Dewan Rakyat · 11 November 2024
15th Parliament, session 3, meeting 3 · not final · 960 turns · 58,804 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Soalan-soalan jawapan lisan. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan selamat pagi. Untuk memulakan sesi, saya mempersilakan Puan Yeo Bee Yin, Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan pertama.
1. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status Akaun Amanah Bekalan Industri Elektrik (AAIBE): (a) berapa jumlah dana AAIBE terkini; dan (b) jumlah tunggakan yang belum dijelaskan oleh penjana tenaga bebas (IPP) mengikut syarat lesen mereka.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Puchong. Untuk makluman, jumlah dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik ataupun singkatannya AAIBE. Terkini sehingga 30 September 2024 adalah RM866, 686,747.66. Daripada jumlah ini, RM606,931,000 merupakan pelaburan tetap. Manakala RM147,872,976.21 adalah diperuntukkan bagi projek committed sedia ada. Untuk jawapan (b), jumlah tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik dari tempoh 2018 hingga 2021, adalah sebanyak RM442 juta. Yang telah dibayar adalah sebanyak RM374 juta, dalam proses pembayaran adalah sebanyak RM68 juta. Kesemua syarikat penjana elektrik ini telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk menyelesaikan tunggakan mahupun sumbangan tahun semasa. Pihak kementerian juga sentiasa konsisten memantau perkara ini melalui Mesyuarat Jawatankuasa AAIBE dan semestinya mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak syarikat penjana elektrik yang terlibat untuk membantu mereka melunaskan sumbangan bayaran. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya amat gembira kerana tengok kita ada banyak dana yang tinggi di AAIBE. Saya nak tanya, adakah ada cadangan untuk mengambil sedikit, sebahagian daripada dana ini sebagai contoh RM50 juta, untuk digunakan bagi insentif perkembangan penstoran elektrik. Ia adalah kerana kita memang memerlukan lebih banyak lagi insentif supaya kita boleh incentivize pemain industri untuk melabur dalam penstoran elektrik. Sebagai contoh, kita boleh bagi lebih banyak pengecualian cukai ataupun kita pengurangan sistem access charge untuk mereka yang ada firm power yang membawa TBB dengan firm power. Maybe 1 kuota 500 megawatt kuota untuk SSC yang lebih rendah lagi supaya kita boleh menggunakan ini untuk push pemain industri untuk ada secara berskala besar ada melabur dalam penstoran elektrik.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Memang kalau mengikut amanah yang diamanahkan pada Lembaga Amanah untuk tabung ini, bidang utama ialah salah satu R&D (Research and Development) dan apa yang dicadangkan oleh Puchong nanti, saya akan bawa untuk dibincangkan oleh Lembaga Amanah untuk melihat apakah fokus area, apakah bidang yang dicadangkan tadi boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada sumbangan untuk kita kembangkan, khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu dan sebagainya. Termasuklah storage dan energy storage dan sebagainya. Ini sebahagian yang akan saya bawa untuk dibincangkan dan setelah dibincangkan, saya akan melihat apakah pandangan daripada semua ahli Lembaga Amanah nanti. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya, terima kasih Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, ada dakwaan yang mengatakan bahawa perjanjian antara kerajaan dan IPP ini cenderung memihak kepada IPP. Jadi, saya ingin tahu menyebabkan kos pembelian tenaga TNB ini meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada pengguna. Jadi, saya ingin tahu apakah kerajaan bercadang untuk menilai semula peranan dan perjanjian dengan IPP ini bagi memastikan kepentingan pengguna dan kestabilan bekalan tenaga negara terjamin dan saya ingin tahu juga siapakah pentadbir yang mengurus akaun amanah bekalan AAIBE ini dan apakah bidang tuan focus utama dalam akaun amanah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, pendekatan kita ialah pertama sekali untuk memastikan keterjaminan bekalan, yang kedua kemampuan dan juga ketiga ialah kelestarian. Ini adalah trilemma yang kita fokuskan dalam pembekalan elektrik negara dan sebab itu kalau kita melihat penubuhan
jawatankuasa ataupun Lembaga Amanah ini, ialah untuk mendapat sumbangan sebanyak 100 peratus semua syarikat IPP, yang mendapat IPP dan daripada sumbangan ini. Fokusnya ialah pertama sekali untuk membuat R&D sepertimana yang saya katakan awal tadi. Yang kedua iaitu Program Pembangunan Modal Insan iaitu untuk melatihkan kita akan ada kepakaran dalam sektor tenaga. Yang ketiga ialah Program Penggalakan Penggunaan Tenaga Lestari yang seperti diangkatkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Begitu juga untuk mempromosikan industri bekalan elektrik yang berkaitan secara langsung dengan tujuan penubuhan Akta Akaun ini dan juga untuk meluluskan projek-projek berhubung kait dengan apa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun. Kalau kita melihat dalam pindaan arahan daripada Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik ini, ahli lembaganya adalah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Sektor Tenaga, wakil Suruhanjaya Tenaga, wakil penjana elektrik yang membuat sumbangan, wakil Persatuan Penjana Bebas, Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Pengurusan daripada PETRA, Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari, Setiausaha Bahagian Bekalan Elektrik, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Tenaga Boleh Baharu, Ketua Akauntan dan Ketua Unit Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik. Ini adalah ahli-ahli dalam jawatankuasa pemegang amanah ini. Jadi, fokusnya ialah dana ini untuk digunakan dalam pembangunan, research dan juga program-program yang saya katakan tadi. Terima kasih.
Terima kasih, Menteri. Berikut, Majlis mempersilakan Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.
2. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini projek 1BestariNet dan apakah tindakan undang-undang yang telah dikenakan terhadap syarikat yang telah diberikan tender tersebut.
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek 1BestariNet pada dasarnya adalah satu inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggantikan dan menambah baik sistem rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah. Inisiatif ini bertujuan sebagai satu penambahbaikan kepada perkhidmatan SchoolNet yang telah pun tamat pada 12 Disember 2011 dengan menekankan aspek nombor satu, perkhidmatan rangkaian end-to-end dan nombor dua, virtual learning environment, dengan izin. Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 23 November 2011 telah bersetuju menawarkan tender perkhidmatan 1BestariNet Fasa 1 kepada YTL Communications Sdn.
Bhd. (YTLC). Projek ini dilaksanakan bermula pada 13 Disember 2011 sehingga 12 Jun 2014 bagi kontrak Fasa 1, 13 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2016 bagi kontrak Fasa Interim dan seterusnya, 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2019 bagi kontrak Fasa 2. Sepanjang tempoh kontrak, sebanyak 9,828 sekolah dibekalkan dengan perkhidmatan 1BestariNet. Pihak YTLC juga telah mendirikan sebanyak 2,748 struktur menara komunikasi dalam premis sekolah untuk tujuan penyampaian internet. Antaranya, 1,143 struktur dibina di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan 1,605 struktur dibina di atas tapak premis sekolah bukan milik PTP. Perjanjian 1BestariNet Fasa 2 telah pun tamat pada 30 Jun 2019. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tamat, masih terdapat isu yang belum lagi selesai iaitu nombor satu, kadar sewaan tapak bagi menara komunikasi dan nombor dua, caj elektrik untuk menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang melibatkan 2,748 struktur menara komunikasi yang saya sebut tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, KPM ada merancang rundingan dengan syarikat mengenai penyewaan tapak, kadar penyewaan tapak dan caj elektrik Menara 1BestariNet. Namun, rundingan tertangguh kerana YTLC telah pun memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman terhadap Kerajaan Malaysia. Rundingan diteruskan setelah syarikat menarik balik permohonan itu pada 5 Oktober 2021 seperti yang disyaratkan oleh pihak kerajaan. Pada 17 Mac 2023, nota Jemaah Menteri berkaitan cadangan penyelesaian isu sewaan tapak dan caj elektrik menara komunikasi 1BRIS bagi projek perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 dan pasca 1BestariNet telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Pada masa kini, KPM sedang memuktamadkan cadangan penyelesaian dan akan mengemukakan kepada Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk menentukan hala tuju penyelesaian bagi isu ini. Tidak ada apa-apa tindakan undang-undang sivil difailkan di mahkamah oleh kerajaan setakat ini. Dalam masa yang sama, pelaksanaan projek 1BestariNet ini masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. KPM menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dalam siasatan ini. Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Langkawi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya bertanya soalan nombor dua ini kerana saya merasa cukup kecewa, kerana seolah-olah tiada hukuman kepada syarikat-syarikat yang sebegini. Kerana, selepas dua tahun sahaja ditamatkan 2019, waste-to-energy bernilai RM4.5 bilion diserahkan kepada YTL. Kemudian, 2021 juga, RM3.46 bilion juga telah diberikan kepada YTL berhubung dengan projek multi-lane free flow. Kemudian, ada lagi digital banking license, April 2022
extension of express rail concession 2024 dan jumlah yang saya dapat figure ini bernilai lebih kurang RM6 bilion. Jadi, seolah-olah tidak ada hukuman langsung.
Yang Berhormat, soalan.
Maknanya, perkara ini akan berjalan seperti biasa. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah terdapat analisa kajian impak ekoran peralihan pelantaran persekitaran perbelanjaan maya (virtual learning environment) kepada Google Classroom dan DELIMa sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif secara keseluruhannya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Langkawi. Sememangnya isu 1BestariNet ini timbul setelah projek ini dianugerahkan pada tahun 2011 lagi.
[Bangun]
[Bangun]
Pada tahun 2011 sampailah 2019, seperti yang saya jelaskan tadi, dalam kontrak-kontrak yang telah pun dimasuki oleh kerajaan pada ketika itu, telah pun menampakkan banyak masalah termasuk yang mana, kadar sewaan tapak tidak dimuktamadkan dan juga caj elektrik telah pun disambung dari sekolah kepada pihak syarikat untuk digunakan bagi tujuan menara komunikasi dia. Selepas tahun 2019, walaupun kontrak telah pun ditamatkan, menara itu masih lagi beroperasi untuk tujuan komersial. Ini merupakan isu legasi yang perlu diselesaikan oleh kerajaan sekarang. Tahun 2019, kontrak pun telah tamat. 2023, apabila kerajaan ini mengambil alih dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan isu yang timbul ini dapat diselesaikan, maka nota Jemaah Menteri telah pun disediakan. Dalam masa terdekat, Memorandum Jemaah Menteri untuk berkenaan dengan dua-dua isu, kadar sewa tapak dan juga caj elektrik ini juga akan dimuktamadkan oleh pihak Jemaah Menteri. Komitmen daripada Kerajaan MADANI adalah untuk memastikan isu-isu yang lampau ini dapat diselesaikan dan berkenaan dengan siasatan daripada SPRM, kami serahkan kepada SPRM untuk menyiasat. Berkenaan dengan projek-projek yang mungkin dianugerahkan seperti yang dimaksud, dinyatakan oleh Yang Berhormat Langkawi, saya cadangkan supaya Yang Berhormat Langkawi boleh semak dengan kementerian lain yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu-isu yang terbabit, kenapa projek masih diberikan. Berkenaan dengan sedikit sebanyak hala tuju, seperti Yang Berhormat Langkawi sedia maklum tadi, selepas tahun 2019 kita telah mulakan dengan Google Classroom dan selepas itu telah pun dibangunkan pelantar DELIMa. Pelantar DELIMa yang mana pada hari ini saya percaya bahawa telah pun memberikan satu manfaat yang baik dan satu kemudahan pembelajaran dalam pendidikan digital kepada anak-anak kita.
Dalam soalan 11 nanti Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya akan menjawab soalan berkenaan dengan DELIMa dan secara detail. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.
Okey. Dipersilakan Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Saya sokong supaya siasatan dilakukan, supaya pihak yang berkenaan dapat diambil tindakan. Soalan tambahan saya, memandangkan kontrak 1BestariNet ini telah tamat pada tahun 2019 seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan tidak dilanjutkan, apakah usaha yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan pembelajaran digital murid-murid sekolah tidak akan terjejas, selari dengan pelan pendidikan digital? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Ledang atas soalan tambahan yang diajukan. Sememangnya selepas penamatan kontrak pada tahun 2019, tujuan utama bagi 1BestariNet sebelum ini adalah untuk memastikan penyampaian internet, itu nombor satu dan nombor dua adalah untuk memudahcarakan virtual learning environment. Itu dua matlamat asal. Tahun 2019 apabila kontak 1BestariNet ditamatkan seperti yang saya jelaskan tadi, kita telah pun gantikan dengan pelantar yang telah pun dibangunkan inhouse, dengan izin oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelantar DELIMa ini, saya bagi sedikit maklumat berkenaan dengan maklumat ataupun detil yang ada dalam pelantar DELIMa. Yang mana KPM dalam masa beberapa tahun ini, dengan perkembangan yang begitu baik untuk pelantar DELIMa, kita telah pun menepatkan 789 buku teks digital asas, 12,762 video pembelajaran, 170 podcast radio pendidikan yang boleh diakses secara percuma oleh semua murid dan guru melalui pelantar DELIMa. Ini merupakan bahan-bahan yang mana boleh diguna pakai oleh guru dan juga murid kita dalam PdP ataupun pembelajaran dan pengajaran. Pada masa yang sama, tekad pihak KPM untuk meneruskan usaha kita dalam membangunkan pendidikan digital telah pun kita nampak dalam peluncuran Dasar Pendidikan Digital pada tahun lepas. Yang mana dari segi penambahbaikan infrastruktur dan infostruktur sampailah ke dalam- ke isu berkenaan dengan bahan-bahan dan kolaborasi dengan rakan-rakan strategik, memang KPM memberikan satu komitmen atas pembangunan pendidikan digital di negara kita. So, selepas pasca 1BestariNet, kita ada pelantar DELIMa yang dalam masa lima tahun yang lepas ini menampakkan bagi saya satu showcase dengan izin, satu kejayaan yang kita boleh sebut dan juga boleh papar kepada anak-anak kita. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Berikut, saya mempersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan saya nombor tiga.
3. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan lebih banyak dasar mengenai reformasi fiskal bertujuan untuk mengukuhkan kewangan negara serta menguatkan ekonomi dalam negara.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Kerajaan komited dalam meneruskan usaha meningkatkan kemampanan kewangan kerajaan tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan. Pada tahun 2024, defisit fiskal berbanding KDNK dijangka berkurang kepada 4.3 peratus berbanding lima peratus yang dicatatkan pada 2023. Kedudukan defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 3.8 peratus pada 2025 seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025. Dalam jangka sederhana, kerajaan mensasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus seperti digariskan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau Akta 850. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah bagi meningkatkan hasil termasuk semakan semula kadar cukai jualan, perluasan skop cukai perkhidmatan dan pengenalan cukai dividen bagi meluaskan asas cukai. Sementara itu, bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan, antara langkah yang akan dilaksanakan termasuk menambah baik program pemberian subsidi pukal kepada mekanisme yang lebih bersasar. Di samping itu, penubuhan jawatankuasa khas bagi merasionalisasi badan berkanun dalam menangani pertindihan fungsi seterusnya memastikan perbelanjaan yang lebih efisien dan efektif. Dalam jangka masa sederhana, kerajaan akan meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk merangka strategi hasil jangka sederhana (MTRS) bagi meningkatkan mobilisasi hasil serta meneruskan penyasaran subsidi secara berperingkat bagi mengoptimumkan perbelanjaan. Kerajaan juga sedang melaksanakan langkah pembaharuan institusi dan tatakelola termasuk penambahbaikan mekanisme Kerjasama Awam Swasta (PPP) seperti yang digariskan di bawah Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030). Penggubalan akta baharu untuk menambah baik perolehan kerajaan dan memperkukuh tadbir urus syarikat milik kerajaan (SOE) yang dijangka akan meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan pengurusan kewangan awam. Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada pelaksanaan dasar strategik bagi membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahtera rakyat. Pengenalan dokumen strategik utama termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR),
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) selain penambahbaikan gaji minimum dijangka mampu memacu perkembangan aktiviti ekonomi dan perniagaan seterusnya menyumbang kepada objektif pembangunan negara. Selain itu, pemakaian Akta 850 akan meningkatkan tadbir urus, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan kewangan awam. Kerajaan kekal komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan melalui pelaksanaan dasar fiskal berhemat bagi menyokong aktiviti ekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat selari dengan aspirasi Kerangka Ekonomi Madani. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih. Nampaknya tahun depan akan merupakan satu tahun yang mencabar untuk ekonomi dan Ringgit Malaysia khususnya dengan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat yang memang mempunyai sejarah mengukuhkan US Dolar dan mengenakan tarif ke atas produk negara lain. Malah masa kempen, Donald Trump sendiri telah mengumumkan beliau akan mengenakan tarif tidak kurang daripada 20 peratus ke atas produk daripada negara lain. Maka soalan tambahan saya, bagaimana Malaysia boleh menghadapi ataupun mengatasi cabaran ini? Adakah dengan pengiktirafan Malaysia sebagai rakan kongsi BRICS, usaha untuk kita de-dollarization ini akan sekali lagi menjadi tumpuan kementerian? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau. Kita memang tahu tentang perkembangan yang terkini di Amerika Syarikat. Perkembangan luaran termasuk pergolakan politik di Timur Tengah serta keputusan pilihan raya di Amerika Syarikat, turut menyumbang kepada turun naik pasaran kewangan global termasuk Ringgit dan mata wang negara yang pesat membangun atau dengan izin, emerging market currencies. Namun begitu, prospek positif ekonomi Malaysia termasuk komitmen kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan struktur akan memberi sokongan yang berterusan pada Ringgit. Kerajaan akan memastikan Ringgit didagangkan dalam keadaan teratur. Bank Negara Malaysia akan terus bersedia untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan dalam pasaran pertukaran asing. Kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah lama mengambil langkah proaktif untuk mempromosi penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Langkah ini bertujuan untuk membolehkan pengurusan, pendedahan pertukaran asing yang lebih cekap, seterusnya mengukuhkan dari faktor luar.
Sehubungan itu, pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah meneroka peluang kerjasama penyelesaian mata wang tempatan dengan negara-negara strategik seperti China, Thailand dan Indonesia serta negara ASEAN lain yang mempunyai nilai dagangan dua hala yang tinggi. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kerajaan akan terus menerajui usaha untuk memperluaskan lagi penggunaan mata wang tempatan serantau dengan negara-negara ASEAN yang lain. Mengenai penglibatan sebagai negara rakan atau dengan izin, partner country BRICS sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, Malaysia bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk OECD, APEC dan yang terkini BRICS. Penglibatan ini dapat meningkatkan kedudukan negara atau our standing, dengan izin di peringkat antarabangsa serta memperluaskan peluang dan potensi perdagangan negara. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Merbok.
Rata-rata rakyat cukup terasa dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi walaupun angka inflasi dilaporkan rendah. Tekanan kos sara hidup ini adalah amat berat bagi mereka.
Soalan saya, apakah Menteri melihat bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan pelbagai cukai baharu meningkatkan kadar SST, memperluaskan skop SST termasuk kepada sektor logistik serta menaikkan harga diesel yang semuanya dilaksanakan secara hampir serentak telah menyumbang kepada kenaikan harga barang dan tekanan kos sara hidup ini? Selain itu, untuk tempoh yang akan datang, apakah jangkaan kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat apabila gaji minimum dan harga petrol dinaikkan pada tahun hadapan? Apakah strategi yang diambil untuk meningkatkan pendapatan kerajaan tanpa membebankan rakyat, terutamanya dalam konteks usaha, diversifikasi, sumber pendapatan selain cukai langsung? Ini perlu jadi fokus reformasi fiskal di pihak kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan ini. Soalan ini sangat relevan. Kerajaan amat memahami dan prihatin terhadap beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang amat mencabar kini. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk memperkenalkan beberapa cukai serta perubahan kepada kadar dan skop SST adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hasil negara bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan secara mampan dan untuk memperkukuh kedudukan fiskal kita. Mengenai persoalan yang dibangkitkan, kita akui bahawa sebarang perubahan pada cukai dan harga terutama dalam sektor yang penting seperti logistik dan bahan api boleh memberi kesan kepada harga barangan. Namun, kerajaan telah mengambil pendekatan
berhati-hati dan mempertimbangkan pelbagai mekanisme untuk meminimumkan impak ke atas kos sara hidup rakyat. Ini termasuk pemberian subsidi bersasar seperti subsidi bahan api yang terus dinikmati oleh golongan B40 dan beberapa segmen masyarakat yang memerlukan selain bantuan-bantuan khas dalam belanjawan yang telah diumumkan baru- baru ini. Untuk tempoh yang akan datang, kerajaan menjangka bahawa kenaikan harga barang dan kos sara hidup akan kekal pada kadar yang terkawal. Namun, kita tidak menafikan kemungkinan peningkatan kecil disebabkan faktor-faktor luaran seperti harga komoditi global dan isu-isu rantaian bekalan. Dalam hal ini, kenaikan gaji minimum adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat yang berpendapatan rendah sekali gus membantu mereka menangani kos sara hidup dengan lebih baik. Kerajaan juga mengambil langkah proaktif untuk memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi dan harga kekal stabil termasuk melalui kerjasama dengan pelbagai agensi untuk memantau stok barangan keperluan seperti beras tempatan dan minyak masak paket. Usaha ini juga melibatkan pihak industri untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan rantaian bekalan tidak terganggu. Pendek kata, walaupun langkah-langkah fiskal ini mungkin ada kesan tertentu, kerajaan komited untuk menimbang keperluan untuk meningkatkan hasil negara dengan memastikan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi soalan yang keempat, saya mempersilakan Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Labuan.
Soalan saya Dato’ Yang di- Pertua, soalan nombor empat.
4. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status berkaitan dengan perancangan: (a) status menaik taraf Pelabuhan Merdeka Labuan yang sudah usang dan akan tamat tempoh penggunaannya pada tahun 2026; dan (b) status terkini perancangan pembangunan Labuan Integrated Port di atas tanah seluas 200 ekar yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Labuan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian technical assessment yang telah selesai pada Mei 2024 tahun ini ke atas struktur dan aksesori di Jeti Dermaga Merdeka. Jeti tersebut boleh menampung permintaan dan keperluan operasi semasa sehingga tahun 2038. Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan pemulihan dan pengukuhan struktur perlu dilaksanakan memandangkan terdapat beberapa struktur yang dijangka mengalami tekanan berlebihan mulai tahun 2026 sehingga tahun 2028.
Dalam hubungan ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Lembaga Pelabuhan Labuan telah selesai melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pencahayaan pada tahun ini dan pihak Lembaga Pelabuhan Labuan juga telah selesai melaksanakan tindakan penyelenggaraan dengan izin, trestle Jeti Dermaga Merdeka pada Oktober 2024. Tambahan itu, pihak Lembaga Pelabuhan Labuan akan melaksanakan tindakan penyelenggaraan berterusan bermula pada tahun 2025 bagi memastikan integriti di struktur Jeti Dermaga Merdeka sentiasa dalam keadaan yang baik. Berkenaan dengan status terkini perancangan pembangunan Labuan Integrated Port di atas tanah seluas 200 ekar yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Labuan. Cadangan pembangunan Labuan Integrated Port ini masih dalam penelitian pihak Perbadanan Labuan. Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan tindakan sewajarnya bagi mempertimbangkan cadangan tersebut sebaik sahaja permohonan diterima. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Labuan. Soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Datuk Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atas lawatan beliau ke Labuan pada hari Sabtu yang lalu yang mana saya turut menghadiri taklimat yang diberikan. Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, ialah apakah kerajaan bercadang untuk membangunkan pelabuhan yang baharu memandangkan pelabuhan ini sangat usang? Ianya berumur lebih 40 tahun. Struktur integriti ini hanya boleh bertahan ini sehingga tahun 2026 atau pun tahun 2028 seperti jawapan Menteri. Sebagai pulau yang berstatuskan bebas cukai sejak tahun 1956, kerja-kerja menaik taraf tidak mencukupi kerana Labuan sudah 40 tahun Dato’ Yang di-Pertua menjadi Wilayah Persekutuan. Pelabuhan yang diwarisi masih diguna pakai hingga hari ini. Apakah kerajaan tidak melihat keperluan untuk memantapkan kedudukan Labuan sebagai sebuah pulau bebas cukai, sebuah pelabuhan yang baharu yang mampu menjadi pelabuhan sokongan di Borneo terutamanya kepada Sabah dan Sarawak tidak diberikan pertimbangan yang sewajarnya? Kedua, pembinaan container port atau pun integrated port ke atas tanah 200 ekar ini sepatutnya sudah dilaksanakan 20 tahun yang lalu kerana pembahagian tanah kepada Lembaga Pelabuhan ini dilakukan semasa saya menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan lagi sejak tahun 2000. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ialah adakah kementerian bercadang menyenaraikan pelabuhan integrated atau pun container port ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dari segi peruntukan dan juga pelaksanaannya? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang persoalan membangunkan port yang baharu, sebagaimana yang saya katakan tadi dalam jawapan yang asal tadi iaitu tentang bahawa perancangan untuk membina port yang ada sekarang ini apa nama dalam jangka masa yang panjang itu adalah merupakan apa sehingga tahun 2028 boleh menampung sampai tahun 2038 dengan apa nama volume yang ada sekarang ya. At the same time, kerja-kerja pengukuhan, strengthening dan sebagainya ya. Tetapi ya sebab dia punya kaitan juga dengan integrated port yang dicadang itu ya ada, apa nama, dalam jangka masa panjang ya. Jadi, yang dalam soalan jawab soalan kedua itu pula, apakah ianya akan dilaksanakan atau tidak atau pun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13? Jadi, mungkin saya nak jawab sedikit tentang ada kaitannya dengan pengambilalihan Bintulu Port ya. Tentang integrated port ini, pihak NRES ya telah memaklumkan bahawa berkaitan dengan tanah yang disebut itu bahawa permohonan pajakan ke atas tanah bagi pembangunan Labuan Integrated Port tersebut adalah tidak diteruskan bagi mengelakkan keadaan uncertainty mengenai hab dan liabiliti Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
Oleh itu, tindakan permohonan semula akan dilaksanakan oleh pihak Labuan Port Authority setelah pengambilalihan Lembaga Pelabuhan Bintulu selesai dilaksanakan dan Labuan mempunyai ─ berdiri atas dirinya sendiri. Maka, permohonan baru ini akan diutarakan semula. Rasanya bila sudah ia berdiri sendiri dan mempunyai lembaga dan sebagainya, insya-Allah rasanya memang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Pada masa ini, memang saya tahu belum lagi dimasukkan. Bila ia sudah selesai, akan dimasukkan rasanya. Insya-Allah. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Okey. Terima kasih. Sebab Labuan bukan yang under PN dah, saya boleh jawab dah. Saya boleh tanya lah. Baik, terima kasih. Kalau salah fakta saya, tolong perbetulkan. Kalau yang saya tahu, Pelabuhan Labuan ini diwarisi sejak zaman penjajah lagi. Tapi yang saya ingin bertanya ialah kenapa pendapatan Pelabuhan Labuan ini kalau saya tengok adalah cukup rendah? Contohnya pada tahun 2022, pendapatannya hanya lah RM735.98 juta sahaja. Tetapi pada tahun 2023, agak mendadak pendapatan dia, naik kepada lebih kurang 56.2 peratus. Lebih kurang RM1.15 bilion. Ini satu pergerakan yang agak berjaya kalau ikut itu. Tetapi pendapatan dia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan Westport, Northport ataupun di Pulau Pinang. Adakah kerajaan merancang untuk menambah baik pelabuhan ini untuk meningkatkan pendapatan? Satu lagi, apakah status cadangan kerajaan terhadap pelabuhan tambahan Pulau Carey di Banting bagi mengurangkan kesesakan di Westport dan Northport? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Berkenaan dengan ─ minta maaf ya, YB. Saya ─ figures tadi, pendapatan dari segi bentuk Dollar cent. Cent itu tidak ada dengan saya. Tetapi berkenaan dengan tentang kapasiti yang ada trading yang ada di Port Labuan. Persinggahan kapal pada masa ini hanya pada tahun 2023, hanya 339 buah. Kendalian kargo dalam tonnage adalah hanya 129,932 tan sahaja. Kontena dalam TEUs pada tahun lepas hanya 16,376 sahaja. Memang kecil. Tetapi berkaitan kenapa port itu sekarang sebagaimana juga disoal oleh Yang Berhormat Datuk Indera tadi iaitu berkenaan dengan kenapa ia pengukuhan perlu dibuat. Ini semuanya untuk supaya dapat menampung lagi. Kalau ada pertambahan-pertambahan. Its strengthen wharf itu lagi untuk memastikan ia boleh mengangkat beban more, banyak lagi kontena ataupun yang lain lagi untuk dapat menampung port yang ada sekarang ini. Soalan yang menyimpang sedikit fasal Pulau Carey. Hari itu kan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah pun merasmikan pecah tanah untuk penyambungan Westport di Pulau Carey. Terima kasih.
[Soalan No. 5 – Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) tidak hadir]
Baik, terima kasih. Untuk makluman Dewan, soalan nombor lima iaitu bagi Yang Berhormat Stampin, kita skip. Memandangkan Yang Berhormat Stampin menghadiri persidangan DUN di Sarawak pada tarikh yang sama. Majlis ke soalan keenam. Hanya Yang Berhormat Jelutong ─ sebentar. Yang Berhormat Menteri telah memohon untuk menjawab dengan soalan yang awal tadi. Tapi dengan sedemikian tidak menepikan soalan hak Yang Berhormat untuk dua soalan. Maybe boleh modify kan. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Timbalan Speaker. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya lihat dalam TikTok sambutan Hari Deepavali Parlimen Cameron Highlands sungguh meriah. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Walaupun di Parlimen Cameron Highlands tak begitu ramai tapi saya sungguh terharu dengan sambutan meriah yang dianjurkan oleh Timbalan Speaker. Memang Timbalan Speaker merupakan seorang Ahli Parlimen berjiwa rakyat. Tahniah dan selamat menyambut Hari Deepavali. Timbalan Speaker, saya ingin cuba tanya soalan saya dengan serangkap pantun. Walaupun tak sehebat Yang Berhormat Pontian tapi saya cuba dengan serangkap pantun. Anak jantan pantang dicabar, Nasihatkan Pendang sedang ditanam, Jelutong sudah cukup bersabar, Soalan saya nombor enam.
6. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Pengangkutan bagi mengatasi kesemua masalah yang dihadapi oleh Malaysia Airlines (MAS) kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak aduan, rungutan dan keluhan mengenai prestasi perkhidmatan MAS yang semakin tercorot.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Mungkin saya pun tak lambat lah. Belum lambat lagi untuk menyampaikan secara peribadi selamat menyambut Hari Deepavali kepada YB Jelutong.
Okey Timbalan Menteri. Timbalan Menteri memang merupakan seorang yang berjiwa rakyat juga. Terima kasih.
Thank you. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk menjawab Yang Berhormat Jelutong bersekali dengan Yang Berhormat Saratok dan Yang Berhormat Beluran bertarikh 20 November 2024, Yang Berhormat Padang Serai bertarikh 26 November 2024, Yang Berhormat Setiu bertarikh 2 Disember 2024, Yang Berhormat Putrajaya bertarikh 5 Disember 2024 serta dua soalan Yang Berhormat Rompin bertarikh 2 dan 5 Disember 2024 kerana pertanyaan adalah mengenai isu yang sama. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, pertanyaan berkaitan isu penerbangan dan Malaysia Airlines Berhad ini juga pernah saya jawab semasa Sesi Pertanyaan bagi Jawapan Lisan pada 28 Oktober 2024 dan semasa sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pengangkutan pada 6 November di Dewan yang mulia ini di peringkat dasar. Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya minta masa lebih sikit lah.
Silakan.
Sebab banyak dikumpul semua ini.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan prihatin dan memandang serius aspek-aspek keselamatan dan perihal selamat dalam memastikan pertumbuhan industri penerbangan selari dengan pematuhan terhadap piawaian-piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Salah satu strategi bagi memulihkan keyakinan penumpang terhadap syarikat Malaysia Airlines adalah berdasarkan kepada hasil laporan on time performance (OTP) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Pada April tahun ini, MOT dan MAVCOM telah menetapkan sasaran OTP 85 peratus dan penerbangan 80 peratus mematuhi jadual pada setiap masa bagi syarikat penerbangan Malaysia yang beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2; dan dalam peringkat merangkumkan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa serta lapangan terbang domestik yang lain, yang selain KLIA. Keputusan prestasi syarikat penerbangan itu diterbitkan di laman web MAVCOM. MAVCOM bercadang untuk memperluaskan penerbitan prestasi syarikat penerbangan bagi
merangkumi pelepasan penerbangan dari lapangan terbang lain di Malaysia juga. Sejak pengumuman MAB untuk rangkaian penerbangan mereka pada hujung Ogos yang lalu, tindakan yang diambil berkenaan telah menunjukkan hasil positif terhadap OTP mereka. OTP MAB telah meningkat dari 58.2 peratus pada Ogos 2024 kepada lebih 80 peratus pada Oktober tahun ini. Bagi memperkukuhkan aspek-aspek penyelenggaraan pesawat, MAB telah mengambil beberapa langkah komprehensif seperti berikut. Membatalkan beberapa rangkaian penerbangan dalam dan luar negara secara sementara. Langkah pembatalan rangkaian penerbangan ini adalah perlu bagi memastikan ketahanan jangka panjang pesawat dan keteguhan operasinya. Melalui pembatalan rangkaian penerbangan secara sementara ini akan membolehkan penyelenggaraan yang lebih proaktif dilakukan terhadap pesawat, mengurangkan risiko kerosakan pesawat dan memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik kepada pelanggan. Keputusan ini juga adalah untuk memastikan standard keselamatan MAB bukan hanya dikekalkan tetapi diperkukuhkan. MAB juga telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu teknikal semasa dengan mengenal pasti dan membetulkan punca serta menambah baik protokol dan prosedur penyelenggaraan bagi memastikan piawaian keselamatan yang ditetapkan dapat dicapai.
Semua langkah penyelesaian masalah dengan izin, troubleshooting yang diperlukan untuk mengasingkan kerosakan sedang dilakukan menggunakan manual penyelenggaraan pesawat terkini yang telah diluluskan. Dalam hal ini, MAB telah menggunakan teknologi moden dalam penyelenggaraan pencegahan dan ramalan untuk menjangka dan menangani isu sebelum ia menjadi kritikal. MAB juga sedang bekerjasama rapat dengan pengeluar pesawat dan enjin serta rangkaian pembekal yang berkaitan untuk menangani isu rantaian bekalan dan teknikal. Di samping itu, MAB juga sedang memberikan tumpuan kepada peningkatan latihan dan pengambilan pekerja bagi menangani isu peningkatan permintaan dan kompleksiti pesawat moden. Secara kolektifnya, langkah-langkah ini dilakukan bertujuan untuk memulihkan keyakinan penumpang dan bagi memastikan penerbangan yang lebih selamat serta lebih dipercayai oleh penumpang. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selaku Badan Berkanun Persekutuan yang bertanggungjawab dalam pengawalseliaan teknikal penerbangan awam negara telah meningkatkan pemantauan dan menjalankan siasatan terhadap sebarang insiden yang melibatkan pesawat-pesawat kendalian syarikat-syarikat penerbangan Malaysia. CAAM telah menjalankan siasatan dan audit mengejut ke atas syarikat penerbangan MAB termasuk syarikat MAB Engineering Services (MABES) yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan pesawat-pesawat MAB pada 24 Jun hingga 28 Jun 2024.
Berdasarkan dapatan siasatan tersebut, antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal pesawat MAB adalah kemungkinan disebabkan masalah komponen mekanikal dan kekurangan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat dan meningkatkan tahap keberkesanan sistem, pengurusan kualiti serta sistem pengurusan perihal selamat oleh syarikat penerbangan MAB dan MABES. Oleh yang demikian, bagi mengenal pasti tindakan penambahbaikan terhadap hasil siasatan mengejut CAAM, MAB telah menyediakan pelan mitigasi. Antaranya adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan pesawat ke tahap waspada bagi membolehkan fokus diberikan kepada kebolehpercayaan pesawat. Pada masa yang sama, MAB juga telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai salah satu strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan tersebut selain memastikan ketersediaan pesawat yang mencukupi untuk memenuhi keperluan penerbangan yang telah dijadualkan. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, berdasarkan audit terkini CAAM ke atas syarikat MAB, tempoh pembaharuan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) akan dikurangkan daripada tiga tahun kepada satu tahun sahaja mulai 1 September 2024 hingga 31 Ogos 2025. Oleh yang demikian, syarikat penerbangan perlu melalui proses pengauditan yang lebih kerap sebelum AOC mereka diperbaharui. Hal ini akan memastikan MAB lebih peka dan mengambil tindakan-tindakan penambahbaikan sewajarnya sebagai pelan mitigasi yang telah dikemukakan oleh CAAM. CAAM akan meneruskan pemantauan dan menjalankan pengauditan keselamatan terhadap semua pesawat yang dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi dalam negara dalam memastikan aspek-aspek keselamatan dan perihal selamat dipatuhi sewajarnya. Kementerian ini juga menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan keselamatan penumpang penerbangan. Kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan komitmen untuk memastikan kejayaan syarikat MAB kerana ia merupakan syarikat penerbangan nasional dan harus kembali sebagai syarikat penerbangan utama negara. Terima kasih.
Majlis mempersilakan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Yang Berhormat Jelutong untuk soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mendengar dengan tekun penjelasan yang diberikan. Saya pertamanya, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Timbalan Menteri, Menteri dan kementerian di atas segala usaha yang diambil untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Malaysia Airlines. Cumanya Timbalan Speaker, kerap kali apa yang berlaku sekarang adalah bila kita pergi ke airport, selepas sampai di airport, kita dimaklumkan bahawa penerbangan itu ditunda dan kadangkala penundaan itu bukan hanya sejam ke dua
jam tetapi boleh juga menjangkau lebih kurang lima jam ke enam jam. Bayangkan ya dan bayaran begitu tinggi sekali. Saya mengambil maklum Menteri, Timbalan Menteri dan kerajaan telah memaklumkan kalau berlaku penundaan begitu, terdapat syarat-syarat di mana syarikat penerbangan itu haruslah mengembalikan bayaran tiket penerbangan kepada penumpang. Soalan saya, adakah apa-apa tempoh masa diletakkan supaya wang itu dikembalikan secara automatik kepada penumpang tersebut? Ini adalah perlu. Kalau tidak dikembalikan, maka penumpang itu terpaksa membuat tuntutan, melantik peguam, pergi ke consumer association dan sebagainya. Ini adalah soalan yang ingin saya timbulkan. Boleh ke kerajaan memastikan kalau ada penundaan begitu, melebihi tiga jam ke empat jam, wang itu perlu dikembalikan kepada penumpang secara automatik dalam masa yang singkat. Terima kasih Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Jelutong. Jadi berkaitan pasal penundaan ini, memang kita menyedari perkara ini berlaku. Jadi tentang pembayaran, saya rasa dalam – I don’t have the details with me here secara terperincilah tetapi memang sudah ada yang berkaitan dengan credit shell dan juga MAVCOM juga sedang merangka tentang bagaimana kaedah untuk mengembalikan ataupun tindakan bagaimana untuk memastikan perkara ini tidak menjadi barah dan tindakan yang diambil adalah pihak MAVCOM ini sedang melaksanakan yang sebenarnya tindakan tersebut. Just that I don’t have the detail tentang perkara-perkara yang disebut itu tetapi memang ada dilaksanakan dan boleh kalau kita lihat dalam jawapan semasa penggulungan juga disebut oleh Menteri in details lah ya juga pada 28. So, to say it here again, to be honest, I don’t have the details with me. I don’t want to nanti yang dulu saya cakap lain, yang ini cakap lain pula. So, I promise you we will give you our answer on the 28th dan masa penggulungan is consistent, I will answer for this question dengan jawapan bertulis. Memang ada perkara sudah dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri.
Baik, berikutnya sebelah sini. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Jerantut.
Jerantut, ya. Barangkali boleh rujuk kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia ada dinyatakan in details bagaimana tindakan yang boleh dibuat oleh customer apabila berlakunya pindaan dan sebagainya.
Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Jerantut bukan Menteri.
Soalan saya ialah...
Tanya soalan.
Ya. Soalan saya ialah kalau kita lihat kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia, ia lebih tertumpu pada tindakan untuk kita sebagai pengguna mendapat sesuatu daripada syarikat penerbangan bila berlakunya kelewatan ataupun penangguhan penerbangan. Soalan saya, apakah ada tindakan punitif selain daripada kita kenakan AOC daripada tiga tahun kepada satu tahun? Adakah tindakan punitif yang lebih berat kepada syarikat penerbangan yang tidak kompeten dalam pengurusan penerbangan yang menyebabkan berlakunya masalah teknikal pada penerbangan kita dan tadi dinyatakan tentang audit yang dilakukan, berlakunya kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam penyelenggaraan kapal terbang kita, fleet kita. Jadi, apakah tindakan jangka masa pendek untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tentang pengambilan berkenaan dengan pekerja mahir, perkara ini yang sebenarnya pada masa ini, MAB telah pun mengambil, menawarkan pengambilan tenaga-tenaga mahir dalam negara kita sendiri daripada syarikat-syarikat yang ada berkaitan dengan penerbangan untuk membantu, not the fresh graduate. Yang sudah mahir juga antara kaedah untuk memastikan kita tidak kekurangan sebab yang sudah berpengalaman diambil untuk memastikan tahap kemahiran itu bukannya kata orang, mesti samalah seperti sebelumnya. Jadi, semua ini diambil daripada luar, untuk menangani masalah kekurangan ini.
At the same time MAS juga berusaha MAB untuk melatih pekerja-pekerja baru, untuk memastikan kita tidak ketandusan dengan perkara-perkara ini. Tetapi as I said earlier just now dengan izin, kita banyak MAB telah mengambil, menawarkan, offer kepada tenaga- tenaga mahir di luar sana dalam negara kita, yang dulunya due to COVID, banyak yang sudah keluar juga. Tetapi mereka sudah pun berada di syarikat lain ya. Sudah berada di syarikat lain tetapi MAB juga berusaha bagaimana untuk menarik balik tenaga-tenaga mahir yang ada dalam negara ini, yang dulunya dalam – selain daripada yang keluar negara itu dah lain dah, tetapi yang ada dalam negara. Ini salah satu usaha mereka untuk menangani tenaga mahir yang kekurangan ini selain daripada pelatihan yang baru. Offer ini juga selain daripada dalam negara, juga ada ditawarkan kepada mana-mana tenaga yang diperlukan, betul-betul diperlukan daripada luar negara. Jadi berkenaan dengan punitif itu, MAVCOM memang ada merangka ya bagaimana kaedah-kaedah untuk menangani perkara ini sebagaimana yang saya jawab tadi jugalah,
untuk soalan tambahan tadi, memang ada. Just that I don’t have the detail, nanti insya-Allah kita akan jawab dengan secara bertulis supaya there is a consistency dalam jawapan kita. Kita tak mahulah hari itu cakap lain, hari ini lain pula. I want to be consistent. Terima kasih.
Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Speaker, dengan izin kalau boleh.
Peraturan?
Tak, bukan peraturan. Cuma, oleh kerana perkara ini cukup penting, kita pengguna yang agak terjejas daripada kesan penjadualan dan warga dari Sabah khususnya dan Sarawak oleh kerana...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Semporna.
Minta izin, kalau dapat.
Jika saya mulakan dengan Yang Berhormat Semporna membenar, yang lain pun saya kena bagi. Jadi kita follow...
Tidak apa, tidak apa. Saya minta sahaja, saya merayu kalau dapat. Kalau tidak dapat, tak jadi masalah sebab you have the right to do that.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna kerana memahami. Berikutnya saya mempersilakan Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor tujuh.
7. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Digital menyatakan dengan perkembangan pesat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia hari ini, apakah jaminan kementerian bagi memastikan kod etika dan perlindungan data privasi dapat dikawal daripada berlakunya ketirisan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Rompin kerana mengajukan soalan nombor tujuh. Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada potensi dan penerima gunaan ataupun dalam bahasa Inggeris adoption yang tinggi bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia, kementerian ini telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuklah penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO).
Pejabat yang mana akan mengawal selia perkembangan AI di Malaysia serta menerajui inisiatif yang memanfaatkan AI untuk mengukuhkan ekonomi digital, meningkatkan perkhidmatan awam dan menyumbang kepada pembangunan yang mampan. Pejabat ini Tuan Yang di-Pertua adalah merupakan organisasi utama yang akan memantau pelaksanaan teknologi AI mengikut sektor dalam negara demi memastikan segenap aspek akan dijaga dengan baik daripada sebarang ancaman dan penyalahgunaan yang tidak wajar. Dalam hubungan yang sama Tuan Yang di-Pertua, bagi penyediaan persekitaran dan satu ekosistem yang menyokong reka bentuk dan pembangunan AI secara beretika dan bertanggungjawab, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah pun meluncurkan Garis Panduan, Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan ataupun Artificial Intelligence Governance and Ethics (AIGE) pada 20 September tahun ini. Garis panduan ini turut sama dimurnikan oleh Kementerian Digital dengan melihat kepada ekosistem AI secara menyeluruh meliputi pembangun, penyedia perkhidmatan, pengguna dan penggubal dasar berkaitan AI supaya mematuhi nilai-nilai sosial dan etika serta kebijakan yang ada bagi memastikan teknologi AI digunakan untuk kesejahteraan umum tanpa mengabaikan hak kemanusiaan dan juga keamanan individu. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, selain daripada penguatkuasaan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang telah diwartakan pada 17 Oktober yang lalu, bagi menambah baik tadbir urus melibatkan perlindungan data peribadi Malaysia, kementerian ini juga melalui Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi sedang membangunkan tujuh garis panduan dan tiga daripadanya adalah berkait secara langsung dengan teknologi AI iaitu: (i) Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data (Guidelines on Data Protection Impact Assessment (DPIA)); (ii) Garis Panduan Mereka Bentuk Berasaskan Privasi (Guidelines on Privacy By Design (PBD)); dan (iii) Garis Panduan Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan (Guidelines on Automated Decision-Making (ADM) and Profiling). Kesemua garis panduan ini boleh Tuan Yang di-Pertua dijadikan sebagai dokumen rujukan oleh pengawal-pengawal data di Malaysia dengan mengambil kira kepesatan teknologi AI yang merupakan teknologi yang sangat bergantung dengan pemprosesan data yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga akan terus menjalinkan kerjasama strategik merentasi sektor awam dan swasta agar dapat meminimumkan insiden ketirisan data peribadi pada masa hadapan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuklah penganjuran program-program literasi AI, pembangunan rangka kerja kawal selia serta Pelan Tindakan Teknologi AI untuk tahun 2026 sehingga 2023.
Kesemua gerak kerja ini berupaya untuk memastikan semua pihak berkepentingan lebih bersedia dalam hal perkara menangani sebarang insiden yang tidak diingini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah bagaimana kerajaan merancang untuk mengatasi isu kebocoran data peribadi yang melibatkan teknologi AI? Adakah kerajaan bercadang untuk menggubal satu undang-undang khusus berkaitan dengan AI memandangkan pengaruh keberkesanan serta implikasinya yang sangat besar terhadap semua bidang dan industri global hari ini? Saya mengambil contoh, AI kini mampu menghasilkan gambar bergerak individu yang telah meninggal dunia dan meniru suara mereka hampir seratus peratus kesamaannya. Pelbagai implikasi negatif ini. Jika tidak dikawal, ianya berpotensi memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan yang dinyatakan tadi. Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada teknologi memuncul seperti mana Yang Berhormat telah pun sebutkan tadi memang banyak perkara yang baru yang kita lihat dan ianya juga merangkumi hal-hal data peribadi. Jadi saya setuju, itu adalah perkara yang kita perlu halusi dan kena lihat bagaimana kita boleh. Sekiranya perlu merangka undang- undang ataupun standard-standard yang perlu piawaian dan sebagainya, ini adalah perkara- perkara yang kita kena lihat. Itu sebab kita ada pejabat AI kebangsaan. Salah satu daripada tugasnya adalah untuk kita melancarkan satu kajian berkaitan dengan apakah sebenarnya cabaran-cabaran yang kita akan hadapi melalui teknologi AI ini dan teknologi muncul yang baru. Sekiranya perlu untuk kita ini menaik taraf undang-undang yang sedia ada bagi kita dapat menangani cabaran tersebut ataupun sekiranya perlu untuk kita menggubal undang-undang baru buat tujuan tersebut. Jadi, soalan yang dibangkitkan itu soalan yang cukup penting. Yang Berhormat terima kasih, yes kita memang sedar berkaitan dengan perkara-perkara ini. Juga terdapat negara-negara lain serantau dan peringkat global yang telah pun melihat secara spesifik. Kita selepas meluncurkan pejabat AI pada bulan depan kita akan melihat keperluan untuk kita menggubal undang-undang ataupun mewujudkan piawaian-piawaian yang perlu untuk menangani keadaan tersebut. Terima kasih untuk soalan tersebut.
Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Menteri. Dalam AI membuat keputusan, dia tergantung kepada big data yang ada dalam
lingkungan itu ya. Bermaksud bahawa kalau data yang kita masukkan itu betul, maka keputusan yang diperoleh dalam AI itu juga betul. Ini bermakna bahawa kita perlu memperbanyakkan maklumat yang betul ini di dalam big data ini. Jadi soalan saya, setakat mana inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan bahawa maklumat-maklumat yang benar dan sahih ini dimasukkan dalam lingkungan mereka ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan yang cukup tepat pada tempatnya daripada Pulai. Ya betul. Apabila kita lihat kepada teknologi sekarang khususnya teknologi yang memerlukan maklumat dan saya rasa Pulai merujuk kepada teknologi yang melibatkan LLM, di mana kita ini sebut ataupun tanya beberapa soalan dan ia akan memberikan jawapan seperti ChatGPT dan sebagainya. Jadi soalan dia, jawapan yang diberikan itu adalah hasil daripada data yang kita masukkan ke dalam apa yang disebut sebagai language model tersebut. Jadi kita hendak pastikan bahawa jawapan yang diberikan itu adalah bersandarkan atau berdasarkan kepada data yang tepat. Jadi, soal yang timbul adalah sama ada ataupun tidak data yang dimasukkan dalam language model itu adalah data yang tepat yang kita boleh percaya. Jadi, ada beberapa pendekatan yang telah pun diambil. Salah satu daripada nya adalah untuk melihat sebenarnya, sekiranya kita dapat govern it at source, Tuan Yang di- Pertua.
Maksud dia, sebelum kita masukkan satu data tersebut, kita pastikan bahawa ianya adalah data yang tepat, dianya adalah data yang authentic, dengan izin. Kemudian kita ini dalam keadaan tersebut dapat memastikan bahawa produk ataupun content yang dikeluarkan selepas daripada itu adalah memang content yang boleh kita percaya, ianya content yang tepat, tetapi itu adalah satu pendekatan. Pendekatan yang lain kita ada di mana kita masukkan semua data kemudian kita train modul tersebut dan kita lihat bagaimana kita boleh pastikan bahawa data yang dimasukkan dalam modul tersebut adalah data yang tepat. Jadi ini adalah satu perkara yang kita kena lihat dan kita telah pun dalam beberapa bulan yang lalu mencadangkan bahawa kita akan mewujudkan apa yang disebut sebagai Data Commission. So, ianya bertujuan untuk melihat kepada masalah-masalah sebegini, Yang Berhormat daripada Pulai. Saya rasa bergerak ke depan, this will be a very important aspect. Dan kita kena lihat bagaimana kita pastikan khususnya kalau kita lihat kepada maklumat kerajaan yang dikeluarkan daripada kementerian dan sebagainya. Kita nak pastikan bahawa maklumat-maklumat yang kita dapat daripada source ini adalah maklumat yang lengkap dan juga maklumat yang tepat. Jadi, kita kena lihat kepada bagaimana kita boleh mewujudkan langkah-langkah ataupun piawaian untuk memastikan bahawa apa-apa jua produk yang bersandarkan kepada
language models ini boleh meyakinkan kita bahawa data yang digunakan itu adalah data yang sah dan tepat. Tetapi memang satu perkara yang kita lihat, ini, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi menunjukkan betapa perlunya untuk kita melihat kepada teknologi yang muncul, teknologi baru kerana bergerak ke depan seperti mana dibangkitkan oleh Rompin tadi. Kita juga ada model yang boleh mewujudkan gambar, suara dan sebagainya. So, kita perlu melihat perkara ini dengan baik. The establishment of NEIO juga akan melihat kepada perkara-perkara ini dan keperluan sekiranya undang-undang ataupun piawaian yang tertentu untuk kita memastikan bahawa pada setiap masa kita boleh yakin dengan data yang kita terima itu. Sekian, terima kasih Pulai.
Baik, berikutnya Majlis ke soalan yang ke nombor lapan. Mempersilakan Tuan Lee Chean Chung; Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih. Bunga mawar Cameron indah di taman, Harumnya semerbak menawan hati, Syukur Petaling Jaya tidak dilupakan, Kini tiba soalan saya yang kelapan.
8. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pelan untuk memartabatkan STPM sebagai program prauniversiti yang utama bagi penerima-penerima biasiswa kerajaan seperti daripada JPA dan MARA, bagi pengajian sarjana muda luar negara.
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya untuk soalan kelapan. Tingkatan Enam merupakan salah satu daripada laluan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pendidikan ke institusi pengajian tinggi sama ada mahupun di luar negara atau pun dalam negara di samping program lepasan menengah KPM yang lain seperti Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Program Prauniversiti Sekolah Sukan. Bagi menarik minat murid lepasan SPM untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, KPM telah pun melaksanakan penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Melalui penjenamaan ini, KPM telah melaksanakan beberapa strategi dan juga pembaharuan bagi memperkasakan pendidikan Tingkatan Enam untuk menarik minat lepasan SPM menyambung pengajian ke Tingkatan Enam. Sekiranya kita mengimbas kembali, pada tahun 2014, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014: Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam yang menetapkan bahawa murid Tingkatan Enam dibenarkan berpakaian smart casual semasa menghadiri kelas ataupun aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti di luar bilik darjah.
Selain itu, KPM juga telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 11 Tahun 2016: Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam yang membenarkan penggunaan peranti elektronik kepada murid Tingkatan Enam. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM turut membuat perubahan kepada sistem persekolahan dan pentaksiran dengan memperkenalkan sistem modular bagi menggantikan sistem terminal. Kedua-dua saya dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya dulu, kita menggunakan pentaksiran sistem terminal, sekali je. So, sekarang kita memperkenalkan sistem modular dan melalui sistem ini, kandungan silibus pengajian telah dibahagikan kepada tiga semester iaitu semester satu, dua dan tiga. Penjenamaan semula Tingkatan Enam turut menyaksikan peperiksaan STPM dibahagikan mengikut semester di mana murid menduduki STPM pada akhir setiap semester. STPM juga menggunakan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam menentukan keputusan keseluruhan STPM sama seperti program pra-universiti yang lain. Dari segi pengiktirafan, STPM adalah setara dengan A-Level dan diiktiraf oleh University of Cambridge yang merupakan salah sebuah universiti terulung dunia. Oleh itu, STPM juga diiktiraf oleh semua universiti di negara Komanwel dan kebanyakan universiti terkemuka dunia. Lepasan STPM yang memperoleh keputusan cemerlang dan memenuhi syarat juga layak untuk memohon biasiswa di bawah JPA, Majlis Amanah Rakyat dan biasiswa lain yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Tingkatan Enam juga merupakan satu- satunya institusi lepas menengah yang mempunyai bilangan pusat pengajian terbesar dengan jumlah sebanyak 635 pusat Tingkatan Enam di seluruh negeri. Melalui penjenamaan Tingkatan Enam pada tahun 2013, pengoperasian Tingkatan Enam telah diperkenalkan iaitu mod satu, dua dan tiga. Mulai 2016 mod satu telah pun ditukar nama kepada Kolej Tingkatan Enam melalui Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2016. Setakat ini, sejumlah 27 Kolej Tingkatan Enam telah dibuka di seluruh negeri. KPM sentiasa meneliti dan menambah baik sistem sedia ada dari masa ke semasa. KPM sedang meneliti cadangan penubuhan Kolej Tingkatan Enam Premium melalui kerjasama silang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Kerjasama KPM dan KPT merupakan komitmen berterusan kedua-dua kementerian ini untuk memperkasa dan menjadikan Tingkatan Enam sebagai laluan pendidikan utama yang menjadi pilihan lepasan SPM menyambung pengajian. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Petaling Jaya, soalan tambahan.
Terima kasih, Dato’ Speaker. Sebab mengapa STPM tidak menjadi pilihan utama oleh pelajar sekarang adalah sebab ramai menganggap bahawa Matrikulasi memberikan jaminan yang lebih untuk kemasukan universiti dan kadar kegagalan juga dianggap lebih tinggi bagi mereka yang mengambil peperiksaan STPM.
Jadi, atas semua persepsi awam yang negatif ini terhadap STPM, adakah kementerian menyediakan pelan untuk mempromosi STPM dengan lebih efektif kepada pelajar dan ibu bapa sebagai pilihan utama untuk pengajian prauniversiti terutamanya untuk pengajian luar negara? Dan kemudian adakah perancangan untuk menyatukan Matrikulasi dengan STPM supaya berada pada landasan yang sama. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya. Pihak KPM mengambil maklum berkenaan kebimbangan dan juga pandangan negatif yang telah pun seperti diajukan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya tadi. Cuma dari segi statistik dan juga fakta, saya perlu memberikan sedikit sebanyak berkenaan dengan laluan bagi anak-anak kita di Tingkatan Enam untuk melanjutkan pelajaran khasnya di universiti awam. Dalam sesi pengajian tiga tahun yang lepas, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, daripada statistik apabila kami membandingkan statistik pengambilan anak-anak kita dari Tingkatan Enam STPM ke universiti awam yang dibekalkan oleh KPM. Bagi sesi pengajian 2021–2022, peratusan murid Tingkatan Enam yang dapat menyambung ke peringkat universiti awam adalah sebanyak 66.85 peratus. Sesi pengajian 2022–2023, peratusan murid Tingkatan Enam yang dapat menyambung pengajian ke peringkat universiti adalah sebanyak 67.87 peratus. Sesi pengajian 2023–2024, adalah sebanyak 68.03 peratus.
[Bangun]
Sememangnya pihak KPM menetapkan satu sasaran selepas pembaharuan dan pemerkasaan dibuat, kami menyasarkan supaya suatu hari nanti kita boleh mencapai satu kemasukan pengajian ke universiti awam sebanyak 80 peratus. Berkenaan dengan program-program pempromosian STPM kepada ibu bapa dan juga anak- anak kita, sememangnya program-program ini giat dilaksanakan dan Pelan Tingkatan Enam 2024–2030 telah pun dibangunkan oleh KPM dan antaranya kita mempunyai beberapa inisiatif dan juga strategi. Antaranya yang telah pun dapat kita laksanakan adalah pemberian autonomi kepada pengetua bagi rayuan kemasukan.
Pengetua di Kolej Tingkatan Enam ataupun di Pusat Tingkatan Enam mempunyai autonomi untuk menetapkan dan membuat keputusan ke atas kesemua kes-kes rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Ini sesuatu usaha untuk membantu anak-anak kita yang berazam dan berhasrat untuk masuk ke Tingkatan Enam tetapi tidak diberikan peluang pada awalnya untuk masuk. Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya sama ada pihak KPM ada meneliti berkenaan dengan menyatukan kedua-dua Matrikulasi dan juga STPM. Dan pihak KPM mengambil isu ini, pandangan ini dengan satu sikap yang amat serius.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya, dalam beberapa bulan yang lepas ini, sememangnya pihak KPM sedang dalam usaha untuk meneliti berkenaan dengan cadangan untuk mengadakan satu single entry exam bagi anak-anak kita dari lepasan Matrikulasi dan lepasan STPM. Namun, pada masa kini kita tidak ada satu kata putus lagi dan cuma KPM memberikan komitmen untuk memastikan anak-anak kita biarpun dari Matrikulasi ataupun STPM mempunyai satu landasan lanjutan pengajian yang cerah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Pekan. Pasir Salak.
Ya. Pasir Salak. Baik, terima kasih Dato’ Sri Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan dari Pasir Salak ialah apakah perancangan Kementerian Pendidikan dalam meneliti laluan khas bagi meningkatkan bilangan guru cemerlang Tingkatan Enam yang ketika ini direkodkan seramai 60 orang atau 0.5 peratus daripada keseluruhan guru akademik Tingkatan Enam? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Pasir Salak berkenaan dengan guru dalam pengurusan guru ataupun kualiti guru bagi Tingkatan Enam. Sememangnya di bawah Pelan Tingkatan Enam 2024-2030 yang telah pun dibangunkan. Salah satu inisiatif adalah berkenaan dengan pengurusan kebajikan murid dan guru dan juga satu lagi adalah peningkatan kualiti lepasan pendidikan Tingkatan Enam. Bagi guru kita yang mengajar ataupun mengambil yang mengajar di kelas ataupun Pusat Tingkatan Enam, sememangnya pihak KPM selalu memberikan perhatian yang serius dan itu juga sebab kenapa dari tahun 2016 lagi untuk Pusat Tingkatan Enam di Mod 1, ia telah pun dibangunkan sebagai Kolej Tingkatan Enam. Tahun 2016 kita mempunyai 10 Kolej Tingkatan Enam. Setakat tahun ini 27 dan di bawah Pelan Tingkatan Enam 2024 ini kita menyasarkan pada tahun 2030, kita menyasarkan kita akan dapat membangun dan mempunyai sejumlah 67 Kolej Tingkatan Enam. Sekian, terima kasih.
Majlis ke soalan yang kesembilan. Mempersilakan Tuan Mordi Bimol, Yang Berhormat Mas Gading.
Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor sembilan.
9. Tuan Mordi Bimol [Mas Gading] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jenis serta bilangan kes penipuan melibatkan institusi pendidikan tinggi swasta yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa sejak tahun 2019 hingga kini dan apakah langkah penguatkuasaan yang telah diambil untuk memastikan penipuan seperti ini tidak berulang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Mas Gading tentang soalan yang telah diberikan. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa berusaha memastikan pengoperasian institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di bawahnya melalui pemeriksaan secara berkala. Sekiranya terdapat penemuan ketidakpatuhan dalam pemeriksaan pengoperasian oleh IPTS kepada Akta 555 tersebut, tindakan susulan akan dipanjangkan untuk kertas siasatan dibuka seterusnya dikenakan tindakan pendakwaan selaras dengan Akta 555 jika didapati bersalah. Dari tahun 2019 sehingga 2024, berdasarkan aduan ketidakpatuhan kepada Akta 555, pemeriksaan audit pematuhan telah dilaksanakan kepada 355 buah IPTS dan dalam tempoh tersebut sebanyak 146 kertas siasatan telah dibuka ke atas IPTS oleh KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi berdasarkan aduan yang diterima. Berdasarkan jumlah kertas siasatan yang telah dibuka tersebut, sebanyak 82 kes yang telah dikenakan tindakan kompaun. Antara kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh IPTS di bawah Akta 555 ini adalah seperti berikut: (i) seksyen 15. IPTS membuat perubahan butiran syarikat tanpa kelulusan Ketua Pendaftar. Yang ini 12 notis kompaun telah dikeluarkan; (ii) seksyen 28. IPTS beroperasi di premis tidak berdaftar di bawah Akta 555. 12 notis kompaun juga telah dikeluarkan; dan (iii) seksyen 81. Tenaga pengajar yang mengajar di IPTS tidak memiliki permit mengajar yang diluluskan Ketua Pendaftar. Yang ini 47 notis kompaun telah dikeluarkan. Secara tuntasnya kementerian ini sememangnya memandang serius sebarang isu melibatkan IPTS. Sekiranya orang awam mempunyai sebarang aduan berkaitan IPTS, aduan boleh disalurkan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) untuk tindakan pihak kementerian selanjutnya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Mas Gading.
Terima kasih Speaker, terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya adalah apakah strategi kementerian untuk bantu pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman PTPTN ataupun PTPK untuk menyambung pengajian mereka? Sebab ada kes yang saya terima baru-baru ini, pelajar tersebut dipaksa untuk membuat pinjaman luar. Kedua, apakah tindakan kementerian terhadap IPT yang terima dan ambil pelajar yang sah-sah tidak layak dari segi keputusan akademiknya dapat sambung belajar, dapat pinjaman tetapi sijilnya tidak diiktiraf. Yang kedua, ada pula kes dapat sambung pengajian,
dapat pinjaman tapi gagal tamat pengajian lepas itu berhutang PTPTN. Jadi kes ini banyak jadi mangsanya pelajar-pelajar di luar bandar. Jadi mohon pencerahan daripada pihak kementerian.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.
Okey, terima kasih atas soalan tambahan Mas Gading. Yang ini memang merupakan antara perkara serius yang diambil perkara – diteliti oleh pihak kementerian. Mengikut rekod kita pada tahun 2023 di universiti awam sahaja sebanyak 593,101 pelajar yang mendaftar dan akhirnya ada 24,296 ataupun 4.1 peratus yang tercicir dan tidak dapat menamatkan kerjayanya. Hasil daripada penelitian, ini antara sebab yang menyebabkan ialah yang disebut oleh Mas Gading tadi yang tidak dapat membayar yuran dan juga masalah kewangan. Oleh itu KPT, kita ada beberapa skim yang kita tawarkan kepada pelajar-pelajar berkenaan. Saya minta pelajar-pelajar tersebut boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar masing-masing. Antaranya Program Sulung seperti yang saya selalu sebut, Program Sulung ini adalah untuk anak-anak sulung terutama golongan B40. Cuma pastikan bahawa CGPA nya 3.0 baru dia layak. Ini anak sulung dalam keluarga yang baru masuk ke universiti dan selain daripada itu kita ada Yayasan Perkasa Siswa yang kita tubuhkan pada tahun 2021 dan yang ini akan mengurus kebajikan pelajar dalam pelbagai bentuk bantuan. Baru-baru ini juga kita telah memberi komputer kepada pelajar-pelajar yang kita kenal pasti dan juga bantuan one-off kepada pelajar-pelajar yang memang amat memerlukan dan juga keperluan orang-orang pelajar kurang upaya. Jadi maknanya dalam kementerian ini kita cuba memastikan bahawa jangan ada pelajar-pelajar yang tercicir. Dan yang disebut tentang tindakan kementerian untuk mana-mana pelajar yang tidak layak tapi diambil juga. Di IPTS yang berdaftar dengan di bawah KPT perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar sebelum menawarkan kursus pengajian dengan syarat yang ditetapkan termasuk syarat kelayakan masuk pelajar.
Jika terdapat aduan IPTS berdaftar mengambil pelajar di bawah syarat, ia merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 40, Akta 555 dan untuk tahun 2024, sebanyak 28 notis kompaun yang dikeluarkan kepada IPTS kerana kesalahan ini. Okey, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Timbalan Menteri, saya nak tahu apakah di antara sebab-sebab penipuan yang dialami oleh IPT swasta dan mungkin juga awam atau kerana IPT-IPT ini berhadapan dengan hutang yang membuatkan mereka terpaksa bergantung kepada pihak lain? Akhirnya, mereka ditipu.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya juga ingin tahu kalau boleh, soalan tambahan ini. Berapakah jumlah hutang- hutang yang dihadapi, ditanggung oleh IPT swasta ini dan juga awam, dengan pihak mana mereka berhutang? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan atau kementerian dalam membantu IPT swasta ini dan juga awam? Terima kasih.
Sila Menteri.
Okey. Terima kasih kepada MP Maran. Seperti yang saya sebut tadi ya, antara yang selalu menjadi masalah kepada IPTS, terutamanya ialah tentang apabila mereka tidak membuat perubahan apabila berlaku perubahan butiran-butiran syarikat, mereka tidak maklumkanlah kepada kementerian ataupun Jabatan Pendidikan Tinggi. Ada juga yang tidak beroperasi di premis yang tidak didaftarkan dan juga tenaga pengajar yang mengajar tidak memiliki permit mengajar. Cuma dari segi detil tentang apa masalah yang berlaku, di mana mereka berhutang dan bagaimana menyelesaikan perkara- perkara tersebut, saya fikir itu agak detil...
Bertulis ya.
...statistiknya. Nanti saya akan jawab secara bertulis.
Terima kasih.
Terima kasih MP Maran.
Baik, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Sila Menteri. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang tertera di nombor 22 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar yang telah diedarkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 12 November 2024.” Terima kasih.
Terima kasih Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Ya, Tan Sri Speaker. Saya menyokong.
Baik. Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Sekarang saya terbuka...
Yang Berhormat Tan Sri. Peraturan mesyuarat.
Okey. Why not kita selesaikan yang ini dulu. Selepas itu, kita mesyuaratkan. Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Ya, Kota Bharu.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12).
Okey.
Yang berbunyi, “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.
Saya.
Yang Berhormat Tan Sri, untuk memudahkan pembentangan saya ini, saya mohon untuk memberikan dokumen rujukan ini kepada Yang Berhormat
Baik.
Boleh saya minta. [Sambil memberikan senaskhah dokumen kepada Bentara]
Silakan.
Exhibit one. [Ketawa]
Okey.
Yang Berhormat Tan Sri, saya ingin merujuk kepada Hansard Dewan yang mulia ini. Pada 6 November 2024 iaitu hari Rabu yang lepas iaitu semasa Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi menggulung perbahasan Belanjawan 2025 dan saya telah mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut dengan mencelah penggulungan tersebut. Saya ingin merujuk kepada Hansard bermula di muka surat 42 yang saya tandakan. I highlight the page. Saya mohon izin untuk membacanya, “Dikatakan...”, ini ucapan saya ya, “Dikatakan ada addendum yang menyatakan bahawa pengampunan itu melibatkan satu tahanan alternatif iaitu tahanan di dalam rumah. Sekarang ini, isu ini, saya nak bertanya kepada Menteri, inilah masanya,
adakah addendum ini wujud sebagaimana disebut dalam afidavit Yang Amat Berhormat Bagan Datuk dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang dimasukkan dalam mahkamah”. Itu muka surat 42. Menjadi isu yang saya nak bangkitkan pada muka surat selepas itu Yang Berhormat, muka surat 43, “Kota Bharu: Yang Berhormat”, saya membaca, “Sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi sebut Yang Berhormat adalah Menteri yang bertanggungjawab kepada Attorney General’s Chambers (AGC). Attorney General, Peguam Negara adalah salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan. Takkanlah Yang Berhormat tak dapatkan maklumat daripada AG mengenai isu addendum ini?”. Jawapan Menteri, “Saya agak keliru ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat dulu pun Menteri Undang-undang. Adakah Yang Berhormat mengatakan bahawa Peguam Negara lapor kepada Yang Berhormat? It’s that what you making assumption?”. Saya menjawab, “Ya. Kita boleh mendapatkan maklumat daripada Peguam Negara”. Okey, seterusnya. Menteri, “Tak, tak. Saya minta maaf ya, Yang Berhormat. Dalam Kerajaan MADANI, saya Menteri yang bertanggungjawab undang-undang. Saya tidak terlibat dalam pelantikan Peguam Negara. Saya tidak terlibat - melibat diri melihat fail dalam Peguam Negara dan saya juga tidak terlibat dalam Lembaga Pengampunan”. Kemudian saya menyebut Yang Berhormat, itu tak habis. Dia sambung lagi. Ini yang penting yang saya nak highlight-kan. Kata Menteri, “Sebab Menteri bertanggungjawab, sekretariat dalam kes Yang di-Pertuan Agong adalah Menteri Wilayah. Yang Berhormat sebagai Mantan Menteri Undang-undang dalam kerajaan sudah tentu Yang Berhormat lebih berakal daripada saya”. Itu kata Menteri.
Betul.
Yang Berhormat, saya ingin menyatakan bahawa the last part, bahagian terakhir yang saya bacakan itu adalah satu kenyataan yang amat-amat tidak berfakta dan mengelirukan Dewan yang mulia ini.
Yang mana itu, maksudnya?
Yang maksudnya ialah “Menteri bertanggungjawab, sekretariat dalam kes Yang di-Pertuan Agong” iaitu kes pengampunan ini adalah...
Alright.
...Menteri Wilayah.
So, last para itu?
Ya, last para itu. Saya rasa umum mengetahui, saya juga angkat daripada Yang Berhormat. Satu kenyataan media, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 bertarikh 2 Februari 2024 Jumaat, yang mana kandungan ini saya tak nak baca. Yang nak bacanya bahagian bawah. Kenyataan ini dibuat, dikeluarkan oleh Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri [Tepuk] iaitu kementerian Yang Berhormat Menteri Undang-undang sendiri. Jadi bagi saya, Yang Berhormat Menteri Undang-undang
telah mengelirukan Dewan. She misled the House dan ini adalah satu contempt, satu penghinaan kepada Majlis. Saya sebagaimana Yang Berhormat Ayer Hitam baru-baru ini membangkitkan mengenai Menteri Ekonomi. Kalau mengikut 36(12), kita boleh hadapkan orang yang mengeluarkan kenyataan ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. Saya tidak berhasrat untuk itu. Tapi memadailah. Ini melibatkan integriti saya. Dia kata saya tak tahu, bekas Menteri Undang-undang tak tahu. Walaupun dia kata saya lebih berakal daripada dia. [Ketawa] Jadi, saya nak Dewan ini menetapkan bahawa Yang Berhormat Menteri untuk menjaga integriti dia dan juga integriti Dewan, sekurang-kurangnya menjelaskan perkara yang sama, bahawa sekretariat kepada Lembaga Pengampunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, bukan kementerian Wilayah Persekutuan [Tepuk] ataupun Menteri Wilayah Persekutuan. Jadi, saya submit perkara ini untuk pertimbangan Yang Berhormat, untuk dibuat ruling dan juga apa yang sepatutnya dibuat. Terima kasih.
Baik, Kota Bharu. Seperti yang telah pun saya minta kepada Ayer Hitam dan Ayer Hitam telah pun menunaikan janji beliau untuk menulis kepada saya dan telah pun tulis dan saya telah terima. Begitulah juga saya nasihat sekarang kepada Kota Bharu. Oleh kerana afidavit ... tak cukup, jadi Kota Bharu pohon. Saya pohon tulis kepada saya, quote-kan apa yang Kota Bharu nak quote dengan juga me-mention-kan apa yang hasrat Kota Bharu dalam usul tersebut dan saya akan proses dari situ. Boleh Kota Baharu?
Yang Berhormat.
Bolehlah.
Terima kasih.
Yang Berhormat. Jika...
Ya, Beluran.
Yang Berhormat, lanjutan daripada fatwa Yang Berhormat Speaker. Fatwa.
Fatwa pujangga hari ini ya.
Ya. Duduk dengan PAS lama sudah... [Ketawa]
Duduk dengan PAS, okey, tetapi jangan makan banyak. Saya gemuk ini kerana dahulu makan banyak.
Ya. Yang Berhormat, 36(12) merupakan peraturan mesyuarat yang serius. You cannot simply angkat orang dan rujuk ke hak dan kebebasan. Lazimnya Parlimen sesi yang lalu, Yang Berhormat, dalam keadaan-keadaan seperti yang diluahkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Ayer Hitam, Speaker mempunyai kuasa untuk meminta Menteri untuk memberi penjelasan di Dewan ini, rather than kita file complain bertulis dan sebagainya. Jika diangkat dan dimaklumkan kepada
Dewan bahawa terdapat percanggahan dari segi kenyataan dan jawapan Menteri, Speaker boleh memanggil Menteri dan membuat penjelasan di dalam Dewan ini. Itu merupakan tindakan yang lebih akrab, lebih pendek prosesnya untuk dilakukan oleh Speaker. Saya mohon agar yang itu dilihat oleh Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat.
Precisely, Beluran. Terima kasih. Mentor saya juga. Oleh sebab saya tidak mempunyai fakta yang cukup dan saya kena tengok fakta apa. Insya-Allah, tindakan-tindakan susulan itu seperti yang disebut oleh Ayer Hitam dalam permintaan beliau, beliau juga tidak berhajat dan sebagainyalah, namun begitu, saya kena tengok fakta dan I will advise the Minister accordingly, sama ada they come here to clarify ataupun dia menulis dan saya akan membaca apa yang dimaksudkan. Boleh ya, Beluran? Thank you very much. Baik.
Tan Sri Speaker, saya juga ada 36(12). Boleh?
Ya. Isu yang sama atau isu yang lain?
Lain. Isu lain.
Sudah masuk ke belum usul itu?
Ini fasal pembentangan Yang Berhormat ‘Menhan’ baru ini. Boleh?
Okey. Kalau Yang Berhormat belum masuk usul lagi, saya ingat elok masuk usullah. Sebab, akan ada tiga, empat orang sudah masuk usul, saya reject.
Tidak. Saya hendak membangkitkan sedikit. Hendak minta panduan daripada Tan Sri Speaker.
Okey.
Boleh ya? Terima kasih banyak. Saya ingin membangkitkan mengenai Peraturan Mesyuarat 36(12). Pada 7 November, Khamis lalu, sewaktu Yang Berhormat Kota Tinggi menggulung perbahasan bajet Kementerian Pertahanan peringkat dasar, di mana saya tiada dalam Dewan ketika itu, beliau telah menyebut mengenai persoalan yang saya bangkitkan ketika sesi perbahasan sebelum itu dengan niat mengelirukan Dewan apabila menyatakan bahawa ketika saya menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, saya patut tahu ke atas jawapan terhadap persoalan saya sendiri. Perkara yang saya soal ketika sesi perbahasan bajet MINDEF peringkat dasar adalah berkenaan rasional keputusan MINDEF memilih syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. bagi kontrak sewaan empat helikopter jenis Black Hawk bernilai RM187 juta untuk kegunaan tentera darat Malaysia. Yang Berhormat Kota Tinggi sewaktu menyentuh persoalan yang saya utarakan dalam ucapan penggulungan beliau dengan sengaja mengelirukan Dewan apabila menyatakan bahawa saya patut tahu akan jawapan terhadap soalan saya sendiri kerana saya adalah Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu. Boleh rujuk Hansard Parlimen di mana Yang Berhormat Kota Tinggi menyebut bahawa kontrak pembekalan helikopter Black Hawk telah
diiklankan pada 15 Julai hingga 11 Ogos 2022 dan dibentangkan dalam Lembaga Perolehan pada Oktober 2022, justeru saya boleh menjawab sendiri soalan yang saya utarakan di Dewan yang mulia ini mengenai anugerah kontrak sewaan helikopter Black Hawk kepada syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd.. Sedangkan, pada hakikatnya, kontrak sewaan helikopter Black Hawk ini dianugerahkan secara rasmi kepada syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd....
Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah masuk detail.
Sekejap. Pendek sahaja. Pendek sahaja.
Saya beginilah cadangnya. Oleh sebab ia melibatkan “maruah” Yang Berhormat...
Ya.
...Jadi, saya cadangkan Yang Berhormat tulis kepada saya.
Ya.
Saya akan buat keputusan kemudian.
Saya tidak adalah niat― saya lebih macam Ayer Hitam jugalah.
Betul.
Saya tidak ada niat hendak bawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya cuma hendak...
Jadi, Yang Berhormat tulislah apakah niat itu.
Saya hendak memperbetulkan fakta.
Apakah niat itu, tulis dalam surat supaya saya lebih faham.
Ya. Saya hendak Yang Berhormat Kota Tinggi mengakui kesilapan. Itu sahaja.
Ya, tidak apa. Tulis dahulu surat kepada saya.
Terima kasih.
Baik, kita teruskan dengan penggulungan. Silakan, Setiausaha.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa usul berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [7 November 2024]
Baik, sebelum saya jemput Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, saya hendak maklumkan bahawa Menteri akan ada 45 minit. Seperti yang telah pun kita persetujui, mereka yang tidak berada dalam ini, Menteri boleh jawab secara bertulis. Mereka yang bertanya, boleh jawab sekarang. Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih pada pagi ini. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat sudah mai-lah ya. Nampak memang dah mai-lah hari ini. Jadi, saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Baik. Silakan, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. 45 minit dari sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta membahaskan― ada 18 orang― isu-isu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Saya juga ingin merekodkan kehadiran ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk Setiawangsa yang hadir di Dewan pada hari ini. Secara keseluruhan, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang telah memperuntukkan RM2.27 bilion kepada NRES dan ini merangkumi peruntukan perbelanjaan mengurus RM1.4 bilion dan peruntukan pembangunan sejumlah lebih RM860 juta. Ini adalah penting kerana Kementerian ini memainkan peranan penting dalam agenda kelestarian alam sekitar dan juga komitmen di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Ini termasuklah soal pengurusan alam sekitar, tindakan adaptasi dan mitigasi
perubahan iklim, usaha pemuliharaan dan perlindungan hutan dan kepelbagaian biologi serta memperkasa kecekapan tadbir urus sumber semula jadi bagi menjamin kemapanan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Sebagai rekod ya, kita dapat lihat peningkatan ketara dalam beberapa aspek. Dalam belanjawan tahun ini, diumumkan ecological fiscal transfers, dengan izin, yang diagihkan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan simpan, kawasan marin dan sebagainya meningkat daripada RM60 juta ketika ia mula diperkenalkan tahun 2019 kepada RM250 juta untuk tahun hadapan. Bagi renjer komuniti, ia bermula dengan 225 orang pada tahun 2019 dengan 28 pos. Pada tahun 2023, ia meningkat kepada 1,000 orang dengan 118 pos dan tahun hadapan, total 2,100 di Semenanjung dan 500 di Sabah dan Sarawak. Renjer komuniti yang memelihara hidupan liar kita. Kita juga akan memperkenalkan dasar pasaran karbon kebangsaan, rang undang- undang perubahan iklim negara pada tahun depan dan pada 2026, Pelan Adaptasi Kebangsaan. Kejayaan negara kita ini juga telah mendapat perhatian, Tuan Yang di-Pertua, sewaktu saya mewakili negara di COP16 Biodiversiti baru-baru ini di Columbia. Setiausaha Agung PBB telah― dan saya memetik, “Many countries around the world are stepping up to lead the way. Brazil, Columbia, Indonesia and Malaysia are leading by example by ramping up efforts to curb deforestation”, dengan izin. Jadi, bagi saya, kita berada pada landasan yang baik dan saya akan menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan. Yang Berhormat Larut dan Kuala Terengganu ada bertanya tentang status semasa nadir bumi (REE) supaya kita tidak ketinggalan. Untuk makluman, hala tuju REE telah pun kita melihatnya secara keseluruhan rantaian nilai di peringkat huluan, pertengahan dan juga hiliran. Ia telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara ke-6 tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Kajian cadangan model perniagaan ataupun business model, dengan izin, untuk industri ini telah pun dilaksanakan oleh Akademi Sains Malaysia bagi melihat ekosistem industri ini. Dilihat Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk terlibat di dalam industri di peringkat hiliran untuk menjadi negara pengeluar super magnet di dunia khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik. Namun, ini memerlukan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber mentah REE dalam bentuk rare earth carbonate (REC) yang dihasilkan oleh lombong-lombong tempatan. Yang Berhormat Larut juga bertanya tentang status terkini...
Yang Berhormat. Dua hari lepas, saya baca ada kenyataan media oleh Menteri Sumber Asli Australia tentang perasmian kilang pemprosesan Lynas. Bagaimanakah kesan dia kepada Malaysia?
Dan juga satu lagi soalan saya berkaitan dengan laporan terbaharu tentang Kerajaan Perak baru mengumumkan adanya teknologi tempatan tentang pemprosesan ini, boleh nyatakan syarikat mana? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya bagi kita pengumuman yang dibuat di Australia itu dia memang kita sedia maklum sebelum ini dan di peringkat Lynas sendiri kita memang ada perbincangan dengan mereka untuk soal pemprosesan REE tempatan. Sekarang kita memproses REE daripada Australia dan jenis dia berbeza sedikit dengan apa yang ada di Malaysia tetapi Lynas telah memberikan komitmen bahawa mereka bersedia untuk membuka satu lagi line untuk memproses REE daripada negara kita. Cuma – dan kita mengatakan sebarang tindakan ini tentulah perlu mematuhi syarat- syarat alam sekitar, keselamatan, kesihatan yang ketat. Cuma, di peringkat Lynas ialah mereka meminta satu tempoh lesen yang lebih panjang dan itu kita sedang bincang dengan terbuka untuk dinilai. Maknanya, bagi mereka hendak buat perkara tersebut memerlukan satu pelaburan yang besar. Sekiranya mereka buka, kemudiannya terpaksa ditutup dalam tempoh dua, tiga tahun maka itu tidak menarik. Bukan sahaja mereka, ada syarikat-syarikat yang seperti Super Magnet dan sebagainya yang juga hendak membuka kilang di Malaysia, mereka hendak tahu mereka ada masa depan. Sebab, buat masa ini, hasil produk daripada Lynas di Malaysia ini kita terima daripada Australia, kita proses, kita jual ke Vietnam, ke Jepun dan beberapa negara lain. Ya.
Adakah ekoran daripada pembukaan kilang Lynas di Australia akan menyebabkan selepas ini Lynas Malaysia tidak akan lagi menerima REE daripada Australia dan menjadikan kilang mereka di sini terbuka untuk memproses REE Malaysia.
Butiran dia kena tanya kepada syarikat Lynas. Tetapi sebagaimana saya sedia maklum, ini adalah satu industri yang sangat kritikal kepada ekonomi dunia pada hari ini dengan beberapa ketegangan geopolitik yang kita tahu antara Barat dan China dan sebagainya. Jadi, saya tidak melihat itu sebagai satu cabaran. Makna kalau buat masa ini mereka masih lagi berminat untuk teruskan dan sebaiknya kita manfaatkan keberadaan Lynas di Malaysia ini juga untuk memproses REE daripada negara kita. Tentang soal kedua yang dibangkitkan tadi tentang syarikat – pengumuman oleh MB Perak, memang kita ada terima maklumat tersebut. Bagi kita, kerajaan tidak terlibat secara langsung di dalam industri ini. Mana-mana syarikat yang mengatakan mereka boleh memproses dan sebagainya, itu ialah berdasarkan kemampuan dan keupayaan mereka. Jadi, bagi kita memang ada beberapa syarikat tempatan juga yang menyatakan mereka mampu untuk memproses. Cabaran dia mungkin daripada segi skala dan kos, yang ini banyak advantage terletak dengan izin, kepada syarikat-syarikat negara China dan juga
Lynas yang agak establish di dalam bidang ini. Tentang soal pemetaan REE yang dibangkitkan...
Yang Berhormat.
Sebelum pindah kepada...
Ya.
Sebelum pindah pada isu lain. Isu besar ialah soal SOP. Saya tengok pada Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 2 Disember 2021, Kabinet telah pun meluluskan SOP yang dilaksanakan di negeri Perak. Persoalan saya ialah apakah boleh kita muktamadkan SOP yang telah dilaksanakan dapat kita gunakan di negeri-negeri lain. Saya fikir ini halangan yang ada di peringkat negeri, terima kasih.
SOP ini sudah pun dikongsikan dengan semua negeri-negeri, MB semua negeri, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan seluruh negara beberapa bulan yang lepas. Kita tengok beberapa hari – saya ingat ada beberapa MB pun ada umumkan mereka merancang untuk merancakkan lagi industri REE ini. Jadi, SOP sudah pun dikongsi. Ya, baru REE ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya juga berminat hendak mengetahui pendirian ataupun stand Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan REE ini. Oleh kerana sebagaimana Yang Berhormat pun sedia maklum bahawa REE ini adalah mineral yang terletak di bawah jurisdiction state government, di bawah enakmen-enakmen mineral dan sebagainya. Sejauh mana Kerajaan Persekutuan boleh memberi jaminan bahawa proses untuk ekstrak dan juga memproses REE ini akan diberikan ataupun dipermudahkan dari segi prosedur dan SOP sebagaimana yang disebut oleh Kubang Kerian tadi kepada negeri-negeri ini dan jaminan tidak ada campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan yang tak sepatutnya di peringkat negeri, terima kasih.
Ya. Memang tidak ada campur tangan. Saya ingat Perlembagaan Persekutuan sangat jelas tentang perkara ini. Yang Berhormat Kota Bharu pun sangat-sangat arif bahawa isu mineral terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. SOP telah pun dikongsikan dengan kerajaan-kerajaan negeri, MB-MB pun ada datang bermesyuarat, kita telah pun kongsikan SOP. Cuma, sebagaimana kita juga sedia maklum, bila urusan eksport dan sebagainya, itu termasuklah di bawah ruang lingkup Kerajaan Persekutuan. Begitu juga dari segi tatacara, kita ada Akta Pembangunan Mineral yang digunakan untuk menyelaraskan supaya ia dibuat secara mampan dan dengan teratur, kita ada Akta Pembangunan Mineral. Jadi sekarang tidak ada masalah, memang its within state power untuk bertindak. Cuma yang kita hendak pastikan ialah supaya nilai ini, ini juga saya ingat ada dibangkitkan, kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mohon supaya tidak dieksport ialah supaya
kita dapat menangkap nilai yang lebih tinggi di dalam negara kita. Kita tidak mahu macam awal-awal zaman...
[Bangun]
...Kejap ya Yang Berhormat, bagi saya ini. Kalau zaman awal-awal dahulu, kita banyak lombong timah misalnya, kita terus proses dan hantar ke luar negara. Sedangkan kalau kita tengok pengalaman kita dengan industri minyak dan gas, di mana kita telah berjaya melahirkan satu industri oil & gas yang sangat ke depan dan ini telah menjadi satu kekuatan kepada negara kita. Jadi, saya ingat itu hasratnya. Tetapi, kerajaan akan bertindak walaupun ada pelbagai – juga dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat. Hendak buat PETRONAS dan sebagainya bagi REE tidak timbul sebab kita mahu menggunakan Akta Pembangunan Mineral dan juga Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Apa-apa pun kita akan go through Mineral Development Act 1994 dengan izin, untuk kita tambah baik tetapi kita tidak berhasrat untuk membuat satu syarikat monopoli dan sebagainya. Jadi, itu yang kita hasratkan dan buat masa ini, untuk makluman Perak sebab mereka merupakan lombong perintis untuk projek REE ini di Kenering, maka pada mulanya selepas sekatan diumumkan untuk eksport, mereka meminta sementara hendak cari pelabur. Sebab itu sekarang Perak juga berusaha hendak dapat syarikat pemprosesan tempatan atau luar negara. Ada beberapa perbincangan juga di peringkat antarabangsa tetapi sementara itu sebab sudah ada outstanding stock yang sudah pun dilombong. Maka, diberikan kebenaran khas buat tempoh yang munasabah untuk mereka eksport. Ya, Yang Berhormat.
Saya tertarik tadi Yang Berhormat beritahu kebenaran khas telah diberikan untuk eksport yang bagi baki yang kilang, tak salah saya MCRE. Saya hendak tanya, apa ini, tadi disebut gambaran bahawa akan ada kebebasanlah kepada negeri untuk – dan tidak tertakluk seperti monopoli dan sebagainya. Adakah ia – saya ada dengar kemungkinan tentang diwujudkan single buying house untuk REE ini yang bermaksud adakah ada dalam perancangan kerajaan bahawa semua REE ini akan dibeli oleh satu entiti sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu antara cadangan yang dibincangkan tetapisetakat ini tidak ada keputusan tentang perkara tersebut. Apa yang telah pun diputuskan ialah wujudnya satu jawatankuasa ataupun task force yang dipengerusikan oleh saya dan dianggotai oleh Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan II, Menteri MOSTI, Menteri MITI dan beberapa agensi yang berkaitan yang mana kita hendak membangunkan REE – industri REE ini daripada peringkat huluan, pertengahan dan juga hiliran. Ada jawatankuasa teknikal peringkat huluan, peringkat pertengahan dan hiliran dan juga penyelidikan, pembangunan, perkomersialan, inovasi dan teknologi. Jadi, ini supaya kita ada satu – sebab dulu dia agak fragmented dengan izin dan ini menyebabkan kita ada masalah untuk kita membangunkan REE ini dengan lebih ke depan.
Seterusnya Yang Berhormat kalau izinkan, saya ingat sebahagiannya telah saya jawab tadi untuk pergi ke soal perubahan iklim. Yang Berhormat Larut telah menyarankan supaya kerajaan mewujudkan satu punca kuasa perundangan yang jelas bagi mengikat komitmen pemain-pemain industri terhadap perdagangan karbon yang berpotensi menjadi sumber kekayaan baharu kepada negara dan juga negeri.
Jadi untuk makluman, kita di peringkat kementerian sedang membangunkan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara. Untuk makluman juga, rang undang-undang ini – kertas the draft consultative paper untuk rang undang-undang ini telah pun dimuat naik di dalam Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris di laman web untuk dirujuk oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi sesiapa sahaja terbuka untuk bagi pandangan. Ini akan menjadi instrumen utama bagi memastikan pelaksanaan perdagangan karbon dapat dilaksanakan secara efektif. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pelaksanaan cukai karbon pada tahun 2026 dalam ucapan belanjawan. Ini mampu memastikan pematuhan kepada pemain industri khususnya hard-to-abate, dengan izin yang sukar untuk mengurangkan pelepasan karbon seperti yang disebut oleh PM ialah besi keluli dan juga tenaga supaya kita dapat mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG untuk tahun 2030 sebanyak 45 peratus rentas ekonomi berbanding tahun 2005 dan juga untuk sifar bersih menjelang 2050. Kita juga sedang melaksanakan kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan secara berperingkat dan ini untuk menyokong pelaksanaan mekanisme karbon pematuhan dan juga sukarela. Elemen DPKK ini akan dimasukkan di dalam Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara. Pada masa yang sama, Malaysia Forest Fund (MFF) satu agensi di bawah NRES, merintis ekosistem pasaran karbon yang kondusif dengan pembangunan Forest Carbon Offsets (FCO) sebagai Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan. Ini membolehkan pembangunan projek karbon hutan dan penjanaan kredit karbon dapat dilaksanakan dalam konteks negara. Tetapi pada masa yang sama memastikan kriteria penerimaan global bagi menjamin tahap integritinya. Ini antara cabaran di dalam banyak projek karbon selama ini. Pada masa yang sama, kita juga telah berbincang dengan negara seperti Thailand, dengan Singapura dan juga dengan ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) untuk ada ASEAN Common Carbon Framework yang kita akan bincangkan lebih lanjut tahun depan dengan Kepengerusian ASEAN. Ia telah pun dimulakan dengan ASEAN Carbon Forum 2024 dan kita akan memberi lebih banyak fokus tentang perkara ini. Seterusnya Yang Berhormat Puchong mencadangkan supaya tanah lembap ataupun wetland diambil kira dalam laporan BUR UNFCCC bagi pengukuran serapan karbon kebangsaan. Untuk makluman, bermula tahun 2024, pelaporan Biennial Update Report (BUR), dengan izin digantikan dengan Biennial Transparency Report (BTR). Penukaran ini ialah berdasarkan COP24 di Poland pada tahun 2018 yang saya rasa dihadiri oleh Yang
Berhormat Puchong pada waktu itu. Ini adalah sebahagian daripada enhanced transparency framework di bawah Perjanjian Paris. BTR ini menggantikan BUR dengan format laporan yang lebih komprehensif, merangkumi inventori gas rumah kaca, penjejakan Nationally Determined Contribution (NDC), dengan izin serta sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan pemindahan kapasiti yang telah diterima dan diperlukan. Maka, Malaysia memang ingin memastikan semua pelepasan dan penyerapan gas rumah kaca daripada semua guna tanah, perubahan guna tanah dan perhutanan bagi kawasan tanah lembap termasuk tanah gambut dan paya bakau dilaporkan dalam inventori GHG. Kita menggunakan 2006 IPCC Guidelines for National Greenhouse Gas Inventories, dengan izin bagi mengira pelepasan dan penyerapan gas rumah kaca termasuk karbon dioksida, metana dan nitrus oksida. Kita juga dalam melaporkan aktiviti pembasahan ataupun rewetting yang berlaku di dalam kawasan hutan paya gambut dalam laporan BTR 1 kita sebagai salah satu langkah penambahbaikan berbanding pelaporan terdahulu.
[Bangun]
Berbalik tentang kredit karbon juga Yang Berhormat Puchong mencadangkan supaya kerajaan memberi insentif untuk menggalakkan nature-based carbon credit project seperti perhutanan semula dan pemulihan hutan paya bakau dan ini dapat didagangkan di dalam sama ada Bursa Carbon Exchange yang ada di negara kita dan juga menjana lebih pendapatan. Untuk masa ini, sebarang – antara cabaran kita ialah kerana projek-projek karbon hutan di negara kita mengguna pakai sistem perkreditan daripada luar. Kita baru sahaja ada auction atau lelongan yang pertama di Bursa Carbon Exchange oleh Kuamut project daripada negeri Sabah. Daripada permulaan projek tersebut sehinggalah berjaya dilelongkan di Bursa Carbon Exchange, ia memakan masa 10 tahun, ya tempoh yang agak lama. Jadi ada bottleneck di situ di peringkat sistem kredit antarabangsa ini, crediting system atau certifying system. Jadi sebab itu kita sedang melihat mekanisme FCO ataupun mekanisme ASEAN yang dapat membantu kita melakukan perkara ini dengan lebih cepat. Seterusnya Yang Berhormat Simpang Renggam...
Sebelum pindah.
Ya.
Terima kasih kepada – apa yang dibangkitkan ialah soal hutan simpan northern Kuamut yang meliputi keluasan 83,3 [Tidak jelas] hektar yang telah didagangkan. Kalau tengok pada laporan ini, Kerajaan Sabah mendapat hasil lebih kurang RM1 juta. Cuma saya ingin dapat penjelasan, berapa harga yang ditawar oleh Sabah kepada karbon yang telah dibuat? Syarikat mana yang membeli? Berapa tempoh pajakan untuk penghasilan karbon tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang butiran-butiran tersebut.
Yang Berhormat Simpang Renggam dan Paya Besar mencadangkan kepada kerajaan...
Tan Sri Speaker.
Ya.
Mohon mencelah. Saya ada satu cadangan lagi yang berkenaan dengan metana.
Oh, okey. Ya, terima kasih Yang Berhormat. Tentang methane atau metana, okey untuk makluman, kita telah turut serta di dalam Global Methane Pledge yang telah dilancarkan semasa COP28 di Glasgow di Scotland. Saya ingat Yang Berhormat Kubang Kerian ada pada waktu itu. Ia meletakkan komitmen di peringkat global untuk kita laksanakan pengurangan pelepasan gas metana rentas sektor 30 peratus berbanding tahap pelepasan pada tahun 2020. Berdasarkan BUR4 yang telah dikemukakan pada 2019, jumlah pelepasan gas metana di Malaysia adalah hanya sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan gas rumah kaca tetapi ini tidak termasuk penyingkiran daripada sektor LULUCF. Berdasarkan laporan tersebut, tindakan mitigasi pelepasan gas metana yang dilaksanakan di bawah sektor utama seperti pertanian, sisa dan industri minyak dan gas adalah melalui aktiviti pertama, pemerangkapan gas metana untuk digunakan sebagai bahan api bagi industri sawit. Kedua, pengurangan pelepasan gas fugitive yang mengandungi metana di dalam sektor industri dan minyak. Kalau kita selalu pergi ke Terengganu atau Sabah, Sarawak yang kita tengok dibakar di kawasan pemprosesan minyak. Juga inisiatif pengurangan pelepasan gas metana di tapak pelupusan sampah. Bagi proses pelaporan BTR yang bermula pada 2024, kerajaan akan terus melaporkan pelepasan gas metana pada tahun ini. Di peringkat NRES, kita dalam proses memuktamadkan pembangunan dokumen Long Term Low Emission Development Strategy (LT-LEDS) dan juga NDC Roadmap and Action Plan, dengan izin. Ini akan menjadi asas kepada kita untuk melihat strategi jangka masa panjang dengan komitmen terbaru negara yang mana kita kata sifar bersih. Kalau dulu kita cakap seawal 2050, sekarang sebenarnya tugas kita lebih besar sebab kita dah sebut menjelang 2050. Ini termasuklah strategi mitigasi pelepasan gas metana bagi sektor sisa dan minyak dan gas. Bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara holistik dan terangkum, NRES sedang menerokai pembangunan Pelan Pengurangan Pelepasan Metana Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13. Seterusnya yang...
Sorry.
Ya, Puchong.
Minta penjelasan. YB Menteri, saya sangat berbangga kerana kita akan adakan satu Pelan Kebangsaan Pengurangan Metana. Saya nak tanya dua perkara. Satu, apakah pengurangan sekarang berbanding dengan base level? Kedua adalah, bilakah pelan ini akan dibentangkan? Sebab I think dateline is 2030. So...
Ya. Kedua-dua ini, yang pertama tentang the details, tentang pengurangan terkini, yang ini Yang Berhormat, saya akan beri secara bertulis. Begitu juga dengan detail plans itu saya ingat, mungkin sebab kita baru nak go through the RMK process, tetapi saya faham juga the urgency of the matter. Sebab ia memerlukan banyak tindakan-tindakan intervensi daripada mereka yang terlibat dalam industri minyak dan gas dan juga daripada industri yang terlibat dalam sektor sisa, pemprosesan sisa. Saya lihat, daripada segi sawit itu sudah ada kemajuan yang agak ketara tetapi daripada kedua-dua sisa dan industri minyak dan gas, itu memerlukan intervensi yang lebih. Seterusnya, Yang Berhormat Kemaman telah mencadangkan kerajaan agar membentuk kerjasama awam dan swasta untuk mendepani cabaran kos yang tinggi dalam melaksanakan agenda pembangunan teknologi hijau dalam sektor ekonomi negara. Sememangnya, ini menjadi antara pendekatan kita supaya kos pembangunan dan pelaksanaan projek akan ditanggung oleh pihak swasta dan pihak kerajaan boleh memberikan atau menyediakan bantuan dalam bentuk insentif ataupun galakan seperti dengan izin, Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Technology Financing Scheme (GTFS). Untuk makluman Yang Berhormat, sistem pembiayaan teknologi hijau ini merupakan skim pembiayaan mudah yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2010 lagi dan ia terbuka kepada sektor tenaga, pengangkutan, pembuatan, air, sisa dan bangunan. Pada tahun 2024, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM1 bilion lagi untuk tahun ini dan tahun hadapan. Kesinambungan dalam– dari itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk meneruskan sistem pembiayaan GTFS bagi tahun 2026 dengan RM1 bilion lagi. Yang Berhormat Kuantan pula telah minta penjelasan tentang ketersediaan kerajaan berdepan dengan musibah banjir pada musim tengkujuh. Untuk makluman Yang Berhormat, METMalaysia memang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun untuk memantau situasi cuaca negara. METMalaysia akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya cuaca buruk yang mampu menyebabkan bencana dijangka berdasarkan model- model cuaca yang ada. Untuk makluman, kita ada– untuk makluman juga, METMalaysia juga telah– sentiasa berkongsi maklumat dengan pihak NADMA di peringkat pusat, negeri dan daerah dan juga dengan pemegang-pemegang taruh yang besar seperti TNB, PETRONAS, Prasarana, syarikat-syarikat air negeri, syarikat pengangkutan dan juga wakil rakyat dan penduduk setempat supaya ada ketersediaan sekiranya berlaku banjir. METMalaysia juga telah menaik taraf 60 stesen pencerapan permukaan kepada stesen cuaca automatik dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2022, dan kini sedang menaik taraf 100 buah stesen pencerapan permukaan automatik melalui RP3 RMKe-12 dan dijangka akan berfungsi sepenuhnya pada hujung tahun ini. METMalaysia juga ada laman web dan aplikasi myCuaca untuk memberi perkongsian dengan orang ramai.
Pada masa yang sama, ketika beberapa insiden baru ini yang kita lihat, saya telah meminta METMalaysia untuk melihat semula SOP yang ada sebab kadang-kadang kita terlepas pandang. Orang awam terlepas pandang tentang amaran-amaran cuaca, bagaimana nak membolehkan orang ramai dapat maklumat cuaca ini dengan lebih baik. Jadi, ini dalam proses yang dibuat oleh METMalaysia. Seterusnya Yang Berhormat, dalam isu biodiversiti dan hutan, banyak juga dibangkitkan. Sekadar untuk makluman ya, dalam kes insiden terbaharu, kes pelanggaran Harimau Malaya di Gerik baru-baru ini. Selain daripada harimau itu digilis oleh treler tetapi yang lebih menyedihkan ialah ada kita mengesyaki bahawa ada poachers kemudiannya datang dan telah mencuri kulit harimau tersebut di kepala dan juga di badan, dan juga taring dan juga kukunya. Jadi, walaupun dalam keadaan macam itu pemburu-pemburu haram ataupun poachers ini tetap berkeliaran. Jadi, sememangnya soal mengurangkan konflik hidupan liar dan manusia ialah antara perkara yang menjadi prioriti. Satu untuk pemuliharaan mereka tetapi juga dari segi memastikan keselamatan manusia dan juga keselamatan harta benda kita. Yang Berhormat Gerik bertanya tentang soal gajah dan harimau. Memang ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik sebelum ini. Untuk makluman, kita telah– PERHILITAN telah menjalankan 23 operasi tangkapan gajah daripada 2020 sehingga 2024 untuk dipindahkan ke habitat yang lebih luas, sesuai dan jauh daripada penempatan, membina tiga unit sistem pagar elektrik gajah kekal di Kampung Bukit Sapi, Kampung Batu Ring satu tempat, RPS Air Banun dan juga Bersia bagi mengurangkan pencerobohan gajah. Memasang empat unit kolar satelit bagi kumpulan gajah yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan gajah-gajah tersebut dan mengambil tindakan sekiranya mereka menghampiri kawasan kampung atau pertanian. Melaksana pengayaan habitat (habitat enrichment) dengan mewujudkan dua jenud tiruan di bawah lintasan hidupan liar (wildlife viaduct) rangkaian ekologi Central Forest Spine di kawasan Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Aman Jaya, Hutan Simpan Belum di Gerik bagi menarik hidupan liar terutamanya gajah supaya tidak melintas di atas jalan raya. Sebab dia bagi hidupan liar ini, hanya ada jalan untuk mereka lintas tak cukup, dia kena tarik. Antaranya ialah ada makanan untuk gajah misalnya ataupun ada salt lake untuk beberapa seperti rusa supaya mereka akan menggunakan laluan tersebut. Bila rusa lalu, biasanya harimau pun akan lalulah di kawasan tersebut. Melaksanakan pengurusan hidupan liar di bawah Rancangan Kawasan Khas Taman Negeri Royal Belum, Perak bagi menangani isu-isu konflik manusia-hidupan liar seperti gajah dan harimau, pemasangan 144 tiang lampu LED di 17 lokasi hotspot kawasan lintasan gajah, pemasangan 12 unit papan tanda lintasan gajah di Jalanraya Timur-Barat dan juga membuat hebahan dalam pelbagai bentuk. Pada masa yang sama, PERHILITAN juga telah melaksana kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik, pemasangan perangkap sekiranya terdapat aduan konflik
dan menggalakkan penternak haiwan membina kurungan ternakan dengan lebih kukuh dan menguruskan haiwan ternakan dengan lebih sistematik bagi mengelakkan konflik harimau, mengadakan program kesedaran awam dan mengadakan sesi libat urus. Jadi, sebagaimana kita tahu, isu pokok dia ialah isu habitat ya. Bagaimanapun, kalau mereka punya tempat tinggal binatang-binatang liar ini telah pun musnah ataupun– walaupun ada tetapi dia terpisah, fragmented, dengan izin maka, mereka memerlukan range yang besar. Harimau, gajah dia boleh berjalan beratus kilometer, dia punya range dan lagi-lagi bila satu lagi masalah yang kita hadapi ialah masalah binatang mangsa seperti babi hutan yang dalam keadaan kritikal ataupun rusa tidak cukup, maka itulah– makna, manusia ini bukan prioriti bagi harimau. Kalau boleh, dia pun tak nak makan orang. Tetapi, bila dia– sama ada mereka tidak ada makanan atau mereka sudah sakit biasanya, barulah mereka akan mengganggu manusia. Jadi...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Sedikit berkaitan dengan populasi haiwan mangsa tadi. Jadi, kalau kita tengok, banyak kes-kes yang berlaku ini kerana ketiadaan haiwan mangsa yang tidak mencukupi dalam hutan tersebut. Jadi, apa usaha drastik kerajaan? Kalau kita lihat, perlu ada satu intervensi yang menyeluruh segera supaya jumlah haiwan mangsa ini dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama, kita dapat mengurangkan konflik antara harimau dan manusia. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Buat masa ini, memang program pelepasan binatang mangsa ini ada dibuat biasanya, rusa, pelanduk. Ada dibuat di kawasan-kawasan hutan ini supaya menambah populasi di sana. Cuma, kita juga– kita akan ada mesyuarat MyTTF iaitu task force untuk harimau dengan pihak kerajaan negeri, pihak PERHILITAN, JPSM dan sebagainya.
Yang Berhormat...
Kita juga akan– saya akan membawa sebab saya rasa isu ini dah menjadi semakin kritikal. Jadi, mungkin kena lipat-gandakan lagi usaha. Usaha yang kita ada sekarang mungkin belum cukup untuk kita memperkayakan lagi keadaan di dalam hutan untuk mengelakkan binatang-binatang ini daripada keluar.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, Tenggara sikit, Yang Berhormat Menteri. Tenggara, Tenggara.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Kalau boleh, saya minta dikongsikan data, berapa banyak haiwan mangsa ini dilepaskan dalam tempoh lima tahun yang lepas ya.
Ya. Boleh.
Jenis haiwan dan juga jumlah yang dilepaskan. Terima kasih.
Boleh, Yang Berhormat tetapi saya boleh cakap di sini, masih terlalu sedikit dan kita sedang melihat untuk menambahnya. Ya.
Ya, Tenggara di belakang.
Tenggara, Yang Berhormat Menteri.
Oh, ya.
Sikit. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasihlah Yang Berhormat Menteri ada singgah ke Tenggara baru-baru ini berkaitan dengan konflik manusia-gajah ini.
Jadi, apakah tindakan seterusnya ini Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan kawasan saya sebab ada dua kelompok gajah. Kemudian di kawasan Kampung Temenin, Kampung Batu Empat, Lukut, Sepak Hulu, Sepak Hilir ini, ada dijalankan aktiviti berkaitan dengan homestay dan juga tapak perkhemahan. Jadi, lanjutan untuk 2026, kita ada Tahun Melawat Johor, Tahun Melawat Malaysia. Jadi, mungkin kita mengharapkan kerjasama daripada pihak kementerianlah untuk tengok macam mana handle isu konflik gajah-manusia ini. Terima kasih.
Kalau boleh jawab dengan Gerik sekali?
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga pada Menteri kerana banyak jugalah daripada pengumuman itu tindakan-tindakan yang dibuat untuk Parlimen Gerik. Cuma daripada sudut urgency, kejadian yang berlaku dalam tahun ini sahaja, berlaku dua kematian akibat serangan harimau, kemudian serangan gajah pun daripada tahun lepas sampai tahun ini pun dah masuk dua atau tiga kementerian. Kemudian, harimau baru ini digilis oleh lori semua kan. Jadi, Gerik berpandangan apa yang diperlukan oleh PERHILITAN Hulu Perak terutama di kawasan yang jaga Royal Belum dan sebagainya. Gerik rasa dia ada beberapa perkara yang bajet urgent yang dia orang cuba minta sebenarnya. Tetapi mungkin pihak kementerian patut perhalusi sebab bila saya berjumpa dengan pegawai PERHILITAN tersebut. Jadi, ada beberapa perkara jugalah yang diharapkan untuk kementerian bagi menyalurkan segera dana yang sepatutnyalah. Kemudian yang keduanya. Gerik berpandangan yang salah satu faktor utama dia adalah disebabkan penebangan hutan. Jadi, kalau ikutkan bila ada penebangan hutan, ada pembalakan dan sebagainya, kan sepatutnya dia ada tanam semula dia punya syarat-syarat yang sepatutnya kan? Tetapi kita nampak mungkin proses tanam semula itu tidak berlaku sebenarnya atau pun dia berlaku tetapi dia tidak pulih sepenuhnya. Jadi, apakah tindakan kementerian untuk mengatasi perkara ini?
Baik. Menteri?
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum itu saya nak mengalu-alukan kehadiran rombongan Dewan Perniagaan Tionghua, Sandakan dan rakan-rakan media Sandakan. Jadi, Yang Berhormat Sandakan, dia pesan nak cakap mereka telah travel lebih hampir 3,600 kilometer untuk datang ke sini.
Oh.
Terima kasih. Jadi, tentang perkara-perkara yang telah dibangkitkan, saya akan kongsikan data dengan Yang Berhormat Putrajaya sebentar tadi. Seterusnya, tentang soal yang dibangkitkan oleh kedua-dua Yang Berhormat daripada...
Tenggara.
Tenggara dan juga daripada Gerik ialah tentang memang bagi saya, kita selalu play catch-up dengan izin, PERHILITAN ini. Jadi, kadang- kadang bila banyak gangguan berlaku kepada habitat tetapi PERHILITAN yang kena datang itu. Jadi, kita ini dah terlambatlah. Makna pencegahan itu kita tidak dapat lakukan tetapi kita nak mengubat perkara itu, dia dah jadi agak terlewat. Jadi, itu antara cabaran. Bukan saya kata nak tak nak, kita kena hadapi. Ini realiti. Bila ada pembangunan, bila ada perkara ini yang kita kena lalui. Cuma yang boleh saya katakan ialah sebab itu kerjasama awam dan swasta itu sangat penting. Macam di Royal Belum, di dalam usaha konservasi memang banyak beberapa pihak swasta juga turut terlibat. Kalau di Johor juga, kita tengah nak siapkan santuari gajah dan saya akan turun pada bulan 12 ini untuk tengok persiapan tersebut. Antara dia nak makan masa itu, nak sediakan makanan untuk gajah. Itu pun satu perkara. Jadi, benda ini bukan – gajah dia bukan makan bukan sedikit-sedikitlah. Jadi, ini antara kekangan- kekangan yang kita ada tetapi saya alu-alukan kerjasama dan saya juga perlukan bantuan daripada kerajaan negeri supaya kita dapat atasi perkara ini secara bersama. Di peringkat Persekutuan misalnya, kita dah bagi moratorium. Ini daripada zaman kerajaan sebelum ini lagi kepada ladang hutan yang baharu. Sebab ia juga satu cabaran sebab banyak bila dia janji nak tanam semula tetapi tidak ditanam semula. Sebab business ladang hutan ini bukan business yang murah. Jadi, banyak yang tak mampu buat dan kerajaan telah kekalkan moratorium walaupun ada permintaan-permintaan daripada kerajaan negeri untuk terus benarkan ladang hutan di dalam HSK yang untuk kawasan baru. Tetapi saya take note dan kita akan terus berbincang untuk dapat lebih banyak sokongan infrastruktur untuk PERHILITAN supaya mereka dapat bertindak dengan lebih cepat.
Sedikit lagi Yang Berhormat Menteri. Saya rasa cerita berkenaan dengan penanaman hutan ini daripada dulu lagi saya rasa tak pernah berjaya pun. Jadi, saya memikirkan boleh tak kementerian wujudkan satu macam sama ada NGO atau pun syarikat persendirian di bawah kementerian yang ambil kita punya orang tempatan contohnya Orang Asli dan sebagainya? Contoh kalau kawasan itu di Gerik, kita ambil orang Gerik sebab orang-orang di Gerik ini sendiri dia memang dia nak selamatkan hutan. Bila kita suruh syarikat swasta yang luar buat, dia pun mungkin attention diri pun dia bukan nak jaga sangat hutan. Jadi, kita cuba kementerian perhalusi cadangan ini kan. Terima kasih.
Okey.
Okey, terima kasih. Itu saya ingat kita akan ambil maklum. Juga bagi saya, saya nak teruskan berkaitan juga dengan apa yang disebut tadi
ialah bila kita bercakap tentang soal hutan, kita kena bercakap soal EFT. Paya Besar, Kuala Nerus ada bangkitkan bahawa EFT ini terlalu kecil atau pun ada syarat-syarat baharu dan sebagainya. Sebenarnya, peningkatan ini sangat ketara. Macam saya sebut tadi, daripada RM60 juta pada tahun 2019. Kemudian, PM naik, PMX naik. Dia telah naikkan kepada RM150 juta, RM200 juta, RM250 juta. Jadi, kalau itu dah lebih empat kali ganda kenaikannya. Cuma kita juga nak memastikan sebab sekarang dia berdasarkan banyak pemberat dia ialah kepada keluasan kawasan yang dipelihara. Jadi, itu satu perkara yang bagi saya bagus dan terus ada tetapi kita untuk yang seterusnya, itu yang disebut dalam ucapan Tambun supaya kita nak naikkan kepada 50 peratus soal prestasi. Prestasi ini apa? Pada waktu kerajaan terdahulu, waktu Kota Bharu, dia ada pinda Akta Hutan. Akta Hutan 1984 telah dipinda supaya kena ada public hearing untuk penyahwartaan. Kalau dinyah warta, dia kena ganti exact same size serta-merta. Jadi, ini sebenarnya model yang telah diguna pakai oleh Selangor dan saya nak puji Kerajaan Perlis yang telah meng- adopt bulat-bulat akta tersebut. Sebab kita tahu hutan ini dia kena negeri juga, di peringkat enakmen. Tetapi negeri-negeri lain masih lagi belum atau pun kalau nak pun dia macam separuh-separuh nak. Dia kata dia tak nak semuanya. Jadi, saya galakkan semua negeri dapat ikut Pindaan Akta Perhutanan 1984 yang kita buat pada tahun 2022 supaya ia akan membolehkan kita melindungi hutan kita dengan lebih baik. Begitu juga EFT...
Menteri?
...Selepas ini elemen kuantiti. Sorry, elemen kualiti iaitu apa effort mereka sama ada nak mengguna pakai akta ini atau pun usaha-usaha lain. Mungkin hutan dia tak banyak tetapi dia ada effort yang bersungguh. Maka, ini juga akan jadi dalam pengiraan untuk negeri-negeri ini dapat daripada RM250 juta ini jumlah yang lebih besar. Ya?
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan EFT ini, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah kaedah ini masih dijangka akan kita tingkatkan keberkesanan? Walaupun kita tingkatkan peruntukan, saya ucapkan syabas di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, meningkatkan tiga atau empat kali ganda. Cumanya persoalan yang pertama adalah adakah ia dapat capai keberkesanan dan yang kedua adakah dengan peningkatan jumlah peruntukan ini boleh merapatkan antara Federal dengan negeri? Kerana apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, ada reluctant spirit daripada negeri-negeri? Apakah sebabnya? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Saya tidak nafikan reluctance itu. Mungkin saya fikir sebab bagi negeri-negeri misalnya pembalakan atau dijadikan ladang dan sebagainya. Itu satu aktiviti ekonomi yang lebih mudah difahami. Tetapi bagaimana kita dapat tingkatkan pelancong, ecotourism atau pun kita dapat terlibat dalam perdagangan karbon kredit yang masih lagi sangat baharu. Itu benda-benda yang sukar difahami dan mungkin bagi negeri-negeri, dia kata apa faedah dia?
Cuma saya juga ada berpesan. Saya pernah bertemu dengan seorang Menteri Besar bersama dengan Perdana Menteri, dapat bantuan untuk tebatan banjir banyak, untuk bekalan air banyak, tetapi saya kata pada masa yang sama itu duit Federal ya. Saya kata saya pohon, saya kata bila nak buka hutan itu, fikir-fikir sebab nanti kena tambah lagi duit untuk banjir, duit untuk bekalan air. Jadi, dia kena juga tengok kesan kepada negeri tersebut. Tetapi, saya take note dan kita akan teruskan penambahbaikan. Saya cuma nak masuk sedikit...
Timbalan Menteri, sedikit sahaja. berkenaan EFT. Kuala Nerus, okey?
Ya.
Terengganu, memanglah dari segi Menteri jawab tadi bergantung kepada effort kerajaan negeri menjaga hutan itu antara kriteria yang dapat banyak peruntukan selain daripada keluasan. Jadi, Terengganu memang keluasan hutannya diameter lebih daripada 50 peratus tetapi effort itu kurang. Sebab kita kurang dana yang negeri sendiri nak keluarkan untuk effort. Mungkin kalau dinilai dari segi effort, kita kurang. So, sebab itulah kita dapat jumlah yang agak kecillah saya kira pada tahun lepas iaitu RM13.94 juta sahaja. So, boleh pertimbangkan tentang effort negeri yang miskin ini supaya kriteria itu dilonggarkan? Terima kasih.
Sebab itu tahun ini kita naik RM17.7 juta 2024, daripada RM13.94 juta. Insya-Allah, logiknya kalau semua itu okey, tahun depan pun akan naik sebab bila peruntukan pokok itu dah ditambah kepada RM250. Tapi sebab itu bagi kita, effort itu kita nak ambil kira lebih banyak untuk 2025 berbanding dengan tahun ini. Jadi, itu antara perkara yang kita akan lihat. Cuma kalau dalam...
Saya nak sentuh sedikit.
Sikit sahaja.
Cuma saya nak minta pandangan Tan Sri Speaker kepada Yang Berhormat Menteri. Saya lihat kita hadapi bencana alam, walaupun bencana alam sebahagiannya di bawah PETRA. Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat, kenapa kita tidak menumpukan penyelesaian berasaskan alam daripada penyelesaian berasaskan kejuruteraan? Kerana kejuruteraan ini akhirnya alam itu lah yang akan menyebabkan- kefahaman ini bagaimana kementerian Yang Berhormat dapat melihat supaya penyelesaian menggunakan alam lebih dipertingkatkan supaya biodiversiti ini menjadi sebahagian asas. Adakah konsep kefahaman di negara kita ini berkurangan dari segi penyelesaian berasaskan alam ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua,
Sebelum Menteri jawab, Menteri perlukan berapa minit lagi untuk wrap up?
Lima minit.
Limit minit. Okey, saya beri lima minit. Jadi, wrap up semua ya?
Ya.
Terima kasih.
Jadi, saya setuju. Sebab itu kita ada misalnya dalam peringkat JPS pun dia ada PRISMA untuk melihat daripada pendekatan mesra alam. Tapi saya ingat lebih jelas perkara ini apabila kita sedang siap - dalam buat masa ini kita tengah siapkan Pelan Adaptasi Nasional (National Adaptation Plan) sebab bila kita bercakap tentang soal perubahan iklim, bukan sahaja kita kena kurangkan gas rumah kaca tapi pada masa sama kita juga tahu bahawa nak tak nak, dia pun sudah berlaku hari ini. Perubahan iklim. Kita kena adapt kepada realiti pada hari ini. Pendekatan berasaskan alam ialah perkara yang sebenarnya patut diutamakan. Saya setuju. Saya cuma nak sentuh tadi last sekali ialah tentang soal aduan tentang yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Kepala Batas, tentang masalah isu pencemaran Sungai Kerih dan juga Pantai Esen di Permatang Damai Laut. Untuk makluman, JAS telah menjalankan pemeriksaan terhadap semua industri di kawasan ini sejak tahun 2015. Premis mematuhi keperluan AKAS 1974. Cuma kita memang ada sedikit kelemahan, di mana dari segi skop perundangan yang kita kena lihat semula mungkin ialah pelepasan sisa buangan daripada penternakan khinzir tidak dikawal di bawah AKAS 1974. Jadi, di dalam fasa kedua mungkin kita kena lihat perkara ini. Dari segi kualiti air Sungai Kerih melalui stesen pengawasan di sungai tersebut, bacaan terkini daripada Januari, Mac, Mei, Julai, September tahun ini menunjukkan kualitinya antara kelas 3 dan kelas 4 dengan bacaan sub indeks ammoniacal nitrogen yang menyumbang kepada bacaan yang tinggi. Ini disyaki daripada ladang ternakan khinzir kerana tiada loji pengolahan kumbahan yang berada di kawasan ini. Kita telah juga adakan kajian ke atas pencemaran bau di sekitar kawasan yang juga sedikit tinggi. Kita telah pun kongsi dengan jabatan dan agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Majlis Bandaraya Seberang Perai, JPS untuk tindakan mereka. Tentang soal aduan pencemaran di Pantai Esen Permatang Damai Laut, NRES memang maklum tentang perkara ini, kepada aduan ini. Siasatan telah pun dilakukan pada 21 Oktober. Jabatan Alam Sekitar telah turun dan arahan telah diberikan kepada syarikat Silicon Island Sdn. Bhd. untuk turut menjalankan pensampelan ke atas bahan terapung serta sampel kualiti air marin. Kita juga menjalankan pemantauan secara berterusan kepada isu yang berlaku di kawasan Pantai Esen ini. Pada pemeriksaan terbaru pada 28 Oktober 2024 kita dapati bahawa pihak Silicon Island Sdn. Bhd. Telah pun membersihkan pantai tersebut. Jadi, saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya tidak sempat menjawab semua. Jawapan-jawapan lain saya akan kemukakan secara bertulis sama ada yang— Ya, Yang Berhormat?
Sebelum tutup. Saya ucap tahniah di atas perancangan yang telah dibuat. Saya lihat bahawa tugasan yang ada khusus di peringkat perubahan iklim sangat besar, selain daripada pelaporan dan sebagainya. Saya nak tahu status kewujudan jabatan. Satu agensi khusus untuk menangani di bawah
kementerian yang kita pernah mohon dulu untuk wujudkan satu jabatan khas bagi membantu menyiapkan pelaporan dengan peruntukan yang dibuat dan status tentang pihak penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar dengan uniform baru dan sebagainya. Apa, bagaimana statusnya terkini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya ucapkan penghargaan kepada Kubang Kerian sebab saya ingat perkara ini kita dapat teruskan kerana ada asas yang baik sebelum ini. Bagi agensi khas atau jabatan khas untuk perubahan iklim. Untuk makluman, kita dalam proses Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara ini, kalau kita tengok model seperti di UK, di beberapa negara lain, dia ada satu badan khas untuk climate change. Macam Suruhanjaya Tenaga untuk tenaga dan sebagainya. Kita sedang melihat perkara tersebut. Tentulah kita sedang berbincang bagaimana bentuk dan sebagainya. Tapi saya setuju memang dia punya requirement dia itu sangat tinggi. Pelaporan dan sebagainya. Sangat memakan masa. Kalau kita tidak ada satu team yang khas, yang khusus, maka kita akan struggle tentang perkara tersebut. Tentang JAS, dalam bajet yang terbaru ini sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah luluskan pemerkasaan kepada Jabatan Alam Sekitar dan dalam perbincangan, kita tengah teruskan perbincangan untuk fasa kedua pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Tetapi yang saya boleh katakan positif perbincangan saya dengan Menteri Kewangan kedua ialah sebab denda dah naik. Daripada RM100,000 kepada RM10 juta. Kalau denda itu semua pergi kepada Akaun Disatukan Kerajaan Persekutuan, maka JAS dia tak akan ada insentif. Sedangkan kalau kita tengok LHDN, Kastam, dia ada satu insentif untuk mereka. Mereka terbuka sebab kita kata kalau kita kutip, kita akan kutip lebih lagi untuk Kerajaan Persekutuan tapi bagi lah kita dapat tambah orang atau tambah infrastruktur dan kemudahan untuk JAS. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah turut serta membahaskan isu-isu di bawah NRES di dalam Belanjawan 2025 ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih Menteri.
Datuk Speaker.
Seterusnya, saya menjemput...
Datuk Speaker. Tan Sri Speaker. Saya cuma nak tahu macam apabila soalan-soalan yang tak jawab, mereka akan jawab secara bertulis. Tetapi masalahnya walaupun kadang-kadang Menteri ataupun yang menjawab kata jawapan bertulis tetapi jawapan bertulis tak sampai. Contohnya, macam saya. 21 Oktober lagi, saya menunggu jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Timbalan Menhan, Alor Gajah. Soalan saya mudah sahaja. Berapa jumlah insiden pencerobohan, berapa jumlah nota diplomatik, arahan Speaker sendiri suruh buat jawapan bertulis. Saya nak tahu guideline daripada Tan Sri, bila Menteri-menteri menjawab akan menjawab secara bertulis, berapa lama? Adakah satu hari, seminggu ataupun sebagainya? Ini 21 Oktober, sampai sekarang tak dapat lagi jawapan bertulis. Terima kasih.
Baik. Saya telah pun maklumkan, khususnya kepada menteri- menteri dan eksekutif. Bila kita sebut akan memberikan jawapan bertulis, pegawai-pegawai belakang ada. Pegawai-pegawai pun dah ada jawapan itu. Berhubung terus dengan pihak urus setia di Parlimen untuk pos kan jawapan-jawapan itu kepada kita dan kita teruskan majukan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bertanya. Jadi, saya yakin pegawai- pegawai dah ada jawapan. Cuma nak dapat clearance daripada Menteri sahaja. Saya ingat— Lima hari ya. Saya telah pun buat keputusan, dalam masa lima hari menteri-menteri mesti memberikan respons kepada komitmen dia untuk memberikan jawapan bertulis kepada yang bertanya.
Terima kasih.
Lima hari ya?
Ini 21 Oktober. Belum dapat daripada Alor Gajah.
Saya ingat kementerian...
Tan Sri Yang di-Pertua.
Sekejap, bagi saya habis ayat ini dulu.
Tan Sri, boleh sedikit? Saya- sebab disentuh itu. Seingat saya, saya tandatangan surat jawapan itu sehari selepas daripada soalan dikemukakan.
Ya. Jadi, YB kena cek, kot-kot dia pergi ke pusat khidmat kot. Semua surat-menyurat pergi ke pusat khidmat. Dia tak pergi alamat rumah. Jadi, cek balik na. Cek balik.
Ya, Tan Sri Speaker.
Ya.
Peraturan Mesyuarat 36(6), seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain. 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Tuan Speaker, saya minta ruang sikit untuk saya jelaskan mengapa saya bawa peraturan ini. Pada Khamis lalu Ayer Hitam telah membawa satu peraturan mesyuarat untuk mendakwa Menteri Ekonomi bahawa Menteri Ekonomi telah mengeluarkan satu dakwaan ataupun satu kenyataan yang telah mengelirukan Dewan. Setelah saya meneliti semua laporan berita dan juga Hansard, saya mendapati Ahli yang betul-betul mengelirukan Dewan bukan YB Menteri. Ia adalah YB Ayer Hitam. Izinkan saya jelaskan mengapa...
Sebelum...
Izinkan saya jelaskan.
Kampar, Kampar, dengar cakap saya, Kampar. Kampar, duduk kejap. Kampar, duduk kejap. Sementara Kampar mempunyai hak untuk berucap dalam
Dewan ini dan membangkitkan peraturan mesyuarat, saya juga mempunyai hak untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Hak saya itu mengatasi hak Kampar.
Saya nak maklumkan bahawa Ayer Hitam telah pun menulis kepada saya dan saya sedang buat investigation dan saya juga telah pun menuliskan kepada Menteri. Berikan masa kepada saya sikit, dua ke tiga hari, untuk saya nilai siapakah yang betul, siapakah yang tidak. Untuk itu, proses itu akan berlaku dalam masa terdekat. Jadi, selepas sahaja keputusan itu, kita akan maklumkan apakah yang terjadi. Jadi, Kapar, sabar. Jadi, tak boleh buat andaian sebab Ayer Hitam telah pun menulis kepada saya. Jadi, untuk apa yang dibawa...
Speaker, saya rasa dalam berita pun jelas...
Listen, Kapar.
Ya, ya.
Saya katakan kerusi saya lebih tinggi daripada Kapar.
Okey, terima kasih. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Kapar duduk dulu. Oleh yang demikian, Kapar, bola sekarang di kaki Menteri Ekonomi sebab Ayer Hitam telah pun menulis kepada saya. Soal Ayer Hitam, mungkin Kapar ada maklumat dan sebagainya itu, itu cerita lain. Ceritanya ialah Ayer Hitam telah pun menulis kepada saya. Adalah menjadi tanggungjawab Menteri untuk menjawab kepada saya. Daripada situ, saya akan buat pertimbangan dan saya akan buat keputusan. Untuk itu, Kapar bersabar ya, untuk kita maklumkan kemudian. Baik, sekarang saya jemput...
Tan Sri, saya rasa Tan Sri terkhilaf. Kampar kot, bukan Kapar. Kampar di sebelah sini... [Merujuk kepada blok penyokong kerajaan] Kapar sebelah sini... [Merujuk kepada blok pembangkang]
Ha, Kampar ya. Minta maaf ya.
Terima kasih, Tan Sri.
Kampar. Orang Kedah ini, dia problem sikit. Maksud saya, Kampar. Okey, terima kasih Alor Setar. Baik, saya jemput sekarang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, 45 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani bertemakan Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau terhadap usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini dengan mengumumkan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sebanyak RM40 bilion. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini telah diperuntukkan sebanyak RM815.1 juta di bawah Belanjawan 2025 iaitu sebanyak RM551.9 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM263.2 juta bagi perbelanjaan mengurus. Tuan Yang di-Pertua, suka saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini berkenaan beberapa perkara dasar yang telah diinisiatifkan oleh KUSKOP bagi memacu pembangunan PMKS, francais dan koperasi negara iaitu― Pertama, peluncuran Buku Panduan Pantas ESG untuk PMKS. Kedua, peluncuran Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara. Yang ketiga, kita akan mengangkat ke Jemaah Menteri cadangan Dasar Francais Negara. Keempat, yang sedang berlangsung sekarang adalah siri jelajah libat urus dengan gerakan koperasi negara berkaitan cadangan pindaan Akta Koperasi. Dan yang kelima, KUSKOP telah memperkenalkan inisiatif Hari Perusahaan Sosial bermula tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menzahirkan penghargaan kepada 35 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Pagoh, Larut, Semporna, Ayer Hitam, Kinabatangan, Kubang Kerian, Rantau Panjang, Kangar, Padang Besar, Kepala Batas, Paya Besar, Kuala Kangsar, Tangga Batu, Puncak Borneo, Hulu Terengganu, Betong, Permatang Pauh, Padang Rengas, Klang, Petaling Jaya, Kalabakan, Besut, Kulim-Bandar Baharu, Sungai Besar, Mersing, Setiu, Shah Alam, Bagan Serai, Klang, Julau, Kota Marudu, Miri, Stampin, Tampin dan Jeli yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan sebanyak 20 perkara berkaitan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat dasar. Dengan mengambil kira perkara-perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya pada hari ini akan saya selaraskan berdasarkan lima topik utama yang dibangkitkan iaitu:- (i) pelaksanaan program pembangunan usahawan dan skim pembiayaan; (ii) pembangunan industri halal; (iii) pemerkasaan fungsi SME Corp.; (iv) gerakan koperasi; dan (v) pelaksanaan e-invois dan kesan penyelarasan gaji minimum. Saya akan memberi keutamaan untuk memberi penjelasan ataupun maklum balas kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi yang masih berada di dalam Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Rantau Panjang, Pagoh, Kangar, Padang Besar, Kepala Batas, Tangga Batu, Puncak Borneo, Klang, Miri dan Mersing telah menyentuh mengenai pelaksanaan program pembangunan dan data usahawan yang melibatkan kumpulan sasar khusus seperti usahawan wanita, B40, belia Bumiputera, usahawan kraf dan vendor tempatan. Ia termasuk program khas merangkumi pembiayaan mikro kepada peniaga kecil dan pusat penjaja serta cadangan penyediaan pelan komprehensif untuk membantu PMKS. Rantau Panjang, masih berada di sini? Saya akan beri maklum balas bertulis. Yang Berhormat Kangar? Juga maklum balas bertulis. Yang Berhormat Rantau Panjang dan Padang Besar? Juga maklumat bertulis. Yang Berhormat Kalabakan? Yang Berhormat Pagoh juga tidak berada di sini. Yang Berhormat Klang? Juga sudah tidak berada di sini. Yang Berhormat Rantau Panjang dan Miri? Juga tidak berada di sini. Yang Berhormat Padang Besar dan Kepala Batas?
Kepala Batas ada.
Kepala Batas. Yang Berhormat Padang Besar dan Kepala Batas telah membangkitkan mengenai bantuan pembiayaan termasuk mikro kredit kepada peniaga kecil. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP sememangnya prihatin terhadap komuniti penjaja dan peniaga kecil dan telah menyediakan bantuan pembiayaan mikro seperti berikut― Pertama, TEKUN Nasional telah melaksanakan program skim pembiayaan TEMAN TEKUN yang berkonsepkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk penjaja dan peniaga kecil menjalankan atau mengembangkan lagi perniagaan mereka. Dari Januari hingga 30 September 2024, seramai 10,513 orang usahawan telah memperoleh pembiayaan secara berkumpulan di bawah program ini dengan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM81.3 juta. Kedua, skim Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil 2.0 oleh Bank Rakyat yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 dan tiada kadar faedah yang dikenakan. Sehingga 30 September 2024, seramai 2,451 penjaja dan peniaga kecil telah menerima pembiayaan di bawah skim ini melibatkan jumlah sebanyak RM49.76 juta. Yang Berhormat Klang? Saya akan berikan maklum balas bertulis. Yang Berhormat Tangga Batu? Juga maklum balas bertulis. Yang Berhormat Puncak Borneo dan Kota Marudu? Maklum balas bertulis. Yang Berhormat Mersing?
Ada, ada.
Yang Berhormat Mersing telah membangkitkan mengenai keperluan bantuan kepada usahawan kraf tangan khususnya di Mersing.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TEKUN Nasional telah menyediakan pembiayaan khusus untuk usahawan yang menceburi bidang perusahaan kraf tangan di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Kraf. Bagi tempoh Januari sehingga September 2024, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM3.6 juta kepada 163 orang usahawan dalam bidang kraf tangan. Daripada jumlah itu, seramai empat orang usahawan di negeri Johor telah mendapat pembiayaan berjumlah RM83,000. Selain itu, SME Corp. juga menyediakan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang menyediakan bantuan pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan perniagaan dan khidmat nasihat. Sehingga kini, terdapat dua peserta program TUBE di Johor yang terlibat dalam industri kraf tangan dan telah menerima bantuan geran permulaan bernilai RM30,000. Di Mersing, saya difahamkan belum ada tetapi kalau ada usahawan kraf tangan yang berminat, Yang Berhormat boleh panjangkan kepada saya. Yang Berhormat Pagoh tidak ada di dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Paya Besar, Padang Besar, Kuala Kangsar dan Bagan Serai telah membangkitkan perkara khusus mengenai pembangunan industri halal terutamanya yang berkaitan dengan usahawan PMKS. Yang Berhormat Paya Besar? Yang Berhormat Padang Besar dan Bagan Serai? Saya akan beri maklum balas bertulis. Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Bagan Serai? Kuala Kangsar? Maklum balas bertulis. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya telah membangkitkan cadangan supaya SME Corp. diperkasakan sebagai badan tertinggi dalam pembangunan dan pertumbuhan PMKS merangkumi pelbagai sektor seperti pertanian, pembuatan, perdagangan, pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, SME Corp. sebagai salah satu agensi di bawah KUSKOP dan selaku agensi penyelaras pusat berkaitan pelaksanaan program pembangunan PKS di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras, mengawasi dan menilai pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi PKS merentasi semua sektor ekonomi.
Selaras dengan fungsi ini, SME Corp. telah menyelaras, menyusun, memantau dan menilai kemajuan serta keberkesanan program-program PMKS yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan lebih daripada 60 buah agensi pembangunan usahawan sejak tahun 2009. Selain itu, Pelan Strategik Perniagaan SME Corp. Malaysia 2022-2030 telah dibangunkan bagi memangkin transformasi PMKS ke arah mencapai kemapanan dan lonjakan pertumbuhan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak PMKS dalam rantaian bekalan domestik dan global. Di samping itu, peranan SME Corp. juga telah diperkasakan melalui pelantikan SME Corp. sebagai Ketua Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Majlis ini
berperanan untuk memantau dan menyelaras program keusahawanan dan PMKS yang menyeluruh melalui pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA). Di bawah pelaporan SMEIPA, penyelarasan perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta penilaian hasil program pembangunan PMKS dilaporkan oleh pelbagai kementerian dan agensi yang menyediakan program pembangunan PMKS. Ini bagi mematikan pelaksanaan program-program keusahawanan yang lebih holistik dan bersepadu...
Yang Berhormat Menteri, boleh? Paya Besar, tidak masuk.
Apa dia?
Jawapan saya?
Saya teruskan dahulu yang seterusnya. Kalau ada masa, saya kembali kepada...
Sekejap sahaja Yang Berhormat, baru dua tiga page sahaja Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan perkara mengenai gerakan koperasi seperti pinjaman mudah. Untuk koperasi kecil menggunakan Kumpulan Wang Rizab Statutori dan peruntukan untuk Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia di bawah Dana Kumpulan Wang Pendidikan Koperasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KWRS merupakan rizab atau tabungan yang perlu diselenggarakan oleh koperasi atas keuntungan tahunan sebelum agihan. KWRS ialah satu kumpulan wang yang diselenggarakan oleh tiap-tiap koperasi menurut subseksyen 57(1) Akta Koperasi 1993 daripada keuntungan bersih teraudit setiap tahun mengikut bahagian yang ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi. Buat masa ini tiap-tiap koperasi hendaklah memindahkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori KWRS tidak kurang daripada 13 peratus daripada untung bersih audit mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sehingga 30 November 2025. Menurut subseksyen 57(1A) 57(1B) Akta Koperasi KWRS boleh digunakan untuk tujuan berikut. Pertama, tertakluk kepada peraturan-peraturan atau undang-undang kecil bagi membayar syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota koperasi atau kedua, dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh HKM bagi menerbitkan syer bonus kepada anggota koperasi itu. KUSKOP pada masa ini berpandangan bahawa KWRS tidak wajar digunakan untuk memberikan pinjaman mudah kepada koperasi. Dalam hubungan ini, koperasi boleh memohon pembiayaan Tabung Modal Pusingan (SKM) mengikut kelayakan dan kriteria yang ditetapkan, yang menawarkan pembelian maksimum RM30 juta secara bercagar serta pembayaran tanpa cagaran sebanyak RM200,000. Selain itu, bank berasaskan koperasi seperti Bank Rakyat dan Co-opbank pertama juga menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan kepada gerakan koperasi dan produk- produk pembiayaan khas turut disediakan kepada gerakan koperasi yang menetapkan
keperluan syarat kelayakan yang minimum tanpa mengabaikan keperluan tadbir urus, pentadbiran kredit yang terbaik. Kadar keuntungan yang dikenakan oleh Bank Koperasi juga adalah kompetitif dan setara dengan kadar keuntungan bank komersial. Mengenai peruntukan kepada UKKM pula untuk makluman Yang Berhormat KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sentiasa komited membantu memantapkan pembangunan modal insan koperasi menerusi penubuhan UKKM. SKM pada tahun 2021 telah menyalurkan dana berjumlah RM20 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi iaitu Dana Caruman Koperasi kepada IKMa sebagai dana pembangunan program pendidikan jangka panjang dan penyelidikan. Tuan Yang di-pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Larut, Hulu Terengganu, Betong, Permatang Pauh, Ayer Hitam, Semporna, Kinabatangan, Kepala Batas, Kubang Kerian, Padang Rengas, Tangga Batu, Besut, Kulim-Bandar Baru, Sungai Besar, Setiu, Shah Alam, Julau, Stampin, Tampin dan Jeli telah menyentuh mengenai pelaksanaan dasar kerajaan seperti e-Invoice dan penyelarasan gaji minimum yang melibatkan atau memberi kesan kepada usahawan PMKS tempatan. Yang Berhormat Larut, Hulu Terengganu, Betong, Stampin tidak ada di dalam Dewan. Yang Berhormat Larut, Hulu Terengganu, Sungai Besar masih ada di sini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP menyambut baik penyelarasan kenaikan gaji minimum secara berperingkat pada satu- yang akan bermula pada 1 Februari 2025 dan juga pada 1 Ogos 2025 melibatkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja. Dalam hubungan ini KUSKOP mengambil perhatian serius terhadap kesan kenaikan tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh usahawan PMKS. KUSKOP mengambil maklum bahawa peningkatan gaji minimum ini secara umumnya sudah tentu akan memberi kesan kepada aliran tunai dan kos operasi perniagaan mereka. Terdapat juga kemungkinan berlakunya pengurangan pengambilan pekerja bagi memastikan kos yang lebih efektif dan syarikat yang lebih cenderung untuk mengambil pekerja kontrak berbanding lantikan tetap. Walau bagaimanapun, dalam konteks KUSKOP, situasi ini secara tidak langsung akan menggalakkan PMKS memberi perhatian terhadap aspek pendigitalan dan automasi dalam menjalankan operasi syarikat untuk faedah jangka masa panjang. Dalam hal ini KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut terutama bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia bagi memperincikan inisiatif dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan gaji minimum kepada usahawan PMKS.
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Saya mohon pendirian KUSKOP yang tuntas berkaitan dengan gaji minimum RM1,700. Kita tahu kesan dia bukan sekadar kepada usahawan mikro kecil sederhana, tetapi mungkin usahawan-usahawan informal juga menggaji pekerja, usahawan formal juga menggaji pekerja. Ini maksudnya dua juta usahawan melibatkan lebih dua juta pekerja. Jadi pendirian tuntas daripada KUSKOP sangat penting untuk usahawan di bawahan sana tahu apa
sebenarnya pendirian KUSKOP, sama ada bekerja ataupun tidak berkaitan dengan gaji minimum ini? Terima kasih.
Saya fikir pendirian saya pada masa ini sudah overtaken by the decision. Perkara ini telah diputuskan maka saya lebih cenderung untuk melihat ke hadapan. Saya ingin tanya juga Yang Berhormat kalau Yang Berhormat setuju tidak pekerja- pekerja ini dari kawasan Yang Berhormat menikmati gaji yang lebih besar daripada jumlah sebelum ini ataupun tidak?
Yang Berhormat, kita kena melihat usahawan. Kita kena melihat usahawan pada perjalanan ke hadapan dengan keadaan sekarang ini, dengan keadaan yang sangat sukar ini mungkin akan memberi satu kesusahan kepada usahawan untuk menunaikan gaji minimum ini. Ini mungkin pandangan pada saya.
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana dalam jawapan saya, kementerian saya dan saya bersedia dan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia untuk memperincikan inisiatif kepada usahawan-usahawan PMKS. Kita maklum lebih daripada 1.1 juta ini usahawan PMKS di negara kita yang telah menggaji sekitar 48 peratus tenaga pekerja dalam negara. Sudah tentu ada kesan pada aliran tunai dan kos operasi mereka. Sebab itu saya katakan di kementerian, susulan dengan keputusan ini, kita akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia untuk memperincikan inisiatif yang kita boleh panjangkan kepada PMKS ini. Terima kasih. Saya fikir itu sahaja Yang Berhormat, tadi Paya Besar...
Saya tunggu halal ini.
Sektor halal ya? Sektor halal, saya mohon untuk kembali kepada isu halal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar telah mengemukakan cadangan memantapkan industri halal dengan memberi fokus kepada sektor bernilai tinggi dan tidak hanya kepada sektor F&B sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP secara umumnya sentiasa berusaha dalam meningkatkan keupayaan usahawan dan koperasi dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan halal yang berdaya saing serta meningkatkan bilangan usahawan yang mendapat persijilan halal. Dalam hubungan ini, KUSKOP menyokong pembangunan usahawan halal melalui Program Pembangunan Keusahawanan Halal yang merangkumi sub program seperti: (i) Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal; (ii) Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal; (iii) Program Pembangunan Inovasi dan Teknologi; dan (iv) Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal. Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat supaya fokus diberikan kepada sektor bernilai tinggi dan tidak terhad kepada sektor F&B sahaja, secara umumnya pelaksanaan Program Keusahawanan Halal oleh KUSKOP adalah terbuka kepada semua sektor walaupun
kebanyakan produk merupakan makanan dan minuman. Namun produk yang dihasilkan mempunyai nilai tambah daripada aspek teknologi seperti pengeluaran dan pemprosesan produk yang lebih berkualiti. Selain itu, terdapat usahawan yang terlibat dalam perusahaan kosmetik halal, pharmaceutical dan pengilangan ataupun kontrak OEM juga yang boleh mendapat manfaat daripada program-program pembangunan halal di bawah KUSKOP.
Tan Sri, sikit Tan Sri, walaupun sudah pukul satu. Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian Yang Berhormat mempunyai pandangan dan cadangan supaya satu daerah kita kumpulkan PMKS yang halal ini menjadikan konsortium sebab economy of scale tersebut untuk access kepada financing. Adakah kita boleh buat satu daerah satu konsortium supaya ia mempunyai keyakinan dan kekuatan. Bukan sahaja untuk mereka menceburi dalam bidang high-growth, high-value, tetapi juga mempunyai kemampuan daripada segi kapasiti mereka.
Terima kasih Yang Berhormat, pada masa ini kita belum ada cadangan untuk mewujudkan satu daerah satu konsortium kepada produk-produk halal di setiap daerah di seluruh negara. Yang kita ada sekarang adalah Program Satu Daerah Satu Industri yang antara lainnya juga adalah pembangunan produk dan perkhidmatan yang boleh di sijil halalkan. Dalam masa yang sama, kita juga menggalakkan inisiatif ini di peringkat usahawan itu sendiri. Kalau mereka boleh berbincang sesama usahawan melalui dewan-dewan perniagaan ataupun persatuan usahawan ataupun melalui koperasi misalnya juga kita akan mengalu-alukan cadangan untuk diwujudkan satu konsortium sekiranya ia digerakkan oleh usahawan itu sendiri, tetapi saya ambil ini juga daripada Yang Berhormat, sebagai cadangan Yang Berhormat untuk saya teliti dan bawa ke kementerian. Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja maklum balas saya kepada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak berada di Dewan semasa saya membuat penggulungan ini, kementerian saya akan memberikan maklum balas secara bertulis. Saya berharap penjelasan yang telah diberikan dapat menjawab semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih berada di dalam Dewan. Kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menjalankan amanah di bawah Belanjawan 2025 ini dengan penuh komited dan bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan usahawan PMKS dan koperasi tempatan. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Menteri. Jam menunjukkan pukul 1.03 minit. Saya tangguhkan Mesyuarat. Insya-Allah kita akan jumpa lagi jam 2.30. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 yang lalu. Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2025, terdapat peningkatan kepada peruntukan yang diberikan kepada KPT iaitu sebanyak 10.76 peratus berbanding tahun 2024. Bagi tahun 2025, KPT telah diperuntukkan sebanyak RM18,097,086,800 yang menjadikan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan keseluruhannya. Ini secara tidak langsung menggambarkan betapa pentingnya peranan kementerian ini sebagai pemangkin kerangka Ekonomi MADANI melalui bidang pendidikan tinggi. Justeru, KPT akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi menyokong pencapaian aspirasi Belanjawan 2025 iaitu “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan dan Mensejahtera Rakyat.” Puan Yang di-Pertua, sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar kali ini, pelbagai persoalan dan saranan telah diutarakan oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi pihak KPT, saya merakamkan penghargaan kepada semua 32 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara dan isu-isu yang berada di bawah tanggungjawab kementerian ini semasa sesi perbahasan Belanjawan 2025. Bagi menjawab dan mengulas segala perkara berkaitan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah dibangkitkan sepanjang minggu perbahasan, saya akan mengelompokkan dan mencerakinkan isu-isu utama mengikut topik bagi menjimatkan masa. Puan Yang di-Pertua, berkenaan dengan reformasi pendidikan tinggi. Saya buka sesi penggulungan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi pada hari ini dengan menyantuni isu yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota berkenaan reformasi pendidikan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota yang sentiasa cakna dan mengambil berat tentang isu-isu berkaitan landskap pendidikan tinggi negara. Kita- semua menyedari dunia kini tidak lagi seperti biasa di mana persekitaran global sedang berubah dengan pantas. Ketidaktentuan dalam landskap dunia menunjukkan bahawa apa
yang kita anggap normal sebelum ini semakin berubah termasuklah ekosistem pendidikan tinggi. Justeru, adalah penting untuk kita menyesuaikan kerangka pendidikan tinggi negara agar seiring dengan perubahan yang sedang berlaku di dalam landskap pendidikan tinggi supaya kita tidak ketinggalan. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi kini sedang giat membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia atau PPPTM 2026- 2035. Dalam pembangunan pelan ini, kita juga mengambil kira lima- kerangka yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dalam perbahasannya. KPT turut menggunakan semua laporan reformatif sebagai input utama untuk membangunkan PPPTM 2026-2035. Antaranya adalah Laporan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional dan Kajian, dengan izin, New Horizon for Science, Technology and Innovation- A Strategy to Enhance Higher Education in Malaysia. PPPTM 2026–2035 ini yang sedang dibangunkan menetapkan 10 lonjakan dan sembilan peralihan atau dipanggil sebagai game changers, dengan izin, penting, antaranya adalah: (i) daripada pendidikan berstruktur atau structured education, dengan izin, kepada pendekatan unbundling of education, dengan izin, yang memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk mendapatkan pendidikan tinggi melalui pendidikan fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat; (ii) daripada menghasilkan graduan yang mencari kepada graduan yang mencipta pekerjaan dengan penekanan kepada kemanusiaan, kemahiran masa depan serta kepekaan terhadap alam sekitar; (iii) daripada ahli akademik berfokus output pada impak kepada masyarakat dan planet; (iv) kepimpinan dan pentadbiran berfokus proses kepada pendekatan yang lebih inovatif; (v) sistem pendidikan tinggi konvensional dan silo kepada yang menggunakan sepenuhnya teknologi terkini; (vi) daripada individu celik teknologi kepada kompetensi dalam teknologi inovasi dan insaniah; (vii) institusi akan mengadaptasi model kewangan baharu yang lebih mapan; (viii) pengantarabangsaan pendidikan tinggi bukan hanya tertumpu kepada menarik pelajar antarabangsa, tetapi juga akan melibat juga pengeksportan pendidikan tinggi ke luar negara; dan (ix) membangunkan kerjasama pintar iaitu berubah daripada pendekatan kerja silo kepada pendekatan whole-of-nation approach.
Saya percaya, apa yang sedang kita usahakan ini akan dapat mewujudkan ekosistem pendidikan negara yang lebih kondusif, berdaya tahan dan berdaya saing. Puan Yang di-Pertua, apabila bercakap tentang pendidikan tinggi, sudah tentu hal-hal berkaitan akademik dan kurikulum, pensyarah serta penyelidikan tidak ketinggalan. Sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2025, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Indera Mahkota telah memberikan pandangan mereka berhubung perkara-perkara tersebut.
Terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ambil maklum atas cadangan Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Shah Alam untuk kita tawarkan program atau kursus berkaitan halal management atau pengurusan halal kepada pelajar-pelajar warganegara dan juga pelajar antarabangsa. Untuk makluman Dewan, sehingga kini terdapat 37 program halal mendapat akreditasi penuh merangkumi peringkat Diploma hingga Ijazah Kedoktoran. Sebanyak 13 program mendapat akreditasi sementara yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam dan juga institusi pendidikan tinggi swasta. Terkini, sebanyak 11 buah universiti awam yang menawarkan program berkaitan industri halal yang terdiri daripada penawaran kursus Sijil Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Sebagai contoh, Universiti Malaya baharu sahaja menawarkan Sarjana Pengurusan Halal bermula Oktober 2023 di bawah Akademi Pengajian Islam. Selain itu, UiTM juga menawarkan Program Diploma Pengurusan Halal dan Sarjana. KPT menyambut baik saranan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Bentong agar diperbanyakkan kursus-kursus bersijil berkaitan autisme untuk menggalakkan lebih ramai jurupulih perubatan. Suka saya perjelaskan di sini, bahawa KPT melalui MQA sentiasa menggalakkan pemberi pendidikan tinggi menawarkan program terkini dan berinovasi bagi memastikan program-program yang ditawarkan berkualiti dan bertepatan dengan keperluan semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini juga terdapat enam program dalam bidang terapi cara kerja peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UKM dan UiTM serta tiga program pasca siswazah di UiTM. KPT juga melalui USM, UKM, UPSI turut menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu Pendidikan Khas. Manakala Sarjana Pendidikan Khas ditawarkan juga di UM, USM, UKM, UPSI. UPSI turut menawarkan Doktor Falsafah dalam Pendidikan Khas. Selain itu, kementerian ini melalui universiti awam sentiasa memastikan agar prasarana dan fasiliti yang terdapat di universiti awam adalah selesa dan kondusif untuk semua pelajar, termasuk pelajar autisme. Di UIA umpamanya, Unit Perkhidmatan Kelainan Upaya atau DSU dan perkhidmatan-perkhidmatan kaunseling dan kerjaya sentiasa memastikan kebajikan pelajar autisme yang mengikuti pengajian di UIA sentiasa terjaga. Setakat ini, terdapat 20 orang pelajar autisme sederhana di UIA yang mengambil pelbagai bidang seperti dalam bidang
pengajian agama- Quran dan Sunah dan termasuk juga dalam bidang IT, dalam bidang kejuruteraan, arkitek dan lain-lain. Puan yang di-Pertua, menjawab kepada Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Kubang Pasu, berkenaan penyusunan semula bidang-bidang yang disediakan di IPT, termasuklah kurikulum dan pengajian kejuruteraan, khususnya semi konduktor supaya selari dengan keperluan sumber tenaga semasa di pasaran buruh dan juga kehendak industri. Ingin saya kongsi di sini bahawa KPT melalui MQA telah membangunkan dokumen jaminan kualiti sebagai rujukan piawaian dan panduan kepada pemberi pendidikan tinggi atau education provider, dengan izin, dalam membangunkan program yang berkualiti. Salah satu dokumen jaminan kualiti yang disediakan adalah Kod Amalan Akreditasi Program atau, dengan izin, Code of Practice for Programmed Accreditation yang merupakan rujukan standard dalam penilaian akreditasi. Antara standard yang ditetapkan sebelum suatu program diberi pertimbangan untuk penawaran ialah keperluan PPT untuk menjalankan analisa keperluan daripada segi kajian keperluan pasaran dan kebolehpasaran graduan. Ini bagi memastikan program yang ditawarkan berkualiti dan bertepatan dengan keperluan industri. Bagi kursus pengajian di bawah badan profesional pula, penawaran kursus pengajian berkaitan hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi memastikan kursus pengajian yang ditawarkan memenuhi kerangka kelayakan Malaysia atau, dengan izin, Malaysian qualification framework. Yang Berhormat Kubang Pasu turut mencadangkan agar diadakan kolaborasi rapat antara IPT dan industri, terutamanya dalam bidang semikonduktor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPT kini sedang mengadakan sesi libat urus bersama syarikat-syarikat semikonduktor di Malaysia bagi mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan keperluan spesifik syarikat-syarikat tersebut. Usaha ini akan dapat membantu menambah baik kurikulum sedia ada. Ini juga akan membolehkan pihak kementerian merangka intervensi seperti industri talent boot camp, di mana para pelajar akan menjalani latihan intensif untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Pelajar- pelajar kemudiannya akan disalurkan kepada syarikat-syarikat tersebut mengikut pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. Kementerian Pendidikan Tinggi melalui USM juga telah melancarkan projek rintis MOHE atau MOHE Research and Industry-Infused Incubation atau MRI3 Programmed. Melalui inisiatif ini, sebuah Konsortium Elektrik dan Elektronik (E&E) Universiti Malaysia yang terdiri daripada 19 buah universiti awam telah ditubuhkan pada 2023 dan telah menandatangani MoU dengan 27 buah syarikat daripada sektor E&E untuk membangunkan bakat dengan kemahiran dipanggil sebagai, dengan izin, sharp skill dan smart skill yang bertepatan dengan keperluan industri E&E yang merangkumi bakat bermula daripada Ijazah Pertama sehingga ke peringkat pasca siswazah. Selain itu, pada 25 Jun yang lalu, KPT telah mengadakan sesi meja bulat bersama pihak industri iaitu E&E Industry Dialog With The Minister of High Education, dengan izin, bagi
mendapat input dan pandangan mengenai needs and demand pihak industri terhadap graduan yang dikeluarkan oleh IPT tempatan. Dalam masa yang sama, kita juga mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan kurikulum agar lebih sesuai dengan kehendak industri. Puan Yang di-Pertua, kini izinkan pula saya menghuraikan...
Boleh tak Yang Berhormat Menteri- sikit sahaja, minta laluan. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi ini nampak begitu prihatin. Saya dengar seronok dengan inisiatif-inisiatif yang telah diambil. Cuma saya punya benda yang saya sebut dulu dalam perbahasan saya juga ialah tentang keperluan khusus untuk national semiconductor strategy yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu kita perlukan 60 ribu Jurutera-jurutera dalam bidang semikonduktor atau cip dalam masa lima sehingga 10 tahun yang akan datang. Kita ada banyak kekangan, cabaran-cabaran berhadapan dengan kita untuk menangani isu ini. Rintangan ataupun cabaran yang pertama ialah input kepada IPT, khususnya IPTA ini datangnya daripada sekolah-sekolah dan sekolah-sekolah ini dia kena ada jumlah yang cukup untuk yang membuat STEM. STEM bukan setakat secara general per se, tetapi STEM, khususnya STEM Pakej A- Sains Tulen sepenuhnya. STEM Pakej B- Sains Tulen tolak one subjek dan masukkan subjek yang lain. Dua ini adalah penting untuk mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Daripada data yang saya dapat daripada Kementerian Pendidikan juga dan juga daripada persatuan yang terlibat dalam bidang talent ini, pada tahun 2022 kita hanya mengeluarkan mereka-mereka yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan untuk masuk ke bidang ini dalam 7,000 orang dan kalau kita ambil ten years back, average kita adalah hanya dalam 5,000 lebih dan kita perlukan 60,000, itu hanya semikonduktor, tetapi kalau termasuk EV, termasuk solar dan sebagainya, kita perlukan lebih ramai daripada itu.
Jadi, apakah cabaran yang dihadapi oleh IPT? Tak dapat kah perancangan dan strategi untuk kita menangani isu ini? Sebab keperluan ini amat mendesak sekali sebab kita all out Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri MITI all out, pergi cari pelabur-pelabur, tapi kalau kita tak ada jurutera yang cukup untuk memenuhi keperluan ini, mungkin mereka akan mencari tempat lain. Apakah perancangan dan strategi pihak IPT khususnya IPTA untuk menangani isu? Terima kasih banyak Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan dan saya fikir saya perlukan penjelasan yang panjang lebar kerana apakah langkah-langkah itu. Namun, secara ringkasnya, izinkan saya maklumkan bahawa pertama, kita sependapat dalam soal keperluan tenaga kerja ataupun talent development yang sangat diperlukan untuk 10 tahun akan datang. Bukan hanya itu sahaja, kita turut merangka bagi tempoh yang terdekat ini. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu ialah antaranya
keperluan pada masa kini kerana keperluan yang disebutkan, jumlah yang disebutkan oleh Yang Berhormat ialah merupakan satu keperluan untuk jangka panjang. Namun, kita perlu merangka juga mulai daripada sekarang. Apakah keperluan yang sebenarnya? Lantaran itulah daripada segi perbincangan bersama dengan industri itu sangat penting. Seperti yang kita sedia maklum, antara pendekatan yang dibuat oleh kerajaan ialah dengan mengadakan, dia panggil co-dubble helix pendekatan iaitu dengan melibatkan industri, dengan melibatkan kerajaan dan juga dengan melibatkan kementerian-kementerian yang lain dan kesemua sektor, keempat-empat sektor yang penting yang berada di kawasan- kawasan industri itu digabungkan sekali dan mengenal pasti akan keperluan pada masa itu. Keduanya, ia perlukan satu sistem keseluruhannya yang ekosistem itu bukan hanya semata-mata melibatkan universiti. Kita kena faham keperluan yang dikehendaki dalam sektor E&E juga. Ia berkaitan dengan bidang-bidang yang di bawah kategori Engineer, Technician, technician yang diperlukan. Jadi kesemua ini telah pun kita adakan perbincangan dan juga perancangan-perancangan yang terkini perlu dilakukan. Sebagai contoh, yang seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tentang program TVET. Satu program yang menyeluruh dan juga EV yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Bagaimana 2,000 kita punya pekerja ataupun mereka yang hendak diberikan latihan itu telah pun dihantar ke China, sebagai contoh. Ini adalah antara langkah-langkah yang kita lakukan. Ketiga, benar seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat juga tadi ialah ianya perkara seperti ini bukan boleh hanya ditangani di satu pihak saja di peringkat universiti dan kolej, tetapi persiapan di peringkat awal itu sangat penting khususnya yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, STEM sebagai contoh. Itu adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Namun, kita juga mempunyai beberapa pendekatan yang lebih kreatif termasuk juga pakej yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Mereka yang barangkali masuk ke aliran sains sosial, tetapi mempunyai kecenderungan yang baik di dalam bidang Sains dan Matematik yang itu juga kita buat percubaan di politeknik-politeknik tertentu untuk kita melahirkan para jurutera yang ada kaitan dalam bidang yang disebutkan itu tadi. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap syabas kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan penerangan tentang reformasi pendidikan. Sebagaimana kita pernah bincang, kami di sebelah sini tak ada masalah untuk bekerjasama, tapi saya nak sambung sikit expand kepada persoalan Kubang Pasu. Ramai pelajar kita, graduan dalam bidang-bidang tertentu misalnya perakaunan, kejuruteraan, architecture, tapi dia tak complete the final mile or the last mile, dengan izin, dia tak jadi AR, dia tak jadi IR, dia tak jadi Chartered Accountant dan sebagainya. Apakah ada traces tadi untuk melihat dan ini kebanyakannya pelajar Melayu bumiputera. Dia graduan, tapi dia tidak menamatkan atau tak ambil sama ada professional papers dan sebagai. Apakah agaknya galakan dari KPT atau kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Ini adalah yang dipanggil proses-proses upskilling dan dalam kita memastikan supaya mereka yang berada dalam bidang-bidang yang profesional itu akan mendapat pengiktirafan di peringkat bidang mereka melalui professional accreditation, dengan izin. Ini yang kita lakukan kerana asas pendidikan di peringkat universiti itu ialah kita memberikan yang asas, tetapi untuk mereka pergi ke hadapan, yang itu perlukan daripada segi mereka iaitu kemampuan mereka ataupun ada kalangan-kalangan tertentu masuk agensi-agensi tertentu. Saya ambil contoh, dalam konteks UiTM. UiTM begitu jelas iaitu mereka yang akan mengambil dalam bidang-bidang yang profesional ini akan digalakkan melalui MARA yang akan memberikan bantuan-bantuan tambahan bagi memastikan supaya mereka dapat complete, dengan izin, complete the circle dalam bidang yang mereka buat itu. Itu antara lain yang dibuat. Terima kasih.
Okey. Menteri, boleh bertanya satu? Temerloh ada menyebutkan tentang UEC. Agaknya apakah respons daripada KPT terhadap tuntutan-tuntutan pihak tertentu supaya kerajaan mengiktiraf UEC untuk masuk ke IPTA dan juga sebagai penjawat awam? Kerana kita tahu daripada segi kokurikulum memang bercanggah ataupun tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Begitu juga daripada segi bahasa yang digunakan. Bukanlah menggunakan Bahasa Malaysia, sebaliknya Bahasa Mandarin. Terima kasih.
Saya akan cuba menjawab soalan sebab ada soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan itu. Kalau Yang Berhormat izinkan saya untuk saya jawab yang lain-lain dulu. Seperti yang saya sebutkan tadi, kalau boleh saya nak pergi tajuk mengikut tajuk-tajuknya. Dengan izin, boleh Yang Berhormat? Ya, terima kasih. Puan Yang di-Pertua, izinkan pula saya menghuraikan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Mas Gading berkenaan kualiti program yang ditawarkan di IPTS. Beliau menyatakan terdapat IPTS yang menawarkan kursus diploma, tetapi kualitinya adalah hanya bertaraf Sijil Kemahiran atau Pra Diploma sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, IPTS adalah dikawal selia oleh kementerian ini melalui Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ini adalah untuk memastikan IPTS tempatan dapat berkembang dan menyediakan pendidikan berkualiti. Sehubungan itu, IPTS hendaklah mendapatkan kelulusan pengendalian kursus pengajian daripada KPT sebelum ianya ditawarkan kepada pelajar. IPTS juga perlu memastikan kelayakan kemasukan pelajar memenuhi keperluan minimum standard program atau keperluan badan profesional dan syor MQA yang berkuat kuasa bagi pengambilan pelajar dalam tempoh tersebut atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh pihak kerajaan. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Saya beralih pula kepada isu penyelidikan yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kemaman dan Yang
Berhormat Indera Mahkota yang menyentuh berkenaan geran-geran dan dana penyelidikan kepada pensyarah. Yang Berhormat Kemaman menyarankan. Oh beliau tak ada dalam ini. Tapi Indera Mahkota ada. Menyarankan agar geran-geran tersebut tidak hanya diberikan kepada sekelompok pensyarah sahaja. Kementerian ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan bidang penyelidikan di IPT dan telah menyediakan pelbagai geran penyelidikan kepada para pensyarah yang tidak dihadkan kepada kelompok penyelidik tertentu sahaja. Antara geran penyelidikan yang disediakan adalah dana penyelidikan fundamental, dana universiti penyelidikan, dana pemerkasaan penyelidikan bidang niche pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dan beberapa dana khas penyelidikan lain yang turut dikawal selia oleh KPT. Pemberian geran kepada penyelidik adalah berdasarkan kepada permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh KPT serta akan melalui proses penilaian dalam memastikan penyelidik yang layak untuk menerima sesuatu geran.
Yang Berhormat Indera Mahkota turut mengutarakan soalan berkenaan dana penyelidikan yang diterima oleh KPT dan MOSTI. Dalam konteks Kementerian Pendidikan Tinggi, seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi, terdapat beberapa program pendidikan yang ditawarkan. Cuma, kalau saya boleh memahami apa yang cuba disampaikan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi berdasarkan pengalaman beliau yang berada di kementerian terbabit iaitu bagaimana kita ingin mewujudkan kesalingan kerjasama di antara KPT dengan MOSTI. Itu juga yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Tambun yang berkaitan dengan pendidikan-pendidikan yang dilakukan secara terpisah selama ini yang ia dapat dilakukan kali ini secara bersama. Insya-Allah itu adalah pendekatan baharu yang akan kita lakukan bagi memastikan supaya semua program-program yang diaturkan, penyelidikan yang dibuat kerana akhirnya penyelidikan yang dibuat di peringkat MOSTI sebagai contoh ia akan pergi semula kepada pihak universiti kerana kebanyakan, boleh saya sebutkan di sini lebih daripada 80 peratus asas itu akan kembali semula kepada penyelidik-penyelidik dan pensyarah-pensyarah daripada universiti. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar telah menyarankan agar diberi peruntukan untuk latihan dan kemahiran pensyarah. Suka saya nyatakan di sini bahawa ketika ini terdapat empat program penajaan yang disediakan kepada para pensyarah di UA iaitu Skim Program Latihan Akademik Bumiputera, Skim Latihan Akademik IPTA, Sub Kepakaran dan Pasca Kedoktoran untuk pensyarah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara, di samping meningkatkan kepakaran dan kompetensi pensyarah UA seiring dengan teknologi dan
keperluan semasa, KPT berhasrat untuk menyediakan lebih banyak penajaan di peringkat program sub kepakaran dan sabatikal pada masa hadapan. KPT kini sedang menyemak semula kemudahan penawaran dan syarat-syarat kelayakan baharu untuk program pasca kedoktoran dan tidak terhad kepada pensyarah berjawatan tetap sahaja. Selain itu, Yang Berhormat Paya Besar turut mencadangkan diperkasakan lagi kolaborasi antara universiti dan industri. Beliau turut menyarankan agar diberi dana khas Future-Ready Academia, dengan izin, untuk pembangunan pensyarah. Saya berterima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat terhadap pembangunan kemahiran pensyarah dan menyambut baik saranan yang telah diberikan. Bagi kolaborasi bersama industri, buat masa ini antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPT ialah program CEO@Faculty dengan izin. Dalam program ini, CEO dari syarikat swasta dilantik menjadi mentor kepada universiti untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran industri dengan para pensyarah dan juga mahasiswa. Bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman pensyarah dalam bidang masing-masing, para pensyarah yang terpilih akan dihantar ke industri selama enam bulan melalui program sangkutan. Contohnya, seperti Intel, Western Digital, Ericsson Malaysia dan Cisco Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya sentuh bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Batu Gajah ialah berkaitan dengan TVET KPT. Seperti yang kita sedia maklum, TVET ini berada di bawah kementerian dari Bagan Datuk iaitu oleh Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Pengerusi TVET nya. Oleh yang demikian, sebarang program yang diatur itu hendaklah secara bersama dengan kementerian-kementerian yang lain kerana di bawahnya terdapat beberapa kementerian yang turut berada merencana dan juga melaksanakan agenda-agenda yang terangkum di dalam TVET. Dalam konteks universiti, kita memahami keperluan itu maka universiti perlu menjalankan analisa keperluan melalui Kod Amalan Akreditasi Program ataupun kita panggil sebagai COPPA yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia sebelum sesuatu program diberikan pertimbangan untuk penawaran. Dalam pada itu juga, satu Pelan Transformasi Politeknik 2023-2035 dan Pemerkasaan Kolej Komuniti telah merangka, dengan izin, critical reform agenda yang khusus dengan memperkasa sinergi TVET industri melalui Pusat Teknologi dan Industry on Campus. Seterusnya, sinergi antara JPPKK bersama pelbagai agensi dan syarikat seperti MIDA, MITI, PERKESO dan TalentCorp dalam menyalurkan bakat TVET kepada industri. Dalam masa yang sama, pihak KPT juga telah membuat pelantikan 20 orang ahli Majlis Penasihat Industri serta Program CEO@PolyCC dan CEO@Faculty sebagai penghubung
kerjasama bersama industri agar dapat melahirkan tenaga kerja seiring dengan keperluan semasa industri. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Pekan yang telah mengutarakan saranan agar diadakan promosi meluas diadakan, tiada lagi stigma dalam masyarakat yang menganggap TVET adalah pilihan kedua. Yang Berhormat Batu Gajah pula telah membangkitkan persoalan strategi yang akan diambil untuk memperkukuhkan TVET. Kementerian ini sememangnya proaktif dalam memperkasakan ekosistem TVET negara dan memastikan program yang ditawarkan adalah selari dengan kehendak semasa industri. Justeru, KPT telah menyediakan perancangan komprehensif bagi memperkasa TVET KPT melalui penyediaan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2035 dan MTUN Termaju 2030. Yang Berhormat Batu Gajah juga telah bertanyakan strategi yang akan diambil untuk memperluaskan peluang latihan industri kepada mahasiswa. Kementerian ini sentiasa berusaha untuk memperkukuh dan memperluas peluang latihan industri kepada pelajar- pelajar di IPT tempatan. KPT juga telah memperkenalkan pendekatan latihan industri berstruktur seperti program 2u2i, Work-Based Learning, dengan izin, dan Degree Apprenticeships Programme. Untuk memastikan pelajar mendapat manfaat maksimum daripada pelaksanaan latihan industri kini kementerian sedang dalam proses untuk menambah baik dasar latihan industri IPT sedia ada sejajar dengan perkembangan terkini dalam sistem pendidikan tinggi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading yang telah menyarankan agar diperkenalkan program pembangunan kemahiran berserta persijilan bagi golongan pekerja yang berpotensi berkembang di industri baharu dan beliau memberi penekanan kepada anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, KPT sentiasa komited dalam memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada segenap lapisan masyarakat termasuklah anggota tentera. Antara usaha yang dijalankan oleh KPT melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu kita sedang mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pertahanan. Ia bertujuan untuk bekerjasama dalam membangunkan pelaksanaan projek khas yang dipanggil sebagai Work-Based Learning (WBL 2.0) iaitu pemetaan kurikulum program dengan pengalaman dan perkhidmatan anggota tentera. Insya-Allah ini akan dapat membantu untuk membangunkan kemahiran anggota tentera kita. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan mahasiswa. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Kemaman dan Temerloh telah menyentuh satu isu penting yang harus diberi perhatian di kalangan mahasiswa kita iaitu ketahanan mental serta sokongan psikososial kepada mahasiswa. Masalah kesihatan mental di kalangan mahasiswa di IPT
seperti kemurungan, dengan izin, depression, kebimbangan atau anxiety dan tekanan iaitu stress merupakan isu yang dihadapi oleh mahasiswa dan ia boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti perubahan persekitaran, tekanan akademik, masalah keluarga dan lain-lain lagi.
Justeru, meningkatkan program psikososial di IPT adalah langkah penting bagi memastikan pelajar mampu menghadapi cabaran pembelajaran dengan lebih berkesan seperti sesi kaunseling, bengkel pengurusan stres serta program intervensi awal akan dapat membantu mahasiswa dalam mengurus tekanan dan mengembangkan daya ketahanan diri mereka. Yang Berhormat Tumpat telah bertanyakan sejauh mana pendedahan literasi dan advokasi politik dan undang-undang di kalangan mahasiswa selaras dengan hak mereka untuk menjadi pengundi dan menjadi calon pada usia 18 tahun. Sebagai makluman, pada tahun 2012 dan juga 2019 AUKU dipinda bagi membenarkan pelajar menyertai dan terlibat secara aktif dalam politik, baik di dalam mahupun di luar kampus. Pindaan ini selari dengan inisiatif Undi18 yang memperluas penyertaan generasi muda dalam proses demokrasi walaupun AUKU sendiri tidak secara spesifik menyebut tentang hak mengundi pada usia 18 tahun. Dengan wujudnya Undi18 dan pindaan AUKU, kini pelajar berusia 18 tahun ke atas berpeluang untuk lebih aktif dalam politik baik sebagai pengundi mahupun dalam kerjaya politik lain di kampus. Kementerian ini sentiasa cakna terhadap hak mengundi mahasiswa. Di mana pada sesi akademik 2024/2025 baru-baru ini, mahasiswa telah diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat bagi memberi ruang untuk mereka mengundi semasa Pilihanraya Kecil Mahkota tempoh hari. Selain itu, antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPT adalah melalui penubuhan Kelab Pendidikan Pengundi di universiti awam, program pendidikan literasi politik di IPT, konvensyen pemerkasaan Undi18 yang telah diadakan pada Mac yang lalu. Penubuhan kampus Election Committee atau Jawatankuasa Pemilihan MPP yang berfungsi sepertimana Suruhanjaya Pilihan Raya serta dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada perkara-perkara berkaitan penubuhan.
Menteri minta izin sikit. Minta izin daripada Timbalan Speaker, saya kalau boleh saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Kumpulan Akademik Kepimpinan Wanita Selangor. Seramai sembilan orang yang datang melawat dan mereka merupakan wanita yang terpilih untuk melalui program di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih... [Tepuk]
Masa 30 saat Tuan Yang di- Pertua. Kalau boleh bukan hari ini, tapi mungkin dalam peluang yang lain. Kalau Yang Berhormat boleh memberi penjelasan kepada Dewan tentang suatu program Yang Berhormat sendiri bangunkan, saya tak ingat istilah dia. Agenda memperkasa mahasiswa yang holistik
dan sebagainya. Itu ada kaitan dengan jawapan tadi berkaitan dengan demokrasi dan sebagainya.
Yang Berhormat Speaker, saya inginkan pencerahan dan penjelasan. Bolehkah Ahli Parlimen bangun mencelah Menteri untuk mengalu-alukan tetamu dalam Dewan? Dah menjadi satu kebiasaan dalam Dewan ini. Sebenarnya boleh dilakukan boleh tumpang kepada mana-mana Ahli Parlimen yang bangun atau memberi tumpang kepada Menteri untuk mengalu-alukan tetamu sebenarnya. So, kalau itu jadi tradisi jadi konvensyen.
Sebenarnya bukan sebelah sana saja, sebelah sini pun berlaku.
Ya. Itu yang saya katakan. Adakah itu akan dijadikan konvensyen dalam Dewan ini Yang Berhormat? Terima kasih.
Lain kali mintalah yang lain untuk mengalu-alukan kehadiran.
Ya saya mengalu-alukan puan-puan semua... [Tepuk] [Ketawa] Terima kasih. Untuk soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu nanti insya- Allah mungkin ada di kesempatan lain boleh saya terangkan secara lebih mendalam lagi apa yang sedang kita lakukan. Itu antara lain ialah kita terus berada di bawah berinteraksi dengan mereka, memberikan ruang kepada mereka untuk bersuara. Jadi tidak ada gerakan-gerakan yang cuba mengongkong gerakan mahasiswa daripada mana-mana pihak sekalipun. Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih saya ada tinggal dua, boleh panjang sikit tak? Beralih kepada penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Awam baharu yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Semporna tak ada hari ini. Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kota Belud, dan Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Semporna, Tumpat dan Tawau telah mencadangkan agar dibina di IPTA di kawasan masing-masing. Kementerian sememangnya sentiasa komited dalam menyediakan akses pendidikan kepada rakyat melalui penubuhan IPTA yang merangkumi universiti awam, politeknik dan juga kolej komuniti. Walau bagaimanapun, penubuhan sesebuah IPTA baharu haruslah diteliti sepenuhnya dari pelbagai aspek: (i) permintaan semasa yang merangkumi keperluan dari perspektif pelajar dan masyarakat semasa yang mesti seimbang dengan saiz populasi atau penduduk; (ii) kecukupan dan kesediaan bekalan tenaga pakar dalam sesuatu bidang; (iii) keupayaan menyediakan dan menyelenggarakan prasarana dengan baik; (iv) kemandirian kewangan; (v) prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan;
(vi) risiko pertindihan, overlapping, dengan izin dan sebarang ketidakpadanan dengan IPT serta program sedia ada; dan (vii) penawaran program yang boleh dilaksanakan secara maya. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Semporna untuk ditubuhkan sebuah IPTA di Parlimen Semporna. Maka suka saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah merangka perancangan untuk mengembangkan pusat pembelajaran baharu di Semporna, di bawah Pusat Pendidikan Fleksibel UMS. Antara program yang bakal ditawarkan iaitu Program Pengurusan Pelancongan dan Program Akuakultur dan termasuk juga kalau sekiranya ada keperluan dalam bidang-bidang yang terkait dengan keperluan bidang food security atau dalam bidang pertanian, makanan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan pihak kementerian dan agensi-agensi yang terbabit termasuk Kementerian Ekonomi. Buat masa ini, juga telah terdapat beberapa IPTA dan cawangan UA di Kelantan dan juga di Sabah. Ingin saya juga tegaskan bahawa trend penawaran kemudahan pendidikan tinggi ketika ini adalah secara hibrid iaitu secara fizikal dan maya. Ini bermakna pelajar boleh mengikuti pengajian di mana sahaja tanpa perlu berada di kampus secara fizikal.
Yang Berhormat Menteri, saya bagi masa tambahan 5 minit. Lepas itu yang tak sempat dijawab sila bagi jawapan bertulis.
Menteri. Boleh mohon jawapan yang tadi ditangguhkan untuk Temerloh?
Ya. Saya akan cuba dapatkan yang dibangkitkan oleh Temerloh dan juga beberapa orang yang lain. Ada, izinkan saya habiskan sikit jawapan di sini. Antara yang disebutkan termasuklah dari Betong tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dari Betong iaitu politeknik yang sedia ada ini akan dinaikkan ke taraf politeknik konvensional iaitu kalau sebelum ini Politeknik di Betong itu hanya bersifat metro yang kecil saiznya dan kita sedang merangka untuk menaikkan taraf politeknik yang ada di kawasan Betong itu. Saya juga ingin mengambil maklum tentang perkara-perkara lain yang dibangkitkan ini termasuklah berkaitan dengan hal-hal tentang yuran pengajian, tentang kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA dan juga persoalan tentang AUKU, tentang PTPTN, biasiswa dan bantuan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan mereka. Izinkan saya juga menjawab perkara yang terkait dengan UEC sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPTA. Yang Berhormat ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Raub dan juga Yang Berhormat Temerloh. Pihak kementerian mengambil maklum bahawa terdapat pelajar yang memiliki kelayakan UEC berhasrat untuk menyambung pengajian mereka di IPTA.
Walau bagaimanapun, berdasarkan Pekeliling Ketua Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Swasta, KPM Bilangan 2 Tahun 2004, kelulusan Sijil UEC boleh digunakan untuk kemasukan ke IPTS sahaja. Yang Berhormat Temerloh juga telah bertanyakan berkenaan ini, termasuk antara lain yang dibangkitkan berkaitan dengan bilangan pelajar yang digolongkan sebagai golongan T15 di IPTA...
[Bangun]
Untuk makluman Yang Berhormat, mana Temerloh? Ada sini?
Menteri?
Sekejap, saya bagi. Sistem yang ada di peringkat kita di KPT merekodkan bilangan enrolmen pelajar warganegara mengikut pendapatan keluarga B40, M40 dan T20 di IPTA yang merangkumi UA, politeknik dan kolej komuniti. IPTA yang merangkumi UA, politeknik dan kolej komuniti ini berdasarkan kepada sistem MyMoheS, bilangan enrolmen pelajar warganegara mengikut pendapatan keluarga pada tahun 2023 sebenarnya majoritinya adalah daripada B40. Sebagai contoh, saya ambil dalam konteks universiti awam. Kita mempunyai seramai 361,000 iaitu keseluruhannya 64.4 peratus keseluruhannya. Manakala di politeknik, kita mempunyai sebanyak 60,831 atau 76.5 peratus daripada B40 dan juga dari kolej komuniti, kita mempunyai seramai 12,596, seramai 75.8 peratus kesemuanya. Silakan Yang Berhormat.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak sentuh sedikit berkaitan dengan masalah UEC. Walaupun sekolah yang dikatakan UEC ini daripada swasta tetapi kita tahu bahawa ini adalah satu sistem yang memang telah lama wujud di Malaysia. Kebanyakan pelajar daripada UEC ini bukan sahaja ambil apa ini – certificate, sijil untuk UEC. Tapi mereka juga mengambil SPM dalam peperiksaan. Satu. Kedua, kebanyakan daripada mereka ini, anak kita ini, daripada pelajar ini di-recognise oleh universiti-universiti di luar negara. Kebanyakan mereka selepas SPM ataupun sijil UEC ini, mereka belajar di luar negara, mereka diserap sebagai modal insan yang berkualiti di luar negara. Satu. Kedua, apakah pandangan kepada Menteri, Kerajaan Negeri Sarawak bukan sahaja terima tetapi mereka juga recognise masuk. Salah satu syarat masuk ke universiti di negeri Sarawak dan juga dibenarkan untuk sebagai pengambilan dalam jawatan awam. Apa pandangan Menteri?
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Saya perlu jawab? Tak perlu? Saya akan jawab nantilah ya. Saya fikir Yang Berhormat, seperti yang kita sedia maklum, isu ini berlarutan begitu lama sekali. Sama ada yang sini berada di sini atau yang sini berada di
sana ya. Sehingga kini, isu yang berterusan yang begini seharusnya memerlukan tidak bermain dengan keterlaluan atas faktor-faktor tertentu. Bagi saya, lebih baik kita melihat ke dalam aspek ini secara mendalam, bukan hanya dalam konteks bagi saya. Kalau ditanya kepada saya, isu yang berkaitan dengan accreditation, dengan izin, bagi sijil-sijil tertentu, bagi saya bukan hanya tertumpu kepada satu-satu sijil. Kita perlu melihat juga apa sijil-sijil lain yang menjadi halangan bagi pelajar-pelajar kita, anak-anak, rakyat kita di sini untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi. Oleh yang demikian, saya mengesyorkan supaya satu kajian menyeluruh perlu dibuat, termasuk dari segi konteks content kurikulum yang ada. Jadi, saya harap supaya isu-isu yang begini, kita tidak membincangkan secara atau mengikut musim-musim tertentu bagi menagih orang kata, sokongan dan dukungan tapi ini adalah merupakan isu pendidikan yang memerlukan pemikiran, peninjauan daripada kita semua. Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, saya mohon maaf kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, mungkin ada perkara-perkara yang tidak sempat saya menjawab dan saya akan bagi mereka yang tidak sempat untuk saya menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan akan kita susuli dengan jawapan-jawapan secara bertulis. Sekali lagi, saya menghargai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dalam sesi perbahasan, khusus yang terkait dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab. Masa 45 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, terima kasih kepada 44 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan berbahas berhubung perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sepanjang perbahasan yang berlangsung, saya amat menghargai pandangan serta idea yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Perbahasan ini menunjukkan betapa kita semua tanpa mengira latar belakang politik, amat prihatin terhadap keperluan untuk memastikan kestabilan dan kelestarian sektor pertanian negara. Keterjaminan makanan negara bukan hanya terletak di bahu KPKM tetapi turut melibatkan pelbagai kementerian. Antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Wilayah dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Bajet 2025 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6.42 bilion iaitu peningkatan RM250 juta atau 4.1 peratus berbanding dengan tahun 2024. Bagi sesi penggulungan hari ini, saya akan menjawab dan memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan berdasarkan kepada bidang tugas utama dan subsektor di bawah KPKM. Yang pertama, peningkatan produktif padi dan beras. Kedua, pengagihan peruntukan RM300 juta kerjasama kerajaan negeri. Yang ketiga, penumpuan kepada kebajikan golongan sasar kementerian. Keempat, pengembangan industri ternakan. Kelima, pelaksanaan dasar dan strategi bagi produktiviti domestik dan keenam, penanaman bawang, jagung, bijian dan sayur-sayuran. Kalau tak dapat jawab menghabisi setiap Ahli Parlimen yang bertanya, saya akan jawab secara bertulis.
Yang tak ada dalam Dewan, terus jawapan bertulis.
Nampaknya ada belaka. Kementerian sebelum saya tadi banyak yang tak hadir. Maka, dia cepat habis. Yang ini nampak semua hadir. Termasuk Timbalan Perdana Menteri. Izin saya menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu, Rompin, Sri Gading, Jeli, Rasah, Pendang, Mersing berkaitan usaha meningkatkan produktiviti padi negara. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada 7 Ogos 2024, saya telah mengarahkan supaya satu pasukan khas reformasi industri padi dan beras ditubuhkan di KPKM, bertujuan meneliti kelemahan-kelemahan yang ada dalam ekosistem padi dan beras dan mencadangkan langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan segera. Ini adalah selaras dengan seruan reformasi institusi dan industri yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, khususnya bagi menyelesaikan isu-isu strategik dalam industri padi dan beras negara. Pada 9 Oktober lalu, saya telah membuat satu pengumuman besar berkaitan reformasi industri padi dan beras melibatkan empat inisiatif utama iaitu kajian semula ke atas struktur harga padi dan beras, pengenalan peraturan larangan pencampuran beras tempatan dan beras import, pemisahan fungsi dan kuasa institusi yang terlibat dalam pengurusan industri padi beras dan pemerkasaan kawal selia dan penguatkuasaan industri melalui pemerkasaan kawal selia padi dan beras.
Pelbagai program pecutan produktiviti padi telah dan sedang dilaksanakan oleh KPKM sebagai usaha berterusan untuk mempertingkatkan pengeluaran padi dan penghasilan beras tempatan seperti SMART SBB, SMART SBB ala Sekinchan dan sebagainya. Antara pencapaian semasa inisiatif ini ialah KPA Gong Chengal, Gong Pasir dan Gong Geduk yang diselia oleh IADA Ketara, Kemasik. Satu kejayaan di Kemasik, Pasir Puteh sehingga menghasilkan 10.35 tan dalam satu hektar. Ini setaraf dengan Sekinchan. Saya membuat ucapan ketika melawat di Pasir Puteh baru ini, saya berkata, “Pada masa akan datang, nak lihat padi yang paling cantik, tak payah pergi Sekinchan, pergi ke Pasir Puteh.” Dan ini pengusahanya 100 percent bumiputera. Ertinya, bumiputera Kelantan
boleh menghasilkan seperti yang dilakukan di Sekinchan. 10.3 tan metrik ini satu pencapaian yang cukup baik dan sekarang mereka sedang membuat musim yang kedua. Kalau kejayaan itu diulang, barangkali akan datang kita buat pula penanaman padi ala Kemasik, Pasir Puteh. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kemampuan negara menghasilkan beras adalah sebanyak 1.44 juta tan metrik atau 56.2 peratus berbanding bekalan beras negara. Manakala, bakinya 1.12 juta tan metrik masih perlu diimport dari luar negara. Oleh itu, kementerian menyambut baik sebarang cadangan jangka panjang ke arah mempertingkatkan produktiviti padi dan beras tempatan khususnya bagi mengurangkan impak defisit imbangan perdagangan agromakanan. Mengenai program penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sungai Besar, kementerian telah selesai melaksanakan program rintis di MADA pada tahun 2022 dan terbukti berpotensi tinggi untuk meningkatkan hasil padi dan juga pendapatan pesawah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini memerlukan persediaan rapi di pihak kerajaan, merangkumi pengurusan input dan ketersediaan pemain industri termasuk para pesawah. Pada masa ini, persediaan lengkap ke atas usaha tersebut sedang giat dilaksanakan oleh kementerian termasuk pembangunan infrastruktur pengairan fasa satu di MADA yang melibatkan projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu dan pembinaan 15 blok pengairan tersier yang melibatkan keluasan 11,000 hektar dan dijangka memberi manfaat kepada 5,000 orang pesawah. Sebagai makluman kepada Dewan, Kerajaan Sarawak telah mencadangkan pembangunan kawasan seluas 5,000 hektar sebagai usaha untuk menjadikan negeri ini salah satu jelapang padi utama negara. Langkah ini telah mendapat perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah dimulakan dengan pelaksanaan melalui FELCRA Berhad di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Yang Berhormat, minta penjelasan. Sikit sahaja. Sebab, Yang Berhormat sudah pergi ke depan. Hat yang saya...
[Bangun]
Yang Berhormat telah pergi ke hadapan, saya nak ambil ke belakang sikit. Cadangan lima kali setahun, lima kali dua tahun? Lima kali dua tahun ya? Lima kali setahun pun dah terlajak, minta maaf. Sebab Yang Berhormat pun dulu pernah jadi Menteri Dalam Negeri, hari ini pertanian. Saya susah nak tanya soalan sikit ya. Okey, Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa tanah di MADA ini dia telah tua? Dia dah tua mungkin dah 70 tahun lebih, mungkin 80 tahun. Dia sebelum merdeka telah digunakan sampai sekarang tak pernah berehat. Jadi, Yang Berhormat cadang lebih lagi itu, saya sokong. Tetapi, setelah tanah ini diberi kerehatan. Macam kalau tanam tebu,
selepas 10 tahun, dia tukar. Tetapi, kita dah 80 tahun tidak pernah direhatkan dan tanah ini makin teruk, makin teruk kerana digunakan racun dan sebagainya. Itu sebab kalau kita masuk kawasan MADA, kaki kita akan masuk atas lutut. Kaki tenggelam. Jadi, kita hanya bertahan. Sekarang ini, semua peringkat hanya mampu untuk dapat 1.5 tan serelong. Jadi, Yang Berhormat sebut yang tinggi itu, setengah tempat yang senang dapat air, okey. Tetapi, pada keseluruhannya, itulah yang kita dapat, 1.5 tan ke dua tan. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk merehatkan tanah MADA selama dua tahun? Dan kerajaan bayar semualah. Tetapi, kerajaan tak payah bayar pun. Subsidi yang ada itu dibagi kepada petani dan petani rehatkan tanah dua tahun untuk tanam yang lain selain daripada padi supaya tanah itu kuat balik. Jadi, orang pun kalau dah umur 70 tahun, dia tak boleh melahirkan anak lagi dah. Lebih kurang macam itu. Jadi, kalau padi kita paksa, kita gunakan baja dan racun tetapi masih dia tak boleh bertahan sebab tanah terlampau lama. Terima kasih.
Ya, saya sokong hasrat kementerian untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan. Lately ini, pengeluaran kita menurun. Walaupun dulu dikatakan 60 peratus, sekarang is less than 60 percent daripada SSL. Itu merupakan hakikat. Kementerian perlu sokongan daripada semua pihak. Pihak swasta, kerajaan. Kalau nak buat lima kali dua ini, pendekatan lima-dua ini, sebahagian besar daripada empangan, saliran yang ada di jelapang padi sekarang ini perlu kita baik pulih. Peruntukan yang dibuat secara piecemeal sekarang ini, datang RM100 juta, RM1 bilion, RM500 juta, tak mencukupi untuk membaik pulih keseluruhan sistem pengairan yang diperlukan untuk membaik pulih sistem saliran dan pengairan yang ada sekarang. Itu satu yang perlu dibuat.
Ringkaskan.
Satu lagi perkara, Datuk Menteri. Pihak kementerian ada kapasiti untuk menambah baik benih padi. MARDI perlu diberi peruntukan untuk membuat penyelidikan menyeluruh secara terperinci untuk mengeluarkan benih padi yang lebih berkualiti. Di Sekinchan, satu ketika dahulu, Yang Berhormat Menteri, Speaker...
Ringkaskan. Jangan ambil masa Menteri.
Ya. Sekinchan, sebelum ini, pengeluaran yang tertinggi. Tetapi, lately, mereka juga kurang daripada 10 tan kerana adanya digunakan benih padi hibrid yang adulterated, overtime. Jadi, itu merupakan perkara yang perlu diambil. Pengumuman KPLB nak develop tanah Sarawak ini untuk padi, dah berapa kali dia buat dah. Sebelum ini, KPLB juga mengumumkan akan di-develop jelapang padi baru di Sabah, tetapi kita tak nampak hasrat ini disusuli dengan tindakan dari segi peruntukan dan dana yang diperlukan. Terima kasih.
Sikit, Yang Berhormat Menteri. Boleh? Sekinchan. Sekinchan.
Ya, ya. Sabak Bernam.
Sabak Bernam.
Kawasan Sungai Besar juga.
Ini disebut Sekinchan banyak kali, Tuan Yang di-Pertua. Bila bercakap berkaitan dengan lima musim dua tahun, satu pertanyaan saya ialah dari segi varieti padi. Dari segi persiapan kita, infra, okey, mungkin dalam perancangan. Tetapi, dari segi varieti padi kita, kalau ikut di Thailand, antara 80 hingga 85 hari. Vietnam, 75 hingga 80 hari. Tetapi, kita, 110 hari ke 120 hari. Jadi, kalau kita nak mencapai tahap lima kali dua tahun, varieti padi kita mesti menyamai sebagaimana tempoh matang padi di Vietnam, Thailand ataupun di Indonesia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi.
Oh, nampaknya pakat tak jawablah saya.
Tak apa tak jawab, tak mahu jawab. Kira jawab kamilah.
Tak apa. Silakan. Ini Bagan Serai, kawasan padi juga. Ya.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Menteri.
Ringkaskan ya. Bukan berbahas.
Soalan berkenaan dengan kita memang nak menggalakkan petani ini untuk tanam padi. Tetapi, realiti yang di bawah sana, kita tengok, petani hari ini sebenarnya berada di paras kemiskinan dah. Kalau cara mereka dah give up nanti, mereka tinggalkan. Di tempat saya, dah banyak tanah-tanah sawah yang ditukar kepada tanam sawit. Cuba kita tengok contoh dia. Bagus. Berkenaan dengan harga kawalan benih, tahun 2023, RM2.25 untuk satu kilogram.
Kemudian, dalam masa yang sama kita dapat lihat Skim Subsidi Harga Padi 36 sen. Datang tahun 2024, kawalan runcit benih pula naik lagi, RM2.80 sekilo. Sedangkan, Skim Subsidi Harga Padi hanya naik 26 sen iaitu 50 sen satu kilo. Harga kawalan benih ini pula dulu RM2.25 naik RM2.80, naik 55 sen sedangkan subsidi hanya naik 26 sen. Jadi, macam manakah kita dapat tengok? Ini tak masuk lagi dengan input-input baja, racun dan sebagainya, satu. Keduanya, berkenaan dengan untuk penyediaan benih subsidi. Kerajaan berikan RM20.60 per beg untuk 20 kilo benih kepada penyedia benih ini tadi. Kita tahu, yang penyedia-penyedia benih ini mereka dah dapat pun RM20.60 per beg walaupun sepatutnya
jual dengan harga RM32 harga yang ditetapkan. Tapi berlaku di pasaran sana, RM58 hingga RM60 kepada petani. Persoalan saya ialah ada dari kalangan petani-petani yang ada inovasi sendiri yang mereka buat benih sendiri walaupun secara haram sebenarnya, tak dibenarkan, kita tahu. Tapi mereka terpaksa buat kerana benih yang mereka dapat itu tidak ada kualiti. Sedangkan hat penyedia benih itu pula dapat subsidi sebanyak RM20.60. Petani hat yang buat benih sendiri tak dapat apa-apa. Jadi, ini satu perkara yang perlu difikirkan untuk kita nak bercakap tentang reformasi wahai...
[Ketawa]
Satu hari kita ceramah di satu pentas. [Ketawa] Arau, nak merehatkan tanah, kita kena lihat perkembangan-perkembangan teknologi baru yang kita cuba cari jalan. Pandangan universiti, pandangan MARDI, pandangan Universiti Putra terhadap tanah dan sebagainya, kita kena ambil perhatian. Begitu juga kita lihat di antara negara di dunia yang paling maju dalam pertanian iaitu Taiwan dan Holland. Mereka tak ada pun rehatkan tanah itu. Cuma, teknologi-teknologi baru diperkenalkan. Sekarang, kita akan bergerak ke arah itu. Memang...
Sikit Yang Berhormat. Negeri yang Yang Berhormat sebut itu, dia rehat tanah dengan ganti crop yang lain. Saya duk di Holland dua tahun, belajar master di sana, saya tahu dia rehatkan tanah, dia tukar. Dia tukar pada tanaman lain. Dia tak pakai tanaman yang sama sebab dia nak bagi rasalah. Tanah merasai benda barulah.
Dia pembajaan, teknologi misalnya di Bumbung Lima. Di antara kawasan yang lama. Tanah situ tidak direhatkan tetapi Bumbung Lima di antara kawasan yang penghasilan padinya tinggi seperti di Sabak Bernam. Saya sebut tadi, di Pasir Puteh, di Kemasik ini, sampai pergi kepada 10 tan. Begitu juga di sempadan Kedah-Arau yang dapat 10 tan juga kerana cara pembuatan, cara menguruskan. Jerlus ini banyak sebab.
[Bangun]
Di antaranya kita menggunakan mesin untuk menuai padi itu mesin yang terlalu berat. Sekarang dalam proses untuk menukarkan mesin menuai padi yang lebih ringan dan perkara-perkara yang lain yang pihak universiti sedang memberi pandangan-pandangan mereka supaya tanah ini tidak direhat. Kut nak direhatkan di seluruh MADA itu dua tahun, saya rasa nak bagi belanjawan subsidi kepada petani itu tentulah berbilion ringgit. Kita kena lihat dari sudut kemampuan kerajaan secara menyeluruh.
Parit Buntar.
Beluran memberi pandangan yang – Bekas Menteri, memang memberi pandangan yang betul iaitu soal infrastruktur. Infrastruktur ini satu perkara yang perlu kita berbelanja besar. Nampaknya rugi tapi ia jangka panjang. Kita pergi ke Kota Belud misalnya, kita minta mereka usahakan dua kali setahun. Mereka kata, “Berapa kali pun boleh asalkan ada air. Ada sumber air dan sebagainya”.
Oleh itu, Beluran menyokong saya supaya kita menuntut dalam RMK yang akan datang, peruntukan untuk pengairan ini (irrigation) dipertingkatkan, terutama sekali di kawasan yang baru kita nak teroka seperti di Sabah dan juga di Sarawak. Saya menyokong pandangan Beluran itu.
Parit Buntar, mencelah.
Ini tak dijawab lagi.
Parit Buntar pun kawasan padi juga.
Tak jawab lagi sahabat Yang Berhormat daripada Bagan Serai.
Tak apa, lepas ini jawab sekali. Tak apa sekali, sikit saja. Sikit saja.
Nanti Bagan Serai marah kat saya. Dia kata, “Kenapa layan adik?” [Ketawa]
Tak apa. Sikit saja. Sikit saja. Dulu waktu sidang yang lepas, Kota Raja ada jawab berkaitan dengan isu tanah yang akan direhatkan kerana masalah jerlus. Jadi, Kota Raja jawab, “Boleh direhatkan semusim ataupun dua musim dan akan dibayar pampasan”. Hari ini jawab lain pula. Mengapa? Hari ini rujuk pula negara-negara yang lain yang tak direhatkan. Dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh?
Tanah jerlus di kawasan Kerian ada peruntukan. Saya jawab secara bertulis. Ada, tahun ini untuk pampasan tanah jerlus di Kerian itu.
Okey, terima kasih. Saya tunggu.
Tanya, bagilah orang jawab habis dulu. Ini ada hat bahagian itu.
Ucap terima kasih tadi.
Jadi, bahagian benih padi dan sebagainya itu adalah perkara berterusan dan kita ambil perhatian secara serius hal seperti itu. Tentang kekurangan kawasan sawah, kita hilang 20,000 hektar, Bagan Serai. Di antaranya, tukar tanaman, perumahan dan terbiar kerana generasi muda tidak mahu meneruskan kerja-kerja sawah itu. Oleh itu, kita buat tumpuan sekarang untuk memulihkan keadaan itu. Di antaranya, seperti di Melaka, di Negeri Sembilan, di Johor dan pemulihan itu kita nak bersama dengan kerajaan negeri. Baru ini saya ke Melaka, termasuk Ketua Menterinya dan juga Exconya berjanji dan bersama untuk memulihkan sawah-sawah terbiar itu yang jumlahnya agak luas, dapat menampung penanaman padi pada masa yang akan datang.
Tentang penurunan 56 persen padi beras sekarang ini kerana DOSM meminta supaya perkiraan dibuat cara baru iaitu benih tidak dimasukkan dalam kategori beras maka ditolak hal-hal itu. Maka kita tinggal 56 persen. Sebab itu usaha secara intensif sekarang ini dibuka kawasan khasnya disebut di tiga negeri, di Sabah dan di Sarawak. Sarawak saya sebut di sini kerana Premiernya sendiri mengumumkan peruntukan RM500 juta pada tahun depan khas untuk padi dan PKPM akan terus bekerjasama apa saja bentuk untuk merealisasikan iaitu Sarawak akan membuka 5,000 hektar sawah dalam masa yang terdekat ini. Sarawak berazam sampai mereka boleh mengeksport beras pada 2030 nanti. Itu azam, berjaya atau tidak, bergantung kepada usaha-usaha kita bersama. Kerajaan mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran, Rompin, Jerai, Arau, Julau, berhubung harga belian padi dan perbezaan harga tersebut antara negeri. Harga minimum belian padi kini ditetapkan pada kadar RM1,300 per tan metrik dan pelaksanaan ini juga merangkumi negeri Sabah dan Sarawak mulai 15 Februari 2024. Saya ingin menegaskan bahawa penetapan harga ini adalah langkah strategik bagi melindungi kepentingan pesawah. Walaupun begitu, perbezaan harga antara negeri adalah keputusan perniagaan berdasarkan dinamik pasaran setempat. Bagi menjawab kebimbangan sama ada kerajaan bercadang menyelaras harga jualan padi di seluruh negara, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan tersebut setelah kajian terperinci mengenai penyelarasan harga baru dimuktamadkan dalam masa terdekat. Kajian ini bertujuan memastikan kestabilan harga padi di semua kawasan dan membantu meningkatkan pendapatan pesawah secara adil.
Laluan, Jerai.
Apa hal pun perubahan, kita kena utamakan pesawah itu Arau. Itu saya jamin.
Kalau apa perubahan pun, pesawah yang akan menanggung beban ruginya. Maka, kita akan melihat secara serius hal itu supaya – Jerai.
Ya. Terima kasih Menteri. Berkaitan dengan harga padi, ada pengilang swasta menaikkan sampai RM1,800. Bila saya tanya pada KSU, dia sebut, “Kami yang kawal”. Tetapi pengilang swasta, dia naikkan sampai RM1,800 dan sampai satu tahap dia turun balik ke RM1,300. Apakah langkah-langkah pihak kementerian untuk menangani isu kenaikan harga yang sementara ini?
Itu yang saya cakap satu reform yang besar dalam hal padi ini, sedang kita buat sekarang ini bersama dengan agensi yang lain seperti MyCC, yang juga buat kajian lebih daripada tujuh bulan dan akan mereka keluarkan hasil kajian mereka. Pandangan-pandangan itu kita ambil kira untuk membuat satu reform yang besar. Kita harap semua wakil rakyat kena sokong. Ini untuk kepentingan industri padi dan beras di Malaysia ini.
Yang Berhormat Menteri, harga lantai padi, berat padi, pada kadar RM1,300 satu tan. Itu merupakan yang ditentukan oleh kementerian sejak sebelum saya dan semasa sekarang ini. Tetapi, pengilang beli RM1,800, dia tak logik. Tetapi dari segi biasanya tak logik, tetapi dari segi business-nya logik kerana beras padi yang dibeli, padi tempatan yang dibeli itu di-convert kepada beras import. Yang itu kementerian kena check itu. Ia very simple. Kenapa beli RM1,800? Kerana padi beras itu, padi tempatan itu bukan dijual sebagai beras putih tempatan tetapi dijual sebagai beras putih import. Yang ini kementerian kena check. Penguatkuasaan di bawah Bahagian Padi Beras, 160 orang itu tak mencukupi Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Ia kena mendalam. Kena buat siasatan secara mendalam. Ia very simple. Business argument, boleh. Tetapi dari segi logiknya tak mungkin kerana RM1,300 itu beras akan dijual pada kadar RM2.60 satu kilo. So, sebab itu tak ada beras RM2.60. Mereka beli RM1,800, RM1,400 dan akan dijual sebagai beras putih import pada kadar RM30-RM40 satu kilogram. Yang itu kementerian tahu tak Yang Berhormat?
Yang Berhormat.
Nampaknya yang bertanya itu tahu bagaimana saya nak jawab. [Ketawa]
Yang Berhormat, terima kasih...
Sebab ini adalah – ya, ya. Arau.
Terima kasih. Kita akan menyokong. Apa? Reformasi kah revolusi? Oh, reformasi. Sebab reformasi hat dulu gagal. Sebab apa? PAS pergi berlawan di hadapan, orang lain dapat jadi Perdana Menteri. Itu reformasi barulah Yang Berhormat ya? Reformasi padi. Okey, Yang Berhormat sebelum kajian dibuat, saya bimbang kajian ini saya tak tahu bila. Tetapi, saya minta sebab RM1,800 itu saya di hadapan mata. Saya juga pesawah tetapi saya tak ambil duitlah. Saya bagi dekat orang. Itu sahaja. Saya juga pesawah Yang Berhormat. RM1,800 dia beli tetapi lepas tiga minggu, RM1,400. RM400. Orang yang bernasib baik orang Perlis sebab masa RM1,800 di Perlis. Orang Kedah paling bernasib tidak baik. Bila mereka mula harvest RM1,400. Jadi, kesian kepada orang Kedah. Kiri, kanan dia kena. Jadi Yang Berhormat, saya nak cadangkan supaya reformasi ini sebelum dimulakan, buat terus RM1,500 dia orang terima. Gaji minimum RM1,700. Jadi, kami duduk tang tengah- tengahlah. No problem. Sebab gaji minimum naik, sama gaji minimum, naikkan harga lantai RM1,500. No problem. Ini cadangan daripada banyak pihak. Terima kasih.
Terima kasih Arau. Sebenarnya harga padi turun mengejut itu selepas saya mengumumkan pada bulan Oktober yang lalu iaitu kita akan
buat satu reform besar-besaran. Maka, harga padi, pembelian padi daripada RM1,800 dia turun ke RM1,400.
Yang Berhormat.
Ini bermakna...
Yang Berhormat Menteri.
Ini bermakna mereka sedikit gerun kepada Menteri ini.
Yang Berhormat Menteri, kenaikan yang oleh kilang swasta ini, dua kali, dua musim. Dia naik RM1,800, dia turun. Kemudian musim yang kedua, dia naik juga RM1,800, dia turun balik. Saya ingat dia tak ikut kut pengumuman Menteri ini sebab ikut suka dia sahaja.
Ya. Sebab itu kita akan buat...
Yang Berhormat.
Satu reform yang besar...
Kota Raja.
Gabungan daripada KPDN dengan KPKM kita akan buat pembaharuan ini. Orang kata membuat pembaharuan ini boleh selesai atau tidak kita cuba. Sebab hal padi ini, daripada LPN dulu ke BERNAS, sekarang pula ada pelbagai masalah. Dia sentiasa bergolak hal padi ini. Hal lain-lain itu boleh kata nampak ada penghujung penyelesaian. Padi ini tidak kerana ada pihak yang berkuasa pihak kerajaan. Ada pihak yang berkuasa dalam bidang menentukan harga, ada pihak pengedar, ada pihak penanam. Semuanya itu kita kena gabungkan, membuat satu perkara yang walaupun lambat tetapi kita kena usaha supaya akhirnya semua mendapat faedah. Nampaknya Ahli Parlimen bersetuju harga beras perlu dilihat semula. RM2.60 tahun 2008, sekarang adakah nak kekal dengan harga itu? Kita akan juga pandangan daripada MyCC yang membuat kajian, temu bual, libat urus dengan banyak pihak. Dah siap laporan mereka itu, akan dibentangkan dalam mesyuarat yang terdekat ini. Daripada situ kita akan bergerak dan bertindak untuk reform hal padi dan beras ini secara menyeluruh, secara besar- besaran. Bagan Serai, ya.
Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, persoalan saya berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan hari ini. Tempat saya ini 60 peratus pengeluaran padi. Tiba-tiba beras tempatan tak ada. Okey. Apabila orang takut hari ini menyebabkan naik harga, padi pun turun RM1,400. Persoalan saya, payah sangat kah nak atasi benda ini? Saya ingat benda paling mudah, kita tahu pergi di kilang mudah kerana setiap penjual padi itu, pesawah tadi, dia mesti ada nota dia kepada pengilang. Invois dia. Pasal dia nak dapat claim subsidi. Boleh tanya tauke kilang, “Beras ini, padi ini kau letak mana?” Di situ kita boleh pegang dia. Jadi, nanti memang akan dijawab oleh Menteri, “Kita tak cukup penguat
kuasa”. Betul. Kita pergi sekali-sekala. Kalau agak-agak tak ada kemampuan, kami wakil rakyat, kami daripada PN bersedia untuk pergi ke kilang-kilang sana. [Tepuk]
Tahniah Bagan Serai. Nanti saya pergi rush mana-mana kilang, saya panggil Bagan Serai, tak datang jaga. [Ketawa] Kita tahu dari sudut kuasa ini, kementerian akui. Sebab itu dalam reform ini kita nak gabungkan semua penguat kuasa di bawah kementerian ini digabungkan kepada satu. Sama ada daripada MAQIS, daripada Padi dan Beras, daripada LKIM, daripada semua, kita gabung itu, kita akan ramai penguat kuasa yang akan bertindak. Saya yakin Beluran boleh faham hal ini, hal penguat kuasa ini. Tetapi hal penguat kuasa ini kita nak buat pun mesti ada pengimbangan.
[Bangun]
Dalam hal ini kita mahu petani untung. Pengilang pun kita nak dia untung. Pengedar kita ada dia untung. Pengguna pun tidak dibebankan. Sebab itu kita kena lihat dari semua segi supaya semuanya win-win. Kita tak boleh ambil satu tindakan satu pihak yang untung. Biar semua pihak mendapat keuntungan. Saya ubah tajuk lain sikit ya. Alah, ini Pendang, banjir termenung.
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Tinggal 20 minit lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tak masuk apa dah ini, hari ini.
Saya rasa Menteri yang paling terbuka dan sangat bertimbang rasa...
Ringkaskan, ringkaskan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Terus kepada pencerahan.
Ucap terima kasih sebab saya tengok Menteri lain tak beri kebenaran untuk kami bertanya. Tetapi Menteri daripada Kota Raja ini sangat bagus, sangat baik. Saya ingat kekalkan yang itu, nanti naik lagi, insya-Allah.
Tak ada soalan? [Ketawa]
Soalan saya sekarang ini, saya nak menyentuh berkenaan dengan business strategy model yang ada dalam bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini. Saya tengok bila harga beras mahal, gaji pun naik tetapi harga padi yang dibeli kepada pesawah turun. Jadi, maknanya di sini yang menanggung segala yang menyebabkan inflasi ini, petani menanggung bebanan kepada apa yang berlaku di sini. Dia mesti dalam teori ekonomi, bila naik gaji sama ada penjawat awam dan sebagainya, sudah tentulah barang akan naik. Tetapi petani yang mengeluarkan padi tidak naik. Saya nampak puncanya di mana? Mungkin puncanya di pengilang. Di situ untuk kita
membuat bagaimana untuk nak menyelaraskan dalam pengimbangan harga padi, beras dan juga kenaikan gaji yang menyebabkan inflasi dalam negara untuk kita nak kawal inflasi yang berlaku. Salah satu daripada segmen ini adalah daripada pertanian, daripada padi beras inilah.
Saya setuju. Nampaknya Pendang menyokong saya ke arah nak menyelaraskan harga beras ini supaya bila kita buat satu perubahan nanti, tidaklah datang bising di sini, semua kata, “Inilah pandangan kami. Walaupun daripada pembangkang, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendengar pandangan kami” iaitu berlaku sedikit perubahan pada masa itu. Inilah kita nak yang berlaku dalam Parlimen ini.
Menteri, sikit.
Sebab saya pun biasa jadi pembangkang lama dulu.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ringkas, ringkas sahaja. Persoalan saya ringkas sahaja Speaker. Kenapakah beras putih tempatan in i ada ketika pilihan raya kecil dan juga ketika Jualan Madani? Masa lain tidak ada. Kenapa masa itu sahaja ada? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
Ini soal penguatkuasaan. Bila kerajaan minta, dia mesti layan. Bila kerajaan tak minta, hatta campuran beras dan sebagainya.
Hebat Menteri, jawab ikhlas.
Ikhlas. Jadi saya kata soal beras, padi ini rumit, tapi dia boleh selesai, bukan tak boleh. Saya kata tadi macam nak keluarkan di Pasir Puteh, kita boleh dapat 10 tan. Kalau buat cara begitu di seluruh Malaysia, tujuh tan per hektar, kita dah beras cukup di Malaysia ini. Tapi kita tahulah, kebanyakannya ada, bukan semualah pesawah rajin. Tapi ada yang 4T, tanam, tinggal, tuai, telefon untuk tanya subsidi. Jadi kalau buat bendang cara 4T, tak boleh capai hasil yang baik. Tapi bila kita tumpu walaupun dulu bukan kawasan pengeluaran yang tinggi misalnya di Pasir Puteh, daripada tiga tan naik kepada 10 tan. Ertinya, boleh per hektar. Ertinya bumiputera boleh, tapi tumpuan mesti diberi. Kalau tanam, kemudian kita cakap buat bendang rugi, buat bendang rugi. Bangla ambil untung. Bagaimana kalau Bangla ini, dah dia kuasai sayur, tak lama lagi dia kuasai bendang pula. Sebab Cameron Highlands kita tahu, penanam mereka, pengedar mereka, penjual di Selayang pun mereka, mereka kuasai sudah rantaian. Rantaian bekalan mereka dah kuasai kerana kerajinan mereka. Jadi kita kena lihat secara ini, secara kritik ke dalam. Kenapa kita gagal? Bila kita turun, kita usaha, kita nampak ianya meningkat. Sebab itulah hal padi ini saya melihat secara
serius sebab kita membesar dalam bendang. Saya dulu naik kerbau, faham. Lembu pun saya naik, yang menjadi heboh dalam Parlimen hari itu. Seterusnya YB Bagan Serai, YB Rasah, YB Pendang dan YB Jeli membangkitkan persoalan berhubung kekurangan bekalan beras putih tempatan yang saya sebut tadi. Penguatkuasaan mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kali ini bila ada tindakan- tindakan yang lebih keras — sebab saya dulu bila jadi Menteri Pertahanan, yang pertama saya panggil Tan Sri Ambrin Buang buat Jawatankuasa Siasatan. Dah siap dah semua siasatan satu tahun, kerajaan kami jatuh. Yang depan inilah penjatuh ini. Kemudian sekarang kita nak tubuh jawatankuasa ini, kita nak buat pembaharuan. Janganlah penjatuh kerajaan ini sehingga pilihan raya akan datang. [Ketawa]
Lepas itu jatuh pula. [Ketawa]
Jadi kita dah siap buat kajian semua, nak laksana, jatuh pula. Kali ini tidak, insya-Allah. Tuan-tuan akan lihat, Ahli Parlimen akan lihat kejayaan kita selepas ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan pandangan pemain industri, cabaran utama yang menyebabkan kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran adalah harga kawalan beras putih tempatan yang tidak kompetitif. Sejak tahun 2008, harga siling beras putih tempatan telah ditetapkan RM2.60 sekilogram bagi memastikan rakyat mendapat beras pada harga yang berpatutan. Pada waktu itu, harga satu tan lebih kurang RM900, sekarang yang ditetapkan RM1,300. Apakah nak kekal RM2.60 untuk sekilo itu? Saya tak boleh kata hari ini, kajian sedang dibuat dengan berbagai pihak dan libat urus sedang dibuat dan pandangan MyCC yang telah lengkap buat kajian itu akan dipersembahkan kepada kita. Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang...
Yang Berhormat.
...KPKM berpandang bahawa semakan semula harga siling beras putih tempatan adalah wajar dilaksanakan.
Yang Berhormat.
Ini pandangan Pendang. Walaupun cadangan ini masih dalam proses kajian terperinci, pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah melengkapkan laporan kajian dan mengenai industri padi dan beras dan dimaklumkan laporan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara akan datang iaitu FSCC. KPKM komited untuk meneliti hasil kajian ini serta syor yang dikemukakan dengan harapan reformasi industri padi dan beras dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat bekas Menteri Pertanian.
Soal...
Baik, baik, baik. Sebelum itu, sebelum itu, sila duduk kejap. Sila duduk semua. Beluran tahu kan dan semua juga tahu, semasa Menteri menggulung, tidak boleh dibawa perkara-perkara baharu ya. Tidak adil untuk Menteri respons kepada benda-benda baharu. Maknanya, Menteri datang untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan dalam perbahasan dahulu. Jadi kalau nak bangun tanya, setakat penjelasan. Tetapi, jangan bawa perkara baharu. Saya mohon maaf.
[Bangun]
Ya, penjelasan daripada penerangan Menteri.
Baik. Arau dulu. Selepas itu Beluran.
Yang Berhormat.
Arau, perkara lama kah? Perkara lama pula.
Perkara ini saya tanya Yang Berhormat. Saya bercakap. Saya di antara tujuh minit pasal beras sahaja. Yang Berhormat akan jadi Menteri yang terbaik selepas Menteri Luar Bandar untuk menjawab. Yang lain jawab bertulislah. Kami datang beramai-ramai ini untuk berinteraksi dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat telah memberi ruang yang bagus. Alhamdulillah Yang Berhormat.
Majukan soalan.
Kalaupun kerajaan jatuh, Yang Berhormat akan diambil balik. Jangan bimbang ya.
[Dewan riuh]
Okey. Baik. Yang Berhormat, soalannya mudah. Punca beras naik harga kerana kita apungkan beras import. Saya dah ulang berkali-kali. Kalau beras import tak diapung, harga tak naik. Nombor satu. Yang Berhormat telah sebut bahawa harga jatuh daripada RM1,800 ke RM1,400 kerana Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan, maka takut kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat jawapan tadi bahaya sebab petani akan minta Yang Berhormat buat ganti rugi RM400. Jadi, betulkah kalau kerana sekarang ini orang takut kepada Yang Berhormat, kami nak Yang Berhormat tetapkan sebelum apa-apa, ini nak masuk padi yang kedua ini, RM1,500 dahulu harga lantai dan jangan apungkan beras import. Beras tempatan akan ikut harga import. Harga import tak diapungkan, katakan RM30, harga tempatan akan ikut sebab memang perangai makanan ini, dia ikut beras. Kalau beras naik, dia naik. Tapi kalau beras tak naik, semua makanan akan turun. Terima kasih Yang Berhormat.
Okey. Boleh jawab sekali dengan Beluran?
Ya. Ini soal dasar Yang Berhormat Menteri. Bila kementerian luluskan permohonan NAFAS untuk naikkan harga beras putih import, tetapi tidak mengkaji harga beras tempatan, itu yang menyebabkan dasar yang tidak seimbang. So, itu yang menyebabkan beras putih tempatan dimanipulasi menjadi beras putih import. Dia basic. So, bila kementerian mengolah dasar, dia tidak boleh dasar secara piecemeal. Import naik, beras putih tempatan tak naik. Di situlah berlakunya manipulasi. So, ini soal olahan
dasar. Tak boleh dibuat secara piecemeal Yang Berhormat Speaker. Saya kalau duduk sana itu, pegawai-pegawai itu saya akan tanya, why piecemeal? Kenapa import?
Okey. Menteri.
Kenapa beras putih tak — dia mesti seimbang. Dulu kita tiada masalah beras putih import, beras putih tempatan kerana harganya lebih kurang sama.
Tangga Batu.
Okey.
Bila beras putih import naik, beras putih tempatan tak naik, where’s the problem?
Tangga Batu.
Tak apa, jawab ini dulu. Kemudian Tangga Batu.
Baik. Tangga Batu minta sedikit sahaja.
Banyak sangat ini.
Saya rasa kita banyak cerita tentang beras. Tangga Batu dah...
Saya baharu 10 peratus saja daripada kertas ini.
[Ketawa] Tak, Tangga Batu soal nelayan. Saya pernah hantar...
Tak apa. Selesaikan masalah beras. Lepas itu kita masuk nelayan. Beras dahulu.
Baik, baik. Terima kasih.
Silakan Menteri.
Apa persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi akan terjawab bila saya bentangkan reform yang akan dibuat ini. Semua kena sokong kecuali — dan nak tetapkan RM1,500 itu, saya buka diktator. Saya kena bincang dengan semua pihak terutama dengan NACCOL dan sebagainya sebab kita kerajaan ini kita ada sistem. Semua bekas Menteri depan ini. Dulu pun masa jadi Menteri Wilayah, kita minta korek parit di sini. Kita balik Menteri jawab, kita balik bincang dulu dengan engineer. Jadi begitu. Jadi, kita ada bantuan-bantuan. Saya nak ubah kepada padi kepada yang lain-lain. Yang saya nak sebut di sini di antara kejayaan yang besar ialah nanas. Saya seru pada tahun lepas supaya nanas ini jadi bahan eksport kita yang utama pada masa akan datang. Waktu itu kita eksport 800 kontena. Permintaan 4,000 kontena. Tadi Pengerusi Lembaga Nanas memberitahu, kita sekarang sudah mampu eksport 1,700 kontena. Permintaan 4,000 kontena, 800 naik ke 1,700. Kenaikan 100 peratus lebih kurang dalam masa satu tahun. Ini akan menaikkan lagi eksport nanas kita dan akan menjadi
tukaran pertanian yang kita import terlalu banyak, akan diseimbang dengan eksport nanas yang naik begitu meningkat.
Yang kedua, kejayaannya, bawang. Sekarang kita peruntukkan lagi untuk menyebarkan benih bawang itu. Tanaman di Kelantan, di Perak, di Penang, di beberapa tempat yang lain. Kemudian, tahun 2026, bawang akan menjadi tanaman di Malaysia ini dan kita yakin ia menguntungkan dan direbut oleh banyak pihak sekarang dalam hal nak tanam bawang ini. Ini perkara baharu. Durian, yang menghairankan saya tanaman durian turun-temurun dibuat oleh bumiputera, orang Melayu. Tapi bila datang eksport ke luar negara yang menjadi jutawan kebanyakannya kaum Tionghoa. Ke mana tertinggalnya orang-orang bumiputera dalam perusahaan durian ini? Ini yang saya lihat secara serius supaya penanaman durian bumiputera, nak kata masalah tanah, kita lihat Ketua Menteri yang bukan Melayu hanya satu sahaja di Pulau Pinang, lain semua Melayu, bumiputera. Kenapa kita gagal hal menyediakan tanah untuk tanaman durian yang menyebabkan di Kelantan sendiri jutawan-jutawan baharu durian kebanyakannya orang Tionghoa? Bukan saya bercakap dari sudut perkauman. Saya nak lihat di sini kenapa bumiputera gagal? Apabila tanaman itu nak dieksport, ditanam secara besar-besaran untuk menjadikan bahan eksport kita, kita lihat bumiputera, Melayu gagal dalam hal ini. Kita kekal dengan pekebun-pekebun kecil
Satu lagi Yang Berhormat.
...Yang hanya mengeluarkan durian untuk pasaran di Chow Kit Road dan pasaran di beberapa tempat di kampung.
Satu tanaman lagi Yang Berhormat.
...Tidak dapat menjadi jutawan-jutawan baharu dalam hal pengurusan durian ini.
Satu lagi Yang Berhormat.
Ya, Beluran.
Kelapa, Yang Berhormat
Terakhir ya.
Kelapa. Yang Berhormat satu lagi kelapa yang juga perlu diberi tumpuan oleh kementerian.
Setuju,
Baik, Menteri.
Kelapa juga...
Menteri dah cukup, Menteri perlu berapa minit lagi?
Saya banyak sangat lagi. Saya berjanjilah sebarang bentuk dalam ucapan ada di sini yang berbentuk kawasan masing-masing, kita akan jawab bertulis.
Menteri boleh saya bagi...
...Sebelum lima hari jawapan itu akan sampai kepada Ahli-ahli Parlimen semua. Kalau tak sampai, ertinya barangkali Ahli Parlimen tak balik pejabat, dia pergi ke tempat lain. Kecuali yang ada banyak rumah macam Arau. Jadi kita tak tahu dia balik rumah mana? Jadi itu kita harap sampai ke pejabat dan sebagainya.
Yang Berhormat, sangkaan buruk Yang Berhormat. Saya sini je, tak ada tempat lain dah.
Tak apa-tak apa. Kita bersama faham satu sama lain, insya-Allah. Jadi itu kita harap semua yang memberi pandangan, semuanya nak kepada kebaikan, itu yang paling penting. Sebab soal keterjaminan makanan sudah menjadi tajuk dunia sekarang ini. Kita bercakap soal nak cukupkan beras. Berlaku kekurangan 4.4 peratus pada tahun lepas kerana kemarau panjang yang berlaku di Kelantan. Dua kali berlaku kemarau panjang. Kemudian kita nak pam air dari Kemubu, pam tu tak sampai. Perdana Menteri umum RM20 juta untuk nak beli pam. Pam tak sampai, kena buat satu jajaran baharu untuk pam air daripada Sungai Kelantan. Ini semua hal keterjaminan makanan ini, perlu kerjasama. Kerajaan negeri kena membantu bersama terutamanya sekali hal penyediaan tanah supaya kita dapat mengembangkan hal penanaman padi, ternakan. Kita juga minta supaya kawalan sempadan diperketatkan. Sebab bila kambing dibawa daripada Thailand, melintasi Sungai Golok yang sempit. Sungai Golok tu sempit, sampai disko di Kelantan itu, Ketua Polis Kelantan kena syif masuk, kena ada syif masuk. Ramainya pengunjung ke sana itu. Dibawa kambing dengan begitu mudah, lembu dan sebagainya menyebabkan penternak di Kelantanlah yang menghadapi masalah kerana kambing yang diimport mereka boleh jual dengan harga RM280 atau RM300 seekor. Sedangkan penternak di Kelantan paling minimum mereka boleh jual untuk untung, RM500 seekor. Oleh itu, pengawalan sempadan semua kementerian mesti pertingkatkan untuk menjaga terutama penternak-penternak di Kelantan, di Perak, di Kedah, di Perlis yang bersempadan. Kerana kita tahu diimport secara haram itu, mereka membawa penyakit dan juga mengancam penternak-penternak tempatan, terutama di negeri-negeri sempadan. Terima kasih, sebarang yang tak dijawab pada petang ini saya akan jawab secara bertulis...
Sikit Yang Berhormat.
...Dan semua jawapan ini akan diberi kepada semua Ahli Parlimen.
Yang Berhormat, jawapan Yang Berhormat yang terbaiklah, kami mengiktiraflah, terbaiklah. Tapi saya nak beritahu Yang Berhormat, kami timbul benda ini dah dua minggu, bukan hari ini tentang harga lantai beras itu. Pegawai pun dah tulis. Jadi kita minta Yang Berhormat, kami bukan minta serta-merta untuk Yang Berhormat jadi diktator, tidak. Kami dah minta dah berminggu, malah berbulan. Kalau dalam TikTok itu berbulanlah.
Jadi saya minta Yang Berhormat, pertimbangkan serta-merta harga lantai. Jadi bila kami balik ke rumah, semua orang gembira. Walaupun kita akan menyokong Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tak sokong kami, kami tetap sokong Yang Berhormat tapi kami gembira., itu yang paling penting. Bila kami gembira, kami doa. Itu yang penting, doa itu yang penting. Kalau kami doa fesyen lain tak bagus. Kami nak berdoa supaya sejahtera hendaknya. Terima kasih Speaker. Kami nak berdoa janganlah buat zalim kami. Terima kasih na Yang Berhormat.
Terima kasih atas doa dan harapan.
Speaker boleh bagi lima minit tak untuk Menteri jawab...
Tak, Menteri tak minta
...Pasal NAFAS, Yang Berhormat.
Menteri tak minta. Menteri dah habis?
Habis dah.
Habis dah. Baik, terima kasih Menteri. Baik, sebelum saya menjemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, saya maklumkan dua perkara. Pertama, saya mulai hari ini, sekali lagi saya ulangi, saya tak benarkan mana-mana Ahli Parlimen bangun untuk mengalu-alukan kehadiran daripada tetamu. Tak boleh, sebab kawan-kawan sudah berucap, kita bangun kita alu-aluan. Mulai tahun ini akan ada 10 ribu orang tetamu kita. Jadi bayangkan setiap kali kita bangun, kita ganggu. Jadi kalau nak umumkan, kalau nak mengalu-alukan kehadiran tetamu minta kawan yang berucap itu. Bagi pass note dekat dia tolong sebut, “ini tetamu saya dari Beluran, tolonglah sebut”, itu sahaja. Saya tak benarkan siapa-siapa juga bangun dan terus buat statement begitu kerana ini mengganggu. Baik, yang keduanya ialah seperti yang saya katakan tadi Menteri-menteri datang untuk menggulung ialah untuk respons kepada soalan-soalan yang telah dikemukakan. Hal- hal lain itu kalau perlukan penjelasan, yes, tapi jangan bawa perkara baharu sebab Menteri tidak akan, tak tersedia jawapan yang dikemukakan, not fair. Kawan-kawan yang bertanya pula dia tunggu jawapan dia. Menteri duk berlegar kepada benda baharu, akhirnya tidak ada jawapan yang dikemukakan oleh Menteri dan ini akan menjadikan masalah. Baik.
Ada satu ruling Speaker yang Speaker buat, saya sekarang nak tidur tak boleh tau dok fikir benda ini sebab Yang Berhormat kawan saya. Timbalan Yang di-Pertua keluar ruling, daripada Lanang keluar ruling perkataan ‘jangan kurang ajar’ itu Jelutong kepada Kuantan, dia kata boleh. Bila saya sebut jangan kurang ajar, Yang Berhormat kata tak boleh. Yang Berhormat marah lagi. Saya tak tengok muka Yang Berhormat, termimpi-mimpi saya. Apakah perkataan ‘jangan kurang ajar’ itu tak boleh pakai ataupun kurang ajar itu jangan sebut langsung. Dia kata ‘jangan kurang ajar’, boleh. Saya kata jangan kurang ajar, tak boleh. Yang Berhormat bagi saya tidur sama sebab saya tengok muka Yang Berhormat
tak tahan saya sebab Yang Berhormat seorang yang cukup manis, tiba-tiba jadi tak manis pada hari itu.
Baik, saya akan check dengan timbalan saya apa yang dimaksudkan. Tapi, kita semua tahulah, kita orang Asia. Let’s be frank about it, don’t play politics here. Kita orang Asia, benda-benda yang tak elok itu jangan sebutlah. Seperti juga kita tak nak orang lain sebut kepada kita. Jadi, saya akan check insya-Allah dengan timbalan saya apa yang dimaksudkan.
Sebab kami ini tak pernah ganggu orang Yang Berhormat. Kami di pihak, kumpulan yang teraniaya.
Ya, saya faham.
Yang ganggu sebelah sana banyak.
Betul.
Dan Menteri Yang Berhormat jawab terbaik, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian. Menteri lain tolong ikut.
On record.
Ya, supaya kami ini boleh berinteraksi.
Baik.
Kalau tidak kami tinggal seorang- seorang kami keluar sebab kami boring-lah. Terima kasih.
Baik.
Tan Sri Speaker, saya ingin menyatakan sokongan kepada ruling Tan Sri tadi, supaya tidak ada pencelahan perkara- perkara baharu. Kalau boleh kita buat sedikit reform bagaimana waktu diberikan kepada Menteri untuk menggulung 45 minit. Kita hadkan masa selepas setengah jam, selepas 25 minit baru boleh bertanya. Kalau dak saya tunggu daripada tadi lagi, soalan saya Menteri tak sebut langsung...
Betul.
Sedangkan hat saya sebut itu perkara paling penting bagi sayalah.
Betul.
Bagi orang lain itu – jadi kalau nak reform kena ada had masa. Contoh, 45 minit, 20 minit baru boleh kemukakan soalan Yang Berhormat. Itu cadangan.
Terima kasih, Pengkalan Chepa idea yang bernas. Insya-Allah saya akan berbincang dengan timbalan-timbalan saya. Baik, saya jemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan.
Terima kasih Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Sebelum saya meneruskan sesi ini,
izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada 14 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul perbahasan Belanjawan 2025, serta telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kubang Pasu. Tan Sri Yang di-Pertua, Bajet Malaysia MADANI untuk MOSTI bagi tahun 2025, memperlihatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana bajet mengurus sebanyak RM738 juta meningkat 4.7 peratus. Manakala, bajet pembangunan meningkat kepada RM536.62 juta. Peningkatan bajet, pembangunan tahun 2025 turut melibatkan peningkatan dalam semua komponen utama berbanding tahun lepas, iaitu pertama, Pembangunan Perkhidmatan STI daripada RM140 juta kepada RM141 juta. Kedua, Penyelidikan STI, daripada RM102 juta kepada RM172 juta. Bagi memastikan R&D negara mampu menghasilkan teknologi negara mampu berdaya saing, kerajaan telah mengambil keputusan untuk meningkatkan bajet R&D bagi tahun 2025 dari RM510 juta pada tahun 2024 kepada RM595 juta bagi tahun depan di bawah MOSTI dan juga Kementerian Pengajian Tinggi, KPT. Dalam hal ini, MOSTI akan terus memberi fokus peningkatan sumbangan penyelidikan pembangunan eksperimental daripada 45.5 peratus pada tahun 2020 kepada 50 peratus pada tahun 2025 dengan meningkatkan pengkomersialan hasil R&D di negara. Ini bagi meneruskan agenda negara supaya menjadi antara pencipta teknologi terunggul di dunia. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang pertanyaan dan saranan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Sik, berkaitan peruntukkan dana R&D dan pengkomersialan. Saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat Sik supaya peruntukan untuk penyelidikan pembangunan negara ditingkatkan untuk mempercepatkan peralihan ke arah negara berteknologi tinggi. Memang benar, bajet pengkomersialan STI MOSTI telah menurun bagi tahun 2025 kepada RM222 juta, berbanding dengan RM209 juta, pada tahun ini. Namun begitu, kebergantungan dana R&D daripada kerajaan semata-mata bagi tempoh jangka masa panjang adalah tidak mampan kerana peranan membangunkan negara yang dimainkan oleh kerajaan seharusnya dikongsi bersama oleh pihak swasta dan industri. Salah satu langkah MOSTI mulai RMK-12, adalah mengubah corak projek R&D di MOSTI menjurus ke arah experimental development yang bermatlamatkan penjanaan ekonomi iaitu satu ketanggungjawaban untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan teknologi dengan nilai komersial yang tinggi. Bagi menggerakkan keberhasilan ini, satu mekanisme padanan dana dengan penglibatan sektor swasta terutamanya syarikat pelaburan berkaitan dengan kerajaan atau
GLIC serta pihak industri telah diintegrasi melalui Dana Malaysia Scient and Government atau MSE. MSE adalah dana alternatif kebangsaan yang khusus bagi tujuan membiayai aktiviti R&D and C&I iaitu research and development dan commercialization and innovation secara mampan. Selain itu, MSE juga berperanan sebagai sebuah platform yang bertanggungjawab untuk mendapatkan dana dari dalam dan luar negara, termasuklah geran dari industri, dana antarabangsa, wakaf, penderma philanthropist dengan izin, ‘engine.... [Tidak jelas] ..’ dengan izin crowdfunding dan SES fund. MSE telah mula memberi impak terhadap pembiayaan R&D and C&I yang mampan untuk jangka masa yang panjang melalui sumber alternatif sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan di samping merancakkan penglibatan sektor swasta. Langkah ini bukan sahaja mengaktifkan pihak swasta dalam R&D and C&I, malah akan meningkatkan Perbelanjaan Dalam Negara Kasar untuk R&D (GERD) dan sumbangan sektor peniagaan dalam perbelanjaan R&D (BERD) negara ke sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2030. MSE, kini sedang memadankan dana dengan rakan-rakan strategik yang terdiri daripada pihak swasta, industri, organisasi antarabangsa dan kerajaan-kerajaan negara lain dalam nisbah 50:50 untuk melaksanakan projek-projek R&D and C&I di Malaysia dengan pengguna pakai pulangan yang dijana dari tabung MSE. Result MSE yang sedia ada berjumlah RM250 juta. Setakat ini terdapat 6 syarikat yang berada dalam industri yang melibatkan sektor E&E, hidrogen hijau, oils and gas, perkhidmatan rel dan aeroangkasa telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan MSE. Manakala kolaborasi bilateral dan multilateral melibatkan 30 buah negara lain. Bagi menjayakan insentif ini, Kerajaan MADANI, bagi tahun 2025 telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM170 juta untuk MSE dan sentiasa mengalu- alukan kolaborasi dengan semua pihak-pihak kepentingan terutamanya syarikat-syarikat multinasional yang menjalankan kajian ataupun projek yang strategik yang berimpak tinggi bagi menarik minat pelabur dan pemain industri untuk melabur dalam aktiviti- aktiviti dalam R&D. Seterusnya saya juga ingin merujuk kepada pengagihan dana R&D dan pengkomersialan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun hadapan, daripada peruntukan sebanyak RM595 juta, KPT diperuntukkan sebanyak RM 400 juta. Manakala MOSTI diperuntukkan sebanyak RM195 juta iaitu lebih kurang 32.5 peratus. Mengenai pertanyaan mengenai permohonan dana. MOSTI menawarkan skim pembiayaan dana berdasarkan kriteria Tahap Kesediaan Teknologi ataupun Technology Readiness Level (TRL). TRL 2 hingga TRL 9. TRL-TRL ini, merangkumi proses mengenal pasti tahap kesediaan teknologi R&D yang mula dari formulasi proof of concept dengan izin POC sehingga pembuktian produk
yang tersedia untuk dikomersialkan. Permohonan dana MOSTI juga membenarkan pembiayaan untuk permohonan paten sebagainya. Namun masih tertakluk kepada undang- undang MyAPO. Permohonan dana boleh dilakukan di laman web MOSTI iaitu dana R&D, di bawah Bahagian Dana MOSTI kita ada lima dana iaitu Applied Innovation Fund, Reaching Fund, Technology Development Fund 1 (TeD 1), Technology Development Fund 2 (TeD 2) dan juga SRF - Strategic Research Fund. Untuk startup pula, boleh membuat permohonan di bawah My Startup Single Window, di mana dana-dana untuk syarikat-syarikat pemula boleh lah dipohon di bawah website MYStartup. Permohonan akan melalui pelbagai peringkat tapisan dan jawatankuasa penilaian terdiri daripada wakil-wakil industri, syarikat swasta, para pakar penyelidik veteran ataupun academia. Antara cabaran yang wujud dalam pengkomersialan produk R&D adalah penyesuaian suatu teknologi dengan permintaan industri. Jika tidak, satu sumber perlu digerakkan untuk memenuhi semula permintaan pasaran di mana merugikan dalam aspek melengahkan tempoh masa pengkomersialan, peruntukan dan tenaga kerja. Oleh itu, MOSTI sedang memperkemaskan gerak kerja pengkomersialan dengan memperkasa beberapa inisiatif dalaman seperti yang pertama, program penggunaan barangan hasil R&D tempatan MySTI iaitu satu inisiatif perolehan kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kewangan bagi meningkatkan teknologi sovereignty dan teknologi roll-out dalam negara. Program ini mensasarkan 500 barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan, ditandakan dengan logo MySTI dan 50 daripadanya berjaya memasuki perolehan kerajaan. Ini adalah target. Ini antara usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi pengkomersialan hasil R&D tempatan. MySTR menyediakan platform yang merangkumi penandaan logo serta inventori barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang boleh diaccess di portal mySTR.gov.my . Barangan dan perkhidmatan dan logo MySTI akan diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan.
Program ini sedang dilaksanakan secara rintis selama dua tahun mulai tahun 26 Jun 2023 melibatkan 12 kementerian. Setakat 30 Oktober tahun ini, sebanyak 445 permohonan penandaan logo MySTI telah diterima dan 280 daripadanya telah diluluskan. Yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua adalah National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang merupakan satu platform yang membolehkan syarikat pemula (startup) ataupun penyelidik ataupun penggerak inovasi menguji produk teknologi atau perkhidmatan dalam persekitaran yang sebenar, live environment dengan izin dan dalam keadaan yang selamat dengan memberi kelonggaran daripada undang-undang dan peraturan sedia ada secara umum atau khusus untuk tujuan pembangunan teknologi dan produk menerusi penyelidikan.
Di bawah NTIS juga disediakan kemudahan pembiayaan bagi produk atau teknologi hasil R&D atau inovasi tempatan dari peringkat prototaip ke pengkomersialan. Sasaran program pembiayaan ini adalah untuk memberi akses kewangan kepada syarikat-syarikat PKS ataupun startup untuk membangunkan dan menjalankan proses pengujian ataupun pengesahan produk teknologi mereka dalam persekitaran yang terkawal iaitu sandbox. Sejak permohonan dibuka pada 15 Julai 2020 sehingga bulan Oktober 2024 sebanyak 835 permohonan lengkap telah diterima untuk ke peringkat penilaian. Seterusnya di mana sehingga kini 122 projek telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Kelulusan Dana Sandbox bagi pembiayaan dana NTIS dengan jumlah kelulusan sebanyak RM116.1 juta di bawah rakan pendanaan utama iaitu MTDC. Seterusnya yang ketiga..
Sedikit, sedikit sahaja.
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa itu inisiatif yang baik untuk membantu proses commercialization. Kalau boleh saya hendak tanya sedikit tempoh masa sebab dahulu antara rungutannya ambil masa untuk kelulusan itu. Tempoh masa itu bagaimana? Sudah dipendekkan sedikit atau sebagainya?
Terima kasih, Indera Mahkota kerana membangkitkan isu ini. Setakat ini kita tidak ada satu tempoh masa yang tetap tetapi memang kami akan sediakan satu SOP di mana ada satu tempoh masa yang tetap di mana jawapannya boleh atau tidak boleh akan dimaklumkan kepada pemohon dalam satu masa yang ditetapkan. Terima kasih. Seterusnya ketiga, Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia, Malaysia Commercialization Year (MCY) yang merupakan sebuah program untuk melonjakkan hasil penyelidikan (R&D). Pelbagai pihak telah dilaksanakan sejak tahun 2016. Sehingga tahun ini, MCY telah mengenal pasti 553 produk ataupun teknologi ataupun perkhidmatan R&D tempatan yang telah dikomersialkan dan dipasarkan dengan penjanaan hasil jualan sebanyak RM729 juta. Pelbagai intervensi dan fasilitasi juga disediakan di bawah MCY termasuklah padanan perniagaan, sesi due diligence, sesi coaching, business pitching serta platform tempatan dan luar negara untuk pameran hasil R&D tersebut. MCY Summit merupakan acara kemuncak tahunan MOSTI yang bertujuan mengiktiraf serta meraikan pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk R&D mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa. Seramai 8,084 peserta telah menghadiri MCY Summit 2024 yang melibatkan 99 pempamer, 28 panel speaker tempatan dan antarabangsa, penyampaian 10 anugerah MCY 2023 serta lapan pertukaran MoU berjumlah lebih kurang RM62 juta. Seterusnya keempat melalui pelaksanaan Pelan Tindakan KL20 yang merupakan kesinambungan kepada Malaysia Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) dan Malaysia Venture Capital Roadmap (MVCR) telah digubal dan dilaksanakan oleh MOSTI. Pelan hala tuju komprehensif telah menggariskan inisiatif dan insentif untuk pengasas startup dan PMKS
berteknologi tinggi, pelabur ataupun modal teroka dan bakat teknologi (tech talent) ke satu tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Tindakan KL20 akan merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk syarikat pemula dan pemodal teroka serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab syarikat pemula terbaik global menjelang tahun 2030. Terdapat 12 inisiatif utama digariskan di bawah Pelan Tindakan KL20 yang akan mengukuhkan ekosistem startup dan bakat tempatan termasuk PMKS berteknologi melalui dasar dan insentif yang menarik pelabur dan bakat antarabangsa ke Malaysia. Antaranya adalah Innovation Belt bagi mewujudkan satu hab inovasi fizikal bagi syarikat startup, PMKS dan modal teroka untuk menggalakkan kerjasama pertukaran idea dan inovasi. Selain itu inisiatif AI Infrastructure Enablement menyediakan infrastruktur kecerdasan buatan AI bertaraf dunia kepada syarikat pemula untuk menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam bidang AI. Selain itu ada juga Initiative Venture Capital Golden Pass yang membolehkan syarikat modal teroka asing menerima lesen perniagaan dalam tempoh yang singkat untuk melabur.
[Bangun]
Di bawah inisiatif KL20 juga, MOSTI telah membangunkan portal MYStartup Single Window sebagai platform sehenti yang menghubungkan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem startup di Malaysia. Pembangunan platform ini juga melibatkan kerjasama lebih 17 kementerian dan agensi melalui pasukan petugas MYStartup Single Window, seperti SME Corp dan MDEC yang menyalurkan maklumat program dan pembiayaan.
Ipoh Timur bangun, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Tanjong Malim. Berkenaan dengan AI kita sudah tiba-tiba masuk zaman Sovereign AI. Sekarang bukan sahaja large language model, bukan sahaja large imaging model, sekarang ada large quantitative model dengan izin dan masuk zaman AQ di mana ada cross antara AI dengan quantum computing. Dua tiga minggu lepas kita nampak di Denmark dilancarkan atau diluncurkan oleh Raja Denmark sendiri, Gefion di mana dia sendiri, Denmark sendiri ada AI machinery super computer dia. AI super computer untuk ― sebab sekarang ini kalau ada istilah yang mula kata AI or Die. AI or Die bukan sahaja untuk manusia, untuk individu, untuk profesional tetapi untuk negara-negara khususnya dalam sektor-sektor yang lebih khusus dan lebih istimewa, lebih spesifik untuk negara itu. Memasuki zaman kita sekarang hendak mengaut keuntungan daripada apa yang ada di bawah tanah dengan industri lambakan pelaburan daripada negara luar dalam semikonduktor dengan mikrocip, adakah pihak kementerian dan juga Kerajaan Pusat berhasrat, berancangan untuk tubuhkan, wujudkan, bina AI super computer yang spesifik
dengan semikonduktor mikrocip dengan rare-earth processing dengan rare-earth mining dan juga silica processing, AI LQI (large quantitative large model) LQM untuk Malaysia supaya kita tidak tertinggal di belakang negara-negara lain. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih.
Terima kasih Ipoh Timur. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Sekejap lagi saya masuk AI selepas sini. So ― okey. Saya rasa habislah yang bab ini tentang startup sebab ada satu lagi soalan startup yang ditanya oleh Ketua Pembangkang tetapi tidak ada saya bagi jawapan bertulis. Keduanya saya masuk ke dalam bab AI. Sebelum saya masuk mungkin saya jawab soalan Ipoh Timur dahulu sebenarnya walaupun dia tidak dibawa MOSTI secara keseluruhannya tetapi MOSTI bersama-sama dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Digital, Kementerian Pengajian Tinggi kami ada kerjasama untuk membangunkan kapasiti AI kita. Seperti yang kita maklum, AI adalah suatu enabler yang sangat penting Cuma kita belum dapat membangunkan (develop) kita punya kapasiti secara keseluruhan. Maka, untuk tahun depan dalam bajet ini juga Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Tambun telah pun memberikan ekstra RM50 juta untuk beberapa buah universiti dan semua universiti itu ada tanggungjawab tersendiri di bawah bidang AI tetapi mereka ada tanggungjawab tersendiri. Saya bagi contoh seperti USM. USM diberikan tanggungjawab untuk membangunkan kapasiti AI dalam semikonduktor dan E&E. UPM diberikan tanggungjawab untuk menggunakan quantum computing dengan AI untuk membangunkan teknologi siber sekuriti dan lain-lain.
Ini adalah beberapa inisiatif yang akan dijalankan oleh ─ walaupun tidak di bawah MOSTI tetapi kita mengambil pendekatan whole of government approach dan itu sebabnya memang adalah jawapannya. Terima kasih Ipoh Timor.
Yang Berhormat, tambah sikit sahaja. Tambah sikit sahaja.
Okey.
Maksud saya, saya mengalu-alukan dan menyambut sangat-sangat baik apa yang sedang dilakukan, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Tetapi, soalan saya sebenarnya lebih spesifik kepada infrastruktur di mana kita nampak di Denmark, depa dah buat Gefion. Dia pi jumpa Jensen Huang, beli dekat Nvidia kalau tak silap 50,000 stack of GPUs dengan izin. Dia beli banyak-banyak GPU, kumpul sekali, buat satu supercomputer. So, ada teknologi, ada algorithm dia, ada dia punya backend, software dan dengan hardware dia di mana ada sovereign AI dengan sovereign AI infrastructure, dengan izin. So, adakah benda itu dalam perancangan atau pernah diperbincangkan dan sekiranya tiada, Ipoh Timor nak cadangkan supaya perkara itu diperhalusi, dipertimbangkan supaya kita ada infrastruktur AI kita sendiri macam Denmark dah ada. Sekian, terima kasih.
Terima kasih saudara Ipoh Timor. Memang itu belum sempat dibincangkan tetapi kami akan bincangkan sama ada kita perlu supercomputer atau tidak bagi buat masa sekarang. Kami akan bincangkan dengan kementerian-kementerian yang lain dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ipoh Timor, kita telah ada beberapa inisiatif. Pertama adalah tentang pembangunan bakat untuk melahirkan bakat profesional tempatan dalam bidang AI. Inisiatif pembangunan bakat ini juga digerakkan bersama dengan kementerian dan agensi-agensi yang lain di mana penubuhan Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah satu inisiatif untuk menyediakan sumber kepakaran AI di dalam negara kita. Keduanya, kita juga ada memperluaskan inisiatif bandar pintar (smart city). Bandar pintar adalah salah satu daripada lima bidang fokus strategik dalam pelan hala tuju kecerdasan buatan negara. MOSTI terus memberi sokongan kepada pembangunan dan pembiayaan bandar pintar melalui pembentukan kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain. Ketiga adalah menyediakan pakej rangsangan yang signifikan dalam sektor AI. MOSTI sedang merangka insentif tambahan bagi menarik pelaburan langsung domestik dan asing termasuk melalui insentif cukai, dana pembangunan dan kemudahan kolaborasi bersama pusat penyelidikan dan pemain teknologi antarabangsa. So, laporan daripada MIDA memetik jumlah pelaburan AI di Malaysia sehingga pertengahan tahun 2024 adalah sebanyak RM1.1 bilion. Pada 2 hari bulan Mei tahun ini, Microsoft telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM9.4 bilion untuk tempoh empat tahun. Laporan daripada A.T Kenzie Kearney menunjukkan unjuran jumlah pelaburan AI di Malaysia adalah RM492 bilion sehingga tahun 2030. Keempat adalah untuk kita mengadakan satu Request For Proposal (RFP), dengan izin. MOSTI telah mengeluarkan beberapa kertas permintaan untuk cadangan RFP dalam bidang AI khususnya bagi sektor pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Langkah ini bertujuan memperkukuh ekosistem AI tempatan serta meningkatkan pembangunan bakat profesional dalam bidang berteknologi tinggi. RFP yang pertama memfokuskan kepada pembangunan sistem sokongan keputusan berasaskan AI untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam. Melalui projek ini, syarikat-syarikat tempatan berpeluang meningkatkan daya saing mereka dengan menyumbang kepada keberhasilan perkhidmatan kerajaan yang lebih responsif dan efisien. RFP yang kedua pula bertujuan untuk membangunkan program pembelajaran adaptif dalam sektor pendidikan yang menggunakan AI bagi menyokong pendekatan pengajaran yang lebih bersifat peribadi sesuai dengan keperluan setiap pelajar. Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk juga kepada kebimbangan Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Bangi mengenai kesan dan implikasi penggunaan AI serta media sosial tanpa garis panduan etika yang kukuh. Sememangnya dalam era digital yang pesat ini, isu
seperti civilian capitalism, behavior surplus dan behavior modification yang dikemukakan oleh Shoshana Zuboff menuntut perhatian yang serius daripada semua pihak. Kita perlu belajar daripada pengalaman negara-negara lain dan mengambil tindakan proaktif untuk melindungi kepentingan dan kedaulatan negara kita. Kerajaan melalui kementerian berkaitan harus segera meneliti penyediaan kerangka pengawalan yang memastikan keadilan, kebebasan dan keselamatan pengguna khususnya golongan pelajar dan generasi muda yang mudah terpengaruh dengan kandungan digital yang tiada kawalan. Bagi memastikan pematuhan kawal selia yang berkesan, tahap kesedaran mengenai prinsip AI yang bertanggungjawab perlu diterapkan dalam segenap lapisan masyarakat. Ini telah mendorong MOSTI untuk membangunkan Garis Panduan Etika dan Tadbir Urus Kecerdasan Buatan ataupun Artificial Intelligent Governance and Ethics (AIGE). Garis panduan AIGE ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 20 September 2024. Secara umumnya, garis panduan ini menerangkan pengaplikasian prinsip-prinsip AI yang bertanggungjawab dalam tiga kategori utama iaitu pengguna, penggubal polisi dan penyedia teknologi. Selain daripada garis panduan AIGE, MOSTI melalui keahliannya di dalam National Steering Committee turut terlibat dalam pembangunan Standard AI Kebangsaan. Garis panduan AIGE dan Standard AI adalah kaedah soft approach dengan izin, dalam mendidik masyarakat ke arah penggunaan AI yang bertanggungjawab dan selamat, menggalakkan proses-proses inovasi dan perkembangan teknologi dan mengoptimumkan kelebihan penggunaan teknologi tersebut kepada negara dan sosial ekonomi. Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya hendak...
YB Menteri.
Ya, Yang Berhormat Bangi.
Ya, silakan Yang Berhormat Bangi.
YB Menteri, terima kasih atas penerangan tadi. Saya semasa perbahasan, saya ada bangkitkan mengenai penggunaan dengan izin, AI generated images dan videos dalam imej ataupun grafik rasmi dalam kerajaan. Saya bagi contoh, kalau contohnya ada poster berkenaan dengan satu sambutan dan sebagainya, kalau dahulu poster itu mungkin ada gambar-gambar orang yang sedang senyum dan sebagainya. Sekarang ini, kita tengok gambar itu ditukar ataupun digunakan menggunakan AI. Jadi, kalau dahulu kita perlu ada seorang jurugambar ambil gambar, kemudian ada graphic designer dengan izin, put it all together. Tetapi sekarang ini, kita hanya perlu seorang masukkan input apa yang kita hendak, keluarlah satu imej dan imej ini pula dijadikan imej rasmi daripada pihak kerajaan. Jadi, tak ada apa yang kita panggil artistic touch dekat situ. Saya khuatir kalau kita sentiasa menggunakan pendekatan ini, maknanya orang yang ada pekerjaan sebagai ada graphic designer dan juga jurugambar dan sebagainya, kita tak guna kepakaran mereka.
Jadi, saya nak tahu dalam kita keluarkan garis panduan yang disebut oleh YB Menteri tadi, saya nak tahu sama ada adakah kerajaan mempunyai satu dasar atau garis panduan mengenai penggunaan AI generated images dan juga videos untuk imej rasmi daripada pihak kerajaan. Terima kasih YB. Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Jawapannya tidak. Sebab, AIGE ini dia lebih kepada bagaimana menggunakan AI secara beretika. So, ini lebih kepada sama ada dia artistic touch kah atau tidak, dia lebih subjektif. So, dia tidak terlibat dalam etika tetapi saya boleh menjawab soalan Yang Berhormat Bangi juga sebab ini memang satu soalan yang selalu ditanya oleh semua lapisan masyarakat di mana AI dilihat seolah-olah akan menggantikan semua aktiviti ataupun pekerjaan-pekerjaan manusia. Sebenarnya tidak. Sebenarnya apabila satu teknologi ataupun enabler ini muncul, memang dia ada akan menimbulkan kerisauan seperti ini. Tetapi, kalau kita melihat balik sejarah manusia memang kita tidak digantikan pun. Walaupun sebelum ini apabila berlakunya satu revolusi ataupun munculnya satu invention baru, machinery, semua orang ingat selepas ini semua orang akan hilang kerja. Tetapi hakikatnya tidak.
Dia cuma melibatkan pengubahan ataupun perubahan skill set walaupun ada sesetengah kerja mungkin akan digantikan oleh teknologi tersebut. Tetapi ada akan muncul satu pekerjaan, bukan satu. Akan muncul pekerjaan-pekerjaan yang lain yang lebih memerlukan skill set baru yang lebih memerlukan kemahiran yang tidak dapat digantikan oleh teknologi kini. So, jangan kita risau. Yang penting kita perlu sentiasa upgrade sendiri melalui program-program reskilling dan upskilling. Jangan risau sebab AI tidak akan mengambil alih semua tenaga kerja kita. Demi menjawab soalan, Jelebu tidak ada di sini, boleh saya skip. Kubang Pasu ada? Kubang Pasu pun tidak ada. Ok, kalau tak saya masuk terus kepada pembangunan bakat STI. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan cadangan dan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Gopeng berkaitan dengan pembangunan bakat STI yang komprehensif. Sebagai makluman Yang Berhormat, Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2024, Malaysia menunjukkan trend positif dalam pengeluaran bakat STEM negara dengan peningkatan graduan sains dan kejuruteraan kepada 40.23 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, dapatan data GII juga menunjukkan trend penurunan sebanyak 66.05 peratus dalam jumlah penyelidik berjuta populasi pada tahun 2020. Analisa ini menunjukkan cabaran dalam mengekalkan tenaga kerja penyelidik yang berpotensi, memberi kesan secara langsung terhadap keupayaan inovasi negara. Perbezaan yang ketara ini menekankan keperluan pembentukan dasar dan polisi yang berfokus dalam meningkatkan jumlah penyelidik dan memperkukuh sokongan aktiviti R&D untuk manfaat graduan STEM negara. Pelbagai usaha dan inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam meningkatkan statistik penyelidik dalam negara ke
arah negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) sasaran perbelanjaan R&D di mana perbelanjaan kasar R&D berbanding (GERD) kepada 3.5 peratus menjelang tahun 2030, Belanjawan Negara 2025 juga telah memperuntukkan RM595 juta berbanding RM510 juta pada tahun 2024 kepada MOSTI dan KPT bagi memacu aktiviti R&D; (ii) menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta dalam aktiviti R&D melalui dana padanan bagi projek R&D yang berimpak tinggi. Pendanaan R&D juga diperkukuhkan melalui penubuhan Malaysia Science Endowment (MSE) bagi meningkatkan perbelanjaan R&D oleh sektor swasta yang berperanan dalam menyumbang kepada 70 peratus daripada nilai GERD keseluruhan menjelang tahun 2030; (iii) memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dunia seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang meliputi pakej insentif menarik bagi meningkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam bidang semikonduktor berteknologi tinggi khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end. Usaha ini secara tidak langsung dilihat akan dapat meningkatkan jumlah permintaan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di kalangan graduan STEM; (iv) membangunkan dan menarik minat terhadap bakat dan modal insan dalam sains teknologi dan inovasi dengan melaksanakan pelbagai Program Pembudayaan STI termasuk Program Jangkauan ke peringkat akar umbi khususnya belia terhadap bidang STEM; dan (v) mengukuhkan tadbir urus STI menerusi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara dan juga Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang merentasi pelbagai kementerian, agensi, institusi, penyelidikan dan industri. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga menerusi Jawatankuasa Pembangunan Bakat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara sedang meneliti keperluan sebenar bakat STI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi dan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan bakat STI juga merupakan usaha dan inisiatif kerajaan dalam mengorak strategi bagi memastikan keperluan pembangunan bakat STI masa hadapan dilaksanakan secara inklusif dan menyeluruh. Sebagai tambahan kepada pertanyaan Yang Berhormat Sungai Petani, sebagai langkah untuk menitik berat penglibatan anak-anak muda dalam STEM, beberapa Program Intervensi Pembudayaan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif induk yang dikenali sebagai program SciTech4U telah dilaksanakan. Secara umum program-program
pembudayaan STI di bawah SciTech4U melibatkan beberapa kategori iaitu program perdana seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics. Seterusnya program-program lain yang dijalankan secara bersepadu dengan jabatan, agensi atau pihak lain seperti STEM Camp MOSTI, program di Pusat Sains Negara termasuk Xporia Sains, Kembara Sains Borneo, School’s Out Kids In (SOKI), Special Science Day (SSD) dan juga program di Planetarium Negara seperti Mars Challenge, Space Insight, Kejohanan Roket Kebangsaan, National Space Challenge dan lain-lain. Program- program tersebut juga melibatkan aktiviti pembelajaran secara tidak formal dan di luar bilik darjah yang dirancang sebagai pelengkap kepada kurikulum yang telah disusun oleh KPM. Saya juga amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa MOSTI telah berjaya menghimpunkan seramai seratus orang saintis yang komited dan dipadankan dengan seratus sekolah di bawah Program STI 100³ sebagaimana yang telah dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Peluncuran Program National Bioeconomy Showcase 2024 pada Julai yang lalu. Tan Sri Yang di-Pertua, saya masuk isu kedua akhir iaitu unsur nadir bumi (REE). Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Kuala Terengganu telah membangkitkan isu mengenai pembangunan isu industri nadir bumi. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia di dalam persediaan untuk mewujudkan the complete value chain from mine to microchip dengan izin, melalui penyelarasan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri memandangkan industri ini melibatkan beberapa segmen utama seperti huluan, pertengahan dan aktiviti hiliran. Rantaian nilai ini merangkumi segala-galanya dari aspek penerokaan, perlombongan, pemprosesan mineral nadir bumi, pembuatan bahan mentah dan akhirnya kepada pengeluaran produk berteknologi tinggi seperti super magnet, motor elektrik serta komponen mikro elektronik seperti microchip dan sebagainya. Beberapa perkara perlu dinilai seperti sumber mineral dan eksplorasi yang melibatkan kuasa di bawah kerajaan negeri. Infrastruktur pemprosesan dan teknologi, pembangunan kapasiti dan R&D, tenaga kerja serta hubungan pasaran dan perdagangan antarabangsa. Perkara ini juga memerlukan penglibatan daripada syarikat GLC yang lebih dominan dan kerjasama dengan semua pihak bagi mempercepatkan pembangunan industri ini memandangkan kita terlalu bergantung kepada kepakaran luar di sepanjang rantaian nilai. Untuk makluman, buat masa ini, pihak MOSTI melalui MIGHT sedang mengkaji potensi pembangunan teknologi tempatan dan bakat tempatan bagi memenuhi keperluan industri REE di masa akan datang. Satu bengkel khas telah diadakan bersama pihak pemegang taruh untuk mengenal pasti ketersediaan teknologi dan bakat tempatan. Sekiranya semua elemen ini dilaksanakan dengan berkesan, Malaysia bersedia untuk menjadi pemain utama dalam industri bernilai tinggi dengan memanfaatkan sumber mineralnya untuk menghasilkan produk akhir berasaskan REE. Perlu ditegaskan Malaysia perlu mengambil kira kekuatan negara serantau seperti ASEAN dan juga penglibatan dalam BRICS untuk memastikan negara Malaysia menjadi
peneraju industri REE di peringkat antarabangsa seterusnya memberikan manfaat menyeluruh kepada rakyat dari aspek peluang pekerjaan, pendapatan negara dan negeri. Di samping itu, MOSTI telah membangunkan Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 yang menggariskan beberapa elemen penting berkaitan dengan industri unsur nadir bumi (REE) iaitu: (i) pembangunan teknologi pengasingan dan pemurnian fokus kepada pembangunan teknologi pengasingan pemurnian unsur nadir bumi untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan impak alam sekitar; (ii) kerjasama penyelidikan dan pembangunan R&D, menggalakkan kerjasama antara institusi penyelidikan universiti dan industri untuk mempercepatkan inovasi dan teknologi REE; ■1700 (iii) pengkomersialan produk berasaskan REE iaitu menyokong pengkomersialan produk berasaskan REE seperti super magnet, komponen elektronik dan bahan untuk teknologi tenaga boleh diperbaharui. (iv) pembangunan rantaian bekalan. Kita perlu membangunkan rantaian bekalan yang mampan dan berdaya saing untuk industri REE, termasuk aktiviti perlombongan, pemprosesan dan pembuatan produk akhir. (v) kelestarian dan mesra alam. Memastikan semua aktiviti berkaitan REE dijalankan dengan mematuhi prinsip-prinsip kelestarian dan mesra alam untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Pelan ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi bahan termaju, termasuklah dalam industri REE dengan memanfaatkan sumber tempatan dan meningkatkan daya saing global. Pada masa ini, pihak kerajaan ada menyediakan bantuan melalui dana penyelidikan strategik (SRF) di bawah MOSTI. Terdapat 11 ABP yang tersenarai dan MIKE merupakan ABP yang berkaitan dengan bahan termaju, termasuk unsur nadir bumi. Dana ini bertujuan untuk menyokong pembangunan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).
[Bangun]
Ia merangkumi penyelidikan, teknologi baru, proses, produk inovatif atau nilai tambah kepada teknologi sedia ada.
YB, Ipoh Timur bangun sekali lagi.
Oh, okey.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya sangat menyambut baik, malah ghairah mendengar kerajaan punya rancangan menggunakan pendekatan mine to microchip sebab itulah satu-satunya cara untuk kita menggamit,
menggembleng tenaga seluruh dunia dan capital seluruh dunia untuk menjayakan agenda negara. Meskipun begitu, saya dengar perancangan untuk memetakan industri dari hulu ke hilior. Apa yang diperlukan? Apa yang ada dan apa yang berpotensi? Tetapi ada satu pemetaan. Pemetaan fizikal, geospatial physical, magnetic telluric or magneto telluric, dia ada– dia panggil gold standard mapping-lah, dengan izin. Adakah pihak MOSTI atau kementerian-kementerian lain, malah keseluruhan Kerajaan Persekutuan punya hasrat– kalau tidak keseluruhan Malaysia punya beberapa focal point atau negeri-negeri focal point yang akan dijalankan lapan ke sepuluh gold standard physical mapping, dengan izin, yang bakal menjadi aset yang paling bernilai untuk kita menggembleng dan menarik pelaburan seluruh atau kurang-kurangnya kat hulu iaitu that the mine part of the mine to microchip? Minta pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Mapping itu tidak termasuk dalam bidang kuasa MOSTI tetapi saya boleh panjangkan kepada NRES. Terima kasih. Okey. Kuala Terengganu tak ada. Okey, so, saya masuk terus– walaupun Kuala Terengganu tak ada, soalan ini ditanya juga oleh Batu Pahat, saya masuk terus kepada isu yang terakhir iaitu tenaga nuklear dan hidrogen. Seterusnya Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Batu Pahat mengenai potensi teknologi tenaga nuklear. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kemajuan teknologi telah menjadikan tenaga nuklear lebih sesuai untuk Malaysia dengan inovasi baru seperti small modular reactor (SMR) atau pun reaktor modular kecil yang membolehkan loji nuklear yang lebih kecil, mudah dan selamat. Ciri-ciri teknologi baharu seperti ini boleh digunakan di kawasan di mana sumber tenaga konvensional tidak sesuai daripada aspek aplikasi dan kos. Kemajuan teknologi tenaga nuklear kini memiliki kelebihan dari segi keselamatan, terutama melalui kemajuan dalam pengurusan sisa. Reaktor moden menghasilkan sisa radioaktif yang lebih sedikit dengan memanfaatkan bahan bakar dengan lebih efisien. Dari segi kos operasi dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear menawarkan lebih banyak kestabilan, terutamanya dari segi harga bahan api. Tidak seperti bahan api fosil yang tertakluk kepada turun naik harga, tenaga nuklear mempunyai kecekapan tenaga tinggi iaitu memerlukan bahan bakar yang sangat sedikit seperti uranium tetapi mampu menghasilkan jumlah tenaga yang besar sehingga jauh lebih efisien daripada bahan api fosil. Silakan.
Tan Sri Speaker, saya nak ambil seminit je sebab saya minat dengan kementerian ini. Tapi dalam perbahasan saya, saya tak dak masa, saya tak boleh sentuh. Saya difahamkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga terlibat dengan begitu aktif dalam mempertingkatkan bilangan pelajar-pelajar yang buat STEM, terutamanya STEM pakej A dan pakej B, Sains Tulen. Boleh Yang Berhormat Menteri terangkan apakah perkara-perkara yang dilaksanakan oleh kementerian? Saya minat dengan Menteri dan juga kementerian. Memang kerja rajin. Terima kasih. [Ketawa]
[Ketawa] Terima kasih Kubang Pasu. Tadi saya baru...
Sudah jawab tadi kan? Dah lepas dah.
Sudah sebut. Nanti saya boleh bagi satu copy kepada Kubang Pasu. Terima kasih atas keprihatinan.
Menteri nak– perlukan berapa minit lagi?
Satu minit?
Saya bagi dua minit. Landing-kan.
Terima kasih. [Ketawa] Pada masa ini, kerajaan telah...
Menteri, nak mencelah, Menteri.
Terima kasih Tan Sri. Oh, okey.
Saya nak tanya ni, kita– negara akan menerima data center, adakah dia akan bakal menggunakan SMR ini?
Terima kasih Batu Pahat. Pada masa kini, kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan. Buat masa ini, belum lagi tetapi sedang mempertimbangkan untuk masa hadapan kerana pelaksanaan inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. MOSTI sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk pembangunan STI memainkan peranan dalam menyediakan kepakaran melalui program latihan. Selain itu, Agensi Nuklear Malaysia mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam mengendali dan menyelenggara reaktor penyelidikan Triga Puspati selama lebih daripada 40 tahun. Boleh diaplikasikan ke dalam Program Tenaga Nuklear sekiranya dilaksanakan pada masa akan datang. Seiring dengan itu, kerajaan sentiasa menjalankan kempen kesedaran awam seperti program pendidikan, lawatan pakar, dialog dan forum awam bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan nuklear. Agensi Nuklear Malaysia sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan untuk melaksanakan Program CEPA Teknologi Nuklear di seluruh negara. Di samping itu, Malaysia melalui Agensi Nuklear Malaysia sebagai agensi penghubung kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), boleh mendapatkan bantuan dan sokongan teknikal dalam pembangunan Program Tenaga Nuklear. Tan Sri Yang Dipertua, sekian sahaja maklum balas saya untuk kali ini dan...
[Ketawa] Ingat nak cok masuk sikit. Boleh?
Masa. Masa.
Ya, masa sudah habislah. Sorry. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2025 kali ini. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengambil maklum akan setiap cadangan dan isu yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat dan sentiasa komited dan berusaha mengambil tindakan proaktif yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih Menteri. Sekarang saya jemput Menteri Pendidikan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengambil kesempatan mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia, pertamanya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas peruntukan belanjawan yang terbesar untuk Kementerian Pendidikan Malaysia ketimbang belanjawan sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat mementingkan isu pendidikan dan mahu memastikan bahawa pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak kita semua. Tan Sri Speaker, izinkan saya memulakan dengan memberikan beberapa makluman penting, khususnya berkaitan dengan pertamanya, baucar buku MADANI. Sehingga 8 November 2024, seramai 2.3 juta pelajar lepasan menengah seluruh negara telah membuat penebusan baucar buku MADANI bernilai RM190 juta dan menghasilkan pembelian buku berjumlah RM149.1 juta dan melibatkan 4.8 juta naskhah buku. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada tiga PPD terbaik setakat ini yang telah mencapai 99 peratus penebusan. PPD Keningau, Sabah; PPD Beaufort, Sabah dan PPD Sipitang, Sabah. Jadi, tahniah untuk ketiga-tiga PPD ini. Tiga negeri tertinggi pula, saya ucapkan tahniah kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Program ini tidak hanya meningkatkan literasi tetapi juga menyediakan akses kepada sumber pendidikan berkualiti, minat membaca dan galakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan murid di Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan satu lagi perkara berkaitan dengan makluman projek siap fizikal. Yang telah diserahkan pada tahun 2024 adalah sebanyak 75 projek siap fizikal. Daripada jumlah tersebut, 30 projek melibatkan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah, 31 projek pembinaan blok tambahan dan 14 projek lagi merupakan pembinaan sekolah baharu. Selain daripada projek siap fizikal dan telah diserahkan pada tahun 2024, terdapat 45 projek dewan serba guna terbuka berbumbung dan 36 projek naik taraf bilik darjah ke bengkel reka bentuk dan teknologi juga telah siap. Insya-Allah, dari semasa ke semasa, kita akan pastikan bahawa seluruh komitmen kita ini akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Tan Sri Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Ada yang suatu ketika dahulu kerap digunakan, kini sudah dianggap klasik. Contohnya, dahulu digunakan ‘tetuang udara’, namun kini ia adalah ‘radio’. Kalau sebelum ini ia adalah ‘lelereng’, kini ia adalah ‘basikal’. Dahulu perkataan ‘ujana’ yang dianggap klasik, kini meluas digunakan yang merujuk taman. Ujana
ilmu yang bermaksud taman ilmu, ujana buku yang bermaksud taman yang dipenuhi buku- buku. Sama ada sedar atau tidak, sudah banyak kata serantau alam Melayu atau Nusantara yang sudah terserap ke dalam bahasa Melayu. Bukan sahaja serantau, malah kata-kata dialek, bahasa sukuan dan sebagainya ada yang sudah diterima sebagai bahasa standard. Proses penyerapan sesuatu bahasa ke dalam bahasa lain berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Perkataan ‘ketimbang’ merupakan perkataan yang terdapat dalam kamus besar bahasa Indonesia yang bermaksud kata untuk menandai perbandingan. Kata ‘ketimbang’ sama erti atau bersinonim kata ‘daripada’. Perkataan ‘peluncuran’ misalnya, maksud yang sama dengan ‘pelancaran’. Hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Jadi, saya ingin menyeru kepada Ahli Dewan ini, Tan Sri Speaker, untuk terus memperkayakan bahasa Melayu dan jangan jumud dan harus kita sama-sama angkat bahasa Melayu... [Tepuk] Dan perakaman kata makna ini semua sudah pun dimasukkan, sebahagiannya, sudah terakam dalam kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Izinkan hari ini, Tan Sri Speaker, saya ingin berkongsi beberapa perkataan sohor. Perkataan ‘sohor’ ini bermaksud trending, dengan izin, yang telah dipaparkan melalui laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (i) ketimbang; (ii) tatanan; (iii) intiha; (iv) mahsul; (v) purba sangka; (vi) taakul; (vii) kesenjangan; (viii) tiwikrama; (ix) walhasil; (x) maha kaya; (xi) kebhinekaan; dan (xii) tatakelola. Kita tidak boleh menjadi katak di bawah tempurung membiarkan bahasa kita ini tidak berkembang dan seharusnya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada ini untuk terus memperkembangkan bahasa kita. Jadi, dalam aspek itu, kita tidak boleh berpurba sangka, maksudnya berprasangka kepada bahasa ini sedangkan proses evolusi dan perkembangannya harus diperluaskan dan pengayaan bahasa Melayu itu mesti terus berlaku dengan baik. Tan Sri Speaker, izinkan saya meneruskan dengan menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh...
Tuan Yang di-Pertua, tentang
Ya.
Ya, silakan
Saya mohon Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini mungkin boleh membantu, Tuan Yang di-Pertua. Kita menghalakan soalan dalam Dewan kepada Tuan Yang di-Pertua, tetapi ada waktunya kita ada seorang wanita yang menjalankan tugas Tuan Yang di-Pertua. Dalam bahasa Melayu klasik, kita tidak ada feminin, maskulin. Jadi, kita, ‘Tuan Puteri’. Kita tidak panggil ‘Puan Puteri’. Mungkin nanti Yang Berhormat boleh bantu kita supaya― saya mencadangkan dia kekal sahaja ‘Tuan Yang di-Pertua’, walaupun yang duduk di sana seorang wanita, kerana bahasa Melayu klasik, dia tak ada feminin, tak ada maskulin.
Terima kasih di atas keprihatinan Indera Mahkota. Saya setuju, saya akan semak bersama Dewan Bahasa dan Pustaka nanti, Tan Sri Speaker. Seterusnya...
Teruskan, teruskan.
Saya mulakan dengan― Pagoh tak ada. Batang Sadong ada? Batang Sadong ada. Baik. Ahli Yang Berhormat Pagoh dan Batang Sadong menyarankan agar kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan termasuk pembelajaran digital yang sama antara bandar dan luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam usaha meningkatkan akses pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira lokasi, status ekonomi, jantina atau etnik. KPM telah menyediakan pelbagai program TVET kepada murid lepasan Tingkatan Tiga yang berkecenderungan dalam pelbagai kemahiran di 990 buah institusi KPM di seluruh negara. Antara program yang ditawarkan adalah program peringkat Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sistem Latihan Dual Nasional dan sijil profesional di kolej Kementerian Pendidikan Malaysia. Akses kepada pendidikan TVET juga diperluaskan di sekolah menengah teknik melalui mata pelajaran elektif Teknikal dan sekolah menegah kebangsaan melalui program vokasional menengah atas, perantisan industri menegah atas, mata pelajaran Vokasional dan mata pelajaran elektif Ikhtisas. Bagi murid berkeperluan pendidikan khas, KPM menyediakan akses pendidikan TVET melalui program Pendidikan Khas Integrasi di SMK dan program vokasional di sekolah mengah pendidikan khas vokasional. Di samping itu, penawaran kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh mengutamakan sebanyak 60 peratus murid dalam kalangan keluarga B40. KPM bekerjasama dengan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak bagi menyediakan peluang kepada anak kelahiran negeri Sabah dan Sarawak untuk menyambung pendidikan menegah di SBP. Usaha ini bagi memperkukuh integrasi nasional dalam membentuk satu bangsa Malaysia berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran, KPM terus berusaha dalam memantapkan aspek kompetensi guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan melalui pemerkasaan profesionalisme dan kelestarian kesejahteraan guru merentas lokasi di seluruh Malaysia. Profesionalisme guru dalam perkhidmatan diperkasa melalui pembangunan profesionalisme berterusan supaya kompeten dan kekal bermotivasi dalam menjalankan tugas. Sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 218,359 latihan telah diadakan oleh KPM dengan seramai lebih 433,163 penyertaan. Selain itu, inisiatif pelaksanaan Program Transformasi Daerah turut dilibatkan untuk memastikan jurang pendidikan antara kumpulan bandar dan luar bandar, status sosioekonomi dan jantina dapat dirapatkan. Hasilnya, pencapaian gred purata SPM tahun 2023 bagi kedua-dua kategori calon bandar dan luar bandar telah menunjukkan peningkatan. Jurang pencapaian calon antara bandar dan luar bandar tetap kekal iaitu pada 0.43 mata seperti peperiksaan SPM tahun 2022. Dari sudut penyediaan sumber pendidikan berkualiti, KPM menyediakan kandungan PdP dan bahan sokongan bagi kegunaan guru dan murid termasuk murid berkeperluan pendidikan khas disediakan menerusi pelantar pembelajaran DELIMa, peralatan studio digital hub, sistem repositori pintar serta rancangan TV dan radio dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana jua. Rentetan itu, KPM sentiasa berusaha melengkapkan semua sekolah dengan akses internet berkelajuan tinggi, peranti digital dan kemudahan IT yang lain secara berperingkat. Terkini, KPM telah menaik taraf akses internet melalui perolehan baharu perkhidmatan internet bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025. Naik taraf ini termasuklah penambahan kapasiti kelajuan. Manakala bagi sekolah yang menggunakan teknologi broadband, kapasiti capaian― dan ia juga merujuk kepada liputan komersial internet service provider yang terlibat. Ini semua usaha yang dijalankan, Yang Berhormat, untuk memastikan bahawa anak-anak kita tidak ketinggalan daripada mendapat liputan khususnya untuk pembelajaran mereka. Dalam usaha penyediaan kemudahan infrastruktur, KPM sentiasa memberi keutamaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang kondusif dan selesa untuk semua murid dan warga pendidik di seluruh negara. Oleh itu, agenda berkaitan kerja-kerja menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif menjadi salah satu daripada tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengambil kira keperluan tersebut, dalam Bajet 2025, KPM telah diluluskan peruntukan RM1 bilion bagi naik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah termasuk di Sabah dan Sarawak. KPM juga diperuntukkan RM1 bilion bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di semua jenis sekolah dan bukan sekolah termasuklah institusi pendidikan yang lain. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan akses pendidikan berkualiti sampai kepada semua murid dan warga pendidikan tanpa mengira lokasi, status ekonomi, jantina atau etnik, pada tahun ini Pasukan Pendidikan Malaysia Madani KPM telah melaksanakan
tiga program tindak susul Parlimen ke institusi pendidikan KPM yang telah dikenal pasti untuk meninjau dan memahami secara first hand, dengan izin, isu yang kita hadapi dan seterusnya boleh mencadangkan penyelesaian kepada pihak yang berkaitan.
Untuk tahun depan, Ahli Yang Berhormat sekalian, kami akan memulakan Program Tindak Susul Parlimen ke Kalabakan, insya-Allah. Parlimen Kalabakan akan menjadi Parlimen yang pertama untuk tahun 2025. Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor ada? Hulu Selangor, Kota Belud? Hulu Selangor, Kota Belud, Sungai Petani, Shah Alam telah membangkitkan tentang Sistem Pentaksiran Kebangsaan dan mengembalikan semula UPSR dan PT3. KPM memaklumkan bahawa susulan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah mulai tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan Tiga mulai tahun 2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. PBS disifatkan sebagai pentaksiran yang berorientasikan perkembangan murid secara holistik, fokus pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada gred atau markah dalam peperiksaan tetapi beralih kepada pembelajaran yang bermakna dalam suasana yang menyeronokkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menambah baik sistem pentaksiran pendidikan, KPM telah melakukan perbandingan dengan beberapa buah negara seperti Finland, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Australia, Scotland, Norway, New Zealand, Jepun, Hong Kong serta Indonesia dan mereka juga telah beralih daripada peperiksaan berpusat kepada pentaksiran. Perbandingan pentaksiran pendidikan yang dilaksanakan di negara serantau dan antarabangsa menunjukkan bahawa pentaksiran pendidikan di Malaysia bergerak selari dengan agenda pendidikan global. Pelaksanaan PBS juga adalah selari dengan Incheon Declaration and The Education 2030, Framework for action dengan izin, yang dibentangkan pada 21 Mei 2015 dalam World Education Forum dengan izin, di Incheon Republik Korea. Deklarasi ini menggariskan pentaksiran pendidikan berkualiti melalui pentaksiran berterusan berasaskan bilik darjah serta pentaksiran yang lebih komprehensif merangkumi pentaksiran kognitif dan bukan kognitif. Sebagai usaha memperkasa PBS, KPM juga telah melaksanakan ujian akhir sesi akademik yang merupakan pentaksiran sumatif dalam komponen pentaksiran. Ujian ini bersifat dengan izin, low stake dan mampu mengurangkan tekanan peperiksaan kepada murid. Selain itu, KPM turut melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaan ujian akhir sesi akademik melalui sesi akademik 2024, 2025. Antaranya ialah menukar bentuk pelaporan daripada tahap penguasaan kepada bentuk peratus dan gred serta memberikan sekolah dan guru autonomi dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik. Perubahan ini adalah untuk memberikan tambah baik selain daripada lebih bersifat mesra ibu bapa. Bagi ibu bapa yang
mahu memahami keseluruhan bagaimana anak mereka dinilai, bukan sahaja melalui tahap penguasaan tetapi juga melalui bentuk peratusan dan gred. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perincian berkaitan PBS sebagai pentaksiran berorientasikan pembelajaran dan perkembangan murid ini juga telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri. KPM yakin pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui PBS yang merangkumi aspek intelektual, emosi, sosial dan jasmani merupakan pendekatan terbaik bagi optimumkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor juga membangkitkan berkenaan keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dan perbincangan sebelum melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengadakan pelbagai sesi libat urus di pelbagai peringkat untuk memberikan kefahaman tentang pelaksanaan PBS ini. Dalam resolusi-resolusi yang telah pun diberikan, sesi-sesi ini bertujuan memperjelas konsep PBS yang holistik, mengenal pasti cabaran dan menghasilkan resolusi penambahbaikan termasuk peningkatan latihan pentaksiran, keupayaan teknologi, autonomi sekolah dalam pentaksiran dan penempatan guru kaunseling sepenuh masa. Dalam Resolusi Konvensyen, 12 cadangan utama dihasilkan. Antaranya mengekalkan dan menambah baik ujian akhir sesi akademik, meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang PBS dan mengiktiraf penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah dan persidangan ini juga menyokong pengekalan Ujian Akhir Sesi Akademik dan menganggap peperiksaan UPSR dan PT3 tidak lagi relevan. Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor juga menyentuh tentang...
Yang Berhormat Menteri.
...Sukatan pelajaran yang berat.
Yang Berhormat Menteri, Kota Belud.
Ya. Silakan.
Sebab saya bertanya akan soalan ini. Ini yang saya terima daripada kebanyakan guru-guru yang saya jumpa di Kota Belud.
[Bangun]
Saya rasa even dalam, daripada PPD sendiri pun banyak yang ingin mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan juga PMR ini terutamanya di kawasan luar bandar. Bagaimana bila guru sendiri yang menaksir, guru sendiri yang memberi markah, kadang-kadang, macam mana saya mahu susun ayat ya? Maksudnya kadang-kadang kita mahu mengembalikan rasa juga kesungguhan anak-anak murid untuk dia mahu belajar bah, satu.
Kedua juga macam mana kita mahu nilai secara satu standard yang sama rata untuk keseluruhan murid seluruh Malaysia bila kita sesama sendiri, kita bagi markah sama murid, kitalah cikgu, kitalah yang menilai dan sebagainya.
[Bangun]
So, ini pada saya, saya masih berpegang kepada apa yang disuarakan oleh guru-guru di kawasan saya dan juga daripada kalau saya boleh cakap daripada pejabat PPD sendiri. Ada di antara mereka yang menyuarakan begitu, ada juga di kalangan ibu bapa juga yang menyuarakan untuk mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan juga PMR ini untuk murid-murid juga mengembalikan dia orang punya macam semangat mahu study dan semangat mahu skor bah. Begitu, lebih kurang. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Boleh Menteri?
Boleh sikit? Sungai Petani. Yang Berhormat Menteri, saya juga dalam perbahasan ada mencadangkan supaya kita kembalikan semula peperiksaan PT3 atau UPSR ini sebab pentaksiran bilik darjah ini salah satunya cikgu-cikgu, dia nak pastikan bahawa sekolah dia kekal ranking satu. Maknanya sekolah dia ini, murid-murid dia semua pandai. Tapi dia pass benda itu pula atau permasalahan itu kepada sekolah menengah atau sekolah lain waktu budak-budak ini akan meningkat ke sekolah menengah. Ini problem yang berlaku. Waktu saya berada di kawasan, banyak, even pengetua sendiri bercakap bahawa ada anak-anak murid pelajar yang Tingkatan 4 tapi masih tak boleh mengira, tak boleh membaca dan banyak anak-anak murid yang pelajar Tingkatan 4 ini tak berminat untuk nak menceburi bidang sains atau sains stream disebabkan dia rasa tak boleh cope dengan pembelajaran sebab tidak ada dorongan daripada diri mereka sendiri.
[Bangun]
Ini apa yang berlaku di bawah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Kota Belud sekali lagi? Sekejap ya. Ini yang saya maksudkan tadi yang kita kadang-kadangkan kita dalam ke sekolah sendiri kita mahu naikkan kita punya prestasi. Selepas itu, kita bagi markah. Kita juga menilai. Itu yang saya – Kalau saya, saya memang setuju untuk mengembalikan peperiksaan UPSR dan PMR ini sekali lagi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Baik. Menteri nak ambil Kangar dulu kah? Nak jawab dulu?
Kangar, Kangar.
Saya lama berdiri dah ini.
Saya bagi Hulu Selangor.
Bagilah.
Silakan.
Okey, Hulu Selangor.
Okey, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih YB Menteri atas penjelasan yang telah diberikan. Cuma seperti mana yang rakan-rakan kita maklumkan tadi sama seperti apa yang dimaklumkan. Cuma, satu perkara yang perlu saya tahu juga daripada YB Menteri iaitu kalau kita ambil daripada luar negara, dalam satu kelas, berapakah jumlah yang ada pelajar dalam kelas tersebut? Sebab saya difahamkan oleh profesor-profesor yang saya jumpalah, yang mana anak mereka belajar di sana pun, 20 orang saja, maksimum. Jadi, saya nak menggambarkan kalau di Malaysia ini, satu kelas 40 orang, 10 kelas dalam 400 orang yang dia kena buat pentaksiran. Jadi bukan satu perkara yang mudah. Saya melihat seperti mana yang guru sekolah menengah menyatakan, apabila pelajar ini masuk ke sekolah Tingkatan 1, dia mendapat result yang bagus, boleh membaca tetapi akhirnya bila ditempatkan pelajar tersebut tak boleh membaca. Ini adalah komen daripada guru-guru itu sendiri. Saya mohon sangat kementerian untuk ambil perhatian perkara ini dan bincanglah semula untuk kebaikan anak-anak kita. Terima kasih.
Kangar.
Kangar, YB Menteri.
Silakan Kangar.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi untuk isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah, dia banyak pros and cons. Saya pula terbalik. Saya rasa saya sokong Pentaksiran Berasaskan Sekolah . Cuma ada kelemahan dia. Cuma kena perbaiki Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah, cikgu-cikgu kena bohong banyak. Kelas hadapan okey, kelas belakang cikgu kena buat. Cikgu kena buat. Kalau berasaskan sekolah itu, budak-budak yang tak buat, arahan cikgu kena tolong buat. Cikgu kena tolong tulis. Cikgu kena ambil buku ataupun minta... [Tidak jelas] kawan-kawan itu kan...
Soalannya apa Kangar?
Ya?
Soalannya apa Kangar?
Soalan dia, saya satu ketika saya sokong.
Ya.
Ada yang sokong, ada saya minta diperbetulkan supaya ada ruang untuk pelajar-pelajar yang kelas belakang itu kita jangan – kena bagi adillah. Kerana pelajar di belakang itu dia kita bagi sahaja dan bagi markah yang contohnya B sedangkan kelayakan dia C ataupun D. Tetapi kita bagi markah dia tinggi dan agak berbeza dengan keadaan yang sebenar. Terima kasih.
Baik.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ambil kesempatan ini untuk menegaskan beberapa perkara. Pertamanya, ketika ini Kementerian Pendidikan
Malaysia tidak akan berpatah balik dalam keputusan kita untuk mengekalkan berkaitan dengan menghapuskan ataupun mengekalkan UPSR dan PT3 ini sudah lagi tidak relevan. Tetapi kita bagi ruang sepenuhnya untuk pentaksiran ini untuk berlangsung dan diperkukuhkan dengan jauh lebih baik. Sebab itu saya ingin menarik balik perhatian Ahli Yang Berhormat sekalian kepada tujuan dan falsafah pendidikan itu. Ini yang Indera Mahkota sering ingatkan saya bahawa apa pun yang berlaku dalam pendidikan ini, harus dikembalikan pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu. Apabila kita melihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu, ia harus anak- anak ini ansur majunya harus dilihat dalam konteks bahawa ia dinilai secara adil dalam konteks yang lebih holistik. Itu yang pertama. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, bukan bermakna bila kita hapuskan UPSR, PT3 ini tidak ada langsung peperiksaan Yang Berhormat. Masih ada. Sebab itu dalam jawapan saya tadi saya tegaskan bahawa kita akan perkukuhkan UASA ini, ujian akhir ini sebagai sebahagian daripada konteks untuk penaksiran bagi ibu bapa yang masih merasakan anak-anaknya perlu dinilai melalui peperiksaan. Ia adalah bersifat low stake. Kita hendak bergerak, hendak melalui proses menginjak daripada proses berorientasikan peperiksaan kepada penaksiran ini memang memerlukan masa dan juga penjelasan serta pencerahan. Saya setuju. Sebab itu apabila Hulu Selangor membangkitkan berkenaan dengan keperluan sesi libat urus ini, saya setuju. Tidak ada masalah. Jadi, berkaitan dengan Kota Belud, Sungai Petani yang dibangkitkan kebimbangan-kebimbangan itu sebenarnya telah pun kita temui kumpulan-kumpulan ini dan juga telah membincangkan dengan mereka dan ia tidak berhenti setakat itu.
[Bangun]
Kerana proses hari ini adalah untuk melatih para guru membuat pentaksiran untuk mengelakkan apa yang Kangar sebut tadi. Bohonglah, apa lah tadi kan, tipu lah dan sebagainya. Ia adalah soal integriti. Sebab itu ini juga melatih para guru untuk melaksanakan tugasan memberikan pentaksiran ini dengan integriti. Jadi, untuk setakat ini Yang Berhormat, saya ambil semua perhatian terhadap concern dengan izin, keprihatinan, kebimbangan itu dengan memastikan bahawa proses penjelasan ini akan berlaku dengan lebih baik dan kita akan turun dari semasa ke semasa khususnya ke PPD Kota Belud, Sungai Petani barangkali yang masih lagi memerlukan penjelasan-penjelasan dan melihat sendiri bagaimana konteks pentaksiran ini boleh memberikan banyak manfaat kepada anak-anak kita.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sedikit boleh? Saya memuji Yang Berhormat Menteri untuk mengangkat darjat falsafah pendidikan itu sendiri. Tetapi adakah Yang Berhormat Menteri berserta kementerian
akan membentangkan satu hasil atau penelitian keberhasilan daripada sistem pentaksiran ini dibandingkan dengan peperiksaan yang lepas? Sebab selain daripada kita mengangkat falsafah pendidikan itu, yang perlu kita jamin adalah kualiti pendidikan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soal kualiti pendidikan ini kita tidak kompromi. Sebab itu saya dan rakan-rakan dan juga pimpinan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia mahu mengekalkan pentaksiran ini dan ia harus diberi masa dan tempoh sehingga kita benar- benar dapat mencapai hasrat kita itu. Hasrat kita cukup besar untuk memastikan bahawa perkembangan yang holistik dan juga perkembangan anak-anak kita ini disokong dengan ekosistem yang kuat khususnya dan juga guru-guru diberikan autonomi untuk membuat pentaksiran kerana guru-gurunya orang yang paling rapat mengenali anak-anak ini dan latihan berterusan diberikan kepada guru. Sebab Indera Mahkota tanya tadi soalan. Saya pun pandang Speaker sudah lupa hendak sebut Puan Speaker ataupun Tuan Speaker. [Ketawa] Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor telah menyentuh tentang sukatan pelajaran yang berat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik kurikulum bagi memastikan kurikulum yang digubal relevan dengan keperluan murid. Bagi tujuan tersebut, KPM telah mengadakan pemantauan kurikulum, kajian keperluan dan pelbagai sesi libat urus bagi mengenal isu dan mendapatkan input serta pandangan berkaitan kurikulum semasa dan akan datang. KPM telah melaksanakan ini Yang Berhormat, intervensi kurikulum yang antara strategi yang diperkenalkan adalah menyediakan dokumen penjajaran kurikulum. Jadi, apabila Yang Berhormat bertanya tentang kurikulum yang didakwa berat itu, kita telah laksanakan intervensi melalui Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Edisi 3 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Tahap 1 serta Tahap 2. Penjajaran kurikulum ini melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran tersebut. Jadi, tidak ada masalah Yang Berhormat kerana apa sahaja masalah dan isu yang dibangkitkan dalam soal kurikulum ini sentiasa mendapat perhatian.
[Bangun]
Kita boleh melaksanakan intervensi bila-bila masa dengan keupayaan dan kecekapan serta kepakaran yang ada untuk memastikan tiada anak- anak kita yang terpinggir dan pastinya juga memberikan kesan kepada pembelajaran mereka.
Yang Berhormat Menteri.
Di samping itu, Modul Bimbingan Bahasa Melayu (MOBIM), Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Tahap 1 dan Tahap 2 turut disediakan bagi membantu guru merancang kaedah penyampaian kandungan kurikulum yang bersesuaian dalam bilik darjah. Ini baik DPK, Dokumen Penjajaran mahupun MOBIM ini, modul bimbingan
ini telah disebar luas ke semua sekolah dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk ibu bapa melalui pautan di laman web KPM. Pada masa ini, KPM sedang melaksanakan semakan semula kurikulum selepas kitaran kurikulum lengkap pusingannya. Semakan kurikulum ini dilaksanakan dengan mengambil kira semua input dan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. KPM mempersiapkan murid dengan menyediakan kurikulum baharu yang dibentuk berteraskan kurikulum berasaskan standard dan berorientasikan kompetensi.
Yang Berhormat Menteri.
Balik Pulau ada? Balik Pulau.
Temerloh.
Menteri.
Sekejap, saya check Balik Pulau. Balik Pulau tidak ada.
Yang Berhormat Menteri.
Silakan.
Terima kasih Speaker dan terima kasih Menteri. Temerloh ada membangkitkan berkaitan dengan kurikulum juga. Temerloh mencadangkan kepada KPM supaya meneliti berkaitan dengan isu bahasa. Temerloh mencadangkan supaya bahasa ibunda khususnya bahasa Tamil, bahasa Mandarin diajar di Sekolah Kebangsaan. Juga, kita mencadangkan supaya bukan sahaja dapat menguasai bahasa ibunda –
Timbalan Speaker, soalan itu memang sudah pun ditanya dalam soalan ini. Jadi, dia bukan. Maknanya saya akan jawablah.
Okey, terima kasih.
Jadi, saya teruskan dengan Gopeng ada?
Tidak ada.
Gopeng juga tidak ada. Kubang Pasu? Kubang Pasu, baik. Ahli Yang Berhormat Kubang Pasu bertanya berkenaan prestasi cemerlang murid yang mengambil mata pelajaran STEM dalam peperiksaan SPM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan analisis Keputusan Peperiksaan SPM tahun 2023 adalah berdasarkan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran. Berdasarkan analisis pencapaian calon yang memperoleh dan keputusan cemerlang A plus, A dan A tolak bagi empat mata pelajaran elektif STEM A dalam peperiksaan SPM 2023 adalah seperti berikut. Fizik 26.9 peratus, Kimia 22.6 peratus, Biologi 26.3 peratus, Matematik Tambahan 17.2 peratus. Pencapaian dalam subjek STEM di peringkat SPM adalah satu keberhasilan penting Yang Berhormat, melalui kerjasama secara whole-of-government dan whole-of- nation dengan izin. Kita sentiasa komited untuk berkolaborasi dengan semua pihak yang terlibat dalam ekosistem STEM bagi memupuk minat dan menggalakkan murid sekolah memilih mata pelajaran bidang STEM termasuk mata pelajaran Sains Tulen. Inisiatif ini
memastikan negara mempunyai bakat STEM yang berkelayakan dan mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja profesional bidang STEM. Setakat ini Yang Berhormat, memang kita bekerja keras untuk memastikan bahawa anak-anak kita yang berpendidikan STEM ini mendapat sokongan ekosistem, dukungan dan juga hala tuju yang benar-benar dapat membentuk secara keseluruhannya yang terkait rapat dengan bukan sahaja melonjakkan STEM itu malah dapat juga memberikan sumbangan kepada negara. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri. Saya berdiri ini, saya minta laluan ini bukan untuk mengkritik tetapi untuk berkongsi pandangan ya. Sebenarnya inisiatif yang diambil oleh KPM begitu baik setakat ini. Cuma, saya hendak memberi pemakluman berhubung dengan STEM ini.
Kita, sekolah menengah SPM, STPM, Matrikulasi ialah membekalkan input yang amat penting kepada universiti untuk mereka membuat — saya amat mengkhususkan kepada peringkat Ijazah Kejuruteraan. Jadi, saya lihat ada statistik ini menunjukkan bahawa tahun 2023 umpamanya, dia STEM 45.7 Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya yang betul- betul buat Sains Tulen Pakej A dan Pakej B ialah 20 peratus. Daripada jumlah 375,000 orang itu, hanya 74,882. Dia punya — kita punya concern sekarang ini bukan apa, sebab kita sekarang tengah bergerak maju ke hadapan begitu laju membawa masuk banyak pelaburan- pelaburan terutamanya dalam bidang electrical, electronic, semiconductors. Yang kita tahu national semiconductor strategy yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita memerlukan 60,000 jurutera menjelang lima, sepuluh tahun akan datang. Tapi berdasarkan kepada data yang kita ada, kita tak akan mencapai tahap itu dalam lima, sepuluh tahun yang akan datang. Jadi, kita perlu pertingkatkan lagi usaha kita untuk menentukan budak-budak ini, budak sekolah ini buat SPM, STPM, Matrikulasi ini lebih ramai buat Sains Tulen. Saya ada satu sekolah sebagai contoh di Kedah.
Ringkaskan Yang Berhormat, masa Menteri sudah habis.
Sekejap saja, kejap saja. Hari ini manis lagi hari ini. Dia pelajar ada 80 orang, 40 orang buat Sains Tulen, 40 orang lagi buat STEM yang C. Daripada 40 Sains Tulen itu, dapat 20 persen. Jadinya, kita kalau kita ambil buat projection in five, ten years from now, kita akan hanya dapat dalam 40,000 jurutera yang kita perlukan. Jadi kalau kita tak tingkatkan usaha — saya tahu kementerian dan Menteri memang pertingkatkan usaha. Mungkin kita cari kaedah baru, kaedah lain untuk menentukan lebih ramai pelajar-pelajar ini buat Sains Tulen dan lebih ramai yang lulus cemerlang untuk depa dapat masuk buat kejuruteraan di peringkat universiti. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ambil pandangan tersebut Timbalan Speaker. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju? Wangsa Maju tidak ada.
Ada, ada.
Ada, ada.
Mana? Eh, ada. [Ketawa] Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju mencadangkan agar murid diberi peluang untuk menerokai bidang kemahiran dari peringkat awal persekolahan. KPM komited menyediakan akses pendidikan TVET bermula dengan pendedahan TVET kepada murid peringkat sekolah rendah bagi membolehkan mereka membuat pilihan aliran TVET yang bersesuaian apabila memasuki peringkat menengah iaitu selepas Tingkatan 3. Pendedahan awal asas pendidikan TVET telah diperkenalkan kepada semua murid seawal Tahun 4 di peringkat sekolah rendah, melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bermula tahun 2014. Murid diperkenalkan dengan kemahiran berasaskan TVET yang menawarkan bidang utama dalam teknologi, sain rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan pertanian. Bagi memastikan kesinambungan pendidikan TVET, mulai tahun 2017, mata pelajaran RBT diteruskan kepada murid peringkat menengah rendah Tingkatan 1. Usaha ini bagi memastikan murid diberi pilihan awal kepada bidang-bidang utama TVET sebelum memasuki aliran TVET selepas Tingkatan 3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menerusi kurikulum persekolahan 2027, KPM akan memberikan penekanan kepada asas pendidikan TVET bagi memupuk minat murid dalam bidang TVET. KPM akan perkenalkan elemen TVET bermula Tahap 1 iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 sehingga Tahap 2 iaitu Tahun 3 dan Tahun 4 di sekolah rendah menerusi pembelajaran bersepadu yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains, teknologi, digital, seni visual, muzik dan pendidikan kesihatan. Seterusnya murid di Tahap 3, Tahun 5 dan Tahun 6 akan mempelajari pembelajaran asas disiplin ilmu TVET seperti teknologi, sains rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan pertanian. Pembelajaran dilaksanakan berasaskan projek yang membolehkan murid mengetahui, memahami dan meneroka aplikasi teknologi dan digital dalam pelbagai bidang. Kandungan kemahiran dan nilai daripada pelbagai bidang teknologi dan digital akan dikembangkan kepada murid di peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, 2, 3 bagi membolehkan mereka mengenali potensi diri, seterusnya mendorong minat mereka dalam bidang TVET. KPM juga menyediakan akses pendidikan TVET kepada murid berkeperluan pendidikan khas melalui Program Pendidikan Khas Integrasi bermula pada Tingkatan 1 secara macroprudential di sekolah menengah kebangsaan. Murid berkeperluan pendidikan khas yang mengikuti PPKI boleh meneruskan pendidikan TVET bagi mendapatkan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 yang dilaksanakan secara berfasa bermula tahun 2024. Di KV Bachok Kelantan, selain itu MBPK juga boleh mengikuti program vokasional di empat buah sekolah menengah pendidikan khas vokasional bagi lepasan Tingkatan 3 iaitu di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura Kulai, Johor; Shah Alam, Kuantan; Merbok; dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang. Jadi Yang Berhormat, KPM yakin melalui inisiatif yang dilaksanakan mampu memberi pendedahan awal dan memberi peluang kepada murid memilih bidang TVET selepas tamat
pendidikan menengah rendah dan khususnya bagi persiapan kurikulum baru 2027, kita akan mulakan dengan lebih awal. Ahli Yang Berhormat Kluang ada?
Tak ada.
Kapar, Kapar. Menteri, Kapar bawa sekolah padat itu, itu sangat penting. Tahniah, banyak apa — dapat peruntukan paling banyak, harap diselesaikanlah.
Terima kasih. Terima kasih Kapar. Insya-Allah...
Menteri, Menteri.
Itu juga sebahagian daripada komitmen kita khususnya berkait rapat dengan sekolah padat. Ya?
Menteri, Menteri, Kota Melaka. Sedikit Menteri, memandangkan masa kesuntukan. Awal-awal dalam jawapan Menteri ada sebut tentang kebajikan yang diberikan kepada murid iaitu baucar buku. Jadi, ada lagi satu kebajikan yang diberikan kepada murid itu Bantuan Awal Persekolahan. Jadi, itu akan diberikan kepada pelajar daripada Darjah 1 hingga Darjah 6, daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Betul.
Begitu juga pelajar pergi ke Matrikulasi, mereka juga dapat Bantuan Sara Hidup. Itu adalah usaha kebajikan yang diberikan kepada murid. Tetapi yang saya nak bangkit ialah pelajar Tingkatan 6, di mana buat masa ini mereka tidak terima apa-apa bantuan lagi. Jadi, bolehkah Menteri pertimbangkan agar supaya pelajar Tingkatan 6 juga diberikan Bantuan Awal Persekolahan untuk memperkasakan Tingkatan 6 ini. Terima kasih Menteri.
Hulu...
Kota Melaka...
Yang Berhormat Menteri, sikit boleh?
Timbalan Speaker, izinkan saya perjelaskan juga, saya ambil pandangan Kota Melaka itu dengan sangat serius.
Sikit saja.
Sebenarnya dalam tempoh libat urus khususnya berkaitan dengan perkara yang melibatkan kebajikan khususnya, sebenarnya memang kita mahu memastikan tiada anak-anak kita yang terpinggir termasuk anak-anak Tingkatan 6 Yang Berhormat. Jadi pada ketika ini, walaupun sepertinya dalam belanjawan ini terlihat ada bantuan-bantuan kepada yang lain, sebenarnya anak-anak Tingkatan 6 ini tidak pernah terkecuali daripada mendapat apa-apa bantuan yang diberikan oleh peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita masih akan meneruskan komitmen kita itu dan melihat khususnya yang berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan ini juga
sepatutnya dan sewajarnya juga diberikan kepada anak-anak Tingkatan 6. Begitu juga dengan perluasan-perluasan yang terkait rapat dengan biasiswa-biasiswa ini yang akan kita berikan komitmen sepenuhnya untuk anak Tingkatan 6 ini. Begitu juga dengan penubuhan Kolej Tingkatan 6 Premium yang saya pasti juga akan melibatkan beberapa pendekatan penting yang mesti kita pastikan bahawa Tingkatan 6 ini terus menjadi pilihan kepada anak- anak kita.
YB Menteri, boleh minta sikit saja? Masa tak ada...
Dah banyak dah Hulu Selangor.
Sikit saja.
Menteri.
Saya teruskan dengan Sungai Siput ada?
Menteri boleh celah sikit tentang Tingkatan 6?
Okey, sila.
Ya. Berhubung dengan isu Tingkatan 6, kami tahu sekarang jurusan sains sebenarnya semakin kurang orang ambil kerana semua orang tahu jika ambil Matrikulasi lebih senang masuk ke universiti. Apa masalah sebenarnya STPM adalah lebih susah masuk ke universiti daripada Matrikulasi? Salah satu sebab adalah itu markah kokurikulum. Markah kokurikulum di Matrikulasi senang dapat 10 markah, markah penuh. Tapi STPM, pelajar susah nak dapat. Walaupun mereka apply ke universiti, tapi semasa sampai ke peringkat markah kokurikulum, dia akan kalah kepada pelajar Matrikulasi. Masalah sebenar ini harap KPM boleh jelaskan.
Sikit saja YB Menteri.
Benar Yang Berhormat. Kita sedang melihat perkara- perkara tersebut dan kita juga ada buat kajian Yang Berhormat, untuk melihat keseluruhan khususnya pendidikan pasca SPM ini. Matrikulasi, Tingkatan 6 dan lain-lain peluang yang ada. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu antara perkara yang juga dibangkitkan khususnya berkaitan dengan markah kokurikulum dan sebagainya. Tapi, saya ambil perhatian penuh dan sebenarnya ia memang berada dalam dengan izin, path line Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sungai Siput tak ada. Merbok dan Temerloh membangkitkan berkenaan keperluan penyediaan bahan teknologi moden seperti AI dalam PdP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan sebanyak 16 aplikasi berkaitan AI dalam pelantar DELIMa. Daripada jumlah ini, sebanyak sembilan aplikasi AI seperti Gemini, ChatGPT, beingAI dan Conker AI, berperanan membantu guru merancang pengajaran, membina soalan, menyediakan kuiz dan mencipta sumber pendidikan bagi menarik minat murid dalam pembelajaran. Melalui Gemini AI Academy, guru dapat meningkatkan kemahiran AI untuk mencipta bahan pelajaran kreatif dan menarik berasaskan AI. Secara keseluruhannya Yang Berhormat,
bahawa di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, integrasi AI dalam DELIMa membolehkan pengalaman pembelajaran murid disesuaikan mengikut keperluan individu. DELIMa ataupun pelantar DELIMa menyokong pembelajaran murid pada kadar dan gaya masing-masing mengikut sesuai dengan keperluan mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Temerloh, menerusi penyediaan akses kepada sumber pendidikan digital, pelantar DELIMa yang disediakan oleh KPM dapat menggalakkan penggunaan teknologi dalam proses PdP. Sehingga kini, DELIMa telah menempatkan 789 buku teks digital asas, 12,762 video pembelajaran dan 170 podcast radio pendidikan yang boleh diakses secara percuma oleh semua murid dan guru. Selain itu, sebanyak 23,882 bahan turut dikongsikan oleh 3,715 orang guru selain daripada Gerbang Pembelajaran Digital yang dibangunkan oleh 16 jabatan pendidikan negeri. Kesemua sumber pendidikan ini membolehkan pelaksanaan PdP yang lebih efisien serta lebih menarik bagi murid generasi digital. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan pelantar digital ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada guru dengan penggunaan lebih daripada akses kepada digital ini, lebih daripada 95 peratus. Kita masih memerlukan sokongan dan dukungan daripada ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menggunakan pelantar DELIMa ini untuk pembelajaran mereka. Kangar dan Batu Gajah. Kangar ada? Batu Gajah? Ada. Ada menyentuh berkenaan isu keciciran pembelajaran murid sekolah bandar dan luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam menangani isu keciciran pembelajaran ini, KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas 3M seperti program pemulihan khas, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) dan Pengesanan Literasi dan Numerasi Murid Tahun 1. Untuk makluman Yang Berhormat, semua program-program ini telah dilaksanakan termasuk dengan kerjasama melalui Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kewangan yang telah pun melaksanakan Program Anak Kita yang telah diterajui oleh Unit Pantau Madani dan Yayasan Hasanah dan ini menjadikan program ini sebagai inisiatif intervensi kurikulum selain daripada yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita juga telah melaksanakan baru-baru ini untuk program pengesanan keciciran untuk murid darjah satu Yang Berhormat dan hasil daripada pengesanan itu, kita dapati bahawa semasa peringkat awal ada seramai 122,000 anak-anak kita yang belum menguasai 3M. By November, dengan izin, hujung November ini kita akan mengetahui keputusan berkaitan dengan pemulihan mereka yang pastinya akan memberikan kesan kepada data keseluruhan dan juga inisiatif-inisiatif keciciran yang telah pun kita laksanakan. Program ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan sekolah-sekolah khas yang telah pun kita laksanakan dan juga garis panduan mengurus murid berisiko cicir bagi membantu sekolah mengenal pasti dan mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik. Timbalan Speaker, masa saya sudah selesai.
Yang Berhormat Menteri.
Puan Yang di-Pertua, semasa perbahasan saya ada bangkit tiga perkara. Mohon jawapan. Kalau tak boleh, secara bertulis. Sebab saya tanya fasal pecahan peruntukan SJKC-SJKT.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nampak jawapan Yang Berhormat Menteri setebal ini, saya rasa semua jawapan telah disediakan.
[Bangun]
Yang belum sempat dijawab, Yang Berhormat Menteri boleh bagi jawapan bertulis nanti.
Ya, termasuk kedudukan sekolah SJKC ya.
Terima kasih. Ya, betul. Terima kasih Yang Berhormat.
Dan derma dan bina. Itu dua. Tiga.
Yang Berhormat Menteri, satu sahaja Yang Berhormat Menteri. Untuk perhatian sahaja iaitu untuk pelajar Syamil Faris yang terkena renjatan elektrik itu. Jadi, mohon untuk perhatian juga kementerian untuk melihat pelajar tersebut. Beliau trauma iu. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Secara kesimpulannya, Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kami merakamkan ucapan terima kasih di atas semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan 195 perkara dan 80 Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkit dan membahaskan isu berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita akan berjumpa lagi dalam perbahasan yang lain insya-Allah. Tetapi, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana pandangan-pandangan yang sangat konstruktif ini sangat membantu khususnya kementerian untuk melihat secara keseluruhan apakah tindakan dan komitmen seterusnya. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kami merakamkan ucapan terima kasih dan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam perpaduan Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman, Kapar, Batang Lupar, Batu Pahat, Bukit Bendera dan Langkawi yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 dan menyentuh tentang perkara-perkara di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara menyambut baik Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024 yang lalu. Ia sememangnya mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk menjaga kesejahteraan rakyat dengan memberi penekanan terhadap keharmonian, kemakmuran dan perpaduan. Belanjawan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan asas-asas sosial dan ekonomi negara dengan memberi fokus kepada pengagihan sumber yang lebih adil khususnya kepada golongan yang memerlukan, sekali gus memastikan tiada yang tercicir dalam arus pembangunan negara. Bagi pihak Kementerian Perpaduan Negara, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM587.35 juta, peruntukan pembangunan berjumlah RM123.99 juta dan keseluruhan peruntukan 2025 adalah RM711.34 juta. Kementerian akan memastikan semua peruntukan yang diluluskan akan diurus secara cekap dan tanggungjawab bagi mencapai hasrat pemegang taruh kementerian selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Aman telah mencadangkan agar kementerian memperkenalkan dasar dan program yang lebih menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat terutama sekali melalui penyemaian semangat Rukun Negara dalam kehidupan seharian dan membangkitkan isu berkaitan perancangan jangka pendek kementerian bagi mengukuhkan perpaduan negara ini. Manakala Yang Berhormat Batang Lupar turut menekankan elemen perpaduan dan penyatuan kaum dalam merencana pelaksanaan Belanjawan 2025. Untuk makluman kedua Yang Berhormat, kementerian telah menggubal Dasar Perpaduan Negara pada tahun 2021 yang merupakan equipment utama kementerian dalam rangka hala tuju agenda perpaduan nasional. Equipment dasar yang dihasilkan ini adalah selari dengan kerangka Madani yang menekankan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara selaras dengan pembentukan negara dan penyatupaduan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Dasar Perpaduan Negara ini menggariskan tiga objektif iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab, melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. Bagi menterjemahkan dasar ini kepada bentuk pelaksanaan program, maka kementerian telah menghasilkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang memberi panduan menyeluruh kepada kementerian bagi membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan bersatu padu.
Ia juga memberi fokus kepada usaha kerajaan di dalam memperbaiki hubungan antara kaum, mempromosikan integrasi nasional dan menangani isu-isu perkauman melibatkan pelaksanaan program dan aktiviti rentas kementerian dan agensi. Di antara langkah pendek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian adalah memperkenalkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI sebagai program flagship yang menerajui inisiatif di bawah Agenda Perpaduan Nasional melalui tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah dengan matlamat menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI. Di bawah tiga kluster ini, saya memberi sedikit sebanyak contoh seperti Semarak Kenegaraan. Di antara program adalah Ekplorasi Rukun Negara, Debat Perpaduan, Kem Perpaduan Anak Malaysia dan sebagainya. Di bawah Semarak Perpaduan, kita ada program seperti sambutan Minggu Perpaduan, Liga Sukan Uniti, Warisan Kita dan sebagainya. Di bawah Komuniti Rahmah, antara program yang kita sedang dan akan laksanakan adalah Bakul Rahmah, Ronda Skim Sukarelawan, Karnival Ekonomi, Tuisyen Kami dan sebagainya. Sepanjang tahun ini, kita telah pun melaksanakan lebih 300 program melalui tiga kluster yang saya sebutkan awal tadi. Bermula tahun ini juga, kementerian melalui Jabatan Perpaduan mengambil inisiatif untuk memperkasa dan memperkukuhkan peranan Rukun Tetangga sebagai penggerak komuniti progresif ya. Sebanyak lapan bidang tumpuan yang telah kita kenal pasti untuk menjadikan Rukun Tetangga sebagai komiti progresif iaitu pertama adalah ekonomi dan sara hidup; kedua adalah keselamatan dan ketahanan komuniti; ketiga kepimpinan; selepas itu kesejahteraan komuniti; pembelajaran sepanjang hayat; alam sekitar, warisan dan budaya; dan juga daya cipta. Inisiatif...
Menteri. Menteri. Menteri, pasal Rukun Tetangga. Saya pernah cadangkan sebab melihatkan peruntukan pun dah bertambah kan, jadi oleh kerana Rukun Tetangga ini, sekarang ini dapat RM6,000 sahaja untuk setahun. Barang naik, subsidi turun semuanya kan. Jadi untuk memperkasakan mereka, boleh tidak ditambahkan. Saya pernah cadangkan RM10,000 Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan berusahalah. Tetapi, selain daripada itu pun kita sudah juga diperuntukkan RM20 juta yang dikhususkan kepada modal Rukun Tetangga Progresif. Saya akan terangkan lebih selanjutnya lah.
Penting sebab mereka akar umbi Menteri. Akar umbi perpaduan.
Ya. Saya faham. Saya faham. All right. Pada tahun ini, pada jangka masa pendek, kita telah pun diperuntukkan RM20 juta. Dengan peruntukan ini, kita telah merancang untuk mengadakan untuk memperkasakan Rukun Tetangga sebagai dinamakan sebagai Rukun Tetangga Progresif dan setakat ini kita telah kenal pasti 152 Rukun
Tetangga Progresif yang kita akan adakan pelbagai aktiviti seperti yang saya telah terangkan awal tadi iaitu lapan jenis tumpuan utama yang kita akan adakan. Untuk 2025, jangka masa sederhana kita akan sekurang-kurangnya 300 lagi Rukun Tetangga yang akan diperkasakan atau dimodelkan sebagai Rukun Tetangga Progresif. Bagi 2026, pada untuk jangka masa panjang, kita akan cadangkan agar inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga ini diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan dilaksanakan ya. Begitulah perancangan-perancangan kita. Jadi, yang dikatakan oleh YB itu RM6,000 itu, itu adalah annual kita bagi untuk kerja-kerja mesyuarat dan sebagainya lah. Tapi ini, kita akan adakan banyak lagi program seperti ekonomi. Bermulanya Rukun Tetangga sebagai benteng perpaduan negara dan kini telah mengorak langkah yang mampu menjadi barisan hadapan peringkat komuniti dalam membantu menoktahkan kemiskinan di seluruh negara secara berfasa melalui inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif. Kementerian berjaya melepasi sasaran dan sekarang ini seperti yang saya sebutkan tadi ialah sudah kenal pasti 152 Rukun Tetangga yang boleh dikenal sebagai Rukun Tetangga Progresif. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa inisiatif khas Belanjawan 2025 turut diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada kementerian ini. Satu, adalah pelaksanaan Program Perpaduan Integrasi Nasional. Kemudian, RM50 juta memperkasakan peranan kuasa Rukun Tetangga. RM20 juta, pendigitalan bahan-bahan khazanah ini adalah di bawah muzium, arkib dan perpustakaan dengan peruntukan RM15 juta. Selain adalah penyelenggaraan, maintenance of premises ya. Susah hendak sebut. All right. Melalui peruntukan ini, Kementerian Perpaduan akan terus memperkasakan Hala Tuju Perpaduan Negara melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program yang dapat melestarikan perpaduan rakyat di samping memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Kementerian Perpaduan Negara akan memberikan tumpuan utama kepada empat fokus utama pada tahun 2025 iaitu ekosistem perpaduan seperti KRT Progresif, Eksplorasi Rukun Negara, ketiga adalah Inisiatif Harmoni MADANI dan keempat adalah Komuniti Sosiobudaya. Pada tahun 2025, tema yang kita akan angkatkan adalah Harmoni Dalam Kepelbagaian. Kalau sekarang kita selalu dengar Harmony in Diversity. Sekarang kita akan tukarkan narative for next year Harmoni dalam Kepelbagaian. Tema ini mencerminkan komitmen kita untuk memperkukuhkan keharmonian nasional dengan menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang wujud dalam negara kita. Kepelbagaian ini adalah anugerah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa. Seperti saya katakan sebentar tadi, pelaksanaan program ataupun inisiatif oleh Kementerian Perpaduan Negara akan dibahagikan kepada empat ikhtiar iaitu ekosistem perpaduan ini tertumpu kepada KRT Progresif, Sambutan 50 Penubuhan KRT, Konvensyen dan Anugerah KRT, Karnival Ekonomi, Sambutan Minggu Perpaduan, Jelajah Kembara Perpaduan dan sebagainya.
Di bawah Eksplorasi Rukun Negara, kita akan adakan Sambutan 55 Tahun Rukun Negara, Simposium Pendidikan Rukun Negara, Kem Perpaduan Anak Malaysia, Jelajah Belia Rukun Negara, Konvensyen Sekretariat dan sebagainya. Di bawah inisiatif Harmoni MADANI, kita akan adakan sambutan Minggu Harmoni Sedunia, Dialog Harmoni, Dokumentari Jejak Harmoni, Podcast Harmoni, Dokumentari Kisah Perpaduan dan sebagainya. Di bawah Komuniti Sosiobudaya, di bawah ini adalah muzium, perpustakaan dan arkib. Banyak program di kesemua agensi ini. Citra Nusa Muzium, Semarak Muzium, Archive Humanity, Karnival Baca Perdana dan sebagainya. Yang Berhormat Kapar telah mencadangkan agar negeri Kelantan diangkat sebagai contoh konsep perpaduan yang berjaya di dalam negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara akan terus mendukung mana-mana kerajaan negeri yang melaksanakan apa jua inisiatif mahupun program-program perpaduan di negeri masing- masing. Ini kerana kementerian percaya usaha-usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya bukanlah terletak di bahu Kerajaan Pusat semata-mata, bahkan memerlukan penglibatan semua pihak termasuklah semua kerajaan negeri.
Menteri, kalau bolehkan program-program di bawah Kementerian Perpaduan termasuklah semua yang disebutkan tadi segala eksplorasilah, macam-macam semua itu kan...
Ya.
Selain daripada rentas kaum, makna melibatkan pelbagai kaum, pelbagai budaya, saya rasa Kementerian Perpaduan kena menjadi contoh juga melibatkan pelbagai ideologi termasuk pembangkanglah kepada semua kawasan Parlimen dan DUN. Terima kasih Menteri.
Terima kasih. Ini berkenaan di Kelantan lagi ini. Tahniah. Antara pelaksanaan program signature perpaduan di Kelantan yang amat disokong oleh kementerian juga negeri-negeri lain melalui pelbagai inisiatif seperti saya akan ― seperti Pesta Angin Timur di Perlis and then Pertandingan Pidato Rukun Negara di Melaka, Program Gagasan Rumpun Selangor di Selangor, Pertandingan Dikir Barat di Kelantan, Unity Campfire di Pahang dan Program Silang Budaya di Johor. Setiap negeri memang sudah ada signature program untuk perpaduan.
Kementerian ini tidak mengetepikan bahawa negeri Kelantan mempunyai keunikan dan kepelbagaian warisan etnik yang tersendiri yang mampu menjadikan kekuatan dalam pembinaan sebuah negeri yang bersatu padu dan harmoni. Kita faham antaranya program adalah dialek Kelantan yang boleh ditutur oleh pelbagai kaum. Betul YB ya?
Betul, betul.
Pementasan wayang kulit dan dikir barat yang merangkumi cerita budaya daripada pelbagai kaum. Ketiga adalah makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu yang turut menjadi pilihan seluruh Malaysia. Ini jelas
menunjukkan bahawa aspek makanan, sukan, seni, budaya, bahasa dan muzik dan sebagainya mampu menjadi tapak integrasi kaum yang baik di Kelantan dan saya harapkan untuk ia ke negeri-negeri yang lain juga. Jadi, sebagai komitmen Kerajaan Persekutuan...
Cadangan sikit Yang Berhormat. Boleh?
...Bangunan Kompleks Perpaduan jajahan Machang di Kelantan dicatat sebagai sejarah kompleks perpaduan pertama di negara ini. Yes?
Boleh laluan sikit? Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan kementerian terhadap kebudayaan dan keharmonian yang ditunjukkan negeri Kelantan walaupun enam peratus sahaja penduduk yang bangsa lain, yang lainnya Melayu, tetapi hidup dalam keadaan murni. Jadi, apa yang saya nak tanyakan di sini ialah apakah usaha kementerian untuk memantau? Kadang-kadang laporan, provokasi yang tersebar melalui media sosial yang sebenarnya memburukkan suasana, berita-berita palsu yang memomokkan berita-berita yang tak betul yang sebenarnya apa yang berlaku, realiti adalah hidup rakyat dalam keadaan aman damai, tidak ada seorang pun orang yang bukan Islam teraniaya malah hidup dalam keadaan saling hormati-menghormati. Jadi, apa usaha kementerian untuk mengatasi media sosial yang melaporkan berita-berita palsu, yang memomok-momokkan palsu yang boleh menjejaskan antara kaum dalam negara kita?
Saya setuju dengan Yang Berhormat. Itulah satu masalah yang besar bagi kita adalah media sosial. Satu kajian kita telah adakan di Sabah dan Sarawak untuk mengukur kesepaduan sosial, juga telah menyebut media sosial adalah satu faktor yang amat mengelirukan rakyat. Jadi, apabila kajian dibuat, pelbagai faktor telah diukur dan didapati di Sabah dan Sarawak, tahap kesepaduan sosial atau perpaduan adalah amat tinggi. Daripada five, kita dapat 4.17. Satu daripada faktor yang amat jelas adalah jarak sosial yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Jarak sosial dan satu lagi adalah kahwin campur. Itu adalah dua faktor yang amat menyumbangkan ke tahap kesepaduan sosial di Sabah dan Sarawak. Kita telah membuat kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini. Kita telah pun bawa kepada Kabinet supaya ia diketahui umum, hasil daripada kajian itu. Thank you. Batu Pahat telah membangkitkan perkara ─ Batu Pahat ada? Tak ada?
Ada, ada.
Ada? Terima kasih. Pembinaan prasarana yang lengkap untuk Arkib Negara Malaysia di negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia adalah dalam perancangan memohon peruntukan di bawah RMK-13 untuk membina bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Johor di Lot 18395 dengan geran SOCSO terletak di bandar Johor Bahru.
Bangunan ini akan dibina dan dilengkapkan dengan prasarana moden mengikut spesifikasi piawaian arkib antarabangsa. Prasarana ini akan memenuhi keperluan menyimpan dan pengurusan rekod penting kerajaan serta dokumen sejarah negeri Johor yang mempunyai nilai signifikan untuk memelihara integriti, perpaduan dan kedaulatan negara. Pihak kementerian komited dalam memastikan inisiatif pembinaan bangunan berjalan lancar dan mengambil langkah sewajarnya untuk mempercepatkan penggunaan tersebut. Yang Berhormat Bukit Bendera, ada? Thank you. Telah mencadangkan bagi menambahkan lebih banyak lagi taska mampu milik kerajaan ataupun di bawah Kementerian Perpaduan seperti KEMAS. Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini kita mempunyai 1,781 Tabika Perpaduan dengan jumlah murid 36,000. Manakala, kita ada 41 Taska Perpaduan dengan seramai 1,000 murid. Tabika Perpaduan sekarang ini, Johor mempunyai 206; followed by Selangor, 181; Sarawak, 172; Perak, 164 dan sebagainya. Ini kalau dibandingkan dengan taska-taska lain, memang di bawah kita adalah amat sedikit. Kalau kita melihat keseluruhannya, jumlah taska, tabika di seluruh negara adalah 30,000 lebih. KEMAS 10,000 lebih, Kementerian Pelajaran Malaysia 9,000 dekat 10,000, swasta 7,600. Jumlah 30,000. Manakala, kita di Kementerian Perpaduan cuma 1,780 campur 41 taska, 1,800 lebih kurang. Jadi, dalam hal ini kementerian telah pun membuat tinjauan ke atas permohonan untuk memperbanyakkan lagi taska di Malaysia ini. Daripada tinjauan itu, kita dapati kita dapat menubuhkan lagi lebih kurang 45 buah taska yang baru. Ini disebabkan bahawa bayaran di taska ataupun tabika Kementerian Perpaduan adalah amat sedikit, RM15 sebulan dibandingkan dengan kalau pergi ke swasta RM300. Kalau di kementerian lain, di Kementerian Pendidikan Malaysia mungkin dalam RM30. Jadi, dalam keadaan ini kita berharap kita akan dapat peruntukan untuk menubuhkan lebih banyak lagi taska dan Tabika Perpaduan di negara ini. Bagi modul kursus di bawah Tabika Perpaduan, of course, kita tumpukan kepada pendidikan Rukun Negara. Modul Jom Urus Diri. Dalam modul ini kita ada pengajaran komunikasi asas pelbagai bahasa, bahasa Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan dan sebagainya. Kriteria untuk tubuhkan Tabika Perpaduan adalah tidak kurang dari 500 penduduk dalam satu kawasan, tidak kurang daripada 200 unit rumah dan sebagainya. Yang Berhormat Langkawi telah bangkitkan – Yang Berhormat Langkawi ada?
Tak ada.
Tak ada? Tetapi Yang Berhormat Langkawi ini berkenaan dengan The 19th Congress of South East Asia untuk library. Tak apa. Jadi, Puan Yang di-Pertua, sampai begitulah jawapan daripada kementerian kita dan saya beri ribuan terima kasih ke atas peluang ini untuk...
Menteri.
Ada lagi?
Pasal muzium. Saya berkesempatan dengan Select Committee Wanita kita pergi ke muzium, melawat muzium, textile museum dan sebagainya. Saya merasakan, kami merasakan bahawa kerajaan perlu memberikan tumpuan sedikit untuk muzium kita ini sebab kita banyak bahan-bahan sejarah kita yang perlu dihargai dan dijaga dengan baik. Malangnya, seolah-olah mereka tak cukup danalah Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh, berikanlah tumpuan kerana ini sejarah negara kita. Generasi akan datang akan merujukkan apa yang kita ada sekarang ini. Kalau tak dijaga, maka ia tidak akan kekal lama. Terima kasih Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklumlah. Baru-baru ini pun kita telah mengadakan satu Pameran Pesona Telepuk di Muzium Tekstil, dirasmikan oleh Sultanah Terengganu. Itu adalah satu daripadanya dan banyak lagi kita telah buat untuk Muzium Tekstil.
Kita haraplah tempat itu akan kekal sebab sekarang ini ada ura-ura bahawa ianya akan dipindahkan. Kita telah mohon untuk ia jadi retak. [Tidak jelas] Tidak berpindah kerana bahan-bahan kita amat sensitif untuk dipindahkan dan kos pemindahan pun agak besar. Jadi, mungkin Yang Berhormat ketahui bahawa kuasa itu sekarang telah di bawah Khazanah Nasional untuk dibangunkan.
Satu lagi, perpustakaan pun di bawah Yang Berhormat Menteri kan?
Ya.
Ini di antara aset yang sangat-sangat penting. Saya rasa banyak di antara perpustakaan desa yang dibina ini entah berapa tahun, berapa dekad agak umurnya dan entah bagaimana keadaan mereka. Kita di dalam proses kita nak mencapai negara penuaan (aging nation), saya rasa itu di antara aset yang perlu dipelihara dan di-upgrade-kan, ditambah nilai, letak air con, buatkan fasiliti-fasiliti yang bukan sahaja pelajar, orang muda tetapi pesara, warga emas dan sebagainya sebab ini di antara yang cara kita untuk membinakan negara kita ini, nak menyatukan warga emas dan kanak-kanak supaya kita boleh mencapaikan perpaduan seperti yang di bawah Menteri. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat kerana prihatin terhadap kesemua ini di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan kita akan berusahalah untuk mempertingkatkan lagi dalam segala langkah ataupun strategi untuk memperkukuhkan dasar dan kegiatan-kegiatan di bawah agensi-agensi kita, arkib, muzium dan perpustakaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat dasar selama lapan hari iaitu dari hari Isnin, 21 Oktober hingga Selasa, 5 November 2024 yang lalu. Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan, termasuklah syor penambahbaikan yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Insya-Allah pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada KPWKM. Pertama, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang inginkan penjelasan mengenai peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Pembangunan Kanak-kanak untuk tahun 2025. Beliau inginkan kepastian ini kerana butiran peruntukan kepada jabatan tersebut tidak dinyatakan di dalam Belanjawan 2024. Sepertimana yang telah diumumkan pada tahun lalu, JPKK ditubuhkan secara rasmi pada 1 September 2023. Oleh itu, pengoperasian JPKK bagi tahun 2024 adalah menggunakan peruntukan belanja mengurus dasar sedia ada iaitu berjumlah RM116.7 juta. Manakala, bagi tahun 2025 pula, JPKK diperuntukkan peruntukan belanja mengurus berjumlah RM127 juta yang turut merangkumi RM10.8 juta bagi program kursus dan RM25 juta peruntukan B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi telah mencadangkan...
Minta penjelasan sikit, Yang Berhormat Menteri, boleh?
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih dan tahniah saya ucapkanlah kepada KPWKM di atas peruntukan yang diterima dan saya ingin tahu daripada peruntukan yang diperuntukkan lebih kurang RM127 juta itu, apakah ada tambahan perjawatan ataupun apakah progress yang akan dibuat untuk benar-benar memenuhi hasrat sebenar objektif penubuhan Jabatan Kanak-kanak? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, untuk perbelanjaan yang Bajet 2025 ini, dalam masa yang terdekat ini kita akan berbincang. Kita ada lab untuk membincangkan bagaimana pelaksanaannya. Bukan sahaja JPKK, malah yang lain, agensi-agensi yang lain kerana dalam kita menerima peruntukan tersebut, kita ada juga peruntukan-peruntukan yang baru. I mean, perkara-perkara yang baru, maka ia perlu dibincangkan bersama. Insya-Allah kerana kita perlu membelanjakannya pada awal tahun
depan. Maka itu, kita akan bincang bersama nanti boleh ditanya lagi bagaimana kita akan melaksanakannya. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dari Yang Berhormat Bangi yang telah mencadangkan supaya peruntukan khas di bawah KPWKM untuk diberikan kepada pihak menyediakan perkhidmatan dan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang. Ada Bangi, ya? Bangi tak ada sini? Oh, kita akan beri jawapan bertulislah dengan dia. Tuan Yang di-Pertua, isu berikutnya dari Yang Berhormat Bentong. Bentong ada? Baru balik tadi? Bentong? Tak ada? Tak ada. Okey, teruskan. Pasir Puteh tak ada soalan sini. Yang Berhormat Arau pula, tak ada juga kan?
Tak ada.
Save time, terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bendera ada, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bukit Bendera telah mencadangkan agar JKM menyemak semula SOP pengoperasian taska bagi membolehkan taska menerima lebih ramai kanak-kanak berbanding nisbah sedia ada untuk mengimbangi kenaikan kos. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan bilangan kanak-kanak yang boleh diterima dalam pengoperasian sesebuah taska. Pertama adalah mematuhi nisbah bagi pengasuh berbanding kanak-kanak di taska mengikut Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012. Nisbah ini adalah pelbagai tertakluk kepada kategori kanak-kanak, sama ada OKU atau bukan OKU serta kumpulan umur. Sebagai contoh bagi kanak-kanak bukan OKU yang berumur tiga tahun ke atas, nisbahnya adalah 10 orang kanak-kanak untuk seorang pengasuh. Manakala, bagi kanak- kanak OKU bagi kategori umur yang sama, nisbahnya adalah 10 orang untuk tiga pengasuh. Kedua adalah faktor keluasan taska. Luas lantai minimum yang dikehendaki bagi setiap kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak adalah seperti 2.5 meter persegi bagi taska di rumah dan 3.5 meter persegi bagi taska tempat kerja, komuniti atau di institusi. Peraturan ini dibuat mengambil kira faktor keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taska merangkumi keselamatan, pengawasan dan kesihatan. Contohnya, kepantasan proses pengungsian semasa kebakaran ataupun evacuation, dengan izin serta kepekaan dan boleh urus pengasuh terhadap kanak-kanak di bawah asuhannya. KPWKM pada masa ini sedang dalam proses semakan akta juga iaitu Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2021 yang merangkumi perkara berkaitan pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan sebagai menambah baik perkhidmatan dalam industri penjagaan selaras dengan keperluan semasa. Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Bukit Bendera ini untuk diteliti lanjut oleh JKM. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Rantau Panjang lagi telah menyentuh impak kenaikan gaji minimum dari RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan pada tahun hadapan kepada kenaikan yuran taska. Sebagaimana Yang Berhormat Rantau Panjang sendiri sedia maklum, KPWKM tidak menetapkan harga lantai atau harga siling untuk yuran taska.
Taska yang berdaftar di bawah JKM adalah taska swasta yang berentitikan perniagaan. Ia memerlukan daya usaha yang kreatif di pihak pengusaha bagi memastikan peniagaan taska dapat berkembang baju dan mampan. Kadar yuran ini juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah standard dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, lokaliti serta faktor permintaan dan penawaran.
Oleh itu, kesepakatan antara pengusaha taska, pengasuh dan ibu bapa harus diadakan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam hal ini. Namun, pada masa yang sama Yang Berhormat, perlu diingatkan bahawa hasrat kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum adalah demi kesejahteraan dan manfaat besar rakyat. Saya yakin rakan saya, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah memberi maklum kalau tak silap saya mengenai perkara ini kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat ya. Terima kasih.
YB Menteri, Bangi tadi. Saya – tadi ada sebut nama. Maaf, saya terlepas.
Soalan, soalan. Okey.
Yang Berhormat Menteri, sikit je berkaitan dengan isu taska. Boleh? Sikit ya.
Boleh je.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Mengambil kira apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, syarat-syarat yang dikenakan kepada pengusaha taska, keluasannya, bilangan, apa anak- anak yang diasuh. Maka, inilah antara menjadi kekangan kepada pengusaha taska untuk menambah bilangan anak-anak untuk mengatasi masalah kos pengurusan. Jadi, ini menyebabkan ada di kalangan mereka yang mungkin kerana tekanan gaji minimum ini, ada yang terpaksa tutup taska dan ini menjejaskan. Sebab taska ini kita tahu adalah sistem sokongan kepada pekerja wanita. Soalan saya, adakah kerajaan akan mempertimbangkan, terutama dari segi syaratnya, dari segi bilangannya supaya dia tidak memberi beban kepada pengusaha taska dan adakah mungkin cadangan akan datang supaya pengusaha-pengusaha taska yang penting di kawasan-kawasan golongan B40 yang terpaksa meninggalkan anak mereka kerana bekerja, boleh diberi sedikit bantuan untuk meringankan supaya tidak membebankan yuran yang tinggi kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan swasta.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat tadi mengenai keluasannya dan menambahkan lagi bilangan kanak-kanak. Yang Berhormat perlu sedar bahawa dari segi keluasan ataupun infrastruktur itu bukan di bawah KPWKM. Sebelum ia nya dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah taska, ia nya melalui KPKT dan juga local authority, dengan izin, supaya mereka mendapat kelulusan itu kerana mereka mengambil perhatian ataupun mengambil tindakan itu berdasarkan kepada keselamatan dan juga kesejahteraan kanak-kanak itu.
Jadi, kalau mereka membenarkan perkara seperti itu dibenarkan, maka mungkin ia nya akan menjejaskan dari segi keselamatan kanak-kanak dan dari segi apa Yang Berhormat nyatakan untuk membantu B40 itu, itu saya tak berani nak membuat perjanjian di sini ataupun komitmen di sini. Tapi kita akan ambil kira, ambil maklum mengenai perkara ini supaya mungkin kita cari jalan bagaimana kita dapat membantu. Kalau janji itu tak boleh kerana ia melibatkan bajet kerajaan. Bajet kerajaan ini sudah dibentangkan. Kalau ia nya dapat kita pertimbangkan, insya-Allah kita membantu. Terima kasih.
Yang Berhormat.
Menteri.
Okey. Assalamualaikum. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya ada membangkitkan tentang isu dasar perlindungan kepada keselamatan wanita. Kita difahamkan minggu lepas berlaku lagi satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita dan ayahnya kerana ditolak pinangan daripada seorang laki-laki. Jadi, bagaimana sekarang tindakan yang diambil oleh pihak kementerian kerana kita nampak dah jadi trend keselamatan wanita di Malaysia sangat terancam sekarang.
Yang Berhormat, ulang lagi dasar apa?
Dasar keselamatan dan perlindungan keselamatan.
Dasar keselamatan.
Menteri.
Saya tak ada terima apa-apa mengenai ini di dalam debat.
Saya ada bahaskan isu ini.
Maka, kalau – ada dimasukkan?
Ya.
Saya akan rujuk. Nanti saya bagi jawapan bertulis ya sebab saya tak ada menerimanya. Mungkin tidak disediakan...
Menteri.
Ataupun mungkin ianya diambil perhatian oleh kementerian yang lain kerana ia nya Dasar Keselamatan Wanita ini bukan kita sahaja. Ia keseluruhannya perlu diambil perhatian oleh kementerian-kementerian yang bertanggungjawab terhadap keselamatan. Namun, kami ada juga menjalankan tugas kami untuk membantu wanita dengan memberi sedikit– ada juga kita membantu, terutama sekali dari segi beberapa perkara yang kalau ada keganasan rumah tangga ke, kalau ada sexual harassment ke, semua itu memang kita ada dan juga kaunselor-kaunselor juga. Terima kasih. Nanti saya rujuk sini. Ini isu perlindungan terhadap wanita. Memang satu isu yang luas dan merentas bidang kuasa bagi pelbagai kementerian seperti yang dinyatakan tadi.
Justeru, untuk maklum balas saya pada hari ini, saya hanya ingin menyentuh tentang inisiatif yang diambil oleh kami sahaja, KPWKM sahaja iaitu antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPWKM dan agensi seliaannya, termasuklah mengemas kini Dasar Wanita Negara dengan memperkenalkan satu teras khusus yang memberi penekanan terhadap keselamatan wanita. Kedua, mengemas kini dan menambah baik Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) yang akan turut mengambil kira aspek keselamatan. Ketiga, menggubal Akta Antigangguan Seksual yang sudah kita lulus, yang telah diwartakan pada 18 Oktober 2022 serta menjalankan program advokasi mengenainya. Keempat, menubuhkan Tribunal Antigangguan Seksual di bawah peruntukan Akta 840. Kelima, melaksanakan inisiatif Program Klinik Undang-undang iaitu Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita (IRIS). Ada apa-apa lagi Yang Berhormat? Saya belum habis lagi menjawab.
Yang Berhormat, saya ingin mencadangkan kalau boleh, kerana kes kematian Cikgu Kartini, kes kematian Cikgu Istiqomah dan kes kematian di Pulau Pinang. Ketiga-tiga membabitkan wanita yang dibunuh secara kejam. Jadi, boleh tak pihak kementerian bekerjasama dengan kementerian lain untuk menubuhkan taskforce khas bagi memantau dan mengkaji serta mengambil tindakan khusus kerana ini berlaku secara berturutan dan pembunuhan mereka adalah pembunuhan yang sangat kejam. Terima kasih.
Okey. Insya-Allah itu kita akan bincang bersama dengan kementerian lain. Jadi, yang lain ini perkara biasalah, menyediakan rumah perlindungan, itu Yang Berhormat dah tahu kan? Tinggal yang dikatakan taskforce ini. Mungkin kami boleh berbincang tapi kita nak bincang dengan – kita nak lihat pada kementerian-kementerian yang bertanggungjawab sebab ianya bukan melibatkan kita sahaja. Seperti saya nyatakan tadi, ia nya adalah melibatkan beberapa kementerian, terutama sekali kalau ada pihak polis. Kadang-kadang ia nya perlu di– ada beberapa perkara yang perlu dibincang secara adanya mungkin apabila masih belum dapat bukti-bukti tertentu, mereka tidak akan memaklumkan kepada kita. Biasanya kita bekerjasama dengan pihak D11 untuk kes-kes seperti ini, tak kira di mana sahaja wanita ini berada. Mana-mana negeri pun memang kalau diperlukan, memang kita bekerjasama dengan pihak D11. Terima kasih Yang Berhormat.
YB...
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Bangi telah mencadangkan...
Sebelum itu Menteri, Ampang. Saya sebenarnya nak sambung ataupun soalan yang dibangkitkan oleh Rantau Panjang tadi berkaitan dengan taska. Saya melihat tentang kekangan yang kita lihat sekarang ini bila sistem sokongan, terutama kepada wanita yang bekerja itu tidak mantap iaitu taska-taska
yang kadang kita memang sepertimana yang Menteri sebut, di luar bidang kuasa kementerian bila berkaitan dengan premis dan sebagainya. Tetapi apakah kementerian ada usaha sebagai mana kita bantu PDK dalam memberi geran kepada mereka yang melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti itu kepada OKU? Apakah mungkin kita boleh ataupun kementerian boleh memikirkan some sort of budget yang boleh kita bantu kepada taska ataupun pemberian kewangan itu beri terus kepada keluarga yang memang di bawah golongan B40? Jadi, dua perkaralah. Pertama, apakah model PDK itu boleh diguna pakai ataupun yang keduanya, kita bantu terus kepada keluarga yang B40 untuk kita tambah, kita bagi bantu yuran untuk taska itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua tadi perkara mengenai PDK dan juga taska. Sebenarnya, kalau PDK itu seperti Yang Berhormat tahu, ini di bawah komuniti. Cuma kami memang ada membantu untuk PDK, kita ada memberi bayaran kepada mereka yang menjalankan, terutama sekali pengasuh itu dan kita membantu mereka melalui di situ. Satu lagi adalah taska. Taska, kelayakan untuk memohon subsidi, kita ada mohon subsidi. Satu lagi untuk membuat program bagi taska dan juga...
Malahan PDK, kalau mereka memohon, asalkan mereka memohon, mereka berdaftar, mereka memohon, biasanya kita memang membantu memberi peruntukan. Tetapi, bukanlah geran yang dikatakan secara tetap. Tapi, memang untuk membayar pengasuh itu memang kita ada bantu RM1,500. Kalau mereka nak membayar lebih daripada itu, maka kita tidak menghalang. Itu terpulang kepada PDK masing-masing. Untuk taska pula, untuk memohon subsidi yuran pengasuhan, had kelayakan bagi taska institusi adalah pendapatan per kapita ibu bapa ataupun penjaga adalah RM800 sebulan bagi kawasan bandar dan pendapatan per kapita ibu bapa dan penjaga adalah RM500 bagi kawasan luar bandar, dan had kelayakan bagi taska komuniti adalah pendapatan keluarga RM5,000 ke bawah bagi semua kawasan. Jadi, untuk membantu mereka ibu bapa yang menghadapi beban ini ya, kadar RM180 sebulan, kita membantu untuk mengurangkan ― kerajaan membantu sebulan kepada ibu bapa yang layak yang menghantar anak ke taska yang berdaftar. Jadi, ada dua bantuan. Untuk program itu, ada juga kita beri. Dan satu lagi, untuk mereka boleh memohon di bawah geran yang kita ada. Tapi, kita tak dapat memberikan kepada semua ya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja nak minta penjelasan sikit. Kita ada bantuan berkaitan dengan taska di tempat kerja. Jadi, sejauh mana sambutan? Dan apakah bantuan yang seumpama ini juga kita boleh salurkan juga? Maknanya, untuk pembukaan taska-taska di tempat-tempat yang keperluan penting. Maknanya, walaupun ia bukan premis kerajaan tetapi ia memberi sumbangan penting, terutama kepada wanita-wanita golongan B40 yang disebutkan tadi.
Sebagaimana yang disebut oleh Ampang tadi, saya setuju supaya kita melihat kembali. Sebab, ini adalah keperluan untuk memberi sokongan kepada pekerja-pekerja wanita dalam negara kita.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa siapa yang nak memohon itu boleh mencuba. Sebab, kita akan menjalankan pemeriksaan dahulu sama ada layak untuk mereka memperolehi, dibantukah tidak. Tetapi, nak menidakkan mereka untuk memohon itu, saya rasa tidak bolehlah. Tapi, saya percaya mereka boleh memohon dan kita akan pertimbangkan mengikut keadaannya ya. Terima kasih. Yang Berhormat Bangi tadi. Tergantung dekat sini. Ya, Yang Berhormat Bangi telah mencadangkan supaya peruntukan khas di bawah KPWKM untuk diberikan kepada pihak menyediakan perkhidmatan dan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang. Ia persatuan, kalau dah berdaftar, Yang Berhormat, alhamdulillah lah kalau berdaftar, senang sikit kita bantu. Namun, untuk makluman, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan kewangan kerajaan kepada pertubuhan sukarela kebajikan yang memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya. Jadi, mereka, seperti yang saya nyatakan tadi, perlu berdaftar. Bantuan kewangan kerajaan ini diniatkan bersifat sementara dan sebagai insentif bagi menyokong pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar KPWKM. Setiap pertimbangan untuk kelulusan bantuan kewangan kerajaan turut mengambil kira kemampuan kewangan PSK dari segi jumlah aset semasa, pendapatan dan perbelanjaan PSK tersebut. Ini adalah selaras dengan prinsip kebajikan tanggungjawab bersama melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan PSK. Pada tahun 2024, sebanyak 212 buah pertubuhan sukarela kebajikan di seluruh negara telah menerima bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM18.3 juta, memberi manfaat kepada lebih 6,900 orang klien mereka. Jadi, khusus berkenaan Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bangi, sukacita dimaklumkan bahawa pihak tersebut ada menerima bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM422,510 dari tahun 2022 hingga 2024. Just for your information. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada PKIK dan PSK-PSK seumpama mereka ini yang cekal dan komited dalam memberikan perkhidmatan kepada kumpulan-kumpulan sasar KPWKM. Apa yang mereka laksanakan ini adalah satu perkara yang mulia, very noble, dengan izin. Justeru, dedikasi mereka dalam hal ini sangat kita semua hargai. Seterusnya, Yang Berhormat ― ini Tumpat tadi sudah terjawab.
Yang Berhormat Rantau Panjang lagi. Banyak Rantau Panjang bertanya. Turut ingin mengetahui berapakah jumlah penerima bantuan dan jumlah penerima bantuan yang telah berjaya keluar daripada kemiskinan. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga Ogos 2024, terdapat seramai 543,086 penerima bantuan kebajikan di seluruh Malaysia dengan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM1.73 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024, seramai 60,742 penerima telah ditamatkan bantuan mereka atas pelbagai faktor. Daripada jumlah tersebut, seramai 14,937 ataupun 24.5 peratus penerima telah mampu berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan JKM untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Ada beberapa program yang kita lakukan untuk membantu mereka. Antaranya, satu, ialah Two Years Exit Program ataupun 2YEP, kita katakan. Ia ini merupakan program membantu penerima bantuan JKM ke arah hidup berdikari dan survival, tidak bergantung pada bantuan selama-lamanya dengan memperkasakan klien bagi meneruskan kehidupan. Bagi tempoh 2016 hingga 2023, seramai 6,871 penerima terlibat dalam program 2YEP dan 1,597 penerima iaitu 23.2 peratus telah ditamatkan bantuan. Mohon izin untuk minum ya. Terima kasih. Yang kedua ialah program...
Terima kasih...
Belum habis lagi jawab Yang Berhormat.
Oh, belum habis lagi.
Kedua ialah Program Pemerkasaan dan Transformasi Minda Penerima Bantuan, iaitu PT-MINDA JKM, iaitu program peningkatan motivasi diri, pengetahuan dan kemahiran berkaitan keibubapaan serta pengurusan kewangan peribadi kepada penerima bantuan supaya berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan. Bagi tempoh 2022 hingga Jun 2024, seramai 1,081 penerima terlibat dalam program ini. Ketiga, Program Transformasi B40 di Universiti iaitu TransB40@Universiti. Program advokasi kepentingan pendidikan dalam akademik atau kemahiran dalam kalangan anak- anak penerima bantuan JKM untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan keluar daripada kemiskinan tanpa diwarisi kepada anak-anak. Pelaksanaan program melalui kerjasama strategik JKM dan IPTA, IPTS bagi tempoh 2023 hingga Julai 2024, seramai 510 kanak-kanak penerima JKM terlibat dalam program ini. Yang Berhormat nak tanya tadi?
Terima kasih Yang Berhormat kerana ruang diberi. Terima kasih di atas jawapan. Memahami beban yang ditanggung oleh kerajaan dan kita lihat dalam masyarakat kita, kadang-kadang memang mengharap kepada bantuan kerajaan seolah-olah mereka ini mahu terus sepanjang hayat itu kalau boleh kerajaan bantu. Ia adalah satu sikap yang sangat kita sedihlah, tak suka dengan sikap-sikap negatif seperti ini.
Jadi, saya ingin tahu, daripada jumlah 543,048 yang menerima bantuan daripada JKM ini, berapa orang sebenarnya mereka yang penerima itu penerima yang memang tak boleh dipulihkan, contohnya seperti OKU ataupun warga emas? Dan berapa ramai yang memang ada harapan untuk dipulihkan? Setakat ini, apakah program kesedaran, selain daripada 2YEP yang kita buat, untuk memastikan golongan-golongan yang ada harapan, ada potensi ini supaya mereka tidak terus-menerus bergantung pada kerajaan? Jadi, perkara ini perlu ada gabung jalin merentas kementerian, saya kira. Bukan semata-mata di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Apa pun saya ucap tahniah di atas usaha baik tapi kita perlu macam mana untuk menyelesaikan masalah yang rakyat terus bergantung kepada bantuan kerajaan.
Ya, Yang Berhormat. Ia juga bergantung kepada si penerima itu, memang kita menggalakkan sebab itu kita banyak bekerjasama dengan NGO dan juga badan korporat untuk kita gandingkan mereka ini untuk memberikan mereka pekerjaan. Namun terpulang juga kepada mereka yang apa nama memang mahu keluar daripada kepompongan kemiskinan tapi statistik kalau saya boleh beri secara bertulis ya. Pertama, saya berterima kasihlah Yang Berhormat kerana memang selama ini kita mencari jalan dan saya juga turut berterima kasih kepada pegawai-pegawai kita di JKM yang sentiasa mencari jalan untuk mengeluarkan mereka tetapi kita hendak mengeluarkan mereka, kalau dia sendiri tidak dapat untuk meneruskan usaha sepertimana rakan-rakan mereka yang lain. Jadi, kita perlu memahami juga, Yang Berhormat. Terima kasih. Saya terus kepada ini Rantau Panjang lagi. [Ketawa] Ada lagi. Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui tindakan yang telah diambil oleh KPWKM dalam memperkasakan ibu tunggal. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, KPWKM memang sentiasa komited dalam usaha memperkasakan pemerkasaan dan penaiktarafan ekonomi wanita, termasuk ibu tunggal dengan memberikan fokus utama dalam merancang dan menyelaras program pemerkasaan wanita termasuk pembangunan kapasiti menerusi agensinya Jabatan Pembangunan Wanita. KPWKM giat menganjurkan program pembangunan kapasiti seperti program advokasi, penjanaan pendapatan dan juga program sosioekonomi wanita rentan. Program- program yang dilaksanakan ini juga boleh mendorong meningkatkan bilangan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga buruh serta dapat menjana pendapatan keluarga dan negara. Bagi tempoh Januari hingga September 2024, KPWKM telah melaksanakan sebanyak 512 program bagi domain wanita dan ekonomi. Program tersebut telah disertai oleh 8,182 peserta wanita termasuk ibu tunggal di seluruh negara untuk menaik taraf ekonomi dan meningkatkan pendapatan mereka meliputi program penjanaan pendapatan dan program sosioekonomi wanita.
Di samping itu JPW telah membangunkan program pemerkasaan khusus yang dikenali sebagai Program Kasih Ibu Tunggal (PROKIT) Yang Berhormat. Ia telah dijalankan secara rintis pada tahun 2023 melibatkan fasa advokasi membabitkan 300 orang peserta dan fasa bimbingan membabitkan 90 orang ibu tunggal. PROKIT dilaksanakan bagi tujuan untuk membantu ibu tunggal yang mengalami cabaran dalam membangunkan potensi mengendalikan tuntutan selepas perceraian serta menguruskan kewangan. Jadi program ini merangkumi tiga modul iaitu pembangunan potensi, kemahiran perundangan dan pengurusan kewangan. Peserta program akan melalui latihan intensif serta bimbingan daripada mentor selama enam bulan bagi memastikan objektif program dapat dicapai. Bermula tahun 2024, program PROKIT telah menjadi program tetap bagi pemerkasaan ibu tunggal yang dilaksanakan oleh JPW. Jadi, di samping itu JPW turut bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memperkasakan komuniti wanita termasuk ibu tunggal di luar bandar dalam pelaksanaan program-program pemerkasaan wanita di pusat komuniti desa. Selain itu juga, kami memang ada juga program melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah memperkenalkan Program Wanita Dinamik sebelum itu dinamakan Wanita Bangkit. Wanita Dinamik KPWKM sebagai penambahbaikan kepada Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital. Pemberian insentif perniagaan secara one-off sebanyak RM500 diberikan sebagai usaha permulaan untuk menggalakkan wanita menceburi bidang perniagaan secara kecil- kecilan. Bermula tahun 2023 hingga bulan September 2024, lebih 12,000 orang wanita telah menerima manfaat daripada program ini. Jadi itu kalau dikalikan dengan RM500 sudah berapa juta, RM12 juta juga ya. Terima kasih.
Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit? Terima kasih di atas usaha yang gigih yang dibuat oleh kementerian. Cuma apabila kita turun ke bawah aduan banyak juga tentang kebajikan bapa tunggal, ini Yang Berhormat Menteri, kita dah jaga ibu tunggal yang bapa tunggal pun dia kata tidak ada siapa yang merai mereka terutama bapa tunggal yang miskin ini maksud saya.
Yang Berhormat...
Jadi yang ini yang kita terima di bawah. Apakah setakat ini kita sudah ada bancian menyeluruh berapa jumlah ibu tunggal di seluruh negara setakat ini?
Ibu tunggal, kita tidak mempunyai jumlah ibu tunggal sebab KPWKM dan JKM kita memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang layak iaitu kita menggunakan means-tested, sama ada dia miskin tegar ke tak, kalau dia layak tidak kiralah, sama juga dengan bapa tunggal. Kita bukan memberi kepada ibu tunggal sahaja tetapi kalau keluarga itu miskin ataupun tidak berkemampuan, tak kira dia lelaki atau perempuan, dia layak memohon untuk mendapatkan kebajikan. Selepas itu Yang Berhormat pun pernah di situ, memang akan ada siasatan dahulu, melihat sama ada orang itu layak ke tidak dan kita melihat kepada means-tested.
Jadi bukan – tak kira sama ada dia ibu tunggal kah, dia bapa tunggal kah, asalkan dia layak. Kalau dia kata dia miskin, ada juga orang-orang merasakan dia miskin. Dia seharusnya membuktikan memang dia sukar. Sebab itu pegawai kita pergi ke rumah-rumah untuk memastikan orang ini memang perlu dibantu dan layak untuk dibantu. Saya ada soalan terakhir ini, Yang Berhormat punya juga ini. Terima kasih. Ini Yang Berhormat ada menyentuh isu berkaitan insentif yang diberikan kepada pekerja-pekerja JKM yang bertugas sebagai barisan hadapan semasa bencana banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam konteks pengurusan bencana JKM merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam pengoperasian dan pengendalian pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menyediakan keperluan dan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa bencana. Petugas-petugas di PPS ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKM. Mereka adalah penjawat awam dan tertakluk kepada pemakaian arahan, pekeliling dan tata kelola berkaitan sedia ada. Ini termasuklah urusan berkaitan tuntutan perjalanan, elaun kerja lebih masa atau OT, kemudahan cuti gantian dan sebagainya. Jadi inilah privilege ataupun kelayakan dengan izin, yang mereka dapat sebagai pegawai kerajaan. Setakat inilah, jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan itu Tuan Yang di-Pertua berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat dasar di Dewan Rakyat pada hari ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan, penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima termasuk statistik tadi yang kita janjikan. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif-inisiatif kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 12 November 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — PEMBINAAN HOSPITAL BAHARU JELEBU Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: SilakanSpecial Chamber
Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Jelebu untuk mengemukakan beberapa perkara yang berkaitan dengan usul yang telah dihantar berkaitan dengan pembinaan hospital baharu Jelebu.
Tajuk seperti yang telah saya sebut ialah berkaitan dengan isu pembinaan hospital baharu Jelebu kepada Kementerian Kesihatan. Hospital Jelebu ini untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua ya, telah menyediakan perkhidmatan sekunder kepada penduduk sekitar daerah Jelebu yang dianggarkan seramai 44,200 orang pada tahun 2020 yang mana pada ketika ini hampir menjangkau kepada 52,000 orang. Kadar tahunan pertumbuhan penduduk di daerah tersebut adalah sebanyak 0.1 ke 0.2 peratus berdasarkan kepada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bilangan katil rasmi hospital adalah sekitar 76 katil buat masa ini dan Kadar Penggunaan Katil atau Bed Occupancy Rate (BOR) berada dalam julat 55 ke 60 peratus.
Walau bagaimanapun, terdapat perkhidmatan utama yang tidak dapat diberikan iaitu perkhidmatan pembedahan. Ini adalah kerana dewan bedah asal hospital ini terletak dalam bangunan yang berusia 128 tahun di mana infrastrukturnya tidak menepati piawaian asas sebuah dewan bedah. Maka, kes pembedahan tidak selamat untuk dilaksanakan dan semua kes yang melibatkan pembedahan perlu dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang mengambil masa hampir satu jam yakni hampir 50 kilometer. Sebagai hospital daerah yang telah menjadi kluster Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sejak dari tahun 2018, terdapat peningkatan bilangan pesakit yang hadir ke klinik pakar dan wad setiap hari.
Di samping itu juga, ruangan sedia ada tidak mampu untuk menampung operasi rawatan, klinik pakar, konsultasi dan penyimpanan rekod. Ruangan sedia ada beroperasi di kawasan jabatan kecemasan yang sangat sempit dan kurang privasi untuk pesakit. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam ucapan belanjawan tahun 2023, beliau telah mengumumkan kerja awalan untuk menaik taraf 26 hospital di mana Jelebu merupakan salah satu daripada hospital yang terlibat.
Pihak jabatan kesihatan negeri telah mengenal pasti enam lot tanah milik persendirian yang berkeluasan 42.103 ekar bagi pembinaan Hospital Jelebu yakni dibina baharu yang terletak satu kilometer daripada hospital sedia ada. Hospital gantian ini adalah sangat diperlukan dan sekurang- kurangnya perlu mempunyai 76 katil termasuk wad intensif serta sebuah bilik bedah. Hospital sedia ada boleh terus beroperasi sebagai pusat rawatan pemulihan post-stroke dan geriatric dengan menggunakan konsep mendapatkan bekalan diet pesakit dari Unit Sajian dan Dietetik, Hospital Jelebu.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini proses naik taraf Hospital Jelebu ini dan besar harapan saya jika projek Hospital Jelebu ini dapat disegerakan memandangkan terdapat keperluan yang mendesak daripada rakyat Jelebu itu sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Jelebu yang sangat prihatin berkenaan tentang keperluan facilities kesihatan terutama sekali usia Hospital Jelebu ini telah pun mencecah 129 tahun dan juga saya difahamkan soalan-soalan ini memang kerap kali Yang Berhormat Jelebu cuba hantar untuk dijawab oleh KKM. Selagi tidak diselesaikan, usia hospital ini akan meningkat dan meningkat.
Hospital Jelebu merupakan sebuah hospital bertaraf hospital tanpa pakar yang berada di bawah kluster Negeri Sembilan. Hospital ini menyediakan perkhidmatan perubatan kepada seramai 47,400 orang ketika ini. Kementerian Kesihatan sedia maklum bahawa terdapat keperluan untuk membina sebuah hospital yang baharu sebagai gantian kepada Hospital Jelebu. Perkara ini kerana faktor lokasi dan keadaan hospital sedia ada yang tidak lagi kondusif.
Selain itu kerja naik taraf juga tidak lagi kos efektif berikutan usia bangunan hospital yang telah mencapai 129 tahun dan kedudukan bentuk muka bumi yang berbukit yang menyukarkan kerja-kerja untuk menaik taraf. Selain itu, keperluan decanting juga perlu diambil kira untuk meneruskan perkhidmatan sedia ada.
Hospital Jelebu termasuk dalam senarai hospital yang akan dilaksanakan kerja-kerja awalan bagi naik taraf dan baik pulih 26 hospital dan institusi KKM yang telah diluluskan dalam Rolling Plan Ketiga (RMK-12). Kerja-kerja awalan tersebut adalah pelaksanaan building condition assessment (BCA) yang pada masa ini di peringkat perancangan dan perolehan perkhidmatan perunding. Proses perolehan ini dijangka akan bermula pada Disember 2024 dan tempoh pelaksanaan kajian adalah selama sembilan bulan.
Hasil dapatan daripada BCA tersebut akan menjadi asas rujukan skop kerja naik taraf bagi Hospital Jelebu sedia ada ini kelak. Meskipun bertaraf hospital tanpa pakar, Hospital Jelebu masih menawarkan perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran melalui lawatan berkala oleh pakar perubatan dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Perkhidmatan saringan pendengaran neonatal, ujian Ekokardiogram dan stress-test juga boleh dilakukan di Hospital Jelebu.
Jadual lawatan pakar adalah seperti berikut:
(i) perubatan kecemasan sebanyak lima kali seminggu;
(ii) perubatan am empat kali i sebulan;
(iii) geriatrik dua kali sebulan;
(iv) pediatrik dua kali sebulan;
(v) psikiatri dua kali sebulan;
(vi) pembedahan am satu kali sebulan;
(vii) ortopedik satu sekali sebulan;
(viii) obstetrik dan ginekologi sebulan sekali;
(ix) perubatan respiratori sebulan sekali;
(x) dermatologi satu bulan ataupun kedua bulan; dan
(xi) nefrologi satu dalam tiga bulan.
Berhubung dengan cadangan pertapakan, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti tapak berpotensi yang mana jarak satu kilometer dari lokasi hospital sedia ada dan kini sedang dalam peringkat awal penilaian tapak. Iaitu terletak di Mukim Ulu Triang. Pembinaan Hospital Jelebu baharu kelak akan menyediakan sebuah fasiliti yang lebih lengkap bagi memberikan perkhidmatan berpakar secara kluster dengan lead-hospital, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Namun begitu, perancangan ini masih memerlukan pertimbangan dan kelulusan oleh kerajaan. Berhubung perolehan tanah untuk tapak Hospital Jelebu yang baharu, JKN Negeri Sembilan sedang menyediakan anggaran kos bagi penyediaan Pelan Prahitungan. Peruntukan akan disalurkan oleh KKM berdasarkan permohonan JKN tersebut. Sekian, terima kasih.
Soalan Ahli Yang Berhormat Jelebu.
Dato’ Yang di-Pertua saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri di atas perkara yang telah saya timbulkan.
Saya nak ucapkan terima kasih kerana sebahagian daripada soalan tambahan saya sudah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Cumanya Dato’ Yang di-Pertua kita tahu bahawa status dan isu yang saya bangkitkan ini sejak beberapa tahun yang kebelakangan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana mengambil sedikit sebanyak perhatian untuk menyelesaikan masalah ini. Tentunya buat masa ini tidak ada keperluan yang sangat mendesak untuk satu ke dua tahun. Kerana 76 katil dia boleh carter untuk 44,047 pesakit.
Tetapi Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak boleh lari daripada masalah penuaan manusia. Jelebu tidak terkecuali daripada mengalami masalah penuaan ini. Masalah kita apabila masa penuaan ini berlaku dalam tempoh lima tahun daripada sekarang
dan ketika itu hospital tidak digerakkan dengan sebarang usaha untuk membina baharu. Masa itu kita akan menghadapi masalah. Rakyat di Jelebu akan menghadapi masalah.
Kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, saya harap pihak kementerian untuk memberikan perhatian selain daripada menarik taraf hospital yang sedia ada yang sudah 128 tahun ini. Dato’ Yang di-Pertua kena ingat saudara Dato’ Yang di-Pertua ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital ini. Apabila selain daripada menaik taraf, pemerhatian dan yang saya kata perhatian kerajaan untuk memastikan supaya hospital ini dapat diteruskan usaha pembinaan barunya dapat dilaksanakan.
Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, sekarang ini Dato’ Yang di-Pertua saya dimaklumkan ya terdapat lebih 20 orang doktor yang bertugas secara tetap dan bagi doktor pakar pula ia sebagai rotation-lah seperti yang Menteri jawab. Tetapi saya tengok Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ada waran kekosongan yang boleh diisi untuk hospital pakar. Kita ada waran kosong untuk perjawatan ini diisi.
Doktor pakar di hospital untuk rekod Dewan Rakyat ya ada waran yang boleh diisi untuk doktor pakar di Jelebu selain sembilan kekosongan luaran untuk medical officer dengan izin. Tetapi sampai hari ini tak ada diisi.
Kita hospital sudah dah lama. Doktor pun doktor bolehlah doktor baharu apa semua yang muda-muda adalah. Tetapi doktor pakar ada kosong kita tak isi. Ada sembilan medical officer yang tidak kita isi. Saya harap yang perkara yang ini dapat sedikit penjelasan daripada pihak kementerian, kenapa waran ini kita tak isi sedangkan keperluan kita ke arah hospital belum lagi penuhi. Kemudian ke arah untuk mengisi perjawatan ini juga kita tidak isi. Boleh saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Speaker.
Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Satu soalan yang sangat tepat dan juga saya pun ingin menjawab mengapa Hospital Jelebu ini walaupun masih dalam kerja-kerja awalan dan juga kajian, kita mendapati keperluan risiko kerajaan kita ataupun masyarakat kita menua itu adalah sangat- sangat jelas ketika ini. Potensi Hospital Jelebu itu menawarkan perkhidmatan geriatrik dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan tentang post-stroke ataupun rehab adalah sangat berfungsi sekiranya Hospital Jerebu yang berusia 129 tahun ini diberikan keutamaan bagi pembinaan ataupun menambah bangunan baharu.
Tempat telah pun kita kenal pasti dan juga selagi kita dengan izin delay-kan pembinaan ini, kos untuk membina hospital akan meningkat. Seperti kalau Yang Berhormat Jelebu mencadangkan hospital ini pada lima tahun lepas, kemungkinan besar harga sebuah katil dalam kos RM1 juta ataupun RM1.1 juta. Sekarang, kos adalah dalam sekitar RM1.5 ke RM2 juta. Kalau kita tunggu lebih lama lagi, ini akan menyebabkan kos kepada kerajaan akan lebih membebankan. Masyarakat menua ini nampak berdasarkan data dan evidence-based. Bukan kita nampak dari sudut kata-kata kedai kopi saja Tuan Yang di-Pertua, tetapi jelas masyarakat kita semakin mempunyai usia yang lebih panjang. Terutama sekali golongan wanita.
Berkenaan tentang pengisian perjawatan pakar kosong. Kebiasaannya, KKM sedang menunggu penempatan dan juga kekosongan ini berdasarkan bekalan pakar yang mahu ditempatkan di hospital tersebut. Kadang-kadang kita mempunyai pakar, tetapi kalau dalam konteks Hospital Jelebu, kita tidak mempunyai fasiliti yang lengkap bagi memberikan pakar tersebut menyediakan perkhidmatan yang betul ataupun berfungsi.
Selain daripada itu, saya akan semak juga berkenaan tentang kekosongan Pegawai-pegawai Perubatan (MO). Walaupun sembilan perjawatan kosong ketika ini,
terdapat 10 pegawai MO dalam keadaan dalam berstatus kontrak Yang Berhormat.
Ketika ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan kita akan menetapkan pegawai-pegawai kontrak ini dalam tempoh beberapa tahun sebanyak 12,000.
Sekarang kita di dalam fasa dan cohort yang kedua di mana sekarang tawaran jawatan tetap itu telah pun diberikan. Selepas ini proses-proses tersebut akan jawatan-jawatan ini akan diisi dan juga pegawai-pegawai MO Kontrak yang ada di Hospital Jelebu tidak semestinya akan berada di facilities tetapi akan dipindahkan sekiranya mereka mendapat tawaran tetap tersebut.
Bagi jawatan pakar, sememangnya ia bergantung kepada bekalan. Sebagai saya ambil contoh geriatrik seperti yang disebut di dalam soalan Yang Berhormat Jelebu. Geriatrik ini adalah perkhidmatan untuk warga emas. Kita sekarang mempunyai hampir lebih kurang 30 pakar di seluruh negara dan juga penghasilan pakar ini mengambil tempoh yang ada dan yang ketika ini sedang mengambil jurusan tersebut hanya dalam sekitar tiga ke empat orang.
Sudah pasti agak sukar untuk kita menghantar pakar ke setiap hospital.
Tetapi setelah perancangan yang kita buat dari sudut kerja awalan ini, saya mohon kepada Yang Berhormat Jelebu untuk memberitahu kepada pengundi dan masyarakat bahawa kerja awalan ini bukanlah confirmation untuk mendapat hospital.
Tetapi kita kaji berapa katil?
Adakah kita perlukan 76 katil? Adakah kita perlukan 100 katil? Selepas kajian ini dalam tempoh sembilan bulan, kita akan kemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk mengatakan Jelebu telah siap segala prosedur untuk membina sebuah hospital tersebut. Maka proses dia akan mengambil masa Yang Berhormat Jelebu dalam tempoh kajian awalan ini sembilan bulan ke dua tahun dan seterusnya untuk memohon kepada Kementerian Ekonomi akan mengambil tempoh lagi. Saya juga ambil kesempatan Yang Berhormat Pontian juga kerap kali menyebut berkenaan tentang Hospital Pontian. Proses pun sama dan masih dalam kerja-kerja awalan untuk menyiapkan hospital tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Setiausaha.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sikit sahaja tambahan. Saya nak register-kan dalam Dewan Rakyat ini.
Dalam Kamar Khas.
Saya sebut ini seawal tahun 2019 Dato’ Yang di-Pertua. Memperjuangkan pembinaan baharu Hospital Jelebu. Kedua Dato’ Yang di-Pertua, daerah Negeri Sembilan ni semua dah hospital baru ini. Jelebu saja yang tidak ada hospital baharu Dato’ Yang di-Pertua.
Saya bukan membanding dengan satu daerah dengan daerah yang lain tetapi we have to be fair to everybody masyarakat di Negeri Sembilan dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Menyelenggara Dan Membaik Pulih Jambatan Rosak Serta Sempit Di Dalam Parlimen Kubang KerianSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. [Membaca selawat] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya mendapat banyak aduan berkenaan dengan jambatan sempit dan beberapa jambatan yang rosak yang membahayakan penduduk setempat. Keadaan jambatan-jambatan ini amat membimbangkan kerana ia sangat membahayakan penduduk setempat yang menggunakannya setiap hari.
Sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian, saya juga telah beberapa kali membangkitkan masalah ini kepada Yang Berhormat Menteri melalui perbahasan dalam sidang Parlimen. Selain itu, pihak Pusat Khidmat juga telah pun menghantar permohonan untuk menyenaraikan baik pulih dan naik taraf jambatan kepada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Jabatan Pengairan dan Saliran.
Namun, setakat ini masih belum ada maklum balas dan tindakan yang diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jambatan yang dimaksudkan saya adalah lebih kurang dalam 24 senarai. Saya akan baca satu persatu untuk rekod Kamar Khas kita. Yang pertama, baik pulih:
(i) Jambatan Kg. Bechah di Mukim Terap;
(ii) Jambatan Kg. Marak di Mukim Marak;
(iii) Jambatan Kg. Teras di Mukim Chepa;
(iv) Jambatan Kg. Gertak Kecupu di Mukim Mentuan;
(v) Jambatan Kg. Panjang, Binjai di Mukim Binjai;
(vi) Jambatan Ketitir, Kg. Seribong di Mukim Seribong;
(vii) Jambatan Kg. Likong Limbat di Mukim Seribong;
(viii) Jambatan Belakang Masiid Tiong, Kubang Kachang di Mukim Kubang Kachang;
(ix) Jambatan Tok Ayah Fakir, Kg. Ceruk Berlingkup di Mukim Nilam Baru;
(x) Jambatan Tembesu di Mukim Tembesu;
(xi) Jambatan Kg. Lating di Mukim Lating;
(xii) Jambatan Wak Lib, Kg. Lating di Mukim Lating;
(xiii) Jambatan Kg. Keling di Mukim Keling;
(xiv) Jambatan Kg. Seberang Belimbing Limbat, Selor di Mukim Selor;
(xv) Jambatan Kg. Pasir Ara, Gong Dermin di Mukim Gong Dermin;
(xvi) Jambatan Lorong Penghulu Gong Dermin di Mukim Gong Dermin;
(xvii) Jambatan Tali air Kg. Dalam Kor di Mukim Padang Enggang;
(xviii) Jambatan Kg. Pengkalan Kubor, Aur Duri di Mukim Aur Duri;
(xix) Jambatan Kg. Stan di Mukim Stan;
(xx) Jambatan Kg. Telok Kandis di Mukim Telok Kandis;
(xxi) Jambatan Kg. Gertak Lembu di Mukim Telok Kandis;
(xxii) Jambatan Kg. Selingkuh Mat Ripin di Mukim Telok Kandis;
(xxiii) Jambatan Tali air Belukar Jenerih, Kg. Keladang di Mukim Keladang; dan
(xxiv) Jambatan Kg Lubok Jambu, Kedai Mulong di Mukim Lubok Lambu.
Justeru, saya mohon pihak kementerian dapat mempertimbangkan agar kerja-kerja baik pulih dan naik taraf jambatan-jambatan seperti yang dimaksudkan ini dapat dilakukan dengan segera kerana sebahagiannya menjadi bottleneck kepada laluan dan ia mengganggu perjalanan dan membahayakan penduduk kerana kedudukan jambatan yang sempit dan membahayakan itu. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam.
Pertama sekali saya ingin hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Speaker yang mana sepatutnya soalan ini nombor empat ya tetapi dibacakan jadi nombor dua tadi.
Sebenarnya saya minta arrangement sedikit sebab saya ada mesyuarat di luar tadi ya. Namun begitu, saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada sahabat saya, YB Pontian yang memberi laluan semula kepada saya untuk soalan nombor dua.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil maklum dan amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat berkenaan isu jambatan uzur dan sempit di Parlimen Kubang Kerian. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah memperkenalkan Program Jambatan Luar Bandar (JMLB) pada tahun 2021 bertujuan untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek penggantian jambatan uzur dan jambatan runtuh akibat bencana kepada jambatan kekal di kawasan luar bandar. Jambatan ini sekiranya tidak dinaik taraf atau digantikan akan membahayakan keselamatan penduduk dan menyebabkan perhubungan penduduk terputus.
Untuk makluman juga, kelulusan projek-projek JMLB adalah berdasarkan permohonan kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang dikemukakan kepada kementerian ini mengikut senarai keutamaan setiap Rolling Plan. Berkenaan dengan permohonan menaik taraf 24 jambatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kementerian ini bersama-sama JKR Malaysia telah membuat semakan dan mendapati 24 jambatan tersebut sedang dinaik taraf dan merupakan Projek JMLB sedia ada di bawah KKW.
Projek-projek tersebut adalah pertama, menaik taraf jambatan sempit di Jalan Aur Duri, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini adalah berkaitan dengan Projek Menaik Taraf Jambatan Kg. Pengkalan Kubu, Aur Duri seperti Yang Berhormat bangkitkan.
Projek ini telah diluluskan pada tahun 2022 dengan skop kerja menaik taraf jambatan sepanjang 20 meter dengan spesifikasi R1 dengan kos keseluruhan berjumlah RM4 juta. Projek ini telah bermula pada Januari 2024 dan dijangka siap pada 4 November 2025.
Yang kedua, menaik taraf jambatan sempit di Jalan Mulong, Limbat, Kampung Guntung, jajahan Kota Bharu, Kelantan. Projek ini adalah berkaitan dengan projek menaik taraf jambatan Kg. Lating seperti Yang Berhormat bangkitkan. Projek ini diluluskan pada tahun 2023 dengan skop projek melibatkan pembinaan sebuah jambatan sepanjang 25 meter dan jalan tuju sepanjang 0.2 kilometer dengan piawaian JKR R2 dengan kos keseluruhan berjumlah RM5.41 juta.
Projek ini baharu saja bermula pada 21 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 18 Oktober 2026. Selain itu, daripada senarai 24 jambatan Yang Berhormat bangkitkan, kementerian ini mendapati terdapat satu jambatan telah dimohon oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di bawah RP5 RMK-12 tahun 2025 yang merujuk kepada jambatan Kg. Panjang, Binjai. Naik taraf jambatan Kg. Panjang, Binjai ini berada dalam skop projek menaik taraf jalan FT211 dari Simpang Kubang Kerian ke Simpang Binjai, Kota Bharu, Kelantan yang dimohon KKR.
Kementerian ini mendapat maklum daripada KKR bahawa projek ini tiada dalam senarai kelulusan projek bagi Belanjawan 2025. Manakala, bagi 21 jambatan Yang Berhormat bangkitkan, semakan kementerian bersama JKR mendapati bahawa jambatan-jambatan ini berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan Saliran.
Jambatan ini tidak tersenarai dalam senarai keutamaan negeri Kelantan bagi permohonan projek membina dan menaik taraf dalam Rolling Plan sebelum ini.
Justeru itu, kementerian mengesyorkan supaya Yang Berhormat dapat memanjangkan senarai 21 jambatan tersebut kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) negeri Kelantan untuk pertimbangan. Sekiranya bertepatan dengan skop program JMLB, jambatan-jambatan ini boleh dimasukkan dalam Senarai Keutamaan Negeri bagi tujuan permohonan projek baru kepada kementerian ini dalam Rolling Plan seterusnya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih atas maklum balas dan saya ucapkan penghargaan ke atas projek-projek yang sedang berjalan dan manakala 21 lagi nampaknya masih tidak ada dalam senarai. Isu kita dua perkara. Yang pertama, pertindihan.
Kadang-kadang projek ini kita tak tahu bawah Jabatan Kemajuan Luar Bandar ke ataupun JPS. Dimaklumkan tadi 21 ini bawah JPS. Kita pergi JPS, JPS kata ini bangunan luar bandar. Jadi saya nak tanya apa mekanisme bagi membezakan jambatan ini bahawa JPS dan ini bawah KKW? Itu soalan pertama.
Soalan kedua ialah biasanya projek ini akan mengambil masa yang panjang.
Ada dua tahun, tiga tahun. Sedangkan jambatan ini menjadi laluan harian dan kritikal kepada penduduk. Saya duk perhati masalah besar kita kelewatan ialah kerana pengambilan tanah. Sebab, pengambilan tanah ini masuk dalam skop projek. Bila masuk dalam skop projek dan terganggu pengambilan tanah menyebabkan projek itu akan delay.
Bayangkan jambatan bila dia delay dia akan menjadi kesesakan yang sangat luar biasa pada penduduk. Soalan saya ialah boleh tak mekanisme pengambilan tanah itu dia selesaikan lebih awal sebelum award mana-mana projek kepada kontraktor? Supaya dia tidak dibeban kepada kontraktor lebih awal sebab dia buat bidang kuasa negeri dan negeri boleh sesat dengan Kerajaan Persekutuan untuk kita selesai dulu pengambilan tanah sebelum kita bagikan untuk projek kepada kontraktor. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Okey terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Yang pertama berkaitan dengan perbezaan jambatan di bawah JPS, KKW ataupun KKR? Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan semakkan kita, 24 jambatan ini sebelum ini adalah dilaksanakan oleh JPS.
Maksudnya agensi yang membina jambatan ini dulu-dulu, adalah di bawah JPS ya.
Namun begitu JPS ini tidak ada peruntukan untuk maintenance, tidak ada peruntukan maintenance dan sebagainya. Sebab itulah apa orang kata keadaan jambatan itu dalam keadaan yang daif. Kalau ada pun based dengan permohonan ya daripada kerajaan negeri ataupun Pejabat Daerah atas keselamatan ya atas keselamatan penduduk berkenaan kepada agensi-agensi. Termasuk GPS, KKW ataupun KKR.
Untuk makluman Yang Berhormat, jambatan luar bandar ini. Untuk KKW, kita selagi jambatan itu dia berada di luar bandar itu jambatan kita. Maksudnya kita boleh masuk ke jambatan berkenaan berdasarkan peruntukan ini depend dengan peruntukan. Kita boleh berapa banyak jambatan di luar bandar malah 24 jambatan itu. Tetapi berdasarkan peruntukan dan juga senarai keutamaan kerajaan negeri.
Kalau kerajaan negeri UPEN menghantar senarai itu kepada kita, kita akan bid peruntukan kepada Kementerian Ekonomi untuk kita laksanakan projek-projek upgrading ataupun baik pulih jambatan berkenaan ya.
Baik pulih jambatan ini pula boleh dihantar kepada Jabatan Kerja Raya sebenarnya. JKR akan mengambil kira sekiranya projek tersebut jambatan tersebut terletak di dalam jalan. Maksudnya jalan dipenyeliaan JKR. Tetapi KKW kita asal kawasan di luar bandar. Kita anggap dia boleh dimasukkan di dalam pelaksanaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, setakat ini ya sebelum ini kita tak ada peruntukan khas untuk baik pulih ataupun bina baru jambatan Jabatan Luar Bandar.
Since sejak 2021 coding ini di wujudkan. Sebab itu kita mudah sekarang untuk menyenaraikan pelaksanaan projek jambatan-jambatan luar bandar, baik-baik pulih ataupun bina semula. Tetapi berdasarkan permohonan kerajaan negeri, berdasarkan permohonan kerajaan negeri dan juga kita angkat kepada Kementerian Ekonomi.
Jika diluluskan baru dilaksanakan.
Maksudnya, tak ada tak ada perbezaan sangatlah jambatan itu milik siapa sebenarnya di kawasan luar bandar ini? Kalau jalan itu ada kaitan dengan JKR, jambatan itu under JKR. Tetapi mostly semakan kita kepada JKR, jalan 24 jambatan yang dirujuk itu adalah di bawah seliaan JPS sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga di bawah kementerian, kerja baik boleh jambatan-jambatan luar bandar ini kita boleh laksanakan menggunakan peruntukan amenities social. Tetapi yang itu baik pulih yang small sajalah. Tetapi penggantian, pelebaran dan sebagainya mesti menggunakan peruntukan jambatan luar bandar yang itu.
Soalan kedua berkaitan dengan pengambilan tanah tadi. Soalan kedua berkaitan dengan pengambilan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya pengambilan tanah ini merupakan salah satu spec dalam proses pelaksanaan projek
dalam proses pelaksanaan projek. Yang mana ia merupakan salah satu orang kata standard prosedur yang kita buat di peringkat pra perancangan projek.
Untuk makluman Yang Berhormat, memang inilah yang pengambilan tanah ini merupakan salah satu sebab utama salah satu kelambatan dalam pelaksanaan projek. Memandangkan tanah ini di bawah kerajaan negeri. Namun begitu baru-baru ini, kita telah membuat komitmen bersama dengan kerajaan negeri ya bersama dengan kerajaan negeri. Supaya jalan-jalan yang nak dirancang ya. Maksudnya cadangan jalan yang dihantar kepada KKW itu kerajaan negeri dah ada alignment.
Maksudnya brief projek itu lebih jelas lagi. Alignment itu kita mohon briefing kertas keterangan projek itu lebih jelas. Jajaran itu di dimaklumkan dengan lebih jelas sebelum orang kata kelulusan projek lagi. Kita juga telah pun berunding dengan kerajaan negeri sebenarnya. Supaya projek-projek jalan ataupun jajaran yang diperlukan. Kita memerlukan komitmen daripada kerajaan negeri ya untuk mengenal pasti tapak jajaran dan seterusnya membuat pembayaran sebelum projek itu di dimulakan. Setakat ini kita belum dapat feedback yang menyeluruh daripada mana- mana negeri.
Cuma baru-baru ini kita dapat kelulusan dari maksudnya persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Tujuan kita untuk mempercepatkan pelaksanaan projek. Tetapi kaedah ini belum menyeluruh. Tak semua kerajaan negeri menyambut cadangan kita setakat ini. Namun pengambilan tanah ini kita masuk masih dalam spesifikasi pelaksanaan projek di peringkat pra pelaksanaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Setiausaha.
Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Jelebu.
Yang Berhormat Jelebu.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Pembinaan Jalan Raya Di Kawasan Parlimen JelebuSpecial Chamber
Dato’ Yang di-Pertua, saya bangun sekali lagi untuk membawa satu lagi perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di kawasan Parlimen saya. Saya ucapkan terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana beri peluang ini.
Projek pertama yang pertama ingin saya sentuh kepada KKDW ialah pembinaan jalan raya dari Kampung Putra Ke Kampung Baharu Sungai Lui, Parlimen Jelebu. Saya difahamkan, pembinaan jalan raya ini telah dimasukkan sebagai salah satu projek baharu yang tersenarai di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan anggaran peruntukan sebanyak RM268.8 juta.
Akan tetapi, dari maklum balas yang saya terima, dikatakan projek ini tidak diberikan keutamaan dan tidak dapat dilaksanakan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia ke-12, RP 4, RMK 15 atas faktor kekurangan peruntukan. Saya ingin mengambil kesempatan di dalam Kamar Khas ini untuk menyampaikan suara rakyat di Parlimen Jelebu dan ingin memberikan beberapa pandangan mengapa projek ini harus diberikan keutamaan.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, jalan ini merupakan antara jalan utama yang menghubungkan daerah Jelebu dan juga
Jempol, selain menjadi antara jalan alternatif bagi pengguna yang ingin menghala ke Pantai Timur. Ini adalah sebahagian daripada Jelebu Outer Ring Road dengan izin.
Dengan keadaan populasi penduduk di Jelebu yang semakin meningkat dari hari ke hari, ditambah pula dengan pengguna daripada luar, kadar trafik di laluan ini agak tinggi terutamanya semasa hujung minggu dan musim perayaan. Bagi sesetengah kawasan dalam laluan ini, keadaan jalan rayanya agak kurang memuaskan dan kurang selamat untuk dilalui kerana sempit, berselekoh dan juga ada sebahagiannya ada jalan yang rosaklah. Keadaan akan bertambah buruk ketika musim hujan kerana jalan tersebut akan ditenggelami air akibat Sungai Pertang yang tidak lagi mampu menampung aliran air yang banyak ketika hujan lebat.
Oleh kerana itu, saya berpandangan, projek jalan raya ini perlu disegerakan kerana ianya akan dapat mengurangkan Level of Services (LOS) jalan yang sedia ada ke tahap yang lebih baik serta memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya di Parlimen Jelebu khususnya.
Besarlah harapan saya agar pihak KKDW dapat mempertimbangkan agar projek jalan raya ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera dalam Rolling Plan yang akan datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status projek membina jalan yang menghubungkan Jalan Muka Sauk Petaseh (N62) dengan Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. Sebahagian lagi daripada Jelebu Outer Ring Road yang difahamkan bakal dilaksanakan oleh KKDW dalam jangka masa terdekat.
Projek jajaran baharu ini sangat penting kerana projek tersebut akan meningkatkan akses perhubungan jalan raya ke Kuala Klawang seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada pembangunan infrastruktur dan sosial penduduk di kawasan sekitar.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, kawasan Jelebu ini adalah merupakan kawasan laluan bagi masyarakat Pantai Timur dan juga masyarakat di Pantai Barat, masyarakat di Selatan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, Jelebu Outer Ring Road ini bukan sahaja menyelesaikan masalah bagi masyarakat di Jelebu tetapi menyelesaikan masalah masyarakat di Jempol, di Kuala Pilah termasuk masyarakat daripada Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan juga masyarakat di kawasan Timbalan Menteri Kerja Raya yakni di Pontian, Johor dan sebagainya.
Mereka tidak mengambil laluan yang sedia ada tetapi mengambil laluan singkat, pintas di kawasan Parlimen Jelebu. Oleh kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak minta Menteri supaya beri penjelasan kedua-dua jalan penting ini dapat dimasuk dan juga dilaksanakan selewat-lewatnya dalam RP13. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, ini melibatkan daripada Kampung Putra, Simpang Durian, Simpang Pertang sampai ke Pelangai?
Ya.
Jalan yang sedia ada?
Ya. Kalau Yang Berhormat ingat, masa Yang Berhormat sama dengan saya dulu jadi backbenchers, saya perjuangkan Jelebu Outer Ring Road. Maknanya dia tidak lintas itu Yang Berhormat. Jadi,
masyarakat, saudara-saudara Yang Berhormat yang ramai di Jelebu, di Pahang dan sebagainya akan menikmati pembangunan ini. Duit sudah ada Yang Berhormat.
Sebenarnya peruntukan sudah ada tetapi bab dia tarik-tarik ini saya tidak faham. Minta Yang Berhormat Menteri jelaskanlah. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
[Ketawa]
Terima kasih YB Jelebu atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil maklum dan amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat berkenaan keperluan jalan raya yang selesa dan selamat di kawasan Parlimen Jelebu.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah menerima Senarai Keutamaan Pembangunan Negeri Sembilan daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan bagi permohonan projek membina jalan dari Simpang Durian ke Sungai Lui, Jelebu, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2025, Program Jalan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Skop projek yang dipohon adalah membina jalan sepanjang 16 kilometer dengan piawaian JKR R2 dengan kos keseluruhan berjumlah RM268 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian kita amat mengetahui ya tentang kepentingan jalan ni sebab dia pelengkap kepada Outer Ring Road yang dicadangkan ataupun dicadangkan oleh Negeri Sembilan khususnya Yang Berhormat dalam kes ini ya. Namun begitu, kementerian telah mengemukakan permohonan projek tersebut kepada Kementerian Ekonomi bagi pertimbangan kelulusan di bawah RP5 RMK-12 tahun 2025. Walau bagaimanapun, projek tersebut tiada dalam senarai kelulusan projek dalam Belanjawan Tahun 2025 yang telah diterima oleh kementerian ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita dah cadangkan sebagai priority pertama tetapi projek yang dipilih, nombor dua oleh Kementerian Ekonomi.
Sehubungan itu kementerian kita mengesyorkan kepada Yang Berhormat untuk memanjangkan semula permohonan projek tersebut kepada UPEN Negeri Sembilan untuk pertimbangan dan dimasukkan dalam Senarai Keutamaan Pembangunan Negeri Sembilan bagi tujuan permohonan projek baru kepada kementerian ini dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Maksudnya untuk 2026. Kita akan kemukakan tetapi syarat pemilihannya mesti juga dalam senarai keutamaan negeri.
Seterusnya bagi projek membina jalan menghubung Jalan Muka Sauk Petaseh (N62) dengan Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di bawah RP1 RMKe-12 tahun 2021 dengan kos keseluruhan berjumlah RM216 juta. Skop projek ialah membina jalan sepanjang 17 kilometer dengan spesifikasi JKR R2 termasuk tiga buah jambatan. Projek ini dilaksanakan oleh pihak jabatan kerja raya dengan kaedah pelaksanaannya adalah secara reka dan bina. Projek ini telah di tender secara rundingan terus pada bulan Julai 2022 di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 7 Februari 2023 telah memutuskan untuk membatalkan tender projek yang dilaksanakan secara rundingan terus yang belum dimuktamadkan tendernya.
Susulan daripada itu bagi menyegerakan pelaksanaan projek yang memberi impak besar kepada rakyat, projek ini telah dilaksanakan secara Tender Terbuka Prakelayakan terpilih yang mana proses peringkat pertama prakelayakan telah
dilaksanakan pada 30 Mei 2023 hingga 19 Jun 2023 oleh kementerian. Manakala pelawaan tender terbuka prakelayakan terpilih telah dibuat oleh JKR pada 27 Disember 2023. Walau bagaimanapun, tender ini tidak dapat dimuktamadkan dan telah diputuskan supaya di tender semula pada Jun 2024. Telah disuruh tender semula Yang Berhormat. Berdasarkan keputusan ini projek ini telah di tender semula dengan pelawaan telah dibuat pada 23 Ogos 2024 dengan tarikh tutup tender 1 November 2024. Dalam hal ini proses penilaian tender bagi projek ini sedang dilaksanakan oleh JKR.
Sehubungan itu, kementerian ini menjangkakan proses perolehan tender projek ini akan selesai dan kontraktor utama dijangka akan dilantik pada bulan Februari 2025. Projek ini dijangka siap pada tahun 2028 dengan tempoh pembinaan selama 42 bulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, saya teliti jawapan Menteri tapi Dato’ Yang di-Pertua, saya nak minta kepada Menteri-lah supaya Jelebu ni jangan dijadikan sebagai second choice-lah, dengan izin. Jelebu semakin membangun Dato’ Yang di-Pertua. Nanti saya tutup jalan Jelebu ini dengan izin dari kerajaan negerilah. Orang Kelantan, Terengganu semua pening kepala Dato’ Yang di-Pertua.
Tetapi saya hendak ucapkan terima kasih kepada KKDW kerana banyak juga projek yang diselesaikan di peringkat Parlimen saya. Cumanya yang penting ini macam kata jalan yang pertama tadi yakni jalan yang melibatkan peruntukan yang telah diluluskan dalam RP4 Rancangan Malaysia Kedua Belas, jalan Kampung Putra ke Sg. Lui tadi. Then, batal hilang tiba-tiba. Bajet sudah ada, dia tiba-tiba hilang which is not fair Dato’ Yang di-Pertua. Boleh tak kementerian re-instate balik? Kalau kita mohon baru dia terpaksa gostan balik, dia boleh melalui proses yang biasa balik Dato’ Yang di-Pertua. So, dia akan masuk ke senarai yang tidak tahu ke berapa dah.
Saya hendak minta kementerian kalau dapatlah kementerian tolong masyarakat di Jelebu ini to re-instate balik, dengan izin, permohonan itu dan dimasukkan dalam Senarai Keutamaan bagi RMKe-13. RP1. Maknanya 2026. Saya anggap itu confirm Yang Berhormat Menteri ya.
Yang keduanya Dato’ Yang di-Pertua, kalau dapatlah saya hendak mintak kepada kementerian supaya boleh tak menyenaraikan senarai projek lima tahun yang bakal dilaksanakan oleh KKDW terutamanya yang melibatkan jajaran jalan raya ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya fokus kepada keadaan ini kerana kita bakal menghadapi pembangunan dan perubahan dalam soal pembangunan untuk masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar.
Saya harap supaya pengundi saya tidak tertinggal dan inilah bakal warisan yang saya nak pejuang dan tinggalkan kepada pengundi saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas soalan tambahan. Tuan Yang di- Pertua untuk makluman Yang Berhormat, Projek Membina Jalan Dari Simpang Durian ke Sungai Lui ya Jelebu, Negeri Sembilan yang tidak diluluskan di bawah RP5 RMKe-12 akan diangkat semula dalam perancangan kementerian kita.
Diangkat semula permohonannya ke Kementerian Ekonomi dan kementerian ini dalam permohonan RP1 RMKe-13. Kita akan angkat semula sebenarnya tahun 2026 nanti dalam Rolling Plan Pertama. Walau bagaimanapun jasa baik Yang berhormat juga dipohon agar dapat mengemukakan cadangan projek ini kepada UPEN Negeri. Supaya dia masuk dalam priority keutamaan negeri. Agar menjadi
keutamaan negeri dalam permohonan RP1 RMKe-13 tahun hadapan insya-Allah yang Berhormat.
Selain daripada itu projek-projek jalan dan jambatan yang telah diluluskan di Parlimen Jelebu. Kementerian bersama JKR Malaysia sedang menjalankan kajian dan kerja awalan bagi Projek Pembinaan Jalan dari Kampung Chennah, Jelebu Negeri Sembilan ke Kampung Janda Baik, Bentong Pahang sambungan Projek Pembinaan Jalan Kampung Chennah ke Kampung Esok, Jelebu Negeri Sembilan fasa 1 dan fasa 2. Kajian ini telah dicadangkan dan diluluskan oleh Kementerian Ekonomi pada tahun 2022 di bawah RP2 RMKe-1. Kajian ini juga dicadangkan memandangkan kementerian ini telah menyiapkan jajaran jalan-jalan ke Kampung Chennah ke Kampung Esok, Jelebu Negeri Sembilan melalui dua fasa dengan kos keseluruhan hampir RM130 juta.
Berdasarkan penelitian kurang daripada 40 kilometer lagi diperlukan ya untuk menyambung jajaran jalan tersebut dengan Bentong, Pahang. So, sambungan jalan ini dilihat boleh memberi impak yang sangat besar. Bukan saja terhadap ekonomi setempat malahan terhadap perhubungan kedua-dua Negeri Sembilan dan juga Pahang. Sekali gus boleh mengurangkan jarak perjalanan dari Pantai Timur ke Selatan Semenanjung. Cadangan kajian ini telah dibentangkan kepada kedua-dua kerajaan Negeri Sembilan dan juga negeri Pahang dan telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Pada masa ini pihak JKR sebagai pelaksanaan kepada projek ini dalam proses melantik juru perunding kajian projek ini. Kajian projek ini dijangka bermula pada Jun 2025 dan laporan kajian dijangka boleh diperoleh pada Jun 2026.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu projek ini tidak pernah diluluskan sebelum ini ya. Yang tadi Projek Sungai Lui ke Sungai Durian ya Jelebu Negeri Sembilan ya. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya projek ini belum pernah diluluskan. Tetapi kita dah ada orang kata kajian. Tidak pernah diluluskan sebelum ini. Ia mula dimohon dalam RP5 UPEN Negeri Sembilan. Justeru itu tidak timbul projek ini telah dibatalkan oleh KKW.
Memang kita dalam perancangan kita tak batalkan projek sebab kita baru memohon peruntukan. Cuma belum mendapat orang kata keutamaan daripada Kementerian Ekonomi. Sebab dia pilih yang keutamaan kedua. Kemungkinan costing projek yang kedua itu sebab kos ini lebih RM200 juta. Yang di lulus itu RM150 lebih juta yang satu tempat lagi. Memandangkan kita biasanyalah dalam RMK Rolling Plan Kelima ini peruntukan memang dah sampai ke silinglah. Sebab itu kemungkinan antara sebab yang menyebabkan apa keputusan menjadi begitu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Kerian.
Silakan Yang Berhormat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Segera Penyediaan Lampu Jalan Di Kawasan Kampung, Negeri Dan Jalan Utama Di Kubang KerianSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk kemukakan dalam soalan Kamar Khas ini. Saya ingin mengemukakan iaitu pemasalah yang melibatkan soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Kubang Kerian. Iaitu ketiadaan lampu jalan di beberapa jalan utama dan jalan-jalan kampung yang kritikal.
Isu ini telah dibangkitkan oleh penduduk dalam pertemuan dan dialog bersama mereka. Dia telah menimbulkan satu kebimbangan. Isunya ialah isu keselamatan kawasan-kawasan yang gelap dan kawasan yang terdedah kepada beberapa insiden yang tidak diingini. Keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya kerana mereka terdedah kepada risiko kemalangan serta ancaman aktiviti jenayah yang mungkin boleh berlaku dalam kawasan yang gelap. Seumpama ragut dan sebagainya.
Di antara jalan-jalan yang agak kritikal yang telah disenaraikan di sini ialah:
(i) Jalan Pasir Jelatang, laluan daripada Simpang Tiga Seribong ke Simpang Empat Kiasatina (Pasir Hor);
(ii) Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Salor. Jalan ini merupakan jalan utama alternatif ke Kota Bharu dari Bandar Pasir Tumboh;
(iii) Jalan Kg. Pulau Raja di Mukim Pulau;
(iv) Jalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian di Mukim Wakaf Stan. Merupakan jalan utama sekolah yang melibatkan laluan kanak-kanak sekolah;
(v) Jalan Kampung Wakaf Tanjung daripada Jalan Kampung Sarah ke Mukim Chepa;
(vi) Jalan Kampung Machang Limbat dan Jalan Kampung Berhala Lima di Mukim Pohon Menseta;
(vii) Jalan Kampung Stan, Kampung Bunut Susu dan Kampung Bunut Satut, Beta di Mukim Beta;
(viii) Jalan Kampung Selor, Jalan Kampung Belimbing Limbat dan Jalan Kampung Dalam Puyuh di Mukim Selor;
(ix) Jalan Kampung Gaung, Jalan Kampung Beta Hilir, Kampung Belukar ke Kampung Mesa di Mukim Beta Hilir;
(x) Jalan Kampung Surau Pendek Dalam di Mukim Gaung Pendek; dan
(xi) Jalan Kampung Likong di Mukim Seribong.
Pandangan ini melihatkan soal dia menjadi kepentingan awam dan keselamatan. Jalan ini jalan yang jalan utama ya bukan jalan kampung bukan pedalaman di kawasan yang memang pengguna jalan yang sangat sesak. Saya mohon maklum balas daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri jawapan.
Dengan sabarnya saya menunggu sejam duduk di sini. Tetapi sambil melihat apa yang berlaku di dunia luar.
[Ketawa] Dato’ Dr. Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Kementerian ini amat mengambil berat dan akan tentang isu keselamatan jalan raya khususnya di Jalan Persekutuan seluruh negara.
Melalui Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya dan Peruntukan Khas Kementerian Kewangan Tahun 2023, ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan
akibat jalan gelap. Bagi skop ini, kawasan kerap kemalangan atau berisiko seperti di selekoh dan jambatan serta kawasan yang mempunyai kemalangan akan dikenal pasti dan pemasangan lampu jalan dibuat secara setempat dan berskala kecil bukan bagi tujuan pencahayaan di sepanjang laluan.
Pada tahun 2023, sejumlah RM15.03 juta telah dibelanjakan untuk pemasangan lampu jalan di 106 lokasi terpilih di Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia. Pada tahun 2023, sebanyak lapan lokasi di Jalan Persekutuan Negeri Kelantan telah dipasang lampu jalan dengan kos berjumlah RM1.3 juta. Manakala bagi tahun 2024, sebanyak 20 lokasi Jalan Persekutuan di negeri Kelantan sedang dalam pemasangan lampu jalan di bawah program ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.8 juta. Kerja pemasangan lampu jalan dijangka siap pada hujung bulan ini hujung November 2024.
Daripada 11 jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, hanya dua sahaja merupakan Jalan Persekutuan yang terletak di bawah tanggungjawab dan seliaan Kementerian Kerja Raya. Jalan Persekutuan yang dimaksudkan adalah:
(i) Jalan Kampung Surau Pendek di Dalam di Mukim Gaung Pendek yang terletak di Jalan Wakaf Che Yeh-Salor-Pasir Mas (FT130). FT itu Federal Trunk; dan
(ii) Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Salor yang terletak di Jalan Pasir Mas Salor (FT207).
Sukacita kementerian ingin memaklumkan bahawa lokasi di Parlimen Kubang Kerian telah siap pemasangan lampu jalan baharu pada tahun 2024. Kos keseluruhan bagi melaksanakan program tersebut adalah berjumlah RM200,000.
Lokasi yang dimaksudkan tersebut terletak di Jalan Wakaf Che Yeh - Salor - Pasir Mas, FT130, Seksyen 5 seperti yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat dan Jalan Kota Bharu - Gua Musang, FT8, Seksyen 378.
Walau bagaimanapun, kementerian ini mengambil maklum terhadap cadangan Ahli Yang Berhormat berkenaan pemasangan lampu jalan di Jalan Pasir Mas - Salor (FT207) dan akan mempertimbangkan pemasangan lampu jalan atas faktor keselamatan di bawah Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya. Manakala hasil semakan Kementerian Kerja Raya mendapati enam jalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat merupakan Jalan Majlis yang berada di bawah penyeliaan dan senggaraan Majlis dan tiga jalan adalah Jalan Negeri yang berada di bawah penyeliaan dan senggaraan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, bidang kuasa bagi pelaksanaan projek tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kelantan.
Jalan Majlis yang dimaksudkan adalah:
(i) Jalan Kg. Pulau Raja di Mukim Pulau;
(ii) Jalan ke SMK Kubang Kerian di Mukim Wakaf Stan;
(iii) Jalan Kg. Machang Limbat dan Jalan Kg. Berhala Lima di Mukim Pohon Menseta;
(iv) Jalan Kg. Stan, Kg. Bunut Susu dan Kg. Bunut Satut, Beta di Mukim Beta;
(v) Jalan Kg. Selor, Jalan Kg. Belimbing Limbat dan Jalan Kg.
Dalam Puyuh; dan
(vi) Jalan Kg. Likong di Mukim Seribong.
Jalan Negeri yang dimaksudkan adalah:
(i) Jalan Pasir Jelatang, laluan dari Simpang Tiga Seribong ke Simpang Empat Kiasatina (Pasir Hor) iaitu Jalan Pasir Jelatang, D39. Yang Berhormat, kalau FT ini Federal Trunk. Kalau “D” ini, rupanya dia ikut plat nombor kereta.
Kalau Johor, jalan negeri – “J”. Kalau Kelantan, “D” −D39 jalan itu ya;
(ii) Jalan Kg. Wakaf Tanjung dan Jalan Kg. Sarah di Mukim Chepa iaitu Jalan Badak Mati – Binjai, D5; dan
(iii) Jalan Kg. Gaung, Jalan Kg. Beta Hilir, Kg. Belukar dan Kg. Mesa di Mukim Beta Hilir iaitu Jalan Simpang Tiga Pendek ke Rumah Pam Kemubu. Itu jalan D15.
Bidang kuasa bagi pemasangan lampu jalan bagi jalan negeri adalah di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Sehubungan itu, kementerian mengesyorkan cadangan projek ini diangkat kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.
Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Terima kasih atas maklum balas yang telah pun diberi dan terima kasih di atas beberapa projek yang telah pun diluluskan. Persoalan saya ialah ada dua. Yang pertama, kita tahu bahawa bila waktu pembinaan jalan ini, memang kawasan simpang empat automatik diperlukan lampu jalan, di kawasan selekoh, kawasan bahaya. Bolehkah dia masuk terus dalam skop pembinaan supaya dia tidak jadi kita terpaksa mohon sekali lagi untuk pasang lampu? Pada hal waktu pembinaan itu kita kata ini kawasan yang kritikal, perlukan lampu. Kalau boleh ianya dimasukkan dalam skop pembinaan, itu lebih mudah bagi penduduk khususnya bagi pengguna.
Soalan kedua ialah tentang skop ini, kita tahu sebahagian di antara peruntukan yang diletakkan di bawah majlis dan kerajaan negeri dia tidak ada peruntukan yang besar. Oleh kerana itu, saya cadangkan kalau sekiranya boleh dipertimbangkan sama ada satu mekanisme untuk naik taraf yang dicadangkan tadi supaya jalan-jalan di bawah skop ini juga boleh disenggara oleh pihak JKR ataupun KKW ya Kementerian Luar Bandar. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Kawan lama. Kawan lama. Kalau kawan itu kita berkawan sajalah.
[Ketawa] Insya Allah. Amin. Soalan tambahan tadi menyatakan bahawa ketika membina jalan terus masuk dalam skop. Simpang, kawasan bahaya, kawasan selekoh dan sebagainya. Saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Yang kedua itu tentang peruntukan besar. Saya hendak berkongsi bahawa kerajaan negeri diberikan peruntukan MARRIS dan jalan untuk peruntukan MARRIS ini untuk penyelenggaraan jalan JKR Negeri. Juga jalan majlis, jalan bandaran ini semua. Semua boleh diselenggara di bawah peruntukan MARRIS.
Peruntukan MARRIS negeri Kelantan ini Yang Berhormat saya hendak maklum bahawa pada 2023; RM74.33 juta; 2024; RM71.65 juta; 2025, bajet kita belum lulus lagi. Jadi, saya tidak boleh hendak menyampaikan 2025 peruntukan MARRIS negeri Kelantan berapa banyak. Ini diterima oleh JKR Negeri Kelantan.
Daripada peruntukan MARRIS JKR Kelantan ini pecahannya begini iaitu fasa pertama diberi kepada bahagian jalan, RM1 juta. JKR elektrik, RM500,000; resurfacing, RM2.6 juta; Kontrak STSB Yang Berhormat. STSB ini ialah Selenggara Timur. Selenggara Timur ini adalah syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk membuat penyelenggaraan jalan negeri. Mereka dapat RM36 juta Yang Berhormat.
Jadi, fasa kedua mereka akan dapat RM25 juta. Jumlahnya RM40 campur RM31 – RM71 juta. Ini tahun 2024. Tahun 2025 kita belum dapat pecahan lagi.
Jadi, untuk maintenance, penyelenggaraan kepada lampu jalan diberi RM1 juta. Tahun 2023, RM1 juta; 2024 di bawah peruntukan MARRIS Kerajaan Negeri Kelantan. Sikit sangat Yang Berhormat. Tapi itu bukan untuk membina lampu jalan baharu. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat, ini kita sesama kita supaya Yang Berhormat menulis kepada Kementerian Kewangan supaya peruntukan MARRIS kerajaan negeri dan untuk negeri dan juga bandaran, majlis ini boleh diguna bagi membina lampu jalan baharu, menyediakan lampu jalan baharu. Sekarang ini MARRIS hanya boleh penyelenggaraan jalan, jambatan, culvert, parit, longkang, cerun. MARRIS yang berpuluh juta ini.
Yang kedua, penyediaan atau pengalihan utiliti. Yang ketiga, penyelenggaraan, pemeliharaan, pemuliharaan pokok-pokok di bahu jalan termasuk aktiviti merawat dan membaja pokok-pokok tetapi tidak ada untuk lampu jalan baharu.
Jadi, kalau Yang Berhormat menulis sebab peruntukkannya kepada Kementerian Kewangan di salur kepada Kementerian Kerja Raya. Tahun depan dalam lingkungan RM5.5 bilion peruntukan MARRIS yang kami akan hantar ke negeri-negeri tetapi alangkah eloknya jika peruntukan itu boleh membina lampu jalan baharu.
Saya pernah dalam Mesyuarat Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang terdahulu, bukan Perdana Menteri inilah. Masa itu Pekan lah.
Yang hadir itu Menteri-menteri Besar. Saya sendiri masa itu Timbalan Menteri Kewangan. Saya kata peruntukan MARRIS ini jangan hanya untuk negeri dan juga untuk jalan bandaran. Dia patut juga sedikit sebanyak boleh diguna untuk jalan kampung, jalan di taman. Lulus! Yang Berhormat, cadangan saya itu lulus.
Baru-baru ini kita juga meminda satu iaitu boleh kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS membeli Jambatan Bailey. Bererti dia berubah- ubah arahan ini. Ada penambahbaikan. Yang Berhormat boleh menulis, saya juga akan membantu supaya boleh buat jalan peruntukan MARRIS ini untuk membina lampu jalan.
Cameron Highlands pun hendak lampu jalan. Kalau kita ini mudah-mudahan Cameron Highlands makin – dia ada banyak jalan di kampung itu, jalan segalanya.
Kalau boleh terang benderanglah sikit, bukan hanya ketika tempat kawasan pelancongan Cameron sahaja. Kawasannya luas Yang Berhormat. Kawasan saya juga luas dan saya juga tidak dapat lampu jalan baharu, banyak. Kadang-kadang dapat cuma RM100,000 setahun. RM100,000 setahun kalau lampu jalan itu lampu jalan solar, satu batang RM10,000 termasuk dia punya segala sistem itu. Kalau RM100,000 baru 10 batang. 10 batang tidak cukup. Jadi, kalau peruntukan MARRIS boleh digunakan itu dia. Terima kasih.
Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 12 November 2024 jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.40 petang]