Dewan Rakyat · 20 February 2025
15th Parliament, session 4, meeting 1 · not final · 990 turns · 53,955 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sebelum saya mulakan, saya ingin mengingatkan garis panduan dan ketetapan dalam peraturan mesyuarat. Garis panduan adalah sebagaimana Peraturan Mesyuarat 35, 36, 37 dan juga ambil maklum kepada Peraturan Mesyuarat 42, 43 dan 44. Berikut, dimulakan sesi perbahasan pada pagi ini. Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Saya mempersilakan Tuan Lee Chuan How, Yang Berhormat Ipoh Timor.
1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran melalui program TVET. Bagaimana program TVET dapat menarik lebih ramai pelajar dan memperluaskan akses kepada latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri serta melahirkan tenaga kerja mahir yang kompetitif.
Silakan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengalu-alukan keberadaan pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk yang ada. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih di atas soalan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Ahli Parlimen Ipoh Timor adalah merupakan produk daripada TVET. Begitu juga, Paya Besar juga produk daripada TVET. TVET boleh jadi Ahli Parlimen. Ini contoh yang terbaik setakat ini. Alhamdulillah, kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan peluang-peluang pendidikan untuk golongan muda yang berminat dalam pembelajaran keterampilan atau kemahiran melalui program TVET, terutamanya bagi memperolehi kemahiran yang relevan dengan kehendak industri dan pasaran pekerjaan. Ini sesuai dengan Dasar TVET Negara yang telah dilancarkan tahun lepas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana
Dasar TVET Negara telah memberikan beberapa bidang baharu yang harus diberikan penekanan. Selain daripada soft skill dengan izin, kita juga memberikan penekanan terhadap pendidikan yang berasaskan kepada high-growth high-value di mana kita lihat beberapa kursus yang melibatkan bidang-bidang robotik IoT, AI umpamanya dan kita telah mempromosikan akademi dalam industri, program perantisan berdasarkan kepada work- based learning dan juga industrial bootcamp. Begitu juga, kita telah membuka peluang kepada lepasan Maahad Tahfiz untuk masuk ke bidang TVET tanpa berkompromi tentang penghafalan, tasmik dan tashih mereka untuk 30 juzuk dan kita dapati bahawa penghasilannya cukup baik, terutamanya apabila mereka memperoleh SKM3 yang setaraf dengan SPM. Itu pengiktirafan oleh MQA. Begitu juga, kita telah memperlihatkan beberapa inisiatif kepada pelajar-pelajar untuk masuk ke bidang-bidang baharu yang saya sebutkan itu, terutamanya yang tidak mempunyai latar belakang TVET tetapi di-TVET-kan di dalam bidang penerbangan awam ataupun aviation engineering. Kedua-dua syarikat pembuatan kapal terbang di pentas dunia sangat- sangat teruja atas kemampuan pelajar-pelajar TVET yang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh UniKL umpamanya melalui MIAT di Subang yang telah menghasilkan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan vokasional tetapi telah berjaya melakukannya dan banyak lagi program-program lain yang sedang dilakukan. Saya ingin menyebutkan bahawa enrollment telah meningkat sejak kerajaan memberikan peluang yang banyak kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah, terutamanya walaupun mereka gagal dalam akademik tetapi kerajaan telah menggalakkan mereka untuk memasuki bidang TVET ini dan keberhasilannya cukup menggalakkan dengan — semalam, di Dewan yang mulia ini, saya sebutkan 423,000 tahun lepas tetapi figures ataupun statistik yang baharu memperlihatkan seramai 433,000 yang telah menyertai untuk tahun lepas sahaja. Insya-Allah, jika Kementerian Pendidikan Tinggi memberikan updating figures ataupun pengemaskinian statistik, saya fikir hampir 450,000 dapat didaftarkan.
Yang Berhormat Ipoh Timor, untuk soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Timbalan Perdana Menteri. Marcapada ini, kita dengar ada satu statistik yang amat memeranjatkan bahawasanya terdapat 10,160 kalau tak silap, murid-murid SPM yang tidak menduduki peperiksaan SPM.
Ini sesuatu yang mungkin akan membawa satu impak yang negatif terhadap kehidupan mereka kelak nanti. TVET walaupun memang kebiasaannya dianggap sebagai sesuatu yang hanya sebagai last choice atau pilihan terakhir, adakah kerajaan mempunyai apa-apa dasar atau programatik untuk memastikan TVET menjadi pilihan pertama untuk golongan ini dan juga golongan-golongan yang lain? Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Amat Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, ekosistem pendidikan mula berubah daripada pendidikan tradisional yang sama-sama kita ketahui dalam bidang akademik, ianya telah menjurus ke arah bidang teknikal kerana kita tahu bahawa pendekatan Kementerian Pendidikan melalui STEM biarpun berjaya tetapi kita lihat minat di kalangan pelajar-pelajar itu agak berkurangan. Maka jawapannya adalah melalui sistem TVET ini.
[Bangun]
[Bangun]
Apa yang telah dilakukan, umpamanya Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pendidikan vokasional dan teknikal ini di 86 institusi di bawah mereka termasuk kolej vokasional. Kita juga tahu bahawa pada tahun 2023 seramai lebih 10,000 orang yang mendaftar dalam SPM, pelajar-pelajar yang tidak mengambil peperiksaan SPM, tidak hadir. Tahun lepas lebih daripada 8,000 yang mendaftar juga tidak hadir. Jadi, kita mahu memberikan peluang kedua sebenarnya kepada mereka dan kita tidak menganggap bahawa TVET ini adalah pilihan kedua, sebaliknya kita mahu melalui ekosistem pendidikan yang baharu ini untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama pelajar- pelajar. Saya berterima kasih kepada Ipoh Timur sendiri yang menjadi ikon untuk mempromosikan pendidikan TVET ini dan saya berterima kasih kerana kita buta warna dalam pelaksanaan sistem TVET ini kerana kita merasakan bahawa ekosistem yang baharu ini harus bukan hanya diuar-uarkan tetapi follow through, dengan izin, agar kejayaannya akan berada di peringkat optimum.
Silakan Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kalau kita tengok dalam laporan KPKM tahun lepas, kita dimaklumkan bahawa 80 peratus graduan lepasan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang berlandaskan TVET memperoleh pekerjaan dan mendapat pendapatan daripada program tersebut. Tapi, saya lihat pada hari kerajaan concern tentang high TVET, high value dan high growth. Jadi, dalam konteks keterjaminan makanan negara yang ketika ini hanya melahirkan 600 graduan dalam bidang pertanian setahun. Soalan saya, apakah hala tuju dan perancangan kerajaan untuk memperkasakan TVET pertanian dan adakah perancangan TVET pertanian terdapat dalam badan penarafan tunggal TVET yang telah diumumkan? Terima kasih.
Silakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Kita tidak pernah meminggirkan sektor pertanian khususnya TVET pertanian. Sebagaimana yang saya sebutkan di Dewan yang mulia ini semalam, purata keboleh pasaran atau dengan izin, employability di kalangan pelajar TVET adalah sebanyak 94.5 peratus. Untuk TVET di bawah MARA, keboleh pasarannya ialah sebanyak 98.7 peratus. Kalau sektor pertanian disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berada sekitar 80 peratus. Insya-Allah, saya akan memberikan tumpuan juga pada mereka supaya terdapat perimbangan dengan izin, agricultural-based and non-agricultural-based TVET institution ini akan dapat kita perkasakan. Insya-Allah, saya akan meneliti perkara ini dan Majlis TVET Negara yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya akan melihat bahawa agricultural technicians dan engineers umpamanya akan dapat juga disantuni dan diberikan keutamaan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
2. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan perincian tindakan kementerian berhubung gesaan YAB Perdana Menteri supaya projek berkaitan tebatan banjir disegerakan dan berapa kos terkini yang perlu ditanggung oleh kerajaan memandangkan proses kelulusan projek ini pernah dibatalkan pada akhir tahun 2022 yang lalu.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau singkatannya PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu JPS sentiasa berusaha untuk mengurangkan impak banjir di seluruh negara secara berterusan. Untuk tujuan tersebut, kementerian mengambil langkah pendekatan secara struktur dan bukan struktur. Melalui pendekatan secara struktur, PETRA melalui JPS melaksanakan projek tebatan banjir termasuk Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi iaitu TBBT. Pelaksanaan projek ini merangkumi skop membina dan menaik taraf pelbagai infrastruktur banjir seperti ban, flood wall, struktur kawalan, rumah pam, pintu air, kolam takungan termasuklah kerja melebar dan mendalamkan sungai. Melalui pendekatan bukan struktur, PETRA melalui JPS menyediakan pelan induk tebatan banjir seluruh Malaysia bertujuan untuk menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh. Sehingga Rolling Plan yang Kelima tahun 2025, sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam pelan pula sedang dibangunkan manakala tiga lagi dirancang
untuk mula dibangunkan bermula Jun 2025. Sehingga Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion. Daripada jumlah tersebut, 35 projek sedang dalam peringkat pra- pelaksanaan dan 73 projek sedang dalam pelaksanaan. Kerajaan telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir selepas tahun 2022 untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal terlebih dahulu berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak yang bersesuaian serta mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Kementerian komited dalam melaksanakan projek mitigasi banjir bagi menangani risiko banjir yang semakin meningkat, terutamanya di kawasan-kawasan yang sering terdedah kepada bencana. Pihak JPS sedang meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek dengan tempoh dan kos yang lebih efektif. Antara cadangan diambil ialah semua urusan termasuk pengambilan tanah dan proses reka bentuk akan diteliti semula untuk mempercepatkan tempoh penyiapan projek. Dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, dijangka projek dapat disegerakan sehingga 12 bulan lebih awal daripada tempoh penyiapan yang dicadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Nerus untuk soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Sepertimana yang dimaklumkan, sebanyak enam projek tebatan banjir yang bernilai RM7 bilion telah dibatalkan pada tahun 2022 dengan justifikasi penjimatan sebanyak RM2 bilion. Saya tak pasti bagaimana sifir kira-kira Yang Amat Berhormat Tambun pada waktu itu, walhal ketika dibatalkan projek ini belum pun bermula. Oleh itu, susulan gesaan Yang Amat Berhormat Tambun agar projek tebatan banjir ini disegerakan semula, saya mohon bertanya. Pertama, adakah kerajaan dapat memberi keutamaan projek-projek tebatan banjir yang akan disegerakan ini di kawasan-kawasan kritikal di dua buah negeri Pantai Timur yang mengalami banjir besar baru-baru ini iaitu Kelantan dan Terengganu kerana kerugian yang dialami oleh rakyat adalah terlalu besar sehingga ada yang semua perabot dan peralatan dapur mereka rosak dan terpaksa diganti? Yang kedua, memandangkan projek ini telah diberi green light, dengan izin, oleh Yang Amat Berhormat Tambun dengan membenarkan kaedah pelaksanaan dilonggarkan, secara spesifiknya apakah kaedah perolehan yang bakal dibuat dan apakah kaedah ini dapat menjamin rancangan tebatan banjir ini dapat dilaksanakan dalam masa yang segera kerana semakin lambat projek ini dimulakan, maka bencana ataupun kerugian rakyat akan makin bertambah? Yang ketiga, apakah status terkini berhubung 26 projek rancangan tebatan banjir di kawasan Pantai Timur termasuk projek yang telah diberi lanjutan tempoh kontrak, proses pengambilan tanah dan status perjanjian dengan syarikat utiliti serta langkah-langkah interim yang telah diambil sehingga projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya? Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II untuk menjawab.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Tiga soalan. Tiga dalam satu.
Yang Amat Berhormat, Peraturan 23, 24, 24(1A), Yang Berhormat boleh pilih untuk jawab satu sahaja pun boleh.
Saya rangkumkan ketiga-tiga sebagai satu soalan.
Baik.
Pertama sekali, untuk Kelantan, projek dalam peringkat pra-perlaksanaan iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 2, yakni dengan nilai RM879 juta. Ini dijangkakan SST Julai 2025. Manakala Terengganu, sama juga, iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman, Terengganu. Yang ini juga dijangkakan dalam bulan enam untuk SST. Sekarang ini, keseluruhan projek sebenarnya yang sedang berjalan, dalam pra- perlaksanaan, proses perolehan sekarang ini ialah melalui tender secara terbuka iaitu qualified tender. Kita akan buka tender dulu, kita nyatakan semua prasyarat dan sebagainya. Kemudian, semua syarikat yang masuk akan dinilai. Mana-mana syarikat yang layak, hanya syarikat-syarikat itu akan dipanggil untuk terlibat dalam tender. Itu yang dilaksanakan. Proses itu sudah pun selesai. Penilaian sudah dibuat dan kita akan menjemput, mengundang syarikat yang layak untuk terlibat dalam tender-tender projek-projek yang terlibat. Manakala projek yang dalam peringkat pembinaan ― sebenarnya dia banyak senarai ini. Kalau saya nak beri satu persatu, mungkin makan masa sebab masa yang pendek. Saya boleh serahkan secara bertulis. Cuma, mungkin untuk Kelantan, keseluruhan di Kelantan ada empat projek yang dalam pelaksanaan iaitu Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1, Sungai Golok Fasa 1, Sungai Golok Fasa 3 dan juga RTB Kota Bharu. Dan juga di Kuala Nerus ialah di Daerah Kuala Nerus, Sungai Tepoh dan Banggol. Ini sedang dalam pembinaan. Peratusannya ― kalau Sungai Kelantan Fasa 1, sekarang ini 98 lebih peratus. Yang saya jawab tadi, salah satu cabaran dalam apa-apa projek, kadang-kadang bila projek itu berjalan, ada masalah tanah. Jadi, pengambilan tanah belum selesai. Kadang-kadang pengalihan utiliti. Jadi, ini yang kita buat sekarang ini iaitu berjumpa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alhamdulillah, dengan kerjasama di peringkat kerajaan negeri, peringkat PBT, kemudahan utiliti dan sebagainya, kita dapat selesaikan untuk kita percepatkan supaya projek ini dapat disiapkan. Manakala untuk Golok yang sedang dalam pra-pelaksanaan sekarang ini, ianya melibatkan banyak kementerian. Salah satunya ialah MKN. MKN juga merancang untuk menjaga kawalan sempadan kita iaitu untuk memagarkan sempadan kita. Jadi, sekarang ini
Tan Sri Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan mempengerusikan untuk melibatkan semua agensi kerajaan dan kementerian bagaimana kita nak merencanakan supaya projek tebatan banjir ini dan juga pagar yang bakal dilaksanakan itu nanti dapat diselaraskan. Ini, alhamdulillah, dah ada arah tujunya dan kita dah buat persetujuan. Bengkel sudah juga diadakan dan dengan bengkel itu kita dapat merencanakan bila untuk kita laksanakan projek ini secara bersepadu. Terima kasih.
Baik. Di sebelah kanan?
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambahan satu lagi soalan berkaitan dengan ini?
Maaf saya, Yang Berhormat. Saya mempersilakan yang sebelah kanan. Sebelah kerajaan tidak ada soalan? Jika tiada ― ha, Yang Berhormat Tampin, silakan.
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Sejauh manakah keputusan pembatalan ataupun penangguhan ataupun kelewatan projek tebatan banjir berkenaan telah memberi kesan terhadap kejadian banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) kali ini? Serta sejauh manakah kebenaran dakwaan bahawa negara telah mengalami kerugian yang lebih besar disebabkan pembatalan, penangguhan ataupun kelewatan projek tebatan banjir tersebut?
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II untuk menjawab.
Apa-apa projek akan mengambil masa untuk kita laksanakan. Sebab itu, yang pertama sekali, pendekatan bukan struktur tadi, kajian. Daripada kajian itu, kita akan dapat mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku bencana termasuk banjir dan sebagainya. Perancangan projek kadang-kadang mengambil masa dua ke tiga tahun untuk merancang, dan pelaksanaan pula kadang-kadang mengambil masa tiga ke lima tahun. Sebab itu, kalau kita hanya meletakkan projek yang telah diluluskan dulu untuk kita rungkaikan balik apakah keutamaan mengikut kejadian-kejadian yang berlaku ― memang kalau berlakunya banjir, tanah runtuh, apa-apa saja bencana, memang akan berlaku kerugian. Sebab itu, kerajaan sekarang ini mencari jalan bagaimana untuk menyegerakan semua projek-projek supaya kita dapat kurangkan berlakunya bencana. Dengan kurangnya berlaku bencana, maka kita dapat kurangkan juga kerugian pada orang dan juga pada kerajaan. Sebab, tiap kali berlaku bencana, banyak kerajaan terpaksa laksanakan. Tapi, komitmen itu akan terus kita laksanakan dan sebab itu kita perlukan jaminan juga ataupun kerjasama daripada pihak kerajaan negeri. Kalau tidak ada kerjasama yang baik, maka masalah-masalah pelaksanaan akan timbul. Pengambilan tanah dan lebih utama ialah pencegahan. Pencegahan lebih baik daripada ― prevention is better than cure, dengan izin. Itu bahasa kampung sayalah.
Jadi, dengan langkah itu, saya kira kita kena mengambil langkah untuk mengurangkan. Sebab itu pembangunan mesti mengikut garis panduan supaya tidak berlakunya bencana-bencana tanah runtuh, aliran air banjir lumpur dan sebagainya. Ini juga kita memerlukan kerjasama erat di peringkat kerajaan negeri, di peringkat PBT dan juga bila pelaksanaan, kelulusan, pengambilan tanah dan pengalihan utiliti ini juga diperlukan supaya kita dapat mempercepatkan segala proses untuk kita membina projek-projek yang memberi manfaat kepada kerajaan dan juga kepada rakyat khususnya, sebab akhirnya untuk kesejahteraan rakyat dan kemampanan ekonomi dan alam sekitar kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Majlis beralih ke soalan yang ketiga.
Terima kasih.
Saya mempersilakan Tuan Chong Zhemin, Yang Berhormat Kampar.
3. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keuntungan atau kerugian yang dialami oleh KWSP dalam transaksi pembelian dan penjualan saham MAHB dan bagaimana keuntungan atau kerugian ini dilaporkan dalam penyata kewangan KWSP.
Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Dato’ Yang di-Pertua, penjualan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai KWSP oleh jabatan ekuitinya pada tahun 2023 di Bursa Malaysia adalah sebahagian daripada strategi dagangan aktif KWSP untuk memanfaatkan pergerakan harga saham dan penjanaan pendapatan pelaburan jangka pendek. Saham MAHB telah dijual pada harga RM6.80 hingga RM7.70 seunit menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen KWSP pada tahun 2023. Prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur sebanyak 11.47 peratus turut menjadi faktor utama strategi ini. Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan ini adalah tidak berasas... [Tepuk] Dan ini jelas ditolak oleh KWSP melalui kenyataan akhbarnya pada 12 Februari 2025. Berdasarkan kenyataan ini, jelas bahawa KWSP telah mencatatkan keuntungan dari penjualan beli saham MAHB dan berjaya merekodkan jumlah pendapatan pelaburan pada tahun itu sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023. Dengan itu, telah berjaya mengisytiharkan dividen sebanyak 5.5 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.40 peratus bagi simpanan syariah. Secara keseluruhannya, sejak 2014, jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB telah mencapai RM650 juta. Aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan pada tahun ini adalah dua pelaburan yang berbeza, iaitu dari matlamat pelaburannya dan dari segi jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan tersebut.
Sehingga pengumuman tawaran sukarela atau pun VGO pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWSP. KWSP mengamalkan proses tadbir urus yang tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai Chinese Wall yang merupakan amalan piawaian standard di kalangan GLIC dan institusi kewangan. Di bawah protokol perintang maklumat, Jabatan Pelaburan Strategik yang bertanggungjawab ke atas VGO MAHB dilarang sama sekali dari berkongsi maklumat sensitif dan bukan umum kepada Jabatan Ekuiti. Protokol ini memastikan pemisahan maklumat agar tidak berlaku sebarang percanggahan kepentingan yang boleh membawa risiko berlaku insider trading yang merupakan kesalahan jenayah di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Protokol perintang maklumat tidak sewajarnya diperlekehkan kerana ia merupakan langkah kawalan penting sebagai pertahanan terhadap insider trading seperti yang dinyatakan dalam seksyen 190, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Kesalahan insider trading ini merupakan satu jenayah yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori penjara tidak lebih pada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Sekiranya KWSP menggunakan maklumat dalaman untuk membuat dagangan saham, ini boleh merosakkan integriti dan keadilan pasaran saham Malaysia, memandangkan penyertaan KWSP dalam dagangan harian adalah sebanyak 38 peratus daripada keseluruhan pasaran ekuiti tersenarai domestik. Kawalan dalaman ketat ini telah diwujudkan dan dipraktikkan dengan penuh integriti oleh KWSP. Inilah yang menyumbang kepada keteguhan KWSP sebagai satu institusi pelaburan yang disegani sepanjang 75 tahun penubuhannya. Sebagai institusi pelaburan terbesar di Malaysia, KWSP mengambil berat peranan dan menyumbang kepada kestabilan pasaran kewangan. Apa-apa tindakan tidak wajar oleh KWSP bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi kedudukan KWSP, malah boleh menjejaskan prestasi pasaran kewangan negara. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Kampar.
Kuala Terengganu.
Terima kasih penjelasan daripada Menteri Kewangan. Saya cadangkan supaya Menteri Kewangan boleh mempertimbangkan untuk melantik Ayer Hitam sebagai penasihat kepada KWSP. Sebab dia hebat. Dia ada crystal ball. Dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun. Jadi, bila KWSP nak jual saham, tanya kepada Ayer Hitam...
Childish lah.
Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat.
Kalau saham akan naik, jangan jual dahulu. Kalau saham turun, cepat-cepat jual.
Bagi peraturan mesyuarat sekali.
Soalan saya. Soalan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Kampar, duduk. Yang Berhormat yang membangkitkan peraturan mesyuarat, Ayer Hitam. Peraturan mesyuarat berapa?
36(6). Sangkaan jahat.
Baik.
Dia tak sepatutnya bagi komen tentang seseorang.
Saya cakap Ayer Hitam hebat. Apa sangkaan jahat?
[Tidak jelas] orang.
Yang Berhormat Kampar, duduk. Peraturan 42 jelas. Yang Berhormat yang lain, tolong diam. Yang Berhormat Kampar, habiskan apa yang Yang Berhormat Kampar bangkitkan.
Okey, soalan saya, sila jelaskan mengapa KWSP perlu menjual saham MAHB sebelum mengumumkan dividen? Memandangkan dividen yang diumumkan hanya atas kertas dan tidak ada apa-apa aliran wang tunai keluar daripada KWSP untuk membayar dividen. Juga memandangkan... [Pembesar suara dimatikan]
Baik. Cukup. Saya faham. Duduk. Yang Berhormat Ayer Hitam, apa yang Yang Berhormat Hitam bangkitkan dalam peraturan? Bahagian mana?
Dia kata, lantik saya sebagai penasihat. Itu bukan hajat saya.
So, bukan sangkaan jahat.
Saya nak dengar jawapan daripada Menteri...
Yang Berhormat Kampar, amaran pertama. Yang Berhormat Kampar, amaran pertama. Yang Berhormat Ayer Hitam, jelaskan. Jangan ganggu.
Saya cuma minta dia tarik balik sebab pandangan berlainan, biasa dalam Dewan Rakyat. Kita raikan. Mungkin ada tak bersependapat tetapi kita bincang secara profesional. Itu sahaja. Kamu kata betul. Pandangan kamu, saya hormati. Bila kita ada pandangan berlainan, kita gunakan hujah kita.
Inilah sebab kita perlu Dewan Rakyat. Buat apa kalau kita dengar sebelah pihak sahaja? Terima kasih. [Tepuk]
Baik. Ini keputusan saya. Saya maintain status quo. Perkara itu sebagai perbincangan dan perbahasan sahaja. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kampar untuk soalan tambahan. Sudah kan?
Ya, saya habiskan soalan sedikit. Memandangkan penswastaan MAHB telah dimuktamadkan, apakah pelan KWSP untuk memastikan penswastaan MAHB ini berjaya memberi pulangan kepada ahli-ahli KWSP kelak? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Kampar atas soalan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan seksyen 27, Akta KWSP 1991, pengisytiharan dividen KWSP adalah mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh KWSP. Dalam erti kata lain, kadar dividen hanya berdasarkan pendapatan yang direalisasikan melalui penjualan sesuatu pelaburan bagi tahun tersebut. Pada tahun 2023, prestasi saham MAHB mengatasi prestasi FBM KLCI sebanyak 11.47 peratus. Sekali gus, menyediakan peluang bagi KWSP untuk merekodkan keuntungan daripada penjualan pegangan sahamnya dalam MAHB. Keuntungan ini secara langsung menyumbang kepada jumlah pendapatan bersih RM63.4 bilion yang direkodkan pada tahun 2023. Jabatan Ekuiti Awam KWSP mula menjual pegangan saham dalam MAHB bermula Januari 2023, di mana ketika itu KWSP memegang 15.5 peratus. Untuk merealisasikan peluang keuntungan yang dicapai kerana harga pasaran MAHB pada ketika itu mengatasi prestasi Indeks Komposit FBM KLCI. Apa yang perlu ditegaskan di sini ialah penilaian dan perbincangan yang bermula untuk VGO itu hanya bermula dengan selidikan pada bulan Julai. Tidak ada apa yang dimaktubkan. Buat masa penjualan itu, Jabatan Ekuiti Awam KWSP tidak mempunyai sebarang maklumat atau akses kepada maklumat berhubungan tawaran ke atas MAHB. Tawaran sukarela dari konsortium yang dianggotai oleh KWSP untuk mengambil alih semua saham MAHB yang belum dimiliki pada harga RM11 setiap saham pula merupakan pelaburan baru jangka masa panjang KWSP. Jadi, mengapa KWSP sanggup membeli MAHB pada harga ini? Penglibatan KWSP pada kali ini mengambil kira aspek penciptaan nilai tambah yang lebih strategik iaitu value creation dan strategi baharu serta pelaksanaan pelan pemulihan dan penambahbaikan MAHB yang akan memastikan MAHB berada pada landasan yang tepat untuk disenaraikan semula pada harga yang lebih tinggi. Ini hanya boleh dicapai melalui transformasi operasi MAHB. Sejurus penyahsenaraian ini selesai, konsortium akan memberi...
Datuk Seri.
...sepenuh perhatian untuk meningkatkan infrastruktur bangunan serta pengalaman penumpang. Mungkin secara kasarnya, perkara- perkara ini seperti tidak memainkan peranan yang penting kepada pemulihan MAHB tetapi sebenarnya perubahan ini lah yang akan menjadi asas kepada transformasi strategik MAHB dalam peningkatan pelaburan dan penambahbaikan pengalaman penumpang, rakyat dan pelancong. Usaha juga tidak hanya tertumpu kepada lapangan terbang utama seperti KLIA, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu tetapi juga akan dilaksanakan untuk penambahbaikan di lapangan terbang lain seperti Tawau, Kota Bharu dan Ipoh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kepada Timbalan Menteri, saya ingin bertanyakan beberapa untuk mendapatkan penjelasan. Pertama, adakah KWSP masih boleh membayar dividen kepada pencarum sekiranya mereka tidak menjual saham MAHB? Sebab naratif yang dimainkan ialah KWSP jual MAHB sebab nak bayar dividen. Keduanya Dato’ Speaker, apakah jumlah lebihan keuntungan KWSP selepas membayar dividen pada tahun tersebut adalah lebih besar daripada hasil daripada saham MAHB? Terima kasih.
YB Menteri untuk menjawab, Menteri Kewangan.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seperti saya terangkan tadi, KWSP hanya boleh membayar dividen daripada keuntungan yang direalisasikan dalam tahun itu. Jadi, penjualan saham MAHB mengambil kira yang kita telah nampak kenaikan harga MAHB yang banyak pada tahun 2023, 11.47 peratus, melebihi KLCI. Sebagai satu dana yang selalu buat aktif trading ya, jadi bila ada saham yang naik dengan banyak, dia mengambil peluang untuk menjual, untuk merealisasikan keuntungan. Itu biasa dijalankan. Kerana trading portfolio yang diadakan dalam KWSP adalah untuk menjana dividen. Ini bukan saham MAHB sahaja tetapi juga semua saham-saham yang ada kecuali saham strategik. Tapi dalam KWSP hanya tiga saham yang diklasifikasikan sebagai strategik kerana dia mempunyai pegangan lebih daripada 30 peratus. Ini ialah MBSB, MRCB dan RHB. Jadi, untuk pemegang dana yang mengurus saham ekuiti, mereka ada peluang untuk merealisasikan keuntungan dan dia telah merealisasikan keuntungan. Seperti saya ceritakan tadi, untuk penjualan saham yang berlaku ini KWSP telah mendapat RM102 juta keuntungan. Ini bukan wang yang kecik. Ini ialah real profit yang dinyatakan. Kalau kita tengok balik 10 tahun yang lalu, dalam 10 tahun dari aktif trading yang ada dan pengumpulan dividen, dia dapat lebih daripada RM600 juta daripada pegangan trading yang dah ada pada MAHB. Jadi, saya rasa tak ada isu untuk qualify penjualan saham MAHB. Yang penting juga kita – pasal dah ada andaian yang kata, kenapa tak pegang? Kerana dah tahu yang akan buat penswastaan, MAHB.
Tapi seperti yang saya katakan tadi, kerana insider trading adalah satu big issue, yang penting kita kena memastikan cara KWSP berurusan adalah dengan cara yang baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
Speaker, Peraturan Mesyuarat 99, minta petua. Semalam, semasa penggulungan, oleh kerana cuma tinggal satu minit, Yang Berhormat berjanji untuk menjawab soalan yang saya kemukakan. Saya cuma minta supaya jawab soalan saya dan saya minta floor ini untuk tanya soalan kerana apa yang saya tanya itu belum lagi dijawab. Saya nak tahu kepastian siapa above the wall, kemudian kenapa dijual, graf ini, saya tunjukkan pada 13 bulan ini. [Sambil menujukan kertas graf] Kenapa KWAP ada Chinese policy? Kenapa Khazanah ada Chinese policy? Mereka bukan menjual, mereka membeli saham. Akhirnya, dia tak payah keluarkan duit tambahan untuk beli balik, buy back. Kenapa? Sebab itu saya kata, masing-masing pakai Chinese policy tetapi akhirnya, dua badan GLIC ini dia untung sebab dia tak jual. Sebab itu saya mintalah, tengok balik SOP sama ada daripada “Chinese Wall” alone, ada orang yang above the wall. Kaji balik. Saya ini nak pertahankan pencarum. Kalau macam itu, kenapa nak keluarkan RM770 juta. Itu yang saya tanya semalam.
Yang Berhormat...
Minta jawapan seperti yang dijanjikan di depan Speaker. Terima kasih. [Tepuk]
Yang Berhormat, sebagai teguran, peraturan telah menyatakan dalam Peraturan 23, 24, 24A, ruang untuk perbahasan tidak ada. Hanya 37 itu telah – 36 itu jelas ya, 37. Baik, jika Yang Berhormat...
Point of Order 36(12).
Duduk sekejap. Saya tak selesai, 42 itu jelas, kalau saya bercakap, dengar dulu. 37 jelas, jadi Yang Berhormat, jika Yang Berhormat fikir apa Yang Berhormat Ayer Hitam kata dan ada kemusykilan, sila usulkan ya. Baik, Yang Berhormat Kampar.
Dato’ Timbalan Speaker, 36(12). “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”. Kami selalu – Ayer Hitam telah mengeluarkan kenyataan bahawa MAHB telah rugi sebanyak RM500 juta. Hari ini Menteri Kewangan telah menjelaskan dengan terperinci dengan jelas, tidak ada apa-apa kerugian. Jadi saya mintalah Ayer Hitam, jadi gentleman. Kita sama-sama duduk dalam kerajaan.
Yang Berhormat...
Jangan fitnah. Tarik balik kenyataan bahawa ada kerugian.
Yang Berhormat....
Kita matikan isu ini.
Yang Berhormat...
Ya.
Yang Berhormat, saya dah dengar apa penjelasan yang hendak disampaikan berkaitan peraturan yang berkenaan. Jadi, saya cadangkan usulkan untuk di bawah Perkara 36(12) itu, baik? Baik, kita beransur kepada agenda yang seterusnya. Lagipun saya telah menyatakan masa telah tamat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Yang Berhormat, sebelum soalan lisan ini, ingin saya ingatkan lagi balik semula ya. Peraturan 23, 24, 24A berkaitan soalan, 35, 36, 37 dan 44, 42 dan 43 sebagai panduan. Berikut saya akan memulakan soalan bagi soalan lisan, saya mempersilakan Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan Batang Sadong nombor 1.
1. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan: (a) langkah strategik yang telah diambil oleh kementerian bagi merealisasikan sasaran mencapai 40 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2035; dan (b) apakah komitmen Kerajaan Pusat bagi menyokong aspirasi kerajaan Sarawak dalam mencapai matlamat menjadi hab tenaga boleh diperbaharui utama di Asia Tenggara.
YB Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Untuk jawapan bagi soalan (a), untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, langkah strategik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA bagi merealisasikan sasaran mencapai 40 peratus penggunaan tenaga boleh baharu ataupun TBB menjelang tahun 2035 adalah seperti berikut: (i) pembangunan loji jana kuasa berskala besar melalui Program Solar Berskala Besar ataupun lebih dikenali sebagai LSS;
(ii) menggalakkan pemasangan sistem solar di bumbung bangunan melalui program net energy metering dengan izin, singkatannya NEM dan juga solar for self-consumption dengan izin dan singkatannya SELCO; (iii) pembangunan loji jana kuasa TBB yang dibiayai secara langsung oleh pengguna, elektrik hijau melalui corporate renewable energy supply scheme ataupun CRESS; dan (iv) pembangunan projek penjanaan sumber bukan solar melalui program feed-in tariff ataupun FiT dan Low Carbon Energy Generation Programme. Yang untuk jawapan yang kedua, Kerajaan Pusat juga turut menyokong inspirasi Kerajaan Negeri Sarawak bagi mencapai matlamat peralihan tenaga, sektor bekalan elektrik yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Seperti untuk meningkatkan lagi kapasiti TBB kepada 15 gigawatt menjelang tahun 2035 dan menjadi hab pengeluaran hidrogen di rantau ini. Kerajaan Pusat, khususnya PETRA sentiasa merangkumkan inspirasi serta inisiatif peralihan tenaga yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya perancangan perbekalan dan penjanaan TBB dalam pelan perancangan nasional selain bersedia bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan berhubung dengan pelaksanaan pembangunan TBB dengan agensi kawal selia dan pemegang taruh di peringkat negeri Sarawak. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tahun lepas, Kementerian PETRA ada memperkenalkan satu program insentif yang dinamakan SolaRIS khusus untuk menggalakkan pemasangan sistem solar PV oleh pengguna domestik. Secara umum, kita mengetahui bahawa pembangunan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui ini memerlukan pelaburan yang besar dan insentif kewangan – dengan melalui insentif kewangan dapat mempercepatkan kemajuan serta menarik pelaburan. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak insentif kewangan seperti geran ataupun skim subsidi bagi mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu serta menarik pelaburan luar dan adakah Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan ataupun insentif tambahan bagi pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak? Terima kasih.
Yang Amat Berhormat TPM II untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Untuk makluman, dari segi sektor tenaga kita ada tiga pengawal selia dari segi pelaksanaan
tenaga di Malaysia. Suruhanjaya Tenaga bertanggungjawab untuk mengawal selia bekalan, penjanaan tenaga di Semenanjung.
Sarawak di bawah Sarawak Energy dan Sabah pula di bawah Sabah Energy Comission. Dan inisiatif yang dilaksanakan di peringkat Semenanjung tidak terpakai di Sarawak sebab perundangan yang berbeza. Tapi apa pun yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan ialah untuk skim galakan ialah menggunakan Green Technology Financing Scheme. Yang ni lebih kepada syarikat. Bukan untuk Solaris iaitu untuk domestic. Ini kepada syarikat, di mana subsidi menawarkan kadar faedah sebanyak 2 peratus dan jaminan 60 peratus untuk sebagai credit gurantee corporation. Begitu juga dengan Program Green Investment Tax, yang ini semua di bawah Kementerian Kewangan yang menyediakan insentif dan juga di bawah MITI ada juga menyediakan peruntukan tersebut. Untuk insentif yang Solaris tadi, memang tunai yang 4,000 itu hanya setakat ini untuk di Semenanjung, sebab di Sarawak belum diperkenalkan insentif ataupun program untuk memasang solar di bumbung rumah-rumah dan sebagainya, melainkan kerajaan negeri menyediakan inisiatif ini. Mungkin kita boleh berbincang dengan kerajaan negeri bagaimana untuk laksanakan, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Silakan Yang Berhormat Setiu.
Okey, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan pertama saya, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan R&D tenaga boleh diperbaharui ini. Yang kedua, sejauh manakah kerajaan boleh memastikan tenaga kerja bersedia untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035. Dan yang ketiga, apakah insentif yang diberi oleh kerajaan untuk kepada golongan B40, untuk membolehkan mereka menggunakan sistem pemasangan solar di rumah mereka disebabkan kos pemasangan terlalu tinggi hari ini. Sekian, terima kasih.
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. R&D memang dilaksanakan bukan sahaja di peringkat kementerian, tapi juga di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi melalui universiti dan juga MOSTI, untuk mengkaji apakah option-option daripada tenaga-tenaga untuk menghasilkan tenaga dalam konteks tenaga boleh baharu. Ini program-program yang berterusan memang kita laksanakan. Dari segi tenaga kerja begitu juga. ST ─ dia ada program, khusus untuk memberi orang-orang muda terlibat dalam sebagai teknikal dan juga sebagai pakar dalam bidang-bidang ini. Program ini memang juga sedang berjalan secara berterusan oleh ST dan juga banyak di peringkat universiti dan di peringkat TVET, memang ada program-program khusus untuk memastikan tenaga kita, tenaga kerja kita akan ada kemahiran tentang perkara ini. Untuk B40, kita tidak memberi insentif untuk memasang solar di bumbung tapi yang kita beri adalah rebat, sebab penggunaan tenaga mereka mungkin kurang. Jadi, tidak viable
untuk mereka memasang solar di bumbung tapi apa yang kita beri ialah rebat kepada B40 supaya mereka dapat rebat ini, maka akan mengurangkan bil bayaran mereka. Itu pendekatan kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat TPM 2. Berikut, Majlis menjemput Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Soalan saya nombor 2, terima kasih.
2. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah langkah pemantauan serta tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap sindiket pemalsuan kad pengenalan yang dilapor menawarkan MyKad pada harga RM4,400 kepada individu yang berminat dengan mempromosikan tawaran berkenaan menerusi platform media sosial khususnya warga asing.
Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membenteras aktiviti sindiket pemalsuan kad pengenalan dalam negara ini. JPN telah melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan, termasuk penjualan kad pengenalan palsu atau perkhidmatan pemalsuan identiti secara atas talian. Pemantauan ini dibuat, melibatkan semua platform sosial media, Facebook, Instagram, Telegram, TikTok bagi pastikan sebarang aktiviti haram ini dapat dikesan dan ditangani dengan segera. Melalui hasil risikan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat penawaran kad pengenalan palsu dibuat dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000. Kebanyakan permintaan ini datang daripada warganegara asing yang ingin mendapat pekerjaan atau menetap di negara ini. Berdasarkan hasil risikan tersebut, JPN giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan kerjasama dengan pihak penguatkuasaan seperti PDRM dan juga SKMM. Selain daripada itu, JPN juga giat melaksanakan kempen kesedaran untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan orang awam mengenai kepentingan menjaga, melindungi dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh JPN seperti sijil kelahiran, kad pengenalan. Di samping itu, orang awam turut dimaklumkan mengenai kesan akibat membeli serta memiliki dokumen palsu di samping menegaskan bahawa sebarang dokumen pengenalan diri hanya boleh diperolehi melalui JPN dan bukan melalui pihak ketiga. Justeru, JPN sentiasa mengingatkan orang awam supaya merujuk kepada portal rasmi JPN bagi mendapat sebarang panduan dan maklumat berhubung tatacara
permohonan dokumen pengenalan diri. Sukacita saya nak jelaskan bahawa orang awam boleh dikenakan hukuman di bawah perkara 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara, bagi negara 1990, bagi kesalahan memiliki kad pengenalan palsu atau kad pengenalan selain daripada kepunyaannya dengan denda maksimum RM20 ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Orang awam juga boleh jika mendapat maklumat membuat aduan kepada saluran rasmi JPN di 210 cawangan JPN seluruh negara bagi melapor sebarang aktiviti penawaran kad pengenalan secara tidak sah ini. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Yang Berhormat dan Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah pun diberikan tadi dengan usaha pemantauan dan juga kerjasama strategik pelbagai agensi dan semalam saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan tular di sosial media berkenaan satu laporan polis pada 7 Januari, berkenaan dan ─ ada satu pegawai imigresen yang kantoi di pinggangnya ada 12 pasport asing, yang mana berlaku pada bulan Januari dan dia telahpun diambil tindakan, saya difahamkan dan dipindah ke depoh KLIA dan sampai hari ini saya difahamkan dia masih lagi tak masuk kerja. Soalan saya, bagaimanakah ianya boleh memanipulasi rekod imigresen dan bagaimanakah pihak kementerian boleh membendung masalah ini. Yang pertamanya, kerana saya difahamkan pegawai kerajaan terbabit tidak takut kerana dihukumkan, dikenakan hukuman dengan tindakan tatatertib. Apakah solusi dengan perkara tersebut dan yang keduanya, apakah KDN mempunyai garis masa spesifik, tindakan yang lebih agresif diambil untuk menjejaki sama ada sindiket yang pasport ini ataupun dengan kad pengenalan palsu tadi. Sebab, pegawai yang katanya ada buat tindakan, yang dikenakan tindakan terbabit masih lagi buat aktiviti pasport fly. Dia boleh ambil 30 pasport, buat fly dan dapat keuntungan RM1,400. 10 hari buat keje, dia dapat RM14,000. Jadi, ini adalah satu perkara yang sangat merisaukan kita. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Menteri
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih. Untuk pasport tadi, saya akan bagi jawapan bertulis kerana ia melibatkan Jabatan Imigresen. Ini saya jawab berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara. Namun, kita mempunyai tatacara, tatakelola dan juga peratuan-peraturan yang ketat. Mana- mana pegawai yang melakukan kesalahan tetap akan diambil tindakan berasaskan kesalahan yang mereka lakukan. Kita tidak ada kompromi soal ini kerana ini dokumen penting negara, identiti negara sangat kita jaga, terutama sekali pemberian secara tidak sah. Yang Berhormat, dalam soal penguatkuasaan kita, saya nak sebut bahawa kita sentiasa tegas kerana untuk aktiviti-aktiviti
pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang sangat diberi perhatian dan ia memberi impak besar soal keselamatan negara. Ini soal identiti dan kad pengenalan dan JPN kita jalankan operasi bersepadu bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan. Ini yang berhormat tanya soal penguatkuasaan tadi. Seperti PDRM, di imigresen pun kita laksana, dengan SPRM pun kita laksana.
[Bangun]
[Bangun]
Dan sehubungan itu, sepanjang tempoh 2020 hingga 2024, JPN telah melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan membawa kepada 717 tangkapan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 320 individu telah didakwa di atas kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) dan denda sebagaimana saya sebutkan dalam jawapan asal tadi yang melibatkan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan penggunaan kad pengenalan orang lain. Maknanya, daripada segi penguatkuasaan kita buat, kita ambil tindakan tegas. Namun kita sedar bahawa perubahan berlaku, teknologi berubah. Kecekapan mereka yang melakukan kesalahan juga meningkat. Kita juga meningkatkan keupayaan kita untuk menangani segala perubahan yang berada di hadapan kita. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Soalan tambahan Jempol, apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk menghadapi cabaran dalam pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sindiket pemalsuan kad pengenalan, terutamanya dengan pengembangan teknologi yang pesat serta apakah hukuman yang dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti pemalsuan dan penjualan kad pengenalan? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Sahabat saya Yang Berhormat Jempol, kita sedar perubahan berlaku dan kerana itu KDN dan JPN sedang berusaha untuk menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sindiket pemalsuan kad pengenalan dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan. Antaranya saya sebutkan tadi ialah kerjasama erat kita dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain, PDRM dengan Jabatan Imigresen sendiri, dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan pelbagai pihak, terutama sekali dengan orang awam. Operasi bersepadu ini Yang Berhormat, kita laksanakan secara berkala untuk meningkatkan keberkesanan dan juga membanteras aktiviti-aktiviti ini yang sentiasa juga
mereka tingkatkan kemampuan-kemampuan mereka. Selain itu, saya nak sebut bahawa KDN dan JPN sedang merancang untuk memperkenalkan kad pengenalan struktur baru yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sesuai dengan perkembangan teknologi terkini. Tujuannya untuk memastikan dokumen pengenalan diri lebih sukar dipalsukan serta menjaga keselamatan dan kedaulatan negara dari sindiket pemalsuan ini. Bermakna, teknologi terkini akan diguna pakai dalam sistem kad pengenalan struktur baru yang sedang dirancang oleh kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara. Langkah ini juga yang melibatkan kajian mendalam terhadap keperluan infrastruktur, privasi data rakyat sebelum kita laksanakan kerana data rakyat ini perlu kita jaga dengan bersungguh-sungguh supaya ia tidak terlepas kepada pihak yang lain. Soal hukuman, saya dah nyatakan tadi, kita tak ada kompromi dalam soal ini. Mana-mana mereka yang terlibat sama ada terlibat menjual, memiliki dan sebagainya, peraturan-peraturan di bawah perkara 25(1)(e) ini yang jelas telah dimaklumkan kepada umum dan mana-mana pihak yang terlibat, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dan kita sangat tegas dalam soal ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya beralih ke soalan berikutnya. Majlis mempersilakan Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada nilai ambang atau julat e-invoicing akan dinaikkan daripada hasil tahunan RM150,000 kepada RM500,000 dan majikan akan dikecualikan daripada sumbangan KWSP untuk pekerja asing mereka demi meringankan beban kewangan peniaga tempatan.
Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Dato' Yang di-Pertua, pelaksanaan e-invois Fasa III secara menyeluruh akan bermula 1 Julai 2025 yang melibatkan semua jenis perniagaan termasuk perusahaan mikro kecil dan sederhana. Namun begitu, kerajaan telah menyediakan tempoh peralihan selama enam bulan bagi memberi kelonggaran kepada peniaga untuk membuat persiapan sepenuhnya dan boleh mengeluarkan e-Invois disatukan. Pada masa yang sama, kerajaan sedar akan cabaran yang dihadapi oleh PMKS dalam mengadaptasi e-Invois terutamanya daripada aspek penyerapan teknologi dan jurang kesediaan pengetahuan e-Invois. Sehubungan itu, kerajaan telah memberi pengecualian daripada pengeluaran e-Invois kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah nilai ambang RM150,000. Langkah itu telah memberi manfaat kepada lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja yang tidak perlu mengeluarkan e-
Invois. Bagi terus membantu PMKS yang mempunyai tempoh persediaan yang secukupnya, kerajaan bersetuju supaya fasa pelaksanaan e-Invois bagi PMKS yang mempunyai nilai jualan tahunan antara RM150,000 hingga RM500,000 setahun ditangguhkan kepada 1 Januari 2026. Sebagai tambahan, tempoh peralihan selama enam bulan juga akan disediakan kepada kumpulan peniaga ini yang akan memberikan manfaat kepada lebih 240,000 PMKS. Walaupun terdapat kelonggaran yang disediakan, kerajaan menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-Invois selaras dengan aspirasi ke arah pendigitalan perniagaan. Inisiatif e-Invois dapat membantu PMKS mempunyai sistem perekodan jualan dan pembelian serta penyimpanan dokumen yang lebih teratur, yang mana akhirnya dapat melancarkan operasi perniagaan. Pelaksanaan e-Invois telah bermula sejak 1 Ogos 2024 bagi syarikat yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM100 juta. Mulai 1 Januari 2025, pelaksanaan e-Invois Fasa Kedua pula bermula bagi syarikat yang mempunyai jualan antara RM25 juta kepada RM100 juta. Sejak pelaksanaan inisiatif e-Invois, sebanyak RM25,173 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois yang melibatkan pengeluaran 181.3 juta e-Invois secara keseluruhannya. Pelaksanaan e-Invois ini bukan sahaja melibatkan syarikat atau pembayar cukai fasa pertama dan kedua tetapi turut disertai oleh mereka dalam Fasa Ketiga secara sukarela. Ini menunjukkan yang penerimaan di kalangan masyarakat dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois. Sehubungan itu, mengenai cadangan mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum kepada KWSP. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 Februari 2025 telah mengumumkan caruman majikan akan ditetapkan pada kadar dua peratus dan caruman syer pekerja sebanyak dua peratus juga sehingga kajian selanjutnya pada masa hadapan bagi mengambil kira kesesuaian semasa. Peluasan liputan caruman KWSP kepada pekerja bukan warganegara adalah untuk mewujudkan layanan yang sama rata atau level playing field antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Tanpa caruman wajib untuk pekerja bukan warganegara, ia mengakibatkan kos penggajian pekerja asing lebih rendah berbanding penggajian pekerja tempatan. Dengan itu, peluasan mandatori caruman ini secara tidak langsung akan menggalakkan penggajian lebih ramai pekerja tempatan. Daripada segi layanan percukaian, majikan akan membuat caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja bukan warganegara turut akan mendapat potongan cukai ke atas perbelanjaan tersebut berdasarkan subseksyen 34(4) Akta Cukai Pendapatan 1967 terhad sehingga 19 peratus daripada jumlah saraan pekerja tanpa mengira pekerja tersebut warganegara atau bukan warganegara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan ialah,
apakah bantuan kewangan yang boleh diberikan kepada perniagaan yang terpaksa menanggung kos tambahan atau perniagaan terjejas bila mereka mengambil pekerja-pekerja tambahan itu untuk memasuki data-data yang diperlukan oleh e-Invoicing supaya mereka dapat mematuhi peraturan-peraturan e-Invoicing tersebut? Dan rasional majikan yang perlu bayar dua peratus KWSP yang hanya menguntungkan KWSP dan pekerja asing bila Singapura dan juga negara lain telah menghentikan amalan ini sejak 2003 dan jumlah yang dijangka boleh dikutip oleh KWSP kerana keperluan dua peratus sumbangan oleh majikan bagi pekerja asing. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Dato’ Yang di-Pertua, potongan cukai sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi pembelajaran yuran perundingan yang ditanggung oleh PMKS mulai tahun taksiran mulai tahun taksiran 2024 hingga 2027 telah diperkenalkan dalam membantu peniaga melaksanakan inisiatif e-Invois. Kerajaan juga telah menyediakan inisiatif cukai bagi perniagaan yang melakukan pembelajaran berkaitan seperti berikut. dibenarkan menuntut elaun modal bagi perbelanjaan pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer serta tempoh tuntutan elaun modal dikurangkan daripada empat tahun kepada tiga tahun mulai tahun taksiran 2024 dan potongan cukai hingga RM50,000 seperti saya katakan tadi. Dalam usaha untuk terus membantu PMKS melaksanakan e-Invois ini, tanpa melibat sebarang kos tambahan, LHDN telah menyediakan portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran invois kepada LHDN. Sebagai tambahan aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan disediakan kepada pembayar cukai. Kini pembayar cukai boleh melaksanakan invois melalui aplikasi MyInvois di telefon pintar masing-masing pada bila-bila masa dan di mana jua. LHDN juga menganjur Program Latihan Invois di seluruh negara secara percuma bagi memberikan kefahaman dan bimbingan berkaitan e-Invois kepada PMKS. Keluasan liputan caruman KWSP kepada pekerja bukan warganegara adalah untuk mewujudkan layanan sama rata atau level playing field antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Tanpa caruman wajib pekerja bukan warganegara, ia akan mengakibatkan kos penggajian warga asing lebih rendah berbanding penggajian pekerja tempatan. Kerana ada jurang ini kita risau yang peluang pekerjaan untuk warga kita akan berkurangan. Jadi bila kita kurangkan jurangnya, yang meningkatkan peluang untuk warga tempatan untuk bekerja. Usaha ini — level the playing field untuk meningkatkan peluang yang ada. Yang Berhormat Bagan ada berkata kepada Singapura, tetapi kita tidak boleh tengok Singapura berbanding dengan Malaysia sebab situasinya berbeza. Di Malaysia, masih ada unemployment pada kadar 3.2 peratus. Masih ada pekerja yang masih boleh bekerja kalau
kita dapat mengurangkan penggunaan warga asing. Jadi, inilah antara inisiatif untuk menolong meningkatkan pekerjaan tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Jumlah yang boleh dikutip?
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kota Belud, duduk.
Terima kasih atas penjelasan Menteri tentang inisiatif tambahan, melanjutkan tempoh peralihan dan juga julat ambang yang pengecualian yang disebutkan tadi. Tetapi masih lagi dari segi PMKS menanggung beban yang tinggi dikenakan oleh e-Invois ini. Apakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan rangka kerja e-Invois secara sukarela untuk memberi kelonggaran atau fleksibiliti kepada PMKS mikro dan kecil supaya tindakan mewajibkan invois ini tidak menjerat mereka dalam compliance dilemma? Satu lagi. Adakah ada wujud kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan bantuan kewangan untuk membolehkan mereka membeli kelengkapan-kelengkapan yang sewajarnya dan menampung sebahagian daripada kos latihan dan adakah wujud perbezaan kaedah pelaksanaan e-Invois untuk PMKS yang mempunyai kedai fizikal, kedai dalam talian ataupun kedai yang beroperasi secara hibrid? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, ada banyak soalan Dato’ Yang di- Pertua. Saya pilih yang senang untuk dijawab dari segi dasarnya. Yang pertama, seperti yang saya ceritakan tadi apa yang penting ialah kita memberi kelonggaran untuk mereka dalam ambang 150,000 ke 300,000. Jadi, kita bagi masa yang lebih. Mereka hanya mula Januari 2026. Buat permulaan, dia boleh masuk dari segi invois yang consolidated untuk enam bulan lagi. So, ada masa yang panjang untuk mereka berganjak kepada invois. Kedua, LHDN sentiasa melihat cara-cara untuk menyenangkan mereka untuk dibuat. Masa kita baru buat dia masuk secara web, sekarang kita sudah ada secara aplikasi mobile yang disediakan dan LHDN akan terus mencari cara-cara untuk menyenangkan prosesnya, dan dengan penambahan masa, ia akan menolong PMKS juga. Yang pentingnya kita berharap dengan peningkatan penggunaan digital, ia akan juga menolong PMKS beroperasi dengan lebih baik.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, last Kota Belud. Sedikit sahaja.
Yang Berhormat, peraturan saya benarkan. Kalau soalan lisan minta maaf, duduk. Berikut, Majlis ke soalan
berikutnya mempersilakan Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Tang Berhormat Permatang Pauh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan langkah kementerian untuk meningkatkan kadar kelahiran negara yang semakin menurun dan apakah inisiatif dalam menggalakkan rakyat agar menambahkan bilangan anak bagi mengelakkan masalah kadar kelahiran yang menurun.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan selamat datang kepada Exco Pantai Damai di bawah Parlimen Santubong ke Dewan Rakyat ini, ramai-ramai di sana. Terima kasih. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2024, sebanyak 455,761 kelahiran hidup telah direkodkan pada tahun 2023. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7.7 peratus berbanding tahun 2022 iaitu 423,124. Pada masa ini, isu penurunan kadar kesuburan atau fertility rate menjadi satu isu global terutamanya dalam kalangan negara maju dan membangun. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) menerusi 2024 ESCAP Population Data Insights, kebanyakan negara di Asia Pasifik kini mencatatkan kadar kesuburan jumlah iaitu total fertility rate (TFR) di bawah 2.1 kadar penggantian. Untuk makluman, dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi TFR ini di Malaysia dicatatkan pada tahun 2011 dan 2012 iaitu 2.2. Sejak itu negara kita menunjukkan trend TFR yang menurun. Walau bagaimanapun, kadar TFR Malaysia buat kali pertamanya dalam tempoh tersebut telah menunjukkan peningkatan 0.1 kepada 1.7 pada tahun 2023 berbanding TFR 1.6 pada tahun sebelumnya. Dalam hal ini, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan kadar TFR. Ini termasuklah faktor ekonomi serta cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan seperti pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya. Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR. Peka akan perkara ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) giat melaksanakan inisiatif bagi menangani isu penurun kadar kelahiran dan
TFR. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah program galakan perkahwinan. Sebagai contoh, LPPKN telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan bagi menganjurkan program Majlis Resepsi Mahligai Cinta bagi meraikan serta memberi kenangan indah majlis perkahwinan kepada pasangan yang terpilih. KPWKM juga melalui LPPKN juga menawarkan perkhidmatan yang boleh menyediakan persekitaran yang membantu pasangan, membuat keputusan seperti perkhidmatan perancang keluarga dan pelaksanaan program pembangunan keluarga menerusi modul SMARTSTART pra-perkahwinan. Modul ini memberi kemahiran dan pengetahuan kepada pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga. Sementara itu, bagi pasangan yang mempunyai masalah berkaitan kesuburan, LPPKN menawarkan pelbagai inisiatif termasuk perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos yang berpatutan dan pengoperasian klinik kesejahteraan lelaki yang antaranya menyediakan khidmat nasihat masalah seksual dan amalan gaya hidup sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki.
Jadi, selain itu Tuan Yang di-Pertua, insentif turut diberikan kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan menerusi pelepasan cukai. Bergerak ke hadapan, kerajaan akan menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang bakal dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan yang serba moden dengan kos yang berpatutan. Jadi, melalui pendekatan holistik yang merangkumi insentif kewangan dasar mesra keluarga, kempen kesedaran dan sokongan psikososial, KPWKM sedang giat berusaha bagi memastikan keseimbangan demografi negara dapat dikekalkan. Langkah ini penting untuk memastikan pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh masa jangka panjang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Permatang Pauh, soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat baik. Kalau kita tengok kadar kesuburan keseluruhan Malaysia ini, kita baca lebih jauh lagi pada tahun 2010, 2.1 tapi turun kepada 1.7 pada tahun 2023. Di antara perkara yang memberikan, menyumbang kepada perkara ini adalah tekanan kos sara hidup. Jadi, soalan saya adakah kerajaan telah merangka satu langkah yang lebih drastik untuk menangani cabaran demografi di sebalik tekanan kos sara hidup, terutama di kawasan bandar yang memberi tekanan kewangan sesebuah pasangan untuk mendapat dan membesarkan anak. Serta apakah inisiatif daripada kerajaan untuk menggalakkan saiz keluarga yang seimbang mengambil kira situasi semasa ekonomi, sosial dan kesihatan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra keluarga? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa perkara yang menyebabkan perkara yang berlaku di antaranya misalnya, kita ditanya tadi mengenai kita ada perkhidmatan yang kita bantu ― gunakan untuk membantu mereka yang alami masalah seperti ini ataupun cabaran seperti ini. Misalnya kalau dilihat dari segi kadar kelahiran itu, bagaimana kita membantu sokongan kewangan. Kita ada sokongan kewangan kepada mereka kalau ekonomi dijadikan alasannya, di mana peningkatan jumlah peruntukan bagi Bantuan Awal Persekolahan itu juga bantu kepada mereka yang mungkin merasakan ekonomi menjadi kekangan iaitu sebanyak RM800 juta berbanding RM702 juta bagi tahun 2024. Pada tahun ini 225 dan bantuan sokongan kepada ibu bapa serta anak-anak autisme juga merangkumi bantuan yuran pembelajaran anak-anak autisme dan bantuan kepada sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan KPM, pertambahan juga projek pembinaan prasekolah. Selain daripada itu juga, ada juga perkhidmatan yang lain kita beri terutama sekali kepada lelaki tadi yang saya nyatakan. Saya mengharapkan ini menjadi satu maklumat yang boleh digunakan oleh masyarakat kita, terutama sekali Yang Berhormat sekalian untuk mengetahui bagaimana perkhidmatan yang kita beri terutama sekali dari segi kesihatan dan kesuburan yang telah disebut berkaitan dengan klinik kesejahteraan lelaki. Sebenarnya banyak yang boleh kita bantu Yang Berhormat dari segi perkhidmatan yang kita beri. Saya nak cakap sini ia panjang, jadi akan saya ― kalau diperlukan saya akan atur secara detail sebenarnya banyak. Saya berterima kasih Yang Berhormat bertanya, tapi saya mengharapkan ada lagi bertanya mengenai pasal kesuburan lelaki ini yang amat kita ― dia toleh kepada saya. Saya nak menolong, kita nak menaikkan kelahiran yang orang ― kanak-kanak ini. Jadi, ramai-ramailah bertanya soalan seperti ini, saya boleh kongsikan dalam Dewan. Terima kasih.
Berikut saya memilih Yang Berhormat Betong.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya juga mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengenai klinik kesejahteraan lelaki dan itu adalah antara perkhidmatan kesihatan dan kesuburan. Saya ingin bertanya kepada Menteri supaya bolehkah memberi pencerahan lagi mengenai perkara ini iaitu perkhidmatan klinik kesejahteraan lelaki dan bilakah ianya dapat beroperasi? Di manakah ianya akan beroperasi? Tambahan juga, saya ingin bertanya sekiranya ada maklumat, apakah strategi di negara lain yang telah berjaya digunakan untuk mereka bagi meningkatkan kadar kelahiran mereka? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kalau dilihat dari sudut negara-negara lain, ini sebenarnya
satu global punya masalah di mana kita dapat melihat penurunan dari segi kelahiran. Namun, bila ditanya tadi berkenaan perkhidmatan kesihatan terutama sekali dalam kalangan lelaki, saya nak cakapkan di sini LPPKN sememangnya menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos yang berpatutan. Sebenarnya bagi lelaki, saya galakkan untuk pergi ke LPPKN. Memang ada khususnya doktor yang menangani perkara ini untuk membantu. Sebab kita juga nak menggalakkan gaya hidup yang sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Antara perkhidmatan ― jangan senyum... [Ketawa] Antara perkhidmatan dan rawatan ditawarkan, termasuklah analisa air mani yang menjadi ujian saringan wajib untuk setiap klien lelaki yang mendapatkan rawatan kesuburan di Klinik Subfertiliti LPPKN. Kita mempunyai perkhidmatan yang begitu canggih sekali, kita punya mesin juga. Melalui ujian ini mana-mana klien yang dikesan mempunyai abnormality dari segi sperma tidak ketara akan dibantu dengan prosedur intrauterine insemination (IUI) manakala klien yang mempunyai abnormality sperma yg ketara akan menjalani ujian-ujian tambahan untuk mengenal pasti punca abnormality tersebut sebelum dibantu dengan prosedur assisted reproductive technology (ART) seperti in vitro fertilization (IVF) dan banyak lagilah yang kita boleh kongsi juga iaitu ICSI, itu rawatan dan perkhidmatan lain turut ditawarkan termasuk prosedur percutaneous epididymal sperm aspiration (PESA). Doctor please correct me ya dan testicular sperm aspiration (TESA). Di samping, itu Klinik Kesejahteraan Lelaki LPPKN juga berperanan meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan gaya hidup sihat melalui khidmat nasihat berhenti merokok. Ini salah satu daripada saranan, pengurangan berat badan dan pemakanan yang seimbang. Klinik ini juga menawarkan pakej saringan kesihatan lelaki dalam usaha menggalakkan golongan lelaki di negara ini untuk lebih prihatin terhadap kesihatan dan kesejahteraan masing-masing. Jadi, pada masa ini perkhidmatan Klinik Kesejahteraan Lelaki LPPKN ini ditawarkan enam klinik LPPKN di Semenanjung dan juga di Sarawak. Manakala perkhidmatan rawatan subfertiliti LPPKN ditawarkan di tiga klinik LPPKN iaitu di Klinik Subfertiliti Pulau Pinang (Zon Utara), Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur (Zon Tengah) dan Klinik Subfertiliti Johor Bahru iaitu Zon Selatan. Jadi, untuk makluman untuk tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM5.2 juta bagi subsidi program bantuan IUI yang akan memanfaatkan 1,300 pasangan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Bila bab kesihatan lelaki, semua ceria... [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, ada had ke umur lelaki? [Ketawa]
[Dewan riuh]
Usul ─ bawa usul.
Baik. Kita beransur ― Dewan beransur ke soalan yang berikutnya. Saya mempersilakan Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Tuan Speaker.
Wawasan komuniti ASEAN 2045, Soalan Tenggara nombor lima.
5. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh mana Malaysia boleh memanfaatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN - Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN - GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN - GCC - China dalam meningkatkan kerjasama ekonomi, perdagangan serta pelaburan negara dan serantau.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, benarkan saya menjawab soalan. Dan juga alhamdulillah saya dapat menjawab soalan pada pagi ini dan semalam menggulung kerana bila keluar berita mengatakan bahawa yang paling banyak ke luar negeri adalah Menteri Luar Negeri. Saya pun nak menerangkan jugalah sikit di sini Dato’ Yang di-Pertua. Memang tugas hakiki saya ke luar negeri... [Ketawa] Jangan pula resah gelisah ya. Ada yang mengatakan terlampau banyak. Ini pun patutnya saya berada di New York untuk berdebat di Security Council, tetapi saya tak pergi... [Tepuk]
Dato’ Yang di-Pertua, memang usaha ASEAN untuk kita mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang kedua ini satu keperluan. Dan dalam pada itu, ada cadangan semasa Sidang Kemuncak ASEAN-GCC semasa 2023 di Riyadh untuk mengusulkan supaya diadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan dalam pada itu mereka hendak menjemput, mencadangkan supaya diadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China. Jadi, kita sedang berusaha mencadangkan dan telah di peringkat Menteri telah bersetuju supaya Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ini diadakan dan lepas daripada kemuncak itu, kita adakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China. Dato’ Yang di-Pertua, kalau diikutkan dari segi ekonomi, ketiga-tiga blok ini― blok ASEAN, blok GCC dan blok China ini ― dia punya KDNK dia ataupun GDP dia telah pun hampir 20 peratus daripada KDNK ataupun GDP dunia sebanyak USD24.87 trilion, Dato’ Yang di-Pertua. Ini satu blok ekonomi yang besar. Itu sebabnya sebarang usaha untuk kita mengadakan sidang kemuncak antara tiga blok ini merupakan suatu yang amat baik. Seperti yang telah saya sebut semalam semasa penggulungan, kita tidak boleh terus bergantung kepada sumber tradisi kita, ataupun pasaran kita terlampau bergantung kepada satu sumber pasaran. Hari ini, ataupun malam tadi, berita mengatakan bahawa dasar luar Kerajaan Amerika, dia telah pun secara across the board dia telah pun meletakkan automotive industry ataupun chip industry, semikonduktor telah pun akan dikenakan 25 peratus cukai ataupun tarif. Ini suatu yang mendatangkan masalah kepada negara kita, Dato’ Yang di-Pertua, kerana daripada seluruh jumlah dagangan kita dengan pihak Amerika, 60 peratus adalah
merupakan eksport E&E kita. Jadi, ini merupakan suatu tamparan yang hebat jika kita tidak dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, itu sebabnya semalam saya juga menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, ASEAN bercadang untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat segera untuk kita membentangkan kepada pentadbiran baharu Amerika, betapa perlunya kita bersama-sama duduk dan berbincang bagaimana cara untuk kita dapat memberikan pandangan daripada negara-negara dalam ASEAN untuk kita pastikan tarif yang dicadangkan ini tidak membebankan negara. Apa yang dilakukan oleh pihak Amerika sekarang ini ialah untuk reshoring iaitu mereka mengenakan cukai tinggi ini agar syarikat-syarikat besar yang beroperasi di luar Amerika balik ke Amerika dan menubuhkan dia punya operasi di Amerika itu sendiri. Jadi, kita hendak berbincang dan sidang kemuncak khas ini amat tepat. Jadi, kita punya ASEAN, GCC (negara-negara Teluk) dan China ini tiga blok yang perlu duduk bersama kerana China merupakan satu negara pasaran yang terbesar. GCC merupakan negara yang mempunyai modal dan ASEAN merupakan blok negara yang mempunyai banyak sumber asli. Jika ketiga-tiga blok ini dapat bersama berunding dan bagaimana cara untuk kita mengembangkan ekonomi ― kita hendak kembangkan ekonomi intra ASEAN, kita hendak jadikan ASEAN ini ekonomi keempat terbesar dunia pada tahun 2030. Jadi, segala usaha untuk mengembangkan kita punya kegiatan ekonomi, itu adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih. Tan Sri. Minta maaf.
Baik. Silakan Tenggara.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Tenggara berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China ini, bagaimanakah pula ia dapat menyumbang kepada pembangunan kapasiti modal insan serta pembangunan yang inklusif, mampan dan berdaya saing di rantau ini serta mengambil faedah daripada dasar inisiatif belt and road (BRI) Kerajaan China melibatkan bidang perniagaan, pertanian, penggunaan teknologi dan pendidikan, terutamanya TVET yang maju dan termoden di China untuk manfaat ASEAN dan Malaysia? Terima kasih.
Silakan, Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Tenggara. Memang besar, banyak faedahnya kita mengadakan hubungan ini antara ASEAN, GCC dan China dan juga terutamanya dengan negara China, Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak dikatakan pembangunan modal insan dari segi bidang teknikal, tahun lepas sahaja negara China telah pun memberikan peluang dan juga kuota kepada Malaysia. Saya tak tahu dengan negara-negara lain, tetapi kepada Malaysia sahaja telah pun diberikan peluang untuk
5,000 lebih tempat untuk anak-anak Malaysia, belia-belia Malaysia untuk menghadiri latihan TVET di negara China. Ini suatu tempat yang besar. Kita sekarang sedang berusaha untuk kita mempertingkatkan bidang kemahiran, Tan Sri Yang di-Pertua, di kalangan belia-belia kita dan TVET merupakan suatu keutamaan negara kita sekarang. Kerana banyak bila kita keluar negara, kita berunding dan juga bertemu dengan pengusaha-pengusaha, mereka mengatakan bahawa kita kekurangan tenaga mahir. Kita kekurangan tenaga yang boleh segera untuk mereka jadikan sebagai kakitangan mereka untuk mereka bekerja di industri-industri yang bakal ditubuhkan yang telah pun ditubuhkan di sini. Jadi, itu merupakan suatu yang amat baik, Tan Sri Yang di- Pertua, kerana kita perlu memberikan peluang modal insan. Tadi, kata ada belt and road. Belt and road ini suatu yang amat baik kerana dalam kita punya ASEAN Vision 2045, dengan izin, kita juga telah pun menjadikan keutamaan connectivity, kesalinghubungan dan kita hendak adakan supaya connectivity ini sebagai suatu yang boleh mencantumkan ASEAN sebagai satu blok yang besar. Jadi, belt and road ini suatu perkara yang baik kerana ia boleh memudahkan perhubungan dan juga pengangkutan darat yang boleh berhubung di antara negara-negara ASEAN dengan negara China. Umpamanya, dengan rel dan juga jalan-jalan raya. Terima kasih Tan Sri.
Baik. Saya jemput Jerantut.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri. Kita optimis, kita harapkan penganjuran ini akan membuahkan hasil yang cemerlang kepada Malaysia, insya-Allah dan juga ASEAN secara umumnya. Cumanya, concern kita Yang Berhormat Menteri, bagaimana positioning Malaysia? Dalam kita berada di tengah-tengah perang perdagangan di antara China dan juga Amerika Syarikat yang seperti mana Yang Berhormat Menteri report dalam perbahasan semalam, perdagangan kita dengan Amerika adalah sebanyak RM324 bilion, yang terbesar untuk negara kita. Jadi, bagaimana kita hendak position-kan dalam keadaan isu ekonomi dan juga geopolitik ini? Kedua, bagaimana persidangan ini, ASEAN, GCC dan juga China ini dapat kita selesaikan secara muktamad tentang isu kedaulatan Laut China Selatan yang juga merupakan aset kepada perdagangan dunia? Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih Jerantut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa untuk kita pastikan supaya kita membesar luaskan, melebar luaskan kita punya pasaran, kita tak boleh bergantung kepada kita punya pasaran tradisi. Jika apa-apa berlaku pada pasaran tradisi kita, kita akan jatuh terduduk. Makanya, sebarang usaha untuk kita melebar luaskan kita punya rakan dagangan kita baik dalam serantau ASEAN kita hendak sebar luaskan, menambah nilai kita punya intra ASEAN punya trade kerana masih rendah, bawah 25 peratus, dan juga dengan blok lain-lain.
Kita hendak supaya kita berdagang lebih banyak dengan negara-negara blok GCC, blok negara Asia Tengah ataupun Far East, dengan BRICS. Itu sebabnya kita hendak masuk sebagai country partner, telah diterima dengan BRICS. Dengan China, kita tambah nilai. Tetapi, dalam masa yang sama, kita hendak posisikan Malaysia dan juga ASEAN, seperti yang saya sebut dalam penggulungan semalam, kita mahu supaya kita ASEAN ini berada sebagai blok di tengah-tengah. Kita tak mahu dilihat sebagai kita condong ke mana- mana. Kita tidak mahu dilihat bahawa kita condong sangat ke kiri, condong sangat ke kanan. Tidak. Itu sebabnya kita Malaysia terutamanya, yang merupakan negara yang berdagang, ekonomi utama kita ekonomi berdagang. Jadi, kita hendak supaya dasar berkecuali kita, dasar kita sebagai negara bebas, blok bebas ini terus dan kita hendak pastikan supaya kita dapat melebar luaskan kita punya pasaran. Tentang Laut China Selatan, saya sebut juga semalam di dalam penggulungan saya, bahawa kita ada ASEAN mekanisme. Mekanisme ASEAN ini perlu diguna pakai. Kita sebaik mungkin on best effort basis, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, supaya isu Laut China Selatan ini jangan kita rundingkan melalui negara masing-masing.
Perlu guna pakai platform ASEAN. ASEAN punya mekanisme supaya kita tidak nanti orang kata, sana dapat lebih, sini dapat lebih. Tidak mahu. Jadi, kita berunding dulu dan memang sentiasa ada. Seperti saya sebut dua minggu lepas, pegawai-pegawai kita di negara China, minggu depan pegawai-pegawai kita akan mengadakan rundingan tentang how ─ macam mana nak menamatkan code of conduct atau tatalaku di Laut China Selatan ini di Jakarta. Ini sedang kita lakukan Dato' di-Pertua tetapi kita gunakan platform ASEAN kerana kita tidak mahu nanti kalau bersendirian, Malaysia bersendirian berunding dengan China, Indonesia bersendirian, kita nanti ada yang rugi kerana dia akan merugikan negara-negara dan yang untungnya adalah orang yang mahu melebarluaskan jajahan mereka di kawasan ini. Terima kasih.
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya kemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran anak- anak muda daripada Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. [Tepuk] Tan Sri, mereka ini datang bermotosikal daripada Kuala Terengganu dengan penuh tertib dan beretika. Tahniah, terima kasih. [Tepuk] Baik, saya kemukakan soalan nombor 6. Terima kasih.
6. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengintegrasikan sistem ramalan cuaca dengan takwim tanaman dan tuaian bagi membantu petani merancang aktiviti pertanian berdasarkan data cuaca.
Silakan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian. Sememangnya Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pemantauan, pengeluaran maklumat serta pusat pengumpulan data cuaca, iklim atmosfera, gempa bumi dan tsunami di seluruh negara dan juga kawasan perairan kita. Sememangnya kita akui bahawa belum ada integrasi antara ramalan cuaca dan takwim tanaman dan tuaian secara spesifik bagi membantu petani untuk merancang aktiviti pertanian berdasarkan data cuaca buat masa ini. Namun begitu, METMalaysia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tujuan integrasi tersebut. Buat masa ini, METMalaysia telah berkongsi maklumat dan data meteorologi di portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) dan telah membangunkan MET Application Programing Interface, dengan izin, bagi memudahkan integrasi data tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, METMalaysia juga menyediakan tinjauan meteorologi pertanian dan buletin cuaca setiap bulan di laman sesawang jabatan dan ini digunakan sebagai panduan berkenaan cuaca kepada pelbagai agensi pertanian seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan juga kepada pengusaha-pengusaha industri pertanian. Laporan ini memberi analisa dan maklumat berkaitan jumlah taburan hujan, suhu, kelembapan relatif, sejatan dan sinaran matahari setiap bulan. Pada masa yang sama, untuk memantau keadaan cuaca kering dan panas di negara ini, Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan yang dipengerusikan oleh saya, kita turut meletakkan KPKM sebagai salah satu daripada kementerian yang bersama-sama dengan kita. METMalaysia telah melaksanakan pemantauan suhu maksimum harian bagi menentukan status cuaca panas seluruh negara bagi setiap hari, laporan bilangan hari tanpa hujan setiap hari, penyediaan maklumat dan ramalan kawasan yang berisiko untuk pembakaran melalui Index Fire Danger Rating System (FDRS), dengan izin, yang dikemas kini setiap hari, pemantauan status El-Nino dan La-Nina ataupun NSO. Ini dikemas kini setiap bulan dan pengeluaran Indeks Pemantauan Kemarau yang dikemas kini setiap bulan bagi memantau situasi kemarau berdasarkan peraturan tetap pengendalian Bencana Kemarau Kebangsaan. Untuk makluman, semua data-data ini boleh diakses secara terbuka menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi METMalaysia dan kita akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan pada 5 Mac kerana kita ─ METMalaysia meramalkan bahawa kita akan memasuki tempoh yang agak panas dan kering dalam beberapa bulan untuk banyak kawasan di negara. Ini sebagaimana saya sebut, akan turut dihadiri oleh KPKM dan sekiranya ada keperluan untuk operasi pembenihan awan, kita
akan membincangkan dengan NADMA untuk melihat kesesuaian perkara tersebut. Terima kasih.
Silakan Kubang Kerian.
Baik, terima kasih. Pertama, saya mengalu-alukan usaha yang telah pun dibuat oleh NRES dan KPKM dan agensi-agensi lain. Kalau kita tengok data tahun 2017 hingga 2021, sebanyak 40,828 hektar kawasan pertanian kita musnah disebabkan banjir. Manakala 9,335 hektar disebabkan kemarau yang mengakibatkan negara kerugian RM128.8 juta akibat banjir dan RM21.6 juta akibat kemarau. Berdasarkan data yang ada ini, saya ingin dapat penjelasan. Sejauh mana Jabatan Meteorologi untuk merintis gabungan AI dalam model iklim dan ramalan cuaca konvensional seperti analisa dan tinjauan kelembapan tanah, perubahan cuaca yang mendatangkan kesan langsung kepada sektor pertanian? Soalan kedua, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan sistem ramalan cuaca ini dapat diakses dengan mudah, khususnya di kalangan petani yang miskin dan kecil yang tidak mempunyai akses kepada teknologi digital? Terima kasih.
Silakan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Untuk makluman, buat masa ini ramalan cuaca dan amaran awal ini banyak bergantung kepada maklumat daripada radar cuaca, satelit dan juga model ramalan numeric. Kita juga dalam proses menaik taraf sistem pengkomputeran bagi METMalaysia kerana untuk mendapat teknologi yang lebih tepat. Kalau sekarang, dari segi ramalan cuaca, ketepatannya itu yang betul-betul tinggi hanya sekitar tujuh hari. Jadi, kita nak pergi lebih panjang lagi supaya kita dapat buat ramalan yang lebih baik. Antara elemen yang dilihat sememangnya ialah elemen teknologi-teknologi terbaharu, termasuklah AI dan sebagainya. Tentang soalan perkongsian bagaimana kita nak menyebarluaskan maklumat ini kepada semua, kerana kadang-kadang ia terlalu teknikal. Kadang-kadang saya pun kalau tengok yang dalam keadaan teknikal ini, tak ramai yang akan faham. Jadi, sebab itu bagi saya, misalnya antara sebab- kita tahu telefon bimbit ini sebenarnya dimiliki oleh- saya boleh katakan majoriti besarlah rakyat Malaysia di mana-mana. Jadi, kalau sekarang kita tengok di Instagram itu, METMalaysia dia punya capaian sangat besar tetapi dia banyak menunjukkan peta cuaca dan sebagainya. Tetapi saya minta juga mereka, misalnya dalam proses untuk menggunakan platform seperti TikTok sebab TikTok ini dia lebih umum. Tapi memang dia bukan mudahlah, sebab di pihak METMalaysia pun mereka perlu berbincang dengan pakar-pakar, influencer dan pempengaruh yang dapat menterjemahkan data-data yang agak saintifik atau teknikal ini kepada maklumat yang boleh difahami oleh orang ramai. Jadi, bagi peringkat kami, kita sedar bahawa ada jurang antara data yang kita ada dan pemahaman di kalangan orang ramai. Kita kalau boleh dalam keadaan perubahan iklim
realiti yang ada pada hari ini, kalau di sesetengah negara, sebenarnya banyak orang akan berbual tentang cuaca dan sebagainya. Kita kena beralih kepada perkara tersebut kerana kita tahu bahawa keadaan seperti dahulu yang mana pola cuacanya boleh dikatakan agak stabil, tidak lagi ada dalam zaman perubahan iklim pada hari ini. Jadi, ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh, daripada aspek teknikal kita dapat sokongan untuk sistem yang lebih baik tetapi kita juga perlu melihat kepada teknik- teknik komunikasi yang lebih meluas kepada semua pihak.
Saya jemput Batu.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya tertarik dengan jawapan Menteri tadi berkaitan dengan METMalaysia dan juga fenomena yang akan melanda negara kita, khususnya memberi kesan kepada petani. Juga daripada jawapan Menteri akan mengadakan beberapa siri mesyuarat jawatankuasa induk. Soalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh METMalaysia ataupun jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau dan mengurangkan kesan fenomena cuaca panas dan kering yang dijangka melanda negara pada tahun ini, terutamanya dalam bidang pertanian?
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. METMalaysia sebagaimana saya sebut tadi, kita memantau keadaan cuaca menerusi sistem pemantauan yang canggih dan terkini seperti sistem radar, satelit dan juga Automatic Weather Station (AWS) dengan izin dan bagi berdepan dengan fenomena cuaca panas dan kering, METMalaysia bertanggungjawab untuk memantau fenomena ini dan definisi bagi gelombang haba adalah fenomena keadaan cuaca yang mengalami satu tempoh suhu tinggi yang melebihi suhu maksimum purata harian. Jika di Malaysia, takrifan gelombang haba adalah apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah celsius untuk tiga hari berturut-turut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, antara langkah-langkah proaktif dalam pemantauan cuaca panas di negara ini kita, METMalaysia ada mengeluarkan laporan kemarau meteorologi pada setiap bulan bagi memantau situasi kemarau berdasarkan indeks kemarau. Ini telah pun dipersetujui di dalam Peraturan Tetap Pengendalian Bencana Kemarau di bawah NADMA dan ia dikeluarkan setiap bulan dan dipaparkan di laman sesawang METMalaysia. Tentang status cuaca panas, kita memantau suhu maksimum harian dan menghebahkan status ini setiap hari menerusi laman rasmi METMalaysia dan kita juga meningkatkan kekerapan pemantauan dan penyebaran maklumat kepada agensi-agensi berkaitan, KPKM dan juga orang awam supaya ia dapat dimanfaatkan oleh petani-petani yang ada di luar sana.
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan potensi untuk tenaga nuklear dijadikan sebagai sumber tenaga negara. Adakah kementerian akan mengkaji semula program nuklear yang sedia ada untuk menampung keperluan baharu ini.
Silakan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tenaga nuklear merupakan salah satu sumber tenaga bersih yang telah digunakan oleh kebanyakan negara di dunia. Penggunaan teknologi tenaga nuklear dalam sektor tenaga elektrik merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan perlepasan karbon dan boleh membantu negara dalam usaha untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050. Kerajaan juga telah memutuskan penjanaan elektrik berasaskan arang batu akan dihentikan secara berperingkat dan tiada lagi loji arang batu yang baharu akan dibina. Dalam hal ini, penjanaan berasaskan tenaga nuklear ini adalah berpotensi dalam menggantikan beban asas atau dengan izin, base load berasaskan arang batu memandangkan penjanaan daripada tenaga boleh baharu khususnya solar adalah bersifat tidak stabil iaitu intermittent untuk dijadikan sebagai base load. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengambil langkah pertama dengan pelaksanaan Kajian Pra-Kebolehlaksanaan Tenaga Nuklear oleh MyPOWER selama enam bulan mulai Julai sehingga Disember 2024. Di antara skop kajian tersebut adalah semakan ke atas penggunaan teknologi nuklear terkini untuk menyediakan cadangan pembinaan loji jana kuasa nuklear pertama di Malaysia. Skop kajian ini merangkumi penelitian ke atas teknologi yang digunakan di Loji Reaktor Konvensional, Loji Jana Kuasa Nuklear Terapung ataupun Floating Nuclear Power Plant (FNPP) dan juga Reaktor Modular Kecil (SMR). Kajian ini telah dimuktamad dan dibentangkan di Mesyuarat Majlis Tenaga Negara pada 13 Februari 2025 untuk mendapatkan hala tuju mengenai penggunaan teknologi tenaga nuklear bagi penjanaan tenaga elektrik di negara. Berhubung dengan penggunaan tenaga nuklear, sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan sumber tenaga nuklear sebagai alternatif yang selamat dan efisien dalam penjanaan tenaga elektrik, PETRA akan membincangkan keperluan penggunaan tenaga nuklear ini bersekali dengan keperluan keseluruhan Pelan Pembangunan Penjanaan Semenanjung melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET). Ini untuk memastikan perancangan dan penghantaran elektrik yang tersusun dan lebih inklusif, mengambil kira keperluan serta keupayaan sebenar sistem pembekalan elektrik negara. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya jemput Beluran.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Selang beberapa hari selepas Menteri mengumumkan tentang potensi tenaga nuklear, Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri membuat statement bahawa tenaga nuklear ini belum ada keperluan mendesak untuk dilaksanakan di negara. Kenapa ada perbezaan ini? Kalau kita lihat, Tan Sri, tentu banyak sumber tenaga ini, solar, angin, fosil, termal, hidro dan nuklear ini. Mana yang sesuai untuk negeri Sabah? Antara sumber-sumber tenaga ini mana yang sesuai untuk negeri Sabah kerana di Sabah sekarang ini Tan Sri, berdepan dengan masalah gangguan elektrik yang amat kritikal berbanding dengan tanah Semenanjung ini. Jadi banyak sumber tenaga ini. Kenapa kerajaan masih tidak dapat menentukan mana yang sesuai untuk negeri Sabah agar masalah gangguan ini dapat diatasi, Yang Berhormat. Saya ingin tahu, kita menyertai Malaysia sejak tahun 1963 dan kita melihat bahawa jurang perbezaan antara infra tenaga, antara tanah Semenanjung dengan Sabah ini berbeza. Malah di kawasan Gua Musang, kawasan Orang Asli Gua Musang lebih baik gangguannya, tenaganya daripada dibanding dengan beberapa kawasan di negeri Sabah. Kenapa ada perbezaan tentang dasar dan pelaksanaan infra yang penting untuk rakyat Malaysia yang berada di Sabah ini? Terima kasih.
Silakan, walaupun pagi ini garang sedikit tapi...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu nuklear tapi cerita lain tapi saya cuba...
Sabar, sabar, sabar.
...Kaitkan iaitu dari segi keperluan semasa sememangnya kita dalam menguruskan permintaan yang agak tinggi dengan kemasukan pusat data itu, itu yang digambarkan bahawa insya-Allah dari segi perancangan jangka pendek dan sederhana ini, kita yakin bahawa perancangan di bawah JPPPET ini dapat memenuhi keperluan semasa. Jadi, itu mungkin memberi jawapan kepada Yang Berhormat tetapi dalam pelaksanaan atau dalam kita meneliti keperluan tenaga alternatif, dalam isu ini adalah nuklear. Sudah pasti prosesnya memakan masa. Jadi sebab itu sebagai contoh, ketika ini memang baru di peringkat untuk kajian pra pelaksanaan dan perkara itu seterusnya akan memerlukan proses-proses yang perlu kita perhalusi kerana ianya melibatkan banyak pemegang taruh, banyak juga usaha untuk kita memberi keyakinan kepada masyarakat untuk keupayaan kita menguruskan tenaga alternatif ini. Bagi persoalan yang kedua, Yang Berhormat pun sedia maklum dan sedia arif bahawa dari segi perancangan dan pelaksanaan untuk keperluan tenaga, di negeri Sabah kita telah pun serahkan dari segi kawal selia itu kepada kerajaan negeri. Jadi, dalam keadaan bahawa perkara itu telah pun, ada sebagai contoh Energy Commission of Sabah (ECoS), mereka yang sebenarnya perlu membuat perancangan dari segi kawal selia dan juga perancangan di negeri Sabah. Itu adalah persefahaman yang kita putuskan untuk memenuhi dari segi tuntutan autonomi yang kita persetujui.
Manakala di peringkat kerajaan atau pun di peringkat Suruhanjaya Tenaga sebagai contoh, walaupun kita tidak ada lagi jurisdiction di negeri Sabah. Sebagai contoh sebelum ini ada beberapa pelaksanaan projek khusus di bawah PKBES. Yang ini Kerajaan Pusat memberi komitmen untuk menyiapkan segala komitmen yang telah diberikan sebelum ini. Manakala dari segi perbincangan atau pun memberi pandangan dan juga perkongsian maklumat itu, kita sentiasa terbuka walaupun seperti di Sarawak dan Sabah mempunyai regulatory yang berbeza ataupun kawal selia yang tidak dengan Suruhanjaya Tenaga tetapi mereka ada ECoS, bagi saya kita sentiasa terus menjalinkan kerjasama untuk memastikan penyelarasan di peringkat negara ini, kita dapat buat yang terbaik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Okey, Simpang Renggam. Saya jemput.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tahniah Yang Berhormat. Itu hal berkenaan dengan negeri Sabah tetapi negeri-negeri lain juga kalau saya dapat rumuskan secara umumnya bila perkara- perkara baru berbangkit, teknologi khususnya, di manakah peranan ataupun penglibatan di peringkat negeri-negeri dalam kita melihat perkembangan, usaha-usaha di peringkat Kerajaan Persekutuan? Jadi, dari segi tadbir urus, bagaimana usaha yang dibuat oleh pihak kementerian dalam melibatkan diri khususnya di Johorlah sebagai contoh. Yang Berhormat pun tahu, data center yang begitu banyak di Johor. Apa pandangan Yang Berhormat?
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam. Makin konsisten dalam isu tenaga ini. Jadi, untuk dari segi keterlibatan di peringkat negeri sebagai contoh, apabila kita melihat potensi untuk mana-mana tenaga baharu ataupun sumber yang baharu sebagai contoh. Kalau sekiranya ia melibatkan keadaan domestik iaitu mungkin dari segi penjanaan tenaga itu datangnya daripada kawasan tersebut, maka sudah pasti pemberat itu, kita perlu melihat soal kawasan. Contohnya dalam tenaga boleh baharu adalah penjanaan tenaga biojisim. Jadi, perkara itu memerlukan sumber-sumber bahan daripada lebihan tanaman dan sebagainya. Maka, konsep itu memang kita mengambil berat dari segi penglibatan kawasan ataupun negeri. Cuma dalam keadaan tenaga yang lebih luas sebagai contoh, dalam isu yang kita bincangkan hari ini, soal tenaga nuklear. Bagi saya, ketika ini masih di peringkat dasar ataupun polisi yang kita perlu putuskan iaitu sama ada it’s go or not go. Sekiranya kita ingin meneruskan, sudah pasti sebagai contoh, kerajaan perlu meletakkan komitmen tertentu iaitu mungkin ada dananya, mungkin ada perancangannya, bila lagi sama ada pelantikan siapa yang akan menguruskannya. Jadi sebab itu bila di peringkat rencana ini, memang kita masih berbincang, mendengar pandangan secara keseluruhan, secara holistik. Tetapi bila mengambil kira soal
pelaksanaan, sudah pasti pemberat daripada pandangan negeri itu sangat penting kerana sebagai contoh apabila proses pelaksanaan itu seperti Yang Berhormat Simpang Renggam nyatakan ia melibatkan juga soal tadbir urus dan keperluan tadbir urus sendiri. Sebagai contoh, soal pembangunan. Suka ataupun tidak, kita masih memerlukan sokongan daripada peringkat pentadbir negeri, kerajaan tempatan dalam soal kebenaran merancang dan sebagainya, soal keselamatan, soal lestarinya kawasan tersebut. Maka sebab itu, jaminan daripada kita dalam sebarang perancangan sudah pasti kepentingan stakeholder termasuk di peringkat negeri ini perlu dititikberatkan. Insya-Allah, bagi saya Malaysia bersifat terbuka untuk terus mengorak langkah dalam penyelidikan dan juga mencari sumber-sumber tenaga alternatif untuk memperkasakan keupayaan kita dalam menjana tenaga yang lebih bersih dan juga yang lebih sustainable. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Speaker.
Baik, saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Insan OKU diberi perhatian, Soalan saya nombor sembilan.
9. Puan Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sebarang inisiatif sudah dirangka atau dalam perancangan demi memastikan pelajar OKU di IPTA atau mereka yang mempunyai ibu bapa OKU diberi keutamaan dalam pengagihan biasiswa penuh pengajian tinggi oleh JPA, MARA, BNM, Petronas, Khazanah Malaysia dan sebagainya.
Silakan, Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ampang. Kerajaan sentiasa prihatin dan komited bagi memastikan semua golongan termasuk pelajar- pelajar dan penuntut daripada golongan orang kurang upaya (OKU) sentiasa mendapat akses dan kemudahan bagi melanjutkan pelajaran mereka di peringkat universiti termasuk juga di peringkat politeknik dan kolej komuniti. Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, terdapat dua program bantuan kewangan bagi memastikan supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran mereka. Pertama, Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) yang merangkumi pembiayaan yuran pengajian dan elaun wang saku kepada pelajar dengan maksimum RM6,200 setahun. Manakala yang keduanya untuk Program Pendidikan Khas (PPK) yang menyasarkan pelajar OKU bagi kategori ketidakupayaan pendengaran untuk mereka mengikuti kursus sepenuh masa di peringkat sijil kemahiran khas di politeknik dan kolej komuniti yang terlibat. Secara keseluruhannya, KPT akan terus komited dalam menyediakan akses yang lebih luas kepada golongan OKU ini di peringkat pendidikan tinggi mereka. Jadi, dalam kita memastikan lebih ramai graduan OKU dapat dilahirkan, pihak KPT juga bekerjasama dengan
badan-badan ikhtisas yang lain termasuk antaranya dengan MARA, dengan GLC, GLIC dan lain-lain lagi termasuk juga dengan pihak JPA bagi memastikan supaya golongan OKU ini diberikan akses yang saksama bagi memastikan supaya mereka mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya di peringkat tertinggi. Terima kasih.
Baik, saya jemput Ampang.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ampang melihat tentang isu yang dibangkitkan ini ada beberapa komponen ataupun kategori pelajar OKU ini. Kadang-kadang dia pelajar OKU, ibu bapanya pun OKU. Ada juga kadang-kadang ibu bapa dia OKU, dia normal. Jadi akses untuk mendapat peluang ke IPT ini kadang-kadang agak susah dibandingkan yang lain lebih-lebih lagi kalau ketiga-tiganya OKU. Itu lagilah menyusahkan kehidupan mereka. Jawapan daripada Menteri tadi saya faham kita sudah ada beberapa bantuan yang kita buat. Tetapi Tan Sri Speaker, saya tertarik dengan satu tulisan daripada —Saya sebut namanya Dr. Azleen Ilias yang mengatakan bahawa — Saya yakin dia dapat PhD adalah sedaya keupayaan dia. Ada 14 isu yang dia — Cabaran ataupun lima cabaran besar dan 14 langkah yang telah dicadangkan untuk kita memastikan keprihatinan kita ataupun isu berkaitan OKU dapat kita laksanakan. Jadi soalan saya kepada Menteri, apakah cabaran-cabaran ini yang kita lihat yang mereka dapati ini dapat kita selesaikan secara holistik memandangkan isunya bukan sahaja masalah kemasukan tetapi isu biasiswa yang dibincangkan. Tetapi isu yang paling fundamental adalah mereka perlu sentiasa dapat diberikan akses yang sempurna sehingga digitalisation, bantuan kakitangan, bantuan tenaga pengajar, sokongan dari sudut mental, itu juga perlu dilihat. Jadi soalan saya, sejauh manakah keberkesanan dasar sedia ada dalam memastikan pelajar mendapat akses yang saksama dan inklusif kepada pendidikan tinggi? Sudah kah KPT menjalankan sebarang kajian impak terhadap pelaksanaan dasar-dasar sedia ada ini? Kalau boleh bekalkan saya soalan lisan berapa ramainya ibu bapa OKU yang anak-anak dia berjaya masuk IPT? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Silakan Menteri.
Kalau hendak diambil bilangan pelajar- pelajar OKU itu saya ada tetapi bilangan ibu bapa OKU kita tidak ada maklumat. Itu mungkin saya akan cuba dapatkan nanti. Kalau untuk bilangan OKU daripada tahun 2006 hingga ke 2024, seramai 10,148 orang semuanya.
[Bangun]
Untuk tahun 2024 sahaja, kita ada 815 orang kesemuanya yang berjaya memasuki ke pusat-pusat pengajian tinggi ini. Kembali semula kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi sama ada kita mempunyai satu dasar yang inklusif bagi memastikan supaya dasar-dasar terhadap golongan OKU itu dapat benar-benar mengatasi masalah yang dihadapi mereka. Seperti Yang
Berhormat Ampang sedia maklum juga, golongan OKU itu bukan terdiri daripada satu kategori semata-mata, dia pelbagai kategori. Oleh yang demikian, di peringkat pendidikan tinggi, kita memberikan keutamaan- keutamaan kepada bidang-bidang yang benar-benar sangat diperlukan oleh mereka. Antaranya perkara-perkara yang berkaitan dengan akses mereka di dalam kampus-kampus itu. Ini termasuklah dalam menyediakan kemudahan-kemudahan kepada mereka dan saya hendak ucapkan terima kasih kerana dalam peruntukan perbelanjaan bajet kita pada kali ini, diperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk kita selesaikan masalah dari segi akses untuk pergerakan golongan pelajar-pelajar OKU kita. Keduanya, berkaitan juga dengan perkara tentang apakah untuk memastikan keberkesanan dasar-dasar kita ini. Jadi, kita perlu mengadakan juga satu perancangan masa depan yang lebih panjang dan dalam kita sedang merangka Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia nasional iaitu untuk tahun 2025 hingga 2035 dan salah satunya ialah kita masukkan juga berkaitan dengan dasar berkaitan dengan OKU, pelajar-pelajar OKU ini iaitu yang kita panggil fokus kita ialah kepada inclusivity OKU di semua pusat-pusat pendidikan tinggi nasional. Jadi kerangka ini kita sudah sediakan dan saya sendiri menghadiri bengkel khas untuk OKU itu.
Banyak bengkel-bengkel yang disediakan tapi saya memberi keutamaan kepada bengkel khas ini untuk saya mendengar sendiri dari segi permasalahan yang dihadapi oleh golongan OKU. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Kuala Krau.
Terima kasih Tan Sri. Berikutan dengan soalan yang sama itu. Sejauh manakah status terkini berhubung dengan kajian semula syarat kemasukan ke IPT memandangkan sesetengah institusi meletakkan syarat tambahan yang menyebabkan memberi kesan kepada penerimaan masuk OKU dalam IPTA? Itu satu. Keduanya, apakah terdapat institusi di mana dia terpaksa menolak kemasukan pelajar OKU akibat daripada kekurangan prasarana? Ketiga, berdasarkan Akta OKU 2008, selain kemudahan khas accessibility fizikal teknologi bantuan dan juga perkhidmatan, apakah status yang disebut tadi, bayaran yuran RM6,200 setahun itu? Apakah dia dalam bentuk pinjaman? Kalau bentuk pinjaman, apakah kerajaan bercadang untuk memberi pengecualian yuran kepada pelajar-pelajar yang diterima masuk? Terima kasih.
Sila Menteri.
Secara keseluruhannya Yang Berhormat, kita berikan kepada mereka. Kita tidak ada diskriminasi dari segi kalau sekiranya terdapat kekurangan-kekurangan facilities yang ada di setiap kampus, itu tidak menjadikan halangan untuk kita pihak universiti untuk tidak mengambil mereka. Ini saya nak jelaskan kerana kita tidak boleh mengamalkan satu dasar yang dianggap diskriminatif kepada golongan OKU.
Oleh yang demikian, bagi setiap pelajar yang ditawarkan, dia ke mana-mana universiti pun, kita akan pastikan supaya kemudahan-kemudahan mereka itu dapat disediakan. Saya turun ke bawah buat ketika mana saya turun ke kampus-kampus, saya pergi melawat, termasuklah di setiap bilik-bilik mereka untuk pastikan supaya akses mereka daripada bilik hinggalah ke dewan kuliah itu dapat disediakan. Saya mengakui bahawa perlu ada penambahbaikan kerana terdapat kampus- kampus yang sudah lama. Oleh yang demikian, seperti yang saya sebutkan tadi, termasuklah peruntukan untuk tahun ini sebanyak RM20 juta. Tahun sudah kita dapat RM14 juta untuk pastikan supaya akses ini dapat kita berikan kepada mereka. Berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang bantuan termasuklah biasiswa yang diberikan. Yang BKOKU itu yang kita berikan ialah kita berikan bantuan terus kepada mereka untuk pastikan supaya mereka tidak mempunyai masalah dalam meneruskan pengajian mereka. Itu satu ya. Kedua ini termasuk jugalah bantuan-bantuan daripada ─ kita ada Yayasan Siswa kita. Jadi di sinilah mereka juga membantu macam waktu sebagai contoh, apabila saya berada di satu-satu kampus, saya pastikan supaya golongan OKU ini diberikan bantuan. Dan di setiap universiti, mereka akan kenal pasti bagi kita berikan bantuan-bantuan tambahan kepada mereka. Ketiganya, kalau sekiranya ada sebarang permasalahan yang berkaitan dengan mereka, sama ada kalau dilaporkan kepada kita, insya-Allah kita akan segera untuk membantu bagi meringankan bebanan mereka. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah, Langkawi.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10. Terima kasih.
10. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa jumlah kedai tayar dan bengkel yang telah diambil tindakan kerana menyewakan tayar kepada lori sebagai helah semasa pemeriksaan di PUSPAKOM.
Silakan Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih YB Langkawi. Saya, Yang di-Pertua, memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Pekan bertarikh 6 Mac 2025 kerana menyentuh isu yang sama.
Silakan.
Kementerian Pengangkutan mengambil maklum berhubung kebimbangan terhadap aktiviti sindiket yang menawarkan sewaan tayar atau alat ganti untuk tujuan memanipulasi kelulusan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.
Isu ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan mendatangkan kesan yang buruk terhadap keselamatan jalan raya dan integriti sistem pemeriksaan kenderaan yang dilaksanakan. Aktiviti penukaran tayar yang secara asasnya sah dari segi undang-undang dan perlu dilakukan bagi memenuhi syarat pemeriksaan. Namun, masalah timbul apabila berlaku manipulasi yang mana tayar yang telah memenuhi piawaian pemeriksaan ditukar semula kepada tayar lama atau tidak selamat selepas pemeriksaan selesai. Dalam hal ini, MOT akan mengkaji kerangka perundangan sedia ada untuk mengenal pasti sekiranya terdapat ruang bagi menggubal undang-undang atau peraturan sedia ada bagi mengenakan tindakan tegas atas atau penalti terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti menyewakan atau menggunakan alat ganti sewa semasa pemeriksaan di PUSPAKOM. Pada masa yang sama, MOT melalui agensinya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Polis Diraja Malaysia untuk melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu terhadap ekosistem yang terlibat dalam sindiket ini merangkumi pembekal kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa tayar, orang tengah iaitu runner dan pemilik kenderaan terbabit. Selain itu, MOT melalui JPJ akan mempergiatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dengan melaksanakan pemeriksaan mengejut di lokasi strategik selepas pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM. Selain itu, pasukan Unit Penguatkuasaan Lebuh Raya (UPLR) turut ditubuhkan oleh JPJ untuk meningkatkan pematuhan kenderaan perdagangan terhadap peraturan khususnya di lebuh raya dan laluan utama yang mempunyai aliran trafik tinggi. Tugas UPLR adalah iaitu: (i) untuk merangkumi memantau secara visual ketebalan tayar kenderaan berat yang beroperasi di jalan raya; (ii) menguatkuasakan peraturan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan atau memandu di lorong kanan secara berterusan; (iii) memeriksa aksesori yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya seperti kayu penyendal yang tidak diikat dengan baik; dan (iv) mengambil tindakan terhadap kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan atau tepi lebuh raya tanpa alasan kukuh. Pada jangka masa panjang, MOT akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan mengkaji kaedah yang lebih efektif dengan menggunakan penerangan teknologi bagi menangani isu manipulasi sewa tayar bagi kelulusan pemeriksaan kenderaan. Di samping itu, MOT secara terus akan melaksanakan program kerjasama dalam bentuk advokasi, kesedaran dan latihan yang akan dijalankan bersama agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, APAD, Lembaga Perlesenan Kenderaan (LPKP), Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) dan lain-lain agensi bagi memastikan pematuhan yang lebih baik terhadap piawaian keselamatan. Terima kasih.
Saya jemput Langkawi.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab dengan begitu detailed tetapi Yang Berhormat Menteri di bawah sana masih lagi bercakap, berdebat soal tiga syarikat yang akan menggantikan PUSPAKOM ini. Tiga-tiga syarikat ini telah pun saya tengok, baru-baru ini keluar dalam Malaysia news dan diselidiki sehingganya terdapat pengarah-pengarah yang ahli UMNO disebut di sini dan mereka ini juga telah pun mencadang yang bukan-bukan. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji yang baru-baru ini dilantik sebagai ahli SC. Kata tubuhkan SPV, masukkan tiga-tiga syarikat ini ke dalam SPV tersebut supaya soal lesen itu dapat diselesaikan. Yang Berhormat Menteri, kalau inilah cadangannya, maka balik kepada sistem monopoli yang nak dihapuskan oleh kementerian dan ada juga yang mengatakan bahawa daripada monopoli, sekarang menjadi oligopoli pula. Yang Berhormat Menteri, ini yang dicakap oleh netizen dan kita percaya. Hari pertama Dewan, Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab soal-soal ini. Soalan saya Tan Sri Yang di-Pertua, apakah yang telah dihukum kepada 13 manusia yang melepas, yang telah pun meluluskan, yang mengutip, yang menyakau RM150 ke RM1,500 sebulan tunai daripada runner yang terbabit dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di ibu negara Januari ini, Januari yang lepas. Dan juga adakah mereka semua ini baru yang akan diwujudkan oleh kerajaan menerusi PUSPAKOM bagi menjejaki insiden yang sama supaya tidak berlaku lagi. Kita faham undang-undang yang akan diadakan. Tetapi apakah mekanisme baru ini kerana soal nak check satu-satu tayar itu saya kata it is impossible, dengan izin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Silakan, Menteri.
Ada tiga soalan tu, dalam tu. Three in one. Saya akan menjawab yang terkemudian tadi berkaitan dengan penguatkuasaan yang dicekup hari itulah, ya. Lanjutan daripada operasi yang dijalankan oleh pihak pengangkutan jalan ke atas PUSPAKOM pada tahun lepas, MOT telah bekerjasama erat dengan SPRM berkenaan salah laku Pegawai Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM. Individu yang disyaki telah tahan selepas dirakam keterangan di SPRM, Putrajaya. Kes ini sedang disiasat di bawah Akta SPRM 2009. Seramai 20 orang pula pemeriksa kenderaan telah disoal siasat. Daripada 20 orang tersebut, 13 orang pegawai yang disyaki terbabit telah diambil tindakan oleh pihak PUSPAKOM yang mana telah digantung tugas sepenuhnya. Antara ― itulah yang sedang
pun berlaku, yang telah pun dibuat ke atas pegawai-pegawai tersebut. Di samping itu, berkaitan pula dengan pelantikan syarikat. Jadi, saya di sini Yang Berhormat, untuk mengelakkan percanggahan jawapan sebab Menteri telah pun menjawab semalam dalam penggulungan secara detail dan juga pada hari Selasa lepas dalam MQT. Jadi, jawapannya sama juga dan saya rasa boleh Yang Berhormat rujuk tentang berkaitan dengan pemilihan tiga syarikat ini. Terima kasih.
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Kepada ― soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, kita tahu rata-rata kemalangan jalan raya ini berpunca daripada tayar celup. Adakah kerajaan tiada cadangan untuk mengharamkan tayar celup kerana kita tahu menggunakan tayar celup ini dia mudah meletup dan meninggalkan serpihan tayar celup di tengah jalan raya dan akhirnya merisikokan pengguna? Atau kerajaan tak nak cuba memberi subsidi atau insentif kepada pengusaha lori atau bas beli tayar baru supaya dia murah setanding dengan tayar celup?
Sila, Menteri.
Mungkin ― terima kasih Yang Berhormat. Secara umumnyalah ya. Kita nak ― berkaitan nak bantu bagi insentif dan sebagainya itu rasanya belumlah dapat saya menjawab di sini sebab ini berkaitan dengan syarikat-syarikat juga yang besar-besar. Mungkin ada lah individu-individu yang ada sebuah, dua buah lori sahaja. Jadi, perkara ini saya ― we daripada MOT, kita take note sajalah dulu cadangan Yang Berhormat tersebut. Terima kasih.
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Setiausaha. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perpaduan Negara seperti yang tertera di nombor 15 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas ke Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 24 Februari 2025.” Terima kasih.
Ada yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perpaduan Negara [Datuk Aaron Ago anak Dagang]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang sama.
Usul — Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [19 Februari 2025]
Baik, kita akan sambung semula penggulungan oleh kementerian-kementerian dan ingin saya ulangi sekali lagi supaya Menteri ― mohon Menteri stick pada masa yang telah pun kita tetapkan untuk penggulungan. Yang kedua, apabila menjawab, sekiranya tidak ada yang dalam Dewan, Menteri boleh skip dan jawab secara bertulis. Yang ketiga, tidak akan saya benarkan soalan-soalan yang tidak disebut dalam
perbahasan terlebih dahulu sebelum ini. Untuk itu, saya jemput Kementerian Kerja Raya, 40 minit dari sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, point of order.
Saya.
Minta maaf, minta maaf.
Point of order berapa tu?
36(10)(c) dan 36(12).
Ya, silakan.
“Berkaitan dengan ucapan dalam Dewan yang mulia ini yang menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia dan melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan Akta Hasutan Negara 1948.” 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli ini boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Saya merujuk kepada soalan kepada Menteri dalam Dewan yang mulia ini pada hari Selasa di mana saya tanya masa itu Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara tentang niat sama ada menggubal satu akta anti diskriminasi kaum susulan daripada peristiwa yang berlaku di Sepang dan ini telah dijawab oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Semua teratur. Tapi tiba-tiba dalam ucapan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa beliau pula membuat tuduhan yang agak melulu dan melampau bahawa ini boleh mencetuskan tragedi 13 Mei semata-mata kerana saya tanya sama ada satu akta anti diskriminasi kaum supaya kita dapat membendung sentimen berkawan dengan ucapan-ucapan berunsur kebencian ke atas satu kaum yang lain. Saya pun tak tahu macam mana kita nak membendung, menghalang daripada mencetus apa-apa kejadian yang tidak diingini pula diputarbelitkan, dipesongkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa bahawa ia akan mencetuskan tragedi 13 Mei bila ia tidak disebut langsung. Yang di-Pertua, ini adalah satu ucapan yang menghasut kebencian dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Multimedia yang menarik perhatian tentang perkara ini selepas dibangkitkan oleh pihak media kerana saya pun tak perasan. Ini dibuat semasa ucapan. Ini adalah sesuatu yang bukan sahaja menghasut perasaan kaum tetapi juga mengelirukan Dewan ini kerana ini tidak benar. Saya tidak sebut tentang 13 Mei langsung dan saya hanya nak hentikan ucapan-ucapan yang berunsurkan kebencian di atas satu kaum. Saya tidak tahu macam mana ia boleh dikaitkan dengan tragedi 13 Mei. Saya harap bahawa tindakan tegas diambil, meminta beliau meminta maaf atau menarik balik. Kalau tidak harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Baik. Ini ialah keputusan saya. Oleh kerana kalau Yang Berhormat melihat ini suatu yang berat, masukkan usul kepada saya. Tulis satu surat
masukkan usul supaya saya lihat sebab saya pun tak tahu ceritanya. Saya terpaksa lihat Hansard dan sebagainya untuk berlaku adil kepada dua-dua belah pihak supaya masukkan usul dan berikan masa untuk saya buat kajian sikit. Baik. Silakan.
Terima kasih.
Baik, terima kasih. Silakan, Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya memerlukan 40 minit untuk menjawab 38 orang Ahli Yang Berhormat kesemuanya sekali.
Silakan.
Ini kaedah barulah. Niat bersih pegangan azimat, Jadi ingatan sebagai ketua, Terima kasih, Yang Berhormat, Saya akan menjawab semua. [Tepuk] Isu pertama berkaitan LPT3.
Ahli Yang Berhormat Kuala Terengganu, Tumpat dan Setiu telah menyentuh mengenai status Projek LPT3 iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 sepanjang 122 kilometer dari Kampung Gemuroh, Terengganu hingga Tunjong, Kelantan yang mana telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur negeri Terengganu pada 3 Oktober 2024 dan negeri Kelantan pada 14 Oktober 2024. Hanya setelah mendapat komitmen dan persetujuan bertulis daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan, pihak UKAS Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras perancangan dan hala tuju Projek LPT3 bersama lain-lain kementerian dan agensi, khususnya berkenaan model kewangan dengan mengambil kira parameter yang bersesuaian dengan penilaian daya maju projek. Selanjutnya, akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan keputusan kerajaan. Setakat ini, Kelantan bersetuju secara bertulis. Namun, Kerajaan Terengganu belum lagi. LTU. Ahli Yang Berhormat Bentong, Kuala Krai telah menyentuh tentang LTU, Lingkaran Tengah Utama. Kementerian Kerja Raya komited dan prihatin dalam merangka perancangan terperinci bagi memastikan pembinaan kawasan rehat dan rawat (R&R) dimasukkan dalam Projek LTU dengan mengambil kira kewujudan dua R&R sedia ada di Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan serta laluan tanpa tol yang memiliki 29 persimpangan yang menghubungkan bandar utama Bentong, Raub, Benta, Lipis, Gua Musang, Kuala Krai.
Pembinaan dua lagi R&R baharu di Seksyen 4A dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh dianggap mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di laluan ini. Dengan tambahan ini, jumlah keseluruhan R&R di sepanjang laluan LTU akan meningkat kepada empat buah dan pemilihan lokasi baharu ini dijangka dapat mengimbangi aliran trafik serta menyokong pertumbuhan ekonomi setempat. Kementerian ini telah mengambil inisiatif dengan membina dua tapak R&R baharu kiri dan kanan sebagai fasa awal. Tapak ini akan menjadi asas kepada pembangunan penuh R&R yang bakal dilaksanakan dengan kaedah kerjasama awam-swasta. Di samping itu, isu pembuangan sampah di sepanjang lebuh raya adalah satu kesalahan dan berkait dengan sikap individu serta tahap kesedaran mereka terhadap kesan buruk perbuatan tersebut dan hendaklah dihentikan. Berkenaan isu jalan rosak akibat pembinaan LTU, kementerian mengambil maklum kegusaran Yang Berhormat terutama melibatkan Projek KB–KK, pembinaan Kota Bharu ke Kuala Krai dan LTU. Di Daerah Gua Musang dan Kuala Krai, kebanyakan skop kerja projek adalah skop naik taraf jalan sedia ada. Ia merangkumi jajaran Pakej 1 (Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit), Pakej 2 (Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang). JKR akan memastikan bahawa segala kerosakan yang dialami akan segera diperbaiki dan pemantauan berterusan sentiasa dilaksanakan. Mengenai kerosakan jalan dari simpang tiga Sungai Pahi ke Kampung Temalir berakhir di simpang tiga Kampung Peria, ini adalah laluan negeri. Peruntukan pembaikan jalan negeri dilaksanakan dengan mengguna peruntukan MARRIS. Tan Sri Yang di-Pertua, jalan lama KL–Karak. Ahli Yang Berhormat Bentong membangkitkan tentang keadaan jalan lama ini dan juga Ahli Yang Berhormat Gombak. Berdasarkan pertanyaan, laluan tersebut adalah FT68, jalan Kuala Lumpur–Bentong sepanjang 35 kilometer yang sekarang ini diselenggara oleh syarikat konsesi penyenggaraan. JKR Pahang telah mengenal pasti keperluan pembaikan berjumlah RM15.9 juta bagi laluan FT168, merangkumi 10 bilangan kerja berkala pavement berjumlah RM14.5 juta dan lima bilangan kerja berkala bukan pavement berjumlah RM1.4 juta bagi laluan tersebut. Manakala bagi projek pelebaran Lebuhraya KL–Karak, ia telah mendapat kelulusan kerajaan dan kerja-kerja awalan sudah pun bermula di tapak. Saya telah mengumumkan di sini bahawa awal tahun ini dimulakan dan sudah bermula. Skop pelebaran dengan penambahan satu lorong setiap hala dari Plaza Tol Gombak hingga ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama Bentong dengan panjang keseluruhan 45.3 kilometer dijangka dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun iaitu pada tahun 2029. Pelaksanaan projek ini bakal memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya terutamanya dalam mengatasi isu kesesakan trafik serta menambah baik ciri-ciri keselamatan, termasuk pemasangan lampu jalan tambahan dari Genting Sempah ke Bentong.
Ahli Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan berkenaan Lebuh Raya Koridor Utara (NCH). Cadangan asal Lebuh Raya Koridor (NCH) melibatkan jajaran 270.6 kilometer panjang bermula dari Changkat Jering, Perak sehingga Padang Besar, Perlis. Cadangan penswastaan lebuh raya NCH ini telah ditawarkan secara bidaan bersaing iaitu request for proposal pada Mac 2023 oleh pihak Unit Kerja Awam Swasta (UKAS) JPM. Namun demikian, setelah penilaian tawaran daripada pembida dilaksanakan oleh pihak UKAS melalui jawatankuasa penilaian yang telah dilantik, tiada pembida yang berjaya bagi tawaran RFP tersebut. Pihak kementerian telah memutuskan supaya cadangan lebuh raya NCH dilaksanakan untuk seksyen yang berdaya maju iaitu bermula Changkat Jering– Sungai Petani sepanjang 110 kilometer dan telah mengemukakan pandangan kepada pihak UKAS bahawa cadangan jajaran ini boleh dilaksanakan secara RFP bagi menggalakkan lebih banyak syarikat untuk menyertai tawaran itu. Seterusnya, isu konsesi penyenggaraan jalan di negeri Sabah yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Kota Belud, Kudat, Keningau, Kota Marudu dan Tenom. Jalan persekutuan Kota Kinabalu ke Kudat dari Kota Kinabalu–Tuaran, Tuaran–Kota Belud, Kota Belud–Kota Marudu, Kota Marudu–Kudat ini adalah merupakan― termasuk Ranau Bypass― jalan negeri yang diselenggara oleh kerajaan negeri. Begitu juga dengan Jalan Lintas iaitu jalan menghubungkan Tuaran dan Airport Kota Kinabalu merupakan juga jalan yang diselenggara oleh kerajaan negeri. Bagi kes kemalangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa baru-baru ini merupakan kes berlaku di jalan negeri. Jalan persekutuan di seluruh negeri Sabah ini sudah dibina lebih daripada 20 tahun dan jangka hayat (lifespan) bagi reka bentuk jalan tersebut juga telah melebihi tempoh. Kerosakan ini juga turut bertambah teruk dengan cuaca hujan yang berterusan di daerah tersebut sejak bulan Januari sehingga Februari 2025. Daerah Kota Marudu, Kota Belud, Kudat telah terlibat dengan bencana banjir dan menyebabkan jalan-jalan persekutuan turut mengalami kerosakan yang teruk. Kementerian ini melalui JKR Sabah sentiasa memantau pelaksanaan penyenggaraan rutin dilaksanakan setiap bulan oleh pihak konsesi yang dilantik. Kementerian ini sedang dalam inisiatif mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo pelan, di mana Pakej 1B melibatkan jalan Kota Belud ke Kudat dan sudah dimulakan sejak Oktober tahun lalu. Sementara menunggu proses pembinaan siap, kementerian ini akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya khususnya diselenggara dengan baik dan traffic managempelanplan (TMP) yang lengkap diletakkan di lokasi pembinaan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa KKR, kementerian ini telah meluluskan peruntukan di bawah kerja penyenggaraan tahun 2025 kepada kelima-lima daerah dengan jumlah keseluruhan RM25.09 juta seperti pecahan berikut.
| Daerah |Peruntukan (RM juta)| |-----------|-------------------:| |Kota Marudu| 6.90| |Kota Belud | 3.00| |Kudat | 9.72| |Keningau | 1.37| |Tenom | 4.10|<END_TABLE_MARKER> Kementerian ini juga telah meluluskan RM33 juta yang melibatkan panjang jalan sebanyak 11.8 kilometer selepas menerima permohonan tambahan dari JKR Negeri Sabah, sebanyak RM47.18 juta bagi program penyelenggaraan berkala di daerah Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. Masalahnya, Tan Sri, kerosakan ini apabila dinilai kesemuanya ialah RM328 juta. Itulah peruntukan yang kita ada. Walau bagaimanapun, kita akan menggunakan sehabis yang baik untuk menyelenggara jalan-jalan yang berkaitan.
Yang Berhormat Menteri, Kudat mohon mencelah.
Kudat.
Terima kasih.
Kudat tak puas hati juga? Dah lulus...
Ada cadangan sikit.
Ha, cadangan. Baik.
Okey. Selama ini, JKR daerah tidak mempunyai kuasa untuk membuat teguran, apalagi untuk membuat penguatkuasaan dari segi penyelenggaraan jalan. Kudat mohon supaya penurunan kuasa dibuat kepada JKR daerah untuk membuat pemantauan dan juga membuat penguatkuasaan dari segi pelaksanaan penyelenggaraan jalan kepada konsesi ini. Sebab, akhirnya yang jadi sasaran kepada rakyat adalah JKR daerah yang dianggap sebagai korup dan sebagainya. Jadi, saya mohon supaya diberikan pertimbangan penurunan kuasa kepada JKR daerah untuk ambil tindakan. Terima kasih.
Sudah. Sudah pun ya. Memang kita dah bagi pun ya. Kalau mereka tak buat, itu salah mereka. Bahawa pemeriksaan, pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan ini perlu dibuat di peringkat daerah. JKR Sabah perlu melaksanakannya
Ia mesti mematuhi jadual, piawaian, specs dan sebagainya. Jika sebaliknya, notis ketidakpatuhan kerja yang kita panggil sebagai non-compliance report akan diberikan kepada syarikat konsesi untuk tindakan pembetulan lanjut. Boleh, bukan tidak boleh. Boleh, YB. Pasir Mas, membangkitkan isu berkaitan Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas yang terletak dalam jajaran Persekutuan, menghubungkan Kota Bharu – Rantau Panjang, 9.7 kilometer bermula dari seksyen 715.3 hingga seksyen 725.
Ini juga oleh syarikat konsesi penyelenggaraan jalan Persekutuan. Pada tahun 2021 hingga 2024, peruntukan RM2.08 juta diberi di bawah Program Berkala Pavement, RM820,000 di bawah Program Berkala Bukan Pavement. JKR Kelantan telah mengenal pasti keperluan pembaikan berjumlah RM7.64 juta bagi enam bilangan kerja berkala pavement dan tujuh bilangan kerja bukan pavement bagi laluan tersebut. Hulu Selangor, permohonan jejantas pejalan kaki daripada SMK Sungai Choh. Kami telah menerima senarai projek daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan JKR negeri untuk Rolling Plan Satu RMKe-13 bagi Projek Menaik Taraf Kawasan Industri Bukit Beruntung yang disebut itu. Cadangan pembinaan lampu isyarat FT001 Kuala Lumpur – Tanjung Malim melibatkan persimpangan masuk ke Jalan Lakbi, Hulu Yam Bharu. Kementerian ini dan Jabatan Kerja Raya Malaysia akan melaksanakan semakan keperluan waran teknikal untuk pemasangan lampu isyarat di lokasi yang dimaksudkan. Ahli Yang Berhormat Padang Serai, mengenai isu jalan raya di kawasan Pekan Padang Serai hingga Masjid Permatang Tok Dik. Disebut di sini bahawa keadaan sangat daif, berlubang-lubang dan bergerigi di jalan bergerigi Yang Berhormat. Saya juga ingin memaklumkan di sini kerja partial reconstruction dan lain-lain kerja berkaitan, kos RM2.3 juta telah diluluskan untuk melibatkan kawasan berhampiran Masjid Permatang Tok Di dan kerja mill and pave. Yang lain, kerja berkaitan dengan kos RM0.75 juta melibatkan kawasan berhampiran Pekan Padang Serai. Permatang Pauh, membangkitkan mengenai isu mini R&R, rehat dan rawat di atas Jambatan Pulau Pinang. Berdasarkan pada Garis Panduan Lembaga Lebuhraya Malaysia, kemudahan kawasan rehat dan rawat disediakan di lebuh raya setiap sela jarak 80 ke 100 kilometer. Manakala, hentian sebelah setiap sela 10 ke 25 kilometer antara satu sama lain. Bagi pengguna Jambatan Pulau Pinang, kemudahan hentian sebelah yang terdekat adalah di hentian sebelah Juru arah Utara dan Selatan yang terletak 2.6 kilometer dari susur masuk/keluar ke Jambatan Pulau Pinang dan hentian sebelah di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan. Selain itu, terdapat beberapa stesen minyak seperti Petronas, Shell, BH Petrol, Petron di kawasan Permatang Pauh, Juru dan Sungai Dua yang turut menyediakan kemudahan tandas dan surau untuk kegunaan pengguna Jambatan Pulau Pinang. Berdasarkan reka bentuk jambatan dan aspek keselamatan pengguna lebuh raya, tiada keperluan untuk membina kawasan rehat dan rawat atau hentian sebelah di atas Jambatan Pulau Pinang. Ahli Yang Berhormat Miri membangkitkan mengenai isu pemberian dana membaiki jalan rosak yang terjejas akibat banjir. Kementerian ini telah menerima senarai lokasi banjir di jalan Persekutuan negeri Sarawak. Merujuk pada anggaran penganggaran jalan (APJ) yang telah diterima oleh kementerian ini, jumlah peruntukan diperlukan pada masa ini ialah RM1.6 juta bagi kerja pembaikan cerun dan RM500,000 kerja pembersihan jalan. Bagi kerja pembaikan cerun, kerja awalan seperti penyiasatan tapak, reka bentuk perlu diadakan. Anggaran kos bagi kerja awalan ini ialah sebanyak RM1.6 juta melibatkan
enam lokasi di bahagian Bintulu, empat lokasi di bahagian Miri, satu lokasi di bahagian Kuching dan satu lokasi di bahagian Sibu. Juga dinyatakan bahawa pembersihan jalan Persekutuan melibatkan pokok tumbang, pembersihan pasir serta batu di atas jalan. Pihak JKR Sarawak telah memohon sebanyak RM0.5 juta bagi lima lokasi di bahagian Bintulu. Kementerian ini bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak sedang meneliti jalan persekutuan yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini. Permohonannya banyak, kawasan yang terkena juga banyak. Ahli Yang Berhormat Semporna, membangkitkan mengenai isu Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan SSLR. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa untuk 2024 – 2025, sebanyak 26 projek jalan dan infra telah diluluskan dan kos tahun ini sebanyak RM1.59 bilion dan keseluruhan kos RM18.62 bilion. Selain daripada itu, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya juga mengendalikan projek-projek kementerian pelanggan, terutamanya pembinaan bangunan di negeri Sabah. Pra pembinaan ada 54 projek - kos RM5.13 bilion, sedang dalam pembinaan 106 projek - kos RM3.14 bilion. Jumlah keseluruhan 160 projek - kos RM8.27 bilion. KKR telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh KKR, JKR Negeri Sabah, ICU JPM, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia untuk menangani isu projek-projek lewat dan juga isu untuk penyiapan projek dengan segera, termasuklah Pan Borneo Negeri Sabah. Bagi pelaksanaan Projek Pan Borneo Fasa 1B, kesemua 19 pakej kerja telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dan pihak kontraktor telah masuk ke tapak bina, memulakan kerja-kerja pembinaan dengan kemajuan semasa dicatat 1.9 peratus. LPB Sabah Fasa 1B ini dilaksanakan dalam tempoh pembinaan selama lima tahun. Ahli Yang Berhormat Besut, membangkitkan mengenai isu jalan. Disenaraikannya banyak jalan. FT3 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, 29.8 kilometer, FT84, FT189, FT460, FT1686, FT1697, FT3684. Jalan-jalan persekutuan dinyatakan merupakan jalan disenggara syarikat konsesi. Kementerian ini tentunya mengambil maklum terhadap keperluannya itu. Oleh itu, JKR Negeri Terengganu telah mengenal pasti keperluan pembaikan berjumlah RM46.18 juta bagi 23 bilangan kerja berkala pavement dan 20 bilangan kerja berkala bukan pavement. Walau bagaimanapun, kelulusan kerja adalah tertakluk senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan. Sehingga Januari 2025, kementerian ini telah meluluskan sebanyak RM2.7 juta di bawah program penyelenggaraan yang telah pun diberi melalui arahan kerja kepada pihak konsesi. Kuala Langat membangkitkan mengenai isu JKR Selangor telah mengenal pasti beberapa lokasi pembaikan di FT005 jalan tuju jambatan seperti mana yang dibangkitkan. Anggaran kos berjumlah RM2 juta. Kelulusan kerja tertakluk senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR Malaysia. Kerja-kerja penyelenggaraan longkang tepi jalan (roadside drain) dilaksanakan oleh syarikat konsesi di bawah kerja penyelenggaraan rutin.
Seterusnya, isu kedua. Laluan keluar masuk tanpa lampu isyarat bahaya, terutamanya di laluan masuk Taman Jaya Utama. Berdasarkan pada penilaian awal, perubahan geometri yang dicadangkan akan melibatkan keperluan untuk pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti dengan kos yang tinggi. Sehubungan dengan itu, kementerian ini berpandangan, wajar cadangan tersebut dikemukakan pada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan JKR negeri untuk dimasukkan dalam senarai projek keutamaan negeri dalam Rolling Plan yang akan datang. Ahli Yang Berhormat Bangi membangkitkan mengenai isu Projek EKVE. Berdasarkan pemantauan LM di tapak, kerja-kerja pembinaan bagi seksyen 1 sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor baharu yang dilantik bermula Januari 2025. Kemajuan pembinaan bagi tempoh berakhir Januari 2025 bagi seksyen 1 iaitu Sungai Long ke Ampang adalah sebanyak 91 peratus dan syarikat konsesi optimis menyasarkan penyiapannya pada suku kedua tahun 2025 iaitu pada Jun 2025 untuk seksyen 1 dan sekarang ini seksyen 2 Ampang ke Ukay Perdana. Kemajuan semasa 74 peratus dan kemungkinan siap Disember 2025 untuk seksyen 2. Penyiapan dan pembukaan Projek Lebuh Raya EKVE ini secara berperingkat dijangka akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas Bandar Sungai Long – Bandar Mahkota, Cheras. Kulim – Bandar Baharu, FT136 dari Kulim – Bandar Baharu, di mana pada tahun 2024 masih belum diturap, 31.5 kilometer. Sehingga Februari 2025, kementerian ini telah meluluskan peruntukan RM15.217 juta untuk melaksanakan memperbaiki kerosakan jalan yang berkaitan. Ahli Yang Berhormat Julau, membangkitkan mengenai isu pembinaan jalan raya menghubungkan Sarawak – Nusantara. Untuk ketika ini, kerajaan sedang menumpukan bagi membina jalan baharu dari Kalabakan ke Sempadan Malaysia – Indonesia Simanggaris. Kerja awalan dan reka bentuk dengan kos siling RM13 juta. Kerja-kerja awalan dijangka selesai Disember 2025. Kerja awalan menaik taraf FR21 Jalan Serian – Tebedu – Indonesian Border dengan kos siling RM13 juta. Kerja awalan dijangka selesai juga pada bulan Disember 2025.
Kuantan membangkitkan mengenai isu jalan tidak rata, garisan mudah hilang, jalan persekutuan Parlimen Kuantan sepanjang 85.44 kilometer yang diselenggara oleh konsesi. Bagi Parlimen Kuantan, pada tahun 2023 sehingga 2024, kementerian telah meluluskan peruntukan RM24.2 juta bagi penyelenggaraan rutin. Pada tahun 2025 ini, kita telah meluluskan RM9.764 juta bagi lima bilangan kerja berkala pavement dan satu bukan berkala pavement. Segamat, kementerian ini telah menerima senarai projek daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, JKR negeri, Rolling Plan 13. Kerajaan Negeri Johor telah memohon projek menaik taraf Jalan Muar-Tangkak-Segamat, Seksyen 71, Jalan Segamat-Kuantan, Daerah Segamat Johor seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kementerian ini akan meneliti cadangan projek yang dikemukakan oleh kerajaan negeri berdasar senarai keutamaan negeri. Isu kedua YB Segamat, menggantikan Jambatan Sungai Segamat 1. Kerajaan Negeri Johor telah mengangkat semula cadangan projek tersebut dalam Rolling Plan 1, RMKe-13. Ahli Yang Berhormat Padang Terap membangkitkan mengenai isu tentang kelulusan naik taraf jalan Durian Burung Pokok Sena ke Kedah Rubber City. Kementerian ini mendapati jalan yang dimaksudkan ialah jalan persekutuan. Kementerian ini telah menerima senarai projek kepada UPEN negeri Kedah dan JKR negeri untuk Rolling Plan 1, RMKe-13. Ahli Yang Berhormat Jelebu membangkitkan mengenai kaedah untuk melaksanakan projek penambahbaikan jalan raya bagi kawasan FELDA di seluruh negara dengan anggaran peruntukan hampir RM600 juta berdasarkan agihan kelulusan di bawah program penyelenggaraan jalan, jalan persekutuan fasa 1 tahun 2025 sehingga hujung Januari 2025, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan untuk fasa pertama RM179.746 juta melibatkan 198 bilangan kerja bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan FELDA di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan kelulusan ini, sebanyak RM164.446 juta telah diagihkan di bawah program penyelenggaraan di bawah program penyelenggaraan berkala bukan pavement, RM10.40 juta, 32 bilangan kerja. Manakala program jambatan, lampu jalan, lampu isyarat, kelulusan RM2.85 juta melibatkan 18 dan 17 bilangan kerja. Ahli Yang Berhormat Tebrau membangkitkan mengenai isu Jejambat Cahaya Baru walaupun telah siap lama tetapi masih belum dibuka. Jejambat itu adalah dari bandar Meridin East ke Lebuhraya Senai Desaru (SDE). Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat bersama pihak KKR, kerajaan negeri, pejabat Exco Johor dan baru-baru ini Menteri Besar Johor juga datang ke kementerian kami untuk menyelesaikan perkara ini. Keputusan telah dibuat dan dipersetujui semua pihak bahawa plaza tol baharu perlu disediakan di jalan susur jambat berkaitan. Mesyuarat terkini 7 Februari telah mencapai persetujuan di mana MESB telah bersetuju untuk melaksanakan pembinaan toll gantry manakala SDEB akan melaksanakan operasi serta penyelenggaraan bahagian yang terlibat mengikut skop dan keperluan reka bentuk. Pihak MESB telah bersetuju untuk memulakan kerja-kerja toll gantry pada suku kedua 2025, dijangka akan siap pada penghujung Disember 2025.
Menteri, Tebrau bangun.
Timbalan Menteri.
Saya akan memantau perkara ini di kawasan negeri Johor dan penting...
Menteri, Tebrau.
Tak puas hati lagi?
Bukan. Saya nak bercakap terima kasihlah Menteri.
Sama-sama.
...Atas warga Tebrau ini ingin mengucapkan terima kasih kepada KKR.
Sama-sama.
Kita haraplah tahun ini juga kita boleh buka flyover itu.
Baik. Kemudian Tebrau juga menyebut tentang taraf jalan FT03 kerana terlalu sesak. Kementerian ini mengambil maklum akan keperluan menaik taraf FT Jalan Johor Baru-Endau untuk mengatasi kesesakan. Kita telah mendapat kelulusan bagi projek menaik taraf dan menaik aras jalan di laluan Johor Bahru- Endau dari Seksyen 100 hingga Seksyen 157 Mersing-Johor pada Rolling Plan 5. Satu lagi lulus. Nak ucap terima kasih lagi? Okey, sekali lagi terima kasih.
Terima kasih lagi Menteri, kali kedua dari Tebrau.
Okey baik. Ahli Yang Berhormat Merbok, saya ada beberapa minit, 14 minit. Saya rasa ada lagi masa iaitu Merbok meminta menambah lampu-lampu jalan FT253 Jalan Pintas Semeling di antara Tapak Arkeologi Sungai Batu sehingga Simpang Lembah Bujang berhampiran MRSM Merbok. Laluan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah diperuntukkan RM100,000 untuk kerja pemasangan lampu jalan. Arahan kerja telah dikeluarkan pada 13 Januari. Jawapan terima kasih, sama-sama ya. Ini jambatan-jambatan sempit yang berbahaya dan sebagainya itu kita ambil ingatan. Ahli Yang Berhormat Jeli, tadi ada Jeli. Segera memperbaiki jalan, runtuhan berlaku. Saya sendiri telah datang ke tempat itu, melawat kawasan Kampung Lakota, satu laluan jalan persekutuan menuju ke Gerik. Pihak Jabatan Kerja Raya telah menerima permohonan. Lokasi melibatkan runtuhan tambakan embankment jalan yang telah mengakibatkan satu lorong ditutup kepada kenderaan tetapi laluan masih dibuka, boleh dilalui. Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Cerun telah menerima kelulusan, lulus dah ya. Kerja-kerja awalan dan kini dalam tindakan melaksanakan kerja-kerja ukur dan penyiasatan tanah yang dijangka siap dalam tempoh tiga minggu lagi. JKR Kelantan juga, Jeli minta supaya syarikat konsesi penyelenggaraan untuk menyelenggara jalan-jalan yang disebutkan FT66 Kampung Sungai Sam-Jeli, FT196 Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah. Ini semua jalan-jalan yang saya pernah lalui selama beberapa tahun daripada 95 sampai tahun 99 bila menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan pada ketika itu. Kos yang diperlukan RM26.42 juta pada tahun 2025, 22 bilangan kerja berkala pavement, satu bilangan kerja berkala bukan pavement. Peruntukan sewajarnya akan diberikan. Ahli Yang Berhormat Balik Pulau membangkitkan mengenai cadangan supaya kerajaan membina sebuah terowong yang menghubungkan Balik Pulau ke bahagian timur laut Pulau Pinang. Ini dipanggil sebagai projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL1) yang menghubungkan Gurney ke Bayan Lepas secara penswastaan.
Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan negeri tersebut tidak menyatakan kaedah penswastaan yang akan dilaksanakan. Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kajian projek tersebut dimasukkan dalam senarai projek keutamaan negeri dalam rolling plan yang akan datang. Berdasarkan permohonan daripada kerajaan negeri, PIL1 adalah keutamaan kerajaan negeri buat masa kini. Sehubungan dengan itu, jajaran yang menghubungkan Balik Pulau ke bahagian Timur Laut Pulau Pinang berada dalam Pan Island Link 2 (PIL2) ke Balik Pulau melalui Paya Terubong dan akan ditentukan berdasarkan keperluan akan datang. Ranau membangkitkan mengenai isu jajaran jalan kawasan pekan Kundasang supaya tidak menjadi sesat. Laluan persekutuannya ialah laluan persekutuan, 22 Tamparuli ke Kundasang. Laluan Persekutuan 22 ini fasa dua bagi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Kementerian ini mengambil maklum masalah kesesakan di Pekan Ranau dan Kundasang. Saya telah pergi beberapa kali ke situ, di kaki Gunung Kinabalu. Walau bagaimanapun buat masa ini, Kerajaan Negeri Sabah belum mengemukakan permohonan rasmi. Sehubungan dengan itu, fokus kementerian ini buat masa ini untuk memastikan perlaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Pakej 28 hingga 35, Pakej 22 hingga 26 yang sedang dalam fasa pembinaan. Rasah, Ahli Yang Berhormat Rasah membangkitkan mengenai isu sekiranya kerajaan kekal dengan diskaun separuh harga 50 peratus. Ini ketika hari-hari perayaan dan dicadangkan supaya 50 peratus lagi dibayar oleh syarikat konsesi. Inisiatif pemberian 50 peratus diskaun tol yang dilaksanakan ketika ini bukan saja dapat mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan tetapi pada masa yang sama meringankan sedikit beban rakyat. Anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan berikutan perlaksanaan pemberian 50 peratus tol pada perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini adalah sebanyak RM20.08 juta. Pada tahun 2023, pernah diberikan konsesi – konsesi pernah memberikan 10 peratus dan juga 20 peratus daripada bayaran itu sebagai CSR. Kita akan sentiasa berunding dengan syarikat konsesi. Tanjong Manis membangkitkan satu lagi isu, garis panduan kadar yuran perunding melalui Lembaga Lebuhraya. Maka kita telah mengkaji semula yuran perkhidmatan jurutera ataupun skill or fee. Antara cadangan pindaan adalah menaikkan sekala yuran bagi – walau bagaimanapun bagi projek kerajaan, Pekeliling PK3.2, kos perkhidmatan perunding telah menyatakan bahawa kerajaan tidak terikat untuk membuat bayaran yuran perunding berdasarkan SOF. KKR akan memohon dengan pihak Kementerian Kewangan untuk menyemak semula Pekeliling 3.2 untuk memastikan agensi kerajaan mematuhi SOF. Gaji jurutera rendah, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) telah mengkaji isu ini.
Kajian mencadangkan julat gaji permulaan jurutera sepatutnyalah RM2,500 hingga RM3,500 sebulan dan peningkatan yang lebih mampan untuk meningkatkan gaji graduan kejuruteraan yang baharu. LJM juga telah menambah baik standard Engineering
Accreditation Council Malaysia (EAC) bagi kursus ijazah kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan bagi inisiatif awal untuk mengurangkan mismatch dan knowledge grip gap di kalangan graduan. Isu tiga, sistem penggiliran perkhidmatan perunding. Kita mengadakan kaedah untuk projek-projek yang melibatkan pembangunan fizikal mulai RM50 juta. Cadangan teknikal, cadangan ini adalah merupakan tender terbuka. Tetapi bagi projek kos pembangunan fizikal bawah RM50 juta, kaedah lantikan terus bagi memastikan pemilihan adil. Senarai pendek telah dibuat secara pusingan di antara perunding yang telah disaring. Saringan ini adalah melibatkan kriteria kelayakan, pengalaman dan berdaftar dengan MoF. Kuala Krai...
Menteri ada...
Membangkitkan mengenai isu...
Menteri...
Mengenai isu projek Jambatan Sungai Durian. Projek penggantian Jambatan Sungai Durian.
Tanjong Manis nak tanya sedikit. Nak ucap terima kasih lah di atas jawapan Timbalan Menteri.
Sama-sama.
Satu lagi. Selepas saya berbahas, golongan arkitek pula nak minta naikkan yuran. Golongan QS pula nak minta naikkan yuran. Golongan surveyor, land surveyor juga nak minta naikkan yuran. Mohon Timbalan Menteri melihat juga kepada permohonan mereka nanti. Terima kasih.
Mereka...Sila lah mohon. Kita berikan pertimbangan.
Timbalan Menteri.
Ya.
Tadi ada sebut pasal...
Dah terlepas dah. Terlepas.
Itulah saya tahu.
Ya, baik.
Itu saya patah balik.
PIL 1, PIL 2.
Saya U-turn balik. U-turn balik.
Yang YB cadang itu dalam PIL 2.
Itu PIL 2 itu ada [Dicelah]
Itu PIL 2 yang terowong itu PIL 2.
Ada termasuk terowong?
PIL 2.
PIL 2 itu ada termasuk terowong tak? Nak tanya kalau terowong itu is part of the PIL 2?
Ya.
Ya?
Dalam PIL 2. Tetapi PIL 1 pun belum start macam mana nak masuk PIL 2?
Tetapi tak apa lah.
Sebiji-sebiji dahulu Yang Berhormat.
Okey, terima kasih.
PIL 1 dahulu lepas itu baru PIL 2. Pan Island. PIL, ringkasan. Kuala Krai. Kuala Krai ya. Ini mengenai Jambatan Sungai Durian. Penggantian Jambatan Sungai Durian Kuala Krai telah milik tapak 1 Jun 2021. Tarikh siap 15 Oktober 2025. Pindaan tarikh siap semasa ini telah mengambil kelulusan EOT. Sebenarnya kerajaan, kami sekarang ini kita tak nak EOT. Kita nak AOT. Ahead of time bukan extension of time tetapi apa boleh buat? Ada isu pengalihan utiliti selama 89 hari. Kemajuan fizikal di tapak sehingga 15 Januari 62.5 peratus berbanding 52 peratus yang sebenar. Antara langkah bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual, kita akan memantau secara rapi kerja-kerja di tapak dan melaksanakan skop kerja secara serentak bagi mempercepatkan kemajuan fizikal projek. Selain itu, penyelarasan bersama pihak berkaitan, syarikat utiliti, pihak berkuasa tempatan sedang giat dilaksanakan dan tindakan penyelesaian sedang diambil oleh agensi yang berkaitan. Sandakan. Mengenai Laluan Persekutuan 22. Kementerian ini berpandangan cadangan projek tersebut perlu dikemukakan kepada UPEN negeri dan JKR negeri. Kementerian ini menerima senarai projek daripada Unit Perancang UPEN negeri, JKR negeri kerajaan di Sabah yang telah memohon membina Jalan Lebaran Bypass Fasa 1 dari Persimpangan Batu 32. Bererti mereka telah masukkan dalam senarai keutamaan. Kemudian, Ahli Yang Berhormat Sipitang. Saya difahamkan beliau menyanyi dan sebagainya ya. Saya ingin mengatakan di sini bahawa Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Pelakat, Jalan Kampung Kepawa, Jalan Lubok Weston, Jalan Kampung Suok. Ini semua ini adalah jalan tanggungjawab kerajaan negeri. Oleh itu, disyorkan cadangan projek tersebut dirujuk kepada Kerajaan Negeri Sabah. Tetapi yang Jalan Persekutuan itu Daerah Sipitang pada tahun 2024, kita telah meluluskan RM4.625 juta mill pave heavy patching berkala bukan pavement reinstate damage RC drain culvert RM1.15 juta tahun 2025 ini mill and pave berkala pavement untuk kawasan Sipitang dan RM1.3 juta dan bukan berkala pavement RM0.56 juta jumlah RM1.86 juta, 2025. RM5.767 juta, 2024. Itu mengenai Sipitang.
Yang Berhormat.
Sipitang.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya dengan ini...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya.
Tadi saya ingat Yang Berhormat nak teruskan. Ada beberapa lagi isu yang saya bangkitkan berkaitan Kuala Krai.
Baik.
Cuma ada satu yang isu yang penting juga lah yang perlu Yang Berhormat, perhatian daripada kementerian iaitu projek LTU yang sedang dibina. Tetapi isunya ialah kerana jentera berat yang mengangkut pasir dan sebagainya menyebabkan jalan yang dilalui amat teruk.
Yang Berhormat baru masuk ke?
Belum lagi.
Saya dah jawab tadi yang bab itu. Awal tadi.
Okey.
Okey, baik. Putatan.
Yang Berhormat Menteri.
Putatan.
Sipitang, Tan Sri Speaker.
Menyanyi lagi?
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya juga berterima kasih di atas apa yang telah diungkapkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan apa yang telah kita lontarkan dalam perbahasan.
Baik.
...Baru-baru ini. Kemudian, cuma kita minta kepada apa ini untuk merungkaikan permasalahan yang kita telah bawa ini. Sebab ini adalah satu masalah yang cukup besar di kawasan saya. Saya faham Yang Berhormat Menteri juga pernah menyelusuri jalan Sipitang ini satu ketika dahulu dan sering ke sana. Kita tidak mahu menuding jarilah mana yang – siapa yang salah lah. Mana agensi kerajaan dan sebagainya tetapi yang penting ialah jalan ini dapat diselesaikan dengan segera. Itu yang rakyat minta lah di kawasan saya. Terima kasih.
Okey, difahami Yang Berhormat. Yalah kerajaan negeri itu ya. Kerajaan negeri Yang Berhormat kah? Bukan ya. Ahli Yang Berhormat Putatan, dari segi parti lah. Parti yang saya maksudkan. Putatan. Saya ingin menyatakan di sini berdasarkan Akta Pendaftaran Jurutera. Cadangan pelantikan ahli lembaga pengarah LLP perlu mengikut kriteria. Pelantikan LLP ini perlu terdiri daripada 14 jurutera profesional yang berdaftar termasuk wakil awam, swasta. Lembaga Jurutera Malaysia (LGM) telah mengambil langkah untuk melantik wakil yang berkepentingan dalam industri pembinaan daripada Sabah Sarawak secara bergilir.
Ahli Yang Berhormat Batu Pahat ini mengenai jalan banjir kilat lebih 10 tahun. Bagi penyelesaian jangka pendek mengatasi banjir kilat ini, syarikat konsesi akan sentiasa melaksanakan pembaikan. Saya juga ingin mengatakan di sini kementerian telah mengenal pasti, merancang satu berkala bukan pavement anggaran RM2.5 juta, seksyen 118 dan RM2 juta bagi seksyen 121. Ada lah peruntukannya itu nanti ya. Kuala Nerus yang akhir.
Terima kasih Timbalan Menteri.
Sama-sama.
Bakal Menteri ya, insya-Allah.
Tak ada komen bab itu. Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan mengenai isu jalan ke Tasik Kenyir, Jalan Persekutuan ke Sungai Tong Daerah Hulu Terengganu, 38.9 kilometer yang merupakan jalan diselenggara oleh syarikat konsesi. Syarikat konsesi yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan perkaranya. Kementerian telah menerima permohonan daripada JKR Terengganu, RM9.56 juta melibatkan enam bilangan kerja. RM8.3 juta berkala bukan pavement, penyelenggaraan kecil RM200,000. Dengan ini, sekian sahaja ucapan dan saya telah menjawab semua...
Menteri, Menteri
[Dewan riuh]
Datuk Seri, Datuk Seri. Datuk Seri.
Saya telah menjawab kesemuanya.
Timbalan Menteri.
Datuk Seri.
Ini hari ini rekod dalam sejarah Tan Sri Speaker.
Datuk Seri.
Jalan selekoh merbahaya di...
Beaufort, Datuk Seri.
Ya, baik.
Masukkan dalam ucapan saya. Beaufort ya.
Saya dah bangkitkan mana dengan banjir. Jalan banjir.
Menteri.
Okey, Beaufort kita akan ambil tindakan mengenai apa yang dipohon oleh... [Dicelah]
Setiu membangkitkan mengenai selekoh berbahaya di sempadan Setiu - Kuala Nerus yang perlu diperluruskan.
Selekoh nak dilurus? Ya.
Nak luruskan selekoh. Sebab kemalangan maut sentiasa berlaku di jalan ini.
Itu jalan persekutuan, jalan negeri?
Jalan persekutuan.
Persekutuan. Terima kasih, kita ambil tindakan terhadap...
Kuala Nerus sedikit. Kuala Nerus sedikit.
Jika ada kematian dalam jumlah yang tertentu, kemalangan dalam jumlah yang tertentu bererti dia merupakan blackspot. Kita akan ambil tindakan blackspot tak kira di mana pun ya.
Dia daripada untuk ke Kenyir itu bukan sahaja daripada lebuh raya LPT atau pun daripada sana. Satu lagi jalan ke Aring. Nampaknya jalan ini bermasalah sejak berzaman-zaman lah. Apa tindakan kementerian? Itu sahaja.
Ya. Saya bercadang nak pergi ke Kenyir, Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam jadual akan pergi ke Kenyir. Saya nak lihat sendiri jalan itu. Sekian, terima kasih.
Baik. Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang dan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang dengan Menteri Kementerian Dalam Negeri menjawab. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Saya minta Kementerian Dalam Negeri untuk menjawab.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah menyampaikan titah 3 Februari yang lalu. Dengan penuh takzim, saya juga merafakkan sembah mengucapkan berbanyak-banyak rasa syukur serta menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya juga mulakan dengan merakamkan terima kasih kepada 28 Ahli Yang Berhormat yang sempat mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh perkara-perkara tentang portfolio di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus memberikan maklum balas terhadap perkara-perkara yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, Tenggara dan Kluang. Membangkitkan tentang online scam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, semalam semasa Yang Berhormat Menteri...
Biar, biar saya jelaskan —Saya letak parameter saya dulu ya.
Tak. Tak. Saya nak tanya petua...
Biar saya letak parameter. Ini floor saya. Biar saya letak parameter saya. Okey.
Tak. Saya nak tanya petua dulu.
Sekejap. Beri saya sedang ini —Biar saya —Saya belum habis letak parameter, Kota Bharu tanya, dah ambil dua tiga minit. Saya akan beri peluang Kota Bharu pada akhir nantilah. Okey. Menggulung perbahasan...
Tak. Saya nak petua dulu. Petua sahaja. Semalam...
Saya baru sahaja...
Masa, masa Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua mempengerusikan, semasa Yang Berhormat Menteri memberi pembentangan mengenai SOSMA, diberikan petua bahawa kami boleh membangkitkan dalam sesi ini mengenai penerangan Menteri tentang SOSMA semalam.
Ya.
Jadi, saya nak minta laluan untuk itu...
Selepas jawapan Yang Berhormat Menteri.
Ya, adakah...
Baru mukadimah dah laluan.
Ya lah. Dah lepas dah semalam.
Kota Bharu, biarlah berlaku adil kepada Ahli Parlimen, 28 orang yang berbahas...
Nak mukadimah apa?
Yang sedang menunggu...
Semalam, semalam dah beri penerangan...
I mean, berlaku adillah.
...Tapi tak boleh bertanya. Dah selesai dah semalam. Nak tanya yang semalam itu. Boleh?
Biar saya jawab [Tidak jelas] Dulu...
Berilah, beri lah Menteri selesai.
Bukan tak boleh beri. Beri Menteri jawab dulu.
Beri Menteri jawab dulu.
Dah ini nak jawab, jawab dah... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Bharu, saya sudah kata beri Menteri jawab dulu, nanti baru boleh... [Tidak jelas]
[Dewan riuh]
Petua. Petua ini.
Ya. Nanti selepas Yang Berhormat Menteri jawab dulu.
[Dewan riuh]
Tak berani jawab, beritahulah tak berani jawab.
Bukan soal tak berani.
Oh, sangkaan jawab itu.
Saya anjur kepada Kota Bharu, sabarlah. Sabar itu sebahagian daripada iman.
Bukan...
Ya lah, Yang Berhormat pun kena sabar juga. Dengar saya dulu.
Saya sabar lah ini.
Sabar dengarlah. [Ketawa]
Saya sedang menggunakan floor saya.
Sabar dengarlah.
Saya sedang menggunakan floor saya. Baru nak jawab Kota Melaka, Kluang. Kalau ikut aturannya, perkara yang tak dibangkit dalam perbahasan Kota Bharu, kita tak payah layan.
Betul.
Tapi, Speaker bagi ruang, saya commit saya akan jawab. Bagilah kita jawab 28 dulu, itu saja.
Trick itu, biasa trick-lah itu.
Duduk dulu.
Timbalan Speaker, peraturan — Isu peraturan.
Online scam…
Isu peraturan. Isu peraturan. Maafkan saya. Saya minta Kota Bharu tarik balik kenyataan yang dibuat kata bahawa Menteri tak berani jawab.
Yang Berhormat, sila duduklah.
Baik. [Ketawa]
No, speaker. Ini tak boleh benarkan.
Beri —Beri Yang Berhormat Menteri sendiri...
Saya ulang, dia tak mahu jawab sekarang ini, bukan tak berani. Dia tak mahu jawab.
Dengarlah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bazir masa lagi. Sila duduk.
Baik. Kota Bharu –Sorry, Kota Melaka, Tenggara dan Kluang tanya fasal online scam. Baik. Mereka bangkitkan sama ada kerajaan bercadang untuk membuat satu task force bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian yang trendnya semakin meningkat. Untuk makluman, kerajaan telah pun menubuhkan beberapa pasukan khas bagi menangani isu penipuan kewangan. Misalnya yang pertama, pasukan petugas khas di bawah bahagian Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, PDRM dengan kerjasama beberapa agensi, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan institusi-institusi kewangan. Kedua, Pusat Respons Scam Kebangsaan. Dalam Bahasa Inggeris disebut dengan izin, National Scam Response Centre yang beroperasi sejak 12 Oktober 2022. Ini menggabungkan beberapa agensi seperti Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Bank Negara, PDRM, SKMM, institusi kewangan serta industri telekomunikasi. Penubuhan unit siasatan forensik digital yang terdiri pakar-pakar yang mempunyai keupayaan analisis peranti- peranti digital yang terlibat dengan kes jenayah siber, unit Police Cyber Investigation Response Centre yang memantau media sosial juga ikut berperanan Tan Sri Yang di-Pertua. Saya beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong tentang skim pelaburan palsu dan Ponzi secara spesifik disebut, syarikat Octowill Trustees Berhad dan Proven Venture Capital. Untuk makluman Kepong, sehingga semakan tengah hari tadi, belum ada mana-mana laporan polis yang dibuat terhadap skim pelaburan palsu dan Ponzi ini. Jadi untuk pasukan Polis bertindak, tentunya kena dimasukkan dulu laporan. Rakan saya dari Kulim-Bandar Baharu bangkitkan tentang isu tembakan di Setia Alam, secara spesifik dia bangkitkan dua perkara. Apakah kerajaan bersedia untuk menimbangkan menambah baik modul latihan pada syarikat pengawal keselamatan swasta dan juga apakah kerajaan mempunyai cadangan untuk meningkatkan garis panduan keselamatan? Baik. Garis panduan keselamatan memang sudah sedia ada. Pertama, di bawah pihak berkuasa tempatan. Kedua, di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ketiga, di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara. Itu sudah pun ada garis
panduan di mana satu pusat perniagaan itu terletak, dia tertakluk kepada garis panduan PBT, garis panduan bomba, garis panduan keselamatan di bawah Ketua Polis Negara. Apa yang baru, apakah kerajaan bersedia menambah baik modul latihan kepada syarikat pengawal keselamatan? Tuan Yang di-Pertua, di negara ini, KDN adalah agensi kawal selia yang mengeluarkan lesen kepada syarikat kawalan keselamatan. Industri kawalan keselamatan ini besar. Dia antara RM10 bilion hingga RM12 bilion setahun. Jadi, syarikat pengawal keselamatan yang kita keluarkan lesen ini, sekitar 1,200 begitu.
Mereka inilah. Sebelum mereka boleh beroperasi, pengawal keselamatan itu kena melalui dahulu modul latihan yang disediakan oleh pasukan polis. Baik, insiden yang terbaru itu, membuka satu dimensi baharu sebab situasi pada waktu itu dalam kompleks membeli- belah, nyawa awam terancam. Dan pusat membeli-belah itu ikut menggajikan atau mendapat perkhidmatan kawalan keselamatan kepada syarikat pengawal keselamatan. Terhadap insiden yang berlaku, saya telah pun mengadakan perbincangan segera dengan persatuan industri keselamatan Malaysia dan mereka menyambut baik dan mereka bersedia untuk memasukkan cadangan itu iaitu menambah baik modul latihan terutama dari segi teori dan amali, tangkapan serta rampasan, rondaan dan kawalan kawasan larangan, komunikasi berkesan, pada moment itu, keselamatan awam diutamakan. Apakah langkah segera yang pengawal keselamatan boleh ambil. Peranan dan tanggungjawab mereka di tempat kejadian sebelum pihak polis sampai. Itu sudah pun dibincangkan ekoran pada peristiwa yang terjadi baru-baru ini. Baik, Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan tentang trend judi online yang semakin meningkat, apakah peranan yang diambil alih oleh kerajaan. Dari segi undang- undang, kita menguatkuasakan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan juga Akta Pertaruhan 1953. Apa yang baru, kita akan menyemak balik dalam pindaan jadual dalam Akta Rumah Judi Terbuka bagi membolehkan langkah berkesan dari segi penguatkuasaan dapat kita ambil. Buat masa ini, langkah yang diambil adalah secara terus-terusan penguatkuasaan yang dibuat. Misalnya, kita laksanakan Ops Dadu, Ops Limau. Ini bagi tujuan mengesan dan membanteras kegiatan judi haram sama ada orang perseorangan ataupun sindiket. Kita juga mengenal pasti modus operandi terkini oleh pihak sindiket yang walaupun sentiasa berubah tapi masih dalam keupayaan pasukan polis untuk mengesannya. Kita juga melaksanakan tindakan pencegahan di bawah undang-undang yang lain seperti Akta Pencegahan Jenayah 1959 atau POCA, Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram atau Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram. Kita juga menyekat laman sesawang perjudian dengan kerjasama SKMM di bawah seksyen 263 Akta Komunikasi. Bahkan kita memotong perkhidmatan utiliti seperti elektrik dan air melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan syarikat utilities. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin beralih kepada soalan yang dibangkitkan oleh YB Batu Gajah tentang keselamatan pelancong, apakah langkah keselamatan yang kerajaan
ambil bagi memastikan keselamatan pelancong yang ketika datang ke Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, sememangnya industri pelancongan ini adalah sektor yang paling strategik kerana dia menyuntik segera pendapatan kepada negara. Misalnya saya ambil contoh dari 1 Disember 2023 hingga 15 Disember 2024, tempoh di mana KDN melakukan liberalisasi visa, membenarkan pelancong daripada beberapa negara untuk berada di sini dalam tempoh yang lebih panjang tanpa perlu memohon visa. Apa hasilnya? Dalam tempoh tersebut, saya ambil pelancong di dalam ASEAN paling ramainya adalah Singapura, Thailand, Indonesia. Di luar ASEAN, pelancong paling ramai adalah China dan India. Pelancong dari China ini sudah menyumbang setahun lepas sepanjang tahun lepas itu sehingga RM16 bilion. Manakala, pelancong dari India pula menyumbang hampir RM4.3 bilion. RM16 bilion dan RM4.3 bilion ini menyumbang pada lebih RM20 bilion dalam masa setahun segera. Apabila dia masuk, dia menginap di hotel, dia menggunakan pengangkutan, dia makan di restoran, dia membeli-belah di sini dan pelbagai lagi perkhidmatan yang kita sediakan. Industri pelancongan ini sangat perlu kita beri perhatian. Peranan KDN adalah memastikan keselamatan mereka terjaga. (i) kita tingkatkan rondaan di kawasan tumpuan ramai pelancong; (ii) kita tambah jumlah pusat kawalan dan pemasangan kamera litar tertutup di lokasi pelancongan utama; (iii) kita tempatkan polis pelancong atau Tourist Police; dan (iv) kita bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dalam memperkasa sistem amaran awal, Malaysia Emergency Response Services untuk memudahkan orang ramai membuat panggilan kecemasan apabila diperlukan. Kita juga tingkatkan kawalan keselamatan di lapangan terbang dan juga pintu masuk sempadan negara dan kita melaksanakan kempen kesedaran keselamatan kepada pelancong melalui risalah papan tanda hebahan dan sebagainya. Dato’ Yang di-Pertua, Kota Melaka, Raub, bertanya secara khusus berkenaan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Saya cuma mengulangi ketika Yang Amat Berhormat Tambun menjawab ketika sesi PMQT iaitu pertama terhadap seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman ini kita akan kenakan moratorium. Semua siasatan juga kita kenakan moratorium dan perhimpunan ke depan hanya memerlukan penganjur memaklumkan atau bahasa Inggeris, to notify the police bagi membolehkan polis membuat persediaan dalam tempoh lima hari. Pada masa yang sama, berbeza dengan setengah daripada persepsi yang cuba dilontarkan bahawa ketika kerajaan ini mengembalikan memegang tampuk kuasa, himpunan aman itu sudah disekat. Begitu gambarannya. Tapi angka tidak menunjukkan begitu. 2023, jumlah pemakluman oleh penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman kepada pihak polis, kiraan hampir 10,000 notification. Total ya 2023. Kecil dan besar. Yang berjalan secara aman tanpa halangan apa-apa, 98 peratus daripadanya. Tahun 2024, lebih kurang 7,000 notification yang dibuat. Yang berlangsung 99 peratus daripadanya.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa kebebasan berhimpun sepertimana tertera jaminannya dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10(1)(b) itu benar-benar dipraktiskan oleh kerajaan hari ini. Tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kalau pun pada akhir himpunan itu polis membuka kertas siasatan ke atas beberapa pelanggaran misalnya, berapa jumlahnya. 1,784. Berapa berakhir dengan pendakwaan, cuma 30. Ya, kerana itulah, kita katakan bahawa anjakan yang kita buat terhadap Akta Perhimpunan Aman ini ialah kita akan pinda, kita akan bentangkan dengan hanya memerlukan pihak penganjur memaklumkan. Izin tuan punya premis juga tidak diperlukan apabila jika sekiranya pindaan akta itu disokong oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Menteri, Menteri. Boleh tanya soalan sikit, Akta Perhimpunan Aman? Saya juga sambut baik apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini tentang pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman. Akta Perhimpunan Aman ini dah lama dibincangkan. Saya sendiri dah pernah bawa cabar keperlembagaan seksyen 95, sebelum ini. Tapi saya fikir yang menjadi masalah sekarang adalah apabila kita masih menggunakan bahasa lama, bahasa yang digunakan semasa dahulu kita guna Akta Polis. Akta Perhimpunan Aman ini dia memberikan tanggungjawab untuk memberi notifikasi tetapi kalaulah kata ada satu perhimpunan itu tidak diberi notifikasi tentang perhimpunan tersebut, perhimpunan itu tidak menjadi perhimpunan haram. Tapi masalahnya kita dengar selalu polis akan cakap tak ada dapat notification maka perhimpunan itu tidak boleh dijalankan. This is not right. It provides dengan izin, satu obligasi tetapi kalau tak ikut tidak menjadikan perhimpunan itu aman, sudah tentu perhimpunan itu haram, sudah tentu nanti mungkin disiasat dan sebagainya. Tapi itu perkara yang berbeza daripada sama ada perhimpunan itu boleh diteruskan atau tidak. Terima kasih YB Menteri. Jadi kita harap bahawa bahasa yang digunakan itu, pendekatan yang digunakan oleh pihak polis itu harus berubah juga sama dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang ada sekarang ini. Terima kasih.
Terima kasih Bangi saya sambut baik. Bangi seorang pengamal undang-undang. Semalam pun kita belajar bagaimana membezakan antara bailable, non-bailable. Yang ini pun kita kena belajar antara unlawful dengan illegal. Ya, semua itu adalah perkara yang kita perhalusi apabila kita membentangkan cadangan pindaan dan saya janjikan satu perkara, libat urus yang intensif akan kita buat dengan semua pemegang taruh.
Dato’ Yang di-Pertua Pekan, Ledang, Hulu Terengganu bangkitkan tentang Akta Hasutan 1948. Semalam waktu saya bentangkan kenyataan Menteri walaupun bertajuk SOSMA, saya telah menyebut bahawa di bawah Kementerian Dalam Negeri kita sudah pun menubuhkan satu pasukan khas untuk meneliti beberapa akta termasuklah selain daripada SOSMA, selain daripada Akta Perhimpunan Aman juga termasuk Akta Hasutan okey. Yang ini ketika Pekan dan Hulu Terengganu berbahas keduanya berbeza. Pekan menganjurkan
supaya kerajaan mengambil tindakan tegas, manakala Hulu Terengganu pula kata jangan sewenang-wenang. Jadi, saya kena respons itu secara fakta. Apa fakta bercerita, apakah Akta Hasutan dalam masa sekarang kerajaan gunakan secara sewenang-wenangnya? Faktanya tidak menunjukkan begitu. Sewenang-wenangnya maknanya pemakaian akta ini kalau berlakulah satu perbuatan yang dianggap sebagai boleh pihak berkuasa invoke atau guna pakai seksyen di bawah Akta Hasutan sewenang-wenang bermaksud lonjakan angka kes yang disiasat. Tapi faktanya tidak menunjuk begitu. Ada tiga keadaan di mana― tiga tahap, tiga tahun di mana jumlah kes yang dibuka IP nya melebihi 100. Berlaku pada tahun 2023 ada 120; 2020, 117; 2015, 109. Jadi, angkanya lebih kurang sama saja. tak adalah dikatakan sewenang-wenangnya. Baik, mari kita tengok berapa pula yang dituduh? 2015 yang dituduh, buka kertas IP satu bab, dituduh lapan. 2020 IP 117, dituduh 30. Baik, 2024 misalnya tahun lepas 94, dituduh lapan. Jadi, istilah sewenang-wenangnya itu boleh hentikanlah, tak ada langsunglah. Baik, keadaan bagaimana kes 94. Saya tadi dipersiapkan oleh pasukan polis keadaan bagaimana yang lapan itu berakhir di pertuduhan mencemuh, menghina, menjatuhkan maruah Yang di- Pertuan Agong dalam bentuk TikTok, dalam bentuk Instagram, dalam bentuk posting Facebook. Institusi Yang di-Pertuan Agong diperlekeh, dihina maruahnya, kedudukannya. Jadi, dalam keadaan itulah akta ini diguna pakai. Yang lain, agama. Dibangkitkan sentimen agama yang boleh membawa kepada mencetuskan ketegangan kaum dan agama pada pertimbangan siasatan pihak polis dan setelah itu diserah pada peguam negara. Demikian banyak yang kita buka 98, lapan saja yang berakhir dengan pertuduhan. Lapan itu pula terkait dengan institusi Yang di-Pertuan Agong dan juga menyentuh tentang sensitiviti agama. Itu saja kewajaran menggunakan Akta Hasutan ini. Itu pun pasukan khas di bawah Kementerian Dalam Negeri kita masih lagi meneliti peruntukan-peruntukan untuk membolehkan akta ini juga dapat menghidu roh reformasi yang kita nak bawa. Baik, saya nak sebut juga yang lain adalah perkara-perkara yang spesifik misalnya Wangsa Maju dia bertanya tentang bila nak buat IPD Wangsa Maju? Terima kasih banyak Wangsa Maju. Sebenarnya kerajaan dah luluskan RM350 juta untuk IPD baru. IPD itu kena bangunkan dulu, bila pembinaannya sudah mencapai 80 peratus barulah KDN akan mohon perjawatan. Dia prosedurnya begitu, lulus sudah, sudah. Apabila pembinaan berlaku sampai 80 peratus siap permohonan perjawatan akan diangkat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membolehkan itu berlaku okey.
Menteri.
Sebelum ini tak ada kelulusan. Sejak Wangsa Maju jadi Ahli Parlimen lulus. Kementerian Ekonomi luluslah bukan saya luluskanlah. Terima kasih.
Menteri saya juga ingin pertamanya merakamkan terima kasih kepada KDN dan PDRM kerana dalam tempoh yang lalu saya telah membangkitkan insiden melibatkan seorang peguam yang telah dipukul dan
diserang di Pulau Pinang. Saya amat berterima kasih kerana suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian itu telah berjaya dikesan. Ada seorang yang berada di luar negara telah pun ditangkap selepas beliau kembali dan telah dituduh di mahkamah. Jadi, bagi pihak Majlis Peguam Pulau Pinang dan peguam saya ingin merakamkan ucapan terima kasih. Sebelum beralih ke isu lain, saya dan Klang telah membangkitkan isu melibatkan larangan terhadap Zakir Naik di mana saya difahamkan pada tahun 2019 pihak polis telah mengenakan larangan ke atas beliau. Tujuan larangan itu dikenakan adalah sebab beliau mengeluarkan ucapan-ucapan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Mengikut rekod yang ada dua perkara telah disebut oleh beliau di Kota Bharu. Satu, beliau mengatakan bahawa orang-orang Cina perlu kembali ke negara China. Kedua, beliau telah menyebut bahawa orang-orang India beragama Hindu lebih cenderung menyokong Narendra Modi berbanding dengan Mahathir dan selepas itu beliau telah disiasat dan larangan telah dikenakan. Soalan saya adalah spesifik, adakah larangan itu telah pun ditarik balik? Kerana baru-baru ini beliau telah berucap di Perlis dan tujuan saya tanya soalan ini Menteri dan pihak yang umum yang ada di sini adalah niatnya bukan untuk menyentuh agama, atau agama Islam. Saya ingin tanya sama ada larangan yang dikenakan ke atas beliau telah pun dibatalkan. Saya umum mengetahui bahawa saya tidak membantah kepada ceramah agama oleh siapa-siapa kecuali ianya melibatkan Zakir Naik spesifik kerana ia― beliau ini merupakan seorang yang boleh mencetuskan kontroversi di negara ini. Terima kasih Menteri mohon penjelasan.
Terima kasih Jelutong. Kes 2019 waktu itu saya Jemaah Menteri juga tapi saya Kementerian Perdagangan. Saya masih ingat dua insiden disebut. Larangan ketika itu adalah kerana pending siasatan dibuat ke atas dua insiden itu, 2019 itu ketika siasatan dibuka dan siasatan dijalankan dalam tempoh itu larangan berceramah dikenakan pada tahun berkenaan. Untuk itu, saya semak balik sekarang, sekarang tidak ada lagi larangan itu sebab dia merujuk hanya kepada tempoh siasatan terhadap dua kenyataan yang dikeluarkan dalam ucapan tak silap di Kota Bharu dan di Perlis. Jadi, menjawab soalan Jelutong apakah sekarang larangan itu, larangan itu tidak lagi sekarang okey ya. Baik, Wangsa Maju saya dah jawab tadi. Saya nak beralih kepada Padang Terap.
YB Menteri.
Padang Terap juga bertanya tentang yang sama iaitu...
YB Menteri.
...berkenaan dengan IPD. Ya.
Boleh. Berkenaan dengan― Terima kasih banyak-banyak YB Menteri yang telah begitu prihatin dan telah membuat satu keputusan yang tepat sekali. Cuma YB Menteri ada menyebut tadi sampai ketika tahap
pembinaan itu 80 peratus baru perjawatan akan tambah dan sebagainya. Tapi untuk sampai kepada tahap 80 peratus siap itu memerlukan beberapa tahun daripada sekarang. Jadi, mohon pertimbangan sekurang-kurangnya kategori B kepada A itu sekarang ini 800 lebih anggota dan pegawai. Kalau dapat tambah pada kategori A itu pertambahan pegawai dan anggota sehingga 1,200. Di antara sekarang hingga 80 peratus siapnya IPD yang baru ini boleh tak dipertimbangkan untuk tambahkan lagi keanggotaan dan pegawai kalau tak sampai ke 1,200 sekurang-kurangnya lebih daripada 800 lebih yang ada sekarang ini. Terima kasih.
Terima kasih Wangsa Maju. Yang di- Pertua, untuk makluman IPD kita ini dia ada gred A, B, C. Gred itu termasuk bukan saja pangkat OCPD tapi juga berapa ramai kekuatan untuk mengawal satu-satu kawasan bergantung kepada populasinya, rekod kes jenayahnya dan segala macam. Hal yang diangkat oleh Wangsa Maju adalah― kerana Wangsa Maju ini nanti akan memiliki IPD baru, maksudnya perjawatan baru. Jadi, mahunya adalah kerana semuanya baru kalau boleh dia nak start dengan gred yang dianggap munasabah kerana dia juga menyinggung bahawa dia mengesan semacam di neighborhood iaitu berlaku trend peningkatan jenayah. Jadi, itu munasabah untuk saya pertimbangkan. Tapi yang kita sebut satu-satu dahulu daripada sebelum ini tak ada kelulusan kita luluskan 350 perjawatan sehingga satu tempoh. Soal grading IPD itu saya ambil maklum dan saya akan bincang balik dengan bahagian logistik Bukit Aman. Padang Terap juga membangkit perkara yang sama. Tapi ini adalah untuk menambahkan perjawatan anggota. Untuk makluman Padang Terap, grednya dulu C tapi sekarang Padang Terap, IPD Padang Terap kita naikkan pada gred B. Itu akan menyusul nanti dengan penambahan perjawatan. Buat masa sekarang kerana Padang Terap itu ada lima balai polis, Balai Polis Kuala Nerang, Kampung Tanjong, Kota Putra, Naka dan Balai Polis Padang Sanai tak termasuk lagi pondok polis, kekuatan 265 anggota dan pegawai kita anggap sebagai munasabah. Paya Besar bangkitkan RELA, Hulu Terengganu juga bangkitkan RELA. Bezanya adalah Hulu Terengganu minta supaya RELA ini kalau boleh anggotanya dibenarkan memiliki senjatalah. Bagi mengawal apa? Kera, beruk, gajah, babi, musuh tanaman.
Saya kata kita bezakan begini. Masalah babi, gajah, beruk, kita serah kepada Jabatan PERHILITAN dahulu. RELA ini biar kita suruh dia membantu pasukan keselamatan, kawasan larangan, tempat larangan, sasaran penting, kelicinan trafik. Kita tumpu yang itu dahulu. Satu ketika dahulu, RELA pernah anggotanya dibenarkan untuk memiliki senjata, tetapi ianya kemudian sudah berubah. Jadi, dasar yang berubah itu kekal sampai sekarang. Tetapi, umpamanya, kalau tuan punya kebun tanaman itu memerlukan senapang, senjata, dia boleh mohon. Tuan kebun itu boleh mohon. Kita akan tengok saiz kebunnya, bilangan pokoknya. Dia sendiri jaga sepenuh masa, dia boleh mohon untuk memiliki lesen senjata.
Saya hendak sebut bahawa― dibangkitkan juga Paya Besar tentang APMM. APMM ini, Tan Sri di-Pertua, dia jaga kawasan keselamatan laut kita daripada pantai sampai 200 batu nautika, zon keselamatan kita. Dia ini adalah barisan paling hadapan mencegah penyeludupan senjata, dadah, penyeludupan migran, pelanunan, kalau berlaku juga kadang- kadang kidnap for ransom. Segala macam. Pencerobohan nelayan asing. Banyak perkara yang mereka kena berdepan. Dalam menjalankan tugas ini, saya berterima kasih kepada Paya Besar kerana bertanyakan apakah kerajaan telah menaikkan peruntukan kepada APMM untuk meningkatkan kecekapan. Jawapannya, ya. 2024, peruntukan APMM RM810.4 juta. 2025, kita naik sehingga RM1.3 bilion DE dan OE. Jadi, pertambahan ini kita manfaatkan untuk perolehan laut, darat dan udara. Misalnya, baru-baru ini ketika kunjungan Presiden Recep Tayyip Erdogan, kita telah memeterai satu perolehan dengan syarikat dari Turki untuk kita memiliki mothership yang sangat penting untuk penggunaan kawalan laut kita oleh APMM. Kita juga dalam masa dua tahun ini, 24 bulan ini akan menerima empat helikopter medium lift AW189 hampir RM600 juta. Kita juga akan review untuk siapkan kapal kita di jeti ataupun di dermaga Pulau Indah. Siap satu, dua masih lagi dalam pembikinan. Itu belum termasuk lagi radar sistem SWASLA dan segala macam. Jadi, ini adalah komitmen berterusan untuk memudahkan dan menguatkan lagi keupayaan APMM. Padang Besar bersama juga Langkawi membangkitkan soal perairan...
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit, Yang Berhormat? Sedikit boleh?
Ya.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana ada komitmen untuk kita meningkatkan untuk APMM. Cuma, dalam perbahasan saya, saya bangkitkan secara dasarnya bagaimana untuk kita memperkasakan sistem pertahanan lapisan kedua Malaysia. Second line of defense ini penting. Di bawah Yang Berhormat, saya sebut RELA dan APMM termasuk SRS dan APM. Tetapi, saya faham di bawah Yang Berhormat, RELA dan APMM. Cuma, saya hendak tahu, adakah ada komitmen supaya RELA juga dapat diperkasakan dari segi kebajikan, dari segi upah mereka dan kelengkapan mereka? Dahulu mereka ada senjata, tetapi sekarang ini senjata telah ditarik balik. Bagaimana untuk kita memperkasakan second line of defense? Kerana, bagi saya, RELA juga mempunyai keupayaan yang menyeluruh untuk kita pastikan bukan sahaja first line of defense di negara kita dapat diperkuatkan tetapi second line of defense yang melibatkan komuniti ini juga dapat diperkasakan dengan kebajikan dan teknologi yang terkini. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Paya Besar. RELA― elaun, insentif, latihan kompetensi, itu adalah satu tumpuan yang diberikan oleh KDN
sekarang. Termasuk sekarang untuk kita meneliti cadangan untuk menaikkan kadar elaun penugasan kepada anggota RELA berdasarkan kepada tanggungjawab dan risiko penugasan. Ini berlaku dari masa ke semasa. Pelbagai insentif juga kita berikan. Pakaian seragam itu sudah tentu tetapi perlindungan insurans berkelompok, faedah kesihatan kepada anggota RELA. Biar dia rasa kebajikan dia terjaga. Tetapi, pada masa yang sama, kemahiran mereka juga perlu ditingkatkan. Oleh itu, latihan berterusan diberikan mengikut standard dan piawaian seperti Program Sistem Latihan Dual Nasional berinsentif termasuk juga Sistem Kemahiran Malaysia – Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti. Benar, mereka menjadi second line of defense. Sebab itu kita tingkatkan penugasan mereka di sempadan membantu pasukan penguatkuasaan yang lain. Kawasan larangan, tempat larangan, mereka paling dominan dari segi itu. Maknanya bukan lagi soal trafik dan jaga waktu kenduri kendera ataupun keselamatan kampung. Sekarang memang kita tingkatkan keupayaan itu. Terima kasih, Paya Besar. Saya ada juga menyentuh tadi Hulu Terengganu tentang RELA, APMM dan Padang Besar bangkitkan soal keselamatan maritim. Langkawi― sebenarnya dia sebut secara spesifik ada masalah korupsi dan rasuah di kalangan anggota APMM. Jadi, Langkawi, kalau ada maklumat yang macam itu, saya sarankan segera buat laporan kepada SPRM. Pendirian kami di KDN, bukan sahaja APMM, seluruh agensi di bawah, takkan ada perlindungan kepada pelaku yang terlibat perbuatan seperti itu. Dalam ucapan, Langkawi menyebut secara spesifik....
Saya....
...Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah korupsi rasuah. Oleh kerana rasuah ini territory SPRM dan kalau dikatakan anggota APMM terlibat, saya segera mencadangkan kepada Langkawi terus ke SPRM Kedah ke, ibu pejabat ke, sekarang pun boleh, laporkan terus. Silakan.
Terima kasih. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya juga bangkitkan bukan sahaja soal rasuah. Seperti mana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang kampung menceritakan plastik timbul itu. Perkara ini amat sukar untuk disahkan kerana ini orang kampung yang memberi laporan, saya hanya memaklumkan sahaja. Insya-Allah, Yang Berhormat Menteri, saya akan lakukan sekiranya ada unsur-unsur begitu. Tetapi, bukan itu sahaja, Yang Berhormat, yang saya bangkitkan. Saya juga mencadangkan supaya pos-pos keselamatan kecil diadakan di sekitar sempadan dengan Thailand kerana dari Thailand ke Els Golf Club itu hanya 30 minit dengan bot nelayan sahaja. Jadi, amat dekat. Sekiranya mereka ada di kawasan-kawasan tersebut, jadi orang kampung pun feel more confident, dengan izin. Dan juga mereka, kalau boleh, Yang Berhormat, saya minta jugalah supaya diselitkan juga, dibekalkan juga mereka ini dengan pegawai-pegawai SPRM bersama APMM di sana.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih, Langkawi. Saya sambut baik. Langkawi, untuk makluman, daripada Perlis sampai ke Sabah, pos hadapan kita ini dijaga oleh PGA. Jumlahnya 151. Untuk tahun pertama saya di KDN, saya tengok pos mereka sangat usang, sangat daif sedangkan mereka mengawal sempadan negara yang strategik. Segera kita dapatkan peruntukan off budget pada masa itu sebesar RM45 juta dan kita tukar semua wajahnya. Semua sekali dari Perlis sampai Sabah. Semua sudah berubah, dari segi kita naik taraf. Baik. Kawasan sempadan di utara, selain daripada pagar keselamatan yang sudah ada― tetapi penyelenggaraannya memakan modal yang sangat besar, Yang Berhormat. Sebab itu kita opt kepada teknologi dan inovasi. Sekarang kita sedang buat proof of concept kepada penggunaan dron yang mengawal sempadan di Padang Besar dan kita juga akan keluarkan di sempadan Thailand, Rantau Panjang–Sungai Golok untuk buat POC juga, untuk mencari yang terbaik bagi membolehkan bahawa kawalan sempadan menggunakan teknologi dengan satu pusat kawalan, dia boleh menghantar maklumat kepada pasukan operasi. Itu rencana kita. Silakan, Tasek Gelugor.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ini berkait tetapi berbeza. Agensinya berkait dengan isu integriti dalam pasukan penguat kuasa. Yang Berhormat Menteri pun maklum bahawa saya akan timbulkan persoalan mengenai pegawai-pegawai Imigresen yang ditangkap oleh pihak polis, didedahkan oleh media pada 9 Januari 2025, disahkan oleh laporan polis bertarikh 24 April 2024, seramai 27 orang pegawai Imigresen dari Wilayah Persekutuan ditangkap oleh pihak polis kerana berada dalam kelab malam. Ini bertentangan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen bertarikh 18 November 2019.
Jadi, saya just nak dapatkan update dan ini tidak berkait dengan SPRM. Adakah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan sendiri telah mengambil tindakan tatatertib kepada mereka ini yang ditangkap oleh pihak polis, yang jelas melanggar arahan daripada Ketua Pengarah Imigresen ini?
Terima kasih Tasek Gelugor yang juga menyampaikan secara bertulis kepada saya dan saya nilai ini sebagai tanda prihatin, tak mahu perkara-perkara ini berlaku. Baik, apa tindakannya? Tentunya di peringkat jabatan, dia ada satu SOP berkenaan dengan pelanggaran tatatertib diambil. Akan tetapi kadang-kadang, tindakan tatatertib itu pun tidak menggerunkan. Maknanya, sambil kita preach berterusan tetapi hal masih berlaku. Misalnya, sambil kita bicara soal ini, ada yang baru ini dikesan, pegawai yang tidur, kemudian terdedah bahawa dia memiliki beberapa pasport asing. Itu apa sebenarnya berlaku? Iaitu tuan punya pasport tak payah keluar, dia sepatutnya keluar tapi kalau dia dah
ada pegawai contact yang macam itu dan ini isu integriti, rasuah, salah guna kuasa, abuse of power semua ini. Dia tak keluar tetapi cop itu dikatakan keluar. Ha itulah, kemudian dibayar. Hal ini bila dikesan, saya baru sahaja diberikan penjelasan oleh Ketua Pengarah Penjara, tindakan telah diambil. Walaupun ini unik sikit individu ini, walaupun diambil tindakan diarah bertukar, dia tak pergi tempat baru. Dia hilang. Tak apa, dia tak akan terlepas daripada tindakan yang diambil. Jadi, hal ini sebenarnya hal yang menjadi tumpuan utama kepada bukan sahaja kepada saya dan kakitangan saya di peringkat KDN, malah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tak mampu kita melihat dua tiga insiden seperti ini. Akibatnya, terpalit wajah hodoh kepada komitmen berterusan pegawai-pegawai Imigresen yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kita tak boleh compromise keadaan yang sebegini sebab mereka bertugas di kawasan pintu masuk sempadan.
Just for record, saya rasa tadi ada kesilapan. Bukan penjara, Imigresen yang diarahkan pindah tadi, yang dipetik oleh Menteri. Akan tetapi saya just nak dapat confirmation Yang Berhormat Menteri, adakah tindakan disiplin tatatertib telah diambil kepada 27 orang yang ditahan ini? Kalau tak ada maklumat- sebab saya tak timbulkan dalam perbahasan hari itu. Kalau tak ada, tak apalah. Kemudian mungkin ada jawapan yang bertulis, yang boleh diberikan.
Baik, saya akan jawab secara bertulis sebab angkanya besar, insidennya 9 Januari. Apakah sudah ada keputusan terhadap inkuiri? Saya akan maklumkan kepada Tasek Gelugor dalam masa terdekat. Silakan Kota Baharu.
Yang Berhormat Menteri, saya bagi masa tambahan lima minit sahaja.
Ya.
Lima minit. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Menteri. Saya ucap terima kasihlah di atas penerangan Menteri semalam oleh Yang Berhormat, yang memberikan perincian mengenai SOSMA ini yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada tahun 2012. Justifikasi, penambahbaikan, cadangan mahkamah khas dan juga hasrat kerajaan ini. Saya ingin mendapat satu penjelasan yang sejelas-jelasnya mengenai dasar kerajaan sekarang ini berhubung dengan Akta SOSMA 2012 ini, berdasarkan kepada beberapa fakta yang ditimbulkan sebelum ini. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pada masa itu Yang Amat Berhormat Tambun pada masa itu Ketua Umum PKR, dipetik dalam satu laporan mengatakan bahawa, ‘SOSMA lebih teruk berbanding ISA – Anwar Ibrahim’. Dalam content ini, oleh sebab pada masa itu kerajaannya PH 1.0 lah. Dinyatakan bahawa Peguam Negara- Jelutong ada. Tommy Thomas menegaskan SOSMA akan dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Baik, itu yang pertama. Saya ingin penjelasan mengenai perkara dasar ini. Itu soalan saya yang pertama ya, Yang Berhormat. Kedua, pada tahun 2022, khususnya pada tanggal 23 Mac 2022. Kerajaan pada masa itu melalui Menteri Dalam Negeri telah membawa satu usul untuk melanjutkan tempoh
penguatkuasaan SOSMA ini di bawah seksyen 4(5), Akta SOSMA tetapi kerajaan pada masa itu telah gagal mendapat sokongan lanjutkan subseksyen 4(5) SOSMA itu dengan kekalahan 84:86. Pembangkang 86, termasuk Jelutong lah, kerajaan 84. Kalah, kalah usul ini dan dalam Hansard ini, saya tengok- ya lah, kebetulan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu pada masa itu tak hadir. Tak tahulah sebab apa, pergi mana ya. Tak hadir. Baik. Seterusnya pada 20 Julai 2022, Menteri Kewangan pada masa itu bawa satu lagi usul untuk membatalkan keputusan menolak SOSMA. Pada masa itu, kerajaan telah menang 104 undi dan juga 83. Saya check tengok, Kulim-Bandar Baharu tak mai juga. Tak tahulah sebab apa, kan? Berdasarkan kepada statement Yang Amat Berhormat Tambun pada masa itu dan dua insiden yang berlaku ini, penolakan kerajaan yang ada pada hari ini terhadap SOSMA, sila Yang Berhormat nyatakan dengan jelas, apakah pendirian sebenar kerajaan pada hari ini berhubung dengan SOSMA ini? Nak hapus ke, nak tambah baik ke, nak apa ke? Buat. Itu yang saya hendak. Akhir sekali Yang Berhormat, semasa tahun 2024, khususnya pada bulan November 2024, satu penangkapan yang begitu besar telah dibuat terhadap satu organisasi yang bernama GISB Holding Sdn Bhd (GISBH). Tangkapan kepada ketua, pengikut, ahli dan sebagainya, melibatkan banyak isu. Ekoran daripada tangkapan ini dibuat, SUHAKAM telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi, Press Statement No.29 – 2024 _ ‘SUHAKAM Urges the Authorities Reconsider the Use of SOSMA in GISB Detentions’. SUHAKAM kritik penggunaan SOSMA dalam kes GISBH. Persoalan saya- terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri dan KDN menunjukkan semalam, satu video yang jelas. Tak ada rakyat di Malaysia ini yang tak bersetuju KDN ambil tindakan terhadap jenayah terancang, berat, dahsyat itu yang berlaku dalam negara Malaysia. Akan tetapi apakah jenayah terancang? Sila nyatakan kepada Dewan ini dan juga rakyat Malaysia. Apakah jenis jenayah terancang yang dikatakan dilakukan oleh kumpulan GISBH yang diketuai, yang dianggotai oleh orang-orang yang mukanya tak nampak jenayah langsung? Makcik-makcik tua yang jalan pun dah nak rebah dah, ditahan di bawah SOSMA dan dituduh melakukan jenayah terancang. Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya tunggu sampai habis, terima kasih. [Tepuk]
Yang Berhormat, sebenarnya saya bagi lima minit untuk Yang Berhormat Menteri untuk jawab.
Baik, baik. Terima kasih. Tunggu, jangan sampuk saya. Saya minta sabar, dengar. Sekarang giliran saya jawab.
Jadi, saya bagi tiga minit sahaja untuk jawab.
Baik. Sekarang giliran saya untuk menjawab. Kota Bharu dengar, tekun, tak payah bangun. Okey?
Saya dengar, saya dengar.
Ha, dengar. Baik.
Tak payah habaq.
Kenapa GISB kita masukkan di bawah siasatan jenayah terancang? Dia comply dengan 130V untuk kita takrifkan sebagai jenayah terancang. Apa dia jenayah terancang? Jenayah yang dilakukan oleh dua atau lebih orang yang mempunyai tujuan yang spesifik, yang memberikan pulangan sama ada kewangan atau kuasa. Apabila pihak polis membuka siasatan ke atas GISB, dia tengok semua sekali akta- akta yang ada. Hari itu, saya bentangkan dalam Penyataan Menteri, lebih daripada 10 akta yang kita guna pakai, termasuk SOSMA. Apabila kita kelaskan dia begitu, apakah elemen yang berlaku di situ? Dia tak semestinya kekejaman, yang kita nampak sampai darah, otak bersepai, tak. Yang ini, dalam bentuk bagaimana eksploitasi ke atas kanak-kanak untuk tujuan kewangan. Itu jelas. Sebab itu, bukan sahaja kita tahan. Kita bukan tahan makcik pun. Kita bawa mereka ke muka pengadilan, sekarang sedang dibicarakan, Yang Berhormat. Jadi ditanya, apakah wajar kita katakan bahawa 130V dengan ciri-ciri organized crime ada kepada kumpulan ini? Maka, itu diguna pakai. Terjawab. Apakah berlakunya sekarang? SOSMA, yes. Sudah pun dituduh dan sekarang sedang dibicarakan di mahkamah terbuka. Itu yang pertama.
Kedua, yang dibangkitkan soal percubaan pertama, tidak dapat undi, percubaan kedua baru lepas. Yang Berhormat, ketika itu Larut berada di tempat saya. Percubaan kali pertama tidak lepas. Kemudian berlaku perundingan ya, Larut berhubung dengan saya. Saya masa itu Ketua Setiausaha Pakatan Harapan. Bagi justifikasi, kita bagi taklimat di Parlimen. Pihak polis bagi justifikasi, kenapa Ahli Parlimen kalau ada titik temu kepentingan bersama demi memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam. Percubaan pertama tidak lepas, percubaan kedua apakah boleh diberikan sokongan? Larut berhubung dengan saya. Saya kumpulkan semua Ahli Parlimen di pihak kami dan diberi penerangan. Ada soal jawab yang jelas. Sebab itu, undian kali kedua lepas dan lepas itu valid untuk lima tahun berakhir pada tahun 2027. Itu dinamakan sunset clause, 2027 kena bawa lagi sekali kepada Ahli Dewan ini untuk mendapatkan persetujuan. Itu sunset clause-nya. Maknanya, pemakaian SOSMA itu bukan sewenang-wenangnya sebab kena renew lesen dia setiap lima tahun dan disinilah tempat kita buat kerja itu. Itu yang kedua. Ketiga, soal bangkit saya tidak hadir...
Boleh, boleh, sekejap...
Nantilah sekejap. Itu isu dia. Bagi saya jelaskan.
Tak, yang tadi, yang sebut tadi.
Nanti sekejap. Itu isu dia. Saya sabar Yang Berhormat bangkit tiga, empat perkara. Saya boleh duduk...
Okey, lepas ini. Lepas ini, lepas ini.
Karang saya bagi. Floor saya. Duduklah dulu. Yalah, soal nak sindir saya datang tidak datang, saya nak jamin satu perkara,
kedatangan saya dalam Dewan jauh lebih baik daripada rekod Marang hadir dalam Dewan. Itu fakta. [Tepuk] Kalau cakap satu, dua undian saya tidak hadir, apa sangatlah nak jadikan isu. Rekod saya lebih baik daripada rekod Marang hadir dalam Dewan. Itu fact. Toksah duk bahas lagi... [Tidak jelas] Baik.
[Dewan riuh]
Baik, saya dah tahu soal akan disebut kontradiksi, antara komitmen lama, Tambun ke, kita ke, dengan apa yang berlaku sekarang. Ini hujah politiklah. Saya nak tegaskan bahawa semalam dalam Minister Statement saya dengan jelas, daripada 73 kesalahan di bawah SOSMA, ada perkara yang kita kekalkan. Akan ada perkara yang kita akan review balik termasuk dalam soal ikat jamin, akan ada. Bermaksud 73 kesalahan itu Ahli Yang Berhormat, kalau atas nama menjaga keamanan dan ketenteraman negara dan nyawa rakyat dan harta benda, tanggungjawab kerajaan adalah memberikan keutamaan kepada perkara-perkara ini. Ini penegasan yang kita buat. Kalau soal diungkit dulu, Tambun buat kenyataan kata ini kejam, zalim nak buat, itu sebagai satu kenyataan – hari ni tak buat umpamanya. Serupalah sebelah sana pun. Negara Islam nyawa kami.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Hudud ini nyawa kami, 33 bulan jadi kuasa, satu ayat, satu akta pun tidak bentang dalam Dewan ini.
[Dewan riuh]
Saya boleh sebut yang sama. Apakah komitmen Yang Berhormat sudah berubah untuk menegakkan negara Islam, sebagai cita-cita perjuangan PAS?
Yang Berhormat.
Apakah Yang Berhormat sudah berubah dari segi komitmen...
Minta penjelasan.
...Untuk melaksanakan hudud dalam negara kita?
Jawab SOSMA. Apa kaitan...
Minta penjelasan.
Sekejap.
Jawab SOSMAlah.
Yang Berhormat, jawab SOSMA. Ini isu SOSMA.
Jawab SOSMA tu. [Pembesar suara dimatikan]
Sila duduk Arau.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sebab Yang Berhormat nak main politik, saya jawab politiklah.
Jawab SOSMA.
Bukan politik Yang Berhormat.
Dengar dulu, dengar dulu. Dengar Menteri.
[Dewan riuh]
Mic, mic.
Dia jawab SOSMA.
Yang Berhormat Menteri, sila gulung. Ya, sila gulung.
Saya hendak gulung sekarang ya. Sebab itu saya jawab yang kedua, yang ketiga dan yang kedua secara fakta. Yang pertama itu sebenarnya soalan politik. Saya pun jawab politik. Saya boleh tanya apakah PAS sudah gugurkan cita-cita untuk laksanakan hudud? Kata hudud itu nyawa, dia takkan kata dia dah gugurkan. Itu saja. Isunya apa dia, apakah kita bersedia mengekalkan prinsip keadilan? Dalam soal ini, SOSMA ada kaitannya dengan nyawa dan ketenteraman awam. Komitmen kerajaan tidak berubah untuk mempertahankan keutamaan ini. Aquulu Qoulii Hadza. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tadi kata hendak bagi laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Apa kena mengena hudud dengan yang ini Yang Berhormat?
Pendirian berubah.
Sekarang saya jemput Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Pendirian berubah secara teruk.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja semasa pembukaan Dewan tempoh hari dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar ada di sini. Saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Paya Besar telah menyeru Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 untuk perhebatkan peranan serantau serta mengoptimumkan sinergi perdagangan dengan kuasa ekonomi utama. Izinkan saya berkongsi bahawa sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia memainkan peranan penting dalam memimpin dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan peranan ASEAN sebagai pemain utama di pentas global. Sehubungan itu, dalam memastikan kestabilan
geopolitik dan sosioekonomi serantau serta sinergi perdagangan dengan kuasa-kuasa ekonomi utama yang berada di paras optimum, Malaysia memfokuskan beberapa strategi bersempena Kepengerusian ASEAN 2025. Malaysia terus mendorong untuk menjadikan ASEAN lebih berdaya saing dalam perdagangan global dengan mengoptimumkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN dan meluaskan akses pasaran melalui perjanjian-perjanjian seperti RCEP serta memperkuatkan lagi kerjasama dalam sektor digital, teknologi, inovasi dan kelestarian melalui rundingan naik taraf perjanjian dagangan sektor barangan ASEAN, ASEAN-China FTA dan juga ASEAN- India FTA. Dari segi integrasi digital dan ekonomi hijau, Malaysia akan memberi penekanan kepada transformasi digital dengan memperhebatkan penggunaan teknologi dalam sektor perdagangan, logistik dan kewangan di seluruh ASEAN. Malaysia juga menggalakkan kerjasama dalam ekonomi hijau di mana ASEAN boleh memanfaatkan peluang dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, teknologi mesra alam dan juga pembangunan lestari. Jadi, pendekatan ini akan memperkukuhkan lagi daya saing ASEAN dalam konteks perubahan iklim dan pembangunan yang berterusan. Untuk mempromosikan kestabilan geopolitik dan keamanan serantau, Malaysia akan mengambil langkah aktif dalam memastikan ASEAN memainkan peranan penting bagi meredakan ketegangan geopolitik terutamanya di kawasan Laut Cina Selatan. Malaysia akan memimpin usaha untuk memperkukuh diplomasi serantau dan mendorong penggunaan prinsip ASEAN centrality dalam penyelesaian isu-isu keselamatan serantau. Ini juga termasuk memperhebatkan kerjasama keselamatan siber dan pertahanan serantau untuk menangani cabaran keselamatan global. Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan ASEAN sebagai pemain penting dalam ekonomi dunia, Malaysia akan terus memainkan peranan dalam memperkukuhkan hubungan ASEAN dengan kuasa-kuasa ekonomi utama dunia seperti Amerika Syarikat dan China bagi memperluas kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan. Selain itu, Malaysia turut boleh menggerakkan ASEAN untuk memperkukuhkan pertahanan ekonomi serantau dengan meluaskan sektor ekonomi selain daripada perdagangan tradisional seperti dalam sektor kewangan, perkhidmatan dan ekonomi digital. Ini juga boleh melibatkan usaha untuk memperkukuhkan ketahanan rantai bekalan serantau agar ASEAN tidak terlalu bergantung kepada satu sumber ekonomi atau pasaran tertentu. Jadi, selaras dengan perkara ini, MITI selaku peneraju tonggak ekonomi ASEAN telah menetapkan sasaran Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan atau dengan izin Priority Economic Deliverables bagi tahun 2025 yang berteraskan kepada empat teras: (i) ekonomi yang inklusif; (ii) pasaran rantaian bekalan yang bersepadu; (iii) pelaburan dan kewangan hijau; dan (iv) daya tahan digital.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya nampak Yang Berhormat Ledang pun ada di sini. Jadi Yang Berhormat Ledang membangkitkan aspek pendigitalan dalam semua perjanjian perdagangan dan persiapan pendigitalan Malaysia yang termasuk untuk komuniti perniagaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pendigitalan sememangnya unsur penting yang ditekankan dalam perjanjian perdagangan di era digital ini. Sehingga Januari 2025, Malaysia telah memeterai tujuh perjanjian perdagangan antarabangsa yang mempunyai komitmen pendigitalan. Ini termasuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Itu perjanjian ASEAN dengan rakan-rakan dagang iaitu Australia, China, Jepun, Korea Selatan dan juga New Zealand. Perjanjian Perdagangan Dua Hala dengan Turkiye dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan UAE yang baru dimeterai pada 14 Januari 2025. Jadi, melalui perjanjian-perjanjian tersebut, persekitaran digital yang lancar dan selamat untuk perdagangan barangan, perkhidmatan dan pergerakan data akan diwujudkan. Ini sekali gus akan meningkatkan daya saing perdagangan negara serta membawa peluang baru bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan. Jadi, antara manfaat yang diraih komuniti peniaga terutamanya PMKS di Malaysia adalah:
(i) meluaskan jangkauan pasaran mereka di peringkat serantau dan antarabangsa melalui peraturan perdagangan digital yang diselaras dan halangan perdagangan yang dibanteras; (ii) memanfaatkan alat dan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti; (iii) mendapat peluang pembiayaan baharu untuk perkembangan perniagaan terutamanya melalui kemudahan teknologi kewangan (fintech); dan (iv) meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka dengan memanfaatkan program latihan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan. Jadi kerajaan sememangnya memastikan supaya dasar pendigitalan akan memanfaatkan usahawan-usahawan tempatan. Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (Malaysia Digital Economy Blueprint) menyasarkan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran digital yang penting dan mewujudkan persekitaran yang terangkum di mana tiada usahawan ketinggalan dalam ekonomi digital. Pelaksanaan agenda pendigitalan MDEB diterajui oleh Kementerian Digital yang juga MDEC yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat sendiri dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi. Di bawah MDEB ini, MITI melalui agensi kami iaitu MATRADE secara instrumental menyokong PMKS untuk merebut peluang capaian pasaran yang disediakan melalui rangkaian rantai nilai serantau.
Jadi, ini termasuk yang diusahakan oleh di bawah perjanjian perdagangan dengan rakan dagang strategik Malaysia. Dalam tempoh 2021-2024, MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan sejumlah hampir 300,000 PMKS yang berjaya mengeksport ke luar negara melalui pemasaran di platform e-Dagang yang seterusnya menjana RM867 juta jualan eksport. Selain itu, PMKS juga boleh memanfaatkan perkhidmatan teras MATRADE dalam program penggalakan eksport dan mendapatkan maklumat pasaran. Jadi, MATRADE mempunyai rangkaian besar di luar negara. 49 pejabat di bandar komersial utama di seluruh dunia termasuklah di Asia Tenggara. Ini diperkukuh dengan pangkalan data pembeli dan daripada pelbagai sektor di seluruh dunia untuk memudahkan PMKS Malaysia menjangkau pasaran sesama peniaga atau pasaran business to business. Jadi Puan Yang di-Pertua, saya sudah menjawab soalan mereka yang hadir dalam Dewan ini. Yang tidak hadir saya akan jawab secara bertulis.
Ya, baik. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan?
Boleh, boleh saya...
Sekejap, saya tak nampak dia ada. Sorry Yang Berhormat. Yang Berhormat ada jawapan.
Ada? Okey.
Ada tak apa.
Tak nampak. Okey, ini ada. Panjang soalan Yang Berhormat, sekejap ya. Kubang Pasu minta maaf. Yang Berhormat Kubang Pasu, minta maaf ya Puan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat Kubang Pasu membangkitkan tentang tindakan strategik MITI bagi mendepani kemungkinan ancaman tarif oleh pentadbiran Amerika Syarikat serta inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu. Jadi, Malaysia memang sebagai sebuah negara dagang secara konsisten berpegang pada dasar ekonomi yang neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana kuasa ekonomi dunia. Kita kekalkan perhubungan diplomatik yang seimbang dengan negara-negara yang dikategorikan sebagai kuasa besar dan negara-negara sedang membangun dan juga negara- negara dunia ketiga. Jadi pendirian berkecuali ini meyakinkan para pelabur asing yang mencari persekitaran yang stabil dan selamat untuk pelaburan mereka di Malaysia. Jadi, kita secara aktif akan terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi selamat dan neutral untuk pelaburan dan menekankan sejarah panjang kestabilan ekonomi, dasar pro perniagaan dan juga lokasi strategiknya di Asia Tenggara.
Jadi dalam masa yang sama, tindakan yang di —Mitigasi serta langkah-langkah strategik sedang dalam tindakan kementerian termasuk satunya kita nak pilih untuk menggunakan pendekatan dengan izin, soft diplomacy to engage dan bukannya kita buat combative dengan mengadakan perbincangan dan libat urus secara berterusan dengan kementerian, dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (Department of Commerce) dan juga Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (United States Trade Representative). Keduanya...
Bolehkah?
Boleh, boleh.
Terima kasih beri laluan Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah kerana Yang Berhormat Menteri mulakan balik rundingan tentang FTA dengan European Union. Ini satu tindakan yang baik sebab kita hentikan perundingan ini sudah lama. Bila agaknya FTA dengan European Union ini akan dimeterai? Itu pertama. Keduanya, dari apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bagaimana Yang Berhormat Menteri nampak nilai perdagangan bagi tahun ini bagi Malaysia? Adakah menurun, meningkat? Begitu juga dengan pelaburan. Terima kasih.
Mengenai FTA dengan EU, perbincangan itu dihentikan pada tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu yang kita rasa tidak memberi kesan positif dan limpahan yang positif kepada ekonomi Malaysia. Tetapi baru- baru ini terutamanya dalam sektor-sektor yang sebelum ini sektor sensitif seperti palm oil contohnya. Amerika lebih terbuka dengan prinsip yang kita ada ataupun regulation undang- undang yang kita ada di sini. Oleh itu, kita lebih optimistik yang insya-Allah, perundingan yang dimulakan semula di antara Malaysia dan EU ini boleh dimuktamadkan dalam masa 12 hingga 18 bulan terutamanya dengan isu—isu yang lain yang sedang berlaku di dunia. EU nampaknya lebih terbuka juga untuk berunding dengan negara-negara di Asia Tenggara termasuklah Indonesia dan sebagainya. Keduanya, soalan itu agak susah kerana ini nak meramalkan sasaran baharu dalam situasi ekonomi ataupun geopolitik yang tidak menentu. Ini kerana ada banyak simulasi yang dilakukan oleh kementerian bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkaitan yang menunjukkan bahawa ekonomi dunia ini walaupun akan berkembang tetapi dari segi perdagangan akan ada pergantungan kepada keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh Amerika Syarikat. Kita dapat lihat apakah keputusan-keputusan baru-baru ini contohnya besi dan keluli dikenakan tarif 25 peratus dan juga kepada jiran-jiran Amerika Syarikat seperti Mexico dan Kanada selain daripada China. Oleh itu, kalau kita lihat sasaran pertumbuhan KDNK kita, dia ada korelasi dengan perdagangan. Kita punya sasaran pada masa inilah, pada masa ini adalah di antara empat hingga lima peratus pertembungan perdagangan.
Untuk menjawab juga soalan yang dikemukakan semasa penggulungan, Yang Berhormat juga ada mencadangkan kita perluaskan rangkaian eksport produk Malaysia. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kubang Pasu supaya kita tengok pasaran baharu seperti Asia Tengah, Timur Tengah juga Benua Afrika berdasarkan strategi kepelbagaian eksport. Ini terutamanya kerana kita lihat negeri Kedahlah terutamanya pengeksport utama daripada bahan E&E ini belum lagi masuk ke rangkaian export product di kawasan-kawasan yang saya sebut tadi. Kita juga perlu melihat bagaimana FTA-FTA yang disebut tadi, EU contoh satu. Kita juga perlu melihat pada FTA-FTA yang lain seperti yang saya sebut tadi RCEP, CPTPP, ASEAN FTA untuk kita gunakan lebih luas lagi dan memastikan PMKS juga terlibat dalam pengeksportan barang-barang Malaysia. Jadi kita —Memang saya mengakui kita tidak terlepas daripada impak pelaksanaan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan di peringkat global kerana ekonomi kita terbuka termasuk dengan geopolitik dan dasar baharu yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Jadi, itu yang penting pembukaan saya.
[Bangun]
Tadi kita menekankan komitmen terhadap dasar bebas dan berkecuali. Di dalam masa yang sama kita mestilah bersikap terbuka di dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain. Oleh itu, kita kena juga fokus kepada pelaburan yang berkualiti. Kita nak mengamalkan strategi fokus negara (country focus strategy) dan mengenal pasti peluang-peluang pelaburan, mengambil kira persekitaran geopolitik semasa dan hala tuju negara-negara rakan kongsi termasuklah dasar-dasar baharu yang akan diperkenalkan bukan sahaja oleh Amerika Syarikat, mungkin negara-negara lain juga...
[Bangun]
Jadi, dengan ini akan menguatkan —Berjumpa dengan pemain-pemain industri yang mengeksport terutamanya ke negara-negara Amerika Syarikat dan juga ke EU dan China.
[Bangun]
Menteri, boleh sedikit
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ada sedikit persoalan dan kebimbangan sekiranya kita terlampau memberi tumpuan sangat kepada tarif yang dikenakan kepada US. Fahaman saya, bila imposed tariff yang dikenakan US kepada Kanada, Mexico, China adalah untuk memastikan defisit US trade balance itu berkurangan. Akan tetapi, US Census Bureau, Yang Berhormat Menteri telah menunjukkan data 20 tahun yang lepas kalau kita lihat 2001, trade balance US sahaja minus USD400 billions. Tahun lepas, USD1.2 trilion. Bermakna tidak ada penurunan dari segi untuk mengurangkan
trade deficit. Kalau kita lihat dengan China Yang Berhormat Menteri, sama juga. Dua tahun lepas berada pada kadar 280 bilion defisit antara US dengan China. Sebenarnya US ini nak apa Yang Berhormat? Kalau imposed tariff ini semata-mata untuk kurangkan trade deficit, saya tak lihat itu. Jadi bagaimana Yang Berhormat lihat dalam simulasi yang dibuat oleh kementerian, adakah mereka mempunyai strategi yang lain? Daripada kita tumpukan kepada tarif, saya lebih berminat untuk kerajaan kita memperluaskan diversification untuk eksport produk kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya akan jawab sekejap soalan Paya Besar, lepas itu saya hendak jawab soalan Tanah Merah pun ada dalam perbahasan, lepas itu mungkin saya boleh jawab soalan. Biar saya jawab soalan Tanah Merah dahulu.
Saya dengan Tanah Merah sama.
Sama, soalan sama.
Geely, PROTON, Geely, betul Tanah Merah?
Okey. Tapi boleh saya jawab Paya Besar?
Baik, silakan.
Okey. Mengenai kenapa Amerika Syarikat atau Trump hendak mengenakan tarif ini. Kita percaya motivasi Trump hendak mengenakan tarif ini kalau melihat melalui kenyataan beliau, tujuan utama dasar tarif ini adalah untuk membawa semula industri ke dalam Amerika Syarikat serta mengimbangi perdagangan yang tidak adil dengan negara lain supaya mereka dapat membuat pekerjaan untuk rakyat Amerika Syarikat. Keduanya, nampaknya beliau juga ingin menggalakkan syarikat global membina kilang di Amerika Syarikat bagi mengelakkan tarif tinggi. Kalau kita, contohnya Malaysia memang ada trade surplus dengan Amerika Syarikat, jumlahnya pun hampir sampai RM73 bilion. Bukanlah besar dibandingkan dengan negara-negara lain tetapi masih lagi positif. Saya bagi contoh paling besar ialah Vietnam, dia punyai trade surplus yang ketiga terbesar selepas Mexico dan juga Kanada. Tetapi pada masa yang sama, implikasinya memang tidaklah berapa baik kalau ada dikenakan tarif kepada Malaysia ataupun negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana rantaian bekalan global terutamanya bagi sektor ini Yang Berhormat tahulah. Untuk sektor semikonduktor dan juga automotif dan termasuk farmaseutikal ini saling berkaitan dan sangat kompleks. Kerana automotif pun sekarang banyak menggunakan cip semikonduktor untuk kenderaan masing-masing dan tarif tinggi ini akan meningkatkan kos import ke pasaran US serta mempengaruhi harga akhir produk-produk. Silakan Yang Berhormat, sebelum saya jawab...
Ya. Saya dan Yang Berhormat Tanah Merah membangkitkan persoalan tentang keadaan PROTON dan Geely. Nampaknya kebelakangan ini banyak model-model PROTON ini asalnya model Geely dan ianya memberi – macam Geely ini mengambil kesempatan atas status PROTON sebagai national car kita. Kalau difahamkan juga, saya dapat aduan daripada ramai pihak vendor yang mereka tertekan dengan polisi Geely dengan PROTON. Tidak ada penglibatan R&D yang signifikan untuk membangun kepakaran PROTON. Dan apa jadi pada new automotive policy di bawah Yang Berhormat Menteri? Apa impak dia yang berkenaan dengan national car kita?
Terima kasih Machang dan terima kasih juga Yang Berhormat Tanah Merah. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2017 – ini mengenai PROTON dululah. Salah satu daripada program transformasi PROTON adalah pelaksanaan operasi berasaskan wakil-wakil niaga atau naik taraf pusat 3S, 4S yang baru ini Yang Berhormat Tanah Merah bangkitkan usaha kerajaan untuk membantu pengedar bumiputeralah terutamanya PROTON. PERODUA dia okey, yang PROTON kan? [Ketawa] Jadi, oleh itu kalau kita tengok salah satu pencapaian operasi dan kewangan memang ada standard dialah untuk 3S dan 4S. Semua wakil niaga dan servis telah disarankan untuk menggaji dan seterusnya membuat pelaburan untuk meningkatkan tahap SIRIM dan pelan perniagaan PROTON. Jadi, kita memang perlu menggalakkan penyertaan dan menyokong pengoperasian pengedar Bumiputera. PROTON telah melaksanakan beberapa program. Program RISE Initiative, program mentor-mentee, automotive business boot camp, Latihan Pemilik dan Ketua Pengedar (Dealer Principal Training), sesi khas antara pengedar dan pengurusan PROTON, sesi khas bersama pengedar dan pihak bank dan juga insentif khas bagi pengedar yang menaik taraf. Inilah yang saya difahamkan tetapi mungkin Yang Berhormat Tanah Merah boleh beri lebih pencerahan apakah isu yang mungkin PROTON tidak – yang perlu buat lebih daripada apa yang mereka perlu buat sekarang. Ini kerana bagi kita, kita ada memantau pembangunan dan apa-apa input yang positif ataupun apa-apa komprehensif boleh membantu MITI juga.
Menteri boleh? Ringkas saja. Yang Berhormat Menteri, kenapa saya bangkitkan sebab kita lihat pengedar bumiputera khususnya kini di ambang dalam kepupusan. Banyak dealer, dealer bumiputera satu demi satu gulung tikar. Kalau dulu, kalau bumiputera mempunyai – menghadapi masalah, mereka akan pergi ke MITI. MITI ialah bapa dan ibu tempat mereka mengadu untuk masalah yang mereka hadapi dengan main principle PROTON ataupun PERODUA, tetapi kini tak ada. Saya hendak katakan kenapa. Sebab kebanyakan dealer 1S terdiri daripada bumiputera, 3S ada bumiputera tetapi kebanyakannya bukan bumiputera. 1S hanya boleh menjual tiga model sahaja, sedangkan 3S semua model.
Jadi, sudah tentu apabila satu pelanggan datang ke dealer bumiputera yang 1S mereka tengok, ada X50? Tak ada. Ada X70? Tak ada. Ada S70? Tak ada. Jadi, ini yang ketidakadilan itu yang menyebabkan akhirnya mereka bungkus. Saya harap sangatlah Yang Berhormat Menteri, tolonglah kasihanilah bumiputera. Apa tujuan kita wujudkan – apabila Tun Dr. Mahathir mewujudkan PROTON itu untuk menggalakkan penyertaan bumiputera. Tapi akhirnya matlamat itu satu demi satu – contohnya di Kuala Lumpur, kosong, tak ada langsung pengedar bumiputera PROTON. Jadi, akhir sekalilah Yang Berhormat Menteri, saya mengharaplah Yang Berhormat Menteri tanyalah. Saya tahu Yang Berhormat Menteri rajin, very dedicated, bawa pelabur masuk, tetapi janganlah di luar sahaja, yang dalam ini pun kena jaga juga. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sikit ya, boleh? Komen. Ini inputlah kepada MITI. Benar, apa yang Tanah Merah bangkitkan itu sebenarnya ada banyak lagi masalah dalaman PROTON yang saya fikir MITI perlu campur tangan. Sebabnya, kita tahu PROTON ini ada special status. Jadi, bila ada partnership yang bagi saya nampak merugikan PROTON in the long run dengan izin, maka MITI perlu masuk campur. Benarkah Geely menganaktirikan pakar-pakar tempatan dalam PROTON? Vendor- vendor kita ditekan, diminta kurangkan kos. Ini sukar, market kita kecil banding dengan vendor daripada China. Memanglah tak mampu nak bersaing. Jadi, you see they are dumping their vendors product to our shore and it affects our vendors. Jadi, MITI perlu interfere dan bantu kita punya ...
Satu lagi last point saya, Machang. Yang Berhormat Menteri, satu lagi saya hendak tanya contohnya, kita rasa negara kita tertipu apabila Geely pada asalnya buat maklum kereta elektrik PROTON akan dipasang di Malaysia, pemasangan di Malaysia, akan diedarkan kepada Asia Tenggara dan saya percaya MITI pun bagilah geran, insentif pelbagai-bagai. Tetapi malangnya, dia pergi ke Thailand, dia kata tak, pemasangan yang jual di Thailand akan dibuat di Thailand. Jadi, kalaulah mereka-mereka ini, contohnya bukan sahaja Geely lah, yang lain-lain ini, apabila kita dah bagi insentif, dah bagi geran, kalau mereka gagal menunaikan janji-janji mereka, apakah tindakan MITI terhadap mereka-mereka yang janji manis kepada kita dulu? Terima kasih.
Ya. Sama juga. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu ke mana pergi hilangnya peluang pekerjaan berpuluh-puluh ribu yang Tambun kata kalau Tesla masuk, Elon Musk akan bagi semua itu kepada rakyat Malaysia.
Yang Berhormat, ini waktu Menteri menggulung.
Anak muda tanya saya, mana-mana peluang pekerjaan ini Yang Berhormat Menteri.
Sila duduk.
Yang Berhormat Menteri, jangan bagi pencelahan lagi.
Tak apalah, bagilah. Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Tanah Merah terima kasih kerana isu- isu yang dibangkitkan. Mungkin apa yang MITI boleh buat. Kita ada contohnya ada automotive development fund (ADF), ini yang diperkenalkan pada tahun 2020. Setakat ini hampir RM18 juta daripada RM20 juta peruntukan ADF telah dibelanjakan untuk menaik taraf premis pengedar-pengedar PROTON. Cuma mungkin kita boleh memberikan lebih perhatian dan fokus. Saya akan berbincang dengan kementerian, saya dapat faham isu yang dibangkitkan oleh Tanah Merah contohnya tidak ada bumiputera yang ada taraf 3S, 4S di Kuala Lumpur. Kalau kita lihat, berdasarkan data yang PROTON bagi, bumiputera PROTON telah dapat 50 daripada 71 pengedar bumiputera PROTON. Cuma, mungkin tidak ada yang di Kuala Lumpur. Jadi, kita kena lihat bagaimana kita hendak memastikan bukan sahaja di luar Kuala Lumpur, tetapi juga di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Machang, kita akan buat sesi libat urus dengan PROTON dan juga Geely kerana mereka – memang betullah dari segi isu ini pernah saya bincang dengan pihak PROTON di mana ada rantaian bekalan yang kita hendak pastikan bukan sahaja membawa kilang-kilang daripada negara China terus datang ke Malaysia dan ini akan mengakibatkan pengilang- pengilang tempatan kita, vendor kita tertekan kerana dari segi scale, economies of scale mungkin tidak dapat compete dengan syarikat-syarikat China ini. Oleh itu, pada masa yang sama, insentif-insentif yang disebut tadi mesti memastikan yang rantaian bekalan itu mestilah datang daripada negara kita. Kalau tidak insentif-insentif itu tidak boleh diberi. Jadi, kita akan mengkaji semula apa yang disebut itu tadi terutamanya mengenai hak pemasangan EV di Malaysia ini khususnya di Tanjong Malim. Perancangannya nampaknya jangka panjang dan ada banyak kos yang perlu dibuat oleh pihak PROTON dan Geely.
Pada masa yang sama, kita akan pastikan pekerjaan dalam bidang kejuruteraan, pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusannya. Dalam fasa pertama kilang ini bagi EV, untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran EV ini, melibatkan vendor-vendor milik negara kita, orang kitalah terutamanya golongan yang ada interest dalam automotive industries ini.
Menteri, untuk Temerloh ada menyuarakan tentang pelaburan domestik. Kita hendak responslah sebab di Temerloh sudah tutup satu kilang yang besar, kilang kertas. Jadi, kita mengharapkan pelaburan masuk untuk domestik terutamanya kita melihat dari segi keperluan makanan ikan terutamanya ikan patin,
ikan sungai. Jadi maknanya, perkara ini sangat penting dilihat. Jadi, saya hendak responslah yang saya utarakan dalam perbahasan lepas. Terima kasih.
Okey, hendak menjawab Machang fasal Tesla juga. Mengenai Tesla, memang dalam perbincangan kita dengan Tesla sebelum ini, dia akan mulakan dengan membuat operasi dari segi charging dan sebagainya. Buka kilang itu masih lagi dalam perbincangan, ada beberapa negara lain dalam Asia Tenggara pun memang ingin menjemput Tesla. Tetapi buat pada masa ini, semasa kita berbincang dengan Tesla, mereka dari segi competition-lah dengan... [Dicelah] [Ketawa] Okey, saya tidak boleh sebutlah. Tetapi, ada kereta-kereta lain memang agak terkesan. In fact, the number of cars dengan izin, yang dijual telah — tidak boleh — yang diramalkan, disasarkan ini tidak dapat dicapai kerana kereta yang lebih baik dan lebih murah yang dikatakan lebih baik daripada Tesla. Oleh itu, dia telah menangguhkan. Satu kilang sahaja di Asia sebenarnya, di China. Itulah sebab sebenarnya. Bila kita pun tanya, apa jadi? Dia kata belum lagi buat keputusan. Tetapi saya rasa, dia akan hanya buat kalau komersial akan dapat pendapatan yang positif kepada syarikat Tesla.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya suka jawapan yang jujur dan berterus terang sebegini. Jangan macam Tambun, dia lambung angka, lepas itu tidak ada.
[Dewan riuh]
Pelaburan domestik ini saya tidak ada jawapan mengenai sektor itu. Cuma, memanglah pelaburan domestik itu juga penting. Kalau kita lihat daripada sembilan bulan pertama, 45 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan sebenarnya pelaburan domestik. Cuma, yang sektor kertas itu kita kena berhati-hati kerana sektor itu adalah sektor yang tidak begitu tinggi nilainya, tetapi pada masa yang sama memang masih diperlukan. Cuma dari segi carbon emission dan sebagainya agak tinggi, jadi kita perlu memastikan kelestarian industri-industri yang datang melabur ke dalam negara kita. Jadi, itu sahajalah jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya minta Kementerian Pertahanan untuk mula menjawab.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan membahaskan isu-isu berkaitan pertahanan negara. Saya mulakan dengan YB Larut, Tanah Merah, Merbok dan Pendang yang telah membangkitkan persoalan-persoalan mengenai kontrak perolehan 28 unit helikopter oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kontrak helikopter yang telah dimeterai oleh kerajaan adalah kontrak kerjasama awam swasta menggunakan pendekatan pajakan aset. Ia melibatkan 28 unit helikopter pelbagai jenis bagi kegunaan pelbagai agensi mengikut keperluan masing-masing.
Dalam hal ini, saya ingin menjawab beberapa perkara. Pertama, mengapa kerajaan memilih pendekatan memajak berbanding membeli terus atau outright purchase, dengan izin. Sebenarnya, pendekatan pajakan ini bukanlah sesuatu yang baharu dan asing dalam perkhidmatan kerajaan. Kontrak pajakan sedia ada seperti kontrak GOCOM dan juga SPANCO. Namun, bagi pajakan aset strategik melalui kerjasama awam swasta seperti ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia. Pendekatan pajakan ini dipilih atas sebab-sebab berikut. Pertama, untuk menghadapi cabaran ketersediaan aset strategik negara yang rendah akibat kekangan kewangan kerajaan. Ketidakcukupan atau ketersediaan aset strategik merupakan satu isu yang kritikal kepada negara. Malangnya, sekali pun kita menyedari perkara ini, kerajaan masih tidak dapat melakukan penambahan aset yang mencukupi kerana kekurangan dana. Tambahan pula, penyahtauliahan ataupun decommissioning pesawat Sikorsky atau lebih dikenali sebagai Nuri oleh Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2020 telah mewujudkan satu jurang dari segi bilangan helikopter fleet Tentera Udara Malaysia. Ini sekali gus menambah beban penugasan helikopter-helikopter sedia ada yang terpaksa digunakan secara berlebihan walaupun telah usang. Jika dilihat kepada Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau CAP55, kita memerlukan sekurang-kurangnya 36 helikopter agar keupayaan kita berada pada tahap optimum. Namun realitinya, TUDM hanya mempunyai 12 helikopter sekarang. Malah, perbandingan pemilikan aset kita dengan negara-negara jiran khususnya dalam berhadapan dengan cabaran geopolitik serantau yang semakin sukar menyaksikan yang ketersediaan aset kita berada pada tahap yang tidak optimum dan sangat memerlukan intervensi yang segera. Terdapat banyak kritikan dan laporan di luar sana yang menegaskan negara perlu memiliki aset-aset moden dan strategik, tetapi negara tidak berupaya untuk merealisasikannya. Perkara ini membawa kepada satu situasi yang sering disebut oleh para pakar dan anggota pertahanan di luar sebagai lease or do without situation dengan izin, iaitu situasi yang menuntut sama ada kita memajak atau kita terpaksa berpuas hati untuk tidak mempunyai aset-aset baharu. Dalam erti kata lain, jika kita menunggu hanya untuk memperoleh aset melalui kaedah pembelian secara terus, adalah tidak mustahil kita akan terpaksa terus menunggu lebih lama atau mungkin kita langsung tidak akan mempunyai aset- aset strategik yang diperlukan negara sampai bila-bila sedangkan jika kita memilih pendekatan pajakan, kerajaan tidak perlu membayar pendahuluan atau membayar bayaran kemajuan atau progress payment dengan izin, ataupun mengeluarkan pembayaran modal CapEX. Ini kerana di bawah kontrak pajakan helikopter ini kerajaan akan hanya mula membayar komitmen apabila telah menerima dengan sempurna helikopter yang dibekalkan kelak. Itu pun bayaran tersebut adalah secara bulanan mengikut kegunaan dan dipecahkan sepanjang tempoh 15 tahun. Sedangkan jika kita membeli aset-aset ini secara terus, kita perlu mengeluarkan kos dan membuat bayaran bermula dari sekarang walaupun kita belum
mendapat aset yang dikehendaki. Kita mesti melangsaikan semua bayaran pembelian tersebut sebelum kita boleh menerima sebarang aset.
Yang Berhormat Menteri...
Ini bermakna melalui kaedah pajakan, kerajaan dapat memperoleh aset-aset yang berkos tinggi, canggih dan moden seperti helikopter tanpa perlu menyediakan peruntukan yang besar sekali gus ataupun dengan izin, upfront full payment. Oleh itu, bersandarkan realiti ketidakcukupan dan tahap ketersediaan aset yang rendah dan kekangan dana kerajaan yang berterusan, maka kita memilih untuk mendapatkan aset-aset yang diperlukan ini menggunakan kaedah pajakan.
Terima kasih Yang Berhormat MENHAN. Saya minta maaflah ya, saya ada — jika pendapat saya ini mungkin tidak selari dengan Yang Berhormat MENHAN sebab saya ini penyokong kuat Yang Berhormat MENHAN. Tetapi hari ini saya demi negara, demi keselamatan negara, saya terpaksa mungkin berlainan pendapat dengan Yang Berhormat MENHAN. Yang Berhormat MENHAN, Yang Berhormat MENHAN telah mengatakan kenapa kita pajakkan ini satu line sahaja iaitu kewangan terhad. Kita tidak ada dana yang mencukupi dan kita hendak supaya keadaan negara kita optimum, so kita kena buat pajakan.
Sebenarnya ada dua, tiga isu tapi saya nak sentuh fasal pajakan. Pajakan ini terlampau mahal isunya. Yang diuar-uarkannya, okey, kita boleh terima pajakan malah TUDM pun telah pun membuat sewaan daripada syarikat Weststar sendiri. Empat helikopter, AW139 pada tahun 20- tak salah saya 2020 yang mana kita sewa empat helikopter selama empat tahun sebanyak RM265 juta. Jadi, kalau RM265 juta bahagi empat, bahagi empat tahun sewaan satu helikopter hanya bererti sewanya hanya RM16.56 juta. Bererti setahun sewa helikopter yang sekarang ini yang TUDM tengah pakai sekarang ini, hanya melibatkan RM16.56 juta sebuah helikopter setahun. Tapi kalau kita campurkan yang 28 helikopter ini, kalau RM16.56 juta kali 28 helikopter kali 15 tahun, hanya baru RM7 bilion. Tak sampai RM7 bilion. Now, kita sewa RM16.56 juta, jauh beza. Ini yang persoalan rakyat tanya. Yang Berhormat MENHAN, ini duit rakyat, ya. Saya tak sentuh lagi fasal spec. Tolonglah Yang Berhormat MENHAN. Janganlah sebab- Ini anak-anak cucu cicit kita yang akan menanggung. Terima kasih.
Yang Berhormat, terima kasih atas pandangan yang diberikan itu. Saya tahu niat Yang Berhormat baik tapi kalau Yang Berhormat dengar sehingga keseluruhan jawapan saya, maka Yang Berhormat boleh bezakan antara penyewaan melalui GOCOM dengan pajakan yang kita lakukan melalui kontrak yang baru ini. Jadi kena tunggu sampai saya habis semua sekali menjawab... [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Saya tunggu.
...Barulah Yang Berhormat boleh buat rumusan mengenai perkara-perkara yang kita bangkitkan pada hari ini.
Saya nak tanya Yang Berhormat satu soalan saja, ringkas saja. Adakah Yang Berhormat MENHAN merasakan- sendiri Yang Berhormat. Personally. RM16.56 juta ni justify. Adakah ia justify? Terima kasih.
Dari jawapan saya itu nanti Yang Berhormat boleh buat rumusan. Perkara kedua, mengapa kita memilih pajakan ini ialah kerana kesiagaan. Isu kesiagaan aset-aset seperti helikopter ini. Kita dapati bahawa isu tahap kesiagaan (service servility), dengan izin, atau pun kebolehgunaan aset sedia turut menjadi cabaran yang serius yang kita hadapi selama ini. Dalam soal ini, kajian oleh Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2017 mendedahkan bawah tahap kesiagaan pesawat-pesawat yang dimiliki oleh TUDM ketika itu adalah tidak optimum dan tidak seperti yang ditetapkan. Kajian ini mendapati tahap kesiapsiagaan pesawat sedia ada berada pada hanya 43 peratus berbanding keperluan 70 peratus minimum yang ditetapkan. Malah, agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan sebagainya turut mengalami isu yang sama akibat daripada proses penyelenggaraan dan pembaikan yang tidak efisien dan insiden kemalangan ataupun kerosakan teruk. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum, sekalipun kita memiliki aset-aset strategik ini sendiri, peruntukan untuk mendapatkan alat gantian dan proses senggaraan yang memakan masa masih menjadi cabaran yang tidak dapat dielakkan. Maka bertitik tolak daripada realiti ini, salah satu perkara utama yang ditekankan dan menjadi faktor pemilihan pendekatan pajakan oleh kerajaan adalah kemestian di pihak syarikat untuk memberi jaminan tahap kesiapsiagaan pesawat. Kita mensyaratkan yang pihak syarikat wajib memastikan yang kesiapsiagaan minimum helikopter berada pada sekurang-kurangnya 85 peratus pada setiap masa. Sebelum ini, aset-aset kita kesiapsiagaannya hanya dalam 40-45 peratus bila kita memiliki. Tetapi apabila kita menggunakan pendekatan pajakan menyeluruh ini, syarat mesti 85 peratus. Jadi, di bawah pendekatan ini kesiapsiagaan pesawat setiap bulan akan disusun menggunakan konsep penyelenggaraan Power By the Hour (PBH) dan ini dapat dilakukan kerana kesemua alat-alat ganti pesawat mestilah disediakan oleh syarikat pada setiap masa dan bukannya dibeli hanya apabila diperlukan. Perkara ini dilakukan bagi memastikan turnaround time pesawat yang di selenggara mematuhi jadual dan mencapai bilangan jam penerbangan yang dipersetujui. Konsep ini berbeza dengan kerja-kerja maintenance, repair, overhaul (MRO) yang lazim diamalkan. Ini kerana di bawah MRO biasa, masalah sering timbul akibat peruntukan yang diberikan untuk MRO tidak mencukupi atau alat gantian mengambil masa yang panjang untuk dibekalkan, sekali gus, menyebabkan proses selenggaraan memakan masa yang lama. Dalam erti kata lain, apabila kita menggunakan pendekatan pajakan, pihak syarikat tidak
boleh memberi alasan ketiadaan helikopter kerana ia sedang di selenggara atau rosak kerana syarikat daripada mula mesti mempunyai bekalan-bekalan spare part.
Okey, Dato’ Menteri.
Dan sekiranya pihak syarikat gagal memastikan jaminan 85 peratus kesiagaan tersebut dicapai, maka bayaran oleh kerajaan kepada syarikat akan dikurangkan.
Okey, Yang Berhormat Menteri. Saya percaya sahabat saya Ketereh tengah menunggu penyelarasan pencen, ya sebelum berterusan ni. Saya nak tahu Dato’ Yang Berhormat MENHAN. Yang Berhormat MENHAN semua bercakap ialah tentang kebaikan pajakan, kebajikan tetapi apakah ia kebaikan untuk angkatan tentera? Adakah ia mengikut spec atau tidak? Ini yang persoalan saya yang saya bangkitkan. Adakah ia boleh buat underslung? Apakah, saya percaya, saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin kata boleh tapi tak apa. Tapi bagi saya kalau Yang Berhormat kata boleh buat underslung sebab ini basicsebab Nuri dulu boleh. Nuri dulu boleh tetapi dalam nak membuat underslung ini pun juga, ya kalau Dato’ Seri- Yang Berhormat MENHAN kata brosur mengatakan boleh, masalahnya kita tak ada buat uji kaji. Nak beli barang kita kena buat test. Dato’ Seri beli kereta pun buat test drive dulu. Ini tak ada uji kaji terus kita buat keputusan pajakan. Kenapa saya kata begitu sebab kalau Dato’ Seri boleh tunjukkan kepada kami semua Ahli Dewan ni, mana negara yang ada AW149 yang boleh membuat underslung meriam? Saya ambil contoh. Nuri dulu. Ini saya ada keratan akbar ini. [Sambil menunjukkan keratan akhbar] Keratan akhbar, saya buat research ni. Pada keratan akhbar pada tahun 79. Nuri yang mana terpaksa meriam ini dijatuhkan kerana ia membahayakan apabila angkat ini, underslung ini, dia tak stabil, terpaksa dilepaskan dan meriam tu rosak terus tak boleh pakai. Ia berlaku di- Ia berlaku 12 November 2009 di Sungai Temin, Kedah. “Telah terpaksa dijatuhkan atas sebab keselamatan.” Ini yang sudah ada underslung punya underslung, yang boleh underslung. Begitu juga di Gubir, jatuh juga. Sebab itu saya percaya A149 ni tak boleh buat underslung dan kalau Dato’ Seri nak mencabar juga, apa salahnya- kenapa kita tergesa-gesa buat kontrak ini? Kenapa tak buat uji nilai? Kenapa tak ada test dulu? Dan kalau bolehlah, kalau Dato’ Seri kata boleh buat underslung, boleh tak buat panggil demonstrasi, panggil semua Ahli-ahli Parlimen untuk tengok. Buktikan boleh underslung. Terima kasih. [Tepuk]
Yang Berhormat Tuan Speaker, semua perkara yang dibangkitkan itu ada dalam jawapan saya dan saya perlu ikut jawapan yang diberikan mengikut apa yang telah diatur supaya bukan sahaja saya perlu beri penjelasan dalam Dewan ini tetapi rakyat di luar sana mesti dengar semua apa yang nak dinyatakan. Jadi, jangan diganggu. Kalau tidak sekerat-kerat, banyak perkara tak sampi ke rakyat di luar sana dan bila rakyat tak tahu perkara sepenuhnya maka mudahlah untuk diputar belit. Jadi, atas sebab itulah - perkara yang dibangkitkan itu memang ada dan bila sampai masa.
Jadi Yang Berhormat sabar saja lah. Jadi jangan diganggu sebab yang pentingnya bukan sahaja dalam Dewan ini, rakyat di luar sana pun nak dengar. Betul ke tuduhan yang mengatakan tidak ada asas untuk membeli helikopter ini secara pajakan dan harganya sangat tinggi. Jadi, lepas itu baru kalau Yang Berhormat nak soal dan sebagainya. Sebab semuanya ada dalam jawapan yang nak diberikan.
Saya tunggu.
Jadi, ketiga, perkara ketiga, mengapa ianya berbeza. Kita menggunakan pendekatan ini iaitu kita gunakan pajakan dan bukannya pembelian secara terus kerana pemindahan risiko kepada syarikat. Sekiranya kita membeli semua pesawat ini, bukan sahaja kesemua kos yang terlibat sebaliknya segala risiko yang berkaitan dengan pemilikan helikopter ini akan turut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun, di bawah pendekatan pajakan, kesemua risiko penyediaan dan pemilikan fleet tersebut menjadi tanggungjawab kepada pihak syarikat. Maknanya pihak syarikat perlu mengambil insurans sepanjang pajakan ini. Secara tidak langsung, pemindahan beban dan risiko pengurusan kepada pihak syarikat menyebabkan agensi-agensi pengguna boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas operasi udara. Perkara ini secara langsung memberi ruang meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Sebab yang keempat Tuan Yang di-Pertua, kita memilih pendekatan pajakan kerana pendekatan pajakan merupakan amalan yang turut menjadi pilihan dalam pengurusan aset- aset strategik atau aset-aset keselamatan di banyak negara Perancis, United Kingdom, Kanada, Norway, Sweden, Australia dan juga negara-negara jiran di rantau Asian seperti Singapura, Indonesia dan Filipina. Isu kedua yang dibangkitkan adalah sama ada harga yang dibayar oleh kerajaan melalui pajakan ini tinggi dan tidak munasabah. Yang Berhormat Larut buat perbandingan kos yang dikeluarkan negara Poland dalam pembelian 32 unit helikopter jenis yang sama ini dengan harga kira-kira RM8.5 bilion yang dibeli pada tahun 2022 berbanding harga pajakan 28 unit helikopter bernilai RM16.6 bilion oleh Kerajaan Malaysia. Tadi, Yang Berhormat pun kata setelah dibuat kira-kira berasas pada GOCOM lebih kurang RM7 bilion lebih. Betul menggunakan hujah Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Larut, kalau kita mengambil harga yang dibayar oleh Poland tersebut sebagai rujukan dan asas untuk membeli secara terus 28 helikopter yang diperlukan oleh pelbagai agensi ini memang kita perlu membayar kira-kira RM7.5 bilion. Sepintas lalu, nilai ini mungkin kedengaran murah berbanding harga yang dibayar oleh kerajaan iaitu RM16.6 bilion. Tetapi realitinya, harga tersebut hanyalah harga pembelian helikopter. Manakala RM16.6 bilion di bawah kontrak pajakan ini merangkumi pakej menyeluruh selama 15 tahun yang merangkumi antara lain penyelenggaraan dalam dan luar pangkalan seperti MRO dan simpanan alat-alat gantian. Kedua, latihan dan kursus kepada kira-kira 1,300 juruterbang dan kru penerbangan.
Ketiga, pemindahan kemahiran dan latihan berterusan kepada jurutera dan juruteknik agensi-agensi pengguna. Keempat, penyediaan perlindungan insurans mencakupi aset kesemua kru, penumpang dan pihak ketiga. Kita tahu sekarang semua aset kita tak ada insurans. Tetapi ini selama 15 tahun akan dikenakan insurans dan sudah tentulah ...
Yang Berhormat Menteri, ringkas saja. Maaf.
Sudah tentulah kos ...
Saya nak kena celah ini. Sikit sebelum Yang Berhormat.
... kos, kos pembiayaan dan penjimatan.
Okey. Yang Berhormat MENHAN sikit saja. Yang Berhormat, kesemua hujah okey, kalau betullah nampaknya Yang Berhormat mempertahankan. Memanglah tanggungjawab Yang Berhormat untuk mempertahankan keputusan kerajaan, dah buat pun. Tetapi Yang Berhormat, kalau betul, kenapa tak nak buat tender antarabangsa? Kenapa tatakelola kata nak G2G? Ini bukan G2G. Ini kepada pihak swasta. Itu maksud saya. Kalau kita buat tender antarabangsa, kita akan dapat yang terbaik. Mungkin, saya percaya kalau tender antarabangsa, pasti tak akan sampai RM16 bilion. Kemudian Yang Berhormat kata cover insurans. Satu soalan yang saya nak tanya Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat boleh jawab, bagus. Kalau tidak, jawapan bertulislah. Adakah jika AW ini, adakah insurance company akan cover AW149 jika membuat underslung? Insurans akan cover atau tidak? Saya rasa Yang Berhormat tak tahu. Ya. Saya yakin insurans tak akan cover. Terima kasih.
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri. Sikit lagi. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan Menteri. Kalau daripada respons Yang Berhormat Menteri tadi, dia ada empat faktor yang dikira, diambil perhatian iaitu MRO and sparing, training, knowledge transfer, insurance. Yang Berhormat, kalau kita membeli barang-barang aset, ini perkara yang biasa. Dia bukan tidak, dia bukan luar biasa. Biasa. Kita beli barang mana-mana industri pun, ini di antara pakej yang kita minta. Kalau ia bagikan harga ini, kami nak ini perkaranya. Itu benda biasa. Jadi, yang kami cuba bawa ialah seperti yang dikatakan oleh Tanah Merah tadi, kenapa dia tidak buat secara terbuka bidding. Kerana di sana, kita akan mendapat pilihan- pilihan yang lebih terbaik, yang terbuka. Itulah sistem perbendaharaan yang sebenar. Mohon jawapan. Lagi satu Menteri, kalau rasanya pihak kementerian dah buat segala cost benefit analysis, Jerantut ada mengangkat supaya why not bawa ke dalam PAC supaya boleh di- detail-kan di dalam PAC.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanah Merah bangkitkan soal mengapa tak buat international tender dan juga tender ataupun pembelian procurement antara kerajaan dengan kerajaan. Isunya ialah apabila kita mengguna pendekatan ini, dia mestilah pihak yang membekal itu bersedia untuk mengeluarkan satu jumlah kewangan yang besar. Ini tak terpakai kalau procurement antara kerajaan dengan kerajaan. Maknanya macam soal ini, syarikat yang berjaya itu mesti mampu untuk menyediakan satu jumlah kewangan yang besar bagi membolehkan ia membayar pada OEM. Jika tidak OEM tak kan melaksana. Itu sebab saya kata ada kos kewangan. Untuk makluman, soal insurans itu dia cover semua sekali termasuk underslung. Jadi untuk makluman, jadi atas sebab itulah ini sangat-sangat berbeza. Saya nak tekankan juga untuk saya berikan gambaran yang jelas terhadap perkara-perkara yang saya katakan yang pajakan itu bukan sahaja untuk membeli helikopter tetapi termasuklah MRO. Kita ambil contoh, sekarang ini kita mempunyai 12 helikopter senggaraan yang kita buat 12 unit helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu EC725. Bagi senggaraan 12 unit helikopter selama 15 tahun bermula dari 2014 hingga 2029, kita ambil kira itu. Sebab helikopter ini milik tentera udara. Kita beli milik kita. Sekarang ini yang kita cakap, kita tak guna pendekatan itu kita pajak. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi komponen badan dan sistem helikopter dan kira-kira RM650 juta bagi komponen enjin. Ini bermakna kita membelanjakan sebanyak RM1.85 bilion bagi tujuan senggaraan 12 unit helikopter selama 15 tahun. Jumlah ini bersamaan dengan kira-kira 154 juta bagi seunit helikopter. Perlu diingat, jumlah ini adalah berdasarkan kos atau harga yang telah bermula pada tahun 2014 iaitu 10 tahun yang lepas. Ini juga Yang Berhormat, hanyalah peruntukan yang diluluskan. Yang Berhormat pun pernah jadi Timbalan Menteri Pertahanan. Setiap tahun pihak servis perkhidmatan memohon peruntukan yang lebih tinggi tetapi peruntukan yang diluluskan tidak sebagaimana yang mereka kehendaki. Jadi atas sebab itulah ...
Yang Berhormat Menteri. soalan saya yang terakhir.
Atas sebab itulah ...
Ini yang terakhir. Lepas ini tak nak tanya dah.
Atas sebab itulah tahap kesiagaan berada di paras yang rendah iaitu hanya 40 peratus. Dengan jumlah peruntukan yang diberi untuk penyelenggaraan sekian banyak hanya boleh mencapai 40 peratus. Sekarang ini, syarikat ini dikenakan minimum 85 peratus untuk kesiapsiagaan helikopter-helikopter.
Okey Yang Berhormat Menteri. Ini yang akhir ini. Okey sebab saya harap sangatlah, tolonglah sentuh penyelarasan pencen ya.
Pencen, kemudianlah. [Ketawa]
Ya. Sebab itu saya nak tanya soalan lain. Pasal helikopter ini lah, ya. Yang Berhormat, isu sewaan ini apa pun jua Yang Berhormat Mehan cakap bagi rakyat Malaysia memang mahal. No doubt, memang mahal. Tapi bagi saya AW149 yang dibekalkan kepada anggota tentera kita, malangnya bagi saya ia tak ikut spec. Sebab ia, 149 ini dia buat untuk commercial spec, dia bukan dibuat untuk military spec. Jadi, dia terpaksa ubah suai.
Jadi, sebab itu saya tanya soalan, Yang Berhormat masih belum jawab. Boleh kah underslung? Boleh atau tidak? Tolong jawab itu. Tak perlu rewang, rewang, rewang. Boleh tak boleh? Itu saja. Terima kasih. Kerana apa? Kerana underslung ini kena ingat kenapa tadi saya cerita tadi, kalau memang berat memang boleh. Sebab kalau dia buat kargo, kargo ini boleh goyang-goyang tak apa. Tapi kalau meriam ini, dia kena stabil. Dia punya muncung kepala lebih berat daripada belakang. Jadi, sebab itu saya tanya tadi mana negara yang ada A149 yang boleh buat underslung? Saya percaya juga walaupun Datuk Seri kata tadi insurans cover, saya percaya tak cover. Terima kasih. Boleh underslung ke tidak?
Tadi tentang—terima kasih Menteri. Tadi tentang pajakan, kalau Menteri ingat, Kementerian Pengangkutan juga kita bersetuju dengan kaedah pajakan iaitu kita ambil tren dengan kaedah pajakan G2G pada nilai RM10.7 bilion. Jadi, sebenarnya apa yang kami tekankan adalah cara perbendaharaan tersebut. Kalau you buat secara G2G, insya-Allah harganya lebih baik, lebih rendah dan kos tersebut kita boleh buat untuk penyelarasan pencen. Jadi, poin nya ialah kenapa kita ambil secara ini tindakannya? Mohon menjawab, adakah sudi untuk kementerian dihadapkan kepada PAC untuk men-detail-kan segala numbers yang ada kat situ?
Semua itu kita—saya percaya kontrak ini diuruskan oleh UKAS dan juga Majlis Keselamatan Negara. Saya percaya semua itu sudah diambil kira. Apa-apa keperluan, insya-Allah, kalau ada keputusan yang dibuat, itu kita akan ikut seperti mana yang dikehendaki oleh Jerantut. Mengenai balik kepada underslung dan sebagainya, saya tak tahu Yang Berhormat dapat hujah daripada mana tetapi daripada Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia, kita telah dapat jaminan iaitu bahawa AW149 ini memang boleh bawa underslung. Daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, kalau nak secara khusus, saya boleh nyatakan bahawa ianya jaminan datang daripada Asisten Ketua Staf TUDM. Yang Berhormat daripada mana?
Itu dalam brochure. Brochure memang tulis.
Tak, tak.
Tapi—sebab itu saya kata masalah kita ini, kita tak buat test.
Tak Yang Berhormat. Saya cakap ...
Kita tak buat uji nilai pun.
Saya cakap ....
Sebab itu kita buat uji nilai. Then, barulah kita boleh pastikan ....
Tak, jawapan ....
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat Menteri. Selagi Yang Berhormat Menteri tidak membenarkan floor- nya, yang lain itu janganlah interupt. Apa yang saya lihat di sini, Yang Berhormat Menteri memberi ruang. Jadi, untuk makluman masa dah tamat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagi extra.
Minta maaf.
Okey, saya ambil pendek saja.
Isu keselamatan negara.
Bagi saya 10 minit untuk—lepas saya jawab ini, saya jawab pasal pencen. Kalau tidak nanti Ketereh tak boleh tidur malam. [Ketawa] Saya nak beritahu Yang Berhormat Tanah Merah bahawa jawapan kita ini untuk soal underslung, boleh tak boleh datangnya daripada Asisten Ketua Staf TUDM. Saya tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat punya hujah datang daripada mana? Kalau hanya tafsiran Yang Berhormat tengok pada brochure dan sebagainya, baiklah Yang Berhormat tak perlu—tak akan nak mempertikaikan profesionalisme anggota tentera kita? Mereka yang akan bawa helikopter itu. [Tepuk] Jadi, Yang Berhormat untuk makluman, seperti yang telah saya katakan tadi, helikopter AW149 ini adalah versi tentera.
Setiausaha, 10 minit.
Untuk makluman juga, beberapa negara seperti Egypt, Poland telah pun dan memang pun gunakan helikopter ini, untuk makluman. Seperti yang telah ditunjukkan, helikopter negara yang telah buat underslung adalah Egypt. Jadi, tak payahlah nak bawa helikopter itu nak tunjuk helikopter. Itu pun tiga, empat tahun akan datang baru siap. Jadi, masa itu kita dah pilihan raya. Mungkin saya tak ada, Yang Berhormat pun tak ada. Jadi tak perlulah—berilah kepercayaan Tentera Udara kita memang bagus.
Saya insya-Allah ada lagi. Insya-Allah. [Ketawa]
Jadi, itu mengenai soal pajakan. Apa pun saya akan—mana-mana yang tak sempat dijawab untuk pajakan helikopter ini, kita akan beri secara bertulis. Mengenai perkara lain memang ada, PLKN, LCS tapi saya ingin jawab isu pencen veteran kerana Yang Berhormat Ketereh telah tarik balik terima kasihnya kepada saya dan kerajaan kerana kononnya kerajaan tak buat penyelarasan pencen.
Untuk makluman Yang Berhormat Ketereh dan yang lain-lain yang telah bangkitkan isu pelarasan pencen. Seperti yang kita sedia maklum, kes ini masih berjalan di mahkamah dan dalam pertimbangan mahkamah rayuan dan memang tak wajar untuk saya mengulas secara panjang lebar. Tetapi saya hanya ingin menjelaskan beberapa perkara supaya kita faham secara asasnya ada tiga tuntutan utama dalam saman pemula bertarikh 17 November 2022 oleh 50 orang veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Dia minta tiga perkara, Yang Berhormat supaya kita faham, supaya kita tak bawa perkara-perkara yang dia tidak buat tuntutan. Perkara pertama, dia minta satu pengisytiharan bahawa kerajaan dan Kementerian Pertahanan selaku defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 dan atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia dalam kegagalan defendan-defendan untuk melakukan penyelarasan pencen yang baharu untuk semua pesara yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Dia nak pengisytiharan mengenai perkara itu kerana kerajaan gagal melakukan penyelarasan. Kedua, dan untuk itu saya nak beritahu pendirian kerajaan adalah kita sudah menyelaraskan pencen dengan cara yang sewajarnya baru-baru ini. Sudah pun berlaku pelarasan pencen seperti yang diarahkan oleh mahkamah tinggi. Perkara kedua yang kedua yang dituntut ialah supaya kesemua pesara yang bersara sebelum 1 Januari 2013 tersebut diselaraskan pencen masing-masing mengikut kadar dan cara seperti mana yang diselaraskan pencen kesemua pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013. Dalam hal ini, pendirian kerajaan adalah kaedah pencen bagi pesara sebelum dan selepas 1 Januari 2013 sebenarnya adalah sama. Formulanya, kaedahnya, cara dan kadarnya tidak diubah dan telah dilaksanakan secara teratur seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Angkatan Tetap 1982. Dalam kata lain, kerajaan berpendirian tidak adapun perbezaan dalam formula pencen bagi anggota yang tamat perkhidmatan sebelum dan selepas 1 Januari 2013. Jadi, disebabkan kerajaan berpendirian bahawa telah wujud pelarasan pencen dan pencen para veteran yang bersara sebelum Januari 2013 telah diberikan dengan cara dan kadar yang sepatutnya, maka kerajaan memerlukan ketetapan dan pencerahan daripada mahkamah rayuan. Kita nak faham, sebenarnya apa keputusan mahkamah rayuan. Jadi, kes ini adalah kes interpretasi undang-undang. Kerajaan memerlukan panduan dan perintah daripada mahkamah rayuan tentang apakah yang dimaksudkan oleh mahkamah tinggi bahawa tidak wujud penyelarasan pencen? Apakah yang dimaksudkan oleh mahkamah tinggi dengan cara dan kadar seperti yang diselaraskan semua pencen pesara selepas 1 Januari 2013? Yang pasti, saya beri jaminan bahawa kerajaan akan mematuhi dan mengikut perintah yang akan diberikan oleh mahkamah rayuan bulan Mei nanti. Saya juga beri jaminan, Yang Berhormat Ketereh sekalipun jika kerajaan menang dalam rayuan ini, penyelarasan pencen yang sudah dilakukan pada hari itu tidak akan terkesan dan tidak akan ditarik balik. [Tepuk]
Boleh saya mencelah, Dato’?
Floor. Seminit.
Saya nak mulakan sejarah, daripada tahun 2013 dahulu. Okey, 2013. Kalau ikut Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982 kita, setiap kali ada pelarasan gaji, mesti ada pelarasan pencen. 2013, kerajaan gagal! Dia tak buat pelarasan pencen. Bila kerajaan bagi 2 percent, naikkan 2 percent setahun untuk kakitangan awam, dipanjangkan juga kepada angkatan tentera. Tetapi, anggota tentera yang pencen selepas 2013, untung. Macam saya ini untung sebab dapat dua percent, dua percent, dua percent. Tetapi, berdasarkan kepada gaji baru. Tetapi yang sebelum 2013, gaji lama. Sarjan Mejar, berapa pencen dia? RM500.
[Bangun]
Sekejap, sekejap, sekejap. Bagi saya cakap sekejap dahulu. Okey, sekejap. Nanti sekejap. Masa dah nak habis dah ini. Okey, tak dibuat. Kerajaan masa itu, 2013, tak buat! Kepada veteran. Apa yang berlaku baru-baru ini, 2024, 12 tahun kemudian ataupun 11 tahun kemudian, kerajaan bagus, nak bagi SSPA. Kita terima.
Hidup Madani!
Kita terima. Bagus! Kerajaan Madani bagus! Tetapi, pelarasan pencen tak dibuat lagi. Sepatutnya buat pelarasan pencen dulu, baru laksanakan SSPA. Ini dah rendah. Jadi berapa kali rugi dah veteran-veteran ini. Sekarang ini tak ramai ada. Daripada 78,000, kalau tak silap saya ada 44,000 sahaja lagi. Yang lain dah mati! Apa nak jadi ini? Kalau tunggu lagi keputusan mahkamah, mahkamah ini— hari itu mahkamah tinggi dah buat keputusan suruh buat pelarasan serupa dengan pencen 2013 ke atas tetapi tak dibuat. Jadi kalau tunggu lagi mahkamah rayuan ini, berapa ratus orang lagi nak mati? Berapa ribu orang lagi nak mati? Saya percaya lepas ini kalau mahkamah rayuan beritahu pergi Mahkamah Persekutuan lagi. Kenapa MINDEF ini tak boleh discuss dengan AG, dengan Peguam Negara? Stop all this! Bayar dulu, buat dulu! Kasihanlah dia orang ini. Umur dah 65 tahun ke atas, 99 tahun pun ada. Dah nak mati dah ini! Itu sahaja.
Yang Berhormat tadi mulakan dengan kenyataan yang saya setuju. Penyelarasan pencen akan dilakukan bila ada semakan gaji. Tidak ada semakan gaji. Yang ada ialah perubahan perkhidmatan. Jadi atas sebab itulah, kerajaan nak minta mahkamah jelaskan. Ini isu tafsiran. Saya dah beri jaminan bahawa pelarasan itu tetap berlaku. Kalaupun kerajaan menang, apa yang dah kita buat itu, tetap akan kita teruskan. Jadi itu jaminan yang dapat saya berikan. Jadi, seperti yang dikatakan tadi, semakan gaji tidak ada berlaku. Atas sebab itu tidak ada pelarasan pencen. Jadi itu sahaja yang hendak saya jawab mengenai perkara ini. Kita nak panjangkan dia begitu jugalah Yang Berhormat. Jadi itu sahajalah Dato’ Yang di-Pertua.
Saya tambah sikit sahaja Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Saya sudahi, saya ucapkan banyak...
Yang Berhormat Menteri, saya nak tambah sikit sahaja.
Perkara yang di...
Yang Berhormat MENHAN, jagalah kepentingan negara. Kita nak...
Dato’ Yang di-Pertua, minta sikit sahaja. Saya nak cakap last.
Yang diutarakan oleh Beruas.
Yang Berhormat. [Pembesar suara dimatikan]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, Peraturan 42. Dengar apa saya nak cakap ya. Saya telah tambah masa pun. Jadi jika ada ketidakpuasan hati lagi di dalam— tulis surat, usulkan dalam Dewan ataupun dalam Kamar Khas ya. Baik.
Dato’ Speaker, yang kita bangkitkan Dato’ Speaker...
Sekejap. Dato’, Dato’, Dato’, saya nak berjumpa dengan MENHAN lepas ini dekat kopi, dekat minum air. Saya nak bercakap sama seorang dengan dia.
Yang itu hak MENHAN dan...
[Dewan ketawa]
Dato’ Speaker, yang...
Yang lain jangan masuk campur. Bagi saya selesai satu per satu. Okey, Yang Berhormat Ketereh dan MENHAN, itu hal di luar.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua...
Jadi di dalam Dewan ini, saya tidak mahu panjang-panjangkan fasal masa kita perlu... [Tidak jelas] .
Okey. Saya nak bagi sikit sahaja.
Saya nak mohon...
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ringkas sahaja. Yang Berhormat...
Saya nak mohon jawapan bertulis daripada Menteri. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat- Yang Berhormat lain, amaran. Duduk. Saya tidak akan tambah lagi. Okey, sekian. Baik, kita pindah.
Saya hanya ada satu permintaan.
Yang Berhormat.
Tak apa, saya tak nak minum kopi.
Jawapan bertulis berkenaan dengan rancangan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya cakap Orang Asli kang.
[Dewan ketawa]
Kalau tak reti bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, saya bercakap bahasa ibunda saya. So Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Tanah Merah, kita habis di sini bab ini. Sekian, terima kasih. Baik, kita ke kementerian...
Dato’ Yang di-Pertua, minta maaf. Saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12).
Baik.
Pada pagi tadi saya ada sidang media dan saya tidak ada sewaktu Bagan membangkitkan peraturan mesyuarat. Saya nak minta petua Yang di-Pertua. Ada tiga ungkapan Bagan tadi yang pada pandangan saya bercanggah dengan 36(6) dan 36(12). Perkataan pertama yang dia sebut bahawa saya membuat tuduhan melulu dan melampau. Dia sebut, “Pengkalan Chepa”. Kedua, beliau menyatakan, “Diputarbelitkan dan dipesongkan oleh Pengkalan Chepa”. Ketiga, dia mengatakan bahawa ucapan saya pada 18 Februari yang lalu sewaktu membahaskan Titah Diraja, dia kata saya menghasut. Jelas dan terang dia sebut tadi. Saya telah pun melihat video itu dan memang betul. Cuma Yang di- Pertua, saya nak mohon apa petua Yang di-Pertua untuk berdepan dengan situasi ini? Tadi Speaker buat ruling supaya bawa usul untuk merujuk saya. Dia bawa usul untuk point of order yang dibangkitkan, 36(10)(c) dan 36(12). Sedangkan saya nak beri sedikit pencerahan di sini. Tak sepatutnya beliau tadi bangun untuk membangkitkan peraturan mesyuarat kepada saya kononnya saya bercakap tentang beliau kerana ucapan saya pada 18 Februari yang lalu tidak langsung sebut perkataan “Bagan” dan tidak ditujukan kepada beliau. Ucapan saya secara umum. Saya tak tahu pun sebenarnya ada telah keluar dalam Sinar Harian 17 Februari [Sambil menunjukkan sekeping gambar] , besar gambar Bagan di depan yang menyebut “DAP Gesa Kerajaan Gubal Akta Antidiskriminasi Kaum”. Saya tak tahu pun. Melainkan setelah dia datang tadi dan mengheret saya kepada peraturan mesyuarat, baru saya tahu
rupanya dialah orang yang bercakap sedemikian. Tak ada kaitan dengan ucapan saya yang lalu. Sementelah, saya tidak menyebut nama beliau secara spesifik. Jadi, saya rasa kena semak balik petua Yang di-Pertua. Begitu juga dengan kenyataan Menteri Komunikasi, kena semak balik sebab saya tidak tujukan kepada siapa. Saya menyatakan cadangan Akta Anti Diskriminasi Kaum ini boleh mengundang kepada ketegangan. Consequence kepada ketegangan itu, kita semua tahu, boleh mengundang kepada tercetusnya Peristiwa 13 Mei. Saya tak kata cadangan beliau boleh mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Saya bercakap secara umum. Mohon petua Yang di-Pertua.
[Bangun]
Baik, Yang Berhormat. Apa yang saya lihat di sini, ada dua pengadu. Satu, Yang Berhormat Bagan yang mana Speaker telah memutuskan dan menasihatkan Yang Berhormat Bagan untuk masukkan usul. Pada petang ini, atas rekod, Yang Berhormat telah bangkitkan juga isu-isu berkaitan Yang Berhormat Bagan. Adalah tidak adil diputuskan masa ini kerana Yang Berhormat Bagan tidak ada di sini dan saya sendiri tidak mendengar atau mempunyai bukti terus (direct evidence) untuk apa perkara yang telah Yang Berhormat nyatakan. Jadi dengan sedemikian, saya cadangkan Yang Berhormat juga usulkan apa tiga perkara yang telah dibangkitkan berkaitan ini melalui usul juga.
Baik. Dato’ Yang di- Pertua, sikit. Tadi juga saya sentuh mohon petua. Apabila seorang Menteri Kabinet telah terlebih dahulu bercakap bahawa akan mengusulkan, bawa kepada saya, Pengkalan Chepa kepada select committee kerana menghasut. Jadi, itu dia telah sub judice kepada decision yang hendak dibuat oleh Dewan ini. Jadi, apa pandangan Tuan Yang di-Pertua?
Ini pendirian saya ya. Ini pasal saya boleh bercakap sedemikian kerana benda ini belum ada lagi secara rasmi usul-usul. Apa yang dinyatakan di sini adalah masih lagi pertimbangan untuk keterangan berkaitan apa ― Yang Berhormat ada tiga perkara. Yang Berhormat Bagan pun telah dinasihati oleh Speaker untuk buat usul. Dan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat, masukkan dalam usul. Jadi, kedua-duanya saya percaya boleh dipertimbangkan sekali. Walau bagaimanapun, kata putus masih keputusan Speaker. Baik.
Dr. Timbalan Speaker yang saya hormati, bolehkah saya juga bangkitkan isu peraturan?
Bawah peraturan yang sama?
Peraturan yang sama tapi saya ingin bacakan peraturan itu. 36(9)(c), “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948.”
Ini adalah peraturan yang sama yang telah dibacakan tadi oleh Yang Berhormat Bagan ketika beliau bangun pagi tadi dan merujuk kepada Pengkalan Chepa. Apa yang berlaku ― saya juga ingin membangkitkan perkara itu sekarang kerana Pengkalan Chepa telah meluahkan kenyataan-kenyataan itu sekali lagi di Dewan ini di hadapan Dr. Timbalan Speaker. Dalam ucapan Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa mengatakan bahawa kalau Akta Anti Diskriminasi Kaum itu digubal dan diluluskan, ia boleh mencetuskan kejadian Mei 13.
Tuan Yang di-Pertua, 36(12). Di hadapan saya ini ada Hansard ucapan saya.
Yang Berhormat, saya sekarang ini...
Ini mengelirukan Dewan. Ini sangkaan jahat.
Yang Berhormat.
Bagi saya bangkitkan isu, Pengkalan Chepa.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, janganlah mencelah. Bagi saya dengar apa yang Yang Berhormat Jelutong hendak bercakap. Kalau mencelah, mencelah ini, susah nanti.
Ya, terima kasih Timbalan Speaker yang saya hormati. Saya hadir ketika ucapan dibuat oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan perkara itu diulangi hari ini. Kita faham bahawa Akta Anti Diskriminasi Kaum itu adalah untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan di negara kita. Tetapi, Pengkalan Chepa membuat penyangkalan, mengelirukan Dewan dengan mengatakan bahawa akta itu kalau diluluskan boleh mencetuskan kejadian Mei 13. Timbalan Speaker yang saya hormati, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa Dewan ini perlu digunakan bagi tujuan kita memupuk perpaduan. Jadi, kenyataan Pengkalan Chepa memang sah melanggar peraturan ini. Bagaimana seorang Ahli Parlimen daripada PAS boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Anti Diskriminasi Kaum kalau diluluskan akan mencetuskan kejadian Mei 13? Itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Baik.
Sebab itu Bagan bangun dan ingin merujuk Pengkalan Chepa kepada Dewan yang mulia ini supaya tindakan diambil. Itu adalah tujuan Bagan pagi tadi dan saya hadir. Terima kasih. Saya minta ruling juga, Tuan Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua. Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang di-Pertua, saya minta Yang di-Pertua menggunakan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, saya tak selesai lagi. Janganlah mencelah. 42 itu jelas. Dengar apa saya cakap dan keputusan itu adalah keputusan saya di sini. Baik. Yang Berhormat Jelutong, isu-isu yang dibangkitkan dari segi evidence wise, apa pengertian saya, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa berkait dengan usul- usul yang awal. So, ada interrelated. Jadi, kalau Yang Berhormat Jelutong berfikir perkara ini perlu atas apa yang telah dinyatakan, usulkan juga ya. Pasal ini interrelated sampai tiga Yang Berhormat bercakap berada di dalam Dewan ini adalah all interrelated.
Terima kasih.
Baik. Okey. Dengan sedemikian, kita move on ya. Baik. Berikutnya, saya...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan sedikit tadi. Jelutong memetik...
Yang Berhormat, saya rasa benda ini dah habis penjelasan saya. Kalau berterusan macam ini, tak habis.
Tak. Sikit. Akhir. Akhir.
Tak apa. Saya gunakan budi bicara saya. 37(2). Duduk.
Tapi, 36(12). Tadi dia bersangka jahat.
Tahu.
Dia bercakap benda yang saya tak kata. Hansard ada di hadapan saya tidak sebagaimana yang dia cakap.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kalau saya hendak dipersalahkan kerana mempertahankan untuk tidak bersetuju akta tersebut, orang yang membangkitkan perkara tersebut lagi dahulu sepatutnya lebih bersalah.
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya dah kata stop ya. Benda ini interrelated. Tiga ya. Buat usul masing- masing. Saya percaya Tuan Speaker atas kebijaksanaannya boleh memutuskan, tapi melihat dengan ketiga-tiga fakta yang akan dibentangkan. Baik, kita teruskan kepada pembahas yang berikutnya, penjelasan daripada Menteri. Saya mempersilakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucap
terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja di Dewan Rakyat ini dari 3 hingga 18 Februari 2025 yang lalu. Pada hari ini, saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan yang telah menyentuh isu MOTAC oleh 31 Ahli Yang Berhormat dari Paya Besar, Larut, Masjid Tanah, Pasir Puteh, Padang Besar, Tanjong Karang, Bagan Serai, Semporna, Besut, Labuan, Tawau, Kuala Kangsar, Gerik, Bangi, Kalabakan, Bentong, Sungai Petani, Temerloh, Mersing, Bukit Bendera, Balik Pulau, Kangar, Batu Gajah, Pekan, Rantau Panjang, Ampang, Sandakan, Kuala Nerus, Jerantut, Kepong dan Jerai. Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab Ahli-ahli yang ada di dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah menyediakan platform untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam Mesyuarat Menteri- menteri Pelancongan ASEAN pada Januari 2025 yang dihadiri oleh lapan Menteri dan dua Timbalan Menteri, wakil Menteri di negara itu memperbincangkan meningkatkan pembangunan jenama ASEAN sebagai destinasi global terkemuka. Antara inisiatif utama yang diperbincangkan ialah mewujud identiti pelancongan ASEAN yang melonjakkan warisan budaya dan alam semula jadi, melaksanakan kempen pemasaran serantau untuk menarik pelancong antarabangsa serta menggalakkan pakej pelancongan rentas sempadan bagi pengalaman berbilang destinasi. Tuan Yang di-Pertua, saya telah memaklumkan banyak kali dalam Dewan ini bahawa sebarang cadangan memajukan atau menaik taraf Lokasi ― sekejap ya. Lokasi ketiga ― minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Menaik taraf pelancongan perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan kerajaan negeri dan UPEN masing-masing. Selepas mendapatkan persetujuan kerajaan negeri, cadangan tersebut bolehlah dikemukakan kepada MOTAC untuk dibawa ke Kementerian Ekonomi bagi perbincangan lanjut. Dari segi promosi, saya menggesa Ahli Yang Berhormat dan Exco pelancongan negeri mencadang program pakej atau destinasi pelancongan kepada MOTAC.
Tourism Malaysia selaku agensi promosi boleh bekerjasama dan membawa kerajaan negeri untuk bersama-sama menjalankan promosi di luar negara. Kita juga menjalinkan kerjasama strategi dengan sektor swasta dan platform media sosial seperti TikTok, Weibo, Xiaohongshu dan YouTube, termasuklah melibatkan influencer untuk mempergiat promosi dan pemasaran destinasi. Tourism Malaysia juga sentiasa promosikan hidupan liar dengan menggalakkan lawatan ke pusat konservasi yang dikendalikan oleh pelbagai pihak, termasuk NGO dan agensi awam. Antaranya, pusat konservasi gajah, harimau, tapir, orang utan, beruang matahari dan penyu di pelbagai negeri. Selain itu, beruang matahari telah dipilih sebagai maskot kempen VM2026 bagi memperkenalkan dan menyokong usaha konservasi spesies tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha pelbagai produk pelancongan, MOTAC sentiasa bekerjasama dengan agensi seperti JAKIM dan Halal Development Corporation bagi memperkasakan – bekerjasama semua agensi, memanglah kita termasuk minta ITC akan lebih efficiency, lagi agresif, pertolongan kita nak jalankan itu produk mesra tourism sector untuk produk tourism. Berkaitan isu video montaj VM2026, saya hendak jelaskan sekali lagi. Video berdurasi 30 saat sahaja, hanya sekitar ‘pelancuran’ logo, lagu dan maskot kempen We...
‘Peluncuran’ YB, bukan ‘pelancuran’.
‘Pelancuran’ mah?
‘Peluncuran’, pelacuran lain. [Ketawa]
Okey, ikut kamu. [Ketawa] VM2026, video promosi penuh akan lebih panjang, terperinci dan terdiri daripada lima zon yang merangkumi setiap negeri. Video promosi ini akan dilancarkan pada 26 Februari 2025. Jadi, saya meminta Ahli- ahli Yang Berhormat jangan mempolitikkan itu video launching tersebut. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman, Hari Kraf Kebangsaan 2025 adalah ditangguhkan, bukan dibatalkan. Saya telah mengarahkan pengurusan tertinggi Kraftangan Malaysia tahun yang lepas di 2024...
Yang Berhormat Menteri, Padang Besar.
...untuk ─ memandangkan...
Pertamanya, saya nak ucap terima kasih lah dan tahniah kepada kementerian kerana gelaran The Truly Asia itu dihidupkan kembali.
Sekejap, saya habis dulu ini. Hala tuju mereka, khususnya dalam meningkatkan kualiti produk agar berpotensi dieksport ke luar negara. Sekali gus, membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan usahawan sebelum HKK diadakan tahun ini. Saya juga mengakui terdapat kelemahan dalam agensi tersebut dan kini sedang bekerjasama dengan pengurusan tertinggi MOTAC untuk menstrukturkan semula Kraftangan Malaysia.
Yang Berhormat Menteri, HKK. Berkenaan dengan HKK. Saya nak tanya. Yang Berhormat Menteri kata, ya betul, tangguh dan bukan batal, Alhamdulillah. Jadi, saya ingin tahu bilakah tarikh HKK yang baru? Keduanya, saya ingin tahu apakah sebenarnya direction Yang Berhormat Menteri selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam penstrukturan agensi yang baru, Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi iaitu penstrukturan semula agensi Kraftangan Malaysia? Itu satu. Kedua, saya tak nampak logiknya yang mana Yang Berhormat Menteri nak tangguhkan Hari Kraf Kebangsaan. Sedangkan dalam tempoh kurang daripada tiga minggu,
yang mana usahawan-usahawan telah pun membuat tempahan, yang mana mereka telah pun menolak sebab saya difahamkan, saya telah dihubungi oleh usahawan-usahawan, mereka dah buat tempahan, mereka dah menolak untuk berada dalam expo ataupun pameran yang lain semata-mata mereka nak bersama dalam Hari Kraf Kebangsaan yang menjadi kelazimannya setiap tahun. Jadi, saya tak nampak kenapa usahawan-usahawan ini perlu menanggung rugi akibat masalah yang dihadapi oleh agensi Kraftangan ini? Sepatutnya, kementerian ataupun agensi ini menjadi payung kepada usahawan- usahawan ini dan bukan menyusahkan mereka. Kesian mereka sebab banyak daripada mereka, hari ini saya difahamkan masih lagi belum dapat refund daripada pihak kementerian. Saya difahamkan, mereka ni ada yang anak masih bersekolah, yang nak masuk universiti dan sebagainya. Jadi, macam mana kita nak jadi payung kepada usahawan-usahawan ini? Mereka bukannya kaya sangat, kan? Jadi, saya lihat Yang Berhormat lepas ni harap jangan buat tindakan ni. Sepatutnya dah disusun elok-elok, dah boleh nampak forecast segala permasalahan ini lebih awal sebelum– oh, tiba-tiba bagi alasan ada masalah internal, kita nak structure semula dan letakkan beban itu kepada usahawan. It is so unfair, Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya sambung teruslah, senang.
Terima kasih Yang Berhormat dari Masjid Tanah. Kita pun jadi Timbalan Menteri di MOTAC. Kita sepatutnya tahu daripada dulu sampai hari ini, Kraftangan punya hala tuju masih sama lagi, tidak pandai berubah, okey. You tanya saya, kenapa last minute baru bagi tahu? Tahun yang lepas saya sudah bagi tahu. Lepas Hari Kraftangan itu hari, saya sudah bagi tahu ketua pengarah. You mesti mahu ubah you punya hala tuju. Mestilah membantu ini usahawan terutama sekali, sekali kita buat, berapa juta habis tapi ROI baru berapa? Saya rasa kita boleh tahu daripada usahawan. Ada punya orang datang daripada jauh-jauh, dia jualan sampai habis, tidak sampai RM10,000 dia dapat. Kita mesti mahu faham. Kita bukan sengaja...
Ya tapi janganlah...
Tunggu, saya belum jawab dululah.
...tiga minggu sebelum...
Tadi saya dengar you punya cakap...
...Yang Berhormat dah ni.
Tunggulah saya jawab.
Lepas tu, Yang Berhormat dah letakkan ─ oh, saya pernah jadi Yang Berhormat, pernah jadi Timbalan
Menteri. Janganlah, guna lah alasan tu, come on. Yang Berhormat, saya rasa lebih bijak. Yang Berhormat patut guna benda yang lebih ada substance... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, teraturlah ya. Biar Yang Berhormat Menteri menjawab. Kalau dibenarkan, baru bertanya. Kalau mencelah macam tu, pasar boronglah Dewan ni jadi. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sudah bagi tahu. Bukan hari ini saya baru batal. Tiga minggu sebelum itu saya baru batal. Saya sudah bagi tahu memang ada kelemahan, saya mengakui kita ada kelemahan. Kita akan jalankan siasatan dalam ini pengurusan tertinggi di Kraftangan, apa sudah jadi? Saya sudah bagi tahu tahun yang lepas, 2024 sudah bagi tahu. Pada tahun depan, kalau kita tidak ubah, tak usah buat, jangan membazirkan rakyat punya wang. Sekali kita buat itu pameran, kita habis enam ke lapan juta, buat khemah, buat semua setting up itu semua. Tapi kira-kira, ROI tiada. Kita nak naik taraf. Kita punya produk-produk tak boleh pergi eksport, tak boleh pergi jual negara lain. Hah, inilah kita kira. Kenapa saya punya agensi tidak bagi tahu usahawan? Saya tak tahu. Kita ─ kementerian sekarang jalankan siasatan. Bagilah peluang sikit kita jalankan siasatan. Itulah kita nak struktur balik semula, inilah maksud dia.
Saya harap Yang Berhormat Masjid Tanah faham. Itu wang-wang rakyat tahu, RM6, RM8 juta, bukan saya punya wang. Kita punya wang semua, okey? Saya pun mahu nafas sikit. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tiada perbezaan dalam data ketibaan yang dilaporkan hanya perbezaan dalam istilah yang digunakan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu ini kerana sudah lama. Kita sudah pasti bersama-sama memahami istilah tersebut. Metodologi pelaburan strategik ini telah dibincangkan dengan Setiausaha Agung ASEAN semasa lawatan pada 4 Disember 2024 dan beliau bersetuju bahawa data haruslah merangkumi pelancong bermalam serta pelawat harian memandangkan pelawat harian terus menyumbang kepada ekonomi melalui perbelanjaan pengangkutan, makanan, beli-belah dan perkhidmatan lain. Cadangan menggunakan data pelawat asing atau visitor juga bersetuju dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan ASEAN pada 19 Januari 2025. Fasal ini punya cerita daripada Arab ataupun beberapa negara Arab pun bersetuju. Dia kata orang kata orang datang sehari punya memang pulang balik pun mahu kira. Dia orang datang pun banyak menyumbang kepada ekonomi. Itulah kita tidak pakai tourist atau... [Tidak jelas] hujung-hujung kita guna visitor. Sekarang kita semua guna visitor.
[Bangun] Boleh Yang Berhormat?
Lagi, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan itu tadi. Yang Berhormat kata tidak ada beza. Sebenarnya ada
beza Yang Berhormat, sebab metodologi yang Yang Berhormat nak pakai itu saya tak kesah, Yang Berhormat nak pakai macam mana, nak gunakan kaedah visitor ataupun nak guna kaedah tourist, terpulang. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya ia belum lagi di bawa ke dalam Kabinet tetapi telah pun diumumkan. Yang Berhormat berbincang dengan Sec-Gen ASEAN itu untuk dibawa dibincangkan di ASEAN ATF, di ASEAN Tourism Forum untuk dibawa ke sana dan bukannya dipersetujukan untuk diguna pakai. Tetapi apa yang menjadi masalah hari ini, Yang Berhormat belum bawa dalam Mesyuarat Kabinet tapi Yang Berhormat dah pun buat announcement. Yang Berhormat kena tahu bahawa kita – saya tak ada masalah Yang Berhormat nak pakai kaedah pun saya tak ada masalah, saya tak ada masalah. Cuma, saya cadangkan kepada Yang Berhormat kalau boleh, kalau nak guna visitor travel dan juga receipt, kenalah ambil masa sedikit kerana untuk mengubah cara pengiraan juga mekanisme untuk kita buat – survey yang dibuat dan segala info dan juga data yang dikutip oleh pihak DOSM dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia, dengan bantuan kastam, dengan bantuan Bank Negara Malaysia. Jadi, saya cadangkan kepada Yang Berhormat untuk susun elok-elok dengan team di MOTAC dan kalau kita tengok, kena buat kajian sama ada bagus atau tidak. Beri advantage ataupun tidak kepada negara kita sebab kalau betul kita nak guna pelawat harian sebagaimana Yang Berhormat cadangkan itu ia akan memberi kesan kepada pendapatan per kapita. Definitely, satu. Kedua, hari ini bajet yang MoF berikan kepada MOTAC mesti tak cukup. Yang Berhormat rasa cukup? Tak cukup. Sebab itu Yang Berhormat kena buat kajian dulu. Saya cadang buat kajian dulu, okey tak okey. Kalau okey, then baru buat tetapi Yang Berhormat tahun ini tahun 2025, dah di ambang Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya rasa tak sesuai. Mungkin boleh buat kajian dulu tapi jangan implement dulu. Sebab kalau implement dengan bajet yang terhad pada ini. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengarlah, kena bagi lebih kepada Kementerian Pelancongan dan juga Tourism Malaysia sebab membawa pendapatan negara yang cukup besar sekali kepada negara. Sebab itu, Yang Berhormat saya cadangkan ini buat homework dulu, buat mesyuarat penyelarasan, bincang dengan pelbagai agensi dan kementerian untuk Yang Berhormat membawa dalam Mesyuarat Kabinet dan kemudian bentangkan. Baru announce. Baru nampak steady sebagai Menteri Pelancongan. Itu caranya. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Memanglah dia cerita memang hebat lah. Kita memang sudah buat survey. Kita sudah, ASEAN countries kita semua sudah berbincang. Itulah keputusan di sana. Dia kata memang dia setuju termasuk Thailand. Malaysia pun banyak masuk, keluar, masuk, keluar daripada border. Itulah, kita bukan argue over this. Ini keputusan di ASEAN. Semua setuju guna visitor. Tiada tourist, tiada... [Tidak jelas] sekarang tidak pakai, pakai visitor. Ini survey memang kita
sudah buat. Kalau kita mahu survey per kapita berapa, saya boleh jawab bertulis. Kita semua ada survey di airport sana, berapa kita survey. China berapa? Arab berapa? Daripada Singapore berapa? Kita semua ada survey. Kita bukan ...pluck in the air dengan izin. So, saya haraplah kita boleh mari bersama- sama. Mendoakan kita tourism center boleh membantu rakyat, ekonomi di negara kita. Okey, Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya sekali lagi...
Saya tanya tadi, tak ini lagi Yang Berhormat Menteri. Fasal tadi saya dah ucap tahniah dah fasal apa nama “the Truly Asia” dihidupkan kembali. Kemudian, sejauh manakah peranan kementerian dengan kita, segi tiga yang dah ada di Malaysia IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP dan benda itu, setakat ini apa libat urus yang telah di buat oleh pihak kementerian dengan agensi-agensi yang terlibat ini? Lagi satu, fasal tadilah yang disebut tadi. Saya tak nak sentuhlah fasal yang kontroversi dalam montaj itu tapi kementerian perlu berhati-hati lepas ini sebab saya tahu montaj itu melibatkan kos. Lepas itu nak buat baharu pula melibatkan kos lagi. Itulah saranan saya. Insya-Allah, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Jerantut boleh? Sikit. Saya nak tanya tentang...
Boleh bagi saya jawab dulu kah?
Boleh, silakan.
Yang Berhormat daripada Padang Serai, kan? Padang Besar. Boleh bagi sama saya peluang, kita akan jawab bertulis fasal you mahu hala tuju, kita bagi you details semua.
Terima kasih.
Okey, sila.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata dah penutup. Jadi saya nak tanya macam mana respons tentang isu Canopy Walk Taman Negara untuk Jerantut. Saya rasa ada jawapan dekat situ.
Canopy Walk. Sorry, tadi saya dapat, mungkin saya punya pegawai silap. Kita tiada maklumat di sini. Nanti saya jawab bertulis fasal mungkin tiada, itu hari ambil salah, minta maaf. Okey.
Yang Berhormat Menteri, Mersing. Okey, berkaitan dengan untuk memasukkan Mersing sebagai INSTO ke-46 di dunia. Ada respons daripada kementerian?
Tadi – minta maaf ya, mungkin ada silap atau tidak. Sini saya punya rekod sini, kita soalkan mengenai isu pembangunan infrastruktur dan promosi destinasi pelancong, kan? Tadi saya sudah jawab. Okey, kalau mana-mana kita tidak puas. Boleh bagi tahu sama saya. Saya akan jawab secara bertulis sama kita...
Yang Berhormat, kawan lama, Pengkalan Chepa.
Pengkalan Chepa, itu hari you tak ada bahas.
Ya, sebab masa ada. Saya nak puji Yang Berhormat. Ini hari banyak bagus Yang Berhormat. Cara berucap, cara respons. Kami puas hati. Jadi gaduh-gaduh tidak ada lagi. Yang Berhormat, kita tahu bahawa beberapa kerajaan negeri yang ada pada kali ini merancang untuk melaksanakan Tahun Melawat Negeri masing-masing. Soalan saya, apakah inisiatif yang ada di peringkat kementerian untuk mempromosikan ataupun menambah suntikan dana, paling tidak pun dapat peluang untuk promote di TV-TV media arus perdana ini pun sudah mencukupi? Apakah ini dibolehkan? Saya yakin Yang Berhormat akan jawab, boleh. Cuma bagaimana mekanisme itu? Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, terima kasih kita punya soalan tambahan ataupun meminta penjelasan. Kita berapa negeri, saya tidak boleh bagi tahu berapa negeri. Tetapi, saya cuma boleh bagi tahu banyak negeri belum beri. Itulah kita video lambat keluar. Kita mahu produk-produk daripada negeri-negeri semua. So, akhir sekali kita terpaksa kita sendiri pergi ambil. Walau bagaimanapun, kita video ini keluar saya beritahu quarterly, kita mesti mahu naik taraf. Mesti mahu duduk lagi sekali sama negeri-negeri minta mereka mana produk, dia setuju kah tak ataupun dia puas hati ke tidak. Kalau tidak, mana kelemahan, minus plus kita tambah lagi. Itu lah every quarterly, kita tukar naik taraf termasuklah sampai Visit Malaysia 2026 kita akan buat sama.
Yang Berhormat, sikit sahaja Yang Berhormat...
Yang Berhormat...
Sungai Petani.
Ada peruntukan tak untuk negeri? Peruntukan untuk negeri dalam mempromosi ini ada tak?
Peruntukan promosi tengok apa dia nak minta itu promosi macam mana. Ada punya negeri kita sudah beri. Ada punya negeri belum lagilah. Dia cadangan belum ada lagi.
Boleh jawab bertulis untuk Kelantan sudah beri berapa? Jawab bertulis Yang Berhormat.
Boleh.
Okey.
YB Menteri...
Minta Kelantan punya Exco hubung sama kita. You faham, saya faham ya. Apa saya cakap.
Yang Berhormat Menteri...
Media, media itu promosi itu semua memang kita perlu. Walaupun, kita sudah buat tetapi belum mencukupi. Masih lagi we need everybody work hand
in hand, dengan izin. Termasuklah Yang Berhormat daripada sebelah pun bantulah. Kita punya negara bukan bantu saya. Bantu rakyat kita. Fasal kalau kita dapat naik taraf, banyaklah keuntungan. Terutama sekali hawker stalls ataupun orang tepi-tepi jalan jual pisang goreng. Kita sekarang boleh nampak Jalan Alor sana. Banyak orang goreng pisang sana dia jual. Berapa keping sahaja sudah RM10. Orang pelancong pun beli.
YB Menteri...
Saya mintalah semua kerjasama. Jadi...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Sungai Petani — Yang Berhormat Menteri, Sungai Petani ada berbahas mengenai Tahun Melawat Kedah 2025 yang mencadangkan bahawa Kedah menjadi teaser lah kepada Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri ada jawapan berkenaan dengan perbahasan Sungai Petani tempoh hari.
Overall saya sudah jawab. Tadi, Kedah punya peruntukan kita sudah salur untuk dia Visit Kedah 2025 kan? Kita sudah bagi. So, kita berbincang sama negeri. Mana kita boleh bantu, kita akan bantu lagi kalau ada apa-apa.
Boleh Yang Berhormat Menteri bagi details atau bertulis, Yang Berhormat Menteri?
Nanti you datang jumpa sama saya, saya beri.
YB Menteri, saya ada masa lagi sikit itu. Saya nak tanya ada tak dalam jawapan itu berkenaan dengan Bandar Kajang itu jadikan warisan. Saya ada bangkitkan masa perbahasan saya. Tak tahu sama ada dalam. Kalau tak ada minta jawapan bertulis lah sebab warga Kajang sedang menunggu jawapan. Terima kasih.
Kajang.
Soalan oleh Ahli Parlimen Bangi tetapi tentang bandar Kajang.
Kajang punya sebagai kota warisan. Tuan Yang di- Pertua, adalah Yang Berhormat cadang untuk menjadikan Kajang sebagai kota warisan. Namun, Ahli Yang Berhormat disarankan perbincangan dengan kerajaan negeri terlebih dahulu. Fasal ini kawasan negeri. Negeri mesti mahu setuju. Kalau negeri tak setuju, kita tak boleh buat apa-apa. Kalau negeri setuju daripada Selangor cadangan tersebut, bolehlah dikemukakan kepada MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara untuk perbincangan dan pertimbangkan selanjutnya. Okey.
Yang Berhormat Menteri. Saya nak merujuk kepada promosi yang dibuat oleh pihak kementerian. Saya merujuk kepada soalan daripada Padang Besar. Boleh Yang Berhormat Menteri berikan nanti mungkin boleh bagi bertulis. Berapakah jumlah untuk kos yang terlibat bagi pembikinan video- video promosi? Sebab yang kena baharu kan. Sebab satu, satu. Kedua, saya melihat pada video peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 itu ada gambar-gambar lama yang digunakan. Gambar-gambar lama yang di-recycle. So, yang ini saya harap untuk video-video baharu ini tak ada lah gambar-gambar yang lama digunakan.
Sebab, bila orang tengok balik gambar-gambar, “Eh, ini gambar masa dia bertugas. Dia pun dah pencen, masih lagi ada.” Jadi, itulah saya — Mungkin Yang Berhormat tak dapat tengok saya beritahu sahaja dekat Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Masjid Tanah. Cukup aktif.
Yang Berhormat. Saya Rantau Panjang. Ada juga saya bertanya dalam perbahasan...
Tunggu, tunggu. Saya jawab dahulu. Saya jawab dahulu. Boleh?
Okey, okey.
Saya mahu beritahu semua negeri mahu bekerjasama. So, dia mesti mahu keluar produk-produk ataupun di sini baru saya sudah beritahu. Tadi, saya ada lihat itu video kemungkinan ada terlibat lama punya gambar itu semua. Itulah saya arah dia orang, arah ini video punya semua, producer ataupun production punya ini video mestilah quarterly mahu upgrade dia punya video. Tetapi, mesti mahu dapat kerjasama daripada negeri-negeri di seluruh negara kita. Mesti mahu bekerjasama. Saya macam tadi saya kata, banyak negeri-negeri belum beri. Produk-produk pun belum beri lagi. Inilah saya memohon semua jasa baik daripada semua Yang Berhormat mintalah negeri-negeri bekerjasama. Paling mustahak.
Dalam negeri mana Yang Berhormat? Kita boleh kejarkan.
Nanti saya bagi tahu maklumat kalau you berminat. Tadi, mengenai isu video itu semua, saya terus terang itu hari promosi launching punya video memang dia bagi free. Tak ada charge. Sekarang, video untuk promosi punya semua dia orang melalui tender semua mengenai proses semua dapat Kementerian Kewangan kelulusan, RM1.9 million. Tetapi, full video satu panjang hanya 30 lebih minit ataupun 40 minit for the whole nation, dengan izin dan juga lima zon lagi. We zooming kita tidak mahu beri dia orang ada pelancong, kadang-kadang dia tidak sabar nak tengok lama. Kadang-kadang mungkin dia mahu pergi Penang, dia tengok Penang. Mahu pergi Melaka, dia tengok Melaka punya. Kita kategori. So, itu semua sekali everything ada 200 lebih dia punya video itu. Nanti ─ You mahu details, nanti saya akan jawab bertulis beri sama kita.
Yang Berhormat, boleh ya?
Last ya. Akhir.
Dalam perbahasan — Ya. Dalam perbahasan baru ini, saya menyentuh tentang kebanjiran pelancong Malaysia ke Thailand. Sedangkan kita banyak tempat-tempat menarik tetapi tidak menjadi tarikan kepada rakyat tempatan. Jadi, apa usaha pihak kementerian terutama di kawasan sempadan untuk menarik supaya pelancong-pelancong tempatan kita berminat dengan pelancongan di negara kita selain daripada negara jiran?
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Itulah saya sudah jawab, saya tidak salah dua kali sudah. Sempadan punya cerita. Dua-dua pihak daripada kerajaan, daripada Thailand ataupun kerajaan negeri mestilah mahu bekerjasama. Kita mesti mahu mengeluarkan macam mana boleh menaik taraf pelancong ataupun macam mana mahu kasi majukan ini sektor pelancongan. So, saya haraplah kita ada idea baru ataupun macam mana dapat kerajaan punya Persekutuan, kita boleh duduk berbincang ataupun daripada Exco dari mana-mana negeri itu tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. Saya turut menyeru semua Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama membantu dalam mengembangkan ekonomi dan sama-sama menarik pelancong untuk melawat Malaysia terutama sekali Yang Berhormat Masjid Tanah. Tolong ya. Kasi maju sikit Melaka punya pelancong. Jadi, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya menjemput Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dari hari Rabu, 4 Februari 2025 hingga Selasa, 18 Februari 2025 yang lalu. Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan, termasuklah syor, penambahbaikan yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Insya-Allah pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada KPWKM dalam masa yang telah diperuntukkan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar ingin mengetahui — Kapar ada di dalam tak? Kalau tak ada, saya skip. Saya akan bagi jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua.
Baik Yang Berhormat.
Seterusnya Yang Berhormat Paya Besar. Paya Besar telah menyentuh isu peratusan wanita. Mana Paya Besar? Tak ada. Saya bagi jawapan
bertulis. Okey, kita jimatkan masa. Tuan Yang di-Pertua itu lagi sama juga. Paya Besar. Saya terus kepada — Oh Kapar lagi dengan Paya Besar. Seterusnya kita ke soalan daripada Yang Berhormat Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi telah menyinggung, menyentuh juga isu berhubung kesuburan. Namun dalam konteks yang berbeza berbanding isu kesuburan yang telah saya beri maklum balas sebentar tadi. Beliau telah menyentuh tentang bahawa masalah kesuburan yang turut membabitkan kaum lelaki serta mencadangkan agar rakyat di luar sana dapat mengatasi masalah kos untuk mendapatkan akses kepada rawatan kesuburan yang rata-ratanya adalah mahal. Untuk makluman, LPPKN sememangnya menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos yang berpatutan. Pada masa yang sama, LPPKN juga mengoperasikan klinik kesejahteraan lelaki yang antaranya menyediakan khidmat nasihat masalah seksual dan amalan gaya hidup sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Antara perkhidmatan dan rawatan yang ditawarkan termasuk analisa air mani yang menjadi ujian saringan wajib untuk setiap klien lelaki yang mendapatkan rawatan kesuburan di klinik subfertiliti LPPKN. Melalui ujian ini, mana-mana klien yang dikesan mempunyai abnormality sperma tidak ketara akan dibantu dengan prosedur intrauterine insemination (IUI) manakala klien yang mempunyai abnormality sperma yang ketara akan menjalani ujian-ujian tambahan untuk mengenal pasti punca abnormality tersebut sebelum dibantu dengan prosedur assisted reproductive technology (ART) seperti in vitro fertilisation (IVF) dan intracytoplasmic sperm injection (ICSI). Rawatan dan perkhidmatan lain yang turut ditawarkan termasuk prosedur percutaneous epididymal sperm aspiration (PESA) I hope I pronounced it correctly dengan izin dan testicular sperm aspiration (TESA). Di samping itu Klinik Kesejahteraan Lelaki LPPKN juga berperanan meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan gaya hidup sihat melalui khidmat nasihat berhenti merokok, pengurangan berat badan dan pemakanan yang seimbang. Klinik ini juga menawarkan pakej saringan kesihatan lelaki dalam usaha menggalakkan golongan lelaki di negara ini untuk lebih prihatin terhadap kesihatan dan kesejahteraan masing-masing. Pada masa ini perkhidmatan Klinik Kesejahteraan Lelaki LPPKN ini ditawarkan enam klinik LPPKN di Semenanjung dan Sarawak iaitu di Klinik Subfertiliti LPPKN Kuala Lumpur, Klinik Subfertiliti LPPKN Pulau Pinang, Klinik Subfertiliti LPPKN Johor Bahru, Klinik Nur Sejahtera Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, Klinik Nur Sejahtera Dungun, Terengganu, Klinik Nur Sejahtera Kuching, Sarawak dan Klinik Nur Sejahtera Melaka. Manakala perkhidmatan rawatan subfertiliti LPPKN ditawarkan di tiga klinik LPPKN iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang iaitu Zon Utara, Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur Zon Tengah dan Klinik Subfertiliti Johor Baru Zon Selatan. Untuk makluman untuk tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM6 juta bagi subsidi program bantuan intrauterine insemination (IUI) ataupun permanian berhadas dan advocacy in fertility (OI) yang disasarkan untuk memanfaatkan 30,000 orang dan RM1.3 juta
bagi program kesihatan dan kesejahteraan lelaki yang disasarkan untuk memanfaatkan 8,000 orang. Seterusnya Balik Pulau...
YB Menteri. Sebelum itu. Maaf YB Menteri. Boleh saya tanya? Terima kasih YB Menteri atas jawapan tadi. Saya juga nak tambah bahawa selalunya bila bercakap tentang masalah kesuburan lelaki ini. Lelaki ini dia ada stigma ataupun tak tahulah persepsi kah apa yang dia tak nak pergi buat saringan untuk menentukan sama ada dia ada masalah kesuburan dengan sperma dan sebagainya. Bila dah sampai masa perlu buat ataupun dah terlalu teruk baru dia pergi check kemudian mungkin dia dah terlalu tua untuk mendapat rawatan dan sebagainya. Jadi saya fikir perlu ada kesedaran di kalangan lelaki ini bahawa mereka perlu melihat ini sebagai satu perkara yang serius dan saya fikir perlu ada kempen kesedaran juga yang khusus targeted dengan izin, kepada lelaki untuk mereka dapatkan diagnosis itu awal sebelum mereka terlalu tua dalam hal ini. Jadi saya mohon sekiranya pihak kementerian ada perancangan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin saya terlalu awal untuk menyatakan ini. Tapi sebenarnya kita...
Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani dengan Yang Berhormat nak bersembang? Tadi saya tengok daripada hujung itu sampai ke hujung sini. Okey Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi sebenarnya kami ada jawapannya. Cuma mungkin terlalu awal bagi saya sebab kerana untuk makluman Dewan ini, kita sedang merancang kita mengadakan podcast untuk menggalakkan. Kita ada seorang doktor yang begitu menarik sekali yang boleh menggalakkan ramai lelaki untuk datang. Jadi, ini bukan sahaja perancangan malah insya-Allah, ia akan bermula tidak lama lagi. Bagi saya itu rasanya peluang untuk kita menarik minat mereka yang merasakan dia tertekan. Juga mungkinlah dengan cara begitu, kita cuba ya Yang Berhormat. Kita cuba cara begitu boleh menarik mereka untuk datang, untuk pergi ke klinik kita di LPPKN di Raja Laut dan juga di tempat lain. Cuma saya rasa melalui podcast itu sebab kita nak menyampaikan – itulah kempen secara menarik bagi saya. Sebab saya rasa memang betul yang dikata oleh Yang Berhormat Bangi tadi perlu kita memberi kesedaran ini Yang Berhormat ya. Terima kasih. Saya nampak Kapar. Kapar betul lah? Jadi kita tadi lepaskan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada Kapar lagi. Tadi dia tak ada. Belum lagi. Jadi insya-Allah, kita balik lagi kepada Kapar. Soalan Kapar pertama. Tadi ialah mengenai ingin mengetahui mengenai taska di jabatan dan agensi kerajaan yang memerlukan perkhidmatan luar waktu operasi taska biasa. KPWKM sentiasa menyokong agar pihak majikan sama ada agensi kerajaan atau swasta untuk menyediakan taman asuhan kanak-kanak taska bagi memberi sokongan
kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan lebih komited termasuk yang menyediakan perkhidmatan secara 24 jam mengikut keperluan agensi masing-masing. KPWKM sentiasa mengalu-alukan majikan untuk membuka taska yang beroperasi 24 jam. Minta izin Yang Berhormat ya. [Meminum air] Terima kasih. Termasuk menyediakan perkhidmatan secara 24 jam mengikut keperluan agensi masing-masing. KPWKM sentiasa mengalu-alukan majikan untuk membuka taska yang beroperasi 24 jam bagi memenuhi kehendak dan permintaan kakitangan masing-masing bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan mereka. Berdasarkan statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Disember 2024, terdapat 262 buah taska tempat kerja iaitu 217 disediakan oleh majikan di sektor... [Batuk] – maaf, di sektor awam dan 45 buah disediakan oleh majikan di sektor swasta. Daripada jumlah tersebut terdapat — Biar saya habis dulu ya. Nanti apa nak ditanya mungkin saya sudah jawab di sini.
Ingat nak bagi rehat Menteri minum dulu.
Tak apa. Terima kasih. Sebab banyak lagi. Saya nak habiskan ini dulu. Terdapat tujuh taska tempat kerja yang beroperasi 24 jam. Antaranya adalah Taska Cemerlang Gemilang di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Taska Pintar di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Taska Anak Pintar di Hospital Permai, Johor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam pada itu, bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada ibu bapa yang bekerja secara syif, terdapat enam taska institusi yang beroperasi secara 24 jam. Antaranya seperti Taska Azid yang terletak berdepan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Pahang dan Taska Annur Yaqin yang berhampiran dengan Hospital Pantai di Melaka. Justeru, KPWKM melalui JKM sentiasa prihatin dan menggalakkan penubuhan taska termasuk taska di tempat kerja yang beroperasi 24 jam bagi memenuhi kehendak masyarakat. JKM telah dan akan sentiasa bersedia untuk membantu memberi advokasi dan konsultasi berkaitan penubuhan taska kepada semua pihak bagi memastikan pengoperasian taska adalah memenuhi standard minimum yang ditetapkan. Ada lagi Kapar punya ya. Yang Berhormat Kapar ada sini, soalan mengenai — Yang Berhormat Kapar dan juga sebenarnya Paya Besar telah mencadangkan untuk ada lebih banyak syarikat mengamalkan dasar mesra keluarga dalam menyumbang kepada keseimbangan hidup dan kerjaya atau work-life balance. Keseimbangan ini penting kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan mental yang menurut Yang Berhormat Paya Besar, boleh memberi kesan domino
kepada keputusan untuk mempunyai anak, yang seterusnya memberi impak negatif kepada kesuburan negara. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan sebentar tadi, tanggungjawab terhadap pengurusan keluarga dan rumah tangga merupakan tanggungjawab bersama dan haruslah dipikul oleh suami, isteri dan ahli keluarga yang lain. Sekiranya tanggungjawab ini dikongsi bersama, sudah pasti pengurusan keluarga akan menjadi lebih produktif dan adil terutamanya bagi wanita yang bekerja. Selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Keluarga Negara, kerajaan menerusi pelbagai kementerian dan agensi sentiasa berusaha memastikan keperluan dan struktur keluarga masa kini diambil kira dalam pembangunan dasar yang mesra keluarga dan relevan dengan pembangunan sosioekonomi negara. Ia termasuklah seperti saranan perwujudan bilik mesra keluarga, serta majikan yang dapat menyediakan persekitaran kerja yang lebih fleksibel dan menyokong keperluan keluarga dan kesejahteraan pekerja. KPWKM tidak ketinggalan memainkan peranan dalam hal ini dengan berganding bahu bersama semua pihak terlibat dalam membantu mempromosikan saranan work-life balance ini seperti menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui TalentCorp. Antaranya adalah program FWA@Workplace untuk menggalakkan dan memperkukuh pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF). Di samping itu, KPWKM menerusi LPPKN turut menawarkan program Parenting@Work bertujuan untuk memupuk kemahiran dan bimbingan keibubapaan kepada pekerja supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mengutamakan keluarga seiring dengan pembangunan kerjaya. Para peserta program ini berpeluang untuk mempelajari antaranya, panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga ataupun family life cycle. Kedua iaitu kemahiran dan teknik mengimbangi keluarga dan kerjaya. Ketiga, pengurusan masa serta menimba ilmu keibubapaan dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik. Seterusnya, kita ke soalan daripada YB Dato' Muhammad Bakhtiar, Balik Pulau. Ada dekat sini kah?
Tak ada.
Tak ada kita miss ya. Kita boleh bagi jawapan bertulis. Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Bakri. Ada sini?
Chiew Choon Man ialah Miri.
Tak ada. Sorry. Kita kalau tak ada kita bagi jawapan bertulis ya Yang Berhormat untuk menjimatkan masa. Jadi kalau begitu, dengan itu Puan Yang di-Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya.
Menteri, tadi kata nak bagi saya...
Saya punya perbahasan belum ada jawapan lagi.
Saya bagi sikit saja, tak sampai satu minit.
Soalan tambahan kah ini?
Tentang work-life balance. Tentang work-life balance tadi.
Soalan tambahan?
Ya. So, kalau saya nak cadangkan kalau boleh, saya dengar tadi daripada Perlis, dekat Penang ada taska itu kan. Tapi yang paling ramai, paling perlu adalah congested area seperti Lembah Klang dan sebagainya. Mungkin boleh jemput KDN, yang berkaitanlah, KKM, yang memerlukan 24 hours taska ini. Apa keperluan mereka dan mereka kena ada garis masa. When are they going to start? Then of course, it is cost dan sebagainyalah. Yang keduanya, tentang empowering family. Hari Jumaat lepas sepatutnya Menteri yang buat closing ceremony untuk workshop oleh Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development tentang empowering family institutions. Jadi kami dah ada resolusi, nanti kami serahkan kepada Kementerian Wanitalah. Mohon apalah nanti, insya- Allah sharing kita. Terima kasih Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil kira apa yang dinyatakan tadi, cadangan tadi. Pertama. Yang kedua, mengenai yang forum itu memang ada bagi tahu. Saya tak dapat kerana saya ada konvensyen lebih penting. Tapi tak ada masalah, boleh hantar kepada kita. Terima kasih. Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya ada membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan pengasuhan di mana sekarang ini kerana gaji minima yang telah pun ditetapkan oleh pihak kerajaan, terdapat banyak rungutan daripada pihak taska di mana mereka tak mampu nak bayar. Difahamkan setiap hari antara empat hingga lima buah taska terpaksa ditutup ekoran daripada isu ini. Jadi saya ingin tanya, apakah tindakan kementerian secara tuntas untuk mengatasi masalah ini? Kedua, ketika kita mendapatkan maklumat daripada beberapa kementerian kerana kita difahamkan untuk membuat satu taska, mereka perlu pergi kepada 11 agensi. Bila mereka ke agensi ini, mereka dikenakan bayaran dan juga ada prosedur. Jadi dalam hal ini, kita difahamkan juga bahawa ada beberapa kementerian yang juga mempunyai bukan hanya tabika, tapi juga taska. Jadi setakat ini, apakah langkah yang akan dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan kerana kita tak mahu lagi dengar ada enam kementerian jaga tentang isu yang sama? Yang terakhir, berkenaan dengan isu stunting. Saya ada bangkitkan tentang isu kanak-kanak yang terbantut. Jadi sekarang ini isu terbantut bila dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan, tetapi kesedaran ibu bapa mesti datang dan mesti difahami secara menyeluruh. Ini memerlukan bukan hanya daripada Kementerian Wanita, tetapi juga daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya serta pendidikan. Jadi isunya sekarang, tadi YB menyebut bahawa dalam work-life balance ada program yang dibuat oleh LPPKN. Walau bagaimanapun, ianya bukan program wajib. Saya
ingin bertanya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mewajibkan pendidikan parenting ini kepada semua sekurang-kurangnya bermula dengan kakitangan awam supaya tidak berlaku isu-isu yang membabitkan kanak-kanak. Mereka ini mendapat pengetahuan sebagaimana yang lain ada kursus untuk kemahiran kerja harian, tapi untuk keibubapaan ini kita dapati tidak dibuat secara proper. Jadi, sampai masanya hari ini untuk negara kita mula mewajibkan parenting ini kepada semua ibu bapa terutama bermula dengan penjawat awam. Apa ucapan dengan YB? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya takut saya lupa. Yang pertama tadi mengenai taska itu. Dari segi pekerjanya, berapa dia punya gaji, tak cukup. Kalau ianya taska dari private, itu tidak — bukan di bawah urusan kita. Cuma apa yang kita boleh katakan, dia mesti memberi gaji minimum. Itu pun bukan bawah kita sebab itu — kami bukan kementerian yang menjaga fasal gaji ya. Cuma kalau ianya di bawah kerajaan, maka kita akan memberi gaji yang minima bergantung kepada apa yang telah diluluskan oleh kerajaan. Dari segi kalau tidak cukup di tempat-tempat lain melainkan di tempat kerajaan, kalau ada dirasakan bangunan itu tidak mempunyai taska untuk pegawai-pegawai kerajaan menghantar anak-anaknya. Kalau nak disarankan kepada kami, bolehlah kita ambil cadangan. Tolong, saya takut saya lupa Yang Berhormat. Bagi saya selesaikan, saya terlupa. Kalau dia di bawah kerajaan, kita ambil maklum di sini mengharapkan agar bangunan- bangunan kerajaan itu memang kalau mereka memerlukan taska, kita memang akan cadangkan. Untuk menubuhkan taska Yang Berhormat, 11 agensi dikatakan. Sebenarnya mereka perlu dari segi keselamatan, dari segi beberapa perkara yang memerlukan pihak berkuasa tempatan. Kedua, Jabatan Bomba perlu ada. Ini untuk keselamatan anak-anak juga dan juga Jabatan Kesihatan untuk memastikan mereka ini selamat, sihat, di situ memang terjagalah.
Ini untuk kanak-kanak juga dan ini bukan di bawah kita sahaja sebab mereka akan memohon kita untuk memberi rekomendasi, recommendation dengan izin, daripada kita sama ada kita memberi respons yang positif. Cuma, kita memberi apa yang di bawah kriteria kita. Daripada segi dia punya keluasan lantai, itu bergantung kepada kriteria yang telah ada pada kita. Jadi, yang lain itu tidak berada di bawah...
Saya nak sokong sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya faham, isu itu saya faham.
Sekejap, saya belum habis jawab yang tadi ini.
Saya faham itu cuma saya rasa mungkin sini silap faham. Saya bukan masalah kita tak mahu 11 agensi itu bekerja. Isunya sekarang, sekiranya pusat-pusat ini ditutup atau nak buka itu payah, akan ada ibu bapa yang menghantar anak mereka kepada pusat-pusat yang tidak bertauliah. Impaknya ialah, satu, famili tidak boleh kerja. Kedua, kanak-kanak ini mungkin terabai dan kerana laporan semua
kes yang terabai dibuat oleh tempat yang tidak ada tauliah dan impak kepada kanak-kanak akan trauma. Jadi, ini yang saya bimbangkan.
Okey, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat mengikuti perkembangan terbaru pada bulan Januari, kami sudah meletakkan plak untuk taska yang berdaftar. Kalau taska itu tidak ada plak, bermaknanya dia tidak berdaftar. Itu secara sebagai panduan ya, sebab kalau kami nak lihat semua, kami tak tahu melainkan ada yang telah memohon tetapi masih dalam proses, kita tahu ini berhasrat untuk menubuhkan taska. Tetapi kalau yang ada sekarang ini, kita dah tahu itu, ada berdaftar dengan kita, kita letak plak sekarang ini. Itu sebagai panduan. Jadi, saya faham apa Yang Berhormat katakan tadi itu sebab kita tidak mahu juga mereka menghantar ke tempat yang tak bertauliah, tak selamat. Jadi, itu yang menjadi panduan pada masa ini. Tadi Yang Berhormat bercakap mengenai isu bantut. Ia akan diberi maklum balas oleh MOH sebab itu bukan di bawah kita. Cuma kami ada dan kami berada dalam satu mesyuarat mengenai kanak-kanak ini untuk kita bincang mengenai perkara ini dan mencari jalan sesuai yang terbaik untuk itu tetapi ianya bukan daripada kementerian kami. Ya? Okey, terima kasih. Tak ada lagi ya? Saya- Yang Berhormat, terima kasih di atas pertanyaan semua. Saya tahu apa lagi kalau Tumpat, dia memang banyak bertanya mengenai di bawah kementerian kita. Namun begitu Puan Yang di-Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan Rakyat pada hari ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif-inisiatif kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini, diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perpaduan Negara mula menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara di bawah skop dan peranan Kementerian Perpaduan Negara iaitu ialah Yang Berhormat Jelutong, Yang
Berhormat Selayang, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Pilah dan Yang Berhormat Pendang. Seperti mana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, pelaksanaan lafaz ikrar Rukun Negara di Dewan Rakyat pada setiap permulaan penggal persidangan mencerminkan komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat bermulanya di Dewan yang mulia ini. Kementerian amat menghargai atas sokongan dan kerjasama penuh yang diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam pelaksanaan lafaz ikrar Rukun Negara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selayang, Segamat dan Yang Berhormat Kuala Pilah dan juga Yang Berhormat Pendang. Semua ada di sini ya? Saya nampak Selayang ada. Semua ada?
Selayang ada, Kuala Pilah ada.
Selayang ada? Okey, saya menjawab keempat- empat soalan ini sebab ianya menjurus kepada isu yang sama iaitu perkara yang berkaitan dengan dasar, pelan tindakan dan pelaksanaan program bagi mengeratkan hubungan rentas etnik dan kaum di Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang atas perhatian yang diberi untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dan tahap perpaduan semasa di negara ini. Berdasarkan penemuan kajian yang dijalankan oleh Architects of Diversity (AOD) Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang diasaskan oleh sekumpulan sukarelawan. Kajian oleh Architects of Diversity Malaysia itu, Malaysia adalah state of, kerajaan itu adalah berkenaan dengan State of Discrimination Survey 2023, yang telah dijalankan kepada 3,238 responden berumur 18 tahun ke atas dan mendapati pelbagai jenis diskriminasi telah dialami oleh responden bagi tempoh 12 bulan. Antaranya adalah diskriminasi berkaitan dengan tempat kerja, keagamaan, kepuasan terhadap inisiatif kerajaan. Secara terperincinya, penemuan tinjauan ini menunjukkan 64 peratus responden mengalami diskriminasi berkaitan dengan status ekonomi, umur, etnik warga kulit, budaya, tradisi dan bahasa ibunda. Hasil daripada penemuan kajian ini telah dijadikan sebagai petunjuk awal, early warning system kepada kementerian untuk menggerakkan lebih hebat lagi usaha-usaha penyatuan rakyat Malaysia. Pelaksanaannya penting supaya rasa kekitaan ataupun self- belonging dalam kalangan rakyat terus ditingkatkan dan dapat disemai seawal usia prasekolah hingga ke peringkat sekolah dan universiti. Menyedari hakikat ini, Kementerian Perpaduan Negara telah mengubah Dasar Perpaduan Negara 2001-2030 yang merupakan sebagai kerangka holistik untuk mengukuhkan perpaduan melalui pendekatan multidimensi yang berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Pelbagai pendekatan berorientasikan masyarakat telah digerakkan oleh kementerian melalui Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang digariskan melalui tiga kluster utama program itu iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti RAHMAH. Selain itu, kementerian juga melancarkan Inisiatif Harmoni MADANI yang memperkenalkan konsep asas integrasi nasional iaitu faham, hormat dan terima. Inisiatif ini menekankan pelaksanaan usaha-usaha meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, kepelbagaian budaya dan adat resam bagi mengukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian masyarakat serta membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah inisiatif ini adalah Jejak Harmoni, Sambutan Hari Toleransi Sedunia, Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, Dialog Harmoni, Bicara Harmoni, wacana dan sebagainya. Dalam soal mengeratkan dan meningkatkan keharmonian antara penganut agama di negara ini, pada tahun 2024, kementerian telah mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama badan-badan penganut agama seperti Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. Kedua, Sabah Unity in Diversity Community Partners Dialog kita adakan di Sabah. Di Pulau Pinang dengan HARMONICO dan juga di Pulau Pinang, kita mengadakan dengan Majlis Perundingan Muhibah dan juga dengan Malaysia Hindu Sangam. Kementerian akan terus memperkukuhkan perpaduan sebagai teras kepada kestabilan dan kemajuan negara. Tema harmoni dalam kepelbagaian ataupun Harmony in Diversity dan Konsep Negara Bangsa telah dipilih sebagai fokus utama bagi tahun ini, 2025 dalam usaha mencapai kesatuan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik. Tahun 2025 ini akan menjadi tahun transformasi kepada Kementerian Perpaduan Negara dengan tumpuan empat ikhtiar utama bagi mencapai agenda perpaduan negara iaitu ekosistem perpaduan, inisiatif Harmoni MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya.
Keempat-keempat ikhtiar ini adalah asas kepada hala tuju kementerian, peraturan ini adalah mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat dan program-program yang dirangka dan akan dilaksanakan di bawah ikhtiar ini merupakan medium bagi kementerian untuk memperluaskan lagi dan memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Justeru kementerian berharap usaha ini turut dilaksanakan bersama oleh pelbagai pihak agar isu diskriminasi dan kepercayaan antara kaum seperti yang dilaporkan oleh kajian Architects of Diversity dapat diatasi. Inisiatif pendidik masyarakat supaya lebih memahami perbezaan dan menghormati kepelbagaian agama serta budaya pelbagai kaum amat penting. Pelaksanaannya boleh dilaksanakan dengan hebahan melalui pelbagai platform di agensi masing-masing sebagai measures power perpaduan adalah tanggungjawab bersama.
Yang Berhormat Menteri...
Strategi ini berharap akan dapat....
Yang Berhormat Menteri, boleh saya...
Can I finish? Sorry, can I finish first? Akan dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di Malaysia sekali gus mengurangkan perasaan diskriminasi di kalangan rakyat. Yes.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas segala usaha yang dilakukan tadi dan kita pun terima e-mel, makalah dan sebagainya. Ini adalah satu perkembangan yang baiklah. Jadi kita dapat update berkala daripada kementerian. Cuma Yang Berhormat Menteri saya hendak sebut bahawa pada November lalu saya dikunjungi oleh 22 pertubuhan kebangsaan yang mewakili komuniti India. Kelmarin saya dikunjungi oleh lapan lagi pertubuhan kebangsaan secara spesifik mewakili komuniti Hindu, penganut agama hindu. Dalam kedua-dua pertemuan ini, 22 dan lapan pertubuhan ini 30 semuanya ada satu pandangan yang konsisten iaitu mereka merasakan mereka ditinggalkan dalam arus pembangunan sekarang dan ini bukan khusus kepada kerajaan ini malahan perasaan itu daripada dahulu lagi telah wujud. Jadi ada satu permintaan Yang Berhormat Menteri yang mana mereka mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa yang tetap yang boleh mengawal selia isu-isu berkaitan dengan penganut agama Hindu secara khusus. Jadi dalam jawatankuasa itu mungkin boleh dibincangkan dikawal selia perkara-perkara yang dianggap sebagai sensitif termasuklah juga kita bincang semalam mengenai isu penubuhan kuil, pembinaan kuil, perobohan kuil malahan juga operasi kuil yang digunakan oleh komuniti penganut agama Hindu ini. Jadi mungkin ini satu cadangan yang boleh dipertimbangkan dipihak kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang menangani secara khusus isu-isu sensitif dan juga isu kebajikan secara umumnya. Permohonan semalam adalah daripada komuniti Hindu secara khusus, tetapi saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya ada relevan kepada komuniti-komuniti lain juga.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak sambung daripada Tasek Gelugor.
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya hendak sambung sedikit.
Okey.
Dalam ucapan saya...
Jelutong ini tolong jangan bantah saya. Kita kena kerjasama dalam hal ini.
Ya, ya. Isu penempatan kuil ini adalah isu yang amat penting kerana rata-rata untuk makluman Timbalan Speaker dalam
ucapan saya juga, saya telah bangkitkan isu pemberian dana daripada Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Wakaf Hindu. Saya difahamkan bahawa dana itu telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan. Untuk rekod, saya telah nyatakan dalam ucapan saya hanya sekali sahaja kita menerima dana daripada Kerajaan Persekutuan iaitu ketika YB Bagan menjadi Menteri Kewangan iaitu RM700,000. Saya telah menyatakan bahawa Lembaga Wakaf Hindu hanya menerima jumlah sebanyak RM2 juta sahaja daripada Kerajaan Pulau Pinang. Saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan memberi sumbangan dana sekurang- kurangnya RM2 juta atau RM3 juta kalau boleh kepada Lembaga Wakaf Hindu kerana Lembaga Wakaf Hindu menjadi penaung untuk lebih kurang 15 buah kuil dan kita tidak mendapat apa-apa peruntukan. Tiap-tiap tahun perbelanjaan kita untuk mengurus dan menyelaras juga membaik pulih kuil-kuil ini meningkat. Jadi saya amat prihatin bahawa Menteri yang ada sekarang adalah seorang yang memberi perhatian kepada isu-isu ini dan mohon kalau boleh perkara ini juga diperjelaskan dalam perbahasan.
Terima kasih Jelutong. Ada jawapan kepada Jelutong nanti atas soalan yang ditimbulkan masa perbahasan. Berkenaan dengan yang telah disebut oleh YB tadi... Tasek Gelugor. Okey, berkenaan dengan jawatankuasa. Memang dalam kementerian kita, kita telah menubuhkan beberapa jawatankuasa selain daripada Majlis Penasihat, kita ada Jawatankuasa Harmoni di antara penganut agama. Semalam kita baru mengadakan mesyuarat pertama pada tahun ini dan banyak isu-isu disentuh di bawah bukan sahaja untuk penganut Hindu tetapi kesemua agama-agama yang ada di Malaysia ini. Semua isu atau masalah kita cuba selesaikan di bawah jawatankuasa itu. Di bawah itu juga kita telah tubuhkan tiga biro. Satu adalah Biro Pengurusan Isu Agama, satu adalah Biro Program dan sebagainya. Di bawah kementerian juga kita baru- baru ini telah mengadakan satu Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan yang dipengerusikan oleh KSU kita sendiri dan banyak kementerian dan agensi terlibat dalam jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP). Kita berharap melalui semua ini kita dapat mengatasi beberapa isu yang menjurus kepada agama dan sebagainya. Kalau kita melihat bagi isu di bawah kaum India ini, kita kalau tidak salah saya yang menjadi hot semasa saya menjadi Menteri yang menjaga MITRA dan satu daripada tugas MITRA adalah untuk memberikan sedikit sebanyak peruntukan untuk kita membangunkan rumah-rumah ibadat. Kita melihat tadi daripada Jelutong pun di Pulau Pinang, kerajaan negeri juga bagi peruntukan kepada kumpulan-kumpulan Hindu di Pulau Pinang.
Menteri, saya sangat sukalah apa yang telah dibentangkan oleh Menteri tadi segala planning dan sebagainya. Tetapi yang saya tak tahu mungkin saya tidak dengar ke apa, tetapi ada satu perkara yang saya rasa tidak disentuh iaitu mengenai Tabika Perpaduan yang di bawah kementerian. Sebab bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya.”
Saya melihat statistik daripada Jabatan Perpaduan, untuk Tabika Perpaduan hanya 34,794 murid Tabika Perpaduan setakat 2025 ini Februari. Yang saya kurang tak senang hati ialah kalau tengok graf ini bar chart ini seluruh Malaysia hanya 486 murid Cina dan India 1,976 sahaja yang masuk dalam semua Tabika Perpaduan di dalam negara. Adakah ini tepat? Satu lagi, saya ini di Kapar. Kapar ini ada lebih kurang 60,000 orang bukan Melayu. Yang saya tengok Tabika Perpaduan di Kapar hanya 12. Jadi, adakah itu mencukupi? Jadi saya minta tambah lebih Yang Berhormat Menteri. Insya-Allah sebab kita hendak capai hasrat Menteri tadi itu.
Speaker...
Saya jawab dahulu Jelutong.
Menteri, maafkan saya. Saya menerima permintaan daripada Ahli-ahli Lembaga Wakaf Hindu. Kalau Kerajaan negeri boleh bagi RM2 juta, Kerajaan Persekutuan saya minta RM5 juta kalau boleh untuk Lembaga Wakaf Hindu. Saya amat berterima kasih. Saya tunggu untuk berita baik, saya tunggu berita baik.
Berkenaan dengan Tabika Perpaduan ini, kita ada satu jawapan di sini, ada pertanyaan. Saya akan pergi ke sana nanti. Saya skip dahulu untuk menjawab Yang Berhormat. Saya teruskan dengan jawapan di sini. Yang Berhormat Segamat telah menyentuh tentang sejauh mana Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 efektif. Hasil daripada pelan ini telah disusun pelbagai bentuk program dan inisiatif bagi meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia agar ianya selari dengan matlamat untuk skor Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) menjelang tahun 2025 iaitu 0.7 meningkat daripada tahun-tahun yang lalu. Bagi menyokong usaha pelan tindakan ini, sepanjang tahun 2024 kementerian telah melaksanakan 730 program yang berteraskan kepada Kluster Semarak Kenegaraan, Perpaduan dan Komuniti RAHMAH.
Saya ingat dalam buku yang kita telah edarkan, buku laporan pencapaian kita, 2024 terkandung semua pencapaian-pencapaian kita pada tahun 2024 yang amat dengan terangnya dimasukkan dalam buku laporan itu. (ii) memperkasakan Rukun Tetangga. KRT sebagai penggerak komuniti progresif dalam meningkatkan taraf hidup membangunkan sosioekonomi komuniti sekali gus membantu menangani kos sara hidup; (iii) kementerian pada 29 September 2024 telah berjaya melaksanakan arahan pelaksanaan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Ikrar Rukun Negara sekurang-kurangnya sekali pada setiap minggu bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan juga turut melibatkan program rasmi kerajaan;
(iv) buat julung kalinya, bacaan Ikrar Rukun Negara telah dibacakan secara penuhnya seperti yang saya sebutkan di Parlimen; dan (v) kementerian telah membangunkan pekeliling Pembudayaan Amalan Patriotisme dan Taat Setia Penjawat Awam bagi meningkatkan tahap patriotisme dalam kalangan penjawat awam. Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Jeli telah menyentuh mengenai dengan penggubalan atau meminda akta atau undang-undang bagi menangani isu-isu yang melibatkan agama dan perkauman di kalangan masyarakat di Malaysia. Semalam saya telah pun menjawab dengan begitu panjang berkenaan dengan kesemua akta-akta yang kita ada. I don’t know whether you want me to repeat it, tapi semua itu dalam Hansard sudah ada. Ada jawapan lebih kurang sama dan please refer to the Hansard yang saya jawab semalam itu. Walau bagaimanapun, di kementerian – kita ini seperti yang selalu diterangkan, kita ini adalah kementerian yang toothless dan hasrat kerja kita di kementerian ini adalah untuk mengatasi ataupun untuk usaha menyatupadukan rakyat, perpaduan dan keharmonian adalah melalui pelbagai program. We are program based kementerian dan dari dasar, daripada program-program yang kita ada adalah menjurus kepada memberi ekosistem kepada kita mengadakan platform untuk kita minta aksi dan sebagainya. Itulah tujuan kita. Ada sebab semalam apabila isu Jagung Sepang itu, jawapan saya adalah reformasi, bukan penalti. Dan sebab itu kita gunakan Rukun Tetangga, Pengerusi Rukun Tetangga dan pegawai mereka bersama dengan polis terus dapat meredakan keadaan dan acara mohon maaf telah pun diadakan. Saya ingat apa itu masalah ditutup di sana tapi saya difahamkan ada juga tindakan selanjutnya yang diambil oleh kementerian-kementerian yang mempunyai akta-akta di bawah mereka. Saya selalu sebutkan bahawa kita di Kementerian Perpaduan ini selalu jadi mangsa. Kadang-kadang apabila timbul masalah seperti ini selalu terjadi di mana Kementerian Perpaduan – tapi kita tidak ada apa-apa undang-undang untuk kita laksanakan. Banyak juga dulu telah pun disebut-sebut, telah pun dicuba untuk gubalkan beberapa undang-undang tetapi at the end of the day, kita dapati bahawa undang-undang yang sedia ada dari segi hasutan, dari segi Penal Code, dari segi mesin cetak dan komunikasi, semua lebih mencukupi. Sebab itu, undang-undang yang telah digubal dulu masa 2019 pun ditolak sebab semua peruntukan di bawah undang-undang yang dicadangkan itu adalah masuk dalam Kanun Keseksaan, dalam juga Perlembagaan Persekutuan, dan juga ianya kalau kita sentuh berkenaan dengan suruhanjaya, kesemua tugas-tugas yang sepatutnya diadakan di bawah suruhanjaya adalah tugas-tugas ataupun fungsi yang ada di bawah kementerian dan Jabatan Perpaduan. Yang Berhormat Sri Aman dan Yang Berhormat Kuala Pilah telah menyentuh tentang isu mengurus perpaduan. Lagi perpaduan ini tapi ini tertumpu pada kementerian kita. Di
bawah kementerian kita, kita sedang – memang sudah ada mempunyai sistem e-Sepakat. This is online system. Telah ditubuhkan di setiap pejabat daerah di seluruh negara. E-Sepakat ini adalah mekanisme di mana Jabatan Perpaduan kita bertujuan untuk gerak kerja pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu perpaduan secara digital menggunakan bit data dan juga kita ada dashboard untuk analyze semua isu-isu di bawah perpaduan dan juga kita ada mediators community. Mediators community ini adalah kumpulan pegawai yang bertauliah menjadi mediators. Kita ada 571 orang mediators. Kisah di Jagung Sepang itu belum sampai ke mediators. Sudah kita selesaikan di peringkat Rukun Tetangga. Mediators ini adalah mereka yang menjadi mediators untuk melegakan lebih lagi masalah yang di peringkat akar umbi supaya ianya tidak sampai ke polis ataupun mahkamah.
Menteri, Menteri.
Itulah tugas-tugas kita di Kementerian Perpaduan.
Saya nak bagi – atas isu ini nak bagi cadangan, Timbalan Speaker. Ada beberapa video-video yang telah tular dalam handphone dan video ini boleh membawa mesej yang betul. Saya beri contoh, semasa Thaipusam ada anggota-anggota PDRM berbangsa Melayu yang mengiringi Pedati Emas ketika hujan, walaupun hujannya lebat. Adegan mereka memberi kawalan keselamatan kepada pedati yang dibawa oleh penganut-penganut Hindu itu telah jadi viral. Di Pulau Pinang saya beri contoh. Ketua Polis Pulau Pinang, seorang berbangsa Melayu beragama Hindu, bersama-sama kami menghidangkan makanan kepada penganut- penganut yang datang ke Thaipusam. Video juga telah jadi tular, jadi viral. Jadi, saya mohon supaya video-video begini diambil oleh kementerian dan digunakan bagi tujuan kita mempromosikan perpaduan di negara kita. Ini cadangan saya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Itulah – sama-samalah kita viralkan. Kita sudah ada media untuk kita viralkan semua itu dan memang di kementerian kita pun banyak program-program kita adakan. Kita telah pun tampilkan dengan sosial media di semua platform untuk ia diviral pada masyarakat semua. Keempat jawatankuasa yang kita tubuhkan seperti yang saya sebut awal tadi ditubuhkan bawah kementerian untuk mengatasi isu-isu perpaduan adalah Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP). Ini adalah ditubuhkan pada akhir tahun lalu. The first meeting kita adakan bulan yang lalu dan ini seperti yang saya katakan dari tadi melibatkan the whole of government approach, keahlian-keahlian dalam JPIP ini adalah Kementerian Perpaduan Negara sebagai Pengerusi. Kita ada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita ada Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism, kita ada Kementerian Belia dan Sukan, kita ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kita ada Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) dan ahli-ahli akademik. This is a very comprehensive jawatankuasa yang kita telah adakan. Kita telah pun – the first meeting telah pun mengadakan analisis ataupun membentangkan beberapa isu yang sedang hangat diadakan baru-baru ini seperti isu-isu berkaitan dengan KK Mart itu – hamburger. Banyak yang dalam list yang saya dah berikan di sini. Dalam the first meeting mereka bincangkan adalah kes pengusiran orang pelarian dari Bagan Dalam, Pulau Pinang. Ritual pembakaran gengsi oleh masyarakat Cina di kawasan perumahan mencetuskan kebimbangan penduduk dan juga penggunaan bahasa asing, papan tanda dan sebagainya. Kita berharaplah dengan adanya Jawatankuasa JPIP ini yang melibatkan kesemua relevan kementerian dan agensi dapat kita redakan masalah-masalah berkenaan dengan perkauman di negara ini dengan secepat mungkin.
Mereka pun telah mencadangkan pelbagai isu. Short-term, middle-term, long-term cara untuk menyelesaikan masalah-masalah itu. YB Segamat juga telah – ada YB Segamat?
Tak ada.
Kuantan? [Dicelah] Tak ada?
Tak ada.
Tampin?
Tampin ada.
YB Tampin telah menyentuh tentang komposisi kaum tabika perpaduan yang melibatkan kaum Cina yang rendah. Ini menyentuh dengan soalan Yang Berhormat tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menubuhkan Tabika Perpaduan sejak tahun 1976 dan sehingga kini, terdapat 1,781 kelas tabika perpaduan di seluruh negara dengan jumlah murid seperti yang disebut oleh YB tadi 34,794. Usaha ini merangkumi...
YB Menteri, izinkan saya minta pencelahan.
Boleh.
Terima kasih YB Menteri. Saya mendengar tadi YB Menteri mengatakan bahawa ada sekolah perpaduan. Tetapi, sejauh manakah keberkesanan sekolah perpaduan ini kerana kita ada Majlis Perpaduan yang diketuai oleh ketua-ketua agama? Di peringkat atasan itu tidak ada masalah tapi di peringkat rakyat di bawah, kebanyakan mereka ini bercelaru dan membawa perkara yang berunsurkan keagamaan itu makin teruk sekarang ini. Jadi, adakah kementerian berhasrat untuk melaksanakan sekolah Tabika Perpaduan ini secara compulsory kepada setiap rakyat Malaysia? Ini kerana saya melihat sebenarnya semasa dulu, semua rakyat Malaysia kita belajar dalam satu kelas. Tak ada masalah. Mereka
tahu mengenai budaya, mereka mengetahui mengenai agama dan sebagainya. Tetapi sekarang ini, kerenggangan itu semakin berjauhan. Jadi saya ingin bertanya, adakah kita perlu untuk melaksanakan compulsory kindergarten school for unity? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau saya jawab Yang Berhormat nanti, banyak juga jawapan di sini tapi tak apa. Tujuan tabika perpaduan ini dari dulu selepas insiden 1969 di mana tujuan adalah untuk rakyat kita berbilang kaum ini berinteraksi melalui the first phase untuk kita bersama- sama adalah memang dari sekolah, tabika sekali. Dari tabika, kita pergi ke primary school, kita pergi ke universiti. Akan tetapi malangnya, setakat ini kita cuma ada 1,781 tabika perpaduan. Kita telah mohon atas permintaan last year dalam 34 buah tapi satu pun tidak diluluskan. Ini atas permintaan sebab dilihat di seluruh negara kita sudah mempunyai begitu banyak tabika. Tabika kerajaan dekat 8,000 lebih. Mungkin angka tak betul. Just keep you the slight rough figure.
Kena fight YB Menteri. Kena fight. You need more.
Yes. [Ketawa] Boleh tolong saya. Ya then kita ada tabika swasta.
Menteri, I will help you to fight. I think this one is very crucial. Kerajaan MADANI kita perlu memperbetulkan perkara ini untuk pergi ke peringkat akar umbi. I will help you.
Saya juga setuju.
Begitulah fikiran kita tapi apabila kita membuat permohonan, ia tidak diluluskan tapi...
Menteri, masa dah habis. Jelutong tunggu untuk peruntukan Lembaga Wakaf Hindu. Masa dah...
Tak apa.
Yang Berhormat Menteri ...
Tampin tak selesai lagi.
Saya bagi masa tambahan lima minit.
Lima minit?
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Okey, tak apa.
Yang Berhormat Menteri, Tampin sedikit.
Okey, tabika ini kita lepaskan dulu. I think semua sudah faham. Wakaf.
Berapa peruntukan yang saya boleh bawa berita baik ke Pulau Pinang? Saya yakin Menteri dan Kerajaan MADANI akan membela Lembaga Wakaf Hindu.
Okey, Jelutong ya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan dana terutamanya kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Dalam semakan kita, Wakaf Hindu Pulau Pinang ini adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan 1906 di bawah Ordinan Wakaf Hindu Tahun 1905. Lembaga ini ditubuhkan untuk mentadbir, menyelenggara dan sebagainya dan lembaga ini adalah diletak di bawah jagaan negeri Pulau Pinang ya. Jadi kalau mengikut yang disebutkan oleh YB tadi, peruntukan ialah kebanyakannya datang daripada Pulau Pinang. Cuma apabila Bagan jadi Menteri Kewangan beberapa tahun dulu, diberi peruntukan daripada Federal Government. Jadi kita semak bagi tahun 2024 dan 2025, tidak ada sebarang permohonan daripada Wakaf Hindu Pulau Pinang kepada MOF melalui kementerian. Oleh sebab itu, saya pun tak boleh jawab kalau tak ada permohonan, macam mana. Cuma sekaranglah Yang Berhormat mohon untuk ia dibagi dan kita cubalah. Kita cuba seperti Yang Berhormat cakap, kita buat 50-50. Kalau Pulau Pinang bagi RM2 juta, dimohon untuk Federal Government bagi RM2 juta. Akan tetapi Yang Berhormat mesti ingat, bukan Pulau Pinang saja kuil-kuil ataupun Hindu yang banyak tapi kita melihat di seluruh negara sebab ...
Jadi saya berterima – Bolehkah saya berterima kasih?
Oleh sebab itu, kita ada MITRA dulu. MITRA dulu pun satu daripada tujuan MITRA adalah untuk membantu rumah-rumah ibadat tetapi MITRA itu sudah terlepas daripada saya. Pulang kepada Jabatan Perdana Menteri sebab saya pun. [Ketawa]
Tapi Menteri, sebelum ini kita pernah tulis surat. Untuk rekod, ada ditulis surat tapi walau bagaimanapun, kalau nak berikan, kita boleh terima bila-bila saja. Boleh sahkan RM2 juta kita terima?
Saya tak boleh sah pasal mohon kepada MOF. Tapi melalui kitalah ya. Itu saja yang saya dapat jawab. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah jawapan saya kepada isu-isu yang telah dibangkitkan di bawah Titah Diraja dulu dan saya berharap, jawapan-jawapan yang tidak saya dapat jawab, akan dijawab bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 24 Februari 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.17 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Cha Kee Chin (Rasah) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Skim Insurans Perubatan Mampu Milik Untuk Mengurangkan Kebergantungan Terhadap KWSPSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan bagi memastikan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia selepas persaraan. Namun pada masa ini, sebahagian besar simpanan rakyat dihabiskan untuk membiayai kos rawatan perubatan, sebelum mereka beralih ke fasiliti kesihatan awam. Keadaan ini menjejaskan matlamat asal KWSP untuk menjamin kelangsungan hidup selepas persaraan.
Salah satu cabaran utama yang dihadapi ialah kos premium insurans perubatan yang meningkat, khususnya bagi warga emas. Kenaikan kos premium ini menyebabkan ramai individu tidak mampu meneruskan perlindungan insurans pada saat mereka paling memerlukannya. Ketiadaan perlindungan insurans yang mencukupi boleh menyebabkan beban kewangan yang berat akibat kos rawatan yang tinggi, sekali gus menjejaskan perancangan persaraan mereka.
Di Singapura, MediShield Life telah diperkenalkan dengan kerjasama sektor swasta untuk menyediakan perlindungan kesihatan asas pada kadar premium yang berpatutan. Australia pula menggalakkan penyertaan insurans swasta melalui insentif cukai yang membantu mengurangkan beban dana awam.
Pendekatan ini membolehkan kos premium dikawal dengan lebih baik dan akses kepada rawatan kesihatan yang lebih luas untuk rakyat. Saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan skim insurans perubatan mampu milik yang meliputi perlindungan sehingga umur 99 tahun.
Pendekatan ini boleh dilaksanakan melalui penambahbaikan atau peluasan Program i-Lindung, dengan penyediaan subsidi bersasar dan penglibatan rapat syarikat insurans untuk memastikan premium kekal berpatutan.
Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban kos rawatan bagi golongan M40 dan warga emas. Dengan perkongsian kos bersama sektor swasta, tanggungan kewangan kerajaan dapat dikurangkan dan kerajaan boleh menumpukan kepada penetapan parameter serta standard perkhidmatan.
Usaha ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap dana KWSP untuk tujuan perubatan, seterusnya memastikan simpanan persaraan mencukupi untuk menampung kos sara hidup selepas persaraan. Saya berharap agar cadangan ini dipertimbangkan— dibincangkan lebih lanjut untuk memastikan pelaksanaannya dapat memberi manfaat yang optimum kepada rakyat.
Saya meminta kementerian untuk menjelaskan bahawa, apakah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan skim insurans perubatan mampu milik yang meliputi perlindungan sehingga umur 99 tahun dengan subsidi bersasar khususnya bagi golongan M40 dan warga emas. Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk melibatkan syarikat insurans melalui kerjasama strategik dalam pelaksanaan skim ini untuk memastikan perlindungan insurans yang lebih luas dan berpatutan untuk rakyat? Bagaimana kerajaan merancang untuk mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap dana KWSP bagi membiayai kos perubatan? Sekian, terima kasih.
Saya mempersilakan Timbalan Menteri Kewangan untuk memberikan jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Miri. Pihak Kerajaan menyambut baik cadangan Yang Berhormat Miri untuk terus menambah baik program i-Lindung bersama-sama syarikat insurans dan pengendali takaful.
Sebagai makluman, platform layan diri i-Lindung ini telah memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful serendah RM30 daripada syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) yang diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk diri sendiri dan ahli keluarga terdekat untuk tempoh perlindungan jangka pendek satu tahun dan jangka masa panjang sehingga 75 tahun.
Setakat 31 Disember 2024, seramai 153,618 ahli KWSP telah memanfaatkan kemudahan pengeluaran simpanan daripada Akaun Sejahtera, dahulunya kita sebut Akaun 2 bagi membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah Program i-Lindung. Jumlah pengeluaran terlibat adalah sebanyak RM51 juta sejak diperkenalkan pada Julai 2022 sehingga Disember 2024.
Menurut 2025 Global Medical Trend Rates Report, inflasi kos perubatan di Malaysia mencecah 15 peratus pada tahun 2024. Jumlah ini lebih tinggi daripada purata global dan purata Asia Pasifik iaitu 10 peratus. Peningkatan ini didorong oleh faktor-faktor seperti kemajuan dalam teknologi perubatan serta peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCDs), dengan izin.
Sebagai contoh, NCD disebabkan kadar obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15 peratus bagi golongan dewasa berbanding 11 peratus di Thailand, tujuh peratus di Singapura dan dua peratus di Vietnam. Hal ini telah menyebabkan peningkatan kos penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan seterusnya menyebabkan tekanan ke atas kadar premium produk medical and health insurance/takaful (MHIT), dengan izin.
Berdasarkan pemerhatian Bank Negara Malaysia, antara tahun 2021 sehingga 2023, peningkatan kumulatif jumlah tuntutan MHIT adalah sebanyak 56 peratus, manakala dalam tempoh yang sama, peningkatan kumulatif jumlah premium terkumpul MHIT hanya 20 peratus. Untuk menangani cabaran kos inflasi perubatan dan memastikan akses yang berterusan dan berpatutan bagi penjagaan kesihatan swasta, kerajaan sedang berusaha untuk menghasilkan produk asas insurans dan takaful perubatan dan MHIT yang berpatutan untuk rakyat jelata.
Bagi memastikan produk MHIT lebih mampan untuk jangka panjang, Bank Negara Malaysia, KWSP, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam beberapa bulan yang lepas, sedang giat membangunkan produk asas MHIT termasuk merangka parameter, reka bentuk serta penetapan harga. Prinsip awal inisiatif ini telah dimaklumkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan atau Parliamentary Select Committee on Health dengan izin pada 27 Ogos 2024.
Pembangunan produk asas MHIT adalah penting untuk memastikan akses berterusan kepada penjagaan kesihatan swasta. Kemampanan produk asas MHIT ini juga akan dipertingkatkan melalui langkah-langkah pengawalan yang lebih kukuh dalam membendung inflasi kos perubatan. Produk asas MHIT ini juga akan diseragamkan bagi memudahkan pengguna memahami ciri-ciri asas produk, liputan manfaat dan had produk tersebut. Ini juga akan membantu pengguna membuat perbandingan dengan produk-produk lain dan seterusnya membuat keputusan kewangan yang termaklum.
Di luar produk asas MHIT, masih terdapat ruang untuk ITO berinovasi dan membezakan diri melalui ciri-ciri tambahan nilai. Penyertaan pada skala yang mencukupi untuk produk asas MHIT ini penting bagi memastikan kemampanan produk asas ini. Semakin luas dan pelbagai penyertaan pemegang polisi produk asas MHIT ini, semakin besar kesan pengumpulan risiko. Hal ini secara langsung akan meningkatkan daya mampu milik dan kemampanan produk asas MHIT.
Kumpulan risiko yang lebih besar dan pelbagai juga akan membantu menyebarkan risiko. Menerusi penyertaan yang lebih pelbagai, terutamanya dengan nisbah yang seimbang antara golongan muda dengan golongan tua, penetapan premium produk asas MHIT ini akan lebih stabil dalam jangka panjang.
Oleh itu, penting untuk kerajaan memanfaatkan program i-Lindung bagi membina kumpulan pemegang polisi awal yang mantap dalam kalangan ahli KWSP.
Di samping itu, akses kepada produk asas MHIT boleh diperluas kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk merangkumi lebih banyak pekerja. Apabila produk asas MHIT ini diperkenalkan, kerajaan juga akan memastikan pengguna diberikan maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan yang termaklum.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan pelbagai dorongan yang boleh digunakan untuk meningkatkan skala penyertaan pengguna bagi produk asas MHIT ini. Namun, cadangan pelaksanaan subsidi untuk pembangunan produk perlindungan asas MHIT ini memerlukan kajian yang mendalam. Kajian akan dilakukan dari segi impak jangka panjang ke atas kos kesihatan secara menyeluruh, keadaan kewangan kerajaan, kos premium dan manfaat perlindungan, juga beban penyakit dan kos penjagaan kesihatan, kemampanan jangka panjang polisi tersebut dan lain-lain lagi.
Pembangunan produk perlindungan asas MHIT ini juga perlu diiringi dengan reformasi dan pembaharuan sektor kesihatan yang lebih menyeluruh. Ini termasuklah pelaksanaan langkah-langkah untuk membendung inflasi kos perkhidmatan kesihatan bagi mengurangkan tekanan ke atas premium produk MHIT seperti pengenalan model pembayaran kesihatan berdasarkan kumpulan berkaitan diagnosis atau diagnosis-related groups (DRGs) secara berfasa di sektor kesihatan swasta, pembelian strategik atau strategic purchaser dengan izin, untuk menggalakkan perkhidmatan penjagaan berkualiti yang berasaskan nilai serta pelaksanaan Rakan KKM sebagai pilihan ekonomi premium.
Justeru itu, semua pihak berkepentingan termasuk KWSP, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, hospital swasta dan penanggung insurans dan pengendali takaful akan terus bekerjasama untuk mencari penyelesaian jangka panjang yang berkesan seperti pelaksanaan model pembayaran DRG dan peningkatan ketelusan harga kos perubatan. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Miri untuk mengemukakan soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah adakah kerajaan akan melaksanakan tindakan terhadap syarikat insurans yang tidak mematuhi langkah interim bagi menguruskan penyelarasan premium produk medical and health insurance/takaful (MHIT) kerana menurut aduan terkini, terdapat syarikat insurans yang didakwa tidak mematuhi arahan Bank Negara Malaysia ini.
Salah seorang pemegang polisi insurans yang membeli polisi tersebut pada tahun 2009 telah melaporkan kenaikan premium tahunannya daripada RM3,300 kepada RM11,940. Kira-kira 360 peratus tanpa mengikuti fasa tiga tahun ataupun penangguhan untuk warga emas. Syarikat tersebut dikatakan menggunakan alasan hanya polisi baharu yang diperkenalkan November 2020 yang dapat menikmati langkah interim ini.
Bagaimana kerajaan memastikan syarikat insurans mengembalikan hak pemegang polisi yang terjejas terutamanya bagi warga emas yang terkesan akibat kenaikan premium secara mendadak tidak mengikuti fasa yang diarahkan?
Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk memberikan jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Miri atas soalan tambahan. Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia telah mengambil beberapa langkah interim bagi memberi sokongan sementara kepada pemegang polisi insurans dan takaful perubatan dan kesihatan. Antara langkah interim ini adalah penanggung insurans dan pengendali takaful akan mengagih pelarasan premium yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun iaitu tempoh penyelarasan yang sekurang-kurangnya lima tahun bagi jumlah pelarasan yang lebih tinggi.
Menerusi langkah ini, dianggarkan sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi MHIT akan menghadapi pelarasan premium tahunan yang terkawal iaitu kurang daripada 10 peratus. Selain daripada kenaikan premium
yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan, pemegang polisi mungkin juga mengalami kenaikan premium akibat peralihan kategori umur yang lebih tinggi.
Pihak ITO dikehendaki menyediakan komunikasi yang jelas tentang punca kenaikan dan menawarkan pilihan kepada pemegang polisi untuk mengubah atau menukar pelan MHIT mereka kepada pelan yang lebih mampu milik atau menstruktur semula bayaran premium secara beransur-ansur. Bagi pengguna yang menghadapi kesulitan dalam meneruskan pembayaran premium, mereka digalakkan untuk menghubungi pihak ITO masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan yang ada untuk memastikan kesinambungan perlindungan MHIT.
Sekiranya mereka tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak ITO, aduan juga boleh disalurkan kepada Bank Negara Malaysia.
Kerajaan memandang serius terhadap sebarang ketidakpatuhan oleh pihak ITO dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak ITO yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan Bank Negara Malaysia.
Untuk kes spesifik yang tadi Yang Berhormat Miri utarakan sebentar tadi, kami mohon Yang Berhormat Miri kemukakan butiran kepada saya dan saya akan dapatkan pihak Bank Negara untuk meneliti kes spesifik yang berkenaan. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Maklum Balas Mengenai Cadangan Rang Undang-Undang (Ruu) Kualiti Benih TanamanSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada cadangan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman serta jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semasa sesi Kamar Khas pada 18 November 2024. Dalam sesi tersebut, dinyatakan bahawa Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi RUU ini telah dikeluarkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 22 Jun 2018.
Selain itu, berdasarkan keputusan Mesyuarat Rang Undang-undang pada 18 Julai 2024, RUU ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dikemukakan di Dewan Rakyat. Kami memahami bahawa Kementerian bercadang untuk membentangkan RUU ini di Parlimen. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh masyarakat umum dan pihak berkepentingan, termasuk ketiadaan konsultasi awam yang menyeluruh dan bermakna. Selain itu, terdapat isu berkenaan relevansi RIA yang dikeluarkan enam tahun yang lalu, memandangkan perubahan yang telah berlaku dalam sektor pertanian sejak tempoh tersebut.
Terdapat juga kebimbangan bahawa RUU ini mungkin menjejaskan hak- hak petani tradisional dalam berkongsi dan menjual benih, memberikan kelebihan kepada syarikat besar yang mampu memonopoli pasaran benih, serta berpotensi meningkatkan kos pengeluaran pertanian yang akhirnya akan membebankan pengguna. Tambahan pula, terdapat risiko pengurangan kepelbagaian benih yang boleh menjejaskan ekosistem dan menjadikan pertanian lebih terdedah kepada perubahan iklim serta penyakit tanaman.
Kewujudan undang-undang benih di negara lain juga telah mendapatkan tentangan hebat daripada petani-petani di negara-negara tersebut. Berikutan kebimbangan-kebimbangan ini, saya ingin memohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian mengenai perkara-perkara berikut agar kebimbangan semua pihak dapat ditangani dengan wajar:
(i) berkenaan dengan RIA 2018, kami memohon pencerahan mengenai proses konsultasi awam yang dijalankan dan pihak-pihak yang terlibat dalam proses tersebut;
(ii) apakah keputusan RIA tersebut dan mohon agar salinan RIA dapat diserahkan juga kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum pembentangan RUU di Parlimen termasuk kandungan RUU pada tahun 2018 yang menjadi subjek RIA tersebut; dan
(iii) berkenaan dengan RUU terkini, adakah proses konsultasi awam yang bermakna telah dijalankan? Jika ya, bilakah ia dijalankan dan dengan siapa? Memandangkan terdapat bantahan daripada masyarakat awam, adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan konsultasi awam yang lebih menyeluruh dan bermakna susulan bantahan tersebut?
Sekian, terima kasih.
Saya minta Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memberikan jawapan.
Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Miri dengan merujuk kepada jawapan sesi Kamar Khas pada 18 November 2024, sejajar dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2013, Dasar Negara bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan yang kemudiannya telah dibatalkan melalui Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan, rang undang-undang ataupun RUU Kualiti Benih Tanaman ini telah pun melalui proses Regulatory Impact Analysis (RIA) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bermula pada 6 Mac pada 2013 sehinggalah Penyata Impak Peraturan (RIS) bagi RUU Kualiti Benih Tanaman dikeluarkan pada 4 Julai 2018.
Salah satu daripada elemen RIA adalah konsultasi awam yang perlu dilaksanakan untuk tempoh minimum 30 hari dengan pihak-pihak berkepentingan terutamanya dengan pihak-pihak yang terkesan dengan cadangan sesuatu undang-undang atau peraturan yang akan digubal atau dipinda. Di bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021, Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan, pihak berkepentingan ditakrifkan sebagai orang awam dan komuniti perniagaan yang terlibat secara langsung, tidak langsung atau mempunyai kepentingan dalam peraturan yang dicadangkan atau dipinda.
Orang awam termasuk kumpulan seperti komuniti perniagaan, pekerja, kumpulan pengguna, kumpulan yang berkepentingan, organisasi profesional dan individu yang mempunyai peranan penting dalam memberikan maklum balas dan input dalam penggubalan dasar awam. Sepanjang tempoh lima tahun tersebut
2013 hingga ke 2018, sebanyak 11 sesi konsultasi dan libat urus dengan pemegang taruh dan pihak berkepentingan telah dilaksanakan.
Setelah kesemua tujuh elemen RIA dilengkapkan, Penyata Impak Peraturan (RIS) bagi RUU Kualiti Benih Tanaman telah diserahkan kepada MPC untuk semakan dan penilaian. Pihak MPC telah memuktamadkan Penyata Impak Peraturan (RIS) untuk RUU Kualiti Benih Tanaman melalui RIS Final Assessment Note pada 4 Julai 2018. MPC berpendapat bahawa maklumat dan analisis untuk penilaian RIS adalah mencukupi.
Sesi konsultasi awam telah dilaksanakan melibatkan wakil-wakil daripada 156 organisasi meliputi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan, syarikat swasta, persatuan dan pertubuhan petani, pengusaha, peniaga benih tanaman dan pelbagai pihak berkepentingan berjumlah 230 orang. KPKM bersedia melaksanakan konsultasi awam sekiranya terdapat keperluan dan akan terus memberi penerangan dan penjelasan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan benar. Kementerian akan membentangkan pindaan RUU ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dibawa ke Dewan Rakyat. Sekian dan terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Miri untuk mengajukan soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah disebabkan kesan perubahan iklim yang semakin meningkat, pakar-pakar termasuk pelapor khas PBB mengenai hak untuk makanan telah memberi amaran bahawa tanaman semakin terancam. Sistem benih petani yang memastikan kepelbagaian biologi adalah kunci untuk menangani isu perubahan iklim dan meningkatkan sekuriti makanan. Memandangkan fakta bahawa RUU ini sebenarnya akan menggalakkan monokultur dan memberi impak negatif ke atas biodiversiti, adakah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah dirujuk sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap perubahan iklim dan biodiversiti dan juga benih yang diperakui sering digunakan dengan racun perosak yang mempunyai kesan kesihatan? Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia telah dirujuk dalam hal-hal tersebut?
Sekali saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya terdapat kumpulan-kumpulan NGO yang mempunyai kerisauan, kebimbangan— adakah boleh memohon supaya pihak kementerian adakan konsultasi awam dengan mereka? Mungkin komunikasi secara terus selepas ini.
Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan jawapan terhadap soalan tambahan yang dikemukakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Miri atas soalan tambahan. Kerajaan mengambil maklum akan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Miri berhubung dengan kesan perubahan iklim terhadap tanaman, kepentingan sistem benih petani serta potensi impak rang undang-undang terhadap biodiversiti dan kesihatan rakyat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menjalankan perbincangan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang dahulu dikenali
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap perubahan iklim dan biodiversiti. NRES telah memberi pandangan khusus mengenai keperluan untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan pertanian dan pemeliharaan diversiti.
Justeru, RUU ini telah dirangka dengan mengambil kira keperluan untuk meminimumkan risiko kepada kepelbagaian biologi dan ekosistem melalui garis panduan serta amalan pertanian mampan. RUU ini akan dibaca bersama dengan mana-mana akta yang lain seperti Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] dan juga Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 [Akta 634].
Selain itu, kementerian sentiasa menjalankan perbincangan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan Pertanian mengambil serius masalah berkaitan residue racun perosak seperti perlanggaran maximum residue limit (MRL) iaitu racun perosak melalui penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149].
Manakala, KKM juga sentiasa memastikan semua input pertanian termasuk penggunaan racun perosak mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 yang menyatakan bahawa sekiranya residue RMP melebihi paras yang ditetapkan, komoditi-komoditi terlibat akan dimusnahkan dan pemilik boleh didakwa serta dikenakan penalti di bawah Akta Makanan 1983.
KPKM kekal komited untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar dan kesihatan rakyat dan sentiasa terbuka untuk mengadakan lebih banyak perjumpaan dan juga sesi libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Sekian dan terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kawalan Hakisan Pantai Di Mukim Rimba Terjun, PontianSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu hakisan pantai di sepanjang parameter Parlimen Tanjong Piai yang menghadap Selat Melaka merupakan fenomena alam yang telah berlaku sejak sekian lama. Namun, sejak kebelakangan ini, di beberapa kawasan terutamanya di pesisir Mukim Rimba Terjun, keadaan ini telah menjadi semakin serius dan kritikal berikutan kesan hakisan laut yang semakin menghampiri rumah para penduduk.
Berdasarkan pemantauan semasa oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian, jarak sangat terjejas kini telah pun menjangkau sehingga sejauh 1,500 meter. Di antara kawasan yang terjejas akibat kesan hakisan laut tersebut adalah di Taman Sri Pantai dan Lorong Sulaiman, selain di beberapa lot di Kampung Rimba Terjun iaitu seperti di Lot 1406, Lot 837, Lot 836, Lot 886, Lot 889, Lot 7031 dan Lot 906 kini menjadi PTD 11241 sehingga PTD 11248 dan Lot 6514.
Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai projek pengawalan hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun tersebut sejak tiga tahun yang lalu dengan anggaran kos bernilai RM5.6 juta. Kos ini tidak termasuk skop pengambilan balik tanah. Namun, sehingga kini masih belum mendapat sebarang kelulusan peruntukan.
Oleh yang demikian, pertanyaan saya ialah sejauh manakah kementerian telah membuat penilaian impak berkaitan isu ini dan apakah status terbaru mengenai cadangan yang telah dikemukakan tersebut. Saya juga ingin mencadangkan agar kementerian memperincikan semula kos yang dicadangkan bersama-sama kos pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
Fenomena hakisan pantai ini berlaku pada setiap masa dan berterusan tanpa henti. Semakin lambat tindakan diambil, maka masalah akan menjadi semakin rumit dan kritikal. Projek kerja kawalan hakisan ini mesti dilaksanakan dalam kadar segera kerana semakin lama tertangguh, kos yang terlibat akan semakin naik dan implikasi negatif terbesar akan ditanggung oleh penduduk dan rakyat yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai.
Minta Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk memberikan jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya hargai atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai berhubung isu hakisan pantai yang semakin serius di Mukim Rimba Terjun, Pontian.
Berdasarkan pemantauan berterusan oleh PETRA melalui JPS, hakisan pantai di kawasan Mukim Rimba Terjun berlaku dengan cepat. Kawasan yang terjejas teruk adalah Taman Sri Pantai dan Lorong Sulaiman dengan situasi terkini hakisan yang semakin menghampiri kawasan rumah penduduk kampung.
Keadaan asal pesisir pantai yang berlumpur dan ditumbuhi dengan pokok bakau juga telah terjejas teruk. Hakisan pantai yang semakin kritikal telah mengganggu ekosistem hutan paya bakau yang sepatutnya berfungsi sebagai penghalang ombak dan merangkap sedimen lalu untuk mengurangkan hakisan. Walau bagaimanapun, pokok-pokok telah tumbang dan tiada lagi pertumbuhan anak- anak pokok bakau.
Sebagai rujukan, Kajian Hakisan Pantai Negara ataupun National Coastal Erosion Study (NCES) yang telah disiapkan pada tahun 2015, menyatakan bahawa hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun iaitu dari Taman Rambah ke Kampung Api–Api berada pada tahap Kategori 2 iaitu pengunduran garis pantai dengan kadar lebih satu meter setahun tetapi kurang dari empat meter setahun.
Secara umumnya, garis pantai yang mengalami hakisan ini merupakan kawasan berpenduduk tidak padat dengan sedikit aktiviti pertanian.
Selain itu, PETRA melalui JPS telah menyenaraikan Kajian Semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) bagi negeri Johor untuk Pantai Barat Johor di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1 RMKe-13) dengan jumlah kos RM3 juta. Kajian semula ISMP ini dijangka akan bermula pada 2026 dan seterusnya dijangka siap pada tahun 2028. Kajian semula ini akan mengkaji dan menilai kategori hakisan pantai, opsyen kawalan hakisan dan strategi serta objektif pengurusan garis pantai yang baharu sesuai dengan aktiviti pembangunan terkini.
Sementara kajian ini diluluskan, PETRA melalui JPS sedang melaksanakan kerja ukur topografi dan batimetri untuk tujuan pengumpulan data.
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, PETRA melalui JPS telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan lapis lindung (rock revetment) bagi mengekang kemaraan hakisan di beberapa kawasan pesisir pantai berhampiran kawasan Mukim Rimba pada tahun 2023 iaitu di Lorong Hijrah, Rimba Terjun.
Projek ini dilaksanakan dengan jumlah kos sebanyak RM319,000.
PETRA juga melalui JPS juga telah melaksanakan lima projek kawalan hakisan pantai sepanjang pesisir pantai daerah Pontian dengan jumlah kos sebanyak RM4.2 juta bermula pada tahun 2021 sehingga 2024. Skop utama projek adalah pembinaan struktur lindung lapis (rock revetment). Antara tempat terlibat adalah Pantai Tebing Kiri dan Kanan Sungai Pontian Besar, Pantai Rimba Terjun, Sungai Ayer Masin dan Sungai Penerok. Jumlah panjang pantai yang telah dilindungi adalah sebanyak ataupun sepanjang 1,160 meter.
Sebagai penyelesaian jangka panjang, PETRA melalui JPS telah pun menyenaraikan projek kawalan hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun, daerah Pontian, Johor di bawah RP Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 untuk mendapatkan kelulusan dengan jumlah kos sebanyak RM16.65 juta. Skop utama projek adalah pembinaan struktur lapis lindung (rock revetment) sepanjang 1,500 meter dari Lorong Hijrah ke Lorong Pantai Indah, Rimba Terjun. Dengan terlaksananya projek ini, masalah hakisan tebing yang kritikal dijangka dapat diselesaikan di kawasan Mukim Rimba Terjun.
Berdasarkan cadangan awal, jajaran ini akan melibatkan Taman Sri Pantai dan Lorong Sulaiman. Selain itu, beberapa lot di Kampung Rimba Terjun juga akan terlibat seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi iaitu Lot 1406, Lot 837, Lot 836, Lot 886, Lot 889, Lot 7031, Lot 906 iaitu kini menjadi PTD 11241 hingga PTD 11248 dan juga Lot 6514. Selain itu, sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS Negeri Johor akan mengemukakan permohonan untuk melaksanakan projek kawalan hakisan di kawasan Taman Sri Pantai di bawah peruntukan kerajaan negeri untuk tahun 2026 dengan jumlah kos sebanyak RM1.5 juta. Skop utama projek ini adalah pembinaan struktur lapis lindung batu sepanjang 100 meter.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Piai untuk mengemukakan soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana ada tindakan yang telah dilakukan. Tetapi kalau pada kebiasaannya, kami sebagai wakil rakyat, kita merujuk pada JPS. Jawapan standard tiada bajet. Jadi, mereka minta Yang Berhormat pergi ke Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat biasa bangkit dekat Parlimen mengikut kemampuan kewangan. Jawapan standard juga.
Jadi, berlarutan bukan sebab tiga tahun yang lepas tetapi memang sudah lanjut lamalah bertahun-tahun. Biasa kita balik kampung turun padang. Inilah daripada aduan penduduk kampung.
Saya nak tunjukkan gambar ini.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Bukan setakat sebab kaji cepat lambat tapi masalah kerisauan risiko penduduk yang telah sampai ke halaman rumah. Apakah tindakan segera itu patut diambil?
Sebab kita tidak mahu berlaku risiko itu kalau dah berlaku mungkin bencanakah, baru kita mampu ambil tindakan. Saya rasa tak sepatutnya berlaku.
Jadi, saya berharap walaupun kerajaan kata ada juga akan ada bajet disediakan RM16.6 juta itu pada— di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-13. Jadi, saya ingin tahu adakah itu satu kelulusan atau setakat permohonan. Saya nak tahu. Kalau lulus, alhamdulillah. Kalau tak lulus, maknanya hanya jawapan untuk saya, kita kemukakan permohonan untuk kerajaan. Jadi, saya harap kalau boleh Yang Berhormat bagi komitmen akan lulus.
Kalau lulus, bila boleh dilaksanakan? Orang kampung kita nak tahu. Bila boleh dilaksanakan?
Kita telah melihat ya, kerajaan perlu sedar bahawa peringkat awal kami mohon dan melalui JPS RM5.6 juta sahaja hari ini meningkat kepada RM16 juta.
Tak pasti lagi ada kelulusan. Satu. Saya anggap yang penting ialah perancangan jangka masa pendek ini penting. Sebagaimana untuk menyekat kawalan hakisan tanah itu begitu cepat berlaku di kawasan Rimba Terjun ini. Mereka risau.
Walaupun penduduk tak padat, maknanya itu nyawa juga. Patut dijaga. Ini rakyat kita. Bukan sebab padat tak padat tapi saya nampak itu penting untuk kita lakukan demi kesejahteraan penduduk di kawasan saya.
Jadi, saya mohon kementerian kalau boleh beri komitmen RM16.5 juta lulus atau hanya kemukakan permohonan. Itu permohonan daripada JPS terhadap Pontian tapi harap ada komitmen daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan jawapan terhadap soalan tambahan yang dikemukakan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai atas soalan susulan. Saya kira Yang Berhormat juga pernah berada dalam pentadbiran dari segi memahami proses dalam kita merencanakan apa-apa pembangunan dan juga penyusunan dari segi agihan peruntukan itu. Maka sebab itu, bagi untuk tujuan sebarang penerimaan ataupun aduan yang disampaikan sememangnya perkara itu paling baik datangnya dari bawahlah. Sebab itu dari segi strukturnya nampak bahawa di peringkat sama ada jurutera daerah mahupun sehingga ke peringkat negeri, perkara itu perlu dalam makluman mereka.
Jadi sebab itu, dari segi proses menguruskan belanjawan dan kini bila disebut untuk Rancangan Malaysia Ke-13 seperti Yang Berhormat juga sedia maklum RMKe-13 itu akan diambil kira bermula tahun hadapan untuk tempoh lima tahun. Jadi sebab itu, bila ada peluang dan ruang, sememangnya kita cuba.
Sebab di peringkat kami juga, sudah pasti kita perlu menunjukkan keutamaan, kepantasan ataupun kesegeraan yang perlu dipatuhi ataupun yang perlu kerajaan mengambil aksi ataupun mengambil tindakan kerana isu ini melibatkan soal keselamatan, soal harta benda juga soal sempadan dan sebagainya.
Maka sebab itu, seperti mana yang kita tahu dari segi proses Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai contoh, ia juga akan pecah ikut tahun RP1, RP2 dan seterusnya. Jadi sebab itu, di peringkat untuk— ya lah bagi memberi penerangan kepada Yang Berhormat sebagai ya lah peringatan kita bersama, jadi proses ini sebenarnya memang berlaku dari bawah hinggalah ke peringkat negeri dan seterusnya negeri akan mengangkat senarai-senarai yang dianggap yang perlu dibawa oleh negeri mengikut keutamaan yang diberikan oleh negeri.
Kita bukan mengatakan bahawa Tanjong Piai itu tidak utama berbanding Johor Bahru. Kita sama-sama dari Johor sebagai contoh, tetapi dari segi peruntukan itu kita tahu juga perlu diagihkan mengikut kemampuan dan juga mengikut mana yang kita perlu segerakan secepat mungkin. Jadi sebab itu, dari segi perancangan yang saya kemukakan kepada Yang Berhormat, walaupun dalam segala keterbatasan yang ada, ada beberapa kaedah atau tindakan yang kita kena rancang iaitu sama ada penyelesaian yang secara holistik iaitu yang disebut selalu jangka panjang. Yang mana peruntukan itu mungkin Yang Berhormat dari segi dapatan dahulu, Yang Berhormat sendiri nyatakan jumlah Yang Berhormat sebut itu tidak termasuk dengan sebarang kos pengambilan tanah.
Jadi itu sebenarnya pun dah ada klausa Yang Berhormat pun arif bahawa kos lain itu sebenarnya agak tinggi. Jadi sebab itu, dari segi mungkin pelaksanaan untuk jangka panjang, biasanya mana-mana projek yang diterima masuk dalam belanjawan ataupun RMK, biasanya dia akan ada tempoh pula untuk dari segi design, dari segi reka bentuk, dari segi proses, biasanya proses itu mengambil masa daripada boleh sehingga setahun ataupun 18 bulan bergantung pada berapa besar projek yang dilalui. Seterusnya apabila proses itu selesai, barulah kita akan menumpukan kepada pembangunan fizikal yang mana kebiasaan tempoh walaupun ia bergantung pada jenis projek biasanya sekitar dua ataupun tiga tahun yang biasa untuk sebarang pembangunan.
Jadi sebab itu, dari segi ruang ataupun peluang yang ada, sudah pasti even di peringkat kami memang perlu menunjukkan kenapa peruntukan itu perlu disalurkan kepada kementerian untuk kita laksanakan. Maka sebab itu, kelulusan seperti mana Yang Berhormat sedia maklum. Peringkat kementerian memang— walaupun kami bersetuju dengan pandangan itu, kita akan mengangkat pula kepada Kementerian Ekonomi sebagai contoh untuk merancang dari segi perancangan keseluruhan untuk Rancangan Malaysia Ke-13. Maka sebab itu, peluang itu masih ada. Kalau biasanya di kementerian pun, inilah keperluan untuk kita meyakinkan kenapa dan bagaimana untuk perkara ini disegerakan.
Sebab itu, saya juga menyambut baik bila Yang Berhormat bangkitkan dalam Kamar Khas tetapi juga sebagai penyokong kerajaan, kita kena tahu bahawa tanggungjawab itu dilihat secara keseluruhan. Kalau Yang Berhormat boleh bantu untuk terangkan kepada orang kampung, bukan bermaksud kerajaan tidak ambil berat, tetapi kita tahu juga dari segi hakisan pantas Malaysia ini sempadannya yang luasnya adalah laut dan perkara itu ada yang mendesak, ada yang seperti Yang Berhormat sebut memang kita akui ada berlakunya hakisan.
Malah gambar-gambar Yang Berhormat kongsikan tadi pun ada juga dengan saya.
Jadi, memang kita ambil maklum. Cuma bagaimana di peringkat kita sebagai— ya lah sebagai penyokong kerajaan ini untuk menguruskan expectation masyarakat bahawa kalau— ya lah kita akan cuba sebaik mungkin tetapi sekiranya tidak boleh, mungkin ada beberapa rundingan sama ada kalau boleh kita buat program jangka pendek seperti mana yang disebut tadi. Untuk jangka pendek ini, ada sebelum ini kita ada terima peruntukan daripada kerajaan negeri, jadi sekurang-kurangnya isu keselamatan iaitu kita dapat elakkan daripada sebarang musibah berlaku.
Kita tak nak sehingga lah berlaku krisis yang besar tetapi kita kena lihat dari segi keupayaan dan juga bagaimana untuk kita menguruskan isu seperti hakisan pantai ini secara keseluruhan. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat
Tanjong Piai, dia banyak belajar dengan Ayer Hitam, Tuan Yang di-Pertua. Tapi insya-Allah kita akan angkat perkara ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Pegawai Bomba Bantuan Tiada Perlindungan InsuransSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak dinafikan keupayaan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dalam memberikan khidmat terbaik dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) kepada masyarakat setempat apabila diperlukan adalah sangat mengagumkan. Walaupun PBB hanyalah anggota bantuan, namun mereka tetap bertungkus lumus seperti anggota bomba sepenuh masa membantu ketika bencana, malah sentiasa komited memberikan bantuan bersama-sama anggota JPBM yang lain sekiranya berlaku kecemasan di sesebuah komuniti.
Namun begitu, di sebalik khidmat bakti terbaik PBB ini, saya dimaklumkan tentang ketiadaan perlindungan insurans seperti anggota JPBM sepenuh masa yang pada hemat saya perlu dipertimbangkan oleh kerajaan memandangkan PBB ini juga mempertaruhkan nyawa serta keselamatan mereka dalam menguruskan kecemasan seperti mengawal kebakaran.
PBB juga berisiko tinggi terdedah kepada perkara yang tidak diingini ketika mereka melaksanakan kerja-kerja menguruskan sebarang kecemasan tersebut.
Saya menerima keluhan dari PBB mengenai ketiadaan perlindungan insurans untuk mereka sekiranya terlibat dengan kemalangan ketika bertugas.
Malah, mereka juga tidak dimasukkan dalam skim SOCSO, tiada cuti tahunan dan hanya menerima elaun bertugas RM8 sejam selain mereka juga tidak dibayar sebarang elaun jika terpaksa cuti kerana sakit.
Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah pandangan semasa kementerian berhubung isu ini? Sejauh manakah pertimbangan kementerian menerusi JBPM telah menginsuranskan PBB ini melalui perlindungan insurans seperti anggota sepenuh masa? Seterusnya, sejauh manakah kementerian telah mengkaji untuk menambah baik faedah- faedah yang sepatutnya dinikmati oleh PBB ini dengan lebih baik sebagai refleksi kepada usaha reformasi JBPM itu sendiri?
Saya mengharapkan khidmat PBB ini untuk terus diiktiraf dan diperkasakan dengan sebaik mungkin oleh kementerian memandangkan semangat mereka ini mungkin terlalu bernilai untuk diukur dengan nilai wang ringgit dan penghargaan melalui penginsurans inilah sebagai salah satu inisiatif terbaik kerajaan untuk menghargai khidmat mereka. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberikan jawapan.
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad waala ali Sayyidina Muhammad.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa mempamerkan keprihatinan yang tinggi serta komitmen tanpa berbelah bahagi dalam memastikan kebajikan anggota-anggota bomba sentiasa diutamakan termasuklah pegawai-pegawai bomba bantuan kita, PBB.
Perkhidmatan Pegawai Bomba Bantuan ini Tuan Yang di-Pertua, telah pun bermula pada tahun 2014 berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Mac 2013. Tujuan utama pewujudan Pegawai Bomba Bantuan ini adalah untuk memperkukuhkan perkhidmatan kebombaan negara khususnya dalam menampung kekurangan tenaga kerja Pegawai Bomba sepenuh masa yang menjalankan operasi penyelamatan di seluruh negara melibatkan lokasi-lokasi yang mempunyai risiko kebakaran pada tahap sederhana tinggi.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, Pegawai Bomba Bantuan telah pun memainkan peranan yang amat besar dalam menyampaikan perkhidmatan kebombaan sama seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.
Mereka ini tidak hanya melaksanakan tugas dengan penuh komitmen malah mereka juga turut berdepan dengan risiko yang setaraf dengan Pegawai Bomba sepenuh masa.
Oleh itu, dalam usaha memastikan kebajikan Pegawai Bomba Bantuan terpelihara, kementerian ini melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun mengambil langkah-langkah proaktif dengan memperkenalkan pelbagai insentif seperti mana caruman insurans kelompok, pertama. Kedua, PERKESO serta Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan mereka.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga telah mengambil langkah progresif dengan melaksanakan pemberian insurans takaful berkelompok kepada semua anggota Pegawai Bomba Bantuan dan sebilangan besar anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) seluruh negara bermula semenjak tahun 2016.
Pemberian insurans takaful ini telah pun dilaksanakan secara percuma melalui pembiayaan sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Kelayakan ini diberikan secara automatik kepada setiap anggota Pegawai Bomba Bantuan bermula daripada tarikh mereka melapor diri semasa berkursus lagi. Pemberian ini merangkumi pengagihan manfaat kepada keseluruhan berjumlah 10,000 orang anggota dengan pecahan 2,200 orang terdiri daripada Pegawai Bomba Bantuan dan kemudian 7,800 orang lagi adalah yang melibatkan anggota Pasukan Bomba Sukarela.
Melalui inisiatif ini, setiap anggota berpeluang menikmati perlindungan takaful yang menyeluruh selama 365 hari setahun sama ada ketika mereka bertugas ataupun ketika tidak. Manfaat perlindungan bagi insurans takaful berkelompok ini adalah terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 perlindungan, Tuan Yang di-Pertua.
(i) kematian yang melibatkan penyakit dan semula jadi dengan jumlah perlindungan sebanyak RM18,000;
(ii) keilatan kekal menyeluruh melibatkan penyakit dan semula jadi dengan perlindungan sebanyak RM18,000;
(iii) penyakit kritikal perlindungannya RM8,000;
(iv) kematian melibatkan kemalangan sebanyak RM21,000;
(v) keilatan kekal menyeluruh melibatkan kemalangan sebanyak RM21,000;
(vi) elaun harian hospital melibatkan kemalangan sebanyak RM50;
(vii) perbelanjaan perubatan dan pembedahan sebanyak RM15,000;
(viii) keilatan separa kekal akibat kemalangan sebanyak RM21,000;
(ix) khairat kematian sebanyak RM5,000; dan
(x) manfaat perubatan akibat denggi pun dilindungi sebanyak RM1,000.
Selain dari itu, seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, Pegawai Bomba Bantuan juga telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya melalui kemasukan mereka dalam caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, SPS MADANI di bawah Program SPS MADANI PERKESO bermula tahun 2022. Inisiatif ini merupakan suatu langkah yang tepat dalam memberikan bantuan penuh caruman yang mana pihak kerajaan melalui PERKESO menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya 100 peratus di bawah Pelan Caruman 2 sebanyak RM232.80 dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan ataupun setahun. Usaha ini merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan perlindungan sosial yang holistik kepada Pegawai Bomba Bantuan semasa bertugas terus diberikan pembelaan.
Antara faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan oleh di bawah SPS MADANI ini Tuan Yang di-Pertua, ada empat perlindungan.
(i) faedah perubatan dengan kemudahan rawatan di klinik panel atau hospital dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan;
(ii) faedah hilang upaya sementara;
(iii) faedah hilang upaya kekal; dan
(iv) faedah orang tanggungan sebanyak RM1,395 sebulan sepanjang hayat.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, untuk pelaksanaan kebajikan yang lain, Pegawai Bomba Bantuan juga tertakluk kepada garis panduan pengurusan dan permohonan di bawah Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara yang telah pun diasaskan sejak tahun 1986. Dalam kerangka ini, Pegawai Bomba Bantuan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara ini berpeluang untuk menerima faedah yang ditawarkan.
Antara faedah, ada enam faedah Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat.
(i) cedera ringan sebanyak RM1,000;
(ii) cedera parah RM8,000;
(iii) cedera parah yang mengakibatkan kecederaan kekal tetapi masih boleh berkhidmat seperti mana buta sebelah mata atau lumpuh salah satu kaki dan tangan, cedera salah satu kaki dan tangan tetapi menyebabkan kelumpuhan juga RM11,000;
(iv) cedera parah yang menyebabkan kecederaan kekal dan terpaksa ditamatkan perkhidmatan RM15,000;
(v) cedera parah yang menyebabkan kehilangan pandangan kedua-dua mata, lumpuh, kudung kedua-dua belah kaki menyukarkan mereka mencari mata pencarian, maka mereka akan mendapat RM30,000 perlindungan; dan
(vi) sekiranya mereka meninggal dunia, mereka dapat perlindungan RM25,000.
Pada masa yang sama, selain menerima elaun bertugas yang berjumlah RM8 sejam tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memperuntukkan elaun penyelenggaraan pakaian uniform sebanyak RM125 setahun dan Elaun Bounty yang berjumlah maksimum sebanyak RM520 setahun kepada Pegawai Bomba dan Penyelamat berdasarkan jumlah kehadiran mereka.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini berpandangan bahawa adalah kurang tepat untuk mengatakan bahawa pihak Jabatan Bomba tidak menyediakan faedah-faedah kebajikan kepada anggota-anggota bomba bantuan kita, Pegawai-pegawai Bomba Bantuan kita termasuklah bomba sukarela sedangkan setiap tahun sebenarnya terdapat peruntukan yang besar untuk memastikan kebajikan anggota bomba sepenuh masa mahupun anggota bomba bantuan dan sukarela yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapat manfaat yang sepatutnya.
Jika Ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat berkaitan dengan— mungkin ada pegawai-pegawai yang tercicir daripada perlindungan-perlindungan ini bolehlah salur maklumat itu kepada kita untuk kita bantu uruskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Piai untuk mengemukakan soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih kerana memberi satu jawapan yang lengkap. Tapi saya memandang begini. dalam hari ini sara hidup kita— kos sara hidup kita saban hari meningkat. Jadi, saya harap kerajaan boleh kaji semula kepada anggota PBB ini ditambah baik maksud saya. Kami tidak cakap kerajaan tidak bantu tetapi mesti bantu dengan mengikut keperluan semasa supaya mereka berkhidmat untuk masyarakat, dapat dijaga kebajikan mereka itu.
Jadi tadi kata RM8 itu. Itulah saya katakan RM8 satu jam, tak mencukupilah. Kalau boleh patut dikaji semula. Selain daripada itu, untuk makluman Timbalan Menteri, anggota PBB ini ramai antara mereka telah berkhidmat sejak— lama dah. Mereka ada pengalaman, mereka memiliki kemahiran cukup luas untuk diberi perhatian oleh kerajaan. Jadi, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengiktirafkan peranan yang telah disumbangkan oleh anggota PBB yang telah lama berkhidmat untuk diserap sebagai anggota tetap. Sebab kita— biasa kita dapat bahawa kalau kita nak lahirkan seorang anggota itu kita perlu membuat pelbagai latihan dilakukan. Jadi, mereka itu dah mencukupi pengalaman pun.
Saya harap kesemua ini boleh ditimbangkan oleh kerajaan dan saya tidak langsung akan menyelesaikan isu-isu berbangkit terutama membabitkan kebajikan dan juga ketidakadilan sosial yang dihadapi anggota PBB. Berkaitan ini saya mohon pandangan kementerian, kalau kita melihat— mungkin Timbalan Menteri tadi dah jelaskan panjang lebar itu. Semestinya ada sesuatu di bawah, baru ada keluhan sampai ke wakil rakyat. Maka, ini mungkin di peringkat kementerian mungkin tak dapat tahu kesemuanya. Jadi, saya harap supaya kesemua ini perlu diambil berat.
Keduanya dalam mempertimbangkan manfaat yang lebih baik daripada anggota PBB ini. Sejauh manakah kementerian juga melihat keperluan untuk menilai semula kelayakan menyertai PBB ini agar lebih ramai anggota dapat dilatih terutamanya dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah ah kepada Tanjong Piai kerana begitu prihatin terhadap kebajikan anggota bomba kita. Tuan Yang di-Pertua, anggota bomba ini memanglah salah satu pasukan beruniform yang perlu kita berikan pengiktirafan yang tinggi sebab dia bukan sahaja memadamkan kebakaran buat masa ini, tetapi apa-apa terkait dengan penyelamatan. Bukan sahaja manusia tetapi termasuk binatang haiwan ternakan kita pun dipanggil abang bomba ya.
Untuk makluman Tanjong Piai, elaun Pegawai Bomba Bantuan masa kini masih kekal pada kadar RM8 sejam selepas dinaikkan daripada RM6 pada tahun 2021, dinaikkan ke RM8. Walau bagaimanapun, pada tahun ini insya-Allah KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun Malaysia— telah pun mengangkat permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan kenaikan kadar bayaran elaun ini dari RM8 kepada kadar RM9.80 sejam khusus kepada Pegawai Bomba Bantuan yang telah pun berkhidmat melebihi 10 tahun.
Ini apa pun masih tergantung kepada kedudukan kewangan kita. Saya percaya kalau nak ikut kami, saya dengan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua banyak perkara lagi yang kami sedang usahakan untuk diberikan kepada pasukan bomba kita. Tetapi pada masa yang sama, kita tahu kita pun kena melihat kedudukan kewangan dan keupayaan kewangan negara. Itu satu.
Walaupun ia agak cliche tapi itu lah hakikatnya, Tanjong Piai.
Yang seterusnya, berkaitan dengan sama ada mereka ini kita pertimbangkan— boleh pertimbangkan diserap sebagai pegawai sepenuh masa.
Saya juga ingin menekankan semula bahawa ada sejumlah 2,145 orang
keseluruhan Pegawai Bomba Bantuan yang masih lagi berkhidmat dan telah pun memberi komitmen yang sangat baik dan kerjasama yang cukup dihargai dalam melaksanakan tugas sebagai anggota bomba bantuan.
Justeru Tuan Yang di-Pertua, KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa memberikan keutamaan kepada setiap Pegawai Bomba Bantuan untuk dilantik sebagai pegawai bomba sepenuh masa. Sama seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Kalaulah mereka ini sudah ada kepakaran-kepakaran, kemahiran-kemahiran, kenapa tidak saja kita memberikan peluang kepada mereka itu kita berikan perhatian. Tetapi apa pun Tuan Yang di- Pertua, dia mestilah diusahakan melepasi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh khususnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang padat tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga pada hari Isnin, 24 Februari 2025, jam 2:30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.36 petang]