Dewan Rakyat · 19 November 2024
15th Parliament, session 3, meeting 3 · not final · 763 turns · 61,127 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
1. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah inisiatif dan langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian bagi menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan KLIA.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Terima kasih rakan saya dari Segamat. Tuan Yang di-Pertua, pintu masuk rasmi ke negara kita ini ada 141 semuanya tetapi yang paling sibuk adalah Tambak Johor dan juga KLIA. Bolehlah saya katakan bahawa tiga perempat daripada kemasukan warga asing ke negara kita adalah melalui dua pintu masuk utama. Jadi, ini menjelaskan kenapa ianya menjadi sangat sesak. Untuk rekod, bagi tempoh 1 Januari tahun ini sehingga 31 Oktober, yang melalui Bangunan Sultan Iskandar adalah 83.4 juta dan kita masih ada sebulan setengah lagi, manakala yang melalui Kompleks Sultan Abu Bakar adalah 34.5 juta. Trend peningkatannya adalah 17 peratus setiap tahun. Baik. Untuk itu, daripada angka itu mengesahkan bahawa purata setiap hari yang melalui laluan darat paling sibuk ini ialah 400,000 setiap hari. Baik, ada 52 inisiatif jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang telah pun dilaksanakan, yang sedang dan yang akan dilaksanakan. 52 inisiatif ini hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan Tambak Johor yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Segamat dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, 52 inisiatif ini merangkumi aspek naik taraf infrastruktur dan kemudahan di kedua- dua kompleks ini, pengurusan sumber manusia, naik taraf automated checkpoint and border system, kita melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pengurusan pelan komunikasi serta pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan. Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, baru semalam Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah telah mempengerusikan mesyuarat ini, dan dalam tahun kewangan ini juga kita akan memuktamadkan perolehan bagi penggunaan kod QR. Bermaksud, bagi dua mode pengangkutan yang kita buat proof of
concept sebelum ini, iaitu penumpang bas dan juga penunggang motosikal menggunakan kod QR, tak perlu lagi stamp pasport, ianya perlu berlangsung antara 1 Jun hingga 30 November ini. Jadi, pada tahun kewangan ini juga kita akan muktamadkan pelantikan vendor untuk maksud perolehan. Untuk itu, bajet sebesar RM20 juta telah pun disediakan bagi maksud penggunaan ini. Proof of concept-nya untuk dua mod pengangkutan dan nantinya kita akan lakukan rollout bagi mode pengangkutan yang berikutnya mengikut fasa. Dato’ Yang di-Pertua, bahagian kedua yang ditanya oleh Segamat ialah berkenaan dengan KLIA juga. Jadi, saya mohon sedikit lagi masa. KLIA 1 dan 2 juga adalah tumpuan ketibaan rakyat negara kita yang keluar dan balik ataupun pelancong asing yang datang ke negara kita. Jadi, untuk rekod, makluman, sehingga 31 Oktober tahun ini bermula Januari, seramai 32 juta travelers atau pengembara telah memasuki Malaysia atas pelbagai tujuan. Daripada 32 juta ini yang masuk melalui KLIA, yang sampai ya, adalah lapan juta manakala yang keluar melalui KLIA adalah sekitar lapan juta. Kemudian yang keluar pintu yang sama melalui ― Januari hingga Oktober, saya sebut tadi adalah 8.1 juta yang sampai. Rakyat Malaysia pula yang sampai melalui KLIA adalah 2.7 juta. Jadi, saya kena jelaskan ini sebab kita ada 10 autogate di KLIA. KLIA 1, 10 autogate. KLIA 2 pun 10 autogate. Jadi, kita buat keputusan oleh kerana asalnya penggunaan autogate itu adalah untuk rakyat Malaysia sahaja tetapi kerana ketibaan pelancong juga besar, jadi kita buat keputusan untuk buka penggunaan autogate itu kepada 63 negara. Jadi, pada waktu puncak antara 11.00 pagi hingga 9.00 malam, kesemua di KLIA ini. KLIA 1, 60 kaunter manual dan 10 autogate kita buka. Di KLIA 2, 38 kaunter manual dan 10 autogate kita buka. Pada waktu puncak ini kita pastikan kesemuanya adalah dibuka supaya tak ada kesulitan di peringkat pengembara, sama ada rakyat kita ataupun rakyat luar.
Ringkaskan jawapan.
Tetapi, penting poin terakhir saya ini adalah mulai Mei tahun ini, inisiatif untuk mengurangkan waktu menunggu juga telah dijadikan sebagai key performance indicator dan ini dipantau oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN.
Jadi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mewujudkan Rangka Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QoS) dan pelaporan prestasi diukur menggunakan sistem SMARTQ yang berasaskan teknologi Internet of Things dari ‘Zoffiz AG’. Jadi sistem ini, dia gunakan teknologi infrared dan dia mengesan dan menganalisis pergerakan penumpang, termasuk bagi mengukur tempoh waktu menunggu. Berdasarkan kepada prestasi ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa lapangan terbang kita mencapai sasaran tempoh menunggu yang pendek melainkan dalam sebulan, akan berlaku lima atau enam hari di mana ketibaan pesawat body itu lari daripada jadual. Jadi, dia selang
dua ke tiga minit. Itu menyebabkan tempoh untuk kita melakukan imigresen clearance, mengambil sehingga 49 minit sedangkan sasaran kita kurang 25 minit. Jadi dalam sebulan itu, ada lima hingga enam insiden kejadian. Kita akui, kita tak nafikan tetapi 25 hari berikutnya itu, tempoh clearance itu adalah 85 peratus daripada penumpang, kita selesaikan dalam tempoh kurang daripada 25 minit untuk ketibaan. Jadi saya mohon juga untuk rakan-rakan Ahli Yang Berhormat memahami bahawa bila insiden lima hingga enam kejadian sebulan itu, itu kadang-kadang cloud, 25 hari lain yang sebenarnya tempoh clearance itu jauh lebih singkat. Terima kasih.
Segamat.
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri memberi jawapan yang cukup komprehensif dan saya juga nak tahniah ucapkan kerana Menteri luangkan masa untuk menyelesaikan isu ini. Saya ada dua soalan. Apakah pelan mitigasi QR code yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, mengelakkan berulangnya gangguan sistem oleh vendor seperti yang berlaku pada sistem M-BATS sebelum ini dan selain itu, apakah kementerian masih lagi bergantung kepada sistem manual di beberapa bahagian sedangkan teknologi seperti AI dan big data analytics boleh dimanfaatkan untuk meramal waktu puncak dan mengatur sumber manusia dengan lebih efisien dan mengelakkan kesesakan. Adakah kementerian mempunyai perancangan yang komprehensif ke arah transformasi teknologi ini dilaksanakan di kedua-dua BSI dan juga KLIA? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Segamat. Pelan mitigasi ini penting. Selalunya kita buat post-mortem, pelan mitigasi ini maknanya kita buat pre- mortem. Kita kena unjurkan apa masalah yang akan berlaku. Bila kita lakukan inovasi ke arah QR code dan juga face recognition di pintu masuk kita, apa yang akan berlaku? What can go wrong? Yang pertama, tentulah kita kena pastikan bekalan kuasa di kompleks pintu masuk kita ini sentiasa cukuplah. Kita guna sistem apa pun tetapi kalau berlaku blackout, system fail lah. Jadi, mitigasi yang pertama adalah kita hendak pastikan bekalan kuasa itu mencukupi bagi menjernihkan daripada segi kelancaran sistem. Dalam kata lain, syarikat yang diberi tanggungjawab, dia kena pasang uninterruptable power supply. Itu langkah mitigasi yang pertama. Yang kedua adalah kita akan tingkatkan keupayaan server. Dia akan jadi satu yang sangat diperlukan. Kalau keupayaan server itu lemah sedangkan kita dah naik taraf semua penggunaannya, itu akan juga menjadi potensi kegagalan kita. Ketiga adalah kejelasan imej. Bila kita gunakan sistem artificial intelligent, dia sensitif dengan pencahayaan. Jadi, sangat bergantung pada siling tinggi rendah sebab itu bila kita gunakan imej kamera menggunakan sistem artificial intelligent, ini saya kongsi berdasarkan kepada proof of concept yang melibatkan dua juta pengguna yang mengguna pakai kadang- kadang masa melepasi itu cuma lima saat. Dia ambil masa because of system untuk membaca imej itu. Itu sangat bergantung dari sudut bagaimana infra yang akan dibekalkan
itu haruslah mempunyai standard yang kita capai. Tentunya kita kena pastikan bahawa sokongan teknikal mesti diwujudkan supaya tak mengulangi insiden M-BATS incident empat lima hari. Apabila berlaku pertukaran vendor lama kepada vendor baru, ada masalah. Jadi waktu itulah kita baru terfikir bahawa hal-hal seperti sokongan teknikal yang diperlukan itu harus sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Itu langkah mitigasi yang kita ambil. Terima kasih.
Besut.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya dengan Menteri, kita dapati ada macam – sebab kesesakan ini antaranya ialah kerana sistem autogate ini. Sistem autogate dia ini kurang dan juga macam tak mencukupi dan juga sistem itu agak lama dan baru-baru ini ada lebih kurang 1 Jun yang lalu...
Ringkaskan soalan.
Ya, kena bagi faham juga.
Ringkaskan soalan.
Jadi, ada satu sistem autogate tapisan dia panggil. Jadi, kalau kita tengok autogate ini di pintu masuk utamalah, jadi sejauh mana sebenarnya berkesannya sistem ini daripada segi keselamatan dan sebagainya? Elemen keselamatan sebab yang diterima masuk lebih kurang 63 negara yang kurang risiko. Jadi maknanya, kita tengok dan juga untuk kita kawal daripada segi counter setting. Itu di KLIA. Kalau di Johor pula, dia macam kaunter Imigresen ini tak berfungsi. Makna tak dibuka dalam masa-masa puncak. Jadi, ada apa tindakan daripada pihak kementerian untuk mengarah ataupun memastikan atau memastikan bahawa pegawai imigresen ini menggunakan – kena buka. Dalam masa-masa kesesakan berlaku, dia kena buka. Jadi, itulah soalan saya. Minta jawab secara terus.
Terima kasih. Besut ya?
Ya.
Besut tak ada pintu masuk antarabangsa lah ya tapi terima kasih Besut. Apakah sistem autogate compromise daripada segi keselamatan? Jawapannya tidak, jawapannya tidak ya. Walaupun kita tak stamp pasport tapi bila dia masuk situ, kita scan, keluar gambar dan sebagainya itu, itu cukup untuk kita simpan rekod kita. Okey ya? Itu satu bab. Soal aspek keselamatan di compromise dengan penggunaan autogate, itu tak berlaku. Satu dunia sekarang ini bergerak sistem imigrasinya ke arah itu. Kalau di negara jiran kita, semua sekali dia guna autogate. Okey ya, yang pertama. Kedua, apakah pada waktu puncak berlaku kejadian di mana kaunter manual kita tak ada orang, tak ada pegawai. Saya nak sebut ya, saya bagi komitmen 11 pagi hingga ke 9 malam. Kalau namanya KLIA, itu kita pastikan semuanya mesti ada orang. Pegawai ya tapi kalau Yang Berhormat lalu umpamanya nak balik ke Terengganu, turun Kota Bharu, Yang
Berhormat tak lalu pasport lah tapi kalau ada kawan bagi tahu kata dalam tempoh waktu puncak itu ada yang kosong, bagi tahu. Tapi di Johor umpamanya, berlaku juga insiden dilaporkan misalnya. Ini Datuk Yang di-Pertua, berlaku ketika pertukaran syif, satu ataupun ketika dia pergi bilik air sekejap atau dia pergi tinggal solat sekejap. Sepatutnya lima ke 10 minit tapi berlama-lama. Itu berlaku. Yang itu hal-hal administratif daripada segi governance yang kita ingatkan kepada pimpinan imigresen, kurangkan. Bahkan peralihan syif pada waktu puncak itu pun kita lakukan ubahsuaian. Maksud akhir apa dia? Waktu puncak jangan ada gangguan, itu bottom-line kita lah. Jadi, itu langkah yang kita ambil. Sebab itu saya kongsikan tadi dengan Yang Berhormat bahawa penggunaan infrared untuk mengesan sendiri, jangan dengar daripada kita. Teknologi infrared yang mengesan pergerakan berapa cepat kita boleh lakukan clearance sebab itu kita ikat diri kita, dia mesti kurang 25 minit. Tapi berlaku tak insiden lama? Berlaku, dalam sebulan, lima hingga enam hari akan berlaku di mana ketibaan pesawat wide body, penumpang ramai. Selang dua minit, pendaratan. Yang itu makan sehingga 49 minit, 50 minit, itu berlaku. Tapi jangan lima, enam kali yang berlaku itu, tenggelam 25 hari yang tempoh clearance lebih pendek. Terima kasih.
Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden, Alor Setar.
Terima kasih Puan Speaker. Nampak berseri pagi ini.
2. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha dan pelan inisiatif kerajaan dalam menangani seramai 1.95 juta pekerja berpendidikan tinggi di Malaysia yang bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah dengan peningkatan kira-kira 100,000 pekerja berbanding suku sebelumnya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat saudara dari Alor Setar, orang kampung saya sebenarnya, orang Bukit Mertajam. Berdasarkan laporan survey tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), guna tenaga tidak penuh ataupun underemployment, dengan izin, berkaitan kemahiran ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai pendidikan tertiary ataupun pendidikan tinggi, namun bekerja dalam kategori separuh mahir dan berkemahiran rendah dan kadar guna tenaga tidak penuh ini pada suku tahun ketiga 2024 ialah 36.8 peratus. Ini sebenarnya merupakan penambahbaikan kalau dibandingkan dengan suku tahun kedua tahun 2024 iaitu 37 peratus dan kalau dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2023 juga merupakan satu peningkatan iaitu pada tahun 2023, suku tahun ketiga kadarnya adalah 37.3 peratus.
Kenyataan Yang Berhormat saudara dari Alor Setar itu bahawa guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat seramai 100,000 orang adalah kurang tepat- kalau perbandingan dua suku itu adalah kurang tepat sebab data yang sebenar tidak menunjukkan peningkatan yang seramai itu. Namun, benar ada peningkatan dari segi- walaupun ada penurunan dari segi kadar guna tenaga tidak penuh seperti yang telah saya maklumkan tetapi ada peningkatan dari segi angkanya iaitu lebih kurang 10,000 orang dari suku ke suku. Kerajaan sentiasa cakna dan proaktif dalam isu ini dan antara inisiatif yang telah diambil, contohnya PERKESO. KESUMA melalui PERKESO, mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja dalam bidang yang bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan mereka. Contohnya, platform portal MYFutureJobs. Keduanya, system career Bridge 2. Sistem ini merupakan sistem berteraskan kaedah dalam talian yang membantu menghubungkan siswazah kita dengan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka. Ketiga, membangunkan wage guide yang berperanan untuk membantu siswazah mengenal pasti dan mengukur potensi, sekali gus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya mereka. KESUMA juga telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan pelbagai industri. Contohnya, bagi 2024 sebanyak 66 MoC telah dimeterai mencakupi pelbagai bidang seperti oil and gas, dengan izin, elektrik dan elektronik, automatif, hospitaliti, pembinaan, perladangan, perabot dan telekomunikasi. Kita juga aktif melalui Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), aktif dalam menawarkan dan menyediakan pelbagai program reskilling, upskilling berteraskan TVET dalam pelbagai disiplin. Dengan peningkatan kemahiran tersebut, maka siswazah dan juga rakyat Malaysia amnya, boleh mendapat pekerjaan yang memerlukan kemahiran lebih tinggi dengan gaji yang lebih baik. Saya rasa masa sudah mencukupi, mungkin saya henti setakat ini. Kalau ada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Alor Setar, terima kasih.
Alor Setar.
Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah kerana disebut tadi ada penurunan dari sudut kadar under employment. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, kita dapati libat urus universiti dengan industri seperti yang Yang Berhormat sebut tadi ini telah berlaku banyak kali. Beberapa tahun ini pun jawapan yang sama diberikan. Tetapi mismatch atau underemployment ini masih wujud. Sebenarnya, di mana silapnya itu? Yang kedua, kita dilaporkan tenaga sumber manusia dalam sektor kerajaan khususnya pendidikan, kesihatan ini, beban kerja bertambah, manpower tidak cukup. Graduan kita ramai yang tidak dapat kerja, pun saya rasa rakyat hendak tahu di mana tak kena benda itu berlaku, apa silapnya dan yang ketiga terakhir Puan Speaker, saya cadang di samping platform-platform yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi disediakan untuk
graduan kita mencari pekerjaan, kadang-kadang majikan hendak ambil graduan baru ini dia minta pengalaman. Graduan ini baru grad, sudah tentu dia tidak ada pengalaman. Apa kata kalau kerajaan sediakan insentif kepada majikan yang hendak ambil graduan baru jadi pekerja. Umpamanya, potongan cukai, subsidi upah ataupun insentif memberi latihan perkhidmatan kepada graduan baru ini supaya menggalakkan majikan ambil graduan ini bekerja dengan mereka. Akhirnya, akan dapat mengurangkan jumlah underemployment. Terima kasih Puan Speaker.
Ini orang Penang ini dia pandai buat business dan memang juga family saudara Alor Setar ini dia buat buisnes. Satu soalan, dia boleh bagi tiga serangkai. Saya cuba jawab semuanya. Satu ialah di mana silapnya? Saya rasa penting untuk kerajaan terus melibatkan pihak industri, tidak kiralah dari dulu, sekarang ataupun masa hadapan sebab kita inginkan supaya contohnya latihan-latihan yang kita berikan itu adalah bertepatan, sesuai dengan keperluan industri, satu. Keduanya, memang saya telah menyatakan, malah dalam perbahasan saya yang lalu itu bahawa kalau ikut trend ekonomi sepanjang mungkin 10 hingga 20 tahun yang lalu, ekonomi negara kita terbantut pada takat nilai middle income trap. Ini maksudnya, ekonomi kita tidak mampu. Kalau kita masih lagi meneruskan trend-trend 10 tahun yang lalu ini, tidak mampu untuk menjana pekerjaan bergaji tinggi yang mencukupi. Saya bagi contoh, Laporan World Bank yang baru diterbitkan baru-baru ini menyatakan bahawa satu tahun kita mempunyai ataupun mewujudkan lebih kurang 50,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi. Tetapi kalau bandingkan dengan contohnya graduan-graduan, siswazah-siswazah kita yang keluar dari universiti lebih kurang 300,000 orang, maka kita nampak mismatch itu. Itulah sebabnya antara faktor utama Perdana Menteri, Ahli dari Tambun telah melancarkan Kerangka Ekonomi MADANI, di mana antara cabangnya ialah untuk menaikkan siling. Menaikkan siling maksudnya, supaya ekonomi kita boleh ada nilai tambah yang lebih tinggi. Perniagaan-perniagaan Malaysia mampu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi. Justeru, dapat mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi dan sebagainya. Itulah antara Kerangka Ekonomi MADANI ini, menaikkan siling itu. To lift up, dengan izin, the value of our economy. Keduanya, soal di sektor kerajaan didakwa tidak mencukupi pekerja tetapi ada juga siswazah ataupun anak muda yang tidak mendapat pekerjaan. Saya rasa dia ada banyak faktor. Faktor dari segi kekangan peruntukan, perbelanjaan kerajaan dan sebagainya. Tetapi seperti yang saya maklumkan kepada Pendang hari itu, JPA ini adalah sisi yang berbeza. Perkhidmatan awam ini di bawah JPA dan bukan di bawah tata urus KESUMA. Tetapi saya rasa kita akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak JPA juga untuk melihat bagaimana kita boleh menjadikan pasaran kerja kita lebih dinamik. Bukan sahaja pasaran kerja awam tetapi juga terutamanya, khususnya kalau bagi bidang kuasa KESUMA, pasaran kerja di pihak swasta.
Soalan ketiga, pengalaman dia chicken and egg. Isu chicken and egg. Kalau siswazah itu bila dia keluar untuk mencari kerja, majikan kata you have no experience, tidak ada pengalaman. Jadi, tidak boleh ambil. Tetapi kalau tidak diberikan kerja terlebih dahulu, masakan dia ada pengalaman. Terima kasih kepada saudara dari Alor Setar. Dalam Belanjawan 2025, ucapan Belanjawan Yang Berhormat Tambun telah menyatakan satu program di mana kerajaan melalui KESUMA akan membenarkan, contohnyanya majikan menggunakan levi HRD Corp mereka untuk membiayai elaun sehingga RM1,000 sebulan bagi siswazah, khususnya mereka yang baru tamat pengajian. Ini sebagai insentif kepada majikan untuk memberikan peluang pekerjaan, khususnya kepada fresh grad, dengan izin. Terima kasih.
Sungai Petani.
Terkejut saya, Timbalan Speaker. Ingat tak dapat. Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat graduan yang memegang ijazah dalam bidang umum ini sebenarnya lebih sukar untuk mendapat pekerjaan ketimbang mereka yang memegang ijazah profesional. Kalau kita lihat satu kekosongan penjawatan profesional itu direbut oleh enam sehingga tujuh graduan yang baru. 39 peratus diaspora Malaysia yang bekerja di Singapura itu adalah mereka yang berkemahiran profesional. Soalan saya adalah bagaimanakah kerjasama antara pihak kementerian dan juga pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan graduan-graduan yang lebih berkualiti?
Sebab apa yang kita lihat kini, graduan-graduan kita mungkin tidak sehebat graduan- graduan yang terdahulu yang kemahiran yang ada. Bahkan ada juga majikan yang mengatakan mereka ada degree tapi bila masuk ke bidang pekerjaan seolah-olah macam level intern. Sebagai contoh iaitu bagaimana kerja sama antara pihak kementerian supaya kita melahirkan graduan yang lebih mantap lagi, terima kasih.
Terima kasih, hari ni geng utara yang jawab, menanya soalan. Terima kasih Sungai Petani. Ada beberapa juga soalan yang ditanya dalam tu, tetapi saya rasa umumnya tentang kerjasama antara KESUMA dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasakan lagi siswazah kita agar kebolehpasaran mereka lebih tinggi. Saya bagi satu contoh, antara kerjasama utama, kerjasama utama antara KESUMA dengan Kementerian Pendidikan Tinggi adalah di bawah satu badan yang dipanggil Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Majlis TVET inilah di mana kita bincangkan bagaimana kita oleh menggemblengkan usaha sumber 12 kementerian, merentas 12 kementerian termasuk KESUMA dan Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan lagi pendidikan TVET, because we see, dengan izin TVET education as a way forward. Kita melihat jurusan TVET ini sebagai salah satu cara strategi untuk memperkasakan ataupun meningkatkan kebolehpasaran siswazah kita. Untuk makluman, untuk siswazah- siswazah TVET, graduan-graduan TVET, kebolehpasaran mereka mencecah lebih 90 peratus
malah ada 3 buah ILP – Institut Latihan Perusahaan di bawah KESUMA, kebolehpasaran siswazah kita telah mencecah 100 peratus. Itu antara fakta-fakta pada hakikatnya pendidikan TVET. Namun kita tahu, mungkin dia pergi belajar jurusan akademi di universiti-universiti ini mereka tidak dapat pergi ke universiti TVET ataupun pergi ke institusi-institusi latihan TVET, maka kita berikan kursus nilai tambah ataupun value added course dengan izin. Di mana mereka boleh mengambil kursus-kursus jangka pendek, Micro Prudential dan sebagainya untuk memperkayakan lagi pensijilan yang ada di universiti-universiti kita. Sebuah lagi kerjasama antara KESUMA dengan Pendidikan Tinggi adalah projek Ilham KESUMA ataupun Insentif Latihan Amali KESUMA, di mana dengan kerjasama universiti-universiti yang ada, kita menawarkan latihan ataupun program latihan amali berstruktur. jadi intern-intern bukan pergi kerja sebagai untuk angkat beg, bancuh kopi tapi berstruktur di mana mereka benar-benar dapat mempelajari, on the job ya kemahiran- kemahiran tertentu dan berbayar iaitu they will be paid, dia bukan buat intern kerja free. Dan di bawah program ini kita mensasarkan lebih kurang 20 hingga 30,000 peluang latihan amali ataupun internship tawarkan kepada siswa-siswa kita. Latihan 3 bulan sekarang, kita dalam perbincangan pelbagai universiti dan juga dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memanjangkan lagi tempoh internship ini. Kerana apa? Kerana contohnya yang menjadi peguam mereka ada chambering yang mungkin 9 bulan, itulah masa mereka belajar on the job, on the go by practice, secara latihan amali, jadi bukan teori. Doktor mungkin akan buat housemanship selama setahun ataupun dua tahun. Jadi semua ini akan memperkasakan lagi kemahiran yang ada dalam mahasiswa- mahasiswa kita, jadi kita anggap latihan amali sebagai satu kaedah ataupun strategi yang penting untuk memperkasakan kemahiran mereka. Apabila kemahiran mereka meningkat maka kebolehpasaran mereka juga akan meningkat. Akhir sekali.
Masa sudah tamat.
Mengikut, mengikut data yang kita lebih kurang 40 peratus daripada pelatih amali atau intern akhirnya berjaya mendapat kerja di syarikat-syarikat yang sama di mana mereka melaksanakan internship. Jadi, dia ada berbagai-bagai manfaat dalam mengukuhkan program latihan amali ini, terima kasih.
Saya jemput Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.
3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan penjelasan berkaitan kontroversi yang berlaku dalam Pertubuhan Perladangan Kebangsaan (NAFAS). Apakah hala tuju kementerian dalam menstruktur semula NAFAS.
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Bayan Baru yang bertanya. Pertubuhan Peladang Kebangsaan, NAFAS yang mempunyai seramai 603,000 ahli, 280 Pertubuhan Perladangan Kawasan dan 14 Pertubuhan Perladangan Negeri di seluruh negara.
Kontroversi yang melanda organisasi ini baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan dengan tadbir urus serta keberkesanannya sebagai pembekal tunggal baja kerajaan. Untuk makluman ahli yang berhormat, NAFAS telah diberikan kontrak pembekalan baja secara runding terus bermula tahun 1979, NAFAS mempunyai 16 syarikat subsidari dan daripada jumlah tersebut hanya 4 syarikat subsidari yang berkaitan kontrak baja sahaja yang mencatat keuntungan. Ini menjejaskan peranan NAFAS untuk berfungsi sebagai pertubuhan yang memajukan kepentingan ekonomi dan sosial atau kebajikan anggotanya. Berdasarkan laporan pengauditan khas tahun 2018 oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang terdapat 42 isu tadbir urus dan tatakelola yang ditemui yang perlu kepada tindakan dan penambahbaikan. Namun, tindakan penambahbaikan tidak dapat dilaksanakan akibat berlaku perubahan kerajaan pada waktu itu. Walau bagaimanapun, antara perkara awal yang saya laksanakan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah mewartakan NAFAS sebagai badan awam di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membolehkan NAFAS disiasat di bawah akta ini. Iaitu para 22 Mei 2023. Sebelum ini, SPRM tak boleh siasat NAFAS, tapi saya mewartakan ini pada 22 Mei 2023, dan SPRM boleh masuk bila-bila masa. Selain itu, saya juga telah mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bagi Pemantapan Tatakelola NAFAS bermula 17 Februari hingga 31 Oktober 2024. Hasil laporan daripada pihak jawatankuasa khas ini, menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan penambahbaikan islah, kalau tak mahu guna reformasi, ke atas tadbir urus dan tatakelola NAFAS,
[Mencelah]
Ringkaskan jawapan, Menteri.
Kacau. Dalam hal ini, pihak Pendaftar Pertubuhan Peladang telah menggantung perlembagaan NAFAS berkuat kuasa pada 1 November 2024. Ekoran daripada penggantungan itu NAFAS kini ditadbir oleh Pentadbir yang dilantik oleh Pendaftar yang tertakluk kepada arahan daripada Pendaftar. Pada masa yang sama Pendaftar juga telah melantik Majlis Penasihat bagi menasihati Pendaftar dan Pentadbir berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 7(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]. Majlis Penasihat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Zainol Rahim Seman mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA sebagai mana yang telah diumumkan pada 7 November 2024, yang lalu. Untuk makluman ahli yang berhormat, laporan pihak Pendaftar Pertubuhan Peladang sepanjang tempoh pergantungan perlembagaan NAFAS yang dilaporkan terus kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa. Saya ambil masa sikit ya, sebab ini penting, yang datang ramai ini nak dengar NAFAS lah ini.. [Ketawa]
Suka dinyatakan di sini bahawa operasi obligasi dan kewajipan NAFAS kepada mana-mana pihak ketiga adalah tidak terjejas dan akan dilaksanakan serta diteruskan oleh Pentadbir. Bagi urusan peniagaan NAFAS yang melibatkan pembekalan baja padi kepada pesawah, ia langsung tidak terjejas dan berjalan seperti biasa di bawah bidang kuasa Pentadbir NAFAS.
Sepanjang tempoh penggantungan ini, Pendaftar Pertubuhan Peladang akan memantau urusan harian NAFAS di samping menambah baik tadbir urus dan tatakelola NAFAS bagi memperkasa semula NAFAS secara holistik. Ini untuk memastikan NAFAS beroperasi mengikut hala tuju dan spirit penubuhan NAFAS selaras dengan perundangan yang sedang berkuat kuasa. Oleh yang demikian, beberapa strategi pembaharuan dan hala tuju kementerian dan LPP dalam menstruktur semula NAFAS telah digariskan. Bagi memastikan NAFAS dapat dipulihkan dan berfungsi mengikut objektif asalnya. Antara strategi dan hala tuju kementerian yang digariskan adalah seperti berikut. Yang pertama, menambah baik tatakelola NAFAS. Penambahbaikan atau reformasi yang sebahagian besar tak suka perkataan itu melibatkan pindaan Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983 ke arah menambah baik komposisi dan tatakelola ahli jemaah pengarah. Selain itu, pindaan dan pemantapan Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang khususnya Perlembagaan NAFAS dan syarikat subsidiari ke arah mengelakkan pertindihan kuasa dan fungsi antara pengurusan dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS serta menstruktur dan memperkasa peranan ahli lembaga pengarah dalam syarikat subsidiari NAFAS akan turut dilaksanakan. Lama dah no.
Boleh bagi jawapan bertulis.
Kedua, penilaian dan penstrukturan semula tadbir urus. Saya baca tajuk sahajalah. Ketiga, penstrukturan semula syarikat subsidiari NAFAS. Keempat, audit pengurusan dan pemantauan berterusan. Kelima, pengukuhan mekanisme semak dan imbang. Keenam, penguat kuasa kod etika dan integriti. Ketujuh, mempelbagai sumber pendapatan. Kelapan, pemulihan kepercayaan awam. Bila siap ini semua, siapa jadi Menteri Pertanian selepas ini, akan lebih senang bekerja dan kalau kerajaan ambil alih pun senang bekerja, kerana telah kita letak di garisan yang betul. [Dewan riuh]
Bayan Baru.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Menteri, saya sedih, saya sedih kerana NAFAS yang begitu penting ini sekarang ada kecelaruan – kepimpinan NAFAS di mana tamak haloba, tata urus tadbir yang tidak cekap menyebabkan NAFAS ini – petani-petani kecil ini menjadi mangsa. Jadi Menteri, saya hendak tanya tentang berapa lamakah NAFAS akan digantung?
Kedua, saya hendak tanya tentang isu baja. Baja kita – saya ini mewakili petani- petani yang tanya, kontrak baja akan tamat pada 31 bulan 12. Jadi – tetapi bulan Januari masih adalah musim penanaman padi. Jadi, adakah kementerian akan meneruskan kontrak kepada NAFAS atau tidak? Satu lagi info adalah PAC akan mengadakan prosiding terhadap NAFAS dan harap kita akan menjadi finding dan mencadangkan tatakelola yang lebih baik kepada kementerian supaya kita boleh merefomasikan NAFAS supaya ia akan menjaga petani, bukan jaga kepentingan pimpinan beberapa kerat pimpinan di atas, terima kasih.
Terima kasih. Ini pergantungan kali ketiga. Yang pertama di bawah Menteri Pertanian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Yang kedua di bawah Menteri Pertanian Datuk Seri Salahuddin Ayub. Yang ketiga di bawah Menteri Pertanian Mohamad Sabu. [Tepuk] Kali ini pergantungan ini tempoh masa kita akan lihat recommendation daripada pihak yang menjadi tatakelola ini. Akan selesai semua dan di landasan yang baik, baru kita angkat pergantungan itu dengan pindaan-pindaan di bawah kuasa Menteri dan kuasa kementerian dengan dinasihati oleh penasihat undang-undang. Sama ada penasihat undang-undang dalaman dari kementerian ataupun daripada AG, kita akan ambil pandangan supaya bila tarikh pergantungan itu, ia berjalan dengan baik dan tidak ada kuasa bertindih pada masa yang akan datang. Soal ada mereka orang itu, orang ini dia terlibat dalam melakukan penyelewengan, kerana sekarang dia di peringkat penyiasatan dan SPRM telah masuk dan kita tidak mahu menuduh pinpoint kepada sesiapa. Sama ada bekas Menteri kah, bekas Timbalan Menteri kah atau Menteri sekarang kah. Jangan tuduh menuduh, yang pentingnya kita minta SPRM siasat dan kita beri kerjasama dan laporan mereka atau pendakwaan mereka, kita harap tidaklah mengatakan ianya akan berlaku pendakwaan terpilih. Ini yang kita buat dan kita harap selepas ini dengan perbelanjaan yang banyak sebab semua kita kata bukan hanya NAFAS, agensi ditubuh kerajaan semua kadangnya menghadapi masalah. Ada bila kerajaan bertindak, misalnya bail out dan syarikat itu berjaya sampai hari ini. Contohnya, Bank Rakyat. Betapa sekarang ini di antaranya duduk dalam bank yang agak terbaiklah di Malaysia ini. Yang dulunya kita tahu menghadapi masalah. NAFAS pun selepas ini akan bernafas semula, akan berada di landasan yang baik, insya- Allah.
Beluran.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita menyambut baik usaha yang hendak dibuat oleh kementerian dan tatakelola dalam NAFAS itu perlu diperbaiki, kita menyokong usaha kementerian. Namun dalam perlembagaan NAFAS...
Straight to the point. Terus kepada soalan ya, terus kepada soalan.
Ya. Straight-lah ini. Yang Berhormat dalam Akta LPP ini, Lembaga Pertubuhan Peladang ini jelas diperjelaskan tentang kuasa- kuasa Pentadbir, kuasa-kuasa Ketua Pengarah LPP. Tetapi, dalam pelantikan Majlis Penasihat NAFAS ini, Majlis Penasihat NAFAS di mana dalam kuasa, dalam akta itu, di mana dalam akta itu membenarkan pelantikan ini kerana dalam insiden dalam keadaan NAFAS digantung, kuasa LPP adalah untuk melantik Pentadbir dan Pentadbir itu adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pengurusan harian NAFAS ketika digantung. Bagaimana peranan Majlis Penasihat NAFAS ini berfungsi di bawah akta ini dan di bawah kedudukan pelantikan sebagai seorang Pentadbir? Kerana apa yang jelas sekarang ini, Pentadbir itu duduk di bawah Majlis Penasihat NAFAS yang dilantik oleh LPP. Adakah Yang Berhormat akan memperbaiki keadaan ini?
Kita berbincang panjang hal ini, soal kuasa itu, sebab itu kita dengan penuh teliti dan penasihat-penasihat daripada PUU diambil kira dan dapati apa yang dilakukan sekarang menurut akta iaitu seksyen 7(1) Akta Pertubuhan Peladang dan juga Akta 109 memenuhi syarat-syarat yang dikatakan sekarang ini dijalankan oleh pengurus. Begitu juga tadi, soalan tadi, kita ke arah – baja ini dari mula pergi kepada tender. Misalnya baja organik, lebih daripada 100 juta dah mula dibuka tender. Kalau tender dibuka akan datang, NAFAS juga boleh masuk sebagai satu identitinya untuk tender baja itu supaya ia berlaku satu competition yang baik dan ke arah penyelarasan yang lebih baik. Yang pentingnya, akhirnya kita mahu petanilah yang untung. Ini yang kita menuju ke arah itu. Sabar sedikit dan kita sedang buat perubahan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini, terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Tuan Azli bin Yusof, Shah Alam.
Puan Yang di-Pertua izinkan saya untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan pelajar dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Sawai, Daro dari Parlimen Igan [Tepuk] dan rombongan pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Tawau, Sabah. Sekarang baru soalan saya. Kalau Speaker pulang ke Sibu, Jangan nanti rindu-rinduan, Soalan saya nombor satu, Mohon Menteri beri jawapan.
1. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) jumlah keseluruhan perbelanjaan tahunan pembelian ubat-ubatan bagi hospital dan klinik kerajaan bermula tahun 2015 serta jangkaan untuk lima tahun akan datang; dan (b) perancangan kementerian untuk memastikan keterjaminan ubat- ubatan negara melalui pembangunan teknologi dan kapasiti pengeluaran tempatan.
[Ketawa] Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Shah Alam.
Saya mulakan dengan lafaz yang mulia, assalamualaikum dan salam MADANI semuanya. Baik. Soalan pertama Shah Alam terkait dengan jumlah yang dibelanjakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pembelian ubat-ubatan bagi hospital dan klinik-klinik KKM sejak tahun 2015 dan jangkaan untuk lima tahun mendatang. Secara ringkasnya, boleh saya sebutkan laporan statistik Program Perkhidmatan Farmasi jumlah perbelanjaan ubat-ubatan KKM bagi tahun 2015 sehingga 2023. Bermula 2015 itu sebanyak RM2,323,000; 2016 – RM2,000,332,000 dan 2016, RM2,000,107,000 sehinggalah 2022 meningkat kepada RM3,000,153,000. Akhir sekali, 2023, RM3,000,430,000. Ini saya mengambil [Tidak jelas] .. part numbers sahaja. Melihat kepada statistik yang disebutkan, perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan bagi tahun 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun iaitu RM3 bilion berbanding RM2.3 bilion pada tahun 2015 yang saya sebutkan lebih awal tadi. Peningkatan peruntukan kewangan ini adalah selari dengan kenaikan harga ubat- ubatan, pertambahan bilangan pesakit dan penggunaan ubat-ubatan baharu mengikut kepakaran yang lazimnya masih dalam tempoh paten dan harga ubat yang lebih mahal. Those are the ubat-ubatan dalam paten period-nya Timbalan Yang di-Pertua. KKM juga mengunjurkan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk menampung keperluan ubat- ubatan di fasiliti-fasiliti KKM akan terus meningkat pada tahun-tahun ke depan ini. Berhubung soalan kedua Yang Berhormat Shah Alam mengenai perancangan KKM bagi memastikan keterjaminan ubat-ubatan untuk negara menerusi pembangunan teknologi dan kapasiti pengeluaran tempatan. Beberapa strategi telah kita bangunkan berpandukan antara lainnya Dasar Ubat Nasional (DUNas) di bawah komponen akses kepada ubat-ubatan seumpama: (i) memastikan ketersediaan ubat-ubatan National Essential Medicine List (NEML) menerusi galakan lebih banyak pengilangan tempatan serta memberi keutamaan dan insentif-insentif pada mereka kepada penilaian dan pendaftaran produk; dan (ii) menambah baik ketelusan rantaian bekalan melalui pembangunan sistem penjejakan dan pengesanan (track and trace), dengan izin produk-produk farmaseutikal ini.
Selain itu, KKM juga bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan dalam membangun ekosistem farmaseutikal di negara ini bermula dengan penemuan, kajian pra- klinikal, klinikal pengilangan, pengedaran dan sebagainya. Kerjasama ini juga membawa kita rentas kepada pelbagai kementerian dan agensi awam serta melibatkan sektor swasta khususnya pemain-pemain industri. Akhir sekali, kalau boleh sedikit lagi Timbalan Yang di-Pertua. Melalui sesi libat urus ini, KKM berusaha untuk mengenal pasti kekuatan dan kelebihan industri farmaseutikal tempatan bagi disyorkan semasa kita membangunkan pelan tindakan dan pelaksanaan kolaborasi strategik ASEAN, drug security dan self-reliance atau dengan izin keterjaminan dan kemandirian ubat-ubatan di peringkat ASEAN. Jadi, itu sedikit yang dapat saya sebutkan. Akhirnya, ketika kita mempengerusikan ASEAN, pelbagai inisiatif akan kita kemukakan. Kita juga sedang merangka polisi-polisi yang mungkin boleh saya sebutkan sebagai untuk meng-incentivize-kan, dengan izin, untuk memberikan suntikan insentif kepada pengilang-pengilang tempatan kita dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri untuk kita berikan satu jaminan off tick dalam pembangunan dan juga pengilangan yang akan mereka berikan ataupun pelaburan daripada pihak pemain-pemain industri. Terima kasih.
Shah Alam.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang sangat terperinci. Sebagaimana yang disebutkan, kita di Malaysia ini memang ada ekosistem yang menyokong industri kesihatan ini. Ada syarikat-syarikat penyedia dan pembekal untuk automasi, pembuatan dan juga pengilangan dan juga pergudangan. Hanya mereka ini kebanyakannya 80 percent adalah export-based dan 20 percent sahaja dimanfaatkan oleh industri kesihatan tempatan. Contohnya...
Soalan, soalan.
Soalannya ialah mereka ini memanfaatkan sepenuhnya bakat dan kepakaran tempatan,beribu jurutera dan juga juruteknik TVET. Soalan saya ialah apakah dasar dan juga hala tuju dan kesediaan KKM untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat tempatan yang menyediakan penyelesaian perkhidmatan automasi pembuatan supaya kita dapat menyuburkan, menggalakkan industri-industri tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi yang kita biasanya import ataupun dapatkan perkhidmatan daripada luar negara? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Shah Alam. Kita tahu bahawa dalam era di mana pelbagai inovasi dalam teknologi sedang rancak dan dipergiatkan terutamanya dalam sektor, termasuklah dalam sektor farmaseutikal. Kami di KKM sedang merangka apa yang kita istilahkan sebagai menyediakan polisi inovasi dan pengkomersialan KKM. Dengan kata lain, dipimpin oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal - Research and Technical Support) bersekali dengan dipimpin oleh TKPK kita.
[Bangun]
Sedang memerhatikan bagaimana dalam jawatankuasa pengkomersialan ini akan melihat semua aspek meliputi aktiviti, inovasi teknologi, research and development dan pengkomersialan untuk memastikan berlakunya apa yang kita panggil sebagai mengambil manfaat, mengambil benefit pengkomersialan ini supaya wujud di sana penyeragaman di setiap supply ataupun supply chain dan akan berakhir dengan satu, dapat kita bina suatu suasana, suatu ekosistem yang memberikan, dipanggil sebagai correct incentive, dengan izin kepada kumpulan-kumpulan inovatif dan kreatif ini. Saya sekali lagi mengulangkan, KKM memberi peluang kepada syarikat-syarikat pembuatan tempatan sama ada automation, teknologi dan sebagainya itu menawarkan produk-produk mereka itu bagi mempertimbangkan konsesi. Sebab saya faham soalan tadi, 80 peratus katanya dieksport tetapi sebenar-benarnya itu yang kita mahukan supaya mereka punya daya saing dan mampu mengeksport ubat-ubatan mereka sama ada generik, biosimilar dan sebagainya sebab itu yang kita mahukan. Tetapi apa pun, perlu kita berikan juga satu jaminan off tick Timbalan Yang di-Pertua untuk mereka itu terangsang dan tergalak untuk membuat pelaburan lebih daripada apa yang mereka lakukan hari ini sebagai satu insentif. Jadi, dengan ini kita harapkan kita akan dapat menggalakkan inovasi, teknologi bukan sahaja in any automation processes-nya tetapi juga dari sudut produk-produk yang terutama...
Ringkaskan jawapan Menteri.
...terutama dalam drugs atau ubat-ubatan yang belum lagi tamat patent period, mereka sudah membuat persediaan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Kuala Nerus.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, antara yang saya ingat peningkatan perbelanjaan ubat-ubatan ialah kerana peningkatan kes NCDs iaitu kes penyakit tidak berjangkit terutamanya jantung, buah pinggang dan sebagainya. Antara punca kepada penyakit ini ialah kerana penyakit diabetes ataupun kencing manis yang mana komplikasinya ialah NCDs tadi heart diseases, renal dan sebagainya. Pada Ogos yang lalu, kita dapati bekalan...
Soalan.
Pada Ogos yang lalu, kita didapati bekalan insulin manusia ataupun human insulin di fasiliti Kementerian Kesihatan agak terjejas pada bulan Ogos. Ini sekiranya berulang, sudah tentu akan menjejaskan dari segi kawalan ataupun pengurusan penyakit diabetic. So, apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa peristiwa sebegini tidak berulang untuk memastikan terjamin kesihatan rakyat?
Kedua Timbalan Yang di-Pertua, di pasaran selain insulin, human insulin, kita ada insulin analog. Pada hemat saya, itu lebih baik daripada human insulin tetapi kosnya tinggi.
Itu sahaja kelemahannya. Oleh itu, adakah usaha kerajaan bercadang supaya dibuat sesuatu kajian sama ada oleh institut pengajian tinggi atau Kementerian Kesihatan sendiri supaya harga insulin analog ini affordable dengan izin, mampu milik oleh golongan yang terbanyak khususnya di peringkat swasta ataupun di Kementerian Kesihatan sendiri? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya. Sahabat saya..
Kuala Nerus.
Yang Berhormat Kuala Nerus. Ya. [Ketawa] Kuala Nerus kerap membangkitkan soalan-soalan seumpama ini dan saya sangat menghargai keprihatinan Kuala Nerus yang sekali gus saya mahu sebutkan ya, ini apabila kita mempunyai polisi meletakkan dalam bahasa Inggeris “All eggs in one basket”. Kita letak semua telur dalam satu bakul memang akan mempunyai risiko. Jadi, pertama yang hendak saya sebutkan adalah kita tidak akan mahu untuk sekali lagi berada di situasi seumpama itu. Dulunya, Biocon, dengan izin, Biocon, satu syarikat luar negara yang membuat JV dan membangunkan human insulin di sini, membekalkan. Apa yang berlaku pada Ogos yang lalu adalah ketika mereka tidak mampu membekalkan. Sementara Novo Nordisk yang membekalkan human insulin itu daripada luar (imported), mereka juga mengambil sikap untuk tidak meneruskan bekalan mereka. Jadi, kita berdepan dengan suasana itu. Pastinya untuk ke depan nanti kami tidak akan mengizinkan untuk hanya memberikan satu-satu kontrak hanya kepada satu-satu industri ataupun syarikat dalam membekalkan hal seperti human insulin ini. Kita tahu akan wujudnya analog yang disebutkan oleh Kuala Nerus tadi. Ia hampir tiga kali lebih mahal tapi kita sedang juga untuk membuat negotiations. Perkara itu boleh sahaja kita ambil sikap untuk terus negotiate tetapi pertama-tamanya memang kita tidak mahu keputusan ataupun putus supply chain, kita dari sudut human insulin. Pada waktu yang sama kita melihat kepada drugs ataupun NE, hypoglycemic atau hypoglycemic agent yang lain dengan contohnya analog tadi dan kita akan perkembangkan sources, ya, sumber- sumbernya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Nerus.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Bagan Serai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Banyak rahsia kita berdua, Soalan saya nombor dua. [Ketawa]
2. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sasaran bilangan pelatih dan kadar kebolehpasaran TVET pertanian bagi tempoh 2024 sehingga 2030 dalam mencapai matlamat utama yang ditetapkan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.
Rahsiaku rahsiamu juga. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ini masalah adik-adik saya ni. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa berusaha memastikan bilangan pelatih dan kadar kebolehpasaran graduan TVET Pertanian mencapai sasaran ditetapkan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 khususnya teras tiga iaitu membangun bakat yang memenuhi keperluan industri. KPKM telah berjaya melahirkan graduan dan sektor pertanian melalui Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan sejak tahun 1969. Objektif utama pelaksanaan PLKPK adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran dan berdaya saing. Sehingga kini, KPKM telah melahirkan seramai 25,601 graduan dalam bidang pertanian. KPKM menyasarkan sebanyak dua peratus purata pertumbuhan tahunan bagi bilangan pelatih daripada 2024 hingga 2030. Walau bagaimanapun, kuota bilangan pelatih bagi setiap sesi, pengambilan adalah berdasarkan kepada ketersediaan kemudahan pusat bertauliah dan bilangan tenaga pengajar. Pada tahun 2023, seramai 982 graduan berjaya menamatkan pengajian dengan kadar kebolehpasaran, 78.1 peratus iaitu peningkatan sebanyak 5.8 peratus berbanding dengan 72.3 peratus pada tahun 2022. KPKM juga menetapkan sasaran kebolehpasaran graduan pada kadar 85 peratus menjelang 2030. KPKM sentiasa komited untuk melahirkan graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dalam sektor pertanian serta meningkatkan kebolehpasaran. Terima kasih, Bagan Serai.
Bagan Serai.
Terima kasih kepada Puan Speaker. Terima kasih kepada Menteri atas penjelasan yang diberikan kerana menurut fahaman saya bahawa apabila kita perkenalkan TVET Pertanian, ini untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir dalam industri khususnya dalam sektor pertanian. Persoalan saya ialah sejauh manakah institusi yang menawarkan TVET Pertanian ini menyediakan kemudahan-kemudahan teknologi terkini seperti automasi pintar, bioteknologi dan analitik data supaya pelan pembangunan TVET Pertanian ini sesuai dengan Revolusi Industri 4.0? Persoalan saya yang akhirnya ialah bila Menteri nak turun ke kilang di Bagan Serai untuk kita buat serbuan di sana? Terima kasih. [Tepuk]
Nak buat serbuan, tidak boleh tentukan tarikh dan bila. [Ketawa] Kalau bagi tarikh, itu tak betul itu, telah ada pakatan. Kita tak mahu ada pakatan Ahli Parlimen dengan pengilang.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas pandangan Bukit Gantang soal automasi, teknologi moden, AI...
Bagan Serai.
...IoT dan sebagainya. Ini memang sedang dijalankan di pihak kementerian dan pusat-pusat latihan. Kita sentiasa menggunakan segala bentuk teknologi baru. Di antara kursus TVET ini yang paling popular bila dia belum graduate pun kadang telah pun ditempah. Di antaranya bahagian poultry iaitu ternakan ayam dan ini – lain-lain misalnya kalau hendak terlibat dalam membuka industri sendiri, kerajaan menyediakan RM30,000 untuk permulaan mereka memulakan ternakan ataupun dalam bidang pertanian, sayuran dan sebagainya.
[Bangun]
Tetapi ini sentiasa kita membuat improvement. Sekarang ini, hal TVET ini disatukan di bawah Kementerian Desa dan Wilayah dan Timbalan Perdana Menteri sendiri amat mengambil berat dan sentiasa mengadakan pertemuan dan libat urus dengan semua kementerian. Lebih kurang 12 kementerian diselaraskan di bawah Kementerian Desa dan Wilayah untuk tumpu hal TVET ini kerana TVET akan menjadi permintaan utama graduan pada masa yang akan datang berdasarkan perkembangan teknologi yang berlaku di Malaysia sekarang. Terima kasih.
Betong.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sektor pertanian amat memerlukan lebih banyak lagi industri hiliran pada masa depan dan ini akan memerlukan lebih ramai sumber manusia serta penyelidikan dan pembangunan atau R&D yang berasaskan sains dan teknologi ataupun TVET. Maka, persoalan saya untuk ke depan, apakah hala tuju kerajaan ataupun kementerian untuk memastikan semua kurikulum TVET Pertanian ini diperkasakan dengan menggunakan teknologi moden dan pertanian pintar selari dengan perkembangan teknologi masa kini bagi kita memenuhi kehendak industri yang semakin canggih dan berasaskan data? Sekian, terima kasih.
Terima kasih yang bertanya. Memang Program TVET ini menjadi satu program yang diambil berat oleh semua kementerian dan terutama sekali saya sebut tadi Timbalan Perdana Menteri yang melibatkan 12 kementerian. Di antara untuk meningkatkan teknologi sekarang ini, banyak TVET ini pelajarnya dihantar ke negeri China. China menawarkan tempat yang begitu banyak, kursus percuma. Cuma, di pihak kita menyediakan untuk menghantar tambang sahaja. Lain-lain semua dibiayai oleh China. Oleh itu, di dalaman kita buat teknologi moden dengan kita menghantar ke lain-lain tempat, ke China, ke Jepun telah lama dan akan diteruskan dengan program-program untuk meningkatkan teknologi moden kepada pelajar-pelajar kita di TVET itu.
Tuan Shaharizukirnainbin Abd. Kadir, Setiu.
Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor empat.
4. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan keputusan terkini Mesyuarat Jemaah Menteri berkenaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dan faktor yang menyebabkan kajian awal tentang jajaran lebuh raya tersebut perlu dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu. Pihak kerajaan maklum berhubung keperluan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3, di mana ianya akan menjadi pelengkap kepada rangkaian Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan Fasa 2 (LPT2) untuk menyediakan laluan yang lebih selesa menghubungkan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan kajian kemungkinan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 pada tahun 2009 yang lalu bertujuan untuk menentukan cadangan jajaran lebuh raya tersebut berdaya maju dari aspek teknikal mahupun ekonomi. Berdasarkan kajian kemungkinan tersebut, cadangan, pertama, panjang jajaran utama Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 adalah 147 kilometer dari Kampung Gemuroh, Terengganu hingga Pengkalan Kubor, Kelantan yang melibatkan cadangan pembinaan jalan dengan empat lorong dua hala. Kos projek pada 2009 itu dianggarkan sebanyak RM2.867 bilion dengan piawaian jalan JKR R6 iaitu standard lebuh raya. Projek fizikal bagi cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 masih belum dapat dibina selepas kajian kemungkinan itu dilaksanakan. Mengambil kira tempoh kajian kemungkinan sebelum ini iaitu 15 tahun yang lalu, Kementerian Kerja Raya melalui JKR telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja awalan semula pada tahun 2020 bagi memperincikan jajaran dan kos bagi cadangan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3. Skop kerja awalan yang dilaksanakan tersebut adalah meliputi penyiasatan tanah, Light Detection and Ranging Survey (LiDAR), ground survey, utility mapping, building information modeling (BIM), dengan izin, kajian trafik, penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak sosial. Hasil dari kerja awalan yang dilaksanakan, cadangan panjang jajaran utama adalah 151 kilometer dari Kampung Gemuroh, Terengganu hingga Pengkalan Kubor, Kelantan melibatkan cadangan pembinaan empat lorong dua hala. Namun, kos projek telah meningkat, dianggar sebanyak RM9.84 bilion. Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 merupakan lebuh raya bertol yang dicadang dilaksana secara kerjasama awam-swasta (PPP) melalui bidaan bersaing atau request for proposal (RFP). Pelaksanaan RFP bagi projek LPT3 sedang diteliti di Unit Kerjasama Awam- Swasta, JPM (UKAS JPM) melalui pelbagai projek Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP) dan Jawatankuasa Kerjasama Awam-Swasta (JKAS). Sekiranya dipersetujui Jawatankuasa di
UKAS JPM, cadangan RFP bagi projek LP3 akan dibentang kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan kelulusan. Berdasarkan pada kajian awal, jajaran yang terbaik ialah daripada Kampung Gemuroh, Terengganu hingga ke Tunjong, Kelantan sepanjang 122 kilometer setelah beberapa siri perbincangan dibuat oleh UKAS bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Kelantan dan Terengganu. Terima kasih.
Setiu.
Terima kasih, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya. Pembinaan lebuh raya ini adalah di bawah bidang kuasa ataupun di bawah pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi, semasa pembinaan LPT2, saya dimaklumkan Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Pusat telah berhutang atau menggunakan duit royalti kerajaan negeri sebanyak RM1.43 bilion dan sekarang ini masih lagi belum dibayar. Jadi, persoalan saya, adakah LPT3 ini kalau ikut jawapan Menteri tadi, mengatakan bahawa kos baharu untuk membina LPT3 ialah sebanyak RM9.8 bilion. Adakah Kerajaan Persekutuan akan menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan duit royalti negeri ataupun berhutang dengan kerajaan negeri sebagaimana LPT2? Dan bilakah bayaran balik hutang tadi sebanyak RM1.43 bilion dapat dibayar kepada kerajaan negeri? Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut, apatah lagi dituntut, Timbalan Menteri.
Untuk LPT1, kosnya RM 1.477 bilion ya, daripada Karak ke Jabor. Tol dikenakan hanya untuk penyelenggaraan. Untuk LPT2, bermula 2015 dibuka, kosnya RM4.37 bilion daripada Jabor – Kuala Telemung. Tol 9.84 sen per kilometer. Itu hanya untuk penyelenggaraan. Dengan lain perkataan, LPT1 dibuat sepenuhnya menggunakan wang Kerajaan Persekutuan, LPT2 juga wang Kerajaan Persekutuan. Tetapi, LPT3 yang dicadang ini, ia adalah kaedah tol sepenuhnya. Itu sebab kosnya RM9.8 bilion, 60 sen satu kilometer dan kosnya hujung ke hujung, RM70 ya. Saya tak tahu adakah perkara itu akan menjadi satu projek yang ekonomik, kerana kalau hujung ke hujung untuk LPT1 cuma RM21, LPT2 RM18, tetapi LPT3 ini RM70. Ia belum lagi di RFP dan belum lagi dibawa ke Kabinet untuk LPT3. Mengenai hutang dan sebagainya itu, saya yakin apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Tentang hutang dan sebagainya, kita boleh cerita di luar. Terima kasih.
Paya Besar.
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya teliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya. LPT1, LPT2, kita gunakan duit kerajaan. Saya faham ruang fiskal yang ada, tetapi demi memastikan keadilan kepada masyarakat di Pantai Timur, kenapa LPT3 kita tak gunakan duit kerajaan? Itu yang pertama.
Kedua, kalau kita tak laksanakan LPT3, apakah alternatif yang ada? Sebab, kita sekarang ini ada jajaran ECRL daripada Port Klang sampailah ke Junjung. Kalau betullah kerajaan serius untuk bangunkan dan kecilkan kesenjangan antara dua wilayah ini, saya yakin LPT3 juga perlu dilaksanakan supaya ia seimbang dengan pembangunan dipanggil East Coast Railing (ECRL). Terima kasih, Dato’ Timbalan.
Paya Besar, Tuan Yang di-Pertua, LPT2, tak silap saya, lalu kawasan Paya Besar ya... [Dicelah] LPT1 lalu? Dan dia faham perlunya LPT3 ini. Masalahnya ialah dari segi kewangan. Satu bulan RM4 billion LPT1, RM4.3 LPT2, dia meningkat RM9.8 bilion ke RM10 bilion LPT3. Jadi, apakah alternatif jika tidak dilaksanakan? ECRL, sebagaimana disebut, sampai ke Gombak, siap Disember 2026. Sampai ke Klang, siap Disember 2027. Dan antaranya tentu melalui kawasan YB Setiu, Bandar Permaisuri. ECRL ini kita tahu daripada Tunjong, Kota Bharu, atas sedikit. Saya telah pergi melawat di situ. Lalu Pasir Puteh, Jertih, Kuala Terengganu, Chukai, Cherating, Kuantan, Paya Besar, Maran, Temerloh, Bentong, Gombak, Serendah, Puncak Alam, Kapar, Klang. Itu alternatif pertama. Alternatif kedua, jika belum dilaksanakan ini, ialah lebuh raya tanpa tol KB-KK, KK- GM ya. Kota Bharu – Kuala Krai, Kuala Krai ke Gua Musang. Gua Musang ke Bentong dah diguna dipanggil Central Spine Road (CSR), Lingkaran Tengah Utama (LTU). Alternatif ketiga ialah jalan sedia ada KB-KT FT3 yang sedia ada. Jalan persekutuan. Itu alternatif yang dah ada sekarang. Terima kasih.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Beaufort.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lima.
5. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang ditubuhkan berhampiran daerah Menumbok mempunyai kelengkapan dan kemahiran untuk memberi bantuan kecemasan dan memadam api kebakaran di daerah ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah... [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited dalam meluaskan capaian perkhidmatan kebombaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat
seluruh negara terus terjamin sebagaimana yang telah pun digariskan di dalam kerangka strategik Malaysia MADANI di bawah strategi meningkatkan keselamatan negara. KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas keprihatinan Yang Berhormat berhubung isu kelengkapan dan juga kemahiran bantuan kecemasan dan memadamkan kebakaran yang diberikan kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di daerah Menumbok.
Pada masa kini Ahli Yang Berhormat, Daerah Menumbok adalah di bawah kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu iaitu kategori C yang mengambil masa 45 minit untuk tiba ke Pekan Menumbok. Justeru, bagi menyokong operasi pemadaman kebakaran, penyelamatan serta pencapaian response time, satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) iaitu PBS Kampung Berangkok telah pun ditubuhkan pada 14 Disember 2011 berhampiran dengan daerah Menumbok dengan jarak sejauh 24 kilometer dengan keahlian keanggotaan seramai 20 orang. Daripada aspek kesiapsiagaan PBS Kampung Berangkok ini telah pun dibekalkan dengan peralatan pemadaman kebakaran iaitu satu unit pam angkut, dua unit alat pemadam api, dua unit pemerap api, satu buah kenderaan Proton Arena. Bagi tujuan perlindungan diri mereka pula, mereka juga dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri PPE iaitu 18 jaket api, 17 pasang kasut api dan juga sembilan unit helmet. Selain daripada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sentiasa berusaha untuk memastikan setiap PBS termasuklah PBS ini dapat sekurang-kurangnya melalui latihan yang secukupnya dengan mengikuti sekurang-kurangnya lapan jam sebulan meliputi kemahiran pemadaman kebakaran dan juga penyelamatan. Untuk terus menambahkan minat mereka yang terlibat dengan perkhidmatan kesukarelaan ini Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberikan peruntukan geran bantuan kewangan kepada PBS dan peruntukan ini diberikan setiap tahun kepada semua PBS yang aktif dengan bantuan kewangan sebanyak RM3,000 hingga RM3,500. Ia merupakan salah satu insentif sahaja dan penghargaan kepada sukarelawan yang sentiasa komited dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beaufort.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terperinci yang telah diberikan. Saya maklum berkenaan laporan berdasarkan markah risiko kebakaran yang diperolehi melalui kajian risiko kebakaran kawasan Menumbok yang berada pada skala lapan. Puan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah Kementerian KPKT sedia mengkaji semula berkenaan keperluan mini balai bomba di Daerah Menumbok yang boleh mempersiapsiagakan untuk pasukan bomba dan Pasukan Bomba Sukarela sekiranya
berlaku kebakaran dan bencana? Memandangkan jarak fasiliti bomba sedia ada 45 kilometer iaitu daripada Balai Bomba Kuala Penyu. Adakah kementerian bersedia untuk mengkaji semula insentif dan jumlah geran kepada Pasukan Bomba Sukarela? Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Sepertimana yang disebutkan dan Yang Berhormat pun telah faham bagaimana syarat untuk kita menumbuhkan satu-satu balai bomba dan penyelamat adalah berdasarkan kepada kajian risiko kebakaran.
[Bangun]
Sepertimana juga disebut tadi, risiko-risiko kebakaran untuk yang disebutkan tempat ini adalah lapan dan ini ya, memang ada risiko kebakaran tetapi dalam kategori yang sangat rendah. Dalam dapatan ini juga disokong oleh statistik kebakaran dan kecemasan yang berlaku daripada tahun 2020 hingga 2023 di mana empat kes panggilan kebakaran struktur, lapan kes panggilan kebakaran belukar dan 28 kes penyelamatan, Tuan Yang di-Pertua. Justeru, keperluan menambahkan fasiliti kebakaran ini, kebombaan ini adalah kurang mendesak berbanding permintaan-permintaan daripada tempat-tempat yang lain. Sama juga di sudut sama ada kita bersedia untuk memikirkan balik tentang jumlah geran itu. Ia adalah bergantung kepada kedudukan kewangan negara dari semasa ke semasa, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Maran.
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tindakan penyelamat yang cepat, response time yang pendek dengan izin, serta tambahan bangunan balai-balai bomba yang baharu terutama di dalam kawasan pendalaman adalah antara faktor yang boleh mengurangkan kehilangan, kerugian kebakaran dan juga nyawa. Apakah kriteria lain yang digunakan oleh kementerian dalam langkah ini? Berapakah jumlah balai-balai bomba baharu yang telah diluluskan dan akan dibina dalam tahun 2024? Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri, status cadangan pembinaan balai bomba baharu di Chenor yang dulu telah pun diluluskan dan dicadangkan, diperuntukkan RM800,000 untuk kerja-kerja awal? Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, terima kasih atas soalan. Sehingga bulan Oktober 2024, sebanyak 340 buah balai bomba telah beroperasi di seluruh negara dengan 15 daripadanya adalah sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Malaysia MADANI. Selain daripada yang disebutkan tadi, sebenarnya ada beberapa strategi penting dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kebombaan. Pertamanya, untuk kita memperkasakan komuniti yang sebab itulah kita lebih kepada ke arah meramaikan lagi Persatuan Bomba Sukarela dan juga bomba perkhidmatan bomba komuniti. Keduanya, menaiktarafkan logistik dan aset di balai bomba dan penyelamat termasuklah dalam perolehan 150 unit Compact Fire Rescue Tender dan juga peralatan-
peralatan pemadaman kebakaran. Di sudut Chenor tadi, Balai Bomba dan Penyelamat Chenor. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, tapak yang telah pun diusulkan sebelum ini tidak dapat diteruskan atas sebab isu kaveat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun menyemak sekarang ini. Kita ada satu saranan baharu, tapak yang baharu tetapi masih dalam peringkat di bawah Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Insya-Allah, kita akan perincikan dari semasa ke semasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Terima kasih Puan Speaker. Soalan Sungai Siput nombor enam.
6. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Ekonomi menyatakan kadar kemiskinan terkini serta status penyemakan semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) supaya lebih menggambarkan masalah kemiskinan sebenar masyarakat Malaysia.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Puan Yang di-Pertua, Sungai Siput dan Ahli Dewan. Secara umumnya, Malaysia mengukur kemiskinan menggunakan tiga kaedah iaitu: (i) kemiskinan mutlak; (ii) kemiskinan relatif; dan (iii) kemiskinan pelbagai dimensi. Kemiskinan mutlak diukur menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berdasarkan kepada konsep kos keperluan asas. PGK merujuk kepada jumlah pendapatan bulanan isi rumah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan minuman dan makanan dan bukan makanan bagi membolehkan setiap ahli isi rumah menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan isi rumah di bawah nilai PGK keseluruhan. Manakala miskin tegar jika pendapatan di bawah PGK makanan. Kemiskinan relatif merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada separuh pendapatan penengah negara dan ini akan dianggap sebagai miskin relatif. Manakala, kemiskinan pelbagai dimensi merujuk kepada pengukuran kemiskinan dalam konteks yang lebih luas merangkumi ketersisihan dalam dimensi kesihatan, pendidikan, taraf hidup dan pendapatan. Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) menggunakan kaedah pensampelan melibatkan sekitar 90,000 isi rumah yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak dua kali dalam masa lima tahun, antaranya untuk mengukur kemiskinan. Bermakna kita akan sampelkan sekitar 90,000 isi rumah di seluruh negara mengikut serata dan mereka akan diberikan buku untuk mereka mencatat pendapatan dan perbelanjaan selama 12 bulan. Dia bukan tanya sekali dan sebab itu, kita perlu ambil masa paling kurang dua tahun untuk mengemas kini garis-garis ini setiap dua tahun.
HIES yang terkini dilaksanakan pada tahun 2022 dan laporan penemuan telah diumumkan oleh Kementerian Ekonomi dalam bulan Julai 2023 dan berdasarkan laporan ini, nilai PGK makanan bagi tahun 2022 ialah RM1,198 sebulan. Manakala nilai PGK peringkat nasional ialah RM2,589. Pada masa ini, pengelasan isi rumah adalah kepada tiga kategori utama iaitu: (i) B40; (ii) M40; dan (iii) T20. Ini ditentukan, seingat saya daripada RMKe-9 yang berasaskan kepada ukuran pendapatan kasar isi rumah. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memaklumkan berkenaan cadangan beralih kepada pengenalpastian kumpulan sasar daripada pengelasan yang berasaskan pendapatan isi rumah T20, M40 dan B40 ini kepada penggunaan kaedah pendapatan boleh guna isi rumah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, net disposable income mengambil kira perbelanjaan asas kehidupan wajar.
Ini bermakna bahawa sebarang pengukuran itu nanti akan mengurangkan risiko keciciran kerana bersifat lebih adil dan mengambil kira aspek kehidupan yang wajar dan berbeza mengikut lokasi dan demografi isi rumah. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Sungai Siput.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi di atas jawapan yang relevan dengan mengambil kira senario ekonomi semasa negara. Soalan berkenaan dengan perbelanjaan asas kehidupan wajar. Adakah perbelanjaan asas kehidupan wajar ini akan digunakan untuk memberikan gambaran yang lebih tepat dalam menentukan kadar kemiskinan? Apakah perbezaan utama kaedah yang digunakan perbelanjaan asas kehidupan wajar berbanding ataupun ketimbang kaedah sedia ada seperti paras garis kemiskinan? Terima kasih Yang di- Pertua.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan Sungai Siput. Perbezaan utamanya ialah kalau dahulu bila kita gunakan kaedah pendapatan kasar, ia tidak mengambil kira saiz isi rumah, lokasi dan perbezaan kos sara hidup mengikut tempat masing- masing. [Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat] Bila kita beralih kepada pendapatan perbelanjaan asas kehidupan wajar, bermakna setiap aspek yang unik kepada sesuatu isi rumah itu akan diambil kira. Secara keseluruhannya, pandangan saya ia tidaklah begitu banyak berbeza kepada kumpulan yang memang sudah miskin macam miskin tegar ataupun miskin. Kaedah mana pun yang kita gunakan mereka tetap akan tergolong di dalam kategori miskin. Tetapi kaedah pendapatan
boleh guna bersih dan juga PAKW adalah penting kepada golongan-golongan yang berada di atas band yang tertinggi dalam sesuatu B40 dan M40. Kita sedia maklum, contohnya semasa COVID kita selalu bercakap orang yang dulu M40, tiba-tiba dia jadi B40. Yang ini yang akan berlaku lebih adil. Kerana kalau kita nak bandingkan satu keluarga yang pendapatan dia RM6,000 tapi duduk di kawasan yang kos sara hidup dia lebih tinggi dan juga jumlah isi rumah itu lagi besar berbanding dengan satu lagi keluarga yang RM4,000 tetapi dia tidak ada tanggungan ataupun dia berada di kawasan yang kos sara hidup lebih rendah. Kalau kita tidak beralih, maka kumpulan tadi akan tercicir. Jadi, itu adalah satu penambahbaikan untuk kita memastikan kita kurangkan jurang keciciran selain daripada kita terus membantu yang miskin dan miskin tegar. Juga memastikan kumpulan-kumpulan yang begini juga akan tergolong dalam bantuan-bantuan kerajaan untuk masa depan. Saya- terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang dah bertukar.
Ya. Sila Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua ganti. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu, saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Walaupun kita dalam politik, Yang Berhormat Menteri singgung saya, saya singgung Menteri, itu perkara biasa sebagai kerajaan pembangkang.
Soalan apa Yang Berhormat?
Saya nak ucap terima kasih. Ada benda, hanya Pandan dan saya saja yang tahu, Dato’ Yang di-Pertua simpan. Saya ucap terima kasih. Okey, balik kepada soalan saya, masih lagi berkaitan dengan pendapatan garis kemiskinan ini. Saya teringin - tentulah dalam keadaan kita sedang menghadapi keadaan inflasi sekarang ini saya merasakan tentulah rujukan ataupun kajian kementerian untuk mengukur ataupun ukuran garis kemiskinan ini dengan merujuk kepada negara maju dan juga kepada negara-negara miskin dan juga negara ketiga untuk mendapat indikator yang terbaik bagi kita laksanakan dalam negara kita. Oleh sebab itu, ukuran kemiskinan bukan lagi semata-mata berkaitan dengan harta yang ada seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Itu ukuran yang kita gunakan sekarang. Oleh sebab itu, ia juga turut melibatkan ukuran emosi dan juga intelektual. Dengan itu, sejauh manakah kerajaan mengambil cadangan untuk mengguna pakai ukuran baru dalam indikator (indicate) kadar kemiskinan yang lebih menyeluruh seperti mana kaedah pengiraan multidimensional poverty index (MPI), dengan izin? Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Pendang. Sebenarnya, paras garis kemiskinan yang sebelum ini menjadi asas kepada ukuran kemiskinan, ini adalah standard
antarabangsa yang diguna pakai di seluruh dunia. Jadi, standard itu dari segi pendekatan, dia bukan dari segi angka. Kalau ikut angka antarabangsa, Malaysia tak ada orang miskinlah. Sebab angka antarabangsa untuk menjadi miskin itu, pendapatan dia 2 dolar sehari. Jadi, memang kalau nak kira pendapatan RM8, RM10 sehari ini memang di Malaysia tak ada masalahlah. Jadi, pendekatan PGK sebelum ini berbeza dengan multidimensional poverty index. Contohnya ialah kita melihat apakah consumptions yang diperlukan, baik dari segi makanan, dari segi kediaman, dari segi perkhidmatan untuk dia menjalani sesuatu tahap kehidupan. Kalau untuk yang miskin tegar, dia perlu cukup paling kurang, makanan. Untuk miskin, makanan, kehidupan, rumah dan sebagainya dan bila kita teruskan kepada PAKW, ini turut menyentuh sedikit yang multidimensional poverty index yang disebut oleh Pendang. Kita juga ambil kira keperluan-keperluan lain. Contohnya, kesihatan. Contohnya, untuk terlibat di dalam masyarakat. Contohnya, perkara-perkara yang sebelum ini dilihat sebagai kehendak, bukannya keperluan. Jadi, walaupun PAKW itu kita tak sebut sebagai ukuran pelbagai dimensi seperti yang sering dirujuk, ia telah pun mengambil kira perkara itu. Ukuran pelbagai dimensi itu digunakan untuk kita membuat perancangan nasional. Kerana dia mengambil kira, contohnya akses kepada internet, akses kepada infrastruktur. Jadi, walaupun dia tidak menjadi ukuran rasmi untuk menentukan bantuan tetapi ukuran itu sangat berguna untuk menentukan peruntukan dan perancangan infrastruktur di seluruh negara untuk kita mengimbangkan pembangunan di semua tempat di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat. Soalan seterusnya, Yang Berhormat Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tujuh.
7. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan adakah kementerian bercadang untuk membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing bagi memastikan masyarakat Orang Asli Gua Musang dan Cameron Highlands mendapat pendedahan dan pengetahuan teknikal, seterusnya mengubah taraf sosioekonomi mereka.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Gua Musang atas soalan nombor tujuh. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), cukup komited dalam memastikan supaya semua masyarakat Orang Asli tidak dipinggirkan sama ada dalam bidang pendidikan ataupun kemahiran. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini pihak JAKOA tiada mempunyai Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Orang Asli di Tanah Tinggi
Lojing, Gua Musang. Namun begitu, terdapat perancangan JAKOA untuk bekerjasama dengan GIATMARA dan KESEDAR bagi membuka Pusat Latihan TVET khas untuk Orang Asli dan telah mendapat perakuan daripada pengurusan tertinggi kementerian. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, di Gua Musang telah terdapat Pusat Latihan GIATMARA iaitu di FELDA Chiku 5 yang telah ditubuhkan pada 1996 dan memfokuskan Program TVET iaitu latihan teknologi motosikal dan automotif, yang mana prioriti kemasukan dibagi kepada Orang Asli. Begitu juga pada masa ini, agensi KESEDAR telah mengenal pasti lokasi pusat latihan baru bagi menampung keperluan permintaan Orang Asli di Gua Musang dan juga Cameron Highlands. Di samping itu juga, bagi memastikan belia Orang Asli di Gua Musang tidak tercicir daripada mendapat kemahiran, JAKOA juga telah melaksanakan Program TVET in-situ iaitu kursus kemahiran di dalam kampung yang dilaksanakan bersama pelbagai agensi. Institut latihan kemahiran awam seperti GIATMARA, kolej komuniti, agensi kerajaan dan juga swasta. Latihan ini berkonsepkan kursus jangka pendek yang diadakan di perkampungan Orang Asli bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk diaplikasi dalam kehidupan harian dan membantu mereka menjana pendapatan sendiri.
Kursus yang diadakan adalah mengikut minat dan permintaan daripada masyarakat kampung itu sendiri. Bagi tahun 2022 hingga 2024, sebanyak enam buah kursus TVET In- Situ telah dilaksanakan di perkampungan Orang Asli, Gua Musang dengan penglibatan seramai 204 orang peserta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri. Sila soalan.
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup panjang, cukup lebar dan cukup bermakna. Cuma Gua Musang ingin membuat sedikit makluman bahawa kita faham kolej TVET untuk Orang Asli ini satu keperluan sebenarnya mengambil kira populasi masyarakat Orang Asli di kawasan saya Gua Musang. Kalau nak merujuk kepada statement Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi berkenaan dengan pusat GIATMARA di Chiku. Sebenarnya pusat GIATMARA di situ pun tidak mampu untuk menampung pertama sekali dari segi bilangan pelajar dan juga dari segi kemudahan yang ada pada pusat tersebut. Jadi, amat perlulah untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan ataupun kementerian khasnya supaya disegerakan kolej TVET untuk Orang Asli memandangkan kawasan geografi Gua Musang ini amat luas dan penempatan Orang Aslinya memfokuskan kepada kawasan Tanah Tinggi Lojing berbanding dengan kawasan Chiku yang hampir ke daerah lain di Kuala Krai. Jadi, soalan tambahan saya, sejak kerajaan memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Orang Asli ini, berapa peratuskah penyertaan Orang Asli Gua Musang berbanding keseluruhan penyertaan? Jika nisbah penyertaan masih rendah, apakah inisiatif kementerian bagi meningkatkan penyertaan Orang Asli Gua Musang
secara khusus kerana umum diketahui jarak penempatan Orang Asli Gua Musang terlalu jauh dengan institusi pendidikan yang telah sedia ada? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih YB Gua Musang atas soalan tambahan ya. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, peratusan penyertaan Orang Asli dalam program TVET di Gua Musang memang masih rendah, masih rendah. Anggarannya dalam lingkungan lima peratus yang mana mengikut statistik kita seramai 370 orang jumlah belia yang terlibat dalam TVET. Tidak dinafikan faktor geografi adalah faktor utama kepada peratusan tersebut. Namun, itu bukan penghalang sebenarnya kepada masyarakat belia Orang Asli khasnya untuk mendapat peluang yang disediakan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, antara inisiatif yang dilaksanakan oleh JAKOA bagi menggalakkan lebih ramai Orang Asli terlibat dalam TVET antaranya ialah menggiatkan lagi usaha sama dengan sektor industri khasnya melibatkan latihan-latihan yang lebih menarik seperti bersama dengan Malaysia Aviation Group (MAG), Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. yang mana akhirnya dapat memberi peluang pekerjaan kepada Orang Asli berkenaan. Yang kedua, bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KKW untuk masyarakat Orang Asli dengan menawarkan lebih banyak latihan kemahiran seperti bersama dengan GIATMARA, HRD Corp, PERKESO dan sebagainya. Yang ketiga, pelaksanaan program Karnival Belia Orang Asli Rentas Desa Sejahtera (K-BOARDS) sebagai platform menyediakan akses kepada peluang pendidikan, latihan kemahiran dan kerjaya kepada belia Orang Asli yang kita adakan secara tahunan. Yang ini dalam usaha kita menarik perhatian, menarik minat anak-anak Orang Asli untuk terlibat dalam TVET. Yang keempat, menubuhkan mini pusat one-stop center di Gua Musang yang dijangka siap pada tahun 2028 bagi memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli dari segi kemahiran dan juga kerjaya. Yang kelima, di bawah JAKOA kita telah pun mempunyai sebuah pusat latihan khas yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Pantai Timur khususnya kemahiran jahitan dan beliawanis Orang Asli ya iaitu Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor di Gambang, Pahang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, PLPB ini telah menerima sijil perakuan siap dan pematuhan pada 26 September 2024. Proses pengambilan pelajar baru dijangka akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2025 yang mana pusat ini akan meningkatkan lagi jumlah peserta latihan dalam bidang jahitan melalui penyediaan kursus jangka pendek dan juga jangka panjang bermula sijil kemahiran tahap dua sehingga tahap empat.
Selain daripada bidang jahitan, pusat latihan ini juga akan menawarkan pelaksanaan kursus-kursus jangka masa pendek yang lain bagi masyarakat Orang Asli termasuk masyarakat Orang Asli Gua Musang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan kedua sebelah kerajaan. Sila Ampang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Ampang pernah baca tentang tinjauan kesihatan Orang Asli yang telah dikeluarkan. Agak bagus dokumen ini. Kita lihat hari ini Timbalan Menteri telah menjawab tentang isu berkaitan dengan kemahiran kepada Orang Asli. Apa yang kita lihat di sini bahawa minat masih lagi tiada kepada golongan-golongan muda di dalam mengikuti program-program TVET ini. Jadi, di situ saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sama ada kita pernah memikirkan tak ada satu skim khas untuk mereka melalui program-program ini supaya mereka boleh ditempatkan di tempat-tempat yang atau kemahiran-kemahiran yang ada. Kalau kita tengok sijil-sijil kemahiran di bawah TVET selalunya dia ada SKM1, 2, 3 dan mustahil mereka akan pergi keluar daripada kampung mereka untuk mendapatkan persijilan ini. Jadi soalan saya, apakah pihak kementerian ada memikirkan satu skim khas untuk Orang Asli dan khusus kepada juga Orang-orang Asli yang duduk di kawasan pembandaran contohnya di Selangor yang banyak kampung Orang Asli di Selangor. Saya ingat mereka perlu diadaptasi dengan kemahiran-kemahiran yang ada di negeri Selangor – di pembandaran. Terima kasih, itu soalan saya.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih YB Ampang atas cadangan tadi. Cadangan untuk mewujudkan skim itu satu cadangan yang baik. Namun, kita perlu lihat perincian dia dan lihat kebolehlaksanaannya nantilah. Namun, untuk makluman YB Ampang, sebenarnya JAKOA kita mempunyai orang kata engagement dengan industri-industri dan juga agensi-agensi tertentu untuk melatih atau memberi latihan kepada belia-belia ataupun masyarakat Orang Asli. Bukan sahaja – misalannya engagement bersama dengan MAG ya, maksudnya Malaysia Aviation Group yang mana kita melatih pramugari yang mana sekarang kita telah melahirkan, tahun lepas kita telah pun melahirkan lima pramugari. Sekarang kita dalam proses engagement bersama dengan MAG juga untuk mencari pilot di kalangan Orang Asli dengan latihan yang sama. Begitu juga dengan agensi-agensi yang lain. Kita dah ada orang kata program- program khas seperti ini bukan sahaja dari sudut bidang-bidang seperti ini malah juga latihan- latihan bersama dengan industri yang boleh menyebabkan mereka keluar daripada kawasan mendapat peluang pekerjaan khususnya, contohnya dengan Sony tadi yang mana kita telah pun, JAKOA telah pun belia hampir 300 lebih menjadi operator pengeluaran di industri-industri yang terlibat. Banyak lagi bidang-bidang lain yang telah kita laksanakan. Insya-Allah skim itu
maksudnya arah tuju yang bagus. Insya-Allah kita akan lihat dan bagaimana ia boleh dilaksanakan di peringkat JAKOA. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya Yang Berhormat Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan Kuala Pilah di nombor lapan.
8. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan kementerian untuk menaik taraf bangunan dan fasiliti sukan di Kompleks Rakan Muda seluruh negara terutamanya di Kuala Pilah yang sudah terlalu lama bagi memenuhi keperluan pengguna serta dalam masa yang sama seiring dengan perkembangan dan kemajuan sukan di Malaysia.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses untuk menaik taraf Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Projek tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dengan kos sebanyak RM6 juta. Buat masa sekarang, pihak JKR sedang membuat kerja-kerja awalan seperti memurnikan perincian skop, kos dan dokumen-dokumen tender. Erti kata lain, projek ini akan ditender oleh JKR bermula Februari 2025 dan dijangka akan siap pada akhir tahun 2026. Terima kasih.
Sila Kuala Pilah.
Terima kasih di atas jawapan tersebut Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kuala Pilah ialah remaja dan belia hari ini mempunyai kecenderungan dan minat yang amat berbeza dengan apa yang kita pernah minati satu ketika dahulu.
Selain daripada usaha menaik taraf infrastruktur, apakah inisiatif kementerian untuk memastikan program dan pengisian yang dilaksanakan menerusi Rakan Muda ini sentiasa relevan dengan perkembangan minat semasa belia hari ini. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akui bahawa minat dan juga kecenderungan golongan muda sekarang sudah jauh berbeza seiring dengan pergerakan zaman. Disebabkan yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan merancang dan merangka program terutama sekali di bawah Rakan Muda itu mengikut peredaran zaman dan dengan fleksibiliti sesuai kehendak dan juga minat terkini. Contohnya, jika ada minat dalam bidang seperti sukan elektronik, sukan ekstrem, bidang kesukarelawanan, alam sekitar dan sebagainya, setiap minat yang berbeza ini boleh dirancang programnya di bawah 10 gaya hidup terkini yang diperkenalkan menerusi pembaharuan ataupun penjenamaan semula Rakan Muda. 10 gaya hidup itu termasuklah
bidang-bidang seperti contohnya Rakan Litar, Rakan Ekspresi, Rakan Demokrasi, Rakan Mahir, Rakan Niaga, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital serta apa sahaja yang perlu kita ataupun apa yang boleh dilaksanakan oleh golongan muda. Strateginya adalah untuk memastikan setiap aktiviti dan Program Rakan Muda ini tidak terhad hanya dilaksanakan oleh pihak jabatan menerusi agensi ataupun pejabat belia dan sukan daerah. Sebaliknya, kita juga pastikan kita guna pakai atau manfaatkan rangkaian dan juga rakan-rakan strategik yang mana dari masa ke semasa sentiasa kita tambah untuk memastikan ada kepelbagaian dan kemas kini program di bawah Rakan Muda ini.
Terima kasih. Sila.
Baik terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma nak bertanya berkaitan dengan bagaimana status terkini tentang kajian insentif 10 program di bawah Rakan Muda itu? Itu satu. Kedua, selain daripada Grab, Foodpanda, Shopee, Lazada, ada tak kerajaan bercadang untuk tambahkan rakan strategik itu? Itu dua. Kemudian, tahun lepas Menteri Belia dan Sukan ada mengumumkan berkaitan dengan direktori untuk fasiliti dan juga tempat-tempat sukan inilah. Jadi, nak tanya adakah dia telah siap dan mungkin boleh dikongsi dengan Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan yang terakhir tentang direktori, memang boleh dirujuk di laman web Kementerian Belia dan Sukan, www.kbs.gov.my. Dari masa ke semasa, kita sentiasa pastikan kita boleh update, bukan hanya fasiliti atau – fasiliti yang dimiliki oleh kementerian termasuk juga sebenarnya fasiliti- fasiliti lain yang boleh diguna pakai termasuk yang dimiliki oleh pihak swasta yang menjadi rakan strategik kita. Kedua, insentif akan ditambah lagi kerana kita nampak bahawa model terdahulu contohnya dari sudut pengiktirafan dalam bentuk sijil dan sebagainya, tidak semestinya menjadi satu yang dikejar oleh golongan belia. Sebaliknya, golongan belia mahukan insentif- insentif yang berbentuk dengan izin, lebih tangible, yang boleh dimanfaatkan. Sebab itu, kita lihat model yang diguna pakai baru-baru ini seperti kupon dan juga kredit daripada platform- platform ini mendapat sambutan yang baik. Namun, kita perlu pelbagaikan lagi dalam bentuk yang berbeza. Contohnya, reward ataupun memento yang lebih tangible seperti yang saya sebut tadi. Kedua, tadi soalan berkait dengan apa tadi Yang Berhormat? Saya lupa.
Direktori.
Direktori sudah.
Kajian insentif tentang Program Rakan Muda.
Kajian insentif. Kalau ada tambahan, saya akan bagi data terkini secara bertulis untuk menerangkan dengan lebih baik ataupun lebih lanjut bagaimana dapatan terkini menerusi insentif Rakan Muda. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Pasir Gudang nombor sembilan.
Sila Yang Berhormat Menteri.
9. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Komunikasi menyatakan adakah langkah kerajaan untuk mengadakan peraturan supaya firma-firma media sosial mulai Januari tahun 2025 memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia tidak akan menjejaskan peluang dan kebebasan rakyat negara ini mendapat akses luas kepada kehidupan moden yang banyak bergantung kepada teknologi digital.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Keperluan pelesenan terhadap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial telah diwartakan pada 1 Ogos 2024 dan akan mula berkuat kuasa 1 Januari 2025. Penyedia perkhidmatan perlu memohon lesen kelas pemberi perkhidmatan aplikasi ataupun ASP(C) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Keperluan perlesenan di bawah Akta 588 ini adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka. Ini termasuk menangani secara berkesan kandungan mudarat dengan memperkukuh sistem dan proses platform media sosial tersebut dalam mengurangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebagai contoh, dalam platform Facebook pada tahun lalu, jumlah penipuan dalam talian yang dilaporkan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berjumlah RM432 juta, kerugian kepada rakyat Malaysia. Manakala, bagi jenayah seksual terutama terhadap kanak-kanak pada tahun 2023, jumlah kes yang melibatkan media sosial adalah 525 kes. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam isu ini, setakat 1 November 2024, 815 permohonan telah dibuat berkenaan dengan kandungan Child Sexual Abuse Material ataupun CSAM dalam media sosial. Manakala bagi buli siber, MCMC melaporkan sebelum ini, jumlah kes yang diterima adalah sebanyak 10 kes sehari. Tapi data terkini setakat 1 November 2024, bagi tahun ini sahaja, MCMC telah menerima permohonan ataupun laporan sebanyak 8,339 kes ataupun 27 kes buli siber sehari. 27 kes sehari, buli siber. Inilah realiti yang kita hadapi pada hari ini.
Di bawah Akta 588, terdapat langkah-langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi keperluan kawal selia dan perlindungan kepada hak kebebasan bersuara serta kebebasan maklumat. Pelaksanaan kerangka perlesenan di bawah Akta 588 ini bertujuan untuk menangani isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan. Penguatkuasaan kerangka pelesenan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang mengguna perkhidmatan pesanan internet dan media sosial kerana ia hanya dipakai terhadap penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat yakni mempunyai lebih dari lapan juta pengguna di Malaysia sahaja yang diwajibkan untuk mendapatkan lesen yang berkaitan daripada MCMC. Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman digital yang lebih selamat. Niat kerajaan pada hari ini bukan hanya untuk memastikan internet yang lebih murah, lebih laju, lebih meluas, tapi paling penting, lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama, Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya YB Menteri, adakah benar ketika pelaksanaan rangkaian pertama 5G di bawah Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YB Pagoh, Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu telah membelanjakan dana negara iaitu wang rakyat sebanyak RM16.5 bilion? Adakah benar? Berkaitan dengan itu, mengapakah apabila Kerajaan MADANI sekarang melaksanakan rangkaian kedua 5G, wang negara atau wang rakyat tidak digunakan langsung tetapi Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu membelanjakan wang rakyat sehingga RM16.5 bilion? Akhir sekali, adakah sebarang ketirisan atau sebarang penyelewengan telah berlaku dalam perbelanjaan wang yang besar itu sebanyak RM16.5 bilion tersebut? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Yang di-Pertua, ini tak ada kaitan dengan pelesenan. Ini lesen lain.
So, Yang Berhormat Menteri nak jawab kah atau beri jawapan bertulis?
Saya ambil maklum apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat.
YB Menteri dalam Dewan ini memberitahu bahawa rangkaian kedua 5G itu kerajaan tak keluarkan wang. Jadi, sekarang soalan saya, kerajaan yang dulu keluarkan wang yang berbilion, belasan.
Ya. Cuma ia tak berkait dengan soalan.
Saya ingat Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bertulis.
Saya boleh bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini mungkin kalau Yang Berhormat ajukan sebagai soalan, contoh dalam MQT, saya boleh sedia untuk menjawab. Terima kasih. Saya akan jawab secara bertulis.
Sila, soalan tambahan kedua, Kuala Krai.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan penjelasan Yang Berhormat tadi, saya nak kepastian. Adakah kerajaan telah mengambil kira impak dengan peraturan baru ini untuk memerlukan lesen terhadap perniagaan kecil, pengusaha tempatan dan juga individu yang bergantung pada platform ini untuk menjana pendapatan baru ataupun menjalankan aktiviti ekonomi mereka? Kerana pada hari ini, media sosial ini menjadi sebahagian daripada anak muda ini bergantung pada media sosial. Adakah kerajaan juga mempunyai perancangan ataupun kajian yang terkini tentang bagaimana peraturan ini akan mengimbangi antara keperluan untuk melindungi keselamatan siber dan kebebasan digital rakyat Malaysia terutama apabila mengambil kira potensi kebocoran data ataupun penggunaan data peribadi oleh firma-firma media sosial yang tidak dikawal? Terima kasih, Yang Berhormat.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Lesen ini tidak akan terpakai terhadap syarikat-syarikat ataupun individu, dia hanya terpakai kepada penyedia platform-platform. Bermaksud hanya kepada platform Facebook, kepada WhatsApp, kepada Instagram, bukan kepada pengguna dalam platform-platform ini. Ini perkara yang harus saya perjelaskan. Tapi masa yang sama, apakah kesan sekiranya platform-platform gagal untuk dilesenkan menjelang 1 Januari 2025? Adakah kerajaan berhasrat untuk menutup platform-platform tersebut? Jadi, pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat untuk menutup. Berpandukan kepada kuasa dan akta yang sedia ada, memang ada tindakan- tindakan yang boleh diambil termasuk kompaun sehingga RM250,000 ataupun dibawa kes ke mahkamah yang mana dendanya boleh mencecah RM500,000 ataupun penjara lima tahun ataupun bila disabitkan untuk setiap hari beroperasi tanpa lesen maka boleh dikenakan denda RM1,000. Ini hanya kepada platform-platform yang saya maksudkan, bukan kepada pengguna. Tapi, apa yang Yang Berhormat bangkitkan mengenai keselamatan data, sudah pasti ini satu perkara yang amat merisaukan.
Inilah Dato’ Yang di-Pertua antara sebab kenapa kita harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati tentang kandungan yang kita muat naik dalam platform media sosial termasuk maklumat peribadi, contoh, rumah kita, keluarga kita dalam perkara-perkara peribadi kerana data ini dipegang oleh syarikat-syarikat. Ada yang berpangkalan kebanyakannya bukan dalam negara kita walaupun mereka mempunyai pangkalan data (data centre) bertempat di dalam negara tapi ia masih dimiliki oleh syarikat tersebut. Ini antara perkiraan kerajaan secara keseluruhan, bukan hanya Kerajaan Malaysia malah juga banyak kerajaan-kerajaan yang lain di mana mereka perlu mengimbangi antara inovasi dan lebih penting dari itu keselamatan data para pengguna rakyat mereka. Saya bagi contoh paling mudah, sekiranya kita menggunakan satu aplikasi dan aplikasi itu mengenali bahawa kita suka sesuatu perkara. Sekiranya ada mana-mana pihak lain mengetahui, boleh saya sebut sebagai secret source, dengan izin. Melalui algorithm, dia tahu seseorang individu itu suka beli ataupun suka sesuatu perkara. Maka, maklumat ini sejujurnya boleh dimanipulasi oleh syarikat-syarikat yang boleh memiliki data tersebut. Cuba bayangkan, apakah kesannya kepada demokrasi negara kita? Apakah kesannya kepada kedaulatan? Jadi, semua perkara ini dipertimbang. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat juga dalam mungkin interaksi dengan rakyat di kawasan masing-masing memberikan satu bukan bayangan tapi nasihat agar kita sentiasa berhati-hati dengan maklumat yang kita muat naik dalam media sosial. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
10. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan sebab elaun Bantuan Sara Hidup tidak diberikan juga kepada veteran berpencen sebelum 1 Januari 2013 kerana lebih daripada 98 peratus dari mereka hidup susah dan berada di bawah paras kemiskinan B40.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketereh di atas soalan yang dikemukakan. Tujuan utama diperkenalkan Bantuan Sara Hidup ini bagi memastikan bahawa keseluruhan daripada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sama ada yang berpencen mahupun yang tidak berpencen diberi bantuan ini sekiranya pendapatan mereka di bawah Paras Garis Kemiskinan. Ini sekali gus dapat mendukung dasar Kerajaan Madani untuk memastikan veteran ATM dapat keluar daripada garis miskin tegar. Selaras dengan usaha Kementerian Pertahanan untuk memperluaskan lagi Bantuan Sara Hidup ini kepada veteran ATM, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lalu
telah bersetuju dan mengumumkan pemanjangan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM300 sebulan kepada veteran tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas secara automatik. Justifikasi pemanjangan ini adalah merujuk kepada usia penerima BSH sahaja tanpa mengubah apa-apa syarat asas pemberian BSH termasuk syarat pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan iaitu RM1,198 iaitu miskin tegar. Berdasarkan rekod sehingga September 2024, seramai 30,606 orang Veteran ATM sama ada berpencen, tidak berpencen dan juga balu veteran dan tanggungan telah diluluskan BSH dengan perbelanjaan sebanyak RM85.19 juta. Untuk makluman, walau bagaimanapun pemberian BSH kepada veteran berpencen sebelum 1 Januari 2013 tetap dipertimbangkan sekiranya pendapatan mereka di bawah Paras Garis Kemiskinan. Itu sahaja jawapan.
Sila, soalan tambahan pertama, Ketereh.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup ini, kalau kita tengok pengumuman daripada Perdana Menteri itu, kepada tak berpencen sahaja tapi sebenarnya ia dipanjangkan juga kepada berpencen. Cuma, saya dapat complaint daripada ramai veteran ini yang banyak menelefon saya, kerenah di MINDEF itu sendiri itu. Jadi, saya nak pesanlah dekat Menteri, tolong bagi tahu dekat Jabatan JHEV itu, jangan banyak kerenah sangat. Sampai orang yang sakit pun nak kena pergi dekat pejabat itu macam mana? Siapa nak sewa kereta dia? Jadi, banyak complaint-complaint macam itu. Terlampau banyak sangat birokrasi. Jadi, saya nak, tolonglah, Timbalan Menteri bagi tahu dekat Jabatan Hal Ehwal Pencen kita itu, tolonglah sikit. Jangan bagi banyak kerenah sangat. Okey, soalan saya... [Ketawa] Okey, soalan saya, bilakah – dipanggil PGK kan? Paras Garis Kemiskinan ini nak diubah? Kerana RM1,198 ini terlampau sedikit dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Jadi, saya nak benda ini dipercepatkan. Kalau kita tengok sekarang ini yang saya bagi contoh masa hari itu, masa perbahasan hari itu, yang sarjan itu. Gaji dia RM1,200, beza RM2 sahaja tapi dia tak dapat. Jadi, cepatkanlah. Jadi, saya mohon – saya nak tanya, bila kita boleh selesaikan masalah ini? Jangan kita ‘menang sorak, kampung tergadai’. Happy, semua veteran tapi apa pun tak ada. Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya rasa yang pertama tadi rupanya ulasan bukan soalan. [Ketawa] Tentang – dia ada dua perkara yang dibangkitkan. Tentang performance kita di Jabatan Hal Ehwal Veteran. Ingin saya peringatkan kepada Yang Berhormat Ketereh, memang kita mempunyai database kepada veteran keseluruhannya kecuali bagi veteran yang tidak melengkapkan maklumat-maklumat itu. Kita berharap bukan sahaja kepada veteran itu dan kita harap tanggungjawab juga kepada Ahli-ahli Parlimen untuk melihat veteran-veteran angkatan tentera supaya mereka itu memperkemaskan maklumat mereka di
dalam sistem VIBES 2.0 Jabatan Hal Ehwal Veteran. Kerana melalui sistem itulah kita dapat memberikan perkhidmatan kita termasuk dalam sumbangan sara hidup. Adapun yang terkait dengan Paris Garis Kemiskinan, tadi Yang Berhormat Menteri Ekonomi sudah menjelaskan tentang garis-garis kemiskinan dalam negara kita. Saya fikir Yang Berhormat Ketereh mungkin boleh bangkitkan persoalan itu kerana itu menjadi tanggungjawab di peringkat Kementerian Ekonomi. Dalam masa yang sama kita di peringkat Kementerian Pertahanan, saya sebut, bukan sahaja kita melihat kepada kebajikan anggota pertahanan kita, veteran kita tetapi kita juga lihat kepada aspek kesihatan, perumahan, pendidikan anak-anak.
Dalam masa yang sama, diperkenalkan juga skim kerjaya kedua untuk pastikan bahawa veteran kita ini bukan sahaja mereka kita lihat selepas daripada 60 tahun, tapi kita tahu bahawa veteran angkatan tentera ini kebanyakan di kalangan mereka berpencen dalam usia 40 tahun. Jadi, mereka mempunyai peluang kerjaya kedua yang lebih baik kalau disusun dengan lebih baik. Oleh sebab itu, saya fikir bukan sahaja kita melihat kebajikan anggota pertahanan kita, veteran kita dalam aspek kebajikan tetapi juga aspek-aspek yang lain. Itu sahaja yang ingin saya maklumkan. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Sebelah kerajaan. Sebelah kerajaan?... [Dicelah] Sila, sebelah pembangkang.
Saya bangun.
Sila, Jelutong.
Terima kasih, Timbalan Speaker. Timbalan Menteri, terima kasih. Saya dengar dengan tekun tadi. Bukan tak ada siapa-siapa di sebelah kerajaan yang tidak berminat dengan veteran. Cuma, saya ingin menyatakan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh Yang Amat Berhormat dan kerajaan baharu untuk menyelaraskan skim pemberian pencen ini adalah sesuatu yang perlu dipuji. Pada masa yang sama, saya ingin tanya, dalam jangka masa berapa cepatkah kita boleh memastikan bahawa penyelarasan pencen ini boleh dilaksanakan? Supaya kita tidak akan menerima tekanan lagi daripada Yang Berhormat Ketereh. Saya memuji beliau kerana beliau adalah seorang yang memperjuangkan sistem penyelarasan pencen. Tapi, kita juga sama-sama. Kebanyakan pembangkang saya lihat memberi tumpuan kepada isu penyelarasan pencen terutamanya Yang Berhormat Ketereh. Tapi, saya sendiri juga ingin tanya, dengan kadar berapa cepatkah kita boleh memastikan bahawa penyelarasan pencen ini dapat dilaksanakan? Supaya kita memberikan keutamaan kepada veteran-veteran ini yang memperjuangkan darah daging mereka untuk mempertahankan negara kita yang tercinta. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong di atas persoalan. Saya ingin memaklumkan, kalau kita lihat kepada skim saraan SSPA kita ini pada penghujung tahun ini, jadi kita boleh melihat bahawa dalam skim saraan baharu kita ini juga, ia juga akan
melibatkan pencen veteran angkatan tentera. Jadi, mungkin kalau kita melihat sama ada sebelum daripada ini ataupun termasuk apa yang disebut oleh Ketereh itu, iaitu sebelum daripada tahun 2013, itu juga mungkin akan terlibat dengan penyelarasan ini. Cuma, ingin mungkin saya maklumkan kepada Dewan juga, dalam penyelarasan ini, kalau mengikut data yang ada pada kita, akan ada seramai 483 veteran walaupun dah diselaraskan pencen mereka, mereka masih lagi di bawah paras garis kemiskinan. Jadi, cara untuk kita membantu ini kita masukkan juga 483 ini dalam bajet Kementerian Pertahanan itu untuk kita membantu mereka melalui bantuan sara hidup. Itu sahaja yang ingin...
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, yang terakhir, Datuk Seri M. Saravanan, Tapah.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.
11. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan [Tapah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengkaji serta memperkenalkan sebuah skim caruman baharu iaitu skim caruman persaraan bagi membolehkan individu yang berusia atas 60 tahun mencarum bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan pesara daripada bencana dan keilatan selepas bersara termasuk golongan suri rumah.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Indera Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tapah. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, buat masa ini, akta-akta yang ditadbir oleh PERKESO adalah menjurus kepada skim insurans sosial komprehensif terutama bagi golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dari semasa ke semasa akan mengkaji semula skim-skim keselamatan sosial PERKESO bagi menambah baik perlindungan dan meningkatkan kesejahteraan golongan sasar. Dalam hubungan ini, ingin saya maklumkan bahawa Majlis Perlindungan Sosial Negara (MySPC) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri adalah penyelaras dasar dan program perlindungan sosial bagi memperkasakan sistem perlindungan sosial negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Oleh itu, cadangan Yang Berhormat Tapah untuk memperkenalkan skim caruman persaraan yang baharu perlu dikaji dan diteliti dalam konteks keseluruhan ekosistem perlindungan sosial di negara ini bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, mengoptimumkan penggunaan sumber, memastikan kemapanan dana jangka panjang dan mengelakkan pertindihan program perlindungan sosial. Dalam soal ini, sebenarnya Yang Berhormat Tapah, saya tahu, sentiasa memperjuangkan kepada yang berumur melebihi daripada 60 ini. Sebagai bekas Menteri Sumber Manusia, sudah pastilah perkara-perkara ini yang hendak dilihat oleh Yang
Berhormat dari semasa ke semasa sewaktu pentadbiran Yang Berhormat. Lantaran itu, saya percaya Yang Berhormat sangat berkait rapat dengan perkara Yang Berhormat persoalkan dalam soal pada pagi ini. Berkaitan dengan cadangan untuk menyediakan perlindungan perkhidmatan sosial golongan suri rumah pula, Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) [Akta 838] telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2022. Skim perlindungan sosial ini adalah khusus memberi perlindungan kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga. Terima kasih, Yang Berhormat Tapah.
Sila. Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu jawapan yang cukup prihatin. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat suatu keadaan yang cukup peculiar di mana negara ini akan mencapai status ageing population by 2030, memandangkan sebahagian besar daripada warga kerja akan mencapai umur 60 tahun ke atas seperti mana yang dihadapi oleh negara Jepun. Isu yang perlu kita ambil kira ialah apakah tindakan kita― kita lihat golongan pekerja swasta hampir 13 juta, lebih daripada 13 juta akan kehilangan peluang pekerjaan apabila mereka mencapai umur 60. Dalam keadaan itu, tak ada pendapatan, tak ada safety net, tak ada jaringan keselamatan. Ini akan menjadi masalah kepada kerajaan sebab kerajaan perlu mengambil kira membantu kebajikan mereka.
Soalannya, Yang Berhormat?
Maka, adakah apa-apa tindakan daripada pihak kementerian untuk mengkaji semula untuk menambahkan had umur 60 itu lebih untuk memberi pencen keilatan dan sebagainya? Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Tapah. Sebenarnya sebagaimana Yang Berhormat Tapah sendiri mungkin dimaklumkan, bahawa pada tahun 1997 sehingga kini, kita telah sebanyak 12 kali di bawah skim bencana pekerjaan dan 10 kali di bawah skim keilatan yang diperbincangkan. Sudah pastilah waktu Yang Berhormat sendiri berada di sana membincangkan soal ini. Oleh sebab itu, saya percaya Yang Berhormat Tapah sendiri ingin memperjuangkan nasib kepada yang lebih 60. Soal ini pun saya sering bertanya kepada PERKESO. Lantaran itu, PERKESO masih lagi dalam sentiasa membuat kajian dari segi penambahan sekiranya melebihi 60 tahun, dari segi bajet itu sendiri. Oleh sebab itu, kita perbincangkan bagaimanakah sekiranya berlaku perkara tersebut, beberapa perkara yang mesti ditelitikan untuk memastikan bahawa mencukupi dari segi bajet itu sendiri untuk kita menaikkan kepada lebih 60 tahun.
Lantaran itu, saya percaya bahawa perjuangan kita mesti diteruskan juga. Saya pun sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Menteri sendiri pun sentiasa minta PERKESO membuat kajian menyeluruh. Sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, adalah di negara-negara lain seperti Jepun yang Yang Berhormat nyatakan, mereka melebihi 60 dan juga beberapa negara lain. Cuma, setakat ini, kita telah menaikkan pencen baharu ilat PERKESO iaitu daripada sebelum ini RM475 dan telah dinaikkan kepada RM550 sebulan. Ini yang terendah. Yang tertinggi, RM3,867 sekarang ini dan bersamaan dengan lebih kurang 15 peratus kenaikan tersebut. Ini adalah satu usaha Yang Berhormat mungkin perjuangkan zaman Yang Berhormat juga yang mana kita sentiasa mementingkan masyarakat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, lebih daripada 13 juta pekerja yang bekerja bukan berpencen. Terima kasih, Dato’ Indera Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Dalam Negeri bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Rabu, 20 November 2024.” Terima kasih.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan (No. 2) 2023; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah yang berhubungan dengan pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan 1967), Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa — Kepala B. 22 [Jadual] – Kepala P. 22 [Anggaran Pembangunan 2025] –Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B. 22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah terbuka untuk dibahaskan. Senarai nama pembahas bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah peringkat Jawatankuasa. Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Gopeng. Jumlah pembahas semua ada 23 pembahas. Masa yang diberikan lima minit. Sila pembahas pertama Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya ingin menyentuh Kepala B.22 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Tuan Pengerusi, FELDA ketika ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan berkaitan dengan KKDW ini ialah kerana apabila Yang Berhormat Menteri KKDW yang juga Timbalan Perdana Menteri diberikan mandat untuk menjadi Menteri yang bertanggungjawab dalam soal FELDA.
Saya nak ucap terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana minggu lepas datang ke Negeri Sembilan melawat FELDA Jelai, kerana itu saya timbulkan pada hari ini Tuan Pengerusi, FELDA ini bukan satu kelompok yang kecil. Untuk rekod kita ada 317 Rancangan FELDA di seluruh negara termasuk Sabah. Lebih 112,000 peneroka yang melibatkan lebih 482,000 hektar keluasan tanah ladang. Jika dikiranya generasi kedua, ketiga, keempat dan kelima, sampai hari ini jumlah penduduk berkaitan dengan FELDA dah lebih daripada satu juta Tuan Pengerusi. Kita ada 54 Parlimen, 92 DUN, Di Negeri Sembilan sahaja Tuan Pengerusi kita ada 49 Rancangan, kita ada empat Parlimen, sembilan DUN dan hampir 17,000 peneroka. Ketika ini Tuan Pengerusi peruntukan FELDA terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi Yang Amat Berhormat Menteri KKDW menjadi Menteri yang bertanggungjawab untuk menyelia. Sering kali isu FELDA kebelakangan ini sewaktu isi penggulungan oleh Menteri-menteri di JPM dan jawapan yang diberikan tidak begitu tepat menjawab isu FELDA. Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan Menteri di JPM ketika menjawab isu FELDA tetapi masalah FELDA mestilah dijiwai oleh Menteri dan juga Timbalan Menteri yang harus...
Boleh, sikit sahaja? Apakah Yang Berhormat Jelebu mungkin mencadangkan agar FELDA ini dipindah alih ke KKDW dan diurus dengan baik supaya masyarakat FELDA itu terjamin masa depan mereka?
Ini saya nak sebut Tuan Pengerusi. Saya setuju dengan Kinabatangan dan masukkan dalam teks saya. Tampin juga dah mengemukakan cadangan ketika perbahasan dasar. Tuan Pengerusi, Menteri, Timbalan Menteri dan juga semua pegawai tinggi kerajaan yang berkaitan dengan FELDA mesti menjiwai golongan peneroka di semua kelompok generasi yang ada di FELDA sekarang. Kerana itu Tuan Pengerusi, saya nak beritahu RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan lain-lain diletakkan di bawah KKDW kerana Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Saya nak cadangkan pada Dewan yang mulia ini FELDA yang terasing di bawah KKDW ini untuk diletakkan sepenuhnya di bawah KKDW yakni di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk dipertanggungjawabkan sepenuhnya hal ehwal yang berkaitan dengan FELDA. Tuan Pengerusi, saya masuk kepada Kepala B.22 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, RM247.72 juta. Saya nak cadang peruntukan ini tak cukup Tuan Pengerusi. Kena tambah lagi. Kenapa saya nak kata tambah? Saya nak baca ya. Terdapat kira-kira 15,449 buah JPKK dan JPKKP seluruh negara. Daripada jumlah itu Tuan Pengerusi, elaun yang diterima oleh Pengerusi JPKK ini yang dibayar oleh Kerajaan Pusat hanya RM500. Setiausaha baru bayar RM300. Elaun ini adalah jauh lebih rendah daripada keadaan dan suasana keadaan negara sekarang. Walaupun dalam rekod kita ada negeri yang mampu tambah elaun yang setara untuk menjadikan elaun itu maksimum jadi RM900 tetapi bukan semua negeri yang mampu untuk membayar elaun tambahan kepada Pengerusi JPKK. Saya nak cadang sekarang ini supaya
elaun semua Pengerusi JPKK termasuk di seluruh negara dan Pengerusi JPKKP di seluruh negara daripada RM500 tambah lah pergi RM500, jadi RM1,000.
Jelebu.
Elaun Setiausaha daripada RM300 jadikan supaya RM600. Sila.
Setuju tak Jelebu untuk berlaku penyelarasan antara JKKR dengan JKKP dari sudut elaun ini?
Setuju. JPKK dan JPKKP selaraskan semua. Jadi RM1,000 dan RM600.
Boleh Yang Berhormat? Yang Berhormat sedar kah bahawa kerajaan baru sahaja mempertingkatkan gaji minimum RM1,700. Jadi bermakna mereka ini adalah miskin tegar, menerima RM500 ini.
Logik. Memang logik Tuan Pengerusi. Fasal apa, kerajaan umum gaji minimum RM1,500 lepas itu kerajaan bayar JPKK ini RM500.
Kalau kerajaan negeri tambah RM400, baru RM900. Kerajaan negeri jadikan RM1,000. Kerajaan negeri tambah RM500, jadi RM1,500, paras gaji minimum yang diumumkan oleh Kerajaan Madani untuk memberi manfaat kepada 15,449 Pengerusi JPKK dan JPKKP di seluruh negara, Tuan Pengerusi. Itu yang pertama. Yang keduanya Dato’ Sri Pengerusi, JPKK ini...
Masa dah habis, Yang Berhormat. Masa dah habis.
Tuan Pengerusi, saya dua, tiga masuk. Selepas itu Tuan Pengerusi, saya nak pantun, Tuan Pengerusi. Boleh, Tuan Pengerusi? Burung tempua terbang tinggi; Singgah sebentar di tepi perigi; Dato’ Pengerusi daripada sini sudah tempatnya tinggi; Saya doa panjang umur, murah rezeki. [Ketawa]
Tambah dua minit.
Boleh tambah. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Ketawa] Dato’ Pengerusi, bila– apa ini, saya dah lupa dekat mana. Dato’ Pengerusi, Pengerusi JPKK ini Tuan Pengerusi, kerjanya macam wakil rakyat. Sebelum wakil rakyat turun, Pengerusi JPKK dah pergi dah. Orang kenduri, orang mati, banjir, malapetaka. Yang Pengerusi JPKK tak pergi, masa orang sarapan pagi. Masa bersunat pun pergi, Tuan Pengerusi. Jadi maknanya, Pengerusi JPKK seluruh negara ini terdedah kepada beberapa risiko yang boleh mendatangkan malapetaka kepada mereka dan keluarga mereka. Saya nak cadang. Selain daripada kenaikan elaun Pengerusi JPKK yang ada di seluruh negara, daripada RM500 menjadi RM1,000, RM300 kepada RM600, saya juga nak cadang supaya apalah kiranya mereka ini diberikan satu peluang untuk diinsuranskan secara insurans berkelompok. Maknanya, apa-apa yang berlaku kepada semua Pengerusi JPKK,
maka mereka mendapat perlindungan insurans oleh pihak kerajaan. Dato’ Pengerusi, saya nak pergi perkara yang akhir ya kerana Dato’ Pengerusi tambah saya satu minit lagi. Saya ucapkan terima kasih. Perkara akhir, dalam jabatan – Kepala B22, 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Ini last. KEMAS Dato’ Pengerusi, merupakan salah sebuah tonggak utama yang terpenting kerajaan membentuk generasi masyarakat berpaksikan kepada Aspirasi Madani. Maknanya, pendidikan yang diberikan seawal pelajar Tahun 4– umur empat tahun, lima tahun diberikan pendidikan yang sempurna oleh kurikulum yang telah dibawa oleh KEMAS. Apatah lagi sekarang ini, semua Tabika KEMAS dipertingkatkan kurikulum untuk memberikan pendidikan, termasuk untuk menjadikan anak-anak ini huffaz Al-Quran, Dato’ Sri Pengerusi. Saya nak sebut pada petang ini ialah– pada pagi ini ialah saya nak sebut soal Pegawai KEMAS Daerah. Saya ingin mencadangkan supaya gred perjawatan Pegawai KEMAS Daerah perlu disemak semula dan dinaik taraf ke gred yang lebih baik, seiring dengan pertambahan tanggungjawab dan tugas hakiki mereka. Sekarang ini Dato’ Sri Pengerusi, S29 dan S32 PKD. Tanggungjawab yang mereka jalankan, bebanan yang mereka jalankan seperti gred S41 dan saya ingin meminta supaya pihak kementerian meneliti semula gred perjawatan PKD ini di seluruh negara agar jentera KEMAS di setiap peringkat dapat teruskan agenda Madani dengan lebih maju dan menyeluruh. Saya juga bercadang supaya perkara ini dapat diberi perhatian untuk naik taraf. Apabila kita naik gred, kita naik taraf kelayakan akademik, kita naik taraf kemahiran dalam soal penyeliaan, naik taraf dalam soal pemaju masyarakat, barulah anak-anak yang diberi pendidikan seawal empat tahun itu dapat dipertingkatkan kualiti pendidikan mereka.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Panjang umur, murah rezeki. Insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Padang Rengas.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi di atas peluang untuk Padang Rengas untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa KKDW pada hari ini. Pertamanya, saya merujuk kepada Butiran 02400 - Jalan Perhubungan Desa. Terdapat pengurangan perbelanjaan pembangunan kepada satu– RM196.8 juta bagi tahun ini– bagi 2025 berbanding RM305.2 juta pada 2024. Sepatutnya, peruntukan ini dikekalkan dan seelok-eloknya ditambah lagi. Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan di bawah RMKe-12 bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan jalan
perhubungan desa mengikut negeri serta projek-projek JPD yang masih dalam proses perancangan, ditangguh atau dibatalkan setakat ini? Seterusnya, berdasarkan Belanjawan 2025, RM1.8 bilion diperuntukkan untuk jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, melibatkan projek membina dan menaik taraf jalan kampung dan desa. Soalan saya, apakah mekanisme pemantauan khusus KKDW bagi memastikan kerja-kerja menaik taraf atau baik pulih jalan perhubungan desa dapat disegerakan, termasuk projek yang telah disenaraikan dalam RMKe-12 dan apakah strategi terperinci kementerian bagi menyelesaikan masalah kerosakan jalan perhubungan di kawasan pedalaman kampung Orang Asli? Untuk makluman kementerian, saya mohonlah untuk kementerian permudahkan permohonan jalan perhubungan desa ini. Bila ada kemudahan asas, Insya-Allah di kawasan-kawasan tertentu itu dapatlah dibangunkan dan seterusnya, dapat memberi kawasan yang baharu untuk penempatan– kawasan penempatan yang baru. Isu yang kedua. Saya ingin merujuk kepada Butiran 02001 - Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebanyak RM322.3 juta pada Belanjawan 2025 berbanding RM406 juta pada Belanjawan 2024. Peruntukan ini menunjukkan penurunan sekitar RM84 juta. Soalan saya, apakah langkah susulan KKDW bagi mengkaji kelompangan yang sedia ada secara menyeluruh dalam memastikan fungsi dan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar yang lebih berkesan dan mampan supaya ia selari dengan objektif asal bekalan air luar bandar, terutama bagi menyelesaikan gangguan bekalan air di kawasan luar bandar? Ini mengambil kira saranan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2024 sebelum ini yang mendapati bahawa Projek Bekalan Air Luar Bandar tidak mencapai objektif yang ditetapkan akibat ketiadaan penyelenggaraan secara berkala dan kelewatan pembaikan aset sehingga menjejaskan operasi bekalan air di Sabah dan Sarawak. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan di kawasan Padang Rengas ada dua kampung yang belum menerima bekalan air bersih iaitu Kampung Gapis, Ulu Papan dan Kampung Kelaung Sauk. Untuk makluman, Kampung Kelaung Sauk ini telah wujud sejak 1960- tahun 1960 lagi. Dah lebih 60 tahun, belum mendapat bekalan air bersih. Perkara ini telah dibangkitkan di peringkat daerah dan juga di negeri dan telah pun diajukan kepada pihak JUPEM dan minta pihak kementerian tengoklah sebab bila tak ada kemudahan asas ini, banyak anak-anak kepada kampung-kampung ini telah keluar. Padahal, kampung ini sudah lama wujud. So, kita minta kementerian tolong tengok kan. Akhir sekali Tuan Pengerusi, isu yang ketiga yang ingin saya merujuk kepada Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa, sebanyak RM2.4 juta pada peruntukan 2025, berbanding RM2.2 juta pada peruntukan 2024. Seiring dengan usahawan – usaha KKDW untuk meningkatkan taraf sosioekonomi setempat penduduk luar bandar, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menawarkan lebih banyak bantuan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada usahawan desa bumiputera dan koperasi luar bandar bagi membantu
mereka menjalankan perniagaan dalam bidang seperti pelancongan desa dan pertanian komersial? Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sila, Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin terus menyentuh masuk Pembangunan 22, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah (FELCRA).
Mohon Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan anggaran secara langsung berjumlah RM460,475,900 dan pinjaman berjumlah RM140,352,300 kerana ia adalah satu jumlah yang amat besar. Adakah jumlah ini adalah pinjaman kerajaan kepada FELCRA bagi membina Menara Semarak 20 yang di mana sehingga hari ni masih gagal dijual seperti yang dilaporkan di dalam Laporan PAC berhubung FELCRA yang butirannya adalah DR15 tahun ini dan Laporan Tindakan Susulan Syor PAC terhadap FELCRA, DR37. Menyentuh mengenai FELCRA ini antara tujuan utama lembaga ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan tanah masyarakat luar bandar dengan tanaman komoditi seperti sawit dan getah sekali gus meningkatkan pendapatan ekonomi mereka dengan peserta-peserta FELCRA ini menikmati dividen. Soalan saya, berapakah jumlah peserta FELCRA ketika ini dan berapakah dividen yang mereka peroleh dalam tempoh dua tahun daripada 2022 sehingga 2024? Adakah pembinaan dan penjualan Menara Semarak 20 ini dapat meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar dan apakah manfaat yang mereka akan terima daripada Menara Semarak 20? Menyentuh Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET, saya ingin bertanya adakah Program Pembangunan TVET ini bersekali dengan apa yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan KESUMA? Apa yang membezakan Program Pembangunan TVET KKDW dengan KPM, KPT dan KESUMA? Mohon Yang Berhormat Menteri perjelaskan mengenai Program Pembangunan TVET ini kerana sudah pasti ia menyentuh golongan muda di luar bandar. Saya juga ingin bertanyakan mengenai Butiran 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar di bawah Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang menyaksikan peningkatan peruntukan daripada sejumlah RM77,610,500 pada tahun ini kepada RM79 juta pada tahun 2025. Hingga kini apakah bentuk dan jenis ekonomi yang dihasilkan orang masyarakat Orang Asli melalui JAKOA? Bagaimana JAKOA memilih jenis sumber ekonomi yang boleh meningkatkan taraf pendapatan masyarakat Orang Asli dan bagaimana sambutan daripada golongan ini? Merujuk kepada butiran terakhir iaitu Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dengan jumlah peruntukan masing-masing
sebanyak RM1.57 bilion dan juga RM196,864,100. Adakah peruntukan kedua-dua ini turut merangkumi Projek Pembinaan Jalan Pintas yang akan menghubungkan Jalan J25 dan Jalan FT091 iaitu Jalan Kluang Renggam Layang-layang di kawasan Taman Muhibbah ke Jalan Kota Tinggi, Kluang? Untuk makluman Dato’ Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang duduk di sana, projek ini telah dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi oleh JKR Daerah Kluang memandangkan kesesakan lalu lintas di Jalan J25 semakin serius pada waktu puncak. Tambahan pula tahun 2025 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Ketiga belas. Penduduk Kluang amat berharap projek ini diumumkan dalam Belanjawan kali ini bagi menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Mohon penjelasan sama ada projek ini telah dimasukkan dalam perancangan dan peruntukan yang sedia ada untuk tahun depan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sila Yang Berhormat Kuala Krau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Pengerusi. 02200 – Jambatan Luar Bandar. Di kawasan Parlimen Kuala Krau ini ada satu laluan haram yang merentasi landasan rel kereta api di Kampung Paya Sok yang digunakan secara harian. Penggunaan laluan ini memendekkan jarak perjalanan antara lima buah kampung ke sekolah dan ke bandar Kuala Krau yang dikira satu ke tiga kilometer. Namun sekiranya – sekarang ini disekat laluan itu menyebabkan penduduk terpaksa lalu jalan lain yang menjarakkan lebih kepada 20 kilometer. Sebelum ini saya dah bawa Kamar Khas tetapi Timbalan Menteri masa itu meminta supaya saya bawa ke bawah KKW yang sebelum ini saya bawa di bawah MOT. Jadi dengan rendah dirilah saya mohon agar dia dapat merealisasikan impian lima buah Kampung Paya Sok, Orang Asal Sungai Mai, Taman Perumahan Kos Rendah, Gong Halt, Kampung Batu Seratus setidak-tidaknya kalaupun jejantas tidak dapat dibuat, buat laluan berpalang untuk memudahkan urusan seharian masyarakat kampung. 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Di Pahang diwujudkan satu syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang iaitu Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd. (ORACO) yang berfungsi sebagai one-stop centre bagi merancang, mengurus dan membangunkan tanah yang berpotensi meningkatkan sosioekonomi kampung Orang Asli serta menjaga kebajikan mereka. Persoalannya adakah benar berkenaan kenyataan aktivis Orang Asli menyatakan masyarakat Orang Asli tidak dirujuk dengan sewajarnya sebelum ORACO mengambil alih projek penanaman semula TSK yang sebelum ini diuruskan oleh RISDA.
Kedua, apakah kewujudan ORACO ini sedikit sebanyak merumitkan permohonan pemilikan tanah dan sekali gus akan menggugat hak keistimewaan Orang Asli sebagai orang pertama dalam tanah tersebut. Ketiga, sekiranya tidak maka saya mohon agar diperincikan tindakan ORACO dan JAKOA bagi menerangkan objektif terwujudnya ORACO ini serta manfaat yang akan diperoleh masyarakat Orang Asli. Butiran 00602 – Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA). Saya meneliti tentang MRSM, cuma saya hendak timbulkan di sini apakah isu kekurangan guru di MRSM-MRSM ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat kerana dia berdepan dengan masalah kekurangan guru. Di sebalik itu saya juga mengharapkan agar satu MRSM diwujudkan di Kuala Krau sebab Jerantut, Temerloh, Kuala Krau, Maran tidak ada MRSM ini. Jadi paling- paling tidak pun pilihlah empat daerah ini tetapi Kuala Krau lagi baguslah kalau dapat. Butiran 03100 – FELCRA. Apakah tindakan yang diambil berhubung laporan..
Kuala Krau, jiran sebelah, Kuala Krau.
Ha, cepat sikit.
Hendak minta juga bina MRSM di daerah Setiu.
Saya setuju, masukkan ucapan. [Ketawa] Apakah tindakan yang diambil berhubung laporan membabitkan prestasi penjualan bangunan komersial Semarak yang ditimbulkan oleh Kluang tadi kerana syor laporan PAC yang menzahirkan kebimbangan terhadap isu ini yang dilaporkan masih dalam status belum dijual dan cadangan itu hanya di peringkat perbincangan bersama pihak pembeli ketika ini. Ini termasuk untuk beberapa syarikat berpotensi dari dalam ataupun luar negeri. Berhubung 051600 – Bantuan Musim Tengkujuh. Sejauh manakah proses pemutihan pekebun kecil telah dijalankan melalui RISDA di seluruh negara bagi memastikan tidak ada golongan yang tercicir? Serta berapakah sasaran penerimaan manfaat yang terlibat mengikut negeri bagi tahun 2025 terutamanya di Parlimen Kuala Krau. Butiran 00620. Apakah status terkini Tabung Wakaf MARA? Berapakah jumlah pelajar yang mendapat manfaat setakat ini terutamanya di Parlimen Kuala Krau? Ya, semua Kuala Krau sahajalah. Butiran 050600 – Pengurangan peruntukan kepada RM247.7 juta bagi 2025 berbanding RM277.3 juta pada tahun sebelumnya. Apakah perancangan khusus KKDW dari segi penyelarasan elaun disebut oleh sahabat saya tadi terhadap Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan juga ahli JPKKP? Terakhir adalah tentang Butiran 04400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitulah tahfiz yang telah diumumkan. Persoalan saya, apakah telah ada satu kajian yang dibuat untuk mewajarkan indikator berkenaan tadika Tahfiz ini yang telah menyasarkan 60 peratus kanak- kanak Tabika KEMAS menghafal 20 Juz Amma iaitulah sehingga daripada Ad-Dhuha sehinggalah akhir. Sekian, Pengerusi. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Sila, Yang Berhormat Kota Belud.
Bismilllahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, B.22, Butiran 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS; B.22, Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya mohon perh atian kepada KEMAS Kesapang, KEMAS Rangalau, KEMAS Pantai Emas, KEMAS Merbau dan KEMAS Lilut. RM81 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak. Dalam saya memuji peningkatan kira-kira RM50 juta ini, saya mahu tahu apa projek yang terlibat. Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Saya rujuk Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 bagi butiran ini. Peruntukan diumumkan sebanyak RM284 juta dan bila kita lihat perbelanjaan sebenar, hanya dibelanjakan RM187 juta. Pertama, saya ingin tahu mengapa jadi begini? Pergi mana RM100 juta yang tidak dibelanjakan? Begitu juga tahun ini. Diumumkan RM302 juta, dipinda pula kepada RM297 juta. Saya ingin tahu setakat bulan November ini, berapa yang telah dibelanjakan di bawah butiran ini? Tahun hadapan diperuntukkan RM178 juta, berkurang daripada RM297 tahun ini. Penurunan hampir RM120 juta ini, saya mahu tahu dan saya mahu pengesahan. Adakah ini menandakan bahawa keperluan bekalan elektrik luar bandar di Sabah sudah berkurang? Saya juga mahu tahu apa sebenarnya pertimbangan yang diambil sebelum melaksanakan Projek BELB Sabah ini dan ini juga ditujukan kepada projek-projek luar bandar Sabah yang lain di bawah kementerian. Adakah ianya berdasarkan permohonan orang kampung, permohonan wakil rakyat atau permohonan daripada negeri? Mana satu yang menjadi keutamaan? Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Butiran ini juga berlaku pengurangan sebanyak RM7 juta sedangkan kalau dilihat, keperluan lampu jalan kampung khususnya di Sabah masih lagi sangat-sangat diperlukan. Saya bagi contoh, Taman Nikmat, Taman Desa, Kampung Pirasan bermula di Kilang Batu 2 menuju ke simpang tiga Kampung Piasau, Jalan Kota bunga, Tawadakan, Jalan Sarang menuju Pantai Sarang, Jalan Kampung Timbang Dayang Kelong, Timbang Dayang Belud Tanduk, Timbang Dayang Payas-Payas selain Bukit Kelawat yang selalu dan sentiasa menjadi prioriti saya sekarang. Justeru, saya ingin tanya apa kriteria yang ditentukan oleh kementerian dalam menentukan keutamaan pemasangan lampu jalan di kampung ini? Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Tahun 2023, diumumkan RM131 juta tetapi hanya dapat dibelanjakan RM67 juta. Nasib sama sepertimana bekalan elektrik luar bandar Sabah tadi. Apa bah sebenarnya masalah ini Yang Berhormat? Tahun ini dianggarkan RM135 juta, dipinda kepada RM133 juta. Setakat November, berapa yang telah dibelanjakan?
Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Tuan Pengerusi, kalau tadi saya sebut pasal air, pasal elektrik. Ini satu lagi di Sabah yang tidak pandai selesai dan menjadi barah di Sabah. Jalan raya. Saya mahu tahu, daripada butiran-butiran ini, berapakah yang diperuntukkan bagi jalan-jalan luar bandar di Sabah? Ada dua jalan di Kota Belud yang ingin saya bandingkan. Jalan ini sedang dalam proses pembinaan, Jalan Sayap-Terintidon-Talungan dan Jalan Tengkurus–Gendukut- Lahanas. Semasa saya meninjau perkembangan pembinaan jalan-jalan ini, awal lagi ya, progress projek jalan sudah lewat. Bila saya bertanya dengan pihak JKR dan kontraktor, mereka memberikan alasan relocation of utilities yang menyumbang sebanyak 70 peratus kelewatan berbanding land compensation. Satu jalan mendapat pengecualian GP12 iaitu Garis Panduan RMKe-12 dan satu lagi tidak. Bayangkan, mahu memindahkan dua tiang elektrik memerlukan BQ dari SSB. Mahu buat BQ pun mengambil masa. Bila mahu laksanakan, BQ pula sudah expired. BQ expired, jangka hayat BQ hanya dalam masa enam bulan. So, bayangkan. Renew lagi, kemudian projek drag lagi. Saya kira Yang Berhormat, ada perkara yang kita boleh mudahkan bah dalam perjalanan sesebuah projek. Saya sudah lama bercakap bahawa bila kita membina sebuah jalan, tolonglah ambil kira kos untuk relocation of utilities ini sebab kebanyakan jalan-jalan yang kita pohon adalah jalan yang sedia ada, yang tinggal mahu asfal saja lagi bah. Ini bukan jalan bandar yang penuh dengan fiber optics atau bertingkat-tingkat. Simple road luar bandar untuk orang kampung. Tuan Pengerusi, sebagai penutup, saya mintalah tolong lah ambil permohonan yang dipohon oleh Ahli Parlimen itu sebagai keutamaan utama, yang paling utama. Itulah keperluan mendesak yang dipohon oleh rakyat, yang YB. itu hari-hari kena tanya bah, “Mana sudah jalan kami?” Kadang-kadang saya rasa macam tiada guna bercakap di Parlimen. Mohonlah beratus-ratus surat pada kementerian, tidak pun dilayan. Saya sebagai wakil rakyat, tidak tahu apa pun projek yang turun di kawasan saya. Macam tiada harga diri sebagai wakil rakyat. Yang terpaling tahu projek apa yang turun di kawasan adalah kaki-kaki pelobi, penjual-penjual projek yang ampai dulu 10 persen, 20 persen, 30 persen [Tepuk] . Tapi yang kena maki, yang kena cakap tidak pandai buat kerja, tidak pandai bantu dan tiada guna itu, YB. Yang most of the time bila peruntukan tidak cukup, kami terpaksa tolak pergi tahun hadapan. Kami bilang, “Sabar dulu, tahun depan kamu punya giliran”. Inilah mungkin nasib kami, YB-YB yang tidak pandai buat projek, yang tidak pandai buat duit. Saya kadang-kadang tertanya-tanya perlu kah saya menjadi seorang kontraktor untuk saya tahu apa projek yang berlaku di kawasan saya? Perlu kah saya menjadi kontraktor supaya saya tahu permohonan-permohonan ini dapat dilaksanakan? Tata kelola. Inilah kita sebut tata kelola.
Okey, Yang Berhormat.
Dari dulu sampai sekarang dan mungkin selamanya.
Kota Belud, minta laluan.
Saya tidak benarkan. Terima kasih.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sila, Yang Berhormat Kangar.
Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat tengah hari. Terima kasih Datuk Pengerusi, semua Ahli Dewan dan saya ini tidaklah segarang YB Kota Belud ya. Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa, RM2.4 juta. Jadi, jika ditangani dengan betul, golongan usahawan desa memainkan peranan yang besar dalam menjana ekonomi tempatan dan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar. Namun begitu, terdapat banyak cabaran ataupun ujian sebelum mereka boleh berjaya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan, komitmen, tidak mudah berputus asa dan gigih dalam usaha mengubah kehidupan masyarakat di luar bandar. Walaupun begitu, kementerian ataupun KKDW perlu berusaha untuk mendekati usahawan-usahawan ini. Mereka mungkin tidak terdedah kepada latihan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan lain-lain. Soalan saya yang pertama, setakat manakah sambutan daripada golongan usahawan luar bandar terutamanya di negeri Perlis? Soalan kedua, apakah bidang-bidang yang menjadi keutamaan KKDW dalam pembangunan usahawan desa? Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET. Peruntukan RM24.9 juta. Saya sentiasa ikuti perkembangan TVET terutamanya yang diusahakan oleh Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri yang telah menganjurkan atau mengadakan lawatan ke China dan juga berbincang isu-isu berkaitan dengan TVET. Walaupun begitu, terdapat banyak lompong yang boleh dimajukan untuk membangunkan kemahiran anak-anak muda. Mereka perlu diberi ruang untuk berubah dan mengembangkan potensi mereka. TVET sering dibincangkan secara panjang lebar di Dewan Rakyat boleh menjadi penyelesaian kepada lompong-lompong ini. KKDW sendiri menyatakan sebanyak 98.7 peratus graduan yang menyertai program ini diterima bekerja selepas menamatkan pengajian mereka. Syabas untuk KKDW. Walaupun begitu, terdapat kekurangan institusi TVET di luar bandar seperti GIATMARA, IKM yang terhad dan menyukarkan akses kepada para pelajar. Terdapat juga kebimbangan bahawa kurikulum TVET tidak selaras dengan keperluan industri moden
terutama dalam sektor berteknologi tinggi seperti automasi, tenaga hijau dan kecerdasan buatan ataupun lebih dikenali sebagai AI. Soalan saya untuk YB Menteri dan Timbalan Menteri, apakah bidang keutamaan baru TVET di bawah MARA? Soalan kedua, setakat manakah IKM dan GIATMARA membantu pelajar-pelajar lemah, sederhana dan bijak dalam mendalami TVET? Ini maksud dia, tidak semua pelajar yang bijak, ada juga pelajar-pelajar yang rendah dari segi IQ tetapi kita masih boleh membantu mereka untuk mendalami TVET dengan lebih berkesan. Soalan ketiga, adakah seramai 98.7 peratus graduan TVET KKDW mendapat pekerjaan yang setanding dengan kelulusan mereka? Keempat, untuk program jangka panjang, adakah KKDW sedia berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan bagi merendahkan peringkat umur bagi mengikuti aliran TVET? Contohnya, bermula ketika berumur 13 tahun atau tingkatan satu. Tengok kalau pelajar- pelajar tersebut dah nampak tak mampu untuk menguasai dari segi teori pendidikan, maka mereka boleh beralih kepada praktikal yang sesuai dengan jiwa mereka. Tuan Pengerusi, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, RM1.5 bilion. Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa, RM196 juta. Dengan peruntukan yang tinggi ini, diharapkan akan berlaku rangsangan ekonomi di kawasan luar bandar dan berlaku integrasi antara desa dan luar bandar. Soalan, apakah terdapat pemantauan KKDW bagi memastikan kerja-kerja menaik taraf jalan perhubungan desa dan dapat disegerakan termasuk projek dalam RMKe-12. Jadi, Parlimen Kangar khususnya dan Perlis amnya turut memerlukan peruntukan ini. Jadi, diharapkan KKDW melihat kawasan-kawasan ataupun desa-desa yang memerlukan bantuan, memerlukan peruntukan berkenaan. Terakhir, Butiran 00615 – Pinjaman/Pembiayaan Secara Islam, RM140 juta. Ia boleh membantu meningkatkan pencapaian peniaga terutamanya golongan muda. Soalan saya, berapa peratus bilangan peminjam berusia bawah umur 40 tahun pada tahun 2022, 2023 dan sehingga kini di Malaysia? Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis dalam jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Baik, kita sambung perbahasan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan menjemput Sri Aman. Lima minit Sri Aman.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Perbahasan saya di Peringkat Jawatankuasa pada kali ini agak ringkas, Tuan Pengerusi. Saya hanya akan menyentuh tiga butiran sahaja. Pertama, Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas di mana sebanyak RM189,688,600 telah diperuntukkan. Saya cuma ingin bertanya, berapakah jumlah daripada peruntukan di butiran ini akan digunakan secara spesifik untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di desa ataupun di luar bandar? Saya juga ingin tahu, adakah permohonan bagi sembilan buah- projek-projek jalan perhubungan desa di kawasan saya di Sri Aman yang telah dipohon semenjak tahun 2023 akan dilaksanakan menggunakan peruntukan ini? Jika ya, mohon diberi perincian termasuk tarikh pelaksanaan. Jika tidak, mohon penjelasan yang sewajarnya termasuk sebab-sebab permohonan-permohonan ini tidak diluluskan agar senang bagi pihak saya Tuan Pengerusi untuk menerangkan kepada rakyat ataupun masyarakat di kawasan saya yang sentiasa dalam penantian ataupun sedang menanti dan mengharapkan. Apatah lagi mengambil kira banyak kampung di kawasan saya yang masih memerlukan projek-projek pembangunan di bawah bidang kuasa kementerian KKDW. Kedua, Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa, di mana sebanyak RM2,453,600 telah diperuntukkan. Saya cuma ingin bertanya, berapa ramai kah yang telah menerima manfaat daripada usaha ini? Adakah kementerian mempunyai rekod success stories dengan izin? Jika ya, mohon dikongsikan. Kedua, mohon diberi perincian rancangan membangunkan usahawan desa di Sarawak termasuk di kawasan saya di Parlimen Sri Aman dan berapakah anggaran bajet yang akan digunakan ataupun diperuntukkan?
Ketiga, bagaimanakah cara peruntukan sebanyak RM2.45 juta ini akan digunakan terutama sekali mengikut wilayah seperti Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia? Mohon penjelasan. Ketiga dan yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung, di mana sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan. Saya cuma ingin bertanya, adakah jumlah atau kos ini termasuk kerja pemasangan lampu-lampu jalan kampung? Jika ya, seperti juga dengan permohonan-permohonan projek pembangunan desa ataupun kampung kami yang lain, saya ingin tahu bilakah permohonan pemasangan lampu-lampu jalan di kampung atau di desa di Sri Aman yang telah kami pohon juga semenjak tahun 2023 akan dilaksanakan? Setakat ini, pihak kami masih dalam penantian,tertunggu-tunggu kerana langsung belum ada maklum balas daripada pihak kementerian. Tuan Pengerusi, saya bertanya akan semua ini kerana saya masih banyak lagi keperluan dan permohonan yang akan dihantar kepada pihak kementerian kerana Parlimen Sri Aman sememangnya 78 peratus kawasan pedalaman dan lampu-lampu jalan untuk jalan- jalan kampung memang amat diperlukan. Tambah lagi, kebanyakan jalan-jalan ini berselekoh, banyak selekoh dan agak bahaya terutama semasa hujan pada waktu malam. Sebenarnya memang hampir 100 peratus jalan-jalan tersebut berkeadaan gelap gelita pada waktu malam. Jadi, saya amat memohon kerjasama daripada pihak kementerian agar sudi memberi pertimbangan atas semua permohonan kami sebelum ini dan sudilah memaklumkan kepada kami akan status permohonan-permohonan tersebut. Kedua, mohon juga pihak kementerian memberi perincian bagaimana peruntukan di bawah butiran ini akan digunakan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik, terima kasih Sri Aman. Saya jemput Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah butiran-butiran yang saya akan jelaskan. Pertama ialah Butiran 051600 – Bantuan Musim Tengkujuh, yang diberikan RISDA kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh telah pun bermula dari November 2024 sehingga Mac 2025. Ini bermakna, jumlah pekebun kecil dan penoreh getah yang akan terkesan akibat keadaan cuaca ini juga mungkin akan bertambah. Oleh yang demikian, maka pohon dinyatakan unjuran jumlah pekebun kecil dan penoreh getah yang dijangka bertambah terjejas dengan musim tengkujuh kali ini. Adakah bantuan musim tengkujuh yang diperuntukkan telah ditambah atau disesuaikan dengan unjuran tersebut sekiranya berlaku pertambahan jumlah penerima yang layak? Bagi daerah
Dungun, berapa ramaikah jangkaan tambahan pekebun kecil dan penoreh getah yang akan menerima bantuan musim tengkujuh ini? Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 02404 – Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Projek Agropolitan di bawah program ini telah diperkenalkan sejak tahun 2007 dan Rancangan Malaysia Kesembilan lagi untuk mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan. Antara objektif projek ini adalah meningkatkan purata pendapatan daripada RM300 kepada RM1,800 sebulan dengan melibatkan peserta secara aktif di ladang. Inilah objektif yang disasarkan lebih 10 tahun yang lepas apabila projek ini diperkenalkan. Soalan saya, adakah sasaran pendapatan RM1,800 tersebut berjaya dicapai?
Sekiranya projek ini masih berterusan, adakah kerajaan telah cadangkan naikkan sasaran pendapatan tersebut untuk menyesuaikannya dengan kadar kenaikan inflasi dan kos sara hidup kini. Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA. Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap pembangunan MRSM Dungun. Setakat Julai 2024, pembinaan MRSM Dungun telah mengalami sedikit kelewatan iaitu dengan peratus pencapaian kemajuan fizikal semasa adalah 79 peratus berbanding 97 peratus yang dijadualkan. Tarikh siap yang disasarkan sehingga cadangan bagi masa kali ketiga lanjutan sepatutnya adalah pada 25 Ogos 2024 iaitu beberapa bulan lepas. Lanjutan masa terkini iaitu kali keempat adalah pada 14 Julai 2025 iaitu tidak sampai setahun dari sekarang. Sejak Julai ketika peratus kemajuan fizikal yang disebutkan tadi diumumkan, adakah terdapat kemajuan terhadap peratus berkenaan? Adakah sudah ada cadangan supaya diberikan kuota khusus juga kepada pelajar-pelajar di Dungun yang ingin memasuki MRSM Dungun ini? Akhirnya 03800 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Di antara agensi yang terlibat dalam inisiatif penanaman semula herba terpilih. Mungkin kod unjuran pasaran ekstrak herba dan tumbuhan glokal bakal meledak ke tahap begitu pesat iaitu peningkatan daripada RM145.135 bilion pada 21 kepada RM260,582 bilion menjelang 2026. Bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam pasaran global yang besar ini, saya ingin bertanya adakah peningkatan peruntukan kepada KETENGAH dalam Belanjawan 2025 ini turut merangkumi inisiatif memajukan projek industri tanaman herba oleh agensi tersebut. Satu lagi ialah ada tiga janji yang dibuat oleh Menteri KKDW semasa Program Sentuhan Kasih Desa di AMBS Dungun pada Julai 2023. Yang pertama ialah geran RM100,000 kepada Persatuan Belia KETENGAH dan yang kedua ialah peruntukan RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia Terengganu. Jadi adakah ianya sudah ditunaikan? Yang saya juga pohon satu lagi ialah apakah janjian yang telah juga diberi kepada JPKK di setiap kampung dalam operasi wilayah KETENGAH.
Yang Berhormat Dungun, boleh sikit Sik mencelah sedikit Yang Berhormat?
Sila.
Tuan Pengerusi sedikit, boleh saya hendak mencelah? Sedikit sahaja. Berkaitan tadi yang Yang Berhormat Dungun sebut bantuan musim tengkujuh yang akan diberi kepada penoreh. Isu yang berada di bawah sana iaitu penoreh getah yang mereka tidak ada hak milik tanah itu mereka sebahagiannya tidak ada ruang untuk ataupun proses pendaftaran dengan RISDA. Jadi, adakah Yang Berhormat Dungun setuju bahawa RISDA dan juga agensi yang terlibat perlu lebih turun ke bawah bagaimana proses pendaftaran penoreh itu dipermudahkan untuk mereka juga mendapat bantuan musim tengkujuh ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Masukkan dalam sebahagian ucapan saya dan pohon jawapan daripada Menteri. Terima kasih Pengerusi.
Baik, terima kasih. Saya jemput Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 02300 yang memperuntukkan RM1.570 bilion bagi Jalan-jalan Luar Bandar. Jadi, saya ingin menarik perhatian infrastruktur di perkampungan Sungai Siput di mana kampung-kampung seperti Kampung Jalong dan Kampung Rimba Panjang masih memerlukan peningkatan prasarana asas yang signifikan. Keadaan jalan kampung yang rosak dan berlubang telah lama menjadi aduan penduduk. Masalah ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan harian, tetapi juga memberi kesan kepada petani dan pekebun yang bergantung kepada akses jalan untuk mengangkut hasil tani ke pasar. Selain itu, terdapat keperluan bagi pembinaan jalan baharu di Kampung Perik dengan tambahan sebanyak 200 meter. Laluan ini sangat diperlukan oleh penduduk setempat kerana ia akan memudahkan akses ke kawasan kediaman terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada jalan ini untuk aktiviti harian. Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 01707 RM10 juta untuk Pemasangan Baharu Lampu Jalan Kampung. Berbanding dengan tahun 2024, di mana hampir RM17 juta telah disediakan dan bagi tahun 2025 telah dikurangkan kepada RM10 juta. Jadi saya ingin mohon penjelasan daripada kementerian, kenapa ia telah diperturunkan peruntukan kerana lihat kepada isu-isu yang sering dibangkitkan di kampung- kampung adalah kekurangan pemasangan lampu dan penyelenggaraan. Maka saya juga ingin menarik perhatian Dewan di mana tindakan segera perlu diambil berhubung masalah penyelenggaraan lampu-lampu dan ketiadaan lampu jalan di laluan yang sering digunakan oleh penduduk. Antara masalah yang kerap dilaporkan berlaku di mukim Sungai Siput termasuk Jalan Ladang Dovenby dan Jalan Kemuning dari hospital hingga ke Kampung Sungai Sejuk. Jalan- jalan ini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya dan keadaan gelap di kawasan
tersebut telah menimbulkan kebimbangan serius di kalangan penduduk yang menggunakan jalan raya tersebut. Selain daripada ketiadaan lampu jalan, terdapat juga masalah penyelenggaraan lampu yang sedia ada yang sering kali rosak dan dibiarkan tanpa pembaikan. Jadi, saya memohon pihak JKR dan juga pihak Kementerian Desa untuk menyegerakan tindakan baik pulih dan pemasangan lampu jalan di kawasan ini terutamanya di selekoh ‘S’ di Jalan Kemuning yang berisiko tinggi. Masalah pencahayaan ini bukan sahaja mengganggu pergerakan penduduk pada waktu malam, tetapi juga meletakkan mereka dalam bahaya dan terdedah kepada risiko kemalangan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik, saya jemput Rompin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Pertamanya saya menyokong penuhlah daripada Jelebu tadi yang meminta supaya FELDA ini dikembalikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Memang sebelum ini pun FELDA adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dato’ Pengerusi, saya terus pergi kepada Butiran 02503 – Pembangunan Ekonomi Luar Bandar, peruntukan sebanyak RM16 juta. Saya tertarik dengan idea daripada Bera semasa menjadi Menteri KPLB iaitu bagaimana hendak membandarkan luar bandar. Semasa menjadi Perdana Menteri, Bera masih konsisten untuk membandarkan luar bandar. Membandarkan luar bandar adalah inisiatif yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar dengan membawa ciri-ciri pembangunan bandar seperti infrastruktur moden, peluang pekerjaan, kemudahan asas yang berkualiti ke kawasan luar bandar. Inisiatif ini termasuklah pembangunan infrastruktur yang melibatkan pembinaan jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih, telekomunikasi dan akses kepada Internet berkelajuan tinggi untuk menyokong kehidupan dan perniagaan. Peluang ekonomi adalah seperti menggalakkan keusahawanan, mewujudkan pusat industri kecil dan sederhana (IKS) serta meningkatkan pelaburan di kawasan luar bandar untuk menjana pekerjaan tempatan. Saya melihat kepada penghijrahan ramai daripada belia-belia ke kawasan bandar kerana tidak ada pekerjaan di kawasan luar bandar. Saya hairan di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Rompin Dato' Pengerusi, kita ada kawasan industri. Malahan kadang-kadang ada kawasan industri satu- tak dan lagi hendak dibangunkan kawasan industri satu ini dibuat pula kawasan industri dua. Penuh dengan signboard, sebesar-besar alam signboard, tetapi pelaburnya tidak datang, pelaburnya masih lagi pergi ke kawasan-kawasan seperti contohnya Shah Alam. Minta maaf Shah Alam ya...
Terima kasih, terima kasih.
Pelabur-pelabur pergi ke Kuantan. Takde nak datang ke Rompin sedangkan kawasan industri tu dah disediakan dengan semua kemudahan yang lengkap. Jadi- Tampin saya rasa setuju nak bangunkan, nak menjadikan bandar sebagai luar bandar. Jadi apa salahnya Menteri MITI ni bawa pelabur ini datang ke kawasan-kawasan ini. Bawa, ini saya duk pelik jugalah, di kawasan saya ada satu kawasan industri bina bangunan dua tiga biji kedai, lepas itu satu lagi kawasan industri nama dia kawasan industri dua, akhirnya jadi ladang kelapa sawit. Ditanamkan dengan kelapa sawit, kerana apa? Kerana Menteri takde langsung niat nak bangunkan luar bandar. Kalau tak ada kemudahan bagi kemudahan, kalau talian grid elektrik 32 KV, jadikan 132KV, apakah salah? Ini tak, masih lagi Kuantan, Shah Alam, Bentong, kawasan yang dah tepu Kampar ..
Rompin, mohon mencelah sikit boleh?
[Mencelah]
Boleh dengan syarat tambah masa, nak bagi kepada Tan Sri Pengerusi, boleh?
Terpulang YB, kalau dia bagi YB punya masa berjalan.
Ya, Shah Alam... [Ketawa]
Untuk makluman Rompin, sebenarnya di Shah Alam sekarang ni sudah berubah wajah kepada lebih pusat-pusat komersial dan pusat- pusat logistik- logistic hub. Jadi industri-industri perkilangan, manufacturing dan seumpamanya sudah pergi ke luar dan saya sangat setuju bolehlah pergi ke Rompin. Insya- Allah.
Terima kasih Shah Alam dan masuk ke dalam perbahasan saya. Saya nak bagi tahu Dato’ Pengerusi lah hari ini. Tan Sri Pengerusi, saya suka melihat kawasan saya ni Rompin, kalau Rompin ini adalah satu kawasan kampung yang kalau dikira hanya berasaskan kepada industri pertanian sahaja. Kalau kita tengok Rompin ada 17 belas Kawasan FELDA, tapi pembangunan itu tidak setara. Jadi saya mohon sangatlah supaya kerajaan hari ini kalau menteri MITI pergi sahaja keluar negara bawa pelabur datang, saya minta dia tunjuk terus, apa nama ni datang ke Rompin, datang ke Tampin, datang ke Sabak Bernam. Jadi kita bangunkan kawasan- Timbalan Menteri, alhamdulillah Timbalan Menteri ada... [Ketawa] Tolong Timbalan Menteri, tolong bangunkan kawasan-kawasan luar bandar. Di Jepun, Dato’ Pengerusi, Tan Sri Pengerusi payah nak cari kampung, yang kita nampak semua bandar Yang Berhormat Menteri ya, Menteri Komuniti pun saya rasa bersetuju dengan saya. Jadi saya mohon sangatlah kali ini, bajet kali ini bagi tumpuan kepada bagaimana kita nak bangunkan luar bandar menjadi sebuah bandar. Jadi itu satu sahaja terima kasih... [Tepuk]
Baik, sebelum saya jemput Tampin, saya jemput Julau dulu.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin membangkitkan dua isu penting berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Isu ini berkaitan rapat dengan kebajikan rakyat khususnya di kawasan luar bandar seperti Julau yang memerlukan perhatian serius. Merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri minggu lalu, projek bekalan air luar bandar dikatakan berada di peringkat reka bentuk oleh pihak perunding dan juga dalam fasa pelantikan perunding utama. Soalan saya adalah seperti berikut- adakah projek ini termasuk dalam peruntukan Belanjawan 2024, di bawah Butiran 02002 – Tajuk Bekalan Air Luar Bandar? Jika ya, bilakah projek ini dijangka akan bermula dan siap dilaksanakan supaya rakyat di kawasan di luar bandar tidak terus menunggu tanpa kepastian? Rakyat di Julau khususnya di kawasan seperti Bakan dan kawasan pedalaman lain masih bergantung kepada air graviti atau sungai yang tercemar akibat aktiviti komersial seperti ladang kelapa sawit. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. KKDW perlu memastikan projek ini bukan sahaja berjalan mengikut jadual tetapi juga telus dan efektif. Tan Sri Pengerusi isu seterusnya adalah di bawah butiran 01707 – Tajuk Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Dalam sesi soal jawab minggu lalu Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa sebanyak 948 unit lampu jalan kampung atau pun LJK telah dipasang di Parlimen Julau semenjak tahun 2002. Namun, hakikat di lapangan adalah jauh beza, penduduk Julau melaporkan bahawa lampu jalan tiada kelihatan langsung di kawasan lapangan. Hari ini saya pun ada telefon kepada Tuan Residen Sarikei, Tuan Pegawai Daerah Julau dan Pegawai Daerah Pekan dan ketiga-tiga ini, mereka kata mereka takde rekod sekali pun, tak nampak juga, mana ada street lighting, dengan izin. Dan ini lah satu perkara yang serius kerana bila dalam laporan ini lah laporan kepada Parlimen dan laporan daripada kementerian. So, kita mesti memastikan apa yang dibagi sebagai jawapan kepada Ahli Parlimen adalah benar dan kalau ada lampu itu sudah dibagi, saya memohon kementerian menyenaraikan lokasi spesifik di mana 948 unit lampu jalan ini telah dipasang. Yang Berhormat Menteri juga menyatakan bahawa dalam program pemasangan LJK negeri Sarawak fasa 8, sebanyak 176 unit LJK telah diperuntukkan bagi Parlimen Julau, adakah program pemasang ini juga termasuk di dalam peruntukkan Belanjawan 2024? Jika ya, saya mohon kementerian senaraikan dengan terperinci lokasi tempat pemasangan LJK ini. Tan Sri Pengerusi ini lampu jalan bukan sekadar infrastruktur kecil, tetapi ia memberi impak besar terhadap keselamatan penduduk terutamanya di kawasan pedalaman yang gelap dan berbahaya. Ada kes beberapa tahun lepas. ada seorang budak memandu motosikal mati di jalan kerana tidak ada lampu dan ada accident sebab dia mencari liputan telefon you know. Di
tengah jalan. So, saya rasa ini memanglah satu kes kesian dan saya rasa kita boleh ambil contoh ini untuk mempercepatkan pemasangan lampu jalan kampung di kawasan pendalaman. Jika benar jumlah yang dilaporkan tidak menepati kenyataan di lapangan, ini lah satu isu serius dan memerlukan audit menyeluruh. Rakyat di luar bandar seperti di Julau sentiasa berharap agar kementerian seperti KKDW, melaksanakan peranan yang lebih komited untuk membangunkan kawasan luar bandar. Bekalan air bersih dan lampu jalan kampung adalah keperluan asas yang tidak boleh dipandang remeh. Saya memohon KKDW memberikan penjelasan yang jelas dan menyeluruh berkenaan kedua-dua isu ini serta memastikan pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan telus dan cekap dan memberi impak yang sebenar kepada rakyat, sekian terima kasih.
Baik terima kasih saya jemput Tampin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan, merakamkan penghargaan buat Yang Berhormat Timbalan Menteri KKDW kerana sudi turun padang dan singgah ke Felda Jelai 4, Tampin pada Ahad lalu. Warga KEMAS Daerah Tampin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang peka dengan masalah KEMAS. Rompin ini lah salah satu contoh Timbalan Menteri, yang dapat menjiwai masyarakat orang FELDA. Terima kasih di atas buah tangan yang telah diumumkan buat warga KEMAS dan masyarakat Tampin berhubung akses kepada pendidikan berkualiti terhadap kanak-kanak. Pengerusi, peruntukan yang meningkat kepada RM82 juta pada tahun depan berbanding RM33 juta sebelum ini, maka besarlah harapan saya agar kementerian ini dapat meningkatkan lagi jumlah tabika yang boleh dinaiktarafkan kerana di Tampin kita mempunyai sebanyak 63 buah kelas tabika. Saya juga berharap kementerian menitikberatkan aspek peluasan pemasangan internet di semua tabika dalam usaha merancakkan lagi pembelajaran digital supaya dapat dilaksanakan bermula daripada peringkat awal.
Selain itu, saya juga berpandangan supaya peruntukan tersebut itu juga dapat dipanjangkan kepada pembinaan ataupun pertambahan taman asuhan kanak-kanak- taska baharu di Tampin. Terima kasih kepada kementerian, baru-baru ini meluluskan sebuah taska di Gemenceh, Tampin. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA. Polisi MARA pada masa ini masih meletakkan kuota kemasukan 60 peratus pelajar MRSM hendaklah terdiri daripada golongan B40, manakala selebihnya terbuka kepada pelajar M40 dan T20 yang layak. Meskipun pengambilan pelajar dalam kalangan B40 telah melebihi 80
peratus bagi sesi 2024, saya mencadangkan supaya kementerian memperbaharui kuota kemasukan secara rasmi supaya tidak lagi menimbulkan perdebatan. Saya ingin mendapatkan penjelasan secara terperinci, apakah kewajaran kementerian yang masih mengekalkan polisi sedia ada tersebut dengan membuka 40 peratus kuota kemasukan pada pelajar M40 dan T20? Sedangkan tujuan asal penubuhan MRSM adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya para pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mencadangkan dan menggesa supaya kuota lima peratus kemasukan diberikan kepada Orang Asli. Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, Butiran 00611 – Program GIATMARA. Saya dapati peruntukan GIATMARA telah mengalami peningkatan yang cukup besar iaitu kepada RM45 juta pada tahun depan berbanding hanya RM12 juta sahaja pada tahun sebelumnya. Perkara ini menunjukkan keseriusan kerajaan pada hari ini untuk terus memperkasakan bidang TVET. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, apakah pelan kementerian terhadap GIATMARA pada tahun 2025 dan adakah akan ada pertambahan kursus-kursus baharu? Saya mencadangkan agar kementerian sentiasa membuat penilaian terhadap modul pembelajaran atau kursus-kursus yang ditawarkan di GIATMARA secara berkala supaya dapat saling melengkapi dengan keperluan semasa dan keperluan akan datang pada pihak industri. Selain itu, saya juga ingin menggesa kementerian supaya menggunakan peruntukan tersebut untuk menambah baik peralatan, jentera atau mempelbagaikan mesin dan barangan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di bengkel-bengkel GIATMARA. Contohnya, dalam kursus-kursus yang berkaitan automotif, sampai bila pelajar kita hanya didedahkan dengan kereta Proton lama sahaja untuk mereka kaji dan belajar? Sedangkan terdapat lambakan kereta daripada pelbagai jenama dan dari bermacam-macam negara terdapat di atas jalan raya pada masa ini. Perkara ini belum lagi mengambil kira soal kerancakan penggunaan kereta EV. GIATMARA perlu mengambil kira semua ini supaya kita dapat melahirkan tenaga kerja mahir tempatan yang mencukupi dan menyeluruh pada masa akan datang. Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Untuk sekian lamanya sejak awal tahun 2019, kita telah didendangkan dengan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli atau Dasar Pembangunan Orang Asli. Seingat saya, kali terakhir perkara ini diperkatakan oleh pentadbir yang lalu adalah pada Julai 2022 iaitu akan melaksanakan pada pertengahan tahun 2023. Kini, hampir enam tahun sudah berlalu sejak agenda memperkasakan Orang Asli mula-mula dibangkitkan, namun perkara tersebut sudah tergantung sepi. Justeru itu, saya mendapatkan kepastian sama ada kementerian masih lagi mempunyai perancangan tersebut. Atau bagaimana? Apakah perancangan yang bakal dilakukan pada tahun depan menerusi peruntukan berjumlah RM142 juta? Tan Sri Pengerusi, Butiran 050300 – Pusat Komuniti Desa (PKD). Terima kasih diucapkan atas keprihatinan kementerian yang membelanjakan sejumlah RM22.8 juta di
bawah RMKe-12 bagi menaik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD. Di Tampin, pada masa ini, kita mempunyai dua buah PKD iaitu PKD Kampung Tengah di Gemencheh dan PKD Seri Gemas di Gemas. Satu perkara sahaja berhubung PKD yang perlu diberikan perhatian oleh kementerian iaitu soal perjawatan kakitangan PKD yang dilantik secara kontrak. Saya mencadangkan supaya kementerian melantik pengurus PKD yang layak ke perjawatan tetap dan diberikan kelayakan untuk menuntut elaun lebih masa bagi memastikan kelangsungan PKD. Ini kerana masih ada pengurus yang telah berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun, tetapi masih bertaraf COS. Selain itu, gred ‘N’ juga sudah tidak lagi sesuai dan tidak relevan untuk bidang tugas yang dimanahkan kepada pengurus-pengurus di PKD. Tan Sri Pengerusi, sebagai penutup, saya ingin menggunakan kesempatan ini, sekali lagi, saya setuju dengan pandangan Jelebu dan juga Rompin tadi menggesa sekali lagi pihak kerajaan supaya meletakkan FELDA di bawah KKDW. Mana mungkin segala gerak kerja pemulihan dan pemerkasaan agensi FELDA dapat berjalan dengan baik jika hanya peranan dan tanggungjawab sahaja diberikan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri, tetapi peruntukannya masih lagi di bawah JPM. Tan Sri Pengerusi, sekian. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Tangga Batu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Tangga Batu ingin menyentuh satu sahaja iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Butiran 030500, di mana Tangga Batu melihat bertambah bajet sebanyak RM5 juta, tetapi di bawah Butiran 04000 iaitu pembangunan, di mana anggaran RM380 juta pada tahun 2025 berkurang sebanyak RM20 juta berbanding dengan tahun 2024. Dalam ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Tambun, beliau menyentuh tentang geran padanan pengeluaran lateks iaitu berjumlah RM60 juta bagi pekebun kecil RISDA untuk menggalakkan pengeluaran lateks bagi keperluan industri getah negara. Seperti kita tahu, bahawa jumlah keluasan getah yang ada dalam negara kita sekitar satu juta lebih hektar dan 92 peratus sebenarnya adalah datang daripada pekebun kecil. Bagi sayalah, RISDA merupakan tulang belakang kepada industri getah negara di samping LGM dan sebagainya. Jadi, pertanyaan Tangga Batu adalah, pertama, RM60 juta geran padanan ini, apakah daripada ini ataupun datang daripada MoF? Kedua, kita lihat bahawa terdapat 420,000 hektar tanaman pekebun kecil yang terbiar tanpa diurus dan tidak membawakan hasil. Tangga Batu berharap dengan adanya geran padanan ini dapat memacu meningkatkan lagi produktiviti terutamanya lateks, kerana kalau kita lihat industri hiliran yang berlaku di Malaysia ini, sarung tangan merupakan eksport yang paling utama daripada hasil getah.
Jadi, kita hari ini kita mengimport lateks, kita mengimport kebanyakan dari Thailand dan negara lain. Jadi, pertanyaan Tangga Batu, berapakah kilang latex concentrate yang dimiliki oleh RISDA atau yang berkolaborasi, bekerjasama dengan RISDA bagi menjayakan projek ini? Yang kedua, supporting chain, dengan izin, yang ada. Kerana kalau kita hendak menghasilkan latex concentrate ini, dia banyak peringkat diperlukan. Di peringkat kebun, diperlukan masukkan ammonia, kemudian TZ, TMT dan sebagainya. Kalau ini tidak disediakan, sukar untuk RISDA hendak membawa dengan tanker dia pergi ke latex concentrate factory dan sebagainya. Jadi, kalau kita lihat hari ini bahawa jumlah pekebun kecil RISDA, yang saya ambil data daripada RISDA sendiri, ada sekitar 355,000 orang dengan keluasan 747 hektar. Jadi, kalau betul-betul dapat digembleng, seperti pernah disebut oleh Menteri Komoditi, saya yakin negara dapat meningkatkan hasil keluaran lateks dan mengurangkan import yang berjumlah RM6 juta. RM6 bilion. Minta maaf. Tuan Pengerusi, dalam ucapan Tambun juga menyebut RM20 juta bagi mengusahakan ladang getah terbiar milik persendirian yang akan dipajak dan diusahakan semula. Cuma, pertanyaan Tangga Batu bahawa kalau kita faham tentang industri getah ini, dia merupakan labor intensive juga kerana penoreh getah ini adalah satu penoreh getah, dia kepada empat hingga 4.5 hektar. Bererti, kita perlukan ramai. Apakah RISDA bersedia untuk mengimport tenaga? Kalau import tenaga luar, dari manakah? Kerana hari ini hendak mendapatkan penoreh yang skil sangatlah susah. Yang ketiga, Yang Amat Berhormat Tambun juga menyebut RM10 juta juga diperuntukkan untuk mengawal serangan kulat pestalotiopsis dan ulat bungkus yang menyerang sawit. Cuma, pertanyaan Tangga Batu, apakah RISDA mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk membuat rawatan? Seperti yang saya baca dalam laporan RISDA, sebenarnya kalau kita hendak mengawal kulat pestalotiopsis ini, kita perlu melakukan empat round bagi setiap 14 hari dengan menggunakan Mancozeb ataupun Propineb iaitu fungisid. Cuma, daripada tinjauan saya, pemerhatian saya apabila saya berjalan dari Kemaman pergi ke Setiu, pergi ke Baling dan sebagainya, saya dapati bahawa sebenarnya kita boleh tahu- dan ini memang gambar saya ambil... [Menunjukkan sekeping gambar] Berertinya bahawa pestalotiopsis ini masih exist. Ini saya ambil di Kuala Lipis. Dan bila kita tanya kepada pekebun kecil, “Berapa round kamu dapat RISDA spray?” Dia kata, “Satu round sahaja.” Sedangkan, kita punyai SOP adalah empat round. Jadi, pertanyaan saya, apakah RM10 juta ini cukup? Kerana, bajet ini juga harus digunakan untuk mengawal ulat yang makan daun kepada kelapa sawit. Kemudian yang akhirnya, Tuan Pengerusi, baru-baru ini kita dibentak- mengatakan bahawa kita PN merujuk kepada Facebook, kita bawa ke Parlimen, tetapi memang saya rujuk Facebook, saya bawa ke Parlimen. Ini Facebook daripada Semaian RISDA.
Jadi saya, melalui pengalaman saya, saya tidak setuju bila mereka mengiklankan dalam Facebook, “Jom tukar biji getah kepada pendapatan, kutip biji getah jadi duit.” Saya tahu mereka perlukan biji getah untuk buat nursery sebagai rootstock, tetapi pengamalan saya mengatakan bahawa tidak semua biji getah boleh digunakan sebagai rootstock. Dia hanya klon terpilih iaitu RRIM 623, 605, 901, 2025, 2023, 2024, PB 235, PB 230 tetapi RRIM 600 ataupun PB 217 atau PB 20 tidak sesuai kerana kalau digunakan sebagai rootstock nanti kesan hasilnya akan berkurangan sebanyak 20 hingga 25 peratus. Jadi, saya harap benda-benda begini dapat diberikan ketegasan oleh RISDA sendiri supaya setiap benih yang kita berikan kepada pekebun kecil itu, mereka mendapat benih yang betul-betul berkualiti dan boleh memberikan hasil yang tinggi pada masa depan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik, saya jemput Segamat.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin terus ke butiran-butiran berkenaan dengan pembangunan luar bandar. Ini saya pernah bangkitkan dalam waktu perbahasan dasar bahawa isu migrasi dari luar bandar ini ke bandar ini semakin meningkat. Maka, hanya kita boleh stop this migration adalah melalui pembangunan-pembangunan yang ketara, kita lakukan di luar bandar. Oleh itu, saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan bekalan 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas, 020100 – Prasarana telah menyediakan RM3.8 juta. Pembangunan umum di Parlimen Segamat terutamanya pembangunan desa. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kementerian, bahawa berapakah telah diperuntukkan bagi tahun 2025? Butiran 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan. Ini di bawah KEMAS, telah diperuntukkan sebanyak RM140 juta. Berapakah jumlah peruntukan kepada KEMAS di Parlimen Segamat untuk kerja-kerja penyelenggaraan, penaiktarafan dan pengurusan serta pembangunan KEMAS juga perlu diberi perhatian. Saya juga tadi setuju dengan Yang Berhormat Rompin bahawa pembangunan di luar bandar ini adalah at the stake right now. Kita perlu memberi perhatian dan juga memberi peruntukan yang sewajarnya untuk membangunkan pembangunan di luar bandar ini. Seterusnya 050000 – Program Khusus. Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung telah diperuntukkan sebanyak RM120 juta. Berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada ataupun untuk kampung-kampung rangkaian gugusan di bawah Parlimen Segamat? Saya mencadangkan kepada kementerian untuk memasang lampu solar di mana kita tiada akses kepada TNB khususnya di kampung-kampung yang jauh dari desa dan bandar seperti Kampung Gelang Chinchin, Kampung Kuala Paya, Kampung Sungai Senarut, Tebing Tinggi, Ladang Welch, Kampung Bukit Keledang, Kampung Sepinang, Kampung Sepang Loi,
Kampung Pailang, Kampung Mensudut Pindah, Ladang Gomali, Kampung Balai Badang, Kampung Awat dan Kampung Krishna. Ini lah kampung-kampung yang memerlukan lampu-lampu jalan. Kalau tidak buat melalui TNB, maka saya cadangkan boleh menggunakan solar. Itu lah cadangan saya. Minta Yang Berhormat Menteri pertimbangkan cadangan ini supaya kita boleh menyelesaikan masalah isu jalan dan lampu. Seterusnya P.22 Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. RM1.5 bilion telah disediakan, diperuntukkan berbanding dengan belanjawan yang lepas. Ada penurunan seperti yang kita nampak. Segamat ingin meminta kementerian angkat permohonan saya untuk dilaksanakan kerja-kerja luar bandar dan perhubungan desa. Ada lima projek cadangan membina jalan pintasan baharu dari Gemas Baru FT001 ke Felda Palong Timur 1. Cadangan yang nombor dua adalah cadangan membina jalan baharu Gemas Baru FT001 ke Jalan Segamat-Tangkak FT23 Segamat. Menaik taraf jalan dari Tambang Estet J157 ke Felda Palong Timur Segamat. Nombor empat, cadangan membina jalan pintasan baharu dari Kampung Mensudut Lama sehingga Jalan Utama di Kampung Jarang Panjang N52, Felda Palong 8, ya berhampiran jiran saya Jempol Negeri Sembilan. Cadangan nombor lima adalah yang telah disyorkan oleh JD JKR Segamat adalah cadangan membina jalan baharu dari Kampung Batu Badak, Jalan Segamat Tangkak FT23 sehingga Kawasan Perindustrian Segamat, Johor Darul Takzim. Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET. Telah diperuntukkan RM24 juta. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Berapakah jumlah peruntukan sebahagian ini akan digunakan dalam pendidikan TVET di negeri Johor dan khususnya di Parlimen Segamat berbanding tahun-tahun yang lepas? Saya ingin juga membawa perhatian kepada Tan Sri Pengerusi bahawa ini adalah [Menunjukkan surat akhbar berkaitan] Laporan akhbar yang menunjukkan, “Enam graduan rebut jawatan kemahiran tinggi.” Ini lah laporan daripada ahli ekonomi World Bank di Malaysia, telah membuat kajian, telah membuat research. Saya ingin tanya, akhbar Berita Harian melaporkan, “Enam graduan rebut satu jawatan kemahiran tinggi.” Disebut oleh ahli ekonomi Bank Dunia dan beliau juga menyatakan bahawa HRD Corp menyatakan kira-kira 82 peratus majikan melaporkan pekerja sedia ada tidak cukup mahir ataupun berpengalaman. Maka, kementerian perlu memperluaskan sektor- sektor lain dan melatih melalui program TVET untuk menangani isu ini. Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia Bank Dunia ke-30 yang dikeluarkan pada Oktober 2024 menunjukkan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran di Malaysia meningkat kepada 37.3 peratus pada 2022 berbanding 27.2 peratus pada 2010. Bank dunia mendapati Malaysia berdepan jurang besar antara jumlah graduan dengan peluang pekerjaan tersedia setanding kelayakan mereka. Saya berharap
kementerian juga akan menambahkan peruntukan supaya program TVET ini diperluaskan kepada kampung, desa dan segala kawasannya. Akhir sekali, saya yakin kementerian akan memberi penelitian dan segala permohonan daripada Segamat perlu diberi perhatian demi pembangunan dan kesejahteraan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Baik, saya jemput Sabak Bernam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, izinkan saya untuk terus merujuk kepada Maksud Bekalan di bawah Butiran 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan. Di bawah sub Butiran 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS. Sub lagi Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Muka surat 236. Saya ingin merujuk kepada guru-guru dan penyelia KEMAS sekarang ini yang dilantik atas kapasiti sebagai jawatan yang kontrak. Saya mohon supaya mereka ini diserapkan ke jawatan tetap supaya dapat menikmati kemudahan-kemudahan selaku penjawat awam jawatan tetap kerana sekarang ini untuk dilantik ke jawatan tetap, mereka ini perlu untuk berkhidmat selama 15 tahun. Dato’ Sri Pengerusi, 15 tahun itu adalah satu penantian yang cukup menyeksa kerana kalau pilihan raya pun sudah tiga kali pilihan raya itu. Tiga kali kerajaan bertukar mereka masih lagi dalam keadaan kontrak. Jangan lama-lama kerana penyerapan mereka ini ke jawatan kontrak akan memberikan banyak faedah kepada mereka. Benda yang baik ini hendaklah disegerakan kerana mereka telah memberikan dedikasi yang baik, guru-guru KEMAS ini. Mendidik anak- anak kita, pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka ini dapat meneruskan hidupnya di sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan peringkat universiti. Jadi, di peringkat asas inilah perlu asas yang kukuh. Jadi, mereka ini telah buktikan mereka berminat. Selama 15 tahun pun mereka tidak tukar kerja lain. Dia tetap dengan jawatan guru KEMAS tadi. Ini menunjukkan mereka minat dan berkebolehan. Tambahan pula sekarang ini untuk menjadi guru-guru KEMAS ini kelayakannya adalah memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jadi, sangat layaklah kalau mereka ini diserapkan ke jawatan tetap dengan tempoh percubaan yang singkat. Tiga tahun ke, ya. Jangan sampai lima tahunlah ya. Tiga tahun dan serapkan supaya mereka dapat menikmati skim tersebut dengan lebih baik lagi. Saya juga ingin merujuk kepada keadaan fizikal bangunan kelas-kelas KEMAS tadi, tadika dan tabika ini yang sangat uzur ya dan perlu adanya bantuan pembangunan seperti keadaan wiring nya yang sudah banyak yang rosak.
Kadang-kadang sudah banyak alat-alat elektrik ditambah. Bahagian dapur ditambah, tetapi wiring masih yang lama. Ini membahayakan kepada guru-guru dan juga murid-murid
itu sendiri dan juga keadaan tingkapnya. Kadang bingkainya itu sampai ada yang dah reput. Videonya ada, saya buat lawatan. Ada gril tapi gril cuma diikat sahaja. Goyang-goyang. Saya bimbang, Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau jatuhlah gril itu, hempap pada budak-budak dan guru- guru yang kontrak ini, apa nak jadi? Musibah dan ini berlaku di mana-mana kelas Tadika dan Tabika KEMAS. Keadaan bangunannya terlampau uzur. Tandas apa lagi lah ya. Baru-baru ini berlaku di kawasan saya, Sabak Bernam iaitu bayaran Program Bantuan Makanan Tambahan Fasa 2 untuk Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah tertunggak bayarannya sejak bulan Julai 2024. Maknanya, guru-guru ini dia menyediakan sarapan pagi dan makan pukul 10 untuk murid-murid ini dengan duit guru-guru itu sendiri. Tidak dibayar. Jadi, saya harap Menteri ambil maklum perkara ini supaya cepatlah bayar tunggakannya kepada guru-guru ini dan juga murid-murid ini dapat menikmati lagi pembelajaran yang selesa. Sekiranya RM81,516,200 yang diperuntukkan ini kurang disebabkan permintaan saya untuk membaik pulih pembangunan fiskal ini, sila ditambah lagilah sebab kerajaan telah buat penyasaran. Diesel pun untungnya RM8 bilion. Katanya untuk rakyat. Inilah saya cadangkan disalurkan kepada bangunan-bangunan Tabika KEMAS ini supaya lebih baik. Saya hendak maklumkan, Tabika KEMAS ini sebenarnya bukannya untuk satu-satu kaum sahaja. India, Cina dan semua bangsa. Asalkan rakyat Malaysia, dia berhak untuk menikmatinya. Ada beza tabika dengan tadika. Tabika ini untuk yang anak-anak umur dua hingga empat tahun. Yang ini sepanjang hari duduk di situ. Bayangkan sepanjang hari di situ dalam keadaan bangunan yang uzur. Kemudian yang tadika ini tadi ialah yang umur lima hingga enam tahun. Terbukti ya graduan-graduan daripada Tadika KEMAS ini telah membantu guru-guru di sekolah rendah, darjah satu untuk meneruskan pelajaran dengan baik. Mereka dapat menyanyi Lagu Kebangsaan dengan baik, lagu Negaraku dengan baik. Jati dirinya baik. Insya Allah, besar nanti mereka takkan kibarkan bendera negara-negara lainlah. Untuk itu saya mengucapkan ribuan terima kasih. Mohon permohonan saya ini diluluskan.
Baik. Saya jemput Lubuk Antu.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi ruang pada Lubok Antu untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2025 Peringkat Jawatankuasa atas Kepala B dan P.22 keterangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS, dengan jumlah RM9.5 juta. Saya ingin bertanya, daripada keseluruhan peruntukan tersebut, berapa jumlah akan disalurkan untuk menyelenggarakan dan membaiki bangunan Tabika dan Taska KEMAS di Sarawak, terutamanya yang terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman? Adakah
peruntukan-peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan ini juga akan turut merangkumi Tabika dan Taska KEMAS yang masih menumpang di bangunan lain seperti bangunan milik JKK Rumah Panjang dan rumah orang kampung? Saya berharap agar pihak kementerian dapat mengkhususkan sebahagian daripada peruntukan di bawah butiran ini untuk membaiki bangunan Tabika dan Taska KEMAS yang daif dan usang di luar kawasan bandar dan pedalaman Sarawak, termasuk di Parlimen Lubok Antu. Ianya penting demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat, terutama untuk kanak-kanak yang kecil tinggal di kampung dan rumah panjang. Peranan KEMAS amat penting dalam memberikan pendidikan awal yang berkualiti kepada anak-anak di kawasan luar bandar. Justeru itu, saya amat menyokong penambahan peruntukan di bawah Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak, daripada jumlah RM33 juta kepada RM81.5 juta tahun hadapan. Harapan saya agar sebahagian peruntukan ini juga dapat disalurkan untuk menambah baik kualiti pendidikan awal kanak-kanak di kawasan luar bandar agar anak-anak di luar bandar ini tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya di bandar. Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya ingin balik kepada Butiran 02002 – Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, dengan jumlah sebanyak RM99.7 juta. Saya menyambut baik usaha kementerian untuk menambah baik sistem bekalan air di Parlimen Lubok Antu. Sahabat saya, YB Kota Samarahan iaitu Timbalan Menteri KKDW ada di sini. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah sudi turun padang awal tahun ini untuk meninjau Projek BALB Kawasan Lubok Antu Fasa II. Saya juga ingin bertanya mengenai status terkini projek tersebut dan bilakah ianya akan dapat beroperasi sepenuhnya? Saya juga ingin tahu berapa banyak kampung dan rumah panjang di sekitar Lubok Antu dapat manfaat daripada projek tersebut? Bagaimanakah pula dengan masalah berkenaan air dan tekanan rendah di kawasan Engkilili? Sebenarnya Tan Sri Pengerusi, masalah isu air ini telah lama menghantui penduduk di sekitar Engkilili. Saya difahamkan ada rancangan untuk memasang water booster, dengan izin, untuk menambah baik tekanan air di kawasan ini. Justeru itu, saya ingin tahu apakah sebenar penyelesaian yang dirancang di bawah kementerian dan Kerajaan Sarawak untuk menangani masalah bekalan air dan tekanan air rendah di Engkilili? Sebelum ini saya juga pernah memohon agar pihak kementerian dapat melihat kepada masalah bekalan air di kawasan Ledong, Hilir Sekarang dan Hulu Sekarang. Kawasan ini merupakan kawasan ladang sawit dan sungai-sungai yang ada kebanyakan tercemar dan tidak sesuai dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan penduduk. Justeru, saya amat berharap agar pihak kementerian dapat merangkumkan kawasan ini dalam Projek BALB Kawasan Lubok Antu Fasa II atau melalui projek lain agar masalah bekalan air di kawasan ini dapat menemui jalan penyelesaian.
Akhir sekali, di bawah butiran yang sama, saya mewakili Betong ingin bertanya berkenaan dengan status dua buah Projek Bekalan Air Luar Bandar di bawah Rolling Plan Kelima yang melibatkan kawasan Sepauh, kawasan Hulu Layar, Hulu Padeh dan Hulu Sekarang. Saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian berkenaan projek-projek ini. Seterusnya Tan Sri Speaker, saya ingin membahas berkenaan dengan Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa, sebanyak RM2.45 juta. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian berkenaan sejauh manakah pencapaian Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) di Sarawak dan berapa banyak usahawan desa di Parlimen Lubok Antu yang berdaftar di bawah kementerian dan agensinya? Saya juga ingin bertanya mengenai apakah bantuan-bantuan lain yang boleh dimohon oleh para usahawan di desa di bawah kementerian, khususnya usahawan- usahawan kecil, terutama di kawasan rumah panjang yang mengusahakan perniagaan seperti menjual produk makanan dan kraf tangan tempatan? Saya percaya ramai usahawan di kawasan Lubok Antu yang memerlukan bantuan ini untuk memajukan perniagaan mereka, tetapi mereka tidak tahu di mana atau bagaimana untuk memohon. Dalam soal ini, saya ingin menyarankan agar pihak kementerian dapat turun ke padang, terutama di kawasan Lubok Antu bagi membuat hebahan mengenai pelbagai bantuan dan program keusahawanan yang sedia ada di bawah kementerian ini. Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai pembangunan infrastruktur kemudahan asas di luar bandar di bawah Butiran 02100 – Prasarana, dengan jumlah sebanyak RM3.8 juta. Saya menerima banyak permintaan daripada penduduk kampung yang memohon agar bantuan untuk membina baharu dan membaik pulih rumah mereka. Oleh itu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan pelaksanaan Program Rumah Rakyat Mesra di Sarawak. Berapa banyak kah projek yang telah dilaksanakan di Parlimen Lubok Antu? Sebagai kesimpulan Tan Sri Pengerusi, segala pertanyaan dan saranan yang saya kemukakan ini mendapat perhatian dan maklum balas daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Sekian, saya mohon menyokong.
Baik. Saya jemput Baling.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas di Peringkat Jawatankuasa. Butiran 051600 - Bantuan Musim Tengkujuh, di bawah kementerian yang amat penting bagi golongan pekebun-pekebun kecil getah dan penoreh, terutama sekali di luar bandar.
Pertama, keperluan untuk memastikan kelayakan lebih inklusif. Kita tahu bahawa RMT kini hanya diberikan kepada penoreh dan pekebun kecil yang memenuhi syarat pemilikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar. Namun, ramai pekebun kecil di kawasan pedalaman seperti kawasan saya Baling terkesan tetapi tidak layak kerana sekatan birokrasi. Contohnya, penoreh yang menyewa tanah atau bekerja di atas tanah milik orang lain sering kali gagal mendapat pengesahan pemilik untuk melengkapkan dokumen mereka. Saya mendesak agar kementerian mempertimbangkan syarat yang lebih sesuai supaya lebih ramai golongan ini menerima manfaatnya. Yang kedua, persoalan tentang jumlah bantuan yang memadai. Jumlah bantuan RM800 yang dibayar secara ansuran RM200 sebulan sudah tentu membantu mereka tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Kajian Bank Negara menunjukkan bahawa purata perbelanjaan asas sebuah keluarga di kawasan luar bandar adalah sekitar RM1,500 sebulan. Adakah bantuan ini sejajar dengan realiti ekonomi semasa? Saya mencadangkan, agar jumlah bantuan ini disemak semula dan dinaikkan ke paras yang lebih munasabah iaitu RM1,200 demi menjaga kebajikan rakyat. Yang ketiga, keperluan mempercepatkan proses penyaluran bantuan. Terdapat aduan mengenai kelewatan proses permohonan dan penyaluran bantuan. Di kawasan pedalaman, akses kepada internet menjadi cabaran besar untuk mereka yang perlu memohon melalui portal RISDA. Saya mencadangkan agar kaedah permohonan manual atau melalui pusat setempat diaktifkan semula untuk memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada teknologi. Yang keempat, langkah jangka panjang untuk memperkasakan pekebun kecil. Saya menyeru kementerian supaya tidak hanya bergantung kepada bantuan kewangan semata- mata. Program pembangunan ekonomi seperti latihan kemahiran, bantuan teknologi, pertanian moden dan peluang yang pelbagai cara perlu dilaksanakan supaya penoreh- penoreh dan pekebun kecil dapat merasai manfaat untuk mereka dan keluarga mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan belanjakanlah hartamu kepada jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan dengan tanganmu sendiri dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” Bantuan tanpa perancangan jangka panjang hanya menyelesaikan masalah sementara. Sedangkan usaha untuk membangunkan pekebun kecil secara lestari adalah jalan ke hadapan. Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, bantuan seperti BMT adalah langkah yang baik tetapi mesti dilaksanakan dengan penuh inklusif, efisien dan memadai. Pekebun kecil di kawasan saya bukan sekadar angka dalam statistik, mereka adalah nadi ekonomi desa yang memerlukan perhatian kita untuk memberi peluang kemudahan kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Baik. Seterusnya, saya jemput Tenom.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada Tenom untuk berbahas dalam peringkat jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu kementerian yang dekat dengan hati di negeri Sabah dan Sarawak. Tan Sri Pengerusi, pertama saya akan membahaskan Butiran-butiran 010000 – Pengurusan. Saya menyokong perbahasan daripada Ahli Parlimen Kota Belud yang menyentuh mengenai permohonan projek pembangunan oleh Ahli Parlimen yang sedang dipandang enteng oleh pegawai-pegawai di peringkat kementerian, walaupun permohonan tersebut telah mendapat pertimbangan dan perhatian daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Prestasi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri cemerlang dalam mengemudikan kementerian ini dengan pemerkasaan TVET serta beberapa projek-projek besar yang telah diberikan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Namun, permohonan seperti di Butiran jalan perhubungan desa, jambatan gantung, bekalan elektrik luar bandar dan air. Justeru itu, saya risau sekiranya kecemerlangan ini telah dikaburi dengan tindakan tidak wajar daripada pegawai kementerian. Pada hemat saya, keutamaan harus diberikan kepada permohonan Ahli Parlimen kerana kami sebagai Ahli Parlimen kerajaan yang berhadapan dengan rakyat untuk menjawab segala aduan yang telah dikemukakan kepada kami. Jika kami sebagai Ahli Parlimen kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat, di manakah letaknya kedudukan kami? Justeru itu, saya mohon agar sesi libat urus diadakan di antara pihak kementerian dengan Ahli-ahli Parlimen Sabah bagi menyelesaikan isu berbangkit agar rakyat Sabah mendapat manfaat daripadanya. Tan Sri Pengerusi, Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Saya mohon agar isu bekalan elektrik di kawasan Tenom dapat diselesaikan seperti di Kampung Pangi, Kampung Rayoh, Kampung Engkalatun Bamban, Kampung Muhong, Kampung Saga Ulu, Kampung Lintubong, Kampung Ulu Bahagia. Manakala kawasan Cinta Mata Bukit, Angan-angan, Ulu dan Kampung Kungkular memerlukan talian elektrik yang baharu. Manakala beberapa buah kampung memerlukan kepada naik taraf transformer tenaga elektrik disebabkan oleh pertambahan penduduk seperti di Kampung Makakumpai, Kampung Nanapukan, Entabuan, Kampung Manining, Kampung Paguokon, Kampung Batu Tinikang. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan agar kementerian yang pertama agar melaksanakan pemasangan panel solar secara meluas di kawasan pendalaman sekiranya kawasan tersebut sukar untuk dihubungkan dengan grid bekalan elektrik. Oleh itu, antara kawasan yang juga memerlukan panel solar ini adalah Kampung Biah, Kampung Bunut dan Kampung Batu. Kedua, memanfaatkan sungai-sungai yang terdapat di kawasan pedalaman untuk membina sistem jana kuasa mikro-hidro. Sistem jana kuasa kecil bagi menyediakan bekalan
elektrik yang konsisten di kawasan luar bandar. Untuk pengetahuan Tan Sri Pengerusi, di Tenom ada dua sistem jana kuasa hidro yang besar iaitu Hidro Pangi dan Telekosang dan bakal yang dilaksanakan ialah Hidro Ulu Padas. Namun, Parlimen Tenom masih kekurangan infrastruktur dalam penyediaan tiang elektrik dan gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku. Tan Sri Pengerusi, ketiga Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Pertama, pemasangan lampu-lampu jalan di kampung Parlimen Tenom seperti Kampung Sungai Empat Marau. Kedua, pemasangan tiang elektrik bagi mewujudkan talian grid bekalan elektrik dekat kampung-kampung. Ketiga, pemasangan lampu solar di kampung-kampung. Keempat, Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar. Saya juga memohon agar pihak kementerian memberikan perhatian kepada usaha untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di Tenom, seperti di Kampung Batu-batu, Kampung Saga, Kampung Ulu Entabuan dan Kampung Kelanyan. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya mohon agar pihak kementerian dapat menaik taraf loji rawatan air di Daerah Kemabong dan Daerah Tenom dengan kadar segera. Tan Sri Pengerusi, kelima Butiran 02004 – Bekalan Air Alternatif. Bagi mengatasi bekalan air bersih di kawasan Tenom, Sabah. Saya mencadangkan agar pihak kementerian memperluaskan mekanisme penggunaan sistem telaga tiub bagi mendapatkan bekalan air bawah tanah. Selain itu, bagi memastikan bekalan air yang dibekalkan tersebut selamat untuk digunakan, ianya perlu dilengkapi dengan sistem penapisan air di samping pemantauan berkala kualiti air perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan sumber air yang diperoleh ini selamat untuk digunakan.
Tan Sri Pengerusi, saya mohon tambahan masa. Dua minit.
Oh, tak boleh. Banyak lagi kita ada.
Okey.
Last point.
Last point. Okey. Bagi Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar serta Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar bersekali dengan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Saya minta agar kementerian membaiki dan membina baharu jambatan yang rosak seperti jambatan Kampung Tukalilin, Melalap; jambatan Kampung Ulu Sumbiling, Melalap; jambatan Kampung Rayoh, jambatan Kampung Pangi, jambatan Kampung Kalandus, Kampung Bangkulin, Kampung Mahunsop, Kampung Sumambu, jambatan gantung Marais. Bagi jalan kampung ialah Jalan Kampung Pulong, jalan raya antara Kemabong dan Kampung Bakuku, Jalan Bangkulin Marais, Jalan Patehan Tengah, Jalan Ahuron, Jalan Kelorok, Jalan Kampung [Tidak jelas] Pamilaan serta Jalan Tepoh ke Pangalat, Jalan Kampung Entabuan, jalan pertanian Binantanyan, Kampung Lagud dan Jalan Kampung Binantayan Ulu, Jalan Kampung Makalias, Makalias Ulu, Kampung Batu Teningkang, Jalan
Kampung Batu Teningkang ke Lembaga Industri Kitar Sabah, Lagud Seberang, Jalan Kakapau ke Sugiang, Semabung serta Jalan Kampung Ponontomon. Jadi Tuan Pengerusi, saya berterima kasih di atas peluang dan saya berharap agar kementerian mempertimbangkan sewajarnya ke atas permohonan saya sebentar tadi. Terima kasih.
Baik, terima kasih Tenom. Saya jemput Gua Musang.
Terima kasih Tan Sri. Izinkan Gua Musang untuk terus merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas dan Program 020600 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Sebagai mewakili kawasan luar bandar dan KESEDAR merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang mana ibu pejabat KESEDAR juga terletak di kawasan saya, Gua Musang adalah tidak lengkap jika saya tidak menyentuh mengenai peruntukan perbelanjaan untuk KESEDAR. Tahniah kepada KESEDAR kerana akan mendapat peruntukan tambahan RM2 juta kepada 34 juta bagi perbelanjaan tahun 2025. Jika dilihat kepada angka ini, KESEDAR diberi peruntukan yang agak besar dan bertambah dari setahun ke setahun. Bersuara mewakili ketua isi rumah peneroka di sembilan tanah rancangan RKT iaitu Rancangan Kemajuan Tanah yang merangkumi KESEDAR Paloh 1, KESEDAR Paloh 2, KESEDAR Paloh 3, KESEDAR Chalil, KESEDAR Lebir, KESEDAR Sungai Asap, KESEDAR Renok Baru, KESEDAR Jeram Tekoh dan KESEDAR Meranto selain– ini tidak termasuk tanah RPT ataupun pemilihan tanah yang mana juga merangkumi Projek Agropolitan Kelantan Selatan, juga di bawah KESEDAR. Umum diketahui, kementerian dan KESEDAR sebagai agensi telah sekian lama merangka dan melaksanakan strategi, inisiatif dan program bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi peneroka KESEDAR. Tetapi dari setahun ke setahun dapat dilihat peneroka KESEDAR semakin dibelenggu kemiskinan dan generasi kedua KESEDAR pula semakin tawar hati dengan pelan pembangunan jangka panjang tanah rancangan KESEDAR. Tan Sri Pengerusi, pertambahan peruntukan mengurus adalah satu mimpi yang indah kepada kakitangan pentadbiran KESEDAR tapi hakikatnya peneroka KESEDAR di kawasan saya Gua Musang seakan-akan melukut di tepi gantang. Izinkan saya untuk menyampaikan pertanyaan yang sopan dari hati kecil peneroka di sembilan kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) serta peneroka Rancangan Pemilihan Tanah (RPT) dan peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan kepada YB Menteri yang budiman. Antara pertanyaan yang saya wakil untuk disampaikan ialah: (i) apakah status permohonan geran peneroka-peneroka di kesemua penempatan tanah Rancangan Pemilihan Tanah (RPT) KESEDAR dalam wilayah Gua Musang?;
(ii) apakah perancangan jangka panjang untuk menjamin kehidupan peserta Agropolitan Kelantan Selatan yang mana sebahagian besar peneroka tersebut telah tersenarai dalam kategori fakir buat masa ini?; (iii) apakah status rancangan penempatan generasi kedua KESEDAR yang telah 10 tahun dijanjikan oleh kementerian tetapi masih belum dilaksanakan sehingga ke hari ini?; (iv) bolehkah KESEDAR memperuntukkan sedikit tanggungjawab sosial dan belas ihsan atau pertimbangan bagi meluluskan permohonan kemasukan bekalan elektrik dan air bersih bagi rumah-rumah yang telah dibina sendiri secara selamat oleh generasi kedua KESEDAR bersebelahan dengan rumah generasi pertama iaitu ibu bapa mereka yang mana rumah generasi pertama sudah tidak sesuai lagi untuk didiami atas faktor-faktor edaran zaman?; dan (v) apakah perancangan jangka panjang KESEDAR bagi menjamin pendapatan peneroka sewaktu KESEDAR menjalankan proses tanaman semula kelapa sawit? Tan Sri Pengerusi, saya juga mengambil kesempatan untuk merujuk P.22 Butiran 03900 – Lembaga Kemajuan Desa Selatan (KESEDAR). Didapati peruntukan pembangunan kepada KESEDAR meningkat RM9 juta setiap tahun bermula Belanjawan 2023. Bagi Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM38.5 juta dan angka ini bukan jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan kekangan kewangan kerajaan pada masa ini. Oleh yang demikian, saya mohon perhatian Yang Berhormat Menteri supaya pembangunan yang akan dijalankan oleh KESEDAR bermula tahun 2025 dikaji semula kaedah perolehan dan pengurusan tender bagi menjamin ketelusan dan kontraktor dilantik melaksanakan kerja setimpal dengan nilai kontrak yang terkandung di dalam Surat Setuju Terima. Semoga Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya supaya isu kegagalan projek pembinaan jalan berturap dari Kampung Serian ke Kampung Baru Star, Gua Musang sepanjang 18 kilometer dan bernilai RM5.3 juta tidak lagi berulang. Kalau kita lihat nilai projek ini amat besar dan jika dibandingkan fizikal di tapak bina yang nampak seakan-akan jalan kebun yang dibina oleh petani menggunakan cangkul. Sekian, terima kasih.
Baik. Terima kasih. Saya jemput Bentong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas peluang yang diberikan.
Kerajaan telah menetapkan sasaran dasar pembangunan luar negara menjelang 2030. Ini termasuklah menyediakan prasarana yang mencukupi, tadbir urus yang cemerlang serta memastikan ekosistem kehidupan luar bandar yang sejahtera merangkumi manfaat kepada anak muda, wanita dan usahawan. Oleh itu, belanjawan yang adil penting bagi memastikan pembangunan yang setara bagi mengurangkan kesenjangan antara bandar dan luar bandar. Saya merujuk kepada P.22 Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Saya sering membangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini, kepentingan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan Orang Asli, termasuklah berkaitan dengan infrastruktur asas. Sehingga kini, di Bentong masih ada kampung Orang Asli yang tiada akses terhadap bekalan air bersih seperti Kampung Orang Asli Sungai Gabong, Kampung Orang Asli Ulu Pareh serta Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu. Masing-masing memerlukan pelaksanaan projek paip retikulasi bagi menyediakan air bersih dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.6 juta. Ketiadaan bekalan air bersih menyukarkan penduduk untuk menjalani kehidupan seharian dan berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan serta sukar menjaga kebersihan. Saya mohon agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk menjalankan projek paip retikulasi ini segera bagi menyelesaikan masalah penduduk Orang Asli ini. Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 040100 – Komuniti Desa. Setakat ini, bagaimanakah pihak kementerian menilai prestasi geran yang diberikan kepada JPKK bagi tujuan kesejahteraan kampung? Apakah nilai geran yang diberikan mencukupi dan apakah ada sasaran tertentu mengikut potensi kampung? Misalnya, ada kampung yang berpotensi dibangunkan sebagai hab pertanian, ada kampung yang berpotensi dibangunkan sebagai hab pelancongan dan sebagainya. Perdana Menteri juga ada mengumumkan berkenaan Program Satu KSU Satu Kampung untuk dijadikan kampung angkat bagi tujuan memperkasakan komuniti desa ini. Apakah perkembangan terkini program ini? Berapa kampung angkat yang terlibat dan apakah perancangan yang dirangka setakat ini? Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kampung Tok Muda Haji Muhammad di Karak yang telah berjaya mendapat tiga tempat teratas di peringkat negeri Pahang dalam Anugerah Aspirasi Desa MADANI 2024. Saya difahamkan terdapat 118 kampung dari 12 negeri bersaing untuk menjadi johan kampung terbaik di setiap negeri. Daripada jumlah itu, sebanyak 42 kampung telah berjaya. Ini adalah inisiatif yang baik bagi mendorong kampung-kampung ini untuk menjalankan pelbagai inovasi serta aktiviti yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi setempat serta membina ekosistem kampung sejahtera.
Persoalan saya, apakah perancangan kementerian untuk mendukung kampung- kampung ini untuk berjaya terus menerokai potensi mereka? Sama ada dalam bentuk
pertambahan geran atau projek ekonomi atau keutamaan peruntukan untuk menyediakan infrastruktur asas yang lengkap di kampung-kampung terpilih. Bagi kampung-kampung yang tidak berjaya, bagaimana pihak kementerian dapat membantu mereka untuk turut memajukan kampung dari sosioekonomi dan membimbing mereka untuk menjalankan apa-apa bentuk inovasi yang bermanfaat? Seterusnya saya merujuk Butiran 040200 – Institut Kemajuan Desa (INFRA). Jika kita lihat peranan institut ini dalam menyediakan penyelidikan serta latihan untuk pembangunan kawasan luar bandar, setakat ini, apakah kajian-kajian telah dikeluarkan yang dapat memanfaatkan masyarakat desa? Apakah terdapat kajian terperinci terhadap permasalahan pendudukan, pemetaan terhadap keperluan-keperluan INFRA serta pelan strategik jangka pendek serta jangka panjang bagi satu-satu kawasan luar bandar? Dari sudut latihan pula, berapa ramaikah golongan sasar seperti belia, wanita pemimpin desa, usahawan, Orang Asli yang telah mendapat manfaat daripada latihan yang disediakan dan sejauh manakah keberkesanannya? Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Prasarana dan Butiran 050400 - Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya mohon agar pemasangan tiang lampu jalan serta penyelenggaraan lampu jalan kampung dapat disalurkan ke kampung-kampung yang telah dikenal pasti di Bentong iaitu seperti Kampung Janda Baik, Kampung Kuala Repas, Kampung Jambu Rias, Lengkong dan Kampung Cinta Manis. Terdapat juga kampung-kampung yang memerlukan naik taraf dan penyelenggaraan longkang bagi memastikan saliran air yang baik serta mengelakkan kejadian banjir kilat seperti kampung Karak Setia, Kampung Baris, Kampung Hayat serta Kampung Sungai Kemahal. Ini semua adalah infrastruktur asas yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kampung khususnya daripada bencana. Saya juga ingin mengambil perhatian Dewan terhadap Butiran 050300 – Pusat Komuniti Desa. Jika kita lihat jumlah Pusat Komuniti Desa yang terkini terdapat 191 PKD seluruh negara. 20 daripada adalah di negeri Pahang dan hanya satu PKD di Bentong iaitu Pusat Komuniti Desa Shafie yang terletak di mukim Pelangai. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap PKD? Apakah ada pertimbangan yang jelas tentang jumlah PKD yang diwujudkan bagi setiap Parlimen? Apakah mengikut jumlah populasi atau kemudahan sedia? Saya berpendapat bahawa Bentong memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi Pusat Komuniti Desa yang boleh beroperasi berdekatan dengan mukim Bentong dan mukim Sabai ini bagi memudahkan penduduk kampung sekitar untuk turut mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PKD. PKD sedia ada di mukim Pelangai ini sekarang ini terlalu jauh daripada kawasan penduduk dari mukim-mukim yang lain. Terakhir, Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh B.22 Butiran 03000 iaitu Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Saya juga turut bersama dengan Jelebu, di mana saya
menyokong bahawa perlu meletakkan hal ehwal FELDA ini sepenuhnya di bawah tanggungjawab KKDW. Kadangkala, kita lihat pelbagai isu FELDA yang perlu ditangani secara menyeluruh oleh kementerian yang bertanggungjawab. Ia membabitkan isu-isu penaik taraf jalan, lampu jalan, kemudahan-kemudahan asas seperti dewan, padang sukan, serta keadaan longkang yang perlu diselenggara bagi mengelakkan banjir kilat dan sebagainya dan isu-isu yang lain. Sekian, terima kasih dari Bentong.
Baik, terima kasih. Saya jemput Mas Gading.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Mas Gading untuk turut serta dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah. Tan Sri Pengerusi, pembangunan kawasan luar bandar tidak hanya soal menaik taraf infrastruktur tetapi juga berkait rapat dengan peningkatan taraf hidup, peluang ekonomi dan kesejahteraan sosial. Walaupun banyak inisiatif telah dilaksanakan, masih wujud cabaran besar yang dihadapi oleh komuniti di luar bandar terutamanya dalam memastikan akses kepada infrastruktur asas, peluang ekonomi dan kemudahan pendidikan yang setara. Dalam usaha mempercepatkan pembangunan luar bandar, apakah strategi kementerian untuk menangani kekurangan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik di kawasan pedalaman Sarawak di bawah Belanjawan 2025? Bagaimanakah kementerian memastikan pelaksanaan projek-projek ini dilakukan dengan cepat dan efisien tanpa masalah ketirisan khasnya rasuah? Apakah strategi kementerian untuk memastikan agar perbelanjaan yang diperuntukkan dan diluluskan ini akan dapat dibelanjakan dengan sepenuhnya? Hari ini saya ingin mengupas beberapa isu utama yang berkait rapat dengan keperluan rakyat di luar bandar serta meminta penjelasan kementerian berhubung dengan pembahagian perbelanjaan bagi tahun 2025. Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana saya telah dimaklumkan bahawa Projek Jambatan Selampit yang telah tertangguh terlalu lama akhirnya dalam proses pembinaannya. Apakah butiran terperinci garis masa berkenaan dengan projek ini dari mula sehingga siap pembinaannya? Tetapi di kesempatan ini juga saya ingin bertanya tentang status pembinaan ataupun naik taraf jalan kedai yang sudah pun diluluskan tetapi belum ada tanda-tanda pelaksanaannya lagi. Saya juga ingin membawa Butiran 02002 yang menyentuh tentang Bekalan Air Luar Bandar Sarawak. Saya ingin tahu, adakah Projek Bekalan Air Luar Bandar di Lundu, Sarawak termasuk dalam di bawah Belanjawan 2025? Sekiranya ada, apakah status terkini projek-projek ini? Kerana, setelah pejabat saya meluluskan dalam RM500,000 bagi pembinaan sistem bekalan air graviti pada tahun lepas untuk tiga buah kampung, pejabat saya kini telah menerima banyak permohonan daripada
penduduk-penduduk kampung untuk membaik pulih sistem bekalan air graviti di kampung mereka. Sehubungan dengan ini juga, saya ingin mendapatkan pencerahan berkenaan tentang jumlah projek yang telah diluluskan, projek yang sedang berjalan dan projek dalam perancangan bagi pembangunan bekalan air luar bandar di Sarawak di bawah RMKe-12. Adakah dan berapakah projek-projek yang telah diluluskan di bawah RMKe-12 akan termasuk di dalam Belanjawan 2025? Butiran 02004 menyentuh tentang Bekalan Air Alternatif. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara untuk Mas Gading menyalurkan keluhan-keluhan dan permohonan- permohonan penduduk kampung yang mengadu tentang masalah bekalan air alternatif mereka? Peruntukan Mas Gading memang tidak cukup untuk menampung permohonan- pemenang ini kerana ia melibatkan kos di luar kemampuan peruntukan kawasan Mas Gading. Menyentuh tentang Butiran 02300 dan Butiran 02400 berkenaan dengan Jalan-jalan di Luar Bandar, di mana sejumlah RM1.7 bilion diperuntukkan bagi pembangunan jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menyelenggara jalan-jalan lama di sepanjang jalan Pan- Borneo yang telah siap? Di samping itu juga, adakah kementerian memberi peruntukan bagi menaik taraf jalan-jalan pertanian yang sedia ada di Mas Gading? Ini kerana Mas Gading juga turut menerima banyak permohonan-permohonan untuk menaik taraf dan menurap jalan pertanian yang sedia ada daripada golongan-golongan muda yang kini cuba bergiat aktif dalam sektor pertanian. Saya melihat perkembangan minat golongan belia ini untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian adalah suatu yang amat memberangsangkan. Jadi, saya ingin memohon agar pihak kementerian untuk turut melihat isu ini sekali gus dapat meningkatkan dan mendorong dan menyokong penglibatan belia dalam sektor pertanian dengan memberikan perhatian kepada projek-projek menambah baik jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan luar bandar. Persoalan terakhir saya adalah, apakah status projek jalan kedai dan seperti saya mentioned-kan tadilah? Tan Sri Pengerusi, dalam kita menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat di luar bandar, adalah amat penting bagi kita untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif. Kementerian memikul tanggungjawab yang besar dalam menjayakan agenda ini dan melalui usaha berterusan serta perancangan yang lebih holistik, saya yakin kita dapat mewujudkan kesejahteraan yang lebih besar di kawasan luar bandar. Saya berharap kementerian dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada isu-isu yang Mas Gading telah bangkitkan dan mengambil tindakan yang lebih efektif bagi memastikan masyarakat luar bandar terus berkembang maju sejajar dengan kemajuan negara. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Baik, seterusnya dijemput Arau.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi, rakyat Malaysia, orang muda, tetamu, habis. Okey, yang pertama sekali ialah Butiran 030100 - Pembangunan Usahawan, RM22 juta kepada RM24 juta. Dari segi penerangan yang disebut Tan Sri Pengerusi, pandangannya menyebut bahawa ini ialah untuk memajukan usahawan di luar bandar. Saya nak tanya Menteri, you jawablah, RM2 juta nak buat apa? Nak buat apa, nak tanya? Nak buat projek apa RM2 juta? Jangan masuk langsung ini kalau kurang-kurangnya RM200 juta itu okey, tapi RM2 juta nak buat apa? Nak bangunkan kawasan luar bandar seluruh negara, RM2 juta? Tak malu kat orang kah? Jadi, tak boleh perkataan — dia naik RM2.2 juta kepada RM2.4 juta. Saya minta, Tan Sri, saya ini Ahli Parlimen Malaysia. Saya tak pernah cakap pun pasal Arau. Ini orang Arau cakap. Orang Arau, apa khabar? Ini Arau bercakap, Arau tak pernah langsung sebut Arau berjuang untuk rakyat Malaysia, Sarawak, Sabah. Saya tak pernah sebut kawasan apa ini kawasan Arau. Hari ini saya nak sebut. Saya minta supaya Arau diberi perhatian untuk pembangunan usahawan desa. Ini hendak sebut, tak pernah minta seumur hidup. Ini kali pertama sejak jadi Ahli Parlimen begitu lama tak pernah sebut. Saya minta supaya kerajaan, saya cari usul mana yang saya boleh bawa untuk tambah peruntukan. Usul kurang peruntukan adalah Tan Sri yang saya akan bawa kepada 66(9), 13(15) ini saya akan bawa kepada tiga kementerian. Potong RM10, yang ini kami tak pernah buat, yang dok buat kerja dulu DAP dengan — Yang Berhormat tahulah, Tan Sri Pengerusi. Kami tak pernah buat tapi kali ini saya akan buat.
Ter-miss tiga kementerian. Tetapi, hari ini hendak buat balik. Sebab apa? Mereka tidak behave dengan izin, dalam bentuk janji tidak pernah buat. Tiga kementerian ini kita akan buat, kita akan bagi notis hari ini. Dua hari kita akan bincang, hari Khamis Menteri akan dipotong RM10. Kita akan bincang panjang. Okey, saya minta supaya pembangunan usahawan desa ini diberi perhatian dengan cara serius. Tan Sri, kalau hendak pergi buat kuih baulu tiga buah kedai, jangan buat. Saya hendak satu kawasan perindustrian mengeluarkan kuih tradisional. Contohnya, baulu, pekasam. Pusat ikan pekasam, keluarkan. Ini saya minta buat di Arau. Malah hari ini ada perkataan baru yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI ini iaitu perkataan- perkataan baru termasuk “mengarau”? Mengarau.
Merarau, merarau. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Merarau. Ada perkataan “Arau” itu. Makan tengah hari, merarau. Makan tengah malam, gabi. Makan malam, makan malam tapi sebab ada ― saya tak setuju. Tetapi, sebab ada Arau, saya pun can lah. Satu perindustrian yang dibuat secara besar-besaran. Sebab apa? Kalau ada permintaan satu juta, kita boleh
sediakan satu juta. Tetapi, kalau sekiranya kita katakan hendak supply 50 kilogram, ini tidak selesai masalah. Saya minta diselesaikan benda ini. Yang Berhormat, dalam Malaysia ini hanya Perlis sahaja yang tidak ada pembangunan wilayah. Butiran 020400 – Kemajuan Tanah Wilayah. Perlis tidak ada. Saya dah bercakap bukan bertahun, berpuluh tahun. Sejak jadi Ahli Parlimen, saya cakap tajuk ini. Kenapa tidak dibuat satu pembangunan wilayah di Perlis? Hari ini jawab tidak payah jawab ikut pegawai, Yang Berhormat jawab, “Kita akan pertimbangkan segera”. Cakap macam itu cukup. Bagi tahu Timbalan Perdana Menteri, confirm dia akan setuju sebab dia bakal Perdana Menteri. Nama pembangunan wilayah ini ialah PEWIP (Pembangunan Wilayah Perlis). Ya, Yang Berhormat. Okey, yang keduanya. Orang Asli baru-baru ini di Gua Musang, Nenggiri tidak sokong kami, tidak sokong langsung. Tetapi, siapa cakap pasal mereka? Akhirnya, Arau yang bercakap iaitu di Nenggiri, jalan di Tohoi, Pasik, Simpor, Pulat dan juga Gob. Di Gob ini kami dapat lima undi, hendak bagi tahu. Tetapi saya cakap bagi pihak orang-orang Gob dan juga semua yang saya sebut nama tadi sebab janji kementerian hendak buat jalan. Mana dia jalan? Tidak Dato'. Dia orang SMS ke Dato', “Dato’, jalan tak dibuat.”, “Dato’, minta motor satu”. “Undi pun tak dapat, minta motor”, saya kata. [Ketawa] Minta dekat ini. Okey, tetapi macam mana pun tidak apa. Orang Asli kena ingat bahawa kita kena serius dengan mereka. Sekali janji kena tepati. Buat jalan. Sebab apa? Jalan ini bukan ― jalan bukan jalan tar. Ini jalan ini kawasan balak. Buat jalan, perbaik. Sebab kami hendak pergi sana cukup teruk. Yang Berhormat, berikutnya adalah Butiran 040300 – KEMAS. KEMAS. Bagus. KEMAS ikut arahan. Dulu ikut arahan UMNO, sekarang ikut arahan kerajaan. Saya setuju KEMAS diberi jawatan tetap tetapi KEMAS kena berhati-hati. Orang yang sama dah ― sekarang masuk ke alam tua. Ini, kita kena terbuka sikit. Jangan sampai ke tahap, “Ini saya wakil rakyat. Saya yang masa temu duga dulu, saya ambil dia. Sekarang jumpa saya tak nak cakap”. Apa punya orang ini. Sini kah latihan perpaduan? Kerajaan ini bernama Kerajaan Perpaduan bukan Kerajaan Perpecahan. Tapi, kalau KEMAS tidak behave dengan izin, tukar nama Kerajaan Perpecahan. Jadi, saya minta supaya KEMAS yang telah dinaikkan peruntukan RM126 juta kepada RM140 juta, saya sokong. Tetapi, kena behave dengan izin. Serve rakyat. Nama pun perkataan KEMAS. Untuk rakyat. Kami untuk rakyat. Tadi tengok Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri kata, “Peruntukan tidak dibagi kepada kami. Pegawai-pegawai― dibagi kepada pegawai yang tidak Ahli Parlimen”. Mana yang penghabis tadi cakap? Yang BEBAS tadi ya. Kepada Ahli Parlimen, ini kesian dekat dia orang ini. Dia orang Ahli Parlimen Kerajaan tidak dapat. Kami tentulah tidak dapat langsung. Tetapi, perbuatan ini perbuatan yang melanggar nama MADANI dan juga perpaduan. MADANI apa dia? Tamadun. Tamadun kah membeza-bezakan manusia? Tamadun kah yang menghalangkan orang miskin dan juga kami tolong anak yatim dengan orang
miskin? Ingat, orang Islam semua tolong ingat ya, Allah benci kepada orang yang mendusta agama. Siapa? Ia orang yang menafikan hak anak yatim dan juga bagi makan orang miskin. Tanggung kamu sendiri nanti. Yang akhir sekali Tan Sri, akhir sekali. Saya terlajak sikit ya. Yang kedua terakhir, jalan-jalan luar bandar. Jalan-jalan luar bandar Tan Sri, saya minta jalan-jalan luar bandar ini. Jalan-jalan luar bandar ini juga, Ahli Parlimen juga cakap bahawa permohonan mereka ditolak. Dia hanya ambil pertolongan daripada parti politik. Parti politik bukan menang pilihan raya, rakyat Malaysia. Hang tengok kerajaan pun complaint, kami pun complaint. Dia bagi peruntukan kepada orang yang bukan wakil rakyat. Kami memang tidak dapatlah? Tidak guna punya. Saya akan sebut pegawai. Saya akan bawa usul beberapa orang pegawai di bawah 36(9). Saya tidak sebut peribadi dia tapi sifat kelakuannya sebagai pegawai kerajaan yang cukup durjana tidak bagi peruntukan kami buat jalan. [Tepuk] Durjana! Akhir sekali Tan Sri, saya tidak mahu ambil masa banyak sebab Tan Sri begitu baik, cukup baik. Kadang-kadang saja tidak berapa baik tetapi kira baik lah. Yang terbaik lah dalam dunia sekarang ini. Yang Berhormat, elaun JPKK telah dibagi RM247 juta, telah dikurangkan. JPKK ini dibagi kepada pelantikan orang PH. Di negeri yang kami menang ada dua. Ada dua KK Yang Berhormat. JPKK dan juga MPKK. MPKK kerajaan negeri buat. Kosong dua-dua tahun. Hari ini saya seorang yang buat kek. Yang Berhormat buat kek tidak? Hari ini ‘Hari Reformasi’ dua tahun. Saya seorang yang buat kek. Saya tulis apa di kek itu? Rahsia. Saya buat kek ada dekat dewan makan, nanti boleh mai tengok. Saya tulis situ. Buat kek. Hari ini saya seorang yang teringat dekat PMX. Orang lain tidak teringat. Kek Hari Reformasi dua tahun hari ini. Saya tulis apa di sana? Rahsia lah. Datang tengok nanti. Tetapi saya meraikan. Tetapi dua tahun ini menunjukkan bahawa mereka hanya bagi elaun kepada JPKK. Tetapi MPKK dalam satu kampung, dua. Maka, saya minta kalau tidak bagi elaun kepada MPKK, tukar nama kerajaan tak perpaduan. Kerajaan Perpaduan, bagaimana satu kampung dua badan untuk mengendalikan kampung? Itu penghabis Tan Sri. Saya minta jangan buat kerja itu. Berdosa Tan Sri. Tidak takut kah dosa? Kamu semua orang Islam. Kamu tidak fikir ini. MPKK tidak dapat peruntukan dua tahun, JPKK dapat. JPKK bukan ada orang pun. Empat lima orang JPKK, RM900. Yang MPKK seluruh kampung. Macam di Perlis, kami menang semua Tan Sri. Sampai ke ceruk- ceruk kampung kami menang, ke lubang-lubang kampung kami menang. Jadi, kalau lantik JPKK, siapa dia orangnya? Terima kasih Tan Sri kerana bagi peluang. Saya hendak bagi tahu, saya sokong peruntukan ini dengan sedikit perubahan seperti yang telah saya cadangkan tadi. Terima kasih. [Tepuk]
Baik, terima kasih. Saya jemput Paya Besar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas. Tan Sri Pengerusi, saya ingin bangkitkan beberapa perkara yang melibatkan kawasan Paya Besar melibatkan Perkampungan Orang Asli Sungai Mas. Tan Sri, kepentingan untuk mengadakan bekalan air bersih begitu lama di Perkampungan Orang Asli Sungai Mas. Puluhan tahun mereka menggunakan air bukit dan bermasalah apabila musim panas kerana air bukit pressure-nya rendah dan selalu terputus bekalan air. Apabila musim hujan sekarang, air yang ada tetapi air itu keruh dan tidak bersih. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Saya hendak tanya pada pihak kementerian, perkampungan Orang Asli Sungai Mas merupakan satu perkampungan Orang Asli yang sudah lama dan memiliki sekolah kebangsaan dan ekosistem yang cukup baik. Adakah kementerian sedar keperluan mendesak ini perlu diselesaikan segera dan apakah penyelesaian yang krisis bekalan air di perkampungan Orang Asli Sungai Mas? Puan Pengerusi, saya juga menyentuh berkaitan Perkampungan Orang Asli Gedung Siam. Untuk makluman Puan Pengerusi, di Daerah Kuantan kita ada enam kampung Orang Asli dan lima kampung Orang Asli berada dalam Parlimen Paya Besar. Salah satu perkampungannya adalah Perkampungan Orang Asli Gedung Siam. Ada keperluan pihak kementerian untuk membina sebuah dewan orang ramai yang menjadi keperluan mendesak di perkampungan ini dan lampu jalan yang sangat gelap lebih kurang 500 meter. Saya fikir ini perlu diberi penekanan kerana ia berhampiran dengan Pusat Latihan JAKOA yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kementerian pagi tadi berkaitan Pusat Latihan JAKOA di Gambang, Kuantan. Untuk makluman pihak kementerian, Pusat Latihan JAKOA ini adalah kawasan Parlimen Paya Besar dan Pusat Latihan JAKOA ini semasa saya berada sebagai anggota pentadbiran, Pusat Latihan JAKOA ini terbengkalai. Usaha Kementerian Kewangan bersama kontraktor sedia ada telah mewujudkan satu one-stop center dan Alhamdulillah hari ini saya dengar berita menggembirakan. Ia akan mula beroperasi pada pertengahan tahun hadapan. Cumanya, saya minta pihak kementerian untuk tukar nama. Pusat Latihan JAKOA Gambang kepada Pusat Latihan JAKOA Paya Besar. Kerana apa? Ahli Parlimen Paya Besar menyelesaikan masalah ini. Itu penting.
Yang ketiganya, kita ada keperluan untuk membina sebuah kampung budaya sebagai simbiosis kepada Pusat Latihan JAKOA Paya Besar, Kuantan ini supaya school of jungle punya template yang berjaya di Gombak itu dapat dilaksanakan school of jungle di Paya Besar.
School of jungle bukanlah kita membawa sekolah di dalam hutan, Puan Pengerusi, tetapi ilmu ikhtiar hidup dan pengetahuan tentang flora dan fauna. Ini akan memberi nilai tambah kepada peningkatan taraf hidup Orang Asli kerana Orang Asli mempunyai kepakaran tentang flora dan fauna, value tourism dan perubatan tradisional. Ini telah kita laksanakan pusat khidmat saya bersama dengan UIA untuk kita melihat bagaimana kejayaan school of jungle di Gombak dapat di-adopt di Paya Besar dan bagaimana Kulliyyah of Pharmacy UIA untuk membuat tablet perubatan tradisional di bawah perkampungan Orang Asli. Saya harap sangat kementerian supaya sebuah kampung budaya dapat diwujudkan di daerah Kuantan kerana dengan kecanggihan pengangkutan yang sedia ada, ia akan memberi nilai tambah kepada tourism. Saya hendak sentuh, Puan Pengerusi, berkaitan KEMAS. Saya harap sangat KEMAS kena melaksanakan satu anjakan yang baharu berdasarkan model ekonomi yang baharu. Kerajaan yang sedia ada ini kerajaan yang mempunyai nilai-nilai yang begitu baik. Saya harap sangat supaya KEMAS beralih daripada kaedah biasa. Jangan lagi pembangunan komuniti di bawah Butiran 00200 berada di tahap yang lama. Mesti ada model yang baharu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Bangunan usang tak selamat di kawasan saya ada satu. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan. Akhirnya, Puan pengerusi, saya minta sangat di bawah Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Ada satu perkampungan Kampung Permatang Badak, Puan Pengerusi. Saya dah uruskan untuk membuat perparitan di bawah PBT. Cumanya, kita minta sangat supaya peruntukan di bawah Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dapat kita lebarkan, kerana setiap pagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jalan Permatang Badak Maju 3 sangat- sangat sesak. Kalau boleh dilebarkan pada tahun hadapan, ia akan memberikan kemudahan kepada rakyat yang menggunakan jalan untuk menghantar anak-anak mereka berada di Permatang Badak. Akhirnya Puan Pengerusi, saya ingin menyokong beberapa saranan yang telah saya nyatakan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya kedudukan fungsi FELDA itu diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih Puan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana izinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan jawatankuasa kementerian KKDW. Dalam banyak perkara-perkara dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, saya hanya hendak tumpukan dua perkara dalam jawatankuasa untuk KKDW ini sahaja. Yang pertamanya adalah tentang KEMAS dan keduanya adalah tentang Jabatan Kemajuan Orang Asli. Berkaitan dengan KEMAS, pertamanya saya ingin ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada seluruh warga KEMAS Gopeng yang sentiasa membantu. Pengalaman
saya, walaupun baru dengan mereka, tetapi dengan semangat dan peranan yang mereka mainkan selama ini yang mengumpulkan penduduk-penduduk kampung, orang kampung siang malam, hari minggu, hujung minggu, memang saya menghargai jasa mereka. Saya rasa terpanggil untuk membawa beberapa isu yang berkaitan dengan KEMAS dalam buku belanjawan ini. Untuk Maksud B.22 Butiran 051100 – Bantuan Geran Per Kapita KEMAS, saya lihat ada peningkatan yang drastik. Cuma, saya masih lagi rasa kalau lihat kepada keperluan semasa KEMAS dalam menjalankan segala aktivitinya, dia masih lagi berkurangan. Sebab, saya lihat rata-ratanya guru-guru, pegawai-pegawai memang bertungkus-lumus untuk mencari dana bagi melaksanakan program. So, saya rasa haruslah kita melihat kepada kewajaran dalam meningkatkan kapasiti ataupun peruntukan kepada bantuan geran per kapita. Lihat kepada jumlah 10,000 tadika dan taska KEMAS yang melibatkan 200,000 murid, guru-guru dan juga pusat kegiatan KEMAS di semua tempat. Keduanya adalah tentang Maksud B.22 Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS. Dilihat ia masih lagi― berbanding dengan tahun lepas, RM1.25 juta. Saya lihat ianya masih lagi jauh ketinggalan. Untuk setahun, dua ini, saya telah pun jelajah hampir ke seluruh taska dan tadika KEMAS di kawasan Gopeng. Saya sempat pakai peruntukan saya untuk memasang, melengkapkanlah air-cond ataupun smart TV ataupun perabot di tabika dan taska KEMAS. Saya lihat kelengkapan dan peralatan untuk tabika dan taska KEMAS masih lagi memerlukan perhatian daripada kementerian. Sudah tentu adalah tentang infrastruktur. P.22 Butiran 00500 – Pusat Kegiatan Masyarakat yang diperuntukkan RM31.5 juta. aya ingin memohon kepada pihak kementerian supaya melihat Kompleks Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Gopeng yang telah pun memohon untuk naik taraf keseluruhan bangunan ini yang anggaran nilainya adalah lebih kurang RM3 juta boleh diberikan perhatian. Seterusnya adalah, tentang KEMAS juga, P.22 Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya ada dua soalan dekat sini. Pertamanya, melihat kepada perbelanjaan sebenar tahun 2023, ia hanya merekodkan perbelanjaan sekitar RM4.47 juta sahaja berbanding dengan puluhan juta diperuntukkan. Tapi, kita lihat pertambahan bajet pada tahun 2025 berbanding dengan tahun sebelum itu. Ia asalnya RM33.24 juta kepada RM81.52 juta. Apakah perancangan dalam peningkatan ataupun tambahan bajet yang ketara ini? Yang keduanya, balik kepada JAKOA, B.22 Butiran 050700 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli. Saya lihat juga ada peningkatan yang mendadak dalam perkara ini. Tetapi, saya hendak tanya kepada kementerian, apakah tumpuan bagi tahun depan dalam usaha meningkatkan taraf hidup Orang Asli, sama ada dalam industri komoditi, asas tani ataupun apa? Cuma, saya hendak bawa satu cadangan kepada kementerian. Kalau pernah kita melawat ke perkampungan kebudayaan, contohnya Mari Mari Cultural Village di Sabah, ia adalah satu model yang sangat-sangat baik yang mana dimiliki oleh swasta tetapi kita dalam
memelihara dan mempromosikan budaya pelbagai etnik, tetapi kita boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada orang kampung di setiap negeri. Kalau boleh, saya hendak cadangkan kepada Menteri supaya melihat dalam perkara ini supaya kita boleh wujudkan ada perkampungan-perkampungan kebudayaan di Semenanjung Malaysia di perkampungan Orang Asli. Kalau boleh, Gopeng boleh dijadikan salah satu pilot project untuk kita mulakan projek seumpama ini. Keduanya adalah P.22 Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli. Perkara ini berkaitan dengan pencahayaan yang saya minta perhatian Menteri. Sebab, di kawasan kampung Orang Asli di kawasan saya, satunya adalah sepanjang jalan Cameron Highlands ke Simpang Pulai, semuanya jalan utama yang ramai pengguna, pelancong-pelancong yang lalu di situ. Satunya adalah di kawasan Gopeng yang ramai juga pelancong ekopelancongan ke situ, tetapi limpahan ekonomi itu jarang berpihak kepada mereka. Tetapi, kita terdedah kepada pelbagai risiko. So, saya minta pencahayaan perlu dipertingkatkan di persimpangan- persimpangan jalan di sepanjang jalan tersebut supaya memastikan keselamatan sekurang- kurangnya Orang Asli terjamin di kawasan Parlimen Gopeng. Sekian sahaja. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan belanjawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi pembangunan P.22 Butiran 02003, Butiran 02400 dan Butiran 01707. Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah dengan nilai peruntukan RM100,008,900. Isu masalah bekalan air di Sabah merupakan isu yang telah lama membelenggu rakyat Sabah. Beaufort adalah antara daerah yang sehingga ke hari ini masih berdepan dengan masalah bekalan air bersih. Setelah dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah bersetuju untuk meluluskan projek bekalan air luar bandar di Kuala Penyu, saya ingin mohon penjelasan daripada kementerian, apakah status terkini projek tersebut? Bilakah projek ini akan dapat dilaksanakan? Puan Pengerusi, saya telah membuat lawatan dan program bersama penduduk di Kampung Sawangan dan juga Kampung Kiaru, Kuala Penyu. Semasa lawatan program di sana, saya dapat merasakan keperitan orang kampung yang terpaksa menadah air hujan sebagai sumber air dan terpaksa membeli air bersih yang harganya RM1 untuk 10 liter menggunakan bekas air dan membeli air mineral sebagai air minuman.
Kos isi rumah untuk mendapatkan bekalan air bersih mencecah lebih RM300 sebulan sedangkan mereka ini adalah daripada golongan B40 yang kurang berkemampuan tetapi terpaksa berbelanja lebih kerana air adalah menjadi keperluan asas mereka. Saya amat
mengharapkan agar kementerian dapat menyegerakan projek bekalan air luar bandar di Kuala Penyu bagi memberikan sinar baharu kepada penduduk kampung yang terjejas seperti di Kampung Sawangan dan Kiaru yang sudah berdepan masalah ini sekian lama. Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa iaitu RM196,864,100. Puan Pengerusi, melalui inisiatif perlaksanaan projek JPD, ia akan menyambungkan jalan-jalan di antara sebuah kampung dengan kampung-kampung yang lain atau menghubungkan kampung dengan jalan raya utama. JPD bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan keselesaan perhubungan kepada penduduk luar bandar. Pengerusi, berdasarkan jawapan Belanjawan 2025 yang saya terima dalam jawapan Menteri di peringkat dasar, Beaufort telah menerima peruntukan Jalan Perhubungan Desa sebanyak 25 projek dengan anggaran nilai RM11.792 juta. Sebagai Ahli Parlimen yang membawa suara rakyat tidak maklum berkenaan 25 projek ini sedangkan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Beaufort telah menghantar banyak permohonan JPD ini kepada pejabat kementerian dari tahun 2023 lagi. Untuk rekod dalam Dewan yang mulia ini, semua projek yg dicadangkan oleh Ahli Parlimen Beaufort atas permintaan rakyat dan keperluan mendesak tidak ada khabar dan kelulusan. Jujur saya katakan saya amat rasa kecewa kerana sebagai Ahli Parlimen, sayalah yang berhadapan dengan rakyat dan rakyat mempersoalkan kepada saya, mengapa permohonan yang mereka telah mohon melalui Ahli Parlimen tidak ada kelulusan? Tapi projek yang tidak mendesak dapat peruntukan. Saya mohon penjelasan. Saya mencadangkan bukan sahaja di Parlimen saya bahkan semua Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini perlu mendapat makluman berkenaan projek yang telah diluluskan oleh kementerian agar kami sebagai wakil rakyat dapat memaklumkan kepada rakyat mengenai dengan pembangunan yang dibawakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang sebenarnya merupakan denyut nadi kepada rakyat di kawasan luar bandar. Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung dengan nilai peruntukan RM10,500,000. Puan Pengerusi, masalah ketiadaan lampu jalan di kawasan perkampungan ini amatlah serius. Ia boleh menyumbang kepada berlakunya jenayah dan keselamatan kepada penduduk kampung. Semasa saya melaksanakan Program Jelajah Prihatin Parlimen Beaufort, aduan yang saya terima berkenaan masalah lampu jalan ini adalah sangat tinggi. Atas bantuan daripada Pejabat Daerah Beaufort, Pusat Khidmat Parlimen Beaufort telah menyenaraikan jalan-jalan kampung yang perlu pemasangan segera lampu jalan. Antaranya ialah jalan Kampung Melabau, jalan Kampung Pangsun, jalan Kampung Pilajau, jalan Kampung Klias Kecil, jalan Kampung Miang Klias, jalan Kampung Kota Klias, jalan Kampung Laba hingga ke Kampung Layung dan jalan Kampung Nukahan. Besarlah harapan Beaufort sekiranya Kementerian KKDW dapat memberikan peruntukan kepada Beaufort di bawah butiran ini untuk pemasangan lampu jalan. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 25 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Tuan Pengerusi dan Ahli Dewan Rakyat yang dihormati sekalian, sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada 25 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengajukan pertanyaan berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Jelebu, Padang Rengas, Kluang, Kuala Krai, Kota Belud. [Dicelah] Kuala Krau ya, Kota Belud, Kangar, Sri Aman, Dungun, Sungai Siput, Rompin, Julau, Tampin, Tangga Batu, Segamat, Sabak Bernam, Lubok Antu, Baling, Tenom, Gua Musang, Bentong, Mas Gading, Arau, Paya Besar, Gopeng dan YB Beaufort. Pelbagai isu dan pertanyaan telah dikemukakan. Insya-Allah saya cuba jawab dan jika tak sempat dijawab, saya akan jawab secara bertulis. Tuan Pengerusi, yang pertama sekali Yang Berhormat Jelebu tadi bertanya berkaitan cadangan. Bukan sahaja YB Jelebu, YB Tampin, YB Bentong dan juga YB Paya Besar telah mencadangkan FELDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kita mengucapkan terima kasih atas cadangan berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut tertakluk kepada keputusan dasar pihak kerajaan dan buat masa ini, pihak KKDW akan terus membantu peneroka FELDA dan hal ehwal masyarakat peneroka. Kedua, Jelebu bertanya berkaitan dengan gred jawatan pegawai KEMAS daerah perlu dipertimbangkan daripada S29, S32 kepada gred pegawai S41. Untuk makluman Yang Berhormat, perjawatan pegawai KEMAS gred S41 di KEMAS adalah sebanyak 22 perjawatan dan keseluruhan pejabat KEMAS daerah sebanyak 132 perjawatan mengikut model pejabat KEMAS negeri berkenaan. Berdasarkan bilangan kakitangan, keluasan, nilai pegangan aset, bilangan kelas, kepadatan penduduk, dan bilangan ADUN ataupun Parlimen. Pihak jabatan dalam – Pihak Jabatan KEMAS dalam proses penyelarasan semula bersama dengan kementerian dan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi cadangan kenaikan gred jawatan S41 bagi jawatan pegawai KEMAS daerah sedang dijalankan. Seterusnya, YB Jelebu memaklumkan bahawa...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya.
Kalau boleh jawab kepada Ahli-ahli yang berada dalam Dewan.
Oh, ya kah? Okey, YB Jelebu tak ada kan?
Ya tak ada.
Okey, saya skip YB Jelebu. [Dicelah] Okey, yang kedua YB Padang Rengas. Ada tak? Okey. YB Padang Rengas berkaitan dengan pengurangan peruntukan 2025. Sepatutnya peruntukan ditambah atau dikekalkan berbanding 2024. Berapakah peruntukan JPD yang telah disalurkan mengikut negeri yang, ditangguhkan dan yang diteruskan? Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang diluluskan 2025 adalah berdasarkan kepada baki kos keseluruhan yang telah diluluskan bagi RMKe-12 mengikut agihan lima tahun. Bagi tahun 2025, sebanyak RM11.5 juta telah diperuntukkan bagi perlaksanaan Jalan Perhubungan Desa negeri Perak. Perlaksanaan projek JPD diteruskan sebagaimana agihan peruntukan setiap negeri yang diluluskan kerajaan. Berdasarkan peruntukan yang diluluskan pada tahun 2025, dianggarkan sebanyak 1,000 projek dapat dilaksanakan. Seterusnya YB Kluang. Apakah jenis tanaman yang diutamakan untuk projek ekonomi Orang Asli? Okey, sumber ekonomi melalui tanaman dan pertanian. Untuk ekonomi jangka masa panjang, tanaman kelapa sawit dan getah menjadi keutamaan dan dilaksanakan bersama dengan agensi di bawah KKDW dan melalui proses ini, peserta akan dapat peningkatan pendapatan dan dividen bulanan. Sehingga 2024, sebanyak 18 ladang telah dilaksanakan program tanam semula dengan keluasan keseluruhannya 4,411.28 hektar dengan kos dibelanjakan sebanyak RM48,080,186. Perlaksanaan projek ini bakal memberi pulangan faedah kepada 2,044 peserta Orang Asli yang akan menerima dividen hasil ladang.
Masyarakat Orang Asli juga terlibat dalam program usahawan. Selain daripada pertanian, usahawan dan kini sebanyak 517 usahawan aktif menjalankan produk pembuatan dan penjualan produk tempatan Orang Asli. Orang Asli juga terlibat dalam pembangunan koperasi dan sebanyak 45 koperasi bergiat aktif dan mampu menambah pendapatan peserta. Seterusnya, YB Kluang bertanya berkaitan dengan FELCRA, pinjaman ya. Untuk makluman, keseluruhan peruntukan RP5 yang diluluskan oleh kerajaan adalah dikhususkan untuk program-program pembangunan sosioekonomi peserta FELCRA di seluruh negara yang merangkumi bidang-bidang utama seperti berikut: (i) program pembangunan tanah luar bandar melalui pendekatan penyatuan dan pemulihan tanah dimajukan dengan komoditi sawit, getah dan padi; (ii) program pembangunan tanaman padi di Sabah dan juga Sarawak; (iii) infrastruktur ladang dan prasarana sosial; (iv) program pembangunan keusahawanan peserta; (v) program pembangunan modal insan peserta; dan (vi) program pembangunan agropertanian dan perancangan desa. Justeru itu, peruntukan pembangunan RP5 kepada FELCRA Berhad tidak langsung melibatkan mana-mana pembiayaan yang terkait dengan Bangunan Semarak 20. Kedua
seterusnya, MP Kluang bertanya fungsi asal FELCRA Berhad, jumlah peserta sehingga kini dan status pembayaran dividen daripada tahun 2022 hingga 2024. Fungsi asal penubuhan FELCRA adalah pada April 1996, memulih, menyatu dan memajukan tanah terbiar di seluruh negara bagi mengisi program pembangunan pasca kemerdekaan. Pada tahun 1997, selaras dengan aspirasi pengkorporatan negara, FELCRA telah ditransformasikan sebagai FELCRA Berhad. Sehingga kini, FELCRA telah memulih, menyatu dan memajukan seluas lebih daripada 260,000 hektar tanah terbiar yang dapat memberi manfaat kepada 1,007 peserta seluruh Malaysia. Walaupun telah dikorporatkan, FELCRA Berhad terus komited menjaga kepentingan peserta menerusi strategi korporat peningkatan berimbang di antara pelaksanaan program CSR dan juga komersial. Berdasarkan kenyataan di atas, FELCRA telah berupaya membayar dividen sebanyak RM918,582,827.28 dividen kepada 80,000 peserta dari tahun 2022 sehingga 2023. Bagi tahun 2024, FELCRA telah membayar dividen sebanyak RM228,988,329.36 dan ini menunjukkan dividen ini masih menjadi fokus utama pembayaran FELCRA.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan sebelum kita beralih ke isu lain? Berkenaan Semarak 20. Boleh tak minta Timbalan Menteri update-kan Dewan yang mulia ini bagaimana dengan penjualan di kesemua unit di Semarak 20? Terima kasih.
Soalan ini ada dibangkitkan juga oleh YB lain tadi lah ya. Untuk makluman, Projek Semarak 20 ini merupakan salah satu projek komersial FELCRA Berhad. Since dia dah dikorporatkan, selain membangunkan kawasan-kawasan ataupun membangunkan tanah-tanah terbiar, FELCRA juga telah mengusahakan beberapa program komersial, termasuk Projek Semarak 20. Tetapi untuk makluman, Projek Semarak 20 ini tidak menjejaskan peserta sebab hutang yang dipohon kepada MOF itu berdasarkan kemampuan FELCRA sendiri. Setakat ini, projek ini telah siap sepenuhnya dan kita telah membuat keputusan untuk menjual semua aset berkenaan bagi memastikan pengurusan pentadbiran dan juga pembangunan keseluruhan FELCRA dapat diatur dengan lebih kemas lagi. Setakat ini, kita telah pun menerima tujuh pembida, masih lagi di dalam perbincangan. Hanya dua syarikat yang memberi jumlah bidaan dan kita masih lagi dalam proses berkenaan. Itu sahaja status yang berkaitan dengan Semarak 20. Okey. Jadi, perkembangan Semarak 20 itu tidak menjejaskan peserta-peserta FELCRA. Okey, seterusnya MP Kluang juga bertanya apa bezanya Program Pembangunan TVET KKDW dan Program TVET lain di KESUMA dan juga KPM. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pembangunan TVET KKDW memfokuskan kepada pensijilan profesional bagi memenuhi keperluan industri, di samping pensijilan yang diperoleh daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sehingga kini, terdapat 279 institusi di bawah tujuh agensi KKDW yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan luar bandar dan di luar sistem persekolahan. Program- program yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan TVET KKDW meliputi program
daripada peringkat asas, sijil sehingga peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD) di bawah 15 kluster TVET. Seterusnya, YB Kuala Krau – okey.
Ada, ada.
Okey, ada. Pertama, isu – saya tak ikut ucapan tadi ya. Pertama, isu kekurangan guru MRSM dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Untuk makluman Tuan Pengerusi, sebagai maklumat Yang Berhormat juga, pada masa ini MARA tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi MRSM sedia ada kerana pengisian jawatan guru MRSM sedia ada adalah bilangan perjawatan yang diluluskan serta mengikut ratio pengambilan pelajar di MRSM sedia ada. Namun, permasalahan perjawatan akan berlaku hanya kepada pengoperasian bagi MRSM baru yang akan diwujudkan, termasuk belanja pengoperasian. Oleh itu, projek-projek pembinaan MRSM baru ketika ini ditangguhkan. Selain daripada itu, MARA memberi fokus untuk melaksanakan projek penyelenggaraan dan naik taraf di MRSM yang sedia ada. Seterusnya, YB Kuala Krau juga bertanya berkaitan dengan tindakan penjualan Semarak 20 tadi ya. Sama seperti jawapan tadilah. Tujuh pembeli masih dalam proses dan dalam penilaian jawatankuasa dalaman syarikat. Seterusnya YB Kuala Krau juga, apakah status terkini Tabung Wakaf Madani dan berapa bilangan pelajar yang telah ditaja? Untuk makluman Yang Berhormat, tarikh kelulusan MARA sebagai mutawalli (pentadbir) wakaf daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah pada 21 Ogos 2024. Status terkini Wakaf MARA MADANI menunjukkan perkembangan yang positif dengan jumlah dana terkumpul sebanyak RM21.1 juta setakat 13 November 2024. Pengembangan dana Wakaf MARA MADANI dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025 dan skop agihan manfaat Wakaf MARA MadANI terbahagi kepada enam kategori iaitu pendidikan, keusahawanan, kebajikan, kesihatan, pengangkutan dan juga aset wakaf. Pada tahun 2025, inisiatif wakaf MARA MADANI dijangka akan memberi manfaat kepada 100 orang bagi kategori pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kesihatan. Dengan sokongan ini, Wakaf MARA MADANI diharap dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada komuniti bumiputera melalui pendidikan berkualiti dan peluang ekonomi. Okey, seterusnya MP Kuala Krau juga bertanya berkaitan dengan aktivis Orang Asli, berkaitan dengan Oraco ya.
So, untuk makluman Yang Berhormat, ORACO merupakan anak syarikat negeri di bawah Kerajaan Negeri Pahang. JAKOA ditubuh sebagai penggerak yang melaksanakan pembangunan yang inklusif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah kemajuan, dengan memartabatkan warisan yang unggul kepada masyarakat Orang Asli. Namun begitu kebajikan masyarakat Orang Asli masih di bawah tanggungjawab JAKOA. Maksudnya ORACO itu anak syarikat kerajaan negeri. Jadi, urusan ORACO tidak terkait dengan JAKOA secara keseluruhannya. Okey, seterusnya...
YB Timbalan Menteri.
Ya.
Padang Rengas. Nak tanya fasal bekalan air bersih kedua kampung di Padang Rengas tadi.
Okey. Belum lagi. Nanti kita akan go through. Okey. Seterusnya YB Kuala Krau juga dia bertanya berkaitan dengan apakah ada kajian dibuat bagi indikator mengenai Tabika Pra Tahfiz yang melibatkan hampir 60 peratus pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat, modul Pra Tahfiz KEMAS merujuk sepenuhnya Modul Hafazan Tabika Tahfiz Negeri Pahang dengan teknik hafazan dan kaedah pembelajaran secara fun learning, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah. Terdapat 38 surah yang terkandung dalam modul ini dan empat jilid buku rekod hafazan bagi tujuan pentaksiran. Pengukuran sasaran 60 peratus kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya sehingga surah Ad-Duha adalah berdasarkan silibus pelaksanaan sesi persekolahan 2024/2025 yang telah ditetapkan dan mengikut skala pencapaian mengikut tahap. Untuk makluman YB, penilaian keupayaan hafazan kanak-kanak sedang dilaksanakan mengikut instrumen yang dinyatakan. Berdasarkan kajian, keupayaan KEMAS melaksanakan program penghayatan Islam yang menghafal 10 surah terbukti berjaya. KEMAS mampu menguasai 60 peratus, 23 surah menghafaz seperti yang telah disasarkan. Seterusnya YB Kuala Krau juga membangkitkan isu berkaitan pengurangan peruntukan RM277 juta kepada RM247 juta kepada JPKK dan juga JPKKP tahun 2025. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pengurangan terhadap jumlah peruntukan yang diterima oleh Kementerian Desa dan Wilayah bagi pelaksanaan JPKK dan JPKKP. Dari RM277 juta kepada RM240 juta untuk tahun 2025 berbanding tahun ini adalah berikutan di tahun hadapan tiada lagi pelaksanaan bayaran insentif tadbir urus berjumlah RM5,000 akan dibuat, mengambil kira kelulusan yang diterima sebelum ini daripada Kementerian Kewangan bahawa pelaksanaan bayaran insentif tadbir urus itu dilaksanakan secara one-off hanya untuk tahun ini sahaja. Maksudnya peruntukan itu cukup untuk membiayai keperluan pembayaran elaun anggota JPKK dan JPKKP untuk tahun hadapan yang merujuk kepada JPKK yang berdaftar bersama dengan KKDW.
Kenapa berlaku penghapusan insentif one- off itu?
Okey. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pemberian insentif ini one-off. Permohonan kita hari itu secara one-off dan diluluskan one-off juga pada tahun ini. Kita cuba bawa tahun depan tetapi memandangkan cara permohonan kita lah. Peruntukan itu tak diluluskan tahun hadapan. Insya-Allah kita akan lihat dari sudut mana kita boleh bantu JPKK dan JPKKP.
Seterusnya YB Kuala Krau juga — banyak juga ini. Mohon kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan laluan merentasi rel kereta api. Boleh pilihkah? Kereta api bagi memudahkan penduduk Kampung Paya Sok dan kampung berhampiran untuk menghantar anak ke sekolah ke bandar Kuala Krau. Untuk makluman Yang Berhormat, semakan kementerian mendapati projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak tersenarai dalam keutamaan pembangunan negeri Pahang dalam rolling plan sebelum ini. Jadi, kementerian mengesyorkan supaya Yang Berhormat mengemukakan permohonan projek berkenaan kepada Bahagian Perancang Negeri (UPEN) Negeri Pahang untuk pertimbangan dan kita boleh bawa ke dalam RMKe-13. Seterusnya YB Kuala Krau, saya slot kan boleh kah? Boleh ya? Banyak lagi ini ada dua, tiga, empat. Boleh ya? Nanti saya jawab bertulis yang ada tiga isu lagi ini. Kita bagi peluang yang lain pula. Seterusnya YB Kota Belud. Berapa peruntukan bagi Program Jalan Luar Bandar Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rolling Plan Kelima tahun 2025, sebanyak RM469,716,800 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan 102 projek jalan luar bandar di Wilayah Sabah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 98 projek sambungan manakala empat projek merupakan projek baru yang diluluskan pada tahun 2025. Terdapat satu projek baru JALB telah diluluskan bagi Parlimen Kota Belud iaitu Projek Menaik Taraf Jalan Podos Gaur, Kota Belud, Sabah dengan kos sebanyak RM93.65 juta. Seterusnya isu kelewatan pelaksanaan projek terutama yang melibatkan pengalihan utilities. Terdapat isu kelewatan projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi pelaksanaan naik taraf Jalan Sayap Kota Belud, Sabah, projek naik taraf Jalan Tengkurus Lahanas Siba, Lahanas Sokid, Kota Belud, Sabah melibatkan pengalihan utiliti. Untuk makluman Yang Berhormat, kos bagi pengalihan utiliti seperti pengalihan tiang elektrik, paip air telah diambil kira dalam kos pelaksanaan projek berkenaan. Isu kelewatan pengalihan tiang elektrik sedang diselaraskan dan ditangani oleh agensi pelaksana iaitu JKR Sabah dan juga Syarikat Elektrik Sabah Berhad.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan? Okey, kita sudah ambil kira kos relocation of utilities. Tetapi masalahnya sekarang ini adalah method untuk kita membina jalan itu. Sebab yang diberitahu kepada saya oleh JKR dan kontraktor itu lah bila mahu relocate dua tiang pun perlu BQ daripada SESB. Bila BQ lambat datang and then mahu laksana sudah expired. BQ hanya dalam masa tempoh enam bulan. Bolehkah kita buat sesuatu yang — sebab ini sangat menyukarkanlah Yang Berhormat. Ini baru awal, ini sudah negatif beberapa percent saya lupa tetapi kedua- dua jalan begitu tapi perbezaan yang agak ketara di kedua-dua jalan. Terima kasih.
Okey, saya amat memahami isu yang diutarakan oleh YB Kota Belud. Memang isu pengalihan utiliti ini memang menjadi isu utama jugalah dalam sesetengah projek. Namun begitu di pihak kementerian sekarang, kita cuba nak mempercepatkan proses-proses seperti ini, proses-proses ini dengan mengadakan lebih
banyak rundingan dan pemantauan bukan sahaja di peringkat agensi pelaksana, malah juga di peringkat KKDW. Sebab itu kita telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang mana bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan juga jawatankuasa bersama dengan negeri yang juga dipengerusikan oleh YAB TPM dan juga YAB Ketua Menteri Sabah supaya isu-isu projek macam ini pelaksanaan projek yang berlaku, yang berlarutan ini dapat kita tangani dengan lebih berkesan lagi. Insya-Allah kita dah ke arah berkenaan Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya senarai keutamaan projek juga diutarakan oleh Kota Belud yang mana tadi dia mohon agar Ahli Parlimen diberi keutamaan dalam pemilihan projek dan juga pelaksanaan projek. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai keutamaan projek bagi setiap rolling sebenarnya diberi keutamaan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Jadi, pemilihan projek based dengan perancangan pelan strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan pihak kementerian akan membawa list berkenaan kepada Kementerian Ekonomi.
[Bangun] Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi masa tambahan lima minit untuk jawab beberapa isu lagi.
Okey, okey.
Yang Berhormat Menteri, saya rasa ada juga beberapa perkara yang kita perlu melihat. Contoh, macam keadaan saya di Kota Belud. Saya berada di dalam Kerajaan Perpaduan tetapi di Sabah, saya different. Parti saya pembangkang. Ini salah satu benda juga yang kita kena ambil kira sebab apa yang disuarakan barangkali mungkin tidak kalau saya sampaikan kepada negeri, mungkin keadaan saya berbeza. Itu satu hal. Kedua juga, maksud saya selain daripada itu, ada perkara-perkara macam jalan- jalan yang kecil-kecil ini Yang Berhormat. Sebab yang menyedihkan saya, bila saya hantar surat, banyak, sekurang-kurangnya, barangkali ada jawapan. Tetapi, di tempat lain pula saya dengar benda itu boleh dibuat, ada dilakukan tetapi melalui kontraktor, yang saya cakap tadi. So, itu yang saya kira tatakelola ini mesti diperbetulkan, Yang Berhormat. Maksud saya, di peringkat-peringkat pejabat daerah, di peringkat jabatan-jabatan lain. JPS kah, pejabat daerah kah dan sebagainya. Itu, tolonglah. Bagilah buka kepada kami, Yang Berhormat ini, Ahli Parlimen. Terima kasih.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat. In terms – dari sudut pelaksanaan tatakelola, sebenarnya kita di kementerian memang fokus ke arah berkenaan. Untuk jalan-jalan yang kecil-kecil, permohonan projek yang kecil-kecil itu, memang kita menerima permohonan, bukan sahaja daripada PKN negeri – pejabat KKDW negeri, kita juga menerima cadangan daripada pejabat daerah. Kita juga menerima cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, baik Parlimen ataupun DUN. Juga, kita juga menerima permohonan terus daripada JPKK dengan JPKKP. Kita terima
cadangan. Pokoknya, cadangan ini kita akan hantar kepada kerajaan negeri untuk disiasat separuh dan apabila disiasat, maksudnya tidak ada isu dan masalah, dia akan balik kepada KKDW dan akan dinilai oleh jawatankuasa.
Mohon mencelah, Menteri.
Mohon mencelah, Menteri.
Okey.
Okey. YB Timbalan Menteri, biasanya projek-projek yang diangkat oleh kerajaan negeri ini kadang-kadang tidak memihak kepada kami orang yang pembangkang di kawasan kami. So, ini masalahnya. Walaupun keutamaan diberikan kepada kerajaan negeri untuk mengangkat projek, tetapi biasanya apa yang berlaku, projek-projek yang dicadangkan oleh pihak Ahli Parlimen ini tidak diangkat. Itu masalahnya. Terima kasih.
Ya. Okey.
Timbalan Menteri, ini sekadar cadangan. Sekiranya ada permohonan daripada Ahli Parlimen kepada kementerian, jika permohonan itu ditolak, kita minta supaya jawapan bertulis diberikan kepada kami mengapa permohonan kami ditolak. Jadi, itu yang sebaiknyalah. Jadi, saya mewakili sahabat-sahabat Ahli Parlimen blok kerajaan memohon kementerian untuk memberikan jawapan kepada kami supaya kami tidak menunggu setahun, dua tahun. Satu peruntukan pun tidak diluluskan kepada permohonan Ahli Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih YB Mas Gading, YB Tenom berkaitan dengan cadangan tadi. Kita ambil maklum dan kita akan maklumkan juga kepada – permohonan ini kepada kerajaan negerilah. Seterusnya, berkaitan dengan – banyak ini. Kota Belud ini banyak ini, okey. Bekalan air luar bandar, Kota Belud. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM67 juta bagi Program Bekalan Air Luar Bandar Sabah tahun 2023 telah dibelanjakan adalah perbelanjaan dilakukan kementerian bagi membayar interim perunding dan kontraktor yang telah dilantik setelah kerja-kerja yang dilaksanakan siap mengikut kontrak yang ditetapkan. Perbelanjaan peruntukan tersebut merupakan keperluan sebenar 2023 bagi pembayaran dan perunding dan kontraktor yang terlibat dengan projek bekalan air luar bandar yang dibelanjakan secara berhemah mengikut tatacara kewangan dan perolehan yang berkuat kuasa bagi tahun 2024. Peruntukan program bekalan air Sabah adalah seperti berikut. Peruntukan asal, RM135.86 juta; setelah dipinda, RM69.86 juta dan perbelanjaan setakat 17 November 2024, RM53.39 juta.
YB Timbalan Menteri, yang Padang Rengas, projek air luar bandar belum dijawab tadi.
Banyak lagi belum dijawab.
Okey. Banyak lagi itu. Banyak lagi.
Kalau boleh, minta jawapan bertulis, YB Menteri.
Insya-Allah, insya-Allah. Okey. Untuk seterusnya, saya nak jawab YB Kangarlah. Boleh ya? Last, ya, last YB Kangar. Yang lain saya jawab bertulis, boleh?
Alright, alright.
Okey. Apakah bidang keutamaan baharu TVET di bawah MARA. KKDW, MARA telah mengenal pasti beberapa bidang keutamaan baharu dalam TVET dalam memenuhi keperluan industri high growth, high value. Ia termasuk industri berasaskan peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui termasuk teknologi hijau, industri berasaskan teknologi dan digital seperti automasi, robotik, internet of things, kecerdasan buatan serta industri elektrik dan elektronik, selari dengan fokus di bawah Dasar TVET Negara 2030 untuk membekalkan tenaga kerja berkualiti di bawah pimpinan Kerajaan MADANI. Tuan Pengerusi, saya rasa banyak lagi yang saya tak jawab lagi ini. Insya-Allah, saya akan bagi jawapan bertulislah. Jadi, kepada Yang Berhormat sekalian, saya ingin nak ucapkan ribuan terima kasih atas idea, persoalan yang telah dikemukakan. Insya-Allah, KKDW sentiasa mengambil maklum atas perkara-perkara yang disebutkan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,465,472,200 untuk Kepala B.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.22 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa — Kepala B.62 [Jadual] – Kepala P.62 [Anggaran Pembangunan 2025] –Bill
Kepala B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Paya Besar, YB Kota Bharu, YB Bukit Bendera, YB Muar, YB Tanjong Piai, YB Masjid Tanah, YB Miri, YB Besut, YB Sri Aman, YB Merbok, YB Tawau, YB Labuan, YB Jelutong, YB Maran, YB Jempol, YB Padang Serai, YB Petaling Jaya, YB Setiu, YB Batang Lupar, YB Langkawi, YB Pulai, YB Arau dan YB Kluang.
Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 051400 berkaitan Rangsum. Peruntukan yang diperuntukkan pada tahun ini adalah RM392.8 juta, manakala ada peningkatan pada tahun hadapan, RM398.9 juta. Cuma, dua persoalan yang saya ingin bangkitkan kepada pihak kementerian. Bagaimana kualiti rangsum ini diagihkan dan disediakan untuk pegawai-pegawai pertahanan kita? Bagaimana pengurusan rangsum ini boleh kita mengelakkan pembaziran akibat expiry date? Bagaimana tatakelola perolehan dibuat bagi menguruskan jumlah yang cukup besar ini, hampir RM400 juta? Saya juga ingin menyentuh butiran Puan Pengerusi, 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan. Saya tahu, AADK telah menjalankan tugas yang cukup mulia bagi kita memastikan preventive better than cure. Tetapi, perkara yang asas yang perlu kita perbincangkan di sini Puan Pengerusi adalah bagaimana metode dan bagaimana dadah itu berubah bentuk dan ini kini telah meresapi murid-murid sekolah. Saya nak bertanya kepada AADK, bagaimana langkah preventive yang dibuat bersama murid-murid sekolah, khususnya awareness kepada parents bagi parents juga mempunyai pengetahuan dan ilmu bagaimana bentuk perubahan dan kaedah? Dahulunya, mereka menggunakan alat-alat tertentu tetapi dengan vape sahaja hari ini, mushroom punya kesan telah menyebabkan banyak kes yang kita lihat dalam social media.
Itu perkara yang pertama. Keduanya, saya juga ingin melihat kebajikan dan keselamatan penjawat AADK ini dapat kita pertahankan. Bagaimanakah strategi pihak kementerian untuk memastikan pegawai-pegawai kita di AADK dapat dijaga kebajikan dan keselamatan? Saya juga Puan Pengerusi, mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya di kawasan saya ada satu PUSPEN, Gambang perlu lampu jalan. Kerana apa?Jalan di sana masuk ke dalam amat gelap, ia juga membahayakan kepada mereka. Puan Pengerusi, saya ingin juga menyentuh Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Di tempat saya ada satu Pondok Polis Lepar Utara, Puan Pengerusi. Populasinya hampir 10 ribu dan kebanyakan punca ekonominya berasaskan kepada ladang kelapa sawit dan juga ramai buruh-buruh asing yang berada di sana. Sudah pasti untuk memastikan keselamatan warga kita, kita perlu memastikan pondok polis ini bukan sahaja dilakukan perancangan untuk menaik taraf tetapi perlu juga penambahan kapasiti petugas di sana kerana saya kira tiga tahun yang lepas saya telah bertanya soalan yang sama tetapi laporan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri kerana tidak ada laporan. Macam mana mereka hendak buat laporan? Kerana bila rakyat di Paya
Besar pergi ke pondok polis tersebut tidak ada polis bertugas kerana mereka ada tugas luar. Ini kapasiti yang perlu ditambah, Pondok Polis Lepar Utara. Puan Pengerusi, Balai Polis Gambang sudah berada di tahap yang agak kritikal kerana kapasiti mereka dahulu tak sama dengan kapasiti sekarang. Di kawasan Gambang telah ada satu perancangan untuk kita wujudkan Bandar Baharu Paya Besar dan sudah pasti di situ ada pusat pengajian tinggi yang banyak. Ada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, ada UIA Kampus Asasi, ada kolej matrikulasi, ada Kolej Komuniti Paya Besar, ada Akademi Mokhtar Dahari, ada sekolah sukan. Ini sudah pasti kapasiti Balai Polis Gambang ini perlu dinaik taraf dan juga perlu ada kediaman untuk petugas-petugas di sana. Saya minta satu di bawah butiran ini Puan Pengerusi, Pondok Polis Permatang Badak. Saya minta sangat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya Pondok Polis Permatang Badak ini saya rasa dia sudah sejuk dan dingin, tidak ada aktiviti-aktiviti yang besar yang dibuat di sana. Mungkin kerana ketidakcukupan petugas di sana. Saya cuma minta harap sangat supaya orang di tempat saya dapat membuat laporan kematian pun sudah cukup di Pondok Polis Permatang Badak kerana tanah yang besar kapasiti pondok polis tetapi tidak ada usaha untuk diteruskan. Akhirnya Puan Pengerusi, saya hendak sentuh berkaitan satu Butiran 051800 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (Malaysia Border Control and Protection Agency). Saya nak tanya pihak kementerian, peruntukan pada tahun ini tidak ada tetapi pada tahun hadapan RM23.9 juta diperuntukkan di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (Malaysia Border Control and Protection Agency). Ini penting Puan Pengerusi kerana inilah langkah ke hadapan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan kita ada single agency. Akan tetapi apa yang saya lihat Puan Pengerusi, dalam objek am RM10,000, objek am RM20,000 diperuntukkan untuk emolumen perkhidmatan dan bekalan. Emolumen hanya RM12 juta, bekalan hanya RM10.6 juta. Saya nak tahu berapa perjawatan yang ada? Sekiranya mereka telah berpindah daripada agensi kepada skim yang baru di bawah single agency ini, kalau mereka ingin patah balik pada agensi asal, bagaimana kementerian harus menyantuni? Cumanya yang saya hairan di bawah peruntukan ini, aset hanya diperuntukkan RM325,000. Kalau kita ingin buat single agency, bagaimana? Adakah Blue Ocean Strategy diambil kira dalam memastikan keupayaan agensi ini dapat dicapai sebaik mungkin? Terima kasih Puan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera. Puan Pengerusi, saya mohon izin untuk
membahaskan Kementerian Dalam Negeri. Saya harap Timbalan Menteri boleh jawablah, tak ada kawan saya Menteri. Saya merujuk kepada Butiran 55000 – Penjara dan juga Butiran 56000 – Bangunan- bangunan penjara, Butiran 5051600 – Penjara Satelit. Puan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri semasa menggulung di peringkat dasar telah menyentuh bahawa daripada 74,000 kapasiti penjara di Malaysia ini terdapat seramai 28,000 orang banduan yang bertaraf status reman. Menunjukkan bahawa begitu banyak sekali mereka yang telah ditahan reman sementara untuk menjalani perbicaraan di mahkamah. Jadi, dalam hal ini saya ingin menyatakan bahawa antara daripada kajian saya, antara kenapa ramai sangat remand prisoners di dalam penjara ini kerana mereka terdiri daripada dua kategori. Satunya, pesalah ataupun tertuduh yang memang menghadapi kes yang boleh dijamin tetapi mereka tidak dibenarkan jamin. Keduanya, memang kes yang tidak boleh dijamin menyebabkan begitulah. Saya pergi yang pertama dulu. Sebagai contohnya saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini. Beberapa hari yang lepas, 18 semalam, dilaporkan di dalam media seorang pemandu kontena hempap kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan seksyen 41. Oleh sebab semasa reman dijalankan oleh pihak polis, Yang Berhormat Menteri, tertuduh ini menunjukkan tanda ‘peace’ kepada orang ramai menyebabkan apabila dia dibawa masuk ke dalam mahkamah, timbalan pendakwa raya yang mengendali kes itu telah memberitahu kepada majistret supaya tidak memberikan jamin kepada orang ini. Seorang pemandu lori yang bernama, Marhizan Johari, 51 tahun daripada Kangar, Perlis. Kemalangan berlaku di Bukit Mertajam telah dinafikan sebagai jaminannya.
Kangar, Kangar.
Jadi, ini menyebabkan bahawa bertambah seorang lagi reman. [Sambil menunjukkan sekeping kertas] Jadi, seorang pemandu lori yang mempunyai pendapatan yang kecil -tidak dibenarkan jamin. Siapa hendak menyara keluarga mereka dan sebagainya? [Tepuk] Kami, Perikatan Nasional akan menawarkan bantuan kepada keluarga pemandu-pemandu yang berkenaan. Kedua, Yang Berhormat Pengerusi, kes yang tidak diberikan jamin, tidak dibenarkan jamin oleh undang-undang. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu sebagaimana di dalam Kanun Acara Jenayah, saya merujuk seksyen 388, “Orang yang dituduh dengan kesalahan yang tidak boleh dijamin boleh dilepaskan dengan jaminan”, itu di dalam 388 Kanun Keseksaan. “Apabila orang yang dalam keadaan begini sebagai contoh dituduh di bawah seksyen 39B, kalau sekiranya dalam mahkamah itu mahkamah berpendapat bahawa tidak ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin, maka mahkamah boleh memberikan jaminan kepada beliau mengikut budi bicara mahkamah”, 388(2) di dalam Kanun Acara Jenayah.
Namun demikian, Yang Berhormat Puan Pengerusi, dalam Akta Dadah Merbahaya seksyen 41B dengan jelas mengatakan, “Bahawa kesalahan yang boleh membawa hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup, hukuman yang lebih daripada lima tahun tidak boleh diberikan jamin”. Jadi, dalam hal ini ada kes-kes tertentu yang boleh diberikan pengecualian. Saya nak menyebut satu kes, seorang anak muda yang educated, berumur 30 tahun, telah bekerja dengan seorang majikan. Pada satu masa dia membuat report polis jenayah terhadap majikannya. Polis tidak mengambil tindakan terhadap majikannya itu menyebabkan beliau memfailkan saman sivil terhadap majikannya. Tetapi suatu masa yang tidak lama, beberapa bulan yang lalu atau sebulan yang lalu beliau telah ditangkap, kononnya memiliki dadah cannabis dan juga memiliki dua pucuk pistol. Apabila dia nak masuk dalam keretanya, belum masuk lagi, kereta terletak tepi jalan. Maka, dia telah dituduh di bawah mahkamah di bawah seksyen 39B dan juga dituduh di mahkamah memiliki dua pucuk pistol tiruan di bawah Akta Senjata Api, menyebabkan beliau tidak dibenarkan untuk diberikan jaminan. Dalam hal ini Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin bertanya kepada kementerian. Dalam kes-kes yang faktanya menunjukkan seolah-olah tertuduh ini telah diperangkap ataupun di frame-up [Tepuk] yang mana mahkamah menyatakan bahawa mahkamah boleh melihat fakta ini, itulah yang berlaku kerana dia menyaman seorang yang mempunyai kuasa menyebabkan kemungkinan besar fakta menunjukkan dia di frame-up, diperangkap, diperdaya.
Jadi, dalam keadaan-keadaan seumpama inilah beliau telah membuat permohonan di mahkamah supaya mahkamah mengkaji semula seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya yang dianggap tidak berperlembagaan (unconstitutional). Kes tersebut Yang Berhormat Pengerusi adalah Pendakwa raya melawan Yusoff Rawther... [Tepuk] Inilah kesnya yang mana dia diperdaya, yang dianggap diperdaya kerana telah memfailkan satu saman terhadap orang yang ada kuasa di dalam negara pada masa ini.
Masa dah tamat.
Yang terakhir Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan isu addendum yang telah saya bangkitkan. Saya telah bangkitkan di bawah Akta Penjara, bawah Akta Penjara, seksyen 3, Menteri Dalam Negeri boleh mengisytiharkan sebuah rumah ataupun bangunan ataupun tempat sebagai sebuah penjara untuk diletakkan orang yang diarahkan mengalami ataupun menjalani hukuman penjara. Itu saya hendak tanya, apakah tindakan pihak kementerian? Satu lagi perkara yang saya hendak sebut seksyen 43 Menteri, di bawah Akta Penjara yang mengatakan bahawa pelepasan banduan boleh dibuat secara lesen, secara syarat-syarat tertentu. Inilah peruntukan yang telah digunakan sebelum ini oleh pihak kementerian dan juga pihak mahkamah dan juga pihak Lembaga Pengampunan yang melibatkan satu kes yang bernama Public Prosecutor melawan Kenneth Lee.
Beliau merupakan cucu kepada Tun H.S Lee yang telah dihukum bunuh oleh mahkamah kerana kesalahan membunuh. Beliau telah diberikan satu pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah perkara 42 Perlembagaan dan telah diletakkan di bawah tahanan rumah. Perkara ini saya sahkan dengan peguam yang mengendalikan kes Kenneth Lee ini iaitu Tan Sri Shafee Abdullah. Jelas. Keduanya, saya juga telah difahamkan bahawa...
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
...dalam kes public prosecutor melawan Mokhtar Hashim yang disabitkan dengan kesalahan membunuh. Beliau juga telah diampunkan oleh Lembaga Pengampunan. Saya difahamkan beliau diarahkan menjalani tahanan dalam rumah. Jadi, dalam kes yang melibatkan Dato’ Sri Najib Razak melawan [Tepuk] Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Menteri Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Kerajaan Malaysia. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri di mana kes ini sedang di dalam peringkat Mahkamah Rayuan pada 5 Disember ini. Adakah kementerian bersedia menggunakan seksyen 3 dan juga seksyen 43 di dalam Akta Penjara sekiranya (assuming), sekiranya mahkamah memutuskan bahawa addendum telah memang wujud dan perlu dilaksanakan oleh pihak penguat kuasa, terutamanya penjara.
Kota Bharu, laluan sikit.
Yang Berhormat, tidak boleh. Sila duduk.
Laluan sikit. Tidak boleh?
Saya guna Peraturan Mesyuarat 37(2). Tidak benar.
Tidak, saya terkesan dengan Yusoff Rawther tadi. Hendak tanya. Tidak boleh?
Tidak benar. Sila duduk.
Tak boleh?
Tak boleh.
Terima kasih.
Masa sudah tamat, sila duduk.
Okey, saya landing.
Sudah landing. Sudah landing terlalu lama.
Ya, ya. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri menjelaskan keadaan ini kerana isu ini sedang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja di dalam Parlimen ini... [Tepuk]
Boleh. Sila duduk.
Hidup Najib.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Puan Pengerusi. Jadi, saya merujuk kepada Butiran 08500 – Perumahan (PDRM) dan juga Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya berdiri di sini untuk membawa suara hati seluruh warga Pangkalan Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutuan Pulau Pinang serta Balai Polis Pulau Tikus dan juga membawa isu kuarters kediaman anggota-anggota PDRM. Institusi ini adalah nadi keselamatan kawasan kita dan mereka kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan tindakan segera. Pangkalan Unit 3 ataupun lebih dikenali sebagai FRU telah bermula berkhidmat sejak tahun 1973 meliputi kawasan seluas 22 ekar dilengkapi dengan fasiliti seperti pejabat pentadbiran, balai pengawal, lapang sasar dan banyak lagi namun fasiliti asas yang menjadi tulang belakang operasi harian mereka ini semakin uzur. Dapur, tingkap, lantai, saluran paip air bersih di kuarters blok B berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Jalan tar yang berlubang ibarat perangkap. Membahayakan nyawa, terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan. Astaka gerai makan, tempat mereka berkumpul dan juga mengeratkan silaturahim kini mengalami lantai pecah, bumbung yang bocor, dapur yang rosak. Simbol kebersamaan terjejas. Jadi, kuarters blok A dan blok B rumah kepada 70 dan juga 50 keluarga berdepan dengan kerosakan tingkap, besi pengadang, bingkai kayu yang reput dimakan anai-anai. Jadi, kerosakan pagar serta siling runtuh di berek bujang ini bukan lagi perkara kecil yang boleh diabaikan. Saya difahamkan jumlah kos pembaikan adalah sebanyak RM3.4 juta. Memang angka yang cukup besar tetapi tidak ternilai berbanding keselamatan dan kesejahteraan mereka yang berkorban untuk negara. Puan Pengerusi, di sisi lain, Balai Polis Pulau Tikus yang dibuka pada tahun 1976 juga menghadapi cabaran yang serupa. Bangunan empat tingkat ini juga berada ― minta maaf, juga menjadi kediaman bagi anggota bujang, kini uzur dan memerlukan perhatian segera. Saya bagi contoh, resapan air akibat masalah water proofing dengan izin, pendawaian elektrik yang uzur dan berbahaya serta sistem paip kumbahan yang berkarat adalah isu-isu kritikal yang perlu ditangani. Jadi, ruang yang sempit tidak lagi mampu menampung peningkatan jumlah anggota sebanyak 155 orang sekarang. Jadi, lokasi balai polis ini berada di kawasan pelancongan yang cukup padat dan menjadikan keadaan lebih mencabar. Kita juga perlu memikirkan tentang kemudahan tempat letak kereta yang sesuai memandangkan kawasan ini tiada ruang yang mencukupi. Saya telah berusaha menggunakan peruntukan sedia ada untuk menaik taraf tandas dan juga melengkapi balai dengan alatan penghawa dingin tetapi ini semua penyelesaian sementara. Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan juga isu mengenai keselesaan dan juga keselamatan kuarters kediaman yang saya pasti Ahli-ahli Parlimen yang lain pun turut
mendapat pelbagai aduan yang sama. Di Parlimen Bukit Bendera, Balai Polis Tanjung Tokong dan juga Balai Polis Kampung Baru mengalami keadaan kuarters yang saya fikir perlu dinaik taraf untuk mengikut keperluan semasa. Mana logiknya untuk sebuah keluarga menetap dalam satu unit di mana hanya ada satu bilik tidur? Sebagai contoh, di sini saya harap pihak kementerian akan memberi keutamaan untuk memberi juga peruntukan yang lebih untuk penyelenggaraan bagi kuarters- kuarters ini. Saya difahamkan sekarang ini hanya diperuntukkan RM50,000. Saya rasa tidak cukup, minta maaf. Jadi, dengan ini saya juga ingin diberi pertimbangan bukan untuk memperuntukkan, membina juga fasiliti sukan seperti gym dan juga tempat-tempat beriadah untuk kegunaan anggota dan juga keluarga mereka. Bak kata orang putih dengan izin, ‘a healthy body is a healthy mind.’ Setiap pembaikan bukan sahaja memperbaiki struktur fizikal tetapi juga memulihkan semangat dan yang penting keyakinan mereka untuk terus berkhidmat. Jadi, masalah yang dihadapi ini bukan perkara yang remeh yang kita boleh abaikan. Jadi, saya menyeru supaya pihak kementerian dapat juga mempertimbangkan penambahbaikan menyeluruh dan juga pembinaan kalau boleh, balai polis yang baharu yang lebih sesuai dengan keperluan semasa. Dengan pembaharuan ini, ia juga membolehkan para anggota kita untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Keselamatan dan juga kesejahteraan anggota kita adalah penting kerana mereka ini ibarat tulang belakang yang memastikan masyarakat kita selamat. Bak kata, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Pengerusi.
Pengerusi. Dua perkara yang saya akan fokus. Pertama adalah Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Kedua adalah Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Saya mulakan dengan perkhidmatan dan bekalan. Puan Pengerusi, adakah harga maruah negara kita boleh dirumuskan dengan sekeping RM50? Saya katakan ini kerana pada minggu lepas, ada berita yang di-viral-kan bukan setakat di dalam Malaysia tetapi di media antarabangsa berkenaan kes yang melibatkan seorang wanita Singapura dalam perjalanan selepas melalui checkpoint Woodlands ke Johor Bahru, dia diberhentikan kerana salahnya sendiri mengambil laluan yang salah dan diminta untuk membuat U-turn.
Wanita tersebut menghulurkan sekeping RM50 dalam percubaan untuk merasuah anggota polis tersebut. Apabila anggota polis tersebut bertegas dan memohon pasport wanita ini, wanita lagi sekali menghulurkan SGD50 pula. Tetapi, malangnya bagi wanita tersebut, anggota tersebut ada body cam dan kerana body cam tersebut, wanita tersebut didakwa dan akhirnya perlu diambil tindakan tiga minggu, jika tidak silap, di dalam penjara. Apa kesnya dengan Malaysia? Kesnya melibatkan Malaysia kerana di dalam mahkamah, wanita itu mengatakan bahawa dia sanggup memberikan rasuah itu bukan sekali tetapi dua kali kerana dia merasai bahawa anggota polis ini bukan anggota polis dari Singapura tetapi merupakan anggota Polis Diraja Malaysia. Di situlah datang keberaniannya, kerana kesilapannya bahawa itu bukan anggota polis Singapura tetapi itu anggota polis Malaysia. Itu sangat memalukan kerana nama baik, maruah, integriti Polis Diraja Malaysia yang saya yakin majoriti anggotanya bebas rasuah, adil, bekerja pagi dan malam sampai ke hujung minggu, tetapi kerana ada segelintir, kerana persepsi rasuah itu kita tidak tangani dengan baik, habis semua terkesan. Ini diviralkan bukan setakat di dalam Malaysia tetapi di media- media antarabangsa. There is a saying, dengan izin, justice must not only be done, justice needs to be seen to be done. Kita boleh aplikasikan dalam kerangka ini juga di mana pembanterasan rasuah itu bukan setakat perlu dilakukan tetapi persepsi itu perlu ada di dalam minda dan jiwa setiap satu rakyat Malaysia supaya mereka mempercayai tindakan yang diambil boleh kerajaan pada hari ini. Persoalan saya. Kerajaan pada awal tahun ini mengatakan bahawa setiap seorang anggota polis yang berada di barisan hadapan akan diwajibkan untuk menggunakan body cam. Kerajaan siap memperincikan dalam 6,000 ke 8,000 body cam akan disediakan dan akan dikuatkuasakan mulai Oktober tahun ini. Persoalan saya, berapa body cam yang telah pun diberikan yang telah digunakan setakat ini? Saya katakan ini, Puan Pengerusi, kerana saya yakin dengan kebolehan anggota polis kita. Sambil ada satu cerita rasuah yang terus diviralkan, mana pula cerita-cerita integriti yang mereka dukung dan pertahankan? Contoh, Sarjan Roshazizat, salah seorang anggota polis di Segamat yang berani menolak rasuah. Mana pula cerita Asisten Superintenden Samsuddin yang menolak rasuah dua kali berjumlah RM200,000 melibatkan dadah? Mana pula cerita Inspektor S. Thyagarajan yang menolak rasuah bukan sekali, dua kali, tiga kali, tujuh kali, Puan Yang di-Pertua? Minta maaf. Puan Pengerusi. Ini perkara yang sangat serius kerana jikalau kita tidak membendung persepsi ini, kerisauan saya, budaya ini bakal dinormalisasikan dan dibiasakan. Saya berharap saya dapat jawapan daripada Timbalan Menteri. Yang kedua, iaitu rangkaian penghambaan moden di Malaysia. Baru pada hari ini, didedahkan dalam portal Malaysiakini iaitu rangkaian penghambaan moden di Malaysia yang melibatkan sindiket A ke sindiket B.
Izinkan saya beri sedikit penjelasan. Syarikat A yang merupakan syarikat yang tidak bertauliah, yang kadangkala, dengan izin, is a shelf company, melalui kabel politik atau melalui penipuan, akan mendapat kuota pekerja asing yang jumlahnya beribu-ribu walaupun tidak ada kelayakan. Selepas syarikat A ini mendapat kuota jumlah beribu ini, syarikat A akan menjual kuota tersebut kepada syarikat B dan melalui penjualan syarikat tersebut, satu kepala jumlahnya RM5,000, kalau 1,000 kepala, RM5 juta setiap tahun, untung atas angin. Tidak cukup untung atas angin, Puan Pengerusi, setiap tahun dapat servis iaitu bagi setiap satu kepala kena renew lesen RM2,000 ― minta maaf. 30 saat saja. Ini sangat penting isu ini kerana sudah didedahkan secara umum. Ini menunjukkan bahawa bukan setakat ada untung atas angin tetapi ini merupakan rangkaian penghambaan moden. Kenapa harga barang naik? Kerana, akhirnya apabila ada syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja asing, mereka perlu bayar upfront fee, fee dekat belakang, tambahan rangkaian penghambaan moden sebegini dan bila harga barang naik, rakyat juga yang terjejas. Tapi, lebih teruk, pekerja-pekerja ini yang sepatutnya dapat wang milik mereka, akhirnya tergadai masa depan mereka, maruah mereka. Mereka dijadikan, dilayan seperti hamba kerana ada segelintir pihak yang makan untung atas angin, kerana penipuan dan kabel politik yang masih bermaharajalela sampai ke hari ini. Saya desak Kementerian Dalam Negeri tangkap sindiket A, tangkap sindiket B, tangkap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab daripada atas sampai bawah, hancurkan orang kaya ini. Jangan membenarkan rangkaian penghambaan moden ini untuk wujud di Malaysia. Jangan takut kepada mereka. Saya yakin bahawa kerajaan akan ambil tindakan. Tapi, perlu bertegas daripada atas ke bawah. Jangan hanya ambil tindakan sindiket A, sindiket B yang bayar juga diambil tindakan. Itu daripada saya Muar. Terima kasih, Puan Pengerusi... [Tepuk]
Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Puan Pengerusi, di bawah butiran ini, saya ingin membangkitkan mengenai penambahbaikan balai polis serta penambahan pegawai polis di Daerah Pontian. Pembangunan pesat Koridor Wilayah Iskandar khasnya di Iskandar Puteri, Johor Bahru telah memberi limpahan pembangunannya ke serata kawasan sekitar sehingga ke Pekan Nenas di Daerah Pontian. Sejajar dengan pembangunan ekonomi yang dipacu, maka semakin tinggi perhijrahan dan permastautinan yang datang ke kawasan Pekan Nenas yang terdiri dari warga tempatan dan juga warga asing untuk mencari rezeki. Ini menjadikan populasi
penduduk di kawasan Pekan Nenas meningkat dengan ketara. Terkini, dianggar ada seramai 70,000 penduduk tinggal di kawasan Pekan Nanas. Bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan komuniti, maka peranan agensi keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat signifikan dan menjadi sandaran utama masyarakat. Sebagai maklumat, sebuah balai polis telah dibina pada lewat tahun 80-an dan hari ini telah 40 tahun balai polis yang sama masih memberikan perkhidmatan dengan kekuatan hanya 28 anggota yang terdiri daripada seorang pegawai, seorang sarjan mejar, seorang sarjan, tiga koperal, 19 konstabel serta dua anggota sokongan dan satu orang pegawai awam. Terdapat dua kekosongan yang belum diisi kerana pertukaran. Jika dilihat daripada angka yang diberikan ini jelas menggambarkan bahawa kemampuan perkhidmatan yang diberikan amat kritikal. Sukalah dimaklumkan bahawa kawasan pentadbiran Balai Polis Pekan Nenas merangkumi keseluruhan kawasan Pekan Nenas dan juga kawasan luar bandar di sekitarnya yang merangkumi mungkin Jeram Batu dan Pengkalan Raja, sebahagian mukim Pontian dan mukim Rimba Terjun. Secara kasarnya, bilangan penduduk yang terlibat adalah seramai 70,000 orang. Ini tidak termasuk pekerja asing yang mencecah 5,000 orang. Sudah pasti dengan sebegitu ramai orang, maka pelbagai masalah rakyat juga turut bertambah dan tuntutan kepada perkhidmatan polis juga akan menjadi lebih banyak. Keadaan ini juga menjadikan anggota polis menghadapi beban kerja yang tinggi dan kesukaran untuk menyampaikan perkhidmatan yang baik, pantas serta efektif. Oleh itu, saya berharap kementerian dapat menambah bilangan anggota polis di Balai Polis Pekan Nanas. Di samping itu, kesesuaian dengan kepesatan pembangunan yang sedia ada, sewajarnya sebuah balai polis baharu perlu dibina. Saya mohon kementerian mempertimbangkan bina sebuah balai polis baharu bagi menggantikan balai polis lama yang telah uzur dan banyak kerosakan berlaku di sana sini seperti bumbung yang rosak, dinding yang retak serta saluran air yang pecah. Selain dari balai polis, rumah kuarters kediaman anggota yang sedia ada juga bilangannya amat terhad dan, pada masa yang sama, mengalami banyak kerosakan. Apakah pertimbangan kementerian bagi menambah baik kuarters kediaman anggota polis ini? Sebagai tambahan, jaminan keselamatan bukan sahaja kepada penduduk tetapi juga untuk memenuhi persekitaran selamat premis perindustrian dan peniaga. Ia juga adalah sebahagian faktor yang menarik pelabur melebarkan aktiviti mereka ke kawasan Pekan Nanas. Persekitaran yang selamat pastinya melindungi harta pelabur dari kejadian jenayah curi dan yang seumpamanya. Berdasarkan fakta di atas, wujudnya keperluan untuk menaik taraf Balai Polis Pekan Nenas dan juga menambah bilangan anggota bertugas yang menjadi keutamaan. Saya kerap membangkitkan cadangan ini sejak tahun 2018, tetapi sehingga hari ini masih belum dapat
dilaksanakan. Apakah kekangan yang menjadi halangan untuk kementerian mempertimbangkan keperluan ini?
Tuan Pengerusi, saya berharap kementerian dapat memberi pertimbangan khas ke atas cadangan-cadangan saya tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Puan Pengerusi. Bagi Maksud Bekalan 62 KDN, saya menyentuh tentang Butiran 11000 iaitu Ibu Pejabat Polis (PDRM) yang berjumlah RM317 juta dan juga 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai sebanyak RM103 juta. Saya merujuk kepada isu yang tular September yang lalu berkenaan dengan anggota PDRM di IPD Melaka Tengah yang didakwa telah pun diarah untuk berpindah serta-merta dalam keadaan bangunan itu tidak kondusif untuk diduduki. Tetapi alhamdulillah, tindakan segera saya difahamkan telah pun diambil untuk baiki dan ubah suai bagi kegunaan yang lebih baik untuk anggota dan saya difahamkan alasan utama perpindahan tersebut pada awalnya adalah kerana disebabkan oleh IPD lama ini telah pun usang berusia lebih seratus tahun katanya. Tetapi hari ini kerajaan negeri bercadang untuk menukarkan IPD lama itu kepada sebuah muzium polis. Saya pun tak faham, kata tak kondusif tetapi hendak ditukarkan kepada muzium. Agaknya muzium orang tak duduk ke? Saya pun tak faham. Jadi saya hendak tanya, kalaulah boleh dibaiki kenapa hendak pindahkan IPD Yang ada sekarang ini dan pejabat baru IPD tidaklah lama diguna. Dah lama tak digunakan dan apabila dibaiki boleh tak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, berapakah jumlah kos baik pulih termasuk kos untuk membekalkan alat-alat perabot dan sebagainya kerana perabot-perabot lama tidak boleh digunakan. Keduanya, berapakah kos sewaan keseluruhan yang terpaksa PDRM dibebani, terpaksa membayar sewa kepada Kerajaan Negeri Melaka bagi membuat pejabat baru sementara dan yang ketiga, berapa lama kah jangkaan sewaan tersebut sehingga bangunan baru yang akan disiapkan? Jadi yang keduanya, masih lagi berkenaan dengan bangunan PDRM. Perancangan membangunkan Balai Polis Brickfields di atas tanah Lot 54780 memandangkan Balai Polis Brickfields ini sekarang beroperasi di atas bangunan sewaan milikan swasta. Walau bagaimanapun, saya difahamkan KDN telah pun melalui surat bertarikh 3 April 2024 kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, nyatakan KDN dan PDRM tidak bersetuju dengan cadangan pembatalan Lot 54780 ini yang seluas 0.846 ekar serta cadangan penggantian bagi Lot 51762 dan 51763 seluas 0.14 ekar. Lagi kecil daripada yang 0.846 ekar tadi.
Jadi cadangan balai polis yang dibangunkan di atas kedua-dua lot ini tidak sesuai kerana jumlah keluasan tanah itu sangat kecil dibandingkan dengan perancangan awal. Soalan saya, memandangkan KDN dan PDRM tidak bersetuju, DBKL dan PTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jual tanah rizab untuk balai polis di atas tanah Lot 5470 di Taman Danau Desa KL, apakah yang keadaan akan lakukan memandangkan tanah rizab ini saya difahamkan telah pun dijual kepada tanah swasta. Yang kedua, apakah KDN akan mendesak kepada pihak PTP ataupun mendesak KSN supaya tanah ini dipulangkan kepada kerajaan semula. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 040000 iaitu Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan Dadah yang berjumlah cukup besar RM1.48 bilion. Jadi kita tahu tugas hakiki AADK adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menangani penyalahgunaan dadah termasuk pencegahan rawatan pemulihan dan penguat kuasa. Tetapi saya berpendapat seeloknya fokus untuk diberikan rawatan itu lebih utama kerana proses pencegahan itu terlalu banyak kerja yang patut dipikul bersama dengan NGO-NGO lain. Kita faham kekangan yang berada di kalangan AADK dan juga NGO-NGO ini selain daripada kekurangan sumber manusia kekurangan kewangan tetapi kalau ada keharmonian di antara AADK dan juga NGO-NGO lain yang saling bantu-membantu, lengkap-melengkapi, saya yakin dan percaya bahawa tugas ini akan dapat dipikul dengan sebaiknya. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ingin tanya apakah way forward, apakah tindakan susulan, apakah kerja-kerja yang telah dilakukan usai sahaja pindaan Rang Undang-undang Rawatan dan Pemulihan 2024 yang telah pun berlalu Julai yang lepas dan saya ingin tahu, apakah statusnya pada hari ini dan bagaimanakah perkara-perkara yang telah dilakukan untuk pemerkasaan pindaan undang-undang yang telah pun dinyatakan sebelum ini. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 55000 iaitu Ibu Pejabat (Penjara), iaitu 62000 – Langkah-langkah Keselamatan (Penjara) yang jumlahnya agak besar RM162 juta iaitu...
Masjid Tanah, minta laluan sedikit.
Saya bila tadi dia sudah duduk, saya bagilah. Kalau tidak nanti dia kata saya ketimbang Tuan Pengerusi.
Pengerusi boleh? Pengerusi, berkenaan dengan penjara ini Pengerusi, saya terdengar satu video mengatakan bahawa, “Saya banduan terhormat”. Persoalan saya adakah perkataan “banduan terhormat” dalam kamus Dewan? Yang kedua, dikatakan bahawa penjara beliau ada konspirasi. Adakah itu satu tuduhan yang berat kepada pihak judgement berkaitan dengan ini? Apakah Perdana Menteri kita ini terlepas daripada undang-undang, terima kasih.
Pengerusi, tidak ada kena- mengena pun, Pengerusi. Butiran berapa ini Pengerusi? Apa ini, Hulu Terengganu merepek apa?
Jelutong, Jelutong, ini floor saya. Saya tak bagi Jelutong...
Ya, tidak ada kena-mengena pun.
Tak apa, dia bertanya kepada Masjid Tanah.
Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada...
Kadang-kadang orang ini tanya itu sekiranya soalan itu tidak menepati yang buat judgement bukan kita. Orang yang menonton seluruh dunia akan tahu apa yang sedang berlaku. Jadi biarlah kita serah kepada Masjid Tanah untuk menjawabnya atau pun untuk memberi respons.
Saya sangat menghargai pertimbangan yang telah diberikan oleh Tuan Pengerusi sebab saya masih ingat lagi Jelutong kalau sebelum ini bila kita bahas tiba-tiba dia mencelah, benda yang tak ada dalam topik itu pun dia main cakap belasah saja tetapi kita layan juga.
[Dewan riuh]
Sebab itu saya hendak merujuk kepada apa yang telah diberitahu oleh...
Masjid Tanah, yang duk mimpi, Masjid Tanah.
[Dewan riuh]
Okey, okey.
...Pihak Hulu Terengganu tadi. Saya pun hendak bertanya, adakah definisi “banduan terhormat” itu diiktiraf ataupun ada. Kalau ada, kita hendak tahulah apa ciri-cirinya. Saya pun hendak tahu juga, bukan Hulu Terengganu sahaja. Yang keduanya, adakah ini juga sebahagian daripada kenyataan “banduan terhormat” ini seolah-olah menghina sistem kehakiman negara. Itu sahaja sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih Yang Berhormat.
Baik, terima kasih. Sebelum saya jemput Miri, saya hendak maklumkan jadi itu Hulu Terengganu ke, Masjid Tanah boleh tanya, bahawa bagi sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari Khamis 21 November 2024, Perdana Menteri sendiri akan hadir ke dalam Dewan ini. Sehubungan dengan itu Yang Berhormat, bolehlah bertanya apa-apa soalan, kemukakan kepada Perdana Menteri pada 21 November yang akan datang ini. Terima kasih. Silakan Miri.
...Bagi peluang.
Ya, ya, saya akan bagi peluang. Tanya dia, pastikan tanya. Jangan tak tanya. Silakan Miri.
Pengerusi, Pengerusi. Kalau Masjid Tanah dan Hulu Terengganu betul-betul berani, kena bangun tanya.
Dah, dah, cukup, cukup. Baik, cukup-cukup. Sila, Miri.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya rujuk kepada...
Silakan Miri...
Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM). Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM).
Jelutong, Pengerusi, Jelutong jangan emotional. Relax lah, brother. [Berjalan keluar dari Dewan]
Silakan, silakan. Ni, dua-dua orang pergi minum di luar. [Ketawa]
...IPD Miri dan Balai Polis Pusat Miri adalah kurang selamat malah menyukarkan pegawai dan penghuninya untuk terus menduduki atau bertugas di situ.
Baik.
Keadaan siling, dinding, pendawaian, kebocoran bumbung dan sebagainya memang amat membimbangkan. Maklumlah pada Ogos yang lalu kejadian kebakaran telah berlaku di kuarters IPD Miri. Kita semua dapat tidur lena pada waktu malam adalah atas jasa anggota PDRM yang menjaga kita. Jasa ini tidak mampu kita membalas tetapi sekurang-kurangnya kita perlu memastikan mereka juga diberi jaminan keselamatan dan keselesaan semasa di tempat bertugas atau ketika rehat di kuarters masing-masing. Terima kasih atas keprihatinan KDN untuk terus mendapatkan peruntukan penyelenggaraan bagi premis PDRM di Miri termasuk kedua-dua bangunan ini. Namun, IPD Miri yang dibina sejak tahun 1970-an dan Balai Polis Pusat Miri yang dibina sejak zaman British lagi memang amat usang dan buruk. Oleh itu saya memohon kepada KDN untuk mendapatkan penambahan belanjawan yang lebih besar dan mencukupi secara khususnya membaiki, menaik taraf atau bina semula kedua-dua IPD dan Balai Polis Pusat Miri agar kebajikan dan keselamatan anggota polis kita sentiasa terjamin. Saya juga cadangkan supaya Balai Polis Pusat Miri boleh dipindahkan terus ke IPD Miri atas tiga sebab berikut: (i) IPD Miri tetap mempunyai balai polis; (ii) Jarak Balai Polis Pusat Miri ke IPD Miri hanya dalam 1.8 kilometer; dan (iii) IPD Miri masih mempunyai tanah kosong yang luas yang belum digunakan lagi.
Seterusnya, saya merujuk kepada 38000 – Pembaikan dan Ubahsuai (Imigresen). Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin menyerahkan hasrat rakyat Miri yang telah sekian lama bergelut dengan masalah kesesakan di ICQS Sungai Tujuh. Masalah kesesakan di ICQS ini,
terutamanya semasa hujung minggu dan cuti perayaan menyebabkan pengguna terpaksa menunggu selama berjam-jam. Masalah ini telah berulang kali diserahkan oleh penduduk Miri dan juga rakyat Brunei yang sering berulang alik yang menunjukkan kesannya kepada kedua- dua negara. Saya amat memahami kekecewaan ini. Melalui soal jawab secara rambang bersama peniaga dan pengunjung di kawasan Miri dan Brunei, rata-rata mengatakan bahawa jika masalah kesesakan ini dapat diselesaikan, ia boleh meningkatkan sekurang-kurangnya 30 hingga 50 peratus bilangan pengunjung dari Brunei ke Miri. Dengan itu, kebaikan ekonomi akan dirasai bukan sahaja oleh rakyat di Utara Sarawak tetapi juga akan meningkatkan pertukaran mata wang asing melalui peningkatan permintaan terhadap Ringgit Malaysia. Saya bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri telah mengambil serius dalam isu ini, khususnya melalui lawatan mengejut Ketua Setiausaha Negara ke ICQS Sungai Tujuh baru-baru ini. Lawatan ini telah menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan menaik taraf kompleks ini. Selain kaunter dan laluan tambahan yang dilaksanakan oleh inisiatif kerajaan negeri, saya difahamkan terdapat cadangan juga untuk membuka semula kawasan lama ICQS bagi mewujudkan kaunter dan laluan tambahan yang perlu diberi perhatian segera. Saya memohon supaya pihak kementerian dapat memberi maklumat lanjutan dan perincian tentang cadangan ini. Seterusnya, saya merujuk kepada 17000 – Pasukan Gerakan Am (PDRM). Saya ingin menyuarakan keperluan mendesak bagi kerajaan untuk mempertingkatkan kelengkapan dan peralatan pasukan PGA. Pasukan PGA adalah barisan hadapan yang sering dihantar ke kawasan paling jauh, termasuk pedalaman yang tidak mempunyai jalan berturap atau batu. Mereka terpaksa meredah jalan tanah, kawasan berbukit dan laluan yang sangat mencabar. Dalam operasi seperti ini, kenderaan adalah antara aset yang paling kritikal. Namun, keadaan kenderaan yang mereka gunakan pada masa kini adalah yang jauh dari mencukupi. Tan Sri Pengerusi, saya sendiri pernah menyaksikan keadaan kenderaan yang digunakan oleh PGA di Miri. Kenderaan yang sangat usang, tidak sesuai lagi untuk operasi di medan yang mencabar ini. Malah, difahamkan semasa perjalanan ke kawasan pedalaman, anggota terpaksa memakai helmet di dalam kenderaan. Ini kerana goncangan yang kuat menyebabkan kepala mereka sering terhantuk pada dinding kenderaan. Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan supaya dapat sediakan lebih banyak peruntukan bagi menaik taraf kelengkapan dan peralatan PGA seperti kenderaan four-wheel drive yang terbaru dan juga peralatan yang perlu. Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, saya rujuk kepada 050600 – Kad dan Dokumen Pengenalan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana dengan status permohonan kewarganegaraan melalui proses pasukan petugas khas di Sarawak? Adakah terdapat sebarang kelulusan daripada semua permohonan tersebut dan sama ada permohonan melalui PBK akan dilakukan sekali lagi? Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Besut.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 11000 - Ibu Pejabat Polis (PDRM). Jadi, saya memohonlah supaya kerajaan menimbang satu pembinaan baru IPD Besut kerana bangunan ini dah sedia ada di Besut berusia dah 68 tahun. Lebih tua daripada saya dan lebih tua daripada Tan Sri barangkali. Faham-fahamlah kalau dah lama ni, banyak kerosakan dan dia agak uzur dah. Dan kos sebelum ini dia buat banyak lebih kepada baik pulih. Baik pulih ni banyaklah. Sistem paipnya, kumbahan, atapnya bocor dan sebagainya. Jadi, untuk memberi keselesaan kepada anggota-anggota yang bertugas, saya menggesalah pihak kerajaan dapat memberi tumpuan kepada pembinaan IPD Besut. Keduanya, saya merujuk kepada 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional. Perincian mengenai dengan pelan penggubalan Akta Tahanan Rumah serta keperluan untuk meminda akta sedia ada seperti Akta Penjara 1995 membabitkan aspek budi bicara dan juga kuasa Menteri. Jadi, saya lihat ada beberapa individu yang- Ahli-ahli dalam sinilah yang risau bila akta ini diadakan, macam nak lepaskan ex-PM kita, Dato’ Seri Najib. Jadi, saya rasa tidak ada keperluan sebenarnya untuk mereka merasa risau. Soalan seterusnya, apakah mekanisme yang diguna pakai serta proses tapisan yang terlibat untuk menentukan pesalah yang berstatus tahanan reman, terutamanya dalam penjara, layak untuk menjalani tahanan reman di rumah serta penggunaan alat peranti pengesan untuk tujuan ini? Seterusnya, saya merujuk kepada 040100 - Pembanterasan Dadah. Peruntukan lebih kurang RM414 juta. Susulan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1993 sejak Julai lalu, persoalan saya, sejauh manakah pendekatan berasaskan komuniti ini telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan Program Rawatan dan Pemulihan di bawah AADK dan pada masa yang sama, mengurangkan kesesakan di penjara? Seterusnya persoalan saya, adakah pihak kementerian telah membangunkan sistem rujukan dan pemetaan kes untuk tujuan pemantauan iaitu secara lebih berkesan, memandangkan program ini bersifat sukarela. Seterusnya, persoalan saya juga. Bagaimanakah kerajaan memastikan penyelesaian win-win mengambil kira cabaran yang sering dihadapi oleh pegawai di pusat pemulihan dan juga tahanan apabila seseorang penagih bergelut dengan gejala sindrom iaitu tarikan atau ketagihan dadah jenis sintetik dan juga memandangkan kesan bahayanya lebih menjurus kepada psikologi? Persoalan seterusnya, adakah kerajaan juga akan mempergiatkan sesi terapi dan juga keagamaan bagi mempercepatkan proses pemulihan, di samping meningkatkan jalinan kerjasama NGO seperti konsep Rumah Pengasih yang kita ada sebelum ini iaitu dengan sokongan keluarga untuk bersama-sama membendung masalah penagihan? Seterusnya juga, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri. Berapakah angka penagih dadah yang telah
pulih sepenuhnya setelah menjalani Program Rawatan dan Pemulihan? Setakat kalau kira sehingga Oktober pun okey dah. Seterusnya juga, apakah mekanisme dan usaha lanjutan yang dilaksanakan oleh pihak AADK ini dalam memastikan setiap daripada penagih dadah ini tidak akan terjerumus kembali dalam kesalahan yang sama? Sebab semasa saya membuat kajian sebelum ini pada tahun 1982, saya dapati bahawa selepas dimasukkan ke pusat pemulihan, boleh dikatakan dalam dua atau tiga orang sahaja yang betul-betul pulih. Seterusnya, saya ingin bertanya, mengikut laporan rasmi pihak AADK ini, setakat ini kita ada lebih kurang sehingga September ya, kita ada lebih kurang dalam 169,691 orang penagih-penagih dadah yang kebanyakan adalah yang berumur antara 19 hingga 35 tahun. Ini sangat-sangat bahaya. Jadi, kalau ada rawatan dan pemulihan, saya harap dapat dijalankan secara yang sistematik dan berjaya. Pertanyaan saya seterusnya, ada tak selepas rawatan di pusat pemulihan ini, ada pemulihan lanjut? Kalau diletakkan mereka di pulau ke, buatkan satu kilang ya, bina satu kilang dan mereka boleh bekerja di sana. Ini lebih baik. Saya rasakan bahawa dengan peruntukan yang besar dan tidak ada pemulihan. Maknanya, kita habiskan duit kerajaan ya dan juga duit-duit ibu bapa. Jadi, saya rasakan bahawa perlu diadakan satu kajian untuk meletakkan mereka di tempat asing daripada masyarakat. Itu sahaja perbahasan saya pada hari ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Sri Aman.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk B/P.62 Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan di mana sebanyak RM4,160,139,400 telah diperuntukkan. Jumlah ini menampakkan penambahan sebanyak RM20.6 juta dari tahun yang lepas. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya sama ada peruntukan ini juga merangkumi kos mengurus dan kos penyelenggaraan banduan seperti bekalan makanan harian, keperluan asas serta perkhidmatan kesihatan. Jika ya, saya mohon diberi perincian mengenai kos penyelenggaraan seharian bagi banduan di negara ini dan sekali gus menyatakan berapa ramaikah banduan yang perlu diselenggarakan setiap hari setakat ini. Kedua, berapa banyak yang diperuntukkan bagi kegunaan menyelenggara banduan- banduan yang di dalam tahanan di penjara-penjara di Sarawak setakat ini? Berapakah kos penyelenggaraan harian bagi seorang banduan tersebut? Tuan Pengerusi, seterusnya saya juga ingin merujuk P.62 Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis di mana sebanyak RM33,235,000 telah diperuntukkan. Peruntukan tahun ini menampakkan pengurangan jika dibandingkan dengan tahun lepas yang berjumlah RM36,961,701. Oleh yang demikian, mohon dijelaskan kenapa atau sebab peruntukan untuk tahun ini dikurangkan.
Saya juga ingin bertanya, sama ada peruntukan ini merangkumi kerja menaik taraf, ubah suai dan sebagainya. Jika ya, saya berpendapat ia tidak sepatutnya dikurangkan malah sepatutnya ditambah kerana saya percaya masih banyak balai-balai polis dan pondok- pondok polis di seluruh negara yang memerlukan kerja naik taraf dan ubah suai. Ini termasuk di kawasan Parlimen saya di Sri Aman di mana terdapat empat buah balai dan pondok polis iaitu di Pekan Simanggang, Batu Lintang, Lachau dan Pantu yang berkeadaan agak usang. Maka saya ingin tahu adakah keempat-empat balai polis dan pondok polis tersebut akan diubahsuai dan dinaiktaraf menggunakan peruntukan tahun 2025. Saya mohon jawapan kerana ini betul-betul diperlukan apatah lagi memandangkan populasi Sri Aman yang pesat bertambah. Maka, sudah tentu akan memerlukan balai polis yang lebih selesa, kondusif dan canggih. Mohon dipertimbangkan. Tuan Pengerusi, butiran seterusnya ialah Butiran 051800 – Agensi Kawalan dan Sempadan Malaysia. Di bawah butiran ini, sebanyak RM23,997,500 telah diperuntukkan. Saya cuma ingin bertanya. Adakah peruntukan ini turut merangkumi pembinaan pos kawalan baharu termasuk menaik taraf pos-pos kawalan yang sedia ada? Kedua, adakah ia juga merangkumi kos penyelenggaraan semua pos-pos kawalan di dalam negara? Tuan Pengerusi, saya bertanya sebab hampir keseluruhan kawasan Parlimen saya bersempadan langsung dengan Kalimantan, Indonesia. Kita, maksud saya Malaysia ada tidak kurang dari empat buah pos kawalan terletak di kawasan Parlimen Sri Aman. Tuan Pengerusi, bagi menentukan sempadan kita sentiasa dijaga dan dikawal dengan rapi, demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, saya mohon kerja pembikinan serta naik taraf termasuk melengkapkan semuanya dengan segala kemudahan yang diperlukan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Mohon penerangan dan pertimbangan dari pihak kementerian. Tuan Pengerusi, sebelum saya beralih kepada butiran seterusnya, saya telah diarahkan oleh sahabat saya Lubok Antu untuk mengutarakan pertanyaan beliau. Sebab beliau tidak mendapat slot. Jadi, soalan dia berbunyi begini. Bilakah ICQ Lubok Antu akan dipasangkan CCTV kerana beliau difahamkan setakat ini tiada CCTV? Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin juga menyentuh Butiran 64000 – Pembaikan dan Ubah Suai (Penjara) di mana RM44,404,900 telah diperuntukkan bagi kegunaan pengurusan pembaikan dan ubah suai penjara-penjara di Malaysia. Tuan Pengerusi, saya cuma ingin tahu. Adakah peruntukan ini juga merangkumi kos bagi menambah baik dan mengubahsuai bangunan-bangunan penjara di Sarawak? Jika ya, bangunan-bangunan penjara manakah yang akan dilibatkan dan berapakah anggaran kos kerja-kerja penambahbaikan dan ubah suai tersebut? Mohon maklum balas termasuk perincian belanja yang akan digunakan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik, saya jemput Merbok.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya terus ke Butiran B. 020100 peruntukan bagi kepolisian sebanyak RM9.4 bilion bagi tahun 2025 berbanding RM8.7 bilion pada 2024. Apakah respons kerajaan terhadap kebimbangan mengenai tahap integriti dan pematuhan standard warga PDRM oleh Ketua Polis Negara ekoran 23 Pegawai Polis terbabit sebagai suspek dalam jenayah komersial sepajang sembilan bulan pertama pada tahun ini? Apakah usaha pembaharuan yang dirangka dari segi susun atur kerja, tugas, penyeliaan dan penugasan pegawai selain keperluan sistem ombudsman dan naziran bagi tujuan pemantauan isu salah laku dalam PDRM? Adakah KDN juga berhasrat merombak dan memperkukuh modul latihan yang bukan sahaja tertumpu pada aspek kemahiran profesional tetapi turut mencakupi aspek nilai dan estetika prestasi kerja bagi menjamin kredibiliti dan imej PDRM secara menyeluruh akibat tindakan segelintir pegawai yang terlibat dalam kegiatan jenayah? Apakah juga status terkini pemasangan peralatan kamera badan untuk penugasan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)? Berapakah jumlah anggaran kos yang terlibat termasuk proses pengujian serta penyediaan latihan kepada anggota polis tentang cara penggunaannya? Apakah pelan khusus kementerian dalam menangani isu gaji membabitkan anggota- anggota baharu dalam pasukan PDRM terutama mereka yang baharu ditugaskan di kawasan bandar-bandar utama? Seterusnya, B.040000 – Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan. 040100 – Pembanterasan Dadah. Bilangan penagih dadah di seluruh negara meningkat 31.6 peratus kepada 169,691 orang bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 128,900 orang yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Apabila saya membaca angka dan jumlah serta statistik berkenaan, ia menunjukkan bahawa penyalahgunaan dadah di negara kita ini amat serius dan merisaukan. Saban tahun, kerajaan memperuntukkan beratus juta untuk menangani isu pemulihan dadah ini tetapi statistik menunjukkan peningkatan hampir setiap tahun. Soalan saya, apakah langkah-langkah strategik yang sedang dan akan dilakukan oleh pihak kementerian dalam mengurangkan kadar penagihan dadah ini dalam semua lapisan masyarakat terutamanya di kalangan golongan remaja dan belia? Sebelum ini di Parlimen telah meluluskan satu rang undang-undang, Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan) 2024 di mana pelaksanaan akta ini dapat memperluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan serta menggalakkan lebih ramai penagih untuk tampil secara sukarela. Apakah program rawatan dan pemulihan yang sedia
ada yang telah menunjukkan kejayaan signifikan dalam membantu penagih pulih sepenuhnya? Bagaimanakah keberkesanan program ini diukur? Seterusnya, B.050600, peruntukan bagi Kad dan Dokumen Pengenalan. Saya memohon perincian mengenai peruntukan ini yang menunjukkan peningkatan ketara hampir RM70.3 juta daripada RM58 juta pada 2024 kepada RM128.3 juta pada tahun 2025. Saya juga ingin tahu berapa banyak kad pengenalan MyKad, MyTentera, MyPR, MyKAS yang dilaporkan hilang pada tahun ini dan nilai kutipan denda bayaran fee penggantian kad-kad yang hilang tersebut? Apakah pihak kementerian juga bercadang untuk memantapkan pengurusan dokumen pengenalan khususnya untuk membantu dan memudah cara urusan penduduk orang Asli di penempatan mereka? Seterusnya Kepala P. 08500 – Perumahan (PDRM). Saya mohon perincian mengenai pengurangan yang sangat ketara untuk peruntukan ini. Adakah ia mencukupi untuk menampung keperluan kediaman anggota polis mengambil kira aspek membaik pulih dan penyelenggaraan kuarters polis yang rata-ratanya dalam keadaan yang daif dan perlu diberi perhatian khusus di seluruh negara? Sebagai contohnya, dalam kawasan saya itu IPD Kuala Muda di mana kuarters anggotanya adalah tidak kondusif untuk didiami terutamanya kepada anggota yang telah berkeluarga. Saya mohon Menteri untuk turun meninjau sendiri keadaannya dan kalau turun jangan lupa menjemput saya sekali. Adakah pihak kementerian juga telah mengenal pasti lokasi-lokasi kuarters baharu PDRM untuk dibina mengikut lokaliti bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi tujuan ini?
Seterusnya, Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM). Saya mohon perincian berkenaan peruntukan ini dan juga berharap daripada keseluruhan peruntukan ini juga terdapat peruntukan kepada IPD Kuala Muda yang berada dalam Parlimen Merbok. Seterusnya ialah Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya juga memohon perincian berkenaan peruntukan ini dan saya ingin tahu berapakah peruntukan yang akan diperuntukkan kepada balai-balai dan pondok-pondok polis yang berada dalam Parlimen Merbok yang rata-rata premisnya sekarang dalam keadaan yang daif dan usang. Saya juga seperti Sri Aman tadi, daripada Permatang Pauh ingin saya menyampaikan sedikit yang tidak berkesempatan untuk berbahas. Beliau memohon agar kementerian dapat memberikan tumpuan kepada IPD Seberang Perai Tengah dan balai-balai di bawahnya yang dimaklumkan hanya satu balai sahaja berstatus Gred C sedangkan yang lain berstatus D dan E. Mohon pihak kementerian dapat membantu agar gred-gred balai ini ditingkatkan supaya keselamatan tiga Parlimen, Batu Kawan iaitu kawasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Bukit Mertajam, kawasan Menteri KESUMA dan Permatang Pauh terjaga dengan lebih baik. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Tawau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat sejahtera Malaysia dan salam Sabah Maju Jaya. Merujuk Butiran 20000 – Alat-alat Perhubungan Radio PDRM, Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen. Saya ingin menekankan isu kewarganegaraan anak-anak jati Sabah. Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, “Anak di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara jika salah seorang ibu bapa adalah warganegara”. Namun, pelaksanaannya undang-undang sering kali tidak dipatuhi terutamanya kes anak-anak yang bapa merupakan warganegara tetapi berkahwin dengan wanita tanpa dokumen dan diburukkan lagi dengan tiada sijil perkahwinan. Tuan Pengerusi, banyak yang pertikaikan saya kononnya saya tidak pertahankan dan mementingkan nikah atau perkahwinan apabila membangkitkan isu ini. Saya tegaskan di sini – saya bersetuju bahawa menikah itu merupakan ibadat yang tujuannya untuk mendapatkan keberkatan. Tetapi, kita kena akui bahawa masalah tiada sijil nikah ini memang sudah berlaku semenjak sebelum merdeka lagi. Isu ini menyebabkan anak-anak dan cucu cicit mereka yang terlibat sehingga sekarang sukar untuk mendapatkan kewarganegaraan. Mereka diizinkan hidup di Malaysia, tetapi tidak diizinkan bekerja dan belajar. Walaupun ibu atau bapa mereka warganegara, mereka susah dapat kerja. Sekalipun dapat kerja, gaji yang diberikan rendah dan mereka tidak dapat membuka akaun bank, mencarum KWSP atau SOCSO serta tidak dilindungi oleh undang-undang pekerjaan dan kemanusiaan. Bagus lagi pekerja asing dan pemegang kad UNHCR dapat perlindungan kemanusiaan. Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan dasar zero reject policy, namun ramai kanak-kanak yang sedang memohon kewarganegaraan masih tidak diterima belajar. Saya menggesa KDN bekerjasama dengan KPM supaya golongan ini diterima masuk ke sekolah tanpa diskriminasi. Saya bukan memperjuangkan golongan pendatang asing tanpa izin, tetapi memperjuangkan anak-anak jati Sabah yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 15(2). Tuan Pengerusi, saya cadangkan agar kita berikan pas pelajar dan pekerja bagi pemohon yang mempunyai ibu atau bapa warganegara sementara menunggu keputusan kewarganegaraan mereka. Selain itu, saya harap pihak KDN untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas pelbagai agensi untuk menyelesaikan isu pemohon kewarganegaraan ini. Saya menghargai usaha cekap Menteri KDN sekarang, tetapi kita tidak boleh bergantung semata-mata dengan kemampuan individu. Kita perlu memperkasakan institusi dan sistem undang-undang supaya siapa pun jadi Menteri selepas ini, masalah pemohon kewarganegaraan dapat diselesaikan. Perjuangan menyelesaikan isu kewarganegaraan ini bukan hanya untuk rakyat Tawau atau Sabah, tetapi demi kesejahteraan seluruh Malaysia. Tuan Pengerusi, isu pengkhianatan warga tempatan yang membenarkan warga asing menggunakan nama mereka untuk membuka perniagaan di Sabah khususnya dan
Malaysia amnya, perlu dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Sebagai contoh, sektor pelancongan di Semporna memang ramai pelancong asing, tetapi syarikat penerbangan pun dari negara asing. Pengusaha bas, hotel, restoran, pemadu pelancong pun milik pengusaha asing. Manfaat yang kita dapat adalah tiket, barang dan kos menjadi mahal. Tuan Pengerusi, saya ingin mengakhiri ucapan saya melalui satu pantun. Tanpa dokumen anak merana, Belajar bekerja, tidak diterima, Lahir di sini tanah Malaysia, Namun hak dinafi, masa depan gelita. Wahai MADANI dengarlah tangisan, Berikan peluang, berikan harapan, Agar mereka mampu mengejar impian, Bersama membina Malaysia yang aman. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Labuan.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Saya ingin turut membahaskan Butiran 020100 – Kepolisan, Butiran 08500 – Perumahan (PDRM), Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM), Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM). Dalam Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM9.4 juta dan terdapat – RM9.4 bilion diperuntukkan berbanding RM8.7 bilion pada tahun 2024, peningkatan RM700 juta dan peruntukan keseluruhan KDN untuk Bajet 2025, RM19.4 bilion. Persoalannya ialah Labuan menjadi negeri Wilayah Persekutuan pada tahun 1984. IPD yang sedia ada adalah bangunan yang diwarisi sejak Labuan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada Tahun 1984. Satu ketika, PDRM Labuan berstatuskan Ibu Pejabat Kontinjen ataupun IPK di mana Ketua Polis Labuan memegang pangkat ACP. Pada 2004, IPK Labuan diturunkan kepada IPD dan Ketua Polisnya juga diturunkan pangkat dari ACP ke Superintenden. Walhal, Labuan sudah bukan lagi bertaraf daerah. Memandangkan Yang Amat Berhormat PMX, Perdana Menteri memberikan perhatian khusus kepada Labuan dengan memberikan penekanan kepada semua kementerian, Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, KSU-KSU untuk merancakkan pembangunan Labuan supaya Labuan boleh menjadi next destination sama ada bagi maksud industri pelancongan atau pelaburan industri-industri yang lain. Memandangkan PDRM Labuan adalah agensi utama dalam memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam, memastikan keselamatan sempadan antara negara Brunei Darussalam, Labuan dan juga negeri Sabah tidak dicerobohi, maka saya dengan ini memohon mencadang kepada Kementerian Dalam Negeri agar Ibu Pejabat Daerah PDRM Labuan ataupun IPD Labuan dinaikkan tarafnya kepada IPD Gred A di mana Ketua Polis Daerahnya boleh memegang jawatan ACP.
Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan pihak Kementerian Dalam Negeri kerana memberikan saya jawapan bertulis yang berbunyi, “Kementerian Dalam Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf Balai Polis Labuan. Walau bagaimanapun, kementerian akan meneliti...” Ini, ayat ini sedap. “Meneliti keperluan pembinaan naik taraf Balai Polis Labuan sedia ada dan akan mengemukakan permohonan dalam Rolling Plan (RP) Rancangan Malaysia Ke-13”.
Harapan saya Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, YB Menteri KDN ini seorang yang baik. KSU dia berasal dari Sabah, negeri yang menyerahkan kami kepada Kerajaan Persekutuan. Maka, saya mohon pada RMKe-13, IPD Labuan diberikan peruntukan untuk dinaiktarafkan dan juga rumah kakitangan PDRM, flat PDRM juga diberikan peruntukan. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi.
Baik. Saya jemput Jelutong.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi yang saya hormati. Saya ingin menyentuh Butiran 08500 – Perumahan (PDRM). Saya lihat bahawa jumlah RM240 juta tidak dibelanjakan tahun lalu dan juga sebelum itu. Hanya ada perancangan untuk membelanjakannya pada tahun yang akan datang. Saya cuma ingin menyentuh tentang Kuarters Balai Polis Jelutong. Beberapa kali telah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Salah satu kuarters yang paling tua dalam sejarah, di mana anggota-anggota Polis di situ hanya tinggal bersama keluarga mereka dalam satu bilik sahaja. Saya mohon kalau boleh Timbalan Menteri memberi perhatian kepada perkara ini dan juga kuarters-kuarters di seluruh Malaysia, kerana kita sedar bahawa anggota Polis penting. Saya ingin memberi penekanan kepada keselesaan mereka dan keluarga mereka untuk memastikan mereka terus memberi kita mutu perkhidmatan yang terbaik demi menjaga kebajikan keluarga mereka. Pada masa yang sama, saya ingin menyentuh juga Butiran 22000 – Kenderaan (PDRM). Saya difahamkan bahawa IPD Timur Laut memerlukan pembinaan sebuah ramp untuk pembaikan kenderaan dan memerlukan juga penaikan taraf fasiliti pejabat pengangkutan di IPD Timur Laut di Pulau Pinang. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang isu Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Butiran 020100 – Kepolisan. Tuan Pengerusi, dalam Dewan yang mulia ini saya ingin bangkitkan, di Pulau Pinang sejak tahun 1992 terdapat kejadian insiden melibatkan peguam, di mana empat orang peguam telah pun dibunuh. Saya ingin menyatakan nama-nama mereka. Mendiang Triptipal Singh dibunuh, 60 tahun- di luar kediaman beliau pada tahun 15 Oktober 1992. Kedua, mendiang Pathmanathan
dibunuh pada tahun 1997, seorang peguam di pejabatnya dengan kejam sekali. Ketiga, Peguam Chew Sien Chee pada tahun 2000, 2 Mac 2000 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Keempat, mendiang Peguam S. P. Annamalai, 60 tahun, ditikam di Jalan Green Hall di luar pejabat. Kesemua- kes-kes ini tidak lagi diselesaikan sehingga sekarang. Kita lihat bahawa kejadian melibatkan serangan ke atas Peguam makin berleluasa. Baru-baru ini, di Pulau Pinang, di Karpal Singh Drive di Persiaran Karpal Singh, seorang Peguam bernama Beh Hong Shien, beliau merupakan seorang Peguam di Pulau Pinang, Peguam yang handal- diserang dan dipukul. Kejadian pada 22 Oktober 2024, baru-baru ini. Suspek-suspek yang melakukan perkara ini masih belum diberkas dan dituduh di mahkamah. Saya ingin tanya, kenapa? Tuan Pengerusi, saya juga ingin menekankan kembali kepada isu ketenteraman awam yang telah saya sentuh tadi. Saya ingin tanya kembali kepada Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Kita, rupa-rupanya Polis Diraja Malaysia- saya ingin meminta mereka memberi penekanan menjaga ketenteraman awam di negara kita kerana baru-baru ini banyak sangat kejadian-kejadian yang melibatkan- yang boleh menggugat ketenteraman di negara kita yang aman dan damai. Kenyataan-kenyataan yang membakar sentimen perkauman seperti saya ungkapkan, “Semua yang mata, kulitnya, darahnya macam kita kena bersatu, kena bangkit”. Ini saya mengungkapkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, perhimpunan yang dibuat pada 26 Oktober. Kenapakah tidak ada sebarang tindakan yang diambil sampai sekarang? Adakah kita membiarkan individu-individu macam ini memporak-perandakan ketenteraman di negara kita yang tercinta? Kenapakah tidak ada sebarang tindakan? Sebelum ini perarakan ala tentera Pemuda PAS di Terengganu, 17 Februari 2023, sampai sekarang- mereka menunjukkan senjata- tidak ada sebarang tindakan, kenapa? Apa yang PDRM sedang buat? Saya ingin penjelasan sebagai backbencher. Individu-individu seperti ini perlu ditangkap, perlu dihadapkan ke mahkamah. Kenapakah tidak ada sebarang tindakan? Ada 250 orang yang melakukan demonstrasi terhadap Yang Amat Berhormat Tambun di Putrajaya. Tidak ada permit dikeluarkan, tidak ada sebarang tindakan diambil. Memang kita ada kebebasan untuk bersuara, tapi perlu beradab. Kalau tidak ada sebarang tindakan diambil, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan memporak-perandakan kedamaian di negara kita yang tercinta. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Baik, terima kasih. Saya jemput Maran.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana izinkan saya untuk
membahaskan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri yang membawa misi keselamatan negara terjamin dan kesejahteraan rakyat. Tan Sri Pengerusi, saya nak menyentuh tentang Butiran 020000 - Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Apakah negara kita ini selamat sekarang ini? Seperti mana yang disebut oleh Jelutong tadi. Jelutong sebahagian orang yang mengapi-apikan supaya negara ini huru-hara. Jadi, saya ingin tahu Tan Sri Pengerusi...
Maran.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin tahu, berapakah kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi yang boleh dikata setiap hari berlaku di negara kita?
Maran.
Berapakah jumlah kes jenayah termasuk kes bunuh dan dalam tahun 2023?
Maran, Maran. Kuala Krai minta laluan sikit.
Tak payah.
Tak payah... [Ketawa] Kawan, kawan ini.
Sila, sekejap.
Terima kasih.
Saya ingat Maran belum start lagi pun?
Ada sikit saja.
Sikit, sikit saja.
Nak suruh bertanya dah?
Ada sikit saja, Yang Berhormat.
Maran dah mula ke belum?
Dah mula dah.
Jadi, bagi jalan kat kawan macam mana?
Sikit saja, sikit saja...
Sikit saja . Bagi sikit tak apalah.
Nak bagi? Okey.
Terima kasih, Maran. Saya nak sebut berkaitan dengan apa yang disebut oleh Jelutong tadi. Berkaitan dengan ayat-ayat yang kononnya yang menimbulkan isu perkauman. Apa pandangan Maran berkaitan dengan kenyataan seorang Ahli Parlimen kita dalam Dewan ini, isu berkaitan gelombang hijau, apabila akan merobohkan tokong di Pulau Pinang dan sebagainya ini? Apakah pandangan Yang Berhormat Maran? Adakah ini- bagaimanakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan?
Saya lihat isu ini masukkan dalam ucapan saya. Jelutong, saya nak sentuh sikit apa yang berlaku kepada peguam-peguam. Saya minta peguam kalau boleh be rational. Berlaku adil kepada- jangan provoke di mana-mana. Ini kadang-kadang menyebabkan mangsa-mangsa yang dihukum, diadili menjadi marah. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya nak tanya, berapa jenayah yang melibatkan pekerja asing? Berapakah ramai penjenayah warga asing yang di penjara setakat ini? Berapa kos yang melibatkan kerajaan dalam menangani penjenayah ini? Tan Sri Pengerusi, saya juga nak kaitkan sikit nak sentuh tentang masalah tatatertib dan penglibatan Polis dalam kes-kes yang jenayah, rasuah dan sebagainya. Saya bimbang sebenarnya, walaupun bukan semua Anggota Polis, bahkan ramai Anggota Polis yang baik yang bekerja keras dan sebagainya, tapi mereka kadang-kadang terpalit dengan insiden yang berlaku. Saya juga kesian dengan Anggota Polis ini, mungkin disebabkan mereka kerja teruk sebagainya. Apabila kes-kes jenayah rasuah dan sebagainya yang besar-besar tidak diadili dengan adil, maka, mereka fikir, “Kenapa salah aku buat jenayah? Apa salah aku buat rasuah? Sebab orang besar-besar, orang yang hebat-hebat dipertahankan, dibela dan sebagainya.” Saya minta kerajaan kaji balik keadaan ini. Tan Sri Pengerusi, Polis Diraja Malaysia, Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM), saya nak sentuh Balai Polis Maran. Kita ada 330 jawatan. Sekarang diisi hanya 312, 20 jawatan lagi masih kosong. Saya minta supaya Polis Diraja Malaysia, KDN dapat melihat dan memastikan jawatan-jawatan yang kosong ini dapat diisi kerana Maran mempunyai lebih kurang 120,000 penduduk dan besar Maran sama besar dengan Negeri Sembilan. Jadi, saya juga minta Tan Sri Pengerusi mohon pondok-pondok Polis tambahan di kawasan Jengka untuk tampung 26 gugusan Jengka dan mohon bot penyelamat di Balai Polis Maran bagi menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku pada tahun ini.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 04000 – Pencegahan Rawatan dan Pemulihan Dadah. Saya ingin tahu berapakah jumlah kos kes dadah yang telah dirampas di negara kita 2023 dan 2024? Berapakah nilai kesemuanya dan berapa ramai penagih ataupun pengedar yang telah dikenakan tindakan di bawah 39B hukum mati? Tan Sri Pengerusi, saya juga hendak menyentuh tentang Pusat Latihan Polis ini. Saya tidak tahu berapa banyak Pusat Latihan Polis di negara kita. Seperti yang kita tahu, biasanya Polis ini disediakan pusat-pusat latihan polis dan mereka juga diperuntukkan tempat mungkin untuk pusat lapang sasar bagi melatih Anggota Polis dalam menghadapi jenayah dan sebagainya. Di Maran, kita ada satu pusat latihan, pusat lapang sasar yang saya juga terlibat dengan IPD bagi kita membina pusat latihan ini, tetapi di akhir ini, saya dapat tahu bahawa
pusat lapang sasar ini telah pun diambil oleh orang lain. Saya minta supaya Polis Daerah melihat, menyiasat siapakah yang selama ini terlibat dalam mengambil tanah ini dan apakah mereka telah membuat kerja-kerja yang sewajarnya kerana di kawasan tapak ini juga sebenarnya telah dicadangkan Hospital Maran. Kalau dikatakan Hospital Maran tidak boleh dibuat kerana kawasan itu tidak sesuai dan kita ada Pusat Lapang Sasar, tetapi kenapa pula ada orang yang terlibat untuk mengambil kawasan ini sedangkan kawasan itu adalah kawasan dijamin ataupun dijaga oleh pihak Polis. Saya harap tindakan-tindakan seperti ini perlu dilaksanakan oleh KDN dan memastikan supaya keselamatan negara kita ini terjamin. Jangan mengizinkan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mengeruhkan keadaan dan akhirnya mewujudkan percambahan, pertumbuhan dan penyebaran yang tidak baik juga pertambahan jenayah di negara kita. Terima kasih Tan Sri Pengerusi... [Tepuk]
Baik. Saya jemput Jempol.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga selamat sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Jempol merujuk Butiran 020100 – Kepolisan berhubung dengan perjawatan anggota polis. Kerajaan memperuntukkan sekitar RM10.2 bilion dalam Belanjawan 2025 kepada Kementerian Dalam Negeri khusus untuk aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani isu jenayah dan menjamin keselamatan rakyat demi masa depan negara yang lebih aman dan makmur. Jempol percaya bahawa peruntukan yang besar ini harus diterjemahkan dengan jumlah kekuatan anggota PDRM yang mencukupi di seluruh negara. Tan Sri Pengerusi, Jempol merujuk kepada jumlah kekuatan anggota dan Pegawai Polis di seluruh negara setakat 28 Februari 2023 tahun lepas seramai 134,978 orang dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dengan mengambil kira kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk. Sebagai contoh, Jempol merujuk mengambil maklumat daripada IPD Jempol, jumlah kekuatan anggota di IPD Jempol adalah seramai 478 orang dan kita lihat tidak mencukupi dengan mengambil kira kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk di daerah Jempol yang kini berjumlah hampir 110,000. Walaupun IPD Jempol dalam kategori ‘C’, tetapi ia perlu dilihat semula berdasarkan fasiliti balai, jumlah penduduk, jenayah indeks, jumlah laporan Polis dan jumlah sasaran penting. Malahan sebagaimana yang kita sedia maklum, kartel jenayah siber dan penipuan dalam talian terancang yang amat berleluasa pada waktu ini perlu ditangani oleh ramai anggota polis yang berkemahiran. Sudah tentu ini memerlukan pertambahan Anggota Polis. Persoalan Jempol, apakah perancangan KDN bagi menambah bilangan perjawatan anggota PDRM di seluruh negara?
Tan Sri Pengerusi, seterusnya perkara yang kedua, Jempol merujuk Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis. Di kawasan Jempol terdapat beberapa buah kawasan FELDA yang begitu luas memerlukan sebuah balai polis baharu dan pertambahan anggota polis bagi menjaga dan membuat rondaan di kawasan sekitar bagi tujuan menjamin keselamatan penduduk setempat. Untuk makluman Dewan yang mulia, kawasan Palong terdiri daripada 16 skim FELDA dengan anggaran jumlah penduduk sekitar 25,000 orang. Terdapat 14 buah sekolah serta 14 buah masjid dan beberapa buah rumah ibadat bukan Islam yang memerlukan perhatian pasukan keselamatan. Menurut maklumat daripada IPD Jempol, dari Januari hingga Oktober 2024, terdapat 2,480 laporan polis dan 27 kes jenayah indeks direkodkan di kawasan FELDA Palong 1 hingga FELDA Palong 16 yang mana 16 skim FELDA ini sekarang di bawah pengawasan pentadbiran Balai Polis Rompin dan juga Balai Polis Kampung Gaddes yang terletak di luar kawasan Palong. Jadi dalam hal ini, berdasarkan data dan statistik berkenaan, Jempol mencadangkan sudah sampai masanya dibina sebuah Balai Polis baharu di kawasan Palong untuk keselamatan dan juga kesejahteraan penduduk. Jadi dalam hal ini, saya Jempol mohon pertimbangan khas pihak Kementerian Dalam Negeri berhubung permohonan ini dan sekiranya sebelum ini sudah ada dibuat permohonan dan kalau sekiranya- Jempol amat berharap ia dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas nanti. Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Padang Serai.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terus merujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada pengurangan peruntukan sebanyak RM6 juta dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi tahun 2025. Sistem Imigresen kita bagaikan benteng terbuka. Ia wujud secara nominal, tetapi tidak mempunyai kekuatan sebenar untuk menghalang pencerobohan ekonomi dan sosial. Perkembangan ini bukan sekadar statistik, ia adalah ancaman langsung pada struktur sosial dan ekonomi negara. Kita berdepan dengan senario di mana pelancong asing boleh dengan mudah melebihi tempoh visa, bekerja tanpa permit dan menyelinap masuk ke dalam sistem ekonomi kita tanpa sebarang rekod yang boleh dipercayai. Kerajaan perlu menjawab persoalan ini. Bagaimanakah kita boleh memantau dan mengintegrasikan data dalam sistem yang begitu rapuh? Apa mekanisme yang kukuh untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan status pelancong. Program Malaysia My Second Home (MM2H) yang dulunya dijadikan contoh kebolehcapaian ekonomi negara, kini mungkin boleh menjadi pintu belakang pencerobohan
ekonomi. Sebagai contoh, bolehkah kerajaan jelaskan, berapa jumlah warga China, Bangladesh, Indonesia dan lain-lain negara yang masuk ke Malaysia dan berapa ramai yang dikesan keluar bagi tahun 2022 sehingga tahun 2024? Kita memerlukan transformasi menyeluruh, bukan sekadar pembaikan yang bersifat sementara. Ini bermakna membangunkan sistem pemantauan imigresen yang lebih moden menggunakan teknologi biometrik terkini dan mewujudkan pangkalan data kebangsaan yang dapat menjejaki pergerakan setiap pelancong dengan tepat. Kita perlu sistem yang tidak hanya merekodkan kemasukan, tetapi dapat memberikan maklumat masa nyata tentang lokasi dan status mereka. Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 040000 – Pencegahan Rawatan dan Pemulihan Dadah. Saya akui terdapat peningkatan sebanyak RM11 juta dalam peruntukan untuk pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah. Walau bagaimanapun, persoalan besar yang ingin saya bangkitkan ialah keberkesanan program-program yang sedia ada. Statistik yang dipaparkan dalam DOSM membentangkan realiti yang pahit. Kadar relaps dalam kalangan penagih bekas pengedar dadah mencapai tahap membimbangkan. Pusat pemulihan kita lebih mirip kepada institusi pengasingan berbanding pusat transformasi kehidupan. Kita telah gagal melihat penagih sebagai manusia yang memerlukan pemulihan holistik, bukan sekadar hukuman. Pemulihan bukan sekadar proses perubatan, ia adalah perjalanan pemulihan, maruah dan peluang hidup. Setiap bekas penagih tetap menjadi masyarakat yang berpotensi untuk dikembalikan kepada sistem produktif. Namun, sistem kita masih terperangkap dalam paradigma penghukuman dan pengasingan. Kita memerlukan revolusi dalam pendekatan.
Pertama, kita perlu merombak pusat pemulihan menjadi institut pembangunan insan, bukan sekadar tempat rawatan, tetapi pusat transformasi kemahiran, pendidikan semula dan pemerkasaan ekonomi. Setiap penagih yang melepasi rawatan mestilah mempunyai pelan kerjaya, kemahiran vokasional dan sokongan psikologi yang berterusan. Teknologi digital perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Sistem pemantauan bekas penagih tidak boleh bersifat punitif, sebaliknya bersifat supportive. Aplikasi khusus platform sokongan dalam talian dan jejaring komuniti digital adalah masa hadapan pemulihan. Tuan Pengerusi, seterusnya merujuk kepada Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim. Merujuk kepada Butiran 020400, saya mengambil maklum peruntukan penguatkuasaan maritim telah ditingkatkan sebanyak RM52 juta bagi tahun 2025. Namun, apakah strategi yang benar-benar dirancang oleh kerajaan untuk menangani kelemahan penguatkuasaan yang telah berlarutan bertahun-tahun? Persoalan yang saya rasa layak diutarakan, apakah langkah khusus dalam mengatasi pencerobohan nelayan atau kapal asing? Contohnya, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pencerobohan kerap kali peronda kapal laut China di Laut China Selatan. Apakah tindakan daripada pihak kerajaan dalam menangani isu-isu ini? Ahli Yang Berhormat,
kawasan ini adalah kawasan panas yang juga termasuk di kawasan zon ekonomi eksklusif (EEZ) yang patut diberi perhatian penuh dari berlakunya insiden yang tidak diingini. Dengan peruntukan tambahan ini, bagaimanakah kerajaan bercadang memodenkan aset-aset pengawasan maritim seperti kapal peronda dan radar pantai? Apakah pelan kerajaan untuk mengatasi pencemaran laut yang semakin merosakkan ekosistem maritim kita? Kita perlu wujudkan sistem pemantauan radar pantai yang lebih canggih dan liputan menyeluruh terutama di kawasan EEZ. Keduanya, tambahkan kerjasama serantau melalui latihan bersama dan perkongsian maklumat untuk menangani ancaman lanun dan penyeludupan manusia. Yang seterusnya, tingkatkan latihan tenaga kerja maritim tempatan untuk memastikan kita mempunyai pakar yang kompeten dalam menangani cabaran keselamatan dan pembangunan maritim. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Baik. Saya jemput Petaling Jaya.
Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Saya memetik kod Butiran 020100 – Kepolisan. Sudah lebih tujuh tahun kejadian Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat dihilangkan secara paksaan. Sehingga kini, tiada satu penjelasan dan kesimpulan dalam kes tersebut. Kejadian tersebut berlaku di Petaling Jaya, Tan Sri Pengerusi. Saya terpanggil untuk memperjuangkan isu ini kerana saya tidak mahu sesiapa di Petaling Jaya dan Malaysia, tidak kira Melayu, Cina, India, Dayak ataupun Kadazan, yang terpaksa dihilangkan bertahun-tahun dan masih tiada satu penjelasan ataupun kesimpulan yang boleh diterangkan kepada keluarga dan rakyat. Saya menyeru supaya jangan pula tindakan polis menunjukkan kurangnya minat untuk menegakkan keadilan bagi individu dan keluarga yang terlibat. Bukti rakaman CCTV dan saksi mata telah menunjukkan penglibatan 15 orang- individu dalam penculikan suaminya termasuk sebuah Toyota Vios emas milik Saiful Bahari Abdul Aziz yang dikaitkan dengan Cawangan Khas Polis. Suruhanjaya Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 2019 telah menyimpulkan bahawa Koh dan Amri diculik oleh Cawangan Khas Polis berdasarkan bukti langsung dan tidak langsung. Mengenai Laporan Pasukan Petugas Khas yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, keluarga yang mengalami dugaan tersebut terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan laporan tersebut. Tan Sri Pengerusi, saya juga mengambil maklum bahawa Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Abd. Rahim Uda telah memberi keterangan di mahkamah bahawa perlu ada badan siasatan bebas untuk menyiasat individu yang dikenal pasti dalam laporan SUHAKAM dan mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja ataupun RCI. Saya berpandangan bahawa jika kerajaan benar-benar ikhlas dalam memastikan keadilan bagi
Koh, Amri dan keluarga mereka, ia harus mengikuti cadangan Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan bebas. Saya mengambil maklum dalam siri jawapan bertulis oleh kementerian, oleh Menteri sendiri bahawa siasatan masih berterusan. Namun, bagi saya, penubuhan RCI adalah satu penyelesaian terbaik yang memberikan keadilan kepada semua pihak. Saya pohon jawapan kementerian sama ada cadangan ini akan dibawa ke Kabinet untuk dapat kelulusan atau tidak. Saya juga ingin menyentuh kod Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Tan Sri Pengerusi, terdapat masalah visa untuk paderi dan biarawati asing, pensyarah seminari asing dan keluarga mereka, pelajar seminari asing dan keluarga mereka, pakar dan sukarelawan asing yang berkhidmat dalam kerja sosial, kebajikan dan pembangunan masyarakat gereja. Satu dasar konsisten dengan gereja dan agama lain perlu dikemukakan untuk membolehkan perkara ini diuruskan secara teratur. Perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan pegawai Imigresen perlu dimulakan semula yang telah ditangguhkan sejak tahun 2018 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri. Bagi saya, perkara ini harus diteliti dan selalu diadakan perjumpaan supaya kerja-kerja sosial dan perhubungan antarabangsa antara NGO, antara badan-badan yang beragama tidak terjejas hubungan mereka antara satu sama lain. Maka, dengan ini, saya ingin mengakhiri dengan satu pantun. Padi menguning di tengah sawah, Hasil dituai penuh berkat; MADANI membawa jiwa amanah, Keadilan dijunjung rakyat muafakat. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Setiu.
Assalamualaikum, Tan Sri Pengerusi... [Membaca sepotong doa] Saya pergi kepada Butiran 010000 – Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri. Dalam satu kenyataan media oleh PAC pada Julai 2024 menyatakan bahawa berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing. Satu agensi dinamakan ePPAx di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ataupun dengan nama Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu. Satu lagi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS). Di mana, saya dimaklumkan bahawa FWCMS ini di bawah Kementerian Dalam Negeri telah digunakan sistem ini bermula pada Januari 2018 dan telah digunakan selama enam bulan. Ada kontrak, tetapi tidak lengkap, tidak muktamad antara kerajaan dengan syarikat Bestinet Sdn. Bhd.. Sedangkan, syarikat Bestinet merupakan vendor kepada sistem
tersebut selama hampir enam bulan. Dalam masa sama, sistem juga ditubuhkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang diberi nama ePPAx ini. Jadi, soalan saya, apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan isu ini? Apakah perkembangan terkini kepada kes ini? Apakah jaminan kerajaan isu-isu seperti ini tidak berlaku pada masa hadapan? Kedua, Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Sejak tahun 1983, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Namun, setelah hampir empat dekad, masalah penagihan dadah tetap meruncing tahun demi tahun. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan perlu membangunkan modul-modul intervensi untuk golongan penagih dadah yang lebih banyak menekan pada aspek kerohanian serta berkesan berdasarkan kepada keperluan psikologi supaya proses pemulihan dadah adalah lebih berkesan. Sebagai contoh, negeri Terengganu telah menubuhkan Perkampungan Darul Barakah, dikenali sebagai pusat pemulihan dadah holistik sebagai satu usaha untuk membantu para penagih kembali ke pangkal jalan. Pusat tersebut bukan sahaja menyediakan pengisian rohani, bahkan pusat tersebut juga menyediakan perkhidmatan holistik termasuk peluang pekerjaan kepada para penagih. Banyak pusat penagihan dadah yang menerapkan elemen kerohanian sebagai elemen terpenting berjaya menyelesaikan masalah dadah ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang keempat yang ingin saya bawa ialah Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Dalam Jawapan Bertulis yang diberikan kepada saya berhubung dengan cadangan pembinaan Balai Polis Alur Lik serta naik taraf Pondok Polis Jabi dan Merang- dalam jawapan tersebut disebut bahawa Balai Polis Alur Lik ini akan dipertimbangkan jika- sekiranya ada keperluan, tetapi saya merasakan jika sekiranya tak dapat dibina Balai Polis Alor Lik ini, saya mencadangkan hanya dibina Pondok Polis. Pondok Polis berbeza dengan Balai Polis. Ia lebih kecil daripada Balai Polis. Yang kedua, berkait dengan naik taraf Pondok Polis Jabi dan naik taraf Balai Polis Merang. Kalau ikut dalam jawapan bertulis oleh kementerian, Pondok Polis Jabi ini telah dibina pada 1973. Saya lahir 1969. Masa itu umur empat tahun. Pondok Polis Merang 1954. Lebih lama lagi. Dengan pegawai dua orang sahaja, tetapi saya mencadangkan supaya kedua-dua ini dinaiktarafkan kepada Balai Polis. Kalau Merang itu, dia menjadi pusat penempatan penduduk kerana baru-baru ini kita telah diluluskan projek pembinaan rehabilitasi di Merang. Dijangka 400 orang staf akan ditempatkan di pusat rehabilitasi ini dan juga Merang menjadi tempat persinggahan para pelancong untuk pergi ke Pulau Redang. Banyak homestay, vila dibina di sini dan biasanya sebelum pelancong ke Pulau Redang, mereka akan tinggal di homestay atau vila ini. Jadi, kepadatan penduduk akan berlaku suatu masa nanti. Begitu juga di Jabi...
Masa Yang Berhormat.
Kepadatan penduduk dengan wujudnya projek-projek perumahan dan lain-lain lagi. Yang akhir sekali, butiran berkait dengan PDRM. Butiran 020100. Saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Kor Agama sebagaimana angkatan tentera ada Kor Agama Angkatan Tentera atau KAGAT. Saya mencadangkan supaya gaji Polis ini dinaikkan sesuai dengan tugas mereka yang mencabar dan bahaya dan sering kali berlaku kepada meragut nyawa mereka sendiri dalam menjalankan tugas. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Batang Lupar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya peluang untuk berbahas Peringkat Jawatankuasa, Belanjawan 2025- Peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B dan P.62 – Kementerian Dalam Negeri. Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM) diperuntukkan dengan RM317.5 juta dan Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM) diperuntukkan dengan RM33.2 juta. Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, Pusa telah dinaiktarafkan sebagai sebuah daerah penuh mulai tahun 2015 dan amat memerlukan pembinaan sebuah bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah yang baharu. Balai Polis Pusa yang sedia ada terpaksa menumpang bersama Pejabat Daerah Pusa dan keadaan ini mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai untuk menjalankan urusan-urusan kepolisan. Tanah dan tapak juga sudah pun dirizabkan untuk pembinaan balai polis baharu, tapi sehingga kini masih belum ada apa-apa khabar berita. Oleh itu Tan Sri Pengerusi, saya ingin bertanya, apakah sudah ada perancangan oleh pihak kementerian untuk membina IPD baharu di Daerah Pusa dalam tempoh masa terdekat? Butiran 45000 – Pejabat-pejabat dan Rumah Kediaman. Sebelum itu, saya ingin menguar-uarkan ataupun daripada Yang Berhormat Betong, Butiran 020100 berkenaan dengan Balai Polis Spaoh, Balai Polis Debak dan balai polis di kawasan saya juga Batang Lupar. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudah membina ketiga-tiga Balai Polis ini, tetapi sekarang masih kekurangan anggota ataupun belum ada perjawatan tetap di ketiga- tiga Balai Polis ini. Mohon perhatian daripada pihak kementerian. Butiran 45000 – Pejabat-pejabat dan Rumah Kediaman (JPN) RM13 juta, disalurkan bagi membina bangunan pejabat JPN di Pusa yang kini terpaksa menumpang bersama bangunan perpustakaan. Walaupun Pusa merupakan satu- daerah penuh, tapi banyak yang terpaksa menumpang di sana sini. Maka, saya amat berharaplah kepada pihak kementerian untuk dapat melihat kepada keperluan membina balai polis dan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara agar agensi-agensi ini tidak lagi perlu menumpang di bangunan lain dan dapat menjalankan fungsi dan perkhidmatan mereka dengan baik. Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Saya menyambut baik kenyataan daripada Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Datuk Zainuddin Ahmad bahawa JSJN perlu mengambil
tindakan yang lebih proaktif dan agresif terhadap pesalah dadah termasuk dengan memperketat kawalan di pintu-pintu masuk ke Sarawak. Pada masa yang sama, saya menggesa supaya kementerian dan agensi dapat mempergiatkan program pembasmian dadah terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman. Ramai anak-anak muda di kampung terjebak dengan penagihan dadah kerana mereka merasa yakin bahawa mereka tidak akan dapat ditangkap atau dikesan oleh pihak berkuasa. Antara taktik yang sering digunakan adalah dengan mengedarkan dadah di tempat- tempat pembuangan sampah bagi mengelakkan untuk dikesan oleh pihak polis dan orang awam. Justeru itu, selain pemantauan dan risikan, perlu ada kerjasama yang lebih strategik dan berkesan antara pihak PDRM, AADK, RELA, Kawasan Rukun Tetangga dan JKK yang lebih memahami situasi dan mengenali penduduk di kawasan kejiranan dan kampung masing-masing. Anggota masyarakat dan penduduk tempatan ini harus digalakkan untuk menjadi mata dan telinga yang boleh menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti penagihan, penjualan dan pengedaran dadah kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan. Saya juga ingin memohon supaya sebuah pejabat AADK dapat diwujudkan di kawasan Parlimen Batang Lupar khususnya di Daerah Pusa sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah dan memerangi masalah dadah di sekitar kawasan Pusa dan Beladin. Saya percaya dengan adanya pejabat dan keberadaan agensi AADK, ianya akan sedikit sebanyak dapat memberikan keyakinan kepada penduduk bahawa kerajaan serius dalam usaha membanteras gejala dadah di kawasan ini. Selain itu, saya ingin menyarankan kepada pihak AADK untuk merekrut ahli-ahli pertubuhan, sukarelawan dan NGO dari kawasan setempat untuk menjadi sebahagian daripada skuad AADK sebagai usaha untuk memerangi dadah di peringkat komuniti. Saya juga berharap agar pihak AADK dapat mempergiat program-program kesedaran khusus untuk anak-anak muda di kawasan luar bandar di Sarawak termasuk di Parlimen Batang Lupar. Perbanyakanlah program berbentuk sukan, kemasyarakatan dan keagamaan agar masa-masa lapang anak muda ini diisi dengan aktiviti yang membina dan berfaedah agar mereka tidak mudah terjebak dengan gejala dadah. Akhir sekali Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 04000 – RELA yang diperuntukkan RM19.5 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah terdapat usaha untuk meremajakan RELA sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak muda untuk menjadi sebahagian daripada anggotanya? Saya melihat bahawa peranan RELA ini amat penting terutama dalam membantu pihak polis memelihara ketenteraman awam. Oleh itu, saya berharap pihak kementerian dapat melihat kepada pemerkasaan peranan RELA dengan memperluas skop tugas mereka di samping menambah baik pemberian elaun dan memelihara kebajikan anggotanya.
Saya juga berharap agar pihak RELA dapat menganjurkan lebih banyak program bersama masyarakat bagi memupuk semangat kerjasama sesama penduduk. Ia penting ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat di peringkat komuniti. Sebagai penutup Tan Sri
Pengerusi, saya berharap agar segala yang saya cadangkan ini dapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak kementerian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong.
Baik, saya jemput Langkawi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada keseluruhan peruntukan kepada KDN yang berjumlah RM19.4 bilion. Mengurus RM15.5 bilion dan pembangunan RM3.9 bilion. Untuk fokus perbahasan saya, Tan Sri. Saya menyentuh Butiran 040000 – Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, tapi sebelum itu Tan Sri, kebetulan saya baharu menerima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, di mana saya telah memohon- Langkawi memohon supaya PDRM di Langkawi dapat dilengkapi dengan satu dron berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk aktiviti search and rescue mangsa-mangsa yang mati lemas di perairan Langkawi. Tan Sri Pengerusi, saya memohon ini adalah kerana apabila berlakunya air laut pasang dan ini amat membahayakan dan beberapa kali saya melihat anak-anak kita lemas di pantai. Begitu juga dengan pelancong dan juga ramai juga pelancong kita yang memasuki hutan di Langkawi itu dan Geopark kita dan mereka juga kadang-kadang hilang sehingga beberapa hari. Sebab itu saya memohon sebuah dron yang berteknologi tinggi, tapi jawapan yang saya dapat ini amat sedihlah Tan Sri, kerana jawapan dia itu dia tolak satu, satu, satu. Saya baca Tan Sri, “Sebarang kemalangan atau insiden berlaku, tugas search and rescue akan dikoordinasikan oleh Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM). Tindakan yang akan diambil oleh APMM apabila menerima maklumat berkaitan, SAR akan diaktifkan dan aset APMM yang terhampir akan digerakkan ke lokasi insiden.” Yang ini yang sedap Tan Sri, “APMM melalui Maritime Rescue Sub-Centre akan memohon bantuan aset dari Jabatan Bomba.” Tak ada dron. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPMPM), tak ada dron; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, tak ada dron; Polis Diraja Malaysia, tak ada dron; Tentera Laut Diraja Malaysia, tak ada dron; Tentera Udara Diraja Malaysia, tak ada dron. Inilah ceritanya Tan Sri, berpusing-pusing. Yang mati itu, matilah dan kadang-kadang kita tengok tourists pun dok tengok kita punya rescue team, merasa macam tak percaya nak pergi Langkawi. Tan Sri Pengerusi, saya juga melihat kepada muka surat 467, di mana saya melihat aktiviti satu pembanterasan dadah bersama juga dengan rakan-rakan dan saya tak perlu baca apa yang ditulis di situ, tetapi bila kita melihat kepada prestasi outcome program, saya tidak nampak success-nya dalam pembendungan dadah ini. Tan Sri Pengerusi, saya juga nak bertanya kerana ada Program Peluang Kedua (PEKA) yang memperuntukkan RM10 juta. RM7 juta pada Jabatan Penjara, RM3 juta kepada AADK. Saya nak tanya, apakah pengisian PEKA AADK yang bakal dilaksanakan pada tahun
2025? Siapakah kumpulan sasarnya? Sepanjang pengalaman 41 tahun AADK melaksanakan Program Rawatan dan Pemulihan, berapa peratus klien AADK yang pulih secara total? Adakah KDN membuat kajian berkaitan keberkesanan program pemulihan oleh AADK dibandingkan dengan kos yang digunakan, terutama analisis keberkesanan kos? Pada 6 November 2024, Ketua Pengarah AADK menegaskan bahawa bilangan penagih dadah di seluruh negara meningkat 31.6 peratus. Januari-September 2023 - 128,911 orang kepada 169,691 orang. Jumlah 162,390 orang penagih dadah adalah lelaki, 7,331 orang adalah wanita. Golongan belia berusia antara 19 sehingga 39 tahun mencatat angka paling tinggi dalam kes penyalahgunaan dadah. Tan Sri Pengerusi, saya juga nak membangkitkan- minta maaf kepada Yang Berhormat Menteri, with due respect, dengan izin. Saya membangkitkan soal PEMADAM yang mempunyai banyak keahliannya, melebihi 300,000 setakat ini yang register, yang tidak register, yang secara sukarela membantu PEMADAM, tetapi sehingga kini di ibu pejabat, kakitangan kita tidak ada gaji Tan Sri, kerana tidak mampu lagi nak membayar. Sekarang ini buat program dengan Kementerian Kesihatan. Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan. Bagilah sikit peruntukan oleh Kementerian Kesihatan, tapi masih tidak mampu. Kalau Tan Sri pergi ke pejabat PEMADAM, anai-anai penuh pejabat. Sudahlah bangunan kita lama, anai-anai- pun tak boleh nak beli ubat lagi dah. Jadi Tan Sri, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri, saya pun kalau jumpa di luar Yang Berhormat Menteri, saya selalu bertanya. Bilakah ini Yang Berhormat Menteri? Jumpa saja tanya, jumpa saja tanya dan saya minta kepada seluruh- ahli-ahli PEMADAM seluruh Malaysia, kita menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, insya-Allah pada petang ini, ada peruntukan kepada PEMADAM. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik terima kasih. Saya jemput Pulai.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 14000 – Pengkalan Marin (PDRM). Di Johor ada satu Pasukan Polis Marin Wilayah Dua yang mempunyai satu jeti di Sungai Skudai. Saya ingin maklumkan kepada Timbalan Menteri bahawa jeti ini telah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi pada waktu ini. Pelantar di depan jeti ini sudah dipenuhi dengan selut, tanah dan pokok kayu sekali. Ini jeti Polis Marin. Bukan jeti Zoo Negara. Jadi, inilah yang berlaku di kawasan ini bila mana bot peronda Polis Marin ini tak boleh lagi menggunakan jeti ini lagi dan terpaksa menumpang di persatuan nelayan di sebelahnya untuk melaksanakan aktivitinya. Dalam waktu tertentu, umpamanya di masa air surut, polis peronda marin ini tidak boleh menggunakan peralatannya semasa air surut. Jadi, bayangkan Ledang, penjenayah itu 24 jam, tapi Polis Marin bila bertugas ikut shift air pasang surut. Ini yang berlaku di kawasan jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan mohon diambil tindakan oleh pihak Menteri.
Seterusnya adalah Butiran 051500 – Pengurusan Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan JB Sentral, di mana pada waktu ini, kenderaan kereta masih terlalu banyak lagi. Sebagai alternatifnya adalah kita perlu banyakkan lagi bas yang membawa penumpang atau pekerja-pekerja yang akan bekerja pergi dan balik daripada Singapura ini. So, bas perlu ditambah dan juga perlu ditambah lagi e-gate. Pada waktu ini, hanya ada 20 bagi satu laluan dan perlukan tambahan 10 untuk menjadikan 30. Pergi balik akan dapat sepatutnya 60 bagi memudahkan lagi pengurusan keluar masuk antara dua- negara ini. Di samping itu juga, pada tahun 2025, ETS akan siap. Tahun 2026, RTS akan siap. Jadi di sana, di Johor Bahru ini akan ramai penduduk berada di kawasan Johor Bahru ini. Lebih ramai lagi pelancong akan masuk. Dengan zon ekonomi, akan lebih ramai lagi mungkin pekerja-pekerja asing akan masuk dalam negara ini, tetapi anggota trafik di IPD Johor Bahru Selatan ini masih kurang lagi iaitu pegawai kanan hanya ada 10 dan Pegawai Polis Rendah hanya ada 75 orang. Jadi, Pulai merasakan perlu ada tambahan anggota polis trafik ini untuk memudahkan proses selepas ini ya.
Butiran 91000 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapat peruntukan RM596 juta sementara 14000 – Pengkalan Marin (PDRM) ini pada tahun 2024 ada RM28 juta, tapi pada tahun 2025 dapat RM11 juta sahaja. Jadi, ada perbezaan yang ketara antara peruntukan APMM dan juga Polis Marin ini ya. [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, pada waktu ini kita nampak bagaimana APMM ini diperkasakan oleh pihak kerajaan, tetapi Polis Marin ini yang sepatutnya diberi peranan lebih, nampak kurang diperkasakan ya. Ada pertindanan-pertindanan tugas di antara APMM dan juga Polis Marin ini belum lagi diselesaikan oleh pihak kerajaan. Sebahagian daripada aset Polis Marin dahulunya telah diserap masuk bawah APMM. Jadi, Polis Marin merasa bahawa peranannya itu tidak begitu setanding dengan apa yang diperoleh oleh APMM termasuklah kurangnya diberikan peluang untuk latihan dalam penyiasatan dan sebagainya. Sedangkan Polis Marin ini juga penting kerana umpamanya dalam kes tangkapan penyeludup minyak. APMM hanya boleh handle di dalam kawasan air sahaja. Maknanya kawasan perairan APMM boleh handle, tetapi bila masuk kawasan darat tidak boleh di-handle oleh APMM. Di sini Polis Marin boleh berperanan bagi dua-dua tempat ini. Jadi, kesimpulannya bahawa penstrukturan Polis Marin ini perlu dilaksanakan, mengelakkan pertindanan kuasa di antara APMM dan juga Polis Marin supaya kedua-duanya dapat sinergi, kedua-duanya dapat berperanan dengan lebih baik pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Oh, steady Pulai...
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sila Yang Berhormat Arau.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh rakyat Malaysia, orang muda. Yang Berhormat Pengerusi, Timbalan Menteri. Timbalan Menteri jawab hari ini ya. Okey, Butiran 020100. Saya dah bercakap di Dewan ini, Yang Berhormat pun hari itu pun saya bercakap tajuk yang sama, tapi saya tidak dapat satu jawapan dan satu tindakan. Yang Berhormat, minta maaflah. Yang Berhormat ini dulu Menteri, sekarang Timbalan Menteri. Saya tidak tahu macam mana kedudukan dunia sekarang, tapi kalau kami memerintah saya akan naikkan Yang Berhormat jadi Menteri ya... [Ketawa] Okey, ini Elaun Polis. Jangan percaya dengan puak-puak ini, tidak boleh pakai. Ini Elaun Polis sebab saya dah beritahu Yang Berhormat, elaun kepada Polis yang terpaksa bertungkus-lumus bekerja seperti yang kawan-kawan saya sebutkan tadi hanya RM200 iaitu di IPD. IPK tidak dapat Yang Berhormat. Saya dah cakap berkali-kali sampai Polis cakap, “Em, cakap buat penat sahaja saya Dato’. Depa tidak buat apa pun.” Yang Berhormat ambil tindakan. Ini Polis ini hangpa balik senyap-senyap seronok di rumah, kalau ada accident, Polis kena tunggu- RM200 sahaja- IPD. IPK tidak dapat. Jadi Yang Berhormat, saya minta dipertimbangkan supaya RM200 itu naik RM500. Wahai Polis, inilah jasa Polis yang telah dibalas oleh puak-puak ini. Undi dekat negeri, Polis bagi dekat mereka. Undi dekat Mahkota, Polis bagi dekat mereka. Inilah balasan kamu! Yang kamu dapat ialah itulah elaunnya. Dia orang buat tak kisah. Sekarang kita nak Timbalan Menteri ini bagi jawapan yang hebatlah bahawa kita akan mempertimbangkan segera elaun kepada Anggota Polis. Kesian Yang Berhormat, Polis balik, hangpa bawa kereta, dia tidak pakai mask. Saya ada ulang di Dewan ini. Dia menghidu asap. Karang kamu balik seronok. Setengah orang maki pula Polis, tapi ini dia balasan yang kita dapat. Dia menyokong kerajaan, tapi kerajaan tidak buat apa, tapi saya hendak beritahu kepada Anggota Polis, kalau kami memerintah lagi sekali, ini akan dipertimbangkan... [Ketawa] Elaun Perumahan. Saya ada sebut Elaun Perumahan Polis dah berkali-kali. Paya Besar pun tahu saya sebut berkali-kali. Polis dapat RM300 kalau duduk di KL. Sewa di Perlis pun tidak dapat RM300 sekarang. Tidak dapat. Rumah murah pun RM400. Ini di Perlis. Kalau di KL, tengok begitu sahaja. Elaun Pegawai Inspektor ke atas RM400 lebih. Di manakah ada usaha untuk memperjuangkan nasib mereka? Kami akan pejuang! Kami tidak payahlah, kami tidak mahu ambil kesempatan untuk kami cari sokongan. Polis akan sokong kami secara profesionalisme sebab ini ialah termasuk reformasi. Saya dah beritahu dekat PMX tadi di seluruh Malaysia ini hanya seorang yang bagi kek reformasi kepada kerajaan reformasi iaitu Arau bagi tadi, tapi orang tidak ambil lagilah.
Silalah ambil ya, tapi kalau ambil gambar, kita tidak boleh buat macam itu. Macam inilah kan. Wallahualam. Okey, saya minta supaya dipertimbangkan. Yang Berhormat Menteri tadi saya timbulkan tidak jawab Speaker. Menteri tidak jawab. Jawab, ambil tindakan. Janganlah takut. Kalau saya bercakap ini, bukan saya bercakap benda yang mengarut- mengarut, benda yang serius untuk perhatian rakyat Malaysia. Okey, itu yang pertama. Kemudian, yang keduanya ialah pasal imigresen. Saya menyokonglah Kota Bharu tadi pasal addendum itulah, addendum. Saya menyokong Kota Bharu dan semua- kawan- kawan ya. Jadi, saya nak minta supaya Menteri, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan supaya Polis ambil tindakan berdasarkan 3R kerana kenyataannya macam ini, “Agong Pahang kawan baik Najib dan sepatutnya membantunya bila Najib dalam keadaan susah.” Mana boleh sebut hak Agong di luar sana. Raja-Raja tidak boleh disentuh. Jadi, dia sebut macam itu sahaja. Wahai rakyat Malaysia, wahai orang UMNO, ini dia orang UMNO balas dekat hangpa. Kami puak-puak PN akan bersama menyokong Dato’ Seri Najib. Puak-puak sana tidak sokong, tidak apa. Kami akan sokong. Semoga Allah membantu, Allah menolong kita untuk Najib mendapat tahanan di rumah. Tadi Kota Bharu telah memberi penjelasan daripada segi undang-undang, siapa pun tidak berani bangun untuk challenge Kota Bharu. Jadi, kita menyokong Kota Bharu. Kalau saya dapat, ianya sebahagian daripada ucapan kawan kita. Hidup Najib. Okey, dan akhir sekali Pengerusi iaitu Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Telah disebut berkali-kali dan Menteri pun jawab menantikan suatu benda. Kenapa Laporan Audit 2018 berhubung dengan peristiwa 2017 menyebut perkara ini, tetapi tidak ada langsung laporan yang dibuat selepas 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023, 2024, tidak ada laporan iaitu berhubung dengan warga asing yang tiada rekod keluar. Sumber Audit 2018, terdapat 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia. Pada tahun itu juga kerajaan telah menangkap 39,793 PATI. Tangkapan yang begini besar Yang Berhormat. Lepas itu kenapa tidak ada laporan tentang apa yang berlaku selepas itu? Saya tahu Menteri telah jawab kan. Menteri jawab, dia jawablah seorang-seorang dia. Kami nak tanya soalan tidak boleh. Macam tadi Speaker cabar, “Hari Khamis ini PMX akan mari. Tanyalah soalan.” Betulkah bagi kami tanya soalan? Habis kuat tiga soalan. Tiap- tiap kali PMX mari, kami tidak boleh tanya soalan. Bagilah hari itu lima soalan. Bolehlah kita tanya soalan, tapi mencabar PMX mari, tidak ada soalan. Soalan beribu-ribu akan menyertai Dato’ Sri Najib. Saya minta supaya laporan audit, saya telah dapat jawapan bertulis, tetapi jawapan itu tidak diberi jawapan yang tepat iaitu berhubung dengan pengurusan warga asing yang juruaudit dapati lemah dan juga kemasukan rekod keluar. Rekod masuk ada seperti yang Padang Serai sebut tadi, rekod masuk ada, rekod keluar tidak ada. Jadi Yang Berhormat, saya menyokong apa ini...
Arau, Arau. Minta penjelasan sikit, di sini.
Ya.
Tadi Arau kata kalau memerintah, Timbalan Menteri naik pangkat jadi Menteri. Kalau memerintah, Arau jadi Perdana Menteri kah? Kalau ya, boleh saya naik pangkat jadi Ketua Pembangkang sekarang?
Oh, kalau saya jadi Perdana Menteri sudah pasti macam-macam boleh berlaku dalam dunia ini. Rakyat tidak akan bergaduh lagi. Sekarang rakyat bergaduh. Ini bergaduh, sama-sama kerajaan bergaduh, UMNO bergaduh dengan DAP. Saya tidak akan jadi benda itu bergaduh. Rakyat hidup aman dan damai, bersatu padu... [Tepuk] Sebab ini ialah jiwa ini ialah jiwa ingin melihat perpaduan. Perpaduan itu bukan sahaja pada cakap, tetapi kepada perbuatan. Saya sayang semua orang...
Arau, orang tanya lain, jawab lain. Saya tanya sahaja.
Kampar ini pun lama saya marah, tapi saya sayang.
Arau, Arau calon Perdana Menteri kah? Tanya sahaja. Ya ke tidak?
Apa dia?
Arau calon Perdana Menteri kah? Sebab tadi Arau cakap kalau memerintah, Arau nak naik pangkat Timbalan Menteri jadi Menteri.
Ya.
Jadi Arau calon Perdana Menteri?
Kamu juga boleh dipertimbangkan. [Ketawa] Tapi behave yourself, dengan izin di Dewan ini sebab ada beberapa perkara Yang Berhormat...
Yang Berhormat.
...Tadi Jelutong ada sebut beberapa perkataan yang menyebut perkataan “PAS”. Ini saya pun nak tanya. Apakah polis telah ambil tindakan kepada orang yang telah melarikan masuk abu Chin Peng ke Malaysia? Apa tindakan yang diambil?
Yang Berhormat.
Apa tindakan yang telah diambil kepada perjumpaan Komunis yang telah dibuat di Cheras pada beberapa masa yang lepas?
Yang Berhormat.
Saya boleh buat tetapi...
Yang Berhormat Arau.
Saya tak mahu mewujudkan keadaan yang boleh menyebabkan berpecah belah! [Tepuk] Kita rakyat Malaysia, cintakan negara ini!
Terima kasih Yang Berhormat.
Kalau kerajaan telah buat kata putus bahawa kita menentang Israel – kita menentang Israel! Tapi janganlah pula pi tanya soalan kenapa tak hentam Hamas. Tak boleh.
Yang Berhormat...
Rakyat Malaysia, ini negara kita. Nak hidup aman damai, kita kena bersatu padu.
Dah habis masa Yang Berhormat.
Lihat bakal Perdana Menteri bercakap. Hebat tak? [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Terima kasih kerana membenarkan saya berbahas untuk peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri secara pembahas terakhir ya. KDN ini adalah sebuah kementerian yang amat penting bagi memastikan keselamatan dalam negeri terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara. Saya ingin terus menyentuh mengenai isu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terus menjadi perhatian rakyat atas pelbagai isu negatif terutamanya sekali membabitkan gejala rasuah yang dilihat tiada kesudahan. Butiran Maksud Pembangunan 62 di bawah Butiran 37000 – Pengkomputeran (Imigresen) yang berjumlah RM335.323 juta. Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada KDN, sama ada kerajaan sudah menandatangani kontrak projek Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS), dengan izin yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Bestinet Sdn. Bhd. Ini kerana berdasarkan Laporan PAC, kerajaan terus gagal menandatangani projek FWCMS walaupun Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan pada 12 Januari tahun 2018 dan ia jelas bercanggah dengan prosedur kerajaan sendiri. Mengapa ini berlaku? Boleh tak YB Timbalan Menteri nanti menjelaskan mengapa KDN melanggar prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kontrak ditandatangani dalam tempoh tiga tahun – tiga bulan, maaf, selepas SST dikeluarkan. Saya juga ingin bertanya lebih lanjut mengenai sistem FWCMS ini kerana berdasarkan laporan media, kerajaan telah bersetuju dengan kadar baharu yang ditetapkan syarikat Bestinet untuk sistem ini. Berapa kadar baharu ini? Apakah justifikasi harga yang dikenakan oleh syarikat Bestinet untuk sistem FWCMS ini?
Satu lagi mengenai syarikat Bestinet ini. Adakah kerajaan tidak berasa gusar atas isu keselamatan sistem ini memandangkan pengasas syarikat ini adalah seorang individu berbangsa Bangladesh walaupun mempunyai taraf penduduk tetap yang baru-baru ini? Kerajaan Bangladesh telah mengeluarkan waran tangkap ke atas beliau bersama seorang lagi warga Bangladesh dan memohon supaya PDRM menahan kedua-dua mereka dan menghantar pulang ke negara berkenaan atas dakwaan pemerdagangan manusia. Mohon juga YB Menteri menjelaskan taraf kerakyatan pengasas syarikat Bestinet ini sama ada mempunyai kerakyatan Malaysia atau taraf penduduk tetap. Bila kerakyatan ini diberikan kepada beliau? Apakah justifikasi pemberian kerakyatan ini? Saya terus ke Maksud Bekalan 62 di bawah Butiran 051500 – Pengurusan Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan JB Sentral yang menyaksikan peningkatan peruntukan daripada anggaran sejumlah RM19.11 juta kepada RM21.828 juta. Saya ingin tahu peningkatan jumlah ini adalah untuk apa di BSI dan JB Sentral. Semua mengetahui bahawa masalah yang dihadapi oleh BSI yang menjadi pintu utama masuk dan keluar dari Malaysia khususnya di Johor ke Singapura. Saya sendiri pernah membangkitkan isu BSI di Dewan yang mulia ini kerana BSI ini mempunyai lebih 10 agensi yang beroperasi di bawah satu bumbung. Jabatan yang paling ke hadapan berinteraksi dengan rakyat adalah JIM. Namun, kurangnya koordinasi antara agensi kerajaan dalam BSI ini menyebabkan pelbagai masalah khususnya kesesakan trafik hingga mendapat rungutan orang ramai yang terpaksa melalui proses yang lama untuk keluar atau masuk dari Malaysia atau Singapura. Juga di sini saya ingin merujuk kepada Butiran 051800 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang dapat anggaran peruntukan RM23,997,000 untuk tahun depan. Ini adalah satu agensi yang baru untuk mengawal selia sempadan negara kita. Jadi saya nak tahu sama ada dengan butiran yang saya sebut sebelum ini untuk menaik taraf BSI dan juga JB Sentral dan juga satu penubuhan agensi yang baru, kesesakan lalu lintas di sempadan Johor Bahru dengan Singapura akan dikurangkan dan sama ada kita dapat menambahkan anggota imigresen di sempadan Johor dengan Singapura kerana isu ini sangat-sangat serius. Dengan usaha proaktif Menteri Besar Johor yang kerap kali mengadakan lawatan mengejut ke BSI juga masih gagal untuk menangani masalah ini. Jadi, saya berharap dari segi Kerajaan Persekutuan kita ambil langkah proaktif untuk atasi masalah ini. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan YB Menteri tentang isu ini supaya kawalan kita di sempadan Johor dengan Singapura lebih efisien dan selamat. Butiran terakhir Dato’ Pengerusi, Maksud Bekalan 62 di bawah Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di bawah program, aktiviti Butiran 020100 – Kepolisan yang menerima peruntukan anggaran RM6.4 bilion tahun depan. Saya ingin bertanya mengenai mekanisme tahanan di rumah atau house arrest, dengan izin seperti yang dilaporkan media bahawa YB Menteri menyatakan bahawa tahanan terpilih sahaja yang akan mendapat tahanan di rumah. Bagaimana pemilihan untuk mereka yang akan menjalani
tahan rumah ini? Adakah mereka yang dalam tempoh tahanan reman atau yang telah dijatuhkan hukuman? Apakah alat pemantauan yang akan digunakan bagi memantau tahanan di rumah ini? Siapa yang akan bertanggungjawab kepada tahanan rumah ini? PDRM ataupun Jabatan Penjara Malaysia? Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk semua persoalan kepada KDN ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, sebagai panduan, memandangkan seramai 23 Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan pelbagai isu yang telah dibangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, perlulah diberikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu berikan komitmen jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan dalam tempoh lima hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab dalam masa 25 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri menyambut baik dan menghargai pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melibatkan kementerian, jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk belanjawan ini, ia selaras dengan peranan besar KDN sendiri untuk memastikan keselamatan dan juga ketenteraman awam yang sentiasa terpelihara termasuk memperkukuh keselamatan sempadan, perairan dan pintu-pintu masuk di peringkat antarabangsa. Secara keseluruhan, KDN diperuntukkan sebanyak RM19.5 bilion terdiri daripada RM15.5 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM4 bilion bagi perbelanjaan pembangunan iaitu kenaikan sebanyak dua peratus. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan. Saya mulakan untuk menjawab. Yang Berhormat Kota Bharu tidak ada dalam Dewan. Saya bagi jawapan secara bertulis Yang Berhormat.
Bukit Bendera dan Tanjong Piai berkaitan soalan tadi baik pulih dan naik taraf fasiliti PDRM dan juga kemudahan asas FRU yang uzur, yang dibangkitkan oleh dua-dua tadi walaupun Tanjong Piai tak ada dalam Dewan tapi berkaitan soalan itu. Bagi isu baik pulih dan naik taraf fasiliti PDRM, sebenarnya banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi.
Usaha baik pulih dan menaik taraf fasiliti dilaksanakan secara berterusan dan mengikut keutamaan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, KDN dan PDRM telah menyenaraikan cadangan projek pembangunan baru bagi menggantikan bangunan-bangunan lama yang tidak ekonomik untuk diselenggara dan dibaiki di seluruh negara. Di samping itu, KDN turut menyalurkan peruntukan di bawah Belanja Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) kepada PDRM bagi pembaikan serta penyelenggara pejabat-pejabat dan kuarters-kuarters pasukan polis di seluruh negara termasuk di kawasan Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Pada tahun 2023 di bawah Belanja Mengurus (DE), KDN dan PDRM memberi tumpuan terhadap 80 projek-projek fizikal sedia ada serta sambungan di bawah PDRM. Ini termasuk pembinaan baharu, pembaikan, penyelenggaraan dan menaik taraf kuarters, premis, fasiliti PDRM yang telah uzur dan usang. Dalam masa yang sama, KDN dan PDRM turut menyediakan peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan di bawah peruntukan Belanja Mengurus pada tahun 2023 dan 2024. KDN sedar bahawa premis dan kuarters PDRM memang semakin uzur dan memerlukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan. Bagi tujuan tersebut, Ahli Yang Berhormat untuk makluman di bawah peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan Ketiga yang telah diluluskan sebanyak RM113 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan berkenaan termasuk infrastruktur dan lain-lain kemudahan milik PDRM. Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan bermula pada tahun 2023 dan dijangka siap pada tahun 2025, sedang berjalan sebahagian besarnya Yang Berhormat. Selain daripada itu, sebanyak 345 projek kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf kuarters-kuarters milik PDRM di bawah penyelenggaraan kuarters agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, bagi tahun 2023 bernilai RM98.72 juta telah siap dilaksanakan. Pada tahun 2023, PDRM telah menerima peruntukan penyelenggaraan kuarters, premis dan fasiliti. Sebahagian daripada peruntukan tersebut iaitu sebanyak RM13.8 juta yang merangkumi 120 projek telah digunakan bagi pembaikan yang melibatkan sebanyak 4,212 unit kuarters dan kerja-kerja pembaikan ini meliputi pembaikan tandas, penggantian siling, bumbung, pembaikan sistem kumbahan, pembaikan sistem peraliran elektrik dan sebagainya. Selain dari itu juga Yang Berhormat—ini panjang jawapan ini kerana banyak yang bangkitkan soalan ini tadi. Selain daripada itu, peruntukan sebanyak RM14.38 juta juga telah diguna untuk kerja-kerja ubah suai 286 unit kuarters lama PDRM yang berkeluasan di bawah 700 kaki persegi yakni, dua bilik, dengan 143 unit kuarters berkeluasan 1,200 kaki persegi iaitu tiga hingga empat bilik iaitu dengan mengubah suai dua unit kuarters menjadi satu unit bagi meningkatkan keselesaan anggota polis. Dalam Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2024, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM110.73 juta siling peruntukan untuk pembaikan dan ubah suai yang meliputi kerja-kerja baik pulih penyelenggaraan pembaikan dan menaik taraf fasiliti PDRM, IPD, balai polis dan pondok
polis. Manakala, bagi RP5 RMKe-12 tahun 2025, kerajaan telah meluluskan siling berjumlah RM103.36 juta di bawah Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM) Bukit Bendera juga bangkitkan baik pulih dan juga kemudahan asas FRU yang semakin uzur Yang Berhormat. Pembinaan perumahan Pasukan Simpanan Persekutuan, pembinaan perumahan PSP Unit Tiga Pulau Pinang telah dicadangkan oleh PDRM dalam Rolling Plan 1 RMKe-13 pada tahun 2026, di tapak sedia ada dan akan dikemukakan untuk pertimbangan kementerian, Yang Berhormat. Selain itu—Tanjong Piai tak ada. Sri Aman. Sri Aman membangkitkan isu peruntukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi tahun 2025 termasuk bagi pembangunan pos-pos kawalan. Bagi Bajet 2025 telah memperuntukkan RM560 juta bagi tujuan pembaikan, penambahbaikan dan pembangunan kemudahan, fasiliti dan pembelian aset bagi tujuan urusan sempadan negara. Manakala, peruntukan sebanyak RM23 juta adalah hanya untuk pembaikan Ibu Pejabat AKPS sahaja. Paya besar, Yang Berhormat Pengerusi bangkitkan isu perwujudan jawatan perkhidmatan baru Agensi Kawalan Sempadan. Bagaimana sekiranya pegawai yang telah memilih skim perkhidmatan baru di bawah AKPS untuk kembali ke skim perkhidmatan asal? Ini Yang Berhormat bangkitkan. Untuk makluman dijangkakan sejumlah 13,000 perjawatan akan dipindah butir dari jabatan agensi lain ke AKPS. Untuk fasa pertama, pengoperasian agensi ini, kesemua pegawai tersebut akan ditempatkan secara kader. Pegawai ini kemudiannya akan diberi opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan AKPS yang baru. Untuk itu KDN dalam proses mengkaji skim perkhidmatan AKPS sebelum dikemukakan untuk kelulusan agensi pusat. Ini setakat ini. Yang Berhormat juga bangkitkan isu penambahan kapasiti di Pondok Polis Lepar Utara dan Balai Polis Gambang. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini perjawatan di Pondok Polis Lepar Utara adalah sebanyak dua perjawatan,ini Yang Berhormat tahu. Balai polis di bawah pentadbiran Balai Polis Gambang yang mempunyai sebanyak 43 perjawatan. KDN dan PDRM buat masa ini sedang melaksanakan kajian pengoptimuman keperluan perjawatan yang melibatkan semua pondok polis, balai polis, ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen. Justeru itu, keperluan peningkatan kapasiti sumber manusia di Balai Polis Lepar Utara, kita akan ambil dalam kajian ini untuk diberi perhatian yang sewajarnya. Ransom juga Yang Berhormat bangkitkan. Ini agihan kepada petugas Yang Berhormat bangkitkan, bagaimana untuk elakkan pembaziran dan kaedah-kaedah perolehan. Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM398.9 juta di bawah program khusus ransom kepada lima buah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pertama, Polis Diraja Malaysia peruntukan sebanyak RM85 juta, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, peruntukan sebanyak RM10.3 juta, Jabatan Imigresen Malaysia sebanyak RM76 juta, Agensi Antidadah Kebangsaan sebanyak RM55.6 juta dan Jabatan Penjara Malaysia, RM171.9 juta. Agihan kepada petugas dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar yang ditentukan berdasarkan fungsi dan peranan agensi serta bilangan anggota yang layak.
Pengagihan juga ditentukan melalui siling kontrak yang berkuat kuasa yang diteliti pelaksanaannya dari semasa ke semasa oleh KDN dan agensi berkaitan. Ini dilaksana berdasarkan had nilai perolehan yang ditetapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.1, sama ada melalui kaedah-kaedah perolehan seperti pembelian terus, sebut harga atau tender. Memang telah ditetapkan, Yang Berhormat. Ini berkaitan dengan langkah-langkah pencegahan terhadap pelajar sekolah terhadap ketagihan dadah, kebajikan anggota AADK, keadaan sekitar PUSPEN Gambang gelap memerlukan lampu jalan, Yang Berhormat bangkitkan. Ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan berkaitan dengan AADK tadi. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kepekaan Ahli-ahli Yang Berhormat dan banyak Ahli Yang Berhormat tadi berkaitan isu penyalahgunaan dadah dan transformasi dadah dalam pelbagai bentuk di kalangan murid sekolah. Untuk makluman yang berhormat, AADK selaku lead agency, amat optimis walaupun sentiasa berdepan dengan cabaran trend penagih dadah yang semakin rumit dan semakin kompleks.
Walau bagaimanapun, ia dapat diatasi dengan koordinasi dan kerjasama antara pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, dengan Kementerian Pendidikan dan lain- lain pihak termasuk NGO. Justeru itu, AADK sedang dalam usaha mengumpul sebarang bahan baru yang mengkhayalkan termasuk yang menggunakan perkataan magic mushroom tadi. Bagi mengesan bahan psiko aktif yang tepat sebelum buat pembelian treat baru yang boleh mengesan bahan tersebut dalam air kencing. Ini sedang dalam kajian, Yang Berhormat. Melalui usaha ini, dijangka sebarang penggunaan dadah baharu dan bahan kimia yang mengkhayalkan dapat diambil tindakan melalui Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Di antara usaha yang dilaksanakan oleh AADK adalah melalui kempen-kempen kesedaran awam kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam institusi keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan juga komuniti. Antara program yang dilaksana ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), Program Sayangi Hidup, Elak Derita Selamanya dan program-program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD), Program Sukses, Matang dan pelbagai lagi program-program yang panjang untuk disenaraikan. Cuma, sehingga September 2024 Yang Berhormat, sebanyak 1,473 program pendidikan pencegahan telah dilaksana di seluruh negara agar impak yang lebih berkesan dapat dicapai di pelbagai lapisan masyarakat. Untuk itu juga, kementerian ambil maklum berkaitan isu Yang Berhormat bangkitkan berkaitan lampu jalan di PUSPEN dan kita akan teliti perkara ini kerana ia melibatkan pihak berkuasa tempatan dan juga jabatan lain termasuk Jabatan Kerja Raya. Ini di luar kawasan PUSPEN sendiri, Yang Berhormat. Merbok, ada. Yang Berhormat Merbok membangkitkan statistik tadi. Statistik kehilangan MyKad, MyKid, MyKAS, MyTentera dan MyPR. Ini Yang Berhormat bangkitkan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikut merupakan statistik kehilangan dokumen
pengenalan diri yang merangkumi MyKad, MyKAS, MyPR bagi tempoh 2023 hingga 2024 adalah seperti berikut. MyPR, 3,044; MyKad, 547,276; MyKAS, 261. Ini data, Yang Berhormat. Yang Berhormat bangkitkan juga tadi, langkah untuk mengurang kadar penagihan di negara ini, terutama di kalangan belia dan remaja. Sebahagiannya telah pun saya jawab. Juga, program rawatan dan pemulihan yang sedia ada dan mahu melihat keberkesanan. Sebahagian saya jawab tadi tetapi sebagai tambahan, antara usaha pencegahan yang dilaksanakan, yang sangat diberi perhatian ialah kempen-kempen kesedaran awam dan juga tumpuan kepada institusi keluargalah dan juga institut pendidikan. Cuma, saya nak maklumkan. Sehingga September 2024 sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita dah 1,474 program pendidikan pencegahan telah dilaksanakan di seluruh negara dan kita akan terus meningkatkan usaha-usaha dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat terutama sekali memberi tumpuan kepada kumpulan-kumpulan sasar, golongan muda dan sebagainya. Isu gaji, Tawau. Yang Berhormat Tawau ada ke?
Tawau tiada di Dewan, Yang Berhormat.
Okey. Jawapan bertulis. Masjid Tanah. Status dan tindakan susulan selepas lulusnya RUU APD 2024. Untuk makluman Yang Berhormat, rang undang-undang tersebut telah diwartakan pada 17 Oktober 2024 dan dijangka akan dikuat kuasa pada 2025. Warta pada 17 Oktober lalu, tahun depan kita akan kuat kuasa. Pada masa ini Yang Berhormat, AADK sedang giat dalam proses mengadakan sesi libat urus bersama Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) dan badan bukan kerajaan (NGO) serta menyediakan kaedah-kaedah dan garis panduan bagi pelaksanaan akta tersebut secara menyeluruh. Latihan lanjutan yang komprehensif kepada pegawai AADK juga telah, sedang dan akan terus dilaksanakan bagi membolehkan kita dapat melaksanakan rang undang-undang ini dengan baik dan berkesan.
Yang Berhormat, boleh beritahu pada Dewan adakah sesi libat urus itu hanya pilih-pilih ataupun melibatkan semua sekali dari segi NGO–NGO tersebut?
Saya tidak ada data NGO yang terlibat tetapi kita melibatkan pelbagai pihaklah untuk terlibat dalam sesi ini. Jika ada cadangan Yang Berhormat, kita alu-alukan Yang Berhormat. Pembinaan IPD Melaka Tengah, Yang Berhormat bangkitkan tadi dan Balai Polis Tanjung Minyak serta perumahan yang diluluskan dalam RP5, RMKe-12 tahun 2025. Projek ini akan dapat― sebenarnya menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang. Memandangkan pembinaan IPD Melaka Tengah telah diluluskan dan mengambil masa untuk dibina, buat sementara waktu IPD Melaka Tengah akan beroperasi di Wisma Amanah Melaka. Bangunan tersebut telah
dibeli oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2024 dengan kos sebanyak RM27 juta. Okey, Yang Berhormat ya? Yang Berhormat bangkitkan isu penggantian penjualan tanah...
Kejap, Yang Berhormat. Maksudnya, berapa jumlah sewa yang perlu dibayar? Adakah ia percuma sebab itu adalah merupakan bangunan Persekutuan kan?
Yang Berhormat, saya pergi bertulis yang itu. Tidak ada maklumat lengkap dekat saya berkenaan itu. Okey. Isu penggantian penjualan tanah rizab oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi pembinaan Balai Polis Brickfields. Bagi isu ini Yang Berhormat, isu penjualan tanah rizab, pembinaan Balai Polis Brickfields oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian kepada pihak swasta, KDN telah memohon penggantian terhadap lot tersebut kepada pihak JKPTG. Dalam hal ini, lot yang diganti perlulah bersesuaian dari aspek lokasi dan keluasan bagi pembinaan sebuah balai polis yang lengkap dengan segala kemudahan supaya penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, rakyat dapat dipertingkatkan. Okey, Yang Berhormat ya? Tawau dan Setiu tidak ada tadi. Besut, ada. Pembinaan baharu IPD...
Setiu ada. Setiu.
Setiu ada?
Ada.
Oh, sorry-sorry. Minta maaf. Berkaitan dengan gaji anggota lantikan baharu PDRM yang dibangkitkan tadi. Di bawah Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kerajaan telah menambah baik jadual gaji bagi penjawat awam termasuk anggota PDRM. Semasa Sistem Saraan Malaysia (SSM), gaji permulaan terendah bagi anggota PDRM berpangkat konstabel adalah RM1,441. Di bawah SSPA pula, gaji permulaan anggota PDRM telah dinaikkan untuk pangkat yang sama kepada RM1,590 dengan peningkatan sebanyak 10.34 peratus. Bagi lantikan jawatan Sarjan adalah sebanyak RM1,824. Manakala, di bawah SSPA pula, gaji permulaan yang diberikan adalah sebanyak RM1,980 dengan peningkatan sebanyak 8.55 peratus. Ada kenaikan Yang Berhormat. Lantikan baharu ke jawatan inspektor di bawah SSM akan menikmati gaji permulaan sebanyak RM2,250. Manakala, di bawah SSPA, pegawai akan menerima gaji permulaan sebanyak RM2,710 iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus. Selain itu, kerajaan dari masa ke semasa sentiasa mengkaji dan menambah baik elaun dan saraan bagi penjawat awam termasuk PDRM dalam mendepani kos sara hidup yang meningkat. Masjid Tanah, saya nak betulkan tadi. Sebenarnya, Menara Amanah telah dibeli dengan harga RM27 juta, bukan disewa Yang Berhormat. Dibeli, kita beli dengan harga RM27 juta. Jadi, bukan sewa. Okey.
Setiu. Sorry-sorry. Besut, Besut. Minta maaf. Teringat dulu Setiu, duduk sebelah saya di situ tetapi bertukar tempat sekarang. Bukan bertukar tempat, bertukar parti pun... [Ketawa] Kawan baik, tetapi itulah, tinggal kawan. Setiu, nasib baik tukar. Tidak setia tadi.
Besut, berkaitan dengan pembinaan baharu IPD Besut yang berusia lebih 68 tahun, KDN akan meneliti dan mengkaji dari masa ke semasa berhubung keperluan untuk menaik taraf atau membina baharu bangunan IPD, balai polis sebagaimana mengikut keutamaan. Cadangan Yang Berhormat Besut, kita ambil maklum, kita beri perhatian. Namun, saya hendak maklumkan, susulan peruntukan yang terhad dan jumlah fasiliti yang besar, perancangan menaik taraf dan pembinaan baharu atau projek pembangunan fasiliti PDRM perlu disusun mengikut keutamaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Malah, pembinaan ini untuk naik taraf IPD bukan hanya bergantung kepada...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiu celah sedikit sahaja.
Sekejap, sekejap. Bergantung kepada bajet tetapi juga kepada isu-isu lain― kadar jenayah dan sebagainya. Dua minit sahaja, Yang Berhormat.
Hendak minta baik pulih kerosakan bumbung di IPD Setiu dan juga kuarters yang telah bocor. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, yang itu semua kita ambil maklum juga. Saya sebut di awal tadi, kita sedang buat penelitian keseluruhan termasuk perkara yang Yang Berhormat bangkitkan tadi. Besut, kadar kejayaan dan statistik terkini program rawatan pemulihan, pemantauan berkesan, saya sudah jawab tadi, Besut. Cuma, berkaitan dengan― Yang Berhormat sebut juga sesi terapi dan keagamaan untuk penagih, pemulihan lanjut selepas pemulihan. Saya hendak sebut bahawa AADK, kita ada pengalaman lama, 40 tahun, dalam memberi khidmat rawatan pemulihan kepada individu yang mempunyai masalah penagihan dadah. Sebab itu, kita sentiasa mengambil langkah proaktif dan kita pinda rang undang-undang yang kita sama-sama bahas dan persetujui dalam Dewan ini untuk kita perluaskan akses rawatan dan pemulihan bukan kepada penagih dadah malah kepada penyalahgunaan dadah dan juga bahan. Perubahan dibuat mengambil kira perubahan semasa. Berdasarkan model i-Pulih AADK, saya hendak sebut di sini kaedah menilai kepulihan yang dibuat oleh AADK memang mengikut standard dan ada kaedah tertentu menggunakan CCRi. Saya hendak sebut bahawa sehingga Ogos 2024, kadar kepulihan klien meningkat ke tahap 78 peratus berbanding tahun 2023 iaitu 75 peratus. Bermakna, usaha-usaha yang dibuat oleh AADK memang berkesan. Malah, kita sedang tingkatkan lagi untuk mencapai tahap di mana dadah terkawal menjelang tahun 2025. AADK juga melaksanakan pengesanan klien yang telah tamat program pemulihan dan rawatan untuk tempoh dua tahun. Melalui pengesanan yang dilaksanakan, AADK dapat
mengenal pasti klien pasca pulih yang menjadi kekal pulih dan klien berisiko untuk kembali menagih. Sebab itu apa yang kita buat ini memang kita kaji dari masa ke semasa, dan melalui sistem yang kita buat ini bermakna penagih atau klien yang telah pun selesai menerima rawatan tidak kita lepas begitu sahaja, kita ada lagi kaedah-kaedah lain untuk memantau perkembangannya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, perlu berapa masa lagi?
Saya jawab satu dua sahaja, Yang Berhormat.
Saya bagi lima minit lagi.
Sebab saya tengok...
Yang Berhormat Menteri, untuk Masjid Tanah. Untuk jawapan bagi Wisma Amanah itu, boleh tak bagi bertulis? Sebab, ada jawapan yang tidak dibagi lagi untuk kos baik pulih dan juga bekal dan bina perabot itu. Bagi secara bertulislah nanti. Terima kasih.
Okey, insya-Allah. Miri ada? Miri? Tidak ada.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
[Ketawa] Maran. Sekejap lagi dia jumpa saya, banyak dia merepek dekat luar. Saya jawab Maran. Ini cadangan pengisian kekosongan di IPD Maran... [Dicelah] Kawan lama juga tetapi lompat juga... [Ketawa] Seperti Yang Berhormat sedia maklum...
Awak itu pergi sokong DAP tak lompatkah?
[Dewan riuh]
Jawab dahulu, Yang Berhormat.
Ini menggunakan...
Tak, tak, tak.
Dua orang kawan sudah lompat. Bila lagi hendak lompat?
Tunggulah, Arau. Sekejap. Saya dah bagi lima minit tadi.
Yang Berhormat, sila, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Saya ingat Yang Berhormat fokus kepada jawapan. Yang Berhormat, benda ini serius.
Saya nak seriuslah ini.
Yang melompat daripada perjuangan Melayu ialah awak, sokong DAP.
Arau duduk, Arau duduk.
Yang Berhormat Arau, duduk. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tiga minit 25 saat lagi.
Arau cakap sahaja. Hati perut, kita tahulah...
[Dewan riuh]
Ini, Maran. Seperti Yang Berhormat Maran sedia maklum, perjawatan sedia ada di IPD Maran adalah sebanyak 332 perjawatan. Pengisian pada masa ini adalah sebanyak 320 pegawai anggota dengan 12 kekosongan. Bagi mengisi kekosongan perjawatan beruniform di IPD Maran, penempatan dalam kalangan pelatih Institusi Latihan Polis akan dilaksanakan pada 24 November 2024 setelah mereka selesai menjalani latihan asas kepolisan. Okey, Yang Berhormat Maran ya?
Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit tidak? Tentang penempatan baharu dan juga kenaikan pangkat. Sedikit sahaja. Saya tengok yang dilakukan di IPD-IPD ini, ada jawatan OCPD yang memegang jawatan OCPD di satu daerah IPD, kemudian dipindahkan ke tempat lain dan mereka turun ke Timbalan OCPD. Saya tahu the upgrading itu ada, post itu ada, tetapi saya disuarakan oleh beberapa orang, apa salahnya kalau boleh polis mencadangkan supaya dipindahkan jawatan personel yang OCPD tadi, Ketua Polis Daerah itu, kepada daerah yang juga berjawatan Ketua Polis. Lagi baik kalau mereka dapat dinaikkan pangkat, kalau post yang mereka berada sekarang itu di-upgrade. Itu yang sepatutnya. Tidak pun, moral dia sebagai Ketua Balai di suatu daerah akan diturunkan kepada Timbalan Ketua Balai di daerah yang lain meletakkan moral para polis itu dijatuhkan. Saya harap polis ataupun KDN dapat mempertimbangkan supaya melihat dari segi masa depan. Sebab, tanggungjawab pegawai polis ini berat. Kadang-kadang mereka membuat report sendiri, taip sendiri surat-surat, sedangkan beban yang mereka pikul cukup berat. Terima kasih.
Terima kasih. Apa Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita ambil maklum. Apa pun, sebarang perjawatan memang dilakukan dengan tersusun oleh PDRM mengikut keperluan perkhidmatan dan sebagainya.
Timbalan Menteri, Timbalan Menteri.
Setiu― oh, sorry.
Jelutong setia menunggu lama, belum ada sebarang jawapan.
Panjang, tebal ini, Yang Berhormat.
Ya.
Tidak sampai lagi. Kalau tak sampai, bertulislah jawabnya. Batang Lupar? Ada Batang Lupar?
Ha, Arau. Ini pun satu. Kalau tak jawab, susah. Jawapan bertulis kah hendak bagi dekat Arau? Hendak bertulis kah jawab?
Jawab sedikitlah.
Okey. 20 saat sahaja saya jawab. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kelayakan BITA dinikmati oleh pegawai dan anggota PDRM yang bertugas di ibu pejabat daerah, balai, pondok polis pada kadar RM200 sebulan. Kerajaan dari masa ke semasa sentiasa melaksanakan kajian penambahbaikan berhubung elaun saraan bagi perjawatan awam termasuk anggota PDRM. Pada masa ini, kerajaan melalui Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah melaksanakan penambahbaikan dari segi gaji, kemudahan seperti cuti, kemudahan tambang wilayah dan lain-lain. Kajian kadar elaun ini akan dilihat dari semasa ke semasa selari dengan peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat. Puas hati Yang Berhormat?
Tak puas hati, tak puas hati.
Okey, jadi...
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ini jawapan yang sama tahun sudah. Bajet tahun sudah, ini jawapannya. Sekarang jawab mengkaji dari semasa ke semasa. Itu pegawai tulis. Yang Berhormat, saya minta tindakan segera diambil. Ini barang naik dan kasihan polis. Yang Berhormat kena kasihan, dia pun adik-beradik kita semua. Adik-beradik Jelutong, adik-beradik saya.
Ya lah, Yang Berhormat. Polis pun adik-beradik saya juga.
Ya, tolong mereka.
Kita beri perhatian, Yang Berhormat.
Tapi kalau Yang Berhormat jawab akan dikaji dari semasa ke semasa, tahun sudah jawab yang itu.
Itulah Timbalan Menteri, elok jawab semua sebelah sini. Jawab sana, depa tak berterima kasih. Jawab sebelah sini ini.
Apa pun, kerajaan sangat mengambil berat anggota polis, Yang Berhormat. Lebih daripada Arau. [Tepuk]
Langkawi, Langkawi.
Boleh tak saya bagi tempoh satu tahun?
Kalau saya nak jawab, banyak sangat Yang Berhormat. Oleh kerana...
Saya kira masa dah tamat, Yang Berhormat.
Padang Serai, Padang Serai.
Jadi saya minta maaf banyak- banyak bagi pihak Kementerian Dalam Negeri ...
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Jadi, nak tutup Yang Berhormat. Boleh?
Saya minta semua persoalan yang tak dibangkitkan, isu-isu yang tak dibangkitkan, sila buat jawapan bertulis dalam tempoh lima hari. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Boleh. Pegawai-pegawai saya dengar ini. Saya minta jawapan diberi dalam tempoh lima hari. Apa pun, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas cadangan, pandangan dan juga apa-apa yang dibangkitkan berkaitan dengan bajet di bawah Kementerian Dalam Negeri. Kita akan ambil maklum semuanya. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih. Mana-mana yang tidak dijawab, sebagaimana saranan Yang Berhormat Pengerusi tadi, kita akan bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Yang Berhormat, berapa hari? Berapa hari untuk jawapan bertulis?
[Dewan riuh]
Lima hari. Arau, duduklah Arau.
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat, lima hari ini, ini peraturan siapa Yang Berhormat?
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Dulu kita bagi tiga hari. Masa Yang Berhormat duduk dengan saya, tiga hari. Sekarang kenapa lima hari?
Yang Berhormat, saya dah bagi tahu tadi Yang Berhormat. Lima hari.
Tak, lima hari? Parlimen dah nak habis dah. Kita nak simpan mana? Nak simpan dalam ini? [Menunjuk ke arah meja]
Belum lagi Yang Berhormat, belum lagi Yang Berhormat.
Kita nak ambil tindakan serta-merta.
Parlimen masih ada berbaki hari.
[Dewan riuh]
[Tidak jelas]
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,527,945,100 untuk Kepala B.62 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Kami penyokong polis, takkan tak setuju? Yang tak setuju Jelutong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 20 November 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.54 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pendatang Tanpa Izin (Pti), Isu Warganegara Dan Bukan Warganegara Di SabahSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui Data Anggaran Penduduk Semasa 2024, penduduk di Sabah telah meningkat daripada 3.418 juta orang pada tahun 2020 kepada 3.742 juta orang pada tahun 2024.
Bagi penduduk Sabah yang berstatus warganegara, peningkatan bagi tahun yang sama adalah hanya pada kadar 3.47 peratus. Namun, bagi penduduk Sabah yang berstatus bukan warganegara telah berlaku peningkatan sebanyak 28.75 peratus. ini satu perkara yang sangat membimbangkan.
Justeru, saya mohon penjelasan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) dan Kementerian Dalam Negeri mengenai data warganegara asing yang ada di Sabah seperti berikut;
(i) nyatakan pecahan bukan warganegara ini mengikut negara dan jantina;
(ii) bagaimana dan sumber manakah data ini dijana?;
(iii) apakah bidang pekerjaan mereka?; dan
(iv) apakah tindakan susulan daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai statistik ini?
Merujuk kepada Jawapan Bukan Lisan Mesyuarat Ketiga, Parlimen 2023 oleh Kementerian kepada Yang Berhormat Semporna, jawapan ini telah memberikan beberapa maklumat penting berkenaan penduduk Sabah seperti berikut;
(i) bilangan penduduk Sabah telah bertambah dengan cukup ketara daripada 700 ribu orang pada tahun 1970, kepada sebanyak 3.42 juta orang pada tahun 2020;
(ii) jumlah kelulusan permohonan kewarganegaraan di Sabah tahun 1964 ke 1990 tiada Jawapan diberikan, tahun 1990 hingga 2002, 822 Kelulusan, tahun 2003 hingga 2018, 8,845 kelulusan, tahun 2019 hingga 2020, 48 kelulusan, tahun 2021 hingga September 2023, 3 Kelulusan.
Justeru, saya mohon penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengapakah tiada jawapan diberikan bagi kelulusan permohonan warganegara di Sabah bagi tahun 1970 hingga tahun 1990 dan nyatakan secara terperinci faktor- faktor penambahan penduduk di Sabah pada tempoh tersebut?
Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan lagi pendaftaran Mykad lewat untuk rakyat Sabah di kawasan pedalaman dan sama ada terdapat perbincangan telah pun dibuat dengan kerajaan negeri mengenai penubuhan Fast Track Lane untuk tujuan ini?
Kerajaan Sabah hingga ke hari ini sedang dalam proses mengumpul data semua pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai usaha ke arah pemberian Kad Warga Asing (KWAS). Soalan saya, apakah status terkini? Adakah benar dakwaan bahawa cadangan pelaksanaan PRESS, PSS, dan KWAS ini adalah untuk memberikan kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah dan nyatakan manfaat KWAS?
Yang Terakhir, mohon dinyatakan status penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyelesaikan isu kebanjiran warga asing di Sabah seperti yang ditawarkan di dalam Tawaran Harapan sewaktu PRU-15 dahulu. Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Isu kehadiran warga asing dan pendaftaran kewarganegaraan di Sabah sentiasa menjadi perhatian utama Kementerian Dalam Negeri. Sebagai langkah berterusan, pelbagai inisiatif telah dirangka dan dilaksanakan untuk pastikan pengurusan data dan proses berkaitan dijalankan secara telus dan efisien, demi menjaga kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat.
Merujuk kepada pertanyaan yang dikemukakan berhubung statistik penduduk bukan warganegara di Sabah seperti yang dinyatakan dalam Data Anggaran Penduduk Semasa 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM). Saya nak maklumkan, DOSM ini di bawah Kementerian Ekonomi. KDN ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklum balas secara langsung terhadap persoalan tersebut.
Hal ini kerana data yang dirujuk merupakan bidang kuasa dan tanggungjawab DOSM. JIM hanya mempunyai data bagi kemasukan warga asing yang memasuki negara melalui pintu masuk yang diwartakan sahaja ataupun yang telah direkodkan ke dalam pangkalan data JIM.
Sebaliknya, DOSM menggunakan pendekatan lebih luas, seperti banci penduduk, yang merangkumi semua penduduk, termasuk bukan warganegara yang tidak didaftarkan di bawah JIM, seperti pendatang tanpa izin atau individu yang sudah menetap lama tanpa dokumen sah. Oleh itu, KDN mencadangkan agar Ahli Yang
Berhormat merujuk terus kepada pihak DOSM untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi. Kerana luar bidang tugas KDN.
KDN percaya pihak DOSM akan dapat memberikan jawapan yang lebih terperinci dan tepat berhubung data yang dikeluarkan. KDN juga ingin menjelaskan bahawa data permohonan kewarganegaraan di Sabah bagi tempoh 1970 hingga 1990 tidak dapat disediakan dengan segera ketika ini kerana perbezaan kaedah pengumpulan data pada waktu tersebut. Ini isu yang berlaku sebenarnya.
Walau bagaimanapun, KDN telah menambah baik sistem pengurusan data kewarganegaraan bagi memastikan rekod permohonan kewarganegaraan pada masa kini didokumentasikan lebih telus dan teratur. Memperbaiki kelemahan- kelemahan yang kita ada.
Berkaitan isu pendaftaran MyKad lewat, KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengambil langkah proaktif bagi memudahkan penyelesaian isu Daftar Lewat Kad Pengenalan (DLKP). Kini, permohonan DLKP boleh diterima di semua pejabat JPN seluruh negara serta melalui Program Menyemai Kasih Rakyat
(MEKAR) berbanding sebelum ini hanya boleh diterima di JPN Ibu Pejabat dan JPN Negeri sahaja. Makna, kita perluaskan dan memudahkan rakyat.
Pada awal tahun 2024, arahan jabatan telah dikemas kini dan ditambah baik melalui penurunan kuasa kepada JPN Negeri untuk membuat keputusan terhadap kes-kes permohonan lewat. Melalui inisiatif ini, permohonan DLKP telah dapat diproses dengan lebih cepat dan pantas berbanding sebelum ini.
Dalam pada itu, sejak September 2020, Yang Berhormat, hingga kini, Kerajaan Negeri Sabah giat melaksanakan aktiviti pendaftaran digital warga asing yang merangkumi pekerja asing, golongan pelarian Filipina, dan masyarakat Pala’u.
Langkah ini bertujuan untuk mendapatkan data maklumat peribadi serta biometrik setiap individu warga asing yang berada di negeri Sabah. Sehingga 16 Oktober 2024, seramai 80,540 orang individu telah direkodkan melalui program ini. Inisiatif pendataan digital ini akan memudahkan kerajaan dalam merangka dasar serta strategi pengurusan warga asing yang lebih efektif dan relevan dengan situasi sebenar di negeri Sabah.
Akhir sekali, Yang Berhormat, KDN ingin menegaskan bahawa pemberian kewarganegaraan Malaysia tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya. Ini sebagaimana kita sentiasa sebut. Proses pemerolehan kewarganegaraan Malaysia tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan, khususnya Bahagian III, yang memperuntukkan syarat dan kriteria tertentu untuk kelayakan. Syarat-syarat ini diperincikan melalui Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen. Setiap permohonan diteliti dengan cermat dan hanya akan dipertimbangkan jika ia memenuhi semua syarat yang telah kita tetapkan.
Oleh itu, dakwaan bahawa Kad Warga Asing Sabah (KWAS) bertujuan untuk memberi kewarganegaraan kepada warga asing adalah tidak berasas sama sekali.
Sebaliknya, inisiatif KWAS adalah langkah terawal bagi mengurus kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dan membolehkan keberadaan golongan itu dapat dikenal pasti, dipantau dengan tepat dan lebih berkesan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya persilakan Yang Berhormat Kota Belud untuk mengajukan pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua, tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap berkenaan KWAS tidak memberikan kewarganegaraan sewenang-wenangnya, kan? Tetapi ianya juga ada terpakai kepada PRESS dan juga PSS sebab tadi soalan saya ada tiga. PRESS, PSS dan KWAS.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita telah pinda Perlembagaan Persekutuan berkaitan warganegara Malaysia. Pertama, saya mahukan jaminan daripada kerajaan berkenaan pemastautin tetap di Sabah. Pemastautin tetap di Sabah ada kelainan berbanding di tempat-tempat lain dalam Malaysia.
Bayangkan orang asal Sabah; Dusun, Murut, Sungai, Bajau, Bajau Laut, Tidung yang masih belum mendapat status sebagai warganegara Malaysia mungkin sebab daftar lewat atau mungkin disebabkan ibu bapa bercerai dan tiada sijil nikah. Mahu cari sijil nikah, mama sudah mungkin meninggal, ndak tahu pergi mana, memang kita tidak dapat cari. Selalu kes-kes begini yang saya jumpa. Melalui pindaan ini, saya mahukan kepastian dan jaminan daripada kerajaan bahawa semua permasalahan ini dapat diselesaikan terlebih dahulu sebelum akta ini dikuatkuasakan.
Kedua, mengenai Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sabah
(JKKSK). Soalan saya, apakah jaminan yang boleh diberikan bahawa peranan dan fungsi special task force ini tidak terjejas dengan kuat kuasanya pindaan ini? Sejauh manakah penglibatan KDN dan bidang kuasa yang diberikan kepada jawatankuasa ini? Adakah sama dengan jawatankuasa di Sarawak?
Ketiga, saya mahu tahu, dalam menyelesaikan isu warganegara di Sabah, adakah kerajaan bercadang untuk meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123)? Jika benar, mengapa dan apa justifikasinya? Apakah ulasan Kerajaan Sabah dan Jabatan Peguam Sabah? Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sahabat saya, Yang Berhormat Kota Belud. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa kategori pemastautin tetap di Malaysia. Kategori pertama merangkumi warganegara asing yang memiliki dokumen perjalanan yang sah dan telah diluluskan permit masuk oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Kategori kedua pula melibatkan warganegara asing yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum dan selepas Hari Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Sementara, kategori ketiga melibatkan warganegara asing yang telah menetap di Sabah dan Sarawak sebelum dan selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kategori keempat adalah warga asing yang telah diambil sebagai anak angkat oleh warganegara Malaysia sebelum tahun 2010.
Kerajaan telah menetapkan bahawa kewarganegaraan untuk kategori pertama tidak diberikan secara automatik. Ini kerana anak-anak ini masih boleh menuntut kewarganegaraan asal ibu bapa mereka. pemberian kewarganegaraan secara automatik berpotensi mewujudkan situasi dwi kewarganegaraan. Bagi kategori kedua, ketiga dan keempat, kerajaan memberi komitmen penuh untuk mempermudah dan mengutamakan proses permohonan kewarganegaraan melalui saluran yang tersedia seperti di bawah Perkara 15(a) dan 19(i) Perlembagaan. Garis panduan kepada permohonan yang jelas dan telus telah dimuktamadkan oleh kementerian bagi kita pastikan permohonan berjalan dengan lebih lancar dan cepat.
Yang Berhormat, secara umumnya, masyarakat asli anak Sabah dan peribumi Sarawak adalah warganegara Malaysia secara kuat kuasa undang-undang. Namun, situasi di Sabah mempunyai keunikan tersendiri dan ia menjadi cabaran kepada
kerajaan. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan isu dokumentasi dan kewarganegaraan untuk golongan peribumi ini asalkan terdapat bukti bahawa mereka diiktiraf sebagai Anak Negeri oleh Mahkamah Anak Negeri atau Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Program seperti MEKAR sering diadakan bagi membantu golongan seumpama ini.
Bagaimanapun, situasi lebih rumit, Yang Berhormat, apabila melibatkan pendatang asing yang memiliki dokumen seperti IM13, kad banci, Kad Burung- Burung. Sebahagian besar daripada mereka adalah pelarian daripada Filipina yang menetap di Sabah. Yang Berhormat sedia maklum tentang perkara ini. Untuk menangani isu ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif – Program MEKAR dan Jawatankuasa Pengurusan Khas Warga Asing di Sabah. Kerajaan juga dalam usaha untuk menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Sabah dan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sabah untuk kita menyelesaikan semua isu-isu yang dibangkitkan.
Melalui pindaan ini, kerajaan memberikan jaminan bahawa kes-kes tertunggak terutama yang melibatkan masyarakat asal Sabah akan diberikan perhatian utama.
Langkah ini bukan bertujuan untuk menafikan hak mana-mana pihak tetapi untuk memastikan pemberian kewarganegaraan dijalankan secara adil, menyeluruh dan berlandaskan undang-undang.
Yang Berhormat juga bertanya soalan yang kedua. Saya nak sebut bahawa Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sabah (JKKKS) ini adalah platform untuk menyelesaikan permohonan-permohonan kewarganegaraan yang memberi fokus ke atas permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu Pendaftaran Kewarganegaraan Bagi Individu Berumur 21 Tahun Ke Bawah Dalam Kes Khas.
Keberkesanan pelaksanaan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan
(JKKKS) ini, di peringkat negeri Sarawak telah menyelesaikan permohonan- permohonan Perkara 15(a) ini menjadikan Kerajaan Negeri Sabah turut bersetuju untuk melaksanakan jawatankuasa ini di Sabah dengan mengguna pakai struktur dan objektif yang sama berdasarkan Perlembagaan Persekutuan serta dasar sedia ada tanpa meminggir isu keselamatan dan ketenteraman awam.
Bermakna apa juga perkara yang kita buat kebaikan kita akan sentiasa tambah baik termasuklah jawatankuasa ini Yang Berhormat. Yang Berhormat bangkitkan soalan yang ketiga, saya nak sebut kerajaan melalui KDN bercadang untuk meminda ordinan pendaftaran kelahiran dan kematian Sabah (CAP.123).
Ordinan telah mula berkuat kuasa sejak 1 Mac 1851 dan telah diisytiharkan sebagai undang-undang Sabah yang dipersekutukan melalui LN199/1965.
Sejak berkuat kuasa, tidak ada sebarang pindaan telah dibuat ke atas ordinan ini menyebabkan terdapat ordinan yang tidak lagi relevan dengan sistem pentadbiran semasa Jabatan Pendaftaran Negara. Justeru itu, ordinan dicadangkan untuk dipinda bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan ordinan dengan sistem pentadbiran semasa.
Sebagai tambahan, cadangan pindaan ini telah dibentangkan kepada Peguam Besar Negeri Sabah dan pihaknya tiada halangan terhadap cadangan pindaan yang telah dimaklumkan tersebut. Tiada halangan. Secara ringkasnya dapat 35 seksyen yang dipinda, 48 seksyen peruntukan baru, 26 seksyen kekal dan 13 seksyen atau subseksyen dimansuhkan.
Pindaan Perlembagaan berhubung perkara kewarganegaraan yang telah diluluskan pada 17 Oktober 2024 juga memerlukan ordinan CAP.123 turut diteliti dan dibuat pindaan bagi perkara-perkara yang berkaitan Yang Berhormat. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Satu Pertiga Bilangan Kerusi Parlimen Untuk Sabah Dan SarawakSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan soalan saya. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan saya punya penghargaan kepada sokongan- sokongan daripada Yang Berhormat untuk soalan ini MP Puncak Borneo, MP Batang Lupar, MP Batang Sadong, MP Betong, MP Lubok Antu kerana bersama-sama dengan saya hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Artikel 19(2) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report) 1962. Dengan izin, “Article 46(1) should be amended to increase the number of elected members of the house representatives from one hundred and four to one hundred and fifty-nine (including the fifteen proposed for Singapore). Of the additional members sixteen should be elected in North Borneo and twenty-four in Sarawak”. Seterusnya, pada tahun 1963 iaitu setelah penubuhan Malaysia, melalui Akta 26/1963, seksyen 9, berkuat kuasa dari 16 September 1963 yang berbunyi seperti berikut, Artikel 46(1) Perlembagaan Persekutuan, “Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada seratus lima puluh sembilan orang ahli dipilih. Maka hendaklah ada seratus empat orang ahli dari Negeri-negeri Tanah Melayu, enam belas orang ahli dari Sabah, dua puluh empat orang ahli dari Sarawak dan lima belas orang ahli dari Singapura”.
Untuk makluman Tuan yang di-Pertua, komposisi kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah, Sarawak dan Singapura pada ketika itu adalah 34 peratus atau satu per tiga daripada jumlah keseluruhan dan ianya selari dengan IGC report 1962. Seterusnya, apabila Singapura berpisah daripada Malaysia, perkara ini dipinda melalui Akta 59/1966, dengan menggantikan 59 dalam Fasal (1) dengan 44 dan memansuhkan perenggan (d) Fasal (2).
Pindaan ini telah dibuat tanpa mengambil kira komposisi satu per tiga seperti komposisi asal dan telah mengakibatkan komposisi kerusi Dewan Rakyat untuk Sabah dan Sarawak hanya pada kadar 27 peratus atau kira-kira satu per empat sahaja dan sehingga lah hari ini, ianya kekal tidak berubah seperti asal iaitu satu per tiga.
Saya difahamkan bahawa tuntutan ini adalah antara perkara yang dibincangkan di dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan Malaysia 1963 dan susulan daripada itu, saya mohon diberikan penjelasan seperti berikut;
(i) tuntutan serta justifikasi yang dibuat oleh kedua-dua Kerajaan Sabah dan Sarawak;
(ii) maklum balas yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan;
(iii) pertimbangan dan faktor-faktor yang diambil kira bagi merealisasikan tuntutan ini; dan
(iv) garis masa pelaksanaan tuntutan satu per tiga kerusi parlimen kepada Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, komposisi satu per tiga kerusi Dewan Rakyat kepada Sabah dan Sarawak adalah bagi memastikan hak kami terjamin dan tidak tergugat.
Tuntutan ini bukanlah sekadar angka, ianya akan memberikan keadilan, hak dan maruah kami serta menunaikan janji yang telah dibuat oleh bapa dan nenek moyang kita yang telah mengasaskan negara Malaysia sekali gus merapatkan jurang pembangunan yang ada di antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan Ahli-ahli Parlimen yang datang untuk memberi sokongan.
Soalan yang dikemukakan ada merit untuk dijawab dan jawapannya adalah − selepas ini yang akan saya akan baca.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Madani melihat perkara ini sebagai suatu langkah yang signifikan untuk memastikan keseimbangan politik, mengiktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia dan menghormati jaminan autonomi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, Malaysia Agreement 1963 (MA63).
Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada 14 Oktober 2024 yang lalu, Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 Bilangan 1, Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dihadiri oleh YAB Premier Sarawak dan YAB Ketua Menteri Sabah pada 12 September 2024 di Kota Kinabalu, Sabah telah bersetuju dan memutuskan supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan perbincangan bersama-sama Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak berhubung tuntutan pertambahan Ahli Dewan Rakyat membabitkan dua negeri itu bagi meneliti semula tafsiran dan legitimasi safeguard ini dari sudut perundangan.
Selain itu, berhubung perkara ini, selaras dengan peraturan dan undang- undang yang berkuat kuasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab melaksanakan Urusan Kajian Semula Persempadanan berdasarkan keperluan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan serta menurut prinsip dan tatacara persempadanan yang ditetapkan sebagaimana Bahagian I dan II Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
Urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian-bahagian pilihan raya sedia ada hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun atau terdapat pindaan undang-undang ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Bagi maksud tersebut, lat lapan tahun bagi kajian semula persempadanan Negeri-negeri Tanah Melayu akan berakhir pada tahun 2026.
Tambahan pula, cadangan bagi pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat daripada Sabah dan Sarawak tersebut, kerajaan perlulah meminda Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan berkaitan komposisi Ahli Dewan Rakyat terlebih dahulu dan pindaan ini perlu mendapat persetujuan dua per tiga daripada jumlah Ahli Dewan Rakyat, sebelum apa-apa keputusan dapat dipertimbangkan. Terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Kota Belud untuk mengajukan pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk Laporan Cobbold para 154 “...turning now to the shape of long term arrangements after the transitional period we considered that the aim should be to strike a balance in the common interest between two conflicting requirements...” ■1500 “On the other hand, the Federal Parliament mus have sufficient power to ensure alignment of policies and matter essential to the creation and matainance of a real strong Federation. On the other hand, Borneo territories should be enabled to maintain their separate identities within the Federation. Racial and other problems in the two territories are quite different from those in Malaya, and distances are so great as to make day-to-day administration from the Federal center impracticable and undesirable.” Ini menunjukkan bahawa mempunyai satu per tiga kerusi di Parlimen merupakan point utama bagi menjaga kepentingan bersama Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan.
Saya rujuk lagi para 30(1) dan (2) IGC Report berkenaan Constitutional Safeguards. Kalau saya boleh ringkaskan, dengan izin, “Certain provision concerning the Borneo said in the Federal Constitution such as immigration, citizenship, representation in Parliament and the High Court should not be amended or repealed without the consent of the respective State Government of Sabah or Sarawak additionally special safeguards should be established for the Borneo State regarding Legislative powers, Executive authorities, financial arrangements and other matters such as, religion, language and the special status of the indigenous races.” Manakala para 30(2) menyebut bahawa, dengan izin, “Should amendment and repealed made to write under the safeguard, the relevant state should be able to amend those changes to align the Borneo State via special Constitution arrangements, and that bill presented by the State to be passed in Federal need not require two-third majority.” Tuan Yang di-Pertua, bila kita merujuk Suruhanjaya Cobbold, IGC Reports dan Perjanjian Malaysia 1963, sememangnya jelas telah diletakkan perlindungan ke atas hak-hak kami di Sabah dan Sarawak dan salah satunya adalah berkenaan pengagihan kerusi perwakilan dalam Parlimen kepada Sabah dan Sarawak. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri dan merujuk kepada kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Petrajaya bahawa kemungkinan untuk pembahagian kerusi satu per tiga kepada Sabah dan Sarawak tidak dapat dilaksanakan sebelum PRU 16.
Pertama, bilakah pertama kali kerajaan atau pihak SPR membincangkan mengenai kerusi satu per tiga Parlimen kepada Sabah dan Sarawak? Saya just tanya saja. Zaman kerajaan Najib-kah? Zaman Kerajaan PH 1.0-kah? Atau zaman Kerajaan Perpaduan? Kedua, saya ingin tahu apakah faktor-faktor yang diambil kira dalam menambah bilangan kerusi di Sabah dan Sarawak nanti? Adakah akan menggunakan kaedah yang sama seperti di Semenanjung Tanah Melayu?
Cuma, saya di sini, Tuan Yang di-Pertua, saya minta kementerian, saya ingin tegaskan di sini bahawa, apa yang terpakai di Semenanjung tidak semestinya terpakai di Sabah dan Sarawak. Not necessarily applicable to Sarawak and Sabah.
Sebab apa? Kalau ikut bilangan penduduk, memanglah Semenanjung ramai, memanglah Tanah Melayu ramai. Tetapi di Sabah dan Sarawak, keluasan wilayah kami ni besar bah. Dan penduduk kami juga tinggal berjauhan. Jadi, saya minta faktor ini diambil kira. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud. Ada beberapa perkara yang perlu diambil. Nombor satu adalah pandangan AGC di mana keperluan dua per tiga dalam Parlimen adalah perlu. Itu pandangan mereka. Kita terikut dan terikat kepada perkara tersebut. Yang Berhormat berkata bahawa there is no necessary to have but itu adalah satu lagi perkara yg perlu – boleh dibahas dan satu keputusan, Yang Berhormat.
Berdasarkan pada maklumat yang ada pada saya, cadangan pertambahan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat telah dibangkitkan oleh Kerajaan Sarawak di Mesyuarat Khas ke-2 yang telah diadakan pada 13 April 2021.
Seterusnya Kerajaan Sabah dan Sarawak telah juga membangkitkan cadangan ini semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu Bilangan 1 Tahun 2022 yang telah diadakan pada 8 Februari 2022. Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 ke-4 pada 14 April 2022.
Seperti mana dijawab sebentar tadi, Jabatan Peguam Negara akan mengadakan perbincangan bersama-sama Jabatan Peguam Negeri Sabah – Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak berhubung perkara ini bagi meneliti semula tafsiran dan legitimasi safeguards itu ini dari sudut perundangan. Bagi persempadanan semula, prinsip-prinsip yang terpakai adalah seperti diperuntukkan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kuala Langat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penyelenggaraan Jejambat Lebuh Raya SkveSpecial Chamber
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua.
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) E26 merupakan lebuh raya baharu di bahagian selatan Lembah Klang. Fasa kedua sepanjang 40km dibina daripada Pulau Indah (Westport) menuju ke Pulau Carey dan dihubungkan ke Lebuh Raya ELITE seterusnya ke Putrajaya dan Kajang. Mulai 1 Oktober 2013 secara rasminya seksyen 3 Lebuhraya Klang Selatan (SKVE) dari Teluk Panglima Garang, menyusuri Pulau Carey dan merentasi Selat Lumut hingga ke Pulau Indah dibuka kepada lalu lintas.
Dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Kuala Langat sebelum ini pernah dibangkitkan isu penyelenggaraan jejambat yang merentasi SKVE, Jalan B60 yang menghubungkan Kampung Sri Cheeding ke Bandar Rimbayu. Didapati bahawa tiada mana-mana agensi yang mengurus dan menyelenggarakan jejambat ini sama ada LLM mahupun Jabatan Kerja Raya. Walau bagaimanapun − walaupun ada kejadian vandalisme itu terbiar begitu sahaja, akhirnya pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat mengambil tanggungjawab ini walaupun tiada kemahiran dalam penyelenggaraan jejambat seperti ini.
Isu yang sama berulang baru-baru ini apabila pembinaan jejambat di bulatan Bandar Saujana Putra yang lewat disiapkan. Antara isunya adalah pihak yang akan bertanggungjawab untuk menyelenggarakan bahagian jejambat di lebuh raya atas bulatan Bandar Saujana Putra. Di sebelah Lebuh Raya ELIT diselenggarakan oleh pihak Lebuh Raya ELIT dan di sebelah Lebuh Raya SKVE diselenggarakan oleh pihak Lebuh Raya SKVE. Sekali lagi MPKL mengambil tanggungjawab apabila tiada pihak yang mahu mengambil tanggungjawab untuk menyelenggara.
Siapakah agensi yang sepatutnya mengambil tanggungjawab menyelenggarakan di kedua-dua keadaan di atas? Pihak Kementerian Kerja Raya atau LLM harus memuktamadkan agar isu yang sama tidak berulang dan agensi yang berkemahiran mengambil tanggungjawab ini. Adakah isu peruntukan penyelenggaraan menjadi punca utamanya? Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang Di-Pertua, terima kasih, YB Kuala Langat. Kementerian Kerja Raya adalah merupakan sebuah organisasi utama yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara.
Fungsi-fungsi Kementerian Kerja Raya dan agensinya secara umum dinyatakan dalam Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang dibuat di bawah Akta Fungsi Menteri 1969. Oleh yang demikian, kementerian ini telah dipertanggungjawabkan ke atas penyenggaraan setiap aset yang berada di Jalan- jalan Persekutuan di seluruh Malaysia dengan menggunakan peruntukan penyenggaraan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Selain daripada Jalan Persekutuan milik kementerian ini, agensi-agensi lain juga dipertanggungjawab ke atas penyenggaraan jalan seperti “Jalan Negeri” ialah Jabatan Kerja Raya Negeri atau daerah serta “Jalan Bandaran” oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Sehubungan dengan itu, bidang kuasa penyenggaraan jalan raya perlulah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, akta-akta yang telah diluluskan di Parlimen dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
Penentuan had sempadan penyelenggaraan atau dengan izin, limit maintenance reserve (LMR) dan skop kerja penyelenggaraan jalan adalah berdasarkan kepada hierarki jalan dan akan melalui proses penyerahan antara agensi terlibat setelah jalan berkenaan disiapkan.
■1510 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013 dengan panjang keseluruhan 52.98 kilometer merangkumi tiga seksyen iaitu Seksyen 1 dari Persimpangan Uniten ke Bandar Saujana Putra, Seksyen 2 dari Bandar Saujana Putra ke Teluk Panglima Garang dan Seksyen 3 dari Teluk Panglima Garang ke Pulau Indah.
Isu satu, skop kerja penyelenggaraan jejambat yang merentasi lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dari Bandar Rimbayu ke Seri Cheeding sebagai mana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat penyelarasan penyerahan laluan Road Over Bridge (ROB) merentasi Lebuh Raya SKVE bagi daerah Kuala Langat pada 5 November 2015 yang turut dihadiri oleh Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Langat, JKR Daerah Kuala Langat dan SKVE Holdings Sdn Bhd adalah seperti berikut;
(i) struktur jejambat berkenaan akan di selenggara oleh pemegang konsesi lebuh raya; dan
(ii) permukaan jalan dan perabot jalan jejambat diselenggara oleh JKR Daerah Kuala Langat.
Isu kedua, jejambat di Bulatan Bandar Saujana Putera. Setiap cadangan pembangunan melibatkan rizab lebuh raya atau dikenali sebagai pembangunan tepi lebuh raya (PTL) akan diteliti dari aspek teknikal sebelum kelulusan diberikan oleh YB Menteri Kerja Raya termasuklah sebarang cadangan penyambungan lebuh raya dengan jalan-jalan di bawah seliaan pihak berkuasa jalan yang lain. Bagi setiap permohonan yang diterima, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) akan mensyaratkan agar mana-mana aset yang dibina oleh pihak pemaju diserahkan kepada pihak berkuasa ke atas jalan yang berkaitan bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan. Bagi aset yang dibina di dalam rizab lebuh raya, aset tersebut perlu diserahkan kepada syarikat konsesi dan pemaju akan dipertanggungjawabkan ke atas kos operasi dan penyelenggaraan aset yang terlibat.
Kelulusan pembinaan jejambat Bulatan Saujana Putra yang menghubungkan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuh Raya SKVE yang bertarikh 11 Mei 2002 telah diberikan kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad
(PNSB) selaku pemaju yang terlibat di mana PNSB juga telah disyaratkan untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan bagi jejambat yang berkaitan.
Pembinaan jejambat ini telah disiapkan dan dibuka kepada trafik pada 7 Julai 2024 dan masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) oleh pemaju.
Kerajaan negeri telah bersetuju bahawa penyelenggaraan jejambat penghubung antara Lebuh Raya ELITE dan SKVE dikongsi bersama oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat, SKVE dan PLUS menggunakan peruntukan masing- masing mengikut skop sempadan penyelenggaraan yang telah dicadangkan dan dipersetujui bersama. Harap tiada soalan tambahan.
Sila Yang Berhormat Kuala Langat untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Yang di- Pertua, Terima kasih Menteri. Kita berpengalaman − jambatan di jambatan di persimpangan bertingkat Selangor Science Park 2 yang runtuh di bawah pemaju PKNS pada tahun 2013 yang mana dikenal pasti bahawa salah satu daripada tiangnya itulah − berganjak dan pada 2012 dan pada 2013 dia runtuh selepas ada arahan untuk menutup jalan itulah.
Alhamdulillah. Tidak menyebabkan nyawa. Pembangunan SKVE jejambat di atas bulatan SKVE ini yang begitu lewat mula 2019 dan tamat selesai digunakan pada 2024 satu masa menyimpan masa yang panjang. Ya lah, mungkin disebabkan oleh faktor covid dan sebagainya dan salah satu juga alasannya adalah disebabkan oleh piling atau cerucuk yang dibina itu tidak bersesuaian daripada board piling kepada sponge piling, disebabkan oleh struktur tanah.
Ini yang menjadi kerisauan kepada saya, risiko untuk mungkin boleh berlaku runtuh seperti juga di jambatan Science Park 2. Dia boleh berlaku. Saya melihat apabila Majlis Perbandaran Kuala Langat selepas perbincangannya akhirnya mengambil tanggungjawab. Saya tak pasti sama ada yang merentasi SKVE daripada Rimbayu ke Seri Cheeding itu telah diambil tanggungjawabnya oleh pihak JKR.
Saya dapat makluman bahawa Majlis Perbandaran Kuala Langat masih lagi menjadi penyelenggara kepada jalan tersebut. Kekhuatiran saya, Majlis Perbandaran Kuala Langat yang tidak mempunyai teknikal ataupun profesional untuk melihat keutuhan jejambat di atas bulatan Saujana Putera ini tidak dapat mengepal − saya pasti daripada peringkat awal kalau berlaku mungkin risiko untuk berlaku kejadian yang kita tidak jangkakan.
Saya juga nak minta juga respons daripada Yang Berhormat di sepanjang Jalan WC ini juga banyak jejambat-jejambat yang melintasi ya jajaran lebuh raya ini. Kalau ikutkan daripada apa yang disebutkan jawapan daripada Yang Berhormat tadi ya ada agensi-agensi yang terlibat. Cuma yang menjadi masalah saya apabila jejambat ini bukan jejambat yang dibina oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Contohnya, jambatan di Science Park 2 tu oleh PKNS, jambatan jejambat di atas bulatan Saujana Putera ini oleh PNSB. Akhirnya dia jadi pertelingkahan begitu dan dia tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Mungkin apa respons daripada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Kuala Langat. Saya ingin dah menyatakan di sini bahawa apa yang dibimbangkan oleh kerana sudah ada kes runtuh tentunya sebagai seorang Ahli Parlimen bertanggungjawab telah menyatakan sebagaimana yang telah dinyatakan sebentar tadi.
Bagi pihak kami, dasar yang kita lakukan segalanya yang berada di atas Jalan Persekutuan tentunya JKR yang akan mengambil tanggungjawab. Itu sebab saya dah sebut tadi bahawa permukaan jalan, perabot jalan kita akan beri pada JKR Daerah Kuala Langat dan struktur jejambat yang dikhuatiri dari segi cerucuknya, piling-nya itu SKVE Holdings Sendirian Berhad yang bertanggungjawab sebagai pemegang konsesi. Ini juga berlaku di tempat-tempat lain di kawasan-kawasan jejambat yang lain.
Yang saya sebut di sini sponge pile dan sebagainya di Science Park runtuh itu berlaku kerana tendangan ataupun bouncing paip air bersaiz lebih satu meter.
Jejambat di atas bulatan tiada penyebab kemungkinan runtuh. Ia reka bentuk jambatan telah mengambil kira reka bentuk yang selamat. Tapi yang ini di Science Park itu kerana tendangan paip air bersaiz lebih satu meter itu bukan sebab cerucuk ya.
Walau bagaimanapun, yalah maklumat-maklumat ini kita ada penyebab- penyebabnya dan saya kira kita mempunyai tanggungjawab untuk membina struktur yang betul-betul kukuh bukan struktur yang ada punya risiko runtuh kerana piling yang tak sesuai sebagainya. Tadi saya dimaklumkan oleh pegawai bahawa JKR Daerah Kuala Langat belum lagi mula menyelenggara.
Saya akan pastikan mereka akan melara dengan pantas sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat-mesyuarat dan kita juga meminta supaya selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) oleh pemaju maka lebuh raya SKVE itu tentunya akan diselenggara oleh Majlis Perbandaran, SKVE dan juga PLUS menggunakan peruntukan masing-masing. Saya ada gambar-gambarnya di sini Yang Berhormat, saya cuba memahami lokasi-lokasinya tetapi percayalah jawapan kami ini adalah jawapan Yang Berhormat sebut, semua ada gambar-gambar yang berkaitan.
Kawasan-kawasan yang patut diselenggara telah ditandakan. Kawasan warna kuning dan sebagainya, warna merah. Ini juga kawasan limit maintenance reserve di Plaza Tol ELITE SKVE, semuanya ada di sini. Dan dinyatakan di sini, warna kuning siapa yang menyelenggara dan sebagainya. Kerajaan Negeri, PBT, SKVE dan juga PLUS.
[Menunjukkan senaskhah dokumen] Macam ini, ini Kerajaan Negeri dan PBT.
Yang warna biru ni, SKVE yang patut menyelenggara. Yang PLUS, yang warna orange – yang warna merah jambu ni, PLUS yang patut menyelenggara. Jadi, kita dah berikan kaedah-kaedah itu.
Jangan risau, Yang Berhormat, mereka akan melaksanakan tugas mengikut apa yang telah diputuskan dan kawasan masing-masing. Terima kasih. Yang selebihnya kita boleh duduk sekejap lagi kat sini atau minum di mana-mana.
Assalamualaikum.
[Ketawa]
Ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini di tangguh sehingga hari Rabu, 19 November 2024 jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.21 petang]