihan. Stigma ini boleh menghalang mereka daripada mencari bantuan dan sokongan. Jadi, walaupun pemulihan secara sukarela ini dicadangkan memang baik, tetapi mungkin tidak mencukupi untuk menangani punca-punca ketagihan. Penagih sering memerlukan pendekatan yang lebih berstruktur. Jadi, program sukarela walaupun berperikemanusiaan, mungkin kekurangan ketegasan yang diperlukan untuk mencapai pemulihan jangka masa panjang dan penagih mungkin berulang jika tidak dipantau. Dengan izin, we want to avoid a relapse.
Jadi, Bukit Bendera ingin mendapat empat jawapan bagi empat soalan iaitu― Pertama, apakah insentif yang akan ditawarkan untuk menggalakkan penagih dadah mencari rawatan secara sukarela? Kedua, bagaimanakah kerajaan akan memastikan bahawa program rawatan ini dapat diakses oleh semua yang memerlukannya? Ketiga, apakah sistem sokongan yang akan disediakan? Dan keempat, bagaimanakah kejayaan program rawatan dan pemulihan sukarela diukur? Maka kesimpulannya, walaupun niat di sebalik pindaan ini adalah mulia, ada kekhuatiran mungkin ia tidak cukup untuk menangani kerumitan ketagihan dadah dan juga kesannya kepada masyarakat. Jadi, pendekatan yang lebih seimbang yang menggabungkan elemen pengawasan perubatan yang tegas dan juga protokol rawatan mandatori mungkin lebih berkesan dalam isu ini. Kita perlu tahu setiap dadah ada perbezaannya dari segi, dengan izin, chemical intensity dan juga tahap ketagihan mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Kesan sampingan syabu berlainan dengan ganja. Kesan sampingan ketum berlainan dengan pula ekstasi. Maka, ia menjadi tanggungjawab kita untuk menjamin keberkesanan dalam keputusan untuk meminda akta ini. Kita tidak mahu sebarang cabaran birokrasi dan, dengan izin, inconsistency yang boleh menjejaskan pendekatan ini. Nelson Mandela pernah berkata, dengan izin, “It always seems impossible, until it is done”. Therefore, the journey to recovery may seem insurmountable. But with the right support, compassion and opportunity, an individual can overcome addiction. Cadangan pindaan ini melambangkan langkah penting ke arah pendekatan yang lebih berperikemanusiaan. Jadi, dengan merawat penagih sebagai pesakit, memperkasakan pegawai pemulihan, menggalakkan rawatan sukarela dan juga menyediakan garis panduan yang jelas, kita mampu membina asas untuk sistem yang mengutamakan kesihatan rakyat, maruah negara dan juga harapan bangsa. Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 pada hari ini iaitu untuk meminda akta induk Akta 283 pada hari ini.
Saya ada beberapa perkara yang hendak diutarakan dalam perbahasan ini. Pertama, sudah tentu saya menyokong usaha kerajaan dan saya difahamkan ia sebahagian daripada reform yang amat diperlukan iaitu untuk kita― saya menggunakan slogan ataupun perkataan yang digunakan iaitu dikriminalisasikan penagih daripada sebagai seorang penjenayah kepada pesakit dan sudah tentunya pindaan ini memberikan fokus kepada pemulihan dan rawatan terhadap penagih dadah. Ia sesuatu yang bagi saya, sangat holistik dan bersesuaian dengan Kerajaan Malaysia Madani yang kita ada, walaupun usaha itu sebenarnya daripada kerajaan sebelum ini. Cuma, saya hendak tanya. Ini adalah satu pindaan yang sangat besar dan ketika taklimat diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada kami, dimaklumkan bahawa libat urus dengan banyak pihak telah dilakukan sejak dua, tiga tahun yang lepas.
Ya betul. Memang ada. Cuma, saya nak tanya. Soalan pertama, saya tak nampak ada rujukan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, khas untuk yang berkaitan dengan KDN, keselamatan. Saya tak pasti ada kah tak ada? Saya tak nampak ada rujukan kepada JKPK. Sebab, kalau kita sebut berkenaan dengan reformasi institusi yang kita nak kan di bawah Kerajaan Malaysia Madani, ia patut dirujuk kepada JKPK. Kalau semalam, KPDN, RUU semalam, RUU PLT dirujuk kepada JKPK dengan bentuk kerjasama yang baik. Saya harap perkara yang sama boleh dirujuk. Berkenaan dengan libat urus dengan pelbagai pihak. Ada tak libat urus tersebut juga melibatkan semua pihak. Sebab saya tahu ada pro and con. Ada sokongan. Ada yang mempunyai pandangan yang berbeza. Saya nak tanya berkenaan dengan pindaan ini...
YB, boleh mencelah?
Selepas pindaan ini, ada tak AADK, kekuatannya akan meningkat? Sebab saya nampak kesan dia ataupun bidang kuasa dia, skop dia bertambah. Apakah implikasi dia terhadap kekuatan AADK yang kita ada? Puan Yang di-Pertua, saya nak rujuk kepada dua seksyen dalam pindaan kali ini iaitu seksyen 12.
Seminit sahaja YB, mahu tanya satu soalan sahaja.
Ya.
Tanya sahaja. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dengan perkara yang disebut tadi bahawa untuk
supaya rang undang-undang dapat dimurnikan, kita rujuk sahaja kepada select committee? Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Itu yang sebaiknya. Tetapi saya sokong apa yang kerajaan lakukan ini. Seksyen– kita kenalah sokong kerajaan. Seksyen 12. Okey, saya rujuk kepada seksyen 12 yang menyingkatkan tempoh rawatan dan pemulihan. Saya nampak selepas pindaan ini, ketua pengarah boleh menggunakan kuasa bicara sebelum seseorang penagih tersebut melalui tempoh 12 bulan di pusat pemulihan dan tanpa keizinan bertulis daripada Menteri. Saya rasa ini satu penurunan kuasa kepada ketua pengarah yang sangat baik, yang membolehkan urusan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat. Cuma, saya nak tanya lepas ia diturunkan, ketua pengarah boleh ikut syor daripada pegawai pemulihan. Ada tak pegawai pemulihan yang terbabit diberikan latihan dari segi perubatan? Ini yang saya rasa sangat mustahak sebab ia melibatkan banyak pihak termasuk pihak perubatan. Ada tak pegawai tersebut competent dari segi— saya tak pertikaikan competency pegawai tersebut. Tapi ada tak mereka competent dari segi perubatan untuk memberikan cadangan kepada KP? Seterusnya seksyen 27A, 27B dan 27C yang baru diwujudkan, terutamanya seksyen 27C berkenaan dengan Majlis Profesion Pegawai. Di bawah 27C, saya nak tanya, kenapa perlu ada satu majlis khas ditubuhkan dan berapakah ramai yang akan dilantik? Sebab tak disebutkan. Dia hanya sebut Menteri ada kuasa beli— ada kuasa untuk lantik. Jadi, lantik berapa orang dan siapa yang patutnya dilantik? Apakah fungsi majlis ini, sama ada ia lebih kepada consultation, memberikan nasihat kepada Menteri, kepada Ketua Pengarah AADK ataupun dia mempunyai kuasa-kuasa yang mungkin akan ditetapkan kemudian? Itu yang pertama. Kedua, berkenaan dengan saya 27A, pegawai pemulihan yang dilantik oleh Menteri. Saya nak tanya, saya nampak ada pertambahan kuasa kepada pegawai pemulihan ini, termasuk kuasa tangkapan, kuasa rawatan dan kuasa pemulihan. Ada tak kuasa yang ada kepada pegawai ini akan bertindih (overlapped) dengan pegawai polis? Sebab kita tak mahu nanti timbul kuasa yang bertindih antara dua agensi yang berbeza untuk perkara yang sama. Itu yang saya rasa kita kena elakkan. Akhir sekali, berkenaan dengan 27B. Sukarelawan yang akan dilantik untuk membantu pegawai pemulihan, apakah kriteria? Tak nampak langsung ada kriteria macam mana mereka ini boleh dilantik. Tapi sudah tentu kalau ikutkan ayat yang digunakan, ia adalah berkenaan dengan pegawai yang dilantik secara part-time ataupun secara— sebab dia tak ada saraan tetap, dia hanya diberikan elaun. Jadi, apakah kriteria dan berapakah bilangannya yang akan dilantik? Itu sahaja persoalan saya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan saya untuk sama berbahas pada petang ini. Saya ingin menyentuh tentang hasrat kerajaan sejak daripada dulu lagi untuk menyatakan bahawa decriminalize penyalahgunaan dadah ini telah pun dilaksanakan sejak daripada dulu. Tapi apa makna decriminalize itu? Apakah makna menyahjenayahkan penyalahgunaan dadah? Kalau kita tengok rang undang-undang pindaan ini, masih lagi menggunakan pendekatan menghukum dan bukannya menyahjenayahkan. Perkataan-perkataan yang digunakan itu juga merujuk penagih dadah dan sebagainya dan bukannya pesakit sebagai mana yang pun kita hasratkan. Sebab itu tidak ada makna sebenar— nak menyebut pun payah, dikriminalisasi ini. Jadi, apa bendanya dikriminalisasi ini kalau perkataan yang digunakan itu juga tidak menunjukkan bahawa dikriminalisasi itu yang sebenar dihasratkan? Jadi, kita tengok juga pada rang undang-undang pindaan ini juga memberi kuasa penuh kepada AADK. Saya tidak mahu menyalahkan AADK malah saya sangat menghargai usaha AADK selama ini yang mana bagi saya Ahli Parlimen Masjid Tanah, saya bekerjasama rapat dengan pihak AADK di Alor Gajah. Mereka juga sangat membantu dalam usaha menangani penagih dadah yang berada di dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah. Tetapi saya juga tidak mahu rang undang-undang pindaan ini juga akan backfire kepada AADK yang ada di Malaysia ini kerana apabila diberikan kuasa penuh kepada mereka, di bawah seksyen 6 dan sebagainya. Maka, pegawai pemulih yang mana AADK juga boleh diberikan pegawai pemulih itu di kalangan mereka yang mana kita tengok kelayakan, kemahiran mereka bagaimana— ada dipersoalkan oleh ramai Ahli-ahli Parlimen yang telah pun berbahas sebelum ini. Sebab itulah saya merasakan bahawa kita tengok dalam pindaan ini, kalau sesiapa yang di-diagnose dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan, dua tahun. Dah masuk dua tahun, lepas itu relapse, kemudian dikenakan hukuman penjara tiga tahun. Kemudian dikenakan sebatan. Belum lagi cerita kalau penggunaan dadah di bawah usia bawah umur, ibu bapa pula kena sama-sama menjalani program pemulihan kelolaan AADK. Kalau gagal bagi kerjasama, kena denda dan sebagainya. Jadi, sebab itulah saya merasakan perlu kita lihat semula pindaan yang dihasratkan untuk dilaksanakan oleh kerajaan pada kali ini. Saya, lagi-lagi apabila mendengar daripada sahabat-sahabat, Langkawi, Rompin dan juga ada juga ramai-ramai sahabat di sebelah sana, yang menyentuh
bahawa tidak ada engagement yang pun dibuat bersama dengan pihak NGO. Ini adalah satu perkara yang memeranjatkan apabila membuat satu pindaan yang cukup besar dia punya impaknya tapi bila tidak ada sesi libat urus, tidak ada engagement, tidak ada perjumpaan, malah NGO nak jumpa dengan pihak AADK ataupun KDN pun macam terhegeh-hegeh. Jadi, ini adalah satu perkara yang tidak boleh kita terima. Sepatutnya, untuk melaksanakan satu pindaan yang besar di bawah pindaan rang undang-undang ini, sepatutnya engagement secara libat urus yang saya belajar sebelum ini daripada bos lama saya, Yang di-Pertua Datuk Seri Wan Junaidi, hari ni dah jadi TYT Sarawak. Sebelum buat apa-apa, haruslah buat sesi libat urus dengan giat, dengan banyaknya supaya semua pihak boleh memberi contribution, idea dan juga pandangan yang baik. Apatah lagi mereka yang terlibat secara aktif dalam penagihan ataupun dalam rawatan penagihan dadah. Jadi, mereka ini harus dilibatkan dan tak boleh dipandang sepi. Saya harap eloklah kita hold kan dulu pindaan rang undang-undang ini supaya kita adakan sesi libat urus dulu. Kita tengok mana yang sebaiknya, barulah kita buat pindaan ini. Kita tak nak ada pihak yang teraniaya walaupun ada kaedah kah, ataupun peraturan yang akan dibuat selepas ini, itu bagus. Tapi engagement itu haruslah dibuat. Jadi, saya ingin tahu apakah justifikasi pihak kerajaan nak buat dengan segera tentang pindaan ini. Seterusnya, saya juga ingin tahu berkenaan dengan seksyen 6(3)(a) sampai (d) iaitu perintah rawatan dan pemulihan komuniti yang mana mengehendaki bahawa— mereka dah lah masuk dalam pusat pemilihan. Selepas itu mereka ada dalam rawatan, selepas itu ada komuniti. Jadi, kita nak tahu hari ini kita tengok ramai orang yang kena mental depression. Ada depression dan sebagainya.
Hari ini pandangan rakyat, pandangan orang luar terhadap mereka yang menagih dadah ini masih lagi ada satu stigma pandangan yang cukup yang mengesankan. Jadi, bagaimanakah justifikasi kerajaan ataupun perancangan yang hendak dimainkan oleh pihak kerajaan untuk mendidik orang ramai supaya benar- benar decriminalization terhadap penagihan dadah ini supaya benar-benar difahami oleh rakyat Malaysia, supaya kita juga sama-sama boleh memainkan peranan dalam membantu pesakit-pesakit penagih dadah ini dan bukan menghukum mereka dengan pandangan kita sendiri? Saya rasa itu sahaja. Saya harap pihak kerajaan pada hari ini eloklah tangguhkan. Kita bincang dahulu. Kita bawa pada diskusi dengan NGO-NGO ataupun pakar-pakar yang terlibat supaya kita dapat─ bukan saya tidak sokong tetapi saya harap sangat kita dapat mainkan secara bersama dengan sesi libat urus yang
lebih giat lagi supaya semua dapat menyumbang idea dengan lebih baik. Jadi, untuk ke arah Malaysia yang lebih sihat dan juga kita dapat memastikan supaya diskriminalisasi ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Itu sahaja pandangan daripada Masjid Tanah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Rang undang-undang yang kita bahaskan hari ini adalah rang undang-undang yang sangat penting tetapi ia juga mendatangkan banyak kritikan daripada sesetengah NGO dan golongan yang prihatin dalam isu ini kerana mereka berpendapat kerajaan tidak menjalankan libat urus yang cukup dengan mereka seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tadi. Saya di sini ingin memanjangkan beberapa pandangan mereka dalam ucapan dalam lima minit ini. Satu, kewujudan Akta Dadah Berbahaya 1952 (DDA). Menteri KDN berkata terdapat 74,459 orang banduan di penjara dan kebanyakannya terdiri daripada pengguna dadah. Apakah yang akan berlaku kepada semua banduan yang dipenjarakan di bawah DDA ini, selepas rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen? Menteri berkata rang undang-undang ini akan menggantikan seksyen 15 DDA yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak kurang daripada dua tahun. Tetapi kerajaan tidak membuat apa-apa pindaan pada seksyen 15 DDA dan tiada apa-apa peruntukan yang memberi kuasa kepada akta ini untuk menjadikan undang-undang utama yang mengawal selia penggunaan dadah dan kebergantungan dadah. Saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan moratorium pada seksyen 15 DDA dan menghendaki semua agensi penguatkuasaan yang menangkap atau menyiasat orang yang bersabit dalam penyalahgunaan dadah atau kebergantungan dadah untuk diproses di bawah akta ini. Kedua, definisi penyalahgunaan dadah adalah kabur. Itu di bawah pindaan 5(a)(vii). Ungkapan definisi dalam rang undang-undang ini adalah kabur, khususnya berkenaan penggunaan bahan untuk tujuan bukan perubatan tanpa definisi yang jelas. Definisinya tidak membezakan bila seseorang melepasi ambang penyalahgunaan ke dalam kebergantungan. Dalam bahasa Inggeris ialah, it doesn’t indicate whether a person passes the threshold of misuse into dependency. Jadi, ini menimbulkan potensi bahaya apabila pesalah kali pertama menjadi dependent, sedangkan mereka sepatutnya dianggap sebagai salah guna ataupun misuser.
Kerajaan harus memberi takrifan yang lebih jelas dalam seksyen 2 atau penerangan di bawah seksyen 6 dan 6A tentang siapa boleh dianggap sebagai penyalah guna dadah atau bahan atau bahasa Inggeris, drug or substance misuser dan siapa adalah orang yang bergantung pada dadah atau bahan ataupun drug or substance dependent. Tuan Yang di-Pertua, poin yang ketiga ialah berkenaan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan di bawah seksyen 27C. Kerajaan haruslah menetapkan kriteria yang lebih jelas tentang orang yang layak dilantik dalam Majlis ini. Seperti melantik Ahli Majlis daripada kalangan orang yang mempunyai kepakaran perubatan yang diiktiraf di bawah Akta Pengamal Perubatan 2007. Tetapi di bawah rang undang-undang ini ia tidak jelas, takrifannya adalah tidak jelas. Isu yang keempat, syarat yang dikenakan di bawah seksyen 6(3) dan seksyen 6A(3) berkenaan perintah majistret yang boleh dibuat ke atas penagih dadah atau bahan. Seksyen ini menggambarkan peruntukan yang sedia ada dan ia memberi banyak ruang bagi pihak berkuasa untuk menginterpretasi AADK yang mungkin boleh bawa keadaan yang tidak masuk akal. Di bawah seksyen 6(3)(g) dan seksyen 6A(3)(g), orang itu juga hendaklah mematuhi mana-mana arahan yang ditetapkan oleh Perintah Tetap Ketua Pengarah ataupun DSGO tetapi tiada penjelasan, sama ada DSGO boleh diteliti secara terbuka atau dicabar oleh peguam jika ada peruntukan yang melanggar hak perlembagaan. Saya cadang kerajaan mewujudkan borang standard yang menggariskan butiran untuk perintah yang dikenakan pada pesalah dalam Jadual rang undang-undang ini untuk pemakaian seksyen 6(3)(a). Selain itu, kerajaan juga harus ada mekanisme untuk mengawasi dan mengawal selia DSGO. Isu kelima, peruntukan yang mengawal pusat rawatan di bawah seksyen 16. Rekod tentang AADK yang lepas menunjukkan bahawa peruntukan lama di bawah seksyen 16 adalah tidak berkesan untuk menangani kualiti pusat pemulihan dan ini akan menyekat keupayaan AADK untuk mengawal selia dan menangani penyalahgunaan kemudahan-kemudahan ini. Rang undang-undang ini tidak jelas dari segi keperluan dan syarat pelesenan pusat rawatan. Rang undang-undang ini haruslah mempunyai fasal tentang kesalahan berkaitan dengan ketidakpatuhan dan perlindungan pesakit dalam pusat rawatan dan pemulihan. Saya cadang kerajaan menetapkan kriteria yang lebih jelas dalam seksyen 16 yang menghendaki pensijilan AADK oleh pakar bebas sebelum pelesenan atau audit oleh lembaga pelawat. Kerajaan juga harus memansuhkan syarat di mana wakil Kementerian Kesihatan untuk menjalankan penyemakan yang sama, seperti pelesenan untuk hospital dan klinik swasta dan juga penilaian keselamatan kebakaran dan bahaya
oleh Jabatan Bomba dan polis. Selain itu, SUHAKAM juga haruslah diberi kuasa untuk melawat dan memantau AADK. Isu yang keenam, sukarelawan di bawah seksyen 27B. Seksyen 27B(4) adalah sangat bermasalah kerana ia memberi banyak perlindungan kepada sukarelawan yang bekerja di pusat rawatan dan pemulihan. Di bawah seksyen ini, sekiranya sukarelawan adalah penjawat awam, penyalahgunaan atau kelakuan jenayah oleh sukarelawan akan ditafsirkan sebagai tanggungjawab kerajaan. Sebelum ini, pernah berlakunya pemberi maklumat ataupun whistleblowers and activists yang merakamkan penderaan dan penyalahgunaan kuasa polis, mereka ini didakwa oleh kerajaan di bawah seksyen 186 di bawah Kanun Keseksaan, iaitu menghalang pegawai kerajaan menjalankan tugas. Jadi, ini juga mungkin akan berlaku pada sukarelawan dalam kes ini. Saya ingin cadangkan supaya kerajaan mengeluarkan perlindungan di bawah- bagi sukarelawan di bawah Kanun Keseksaan dalam rang undang-undang ini dan menubuhkan satu badan akreditasi bagi sukarelawan. Isu yang ketujuh, keperluan untuk...
Ringkaskan dan sila gulung.
...pendapatan perubatan. Ya Puan Speaker, saya akan gulung. Kerajaan haruslah menggalakkan rawatan masyarakat ataupun community treatment dan pemulihan dalam satu komuniti. Pemulihan dalam satu komuniti tidak boleh menghendaki seseorang untuk duduk di lokasi atau dengan kumpulan komuniti yang ditetapkan. Ia haruslah beroperasi sebagai mekanisme untuk mengenakan rawatan dan terapi pesakit luar ataupun outpatient treatment and therapy. Untuk membantu seseorang menerima rawatan atas kebergantungan dadah. Akhirnya ialah kerajaan haruslah bekerjasama dengan pusat rawatan swasta yang menggunakan nilai dan ajaran agama untuk membantu penyalah guna dadah. Sesetengah bekas penagih dadah memberitahu saya cara dan program di pusat pemulihan dadah swasta yang mementingkan kasih sayang dan ajaran agama adalah lebih efektif untuk membantu mereka keluar dari kancah penagihan dadah berbanding dengan AADK kerajaan. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengadakan kerjasama dengan lebih rapat dengan pusat pemulihan penagih dadah jenis ini. Akhirnya, saya juga menyokong cadangan daripada beberapa Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan supaya rang undang-undang ini diserah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengadakan libat urus dengan lebih banyak pihak sebelum ia diluluskan dalam Parlimen.
Saya juga setuju dengan pandangan bahawa rang undang-undang ini haruslah diletak di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan dan bukannya Kementerian Dalam Negeri sekiranya kita serius untuk tujuan pindaan akta untuk keluarkan penagih dadah daripada melihat mereka sebagai penjenayah ataupun decriminalization penagih dadah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.
Hidup Seputeh. Ini macam bagus.
Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi peluang Batu untuk bahas, mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Secara dasarnya, pindaan Akta Penagih Dadah 1983 kepada penagih dan penyalah guna dadah dan bahan 2024 adalah satu pindaan yang akan mengubah landskap secara total. Daripada hukuman penjara, ia akan diubah kepada program rawatan dan pemulihan adalah satu inisiatif yang sangat baik dan reform untuk membantu turunkan statistik penagih dadah. Jadi, saya melihat suatu mekanisme baharu harus disediakan terlebih dahulu kerana saya khuatir akan berlaku penindihan antara badan-badan berautoriti. Sebagai contoh, apabila seorang individu didapati melakukan kesalahan tersebut, maka siapakah akan bertanggungjawab untuk menjalankan proses undang-undang sebelum individu tersebut dihadapkan ke hadapan majistret. Adakah pihak PDRM atau AADK? Atau adakah kedua-dua badan ini berkongsi autoriti berkenaan? Saya melihat adalah harus untuk kerajaan memperincikan mekanisme pelaksanaan, sebelum ia dilaksana bagi memastikan tidak berlaku penindihan tugasan. Timbalan Speaker, saya bersetuju dengan pandangan apabila RUU ini diluluskan kelak, ia mampu meningkatkan profesionalisme profesion pegawai pemulihan. Hal ini kerana pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan tersebut akan lebih fokus terhadap tugasan mereka. Perkara ini tidak akan berlaku di penjara kerana rata-rata warden penjara akan menjalankan tugas secara general kerana pesalah-pesalah tersebut terdiri daripada pelbagai jenis kesalahan yang dilakukan. Jadi, untuk menjadi seorang pakar dalam proses pemulihan adalah sukar oleh kebanyakannya— kebanyakan warden penjara.
Selain itu, saya melihat kepada point penerangan berkaitan RUU pindaan ini. Kawal selia lebih komprehensif kepada pusat pemulihan persendirian (PPP). Perkara ini menjadi persoalan kepada saya terhadap kos-kos yang bakal terlibat dalam pengawalan selia PPP. Selain itu, adakah PPP sedia ada telah mengikut garis panduan sepenuhnya kerana apabila RUU ini diluluskan, PPP terpaksa menampung lebih ramai individu sama ada yang masuk secara sukarela atau masuk sebab perintah mahkamah. Persediaan daripada pihak pengusaha PPP ini adalah penting bagi memastikan penghuni PPP dapat faedah kebaikan sepenuhnya selama mana mereka di PPP. Setidak-tidaknya proses untuk mereka kembali demi peluang kedua ini dapat diguna pakai sebaik-baiknya. Menyentuh isu tafsiran yang bakal diguna pakai oleh badan berautoriti adalah seperti: (i) bahan; (ii) pengambilan; (iii) ujian; (iv) penagih dadah atau bahan; dan (v) penyalahguna dadah atau bahan. Saya tertarik mengetahui point nombor empat dalam tafsiran, di mana ia menyatakan bahawa mana-mana dadah berbahaya atau bahan yang menunjukkan ciri-ciri ketagihan. Adakah tafsiran ini membawa maksud seseorang individu yang menunjukkan ciri-ciri ketagihan terhadap bahan bukan dadah, termasuk mereka yang ketagih kepada rokok dan vape ataupun elektronik. Jika jawapan ya, saya melihat perkara ini harus diperhalusi kerana ia seharusnya tidak duduk di bawah Akta Dadah Berbahaya. Manakala point lima, antaranya menyatakan bahawa mana-mana individu yang mengambil dadah atau bahan dengan apa-apa cara ke dalam badan yang bukan membawa maksud kepada perubatan atau tanpa preskripsi yang sah daripada pegawai kesihatan juga akan terikat dalam akta ini. Perkara ini sudah pasti akan membuat ramai masyarakat tidak senang kerana khuatir sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Timbalan Speaker, bagi seksyen 11, Lembaga Pelawat. Berkaitan isu ini, saya melihat cadangan ini adalah satu cadangan yang baik dan bagus. Setidak- tidaknya setiap pusat khidmat rakyat di setiap kawasan Parlimen telah mempunyai seorang wakil bagi memastikan kerja-kerja yang melibatkan perkara ini berjalan dengan baik. Selain itu, sebagai seorang yang telah dilantik menjadi ahli lembaga pelawat, mereka juga seharusnya menjalankan kerja-kerja yang melibatkan penerangan demi kebaikan orang awam. Sifat kesedaran harus dipupuk agar setiap rakyat mengetahui
akan perkara ini dan setidak-tidaknya mesej yang ingin disampaikan tepat kepada golongan sasaran. Oleh itu, Batu sokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya terus kepada fasal 9 dalam menggantikan seksyen 6 ini dalam akta menyatakan bahawa seseorang yang melakukan ujian oleh pegawai perubatan yang sah dan diakui sebagai penagih dadah atas syor pegawai pemulihan akan dihantar ke pusat pemulihan selama dua tahun dan juga pemulihan secara komuniti. Jadi, saya ada— jadi, seolah-olah dalam ini 6(2) seolah-olah macam kuasa majistret telah dihakiskan ataupun telah dicabuli. Perkataan hendaklah sepertimana yang disebut oleh Bukit Gelugor sebentar tadi. Jadi, soalan saya yang pertama kalau kita melihat kepada rawatan, sudah tentunya ada bahagian rawatan kaunseling dan juga perubatan. Jadi, ia memakan kos yang sangat besar ya, yang sudah tentu melibatkan duit pembayar cukai. Jadi, soalan saya berapakah jumlah kos perbelanjaan seseorang penagih dadah atau penyalah guna dadah ini yang ditanggung oleh kerajaan yang akan dihantar ke pusat rawatan pemulihan di sebanyak 30 buah pusat pemulihan iaitu PUSPEN? Soalan saya yang seterusnya juga, sejauh mana kerajaan melaksanakan kajian atau penyelidikan dalam mengukur keberkesanan pusat rawatan dan bagi penagih dadah ini? Sebab dah hantar pun, tak pulih-pulih juga. Jadi, saya lihat dalam lebih kurang 137,000 ini penagih yang dikenal pasti, terdapat 89,000 telah mengikuti program dan 25,000 yang menerima rawatan lebih daripada dua kali. Jadi, ingin saya tanya bagaimana langkah kerajaan untuk memastikan bahawa penerima rawatan ini tidak berulang melakukan kesalahan yang sama? Seterusnya, melihat kepada angka statistik penyalahgunaan dadah ini yang semakin meningkat, ingin saya tanya soalan. Sejauh mana kajian yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan keberkesanan pendekatan nyah jenayah tadi ya, dengan melaksanakan dasar dikriminalisasi iaitu penagih dadah tidak dikenakan hukuman jenayah. Saya ingin mengesyorkan bahawa tempat kerja— kerajaan perlu mengadakan satu tempat kerja yang khusus kepada penagih dadah ini iaitu dengan menggaji mereka mengikut tempoh dan syarat-syarat yang tertentu. Tidak kiralah asal dia kawal, terpencil di pulau ataupun di kampung yang sesuai untuk kita gaji dia
orang, dapat pendapatan dan— jadi, mereka ini boleh dipulihkan di dalam tempat kerja tersebut. Seterusnya, saya ingin merujuk dengan ketagihan ya. Ketagihan ini bukan kita hendak memulihkan penagih dadah. Tetapi, banyak lagi perkara yang kita perlu pulih sebenarnya dalam negara kita ini. Contoh, kalau kita lihat ketagihan dalam LGBT, minum arak dan juga rasuah. Kita lihat seseorang yang memimpin negara ataupun negeri ataupun daerah ataupun kampung-kampung, sudah tentu sesebuah negara itu akan hancur kalau mereka terlibat dengan LGBT dan juga terlibat dengan, dengan meminum arak yang ketagih begitu sekali dan ketagihan rasuah yang semakin menular. Saya lihat ada contoh ya, berlaku 25 Jun lalu ada di dalam Sinar Harian, menyebut bahawa penganjuran program dan juga pengumuman peruntukan oleh kementerian mahupun Menteri ketika pilihan raya kecil (PRK) bukanlah menjadi satu kesalahan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Saya seru pengundi-pengundi DUN Sungai Bakap memilih calon yang tepat, yang tidak terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Akhirnya, saya ingin juga menyebut dari segi penagihan sesuatu itu merupakan kerugian yang besar kepada negara. Jadi, saya ingin merujuk kepada satu, tentang penjualan saham MAHB kepada BlackRock ini, yang nak dijual dengan harga yang murah iaitu RM11. Sudah tentu dengan ramalan yang boleh mencapai kepada RM20 dan sehingga RM30, ini merugikan negara. Kalau penagihan merugikan negara, penjualan saham yang begitu rendah juga akan merugikan negara. Saya dapat lihat bagaimana BlackRock juga nak membeli pelabuhan-pelabuhan, yang Westports kita lihat ditawarkan kepada Syed Mokhtar. Tapi Syed Mokhtar ini pandai, dia letak harga yang tinggi sampai RM15 bilion. Jadi, BlackRock tak jadi nak beli. Ini yang sepatutnya dibuat oleh pihak kerajaan. Kita lihat sekarang ini, air pun kita dah jual, tanah dah jual, pasir dah jual.
Tak ada kaitan dengan— tak ada kaitan dengan dadah.
Jadi, adakah ruang udara ini dari segi kerugian kepada negara, kita kena lihat juga, bukan hanya sudut penagihan dadah saja.
Yang Berhormat.
Jadi...
Sila gulung.
Adakah ruang udara kita juga nak dijual kepada pihak BlackRock atau GIP? Terima kasih.
Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dadah sememangnya dikenali sebagai musuh nombor satu negara yang membawa kehancuran kepada masyarakat. Bahkan, kempen dan usaha yang dijalankan termasuklah wujudnya pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan yang bekerja keras menjalankan usaha dan fungsi besar meredakan polemik dadah ini. Slogan “Lebih Baik Cegah” dan program kesedaran telah diperkasakan di seluruh negara. Akan tetapi, selagi mana setiap individu tiada rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama memastikan gejala dadah ini dibanteras, maka selagi itulah dadah akan terus kekal menyelinap dan merebak masuk ke dalam ruang seisi kehidupan masyarakat. Saya amat menyokong penuh usaha Kementerian Dalam Negeri ataupun KDN dalam melaksanakan pindaan terhadap Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 di mana ia akan memberi impak dan kuasa kepada Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK dalam memperkasakan tanggungjawab mereka terutama dalam kaedah rawatan dan pemulihan. Pada masa ini, seperti yang kita sedia maklum, sekiranya seseorang itu disyaki dimasukkan bahan terlarang ke dalam badan, pihak polis perlu membuka kertas siasatan ataupun IP dan kemudiannya pertuduhan di mahkamah dan ke penjara untuk menjalani hukuman. Impaknya, kaedah ini akan menjadi bebanan tugas kepada pihak polis dan lambakan kes mahkamah serta penjara menjadi sesak yang akhirnya, ia akan menyebabkan kaedah ini hanya bersifat hukuman kepada penagih dan salah guna dadah. Timbalan Yang di-Pertua, trend penggunaan dadah hari ini ada dalam kalangan masyarakat kita amat membimbangkan sekiranya tiada langkah rawatan yang diambil dengan segera. Mengikut statistik antidadah kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pusat pemulihan dadah persendirian pada tahun 2023, seramai 145,000 orang merupakan penagih dadah. Maka dengan itu, perlunya ada pemurnian terhadap Rang Undang-undang Penagih Dadah untuk memastikan statistik ini dapat diturunkan.
Melalui pindaan Rang Undang-undang Penagih Dadah 2024 dalam seksyen 6 memperuntukkan kesalahan kepada penagih dadah dan seksyen 6A kepada penyalahgunaan dadah. Bagi mereka yang melakukan kesalahan salah guna dadah, kita melihat mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan bukannya dihukum. Sebab itu bagi kesalahan salah guna dadah, mereka akan menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti tidak melebihi dua tahun atau rawatan dalam pemulihan di pusat pemulihan tidak melebihi tempoh enam bulan. Dengan cara ini, kita akan dapat memastikan mereka yang terpengaruh dengan faktor sekeliling dan sikap ingin mencuba dapat dirawat sebelum mereka ketagih dan menjadi pengguna tegar kepada dadah. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperbanyakkan lagi pusat pemulihan ataupun PUSPEN dengan menggunakan kem PLKN sebagai salah satu cara memperkasa usaha AADK untuk mengurangkan lambakan penagih di PUSPEN yang sedia ada. Dengan kaedah ini, fokus rawatan dan pemulihan dapat diberikan secara efektif. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan penggunaan vape mushroom yang menjadi trend dalam kalangan anak muda. Flavor mushroom adalah sejenis vape berperisa mushroom ataupun ganja. Flavor mushroom berasal dari spesies cendawan dalam genus psilocybe yang mengandungi bahan aktif utama psilocybin iaitu sejenis halusinogen yang sangat kuat. Apa yang merisaukan kita, trend ini bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, tetapi anak yang masih di bangku sekolah juga mudah mendapatkan akses jualan mushroom ini melalui online dan juga pasaran gelap. Menurut Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952, psilocybin jelas terbukti mempunyai hukuman undang-undang terhadap kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakannya. Pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia atau PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan iaitu AADK sudah banyak kali menjalankan operasi dan penahanan. Maka dengan itu, melalui pindaan Akta Penagih Dadah 2024, AADK mempunyai bidang kuasa untuk menangani masalah ini tanpa perlu PDRM membuka kertas siasatan dan menunggu kes mahkamah untuk dijatuhkan hukuman. Mereka ini boleh terus dirawat di bawah bidang kuasa AADK. Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh rang undang-undang Akta Penagih Dadah (Pindaan) 2024 ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jempol.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Isu berkenaan penagihan dadah ini amat dekat di hati saya kerana saya pernah menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di Daerah Jempol dari tahun 2008 hingga 2018 iaitu selama 10 tahun. Sudah tentu melalui pengalaman 10 tahun ini banyak cabaran-cabaran, halangan-halangan dalam usaha kita untuk memulih penagih dadah dan juga mereka yang menyalah guna dadah. Jempol mendapati banyak isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh agensi penguat kuasa seperti AADK dan PDRM. Antara permasalahan yang timbul sebelum ini ialah keputusan perakuan penagih dadah kerana didapati hasil ujian sampel air kencing dari makmal patologi yang dihantar agensi penguat kuasa mengambil masa berbulan-bulan. Jadi, ini menimbulkan masalah dari segi urusan rawatan pemulihan kepada penagih dadah dan juga penyalahguna dadah. Kelewatan ini menyebabkan penagih serta penyalahguna dadah dan bahan terlarang lambat mendapat rawatan pemulihan yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu Dato' Yang di-Pertua, Jempol menyambut baik pindaan rang undang-undang, Akta 283 ini dilihat sebagai game changer dalam usaha kerajaan untuk mengawal masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah. Namun, Jempol memerlukan pencerahan berkenaan beberapa isu, sumber tenaga pegawai AADK dan kesediaan fasiliti. Jadi, soalan Jempol berhubung perkara ini dengan pindaan RUU ini, adakah pegawai-pegawai AADK yang sedia ada cukup untuk melaksanakan akta ini?
Jempol melihat perlunya ada penambahan dari segi sumber manusia bagi pengimplementasian Akta 283 dengan lebih berkesan. Ya, saya dimaklumkan pihak AADK juga telah memohon perbelanjaan tambahan daripada Kementerian Kewangan dan juga memohon kepada JPA untuk penambahan kakitangan. Jadi, mohon jugalah respons daripada kementerian, setakat mana permohonan daripada pihak AADK ini untuk kita memperkasakan, memantapkan akta yang telah pun yang sama-sama kita bahaskan pada hari ini. Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, soalan kedua Jempol berhubung dengan sumber tenaga pegawai AADK dan kesediaan fasiliti ini ialah berapakah pula
peruntukan yang diperlukan dari segi penyediaan fasiliti-fasiliti pusat pemulihan dan logistik yang lengkap untuk membantu penagih dan penyalah guna dadah mendapat rawatan, terutama secara sukarela. Seterusnya mengurangkan kesesakan penjara. Kita sedia maklum peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah bersifat punitif dan menghukum penagih dan penyalah guna dadah. Setakat September 2023 sejumlah 53,072 banduan iaitu 70.4 peratus dari keseluruhan banduan adalah mereka yang disabitkan dengan kesalahan dadah. Jempol berpandangan cadangan pindaan seksyen 6 RUU Akta 283 yang fokus kepada rawatan dan pemulihan adalah lebih baik berbanding kita menyesakkan penjara dengan penagih dan penyalah guna dadah yang tidak mendapat rawatan sewajarnya. Seterusnya berhubung dengan perakuan penagih dadah atau penyalah guna dadah. Cadangan pindaan seksyen 8(3) RUU Akta 283 memperuntukkan perakuan penagih dadah atau penyalah guna dadah akan dilaksanakan oleh pegawai pemulih AADK yang mana sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada pegawai perubatan kerajaan. Jadi persoalannya apakah tindakan kementerian untuk memastikan kesediaan dan kemahiran khas pegawai pemulihan AADK bersesuaian dengan melaksanakan tugas tersebut? Dato' Yang di-Pertua, seterusnya dari segi rawatan dan pemulihan secara sukarela. Jempol mendapati semangat pindaan Akta 283 kali ini bersandarkan elemen dikriminalisasi dadah yang telah menggalakkan penagih atau penyalah guna dadah hadir menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela. Jempol menyambut baik cadangan pindaan seksyen 8(1) RUU Akta 283 yang memperuntukkan tatacara rawatan dan pemulihan secara sukarela. Persoalannya di sini adakah penagih atau penyalah guna dadah yang tampil melaporkan diri ini menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela di pusat pemulihan yang ditetapkan adalah dikecualikan daripada tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh kerana melalui pengalaman saya juga, ramai di kalangan penyalah guna dadah ini dia takut hendak tampil ke depan, takut kena ambil tindakan, ditangkap oleh polis dan sebagainya. Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, pusat pemulihan persendirian. Seterusnya Jempol melihat cadangan pindaan seksyen 16 RUU Akta 283 bertujuan menambah baik peruntukan berkaitan pusat pemulihan persendirian bagi tujuan rawatan, pemulihan dan jagaan lanjutan penagihan dan juga penyalahgunaan dadah. Jempol ingin bertanya, apakah tindakan kerajaan bagi memastikan pusat pemulihan dadah persendirian ini mencapai standard yang ditetapkan oleh AADK dan adakah modul rawatan dan pemulihan persendirian ini diselaras atau diseragamkan, sebagaimana pusat pemulihan kendalian AADK.
Dato' Yang di-Pertua, seterusnya pelantikan sukarelawan. Selain daripada kesiapsiagaan tenaga kerja pegawai AADK dan kesediaan fasiliti pusat pemulihan, sokongan masyarakat juga adalah amat penting bagi memastikan usaha memulihkan penagih dan penyalah guna dadah ini berkesan. Jempol menyambut baik cadangan seksyen 27B RUU Akta 283 berkaitan inisiatif pelantikan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bidang dan kepakaran agar diberi elaun. Elaun ini adalah sebagai galakan dan motivasi kepada sukarelawan untuk membantu AADK bagi melaksanakan tugas berkaitan rawatan dan pemulihan sebagaimana di bawah Akta 283. Soalan Jempol, adakah kadar elaun tersebut ditetapkan berasaskan tugasan dan kelayakan sukarelawan atau sebagaimana perancangan setakat ini?
Yang Berhormat Jempol, sila gulung.
Ya, sudah sampai ke penghujung, Dato' Yang di-Pertua. Kebanyakan sukarelawan ini ada di separuh tempat itu terdiri dari mereka yang berpengaruh, bekas-bekas pegawai kanan kerajaan, tokoh-tokoh yang tampil ke depan untuk sama-sama membantu AADK dalam proses kita memulihkan penyalah guna dadah ini. Yang terakhir sekali Dato' Yang di-Pertua, selain penambahbaikan melalui pindaan Akta 283 ini yang amat penting ialah keprihatinan dan sokongan semua pihak adalah amat diperlukan bagi menjayakan agenda membanteras penyalahgunaan dadah di negara kita untuk mewujudkan negara Malaysia yang sihat dan bebas dadah sebagaimana komitmen kerajaan kita sejak dulu, kini dan di masa akan datang, memerangi dadah ini dengan slogan “Dadah Musuh Nombor 1 Negara”. Jempol mohon menyokong, terima kasih.
Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Waalaikumussalam.
Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk saya turut serta berbahas dalam rang undang-undang pindaan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh mengenai Pelan Tindakan Dasar Dadah Negara 2023-2027.
Kita telah pun meletakkan batu asas yang jelas pada tahun 1983 dengan tema “Dadah Musuh Nombor 1 Negara” disusuli dengan penggubalan Dasar Dadah Negara pada tahun 1996. Namun meskipun sedemikian, banyak usaha yang digembleng bagi mengawal kes-kes dadah dalam negara, perkembangan trend penyalahgunaan dadah ini tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, seolah- olah tiada noktah dalam soal menangani dadah. Apa yang lebih kita bimbangkan adalah perubahan trend dadah ini semakin kompleks dari dadah tradisional kepada dadah sintetik termasuklah daripada jenis ATS yang menjadi penyumbang utama statistik kes-kes dadah ketika ini. Berdasarkan hal ini saya mohon jawapan dari kementerian berhubung perkembangan terkini Pelan Tindakan Dasar Dadah Negara 2023-2027, apa strategi- strategi yang lebih segar bagi menghadapi situasi semasa di lapangan dalam menanggapi kes-kes penyalahgunaan dadah serta apa yang ingin dicapai kelak. Saya juga ingin mengetahui sasaran untuk memulihkan kira-kira 155 kawasan berisiko tinggi menjelang 2025 iaitu satu tahun daripada sekarang. Apa perkembangan terhadap sasaran tersebut untuk masa ini dan apakah sasaran tersebut boleh dicapai dalam tempoh yang berbaki ini? Tempoh agak singkat. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini menekankan soal definisi “penagih dadah atau bahan” kepada “penyalahgunaan dadah atau bahan” bagi meluaskan skop rawatan dan pemulihan. Dalam aspek ini, saya suka untuk mengajak perbincangan berkenaan statistik yang dikeluarkan oleh AADK dalam laporan tahunan pada tahun 2022. Kalau kita teliti statistik yang diberikan lingkungan umur yang tertinggi yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah dalam lingkungan umur 30 hingga 39 tahun, ini satu perkara. Namun apa yang kita juga bimbangkan adalah perubahan ketara bagi kohort tahap umur 15 hingga 19 tahun kepada kohort umur 20 hingga 24 tahun. Dalam kohort umur 15 hingga 19 tahun, statistik menunjukkan penglibatan yang tidak terlalu tinggi cuma apabila memasuki kohort umur 20 hingga 24 tahun statistik naik mendadak serta terdapat perbezaan yang sangat ketara dengan lingkungan umur 15 hingga 19 tahun tadi. Persoalannya, mengapa keadaan ini berlaku?
Mengapa statistik lingkungan umur 20 hingga 24 tahun begitu tinggi dan langsung berbeza dengan lingkungan umur 15 hingga 19 tahun tadi? Apakah kita pernah menanggapi kebimbangan ini? Saya mohon jawapan kementerian mengenai perkara ini. Sejauh mana pindaan ini boleh menyumbang untuk memberikan jalan penyelesaian terhadap realiti yang sebenar di lapangan khususnya dalam konteks peningkatan statistik bagi umur yang baru melepasi umur remaja? Seolah-olah remaja masih ada kawalan di
rumah, di sekolah. Tetapi, di antara rumah dan sekolah, sesudah ia melepasi usia remaja, ia terdedah. Tuan Yang di-Pertua, dalam fasal 15, pindaan seksyen 10, menambah frasa bagi membolehkan penubuhan pusat khidmat. Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai apa keperluan ditambah pusat khidmat bagi kediaman di samping pusat pemulihan sedia ada. Bagaimana kerajaan akan mengawal selia penubuhan pusat khidmat ini kelak? Serta bagaimana pula ia boleh mengurangkan beban pihak yang bertanggungjawab terhadap rawatan dan pemulihan penagihan ini? Bahkan, sekarang pusat pemulihan dadah swasta tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Apakah pusat-pusat ini juga didaftarkan? Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keanggotaan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan. Apakah kementerian telah mempunyai perancangan terhadap keanggotaan Majlis Profesion ini? Apakah kriteria yang ditetapkan oleh kementerian terhadap keanggotaan berkenaan? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang- undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 yang saya lihat amat penting dalam usaha untuk memberikan peluang kepada penagih kembali ke pangkal jalan. Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, saya ingin terus fokus kepada fasal dalam pindaan ini yang pada pandangan saya amat penting. Fasal 13 yang bertujuan meminda seksyen 9 Akta 283 ini, di mana di bawah perkara mengenai ibu atau bapa ataupun penjaga seseorang yang belum dewasa tetapi tidak melaporkan anak mereka menagih dadah di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000. Bagaimana jika ibu bapa ini tidak mampu menjelaskan denda ini? Adakah mereka akan dipenjarakan? Bagi saya, pindaan ini perlu diteliti semula dengan mendalam kerana ia jelas akan menyebabkan ibu bapa ataupun penjaga enggan melaporkan anak mereka di bawah umur yang menagih dadah kepada pihak berkuasa khususnya, Agensi Antidadah Kebangsaan. Perkara ini adalah satu langkah ke belakang. Malah dalam laporan Free Malaysia Today hari ini bertajuk, “Proposed drug rehab law amendment may worsen issues, expert warn”, dengan izin, yang memetik
kenyataan daripada pakar kesihatan yang melahirkan kebimbangan dengan pindaan ini khususnya fasal ini kerana ia akan mengakibatkan keluarga yang mempunyai ahli keluarga penagih bawah umur tidak mahu melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa. Ia sekali gus akan menyebabkan usaha kerajaan untuk memulihkan penagih dadah bawah umur menjadi lebih sukar disebabkan tindakan punitif berupa denda yang tinggi dikenakan dalam pindaan akta ini. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah sebenarnya layanan kerajaan kepada penagih-penagih ini? Adakah mereka dilayan sebagai penjenayah atau pesakit? Kerana kita lihat di sini― kerajaan perlu jelas dalam perkara ini memandangkan apa yang saya lihat dalam pindaan akta ini lebih kepada usaha menghukum, bukannya untuk mengubati penagih-penagih. Tuan Yang di-Pertua, pada awalnya, saya mempunyai tanggapan bahawa pindaan akta ini akan menekankan kepada usaha mendikriminalisasi penagih- penagih. Bagaimanapun, apabila saya membaca pindaan akta ini, ia menekankan kepada hukuman penjara dan denda yang bukan sahaja menagih, sebaliknya keluarga mereka, terutamanya ibu bapa. Lebih membimbangkan, pindaan akta ini dilihat berkaitan rapat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang terus menjadikan penagih dadah sebagai penjenayah, sekali gus menyumbang kepada kesesakan dalam penjara dan juga menyebabkan usaha untuk memastikan penagih-penagih dadah ini sukarela untuk memulihkan diri mereka akan tidak berhasil. Sebenarnya usaha mendikriminalisasi penagih-penagih ini perlu terus dilakukan bagi mereka meninggalkan tabiat menagih dadah, bukannya menghukum mereka dan keluarga mereka. Penagih-penagih ini perlu digalakkan untuk mendapatkan pemulihan secara sukarela di pusat-pusat pemulihan. Bagaimanapun, perkara ini dilihat sukar dengan pindaan akta ini. Ini kerana pindaan seksyen 5 yang membolehkan sesiapa yang menggunakan dadah ditahan dalam penjara dan diklasifikasi sebagai penjenayah, bukan sebagai pesakit. Ini jelas bertentangan dengan tujuan untuk menggolongkan penagih-penagih dadah sebagai pesakit yang memerlukan rawatan kesihatan. Selain itu, pindaan akta ini seperti menghilangkan kuasa pegawai perubatan, malah peranan Kementerian Kesihatan serta pegawai-pegawai KKM dalam usaha menangani penagihan dadah. Ini kerana terlalu banyak kuasa diberikan kepada pegawai pemulihan yang tidak terlatih untuk menangani kes penagihan berulang, terutama sekali membabitkan ilmu perubatan. Ianya berpotensi menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Pemusatan kuasa kepada pegawai- pegawai AADK akan jelas mengurangkan kerjasama strategik bersama dengan KKM yang dilihat langsung tidak diberikan peranan jelas dalam pindaan akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan gulungkan. Atas sebab itu, saya ingin bertanya kepada YB Menteri, siapakah pegawai pemulihan ini? Adakah mereka benar-benar berkelayakan untuk menentukan sama ada seseorang itu penagih dadah atau penagih dadah berulang? Berapa ramai bilangan pegawai pemulihan ini yang sudah dilatih? Menyedari bahawa usaha memerangi dadah ini adalah perang berterusan dengan kos yang tinggi terpaksa ditanggung, namun tidak seharusnya ia dijadikan sebagai alasan untuk kita berputus asa untuk memulihkan penagih-penagih dadah, terutama mereka yang di bawah umur. Mereka harus dan perlu dipulihkan dan kita tidak boleh cepat menjatuhkan hukuman kepada mereka dan keluarga mereka. Dengan ini, saya mohon penjelasan yang lebih mendalam daripada Menteri ataupun Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Dato’ Yang di-Pertua, rang undang-undang ini kini sedang hangat diperbahaskan dalam Dewan ini dan juga di luar sana. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Saya telah meneliti setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Saya juga bandingkan dengan undang-undang yang sedia ada. Saya juga dah baca setiap cadangan, kritikan dan bantahan yang telah dikemukakan dalam ini dan juga di luar sana. Saya boleh rumuskan tiga perkara. Pertama, saya fikir kita boleh bersetuju semua bahawa penggunaan dadah masih berleluasa. Kedua, kita boleh bersetuju bahawa penagihan dadah ini perlu dirawat. Ketiga, kita juga boleh bersetuju bahawa undang-undang yang sedia ada perlu memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah dan ini perlu dikemas kini, Dato’ Yang di-Pertua. Perbezaan pendapat yang ada di luar sana adalah berkenaan dengan pendekatan dan juga kaedah untuk mencapai tiga matlamat atau yang telah kita persetujui ini. Harus saya tekankan di sini bahawa rang undang-undang ini bukanlah rang undang-undang yang akan menyahjenayahkan atau decriminalize penggunaan atau penagihan dadah.
Saya fikir terdapatnya ekspektasi atau expectation bahawa rang undang- undang ini akan decriminalize. Tetapi bila nampak, kita dapat lihat bahawa sebenarnya ianya bukanlah satu rang undang-undang untuk menyahjenayahkan
penggunaan atau penagihan dadah. Sebab itu, saya fikir kritikan itu datang daripada aspek ini bahawa ekspektasinya adalah kita akan mendapat satu rang undang- undang untuk menyahjenayahkan penggunaan dadah, tetapi kita tak dapat. Memang, selagi mana adanya Akta Dadah Berbahaya dan akta-akta lain, sudah tentu ianya bukanlah decriminalization. Bila kita faham tentang ini, barulah kita boleh melihat fasal-fasal yang ada dalam rang undang-undang ini dengan lebih terbuka, Dato' Yang di-Pertua. Kita kena akui dan saya fikir pihak kementerian juga akan akui bahawa undang-undang ini bukan sempurna tetapi pada saya, kita wajar membandingkan apa yang kita ada sekarang ini dengan rang undang-undang yang dicadangkan untuk kita tentukan, sama ada dengan kelemahan-kelemahan ada, adakah pada akhirnya apa yang dicadangkan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat. Ada beberapa perkara yang saya sambut baik dalam rang undang-undang ini. Pertama, ia meluaskan lagi jenis bahan yang termasuk dalam skop akta ibu dan memberi kuasa kepada Menteri untuk menambah kepada senarai bahan yang ada dalam Jadual. Kedua, ia juga meluaskan skop akta ini bukan hanya kepada penagih dadah tetapi juga penyalahguna dadah dan bahan. Maknanya Dato' Yang di-Pertua, rawatan dan pemulihan dalam akta ini boleh diguna pakai ke atas mereka yang tak semestinya dikategorikan sebagai penagih dadah. Jadi, kalau dulu, kita hanya boleh gunakan akta ini ke atas penagih dadah, sekarang ini kita boleh gunakan akta ini kepada mereka yang dikategorikan sebagai penyalahguna sahaja, belum sampai menjadi penagih dadah. Apabila kita ada opsyen untuk guna akta ini bagi mereka yang menyalahguna dadah, tak semestinya sampai penagih. Kita juga ada pilihan untuk tidak menghantar mereka ke penjara. Ini sudah tentu akan dapat mengurangkan lagi overcrowding, dengan izin dalam penjara-penjara kita. Jadi, saya melihat bahawa ini adalah satu langkah ke hadapan untuk menuju penyahjenayahan penyalahgunaan dadah. Ketiga, ia memberi punca kuasa kepada rawatan dalam komuniti yang sudah pun pada masa ini dilaksanakan. Difahamkan ada lebih kurang 65,000 yang sedang dirawat dalam komuniti pada ketika ini. Tetapi Dato' Yang di-Pertua, dengan rang undang-undang ini, ada juga beberapa perkara yang saya fikir perlu diteliti semula oleh pihak kementerian. Saya mohon satu atau dua minit lagi, Dato' Yang di-Pertua.
Silakan. Teruskan.
Boleh ya? Terima kasih. Pertama, peluasan skop dan tanggungjawab pegawai AADK menimbulkan persoalan tentang kecekapan dan kompetensi pegawai. Ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen daripada
sebelah sini dan di sebelah sana. Saya nak tekankan di sini bahawa komitmen pegawai-pegawai AADK tidak patut dipersoalkan. Saya dah lihat dekat Hulu Langat, AADK Hulu Langat, bagaimana mereka begitu komited untuk membanteras gejala dadah ini tetapi kerajaan pada masa yang sama harus memberi jaminan bahawa pegawai-pegawai AADK ini diberi latihan dan juga pensijilan yang mencukupi. Ini penting untuk meyakinkan orang ramai di luar sana tentang keberkesanan pegawai pemulihan dan juga pegawai-pegawai AADK. Pada masa yang sama, kerajaan haruslah menaikkan peruntukan AADK, sebab bila dah ada tanggungjawab yang lebih, perlu naikkan juga peruntukan AADK. Kedua, berkenaan dengan cadangan pindaan seksyen 8. Apakah justifikasi kerajaan dalam memindahkan kuasa untuk memperakui seseorang itu adalah penagih, daripada pegawai perubatan kepada pegawai pemulihan? Saya fikir ini adalah disebabkan bahawa seksyen 8 ini berkenaan dengan mereka yang secara sukarela datang. Jadi, untuk mempercepatkan proses, daripada tunggu untuk ujian, maka pegawai pemulihan itu boleh memperakui. Tetapi, saya fikir ini juga perlu diperhalusi dan diperjelaskan oleh pihak kementerian. Akhir sekali, apa yang saya telah maklumkan sebelum ini ketika saya interject semasa perbahasan Bukit Gelugor, adalah berkenaan dengan perkataan ‘hendaklah’ atau ‘shall’ dalam seksyen 6 dan 6A. Saya berharap bahawa perkataan ‘hendaklah’ atau ‘shall’ ini digantikan dengan perkataan ‘may’ sebab bila kita guna ‘shall’ ini Dato' Yang di-Pertua, sudah tentulah Dato' Yang di-Pertua tahu juga. ‘Shall’ itu maknanya tidak ada lagi budi bicara pada majistret. Bila ada sahaja syor daripada pegawai pemulihan, dia kena buat. Jadi, kita tak nak satu situasi yang mana kita tarik ataupun kita keluarkan budi bicara pihak mahkamah itu. Jadi, saya berharap bahawa pihak kementerian boleh pertimbangkan untuk menggantikan perkataan ‘shall’ itu kepada perkataan ‘may’. Untuk menggulung ucapan saya Dato' Yang di-Pertua, saya berbalik kepada soalan saya. Adakah dengan pindaan ini bila kita bandingkan dengan akta yang sedia ada, adakah dengan kelemahan-kelemahan yang ada, are we getting a net positive? Itu persoalannya. Saya fikir, pada hemat saya, kalau kita tengok, ya ada manfaatnya. Cuma, pihak kerajaan harus mengambil kira dan mengambil pandangan daripada semua yang telah pun membahaskan sebelum ini dan juga daripada mereka di luar sana untuk memastikan bahawa bila kita ada undang-undang ini, ia benar-benar efektif dan benar-benar ampuh supaya kita dapat bersama-sama membanteras gejala dadah. Seperti Mawi katakan, ‘Belia benci dadah’. Terima kasih. [Ketawa]
Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bangi.
Ya.
Pasal interjection ya, apa pandangan Yang Berhormat Bangi atas apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang untuk menghukum ibu bapa yang bawah umur ini? Boleh komen tak sikit?
Saya memang tidak suka kalau ada provisions yang menghukum. Pada saya, undang-undang menghukum ini sepatutnya terakhir, the last resort. Jadi, bila kita ada menghukum ini, saya setuju dengan apa Kluang kata bahawa ianya akan tidak menggalakkan ibu bapa untuk ke hadapan dan membawa anak-anak yang bermasalah ini kepada AADK.
Baik.
Terima kasih Datuk Pengerusi. Sorry, Dato' Yang di-Pertua.
Saya mempersilakan berikutnya, Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. RUU Penagih Dadah (Pindaan) 2024 ini dilihat suatu usaha yang baik untuk memperkasakan usaha menyelamatkan negara daripada belenggu penagihan dadah di kalangan rakyat. Penambahbaikan kepada akta asal dilihat suatu keperluan penting dalam menguruskan penagih yang kian meningkat di dalam negara kita. Cuma, sebelum saya berbahas lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, kenapa tidak ada sesi engagement ataupun libat urus dengan Ahli Parlimen pembangkang? Saya difahamkan taklimat yang diberikan oleh pihak kementerian hanya kepada Ahli Parlimen kerajaan, pada 26 Jun yang lalu. Seperti rakan-rakan pembahas yang lain, sama ada pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan, saya lihat semua mengkritik RUU ini kerana tidak ada engagement dengan NGO dan juga pusat pemulihan dadah persendirian, pakar- pakar kesihatan, pakar-pakar pemulihan penagihan, ahli akademik dan ramai lagi stakeholder yang lain kerana usaha ini adalah satu usaha pemulihan yang memerlukan suatu usaha yang bersepadu semua pihak yang berkepentingan dan perlu mengambil kira semua pandangan demi menghasilkan suatu rang undang- undang yang bersifat menyeluruh dan dapat menyelesaikan isu penagihan dadah dalam negara.
Rang undang-undang ini dikatakan sebagai rang undang-undang ‘penyahkriminilasian’ seperti yang pernah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2019 dan dasar pengalihan iaitu nyah jenayah ini juga dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang JPU pada tahun 2020 iaitu mengalihkan penyalahguna dadah dari hukuman pemenjaraan ke program rawatan dan pemulihan. Tetapi, apa yang dilihat dalam RUU yang dibentangkan ini lebih memberikan penekanan besar kepada hukuman penjara dan denda untuk orang yang menggunakan dadah dan beberapa kes untuk ibu bapa. Ini tidak selaras dengan prinsip dikriminilasasi. Jadi, apakah sebenarnya hala tuju RUU ini? Untuk memberikan tumpuan kepada merawat penagih dalam program pemulihan dan rawatan atau hendak menekankan soal hukuman dan denda? Dadah adalah musuh negara. Ketagihan dadah juga boleh membawa kepada perilaku jenayah. Apakah hala tuju pihak kerajaan melalui pindaan RUU ini? Rang undang-undang ini dilihat kontra dengan bukti saintifik mengenai ketagihan dan pemahaman kita tentang isu yang dihadapi di lapangan oleh ibu bapa, orang-orang yang menggunakan dadah dan juga pakar-pakar.
Penagihan dadah adalah isu pelbagai aspek yang memerlukan kerja sama rapat dengan pegawai perubatan dan kesihatan. RUU ini seolah-olah mengasingkan peranan Kementerian Kesihatan dan para pegawainya. Terlalu banyak kuasa yang diberikan kepada pegawai pemulihan yang tidak cukup terlatih untuk menangani penagih. Pengumpulan kuasa yang berbahaya dalam seorang individu berpotensi membawa kepada penyalahgunaan dan juga rasuah. Perlu ada keseimbangan kuasa antara Kementerian Kesihatan dan juga AADK. Pengesahan siapa pengguna dadah ini adalah bersifat spektrum, perlu ada pegawai perubatan untuk pengesahan kerana penagihan ini penyakit yang datang dengan masalah kesihatan mental. Melalui pindaan RUU ini, kita lihat AADK memegang kuasa mutlak dari segi ujian air kencing penagih, pengesahan penagih itu adalah positif dan juga AADK berkuasa menentukan penempatan ke pusat rawatan dan juga tempoh rawatan. Tidak ada lagi pilihan bagi keluarga penagih untuk menentukan pusat rawatan yang sesuai dengan keadaan mereka. Seterusnya ialah saya ingin menyentuh seksyen 16(2) iaitu denda RM500,000 kepada pusat pemulihan dadah yang tidak berdaftar dan juga tidak memenuhi syarat. Apa yang ingin saya komen di sini ialah kenapa denda RM500,000 ini dikenakan kepada mereka, sedangkan pihak kerajaan boleh mengadakan usaha- usaha untuk memberikan satu konsultasi ataupun panduan atau memudah cara kepada pusat-pusat persendirian ini daripada denda RM500,000.
Sebagai kesimpulan Dato’ Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan beberapa orang rakan supaya RUU ini dibawa terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Khas Parlimen dan mengadakan lebih banyak sesi libat urus dengan pelbagai pihak kerana ada beberapa Ahli Parlimen di blok kerajaan yang mengkritik RUU ini agak kontra dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dilihat tidak seiring dengan apa yang kita bincangkan pada hari ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Berikutnya bagi pembahas-pembahas yang bakinya, daripada nombor 28 sehingga 36, saya tambah masa ke tujuh minit untuk perbahasan. Silakan. Saya menjemput Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih juga masa tambahan diberikan. Dato’ Yang di-Pertua, pindaan kali ini saya lihat ia merupakan satu langkah penting dalam usaha kerajaan untuk memperkuatkan sistem rawatan dan pemulihan bagi sesiapa yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Seperti apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bangi tadi, dahulu kita hanya boleh masukkan mereka ini ke dalam penjara, sekarang ada lagi satu pilihan atau opsyen. Maka, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri kerana berjaya membentangkan RUU kali ini. Saya memberikan sokongan terhadap usaha ini supaya sama-sama kita menangani masalah penagihan dadah yang semakin meruncing di negara kita. Masalah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada individu yang terlibat dalam gejala ini tetapi dia juga membawa impak kepada keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, statistik menunjukkan bahawa kes penagihan dadah telah meningkat sebanyak 27 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2023, mencapai 118,820 kes kalau berbanding dengan 93,534 kes dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Lebih separuh daripada kes ini melibatkan belia dan remaja. Pada akhir tahun 2022, lebih 137,000 orang penagih dadah telah direkodkan dengan 65 peratus daripada jumlah tersebut adalah belia. Penggunaan dadah sintetik ia lebih tinggi daripada dadah organik dan negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, ini tidak ada kaitan dengan politik tetapi ini statistik. Negeri-negeri ini mencatatkan nisbah penagihan tertinggi perseratus ribu orang penduduk, manakala Selangor mencatatkan jumlah penagih yang tertinggi. Menurut tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan tahun 2022, kira-kira 106,000 remaja Malaysia pernah mencuba dadah. Tinjauan 60,000 daripada mereka
masih lagi menggunakan dadah. Tinjauan menunjukkan bahawa ramai remaja mula menggunakan dadah sebelum umur 14 tahun, menekankan betapa pentingnya intervensi awal untuk memberikan rawatan dan pemulihan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di Malaysia dadah yang paling kerap disalahgunakan termasuklah heroine, methamphetamine atau syabu dan ganja. Menurut Laporan World Drug Report (UNODC) 2023, Malaysia juga berhadapan dengan cabaran dadah sintetik, terutamanya pengeluaran dan penggunaan methamphetamine, dadah sintetik yang murah dan mudah dihasilkan semakin menggantikan dadah tradisional, menyebabkan masalah yang lebih kompleks dalam penguatkuasaan undang-undang dan kesihatan awam. Pindaan kali ini akan memperkukuhkan program rawatan dalam institusi seperti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Penagih dadah akan ditempatkan di PUSPEN, sepanjang tempoh rawatan dan berada di dalam pengawasan yang ketat jika didapati memerlukan rawatan dan pemulihan dalam institusi. Penambahbaikan kepada fasiliti dan perkhidmatan adalah kritikal untuk memastikan bahawa penagih dadah menerima rawatan yang berkualiti. Program-program baru yang lebih komprehensif seperti terapi ubat, kaunseling individu atau secara berkumpulan serta latihan akan diperkenalkan. Ini akan membantu penagih untuk pulih dengan lebih berkesan dan mengurangkan kadar penagihan semula. Namun begitu, menurut laman web rasmi AADK, hanya terdapat 30 buah PUSPEN di seluruh Malaysia. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada sesetengah negeri hanya mempunyai sebuah PUSPEN seperti contoh Sabah dan Sarawak, Terengganu dan Negeri Sembilan. Dengan jumlah penagih dadah yang begitu besar, saya rasa ini jelas tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan rawatan seluruh negara. Walaupun terdapat pusat pemulihan swasta, kos pemulihan swasta yang tinggi tidak mampu ditanggung oleh orang biasa. Program Rawatan Penagih Dadah dalam menyediakan pendekatan pemulihan yang komprehensif, di mana penagih dadah tinggal di fasiliti dan menerima penjagaan, perubatan sepanjang 24 jam. Kos rawatan ini dia boleh berbeza-beza tetapi secara umumnya antara RM10,000 hingga RM60,000 sebulan. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan menambahkan bilangan PUSPEN di seluruh negara kerana ini merupakan langkah yang lebih efektif untuk memastikan bahawa semua penagih dadah dapat menerima rawatan yang diperlukan.
Kerajaan boleh mengenal pasti kawasan yang mempunyai kadar penagihan yang tinggi dan mengutamakan penubuhan PUSPEN di kawasan tersebut. Saya
juga mencadangkan bahawa kerajaan bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan atau NGO ataupun pertubuhan-pertubuhan agama untuk meningkatkan capaian dan keberkesanan program pemulihan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebentar tadi. Kerajaan juga boleh menyediakan peruntukan dan sokongan kepada NGO yang terlibat dalam program-program ini...
Yang Berhormat, boleh gulung.
...Supaya kita mewujudkan satu perkongsian strategik bagi memperluaskan jangkauan perkhidmatan pemulihan ke kawasan luar bandar dan kawasan terpencil. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada satu perkara yang saya harap, saya masukkan dan saya habiskan dalam perbahasan kali ini adalah berkenaan dengan bahan-bahan seperti ubat batuk yang mengandungi codein, ephedrine dan antihistamine serta amalan menghisap bau gam yang memang menjadi satu isu yang membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan ketagihan dan juga khayalan. Tetapi bahan-bahan seperti ini tidak tergolong dalam kategori dadah berbahaya. Penggunaan yang salah dan berlebihan akan memberikan kesan khayal dan akan menjadi ketagih seperti kesan pengambilan dadah. Walaupun kedua-dua bahan ini merupakan barangan yang biasa kita jumpa...
Yang Berhormat, 30 saat lagi saya akan tutup mic.
Boleh. Walaupun benda ini bahan-bahan biasa yang kita jumpa dalam kehidupan harian kita tetapi dia membawa kesan yang buruk kepada kesihatan dan masyarakat. Tapi sementara ini, bahan-bahan ini ataupun penyalahgunaan bahan-bahan ini tidak akan dijadikan satu kesalahan ataupun boleh diambil tindakan di mana-mana undang-undang. Maka persoalan saya ialah, adakah selepas pindaan RUU ini, perkara- perkara ini akan diberikan perhatian yang secukupnya... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, duduk. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Klang untuk membahas Rang Undang-undang Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum, Malaysia tidak terlepas daripada penagih dadah yang masih lagi begitu jumlahnya sangat tinggi dan kita nampak anak-anak kita, lagi-lagi anak muda daripada bangku sekolah lagi mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah ini. Maka saya percaya, kerajaan memang terdesak dengan pelbagai cara dan untuk membawa saya nampak RUU kali ini lebih banyak orang nampak sebagai decriminalize penyalahgunaan dadah. Walaupun tidak, tapi sebenarnya nampak begitu. Khasnya apabila ada individu yang datang sendiri menyerahkan diri dan memohon untuk keadaan yang mana untuk mendapatkan rawatan. Ya, memang ini nampak sudah nampak begitu pada awalnya. Tapi namun begitu, kita nampak pusat pemulihan persendirian ini, dia tidak diterangkan dalam keadaan yang mana apakah facilities yang diperlukan di situ. Apabila fasiliti ataupun syarat-syarat yang tidak diterangkan dan lagi pula kita tambahan pula dia kata, apabila langgar syarat RM50,000 dan ada juga penjara dan ada pula tidak daftar lima tahun penjara dan RM500,000 tadi yang dipanggil sepertimana. Memang kekhuatiran kita mungkin disalahgunakan itu ada di situ. Sepatutnya perlu diterangkan sejelas-jelas mungkin apakah syarat-syarat yang ketat yang patut dipatuhi oleh pusat pemulihan persendirian tersebut, yang mana fasiliti-fasiliti pun patut diterangkan. Dalam pada itu juga, pegawai rehabilitasi ini patut juga diterangkan, apakah qualification mereka. Memang ramai yang telah menyentuh. Kita nampak Kementerian Kesihatan ini macam tidak dihendakkan dalam hal ini. Perlu dipastikan apabila kita kata rawatan dan rehabilitasi dari segi dan penyalahgunaan dadah, kita patut faham yang patut rawat adalah seorang yang qualified sebagai doktor ataupun daripada Kementerian Kesihatan yang memberi kelulusan tersebut. Maka saya percaya Yang di-Pertua, akta pindaan ini patut diambil maklum bahawa pegawai rehabilitasi ini sekurang-kurangnya dalam satu pusat pemulihan persendirian itu, mesti ada seorang doktor yang diluluskan ataupun di- recognize oleh Kementerian Kesihatan. Dalam pada itu, sepertimana yang kita bangkitkan isu tentang individu yang datang sendiri untuk mendapatkan rawatan. Apakah individu ini akan— identiti individu ini akan dirahsiakan? Sebab kita tahu apabila setiap masalahnya bukan saja mereka datang, mereka takut untuk datang serah diri bukan saja dipenjara, mungkin dengan adanya dengan cara kita sekarang tidak perlu dipenjara tapi kita rehabilitasi itu lebih kepada program untuk rehabilitasi. Tapi apabila individu ini kalau identiti beliau tidak dirahsiakan, tak ada juga ramai yang akan datang untuk serah diri. Perkara ini patut diambil maklum dan
diberitahu secara sejelas-jelasnya bagaimana individu ini dapat di akan, di mana identiti beliau dapat di-protect. Ini adalah sangat penting, Yang di-Pertua. Perkara ini kalau kita tidak lepas, mungkin tidak guna lagi apabila akta ini dipinda. Akta ini dipinda semata-matanya untuk menarik lebih ramai lagi penagih ataupun penyalah guna dadah ini supaya datang serah diri secara untuk mendapatkan rawatan. Maka saya percaya, protection of the individual names itu sangat penting dan keluarga mereka sangat penting juga. So, maka daripada perkara-perkara ini yang telah saya bangkitkan, saya percaya tidak banyak yang kita nak nyatakan. Saya sangat setuju dengan pembahas-pembahas yang lain, yang menyatakan bahawa perkara-perkara ini apabila tidak dijelaskan ataupun tidak dilibat urus bersama dengan MP yang lain semua, saya mohon agar perkara ini, akta ini dapat dibawa, dilibat urus lagi dan juga di bawah kepada jawatankuasa khas supaya dibincang lebih dalam lagi. Sekian, terima kasih.
Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam.
Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. RUU yang dibentang dan sedang dibahas sekarang sudah tentulah bertujuan untuk menambah baik peranan agensi yang berkaitan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan pemulihan dadah itu sendiri. Pusat pemulihan dadah ada di seluruh negara. Hukuman ke atas penjenayah dadah seperti pengedar dadah juga adalah berat. Namun, gejala dadah tetap berleluasa seolah-olah apa yang dijalankan selama ini tidak memberi kesan yang positif dalam usaha membanteras gejala dadah. Sedangkan ia melibatkan kos yang begitu tinggi. Dadah mengikut pandangan ulama’ dikategorikan sebagai bahan yang memabukkan dan setiap yang memabukkan dihukumkan haram dari sudut agama melainkan digunakan untuk tujuan perubatan. Firman Allah SWT dalam ayat Al- Quran, surah Al-Maidah ayat 90 berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Wahai orang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menilik nasib adalah perbuatan yang kotor,
keji daripada amalan syaitan. Maka hendaklah dijauhi. Mudah-mudahan menjadi orang yang berjaya.” Oleh kerana dadah dikategorikan suatu yang memabukkan, dikiaskan berdasarkan ayat ini ia menjadi haram sebagaimana disebut dalam sebuah hadis Nabi, [Membaca sepotong hadis] “Semua yang memabukkan adalah juga haram.” Selain usaha yang sedang berjalan sekarang, penyelesaian masalah dadah hendaklah diterapkan secara bermodul dan sistematik mengikut tarbiah dan pendidikan kerohanian yang menyentuh soal hati dan amalan. Tinggal di PUSPEN untuk beberapa ketika bukan hanya dilihat sebagai pelatih yang ingin dipulihkan dengan disiplin-disiplin tertentu yang ada dalam silibus pemulihan tetapi penghuni itu sendiri adalah insan yang kosong, jiwa yang kosong, perasaan dan akal yang kosong.
Justeru, pendekatan Islam melalui pembinaan iman dan takwa adalah penting. Sebab itulah Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, Surah Asy-Syams, ayat satu hingga empat, yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu dua jalan. Satu, jalan kefasiqan, dan satu jalan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”. Maknanya, insan yang sedang menerima proses pemulihan di PUSPEN hendaklah diterapkan unsur-unsur takwa supaya mereka memilih jalan takwa yang boleh menyucikan jiwa mereka dan akhirnya mereka bersih daripada penyalahgunaan dadah. Di Perak ada tiga buah pusat pemulihan dadah iaitu PUSPEN Perlop, Sungai Siput; PUSPEN Batu Kurau; dan PUSPEN Seri Iskandar. Manakala, AADK di Perak ada 10 buah mengikut daerah. Ada daerah yang belum wujud dan masih dalam proses pertimbangan JPA. Saya hendak tahu, bagaimana dengan status kewujudan AADK di beberapa daerah di Perak seperti Bagan Datuk, Muallim dan juga Kampar yang belum wujud lagi dan tidak ada prasarana? Manakala ada tiga pusat pemulihan persendirian mendaftar di Perak, Rumah PENGASIH Amanjaya, Gopeng dan di Ipoh ada dua. Manakala ada dua buah pusat pemulihan persendirian yang masih belum berdaftar iaitu Pondok Al Jaafar, Kampar dan Mawaddah, Perak Tengah. Saya ingin tahu, adakah pusat-pusat pemulihan persendirian ini dipantau perjalanannya dan diberi bantuan kewangan kerana niatnya murni dan wajar diberi bantuan kewangan termasuk prasarana? Sementara itu, NGO-NGO juga cukup banyak yang terlibat dan berperanan dalam membantu mengatasi masalah dadah.
Justeru, saya ingin menyarankan supaya NGO-NGO yang terlibat dengan usaha membanteras dadah juga dibantu dari sudut kewangan dan sebagainya. Untuk makluman juga, Perak juga adalah antara negeri yang tertinggi dari sudut penagihan dadah yang berjumlah kira-kira 13,459. Kalau dikira purata mengikut daerah hampir, 1,000 hingga 1,000 ratus orang penagih dadah di seluruh daerah di Perak. Di Perak juga ada lebih kurang 300 orang pegawai dan staf AADK, selain sukarelawan. Di Perak ada 30 kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi. Antaranya di Daerah Larut, Matang, Selama, Kerian, Manjung, Batang Padang dan sebagainya. Kebanyakan yang positif dadah apabila disaring, sebahagian besarnya adalah pelajar-pelajar yang berumur 18 tahun ke bawah. Betapa besarnya isu dadah di Perak ini, saya ingin menyarankan beberapa perkara. Pertama, berkaitan dengan perjawatan. Bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan keprofesionalan, kerajaan hendaklah upgrade-kan semua perjawatan dari sudut pangkat, pertambahan staf dan kebajikan staf AADK termasuk Pengarah AADK negeri, Ketua AADK daerah dan setiap pertambahan jawatan di setiap daerah dan fasiliti AADK, pusat khidmat dan pusat integrasi AADK di seluruh negara, bukan sahaja di Perak. Manakala jawatan Ketua Unit Agama di-upgrade kepada degree, manakala guru agama yang lain bertaraf diploma dan ditambah bilangannya kerana pendekatan kerohanian yakni agama adalah penting untuk tujuan pemulihan. Justeru, guru-guru agama hendaklah ditambah bilangannya dengan diberi latihan secukupnya supaya mereka mampu menjalankan tugas yang cemerlang dalam usaha memulihkan gejala penagihan dadah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Gombak.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan untuk sama-sama berbahas bagi suatu akta bagi meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah meneliti beberapa isu perbahasan dan juga pengisian terhadap pindaan yang ada di depan meja kita pada hari ini, saya percaya kita berada di antara kedua kutub pandangan dalam kita menangani dadah. Pertama, sudah pasti ke arah pendekatan yang lebih konservatif, menjadikan dadah daripada atas sampailah ke bawah sebagai usaha-usaha ataupun sebagai
langkah criminal dan jenayah ataupun membuka ruang dengan lebih terbuka supaya dadah penagihannya sebagai satu tindakan yang perlu dirawat ataupun dipulihkan. Justeru, saya percaya langkah yang dibuka oleh pihak kementerian pada kali ini adalah untuk mengimbangkan kedua kutub pandangan ini. Kalau kita terperangkap dengan mana-mana pandangan, kemungkinan kita akan menjadi ekstrem. Ekstrem pertama, membuka seluas-luasnya. Kita dapat lihat di negara jiran seperti di Thailand sudah mula ingin U-turn apabila membuka dan juga membuka peluang untuk dadah dinormalisasikan di dalam masyarakat seperti ganja dan sebagainya. Justeru, saya percaya ini pendekatan yang lebih berhemah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya dalam beberapa pindaan sama ada yang melibatkan seksyen 16, kemasukan seksyen 27A, 27B, 27C dan sebagainya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, akhirnya kita kena terima dengan angka yang begitu besar. Angka terkini yang dikeluarkan oleh AADK sehingga tahun 2023 ada 145,000 penagih-penagih yang dapat dikesan oleh AADK, 60 peratus daripadanya adalah mereka yang di bawah 39 tahun iaitu mereka yang sewajarnya dalam kelompok produktif. Kalau kita lihat kesan-kesan lanjutan daripada isu dadah ini, bukan hanya mereka terlibat dengan dadah dan terlibat dengan penyalahgunaan, turut menjurus dan mengheret mereka dalam kegiatan-kegiatan jenayah yang lain. Antaranya adalah jenayah pembunuhan, rompakan, pencurian dan sebagainya yang menjadi kebimbangan kepada komuniti dan masyarakat. Justeru, saya percaya Dewan ini dan seluruh rakyat Malaysia inginkan the whole society approach, bagaimana keseluruhan rakyat dapat terlibat bersama-sama untuk menangani penyalahgunaan dadah ini termasuk dalam isu yang kita bincangkan pada hari ini, hal-hal menangani penagih atau mereka yang menyalahgunakan. Dadah sebagaimana semua maklum, telah mengalami beberapa peringkat. Semua sebut tentang NPS ataupun dadah-dadah sintetik. Semua kita tahu dadah ini sudah sampai dadah 3.0, dia bukan dadah 1.0 ataupun 2.0, dia sudah sampai 3.0 yang lebih tinggi kesannya dan sukar untuk dikesan kewujudannya sebagaimana dadah mampat ataupun dadah-dadah dalam bentuk herba dan sebagainya. Justeru, saya percaya bahawa penglibatan dan keterbukaan yang dibuka dalam sesi ini supaya kita dapat mengurangkan usaha-usaha untuk memenjarakan mereka sahaja tanpa melibatkan usaha pemulihan, harus mendapat sokongan. Hanya yang saya lihat dengan jumlah yang kita ada, sama ada pusat pemulihan dalam komuniti sehinggalah PUSPEN, kira-kira kita ada hanya keperluan dalam seramai 100,000 kerana 30,000 di PUSPEN, 70,000 atau 65,000 di pusat dalam komuniti sahaja yang cukup. Kalau kita lihat angka 145,000, ia tidak mencukupi dengan keseluruhannya.
Justeru, dengan membuka peluang kepada pusat-pusat swasta ataupun private entity yang ada di luar sana, saya percaya ia akan memenuhi keperluan- keperluan tersebut. Persoalannya, adakah keperluan-keperluan itu ada garis-garis tertentu ataupun syarat-syarat yang lebih jelas ataupun syarat-syarat yang dapat merangkum kesemuanya? Ini kerana kalau kita dengar tadi bagaimana kes di Perak, Parit Buntar sebut, ada yang menggunakan pendekatan kerohanian, ada yang menggunakan pendekatan psikologi, ada yang menggunakan pendekatan perubatan. Bagaimana pengiktirafan itu dapat diselaraskan oleh pihak kementerian supaya kita mengiktiraf semua? Saya juga menyokong usaha-usaha untuk mengenakan tindakan kepada mereka yang menyalah guna. Kerana apa? Kerana ada yang menjadikannya sebagai sumber kewangan semata-mata ataupun wujud elemen-elemen penderaan sebagaimana yang pernah dilaporkan dalam kes-kes sebelum ini. Namun, denda RM500,000 itu kita boleh bahaskan kemudian ataupun diperincikan kemudian. Sewajarnya mungkin dikenakan dengan lebih rendah supaya menggalakkan lebih ramai pusat-pusat secara private ataupun swasta ini dapat terlibat bersama- sama. Kalau kerajaan serius, bagi saya kita dapat mengurangkan kos bagi pusat- pusat swasta ini dengan menyediakan geran ataupun menyediakan subsidi kepada pusat-pusat ini kerana kesan kepada dadah memang cukup berbahaya dan sangat mengerikan kepada kita. Saya terlibat secara langsung dalam MTMD. Saya selama 10 tahun sebenarnya terlibat selaku Pengerusi PEMADAM di peringkat negeri Selangor dan kita akan dapat lihat bagaimana peranan untuk dapat dimaksimumkan kalau ada keterlibatan di antara PEMADAM dan AADK. AADK dan juga komuniti dan masyarakat kerana ibu bapa dan keluarga juga bertanggungjawab khususnya lanjutan selepas proses pemulihan bagi anak-anak ataupun mereka yang terlibat dengan dadah ini dapat kita tangani. Antara perkara yang sangat membimbangkan ialah hukum tujuh. Hukum tujuh untuk mereka yang terlibat dengan ais batu ataupun syabu.
Tujuh ini, bila tujuh kali kena, dia akan perlukan, dia sudah ketagih, dia perlukan tujuh tahun untuk proses pemulihan dan selepas tujuh tahun dalam proses pemulihan itu, dia perlu pula 70 peratus sahaja pulih daripada hal tersebut. Silakan.
Yang Berhormat Gombak, beri laluan, mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Gombak, nampak macam Yang Berhormat Gombak ada pengalaman langsung dalam hal ini.
Boleh jelaskan kepada kami pengalaman ini, daripada mana Yang Berhormat Gombak dapat pengalaman ini? Terima kasih.
Masuk, lain kali dengar dulu. Saya terlibat dengan PEMADAM 10 tahun. 10 tahun. Jadi hal-hal itu memang menjadi concern ataupun keprihatinan saya yang sangat serius dan saya melihat bahawa hal ini akan memberi impak yang besar. Insya-Allah, saya dan keluarga tak terlibat dengan apa-apa kesalahan dadah. [Ketawa] Ini susah juga Yang Berhormat sekalian. Jadi saya lihat bahawa hal ini kalau kita tak tangani dengan menyeluruh sebagai satu ketumbukan yang besar di mana agensi dan Pusat. Kalau kita lihat angka yang diberikan, 83,000. Saya minta sikit, 30 saat ya Yang Berhormat, 83,000 daripada 145,000 daripada tahun 2023 adalah mereka yang hanya lulus di tahap peringkat PMR dan ke bawah. Jadi faktor pendidikan merupakan satu faktor yang besar dengan keterlibatan dadah. Justeru, saya berharap agar silibus tentang penagihan dadah ini mula dimasukkan juga di peringkat sekolah supaya kita dapat menangani pencegahannya secara lebih meluas dan menyeluruh supaya usaha kita membanteras sejak tahun 80-an itu berjaya dan dadah kita dapat hapuskan. Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Gombak, saya tertarik kepada apa pendapat Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Bangi. Apa pendapat Yang Berhormat mengenai hukum mereka, ibu bapa yang bawah umur di bawah penjagaan ini?
Saya percaya Yang Berhormat, siasatan perlu dilakukan kerana ada beberapa kes yang saya tangani sebelum ini, anak-anak pasangan terlibat kerana ada suami yang telah meracun atau menuba anak-anak mereka supaya terlibat dengan dadah. Jadi hal ini juga perlu ditangani dengan serius. Maknanya kita tidak boleh blanket decriminalize the parents sahaja tetapi siasatan harus dibuat kerana memang terdapat kecuaian-kecuaian tertentu. Namun begitu, kita kena akui dua perkara. Pertama, ada faktor rakan sebaya dan yang kedua, ada faktor-faktor lain persekitaran yang memberikan kesan kepada anak-anak ini terlibat dengan dadah ataupun terlibat dalam penyalahgunaan dadah Yang Berhormat. Jadi saya pro kepada siasatan diberikan tetapi bukan hanya hukuman tapi hukuman itu harus diberikan kepada mereka yang benar-benar cuai. Dan yang kedua, keluarga yang sengaja menggerakkan anak dan pasangan mereka terlibat dengan dadah. Kadang-kadang memang ada yang tak bertanggungjawab suami ini. Dia nak pastikan dia selamat hisap dadah di rumah, dia
tuba isteri dia sekali untuk sama-sama hisap dadah. Ini memang berlaku dan anak- anak terlibat dengan sama. Sebab itu kes dan kalau kita tengok akta, data yang diberikan oleh AADK, ada yang di bawah 10 tahun terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kalau ingat, Yang Berhormat sikit je. Yang Berhormat, kalau kita ingat kes kebakaran satu maahad tahfiz di Kuala Lumpur yang menyayat hati, membunuh maahad tahfiz, semua suspek itu di bawah umur 12 tahun positif dadah. Ini adalah satu alert yang saya rasa sangat besar kepada kita, selaku pembuat dasar untuk menilai hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak atas pandangan yang bernas. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.
[Bangun] Pergi ke Tuaran untuk berkhemah, Janganlah lupa bawa celana, Hilang keluarga, hilang saudara, Pengaruh dadah, diri yang merana. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Tuaran ingin mengucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024. Dato' Dr. Yang di-Pertua, menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dianggarkan bahawa sebanyak 145,523 orang penagih dadah telah pun dikenal pasti tetapi angka ini adalah tip of the iceberg dan angka sebenar dapat mencapai empat kali lebih atau 550,000. Yang mana daripada jumlah yang telah dikenal pasti ini, seramai 53,072 orang telah pun dimasukkan ke penjara akibat salah laku yang berkaitan najis dadah. Jumlah ini merupakan 70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di semua pusat penjara di Malaysia. Sebagai makluman kapasiti penghuni penjara sebenarnya adalah hanya 69,816 orang. Ini bermakna jumlah banduan yang ada pada ketika ini sudah melebih kapasiti yang sepatutnya. Dato' Dr. Yang di-Pertua, banduan yang ada di dalam penjara sekarang ini sudah pun sesak. Bayangkan keadaan penjara sekiranya kesemua lebih 500,000 penagih dadah di negara ini dimasukkan ke dalam penjara. Ini belum termasuk dengan kos makanan kepada banduan sedia ada pada ketika ini iaitu sekitar lebih kurang dua juta sehari ataupun lebih kurang 726 juta setahun. Ini bererti bahawa
masalah penagihan dadah di negara ini memang serius dan memerlukan tindakan segera. Justeru, langkah kerajaan Madani meminda RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 ini adalah satu langkah yang berani dengan niat yang sangat bagus. Oleh itu tidak ada sebab langkah ini tidak disokong. Walau bagaimanapun, seperti yang dibahaskan oleh beberapa rakan-rakan yang lain bahawa cadangan pindaan yang dibuat sekarang ini tidak menyeluruh dan mempunyai banyak kelompangan yang perlu diperbaiki. Tuaran difahamkan kelompangan ini telah berlaku kerana pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak membuat engagement dengan pakar-pakar perubatan, ahli-ahli akademi dan juga masyarakat sivil. Malah kita Ahli-ahli Parlimen pun telah diengage hanya pada saat-saat yang terakhir. Dato' Dr. Yang di-Pertua, antara kelompangan ialah seperti terdapat pada seksyen 6 perintah rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah atau bahan. Di sini pindaan ini meletakkan penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan tidak lebih tiga sebatan jika client melanggar syarat semasa dalam rawatan di dalam komuniti. Saya ingin menegaskan bahawa rang undang-undang dadah yang dicadangkan oleh kerajaan bersifat menghukum dan bercanggah dengan prinsip- prinsip hak asasi manusia tapi percaya bahawa rang undang-undang ini akan mengakibatkan lebih banyak masalah berbanding membantu client mendapatkan rawatan kerana isu dadah adalah isu kesihatan. Kita seharusnya mengambil pendekatan yang lebih holistik dan efektif dalam menangani masalah ini seperti pendekatan pencegahan, rehabilitasi dan penyelidikan yang lebih mendalam serta kerjasama dari semua pihak. Kemudian begitu juga dalam seksyen 6A(1), (2), (3), (4), (5), perintah rawatan pemulihan penagih dadah atau bahan, seksyen 8 perintah rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan yang menjalaninya dengan sukarela. Pindaan ini memberi kuasa yang mutlak kepada AADK dalam memperkasakan pegawai pemulihan seperti yang dinyatakan oleh banyak rakan-rakan. Di sini saya ingin huraikan AADK akan bertanggungjawab dalam pelaksanaan ujian air kencing. Pengesahan jika seorang itu seorang penyalahgunaan dadah, penempatan di pusat rawatan dan pengurangan tempoh rawatan. Di sini saya mendesak agar terdapat keseimbangan kuasa juga disebut oleh ramai rakan-rakan yang sewajarnya antara agensi atau AADK dengan Kementerian Kesihatan dalam menangani isu-isu dadah. Sebagai contoh, pengesahan penyalahgunaan dadah perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai perubatan kerana ketagihan datang dengan pelbagai kesan sampingan seperti kesihatan mental dan
sebagainya. Ujian kencing sahaja tidak memadai untuk mengetahui tahap ketagihan seseorang. Perluasan peranan dan kuasa yang tidak seimbang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pendekatan dan pelaksanaan dasar. Ia mungkin tidak memberi hasil yang diharapkan dalam usaha untuk mengatasi masalah dadah di negara kita. Oleh itu adalah penting untuk memastikan bahawa kedua-dua agensi ini bekerja secara berkesan dan bekerjasama dalam memastikan penyelesaian yang holistik dan berkesan terhadap isu dadah. Begitu juga kelompangan berlaku dalam seksyen 9, tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan yang belum dewasa dan yang baginya bantuan dikehendaki. Di sini pindaan ini mencadangkan denda RM5,000 ke atas ibu bapa pengguna dadah di bawah umur 15 tahun jika melanggar syarat rawatan. Saya ingin menjemput Dato' Yang di-Pertua, semua pihak untuk memahami dan menerima bahawa ketagihan ialah sejenis penyakit, a chronic relapsing disease dan orang yang menggunakan adalah pesakit bukan penjenayah. Yang penjenayah, selepas dia mahu menagih dan mencuri lagi. Itu barulah penjenayah tapi dia sebagai penagih, it just– dia seorang pesakit. Oleh itu saya ingin menegaskan bahawa saya bantah keras rang undang-undang dadah yang membebankan ibu bapa. Langkah ini bukan hanya tidak adil tetapi juga tidak berkesan dalam menangani isu dadah. Kami percaya bahawa pendekatan yang lebih baik adalah dengan memberi sokongan kepada keluarga dalam masa ketika orang yang mereka sayangi sedang menerima rawatan.
Satu lagi kelompangan dalam seksyen 16(4) dan (5) – pusat pemulihan persendirian bagi rawatan pemulihan dan jagaan lanjut. Di sini pindaan ini mencadangkan denda RM500,000 atau penjara lebih lima tahun pada pusat pemulihan yang tidak mendapat kelulusan dari Menteri dan juga RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun pada individu yang melanggar syarat operasi. Kita seharusnya memudahkan, menggalakkan pendaftaran pusat rawatan bagi menjaga kualiti rawatan yang diberikan. Akan tetapi, jika ada pihak yang tidak mendaftar tanpa alasan munasabah, pusat tersebut perlu ditutup. Tindakan mengetatkan syarat dan mengenakan denda pada pusat rawatan dan NGO tidak berkesan dan menunjukkan keengganan untuk bekerjasama secara holistik. Kami mendesak kerajaan untuk membuka saluran komunikasi dan bekerjasama dengan semua pihak termasuk NGO dan pusat swasta yang berpengalaman dalam membantu individu yang terlibat dengan dadah. Tuaran percaya dikriminalisasi penagih dadah ini akan meningkatkan pemahaman sains dan
pendekatan kesihatan awam, mengurangkan kesesakan dalam penjara, mengurangkan kadar penyebaran penyakit berjangkit, mengurangkan beban kerja polis, mengurangkan rekod jenayah dan membantu kesinambungan hidup yang positif serta mengurangkan kos pada kerajaan. Oleh sebab itu, Tuaran menyokong penuh cadangan YB Tasek Gelugor, YB Klang, YB Seputeh, YB Bangi dan rakan-rakan yang lain supaya rang undang- undang ini dirujuk semula ke jawatankuasa pilihan khas untuk membolehkan engagement diadakan dengan masyarakat sivil, ahli-ahli akademik, pakar perubatan profesional, NGO dan semua stakeholders yang terlibat dengan tujuan memurnikan agar cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah penagihan dadah di negara ini dapat diatasi secara berkesan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, dadah dan rasuah merupakan musuh nombor satu negara. Bukan satu rahsia bahawa kedua-dua ini saling terkait dan jika tidak ditangani, mangsanya adalah pada anak-anak dan cucu-cucu kita. Tuan Yang di-Pertua, dahulu Sabah pernah digelar sebagai pusat transit dadah dalam negara iaitu pada 11 Jun 2021. Bukan satu kebanggaan buat saya. Tetapi, gelaran ini tidak memeranjatkan memandangkan kedudukan dan sempadan kami yang strategik. Kedudukan strategik ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan ekonomi yang pada akhirnya membuka ruang kepada ekonomi gelap seperti pengedaran dadah, aktiviti penyeludupan dan sebagainya. Mengikut statistik pada tahun 2022, terdapat peningkatan sebanyak 26 peratus di Sabah berbanding tahun 2021 yang mana daerah tertinggi yang dicatatkan adalah di Kota Kinabalu dan di Tawau, walaupun angka statistik yang direkodkan bagi penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan tidaklah seramai ataupun sebesar negeri lain. Kedudukan kami berada di tempat yang kesepuluh. Saya ingin tahu, berapakah jumlah sebenar penagih dadah di Sabah setakat ini? Ini kerana angka yang ditunjukkan seolah-olah tidak menggambarkan realiti yang berlaku di bawah. Realiti di bawah, ada yang secara terbukan menghisap gam. Saya tidak pasti di negeri lain berlaku atau tidak situasi seperti ini, tetapi imej ini adalah imej yang sangat buruk kepada negara. Walau siapa pun penagih itu― warga asingkah, warganegara sendirikah― kita harus cari penyelesaian kepada perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen yang mewakili penduduk luar bandar di Sabah, saya ingin menyuarakan kerisauan berkenaan penawaran dan penagihan dadah di sini. Tadi Kinabatangan pun cakap perkara yang sama. Dadah itu begitu senang untuk dibeli, didapati. Tapi, saya selalu ingin rujuk kepada sumber. Kita cakap fasal rawatan dan pemulihan, tetapi rawatan dan pemulihan ini datang selepas ada sumber bah. Soalan saya. Bagaimana pihak kerajaan mahu memerangi aktiviti ini di luar bandar? Kedua, bagaimanakah data penawaran dan penagih dadah di kawasan luar bandar dibuat? Adakah dengan tangkapan? Adakah melalui laporan polis? Atau daripada jumlah mereka yang sukarela datang mendapatkan rawatan ke pusat pemulihan? Daripada tiga tadi, manakah data yang menjadi penyumbang terbesar bagi jumlah keseluruhan statistik tersebut? Reason why saya tanya kerana masih ramai ibu bapa, khususnya di luar bandar, yang tidak melaporkan anak-anak mereka yang mengalami masalah dadah kerana malu atau mungkin terlampau sayang ataupun kasihan tidak mahu melihat anak-anak ini di penjara bertahun-tahun. Ada juga ibu- bapa atau keluarga yang tidak tahu pun anak mereka terlibat dengan pengambilan syabu kerana melibatkan bahan-bahan yang mudah didapati seperti straw, foil dan juga pemetik api. Mereka hanya akan bawa kes dan lapor kepada PDRM ataupun AADK jika hanya kes addict itu teruk dan sehingga membahayakan dan mengancam keselamatan nyawa ibu bapa dan keluarga. Sebab itu saya percaya kepada pemulihan. Masuk penjara, I don’t think, dengan izin, akan memulihkan seseorang penagih. Saya juga ingin seru kepada ibu bapa dan keluarga untuk selalu pantau anak-anak anda. Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perincian pindaan dalam RUU ini yang memerlukan penjelasan daripada kerajaan. Pertama, berkenaan pindaan seksyen 1 dengan menggantikan perkataan “penagih dadah” dengan perkataan “penagih dan penyalah guna dadah dan bahan”. Saya ingin bertanya berkenaan definisi yang diguna pakai kerajaan bagi “penagih dadah” dan definisi “penyalah guna dadah dan bahan”, maksud saya dari sudut kekerapan penyalahgunaan dadah tersebut. Kedua, pindaan kepada seksyen 6 mengenai kuasa diberikan kepada pegawai pemulihan berbanding sebelum ini kepada pegawai perubatan. Saya ingin tahu justifikasinya kemampuan, kepakaran dan juga kapasiti sumber manusia yang ada. To be honest, terus terang, saya lebih prefer penglibatan pegawai perubatan. Ketiga. Dan pindaan yang saya agak risau iaitu pindaan kepada seksyen 9 dengan memasukkan subseksyen baharu (3), (4) dan (5). Denda tidak melebihi
RM5,000 kepada ibu bapa atau penjaga seseorang yang belum dewasa yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4). Saya boleh memahami mengapa kerajaan meletakkan denda. Namun, adakah kerajaan telah memikirkan secara mendalam kesan jangka panjang memandangkan akan lebih ramai keluarga yang tidak melaporkan anak-anak mereka yang mengalami masalah dadah kerana risau akan dikenakan denda yang tinggi? Kita lihat― betulkan jika saya salah― mereka yang menjadi penagih dadah ini kebanyakannya rata-ratanya daripada keluarga B40 dan sememangnya mereka tidak mampu membayar denda tersebut. Pada masa yang sama, saya juga mohon penjelasan, adakah AADK setakat ini berkemampuan untuk menerima ramai penagih-penagih dadah yang akan datang secara sukarela? Saya bimbang apabila mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Langkawi semalam menyatakan bahawa pusat pemulihan AADK kotor dan padat. Adakah ini benar? Dan jika betul, ini harus dibetulkan terlebih dahulu sebelum kita melaksanakan RUU ini. Sebagai contoh, di Sabah, hanya ada satu pusat pemulihan di seluruh Sabah iaitu di Papar. Saya sudah lama mendengar bahawa terdapat cadangan untuk membina pusat pemulihan di Tawau yang akan bermula pada tahun hadapan. Tapi, saya pohon, jangan tangguh ya. Nanti umum, tangguh lagi. Saya juga mohon diberikan data 10 zon atau daerah yang berdepan dengan masalah penagihan dan pengedaran dadah paling kronik di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita memerangi dadah dalam negara, integriti di kalangan penguat kuasa sama ada di peringkat atas hinggalah ke bawah perlulah diberi keutamaan. Saya juga senada dengan Masjid Tanah dan Seputeh tadi, harus ada sesi libat urus dengan NGO dan pelbagai pihak yang lain. Kita semua bertanggungjawab dalam memastikan masalah dadah dapat ditangani bersama sekali gus menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat untuk generasi kita yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Baki pembahas, ada tiga orang. Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Mas Gading dan Yang Berhormat Sibu. Ditunda kepada hari Isnin. Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini...
Selasa, Dato’ Yang di-Pertua.
Ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 9 Julai 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pelaksanaan Dasar “Time-Based” Wajib Bagi Menyelenggara SekolahSpecial Chamber
Silakan Yang Berhormat Tenggara.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan KPM (EMIS) pada 31 Julai 2020, terdapat 10,220 sekolah yang terdapat di Malaysia yang terdiri daripada 7,780 sekolah rendah dan 2,440 sekolah menengah.
Premis sekolah bukan hanya berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu namun ia sering dijadikan aset penting kerajaan dalam menyantuni mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, kebakaran, dan gempa bumi. Dari masa ke semasa, premis sekolah turut terdedah kepada bencana tidak kira kecil, sederhana mahupun besar.
Selain itu, premis sekolah turut sering dijadikan sebagai pusat aktiviti komuniti, pusat mengundi dan sebagainya. Sikap tunggu dan lihat serta tidak proaktif dalam menangani masalah kemudahan yang rosak dan uzur di sekolah merupakan satu barah yang boleh mengundang malapetaka besar.
Di Parlimen Tenggara sahaja, terdapat 48 buah sekolah milik kerajaan yang terdiri daripada 16 buah sekolah rendah, 17 buah sekolah rendah agama, dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SKJT) dan 11 buah sekolah menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Sebanyak 11 buah sekolah sering digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara sekiranya berlaku bencana banjir.
Kita sering lihat di media arus perdana tentang laporan kemalangan dan kecederaan yang berlaku di sekolah. Malang tidak berbau, ramai mangsanya adalah
para murid sekolah seperti kejadian kipas dalam kelas terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap murid. Kemudian disusuli dengan kejadian murid maut dihempap tiang gol pula.
Kisah sebegini bukanlah perkara baharu sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian murid di sekolah. Sudah pasti, ia tidak boleh dipandang enteng. Langkah drastik dan efektif perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko akibat kemudahan yang uzur dan tidak diselenggara dengan baik kerana terdapat rungutan bukan hanya di Parlimen Tenggara namun seluruh negara. Justeru, kerja- kerja pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan di sekolah perlu dilaksanakan mengikut keutamaan dan secara berkala dari semasa ke semasa.
Adakah kerajaan bercadang menggubal suatu dasar penyelenggaraan automatik (time-based) bagi jangka masa 15 ke 20 tahun dengan menyediakan peruntukan penyelenggaraan secara tetap kepada sesebuah sekolah yang wajar diperbaiki infrastrukturnya untuk memastikan operasi persekolahan, keadaan kondusif pelajar dan memotivasikan guru.
Bagi kawasan Tenggara, berapakah sekolah yang berada dalam rekod kementerian yang memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan bangunan seperti cat, pendawaian elektrik, prasarana makmal, perpaipan dan sebagainya?.
Berapakah juga kos dan keperluan jangkaan oleh kementerian berhubung naik taraf kemudahan dan kelengkapan sukan dan kokurikulum bagi sekolah-sekolah dalam Parlimen Tenggara untuk memenuhi sasaran Dasar Pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang kompeten dari segi Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek (JERI) Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih. Sila Timbalan Menteri Pendidikan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tenggara di atas pertanyaan berkaitan dengan pelaksanaan Dasar “Time-Based” Wajib bagi penyelenggaraan sekolah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa komited dalam usaha untuk menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua sekolah di Malaysia. Bagi tahun 2024, KPM telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM314.26 juta bagi 8,270 buah sekolah kerajaan termasuklah peruntukan minimum iaitu RM20 ribu bagi setiap sekolah kerajaan.
Peruntukan ini disalurkan berdasarkan keperluan dan susunan keutamaan yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri setelah mendapat permohonan daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, KPM menyalurkan peruntukan penyelenggaraan sekolah yang masih ekonomik untuk dibaiki berdasarkan analisis skor gred impak bagi menentukan tahap keadaan komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah.
Sekolah ini mempunyai tujuh skala. Skala nombor 1 hingga 4 merujuk kepada keadaan bangunan yang berfungsi dan selamat digunakan. Skala 5 bangunan yang dilaporkan oleh pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan. Skala 6 pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan pihak teknikal PPD atau pun JPN manakala skala 7 merujuk
kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pelaksanaan penyelenggaraan bangunan sekolah pada masa ini kita berikan fokus kepada sekolah yang berskala 1 hingga 5. Manakala sekolah berskala 6 hingga 7 memerlukan pembaikan serta kos yang besar dan tempoh pelaksanaan yang panjang. Maka untuk sekolah berskala 1 hingga 5 pihak sekolah sekiranya ada keperluan, mereka akan memohon kepada PPD selepas itu PPD akan menyampaikan permohonan itu kepada JPN dan seterusnya kepada Bahagian Pengurusan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2024 − ini sesuatu yang baharu Yang Berhormat, KPM menyasarkan supaya Laporan Pemeriksaan Keadaan Fasiliti atau Facility Conditon Assessment disediakan bagi sekolah-sekolah yang berusia 50 tahun ke atas yang memerlukan tindakan penyelenggaraan. Dengan adanya laporan FCA ini, KPM dapat merancang dan mengenal pasti keperluan penyelenggaraan dan kerja pembaikan kerosakan bangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan kepada KPM.
Sehingga 2024 seluruh negara, pihak KPM mengenal pasti terdapat sebanyak 4,914 buah sekolah kerajaan yang berusia lebih 50 tahun di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut 17 buah adalah sekolah berusia lebih 50 tahun berada di Parlimen Tenggara. Kerja-kerja untuk FCA iaitu Facility Condition Assessment dengan izin ini, bermula pada tahun ini, ini merupakan satu inisiatif baharu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024, sebanyak RM2.12 juta peruntukan penyelenggaraan telah disalurkan kepada 30 buah sekolah kerajaan di Parlimen Tenggara. Kerja-kerja tersebut melibatkan penyelenggaraan bumbung, tingkap, pintu dan sebagainya, mengecat luar bangunan, pendawaian elektrik, penyelenggaraan perparitan, sistem bekalan air serta pembetungan kumbahan.
Sekolah-sekolah yang telah pun memperolehi peruntukan daripada KPM, selain daripada sekolah yang mungkin mendapat lebih kurang dari lingkungan RM20 ribu hingga RM50 ribu ada sekolah yang mendapat lebih daripada RM100 ribu, saya bagi contoh Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab RM300 ribu untuk tujuan bumbung, pembaikan bumbung. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya juga pembaikan bumbung RM220 juta, RM220 ribu, maaf, Sekolah Kebangsaan FELDA Sungai Sibol untuk pembaikan tingkap, pintu, bumbung, siling, longkang, struktur RM220 ribu juga.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin RM420 ribu dinding, lantai, mengecat luar bangunan, bumbung, struktur, siling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara RM220 ribu untuk sistem retikulasi air, bumbung, struktur, siling, sistem pam. Dan tadi yang pertama itu adalah RM300 ribu untuk SMK Tun Habab. Dan ini adalah sebahagian daripada Sekolah Kerajaan yang telah pun memperolehi peruntukan penyelenggaraan pada tahun ini.
Selain itu, sebanyak RM190.5 ribu sumbangan penyelenggaraan dari KPM telah pun disalurkan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan di Parlimen Tenggara. So, terdapat lima buah Sekolah Bantuan Kerajaan di Parlimen Tenggara. Selain daripada RM190.5 ribu itu juga pada tahun ini kelima-lima sekolah tersebut akan menerima RM 70 ribu setiap sekolah untuk tujuan penyelenggaraan tandas. Kelima-lima sekolah ini adalah SJKC Yu Hwa, SJKT Pelepah, Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara, Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rem.
Ini untuk tandas, setiap satu RM70 ribu dan maklumat awal telah dikeluarkan oleh JPN kepada sekolah untuk membuat permohonan melalui lembaga atau pengurusan sekolah masing-masing. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Tenggara untuk mengajukan pertanyaan.
Soalan tambahan daripada Tenggara, apakah kekangan yang perlu dihadapi oleh pihak kementerian dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan membaik pulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah dilaksanakan dalam sekadar segeralah demi mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa untuk murid − membayangkan apa yang disebut tadi 50 tahun mungkin boleh dikeluarkan ke 40 tahun serta apakah strategi digaris oleh kementerian untuk mencapai matlamat pembangunan mapan, SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti Di Setiap Sekolah Di Malaysia.
Tidak kira sama ada di bandar mahupun luar bandar. Fokus kepada keupayaan membangun dan meningkatkan sekolah inklusif serta selamat. Terima kasih. Sila Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berkenaan dengan bahagian pertama. Persoalan iaitu berkenaan dengan kekangan dan juga bagaimana kita nak pastikan projek-projek ini, kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan dengan baik. Nombor satu pihak KPM mengambil satu pendekatan iaitu pendekatan need-based iaitu keperluan yang diperlukan oleh sekolah masing-masing untuk kita menyalurkan peruntukan penyelenggaraan setiap tahun.
Dan permohonan daripada sekolah haruslah disampaikan pada PPD. PPD akan menyediakan laporan teknikal dan dihantar kepada JPN dan selepas itu ke peringkat Bahagian Pengurusan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti yang saya sebut dalam jawapan asal saya tadi, ada sekolah-sekolah di bawah sekolah kerajaan di bawah Parlimen yang berhormat yang mendapat dalam lingkungan RM20 hingga RM50 ribu dan ada juga yang mendapat lebih daripada RM200, RM300 ataupun RM400 ribu. Dan semua ini adalah berdasarkan kepada keperluan sekolah masing-masing.
Dengan satu peruntukan yang terhad KPM perlu memastikan bahawa mana kes yang lebih urgent atau isu yang lebih segera, dapat disegerakan. Itu satu, dan juga pada masa yang sama untuk memastikan kerja-kerja ini dilaksanakan dengan baik setiap satu peruntukan yang diturunkan oleh pihak PPA iaitu Bahagian Pengurusan Aset kepada PBD atau Lembaga Pengelola Sekolah untuk sekolah bantuan kerajaan. Setelah siapnya setiap satu projek kesemua laporan kerja itu perlu dihantar kepada pihak KPM sebagai satu simpanan dan juga untuk tujuan pada masa hadapan.
Berkenaan dengan isu penyediaan satu pendidikan berkualiti kita sedia maklum bahawa untuk pendidikan yang berkualiti ini kita ada dua perkara yang kita perlu mengambil berat. Nombor satu pembangunan infrastruktur, bagaimana kita menyediakan peruntukan penyelenggaraan yang secukupnya baik untuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan seperti yang saya jelaskan tadi.
Itu satu. Nombor dua, adalah dari segi pembangunan profesionalisme guru, so kita selepas ini kita juga akan menjawab berkenaan dengan isu berkenaan dengan pendidikan digital selalunya pada sepanjang masa ini di bawah dasar pendidikan negara memang KPM mempunyai satu rancangan dan juga satu rancangan untuk memastikan bahawa guru-guru kita adalah terlatih khasnya dari segi menyampaikan dari segi pendidikan digital untuk memastikan guru-guru kita adalah prestasi guru kita adalah menepati kepada kemajuan teknologi semasa. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pendigitalan Sistem PendidikanSpecial Chamber
Silakan.
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sektor pendidikan dianggap penting bagi sesebuah negara. Kena ulang baliklah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sektor pendidikan dianggap penting bagi sesebuah negara, malahan dengan ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang diperoleh bakal menentukan corak kualiti kepimpinan dan kepemimpinan negara pada masa akan datang.
Penguasaan dalam kemahiran digital menjadi semakin penting dalam era Revolusi Industri 4.0 dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi. Namun, agenda ke arah pembangunan digital hanya menjadi kenyataan kosmetik semata-mata sekiranya jurang digital masih meluas dan gagal diatasi dan material digital gagal diadaptasi.
Apakah kekangan utama yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha ke arah mewujudkan ekosistem digital yang canggih, maju dan terkehadapan di sekolah- sekolah seluruh negara bagi mengurangkan jurang yang ada sekali gus menoktahkan jurang digital di kalangan murid di bandar dan luar bandar. Bagi menyokong strategi pendigitalan pendidikan, para guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan digital menerusi kursus dan latihan berkaitan.
Dapatan Kajian Tahap Kompetensi Digital Guru yang dilaporkan dalam dokumen Dasar Pendidikan Digital 2023, hanya 2.2 peratus guru berada pada tahap lanjutan, 39.9 peratus pertengahan dan 57.9 peratus pada tahap asas. Langkah proaktif dan berterusan bagi meningkatkan tugas dan peranan setiap guru dalam memacu transformasi sektor pendidikan, di samping menyediakan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran untuk generasi masa depan.
Sehubungan itu, adakah terdapat sebarang kerangka pedagogi digital kalis masa hadapan dibangunkan sebagai mekanisme utama untuk memastikan reka bentuk pembelajaran kekal relevan. Peranan guru dalam memanfaatkan ruang digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat semakin penting. Ini sejajar dengan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 iaitu memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Namun sejauh manakah PPPM ini berjaya dilaksanakan serta apakah kekangan yang menyukarkan matlamat utama PPPM dicapai kelak?
Dalam konteks ini, inovasi dalam pedagogi dengan penggunaan teknologi digital perlu terus dipertingkat dan diperluas untuk mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi digital secara optimum dan berpusatkan murid tentunya akan menarik minat murid untuk terus fokus belajar.
Maka pelaksanaan segera pendidikan digital dapat mempersiapkan guru, murid dan ibu bapa berdepan cabaran pada masa akan datang selari dengan perkembangan teknologi.
Negara kita masih lagi terbelakang jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Singapura dan Vietnam yang jauh lebih maju dalam pendidikan berteraskan kecerdasan buatan Artificial Intelligence (AI), dan guru bertindak sebagai fasilitator berbanding pengajar tradisional. Di Singapura, pelajar dibekalkan dengan iPad di
sekolah tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri. Mereka sudah bergerak ke arah AI yang lebih maju daripada sekadar pendigitalan.
Jadi, sejauh manakah usaha pihak kerajaan dalam penyediaan ekosistem pendidikan digital yang logik serta kondusif di sekolah-sekolah seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Sila Timbalan Menteri.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tenggara atas pertanyaan berkaitan pendigitalan sistem pendidikan. KPM sentiasa komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan secara berterusan berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang turut mengambil kira perkembangan teknologi terkini.
Dasar Pendidikan Digital yang diluncurkan pada 28 November 2023, memperkukuhkan pelaksanaan PPPM 2013-2025 dalam usaha melahirkan generasi fasih digital dan berdaya saing. Dasar Pendidikan Digital merupakan komitmen kerajaan untuk memperkasakan ekosistem pendidikan digital bagi menyokong penguasaan ilmu dan kemahiran murid termasuk mereka yang berada di luar bandar.
Dasar ini juga menggariskan strategi serta pelan tindakan jangka pendek dan jangka masa panjang sehingga tahun 2030 yang bertujuan untuk memastikan murid berupaya mengguna pakai teknologi digital untuk pembelajaran. Namun begitu ekosistem pendidikan digital yang lengkap dan kondusif di semua sekolah seluruh negara memerlukan komitmen semua pihak. Hal demikian termasuk penyediaan infrastruktur dan juga infostruktur yang lengkap dan perlu ditambah baik secara berterusan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menyokong pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital, KPM telah membekalkan peranti untuk pengajaran dan pembelajaran di makmal komputer secara berfasa bermula tahun 2022. Bagi fasa 1 iaitu pada tahun 2022, komputer riba yang telah pun dibekalkan kepada sekolah adalah sebanyak 75,354 unit melibatkan 3,910 sekolah dengan kos projek sebanyak RM427,640,100. Fasa 2 tahun 2023, 68,056 unit melibatkan 3,455 buah sekolah melibatkan kos projek RM424,954,812 dan Fasa 3 telah melibatkan 69,604 unit komputer riba untuk 3,855 buah sekolah dan jumlah kos yang terbabit adalah RM451,419,488.40.
Pada masa yang sama sebanyak 50 ribu komputer riba telah pun disediakan kepada guru bagi menyokong peranan mereka dalam PDP dan digunakan secara guna sama. Ini telah pun diedarkan kepada sekolah pada bulan Februari 2024.
Selain itu, murid juga dibenarkan untuk membawa peranti peribadi ke sekolah bertujuan pembelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan juga Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi Ke Sekolah. Bagi meningkatkan penerimaan penggunaan teknologi digital dalam ekosistem pembelajaran, pelaksanaan rintis kelas hibrid telah dilaksanakan untuk 110 buah sekolah melibatkan 550 buah kelas. Pelaksanaan rintis kelas hibrid ini adalah bagi mengupayakan PDP secara digital dan bersemuka dalam satu ekosistem yang sama.
Berhubung dengan kemudahan bagi capaian internet, KPM sedang melaksanakan perolehan baharu pada tahun ini bagi perkhidmatan internet bagi tempoh Julai 2024 sehingga Jun 2025. Melalui perolehan ini, KPM ingin membuat penambahbaikan dari segi capaian internet dan juga kelajuan. Penambahbaikan dibuat melalui penyaluran peruntukan yang melibatkan penambahan dari segi menaik taraf teknologi fiber dari 100 MBPS kepada 300 MBPS. Bagi sekolah yang menggunakan teknologi satelit, kelajuan ditambah dari 30 MBPS kepada 100 MBPS dan penambahbaikan kuota dari 100 GB kepada 1 TB.
Puan Yang di-Pertua, berhubung dengan latihan guru pula, KPM sentiasa memastikan guru diberikan latihan dan bimbingan yang berterusan. Program Pemantapan Pendidikan Digital dipertingkatkan dengan mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidik untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan kita. Sehingga 15 Jun 2024, sebanyak 9,561 aktiviti berkaitan digital atau teknologi maklumat telah dilaksanakan. Dan pada masa yang sama program ini telah pun − di bawah program ini, seramai 360 orang guru telah dilatih bagi membangunkan Pasukan Pakar Jauhari dan 360 orang guru ini akan memainkan peranan sebagai pembimbing, mentor dan juga pakar rujuk kepada guru-guru yang lain.
Akhirnya sekali berkenaan dengan status PPPM 2013-2025, kita telah pun melaksanakan Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara yang sedang giat dilaksanakan di seluruh Malaysia. Kita telah mula dan siap untuk zon utara, selatan, tengah dan zon Sabah dan pada 15 Julai nanti kita akan siapkan sesi libat urus dan jelajah masa depan pendidikan negara di Sarawak.
Berkenaan dengan pelantar DELIMa, ini merupakan saya selalu sebut satu success story oleh Kementerian Pendidikan. Melalui pelantar DELIMa, murid bukan sahaja berpeluang mengakses sumber pembelajaran tanpa sempadan, malahan murid turut dapat merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti pembelajaran dan gamifikasi pendidikan serta aplikasi AI yang telah pun disediakan. Lencana digital (digital badges) turut diperkenalkan untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan.
Maka KPM komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam memastikan kejayaan Dasar Pendidikan Digital agar dapat memanfaatkan anak-anak kita dan juga kesemua warga didik di institusi pendidikan di bawah KPM. Terima kasih.
Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Tenggara untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah terdapat sebarang kerjasama strategik dari pihak KPM yang dilaksana oleh KPM dengan kementerian atau pun agensi lain yang bertanggungjawab dalam usaha bagi meningkatkan keupayaan rangkaian internet dan infrastruktur digital yang menjadi kunci untuk memastikan akses yang pantas dan canggih kepada teknologi digital.
Serta apakah usaha Kementerian Pendidikan dalam menyediakan rancangan jangka masa pendek lima hingga sepuluh tahun dan jangka panjang yang termaktub dalam pendidikan digital memandangkan ia akan menjadi asas kepada sistem pendidikan masa hadapan?
Terima kasih. Saya ambil masa sedikit untuk merakamkan ucapan tahniah kepada cikgu saya yang sekarang ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan iaitu Tuan Haji Azman Adnan ya. Dulu dia mengajar saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berkenaan dengan isu kerjasama merentasi kementerian dan juga dengan badan-badan yang lain sememangnya pada kesemua masa material pihak KPM menjalinkan satu kerjasama dan kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang lain khasnya dalam isu ini bersama-sama dengan Kementerian Digital dan juga Kementerian Komunikasi dalam usaha kita untuk meningkatkan rangkaian dan juga kelajuan pencapaian internet di sekolah-sekolah.
Sebagai rekod untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di kesemua sekolah lebih daripada 10,200 sekolah di seluruh Malaysia biar pun di bandar atau pun di luar bandar, kesemua sekolah tersebut adalah lengkap dengan coverage ataupun rangkaian internet yang disediakan. Dan seperti yang saya jawab tadi sama ada kita menyediakan fasiliti secara fiber atau pun secara satelit dan kita berharap dalam masa yang akan datang ini berkenaan dengan penyediaan fasiliti melalui fasiliti Starlink juga kita akan teruskan dari segi usaha tersebut.
Berkenaan dengan isu hasrat atau pun komitmen kerajaan dalam memastikan kemajuan dalam pendigitalan pendidikan kita dengan diluncurnya Dasar Pendidikan Digital, maka adalah jelas bahawa kerajaan dan KPM mempunyai satu hala tuju dan satu komitmen ke arah tersebut.
Dan dengan enam teras di bawah dasar pendidikan digital ini maka kita memberikan penekanan bukan sahaja kepada pembangunan infrastruktur tetapi juga kita nak lahirkan anak-anak kita murid yang fasih digital, pendidik kita yang kompeten digital, budaya kepimpinan digital berwawasan dan keupayaan dari segi infrastruktur dan infostruktur, kandungan digital berkualiti dan rakan strategi yang komited. Tadi saya ada sebut berkenaan pelantar D'LIME.
Di atas pelantar D'LIME ini yang mana kita bangunkan sejak tahun 2018 atau 2019 ada banyak bahan di terkandung dalam pelantar D'LIME ini di mana kita memberikan satu kandungan digital yang amat berkualiti dan kita telah hendak masuk ke fasa ketiga bagi D'LIME 3.0 yang mana komponen pihak KPM hendak menaiktarafkan di bawah D'LIME 3.0 adalah termasuk learning pathway personalize learning nombor satu. Instructional chatbot Ai, Digital portfolio dashboard digital pad artificial indeligence iaitu D'LIME AI.
Untuk guru-guru kita setiap tahun pihak KPM ada melakukan saringan kompetensi digital ke atas guru-guru kita dan dalam ucapan asal Yang Berhormat ada memetik peratusan pencapaian guru-guru kita pada tahun 2023. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan berkenaan dengan tahap kompetensi guru sehingga 30 Mei 2024. Seramai 352,265 orang guru telah pun melaksanakan saringan dan pengesanan tahap kompetensi digital dan ini mewakili 81.8 peratus daripada jumlah guru kita ada.
Pecahan saringan ikut tahap adalah seperti berikut. Asas 82,949 bersamaan dengan 23.48 peratus. Pertengahan telah pun meningkat kepada 267347 bersamaan dengan 74.79 peratus dan di peringkat lanjutan 6,195 bersamaan dengan 1.73 peratus. Dan selepas lanjutan ini maka guru-guru tersebut akan ditingkatkan lagi, kita elevate lagi dengan izin untuk menjadi Guru Jauhari Digital di mana mereka akan menjadi pembimbing, mentor dan penunjuk ajar kepada guru-guru yang lain.
Saya berharap dengan usaha-usaha daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini, kita dapat bukan sahaja capai matlamat dalam Dasar Pendidikan
Negara, dasar Pendidikan digital namun pada masa yang sama juga dapat meningkatkan prestasi kita dari segi pendidikan. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Rancangan Pembinaan Parkir Bertingkat Di Hospital Sultanah BahiyahSpecial Chamber
Silakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera Puan Yang di-Pertua. Pokok Sena menyambut baik hasrat Kementerian untuk menerima cadangan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultanah Bahiyah. Kementerian menyatakan bahawa Surat Setuju Terima telah dikeluarkan pada 21 November tahun lalu serta tarikh milik tapak adalah pada 11 Disember 2023. Projek ini secara keseluruhan dijangka siap pada bulan Jun 2025.
Walau bagaimanapun, terdapat makluman mengenai perancangan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat ini yang akan melibatkan bangunan tiga tingkat dengan kapasiti tempat letak kenderaan berjumlah 500 kenderaan sahaja.
Pokok Sena ingin mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci daripada pihak Kementerian berhubung kapasiti tempat letak kenderaan bertingkat yang dirancang.
Pertama, apakah justifikasi dan pertimbangan Kementerian berhubung rancangan pembinaan tempat letak kenderaan dengan kapasiti 500 kenderaan berkenaan? Kedua, apakah terdapat kajian analisis kos faedah atau kajian-kajian kebolehlaksanaan yang lain yang dijalankan bagi mengetahui jumlah kapasiti sebenar yang diperlukan bagi mengurangkan kesesakan kenderaan di Hospital Sultanah Bahiyah.
Persoalan ini diajukan bagi memastikan projek pembinaan tempat letak kenderaan di Hospital Sultanah Bahiyah benar-benar mencapai objektif dalam mengurangkan kesesakan kenderaan yang diletakkan di kawasan hospital sehingga melimpah ke kawasan jalan utama di hadapan hospital. Terima kasih.
Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena atas keprihatinan bertanyakan tentang soalan yang kerap kali ditanyakan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah Pokok Sena sendiri. Puan Yang di-Pertua hospital Sultanah Bahiyah mempunyai 1081 katil dan kemudahan tempat letak kereta sedia ada adalah sebanyak 1,868 lot. Daripada jumlah tersebut, 1,227 lot disediakan untuk kegunaan orang awam manakala 641 lot adalah untuk kegunaan kakitangan hospital.
Bilangan tempat kereta yang terhad menyukarkan orang awam atau pelawat meletak kenderaan pada masa yang diperlukan. Menurut anggaran berdasarkan pemerhatian dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak pengurusan hospital sebanyak 200 hingga 250 kenderaan diletakkan di sekitar kawasan hospital termasuk di bahu jalan dan kawasan lapang yang tiada petak tempat letak kereta. Oleh yang
demikian, pembinaan tempat kereta bertingkat dengan kapasiti 500 lot parkir di SHSB merupakan salah satu inisiatif KKM dalam usaha mengurangkan kesesakan tempat letak kereta yang berlaku.
Pelbagai aspek serta kreteria telah diambil kira dan dipertimbangkan semasa proses perancangan projek ini. Antaranya adalah had peruntukan pembangunan yang diluluskan, kesesuaian dan keluasan tapak memenuhi, mematuhi kepada agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan PBT serta anggaran tempat kereta yang diperlukan. Bangunan tempat letak kereta bertingkat dengan kapasiti 500 parkir lot ini mencukupi. Dan memudahkan orang awam mendapatkan lot-lot untuk meletakkan kereta seterusnya mengurangkan kesesakan tempat letak kereta yang berlaku pada masa kini. Sekian, terima kasih.
Okay terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Pokok Sena untuk mengajukan pertanyaan. Silakan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.
Memandangkan kos pembinaan yang tinggi jadi biarlah penggunaan nya maksima dan menyelesaikan penyelesaian terhadap masalah ini dalam jangka waktu yang panjang. Ada cadangan agar pembinaan tempat letak kenderaan ini dibina sebanyak lima tingkat. Itu cadangan.
Atau asas pembinaan bangunan maksudnya piling-nya untuk lima tingkat tetapi disiapkan terlebih dahulu tiga dan kemudian yang disambung lagi dua tingkat di masa yang akan depan. Mungkin dengan kaedah ini kos dapat dijimatkan untuk jangka waktu yang akan datang. Jadi soalan saya apakah pertimbangan kementerian berhubung dengan perkara ini? Terima kasih.
Sila Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Pokok Sena dalam beberapa siri jawapan yang saya telah lalui di Parlimen ini dan termasuk saya sendiri berkenaan dengan isu tempat letak kereta di mana dalam konteks kementerian kesihatan diberikan keutamaan segala peruntukan adalah kepada core business kami dengan izin, iaitu merawat dan memberikan perkhidmatan dan juga dalam pada masa yang sama di dalam perancangan KKM.
Kadang-kadang kita kerap kali terlepas pandang berkenaan tentang keperluan tempat letak kereta ini yang menyebabkan tempat letak kereta tidak mencukupi kerana kita terpaksa menampung tempat letak kereta untuk kakitangan dan juga budaya masyarakat di Malaysia yang kerap kali membuat lawatan ke hospital dan juga budaya ataupun dah menjadi lumrah masyarakat Malaysia menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi ke hospital.
Walaupun kita telah pun memperkenalkan sistem perkhidmatan bas, feeder bas dan juga e-hailing untuk mengurangkan kesesakan tetapi keperluan adalah sangat mendesak dan kadang-kadang kita juga mendapati bahawa terdapat inisiatif untuk pembinaan tempat letak kereta tidak pun mencapai sasaran yang diinginkan di mana kadar bayaran yang dikenakan kepada tempat letak kereta ini dirasakan terlalu tinggi yang menyebabkan klien-klien ataupun tetamu-tetamu ke hospital ini masih memilih untuk meletak tempat kereta.
Maka, untuk proses jangka panjang, cadangan yang dibawakan oleh Yang Berhormat pokok sena tadi akan kita pertimbangkan. Dan juga kita juga merangka kalaupun tidak di tempat HSS ini di hospital-hospital lain yang akan datang akan mengambil kira keperluan tempat letak kereta bertingkat.
Walaupun demikian, apa yang kita sedang buat ketika ini adalah untuk mengurangkan masalah kesesakan tempat letak kereta adalah dengan membuka tempat ruang, tempat letak kereta tempahan di kawasan padang rumput bersebelahan dengan kuarters dan juga di anjung kasih. Dan juga selain daripada itu adalah menyediakan kemudahan value-added services, perkhidmatan farmasi dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang bersangkut paut dengan penggunaan kenderaan dengan memperkenalkan penghantaran ubat ke rumah ataupun memperkenalkan loker-loker agar kita tidak perlu meletak kereta dalam jangka masa yang agak panjang.
Walaupun demikian, memang penyelesaian muktamadnya adalah dengan membina tempat letak kereta yang bersesuaian. Tetapi dalam pada masa yang sama Pokok Sena, saya minta di dalam kempen-kempen tak kira kempen pilihanrayakah, kita kena beritahu juga supaya kita membudayakan amalan menggunakan perkongsian kenderaan untuk pergi. Sebagai contoh kalau saya masuk hospital, takpayahlah 222 ahli parlimen akan datang bersekali. Kita kongsi-kongsilah kenderaan untuk datang supaya kita dapat mengurangkan tempat letak kereta yang diperlukan untuk melawat saya di hospital. Itu adalah contoh Pokok Sena.
Dan juga dalam pada masa yang sama cadangan untuk menaik taraf pada masa akan datang kita akan berbincang dengan pihak kejuruteraan adakah cadangan Pokok Sena tadi dapat dan boleh dilaksanakan. Ketika ini, terhad.
Peruntukan adalah kerana kita mengutamakan perkhidmatan kita di hospital. Sekian terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Pokok Sena. Silakan.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pemberian Geran Sekolah Agama RakyatSpecial Chamber
Bismillahi Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Pada Oktober tahun lalu kerajaan ada mengumumkan peruntukan geran bantuan kewangan berjumlah RM20,000 kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang berada di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Pengumuman tersebut disambut baik oleh semua pihak yang melihat iaitu sebagai suatu peluang bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung di peringkat sekolah khususnya mengenai kebajikan murid dan pembangunan infrastruktur sekolah.
Apa yang menjadi persoalan adalah capaian permohonan geran berkenaan bagi memastikan pengagihan sokongan kewangan yang lebih menyeluruh kepada Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara. Pokok Sena juga berpandangan, Dasar Tahfiz Negara turut wajar digembleng bersama bagi memastikan bukan sekadar aspek kewangan yang mampan dalam pengoperasian Sekolah-sekolah Agama Rakyat ini, malah bagi memastikan ia mencapai suatu tahap piawaian pendidikan dan kebolehpasaran huffaz yang berkualiti.
Oleh itu, Pokok Sena ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang telah menerima bantuan geran kewangan tersebut serta apakah ditetapkan kriteria tertentu bagi permohonan geran terbabit.
Tambahan lagi, apakah kerajaan juga bercadang akan membuka ruang kepada Sekolah Agama Negeri bagi menyediakan ruang bantuan dan sokongan yang lebih komprehensif.
Pokok Sena juga ingin mengetahui sejauh mana pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara pada ketika ini bagi mencapai hasrat yang ditetapkan dalam objektif dasar berkenaan. Sekian, terima kasih.
Okey, diminta Timbalan Menteri menjawab. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sekali lagi.
[Ketawa] Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat pernah saya jawab secara lisan mengenai peruntukan Geran Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Agama Rakyat. Namun begitu, ada soalan tambahan pada hari ini.
Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar dengan semua pemegang taruh negeri. Sejak 2003, kerajaan ketika itu telah menghentikan bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat. Setelah sekian lama, Kerajaan Perpaduan ketika ini telah bersetuju yang mengembalikan semula bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat di seluruh Malaysia.
Merujuk kepada Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), JAKIM sehingga April 2024, jumlah Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di seluruh negara adalah sebanyak 1,876 buah sekolah yang berdaftar. Pihak Kementerian Kewangan telah menyalurkan bantuan setakat ini sebanyak RM5.36 juta kepada JAKIM pada 23 Februari 2024 dan pihak JAKIM telah memulakan gerak kerja bagi menguruskan bantuan dengan bantuan oleh 18 pemegang taruh. 18 pemegang taruh ini termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri-negeri termasuklah juga Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Islam Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan juga JAKIM Cawangan Sabah.
Semua permohonan geran ini mestilah melalui pemegang taruh – 18 tadi dan kelulusan tersebut adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Khas Geran Institusi Pendidikan Islam 2024. Sehingga Jun 2024, JAKIM telah menerima sebanyak 874 permohonan dan sekolah agama rakyat yang memohon akan diberikan peruntukan berdasarkan jumlah bilangan pelajar yang ada di Sekolah Agama Rakyat tersebut.
JAKIM secara umumnya akan berpandukan kepada semua kriteria dan syarat-syarat yang telah digariskan oleh pemegang taruh negeri bagi penubuhan Sekolah Agama Rakyat. Ini adalah kerana iaitu merupakan bidang kuasa negeri bagi mendaftar dan meluluskan penubuhan Sekolah Agama Rakyat. Namun demikian, JAKIM juga berperanan dalam memastikan Sekolah Agama Rakyat ditubuhkan perlu mematuhi semua syarat dan keperluan seperti pihak berkuasa tempatan, pihak bomba dan keselamatan yang lain. Semua Sekolah Agama Rakyat berdaftar layak memohon melalui pemegang taruh di negeri masing-masing.
Setakat ini, JAKIM telah menerima permohonan sebanyak 874 dan JAKIM akan menyalurkan peruntukan tersebut ke akaun Sekolah Agama Rakyat yang memohon pada tahun ini bermula Julai 2024. Semua senarai Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang telah menerima bantuan geran kewangan tersebut akan disertakan setelah Sekolah Agama Rakyat berkenaan membuat perakuan penerimaan peruntukan tersebut.
Merujuk kepada Dasar Tahfiz Negara, berkaitan sejauh mana pelaksanaan Dasar Tahfiz Negara mencapai hasrat yang ditetapkan dalam objektif dasar berkenaan, ingin dimaklumkan kepada yang Yang Berhormat bahawa Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 telah dilancarkan pada 11 Mac 2023 dan merupakan dokumen rujukan bagi memandu semua agensi terlibat dan memperkasakan pendidikan tahfiz. Dasar Tahfiz Negara akan dilaksanakan melalui lima teras dan ia mensasarkan kepada 20 strategi dan 32 inisiatif yang menjadi tanggungjawab oleh JAKIM, pihak berkuasa agama negeri melalui MAIN, JAIN atau Yayasan Islam Negeri-negeri, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, KPT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, MARA serta persatuan tahfiz persendirian.
Apakah pencapaiannya? Di antara pencapaian yang telah dicapai setakat ini; Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz telah dibangunkan. Bagi tujuan penyelarasan pendaftaran institusi di peringkat negeri, kajian juga telah dibuat dan telah dibentangkan ke dalam Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Islam Kebangsaan pada 25 April 2024.
Kedua Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz juga dibangunkan pada tahun 2022 bertujuan untuk membantu pengurus tahfiz meningkatkan kemahiran tadbir urus dengan lebih teratur dan sistematik. Juga memastikan pengurusan kurikulum dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran akan membentuk hala tuju pendidikan tahfiz yang jelas serta memastikan murid-murid tahfiz diberi pendedahan dan aktif dalam kokurikulum di pelbagai peringkat.
Ketiga, Garis Panduan Penaziran Institut Tahfiz 2023 dibangun telah siap sebagai dokumen rujukan bagi pelaksanaan penaziran institusi tahfiz dan keempat Garis Panduan Pengurusan Kewangan Institusi Tahfiz juga sedang dibangunkan.
Bagi aspek penyelarasan kurikulum pendidikan tahfiz, seiring arus perdana, antara usaha yang dilakukan;
(i) JAKIM telah membangunkan model pendidikan tahfiz Malaysia. Model ini mengandungi empat model Tahfiz Sains, Tahfiz Turath Tahfiz Kemahiran dan Tahfiz Intervensi;
(ii) Bagi tujukan penyelarasan kurikulum sekolah tahfiz di negeri dan swasta, KPM telah menyediakan kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz. Kurikulum ini telah disepadukan antara pendidikan tahfiz dengan akademik;
(iii) KPM juga telah melaksanakan program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta mulai tahun 2019. Program ini dilaksanakan untuk menyediakan akses dan ekuiti dalam pendidikan berkualiti kepada murid sekolah tahfiz swasta.
Dalam program ini murid tahfiz swasta perlu menduduki peperiksaan SPM dengan mengambil sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras dengan bimbingan guru KPM;
(iv) Program Fast-Track SPM juga dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa agama negeri-negeri menggunakan peruntukan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri;
(v) JAKIM juga mengadakan program dan sesi taklimat berkaitan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
yang dianjurkan secara bersama antara JAKIM dan Jabatan Pembangunan Kemahiran;
(vi) Pihak berkuasa agama negeri dan persatuan tahfiz juga mengadakan kerjasama strategik dengan pihak industri, institusi pendidikan TVET dan universiti bagi memperluas peluang pendidikan; dan
(vii) JAKIM melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan telah mengadakan perbincangan bersama universiti dan institusi pengajian tinggi bagi tujuan mencari ruang untuk laluan pendidikan huffaz ke pusat-pusat pengajian tinggi melibatkan UNIKL, universiti politeknik Malaysia dan juga UPSI.
Kesimpulannya alhamdulillah, pihak kerajaan sentiasa komited melaksanakan strategi dalam usaha memperkasakan mutu pendidikan tahfiz selaras dengan Pelan Tindakan dan Dasar Tahfiz Negara bagi melahirkan huffaz yang berkualiti dan menyumbang kepada negara.
Terima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Pokok Sena untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah tadi disebut bahawa SAR yang berdaftar ialah 1,876 buah. Namun yang memohon adalah 874. Jadi baki itu besaq lagi itu, 1,000 lebih lagi. Cuma persoalan adalah pihak manakah yang sepatutnya membuat permohonan, pentadbir sekolah secara langsung ataupun pemegang taruh negeri iaitu Jabatan Agama. Itu yang pertama.
Kedua, geran ini disalurkan berdasarkan jumlah pelajar. Soalan saya berapa peruntukan yang disediakan bagi setiap seorang pelajar dan apakah bentuk penyaluran geran ini untuk pengurusan atau baik pulih atau dalam bentuk kewangan.
Terima kasih.
Okey, sila minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat. Secara umumnya kita harus akui bilangan SAR ini begitu banyak. Namun, dalam yang sebagai awalan, kerajaan telah pun mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam erti kata yang lain, tanggungjawab adalah secara bersama, bukan setakat Kerajaan Persekutuan, namun juga kerajaan negeri mahupun Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Ini bermakna selaras dengan apa yang berada di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga boleh bersama-sama memberikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.
Soalan yang diberikan adalah siapa yang memohonnya dan ini apa yang dilakukan adalah JAKIM akan menyalurkan kepada 18 pemegang taruh. Namun, sekolah-sekolah tersebut akan membuat permohonan kepada pemegang-pemegang taruh tersebut. Jadi, pemegang-pemegang taruh seperti Yayasan Islam Kelantan, Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri-negeri, maka mereka yang akan menyalurkan bantuan tersebut kepada Sekolah Agama Rakyat.
Itu yang pertama.
Kedua, berkenaan dengan aspek sebentar tadi –
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bentuk bantuan.
Oh, bentuk bantuan, okey. Kalau kita lihat bentuk bantuan. Sehingga Jun 2024, JAKIM telah menerima sebanyak 874 permohonan dan Sekolah Agama Rakyat yang memohon adalah begitu banyak dan setakat ini kerajaan ataupun JAKIM akan memberikan peruntukan berdasarkan bilangan pelajar yang ada di SAR itu.
Kita ada formula dia. Formula dia kita boleh kongsikan. Formula dia − dan tetapi setakat ini, kita akan memberikan peruntukan sehingga RM15,421, lebih kurang, berdasarkan bilangan pelajar kerana sekiranya kita mengambil formula yang lain maka akan hanya sedikit sahaja Sekolah Agama Rakyat yang akan dapat. Jadi, kita mengambil pendekatan berdasarkan persetujuan oleh semua pihak yang berkepentingan seperti 18 pihak berkepentingan tadi untuk memberikan berdasarkan formula jumlah bilangan pelajar tersebut. Terima kasih
Okey, terima kasih pada Timbalan Menteri yang menjawab. Sebelum kita berakhir saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat pada Kamar Khas kita pada tengah hari ini. Dan saya ucapkan selamat menyambut Awal Muharam. Bermulalah tahun baharu hijrah. Moga kita terus dirahmati oleh Allah SWT.
Ahli-ahli Yang Berhormat dengan itu tamat sesi ucapan di bawah usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari in. Kamar Khas pada hari ini ditangguh hingga hari Selasa, 9 Julai 2024 jam 2.30 petang.
Terima kasih.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.26 petang]