Dewan Rakyat · 18 November 2024

15th Parliament, session 3, meeting 3 · not final · 610 turns · 50,118 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Baik, kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tan Sri Speaker. Berjalan ke hutan mencari rotan, Sambil menyanyi di waktu senja, Indahnya hidup penuh pertanyaan, Maka ini soalan saya soalan pertama.

Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya · question

1. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan adakah kementerian akan membangunkan Large Language Model (LLM) tersendiri serta apakah langkah yang diambil untuk memastikan nilai dan budaya setempat tidak terabai kerana sehingga kini tiada sebarang mekanisme kawalan Kecerdasan Buatan (AI) yang digubal.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Menteri. Tapi jangan menyanyi waktu senja, bahaya. Silakan.

Dato' Haji Mohammad Yusof bin ApdalWARISANTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Lahad Datu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan large language model (LLM) akan menyokong ekosistem AI tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi AI dari luar negara. Ia dapat meningkatkan proses membuat keputusan pendokumentasian tugas dan memudahkan penyelidikan dalam pelbagai sektor dengan menyesuaikan pengetahuan AI global kepada bahasa dan keperluan tempatan. Pembangunan LLM atau model AI, melibatkan kos yang amat tinggi dan memerlukan peralatan khusus yang selalunya dilaksanakan di pusat pengkomputeran berprestasi tinggi atau high perfomance computing (HPC) berasaskan awan atau cloud-based. Namun, kos pelaburan perkakasan di peringkat awal boleh dikurangkan dengan menggunakan perkhidmatan dari penyedia perkhidmatan awan iaitu cloud service providers seperti Microsoft Azure OpenAI dan Amazon Web Services (AWS). Walau bagaimanapun, terdapat

Dato' Haji Mohammad Yusof bin ApdalWARISANTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Lahad Datu

kebimbangan berkenaan keselamatan data kerana data akan disimpan di luar negara sekiranya menggunakan perkhidmatan awan berkenaan yang menimbulkan risiko kebocoran data sulit. Untuk makluman, MOSTI melalui MIMOS kini sedang meneroka penggunaan infrastruktur pengkomputeran dengan kos kompetitif yang mampu mengendalikan dan memperhalusi data hak milik (priority data) dengan selamat. MOSTI telah memulakan kolaborasi dengan Phison melalui penggunaan teknologi aiDAPTIV+ yang telah membuktikan mengenai pertama, pengurangan kos dengan menyediakan platform yang membolehkan penyesuaian dan pengoptimuman model AI di premis sendiri. MIMOS membantu PKS dan agensi kerajaan menjimatkan kos yang tinggi untuk menggunakan pusat pengkomputeran awan. Kedua, peningkatan keselamatan data aiDAPTIV+ membolehkan pengguna melatih dan mengoptimumkan modul AI menggunakan data rahsia di premis mereka sendiri. Mengurangkan risiko kebocoran data.MOSTI telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Digital (KD), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Jabatan Perdana Menteri untuk membangunkan LLM tempatan. Pembangunan LLM ini akan mematuhi Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan atau AI Governance and Ethics (AIGE) telah dilancarkan pada 20 September 2024. Garis Panduan AIGE ini bertujuan sebagai salah satu mekanisme menggalakkan penggunaan teknologi AI yang bertanggungjawab dalam negara. Pematuhan kepada garis panduan ini dapat memastikan LLM yang dibangunkan tidak mengabaikan nilai dan budaya setempat. Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih atas respons yang begitu komprehensif. Soalan tambahan saya, adakah kementerian akan bekerjasama dengan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga serantau untuk memastikan LLM ini unik dan sesuai untuk pembangunan bahasa rasmi kita iaitu bahasa Melayu, bahasa Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan dan cadangan baik daripada Yang Berhormat Petaling Jaya tadi. Ketika ini MOSTI sedang meneliti kemungkinan untuk membangunkan model bahasa besar iaitu LLM dalam bahasa Malaysia melalui kerjasama dengan universiti dan syarikat tempatan. Salah satu rakan utama ialah Mesolitica sebuah syarikat tempatan yang telah membangunkan LLM dalam bahasa Malaysia yang dikenali sebagai MaLLaM atau Malaysia Large Language Model. MaLLaM dihasilkan sepenuhnya dengan menggunakan database data set tempatan dan berkeupayaan untuk memahami bahasa dan budaya tempatan dengan lebih mendalam.

MIMOS, agensi MOSTI dan Mesolitica sedang giat bekerjasama untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan model ini. Kerjasama ini akan turut melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di masa hadapan bagi memperkayakan bahasa Malaysia. Terima kasih, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Merbok.

Baru-baru ini, gabungan konglomerat teknologi terbesar di Indonesia iaitu Gojek Tokopedia atau GoTo dan syarikat telekomunikasi Indosat telah memperkenalkan bahasa rayanya LLM AI open source yang dinamakan Sahabat-AI yang hadir dalam bahasa Indonesia dan dilatih dengan platform AI NVIDIA. Adakah pihak MOSTI juga sedang bergerak ke arah usaha itu untuk mengoptimumkan aplikasi dan prinsip AI, membolehkan syarikat-syarikat membangunkan pelbagai perkhidmatan yang sesuai dengan konteks lokal dan relevansi budaya tempatan, sekali gus membolehkan perkhidmatan AI lebih mudah difahami dan diakses oleh rakyat tempatan? Adakah terdapat juga penyelarasan dari segi rangka kerja AI dalam kalangan negara- negara ASEAN khususnya membabitkan panduan tadbir urus dan kod etika AI dalam fasa pembangunan dan pelaksanaan AI?

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan baik daripada Yang Berhormat Merbok. Bagi menjawab soalan itu tadi, pertamanya saya – MOSTI sedang meneliti kemungkinan untuk membangunkan model besar atau LLM dalam bahasa Malaysia seperti yang saya sebut awal tadi, menjawab soalan Petaling Jaya. Melalui kerjasama dengan universiti dan syarikat tempatan iaitu salah satu syarikat seperti yang saya sebut iaitu Mesolitica, sebuah syarikat tempatan yang telah membangunkan LLM dalam bahasa Malaysia bersama-sama dengan MIMOS di mana usaha ini sedang dijalankan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan model ini. Soalan kedua Yang Berhormat PJ, ya terdapat usaha penyelarasan rangka kerja AI dalam kalangan negara-negara ASEAN. Pada 2 Februari 2024 yang lalu, ASEAN telah mengeluarkan satu guide on AI governance dan ethics yang berfungsi sebagai sumber praktikal bagi organisasi yang ingin melaksanakan teknologi AI dalam konteks komersial di rantau ini. Panduan ini bertujuan – apa nama mempromosikan penjajaran dalam ASEAN dan meningkatkan interoperability rangka kerja AI merentasi negara anggota. MOSTI baru-baru ini pula telah memperkenalkan Garis Panduan Etika dan Tadbir Urus AI yang mana ia selaras dengan prinsip asas yang dikongsi bersama negara-negara ASEAN. Garis panduan ini juga bertujuan untuk mewujudkan kerangka kerja yang seragam bagi pembangunan dan penggunaan teknologi AI secara bertanggungjawab di rantau ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Dr. Alias bin Razak, Kuala Nerus.

Dato' Dr. Hj. Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Malaysia menuju negara menua, Negara perlu buat persiapan, Soalan Kuala Nerus nombor dua, Mohon Menteri berikan jawapan. Terima kasih.

Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus · question

2. Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan perancangan kementerian bagi meningkatkan bilangan pusat autisme di seluruh negara dan sejauh mana bantuan serta insentif yang diberikan kepada pengusaha swasta dalam usaha ini.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Terima kasih, Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih, Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Oktober 2024, terdapat sebanyak 33 buah pusat jagaan autisme yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Manakala, bagi pendaftaran orang kurang upaya masalah pembelajaran bagi kategori autisme, bagi tempoh yang sama pula adalah seramai 65,191 orang. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil maklum bahawa perkadaran nisbah di antara bilangan OKU autisme berdaftar berbanding bilangan pusat autisme di seluruh negara di bawah kendalian JKM atau agensi kerajaan yang lain tidak mencukupi. Justeru, kerajaan sentiasa cuba melaksanakan inisiatif yang dapat memberi sokongan perkhidmatan ini dari semasa ke semasa. Di pihak kami pula KPWKM, beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi merapatkan jurang penawaran dan permintaan terhadap perkhidmatan dan sokongan autisme ini, termasuklah kerjasama dengan komuniti serta badan-badan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK), antaranya ialah program Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Pada ketika ini, terdapat sebanyak 573 buah PDK sedang beroperasi di seluruh negara. Sehingga September 2024, seramai 19,907 orang OKU sedang menerima perkhidmatan PDK di seluruh negara 2024 ini. Kerajaan menyalurkan bantuan untuk meringankan beban kos pengoperasian PDK ini. Manakala, semua pelatih OKU juga mendapat elaun di PDK sebanyak RM300 sebulan. Pada tahun 2024 sahaja sehingga bulan September, sebanyak RM137.4 juta bantuan kewangan telah disalurkan demi manfaat kesemua PDK di seluruh negara. Pada masa ini, kerajaan telah berkolaborasi dengan PSK untuk menubuhkan 11 buah taska OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU merangkumi sindrom down, autisme penglihatan, pendengaran, fizikal dan masalah pembelajaran.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Sebagai galakan dan sokongan untuk lebih ramai pihak serta PSK menubuhkan dan mengoperasikan taska OKU di seluruh negara, KPWKM menerusi JKM ada menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha taska OKU iaitu pertama, bantuan kewangan penubuhan sebanyak RM500,000 dan bantuan kewangan operasi. Jadi, kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan pun ada. Dalam usaha meningkatkan bilangan pusat yang memberi perkhidmatan autisme di seluruh negara, JKM telah menyalurkan geran bantuan kewangan kerajaan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Kebangsaan (NASOM). Menerusi NASOM, pelbagai perkhidmatan sokongan, program intervensi, pusat sokongan pendidikan dan kemudahan pendidikan vokasional ditawarkan di 15 cawangan mereka di seluruh Malaysia. Dari tahun 2020 sehingga tahun ini, sejumlah RM5.78 juta telah disalurkan kepada NASOM bagi tujuan tersebut. Sementara itu, sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025, antara lain telah mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk membangunkan Pusat Perkhidmatan Autisme dan RM15 juta bagi bantuan yuran pembelajaran anak autisme ini. Insya-Allah, KPWKM akan memperincikan rancangan ini dalam sedikit masa lagi dan dengan sokongan semua, kita usahakan demi yang terbaik. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Nerus.

Dato' Dr. Hj. Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Terima kasih Menteri yang telah memberi jawapan yang saya kira sangat komprehensif. Cuma, persoalan saya ialah– pertama, saya nak ucap terima kasih dulu kerana antara 11 Pusat PERMATA baharu untuk autisme akan ditubuhkan di negeri Terengganu antaranya. Cuma, baru-baru ini saya pernah melawat satu pusat swasta. Apa yang ditimbulkan di sina ialah kekurangan tenaga-tenaga yang terlatih, yang nak mereka serapkan menyebabkan pengambilan pelajar-pelajar itu agak terhad kerana kekurangan itu. Oleh itu, saya mahu penjelasan daripada KPWKM, adakah bercadang untuk membuka pusat-pusat latihan ataupun memastikan setiap pusat-pusat latihan ini diwajibkan mengambil guru-guru dan penjaga yang berkualiti, yang berkelulusan, ataupun mencadangkan supaya universiti-universiti membuka lebih banyak kursus dengan tujuan untuk melatih pengajar-pengajar yang ditempatkan di pusat-pusat jagaan itu. Soalan yang kedua ialah berkaitan dengan kes-kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak autisme yang terjadi di pusat pengasuhan jagaan kanak-kanak autisme ini. Sejauh manakah tindakan penguatkuasaan tegas telah diambil kepada pengasuh dan mana- mana yang terlibat di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi, Yang Berhormat bercakap mengenai ketidakcukupan tempatnya.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

[Bangun]

[Bangun]

Cuma, saya rasa perlu saya nyatakan di sini, tidak semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme perlu menghantar anak mereka di pusat jagaan khas untuk mengasuh anak mereka. Tetapi, yang penting adalah keperluan untuk anak-anak istimewa ini mendapatkan intervensi untuk membantu perkembangan mereka. Program-program intervensi seperti speech therapy. Saya tahu, ini yang tidak cukup juga, kan? Occupational therapy, nutritional therapy, behavioral management therapy adalah berbeza mengikut keperluan individu. Pada masa yang sama, tidak semua program ini memerlukan individu autisme untuk menjalaninya seharian suntuk setiap hari. Dia bukan macam nursery, ya. Malah, banyak program intervensi seperti ini dijalani oleh mereka mengikut jadual dan kekerapan tertentu serta kemudian diikuti dengan bimbingan berterusan oleh ibu bapa dan keluarga di rumah. Dalam hal ini, pusat jagaan autisme yang berdaftar dengan JKM, yang saya sebutkan sebentar tadi adalah berbeza dengan pusat yang menyediakan program- program intervensi bagi autisme tanpa memerlukan klien mereka untuk berada di premis mereka dalam satu tempoh yang lama. Kita akan semak statistik penderaan kanak-kanak autistik di pusat jagaan autisme dan akan dikemukakan secara bertulis ya. Peraturan penubuhan adalah berbeza juga mengikut konsep pusat yang mereka ingin operasikan.

Sekiranya mereka ingin mengoperasikan pusat untuk memberi penjagaan harian bagi kanak-kanak autisme, pihak operator boleh berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 atau Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Manakala sekiranya pusat mereka turut menyediakan perkhidmatan yang diberikan oleh doktor contohnya rehab specialist di pusat fisioterapi, maka mereka perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pusat jagaan ambulatori swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Ada lagi jawapan saya untuk Yang Berhormat. Saya akan tambahkan lagi nanti secara bertulis ya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker. Kepada Menteri, soalan tambahan saya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan statistik kanak-kanak autisme di negara ini pada setiap tahun? Adakah faktor genetik, kesan gaya hidup ibu bapa atau faktor-faktor lain sebagai puncanya?

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita ini pada masa ini memang sedang mengkaji perkara ini kerana sebab autisme ini ia tidak menentu. Sebab spektrum dia agak luas. Jadi keperluan untuk mereka untuk bergerak lebih maju — I mean peluang mereka adalah bergantung kepada apa spektrum mereka. Jadi, ini hanya yang pakar yang tahu ialah – tapi kita bekerjasama dengan pihak pakar untuk kita menentukan.

Sebab apa yang diperlukan pada masa ini kita dapat melihat kita masih belum lagi memperolehi kepakaran begitu banyak sekali, ramai sekali. Pada masa ini seramai 498 ahli terapi pertuturan bahasa telah berdaftar. Manakala bagi ahli terapi cara kerja seramai 2,473 orang telah berdaftar dengan KKM. Tadi Yang Berhormat Kuala Nerus pun bertanya, ini adalah juga yang kita sedari bahawa memang tidak mencukupi. Maka, kita bergerak ke hadapan, kita memerlukan jauh lebih banyak daripada ini. Untuk itu, pembangunan ekosistem yang lebih besar perlu dilaksanakan. Kita juga sedang menjalankan ada modul asuhan dan jagaan untuk kanak-kanak ini yang akan kita lancarkan pada Sambutan Hari Kanak-kanak nanti. Banyak lagi perkara yang telah kita sediakan, perkhidmatan institusi yang perlu dilihat lagi, dikaji semula untuk kita memberi asuhan yang sesuai untuk anak-anak ini. Selari dengan itu juga, peranan badan yang mengawal selia amalan juruterapi ini juga boleh diperkembangkan bagi meningkatkan lagi kualiti dan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh profesional dalam bidang ini. Jadi, kejayaan ekosistem ini tidak boleh hanya bergantung kepada inisiatif dan perkara yang dilakukan oleh kerajaan semata-mata, ia memerlukan jauh lebih banyak daripada itu. Justeru, kebersamaan semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing boleh menjadikan usaha ini sebagai whole of nation approach dengan izin, seterusnya meningkatkan lagi keberhasilan yang ingin dicapai. Insya-Allah Yang Berhormat Batu Pahat, kami masih lagi merujuk, mengkaji semula apa yang kita lakukan dan akan menganjurkan apa yang boleh kita lakukan. Tadi Yang Berhormat Kuala Nerus juga merujuk kepada Program PERMATA Kurnia. Ini juga dalam – pada masa ini dalam kajian kita. Semasa ini memang ada dua buah Pusat Intervensi Awal Autisme yang sedang beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi setakat itu sahaja yang boleh saya kongsikan pada hari ini. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput seterusnya Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor tiga.

Hasni bin MohammadUMNO · BNSimpang Renggam · question

3. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi industri tempatan daripada impak kapasiti berlebihan (overcapacity) pembuatan China termasuk tekanan harga kepada produk tempatan dan menghalang perkembangan sektor pembuatan negara serta strategi untuk memastikan daya saing sektor perindustrian Malaysia tetap berdaya maju.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri · Iskandar Puteri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Simpang Renggam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merupakan kementerian yang telah diberi kuasa di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Akta Anti–

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri · Iskandar Puteri

Lambakan 1993 [Akta 504] serta Akta Pelindung 2006 untuk menangani amalan perdagangan yang tidak adil (unfair trade practices) serta kemudaratan material yang dialami oleh pengeluar tempatan berikutan lambakan barangan import yang lebih dijual dengan harga yang jauh lebih rendah di pasaran. Bagi tempoh antara 2015 hingga 2023 kerajaan telah menguat kuasa sembilan tindakan anti lambakan dan tiga tindakan pelindung terhadap produk-produk yang diimport dari negara China termasuk produk besi dan keluli, plastik serta bahan binaan yang mana ianya telah menyebabkan kemudaratan material atau kecederaan serius kepada industri domestik Malaysia. Kerajaan juga sedang menjalankan siasatan anti lambakan ke atas empat produk besi dan keluli serta plastik yang berkemungkinan disebabkan oleh lebihan kapasiti dari industri pembuatan China. Siasatan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah selaras dengan Akta Domestik dan peraturannya serta perjanjian-perjanjian di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). MITI juga sedang menyemak semula bertujuan menambah baik Akta 504 dan Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Anti–Lambakan 1994 selaras dengan amalan perdagangan semasa di peringkat antarabangsa untuk memastikan ekosistem peraturan yang lebih kondusif supaya Malaysia jadi hab perniagaan yang mampan. Selain itu, pada 30 Oktober 2024 MITI telah melancarkan Trade Remedies Investigation Management System (TRIMA) satu platform single window digital yang bertujuan memodenkan penyiasatan remedi perdagangan. TRIMA antara lain dapat meningkatkan kecekapan penyiasatan selain dilihat berpotensi memendekkan tempoh siasatan berbanding tempoh statutori semasa yang mengambil masa sembilan bulan. MITI sentiasa sedia mendengar pandangan dan maklum balas daripada pemain- pemain industri tentang pendekatan terbaik untuk mendepani persaingan produk-produk luar negara yang memasuki pasaran negara ini dengan berkesan tanpa menjejaskan komitmen Malaysia sebagai sebuah negara dagang yang mendukung dasar perdagangan antarabangsa yang progresif. Pendekatan sebegini adalah selari dengan prinsip yang diterapkan oleh Kerajaan Madani iaitu keterangkuman dan inovasi dalam memacu transformasi sektor perindustrian di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Simpang Renggam.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jelas. Yang Berhormat pun ada menyentuh tentang inisiatif yang diambil oleh kementerian khususnya berdepan dengan soal lambakan tadi itu. Saya kira tidak dapat mengelak daripada berlakunya lambakan dari masa ke semasa. Ini bukan subjek yang baru, perkara yang baru berlaku bila ekonomi bertambah baik. Maka, adakah kementerian boleh bersetuju kalau sekiranya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih bersifat jangka panjang seperti menjalinkan R&D dengan industri- industri berkenaan, menjalinkan knowledge transfer yang biasa kita dengar dengan izin. Adakah pendekatan tersebut boleh dilihat sebagai jalan penyelesaian jangka panjang untuk

berhadapan dengan isu lambakan (overcapacity) dari segi pelabur-pelabur dalam sektor pembuatan? Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Memang apabila kerajaan bertemu dengan pelabur-pelabur dari negara China, first message atau pesanan kita ialah tidak masuk ke Malaysia hanya untuk berdagang atau hanya untuk pass- through membina kilang di sini tanpa nilai tambah dan selepas itu eksport dengan sasaran eksport ke Amerika Syarikat. Ini tidak akan berjaya untuk syarikat tersebut kerana konteks global telah berubah terutamanya dalam konteks Kerajaan Amerika akan diterajui oleh Presiden Trump. Maka mesej dan pesanan kerajaan ialah lebih baik kita ada perkongsian atau usaha sama yang lebih erat di antara syarikat China dengan syarikat Malaysia untuk menjana R&D untuk mengadakan usaha sama yang lebih membantu dua-dua pihak dan dengan localization yang lebih mendalam. Ini adalah usaha yang kita mengadakan pelabur-pelabur asing terutamanya mereka dari China. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Indera Mahkota.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat sedia maklum bahawa dasar dan strategi perdagangan antarabangsa negara kita ini ditentukan oleh pemahaman kita sendiri. Kita bebas berdagang dengan sesiapa sahaja sambil mengambil kira masalah lambakan dan sebagainya. Tapi kita tidak terpengaruh dengan propaganda walaupun kita tahu Amerika ada Presiden baru yang dasar dia nanti mungkin berbeza dan mengikat China dan mungkin ada kesan kepada kita. Tapi kita ada dasar kita sendiri. Apakah — nak sambung tadi. Apakah perancangan yang agak khusus. Yang ini saya bukan nak tanya lambakan keluli tetapi pengeluaran keluli sebab di Indera Mahkota, ada sebuah syarikat daripada China yang besar, Alliance Steel antara syarikat keluli yang terbesar di China. Dia berada di sana iaitu Malaysia–China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang saya yakin ini di bawah portfolio Yang Berhormat sendiri. Saya minta sambung soalan tadi, apa perancangan kita yang lebih khusus untuk daya saing kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Sektor besi dan keluli sedang mengalami masalah bukan peringkat negara kita sahaja tetapi di seluruh dunia dan terutamanya di Asia Tenggara. Kapasiti di Asia Tenggara untuk besi dan keluli akan bertambah atau berlipat ganda dalam lima, enam tahun. Pada 2021, jumlah kapasiti di Asia Tenggara adalah 75 juta metrik tan setahun tapi kalau semua kapasiti yang telah dijanjikan atau telah diberi persetujuan akan – kalau semua memulakan production, jumlah kapasiti di Asia Tenggara akan sampai 150 juta metrik tan dalam tahun 2027. So, ini memang kami risau terhadap kapasiti besi dan keluli di Asia Tenggara, terutamanya dalam konteks di mana negara China mengalami kelembapan

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

ekonomi, terutama dalam sektor pembangunan, industri pembangunan atau industri pembinaan dan juga harta (real estate). Ini adalah kerisauan kerajaan tetapi namun begitu, kerajaan dengan MITI telah melantik satu jawatankuasa bebas dan jawatankuasa bebas telah menyediakan laporan dan akan diumumkan oleh MITI tidak lama lagi. Dalam laporan jawatankuasa bebas ini akan memberikan hala tuju untuk negara kita menghadapi isu overcapacity dalam besi dan keluli. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Soalan Kangar nombor empat, Moga YB Menteri sihat walafiat.

Zakri HassanBERSATU · PNKangar · question

3. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu GISBH yang telah timbul kembali sejak sekian lama.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kangar atas doanya. Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengambil pendekatan untuk bekerjasama dalam menangani isu GISB Holdings Sdn. Bhd. ataupun GISBH. Selain itu, kolaborasi bersama agensi di peringkat negeri terutamanya Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan jabatan ataupun Bahagian Pendakwaan Syariah turut dijalin bagi memastikan langkah yang strategik dan tuntas dapat diambil. Bagi menangani isu GISBH dengan lebih efektif dan berkesan, kerajaan menerusi JAKIM telah menyusun lima langkah seperti berikut. Pertama, pembentangan kajian dan penyelarasan fatwa di peringkat negeri. JAKIM telah membentangkan hasil kajian dan penyelidikan mengenai isu GISBH kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 yang diadakan pada 24 hingga 26 September 2024 yang lalu. Hasil muzakarah telah memutuskan GISBH sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Selaras dengan itu, sebanyak tujuh buah negeri telah memutuskan fatwa pengharaman kumpulan GISBH iaitu Perlis, Selangor, Pahang, Melaka, Sabah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI juga telah disembah maklum dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-267 pada 23 hingga 24 Oktober yang lalu. Kedua, penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah perundangan syariah negeri- negeri. Berdasarkan penemuan dan siasatan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, pengikut GISBH didapati boleh didakwa di bawah beberapa peruntukan

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

meliputi akta ataupun Enakmen Perundangan Syariah Negeri-negeri. Buat masa ini, beberapa buah Jabatan Agama Islam Negeri sedang melengkapkan siasatan terhadap orang yang disyaki dalam kalangan ahli GISBH untuk didakwa di Mahkamah Syariah negeri masing- masing. Ketiga, mengadakan program pemulihan akidah secara holistik kepada ahli-ahli GISBH. Pada ketika ini, kerajaan telah melancarkan program rehabilitasi secara sukarela kepada seluruh ahli GISBH. Majlis Keselamatan Negara dan JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (JAINS), MKN negeri telah memulakan projek rintis tersebut pada 7 November 2024 melibatkan 11 pelatih ahli GISBH di rumah pemulihan MAIS. Keempat, menjalankan pemantauan berterusan secara bersepadu. Pemantauan yang rapi terhadap keseluruhan aktiviti bekas pengikut Al-Arqam ataupun GISBH dan yang kelima, program penjelasan fatwa GISBH kepada masyarakat. Kerajaan berpandangan bahawa fatwa GISBH amat perlu diperjelas dan disebar luaskan kepada seluruh ahli masyarakat. JAKIM juga akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam secara keseluruhannya, termasuklah ahli-ahli GISBH melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif dan berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Mengambil kira kesan trauma jangka panjang kepada kanak-kanak yang terlibat, yang terpaksa dipisahkan dengan ibu bapa yang terlibat dengan GISB, jadi apakah kerajaan memantau dan memastikan apakah keberhasilan pelan pemulihan jangka panjang. Lagi satu berkaitan dengan masa depan kanak-kanak. Adakah khidmat pakar digunakan bagi mengintegrasikan kanak-kanak ke dalam masyarakat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Mengambil kira kesan trauma jangka panjang kepada kanak-kanak, di antara tindakan kerajaan adalah seperti berikut: (i) modul rehabilitasi GISBH merangkumi pemulihan akidah, kaunseling kenegaraan, pendidikan dan latihan kemahiran dan lain- lain; (ii) pemantauan perkembangan kanak-kanak secara berkala dan berterusan menerusi penglibatan dan kerjasama dengan JKM; (iii) kerjasama komuniti setempat dan NGO perlu dilibatkan untuk mewujudkan suasana sokongan sosial yang kukuh kepada kanak- kanak tersebut; dan

(iv) menyokong penuh pendirian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa keutamaannya adalah untuk mengembalikan kanak-kanak kepada ibu bapa dan keluarga. Semua pendekatan ini memerlukan kesungguhan dan komitmen pelbagai pihak bagi memastikan kanak-kanak terbabit tidak terabai serta dapat kembali menjalani kehidupan yang normal dalam komuniti. Berkaitan dengan soalan kedua Yang Berhormat Kangar tadi, memang Tan Sri Speaker, kita ada golongan pakar sama ada pakar pedagogi, pakar psikologi dan juga pakar akidah yang akan memantau ya, anak-anak ini supaya mereka ini kemudian, selepas pemantauan dibuat oleh pakar-pakar ini, kita harapkan anak-anak ini akan dapat kembali kepada masyarakat dengan sejahtera. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sri Gading.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya berkaitan dengan GISB. Sebenarnya kalau kita lihat dia bukan sahaja berada di dalam negara kita, dalam Malaysia. Bahkan dia telah berkembang perniagaan- perniagaannya di luar negara termasuk katanya sudah ada ladang di Australia dan sebagainya. Itu satu. Keduanya, berapa ramai di kalangan GISB ini yang terlibat di peringkat antarabangsa yang global ini. Apakah tindakan kita kepada mereka? Adakah mereka terus menetap di luar negara ataupun mereka bukan lagi dengan dalam keadaan warganegara kita? Itu yang pertama.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Yang kedua, secara khususnya di negeri Johor, berapakah banyak premis atau pun kedai-kedai daripada kalangan mereka yang ada perniagaan sebab saya dapati, contohnya dalam Parlimen saya sendiri, kedai yang mereka operasi itu dah tutup. Jadi, apa tindakan dan apakah ― berapa ramai yang terlibat di kalangan mereka menguruskan business mereka di negeri Johor? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Berkaitan dengan jumlah atau statistik ini, untuk mendapatkan perincian daripada jumlah itu, kita akan bekerjasama dengan pihak PDRM, Yang Berhormat. Saya akan berikan perincian berkaitan dengan jumlah syarikat yang berada di luar negara dan juga syarikat tempatan yang dimiliki oleh GISB termasuk juga jumlah pengikut yang berada di luar negara. Cuma, apa yang saya boleh katakan di sini, jawatankuasa bersama yang dibentuk antara PDRM dan juga pihak JAKIM dan juga JKM juga merangkumi usaha-usaha untuk melihat dan mengenal pasti pengikut-pengikut GISB ini bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Insya-Allah. Terima kasih.

Soalan nombor tiga.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy, Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

Munirah MajilisWARISANKota Belud · question

5. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Perdana

(a) jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan berserta peratusan dan jumlah projek bagi tahun 2024 untuk setiap negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia serta jumlah prestasi belanja berbanding peruntukan asal setakat bulan Oktober 2024; dan (b) apakah penambahbaikan dari sudut prosedur pelaksanaan projek di Sabah dan di Sarawak agar lebih berkesan dan tidak mengalami kelewatan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) · Sekijang

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaporan dalam bentuk jadual bagi jumlah program dan projek pembangunan bagi rolling plan keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke- 12 untuk setiap negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia ini serta jumlah peratusan peruntukan dan prestasi belanja berbanding peruntukan asas setakat bulan Oktober 2024 telah dijana oleh ICU daripada sistem MyProjek. Walau bagaimanapun, agak panjang dan makan masa untuk saya bacakan satu demi satu. Jadi, sehubungan itu, saya akan memohon untuk pegawai saya mengemukakan kepada Yang Berhormat Kota Belud secara bertulis. Namun, secara ringkasnya, daripada jadual tersebut, Yang Berhormat, kita boleh lihat perbandingan peruntukan dan perbelanjaan mengikut negeri di mana daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM90 bilion di bawah rolling plan keempat RMKe-12 ini, Wilayah Persekutuan menerima peruntukan sebanyak RM23.61 bilion iaitu yang kedua tertinggi selepas kategori pelbagai negeri dengan RM30.21 bilion. Kategori pelbagai negeri adalah kategori projek pembangunan yang melibatkan dua negeri atau lebih seperti projek jajaran lebuh raya dan juga pemindahan air merentas negeri. Dalam hal ini, perbelanjaan Wilayah Persekutuan adalah RM16.39 bilion dengan prestasi belanja sebanyak 69.4 peratus, berada di atas prestasi keseluruhan sebanyak 65.83 peratus. Manakala negeri Sabah dan Sarawak masing-masing menerima peruntukan RM6.67 bilion dan RM5.81 bilion. Tetapi, prestasi belanja mereka agak rendah iaitu 46.7 peratus bagi Sabah dan 54.43 peratus bagi Sarawak di bawah prestasi keseluruhan. Negeri di Semenanjung Malaysia yang mencatatkan prestasi terendah ialah Kedah pada kadar 53.43 peratus sahaja. Jadi, Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah projek tertinggi iaitu sebanyak 1,244 projek dan 1,124 berbanding Perlis yang hanya mempunyai 172 projek. Bagi Pahang, mencatatkan prestasi belanja tertinggi iaitu 74.65 peratus. Diikuti Melaka mencatatkan

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) · Sekijang

prestasi belanja kedua tertinggi iaitu 74.27 peratus walaupun jumlah peruntukkannya adalah paling rendah iaitu hanya RM927 juta. Manakala Terengganu pula di tempat ketiga dengan prestasi 72.39 peratus. Jadi, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan pembangunan di seluruh negara berjalan dengan lancar agar peruntukan yang disalurkan dapat dibelanjakan secara optimum dan ianya dilaksanakan selaras dengan Arahan No. 1 2023 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara yang merangkumi platform di peringkat negeri seperti Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan juga Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri. Antara langkah yang telah diambil bagi menambah baik dari sudut prosedur pelaksanaan projek, Yang Berhormat, atau pun program pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah melalui pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah atau Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik bagi melaksanakan semua projek yang bernilai RM50 juta ke bawah di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 182 yang telah berkuat kuasa sejak 1 Mac 2023. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kota Belud.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin sedikit sebab soalan ini sangat penting pada saya. Pertamanya, saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Kesihatan sebelum ini, beliau telah meluluskan Klinik Kesihatan Pulau Mantanani, Kota Belud dan setelah beliau memegang jawatan sekarang, bukan sahaja saya lihat pembaharuan yang dibuat khususnya di Kuala Lumpur, malah jawapan Parlimen yang begitu telus yang kita terima pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, rekod saya daripada penggal pertama, saya konsisten dalam sistem penyampaian. Itu penting pada saya. Tetapi, yang saya sedih dan kecewa sebab saya rujuk jawapan oleh Yang Berhormat Menteri, daripada semua wilayah-wilayah itu, Sabahlah yang paling tercorot. I’m so ― saya, saya, saya geram. Sebagai orang Sabah, saya geram. Paling rendah. Sehinggakan program dan juga program di luar negeri pun masih di bawah lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, geram satu hal. Soalan satu hal. Soalan apa dia?

Ya. Okey. Hanya dibelanjakan 46 peratus daripada RM6.67 bilion. Saya rujuk jawapan saya, Yang Berhormat Menteri, bertarikh 27 Jun 2024. Hanya dua peratus sahaja dibelanjakan daripada RM330 juta. Saya rujuk lagi jawapan kepada Yang Berhormat Semporna bertarikh 6 November. Setakat 21 Oktober, hanya tujuh peratus sahaja dibelanjakan daripada RM330 juta. Jadi, saya sebenarnya ― apa bah yang berlaku ini ya, Yang Berhormat?

Saya mahu tahu, apa fungsi yang kita tubuhkan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri? Apa fungsi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri? Bukan sahaja projek pembangunan yang dilaksanakan di Persekutuan lewat, malah di negeri juga lewat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Jadi, kita mahu tahu ― Tan Sri Yang di-Pertua, saya mahu tahu, apa dia punya punca? Birokrasikah? Lambat hantar dokumenkah? Saya mahu tahu. Saya bukan mahu cari gaduh di sini tetapi kita mahu cari jalan penyelesaian untuk kita sama-sama menyelesaikan hal ini. Satu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kota Belud mahu tahu, Menteri mahu jawab sekarang.

Ya. Kedua, Tan Sri Yang di-Pertua, cadangan saya sebelum saya minta jawapan Yang Berhormat Menteri. Tolonglah libatkan kami Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah. Buatlah quarterly. Libatkan kami. Tolak dulu birokrasi, tolak dulu segala protokol ini, mari kita sama-sama selesaikan masalah ini. Saya mintalah Yang Berhormat Menteri cadangkan dalam Parlimen. Kita bersedia. Saya rasa Ahli Parlimen daripada Sabah ini, anytime-lah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Kota Belud mahu jawapan ya. Sila jawab, Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih, Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Belud ini sebenarnya anak buah saya. Saya yang bersama-sama dengan beliau dahulu ketika kita membentuk karakter beliau. Jadi, alhamdulillah, saya bangga... [Ketawa] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, platform Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan diurusetiakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah turut dihadiri oleh ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri. Jadi, mesyuarat ini sebenarnya berperanan untuk menyelaras dan menangani isu dan permasalahan program atau pun projek-projek pembangunan termasuklah perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah. Antara isu pelaksanaan, Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat, yang kita telah kenal pasti, ya ― sebenarnya ini semua dibincangkan dalam platform MTPNG yang mengenai projek lewat yang dimulakan di Sabah, contohnya. Ini adalah di antara perkara- perkara berkaitan dengan isu pengalihan dan penyambungan utiliti. Ini sebagai contoh. Jadi, dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Sabah telah juga menubuhkan mesyuarat task force utiliti yang melibatkan syarikat utiliti negeri bersama pemilik projek dan agensi pelaksana bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar. Tetapi, seperkara lagi yang kita tengah kenal pasti, sebenarnya jumlah projek dalam tangan Sabah ini sebenarnya banyak. Tadi saya dah sebut sebanyak 1,244 di antara yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Tetapi, yang ini juga sebenarnya turut menyumbang kepada kelewatan kerana kapasiti untuk pelaksanaan itu agak rendah, Yang Berhormat.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Dalam hal ini sebagai contohlah, di Wilayah Persekutuan sendiri, saya sendiri diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan MTPNg ini. Maka saya boleh mengarahkan sebenarnya untuk melihat projek-projek yang bermasalah diberi keutamaan terlebih dahulu. Jadi Yang Berhormat, saya bersetuju untuk sebenarnya Ahli-ahli Parlimen dilibatkan dalam proses-proses ataupun projek-projek pembangunan ini sepertimana saya ambil tindakan ini di Wilayah Persekutuan sendiri, di mana kita melibatkan Ahli Parlimen bersama dalam sekurang-kurangnya ada dua level di mana pertama, mereka boleh bertemu dengan Datuk Bandar dalam satu dipanggil Majlis Konsultasi Bersama Datuk Bandar. Kemudian kalau tidak berakhir di situ, maka tiga bulan sekali atau quarterly berjumpa dengan saya dalam Majlis Menteri Wilayah di mana mereka juga boleh menyuarakan semua masalah-masalah mereka secara direct dan terus dengan saya. Jadi saya rasa saya bersetuju mungkin boleh ambil pendekatan yang sebegitu untuk kita mengadakan engagement ataupun libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dengan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Padang Serai.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, RMKe-12 akan berakhir pada penghujung tahun hadapan. Jadi apakah anjakan baharu RMK-13 yang sedang dirangka kerajaan untuk memberikan kesan pengganda kepada aspek perbelanjaan pembangunan (DE) mengikut keutamaan negeri termasuk pelaksanaan projek berimpak tinggi. Mengambil kira prestasi semasa keseluruhan projek pembangunan Rolling Plan RMKe-12 sehingga 4 November lalu yang merekodkan pencapaian sekitar 65.8 peratus atau RM59.2 bilion daripada jumlah RM90 bilion membabitkan 8,719 projek. Bagaimanakah kerajaan memastikan baki peruntukan pembangunan dibelanjakan secara optimum untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan melebihi sasaran 95 peratus untuk Rolling Plan Keempat? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Jadi, saya kira mungkin ini ada sedikit salah faham tentang tanggungjawab ICU. Jika sebenarnya projek- projek yang berkaitan dengan RMK-13, ia harus melalui Kementerian Ekonomi terlebih dahulu. Jadi kita di ICU hanya memantau projek-projek yang telah diluluskan oleh EPU. Jadi, proses itu kita kena faham dahulu Yang Berhormat. Jadi, saya ingat kalau yang lainnya, yang itu kita boleh buat jawapan secara bertulislah untuk melihatkan proses itu sebenarnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor enam.

Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar · question

6. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa bilangan usahawan yang dilahirkan serta dilatih melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp. sehingga tahun 2024 dan berapa jumlah dana peruntukan atau geran yang telah diagihkan kepada usahawan ini.

Dato’ Sri Ramanan RamakrishnanPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Buloh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman sahabat saya daripada Sungai Besar. Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corporation Malaysia telah melaksanakan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia bumiputera yang berumur di antara 18 tahun sehingga 30 tahun serta memberikan anjakan paradigma daripada pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan. Bantuan yang disediakan adalah merangkumi pembangunan kapasiti berbentuk latihan dan juga geran permulaan perniagaan yang di mana minimum dia adalah daripada RM10,000 sehingga maksimum RM15,000 bergantung pada jenis perniagaan mereka, juga disertakan dengan bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan. Sejak dilaksanakan pada tahun 2014 sehingga 31 Oktober 2024, seramai 8,543 usahawan telah menerima latihan dan bimbingan di bawah Program TUBE. Daripada jumlah tersebut, seramai 8,312 peserta telah berjaya mendaftarkan perniagaan dan menerima geran perniagaan berjumlah RM125.8 juta. Daripada aspek keberkesanan program, Program TUBE telah menyediakan sebanyak 15,068 peluang pekerjaan dan merekodkan nilai jualan terkumpul sebanyak RM181.5 juta. Tidak dilupakan, kita ada program yang telah khas disediakan bagi tahun yang akan datang, 2025 di mana antara perancangan yang disediakan menggunakan dana sebanyak RM20 juta adalah untuk menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Besar.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya kira okey, lengkap, saya faham dan tahniah kepada KUSKOP. Cuma, di sebalik cabaran kepada akses pembiayaan dan adaptasi pendigitalan Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang diambil untuk membantu meningkatkan kemahiran pemasaran usahawan e-dagang luar bandar dalam menghadapi persaingan yang saya kira semakin mencabar? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Dato' Sri Ramanan RamakrishnanPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau kita lihat, Yang Berhormat, memang kita ada sediakan tawaran perniagaan tersebut dipecahkan kepada lima zon. Zon Utara di mana anggaran yang kami ambil bilangan peserta adalah 100 orang. Daripada Zon Timur, 100 orang. Selatan dan Tengah, 100 orang. Sabah, Labuan, 100 orang. Sarawak, 100 orang, iaitu 500 orang. Daripada program-program ini, kita juga telah menjemput 350 peminjam daripada grup alumni dan juga menyediakan bantuan sebanyak RM100,000 kepada mereka dengan kadar faedah sebanyak dua persen.

Dato' Sri Ramanan RamakrishnanPKR · PHSungai Buloh

Kalau kita lihat tumpuan kepada graduan TVET juga ada bagi yang ada lesen perniagaan yang aktif dan juga tidak berniaga lebih daripada 36 bulan. Kita juga menyediakan untuk menaik taraf tahap perniagaan mereka adalah kolaborasi dengan agensi-agensi yang lain dan juga kementerian lain contohnya Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, MARA dan juga kerjasama antara Majlis Agama Islam. Majlis TVET Negara juga turut tersenarai dan juga UPEN. Semua ini adalah program-program yang melalui peringkat dan akan membantu usahawan yang kami latih. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya ialah berkaitan dengan TUBE ini, dia menyasarkan kepada belia umur 18-30. Jadi, apakah perancangan kementerian untuk yang berumur 31 hingga 40? Itu yang pertama. Yang keduanya adalah berkaitan dengan TVET ini, kita pun tahu bahawa kerajaan MARA dengan pendidikan TVET ini. Adakah pihak kementerian merancang untuk masuk ke dalam sekolah lagi lebih awal untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar TVET kita ini untuk lebih minat dan cenderung kepada TVET preneurs. Maksudnya, belajar TVET dan menggunakan ilmu TVET itu untuk menjadi usahawan berbanding dengan makan gaji ataupun yang selainnya. Kerana apa, sebab di Johor dahulu pernah ada Program Tunas Bestari. Dia masuk ke sekolah daripada budak Tingkatan 4 dan 5. Jadi, saya rasa mungkin ada jawapan daripada pihak kementerian. Terima kasih. Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Dato' Sri Ramanan RamakrishnanPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk yang umur 31 ke atas, banyak lagi program-program yang lain disediakan. Contohnya, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0, Program Business Accelerator 3.0, Program Business Accelerator for Small Indian Business juga disediakan khas untuk komuniti India. Kalau kita lihat, Program Pengukuhan Eksport bagi PKS Go Global untuk menggalakkan program eksport bumiputera. Program-program untuk Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) juga disediakan. Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) juga disediakan dan tidak dilupakan Program Inovasi Inkslusif (i-SEE). Untuk program TVET pula, program TVET memang adalah di bawah pengendalian Majlis TVET Negara dan memang semua program yang dikhaskan. Oleh itu, Majlis TVET Negara mempunyai perancangan mereka mengikut peringkat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Lim Lip Eng, Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan lisan saya nombor tujuh. Terima kasih.

Lim Lip EngDAP · PHKepong · question

7. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Perdana Menteri menyatakan bila kerajaan akan memperkenalkan undang-undang yang memberikan kausa kepada pihak polis atau bank untuk menyekat sementara urus niaga perbankan bagi individu yang menjadi sasaran penipuan tetapi enggan mempercayai bahawa mereka sedang diperdaya. Berapa mangsa penipuan tersebut telah membuat laporan polis dan jumlah kerugian mereka sejak tahun 2023.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Terima kasih Tan Sri. Tan Sri Yang di- Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas yang lalu, kerajaan telah membentangkan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 untuk meminda Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] masing-masing.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Kedua-dua rang undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 10 dan 11 Julai 2024 serta oleh Dewan Negara pada 22 Julai 2024. Seterusnya, kedua-dua rang undang-undang ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 11 September 2024 dan disiarkan dalam warta pada 25 September 2024 dan telah mula berkuat kuasa pada 30 Oktober 2024. Pindaan-pindaan ini yang telah dibuat pada Akta 574 dan Akta 593, menerusi kedua- dua rang undang-undang ini memfokuskan kepada mewujudkan kesalahan-kesalahan jenayah dalam talian berkaitan akaun keldai ini, dengan izin, mule account dan peruntukan baru yang memberikan kuasa kepada pegawai polis yang menyita wang yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah yang disimpan dalam apa-apa institusi kewangan. Dalam hal ini, pindaan Akta 953 antara lain telah memasukkan peruntukan seksyen yang baru 116(b) untuk memberi pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan, kuasa untuk menyita dan melarang urusan dalam apa-apa wang yang dipegang dan disyaki untuk dipegang dalam mana-mana instrumen pembayaran dan, atau mana-mana akaun di institusi kewangan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. Pindaan ini membolehkan pihak polis untuk tidak hanya menyita tetapi untuk menghalang harta tersebut dibuat urus niaga lain dengan tujuan untuk menghalang duit mangsa online scams dikeluarkan daripada mule account dan seterusnya, akan melengkapi peruntukan sedia ada iaitu seksyen 435 (Akta 593) berkenaan kuasa polis untuk menyita harta yang disyaki telah dicuri, termasuk penipuan yang telah menjurus kepada harta fizikal. Dalam keadaan ini, pihak polis boleh menghalang sekiranya: (i) mempunyai alasan munasabah untuk mensyaki bahawa satu kesalahan telah dilakukan; (ii) mempunyai alasan munasabah untuk mensyaki bahawa harta telah digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi melakukan satu kesalahan; atau (iii) mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa harta tersebut merupakan bukti bagi sesuatu kesalahan.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Selain itu, berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan, National Scam Response Centre (NSRC) sejak Oktober 2022 hingga September 2024, jumlah panggilan yang diterima daripada orang ramai adalah sebanyak 131,036 orang. Daripada jumlah tersebut, didapati sejumlah 52,836 orang adalah panggilan mangsa penipuan scam dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM302.1 juta. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Berapa jumlah mule account yang dikenal pasti dan bagaimana rang undang-undang baru yang digubah yang sedang diubah oleh kerajaan iaitu Online Safety Act seperti di Canada dan United Kingdom akan membantu dalam membanteras jenayah atas talian ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri, kehilangan wang adalah lebih dari mule account adalah sebanyak 103,557. Bagi menjawab soalan tambahan Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Act) ini dapat menangani jenayah kewangan dalam talian. Usaha penggubalan rang undang-undang ini adalah sebagai langkah untuk memastikan, dengan izin, online environment menjadi platform yang selamat untuk rakyat Malaysia, terutamanya bagi kanak-kanak kita. Antara lain, rang undang-undang baru ini akan meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan mana-mana kandungan yang dilaporkan sebagai kandungan memudaratkan. Di bawah rang undang-undang baru ini, jenayah kewangan dalam talian akan dikategorikan sebagai kandungan yang serius dan memberi priority yang bermakna. Sekiranya sesuatu kandungan ini dilaporkan sebagai jenayah kewangan dalam talian, maka penyedia platform mempunyai kewajipan untuk menurunkan kandungan tersebut secara interim sehingga siasatan lanjut dibuat terhadap kandungan tersebut. Rang undang-undang baru ini akan dijangka ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bank merupakan satu institusi yang diamanah untuk menjaga wang pelanggan. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal suatu akta bagi mewajibkan bank mengembalikan semula wang kepada mangsa setelah mangsa ini meneliti segala peraturan yang ditetapkan oleh bank? Kedua, kita lihat banyak kes yang berlaku. Kadang- kadang ada melibatkan pegawai ataupun kakitangan bank. Jadi, berapakah kes yang terlibat secara demikian dan bank manakah yang menjadi lubuk kepada scammer ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri.

Mengenai bank dan jumlah itu adalah spesifik, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Tetapi ya saya difahamkan oleh Bank Negara bahawa ada sedia ada regulasi yang mereka boleh menguatkuasakan supaya jika

ada bank terlibat Fraudulent Act dan sebagainya, tindakan boleh diambil dan di dalam satu kes di Kota Kinabalu, saya difahamkan di mana wang yang ditertipu oleh pegawai bank dalam bank tersebut. Selepas penyiasatan, wang itu telah diberi balik kepada mangsa. Kes itu masih dalam mahkamah, maka saya tidak dapat memberi maklumat yang lebih. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.

Terima kasih Tuan Tan Sri Yang di-Pertua. Kubang Pasu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan di atas inisiatif bagi memperluaskan kluster ataupun hub...

Tuan Yang di-Pertua

Kubang Pasu, cuma sebut soalan nombor berapa.

Sorry, soalan nombor lapan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Menteri.

Belum baca lagi, tidak habis lagi. Oh, kemudian-kemudian. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini bukan Minister’s question time.

Saya lompat selangkah, hendak pergi soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Hari Selasa dan hari Khamis.

Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Menteri.

Ku Abd Rahman bin Ku IsmailBERSATU · PNKubang Pasu · question

8. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan perancangan, strategi dan langkah kerajaan bagi membangunkan wilayah utara Semenanjung Malaysia seperti Kulim (Kedah), Pulau Pinang dan Perak utara sebagai kluster elektrikal dan elektronik bagi Malaysia.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri · Iskandar Puteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Kubang Pasu yang sentiasa minat berkenaan dengan sektor E&E, terutamanya sektor semi konduktor. Pembangunan industri elektrikal dan elektronik yang sebelum ini lebih cenderung kepada pelaburan swasta, di mana kerajaan memberikan kebebasan dan bantuan kepada syarikat-syarikat berkaitan untuk membuat pelaburan. Namun, dalam konteks semi konduktor telah menjadi komoditi strategik. Kerjasama strategik dari semua pihak dan fungsi koordinasi kerajaan amat diperlukan. Bagi tujuan tersebut, kerajaan melalui MITI telah mengambil pendekatan proaktif di dalam membentuk ekosistem semi konduktor dan E&E yang mampan melalui kepimpinan dasar dan kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dengan menubuhkan Pasukan Petugas Strategik Semikonduktor Kebangsaan pada bulan Februari tahun ini.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri · Iskandar Puteri

Selepas itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengumumkan Strategi Semikonduktor Nasional pada bulan Mei. Ini adalah usaha kerajaan untuk menentukan dan juga membantu syarikat-syarikat supaya kita boleh menubuhkan dan membangunkan industri semi konduktor negara ini dan mengukuhkan ekosistem sedia ada, di samping menjadikan rantaian bekalan industri E&E atau semikonduktor yang lebih mampan dan berdaya tahan. Justeru itu, bagi memajukan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan Kulim (Kedah), Pulau Pinang dan Perak sebagai kluster utama bagi industri E&E, kerajaan telah merangka beberapa perancangan dan strategi yang komprehensif seperti berikut: (i) menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa yang lengkap di Taman Teknologi Kulim di Kedah; (ii) Projek Kerian Integrated Green Industrial Park yang sedang dibangunkan; dan (iii) MIDA juga telah menubuhkan unit taman perindustrian (industrial acid unit) untuk memajukan dan juga memastikan dan memantau prestasi taman perindustrian di seluruh negara.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri · Iskandar Puteri

Dalam usaha memperkukuhkan inovasi, kerajaan juga komited untuk membangunkan pusat penyelidikan dan inovasi di Wilayah Utara terutamanya dalam segmen R&D. Langkah-langkah yang diambil ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan pembangunan Wilayah Utara sebagai hab E&E negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor ini di peringkat global dan juga dalam masa yang sama dapat mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat tempatan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kubang Pasu.

Soalan tambahan, Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Kubang Pasu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan di atas inisiatif bagi memperluaskan kluster ataupun hab utara industri E&E. Ini kerana ini mampu menarik lebih banyak pelaburan bagi hab E&E Semenanjung Malaysia. Kulim khususnya Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Pulau Pinang sudah mempunyai industri E&E masing-masing 30 tahun dan 50 tahun, Penang 50 tahun, Kulim Hi- Tech Park 30 tahun. Kedua-duanya menunjukkan kejayaan ataupun yang amat cemerlang sekali sehinggakan nilai pelaburan 2023, RM575 bilion.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan Kubang Pasu ialah...

Baru-baru ini pada tahun 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam pembentangan belanjawan bahawa Kerian, Perak akan dibangunkan sebagai E&E hab dimasukkan dalam Zon Utara.

Soalan yang pertama Tan Sri, apakah status semasa kawasan pembangunan projek kawasan industri tinggi khususnya Kerian? Yang Pulau Pinang, Kulim sudah okey, sudah berjalan, sudah berlari. Bilakah ianya bersedia untuk menerima pelaburan? Keduanya, berapakah keluasan tanah yang terlibat dalam pembangunan ini? Berapakah jumlah kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat? Adakah kesemua aspek tanah telah diselesaikan seperti tukar jenis tanah daripada pertanian kepada industri kerja-kerja tanah? Kubang Pasu difahamkan bahawa kawasan yang dipilih di Kerian menghadapi masalah tanah mendap disebabkan oleh ianya di kawasan sawah padi dan juga kelapa sawit. Siapakah pemaju yang terlibat dalam pembangunan projek ini dan berapakah jumlah kos pembangunan? Adakah kerajaan MITI berhasrat supaya Kerian Industri Teknologi ini diberikan pengkhususan bidang-bidang tertentu sebab ia tidak bersaing dengan Kulim Hi-Tech Park dan juga Pulau Pinang? Macam-macamlah front-end, back-end dan sebagainya. Seterusnya apakah sasaran nilai eksport yang akan dikeluarkan oleh kluster ini di masa-masa akan datang, lima, sepuluh tahun akan datang?

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Apakah kaedah yang dilaksanakan oleh MITI bagi membangunkan, ini penting, membangunkan... [Tidak jelas] tempatan sebagai supply chain E&E zon utara? Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Kita tidak boleh berucap di sini, YB. Soalan, sila Menteri menjawab beberapa soalan.

Kalau boleh semualah.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah hilang count lah.

Sekarang ini macam Menteri jawab, macam Timbalan Menteri tak dak, Timbalan Menteri ini memang pandai dia boleh jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Ha... Baik, sila jawab, Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

[Ketawa] Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih Kubang Pasu. Nampaknya saya kira mungkin ada sepuluh soalan sanalah. Saya akan bagi butiran secara bertulis untuk kebanyakan soalan itu tetapi untuk makluman Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan projek KIGIP pada bulan Ogos dan projek ini diusahakan oleh Sime Darby. Diusahakan sebagai satu projek oleh Sime Darby sebagai GLC dan GLIC. Pandangan kerajaan ialah KIGIP tidak bersaing dengan Kulim atau Pulau Pinang kerana kalau kita ada kluster yang lebih kuat, kluster dengan ekosistem dan dengan rantaian bekalan yang lebih kukuh dan lebih dekat berhampiran, maka kita jadi satu kluster atau ekosistem yang tidak boleh diabai di sedunia. Malaysia adalah pengeksport keenam semikonduktor di seluruh dunia dan kalau kita ada ekosistem dan rantaian bekalan yang lebih kuat, lebih kukuh, ini akan memberi manfaat kepada negara untuk jangka panjang.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

So, yang lain saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Pilah.

Dato’ Adnan bin Abu HassanUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dr. Speaker. Sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia. Soalan saya, sejauh manakah pembangunan wilayah, wilayah secara berkluster mampu memberi faedah lebih besar berbanding memberikan peluang yang seimbang terhadap wilayah-wilayah lain seperti apakah usaha kementerian bagi menarik pelaburan berkualiti untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelabur di rantau ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri

Terima kasih. Kerajaan akan cuba memberikan peluang kepada semua negeri tetapi ini bukan sahaja keputusan kerajaan tetapi juga keputusan pengusaha atau pelabur. Untuk pelabur-pelabur asing yang datang, memang mereka memerlukan ekosistem dan mereka memerlukan rantaian bekalan yang lebih dekat supaya dia ada dan ekosistem di kluster utara ini telah mengambil masa 50 tahun untuk diwujudkan. Maka, untuk negeri-negeri lain kalau semikonduktor mungkin perlu masa untuk membangun ekosistem dan juga membangun rantaian bekalan tetapi kerajaan cuba bukan sahaja secara ada industri-industri secara vertikal, vertically linked to global tetapi kita juga harap boleh dapat R&D dan dapat inovasi tempatan supaya teknologi yang kita perolehi melalui ekosistem di kluster utara ini boleh juga membantu industri-industri yang lain seperti industri semikonduktor yang teknologi yang kita perolehi ini boleh juga bantu sektor pertanian. Boleh juga bantu sektor automatif supaya kita horizontally boleh membangunkan industri kita secara keseluruhan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.

Tuan Hassan bin SaadPAS · PNBaling

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor sembilan.

Hassan bin SaadPAS · PNBaling · question

9. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan strategi jangka panjang dan pendek kementerian dalam merancakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, pertama saya mahu minta maaf tadi saya pakai batik. Ini tadi pagi saya pergi majlis, saya pun tidak tahu Tan Sri sudah buat ruling. Minta maaf kepada Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang pakai jaket, okey. [Ketawa]

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai persediaan ke arah Kempen Melawat Malaysia 2026, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pelbagai kementerian dan kerajaan negeri masing-masing serta NGO industri pelancongan dan kebudayaan bagi

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

memastikan impak yang optimum kepada industri pelancongan negara dan keseluruhan rantaian bekalannya. Selain itu, MOTAC juga telah memberi fokus terhadap connectivity melalui kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air. MOTAC terus mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa dan menggalakkan penerbangan secara charter kepada syarikat-syarikat penerbangan termasuk memberikan insentif menerusi Geran Sepadan Penerbangan Charter (GSPC) bagi menarik lebih ramai lagi pelancong antarabangsa masuk ke dalam negara. MOTAC juga akan terus memperkasa promosi dan pemasaran kepada beberapa pasaran tumpuan khususnya pasaran ASEAN dan negara-negara Eropah serta telah mengenal pasti second-tier city juga di negara China dan India yang berpotensi untuk diberikan tumpuan dan akan dipromosikan secara agresif melalui misi khas gerakan pelancongan. Seterusnya bagi memastikan hebahan dan promosi adalah secara menyeluruh, MOTAC melalui Tourism Malaysia juga akan menggiatkan pemasaran secara dalam talian melalui platform media sosial seperti Facebook, YouTube, TikTok, Veebo dan Xiaohongshu untuk mendapatkan visibility Malaysia di mata para pelancong.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Di samping itu, Tourism Malaysia juga akan berkolaborasi dengan influencer terkenal bagi mempromosi destinasi pelancongan dan kebudayaan yang unik dan menarik. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Baling.

Tuan Hassan bin SaadPAS · PNBaling

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah perancangan khusus kementerian bagi mempromosikan daerah Baling sebagai antara destinasi ekopelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Kedah 2025?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

[Bangun]

Tuan Hassan bin SaadPAS · PNBaling

Apakah usaha kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri untuk mempergiatkan promosi dan produk pelancongan seperti eksplorasi Gua Sireh, di samping pakej lawatan dan menginap dan aktiviti menjelajah di Gunung Baling dan Gunung Pulai, seterusnya merangsang sektor berasaskan pelancongan tempatan? Apakah kementerian juga bercadang meningkatkan kapasiti pemain industri pelancongan dengan mengenal pasti kaedah atau bidang utama agar lebih banyak produk pelancongan dapat diketengahkan bagi menarik pelancong?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Terima kasih Yang Berhormat daripada Baling. Promotion dekat Baling Yang Berhormat, saya sudah banyak kali jawab dalam Parlimen.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Kalau boleh kita berbincang bersama-sama kerajaan negeri. Kita MOTAC memang bila-bila masa bersedia berusaha bersama-sama, buat promosi bersama-sama dan juga – saya harap juga kita Exco daripada kerajaan negeri, bolehlah bila masa kita buat kalau misi ataupun promotion di luar negara kita pun datang juga dan kita produk-produk mesti mahu daripada kerajaan negeri. Kita tidak boleh pergi tubuh produk untuk kita. Termasuk tadi gunung-gunung kita sebut punya, itu kerajaan negeri. Kalau boleh saya minta Yang Berhormat Baling, kita marilah bekerjasama menaik taraf kita punya promosi kerajaan negeri dan juga kita kasi hebatkan kawasan Parlimen. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Bawa Baling sekali bila promosi ya.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Sungai Petani.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, soalan pertama saya adalah, apakah sasaran utama kementerian dari segi bilangan pelancong dan juga pendapatan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026? Seperti yang kita tahu, tahun depan 2025 adalah merupakan Tahun Melawat Kedah 2025. September yang lepas, kita tengok tiga hari cuti sahaja, rakyat Malaysia dah pergi ke Thailand melalui border di Kedah sahaja iaitu sebanyak 57,000. Hanya tiga hari sahaja. Jadi saya ingin tanya, apakah langkah kerajaan untuk memastikan ekopelancongan dan juga kelestarian pelancongan itu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin khususnya di negeri Kedah dalam pada kita nak menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 ini? Sebab kita tengok tak banyak beza pun Thailand dengan Kedah ini dari segi makanannya, dari segi dia memanfaatkan semua kelestarian alam dan sebagainya. Apakah langkah oleh kementerian? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Terima kasih Yang Berhormat daripada ‘Seri’ Petani.

Tuan Yang di-Pertua

Sungai Petani.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Sungai Petani, sorry Sungai Petani. Tadi, kita persoalkan isu itu, memang kita baru-baru ini kita ada hubung bersama-sama Exco Pelancongan daripada Kedah, kita mengadakan satu sesi di Langkawi. Apabila sesi di Langkawi, saya dah pun berbincang, kalau boleh saya nak berjumpa sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita berbincang bersama-sama dalam sesi Visit Malaysia 2026 termasuklah Visit Kedah 2025 macam mana kita boleh hubung berkait bersama-sama lagi agresif. Promotion bukan Kedah sahaja, termasuk Langkawi. Itulah kita baru-baru ini ada buat satu - Poland punya flight pergi sana, charted flight satu minggu, satu kali sampai bulan tiga. Ada 22 flights yang bawa ada dekat 300 pelancong mari dan juga ini pelancong mari bukan duduk tiga hari, lima hari. Sekurang-kurangnya seminggu tetapi banyak duduk sampai dua minggu. Inilah kita satu, MOTAC kita buat sedaya upaya mana kita boleh. So, kalau boleh nanti Yang Berhormat boleh bersama-sama kita duduk berbincang bagi kita idea macam

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

mana kita boleh, saya boleh cadangkan kepada Exco Pelancongan di Kedah itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.

Kapten Azahari bin HasanBERSATU · PNPadang Rengas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

Azahari bin HasanBERSATU · PNPadang Rengas · question

10. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah perancangan kementerian bagi menangani masalah kenaikan harga barang yang membawa kepada kesan inflasi sehingga mengakibatkan kuasa beli pengguna mengecil.

Dr. Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas di atas soalan. Tan Sri Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kadar inflasi pada September 2024 ialah 1.8 peratus berbanding dengan 1.9 peratus pada bulan Ogos 2024. Malah Yang Berhormat Padang Rengas, sepanjang setahun daripada tahun lepas, kadar inflasi di dalam negara kita tidak pernah melebihi dua peratus. Maksudnya, dalam kadar yang cukup-cukup terkawal, kadar inflasi. Namun begitu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pasaran bebas, harga barangan dan perkhidmatan adalah dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan. Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dengan sentiasa memastikan bekalan dan harga keperluan asas stabil di paras yang selesa. Ada lima ikhtiar yang kerajaan lakukan. Pertama Yang Berhormat ialah berkenaan dengan kawalan harga barang. Di mana kita meletakkan harga siling kepada barang-barang keperluan asas seperti gula, minyak masak, LPG, telur dan sebagainya. Kemudian, ada juga barang-barang keperluan asas yang kita berikan subsidi, Yang Berhormat. Telur ada subsidi, LPG ada subsidi, minyak masak paket ada subsidi, minyak masak botol tak ada subsidi, cuma dia letakkan harga siling. Kemudian di masa yang sama, kerajaan juga mengadakan program Jualan Rahmah serta juga program Agro Madani untuk jualan murah yang melibatkan barang keperluan asas untuk membantu rakyat. Jadi, insya-Allah pada tahun hadapan kita akan adakan dua kali sebulan di setiap DUN untuk program Jualan Rahmah ini. Di masa yang sama, ikhtiar yang keempat ialah di sepanjang rantaian bekalan itu, pihak penguat kuasa kita akan memastikan bahawa tiada aktiviti pencatutan serta juga tiada aktiviti kartel untuk memastikan sepanjang rantaian bekalan itu kita dapat mengawal harga barang. Tidak ada pencatutan dan tidak ada aktiviti pakatan seperti kartel. Akhir sekali, antara kelima ikhtiar kerajaan ialah untuk meningkatkan lantai ekonomi. Di mana di dalam ikhtiar meningkatkan lantai ekonomi ini termasuklah SARA, STR, Sistem

Dr. Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Saraan Perkhidmatan Awam, Dasar Gaji Progresif, Inisiatif Pendapatan Rakyat, Perintah Gaji Minimum. Itu yang dilaksanakan oleh kerajaan lima ikhtiar tadi untuk memastikan bahawa kita membantu rakyat di dalam mereka menggunakan kuasa beli mereka. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Rengas.

Kapten Azahari bin HasanBERSATU · PNPadang Rengas

Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Tan Sri yang di-Pertua, angka-angka inflasi yang diberikan itu ya lah nampak menurun tetapi rakyat di bawah sana masih lagi rasa terbeban dan terkesan dengan kos sara hidup. Soalan saya, adakah kerajaan telah mengenal pasti unjuran peratusan kenaikan harga barangan mengikut sektor, mengambil kira impak pelaksanaan rasionalisasi RON95 serta penyelarasan gaji minimum kelak? Sejauh manakah unjuran ini telah diambil kira dalam indikator kos sara hidup berasaskan perbelanjaan asas kehidupan wajar? Lagi satu, adakah kajian turut dijalankan khususnya tekanan inflasi makanan dan minuman dan kuasa beli pengguna bagi golongan M40 di mana lebih 58 peratus daripada M40 terutamanya di bandar turut merasai kesan kenaikan kos sara hidup? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Di bawah kajian indikator kos sara hidup ini, memang diambil kira semua perkara yang melibatkan perbelanjaan. Tapi berkenaan dengan RON, RON95, sekiranya penyasaran subsidi itu berlaku apabila ia berlaku kelak, tentu sekali ia akan ada impak kepada isi rumah yang menggunakan RON95 tersebut ya, petrol tersebut. Jadi, dalam kajian yang dibangunkan oleh DOSM, di mana KPDN turut serta diberi taklimat, memang diambil kira. Maksudnya kalau ada dua kereta, kalau ada dua orang bekerja, isteri bekerja, suami bekerja, kalau ada anak sekolah yang kecil, yang pergi sekolah ataupun anak belajar di universiti, semuanya termasuk dalam perkiraan indikator kos sara hidup tersebut. Berkenaan dengan makanan dan minuman ini, saya kira faktor yang menentukan turun naik itu ialah faktor yang lebih global. Tetapi apa yang kementerian akan lakukan ialah memastikan bahawa segala tindakan, contoh, apabila kita menyasarkan subsidi diesel, kita memastikan bahawa penyesaran subsidi itu tidak meninggalkan kesan kepada harga barang seperti yang kita telah lakukan dengan penyasaran subsidi diesel, di mana, selepas kita berikan subsidi fleet card kepada kos pengangkutan dan sebagainya. Jadi, itulah yang kerajaan sedang lakukan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya kepada Timbalan Menteri, berdasarkan jawapan yang asal, saya nak tanya berkaitan dengan minyak subsidi satu kilo yang kita sediakan terutamanya untuk golongan B40 ini. Apakah

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

mekanisme yang digunakan oleh kementerian untuk memastikan supaya pada akhirnya semua minyak subsidi masak ini dapat dijual kepada sasaran kita. Sebab di luar sana yang kita perhatikan banyak peniaga di mana mereka simpan minyak subsidi ini dan hanya jual kepada sesetengah golongan sahaja ya, targeted customer mereka sahaja. Jadi, apakah mekanisme yang kita gunakan untuk memastikan sasaran kita tercapai? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

Terima kasih Kota Melaka. Tan Sri Yang di-Pertua, sebanyak 60 juta paket minyak masak bersubsidi dikeluarkan setiap bulan ya. Jadi, kita memastikan bahawa kita menggunakan sistem eCOSS, di mana ada boleh di-trace dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, daripada repacker kepada pemborong dan kepada peruncit. Manakala, peruncit pula diminta untuk mengisi buku log, mereka jual kepada siapa. Akan tetapi selepas peruncit itu ada kalanya peruncit itu tidak menyimpan buku log dengan baik. Jadi, di sini penguatkuasaan amat penting Tan Sri Yang di-Pertua. Di mana, kalau kita tengok kebelakangan ini memang penguat kuasa KPDN bekerja 24 jam untuk memastikan tidak berlaku ketirisan. Tidak berlaku ketirisan ke atas barang-barang bersubsidi, terutamanya minyak masak paket ini. Namun, tetap ada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan. Contohnya, mereka menggunakan minyak masak subsidi ini di restoran contohnya. Jadi, perkara ini akan dibanteras habis-habisan dan inilah tugas penguat kuasa kita dan kita akan pastikan tiada ketirisan berlaku. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Baik. Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila Menteri. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, pada hari Selasa, 19 November 2024”.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang menyokong?

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Parit Sulong

Tan Sri, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa — Kepala B.20 [Jadual] – Kepala P.20 [Anggaran Pembangunan 2025] –Bill

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Kita akan mulakan hari ini dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya terima 16 pembahas yang akan berbahas dan setiap pembahas akan diberikan lima minit. Saya akan bacakan nama-nama. Bermula dengan Seputeh, Hulu Terengganu, Paya Besar, Tangga Batu, Pekan, Rompin, Petaling Jaya, Kuala Krau, Betong, Shah Alam, Merbok, Bakri, Jeli, Puncak Borneo, Pasir Salak dan Tuaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seputeh. Lima minit dari sekarang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran- bermula dengan Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM). Saya ingin cadangkan kementerian mempertimbangkan menjadikan kedua-dua Lembaga ini untuk melaksanakan sistem terbuka dari segi- supaya penjawat awam daripada agensi lain malah pegawai dari sistem PDD juga boleh dimasukkan untuk mengetuai, menyertai dan mengetuai kedua-dua Lembaga ini.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Cadangan saya sebenarnya telah banyak kali saya bentangkan kerana saya rasa yang kedua-dua Lembaga ini kalau ia masih tetap sebagai close service, jadi mereka yang masuk untuk kerja dalam kedua-dua Lembaga ini bila waktu muda mereka masuk sampai mereka bersara 30 tahun dalam Lembaga ini- kedua-dua Lembaga ini dan dua-dua Lembaga ini lembaga yang kecil. Jadi, kalau kita ada penjawat dari agensi lain malah daripada macam sistem perjawatan di negeri ya, macam di Sabah atau Sarawak, mereka boleh masuk menyertai Lembaga ini. Ia dijadikan open service ia akan dapat menambah baikkan fungsi kedua-dua lembaga ini serta memajukan kedua-dua industri iaitu industri lada dan juga industri koko. Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit dan Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Dalam buku bajet- dalam buku bajet kita itu Anggaran Perbelanjaan Persekutuan untuk tahun depan, bajet untuk menangani Kempen Anti Minyak Sawit ialah RM15 juta. Tetapi bajet yang diumumkan dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, beliau mengumumkan RM65 juta akan disalurkan kepada kementerian untuk dijadikan perbelanjaan Kempen Anti Minyak Sawit. Soalan saya ialah pengumuman Perdana Menteri ini apakah ia benar kerana ia tidak dicetak dalam buku bajet untuk tahun depan dan juga sekiranya betul, ia dimasukkan dalam butiran yang mana? Adakah dalam kementerian ini ataupun di kementerian lain? Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk menyenaraikan pecahan penggunaan RM65 juta ini. Saya sekali lagi ingin cadangkan supaya kementerian boleh menggunakan sebahagian daripada dana RM65 juta ini untuk memulihkan pejabat MPOB atau MPOC di Eropah sebagai usaha kementerian untuk mencadangkan kempen ataupun lobi untuk mempertahankan minyak sawit Malaysia.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sebenarnya pejabat ini pernah wujud sebelum pandemik Covid. Saya menyeru kementerian memulihkan pejabat ini di Eropah supaya kita boleh menjalankan usaha menentang kempen anti minyak sawit dengan lebih gigih. Puan Pengerusi, Kesatuan Eropah (EU) secara rasminya menangguhkan pelaksanaan peraturan bebas penebangan hutan EU atau EU Deforestation Regulation (EUDR) selama satu tahun yang kini dijadualkan berakhir pada tahun 2026. Kita tahu EUDR akan memberi impak besar terhadap perdagangan semua komoditi eksport Malaysia dan bukan hanya tertumpu kepada minyak sawit sahaja, eksport getah kita juga turut terkesan akibat pelaksanaan EUDR. Saya ingin menggesa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk menilai semula secara kritikal keupayaan kita untuk mematuhi EUDR dan

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

memastikan pematuhan tersebut dapat dicapai sepenuhnya. Walaupun saya menyokong Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), saya difahamkan bahawa ia masih belum sepenuhnya mematuhi pelaksanaan EUDR dan malah RSPO juga mungkin masih belum sepenuhnya mematuhi EUDR. Cabaran utama adalah melaksanakan ketelusan dalam sistem pengeluaran kita dan kita nampaknya tertinggal dalam hal ini tatkala bergantung kepada sistem pematuhan dicadangkan melalui MPOB, MSPO dan MPOC. Oleh itu, saya menggesa kementerian untuk mempertimbangkan penggunaan sistem alternatif yang lebih maju dan sedia ada seperti EUDR secepat mungkin sekiranya sistem dalaman kita masih belum bersiap sedia. Puan Pengerusi, industri sawit bukan sahaja dituduh mengancam...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung. Sila gulung. Masa sudah tamat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, saya akan gulung. Bukan sahaja dituduh mengancam kelestarian hutan tetapi ia juga dituduh melepaskan gas rumah kaca dalam bentuk sisa kumbahan iaitu sisa hasil sampingan pemprosesan buah sawit. Gas rumah kaca atau greenhouse gases dalam bentuk metana adalah sejenis gas yang mempunyai global warming potential 20 kali lebih tinggi daripada carbon dioxide. Oleh itu, kementerian telah pun wujudkan dasar untuk mengatasi cabaran tersebut. Kilang sawit baru diwajibkan menyediakan sistem biodigester manakala, kilang lama juga diberikan jadual untuk berbuat demikian. Soalan saya ialah apakah perkembangan dasar tersebut? Berapakah tan metana telah pun dikumpulkan dan dipakai sebagai tenaga boleh dibaharui? Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan ataupun telah pun dirancang selaras dengan komitmen Malaysia dalam Nationally Determined Contributions pertama di bawah Perjanjian Paris untuk mengurangkan pelepasan GHGs di bawah sektor sisa? Akhirnya Puan Pengerusi, saya hendak tanya tentang dasar di mana kerajaan mengehadkan pendedahan geolokasi hutan simpan kekal kepada pihak lain disebabkan keselamatan negara ataupun national security. Dasar ini menegah industri kayu-kayan untuk mengeksport kayu-kayan ke Kesatuan Eropah selepas EUDR dilaksanakan kerana EUDR mengehendaki pengeksport untuk mengumumkan geolocation kawasan hutan yang telah ditebang ataupun di harvested. Sebenarnya agri-komoditi lain seperti apa yang disebutkan tadi juga dikehendaki mendedahkan geolocation kawasan perladangan mereka juga. Apakah kerajaan akan mengkaji semula dasar ini? Sehubungan itu, MPOB pada beberapa tahun yang lepas sepatutnya mendedahkan kesemua kawasan penanaman sawit kepada semua pihak untuk menunjukkan ketelusan industri ini dalam penanaman sawit sebagai juga langkah untuk menangani kempen anti sawit. Apakah perkembangan terbaru tentang projek ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberi untuk saya membahaskan RUU Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa. Saya terus kepada Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara iaitu Belanjawan 2024 – RM29.5 juta. Manakala, Belanjawan 2025 – RM29.7 juta. Lembaga Kenaf ini mula diperkenalkan pada 2010 dan Terengganu antara negeri yang terawal melibatkan diri dalam hal tersebut. Namun, setelah 14 tahun nampaknya ia semakin suram dan tidak memberangsangkan. Persoalan saya, apakah tindakan pihak kerajaan untuk memantapkan lagi perusahaan kenaf dan tembakau di Terengganu khususnya ataupun di negeri-negeri lain? Yang kedua Yang di-Pertua, berkaitan dengan Butiran 020400 iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah fungsi MTIB dalam mengurus dan memasarkan, membangun serta mengawal industri perkayuan di negara kita. Yang kedua, saya suka mencadangkan supaya MTIB ataupun kerajaan kembali menggunakan kekuda kayu untuk bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia kerana apa yang kita dapati penggunaan kekuda besi menyebabkan banyak keruntuhan. Saya beri contoh, di Terengganu, Masjid Batu Putih runtuh, Masjid Binjai Kertas runtuh, Masjid Tebauk runtuh, Masjid Mengabang Tengah runtuh, Balai Polis Marang runtuh dan juga saya difahamkan yang terbaru ialah UKM pun runtuh. Ini kerana kekuda besi. Yang pertama, kekuda besi ini hanya diimport daripada luar negara, cuma disiapkan di sini. Yang kedua, ketahanannya. Dia punya ketahanan menyebabkan banyak berlaku keruntuhan. Jadi, saya suka mencadangkan untuk hendak mempopularkan balik ataupun untuk hendak menjadikan kayu sebagai alternatif kerana apa yang dikatakan kayu lebih tahan berbanding dengan kekuda besi. Jadi, saya minta pihak kerajaan untuk mempromosi ataupun mengangkat permohonan ini untuk menjadikan perusahaan kayu ini akan lebih cemerlang untuk masa-masa depan. Kemudian, yang ketiga berkaitan MTIB juga. Sekarang ini seni ukir kayu semakin suram yang mana kebanyakan yang melibatkan diri dalam ukiran kayu ini ialah bumiputera. Jadi, saya minta pihak kerajaan menyediakan satu dana untuk menggalakkan supaya pengukir-pengukir ini dapat fokus kepada seni ukir kayu agar ianya dapat dicemerlangkan untuk masa-masa ke depan. Berkaitan MTIB juga berkaitan dengan eksport bumiputera. Yang di-Pertua, saya difahamkan sejak dulu eksport kayu daripada bumiputera cuma mencapai sekadar satu peratus sahaja daripada saya difahamkan lebih daripada RM20 bilion eksport kayu ke luar negara. Jadi, kita minta kerajaan fokus kepada hal tersebut kerana kita difahamkan bahawa ada di kalangan bumiputera yang terlibat dengan eksport ini tetapi mereka tidak atau mereka dikesampingkan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Cuma, saya hendak tanya Dewan yang mulia ini, apakah penglibatan pihak istana dalam perniagaan juga tergolong dalam bumiputera? Saya suka memetik kata-kata ataupun maklumat yang saya lihat daripada podcast seorang Ahli Parlimen yang quote and unquote, ayatnya ialah “PM telah menelefon beliau dan mengatakan bahawa hendak kritik saya boleh, tetapi jangan sentuh sangat institusi raja”. Hendak kritik saya boleh, tetapi jangan sentuh sangat institusi raja menunjukkan bahawa yang pertama, pihak istana terlibat dengan perniagaan. Yang kedua, saya nampak kerajaan banyak tunduk kepada permohonan ataupun projek-projek yang datang daripada pihak istana. Jadi, ini persoalan saya, apakah pihak istana ini terlibat dalam kategori bumiputera? Kemudian, yang ketiga Yang di-Pertua, ingin saya kongsikan juga di sini iaitu berkaitan dengan industri buluh. Dulu, kerajaan terdahulu telah menjadikan industri buluh ini sebagai satu industri untuk masyarakat. Tetapi sehingga ke hari ini ke mana hilangnya industri tersebut? Adakah ia masih wujud ataupun hilang entah ke mana? Itu persoalan saya. Kemudian, berkaitan dengan hal lain, saya yakin dan saya percaya supaya pihak kerajaan agar melihat perkara ini dengan lebih dekat untuk memastikan bahawa kementerian ini akan dapat lebih berdaya maju untuk memastikan bumiputera tidak tertinggal, orang Melayu tidak tertinggal dalam perusahaan yang dikatakan terutamanya balak, industri yang semakin menjelang senja. Jadi, kita berharap apa saya nyatakan tersebut dapat lebih perhatian yang sewajarnya untuk pastikan kelestarian kementerian ini akan dapat diteruskan untuk masa- masa yang akan datang. Terima kasih Yang di-Pertua. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Timbalan Speaker, Point of Order 99 – Petua-petua Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Speaker pagi ini baru kata, “Menteri, Isnin tak boleh pakai batik”. Tapi, saya tengok ‘Hulu Selangor’ hari ini pakai pakaian segak. Jadi, saya nak minta petua. Adakah pakaian Hulu...

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Hulu Selangor sini, bang.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Sorry, sorry. Hulu Terengganu. Sorry. Hulu Terengganu. Jadi, saya nak minta, sama ada baju ini boleh dipakai? Sebab, saya pun nak beli satu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Kampar ini selalu nak cari gaduhlah.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Sebab, saya diberitahu hanya lounge suit dibenarkan dan hari Khamis batik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, Kampar ini selalu cari gaduh. Tak ada apa-apa pasal cari gaduh pagi-pagi. Terima kasih, Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya rasa tak ada larangan untuk pakai baju ini. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Yang di-Pertua, boleh tak saya nak guna satu perkataan?

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak boleh. Sila duduk.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Bahawa Kampar...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

...Tak ada otak. Boleh guna tak?

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk. Yang Berhormat Paya Besar.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Puan Pengerusi. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana diberi ruang untuk saya terlibat dalam Kementerian Perladangan dan Komoditi, B.20 dan P.20. Saya ingin merujuk Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi yang tertumpu kepada dua lembaga iaitu Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia. Puan Pengerusi, apabila kita bercakap tentang kenaf dan tembakau, ia adalah satu sejarah yang cukup panjang. Peralihan petani daripada tembakau kepada kenaf juga mempunyai banyak cabaran. Banyak petani agak berat hati untuk beralih kerana risiko keuntungan, permintaan pasaran dan teknik tanaman. Itu sebabnya persoalan saya kepada pihak kementerian, setelah sekian lama kita melaksanakan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, saya lihat peruntukan pada setiap tahun tidak pernah ada pengurangan. Itu sebabnya saya nak bertanya beberapa persoalan bagi memungkinkan kita dapat jawapan secara terang dan jelas cabaran industri kenaf untuk menjadi stabil dan kemapanan pasaran supaya kenaf juga menjadi competitive crop seperti crop yang lain. Pertama, berapakah ramai petani yang sedang mengusahakan ladang kenaf dari segi keluasan ladang dan juga tahap pengeluaran per hektar? Keduanya, apakah strategi kerajaan untuk memastikan kita ada consistent buyer dan mampu untuk membina dan meneroka pasaran domestik dan pasaran global? Ketiga, bagaimana industri kenaf dan kerajaan ingin memastikan kenaf berupaya menjadi sumber kepada industri tekstil, sumber kepada bio composite dan sumber kepada construction dan automotive? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara mempunyai kemajuan yang amat menggalakkan dari segi R&D? Adakah R&D di Lembaga Kenaf dan Tembakau mempunyai sufficient funding? Adakah mempunyai

kepakaran yang sangat tinggi, top notch untuk memastikan kita juga mampu untuk memastikan kenaf ini sebagai competitive crop seperti mana palm oil dan rubber? Puan Pengerusi, apabila kita menyentuh pasal koko Malaysia, kita hadapi cabaran yang cukup besar kerana persaingan kita adalah negara-negara pengeluar koko yang besar seperti west African countries ― Ivory Coast dan Ghana. Negara jiran kita Indonesia juga merupakan pengeluar koko yang besar. Persoalan saya kepada pihak kementerian, berapakah keluasan ladang tanaman koko yang telah ditukar kepada crops yang lain seperti crop kelapa sawit, getah, dan berapakah yang sedia ada yang ada sekarang ini? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian. Sefaham saya dan apa yang saya lihat, komuniti petani koko majoritinya, Puan Pengerusi, adalah golongan yang tua. Apakah strategi Lembaga Koko Malaysia untuk meremajakan komuniti petani koko ini? Bagaimana kita ingin memastikan kita dapat menjadi pengeluar koko dengan kos yang rendah supaya kita juga dapat meningkatkan keupayaan petani-petani di dalam bidang koko ini? Persoalan saya kepada kementerian juga, Puan Pengerusi, bagaimana untuk kita meningkatkan local consumption dan demand untuk produk yang berasaskan koko? Apakah usaha Lembaga Koko untuk memastikan ada nilai tambah produk koko dan bagaimana untuk kita jadikan koko Malaysia ini sebagai premium coklat ataupun cocoa butter yang dapat bukan sahaja untuk local consumption dan local demand tetapi juga berada di peringkat antarabangsa? Akhir, Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh dua perkara di bawah Butiran 030400 dan 030500 berkaitan MSPO dan Kempen Anti Minyak Sawit. Saya harap sangat supaya kementerian, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh tadi, menghidupkan balik satu ofis di European country. Kerana apa, pengalaman saya bersama Yang Berhormat Tan Sri Speaker, apabila kita berinteraksi dengan Ahli-ahli Parlimen di bawah European Union, mereka agak kurang maklumat tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang sedang kita lakukan di bawah MSPO. MSPO merupakan suatu perkara yang sudah memenuhi apa yang terkandung dalam EU Deforestation Act. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tangga Batu merujuk kepada Butiran 040000 – Dasar Baru yang berjumlah RM10.5 juta. Negara juga perlu melihat kepada sumber baru agrokomoditi yang boleh menyumbang kepada meningkatkan sosioekonomi rakyat, juga menambahkan hasil negara seperti koko, buluh dan kelapa. Buluh, umpamanya, boleh menjadi sumber baru kepada

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

pendapatan negara di mana menjelang tahun 2030, nilai pasaran global buluh dijangka mencapai sebanyak USD100 bilion. Buluh tidak lagi menjadi wood for poor tapi hari ini buluh adalah wood for future. Buluh merupakan tanaman tumbuh dengan cepat, sustainable dan boleh dibaharui dengan mencapai tahap kematangan hanya dalam masa empat tahun. Keupayaannya menyerap karbon yang baik sekitar 60 tan carbon dioxide sehektar setahun, di samping buluh dapat menggantikan kayu tropika. Ia boleh digunakan sebagai sumber tenaga hijau melalui proses pyrolysis boleh menghasilkan biochar yang digunakan sebagai activated carbon untuk filter, wood vinegar sebagai insect repellent dan hydrogen gas yang boleh dikitar semula bagi menghasilkan tenaga elektrik hijau. Struktur cellulose buluh yang unik amat sesuai untuk menghasilkan single layer carbon iaitu graphene yang digunakan secara meluas dalam industri electrical dan electronic dan energy storage, dan microcrystalline yang juga digunakan secara meluas di dalam industri farmaseutikal, makanan dan kosmetik. Pertanyaan Tangga Batu. Apakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan projek rintis untuk menjadikan buluh sebagai sumber baharu komoditi bagi menjana green energy yang memenuhi ciri-ciri sustainable, renewable dan eco friendly? Sejauh manakah lima teras strategi pembangunan yang digariskan di dalam Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2030 iaitu: (i) pengukuhan dasar dan peluasan sumber; (ii) peningkatan modal insan dan kepakaran dan kapasiti; (iii) pengukuhan inovasi dan teknologi dan R&D; (iv) pemerkasaan rantaian dan jaminan kualiti; dan (v) pengukuhan strategi pemasaran dan perkongsian pintar telah mencapai matlamat atau KPI yang digariskan? Apakah kementerian berhasrat untuk bekerjasama dengan negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina agar dapat menghasilkan buluh-buluh yang lebih bermutu tinggi bagi mengurangi import buluh yang berjumlah hampir RM100 juta setahun? Sebagai contoh, Malaysia belum mempunyai spesies gigantochloa yang sangat sesuai untuk pembinaan bangunan dan perabot. Maka, ia perlu diimport. Tangga Batu juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan bamboo one stop center for information, dengan izin, dan sumber maklumat agar memudahkan publik dan pemain industri dapat membuat rujukan. Seterusnya, Tangga Batu merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi iaitu Lembaga Koko. Anggaran perbelanjaan telah meningkat sebanyak RM3.2 juta. Apakah pendekatan ini telah mengambil kira penggabungan kelapa ke dalam Lembaga Koko Malaysia? Jumlah keluasan penanaman koko adalah sebanyak 6,123 hektar, 89 peratus adalah pekebun kecil. Jumlah pengeluaran hanya 269 tan atau 43.9 kilo per hektar dan pengalaman saya dulu, kami pernah mencapai sehingga 1,000 kilogram sehektar.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan khususnya dalam membantu khususnya dalam bentuk pemilihan varieti bahan tanaman, pembajaan dan pekebun kecil supaya dapat meningkatkan pengeluaran dalam negara bagi mengurangi import yang jumlah 533 ribu tan dengan nilai RM8.37 milion. Seterusnya, Tangga Batu merujuk kepada anggaran perbelanjaan 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di mana kita dapati bahawa belanjawan ini meningkat sebanyak RM12 juta berbanding dengan 2023. Apakah tujuan – kemudian di sana terdapat RM50 juta. Apakah tujuan pinjaman RM50 juta ini? Di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) terdapat 11 spesies yang dicadangkan iaitu dua spesies tumpuan Timber Latex Clone dan Acacia spesies. Sembilan spesies cepat tumbuh iaitu: (i) buluh; (ii) Tectona grandis; (iii) Azadirachta excelsa; (iv) Khaya; (v) Batai; (vi) Binuang; (vii) Kelempayan; (viii) Paulownia; dan (ix) Eucalyptus. Berapa banyakkah peruntukan yang telah diluluskan kepada individu atau syarikat di bawah PPLH 2.0 yang mana kita maklum bahawa RMKe-12 sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan. Selain Timber Latex Clone, apakah spesies yang paling banyak ditanam bagi memenuhi hala tuju ataupun KPI PPLH? Penanaman buluh terikat dengan undang-undang dan akta yang tidak mengiktiraf buluh sebagai spesies kayu hutan kerana ia adalah dari spesies Gramineae ataupun rumput yang menyebabkan kesukaran syarikat-syarikat yang berminat untuk menjalankan aktiviti huluan buluh. Terakhir, apakah tindakan kerajaan melalui kementerian untuk memastikan ladang komersial buluh dapat dilaksanakan di bawah PPLH? Sejauh manakah pencapaian Program Pembangunan Community Farming Buluh yang diluluskan di bawah RMKe-12, bagi tempoh lima tahun, 2021 dan 2025 dan saya mendapat maklumat bahawa di Dungun ada sekitar 400 hektar yang telah diluluskan oleh pejabat tanah untuk ditanam dengan buluh tetapi sampai kini projek ini tidak dilakukan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu, Saya menjemput Yang Berhormat Pekan.

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi, Butiran 020200 iaitu Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dengan nilai peruntukan sebanyak RM29.8 juta dalam belanja mengurus. Manakala, perbelanjaan pembangunan di bawah 00401 melibatkan peruntukan sebanyak RM32.2 juta. Industri Kenaf merupakan komoditi tanaman baharu yang mula diperkenalkan dan ditanam secara komersial bagi tujuan pengeluaran fiber dan core sejak tahun 2010. Komoditi ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai komoditi eksport baru Malaysia serta sebagai salah satu sumber ekonomi baru mampan kepada negara disebabkan, pertama, tanaman pilihan menggantikan tembakau yang mempunyai banyak kegunaan biokomposit bagi industri seperti automotif, textile, kosmetik, pulpa dan kertas. Sektor pembinaan juga banyak menggunakan kenaf disebabkan sifatnya lebih mesra alam dan tahan lasak, antaranya komponen Sistem Binaan Berindustri ataupun IBS. Kenaf juga turut digunakan sebagai bahan makanan ternakan sebagai contoh, kenaf yang berusia 30 hingga 45 hari dijadikan makanan ternakan kerana kadar protein yang tinggi bagi haiwan ruminan. Permintaan tinggi bagi eksport ke luar negara seperti China kerana kualiti kenaf Malaysia yang jauh lebih baik. Meskipun permintaan bagi komoditi kenaf adalah tinggi dan mempunyai potensi yang sangat baik tetapi kerana usaha-usaha tertentu iaitu dari segi pengurusan tanah yang kurang baik melibatkan banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya bagi perusahaan tanaman komoditi ini. Keduanya, penggunaan tanah yang terpaksa mengutamakan tanaman lain atas faktor tertentu seperti krisis makanan. Kerajaan terpaksa memfokuskan kepada penanaman atau pertanian sektor makanan yang terlibat supaya tidak menghadapi krisis yang kronik, yang mengancam security makanan negara. Kalau kita tinjau dari segi statistik industri kenaf bagi tahun 2023, lebih 600 pekebun kecil kenaf sahaja yang terlibat. Yang melibatkan kawasan penanaman kira-kira 700 hektar, persoalannya nyatakan inisiatif kementerian dalam meluaskan lagi jaringan pasaran dan penggunaan kenaf di peringkat domestik dan global bagi menggalakkan pengeluaran komoditi ini. Keduanya, sejauh manakah pencapaian industri kenaf dalam mencapai sasaran penanaman kenaf berkeluasan 2,500 hektar dan pengeluaran 10 tan sehektar menjelang tahun 2026? Justeru itu, kementerian perlu lebih agresif dalam menggalakkan lagi lebih ramai petani untuk terlibat dalam penanaman kenaf supaya produktiviti yang tinggi dapat dihasilkan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Keduanya, saya ingin menyentuh Butiran 020300 iaitu Lembaga Koko Malaysia yang perbelanjaan mengurus melibatkan RM48.3 juta dan 00100 perbelanjaan pembangunan Lembaga Koko yang melibatkan RM28.2 juta. Koko merupakan antara komoditi terbesar di Malaysia selepas getah, sawit, dan kayu-kayan. Pada tahun 2023, keluasan tanaman koko seluas 6,123 hektar dan 89 peratus pengusaha adalah merupakan pekebun kecil.

Antara isu produktif koko ialah kenaikan harga import pertanian, keduanya ialah serangan ulat serta penyakit yang menyebabkan risiko kerosakan tanaman dan kualiti hasil yang kurang. Oleh itu, Malaysia perlu menghasilkan kira-kira 250,000 tan metrik koko pada tahun 1990-an tetapi kini kalau kita lihat hanya mampu menghasilkan kira-kira 500 tan metrik sahaja setahun. Kalau kita tinjau sumbangan komoditi ini, pada tahun 2022 sebanyak 78 bilion, 2023 sebanyak 8.2 bilion dan pada tahun 2024 sehingga Mei sebanyak 4.8 bilion.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Kementerian perlu memperluaskan ladang tanaman koko sebagai usaha untuk meningkatkan produktiviti koko di Malaysia. Keduanya, cadangan agar diutarakan untuk pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyelesaikan masalah penyakit koko. Oleh itu, kementerian menerusi agensi yang terlibat perlu melaksanakan usaha yang gigih, agresif dalam memastikan produktiviti koko pada peringkat huluan mampu dipertingkatkan dan negara kita mampu menjadi pengeluar koko yang terbesar, bukan sahaja dari segi aspek pertengahan dan hiliran. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

Terima kasih Puan pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 00100 peruntukkan bagi Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebanyak RM28.2 juta, berbanding pada tahun sebelumnya 2024 iaitu sebanyak RM25 juta. Harga koko dilihat terus melonjak sehingga 400 peratus tahun ini berbanding tahun lalu akibat kesan perubahan cuaca dan situasi ini memberi kesan ke atas kos pengguna pada penjualan produk berasaskan bahan koko. Berdasarkan pada statistik laman web Lembaga Koko Malaysia, pengeluaran koko pada tahun 1992, adalah sebanyak 220,000 tan. Berbanding dengan import biji koko sebanyak 1,892 tan. Manakala pada tahun 2023, penurunannya begitu ketara iaitu hanya 270 tan. Berbanding dengan import iaitu 533,000 tan dan juga keluasan, pada tahun 1992 keluasan penanaman koko adalah seluas 156,000 hektar dan manakala pada tahun 2023 penurunan begitu ketara iaitu hanya kepada 1,087 hektar. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan penanaman koko, tak kiralah sama ada melalui estet ataupun pekebun kecil dan kedua, apakah kerajaan bercadang memberikan insentif kepada penanam-penanam koko seperti mana yang dinikmati oleh petani-petani lain contohnya penanam padi.

Ketiga, apakah usaha kementerian untuk meningkatkan keupayaan penyelidik Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan menggalakkan penyelidikan berasaskan permintaan pasaran? Sebagai contoh, menghasilkan klon koko baru, pemprosesan komoditi serta penghasilan produk makanan dan bukan makanan berasaskan koko.

Saya terus pergi kepada Butiran B20, 030300 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Peruntukan bagi insentif pengeluaran getah IPG sebanyak RM171 juta pada 2025 sama seperti tahun 2024. Soalan saya, apakah pelan jangka sederhana dan panjang kementerian dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran getah pekebun kecil, mengambil kira paras harga pengaktifan IPG pada RM3 sekilogram ketika ini? Adakah KPK telah merintis kerjasama dengan negara-negara pengeluar getah utama dunia di bawah kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) untuk menstabilkan harga melalui pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli dalam kalangan negara pengeluar, di samping menyeragamkan peraturan serta standard penanaman dan penorehan getah? Seterusnya, penghasilan getah krip. Soalan saya, sejauh manakah kaedah penghasilan getah krip telah diteroka sebagai alternatif pekebun kecil getah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil pengeluaran lateks? Menerusi Program Transformasi Perusahaan Getah Negara, apakah usaha kementerian untuk membantu pekebun kecil getah dan koperasi kecil menerusi sebuah konsortium dalam memproses getah sekerap kepada getah krip serta menawarkan khidmat bimbingan dan kepakaran pemain industri untuk menggalakkan pengkomersialan industri getah? Mengenai pengawalan penyakit luruhan daun (pestalotiopsis)– payah nak menyebutnya ini. Bagi mengawal penularan penyakit daun luruh– luruhan daun. Itu saja sebenarnya tetapi dia punya bengkoknya– bagaimanakah kementerian memastikan peruntukan yang disalurkan dapat dioptimumkan bagi tujuan rawatan penyakit luruhan daun pokok getah yang boleh menjejaskan, mengurangkan produktiviti tanaman getah dan apakah hasil kajian keberkesanan terhadap rawatan racun kulat komersial untuk mengurangkan insiden penyakit luruhan daun (pestalotiopsis)- itu sebenarnya– seperti yang dijalankan di Ladang LGM Sungai Buloh sebelum ini. Adakah pihak KPK– ini akhir sekali, Puan Pengerusi. Adakah pihak KPK turut bekerjasama dengan negara pengeluar getah utama dunia untuk memanfaatkan aplikasi teknologi rangsangan pokok getah seperti RRIM, hydro based dan sistem torehan intensiti rendah untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan produktiviti dalam kalangan pekebun kecil getah? Terima kasih Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Pembangunan 20, Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mendapat peruntukan sebanyak RM97 juta pada tahun 2025. Merujuk kepada Dasar Agrikomoditi Negara 2021 hingga 2030 yang mempunyai visi kemajuan agrikomoditi demi kemampanan dan kemakmuran bersama. Peningkatan peruntukan bagi MPOB

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

menunjukkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan industri komoditi negara, khususnya kelapa sawit. Menurut Journal of Oil Palm Research, prestasi eksport palm oil and other palm based products, dengan izin, ke pembeli utama minyak sawit Malaysia iaitu China, India dan Kesatuan Eropah pada tahun 2023 merekodkan pengurangan import sebenarnya berbanding tahun 2022. Pasaran import kelapa sawit Malaysia ke India menurun sebanyak 1.6 peratus. Di China, import berkurang sebanyak 16 peratus. Eksport ke Kesatuan Eropah pula berkurang ke 1 juta tan berbanding 1.47 tan iaitu penurunan sebanyak 27 peratus. Antara faktor pengurangan yang terlibat adalah harga crude palm oil (CPO) Indonesia yang lebih kompetitif dan permintaan untuk minyak alternatif seperti minyak kacang soya yang semakin meningkat. Puan Pengerusi, saya sedar juga, pengguna yang juga semakin sedar akan kelestarian alam sekitar lebih condong ke arah bahan alternatif yang mampan dan mesra alam. Permintaan yang meningkat ini membuka ruang untuk memperluaskan downstreaming komoditi kelapa sawit. Selanjutnya, proses research and development (R&D) dapat menggalakkan pengeluaran produk kelapa sawit yang lebih bernilai tinggi dan mampan, lalu memenuhi permintaan. Kita boleh pandang ke Indonesia yang mempunyai peningkatan eksport minyak sawit ke India sebanyak 7 peratus pada tahun 2023 dan eksport ke China sebanyak 5 juta tan pada tahun 2023 berbanding hanya 3.8 juta tan pada tahun 2022. Usaha downstreaming yang diambil oleh mereka melibatkan pemprosesan minyak sawit mentah kepada pelbagai produk lain dengan nilai tambah yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan tempatan dan kemudian, dieksport ke negara luar. Walaupun mengalami kekurangan aktiviti eksport, saya yakin dengan potensi Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit utama yang berteraskan kemampanan, kita mampu terus menerokai downstreaming – aktiviti downstreaming kita. Cuma, saya dapati bahawa sebelum ini terdapat lebih ramai pegawai yang dihantar oleh MPOB ke luar negara yang bekerjasama dengan agensi atau kementerian lain untuk menjalankan usaha mempromosikan minyak kelapa sawit di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, EU dan di Asia. Namun, kelmarin ini difahamkan kebanyakan jawatan ini telah pun tertutup dan mereka tidak lagi ada – kita kata, pegawai yang bertugas di luar negara, khusus untuk mempromosikan minyak sawit kita. Untuk makluman Puan Pengerusi, bukan mudah untuk kita perjelaskan apalah tohmahan yang dilontarkan kepada minyak kelapa sawit kita, dengan Orang Utan nya, dengan hilang hutan kita dan lain-lain. Kita perlukan pengkhususan seorang yang mahir, yang ada pengalaman dan juga pengetahuan yang luas dan khusus tentang kelapa sawit untuk terus engage ataupun bertemu, meyakinkan masyarakat ataupun NGO ataupun pasaran di tempat, khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat untuk terus menjadikan minyak kelapa sawit satu produk yang laris dan yang boleh diterima oleh masyarakat tersebut. Maka, persoalan saya adalah adakah jawatan tersebut akan dipulihkan, akan dikembalikan supaya kita boleh memanfaatkan pegawai-pegawai tersebut untuk

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

menjalankan kerja-kerja promosi di luar negara? Kedua, adakah kementerian merangka R&D usaha downstreaming industri sawit bagi menggalakkan pengeluaran produk minyak sawit yang lebih bernilai dan mampan? Kita sedia maklum bahawa MPOB terdapat banyak patent ataupun banyak hasil teknologi, hasil R&D kita. Namun, berapa produk ataupun hasil teknologi ini dapat dikomersialkan dan dapat diguna pakai oleh industri supaya ia betul-betul membantu aktiviti penghiliran ataupun downstreaming kita? Jadi, itu sahaja soalan saya. Terima kasih banyak Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 00526 – Program Pembangunan, Menaiktaraf dan Penyelenggaraan. Melihat kepada jumlah anggaran harga projek RM82.6 juta, ia cuma berbaki RM1 juta. Jadi, saya ingin perincian secara teliti berkenaan peruntukan ini. Ke manakah ia disalurkan serta apakah perkembangan terkini projek ini? 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Penurunan yang sangat ketara pada tahun ini iaitu hanya RM1.8 juta berbanding RM7.9 juta pada tahun lalu. Apakah faktor kepada penurunan peruntukan kepada LGM ini, sedangkan LGM ini ditubuhkan bagi mengawasi dan memantau pertumbuhan dan penghasilan tanaman getah di Malaysia? Semua maklum bahawa tidak ada jaminan harga getah ini akan stabil sebagaimana yang berada sekarang ialah pada RM3.70 bagi setiap kilo. Jadi, saya ingin mengetahui akan satu model baharu yang diperkenalkan oleh kementerian iaitu model konsolidasi. Sejauh manakah perkembangannya yang dikatakan model ini menjamin pulangan yang stabil kepada pekebun kecil kerana ia tidak bergantung kepada harga getah semasa?

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Kuala Krau menghargai peruntukan RM10 juta bagi mengatasi masalah serangan kulat pestalotiopsis dan ulat bungkus untuk getah dan sawit. Namun maklumat yang saya dapati, kesan serangan ini masih kelihatan terutamanya di kawasan pekebun kecil termasuk dalam kawasan saya Kuala Krau berbanding ladang swasta yang lebih terkawal. Ini dapat dilihat dari segi densiti daun dan tanda fizikal pada daun pokok getah. Jadi persoalan saya apakah jumlah ini mencukupi dengan keperluan tenaga pekerja dan pasukan yang mahir bagi mengawal penularan penyakit ini sedangkan pekebun kecil ini tidak ada mempunyai skill dan kepakaran untuk mengawalnya. 020200 dan P.2000401 anggaran perbelanjaan tahun 2025 adalah sebanyak RM32.2 juta bagi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara berbanding RM24.5 juta pada tahun 2023 iaitu peningkatan hampir kepada RM7 juta lebih. Keluasan tanaman kenaf untuk pengeluaran fiber dan core telah menurun daripada 1,408.4 hektar pada tahun 2018 kepada hanya 843.23 hektar pada tahun 2022. Pengurangan keluasan tanah ini sangat ketara terutama berlaku di Kelantan dan Terengganu. Namun saya memuji langkah kerajaan kerana

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

mengembangkan, menambahkan keluasan di Pahang terutama di Rompin dan juga di Pekan. Apakah faktor perpindahan mengurangkan jumlah tanah di Kelantan ke negeri Pahang? Namun begitu juga dengan jumlah pengeluaran batang kenaf kering menurun dengan drastik daripada 10.01 tan pada tahun 2018 kepada 2.083 tan pada 2022. Pertanyaan saya, apakah punca dan penyebab berlakunya penurunan hasil dan berkurangnya keluasan tanaman ini? Apakah rasionalnya kerajaan menaikkan jumlah anggaran perbelanjaan dari RM24.5 juta kepada RM32.24 juta sedangkan statistik menunjukkan bahawa jumlah keluasan tanaman dan pengeluaran mengalami kemerosotan yang begitu ketara? Kerajaan juga mengunjurkan bahawa jumlah keluasan dan pengeluaran sepatutnya bertambah dari tahun ke setahun menjelang 2030. Kita mampu mengeluarkan 25,000 tan pucuk kenaf pada keluasan setiap 10,000 hektar. Apakah usaha dan pelan tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian untuk mencapai target ini? 11101 perbelanjaan tahun 2025 sebanyak RM97 juta naik kepada 54 berbanding 2023. Dengan kenaikan mendadak ini, persoalan saya adakah peruntukan ini akan digunakan untuk memajukan teknologi bagi menjamin masa depan industri sawit? Sekiranya ya, mohon perincian. Apa pula perkembangan terkini kerjasama bersama MCMC dalam Inisiatif Teknologi Masa Depan Industri Sawit? Ini penting agar industri sawit di negara kita dapat menyahut ombak inovasi yang berlaku di seluruh dunia dengan kehadiran kecerdasan buatan (AI). Terima kasih Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

Terima kasih Puan Pengerusi di atas peluang untuk Betong mengambil bahagian dalam bahaskan bajet di peringkat jawatankuasa di bawah maksud B dan P.20 Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya ingin terus merujuk kepada Butiran 11300 – Lembaga Lada Malaysia. Sarawak merupakan pengeluar utama lada yang menyumbang kepada lebih 90 peratus lada yang ditanam di Malaysia. Bahagian Betong merupakan antara pengeluar yang terbesar di Sarawak dengan sejumlah 2,338 petani yang mengusahakan kawasan seluas anggaran 659.7 hektar. Malaysia mengeksport kurang lebih 5.8 ribu tan lada dengan nilai sebanyak RM149 juta pada 2023. Sedikit menurun berbanding dengan 6.7 ribu tan dengan nilai RM180 juta pada tahun sebelumnya. Statistik pada 2023 menunjukkan penggunaan lada dunia kira-kira 291,000 tan metrik berbanding kadar pengurangan pada tahun sebelumnya sebanyak 251,000 tan metrik. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah tambahan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan harga lada ini akan terus kekal di pasaran global? Kedua, bagaimanakah kerajaan merancang untuk memperluaskan pasaran eksport lada Sarawak ke negara-negara baru? Apakah perancangan untuk menghasilkan aktiviti industri hiliran bagi kita menghasilkan produk-produk baru yang berasaskan lada?

Puan Pengerusi, seterusnya antara fungsi Lembaga Lada adalah untuk menjalankan penyelidikan intensif untuk meningkatkan produktiviti lada dan mentransformasikan struktur pengeluaran kepada produk tambah nilai. Pada masa ini teknologi moden seperti IoT dan pertanian pintar diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran lada. Soalan saya bagaimanakah kementerian memastikan segala penyelidikan ini diterjemahkan kepada peningkatan produktiviti pekebun lada? Apakah sokongan yang diberikan kepada pekebun kecil lada ini untuk mengadaptasikan segala teknologi seperti IoT ini dan pertanian pintar dalam operasi harian mereka? Apakah kemajuan yang telah dicapai dalam penyelidikan untuk membangunkan varieti lada baru yang rintang terhadap penyakit dan perosak? Apakah jenis produk tambahan nilai yang telah dihasilkan daripada penyelidikan yang telah dijalankan? Puan Pengerusi saya terus kepada Butiran 00100 – Lembaga Koko Malaysia. Malaysia juga adalah antara pemain utama dalam industri koko global terutamanya dalam pemprosesan dan pengisaran biji koko. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Lembaga Koko untuk memastikan kualiti biji koko tempatan memenuhi standard antarabangsa? Apakah inisiatif pertambahan yang boleh diambil untuk mengatasi penyakit tanaman koko yang menjejaskan hasil pekebun kecil dan bagaimanakah LKM, Lembaga Koko ini menyokong pekebun kecil melalui latihan dan sokongan teknikal untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti koko? Apakah usaha yang dilakukan untuk memastikan kelestarian alam sekitar dalam penanaman koko di Malaysia iaitu Good Agricultural Practices (GAP) dan berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk projek pemulihan kebun koko dan penanaman baharu? Apakah usaha LKM untuk menarik minat lebih ramai lagi pekebun kecil di luar bandar yang banyak menurun kebelakangan ini? Apakah faktor pekebun kecil ini kurang minat walaupun kita tahu harga koko sekarang amat stabil dan amat baik? Puan Pengerusi, akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit mengenai program bekalan baja subsidi kepada pekebun kecil baik pekebun kecil lada, koko, sawit dan sebagainya. Di kawasan saya, pekebun kecil lada sering mengadu bahawa kualiti baja yang dibekalkan melalui tender ini memang tidak berkualiti dan sering kali bila dibandingkan dengan baja komersial yang dibeli di pasaran, ia memang amat berbeza dari segi kualitinya, tidak dapat menghasilkan bunga-bunga lada. Jadi persoalannya kepada Menteri apakah usaha kerajaan untuk kita melindungi pekebun kecil ini dari ditipu akibat penggunaan baja yang tidak berkualiti? Bagi bekalan baja subsidi ini, apakah mekanisme untuk kita memantau baja yang dibekal secara tender ini oleh kontraktor walaupun apabila dia participate dalam tender itu, sampel yang dihantar itu memang perfect dari segi spesifikasi. Tetapi apabila dia dibekalkan, dihantar beribu-ribu beg kepada pekebun kecil, di situ lah apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan apa yang telah dibekal itu adalah tepat pada spec yang telah dikehendaki semasa tender itu ditawarkan? Dengan itu sekian sahaja daripada Betong. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih puan Pengerusi. Saya ingin terus menyentuh Butiran 00526 – Program Pembangunan Menaik Taraf dan Penyelenggaraan.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Penambahan peruntukan daripada RM21.65 juta kepada RM59.95 juta untuk Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi program pembangunan, menaik taraf dan pembangunan – dan penyelenggaraan dalam Belanjawan 2025 adalah satu langkah besar yang perlu diberi perhatian terperinci. Namun persoalan utama adalah bagaimana dana tambahan ini akan digunakan secara berkesan untuk menyelesaikan isu utama dalam sektor ini terutamanya kebergantungan kepada pekerja asing dan kekurangan inovasi teknologi. Setakat kajian – kaji selidik sehingga Disember 2023, Kementerian Perladangan dan Komoditi menganggarkan seramai 40,000 pekerja diperlukan sebagai tambahan untuk sektor kelapa sawit dan pastinya akan dipenuhi dengan pekerja asing. Ini menunjukkan keperluan mendesak merangka strategi yang menggalakkan penglibatan tenaga kerja tempatan. Penggunaan dana ini boleh diarahkan kepada pembangunan teknologi seperti automasi ladang, penggunaan dron untuk pemantauan ladang dan peralatan penuaian mekanikal. Selain itu, kerajaan boleh menawarkan insentif dan latihan khas untuk menarik lebih ramai tenaga kerja tempatan khususnya golongan muda ke dalam sektor ini. Sebagai tambahan, peruntukan ini seharusnya membuka peluang kepada pekebun kecil untuk meningkatkan daya saing melalui pemberian geran inovasi. Geran ini boleh digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan teknologi yang mesra pengguna ataupun memperbanyakkan hasil ladang ke dalam produk nilai tambah seperti biodiesel. Persoalan saya apakah perancangan terperinci kerajaan untuk memastikan peruntukan ini tidak hanya menampung operasi rutin tetapi juga menyokong inisiatif yang inovatif dan mampan? Bagaimana kerajaan akan memantau dan menilai keberkesanan peruntukan ini dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing? Bagaimana kerajaan merancang untuk menjadikan aktiviti perladangan dapat menempatkan tenaga berkemahiran tinggi? Perkara yang kedua Puan Pengerusi ialah Butiran 11200 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Pengurangan peruntukan dari RM61.28 juta kepada RM6.75 juta. Satu pengurangan yang drastik dan besar untuk Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dalam Belanjawan 2025 menimbulkan persoalan penting mengenai sebab-sebab pengurangan yang mendadak ini. Adakah ia berkaitan dengan projek yang sudah selesai? Atau adakah ini satu langkah penjimatan dalam menghadapi cabaran ekonomi? Jika benar ini adalah langkah penjimatan, bagaimana ia akan memberi kesan kepada pelaksanaan dasar dan strategi yang telah

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 dan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) 2021-2025 yang menyasarkan nilai eksport industri perkayuan mencapai RM28 bilion menjelang tahun 2025. Kritikan utama ini membawa bahawa pengurangan peruntukan boleh memberi kesan negatif terhadap pencapaian sasaran tersebut. Tanpa dana yang mencukupi, pengenalan teknologi baharu dan pengembangan kapasiti industri perkayuan mungkin akan terjejas. Sebuah syarikat di Shah Alam contohnya, berhampiran dengan pejabat saya eksport kayu keruing mereka ke USA menurun sehingga 80 peratus disebabkan oleh kayu tempatan yang semakin mahal dan juga kawasan balak yang makin berkurangan. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah langkah-langkah yang dilakukan? Apakah inisiatif-inisiatif yang disasarkan oleh kementerian untuk memastikan bahawa industri perkayuan di negara kita ini terus mampan dan lestari? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Saya ingin terus kepada Butiran P. 11001 – peruntukan kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM). Penurunan anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.8 juta bagi tahun 2025 berbanding RM7.9 juta pada tahun 2024 dan RM6 juta pada tahun 2023. Saya mohon kepada kementerian tentang perincian mengenai status geran pembangunan yang disalurkan kepada LGM di bawah RMKe-12 termasuk Geran Padanan Program Adaptasi Teknologi Getah (ADTEG), Geran Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dan Geran Program Kawalan Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP). Apakah hala tuju dan strategi kementerian untuk memacu transformasi Lembaga Getah Malaysia terutama dari segi rantaian industri getah sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah asli import selari dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030? Bagaimanakah kerajaan merangka strategi untuk membantu pengusaha getah meningkatkan pulangan pendapatan mereka menerusi sistem penanaman getah secara skala yang besar? Apakah pelan terperinci untuk membangun lebih 420,000 hektar ladang getah yang terbiar, yang telah dikenal pasti seluruh negara mengambil kira cabaran yang dihadapi pekebun kecil dan juga aspek penyelenggaraan ladang getah, penyelidikan R&D sektor huluan? Adakah juga terdapat inisiatif penyelidikan R&D baharu khususnya di sektor huluan ke arah usaha memacu hasil produktiviti getah negara? Misalnya, penyelidikan biak baka getah selain menawarkan formulasi produk getah kering seperti barangan getah industri, barangan getah am dan produk tayar. Adakah pihak kementerian boleh bekerjasama dengan pemain-pemain industri dan sama-sama mempromosikan rancangan industri – merancakkan

industri berdasarkan getah di Bandar Industri Getah yang dibangunkan oleh NCIA iaitu di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, Kedah? Seterusnya pada P. 11200 – peruntukan bagi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM56.75 juta bagi tahun 2025 iaitu RM6.75 juta melalui secara langsung dan RM50 juta melalui pinjaman. Saya ingin tahu perincian mengenai pinjaman tersebut bagi perbelanjaan mengenai MTIB untuk tahun hadapan. Apakah usaha proaktif MTIB untuk memberi nilai tambah jangka panjang kepada industri perkayuan di sebalik persaingan dengan negara-negara pengeksport produk kayu sekali gus mencapai sasaran nilai eksport industri perkayuan sebanyak RM28 bilion menjelang 2030? Adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah geran kepada pengusaha kayu bagi membangunkan industri kejuruteraan kayu dan juga industri berasaskan buluh secara kerjasama pintar dengan industri institusi penyelidikan sejajar dengan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara 2021-2025? Sejauh manakah komitmen kementerian dalam usaha untuk memperkasakan industri perkayuan di Malaysia yang berkait rapat dengan pembuatan perabot sekali gus akan dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam pembuatan perabot dan penglibatan syarikat Bumiputera dan generasi muda tempatan untuk menceburi bidang kejuruteraan kayu serta teknologi pemprosesan kayu? Berapakah nilai terkini eksport perabot keluaran negara dan berapakah jumlah barangan kilang-kilang perabot tempatan yang terlibat daripada jumlah itu dan berapakah bilangan kilang milik syarikat Bumiputera? Apa yang dilihat sekarang kebanyakan inisiatif MTIB lebih melibatkan syarikat besar sementara syarikat kecil dan IKS Bumiputera yang merupakan tulang belakang ekonomi sering terpinggir. Syarikat kecil ini menghadapi kekangan besar seperti modal, kemahiran dan akses kepada teknologi. Adakah bantuan kewangan daripada MTIB untuk syarikat kecil tidak mencukupi untuk menampung kos besar seperti pensijilan antarabangsa atau pelaburan teknologi serta R&D? Untuk menghasilkan reka bentuk perabot moden masih rendah serta gagal memenuhi standard estetika atau fungsi yang dikehendaki oleh pasaran antarabangsa yang menyebabkan pengilang Bumiputera ini sering kali menemui jalan buntu dalam usaha untuk menembusi pasaran antarabangsa. Terakhir, P. 00401 – peruntukan bagi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Sebanyak RM32.2 juta pada tahun 2025 berbanding RM24.5 juta pada tahun 2024. Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak kementerian untuk melahirkan lebih ramai usahawan benih kenaf terutama di luar bandar dalam aktiviti penanaman dan pengeluaran kenaf melalui sokongan dan galakan termasuk penyaluran insentif penanaman kenaf?

Apakah hasil kolaborasi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dengan kerjasama penyelidik universiti dalam menghasilkan produk berasaskan biji benih kenaf melalui perkembangan teknologi berserta pembangunan standard penggredan kenaf secara menyeluruh?

Akhirnya, apakah lagi tanaman alternatif lain yang berpotensi untuk dimajukan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi kepada pekebun kecil seperti penanaman pokok buluh, hem dan cannabis industry serta pokok ketum yang mempunyai nilai tinggi di pasaran antarabangsa, sekali gus dapat membantu para pekebun kecil menambahkan pendapatan mereka seperti yang dilakukan oleh negara jiran kita, Thailand? Sekian, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi. Saya ingin berbahas Maksud Bekalan 20, Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi. Yang Berhormat Puan Pengerusi, pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian kerana usaha dan komitmen yang diberikan untuk promote barangan produk sawit. Bagaimanapun, saya nak merayu kepada pihak kerajaan supaya kita jangan tertumpu kepada sawit sahaja. Di mana saya lihat kementerian ini bukan sahaja satu kementerian yang menjaga satu komoditi sahaja iaitu di bawah perkara ini, ada beberapa lagi komoditi yang lain. Ada beberapa statistik ataupun data yang saya rasa agak membimbangkan di mana dahulu kita merupakan salah satu tumpuan pembangunan industri koko. Walhal, walaupun selepas berpuluh-puluh tahun, sekarang Malaysia masih lagi pada kedudukan yang kelima dalam dunia dalam industri pemprosesan koko. Bagaimanapun, pada suatu ketika, negara kita menghasilkan 220 ribu tan koko tetapi pada hari ini, kita hanya menghasilkan 500 tan koko. Kalau berbanding dengan permintaan, setiap tahun perlu 350 ribu tan koko, maknanya penghasilan domestik adalah jauh tidak cukup. Bukan sahaja merosot tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan untuk industri ini. Maka, saya rasa pihak kementerian perlu membuat sesuatu. Kita selalu kata kita jangan letakkan kesemuanya telur di dalam satu bakul. Sekiranya bakul itu rosak, habis semua telur itu. Maka saya berharap pihak kementerian memberikan penjelasan. Kedua, saya bagi contoh yang kedua, industri getah. Dahulu kita pengeluar getah yang utama di seluruh dunia. Pada suatu ketika, pertama dalam dunia pengeluaran getah. Kini, telah merosot dan kemerosotan ini sebenarnya juga mempengaruhi ataupun menjejaskan pembangunan satu lagi industri yang begitu penting dan dekat dengan hati penduduk di Bakri dan Muar iaitu perabot. Di mana lebih kurang 30 tahun lalu, industri perabot

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

di Bakri dan Muar telah dengan inovatif sendiri, dengan kreativiti mereka sendiri, telah menerokai bahawa kayu getah boleh dijadikan bahan mentah untuk memproses ataupun menghasilkan perabot yang berkualiti. Ini membuatkan kini Muar digelar sebagai Bandar Perabot Malaysia. Tetapi kegemilangan ini ataupun potensi-potensi ini, semakin hari semakin terhakis. Antara sebabnya, bahan mentah yang tidak mencukupi. Menurut pemain industri, kini setiap tahun kita terpaksa mengimport 30 peratus kayu getah dari luar. Maka, apakah jalan keluar yang dirancang oleh pihak kementerian? Sekarang ini saya lihat seolah-olah tidak ada pantauan daripada pihak kementerian. Ramai orang apabila harga komoditi harga sawit naik, mereka tergesa-gesa pergi menebang segala tanaman yang ada di ladang mereka tanpa mengambil kira apakah syarat guna tanah, tanpa mengambil kira sama ada pokok durian itu telah berbuah tetapi mereka menanam sawit hanya kerana pada ketika itu harga sawit tinggi. Sekiranya apabila sawit rendah, mereka mengeluh. Mereka akan menyesal mengapa tidak pada masa itu saya simpan durian saya, saya simpan pokok getah saya. Jadi, apakah khidmat nasihat ataupun rancangan oleh pihak kementerian? Bagi saya paling penting adalah bimbingan kepada para peladang terutamanya peladang kecil dan sederhana supaya mereka tahu apakah strategi negara kita, apakah strategi nasional untuk membangunkan industri komoditi ini termasuk juga ya pertanian. Sebab saya lihat banyak tanah yang sepatutnya ditanam dengan tanaman makanan, kini telah berubah menjadi tanaman kelapa sawit.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Ini pada kebanyakan masanya, mereka tidak mematuhi syarat guna tanah tetapi tiada apa-apa tindakan, tiada apa-apa penguatkuasaan. Maka saya harap, saya menyeru kepada pihak kementerian, dua perkara. Satu, penguatkuasaan untuk memastikan perancangan itu diikut dengan untuk strategi nasional. Kedua, bimbingan dan khidmat nasihat diberikan kepada pihak peladang supaya mereka memahami apakah strategi itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Jeli memulakan dengan Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Kini terdapat kira-kira 450 ribu pekebun kecil bebas dengan keluasan kawasan tanaman seluas 1.5 juta hektar. MSPO juga merupakan di antara cabaran utama yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit di mana pekebun perlu mengikuti piawaian bagi memastikan hasil minyak sawit yang lestari dengan kehendak pasaran eksport dunia bagi minyak sawit Malaysia ini. Namun, proses ini kadang-kadang membebankan bagi pekebun kecil dari segi kos dan pemahaman teknikal. Jika dilihat, bukan semua pekebun kecil mampu untuk mencapai

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

piawaian ini. Oleh yang demikian, Jeli memohon pihak kerajaan dan agensi di dalam memastikan pekebun kecil ini mempunyai pensijilan MSPO ini dengan mengadakan lebih banyak seminar dan program penerangan di kawasan kampung untuk meningkatkan kesedaran mengenai MSPO ini dan faedahnya, selain daripada menyediakan bantuan teknikal, kewangan serta latihan untuk memperkukuhkan daya saing dan keupayaan mereka dalam industri sawit. Kedua, Butiran 030300 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Tuan Pengerusi, sejak tahun 2015, setelah kerajaan melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil, ia secara tidak langsung sedikit meringankan beban mereka. Namun, terdapat banyak isu yang melibatkan pekebun kecil getah ini. Di antaranya ialah harga getah yang rendah di pasaran, faktor usia, peningkatan kos baja dan racun, kos pengeluaran, kurang minat generasi muda, kekangan penggunaan buruh asing dan kita mendapati ramai pekebun kecil ini, ramai pekebun kecil tetapi tidak ramai yang nak menoreh. Atas faktor yang merasakan tidak berbaloi dengan susah payah mereka, mengikut Laporan Lembaga Getah, terdapat 420 ribu hektar kawasan tanaman getah yang sudah matang, namun ditinggalkan kosong dan tidak ditoreh. Jika hal demikian berlarutan, membuatkan masa depan komoditi getah negara terus malap khususnya di kawasan pekebun kecil. Bagi mengurangkan import getah yang sekarang ini mencecah hampir RM6 bilion dan telah menjadikan perbahasan di Dewan ini, apakah langkah ataupun ikhtiar usaha- usaha kerajaan dalam membangunkan kawasan taman getah yang matang ini tetapi tidak ditoreh? Jeli juga ingin melontarkan pandangan kepada kementerian supaya menyediakan satu skim insurans mampu milik yang melibatkan tanaman getah mahupun sawit kepada pekebun kecil. Cara ini adalah satu potensi bagi meyakinkan pekebun kecil dan juga generasi muda untuk melibatkan diri dalam industri ini. Skim ini boleh dijadikan sebagai satu remedi akibat bencana alam, serangan penyakit, serangan hidupan liar dan ini juga memerlukan sokongan dan latihan serta penglibatan semua pihak di bawah LGM dan juga di bawah Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) dengan pelan amalan pertanian terbaik, cara menguruskan risiko tanaman dan pemulihan.

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Jeli menyambut baik saranan Yang Berhormat Menteri dalam langkah untuk menyatukan pekebun kecil sawit dengan mewujudkan kluster ataupun ladang berskala besar iaitu menggabungkan kebun sawit menjadikan kepada kluster 10,000 hektar bagi setiap kawasan dan dapat membolehkan mereka menguruskan dengan cara teratur. Jeli melihat ini ialah satu cabaran kepada kementerian bagi melaksanakan satu kluster bagi menggabungkan kawasan ini kerana cara pengurusan sawit dan pekebun kecil adalah berbeza dan tidak sama seperti ladang sawit yang berskala besar walaupun berada

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

dalam kawasan yang sama seperti proses ladang bermula daripada penanaman sawit sehinggalah pokok sawit mengeluarkan hasil dan dihantar kepada peniaga buah sawit segar. Ini kerana, tanaman ini juga tanaman pelbagai kawasan seperti jauh dari jalan yang menghubungkan pekebun sawit dan juga ditanam di kawasan bukit bukau yang pasti memberikan cabaran yang besar untuk memungut hasil sawit. Jadi Jeli ingin bertanya, apakah peranan kerajaan dalam mewujudkan kluster ini dengan penanaman ini dan pengurusan yang selari dengan- dan ini adakah akan dilantik satu pasukan khusus bagi mengendalikan kluster ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Jeli ingin melontarkan iaitu masalah ancaman haiwan liar di kebun sawit yang menjadi masalah yang tiada penghujungnya kepada pekebun sawit getah terutamanya di kawasan saya di Jeli. Serangan gajah liar ini menyebabkan tanaman dirosakkan oleh haiwan berkenaan terutamanya gajah. Sesetengah pekebun kecil sawit juga buntu dan berada dalam keadaan dilema sama ada setelah kebunnya rosak, sama ada dia hendak menanam semula ataupun give up. Akibat daripada kekerapan ini, sesetengah mereka meninggalkan kebun mereka. Jadi hendak memulakan semula kebun ini, nak start daripada zero memerlukan modal yang besar dan mereka sudah tentu tidak mampu. Melihat kepada program tanam semula ini, maka Jeli memohon supaya kerajaan dapat membantu mereka dan mencadangkan kepada kerajaan supaya turut menyediakan satu platform kepada pekebun kecil ini dengan bantuan anak pokok bagi memulakan kembali penanaman ini bagi meringankan bebanan pekebun kecil ini sebagai pemula kepada tanaman kelapa sawit. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Timbalan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020300 – Pembangunan Agrikomoditi, Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan peruntukan RM48,300,500. Saya ingin mengetahui apakah perbelanjaan spesifik dana ini dan apakah pembangunan-pembangunan kawasan-kawasan baru penanaman koko yang akan dibuka? Saya juga memohon supaya sedikit peruntukan diperuntukkan untuk kawasan Parlimen P.198, Puncak Borneo untuk penanaman baru koko ini sebab di Sarawak, kita mempunyai spesies-spesies koko dan juga kualiti yang begitu baik. Untuk makluman semua, antara biji koko ataupun coco bean yang memenangi anugerah terbaik di dunia adalah daripada Sarawak. Kalau boleh, kita nak buka banyak kawasan penanaman baru supaya kita boleh merancakkan industri koko ini semula sebab sekarang ini, kebanyakan syarikat-syarikat besar sudah tidak banyak terlibat dalam industri ini. Maka, adalah amat penting untuk kita menyatukan pekebun-pekebun kecil supaya mereka ini lebih tersusun dan dengan adanya peruntukan dana ini, kita boleh membawa mereka ke satu persada yang lebih maju dan mapan.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Saya terus kepada Butiran 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit iaitu sebanyak RM15 juta diperuntukkan. Saya ingin mengetahui apakah komponen-komponen perbelanjaan untuk RM15 juta ini sebab kita telah membelanjakan berjuta-juta tetapi masih juga Kesatuan Eropah dan negara-negara luar terus memomokkan minyak sawit kita. Maka kita juga harus berani menyatakan fakta bahawa Kesatuan Eropah ini sebenarnya mereka mengatakan kita perlu menjaga hutan kita walhal bagi mereka, mereka mempunyai cuma 38 peratus daripada hutan yang menutupi muka bumi mereka. Kalau kita lihat di Jerman, 33 peratus sahaja hutan. Di France, Spain, 30 peratus. Di Poland, hanya 29 peratus. Malah jika kita melihat data di negara kita, 60 peratus daripada kawasan hutan kita masih wujud. Malah di Indonesia, mereka masih mengekalkan 51.2 peratus daripada saiz hutan mereka. Jadi, kita harus berani mengatakan bahawa mereka ini memomokkan kita tidak jaga hutan kita tetapi mereka juga tidak menjaga hutan mereka. Kalau kita pergi ke negara-negara Eropah, hardly you can see the forest in the countries. So, apa yang kita takut berbicara fakta dengan fakta? Selain daripada itu, flora dan fauna banyak daripada kita punya...

Puncak Borneo, Puncak Borneo. Minta nak sokong sikit.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Saya ada sikit masa sahaja.

Sikit sahaja, pasal koko tadi.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Satu second boleh?

Boleh, boleh. Koko adalah pengeluar terbaik di dunia yang dimenangi oleh Sarawak jadi kenapa kerajaan tidak memfokuskan untuk membantu bagi meningkatkan kerana koko ini guna seluruh dunia untuk coklat dan sebagainya. Jadi saya nak cadangkan kepada Puncak Borneo supaya kerajaan jenamakan benda ini, jadikan jadi satu produk yang terbaik di dunia ini untuk negeri Sarawak dan juga negara kita, Malaysia. Sekian, terima kasih.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Okey, terima kasih Pendang. Saya amat bersetuju bahawa kita hendak menggemilangkan semula industri koko dan saya nak masukkan ucapan Yang Berhormat Pendang dalam ucapan saya. Saya ingin memberitahu juga bahawa flora dan fauna kita, banyak binatang liar di Eropah lebih banyak pupus daripada negara kita, Malaysia dan juga Indonesia. Jadi, kita harus ketengahkan fakta ini. Kementerian harus menggajikan influencer-influencer, aktivis-aktivis untuk menggunakan dana RM15 juta ini untuk kita serangkan mereka dengan fakta. Apa yang kita takut? Jadi, itu saya mohon kepada kementerian. Saya juga melihat kepada Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Saya melihat bahawa ada peningkatan yang ketara daripada RM43,250,000 kepada RM97,805,000. Jadi, ini peningkatan yang amat ketara. Apakah sebab peningkatan ini dan apakah butiran maklumat ataupun detil perbelanjaan ini? Saya ingin- saya memohon penjelasan supaya kita boleh melihat apakah sebab peningkatan ini. Saya terus kepada...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Bagi saya satu minit. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung, terima kasih.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama. Kita juga melihat bahawa 2024, peruntukan ini bernilai RM4 juta dan meningkat kepada RM6,390,000. Saya juga ingin mengetahui apakah sebab peningkatan ini dan saya juga ingin melihat apakah yang dilakukan untuk peruntukan ini untuk memberi pembangunan impak yang tinggi di dalam industri komoditi kita. Sebab saya melihat dalam industri getah, kita ada 500 lebih ribu penanam-penanam getah yang mendapat bantuan daripada Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah dan Kementerian Komoditi tetapi kenapa kita- kalau kita ada setengah juta penoreh getah, kenapa dalam satu hari, kita tidak boleh produce setengah juta kg getah? Jadi, bermaksud mereka ini mendapat bantuan dan sebagainya tetapi mereka tidak lakukan sesuatu. Can you imagine, if we have half a million of rubber tapper, they can produce half of million worth of kg but even if there one person produce one kg but this is not happening. There is something wrong. The ministry have to investigate and find out what is the problem, dengan izin Tuan Pengerusi. Dengan itu, saya berbesar hati supaya kementerian melakukan satu pergerakan yang progresif dan juga proaktif untuk mempertahankan industri komoditi kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Haji Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Pasir Salak di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Kepala P.20 di bawah Butiran B.20, 030500 di bawah kata kunci Program Pembangunan, Menaik taraf dan Penyelenggaraan. Di bawah perusahaan kelapa sawit dan getah, kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi mesti menilai strategi untuk meningkatkan daya saing produk tempatan dalam pasaran antarabangsa terutama dengan cabaran seperti sekatan eksport dan diskriminasi terhadap produk kelapa sawit. Sebelum ini, kerajaan telah menubuhkan MPOGCM bertujuan untuk menjaga kelestarian alam dan hidupan liar. Program menanam satu juta pokok adalah untuk menangkis propaganda luar yang mengatakan industri sawit adalah punca kerosakan alam sekitar dan hidupan liar seperti gajah, harimau dan haiwan liar yang lain. Pasir Salak ingin tahu apakah program-program lain yang dijalankan oleh MPOGCM ini? Dalam bidang inovasi dan pemodenan, Pasir Salak menyokong usaha memperluaskan penyelidikan dan pembangunan R&D untuk menghasilkan produk hiliran bernilai tambah yang tinggi. Ini termasuk program seperti biofuel, bioplastik dan produk getah perubatan.

Tuan Haji Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Bagi kepala P.20 di bawah Butiran 00518 – Program Pembangunan Kepakaran Sumber Manusia. Di bawah standard alam sekitar, Pasir Salak menggesa komitmen kerajaan dalam menangani tuduhan penggondolan hutan melalui pematuhan kepada standard antarabangsa seperti RSPO iaitu Roundtable on Sustainable Palm Oil. Pasir Salak juga mencadangkan skim khas untuk pekebun kecil yang menghadapi kesukaran mematuhi piawaian lestari. Pasir Salak juga mencadangkan agar kerajaan menggubal Akta Kerja 1955, digubal iaitu cuti tahunan bagi pekerja-pekerja ladang dan swasta ditambah daripada 16 hari setahun kepada 25 hari setahun. Yang ketiga, penyertaan golongan B40 dan usahawan tani. Pasir Salak ingin tahu berapa ramai kah pekebun kecil yang terlibat bagi menggalakkan peningkatan penyertaan pekebun kecil dalam ekonomi komoditi dengan memberikan bantuan kewangan dan latihan. Sebagai contoh, Inisiatif Usahawan Tani iaitu INTAN seperti yang disebut dalam Dasar Kerajaan Madani. Begitu juga dengan Dasar Subsidi Bersasar. Pasir Salak mengharap subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, mengelakkan pembaziran fiskal seperti yang dikemukakan dalam dasar kerajaan baru-baru ini. Puan Pengerusi, yang keempat, di bawah kata kunci diversifikasi ekonomi di bawah B.20 Butiran 020000 – Komoditi Alternatif. Pasir Salak menyokong pengembangan kepada komoditi seperti kenaf dan koko sebagai tambahan kepada kelapa sawit dan getah. Soalan Pasir Salak ialah adakah kerajaan berhasrat untuk menjadikan industri kelapa dimasukkan dalam salah satu industri komoditi negara memandangkan pokok kelapa juga mempunyai potensi yang sangat besar. Mengeluarkan hasil daripada akar sampai ke pucuk, boleh dimanfaatkan sebagai industri utama dan produk hiliran. Seterusnya dalam ekonomi digital, Pasir Salak ingin tahu apakah sektor komoditi dalam ekonomi digital melalui penggunaan teknologi pintar untuk pengurusan ladang yang dilaksanakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi dan berapakah peruntukan diberikan dalam sektor terlibat? Akhir sekali Puan Pengerusi, Pasir Salak berharap peruntukan belanjawan kepada kementerian ini mempunyai ketelusan perbelanjaan. Pasir Salak juga menggesa butiran terperinci penggunaan dana dan pembangunan sektor, memastikan tiada ketirisan. Laporan Ketua Audit Negara boleh dijadikan asas perbahasan ini. Kementerian mesti memastikan kejayaan program seperti pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk sektor perladangan dan komoditi dijalankan dengan lebih terurus dan telus. Semua ini boleh digunakan untuk mendesak penambahbaikan dan memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2025 memberi manfaat kepada sektor komoditi dan rakyat terbanyak. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis dalam Jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

Sila, Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas Bajet 2025, Kementerian Perladangan dan Komoditi. Tuaran ingin memulakan perbahasan bagi Maksud Pembangunan 20, Butiran 00100 – Lembaga Koko Malaysia yang telah diperuntukkan lebih kurang RM28 juta dan juga bagi Maksud Bekalan 20 Butiran 020300 juga Lembaga Koko Malaysia yang telah diperuntukkan sebanyak RM 48,300,000. Tuan Pengerusi, peruntukan yang telah diberikan tidak jauh berbeza dengan untuk tahun 2025 dan tahun ini 2024, tidak jauh berbeza. Pada pandangan saya, nampaknya Lembaga Koko dan kementerian dalam hal koko their business as usual, tidak ada perubahan banyak. Tetapi apabila kita lihat dari segi potensi industri koko di Malaysia ini, ia sangat besar sumbangannya sebenarnya. Guna tenaga memberi sumbangan sebanyak RM22,392 iaitu dari segi huluan sahaja ada 5,668 dan hiliran 16,724. Dia sangat berpotensi untuk ditingkatkan. Dari segi eksport pula, kita setakat September tahun ini pun sudah sampai RM10 bilion. Malangnya, kita juga mengimport koko dengan bilangan lebih kurang sama lebih kurang RM10 bilion juga setakat September tahun ini. Ini bererti bahawa sektor hiliran koko, kita memerlukan, perlu mengimport dari negara lain khususnya dari Afrika. Ini bererti bahawa ia sangat berpotensi. Kita tidak mampu untuk mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk industri hiliran kita. Ini adalah kerana 89 peratus daripada keseluruhan pengeluaran koko adalah dikeluarkan oleh pekebun kecil iaitu daripada 6,123 hektar tanaman koko di negara ini,

5,445.6 hektar adalah dikeluarkan oleh pekebun kecil. Ini bererti bahawa pengeluaran yang dibuat oleh pekebun kecil ini memang dia rendah. Di sini kita nampak potensi kerana apa? Usahawan-usahawan kita yang bukan pekebun kecil ini dapat terlibat sama. Tuaran ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah pihak kementerian akan memberikan galakan kepada usahawan-usahawan untuk kembali seperti dahulu menubuhkan ladang-ladang estet koko supaya kita dapat tingkatkan pengeluaran koko dan kita kurangkan import untuk menampung bahan mentah kepada industri hiliran kita. Dalam hal ini, kalau kita lihat potensinya pada ketika ini dengan harga koko yang sudah melambung tinggi, saya difahamkan sampai RM30 satu kilo. Satu hektar yang diberi bantuan sekarang boleh memberi pendapatan sehingga kalau maksimumnya saya difahamkan sampai RM40,000 dalam satu tuaian iaitu dua kali setahun, sekali tuaian sampai RM40,000 iaitu dengan kadar pengeluaran sampai dalam satu pokoknya, dalam satu hektarnya 1,000 pokok, satu pokoknya boleh sampai 10 kilo dan sebagainya. Malang sekali oleh kerana pekebun-pekebun kecil ini dia punya produktiviti rendah dan kita tidak sampai kepada pengeluaran yang maksimum. Pertanyaan saya di sini ialah apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kementerian, pihak kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran ini? Kalau setakat kita lihat dari segi ejen-ejen pengembangan yang setakat ini, saya difahamkan dia sangat sedikit dan sebahagian besar daripada merekanya semuanya di ibu pejabat dan tidak ada sokongan di peringkat kawasan. Kita di Negeri Sabah kita berbangga kerana ini adalah satu-satunya agensi persekutuan yang beribu pejabat di Kota Kinabalu sebab 60 peratus daripada pengeluaran koko di negara ini adalah daripada Sabah. Walau bagaimanapun, saya difahamkan kakitangan begitu tidak banyak, tidak mencukupi dan perlu ditambah khususnya di daerah- daerah untuk menjalankan lagi kegiatan pengembangan. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah pihak kementerian juga mahu melihat tentang pelbagai infrastruktur pekebun-pekebun kecil terutama sekali dari segi kemudahan jalan raya. Tanpa jalan raya yang baik, tentunya mereka tidak dapat meningkatkan pengeluaran mereka Pada masa yang sama selepas empat tahun, semasa COVID-19 tidak ada apa-apa bantuan yang telah diberikan kepada kerajaan tahun 2020, tahun 2021, sehingga tahun lepas tidak ada bantuan daripada kerajaan. Jadi, adakah pihak kerajaan mempertimbangkan supaya mempertingkatkan lagi bantuan ini meningkatkan lagi peruntukan di masa-masa akan datang supaya pekebun- pekebun kecil ini dapat mempertingkatkan produktiviti mereka dan pada masa yang sama kita dapat mengurangkan import kita untuk menampung industri hiliran pokok kita di Malaysia. Jadi, Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sila, pembahas yang terakhir Yang Berhormat Bera.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya secara ringkas satu isu sahaja yang saya hendak bangkitkan di bawah Butiran 11101 - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Tuan Pengerusi, bagi penjual buah sawit kepada kilang ataupun kepada pembeli-pembeli, mereka memerlukan lesen. Mereka mesti ada lesen baru boleh menjual.

Sekarang ini, saya difahamkan ada satu perubahan dari segi peraturan atau pun dasar, iaitu yang pemegang lesen tadi untuk mendapatkan lesen atau membaharui lesen, mereka memerlukan geran tanah atau pun hak milik. Jadi, geran tanah ini yang menjadi isu. Saya didatangi oleh pemimpin Orang Asli, misalnya, yang mereka tidak mempunyai geran tanah. Orang Asli di mana-mana sahaja seluruh Malaysia ini, hampir tiada atau pun mungkin sikit sangat yang mempunyai geran tanah persendirian. Bagi Orang Asli, mereka berada di dalam satu geran besar, yang berkelompok yang diwartakan sebagai tanah simpanan untuk Orang Asli. Orang Asli punya rizab. Walaupun mereka ada tanah, tetapi mereka tak ada geran. Tidak ada geran berasingan. Jadi, akibatnya, mulai tahun depan, mereka mungkin tidak mendapat lesen untuk menjual buah. Atau pun yang lesen mereka tamat tahun ini, tahun depan mereka tidak boleh memperbaharui lesen. Jadi, ini memberikan kesan yang besar kepada seluruh masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Begitu juga mereka yang mempunyai tanah pusaka. Mengerjakan tanah pusaka yang dimiliki oleh arwah bapa mereka, misalnya. Belum selesai lagi. Tuntutan pusaka tak selesai. Atau pun dari segi pentadbiran, pentadbir harta pusaka belum ada, nama tanah masih lagi bapa mereka. Jadi, kalau ikutkan untuk mendapatkan geran tanah baru boleh dapat lesen, yang mengerjakan tanah pusaka ibu bapa mereka juga tidak akan mendapat lesen untuk menjual buah dan sebagainya. Jadi, saya berharap mendapat pandangan daripada pihak MPOB, daripada pihak kementerian. Atau kalau boleh, tukarkan dasar tersebut, kekalkan dasar lama. Kalau masyarakat Orang Asli, mereka perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sahaja. Mereka mendapat pengesahan ini dan lesen dikeluarkan seperti dulu tanpa melihat kepada geran tanah secara berasingan dan sebagainya. Jadi, saya harap kementerian, kalau betul perkara ini ― sebab, saya didatangi oleh pemimpin kaum Orang Asli daripada kawasan saya, Bera. Kalau betul apa yang mereka bagi tahu kepada saya, saya harap pihak kementerian melonggarkan syarat, kekalkan seperti dulu, Orang Asli hanya perlu mendapatkan pengesahan daripada JAKOA. Jadi, kalau ini dapat dilakukan, jadi tidak timbul isu besar kepada masyarakat Orang Asli kerana kalau tidak, mereka tidak ada punca pendapatan selain daripada sawit tadi. Satu lagi yang saya nak soal, nak tanya saja. Dulu kita meneroka banyak pasaran baru untuk minyak sawit ini. Salah satu pasaran barunya adalah di Afrika. Jadi, saya nak

tahu, sejauh mana kejayaan penerokaan kita? Berapa banyak negara Afrika yang terlibat? Berapa banyak negara Afrika yang membeli produk sawit daripada Malaysia? Akhir sekali, seperti kita tahu, Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia. Dulu kita cadang supaya setiap keputusan mengenai harga perlu dibincangkan di antara Malaysia dan Indonesia. Sebab, kalau kita bersetuju dengan harga dan sebagainya, tentu kita boleh menguasai harga. Tidak lagi kita terikut yang ditentukan oleh orang lain. Malaysia dan Indonesia sudah mencukupi untuk menetapkan harga sawit pada bila- bila masa sekali pun kerana dari segi jumlah yang kita jual, antara Malaysia dan Indonesia, adalah besar. Jadi, inilah cadangan kita. Cuma, saya nak tahu, sejauh manakah kejayaan atau pun setakat manakah kerjasama kita dengan Indonesia untuk menentukan harga pasaran sawit di dunia ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menjawab, 20 minit. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi · Kota Kinabalu

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Sebelum saya sambung untuk membuat penggulungan untuk sesi Jawatankuasa ini, saya ingin mengucapkan welcome, selamat datang. Bersama-sama kita di dalam Dewan yang mulia ini adalah delegasi dari The Oliy Majlis of the Republic of Uzbekistan dan The National Assembly of Tanzania... [Tepuk] Saya dengan hormatnya mengucapkan selamat datang atas kehadiran delegasi di Dewan Rakyat. Dato’ Pengerusi, saya ingin bermula dengan penggulungan untuk sesi peringkat Jawatankuasa ini dengan pendekatan yang berikut. Saya akan bermula dengan isu-isu yang dibangkitkan yang merentasi komoditi. Lepas itu, saya akan buat penggulungan berpaksikan komoditi. So, YB yang pertama yang saya ingin untuk memberikan sikit maklum balas adalah Shah Alam. Walaupun Shah Alam sekarang dia tak ada di dalam Dewan, cuma, saya rasa ini suatu yang penting kerana beliau mempersoalkan apakah perincian untuk Butiran 00526 yang membawa tajuk perincian Program Pembangunan, Menaiktaraf dan Penyelenggaraan. So, untuk makluman Dewan yang mulia ini, ia merangkumi kesemuanya sembilan program. So, ada lima program yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia. Ini sebagai program-program yang dilaksanakan oleh IMPAC bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk sektor sawit ke, untuk sektor kayu-kayan ke dan untuk IOT ke. Ini ada lima program yang tersebut. Lepas itu, ada juga satu program Penyelenggaraan dan Pembaikan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi tahun 2025. Ini merujuk kepada penggunaan untuk

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi · Kota Kinabalu

kementerian ini. Lepas itu, ada tiga lagi program. Ini untuk jalan ladang. Menaik taraf jalan ladang pekebun kecil persendirian di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. So, kesemua ini, jumlahnya adalah merujuk kepada perincian untuk 00526 ini. Dan daripada ini ― ini berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Shah Alam untuk macam mana mengadaptasi teknologi, mekanisasi dan automasi dan juga menggalakkan penyertaan pekerja tempatan untuk meremajakan sektor agrikomoditi ini. Di antara highlight yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap juga Menteri Kewangan pada budget speech beliau, beliau ada menyebut ini ― “Kerajaan turut memberikan insentif pengecualian cukai melalui Elaun Modal Dipercepat,”― semasa ucapan pembentangan Bajet 2025. Insentif ini membolehkan pemain industri di sektor komoditi menerima manfaat insentif cukai SCA atas pelaburan aset tetap serta penambahbaikan yang telah mereka laksanakan seperti teknologi perladangan pintar, automasi dan mekanisasi serta IOT. So, itulah yang berkaitan dengan macam mana kita nak menggalakkan adaptasi teknologi, mekanisasi dan automasi. Lepas itu, saya akan beralih ke sektor sawit, di mana Dato’ Pengerusi sendiri ada tanya soalan... [Ketawa] Okey, untuk sektor sawit ini, saya bermula dengan isu peruntukan untuk kempen anti minyak sawit kerana semasa pembentangan Bajet 2025, Yang Amat Berhormat, beliau mengatakan sejumlah RM65 juta diperuntukkan untuk maksud ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya RM65 juta ini adalah gabungan daripada tiga butiran. Yang pertama, 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit (KPOB) yang membawa RM15 juta. Yang kedua, 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), RM35 juta dan seterusnya sebahagian daripada 11101, program pelaksanaan pensijilan MSPO untuk pekebun kecil persendirian yang juga membawa RM15 juta. Untuk soalan sama ada yang kempen kita untuk menangani kempen anti minyak sawit ini, dapatkah kita berjaya melakukan walaupun kita sudah tutup sementara pejabat- pejabat dekat Brussels, dekat Kesatuan Eropah. Memang saya menyambut baik cadangan daripada YB Seputeh, YB Paya Besar dan juga YB Petaling Jaya mengenai pembukaan semula. Cuma, penutupan pejabat agensi ini dibuat setelah kajian mendalam terhadap keperluan operasi dan keberkesanan pejabat tersebut dalam mencapai objektif promosi minyak sawit Malaysia di luar negara, terutamanya di Eropah.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi · Kota Kinabalu

Walaupun pejabat di Brussels telah ditutup, usaha untuk menangani persepsi negatif minyak sawit Malaysia di Eropah tetap diteruskan melalui pelbagai pendekatan yang strategik, seperti contoh memfokuskan usaha promosi dan diplomatik melalui platform antarabangsa yang lebih luas termasuk kerjasama dengan rakan strategik dan organisasi bukan kerajaan. Kedua, MPOC mempunyai pejabat serantau yang lain yang berfungsi untuk berhubung dan menangani cabaran di Eropah. Cuma ini, sama ada jawatan pegawai MOPB

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi · Kota Kinabalu

dan pejabat MPOB yang telah ditutup di luar negara akan dikembalikan, saya rasa penutupan pejabat MPOB di luar negara adalah sebahagian daripada usaha rasionalisasi kerajaan untuk mengawal perbelanjaan secara berhemah. Usaha untuk mempromosi dan memberi pendedahan kepada negara-negara masih diteruskan melalui usaha strategik dengan MPOC dan pada masa ini, terdapat lima pejabat MPOC yang masih beroperasi di luar negara dan MPOB cuma satu pejabat dekat Shanghai di China. Untuk isu sama ada ini...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Nak tanya, boleh tanya?

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey, boleh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa sekarang kita menghadapi satu cabaran yang sangat sengit daripada Kempen Anti Minyak Sawit kita. Kita memang perlu ada researcher ataupun mereka yang boleh membantu syarikat-syarikat tempatan di Eropah untuk membeli minyak sawit dari Malaysia. Kita perlu ada orang yang spokesperson di Eropah untuk memberi penerangan, memberi, membentangkan kertas kerja di seminar-seminar, conference di Eropah. Kita bukan hantar orang yang jadi – penjawat awam yang biasa tetapi saya rasa kita perlu hantar pakar. Dulu, kementerian memang ada satu idea untuk wujudkan palm oil ambassador for Malaysia. So, saya berharap dengan penambahan bajet untuk Kempen Anti Minyak Sawit daripada Kementerian Kewangan kali ini seperti apa yang telah diumumkan. Saya memang minta yang pihak MPOC ke MPOB menimbangkan semula tentang keputusan menutup pejabat kita di Eropah ini supaya kita boleh menangani Kempen Anti Sawit dengan lebih berkesan.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey. Untuk meneruskan kempen untuk anti – menangani Kempen Anti Minyak Sawit ini, [Tidak jelas] ini keseluruhannya adalah RM15 juta dan di antara RM15 juta ini, 5.625 juta digunakan untuk kempen maklumat pengguna di Eropah dan urusan melobi pula, kita memperuntukkan RM4.3 juta untuk maksud ini. Segala usaha yang telah dilakukan oleh MPOC, saya ada membawa satu salinan. [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Di mana kita pun ada hire, kita pun ada mengupah sosial media influencer untuk memberikan kesedaran kepada pengguna-pengguna di pasaran Eropah. Mungkin saya, nanti saya share, saya akan memberikan ini kepada YB Seputeh yang amat prihatin tentang penutupan okey pejabat Brussels ini. So, terima kasih kepada YB Seputeh. Saya ingin masuk ke isu tanah yang tadi telah dibangkitkan oleh YB Bera selaku mantan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sangat prihatin dengan pekebun-pekebun kecil ini termasuk juga dari golongan Orang Asli. Untuk segala isu yang berkaitan dengan tanah, Kementerian KPK kita, melakukan engagement dengan kerajaan negeri untuk memperhalusi mekanisme untuk menunjukkan legality of land used dengan izin kerana ini adalah salah satu piawaian yang telah ditetapkan di bawah standard UDR.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Pengguna-pengguna atau pembeli-pembeli Eropah amat prihatin kan legality atau pengesahan tanah yang digunakan untuk menanam sawit itu. So, cuma yang kementerian ini mengambil sikap yang terbuka untuk selagi boleh memberikan bukti bahawa tanah itu tengah permohonan dan dengan syarat-syarat dia seperti tadi, YB Bera pun mengatakan bolehkah kita mengkaji balik cara yang JAKOA boleh mengiktiraf ini. Kementerian ini mengambil baik cadangan tersebut dan kita akan mengkaji macam mana mekanisme untuk pelaksanaan dia, terima kasih untuk YB Bera. Selepas sawit ini, saya ingin masuk ke komoditi-komoditi lain yang sekarang saya cuma tinggal 10 minit. Saya cuma boleh pilih kasih okey kerana kali ini saya nampak satu trend yang agak tak disangka kerana koko ini mendapat ramai peminat. Seramai 10 pembahas yang ada membahas tentang isu-isu koko ini. So, sebagai maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh YB-YB. Okey, saya cuma secara ringkasnya untuk memberikan maklum balas yang pertama, keluasan tanaman koko yang telah bertukar kepada komoditi lain dianggarkan 350,000 hektar dan keluasan terkini adalah 6,123.07 hektar. Ini akan meningkat berikutan minat estet, ini estet dia, maksud dia syarikat-syarikat perladangan yang besar dan juga penanam baharu yang untuk menanam koko. Ini seperti contoh syarikat listed company United Malacca, mereka juga menunjukkan minat dan juga SLDB dari Sabah, ini GLC Sabah. Untuk meremajakan koko ini, konsep from farm to-table, farm-to-table, penglibatan dari huluan hingga hiliran adalah salah satu cara kita hendak menarik minat yang remaja ini dan juga, kita ada juga ini program-program yang memberikan insentif untuk pemulihan penanaman koko dan juga IoT sistem penanaman. Untuk makluman...

Menteri, Menteri...

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Boleh Tangga Batu tambah sedikit?

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Nanti dahulu, nanti dahulu, nanti dahulu. Untuk pengetahuan atau makluman YB-YB, di bawah Lembaga Koko Malaysia untuk tahun depan ada empat projek yang baharu. So, ini maksud dia, walaupun koko ini dia menghadapi masalah dari segi ekosistem, cuma kita mengambil pendekatan yang – kita tak pernah berputus asa untuk menolong, untuk melakukan state intervention untuk penanaman koko dan juga dengan lada dan juga dengan kenaf kerana tadi YB Bakri pun mengatakan bahawa kita tak seharusnya cuma memfokus kepada ini satu-satunya komoditi iaitu sawit.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

So, kita memang teruskan untuk komoditi-komoditi yang lain.

Mana ya, Yang Berhormat?

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Boleh Tangga Batu tambah sikit?

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tangga Batu dululah.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Baik, dia – saya setujulah dengan kerajaan...

Saya bangkit dulu.

Yang Berhormat Pendang tak berbahas.

Tadi saya sebut dalam masa Puncak Borneo tadi. Masa Puncak Borneo bangkit...

Mencelah.

Ucapan saya itu dimasukkan dalam Puncak Borneo.

Mencelah, mencelah.

Jadi, saya hendak minta lagi sekali.

Saya ingat kita selesaikan Tangga Batu dulu.

Okey.

Silakan Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Baik. Koko ini sebenarnya is very labor intensive tanamanlah. Jadi, kalaupun kita sawit pun susah hendak dapat pekerja, bagaimana perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini sebab very labor intensive lah kalau koko ini, terima kasih.

Sikit sahaja, sikit sahaja. Jadi, saya ingin tahu sahaja adakah kuota yang diberikan sekarang iaitu di antara 200 hingga 300 hektar, kuota untuk penanaman baharu? Adakah ini mahu diperbesarkan? Sebab kalau di Sabah, Pantai Barat Utara sahaja diberi kuota 20 hingga 30 hektar sahaja. Di bagi Kota Marudu dengan Tuaran, Tuaran habis sudah, kita tidak boleh... [Tidak jelas] sedangkan tempat untuk menanam masih ada.

Sikit lagi tambah Yang Berhormat Menteri.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Pendang, okeylah sikit.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang budiman, yang ku sayangi. Terima kasih. Tadi saya hendak sebut, disebut oleh Puncak Borneo, koko daripada Sarawak ini adalah koko yang terbaik di dunia, mendapat recognition dalam pertandingan. Jadi, kenapa kerajaan tidak ada satu perancangan untuk menjadikan produk koko dalam Malaysia ini menjadi produk utama di seluruh dunia. Kerana penggunaan koko ini, coklat dan sebagainya sangat-sangat diutamakan, di- demand dalam produk pasaran dalam negara ini. Jadi, saya harap kerajaan boleh buat satu perancangan untuk jadikan koko sama juga dengan komoditi seperti kelapa sawit dan juga getah, menjadikan produk utama negara, terima kasih.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Saya rasa masa saya pun agak...

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Tak, saya sedikit sahaja daripada situ sebab tadi Yang Berhormat Menteri ada memberikan satu statistik, di mana keluasan tanaman koko sudah kurang begitu drastik. Adakah kerajaan ada rancangan untuk menyekat ataupun menghalang daripada perubahan ini supaya kita dapat memastikan bahawa pengeluaran koko ini pada satu tahap yang tidak begitu membimbangkan.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey. Saya pilih kasih, saya pilih soalan yang daripada Pendang ini walaupun beliau tidak berdebat secara terus, cuma dia mengatakan bahawa macam mana kita hendak menggalakkan atau mempromosikan koko ini sebagai komoditi yang premium. So, sebagai salah satu contoh, kita akan menganjurkan International Cocoa Fair di Kota Kinabalu pada 24 hingga 27 Mei tahun depan. So, sila datang okey. Kita sama-sama mempromosikan yang koko ini dan untuk coklat yang premium, memang sekarang Malaysia sudah ada banyak produk yang hiliran, yang premium seperti contoh, ini coklat dari Beryl’s.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Salah satu ini Chinese media influencer yang selalu berkomunikasi dekat Xia Wang Xue, beliau mengatakan bahawa kalau pelancong China datang ke Malaysia, wajib beli coklat dari Malaysia. So, sekarang Malaysia ini kita bukan tidak ada coklat yang tidak premium. Kita memang ada coklat yang premium. Cuma, masalahnya macam mana hendak menggalakkan lebih ramai orang untuk menceburi dalam bidang penanaman balik koko ini? Untuk soalan yang dibangkitkan oleh...

Terima kasih Menteri yang ku sayangi. Very nice. Thank you very much.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey, okey. Yang dibangkitkan oleh Tangga Batu ini, okey lah. Saya rasa kita pun melakukan banyak R&D melalui LKM. Menghasilkan 54 klon koko yang komersial, pemindahan teknologi IoT, banyak bengkel kita melakukan, menghasilkan kaedah dan produk bagi kawalan serangga dan perosak koko ini. Ini semua kita sudah buat. Cuma, masalah dia ini kita harus faham, macam mana kita hendak mewujudkan satu ekosistem yang matang. So, salah satu faktor dia saya lihat adalah penglibatan syarikat- syarikat perladangan yang besar, yang lebih boleh membawa skala ekonomi untuk sama- sama kita memajukan ini. Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Okey, saya setuju. Cuma, bila saya melihat tadi. Kalau kita ambil average kita 269 tan atau kita convert kepada kilogram per hektar, baru 43. Pengalaman saya dahulu, kami buat koko yang kami pun panggil premium selborne koko, kami boleh mencapai sampai 1,400 kilo per hektar. Jadi, itu yang saya tanya. Sekarang ini apa peranan? Apa klon-klon baharu yang dihasilkan untuk meningkatkan kita punya produktiviti? Terima kasih.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Tangga Batu ini memang seorang yang pakar dengan perladangan. Okey, Kerajaan MADANI kita tidak lihat daripada siapa dia dari kem yang mana. Kalau ada idea yang bernas datang kepada kita, kita sama-sama kita

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

berbincang kerana saya faham Yang Berhormat Tangga Batu ini seorang yang telah lama menceburi di dalam bidang perladangan ini. So, daripada koko ini – Saya masih ada tiga minit lagi. Saya ingin menyentuh kepada kenaf. Kerana kenaf ini, sebelum ini di Dewan ini jarang orang membangkitkan isu mengenai kenaf. So, usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan pengeluaran kenaf di Terengganu khususnya dan juga di Malaysia secara amnya. So, kita telah melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau untuk menyediakan insentif Program Ladang Kluster sebanyak RM3,800 per hektar secara one-off untuk menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam penanaman kenaf secara ladang dan kerjasama strategik yang untuk menggiatkan kerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi yang mewujudkan land bank yang mampan dalam melaksanakan penanaman kenaf secara integrasi atau giliran dengan pelbagai sektor swasta. So sebagai contoh, penanaman kenaf secara integrasi dengan tanaman sawit yang dilaksanakan bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Cara-cara lain adalah pembangunan benih yang berkualiti dan seumpamanya. Cuma, salah satu faktor yang memang saya hendak menitikberatkan di sini, untuk penanaman yang kenaf ini sebenarnya masalah dia adalah pengehadan atau kekangan dari segi keluasan tanah yang syarikat perladangan atau penanam kecil yang sanggup untuk convert daripada komoditi-komoditi lain untuk tanam kenaf. Satu yang agak baru, walaupun sudah 20 lebih tahun yang LKTN ini ditransformasi daripada lembaga yang berasaskan tembakau kepada lembaga yang berasaskan kenaf ini. So, salah satu cara yang kita hendak menambah land bank, menambah tanah keluasan untuk menanam kenaf ini. Seperti contoh, kita lihat ke sebelah wilayah Sabah dan Sarawak untuk memperluaskan tanaman ini kerana kedua-dua wilayah ini mempunyai tanah yang luas. So, kita pun tengah mengadakan sesi libat urus secara aktif dengan Kerajaan Sabah. Sebagai contoh, SLDB (Sabah Land Development Board). Kita tengah berurusan bersama mereka. Cuma masalah dia, benih kenaf ini macam mana kita boleh membawa dari Semenanjung ke Sabah? Harus mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pertanian Sabah. So, ini kita tengah melakukan banyak interaksi yang bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan. So, kenaf ini dia walaupun kita lihat kita banyak R&D, kita sudah melakukan untuk LKTN. Cuma yang keluasan tanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu ditanya kenapa dia menurun? Namun, berlaku peningkatan keluasan tanaman di Pahang. So, antara faktor- faktor yang menyumbang kepada penurunan keluasan tanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu adalah disebabkan oleh persaingan guna tanah dengan tanaman yang lain dan pemesatan pembangunan. Manakala, keluasan di Pahang pula meningkat disebabkan oleh kerjasama strategik dengan Kerajaan Pahang yang menyediakan land bank bagi penanaman kenaf, terutama di kawasan Rompin dan Pekan. So, inilah sesuatu yang amat penting apabila kita hendak membicarakan isu-isu untuk penanaman ini. So, ini saya habis untuk kenaf.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ada lagi tiga komoditi. Tuan Pengerusi, saya minta untuk...

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Minta buluh sedikit, Yang Berhormat.

Sekejap, Tangga Batu. Yang Berhormat Timbalan Menteri perlukan berapa lama untuk habiskan?

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Saya beginilah. Saya akan menyentuh sedikit untuk... –

Berapa lama Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Kalau hendak baca semua ini, saya rasa 15 minit kot. So,...

Lima minit sahaja.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey lah. Untuk sektor buluh itu kerana Tangga Batu ini selalu aktif berinteraksi sama kementerian.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi lima minit.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Lima minit.

Kemudian, yang lain Yang Berhormat Menteri jawab secara bertulis boleh?

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey, boleh. So, saya hendak highlight untuk isu-isu yang berkaitan dengan MDIP. Salah satu soalan yang ditanya oleh YB-YB adalah kenapa lambatnya penurunan bajet dan ada satu peruntukan itu adalah dipinjam sebanyak RM50 juta. Yang RM50 juta ini adalah dana untuk Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH). So, kenapa dia dipinjam, kerana MDIP harus meminjam dari MOF. Selepas itu, kita akan memberikan loan kepada syarikat-syarikat perladangan yang berminat untuk menanam ladang-ladang pokok ini dan selepas lima, enam tahun, baru kita hendak kutip balik. So, itu lah sebabnya dia kenapa yang ada untuk pinjaman itu. Untuk buluh, saya tahu Yang Berhormat Tangga Batu memang sangat konsisten. Memang dia sangat berminat dengan industri buluh. Kesemua jawapan dan cadangan- cadangan yang dari Tangga Batu itu amat bernas kerana kesemua itu adalah cara kita hendak menghala kepada cara untuk bukan sahaja kita menghasilkan buluh untuk sebagai sumber perabot tetapi apa yang lebih penting di masa depan adalah aspek-aspek ESG yang amat mementingkan macam mana kita hendak decarbonize. So seperti contoh, penanaman buluh dia dapat menyerap karbon yang lebih berbanding dengan tanaman yang lain. So, memang kita tidak ada percanggahan daripada segi polisi dia. Macam mana kita hendak memajukan penanaman buluh itu. Cuma, sekarang masalah dia macam mana kita hendak mengatasi kekangan dia? Salah satu kekangan dia, memang buluh tidak dapat ditanam di kawasan hutan. So, saya minta ini supaya satu sesi libat urus yang secara konsisten, yang berpanjangan dengan kerajaan negeri harus kita mewujudkan.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

[Bangun]

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

[Bangun]

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Kerana ini melibatkan kuasa mutlak di bawah kerajaan negeri. So, kalau cuma lihat Kerajaan Persekutuan, kita perlukan pertolongan daripada kerajaan negeri supaya sama-sama kita membangunkan industri buluh.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sedikit.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey, memandangkan Yang Berhormat pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri, dipersilakan.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu berkaitan dengan industri buluh ini. Masalah kita kekangan tanah itu. Jadi, tanah itu masih kebanyakan daripada kerajaan negeri. Jadi, bagaimana kementerian boleh bantu untuk menyediakan atau meminta kerajaan negeri menyediakan tanah untuk perindustrian ini? Sebab permintaan ada tetapi tiada tempat untuk tanam. Jadi, bagaimana untuk dikembangkan industri buluh ini? Terima kasih.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey, seperti yang saya katakan. Kita akan selalu mengadakan sesi libat urus bersama dengan kerajaan negeri. Dan selepas habis isu untuk kayu, saya masuk ke komoditi untuk getah. Salah satu isu yang dibangkitkan adalah pengurangan peruntukan 2025 untuk industri getah. Ini kerana peruntukan untuk pembangunan LGM telah kurang. Ini peruntukan berkenaan sebenarnya adalah perbelanjaan akhir untuk dua projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu naik taraf sistem dan infrastruktur ICT, LGM yang membawa jumlah RM200 ribu. Kedua, pembinaan Pusat Pemprosesan Getah Termaju Bersepadu, Kota Tinggi yang menelan RM1.6 juta. Pusat Pemprosesan Getah Termaju Bersepadu dilaksanakan bagi menyediakan fasiliti penyelidikan dan pembangunan dan pemprosesan getah bersepadu yang menekankan konsep mesra alam yang mampan dengan objektif untuk menyediakan kemudahan menyeluruh, R&D jangka panjang dalam pemprosesan getah dan pengeluaran pra-komersial.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang kedua, untuk menyediakan model pemprosesan getah termaju dan lestari pada skala pra-komersial bagi tujuan permintaan teknologi. Yang ketiga, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dalam merancang dan membangunkan pusat pemprosesan getah. So, selain daripada yang peruntukan pembangunan yang telah ditunjukkan dalam buku bajet ini, ada lagi satu bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu RM20 juta untuk melakukan projek, untuk konsolidasi, atau clustering untuk pekebun-pekebun kecil getah ini. Dia tidak termasuk dalam buku bajet sekarang kerana ia adalah satu usaha yang merentasi kementerian. So, kementerian saya, KPK akan mengusahakan satu kertas bersama dengan KKDW untuk membawa isu macam mana cara kita hendak – untuk membuat clustering untuk pekebun-pekebun getah ini untuk membawa penanaman yang lebih banyak.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

So, ini maksud dia kalau kita ambil perhatian bahawa RM20 juta itu sebenarnya peruntukan untuk digunakan pembangunan getah ini pun tidak kurang. So, last sekali saya cuma ingin menyebut sedikit untuk lada. Saya menyambut baik yang cadangan supaya satu jawatan tertutup sebagai satu – ini lastlah untuk memberikan respons kepada YB Seputeh. Untuk memindahkan LKM dan juga MPB ditukar kepada jawatan terbuka. So, untuk makluman Yang Berhormat, semua jawatan di MPB ke, di LKM ke adalah jawatan tertutup seperti pada surat kelulusan perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam seperti surat rujukan Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Bil. E8 2024 yang bertarikh 8 Februari 2024. So, untuk mengkaji dia kembali kita mengambil masa yang lebih panjang. So, okey beginilah. So, terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu-isu yang berbangkit tetapi tidak sempat dijawab, saya harap dapat bagi jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan. Maka, ia perlulah diberikan tempoh lima hari kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang berkaitan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM446,019,400 untuk Kepala B.20 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.20 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.20 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa — Kepala B.21 [Jadual] – Kepala P.21 [Anggaran Pembangunan 2025] –Bill

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terbuka untuk dibahas. Senarai nama pembahas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan peringkat Jawatankuasa, YB Rasah, YB Kangar, YB Bera, YB Arau, YB Pasir Gudang, YB Kuala Krai, YB Betong, YB Padang Serai, YB Tenom, YB Jerlun, YB Mas Gading, YB Mersing, YB Tenggara, YB Parit Buntar, YB Gopeng, YB Batang Lupar, YB Sungai Besar, YB Kota Belud, YB Beaufort, YB Kuala Kedah, YB Sandakan, YB Sik dan YB Bayan Baru. Kesemua pembahas sebanyak 23 diberikan masa lima minit. Sila pembahas pertama, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya bahaskan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Perkara pertama adalah Butiran 40001 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Saya nampak tahun ini dalam Belanjawan 2025, jumlah peruntukan untuk MARDI telah dikurangkan daripada RM46 juta kepada RM38.9 juta, kurang RM7 juta. Saya hendak tanya kepada kementerian, kenapa agensi ini peruntukannya boleh kurang? Sebab agensi inilah yang menjadi agensi asas untuk membangunkan, untuk melakukan penyelidikan untuk semua jenis tanaman. Dia bukan setakat benih padi tapi juga perkara lain termasuk bawang, buah-buahan dan sebagainya. Jadi kenapa boleh kurang? Ini saya mohon kepada KPKM. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menggulung nanti. Mohon kemukakan semula kepada Kementerian Kewangan untuk naikkan. Dia bukan setakat tidak naik. Dia kurang dari tahun lepas. Saya sebut di sini selaku Pengerusi JKPK Pertanian. Saya memperjuangkan supaya MARDI mesti diberikan peruntukan yang lebih sebab kalau R&D kita lemah, kita gagal menghasilkan baka benih jenis yang baru, kita tidak akan maju. Kalau setakat bergantung kepada apa yang kita ada pada ketika ini dan kita teruskan apa yang kita buat, no meaning. Tidak ada makna untuk kita bangunkan pertanian kita. Itu yang pertama. Yang kedua, di bawah Butiran 040400 di bawah tajuk Subsidi Padi dan Insentif kepada Pesawah, RM2.6 bilion. Saya rasa pada tahun lepas ia dipecahkan kepada tiga bahagian. Tahun ini digabungkan dengan pertambahan lebih kurang RM150 juta berbanding dengan belanjawan sebelumnya. Saya hendak tanya ini berkenaan – kita tahu ini berkenaan dengan subsidi kepada pesawah khususnya untuk industri padi dan beras. Apakah pertambahan RM150 juta yang bersamaan dengan hampir enam peratus berbanding dengan peruntukan pada tahun sebelumnya cukup dan memadai untuk agenda reformasi sektor padi dan beras negara yang diumumkan baru-baru ini? Saya menyambut baik ada penambahan. Cuma saya hendak tanya apakah ia cukup? Sebab apabila kita ada agenda besar untuk reformasi bidang ataupun sektor padi dan beras, kita perlukan satu approach, pendekatan yang menyeluruh daripada kementerian sendiri. Jadi, saya hendak tanya perkara ini. Berkenaan dengan reformasi sektor padi dan beras juga, saya hendak tanya bilakah peraturan khusus untuk melarang campuran antara beras putih tempatan dengan beras putih import akan dilaksanakan? Pada bulan lepas dikatakan dalam masa terdekat. Bila waktu terdekat itu? Sebab apa yang terjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya percaya Yang Berhormat-Yang Berhormat ada di sini boleh setuju dengan saya. Beras ada tapi beras putih

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

tempatan yang hundred percent tempatan susah hendak dapat dalam pasaran. Sukar! Tidak kira di mana-mana tempat. Bandar atau luar bandar. Padahal ada. Saya secara terbuka saya hendak mengatakan bahawa saya mengesyaki ada pihak tertentu yang buat campuran sebab kita tidak ada mekanisme khas untuk mengasingkannya ataupun untuk mengesahkan sama ada dia campur atau sebaliknya. Jadi, perkara ini penting. Peraturan ini saya sokong. Saya harap boleh disegerakan untuk dilaksanakan. Seterusnya, di bawah butiran, masih padi lagi. Di bawah Butiran 40007 untuk MADA. Saya nampak ada pertambahan untuk peruntukan daripada RM47 juta kepada RM58 juta. Saya hendak tanya ini untuk apa? Sebab saya difahamkan RM3 bilion yang disebutkan oleh PMX adalah daripada suntikan dana bukan kerajaan, daripada awam. Apakah status penanaman lima musim untuk dua tahun di kawasan MADA? Sebab untuk banyak negara sebenarnya satu tahun tiga musim itu sudah lama. Jadi, kita perlu memastikan lima musim dua tahun ini segera dilaksanakan. Tidak kira suntikan modal daripada pihak mana, untuk memastikan SSR beras tempatan kita tidak terus merosot. Saya difahamkan yang terkini dalam 56 ke 58 peratus sahaja. Jadi, ada keperluan untuk kita naikkan untuk mencapai sasaran kita menjelang 2030 kepada 80 peratus. Dato’ Pengerusi, saya mohon satu atau dua minit tambahan selaku Pengerusi JKPK Pertanian.

Dua minit.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sebab ada dua, tiga tajuk.

Dua minit saya bagi.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Seterusnya, Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda, RM25 juta. Saya menyambut baik. Orang muda perlu digalakkan menyertai sektor pertanian. Orang mudalah masa depan kita. Sebab, kalau orang muda tidak menyertai pertanian, pertanian kita tidak akan maju ke hadapan. Jadi, saya nak tanya, RM25 juta ini, agensi mana yang akan menjadi agensi yang bertanggungjawab dan jenis pertanian apa, tanaman apa yang diberikan perhatian di bawah butiran ini? Seterusnya, di bawah Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. Saya menyambut baik, ada pertambahan untuk butiran ini, pertambahan peruntukan. Bersama dengan Butiran 30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS). Saya nak tanya, ada tak kerajaan mempunyai satu pelan menyeluruh untuk penternakan lembu pedaging? Sebab, pasaran dia ada. Pasaran tempatan itu ada. Saya harap kerajaan supaya apabila sebut lembu pedaging ini termasuk lembu hibrid. Lembu hibrid pedaging yang menghasilkan daging premium yang boleh dijual dengan harga yang tinggi. Saya dimaklumkan kita import lebih RM1 bilion setiap tahun daripada luar. Jadi, aliran wang keluar itu perlu dikekang dengan supply ataupun sumber penternakan daripada penternak tempatan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Di bawah Butiran 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Saya nampak tahun lepas RM2 juta, tahun ini RM1 juta. Kawasan mana? Saya cuma tak tanya kawasan mana, apakah jenis pembangunan yang telah dilaksanakan? Perkara terakhir berkenaan dengan Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan sebanyak RM400 juta. Saya percaya ini berkaitan dengan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri. Ketika membentangkan belanjawan, Yang Amat Berhormat PMX ada menyatakan tiga negeri termasuk Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Untuk padi, untuk bawang, untuk ikan tilapia. Jadi, macam mana dengan negeri lain? Patut kita kena menyeluruh untuk semua tempat, semua negeri di Malaysia terlibat dalam memastikan keterjaminan menjadi agenda bersama kita. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Kali pertama saya membahas ketika Dato’ Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat. Terima kasih, Dato’.

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Sila, Yang Berhormat Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih Dato’ Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, Kangar mengambil kesempatan untuk berbahas berkaitan beberapa perkara peringkat jawatankuasa dalam Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Saya pergi kepada Butiran 020000, peruntukan bagi Bekalan Makanan Negara. Sehingga kini, negara kita belum lagi begitu terdesak dalam penyediaan bekalan makanan negara. Namun, harus diingat bahawa Malaysia perlu mempunyai stok makanan yang mencukupi. Kebergantungan kepada import akan menyebabkan negara kita akan menghadapi masalah pada masa depan jika negara-negara pengeksport menyekat pengeksportan mereka. Jadi, menurut Tinjauan Ekonomi 2025, kebergantungan import yang tinggi terus membebani subsektor agromakanan negara dengan nilai yang meningkat dua kali ganda kepada RM78.7 bilion pada 2023 berbanding RM38.8 bilion sedekad yang lalu. Tahun lalu sahaja pengeluaran beras telah merosot kepada 1.4 juta tan daripada 1.6 juta tan pada tahun 2022, manakala import beras melonjak 1.3 juta tan. Soalan saya. Apakah pendekatan seluruh negara ataupun whole of nation, dengan izin, yang telah digariskan untuk memacu sektor agromakanan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2031? Soalan kedua, apakah KPKM sudah bersedia untuk menghadapi masalah kekurangan beras tempatan di pasaran? Memandangkan hari ini hantar padi ke kilang, esok hari sudah tidak ada beras tempatan. Jadi, petani-petani pun saya rasa sudah keletihan dengan pelbagai kerenah termasuk kerenah kartel dan sebagainya. Jadi, tahniah untuk petani-petani, padi tuan-tuan sudah menjadi beras import.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Tuan Pengerusi, Butiran 020800, peruntukan bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebanyak RM177 juta tahun 2025 berbanding RM179.3 juta pada 2024. Apa sudah jadi dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)? Di mana, lebih 600,000 petani ― termasuk saya sendiri. Sebagai ahli LPP, kami pun ingin mendengar apa cerita daripada YB Menteri. Soalan saya berkaitan dengan NAFAS. Apakah strategi pembaharuan menyeluruh yang telah digariskan oleh KPKM untuk melindungi reputasi dan integriti NAFAS serta memulihkan keyakinan ahli-ahli peladang? Ini termasuklah kajian yang dijalankan terhadap model baru pengagihan dan pembekalan baja demi memastikan hak dan kebajikan pesawah terbela, mengambil kira sebahagian besar keuntungan NAFAS merupakan hasil baja padi. Soalan kedua, apakah kaedah pelantikan ahli Majlis NAFAS? Soalan ketiga, berapakah keuntungan daripada penjualan baja oleh NAFAS pada tahun 2023? Jadi, apa pun, kepentingan pesawah-pesawah perlu diutamakan. Saya pergi kepada P.10008, peruntukan bagi Unit Agropreneur Muda. Sebanyak RM25 juta tahun 2025 berbanding RM20 juta pada 2024. Soalan saya. Apakah strategi KPKM untuk menarik golongan belia terutamanya di luar bandar untuk menyertai Program Agropreneur Muda? Soalan kedua, sejauh manakah tahap keberhasilan Program Agroprenuer Muda di negeri Perlis khususnya dalam Parlimen Kangar? Dato’ Pengerusi, Butiran 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, RM98.9 juta, dan juga Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi, RM55.9 juta. Soalannya, bagaimanakah KPKM memastikan kelancaran penyelenggaraan sistem pengairan dan penambahbaikan serta infra di kawasan luar kawasan MADA di negeri Perlis? Kawasan-kawasan ini biasanya menghadapi masalah kekeringan air di sawah padi ketika padi sedang membesar. Yang terakhir, 040500 – Subsidi dan Insentif Nelayan di bawah program khusus, RM178 juta. Soalan, adakah KPKM mempunyai perancangan untuk menambah jumlah kuota subsidi bahan api? Mengambil kira tekanan kos bahan api yang meningkat mendadak dari kelangsungan hidup nelayan. Soalan yang terakhir, setakat manakah dialog ataupun libat urus yang melibatkan KPKM, LKIM, persatuan nelayan terutamanya di Kuala Perlis diadakan? Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila, Yang Berhormat Bera.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 10730 – Pembangunan Industri Tenusu. Seperti yang kerajaan lepas umumkan, bahawa syarikat pembekal makanan dan produk tenusu dari Qatar iaitu kumpulan Baladna Food Industry ataupun Baladna telah menjalinkan kerjasama dengan FGV Holdings Berhad dan FELCRA Berhad pada tahun 2022 dengan nilai pelaburan sejumlah RM4.2 bilion. Kerjasama antara Baladna, FGV dan FELCRA

membabitkan pelaburan sebanyak RM2.1 bilion bagi pembangunan projek tenusu berskala besar di Chuping, Perlis dan Baladna juga bersetuju untuk melabur sebanyak RM2.1 bilion lagi bagi pembangunan projek tenusu di Pahang. Soalan saya. Apakah status projek tersebut? Sejak daripada 2022 dah tandatangan perjanjian, tapi setakat ini kita tak tahu apakah perkembangannya. Jadi, saya mahu mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Pihak Baladna juga telah meminta ketika itu kerajaan memperbetulkan definisi susu di dalam akta sebab kita ini susu tepung yang diimport dan dicairkan menjadi susu dianggap sebagai jatuh di bawah definisi susu di dalam akta sekarang. Sedang pihak Baladna yang akan melabur RM4 bilion itu telah meminta kerajaan supaya meminda definisi tersebut iaitu susu termasuklah susu adalah susu segar yang diperoleh daripada lembu. Jadi, perkara itu telah pun diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan ketika itu dan saya pun mahu tahu setakat ini apakah perkembangannya? Kedua, adalah Butiran 30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Saya ingin tahu mengenai tindakan yang berkaitan dengan keganasan terhadap haiwan. Pada selesa lepas, 12 November lalu, saya menerima satu memorandum daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Global bersama Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Haiwan Malaysia, Suara Haiwan dan juga Gabungan NGO Haiwan Terbesar di Malaysia di hadapan Parlimen. Memorandum tersebut menuntut keadilan dan layanan perikemanusiaan terhadap haiwan terbiar di seluruh negara termasuk memohon pertimbangan kerajaan untuk meneliti semula Akta Kebajikan Haiwan 2015. Pada tahun 2015, suatu saya menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, saya telah mewujudkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi menjaga kebajikan haiwan yang teraniayai. Antaranya dari segi pembunuhan haiwan misalnya, seksyen 30 akta tersebut dengan jelas mengatakan tidak seorang pun boleh membunuh dengan menembak dengan senjata api mana-mana anjing, kucing ataupun mana-mana binatang yang lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta melainkan jika dibenarkan oleh pihak berkuasa veterinar dalam kecemasan atau bagi maksud kawalan penyakit. Kita juga telah meningkatkan denda daripada RM20,000 sehingga RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali kepada kesalahan pesalah-pesalah yang menganiayai haiwan ini. Walau bagaimanapun, walaupun sudah wujud akta yang jelas tetapi menurut Jabatan Veterinar lebih 7,600 aduan penderaan haiwan diterima sejak tahun 2021 sehingga hari ini dan kes daripada Selangor sahaja sudah mencecah 3,334 iaitu separuh daripada keganasan itu berlaku di Selangor. Jadi saya ingin tahu, adakah Jabatan Veterinar yang menguatkuasakan akta ini mampu untuk menghalang kekejaman ataupun pembunuhan kepada haiwan-haiwan ini? Apa yang berlaku sekarang ini banyak di kalangan majlis daerah ataupun pihak berkuasa tempatan yang menggunakan undang-undang kecil mereka di dalam membunuh

ataupun menembak haiwan-haiwan liar ini. Saya ingin menyatakan bahawa oleh kerana Akta Kebajikan Haiwan ini diluluskan di Parlimen, akta ini mengikat majlis daerah dan sebagainya dari segi tindakan. Walaupun mereka ada undang-undang kecil tapi Undang-undang Kebajikan Haiwan diluluskan di Parlimen bermakna ia lebih tinggi daripada undang-undang kecil di majlis daerah. Jadi, kita harap pihak majlis tidak menjadikan alasan ini untuk menembak haiwan sesuka hati tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan oleh Jabatan Veterinar. Beberapa cadangan, saya minta sedikit, ini last. Beberapa cadangan supaya ia dikaji semula Akta Kebajikan Haiwan dan jika perlu dipinda. Maka kerajaan harap dapat meminda akta ini. Kedua, semua majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan tidak bertindak menembak berdasarkan undang-undang kecil dan saya pun dah jelaskan tadi bahawa Akta Kebajikan Haiwan mengikat mereka. Ketiga, ramai NGO yang menyediakan tempat tinggal ataupun shelter kepada haiwan-haiwan yang terbiar ini. Jadi saya harap pihak majlis daerah bekerjasama dengan NGO-NGO bagi menjaga haiwan dengan menyediakan tempat perlindungan kepada haiwan- haiwan ini. Satu lagi Yang Berhormat yang ingin saya tanya. Berapa ramai kah daripada JPS ataupun DVS yang dilantik untuk menguatkuasakan Akta Kebajikan Haiwan ini dari segi mengambil tindakan pemantauan, menguatkuasakan dan sebagainya? Jika tiada kemampuan daripada DVS ataupun JPV, Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Saya harap pihak kerajaan boleh menimbangkan sama ada untuk menunjukkan satu jawatankuasa yang khusus untuk memantau penganiayaan kepada haiwan ini ataupun menyerahkan kepada pihak penguat kuasa lain di dalam menguatkuasakan. Jadi, saya harap kes-kes kekejaman kepada haiwan seperti yang berlaku di Sabah, seorang lelaki mengeluarkan video menyepak sehingga dan memukul sehingga mati haiwan. Begitu juga di Selayang, tak silap saya seekor kucing dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga mati. Jadi perkara-perkara ini adalah tanggungjawab kita walaupun haiwan, kita marah kerana haiwan itu berkeliaran. Mereka berkeliaran kerana tidak ada tempat tinggal. Kita marah kerana haiwan-haiwan tersebut menyelongkar tong sampah kita dan sebagainya. Mereka lakukan itu kerana mereka kelaparan. Jadi, sebab itulah saya kira tanggungjawab kita juga untuk menjaga kebajikan haiwan ini. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Bera. Sila Yang Berhormat Arau.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang muda. Siapa jawab ini? Menteri tak nampak.

Ada Timbalan Menteri, Arau.

Ya, selalunya nampak Menteri di depan. Okey, Yang Berhormat ini 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Ini saya seperti kawan-kawan yang tadi, saya ingat Rasah kot, tanya ini reformasi ini, reformasi. Reformasi ini bila? Sebab kami ini, reformasi ini kira orang kata berdiri bulu roma sikit sebab reformasi banyak tak menjadi. Reformasi janji nak turun harga minyak, tak turun, nak bagi peruntukan Ahli Parlimen tak bagi. Jadi kalau sebut reformasi tak berapa seronok. Kami nak tanya bila? Bila reformasi padi ini. Adakah kami nak tunggu reformasi ini baru beras tempatan muncul? Jadi tak mahu tanya banyak sebab dah letih tanya soalan tapi jawapannya berbagai-bagai. Cumanya rakyat Malaysia jangan bimbang, beras tempatan boleh di dapat di Jualan Rahmah dengan harga RM14, kerajaan bagi subsidi RM6. Jadi saya nak tanya, hak ini saya tak tanya sekarang sebab ini bawah Kementerian Kepenggunaan, jadi kita nak tanya kemudian iaitu kerajaan telah naikkan daripada RM200 juta ke RM300 juta.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Arau, sedikit pencelahan...

Jadi, soalan saya sekarang ini ialah sekarang ini peruntukan telah diberi pada tahun lepas RM2.4 bilion, tahun ini RM2.6 bilion. Subsidi dan insentif.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Arau.

Yang Berhormat Arau.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Yang Berhormat Arau sedikit sahaja.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Setuju tak Arau perkataan reformasi tersebut kita tukar kepada perkataan reformati? Setuju atau tidak?

[Dewan riuh]

Ya, ini bagus. Ini cadangan yang cukup bagus, boleh diterima tapi kita nak ialah pengeluaran kita pada tahun lepas tinggi tapi tahun – bukan, tahun sebelum ini tinggi, tahun ini kurang. Jadi peruntukan untuk tahun depan ialah RM2.6 bilion. Jadi kita bimbang pengeluaran padi ini mengurang dan ia akan ada kesan kepada beras putih tempatan.

Yang Berhormat, saya nak tanya kementerian, nak tanya Menteri. Sekarang ni, kita kawal dak harga perkhidmatan? Kita kawal dak harga traktor berapa? Kita kawal dak? Sekarang ni Yang Berhormat, kalau kita kawal, kita kena bagilah supaya MADA ataupun mana-mana pihak tentukan bahawa harga traktor macam ni. Tapi sekarang ini tak dikawal. Saya bagi contoh, harga traktor sekarang ni – baru telefon sekejap tadi, baru telefon yang lambat datang sini sebab kami tak ada bilik, Yang Berhormat ada bilik. Backbencher ada bilik, kami merata, melepak. Jadi, saya berlari tadi tanya telefon, sekarang dia kata, harga traktor sekarang berapa? RM340. Ada setengah tempat, RM400.

Apa makna traktor Yang Berhormat? Tiga kali. Dipanggil tiga lapis, satu relung tu satu. Yang pertama, kedua, ketiga, RM340. Masa dia orang naik RM340 dulu, harga diesel RM3.35. Sekarang harga diesel RM2.95. Patutnya kementerian kawallah. Kawal bawah oleh sebab harga diesel turun, harga traktor kena turun. Tapi bila kita tak kawal, kita biar macam tu saja, kos mengeluarkan padi meningkat. Jadi, saya minta kementerian kawal benda ni supaya rakyat yang terkesan daripada harga perkhidmatan pengeluaran padi itu dapat dikawal. Ini semua kawan-kawan saya ni tahu bahawa harga traktor tak turun tapi harga minyak turun. Daripada RM3.35 kepada RM2.95, Yang Berhormat kira-kira sekejap, turun banyak tu. Okey, yang keduanya Yang Berhormat. Saya ada timbul dalam Parlimen ini tentang harga lantai RM1,500. Tapi kawan-kawan saya daripada Kelantan dan juga yang lain dia kata, mana boleh RM1,500? RM1,800. Okey, RM1,800 lah tapi tak bagi apa puak ni, saya tahu. Tapi macam mana pun, kita minta supaya dipertimbangkan harga lantai serta-merta sebelum reformasi, revolusi padi ini. Tak tahu nak buat apa, kita tak tahulah. Hang buat revolusi kah, reformasi apa, kalau tidak ada kawalan, tidak ada penguat kuasa yang bagus. Hang buatlah apa-apa pun, tidak akan menjadi. Jadi, saya cadangkan supaya harga lantai tu dinaikkan di antara RM1,500 dan RM1,800 tu, tengah-tengahlah supaya kita dapat harga untuk membolehkan petani mengeluarkan padi. Disebabkan kita tak mahu nanti orang dah give up, kita bahaya sikit. Kemudian di antara faktor yang terbesar dalam pengeluaran padi ni, racun Yang Berhormat. Racun ni, kita bagi – memang kita bagi tapi mereka minta bagi lebih sikitlah, bagi yang ada kualiti sikit. Sekarang ni dia orang bagi tahu, kurang kualiti. Akhir sekali, ini bukan akhir ya. Ini kedua terakhir, Yang Berhormat. 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang. Saya tengok sekarang ni JKR membuat jalan di kawasan MADA. Melintas sana, melintas sini. Saya dalam kawasan saya, saya tak minta pun jalan tu. Saya tanya wakil rakyat negeri, minta? Tak minta. Saya tanya orang kampung, minta? Tak minta tapi jalan dibuat dan MADA benarkan jalan tu lalu kawasan ladang, ini bererti kawasan padi, ini bererti apa? Air akan tersekat di antara dua kawasan ini dan ia akan mendatangkan kesan kepada pertanian. Patutnya kerajaan gunakan peruntukan untuk memperbaiki jalan ladang. Jalan ladang Yang Berhormat, hanya RM22 juta. Bina jalan tu kadang-kadang sampai RM70-RM80 juta. Saya minta kerajaan naikkan peruntukan untuk membina jalan ladang. Tak yah jawab apalah. Kalau pegawai bagi jawab kat belakang, saya tak terima jawapan tu. Saya nak bagi tahu, jalan ladang teruk, berlubang, ada kes kematian dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, jangan baca jawapan pegawai, Yang Berhormat tulis, saya baca sini saja, katakan kita akan memberi perhatian, cukup. Kalau takat nak tulis, nak bagi jawapan, saya tahu jawapannya. Cukup, saya tak mahu dengar jawapan, saya nak komitmen daripada kerajaan. Speaker setuju ya? Minta maaf Speaker, ini prestasi Yang Berhormat akan dipersoalkan kalau bagi lama kepada saya, seminit saja boleh ya? Last one.

Pengerusi, Pengerusi.

Tak boleh seminit?

Pengerusi.

Tak boleh, tak apa, saya boleh duduk.

Yang Berhormat kena panggil Pengerusi, bukan Speaker, Yang Berhormat. Pengerusi, kita dalam Jawatankuasa.

Oh Pengerusi, bagus. Peringatan Yang Berhormat akan diterima. Sebab saya tengok atas sikit, rupanya depa ke bawah dah. Okey, jadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, perli nampak ya? Okey. Terima kasih. Supaya jalan ladang ni diperbaiki serta-merta. Yang Berhormat, jalan ladang ni kita kena ada programnya. Adakah selepas musim padi dibuat diperbaiki atau bagaimana? Sebab tiap-tiap kali saya lalu, saya tanya, bila nak baik? Tahun ni tak ada peruntukan. Dia tak boleh, jalan ladang ni kena perbaiki setahun sekurang-kurangnya tiga kali atau empat kali selepas traktor masuk, dia rosak. Selepas mesin padi masuk, dia rosak.

Jadi, kena ada...

Yang Berhormat Arau.

...jadual untuk memperbaiki jalan ladang. Saya nak beritahu Yang Berhormat, saya menyokong. Saya bukan nak supaya nak sokong ni, saya menyokong supaya dibuat perubahan yang lebih besar dan bagi jawapan serta-merta. Apa itu reformasi?

Jangan guna reformasilah, benda tu nanti berdiri bulu roma, tak syok.

Terima kasih Yang Berhormat.

Guna perkataan lain supaya kita nampak ada usaha kerajaan untuk memastikan beras tempatan berada di pasaran. Terima kasih, assalamualaikum.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin merujuk Butiran 040400 - Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Saya percaya Parlimen yang bersidang pada petang ini, Insya-Allah kita akan luluskan peruntukan belanjawan dalam butiran yang saya sebut tadi, subsidi padi dan insentif pesawah. Anggaran bagi tahun depan berjumlah RM2.6 bilion. Kita yang bersidang ini, Insya-Allah akan luluskan. Saya akan menyokong. Tetapi saya ingin kemukakan satu persoalan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Subsidi yang banyak yang Parlimen akan luluskan, untukkan kepada kementerian pertanian ini tapi tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya ingin Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan unit di bawah kementerian iaitu unit Kawal Selia Padi dan Beras. Soalan saya, kenapa sampai sekarang beras putih tempatan hampir tidak ada di pasaran? Saya petang semalam di kawasan tengok, beras import saja. Beras putih tempatan yang kerajaan keluarkan belanja, Parlimen luluskan berbilion-bilion ringgit tapi tak ada. Ini disambung dengan Butiran 040600 – Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian. Parlimen untukkan kepada kerajaan, buat saliran yang baik. Petani bersawah menghasilkan padi tetapi soalnya, beras import yang lebih banyak daripada beras tempatan. Ada persepsi rakyat, tolong jawab. Kalau ya, kata ya. Kalau tidak, kata tidak. Adakah beras import yang dijual di kedai, di pasar-pasar itu, sebenarnya sepenuhnya beras tempatan atau campuran sebahagian tempatan, sebahagian import? Tolong jawab. Ini persepsi. Benar atau tidak perkara ini? Jadi, saya nak tanya Unit Kawal Selia Padi dan Beras, anda telah diberi kuasa yang besar oleh Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), apa yang unit kawal selia ini lakukan? Kementerian, Menteri, Timbalan Menteri tolong pantau ini. Kita jadi kerajaan. Saya backbencher kerajaan bukan baru dua bulan, bukan baru dua minggu, sudah dua tahun, tak selesai masalah ini, malu saya! [Tepuk] Satu lagi, jumlah pembangunan industri padi. Ini butirannya terlalu banyak. Pembangunan Industri Padi: 00600 – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) – RMKe-11, 01300 – IADA Kerian dan banyak ini di seluruh negara. Kerajaan sediakan dan Parlimen, insya-Allah akan luluskan untuk belanjawan tahun depan RM131 juta. Jadi, kerajaan telah berbelanja untuk tahun 2024 ini. Ini dah bulan November, kita luluskan tahun lepas. Tapi berbilion ringgit telah kita keluarkan tapi soal keterjaminan makanan ini tak selesai. Di bawah akta tadi memang disebut, satu kilo beras putih tempatan itu RM2.60, murah. Atas kertas.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Apa makna harga beras tempatan itu murah tapi tak ada? Yang ada beras import yang mahal. Takkan dalam dua tahun, COVID dah tak ada lagi dah, dah selesai dah COVID ini. Takkan tak boleh?

Setuju...

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Diselesaikan perkara ini. Nak tunggu 20 tahun, dua penggal pilihan raya lagi? Ini kena selesaikan. Jadi, saya berharap kalau soal makan, soal beras, kerajaan kita tidak dapat selesaikan, apa maknanya belanjawan yang beratus bilion ini? Soal makan tak beres lagi.. [Tepuk] Terima kasih Tuan Speaker. Itu soalan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi ruang pada Kuala Krai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang atas ucapan dan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Ada beberapa persoalan sini ialah, apakah langkah dan perancangan pihak kementerian dalam menjayakan Kelantan sebagai negeri jelapang makanan. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam sesi libat urus RMK bersama Menteri Ekonomi semalam di Kota Bharu, saya quote, “Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam memastikan usaha menjadikan negeri tersebut sebagai jelapang makanan dapat dijayakan.” Berdasarkan status tahap sara diri ataupun SSL 2023, menunjukkan Kelantan berada dalam landasan tepat dalam menjayakan misi sebagai jelapang makanan negara. Sebagai contohnya bagi sumber makanan seperti beras adalah 124 peratus, kelapa sebanyak 186 peratus, daging kambing serta berbiri 283.43 peratus dan juga buah-buahan, sayur-sayuran serta ikan mencatatkan jumlah pengeluaran mengatasi jumlah penggunaan. Dato’ Pengerusi, Butiran 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Di Kelantan kini giat membangunkan penternakan lembu hibrid dan sado sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan ekonomi dan sektor penternakan negeri. Lembu sado dan hibrid semakin diminati untuk pelbagai kegunaan termasuk ibadah korban. Seekor lembu sado boleh dijual sehingga RM25,000 seekor bergantung kepada saiz dan baka. Program ini memberikan peluang ekonomi kepada penternak tempatan dengan jualan lembu sado mencecah sepuluh sehingga lima belas ekor sebulan di ladang-ladang tertentu. Mohon dinyatakan perancangan dan insentif di dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti penternakan lembu hibrid dan lembu sado di Kelantan khususnya di Kuala Krai dan juga di Bachok. Dato’ Pengerusi, Butiran 020800 – Pertubuhan Peladang. Soalan saya, apakah strategi pembaharuan menyeluruh yang digariskan oleh KPKM untuk melindungi reputasi dan integriti NAFAS serta memulihkan keyakinan ahli peladang di samping memantapkan pengurusan serta operasi NAFAS. Ini termasuk kajian yang dijalankan terhadap model baharu pengagihan dan pembekalan baja demi memastikan hak dan kebajikan pesawah terbela mengambil kira sebahagian besar keuntungan NAFAS merupakan hasil baja padi. Selain itu, apakah perkembangan terkini isu penggantungan NAFAS yang dibuat oleh LPP? Apakah punca utama penggantungan ini dibuat dan apakah kesannya kepada pesawah? Adakah LPP telah melantik seorang pentadbir bagi menjalankan tugas dalam tempoh ini? Di manakah kuasa Menteri dalam melantik Majlis Penasihat NAFAS? Adakah selaras dengan akta dan kenapa LPP sendiri berdiam diri? Saya bimbang tindakan ini berbentuk

illegal dan di luar bidang kuasa Menteri dan akhirnya NAFAS menjadi mangsa yang tidak bernafas lagi. NAFAS bukan kali pertama digantung Tuan Pengerusi. Kita menyokong sepenuh sebarang usaha untuk mendakwa salah laku dan rasuah tetapi janganlah mematikan NAFAS kerana ada agenda lain. Jangan juga kerana perebutan kuasa dan pertembungan dua parti mungkin antara Amanah dan UMNO. Dalam isu ini, nasib pesawah dan petani dipertaruhkan bak kata YB Menteri Pertahanan dulu, sekarang Menteri Pertanian, “elephant fight elephant, the grass suffer”. Selesaikanlah Yang Berhormat Pengerusi dengan baik. Dalam butiran yang sama, saya meminta kementerian ataupun KPKM menyenaraikan tanah-tanah LPP khususnya di Kelantan yang berada di kawasan strategik dan di bandar seperti di Kuala Krai. Saya cadangkan agar dapat dibangunkan semula. Tanah LPP di Kuala Krai contohnya berada di kawasan amat strategik. Pihak KPKM boleh membangunkan semula sesuai dengan keperluan semasa seperti ruang niaga, surau dan tandas yang lebih selesa. Kerana kini kawasan ini menjadi tempat perhentian bas ekspres Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Keadaannya kini tidak selesa dan keadaannya tidak terurus terutama jika hujan turun. Saya cadangkan boleh dibangunkan menjadi terminal bas bersepadu. Pengerusi, Butiran 021000 – KADA. Dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan. Laporan telah dibuat kepada SPRM mengenai dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang dipercayai berlaku di KADA sejak beberapa bulan yang lalu. Isu ini menjadi perhatian kerana melibatkan dana dan tanggungjawab terhadap pesawah padi yang memerlukan sokongan terutama dalam menghadapi kemiskinan dan cabaran kekurangan air ketika musim kemarau. Saya ingin menanyakan apakah perkembangan terkini isu tersebut. Adakah telah ditutup kes begitu sahaja atas arahan pihak tertentu? Janganlah kerana pergaduhan di dalam parti yang menguasai KADA, yang menjadi mangsanya adalah rakyat. KADA menghadapi cabaran dalam membekalkan air kepada kawasan penanaman padi di Kelantan terutama kerana tiada empangan utama di negeri Kelantan. Kerja banyak Pengerusi, tapi dok baloh pok dia. Ini masalah kita. Yang terakhir Pengerusi, minta satu minit lagi, iaitu ialah berkaitan dengan MARDI iaitu Butiran 021100. Saya memohon kepada kerajaan untuk menyatakan perancangan dan insentif yang terdapat di dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman bawang merah dan tanaman ubi yang diusahakan oleh pihak MARDI khususnya di Bachok dan penduduk setempat sebagai sumber penjanaan ekonomi yang berpotensi tinggi. Dalam usaha mendorong pembangunan varieti padi baharu, apakah perancangan khusus kerajaan menerusi MARDI dari segi kerangka perundangan dan persekitaran untuk tujuan pembiakan dan pengeluaran benih padi sekali gus meningkatkan kapasiti Malaysia untuk menghasilkan lebih banyak variant benih padi baharu seperti negara-negara pengeluar beras yang lain?

Sejauh manakah kajian penyelidikan turut dijalankan oleh MARDI untuk meneroka baka ayam tempatan dan kacukan baharu sebagai usaha mengurangkan kebergantungan terhadap bahan makanan ternakan import seperti jagung bijian? Terima kasih Pengerusi. Sekian. Wassalamu'alaikum.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Betong.

Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang juga untuk mengambil bahagian membahaskan RUU Pembekalan di bawah B dan P.21 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dato’ Pengerusi, Betong ambil maklum bahawa jumlah belanja mengurus bagi tahun 2025 adalah RM4.6 bilion manakala peruntukan pembangunan adalah RM1.77 bilion. Betong ingin menekankan kepentingan penggunaan peruntukan ini secara efektif terutamanya bagi kami di Sarawak dan apakah mekanisme pemantauan yang ketat, saya rasa yang perlu dilaksanakan untuk memastikan keberhasilan program subsidi dan insentif yang disediakan ini dapat menyelesaikan segala masalah? Seterusnya kepada Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Kementerian telah menetapkan outcome utama untuk pembangunan agromakanan yang berdaya saing dan lestari serta jaminan bekalan makanan negara, nilai ditambah sektor agromakanan kepada KDNK negara dan peratusan kadar sara diri (SSR) beras dan ikan makan adalah petunjuk prestasi yang penting. Saya berharap kementerian akan terus berusaha untuk mencapai sasaran ini melalui strategi yang berkesan. Soalannya, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan kadar sara diri (SSR) beras daripada 62 peratus pada 2023 kepada sasaran 65 peratus pada 2025? Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa peningkatan SSR beras ini dapat dicapai tanpa menjejaskan kualiti dan keselamatan makanan? Mengenai isu beras yang berlaku sekarang, mohon jawapan Menteri sama ada setuju ke tidak bahawa beras yang dijual, yang kita jumpa di pasaran sekarang adalah sebenarnya beras yang telah dicampurkan beras import dan beras tempatan? Mohon penjelasan.

Dato’ Pengerusi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mencapai sasaran SSR ikan makan sebanyak 96.35 peratus pada tahun 2025? Bagaimanakah kementerian merancang untuk menyokong industri akuakultur dan perikanan tangkapan dalam usaha mencapai sasaran SSR ini? Pengukuhan infrastruktur logistik untuk memastikan kesinambungan bekalan makanan dan mengurangkan pembaziran juga perlu diberi perhatian. Penggunaan teknologi moden dan pemerkasaan data sekuriti makanan adalah penting untuk meningkatkan kecekapan rantaian bekalan makanan.

Dato’ Pengerusi, Butiran 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian dan P.12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Pengairan dan saliran pertanian adalah aspek penting untuk mendekatkan produktiviti pertanian di kawasan pedalaman. Saya berharap kementerian akan terus memastikan penggunaan teknologi baharu dalam pengurusan pengairan dan melaksanakan projek-projek yang dirancang dengan berkesan. Soalan saya, apakah projek-projek pengairan dan saliran yang dirancang untuk meningkatkan aktiviti produktiviti pertanian di Sarawak? Bagaimanakah kementerian memastikan penggunaan teknologi baharu dalam pengurusan pengairan? Merujuk kepada Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Apa justifikasi untuk peningkatan peruntukan bagi subsidi padi dan insentif pesawah daripada RM2.47 bilion pada 2024 kepada RM2.6 bilion pada tahun 2025? Bagaimanakah keberkesanan program ini diukur? Merujuk kepada Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Bolehkah kementerian memberikan perincian mengenai peruntukan RM178 juta untuk subsidi dan insentif nelayan? Apakah kriteria kelayakan dan jumlah penerima manfaat? Dato’ Pengerusi, yang kedua terakhir merujuk kepada Butiran 02600. Apa perincian mengenai peruntukan RM33.9 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi tahun 2025? Bagaimanakah dana ini akan digunakan untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan di pintu masuk dan stesen kuarantin di seluruh Malaysia? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tan Sri Pengerusi, akhir sekali Butiran 30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Butiran 30009 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak. Wabak rabies atau penyakit anjing gila ini masih mencetuskan kebimbangan di negara ini apabila enam kes kematian akibat penyakit itu telah direkodkan pada tahun ini di Sarawak. Soalan saya, adakah kementerian menyediakan peruntukan khas untuk memerangi masalah ini bagi mengurangkan kesnya di kalangan haiwan peliharaan? Apa usaha, strategi serta komitmen daripada kerajaan untuk mengawal wabak rabies ini di kalangan haiwan peliharaan di Malaysia? Itu sahaja dari Betong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Serai.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Speaker Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi, daripada RM60 juta 2024 kepada RM68 juta. Ini mungkin industri padi ada dalam butiran-butiran yang lain. Hampir

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

kelapan-lapan pembahas yang telah berbahas hari ini menyebut tentang kepentingan industri padi kepada industri makanan negara. Beras adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Ada yang makan dua kali, ada yang makan sampai tiga kali sehari. Jadi, cabaran utama dalam penanaman padi ini adalah perubahan iklim yang menjejaskan hasil tuaian; kekurangan generasi muda yang berminat dalam sektor pertanian; kos input yang semakin meningkat dan sangat meresahkan petani; kos baja, rotor yang menyaksikan peningkatan yang signifikan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil dan apakah perancangan yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani pada masa kini? Seterusnya Tan Sri Pengerusi, Butiran 40007 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Apakah perkembangan peruntukan RM3 bilion yang telah diumumkan bagi tahun 2024 ini? Setakat mana projek-projek pengairan dan pembangunan telah dilaksanakan sehingga kini? Tan Sri Pengerusi, baru-baru ini banjir berlaku di negeri Kedah. Kawasan padi musnah seluas 5,822 hektar. Pampasan yang diberikan mengikut umur padi. Jadi Tan Sri Pengerusi, kerajaan perlu mengkaji semula bayaran pampasan yang diberikan kepada petani-petani. Itu pun hanya diberikan maksimum sehingga tiga hektar sahaja. Kerajaan perlu kaji semula kos pengeluaran beras dan penanaman padi. Ketika saya menjadi Exco Pertanian pada penggal yang lalu, kos penanaman padi di kawasan MADA adalah lebih kurang sekitar RM2,600 bagi sehektar. Kini, kos penanaman padi telah pun meningkat antara RM3,000 hingga RM4,500 per hektar. Jadi, penanaman padi ini adalah barisan hadapan sekuriti makanan negara seperti yang saya sebut pada awal tadi. Merekalah yang membekalkan makanan ruji kepada rakyat Malaysia. Saya ingin bertanya dalam butiran ini, apa yang telah terjadi dan apakah yang telah berlaku kepada perancangan kerajaan terhadap perancangan SMART SBB, SMART Sawah Berskala Besar? Berapa syarikat yang telah terlibat dalam program ini? Berapa ramaikah petani yang telah terlibat sehingga kini? Apakah keberhasilannya setakat hari ini? Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 22500 – Projek Lembu Pedaging, anggaran bagi tahun 2025 adalah RM9 juta. Cabaran kepada kos projek lembu pedaging ini kos operasi yang tinggi iaitu kos makanan, kos infrastruktur. Kemudian, cabaran yang kedua, penyakit-penyakit ternakan seperti FMD, brucellosis, anthrax. Kemudian, kekurangan modal kepada para-para penternak, akses kepada teknologi, penternak kurang terdedah kepada teknologi. Kemudian, ketergantungan kepada import, perubahan cuaca dan alam, rantaian bekalan yang tidak efisien dan sebagainya. Jadi, apakah usaha kerajaan dalam menambahkan penternakan lembu daging premium seperti lembu sado, lembu wagyu dan sebagainya memandangkan permintaan semakin tinggi pada hari ini? Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 010300 – Pengurusan. Saya ingin membawa isu pengurusan ini kepada isu tanah terbiar. Dianggarkan keseluruhan tanah terbiar yang terdapat dalam negara kita, tanah terbiar pertanian ya,

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

103,563 hektar lebih kurang. Jadi daripada 103,000 ini, 14,598 adalah tanah sawah. Jadi, jika tanah terbiar ini diusahakan, tanah sawah ini diusahakan, ia berpotensi menghasilkan 53,000 tan metrik padi setahun dan ini boleh meningkatkan SSL padi negara. Keduanya Tan Sri Pengerusi, berkenaan dengan seterusnya adalah Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Konflik dalaman NAFAS yang mengganggu urus tadbir dan pembekalan baja. Kita dimaklumkan ada unsur-unsur salah guna kuasa dan salah urus tadbir dalam program pembekalan subsidi baja kebangsaan. Jadi, kita berharap agar perkara ini dapat diselesaikan segera supaya pembekalan baja kepada petani dapat diberikan dengan lancar. Saya berharap isu beras tempatan ini seperti yang disebut oleh Pasir Gudang, oleh Rasah, ramai Ahli-ahli Parlimen dalam ini menyebut tentang ketiadaan beras putih tempatan. Walaupun harganya masih RM2.60, tetapi tidak dapat di pasaran. Sehingga hari ini sudah menjangkau lebih daripada satu tahun lebih kita keputusan, kekurangan beras putih tempatan ini. Jadi, minta kementerian sebab banyak kali telah dibangkitkan dalam Dewan ini tentang perkara ini sebab bagi golongan B40, golongan-golongan yang marhaen ini untuk membeli beras lima kilogram berharga RM20 adalah suatu yang sangat berat bagi mereka. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Padang Serai, ringkas sedikit boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tenom.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

[Ketawa] Lambat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada Tenom untuk berbahasa dalam peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pertama, saya ingin membahas Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi (PIP) bersekali dengan Butiran 021100 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Saya melihat berlaku pertambahan peruntukan kepada Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi daripada RM60.9 juta pada tahun 2024 kepada RM68 juta pada tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 11.6 peratus. Namun mengapakah berlaku pengurangan sebanyak 0.8 peratus daripada RM225 juta pada tahun 2024 kepada RM224 juta pada tahun 2025 bagi MARDI? Justeru itu, saya ingin mengetahui mengapakah berlaku penurunan peruntukan kepada pihak MARDI kerana kedua-dua peruntukan ini pada hemat saya amat penting untuk membangunkan industri padi negara. Menyentuh aspek membangunkan industri padi negara, saya berpendapat beberapa perkara perlu diberikan perhatian bagi menjayakan hasrat ini.

Pertama meningkatkan produktiviti pesawah sedia menerusi aktiviti latihan dan pengembangan pertanian supaya pesawah dapat mengamalkan amalan pertanian yang terbaik. Kedua memperkasakan agenda Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) menerusi penekanan terhadap teknologi seperti artificial intelligence dan internet of things untuk meningkatkan produktiviti serta kecekapan. Bahkan menurut kejadian yang telah dilakukan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations dalam kajiannya, ‘How to Feed the World in 2050’ menyatakan bahawa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam pertanian akan memberikan pulangan yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa kebergantungan pertanian terhadap tanah dan buruh semakin berkurangan pada masa hadapan kerana peralihan kepada penyelidikan dan pembangunan serta teknologi. Ketiga, kerajaan juga perlu memikirkan alternatif bagi menampung lebihan pengeluaran hasil padi yang tidak dibeli oleh pengilang dalam memainkan peranan sebagai pengendali stok penimbang sekali gus dapat membantu para petani. Saya difahamkan pihak kerajaan dalam proses untuk menubuhkan agensi khusus untuk meningkatkan tahap keterjaminan makanan. Oleh itu saya melihat agensi ini boleh digunakan secara strategik untuk menyimpan lebih stok hasil padi tersebut bagi tempoh simpanan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Keempat Tenom ingin mencadangkan agar ditubuhkan koperasi pesawah. Penubuhan ini penting bagi membantu pesawah untuk mengumpul dana dan modal untuk membeli peralatan pertanian seperti jentera tuaian padi dan sebagainya. Malahan juga koperasi ini akan berperanan mengurus hasil tuaian mereka sendiri memandangkan ketika ini mereka terpaksa akur dengan harga dan keputusan yang ditentukan oleh pemain industri dan pengilang. Dalam jangka panjang, sudah pasti koperasi ini tidak perlu lagi bergantung kepada pengilang swasta sebaliknya mereka mampu menghilangkan sendiri beras mereka di samping menambahkan para pendapatan pesawah. Berhubung dengan beras spesial, saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian apakah perancangan strategik pihak kementerian untuk mengkomersialkan produk beras spesial bagi menampung keperluan beras negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import. Saya difahamkan pihak kementerian menerusi MARDI juga telah menghasilkan 14 variety padi spesial merangkumi lapan jenis padi wangi, empat jenis padi pulut, serta dua jenis padi warna dan kualitinya setanding dengan padi yang import serta mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi. Justeru itu, apakah pihak kementerian bercadang untuk membekalkan variety ini kepada pesawah terutamanya di Tenom bagi menghasilkan pengeluaran tersebut? Tuan Pengerusi, Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Saya menyambut baik usaha kerajaan menaikkan jumlah peruntukan subsidi padi dan insentif pesawah daripada RM2.46 juta pada tahun 2024 kepada RM2.6 juta untuk tahun

2025 iaitu peningkatan sebanyak 5.5 peratus. Sudah pasti peningkatan ini akan berupaya untuk meringankan beban para pesawah. Namun demikian, timbul beberapa persoalan yang perlu diambil kira bagi membantu meringankan beban para pesawah. Pertama ialah apakah status perlaksanaan pemberian diesel bersubsidi fleet card kepada pesawah untuk tahun hadapan memandangkan ia nya tidak dinyatakan secara spesifik dalam anggaran perbelanjaan ini? Kedua, apakah reformasi institusi yang akan dilakukan oleh pihak kementerian terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan telus sebagai pengedar baja subsidi di seluruh negara bagi membantu para pesawah? Tan Sri Pengerusi, besarlah harapan Tenom agar setiap cadangan dan soalan yang dikemukakan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong.

Tuan Pengerusi

Baik terima kasih. Saya jemput Jerlun.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, saya merujuk 020000 – Bekalan Makanan di bawah kod Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi (PIP). Salah satu objektif Bahagian Pembangunan Industri Padi iaitu meningkatkan tahap sara diri (SSR) beras negara kepada 80 peratus menjelang tahun 2030 menerusi peningkatan produktiviti hasil padi dan mengurangkan kebergantungan beras import serta pengurusan subsidi dan insentif kepada pesawah. Hasrat murni kementerian adalah baik, tetapi realiti yang berlaku kepada pesawah sekarang ialah kos operasi sawah meningkat secara mendadak disebabkan kenaikan harga benih, kos minyak diesel, pembajakan, menuai dan sebagainya sedangkan harga lantai padi sekarang ialah RM1,300 per tan metrik walaupun ada pengilang yang membeli padi dengan harga RM1,800 per tan metrik. Soalan saya, adakah kementerian bercadang meningkatkan harga lantai kepada RM1,800 seperti yang dilakukan oleh pengilang? Adakah kementerian bercadang menghapuskan penglibatan syarikat swasta yang menjadi orang tengah kepada NAFAS sebagai pembekal baja kepada pesawah? Berkaitan benih padi, saya mencadangkan agar kementerian, pertama mengkreditkan terus subsidi benih padi ke akaun pesawah bukan lagi pengilang yang buat benih padi. Kedua, membenarkan para pesawah memproses benih padi mereka sendiri dalam keadaan pengilang-pengilang tidak dapat menyediakan benih padi yang mencukupi dan berkualiti. Ketiga, apabila pesawah memproses benih padi sendiri, sepatutnya mereka berhak menikmati dua subsidi. Pertama harga padi dan yang kedua subsidi benih. Apa yang berlaku

sekarang ini, subsidi benih padi diberikan kepada pengilang sedangkan pengilang sudah menikmati keuntungan atas jualan benih padi. Kod 020300 – Jabatan Pertanian. Dalam membangunkan projek pertanian, penggunaan tanah menjadi perkara utama. Terdapat banyak tanah terbiar yang tidak dimanfaatkan oleh pemilik. Dalam Majlis Konvokesyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) pada 5 November 2024, Yang Berhormat Menteri menyatakan akan membangunkan tanah terbiar seluas 103,563 hektar di Semenanjung Malaysia khusus untuk tanaman padi. Soalan saya pertama, adakah kementerian menyediakan geran untuk membangunkan tanah terbiar supaya menjadi tanah yang produktif dan memberi pulangan kepada pesawah? Kedua, jika ada berapakah peruntukan bagi geran tersebut? Ketiga, adakah geran diberikan kepada pengusaha individu ataupun perlu pengusaha membentuk usahawan tani secara berkelompok? Berkaitan pemberian geran tanah terbiar jika ada, saya mencadangkan agar kementerian memberikan geran kepada pengusaha individu berbanding usahawan tani secara berkelompok. Bukan sahaja tertumpu kepada tanaman padi, tetapi terbuka kepada agromakanan agar selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. Jika diberikan kepada usahawan tani secara berkelompok, ia boleh membuatkan perlaksanaan projek terbantut kerana isu disiplin diri seperti sikap malas, saling menyerahkan tugas kepada pihak lain, saling menuding jari antara satu sama lain dan sebagainya. Akhirnya, projek tak jadi, geran yang diberikan tidak mencapai matlamat sebenar.

Butiran 020800 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Bekalan baja dibekalkan oleh NAFAS kepada PPK. Di kawasan saya Jerlun, sekarang ini bekalan baja sebatian sebanyak tiga beg bagi satu relung. Pesawah merungut kerana jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menghasilkan benih padi yang baik dan berkualiti. Manakala, baja urea tiada sebarang masalah. Satu beg bagi satu relung sudah mencukupi. Saya mencadangkan agar baja sebatian dinaikkan kepada empat beg untuk satu relung tanah sawah khasnya di Kedah. P.21 Pembangunan. Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. Antara matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) adalah untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu bagi memenuhi keperluan dalam negara termasuk memenuhi keperluan untuk lembu korban. Persoalan saya pertama, berapakah peruntukan untuk membangunkan ladang ternakan ruminan? Kedua, adakah kerajaan menjadikan ternakan lembu secara integrasi di ladang tanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah terutamanya di kawasan FELDA, FELCRA dan RISDA? Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Parlimen Jerlun mempunyai empat buah kuala iaitu Kuala Jerlun, Kuala Tunjang, Kuala Kerpan dan Kuala Sanglang.

Produk hasil-hasil laut menjadi tarikan pelancong luar dan pengunjung tempatan. Soalan saya, pertama, saya pohon dibangunkan medan ikan bakar dan pusat pengumpulan produk-produk hasil laut dalam Parlimen Jerlun. Kedua, berapakah peruntukan bina baru dan baik pulih jeti-jeti nelayan dalam Parlimen Jerlun bagi tahun 2025? Yang terakhir, Butiran 40007 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Berapakah jumlah PPK MADA yang telah membuka pusat belian padi di kawasan masing- masing? Adakah kerajaan bercadang memberi peruntukan geran sebagai insentif kepada PPK MADA yang tidak buka kilang ataupun pusat belian padi lagi agar PPK tersebut dapat membuka pusat belian padi mereka? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Mas Gading.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas kesempatan untuk berbahas di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pertama sekali Tan Sri Pengerusi, saya ingin mengutarakan mengenai Butiran 30003 – Jabatan Pertanian Sarawak yang berkaitan dengan jumlah perbelanjaan pembangunan pertanian. Saya ingin mendapatkan pencerahan apakah sebab-sebab dan faktor-faktor yang menyebabkan jumlah peruntukan pada Jabatan Pertanian Sarawak telah dikurangkan sehingga lebih rendah daripada tahun 2024 dan 2023? Daripada anggaran RM27.175 juta pada tahun 2024 kepada kira-kira RM19.070 juta sahaja pada tahun 2025. Di bawah Butiran 04700 berkenaan dengan pembangunan industri padi Sarawak. Apa faktor yang menyebabkan Sarawak hanya diperuntukkan RM1.5 juta sahaja? Bagaimanakah pula dengan insentif padi huma atau padi bukit? Adakah kementerian masih menyalurkan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma di bawah Belanjawan 2025? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan selain IADA Kalaka Saribas Betong di bawah Butiran 20007, IADA Batang Lupar Butiran 01940 dan IADA Samarahan Butiran 20008, adakah kementerian mempunyai peruntukan untuk mengusahakan pertanian di kawasan lain di Sarawak? Apakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengoptimumkan tanah NCR bagi pertanian jangka pendek atau pertanian kontan di bawah Belanjawan 2025? Mas Gading mohon mencadangkan beberapa buah kawasan yang mempunyai tanah yang sesuai untuk diusahakan seperti di Kampung Kendaie, Kampung Tebero dan Kampung Tembawang Sauh dan Kampung Skiat Baru supaya turut diberikan perhatian sebagai salah satu prospek di kawasan pertanian kontan. Sehubungan dengan ini juga, bagaimanakah pula dengan usaha untuk pemulihan tanah-tanah pertanian? Tan Sri Pengerusi, perkara seterusnya adalah di bawah jumlah perbelanjaan pembangunan pertanian di bawah Butiran 40004.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Saya ingin tahu adakah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia mempunyai peruntukan untuk meningkatkan industri nanas di Sarawak di bawah Belanjawan 2025? Sekiranya ada, saya ingin mendapatkan perincian kawasan pertanian yang akan dibangunkan dan berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan industri nanas Sarawak? Mas Gading ingin bertanya sama ada masih terdapat perancangan daripada pihak kementerian untuk memberi galakan serta suntikan kepada peserta baru bagi mengusahakan tanaman nanas di kawasan Mas Gading yang dilihat mempunyai potensi yang boleh dibangunkan. Dalam usaha negara untuk meningkatkan food security negara di bawah Butiran 10003 berkenaan dengan sekuriti makanan, apa pencapaian setakat ini, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 hingga 2025 di dalam menjamin sekuriti makanan negara? Mas Gading ingin turut memohon perincian yang lebih berkenaan dengan inisiatif atau program baharu di bawah Belanjawan 2025 untuk meningkatkan sekuriti makanan negara. Seperkara lagi, Mas Gading juga ingin memohon pihak kementerian untuk menyatakan di bawah Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Berapakah yang akan disalurkan untuk membantu pesawah-pesawah di Sarawak? Bercakap tentang subsidi padi ini juga dan juga rentetan daripada laporan-laporan baru ini berkenaan dengan pembongkaran harta pembekalan baja subsidi oleh SPRM. Mas Gading juga ingin bertanya, apakah langkah-langkah ke depan pihak kementerian untuk membendung kegiatan kartel dalam pengagihan dan pembekalan kontrak baja padi dalam pertumbuhan pertanian dan juga menambah baik tata kelola pengurusan subsidi-subsidi pertanian? Akhir sekali, Mas Gading ingin menyentuh tentang sistem pengairan padi dan sistem pengairan pertanian. Kalau dulu beberapa buah kawasan di Parlimen Mas Gading terutamanya di Kampung Sedaing, Kampung Rukam dan Kampung Tebero mempunyai sistem pengairan pertanian dan padi yang perlu diperbaiki. Difahamkan bahawa pihak Kerajaan Sarawak turut memperuntukkan sebanyak RM11 juta untuk pembinaan akses jalan raya, jalan pertanian dan sistem pengairan. Untuk itu, saya ingin pihak kementerian untuk menyatakan di bawah Butiran 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian dan Butiran 12900 – Program Pembangunan Punca Air. Adakah peruntukan yang akan disalurkan kepada Parlimen Mas Gading? Tan Sri Pengerusi, sokongan dan perancangan strategik untuk sektor pertanian adalah penting dalam menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menjadikan Sarawak sebagai wilayah pengeluar utama makanan negara. Perkongsian pintar dan sinergi antara Kerajaan Pusat dan negeri amat penting dan diperlukan untuk memastikan matlamat ini tercapai. Jadi, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Mersing.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Pada tahun 2025, peruntukan kementerian adalah sebanyak RM6.42 bilion, meningkat 4.1 peratus berbanding RM6.17 bilion pada tahun 2024. Saya merujuk Butiran 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pada Julai lalu, Kerajaan Negeri Johor telah mewajibkan semua ternakan dipasang tag pengenalan sebagai langkah memperkemaskan sistem pentadbiran sektor penternakan, mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan memastikan keselamatan makanan. Langkah ini juga merupakan inisiatif penting untuk mengurangkan insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan terutamanya lembu yang sering membawa kepada kemalangan maut. Sebagai permulaan, daerah Mersing dipilih untuk menguatkuasakan peraturan ini sebelum ia diperluaskan ke daerah-daerah lain dalam negeri Johor. Melihat kepada keberkesanan inisiatif ini, apakah langkah Kerajaan Persekutuan untuk: (i) mengarusperdanakan langkah ini ke seluruh negara bagi memastikan pemilik ternakan dapat dikesan dan dipertanggungjawabkan jika haiwan mereka menyebabkan kemalangan?; (ii) memperkenalkan mekanisme penguatkuasaan yang lebih ketat seperti hukuman denda kepada pemilik yang gagal memastikan ternakan mereka tidak berkeliaran?; (iii) menyediakan dana sokongan atau inisiatif kepada penternak kecil bagi melaksanakan sistem ini tanpa membebankan mereka terutama dalam kalangan golongan B40?; (iv) memanfaatkan teknologi digital seperti sistem pengurusan data ternakan bersepadu untuk meningkatkan kecekapan pemantauan serta menyokong agenda digitalisasi sektor pertanian negara; dan (v) perancangan kementerian bersama pihak PBT memandangkan kebanyakan PBT tidak mempunyai perjawatan Pegawai Veterinar yang mempunyai kemahiran khasnya berkaitan ubat pelali? Butiran 020500 – Jabatan Perikanan Malaysia. Industri perikanan negara menyumbang sebanyak 0.7 peratus setahun kepada KDNK dengan purata SSR melebihi 90 peratus pada tahun 2023. Sebanyak RM107.3 juta telah diperuntukkan di bawah RMKe-12 pada tahun 2023.

Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk membanteras aktiviti illegal, unreported, unregulated fishing (IUU) bagi mengelakkan kerugian kepada kerajaan? Butiran 020800 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Peruntukan sebanyak RM177 juta bagi tahun 2025 berbanding RM179.39 juta pada tahun 2024. Saya ingin

mendapat penjelasan lanjut, mengapa peruntukan LPP berkurangan sedangkan LPP sebuah agensi penting untuk pembangunan peladang, petani dan penternak di kawasan luar bandar? Melalui RP1 hingga RP4 RMKe-12, sebanyak RM7 juta telah diluluskan yang memberi manfaat kepada 400 orang usahawan di bawah Program Agri Perintis. Mohon penjelasan kementerian, berapa peruntukan bagi tahun 2025? Kerana ini merupakan tahun terakhir bagi RMKe-12. Apakah skop bantuan di bawah program tersebut? Berkaitan isu NAFAS, saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Pertama, bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa penggantungan Perlembagaan NAFAS untuk memperbaiki tatakelola tidak menjejaskan operasi organisasi dan kepentingan peladang kecil yang bergantung kepadanya? Kedua, apakah langkah kerajaan untuk memastikan siasatan terhadap dakwaan kewujudan kartel dalam pengedaran baja padi oleh NAFAS dilakukan dengan telus tanpa campur tangan politik? Ketiga, apakah pelan jangka masa panjang kerajaan untuk memastikan reformasi dalam NAFAS benar-benar meningkatkan kecekapan pengurusan dan melindungi reputasi dan integriti NAFAS serta memulihkan keyakinan ahli peladang?

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Yang Berhormat Mersing, sikit. Berkenaan NAFAS.

Ya. Silakan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Boleh?

Boleh.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Ringkas sahaja, Tuan Pengerusi. Berhubung dengan NAFAS, polemik yang berlaku atau dispute yang berlaku, bersetuju tak Yang Berhormat Mersing bahawa Menteri tidak ada kuasa untuk melantik Majlis Penasihat NAFAS untuk mengurus tadbir NAFAS? Setuju atau tak, Yang Berhormat Mersing? Terima kasih.

Okey, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Hulu Selangor dan saya ingin bertanyakan soalan, adakah terdapat kuasa Menteri berkaitan dengan Perintah Khas Menteri untuk melantik Ahli Majlis Penasihat NAFAS ini? Seterusnya, Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Sebagai usaha melonjakkan produktiviti tanaman padi, sejauh manakah usaha proaktif kementerian dengan kolaborasi di peringkat negeri bagi membantu golongan petani asnaf dengan kerjasama lembaga zakat negeri untuk meneroka tanah bagi kegunaan pertanian? Soalan saya, sejauh manakah pengintegrasian dan pemetaan pangkalan data pesawah untuk memastikan mekanisme pengagihan subsidi dan insentif tanaman padi secara lebih berkesan dan telus di samping memantau penggunaan teknologi oleh para petani? Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Nelayan.

Saya ingin bertanyakan berkaitan dengan jeti-jeti baharu di seluruh negara. Berapakah jeti nelayan yang akan dinaiktarafkan dan dibina? Seterusnya, perumahan nelayan penting untuk penyediaan tempat yang inklusif. Saya difahamkan pembinaan rumah baru nelayan telah dinaikkan kepada RM84,000 bagi Semenanjung. Jadi, adakah nelayan-nelayan di Mersing akan mendapat manfaat daripada projek ini? Terakhir, Tuan Pengerusi, Butiran 20010 – IADA - Rompin. Saya ingin bertanyakan status terkini permohonan untuk memasukkan kawasan sawah padi Kampung Semaloi, Endau dan kawasan sawah padi Kampung Air Papan, Mersing ke dalam kawasan IADA Rompin serta perancangan kerajaan untuk mewujudkan IADA Wilayah Selatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Tan Sri Speaker, sebelum itu. Peraturan Mesyuarat 36(4). “Menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat penyataan seksis”. Saya tengok Yang Berhormat Hulu Terengganu ada di sini. Pada 23 Oktober, saya telah memasukkan satu usul bahawa Yang Berhormat Hulu Terengganu- nanti, nanti. Bagi saya habis. Telah membuat satu perkataan yang lucah di Parlimen. Saya telah terima penjelasan. Jadi, saya harap hari ini kita boleh adakan satu keputusan. Saya rasa perkara ini straightforward. Penjelasan yang dibagi oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu ada dua poin, dia bagi. Saya baca, “Dalam penyataan itu, jelas saya hanya menjelaskan perbezaan dua perkataan iaitu pundak dan...” P-U-N-D-E-K. Saya tak mahu sebutlah, “Bertujuan mengelakkan kekeliruan kepada mana-mana pihak yang mungkin tidak mengetahui...”

Tuan Pengerusi

Baik. Sebelum itu, Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Kampar dapat jawapan daripada saya, ya?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ya, ini penjelasan daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Pengerusi

Tidak. Yang Berhormat Kampar dah dapat jawapan daripada saya? Soalan saya, adakah Yang Berhormat Kampar telah dapat jawapan daripada saya?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Belum. Keputusan belum dibuat.

Tuan Pengerusi

Belum lagi keputusan?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ya.

Tuan Pengerusi

Baik. Kalau belum keputusan, tunggu jawapan saya. Tunggu dahulu.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Hari ini Yang Berhormat Hulu Terengganu ada, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Tak apa, tak apa.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Jadi, saya harap kita boleh buat...

Tuan Pengerusi

Surat itu saya telah hantar kepada pihak yang terlibat. Saya sedang tunggu jawapan. Jadi, saya akan jawab kepada soalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Jadi, sementara itu, tunggu dahulu ya. Baik. Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Tenggara.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kampar ini selalu cari masalah dengan Hulu Terengganu lah.

Tuan Pengerusi

Tak apa. Saya...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tuan Pengerusi, saya dah terima jawapan daripada Speaker. Terima kasih banyak, Speaker.

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi beri ruang kepada Tenggara untuk bahas Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Belanjawan 2025. Untuk permulaannya, saya kepada Butiran 030300 – Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (PKLP). Daripada RM33.8 juta naik kepada RM35.6 juta. Jadi, soalan daripada Tenggara, apakah ada usaha perancangan pihak kementerian untuk mentransformasikan sektor pertanian secara terancang dan lebih bersepadu dan lebih menyeluruh ke arah mencapai matlamat Dasar Agromakanan Negara (DAN) dalam menyediakan segala keperluan latihan dan faktor terpenting adalah berkaitan dengan modal insan, baik pelatih dan juga gurulah, selari dengan usaha bagi meningkatkan pengeluaran makanan dan keterjaminan makanan negara? Melalui butiran ini, Tenggara ingin bertanya, adakah pihak kementerian bersedia untuk bekerjasama ataupun memperluas peruntukan terhadap mana-mana institusi, contohnya Malaysia-China Institute di bawah Majlis TVET Negara yang mengadakan hubungan yang baik dengan pihak institusi pendidikan TVET di negara China? Pengalaman saya sendiri di Chongqing Agriculture School dan juga yang terkini di Beijing Vocational College of Agriculture di China ini, bidang-bidang seperti TVET halal dan juga bidang teknologi yang mencakupi smart agricultural, digital farming, smart irrigation, quantum organic fertilizer dan sebagainya juga sedang dikembangkan. Jadi, mungkin pihak kementerian ada perancangan untuk TVET pertanian ini. Kedua ialah berkaitan dengan Butiran 90700 – Latihan Pertanian Kebangsaan. Ia daripada RM3.5 juta turun sikit kepada RM1 juta. Jadi, tahniah jugalah kepada pihak kementerian menyediakan platform percuma, bersekali dengan elaun RM200 hingga RM300 sebulan akan mampu, Tenggara rasa, menarik minat insan muda Malaysia yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk menyertai bidang pertanian ini.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Jadi, adakah pihak kerajaan ada menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta ataupun agensi termasuk multinational company, GLC, GLIC untuk memperluas jaminan pekerjaan bagi menambah keyakinan mereka orang-orang muda ini untuk ceburi bidang pertanian yang dianggap sebagai sektor yang kotor dan tidak menguntungkan? Sekali lagi, juga berkaitan dengan latihan pertanian di bawah kementerian ini, saya Tenggara ingin bertanya, adakah juga bersedia untuk mengadakan mungkin dual pensijilan bersama dengan pihak antarabangsa? Yang terdekat, Chinalah, sebab Kerajaan China offer melalui Belt and Road Initiative ini pendidikan percuma untuk seluruh insan muda di dunia. Jadi, saya ingat Kementerian Pertanian juga harus mengambil bahagian dalam menghantar bakat-bakat kita untuk terlibat dengan pembangunan TVET pertanian. Seterusnya Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Daripada RM20 juta naik RM25 juta. Sejak 2021 sehingga kini, Tenggara ingin bertanya, berapakah jumlah Geran Agropreneur Muda (GAM) ini yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian terhadap insan muda Malaysia? Adakah kerajaan berhasrat memperluas geran dalam bentuk tunai? Sebelum ini, geran dalam bentuk barangan dan alat sokongan tani RM20,000 per individu. Agar mungkin boleh dapat mendidik mereka menguruskan kewangan dengan lebih efektif. Semenjak pertama kali GAM diperkenalkan pada 2016, apakah hasil impak terhadap rantaian keterjaminan makanan negara dan mampukah GAM ini mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar? Selain daripada pemberian geran, apakah bantuan lain yang diberikan kepada agropreneur muda kita ini untuk bertahan dan bersaing dalam industri? Bagi tahun 2025 ini, Tenggara ingin bertanya, apakah KPI, sasaran kementerian untuk mencapai bagi melahirkan usahawan muda tani ini? Berapa orang dan jenis perusahaan ataupun tanaman yang ingin disasarkan dan taburan geopreneur itu mengikut negeri. Seterusnya adalah Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. RM3.2 juta kepada RM26 juta. Angka yang besar. Dan Butiran 22500 – Projek Lembu Pedaging ini. Negara memerlukan 200,000 tan metrik daging lembu setahun. Kita perlu mengimport 80 peratus daging bagi penuhi keperluan rakyat. Jadi, soalan Tenggara, apakah langkah dan usaha kerajaan untuk tingkat kadar sara diri (SSR) daging yang masih di tahap bawah 20 peratus, yakni bersamaan dengan 47,000 tan metrik bagi menangani kekurangan ataupun kebergantungan terhadap import untuk menampung keperluan bahan makanan terbabit? Baru-baru ini, saya dengar tentang idea lembu hibrid. Saya Tenggara menyokonglah tentang lembu hibrid ini sebab hasilnya pun tinggi dan lembunya pun menghasilkan banyak daging, tetapi kaedah untuk melaksanakannya itu, melalui pembacaan sayalah, mestilah dilaksanakan dengan kerjasama badan swasta, GLC dan GLIC kerana kosnya agak tinggi.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Sebab kalau nak dilaksanakan oleh penternak-penternak kita, dia akan – tidak boleh nak dibuat secara integrasi sebab dia akan memerlukan kawasan yang luas dan faktor

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

kesihatan, keselamatan lembu hibrid yang berkenaan. Tan Sri Speaker, seminit Tan Sri Speaker, Tan Sri Pengerusi. Satu lagi berkaitan dengan lembu hibrid ini, saya lihat yang ada sekarang ini, orang- orang kita menternak sebagai hobi lah. Tetapi kalau untuk dijadikan komersial, untuk betul- betul supaya kita tidak bergantung kepada import daging, sumber protein daging lembu ini daripada luar, kalau kita serius, kerajaan serius perlu buat. Kementerian mestilah, memang kena, tidak boleh tidaklah saya rasa melibatkan agensi-agensi terutamanya sebagaimana yang disebut oleh Ahli Parlimen yang lain tadi itu. FELDA, FELCRA, RISDA ini ada tanah, mungkin boleh dikembangkan di situ dan modalnya pun saya kira untuk lembu hibrid ini besar. Jadi, kalau untuk individu mungkin sukar tetapi kalau untuk agensi bolehlah, mampu untuk dilaksanakan. Terakhir Tan Sri Pengerusi, saya ada sedikit berkaitan dengan Butiran 40004 – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Daripada RM33 juta naik kepada RM51.9 juta. Nanas merupakan sumber kekayaan baharu negara, berpotensi tinggi selepas durian. Pengeluaran nanas bagi tahun 2023 sekitar 440,000 tan metrik. Nilai pengeluaran nanas meningkat 15 peratus, sembilan peratus, RM33 juta pada tahun 2022 kepada RM1.07 bilion tahun 2023. Johor merupakan negeri pengeluar utama dengan keluasan tanaman 10,336 hektar. Jadi, Tenggara ingin penjelasan, apakah usaha yang dilaksanakan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan pengusaha nanas dalam merealisasikan matlamat pembangunan mampan? Sejauh manakah kolaborasi strategik yang dilaksanakan bersama institusi dan juga industri? Terakhir, Tenggara offer-lah kepada kementerian, Tenggara ini ada tanah yang luas tapi milik KEJORA di bawah KKDW. Mungkin Tenggara nak jemputlah untuk kementerian tinjau dan lihat potensi tanah yang ada untuk dibangunkan prasarana bagi merangsang industri nanas negara. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Parit Buntar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim, salam sejahtera. Parit Buntar ingin merujuk B.21. Butiran 04000 – Program Khusus dan Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Parit Buntar nak bangkitkan isu kenaikan harga padi dan beras. Kos operasi pesawah padi telah meningkat secara mendadak disebabkan kenaikan harga benih. Minyak diesel serta kos pembajakan dan menuai. Saya difahamkan oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia yang berkunjung ke Parlimen baru-baru ini, bahawa kos pesawah padi sekarang mencecah RM5,000 per hektar. Purata hasil padi yang diterima pesawah ialah enam metrik tan per hektar. Pesawah padi akan mendapat keuntungan kira-kira RM3,400 keuntungan per hektar untuk enam bulan yakni semusim penghasilan padi.

Ini bermakna pendapatan pesawah padi adalah RM560 sebulan per hektar. Atas kepekaan nasib pesawah padi yang besar sumbangannya dalam menjamin rakyat, Malaysia cukup beras untuk dimakan. Itu pun padi yang dihantar ke kilang setelah masuk mesin untuk diproses menjadi beras automatik keluar-keluar jadi beras import, harganya mahal. [Ketawa] Justeru, Parit Buntar mencadangkan agar harga minimum padi, harga lantai padi dinaikkanlah dari RM1,400 kepada harga yang lebih munasabah dengan kos operasi yang meningkat. Persatuan pesawah dalam memorandum yang dihantar kepada Ahli Parlimen PN baru-baru ini untuk disuarakan di Parlimen yang mungkin YB Menteri dapat satu salinan. Pesawah menuntut harga minimum dinaikkan kepada RM1,800 walaupun mungkin agak berat dan sukar. Sekurang-kurangnya, para pesawah akan dapat keuntungan RM5,800 semusim atau RM966 sebulan per hektar. Purata saiz sawah yang diusahakan sekitar 1.2 hektar menjadikan pendapatan pesawah mencapai kira-kira RM1,159 ke RM2,898 sebulan. Ini agak bersesuaian dengan gaji minimum penjawat awam atau pekerja di Malaysia, RM1,700 sebulan. Walaupun ia agak berat dinaikkan RM1,800, sekurang-kurangnya kerajaan kaji, bincang dengan para pesawah, berapakah harga padi yang munasabah dengan kos yang semakin meningkat hari ini? Seterusnya, Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian dan P.21 Butiran 01300 – IADA - Kerian. Parit Buntar mencadangkan infrastruktur juga mesti ditambah baik kerana sistem pengairan dan saliran sawah yang ada sekarang sudah tidak efektif, contohnya di Parit Buntar. Air tidak sampai ke bendang menyebabkan pesawah terpaksa menggunakan kaedah lain yang melibatkan kos, menyebabkan pesawah terpaksa menggunakan kaedah yang melibatkan kos yang tinggi. Saya pernah membawa usul di Kamar Khas berkaitan isu sistem pengairan air sawah di Kampung Tok Ngah Batu 14 dan Parit Haji Ali Kuala Kurau di mana 100 ekar tanah sawah tidak ada air menyebabkan padi yang ditanam tidak tumbuh dengan baik dan subur. Berkaitan dengan jawapan Menteri pada sidang Kamar Khas yang lalu, saya mahu tahu apakah langkah-langkah yang seterusnya untuk membantu masalah yang disebutkan tadi. Seterusnya, saya ingin merujuk B.21 Butiran 010000 – Pengurusan. Dalam pertemuan dengan pertubuhan pesawah baru-baru ini, Parit Buntar menyokong pesawah yang menuntut supaya pengembalian Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) ke fungsi yang asal. LPN sangat penting untuk mengawal selia industri padi dan beras negara dengan lebih berkesan. LPN boleh memainkan peranan dalam memastikan harga padi dan beras negara stabil dan berpatutan. Mengurus bekalan dan permintaan negara lebih efisien serta menyediakan sokongan teknikal dan logistik kepada pesawah. Dengan mengembalikan peranan LPN, pesawah akan mempunyai saluran yang formal dan terurus untuk menyuarakan pendapat dan mendapat bantuan yang diperlukan. Kebajikan pesawah juga terjaga dan industri padi akan lebih berkembang dengan lebuh mampan. Justeru, mohon pihak kerajaan mengkaji dengan teliti tuntutan kandungan memorandum daripada persatuan pesawah ini.

Seterusnya, saya ingin selitkan satu cadangan daripada Ahli Parlimen Bachok yang tak ada peluang untuk bercakap iaitu Butiran 020500 dan Butiran 020700 berkaitan dengan Jabatan Perikanan dan LKIM. Bagi pihak Bachok, ada permintaan untuk dilabuhkan lebih banyak tukun tiruan konservasi dan penghalang pukat tunda di sepanjang perairan Bachok bagi meningkatkan hasil tangkapan ikan dalam kalangan nelayan pantai. Akhir sekali, sedikit pantun. Kalau padi, katakan padi, Tidak kami tertampi-tampi, Kalau beras tempatan, tempatan hilang, Tak pandai kerajaan nak cari, Elok kerajaan undur diri, Biar pembangkang ganti. Sekian, terima kasih. [Ketawa] [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi kerana izinkan saya ambil bahagian, turut berserta dalam pembahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Tan Sri Pengerusi, saya ingin memetik carta perbelanjaan sebenar tahun 2021 hingga tahun 2023 dan juga peruntukan tahun 2024 dan juga tahun 2025 bagi perbelanjaan mengurus B.21. Daripada tahun 2021, kita belanjakan RM3.2 bilion dan pada tahun 2025 dijangkakan akan meningkat sehingga ke RM4.6 bilion. Pertambahan yang sangat ketara sekitar 44 peratus ataupun RM1.4 bilion berbanding dengan tahun 2021. Sebahagian besar perbelanjaan mengurus telah diperuntukkan kepada program khusus iaitu Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah, anggaran pada tahun depan adalah sebanyak RM2.6 bilion berbanding dengan sebelum ini RM2.47 bilion. Bukan setakat itu perbelanjaan untuk mengurus tetapi perbelanjaan pembangunan turut ada jumlah yang sangat-sangat besar seperti kepada KADA, IADA, MADA. Butirannya 20001 hingga Butiran 20012. Projek-projek pembangunan infrastruktur pertanian sebanyak RM250 juta. Apakah angka-angka ini bermaksud? Sudah tentu angka ini bermaksud bahawanya kerajaan menjaga dan memang sayang kepada para pesawah-pesawah kita. Cuma soalan yang kita nak tanyakan adalah adakah kasih sayang itu dapat menjanjikan pulangan terhadap keterjaminan makanan di dalam negara kita? Saya memang sedar dan faham bahawanya masalah ini bukan masalah satu, dua tahun kebelakangan ini tetapi kita mewarisi pelbagai masalah struktur dalam sektor ini. Kalau kita lihat kepada pengumuman KPKM baru-baru ini, tahap SSL untuk beras, kita telah pun sekali lagi mengalami penguncupan daripada asalnya 62 peratus, kita telah pun berkurangan menjadi 56.2 peratus. Ini bukan bermaksud dua tahun saja yang mengalami penguncupan

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

tetapi kalau kita lihat balik kepada angka, sejak tahun 2013 hingga tahun 2024, kita telah mengalami pengucapan yang sangat-sangat ketara.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Saya memang menerima baik dan menyokong sepenuhnya pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri, untuk melakukan reformasi dalam industri beras dan padi. Namun, dalam banyak-banyak faktor yang disebutkan, banyak-banyak sudut, perspektif yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik perhatian kementerian untuk menelitikan dua perkara yang saya sempat untuk kupaskan pada hari ini. Yang pertama, adalah tentang pentingnya untuk kita ada satu platform libat uruskan stakeholders, pemegang-pemegang taruh yang berkaitan, terutamanya di kalangan pesawah-pesawah. Sekarang ini kita hanya boleh bergantung kepada LPP tetapi kita tak ada satu platform yang rasmi untuk mendengar pandangan mereka. Saya merasa Syukur kerana JKPK telah pun memanggil pesawah-pesawah, NGO-NGO berperingkat kebangsaan peringkat negeri. Dan sama juga PAC telah memberikan ruang sepenuhnya untuk pesawah-pesawah, NGO-NGO datang ke Parlimen untuk menyuarakan pandangan mereka. Tetapi kita harus, pentingnya ada satu lembaga ataupun platform-platform rasmi sepertimana yang Sabah telah pun mulakan pada tahun ini kembalikan semula Lembaga Padi dan Beras Negara untuk menangani pandangan mereka. Dan satu aspek adalah kita tahu kementerian ini adalah satu kementerian yang heavily subsidice menerima banyak insentif dan juga subsidi kepada pesawah-pesawah tetapi kebanyakannya adalah melalui orang tengah. Saya menyarankan kepada kerajaan supaya boleh ada akses terus, kreditkan sebarang subsidi ataupun bantuan kepada pesawah terus tanpa melalui orang tengah, itu pertama. Keduanya, dalam kerajaan nak membangunkan 5 sektor hydro high value industri salah satu sektor hydro high value. Keempat, adalah sektor pertanian dan industri asas tani. Dan kerajaan memang comited untuk mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan untuk meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi. Tetapi cara adalah melalui automasi digital dan teknologi tetapi saya rasa sedih kerana kita telah pun melihat pada buku ini dan buku ini telah pun mengalami pengurangan dalam bab penyaluran pembahagian kepada MARDI sebuah agensi yang sepatutnya kita harus memberikan pendekatan yang lebih untuk membangunkan penggunaan teknologi dalam industri sektor pertanian. Saya harap kerajaan boleh dilihat semula, apakah kita boleh menambah kembali bajet kepada MARDI, bukan setakat hanya yang sebelum ini tetapi harus memberikan tumpuan yang lebih dalam membangunkan MARDI sebagai satu agensi yang boleh memacukan pertanian. Satu lagi persoalan saya adalah saya juga ingin bertanya kepada KPKM, di manakah butiran peruntukan perbelanjaan jika kita lihat ada potensi besar, bendang-bendang yang masih di kawasan luar jelapang yang boleh diwartakan sebagai jelapang padi, apakah

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

peruntukan yang boleh diberikan kepada mereka ini sebab saya memang menumpukan perhatian kepada salah satu kawasan luar jelapang di Perak iaitu kawasan Chui Chak, Changkat Jong. Memang potensi besar dan saya harap Menteri boleh memberikan keterangan, sama ada kementerian bercadang untuk mengambil atau mewartakan kawasan ini sebagai jelapang padi pada tahun depan. Sekian sahaja, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi kerana memberikan peluang kepada Batang Lupar untuk turut sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi maksud B dan P.21 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Terus kepada butiran-butiran yang menyentuh pembangunan industri padi dan beras di Sarawak iaitu Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi yang diperuntukkan sebanyak RM68 juta. 04700 – Pembangunan Industri Padi di Sarawak yang diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta. Tan Sri Pengerusi, seperti yang saya telah suarakan sebelum ini kadar pengeluaran beras di Sarawak, ketika ini masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk tempatan. Melihat kepada keperluan mendesak untuk meningkatkan kadar pengeluaran beras, Kerajaan Sarawak telah bersedia untuk melabur sebanyak RM500 juta untuk membangunkan industri beras dan memohon tambahan sebanyak RM500 juta lagi kepada Kerajaan Pusat. Namun, saya berasa sedikit terkilan melihat hanya RM1.5 juta yang akan diperuntukkan khusus untuk Sarawak di bawah Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi Sarawak berbanding RM500 juta yang dipinta. Kalau dicampur dengan peruntukan untuk subtopik pembangunan industri padi di IADA Batang Lupar pun hanya mencecah sekitar RM2.5 juta sahaja. Justeru itu saya berharap agar peruntukan untuk membangunkan industri padi dan beras di Sarawak ini dapat ditingkatkan bagi tahun-tahun yang akan datang ke arah meningkatkan penghasilan beras tempatan di wilayah ini agar Sarawak tidak lagi bergantung pada bekalan beras dari luar. Seterusnya, Tan Sri Pengerusi saya juga ingin membangkitkan butiran-butiran yang spesifik kepada kawasan-kawasan Batang Lupar iaitu Butiran 20012 –IADA Batang Lupar yang diperuntukkan sebanyak RM1.08 juta dan 01940 – IADA Batang Lupar Pengairan dan Saliran sebanyak RM 9.7 juta. Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri KPKM kerana sudi turun padang ke IADA Batang Lupar pada tahun ini. Saya ingin mendapatkan perincian daripada kementerian mengenai apakah garis masa serta rancangan membangunkan infrastruktur pertanian termasuk sistem pengaliran

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

dan saliran serta kilang pemprosesan dan penghasilan benih padi di kawasan air IADA Batang Lupar. Sebenarnya Tan Sri Pengerusi, Projek Jelapang Padi di kawasan Batang Lupar ini telah lama diusahakan. Namun ianya masih belum membuahkan hasil yang memberangsangkan, harapan kami penduduk Batang Lupar khususnya adalah untuk melihat kawasan IADA Batang Lupar ini bukan sahaja sekadar gah pada nama tetapi benar-benar menjadi hub pertanian yang memacu industri padi beras pertanian di Sarawak setaraf dengan IADA lain yang terlalu jauh lebih maju seperti di Seberang Perak dan Barat Laut Selangor. Masih berkisar mengenai pertanian, saya juga ingin membangkitkan sedikit mengenai soal pemasaran hasil pertanian di bawah Butiran 030100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diperuntukkan RM181.3 juta dan 030200 – Perlembagaan Perindustrian Nanas Malaysia, RM 34 juta. Antara masalah utama yang dihadapi oleh petani adalah kesukaran untuk memasarkan produk mereka. Ada kalanya mereka terpaksa menjual dengan harga yang amat rendah semata-mata untuk mendapatkan sedikit pulangan. Justeru, saya ingin memohon kepada pihak-pihak FAMA dan LPNM untuk mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi turun padang ke kawasan luar bandar untuk membeli hasil pertanian dengan harga yang lebih bermaruah. Saya ingin juga mencadangkan agar FAMA dan LPNM selaku agensi kerajaan dapat mewujudkan sebuah Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di IADA Batang Lupar bagi memudahkan para penduduk dari kawasan-kawasan di sekitar untuk menjual hasil tanaman mereka. Seterusnya Butiran 020700 – Perlembagaan Kemajuan Ikan Malaysia. Saya juga ingin bertanya mengenai status pengoperasian Kompleks Perikanan LKIM Beladin. Saya difahamkan sebelum ini kompleks tersebut belum dapat beroperasi sepenuhnya berikutan masalah utiliti seperti bekalan air, talian telefon dan internet. Adakah ianya telah diselesaikan? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkenaan status terkini pembangunan Penempatan Semula Nelayan, PSN Beladin. Projek perumahan nelayan ini telah lama siap tetapi masih belum diserahkan kepada penerima sehingga ada rumah kosong yang menjadi mangsa vandalisme. Maka bilakah rumah-rumah tersebut akan diserahkan kepada nelayan- nelayan yang berjaya? 040500 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Saya juga ingin bertanya berapakah subsidi dan insentif nelayan yang telah dan akan diagihkan kepada Sarawak khususnya untuk nelayan-nelayan di Parlimen Batang Lupar? Saya memohon agar pemberian subsidi dan insentif ini dapat ditambah baik bersekali dengan bantuan seperti peralatan untuk kegunaan para nelayan. Saya juga ingin menyarankan kepada pihak Jabatan Perikanan dan LKIM untuk turun bagi mendedahkan para nelayan kepada undang-undang perikanan yang berkuat kuasa serta kaedah penangkapan ikan yang lebih lestari dan mesra alam.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Menyentuh sedikit Butiran 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Saya juga ingin bertanya mengenai apakah bantuan-bantuan yang disediakan untuk penternak- penternak kecil di bawah DVS dan bagaimanakah mereka dapat memohon bantuan tersebut? Akhir sekali, Tan Sri Speaker- Tan Sri Pengerusi, saya ingin membangkitkan berkenaan peranan golongan muda dalam sektor agromakanan. Soalnya, bagaimanakah kita dapat menarik lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang pertanian? Saya melihat Butiran 90700 – Latihan Pertanian Kebangsaan. Peruntukan yang dianggarkan adalah amat sedikit iaitu hanya sebanyak RM1 juta sahaja. Sepatutnya butiran ini diberikan peruntukan yang lebih mencukupi bagi membolehkan KPKM melatih lebih ramai anak-anak muda untuk menggiatkan diri dalam sektor agromakanan. Dalam hal ini, saya juga ingin menyarankan kementerian untuk memperbanyakkan program turun padang bagi mendekati dan memberi latihan kepada golongan muda di kawasan luar bandar dan pedalaman dan bukan sekadar hanya menumpukan latihan di pusat-pusat atau institut pertanian sahaja. Saya percaya ramai anak-anak muda yang minat bertani di Sarawak tetapi mereka mungkin tidak dapat datang jauh ke bandar-bandar besar untuk mengikuti kursus. Maka, saya berharap agar lebih banyak latihan pertanian dapat diadakan di peringkat daerah mahupun daerah kecil. Begitu juga dalam soal pemberian bantuan dan geran kepada para petani dan usahawan tani muda. Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Justeru, saya menyarankan agar pemberian geran agropreneur muda ini dapat dimudahcarakan dan ditumpukan khusus untuk membantu para belia dan beliawanis di kawasan luar bandar. Akhir kata, saya berharap agar setiap butiran yang telah saya bangkitkan pada hari ini mendapat pertimbangan dan maklum balas oleh pihak kementerian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Sungai Besar.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Kepala B21 Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara dan Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi (PIP). Ini soal makanan asas kita. Kita ada 520 ribu hektar sawah di Semenanjung yang diusahakan hampir 211 ribu pesawah yang menyumbang kepada hampir 60 peratus keperluan beras negara. Hari ini Tuan Pengerusi, pesawah melalui hari-hari yang agak suram dengan hasil yang agak kurang, bahan input semakin mahal, kos operasi semakin meningkat disebabkan kenaikan harga benih, harga diesel dan kenaikan pelbagai kos yang lain. Contohnya, kos operasi sehektar sawah sebegini. Tadi versi Parit Buntar, ini versi Sungai Besar. Kos sewa RM3 ribu, ini paling murah. Kos membajak roto 1 - dahulu RM130,

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

sekarang RM180. Kos roto 2 – dahulu RM120, sekarang RM200. Roto 3 - dahulu RM110, sekarang RM190. Sisir - dahulu RM200, sekarang RM280; berjumlah cecah RM850 per hektar. Dahulu sekitar RM560 sahaja. Kos tanam calit cecah antara RM1,400 hingga RM1,500 sehektar. Belum potong jerami lagi. Dahulu RM100, sekarang cecah RM180. Tambahan racun kulat mungkin jenis karate atau mesh, cecah RM250. Tambahan baja selain dari urea dan campuran, kita tambah baja seramban dan baja iyara contohnya, cecah RM500. Upah menuai – dahulu RM60, sekarang RM90 per tan. Belum lagi kos sulam, kos buang padi angin, kos upah dron, racun tikus, racun siput dan lain-lain yang mencecah RM600. Jadi, kos keseluruhan sehektar sawah yang pesawah kena tanggung adalah berjumlah mungkin sekitar RM6,530. Katalah dengan modal yang besar dan sepenuh masa, pesawah dapat 5.5 tan metrik per hektar. Sasaran kementerian hanya 4.285 tan sahaja untuk tahun 2025, ada dalam Buku Belanjawan. Maka, hasil diperolehi adalah RM9,900. RM1,300 harga lantai dan RM500 subsidi per tan. Tolak kos operasi dan sewaan, cecah RM6,530 sehektar. Maka Tuan Pengerusi, hasil diperolehi pesawah adalah bersih RM3,370 untuk enam bulan. Tadi Parit Buntar sudah sebut sudah ataupun semusim bersamaan dengan pendapatan RM561 sebulan, itulah pendapatan pesawah, Tuan Pengerusi. Mengusahakan satu hektar sawah, RM561 sebulan Tuan Pengerusi, adalah di bawah garis kemiskinan. Itulah hendak modal sawah semula, itulah hendak belanja sekolah anak-anak, bayaran utiliti, sara hidup keluarga dan itulah hendak buat beli beras import yang mahal harganya hendak membesarkan anak-anak. Lainlah kalau mengusahakan kawasan tanah sendiri, dapatlah mungkin pendapatan sekitar RM1,060 sebulan. Itu pun masih di bawah gaji minima. Maka dengan itu, saya mewakili hampir 211 ribu pesawah seluruh negara menyertai Arau, menyertai Parit Buntar, mengetuk pintu hati kerajaan untuk menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan ke paling minima RM1,500 hingga RM1,800 per tan. Itu pun kalau kerajaan prihatin dengan kesusahan para pesawah kesan kenaikan kepelbagaian kos operasi yang terpaksa mereka tanggung. Kedua Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh Kepala P.21, Butiran 40001 – Institut Pendidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Ini institusi yang menyelidik dan mengesahkan benih padi mana yang disebut sebagai benih padi sah. Setakat ini kita tahu MARDI mencipta lebih 80 varieti benih padi sah. Malangnya dalam bajet kali ini peruntukan untuk MARDI berkurangan daripada RM45 juta ke RM38 juta, kenapa kurang? Kata hendak mengunjurkan penanaman padi empat musim atau lima musim dalam tempoh dua tahun. Kata hendak membuat penyelidikan tempoh matang padi menyamai negara Vietnam, Thailand dan Indonesia iaitu antara 75 hingga 80 hari berbanding varieti padi kita tempoh matangnya 110 hingga 120 hari. Kalau kerajaan serius terhadap industri padi, terutamanya berkaitan R&D benih padi sah yang lebih produktif, maka peruntukan kepada institusi MARDI mestilah ditambah,

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

bukannya dikurangkan. Sedikit lagi Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh berkaitan dengan P.21, Butiran 20001 – IADA-Barat Laut Selangor. Ini kawasan jelapang padi yang antaranya selalu disebut ‘Ala Sekinchan’, pasaran padi terbaik, bermutu dan tinggi hasilannya tetapi sistem pengairan palong kita berusia lebih 40 tahun. Diselenggara bagaimanapun sekali, ianya tetap uzur. Perlu satu sistem pengairan yang lebih cekap dan sistematik. Saya hendak tanya kementerian melalui IADA-Barat Laut Selangor. Berapa kos penyelenggaraan palong di kawasan IADA-Barat Laut Selangor dari tahun 2000 hingga 2024? Supaya kita membuat unjuran jangka panjang pada masa depan. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Kota Belud.

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, B.21 Butiran 020500 – Jabatan Perikanan (DOF), 020700 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). P.21 Butiran 30004 – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Butiran 30005 – Jabatan Perikanan Sabah, Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Peruntukan operasi diperuntukkan sejumlah RM171 juta tahun hadapan. Peruntukan pembangunan sebanyak RM150 juta dan untuk DOF Sabah sebanyak RM15.8 juta. Pertamanya, saya ingin tahu status permohonan saya melalui Persatuan Nelayan Kota Belud. Saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri pada 19 Februari yang lalu melibatkan dua projek membina jeti. Satu permohonan melibatkan pembelian ice block mini dan satu permohonan melibatkan bantuan perikanan pada nelayan di Kota Belud. Sebenarnya banyak sudah permohonan yang saya hantar kepada kementerian, saya pohon berikanlah pertimbangan, Yang Berhormat. Kedua, mengenai peruntukan RM150 juta tahun hadapan. Mohon diberikan pecahannya dan untuk DOF Sabah sebanyak RM15 juta. Apa projek yang terlibat? Saya juga ingin menyentuh mengenai projek penempatan semula nelayan Kampung Bira- Biraan, Kota Belud. Projek dimulakan pada tahun 2020 tetapi tidak pernah dilaksanakan. Pencapaian terbaik setakat ini adalah kejayaan memagar tapak projek. Walaupun bajet tersedia beratus-ratus, mesyuarat telah pun berlangsung sejak tahun 2001 lagi. Namun, menyedihkan sampai ke hari ini, pelaksanaan projek ini tidak pernah terjadi. Bilakah projek ini akan menjadi kenyataan? Kalau persediaan untuk melaksanakan Projek PSN memakan masa almost 22 tahun pun belum mendapat mencapai kata putus, maka dapat dijangka bila pelaksanaan pun mungkin akan mengambil masa 20 tahun juga untuk disiapkan. Itu pun terpaksa dibangkitkan di dalam sidang Parlimen ini.

020800 – Lembaga Pertubuhan Peladang. Sabah merupakan jelapang padi penting di Malaysia. Keluasan tanaman padi di Sabah yang aktif seluas 24,013.22 hektar. Keperluan

perkhidmatan kejenteraan di Sabah memerlukan sejumlah 800 buah jentera merangkumi 480 buah jentera pembajak dan 320 buah jentuai. Saya difahamkan pada masa ini, keseluruhan perkhidmatan jentera yang melibatkan PPK, PPN dan sektor swasta adalah berjumlah 431 buah merangkumi 265 buah traktor dan 166 buah jentuai. Justeru, saya ingin tahu apakah usaha yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan keperluan jentera di Sabah mencukupi? Saya difahamkan Lembaga Pertubuhan Peladang di Sabah pernah menerima peruntukan melalui Vot one-line item bermula pada RMKe-7 sehingga RMKe-9 yang mana peruntukan pembangunan bagi aktiviti sosioekonomi Pertubuhan Peladang dan ahli Peladang dirancang dan dilaksanakan oleh LPP negeri Sabah sendiri. Soalan saya, kenapa ianya tidak diteruskan hari ini? Kedua, adakah kementerian akan mewujudkan semula VOT one-line item ini bagi memberi kuasa kepada LPP Sabah untuk berbelanja dan menentukan projek-projek pembangunan untuk ahli-ahli Peladang di Sabah? B.21 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar, P.21 30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 30008 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Pertamanya, saya ingin merujuk kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, pada tahun lalu yang menyatakan bahawa harga ayam di Sabah adalah lebih mahal daripada Semenanjung antaranya disebabkan perbezaan enakmen dan akta. Di Semenanjung, syarikat ada pilihan yang lebih banyak untuk mengimport berbanding di Sabah kerana import ayam di Sabah lebih ketat dan di Semenanjung ada penyakit kuku dan mulut tetapi di Sabah tiada. Soalan saya di sini, benarkah kenyataan ini? Adakah ini bermaksud import ayam di Semenanjung tidak ketat dan berisiko memberikan penyakit? Kedua, saya ingin tahu, berapakah jumlah syarikat pengimport ayam di Sabah dan berapa banyakkah loji pemprosesan ayam yang diluluskan untuk aktiviti import ke Sabah? Ketiga, saya ada terima keluhan daripada pengusaha di Sabah yang menyatakan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan import ayam di Sabah. Selain daripada akta yang berlainan, apakah lagi yang menyebabkan kesukaran ini? Ada juga dakwaan berkata bahawa terdapat kartel pengimportan ayam yang telah berakar lama di Sabah. Saya pohon kementerian siasat kerana di bawah Kerajaan MADANI, kita perlu hentikan segera, jika benar. Terakhir, saya ingin tahu, berapakah peratusan import daging ayam di Sabah dan berapa peratuskah kadar sara diri (SSR) daging ayam di Sabah? Apakah usaha dan insentif yang diberikan untuk mewujudkan lebih ramai pengusaha ternakan ayam di Sabah? P.21 20011 – IADA - Kota Belud. 01930 – IADA - Kota Belud - Pengairan dan Saliran. Julai tahun lalu, saya ada menghantar – Julai lalu, saya ada menghantar aduan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai projek pembinaan terusan di Kampung Piasau yang mana projek itu telah menyebabkan banyak masalah kepada pesawah di sini dan menjejaskan

punca pendapatan mereka. Saya mohon diberikan status terkini. Saya juga ingin tahu peruntukan RM17.7 juta, apakah projek baru atau projek sambungan? P.21 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang. Kota Belud merupakan antara daerah utama pertanian di Sabah. Antara kekangan besar yang dihadapi petani di sini adalah jalan-jalan pertanian dan ladang yang rosak dan tidak sesuai. Inilah antara mengapa petani di sini tidak dapat meningkatkan taraf hidup ke tahap yang lebih baik. Soalan saya, apakah syarat bagi mendapatkan peruntukan ini? Adakah ianya perlu disenaraikan dahulu mengikut keutamaan negeri? Saya berharap agar jalan-jalan pertanian di Kota Belud dapat dipertimbangkan kerana sudah dua tahun, Yang Berhormat, satu jalan pertanian pun belum diluluskan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Beaufort.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Belanjawan Pembangunan P.21 bagi Butiran 40002, 40005, 10013 dan juga 14800. Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dengan nilai peruntukan RM33,755,000, Tan Sri Pengerusi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah kementerian yang paling penting dalam memastikan keperluan sumber makanan negara sentiasa mencukupi. Menerusi perbincangan dengan pihak FAMA dan juga Pejabat Daerah Beaufort, satu cadangan telah dikemukakan agar kementerian dapat memperuntukkan pembinaan agromarket di tepi jalan Pan Borneo Beaufort dan Membakut yang berupaya membantu petani menjual hasil tanaman mereka dengan harga berpatutan tanpa melalui orang tengah. Saya juga memohon kepada kementerian agar dapat memberikan peruntukan melalui butiran ini untuk menaik taraf Pasar Tamu Beaufort kepada pasar pertanian berbumbung sepenuhnya yang mempunyai kemudahan fasiliti lengkap seperti stor simpanan dan tandas awam bagi memastikan Pasar Tamu Beaufort ini berupaya menawarkan hasil pertanian, ternakan dengan suasana yang lebih selesa, teratur dan juga bersih. Tan Sri Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan jumlah peruntukan RM20,074,200. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempunyai peranan yang sangat penting dalam meningkatkan taraf sosioekonomi, kehidupan nelayan dan komuniti nelayan dan memajukan industri perikanan negara. Di Parlimen Beaufort, perkampungan nelayan ini telah memainkan peranan yang sangat penting terhadap sumber makanan setempat. Atas dasar itu, saya memohon agar agensi LKIM di bawah kementerian dapat menyalurkan peruntukan untuk membina dua buah jeti nelayan di Menumbok dan juga Kuala Penyu.

Begitu juga dengan bantuan baik pulih rumah nelayan, saya memohon agar Parlimen Beaufort diberi belanjawan atau pada 2025 ini dapat– di bawah Belanjawan 2025 ini dapat memberikan kuota sebanyak 20 buah rumah di Menumbok dan juga 20 lagi di Kuala Penyu. Hal ini kerana semasa saya melawat perkampungan nelayan ini, saya dapati banyak rumah yang telah uzur dan rosak serta perlu pembaikan segera. Dengan bantuan baik pulih rumah ini, ia akan dapat memberikan semangat baru kepada nelayan betapa jasa mereka amat dihargai dan juga diiktiraf oleh kementerian. Seterusnya, Butiran 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang dengan nilai peruntukan RM22,311,300. Tan Sri Pengerusi, adalah amat penting untuk kementerian terus memperkasa dan membantu pekebun dan petani untuk menyediakan fasiliti seperti jalan bagi memudahkan pekebun ini menjaga dan mengeluarkan hasil pertanian mereka. Seperti dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2025 baru-baru ini mengatakan komitmen kerajaan dalam memperkasa tanaman nanas sebagai tanaman berpotensi tinggi. Beaufort sebenarnya telah menyahut seruan kementerian ini di mana Beaufort mempunyai keluasan tanaman nanas seluas 481.1 hektar, yang tertinggi di Sabah mengikut data Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia pada tahun 2022. Beaufort juga merupakan daerah yang paling sesuai dengan tanaman nanas. Atas dasar itu, saya memohon agar kementerian dapat memberikan peruntukan untuk membina jalan di ladang nanas Kampung Takuli, Beaufort. Butiran 40004 – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan nilai peruntukan RM51.9 juta, Tan Sri Pengerusi, saya melihat industri nanas ini dapat memberi nilai tambah kepada ekonomi masyarakat terutama golongan B40 sekiranya mereka dilibatkan secara terus melalui program-program penanaman nanas secara berkumpulan yang akhirnya boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka. Fungsi dan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang perlu diperhebat di setiap daerah dengan mengenal pasti golongan B40 yang berminat dalam usaha sama tanaman nanas ini. Persoalan saya, apakah bentuk kerjasama strategik di antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan Lembaga Pertubuhan Peladang dalam pembangunan industri nanas di Sabah? Berapa jumlah peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan industri nanas di Sabah serta skop projek yang boleh dilaksanakan dalam membantu golongan B40? Secara tuntasnya, Beaufort amat mengharapkan keprihatinan daripada kementerian dalam memajukan industri pertanian di daerah ini sekali gus membantu petani, nelayan dan pekebun kecil dalam menyediakan infrastruktur yang mampu memberi nilai tambah terhadap hasil pertanian di Parlimen Beaufort. Sekian, terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Beaufort. Saya jemput Kuala Kedah.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya akan membahagikan perbahasan peringkat Jawatankuasa ini kepada dua bahagian iaitu hal pertanian dan hal perikanan merangkumi anggaran peruntukan perbelanjaan Kepala B.21 dan Kepala P.21 KPKM. Merujuk Kepala B, Butiran 020900 - Lembaga Kemajuan Pertanian (MADA). Dalam butiran ini, saya ingin menyentuh tentang pengurusan empangan dan sumber air MADA. Sehingga kini, MADA mengurus tiga buah empangan di negeri Kedah iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning di bawah kendalian Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air (BPESA). Saya ingin mendapatkan maklumat tambahan, apakah pihak MADA ada membuat kajian tahap keupayaan empangan untuk mengairi saliran bendang sekiranya usaha penanaman padi lima kali dua tahun itu menjadi kenyataan? Pihak manakah ketika ini yang bertanggungjawab menyelenggara empangan sama ada diselenggara sendiri oleh MADA atau disub ke atas syarikat persendirian? Mohon penjelasan. Apakah pihak MADA memiliki kepakaran-kepakaran tertentu seperti kejuruteraan struktur dan geo-teknikal, kejuruteraan hidrologi dan hidrolik, mekanikal dan pengurusan keselamatan dan risiko bagi memastikan efficiency empangan berkenaan mencapai kuantum yang dikehendaki? Saya membangkitkan hari ini memandangkan perubahan corak iklim yang tidak menentu serta kadar taburan tahunan hujan yang tidak sekata akibat dari peralihan monsun pada ketika ini. Selain itu, pada Kepala P (Pembangunan), Butiran 40007. Saya ingin memohon pencerahan mengenai status projek naik taraf saliran pengairan bagi rancangan penanaman padi lima kali dua tahun di kawasan MADA serta bilakah pembangunan rancangan ini dijangka siap khususnya dalam DUN Pengkalan Kundor, Kubang Rotan dan Anak Bukit? Terakhir, melalui butiran ini adalah apakah strategi MADA untuk membangunkan sumber-sumber air baru bagi kawasan MADA terutamanya selepas NAHRIM meramalkan fenomena kemarau ekstrem 2025 dan 2035? Tan Sri Pengerusi, saya pindah kepada bahagian kedua hal perikanan, Butiran 020500 - Jabatan Perikanan. Terdapat beberapa jenis akuakultur marin yang menjadi hasil pendapatan nelayan. Antaranya udang marin, ikan marin, kerang-kerangan dan rumput laut, rumpai laut. Perkara yang menjadi fokus saya hari ini adalah tentang kerang-kerangan yang menghasilkan 21,145 tan matrik menurut profil akuakultur 2055 Jabatan Perikanan Malaysia. Kerang-kerangan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu siput, kerang, retak ribu, belitung, lokan, kepah dan lain-lain lagi. Soalan saya, apakah perancangan komprehensif pihak kementerian untuk meningkatkan metrik tan tuaian kerang-kerangan? Apakah langkah-langkah mitigasi yang diambil bagi membendung permasalahan tangkapan berlebihan? Apakah tindakan yang diambil bagi memulihara, seterusnya memelihara habitat kerang-kerangan yang berhadapan dengan isu pencemaran air, perubahan iklim semasa terutama yang mengaitkan isu

tambakan laut? Selain itu, apakah pihak kementerian bercadang untuk mewartakan lokasi- lokasi tertentu seluruh negara sebagai pusat pembenihan atau ternakan kerang-kerangan bagi menampung permintaan domestik? Tan Sri Pengerusi, Butiran 90200. Selain menyediakan Sungai Kedah sebagai satu destinasi agropelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, sungai ini juga menjadi sumber rezeki bagi nelayan darat dan terkenal dengan lubuk udang galah, ikan lampam, terubok, dan jelawat satu ketika dahulu. Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan maklumat lanjut, apakah pihak Jabatan Perikanan merancang untuk meningkatkan jumlah pelepasan benih udang galah serta beberapa spesies asal ikan di Sungai Kedah? Apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak jabatan untuk meningkatkan kuantiti benih udang galah dan spesies-spesies ikan air tawar yang semakin berkurangan? Sejauh manakah pembangunan data inventori spesies-spesies ikan tersebut dapat membantu nelayan darat meningkatkan pendapatan mereka? Pada Butiran P.40005 - LKIM. Saya ingin bertanya tentang status pembinaan pelantar tambatan bot nelayan kecil di Tok Pasai yang terlibat dengan pembinaan jeti Kuala Kedah. Saya difahamkan bahawa lokasi tambatan bot nelayan pantai ini agak terkedalam muara berbanding sebelumnya. Soalan saya, apakah LKIM berminat untuk membina pelantar khas berstatus kekal kepada nelayan berkenaan? Sejauh manakah konsultasi dan libat urus dilaksanakan dengan pihak-pihak berkaitan dalam isu ini? Terakhir Tan Sri Pengerusi, adalah Butiran 30004 - Jabatan Perikanan Malaysia. Saya memohon kementerian menyatakan perincian agihan mengikut cadangan projek pembangunan yang melibatkan RM150,749,600. Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah RM yang diagih ke negeri Kedah dan apakah bentuk projek berkenaan? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Sandakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Pertama sekali saya ingin merujuk kepada muka surat 217 dan 218, Butiran 020700 Lembaga - Kemajuan Ikan Malaysia dan Butiran 040500 - Subsidi dan Insentif Nelayan. Industri perikanan di Sandakan adalah penting sebagai sumber bekalan makanan serta sumber eksport yang bernilai bagi Sabah. Jadi pada masa ini, terdapat kira-kira 426 buah kapal nelayan yang beroperasi dari empat jeti di Daerah Sandakan di mana semua kapal nelayan ini menerima peruntukan bulanan diesel bersubsidi untuk operasi mereka. Jadi soalan saya kepada kementerian adalah daripada RM178 juta yang diperuntukkan untuk subsidi dan insentif nelayan, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk menyediakan diesel bersubsidi kepada nelayan di Sandakan?

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Adakah jumlah yang diperuntukkan kepada Sabah dan Sandakan untuk tujuan ini kekal sama seperti tahun-tahun sebelumnya? Saya juga ingin menyeru kepada kementerian untuk mengagihkan subsidi diesel ini dengan adil dan saksama. Jadi Tan Sri Pengerusi, sejak bulan Julai tahun ini, sebahagian kuota bulanan diesel bersubsidi sebanyak 400,000 liter untuk industri perikanan di Sandakan telah diagihkan daripada empat buah jeti yang sedia ada kepada dua jeti baharu, jadi walaupun jeti baharu tersebut belum lagi bersedia untuk beroperasi lagi. Jadi justeru itu, ia menyebabkan kekurangan sebanyak 1.6 juta liter diesel bersubsidi bagi nelayan di sekitar Sandakan dari bulan Julai hingga bulan Oktober tahun ini. Kekurangan ini telah menyebabkan penurunan yang ketara dalam bekalan ikan, mengganggu bekalan ikan segar ke pasaran tempatan dan juga menjejaskan mata pencarian ramai nelayan. Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah yang telah berlaku kepada diesel bersubsidi yang diperuntukkan kepada dua jeti yang belum dibuka ini? Adakah diesel yang tidak digunakan itu akan diagihkan semula kepada nelayan di Sandakan pada tarikh yang akan datang? Juga, bagaimana pihak kementerian akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi bagi memastikan hidup nelayan tidak terjejas? Ada juga yang mencadangkan bahawa pengagihan subsidi diesel ini sepatutnya diagihkan berdasarkan saiz enjin. Ini akan dapat memastikan subsidi diesel boleh digunakan dengan sebaik mungkin dan mengurangkan ketirisan subsidi diesel. Walaupun industri perikanan menyumbangkan secara penting kepada ekonomi Sabah dengan nilai eksport melebihi RM500 juta setahun, kita di Sandakan masih tidak ada jeti yang sesuai ataupun stor sejuk dan kemudahan pendaratan lain jadi untuk memenuhi keperluan industri ini. Oleh itu saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah status terkini Kompleks LKIM yang dirancang di Sandakan? Bilakah ianya akan boleh disiap dan boleh digunakan untuk industri perikanan di Sandakan? Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 30008 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, di mana sebanyak RM9.223 juta telah pun diperuntukkan bagi perkhidmatan ini. Tan Sri Pengerusi, baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang mengejutkan di Semporna, di mana seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah diserang dan dibunuh oleh sekumpulan anjing liar berhampiran dengan rumahnya. Jadi, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Jadi untuk beberapa sebab, bilangan anjing liar yang berkeliaran di jalanan di Sabah termasuk Sandakan telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Jadi, pusat khidmat saya telah menerima banyak laporan mengenai kecederaan akibat gigitan anjing liar atau orang yang terjatuh dan cedera sementara dikejar oleh anjing- anjing liar di Sandakan. Jadi Sandakan, premis SPCA kami kini telah menempatkan 630 ekor anjing liar dengan tiada lagi kapasiti untuk menerima lebih banyak. Jadi, masih terdapat ratusan ekor anjing liar yang berkeliaran di sekitar Sandakan yang berpotensi menjadi satu situasi yang bahaya untuk orang ramai.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah daripada bajet ini yang diperuntukkan untuk menangani isu anjing liar, terutamanya di daerah Sandakan. Jadi, apakah tindakan dan inisiatif yang telah dan akan diambil oleh kementerian bagi memastikan kejadian kecederaan atau bahkan kematian akibat gigitan anjing liar tidak berulang lagi di masa depan sebab ini adalah amat penting untuk kesejahteraan rakyat. Di akhir sekali, saya ingin merujuk kepada Butiran 00100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - RMKe11 dan 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di mana sebanyak RM38,475,000 telah pun diperuntukkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah inisiatif- inisiatif yang disediakan di bawah peruntukan ini bagi membantu pengusaha-pengusaha di Sabah yang terlibat dalam bidang seperti penanaman kelapa dan juga buah-buahan lain untuk memasarkan produk-produk mereka di pasaran tempatan ataupun di luar negeri. Sekian dan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian (PSP). Butiran ini, saya rujuk untuk pihak kementerian memberi maklum berkaitan perkembangan Projek Skim Pemindahan Air Jeniang (Jeniang Transfer) yang dijadualkan fasa duanya akan bermula pada tahun hadapan. Keperluan untuk dilaksanakan segera Projek Skim Pemindahan Air Jeniang ini sangat penting bagi meningkatkan kapasiti pengairan untuk penanaman padi di seluruh wilayah di Kedah, termasuklah projek yang dirangka oleh kementerian iaitu penanaman padi sebanyak lima kali untuk dua tahun. Projek ini telah pun terbengkalai agak lama dalam fasa satu dan ia tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana fasa dua dan fasa tiga termasuklah pembinaan Empangan Nauk di Daerah Pendang itu tidak lagi dilaksanakan sehingga ke hari ini. Projek yang menelan belanja lebih RM400 juta ini perlu disegerakan untuk dilaksanakan, termasuklah ia sebagai pelan jangka panjang bagi memastikan keperluan air untuk pengairan pertanian dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kedua, Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada Butiran 020900 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan persoalan saya, apakah pelan kementerian untuk mengoptimumkan keberkesanan MADA bagi meningkatkan hasil padi di jelapang yang

terbesar di negara kita. Pada ketika ini, MADA menghasilkan lebih 43 hingga 45 peratus keluaran padi atau beras negara. Namun, ia perlu dioptimumkan dan termasuklah saya ingin merujuk bagaimana kementerian melihat keperluan untuk dilaksanakan dengan segera baki kepada penyelenggaraan dan pembangunan 100 blok sistem pengairan tersier yang belum lagi disempurnakan kerana ia sangat penting bagi menghasilkan padi itu ataupun hasilnya itu secara optimum dan ketika mana dirancang juga projek yang telah pun dipersetujui sebelum ini iaitu projek MADA Plus ataupun untuk memperluaskan wilayah MADA ini di beberapa daerah-daerah yang lain, termasuk di Daerah Sik, di Daerah Kuala Muda dan sebagainya. Ketiga Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 02110 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Jadi persoalan saya, bagaimana MARDI melihat fokus kepada penyelidikan untuk penanaman padi itu sendiri termasuklah penyelidikan berkaitan dengan baja-baja yang digunakan pada ketika ini. Adakah masih bersesuaian dalam keadaan iklim yang sentiasa berubah dan juga dari segi keperluan untuk mewujudkan satu institusi khusus bagi penyelidikan padi yang pernah disebut oleh saya dalam Dewan ini. Keperluan untuk mewujudkan ‘rice center of excellence’ dengan izin, bagi memberi fokus kepada pihak MARDI dan kementerian itu sendiri bagi melihat potensi besar khususnya dalam soal penyediaan benih-benih yang berkualiti, melihat daripada segi soil profiling tanah itu dengan izin. Begitu juga soal racun-racun ataupun input pertanian yang digunakan. Ia sangat diperlukan di ketika mana pada hari ini, banyak isu yang melibatkan benih-benih padi yang berkualiti yang perlu digunakan oleh para petani kita. Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040400 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Dalam butiran ini, kita menyaksikan bahawa jumlah peruntukan bekalan untuk subsidi padi ini antara terbesar iaitu RM2.6 bilion untuk subsidi dan insentif pesawah dan sudah pastilah ia perlu dioptimumkan, termasuklah kita nak memastikan subsidi-subsidi ini langsung diperolehi kepada petani-petani kita dan ia tidak boleh lagi dalam keadaan kita melihat banyak keciciran yang berlaku tentang pengagihan subsidi ini. Termasuklah banyaknya yang terjadi apabila penglibatan orang tengah yang tidak adil ini telah menyebabkan subsidi-subsidi padi itu tidak sampai ke sasarannya iaitu kepada petani-petani kita. Bagaimana kementerian melihat untuk proses ataupun yang telah dilaksanakan sekarang iaitu program pemutihan petani-petani kita yang asli ini, maksudnya petani yang betul-betul melaksanakan petani padi ini, termasuklah bagaimana kaedah penggunaan pengesanan biometrik kepada pesawah-pesawah petani kita ini supaya tidak ada petani- petani yang istilahnya petani fake ataupun petani yang digunakan oleh pihak lain untuk mengaut hasil subsidi itu yang akhirnya kerugian kepada pihak petani yang benar-benar melaksanakan sawah-sawah kita. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Pengerusi. Saya ingin membahaskan P.21, 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Saya dalam pilihan raya yang ke- 15 ini, isu sekuriti makanan menjadi isu yang utama dan ini adalah sesuatu yang baik kerana akhirnya rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan isu sekuriti makanan. Maka saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana selepas pembentukan kerajaan, memberi utama tentang isu sekuriti makanan dan telah memberi RM400 juta, julung-julung kali untuk Bahagian Sekuriti Makanan. Saya ucapkan tahniah sekali lagi. Walau bagaimanapun, saya rasa amat perlu bahawa kerajaan terangkan apakah rancangan kerajaan untuk memperuntukkan RM400 juta ini. Untuk tujuan apa? Untuk perjawatankah dan perancanganlah tentang Bahagian Sekuriti Makanan ini. Saya juga tahu bahawa kerajaan sedang mengkaji blueprint sekuriti makanan dan blueprint ini amat penting untuk menjamin sekuriti makanan negara. Maka saya harap bahawa kerajaan, selalunya blueprint ini banyak tetapi kena ada keberanian untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang bernas dan bagus supaya betul-betul memperbaiki sekuriti makanan negara. Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi Sarawak. Saya nak bagi tahu bahawa Sarawak mempunyai banyak jenis padi varieti yang sangat hebat-hebat. Contohnya, Heirloom rice. Contohnya, Bario rice. Semua ini adalah antara yang terbaik di dunia tetapi dia adalah macam hidden gem. Orang tak tahu tentang kewujudan varieties yang bagus-bagus ini. Jadi, Heirloom rice dan juga Bario rice diibarat sebagai Musang King of the paddy. Maksudnya, dia boleh jual pada harga yang sangat-sangat premium tetapi saya nampak bahawa nilai yang tinggi tetapi tidak diketahui.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, saya rasa bahawa pembangunan industri padi Sarawak harus menitikberatkan tentang varieti-varieti spesialti ini supaya petani-petani itu boleh meningkatkan hasil, meningkatkan kualiti, packaging dan marketing, terutamanya ke Semenanjung Malaysia. Jadi, ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk petani kita. Lepas itu P.21, Butiran 20002 – IADA Seberang Perak. Di Seberang Perak ada IADA, tetapi di sebelahnya ada satu tanah yang luas iaitu di Chui Chak. Dia lebih kurang sama, dekat sahaja, lima minit sahaja antara dua-dua tempat itu. Tetapi IADA itu jelapang padi, Chui Chak itu di luar jelapang padi. Maka, petani ada lebih kurang 500 keluarga petani di Chui Chak. Mereka tidak mendapat sokongan JPS dan sebagainya yang Seberang perak dapat. Jadi, saya harap bahawa kerajaan betul-betul serius untuk membantu sebab bukan senang hendak dapat 1,000 ekar tanah penanaman padi. Mereka sudah ada turun temurun petani, tanam padi. Maka, bolehlah diserap ke dalam IADA Seberang Perak supaya mereka mendapat bantuan dan meningkatkan yield dan juga pengeluaran padi. Ini bantu sekuriti negara. Jadi, saya sokong dengan cadangan Gopeng tadi, kedua-dua Bayan Baru dan Gopeng menyokong untuk memasukkan Chui Chak ke dalam IADA Seberang Perak.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Butiran 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Selepas African swine fever (ASF) banyak penternak-penternak babi telah lingkup kerana mereka tidak mampu meningkatkan – kerana kerugian akibat ASF. Jadi, adalah perlu kerajaan meningkatkan, melipatgandakan bantuan kepada petani-petani, penternak babi supaya mereka dapat meningkatkan biosekuriti mereka dan kalau boleh turn into modern pig farming. Pembangunan infrastruktur pertanian, Butiran 01910, 01920, 01930, 01940, 10013, 12800, 12900. Semua adalah pembangunan infrastruktur petani. IADA Pekan, pengaliran dan saliran. Semua ini adalah pengairan dan saliran. Total peruntukan adalah RM2.57 bilion untuk Rancangan Malaysia ini – total RM2.57 bilion. Untuk tahun 2025, kerajaan akan memperuntukkan RM223 juta. Ini bermaksud bahawa pembangunan pengairan dan saliran untuk pertanian padi di IADA; IADA Pekan, Rompin, Kota Belud, Batang Lupar dan sebagainya amat tinggi. Tetapi, kalau kita harapkan – kita berulang-ulang, we do the same thing over and over again, expecting different result, ini adalah satu kebodohan. Maka, kalau kita teruskan peruntukan yang begitu banyak, caranya yang sama, dia memang tidak ada pergi ke mana dan telah terbukti. Yang penting sekarang, pengairan. Bukan isunya perparitan. Betul, perparitan penting. Tetapi, kerana masalah ubah iklim dan ubah cuaca, maka air tidak mencukupi.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Adalah perlu – last ya. Pengerusi, adalah perlu kita tukar method kita. Saya hendak bagi tahu bahawa di India, India sekarang penanaman padi mereka menggunakan precision farming dripping system. Air, dripping. Dia bukan lagi macam kita, menggunakan air yang banyak ke dalam bendang tetapi mereka menggunakan dripping system. Jadi, saya harap bahawa KPKM terutamanya Bahagian Saliran dan Pengairan fikirkan sistem teknologi yang baharu menggunakan air secara berhemah dan precision supaya padi kita boleh meningkatkan pengeluaran. Jangan kita belanja begitu banyak tetapi akhirnya sama sahaja yield kita. Terima kasih Pengerusi. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 23 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ataupun KPKM sebentar tadi.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik yang mungkin bagi memberikan jawapan untuk setiap persoalan dan juga pertimbangan kepada cadangan- cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhannya, prestasi sektor agromakanan negara pada suku kedua tahun 2024 telah menunjukkan momentum yang positif. Nilai ditambah sektor ini yang melibatkan aktiviti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan telah berkembang dengan kadar yang memberangsangkan iaitu sebanyak 4.6 peratus, merekodkan nilai sebanyak RM46.6 bilion. Pertumbuhan ini mencerminkan sumbangan penting sektor agromakanan kepada ekonomi negara dengan nilai keseluruhan sebanyak 11.6 peratus. Peningkatan nilai ditambah ini mencerminkan keberhasilan inisiatif KPKM dalam memacu industri pengeluaran agromakanan khususnya dalam sektor ternakan dan perikanan yang masing-masing berkembang 5.4 peratus dan 5.3 peratus bagi suku tahun tersebut. Bagi tahun 2025, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan menerima peruntukkan berjumlah RM6.42 bilion merangkumi belanja mengurus sebanyak RM4.65 bilion dan belanja pembangunan sebanyak RM1.77 bilion. Secara keseluruhannya, peruntukan tahun 2025 telah meningkat sebanyak RM250 juta atau bersamaan 4.1 peratus berbanding tahun 2024. Puan Pengerusi, saya akan bermula dengan isu berkaitan dengan perikanan dan kebajikan nelayan yang disentuh oleh YB Betong, YB Kota Belud, YB Mersing, YB Jerlun, YB Beaufort dan juga YB Sandakan. KPKM melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia atau LKIM telah melaksanakan usaha-usaha dalam penyaluran subsidi bantuan dan insentif kepada golongan nelayan bagi menggalakkan aktiviti dalam perikanan tangkapan seterusnya meningkatkan kadar sara diri ikan makan seperti berikut: (i) Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan; (ii) Program Insentif Hasil Tangkapan Ikan; (iii) Program Dana Nelayan; (iv) Program Peningkatan Pendapatan ataupun Insentif Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan ataupun Touch Point; (v) Program Pembangunan Modal Insan; dan (vi) Program Unjam dan Ladang Laut. LKIM terus proaktif dalam mengetengahkan isi-isu berkaitan kebajikan nelayan dan beberapa insentif telah disediakan bagi tujuan ini dengan jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun 2025 sebanyak RM178 juta. Program tersebut meliputi, yang pertama, elaun sara hidup nelayan. Ini diteruskan bagi tahun 2025 dengan peruntukkan sebanyak RM145.4 juta. Kedua, insentif hasil tangkapan ikan. Program ini telah mula sejak tahun 2008 dan masih diteruskan sehingga kini pada kadar 10 sen per kilogram bagi zon A, B dan C tertakluk kepada had maksimum bayaran mengikut zon. Pemberian insentif ini bertujuan untuk memberi galakan kepada pemilik vessel perikanan untuk mendaratkan hasil perikanan di

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

dalam negara sekali gus menjana pendapatan. Insentif ini juga bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh pemilik vessel perikanan. Bagi 2025, sejumlah RM15 juta diluluskan yang melibatkan 18,105 buah vessel.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Ketiga, adalah Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan. Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan mula dilaksanakan pada tahun 2009 bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan segera dalam bentuk kewangan atau barangan atau sebarang bentuk yang bersesuaian kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam yang melibatkan kemusnahan atau kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga. Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan pada tahun 2025. Yang keempat, pengurusan bagi pembayaran insentif. Bagi melancarkan lagi pengurusan pembayaran insentif, sebanyak RM15.6 juta telah diperuntukkan kepada kementerian yang meliputi bayaran emolumen kakitangan, penyelenggaraan sistem dan pengurusan pusat isytihar. Khusus kepada soalan daripada YB Betong yang bertanya berkaitan dengan Jabatan Perikanan, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan pengembangan didikan dan juga kadar sara diri dan sasaran pengeluaran makanan ikan, industri perikanan negara menyumbang sebanyak 0.7 peratus setahun kepada KDNK dengan purata tahap sara diri melebihi 90 peratus pada tahun 2023. Untuk mencapai sasaran pengeluaran ikan makan melalui akuakultur dan perikanan tangkapan, beberapa strategi yang perlu diambil kira. Pertama, kita perlu meningkatkan teknologi akuakultur. Kita akan memperkenalkan sistem ternakan moden melalui teknologi seperti Recirculating Aquaculture System (RAS) yang boleh meningkatkan produktiviti dan mengurangkan penggunaan air. Kita akan buat pemilihan spesies yang lebih sesuai dan memberi pemakanan yang berkualiti. Kedua, kita perlu meningkatkan lagi kecekapan pengurusan sumber perikanan tangkapan yang mampan, seperti kawalan kuota tangkap, untuk menetapkan had tangkapan bagi mencegah eksploitasi berlebihan dan memastikan kelestarian stok ikan di laut, menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan peraturan perikanan dipatuhi melalui pengawasan yang ketat dan menggunakan ataupun melaksanakan alat tangkapan yang mesra alam. Ketiga, melalui latihan dan pendidikan untuk memberi pendedahan tentang teknik dan amalan terbaik dalam pengurusan kolam, pengendalian ikan dan pemuliharaan perikanan. Keempat, penambahbaikan infrastruktur dan sokongan termasuk bantuan kewangan kepada pengusaha akuakultur dan nelayan kecil untuk meningkatkan hasil mereka. Kelima, meningkatkan R&D dan inovasi untuk membuat penyelidikan spesies baru dan menggunakan kaedah bioteknologi untuk meningkatkan daya tahan penyakit dan kecekapan makanan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Keenam, mengambil kira keperluan kelestarian alam sekitar seperti kawalan kualiti air dan pemuliharaan habitat.

Yang Berhormat Menteri. Kota Belud.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Silakan.

Saya ingin tanya berkenaan dengan projek penempatan semula nelayan Kampung Bira-Biraan tadi. Kalau YB Timbalan Menteri boleh jawab. Sebab, perkara ini sudah lama dibahas dan dituntut di Kota Belud. Jadi, kalau boleh, saya minta jawapanlah. Terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Menteri, bersekali dengan Kota Belud. Batang Lupar ingin menanyakan perkara yang sama berkenaan dengan program penempatan nelayan di Kampung Beladin dan Kompleks Perikanan LKIM di Kampung Beladin. Telah saya suarakan beberapa kali tapi sampai ke hari ini dua-dua projek ini belum diserahkan kepada agensi yang bertanggungjawab dan kepada penerima rumah tersebut. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya jarang bagi peluang untuk lompat giliran ataupun potong barisan. Tapi bagi saudara Kota Belud, saya bagi exceptions-lah pada kali ini. Kerajaan sememangnya berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti nelayan dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup nelayan. Bagi kementerian, kita melaksanakan pelbagai usaha untuk ke arah itu. Jadi, bagi LKIM, melalui kementerian, telah menerima beberapa permohonan berkaitan kemudahan pendaratan ikan dan bantuan nelayan bagi kawasan Kota Belud, Sabah. Bagi kemudahan jeti pendaratan ikan, LKIM telah membina dan menaik taraf lima buah jeti termasuk pembinaan sebuah jeti di Kampung Tanjong Kupang, Kota Belud dengan kos keseluruhan berjumlah RM250,000 pada tahun 2024. Manakala bagi cadangan kerja- kerja pembangunan dan menaik taraf jeti di perkampungan nelayan Kampung Ambong, LKIM telah mengadakan sesi libat urus bersama-sama Pejabat Daerah Kota Belud dan Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Kota Belud serta wakil-wakil nelayan. Bagi permohonan jeti perkampungan nelayan di Kampung Buah Pandai dan Kampung Lentigi, LKIM sedang mengenal pasti pemilik tanah bagi lokasi yang dicadangkan serta perancangan reka bentuk yang bersesuaian untuk diangkat bagi permohonan di bawah RMKe-13. Bagi permohonan Bantuan Nelayan, seramai 45 orang penerima di Kota Belud telah menerima bantuan melalui program peningkatan pendapatan ataupun touch point dengan peruntukan sebanyak RM56,000 yang meliputi peralatan enjin sangkut dan pukat dan akan diteruskan pada tahun 2025 tertakluk kepada syarat dan kelayakan. Manakala kursus penyelenggaraan enjin sangkut dan teknologi fiber glass juga akan diadakan pada tahun 2025.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Bagi permohonan ice block mini, LKIM akan mengangkat permohonan ini di bawah Program Mekanisasi dan Automasi untuk dipertimbangkan untuk tahun 2025.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, actually tadi soalan saya itu berkenaan tentang perumahan nelayan Kampung Bira-biraan yang disebut sejak dari 2001, dimulakan 2020 dan itulah yang saya cakap sekarang kejayaan paling besar adalah memagar kawasan tapak projek. Itu sahaja yang dilakukan setakat ini. Kalau boleh, saya minta pertimbangan Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau tidak dapat disuarakan hari ini, hopefully ada jawapanlah. Terima kasih. Satu juga kampung yang perlu juga untuk jeti adalah Kampung Kuala Abai, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab itu adalah kampung terbesar untuk dari segi nelayan. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Akan diambil perhatian, YB Kota Belud. Segala perkembangan, saya akan memberi perkembangan secara bertulis. Saya ingin beralih kepada isu Geran Agropreneur Muda yang dibangkitkan oleh YB Tenggara dan juga YB Rasah. Sejak tahun 2021, jumlah kelulusan Geran Agropreneur Muda adalah seramai 3,068 orang usahawan dengan nilai geran berjumlah RM62 juta. Sorry. Saya rasa ini angka tidak tepat, Puan Pengerusi. Tapi, saya akan memperincikan nanti. Perincian mengikut subsektor adalah seperti berikut: | Subsektor |Bilangan Kelulusan|Peratusan| |------------------|-----------------:|--------:| |Tanaman | 1116| 36.38| |Ternakan | 557| 18.16| |Perikanan | 273| 8.90| |Industri asas tani| 1122| 36.57|<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman, usahawan yang menerima Geran Agropreneur Muda akan dipantau dalam tempoh tiga tahun setelah pembekalan barangan diterima. Bagi memastikan bantuan yang diberikan digunakan bagi tujuan melaksanakan projek pertanian dan agromakanan, mekanisme sedia ada akan dikekalkan pada tahun-tahun akan datang. Selain bantuan dalam bentuk geran, para usahawan juga berpeluang mengikuti kursus dan bimbingan teknikal meliputi semua rantaian nilai bidang pertanian termasuk mengenai pengurusan kewangan bagi projek yang dilaksanakan. Bagi usahawan yang memerlukan insentif atau bantuan dalam bentuk tunai untuk melaksanakan projek khusus melibatkan penggunaan agroteknologi dan bidang pertanian dan agromakanan, KPKM melalui Agrobank menyediakan dana Program Pembiayaan Teknologi Madani dan program ini menawarkan kemudahan pembiayaan sehingga RM5 juta pada kadar keuntungan serendah dua peratus untuk tempoh pinjaman sehingga 10 tahun termasuk lapan bulan grace period, dengan izin, tempoh penangguhan bayaran kepada usahawan di seluruh rantaian agromakanan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Bagi menjawab soalan khusus daripada YB Kangar berkaitan dengan negeri Perlis. Sepanjang RMKe-12, daripada 3,068 usahawan yang telah diluluskan Geran Agropreneur Muda, 147 merupakan usahawan daripada negeri Perlis.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Daripada jumlah tersebut, hanya 101 peserta masih kekal aktif menjalankan projek. Pemantauan ke atas Agropreneur Muda Perlis menunjukkan peningkatan pendapatan dua usahawan sebanyak RM500 sebulan. Seorang meningkat sebanyak RM2,000 sebulan dan seorang lebih RM4,000 sebulan. Manakala, 97 peserta tiada peningkatan kerana masih dalam peringkat mengembangkan projek melalui bantuan yang diterima. Berkaitan pula soalan daripada YB Tenggara berkaitan juga Program Agropreneur Muda dan juga berkaitan sama TVET, pada tahun 2025, Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan juga bercadang untuk meneroka ruang dan peluang baru. Di antaranya adalah penyertaan dalam Program Malaysia-China Youth TVET Training. Program ini merupakan program penempatan pelatih di Republik Rakyat China selama dua minggu. Faedah yang akan diperoleh daripada penyertaan dalam program ini adalah seperti mendapatkan maklumat dan pendedahan berkaitan teknologi baru dan pendigitalan dalam pengajaran dan pembelajaran TVET di bawah sektor pertanian, agromakanan dan Republik Rakyat China. Mendapat pendedahan dan pengalaman penggunaan teknologi terkini yang digunakan di Republik Rakyat China dan mengenal pasti bidang baru dalam sektor pertanian agromakanan yang boleh diterokai dengan sokongan pihak TANG International Education Group dan rakan strategik lain dan membina rangkaian hubungan kerjasama lebih luas dan kukuh dengan institusi pendidikan dan industri sektor pertanian agromakanan. Program ini akan melibatkan seramai 200 pelatih dan tenaga pelajar pada tahun 2025 daripada bidang tanaman, poultry dan ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan dan pemasaran. Seterusnya, saya ingin beralih kepada isu MARDI di bawah Butiran 021100 yang dibangkitkan oleh YB Rasah, YB Tenom, YB Sungai Besar dan juga YB Sik. Puan Pengerusi, siling peruntukan mengurus MARDI bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM225,840,000. Walau bagaimanapun penyaluran tunai yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan hanya RM216,389,200 iaitu berkurang sebanyak RM9,450,800 iaitu berkurang sebanyak 4.18 peratus. Justeru, jika dibandingkan pula dengan siling yang diluluskan pada tahun 2025 ialah RM224,025,500 yang masih lagi melebihi nilai penyaluran tunai tahun 2024 sebanyak RM7,636,300 iaitu 3.53 peratus. Berdasarkan kelulusan peruntukan mengurus pada tahun 2024, sekitar 82 peratus daripada jumlah peruntukan adalah bagi tujuan emolumen, 15 peratus bagi perbelanjaan perkhidmatan, 1.5 peratus sebagai pemberian GCR, 0.89 peratus bagi pembayaran cukai atau insurans dan 0.35 peratus bagi tujuan penyelenggaraan aset. Menjelang akhir tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, kebanyakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pemindahan teknologi telah pun berada pada fasa terakhir pelaksanaannya. Itulah sebab kenapa kita nampak peruntukan pada tahun ini

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

angkanya kurang berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Bermakna peruntukan yang diterima akan lebih memfokuskan kepada ke arah mencapai sasaran output dan outcome program dan projek yang telah dirancang pelaksanaannya berbanding dengan aktiviti perolehan yang melibatkan perbelanjaan besar. Justeru, peruntukan mengurus yang diluluskan pada tahun 2025 adalah bagi membiayai perbelanjaan pengurusan dan operasi badan berkanun kerajaan seperti MARDI pada tahap yang optimum tanpa menjejaskan pelaksanaan program dan pembangunan sedia ada. Berkaitan pula dengan soalan daripada YB Tenom berkaitan dengan varieti padi spesial, pihak MARDI telah pun berkongsi sebanyak 11 varieti padi spesial MARDI kepada pihak Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 2021. Buat masa ini pihak Jabatan Pertanian Sabah melalui Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran sedang dalam proses penilaian varieti di multi lokasi iaitu di Tuaran, Papar, Tambunan dan Kota Belud. Varieti padi spesial MARDI tersebut adalah lapan varieti padi wangi iaitu MRQ76, MRQ107 dan MRQ111, MRQ106, MRQ108, MRQ109, MRQ110 dan MRQ112 serta tiga varieti padi warna iaitu MRQ98, MRQ99 dan MRQ100. Varieti tersebut mampu memberikan hasil melebihi lima tan per hektar dan umur matang yang singkat iaitu sekitar 115 sehingga 120 hari yang sesuai untuk penanaman dua kali setahun serta telah melalui saringan Penyakit Merah Virus di Sabah. Pihak Jabatan Pertanian Sabah boleh mengkomersialkan varieti spesial MARDI tersebut sekiranya bersesuaian dengan persekitaran tempatan yang diharapkan akan memberi manfaat kepada pesawah termasuklah pesawah di Daerah Tenom. Matlamat kementerian adalah jelas seperti mana yang dinyatakan di dalam aspirasi Dasar Agromakanan 2021 hingga ke 2030 iaitu memberi penekanan kepada pengeluaran beras spesialti tempatan untuk memanfaatkan potensi varieti beras istimewa tempatan. KPKM telah merencanakan langkah strategik menerusi Program SMART SBB yang telah terbukti memberi hasil yang lebih tinggi dan produktif melalui pengurusan penanaman padi secara sistematik. Ini termasuklah penglibatan pihak swasta di dalam Program SMART SBB dalam penanaman padi spesialti tempatan supaya pengeluaran lebih sistematik dan secara komersial. Antaranya, penanaman padi wangi MARDI MRQ76 oleh FGV Holdings Berhad sejak tahun 2021 di IADA Barat Laut yang telah pun memasarkan beras wangi tempatan iaitu Aroma Saji. Keluasan penanaman bagi musim utama 2024, 2025 di IADA Barat Laut ialah sekitar 463 hektar.

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sik, depan sikit, mohon.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Silakan.

Saya hendak merujuk balik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan peruntukan mengurus

MARDI tadi yang berkurangan empat peratus ya. Ini satu perkara yang sangat-sangat diperlukan penelitian kembalilah oleh kementerian. Jadi, soalan saya bagaimana pula anak-anak syarikat MARDI yang ditubuhkan sebelum ini? Adakah peruntukan pengurusan itu termasuk untuk hendak memberi modal kepada anak-anak syarikat? Bagaimana perjalanan dan setakat ini sama ada untung ataupun tidak seperti MARDI Ventures yang ditubuhkan sebelum ini dan Marditech Corporation Sdn. Bhd. yang ada membuat banyak penyelidikan dan pemasaran produk-produk yang dibuat kajian itu? Jadi, mohon, kalau tidak disebut hari ini, mungkin dalam bertulis. Bagaimana perkembangan kemajuan anak-anak syarikat MARDI ini sendiri. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Kita akan ambil kira cadangan daripada Yang Berhormat Sik tetapi apa yang perlu kita ingat di sini adalah MARDI punya core business adalah untuk melaksanakan penyelidikan sahaja. Selepas produk itu sudah diwujudkan, dia akan diberikan ataupun diserahkan pada agensi yang lain seperti FAMA ataupun Peladang ataupun Jabatan Pertanian untuk mengimplementasikan hasil daripada kajian penyelidikan tersebut. Saya kembali lagi kepada cerita beras spesial yang mempunyai banyak peminat di sini. Pihak KADA juga menguruskan penanaman MRQ76 seluas 50 hektar yang telah mendapatkan bekalan benih daripada FGV Holdings Berhad.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Padi spesialti MARDI iaitu MRQ103 atau nama komersialnya MARIA, yang bercirikan nilai glisemik yang rendah telah pun dimulai pengeluaran beras tempatan dengan jenama Nutrisense oleh syarikat padi pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Sila.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Berkaitan dengan padi MRQ, padi wangi. Harga padi wangi ini rasanya di IADA Barat Laut mencecah RM2,000 satu tan. Harga sangat mahal tetapi hasilan dia biasanya agak berkurangan. Cuma, musim ini ada rekod di IADA Barat Laut Selangor 9.1 tan. Bermaksud petani memperoleh campur dengan kupon subsidi, pendapatan lebih RM20 ribu. Jadi, bolehkah padi-padi lain menyamai harga sebagaimana padi yang ditentukan oleh FGV sebanyak RM2,000 satu tan? Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan harga pasaran, berkaitan dengan varieti-varieti padi yang baharu ini. Pertamanya, kita kena test market dahulu. Kebanyakan varieti padi spesial ini apabila dia dikeluarkan, dia tidak disekat dengan harga minimum yang ditetapkan seperti mana oleh beras putih tempatan, contohnya. Maka, daripada itu kita kena test market sebab inilah kategori padi varieti spesialti.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang Berhormat, boleh sedikit? Tentang padi, sebelum masuk topik lain tadi.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Yang Berhormat Putrajaya ada berbahas tidak?

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Tidak. Saya hendak tambah sedikit lah fasal padi sebelum Yang Berhormat masuk.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Okey, bagi peluang.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Kalau tidak boleh, saya duduk. Saya hendak tanya isu berkaitan dengan padi dan beras sahaja. Jadi, kalau saya dengar tadi Yang Berhormat, banyak tindakan yang telah dibuat untuk padi dan beras ini. Tetapi isu beras putih tempatan ini masih belum selesai. Jadi, dekat mana penyelesaian? Apakah gambaran penyelesaian selepas berbulan-bulan isu ini tidak selesai? Banyak Yang Berhormat cerita tadi tetapi isu asas yang rakyat tunggu di bawah ini masih belum selesai. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kita ambil maklum Yang Berhormat Putrajaya. Saya akan jawab pada soalan-soalan Yang Berhormat yang telah bertanya kepada saya. Saya ingin tambah lagi satu contoh iaitu projek rintis penanaman padi Pulut Siding (MR47) oleh pihak BERNAS di Langkawi dengan permulaan sasaran penanaman seluas 38 hektar. Pihak BERNAS telah menyasarkan kawasan penanaman padi pulut diperluaskan sehingga 540 hektar menjelang tahun 2027 dan Pulut Siding ini merupakan juga teknologi keluaran MARDI yang mempunyai kualiti beras yang setanding dengan pulut import. Seterusnya, saya ingin beralih kepada persoalan daripada Yang Berhormat Jerlun berkaitan dengan geran bagi membangunkan tanah terbiar. Pada masa ini, kementerian menawarkan insentif kepada semua pihak yang ingin membangunkan tanah-tanah terbiar atau berpotensi melalui program-program yang dirancang. Antara program yang dilaksanakan pada tahun 2024 adalah melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 iaitu mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama kerajaan negeri di bawah KPKM dengan nilai peruntukan RM150 juta. Program ini adalah kesinambungan Projek Pembangunan Tanah Pertanian Berpotensi yang dilaksanakan pada tahun terdahulu yang memfokuskan pembangunan tanah-tanah milik kerajaan negeri atau agensi di bawahnya seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin dan Kerajaan Negeri Melaka. Selain itu, Jabatan Pertanian turut menyediakan inisiatif bagi pembangunan projek yang boleh dimohon untuk membangunkan tanah terbiar seperti projek-projek berikut: (i) projek pembangunan buah-buahan jangka panjang; (ii) projek pembangunan tanaman jangka pendek; (iii) projek pembangunan sayuran; (iv) projek pembangunan industri tanaman kopi; (v) projek pembangunan tanaman makanan ternakan; (vi) projek pembangunan pertanian komuniti; (vii) projek pembangunan industri tanaman kelapa; dan (viii) projek pembangunan industri cendawan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Saya ingin juga untuk menambah di sini bahawa geran-geran dan bantuan dari kementerian sebagai contoh, Geran Agropreneur Muda. Pemohon juga layak sekiranya kawasan itu adalah tanah pajakan. Maka, orang-orang muda juga boleh menyumbang kepada usaha untuk membangunkan tanah-tanah terbiar. Puan Pengerusi, saya perhatikan bahawa masa saya sudah tamat. Tetapi sekiranya diizinkan, saya ingin menjawab berkaitan dengan isu penanaman padi lima musim tempoh dua tahun di kawasan Muda yang banyak ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Silakan.

Yang Berhormat Pengerusi, ada persoalan juga daripada Kuala Krai berkaitan NAFAS dan juga KADA tadi. Kalau boleh Yang Berhormat tolong jelaskan kerana isu ini adalah penting untuk diketahui oleh rakyat. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Okey, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, esok pagi dalam sesi MQT, Yang Berhormat Menteri akan menjawab isu NAFAS secara khususnya. Jadi, saya harap Yang Berhormat pun akan hadir pada esok pagi untuk mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Juga pada minggu depan, kementerian akan mengadakan satu taklimat pada 25 November kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan isu NAFAS juga. Jadi, saya harap Yang Berhormat yang lain pun akan hadir pada waktu itu. Jadi, berkaitan dengan isu penanaman padi lima musim tempoh dua tahun di kawasan Muda. Ini berkaitan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk peruntukan hampir RM1 bilion, di mana fasa pertama di kawasan Muda untuk tahun 2025. Status terkini untuk pelaksanaan projek ini adalah pada peringkat pembentangan terma utama perjanjian konsesi di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijangka pada akhir November 2024. Manakala, sesi menandatangani perjanjian konsesi tersebut adalah dijangka pada Disember tahun 2024. Pelaksanaan projek fasa satu ini akan melibatkan dua komponen utama dengan anggaran kos semasa keseluruhannya berjumlah RM761.23 juta. Namun, anggaran itu masih tertakluk kepada perubahan semasa yang akan ditetapkan oleh pihak kerajaan. Berikut merupakan perincian bagi dua komponen projek tersebut. Pertama, pembinaan 15 blok pengairan tersier dengan anggaran peruntukan sebanyak RM526.37 juta. Peruntukan ini merangkumi kos pembinaan serta penyelenggaraan 15 blok yang terlibat. Kedua, adalah pemulihan menyeluruh Empangan Pedu yang dianggar peruntukannya sebanyak RM234.86 juta. Puan Pengerusi, memandangkan masa saya sudah habis, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua 23 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kementerian ini akan terus...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Pengerusi, saya mohon supaya Timbalan Menteri bagi jawapan bertulis kepada semua yang ada banyak isu yang dibangkitkan belum dijawab lagi.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih.

Parit Buntar pun tidak jawab. Yang bertulis ya.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Yes. Saya akui banyak persoalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab dalam masa yang diberikan dan saya berikan jaminan bahawa soalan-soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan dijawab secara bertulis. Dengan ini, sekian sahaja ucapan penggulungan saya mengenai perbahasan yang menyentuh berkaitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Harapan saya adalah yang pertama, saya berterima kasih atas sokongan dan perbahasan yang membina dan saya berharap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat akan membagi sokongan sebulat suara untuk meluluskan peruntukan ini. Sekian dan terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,648,958,100 untuk Kepala B.21 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 19 November 2024.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.20 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Untuk Menaik Taraf Infrastruktur Di Pekan Rantau Panjang Bagi Meningkatkan Tarikan Pelancongan Dan Merancakkan Ekonomi SetempatSpecial Chamber

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan usul mengenai keperluan menaik taraf infrastruktur di Pekan Rantau Panjang untuk meningkatkan tarikan pelancongan dan merancakkan ekonomi setempat. Pekan ini mempunyai potensi sebagai destinasi pelancongan dan hab perdagangan serantau.

Langkah ini dapat meningkatkan tarikan pelancongan melalui penyediaan kemudahan awam yang berkualiti, pusat kebudayaan, dan galeri seni yang mempamerkan budaya tempatan. Pembangunan infrastruktur juga akan merancakkan ekonomi setempat dengan mewujudkan peluang perniagaan, pekerjaan dalam sektor seperti hotel, restoran, dan kedai cenderamata dan sebagainya. Ini juga akan memudahkan perdagangan sempadan antara Malaysia- Thailand.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan usul agar diberi peruntukkan secukupnya untuk membangunkan infrastruktur pelancongan di Rantau Panjang sebagai bandar sempadan dan pintu masuk utama di Pantai Timur. Usaha untuk menaik taraf infrastruktur amat penting untuk menggamit kedatangan pelancong, merancakkan ekonomi setempat dan hab perdagangan serantau. Terima kasih Puan Yang di-Pertua .

Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Bintulu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Rantau

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Bintulu

Panjang. Mengenai soalan ini, Kementerian Pelancongan Seni dan budaya sentiasa menyokong untuk memastikan infrastruktur pelancongan berada dalam keadaan baik di seluruh negara.

MOTAC juga sentiasa bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Kelantan untuk memastikan destinasi pelancongan adalah selamat dan selesa bagi para pelancong. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu ini saya sudah banyak kali jawab dalam Parlimen. Paling mustahak kita memang MOTAC bersedia untuk mempertimbangkan kita punya projek-projek ataupun cadangan kita memang akan nilai akan proses selepas itu kita akan kemukakan kepada Kementerian Ekonomi. Finally, dengan izin kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.

Kita kalau bolehlah saya cadang paling mustahak ini naik taraf infrastruktur ataupun termasuklah pakej-pakej pelancongan kita tertakluk kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kita sekarang pun ada berapa kali dua − sekalilah. Kita pun sudah berbincang. I think personally-lah dengan izin, berjumpa sama EXCO Pelancongan − itu wanita kan. Kita ada jumpa sama Menteri Besar berjumpa, berbincang isu ini macam mana naik taraf, macam mana kita ada pakej-pakej itu.

Kita minta cadangan daripada dia. Tapi itu hari dia ada mahu jumpa saya tetapi saya ada di luar negara menjalankan tugas. So, saya harap kita YB boleh membantu berbincang sama kerajaan negeri dan juga itu Unit Perancangan Ekonomi Negeri serta selaras dengan polisi dan dasar MOTAC. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Rantau Panjang untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Adakah setakat ini perancangan yang telah dibuat untuk memastikan terutama berkaitan dengan keperluan pelancongan sebab sekarang ini keperluan pelancong seperti hotel tak ada satu pun hotel di Rantau Panjang, contoh. Jadi sedangkan ini adalah satu perkara infra yang sangat penting.

Mereka datang ke Rantau Panjang terpaksa menyewa hotel di Thailand ataupun pergi ke Kota Bharu. Sedangkan jarak itu dekat sangat antara Golok dengan Rantau Panjang itu terlalu dekat. Jadi saya ingin supaya pihak kementerian memperbanyakkan lagi lah pelabur-pelabur ataupun yang boleh memberi perangsangan supaya wujudnya tempat-tempat persinggahan dan juga penerangan- penerangan yang boleh membantu untuk menarik pelancong dari luar.

Sebab orang Thailand sekarang mereka datang ke Rantau Panjang itu hanya singgah sekejap mereka terus ke tempat lain. Sebab dia kata tak ada kemudahan, tapi orang Malaysia beribu-ribu setiap hari sebab Rantau Panjang pintu masuk − bayangkan sampai tak berpanjang jalan jammed kerana pergi ke Thailand setiap hujung minggu. Jadi ini merugikan sebenarnya untuk ekonomi negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, Tuan Yang di-Pertua memang saya setuju banyak kita ramai Malaysia punya orang ke Thailand. Thailand pun masuk sini memang singgah sekejap daripada Thailand masuk ke Kelantan singgah sekejap dia masuk lain − pergi lain negeri.

Inilah saya pun ada pandangan di Parlimen Dewan Rakyat. Itu hari saya jawab. Paling mustahak kita mahu mari lah sama-sama promosikan dan juga macam contoh Yang Berhormat Rantau Panjang bagi tahu hotel tiada kita mahu berbincang sama kerajaan negeri. Harap kerajaan negeri boleh selaras bersama dia punya rancangan di Rantau Panjang. Macam mana kita boleh membina hotel ataupun lain- lain infrastruktur apa itu semua dinaik taraf.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kita MOTAC bila-bila masa kita bersedia bekerjasama. Saya itu hari sudah bagi tahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar bila-bila kita masa. Itu hari dia minta negeri untuk membantu. Kita pun sudah arah saya punya kementerian bagi bantu.

Untuk saya sebagai Menteri Pelancongan, saya tak kira itu negeri daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang. Mana kita boleh bantu kita bantu. Saya memohon semua pihak daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat tak kira sebelah sana ke sebelah sini. Kita semua minta bekerjasama selaras kita kasi majukan ekonomi kita berkembang ekonomi. Kita rakyat ada hidup senang sikit di negara kita.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Rantau Panjang.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembukaan Semula Perkhidmatan Kereta Api Di Pintu Masuk Utama Pantai Timur Di Rantau Panjang-Pekan GolokSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengemukakan usul kedua saya iaitu berkaitan dengan mengenai keperluan membuka semula perkhidmatan kereta api di Pintu Masuk Utama Pantai Timur di Rantau Panjang ke Pekan Golok. Langkah ini amat perlu supaya dapat merancakkan ekonomi setempat, memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan meningkatkan aktiviti perdagangan di kawasan sempadan.

Ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan, logistik dan perkhidmatan sokongan lain. Ia juga akan memberi kemudahan kepada pelancong dengan akses yang lebih mudah dan kos yang lebih efektif. Bila siapnya Projek ECRL di Pantai Timur akan lebih efektif lagi jika disambung perkhidmatan ke Thailand.

Begitu juga kewujudan Pusat Hab Halal Pasir Mas di Rantau Panjang sangat memerlukan infrastuktur pengangkutan untuk kemudahan perkhidmatan dagangan antara Malaysia-Thailand dan akan mempercepatkan pertubuhan ekonomi di kawasan sempadan. Pembukaan perkhidmatan Kereta Api antara Rantau Panjang- Pekan Golok berpotensi untuk merancakkan ekonomi setempat, meningkatkan pelancongan dan memperkukuhkan hubungan Malaysia-Thailand. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan dengan pembukaan semula perkhidmatan kereta api antara Rantau Panjang dan Pekan Golok ini akan dapat merancakkan lagi ekonomi setempat dan menambahkan lagi pelancongan serta hubungan antara dua hala Malaysia dan Thailand.

Jadi, saya mengharapkan supaya usul ini dipertimbangkan dengan serius demi manfaat bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, panjang jajaran kereta api dari Pasir Mas ke Rantau Panjang adalah 18.7km. Jajaran ini menghubungkan dua negara, Malaysia dan Thailand, melalui Stesen Rantau Panjang sebagai titik pertemuan sempadan. Namun begitu, laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang telah ditutup sejak tahun 1982 bagi perkhidmatan penumpang dan ditutup pada 2006 bagi perkhidmatan kargo atas faktor keselamatan dan kesan daripada banjir besar yang telah berlaku.

Semenjak itu, laluan kereta api ini telah ditutup sepenuhnya dan keadaan infrastruktur termasuk Stesen Rantau Panjang agak uzur dan memerlukan pemuliharaan, penyelenggaraan dan naik taraf sebelum boleh dioperasikan semula.

Pada masa yang sama, Kementerian Pengangkutan (MOT) turut meneliti cadangan kebolehlaksanaan untuk menyambung jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur

(ECRL) yang berakhir di Tunjong, Kota Bharu dengan Stesen KTMB Pasir Mas.

Sambungan ini akan menjadikan ECRL lebih berkesan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di Pantai Timur dan seterusnya dapat merapatkan jurang ekonomi dengan Pantai Barat semenanjung Malaysia.

Selain itu, sambungan ini akan menyediakan pilihan yang lebih mudah dan penjimatan kos untuk pengangkutan barang dari perjalanan penumpang antara Thailand dan Malaysia. Kerajaan mengambil maklum dengan cadangan mengenai pemuliharaan landasan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang mampu meningkatkan aksesibiliti dan merancakkan ekonomi antara Malaysia dan Thailand. Projek sebegini sekiranya dibaik pulih bukan sahaja dapat merancakkan ekonomi setempat tetapi juga dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan meningkatkan aktiviti perdagangan di kawasan sempadan.

Dalam hal ini, kerajaan bersedia untuk meneliti keperluan untuk membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran tersebut kerana ia perlu mengambil kira peruntukan kewangan, impak alam sekitar, sosial, ekonomi dan lain-lainnya. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Rantau Panjang untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan dan kami sangat berbesar hatilah di atas usaha kementerian untuk mempertimbangkan. Apa yang saya harapkan walaupun kita tak mampu untuk buat semua sekali pemulihan terhadap rel kereta api di Rantau Panjang, diharapkan supaya jalan kereta api yang sedia ada ini dipulihkan untuk sebagai jalan alternatif terutama berlaku banjir.

Sebab apabila berlaku banjir, dia kesan terutama dari sudut keselamatan pesakit-pesakit daripada di Rantau Panjang nak ke hospital terpaksa merentas air.

Air di culvert 5 itu di jalan biasa yang sebelum ini telah menyebabkan hanyut kenderaan 4x4 kalau tahun lepas. Terpaksa guna kereta yang orang kampung panggil kereta hantu kereta, kereta yang besar trak tanah itu. Jadi terpaksa guna kenderaan itu sebab air terlalu laju. Jadi sedangkan jalan kereta api itu memang tak ditenggelami air. Jadi boleh jadikan jalan alternatif terutama ketika musim bencana banjir dan sebagainya.

Saya mengharapkan juga walaupun stesen kereta api itu untuk dipulihkan memerlukan kos yang tinggi, diharapkan supaya kita dapat hidupkan jalan itu supaya jalan itu tidak tidak menjadi sarang tempat-tempat gejala- gejala negatif seperti dadah

dan sebagainya. Jadi saya harap supaya dapat dimanfaatkan supaya perkara itu boleh membantu sebagai jalan alternatif antara Pekan Rantau Panjang dengan Pekan Pasir Mas terutama ketika saat kecemasan dan bencana. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Jadi, sebagai jawapan saya kepada soalan tambahan ialah tentang saya ingin nak memberikan maklumat tambahanlah kepada Yang Berhormat.

Projek Pemuliharaan Landasan Pasir Mas Sungai Golok, Rantau Panjang telah dimohon oleh kementerian ini melalui Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak RM264 juta. Projek ini merangkumi baik pulih landasan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang namun tidak dipertimbangkan oleh Kementerian Ekonomi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pun telah mengadakan satu lawatan kerja ke Wilayah Timur bersama pihak KTMB dan MRL pada bulan Mei tahun ini untuk melihat operasi dan perkhidmatan kereta api di sektor Pantai Timur.

Jadi semasa lawatan ini juga kementerian, Menteri dan telah pun diberi taklimat berkaitan cadangan pemanjangan ECRL dari Tunjong ke Rantau Panjang melihat status kemajuan projek naik taraf di stesen Tumpat ya. Simpang daripada Pasir Mas ke Tumpat ya. Jadi Yang Berhormat pun masa itu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kelantan dan berbincang berhubungan dengan isu ini. Sebagaimana juga Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan juga mahu jajaran ECRL ini disambung ya dari Tunjong ke Rantau Panjang.

Cadangan pemanjangan ini akan diperhalusi pihak kerajaan mengambil kira kos yang akan melibatkan dianggarkan sebanyak RM2 bilion. Sebab dari Pasir Mas ke Golok dekat Rantau Panjang dalam RM250 juta. Tetapi daripada Tunjong menuju ke Pasir Mas is a green field. Memang barulah, sebab itulah kosnya akan mencecah RM2 bilion.

Jadi, pihak kementerian menyambut baik cadangan untuk menghidupkan semula landasan KTM dari Rantau Panjang ke Sungai Golok dan seterusnya Hatyai sebenarnya bagi tujuan pengangkutan penumpang dan kargo ke pelabuhan- pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Perbincangan berhubung perkara ini juga akan di bincang dengan Kerajaan Thailand iaitu badan State Railway of Thailand.

Untuk makluman, landasan ini telah mencecah lebih 20 tahun ya YB yang tidak digunakan. Jadi kajian terperinci untuk menghidupkan semula ini akan dilaksanakan insya-Allah, terima kasih.

Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Subang.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Langkah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Rakyat Malaysia Di Luar NegaraSpecial Chamber

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya kepada Kementerian Luar Negeri. Saya merujuk kepada kes Mala Vello seorang wanita Malaysia berumur 57 tahun yang ditahan dan dipenjarakan di Nepal. Mala Vello, 57 tahun ini, berlepas ke Siraha, Nepal pada 13 Januari 2012 setelah diperdaya

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

pasangannya ketika itu yang merupakan seorang warganegara Nepal, namanya Biseswar Mahara.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Sepanjang 10 tahun berikutnya, beliau tinggal bersama Biseswar, dan pada ketika itu pasport beliau dirampas dan beliau disekat daripada keluar atau berinteraksi dengan orang lain. Beliau juga telah dieksploitasi menerusi perhambaan domestik (domestic slavery). Ciri-ciri situasi yang dialami Mala memberi petunjuk kuat bahawa beliau merupakan mangsa pemerdagangan orang menurut Protokol Palermo, di mana definisi pemerdagangan orang dalam Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dipandukan.

Pada 24 Februari 2022, Mala berjaya melarikan diri daripada situasi tersebut dan mendapatkan bantuan daripada NGO tempatan di Nepalese Migrant Unity Network. Beliau telah diarahkan ke Kedutaan Malaysia dan kemudian beliau dirujuk ke Jabatan Imigresen Nepal, di mana didenda berjumlah RM89,000.00 atau penjara tujuh tahun disebabkan tinggal melebihi tempoh.

Setelah melalui hukuman penjara selama dua tahun, kes Mala telah difailkan di Mahkamah Agung Nepal di bawah habeas corpus pada 6 Ogos 2024 setelah difailkan oleh NGO daripada Nepal dengan kerjasama Kedutaan Malaysia dan NGO dari Malaysia, Project Liber8. Selepas melalui proses mahkamah dan prosedur selanjutnya, Mala telah pun selamat kembali ke tanah air pada 30 Ogos yang lalu. Ini Puan Speaker, satu bitter-sweet story but atleast had a good ending. Saya ingin bertanya kepada menteri, apakah langkah yang diambil oleh Kedutaan Malaysia di luar negara untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang merupakan mangsa pemerdagangan dan apakah proses yang diambil untuk membawa rakyat kita pulang?

Kedua, adakah KLN merancang untuk mengkaji semula dasar-dasar yang berkaitan dengan hubungan sokongan dan perlindungan pekerja Malaysia di luar negara, terutamanya mereka yang mempunyai kemungkinan untuk menjadi mangsa pemerdagangan orang atau eksploitasi untuk mengelakkan situasi yang sama pada masa depan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat di atas pertanyaan pada petang ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan beliau terhadap Puan Mala Vello yang telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia pada 30 Ogos 2024 dengan bantuan dan kerjasama daripada kesemua pihak berkenaan.

Untuk makluman, Dewan yang mulia ini bantuan kaunselor yang diberikan oleh perwakilan diplomatik Malaysia di seluruh dunia adalah selaras dengan fungsi- fungsi konsular yang telah diperuntukkan dalam Konvensyen Viena Mengenai Hubungan Konsular 1963. Dalam kes Puan Mala Vello khususnya kedutaan Malaysia di Kathmandu Nepal telah beberapa kali berhubung dan membangkitkan isu ini kepada pihak berkuasa Nepal semenjak dari tahun 2022 kepada Kementerian Luar Negeri Nepal, Kementerian Dalam Negeri Nepal dan Jabatan Imigresen Nepal.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Dengan tujuan memohon pertimbangan pihak Nepal untuk mengurangkan atau mengetepikan denda yang dikenakan atas puan Mala Vello. Walau bagaimanapun, terdapat rombakan Jemaah Menteri di pihak Kerajaan Nepal pada waktu itu yang menyebabkan tiada jalan penyelesaian atau maklum balas positif diberikan oleh pihak Nepal.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang pemansuhan denda memerlukan keputusan daripada Kementerian Kewangan dan Parlimen Nepal kerana ianya melibatkan hasil negara tersebut. Selain usaha-usaha yang dilakukan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kathmandu, Kementerian Luar Negeri juga telah mengadakan pertemuan dengan tuan yang terutama Duta Besar Nepal ke Malaysia dan membangkitkan perkara yang sama.

Nota Diplomatik juga telah dihantar kepada Kedutaan Besar Nepal di Kuala Lumpur untuk memohon pertimbangan yang sewajarnya. Alhamdulillah. Dengan kerjasama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Puan Malar telah memfailkan permohonan semakan hukuman di Mahkamah Nepal dan berjaya mendapat perintah mahkamah agar beliau dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal.

Setelah mendapat perintah tersebut Kedutaan Besar Malaysia telah membantu urusan dokumen perjalanan bagi Puan Mala Vello. Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi tujuan pembelian tiket penerbangan Puan Mala di bawah Kumpulan Wang Amanah Rakyat Malaysia di Luar Negeri dengan mengambil kira latar belakang keluarga beliau yang memang kurang berkemampuan.

Puan Yang di-Pertua, tanggungjawab bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu adalah mangsa pemerdagangan atau tidak tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan dan tafsiran yang diperuntukkan dalam undang-undang di Nepal.

Dalam erti kata lain, pihak berkuasa di Nepal yang akan menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan jenayah pemerdagangan manusia dengan izin human trafficking ataupun tidak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang berkenaan di Nepal dan bukannya berdasarkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Malaysia (ATIPSOM).

Tambahan pula pendakwaan ke atas Puan Mala Vello ini adalah dibuat di bawah undang-undang imigresen Nepal. Subjek tidak pernah pada mana-mana ketika didakwa di bawah Undang-undang Pemerdagangan Orang Nepal kerana subjek dengan sukarela telah datang ke Nepal dan berkahwin secara adat di sana dengan warganegara Nepal. Menurut hasil siasatan, tidak terdapat sebarang unsur paksaan sama sekali pada ketika subjek mengikut pasangannya ke Nepal.

Namun begitu, selepas beberapa tahun berkahwin subjek telah diabaikan oleh pasangannya begitu sahaja selepas pasangannya berhijrah ke India untuk bekerja. Dalam hal ini, perwakilan diplomatik Malaysia tidak boleh terlibat dalam proses siasatan tersebut kerana terdapat keperluan bagi perwakilan diplomatik asing untuk menghormati undang-undang tempatan.

Walau bagaimanapun, pihak perwakilan diplomatik Malaysia akan sedaya upaya menghulurkan bantuan Konsular kepada rakyat Malaysia selaras dengan Konvensyen Vienna mengenai hubungan Konsular 1963. Dalam kes Puan Mala khususnya, pegawai kedutaan Malaysia di Kathmandu telah berjumpa dengan pemimpin tertinggi Nepal sehingga ke peringkat Timbalan Perdana Menteri bagi memohon bantuan dan pertimbangan pemansuhan denda.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini Malaysia bukanlah negara sumber tenaga buruh, perlindungan terhadap rakyat Malaysia yang keluar bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah Undang-

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

undang Buruh Dan Undang-undang Hak Asasi Manusia termasuk pemerdagangan orang di negara yang berkenaan.

Pemakaian Undang-undang Buruh Malaysia mahupun mana-mana undang- undang Malaysia tidak terpakai di negara asing. Sungguhpun begitu, kerajaan Madani melalui Kementerian Luar Negeri dan perwakilan diplomatik Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kaunselor yang bersesuaian kepada rakyat Malaysia yang ditimpa masalah dan kesulitan ketika berada di luar negara.

Kerajaan Madani melalui Kementerian Luar Negeri memandang serius isu rakyat Malaysia dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan orang di luar negara.

Dalam hal ini, kementerian ingin menasihatkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengambil sikap berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran ke luar negara daripada pihak ketiga terutamanya mereka yang tidak dikenali atau baharu dikenali bagi mengelakkan diri sendiri dijadikan mangsa dan dieksploitasikan.

Kami juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya memegang dokumen perjalanan seperti pasport dan visa yang sah dan tidak menyerahkan dokumen tersebut kepada mana-mana pihak dengan mudah begitu saja. Sekiranya anda percaya bahawa diri anda telah ditipu dan dieksploitasi hubungilah perwakilan diplomatik Malaysia dengan keadaan segera bagi mendapatkan bantuan kaunselor sewajarnya. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Subang untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Menteri. Saya faham dan setuju sangat bahawa kita kena hormati undang-undang tempatan lah ya. Jadi soalan tambahan saya ni ada dua part yang pertama ialah kita bolehkah kerajaan memberi satu pandangan ataupun satu komitmen untuk membuat perjanjian dua hala ataupun pelbagai hala di mana kita memastikan pembebasan rakyat kita dengan mereka?

Sebab di Malaysia ini banyak orang Nepal dan mereka pun banyak complaint tentang kita.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Jadi bagi saya penting, Bangladesh pun lebih kurang sama isu dia banyak.

Jadi kalau boleh itu kita buatlah satu perjanjian dua hala untuk mempertingkatkan confirmation sharing di antara negara-negara supaya kita boleh melindungi keselamatan rakyat kita di luar dan juga rakyat mereka yang di sini ya.

Kedua ialah isu tentang resources tak cukuplah saya tahu. Sebab kes di Singapura sekarang ni kes dadah, dadah di Singapura tak cukup peguam di Indonesia pun sama, kes di Cambodia pun banyak betul? Jadi bolehkah KLN setuju tak untuk mintalah daripada MOF dana yang lebih supaya kita memang tak bukan sahaja Konsular kita kena sediakan dana untuk peguam dalam kes-kes yang macam ini, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Subang atas pertanyaan mengenai perjanjian dua hala di antara Malaysia dan juga Nepal ataupun mana-mana negara sekalipun. Ini memang sesuatu yang memang sedang kita lakukan hubungan diplomatik. Tak semestinya melalui mana-mana perjanjian, kita boleh saja untuk berurusan dengan negara berkenaan mana-mana negara kita punya hubungan diplomatik.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Termasuk kes yang melibatkan Puan Mala Vello ini. Di mana ternyata kita telah membuat engagement yang begitu hebat Puan Speaker sampai kita boleh berunding berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Nepal untuk membina − bantu mereka. Untuk membebaskan juga membantu Puan Mala Vello ini. Mungkin ada beberapa dokumentasi barang kalian perlu kita perhalusi. Saya setuju pandangan Subang. Ini mungkin kita akan perhalusi melalui pejabat perwakilan kita di Nepal dan juga duta mereka di Kuala Lumpur.

Mungkin boleh berbincang bagaimana untuk kita memperhebatkan bilateral corporation kita bukan hanya dari segi hubungan dagang, pelabur tapi juga yang melibatkan untuk menyelamatkan warga masing-masing. Ini perlu kita pertingkat saya setuju. Terima kasih atas cadangan itu Yang Berhormat kita ambil maklumat.

Ada dibangkitkan sebelum ini mengenai apa yang kedua itu tentang khidmat guaman. Kita sedang dalam peringkat untuk mengkaji. Tetapi setakat ini dasar kita belum sampai untuk kita menjadikan khidmat guaman melalui dana kerajaan.

Tetapi apa yang kita buat sekarang ini Puan Speaker kita memberikan bantuan Konsular kepada mereka. Kita bantu mereka untuk mencari peguam- peguam yang terbaik. Kita introduce mereka. This are the list of the lawyers yang kita boleh approach yang mereka boleh lantik untuk mewakili mereka. Sampai tahap kita nasihatkan beberapa lawyer untuk mereka lantik sebagai watching brief sekalipun kita boleh bagi pandangan kepada mereka.

Kalau amalan mana-mana negara di Malaysia ini Puan Speaker dalam kes- kes yang melibatkan hukuman mandatori mati umpamanya Subang saya setuju.

Mereka ada menyediakan peguam yang dibiaya oleh kerajaan mereka. Tetapi ini masih dalam peringkat untuk kita kaji dan kita akan minta kementerian bahkan KSU sudah ambil tindakan bincang dengan pihak agensi berkenaan tentang cadangan kita untuk menyediakan khidmat guaman atas biaya kerajaan kita untuk kes-kes yang terpilih.

Saya setuju kalau kes-kes yang mandatori mati ini dan latar belakang keluarga kita harus check juga jika dia orang miskin, tidak ada keupayaan. Mungkin kita boleh bantu. Tetapi kalau orang kaya, memang banyak duit, saya fikir dia tidak layak untuk mendapatkan khidmat seumpama ini. Insya-Allah Subang terima kasih banyak atas pandangan. Tetapi kes Mala Vello, beliau pun telah balik ke kampung halaman beliau di Port Dickson sekarang ini. Terima kasih.

Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Subang.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kesan Upov 1991 Dan Rang Undang-Undang Benih Tanaman Terhadap Petani Kecil Dan Keterjaminan Makanan NegaraSpecial Chamber

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Puan Speaker soalan saya ditujukan kepada kawan baik saya Abang Mat, Menteri berkaitan UPOV 1991 dan Rang Undang- undang Benih Tanaman. Saya merujuk kepada maklum balas Kerajaan Malaysia kepada komunikasi oleh Pelapor Khas PBB mengenai hak kepada makanan, Michael Fakhri, berhubung cadangan Malaysia menyertai Akta 1991 Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV 91) sebagai sebahagian daripada Perjanjian Perdagangan Malaysia-EFTA.

Fakhri menyatakan bahawa UPOV 91 adalah berat sebelah dan memihak kepada pembiak baka komersial, yang mana “hak harta intelek” variasi tumbuhan memberi hak monopoli kepada korporat, mengehadkan hak petani kecil untuk

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

menyimpan, berkongsi, dan menjual benih. Ini Rantau Panjang punya oranglah ya.

Ini menimbulkan kebimbangan mengenai biopiracy sumber genetik tempatan dan ancaman kepada amalan tradisional petani-petani kita.

Dalam maklum balas Wakil Tetap Malaysia ke PBB, disebut bahawa petani di Semenanjung cenderung membeli benih setiap musim, walaupun kajian 2023 menunjukkan 33.5 peratus pesawah di utara Semenanjung menyimpan benih dari ladang sendiri, menyimpan 10-20 peratus hasil tuaian untuk digunakan semula.

Amalan ini penting untuk keterjaminan makanan food security dan ketahanan iklim climate change issues. Maklum balas tersebut juga mendakwa pembiak baka di Malaysia tidak mendapat royalti kerana tiada Sistem Paten Tumbuhan, walaupun Akta PNPV 2004 membolehkan perjanjian royalti antara pembiak baka dan pengeluar benih.

Malaysia telah komited untuk menyertai UPOV 1991 di bawah CPTPP, namun ia adalah perjanjian kontroversi di peringkat antarabangsa. Ini lebih lagilah sebab Amerika Syarikat sudah keluar ya. Pada masa yang sama, Jabatan Pertanian sedang menjalankan siri taklimat tentang Rang Undang-undang Benih Tanaman, yang mewajibkan perlesenan dan notifikasi untuk semua yang menyimpan dan mengedar benih. Langkah ini boleh menguatkan monopoli korporat dan membebankan petani

(i) mengapakah maklum balas Wakil Tetap Malaysia ke PBB yang mengandungi fakta yang tidak tepat? Adakah pertubuhan petani dan NGO dirujuk dengan baik?;

(ii) adakah Penilaian Kesan Sosial (Social Impact Assessment) untuk pindaan Akta PNPV 2004 dan RUU Benih Tanaman telah dijalankan. Ini penting sebab kita kena buat cost-benefit analysis. Jika belum, moratorium perlu dilaksanakan;

(iii) adakah kementerian mengadakan konsultasi awam mengenai UPOV untuk dimasukkan dalam kajian semula CPTPP? Subang ini kita tak ada sawahlah tetapi Rantau Panjang saya pasti dia akan menang dalam isu ini ya; dan

(iv) apakah kesan pindaan Akta PNPV dan RUU Benih akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas dan pertubuhan petani.

Kita ada committee untuk food security dan makanan. Kalau boleh pindaan itu diberi pada mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Subang di atas soalan yang begitu teknikal. Ini orang-orang kampung payah nak faham ini. Merujuk kepada soalan yang pertama. Jabatan Pertanian tidak mempunyai maklumat berhubung fakta yang dinyatakan oleh wakil tetap Malaysia ke PBB dan tidak pasti sama ada beliau telah merujuk kepada Pertubuhan Petani dan NGO.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pernyataan Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pertanian tiada bantahan terhadap kajian 2023 yang menunjukkan bahawa 33.5 percent pesawah menyimpan 10 hingga 20 percent hasil tuaian padi untuk dijadikan benih. Tetapi sekarang ini Yang Berhormat makin kurang sebab mereka

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

beli semuanya benih yang disediakan. Zaman saya bersawah dulu memang kita ambil dua tiga guni untuk simpan sebagai benih tetapi sekarang ini perkara itu sudah berkurangan. Sebab mereka lebih suka beli benih daripada swasta atau benih yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Jabatan Pertanian berpandangan maklum balas yang dikemukakan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB bahawa petani cenderung membeli benih setiap musim adalah relevan kerana maklum balas tersebut bersifat subjektif dan tidak menyatakan secara spesifik bilangan atau peratusan petani yang cenderung membeli benih.

Berdasarkan pengalaman Jabatan Pertanian, hasil tuaian yang simpan untuk dijadikan benih hanya bersifat sebagai penimbang dan digunakan sekiranya benih di pasaran bagi variety tersebut tidak mencukupi atau benih yang dibeli rosak atau tidak bercambah.

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

Mengenai maklum balas berhubung royalti dan Sistem Paten Tumbuhan, Akta PNPV 2024 memberi hak pembiak baka melalui Sijil Perakuan Hak Pembiak Baka dalam tempoh 20 hingga 25 tahun yang membenarkan pembiak baka mengutip royalti ke atas penggunaan variety baharu melalui tujuh skop aktiviti berikut;

(i) pengeluaran dan pembiakan semula;

(ii) penyesuaian keadaan terhadap pengeluaran;

(iii) jualan;

(iv) pemasaran;

(v) eksport;

(vi) import; dan

(vii) penyimpanan stok bagi tujuan di atas Macam sekarang padi di Indonesia katanya boleh dituai dalam masa 90 hari, ada pihak yang smuggle benih padi itu ke Malaysia. Walau bagaimanapun, kita kena jaga dia kena melalui Jabatan Pertanian, MARDI untuk buat kajian tentang kesesuaiannya di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung soalan kedua yang dibangkitkan berpandukan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 Mengenai Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan yang disemak semula daripada Dasar Negara Bagi Pembangunan Dan Perlaksanaan Peraturan 2013 dengan perluasan kepada aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Semua cadangan baru atau pindaan peraturan yang tidak berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara perlu dilaksanakan Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi meningkatkan kualiti dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan yang merangkumi tujuh elemen di bawah Sistem Pengurusan Proses Peraturan.

Sehubungan dengan itu RUU Kualiti Benih Tanaman telah melaksanakan proses RIA bermula 6 Mac 2013. Manakala proses RIA bagi pindaan Akta PNPV 2014 telah dilaksanakan bermula pada 15 Mei 2019. Penyata Impak Peraturan (RIS) bagi RUU Kualiti Benih Tanaman telah dikeluarkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 22 Jun 2018 manakala Penyata Impak Peraturan bagi pindaan Akta PNPV 2014 dikeluarkan pada 4 April 2004.

Puan Speaker boleh faham tak yang ini. Ini teknikal sikitlah hal benih padi.

Jadi ini yang sedang berlaku dan penguat kuasanya sentiasa berjalan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada. Merujuk kepada soalan ketiga, untuk maklumat YB Subang kajian semula CPTTP adalah di bawah Kementerian Pelaburan Perdagangan Dan Industri (MITI). Bagi RUU Kualiti Benih Tempatan dan Pindaan

Datuk Seri Haji Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Raja

Kualiti Benih Tanaman dan Pindaan Akta PNPV 2004 konsultasi awam telah dilaksanakan secara bersemuka dan secara atas talian semasa proses RIA dijalankan.

Ertinya penglibatan semua pihak ada di sini yang ada dalam senarai saya ni terlalu banyak, penglibatkan yang dibuat. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan...

berhubung kesempatan yang dibangkitkan. Soalan keempat yang dibangkitkan oleh YB Subang sejajar dengan keputusan mesyuarat rang undang-undang yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada 18 Julai 2024, pindaan akta PNPV dan RUU kualiti benih tanaman akan dibentangkan kepada jawatankuasa pilihan khas sebelum dibentangkan ke Dewan Rakyat.

Jabatan Pertanian juga bersedia untuk membentangkan kesan pindaan akta PNPV dan pindaan Akta RUU Benih Tanaman kepada mana-mana pertubuhan petani sekiranya diperlukan. Ertinya kita sedang ambil berat dan concern persoalannya yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Subang ini. Bendang tak ada tapi soal pasal bendang petani. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Subang untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Soalan tambahan saya Puan Speaker, isu ini sebenarnya ialah tentang kepentingan korporat lawan dengan kepentingan petani kecil. Bagi saya, saya pun setuju dengan Pak Mat bahawa kalau petani yang kecil itu nak pakai kehebatan kualiti korporat ini biar lah dia pakai.

Tapi kena beli racun dia, baja dia, satu set. Tetapi yang lebih-lebih penting petani yang kecil ni nak menjaga benih asli dia, benih kata benih bumiputera lah. Dia juga perlu perlindungan. Jadi memandangkan upah ini memerlukan pemadaman repeal seksyen-seksyen 14(2), 15, 31E dan F PNPV 2004 yang merupakan peruntukan-peruntukan yang melindungi hak-hak petani di bawah CPTPP.

Apakah tindakan kalau kita kena sain juga, kena juga buat CPTPP ini, apakah tindakan selanjutnya yang Jabatan Pertanian boleh memastikan hak-hak petani yang nak tanam petani apa ini − benih asli ini benih bumiputera ini dilindungi dan dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Memang sekarang inin hal perlindungan para petani dan perusaha kecil ini sedang diusahakan dan begitu giat.

Kita juga sekarang mengambil contoh apa yang dibuat oleh negara yang dianggap fahaman kiri Vietnam dan China terutama sekali dalam nak mengambil benih-benih baru ataupun nak melindungi syarikat-syarikat kecil ini. Memang kalau disebut misalnya nama Monsanto semua orang yang terlibat dalam pertanian tahu bagaimana penguasaan mereka.

Tapi kebelakangan ini oleh kerana ada kesedaran negara-negara Asean itu sendiri termasuk kita kata di sini Vietnam, Thailand dan Kampuchia pun kita bekerjasama dari segi usaha melindungi mereka yang mengeluarkan benih secara kecil-kecilan ini. Memang Seksyen 14(2) dalam Akta Perlindungan Varieti Tumbuhan 2004 menggariskan syarat-syarat bagi pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka yang variety tumbuhan itu khas dibiakkan atau ditemui dan dibangunkan oleh petani masyarakat tempatan atau pribumi.

Seksyen 15 berkenaan larangan pendaftaran dan pemberian hak pembiak bakar bagi varieti tumbuhan yang menjejaskan ketenteraman awam atau prinsip moral atau mengakibatkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Seksyen 3(1)(e)(f)

batasan hak biak baka berkenaan amalan pertukaran benih dan jualan benih semasa bencana alam, kecemasan atau faktor luar kawalan oleh petani kecil.

Ini juga diambil kira diperhati dan dibuat sebaik mungkin urusan untuk melindungi mereka yang membuat pembenihan secara kecil. Untuk menjawab soalan tambahan dengan menambah baikkan takrifan pembiakan baka petani kecil, masyarakat tempatan dan peribumi boleh memohon perlindungan hak ke atas varieti yang dibangunkan di bawah seksyen 14(1) maka peruntukan-peruntukan subseksyen 14(2) tidak diperlukan lagi.

Bagi seksyen 15 peruntukkan seksyen 15 telah ditambah baik dengan memperkenalkan peruntukan baru di bawah RUU pindaan PNPV yang perlu dibaca bersekali dengan akta-akta lain yang mengawal selia aktiviti ke atas sumber genetik tumbuhan yang sedang dikuatkuasakan atau berkuatkuasa kemudian di Malaysia.

Manakala bagi subseksyen 31(1) telah ditambah baik dengan menyediakan peruntukan yang membolehkan petani menyimpan dan menggunakan benih varieti pemegang hak untuk penanaman seterusnya di tanah sendiri. Kalau mereka dapat bererti yang baik dia nak guna di tanah sendiri atau hak-hak private lain tidak jadi masalah ini kita lindungi. Terima kasih Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat dengan itu tamatlah sesi ke Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 19 November 2024 jam 2:30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.19 petang]