Dewan Rakyat · 24 February 2025
15th Parliament, session 4, meeting 1 · not final · 724 turns · 55,002 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
1. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perkembangan negara dalam bidang angkasa terutamanya dalam pembangunan tapak pelancar (launching pad) dan satelit penderiaan jauh (remote sensing) yang telah diumumkan oleh MOSTI pada tahun lepas.
Terima kasih, Datuk Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Salah satu inisiatif yang dibangunkan di bawah Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) adalah program pembangunan teknologi pelancar negara bagi menggerakkan penglibatan industri tempatan dalam pembangunan sektor angkasa terutamanya industri huluan. MOSTI melalui MYSA telah membangun dan melancarkan Garis Panduan Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia pada 2 November 2023. Penyediaan garis panduan ini adalah bagi memastikan pembangunan kemudahan pelancar dapat dilaksanakan dengan terancang, lebih berkesan dan memberi peluang besar kepada negara dalam aspek penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan serta kedaulatan negara. Terdapat lapan skop kajian yang digariskan dalam garis panduan ini iaitu analisa tapak, teknikal, risiko, alam sekitar, kos dan kewangan, pasaran, undang-undang dan pemegang taruh. Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Ogos 2024 telah bersetuju supaya cadangan pembangunan kemudahan pelancar angkasa sebagai infrastruktur yang berkepentingan negara perlu selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan merujuk kepada garis panduan tersebut dalam perancangan pembangunan kemudahan pelancar di Malaysia. Keputusan ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kepentingan negara sentiasa terjamin memandangkan kemudahan pelancar angkasa merupakan aset strategik negara kita.
Yang di-Pertua, pada tahun 2023, kerajaan telah bersetuju meluluskan cadangan hala tuju Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan tahap kejayaan program yang lebih tinggi dan upaya memberi impak yang lebih meluas kepada pertumbuhan ekonomi dan keupayaan negara sebagai peneraju teknologi angkasa di peringkat serantau. Satelit PSPJN dijangka akan memulakan operasi pada tahun 2028. Setelah satelit mula beroperasi, pembayaran off-take akan dibuat secara berkala dan berdasarkan jumlah data yang diterima dan diperakui oleh pihak kerajaan. Pendekatan ini membolehkan kerajaan memastikan pembayaran adalah berpatutan dan sepadan dengan nilai data yang diperoleh di samping mendorong syarikat untuk mengekalkan standard kualiti yang tinggi dalam penyampaian data satelit. Keperluan ini akan diperhalus dengan lebih terperinci dengan syarikat pembida semasa memuktamadkan dokumen perjanjian konsesi. Terima kasih.
Gopeng.
Terima kasih atas penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas soalan saya. Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana telah pun mengambil bahagian turut serta dalam bidang yang begitu potensi besar buat negara kita dalam aeroangkasa. Saya turut difahami bahawanya pada dua tiga minggu yang lalu, MOSTI melalui Menteri telah pun mengumumkan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025. Sehubungan dengan itu...
Soalan.
...Apakah aspek pengawalan seliaan mengikut Akta 834 yang terkait dengan pelancaran UzmaSAT pada 15 Januari 2025 ataupun kepada mana- mana satelit swasta lain dalam negara pada masa akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang mengemukakan satu soalan tambahan yang amat baik. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] merupakan satu langkah penting dalam mewujudkan rangka kerja perundangan yang mengawal selia aktiviti angkasa di Malaysia. Terdapat empat kaedah kawal selia yang ditetapkan di bawah akta ini iaitu seperti berikut― Pertama, lesen. Terdapat tiga jenis lesen yang diperlukan di bawah akta ini iaitu untuk membina atau membilang objek angkasa, memiliki atau mengendali fasiliti penyepaduan dan pengujian dan memiliki atau mengendalikan kemudahan pelancar. Kedua, permit pelancar, iaitu bagi penyedia perkhidmatan pelancaran yang menjalankan aktiviti-aktiviti pelancaran objek angkasa dari kemudahan pelancar di dalam Malaysia.
Ketiga, perakuan pelancaran, iaitu bagi pemilik objek angkasa yang melancarkan objek angkasa dari kemudahan pelancar di dalam dan luar negara. Dan keempat, pendaftaran objek angkasa untuk objek angkasa yang telah berjaya dilancarkan ke angkasa lepas dan berada di orbit. Justeru, mana-mana syarikat yang didaftarkan di Malaysia yang ingin menjalankan aktiviti angkasa yang termaktub di bahawa Akta 834 ini perlu melalui proses permohonan lesen, permit pelancaran, perakuan pelancaran dan pendaftaran serta memenuhi syarat- syarat teknikal dan keselamatan yang ditetapkan oleh Bahagian Penguasa Angkasa MOSTI. Terima kasih.
Merbok.
Terima kasih, Timbalan Menteri. Soalan saya. Apakah hala tuju MOSTI menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mencapai sasaran pembangunan ekonomi angkasa sebanyak RM10 bilion menjelang 2030 serta mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dan pertumbuhan 500 syarikat start-up teknologi angkasa?
Sejauh manakah kesediaan MYSA untuk meneroka potensi pembangunan bakat tempatan berkemahiran dalam bidang angkasa menerusi perkongsian sumber dan kepakaran dengan negara-negara jiran, sekali gus memacu sektor aeroangkasa negara serantau dengan peluang kerjaya bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan masa depan dalam negara kita.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat mana tadi? Lupa saya nak petik tadi. Yang Berhormat apa? [Dicelah] Merbok, betul ya. Ketika ini, MYSA sedang melaksanakan pelbagai program di peringkat hiliran dan huluan dan pembangunan angkasa, berbagai program berterusan berteraskan kepada teknologi angkasa yang bertujuan untuk kita ingin meningkatkanlah keupayaan negara kita ini. Malah melalui program ini, MYSA akan memperkukuhkan lagi pelbagai usaha kita bagi tujuan mencapai KPI seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Kita akan juga memastikan bahawa kita ada satu MYSA Space Exploration yang kita – Exploration 2030, yang akan menjadi satu hala tuju kita ke arah mencapai matlamat seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Berhubung dengan soalan kedua YB tadi berhubung dengan pertindihan eh? Ada soalan pertindihan tadi iaitu pertindihan dari segi apa tadi, lupa saya sebut tadi. Pertindihan dari segi apa tadi ya? You are talking about something yang kita boleh bekerjasama dengan negara-negara ASEAN kita itu. Di peringkat global, kita ada dua jiran yang telah pun memeterai perjanjian di bawah Artemis antarabangsa ini, PBB iaitu Thailand dan Singapore – Singapura. Kita Malaysia belum lagi terikat sebab kita masih dalam usaha untuk melihat dari segi perundangan, kesesuaian dengan kita tapi kita akan menuju ke arah itu bila ada keperluan. Tapi kita bersama dengan
negara jiran kita dan kita tak ada pertindihan dari segi kepentingan ataupun hala tuju kita. Terima kasih.
Tuan Jamaludin bin Yahya, Pasir Salak.
Terima kasih Puan Speaker. Timbalan Menteri. Tanjung Pinang kota gurindam, Negeri Perak ke arah negeri menua, Jawab dengan tenang dan mendalam, Soalan Pasir Salak nombor dua.
2. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana kerajaan boleh memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diselewengkan memandangkan Laporan Ketua Audit Negara masih menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan di banyak agensi kerajaan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya tenang, terima kasih. Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI memberi tumpuan utama dalam memastikan tatakelola pentadbiran awam ditambah baik dan dipertingkatkan melalui pelbagai reformasi institusi dengan memperkenalkan inisiatif baharu. Antaranya: (i) pindaan kepada Akta Audit 1957; (ii) Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard); (iii) membentangkan dan membahaskan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat; dan (iv) Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028. Sepertimana yang ahli Yang Berhormat sedia maklum, pindaan Akta Audit yang telah diluluskan di Parlimen pada 24 Julai 2024 memperuntukkan kuasa baru dan skop lebih luas kepada Ketua Audit Negara dalam menjalankan pengauditan. Kuasa pengauditan badan lain termasuk syarikat turut diperluaskan kepada mana-mana badan lain termasuk syarikat yang menerima jaminan kewangan daripada persekutuan atau negeri serta pendekatan ─ follow the public money audit adalah antara mekanisme baru di bawah pindaan Akta 62 yang dapat memastikan setiap peruntukan dana awam yang dimaklumkan dalam belanjawan tidak diselewengkan. Selain itu, sebarang kelemahan dalam pengurusan kewangan di agensi kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akan terus disusul oleh Ketua Audit Negara menurut seksyen 9A(1) Akta 62 sehingga tindakan telah diambil selaras dengan syor yang diberikan oleh Ketua Audit Negara. Dalam hal ini, Kerajaan MADANI juga turut berusaha dalam memastikan dana awam digunakan dengan berkesan dan tidak
diselewengkan melalui tindakan susulan berkesan menggunakan Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard) platform. Pemantauan dalam talian oleh Jabatan Audit Negara, membolehkan pemantauan masa nyata, meningkatkan ketelusan serta memastikan tindakan susulan terhadap kelemahan kewangan yang dikenal pasti dalam L KAN. Sistem AGD merupakan inisiatif Jabatan Audit Negara dalam membantu mempercepatkan penyelesaian isu audit dan meningkatkan prestasi tadbir urus dalam sektor awam secara keseluruhan. Dengan pengawasan berterusan dan ketelusan yang dipertingkatkan, kerajaan dapat mengurangkan ketirisan serta meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di sektor awam. Tambahan pula, dalam tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI, isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN juga dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat. Usaha ini merupakan satu usaha reformasi dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengauditan supaya perhatian dan pemantauan yang mendalam oleh semua pihak dapat diberikan bagi mendukung hasrat kerajaan untuk mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik. Akhir sekali, keseluruhan usaha ini dapat memantau dan memastikan supaya dana awam dibelanjakan secara bertanggungjawab serta terdapat akauntabiliti dan pengawasan melalui pengauditan ke atas penggunaan dana awam tersebut oleh Ketua Audit Negara. Terima kasih.
Pasir Salak.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang tenang dan mendalam tadi daripada Timbalan Menteri. Memandangkan prinsip pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak diamalkan Kerajaan MADANI, apakah jaminan kerajaan supaya ia tidak akan berlakunya audit secara terpilih serta mekanisme semak imbang yang terlibat? Soalan tambahan Pasir Salak, apakah kriteria yang diguna pakai untuk menentukan skop pengauditan Ketua Audit Negara terhadap lebih 1,856 badan-badan kerajaan termasuk GLC dan adakah ia turut mencakupi pengauditan terhadap MAHB-GIP dan adakah Jabatan Audit mempunyai bilangan kakitangan yang mencukupi untuk menjalankan tugas pengauditan ini supaya penjawat awam sedia ada tidak terbeban semata-mata untuk mengejar KPI baharu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya walaupun Peguam Negara dan Minister of Finance tidak diasingkan, itu tidak bermakna bahawa fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan itu telah ada kekurangannya.
[Bangun]
Kita perlu faham bahawa Kerajaan MADANI ini, dia serius. Itu sebab beberapa pemindaan telah dibuat kepada Ketua Audit Negara, supaya memberi kuasa yang lebih untuk membuat penyiasatan dan sebagainya tetapi saya setuju
bahawa – dan kita tahu bahawa ada kekurangan pegawai-pegawai dalam kerajaan. Tetapi walaupun sedemikian, usaha sedang dibuat untuk mengambil lebih kakitangan. Antara kriteria yang dipertimbangkan semasa pemilihan mana-mana badan lain termasuk syarikat yang akan diaudit ialah kepentingan awam, risiko pengurusan signifikan dan material. Keperluan pengauditan atas dasar kepentingan awam antaranya mengambil kira disyaki salah guna dana awam (suspected misuse of public funds), potensi kemudaratan kepada keselamatan awam (potential harm to public safety), kehilangan kepercayaan awam (loss of public trust). Ini semua, macam mana pun ada ruang untuk membahas perkara-perkara tersebut yang sekarang dibuat di Parlimen pada setiap tahun. Terima kasih.
Sungai Siput.
Terima kasih Puan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan Akta Audit yang berkaitan dengan dana awam. Jadi, saya ingin nak minta penjelasan. Setelah audit telah dibuat, apakah tindakan susulan yang diambil oleh pihak tertentu bagi mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai sebarang ketidakaturan dalam pentadbiran negara. Oleh itu, berdasarkan statistik yang diterima dari tahun 2012 sehingga Januari 2025, isu yang telah diaudit adalah 12,393, isu yang telah diselesai 11,594, isu masih disusuli, 799. Bagi tindakan pula, sehingga 24 Februari 2025, 32 isu disiasat oleh PDRM, 138 isu disiasat oleh SPRM dan 116 isu melibatkan siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan (JKS) dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) yang diselaraskan oleh JPA. Setakat 14 Januari 2025, JPA telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 311 pegawai. Antara tindakan tatatertib yang telah diambil seperti amaran, denda, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan buang kerja manakala terdapat dua orang penjawat awam yang telah dijatuh hukum oleh mahkamah. Akhir sekali, integriti pegawai-pegawai kakitangan kerajaan adalah yang sangat mustahak. Ini tidak ada kompromi tetapi yang menyusahkan perkara ini adalah environment di sana dan ini adalah tindakan yang diketahui oleh Ketua Audit Negara dan perkara ini telah diambil tindakan. Terima kasih.
Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pagi cerah mentari berseri, Indah cahaya menyinar pagi, Soalan ketiga sudah menanti, Mohon dijawab Yang Berhormat Menteri.
3. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan nilai Geran Rukun Tetangga dari RM6,000 kepada RM10,000 oleh kerana nilai geran setiap tahun yang diterima oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak mencukupi bagi melaksanakan program-program rukun tetangga.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini terdapat sebanyak 8,529 Kawasan Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keanggotaan ahli jawatankuasa seramai 210,000 orang. Pada masa kini, kadar Geran Rukun Tetangga adalah sebanyak RM6,000 setahun bagi setiap KRT. Kementerian mengakui bahawa jumlah peruntukan ini sememangnya tidak mencukupi bagi memastikan KRT memainkan peranan dengan lebih baik. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menyatakan bahawa Rukun Tetangga akan diperkasa sebagai penggerak dan pengantara penting dalam penganjuran program komuniti, kesukarelawan dan kenegaraan pada peringkat akar umbi. Justeru, bagi menterjemahkan inisiatif ini, kerangka pemerkasaan rukun Tetangga sebagai penggerak komuniti progresif telah dibangunkan dan disusun selaras dengan Dasar Perpaduan Negara. Sebanyak lapan bidang tumpuan utama ditetapkan bagi mencapai matlamat komuniti progresif ini iaitu: (i) ekonomi dan sara hidup; (ii) keselamatan dan ketahanan komuniti; (iii) kepimpinan; (iv) kesejahteraan komuniti; (v) pembelajaran sepanjang hayat; (vi) alam sekitar; (vii) warisan dan budaya; dan (viii) daya cipta. Permohonan untuk meningkatkan jumlah Geran Rukun Tetangga telah pun dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta pada tahun 2024 dan RM20 juta juga pada tahun ini diluluskan daripada MoF bawah inisiatif KRT Progresif. Pada tahun yang lalu 2024, sebanyak 152 KRT Progresif telah diperkasakan sebagai KRT Progresif yang berupaya membangunkan komuniti mampan dan progresif. Pada tahun ini, disasarkan sekurang-kurangnya 300 lagi KRT Progresif akan dipilih untuk diperkasakan sebagai Rukun Tetangga Progresif dengan penilaian yang terperinci merangkumi penyediaan profil, pemetaan sosial, permohonan projek ekonomi dan kebun komuniti yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Dengan sokongan kewangan ini, maka RT Progresif akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, menyediakan lebih banyak peluang untuk aktiviti kemasyarakatan dan memperkukuhkan lagi peranan Rukun Tetangga sebagai entiti penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat, kerjasama antara kerajaan, masyarakat dan agensi- agensi yang terlibat akan terus dipertingkatkan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini selaras dengan visi kerajaan untuk membangunkan negara yang harmoni dan bersatu. Sekian, terima kasih.
Libaran.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat menghargai segala usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kementerian dalam memperkukuh perpaduan di peringkat komuniti melalui Rukun Tetangga. KRT bukan sahaja berfungsi sebagai platform perpaduan tetapi juga diperluas sebagai mekanisme pencegahan kepada penyebaran ideologi ekstremis dalam komuniti. Soalan saya, adakah kerajaan melihat peranan Rukun Tetangga dalam mencegah penyebaran ideologi ekstremis dan juga fahaman yang boleh memecah belah masyarakat dan apakah peranan kementerian dalam menangani isu-isu sensitiviti kaum dan agama secara efektif agar tidak menjejaskan keharmonian masyarakat?
Terima kasih Yang Berhormat. Memang KRT adalah dibangunkan untuk dari awal lagi adalah untuk keselamatan dan keharmonian di antara masyarakat di kawasan-kawasan tertentu. Kita telah pun sering terlibat dengan satu aktiviti utama KRT adalah Skim Rondaan Sukarela (SRS). Dengan skim ini, kita melibatkan bukan sahaja ahli-ahli jawatankuasa KRT tapi dengan polis dan sebagainya. Dalam kegiatan ini, kita memang memantau kegiatan-kegiatan yang melampau di kawasan-kawasan tersebut.
[Bangun]
Menjurus ke itu, kita juga ada sistem untuk memantau. Ia adalah sistem e-Sepakat yang dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara. Sistem ini adalah kita seperti yang saya katakan dahulu adalah memantau keadaan, keharmonian dan ekstremisme sama sekali. Kita juga mempunyai dashboard untuk analyse dan kalaulah kegiatan-kegiatan itu melampau dan akan membawa pergaduhan ataupun salah faham, kita mempunyai Mediator Komuniti untuk meredakan ataupun menyelesaikan masalah-masalah di antara komuniti. Kita juga mempunyai pusat mediasi di mana mediators dapat bertugas dengan sebenarnya. Terima kasih.
Langkawi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Pendang yang memberi laluan kepada saya untuk bertanya kerana di kampung saya ini Yang Berhormat Menteri. Dahulu, Rukun Tetangga ini
cukup aktif dengan anak-anak mudanya yang menghidupkan Rukun Tetangga, SRS dan sebagainya. Tetapi, sekarang Yang Berhormat oleh kerana perbezaan macam-macamlah, perbezaan ideologi, perbezaan politik maka anak-anak muda sudah kurang dalam mengambil bahagian di dalam Rukun Tetangga ini. Kalau dahulu pukul 12.00 malam Yang Berhormat berjalan di kampung, masih ada rakan-rakan, anak-anak muda yang berkumpul...
Terus kepada soalan.
Tetapi, sekarang sudah tidak ada Yang Berhormat. Apakah peranan kerajaan, kementerian Yang Berhormat untuk membalikkan semula anak-anak muda ini atau apakah dengan pindaan, cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga 2012 yang dalam cadangan sudah setahun dan apakah perkembangan rang undang-undang tersebut Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Dalam kementerian kita ini — Sebab itu satu daripada usaha kita, kita memang fahamlah di antara KRT-KRT, kita ada banyak juga KRT yang tidak aktif. Daripada 8,000 lebih, kita difahamkan bahawa dalam 551 KRT tidak aktif. Bermakna mereka ini laporan pun tak dapat dibuat, aktiviti-aktiviti KRT pun tidak dapat dijalankan. Maka, dalam hal ini kita dengan sedaya upayanya dengan Jabatan Perpaduan, pergi ke tempat-tempat mereka yang tidak aktif ini untuk memberi ceramah dan sebagainya supaya mereka diaktifkan lagi.
Dengan adanya peruntukan gaji progresif ini, kita berharaplah kegiatan-kegiatan untuk mengaktifkan mereka ini dapat diterjemahkan lagi. Kita sering kali mengadakan kerjasama dengan lebih-lebih lagi Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) untuk mereka lebih aktif dalam mengadakan kegiatan-kegiatan untuk mencegah jenayah di mana-mana tempat, di mana mereka berada. Di bawah Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga, ditetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus adalah belia sebagai anggota dan memang di bawah KRT ini, kita mempunyai banyak kumpulan-kumpulan belia pun ada, kumpulan wanita pun ada, warga emas pun ada, warga Tunas Jiran pun ada dan mereka ini mempunyai kegiatan sendiri. Dengan adanya perancangan seperti ini, kita berharaplah KRT-KRT yang tidak bernasib itu dapat dibawa kembali dengan peruntukan yang sedia ada. Terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Pokok Sena.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramadan bakal tiba, Bulan penuh berkat, Soalan saya, Nombor empat.
4. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Pendidikan menyatakan cabaran utama yang dihadapi pihak sekolah dalam program intervensi pemulihan khas penguasaan kemahiran asas 3M ketika ini memandangkan tahap literasi pelajar yang masih rendah memasuki Darjah 1.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Pokok Sena. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan setiap murid mendapat pendidikan berkualiti khususnya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan juga mengira. Komitmen ini menjadi iltizam KPM melalui Teras 4 nadi keunggulan KPM yang secara khusus memberikan tumpuan kepada isu literasi dan juga numerasi. KPM amat menyedari bahawa cabaran dalam memastikan penguasaan 3M dalam kalangan murid Tahun 1 bukan hanya terhad kepada aspek pedagogi semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi, tahap kesediaan murid serta persekitaran pembelajaran di rumah. Oleh itu, pendekatan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak termasuklah ibu bapa, komuniti serta pihak swasta amat diperlukan bagi memastikan semua murid mendapat sokongan yang mencukupi untuk menguasai kemahiran asas ini. KPM telah melaksanakan intervensi kurikulum yang menggariskan lima inisiatif utama bagi sesi akademik 2024 dan 2025. Salah satu inisiatif penting adalah pengesanan awal literasi dan numerasi bagi murid Tahun 1. Program ini dijalankan selepas tiga bulan sesi persekolahan bagi mengenal pasti murid yang masih belum lagi menguasai kemahiran asas 3M. Berdasarkan dapatan awal, sebanyak 27.42 peratus atau 122,062 orang murid dikenal pasti memerlukan intervensi sebelum yang diumumkan sebelum ini. Juga, sebelum yang diumumkan sebelum ini, KPM telah melaksanakan program intervensi fasa 1 dari Julai hingga September 2024. Hasilnya, 39.58 peratus atau 48,308 murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M. Manakala, baki 60.42 peratus atau 73,754 murid meneruskan intervensi dalam fasa 2. Dan pada pagi ini, KPM hendak menyatakan bahawa melalui intervensi dalam fasa 2 yang dilaksanakan dari Oktober sehingga Disember 2024, setakat 31 Januari 2025, data menunjukkan bahawa 32.65 peratus atau 24,077 orang murid lagi daripada baki sebelum ini telah pun berjaya menguasai asas 3M. Secara keseluruhan pada ketika ini, 59.3 peratus atau 72,385 orang murid Tahun 1 yang dikenal pasti dalam pengesanan awal literasi dan numerasi berjaya menguasai kemahiran asas 3M sepanjang tahun 2024. Bagi murid yang belum lagi menguasai kemahiran ini, mereka akan mengikuti program pemulihan khas di Tahun 2. Pada masa yang sama, KPM turut menjalinkan kerjasama dengan MoF melalui Program Anak Kita, yang mana program ini melibatkan 1,288 sekolah dengan penyertaan 53,252.
Secara ringkas, bagi Kurikulum Prasekolah 2026 dan Kurikulum Persekolahan 2027, KPM telah pun mengambil satu pendekatan untuk memberikan tumpuan khusus kepada literasi dan numerasi bagi murid Tahap 1. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Pokok Sena.
Terima kasih. Laporan Bank Dunia mendapati pelajar di Malaysia walaupun menghabiskan masa purata 12.5 tahun di sekolah, namun tahap penguasaan mereka hanyalah bersamaan 8.9 tahun sahaja. Jadi, soalan saya, adakah pihak KPM merangka pendekatan yang unik mengikut kesesuaian lokaliti, khususnya untuk meningkatkan literasi murid B40 yang belum menguasai kemahiran 3M di luar bandar termasuk pengubahsuaian kurikulum yang bersesuaian kerana dikatakan tahap silibus Tahun 1 tinggi dan berat sehingga membebankan dan memberi tekanan kepada pelajar? Minta respons.
Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Pokok Sena. Seperti yang telah pun dijawab dalam beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan laporan sama ada laporan PISA ataupun laporan Bank Dunia, kesemua laporan ini diambil berat dan pendapat laporan ini juga telah pun selalu diambil tindakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
[Bangun]
Dan bagi – khasnya bagi anak-anak kita dari keluarga B40 dan juga mungkin dari kawasan luar bandar untuk menguasai kemahiran 3M, Kementerian Pendidikan Malaysia selalu memastikan semua murid tanpa mengira latar belakang keluarga dan akses akan mendapat akses pendidikan yang berkualiti.
[Bangun]
Kita membantu kalangan keluarga B40 tanpa – meneruskan pelajaran tanpa berasa tersisih, telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah kita memberikan, kita menubuhkan Yayasan Didik Negara sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab menggembleng sumbangan daripada masyarakat untuk murid dan institusi pendidikan. Kita memberikan bantuan awal persekolahan tahun ini, RM791 juta diperuntukkan. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah pun diteruskan dengan jumlah peruntukan RM869 juta dan pada masa yang sama, seperti yang saya sebut tadi, Program Anak Kita telah pun di-rolled out ataupun diperkenalkan pada tahun lepas dengan satu jumlah peruntukan, RM100 juta hasil daripada kolaborasi antara KPM dengan Kementerian Kewangan.
Ringkaskan. Ringkaskan.
Secara ringkas, bagaimana kita dapat menyatakan bahawa KPM dan juga negara kita berada di landasan yang betul dari segi memastikan anak-anak
kita menguasai 3M? Tadi, saya telah sebut, menerusi usaha – 30 saat lagi, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Menerusi pengesanan awal literasi dan numerasi, kita telah pun berjaya untuk memperbaiki kemahiran asas 3M anak-anak kita dan 72,385 orang murid telah pun dikenal pasti mampu menguasai 3M.
[Bangun]
Yang bakinya, 49,677 akan mengikuti program pemulihan khas di Tahun 2. Angka 49,677 ini apabila berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun 2024, 73,736. Tahun 2023, 76,262, ia memaparkan satu penurunan yang drastik dan ini adalah jelas bahawa usaha pengesanan awal literasi ini telah pun membawa satu kesan ataupun effect yang positif kepada anak-anak kita. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Kuala Pilah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya, di beberapa negara maju seperti Finland, pendidikan awal lebih berfokus kepada perkembangan sosial dan kemahiran berfikir berbanding kemahiran akademik. Soalannya, adakah KPM terbuka untuk mengkaji semula pendekatan Malaysia dalam pendidikan awal ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. KPM telah pun menggubal kurikulum prasekolah bagi tahun 2024 dan fokus adalah untuk meningkatkan tahap kesediaan murid sebelum memasuki alam persekolahan formal. Kurikulum ini, pendekatan yang diambil adalah bertujuan memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih kukuh di peringkat sekolah rendah dan KPM juga mengambil langkah untuk memperkukuhkan kaedah pengajaran dan meningkatkan latihan guru serta memperluaskan penglibatan komuniti agar murid mendapat sokongan yang lebih menyeluruh dalam penguasaan kemahiran 3M. Itu adalah tertera dalam Kurikulum Prasekolah 2026.
Pada masa yang sama juga, pihak KPM juga sedang dalam usaha untuk memperluaskan lagi kelas-kelas ataupun memperluaskan lagi kelas-kelas prasekolah yang kita ada, yang mana pada tahun ini jumlah kelas prasekolah yang telah pun dibuka setakat 16 Februari 2025 adalah sebanyak 130 kelas dan jumlah ini akan bertambah apabila kelas- kelas lain telah pun siap. Pada masa yang sama juga, KPM juga telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan penubuhan prasekolah KPM bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di IPG, sekolah menengah, kolej vokasional dan juga institusi-institusi lain di bawah KPM. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Soalan kelima, Yang Berhormat Semporna tidak hadir. Jadi saya pergi soalan keenam, Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.
[Soalan No. 5 – YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal (Semporna) tidak hadir]
Terima kasih Puan Pengerusi. Soalan saya soalan nombor 6.
6. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Pertahanan menyatakan langkah yang diambil untuk memberhentikan kejadian buli yang sudah membarah secara sistemik di Maktab Tentera Diraja.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Muar atas soalan yang dikemukakan. Puan Yang di-Pertua, Maktab Tentera Diraja (MTD) merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan mempunyai keunikan dari sudut pentadbirannya. Sistem pembelajaran akademik di MTD adalah unik dan berteraskan ketenteraan dan juga kepimpinan. Pengurusan pentadbiran PUTERA MTD di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala pengurusan akademik mengikut syllabus kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan, Kementerian Pertahanan melalui ATM telah melakukan penambahbaikan seperti berikut: (i) larangan terhadap aktiviti perlanggaran disiplin di kalangan Putera MTD sememangnya telah dikuatkuasakan dalam Perintah Tetap PUTERA (PTP); (ii) melalui tahun 2020, pengasingan blok penginapan PUTERA Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 telah dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan risiko perkara-perkara yang tidak diingini berlaku; (iii) jurulatih bertugas melaksanakan rondaan berkala dan tidak berkala di blok penginapan PUTERA selepas jam 11.30 malam setiap hari. Kekerapan rondaan ini adalah bagi setiap dua jam sekali; (iv) penambahbaikan kuantiti kamera litar tertutup (CCTV) dari 12 kepada 64 unit di kawasan blok penginapan bagi mengawasi dan mengesan aktiviti yang mencurigakan; (v) melaksanakan sesi kaunseling bagi PUTERA yang terlibat dalam kes perlanggaran disiplin; dan (vi) sesi pertemuan di antara PUTERA dan pentadbir serta jurulatih bagi mendapat maklumat awal salah laku di kalangan PUTERA. Sesi ini dilaksanakan bagi mengatasi isu keengganan PUTERA membuat laporan salah laku.
Kita di Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar yang mana siasatan akan dilaksanakan dan tindakan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat. Itu saja jawapannya Puan Yang di-Pertua.
Muar.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana memberikan jawapan yang tegas tanpa cuba untuk berselindung apatah untuk menyembunyikan kes buli yang makin lama makin berleluasa. Kita pun tahu bahawa dua kes buli yang menggegarkan masyarakat di Malaysia. Malangnya, melibatkan graduan Maktab Tentera Diraja. Pada satu ketika dahulu, ada kes kematian berturut-turut selama tiga tahun dan ini bukanlah perkara yang kecil dan seperti sudah dilaporkan secara luas. Kalau tidak mati, ada banyak lagi, kes-kes ragging, pukul yang agak teruk. Cadangan saya dua perkara, pertama sekali adakah kementerian akan adaptasi dasar ‘You touch, you go!’ dan dasar ini perlu disebar luas.
Ringkaskan.
Kedua adalah kolektif respons – 10 saat. Collective responsibility di mana bukan sahaja pembuli akan diambil tindakan tetapi staf dan warden yang cuba untuk menyembunyikan atau tidak proaktif untuk bela hak pembuli ini turut boleh diambil tindakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Sepertimana kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan melalui Maktab Tentera Diraja, kita tahu maktab ini, tujuan kita wujudkan maktab ini bukan sahaja melahirkan kepimpinan kita di peringkat Angkatan Tentera Malaysia, tetapi kepimpinan juga di peringkat perkhidmatan awam dan juga kepimpinan bagi negara kita. Saya fikir Yang Berhormat Muar adalah hasil juga daripada kewujudan Maktab Tentera Diraja. Dua perkara yang dibangkitkan tentang dasar ‘You touch, you go!’ itu. Sebenarnya kalau kita lihat di Perintah Tetap PUTERA, kita memang ada kita punya modul yang jelas. Kita tunjukkan di situ, kita tulis di situ dan dia adalah sesuatu yang menjadi dasar kita. Memang tidak sepatutnya ada apa yang kita sebut sebagai tindakan-tindakan fizikal daripada anggota- anggota ataupun pelajar-pelajar PUTERA kita. Itu jelas yang kita sebut. Jadi, tindakan disiplin akan kita ambil untuk itu. Begitulah juga kalau kita lihat siapa pun yang membuli sama ada di antara pelajar dengan pelajar mahupun jurulatih dan seumpamanya. Bukan sahaja dalam aspek pembulian kerana kalau kita lihat di Perintah Tetap kita, ada pelbagai isu-isu disiplin yang kita ambil kira. Sebab itu kalau kita lihat, kita sebolehnya tidak mahu pembulian itu berlaku dan saya selalu ulang di dalam Dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita tetapi pembuli juga harus
menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara. Itu saja jawapan saya Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya nak tahu, peserta yang diterima masuk ke Maktab Tentera Diraja, adakah ada syarat-syarat seleksi untuk melihatkan perwatakan mereka yang memungkinkan kebarangkalian untuk mereka membuli ini ada dan akan merebaklah menjadi wabak dan sebagainya. Lagi-lagi kalau mereka lulus, mereka mungkin ada perwatakan itu yang characteristic kepada masalah membuli, sama ada sebagai pelajar ataupun kalau lepas lulus nanti pun boleh juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar di atas soalan yang dikemukakan. Kerana kita tahu bahawa sebenarnya keyakinan rakyat Malaysia kepada MTD itu cukup tinggi. Kalau kita lihat pada tahun 2024, permohonan daripada ibu bapa untuk mendapatkan ruang bagi anak-anak mereka di MTD adalah seramai 2,200 pada tahun 2024 sedangkan pengambilan hanya seramai 260 orang sahaja. Kalau kita lihat pada tahun ini, 2025, walaupun pelbagai isu dibangkitkan tetapi kita tahu bahawa MTD punya disiplin yang tersendiri dan keyakinan itu kalau kita lihat pada tahun ini, permohonan meningkat 3,990 dan pengambilan kita seperti mana yang saya sebutkan tadi hanya seramai 260 orang. Sebab itu kalau kita lihat di MTD ini, memanglah kita tahu bahawa bila kita nak masuk ke MTD itu, prosesnya dan kewibawaan seorang pelajar itu diambil kira dalam semua aspek. Bukan sahaja dalam konteks pendidikan tetapi latar belakang kokurikulum mereka termasuk sikap dan keupayaan mereka itu. Sebab itu kadang-kadang kalau kita lihat dalam isu-isu yang melibatkan disiplin, dalam apa keadaan sistem pembelajaran kita, ya hari ini mungkin dari segi latar belakang dia agak baik tapi pengaruh kawan-kawan mungkin boleh merubah sikap mereka dan seumpamanya. Tapi tugas kita di MTD dan di Angkatan Tentera Malaysia macam saya sebutkan tadi, teras asas kita adalah untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar ini punya disiplin yang tinggi dan mereka adalah masa depan kepada sistem ketenteraan mahupun sistem penjawat awam kita, apatah lagi melahirkan kepimpinan-kepimpinan negara kita pada masa akan datang. Itu saja jawapan saya.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan orang Islam yang akan menyambut bulan Ramadan tak lama lagi. Selamat menyambut Ramadan, Ramadan Mubarak khususnya bagi mereka yang di Balik Pulau. Soalan saya, soalan nombor 7.
7. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha kementerian bagi memastikan lulusan TVET tidak dipandang pendidikan kelas kedua agar ibu bapa membenarkan anak mereka mengikuti program kemahiran dalam menangani keperluan pasaran kerja semasa.
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Balik Pulau. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional menjadi pilihan utama dalam kalangan murid serta mendapat pengiktirafan yang sewajarnya oleh ibu bapa dan juga masyarakat. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengubah persepsi bahawa TVET bukanlah pendidikan kelas kedua sebaliknya merupakan satu laluan yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri serta pasaran kerja semasa.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penerimaan masyarakat terhadap TVET semakin meningkat. Pada tahun 2021, sebanyak 6.3 peratus murid telah pun menyertai program TVET. Angka ini terus meningkat kepada 10.37 peratus pada tahun 2022, 10.71 peratus pada tahun 2023 serta 11.14 peratus sehingga 31 Disember 2024. Peningkatan ini menunjukkan TVET semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa dan murid sebagai pilihan pendidikan yang berdaya maju. Bagi memperkukuhkan kesefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan TVET, KPM telah melaksanakan pelbagai program promosi dan kempen kesedaran secara meluas di seluruh negara. Antara langkah yang telah pun diambil termasuklah mempromosikan program TVET dengan menonjolkan kejayaan lepasan TVET dalam pelbagai bidang seperti pekerjaan, keusahawanan serta pengajian tinggi. Selain itu, kejayaan murid TVET dalam pertandingan kemahiran dan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga dipaparkan melalui media sosial, media cetak dan elektronik. Pada masa yang sama, KPM juga membuat hebahan laluan pendidikan lanjutan bagi lepasan diploma TVET untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) serta universiti tempatan di luar dan dalam negara. KPM turut memperkenalkan laluan khas matrikulasi bagi murid berkeperluan pendidikan khas lepasan Program Pendidikan Khas Integrasi Tingkatan 5 yang membolehkan mereka memperoleh sijil SKM di kolej vokasional. Dalam usaha menarik lebih ramai murid menyertai TVET, KPM telah menganjurkan pelbagai program seperti Forum Jaringan Industri, Forum Usahawan TVET, Program Kem Generasi MADANI, Program KV Insani Masyarakat MADANI, Program MADANI Rakyat dan program-program lain. KPM komited untuk memastikan pendidikan TVET terus berkembang seiring dengan keperluan industri moden dan mengalu-alukan penyertaan aktif pihak industri sebagai langkah strategik ke arah masa depan pendidikan TVET. Justeru itu, KPM akan terus mempertingkatkan sinergi dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh, KPM telah menganjurkan Forum Jaringan Industri Ke Arah Kemampanan TVET KPM pada 28 Oktober 2024 di Vitrox
Academy, Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri. Forum ini menjadi platform perbincangan strategik antara institusi TVET KPM dan pihak industri bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta berdaya saing dan menekankan lima kluster utama TVET. Keberkesanan program TVET, KPM diterjemahkan melalui kadar kebolehpasaran graduan yang amat tinggi. Daripada data yang kita ada, kebolehpasaran graduan TVET KPM adalah pada tahap hampir 100 peratus iaitu 99.16 peratus tahun 2021, 99.38 peratus tahun 2022 dan 99.91 peratus pada tahun 2023. Angka ini jelas membuktikan bahawa graduan TVET didambakan oleh industri dan mempunyai peluang yang cerah dalam pasaran kerja. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Balik Pulau.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan yang panjang dan komprehensif. Kita semua tahu bahawa graduan TVET ini jangan dipandang enteng. Kalau di Australia, plumber will earn twice more than the office workers. Akan selalunya lebih kurang AUD120,000...
Terus kepada soalan.
...Berbanding dengan AUD75,000 per year office workers. Soalan saya ialah saya meneliti jawapan tadi di mana ada jaringan industri dan sebagainya. Tetapi kita tahu bahawa TVET ini dipelopori oleh beberapa kementerian, across all the ministries. Bagaimana kita nak memastikan supaya TVET ini tidak berjalan dengan silo? Malahan patut bersama-sama dengan kementerian lain dan agensi-agensi lain supaya ia nya lebih – maksudnya dari segi pembelajaran itu nampaknya lebih sistematik daripada working silo. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Balik Pulau. Sememangnya kita mengambil maklum bahawa program ataupun bidang TVET ini memang merangkumi beberapa kementerian bukan sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi juga bersama-sama kementerian-kementerian yang lain. Pihak KPM ada menjalin hubungan dan juga kolaborasi yang erat bersama-sama dengan kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi yang lain supaya; nombor satu, kerja-kerja yang kita laksanakan itu adalah selaras antara satu sama lain dan tidak overlap. Nombor dua, untuk memastikan tahap atau pun prestasi yang kita capai dalam bidang TVET ini adalah memadai bagi keperluan negara pada masa hadapan. Di bawah KPM, pendidikan TVET diberikan melalui sekolah menengah teknik juga melalui kolej vokasional. Kita mempunyai 86 kolej vokasional yang ada. Pada hari ini juga, saya juga suka sebut bahawa permohonan untuk memasuki kolej vokasional di bawah KPM telah pun meningkat dengan mendadak pada tahun 2025.
Kapasiti kita adalah sebanyak 17,537 orang pada tahun 2025 dan permohonan- permohonan bagi kemasukan ke kolej vokasional KPM. Pada tahun 2023 – 51,833; 2024 – 56,430; dan 2025 telah pun meningkat ke tahap 68,671. Ini membuktikan bahawa keperluan ataupun pendidikan TVET di peringkat yang ditawarkan di kolej vokasional ini sememangnya disambut dengan amat baik oleh anak-anak kita. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Sik mohon soalan sedikit tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam laporan oleh KPM, lebih 8,076 calon SPM 2024 yang tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis yang berakhir pada Februari yang lalu ya. Di antara punca ketidakhadiran termasuk disebut pelajar tersebut telah bekerja dan mereka mempunyai masalah keluarga. Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian melihat perkara ini untuk memberi menawarkan laluan khas kepada pelajar-pelajar ini untuk memastikan mereka terus ada masa depan yang lebih baik bagi memastikan tidak ada keciciran pelajar-pelajar kita ini? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan dari rakan saya, Yang Berhormat Sik. Nombor satu, berkenaan dengan isu keciciran atau pun ketidakhadiran calon- calon SPM seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sik dan dilaporkan sebelum ini telah pun pihak KPM jawab dalam sidang ini pada minggu yang lepas. Saya tidak ingin ulang lagi. Nombor dua adalah sememangnya bagi pendidikan TVET di bawah KPM, kita menyediakan banyak laluan lagi bagi anak-anak kita untuk memilih supaya mereka dapat memilih hala tuju atau pun masa hadapan anak-anak kita melalui kemahiran atau pun kehendak anak-anak kita sekalian. Seperti yang saya sebut, kita selain daripada kolej vokasional yang kita ada, kita juga mempunyai sembilan buah sekolah menengah teknik. Empat buah lagi sekolah menengah pendidikan khas vokasional. Ini adalah untuk anak-anak kita murid berkeperluan pendidikan khas dan 13 lagi sekolah menengah harian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Untuk maklumat tambahan, boleh bagi jawapan bertulis.
Ya. Pihak KPM ada menawarkan program TVET lepasan menengah bagi murid berkeperluan pendidikan khas di kolej vokasional bagi melengkapkan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia dan ia telah pun dimulakan di KV Bachok dan akan diperluaskan lagi ke KV-KV yang lain. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.
8. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan adakah ada usaha untuk menggalakkan pasangan isi rumah khususnya suri rumah melibatkan diri sebagai usahawan mikro terutama memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi terkini, latihan kemahiran dan kursus perniagaan.
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sahabat saya daripada Sungai Besar. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi-agensi di bawahnya komited untuk menggalakkan golongan wanita termasuk suri rumah bagi menceburi bidang keusahawanan untuk memberi program bimbingan dan latihan keusahawanan merangkumi aspek teknologi, kemahiran dan pengurusan perniagaan. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut. Satu, adalah Program Asas Keusahawanan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang memberi bimbingan dan pendedahan kepada usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan melalui program-program seperti Kursus Asas Keusahawanan (KAK), Kursus Asas Industri (INBT), Program Latihan Bisnes (IBT) dan sesi konsultasi bisnes-bisnes klinik.
Pada tahun 2024, seramai 287 usahawan wanita yang terdiri daripada suri rumah telah menerima manfaat daripada program-program tersebut. Kedua, adalah Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) di bawah TEKUN Nasional kepada 649 usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara dalam talian ataupun dari rumah pada tahun 2024. Semua usahawan ini diwajibkan untuk menyertai Seminar Asas Keusahawanan (SAK) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua serta kemahiran asas perniagaan kepada penerima pembiayaan TEKUN Nasional. Juga disediakan adalah studio TikTok Live Hub oleh TEKUN Nasional bersama TikTok Shop Malaysia yang menyediakan bantuan penstriman langsung dengan teknologi terkini kepada usahawan mikro termasuk suri rumah bagi menghasilkan kandungan kualiti tinggi di TikTok Shop. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk usahawan. Program RAKYATPreneur B40, iTEKAD oleh Bank Rakyat bagi menyediakan bantuan latihan dan bimbingan kepada usahawan B40 yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan perniagaan. Pada tahun 2024, seramai 140 usahawan wanita B40 telah menerima manfaat daripada program ini. Kelima, program latihan berstruktur oleh KUSKOP dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan di bawah inisiatif ASEAN bersama Korea Selatan bagi meningkatkan kemahiran digital usahawan termasuk golongan suri rumah. Keenam adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah menyediakan Programme Prosperity Empowerment and A New Normal (PENN) untuk membantu wanita India menceburkan diri dalam bidang keusahawanan seterusnya dapat memajukan diri dan
keluarga. Sehingga 31 Disember 2024, seramai 3,577 usahawan India telah menerima pembiayaan PENN sebanyak RM32.65 juta. Sekian, terima kasih.
Sungai Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Rasanya pertubuhan usahawan suri ini Yang Berhormat, dia berkembang pesat sewaktu zaman Perintah Kawalan Pergerakan 1, 2, 3. Maknanya, sewaktu zaman COVID lah. Suri rumah menggunakan platform e-dagang memasarkan produk hasil tangan, sebenarnya banyak menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, TikTok dan sebagainya. Tahniah kepada kementerian yang sentiasa memberi perhatian kepada mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sektor e-dagang ini sangat hebat. Pernah mencatat jualan sebanyak RM1 trilion tahun 2021. Jadi, untuk meningkatkan lagi pencapaian, apakah ada ataupun status terkini perancangan KUSKOP untuk merangka dasar baharu membantu PMKS terutamanya usahawan suri dalam menerima guna pendigitalan dan memasarkan produk mereka seiring dengan teknologi AI. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Sungai Besar, penting sekali kita akan memberikan kepentingan kepada TikTok Shop. Studio TikTok Shop telah bekerjasama dengan TEKUN Nasional dalam usaha untuk membantu usahawan mempelbagaikan pemasaran produk menerusi kaedah penstriman langsung melalui kerjasama di tiga Karnival TEKUN MADANI pada 2024. Untuk tahun 2025, satu kerjasama telah dimeteraikan antara KUSKOP dengan TEKUN Nasional dan juga TikTok Shop Malaysia untuk membangunkan studio TikTok Shop Live Hub dan projek perintis yang telah dilancarkan di negeri Sabah dan akan diperluaskan di lagi beberapa negeri, termasuk Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan juga Kelantan. Bagi menyokong usahawan tempatan dalam usaha mereka untuk menggiatkan kaedah pemasaran melalui penstriman langsung dan juga AI, beberapa pakej insentif juga disediakan. Antaranya pakej iklan, pakej partner programme, pakej live studio dan juga pakej pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT). Terima kasih Yang Berhormat.
Rasah.
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan inisiatif-inisiatif khas untuk suri rumah. Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan. Cuma saya nak sebut secara spesifik di bawah SME Corp di bawah KUSKOP, saya difahamkan ada satu skim iaitu Skim Peningkatan dan Penambahbaikan Bakat Suri Rumah. Saya tak pasti sama ada skim ini apakah status dia untuk membantu suri rumah pada masa
kini? Adakah ia masih bergerak seperti biasa dan apakah pencapaian daripada skim ini? Terima kasih Puan Speaker.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat daripada Rasah. Program-program yang dikendalikan di bawah SME Corp itu bagi pembiayaan untuk suri rumah, kita ada beberapa program. Contoh kalau kita ambil daripada SME Corp, kita ada program SMELady. Ia program baru. Itu daripada SME Bank. Tetapi khususnya bagi program SME Corp, saya akan jawab secara bertulis sebab itu sangat spesifik dan saya akan bagikan angka-angka kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Baik, terima kasih Tuan Speaker. Sebelum itu saya nak mengalu-alukan kehadiran rombongan dari komuniti surau Kampung Sayong Hilir dan penduduk Orang Asli Bukit Cermin dari Parlimen Kuala Kangsar. Selamat datang. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan dari Kulim-Bandar Baharu, nombor 9.
9. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Digital menyatakan sejauh manakah penekanan terhadap aspek pembangunan landskap bakat digital dengan kolaborasi syarikat teknologi dan start-up, misalnya projek sekolah pengekodan pertama di Malaysia yang dilancarkan dengan kerjasama MyDigital Corporation untuk memberi pendedahan kepada murid dalam bidang robotik, pengkomputeran awan dan AI.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Kulim-Bandar Baharu, soalan nombor sembilan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital memberi penekanan yang tinggi kepada aspek pembangunan landskap bakat digital dengan kolaborasi strategik dengan syarikat- syarikat teknologi ataupun start-up. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital melalui MyDigital Corporation telah menjalinkan kerjasama strategik dengan 42 Malaysia bagi pembangunan bakat digital negara. 42 Malaysia merupakan sebuah institusi pengekodan percuma dan inovatif yang bertujuan untuk membangunkan bakat digital Malaysia dengan menyediakan persekitaran pembelajaran rakan sebaya yang unik. Inisiatif ini memfokuskan kepada pembelajaran berasaskan projek dan menekankan kemahiran-kemahiran penting dalam menguasai ekonomi digital seperti kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaiaan masalah dan jalinan kerjasama. Sebanyak dua kampus telah pun diwujudkan di bawah 42 Malaysia. Pertamanya di Kuala Lumpur (42KL) pada tahun 2021 dan keduanya, di Iskandar Puteri (42IP) pada
September tahun lalu. Manakala satu lagi kampus baru iaitu di Pulau Pinang (42Penang) akan diwujudkan pada bulan April tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, 42KL merupakan kampus utama yang ditubuhkan di Asia Tenggara dan lebih daripada 25 pemain industri telah menjalinkan kerjasama dengan 42KL. 42 Malaysia dijangka bakal mendatangkan impak yang besar terhadap landskap digital Malaysia dengan melahirkan para peramal digital profesional yang berkemahiran tinggi dan sedia industri. Fokus program ini adalah menekankan keterangkuman dan inovasi, bakal menyumbang kepada ekonomi digital yang lebih dinamik dan berdaya saing. Daripada tahun 2021 Tuan Yang di-Pertua sehingga tahun lalu 2024, seramai 250 orang graduan daripada program ini telah dilatih dan mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor utama termasuk perkhidmatan teknologi maklumat (IT), Fintech dan automatif ataupun logistik. Untuk tahun ini 2025 Tuan Yang di-Pertua, seramai 650 orang peserta dijangka akan mengikut program ini. Selain daripada program ini Tuan Yang di-Pertua, di bawah program-program lain seperti MD Workforce Training MDEC di bawah Kementerian Digital juga telah melatih seramai 1,663 orang pekerja dalam bidang AI. Antara syarikat-syarikat pembekal latihan yang terlibat adalah syarikat seperti Amazon Web Services (AWS), Google dan juga Microsoft. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, melalui program Premier Digital Tech Institutions (PDTI), seramai 277 orang pelajar telah dilatih dengan menggunakan modul daripada AWS. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) juga bekerjasama dengan Microsoft untuk melatih 800,000 bakat dalam kemahiran kecerdasan buatan (AI) untuk program upskilling dan reskilling tenaga kerja sedia ada. Kementerian Digital juga akan meneroka kerjasama dengan kementerian- kementerian lain untuk mengenal pasti dan melancarkan program digital yang bersesuaian. Usaha strategik ini menekankan komitmen untuk merapatkan jurang digital dari usia muda dan mempersiapkan generasi masa depan dengan kemahiran yang kita perlukan dalam dunia berteknologi tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih YB Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan daripada Kulim-Bandar Baharu, kerajaan menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital terutamanya saintis data bagi industri pusat data. Soalan saya, apakah perancangan Kementerian Digital untuk memastikan Program Pendidikan Digital di Malaysia terus relevan dengan keperluan industri? Bagaimanakah kementerian merancang untuk melibatkan lebih banyak syarikat teknologi dalam industri latihan dan peluang pekerjaan kepada graduan? Apakah bentuk jalinan kolaborasi dengan
negara jiran menerusi Program Pertukaran Bakat, misalnya kewujudan Sekolah Sains Komputer Rakan Setara bagi menjadikan Malaysia sebagai hab digital serantau? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, aspek memastikan program pendidikan digital di Malaysia terus relevan ini adalah sangat penting. Kita lihat kepada keperluan industri dan kita semua sedar maklum bahawa bergerak ke depan teknologi akan menyediakan peluang-peluang yang baharu. Dalam masa yang sama, menyediakan cabaran-cabaran yang perlu kita lalui dengan menyediakan apa yang disebut sebagai workforce kita, tenaga kerja kita supaya kita dapat menampung keperluan ini. Jadi, untuk tujuan ini Puan Yang di-Pertua, memang kita dalam kementerian kita mengadakan banyak program-program dengan industri, di mana kita dapat tahu sebenarnya apakah masalah yang mereka lalui dan bagaimana kita dapat menguruskan langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang program-program di mana kita ini berinteraksi dengan industri dilaksanakan setiap hari. Bukan sahaja oleh Kementerian Digital tetapi semua kementerian-kementerian. This is something that pass across all government agencies, Yang Berhormat. Aspek kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga sangat penting. Kita perlu juga lihat apa yang berlaku di sekitar kita, rantau kita. Di sini di mana kita lihat bakat-bakat yang tertentu dibangunkan di negara-negara yang berkaitan di rantau ini. Maka ada keperluan untuk kita juga melihat bagaimana kita boleh belajar daripada mereka. Di sebaliknya juga mereka juga lihat kepada negara kita di mana ada aspek-aspek tertentu yang diberikan fokus dan mereka memang ada melihat kepada bagaimana kita dapat bekerjasama. So, inilah satu aspek yang kita memang memberi penekanan Yang Berhormat. Saya rasa bergerak ke depan dengan Pejabat Kecerdasan Buatan Negara (NAIO) office, kita akan memberikan tumpuan yang khususnya kepada semua sektor mengikut kementerian- kementerian untuk memastikan tenaga kerja yang kita ada dari sudut bakat itu adalah memadai untuk keperluan masa depan. Sekian, terima kasih.
Bukit Bendera.
Terima kasih, Puan Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, dengan perkembangan pesat dalam Industri Teknologi Digital ini pendedahan dan juga pendidikan dalam bidang ini bukan sahaja penting kepada pelajar di peringkat pengajian tinggi tetapi perlu dimulakan juga pada peringkat sekolah menengah dan juga sekolah rendah. Jadi apakah ─ soalan tambahan sayalah. Apakah intervensi yang telah diambil oleh Kementerian Digital dalam memastikan bahawa generasi muda, anak-anak di sekolah ini menerima pendedahan dan yang pentingnya kemahiran literasi digital yang sewajarnya untuk menghadapi era terkini? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, kita memang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan bahawa aspek bakat ini dapat kita halusi dari semua peringkat termasuk juga peringkat bangku sekolah. Kita di Kementerian Digital memberikan tumpuan kepada aspek ini melalui MDEC. MDEC telah pun daripada tahun 2017 sehingga kini melaksanakan Program MyDigital Maker di mana kita ada Program Digital Maker Hub yang memberikan fokus Yang Berhormat kepada sekolah-sekolah di mana kita ini melaksanakan atau membangunkan apa yang disebut sebagai hab-hab yang beroperasi di dalam sekolah dengan tujuan untuk memberikan fokus kepada aspek-aspek digital seperti robotik, AI dan sebagainya kepada pelajar-pelajar. Setakat sekarang Yang Berhormat dan Puan Yang di-Pertua, kita ada sebanyak 89 hab digital maker di sekolah-sekolah yang beroperasi di seluruh negara. Mengikut bilangan yang saya ada dengan saya, sejak 2016 hingga sekarang seramai 675 murid yang telah pun mengikuti program ini melalui beberapa program-program yang tertentu. Selain daripada itu, kita juga ada program-program seperti Program Metaschool dan juga program-program seperti Digital Inovator Program di Pusat PERMATA Pintar, UKM. Secara ringkasnya Yang Berhormat dan Puan Yang di-Pertua, saya tahu Yang di- Pertua lihat kepada saya. Kita memberikan penekanan yang penting apa yang penting adalah untuk kita membawa kesedaran kepada murid-murid bahawa teknologi ini sangat penting bergerak ke depan. Mereka kena memberikan fokus kepada itu dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kerjasama yang kita dapat daripada Kementerian Pendidikan dalam bidang adalah sangat meyakinkan. Saya juga yakin bahawa bergerak ke depan kita akan lihat bukan sahaja program- program melalui Kementerian Digital tetapi semua kementerian-kementerian yang melihat kepada aspek bakat. Saya harap bahawa ia dapat dimulakan di peringkat sekolah lagi. Sekian, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Tenggara.
Terima kasih Puan Speaker. Soalan Tenggara nombor 10.
10. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha yang dirancang dan sedang dilaksana oleh KPM bagi memastikan kemudahan asas bilik darjah di setiap sekolah rendah dan menengah memenuhi keperluan wajar pendidikan termasuk kerusi, meja dan smart-board atau smart-TV bagi mempercepat penekanan digital untuk membentuk murid kita setaraf dengan murid di negara maju.
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan setiap sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh
negara dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi dan bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini. Dalam era transformasi digital, penyediaan kemudahan seperti kerusi, meja serta peralatan pengajaran dan pembelajaran digital termasuklah smart- TV, smart-board menjadi keutamaan bagi memastikan murid-murid dapat menerima pendidikan yang berkualiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menerima peruntukan berjumlah RM200 juta bagi perolehan akses dan perabot pada tahun 2025. Ini adalah untuk bertujuan pembelian perabot, peralatan PdP, peralatan ICT, kelengkapan harta modal aset dan sebagainya. Pengagihan peruntukan tersebut telah pun dilaksanakan pada 13 Januari 2025 kepada kesemua bahagian dan jabatan pendidikan negeri untuk melaksanakan penggantian dan juga perolehan baharu perabot institusi. Selain itu, KPM turut siap memperkukuhkan penggunaan teknologi dalam PdP melalui projek rintis, kelas hybrid, kelas pintar yang telah diperkenalkan pada tahun 2021. Dalam fasal awal pelaksanaan 110 buah sekolah merangkumi 550 kelas telah pun dilengkapi dengan smart-board dan juga smart-TV sebagai sebahagian daripada transformasi pendidikan. Usaha ini akan diperluaskan secara beransuran. Dalam usaha merapatkan jurang pendidikan digital antara sekolah di bandar dan juga luar bandar, KPM memberikan tumpuan kepada pembekalan peralatan secara menyeluruh. Langkah ini melibatkan penyediaan perkakasan seperti komputer riba, pencetak multi-fungsi, projektor serta charging card, dengan izin bagi kegunaan makmal komputer di sekolah. Di samping itu, bagi memastikan kelancaran PdP, KPM juga komited untuk melengkapkan semua sekolah dengan akses internet berkelajuan tinggi secara berperingkat, khususnya bagi sekolah luar bandar. Penyediaan kemudahan digital ini tidak hanya melibatkan peranti asas tetapi turut merangkumi set kamera dan juga perakam kamera yang merupakan sebahagian daripada keperluan dan pelaksanaan PdP secara maya dan juga hybrid. Pada masa yang sama, KPM tidak menghalang mana-mana pihak, mana-mana sekolah yang ingin mengambil inisiatif sendiri dalam memperolehi smart-board ataupun peralatan ICT melalui peruntukan alternatif ataupun sumbangan daripada pihak luar bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran digital dalam kelas. KPM akan terus berusaha memastikan semua sekolah menerima kemudahan asas yang mencukupi dan setanding dengan keperluan pendidikan global. Peningkatan akses kepada teknologi digital serta penyediaan kemudahan asas yang lengkap bukan sahaja memperkasakan kaedah PdP, malah juga dapat melahirkan murid yang lebih cekap dalam penggunaan teknologi dan sejajar dengan reformasi pendidikan yang sedang dikeluarkan oleh KPM.
Tenggara.
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Peranan guru dalam memanfaatkan ruang digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah semakin penting. Ini sejajar dengan anjakan tujuh dalam PPPM 2013-2025 memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi boost kualiti pendidikan. Soalan Tenggara, bagaimanakah dengan tahap kompetensi digital para guru pada masa kini? Apakah langkah yang diambil oleh KPM untuk perkasa kesediaan guru-guru kita? Apakah terdapat sebarang usaha silang kementerian, agensi ataupun swasta misalnya dana PMJD di bawah SKMM untuk memenuhi keperluan digital, khususnya sekolah-sekolah di luar bandar? Terima kasih.
Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tenggara. Nombor satu, berkenaan dengan tahap kompetensi digital guru saya mohon untuk menjawab secara bertulis kerana kita mempunyai satu angka yang spesifik yang telah pun hasil daripada usaha KPM dalam menilai tahap kompetensi guru masing-masing.
KPM sentiasa juga memastikan program pembangunan profesionalisme berterusan dilaksanakan kepada guru-guru kita bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan juga amalan nilai profesional seiring dengan keperluan yang sedia ada. Kita mempunyai program, contohnya MyDigital Teacher yang telah pun digariskan dalam Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia. Usaha untuk membangunkan kompetensi guru turut dipertingkatkan dengan mengupayakan pendidik dan juga pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan kita. Pada masa yang sama juga, aktiviti-aktiviti turut dilaksanakan untuk memperkasakan guru-guru kita dalam bidang digital dan kerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti kerjasama dengan Pixel dan kerjasama dengan Microsoft untuk melancarkan AI Clasroom Toolkit yang telah pun dilancarkan pada Jun 2024. Kesemua ini dapat meningkatkan lagi kemahiran guru dalam penggunaan digital ataupun AI dalam bilik kelas. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Kuala Krai.
Terima kasih Yang di- Pertua. Berkaitan dengan isu kemudahan di sekolah yang Yang Berhormat telah pun jelaskan secara panjang lebar tadi, sebelum daripada ini ada banyak tular sama ada melalui media sosial ataupun media arus perdana berkaitan dengan sekolah yang mempunyai masalah kelas yang tiada pintu, fasiliti kerusi meja yang rosak dan sebagainya, tandas yang uzur dan saya sendiri pun ada dapat dengan kawan, sesi persekolahan ini, dapat laporan daripada ibu bapa berkaitan meja rosak, kerusi patah dan sebagainya. Timbul isu ialah pihak sekolah terpaksa mencari dana ataupun derma sendiri untuk menampung ataupun mendapatkan kerusi meja yang baru. Sedangkan dalam peruntukan,
sebanyak RM64.1 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk sektor pendidikan. Jadi, difahamkan peruntukan kerajaan ini ada dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah.
Ringkaskan.
Persoalan saya ialah adakah peruntukan yang telah disalurkan setiap tahun ini tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan setiap sekolah di Malaysia ini? Terima kasih, Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan berkenaan dengan penyelenggaraan di sekolah. Tadi ada disebut berkenaan dengan pemberian kerusi meja dan juga pada masa yang sama juga ada tandas yang uzur. Di sini saya hendak menyatakan usaha daripada Kerajaan MADANI bahawa hanya untuk tujuan penyelenggaraan, pembaikan kecil dan penaiktarafan tandas dalam tahun 2023 dan 2024, dalam masa dua tahun yang singkat ini, pihak KPM telah pun memperuntukkan satu jumlah lebih daripada RM800 juta bagi kesemua sekolah dan juga institusi pendidikan di bawah KPM bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf tandas. Ini tidak pernah dibuat sebelum ini dan Kerajaan MADANI telah pun melaksanakannya. Itu satu. Nombor dua. Daripada peruntukan yang KPM terima dari Kementerian Kewangan, pada tahun ini, kita juga ada sediakan peruntukan untuk penyelenggaraan baik bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Bagi sekolah kerajaan, kesemua peruntukan ini akan dikendalikan oleh pihak jabatan pendidikan negeri dan juga PPD dan untuk sekolah bantuan kerajaan pula, permohonan untuk sumbangan bantuan penyelenggaraan ini telah pun dibuka pada bulan Disember yang lepas dan sekarang sedang dalam usaha untuk diluluskan dan juga disalurkan. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.
11. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pertahanan menyatakan status perkembangan kesiapsiagaan kawalan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) bagi menangani ancaman pencerobohan dan aktiviti haram.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit atas persoalan yang dikemukakan. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memperkasakan kesiapsiagaan kawalan keselamatan di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) bagi menangani ancaman pencerobohan dan aktiviti haram. Selain Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Kertas Putih Pertahanan yang menjadi rujukan dasar, Strategi Ketenteraan Negara 2.0 merupakan dokumen yang menggariskan strategi dan komitmen ATM dalam menghadapi sebarang ancaman.
Antaranya adalah pihak ATM mengadakan operasi bersepadu seperti Ops Zon Maritim Malaysia yang bertujuan mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi oleh pendatang tanpa izin dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan. Di samping itu, kapal peronda TLDM dan APMM yang berperanan mengawasi kawasan perairan Malaysia turut dilengkapi dengan radar dan sistem senjata. Pesawat pengawasan seperti helikopter dan dron digunakan untuk memperluaskan liputan pengawasan di kawasan-kawasan yang sukar diakses atau yang memerlukan tindak balas segera. Sistem komunikasi dan radar yang bersepadu digunakan untuk memantau kawasan maritim serta mengkoordinasikan tindak balas segera terhadap ancaman pencerobohan. Di samping itu, sebagai negara yang berkongsi sempadan sama ada sempadan maritim mahupun sempadan darat dengan negara-negara jiran, pendekatan yang diambil adalah selari dengan Dasar Luar Negara iaitu mengutamakan diplomasi sebagai elemen pertahanan paling utama. Pendekatan ini memastikan Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan perairan negara, mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara jiran dan memanfaatkan libat urus secara konstruktif melalui kerjasama pertahanan dua hala dan pelbagai hala seperti ASEAN Defense Ministers Meeting (ADMM) dan ADMM+ dalam mengendalikan isu-isu keselamatan termasuklah isu keselamatan perairan negara. Kesemua inisiatif ini juga menunjukkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memastikan keselamatan perairan ZEE Malaysia sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman pencerobohan dan aktiviti haram. Itu sahaja jawapan.
Parit.
Soalan tambahan saya. Adakah terdapat rundingan atau kerjasama pertahanan dengan negara-negara jiran bagi menangani ancaman keselamatan bersama di perairan serantau? Soalan saya juga berkaitan dengan apakah bentuk ancaman yang berlaku termasuk aktiviti pencerobohan, kecurian sumber laut, mungkin kalau ada, juga penyeludupan. Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Kerana kita tahu bahawa kita dengan negara-negara jiran kita seperti mana yang disebut tadi, memang kita sentiasa menggunakan kaedah diplomasi pertahanan kita. Melalui rundingan secara bilateral dengan negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan seumpamanya. Begitulah juga dengan tindakan-tindakan kita secara multilateral melalui hubungan-hubungan kita dengan negara-negara kejiranan kita. Sebab itu kalau kita lihat Malaysia, kita tahu bahawa tujuan dan kita harus pastikan bahawa zon maritim kita ini bebas untuk aktiviti ekonomi kita terutamanya yang melibatkan minyak dan gas dan juga melibatkan perdagangan dan juga aktiviti pelancongan. Sebab itu kalau kita lihat, kita sentiasa berhubung antara negara-negara ini untuk menangani isu-isu
macam disebutkan tadi, isu-isu pencerobohan mahupun isu-isu yang melibatkan keselamatan di perairan kita. Ini kerana kita harus pastikan terutamanya kita bukan sahaja di Selat Melaka tetapi yang utama adalah di Laut China Selatan itu untuk pastikan bahawa kawasan Laut China Selatan itu adalah kawasan yang bebas dan selamat untuk aktiviti ekonomi bagi tujuan ekonomi negara kita. Itu sahaja jawapan.
Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
12. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan menjelang 2030, negara memerlukan sekitar 500,000 pekerja mahir tambahan bagi sektor teknologi dan teknikal dengan 30 peratus pekerjaan di Malaysia bakal dipengaruhi kecerdasan buatan (AI). Apakah langkah kementerian dalam memperkukuh ekosistem latihan dan pensijilan yang mampu menarik minat khususnya belia dalam menceburi bidang ini.
Terima kasih, Puan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan oleh MOSTI dan pelbagai kementerian lain seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan bagi menyiapsiagakan tenaga kerja tempatan dalam bidang AI. Sebagai contohnya, platform AI Sandbox telah dibangunkan di bawah MRANTI MOSTI bagi memperkukuh penglibatan industri dalam pembangunan bakat kecerdasan buatan (AI). Platform ini menyasarkan peningkatan kapasiti bakat AI kepada 13,000 bakat individu menjelang tahun 2026, hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membantu menyokong 900 syarikat pemula inovator dan syarikat spin-off universiti. Oleh itu, MRANTI telah menetapkan sasaran untuk melatih 500 jurulatih utama menjelang tahun 2026 sebagai elemen penting dalam usaha ini. Setakat 2024, MRANTI telah melatih kira-kira 100 jurulatih utama atau master trainer.
Dalam menarik minat belia menceburi bidang AI, Kementerian Belia dan Sukan juga sedang mengambil inisiatif memperkasakan program latihan kemahiran dengan AI, ILKBS melibatkan latihan peningkatan kemahiran kepada pengajar-pengajar ILKBS iaitu kursus- kursus yang melibatkan: (i) penggunaan aplikasi AI seperti ChatGPT, Gemini, Canva dan juga Power BI untuk penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan informatif;
(ii) penggunaan elemen AI dalam pembelajaran kemahiran seperti teknologi pemesinan dan pembuatan serta penyelenggaraan bangunan termasuk juga bidang teknologi, elektrik dan bidang- bidang berteknologi tinggi yang lain; dan (iii) pelaksanaan analisis dan data pengurusan latihan TVET di ILKBS agar lebih sistematik dan tersusun. Dalam konteks MOSTI terhadap pembangunan belia melalui pelbagai program pembudayaan dan pendedahan awal terhadap AI dan STEM. Antaranya ialah program utama iaitu Minggu Sains Negara (MSN), Malaysia Techlympics (MT), cabaran dron, Kejohanan Roket Kebangsaan, STEM Camp MOSTI dan National Space Challengers. Tuan Yang di-Pertua, dari sudut aspek pensijilan pula, kemahiran sains, teknologi dan inovasi melalui Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) telah membangunkan standard deklarasi teknologi dan teknikal yang turut mengandungi elemen-elemen berkaitan dengan kecergasan buatan AI yang merangkumi peringkat Sijil Diploma dan Sijil Sarjana Muda, antaranya seperti compute national intelligence, data management dan analytic. Natural language processing and disposable artificial intelligence… [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Standard ini merupakan garis panduan dan rujukan kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan program-program pengajian berkaitan teknologi dan teknikal termasuk AI. MBOT juga telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Technology and Technical Professional Development Council (TPDC) bertujuan untuk membangunkan kerangka jaminan kualiti dan pensijilan kursus jangka pendek yang komprehensif. Dengan adanya kerangka ini, latihan yang diberikan kepada pekerja Malaysia bukan sahaja diiktiraf oleh industri tempatan, tetapi juga memenuhi piawaian profesional yang ditetapkan, memastikan kemahiran yang diperoleh bersesuaian dengan keperluan industri global yang senantiasa berubah. Penubuhan TPDC juga merupakan bukti komitmen MBOT untuk memastikan kualiti program yang ditawarkan, diiktiraf dengan standard industri dan memenuhi keperluan teknikal semasa. MOSTI percaya dengan langkah-langkah strategi ini di samping kerjasama yang erat antara kementerian-kementerian dan juga pihak swasta, Malaysia mampu menjadi peneraju dalam pembangunan bakat teknologi AI dan mampu bersaing di peringkat global. Terima kasih.
Saya jemput Bentong. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya percaya usaha MOSTI ini lebih dipertingkatkan
terutamanya dalam pelaksanaan program-program pembudayaan AI dan STEM di kalangan belia. Jadi, soalan saya adakah juga usaha ini dikembangkan ke kawasan luar bandar dan pendalaman terutamanya meliputi kawasan FELDA serta perkampungan Orang Asli di kawasan saya, contohnya? Terima kasih.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan Yang Berhormat yang begitu baik. Untuk makluman Yang Berhormat, Program STEM Camp MOSTI telah dilancarkan. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membudayakan STI dalam kalangan pelajar serta secara langsung melalui pengalaman hands on, interaktif dan demonstrasi yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang STI. Program ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman konsep sains dan teknologi secara praktikal, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali aplikasi STEM dalam keadaan seharian. Dengan pelbagai penglibatan pihak seperti NGO, PIBG, syarikat swasta daripada agensi berkaitan, STEM Camp MOSTI telah memberi manfaat kepada lebih 8,329 orang pelajar merangkumi sekolah di kawasan bandar, luar bandar, pedalaman, komuniti Orang Asli dan golongan OKU. Program ini juga telah berjaya dianjurkan oleh 200 buah sekolah di 14 buah negeri dengan jumlah tajaan sebanyak RM471,414 membuktikan komitmen MOST dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran STEM di peringkat awal pendidikan. Bagi kawasan Parlimen Yang Berhormat, saya percaya pelaksanaan program pembudayaan dalam perancangan. MOSTI juga akan melaksanakan program STI MADANI yang melibatkan semua Ahli Parlimen kelak. Terima kasih.
Ya, silakan Kuala Terengganu.
Sejauh mana perancangan terkini MOSTI di bawah Hala Tuju Bakat AI Malaysia 2024-2030 bagi merancakkan pembangunan industri AI melalui usaha sama syarikat MNC daripada pihak swasta untuk mengenal pasti bakat-bakat baharu serta merapatkan jurang antara industri dan akademi?
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. MOSTI dan KPT telah berkerjasama dalam AI Talent Roadmap 2024-2033 yang selari dengan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2021-2025. AI Talent Roadmap ini memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja AI melalui peningkatan pendidikan, latihan industri dan penyelidikan bagi memastikan institusi pengajian tinggi memainkan peranan dalam mengoptimumkan tenaga kerja AI. Fakulti juga telah ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan RM20 juta dan menjelang 2025, fakulti dijangka mempunyai 700 orang pelajar dalam program Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PHD serta program profesional dan kemahiran AI. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM50 juta bagi pembangunan bakat AI di Universiti
Malaya, Universiti Putra, Universiti Sains, Universiti Kebangsaan, memastikan universiti awam dapat melahirkan graduan AI yang kompetitif. Selain itu, Konsortium Kecerdasan Buatan juga telah ditubuhkan iaitu MAIC bagi memastikan institusi akademi, agensi kerajaan dan industri berkerjasama dalam memperkasakan pembangunan bakat AI yang memenuhi keperluan pasaran negara kita. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Sila Menteri. Setiausaha. Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Sila Menteri. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup seperti yang tertera di nombor 23 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri- menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 25 Februari 2025.”
Ada yang menyokong?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong.
Baik, Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN PARLIMEN 2025 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen, pentadbiran Perkhidmatan Parlimen dan perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [20 Februari
Baik, kita sambung kembali penggulungan dengan saya menjemput Kementerian Sumber Manusia. Silakan, 40 minit.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Pekerja Kesuma Bangsa. Jaga rehat jagalah masa, Jaga makan jagalah selera, Jaga pekerja jagalah bangsa, Jaga bangsa jagalah negara. Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, pembuka kalam saya ingin menjunjung kasih Titah Perasmian Parlimen oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada awal Februari ini.
Penghargaan juga diberikan kepada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, saranan serta kritikan bagi isu-isu yang melibatkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Tan Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang, Bachok, Kuala Kedah, Wangsa Maju, Lumut, dan Gopeng telah membangkitkan soalan berkaitan latihan kemahiran melibatkan institusi TVET, keperluan semasa pekerja, tentang isu-isu para pekerja gig serta golongan yang berpencen. KESUMA untuk makluman Dewan yang mulia ini, mempunyai dua fungsi utama. Fungsi pertama ialah untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja. Satu lagi fungsi pula tumpunya ialah kepada bidang latihan kemahiran. Bagi fungsi latihan kemahiran ini, KESUMA melalui agensi dan jabatan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Talent Corporation (TalentCorp), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sentiasa komited dalam usaha meningkatkan keboleh pasaran tenaga kerja tempatan mengenai pelbagai inisiatif peningkatan kemahiran ataupun upskilling dan pemerkasaan kemahiran ataupun reskilling. Melalui jabatan-jabatan dan agensi yang saya sebutkan tadi, KESUMA mempunyai program latihan yang memberi fokus kepada semua peringkat umur daripada peringkat sekolah, lepasan SPM, pelatih amali, intern, dengan izin, pekerja semasa, pekerja yang kehilangan pekerjaan, para pesara serta warga emas. Di peringkat sekolah, KESUMA contohnya melalui TalentCorp mengadakan program yang Young Employable Students (YES) bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang landskap pekerjaan Malaysia, kemahiran masa hadapan dan kebolehpasaran pelajar. TalentCorp juga berkolaborasi ataupun bekerjasama bersama dengan pemain industri seperti Microsoft, Google, Micron dan pelbagai lagi syarikat termasuk syarikat- syarikat multinasional dalam menjayakan program-program yang Young Employable
Students (YES) yang saya sebut tadi. Pada tahun lepas, program ini telah berjaya diadakan melibatkan 130 buah sekolah di seluruh negara. Bagi pelajar lepasan SPM pula, KESUMA mempunyai 33 buah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Melalui TVET di bawah JTM ini, sebanyak 112 program sepenuh masa serta 3,467 program separuh masa yang menawarkan program-program kemahiran termasuk teknologi keselamatan siber, dron, 5G, pembuatan termaju, realiti terimbuh, realiti maya dalam pembelajaran dan sebagainya. KESUMA juga dalam misi untuk mengangkat prestij latihan kemahiran di Malaysia agar ia bertaraf dunia ataupun yang saya selalu sebutkan setara dengan taraf Ivy League. Bagi mencapai hasrat tersebut, KESUMA telah bekerjasama dengan beberapa- gergasi industri bagi melengkapkan para pelatih kita dengan latihan kemahiran berteknologi tinggi serta meningkatkan kebolehpasaran mereka. Contoh pada tahun lepas, KESUMA telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat PROTON dan melalui kerjasama ini yang memberikan peluang kepada para pelatih dan pengajar untuk mendapatkan latihan secara on-the-job training dan penempatan pekerjaan. Kerjasama ini juga untuk membolehkan ADTEC di Melaka salah satu- pusat pendidikan TVET kita di Melaka dijenamakan sebagai Institut PROTON sebagai satu lagi langkah untuk meningkatkan prestij institusi TVET di bawah KESUMA. Selain itu, KESUMA juga telah berjaya menjalinkan hubungan kerjasama dengan gergasi teknologi dunia iaitu Huawei. Menerusi kerjasama ini, sebuah Huawei Learning Center telah ditubuhkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Di pusat ini, menawarkan beberapa program latihan kemahiran antaranya 5G, kecerdasan buatan- AI dan teknologi komunikasi. Seramai 2,000 orang pelatih termasuk tenaga pengajar, jurutera industri dan pelajar bakal mendapat manfaat melalui kerjasama ini. KESUMA bukan sahaja menyediakan latihan kepada para pelatih, malah melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), bantuan kewangan dalam bentuk pembiayaan disediakan khusus untuk program latihan kemahiran. Sejak ditubuhkan pada tahun 2001, sebanyak RM5.2 bilion kelulusan pinjaman latihan telah diberikan dan seramai lebih 400,000 orang pelatih telah menerima pembiayaan daripada PTPK. Pada tahun 2025 tahun ini, sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan supaya PTPK dapat mendanai khusus latihan kemahiran untuk lebih kurang 20,000 orang pelatih. Daripada jumlah ini, sebanyak RM100 juta akan digunakan untuk melatih hampir 10,000 orang pelajar dalam bidang pertumbuhan tinggi dan bidang bernilai tinggi, high-growth, high-value sectors. Contohnya, kenderaan elektrik (EV), keselamatan siber, cybersecurity dan kecerdasan buatan, artificial intelligent (AI). KESUMA turut merangka satu pakej latihan amali yang berstruktur, berbayar dan berkualiti, structured, paid, and quality internship program, dengan izin, kepada para pelajar
yang mencari penempatan bagi Latihan Industri menerusi Insentif Latihan Amali (ILHAM) KESUMA. Menerusi program ini, para pelajar akan dapat mengikuti program latihan industri yang berkualiti dan diberi elaun minimum sehingga RM600. Sebab kita percaya bahawa latihan amali, internship, dengan izin, merupakan satu kaedah pendekatan latihan kemahiran yang baik khususnya untuk mahasiswa kita. Bagi menarik lebih ramai majikan untuk terlibat, mereka akan menikmati potongan cukai berganda sekiranya mereka menyertai program ini. Selain itu, para majikan juga dapat memanfaatkan potongan levi mereka sehingga 50 peratus bagi membayar pelatih amali menerusi program ini. Daripada laporan terdahulu, didapati bahawa 40 peratus daripada pelatih amali, mereka kemudiannya selepas latihan amali itu akan mendapat penempatan pekerjaan di syarikat yang mereka membuat latihan amali tersebut. Jadi, ini merupakan satu pendekatan win-win di mana syarikat akan mendapat pekerja, manakala mahasiswa kita pula akan mendapat peluang pendedahan on-the-job training, dengan izin. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mengutip levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan serta pembangunan tenaga kerja di negara ini. Pada tahun 2024 tahun lalu, HRD Corp telah mencipta sejarah apabila telah berjaya mengutip kutipan hasil levi yang tertinggi dalam sejarah sebelum ini iaitu RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion pada tahun 2023. Levi telah dikutip, bagaimana pula penggunaannya? Selalunya ada orang kritik kata kalau dia kutip sahaja levi, tetapi tak digunakan pun tidak ada makna. Sebanyak RM2.3 bilion levi dikutip, 98 peratus daripada levi tersebut pada tahun lepas telah diluluskan untuk tujuan latihan kemahiran. Apakah bentuk latihan? Bukan ditentukan oleh kerajaan, tetapi...
[Bangun]
...Ditentukan oleh pihak majikan dan pekerja bersesuaian dengan keperluan semasa syarikat dan industri.
Ledang bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya celah?
Silakan.
Baik. Terima kasih Menteri, saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya berkenaan dengan isu peluang pekerjaan terutamanya yang terkait dengan belia daripada segi bagaimana kita reskilling melatih semula- ataupun upskilling untuk meningkatkan kemahiran mereka. Saya faham tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan agensi yang sedang melaksanakan perkara- perkara ini melalui TalentCorp kemudian TVET, kemudian PTPK yang berikan insentif ataupun dana.
Cuma saya rasa, bolehkah juga dijelaskan bagaimana kita menjejaki daripada segi mewujudkan peluang-peluang ini, keberkesanan TalentCorp dan lain-lain untuk memastikan berlakunya pengisian peluang-peluang pekerjaan di samping kita menjejaki jurang yang mungkin timbul daripada kursus yang diberi dengan employability dengan akhirnya memberi peluang pekerjaan, pendapatan yang baik kepada terutamanya belia. Saya lihat juga ada di kalangan institusi kita ini yang masih lagi tidak dapat digunakan sepenuhnya. Contohnya, Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang saya rasa ada setengah- setengah Parlimen yang mempunyai ILP, tapi saya lihat kurang dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh sebab itu, ia satu kerugian yang saya rasa perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih. Dia ada beberapa bahagian kepada soalan tersebut. Saya akan jawab tentang soalan berkaitan dengan isu pengangguran anak muda dan juga peluang pekerjaan dan sebagainya di selepas bahagian latihan, tetapi untuk bahagian tentang ataupun pertanyaan tentang keboleh pasaran dan juga adakah kita melakukan tracking ataupun follow-up dari segi adakah latihan kita ataupun institusi kita mempunyai kualiti membolehkan para pelatih kita mendapatkan pekerjaan. Untuk makluman Yang Berhormat dari Ledang itu, saya hendak bagi contoh ILP. ILP sebenarnya telah mencecah kebolehpasaran untuk para pelatih kita sebenarnya telah mencecah lebih 90 peratus. Malah, ada dua, tiga ILP di seluruh negara ini kebolehpasarannya mencapai target 100 peratus. Maksudnya, bila tamat sahaja pengajian khusus di ILP itu, para pelatih kita dah mendapat kerja mencecah 100 peratus. Mungkin yang menjadi kekhuatiran ialah bagaimana pula adakah mereka mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan latihan yang diberikan. Kita juga ada buat tracking dalam aspek ini. Lebih hampir 90 peratus daripada pelajar ILP kita dalam lingkungan 80 hingga 90 peratus mereka telah mendapat pekerjaan dalam sektor ataupun dalam bidang yang mereka belajar ketika di ILP. Jadi, kita ada buat tracking sebegini. Sudah tentu isu yang seterusnya kalau ditanya itu sudah dapat pekerjaan, sudah dapat pekerjaan yang berkaitan dengan pendidikan, isu seterusnya isu gaji. Saya akan mungkin menyelusuri isu-isu ini dalam ucapan saya yang seterusnya. Jadi, saya sudah sebut tadi levi tertinggi dalam sejarah RM2.3 bilion dan penggunaannya juga tertinggi 98 peratus iaitu sebanyak RM2.27 bilion telah diluluskan untuk kegunaan siapa? Syarikat ataupun majikan dan pekerja mendapatkan latihan-latihan yang berkaitan. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan terutamanya apabila kita lihat majikan memanfaatkan levi tersebut untuk tujuan latihan pekerjaan.
Menteri, Menteri. Jelutong. HRD Corp. Isu ini dibangkitkan oleh saya sebelum ini dalam sesi yang lalu. Kali ini
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan. Saya menerima baik makluman Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan jumlah RM2.3 bilion, jumlah yang dikutip oleh HRD Corp dan saya mendengar dengan tekun cara bagaimana wang ini digunakan. Cumanya, saya ingin tanya, apakah pendirian HRD Corp berkenaan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak SPRM dan juga laporan oleh Ketua Audit Negara berkenaan dengan penyalah gunaan dana HRD Corp? Pada masa yang sama, memang umum mengetahui bahawa kita telah bahaskan perkara ini dan juga Pegawai Eksekutif HRD Corp telah diminta untuk mengambil garden leave. Cumanya, pendirian HRD Corp pada masa sekarang dan satu lagi Speaker, sekarang terdapat maklumat bahawa gaji untuk Chief Executive Officer PERKESO, HRD Corp dan TalentCorp mencecah sekurang-kurangnya RM90,000 sehingga RM120,000 sebulan. So, saya ingin tanya kalau Perdana Menteri bekerja tanpa gaji, memang gaji boleh dibayar, tetapi kalau Ketua Eksekutif PERKESO, HRD Corp dan TalentCorp – ini adalah pertanyaan sayalah. Bukan saya membuat tuduhan, tetapi pertanyaan saya, adakah benar mereka menerima gaji sebanyak RM90,000 sehingga RM120,000? Saya pohon pengesahan perkara ini kerana ia telah menjadi satu bahan perbualan di luar sana dan saya pohon pengesahan di atas perkara ini dan juga perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan siasatan ke atas HRD Corp.
Sila, Menteri.
Ini memang menjadi satu topik kegemaran Yang Berhormat Jelutong ini dan saya pun sudah berkali-kali memberikan kenyataan dan juga maklum balas bukan sahaja dalam malah di luar Dewan. Soalan pertama sudah tentu tentang pendirian KESUMA tentang siasatan SPRM. Ia amat mudah. KESUMA lah yang membuat laporan SPRM itu. KSU KESUMA dan juga Ketua Eksekutif HRD Corp sendiri telah diarahkan untuk pergi susulan Laporan Ketua Audit Negara. Saya rasa tidak pernah lagi dalam sejarah di mana satu kementerian itu telah mengambil tindakan yang drastik sebegini iaitu kita pergi dengan sendiri membuat laporan SPRM susulan laporan Ketua Audit Negara. Jadi, pendirian kita jelas. Sudah tentu kita serahkan. Sudah beberapa kali saya sebut kita serahkan kepada SPRM dan apa-apa jua keputusannya, saya sudah sebut. Apabila keputusan sudah keluar nanti, no one will be safe. Tidak kira siapa. Itu pendirian saya. Keduanya tentang soal gaji ini. Soal gaji ini tidak ditentukan zaman saya masuk jadi Menteri. Itu satu. Keduanya, saya boleh berikan, saya minta pegawai untuk berikan secara breakdown gaji supaya dia tidak membangkitkan. Of course, dia kata dia tanya soalan, tetapi kita juga perlu adil kepada pegawai-pegawai yang bertugas bukan sahaja dalam GLC, tetapi juga dalam badan-badan berkanun. Kita hendak tarik bakat, kita harus mempunyai pakej pampasan yang baik.
Saya minta pegawai untuk berikan kepada YB Jelutong senarai gaji-gaji yang diminta tadi, badan-badan berkanun yang diminta tadi dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang diminta tadi supaya dia ada satu maklumat yang betul dan bukan maklumat yang dengar-dengar sahaja. Dalam aspek ini, saya perlu memuji para pegawai dalam agensi- agensi saya. Sebab kita nampak saya sebut tadi. Pelbagai usaha telah dilaksanakan, pencapaiannya ada teguran dan teguran ini saya hendak ingatkan bahawa ia tidak berlaku pada zaman pentadbiran Yang Berhormat Tambun ataupun di bawah Kerajaan Perpaduan. Saya tidak mahu menuding jari di sini ya. Saya bukan jenis yang suka menuding jari dan menyalahkan siapa-siapa. Apa yang kita lakukan ialah kita biarkan siasatan ini kepada pihak berkuasa, satu. Keduanya, segera melaksanakan pembaharuan ataupun reformasi. Reformasi ini bermula bukan sahaja zaman saya, tetapi pada zaman saudara YB Sivakumar supaya kita boleh mengelakkan sebarang kepincangan dan hasilnya ialah tadi saya sebut tadi. Bukan sahaja levi tertinggi, tetapi penggunaan levi yang tinggi dan juga bukan sahaja di HRD Corp, TalentCorp, PERKESO dan sebagainya. Jadi, pendirian saya agak senang iaitu kita akan meneruskan memperbaiki tata kelola bukan sahaja di dalam agensi, jabatan dan kementerian. Siapa yang buat salah, no one is safe, tetapi kita akan teruskan usaha kita untuk memartabatkan pekerja di Malaysia. Dalam aspek ini, HRD Corp juga menyediakan platform e-LATiH iaitu satu- platform pembelajaran dalam talian. Sebelum saya lupa, nanti kata saya tidak jawab soalan dia pula. Soalan Bagan saya akan jawab juga. Saya akan jawab juga ya. Walaupun Bagan tidak ada dalam Dewan, saya akan jawab. Terdapat sebanyak 2,302 kursus percuma serta 70,762 kursus premium yang disediakan melalui platform ini. e-LATiH ini adalah satu inisiatif oleh HRD Corp supaya dia bukan sahaja ada face to face learning, tetapi dalam keadaan teknologi moden ini, kita menyediakan satu platform latihan pembelajaran atas talian dengan lebih 2,000 kursus percuma yang boleh diakses oleh mana-mana rakyat Malaysia. Of course, ada 70 lebih ribu kursus premium yang perlu bayaran. Pada tahun lepas juga, HRD Corp telah menaikkan kadar tuntutan bagi yuran latihan kursus daripada 6,000 sehari kepada 10,500 sehari. Ini amat penting. Bukan sahaja saya kata kita hendak memastikan sektor latihan kita bertaraf Ivy League, ini antara strategi yang kita guna pakai apabila kita memberikan ruang yang lebih besar kepada majikan dan pekerja untuk mendapatkan latihan yang berkualiti yang mungkin bernilai lebih tinggi, berkos lebih tinggi. Maka, pemberi ataupun penyedia latihan di luar sana juga akan meningkatkan kualiti mereka untuk bersaing agar boleh mendapat pelanggan-pelanggan melalui levi HRD Corp. Jadi, kita naikkan tuntutan yuran itu. Dulu hanya boleh claim RM6,000 sehari. Kita naikkan kepada RM10,500 sehari.
Sehingga Disember tahun lepas iaitu Disember 2024, seramai hampir 1.5 juta orang pekerja telah menyertai kursus-kursus latihan menggunakan kaedah pendanaan levi, geran dan sebagainya oleh HRD Corp berbanding 1.25 juta orang pekerja pada tahun 2023. Ini merupakan peningkatan hampir 20 peratus iaitu pekerja yang mendapat latihan kemahiran melalui pendanaan HRD Corp. KESUMA juga tidak mengetepikan ataupun mengesampingkan para pekerja yang kehilangan mata pencarian mereka akibat pemberhentian majikan. Menerusi Akta Sistem Insurans Pekerjaan ataupun Akta 800 PERKESO, para pencarum insurans pekerjaan ini berpeluang untuk menuntut pembiayaan yuran latihan kemahiran sehingga RM4,000 bagi meningkat dan memperkasakan kemahiran mereka. Pada tahun 2024, sebanyak 363 kursus latihan telah diluluskan melalui program ini dan seramai lebih 5,000 orang pekerja yang diberhentikan telah mendapat manfaat melalui kursus-kursus tersebut dengan berserta bukan saja kita memberikan insentif RM4,000 untuk membiayai kursus latihan, ia juga berserta elaun latihan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10.7 juta pada tahun lepas. Untuk pekerja gig, mereka turut dibantu KESUMA melalui Program Bina Kerjaya. Pada tahun lepas, 2024, sebanyak hampir 1,000 kursus dan latihan telah ditawarkan kepada para pekerja gig di negara ini untuk membantu mereka membina kemahiran dan seterusnya mendapat peluang kemajuan kerjaya ataupun career advancement, dengan izin, yang lebih baik. Seramai hampir 8,000 orang penggiat gig telah mendapat manfaat daripada program yang telah diadakan itu. KESUMA juga menyediakan pelbagai program latihan khususnya untuk para veteran iaitu melalui inisiatif Veteran MyWIRA melalui kerjasama bersama beberapa buah syarikat besar seperti Micron, FedEx dan Western Digital. Para veteran tentera kita berpeluang untuk mengikuti latihan, mendapat penempatan kerja serta turut memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan. Inisiatif ini telah berjaya membuka jaringan pekerjaan yang lebih luas kepada para perajurit tanah air. Pada tahun lepas, KESUMA melalui HRD Corp juga telah menganjurkan Minggu Latihan Kebangsaan, National Training Week yang telah menawarkan lebih 65,000 kursus latihan secara percuma meliputi pelbagai aspek latihan termasuk latihan-latihan kemahiran berteknologi tinggi seperti AI, analisis data, cybersecurity dan sebagainya. Seramai 375,000 orang rakyat Malaysia telah mendaftar dan menyertai kursus ini merentasi seluruh negara ya. Paling tua ialah seorang wanita bernama Puan Hajah Siti Maryam dari Sarawak berumur 73 tahun, manakala paling muda ialah adik Amara Sofea dari Kuala Lumpur yang hanya berumur empat tahun. Jadi, National Training Week ataupun Minggu Latihan Kebangsaan ini merupakan satu minggu di mana kita membangkitkan kesedaran tentang keperluan latihan kemahiran bukan saja ditawarkan maklumat malah
ditawarkan kursus-kursus kemahiran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira di negeri mana, tak kira lapisan umur, kaum dan agama. Tuan Yang di-Pertua, YB Padang Rengas ada membangkitkan isu kursus berkaitan dana RM10 juta bagi latihan berkaitan maritime ataupun maritim yang kononnya tidak ditunaikan. Saya nak menjawab di sini ya. Satu, YB tanya saya hujung Oktober hari itu, saya jawab masa itu dah lewat bulan November. So, saya harapkan sedikit kesabaranlah, tetapi untuk makluman, dana RM10 juta ini bukan tidak digunakan, dia digunakan. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah pun membiayai 300 orang pelatih dalam bidang maritim melibatkan peruntukan hampir RM9 juta melalui kursus- kursus seperti operasi geladak, operasi sokongan geladak, pengawasan navigasi, marine engine room watchkeeping, dengan izin, navigational watchkeeping and deck operation, dengan izin, dan sebagainya. Ini semua dah jalankan. Jadi, bukan kita tak tunai, kita dah tunaikan. Apa masalah yang mungkin daripada soalan YB Padang Rengas itu yang mungkin kurang tepat kepada apa yang ingin ditanya itu, saya akan jelaskan. Kemudahan pembiayaan kursus melalui PTPK adalah tertakluk kepada Akta Pembangunan Kemahiran ataupun Akta 652 dan juga Akta Tabung Pembangunan Kemahiran [Akta 640]. Jadi, dia hanya boleh membiayai kursus-kursus untuk penyedia latihan bertauliah dan program-program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan pemetaan sukatan mata pelajaran program dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Oleh itu, saya rasa soalan yang ingin ditanya sebenarnya bukan RM10 juta tidak ditunaikan. Saya dah sebut, kita dah belanja hampir RM9 juta untuk 300 orang dalam sektor ini. Apa yang ingin ditanya sebenarnya ialah tentang kursus oleh Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL). Saya dah sebut dalam jawapan saya lewat bulan November tahun lalu bahawa kursus di bawah IKMAL ini dia belum dapat pentauliahan daripada JPK dan belum ada pemetaan sukatan mata pelajaran program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Bermula dari hujung tahun lepas, kita memang telah pun bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan termasuk IKMAL untuk memastikan kursus-kursus mereka boleh juga mendapat pembiayaan ataupun pendanaan PTPK. Sukacita saya ingin sebut di sini dan terima kasih kepada Padang Rengas yang telah dua kali membangkitkan isu ini. Pada pertengahan bulan ini, kita telah meluluskan IKMAL. Jabatan Pembangunan Kemahiran telah meluluskan IKMAL sebagai antara pusat penyedia latihan bertauliah. Justeru, kursus mereka kita akan buat pilot satu kursus itu. Kursus itu saya sebut di sini iaitu, “Watchkeeping engineer of 750 kilowatt or more on near coastal trade voyage.” Kursus ini boleh ditawarkan oleh IKMAL mulai sekarang. YB Ledang, Padang Terap dan Alor Setar telah membangkitkan soalan berkaitan kebajikan dan perundangan khusus bagi pekerja gig serta data bagi pencarum pekerja gig di bawah PERKESO. Tan Sri Yang di-Pertua, sejak 2019 lagi, pekerja gig telah menuntut dan
diberi pelbagai janji untuk mewujudkan satu mekanisme perlindungan buat mereka. Ini kerana 1.2 juta orang pekerja gig di negara ini tidak mempunyai perlindungan di bawah Akta Kerja 1955 sebab mereka tidak termaktub di bawah definisi pekerja di bawah Akta Kerja tersebut. Oleh itu, kerajaan pada tahun lepas telah memberikan mandat kepada KESUMA untuk mewujudkan satu rang udang-undang khusus kepada penggiat gig di negara kita. Dalam RUU pekerja gig ini, saya dah sebut juga beberapa kali, ia akan menekankan kepada empat- komponen penting. Satu, definisi “pekerja gig” sebab saya dah sebut Akta Kerja tidak merangkumi pekerja gig di bawah definisi pekerja. Jadi, kita perlu ada satu definisi. Siapa? Who is the gig worker? Siapakah pekerja gig?; keduanya, isu tentang pendapatan ataupun upah yang sering menjadi isu yang dibahaskan di luar sana; ketiganya, mekanisme kilanan ataupun, dengan izin, grievance mechanism. We have to have a grievance mechanism untuk membolehkan sebarang pertikaian diselesaikan secara rasmi; dan akhir sekali, perlindungan sosial. Menerusi RUU ini, saya harap kalau tiada aral melintang, maka RUU ini akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap akan mendapat sokongan dari semua pihak. Kita telah melaksanakan sesi libat urus secara bersemuka dengan hampir 3,000 orang pemegang taruh termasuk syarikat platform, termasuk wakil pekerja gig, badan NGO, akademik dan sebagainya. Melalui perbincangan tersebut, saya dah sebut bahawa sebuah Majlis Perundingan Gig akan ditubuhkan sebagai platform pembincangan strategik bagi menangani isu-isu berkaitan pekerja gig secara inklusif dan konklusif. Majlis ini akan dilaksanakan secara tiga pihak ataupun tripeptide melibatkan penyertaan wakil pekerja gig, wakil majikan ataupun penyedia platform serta kerajaan.
Bagi isu-isu pertikaian pula dalam pekerja gig dengan contohnya pihak platform, RUU bakal menggariskan proses kilanan bermula dengan siasatan dalaman ataupun domestic inquiry, proses rundingan damai ataupun reconciliation melibatkan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Sekiranya tiada penyelesaian dapat dicapai, maka perkara itu boleh dibawa kepada sebuah tribunal khas yang akan ditubuhkan nanti. Berkaitan dengan soalan pencarum yang mencarum di bawah PERKESO, sehingga 31 Disember 2024 seramai 322,232 orang yang bekerja sendiri ataupun pekerja gig yang aktif mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Sendiri 2017. Daripada jumlah tersebut, seramai 303,522 orang pencarum adalah mereka yang terlibat dalam sektor penghantaran makanan dan pengangkutan penumpang. Tuan Yang di-Pertua; YB Ledang, YB Gerik, YB Machang, Kuala Kurau dan Kapar ada membangkitkan soalan tentang penduduk bekerja, kadar pengangguran, gaji pekerja serta peluang pekerjaan. Jumlah penduduk bekerja di Malaysia telah meningkat daripada 16.9 juta pada suku keempat 2023 kepada 17.3 juta pada suku keempat 2024. Selain itu,
kadar pengangguran juga telah menurun dari 3.3 peratus pada Disember 2023 kepada 3.1 peratus pada Disember 2024. Ini merupakan angka kadar pengangguran yang paling rendah dalam tempoh hampir 10 tahun. Usaha bagi penciptaan pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi sebenarnya merupakan usaha secara holistik melibatkan beberapa kementerian termasuk MoF, MITI, Kementerian Ekonomi dan sebagainya. Itulah sebabnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya, melancarkan Kerangka Ekonomi MADANI untuk mengangkat siling dan mengangkat lantai iaitu untuk memastikan ada pelaburan tinggi masuk ke Malaysia. Syarikat-syarikat Malaysia mampu untuk menaiki jalinan nilai ataupun tangga nilai dan seterusnya meningkatkan nilai keseluruhan ekonomi kita agar pekerjaan yang bergaji tinggi mampu dijana demi rakyat Malaysia. KESUMA melalui TalentCorp pada tahun lepas juga telah menerbitkan Kajian Impak AI Digitalisasi dan Ekonomi Hijau terhadap sepuluh sektor utama yang mewakili lebih kurang 60 peratus daripada KDNK negara. Melalui kajian ini, kita telah mengenal pasti pekerjaan yang terkesan daripada impak trend-trend teknologi tersebut. Justeru, kita telah menjadikan kajian ini sebagai satu panduan bukan sahaja untuk KESUMA, tetapi untuk rakan-rakan kementerian lain dan sektor swasta waima para pekerja dan rakyat secara amnya untuk merangka strategi dan perancangan. Contohnya daripada segi apa jenis latihan yang harus diberikan ya- apa jenis persiapan yang harus dibuat untuk kita berdepan dengan impak trend-trend teknologi abad ke-21 itu? Daripada segi isu gaji, sudah tentu pada tahun lepas kita telah menaikkan kadar gaji minimum dari RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan. Untuk makluman, kajian pelaksanaan gaji minimum dalam 10 tahun telah menunjukkan bahawa kadar gaji minimum memang memberikan impak yang cukup positif ya, kepada kumpulan yang bergaji rendah. Terutamanya khususnya mereka di bawah desil 10 yang terbawah, the bottom most 10 desil okey. Kumpulan ini menunjukkan peningkatan gaji, pertumbuhan gaji sehingga 60 peratus. Jadi itulah pentingnya dilaksanakan dasar gaji minimum, tetapi kita sedar bahawa bukan semua perkara berkaitan gaji boleh ditetapkan ataupun boleh ditentukan melalui mekanisme undang-undang. Contohnya gaji minimum. Gaji minimum harus ada dan kita telah tetapkan, kita telah naikkan, tetapi kita juga sedar mungkin dia perlu mekanisme ataupun strategi pertumbuhan gaji yang lain. Antaranya kerajaan menerusi Dasar Gaji Progresif memperuntukkan RM200 juta untuk membantu lebih kurang 50,000 orang pekerja yang bekerja di dalam syarikat SME negara kita untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kita juga telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan panduan gaji permulaan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (eMASCO). Ini bagi memastikan bahawa pasaran majikan ataupun pekerja sedar ataupun faham tentang gaji yang munasabah dan sesuai untuk sektor masing-masing berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
Pada tahun 2024, sebanyak 4,156 program karnival kerjaya termasuk aktiviti temu duga harian dan mingguan telah dilaksanakan di seluruh negara, mencatat kehadiran hampir 150,000 orang pencari kerja. Daripada jumlah tersebut, seramai 53,000 telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan dan seramai lebih kurang 20,000 orang pencari kerja berjaya ke temu duga peringkat keduanya. Bagi memastikan peluang pekerjaan sesuai dan pemudah cara bagi membantu golongan rentan termasuk yang menghadapi penyakit kronik, PERKESO melaksanakan Program Return to Work (RTW) iaitu Program Pengurusan Hilang Upaya bagi membantu pencarum yang cedera menghadapi penyakit...
...Yang Berhormat, boleh saya sentuh sikit.
Saya akan jawab soalan YB nanti.
Oh ada.
Ada, ada.
Yang Berhormat Menteri, Ledang boleh?
Saya habiskan ini.
Okey.
Dan kemudian saya tengok saya jawab soalan Tasek Gelugor dulu, kemudian saya berikan peluang kepada Ledang. Kacau lah ni. Sudah hilang saya punya ini. PERKESO- Kita melakukan melaksanakan Program Return to Work iaitu Program Pengurusan Hilang Upaya bagi membantu pencarum yang cedera menghidapi penyakit untuk pulih kembali bekerja lebih awal, sihat dan selamat. Mengikut statistik kita dari tahun 2017 sehingga 31 Disember 2024, seramai 101,000 orang berinsurans hilang upaya termasuk OKU telah mengikuti program ini. Daripada jumlah tersebut, lebih 70 peratus orang berinsurans hilang upaya dan OKU telah berjaya dibantu untuk kembali semula ke alam pekerjaan. Selebihnya ada yang mungkin telah memilih untuk tidak menyambung pekerjaan masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segamat dan juga Tasek Gelugor telah membangkitkan persoalan tentang pelaksanaan gaji minimum bagi syarikat yang berkontrak dengan kerajaan ya- soalan ini ya, serta kebajikan para pekerja yang bekerja dengan syarikat tersebut. Berhubung pelarasan kadar bayaran kontrak baharu dengan kontrak kerajaan. Sepanjang pelaksanaan perintah gaji minimum sejak 11 tahun yang lalu, pihak Kementerian Kewangan sebenarnya telah bersetuju supaya semua kontrak kerajaan yang terkesan dengan pelaksanaan perintah gaji minimum perlu dibuat penyelarasan kadar harga kontrak. Ini bermaksud jika syarikat yang sebelum ini terikat dengan kadar kontrak lama, mereka boleh
mendapatkan penyelarasan bagi menampung peningkatan kos akibat kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan. Tertakluk, sudah tentu pada syarat- syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Ini amat penting untuk memastikan syarikat-syarikat ini tidak mengalami kerugian besar dan kesukaran kewangan akibat perbezaan antara kadar kontrak lama dan kos operasi yang meningkat. Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kelangsungan pada syarikat-syarikat yang terlibat dengan projek kerajaan sekali gus memastikan pekerja mereka menerima gaji minimum baharu tanpa menjejaskan operasi syarikat. Mana-mana yang tidak ikut sudah tentu akan diberikan amaran dan juga diambil tindakan.
Yang Berhormat, sedikit pandangan saya. Saya pun nak sebut Yang Berhormat Ketereh baharu maklum pada saya, ramai juga anggota-anggota tentera yang bekerja dalam syarikat-syarikat keselamatan terutama dengan Kementerian Pendidikan yang mana mereka tidak dibayar mengikut kadar gaji yang sewajarnya, tetapi ada satu isu di peringkat atas daripada itu yang mana majikan pun sebenarnya tidak dibayar lagi oleh kerajaan mengikut gaji yang sepatutnya telah diselaraskan. Jadi saya nak minta Yang Berhormat Menteri pertimbangkan mungkin boleh dibekukan sekejap tindakan daripada JTK kepada syarikat-syarikat yang sebenarnya belum lagi dibayar oleh kerajaan sendiri. Jadi selagi mana kerajaan tidak membayar kepada mereka mengikut gaji minimum yang telah diselaraskan, selagi itu lah tidak wajar untuk JTK ambil tindakan kepada mereka. Sebab yang punca kesilapan atau kelemahannya ialah di peringkat kerajaan. Jadi selagi mana kerajaan tidak selesaikan, tidak adil untuk tindakan undang-undang diambil kepada mereka.
Saya ini ada satu contoh terbaru yang saya dapat di Mahkamah Buruh Kangar. Tarikh 6 Disember 2024. Sebuah syarikat diarahkan bayar RM25,800 kepada seorang pekerja. Sedangkan dia tak dapat lagi bayaran daripada kerajaan. Jadi, syarikat tak mampu nak bayar. Bagaimana nak bayar kalau kerajaan sendiri pun tak bayar. Jadi, saya minta JTK membekukan dahulu tindakan kepada mereka yang belum mendapat penyelarasan yang sepatutnya.
Sila Menteri.
Ia kalau kita ikut cadangan YB Tasek Gelugor, rakan saya, nanti YB Ketereh pula kata pekerja tak dapat gaji minimum. Jadi, it is a chicken and egg. Tetapi saya rasa saya dah sebut tadi, kerajaan memang Kementerian Kewangan, ini bukan kali pertama kita buat penyelarasan gaji minimum. Sejak 11 tahun yang lalu selama ini, apabila berlakunya penyelarasan gaji minimum, kerajaan ataupun Kementerian Kewangan memang membenarkan syarikat-syarikat kontrak kerajaan ini membuat
penyelarasan dari segi harga kontrak. Jadi, itu bukan masalah. Untuk saya, kalau sebuah syarikat itu dia ingin bekerjasama ataupun membuat urus niaga dengan kerajaan, dia harus mempunyai perancangan yang lebih teliti, lebih teratur. Di pihak JTK, kita tidak ada─ saya selalu tekankan di sini bahawa tak kira Akta Kerja ataupun 27 akta lain di bawah KESUMA ini, semua undang-undang ini bukan setakat – dia niatnya bukan untuk menghukum. Kita semua sebagai penggubal undang-undang. Undang- undang ini bukan niatnya untuk menghukum. Undang-undang ini sebenarnya untuk meningkatkan kebajikan. Kalau di bawah KESUMA, kebajikan pekerja, keharmonian perindustrian. Jadi, kita boleh memberikan tolak ansur dan sebagainya dengan pendekatan yang lebih berhemah. Tetapi untuk saya, gaji harus dibayar. Tak kira di bawah Akta Kerja ataupun Akta Majlis Perundingan Gaji Negara di mana ia menjaga kadar gaji minimum ini, dia harus ikut supaya pekerja kita tidak dimangsakan. Syarikat-syarikat harus mempunyai perancangan yang lebih rapi dalam mereka melaksanakan urus niaga. Bukan sahaja dengan kerajaan tetapi juga dengan sektor swasta supaya dia ada perancangan dari segi pendanaan, dari segi kitaran kewangannya agar mereka mampu menghadapi perubahan-perubahan dari segi ekonomi yang akan mungkin menjejaskan operasi mereka itu.
Just sikit Yang Berhormat Menteri.
Menteri perlukan berapa minit lagi? Saya selesaikan dengan Menteri sekejap.
[Bangun]
Ya, sorry. Minta maaf.
Berapa minit lagi Menteri?
Tidak ada banyak ini. Mungkin lebih kurang 10 minit lagi.
Okey, saya bagi 10 minit lagi ya dan saya ingatkan jangan bangkitkan perkara-perkara baharu ya. Sebab tidak adil untuk Menteri menjawab. Silakan Menteri.
Sikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih atas jawapan yang diberi tadi. Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri, tekanan yang sebenarnya perlu diberikan ialah pihak kerajaan supaya membayar dengan sewajarnya supaya majikan boleh terus memberikan bayaran yang sewajarnya kepada pekerja. Jadi, saya mohon supaya cadangan itu dipertimbangkan. Saya nak cadangkan juga mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bertemu dengan persatuan kontraktor kebersihan dan keselamatan yang banyak menyuarakan complaint merekalah mengenai perkara ini untuk membincangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Menteri. Terima kasih Speaker. Saya bersetuju apa yang disebutkan tadi juga bahawa kita kena ada perhubungan kerjasama baik dengan syarikat-syarikat pembersihan kerana kita juga menerima kebimbangan mereka. Cuma pada masa yang sama, saya sambut baik sangatlah sebenarnya usaha-usaha progresif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dari segi Dasar Gaji Minimum dan juga Dasar Gaji Progresif. This is the way forward juga. Cuma, saya ada sebut dalam perbahasan saya supaya kita ada indeks ataupun kayu ukur untuk kita menyebut tentang gaji wajar.
[Bangun]
Saya ada sebut tentang defisit kerja wajar. Sebab ada beberapa indeks ataupun indikator yang perlu digunakan, bukan hanya dari segi upah tetapi kita kena melihat dari segi jam bekerja mereka tak sepadan dengan kerja, kerja yang selamat, perlindungan sosial. So, apakah kita ada kayu ukur yang begini supaya kita dapat lihat secara holistik, bukan hanya dari segi pendapatan tetapi dari segi perkara- perkara yang lain?
Yang Berhormat Menteri, Segamat. Ini saya ada membangkitkan dalam perbahasan saya berkenaan dengan contract staff di bawah KKM ataupun KPM di mana every three years ini, tenure kontrak ini tukar, kontraktor tukar dan dia memberi kesan kepada pekerja-pekerja kontrak. Kebanyakan pekerja ini selepas mendapat satu kajian, daripada 70 percent is from daripada golongan B40. Ini juga ada pendapatan di mana isu gaji minimum tidak dilaksanakan oleh kontraktor yang dapat kontrak ini kepada pekerja-pekerja seperti pekebun, security guard dan sebagainya. Keduanya adalah berkaitan dengan penyelarasan penyambungan dan juga benefits mereka ini adalah antara satu perkara yang saya bangkit dalam perbahasan saya waktu itu. Saya mohon Menteri memberi sedikit pandangan dan juga cara penyelesaian kerana saya rasa golongan ini harus dibela di bawah Kerajaan MADANI. Saya yakin Yang Berhormat Menteri telah mengambil beberapa langkah supaya it is a very crucial dan pernah kita melihat dalam berita bahawa pekerja-pekerja ini pernah membuat mogok dan sebagainya. So, we are looking for some comprehensive solution for this. Thank you Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Bakri. Yang Berhormat Menteri, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa kontraktor- kontraktor yang mengambil kontrak daripada kerajaan perlu ada perancangan kewangan untuk jangka panjang. Tetapi perkara yang ada pada depan mata kita adalah ramai kontraktor ini mereka gagal. Tidak mempunyai – sampai gaji pun tak mampu untuk dibayar. Jadi, adakah kerajaan ada rancangan untuk mungkin sesuatu tindakan dikenakan kepada kontraktor-kontraktor yang gagal ini? Sebagai contoh, mungkin mereka disenaraihitamkan supaya in the future, pada masa akan datang, mereka tidak boleh terus mengambil kontrak daripada kerajaan memandangkan kekuatan kewangan mereka yang
tidak kukuh supaya kerajaan mengambil peranan lebih baik untuk memberikan jaminan kepada pekerja-pekerja tersebut.
Okey, sila Menteri gulungkan.
Terima kasih. Dia bila dia jaga KESUMA ini, dia ada dilema. Dia nak pilih antara nak jaga majikan ataupun jaga pekerja. Tadi saya ada sebut. Saya ini berdiri bersama pekerja tetapi saya pun menegaskan bahawa kepentingan pekerja dengan kepentingan majikan ini dia sebenarnya terikat bersama. Dia tak boleh kata – dia kena ada win-win, kena ada win-win. Untuk soalan yang dibangkitkan khususnya dari Segamat dan dari Bakri ini, sebenarnya, KESUMA sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan kementerian yang lain berkaitan dengan isu-isu kontraktor yang tidak mematuhi Akta Kerja. Malah, jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang perburuhan, maka kita akan memaklumkan kepada kementerian agar mengambil tindakan senarai hitam terhadap syarikat-syarikat kontraktor yang saya sebut tadi. Saya teruskan perbahasan saya. Mungkin YB Sandakan dia ada sebut. Dia ada memberikan cadangan supaya KESUMA menjalankan kajian impak terhadap nilai kesan pelaksanaan gaji minimum ke atas kos sara hidup, pemberhentian pekerjaan dan penutupan perniagaan dan sebagainya. Kita mengambil maklum cadangan tersebut. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa kita sentiasa rasional dalam membuat keputusan berhubung pelaksanaan gaji minimum. Contohnya, dari segi pelaksanaan kadar gaji minimum kali ini dari RM1,500 kepada RM1,700. Dia telah diputuskan setelah mengambil kira Kajian Impak Gaji Minimum 2022 yang terdahulu dan kajian ini telah melibatkan lebih 4,000 responden yang terdiri daripada majikan dan pekerja. Kita telah mengadakan 26 sesi libat urus yang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan lebih 1,100 penyertaan persatuan majikan, wakil industri dan bila saya sebut wakil industri, dia termasuklah majikan yang bersaiz besar, sederhana, kecil, mikro dan sebagainya. Kesatuan sekerja, wakil pekerja, agensi kerajaan, pakar-pakar antarabangsa contohnya International Labour Organization (ILO) sebagainya. Dilaksanakan untuk menilai implikasi pelaksanaan gaji minimum pada 2022 itu terhadap masyarakat dari segi kos sara hidup dan sebagainya, baru benda ini kita diangkat ke Majlis Perundingan Gaji Negara yang terdiri daripada secara tiga pihak iaitu wakil pekerja, wakil majikan dan kerajaan. Sukacita saya sebut di sini bahawa Majlis Perundingan Gaji Negara tersebut telah sebulat suara bersetuju dengan kadar RM1,700 yang kita sebut tadi sebelum diangkat ke Kabinet dan diluluskan dalam belanjawan.
Dari segi cadangan untuk mengadakan kajian impak, saya dah sebut tadi. Kita melaksanakan kajian perintah gaji minimum sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peruntukan undang-undang. Jadi, ini tidak
perlu—Dia bukan terikat ataupun bukan setakat cadangan semata-mata tetapi kita terikat dengan undang-undang di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 untuk melaksanakan kajian perintah gaji minimum. Bagi menjawab soalan YB Sandakan itu. Saya ada sebut dalam perbahasan saya sebelum ini. Dalam karya mereka, pemegang Hadiah Nobel David Card karyanya Myth and Measurement: The New Economics of the Minimum Wage. Dia menunjukkan bahawa peningkatan gaji minimum yang sederhana tidak membawa implikasi pengurangan guna tenaga. Sebaliknya berpotensi memberikan impak positif kepada ekonomi. Ini bukan sahaja secara teori. Secara empirikalnya, secara penelitiannya dalam negara kita, itu kalau nanti ada orang sebut ini kajian luar negara, dalam negara kita. Jika kita lihat secara retrospektif ataupun lihat ke belakang, data berkaitan pengangguran berikutan pelaksanaan lima perintah gaji minimum sebelum ini juga menyokong pandangan itu iaitu di mana setiap kali kadar gaji minimum baru dilaksanakan, tidak ada peningkatan ketara dalam pemberhentian kerja dan juga kadar pengangguran negara. Tuan Yang di-Pertua saya janji tadi – dia banyak lagi tapi saya janji tadi nak bagi jawapan kepada YB Bagan. Jadi, saya akan sebut juga. Dia pemimpin parti saya jadi saya kena bagi kepada dia. Hormat kepada dia. YB Bagan membangkitkan isu CEO HRDCorp seperti YB Jelutong tadi. Dia menyatakan, adakah pandangan Ketua Audit Negara dan PAC ditidakkan begitu sahaja? Sebagai peringatan, teguran PAC dan Ketua Audit Negara ialah ketika pentadbiran terdahulu. Tapi saya dah sebut sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas HRDCorp pada masa kini, saya tidak akan mengambil pendekatan menuding jari ataupun menyalahkan siapa-siapa. Biar pihak berkuasa yang tentukan jika ada sebarang kesalahan. Tugas saya berkerjasama dengan pihak berkuasa sepenuhnya untuk siasatan dan kita telah lakukan. Bukan sahaja bekerjasama dengan PAC, Audit Negara, malah saya dah sebut tadi. Kita buat laporan SPRM. Tugas seterusnya saya ialah untuk meneruskan reformasi memperbaiki tatakelola sedia ada. Ini kita semua telah laksanakan. Untuk makluman, tidak benar sama sekali ulasan, pandangan, kritikan sama ada oleh Ketua Audit Negara dan PAC ditidakkan. Malah KESUMA saya sebut kita menjadi kementerian pertama dalam sejarah yang telah membuat laporan pihak berkuasa susulan laporan Ketua Audit Negara, dalam kes ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan dibuat sendiri. Arahan Menteri kepada Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Eksekutif HRDCorp. KESUMA dan juga HRDCorp juga telah selesai bentangkan maklum balas tindakan susulan terhadap semua 11 syor Laporan PAC berhubung pengurusan dana latihan, keberkesanan program latihan dan sebagainya pada 20 Oktober dan 20 November serta laporan muktamad telah diserahkan kepada sekretariat pada 4 Disember.
Sesi libat urus berkaitan isu Laporan Ketua Audit Negara turut diadakan pada 3 Januari 2025 dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara yang dihadiri oleh Datuk KSU KESUMA dan HRDCorp serta wakil HRDCorp KESUMA yang membentangkan maklum balas terhadap tindakan susulan terhadap semua 10 penemuan audit. Sesi tersebut merumuskan bahawa tindakan-tindakan yang sewajarnya telah diambil dan KESUMA diminta untuk terus memantau tindakan susulan tersebut. Kita menyambut baik syor-syor ini. Malah, saya dari awal saya telah kata sebelum laporan audit dan Laporan PAC dikeluarkan saya dah beritahu kedua-dua pihak ini bahawa kita akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya 101 peratus supaya apa-apa yang salah kita dedahkan, apa-apa yang tidak betul kita dedahkan. Kemudian kita buat ambil tindakan susulan.
Menteri, masa Menteri.
Okey last. Hasil reformasi tatakelola KESUMA dan HRDCorp saya sebut dah tadi. Pencapaian tahun lepas kutipan levi tertinggi. Kelulusan penggunaan levi tertinggi. Latihan 1.5 juta pekerja kenaikan hampir 20 peratus berbanding sebelum ini. Pendapatan juga meningkat iaitu hasil tata kelola. But saya tegaskan sekali, no one will be safe kalau buat silap, kalau buat salah. Kita akan biarkan kepada pihak berkuasa SPRM dalam pihak ini kalau keluar laporan, kita minta tindakan yang sekeras-kerasnya. Genta bergema menggegar desa, Tanda terbenam mentari senja, Harum KESUMA semerbak rusa, Mewangi maruah kaum pekerja. Selebihnya kalau belum sempat jawab, saya bagi dalam jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.
Baik terima kasih Menteri. Sekarang saya jemput Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Tan Sri Speaker. Sebelum itu ada peraturan. Nak bangkitkan peraturan.
Peraturan Mesyuarat berapa?
22(1).
22?
(1).
Berkenaan apa itu Ahli?
Tan Sri Speaker. Dalam sidang yang lepas saya ada tanya satu soalan. Soalan lisan yang ke-295, di mana soalan saya, saya tanya kepada Kementerian Kesihatan. Di mana soalan saya ialah apakah hasil siasatan aduan beberapa ibu bapa berkenaan kejadian bayi mereka yang dijangkiti penyakit semasa berada di Baby Love Confinement Center, Kota Laksamana, Melaka pada awal 2024. Jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa tiada sebarang kes yang berlaku.
Jawapan mereka setakat ini Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang aduan berkaitan kes tersebut. Tan Sri Speaker, pada masa yang sama, itu yang saya tanya November yang lepas. Disember tahun lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan saya iaitu Tuan Low Chee Leong juga tanya soalan yang sama di Dewan Undangan Negeri Melaka. Beliau tanya soalannya ialah bertanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai jangkitan echovirus 2 di Baby Love Confinement Center Kota Laksamana, Melaka. Soalan yang sama. Jawapan yang diberikan di Dewan Undangan Negeri mengatakan jangkitan tersebut yang berlaku di confinement center tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan diisytiharkan telah wabak pada 15 Januari. Wabak ini melibatkan 10 orang babies dan telah diisytiharkan tamat pada 1 Februari. Nampaknya dua-dua jawapan ada perbezaan. Apabila saya tanya di Parlimen jawapan yang diberikan kata tiada satu kes pun. Tetapi sebenarnya jawapan daripada Dewan Undangan Negeri mengatakan ada 10 kes. Jadi, saya rasa dalam isu ini saya adalah salah seorang daripada wakil rakyat yang membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan untuk mereka siasat kes ini. Tapi saya amat kecewa kenapa jawapan yang diberikan ialah tiada sebarang kes. Jadi, dengan ini kalau kita merujuk kepada Peraturan 36(12), ini adalah satu jawapan yang mengelirukan Dewan dan boleh diambil tindakan. Jadi, saya tak nak Menteri terlibat dalam isu ini. Saya percaya jawapan ini adalah disediakan oleh pegawai. Saya mintak supaya Tan Sri Speaker buat siasatan kenapa berlakunya perkara sedemikian.
Baik.
Sebab Dewan adalah satu tempat untuk kita dapat jawapan yang jitu, yang tepat. Tetapi nampaknya saya nak tahu adakah sesuatu yang tidak kena telah berlaku? Adakah ada pihak yang cuba nak tutup sesuatu. Jadi, saya minta supaya Tan Sri Speaker boleh beri petua dan kita siasat perkara ini supaya selepas ini tiada sebarang jawapan yang diberi itu ada kesilapan sedemikian. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Baik saya akan rujuk dengan Menteri kemudian. Terima kasih. Untuk itu saya jemput Menteri. Silakan. Menteri ada 30 minit.
Insya- Allah saya habis sebelum itu.
Insya-Allah.
Kementerian Kesihatan akan jawab esok. Kota Melaka, Menteri jawab esok.
Insya-Allah. Menteri Komoditi beritahu Kementerian Kesihatan jawab esok. Insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakam ucapan Menjunjung Kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 10 Ahli Yang Berhormat iaitu Paya Besar, Padang Terap, Kluang, Baram, Seputeh, Tampin, Tangga Batu, Tenom, Beaufort dan Kuala Pilah yang telah berbahas mengambil peluang menyatakan cadangan-cadangan dan pandangan mereka yang melibatkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan usul Menjunjung Kasih di Dewan yang mulia ini. Justeru itu, di sini saya akan mengambil sedikit masa. Untuk memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan, mana-mana pandangan yang dah diberi oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat membahaskan isu-isu ini, mana-mana pandangan yang baik insya-Allah saya akan bawa ke kementerian untuk mengambil sebahagian daripada idea yang telah dicadangkan. Saya ingin menjawab Yang Berhormat Paya Besar, mengapakah harga sawit terdedah kepada naik turun harga dan juga Yang Berhormat Tangga Batu apakah langkah untuk menstabilkan harga sawit?
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, mana-mana harga komoditi dunia selalunya dia tidak ada siapa boleh kawal. Maka begitu juga sawit. Dia bergantung kepada pengeluaran dan permintaan. Sekiranya pengeluaran yang banyak dan di Indonesia pun sebagai pengeluar yang banyak, yang paling utama, banyak maka dia akan beri tekanan kepada harga. Dalam masa yang sama, sekiranya kurang pengeluaran, maka secara tak langsung dia akan beri tekanan kepada permintaan, maka harga akan naik. Itu secara basic, fundamental untuk ekonomi sesuatu komoditi. Tetapi ada perkara- perkara yang kita boleh melihat kesan daripada perubahan polisi. Contoh, sekiranya Indonesia mengubah mandat untuk buat biodiesel, daripada B35, kepada B45 atau 50. Maka dia akan create demand untuk palm oil untuk dilaksanakan mandat tersebut. Begitu juga kalau Indonesia revise, daripada B40 dia revise kepada B20. Maka, kuranglah permintaan sawit untuk digunakan untuk biodiesel. Dan juga dia juga melihat, banyak macam contoh bahan alternative kepada cocoa-butter. Kalau koko, harga koko ini meningkat begitu tinggi, maka banyaklah permintaan untuk membeli kelapa sawit produk yang boleh menjadi subtitute kepada cocoa-butter. Yang ketiga, kita juga akan melihat bagaimana pengeluaran di Indonesia. Sebab Indonesia ini dia produce 50 juta metrik tan setahun, kita produce only 19.3 million metrik tan setakat Disember 2024. Maka apa yang berlaku di industri di Indonesia kelapa sawit ini, akan juga akan menentukan harga yang berlaku kepada kelapa sawit kita. Dan dalam konteks Malaysia, kecukupan tenaga buruh yang mencukupi juga penting kerana kita pernah melihat waktu Covid dulu, kita tidak mempunyai cukup pekerja untuk
harvest pokok-pokok yang telah buahnya masak, akhirnya buah-buah yang bernilai hampir 20-30 bilion tidak dapat diraih dan akhirnya menjejaskan pengeluaran negara. Seterusnya saya juga ingin ─ apa ini menjawab soalan Paya Besar. Apakah perkembangan terkini Dasar Biodiesel Negara. Hari ini saya nak berkongsi bahawa mandat biodiesel negara terkini ialah untuk sektor pengangkutan kita telah introduce mandate ini pada Februari 2019, iaitu B10, untuk pengangkutan. Untuk industri, kita introduce biodiesel B7, mulai Julai 2019. Kemudian kita juga ada B20 tapi limited to Langkawi, Labuan dan Sarawak kecuali Bintulu iaitu pada Januari 2020. Keseluruhan B10, B7, B20 ini, dia mengguna pakai hampir lebih kurang dalam 900,000 CPO atau 900,000 metrik tan CPO.
Yang Berhormat Menteri, ini sekadar nak mengumumkan jelah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu memaklumkan bahawa di atas sana adalah kehadiran Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Dan seterusnya saya juga ingin, untuk memaklumkan ketersediaan negara untuk mengubah B10 ini kepada B20, dia sebenarnya ada banyak cabaran. Paya Besar ada cadangan kenapa kita tak pergi program B20, through out the country? Dia ada masalah sebab dia memerlukan investment dalam infrastructure, iaitu the blending. Jadi kita punya industri biodiesel ini, dia tidak mempunyai blending untuk accommodate B20. Jadi untuk buat B20 ini, pertama yang perlu kita buat ialah there must be investment yang dijangkakan atau dianggarkan 643 juta oleh pemain-pemain industri yang untuk membina kapasiti blending untuk accommode B20. Setakat hari ini, daripada enggagement yang kita buat dengan pihak industri, mereka nak supaya 643 juta investment ini dibiayai oleh kerajaan dan kerajaan tak bersedia untuk biayai ini. Jadi, kita akan cuba tengok macam mana consensus yang kita dapat. Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kluang. YB Kluang ada mencadangkan sejauh mana kita ─ industri sawit ini telah mengguna pakai AI. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada 2024, yang lalu, some where lebih kurang dalam bulan September tak silap saya, saya datang merasmikan satu kilang sawit AI pertama di Kuala Kangsar. Saya pergi sebab saya agak tertarik dengan idea nak buat AI punya teknologi masuk dalam kilang kelapa sawit untuk memproses CPO. Jadi apa yang kita dapat lihat, selepas 4 bulan, satu kilang yang mempunyai kapasiti hanya 45 metrik tan, 1 jam. Dia menggunakan AI, apa yang berlaku dia dapat me-reduce- kan, mengurangkan kos untuk memproses ini sebanyak iaitu dia dapat saving daripada oil losses dan juga maintenance yang kurang 1.6 juta, estimated about one year average. Kemudian, dia boleh menjimatkan pekerja asing, yang membuat kerja-kerja 3D ini, kemudian jumlah pekerja asing dalam kilang tu ada 66, selepas dia install AI ini, dia turun kepada 44 pekerja sahaja, iaitu 33 peratus saving dan dia juga save cost of employee ini,
wages 1.1 juta. So, you ambil 1.1 juta campur 1.6 juta, lebih kurang dalam 2.7 juta. Cost AI yang dia install ini cuma lima juta. Makna, dalam masa dua tahun payback and after that the whole factory will run with this AI dan banyak lagi teknologi-teknologi yang dicadangkan kepada kementerian dan juga kepada MPOB. Saya sentiasa membuka cadangan ini kepada mana-mana pemain-pemain industri yang menggunakan automation AI, internet of thing untuk menjayakan kita punya production melalui sistem-sistem teknologi yang tinggi ini. Seterusnya saya ada...
Speaker, berkenaan ─ berkenaan dengan kilang sawit tadi, tahniah kepada Menteri. Cuma, kita ada satu kilang di Jerangau yang dulu menggunakan satu teknologi tinggi tapi oleh kerana maintenance terlalu tinggi, menyebabkan kilang tersebut ditutup. Persoalan saya, kita bimbang apa yang dilaporkan oleh Menteri tadi itu, mungkin akan berlaku juga oleh kerana teknologi dia terlalu advance sehingga maintenance terlalu tinggi, menyebabkan akhirnya kilang tersebut tutup, sepertimana yang berlaku kepada kilang sawit di Jerangau. Apa pandangan Menteri? Terima kasih.
Pandangan saya, kita tak perlu takut fasal teknologi ini. Yang paling penting ialah teknologi ini dia boleh menukar profile industri ini, daripada foreign workers punya reliance kepada pekerja-pekerja tempatan. Sebab banyak teknologi-teknologi ini, dia memerlukan kepakaran pekerja-pekerja tempatan untuk monitor AI ini dan dia lebih memirip kepada pekerjaan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau ada kilang-kilang yang tutup ini, kita kena tengok ada dua sebab. Satu, dia tak cukup buah. Bila tak cukup buah, jadi ada pekerja ramai, buah tak cukup, maka kos akan meningkat kalau compare dengan hasil. Nombor dua kita nak tengok kemungkinan kilang ini adalah terlampau lama. Dah terlampau lama dan dia tak ada the efficiency, tiada. Kalau orang boleh buat dalam satu kilang yang baru ini, dia punya OER boleh sampai naik 19, 20, 22, kemungkinan besar mesin-mesin yang kita pakai ini adalah model yang lama. Maka dia punya press tu kurang, maka dia punya OER mungkin 15,16 percent. Jadi, ini sebenarnya kalau Yang Berhormat ada cadangan, nanti tulis saya surat. Nanti saya suruh MPOB pergi check dapatkan what is the cost? Kalau buah tak cukup, kemungkinan besar Terengganu is not known sebagai the biggest plantation dekat dalam Peninsular ini. Tapi dia juga ada kawasan-kawasan yang mempunyai good production or CPO yang datang daripada Terengganu.
Seterusnya, saya nak jawab Yang Berhormat Tangga Batu. Bagaimana KPK akan meningkatkan eksport produk hiliran yang bernilai tinggi? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, industri sawit ini ada satu kelebihan untuk negara kita kerana kita ada complete ekosistem. Bermakna daripada ladang yang 5.7 hektar, kemudian kita keluarkan buah,
kemudian itu kita masuk kepada palm oil mill ada lebih kurang dalam 453 palm oil mill, kemudian lepas proses CPO ini― kalau dulu lepas proses, 80 peratus kita pergi eksport ke luar negara. Tapi hari ini kita proses CPO ini, next one pergi refinery. Kita ada 53 refinery. Kemudian, lepas habis refinery, ada lagi keluarkan― daripada kita buat refinery, kita keluar olein, kemudian kita keluar stearin. Ini semua boleh pergi kepada oleochemical plant. Kita ada lebih kurang 21 oleochemical plant. Jadi, palm kernel itu pun, kita ada palm kernel crusher boleh crush benda itu. Jadi, complete ekosistem. Now― kemudian, kita ada biodiesel plant, ada 18 biodiesel plant. Sebab itu kalau kita tengok kita punya profil kelapa sawit ini sekarang, dia kita eksport― jumlah produce kita buat 19.3, yang keluarkan negara kita sekarang ini pada tahun 2024 cuma tiga juta sahaja. Yang lain semua proses. Now, bila bajet baru-baru ini, saya cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tingkatkan eksport crude tax daripada lapan kepada sepuluh peratus. Dia over the period of time, dia akan reduce dan mungkin kita nak target, kita nak zero supaya CPO ini tak payah eksport, kita proses. Sebab, kita ada good ekosistem. Jadi, sebab itu, saya lihat bahawa produk ini, the beauty about this product, 80 peratus application dia banyak kepada food sector, kemudian ada 20 peratus untuk industrial sector. Seterusnya, Yang Berhormat Tangga Batu juga minta penjelasan untuk meningkatkan pasaran produk hiliran supaya sektor sawit boleh kekal kompetitif. Saya explain tadi the whole structure ini, the ecosystem is good, sebab itu kalau boleh kita refined dari segi dia punya refinement, dari segi dia punya AI, dari segi dia punya waste, macam mana waste itu kita guna pakai untuk create renewable energy atau tenaga yang boleh diperbaharui. Yang Berhormat.
Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya sekadar nak bagi tambahanlah. Sebab, kalau kita lihat oleochemical industry kita ini, kita contribute 20 percent daripada world punya ini. Maksud saya, bagaimana kita boleh mempertingkatkan? Sebab, kalau tidak salah saya, sekitar tiga juta tan sahaja daripada 19 yang kita guna dalam domestik, yang lain kita eksport. Maksud saya, kalau kita boleh up lagi industri ini, bermakna dia akan bagi added value kepada kita punya KDNK. Contoh macam kita ada tocotrienols, tocopherols, kan? Dalam satu seminar dianjurkan oleh MPOC, memang saya ingat satu orang doktor daripada US kata benda ini dari segi biologi okey, biochemical, tapi kita kekurangan clinical trial untuk kita betul-betul push kita punya tocotrienols dan tocopherols untuk menjaga kesihatan. Terima kasih.
Saya sangat setuju, Yang Berhormat. Itu adalah high added value untuk kita punya palm oil. Cuma, buat masa ini, kalau kita tengok, di Semenanjung kita ada 2.6 juta hektar. Di Sabah, kita ada 1.5 hektar. Di Sarawak, kita ada 1.6 hektar. The problem kita sekarang ini di Sabah dan Sarawak, dia tak ada oleochemical
plant. Dia ada refinery, dia ada palm oil mill tapi dia tidak ada oleochemical. Sedangkan Sabah ada 1.5 million hectares, and then Sarawak ada 1.6 million hectares. Sebab itu saya nak galakkan investor ini, instead dia pergi ke Indonesia, dia kena datang ke tempat kita di Sabah Sarawak ini. Sebab, hari ini, Sabah Sarawak banyak dia punya stearin ini kita kena allowed to export. CPKO pun kita nak suruh dia eksport. Sebab, kalau kita tak bagi dia eksport, jadi dia stuck dekat situlah. Nak bawa datang ke Peninsular, dia punya kos lebih tinggi daripada dia eksport ke Japan atau ke China. Jadi, ini adalah salah satu daripada strategi kementerian untuk meyakinkan kepada mana-mana player datang ke Sabah dan Sarawak, at least kita dapat satu atau dua oleochemical plant supaya dia boleh proses all these by-products of the ini.
Nak tanya sikit, Yang Berhormat Menteri. Baik, di Sabah Sarawak ini, dia ada additional taxes tahu bila dia eksport. Tidakkah nanti kalau kata investor datang nak buka oleochemical, dia akan meningkatkan kosnya lagi di Sabah dan Sarawak? Terima kasih.
Okey. Taxes yang Sabah Sarawak caj ini, dia lebih kepada consumptions taxes. Bermakna, dia taxes 7.5 percent tak silap saya di Sarawak, Sabah about― er, no. Sarawak 7.5 atau Sabah five percent, saya kurang pasti. Tapi yang saya tahu, five percent untuk Sabah, Sarawak 7.5 percent. Or Sabah 7.5 percent, Sarawak five percent. Yang ini state punya right. Dia nak― dia kenakan consumptions tax, of course-lah dia akan meningkatkan competitiveness kita. Tapi, that state dah buat benda itu dah lama, jadi kita tak boleh― saya rasa kita pun tak bolehlah nak menukar. Benda itu right of state. Cuma, saya nak beritahu bahawa kalau kos ini terlampau tinggi dalam Malaysia, maka kemungkinan besar kelapa sawit ini ada alternatif. Kenapa saya cakap ada alternatif? Because, kalau orang tak pakai kelapa sawit, dia ada banyak lagi edible oil di luar sana. Soya beans oil, rapeseed oil, sunflower oil. Hari ini kalau kita tengok, buat pertama kali for the last one month, two months, soya beans oil punya price lagi rendah daripada kelapa sawit, palm oil. So, jadi ini kalau berterusan, dia akan menjejaskan juga kita punya eksport ke luar negara. Seterusnya, saya nak juga menjawab soalan YB Kluang. Ini soalan ini sangat penting saya nak kena jawab. Sebab, ada situasi sekarang ini kerajaan negeri bila kilang itu dibina waktu ketika itu kita tak ada undang-undang, jadi kita bina kilang itu dalam kawasan tanaman kelapa sawit tetapi tanah yang kita bina kilang ini, palm oil mill ini, dia berstatuskan agricultures sebab dia memproses kita punya hasil daripada pertanian kita. Dia proses. Tapi, sekarang ini, banyak kerajaan negeri dia imposed tanah itu sebagai industri, kemudian dia caj quit rent based on industry status. Jadi, bila syarikat bayar quit rent itu, kemudian bila dia tengok title agricultures, dia suruh tukar jadikan industri dekat tengah-tengah hutan, tengah- tengah ladang. Bila tukar kepada industri, premium pula naik. Jadi, banyaklah kita punya industry players ini datang mengadu dekat saya. Jadi, chronic problem.
Saya ada bawa aktalah. Jadi, saya baru setengah nak study National Land Code ini, ada tak exemptions untuk kalau kilang itu dibuat di tengah-tengah kawasan ladang, dia dulu sebelum ada akta ini dia berstatus agricultures, boleh tak kita remain as agriculture kerana dia bukan buat oleochemical, dia keluar, dia tak ada. Ini dekat dalam untuk proses CPO. Jadi, saya masih tak ada jawapan dan saya percaya Kluang banyak terima benda ini di Johor dan belum ada answer. Nanti saya tengoklah, pasal ini melibatkan nak kena bincang dengan AG. Kalau nak betulkan balik ini, kemungkinan kita kena betulkan dalam Parlimen supaya semua apa kerajaan negeri boleh ikut undang-undang ini. Terima kasih. Next one. Peruntukan Program Tanam Semula Sawit yang dibangkitkan oleh YB Tampin dan YB Tangga Batu. Saya setujulah tanam semula ini sangat penting. Kalau kita nak mengekalkan industri kelapa sawit ini yang telah menyumbang eksport RM120 bilion setahun, kita tak boleh ada pokok-pokok yang tua-tua ini. Saya nak berkongsi dengan Yang Berhormat status tanam semula kita dalam negara kita. Kalau kita tengok dari segi estet iaitu syarikat-syarikat besar ini, dia punya tanam semula 2.5 peratus. Organize modus, satu peratus. Kalau independent modus, 0.7 peratus. As a nation only two percent. The standard benchmarks has to be four percent. Makna, kita jauh. Empat percent untuk replace pokok-pokok tua ini dengan sekarang ini kita ada two percent sahaja kita buat. Maka, over the period of time, kalau kita tak buat benda ini, dia akan menjejas. So, apa kerajaan bantu? Kerajaan, of course, dia akan bagi tax incentive kepada syarikat-syarikat besar, tapi dia kena buatlah. Tetapi, untuk small holder, independent ini, tiap-tiap tahun kerajaan bagi RM100 juta. Jadi, tahun lepas, kita dapat RM100 juta. By November, selesai 5,985 hektar. Tahun ini dapat lagi RM100 juta, saya suruh KPK dan juga MPOB bekerjasama pergi buat some selling kepada small holder ini untuk yakinkan dia tanam semula. Cepat habiskan duit ini. Bila habis cepat RM100 juta ini, katakan habis bulan Jun, nanti saya pergi jumpalah Menteri Ekonomi dengan Menteri Kewangan, “Tambah lagi RM100 milion boleh?” Yang itu, kita nak buat kemudian.
Selagi tidak habis RM100 juta ini selagi itu tidak boleh sebab itu kita kena pergi. Saya beritahu dengan YB Tampin dan YB Tangga Batu, we have to work this sebab kalau kita tidak replace kita punya aging trees kita akan berdepan dengan masalah kita punya industri hiliran sawit ini so successful tetapi kita punya input tidak ada. Jadilah macam getah.
Terima kasih, boleh Menteri? Baik, saya hendak tambah sedikitlah sebab saya ingat MPOA sudah buat statement kalau tidak dilakukan sesuatu menjelang 2027, akan ada lebih kurang 2 juta hektar tanah sawit kita yang dipanggil aging palm lah. Jadi bagi saya, dalam sesi soal jawab baru ini Yang Berhormat Menteri beritahu bahawa tidak ada masalah daripada sektor swasta tetapi saya hendak beritahu sebenarnya ada masalah. Mungkin macam kita panggil main player – Sime Darby,
‘KLKOI’, mereka tidak ada masalah kadang mereka delay-kan replanting sebab harga CPO sekarang tinggi. Selalunya biasa kalau 15 tan saja mereka dah replant tetapi because of CPO price tinggi mereka hold. Tetapi masalahnya kepada kita panggil small and medium companies sebab kalau kita kata smallholder, dia mudah sahaja, 40 hektar sahaja tetapi ada syarikat- syarikat yang 100 hektar, 1,000 hektar. Mereka ini saya ingat masalah sebab saya sendiri ada dua tiga company kecil datang jumpa saya minta tolong jual tanah dia. Bila saya tengok dia punya profil, aging palm, memang mereka tidak boleh pergi sebab dengan kos replanting yang tinggi dan sebagainya. Saya rasa kalau tidak dilakukan suatu yang drastik saya ingat tiga empat tahun akan ada masalah. Jadi macam saya pernah bahas hari itu, kerajaan bila industri ini hadapi masalah, kerajaan kena bantu sebab industri ini dibebankan berbagai-bagai macam tax termasuklah kita panggil windfall levy tadi. Windfall levy ini sekitar RM900 hingga RM1 bilion setahun, kalau boleh kita bantu. Kalau pekebun kecil tidak ada masalah sebab mereka ada Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi yang small and medium companies ini saya lihat profil mereka sangat-sangat kita panggil merisaukanlah. Terima kasih.
Menteri, sebelum Menteri jawab. Kita ada dua opsyen Menteri, kalau Menteri boleh habiskan sebelum 1.15 kita perabis sebelum lunch ataupun Menteri hendak sambung selepas lunch?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey, 1.15, 1.15.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mic, mic, mic.
Kita habiskan sebelum berhenti.
Okey, carry on please.
Saya akan habiskan sebelum berhenti. Dekat mana tadi? Yang Berhormat, saya setuju tetapi masalah windfall tax, walaupun kerajaan collect RM1.4 bilion, RM1.2, RM1.3 bilion, masalah dia government pun subsidize juga minyak paket ini. Saya beberapa kali dah cakap minyak paket ini, 60 juta paket. Ini subsidize, tidak tahu semua orang tidak dapat minyak paket ini. Kalau ikut average-nya semua banyak dapat. Jadi penguatkuasaan, jadi ini tidak apalah nanti kita bincang kemudiannya, itu saya setuju masuk dalam jawapan saya. Kena minta banyak sedikit.
[Dewan riuh]
Okey, saya masuk getah ya, sawit is already over, yang ini daya saing sektor getah saya mengakulah getah kita ini, industri getah kita ini sudah bertukar. Dahulu kita tidak ada banyak downstream, kita cuma upstream, midstream.
Tetapi hari ini kita punya downstream is much more efficient than the upstream. The different, kalau – berbezanya antara kelapa sawit dengan getah ini, kelapa sawit ini 73 peratus syarikat-syarikat yang established buat tetapi when it comes to getah, 93 peratus daripada 1.1 juta tanah ini dikendalikan oleh smallholders. Sekarang on average semua dah 60 tahun lebih, ada yang 70 tidak boleh, sudah tidak aktif. Jadi saya beritahu ada 296,000 smallholders, yang aktif 195,000, yang tidak aktif 101,000. Kita produce 348,000 metrik tan negara downstream hendak 1.6 juta metrik tan. So, mana kita buat? Import Vietnam, Thailand, Ivory Coast, that is major country kita import. Tak bagi import, kilang tutup. Kita pengeluar rubber glove yang besar dan macam-macam rubber lagi, produk kita ada but you don’t give them, dia tidak boleh, kilang tutup, sedangkan dia merupakan penyumbang kepada eksport kita, RM37 bilion. So, terpaksa sebab itu bila kita turun ke bawah hendak buat consolidation ini susah sebab everyone yang mana sudah tua ini anak ada lima, enam orang, tanah yang kita bagi dia 10 ekar dia hendak bahagi kepada enam orang. Empat adik beradik setuju, dua tidak setuju, tidak boleh buat, yang tidak setuju itu tengah-tengah, lagi susah. So, jadi hendak suruh kerajaan beli balik tanah yang kerajaan bagi free, fulus tidak ada. Jadi kita tunggulah macam mana hendak bincang. Jadi kilang-kilang kena jalan macam biasa kita kena import. Tetapi apa yang saya hendak tekankan, di samping itu saya juga pastikan bahawa kementerian ini terus menjalankan aktiviti-aktiviti kepada smallholders yang hari ini buat kerja, masih lagi menoreh, yang produce 348,000-350,000 tan ini, kita pastikan dia ada insentif yang kita bagi. Insentif Pengeluaran Getah, insentif pengeluaran lateks. Kemudian kita bagi, kita bawa dia, introduce dia macam-macam teknologi seperti penggunaan kita punya HYDROBEST, rangsangan lateks. Kemudian Amalan Pertanian Baik (GAP), kemudian baja- baja yang dipakai itu kena baja yang berkualiti yang kita sudah proof memang good untuk keluarkan banyak susu getah. Dia punya klon ataupun dia punya seedlings yang bagus, yang kita guna untuk dapatkan banyak susu getah. Kemudian ada macam-macam lagilah, tujuh lapan ini, saya hendak habiskan, lagi dua minit. Jadi kita akan contribute R&D akan berterusan, Lembaga Getah Malaysia akan berterusan fokus on R&D supaya suatu hari nanti apabila kita dapat kluster-kluster ini dia akan mengeluarkan kita punya getah, kita boleh reduce dan kita punya import daripada luar negara.
Yang Berhormat Menteri, mengenai dasar Buy Malaysia Rubber First.
Okey, okey.
Sebab kita eksport kena tax tetapi kita import tidak ada tax. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Sebenarnya banyak orang cakap bila import natural rubber kita tidak kena tax tetapi bila dia proses dia punya produk itu jadi rubber product dia eksport dia kena tax, yang itu kita ambil dekat situ, baik. So, jadi kita tidak perlu takut dari segi kita import sekarang 1.1 million, kita produce lebih kurang 350,000, bila kita punya pengeluaran ini meningkat kerana all this, smallholders ini boleh teruskan untuk menoreh getah ini maka kita akan reduce kita punya import sebab bila dia hendak import dia kena dapat approval daripada LGM. Jadi kita boleh kurangkan kita punya import sebab dia hendak kena – then baru kita keluarkan kita punya...
Saya minta, terima kasih. Saya minta sedikit penjelasan YB Menteri. Kalau saya lihat statistik bahawa kita punya production getah kita memang agak meningkat sedikit berbanding dengan tahun sebelum ini kan. Cuma saya hendak tahu apakah peningkatan disebabkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kah meningkat ataupun disebabkan harga-harga getah itu naik menyebabkan orang dia hendak pergi toreh getah? Terima kasih.
[Ketawa] Dia dua-dualah fasal kita pun put an effort, kita pun galakkan industri, bagi keutamaan kepada getah yang kita keluarkan. Kedua, harga, cup lump dahulu hendak dapat RM2.78 susah, kerajaan kena bagi subsidi untuk jadikan RM3 sekarang ini RM3.90. So, jadi semuanya industri need supply ini tetapi dia hendak consistent supply. Kalau kita tidak ada consistent supply macam mana dia hendak run production? Hendak import ini macam-macam kos datang, logistic cost, kontena, everything-lah. Selepas itu sustainability kita pun tidak boleh trace. Jadi saya ingat produk-produk ini dia banyak memerlukan kita punya sustainability. Jadi kalau dia dapat buat proper traceability lagi tinggi kita punya value. Okey, akhir sekali saya hendak menjawab soalan YB Seputeh. Dia cakap, YB Seputeh tidak ada tetapi saya hendak kena jawab ini. Membangkitkan persoalan berkenaan status tanah RRI. Untuk makluman YB Seputeh, tanah-tanah yang bukan lagi getah tetapi dia lebih kepada aset ataupun hartanah punya... [Tidak jelas] Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) kita dah buat keputusan, dia orang buat keputusan no more privatization of this land sebab kita kena belajar daripada kesilapan yang kita buat, 2013 bila satu tanah di Jalan Ampang 54 ekar kita privatize kepada one big conglomerate private companies untuk membangunkan tanah tersebut. Dia janji hendak deliver kepada kita, 10 tahun baru deliver bangunan. By the time dia deliver bangunan 10 tahun, bangunan-bangunan mereka semua sudah siap, dah ada tenant, bangunan yang dibagi kepada LGM, siap 10 tahun dapat bangunan dah tidak ada tenant, dah tidak ada over supply of office yang ini kita tak nak sedangkan tanah itu nilainya lebih tinggi daripada bangunan yang kita dapat.
Boleh Yang Berhormat Menteri? Sedikit saja. Baik saya ada bangkitkan isu tentang pestalotiopsis sebab saya baca dalam website RISDA mengatakan bahawa penyakit ini memberikan kesan kepada 450,000 pekebun kecil getah dan mereka katakan bahawa daripada 39,000 yang kena infections itu mereka boleh rawat 17,000 hektar saja. Pertanyaan saya adalah, RM10 juta diperuntukkan dalam Bajet 2025, apakah mencukupi atau tidak kerana dia perlu dikongsi bersama dengan penyakit yang dihadapi oleh industri sawit seperti pest dia, makan daun juga sooty mold yang berlaku di Sabahlah. Minta pandangan YB Menteri.
Saya kalau yang RM10 juta itu, saya nak tumpukan kepada getahlah because itu yang sangat penting. Tetapi masalah penyakit pestalotiopsis ini bila ada saja, dia kena beritahu awal-awal. Jangan tunggu benda ini dah merebak. Bila dia merebak, satu hektar you kena bayar lebih kurang RM1,400. Lagi besar, lagi mahal. Dia masa mula-mula. Jadi, banyak benda ini sampai kepada LGM ataupun kementerian, dia lambat. Jadi, dia kena beri cepat sedikit. Jadi tak apalah. Itu nanti kita tengok. Kalau tidak cukup RM10 juta itu, saya telah dijanjikan bahawa kalau tidak cukup, minta lagi. Minta kepada siapa? Menteri Kewangan. Okey. Akhir sekali saya nak jawab YB Baram. Ini sangat penting YB Baram punya soalan. Projek yang kita buat dia panggil Kompleks Lada di Sarawak. Projek ini telah di-award kepada kontraktor pada tahun 2016, yup 2016. Projek nilai kontrak RM40 juta, supposed to complete by 2020. Jadi sampai 2020, dia sudah siap lebih kurang 87 peratus. Selepas itu COVID-19 datang. Bila COVID-19 datang, then dia tidak boleh buat kerja kerana pekerja tidak ada. Selepas itu bila habis COVID-19, dia nak start balik, semua material sudah meningkat, selepas itu projek ini di-handle oleh JKR Sarawak. Selepas itu ada masalah, mutual termination. Bila mutual termination, kita KPK tunggulah bangunan tak sampai. Sekarang ini, dia orang pergi check, habis semua barang- barang yang dalam itu semua sudah habis hilang. Vandalisme. Wayar hilang, tingkap hilang, besi hilang. Sekarang ini the latest estimate, pihak kementerian pergi bincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak nak buat balik kompleks ini, nak siapkan perlu RM39 juta. Jadi saya nak prepare Cabinet paper nak hantar, minta duit nak siapkan. Ini 87 percent. Jadi YB Baram sabar. YB Baram adalah Pengerusi Lada, Lembaga Lada, sabar. Nanti kita selesaikan ini masalah. Apa-apa hal pun, kita akan pergi bawa JKR Peninsular ini untuk berbincang dengan JKR Sarawak kenapa benda ini boleh jadi sampai macam itu. Harga asal projek RM40 juta, sekarang nak siapkan, nak kena lagi RM39 juta. Jadi, itu nanti kita maklumkan kepada Yang Berhormat Baram. Tan Sri Yang di-Pertua, saya dah selesai. Jadi, saya ingin mengucapkan banyak- banyak terima kasih kepada semua pembahas yang telah membangkitkan isu-isu di
Kementerian Komoditi ini. Jumlah eksport yang sangat banyak dalam agihan komoditi ini RM186.5 bilion. Sumbangan sektor ini kepada jumlah eksport negara adalah hampir mencecah 12.4 peratus. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap sektor agrokomoditi negara, KPK komited dalam melaksanakan reformasi dasar bagi memastikan kemampanan jangka panjang sektor agrokomoditi dan mengangkat darjat ekonomi rakyat terutamanya pekebun kecil yang merupakan nadi penghasilan produk komoditi negara agar sumber kekayaan negara dapat diimbangi secara saksama. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Menteri Perladangan dan Komoditi. Yang Berhormat sekarang Dewan ditangguhkan dan disambung semula jam 2.30 petang. Sekian.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.14 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Puan Hajah Rodziah binti Ismail (Ampang) mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baik, kita sambung giliran bagi Yang Berhormat Menteri Pendidikan menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Diraja yang telah disampaikan dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas tahun 2025. Titah Baginda yang menyentuh perihal pendidikan amat signifikan dalam usaha kita memperkukuh sistem pendidikan negara. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru bagi sesi persekolahan 2025. Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera. Minggu pertama persekolahan bagi sesi 2025 telah berlangsung tanpa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya minggu ini memberi tumpuan kepada proses penyesuaian murid dengan persekitaran aktiviti, orientasi serta pembentukan sahsiah dan disiplin mereka. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus berpegang dengan agenda reformasi pendidikan dan Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadi asas bagi gerakan transformasi sistem pendidikan negara
yang bakal berlaku secara komprehensif dan dinamik. Dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan, KPM menitik beratkan kepimpinan instruksional di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kepimpinan pendidikan yang efektif merupakan tunjang utama dalam memastikan kecemerlangan institusi pendidikan. Oleh itu, KPM sentiasa berusaha memperkasakan peranan pemimpin pendidikan di semua peringkat. Sejajar dengan matlamat ini, Institut Aminuddin Baki (IAB) yang berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dalam kepimpinan pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh keupayaan kepimpinan instruksional. IAB juga bertanggungjawab menyokong agenda KPM dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di seluruh negara. Dalam era digital yang pesat berkembang, Dasar Pendidikan Digital diperkenalkan dan ini diperkukuhkan lagi dengan platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang menyediakan pelbagai sumber pendidikan, alat kolaborasi serta teknologi pintar seperti kecerdasan buatan bagi memperibadikan pengalaman pembelajaran, menganalisis prestasi murid dan meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Semua inisiatif ini adalah diterajui di bawah DELIMa 2.0 dan DELIMa 3.0 yang akan mengintegrasikan teknologi large language model sebagai pembantu digital peribadi dan membolehkan akses pada bahan pembelajaran serta bimbingan akademik menjadi lebih mudah dan efektif. Bagi membina karakter bangsa yang berintegriti dan mempunyai nilai-nilai keunggulan yang tinggi sebagai sebuah bangsa, KPM melaksanakan program Generasi MADANI. Konsep ini diterapkan dalam pelbagai program sedia ada untuk melahirkan generasi progresif, berdaya saing serta berpaksikan nilai-nilai Malaysia MADANI. Program ini dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2025 dan melibatkan murid prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar lepas menengah termasuk institut pendidikan guru dan program pendidikan khas. Langkah ini memastikan setiap peringkat pendidikan menerima penekanan yang menyeluruh dalam membentuk generasi MADANI dengan dua tunjang utama iaitu rekayasa minda dan rekayasa sikap. Pendekatan ini selari dengan agenda reformasi pendidikan yang memberi tumpuan kepada aspek digitalisasi, bahasa, literasi STEM, TVET dan prasekolah. Seiring dengan usaha menambah baik sistem pendidikan, KPM komited untuk memastikan daripada pendidikan rendah hingga pendidikan menengah dan langkah ini bertujuan menangani isu keciciran murid serta meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan. Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam memastikan setiap murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, KPM turut memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman yang berisiko tinggi mengalami keciciran murid. Antara lain termasuk memantapkan sistem pengesanan murid cicir KPM yang berasaskan kecerdasan buatan yang akan berfungsi menganalisis data kehadiran, prestasi akademi dan tingkah laku murid bagi mengenal pasti murid yang berisiko tercicir.
Selain itu, inisiatif Sekolah Komprehensif (K9) dan Sekolah Komprehensif (K11) diperluaskan bagi meningkatkan akses pendidikan kepada murid orang asli dan murid di kawasan pedalaman. Pada masa ini terdapat 33 buah sekolah K9 dan dua buah sekolah K11. Kerajaan MADANI juga komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 secara one-off tanpa mengira pendapatan ibu bapa dan bantuan ini diperluaskan kepada kira- kira 100,000 orang murid Tingkatan 6 bagi tahun ini dengan peruntukan RM15 juta. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah yang memberi manfaat kepada 770,536 orang murid. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan juga dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah meluluskan pembinaan 44 buah sekolah baharu berbanding 26 buah sekolah pada tahun 2024. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding 2023, sembilan buah sekolah; 2022, sembilan buah sekolah dan 2021, 11 buah. Ia menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan kemudahan pendidikan yang mencukupi. Pada tahun ini, sebanyak 17 buah sekolah baharu dijangka mula beroperasi terdiri daripada lapan buah sekolah rendah dan sembilan buah sekolah menengah. Lokasi sekolah baharu yang akan mula beroperasi melibatkan negeri Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Dua buah sekolah telah mula beroperasi pada 17 Februari 2025 yang lalu iaitu SK Taman Pelangi Semenyih dan SK Denai Alam, Selangor. Puan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang memberikan pandangan yang baik dan sangat konstruktif. Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, Indera Mahkota telah menyentuh berkenaan perancangan KPM terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035 dalam pembangunan sistem pendidikan negara. KPM sedang merangka pelan pembangunan pendidikan yang baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang bakal tamat pada tahun ini. Pelan ini yang meliputi tempoh 2026 – 2035, bertujuan memperkukuh sistem pendidikan negara agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan masa depan. Secara asasnya, tunjang utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035 adalah berpaksikan kepada Akta Pendidikan 1996 dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelan ini berhasrat melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan selain menitikberatkan elemen inklusiviti dan pemerkasaan potensi murid secara holistik selaras dengan usaha membina perpaduan dan memperkukuh semangat patriotisme. Bagi menjayakan matlamat tersebut, lima fokus utama telah dikenal pasti iaitu kualiti, akses dan ekuiti, ketersediaan sumber dan kecekapan, keluasan atau fleksibiliti serta kemampanan. Dalam memastikan hala tuju pelan ini bersifat menyeluruh, KPM sedang merancang sesi libat urus bersama-sama Ahli Parlimen untuk mendapatkan maklum balas dan input yang lebih komprehensif.
Secara rangkumannya, hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 untuk 10 tahun akan datang dicorakkan agar sistem pendidikan kita bersedia mendepani cabaran dunia global, terutamanya dengan rempuhan teknologi tanpa mengesampingkan tumpuan ke arah pengukuhan nilai-nilai intrinsik murid demi kelangsungan generasi modal insan masa hadapan. Ahli Yang Berhormat Ledang, Muar membangkitkan tentang keperluan kurikulum baharu bagi memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju berasaskan modal insan yang berilmu, bermaruah dan berkemahiran. KPM menyedari keperluan mempersiapkan menghadapi cabaran dunia khususnya post normal times yang mengakibatkan masa hadapan tidak menentu, sukar diramal dan penuh dengan cabaran. Kurikulum perlu lebih dinamik, berorientasikan kemahiran dan berfokus kepada pembangunan diri. Sehubungan dengan itu, kurikulum persekolahan 2027 dibangunkan dengan objektif melahirkan insan sejahtera yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing serta memiliki jati diri yang tinggi. Kurikulum 2027 yang berasaskan standard dan berorientasikan kompetensi menekankan tujuh aspek utama iaitu perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.
[Bangun]
KPM juga mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan teknologi kecerdasan buatan dengan memperkenalkan pendidikan digital dan teknologi baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027. Kemahiran digital dan AI diperkenalkan telah menjadi kemahiran sejagat yang akan membimbing murid untuk menggunakan kemahiran yang ada dengan bijak dan membolehkan mereka bersaing dalam ekonomi digital. Dengan pendekatan ini, KPM dapat memastikan murid bukan sahaja bersedia untuk masa depan yang tidak menentu, tetapi juga mampu berkembang dalam dunia yang penuh dengan peluang dan cabaran baharu dan mengukuhkan lagi ekosistem pendidikan kalis masa hadapan...
Yang Berhormat.
Menteri.
Sila.
Hendak minta sedikit penjelasan. Sebab soal pelan pendidikan itu akan ada libat urus, kami sedia jemput lagi sekali ke Jawatankuasa Select Committee kami dan dijangka tahun inilah...
Ya.
...Disiapkan, tetapi tadi kurikulum 2027 itu macam mana dia punya keserasiannya itu?
Dia saling terkait juga Yang Berhormat, kerana memandangkan kurikulum ini kita akan laksanakan lebih awal, bermula 2026. Jadi, hasrat saya, apabila berlaku sesi libat urus bersama Yang Berhormat nanti, ada dua perkara yang akan kita bentangkan kepada Yang Berhormat. Maknanya, satu Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu dan satu lagi adalah penjelasan ataupun penerangan tentang kurikulum 2027. Insya-Allah.
Menteri, Ledang boleh?
YB Ledang, sila.
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri sentuh tentang kurikulum baharu juga yang saya rasa ada kaitan juga dengan perancangan RMKe-13 yang akan datang iaitu RMKe-13 akan menempuh sehingga ke arah Malaysia negara maju yang dijangka seawal 2027 atau 2028. Jadi, sebab itu saya tekankan dalam perbahasan untuk kita membuat persediaan- persediaan awal supaya perkara ini dapat dielakkan daripada berlakunya jurang bagaimana negara-negara maju yang lain terutama daripada segi jurang pendidikan. So, saya harap perkara itu dapat diberikan penekanan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Ledang. Sesi libat urus berkaitan RMKe- 13 ini masih rancak berlangsung Ledang. Jadi, saya rasa kita boleh ambil kesempatan ini sekiranya ada pandangan-pandangan yang bold and radical di peringkat Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sama-sama kita garap dalam RMKe-13. Saya beri contoh Yang Berhormat Ledang. Antara perkara yang sedang kita lihat, bagaimana pendidikan ini harus sifatnya lebih dinamik, memenuhi keperluan semasa dan juga melihat kepada keperluan-keperluan dasar-dasar pendidikan yang kita harus pinda bagi memastikan bahawa pendekatan bold and radical dalam pendidikan ini benar-benar terlaksana dalam RMKe-13. Jadi, terima kasih Ledang. Kalau sekiranya ada input yang Ledang mahu pastikan berlangsung dalam pendidikan ini, saya mohon untuk disampaikan. Ya, silakan Kota Melaka.
Menteri, saya hendak tanya sikit dan menarik perhatian Menteri tentang isi kandungan buku teks Sejarah di mana di sekolah rendah saya rasa itulah tempat kita hendak memupuk semangat perpaduan. Jadi, saya harap supaya teks Sejarah itu dia merangkumi sejarah semua kaum. Saya hendak bagi satu contoh, tahun ini- tahun lepas kita menyambut ulang tahun ke-50 hubungan antara Malaysia dengan China. Sebenarnya hubungan itu telah mula apabila Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka, tetapi apabila saya semak buku teks Sejarah sekolah rendah, dia tak ada sentuh tentang perkara ini. Barangkali kita boleh ambil berat tentang ini. Terima kasih Menteri.
Terima kasih Kota Melaka. Untuk pengetahuan kota Melaka, dalam aspek apabila kita membuat jajaran ataupun kita membuat kurikulum Sejarah
ini, sebenarnya kita ada jawatankuasa khas yang menghimpunkan semua sejarawan, guru- guru Sejarah dan pakar-pakar sejarah yang kita rujuk bagi menetapkan tahap-tahap dan juga apakah dia peristiwa-peristiwa penting mengikut tahap-tahap anak-anak ini. Saya ambil maklum tentang concern ataupun pandangan Kota Melaka itu, tetapi yang saya ingin tegaskan bahawa semua – cadangan-cadangan tentang apakah dia peristiwa- peristiwa sejarah itu ditetapkan oleh jawatankuasa ini. Jadi, apa sahaja, maknanya makluman ataupun keprihatinan itu akan dibangkitkan dan diputuskan dalam jawatankuasa ini untuk menentukan apakah silibus yang sesuai untuk anak-anak kita khususnya berkaitan dengan subjek Sejarah. Ahli Yang Berhormat Sungai Petani menyentuh tentang isu penguasaan 3M dalam kalangan murid di sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas 3M. Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan 3M ini sudah banyak kali disentuh dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi saya ingin menegaskan bahawa apa pun dinamika kumpulan ataupun angka yang kita lihat dalam program-program khususnya yang melibatkan bimbingan dan juga meningkatkan literasi kemahiran asas literasi dan numerasi ini, angkanya adalah dinamik. Dia akan berubah setiap kali kita melaksanakan program-program intervensi ini. Begitu juga dengan program-program yang telah pun kita laksanakan di peringkat intervensi awal. Begitu juga dengan di peringkat- program yang telah kita laksanakan bersama dengan Kementerian Kewangan melalui Program Anak Kita yang diterajui oleh Unit Pantau MADANI dan Yayasan Hasanah. Manakala- dan program ini melibatkan kerjasama dengan Pertubuhan Masyarakat Sivil dan universiti awam dan intervensi yang dilaksanakan adalah bagi menyokong peningkatan pedagogi pengajaran, peningkatan kemahiran kepimpinan sekolah melalui pembinaan kompetensi guru dan penambahbaikan proses PdP dengan pemberian bahan bantu mengajar. Saya ingin tegaskan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa kita mengambil tanggungjawab penuh dalam isu menangani isu literasi dan numerasi ini khususnya berkaitan dengan 3M dan sedang melaksanakan semua intervensi di semua peringkat. Sebab itu, apabila hasrat kita untuk melihat dan menangani isu keciciran ini, kita mengambil sikap terbuka dan mengambil komitmen besar bersama Kementerian Kewangan untuk melaksanakan program ini dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan anak-anak kita mendapat tumpuan dan juga meningkatkan kemahiran mereka. Itu berdasarkan potensi dan juga yang kita sebut sebagai intervensi yang sedang kita laksanakan. Kita juga melihat jawapan yang terkait rapat dengan isu guru yang dibangkitkan oleh Sungai Petani juga apabila Sungai Petani yang saya fikir soalan berkaitan guru ini juga sangat konsisten di dalam Dewan ini yang mana atas usaha KPM dengan kerjasama strategik
bersama-sama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan agensi pusat, KPM telah berjaya menempatkan seramai 13,983 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara pada tahun 2024. Manakala bagi tahun 2025, sehingga 13 Februari 2025, seramai 7,265 orang guru telah ditempatkan di sekolah yang terlibat. Kita mengambil langkah proaktif dengan meneruskan urusan pengambilan guru tahun 2025 seperti yang telah diiklankan oleh SPP pada 24 Januari 2025 tertakluk kepada unjuran keperluan guru baharu bagi perbekalan sekolah rendah dan sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam usaha membantu meringankan beban tugas guru serta memastikan guru dapat memberikan fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dalam bilik darjah, KPM akan melaksanakan inisiatif membekalkan MySTEP sebagai pembantu guru. Jadi, bagi tahun 2025, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bawa fakta ini kepada sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Sebanyak 274 buah sekolah menegah yang mempunyai enrolmen 1,500 ke atas serta tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas telah dikenal pasti untuk melaksanakan inisiatif ini. Setiap sekolah akan menerima dua orang MySTEP pembantu guru dan jumlah keseluruhannya ialah seramai 548 orang akan ditempatkan di sekolah yang terlibat. Jadi, ada 274 buah sekolah yang enrolmen 1,500 ke atas akan mendapat dua orang MySTEP pembantu guru untuk membantu kerja-kerja guru khususnya di sekolah. Igan telah membangkitkan tentang kekosongan jawatan pengetua dan guru besar sekolah di Parlimen Igan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024 hanya dua orang calon SJK(C) dari Mukah dan empat orang calon SK dari Dalat yang layak mengikuti NPQEL.
Antara usaha atau intervensi KPM melalui JPM Sarawak bagi mengatasi perkara ini adalah dengan mengadakan jerayawara pelapis kepimpinan yang bertempat di Mukah pada 7 hingga 9 Mei 2024. Jadi, objektif jerayawara ini ialah untuk meningkatkan pemahaman dalam kalangan Senior Leader’s Team dan Middle Leader’s Team agar mengikuti program NPQEL. Ekoran daripada jerayawara ini, enam orang layak untuk mengikuti NPQEL tahun 2025 iaitu tiga orang calon dari Daerah Daro dan tiga calon Daerah Dalat. KPM telah meluluskan kelonggaran syarat penempatan guru besar interim. Jadi, untuk mengatasi isu masalah guru besar tak cukup ya, jadi kita telah luluskan kelonggaran syarat penempatan guru besar interim bagi sekolah rendah di kawasan pedalaman. Ini pendekatan yang telah kita laksanakan ketika ini. Langkah ini bertujuan memastikan setiap sekolah di kawasan pedalaman mempunyai guru besar yang mencukupi. Garis panduan kelonggaran syarat ini berkuat kuasa 1 Januari 2025 dan menjadi rujukan JPM Sarawak dalam mengisi kekosongan jawatan. Jadi, isu ini telah pun kita atasi dengan kelonggaran syarat penempatan guru besar interim ini khususnya di sekolah-sekolah
rendah di kawasan pendalaman bagi memastikan tiada kekosongan ataupun guru sekolah yang tidak mempunyai guru besar. Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor bertanya tentang usaha dan strategi KPM dalam menangani isu guru yang mengajar tidak mengikut opsyen. Isu ini sudah berlarutan begitu lama dan kita sangat memahami kepentingan pengisian jawatan guru yang mencukupi bagi memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan di sekolah. Untuk itu, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2022: Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru. Pelaksanaan proses penandaan opsyen ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf bidang kepakaran profesionalisme guru menerusi pengalaman mengajar dalam meningkatkan proses penyampaian perkhidmatan pendidikan. Penandaan Opsyen Mata Pelajaran ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan guru mengikut pengoperasian sekolah semasa dan mengurangkan isu ketidakpadanan opsyen guru di sekolah. Selain itu, proses penandaan ini berfungsi untuk menambah maklumat kepakaran mata pelajaran, bukan opsyen kepada guru mengikut kriteria yang ditetapkan tanpa mengubah opsyen ikhtisas asal. Langkah ini dapat mengiktiraf guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen ikhtisas asal. Bagi strategi jangka masa panjang, KPM menyediakan unjuran keperluan guru bagi tempoh lima tahun untuk memastikan keperluan guru mengikut opsyen di sekolah rendah dan menengah KPM sentiasa dapat dipenuhi. Unjuran keperluan guru mengikut opsyen disediakan bagi merancang cadangan ambilan guru baharu dan ambilan latihan untuk mengisi kekosongan perjawatan di sekolah KPM. Keperluan guru baharu mengikut opsyen di sekolah KPM dirancang pada setiap tahun bagi tujuan urusan pengambilan guru oleh SPP, manakala unjuran ambilan latihan akan dicadangkan kepada IPG untuk melaksanakan latihan bagi keperluan bekalan guru mengikut opsyen di sekolah rendah KPM. Unjuran keperluan guru sekolah menengah KPM pula akan diserahkan kepada KPT untuk diagihkan kepada universiti awam untuk perancangan latihan bagi memenuhi bekalan guru mengikut opsyen di sekolah menengah KPM. KPM akan menyemak anjuran keperluan guru mengikut opsyen setiap tahun dengan mengambil kira sebarang perubahan yang berlaku dalam dasar awam atau dasar pendidikan. Ahli Yang Berhormat Kuala Langat ada menyentuh berkenaan gred jawatan Pengetua dan Guru Besar yang seharusnya diseimbangkan kerana kedua-dua jawatan tersebut mempunyai kelulusan yang sama dalam bidang tugas yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM mengambil maklum berkenaan penambahbaikan perjawatan Guru Besar dan Pengetua di sekolah di bawah kawalan KPM. Sebenarnya banyak sesi libat urus kita laksanakan bagi memahamkan dan memberikan dan mendengar apa yang disebut sebagai concern ini dan kita telah pun
mengemukakan cadangan untuk menambah baik jawatan pentadbir sekolah rendah kepada JPA pada Februari 2024. Cadangan ini perlu diselaraskan semula agar ia selari dengan pelaksanaan SSPA. Ia adalah komitmen yang berterusan oleh di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk terus diangkat bagi penambahbaikan yang berterusan. Ahli Yang Berhormat Hulu Terengganu, Indera Mahkota, Rantau Panjang, Muar, Pengkalan Chepa, Shah Alam ada menyentuh berkenaan inisiatif dan bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan kepada murid bagi meringankan beban ibu bapa dalam penyediaan keperluan persekolahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan kekal menyediakan pendidikan secara percuma kepada semua murid warganegara termasuk bantuan dan subsidi kepada murid yang berkelayakan. Kerajaan telah melaksanakan pemansuhan yuran sekolah pada peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga menengah sejak tahun 2012. Pemansuhan kutipan yuran berkenaan telah digantikan dengan penyaluran peruntukan bantuan yuran khas sekolah dan bantuan bayaran tambahan persekolahan oleh kerajaan. KPM telah menyediakan dua jenis bantuan persekolahan. Ini penting, iaitu bantuan persekolahan umum dan bantuan persekolahan khusus. Bantuan persekolahan umum merangkumi bantuan geran per kapita, bantuan PCG prasekolah, bantuan makanan prasekolah, bantuan sukan dan bantuan bayaran tambahan pra persekolahan dengan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion bagi tahun 2025. Bagi bantuan persekolahan khusus, sebanyak RM4.305 bilion diperuntukkan bagi tahun 2025 kepada murid SK dan SBK terutama murid dari keluarga miskin tegar seperti bantuan am persekolahan di bawah tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, bantuan pakaian seragam pasukan badan beruniform, bantuan makanan dan pengangkutan murid asrama serta rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah. Kerajaan juga masih mengekalkan pemberian bantuan awal persekolahan bagi tahun 2025 sebanyak RM120 secara one-off tanpa mengira had pendapatan ibu bapa penjaga murid...
[Bangun]
Mulai tahun 2025, bantuan awal persekolahan diperluaskan kepada murid tingkatan enam dan kita ada RM791.2 juta diperuntukkan Kerajaan MADANI pada tahun 2025 untuk tujuan bantuan awal persekolahan ini. Di bawah inisiatif bantuan bagi...
Menteri, Menteri.
...sekolah pedalaman.
Indera Mahkota.
Oh, okey.
Sikit saja. Tentang bantuan itu, kita memang berterima kasih. Tak ada masalah. Cuma begini Yang Berhormat, yang saya
timbulkan. Ada masa ibu bapa, ada yang tak mampu bila anak dilantik jadi pengawas, perpustakaan dilantik jadi pengawas. Baju bertukar-tukar. Bertukar warna, seluar bertukar warna. Jadi tak boleh kah pakai saja baju yang sama mungkin badge atau tali leher yang ditukar? Jadi tidaklah kos kepada ibu bapa. Melainkan kalau sekolah tanggung, itu cerita lainlah. Terima kasih.
YB, berkenaan isu sama yang juga.
Okey.
Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada membangkitkan isu berkenaan dengan isu stunting, isu terbantut di kalangan pelajar-pelajar dan kita dapati bahawa di negara-negara lain, mereka mengambil pendekatan memberikan pemakanan percuma di sekolah. Jadi, adakah kerajaan akan mempertimbangkan supaya semua program RMT ataupun rancangan susu sekolah itu diperluaskan ke semua- pelajar-pelajar tanpa mengira status, satu. Kedua, dari sudut kesedaran kepada guru-guru dan pelajar berkenaan dengan makanan-makanan berkhasiat sebab sekarang ini bukan semuanya miskin, tapi kesedaran nutrisi itu rendah. Jadi, adakah perkara ini akan dimasukkan dalam silibus sekolah memandangkan ia memberikan kesan jangka panjang kepada pelajar-pelajar kita. Terima kasih.
Sebelum itu Menteri, saya nak ingatkan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada bangkitkan isu-isu baharu, saya mohon supaya kalau boleh untuk bagikan keadilan kepada yang telah berbahas awal, jawab soalan yang itu terlebih dahulu. Itu saja... [Tepuk]
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk soalan Indera Mahkota, saya ambil concern itu Yang Berhormat kerana memang antara perkara yang sering dibangkitkan adalah berkaitan dengan pakaian seragam. Begitu juga dengan keperluan-keperluan lain yang dibangkitkan dalam perbahasan-perbahasan. Saya fikir ada beberapa perkara yang kita mesti ambil perhatian. Contohnya, kita bersedia untuk sentiasa melihat perkara ini termasuk perbincangan dengan PIBG dan pihak sekolah. Yang saya fikir, ini antara langkah yang penting untuk melihat sejauh mana cadangan-cadangan ini boleh dilaksanakan di peringkat sekolah. Betul Yang Berhormat, kadang-kadang satu sekolah itu ada tujuh, lapan jenis pakaian yang berbeda kerana untuk menunjukkan perbedaan pangkat merekalah, ya. Pengawas, pusat sumber lain, pengawas PPS lain dan sebagainya. Berkaitan soalan daripada sahabat saya dari Kak Mumtaz. Kak Mumtaz, okey. Yang membangkitkan tentang RMT. Setakat ini Yang Berhormat, kita meneruskan program RMT ini memang untuk kumpulan sasaran iaitu miskin tegar dan miskin bagi memastikan bahawa program ini benar-benar mencapai hasrat dan maksud kita untuk membantu dalam konteks
kesihatan pelajar khususnya yang terkait rapat dengan bantut dan juga malnutrisi ini. Itu yang pertama. Kedua, memang hasrat kita Yang Berhormat, adalah untuk membuat peluasan program makanan tambahan ini pada masa hadapan. Mengambil kira beberapa faktor termasuklah peruntukan kewangan dan juga keperluan-keperluan yang terkait rapat dengan sebuah program yang bagi saya sangat besar ini, tetapi kita komited untuk memastikan bahawa perancangan tentang memastikan soal malnutrisi anak-anak ini, isu bantut ini dapat diatasi di peringkat sekolah dengan meluaskan lagi program-program yang terkait rapat dengan rancangan makanan tambahan dan sarapan percuma sebagaimana yang dicadangkan dan dibahaskan.
Saya ucapkan terima kasih kerana isu malnutrisi ini nampaknya benar-benar memberikan kesan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu berbahas, menunjukkan bahawa kita mempunyai sikap yang sama berkaitan dengan isu kesihatan dan kebajikan anak-anak kita...
Jadi, kalau boleh dijadikan syllabus bolehkah?
Apakah itu?
Syllabus. Di-syllabus-kan dalam sistem pendidikan sebab supaya memberi kesan kepada pelajar dan juga ...
Oh. Memang dah ada Yang Berhormat. Dalam syllabus kita yang merentasi kurikulum tentang isu nutrisi makanan ini, memang ada.
Tetapi mungkin sedikit sebab kita tengok- saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal ini, kita tengok di Jepun, tiada ibu bapa yang dibenarkan untuk melepaskan diri daripada isu ini. Maknanya mereka wajib bawa bento. Jadi, sekarang ini dalam negara kita ini bukan satu perkara yang lazim. Jadi, kalaulah kita boleh sekarang mulakan di sekolah sebagai satu subjek dan wajib untuk difahami bukan hanya sebagai satu isu kecil, tetapi difahami dengan besar. Sebab kesannya kepada mereka pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Cuma mungkin saya perlu tegaskan eating habit. Budaya pemakanan ini harus bermula di rumah juga. Jadi, kena ada juga sinergi daripada komuniti dan daripada ibu bapa bagi memastikan bahawa budaya pemakanan ini harus diteladani dari rumah. Itu yang pertama. Kedua, bukan tidak ada komitmen seperti itu sebagaimana yang dilaksanakan di Jepun dan sebagainya. Kita ada satu lagi program yang kita sebut sebagai Program HiTS. HiTS ini berbeza daripada RMT kerana HiTS ini memerlukan komitmen ibu bapa. Jadi, ibu bapa membayar satu jumlah kepada kantin sekolah dan kantin sekolah akan menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak tanpa kecuali, tetapi dengan syarat, semua ibu bapa
bersetuju untuk membayar jumlah itu dan bersetuju bahawa itulah menunya dan ia dipantau oleh nutritionist di peringkat daerah. Kita ada negeri yang sebenarnya berjaya melaksanakan Program HiTS ini, sebagai contoh di Johor. Kita juga ada program-program CSR yang dilakukan oleh syarikat-syarikat lain, GLC dan sebagainya yang melakukan program memberikan makanan percuma kepada anak- anak dan makanan bernutrisi ini. Saya ingat ini memerlukan sinergi pada semua pihak untuk melaksanakan program ini selain daripada melihat komitmen kerajaan yang saya yakin bahawa kita pun melihat dan menyingkap isu ini secara bersama bahawa isu malnutrisi, isu bantut anak ini perlu ditangani dengan lebih efektif. Ahli Yang Berhormat Miri ingin mendapatkan penjelasan berhubung bentuk bantuan yang disediakan oleh KPM kepada murid yang terjejas akibat bencana banjir. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM menyediakan bantuan kecemasan di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi murid-murid yang mengalami kes kecemasan seperti bencana alam atau kebakaran termasuk banjir yang melibatkan kediaman murid yang menjejaskan peralatan persekolahan. Bantuan ini boleh dimohon oleh murid daripada Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Murid ini terdiri daripada keluarga di mana ketua isi rumah berada dalam kategori miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan nasional iaitu pendapatan isi rumah RM1,198 atau per kapita RM322 ke bawah. Kadar bantuan adalah sebanyak RM300 seorang dan permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga bulan daripada kes kecemasan tersebut berlaku melalui sekolah ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk diselaraskan sebelum dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bantuan itu ada Yang Berhormat. Jangan risau dan kita memang sentiasa memastikan bahawa anak-anak kita yang ditimpa dengan bencana ini mendapat pembelaan khususnya kebajikan yang sewajarnya. Saya dah jawab sebenarnya berkaitan dengan isu RMT dan sarapan percuma ini. Sebenarnya juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Libaran, Kuala Krau dan Muar. Kita sambut baik semua cadangan tersebut. Ketika ini, kita juga melihat bahawa Insya-Allah pada bulan Mac, kita akan mengemukakan satu laporan daripada task force khas yang telah pun kita tubuhkan berkaitan dengan keberkesanan RMT ini. Insya-Allah, kita akan ambil banyak iktibar berkaitan dengan laporan-laporan yang akan dikemukakan ini. Ahli Yang Berhormat Sri Gading, Wangsa Maju, Putatan bertanya tentang inisiatif...
Yang Berhormat Menteri, saya nak beritahu, sebenarnya banyak nama yang Menteri panggil tadi tak ada di dalam Dewan. Menteri ada 15 minit lagi. Saya ingat boleh dahulukan pada mereka yang ada dalam Dewan sahajalah dahulu.
Sri Gading, Wangsa Maju, Putatan tiada? Putatan ada, saya kena jawab. Bertanya tentang inisiatif yang diambil bagi mengukuhkan latihan dalam bidang digital termasuk kecerdasan buatan di institusi TVET bagi memenuhi keperluan industri dan permintaan pasaran semasa. KPM komited melahirkan murid yang mahir dalam teknologi digital dan bersedia menghadapi perubahan teknologi seperti kecerdasan buatan, data analitik, robotik dan automasi. Melalui Dasar Pendidikan Digital, KPM memastikan murid dan guru memperoleh kemahiran terkini yang selaras dengan keperluan industri moden. Untuk menyokong usaha ini, KPM telah melaksanakan beberapa inisiatif utama, memberi nilai tambah dalam kurikulum kolej vokasional kolaborasi dengan industri berimpak tinggi, latihan guru dan pengajaran AI. Bermula tahun 2025, terdapat dua kursus teras disiplin berteraskan AI ditawarkan dalam program Diploma Teknologi Pengkomputeran dan Diploma Teknologi Maklumat di KV iaitu Computer Vision in Computing Technology dan Computer Vision in Information Technology. Di samping itu, satu kursus elektif ditawarkan kepada semua program diploma di KV iaitu Generative Artificial Intelligence. KPM yakin inisiatif ini akan memberi peluang kepada murid TVET untuk menguasai teknologi AI dan menyumbang kepada tenaga kerja mahir negara. Sungai Besar, Segamat? Okey, tiada.
Kangar, Kangar.
Subang?
Jelutong pun ada, Jelutong.
Igan, Sri Gading, Gerik, Bentong?
Jelutong ada.
Okey, berkaitan STEM Yang Berhormat Igan ya. Ada membangkitkan keperluan menyediakan lebih ramai murid yang meminati dalam bidang pendidikan sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan. Dalam usaha meningkatkan penyertaan murid dalam bidang STEM, KPM telah menggerakkan pelbagai inisiatif termasuk memperkasa pembelajaran berasaskan inkuiri, meningkatkan kemahiran guru melalui latihan profesional serta memperkukuhkan pendidikan STEM melalui aktiviti kokurikulum. Data terkini menunjukkan peningkatan enrolmen murid dalam bidang STEM daripada 40.95 peratus pada tahun 2021 kepada 50.83 peratus pada tahun 2024. Sasaran dasar 60:40 sains teknikal, sastera akan terus diperkukuhkan dengan strategi yang lebih holistik. Agenda reformasi pendidikan yang sedang digembleng oleh KPM antaranya bertujuan untuk memperkasakan haluan pendidikan STEM melalui task force pendidikan STEM dan task force ini akan memperkukuhkan pendidikan STEM dan memastikan negara
mempunyai tenaga kerja profesional yang mencukupi dalam bidang ini dan memastikan kemahiran guru dapat dipertingkatkan dan memperkukuhkan pendidikan STEM melalui kokurikulum. Kita juga menyediakan kemudahan pembelajaran STEM yang jauh lebih baik melalui penyelenggaraan 508 buah Makmal Sains dan 525 buah Makmal Komputer. Begitu juga jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Kita juga akan terus menyokong dasar nasional seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi, Pelan Induk Perindustrian Baharu bagi memastikan Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi. Ahli Yang Berhormat Tenggara? Tiada. Jelutong?
Ayer Hitam ada.
Jelutong ada. Okey, Jelutong ada.
Terima kasih, Menteri.
Jelutong membangkitkan berkenaan status pembinaan SJK (T) Sungai Bakap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan bangunan baharu SJK (T) Sungai Bakap masih tergendala sehingga kini disebabkan prosiding mahkamah. Walau bagaimanapun Ahli Yang Berhormat Jelutong, KPM bersama-sama Kementerian Kewangan sedang bekerjasama mencari jalan penyelesaian yang tuntas supaya pembinaan sekolah berkenaan dapat direalisasikan. Berhubung isu SJK (T) Ladang Jeram, Kuantan, Pahang seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jelutong dan Klang, KPM secara prinsipnya telah bersetuju dengan permohonan pajakan sebahagian tanah dengan seluas tiga ekar ke Lembaga Pengelola Sekolah SJK (T) Ladang Jeram bagi pembinaan bangunan baharu sekolah tersebut. Kedua-dua sekolah ini insya-Allah akan kita selesaikan dalam masa yang terdekat khususnya berkaitan isu-isu teknikal yang pastinya akan memberikan kesan secara langsung untuk memastikan bahawa sekolah khususnya SJK (T) Sungai Bakap dapat dibina begitu juga dengan SJK (T) Ladang Jeram yang akan dapat menggunakan tanah untuk pembinaan sekolah. Ahli Parlimen Jelutong juga ada menyentuh berkenaan pemindahan murid di SJK (T) Ladang Ketumbar, Baling, Kedah akibat penutupan ladang ketumbar oleh pihak Sime Darby Plantation Berhad. Saya ingin memaklumkan bahawa KPM di bawah Kerajaan MADANI Yang Berhormat, tidak akan menutup SJK (T) Ladang Ketumbar. Tidak ada sekolah yang akan ditutup- SJK (T) yang akan ditutup di bawah Kerajaan MADANI ini.
Yang Berhormat kena bantu saya beritahu dan yakinkan kepada semua komuniti India bahawa SJKT kita jaga. Sebab itu dalam kes Ladang Ketumbar ini, kita ambil inisiatif untuk memastikan bahawa sekolah ini terus kekal berada walaupun terpaksa kami bawa dan maknanya letakkan mereka di sekolah yang lain untuk memastikan bahawa sembilan orang
anak ini terus mendapat akses pendidikan dan terus dijamin bahawa mereka tetap akan mendapat pendidikan sebagaimana anak-anak yang lain. Silakan, Jelutong.
Terima kasih Menteri. Saya ambil maklum tentang perkara-perkara yang telah dimaklumkan. Memang saya sentiasa yakin dan percaya. Bukan sahaja saya yakin dan percaya, tetapi masyarakat juga yakin dan percaya tentang komitmen Menteri dan kerajaan untuk terus mempertahankan sekolah- sekolah aliran Tamil dan Cina. Saya menyambut baik makluman yang telah diberikan. Saya akan membawa balik perkara ini kepada masyarakat di Sungai Bakap dan juga di Ladang Ketumbar. Saya akan terus menyokong segala usaha mempertahankan Kerajaan Malaysia MADANI untuk memastikan sekolah-sekolah aliran Tamil dan sekolah-sekolah aliran Cina terus kita pertahankan bukan seperti pihak pembangkang yang selalu melawan... [Dewan riuh]
Bodek kuat.
Apakah tuju dekat orang lain pula ini?
Ini fakta Speaker, bukan bodek. Yang melawan sekolah aliran Tamil dan Cina adalah pihak pembangkang. Ini lah fakta.
YB Menteri. Beaufort mohon laluan.
Ya, apakah Beaufort nak minta laluan tadi?
Saya ada bangkitkan mengenai perpindahan sekolah SK Batu 60 yang sentiasa sering kali terkena banjir. Terima kasih.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM mengguna pakai pendekatan disaster risk reduction dalam menangani sekolah berisiko banjir. Sebenarnya kita memang mengambil langkah proaktif untuk menangani sekolah yang berisiko dilanda banjir di seluruh negara termasuk di SK Batu 60, Beaufort, Sabah. Melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, kita sedang mempertimbangkan beberapa langkah mitigasi dalam mengurangkan impak kepada kerosakan infrastruktur sekolah iaitu sama ada pembinaan reka bentuk sekolah secara di atas tiang di tapak sedia ada. Pembangunan semula di tapak sedia ada dengan merobohkan bangunan dan meninggikan aras tanah tapak sekolah atau pembangunan semula di sekolah di tapak baharu yang tidak mengalami banjir. Ketiga-tiga cadangan ini akan diperhalusi impaknya dengan mengambil kira ulasan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran serta keperluan masyarakat setempat. Semakan KPM mendapati SK Batu 60 Beaufort berada di atas tapak bukan berstatus Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Justeru, permohonan pindah lokasi dan pembangunan sekolah ini akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun setelah pemilikan
tanah selesai dan tertakluk kepada kelulusan agensi pusat keutamaan serta kedudukan kewangan semasa kerajaan. Tuan Yang di-Pertua masa telah pun tamat.
Menteri.
Saya ambil kesempatan ini bagi jawapan-jawapan dan pertanyaan yang tidak dapat.
Yang Berhormat. Menteri...
Soalan Kangar tak jawab langsung.
Nanti dulu semua.
Saya beri jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Saya nak bertanya. Kalau perlu masa berapa lagi minit yang Menteri boleh untuk menjawab ada-ada yang lagi yang tertinggal?
Memang kalau ikut jawapan saya Tuan Speaker memang macam ini lah.
Okey nanti bagi bertulis untuk Kangar, bagi bertulis.
Speaker.
Tapi saya barangkali boleh buat kesimpulan terus Speaker.
Okey saya boleh bagi lah 10 minit lagi. Bagi peluang kepada yang lain untuk bertanya.
Supaya dapat menjelaskan...
Saya nak jawapan bertulis untuk Kangar.
Baik. Terima kasih Kangar. Terima kasih banyak-banyak.
Okey terima kasih YB Menteri.
Pengerusi Yang di-Pertua.
Silakan Ayer Hitam.
Betong mahu jawapan bertulis juga.
Semasa perbahasan saya ada bangkitkan dua isu spesifik. Saya mengambil masa satu minit untuk tanya dua soalan. Minta jawapan kalau boleh. Sebab itu satu mengenai SJKC Sim Mow Yu dengan SJKC Kuek Ho Yao di Johor Bahru. Apakah status dia? Kedua adalah dari kawasan saya Yong Peng High School, sebuah SMPC yang mana kita faham bahawa kerajaan telah luluskan cawangan SMPC di Bandar Elmina.
Permintaan dari kawasan saya ialah kawasan itu sudah ada permit. Sekolah itu sudah beroperasi 10 kemerdekaan. Cuma daripada tanah 0.22 ekar nak pindah ke 18.22 dalam kawasan Yong Peng juga. Dah dua tahun. Mohon jasa baik pertimbangkan, luluskan. Saya rasa dua perkara telah saya bangkitkan. Saya harapkan jawapanlah sebab dah tunggu 40 minit. Dah masuk masa kecederaan saya terpaksa bangkit bangun di sini. Terima kasih.
Ya, silakan.
Terima kasih. Memang itulah. Ayer Hitam memang suka masuk masa kecederaan. Tapi saya ingat soalan Ayer Hitam juga...
Saya tunggu, saya sabar.
Soalan Ayer Hitam ini juga soalan yang berulang sebenarnya, tapi saya ambil kesempatan ini untuk barangkali memberikan sedikit penjelasan khususnya berkaitan dengan status Sekolah Menengah Yong Peng ini. Perkara ini sedang diteliti dan kita sudah ada perbincangan yang sangat baik Yang Berhormat dengan pihak LPS. Saya yakin sedikit masa lagi akan ada penyelesaian. Libat urus ini berlaku dengan sangat harmoni. Jadi, kita sedang meneliti, melihat bagaimana perkara-perkara ini khususnya bagi menjaga dan memastikan bahawa tidak ada pelanggaran kepada mana-mana Akta Pendidikan. Kedua berkaitan dengan sekolah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. SJKC Kuek Ho Yao, betul saya sebut? Saya tahu ho liau sahaja. Kuek Ho Yao, betul ? Okey. SJKC Sim Mow Yu. Bagi SJKC Kuek Ho Yao, KPM telah mengemukakan ulasan terhadap lukisan arkitek kepada JPN Johor pada 24 Januari 2025. Untuk pihak Jawatankuasa Pembinaan Sementara SJKC ini dan pihak perunding, RDC Arkitek melaksanakan penambahbaikan terhadap lukisan arkitek tersebut. Pihak Jawatankuasa Pembinaan Sementara SJKC Kuek Ho Yao dan pihak perunding, RDC Arkitek Sdn. Bhd. hendaklah mengemukakan semula pelan pembinaan yang telah ditambah baik untuk penelitian semula KPM sebelum kelulusan membina diberikan. Untuk SJKC Sim Mow Yu ini Yang Berhormat, jawapan kami konsisten kerana pihak sekolah ini masih belum mengemukakan permohonan pembinaan sekolah kepada pihak KPM. Jadi, pihak KPM akan melaksanakan kajian keperluan pembinaan sekolah baharu bagi memastikan cadangan pembinaan sekolah adalah dapat memenuhi akses pendidikan murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Jadi, itu kedudukan dan status ketika ini. Yang Berhormat yang belakang?
Sedikit sahaja Yang Berhormat, sedikit sahaja. Pertama tentang SJKC Kuek Ho Yao itu. Saya harap kerana mereka sudah ada dana RM12.5 juta. Saya pun difahamkan kerajaan negeri telah pun mengurniakan tanah melalui SSI kepada PTG. Nampaknya kita sama-sama nak merealisasikan sekolah ini yang telah diluluskan. Pecah tanah pun dah dibuat. Sim Mow Yu sekolah itu kerana sekolah berdekatan Ladang Grisek dah lebih 750 orang.
Ya sebab itu saya kata dah berulang jawapan ini masih statusnya masih begitu, tapi kita boleh lihat...
Tapi mereka pernah mengemukakan permohonan dan telah buat majlis pecah tanah.
Tapi saya ingat kita boleh lihat perkembangan SJKC Kuek Ho Yao ini Yang Berhormat. Saya ingat kita tengok lihat perkembangan.
Kita boleh bincang balik....
Boleh. Boleh Yang Berhormat.
... Untuk cepatkan RM8 juta pun telah pun disediakan dalam tabung ini.
Boleh tengok nanti.
Jadi saya rasa boleh percepatkan.
Tapi saya bagi tumpuan kepada SJKC itu ya?
Kita sama-sama bincang. Okey?
Alright. Okey silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semasa berbahas saya mencadangkan pembinaan sebuah sekolah menengah di Daerah Pantu. Saya mohon pendapat Yang Berhormat Menteri, jawapan Yang Berhormat Menteri.
Untuk Sri Aman yang berkaitan dengan sekolah ini. Berdasarkan data kita Yang Berhormat, kesemua 13 buah sekolah rendah di Daerah Pantu, adalah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid iaitu mempunyai enrolmen murid dari 13 orang sehingga 101 orang murid. Buat masa ini murid di Daerah Pantu meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah di SMK Melugu yang turut dilengkapi dengan asrama yang masih belum optimum pengisiannya. Jadi, berhubung dengan pembinaan sekolah menengah baharu di daerah Pantu, KPM melalui JPN Sarawak akan sentiasa membantu melaksanakan analisis keperluan pembinaan sekolah baharu secara terperinci dari semasa ke semasa. Jadi, antara perkara yang kita ambil kira Yang Berhormat adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, implikasi pembinaan sekolah sedia ada, data berkaitan keberatan penduduk, liputan kawasan tadahan, catchment area itu serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan. Sekiranya terdapat keperluan dan berada dalam senarai keutamaan, permohonan pembinaan sekolah baharu tersebut akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan agensi pusat serta kedudukan semasa kewangan kerajaan. Untuk concern saya nampak Yang Berhormat sangat konsisten tentang kerisauan tentang sekolah di Daerah Pantu ini, jadi izinkan saya untuk membantu Yang Berhormat.
Barangkali untuk menghantar pasukan dan melihat keperluan itu bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri nanti. Jadi, insya-Allah kita akan bantu dan lihat bagaimana anak-anak ini dapat dipastikan akses pendidikannya khususnya di Daerah Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua saya ingat kalau tidak ada lagi celahan...
Rasah.
Yang Berhormat Menteri.
Oh, Yang Berhormat Rasah, ada lagi? Sila, Yang Berhormat Rasah.
Timbalan Speaker, Padang Serai, Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Menteri, saya ada kemukakan tiga perkara. Mohon jawapan sebab ada masa lagi. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, berkenaan dengan kelas PPKI. Kedua, berkenaan dengan SKM dinaik taraf kepada gred B yang melibatkan pelantikan GPK secara hakiki. Dan seterusnya berkenaan dengan minggu pertama sesi persekolahan yang tidak ada kelas akademik. Minta ulasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Rasah, hasrat KPM pada minggu pertama sekolah ini adalah untuk memastikan bahawa minggu pertama sekolah ini berjalan dalam suasana yang mesra, ceria dan menyeronokkan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra dan penuh kasih sayang. Jadi, tempoh awal persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya daripada aspek sosioemosi dan jasmani untuk menjalani proses pendidikan formal. Minggu itu sudah pun berlalu, Yang Berhormat, minggu lepas. Minggu ini mereka telah pun memulakan sesi akademik seperti biasa. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat juga yang saya fikir berkaitan dengan PPKI, mengenai isu kepadatan kelas PPKI di kawasan bandar secara berperingkat. Sebenarnya strategi jangka pendek termasuk pengoperasian kelas PPKI dalam dua sesi. Kita lihat keperluan itu kerana saya yakin Yang Berhormat juga tahu bahawa kelas PPKI ini ataupun murid keperluan khas ini dia tidak seperti kelas biasa. Ada murid terhad. Tidak boleh lebih daripada beberapa, maknanya jumlah, dan itu menyebabkan kita mencadangkan juga ia dioperasikan dalam dua sesi. Perluasan kelas di sekolah sedia ada melalui tukar fungsi bilik darjah atau bilik khas serta pembukaan kelas PPKI baharu di sekolah yang belum mempunyai PPKI dengan kaedah yang sama. Jadi, ini antara intervensi jangka pendek. Jadi, jangka masa panjang pula, kita rancang untuk pembinaan bangunan tambahan untuk PPKI dan pembangunan-pembangunan baharu di bawah Rancangan Malaysia lima
tahun. Selain itu, sekolah baharu yang merangkumi kemudahan PPKI akan turut dibina serta perolehan kabin dan sistem binaan berindustri modular diperkenalkan sebagai penyelesaian tambahan untuk menampung keperluan pendidikan khas. Jadi, ini antara yang kita sedang lihat dan kita mahu pastikan bahawa anak-anak PPKI kita juga dapat belajar dalam suasana yang kondusif.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Cuma, saya minta satu. Berkenaan dengan SJK(C) Kampung Baru Mambau iaitu sebuah sekolah kerajaan. Permohonan untuk membuka kelas PPKI, saya difahamkan oleh guru besarnya, telah ditolak walaupun sekolah itu- sebab pengurangan murid, ada banyak kelas kosong yang bersedia dan ada pihak yang sudah memberikan komitmen untuk memberikan dana dalam ubahsuai kelas kepada kelas PPKI. Jadi, mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Betullah itu, Yang Berhormat. Ada tiga buah sekolah yang memohon bagi perluasan kelas PPKI baharu di Daerah Seremban yang beroperasi bagi Kalender Akademik Sesi 2025/2026 iaitu SJK(C) Kampung Baru Rahang, SK Taman Semarak dan SK Sendayan. Bagi SJK(C) Kampung Baru Mambau, Negeri Sembilan, sebuah kelas akan dibuka melalui kaedah pindah butir perjawatan bagi pengoperasian kelas tersebut tertakluk kepada sumber dan bekalan yang diluluskan daripada Mac 2025. Jadi, untuk SJK(C) Kampung Baru Mambau, Negeri Sembilan ini, insya-Allah, akan ada satu kelas dibuka. Okey.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.
Oh, ya. Sila.
Cadangan saya, wujudkan sebuah SMKA di kawasan Daerah Kulim. Minta komen sahaja.
[Ketawa] Yang Berhormat, dia macam ini, Yang Berhormat.
Saya- sikit sahaja saya sentuh pendidikan itu.
Ya, Yang Berhormat tanya fasal sekolah SMKA inikan, saya ingat berdasarkan data kita, pengisian murid di sembilan buah sekolah yang sudah pun berada di bawah kelas aliran agama ini berjumlah 1,472 orang ketimbang kapasiti sebenar berjumlah 1,650 orang murid. Dalam konteks pembinaan sekolah baharu, kita sedar bahawa terdapat permintaan yang tinggi untuk ke SMKA. Walau bagaimanapun, kita berpandangan kapasiti di kelas aliran agama sedia ada masih berupaya untuk menampung keperluan murid ke aliran agama khususnya di daerah termasuklah Padang Serai, Kulim dan seterusnya itu.
Jadi, setakat ini, kita sedang melihat bahawa keperluan di semua sekolah ini khususnya sekolah aliran agama dioptimumkan, Yang Berhormat. Jadi, selepas itu, kalau ada permintaan- dan sebenarnya di Perak ini, ada banyak lagi sekolah-sekolah yang belum optimum dari segi kemasukannya. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya masa telah pun tamat.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah minta jawapan bertulis.
Yang Berhormat Menteri, Tanjong Manis ada soalan juga, Yang Berhormat Menteri.
Saya bagi jawapan bertulis semua.
Masa dah cukup semua. Masa dah cukup.
Yang Berhormat Tanjong Manis, jawapan bertulis. Yang Berhormat Tanjong Manis, kena manis-manis sahaja jawab. Okey?
Okey... [Ketawa]
Saya bagi jawapan bertulis.
Kuala Kedah jangan tinggal ya.
Tak tinggal, tak tinggal. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil kesempatan ini dalam kesimpulan barangkali untuk menegaskan bahawa saya sangat menghargai semua pandangan, keprihatinan yang telah dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat khususnya berkaitan dengan pendidikan. Saya sangat yakin dan percaya bahawa ke hadapan, kita akan dapat sama-sama melihat bahawa kualiti pendidikan dalam negara ini benar-benar dapat kita sama- sama perbaiki dan dimartabatkan khususnya terkait rapat dengan pelan reformasi sekolah yang sudah pun kita laksanakan ketika ini bagi memastikan semua sekolah-sekolah kita juga mendapat sentuhan khususnya berkaitan dengan reformasi pendidikan ini dengan mengangkat semula khususnya kepimpinan dan juga secara holistiknya berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekian, terima kasih daripada saya, Tuan Yang di-Pertua. Pendidikan manusiawi, Malaysia Madani. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hanya memperingatkan supaya jawapan soalan jawab lisan itu dikemukakan kepada Yang Berhormat dalam masa lima hari. Seterusnya, saya mempersilakan Kementerian Komunikasi. Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu, saya ambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi. Seterusnya, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberi pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang berlangsung 4 hingga 18 Februari. Seramai 14 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu seperti berikut: (i) isu fitnah, hasutan dan ucapan kebencian di platform media sosial; (ii) isu keselamatan dalam talian; (iii) kebebasan bersuara dan kebebasan media; (iv) penganjuran konsert; dan (v) perkhidmatan telekomunikasi. Yang Berhormat Kota Melaka- ada? Yang Berhormat Kota Melaka ada. Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Selayang? Ada menyentuh mengenai isu fitnah, hasutan dan ucapan kebencian yang semakin berleluasa terutama di media sosial. Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan terhadap budaya fitnah dan hasutan di media sosial yang menjejaskan keharmonian masyarakat, Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur hasutan dan fitnah. Dalam hal ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menguatkuasakan Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa PDRM serta undang-undang lain yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia atau Akta 588. Peranan MCMC adalah daripada segi memberikan maklum balas serta membuat permohonan kepada penyedia perkhidmatan bagi tindakan penurunan kandungan mudarat dalam media sosial, permohonan sekatan laman sesawang yang mudarat dan pemberian bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisa forensik digital bagi mempercepat proses siasatan.
MCMC juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet dan media sosial bagi memastikan keselamatan dan keharmonian ruang siber serta pematuhan undang- undang negara.
Menteri.
Dalam menangani isu berkaitan akaun palsu, fitnah dan hasutan, sebanyak 10,167 akaun palsu dan 130 kandungan berunsur fitnah di media sosial telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan dengan kerjasama MCMC dari 2022 hingga 1 Februari 2025. Pada masa yang saya, sebanyak empat laman sesawang berunsur hasutan dan satu laman sesawang berunsur fitnah telah dikenakan tindakan sekatan.
Yang Berhormat Menteri.
Sila, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya telah juga menyentuh isu ini dalam ucapan saya, tetapi terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas bantuan susulan yang telah diberikan kepada mendiang keluarga Rajeswary. Saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri dan kementerian telah pun menyusuli bantuan dengan memberi perhatian kepada kebajikan keluarga. Saya juga diminta untuk berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian atas undang- undang yang telah dipinda kepada Kanun Keseksaan untuk memastikan bahawa kejadian yang menimpa mendiang Esha itu tidak bermula.
Cumanya saya ingin tanya soalan. Baru-baru ini kita lihat satu ucapan oleh seorang Pesuruhjaya PAS dari Perak yang mengaitkan Menteri Belia dan Sukan kononnya ada kaitan dengan Yeoh Tiong Lay. Soalan saya adalah berapa cepat ucapan-ucapan yang berunsur fitnah ini boleh disekat oleh kementerian? Tiba-tiba selepas perkara ini didedahkan beliau memohon maaf. Jadi soalan saya, kita lihat bahawa pihak lawan terutamanya PAS sentiasa mengulangi walaupun disaman berulang kali, tetapi anehnya mereka dapat mengutip wang untuk bayar pampasan. Ada orang yang boleh bayar pampasan walaupun fitnah, walaupun ada pemimpin mereka menasihatkan- jangan...
Yang kutip wang ini DAP pun kutip. DAP pun kutip kalau kena saman.
Jangan main fitnah. Dengar dulu, ini floor saya, ini floor saya.
Baik, baik...
Parti Yang Berhormat pun kutip juga.
So, soalan saya...
Minta izin untuk bercakap terlebih dahulu.
Ya, kita lihat berulang kali PAS memainkan isu fitnah. DAP, DAP, DAP, tetapi bila saman, dapat duit untuk bayar.
Jelutong.
Soalan saya, berapa cepat kita boleh sekat komunikasi ini supaya PAS tidak dibenarkan untuk terus memfitnah dan menghancurkan negara kita?
Ya, terima kasih Jelutong. Isu dia merentasi parti ya. Sejujurnya kita- semua sebagai Ahli Yang Berhormat, sebagai Ahli Parlimen seharusnya menjadi contoh. Semua Wakil Rakyat seharusnya menjadi contoh. Saya terkesan dengan sebagai contoh ya, khutbah yang dibaca di negeri Perak baru- baru ini yang mengingatkan tentang peri penting kita mengelak daripada menyebar fitnah. Jadi saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat semak sebelum sebar ya. Pastikan dulu seseorang itu benar-benar sepu- baik. Saya teruskan.
Sedikit Menteri. Saya bangun sebab...
Tetapi, tetapi...
Saya bangun sebab, Speaker saya bangun sebab saya rasa begitu hampa dan dukacita. Kalau sesi dulu DAP dikaitkan dengan Komunis kita saman, tetapi dapat duit untuk bayar balik ganti rugi, tetapi perkara ini diulangi beberapa kali. Soalan rakyat di sana adalah berapa cepat kementerian dapat menyekat fitnah PAS ini? Itu soalan saya.
Baik, saya...
Menteri, boleh saya? Saya minta laluan.
Ya, ya. Sila, sila.
Terima kasih Menteri. Setuju kah Menteri bahawa dalam soal fitnah ini ia bukan membabitkan soal parti, tetapi individu? Bukan soal mana-mana parti sebab saya juga boleh bagi keratan akhbar, 5 Disember 2017, “Wan Azizah perlu bayar RM2 juta kepada FELDA.” 26 Julai 2017, “Rafizi mohon sumbangan bayar saman RM300 ribu NFC.” 11 Oktober 2023, “Tony Pua, Bee Yin tarik balik rayuan keputusan mahkamah saman fitnah pemimpin MCA.” Jadi soal fitnah dan juga perkara tak betul ini bukan soal parti, tetapi soal individu itu sendiri. Setuju kah YB Menteri? Terima kasih.
Itu yang saya sebut tadi. Isu fitnah ini dia merentasi parti, dia merentasi isu politik... [Tepuk] Tetapi tak boleh dinafikan ada sejumlah
pemimpin daripada parti tertentu yang kalau kita tengok apa yang dikumpulkan maklumatnya memang kerap menjadi pembayar denda ataupun dalam isu fitnah ini. Baik, saya teruskan.
Okey, Menteri mohon, teruskan, teruskan...
[Dewan riuh]
Speaker, Menteri sedikit Menteri. Saya ingin tanya, saya ingin tanya. Menteri sedikit sahaja.
Jelutong, Jelutong.
Isu Tony Pua, Rafizi dan Wan Azizah adalah mempertahankan isu prinsip dan rakyat...
[Dewan riuh]
Ya, ya.
Ada perbezaannya.
Betul, betul.
Bukan seperti Parti PAS. Isu Rafizi... [Pembesar suara dimatikan]
Jelutong.
Itu fitnah juga itu.
Baik, baik. Saya teruskan Puan Yang di- Pertua.
Teruskan Menteri, teruskan Menteri.
Ya.
Ada perbezaannya Speaker.
Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Jelutong. Cuma saya nak teruskan. Jadi balik pada isu mengenai sekatan. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan juga Dewan, penyedia perkhidmatan dengan kerjasama MCMC juga telah mengambil tindakan penurunan terhadap 24,791 kandungan palsu dan 6,840 kandungan jelik berkaitan isu 3R. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MCMC bagi memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna. Selain daripada tindakan penguatkuasaan, kerajaan juga telah membangunkan portal semak fakta iaitu SEBENARNYA.MY dan platform Mychat.my untuk mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat yang disampaikan. Terbaharu pada 28 Januari yang lalu, Chatbot AIFA- Artificial Intelligence Fact-check Assistance yang dibangunkan MCMC dan dimasukkan ke dalam WhatsApp telah diperkenal. Berperanan membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian serta memperkukuh peranan SEBENARNYA.MY dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia. Dalam tempoh dua minggu sejak dilancarkan, yakini sehingga 23 Februari 2025, AIFA telah menerima dan memproses sejumlah 57,782 mesej dengan purata 2,140 mesej
setiap hari. Antara yang paling ditanya termasuk isu bantuan kerajaan, isu COVID-19 yang didakwa berlaku di Bukit Mahkota, dakwaan Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa, isu kenaikan tarif elektrik dan juga isu Mpox di Singapura. Jadi semua yang saya sebutkan tadi ini kita boleh semak dan saya pohon semua Ahli Yang Berhormat untuk nanti saya akan syer link nya dan boleh terus tanya apa soalan kepada AIFA. Sama ada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan ada apa-apa kaitan dengan mana- mana Yeo yang lain, boleh jawab di situ, boleh dapat pengesahan di situ. Janganlah sampai mana-mana parti terpaksa bayar lagi banyak denda akibat fitnah. Mengenai ucapan kebencian dan hate speech yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang. Ada tak Yang Berhormat Selayang? Tak ada. Jadi saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kuala Kangsar ada? Tadi ada nampak, tak ada ya?
Tak ada.
Padang Rengas ada? Ada ya. Jadi saya- ada sentuh isu keselamatan dalam talian. Bagi memastikan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari buat semua pengguna terutama kanak-kanak dan keluarga, MCMC mewajibkan setiap penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai bilangan pengguna lapan juta ke atas di Malaysia untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025. Sehingga kini, tiga buah syarikat penyedia perkhidmatan telah dilesenkan iaitu Wechat International Private Limited atau Wechat dan TikTok Private Limited, TikTok pada 1 Januari 2025 dan Telegram Messenger Incorporated atau Telegram pada 2 Januari 2025. Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang berdaftar mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 serta mengamalkan kod tatalaku amalan terbaik yang telah diterbitkan oleh MCMC dan seterusnya meningkatkan akauntabiliti terhadap kandungan dan interaksi dalam talian yang disediakan kepada pengguna. MCMC turut melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platform media sosial bagi membuka peluang untuk bekerjasama di antara penyedia platform dan pihak penguasaan termasuk dalam penggubalan kod tatalaku. Melalui sesi ini, penyedia platform dapat memahami konteks tempatan daripada segi nilai, norma masyarakat dan undang-undang yang mungkin tidak selaras dengan standard komuniti serta terma dan syarat mereka. Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikan kerja-kerja penyederhanaan kandungan atau, dengan izin, content moderation oleh penyedia platform dan menjadikannya lebih efisien dan berkesan. Berkenaan had umur minimum pengguna media sosial...
YB Menteri.
Ya, sila.
Saya boleh tanya sikit? Tentang pelesenan platform media sosial ini. Tadi YB Menteri ada kongsi, jelaskan ada tiga yang ada dapat lesen. Kemudian ada yang lain yang masih dalam proses dan sebagainya. Saya ada dua soalan. Pertamanya berkenaan dengan X. Apakah status X ini? Sama ada mereka akan dapat lesen, sama ada mereka ada mohon? Sebab saya ada baca bahawa mereka tak mohon sebab mereka kata mereka tak cukup lapan juta, itu satu. Kedua, bagi yang dalam proses ini sementara mereka mendapatkan lesen. Apakah status mereka sebab adakah mereka mendapat lesen sementara atau sebagainya? Sebab yang saya tahu bahawa setakat ini memang tak ada yang diberhentikan lagi atau digantung sementara mendapatkan lesen? Terima kasih YB Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Puan Yang di-Pertua untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi beberapa platform termasuk X yang sebelum ini menyatakan mereka tidak mempunyai jumlah pengguna lebih daripada paras yang ditetapkan iaitu lapan juta pengguna di Malaysia maka pihak MCMC sedang melakukan pengesahan melalui pelaksanaan survey yang menyeluruh dan mendalam. Kita akan teliti dan ambil tindakan setelah selesai survey tersebut.
Pada masa yang sama, semua platform tidak kira dia ada lesen ataupun tidak dilesenkan, masih perlu patuh dengan undang-undang dalam negara kita. Pihak MCMC sentiasa berhubung dengan mereka untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya perlu. Sebagai contoh, kita dapati banyak iklan judi dalam talian yang dimuat naik dalam platform YouTube. Walaupun Google yang merupakan induk kepada YouTube belum lagi dilesenkan dan sedang dalam proses. Namun, pihak YouTube telah memberikan kerjasama yang baik dengan menurunkan hampir 97 peratus daripada semua kandungan yang telah dibawa ke perhatian mereka. Jadi, daripada segi maqasid nya, the higher objective dengan izin, adalah memastikan kandungan yang memudaratkan diturunkan daripada platform-platform ini. Jadi, saya tidak lihat ia menjadi sebarang isu ataupun halangan dan kerjasama yang baik itu akhirnya membuahkan hasil dengan memastikan ekosistem yang lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.
Menteri. Susulan mungkin isu baharu tapi mungkin Menteri boleh buat penjelasan tentang bagaimana TikTok telah menyekat akaun 18 buah media tempatan hasil laporan yang kita siarkan. Jadi adakah perlu satu pentakrifan ala Malaysia tentang kandungan yang memudaratkan itu? Terima kasih Menteri.
Baik. Memang- terima kasih Yang Berhormat. Perkara yang sama ataupun...
Ya. Perkara yang sama lebih kurang Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada bangkitkan tentang isu dark side masih sesi lepas pun saya ada sebut. Adakah itu masuk dalam kategori kandungan yang tidak senonoh itu yang patut diturunkan? Apakah tindakan kerajaan? Terima kasih.
Yang Berhormat suka isu ini ya? Baik.
Saya suka isu ini untuk selamatkan anak muda kita Yang Berhormat.
Baik, baik faham, faham.
Bukan suka tengok dark side lah.
Baik, baik. Jangan... [Ketawa]
Jelutong saya tak tahulah, Jelutong saya tak tahu.
Tarik balik, tarik balik. Baik, baik, baik.
Alor Setar itu tuduhan bukan saya. Sebelah PAS yang suka selalu perkara-perkara yang tidak senonoh.
[Ketawa] Baik, baik. Okey mengenai apa yang dibangkitkan oleh Pasir Mas tadi. Sebenarnya Yang Berhormat bukan 18, tapi saya dimaklumkan setakat ini 23 akaun media, akaun media sosial, media, di TikTok yang telah di- dengan izin, permanently banned. Kita telah cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak atasan di TikTok dan setakat ini mereka memaklumkan kemungkinan besar ia berkait dengan video yang dimuat naik dalam platform masing-masing berkaitan kes kejadian cabul di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini. Mungkin atas sebab-sebab video tersebut ataupun mungkin berdasarkan AI yang digunakan oleh pihak TikTok. Jadi, saya telah minta supaya penjelasan disediakan oleh pihak TikTok dan saya sedang berusaha untuk memastikan kedua-dua pihak media kerana bagi pihak media mereka merasakan tidak ada apa-apa kesalahan. Mereka tidak menunjukkan wajah imej kanak-kanak tersebut, tapi video tersebut telah secara automatik disekat dan akaun tersebut- akaun-akaun situ bukan 18, tapi 23 Puan Yang di-Pertua telah disekat kemungkinan secara automatik oleh AI yang digunakan oleh TikTok. Jadi Puan Yang di-Pertua, ini bermaksud AI ada kalanya dia membantu ada kalanya dia membantut. Jadi, saya lihat perlu ada intervensi dan di sini hasrat kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi ialah untuk pastikan platform-platform ini memahami kod etika yang
dipegang oleh media di Malaysia dan kita minta mereka untuk lakukan penyesuaian nanti. Mereka itu maksudnya TikTok. Berkenaan had umur minima pengguna media sosial. Buat masa ini pelaksanaannya adalah berdasarkan terma dan syarat serta garis panduan komuniti platform-platform tersebut yang kebanyakannya menetapkan had umur 13 tahun. Di Malaysia, impak had umur penggunaan platform media sosial perlu dikaji dengan teliti. Ini kerana penggunaan platform media sosial dan pesanan internet secara meluas di kalangan kanak-kanak terutamanya pelajar di peringkat sekolah rendah, mereka juga menggunakan platform-platform ini seperti YouTube dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat. Namun begitu, ibu bapa dan penjaga perlu mengambil tanggungjawab yang lebih serius dalam memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian bagi anak-anak mereka. Mereka perlu peka terhadap pelbagai risiko dalam talian yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak dan turut meneroka kandungan serta platform alternatif yang lebih selamat selain daripada media sosial antaranya dengan mengaktifkan aplikasi parental control. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk tegaskan. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat turut dapat bersama dalam usaha Kempen Keselamatan Dalam Talian yang mana kita ingin tegaskan anak-anak bawah 13 tahun, semua platform media sosial melarang daripada membuka akaun di platform mereka. Malah sejujurnya, WhatsApp meletakkan had umur 16 tahun Puan Yang di-Pertua. Jadi anak-anak bawah 13 tahun, tak payah main media sosial. Mainlah bola sepak, pergilah bermain dengan kawan-kawan di luar dan sebagainya. Tak payah main TikTok, tak payah main kerana yang paling membimbangkan berdasarkan beberapa kajian menunjukkan kesan dari segi pembangunan mental ataupun mental development mungkin terkesan akibat algorithm yang boleh dikatakan mencandukan media sosial ini kepada anak-anak...
Yang Berhormat Menteri...
Ya sila.
Okey. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kita ada baca juga tentang perkembangan dari Sweden dan juga Australia bahawa dasar kerajaan mereka telah pun berubah untuk kes literasi melibatkan kanak-kanak. Jadi, adakah kerajaan juga akan mengambil tindakan yang sama dalam langkah yang segera kerana kita kira keadaan dah semakin parah? Terima kasih.
Ya benar. Terima kasih Yang Berhormat. Memang dalam isu ini, kita amat risau dan kita akan teliti. Kita mulakan dengan proses pelesenan dan bila Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) berkuat kuasa, maka ada beberapa perkara lain yang boleh diambil tindakan. Kita risau kerana saya sebut tadi contoh banyak daripada content yang lebih 90 peratus daripada content yang MCMC minta platform- platform turunkan sebenarnya melibatkan content scam, judi dalam talian dan yang sama waktu dengannya.
Jadi untuk memikirkan, kalau kita fikirkan anak-anak ini, ini belum lagi menyentuh seperti yang Alor Setar bangkitkan tentang masalah dark side. Jadi, terlalu mudah akses boleh mereka perolehi kepada bahan-bahan yang sebenarnya sejujurnya tidak sesuai untuk pembangunan minda, sahsiah, kerohanian anak-anak bawah umur 13 tahun. Jadi, saya harap nanti Ahli-ahli Yang Berhormat turut dapat bersama dalam usaha untuk katakan tidak kepada media sosial bagi anak-anak bawah usia 13 tahun. Saya ada jawapan mengenai dark side, tapi kemudian nanti kita akan ke sana. Permatang Pauh ada bangkitkan mengenai usaha membanteras judi dalam talian. Kesalahan perjudian adalah di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289] yang dikuatkuasakan oleh PDRM. Namun begitu, MCMC di bawah bidang kuasa Akta 588 komited dalam memberikan kerjasama kepada PDRM. Daripada segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisa forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan yang berkaitan dengan kesalahan judi dalam talian. MCMC melaksanakan pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran internet di Malaysia bebas dari kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang termasuk judi dalam talian. Dari 2022 sehingga 1 Februari 2025, sebanyak 5,026 laman sesawang judi telah disekat dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet. Manakala 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial telah diturunkan. Daripada jumlah tersebut, tiga yang teratas adalah di platform Facebook iaitu 93.13 peratus Puan Yang di-Pertua, YouTube, 3.5 peratus dan Instagram 2.48 peratus. Tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang ini adalah berdasarkan makluman MCMC yang dibuat berasaskan permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima MCMC. Alor Setar membangkitkan mengenai dark side dan persundalan dalam media sosial. Kementerian Komunikasi memandang serius dan komited dalam usaha membendung kes penyalahgunaan media sosial yang menyalahi undang-undang negara seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 588 termasuk kandungan menjurus kepada pelacuran dalam talian. Inilah nama sebenarnya, dark side itu adalah pelacuran dalam talian. Dalam hal ini, penguatkuasaan Akta 588 yang diambil oleh MCMC adalah tindakan sokongan kepada undang-undang sedia ada seperti seksyen 372A, 372B dan 373 Kanun Keseksaan [Akta 574] di bawah bidang kuasa PDRM bagi menangani aktiviti pelacuran dalam talian.
MCMC memberi bantuan teknikal yang melibatkan pembekalan maklumat dan analisa forensik digital untuk mempercepat proses siasatan dan membantu pihak berkuasa mengumpul bukti. Di bawah seksyen 233 Akta 588 (Pindaan) 2025, Akta A1743, penyebaran kandungan bersifat lucah bagi tujuan komersial apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih
RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM10,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. MCMC turut melaksanakan pemantauan proaktif serta tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang berunsur pelacuran. Dari Januari 2022 sehingga 1 Februari 2025, MCMC telah menyekat 316 buah laman sesawang berunsur pelacuran, manakala sebanyak 2,315 kandungan di pelbagai platform media sosial telah dikenakan tindakan penurunan. Penurunan kandungan yang tertinggi melibatkan platform Facebook, Puan Yang di- Pertua, 44.5 peratus. Maksudnya Facebook ini pun bahaya, TikTok 33.39 peratus dan Telegram 20.13 peratus. Tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang dilakukan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang berdasarkan permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima oleh MCMC. Dengan pindaan yang telah kita luluskan baru-baru ini Yang Berhormat, pihak PDRM boleh mengambil tindakan yang lebih pantas termasuk, dengan izin, sekarang ia telah menjadi satu seizable offence mereka boleh ditahan. Jadi kita harap dengan kuasa yang baharu ini, pihak PDRM boleh lebih tangkas menangani masalah pelacuran dalam talian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, saya ucap tahniah atas usaha yang dibuat. Kita ada undang-undang, kita ada agensi yang menguatkuasakan dan memantau tetapi kegiatan ini masih berleluasa, Yang Berhormat. Saya yakin Yang Berhormat pun ada maklumat. Mereka menggunakan modus operandi menggunakan isyarat-isyarat ataupun bahasa-bahasa tertentu yang tidak dapat di detect jelas unsur pelacuran tersebut. Jadi macam mana hendak mengekang perkara ini? Terima kasih.
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya kurang pasti kenapa Alor Setar berminat dengan Facebook algorithm itulah, tetapi saya berminat dengan isu scam khususnya melibatkan Perdana Menteri kita. Saya telah mainkan dan kalau kita lihat dalam Facebook sekarang juga ada juga laman-laman web di mana mereka mempromosikan satu saham di mana kalau kita membeli saham itu, kita akan dapat pulangan yang lumayan. Kita lihat ada gambar Perdana Menteri dalam ucapannya mempelawa orang untuk membuat pembelian saham-saham. Saya lebih berminat dengan itu, bukan isu-isu yang tidak senonoh seperti Alor Setar.
Maknanya Jelutong pun minat scam sebab itu dia cari benda-benda scam itu.
[Ketawa] Dia banyak daripada ini untuk peringatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam semua media sosial, mereka mencandukan kita
dengan algorithm. Jadi sering kali video ataupun iklan yang dipaparkan kepada kita dalam mana-mana laman web dan sebagainya adalah berdasarkan apa yang bila mereka buat tracking berdasarkan cookies, dengan izin, yang ada pada laman-laman web. Biasanya itulah iklan-iklan yang akan disajikan kepada kita, itulah kandungan yang akan disajikan kepada kita, tetapi saya- berkenaan dengan isu isyarat dan sebagainya, ini adalah di bawah bidang kuasa siasatan pihak PDRM. Sudah pasti mereka memahami dan menjejak metode- metode dan juga cara-cara penjenayah ini menyalahgunakan platform- platform tersebut dan dengan kuasa yang baharu ini, tidak mustahil dalam masa yang tidak terlalu lama, kita akan berkas beberapa orang penjenayah, tetapi apa yang Jelutong sebutkan tadi, dia melibatkan dengan izin, sebahagiannya Deepfake AI yang menggunakan video asli, tetapi telah diubah ataupun di-edit untuk menyerupai ucapan dan juga kenyataan yang dibuat luar daripada konteks. Ini memang satu perkara yang membimbangkan dan masalah yang bukan hanya kita hadapi di Malaysia, tetapi di semua negara. Bukan satu platform, tetapi semua platform media sosial. Di situ kita lihat masalah mungkin AI itu sendiri, tetapi bila saya bercakap dengan pihak Facebook sebagai contoh Puan Yang di-Pertua, mereka bersedia untuk bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Malah pagi tadi pihak Facebook telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi MCMC dan saya nantikan hasil daripada pertemuan tersebut berdasarkan isu-isu yang termasuk isu scam seperti ini. Saya hendak semak sama ada Hulu Terengganu ada? Tanjung Karang, tidak ada. Dua-dua tidak ada, tetapi saya akan jawab secara bertulis perkara yang mereka membangkitkan. Padang Terap, ada? Tidak ada, tetapi walaupun Tanjong Karang dan Hulu Terengganu mereka tidak ada, tetapi isu yang mereka membangkitkan ini saya rasa sangat penting dan memang satu perkara yang akan kita bahas dalam masa yang terdekat. Mereka menyentuh isu kebebasan bersuara dan kebebasan media. Untuk makluman Dewan, kerajaan sentiasa menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut Fasal (1)(a) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara bukan bersifat mutlak. Ia perlu dilaksanakan dengan tanggungjawab dan etika mengambil kira kepelbagaian budaya dan agama yang mencorakkan masyarakat di Malaysia. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan melalui Fasal 2(a) turut memperuntukkan dengan jelas bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat antara lain demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dan ketenteraman awam atau prinsip moral. Daripada segi undang-undang Akta 588 (Pindaan) 2025 tidak mengehadkan kebebasan media dan hak untuk bersuara selagi mana penggunanya tidak melanggar peruntukan di bawah akta tersebut. Bagi pindaan yang berkaitan dengan kemudaratan dalam talian, pertimbangan yang sewajarnya telah diberi bagi menyeimbangkan keperluan
mengekang penularan kemudaratan dalam talian dan keperluan untuk memastikan pindaan- pindaan yang berkaitan ditafsirkan dengan tepat tanpa apa-apa kekeliruan. Bagi pengamal media, Kod Kandungan 2022 memberikan panduan jelas berhubung standard kandungan boleh dirujuk. Ini bagi memastikan laporan-laporan media diterbitkan dengan bertanggungjawab dan tidak melangkaui batas kebebasan media. Kod kandungan tersebut turut akan dibangunkan semula memandangkan ia berpandukan Akta 588 sebelum ini dan setelah dipinda, kod kandungan ini akan diterbitkan dalam versi yang baharu dan mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin menyampaikan pandangan mengenai kod kandungan tersebut boleh berhubung dengan Communications and Multimedia Content Forum (CMCF), dengan izin. Jadi seperti yang saya sebutkan tadi, kita dalam masa beberapa hari akan mendengar bacaan kedua Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia dan insya-Allah pada Rabu ini. Rang undang-undang ini merupakan usaha dan kerjasama erat antara kerajaan dan wakil-wakil industri media. Sesi perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Jawatankuasa Pro-tem Majlis Media Malaysia telah giat dijalankan secara berkala sejak awal 2023 lagi. Jawatankuasa Pro-tem ini merangkumi 40 orang wakil daripada syarikat media, persatuan media, pengamal media, pengamal media bebas dan ahli akademik seperti Malaysiakini, Astro AWANI, The Star, Berita Harian, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Nanban, Persatuan Tamil Media Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Borneo Post Online, Delhi Express, Persatuan Wartawan Sabah, Centre for Independent Journalism, Gerakan Media Merdeka (GERAMM), National Union of Journalists Malaysia (NUJ) dan lain-lain. Hasilnya rang undang-undang ini dapat digubal bersesuaian dengan hasrat industri media itu sendiri iaitu untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus media di Malaysia. Ini komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan media. Mengenai laporan oleh BERSIH dan CIJ, kerajaan akan terus berusaha mengenal pasti ruang dan peluang untuk menambah baik dan terus komited meningkatkan prestasi pada masa akan datang. Saya seru agar rakan-rakan di Blok Pembangkang menjadi barisan semak dan imbang, dengan izin check and balance yang berkesan, berintegriti dan profesional dalam memastikan kelangsungan pembangunan negara. Padang Terap ada? Tidak ada ya.
[Mencelah]
Sudah dua kali, maaf... [Ketawa]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Saya ucapkan terima kasih. Kuala Pilah ada- Kuala Pilah, tak ada ya? Tak apa, tetapi saya ucapkan terima kasih pada Kuala Pilah dan Kuala Kangsar. Dua “Kuala” yang telah memberi pengiktirafan kepada kementerian dan khususnya MCMC dalam menyediakan infrastruktur digital dan berusaha untuk meningkatkan akses internet. Lubok Antu ada?
...Ada.
Ada, terima kasih. Jadi, Yang Berhormat Lubok Antu menyentuh liputan internet dan komunikasi di kawasan Parlimen Lubok Antu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 31 Disember 2024, liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Parlimen Lubok Antu telah mencecah 83 peratus. Di bawah Program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), lapan daripada 37 buah menara telekomunikasi baharu telah siap dibina dan telah beroperasi iaitu di Jelukong, Marup Baroh, Buie Ran, Rumah Kiron, Nanga Jengin, Mario Sedan, Nanga Ngemah, Kandis dan Rantau Kemayau Manis. Kesemua 53 buah stesen pemancar juga telah siap dinaik taraf kepada rangkaian 4G dan 1,920 buah premis dari 3,148 yang telah dirancang telah tersedia dengan gentian optik. Baki inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat pada hujung tahun ini. Selain JENDELA, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority ataupun SMA dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) juga sedang melaksanakan inisiatif pembinaan 600 buah menara baharu ataupun program SMART600 bagi menambah baik liputan internet di Sarawak. Setakat 31 Disember 2024, sebanyak 42 buah menara baharu telah siap beroperasi dan 11 buah menara masih dalam peringkat pelaksanaan di Parlimen Lubok Antu. MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei serta SMA dalam pelbagai sesi mesyuarat, bengkel dan juga lawatan tapak sebagai salah satu kaedah fasilitasi untuk menyelesaikan isu dan cabaran di lapangan bagi memastikan keseluruhan inisiatif berjalan dengan lancar. Kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (PoP) di Lubok Antu. Dua PoP telah siap sepenuhnya bagi Fasa 1 dan 10 daripada 23 buah kawasan PoP bagi Fasa 2 telah berjaya disiapkan. Ini menjadikan sebanyak 1,290 buah premis yang telah tersedia dilanggan dan boleh menikmati perkhidmatan langganan internet berkelajuan tinggi pada kadar yang cukup berpatutan di lokasi-lokasi tersebut. Mersing ada? Yang Berhormat Mersing menyentuh isu capaian internet dan telefon di Parlimen Mersing termasuk di perkampungan Orang Asli dan pulau-pulau sekitarnya. Di bawah Program JENDELA, terdapat sebuah menara baharu yang telah siap dan beroperasi di Kampung Orang Asli Punan manakala terdapat sebuah menara baharu dalam
pelaksanaan di Kampung Orang Asli Peta, Taman Negara Endau Rompin yang akan dapat menambah baik liputan di Kampung Orang Asli Peta, Taman Negara Endau Rompin. Bagi kawasan Kampung Tanjung Resang pula, terdapat dua buah menara sedia ada yang memberi liputan di sekitar kawasan tersebut manakala bagi kawasan Penyabong, sebuah menara baharu di bawah Program JENDELA di Pantai Penyabong telah siap dan mula beroperasi November lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, terdapat 12 buah menara telekomunikasi yang dirancang di sekitar pulau-pulau di Mersing yang mana sembilan daripadanya telah siap dan beroperasi manakala menara-menara dalam pelaksanaan dijangka akan siap dan beroperasi secara berperingkat sebelum hujung 2025. Ada senarai, nanti saya akan minta...
Yang Berhormat, saya pertama ucap terima kasih kerana hari ini memang dah ada pegawai SKMM turun ke Mersing. Keduanya berkaitan dengan menara di Tanjung Resang itu, memang betul ada menara tapi kita ada isu yang saya cakap sebelum ini. Maksudnya, dia tidak beroperasi sepenuh masa. Dia biasa kadang pukul 10 malam sampai 10 pagi tidak ada line, hujan pun tak ada line. Jadi, kawasan Tanjung Resang, Penyabong ini kawasan pelancong. Jadi, memberi kesanlah kepada industri pelancongan di kawasan tersebut. Jadi, kalau dapat dilihat apa isu- isu yang berlaku di situ. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan minta pihak MCMC lakukan lawatan untuk mengenal pasti masalah. Mungkin masalah electricity, dengan izin, sekiranya itu boleh diatasi segera. Insya-Allah. Tanjong Piai ada- Yang Berhormat Tanjong Piai ada? Tak ada.
Tak ada.
Saya jawab secara bertulis. Baik Puan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi. Saya mengambil perhatian terhadap pandangan, cadangan dan juga teguran yang diberikan dan akan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian. Sekian terima kasih.
Terima kasih Menteri. Jelutong kekal menyokong. Dulu, kini dan selamanya.
Terima kasih, tetapi dia tak boleh...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi.
Nanti dia tak boleh undi saya.
Sekarang, saya minta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mula menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merafakkan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah menyampaikan Titah 3 Februari yang lalu. Dengan penuh takzim, saya juga merafakkan sembah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta kesyukuran serta menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Titah Baginda Tuanku telah menyentuh mengenai usaha kerajaan mempertingkatkan pelaburan asing serta penggunaan teknologi tinggi amat bertepatan sekali dengan realiti semasa di mana Malaysia perlu memperkukuh daya saing sains, teknologi dan inovasi (STI) supaya berupaya mengharungi cabaran global seperti ketidaktentuan geopolitik, perubahan struktur perdagangan antarabangsa, revolusi teknologi global yang berkembang pesat serta cabaran perubahan iklim yang semakin ketara. Untuk makluman Yang Berhormat juga, perkembangan inovasi dan teknologi merupakan pemacu perubahan yang membolehkan Malaysia keluar daripada, dengan izin, middle-income trap. Walaupun Malaysia mempunyai keupayaan inovasi yang tinggi, keupayaan tersebut dilihat masih gagal menyumbang kepada pendapatan per kapita negara ke arah mencapai status sebagai negara berpendapatan tinggi. Pelbagai siri kajian inovasi kebangsaan yang telah dilaksanakan untuk mengukur tahap aktiviti dan status inovasi negara menunjukkan walaupun bilangan inovasi yang dihasilkan tinggi, namun sebilangan besar hasil inovasi tersebut dianggap sebagai inovasi yang tidak bersifat radikal yang mampu memberi impak kepada aktiviti negara. Pada masa ini, tiada peruntukan perundangan peringkat nasional yang khusus bagi menerajui dan menyelaras aktiviti berkaitan STI yang bersifat merentasi pelbagai kementerian dan agensi. Oleh itu, Malaysia sedang melihat kepada keperluan untuk penggubalan RUU STI yang mampu memperkasa dan menyokong agenda dan ekosistem STI negara. MOSTI menyasarkan RUU STI ini diangkat kepada sesi jawatankuasa Parlimen pada penggal ini supaya dapat diperhalusi bersama. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan ini merakamkan terima kasih kepada 14 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh beberapa perkara tentang portfolio di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah dimulai oleh Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Sri Gading, Yang
Berhormat Bentong, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Putatan. Saya sebelum meneruskan penggulungan saya, bagi pihak kementerian saya mohon petua Puan Yang di-Pertua sama ada saya bagi jawapan kepada yang hadir sahaja?
Ya, betul. Yang tak hadir boleh bagi jawapan bertulis.
Kalau macam itu saya lihat yang berada di sini hanya seorang saja... [Ketawa]
Ledang ada.
Ledang ada? Sudah sampai ya?
Ada. Ledang ada.
You are here. Okay, thank you. Thank you. Okey.
Tumpat ada.
Tumpat ada, situ... [Ketawa] Saya nampak Tumpat tadi. Ledang tak nampak. Mana dia Ledang..? Okey. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang- mewujudkan kerjaya ekonomi digital. Membuat pertanyaan berhubung dengan mewujudkan ekonomi kerjaya digital dan mendapat pendapatan yang baik untuk kampung dan komuniti.
Yang Berhormat Tanjung Piai juga bertanya masalah yang sama, tapi Yang Berhormat Tanjung Piai tiada sini - terhadap langkah-langkah dan perancangan pihak kementerian untuk memberi segera lebih pendekatan berkaitan kemajuan AI segenap peringkat masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sedang melaksanakan program dan inisiatif seperti berikut: (i) program-program berbentuk jangkauan luar dipertingkatkan dengan lebih pendedahan kepada masyarakat berkenaan inovasi sosial; (ii) sedang memperkasa dan menyelaraskan pemberian insentif bagi meningkatkan keberhasilan dan juga impak kepada masyarakat; (iii) Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama pelbagai rakan strategik menawarkan fasiliti Ruang Daya Cipta (RDC) sebagai hab reka cipta teknologi dan inovasi pada komuniti yang memberikan peluang pembelajaran, latihan dan bantuan teknikal. Salah satu elemen yang terdapat di RDC adalah digital studio yang berfungsi sebagai platform kepada komuniti untuk belajar dan aplikasi pengetahuan digital ekonomi seterusnya meningkatkan nilai keusahawanan bagi produk-produk IKS;
(iv) menggalakkan inovator mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia; dan (v) inovator sosial yang berpotensi akan diberikan bantuan pendedahan berkaitan piawaian global untuk pemasangan produk ke luar negara. Melalui usaha-usaha ini, akan memastikan keberkesanan pelaksanaan dan penyebaran produk yang memenuhi keperluan masyarakat yang lebih inklusif berasaskan konsep isu tempatan, teknologi tempatan, kaedah tempatan atau, dengan izin, local issue, local technology and local benefit. Selain itu, MOSTI juga menggerakkan usaha untuk memastikan akses teknologi dan internet menjangkau kawasan luar bandar melalui Akademi Sains Malaysia di mana inisiatif system wireless bridging (WBS) telah dilaksanakan di dua buah kawasan bandar iaitu Kampung Kuala Pajam, Beranang Selangor pada tahun 2022 dan Sekolah Kebangsaan Simbuan, kedai koperasi dan Dewan Orang Ramai Teluk Tulip, Keningau, Sabah pada tahun 2023-2024. Inisiatif ini merupakan jalan penyelesaian pantas kepada keperluan mendesak untuk menyediakan capaian internet bagi komuniti yang berada di kawasan ketinggalan- unserved dan terbatas- underserve. Kawasan ini merupakan kawasan yang belum menerima capaian internet melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) atau keterbatasan capaian internet berikutan isu titik buta- blind spot seperti topografi kawasan yang menghalang laluan isyarat internet. Pelaksanaan WBS ini menggunakan teknologi frugal sedia ada. Hasil kepakaran saintis tempatan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang ringkas dan kos yang rendah. Pelaksanaan WBS ini telah berjaya memberikan capaian internet kepada sekitar 900 penduduk di Kampung Kuala Pajam, Selangor dan 480 orang penduduk di Tulip, Sabah. Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat yang mana telah memohon kerajaan untuk memberikan advokasi kepada rakyat berkenaan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang bersih dan hijau memandangkan fasiliti reaktor, penyelidikan nuklear di bawah Agensi Nuklear Malaysia mempunyai makmal kajian nuklear yang dilihat baik dan selamat. Untuk makluman Yang Berhormat, pengalaman dan kepakaran Nuklear Malaysia dalam mengoperasi dan menyelenggara reaktor nuklear penyelidikan atau trigger mark to first party menjadi asas bagi pembangunan loji nuklear yang lebih besar untuk penjanaan kuasa elektrik. Keupayaan berkenaan akan memastikan teknologi nuklear untuk penjanaan tenaga dalam negara dibangunkan dan digunakan secara selamat dan aman. Nuklear Malaysia juga mempunyai simulator, loji nuklear penjana elektrik dan loji nuklear penyelidikan. Makmal simulator adalah terbuka untuk dilawati bagi memahami kaedah operasi sebuah loji reaktor
nuklear, penjana elektrik dan loji reaktor nuklear penyelidikan. Nuklear Malaysia mempunyai pakar dan peralatan yang sesuai dan selalu bersedia berkerjasama dengan pihak yang ingin menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi reaktor nuklear. MOSTI melalui Nuklear Malaysia terus berperanan melaksanakan proses advokasi kepada rakyat melalui aktiviti promosi, perkhidmatan kepakaran, teknikal dan latihan berkaitan aplikasi teknologi dan keselamatan nuklear kepada pelbagai pihak pemegang taruh termasuklah masyarakat awam. Melalui pelaksanaan Pelan Komunikasi Dasar Teknologi, nuklear negara berteraskan asas utama komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam atau Communication, Education and Public Awareness (CEPA) dengan tema Nuklear Untuk Rakyat (NUR). Pelbagai program promosi, liputan di media cetak, elektronik dan media baharu telah dilaksanakan dan akan diteruskan bagi mempromosikan penggunaan teknologi nuklear secara aman di Malaysia. Puan Speaker, rasanya Yang Berhormat Paya Besar pun tidak masuk juga.
Sebelum berpindah, saya mohon, terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah bila mana kita menyebut bahawa kita akan memulakan ataupun telah memulakan program promosi dan advokasi penggunaan nuklear yang selamat, saya ingin bertanya apakah model yang kita pakai sebab negara yang mengamalkan penggunaan nuklear yang bersih ini telah pun banyak. Jadi bagaimana kita hendak ambil model dan negara mana yang kita akan jadikan model? Setakat yang saya dengar tadi kebaikannya adalah berbentuk voluntari yang boleh dilawati tapi cuma ada satu saja first party. Apa yang saya nampak, kalau isu ini hendak dibawa ke depan, ia memerlukan suatu perancangan yang lebih teliti, merentasi kementerian, melibatkan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi yang akan menjuruskan untuk kita mempunyai kepakaran kepada masa depan. Ini kerana saya percaya perkara ini, rakyat Malaysia bila sebut nuklear, kita akan dapat Chernobyl. Itu benda yang kita takut. Jadi sekarang ini, kalau dah ke depan, kita hendak tahu model, kos dan juga silibus supaya kita tidak akan menjadi satu buah negara yang buat dahulu, baharu kita hendak belajar dan juga hendak terangkan kepada rakyat. Terima kasih.
YB mana tadi ya?
Tumpat.
Tumpat ya. Oh, tambahan ya. Dia mencelah ya... [Ketawa] Ya Allah, saya kalau boleh YB nanti I jawab you bertulis boleh tak? Sebab you cakap tadi panjang, I pun tak catch sangat soalan you tadi.
Yang secara mudahnya, negara manakah yang dijadikan model untuk program advokasi dan promosi bagi penggunaan nuklear yang selamat ini yang kita jadikan sebagai satu panduan kepada negara kita?
Kita di bawah Nuklear Malaysia ini, kita ada kaedah tersendiri kita untuk kita menggunakan teknologi ini. Makanya, kita tidak ambil model mana-mana, kita telah membuat kajian sendiri dan kita akan gunakan kaedah yang sedia ada untuk kita laksanakan apa juga usaha berhubung kait dengan penggunaan nuklear ini. Jadi, saya harap itu sedikit sebanyak memberi jawapan kepada Yang Berhormat Tumpat. Sorry, ya Tumpat... [Ketawa] Jadi, Puan Speaker rasanya itu sajalah yang saya nampak hadir dalam Dewan ini. Kalau tidak silap sayalah ya. Jadi saya ini, cakap bernasib baik tidak juga sebab dapat peluang, sebab ini my first time juga nak gulung. Kalau tadi boleh lama, bolehlah saya cakap panjang sikit... [Ketawa] Terima kasih banyak sekali lagi saya nak ucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan setiap cadangan, pandangan dan pertanyaan yang dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, yang terkini MOSTI juga sedang dalam usaha pelaksanaan Program STI MADANI di mana setiap Parlimen tanpa pengira blok kerajaan atau pembangkang akan diberikan peruntukan bagi pelaksanaan program STI seperti mini karnival, demonstrasi sains dan sebagainya. Oleh itu, saya menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu usaha MOSTI untuk mengembangkan agenda STI ke peringkat akar umbi selaras dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi,” Dengan itu, sekian sahaja maklum balas saya tentang perkara-perkara di bawah MOSTI yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat bagi Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh bidang kuasa MOSTI. Pada yang tiada dalam Dewan, kita akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk mula menjawab.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat- Yang Berhormat, khususnya yang turut serta membahaskan isu-isu di bawah portfolio Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Terlebih dahulu, saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang disampaikan pada 3 Februari lepas sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.
Saya ingin merakamkan penghargaan ke atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu-isu di bawah NRES dan kita akan menjawab mengikut isu dan juga saya akan melihat kepada kehadiran lah kecuali ada isu-isu yang kritikal yang mungkin saya rasa perlu disentuh. Ini meliputi isu mineral, geosains, perhutanan, alam sekitar, tanah dan juga perubahan iklim. Paya Besar?
Tak ada.
Tak ada. Seterusnya, Miri?
Ada.
Okey, Miri hadir. Miri meminta kerajaan melaksanakan kajian kejadian tanah runtuh bagi merangka pelan mitigasi untuk dijadikan panduan kepada orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman, berdasarkan rekod tanah runtuh di dalam sistem maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (NaTSIS) Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah menyenaraikan sebanyak 31 kawasan hotspot seluruh negara. Ini termasuklah enam di Sabah dan Sarawak. Ini meliputi Kota Kinabalu dan Kundasang dan juga Sandakan di Sabah dan Miri, Kapit dan Bau di Sarawak. Antara langkah yang diambil oleh JMG untuk mengurangkan risiko bencana geologi tanah runtuh, pertama ialah sistem amaran awal ataupun Early Warning System. Sehingga Disember 2024, pemasangan peralatan Early Warning System telah dibuat di 40 lokasi di Malaysia. Kalau di Sabah, ada dipasang di Kota Kinabalu, Kundasang, Menggatal dan Kinarut. Manakala, pemasangan Early Warning System di Sarawak dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini melibatkan enam lokasi iaitu dua lokasi di Kuching, Bau, Kapit, Limbang dan Miri. Ia dilengkapi sensor pergerakan tolok hujan, kamera litar tertutup (CCTV) dan juga siren. Kerja pemasangan peralatan Early Warning System pergerakan tanah bagi projek pemetaan bahaya dan risiko cerun serta pemasangan alat sistem amaran awal di Kundasang, Ranau bermula pada tahun 2026. Kerja pemasangan peralatan Early Warning System aliran puing bagi projek pemasangan aliran puing dan penanda aras pergerakan sesar di kawasan berisiko bencana geologi di sekitar Gunung Kinabalu dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Maklumat berkaitan ancaman bencana geologi tanah runtuh sentiasa disalurkan kepada agensi yang berkepentingan, terutama sebelum memasuki tempoh Monsun Timur Laut setiap tahun. Ada sebanyak 254 cerun kritikal dengan pecahan 86 cerun kritikal tahap tinggi, 84 cerun kritikal tahap sederhana dan 84 cerun kritikal tahap rendah yang direkodkan di seluruh negara. Daripada 256 cerun kritikal ini, 36 berada di Sabah iaitu 10 di Kota Kinabalu, sembilan di Penampang, enam di Ranau, tiga di Tuaran, dua di Kudat, dua di Kota
Belud, dua di Sandakan dan masing-masing satu di Papar dan Sandakan. Sementara di Sarawak ada 21 lokasi cerun kritikal, sembilan di Bau dan 12 di Kota Padawan. Hebahan berkaitan langkah awal mengenali tanda-tanda awal tanah runtuh turut dibuat menerusi media sosial kementerian dan JMG bagi meningkatkan kefahaman orang awam berkaitan tanah runtuh. Tentang pelan mitigasi tanah runtuh bagi langkah pencegahan jangka masa panjang, JMG menumpukan aspek mitigasi bukan struktur selari dengan peranan JMG yang dinyatakan di dalam Arahan NADMA No.1. Pihak JMG akan membuat siasatan geoforensik tanah runtuh untuk mengenal pasti faktor penyebab dan faktor pencetus secara terperinci. Ini adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk setiap bencana geologi tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa dan juga untuk memastikan kita dapat mengenal pasti ciri-ciri ini secara lebih terperinci. JMG juga menggiatkan usaha memberikan kefahaman kepada kumpulan rentan menerusi Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti. Sebanyak 20 program ini telah dilaksanakan antara 2022 sehingga tahun lepas dan kita akan memperkasakan lagi tahun 2025. Beberapa program CBDRM ini telah dilaksanakan. Kalau di Borneo, di Kampung Dumpiring, Kampung Mohimboyon di Sabah dan 2025 akan dilaksanakan di Gunung Gading dan Bario Asal di Sarawak. Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Pusat Bencana Geologi Negara sedang ditubuhkan tahun ini bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal ataupun Early Warning System bencana geologi termasuk yang melibatkan soal tanah runtuh. Ipoh Timor? Tak ada. Seterusnya, Hulu Terengganu.
Tak ada.
Tak ada. Tetapi ini saya ingat saya mungkin sentuh sedikit sebab ini melibatkan konflik manusia – hidupan liar yang banyak mendapat perhatian. Hulu Terengganu meminta komitmen kerajaan tentang pembinaan Sistem Pagar Elektrik Gajah bagi menyelesaikan konflik manusia – gajah di kawasan tersebut. Untuk makluman, di Hulu Terengganu, Jabatan PERHILITAN telah membina satu Sistem Pagar Elektrik Gajah di Kampung Lawit ke Belukar Bukit, Hulu Terengganu melibatkan panjang 29 ataupun jarak 29.5 kilometer. Kita juga akan membina pagar baharu di dua lokasi iaitu di Kampung Gerdong sepanjang 12 kilometer dan Kampung Lubuk Periuk sepanjang 10 kilometer di Hulu Terengganu. Kita akan bertindak berasaskan pengurusan konflik gajah yang kita telah gariskan di dalam National Elephant Conservation Action Plan 2023-2030. Yang Berhormat Gerik juga bertanya tentang masalah gajah, terutamanya pada waktu cuti Hari Raya yang beliau sebutkan. Langkah yang kita telah ambil di kawasan Gerik ialah untuk membuat rondaan dan pemantauan secara berkala, pembinaan Tiga Sistem
Pagar Elektrik Gajah di Kampung Bukit Sapi sehingga Kampung Batu Reng, RPS Air Banun dan juga Bersia, melaksanakan pengayaan habitat dengan mewujudkan dua jenut tiruan di bawah viaduct Rangkaian Ekologi Central Forest Spine di antara Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Amanjaya dan juga Hutan Simpan Belum bagi menarik hidupan liar, terutamanya gajah supaya tidak melintas di atas jalan raya. Memasang 19 unit papan tanda lintasan gajah di jalan raya Timur Barat termasuk dua billboard besar dan satu papan tanda LED elephant crossing monitoring device. Ini merupakan teknologi terbaharu yang dibangunkan secara sendiri oleh pihak PERHILITAN di mana kita memasang lampu dan juga pengesan apabila adanya gajah. Ini kita berharap lebih berkesan dalam memberi amaran kepada pemandu-pemandu di kawasan yang berkemungkinan berlakunya konflik hidupan liar dan manusia. Kita sudah pasang di Kedah dan kita juga pasang di negeri Perak. Insya-Allah, kita akan tambah lagi pada tahun ini.
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh tanya sedikit tentang keberkesanan penggunaan pagar elektrik dalam konteks isu konflik gajah dan manusia ini. Setakat mana keberkesanan setakat ini?
Saya risau tadi Yang Berhormat Putrajaya nak mengadu ada masalah gajah dekat Putrajaya tadi. Keberkesanan dia, sebenarnya kalau ikut panduan penggunaan pagar elektrik itu, dia agak berkesan. Masalah dia ada dualah. Satu, bila kita ataupun pengguna itu tidak menggunakannya secara berkesan. Tidak menutupnya dengan rapat dan satu lagi tidak mengikut panduan-panduan yang diberikan oleh Jabatan PERHILITAN. Kedua, gajah ini sebenarnya satu binatang yang sangat cerdik. So, kalau dia sudah tengok misalnya apabila ada pokok yang menghalang dan sebagainya dan pagar itu tidak berkesan, tidak ada renjatan elektrik misalnya, selepas itu mereka tahu bahawa mereka boleh menembusi pagar-pagar tersebut. Jadi, itu soalnya melibatkan penyelenggaraan dan juga kesedaran di kalangan komuniti setempat.
Sebab itu soal memberi kesedaran dan pendidikan kepada komuniti juga meliputi isu core existence antara manusia dan juga hidupan liar. Yang Berhormat Kalabakan juga memaklumkan tentang keperluan untuk koridor hidupan liar tentang masalah di kawasan Merotai sebagai jaminan kepada penyelesaian terhadap konflik hidupan liar. Kalau di Sabah, pengurusan hidupan liar adalah menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (Pindaan 2016) yang dikawal selia oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Kita mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat tersebut dan kita akan sampaikan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Kita juga akan berkongsi pengalaman yang kita telah buat di Semenanjung di beberapa tempat dalam soal viaduct hidupan liar tersebut.
Balik Pulau.
Tak ada.
Tidak ada. Seterusnya, Setiu. Ya. Setiu memohon maklum balas kerajaan tentang untuk mewujudkan Pejabat PERHILITAN Daerah Setiu. Ini, saya tahu merupakan satu persoalan yang sangat dekat dengan Yang Berhormat Setiu dan sering dibangkitkan. Buat masa ini, kita ada pejabat PERHILITAN di Daerah Besut yang menjaga soal hidupan liar meliputi daerah Besut dan Setiu dengan lapan orang kakitangan. Kita sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan Pejabat PERHILITAN Daerah Setiu dengan mengambil kira lokasi yang sesuai, bilangan kakitangan terlibat dan juga implikasi kos. Kita akan sampaikan juga dalam wishlist kita kepada Kementerian Ekonomi untuk kita diambil kira tentang keperluan ini untuk RMKe-13 yang akan datang. Tentang pembinaan koridor hidupan liar di Daerah Setiu, PERHILITAN telah pun bekerjasama dengan PLANMalaysia dan pemegang taruh yang lain termasuklah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu untuk mengenal pasti kawasan rangkaian ekologi seluas 36,958 hektar di Setiu yang melibatkan jajaran Hutan Simpan Hulu Nerus, Hutan Simpan Hulu Setiu, Taman Negeri Setiu Wetlands. Ini adalah sebahagian daripada Central Forest Spine yang telah pun dikenal pasti untuk menghubungkan kompleks hutan yang terpisah. Sebab ini antara punca konflik hidupan liar manusia yang kita lihat sering berlaku. Seterusnya, Kapar. Tapi saya ingat, saya jawab sebab ini soalan yang penting. Kapar meminta penjelasan kerajaan tentang EIA terhadap kilang yang mengendalikan bahan mudah terbakar. Untuk makluman, setakat ini EIA yang sedia ada ialah untuk melihat potensi impak ataupun kesan kepada alam sekitar daripada cadangan sesuatu pembangunan berimpak tinggi dan apa langkah-langkah mitigasi yang wajar diambil? Jadi, buat masa ini, bukan semua kilang yang mengendalikan hazard bahan mudah terbakar perlu menyediakan EIA sebab dia walaupun ada overlap di dalam beberapa aspek tapi bukan semua kilang yang menguruskan bahan mudah terbakar ini tertakluk di bawah EIA. Ini kerana untuk EIA dia kena tertakluk di bawah aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling di bawah (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015 ataupun biasa dipanggil Perintah EIA 2015. Biasanya, yang melibatkan keperluan Laporan EIA yang mudah terbakar ialah industri kimia, simen, kapur, petrokimia, limbungan kapal, peleburan utama logam, pengeluaran kertas dan juga petroleum. Selain daripada impak kepada kualiti alam sekeliling, kajian EIA juga turut mengambil kira potensi risiko dan impak daripada kejadian luar jangka seperti letupan, kebakaran dan kebocoran bahan kimia berbahaya terutamanya semasa peringkat operasi kilang. Pertimbangan kelulusan Laporan EIA hanya akan diberikan sekiranya lokasi cadangan industri tersebut selaras dengan rancangan pemajuan sama ada rancangan fizikal negara ataupun rancangan tempatan daerah yang sedang berkuat kuasa. JAS berpuas hati dengan
hasil penilaian impak serta langkah-langkah mitigasi kawalan pencemaran dan risiko yang telah digariskan.
[Bangun]
Tetapi bagi perkara-perkara yang melibatkan aspek pengendalian bahan kimia atau bahan berbahaya, ia dikawal selia oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya dapati dalam kes pengurusan hazard ini bukan hanya melibatkan pihak kilang tapi juga melibatkan pihak Majlis-majlis Daerah kerana bila melibatkan pengurusan sampah, sampah yang dibuang itu pelbagai. Jadi, adakah JAS juga mempunyai hubungan dengan pihak KPKT khususnya ahli-ahli majlis dalam pendidikan kepada pembuang dan juga pengutip sampah di lokasi sampah di seluruh negara yang mungkin terlibat dalam hazard seperti ini. Terima kasih.
Menteri. Sambungan daripada apa yang disebut berkenaan dengan longgokan sampah daripada pihak Majlis- majlis Daerah. Majlis-majlis Daerah ini, dia buang sampah, kadang-kadang tepi jalan yang menjadi laluan besar dan ada kawasan-kawasan yang menjadi penempatan kepada masyarakat. Apa-apa tindakan yang boleh dibuat oleh pihak kementerian?
Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ini memang memerlukan kerjasama antara JAS dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita sememangnya ada mengeluarkan garis panduan dan memberi pandangan tetapi saya setuju bahawa masih ada banyak ruang yang boleh dipertingkatkan. Kadang-kadang bukan sahaja PBT, kontraktor-kontraktor yang dilantik juga perlu diberikan pendedahan dan sekiranya mereka tidak patuh, maka kena ada tindakan yang tegas yang diambil. Di peringkat sekarang pun, kita di peringkat JAS, kita perlukan kerjasama baik dengan pihak PBT. Saya bagi contoh, soal seperti pembakaran terbuka, open burning. Itu sebenarnya boleh dikuatkuasakan di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar tetapi kalau di kawasan perumahan misalnya, JAS tak mampu dengan bilangan anggota yang kita ada. So, biasa kita di peringkat JAS, kita akan fokus kepada kilang-kilang industri yang besar. Jadi, kita mengharapkan kerjasama di peringkat PBT tentang persoalan yang melibatkan pembakaran terbuka. Jadi, atas dasar itu, dari segi pengurusan sampah sendiri di peringkat PBT juga, maka saya berharap PBT sedar kerana ini sekarang merupakan satu isu yang banyak mendapat perhatian orang ramai dan juga menyumbang kepada situasi cuaca yang ataupun suasana yang tidak sihat dari segi kualiti udara. Mungkin kita kena lihat satu kerjasama yang
lebih baiklah di peringkat PBT, KPKT dan juga Jabatan Alam Sekitar dalam hal ini. Saya akan berbincang dengan sahabat saya, Menteri KPKT. Saya juga akan menyentuh sedikit tentang perkara yang dibangkitkan oleh YB Puchong walaupun beliau tidak ada di sini. Tentang draf undang-undang komprehensif kawal selia penggunaan bahan kimia. Untuk makluman, kawalan bahan kimia berbahaya di Malaysia dilaksanakan secara bersepadu oleh sembilan kementerian dan agensi dan sembilan akta sedia ada yang sedang berkuat kuasa dan masing-masing ada sistem inventori data tersendiri bagi memantau bahan kimia di bawah akta masing-masing. Jadi, bagi menyelesaikan masalah integrasi dan data dan juga perundangan supaya kita tidak bergerak secara silo dan mengambil kira kitaran hayat ataupun life cycle bahan kimia tersebut daripada kemasukan sehinggalah pelupusan ataupun from cradle to grave, Jawatankuasa Pengukuhan Tadbir Urus Bahan Kimia Berbahaya peringkat Kebangsaan telah ditubuhkan. Ini pertama, untuk memudahkan perkongsian data antara pelbagai kementerian dan agensi dalam menguruskan bahan kimia berbahaya, mewujudkan senarai bahan kimia berbahaya keutamaan di peringkat kebangsaan, menilai risiko dan merancang pelan mitigasi dan menyelaras isu-isu berbangkit. Jadi, sebagai contoh perkara yang kita akan bawa ke jawatankuasa ini yang saya pengerusikan ialah soal asbestos. Ini telah banyak mendapat perhatian dan dibangkitkan oleh masyarakat sivil NGO-NGO juga dan kita akan bawa perkara ini ke jawatankuasa tersebut untuk lihat bagaimana kita dapat mengambil pendekatan yang bersepadu kepada asbestos yang telah dikenal pasti sebagai satu bahan yang boleh menyebabkan barah ataupun kanser. Ini selaras dengan konvensyen untuk memantau pergerakan bahan kimia industri berbahaya selaras dengan Konvensyen Rotterdam. Jadi, kena prinsip-prinsip seperti prior informed consent dan sebagainya untuk memastikan ia dapat diuruskan sebaik mungkin dan juga dengan sistem eSWIS iaitu melibatkan pelupusan bahan buangan terjadual yang dikendalikan oleh pihak JAS. Jadi, kita belum merancang untuk mewujudkan akta tadbir urus bahan kimia buat masa ini tetapi kalau kita rasa ada permasalahan dengan pendekatan sedia ada, mungkin kita akan lihat tentang keperluan perkara tersebut.
Yang Berhormat Kepala Batas? Okey. Yang Berhormat Kelapa Batas telah memohon untuk tindakan pembuangan sisa kumbahan najis babi ke Sungai Kereh yang memberi impak kepada para pesawah. JAS telah menjalankan pemeriksaan terhadap semua industri di kawasan ini sejak tahun 2015 dan semua premis mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kita perlu maklum bahawa soal sisa daripada penternakan haiwan penternakan bukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, tetapi JAS memantau kualiti air Sungai Kereh melalui stesen pengawasan di sungai tersebut.
Bacaan terkini pada bulan Januari, Mac, Mei, Julai dan September 2024 menunjukkan kualiti air Sungai Kereh berada di kelas tiga dan empat dengan bacaan sub indeks ammoniacal nitrogen yang menyumbang kepada bacaan tinggi berbanding parameter lain. Ini mungkin berpunca daripada aktiviti pelepasan kumbahan daripada ladang ternakan babi tersebut memandangkan tiada loji pengolahan kumbahan yang beroperasi dalam kawasan ini. Kita telah melaksanakan kajian ke atas pencemaran bau di sekitar Kampung Selamat, Tasek Gelugor dan pensampelan juga telah dijalankan di 13 lokasi di sekitar kawasan Kampung Selamat. Maka, kita telah kongsikan maklumat ini dengan jabatan ataupun agensi yang bertanggungjawab termasuklah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tindakan di bawah bidang kuasa mereka masing-masing. Seterusnya, Yang Berhormat Paya Besar. Tidak ada. Cuma, mungkin saya sebut sedikit tentang ― yang ditanya tentang standard yang lebih ketat untuk mengelakkan soal pemalsuan ataupun greenwashing di dalam sijil atau pengiktirafan agenda hijau. Jadi, NRES telah memperkenalkan kerangka kewangan REDD Plus yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan dan memelihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan termasuk dalam sumbangan mitigasi perubahan iklim. Salah satu instrumen atau pun standard yang diwujudkan di bawah RFF ini ialah Forest Carbon Offset (FCO) yang merupakan cabang utama bagi mewujudkan Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan bagi sektor perhutanan yang membolehkan penjanaan kredit karbon untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Ini ialah untuk mewujudkan sistem pengkreditan domestik yang setara dengan piawaian antarabangsa seperti Verra dan Gold Standard tetapi menawarkan pilihan fi dan caj yang lebih bersesuaian. Kita sedang membangunkan perkara ini dengan mendapat pelbagai input daripada pihak-pihak yang berkaitan. Jadi, ini hanya melibatkan soal kredit karbon tersebut, kita memang meletakkan piawaian yang paling ketat supaya kita dapat mengelakkan elemen greenwashing ini berlaku. Pada masa yang sama, di bawah Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC), kita juga ada standard MyHIJAU. Itu pun kita sedang lihat supaya ia dapat dibuat dengan betul-betul ketat dan ada ketelusan di dalam pelaksanaannya supaya apabila apa jua produk yang ada label MyHIJAU itu, orang boleh yakin tentang credential hijau dia. Maknanya betul-betul menepati keperluan kelestarian dan sebagainya dan bukan bersifat greenwashing yang kita tengok berlaku di luar sana. Yang Berhormat Kuala Terengganu bertanya tentang bagaimana perundingan dengan kerajaan negeri bagi pelaksanaan kredit karbon tersebut. Untuk makluman, kita
sedang melaksanakan kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan secara berperingkat dan kita memang melibatkan semua kerajaan-kerajaan negeri. Kita telah pun di peringkat DPKK dan juga Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara, kita telah mengadakan sesi libat urus dengan 12 kerajaan negeri. Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor, Melaka, Kedah, Sabah antara negeri-negeri yang kita telah pun duduk berbincang untuk mendapatkan pandangan terhadap RUUPIN dan juga DPKK ini. Ia dibuat di peringkat pegawai dan juga ada yang melibatkan di peringkat pengurusan tertinggi dan saya juga ada bertemu dengan beberapa Menteri Besar, Ketua Menteri, Premier dalam hal ini. Jadi, kita memang akan memastikan penglibatan kerajaan negeri sebagai ahli jawatankuasa teknikal bagi memastikan input kerajaan negeri diambil kira di dalam pembangunan DPKK dan RUUPIN. Simpang Renggam, ada?
Tak ada.
Tidak ada. Saratok?
Tak ada.
Tidak ada. Seterusnya, Klang?
Tak ada.
Klang tidak ada tapi saya hendak sentuh sedikit sebab ini juga isu yang sering mendapat perhatian. Soal penggunaan tanah persekutuan. Yang Berhormat Klang telah memohon penjelasan kerajaan mengenai status tanah persekutuan iaitu Lot 96588 dan Lot 93893 yang tujuannya untuk institusi pendidikan tetapi sekarang telah disewakan untuk tujuan komersial. Jadi, sememangnya kita memandang serius kepada penyewa-penyewa tanah milik Persekutuan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Lot-lot tanah ini telah diluluskan penyewaan bermula 1 Oktober 2022 selama tiga tahun bagi tujuan nurseri dan kemudian pada September 2023, ia telah ditambahkan tujuan penyewaan bagi tujuan nurseri pertanian, pusat pameran perabot, dewan majlis keraian, medan selera dan pusat sukan dengan penambahan kadar penyewaan kepada RM145,160 sebulan. Tetapi, ia tertakluk kepada kebenaran merancang daripada pihak PBT dan kegagalan mendapatkan kelulusan telah menyebabkan JKPTG mengambil tindakan iaitu mengeluarkan surat peringatan dan seterusnya PTP telah menamatkan penyewaan tersebut menerusi surat pada 17 Mei 2024. Mereka penyewa telah membuat permohonan penyewaan yang baharu pada 21 Mei dan mengemukakan notis rayuan kepada Lembaga Rayuan Negeri Selangor pada 27 Mei 2024 kepada keputusan penolakan kebenaran merancang. Rayuan tersebut telah pun ditolak dan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan Bilangan 7/2024
telah menimbang dan meluluskan penyewaan kedua-dua lot tanah tersebut kepada penyewa selama tiga tahun antara 1 Mac 2025 sehingga 28 Februari tetapi ia tertakluk kepada keputusan oleh Lembaga Rayuan tersebut. Jadi, status terkini ialah penyewa telah pun gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam surat tawaran penyewaan dan surat pembatalan tawaran telah pun dikeluarkan kepada penyewa pada 10 Februari 2025 dan penyewa perlu mengosongkan tapak tersebut serta-merta. Jadi, itu merupakan sedikit latar belakang, sebab saya tahu soal tanah persekutuan banyak mendapat isu dan secara spesifik tanah Klang tersebut, pegawai-pegawai saya dan juga pegawai kanan daripada kementerian saya juga telah pun turun untuk melihat sendiri soal tersebut. Jadi, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta dan kepada yang tidak hadir, kita akan bagi jawapan secara bertulis bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan. Jadi, terima kasih daripada NRES. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Belia dan Sukan untuk mula menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Seramai sembilan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja dan telah menyentuh isu berkaitan KBS. Secara keseluruhannya, sebanyak 10 perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi hanya tiga perkara baharu dan lima Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu yang sama iaitu fasiliti sukan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun YB Sandakan tidak ada, tetapi beliau menyentuh perkara yang sangat penting iaitu kesihatan mental dalam belia. Jadi, saya akan memberikan jawapan ini kerana cukup penting untuk Dewan ini. Berhubung isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan mengenai permasalahan kesihatan mental di kalangan belia yang semakin meningkat, KBS akan menumpukan fokus kepada kesejahteraan belia secara holistik. Ini termasuklah menangani isu-isu sosial berkaitan belia melalui program dan latihan aktiviti yang bersesuaian sebagai langkah pencegahan. National Health Morbidity Survey 2023, dengan izin, yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan merekodkan satu juta ataupun 4.6 peratus penduduk di Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan. Dapatan kajian yang sama juga
mendapati hampir separuh daripada mereka berfikir untuk mencederakan diri ataupun lebih baik untuk mereka mati iaitu bunuh diri.
Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan belia dan kesihatan mental mereka terjaga. Satu, Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 telah pun dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama bersama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF). Mereka telah membangunkan Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia ini. Indeks ini merupakan alat pengukuran penting bagi menilai tahap kesihatan mental belia Malaysia berusia 15 hingga 30 tahun. Pengukuran ini mengambil kira tujuh domain yang mempengaruhi kesihatan mental belia iaitu minda sihat, gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, pengendalian tekanan dan sokongan sosial. Semua ini berkaitan juga dengan akses kepada aktiviti rekreasi yang mereka ada. Keduanya pencegahan melalui Rakan Muda. Program Rakan Muda melalui 10 gaya hidup dapat dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan ini merupakan punca kuasa yang kita ada dan bajet yang telah diberikan kepada kita. Kita melaksanakan Program Rakan Muda bersama kerjasama dengan Majlis Belia Malaysia, sekretariat di IPT dan juga partner strategik kami. Peningkatan literasi kesihatan mental belia melalui program kesedaran dan advokasi. Ini IYRES dengan kerjasama UNICEF telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat: Youth Mental Health Act Together dan ini diadakan pada Oktober 2023. Pada tahun ini IYRES dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak akan menganjurkan Sarawak International Conference of Youth Mental Health. Garis Panduan Kesihatan Mental Belia telah dibangunkan pada tahun 2023 sebagai rujukan untuk mendapatkan pendedahan mengenai isu kesihatan mental menangani stigma masyarakat dan panduan mendepani isu kesihatan mental. Garis panduan ini boleh diakses oleh orang awam melalui website iyres.gov.my. Bagi memastikan generasi belia diberi pendedahan berhubung isu kesihatan mental, kementerian juga terus mempertingkatkan usaha melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan. Satu quick guide sedang dibangunkan bagi meningkatkan literasi kesihatan mental dalam kalangan belia serta panduan dan sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Ini termasuk care giver iaitu ahli keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Roundtable Discussion ASEAN Youth Mental Health akan dianjurkan bersempena dengan Tahun Kepengerusian ASEAN 2025.
Kod Sukan Selamat juga telah digubal oleh KBS untuk membantu atlet kita dan generasi muda yang melakukan sukan untuk menghormati persekitaran dan rakan-rakan yang menjalani sukan bersama. Pendidikan mengenai penyalahgunaan dadah. Ini merupakan kes terbaharu yang kita sedang mengikut rapat dengan PDRM untuk melihat overuse ataupun substance abuse, overdose dadah di kalangan golongan belia. Kini KBS sedang bekerjasama dengan PDRM dan Ketua Polis Selangor khasnya untuk membangunkan program dan aktiviti serta bentuk pendidikan dan advokasi yang sesuai berhubung penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Keduanya adalah isu yang telah dibangkitkan oleh YB Kangar, YB ada? Ya, berhubung pembangunan sukan perahu layar di negeri Perlis, suka ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa KBS melalui Majlis Sukan Negara sememangnya prihatin membangunkan bakat sukan pelayaran secara menyeluruh, termasuk negeri Perlis. Majlis Sukan Negeri turut berperanan merancang ekosistem pembangunan sukan prestasi tinggi di peringkat negeri berdasarkan dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri masing-masing. MSN melaksanakan Program Pelapis Negeri dan Program Bakat dengan penyelarasan geran tahunan yang disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri bagi menampung keperluan program latihan. MSN telah menyalurkan geran kepada Majlis Sukan Negeri Perlis sebanyak RM233,400 khusus untuk sukan pelayaran di negeri Perlis dari tahun 2022 hingga tahun 2024. Bantuan ini merangkumi elemen gaji, elaun jurulatih, penyertaan pertandingan, penganjuran kejohanan dalaman, peralatan asas dan subsidi minyak. Usaha ini merupakan kerjasama strategik antara Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Perlis. Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negeri Perlis bertanggungjawab menyediakan bantuan peralatan bot iaitu peralatan kecil serta layar pada tahun 2024 bagi persiapan ke arah SUKMA Sarawak 2024. Menerusi pencapaian satu pingat perak di SUKMA, Majlis Sukan Negeri Perlis akan mempertimbangkan bantuan untuk tambahan pembelian satu bot Optimist dan satu bot ILCA, peralatan kecil serta pelayar bagi kegunaan atlet meneruskan latihan tahun 2025. Kebudayaan dan sukan merupakan antara perkara yang disenaraikan dalam Senarai Bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Joint List. Untuk itu pihak kementerian berharap agar pihak kerajaan negeri dan juga PBT memainkan peranan dan memberikan kerjasama untuk membangunkan sukan di peringkat negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap persatuan-persatuan sukan juga mengambil langkah proaktif dengan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri dan sektor swasta dalam mendapatkan dana dan bantuan untuk pembangunan sukan seperti perahu layar. Kini KBS mempunyai 103 jenis sukan yang telah diwartakan dan memang agak sukar untuk kita salurkan dengan sama rata peruntukan untuk tujuan pembangunan semua sukan.
Ini adalah penting kerana pembangunan sukan memerlukan whole of nation approach dan jangan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Jadi, untuk makluman tambahan YB, saya ada breakdown tahun 2022, 2023 dan tahun 2024 dan jumlah atlet elit di Perlis adalah lima orang. Jumlah atlet pelapis negeri 13 orang dan jumlah atlet bakat lima orang. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih YB Menteri.
Itu sahaja?
Itu sahaja.
Jawapan sangat teliti okey. Okey, isu TVET.
Okey, Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Saya nak tanya sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya meneliti banyak jawapan daripada kementerian sebelum ini dan juga hari ini. Saya mendapati bahawa kebanyakan sukan ini diberikan kemudahan kepada negeri-negeri. Tetapi adakah di pihak kementerian mempunyai suatu mekanisme untuk audit fasiliti yang dibekalkan kepada semua kawasan-kawasan Parlimen? Sebab kita tengok dia tak jadi seimbang. Ada yang ada, sebagai contohnya tak cukup kolam renang di negeri tertentu. Jadi adakah ini pihak kementerian ada mempunyai satu audit untuk menilai fasiliti bagi mengurangkan tekanan kepada anak muda dan juga memastikan bahawa peruntukan yang sama diberikan kepada negeri pembangkang dan juga negeri kerajaan untuk kemudahan remaja dan belia? Terima kasih.
Okey, ini adalah perkara yang baharu tetapi seperti yang telah saya nyatakan bahawa aset fasiliti sukan ini mempunyai tiga atau empat jenis pemilik. Satu, Kerajaan Persekutuan, satu lagi kerajaan negeri, PBT dan pihak swasta. Dalam penyediaan fasiliti sukan ini, sangat bergantung kepada komuniti setempat, apa aktiviti sukan yang mereka mahukan dan banyak permohonan yang akan saya sentuh nanti daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Semuanya nak bina fasiliti sukan di kawasan masing-masing tanpa mengambil kira kos penyelenggaraan. Banyak kali kita nak bina tetapi bina nak hand over kepada pihak kerajaan negeri mereka kata kita tak mampu untuk jaga jadi kita tak nak. Jadi kita ada Projek Persekutuan yang kita stuck, tak boleh hand over kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri kata tak ada dana untuk penyelenggaraan. Jadi sekarang ini kita mengambil dasar semua permohonan datang daripada kerajaan negeri kerana Yang Berhormat, kita ada permintaan yang bercanggah. ADUN, MP mahukan fasiliti sukan yang berbeza, kerajaan negeri pula nak senarai yang berbeza. Jadi untuk KBS kita memang akan menggunakan senarai yang diberikan oleh kerajaan negeri supaya tidak ada isu tanah yang tak dapat diselesaikan.
Saya nak sentuh isu TVET, Yang Berhormat Ledang tak ada, saya bagi nanti. Yang Berhormat Wangsa Maju tak ada, Yang Berhormat tak ada, senang. Okey, fasiliti sukan Yang Berhormat Parit. Tak ada, Lubok Antu? Lubok Antu ada, okey. Untuk Yang Berhormat Lubok Antu, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Lubok Antu bahawa pada masa ini KBS tiada perancangan untuk membina sebuah mini stadium di kawasan Pekan Engkilili. Keutamaan kementerian pada masa ini adalah untuk menaik taraf fasiliti di bawah tanggungjawab kementerian sendiri. Ini kerana pembinaan kemudahan sukan baharu memerlukan penyelenggaraan yang tinggi dan pertambahan perjawatan bagi menguruskan fasiliti ini. Saya juga ingin memaklumkan kepada semua Yang Berhormat kerana walaupun saya telah banyak kali menjawab ini tetapi isu yang sama dibangkitkan, untuk fasiliti baru, kompleks sukan baru, stadium baru.
Semua permintaan ini disalurkan kepada KBS. KBS akan menghantar permohonan kepada Kementerian Ekonomi. Di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Ke-12, KBS telah memohon 229 projek iaitu 51 untuk bina baharu dan 178 untuk sambungan merangkumi fasiliti di bawah seliaan kementerian dan lain-lain fasiliti di bawah majlis pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri. Daripada jumlah 229 projek yang kita hantar kepada Kementerian Ekonomi, hanya 10 peratus daripada jumlah permohonan itu diluluskan oleh Kementerian Ekonomi. Peluang untuk dapatkan fasiliti baharu ini memang sangat tipis peluangnya. Untuk Yang Berhormat seterusnya...
Temerloh, Temerloh.
Temerloh. Mana Temerloh? Okey Temerloh. YB Temerloh telah meminta sama juga naik taraf Stadium Temerloh. Okey. Berdasarkan semakan kementerian ini, Stadium Temerloh adalah terletak di bawah seliaan pihak Majlis Perbandaran Temerloh. Sehingga kini KBS tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menaik taraf stadium tersebut. Saya ingin memaklumkan kepada pihak Yang Berhormat bahawa KBS ketika ini tiada perancangan untuk menaik taraf Stadium Temerloh. Pada masa ini kementerian memberikan fokus kepada usaha untuk menaik taraf fasiliti sukan sedia ada di bawah tanggungjawab kementerian. Saya juga bekerja rapat dengan Exco Sukan di Negeri Pahang untuk melihat fasiliti sukan. Bila kita beri geran untuk naik taraf, saya bagi contoh untuk liga bola sepak, kerajaan negeri akan menamakan satu stadium pilihan mereka iaitu di Kuantan. Kita juga telah memberikan dana untuk naik taraf. Jadi, pertimbangan ini akan dilakukan berdasarkan senarai yang diberikan oleh kerajaan negeri. Saya minta semua Ahli Yang Berhormat kena
engage dengan kerajaan negeri dan Exco negeri masing-masing untuk melihat keutamaan yang mesti diberikan, khasnya untuk stadium-stadium utama.
Boleh sikit, tambah?
Boleh.
Sebab Stadium Temerloh ini baru-baru ini digunakan untuk pertandingan bola sepak.
Ya.
Menjadi tempat utama. Tapi sayang seribu kali sayang kerana dia dekat dengan sungai. Bila melimpah, air masuk dalam stadium. Jadi, pada ketika itu tak boleh digunakanlah. Itu yang kita nak naik taraf itu dan dikembangkan lagi. Itu sahaja.
Faham. Saya fikir Exco Negeri Pahang mereka akan mengambil maklum masalah ini. Mereka akan berikan perhatian mereka kepada isu ini. Untuk terakhirnya YB Setiu, ada? Ya. Berhubung permohonan memasang lampu limpah di Velodrom Basikal Dungun. Sukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah menerima permohonan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu untuk pembinaan lampu limpah di Velodrom Dungun, Terengganu. KBS akan membawa permohonan projek kepada Kementerian Ekonomi untuk dipertimbangkan pelaksanaannya di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke- 13. Namun kelulusan projek adalah tertakluk kepada Kementerian Ekonomi. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sebagai penutup, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab. Eh, sorry. Yang Berhormat Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas. Seisi warga KPDN merafakkan kesyukuran atas keberangkatan tiba Duli Tuanku ke tanah air setelah selamat menjalani rawatan baru-baru ini. Puan Yang di-Pertua, setinggi-tinggi terima kasih kepada 42 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara dan isu yang terkait dengan kefungsian KPDN dalam sesi perbahasan Titah Diraja. Saya akan memberikan jawapan berdasarkan kluster
pertama perdagangan dalam negeri. Kedua, aspek penguatkuasaan. Ketiga, aspek kos sara hidup. Pertama, berkenaan dengan perdagangan dalam negeri yang melibatkan isu minyak masak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu. Tiada dalam Dewan. Kalabakan pun tiada. Petaling Jaya? Petaling Jaya pun tiada. Jadi, I skip this part. Kedua, berkaitan dengan isu ketirisan dibangkitkan oleh dua Ahli Yang Berhormat. Port Dickson pun tiada dan YB Kalabakan pun tiada di dalam Dewan. Ketiga, berkenaan dengan penyasaran subsidi diesel secara spesifik, isu IPTS dan juga isu kumpulan pesawah dibangkitkan oleh YB Jempol pun tiada dalam Dewan dan juga YB Besut...
Tak ada.
Tiada juga ya. Seterusnya, berkaitan penguatkuasaan terhadap logo halal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai iaitu isu penggunaan logo halal palsu dengan saranan agar tindakan tegas dikenakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk makluman sebagai mana yang kita tahu dalam ekosistem pensijilan halal di Malaysia, KPDN bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan dan membuat pemantauan bagi memastikan makanan, barangan dan perkhidmatan yang dijual di pasaran Malaysia mematuhi perundangan halal yang telah ditetapkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Di bawah Akta 730 ini, terdapat peruntukan berkaitan penguatkuasaan halal bagi menangani isu-isu penyalahgunaan sijil dan perakuan halal yang sering mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini. Perundangan-perundangan subsidiari di bawah Akta 730 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 adalah bagi membolehkan isu penyalahgunaan sijil dan perakuan halal diatasi dengan lebih efektif dan menyeluruh.
Menteri. Jelebu. Boleh? Menteri, minta maaf Speaker. Minta maaf saya terlambat sikit tadi. Menteri dah melangkau. Saya dengar tadi itu fasal kes subsidi.
Lepas ini saya jawab Yang Berhormat.
Boleh jawab lagi?
Boleh ya? Boleh.
Okey. Okey. Alright.
Okey, boleh. Okey, saya sambung berkaitan dengan halal ini. Berhubung dengan dokumen rasmi pengesahan status halal melalui skim Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Buat masa ini pendaftaran ini adalah bersifat sukarela. Tanggungjawab KPDN adalah daripada aspek penguatkuasaan. Kita sentiasa melaksanakan kerjasama bersama dengan JAKIM untuk membuat hebahan umum,
pemeriksaan halal, operasi khas, pemantauan di platform e-Dagang dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertanggungjawab memastikan setiap permohonan cap dagang yang diterima, diteliti dengan sewajarnya bagi memastikan tiada penyalahgunaan nama, istilah, perkataan, label atau apa-apa elemen yang boleh dikaitkan dengan Islam seperti logo atau kubah masjid, Kaabah, bulan sabit dan bintang, simbol atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan Islam termasuk ayat suci Al-Quran pada produk dan perkhidmatan yang diniagakan oleh peniaga bukan Muslim sekiranya digunakan bagi tujuan memperdaya atau mengelirukan pengguna Islam. Kita akan sentiasa membuat penguatkuasaan. Namun apa yang penting kebertanggungjawaban di seluruh peringkat. Kita mengharapkan juga pasar raya juga memainkan peranan dengan menyemak sumber-sumber bekalan produk-produk yang dimasukkan di semua peringkat sama ada pemborong, peruncit perlu untuk menyemak portal Halal Malaysia yang dikendalikan oleh JAKIM untuk membuat semakan sebarang status halal yang diguna pakai oleh mana-mana premis sekalipun.
Menteri, Menteri boleh? Terima kasih. Terima kasih kepada Speaker. Terima kasih kepada Menteri. Satunya ialah berkenaan dengan penyalahgunaan logo halal ini. Soalan saya tanya ialah soal hukuman yang dikenakan itu kadang-kadang terlalu rendah. Kita tahu memang itu bidang kuasa KPDN. Bukan kuasa di bidang pihak JAKIM. JAKIM hanyalah dia meluluskan untuk pensijilan halal sahaja. Keduanya ialah saya tengok hari ini banyak jenama-jenama yang menggunakan masjid, yang menggunakan logo-logo itu, sejauh manakah penguatkuasaan terhadap hal ini untuk diambil tindakan kerana banyak mengelirukan? Itu sejak adakah bertentangan dan boleh diambil tindakan oleh pihak kementerian dalam hal ini? Terima kasih Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, yang terkait dengan hukuman kesalahan yang dilakukan sememangnya ada syor untuk kita meningkatkan kerana ini terkait dengan isu yang amat sensitif dan penting khususnya untuk masyarakat Islam dan kita sedang membincangkan dengan pihak JAKIM dan juga pihak- pihak yang berkenaan keperluan untuk kita mempertimbangkan agar ditingkatkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang terkait dengan penyalahgunaan logo halal ini. Keduanya, contoh-contoh yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah terkait dengan Perintah Perihal Dagangan berkaitan dengan takrif halal 2011 iaitu penggunaan logo yang terkait dengan ayat Quran, logo masjid dan sebagainya. Terus terang saya katakan bahawa walaupun kita mempunyai penguat kuasa di semua cawangan, namun kita memerlukan kerjasama dan bantuan daripada semua pihak. Itu sebabnya saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab di KPDN sentiasa terbuka.
Selagi banyak aduan yang kita terima, bagi saya adalah kita bukan rujuk aduan itu berkurangan itu sebagai KPI. Tetapi, sejauh mana kita dapat menyusul secepat mungkin setiap aduan yang dikemukakan oleh pihak, mana-mana pihak. Itu sebab kita laksanakan juga gerakan Kita Gempur itu untuk membawa masyarakat partisipasi masa onward untuk membantu kita menyalurkan aduan dan laporan tentang apa-apa juga tindakan. Dan kalau kita lihat laman portal yang disediakan oleh JAKIM, masyarakat juga boleh memainkan peranan kerana boleh menyemak status logo tersebut dan terus memberikan aduan kepada kita untuk kita membuat tindakan susulan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Sedikit berkaitan dengan halal ini. Jawapan bertulis pun tak apa. Kalau boleh saya nak tahu, berapa kes-kes yang mana telah diambil tindakan oleh pihak KPDN semenjak 15 tahun lepas berkaitan dengan logo halal ini? Apakah isunya dan apakah hukuman yang telah dikenakan? Satu. Kedua, kalau tadi Yang Berhormat Menteri sebut kata sepatutnya supermarket yang mengambil barang-barang tersebut menyemak dahulu status halal dan sebagainya. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan, sekiranya tidak ada semakan ataupun memang tidak ada proses untuk mereka menyemak dan kalau mereka masukkan apa sahaja barangan dengan logo halal yang palsu, maka ia dibenarkan atau macam mana? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat, setakat ini sebagai mana yang kita maklumi bahawa siasatan tertentu kita menjurus kepada usaha sumber – daripada mana sumber pihak yang di peringkat awal telah melakukan kesalahan sama ada menyalahgunakan logo tersebut. Namun, kita juga untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita juga sedang mempertimbangkan supaya tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat kesilapan untuk tidak menyemak. Ini kerana kebertanggungjawaban itu juga perlu di pelbagai peringkat. Jadi, itu juga dalam perkara yang perlu sedang kita bincangkan bersama dengan JAKIM supaya kebertanggungjawaban itu tidak ada pihak yang lepas tangan dengan mudah tanpa membuat semakan terhadap produk-produk yang dibawa yang ada logo halal. Untuk memastikan logo itu benar-benar sah dan telah diperakui oleh JAKIM. Kedua yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya mohon izin untuk nanti serahkan statistik tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya kembali mohon izin pada Yang Berhormat Jelebu. Hari itu pun saya sebenarnya, sepatutnya saya menunggu di Dewan untuk menjawab soalan. Cuma, Yang Berhormat Jelebu tidak berkesempatan untuk hadir masa sesi pertanyaan. Berkaitan dengan isu minyak masak. Dibangkitkan oleh YB Jelebu, YB Kalabakan dan juga YB Petaling Jaya. Berhubung dengan perkara ini, untuk makluman, KPDN telah dan sedang melaksanakan tujuh tindakan penambahbaikan mekanisme pelaksanaan Skim Penstabilan
Harga Minyak Masak (COSS) ini. Antaranya adalah mewajibkan penggunaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) di rantaian bekalan minyak masak paket bersubsidi meliputi peringkat kilang penapisan, syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit. Ini bertujuan untuk merekodkan setiap transaksi pengedaran dan penjualan. Kedua, melaksanakan naziran dan audit kepada semua syarikat pembungkus untuk memastikan pematuhan syarat dan untuk makluman, audit yang dilaksanakan pada tahun 2024 sebanyak 16 syarikat pembungkus telah digantung kuotanya dan sebanyak 30 syarikat pembungkus telah ditarik kuota sepenuhnya kerana melanggar syarat-syarat pemegang kuota COSS. Selain itu, melaksanakan mekanisme zoning. Kita susun semula supaya zoning itu adalah bersandarkan kepada keperluan negeri dan juga daerah dan kita telah rintis di Sabah dan Sarawak dan di Semenanjung akan bermula pada tahun ini. Menguatkuasakan larangan eksport minyak masak tulen, polybag, melaksanakan penguatkuasaan permit barang kawalan untuk milikan melebihi 12 kilogram. Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas pemilikan minyak masak bersubsidi oleh pengusaha restoran dan yang baru kita rintis juga bermula bulan November tahun lepas, penjualan minyak masak paket di Program-program Jualan RAHMAH. Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bantu memantau arahan yang telah kita putuskan. Ini kerana kita mahu walaupun penjualan RAHMAH ini adalah dalam bentuk barang-barang didiskaun kan. Ini barang yang harganya telah ditetapkan, namun kita berpendapat bahawa Program Jualan RAHMAH ini salah satu daripada premis ataupun bentuk kaedah penyampaian untuk memastikan rakyat dapat bekalan. Pada masa yang sama Yang Berhormat, ini perkara yang bagi saya cukup penting...
Yang Berhormat Menteri, minta laluan.
...Dan saya memerlukan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sistem yang ada iaitu sistem ECOSS memantau dan merekodkan transaksi daripada pengilang, syarikat pembungkus, pemborong hingga peruncit. Namun, ia tidak sampai kepada pengguna. Jadi, apabila wujudnya kelompongan tersebut, transaksi direkodkan hanya sehingga ke peringkat peruncit wujudnya risiko pihak-pihak tertentu melakukan dan melaksanakan tindakan ketirisan. Itu sebab kita baru putuskan bahawa kita ingin memastikan bahawa transaksi direkodkan pemantauan itu bermula daripada pengilang hinggalah dalam peringkat penjualan pembelian oleh pengguna. Kaedahnya adalah untuk kita perluaskan sistem sedia ada, sistem ECOSS itu, kita panjangkan, perluaskan. Now sehingga peringkat peruncit. Panjangkan sehingga ke peringkat pembelian. Yang tengah kita bincangkan bagaimana kaedahnya, mekanismenya supaya rakyat tidak terbeban. Ada opsyen-opsyen tertentu sama ada melalui aplikasi apabila rakyat ingin membeli, beliau perlu scan, imbas QR kod tertentu. Ada juga cadangan yang menggunakan MyKad.
Jadi, kita tengah memikirkan kaedah terbaik bersama dengan kementerian- kementerian dan agensi yang berkenaan kerana mahu tidak mahu, bagi kita inilah antara pendekatan yang cukup penting untuk dilaksanakan. Sebab kalau kita melihat kepada statistik bermula pada tahun 2021, 2020, subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan terkait dengan minyak masak ini sudah pun melebihi 1 bilion dan kini hampir kepada 2 bilion. Jadi, tanggungjawab kita memastikan kuota yang ditetapkan 60,000 metrik tan tersebut betul-betul sampai kepada pengguna dan pengguna boleh dapat di pasaran. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya minta laluan.
Yang Berhormat Menteri. Saya dahulu kah, sana dahulu? Yang Berhormat Jerlun, bagi saya dahulu lah. Boleh?
Saya nak cut sikit sahaja. Sat gi.
Speaker, saya minta dahulu boleh?
Yang Berhormat Jelebu dahulu.
Fasal saya dah booking awal. Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya tengok Yang Berhormat Menteri ini dia usaha kuat, you know. Dia usaha kuat. Menggunakan kaedah dan pendekatan bagaimana nak kawal ketirisan di peringkat sampai pengguna. Masalahnya Yang Berhormat Menteri, sampai ke peringkat bawah sekarang ini dia tidak berlaku seperti Yang Berhormat Menteri sebut Program ECOSS dan sebagainya itu. Di kawasan Parlimen saya, bekalan minyak masak paket, malah bekalan minyak masak lima kilo masih lagi susah nak didapati di kedai- kedai peruncit biasa. Itu pertama. Keduanya Yang Berhormat Menteri, masih lagi berleluasa minyak masak subsidi ini dengan sewenang-wenangnya diperolehi oleh pendatang tanpa izin, oleh Bangla dan sebagainya. Bukan saya anti sangat dekat Bangla ini tetapi bab ini saya memang anti. Tak bolehlah. Orang kita nak beli tak boleh, tetapi Bangla senang-senang dapat, yang kedua.
Yang ketiganya Menteri, Jualan RAHMAH, perfect. Memang minyak masak kadang- kadang stok ada dan itu pengguna yang betul, benar, yang layak untuk membeli di Jualan RAHMAH, yang ini saya nak ucapkan tahniah. Cumanya, akan datang boleh ditambah lagi kekerapan Jualan RAHMAH di kawasan-kawasan luar bandar. Last sekali Yang Berhormat Menteri, persatuan pengguna daerah ini dah – ada lagi tak? Dulu kita ada persatuan pengguna untuk memantau, buat penguatkuasaan untuk membantu KPDNKK di dalam penguatkuasaan di peringkat daerah dan kampung. Bagaimana dengan persatuan ini? Ada tak perancangan daripada pihak kementerian untuk activate balik persatuan ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Menteri, saya masukkan sedikit. Persoalan saya di sini apa yang dibangkitkan oleh Jelebu itu adalah sebahagian daripada pertanyaan saya. Cuma sedikit tambahan, bagaimana kerajaan memastikan stok minyak masak berpaket itu boleh ada ketika Jualan RAHMAH tetapi dalam keadaan tertentu, bekalan ini terputus? Yang menjadi mangsa kepada minyak masak berpaket ini adalah golongan peniaga-peniaga kecil. Mereka pergi ke beberapa kedai, tidak ada dan perlu membeli yang botol. Bila yang botol itu mungkin costing dia lebih tinggi. Jadi, mekanisme untuk memastikan sentiasa berada di pasaran itu bagaimana kaedah pelaksanaan dia? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya rangkumkan sekalilah ya. Itu yang saya sebutkan, semenjak saya memimpin KPDN, inilah antara fokus kita. Macam-macam strategi telah kita buat, termasuk yang saya sebutkan tadi, sebelum ini tiada dalam Jualan RAHMAH, kita pastikan ada dengan stok tertentu. Namun, benda paling crucial dan penting adalah saya melihat ketirisan masih berlaku, saya tidak nafikan sekiranya tidak ada pemantauan sehingga ke peringkat pembelian di peringkat pengguna. Kalau di peringkat runcit, sampai ke premis peruncit tertentu, mereka akan buat holding, simpan stok, jual kepada restoran dalam jumlah yang banyak sebab tidak ada rekod. Mereka tidak perlu report ke mana mereka jual. Itu sebab yang saya sebutkan tadi, kita perlu perluaskan sistem eCOSS yang sehingga peruncit itu kepada pembelian di peringkat pengguna. Jadi dengan adanya, dengan contohnya, bila direkodkan pengguna melalui kaedah tertentu sama ada MyKad ataupun scan QR code tersebut, ada rekod. Contohnya, stok di premis tersebut setiap bulan berapa matrik tan dihantar dan kita akan semak penjualan kepada siapa dan berapa penjualan yang keluar daripada premis peruncitan tersebut. Berbanding sebelum ini hanya rekod sampai, tidak ada semakan kepada siapa mereka jual. Itu yang pentingnya walaupun ada pihak tertentu yang mempertikaikan. Yang Berhormat Jelebu sebut tadi. Sebenarnya, kalau ingin melarang warga asing yang memang sejajar dengan polisi kerajaan supaya subsidi ini diberikan hanya kepada rakyat tempatan. Kita boleh mengeluarkan arahan besok juga untuk melarang penjualan minyak peket kepada warga asing tapi isunya adalah bagaimana ingin menguatkuasakan? Itu yang retail tanya sekarang. Adakah mereka akan setakat pasang, tidak boleh dijual kepada warga asing dan sebagainya ataupun bagaimana bentuk penguatkuasaan? Boleh dalam bentuk advokasi serupa tetapi mereka khuatir sekiranya ada pihak tertentu. Jadi, mereka bertanya pada kita apa mekanisme penguatkuasaannya? Itu sebab kita tengah percepatkan sistem sedia ada, tidak memerlukan pewujudan sistem baru, cuma kita panjangkan. Saya harap sangat nanti sokongan daripada semua Ahli Parlimen. Saya yakin ada pihak yang mungkin kurang bersetuju kalau perlu membeli minyak masak peket tiga bungkus, datang ke pasar raya kena ada aplikasi untuk scan ataupun kita nak leverage dengan
program SARA. SARA, menggunakan MyKad di terminal tertentu, scan. Cuma isunya SARA hanya dalam lebih kurang hampir 2,000 premis sahaja yang ada terminal SARA tersebut. Jadi, sedangkan mereka yang terlibat dalam pengedaran – premis-premis yang terlibat dalam penjualan minyak masak peket ini jumlahnya hampir 20,000. Jadi, SARA memerlukan masa untuk diperluaskan lagi. Jadi, setakat ini opsyen yang ada adalah melalui aplikasi ECOSS tersebut. Kalau sekiranya Ahli Yang Berhormat ada cadangan atau kaedah lain, untuk kita memantau pembelian itu, kita terbuka untuk menerima sebarang syor. Tetapi, cara untuk kita menangani ketirisan ini bagi saya adalah pemantauan hingga peringkat pembelian di premis peruncitan.
Menteri, saya...
Baru kita boleh memastikan...
...Saya ingin respons. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Berkenaan dengan isu yang sama, berkaitan dengan ECOSS. Untuk Parlimen-Parlimen sempadan, kita juga dimaklumkan sebelum ini bahawa kewujudan minyak-minyak peket ini di sempadan sangat banyak di sebelah sana. Jadi, adakah mekanisme dan perbincangan tentang minyak masak subsidi ini dibincangkan dalam jawatankuasa sempadan? Sebab isu ini memang kita tahu memang dah bocor ke sana. Jadi, minyak-minyak itu dapat didapati dengan banyak di negeri-negeri lain, bukan dalam negara kita. Jadi, saya cadangkan agar antara mekanisme yang perlu dibuat ialah memastikan dalam perbincangan antara negara-negara dan negeri sempadan ini dimasukkan fokus tentang agenda ini kerana banyak minyak masak kita di Kelantan susah tetapi di sebelah sana ada. Jadi, ini perlukan kepada satu perbincangan khusus dengan kedua-dua pihak supaya dapat kita atasi.
Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya ketirisan yang terkait dengan minyak masak ini dua aspek utama, penyelewengan dalam negara, penjualan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan, penggunaan banyak di restoran-restoran tertentu dan yang kedua adalah penyeludupan ke luar negara. Tetapi sememangnya dari segi Ops Tiris, kerjasama merentasi semua agensi salah satunya adalah item dalam kita mengekang penyeludupan dalam Ops Tiris ini adalah terkait dengan minyak masak peket. Namun, ia berbalik kepada sebagaimana yang saya sebut tadi, kita kena tangani isu pemantauan dan penguatkuasaan daripada sumber itu. Insya-Allah, sekiranya kita dapat memastikan setiap syarikat pembungkus ini menghantar kepada pemborong yang kita boleh pantau, pemborong hantar kepada peruncit yang dalam rekod mereka dan peruncit menjual, ada rekod yang boleh kita semak siapa yang mereka jual dan berapa jumlah yang dijual pada setiap bulan, insya-Allah kita dapat mengekang ketirisan minyak masak peket ini.
Saya mencelah. Kangar ingin mencelah YB Menteri. Juga berkaitan dengan minyak masak. Saya ingin mencadangkanlah kepada KPDNKK sebab kita ada dua bentuk pengguna. Satu pengguna, satu peniaga. Kalau boleh untuk peniaga-peniaga, terutamanya peniaga-peniaga kecil diberi peluang yang lebih untuk mendapatkan lebih banyak bekalan minyak masak berbanding dengan pengguna di rumah. Itu cadangan sayalah sebab sekarang ni memang susah sangat untuk dapatkan minyak masak, terutamanya daripada kalangan peniaga. Terima kasih.
Datuk, mohon sikit. Isu yang sama. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Kita ada 60 juta sebulan untuk minyak masak ini. Soalannya bukan soal berkenaan dengan orang asing beli atau tidak. Masalah yang berlaku, di kedai pun tak ada jual benda ni. Ini satu persoalan. Boleh atau tidak? Kalau kita boleh kesan, mungkin tak banyak syarikat-syarikat pembungkusan yang dapat ini, mungkin kita try dulu. Penguat kuasa kita faham, tak ramai. Mungkin kita tengok dua, tiga syarikat pembungkusan ini, kita boleh tengok dari segi dekat mana minyak tu dijual, kita follow betul-betul. Mungkin kita tak boleh selesai semua masalah, kita faham tadi. Tetapi sekurang-kurangnya hari ini kritikal sangat-sangat kerana kebanyakan B40 sekarang ini tak mampu untuk nak beli kerana akibat daripada soal berkenaan dengan ketidakwujudan minyak itu di situ. Saya juga pernah mencadangkan juga dalam soal beras. Beras pun sama. Mungkin dikatakan akta tidak mencukupi pada hari ini berkenaan dengan beras dicampur hari ini. Macam tempat saya di Bagan Serai ini ialah kawasan pengeluar beras. Kita tahu, kilang yang beli padi itu kita tahu. Kita boleh tengok, dia boleh beli padi 100 tan sehari, ke mana dia jual? Tiba-tiba beras tempatan tidak ada di situ. Itu agak mudah untuk macam kita boleh trace monetari yang ada. Wang haram yang masuk itu boleh kita trace melalui bank termasuklah sama juga dalam kes padi yang beras yang dicampur tadi sedangkan beras tempatan ada, tiba-tiba dia jual dengan harga beras import. Pun kes yang sama, boleh kita trace melalui kilang. Yang beli kita tahu kerana rekod pembelian tu ada dan ke mana padi ataupun beras yang diproses itu dijual tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, soalan daripada YB Kangar tadi ya.
Sememangnya dalam pengiraan kuota 60,000 metrik tan itu memang dimasukkan juga, kita buka ruang untuk dibeli dibenarkan pembelian oleh penjaja-penjaja kecil. Namun sekali beli daripada segi pembelian yang ditetapkan adalah pada tiga paket itu, itu yang ditetapkan tapi memang dalam kiraan selain daripada penggunaan domestik isi rumah tetapi dibenarkan juga pembelian oleh penjaja-penjaja kecil. Yang disebutkan, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat memang Yang Berhormat itu sebab saya sebutkan pada bermula pada
tahun 2023 sebaik saya diamanahkan di KPDN, langkah pertama yang kita buat adalah melaksanakan audit dan naziran di semua syarikat-syarikat pembungkus. Dan sebagaimana saya sebutkan tadi, kita telah mengambil tindakan membatalkan kuota dan juga menggantung kuota syarikat-syarikat tertentu yang sebahagiannya kita akan susul dengan tindakan di bawah perundangan lain selain daripada pembatalan dan juga penggantungan kuota tersebut. Namun dalam kita melaksanakan naziran dan auditan itu, saya masih melihat cara terbaik untuk kita menangani isu ini adalah pemantauan sehingga yang saya sebutkan tadi di peringkat pembelian itu, di peringkat peruncit itu. Ini kerana selagi mana transaksi hanya direkodkan hingga ke peringkat peruncit, ruang ketirisan masih terbuka untuk pihak-pihak tertentu menjual kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan termasuklah dalam jumlah yang besar dan akhirnya pengguna yang datang tidak mendapat bekalan tersebut. Jadi kita tengah dalam usaha dalam masa terdekat ini kita berbincang dengan Kementerian Kewangan begitu juga dengan Kementerian Digital untuk memastikan apa yang kita laksanakan. Peluasan sistem ECOSS itu dipanjangkan sehingga ke peringkat peruncit tapi kaedahnya itu sama ada MyKad ataupun melalui aplikasi ECOSS itu di mana setiap pembeli perlu mengimbas scan QR code itu jadi direkodkan pembelian. Jadi sekurang-kurangnya dengan ada rekod itu maka pihak-pihak tertentu, peruncit-peruncit tertentu tidak lagi sewenang-wenangnya menjual kepada pihak dalam kuantiti yang besar sehingga menafikan hak orang-orang lain, termasuk penjaja kecil untuk mendapat manfaat daripada usaha tersebut. Kita once sebaik sahaja nanti kita putuskan, saya juga akan membuka ruang kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat untuk kita sebelum dilaksanakan bagaimana kita dapat memastikan nanti mekanisme pemantauan itu dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan masyarakat kita khususnya golongan yang benar-benar memerlukan. Puan Yang di-Pertua, seterusnya pada isu yang juga hangat bagi saya banyak Yang Berhormat membangkitkan 10, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, 10 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai status kajian yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung industri padi dan beras iaitu Yang Berhormat Hulu Terengganu, Bagan Serai, Besut, Bukit Gantang, Jerlun, Sik, Baling, Temerloh, Ampang dan Parit Buntar. Untuk makluman, kajian yang dijalankan oleh MyCC adalah kajian am industri padi dan beras di Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Sebagaimana peranan di bawah Akta Persaingan (Akta 712), MyCC bertanggungjawab melindungi proses persaingan demi kepentingan pengguna, perniagaan dan ekonomi. Antara fungsi utama MyCC adalah menjalankan kajian am di bawah peruntukan
seksyen 16G (Akta 713). Fungsi ini membenarkan MyCC menjalankan kajian am sebagaimana yang difikirkan sesuai berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan persaingan ekonomi Malaysia dan sektor tertentu dalam ekonomi Malaysia. Kajian am yang diperuntukkan di bawah seksyen 16G (Akta713) ini adalah salah satu cabang penguatkuasaan perundangan persaingan yang bersifat soft approach yang bertujuan memahami struktur dan perlakuan pasaran serta isu-isu dan cabaran yang dihadapi. Dan apa yang dilaksanakan oleh MyCC melalui kajian am ini bukanlah satu penyesatan di bawah seksyen 14 atau seksyen 15 (Akta 712). MyCC telah mengambil inisiatif menjalankan kajian am ini melibatkan pelbagai lapisan pemain industri; pesawah, pengilang, pemborong, pembekal baja dan racun, pemberi perkhidmatan dan juga agensi-agensi kerajaan yang relevan. Kajian ini telah dimulakan pada Februari 2024 dan telah dimuktamadkan pada Oktober 2024. Kajian telah pun dibentangkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas industri-industri ini pada 15 Oktober 2024. Dan seterusnya kajian ini juga telah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai dasar keterjaminan makanan negara bilangan 2 tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 17 Disember 2024. Kajian ini bukanlah satu bentuk siasatan berhubung dakwaan yang disebut sebagai kewujudan kartel. Namun mengambil kira ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya, saya ingin menjelaskan bahawa dalam kajian ini, MyCC tiada menemui amalan anti persaingan atau apa-apa isu yang bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010. Oleh yang demikian, KPDN menyerahkan kepada KPKM untuk menerajui reformasi industri padi dan beras seperti yang telah diperjelaskan Menteri Pertanian pada 13 Februari 2025. Kita menghargai saranan ataupun komitmen daripada Kementerian Pertanian yang telah menyebut bahawa Kementerian Pertanian akan mengambil kira syor-syor yang terkandung dalam laporan yang telah dibentangkan oleh MyCC tersebut. Dan saya ingin membuka ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kebetulan juga MyCC akan mengaturkan taklimat berkenaan dengan pindaan rang undang-undang merger and acquisitions penambahbaikan kepada undang-undang persaingan ini. Pada masa tersebut kita akan memberikan ruang untuk memberikan taklimat daripada kumpulan research, kumpulan pakar yang telah membuat kajian tersebut, dapatan daripada kajian am tentang industri padi dan beras ini. Dan kita kalau ada keperluan saya telah minta supaya pegawai saya menghubungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini sekiranya difikirkan perlu dilaksanakan segera supaya taklimat itu diadakan sebelum berakhirnya sesi persidangan Parlimen pada kali ini. Dan seterusnya...
Yang Berhormat, boleh saya tanya sikit boleh? Sedikit penjelasan sebab bila kita dengar penjelasan daripada Menteri Pertanian
tempoh hari, penjelasan menjurus kepada kajian MyCC ini adalah untuk melihat isu kartel yang dibangkitkan. Tapi penjelasan Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa isu kartel itu bukanlah perkara utama yang dilihat dalam konteks kajian tersebut, pertama. Kedua, kajian ini telah lama selesai, tahun lepas lagi dah selesai. Kalau ikut Menteri, perkara ini akan diumumkan. Jadi, adakah terdapat kajian baharu ataupun memang kajian asal yang tamat 2024 itu yang hendak diumumkan atau inilah pengumuman sebenar berkaitan dengan isu kartel. Itu hendak penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, memang kajian ini telah pun selesai bulan Oktober telah dibentangkan, Disember dibentangkan dalam Jawatankuasa tentang Dasar Sekuriti Makanan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Dan sebagaimana sebelum ini kelaziman kajian am yang dilaksanakan oleh MyCC tidak pernah dibentangkan dalam sesi Parlimen. Sekiranya ada keperluan mana-mana Ahli Yang Berhormat yang memerlukan taklimat khusus berkaitan laporan ini itu yang saya sebutkan tadi kalau ada keperluan, semasa sesi Parlimen ini kita akan mengadakan taklimat khas sekali dengan cadangan kita untuk membuat pindaan kepada rang undang-undang berkaitan dengan merger and acquisition.
[Bangun]
Dan sekali lagi saya ingin sebutkan, kajian yang dilaksanakan ini kajian am tentang industri padi dan beras meliputi semua aspek termasuklah aspek-aspek tertentu yang pihak tertentu merasakan ada amalan-amalan yang bertentangan dengan undang-undang persaingan. Jadi dalam laporan tersebut, MyCC tidak menemui sebarang elemen-elemen yang bertentangan dengan undang-undang persaingan yang ada di negara kita dan...
Yang Berhormat Menteri, ya sikit ya berkaitan juga dengan laporan MyCC. Saya membangkitkan isu ini.
Apa yang saya sebut itu ialah ketika mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri menyatakan bahawa — saya quote balik ya berkenaan isu beras dan petani. “Saya nak maklumkan, MyCC sudah menyiapkan laporan mengenai kartel padi dan beras”. Itu disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalaulah kata tidak ada penemuan dalam soal kartel ini, namun rakyat akan terus bertanya ke mana menghilangnya 65 peratus beras tempatan yang dikeluarkan di negara kita? Jadi, itu perlu dijawab. Kalaulah tidak dalam siasatan ini di bawah MyCC, jadi akta-akta lain, akta jualan, akta beras, kawalan beras sebagainya perlu digunakan untuk menjawab persoalan besar ini kepada rakyat semua. Terima kasih.
Menteri, kaitan sikit. Jerlun ada bangkit isu kartel itu dan juga laporan tentang MyCC.
Walaupun Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa tidak ada penemuan oleh MyCC dalam jawatankuasa yang telah membuat kajian tadi, tetapi kewujudan kartel tak boleh dinafikan dalam industri beras dan juga padi. Jadi, apa syor yang KPDN rasakan untuk selesaikan isu ini supaya tidak berlarutan lagi untuk masa-masa yang akan datang? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Siasatan ya, kalau disebut tentang bidang kuasa MyCC adalah berkaitan dengan Akta Persaingan. Konteks kartel dalam undang-undang persaingan ini meliputi empat perkara iaitu pakatan dalam aspek harga, pengeluaran, pasaran dan tipuan bida. Salah satu komponen lagi adalah penyalahgunaan dalam kuasa dominan. Jadi, kalau apa yang mungkin — saya faham yang diutarakan dan isu yang terkait di luar sana. Terkait kartel dalam menyorok beras tempatan dan sebagainya, itu bukanlah kesalahan di bawah Akta Persaingan. Perkara tersebut saya fikir boleh disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jadi, dua undang-undang yang berbeza dan dua kementerian yang mempunyai kuasa kawal selia yang berbeza. Namun, kesalahan sekiranya ada dalam konteks tersebut, bukanlah di bawah apa yang disebut di bawah undang-undang persaingan tersebut.
Menteri, saya nak tanya pula berkenaan dengan bagaimana kedudukan status tindakan undang-undang terhadap berlakunya pencampuran beras tempatan yang dilabelkan sebagai beras import? Itu masuk di bawah kesalahan mana pula? Terima kasih Menteri.
Sebagaimana yang saya maklumkan tadi Yang Berhormat, industri padi dan beras negara ini dikawal selia di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jadi, siasatan dan tindakan boleh diambil di bawah akta tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh KPDN dalam isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, Bagan, Bachok, Hulu Terengganu, YB Tanjong Karang dan juga YB Pasir Puteh iaitu berkaitan dengan isu kenaikan harga barang-barang tertentu. Sebagaimana yang kita maklum, kita membuat pemantauan melalui pegawai pemantau harga meliputi 480 barangan di 1,500 premis. Hasil pemantauan itu kita masuk dan rekodkan dalam PriceCatcher. Pada masa yang sama, kalau sebelum ini kita hanya bergantung kepada pegawai pemantau harga, kita juga bekerjasama dengan pasar raya tertentu melalui pendekatan self- reporting. Bermula tahun lepas, kita telah merintis kerjasama bersama dengan Mydin dan juga Redtick supaya mereka membuat pelaporan sendiri dengan perjanjian yang kita laksanakan bersama mereka untuk memastikan dari segi integriti data itu dapat kita pastikan. Dari segi Ops Kesan, salah satu operasi utama kita dalam mengekang isu pencatutan harga barang. Pada tahun 2024, KPDN telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 2,434 premis melibatkan 379 perkhidmatan dan 11,104 barangan di seluruh Semenanjung
Malaysia. Daripada keseluruhan pemeriksaan yang dilaksanakan, sebanyak 2,434 notis bertulis telah dikeluarkan kepada peniaga-peniaga yang disyaki menaikkan harga barangan atau perkhidmatan. Dato’ Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan isu kos sara hidup. Izinkan saya sebut, dibangkitkan oleh YB Bagan, Indera Mahkota, Bachok, Masjid Tanah, Hulu Terengganu, Pasir Puteh, Miri, Tanjong Karang, Permatang Pauh, Parit, Ayer Hitam, Putrajaya, Sungai Besar, Gerik, Bentong, Bera, Pagoh, Port Dickson, Mersing, Kubang Pasu, Baling, Merbok, Machang, Pekan, Kuala Krau, Padang Rengas dan juga Pengkalan Chepa. Saya bahagikan kepada dua. Pertama, isu-isu kos sara hidup yang menyentuh soalan tentang program-program khusus yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa KPDN. Kedua, ada juga isu-isu yang dibangkitkan sama ada terkait dengan kefungsian kementerian lain ataupun kenyataan-kenyataan umum yang menyebut perkataan “kos sara hidup”. Saya mulakan dengan isu yang terkait dengan program KPDN. Pertama, tentang Program Jualan RAHMAH. Antara pendekatan yang diambil sebagaimana kita tahu adalah Program Jualan RAHMAH MADANI memberikan tawaran diskaun di antara 10 hingga 30 peratus dan telah dilaksanakan bersama-sama dengan pelbagai pasar raya. Antara yang kita laksanakan dengan peningkatan bajet yang disalurkan bagi tahun 2025 ini, kita meningkatkan kalau dahulu satu Parlimen dua sebulan, namun kita perluaskan sasaran kita adalah dua untuk setiap DUN bagi setiap bulan. Maksudnya, kalau Parlimen itu mempunyai tiga DUN, kita sasarkan enam siri PJRM bagi bulan tersebut. Dari segi penjadualan, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menyemak dan kita memberi akses kepada awam, portal yang kita sediakan ya, di laman web KPDN, takwim baru kita perkenalkan supaya rakyat dapat menyemak penjadualan program-program Jualan RAHMAH di kawasan sama ada Parlimen, DUN di sekitar kawasan masing-masing. Dengan adanya pengumuman dan hebahan awal ini, kita memberi akses dan maklumat seluas- luasnya untuk rakyat kita membuat perancangan untuk mereka terlibat dalam program- program Jualan RAHMAH. Kedua, kita juga menjalankan program-program baru di bawah Payung RAHMAH ini. Kita merintis contohnya Program Jualan Rahmah bersempena dengan musim perayaan. Setiap kali musim perayaan, kita akan adakan Program Jualan RAHMAH khas yang turut menawarkan barang-barang yang menjadi keperluan utama mengikut perayaan-perayaan tersebut. Begitu juga inisiatif baharu yang kita rintis bersama dengan PETRONAS iaitu Program SIM@PAX (Program Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert) yang juga akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan iaitu kenderaan-kenderaan boleh mendapat diskaun untuk servis balik untuk menjelang musim perayaan.
Yang Berhormat YB Miri ya – ada YB Miri? Tiada ya YB Miri. YB Baling? Okey, YB Baling menyentuh tentang isu barang-barang keperluan sekolah. Di bawah Program Jualan RAHMAH, kita telah memperkenalkan Program Jualan RAHMAH “Back To School” untuk kita menawarkan penjualan barang-barang keperluan sekolah ini pada kadar diskaun. Kita telah mulakan pada sesi persekolahan baru-baru ini ya. Begitu juga Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. Kita bekerjasama juga dengan Kementerian Pertanian dalam melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bagi kita mengenal pasti barang-barang keperluan penting setiap musim perayaan yang boleh kita kawal harga maksimumnya supaya tidak terlalu membebankan masyarakat. Itu juga antara pendekatan yang kita laksanakan dalam peluasan Program Jualan RAHMAH.
Menteri. Mengenai kenaikan harga barang terutama keperluan harian. Kita nampak macam tak dak pemantauan. Jadi, para peniaga sebahagiannya menaikkan harga ikut suka dia. Jadi, contohnya di kawasan saya, rasa macam tak dak pegawai pemantau. Jadi, saya harap kementerian dapat menguruskan pegawai pemantau lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri ini. Terima kasih.
Menteri. Terima kasih. Berkenaan dengan Jualan RAHMAH ini baguslah. Tapi persoalannya ialah pasal peruntukan ini yang agak banyak juga kerajaan peruntukan hampir dekat RM300 juta tapi bila jual Jualan RAHMAH ini kita yang gaji besar pun boleh pergi beli juga. Jadi, mungkin kadang-kadang kita beli sampai tiga pek beras sebagainya sedangkan hat orang susah, patut target dia ialah untuk orang susah. Jadi, macam mana untuk supaya Jualan RAHMAH ini ia fokus terutamanya kepada orang yang memang memerlukan terutama orang susah yang tergolong di kalangan B40. Saya ada nampak, pemerhatian saya secara umumlah, saya tengok yang pergi itu kadang- kadang bukan yang orang yang tak berada, orang yang berada. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan Program Jualan RAHMAH memang setakat ini kita tidak mengehadkan dan mengkhususkan Jualan RAHMAH ini hanya untuk golongan-golongan tertentu. Sebagaimana pemerhatian kita dan kajian yang pernah dilaksanakan oleh Ipsos, kerana kita tahu Program Jualan RAHMAH ini kadang-kadang untuk pembelian itu, satu lokasinya bukanlah merata di semua tempat. Keduanya, kadang-kadang mereka perlu untuk berbaris di kaunter dan sebagainya. Jadi, kita memerhatikan bahawa sebahagian besar yang datang itu adalah mereka yang memerlukan diskaun tersebut berbanding dengan mereka yang punyai pendapatan yang tinggi. Kita mengambil kira tentang perkara tersebut bagaimana kita dapat memastikan tetapi ada program-program lain juga yang dikhususkan. Contohnya program SARA yang hanya
melibatkan kelayakan kepada mereka yang dalam pendapatan yang rendah ini. Jadi, kita mengambil kira pandangan Yang Berhormat. Kedua, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling tadi tentang permohonan pemantauan harga. Saya ambil perhatian tentang isu yang dibangkitkan di Baling. Namun saya fikir kita kena maklum bahawa pemantauan dan penguatkuasaan terhadap harga barang ini para pegawai penguat kuasa kita tertakluk mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Maksudnya di sini tidak semua kenaikan harga itu boleh diambil tindakan, hanya sekira melibatkan elemen pencatutan, dengan pengiraan pencatutan, profiteering itu dan sebagainya. Jadi, kita sentiasa membuat pemantauan. Saya ambil perhatian apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling tadi. Saya fikir antara SOP yang kita tetapkan selain daripada penguatkuasaan di lapangan itu Yang Berhormat untuk makluman, kita telah tetapkan bahawa aduan yang terkait dengan harga ini tindakan susulan dengan laporan yang ─ dengan maklumat yang diberikan tindakan susulan akan kita ambil dalam tempoh 24 jam. Maksudnya, sebaik laporan diterima pegawai-pegawai kita kena untuk mengadakan tindakan susulan dalam tempoh 24 jam mengguna pakai kepada AKHAP. Sekiranya ada unsur kenaikan dan ada rekod kita lihat, perkara pertama yang kita lakukan adalah untuk mengeluarkan notis supaya peniaga tersebut mengemukakan jawapan, justifikasi mengapakah kenaikan itu dan apakah kos-kos yang terlibat yang telah menyebabkan mereka membuat kenaikan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, seperkara lagi yang...
Yang Berhormat. Saya ingin tahu kalau Yang Berhormat tak ada jawapan sekarang Yang Berhormat boleh jawab bertulis. Di bawah bidang kuasa Yang Berhormat ini ada pelbagai akta, ada pelbagai saluran undang-undang yang boleh digunakan untuk enforcement. Kita ada contoh saya sebut Akta Kawalan Bekalan yang denda sampai RM3 juta Yang Berhormat maksimum. Kita ada Akta Kawalan dan Antipencatutan, denda sampai RM100,000, RM500,000 dan ada denda sampai RM250,000. Akta Persaingan denda sampai 10 peratus daripada penghasilan syarikat yang terlibat itu. Cuma setakat ini kenapa masih lagi berlaku kecurangan dalam persoalan tadi beras putih, beras tempatan campur jadi beras import, jual harga mahal dan ini realiti Yang Berhormat yang berlaku. Memang betul-betul berlaku. Kita yang biasa makan beras macam orang kampung ini kita tahu ini kualiti ini beras ,walaupun kampitnya beras import tapi ini beras tempatan kecuali Yang Berhormat makan beras premium, saya pun tak tahulah. Yang confirm yang premium itu dia ─ kita tahu bezanya. Soalan saya ialah setakat ini berapa kes yang telah pun semenjak Yang Berhormat pegang Menteri, berapa kes yang telah disabitkan kes ataupun yang masih dalam perbicaraan, dalam proses pendakwaan? Ini kerana kes ini penting Yang Berhormat, bukan
kita expose identiti orang. Dia menjadi pengajaran supaya kes ini tak berulang sebab mereka rasa boleh lepas daripada undang-undang. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan Yang Berhormat Pengkalan Chepa adalah yang terakhir. Yang Berhormat Menteri, sila gulung. Saya dah beri masa lebih dah itu.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya akan bagi statistik tentang kuat kuasa dan tindakan yang diambil. Cuma ingin saya ulangi berkaitan dengan campuran beras dan sebagainya. Sebagaimana yang saya sebut tadi, akta yang terkait adalah Akta Kawal Selia Padi dan Beras di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan bukannya di bawah KPDN. Namun penguatkuasaan yang dilaksanakan di bawah KPDN, saya akan salurkan maklumat, termasuklah MyCC kepada Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali yang lain kita akan jawab secara bertulis. Namun saya mengambil perhatian beberapa isu tentang kos sara hidup yang dibangkitkan oleh ramai wakil rakyat. Contohnya kekhuatiran berlakunya kenaikan harga dari segi rantaian dengan kenaikan tarif elektrik, begitu juga dengan cadangan untuk pelaksanaan penyasaran subsidi RON95. Walaupun belum berlaku dan dijangka kenaikan itu berlaku, apa yang kita lakukan di peringkat kementerian KPDN kita akan sentiasa memantau. Sebagaimana yang kita lakukan , kita mengambil pendekatan bahawa dengan izin, we don’t take things for granted, kerana ini kerisauan yang perlu kita susul dengan tindakan susulan sebagaimana yang kita lakukan dengan penyasaran subsidi diesel. Sebelum dilaksanakan penyasaran subsidi diesel tersebut, memang banyak andaian dan juga jangkaan, kekhuatiran bahawa akan berlakunya peningkatan harga yang menyeluruh di pelbagai rantaian. Namun ingin saya maklumkan di sini, syukur alhamdulillah, dari segi data, dari segi kadar inflasi ada yang menjangkakan sebelum ini melebihi dua peratus, ada yang sehingga 2.5 peratus, namun kita dapat menstabilkan di bawah dua peratus. Namun kita tidak menafikan ada berlaku kenaikan. Itu sebabnya dari segi penyasaran subsidi diesel, apa yang kita putuskan bahawa walaupun telah berlaku, kita mengumpul data sekarang. Bulan Mac ini dalam Jawatankuasa Eksekutif kita akan mendapatkan mandat supaya dilaksanakan kajian tentang penyasaran subsidi diesel, di manakah ada berlakunya kenaikan harga barangan tertentu dan melalui dapatan itu, kita akan laksanakan program intervensi secara bersasar. Itu sebabnya kerajaan dalam Belanjawan 2025, kita dapat melihat sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk inisiatif-inisiatif kos sara hidup dan antaranya adalah untuk program-program intervensi. Jadi, model yang kita guna untuk penyasaran subsidi diesel tersebut insya-Allah kita akan guna pakai juga dalam pelaksanaan melihat kesan kepada pelaksanaan tarif elektrik dan juga penyasaran subsidi RON95 nanti. Dalam kita merangka supaya penyasaran RON95
tidak membebankan banyak pihak tetapi kita juga akan melihat kesan rantaian sebagaimana kita melihat isu yang terkait dengan penyasaran subsidi diesel. Jadi, saya mengharap juga kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat semua peringkat sekiranya ada isu-isu tertentu, sekiranya ada segmen tertentu yang dilihat berlakunya kenaikan harga kesan rantaian tersebut maklumkan kepada kita untuk kita membuat rangka bagaimana kita boleh membuat intervensi bagi mengurangkan beban rakyat kita yang terkesan. Jadi, terima kasih bagi jawapan-jawapan tertentu kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semua kementerian yang dijadualkan pada hari ini telah memberi jawapan. Mana jawapan yang tidak dibentang dalam Dewan diberi secara bertulis. Dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10 pagi, hari Selasa 25 Februari 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Pembinaan Kompleks Sukan Kuala Muda Di Sungai PetaniSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Dato' Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bekerja keras untuk memastikan projek Kompleks Sukan Kuala Muda di Sungai Petani mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF), dan kelulusan tersebut akhirnya diperoleh demi pembangunan sukan dan kemudahan rakyat di kawasan ini. Namun, KKR telah memaklumkan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 bulan hanya untuk proses perancangan mereka sebelum tender projek ini dapat dibuka. Tempoh yang panjang ini tidak hanya menimbulkan kekecewaan tetapi juga mencetuskan kebimbangan bahawa projek ini akan terus tertangguh.
Berdasarkan perancangan asal, tender projek ini sepatutnya dibuka pada penghujung tahun 2024. Tetapi dengan tempoh tambahan oleh KKR, proses pembinaan tidak dapat dimulakan sehingga penghujung tahun 2025. Ini jelas bertentangan dengan garis masa yang telah dijanjikan kepada rakyat Sungai Petani dan memberi kesan negatif terhadap kepercayaan masyarakat terhadap pelaksanaan projek ini. Oleh itu, saya ingin memohon penjelasan dari Kementerian tentang beberapa perkara seperti berikut:
(i) apakah faktor utama KKR memerlukan 10 bulan untuk proses mereka, sedangkan projek pembinaan Kompleks Sukan Kuala Muda ini telah mendapat kelulusan daripada MOF dan KBS?;
(ii) adakah kementerian akan mempercepatkan proses mereka dan jika ya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mempercepatkan proses tersebut?; dan
(iii) adakah kementerian bersedia untuk menambah sumber atau tenaga kerja untuk memastikan pembukaan tender bagi Kompleks Sukan Kuala Muda dapat dilaksanakan kurang dari tempoh asal KKR iaitu 10 bulan bagi
mengelakkan sebarang kelewatan yang boleh merugikan rakyat dan pembangunan sukan di kawasan ini, serta mematuhi garis semasa yang telah dijanjikan kepada rakyat?
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Kesihatan Malaysia yang sudi bertukar giliran dengan Kementerian Kerja Raya bagi membolehkan saya mendahului sesi menjawab pertanyaan hal Yang Berhormat.
Cantik berbatu berwarna-warni, Waktu pagi indah maya, Soalan satu Sungai Petani, Dengarkan ini jawapannya. Dato' Dr. Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Petani mengenai tempoh masa pelaksanaan projek yang melibatkan keperluan tempoh selama 10 bulan, ia adalah merangkumi beberapa proses. Proses pertama, kerja awalan. Proses kedua, pengesahan tapak dan kos.
Kemudian, pengesahan skop dan pelan konsep, reka bentuk, pengesahan reka bentuk, dan penyediaan dokumen tender. Walaupun projek telah mendapatkan kelulusan pihak Kementerian Ekonomi bagi sesuatu RMK lengkap dengan kos dan skop projek, proses yang saya sebutkan tadi adalah satu proses standard yang perlu dilalui oleh Kementerian Kerja Raya terhadap apa juga projek yang melibatkan JKR.
JKR telah dilantik dan menerima projek ini pada 16 Januari 2024. Selepas lawatan tapak dan mesyuarat permulaan projek yang diadakan pada 6 Mac 2024, didapati tiada laluan keluar masuk ke tapak projek. Isu jalan keluar masuk ke tapak projek ini telah dibincangkan oleh KBS dalam empat kali mesyuarat. Empat kali mesyuarat dengan Pegawai Daerah Kuala Muda dan akhirnya pada 11 November 2024 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Kementerian Belia dan Sukan telah memberi pengesahan kepada JKR untuk menggunakan laluan pilihan satu iaitu melalui pintu utama Taman Puteri Jaya dan masuk ke simpang pertama selepas Pasaraya Lotus’s dan itu diperolehi pada 19 Disember 2024. Pengesahan skop oleh pihak KBS kepada pihak JKR telah diberikan kepada JKR pada 10 Januari 2025 semasa mesyuarat penyelarasan projek dilaksanakan.
Dimaklumkan juga bahawa tempoh 10 bulan ini adalah tempoh masa yang maksimum dengan syarat skop, kos dan tapak telah disahkan oleh pihak pelanggan. Syarat ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan ketidakbolehlaksanaan di peringkat perancangan, reka bentuk dan tender. Sebagai tambahan, status semasa projek ini adalah di peringkat perancangan, iaitu pelaksanaan kerja awalan yang melibatkan kerja penyiasatan tanah, kerja ukur tanah dan pemetaan utiliti.
Antara langkah untuk mempercepatkan projek ini, pihak JKR akan melaksanakan projek ini seperti yang dirancang dan setelah semua isu berkaitan dengan asas kebolehlaksanaan projek diselesaikan. Pihak JKR yakin apabila semua isu di peringkat kebolehlaksanaan projek diselesaikan, pelaksanaan ini akan lebih lancar.
Namun yang sedemikian, dimaklumkan juga bahawa projek ini adalah projek baharu melibatkan binaan baharu di satu tanah kosong. Maka, projek ini terdapat keperluan bagi perolehan Kebenaran Merancang (KM) dan kelulusan pelan bangunan yang mana permohonan ini perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pihak JKR akan memastikan semua ulasan pihak PBT bagi tujuan KM dan kelulusan pelan pembangunan dipatuhi bagi menyegerakan pelaksanaan projek ini. Amalan semasa JKR untuk mempercepatkan proses reka bentuk adalah melalui kaedah Pre-Approved Plans (PAP). Walau bagaimanapun, hasil daripada sesi libat urus dengan KBS didapati reka bentuk Pre-Approved Plans JKR adalah tidak sesuai pada kaca mata KBS untuk digunakan dengan keadaan keluasan tapak yang dicadangkan.
Pihak KBS telah mengesahkan skop projek pada 10 Januari 2025. Buat masa ini, JKR menggunakan sumber dan tenaga sedia ada. Selain itu, dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian projek, JKR telah melaksanakan penggunaan Building Information Modelling (BIM) untuk projek ini. BIM digunakan adalah untuk merancang, mereka bentuk dan menguruskan projek pembinaan dengan lebih cekap dan cepat. JKR komited dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan tempoh masa yang diperlukan tanpa menjejaskan integriti dan proses yang sepatutnya serta memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar demi kebaikan rakyat dan pembangunan kawasan Sungai Petani. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani untuk ajukan soalan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Selepas berpuasa berhari raya, Terima kasih jawapan Kementerian Kerja Raya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya. Adakah kementerian mempunyai satu sistem penanda aras ataupun benchmarking bagi tempoh proses perancangan dan tender untuk sesuatu projek? Apakah benchmarking untuk projek ini? Adakah tempoh 10 bulan ini— apakah jaminan daripada kementerian sendiri bahawa tidak ada perpanjangan tempoh daripada 10 bulan ini? Seperti yang difahamkan RM10 juta telah pun diluluskan. Dengan adanya perubahan masa dan juga kos, adakah kementerian bercadang untuk menaikkan jumlah kos tersebut? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Ya, ada beberapa permohonan dari segi skop yang diminta oleh pihak KBS. Padang bola cow grass— padang bola rumputlah, Dato’ Yang di-Pertua. Trek sintetik menggunakan kaedah world
athletic, peringkat antarabangsa, pejabat pentadbiran, bilik persalinan dan tandas, gelanggang serba guna berbumbung, pagar perimeter, pondok pengawal, TNB substesen, perabot dan peralatan sukan, kerja-kerja infrastruktur, kerja M&E, lampu limpah. Saya ingin memaklumkan ada projek yang lebih besar sedikit di Jeli, kosnya RM25 juta. Yang ni RM10 juta je, Dato’ Yang di-Pertua.
[Ketawa] Walau bagaimanapun, kita akan meneruskan projek ini dan satu lagi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kami ingin menyatakan bahawa tanah yang diberikan itu tanah paya. Itu satu lagi hal. Nak ditambak dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kita akan meneruskanlah projek ini dan mekanisme pemantauan sedia ada, kita ada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian peringkat Kementerian Belia dan Sukan dan tentunya ada wakil- wakilnya. Yang hadir siapa? Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Kerja Raya, agensi-agensi di bawah KBS dan di peringkat Jabatan Kerja Raya pemantauan berterusan sentiasa dilaksanakan mesyuarat pemantauan projek dan kita ada mesyuarat yang berkala dan kerap.
Tetapi kalau ada lewat di tapak itu di luar kuasa kami. Sebagai contoh nak menentukan lalu akses jalan keluar pun mengambil masa berbulan-bulan daripada bulan Mac sampai bulan Disember. Itu baru nak menentukan jalan keluar masuk. Empat kali mesyuarat dengan DO. DO of course-lah beri kerjasama tapi keputusan akhirnya patutnya sekali mesyuarat cukuplah dalam masa sebulan tapi inilah dari bulan Mac hingga bulan Disember. Itu satu hal lah.
Kemudian tentulah kita ada benchmarking antara jabatan mengikut piagam pelanggan jabatan, surat arahan dah adalah 15 Januari ada. 10 bulan itu adalah KPI jabatan dalam perancangan projek. Tempoh ini boleh dicapai sekiranya tiada isu tanah, peruntukan dan skop. Syarat ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan ketidakbolehlaksanakan di peringkat perancangan, reka bentuk dan tender. Di peringkat KE ini, dia ada nota— boleh di laksana atau tak boleh dilaksana. Jadi, itu perkara dan kita berharap— kita yakin projek ini boleh dilaksana dan tentunya akan dilaksana cuma dari segi risiko penambahan kos itu, ia perlu dibincangkan seterusnyalah.
Walau bagaimanapun, kita mulakan dulu. Lepas itu, apabila tiba waktunya kita minta Notice of Change (NOC) misalnya kepada KE. Saya harap YB boleh terlibat sekali bagi memastikan bahawa projek ini apabila jadi nanti, dia akan jadi dengan baik dan memuaskan untuk pembinaan Kompleks Sukan Sungai Petani ini. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Laluan Bertingkat Bagi Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas Di Parlimen PulaiSpecial Chamber
Silakan Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Keperluan laluan bertingkat bagi mengatasi kesesakan di Parlimen Pulai. Tuan Yang di-Pertua, terdapat kesesakan lalu lintas yang serius di jejantas Jalan Kempas menuju Lebuhraya Pasir Gudang. Kenderaan daripada Tampoi menuju ke Kempas atau Pasir Gudang yang menggunakan jalan ini sering menghadapi
kesesakan lalu lintas di waktu puncak. Terdapat keperluan satu laluan bertingkat untuk laluan daripada Jalan Kempas menuju ke kanan di Lebuhraya Pasir Gudang.
Terdapat kesesakan di jejantas Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Skudai. Ini yang kedua, ya. Terdapat kesesakan di jejantas Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Skudai. Kenderaan dari Pasir Gudang menuju ke Skudai menghadapi kesesakan yang serius di kedua-dua belah lebuh raya terutamanya pada waktu puncak. Terdapat keperluan untuk membina laluan bertingkat ketiga bagi laluan daripada Lebuhraya Pasir Gudang menuju ke Skudai.
Yang ketiga, terdapat kesesakan serius di Lebuhraya Skudai bagi kenderaan yang menuju ke Johor Baharu bermula daripada Taman Ungku Tun Aminah sehingga ke Pasaraya Angsana, Tampoi. Ini berpunca dari laluan yang terhad menuju ke Taman Perling dan kenderaan yang banyak mahu membuat pusingan U menuju ke Tampoi Indah dan Taman Sutera. Terdapat keperluan untuk membina laluan bertingkat merentasi Lebuhraya Skudai dari Jalan Kempas Lama menuju Jalan Sutera Danga. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Dah menjadi habit suka berpantun, Dato’ Yang di-Pertua. Tak menjadi kesalahan, ya?
Jangan lalai menjadi ketua, Rakyat diingati menjadi akrab, Soalan Pulai nombor dua, Sila teliti saya menjawab. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesesakan di Lebuhraya Pasir Gudang yang dimaksudkan berada pada jajaran FT17 Jalan Pelabuhan Pasir Gudang. Kementerian ini mengambil maklum masalah kesesakan di FT17 Jalan Pelabuhan Pasir Gudang yang dibangkitkan.
Kementerian ini sedang melaksanakan Projek Menaik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang kepada enam lorong dua hala dengan piawaian U5 dengan jajaran sepanjang 27.7 kilometer bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Pasir Gudang. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat melalui empat fasa.
Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B dan Fasa 3 mengikut keutamaan kelulusan agensi pusat dan keadaan kewangan serta dilaksanakan secara konvensional perunding.
Dua fasa telah pun siap iaitu Fasa 1 sepanjang lapan kilometer daripada Kangkar Tebrau ke Plentong dan Fasa 2A sepanjang 7.7 kilometer dari Plentong ke Seri Alam/Taman Rinting. Manakala Fasa 2B yang melibatkan jajaran sepanjang lima kilometer bermula dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke persimpangan Pasir Gudang masih lagi di peringkat pembinaan.
Kementerian ini telah mendapat kelulusan bagi projek naik taraf daripada empat lorong enam lorong Fasa 3. Fasa 3 dari persimpangan bertingkat Perling hingga ke susur naik Lebuhraya Utara-Selatan pada Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12. Projek ini merupakan Fasa 3 bagi projek menaik taraf lebuh raya ini. Projek ini melibatkan jajaran tujuh kilometer yang bermula dari persimpangan bertingkat Perling hingga ke susur naik ke Lebuhraya Utara-
Selatan dan kos keseluruhan sebanyak RM286.97 juta sedang dalam fasa perolehan untuk pelantikan kontraktor.
Kementerian ini berharap projek-projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan serta dapat menyelesaikan sebahagian masalah kesesakan yang dihadapi sepanjang jalan FT17 tersebut, di samping meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan kerana bersetuju kita berubah nombor.
Manakala untuk jejantas Jalan Kempas iaitu Jalan Kempas Lama dan Jalan Sutera Danga yang dibangkitkan adalah terletak pada jajaran jalan bawah seliaan kerajaan negeri Yang Berhormat Pulai. Oleh itu, disyorkan cadangan projek tersebut dirujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu. Terima kasih.
Yang Berhormat Pulai untuk mengajukan soalan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Disebutkan oleh Menteri tadi dapat menyelesaikan kesesakan di Highway Pasir Gudang, mudah untuk Menteri ini faham kerana selalu jalan— laluan itu dilalui oleh sesiapa orang Johor ya. Tetapi kesesakan yang saya sebutkan tadi iaitu dari Jalan Kempas menuju ke Highway Pasir Gudang, highway yang sedang dibina itu. Itu masih tidak ada penyelesaian lagi.
Kemudian, daripada Highway Pasir Gudang menuju ke Skudai pula iaitu berhampiran dengan laluan bertingkat— laluan dua tingkat itu. Itu juga belum ada lagi penyelesaiannya dan saya maklum. Terima kasih atas makluman yang ketiga itu untuk merentasi Sungai Skudai itu luar kerajaan negeri ya. Tetapi yang dua itu yang saya sebut tadi daripada Kempas ke Highway Pasir Gudang, daripada Highway Pasir Gudang menuju ke Highway ke Skudai itu. Apakah ada rancangan daripada kerajaan untuk menyediakan laluan bertingkat di situ?
Yang ketiga tadi itu, yang merentasi Sungai Skudai— yang merentasi Highway Skudai itu atas apa nama— peruntukan daripada kerajaan negeri.
Apakah kerajaan ada membuat kajian dari segi bagaimana mengatasi masalah kesesakan di situ? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Mengenai kajian memang betul.
Kita ada membuat kajian dipanggil Road Traffic Volume Malaysia 2024 (RTVM).
Saya ingin berkongsi datanya, trafik [Tidak jelas] banci berhampiran. LOS-nya ialah F. F ini maksudnya bumper-to-bumper. Maksudnya memang sahlah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai itu bahawa keadaan trafik di situ amat teruk. Jammed yang teruk dan sesak yang teruk. Ini ada laporan di tangan saya mengenai [Tidak jelas] Station JR217 ini.
Kemudian tadi telah saya mengenai fasa tiga ini kita akan laksanakanlah ya. Fasa tiga kita— status semasanya perolehan dan dia tujuh kilometer.
Semuanya satu, dua, tiga, empat ini fasa satu, dua, tiga, empat, 27.7 kilometer dan ada permintaan Yang Berhormat. Ada gambar saya pun. Pegawai tunjukkan kepada saya gambar Jalan Kempas Lama, Jalan Sutera Danga. [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Cadangan Yang Berhormat supaya ada bertingkat situ kan? Supaya trafik tidak pusing jauh apa semua. Saya memahami tentang perkara itu. Cuma saya
ingin maklum bahawa yang ini kita hantar dulu Yang Berhormat. Pihak kami pun menghantar permohonan tapi lebih elok daripada Yang Berhormat kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPEN). Lepas itu, dijadikan sebagai keutamaan dalam senarai UPEN dan senarai kerajaan negeri yang diangkat kepada kita. Itu penting.
Satu lagi yang disebut oleh Yang Berhormat tentang cadangan lebuh raya bertingkat itu. Pihak swasta ada dua cadangan telah beri kepada kami dan keputusan dalam proses yang tertentu pada saat dan ketika ini dipanggil Projek Lebuhraya Pasir Gudang expressway bertingkat untuk menyelesaikan secara total masalah ini. Tapi itu adalah PFI, bukan projek kerajaan. Kalau dibuka pun, akan ada tol lah. Ini memang ada dalam perancangan PFI-nya cuma belum diputuskan melalui UKAS dan sebagainya. Dia perlu UKAS, JPM, kemudian bawa ke Kabinet sebab bila melibatkan lebuh raya bertol itu antara perkara yang perlu dilaksanakan.
Cuma yang semua projek yang saya sebut tadi ini nilainya RM781.97 juta.
Yang itu memang duit kerajaanlah. Ini tak ada tol lah. Fasa pertama itu lapan kilometer RM150 juta dan siap. Fasa kedua RM7.7 juta, RM190 juta siap. Fasa ketiga, dalam pembinaan RM155 juta dan fasa yang keempat yang baru selesai.
Tender baru tutup bulan Januari baru ini, RM286 juta. Jadi, kita akan meneruskan fasa-fasa itu sebab itu di antara di kawasan negeri Johor yang jammed.
Negeri Johor ini Yang Berhormat, penduduknya empat juta. Separuh daripada penduduk empat juta itu berkumpul di kawasan Pulai, di kawasan Johor Bahru. Jadi, di situ memang perlukan perancangan yang amat teliti supaya jalan tidak sesak. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Berkaitan Perkhidmatan Kesihatan Di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai PetaniSpecial Chamber
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama di Sungai Petani sahaja terdapat lebih daripada 280,500 penduduk, manakala Merbok mempunyai 220,400 penduduk. Jadi, Hospital Sultan Abdul Halim perlu menanggung setengah juta penduduk— pengguna dan ia mempunyai implikasi kepada kualiti penjagaan kesihatan dengan masa menunggu yang panjang dan keletihan di kalangan kakitangan perubatan.
Kedua, kadar kematian bayi di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani adalah membimbangkan. Salah satu punca utama adalah ketiadaan sistem NOBOX atau Nitric Oxide Delivery and Monitoring System yang amat penting untuk rawatan bayi yang memerlukan terapi oksida nitrik. Sistem ini, yang sebelum ini digunakan telah rosak dan tidak diganti untuk beberapa tahun. Tanpa sistem ini, bayi-bayi yang memerlukan rawatan untuk masalah pernafasan yang kritikal terpaksa dipindahkan ke hospital lain,
menyebabkan kelewatan rawatan dan meningkatkan risiko komplikasi atau kematian.
Ketiga, selain NOBOX, banyak peralatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani (HSAH) yang tidak diselenggarakan dengan baik atau sudah usang, menjadikan ia kurang berkesan untuk memberi rawatan yang berkualiti kepada pesakit. Sebagai contoh, sistem e-HIS yang uzur menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rawatan. Isu ini menggambarkan keperluan mendesak untuk meningkatkan belanjawan penyelenggaraan dan memperbaharui peralatan yang kritikal.
Keempat, Hospital Sultan Abdul Halim kini menghadapi masalah kepadatan pesakit yang tinggi akibat kekurangan kakitangan perubatan dan kapasiti ruang yang tidak mencukupi, termasuk kekurangan katil pesakit dan kesesakan di Unit Kecemasan. Saya mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian kepada perjawatan baharu untuk menambah bilangan doktor, jururawat dan kakitangan sokongan, serta mempertimbangkan pembinaan blok tambahan untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Langkah ini bukan sahaja dapat meringankan beban kakitangan sedia ada, tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di kawasan utara Semenanjung.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan dari kementerian tentang beberapa perkara seperti berikut:
(i) adakah kementerian akan menyegerakan penggantian sistem Nitric Oxide Delivery and Monitoring System
(NOBOX) yang amat diperlukan di NICU Hospital Sultan Abdul Halim?;
(ii) adakah kementerian akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan dan penggantian peralatan yang usang dan tidak berfungsi di Hospital Sultan Abdul Halim bagi memastikan rawatan dapat diberikan dengan cekap dan tanpa gangguan kepada pesakit?;
(iii) apakah rancangan dan garis masa bagi urusan penyelenggaraan ini, serta adakah kementerian akan melakukan sebarang lawatan kerja atau tinjauan ke Hospital Sultan Abdul Halim pada tahun 2025 untuk mengumpul data tentang keperluan HSAH?;
(iv) adakah kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk menambah bilangan jawatan kakitangan perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim?; dan
(v) adakah kementerian akan mempertimbangkan pembinaan blok tambahan di Hospital Sultan Abdul Halim untuk menangani isu kepadatan pesakit dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk Sungai Petani dan kawasan sekitarnya?
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani atas keprihatinan berkenaan tentang facilities kesihatan dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, Hospital Sungai Petani adalah merupakan Hospital Pakar Major Jenis 2 yang menyediakan 27 perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran dan juga jumlah katil di HSAH adalah sebanyak 703 buah katil dan juga bed occupancy rate-nya adalah sangat tinggi, Dato’ Yang di-Pertua iaitu 92.82 peratus sehingga September 2024 dan juga angka ini tidak menurun. Dan juga pada tahun 2023 juga, BOR kita juga adalah sekitar 92.28 peratus.
Untuk menjawab persoalan yang telah dibangkitkan. Terdapat lima perkara yang dibangkitkan. Yang pertama adalah apakah rancangan dan garis masa bagi urusan penyelenggaraan— bukan. Berkenaan tentang isu penggantian sistem NOBOX ataupun Nitric Oxide Delivery and Monitoring System yang amat diperlukan oleh NICU. Kementerian mengambil maklum akan keperluan mesin nitric oxide di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Untuk makluman, kementerian kini sedang dalam proses tender berpusat bagi pembekalan gas perubatan termasuk gas nitric oxide. Melalui tender ini, syarikat yang terpilih akan diwajibkan untuk menyediakan mesin nitric oxide sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan.
Hospital Sultan Abdul Halim mempunyai 26 katil NICU. Maka, sebanyak dua mesin nitric oxide akan diterima setelah proses tender berpusat bagi gas perubatan selesai. Tender ini dijangka selesai sebelum suku ketiga tahun 2025.
Sekiranya tarikh ini tidak dicapai Yang Berhormat, sila maklumkan kepada saya sendiri dan tindakan akan diambil dengan segera.
Yang kedua adalah adakah Kementerian akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan dan penggantian peralatan yang usang dan tidak berfungsi di hospital. Untuk makluman, HSAH telah menerima peruntukan sebanyak RM14 juta dari tahun 2022 hingga 2025. Peruntukan ini meliputi peralatan yang diperolehi secara langsung dan juga di bawah kaedah penyewaan. Pada tahun ini, sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan untuk projek penyewaan peralatan seperti mesin anestesia, ultrasound, peralatan bedah keyhole ataupun laparoscope dan ventilator pediatrik dan juga lain-lain peralatan yang berjumlah sebanyak RM5 juta.
Juga, apakah perancangan dan garis masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penyelenggaraan peralatan perubatan dilaksanakan melalui program penyelenggaraan komprehensif sedia ada yang merangkumi penyelenggaraan berjadual (planned preventive maintenance) dan tidak berjadual ataupun pembaikan kerosakan berdasarkan ketetapan dan garis masa yang ditetapkan oleh pengilang. Pemantauan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan peralatan perubatan dapat berfungsi di tahap optimum dan selamat digunakan. Bagi permasalahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita sedang mengambil tindakan yang segera seperti yang dinyatakan.
Berkenaan tentang adakah kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk menambah bilangan jawatan kakitangan perubatan.
Sehingga Disember 2024, terdapat seramai 2,599 anggota yang berkhidmat di
Hospital Sultan Abdul Halim yang terdiri daripada 2,368 anggota lantikan tetap dan 231 anggota lantikan kontrak. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 617 pegawai perubatan, 1,003 jururawat dan 979 anggota sokongan. Dari tahun 2020 hingga 2024, sebanyak 124 perjawatan tambahan baharu telah diagihkan kepada Hospital Sultan Abdul Halim. Menerusi pertambahan jawatan ini, jumlah perjawatan ini HSAH meningkat sebanyak lima peratus kepada 2,498 perjawatan pada tahun 2024 berbanding 2,374 perjawatan pada tahun 2020. Kita akan beri jawapan lampiran secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Bagi memenuhi keperluan sumber manusia di facilities kesihatan KKM, melaksanakan langkah berikut:
(i) mobilisasi sumber manusia sedia ada daripada facilities kesihatan sama ada dalam lingkungan daerah atau negeri mengikut keperluan;
(ii) menilai dan membuat semakan semula keperluan sumber manusia di facilities kesihatan secara berterusan berdasarkan perkhidmatan;
(iii) perancangan perkembangan perkhidmatan facilities kesihatan akan diteliti secara menyeluruh dan keperluan perjawatan yang bersesuaian akan dikaji sebelum dikemukakan untuk pertimbangan agensi pusat; dan
(iv) penempatan pegawai lantikan tetap baharu, pegawai lantikan kontrak juga akan dilaksanakan.
Daripada segi pengisian jawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, perancangan pengisian dibuat menerusi keadaan berikut:
(i) pelantikan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi dibuat secara kontrak selaras dengan obligasi kerajaan mengikut Akta Profesion masing-masing dan akan dilantik secara tetap sekiranya terdapat kekosongan perjawatan;
(ii) pengambilan anggota paramedik dan auksiliari bermula dari program latihan pra-perkhidmatan di Institut Latihan Kementerian ILKKM. Pelatih ILKKM yang berjaya menamatkan latihan akan dilantik secara tetap sekiranya terdapat kekosongan atau dilantik secara kontrak; dan
(iii) bagi anggota dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana dalam skim perkhidmatan lain, pengambilan akan dibuat dari semasa ke semasa menerusi SPA.
Dan juga berkenaan tentang— soalan ini memang soalan yang penting iaitu mempertimbangkan pembinaan blok tambahan di HSAH untuk menangani isu kepadatan pesakit. Menjawab kepada pertanyaan berkenaan, pembinaan blok tambahan Hospital Sultan Abdul Halim, kementerian ini telah mengenal pasti dan sedang mempertimbangkan pembinaan blok tambahan bagi mengatasi masalah kesesakan di hospital tersebut. Sementara itu juga, KKM sedang mengkaji kebolehlaksanaan untuk menaik taraf bangunan Kolej Kejururawatan kepada wad dan klinik HSAH yang dijangka dapat menyumbang tambahan 100 katil tambahan.
Projek pembangunan yang dipohon JKN bagi Hospital Sultan Abdul Halim di bawah RMKe-13 Rolling Plan Pertama adalah menaik taraf bangunan Kolej Kejururawatan sebagai wad tambahan 100 katil dan perkhidmatan sokongan dan
juga blok tambahan baharu HSAH. Di samping itu, melalui inisiatif hospital kluster, KKM juga mengguna facilities Hospital Yan 38 kilometer daripada Hospital Sultan Abdul Halim dan juga Hospital Sik 45 kilometer iaitu non-lead bagi Kluster Kedah Tengah untuk mengurangkan kesesakan di HSAH. Di antara contoh perkhidmatan yang diklusterkan adalah perkhidmatan Extracoporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL) atau pemecahan batu karang yang telah dipindahkan daripada HSAH ke Hospital Yan, manakala perkhidmatan rehab juga sedang dilaksanakan di Hospital Sik. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, untuk aju soalan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang begitu komited sebenarnya menjawab soalan daripada Sungai Petani sejak dari dalam Dewan lagi. Cuma, kalau kita lihat di Hospital Sultan Abdul Halim ini, tiga poin penting yang menyebabkan kesesakan iaitu access block di ED itu sendiri. Setiap hari patient dia itu lebih kurang 300 patient dan kian meningkat. Yang kedua adalah perjawatan dan yang ketiga adalah BOR.
Walaupun dah meningkat lima kali tapi masih juga BOR-nya itu tidak mencukupi.
Soalan saya, adakah dalam Belanjawan 2025 terdapat satu peruntukan khas untuk menyelenggara aset-aset di hospital dan bagaimanakah pemantauan yang dilakukan oleh kementerian terhadap proses penyelenggaraan ini supaya tidak ada pembaziran dana awam? Yang kedua, adakah insentif khas kepada penjawat-penjawat atau tenaga-tenaga kesihatan sekarang ini?
Berkenaan blok tambahan, saya ucap terima kasih dan saya ingin bertanya, apakah status terkini dan garis masa pelaksanaan. Ini adalah petanya, ya.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Kolej Jururawat inilah yang akan dinaik taraf tapi kalau kita boleh dapatkan garis masa itu lebih baik. Terima kasih, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Berkenaan tentang BOR yang telah disebutkan sebentar tadi. Sememangnya kita berharap agar pembinaan blok baharu Hospital Sultan Abdul Halim ini akan disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Saya berharap agar Yang Berhormat keep on consistent writes the letter dan juga soalan-soalan yang dibangkitkan.
Dan juga apa yang kita harapkan untuk mengurangkan beban ini adalah dengan mewujudkan 100 katil. Pasukan saya akan berada di Hospital Sultan Abdul Halim dalam masa yang terdekat untuk memeriksa keadaan bangunan tersebut adakah bersesuaian kerana pembinaan sebuah wad atau pun penambahan katil adalah sangat-sangat berbeza, Tuan Yang di-Pertua. Untuk membina sebuah sekolah ataupun sebuah balai raya ataupun facilities yang lain kerana kita mempunyai kompleksiti yang berbeza apabila kita membangunkan sesebuah wad ataupun hospital ataupun klinik.
Disebabkan itulah juga kadang-kadang kita melihat kompleksiti pembinaan hospital ini mengambil masa dan tempoh yang panjang. Kerana apa?
Philosophy dia adalah bangunan kita ini bukan hanya sekadar menempatkan pesakit Tuan Yang di-Pertua, tetapi adalah tempat untuk menyelamatkan dan memulihkan pesakit. Ini adalah satu philosophy yang kita kena fikirkan.
Berkenaan tentang isu maintenance. Sememangnya dalam tempoh dua tahun mantan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Dr. Zaliha dan juga Menteri Kesihatan yang sekarang sering menekankan dalam post-Cabinet untuk memastikan pelaksanaan penyelenggaraan peralatan kita haruslah berada dalam keadaan bahasa mudahnya dengan izin tip top, Dato' Yang di-Pertua.
Tetapi apa yang kita perlu fikirkan adalah penggunaan peralatan di hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan ini adalah agak luar biasa berbanding dengan fasiliti swasta ataupun fasiliti-fasiliti bukan kerajaan.
Memandangkan— sebagai contoh waranti untuk penggunaan sesuatu peralatan ataupun medical device dinyatakan di dalam brosur adalah selama lima tahun.
Tetapi penggunaan peralatan tersebut mungkin hanya dalam sekitar setahun, dua tahun telah pun mencapai tempoh hayatnya. Ini adalah satu perkara yang kita kena tekankan melalui pelaksanaan maintenance yang baik dan juga di bawah Kementerian Kesihatan, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM45.27 bilion.
Ini adalah angka yang besar dan juga RM38.5 bilion ini adalah untuk kerja- kerja berkaitan tentang mengurus dan sebahagian daripada nilai-nilai inilah yang kita akan guna pakai dengan pelaksanaan konsesi-konsesi kita telah pun diarahkan untuk memperkasakan kaedah-kaedah maintenance dan juga perolehan peralatan kita adalah— sekarang adalah beralih kepada leasing.
Instead of buying the equipment, kita gunakan leasing kerana melalui leasing ini, pembekal akan memastikan mereka menyediakan perkhidmatan sokongan seperti melakukan maintenance tersebut. Dan juga dengan— dari sudut positif juga melalui kaedah leasing ini kita juga mewujudkan secondary market kepada pembekal di mana setelah tempoh leasing itu selesai peralatan tersebut dapat di- refurbished dengan izin dan dapat dijualkan untuk industri-industri yang di luar sana.
Berkenaan tentang isu insentif khas, kerajaan telah pun mengumumkan Yang Berhormat, berkenaan tentang on call dan beberapa perkara. Saya akan menjawab juga untuk Yang Berhormat Pulai selepas ini tetapi ada sedikit arahan daripada Kabinet untuk menangguhkan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita perlu menyediakan satu pelan komprehensif dan juga tidak ingin mengelak daripada memperkenalkan satu skim ataupun sistem yang tidak diterima oleh kakitangan kita di akar umbi.
Selain daripada itu, daripada masa ke semasa juga kita sedang ingin menjalinkan kerjasama dengan pihak industri dan juga pihak korporat untuk melihat serba sedikit bantuan-bantuan yang boleh menaikkan motivasi penjawat- penjawat awam di hospital dari sudut kaedah CSR ataupun aktiviti-aktiviti ataupun diskaun-diskaun pembelian bagi mereka yang bekerja di fasiliti kita. Walaupun demikian, Yang Berhormat saya berharap agar feedback yang berhormat dapat disampaikan dari semasa ke semasa sama ada dari soalan Parlimen ataupun secara bertulis. Sekian, Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Jpa Perlu Mengambil Langkah Proaktif Mengatasi Masalah “Brain Drain” Kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM)Special Chamber
Yang Berhormat Pulai dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sepatutnya soalan ini ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri, bukannya KKM. Sebab saya maklum bahawa KKM dah banyak dengan tugas-tugas yang lebih utama tapi perjawatan ini sepatutnya adalah di bawah jawapan daripada JPA seterusnya di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tapi tak apa oleh kerana yang ada KKM saya sampaikan juga lah ya.
JPA perlu mengambil langkah proaktif mengatasi masalah brain drain di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM). Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 2019 hingga 2023 terdapat 6,417 pegawai perubatan dan 1,046 doktor pakar telah berhenti daripada perkhidmatan awam. Pada tahun 2023, terdapat 6,896 kekosongan jawatan jururawat. 60 peratus kakitangan KKM berpengalaman burnout. Nisbah doktor di Malaysia adalah 1.2 daripada1,000 orang berbanding yang di syorkan WHO 2.5 daripada 1,000 orang.
Gaji yang ditawarkan oleh JPA tidak mampu bersaing dengan negara jiran seperti Singapura. On-call allowance masih belum lagi dinaikkan setelah dibentangkan dalam bajet 2025. Skim Khas Untuk Penyandang (KUP) berakhir tahun 2013. Lantikan kakitangan kontrak ke jawatan tetap lambat dilaksanakan.
Kelemahan-kelemahan ini adalah salah satu penyumbang kepada masalah brain drain di KKM.
Pesakit meningkat setiap tahun, tiada menurunnya. Setiap tahun meningkat. Hospital akan dibina lebih banyak lagi pada masa akan datang memerlukan lebih ramai lagi kakitangan. Terdapat kecenderungan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka masuk bidang kedoktoran. Tiada daya tarikan skim perkhidmatan menjadi salah satu punca kakitangan kritikal KKM tidak berminat untuk bekerja di hospital awam. Jika tidak dibendung awal boleh membebankan rakyat yang memerlukan khidmat kesihatan di hospital awam pada masa akan datang.
Dalam keadaan tekanan ini pula, dah teruk ini. Dalam keadaan tertekan ini pula kakitangan KKM ini, JPA telah menaikkan waktu bekerja kakitangan KKM dan juga jururawat daripada 42 jam kepada 45 jam seminggu. Perubahan ini memberi tekanan kepada jururawat seluruh negara. Alasan tambahan waktu untuk memberi waktu rehat untuk jururawat tidak boleh diterima kerana suasana berbeza berbanding dengan pekerjaan lain. Perubahan ini boleh menyebabkan lebih ramai jururawat akan berhenti dan boleh menekan sistem kesihatan negara kita.
Apakah langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang mengatasi masalah “brain drain” ini di kakitangan KKM? Apakah JPA boleh mengambil langkah proaktif menyediakan skim perkhidmatan khas kepada kakitangan kritikal KKM dan apakah jalan penyelesaian kepada tambahan masa bekerja jururawat seminggu? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Ingin saya nyatakan juga di sini. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada
Yang Berhormat Pulai. Saya memerhati dan juga melihat pencapaian beliau sebagai pengerusi PAC untuk kesihatan. Banyak laporan juga prosiding yang dijalankan dan juga beliau sangat konsisten berkenaan perjuangkan untuk mendapatkan skim perkhidmatan yang bermaruah di Malaysia.
Saya menyokong dan juga— kami juga dibebankan dengan sedikit permasalahan-permasalahan. Petang ini saya mewakili Menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab kerana tidak dapat hadir. Walaupun demikian, jawapan yang disediakan oleh pihak JPA akan saya baca dengan teliti.
Berkenaan tentang jawapan. Tuan Yang di-Pertua, nisbah doktor di Malaysia adalah satu nisbah dua berbanding 1,000 berbanding yang disyorkan oleh WHO iaitu 2.5 berbanding 1,000 penduduk.
Ahli Yang Berhormat, secara tepatnya laporan The World Health Report 2006 terbitan World Health Organization (WHO) dengan izin, telah menyarankan sekurang-kurangnya 2.5 petugas kesihatan merangkumi doktor, jururawat dan bidan diperlukan untuk setiap 1,000 penduduk. Seterusnya, pada tahun 2016, WHO menerusi laporan health workforce requirement for universal health coverage and the sustainable development goals dengan izin, telah meningkatkan indikatif minimum keperluan petugas kesihatan kepada 4.45 petugas kesihatan bagi 1,000 penduduk atau bersamaan dengan satu petugas kesihatan kepada 225 penduduk.
Berdasarkan Petunjuk Kesihatan 2024, jumlah keseluruhan petugas kesihatan di Malaysia pada tahun 2023 mengikut kategori petugas kesihatan ditetapkan WHO adalah seramai 220,363 petugas merangkumi 82,227 doktor, 118,309 jururawat dan 19,827 jururawat masyarakat yang sebelum ini digelarkan sebagai bidan. Mengambil anggaran penduduk Malaysia pada tahun 2023 adalah seramai 33.4 juta penduduk, nisbah petugas kesihatan di Malaysia pada tahun 2023 adalah enam petugas kesihatan kepada 1,000 penduduk, melebihi sasaran yang disyorkan oleh WHO.
Berhubung nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia berdasarkan Petunjuk Kesihatan 2024, nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia pada tahun 2023 adalah satu doktor kepada 406 penduduk bersamaan 2.5 doktor kepada 1,000 penduduk. Nisbah ini menunjukkan peningkatan berbanding nisbah satu doktor kepada 663 penduduk pada tahun 2013 bersamaan 1.5 doktor kepada 1,000 penduduk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak pernah menetapkan satu standard khusus bagi nisbah doktor kepada penduduk. Nisbah- nisbah ini, Yang Berhormat Pulai, akan saya sediakan secara bertulis untuk rujukan.
Berkenaan tentang elaun on-call. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan kenaikan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) antara RM55 hingga RM65 kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu menerusi sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar. Selaras dengan pengumuman tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencadangkan sistem kerja baharu dengan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB). Walau bagaimanapun, mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 24 Januari 2025 telah memutuskan supaya projek rintis WBB dibatalkan untuk memberi laluan kepada kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.
Justeru, selaras dengan keputusan tersebut, kenaikan kadar ETAP juga ditangguhkan dan tertakluk kepada hasil kajian tersebut seperti apa yang ditanya oleh Sungai Petani tadi. Dan juga satu jawatankuasa akan diwujudkan— telah pun diwujudkan dan akan dipengerusikan oleh bekas ataupun mantan Ketua Pengarah Malaysia iaitu Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman. Untuk maklumat Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Menteri akan menggulung pada esok hari dan satu penggulungan yang spesifik juga akan menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai. Memang banyaklah jawapan-jawapan ini.
Berkenaan tentang lantikan kakitangan kontrak ke jawatan tetap lambat dilaksanakan. Pelantikan pegawai lantikan kontrak bagi mengisi jawatan tetap adalah berdasarkan kekosongan jawatan. Iklan pengambilan secara tetap pegawai perubatan kontrak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh calon untuk dipertimbangkan ke lantikan tetap. Antara syarat tersebut adalah calon hendaklah tergolong dalam kohort lantikan yang layak memohon, telah menamatkan latihan siswazah dan mempunyai pendaftaran penuh. Namun begitu, dalam keadaan tertentu terdapat pegawai perubatan lantikan kontrak terdahulu yang belum dilantik tetap kerana tidak memohon, telah menolak tawaran lantikan tetap dan tidak memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan dalam iklan pengambilan tersebut.
Dan juga satu Yang Berhormat, yang boleh Yang Berhormat nyatakan atau pun terangkan kepada masyarakat masa ini adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya telah pun mengumumkan satu jumlah yang besar berkenaan tentang penetapan pegawai-pegawai kontrak kepada pegawai tetap.
Saya masih ingat dalam jawapan Sesi Jawab Perdana Menteri. Hampir 12,000 perjawatan yang akan ditetapkan dan juga melalui fasa-fasa tertentu. Sekarang kita telah pun melaksanakan pelaksanaan tersebut dan tahun ini memang banyak doktor telah pun ditetapkan. Walaupun demikian, jumlah tersebut masih belum mencukupi kerana terdapat berlakunya resignations dan juga ada yang menolak untuk ditempatkan di negeri-negeri seperti Sabah dan Semenanjung.
Untuk maklumat Yang di-Pertua, terdapat juga penolakan pegawai- pegawai perubatan kita untuk pergi di tempat-tempat yang jauh daripada Lembah Klang atau pun bandar-bandar besar. Sebagai contoh tempat-tempat mungkin di tempat klinik-klinik penempatan Orang Asli di Gua Musang, tempat-tempat sejauh di— seperti di Baling. Banyak penolakan berlaku.
Dan juga apa yang dilaksanakan oleh pihak JPA, bagi menarik daya tarikan skim perkhidmatan. Bagi mengiktiraf kelayakan dan menghargai sumbangan skim perkhidmatan di bawah klasifikasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan, terdapat perbekalan khusus yang lebih baik diperuntukkan bagi skim perkhidmatan pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, jururawat, penolong pegawai kesihatan dan lain-lain seperti berikut. Dan juga skim-skim ini, Yang Berhormat kita akan berikan secara bertulis kerana senarai yang sangat panjang.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] . Ini adalah topik yang memang Yang Berhormat champion-lah, Dato’ Yang di-Pertua di dalam Dewan dan juga dalam percakapan. Saya lalu dekat belakang dia pun dia cakap tentang hal ini iaitu berkenaan tentang dasar waktu bekerja perubahan daripada 42 jam ke 45 jam. Dasar Waktu Bekerja Bukan Pejabat dalam perkhidmatan awam sebelum pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
(SSPA) adalah seperti yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih Masa Tahun 1974. Dasar tersebut menetapkan waktu bekerja dalam seminggu seperti berikut:
(i) lima masa bekerja ataupun giliran selama lapan jam termasuk rehat;
(ii) satu masa bekerja giliran selama enam jam pada hari bekerja separuh;
(iii) diberi satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat; dan
(iv) satu jam waktu rehat dalam tempoh bekerja lapan jam.
Jumlah jam bekerja seminggu mengikut peraturan dalam Perintah Am Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih Masa Tahun 1974 ialah 46 jam. Justeru, pelaksanaan waktu bekerja bukan pejabat yang tidak memenuhi 46 jam seminggu adalah tidak teratur kerana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dasar bagi waktu bekerja pejabat pula adalah merujuk kepada Perintah Am 1 dan 2 Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih Masa Tahun 1974 dan ceraian SR.4.1.1 Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi di Agensi Kerajaan Persekutuan. Jumlah waktu bekerja pejabat bagi negeri-negeri yang mana hari Ahad ialah hari kelepasan mingguan ialah 45 jam seminggu.
Dalam kajian SSPA, waktu bekerja bukan pejabat telah dikaji secara menyeluruh dan dalam beberapa sesi libat urus dengan agensi berkaitan termasuk KKM telah dilaksanakan oleh JPA. Langkah ini adalah untuk menyeragamkan jumlah waktu bekerja bukan pejabat iaitu waktu bekerja syif dengan jumlah waktu bekerja pejabat iaitu 45 jam seminggu. Kajian ini juga mengambil kira landskap perubahan pekerjaan semasa serta untuk meningkatkan produktiviti kerja dan kebajikan pegawai yang terlibat dalam waktu bekerja bukan pejabat. Sesi libat urus ini melibatkan penelitian terhadap kebolehlaksanaan susunan dan jumlah waktu bekerja syif seminggu iaitu 45 jam seminggu dalam perkhidmatan awam.
Hasil daripada itu didapati cadangan waktu bekerja syif baharu ini boleh dilaksanakan serta berupaya memenuhi keperluan perkhidmatan. Oleh yang demikian, kerajaan mulai 1 Disember melalui SSPA, telah bersetuju supaya jam bekerja seminggu bagi waktu bekerja syif ditambah baik daripada 46 jam seminggu kepada 45 jam seminggu termasuk rehat iaitu pengurangan sebanyak satu jam seminggu.
Berdasarkan kepada peraturan yang berkuat kuasa, waktu bekerja syif yang diamalkan oleh jururawat KKM iaitu 42 jam seminggu adalah merupakan ketidakakuran atau pun ketidakpatuhan kepada peraturan yang berkuat kuasa.
JPA melalui surat bilangan JPA(S)800-1/1/10(16) bertarikh 23 Disember 2022 telah mengemukakan teguran kepada KKM mengenai isu ini. Isu ini perlu diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh pihak KKM supaya pelaksanaan waktu kerja syif dilaksanakan dengan teratur.
Selain daripada itu, secara keseluruhan cadangan skim perkhidmatan khas kepada kakitangan kritikal Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhannya daripada 199 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember, sejumlah 21 skim perkhidmatan di bawah klasifikasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan (U) yang menjadi tunjang kepada sistem penjagaan kesihatan negara.
Jumlah ini merupakan antara jumlah skim perkhidmatan tertinggi antara klasifikasi perkhidmatan dan menjadi bukti komitmen tinggi pihak kerajaan dalam memperkasakan dan memperkukuhkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan fasiliti
kesihatan yang lain secara berterusan. Skim perkhidmatan dengan bidang dan fungsi khusus di bawah klasifikasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan (U) adalah seperti lampiran. Lampiran ini akan saya serahkan kepada Yang Berhormat.
Seterusnya, Jabatan Perkhidmatan Awam sentiasa komited dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan di bawah klasifikasi perkhidmatan, perubatan dan kesihatan (U) mengambil kira keperluan perkhidmatan, skop fungsi, tugas, struktur organisasi, hala tuju KKM dan sistem penjagaan kesihatan negara. Walau bagaimanapun, komitmen JPA ini perlu juga mengambil kira bebanan kewangan kerajaan keseluruhan dan komitmen kerajaan terhadap bidang-bidang lain seperti pendidikan, keselamatan dan sebagainya. Terima kasih. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pulai untuk ajukan soalan.
Terima kasih pada Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya sangat bersimpati dengan kakitangan kesihatan seluruh negara kerana tugas mereka berbeza dengan kakitangan awam yang biasa.
Umpamanya, mereka terlibat dengan syif. Satu minggu, mereka hanya boleh bercuti satu hari saja, berbanding dengan kita kakitangan awam boleh bercuti dua hari. Satu.
Keduanya, waktu rehat kakitangan yang bekerja di wad umpamanya. Dia tak boleh berehat macam kita berehat. Dia berehat kalau betul-betul free. Tapi kalau ada kecemasan, ada orang nazak nak meninggal dunia, kita tak boleh kata awak mati kemudian, saya nak rehat dulu. Tak boleh. So, dia ada rehat yang cukup terhad. Itu pun berdasarkan perbincangan sesama mereka baru dapat mereka berehat.
Kemudian, mereka tidak ada overtime, tak ada elaun kerja malam.
Seterusnya, cuti mereka berbeza dengan cuti kakitangan awam. Kita ada cuti Sabtu dan Ahad. Dia cuti ikut rotation itu. Boleh jadi hari Isnin, boleh hari Selasa, hari Rabu, Khamis. Ini menyebabkan masalah kepada keluarga untuk menguruskan anak dan saya difahamkan terdapat masalah penceraian yang agak serius juga di kakitangan awam— kakitangan kesihatan ini akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku ini.
Untuk makluman, dalam kajian Delegasi Jururawat Malaysia (DJM) menunjukkan 95.5 peratus daripada 28,373 responden membantah kenaikan waktu daripada 42 ke 45. Nurse saja 70,000, MA ada belas ribu, kemudian doktor lagi, kemudian kakitangan yang biasa lagi. Saya kira tadi lebih kurang 200,000.
200,000 ini kalau membantah— mereka ini setia dengan kerja. Mungkin mereka tidaklah membantah seperti mana orang lain membantah tetapi dia tak setuju. Ada dalam diri dia tak setuju. Tentulah dia akan mungkin kalau terpaksa lepaskan perasaan itu dia lepaskan kepada pesakit, patient dan sebagainya. Dan ia menjejaskan kita semua di seluruh negara.
Juga saya nak sebut, saya dapat makluman bahawa jururawat umpamanya bukan kerja saja merawat. Dia mengambil ubat pesakit di farmasi, dia memeriksa stok alat tulis, memeriksa alat-alat perubatan, memeriksa alat-alat bukan perubatan, menyemak inventori, menyemak aset-aset, tugas-tugas perkeranian, tugas-tugas PIC untuk KPI pengarah hospital dan unit-unit. Aih, ini kerja ini dah banyak sangat kerja ini, tapi mereka dibebankan lagi dengan kenaikan masa ini.
Juga saya dapat maklumat juga bahawa aras masa di peringkat antarabangsa, negara-negara maju seperti UK menetapkan hanya 40 jam seminggu, Tuan Yang di-Pertua. Di Jepun, 40 jam seminggu. Di Australia, 38 jam seminggu. Di Malaysia, 45 pula. Saya nak gambarkan ya. Kalau di hospital luar ini pesakit dia tak seperti mana kesesakan yang kita hadapi di sini. Kalau di Jepun mereka kurang pesakit, di UK mereka lagi kurang pesakit. Kurang pesakit maknanya beban kerja pada kakitangan kesihatan itu kurang. Tapi waktu mereka sikit. Yang kita ini, dahlah beban banyak pesakit kita ramai, nurse tadi tambah berapa banyak pula kerja tadi, pula dinaikkan pada 42 naik ke 45. Inilah yang menyebabkan saya kira kenapa 95.5 peratus tidak bersetuju.
Dan satu lagi saya nak sebut supaya kita lebih jelas. Satu minggu tiga jam Speaker ya. Satu minggu tiga jam. Satu bulan empat kali tiga, 12. Bermakna satu bulan dia terpaksa mengorbankan masa dengan polisi yang nak dilaksanakan pada 1 Mac ini, 12 jam bersamaan dengan sama dengan lebih kurang satu hari.
Bermakna bahawa dia terpaksa mengorbankan satu hari bercuti dalam satu bulan. Jadi, itulah yang menambahkan rasa tekanan ini.
Saya cukup bimbang Tuan Speaker, bahawa apabila polisi ini dilaksanakan semakin ramai lagi petugas kesihatan akan berhenti dan mereka akan menerima tawaran-tawaran yang lebih baik. Bukan jauh Tuan Speaker. Di Singapura saja, gajinya lapan kali ganda. Mereka duduk sini itu dah satu pengorbanan, janganlah tekan lagi mereka dengan kenaikan waktu bekerja ini.
Itulah harapan saya dan juga soalan saya kepada Menteri. Terima kasih.
Oleh sebab saya menjawab bagi mewakili JPA Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Pulai adalah merupakan perkara yang kita sedang usahakan bersama dengan Yang Berhormat Menteri. Banyak usul kita kemukakan kepada agensi pusat iaitu JPA untuk memohon agar berlakunya peningkatan dari sudut pertambahan jururawat-jururawat dan penawaran jururawat di fasiliti kesihatan.
Dan juga kita sedia maklum berkenaan isu peningkatan daripada 42 kepada 45 jam, walaupun demikian sesi libat urus telah kita laksanakan dan juga kita memerlukan satu penjelasan yang lebih rahmah kepada jururawat-jururawat.
Kita akui kelelahan-kelelahan dialami oleh jururawat di fasiliti bukan perkara yang main-main, Yang Berhormat. Saya bagi contoh, kalau Yang Berhormat pergi sahaja ke Hospital Serdang ataupun Shah Alam. Kita dapat melihat segerombolan pesakit-pesakit yang terdampar di kecemasan dan juga apa yang berlaku adalah kita cuba untuk melaksanakan sesi libat urus dan juga telah terangkan apa yang berlaku berkenaan tentang ketidakakuran ini. Kita juga terikat dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan.
Bagi pihak KKM, kita sentiasa ingin menyenangkan kakitangan dan juga work-life balance ini adalah satu perkara yang sangat-sangat dituntut. Kita tidak dapat membandingkan apa yang berlaku di negara-negara yang lain kerana negara-negara ini menawarkan satu perkhidmatan kesihatan yang hampir percuma. RM1 itu bukanlah nilai bayaran yang dibayar pesakit tetapi hanyalah sebagai yuran untuk mendaftar masuk ke hospital dan perkhidmatan yang disediakan adalah sangat tip top.
Dan juga untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, saya pernah berjumpa dengan influencer ataupun ikon di luar sana seperti Uncle Kentang yang menjelaskan bahawa Yang Berhormat mempunyai satu pasukan kakitangan kesihatan yang terbaik. Walaupun bidang tugas seperti yang dimaklumkan oleh
Yang Berhormat Pulai, bukan adalah bidang tugas seorang jururawat untuk mencari pegawai kebajikan ataupun van ataupun ambulans sukarelawan untuk menghantar balik pesakit tetapi kakitangan kami ataupun kakitangan Yang Berhormat Menteri dan saya inilah yang melakukan tugas-tugas tersebut tanpa mendapat elaun tambahan.
Dan juga berkenaan tentang isu ini kita sedang berbincang dan juga kita sedang meneliti dan juga kita sedang cuba untuk menghantar satu lagi surat untuk menangguhkan pelaksanaan syif bekerja 45 jam ini. Walaupun demikian, ini terpulang kepada agensi pusat untuk menilai. Dan juga satu sesi libat urus antara KKM dan juga JPA kerap dilaksanakan.
Kita juga berharap agar apa yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman nanti dapat membuahkan hasil. Kita sedar mungkin ada di— ada kekurangan di pihak kami di mana sesi libat urus ini tidak menjangkau jumlah yang lebih luas. Ada yang mengatakan kita hanya melibat— sesi libat urus bersama dengan nurse yang berpakaian hijau gelap, hijau terang tapi yang putih tidak dilakukan. Tetapi kita akan usahakan, Yang Berhormat. Bukan hanya sekadar bekerja tetapi kita juga melihat bagaimana jururawat kita yang sanggup terbang menggunakan flying doctor’s service yang berlaku di Sabah. Helikopter yang hampir-hampir terhempas dan juga ada yang berlaku— saya masih ingat menyerahkan sijil— Yang Berhormat Menteri menyerahkan sijil kepada kakitangan kita yang pernah terhempas menggunakan helikopter. Ini merupakan pengorbanan kepada mereka.
Saya, mewakili Kementerian Kesihatan walaupun menjawab bagi JPA memohon agar JPA dapat melihat konteks yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai untuk kita mendapatkan kesepakatan dan juga memberikan satu syif bekerja yang rahmahlah kepada mereka dan juga syif bekerja yang bermaruah kepada kakitangan kesihatan.
Itu sahaja yang saya mampu jawab, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Maybe— saya 38 tahun dalam perkhidmatan awam, KKM. Pada tahun 90-an, we had a shortage of pathologist. Ini pandanganlah ya.
Dan short gap to solve the problem, ketika itu sejumlah 600 lebih pathologist kontrak diambil. To cut down on the work load sehingga kita ada kita local punya expertise. It may be one of the solutions you can discuss with JPA. Ini pandangan sayalah ya. Baik, kerana masa dulu kami nak tunggu post-mortem sampai dua hari, tiga hari tak selesai. That was an option back in the 90’s-lah. Okey, itu sahajalah. Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas ini akan ditangguh sehingga hari Selasa, 25 Februari 2025, jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.42 petang]