Dewan Rakyat · 8 October 2025
15th Parliament, session 4, meeting 3 · not final · 593 turns · 48,524 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
(Pembukaan)
[Membaca sepotong doa] Amin. Bismillahirrahmanirrahim. Silakan Setiausaha.
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mula sesi pada pagi ini dengan soalan lisan. Saya mempersilakan Dato’ Ngeh Koo Ham, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya, soalan nombor 1.
1. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pendidikan menyatakan, sama ada kementerian bersedia melonggarkan syarat-syarat dan keperluan menghadiri kursus National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) selama satu tahun sebelum layak dilantik sebagai seorang pengetua untuk mengatasi masalah kekurangan pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah bantuan kerajaan.
Silakan Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Beruas. Kementerian Pendidikan komited untuk memastikan jawatan pengetua dan guru besar di semua sekolah, tidak kiralah sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan, diisi oleh individu yang berkelayakan dan juga berwibawa. Oleh itu, seseorang calon itu perlu mengikuti program National Professional Qualification for
Educational Leaders atau NPQEL sebagai prasyarat sebelum dilantik sebagai pengetua. Bagi tahun 2025, KPM telah meningkatkan jumlah pengambilan calon NPQEL kepada 1,652 orang. Ia merupakan bilangan paling tinggi sejak tahun 2021. Langkah ini mencerminkan kesungguhan KPM dalam membuat pengisian kekosongan jawatan pengetua dan guru besar demi memastikan kualiti pendidikan tidak terjejas ekoran daripada kekosongan jawatan berkenaan di sekolah masing- masing. Untuk makluman, syarat pemilihan pengetua dan guru besar tidak kira bagi sekolah menengah bantuan kerajaan ataupun sekolah kerajaan adalah selaras dengan ketetapan yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, Bilangan 6, 2013 pada 8 Oktober 2013. Ketetapan ini digubal bagi memastikan setiap pemimpin sekolah mempunyai kompetensi kepimpinan yang mantap selaras dengan aspirasi KPM untuk memartabatkan pendidikan negara. Justeru, keperluan untuk memenuhi syarat- syarat yang sedia ada, termasuklah berkaitan dengan kursus NPQEL adalah relevan dan penting dalam menyediakan pemimpin pendidikan yang berkualiti dan berwibawa bagi sekolah masing-masing. Sekian, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Memandangkan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh kementerian, kita dapati banyak sekolah-sekolah menengah bantuan kerajaan iaitu sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh tidak ada pengetua yang mencukupi. Soalan saya, tambahan saya ialah, bagaimanakah kementerian bercadang untuk menyelesaikan masalah ini?
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Beruas. Berkenaan dengan pengisian pengetua ataupun guru besar di sekolah-sekolah mubaligh ataupun di sekolah menengah adalah sekolah menengah conforming. Pihak KPM sememangnya khas bagi sekolah-sekolah mubaligh, kita mempunyai satu prinsip iaitu prinsip maximum consultation yang mana rundingan
akan diadakan dengan pihak LPS, dengan pihak JPN bagi memastikan calon yang dilantik itu dapat dihantar ke sekolah dan dilantik ke sekolah masing-masing. Dan dalam perkara ini, bagaimana kita nak pastikan kita mempunyai calon yang mencukupi, nombor satu, seperti yang saya sebut tadi, Institut Aminuddin Baki pada tahun ini telah pun membuka slot sebanyak 1,652 orang bagi latihan, bagi mengikuti latihan NPQEL. Dan ini adalah yang paling tinggi sejak tahun 2021. Nombor dua juga, pihak KPM juga ingin mendapatkan komitmen dan juga kerjasama daripada pihak pengelola sekolah untuk mencalonkan dan juga menyediakan pelapis pemimpin yang mencukupi. Oleh kerana apabila kita ada prinsip berkenaan dengan maximum consultation, maka adalah penting bagi LPS untuk memastikan bahawa calon yang hendak dihantar ke NPQEL itu adalah tersedia iaitu dengan pengalaman, dengan syarat tiga tahun pengalaman pentadbiran dan juga syarat-syarat am dan juga syarat-syarat khas yang lain. Bagi KPM, kami sedia untuk menyediakan slot yang mencukupi bagi latihan NPQEL, tetapi pada masa yang sama kita memerlukan calon juga dikemukakan oleh pihak LPS. Untuk makluman Yang Berhormat Beruas, daripada 122 sekolah mubaligh, sekolah menengah mubaligh di negara kita dalam sistem kita, pada ketika ini ada enam buah sekolah yang masih mengalami kekosongan pengetua iaitu SMK St. Michael, SMK St. David, SMK Perempuan Methodist, SMK Convent, SMK Convent Selangor dan SMK Convent Father Barre, Kedah. Daripada enam sekolah ini, sememangnya tiga sekolah telah pun mempunyai calon yang sama ada sedang memangku ataupun akan habis kursus NPQEL tahun ini.
Tiga lagi sekolah yang lain masih belum lagi mempunyai calon dan inilah yang saya katakan kita memerlukan komitmen dan kerjasama daripada pihak LPS dan juga pihak federation untuk memastikan ada pelapis apabila kita sampai pada tahap kekosongan tersebut. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Berkenaan dengan sebagaimana yang kita maklum, peranan pengetua ini amat penting di dalam sebuah sekolah bagi melaksanakan, memastikan pedagogi,
deduktif pembelajaran dan pelajaran dapat dicapai di sebuah sekolah. Oleh itu, kerana mereka yang mengetuai sekolah tersebut, memandangkan mungkin ada beberapa perkara yang dilihat semula — mungkin mesti dilihat semula. Adakah KPM bersedia untuk semak semula berkenaan dengan elaun, insentif yang diberikan kepada pengetua supaya dapat menarik minat ramai guru- guru yang berpotensi untuk mengikuti kursus NPQEL? Ini kerana memandangkan kadar elaun dan insentif yang mereka dapat ini tidak seberapa banyak mana, menyebabkan mungkin tak berapa minat, lebih baik mereka menjadi guru biasa daripada menjadi seorang pengetua kerana bebanan tugas yang begitu banyak. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas cadangan dan juga soalan yang dikemukakan tadi. Sememangnya seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, elaun bagi pengetua adalah sebanyak RM300 dan untuk guru besar adalah RM200. Dan kami pun ada mendengar berkenaan dengan pandangan daripada pihak pentadbir sekolah bahawa ia mungkin merupakan salah satu faktor yang membatas ataupun menyebabkan kekurangan minat. Namun demikian, untuk makluman Yang Berhormat Bagan Serai, elaun dan kadar elaun ini sememangnya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam pengskiman, penggredan dan juga pengskiman yang sedia ada. Dan dalam pada itu, pada ketika ini, kedua-dua elaun itu masih kekal. Namun demikian, apa yang saya selalu sebut apabila saya adakan talk ataupun saya adakan perjumpaan dengan para potensi guru-guru ataupun potensi pelapis sekolah ini, apa yang saya sebut selalu adalah apabila kita hendak — apabila kita berada dalam bidang pendidikan ini, ia merupakan satu tanggungjawab, satu peranan yang penting untuk mendidik anak-anak kita dan ia bukan sekadar satu jawatan semata-mata. Dan kita perlu bahawa kita perlu menanam— apa yang lebih penting adalah kita perlu menanam semangat yang— semangat yang bertanggungjawab untuk memastikan ekosistem pendidikan kita dapat berterusan dengan baik dan juga memastikan kita mempunyai pimpinan yang ada. Dan pada ketika ini apabila kita nampak— apabila kita membuka lebih daripada 1,600 slot bagi NPQEL, sebenarnya slot ini dapat dipenuhkan. Sebelum ini dibuka lebih kurang 800, 900, 1001. Itu menjadi satu faktor yang utama yang
menyumbang kepada kekurangan pengetua dan guru besar yang kita ada dan dengan pembukaan slot yang lebih banyak ini, kita sememangnya berharap bahawa kita dapat menyelesaikan isu kekurangan pengetua dan juga guru besar ini. Namun demikian, berkenaan dengan elaun dan juga elaun berkenaan dengan guru besar dan pengetua, pihak KPM sememangnya sekiranya ada pendekatan ataupun ada pembaharuan dari Jabatan Perkhidmatan Awam, sememangnya amat dialu-alukan, tetapi itu bergantung kepada JPA. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Speaker, Speaker.
Peraturan mesyuarat saya layan.
Ah, untuk soalan nombor 2 ini Speaker, saya nampak...
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat?
20...20, hai kecil pula tulisan ini. 24(2). Sebab saya nampak Yang Berhormat Larut tidak ada kan. Mungkin sebab dia sibuk sebagai Presiden parti. Jadi, boleh tak Speaker, maksudnya bagi petua untuk saya ambil soalan ini. Sebab soalan dia bagus. Ha, sebab rakyat nak tahu ni, soal berkaitan dengan kewangan negara ni kan. Sebab bila kerajaan bagi macam- macam insentif kepada rakyat, warga dan juga masyarakat dalam negara kita ini, jadi kita nak tahu sama ada kantung negara ini ada ataupun tidak ada. Kalau tidak ada, bajet ni memang Perdana Menteri nak kenalah ni. Ha, sebab semalam cakap macam-macam kan. Kata ada penjilat lah semalam ni kan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Saya dua hari ni memang bersabar saja sikit ni kan. Ha.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ya, Speaker. Baik, saya dengar.
Terus kepada peraturan. Jadi peraturannya, kalau ikut tafsiran saya Yang Berhormat, memandangkan Yang Berhormat Larut atas urusan yang tidak dapat dielakkan, tidak dapat hadir dan Yang Berhormat ingin mengambil tempatnya untuk menjawab soalan bagi pihak...
Bukan, bukan menjawab. Saya bertanya soalan.
Yang Berhormat.
Kalau saya menjawab, maksudnya tempat duduk saya kena ubah, Speaker.
[Ketawa]
Faham. Faham Yang Berhormat. Bermaksudnya Yang Berhormat ingin mengambil giliran Yang Berhormat Larut untuk menggunakan soalan yang sama.
Ya.
Baik, Yang Berhormat. Ini saya punya pentafsiran ya. Soalan asalnya adalah daripada Yang Berhormat Larut dan dalam pertimbangan saya, saya tidak benarkan. Yang Berhormat duduk.
Terima kasih, Speaker.
[Ketawa]
[Soalan No. 2 - YB. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) tidak hadir]
Terima kasih. Bagi soalan kedua, Yang Berhormat Larut tidak dapat hadir. Ada urusan yang perlu dilaksanakan. Saya terus ke soalan yang ketiga. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua. Baik-baik memilih ikan, Jangan terpilih ikan gelama; Baik-baik menjawab soalan, Soalan tiga untuk KESUMA.
3. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) jumlah aduan berhubung amalan union busting telah diterima oleh JPPM pada tahun 2015-2025, berapa tindakan yang telah diambil serta bentuk tindakan tersebut; dan (b) hasil siasatan JPPM terhadap aduan union busting melibatkan syarikat Flextronics Penang dan XSD International Paper.
Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Dewan yang mulia, seksyen 8(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] memperuntukkan kuasa kepada ketua pengarah untuk mengambil langkah-langkah perlu atau membuat inquiry yang wajar untuk menyelesaikan aduan berhubung amalan union busting mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Berdasarkan rekod Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), jumlah aduan berhubung isu union busting yang telah diterima pada tahun 2015 sehingga 31 Ogos 2025 adalah sebanyak 246 aduan. Dari jumlah aduan diterima, sebanyak 158 aduan telah berjaya diselesaikan di peringkat JPPM secara rundingan damai dan 24 aduan masih lagi dalam tindakan jabatan. Manakala 64 aduan telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan — Perusahaan untuk pendengaran kes. Merujuk kepada pertanyaan kedua, untuk makluman Dewan yang mulia, aduan union busting melibatkan syarikat Flextronics Penang dan XSD International Paper, JPPM sedang melaksanakan rundingan damai dan inquiry sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 8(2) Akta 177. Kementerian Sumber Manusia melalui JPPM sentiasa komited memastikan hak dan kebebasan pekerja untuk menubuh serta menjadi kesatuan sekerja dilindungi sepenuhnya. Sehubungan itu, pelbagai langkah proaktif dilaksanakan termasuk program pendidikan perusahaan, pemantauan berterusan terhadap tindakan majikan dan menambahkan dasar untuk memperkukuhkan ekosistem hubungan perusahaan yang harmoni dan berkeadilan selaras dengan ekspresi Malaysia MADANI. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada KESUMA atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita perlu faham bahawa walaupun kesatuan pekerja ini, dia— walaupun dia memihak kepada pekerja, tapi ia merupakan satu komponen yang penting untuk melicinkan lagi hubungan apa tu, antara majikan dan pekerja. Dan Malaysia sekarang mencatat kadar pampasan pekerja kepada KDNK yang rendah iaitu 33.6 peratus. Antara sebabnya disebabkan kadar penyertaan kesatuan yang lemah akibat-akibat sikap tidak mesra kesatuan oleh majikan. Tanpa kesatuan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, produktiviti meningkat tetapi gaji dia tidak naik dan majikan akan terus menekan kos.
Yang Berhormat, apa soalan?
Dan ini akhirnya akan membawa kepada persaingan race to bottom. Maka soalan saya adalah, adakah kerajaan akan menggunakan seksyen 59 Akta Perhubungan Perusahaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap amalan union busting ini dan memandangkan banyak kesatuan pekerja menuntut kerajaan supaya meratifikasikan Konvensyen ILO C87 bagi menjamin kebebasan berpersatuan sepenuhnya. Adakah kerajaan bersedia untuk mempercepatkan proses ini?
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bakri sebentar tadi, ramai juga sebenarnya yang persatuan-persatuan ini melaporkan kepada ILO, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Tetapi dalam hal ini, kami terus akan menjawab kepada ILO kerana kementerian kami sentiasa memandang serius dalam hal union busting ini. Dan lantaran itu sebab itu kita katakan bahawa kita telah menyelesaikan kes-kes tersebut melalui beberapa kes yang telah saya nyatakan sebentar tadi, bahawa yang tertunggak ini masih dalam pertimbangan. Dan dalam usaha ini kita tidak mahu
menggugat atau mengganggu, menggugat pergerakan aktiviti kesatuan sekerja itu sendiri. Dan, walaupun kewujudan kesatuan sekerja yang mengamalkan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, tetapi union busting ini terhadap perkara yang diperuntukkan di bawah seksyen 4, 5 dan 7, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ini bila-bila masa kita boleh membuat laporan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan di bawah seksyen 8 Akta 177. Dan, sebagaimana yang dikatakan sebentar tadi, penindasan ini sudah pastilah kita akan mengambil penyelesaian untuk dicapai dan diputuskan oleh Yang Berhormat Menteri di bawah keputusan tersebut, Yang Berhormat Dato’ Dr. Speaker. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Padang Terap, silakan.
Terima kasih Dato’ Dr. Speaker. Tentang aduan kes union busting ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bersedia untuk menyiarkan secara awam di laman web JPPM tentang statistik tahunan aduan dan juga keputusan siasatan kes untuk mengelakkan persepsi bahawa pihak kerajaan ataupun pihak kerajaan seolah berpihak kepada pihak majikan bukan pekerja? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Jawapannya, persoalannya agak ringkas dan persoalannya pun jawapannya agak ringkas. Dan sebenarnya tidak perlu disiarkan kerana Yang Berhormat telah bertanya dan inilah keputusannya yang kami terima sehingga 2025, 246 aduan dan selesai rundingan damai 158 dan rujukan Mahkamah Perusahaan masih ada 64 dalam rujukan. Dan dalam masa yang sama, kita tiada masalah kerana laporan dibuat setiap tahunan melalui Kementerian Sumber Manusia di bawah JPPM itu sendiri dan boleh mengambil rujukan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato’ Rosol bin Wahid, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terengganu negeri bahagia dan hebat, Soalan Hulu Terengganu nombor empat. Terima kasih.
4. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sistem yang diguna pakai di stesen minyak seluruh negara dan langkah yang diambil dalam melengkapkan perkhidmatan di stesen minyak selaras langkah Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 serta kos-kos terlibat.
Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu di atas soalan. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan pertanyaan yang diajukan oleh Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Sibu pada 14 Oktober 2025 memandangkan pertanyaan dan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan perkara yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras penyaluran subsidi petrol RON95 kepada sektor pengangkutan darat awam dan barangan. Bermula 29 September 2025, penyaluran subsidi petrol ini turut diperluas kepada sektor pengangkutan bot penumpang. Justifikasi penyaluran subsidi petrol RON95 di bawah SKPS kepada sektor tersebut adalah bagi memastikan harga tambang perkhidmatan awam dan harga barangan perlu iaitu essentials yang dibayar rakyat kekal stabil. Dalam hubungan ini, bagi memastikan petrol RON95 bersubsidi ini sampai kepada pihak yang benar-benar layak menepati objektif harga ataupun tambang perkhidmatan awam dan harga barangan kekal stabil serta mengekang ketirisan subsidi, mekanisme pelaksanaan SKPS dikendalikan seperti berikut. Yang pertama, kategori kenderaan iaitu menetapkan kategori kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang layak menerima subsidi petrol RON95. Sebanyak sembilan jenis kenderaan darat awam dan 12 jenis kenderaan darat
barangan, serta bot penumpang telah disenaraikan sebagai kenderaan yang layak untuk menerima subsidi petrol RON95 pada harga RM2.05. Kedua ialah kriteria syarikat. Menetapkan kriteria syarikat yang layak untuk memohon di bawah SKPS, iaitu syarikat perlu berdaftar di Malaysia. Kenderaan adalah milik syarikat pemohon dan memiliki cukai jalan yang sah, serta kenderaan syarikat tersenarai dalam kategori ataupun jenis kenderaan yang layak menerima subsidi petrol RON95 di bawah SKPS. Ketiga, penetapan kuota. Di mana setiap kenderaan yang layak, kuota yang ditetapkan mengambil kira purata penggunaan bahan api kenderaan terbabit, ya. Keempat pula, fleet card sebagai kaedah. Jadi menggunakan fleet card sebagai kaedah pembelian petrol RON95 bersubsidi. Penggunaan fleet card membolehkan transaksi pembelian petrol RON95 setiap kenderaan direkodkan secara digital dan dipantau. Penguatkuasaan secara digital ini dapat mengekang sebarang transaksi yang meragukan, seperti pembelian berulang pada selang masa yang tidak wajar atau pembelian dalam jumlah yang tidak munasabah. Dan yang kelima, menganalisa transaksi pembelian petrol RON95 bersubsidi melalui fleet card oleh sistem data analitik yang akan dibangunkan oleh KPDN. Analisis data ini mampu untuk memproses data dalam jumlah yang besar, kompleks dan pelbagai bagi mendapatkan corak ataupun trend dan maklumat penting untuk membantu penguatkuasaan, risikan dan siasatan yang lebih berkesan. Dato’ Yang di-Pertua, pendaftaran SKPS telah dibuka mulai 15 September 2025. Dan, sehingga 7 Oktober 2025 sebanyak 11,297 syarikat dan 22,918 kenderaan telah berdaftar. Manakala pendaftaran kepada syarikat bot penumpang pula dibuka melalui 9 Oktober 2025. Ya, dia dibuka esok. Buat masa ini, mekanisme penyaluran subsidi petrol RON95 untuk syarikat bot penumpang dibuat melalui pembayaran balik tunai terlebih dahulu sebelum kaedah penyaluran subsidi RON95 dan penetapan kuota kepada sektor ini dimuktamadkan pada akhir Oktober 2025. Berkaitan dengan sistem pula Yang Berhormat Hulu Terengganu, tanggungjawab KPDN adalah untuk membangunkan sistem kawalan petrol subsidi. Sistem ini bertujuan untuk menerima permohonan syarikat kenderaan, perdagangan awam dan darat, serta bot penumpang, mengesahkan kelayakan dan meluluskan permohonan berserta kuota kepada kenderaan-kenderaan berkaitan. Sistem ini telah dibangunkan dengan kos sebanyak RM492,900. Manakala bagi penyaluran subsidi BUDI95 untuk individu, pembangunan sistem berkenaan
adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Sekian terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri dengan jawapan yang begitu detail. Soalan saya, Yang di-Pertua, Perdana Menteri pernah mengatakan bahawa menang hari ini, bukan dua hari, bukan dua minggu, esok, turun harga. Alhamdulillah, dah turun harga. Cuma enam sen sahaja. Enam sen daripada RM2.05 kepada RM1.90, kemudian sampai itu naik 61 sen. Ambil beri kepada rakyat enam sen, ambil balik 61 sen.
Yang Berhormat, soalan.
Itulah keadaannya Yang di- Pertua.
Cuma persoalan saya, Yang di-Pertua, sampai bila rakyat akan menikmati RM1.90 per liter?
99.
RM1.99 per liter, sampai bila? Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk nak revised APM (automatic pricing mechanism) yang dikatakan telah tidak di-revised lebih daripada 40 tahun? Yang ketiga, alat yang digunakan di stesen-stesen minyak dikatakan disewa ataupun dikena bayaran kepada stesen minyak, sebanyak RM80 sebulan. Apa penyelesaian di pihak kementerian? Terima kasih, Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Hulu Terengganu lupa bahawa harga sebelum ini pun harga subsidi, ya.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Bukan turun enam sen, ya. Tetapi, harga itu RM2.05 itu pun, harga subsidi sebelum ini, Yang Berhormat. Jadi, silap sikit perkiraan Yang Berhormat itu ya.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Silap banyak.
Okey. Jadi Yang Berhormat, hati-hati sikitlah sebelum Yang Berhormat kira itu, ya. Jadi, pada hari ini, harga tanpa subsidi ialah RM2.60 sebenarnya ya dan harga sebelum kita buat penyasaran ini ialah harga yang sudah pun ada subsidi. Berkenaan dengan APM, insya-Allah sudah pun di— itu soalan yang tidak berkaitan tetapi insya-Allah, ada. Ada usaha-usaha untuk berbincang berkenaan dengan perkara itu. Berkenaan dengan alat yang digunakan oleh stesen itu, terserah kepada stesen dan kita— apa mungkin, berbeza-beza mengikut setiap stesen. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
[Bangun]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudahlah. Duduklah, Hulu Terengganu.
[Bangun]
Sudah, sudah. Soalan tambahan.
Ya. Peraturan, okey.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak dengar, tak dengar.
Mic, mic. Tak dengar.
Mengambil kira kedudukan kewangan?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudah, sudah. Tak boleh sudah itu.
[Bangun]
Yang Berhormat.
Sampai bila, Yang di-Pertua? Sampai bila RM1.99 itu? Sampai kiamat ke sampai bila? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh menjawab secara bertulis jika mahu. Untuk
makluman, saya tidak boleh paksa Menteri untuk menjawab mengikut peraturan, ya. Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Berdasarkan pemerhatian di media sosial, saya dapati terdapat banyak rungutan dan komen yang disuarakan rakyat. Soalan saya, adakah sistem sedia ada yang diguna pakai di stesen minyak benar-benar bermasalah atau sengaja dimainkan pihak tertentu untuk mencetuskan kekecohan, dan bagi pengguna yang terkesan akibat gangguan sistem, bagaimanakah mereka boleh membuat tuntutan? Serta, bagaimanakah kaedahnya? Kalau harga RM2.60, itu untuk warga asing. Tak tahulah kalau ada yang nak isi RM2.60. Tampin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan guru- guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Tunku Besar, Tampin. [Tepuk] Selamat datang ke Dewan Rakyat. Semoga SMK Tunku Besar terus cemerlang membawa nama Tampin. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Selepas ini, YB Tampin belanja makan. [Ketawa]
Yang Berhormat, soalan? Kalau tidak, saya bagi pada orang lain.
Dah tanya dah, Dato' Speaker, Dato' Yang di-Pertua.
Sudah? Sudah? Baik.
Adakah sistem sedia ada yang diguna pakai oleh stesen minyak benar-benar bermasalah atau sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan kekecohan? Asyik tak puas hati sahaja.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tampin, setakat ini ada 34 aduan yang kita terima daripada pengguna berkenaan dengan sistem BUDI RON — BUDI95 ini. Tinjauan daripada KPDN mendapati ada beberapa faktor. Ada satu, dua kes yang berlaku, apa kita panggil system glitch. Ada dua keadaan di mana berlaku system down. Ya, system glitch dengan system down. Jadi, system glitch ini, dalam beberapa insiden yang dilaporkan kepada KPDN, pihak stesen minyak telah pun membuat bayaran tuntutan
balik, bayaran balik. Dia punya beza subsidi itu telah pun dibayar balik kepada pengguna. Dalam keadaan system down, saya semalam sempat turun meninjau kepada stesen minyak, ya dan saya lihat, persiapan-persiapan yang telah pun dilakukan di stesen-stesen minyak. Contohnya, kalau kita tengok kepada— kita ada outdoor point itu ya, yang kita check dekat pam dan kita juga ada yang indoor, yang kita check di dalam. Sistem itu ialah sistem yang dibangunkan oleh syarikat minyak ataupun oil co, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, apabila sistem itu down, apa yang pengguna boleh buat, pengguna boleh masuk ke dalam, pergi ke kaunter. Di kaunter, disediakan sistem terminal SARA, di mana sistem itu boleh terus check IC itu dan dia terus pergi ke sistem MOF. Jadi, sistem di oil co di pam dan di dalam itu ialah menggunakan apa orang kata, sistem yang dibangunkan oleh syarikat, ya. Tetapi, sistem SARA itu, terminal SARA itu boleh digunakan untuk mengenal pasti. Jadi, setakat ini, pihak apa itu orang kata oil co ataupun stesen-stesen minyak mengambil apa orang kata tindakan dan mengambil tanggungjawab yang besar, ya untuk memastikan bahawa sebaik- baiknya, setiap pengguna itu tidak— apa orang kata, tidak terbeban ataupun tidak tersalah, sekiranya mereka tidak mendapat hak mereka sebagai pengguna. Jadi setakat itu. Tetapi, Alhamdulillah yang kita— aduan yang kita terima itu memang tak ada masalah. Sikit sangat iaitu glitch ataupun down. Tetapi, ada jawapan-jawapan ataupun solusinya, Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin. Ya, harap dapat menjelaskan soalan tadi. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Baik. Sebelum saya ke soalan yang kelima, hanya ingin menjelaskan. Yang Berhormat Hulu Langat mana? Tak ada? Tak apalah. Keputusan saya tidak membenarkan berdasarkan kepada dua perkara. Satu, dalam Peraturan 24(2) itu menyebut, tidak bangun. Larut tidak ada, perbezaannya dan lagi satu, kalau saya memilih untuk membenarkan soalan itu diambil alih, saya kena tunggu, ikut peraturan, habis semua soalan, 50 soalan itu. Kita hanya dibenarkan satu jam setengah. Paling kuat 12 soalan, 13 soalan. Itu sebab saya tidak benarkan Hulu Langat tadi. Saya ingat nak jelaskan pada dia.
Saya akan sampaikan, Dato’ Speaker.
Baik, tolong sampaikan. Terima kasih.
Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Berikut, saya ke soalan yang— Yang Berhormat Tampin tadi, saya, Yang Berhormat Tampin, saya saja tadi. Tahu sebab pengundi-pengundi Yang Berhormat ada sini. [Tepuk]
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya sayang Dato’ Yang di-Pertua. [Ketawa]
Baik. Majlis ke soalan yang kelima. Saya mempersilakan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Yang Berhormat Bandar Tun Razak untuk soalan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Digital menyatakan langkah-langkah strategik yang sedang dan akan diambil bagi memastikan keselamatan siber negara terjamin khususnya dalam menghadapi peningkatan kes scam yang menggunakan teknologi weaponized AI.
Yang Berhormat Menteri Digital, sila jawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan nombor 5. Tuan Yang di-Pertua, weaponized AI merujuk kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk tujuan jahat ataupun berbahaya. Ia nya bukan sekadar AI yang membantu meningkatkan kecekapan atau inovasi, tetapi AI yang boleh dimanipulasi untuk menyerang, menipu atau menjejaskan keselamatan pihak lain. Di antara bentuk utama weaponized AI termasuk pertama, deepfake berniat jahat. Tuan Yang di-Pertua, mencipta imej, audio atau video palsu untuk tujuan penipuan, pemerasan, penyamaran, ataupun propaganda. Kedua, bersifat serangan siber berautomasi. Maksudnya, AI digunakan untuk mengesan kelemahan sistem, melancarkan serangan phishing lebih meyakinkan, atau menggodam rangkaian pada skala besar. Ketiga, operasi maklumat palsu yang melibatkan algoritma AI menjana mesej, berita atau kandungan automatik untuk mengelirukan masyarakat serta menggugat kestabilan sosial.
Keempat, penipuan kewangan pintar. Adapun, AI digunakan, Tuan Yang di- Pertua, oleh sindiket scam untuk meniru suara, menyamar sebagai pegawai bank atau mengendalikan chatbot bagi tujuan memperdayakan mangsa. Di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, penggunaan weaponized AI mula dikesan dalam beberapa insiden yang direkodkan oleh Cyber Security Malaysia, termasuk; pertamanya, kes penipuan deepfake yang digunakan untuk pemerasan. Di antaranya, kes-kes sextortion ataupun melibatkan aspek seksual dan penyamaran identiti. Kedua, berlakunya peningkatan kes scam, Tuan Yang di-Pertua. Sindiket yang menggunakan AI untuk menghasilkan mesej ataupun panggilan palsu yang lebih meyakinkan serta meniru suara mangsa bagi memperdaya ahli keluarga atau rakan.
Ketiga, ancaman kepada data peribadi, Tuan Yang di-Pertua. AI turut digunakan untuk memproses dan mengeksploitasi data bocor daripada serangan siber, menjadikannya lebih mudah bagi penjenayah menyasarkan individu-individu tertentu. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan keselamatan siber negara sentiasa terjamin, khususnya dalam hal negara menghadapi peningkatan kes penipuan berasaskan teknologi weaponized AI, kerajaan menekankan pendekatan yang merangkumi aspek perundangan dan juga tadbir urus. Kerajaan telah pun menguatkuasakan Akta Keselamatan Siber tahun lalu, 2024, Akta 845 — 854, maaf. Bagi melindungi infrastruktur maklumat kritikal negara serta memperkukuhkan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) tahun yang lalu iaitu 2024 [Akta 709] dengan mewajibkan pelaporan insiden pelanggaran data. Di samping itu, kerajaan sedang merangka Rang Undang-undang Jenayah Siber untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 yang akan menjadi undang- undang utama bagi tujuan menangani jenayah siber di bawah kawal selia NACSA. Kementerian Digital sedang merangka undang-undang khusus berkenaan penggunaan AI yang bertanggungjawab. Pada masa yang sama, Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI ataupun AIGE telah pun diperkenalkan sebagai panduan berasaskan tujuh prinsip utama, termasuk keadilan, keselamatan, ketelusan dan juga kesejahteraan manusia. Tuan Yang di-Pertua, langkah strategik ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk kawal selia berasaskan undang-undang dan juga memperkukuhkan tadbir urus
AI. Pendekatan ini, kita yakin dapat melindungi keselamatan siber negara serta juga mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap Agenda Digital Negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Bandar Tun Razak, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri menjawab. Saya nak tanya kerana Kementerian Digital ini mempunyai tanggungjawab ancaman yang begitu besar sekali, terutama sekarang. Apakah rancangan memperkukuh kapasiti kepakaran kerangka teknikal negara untuk menangani masalah ini dan juga apa yang dikatakan khusus undang-undang itu, bagaimana nak tangkap? Kerana kadang kita terlepas dan kita ada agensi-agensi yang berkaitan supaya dia memberikan feedback kembali kepada kementerian. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang cukup baik. Tuan Yang di-Pertua, aspek mengenal pasti, mengesan dan juga melaksanakan apa yang disebut sebagai enforcement ya, pelaksanaan terhadap pelaku-pelaku yang terlibat di dalam aspek-aspek ini adalah tugas yang merentasi beberapa kementerian. Jadi, kita ada Kementerian Digital, di mana kita ada agensi kita iaitu CSM dan juga kita bekerjasama dengan NACSA. Dalam masa yang sama, kita juga ada bekerjasama dengan MCMC di bawah Kementerian Komunikasi dan pada asasnya, ia nya juga berbalik kepada PDRM yang di bawah kawal selia KDN. Apa yang kita lihat adalah keperluan untuk setiap kementerian ini bekerjasama supaya bila berlaku sesuatu masalah, kita ada satu unit yang boleh memberikan arahan yang jelas, buat tujuan yang perlu diambil supaya masalah itu dapat kita kesan dan ambil langkah tindakan dengan segera. Itu adalah satu aspek yang telah pun diberi penekanan. Menteri Komunikasi juga ada di dalam Dewan pada hari ini. Ini adalah satu perkara yang memang dalam perhatian kita. Tuan Yang di-Pertua, bergerak ke depan, Kementerian Digital juga telah pun diminta untuk melihat kepada perlunya untuk kita menggubal undang-undang spesifik yang dapat melihat bagaimana kita dapat kawal masalah yang bakal kita hadapi dengan teknologi AI ini. Ia nya bersangkutan dengan soalan awal weaponized
AI dan sebagainya. Bagi tujuan ini, Kementerian Digital telah pun mengadakan libat urus dengan semua kementerian yang terlibat. Kita dalam proses perbincangan. Agensi yang terlibat dalam Kementerian Digital adalah NAIO ataupun Pejabat AI Kebangsaan. Saya telah pun diberikan draf yang pertama. Kita sedang bincangkan, apakah sebenarnya kerangka yang akan kita kemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan dan kita jangkakan kita akan membentangkan undang- undang sekiranya perlu dalam pertengahan tahun depan. Tetapi ia nya akan melibatkan beberapa aspek. Pertamanya, kita akan lihat kepada piawaian yang diperlukan iaitu standard yang boleh kita ikut untuk memastikan bahawa kita ada produk-produk AI yang selamat untuk digunakan. Kemudian, aspek-aspek yang memerlukan peraturan. Kita juga akan wujudkan peraturan dan juga kita perlukan badan kawal selia untuk memastikan bahawa piawaian dan juga peraturan ini dapat kita laksanakan. Ketiganya, ada aspek-aspek di mana kita perlu lihat dengan lebih teliti Tuan Yang di-Pertua, yang memerlukan undang-undang. Dalam aspek itu, kita akan cadangkan kepada Kabinet sebenarnya, luas mana yang perlunya untuk kita melaksanakan ataupun menggubal undang-undang buat tujuan tersebut supaya kita boleh pastikan bahawa walaupun dalam keperluan kita, pastikan bahawa kita dapat mengawal AI ini tetapi dalam masa yang sama, kita hendak pastikan bahawa inovasi itu tetap akan diteruskan dan maju di dalam negara kita. So, kita kena bina satu kerangka yang membolehkan kedua-dua ini. Kita semua tahu kebaikan teknologi baharu. Dalam masa yang sama, risiko tetap ada. Kita kena prihatin dan kerajaan memang melihat dengan serius perkara itu untuk memastikan bahawa walaupun kita ini menggalakkan penggunaan AI tetapi kita juga melihat keperluan untuk memastikan sentiasa keselamatan rakyat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Rengas.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bolehkah Menteri menjelaskan, adakah telah diwujudkan satu pusat National AI Security Coordination Center yang berperanan mengesan, menilai dan memintas ancaman siber berasaskan AI sebelum ia menular kepada pengguna awam serta bagaimana kerajaan memastikan penggunaan AI sektor awam tidak disalah guna atau dimanipulasi oleh pihak luar, termasuk kuasa asing? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan itu. Ia nya berbalik kepada jawapan yang telah saya berikan tadi. Kita memang sekarang ada apa yang disebut sebagai kerjasama di antara kementerian-kementerian yang saya sebut tadi, KDN, Kementerian Komunikasi dan juga Kementerian Digital, supaya kita dapat pastikan bahawa bila ada aduan itu, kita boleh secara tangkas dan pantas membuat keputusan berkaitan dengan tindakan yang perlu diambil. Pihak- pihak yang boleh mengambil tindakan itu adalah di bawah naungan satu kumpulan, di mana ada kerjasama rentas antara kementerian. Itu adalah satu perkara yang sangat penting. Itu telah pun dimulakan. Kemudian, bergerak ke depan, kerangka yang saya sebut tadi adalah kerangka yang akan melihat kepada AI secara keseluruhannya iaitu sektor awam dan sebagainya, untuk memastikan bahawa undang-undang, piawaian ataupun peraturan yang kita bakal cadangkan itu adalah menyeluruh dan memastikan bahawa tidak ada aspek-aspek yang tertinggal dalam aspek keselamatan apabila kita berbincang hal perkara AI di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato Anyi Ngau, Yang Berhormat Baram.
Terima kasih Dato’ Speaker dan soalan saya nombor 6.
6. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Ekonomi menyatakan perancangan strategik untuk memastikan agar projek infrastruktur asas seperti jalan, hospital, sekolah dan lain-lain dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dapat dilaksanakan di kawasan pedalaman untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan negeri.
Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan memahami cabaran yang dihadapi kawasan pedalaman, termasuk di Sarawak, khususnya ketersediaan kemudahan asas dan prasarana yang masih terhad. Jurang pembangunan ini perlu ditangani secara berfokus bagi memastikan rakyat di pedalaman turut menikmati faedah pembangunan negara.
Seiring dengan pendekatan Ekonomi MADANI, pelaksanaan projek di bawah RMK13 akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuhkan tadbir urus. Strategi ini akan diterjemahkan melalui projek-projek seperti peluasan jaringan jalan luar bandar, peningkatan akses air bersih, bekalan elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan serta peluasan liputan digital. Kelulusan ke atas permohonan projek pembangunan yang dikemukakan berasaskan kepada data dan keperluan rakyat serta diselaraskan secara bersama dengan mengambil kira keutamaan projek kerajaan negeri oleh semua kementerian berdasarkan keutamaan dan matlamat pembangunan negara seperti yang digariskan dalam RMK13. Kementerian Ekonomi juga telah melaksanakan Program Jelajah Jalinan BORNEO sepanjang dua bulan yang lepas bagi menghebahkan RMK13. Melalui program dan sesi libat urus ini, kita telah menerima pelbagai cadangan daripada orang awam di peringkat tempatan mengenai keperluan sebenar rakyat, terutamanya projek dan program yang kritikal untuk pembangunan penduduk setempat. Maklum balas ini akan dipanjangkan kepada semua kementerian yang berkaitan.
Bagi memastikan strategi dan inisiatif RMK13 dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar, kerajaan sedang membangunkan sistem MyRMK bagi menambah baik proses pemantauan. Semua kementerian akan melaporkan pencapaian inisiatif RMK13 melalui sistem dalam talian tersebut setiap suku tahun. Pemantauan projek pula akan menggunakan sistem sedia ada iaitu MyProjek. Status pelaksanaan projek akan dibentangkan dalam majlis dan jawatankuasa tindakan pembangunan peringkat kementerian dan negeri menilai proses projek dan program sedia ada. Ini termasuk memberi perhatian projek yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Baram, soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup teliti. Kita harap bahawa prosedur ataupun SOP ini akan dapat meningkatkan ataupun mengurangkan jurang pembangunan di antara wilayah di negara kita.
Soalan tambahan saya ialah kerajaan Sarawak dan Sabah memohon untuk diberi lebih autonomi berkenaan dengan perancangan pembangunan ekonomi. Saya mohon pandangan, pendirian Kerajaan MADANI berkenaan dengan permohonan untuk diberikan lebih autonomi ini kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Terima kasih Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Terima kasih, Yang di-Pertua. Dari segi kepentingan autonomi, kerajaan memahami permintaan Sabah dan Sarawak untuk diberikan autonomi ini dalam merancangkan pembangunan ekonomi yang lebih rancak. Tetapi, yang ini bukan semudahnya untuk dilaksanakan. Perlulah dari segi permulaannya adalah penyata hasrat daripada Kerajaan Sabah dengan Sarawak, di mana autonomi yang diperlukan. Perlu dipastikan bahawa mampu untuk mengambil alih dengan semua cabaran termasuk dari segi kewangan, dari segi pentadbir urus, dari segi sumber manusia dan lain-lain. Antara yang telah diungkitkan, telah dimaklumkan di bawah Jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan sentiasa dibincang bersama dengan YAB Premier serta YAB Ketua Menteri Sabah untuk memastikan bahawa kita mengikuti dari segi selaras panduan dari segi Perlembagaan Persekutuan dan dari segi yang juga panduan daripada Malaysian Agreement 1963. Maka, bila ― insya-Allah, dari segi apakah yang dapat dipersetujui dari segi ekonomi akan dimaklumkan bila dia telah dipersetujui. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih sahabat saya Dato’ Yang di-Pertua. Saya selalu fikir, kebetulan tadi Yang Amat Berhormat Tambun ada. Dia dah bangun. Tadi, saya seronoklah. Sebab, ini adalah perjuangan Yang Amat Berhormat Tambun dahulu iaitu bagaimana nak imbangkan pendapatan, jurang antara wilayah. Jurang antara wilayah ini. Jadi, negeri-negeri miskin― sekarang negeri miskin-miskin ini selalu disindir, selalu dibuat sinikal, sinis. Tetapi, apa perancangan Federal, konsep Federal dengan negeri untuk nak merancang bagi mengurangkan jurang antara wilayah-wilayah ini? Soalan saya begini. Memandangkan jurang pembangunan antara wilayah yang semakin ketara, termasuk aspek jalan, sekolah, kemudahan kesihatan, apakah jaminan kerajaan bahawa dalam RMK13 akan memberi keutamaan kepada wilayah
yang masih ketinggalan agar tidak terus tercicir daripada arus pembangunan nasional? Tanpa memberi keutamaan kepada bandar-bandar besar yang dah maju sekarang ini dengan membelakangkan pembangunan kawasan pedalaman. Dan adakah mekanisme audit serta pelaporan awam akan mewujudkan untuk memantau pelaksanaannya? Saya ingat tadi Yang Amat Berhormat Tambun ada, saya seronoklah. Sebab, ini adalah inti pati daripada perjuangan beliau dan mungkin sekarang ini beliau akan boleh nak balance-kan balik antara jurang antara negeri-negeri miskin dan juga negeri-negeri yang kaya yang mana boleh merapatkan KDNK ataupun GDP antara negeri-negeri yang dipandang sinis sekarang ini.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Kerajaan sentiasa akan memastikan bahawa setiap strategi dan inisiatif dirangka dalam RMK13 diberikan keutamaan dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah. Bukan saja dari segi strategi yang pernah dimaklumkan, cadangan dulu, tetapi jikalau ada dari segi cadangan yang baru, kita akan memperlihatkan dengan lebih teliti bagaimana ia dapat memberikan gambaran sebenarnya. Kita terdapat empat strategi yang telah dirangkakan sekarang iaitu mempercepatkan pembangunan kawasan yang kurang membangun, mempertingkatkan pembangunan dan pengurusan bandar, mempertingkatkan kecekapan perancangan dan tadbir urus pembangunan wilayah dan memperkukuhkan integrasi ekonomi. Selain itu, mekanisme pemantauan yang telus akan dilaksanakan termasuk pelaporan berkala. Dan seperti yang telah dimaklumkan tadi dari segi memaklumkan dari segi fahaman tentang RMK13 dan sesi libat urus yang kita telah melaksanakan di kawasan tempatan, pedalaman supaya kita mendengar sendiri adalah daripada suara rakyat sendiri. Sekian, terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Yang di-Pertua, minta jawapan bertulis boleh tak? Sebab, tadi itu bertindan-tindan. Kalau bertulis itu, dia agak spesifik. Jadi, fakta dia akan tersusun. Minta boleh tak?
Yang Berhormat Menteri. Baik, berikut kita ke soalan yang ketujuh. Saya mempersilakan Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pilihan raya Sabah dah dekat sungguh, Soalan saya nombor tujuh.
7. Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi memperbaiki perkhidmatan permohonan geran dan pinjaman perniagaan untuk usahawan bumiputera yang baru menceburi bidang keusahawanan.
Silakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk menyokong pelbagai golongan usahawan, termasuk usahawan bumiputera, melalui bantuan dan inisiatif keusahawanan terutamanya pembiayaan kepada usahawan baharu yang memulakan perniagaan. Secara keseluruhannya, untuk tahun 2025 ini sehingga 31 Ogos 2025, seramai 64,179 usahawan Bumiputera baharu telah menerima pembiayaan berjumlah RM743.86 juta daripada agensi-agensi KUSKOP seperti Tekun Nasional, SME Corp., Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Bank, PERNAS dan Bank Rakyat. Selari dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dalam mengurangkan kerenah birokrasi, antara langkah yang diambil oleh agensi-agensi KUSKOP bagi memudah cara proses permohonan dan penyaluran pembiayaan adalah seperti berikut: Pertama, Tekun Nasional telah melaksanakan penambahbaikan prosedur permohonan dengan mengurangkan keperluan dokumentasi daripada 17 dokumen kepada empat dokumen asas sahaja. Di samping itu, tempoh kelulusan permohonan telah dipendekkan daripada 21 kepada tujuh hari sahaja. Kedua, Amanah Ikhtiar Malaysia telah mempermudahkan proses permohonan dengan hanya menggunakan salinan MyKad tanpa memerlukan pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan permohonan yang lengkap akan diuruskan dalam tempoh 16 hari bekerja.
Ketiga, SME Corp. menyediakan ekosistem digital melalui Sistem Bersepadu Penarafan dan Insentif PMKS atau sistem MyBPI untuk memudahkan usahawan belia memohon dan membuat tuntutan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) secara dalam talian. Keempat, SME Bank telah memperkenalkan proses permohonan secara dalam talian termasuk kemudahan saluran komunikasi bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan sepanjang proses permohonan. Kelima, PERNAS membangunkan sistem pembiayaan E2E S3P untuk pengurusan pembiayaan secara digital yang cekap dan telus. Keenam, Bank Rakyat menyediakan platform dalam talian Quick Response to Entrepreneurs bagi memudahkan usahawan baharu memohon program pembiayaan perniagaan dan produk-produk perbankan lain yang disediakan. Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, selepas pembiayaan ini telah diluluskan dan disalurkan, agensi-agensi kita juga membuat pemantauan. Ada agensi yang membuat pemantauan secara mingguan, ada pemantauan secara bulanan dan ada pemantauan berkala sepanjang tahun dan ada agensi yang membuat penilaian ke atas pembiayaan yang telah disalurkan kepada usahawan- usahawan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucap tahniah dan syabas atas pembaikan untuk mengurangkan kerenah birokrasi. Itu sangat mustahak dan harus dipuji. Soalan tambahan saya ada dua bahagian. Yang pertama ialah adakah kerajaan, contoh-contoh, kerenah dulu, adakah ini masih berlaku? Nak pinjam RM50,000 saja tapi kena buat kertas kerja macam nak pinjam RM500,000 dan ada masanya kena guna konsultan yang dicadangkan oleh pegawai tertentu. Jadi, RM5,000 dah kena bayar konsultan, nak pinjam cuma RM50,000 maksimum. Yang kedua, ada masa dia melibatkan pihak-pihak lain. Misalnya seorang barista muda kopi yang mula jual tepi jalan atas kereta. Dia nak jadi penjaja, dia kena mohon lesen misalnya penjaja sementara di sebuah lokasi di bawah tanggungjawab PBT. Kerenah PBT itu yang jadi masalah. Walaupun pemilik parkir ataupun pemilik taman yang sah itu bagi kelulusan tapi PBT bagi kerenah. Jadi, apakah KUSKOP
boleh bantu juga? Ini sebab pinjaman itu bergantung kepada, ada masanya pinjaman bergantung kepada premis. Itu cuma satu contohlah. Jadi, maksud saya kerjasama dengan agensi lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih. Saya jawab yang kedua dulu Yang Berhormat. Memang kita akui pembiayaan itu banyak juga kaitannya dengan perlesenan. Dan untuk perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, kita ada platform iaitu Majlis Perundingan Penjaja Kebangsaan yang dianggotai bukan hanya agensi-agensi KUSKOP tetapi juga beberapa kementerian lain termasuklah Dewan Bandaraya kalau di Kuala Lumpur dan juga gabungan- gabungan persatuan penjaja peniaga kecil di Malaysia. Dan memang saya harus rekodkan dalam jawapan saya isu perlesenan itu banyak dibangkitkan sekali. Sebab itu kita gunakan platform Majlis Perundingan Penjaja ini untuk mencari penyelesaian. Kalau dia mendapat permit dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, maka mudahlah untuk agensi-agensi pembiayaan ini membantu. Dan kita harus maklum, lain PBT itu, lain dia punya perundangan. Dan saya harus akui ini masih banyak dibangkitkan oleh persatuan-persatuan penjaja tapi kita ada platform ini pada ketika ini. Dan kita juga ada platform lain seperti Majlis Pembangunan Keusahawanan yang saya pengerusikan dan juga dianggotai oleh exco-exco keusahawanan di semua kerajaan negeri. Dan antara lainnya, kita maklumkan kepada exco-exco keusahawanan ini tentang concern ataupun cabaran yang dihadapi oleh penjaja peniaga kecil mendapatkan permit. Kerana tanpa permit ini sudah tentulah agensi-agensi pembiayaan ini tidak mudah untuk membantu. Itu perkara kedua yang dibangkitkan Yang Berhormat. Yang pertama itu memang ada beberapa program yang kita adakan apa yang kita panggil macam business pitching, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) misalnya. Kita adakan satu permukiman beberapa hari untuk kita mendengar business proposal, cadangan perniagaan daripada usahawan-usahawan belia ini. Dan kita memilih yang terbaik di antara semua yang mengemukakan cadangan perniagaan dan kita bantu memberi geran sebab permohonan dia terlalu banyak.
Di bawah TUBE ini sahaja ada kita menerima sehingga lebih daripada 4,000 permohonan. Tetapi dengan peruntukan yang diberikan, disalurkan kepada kita, kita hanya boleh membantu 500 usahawan misalnya. Jadi, kita adakan permukiman ini untuk mendengar rancangan perniagaan daripada usahawan. Kita memilih antara yang terbaik daripada semua yang memohon. Tetapi dalam keadaan seperti mana saya sebut tadi kita telah sebenarnya banyak permudahkan tetapi skim-skim tertentu seperti TUBE ini kita masih buat permukiman untuk mendengar daripada usahawan- usahawan. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, menurut laporan sekitar 21 hingga 25 peratus usahawan mikro bumiputera yang tidak aktif dalam platform e- dagang atau digital. Sedangkan e-dagang menyumbang sekitar 1.2 trilion kepada KDNK negara pada tahun 2024. Jadi, saya ingin bertanya, apakah strategi KUSKOP khususnya dalam Belanjawan 2026 ini terhadap usahawan bumiputera bukan sekadar pemberian pembiayaan bersifat one-off tetapi juga program-program mentorship, intensif, latihan digital, pemasaran dan sebagainya. Jadi, selepas sahaja diberikan geran ataupun pembiayaan tersebut, what's next? Apa seterusnya untuk usahawan- usahawan ini explore? Sebab kita tengok ASEAN sahaja ada sekitar 700 juta populasi. Jadi, kalau kita boleh kembangkan ini lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat. seperti mana saya nyatakan dalam jawapan awal saya tadi, selepas pembiayaan ataupun geran ini disalurkan kepada usahawan-usahawan, agensi-agensi ini akan membuat pemantauan dan antara perkara dalam pemantauan juga adalah elemen latihan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, misalnya. Mereka memasukkan elemen latihan pemasaran itu secara digital di dalam program bimbingan dan pemantauan yang mereka jalankan. Begitu juga dengan TEKUN Nasional, kami bekerjasama dengan TikTok Shop untuk menubuhkan ataupun membangunkan live hub studio supaya usahawan-usahawan terutamanya di bawah TEKUN ini ada ruang untuk berjual
secara online, secara live di studio-studio ini. Dan kita mempunyai program-program di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Antara lainnya yang membimbing bagaimana usahawan-usahawan ini membuat pemasaran dan juga jualan secara online. Di samping itu, beberapa agensi kita seperti SME Bank juga mempunyai pembiayaan khusus yang boleh melonjakkan elemen digitalisasi dalam perusahaan usahawan tersebut. Saya ambil contoh SME Bank, kita ada skim SME Technology Transformation Fund. Begitu juga dengan TEKUN Nasional kita mempunyai skim pembiayaan online TEKUN. Semua ini bertujuan untuk menjadikan platform online, platform digital ini sebagai satu ruang pemasaran. Di bawah kementerian kita sendiri, kita telah membangunkan platform MyMall iaitu satu platform jualan secara online. Dan setakat ini kita mempunyai lebih daripada 5,000 merchants yang telah pun berdaftar ataupun menjual di platform kita. Dan kita akan teruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kita telah mengemukakan cadangan kita kepada Kementerian Kewangan dan saya mohon sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong bajet KUSKOP nanti selepas dibentangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan, mempersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah caruman dan bilangan pencarum KWSP terkini sehingga Oktober 2025 dan diambil kira faktor jangka hayat semasa rakyat Malaysia dan umur persaraan, adakah dengan jumlah caruman tersebut para pencarum dapat bersara dengan selesa?
Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 31 Ogos 2025 jumlah keseluruhan ahli KWSP adalah seramai 16.5 juta orang dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.31 trilion, meningkat 9.9 peratus berbanding dengan RM1.2 trilion pada tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, seramai sembilan juta atau 55 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP adalah merupakan ahli aktif dengan jumlah simpanan
sebanyak RM1.07 trilion. Secara amnya, tahap kecukupan simpanan ahli boleh dilihat dari segi pencapaian simpanan asas mengikut umur iaitu RM240,000 pada 55 tahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 31 Ogos 2025, 23.9 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP yang berumur 18 hingga 55 tahun mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.
Peratusan yang rendah ini adalah dipengaruhi oleh faktor hampir separuh daripada jumlah ahli, adalah tidak aktif mencarum. Jika dilihat pencapaian bagi ahli aktif formal pula, 38.8 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun telah mencapai tahap simpanan asas mengikut umur. Pencapaian ini adalah peningkatan yang baik, berbanding 30.4 peratus pada akhir tahun 2022 iaitu kesan daripada pengeluaran-pengeluaran berkaitan COVID19. Secara amnya, situasi ketidakcukupan simpanan persaraan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti struktur gaji yang rendah, umur yang layak untuk melakukan pengeluaran penuh iaitu 55 tahun adalah tidak selaras dengan umur persaraan Malaysia, caruman yang tidak konsisten serta kadar celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia yang rendah, menyebabkan kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan kewangan dan persaraan. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh KWSP dalam menangani cabaran dan faktor-faktor yang dinyatakan di atas sebagai langkah berterusan bagi membantu ahli-ahlinya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan mereka. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Yang di-Pertua. Seperti dalam jawapan Timbalan Menteri, memang ramai pesara di Malaysia yang mencapai usia 55 tahun ini berdepan dengan risiko kehabisan simpanan dalam KWSP, dalam tempoh singkat selepas membuat pengeluaran penuh. Keadaan ini memang menimbulkan kebimbangan terhadap kesejahteraan hari tua rakyat, terutamanya dalam suasana kos sara hidup yang semakin tinggi dan jangka hayat yang semakin panjang. Maka kerajaan telah mencadangkan dalam RMK13 untuk meneliti semula kaedah pengeluaran simpanan KWSP, termasuklah cadangan agar pengeluaran boleh dibuat secara bulanan seperti skim pencen bagi memastikan simpanan persaraan itu adalah lebih mampan.
Maka soalan saya, apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan cadangan ini termasuk bentuk mekanisme atau modal pelaksanaannya dan bilakah dijangka dapat dimuktamadkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat selepas persaraan benar-benar terjamin. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Selaras dengan amalan baik, penggantian pendapatan yang diberikan semasa usia tua hendaklah berbentuk pencen atau bayaran berkala dan bukannya bayaran secara sekali gus. Ini bertujuan untuk memastikan warga tua mempunyai jaminan pendapatan yang dapat menampung keperluan kehidupan sepanjang tempoh persaraan mereka.
[Bangun]
Untuk makluman Yang Berhormat, Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menunjukkan bahawa sebanyak 42 peratus warga emas di negara ini hidup dalam keadaan kemiskinan relatif. Statistik ini mencerminkan keperluan mendesak untuk memperkukuhkan struktur akaun KWSP agar lebih mampan dan responsif terhadap cabaran penuaan penduduk sekali gus memastikan simpanan persaraan yang lebih mencukupi dan berdaya tahan untuk tempoh jangka panjang. Walau bagaimanapun, kerajaan ingin menekankan bahawa pada masa ini, tidak ada perubahan polisi ke atas skim KWSP semasa. Pilihan pengeluaran simpanan KWSP pada umur 55 dan 60 tahun kekal sama. Pada masa kini, ahli mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan simpanan mereka secara sekali gus, secara sebahagian atau melalui bayaran berkala. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan yang sebenar sekarang memang kita ada cadangan untuk memperkenalkan satu struktur akaun baharu yang akan diwujudkan apabila ahli mencapai umur persaraan minimum iaitu akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaannya sahaja. Namun, pada masa akan datang, jika kita telah laksanakan, ahli yang sedia ada ingin memasuki cadangan itu pun boleh dilakukan. Secara asasnya, mekanisme struktur akaun ini terbahagi kepada dua komponen iaitu simpanan fleksibel di mana boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut kehendak ahli dan yang kedua adalah simpanan pendapatan yang diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis.
Walau bagaimanapun, cadangan ini sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak ke berpentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli. Jadi, ini masih belum ditentukan. Kita dalam kajian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah menyebut sebentar tadi bahawa dana milikan KWSP mencecah hampir 1.3 trilion dan saya difahamkan bahawa KWSP juga telah memberi hutang kepada Kerajaan Persekutuan ini sekitar 183 bilion. Dan, sedia maklum bahawa KWSP ini merupakan pemain utama di Bursa Malaysia. Pengaruhnya terhadap pasaran adalah besar kerana saiz aset dia yang banyak. KWSP melabur secara langsung dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dia menjadikan satu institusi terbesar dan paling berpengaruh. Bagi tahun 2025, KWSP membayar dividen kepada ahlinya sebanyak 6.3 percent. Tetapi, media melaporkan mutakhir ini, Bursa Malaysia kian merudum. Ringgit Malaysia dalam keadaan lemah dan sedikit sebanyak menjejaskan KWSP. Soalan tambahan saya ialah pertama, berapakah jumlah kerugian paper loss atas kertas sedang ditanggung oleh KWSP berikutan kejatuhan nilai saham yang dahulunya pembeliannya tinggi kini harganya telah berkurangan dengan ketara. Kedua, berapa peratuskah syarikat-syarikat yang dikuasai oleh orang Melayu, bumiputera daripada keseluruhan pelaburan KWSP tersebut. Dan yang akhirnya, adakah KWSP turut memajukan projek-projek pembangunan secara komersial, khususnya di tempat saya di negeri Kedah dalam menjayakan ekonomi bumiputera sama ada pertanian, perikanan, perkilangan, hartanah, pembinaan hotel dan sebagainya lagi. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun. Seperti dinasihati oleh Yang di-Pertua, saya hanya jawab satu soalan daripada tiga soalan itu. Jadi, terima kasih. Butiran terperinci berkaitan kerugian atas kertas bagi pegangan saham oleh KWSP merupakan maklumat sulit dan sensitif kerana pendedahan maklumat sedemikian boleh memberi kesan langsung kepada harga saham sesuatu syarikat serta prestasi indeks utama di Bursa Malaysia. Tapi, saya
ingin tambah sikit ialah secara keseluruhan, kedudukan kewangan dan prestasi pelaburan KWSP kekal kukuh serta berada pada tahap yang mampan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri Kewangan nyatakan tadi, kalau baca 24(3) itu jelas. Saya tidak boleh paksa Menteri menjawab pun.
Cuma boleh ataupun tidak, minta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang tak sempat dijawab secara lisan di Dewan ini boleh dibuat secara bertulis untuk baki dua soalan lagi.
Itu saya serahkan kepada budi bicara kementerian.
Boleh Timbalan Menteri? Okey. Terima kasih.
Baik. Berikut, kita ke― Majlis ke soalan yang kesembilan. Saya mempersilakan Dr. Hajah Halimah Ali, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Nak pantun sikit sebab― eh? Tak ada dah Menteri? Tadi ada Menteri. Tak apa. Bukan sekadar nama di pusara; Zara Qairana kematian tragis sejarah hitam institusi pendidikan; Solusi tuntas wahai penguasa negara; Soalan Kapar nombor sembilan.
9. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah konkrit kementerian dalam menangani kes buli di sekolah dan institusi pendidikan yang semakin membimbangkan sehingga ada yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian termasuk mekanisme pencegahan, pengawasan, intervensi awal serta tindakan tegas terhadap pelaku dan pihak pentadbiran yang cuai.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Kapar. Dan, sememangnya Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan berkenaan dengan buli ini kita menerima banyak soalan. Dan saya dengan izin Dato’ Timbalan Yang di- Pertua memohon untuk menjawab bersekali 21 soalan berkaitan dengan perkara
yang sama dalam sesi ini. Dan, saya juga memohon sedikit tambahan masa supaya jawapannya adalah lebih lengkap. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
21 soalan berkaitan perkara yang sama Dato’ Timbalan Yang di-Pertua pada hari ini oleh Ahli Parlimen Kapar dan juga Muar. 14 Oktober, Pokok Sena; 22 Oktober, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Parit Buntar; 28 Oktober, Igan; 3 hari bulan November, Kulim-Bandar Baharu dan Jempol; 6 hari bulan November, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Julau; 18 November, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Pekan; 24 November, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Jelutong; 27 November, Yang Berhormat Sri Aman; 3 Disember, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Pasir Salak; dan 4 Disember, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap salah laku buli yang berlaku dalam kalangan murid agar tindakan tegas, menyeluruh dan berterusan dapat diambil bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta kesejahteraan murid sentiasa terpelihara. Bagi menjawab kenyataan pertama bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kapar dan juga pantun tadi, KPM ingin menegaskan bahawa pihak kementerian sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku buli yang berlaku di institusi pendidikan. Usaha membanteras gejala buli adalah satu usaha berpanjangan dan berterusan KPM dan memerlukan komitmen daripada kesemua pemegang taruh. KPM telah pun mempunyai mekanisme yang jelas dalam membendung gejala ini bermula dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah Selamat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum dapat dilaksanakan tanpa gangguan daripada mana-mana pihak. Mekanisme ini diperkuatkan lagi dengan SPI Bilangan 7/2011 Pelaksanaan SOP 1:3:7 iaitu berkenaan dengan pelaporan dan juga tindakan menangani isu disiplin murid. Komitmen KPM dalam menangani isu ini turut diperkukuhkan lagi dengan penerbitan SPI Bilangan 12/2023 Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah
Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM bertarikh 3 November 2023. SPI ini serta garis panduan merupakan satu panduan lengkap berkenaan dengan kendalian salah laku buli yang berlaku. Langkah-langkah pencegahan secara komprehensif telah pun dilaksanakan oleh KPM termasuk: (i) Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI untuk membina karakter murid secara holistik dan menyeimbangkan dimensi intelektual, sahsiah dan juga spiritual; (ii) pelantikan tugas sahsiah pembimbing rakan sebaya dan pemimpin murid di kalangan sekolah bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran murid daripada melakukan salah laku disiplin; (iii) saringan minda sihat; dan (iv) penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dalam kalangan murid Islam di semua sekolah KPM. Antara langkah yang lain, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan. Ini adalah langkah penting, yang mana jawatankuasa ini menggabungkan pakar akademik, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pelbagai pihak berkaitan seperti UNICEF, Kesatuan NUTP dan juga pihak universiti. Tanggungjawab jawatankuasa ini adalah untuk membincang serta membuat cadangan berkenaan penambahbaikan kepada Program Sekolah Selamat. Kita melaksanakan audit keselamatan kepada sekolah di seluruh Malaysia. Setakat ini, sebanyak 735 buah sekolah telah pun diaudit dari segi prosedur SOP berkenaan dengan keselamatan, pencahayaan, bilangan warden, rekod sebelum ini dan sebagainya. Lain termasuk Jawatankuasa Semakan Semula Prosedur Operasi Standard Salah Laku Buli dan Seksual sedang dilaksanakan dan pada masa yang sama juga, pihak KPM akan tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pentadbir guru dan juga Pejabat Pendidikan Daerah yang cuai atau gagal menguruskan aduan buli mengikut garis panduan. Pada masa yang sama, KPM juga melaksanakan lawatan mengejut (spot check), dengan izin oleh pengurusan tertinggi KPM, pengarah pendidikan negeri pada waktu malam ke asrama bagi menilai kepatuhan SOP asrama yang ditetapkan.
Seperti yang saya sebut tadi, kita menegaskan pendekatan tiada kompromi terhadap buli dan program-program intervensi seperti Program Bangkit Bermaruah dan sebagainya tetap akan diteruskan. Pada masa yang sama, RM3 juta pada tahun 2025 juga telah pun diperuntukkan oleh KPM bagi pemasangan CCTV di 200 buah asrama pemula dan projek pemasangan akan bermula pada 13 Oktober 2025 apabila proses perolehan telah pun selesai. Pada masa yang sama, kita melakukan Mesyuarat Permuafakatan KPM bersama PDRM. Kita memberi latihan dan kefahaman kepada pimpinan sekolah. Terkini Dato' Yang di-Pertua, berkerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM bagi pelaksanaan Sesi Townhall Anti Buli #GenerasiTanpaBuli yang melibatkan kesemua negeri. Di sini, izinkan saya juga untuk memberikan sedikit statistik. Berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), kes salah laku buli yang direkodkan dalam sistem ini tahun 2023, 6,528 kes manakala bagi tahun 2024 adalah sebanyak 7,681 kes. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sedang melaksanakan penggubalan baharu kepada peraturan-peraturan pendidikan disiplin murid di bawah Akta Pendidikan 1996 bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan peraturan selain daripada memberi panduan yang lebih jelas. Pada masa yang sama, KPM telah pun mengeluarkan SPI Bilangan 7/2003. Ini pada tahun 2003 berkenaan dengan kuasa guru merotan murid. Surat pekeliling ini memberi penegasan kepada pihak sekolah bahawa hukuman rotan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan dan hendaklah mematuhi tatacara pelaksanaan hukuman rotan sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam garis panduan dan juga SPI. Hukuman rotan dijadikan sebagai salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah dalam menjaga disiplin murid, selain daripada langkah-langkah yang lain seperti amaran lisan, seperti penggantungan sekolah, seperti pembuangan sekolah setelah semua intervensi dilaksanakan. Usaha memerangi kes buli ini perlu didukung oleh semua pihak secara berterusan. KPM yakin dengan kerjasama bersepadu antara warga sekolah, ibu bapa, komuniti, agensi berkenaan gejala buli dapat ditangani dengan lebih berkesan dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan juga kondusif. Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. sinarharian.com.my pada 14 Februari 2019 menyatakan tajuk “Kontena, Makmal Jadi Kelas di SMK Meru”. Meru itu di Kapar lah. 25 Jun 2025 dalam Utusan, satu isu viral buli di SMK Meru ini yang melibatkan lapan orang pelajar di dalam tandas sekolah. Jadi, soalan saya ya. Ini 2019 tadi, Sinar Harian. Sekarang ini 2025, Jun 2025, berlaku buli di dalam tandas sekolah yang dikatakan paling padat di Malaysia. Soalan saya, adakah kementerian mempunyai kurikulum wajib yang mendidik pelajar bagaimana nak menguruskan emosi supaya tidak menjadi buli walau apa dalam keadaan pun, sama ada sekolah ataupun di dalam rumah? Dan juga bagi pihak kerajaan, apakah tindakan kerajaan nak— Tadi Timbalan Menteri the last few words tadi kata, kondusif nak mewujudkan ekosistem di sekolah supaya buli ini tidak berleluasa. 40 kes buli sehari kata— Yang difahamkanlah. Entah betul atau tidak betul. Harap tak betul. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Kapar. Cuma saya tidak faham bagaimana laporan berkenaan dengan kontena pada tahun 2019 boleh dikaitkan dengan laporan isu viral pada tahun 2025.
Padat. Itu keyword. Padat.
Padat.
Sekolah paling padat.
Yang keyword jawapan kita. Soalan di hadapan kita sekarang keyword dia adalah isu gejala buli yang akan saya jawab, yang telah pun saya jawab sebentar tadi. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan isu kepadatan sekolah, sememangnya SMK Meru ini telah pun banyak kali kita jawab dan juga langkah- langkah telah pun akan diambil berkenaan dengan isu tersebut. Namun, kita beralih balik kepada isu berkenaan dengan isu buli. Tadi ada sebut berkenaan dengan sama ada anak-anak kita diajar dengan baik supaya tidak terlibat dalam segala gejala ini. Dalam jawapan asal saya, saya ada sebut satu
perkara yang amat penting yang mana dalam usaha KPM, kita ada melaksanakan tindakan pelantikan duta sahsiah pembimbing rakan sebaya. Kita tahu bahawa anak- anak kita ini kadang-kadang apabila dia nak lapor kepada cikgu, nak lapor kepada guru besar, pengetua, kadang-kadang mereka berasa tidak berkeinginan.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat] Tetapi apabila duta sahsiah, pembimbing rakan sebaya ini dilantik, maka mereka, anak-anak kita mempunyai satu saluran yang lain, selain daripada saluran- saluran aduan berkenaan dengan buli yang lain, untuk memastikan kesemua saluran itu adalah terbuka dan untuk memastikan kes-kes yang berlaku dapat disampaikan kepada KPM supaya KPM dapat mengambil satu tindakan yang sewajarnya. Pada masa yang sama untuk maklumat Yang Berhormat Kapar, juga seperti yang saya sebut tadi, program pembentukan karakter generasi MADANI, pembentukan karakter ini adalah amat penting dan dalam kurikulum 2027, telah pun dimasukkan dalam kurikulum kita sebagai sebahagian program pembentukan karakter anak-anak kita. Yang mana anak-anak kita akan didedahkan dengan kepentingan pembentukan karakter supaya selain daripada apa yang diajar dalam buku teks dan juga bilik darjah. Anak-anak kita juga tak boleh dididik dari segi pembentukan sahsiah, pembentukan karakter dan juga pembangunan dari segi emosi. Dan apa yang penting, garis panduan 2023 yang telah pun dikeluarkan untuk menangani isu buli, kita ada nyatakan apakah salah laku buli seperti buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan. Pada masa yang sama, kita ada tata cara pengendalian kes salah laku buli dan dari situlah kita masuk kepada tindakan disiplin, rayuan, carta alir, tatacara pengendalian dan sebagainya. Garis panduan itu adalah jelas dan apa yang penting, kita menyeru supaya semua anak-anak sekiranya tahu apa-apa kes buli yang berlaku, sama ada melibatkan kawan-kawan ataupun diri sendiri, lapor terus supaya pihak pentadbir sekolah boleh mengambil tindakan yang segera. Dan pada masa yang sama, juga ditegaskan bahawa kita juga tidak ada kompromi terhadap sekiranya ada apa-apa kecuaian dari mana-mana pihak atas pengendalian isu buli ini. Dan apabila kita sembang ataupun berhujah berkenaan dengan isu buli ini, sememangnya kita semua terkesan dan kita berasa bahawa kita memerlukan— kita bersedia untuk mendengar dan juga menambah baik dari semua aspek Yang
Berhormat Kapar dan kita bersama-sama dalam isu ini sebagai pemegang taruh kepada pendidikan untuk kita sama-sama menyelesaikan dan juga menangani isu ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Kementerian Pendidikan di atas jawapan yang begitu komprehensif, terutamanya melibatkan kes buli yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat sekarang ini. Jadi soalan saya, saya amat berminat bila mendengar tentang jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan penggunaan CCTV dan juga warden. Jadi, soalan saya Yang Berhormat, adakah pihak Kementerian Pendidikan bersedia dari segi kewangan dalam bajet yang akan datang ini dan seterusnya dalam memastikan jawatan warden ini, jawatan warden ini dilantik secara khusus dan tetap bagi setiap sekolah yang ada asrama, terutamanya kerana kita lihat Yang di-Pertua, kita lihat selama ini jawatan warden ini ditanggung tugasannya oleh guru. Yang saya rasa dan pandangan saya, Kuala Pilah, jika ia nya dapat diadakan, terutama dalam peruntukan bajet yang akan datang ini oleh KKM, saya rasa ia nya amat membantu mekanisme pengendalian masalah buli di dalam Kementerian Pendidikan ini. Terima kasih.
Sila Timbalan Menteri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan, cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Pilah. Sememangnya tugasan ataupun peranan warden adalah amat penting dalam apabila kita hendak mengendalikan isu berkenaan dengan gejala buli ini. Apabila kita tengok statistik untuk tempoh tiga tahun sebelum, I mean dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, dari tahun 2022 sampai hari ini. Sebelum ini, bagi sekolah yang mempunyai 50 orang murid asrama, akan menerima satu warden. Dengan penambahbaikan bilangan warden asrama telah pun ditingkatkan sehingga menjadi tiga orang warden asrama. Dan ini telah pun menjadikan jumlah keseluruhan bilangan warden asrama bertambah dari 6,055 pada tahun 2022 kepada 10,204 orang pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 68.5 peratus.
Kita dengar berkenaan dengan cadangan untuk pelantikan sama ada warden sepenuh masa atau cadangan daripada warden dari— seperti yang dilaksanakan secara rintis oleh MRSM berkenaan dengan warden dilantik dari kalangan polis ataupun tentera. Pihak KPM, apabila dalam isu persoalan, isu soal pelantikan warden ini Dato’ Yang di-Pertua, suka kami untuk nyatakan bahawa warden di sekolah-sekolah berasrama penuh kita memainkan satu peranan bukan sahaja sebagai warden ataupun penjaga semata-mata tetapi memainkan satu peranan local parentis, yang mana mereka dapat memberikan bimbingan, memberikan yang berkait rapat dengan pendidikan, disiplin dan pembentukan sahsiah murid-murid kita. Pelantikan warden di antara guru juga diyakini dapat meningkatkan kepercayaan serta penerimaan dalam kalangan murid dan juga ibu bapa. Apa yang penting di sini, selain daripada guru dilantik sebagai warden, kita juga mendapat kelulusan untuk melantik antaranya daripada golongan-golongan AKP dan dengan ini kita memastikan nombor satu, warden adalah mencukupi. Nombor dua, peranan dan tanggungjawab warden itu dilaksanakan dengan baik. Tadi saya ada sebut dalam jawapan asal saya, spot check akan dilaksanakan terhadap sekolah-sekolah kita, biarpun sekolah harian ataupun sekolah berasrama penuh bagi memastikan di setiap peringkat pelaksanaan itu, semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya untuk menangani isu di hadapan kita ini. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan jawab lisan. Setiausaha. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul Usul Menteri Di Bawah P.M. 27(3) Mengenai Laporan Ketua Audit NegaraMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara” “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, Institusi Ketua Audit Negara merupakan agensi penyeliaan yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang badan eksekutif dengan penuh akauntabiliti. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengannya, dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957 [Akta 62]. MENYEDARI Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dilaksanakan dengan berkesan. MENYEDARI bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, 6 Oktober 2025 iaitu LKAN 3/2025 (Kertas Perintah 14 Tahun 2025) Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan. MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu berkaitan penjagaan wang awam atau simpanan awam yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit. MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan YAB Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan. Segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil tindakan pembetulan. Semua teguran seharusnya menjadi pengajaran supaya tidak berulang. BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan Audit dan syor yang terkandung
dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui daripada terus berlaku.” [7 Oktober 2025]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara 3/2025, ingin saya ingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu baru semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Selain itu, Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan sahaja. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan perlulah diberikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri yang telah memberi komitmen untuk memberikan jawapan bertulis atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan usul ini, maka perlulah di-e-melkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam tempoh lima hari. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mulakan dengan Kementerian Kewangan. Tujuh minit. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.
Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Selaku kementerian pertama yang menggulung, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2025 semalam. Seramai 23 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas menyentuh pelbagai perkara melibatkan pelbagai kementerian dan fokus penggulungan saya tertumpu kepada memberikan penjelasan terhadap isu-isu berkaitan Kementerian Kewangan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut dan disentuh oleh 12 orang Ahli dalam sesi perbahasan. Semua pandangan, teguran dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat amatlah dihargai. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah diberikan sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran dengan izin, unmodified opinion. Ini bermakna penyata kewangan tersebut
menunjukkan gambaran yang benar dan saksama dengan izin true and fair view mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang diaudit, selaras dengan piawaian perakaunan dan undang-undang yang berkuat kuasa. Walau bagaimana pun, Jabatan Audit Negara turut membangkitkan beberapa dapatan audit dalam laporannya meliputi beberapa isu utama yang mana kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya, termasuk yang melibatkan Kementerian Kewangan secara langsung. Tiga perkara utama berkaitan Kementerian Kewangan yang dikenal pasti dan turut mendapat perhatian Yang Berhormat dalam sesi perbahasan adalah dalam hal kedudukan dan pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan, usaha meningkatkan tindakan mengutip tunggakan pelbagai Akaun Belum Terima hasil dan persoalan berkenaan pengurusan pembekalan kenderaan konsesi kepada kerajaan.
Izinkan saya memberikan maklumat balas terhadap tiga isu ini. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Mas Gading dan Yang Berhormat Padang Serai berkaitan kedudukan dan pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal telah berjaya menurunkan kadar defisit secara konsisten setiap tahun iaitu daripada 6.4 peratus tahun 2021 ke 4.1 peratus tahun 2024. Pengurangan kadar defisit ini juga bermakna pinjaman baharu telah menurun daripada RM99.4 bilion pada tahun 2022 kepada RM92.6 bilion tahun 2023 dan seterusnya kepada RM76.8 bilion tahun 2024 iaitu penjimatan melebihi RM20 bilion dalam tempoh dua tahun. Pinjaman yang dibuat oleh kerajaan adalah secara berhemat dan terarah kepada sektor pembangunan strategik iaitu infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial yang berupaya merangsangkan pertumbuhan jangka masa panjang dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam mengawal hutang negara, kerajaan tertakluk kepada hak hutang berdasarkan perundangan. Sehingga akhir Jun 2025, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah RM1.3 trilion iaitu masih di bawah hak statutori hutang yang dibenarkan. Kerajaan akan terus langkah-langkah bersesuaian bagi mengurangkan defisit dan hutang baharu termasuk liabiliti serta kebergantungan negara kepada hutang yang antaranya:
(i) meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur- ansur; (ii) memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan; (iii) mengoptimumkan perbelanjaan awam; (iv) memastikan pinjaman kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberi pulangan kepada rakyat dan negara dalam tempoh jangka masa panjang; dan (v) strategi pinjaman yang mengutamakan sumber pasaran modal tempatan untuk meminimumkan pendedahan kepada risiko tukaran mata wang asing.
Yang Berhormat Menteri, sekejap, sekejap, sebelum pergi ke tajuk lain. Kelmarin, semalam saya ada bangkitkan soal projek pembangunan. Adakah saya membangkitkan soalan berkaitan pembinaan projek Kota MADANI? Adakah ia juga menggunakan dana kerajaan ataupun dana yang lain? Itu yang saya mohon jawapan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, adakah termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara 3/2025?
Ya.
Baik, saya bahaskan tentang aspek liabiliti kewangan.
Ya, liabiliti kewangan...
Okey, di bawah tajuk liabiliti kewangan itu...
Tetapi, Yang Berhormat, pada hemat saya, perkara yang dibangkitkan tersebut spesifik sepatutnya menyentuh di bawah 38(1). Mesti membahaskan usul yang dibentangkan di bawah Laporan Ketua Audit Negara 3/2025. Saya ingat mungkin Yang Berhormat Menteri bagi jawapan secara bertulislah, ya.
Okey, jawapan bertulis.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sama-sama.
Sebab masa pun sangat singkat. Jadi, kepada isu yang kedua iaitu pengurusan Akaun Belum Terima hasil. Saya ingin memberikan penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Padang Serai berkaitan dengan ABT atau Akaun Belum Terima. Kementerian Kewangan sentiasa memastikan ABT diurus pemungutannya sama ada secara pentadbiran biasa atau melalui proses undang-undang selaras dengan Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan. Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Jerlun, berkaitan tindakan LHDN menjejaki dan menggeledah kediaman atau pejabat golongan maha kaya ini yang enggan membayar cukai. Suka saya jelaskan di sini bahawa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh LHDN ke atas pembayar cukai adalah berdasarkan peruntukan undang-undang percukaian tanpa mengira status pembayar cukai. Bagi pembayar cukai yang culas membayar cukai pula, tindakan diambil melalui tindakan penguatkuasaan guaman sivil melalui operasi guaman, pemfailan saman, penghakiman dan pelaksanaan penghakiman. Selain itu, tindakan sekatan perjalanan juga diambil untuk menghalang pembayar cukai keluar negara. Berkaitan dengan pencapaian terkini status kutipan hasil selepas teguran ini dibuat oleh JAN dalam laporan ini sehingga 31 Ogos 2025, daripada baki ABT LHDN sebanyak RM6.476 bilion telah dikurangkan melalui penerimaan bayaran dan lain- lain tindakan. Bagi memastikan penambahbaikan di peringkat kementerian atau jabatan berhubung dengan kutipan ABT, Kementerian Kewangan semasa memaklumkan kelulusan hapus kira telah memasukkan elemen teguran kepada kementerian dan jabatan berkaitan supaya meneruskan kutipan secara pentadbiran dan menambah baik mekanisme kutipan tunggakan ABT supaya ia tidak merugikan kerajaan. Dalam hal ini, pihak kementerian dan jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengutip tunggakan ABT dan memastikan terdapat garis panduan dan operasi standard atau SOP serta kawalan dalaman yang berkesan bagi memastikan pengurusan kutipan tunggakan ABT dapat dilaksanakan dengan teratur. Menjawab Yang Berhormat Mas Gading tentang punca kes ABT yang lama. Kebanyakan kes ABT melebihi enam tahun berpunca daripada proses perundangan seperti penangguhan mahkamah, kebankrapan atau penggulungan syarikat, di samping kutipan ansuran yang masih berjalan.
Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Padang Serai mengenai hapus kira pula. Keputusan hapus kira berjumlah RM337.14 juta pada tahun 2024 dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan dan garis panduan LHDN terhad kepada kes-kes di mana kutipan tidak lagi boleh dilaksanakan seperti pembayar cukai yang meninggal dunia, bankrap atau syarikat telah digulungkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ada lagi isu tentang konsesi kenderaan. Berapa minit boleh?
Masa dah tamat, Yang Berhormat. Tetapi, saya boleh bagi Yang Berhormat seminit lagi.
Seminit saja?
Ya, Yang Berhormat buat jawapan saya bertulis, boleh?
Boleh. Sebab seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas menyentuh perkara melibatkan pengurusan kenderaan kerajaan di bawah perjanjian konsesi. Jadi, memang semua pandangan, teguran dan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Machang, Temerloh, Bayan Baru, Muar, Jerantut, Padang Serai, Tanjong Karang dan Kota Melaka amat dihargai. Jadi, untuk sebagai bentuk kita akan melihat, kita sedar akan kepentingan isu ini dan kita memang akan melihat dan melakukan tinjauan dan tindak balas yang sewajarnya dan untuk semua kelapan Ahli Yang Berhormat ini kita akan menjawab secara bertulis. Jadi...
Timbalan Menteri sedikit, boleh sedikit? Jadi, adakah juga termasuk, akan ambil kira termasuk membatalkan perjanjian tersebut supaya kita boleh adakan open tender semula ya? Ya, sebab itu adalah waktu zaman Pagoh ya, kerajaan Pagoh yang tandatangan tanpa open tender. Lagi satu, sedikitlah Timbalan Menteri, saya merujuk kepada muka surat 53 audit report berkaitan dengan dividen pelaburan. Di mana saya lihat, semalam saya ada bahas tentang prestasi kewangan kerajaan. PETRONAS, di mana dividen mereka yang telah diberikan kepada kerajaan telah kurang RM8 bilion daripada RM40 bilion telah jadi RM32 bilion pada tahun lepas, kekurangan RM8 bilion. Bolehkah berikan jawapan secara bertulis? Terima kasih.
Boleh.
Menteri, Menteri, sedikit, Bayan Baru sedikit saja? Saya, semalam saya cadangkan untuk kerajaan letak pegawai SPRM dalam semua Bahagian Perolehan. Kita tahu bahawa Bahagian Perolehan adalah paling bermasalah, semua cacing di sana. Jadi, perlukan ada pegawai SPRM, bukan seorang, bukan dua orang tapi beberapa orang supaya boleh monitor, bukan sahaja official tetapi juga undercover supaya dia boleh tahu semua perolehan dan kita boleh dapat tangkap segala rasuah, penyelewengan di sana. Minta penjelasan. Terima kasih.
Hujah atau cadangan Yang Berhormat Bayan Baru kita akan ambil kira. Tetapi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita memang ada garis panduan bila sesuatu perolehan itu dilakukan. Jadi, untuk kelapan-lapan Ahli Yang Berhormat, kita akan jawab secara bertulis sebab isunya lebih kurang sama tetapi walau bagaimanapun kita akan buat tindakan yang sewajarnya untuk isu ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Berikutnya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri, 5 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 3/2025. Pandangan yang dikemukakan amat dihargai dan mencerminkan komitmen bersama sebagai salah satu langkah reformasi institusi kepada pengukuhan tatakelola dan pengurusan wang awam negara. Dalam hal ini, segala penemuan, teguran dan syor yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara akan diberikan perhatian yang serius dan tindakan penambahbaikan telah dan akan diambil untuk mencegah isu yang sama untuk berulang. Seramai dua orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada 7 Oktober semalam iaitu Yang Berhormat Mas Gading dan Yang Berhormat Temerloh yang telah mengajukan pertanyaan berkenaan hal-hal di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Mas Gading membangkitkan mengenai status projek membina Jalan Kampung Kedai Selampit, Lundu, Bahagian Kuching, Sarawak dan Projek Jambatan Selampit, Bau, Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Jambatan Selampit, Bau, Sarawak telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos projek sebanyak RM27.93 juta. Agensi pelaksana projek ini adalah JKR Sarawak dan dilaksanakan secara konvensional perunding. Kelewatan projek ini adalah disebabkan isu memperolehi kelulusan pertapakan oleh Majlis Perancang Negeri Sarawak terhadap lokasi pembinaan jambatan tersebut. Rasa saya, Yang Berhormat pun mengetahui perkara ini. Sepanjang tahun 2018 hingga 2021, pihak JKR Sarawak telah mengemukakan permohonan kelulusan pertapakan sebanyak empat kali kepada SPA tetapi tidak mendapat kelulusan. Namun begitu, setelah lokasi jambatan asal dipindah kepada lokasi baru, akhirnya kelulusan pertapakan telah diperolehi pada 27 September 2022. Pada masa ini, projek ini dalam peringkat pembinaan oleh kontraktor yang dilantik dan dijangka siap pada penghujung 2026. Manakala Projek Membina Jalan Kampung Kedai Selampit, Lundu, Bahagian Kuching, Sarawak telah diluluskan di bawah RMK11 dengan kos RM72 juta. Projek ini juga dilaksanakan oleh JKR secara reka dan bina dan projek ini juga dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2027. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh telah memohon penjelasan mengenai bayaran dividen kepada peserta FELCRA. Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 dan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 38(1) menetapkan bahawa perbahasan atas apa-apa rang undang-undang dan pindaan hendaklah berkaitan dengan usul dan rang undang-undang ataupun pindaan berkenaan. Oleh yang demikian, bagi mematuhi peraturan Mesyuarat yang telah ditetapkan, maklum balas berkaitan perkara berkenaan tidak dikongsikan pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, KKDW memberi perhatian yang serius terhadap segala input dan pandangan Laporan Ketua Audit Negara. Sebarang kelemahan yang dikenal pasti akan ditangani secara tuntas, bukan sekadar tindak balas kepada laporan tetapi sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang KKDW dalam memperkukuhkan kesejahteraan rakyat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Berikutnya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. 5 minit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin rakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam perbahasan dan ada dua orang Ahli Yang Berhormat dari Sandakan dan juga Rasah yang telah menyentuh perkara berkaitan dengan PETRA. Jadi Yang di-Pertua, kalau diizinkan saya cuba. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai projek lewat ataupun sakit, terdapat 12 projek lewat jadual iaitu 20 peratus atau 60 hari lewat dari perancangan jadual kerja ataupun work program, terdiri daripada 7 projek di bawah Jabatan Bekalan Air, 3 projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan dua projek di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan. Status terkini setakat 1 Oktober 2025 bagi 12 projek ini, dua projek telah pun siap sebenarnya iaitu projek kerja-kerja segera mengatasi kekeruhan yang tinggi di LRA Sungai Bilut di bawah JBA dan juga penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong 2 dari 80 juta liter ke 160 juta liter sehari. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah cabaran yang menyebabkan projek ini lewat dan juga bagaimana untuk kita mengatasinya? Jadi, di kesempatan ini saya cuba kongsikan untuk memberi pencerahan dan juga pemahaman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama, kalau kita tengok dari segi faktor dalam kawalan iaitu yang pertama adalah berkaitan dengan kemampuan kontraktor. Ini selalunya terkait dengan masalah aliran tunai yang akan dijadikan alasan ataupun perkara yang menyebabkan berlaku peningkatan harga adalah kerana pandemik COVID-19 berbanding harga yang diitemkan dalam bill of quantity ataupun BQ. Dan ini kalau sebagai contoh yang berlaku, yang agak jelas adalah projek di bawah seliaan Kerajaan Negeri Kedah iaitu LRA Sungai Limau dan juga terkait dengan di Bukit Selambau iaitu pandangan kita adalah kontrak itu yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah sangat rendah semasa proses bidaan tender pada tahun 2018 hingga 2020.
Malah, untuk Projek LRA Sungai Limau, kita terpaksa tamatkan kerana tidak lagi upaya untuk diteruskan oleh kontraktor berkenaan. Selain itu, terdapat juga item barang yang tidak disenaraikan dalam variation of price (VOP) oleh MOF, maka kontraktor tidak dapat menampung kenaikan harga dan menarik diri. Jadi yang ini, strateginya kita terpaksa buat mutual termination supaya tidak berlaku tuntutan selanjutnya. Yang ini, contohnya adalah pembinaan Pintasan Tanjung Olak. Kedua Dato’ Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan pengurusan kontrak reka dan bina iaitu sebagai contoh, ada satu projek yang mana reka bentuk yang dilaksanakan oleh kontraktor, bila perinciannya melalui perunding luar yang dilantik, ada cubaan nakal untuk eksploitasi kos dengan mengemukakan reka bentuk tidak berdasarkan keperluan teknikal yang disyaratkan semasa bidaan tender. Jadi yang itu, jabatan tidak dapat membenarkan perkara itu untuk diteruskan sehinggalah kita bersetuju dengan atau memuktamadkan reka bentuk bagi kontrak reka dan bina. Yang ketiga, apabila kita bercakap dengan projek di bawah kementerian ini, adalah cabaran terbesar kerana projeknya berbentuk berjajaran iaitu sepanjang sungai ataupun kita nak lay pipe dan sebagainya. Jadi, biasanya apa yang berlaku akan berlaku, sama ada pertindihan antara isu ataupun dengan perkara berkaitan dengan jalan. Ini contohnya berlaku untuk Projek Bekalan Air Nenasi, Pekan, Pahang oleh kerana projek pelebaran jalan telah dimulakan dahulu. Maka, projek pemasangan paip air di bahu jalan terpaksa menunggu dipanggil CMGD dikeluarkan untuk projek melebarkan jalan. Seterusnya, yang sering berlaku adalah proses memuktamadkan kos pengalihan utiliti dari syarikat utiliti mengambil masa. Yang ini, kalau contohnya berlaku dalam kes di Projek Bekalan Air Lahad Datu yang dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah. Yang keempat adalah pengalihan utiliti di tapak bina, yang ini kita nak tunggu pula syarikat utiliti untuk alihkan. Dan yang kelima biasanya berkaitan dengan karenah birokrasi, iaitu sama ada kelewatan kelulusan permit daripada pihak berkuasa tempatan ataupun isu-isu yang berbangkit mengenai proses pengambilan tanah. Yang ini juga kadangkala perkara itu walaupun kita lihat dan jangkakan projek itu dah sampai ke peringkat akhir, ada juga kes-kes yang muncul bila mana ada isu tanah ini muncul di kemudian hari lah. Kalau dua lagi— dua punca yang kita boleh klasifikasikan, kalau Yang di-Pertua izinkan, seminit untuk saya gulung. Faktor luar kawalan adalah faktor cuaca luar jangka.
Yang ini biasanya kerana bila tapak-tapak itu kita nak bina kolam takungan, tapak itu memang dah rendah, memang dah bersifat semula jadi di situ. Maka, bila kita nak buat kolam takungan, bila hujan turun mendadak, maka tempat itu dah tersedia dengan air.
Manakala yang ketujuh, atau terakhir, daripada segi masalah di luar kawalan untuk projek berkenaan. Ada dua tempat yang mana berlaku mendapan tanah dan satu lagi penemuan batuan keras di jajaran pembinaan lurang paip pembetungan (pit manhole) dan semasa pemasangan paip atau pun pipe jacking. Dan, terakhir sekali, Dato' Yang di-Pertua, pertanyaan daripada Sandakan mengenai perbandingan projek lewat/sakit LKAN 3/2024 dengan 3/2025. Kalau ikut laporan LKAN 3/2024, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan merekodkan ada sejumlah 24 projek sakit. Sementara untuk yang kali ini tahun 2024 bawah LKAN 3/2025 merekodkan 12 projek lewat ataupun sakit iaitu berlaku penurunan sebanyak 50 peratus. Jadi, akhir kata, Dato' Yang di-Pertua, memang di peringkat kementerian, kita akan ikhtiar. Ada beberapa cadangan penambahbaikan yang kalau sepintas lalu, kita ada taskforce, kita ada juga turun ke tapak dan sebagainya untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih segera untuk supaya akhirnya projek-projek ini dapat membantu ataupun memberi keselesaan kepada rakyat di luar sana. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Berikutnya, Kementerian Pengangkutan, 10 minit. Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan dan menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Pengangkutan pada sesi perbahasan semalam pada 7 Oktober. Kementerian ini juga mengambil maklum terhadap semua isu-isu yang dibangkitkan. Namun, pada sesi penggulungan ini, kementerian hanya akan menjawab isu-isu di bawah Laporan Ketua Audit Negara 3/2025.
Yang Berhormat Tampin telah membahaskan isu berkenaan kutipan hasil penjualan nombor pendaftaran tidak aktif dan beberapa soalan lain berkaitan ulat nombor, sindiket penjualan semula nombor dan sistem e-bidding secara atas talian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengangkutan Jalan mengambil maklum berkaitan pihak tertentu yang dipanggil scalpers yang menjual semula nombor pendaftaran setelah memenangi bidaan melalui sistem JPJeBid. Untuk maklumat Yang Berhormat, sistem JPJeBid dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dan automatik tanpa campur tangan manusia. Hanya pembida berdaftar dan disahkan identiti dibenarkan menyertai bidaan. Sebagai kawalan, yakni control measure ke atas pengguna yang memanipulasikan penjualan semula nombor pendaftaran, sistem JPJeBid hanya membenarkan secara individu maksimum lima nombor dan bagi syarikat, maksimum tiga nombor untuk berjaya bida dalam satu siri bidaan dibuka. Penjualan semula nombor pendaftaran yang bagi tujuan mengaut keuntungan atas angin selepas bidaan dilaksanakan dengan sah dan teratur adalah merupakan urus niaga persendirian dan ianya di luar kawalan JPJ. Dalam hal ini, JPJ telah menetapkan kawalan dan pemantauan terhadap pemindahan nama, nombor pendaftaran hanya dibenarkan dalam kes tertentu. Contoh, pembida meninggal dunia dan pemindahan nombor pendaftaran kepada ahli keluarga yang terdekat sahaja iaitu suami atau isteri, ibu, bapa, anak dan adik-beradik. Dalam hal ini, JPJ tidak pernah mengiktiraf sebarang penjualan semula nombor pendaftaran di platform tidak rasmi. Orang ramai disarankan supaya mendapatkan nombor pendaftaran hanya melalui saluran rasmi JPJ bagi menjamin ketelusan. Yang Berhormat Temerloh juga membangkitkan isu berhubung sistem e- bidding yang tidak disertakan dengan cagaran, yakni wang pendahuluan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem JPJeBid dibangunkan untuk memudahkan penyertaan bidaan awam nombor pendaftaran tanpa sekatan kewangan awal. Dalam hal ini, tiada keperluan cagaran bagi memastikan proses bidaan lebih terbuka, telus dan mesra pengguna. Terdapat prosedur bagi kaedah pembayaran seperti berikut― satu ialah kad debit. Amaun bidaan akan ditolak terus daripada akaun pembida tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun JPJeBid sehingga tempoh pembidaan tamat dan keputusan diumumkan. Kedua ialah kad kredit. Pre-authorization ataupun pra- kebenaran akan dilaksanakan mengikut ketetapan pihak bank
sebelum amaun sebenar didebitkan selepas keputusan bidaan. Oleh yang demikian, tiada campur tangan mana-mana pihak berkepentingan dan pelaksanaan sedia ada adalah berpaksikan ketetapan dasar serta keperluan sistem yang sedang berkuat kuasa. Dalam hal ini, JPJ senantiasa memantau dan bertanggungjawab terhadap pengurusan dan hasil bidaan awam nombor pendaftaran melalui sistem JPJeBid ini. Bidaan yang tidak dimanfaatkan, yakni nombor tidak didaftarkan sehingga tamat tempoh, tidak menjejaskan hasil kerajaan kerana nombor tersebut akan dikembalikan untuk bidaan semula, yakni tawaran semula, setelah tamat tempoh yang diberikan kepada pembida asal yang berjaya. JPJ akan senantiasa meneliti dan mengkaji peluasan tambahan bagi mengoptimumkan hasil dan mencegah penyalahgunaan dalam sistem JPJeBid. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Serai membahaskan isu kegagalan JPJ mengutip hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, nombor-nombor pendaftaran kenderaan merupakan tanda pengenalan kenderaan, yakni rekod, ke dalam sistem JPJ dan tiada kerugian ke atas jabatan sekiranya penjualan nombor dalam satu-satu siri nombor tidak habis terjual. Hasil dikutip setelah pembelian nombor dibuat oleh orang awam. Dalam hal ini, penjualan nombor pendaftaran semula kategori nombor yang dibida melalui sistem JPJeBid telah pun menjadi hasil kepada kerajaan walaupun nombor tersebut telah tamat tempoh, tidak didaftarkan. Namun begitu, pembeli asal atau orang ramai boleh membeli nombor pendaftaran yang telah tamat tempoh tersebut melalui beberapa saluran yang disediakan oleh JPJ. Penawaran nombor pendaftaran baki atau tamat tempoh ataupun tidak aktif boleh dibuat melalui beberapa saluran yang disediakan oleh JPJ seperti berikut― satu ialah kaunter JPJ negeri dan cawangan― kategori nombor semasa iaitu nombor baki dan tamat tempoh. Kedua ialah melalui portal awam MySikap― kategori nombor semasa yakni nombor baki sahaja. Dan yang ketiganya ialah Jawatankuasa Khas Nombor Pendaftaran (JKNP) iaitu kategori nombor utama, premium, menarik dan popular, yakni itu nombor baki dan tamat tempoh. Sepertimana yang dimaklumkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, JPJ sedang dalam proses membangunkan sistem penawaran semula nombor pendaftaran bagi semua kategori baki nombor yang tidak dijual yang ada di dalam rekod jabatan ini. Sistem ini dikenali sebagai sistem eBaki, iaitu di bawah skop revamp sistem MySikap. Sistem ini merupakan sebagai salah satu saluran
tambahan yang akan digunakan oleh JPJ bagi menawarkan semula nombor-nombor baki yang ada untuk dijual semula kepada orang ramai. Jadi, sebagai penutup, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dilaksanakan secara telus, adil dan efisien. Usaha penambahbaikan seperti pembangunan sistem eBaki akan diperkasa demi mempertingkatkan integriti, kecekapan serta hasil kerajaan. Kementerian turut menyeru orang ramai agar senantiasa menggunakan saluran rasmi JPJ dalam urusan berkaitan nombor pendaftaran bagi mengelakkan penipuan dan memastikan urus niaga yang sah serta selamat. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan. Berikutnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lima minit. Sila, Timbalan Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyambut baik dan memberikan sokongan padu kepada langkah reformasi Kerajaan MADANI yang telah pun memulakan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada tahun 2023. Inisiatif bersejarah ini bukan sahaja memperkukuhkan ketelusan fiskal dan akauntabiliti tadbir urus negara malah membuktikan komitmen kerajaan untuk mentransformasikan dan melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam sejajar dengan tuntutan serta ekspektasi tinggi rakyat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk menjawab kepada perbahasan LKAN ini, saya akan memfokuskan kepada beberapa panduan yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Satunya, khusus kepada apa yang telah dibangkitkan dalam laporan LKAN. Keduanya, kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan.
Ya betul, Timbalan Menteri.
Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan isu-isu yang telah dibangkitkan di bawah Bahagian II – Prestasi Pelaksanaan untuk Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas melibatkan 11 projek KPKT yang dilaporkan lewat daripada jadual.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua Yang Berhormat mengambil bahagian, Maran dan Temerloh. Malangnya Maran tak ada di sini. Cuma saya nak rumuskan sedikit untuk 11 projek itu, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya laporan itu adalah pada berakhir pada 31 Disember 2024 sehingga sekarang September 2025 Tuan Yang di- Pertua. Daripada 11 projek yang disebutkan itu dua telah pun siap, empat berada pada tahap kemajuan yang sangat memberangsangkan, satu sahaja yang masih lagi lewat manakala empat lagi sudah pun ditamatkan kontrak dan ditender semula. Yang lain-lain, saya tak jawablah Tuan Yang di-Pertua, saya terus pergi kepada Temerloh.
Yang tak jawab itu secara bertulis ya.
Saya akan bagi secara bertulis. Baik. Yang Berhormat Temerloh telah pun menyatakan terdapat lebih 25 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) tertangguh menyebabkan lebih 3,000 unit PPR terbengkalai disebutkan di situ bernilai RM450 juta dan gagal diserahkan tepat pada masanya. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa ini adalah terkeluar daripada laporan yang disebut di dalam LKAN maka saya mohon untuk tidak menjawab. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat kementerian ini kami akan sentiasa memberikan perhatian dan kepedulian terhadap apa-apa yang telah dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dan memang kita ada mesyuarat minimum dua kali setahun bersama dengan Ketua Audit Negara, bersama juga dengan Ketua Setiausaha untuk melihat apa-apa yang telah dibangkitkan. Insya-Allah setiap Ringgit daripada rakyat Malaysia kita akan gunakan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya kira petua yang telah saya berikan tadi Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri jawab berdasarkan Peraturan Mesyuarat 38(1), perkara-perkara yang telah dibangkitkan terkait dengan Usul Laporan Ketua Audit Negara 3/2025. Dan saya harap Ahli-ahli
Yang Berhormat juga mematuhi peraturan yang berkaitan. Berikutnya Kementerian Kerja Raya. Sila Timbalan Menteri, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat iaitu YB Tumpat, YB Temerloh, YB Sandakan, YB Jempol, YB Seputeh dan YB Arau yang mengambil bahagian dalam membahaskan isu secara umum Kementerian Kerja Raya yang berperanan sebagai agensi pelaksana kepada kementerian pelanggan. Isu-isu ini telah dan akan disentuh oleh kementerian pelanggan yang berkaitan. Merujuk kepada Laporan SKALA JKR sehingga 8 September 2025, sebanyak 2,233 projek fizikal pembinaan sedang dilaksanakan oleh JKR melibatkan 27 kementerian dengan taburan status seperti berikut: (i) pra-pembinaan 933 projek; (ii) dalam pembinaan 860 projek; (iii) projek kerja awalan 60; dan (iv) pasca pembinaan dengan izin Defect Liability Period (DLP) 380 projek. Selain daripada itu JKR juga melaksanakan sebanyak 6,829 bilangan kerja bagi kategori projek penyenggaraan, pemulihan, ubah suai, naik taraf. Daripada 860 projek fizikal pembinaan bernilai RM49.894 bilion yang dalam peringkat pembinaan, taburan adalah seperti berikut: (i) awal jadual – 234 projek iaitu 27.21 peratus; (ii) ikut jadual – 227 projek atau 26.4 peratus; (iii) lewat jadual kurang 10 peratus atau kurang 30 hari – 181 projek iaitu 21.05 peratus; (iv) lewat jadual lebih 10 peratus atau lebih 30 hari – 152 projek atau 17.68 peratus; dan (v) projek sakit iaitu lewat 20 peratus atau lewat 60 hari – 66 projek atau 7.67 peratus. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Kementerian Kerja Raya yang merujuk kepada cerapan data MyProjek, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri pada 31 Disember 2024 ada lapan projek lewat jadual di bawah Kementerian Kerja Raya dinyatakan seperti berikut tetapi projek itu tiga sudah
siap iaitu menggantikan Jambatan Sungai Mangkaladoi, Kota Kinabalu–Kudat, menggantikan Jambatan Jalan Tamparuli–Sandakan, menaik taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang. Projek ikut jadual Central Spine Road Pakej 3; Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, projek dahulu jadual menaik taraf Jalan Donggongon–Tambunan dan projek sakit menaik taraf Jalan FR03 Jalan Persimpangan Jabor–Jerangau. Projek yang telah dikeluarkan notis penamatan iaitu menggantikan Jambatan Jalan Tamparuli–Sandakan dan menaik taraf jalan naik taraf Jalan Pelabuhan Utara dari Klang Kontena Terminal di Pelabuhan Klang, Selangor. Sebab-sebab projek sakit dan lewat. Satu antara isu dan masalah utama yang menyebabkan kelewatan: (i) kelemahan pengurusan dalaman kontraktor; (ii) masalah aliran kewangan oleh kontraktor; (iii) isu rizab tanah pengambilan balik tanah belum selesai; (iv) kelewatan pengalihan atau kelulusan bekalan pihak utiliti; (v) penjadualan dan perancangan yang lemah oleh kontraktor; (vi) tambahan atau perubahan skop atas kehendak pelanggan. Tindakan kita: (i) surat amaran kelewatan akan dikeluarkan kepada kontraktor; (ii) dikenakan LAD dengan izin, Liquidated Ascertained Damages akan dikenakan bagi projek yang tidak siap mengikut tempoh yang ditetapkan dalam kontrak; (iii) penamatan akan dilaksanakan sekiranya projek telah sakit dan tidak berdaya maju maka kontraktor yang ditamatkan akan digantung selama dua tahun iaitu tidak di benar menyertai sebarang kontrak kerajaan. Dato' Yang di-Pertua, selain daripada itu kita akan terus melaksanakan apa yang kita panggil sebagai Project Health Check, Project Solving Governance (PSG) dan juga Contract Coordination Panel (CCP) mengikut kelewatan-kelewatan masa- masanya. Jika projek itu mengalami kelewatan fizikal melebihi dua bulan atau 20 peratus dan tidak berdaya maju, jabatan telah menggariskan panduan merujuk kepada Surat Arahan KPKR untuk ditubuhkan CCP (Contract Coordination Panel) dan kemudian kita akan syor untuk ditamatkan ke atas syarikat yang dilantik. Saya juga mempengerusikan empat kali setahun apa yang kita panggil sebagai Mesyuarat Pemantauan Projek Pembina Infra Rakyat Kementerian
Pelanggan dan kami di kementerian selalu menyebut tentang AOT (ahead of time) bukan extension of time (EOT). Ahli Parlimen Besut yang spesifik bertanya tidak ada di sini, kita jawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. Berikutnya Kementerian Luar Negeri, 10 minit. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun bertanya berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan dan dibahaskan. Ada empat Ahli Yang Berhormat yang telah pun bertanyakan tentang Laporan Ketua Audit Negara iaitu daripada Tumpat, Yang Berhormat daripada Seputeh, Yang Berhormat daripada Bukit Bendera dan Yang Berhormat daripada Rasah. Untuk Yang Berhormat Dato’ Hajah Mumtaz daripada Tumpat, berkenaan dengan dasar kementerian yang jelas memastikan kakitangan sokongan keduaan di luar negara seperti tukang masak supaya hendak dibawa daripada Malaysia agar masakan Malaysia ini dapat diperkenalkan dan jika ada majlis-majlis seperti majlis Hari Kebangsaan, majlis-majlis Hari Raya, tukang-tukang ataupun tukang masak Malaysia ini dapat menghidangkan jamuan ataupun masakan yang menunjukkan ataupun yang menghidangkan makanan Malaysia. Jawapan kepada persoalan ini Dato' Yang di-Pertua ialah memang ada. Setiap ketua-ketua perwakilan memang ada pekeliling yang membenarkan mereka membawa tukang masak ataupun chef mereka sendiri, yang kebanyakannya bersama dah lama dengan mereka. Jadi, setiap perwakilan-perwakilan ataupun setiap pejabat-pejabat kedutaan memang ada tukang-tukang masak daripada Malaysia yang memang hasrat kita untuk buktikan kita hendak memperkenalkan dan menyebarluaskan hidangan masakan Malaysia.
Untuk hak bekerja di luar negara, turut diberikan kepada pasangan yang mengiringi pegawai kedutaan. Ini kita memang ada, apa dipanggil sebagai perjanjian ataupun arrangement, bukan perjanjian bilateral work arrangement di antara Malaysia dengan beberapa buah negara. Untuk setakat hari ini Dato' Yang di- Pertua’, kita ada BWA ataupun bilateral work arrangement dengan 14 buah negara,
negara-negara yang mana kita ada arrangement ini ataupun bukanlah perjanjian ataupun kita persefahaman ini. Jika kita punya head of mission ataupun pegawai-pegawai kita yang membawa pasangan masing-masing jika boleh ambil embeded basis, mereka boleh bekerja di sana dan kita di Malaysia juga reciprocate-lah. Ini adalah asas kepada kita punya hubungan dua hala, kita akan bersama- sama. Dia bagi kita, kita bagi dia, tapi malangnya untuk setakat hari ini, laporan saya nak beritahu Dato' Yang di-Pertua, tidak ada seorang pun pasangan kita yang dibawa mengikut sama ada suami ataupun isteri bertugas di luar negara yang bekerja di tempat pasangan masing-masing bertugas, tetapi di Malaysia ini ramai. Ramai yang bekerja, terutamanya mereka itu yang pasangannya adalah di kalangan profesional yang bekerja dan ini telah menjadi amalan kepada negara kita sebagai negara yang mempunyai hubungan dua hala dengan negara-negara tersebut. Yang ketiga, soalan daripada Tumpat, cadangan agar bahan-bahan dipamerkan di pejabat kedutaan. Ini memang kita ambil maklum. Sebenarnya kita bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan― Kementerian Kesenian dan Budaya, MOTAC untuk kita mendapatkan bahan-bahan. Ruang akan disiapkan di pejabat-pejabat perwakilan kita untuk kita membagi ruang supaya pameran-pameran terutamanya pakaian tradisi, barang-barang kelengkapan tradisi kita dapat kita pamerkan di pejabat-pejabat perwakilan di seluruh dunia, yang mana kita ada pejabat perwakilan. Tapi kadang-kadang itu Dato' Yang di-Pertua, kita perlukan supaya bahan ini kita, apa orang kata, tukar ganti. Kerana ada yang dah jadi situ, kadang-kadang dah berpuluh tahun tak bertukar-tukar. Ada kadang-kadang takut nak usik pun, dia punya material takut reput. Jadi saya, kita dengan MOTAC, kita selalu berurusan dan kita harap supaya ini akan dapat memberikan peluang kepada orang yang berurusan dengan pejabat akan kita melihat dengan sendiri apa dia yang budaya dari kita, terutamanya pakaian tradisi dan juga alat-alat tradisi di negara kita. Kemudian daripada Tumpat juga, peruntukan bagi tujuan pemantauan dan kerja-kerja membaik pulih bangunan Kedutaan Malaysia di luar negara bagi memastikan imej. Kita Dato' Yang di-Pertua, masalahnya kita bangunan kita banyak yang lama-lama. Kita minta banyak untuk kita membaik pulih, untuk kita menyelenggara di negara-negara yang mana pejabat-pejabat perwakilan kita, bangunan itu adalah bangunan yang kita punyai.
Kita memang ada negara-negara yang kita mempunyai kemudahan untuk kita mengambil apa yang dipanggil sebagai facility management company yang mana kita boleh minta syarikat tersebut mengurus penyelenggaraan kepada bangunan tersebut. Ini telah kita dapat jalankan dan mulakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan banyak di pejabat perwakilan kita yang telah pun kita ada facility management company ini, tapi ada juga negara yang mereka itu tak boleh kita mengambil satu syarikat sahaja untuk kita menguruskan bangunan kerana misalnya di United Kingdom. Di United Kingdom dia ikut kepakaran masing-masing. Paipnya lain, elektriknya lain dan yang lain-lain. Jadi, kita tak boleh ambil satu facility management company, tapi kita ada banyak kita buat, tapi masalahnya Dato' Yang di-Pertua ialah sepertimana juga kementerian-kementerian lain rasanya, kita minta banyak Dato' Yang di-Pertua tetapi yang dapatnya sikit sangat. Jadi, kita umpama kain pelekat lah. Kain pelekat senteng, tarik ke atas nampak lutut, tarik ke bawah nampak pusat, Dato' Yang di-Pertua. Jadi, kita minta banyak, tetapi yang diluluskan itu taklah berapa orang kata dapat kita buat dengan secara menyeluruh, tetapi memang urusan menyelenggara dan membaik pulih ini memang kita lakukan setiap tahun. Dan sekarang ini kita sedang membaik pulih di Canberra, di Paris, di Bangkok dah siap, di Moscow dalam peringkat akhir Dato' Yang di-Pertua dan yang lain-lain itu akan ikut. Kita ikut status masing-masing dan urusan juga proses pembaikan dan juga menyelenggara bangunan ini akan kita ambil perhatian dan akan kita uruskan secara berperingkat. Yang lagi Dato' Yang di-Pertua, soalan berkenaan dengan― itu daripada Tumpatlah ya. Daripada Seputeh, isu berkaitan masalah kerosakan kuarters. Itu tadi saya dah jawab sama dalam― oleh Tumpat tadi. Dan perjawatan yang lama tidak diisi di beberapa pejabat perwakilan Malaysia di luar negara, menyeru Kementerian Kewangan untuk memberi peruntukan. Saya setujulah, terima kasih kepada Seputeh kerana menyuarakan masalah yang dihadapi oleh Kementerian Luar “Negara” kerana perjawatan memang banyak kosong, tetapi tidak dapat diisi kerana kekurangan wakil yang kita dapat isi. Kita minta, tapi sekarang ini kita tak dapat isi kerana kekurangan kuota daripada JPA. Kita keseluruhan jawatan yang kita perlu ada 1,709 orang, tapi yang kita isi setakat hari ini ialah sebanyak 1,422 orang saja iaitu kekurangan 287 orang. 17 peratus kosong. Kalau di Wisma Putra, di ibu pejabat kita ada kekurangan 97 kekosongan. Di pejabat perwakilan yang ramai di luar negara. Kita ada 190
kekosongan, tetapi selepas daripada ASEAN ini Dato' Yang di-Pertua, kerana kita tahun ini kita menumpukan ASEAN. Banyak tenaga kerja yang kita letakkan untuk bersama-sama membantu mengurus Sekretariat ASEAN. Jadi, selepas kita tidak lagi menjadi, kita akan serahkan kepada Filipina bulan 10 ini. Selepas ini kita— yang mana yang kita kumpulkan untuk membantu urusan Sekretariat ASEAN ini akan dapat kita dispatch ataupun akan dapat kita hantar ke jabatan-jabatan ataupun pejabat-pejabat perwakilan yang mengalami kekurangan perjawatan yang begitu ketara. Itu tentang Seputeh. Bukit Bendera, isu kegagalan Kedutaan Besar Malaysia, New Zealand, Singapura, Vietnam mematuhi pengurusan aset, beberapa aset alih seperti perabot, komputer, peralatan pejabat tidak direkod. Ini masalah ni Dato' Yang di-Pertua. Masalah ni dia dulu kita daripada manual kita berpusat, sistem berpusat. Bila buat migration itu, ada yang tertinggal ataupun ada aset yang dah hilang kerana nak mengisi dia punya rekod itu Dato' Yang di-Pertua, dia mesti tahu berapa harga beli, macam-macam lagi lah. Jadi, kadang-kadang untuk mendapat rekod ini susah, maka kadang-kadang terus terlupa dan aset ini tidak terus direkodkan. Saya telah pun memberikan arahan supaya jika berlaku perkara-perkara seperti ini, kita buat suatu cara iaitu kita merekodkan semua aset yang tak dapat kita rekodkan disebabkan oleh ketiadaan dokumen-dokumen asal yang memerlukan kita mengisi rekod-rekod tersebut. Maka kita membuat supaya satu, minta satu kelulusan daripada MOF ataupun daripada jabatan-jabatan yang berkaitan agar kita dapat, sama ada nak lupuskan terus ataupun kita menunjukkan kita telah pun mengambil tindakan terhadap laporan Ketua Audit Negara ini. Sebab kita tak mahu Kementerian Luar Negeri ini dilihat tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Laporan Ketua Audit yang dikeluarkan. Yang akhir sekali Dato' Yang di-Pertua ialah daripada Rasah, isu pengisian jawatan tidak diisi memberi kesan kepada prestasi perbelanjaan bagi peruntukan pengurusan pejabat perwakilan di luar negara. Masalahnya, seperti yang saya sebut tadilah Dato' Yang di-Pertua, kita minta perjawatan dipenuhi tetapi orangnya tak dapat dibagi sebab kita ― saya tak tahu, JPA pun bukan KLN saja. Kementerian- kementerian lain juga mengalami masalah yang sama. Jadi, kita harap supaya kita dapat penuhkan perjawatan ini dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita perlukan supaya pengisian jawatan ini perlu, terutamanya jawatan-jawatan perjawatan yang memerlukan kerja- kerja yang khas seperti akaun dan yang lain-lain.
Jadi, itu saja yang saya bagi tahu. Ada empat soalan daripada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah pun mengulas tentang Laporan Ketua Audit Negara. Saya ucap banyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat. Kementerian Dalam Negeri akan terus memberikan perhatian dan akan mengambil tindakan apa jua yang telah pun disebut dan telah pun diutarakan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Berikutnya Kementerian Dalam Negeri, 15 minit. Sila, Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi atas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang komprehensif dan begitu teliti. Laporan yang dibentangkan ini menjadi panduan yang berharga untuk kita sama-sama memperkukuh sistem dan prosedur sedia ada serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan demi mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi. Dato’ Yang di-Pertua, saya rakamkan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa KDN dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2025 pada 7 Oktober lalu. Kami di KDN menghargai pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan insya-Allah, pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan dan cadangan-cadangan yang diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usaha kita memperkasa dan menyampaikan perkhidmatan KDN ke arah yang lebih cemerlang dan baik. Lapan orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini iaitu Yang Berhormat Sandakan, Machang, Jempol, Tumpat, Padang Serai, Besut, Arau dan Temerloh. Kementerian menyambut baik. Daripada lapan Ahli Yang Berhormat tadi, yang dibangkitkan oleh mereka merangkumi 20 isu yang merangkumi dua laporan yang berikut iaitu kelewatan penyiapan projek Pangkalan
Operasi Hadapan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Kedua ialah penyelenggaraan kapal dan bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Berkaitan dengan kelewatan penyiapan projek Pangkalan Operasi Hadapan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, saya akan jawab secara bersekali bagi perbahasan yang dibangkitkan oleh Sandakan, Machang, Jempol dan Arau. Arau dah keluar, tetapi dia dengar nama dia, dia masuk balik. Kalau tidak, saya nak skip jawapan dia tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyiapan projek Pangkalan Operasi Hadapan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah kini sedang diusahakan. Walaupun projek menghadapi cabaran termasuk kelewatan permulaan pembinaan jeti, usaha untuk penyelesaian isu tersebut telah pun menampakkan hasil. Dalam konteks pelaksanaan projek ini, KDN bertanggungjawab melalui beberapa agensi utama termasuk ESSCOM dan Pasukan Polis Marin di bawah PDRM. Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan juga Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah. Dibangkitkan isu kelewatan penyiapan projek menyebabkan peningkatan kos berjumlah RM28.7 juta, juga dibangkitkan isu kelewatan penyiapan projek menyebabkan peningkatan kos berjumlah RM28.7 juta berkaitan dengan kawalan kontraktor yang lemah, ketiadaan pekerja di tapak projek dan perkara-perkara lain. Saya nak maklumkan bahawa kelewatan penyiapan projek berpunca daripada kelewatan permulaan pembinaan jeti, dengan prestasi sebenar kosong peratus berbanding jadual sepatutnya 11 peratus. Ini merujuk Laporan Kemajuan Kerja Bulanan No. 29 bertarikh 25 Mei 2023. Hal ini disebabkan oleh kelewatan kerja ukur tanah laut bagi tujuan pewartaan. Kementerian Dalam Negeri melalui ESSCOM telah menunjukkan sikap yang proaktif dalam memastikan permohonan tanah projek ini diselesaikan dengan segera. ESSCOM telah memantau status permohonan secara berkala setiap tahun sejak 2017 sehingga kelulusan permohonan pada tahun 2022. Pada 9 Februari 2022, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah mencadangkan agar pemilik projek melantik juruukur berlesen untuk mempercepatkan pengukuran tanah laut, mengatasi kekangan yang dihadapi oleh JTU sendiri. Tindakan ini dilihat berjaya, di mana pengukuran tanah laut selesai pada 14 September 2022 dan warta tanah laut dikeluarkan pada 22 Jun 2023.
Dengan selesainya proses pewartaan, tumpuan kini beralih kepada memula dan mempercepatkan kerja pembinaan jeti untuk memastikan projek Pangkalan Operasi Hadapan ini disiapkan demi meningkatkan kawalan di Sabah timur. Bagi menampung peningkatan kos sebanyak RM28.7 juta, KDN melalui mesyuarat membincangkan permohonan notis perubahan (NOC) peningkatan kos projek pembinaan FOB di Pulau Mabul, Sabah yang diadakan pada 9 Disember 2024 telah pun memutuskan untuk menggunakan peruntukan daripada pembatalan projek Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah Fasa 2 di Sandakan dan Malawali, Sabah. Keputusan ini dibuat memandangkan projek tersebut masih di peringkat pra- pelaksanaan. Bagi menjawab persoalan terhadap ketiadaan pekerja di tapak projek, saya nak maklumkan bahawa pasukan projek khas Jabatan Kerja Raya telah mengambil tindakan menjalankan pengauditan terhadap program kerja pada 24 Mei 2023 dan penemuan telah dikemukakan kepada kontraktor pada 28 Mei 2023. Susulan daripada isu yang berkaitan dengan cuti tanpa gaji yang dikeluarkan oleh syarikat kepada pekerja tapak, didapati berlaku penurunan bilangan pekerja buruh di tapak daripada 25 orang pada 8 Jun 2023 kepada kosong iaitu tiada pekerja pada 17 Jun 2023 sebagaimana yang direkodkan dalam site diary. Pekerja telah berhenti dan meninggalkan tapak, mengakibatkan tiada sebarang aktiviti berjalan di tapak. Loji dan peralatan juga ditinggalkan terbiar pada bulan Julai sehingga tarikh kontrak ditamatkan pada September 2023. Tiada kelibat pekerja yang berada di tapak. Justeru, memo peringatan dari pasukan penyelia perunding juga turut dikeluarkan kepada kontraktor akibat kegagalan dan ketiadaan pekerja di tapak. Selain itu, wakil pengusaha projek telah mengeluarkan Surat Peringatan No. 3 kepada kontraktor bertarikh 20 Jun 2023 dengan meminta kontraktor mengambil tindakan komprehensif bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dan mematuhi obligasi di bawah klausa 10(g), Syarat-syarat Kontrak JKR 203A. Seterusnya pada 23 Jun 2025, Surat Peringatan No. 4 telah dikeluarkan atas kegagalan syarikat melaksanakan obligasi kontrak. Pada 1 Ogos 2023, kontraktor telah mengemukakan surat penarikan diri dari melaksanakan dan menyiapkan projek FOB Mabul. Seterusnya, Notis Untuk Tujuan Penamatan Kerja Kontrak telah dikeluarkan pada 15 Ogos 2023 dan Notis Penamatan Pengambilan Pekerja Kontrak telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 6 September 2023.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi tujuan penambahbaikan dan memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, mekanisme pemantauan berikut telah dilaksanakan. Kita mematuhi apa yang diarah oleh Jabatan Audit Negara. Penglibatan wakil Kementerian Dalam Negeri dalam setiap mesyuarat tapak. Kedua, status projek dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian secara bulanan. Status projek juga dibincang dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian, dua kali setahun dan pemantauan juga dibuat dalam mesyuarat teknikal Jabatan Kerja Raya berdasarkan Sistem Pengurusan Sepadu Pelan Kualiti Pembinaan (C-Plan).
Arau membangkitkan soal kontraktor penyelamat. Kontraktor penyelamat perlu dilantik segera apabila kontraktor asal gagal menyiapkan projek kerana ia melibatkan soal keselamatan. Juga dibangkitkan status terkini lantikan kontraktor penyiap. Saya hendak memaklumkan status terkini projek adalah dalam proses pemilihan kontraktor penyiap oleh Lembaga Perolehan Jabatan Kerja Raya yang akan diadakan pada 16 Oktober 2025. Pihak Kementerian Dalam Negeri akan menyusul dengan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan pembinaan main building selain bangunan... [Tidak jelas] Semula— dan jeti disiapkan oleh kontraktor penyiap yang dilantik mengikut tempoh yang ditetapkan. Tindakan akan diambil pada pertengahan bulan ini. Saya hendak beralih kepada isu yang kedua iaitu penyelenggaraan kapal dan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Saya juga akan menjawab secara bersekali yang dibangkitkan dalam Dewan ini. Isu ini adalah Tumpat, Padang Serai, Besut, Arau, yang saya nampak ini adalah Arau sahaja Yang Berhormat...
Ada.
Arau ada ya?
Ada.
Okey. Saya nak maklumkan bahawa, kapal dan bot di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Arau ini pernah jadi Menteri jaga APMM tu, dia tahu sebab itu dia tanya, sebenarnya dia tahu dah. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, APMM memiliki 237 aset laut yang beroperasi di Selat Melaka, termasuklah Kapal Arau. Nama dia “Arau”, bukan Arau punya. Nama Kapal Arau, di Laut Cina Selatan, Laut Sulu, untuk memastikan fungsi
penguatkuasaan berjalan lancar serta tiada pelanggaran undang-undang, salah laku jenayah atau pencerobohan dilakukan dalam perairan Laut Malaysia. Tumpat tak ada, Besut pun tak ada. Saya pergi ke Arau. Arau bangkitkan kerja-kerja refit perlu dibuat secara menyeluruh. Arau juga bangkitkan, berapakah jumlah kapal berusia lebih 30 tahun dan kurang 30 tahun. Saya nak sebut bahawa APMM telah membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM229 juta bagi kerja pembaikan dan selenggaraan yang melibatkan 35 buah kapal. Inisiatif APMM bagi memastikan kapal dan bot dioperasikan pada tahap optimum dan jangkaan kos selenggaraan yang lebih rendah pada masa akan datang. Elemen-elemen pemodenan komponen utama dan komponen sokongan serta penggantian struktur badan dan aset diterapkan melalui penyelenggaraan berjadual. Saya nak maklumkan juga melalui, Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 yang digariskan, APMM menyasarkan jumlah aset sebanyak 116 kapal ronda, 96 buah kapal bersaiz sederhana, 20 buah kapal bersaiz besar, 228 bot saiz 20 meter ke bawah, 95 bot pemintas, yakni 133 RHIB/RIB bagi menampung keperluan keluasan sektor zon operasi Maritim Malaysia. Bagi mencapai sasaran ini, APMM kini dalam proses perolehan aset kapal dan bot baru secara berperingkat. Setakat ini APMM telah menerima dan mengoperasi tujuh buah kapal dan 47 buah bot baharu. APMM juga sedang dalam proses perolehan sebanyak lapan buah kapal dan 27 buah bot baharu. Untuk makluman Yang Berhormat Arau, setakat 30 September 2025, sebanyak 35 buah kapal berusia lebih 30 tahun, muda lagi daripada Arau lah. Manakala 36 buah kapal berusia lebih kurang 30 tahun. Ini jawapan yang Arau tanya tadi. Selain daripada itu, Arau juga bertanya, apakah kerajaan bercadang menggantikan kapal lama ini serta-merta atau meneruskan dengan kerja- kerja refit sedia ada? APMM akan meneruskan program ini yang melibatkan aset- aset kapal APMM. Dalam masa yang sama, Yang Berhormat, APMM turut mengangkat permohonan untuk pelan penggantian bagi aset-aset kapal yang dikategorikan sebagai usang secara berperingkat. Tuan Yang di-Pertua, Memang banyak perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, masa pun tak mencukupi. Saya akan bagi cara bertulis dan saya tak akan menjawab apa lagi soalan yang dibangkitkan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sikit sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat. Saya tanya sikit, saya bangun lama ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, dah habis Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat, sikit sahaja.
Yang Berhormat...
Saya ingin bertanya...
Yang Berhormat.
Tiga buah kapal...
Yang Berhormat...
Yang telah dibina oleh APMM.
Yang Berhormat Arau.
Selama lapan tahun itu, adakah telah siap ataupun tidak? Nak tanya itu.
Yang Berhormat Arau. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila duduk Yang Berhormat Arau.
Tapi saya dah bangun sebelum dia habis bercakap.
Yang Berhormat Arau.
Ini bukan hendak ganggu, hendak bagi dia dapat nama bagus lagi.
Yang Berhormat Arau. Sila duduk Yang Berhormat Arau.
Kita kena cerita bahawa kapal yang tergendala itu telah pun siap. Saya hendak tanya itu, apakah kapal tiga biji yang dibina itu di zaman masa itu Pengerusi Tabung Haji nya ialah Baling masa itu, dia jadi Pengerusi dan mereka dapat tender itu. Saya hendak tanya, kapal itu siap ataupun tidak?
Okey, terima kasih.
Mengapa tak masuk dalam senarai?
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya bagi bertulis Yang Berhormat.
Yang Berhormat Arau...
Jawapan bertulis kita bagi.
Jawapan bertulis, okey boleh. Saya bangun ini jangan ingat pengacau, saya ingin minta penjelasan.
Yang Berhormat Arau.
Supaya kerajaan lebih hebat dan Speaker ini, Speakernya nampak hebat. Thank you.
Yang Berhormat Arau. Saya dah bagi petua tadi Yang Berhormat Arau, semasa saya bagi petua di awal penggulungan Yang Berhormat Menteri ada perkara yang mungkin terkait apa yang berlaku sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Berikutnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, lima minit. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Hanya satu isu yang melibatkan Kementerian MITI iaitu status HALMAS. HALMAS atau dikenali sebagai Halal Malaysia Industrial Park merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan dalam memperkukuh ekosistem industri halal negara. Sejak diperkenalkan, HALMAS berperanan sebagai pemangkin bagi merangsang pertumbuhan industri halal melalui pembangunan taman industri halal yang tersusun, berdaya saing dan memenuhi piawaian global. Bagi menilai keberkesanan inisiatif HALMAS, satu kajian Cost-Benefit Analysis telah dilaksanakan oleh Halal Development Corporation Berhad ataupun HDC di bawah seliaan Kementerian MITI. Kajian ini dijalankan dari Julai 2023 hingga
Mac 2024 dan disiapkan bagi dokumen sokongan utama dalam usaha membangunkan kerangka baru HALMAS. Hasil dapatan kajian tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I dan pembentangan berlaku pada 10 hari bulan Jun 2024. Pembentangan ini telah menerima pengakuan serta pertimbangan mesyuarat terhadap cadangan penambahbaikan kerangka HALMAS. Lanjutan itu, pembangunan kerangka baru HALMAS dimulakan dengan fasa pra-pelaksanaan pada April 2024 dan diteruskan sepenuhnya pada Julai 2024 setelah mendapat pengakuan daripada MPIH. Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Penambahbaikan Taman Industri Halal yang ditubuhkan di bawah MPIH telah bersidang pada Ogos 2024. Mesyuarat ini menumpukan kepada strategi meningkatkan pembangunan tanah yang masih belum dimanfaatkan di beberapa taman industri halal. Walaupun kajian asal lebih tertumpu kepada memperkukuh penawaran HALMAS, namun cadangan jawatankuasa petugas khas turut diambil kira dalam pembangunan kerangka baru HALMAS. Namun begitu, sehingga 31 hari bulan Disember 2024, projek ini telah disahkan lewat jadual melalui Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian. Projek ini mengalami kelewatan jadual bagi pelaksanaan disebabkan keperluan aktiviti kajian yang dicadangkan oleh syarikat perunding. Kedua, antara aktiviti tersebut adalah melibatkan lewat— lawatan tapak ataupun kawasan industri berkaitan yang telah dilaksanakan di peringkat CBA. Selain itu, kelemahan pihak agensi pelaksanaan dan syarikat perunding yang dilantik dalam mengenal pasti punca masalah serta mentafsir keperluan langkah-langkah penyelesaian turut menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan program.
Langkah-langkah mitigasi Kementerian, HTC dicadangkan untuk memulangkan semula baki peruntukan iaitu RM1 juta dan memohon semula projek ini sebagai projek baharu pada AP1 RMK13. Namun begitu, MITI berpendapat supaya projek ini tidak disambung lagi dalam RMK13. Kedua, permohonan rasmi bagi sekatan peruntukan Rolling Plan 5 (RP5) berjumlah RM1 juta telah dikemukakan kepada MITI pada 15 Julai. Dan ketiga, HTC telah mengemukakan Notis Perubahan (NOC) pada 22 hari bulan September 2025 bagi tujuan mengubah objektif serta skop projek seperti yang diputuskan.
Saya hanya nak ada cadangan jugalah. Cadangan ialah saya ingin cadang kepada kerajaan supaya ada satu register kalau semua projek yang ditawarkan kepada perunding atau konsultan, kita harus ada satu register yang siapa perunding yang tidak mematuhi atau tidak dapat menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka secara baik, harus di senarai hitamkan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Berikutnya, Kementerian Pendidikan. Sila, Yang Berhormat Menteri, 10 minit.
Terima kasih Dato’ Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta memberikan pelbagai pandangan, saranan dan teguran dalam pelbagai konteks berkaitan dengan laporan audit ini. Dato’ Speaker, izinkan saya untuk meneruskan dengan memaklumkan bahawa berdasarkan kepada pemerhatian Jabatan Audit Negara terhadap prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas sehingga 31 Disember 2024 yang terkandung dalam Laporan Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan dan Persekutuan Tahun 2024 terdapat sebanyak 46 projek pembangunan di bawah KPM berstatus “Lewat Jadual” ataupun “sakit” dan jumlah ini mewakili 2.3 peratus daripada 2,040 projek RP4 RMK12 tahun 2024. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, melalui pemantauan rapi Kementerian Pendidikan Malaysia di tapak dan melalui mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara serta sesi libat urus dengan pemegang taruh secara berkala bersama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan penyedia utiliti sehingga 1 Oktober 2025, sebanyak 17 projek daripada 46 projek lewat jadual yang dilaporkan telah pun siap. Manakala 10 projek masih kekal berstatus lewat jadual, baki 19 projek berada dalam pelbagai status pelaksanaan iaitu tiga projek dahulu jadual, lapan projek ikut jadual, tiga projek lewat jadual dan lima projek tender semula. Antara faktor yang menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek dan projek sakit, termasuklah kelemahan kontraktor menguruskan pelaksanaan projek dan kewangan, logistik, kelewatan kelulusan penyambungan, pengalihan dan pemasangan utiliti, serta
perkara luar jangka seperti cuaca tidak menentu, bencana alam, pandemik dan kenaikan harga bahan mentah. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Rasah ada, Rasah? Baik. Saya mulakan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah berkaitan usaha KPM dalam menguruskan projek sakit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya projek sakit merujuk kepada projek dengan kemajuan kerja fizikal telah mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20 peratus mengikut mana yang terdahulu berbanding dengan jadual yang ditetapkan dalam kontrak dan kontraktor tidak berupaya untuk membaiki prestasinya. Selain itu, di tapak projek, terdapat pelbagai isu lain yang bukan disebabkan oleh kelemahan kontraktor. Antara isu tersebut termasuk gangguan utiliti, arahan perubahan kerja, perubahan keperluan pihak berkuasa tempatan, perunding, serta isu berkaitan kekurangan bahan binaan. Dalam konteks pengurusan projek sakit di KPM, pelbagai kaedah dilaksanakan termasuklah pemantauan rapi di tapak, sesi libat urus dengan pemegang taruh secara berkala, terutama melibatkan penyedia utiliti seperti syarikat pembekal air, syarikat pembekal tenaga elektrik dan PBT kerajaan negeri. Selain itu, KPM turut menggunakan pelbagai platform di peringkat agensi pusat seperti pihak ICU bagi membangkitkan isu-isu yang melibatkan intervensi kerajaan negeri. Selain itu, mesyuarat panel penyelarasan kontrak juga digunakan bagi mengurus isu pentadbiran yang melibatkan projek sakit di KPM. Mesyuarat di peringkat jawatankuasa tindakan kementerian turut berperanan sebagai platform utama untuk membentangkan status semasa projek termasuk projek sakit. Selain itu, mesyuarat pelanjutan masa digunakan sebagai medium tadbir urus kontrak bagi menangani isu berkaitan projek sakit khususnya yang melibatkan pihak ketiga seperti agensi utiliti dan pihak berkuasa tempatan. Secara rangkuman Yang Berhormat, ingin saya jelaskan pengurusan projek sakit melibatkan pelaksanaan intervensi yang bersasar, sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak berkepentingan serta kelulusan berkaitan perubahan kerja dan pelanjutan masa. Selain itu, tindakan seperti pengeluaran notis tujuan penamatan dan penamatan kontrak terhadap perunding atau kontraktor yang gagal melaksanakan obligasi kontrak turut diambil sebagai langkah terakhir.
Bayan Baru ada? Bayan Baru tidak ada. Izinkan saya meneruskan Dato’ Speaker dengan mereka yang ada. Temerloh ada, Temerloh? Baik. Ahli Yang Berhormat Temerloh ada bertanya berkenaan usaha KPM yang bagi memastikan projek pembinaan sekolah disiapkan tepat pada masanya. Untuk makluman, bagi memastikan projek pembinaan sekolah disiapkan tepat pada masanya, KPM sentiasa memantau rapi projek di tapak, mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh secara berkala seperti pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan penyedia utiliti, seperti syarikat pembekal air dan syarikat pembekal tenaga elektrik. Dalam konteks pemantauan pelaksanaan projek kementerian, dipantau secara rapi dan berterusan oleh Bahagian Pembangunan KPM bersama agensi pelaksana JKR dan JPN. KPM turut menggunakan mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara sama ada pada peringkat agensi pusat mahupun kementerian bagi membincangkan isu-isu pelaksanaan projek. Di samping itu, isu- isu yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri akan dibincangkan di peringkat negeri melalui Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri. Sandakan? Tak ada. Tampin? Tak ada. Padang Serai? Tidak ada. Bayan Baru? Ini tak ada, Yang Berhormat, saya teruskan. Arau ada? Arau juga tidak ada?...
Padang Serai, ada.
Bagan Serai, okey. Bagan Serai bertanyakan...
Padang Serai.
Padang Serai, sorry. Padang Serai, SK Metalun. Baik, untuk soalan ini, KPM, kita telah pun memastikan pelaksanaan projek pembangunan yang dilaksanakan ini memenuhi apa yang telah dihasratkan untuk memenuhi apa yang disebut sebagai penyediaan akses pendidikan kondusif kepada rakyat. Projek pembinaan sekolah baharu, enam bilik darjah, 170 pelajar asrama dan lapan unit rumah guru di Sekolah Kebangsaan Metalun, Belaga, Sarawak bermula pada Mei 2021 dan dilaksanakan oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya Sarawak menggunakan kaedah konvensional dalaman. Lokasi projek ini berada di kawasan pedalaman iaitu enam jam dari Bandar Bintulu. Projek ini telah diluluskan sebanyak 11 pelanjutan masa yang bersamaan 863 hari. Tarikh siap semasa projek ini adalah pada 12 Disember 2025.
Antara sebab pelanjutan adalah isu pengalihan utiliti oleh Sarawak Energy Berhad, isu penyuraian kuarters lama dan perubahan kerja bagi perolehan dan pemasangan genset. KPM dan agensi pelaksana JKR sentiasa memastikan projek ini dipantau dengan rapi supaya projek ini dapat disiapkan dalam tempoh dirancang. Dato’ Speaker, memandangkan Arau juga tidak ada, itu adalah antara isu yang dibangkitkan di dalam laporan audit ini dan itu sahaja yang ingin saya sampaikan, manakala yang tidak ada dalam Dewan ini akan saya sampaikan jawapan secara bertulis. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat, Menteri Pendidikan. Berikutnya, Jabatan Perdana Menteri saya jemput Menteri Wilayah Persekutuan, tujuh minit.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut menggulungkan perbahasan ke atas Laporan Ketua Audit Negara Siri Ketiga Tahun 2025. Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2024 dan sepanjang tempoh perbahasan semalam, terdapat dua isu yang telah dibangkitkan menyentuh tanggungjawab saya untuk dijawab di dalam Dewan ini iaitu perkara yang melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan keduanya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini, khususnya Yang Berhormat Jerlun dan juga Yang Berhormat Padang Serai berkaitan dengan pengurusan Akaun Belum Terima (ABT) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Dato' Yang di-Pertua, saya lihat ramai sebenarnya yang tak ada tapi perkara ini berkaitan dengan dasar, jadi saya jawab secara ini juga lah. Jadi, kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan teguran LKAN 2024 mengenai ABT ini, pelbagai inisiatif penambahbaikan telah pun dilaksanakan secara berterusan oleh JPA untuk meningkatkan kutipan ABT tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah ABT JPA telah menurun sebanyak 2.2 peratus iaitu daripada 349.04 juta pada tahun 2023 kepada 341.49 juta pada tahun 2024. Penurunan ini adalah hasil tindakan proaktif JPA dalam
memperkukuhkan mekanisme kutipan, penguatkuasaan kontrak dan juga penyelarasan data antara agensi. Antara inisiatif utama ialah pelaksanaan arahan potongan gaji APG kepada penjawat awam yang mempunyai tunggakan tuntutan ganti rugi biasiswa. Pengeluaran notis peringatan dan amaran secara pukal melalui e-mel serta khidmat pesanan ringkas SMS dan penguatkuasaan penggunaan sijil akaun berhutang atau tidak berhutang format baru oleh Bahagian Pencen mulai Januari 2025, bagi memastikan setiap pegawai yang akan bersara bebas daripada tunggakan biasiswa atau pinjaman pelajaran. Selain daripada itu, antara langkah proaktif lain JPA, adalah dengan turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat perhubungan terkini penghutang. Bagi kes-kes tegar, Surat Prosedur Peringatan Undang-undang atau PROPER telah dikeluarkan bagi penghutang yang telah melebihi tempoh had masa enam tahun dan kes pembayaran ingkar dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara atau AGC untuk tindakan perundangan. Sehingga kini, sebanyak 549 kes telah dirujuk kepada AGC dengan jumlah tuntutan sebanyak RM81.28 juta, di mana 17.51 juta telah berjaya dikutip manakala 63.79 juta pula masih dalam tindakan undang- undang. Berhubung persoalan prestasi kutipan hasil terkini, saya ingin memaklumkan ke dalam Dewan yang mulia ini bahawa bagi tempoh bermula Januari hingga Ogos 2025, jumlah kutipan balik tuntutan ganti rugi biasiswa JPA telah mencecah RM6.9 juta. Pencapaian ini menunjukkan kesan positif hasil pelaksanaan pendekatan yang lebih sistematik dan juga bersepadu oleh JPA. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah ke hadapan, JPA kini sedang memuktamadkan pelantikan Agensi Kutipan Hutang ataupun AKH bagi mempercepatkan proses kutipan. Jadi, JPA juga melaksanakan tindakan menyenarai hitam penghutang tegar, di mana waris kepada peminjam yang mempunyai tunggakan tidak akan dipertimbangkan untuk sebarang tajaan baru selagi tunggakan terdahulu tidak diselesaikan. Jadi, ini penting. Langkah ini telah menunjukkan alhamdulillah, hasil ya apabila bagi tahun 2025 sahaja, sebanyak 93,688.25 telah berjaya dikutip daripada ibu bapa yang pemohon tajaan. Sorry, ibu bapa pemohon tajaan yang mempunyai tunggakan hutang kepada JPA. Walaupun berhadapan isu dengan kutipan balik, kerajaan
berpandangan bahawa biasiswa bukanlah liabiliti tetapi satu bentuk pelaburan sosial jangka panjang ya yang membina generasi berilmu dan berdaya saing. Sungguh pun begitu, setiap pelanggaran kontrak mesti kita tangani secara adil dan juga tetapi tegas ya. Kerana ia bukan sekadar soal kewangan tetapi soal tanggungjawab moral JPA kepada rakyat. Atas dasar ini, mulai tahun 2016, Pinjaman Boleh Ubah diperkenalkan bagi menggantikan model biasiswa konvensional dan pada tahun, pada 1 Jun 2025, JPA memperkenalkan model baharu Pinjaman Boleh Ubah ini iaitu PBU ataupun Pinjaman Boleh Ubah Akademik yang memberi tumpuan khusus kepada kecemerlangan akademik dan pengiktirafan pencapaian pelajar. Ini by merit, dengan izin, Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk pula isu yang kedua iaitu isu dan pemantauan projek. Selain daripada isu yang menyentuh Jabatan Perkhidmatan Awam, beberapa Ahli Yang Berhormat turut membangkitkan perkara yang berkaitan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, Jabatan Perdana Menteri khususnya mengenai aspek pemantauan projek pembangunan dan kelewatan pelaksanaan di lapangan iaitu daripada YB Sandakan. Saya kira ramai yang tak ada ini Yang di- Pertua tapi saya jawab juga, sepertimana saya sebut, ini berkaitan dengan dasar. YB Tampin, YB Jerantut, YB Maran dan juga YB Sri Gading semua tak ada. Kerajaan mengambil maklum bahawa terdapat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara siri ketiga tahun 2025 yang menyentuh isu kelewatan pelaksanaan projek secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana projek secara spesifik. ICU memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah penambahbaikan bagi memperkukuh proses pemantauan dan penyelarasan projek di semua peringkat. Yang Berhormat Sri Gading mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu dashboard yang nyata, yakni real-time dashboard bagi membolehkan status kemajuan projek dipantau dengan lebih telus dan segera. Untuk pemakluman Dewan yang mulia ini, ICU telah pun menggunakan sistem MyProjek iaitu platform pemantauan bersepadu yang merekod dan menjejak kemajuan projek kerajaan secara dalam talian. Sistem ini dibangunkan dengan ciri keselamatan data yang ketat dan pada masa ini, akses penuh hanya diberikan kepada pegawai pembangunan di agensi-agensi berkaitan. Walau bagaimanapun, kerajaan masih menghargai saranan yang dikemukakan. ICU sedang juga meneliti kaedah ya, untuk memperluaskan saluran laporan dan maklumat berkala kepada Ahli-ahli Yang Berhormat melalui, terutama
melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ataupun JTPD, agar maklumat terkini status projek dapat disalurkan dengan lebih kerap dan juga teratur. Kerajaan juga komited untuk memperkukuhkan proses pemantauan sedia ada melalui integrasi data antara agensi, bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual dan juga memberi manfaat terus kepada rakyat. Yang di-Pertua, ada beberapa isu lagi kalau...
Saya ingat Yang Berhormat Menteri buat jawapan, buat...
Soalan, jawapan bertulislah, ya? Sebab semua pun tak ada. Baik...
Ya.
[Ketawa] Baik Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Audit Negara atas teguran yang profesional dan juga penemuan yang konstruktif, yang membantu kerajaan memperbaiki kelemahan dan juga memperkukuhkan integriti dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam dari masa ke semasa. Jadi, seperti yang saya sebut tadi, isu yang tidak saya sempat jawab, saya akan jawab secara yang bertulis Yang di-Pertua. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 1.07 minit petang. Dewan ditangguh rehat dan akan bersidang semula jam 2.30 petang ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.07 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat tengah hari, kita teruskan penggulungan kita petang ini dengan saya menjemput Menteri Kesihatan, silakan. Lima minit Menteri.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi penghargaan ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas tentang dua isu terkait dengan KKM dalam Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2025 iaitu tunggakan kutipan hasil berdasarkan Akaun Belum Terima (ABT) dan kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan. Langkah yang diambil untuk meningkatkan kutipan Akaun Belum Terima. Yang Berhormat Jerlun, Padang Serai dan Besut telah menyentuh secara umum mengenai pelbagai ABT hasil KKM yang tertunggak berjumlah RM358.89 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak RM299.7 atau 83.5 peratus adalah tunggakan bil perubatan bukan warganegara dan RM59.19 juta atau 16.5 peratus adalah tunggakan bil warganegara. Selain itu, Laporan LKAN juga merekodkan sebanyak RM37.04 juta telah dihapus kira. Daripada jumlah ini, sebanyak RM32.33 juta bersamaan 87.3 peratus adalah hapus kira bagi bil perubatan untuk pesakit bukan warganegara. Selaras dengan teguran yang dikemukakan dalam LKAN, KKM telah mengambil langkah segera bagi mengurangkan risiko Akaun Belum Terima dan tunggakan bil perubatan adalah melalui pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Kutipan, Tunggakan dan Hapuskira yang telah dikeluarkan pada tahun 2019. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Pengenaan deposit semasa pendaftaran pesakit, pengeluaran surat peringatan dan notis tindakan undang-undang, pemeteraian perjanjian jaminan bank bersama syarikat bagi tanggungan kos rawatan pekerja mereka dan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) serta UNHCR dalam pembiayaan kos rawatan pesakit bukan warganegara, termasuk pelarian. Selaras dengan agenda transformasi digital kerajaan, termasuk pengurusan kewangan yang lebih cekap, KKM melaksanakan bayaran tanpa tunai melalui terminal point of sales dan sedang memperluaskan pelaksanaan kaedah pembayaran melalui sistem iPayment, JomPAY dan e-dompet. Selain itu, pengurusan tunggakan turut akan diperluaskan dalam sistem Medical Programme Information System (MPIS) yang dilaksanakan di 150 buah hospital KKM untuk menyokong urusan kutipan hasil bayaran perkhidmatan pengurusan tunggakan dan laporan kewangan di fasiliti kesihatan. Bagi menambah baik pengurusan tunggakan bil perubatan pesakit, KKM telah menganjurkan bengkel khas pengurusan tunggakan bil perubatan yang turut melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Hasil daripada bengkel
tersebut, sebanyak 18 strategi pelan tindakan yang bersifat menyeluruh, bersepadu, serta bold and radical telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Pelaksanaan pelan tindakan ini dijangka dapat membantu KKM mengurangkan ABT dan tunggakan bil perubatan, khususnya dalam kalangan pesakit bukan warganegara. Langkah yang diambil untuk menangani projek lewat jadual. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mas Gading, Rasah dan Maran telah menyentuh isu kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan. Bagi memastikan projek pembangunan KKM telah dilaksana mengikut jadual, kementerian bersama-sama agensi pelaksana yang dilantik dan telah melaksana pelbagai langkah-langkah berikut. Yang pertama adalah audit dalaman punca kelewatan dan semakan semula jadual pelaksanaan. Penguatkuasaan klausa kontrak, termasuk mengenakan liquidated ascertained damages (LAD) ke atas kontraktor yang gagal serta penamatan kontrak dan pelantikan kontraktor penyiap jika perlu. Dan KKM juga telah mewujudkan mekanisme pemantauan secara berkala bagi membolehkan strategi intervensi dilaksanakan untuk menangani projek bermasalah. Antaranya adalah melalui Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian. Mekanisme yang telah diwujudkan ini melibatkan pelbagai pihak seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Selain itu, mesyuarat tapak juga diadakan dari masa ke semasa melibatkan agensi pelaksana bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, pemantauan juga dilaksanakan melalui sistem pemantauan digital, antaranya MyProjek. Sistem ini membolehkan KKM mengenal pasti status terkini pelaksanaan projek bagi membolehkan tindakan intervensi yang diambil. Sehingga 31 Ogos 2025, sebanyak 275 projek di KKM sedang dalam peringkat pelaksanaan. Daripada jumlah tersebut, hanya 1.1 peratus sahaja projek lewat jadual dan 2.18 peratus projek sakit. Berdasarkan strategi intervensi yang telah dilaksanakan, jumlah projek lewat jadual dan projek sakit untuk bulan Ogos telah berjaya dikurangkan berbanding bulan Julai. Merujuk kepada lapan projek yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, satu projek telah berjaya disiapkan, empat projek mengikut jadual, dua projek ditamatkan kontrak dan satu projek dalam tindakan penamatan projek. Setakat itu penggulungan daripada saya. Saya bagi pihak KKM akan memberikan komitmen penuh untuk memastikan setiap teguran yang dinyatakan
dalam LKAN dilaksanakan dan langkah pembetulan dan pencegahan yang berterusan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya, saya jemput Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk menggulung, 15 minit. Silakan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Laporan dibentang isu dibahas, Teguran diterima dengan hati terbuka; Kerjasama semua amatlah ikhlas, Untuk Malaysia terus sejahtera.
Ya.
Cantik, cantik. Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson YB nak jawab? Bagi pihak kerajaan dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas usul Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan dan menyentuh berkenaan dengan Jabatan Audit Negara iaitu Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Mas Gading dan Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Machang membangkitkan mengapa Laporan Ketua Audit Negara tidak melihat kepada tender bagi kontrak pembekalan kad pengenalan nasional Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri dan penswastaan Malaysia Airports Berhad (MAHB) oleh syarikat asing, termasuk pembekalan yang mana penyenggaraan tidak dibuat dengan baik.
Dato’ Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Machang, Jabatan Audit Negara tidak melaksanakan pengauditan terhadap MAHB kerana ia tidak diwartakan dalam Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 pada 31 Oktober 2024. Oleh itu, MAHB tidak tertakluk kepada kuasa pengauditan Ketua Audit
Negara. Ini berikutan MAHB adalah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia pada masa tersebut dan sudah pun tertakluk kepada amalan tadbir urus korporat serta kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Walau bagaimanapun, MAHB telah dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia pada 25 Februari 2025. Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara boleh mewartakan MAHB sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah perenggan 5(1)(d) Akta Audit 1957. Yang Berhormat Temerloh membangkitkan dua persoalan, iaitu mengenai Pelan Strategik Jabatan Audit Negara. Isu iaitu bahawa ia kurang jelas dan adakah pindaan akan dilakukan terhadap pelan tersebut. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, Pelan Strategik Jabatan Audit Negara 2021– 2025 mempunyai empat teras yang jelas. Teras 1, mengukuhkan kebebasan Jabatan Audit Negara. Kedua, memperkasakan pengauditan sektor awam. Ketiga, menghasilkan Laporan Ketua Audit Negara yang berkredibiliti. Keempat, meningkatkan tadbir urus organisasi dan pembangunan modal insan yang profesional dan berkeupayaan. Jabatan Audit Negara telah mencapai dan melepasi sasaran keempat-empat teras dalam Pelan Strategik 2021-2025, membuktikan komitmen tinggi dan kejayaan cemerlang dalam memperkukuh tadbir urus, integriti institusi dan akauntabiliti awam. Jabatan Audit Negara secara konsisten melaksanakan semakan dan pemantauan ke atas pelaksanaan Pelan Strategik 2021–2025 bagi memastikan strategi kekal relevan dan berkesan. Hasil pelaksanaan yang berfokus dan adaptive ini membolehkan Jabatan Audit Negara bukan saja mencapai malah melepasi sasaran keempat-empat teras strategik tersebut. Antara pencapaian utama termasuk pindaan Akta Audit 1957 yang memperkukuh kuasa Ketua Audit Negara, pelaksanaan Auditor General Dashboard dan e-SelfAudit serta peluasan liputan audit ke hampir 2,000 GLC. Pelan Strategik Jabatan Audit Negara 2021-2025 kini berada pada tahun akhir pelaksanaannya. Ianya sedang dalam proses semakan semula bagi memastikan keselarasan dengan pindaan Akta Audit 1957 serta pelaksanaan Pelan Pendigitalan Jabatan (PPJ). Pelan Strategik Jabatan Audit Negara 2026–‘2023’ kini berada dalam fasa akhir dan dijadualkan untuk diluncurkan pada bulan Disember 2025. Soalan yang kedua adalah adakah kerajaan menyediakan peruntukan dan fasiliti yang mencukupi kepada Jabatan Audit Negara atau tidak. Dato’ Tan Sri Yang
di-Pertua, Kerajaan MADANI terus memberikan sokongan padu pada Jabatan Audit Negara melalui penyediaan peruntukan bagi memastikan fasiliti infrastruktur dan keupayaan operasi Jabatan Audit Negara berada dalam tahap optimum. Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan mengapa dividen yang dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM32 bilion tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 3/2025. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang dan YB-YB yang lain, Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 telah melaporkan dividen pelaburan yang diterima daripada 21 syarikat dan dua badan berkanun adalah berjumlah RM39.012 bilion. Ini termasuk dividen daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebanyak RM32 bilion pada tahun 2024 seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 3/2025, Jadual 27, muka surat 53 dan 54. Yang Berhormat Seputeh, Rasah dan Kota Melaka membangkitkan mengenai pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB), Legal Profession Qualifying Board iaitu sama ada e-SelfAudit terpakai kepada Legal Profession Qualifying Board dan susulan pindaan memasukkan seksyen 9A baharu ke dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 yang membenarkan Ketua Audit Negara mengaudit akaun LPQB setiap tahun, adakah langkah-langkah diambil oleh Jabatan Akauntan Negara untuk mengaudit ke atas lembaga Legal Profession Qualifying Board. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat, seperti yang Dewan yang mulia ini sedia maklum, pada tahun lepas, telah menjadi jelas bahawa akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, Legal Profession Qualifying Board tidak diaudit selama 17 tahun, iaitu sejak tahun 2006 sehingga tahun lepas. Penelitian lanjut oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah juga mendapati bahawa terdapat, dengan izin, peculiarity dalam hal ini di mana tiada peruntukan undang-undang di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 yang mewajibkan Legal Profession Qualifying Board diaudit setiap tahun, tidak seperti lembaga-lembaga lain yang wajib diaudit setiap tahun. Susulan itu, demi memastikan tata kelola yang baik dan akauntabiliti terhadap wang awam terjamin, kerajaan telah mengambil langkah segera untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 pada tahun lepas dengan memasukkan seksyen 9A yang baharu di mana Ketua Audit Negara kini mempunyai tanggungjawab dan kuasa untuk mengaudit akaun Legal Profession Qualifying Board setiap tahun.
Dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan kuasa pengauditan terhadap Legal Profession Qualifying Board telah diperuntukkan di bawah seksyen 9A Akta Profesion Undang-undang 1976 yang telah dikuatkuasakan pada 9 Mei 2025, maka LPQB tertakluk di bawah perenggan 5(1)(c) Akta Audit 1957 dan bukan di bawah pengauditan badan lain, termasuk syarikat yang diwartakan. Berdasarkan tersebut, Ketua Audit Negara akan mengaudit penyata kewangan lembaga qualifying Legal Profession Qualifying Board setiap tahun mulai tahun 2026 bagi Penyata Kewangan Tahun 2025.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Tan Sri Speaker, saya menyambut baik bahawa Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang akan diaudit selepas pindaan pada Akta Profesion Undang-undang pada tahun lepas. Tetapi, saya dengar jawapan daripada Menteri tadi kata mula audit tahun 2026. Saya sebenarnya harapkan macam ini. Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut dengan jelas bahawa 17 tahun tak audit. Kalau campur tahun ini, mungkin 18 tahun. Jadi, tahun depan kalau audit itu, sekali dengan 19 tahun sekali ke ataupun tahun depan sahaja? Saya rasa itu sangat mustahak. Kalau kita hanya audit tahun semasa, maknanya yang lepas-lepas ini kita biarkan kesilapan, lakuna ini berterusan dan rakyat di luar masih tertanya-tanya. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu saya sangat prihatin terhadap isu ini sebab setiap tahun hampir 1,000 calon CLP dan banyak calon yang berulang yang tiap-tiap tahun bayar, tiap-tiap tahun kutip berjuta. Mana pergi duit itu? Jadi, mohon penjelasan lanjutan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Menteri, Seputeh sekali.
Tan Sri, ya. Saya pegang sama pandangan dengan Rasah tadi. Memang LPQB ini sebenarnya adalah satu badan berkanun. Jadi, ia adalah badan yang meluluskan siapa yang layak jadi lawyer. Jadi, kalau nak jadi peguam, kenalah ikuti undang-undang. Dan macam mana boleh 17 tahun yang akaun mereka tidak diaudit? So, kalau― bagi saya, sekurang-kurangnya Jabatan Audit Negara haruslah audit LPQB ini. Kalau bukan 17 tahun, sekurang-kurangnya 10 tahun. We must, you
know, set an example. Kita nak lihat apakah ― macam manakah LPQB ini selama ini menangani akaun dia. Tetapi, yang paling baik adalah 17 tahun yang selama ini haruslah kesemua akaunnya diaudit.
Speaker.
Nak bagi Jelutong dulu? Atau nak jawab dulu?
Tak mari ya. Ada?
Itu Jelutong ada.
Oh, ada. Ada.
Tan Sri Speaker, saya mengambil maklum apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang sungguh prihatin tentang isu ini. Cumanya, audit ini perlu diadakan kerana kita lihat satu pendedahan yang dibuat oleh kerajaan, oleh Menteri sebenarnya bahawa RM500,000 telah dibelanjakan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang untuk melawat United Kingdom, membuat satu lawatan enam hari. RM500,000. Ini didedahkan oleh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Azalina di Senate. Beritanya adalah, “Over RM500,000 spent on UK trip by Legal Board”. Jadi, saya nak tanya, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini sepatutnya menjadi satu badan yang boleh menyenangkan bakal-bakal peguam kita untuk menduduki peperiksaan. Tetapi tiap-tiap tahun kita lihat bahawa jumlah yang lulus adalah kurang. Wang dikutip dan digunakan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang untuk mereka pergi ke luar negara. Jadi, saya — YB Menteri memang— Timbalan Menteri kawan sayalah, tetapi dalam perkara ini saya minta supaya diberi perhatian seriuslah dan audit ini dilakukan dengan betullah. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih. Tan Sri, walaupun kawan, kita menjalankan fungsi without fail or favor.
Yes.
Jadi, ini saya...
That’s the spirit.
Ya, Tan Sri. Tan Sri, nombor satu saya terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Parlimen; Ahli Parlimen Seputeh, Ahli
Parlimen Rasah dan Ahli Parlimen Jelutong. Ahli Parlimen ini semua yang terlibat dengan undang-undang. Soalan yang dibangkit adalah satu perkara yang sangat perlu satu jawapan yang sedalam-dalamnya. Tetapi mengikut undang-undang, kita terikat dengan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan yang di— ini pada tahun dulu, seksyen 9A. Nampaknya ia perspektif, not retrospective. Itu nombor satu. Itu ada perkara. Tetapi, ia tidak menghalang Legal Profession Qualifying Board untuk mengemukakan audit itu dengan seberapa segera yang boleh. Sudahlah mereka salah tidak membuat sedemikian untuk 17 tahun. Kita tak boleh terima, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya percaya ini seluruh Malaysia akan perlukan satu jawapan mengenai perkara tersebut. Nombor satu, kenapa tidak dibuat? Nombor dua, kalau tidak dibuat, sekarang kita ada undang-undang untuk tahun ke hadapan dan sebagainya. Tahun yang ke belakang, kita tak boleh just leave it like that. Tak boleh, Tan Sri. Ini adalah wang rakyat. Saya difahamkan lebih kurang dekat RM60 juta di sana dan ini semua wang yang dikutip sebagai yuran dari anak-anak kita yang miskin yang telah membayar fi untuk exam mereka. Jadi, maka saya sependapat. Saya pun rasa kecewalah Yang Berhormat kerana ini adalah satu perkara yang saya— tangan saya terikat, tetapi mulut saya tidak terikat. Saya ingin beritahu bahawa saya akan memohon agar lembaga Legal Profession Qualifying Board membuat semua audit untuk 17 tahun dan kemukakan ke Parlimen seberapa segera yang boleh.
Setuju.
Okey, okey. Okey.
Dia setuju, maka okeylah. Jadi, saya harap ini akan di — saya percaya Yang Berhormat Rasah dan Jelutong, mereka mesti akan tubi-tubi hentam lagi dalam budget speech and all that. Jadi saya akan beritahu, saya berikan arahan kepada mereka dan saya akan beritahu seberapa cepat yang boleh, dalam tempoh masa berapa lama. Kerana Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada akauntan di lembaga Legal Profession Qualifying Board selama ini. Baru selepas Sungai Siput membangkitkan perkara itu, membongkarkan tahun dulu, baru pelantikan dibuat. Ini sangat menyusahkan kita semua. We know they asked. [Tidak jelas] Tapi bukan Kerajaan MADANI sahaja, kerajaan dulu-dulu pun adalah. [Tidak jelas] Accountability, tapi ada kekurangan.
Tan Sri, Tan Sri, atas isu yang sama. Saya nak tahu apa rasionalnya untuk belajar common bar exams, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang pergi ke UK, enam hari duduk di sana dan jumlahnya 500,000. Apakah perkara ini tidak boleh dilaksanakan apabila berada di Malaysia? Itu persoalannya. Semua peguam-peguam di luar dan bakal- bakal peguam tanya, "You go to UK and spent RM500,000…” dengan izin Tan Sri Speaker, “...to develop a common bar exam”. I mean, where is the rational, Timbalan Speaker?
Ya, ya. Yang Berhormat Jelutong, Tan Sri, dengan izin. Saya akan pohon agar lembaga memberi dengan jelasnya kenapa mereka terpaksa pergi ke sana. Dan juga satu perkara yang telah saya dapat surat dari beberapa peguam, “If those things are available here why you go overseas?” Number two, di UK mereka adakan perjumpaan dengan student, student di universiti-universiti. Bagus. Tapi soalan yang dibangkitkan oleh peguam-peguam, “Hei, di negara kita ramai di antara lebih kurang 99 peratus adalah dari negara kita, mana forum tersebut? Patut diadakan di sini, bukan di luar negara”. [Tepuk] This is another factor that has been— saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong. Saya akan mendapat jawapan tulis dan akan memberi kepada Yang Berhormat. Akhir sekali Yang Berhormat, jangan takut kalau tidak ada jawapan yang dalam tempoh seberapa cepat yang boleh. Lagi?
Tapi saya berterima kasih di atas sikap keterbukaan Timbalan Menteri, Menteri dan kerajaan yang berani mendedahkan perkara ini di Dewan yang mulia ini berbanding dengan kerajaan sebelum ini. Terima kasih.
Okey, okey.
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan, “There is no compromise on corruption and wrongdoings”. Itu kita mahu faham. That kind of thing. Auditor General pun, Yang Berhormat Dato' sangat prihatin kepada perkara-perkara tersebut. Dan saya percaya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan diambil juga oleh Auditor General dan mengemukakan kepada lembaga Legal Profession Qualifying Board supaya satu tetapan dibuat, supaya laporan itu dikemukakan ke Parlimen dengan seberapa segera yang boleh. Kalau tak boleh 17 tahun, tahun-
tahun yang lepas seberapa yang bolehlah supaya keraguan-keraguan yang ada di antara rakyat Malaysia, Ahli Parlimen tidak— semua akan selesai in one go.
Okey, Menteri perlukan berapa minit lagi?
Tan Sri, Tan Sri, saya memandangkan masa telah habis, saya pohon jasa Yang Berhormat Speaker on lain-lain perkara saya jawab secara bertulis.
Baik.
Saya berterima kasih kepada Ahli- ahli Parlimen yang lain dan perkara-perkara yang dibangkit yang tidak dijawab, saya minta maaf. Ia akan diberi secara bertulis. Kalau telah terima jawapan dan tak berapa setuju kepada itu, boleh jumpa dengan saya. Saya akan memanggil pegawai- pegawai berada di sana untuk memberi penerangan yang selanjutnya. Terima kasih.
Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, sedikit boleh Timbalan Menteri?
Siapa?
Saya Kota Melaka, saya bukan peguam tetapi saya lihat apa jawapan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri, saya terkejut. Sebab lembaga ini dalam industri legal ini dia adalah satu badan berkanun yang tertinggi. Kenapa benda-benda sedemikian boleh berlaku? Saya masih ingat sebelum ini saya pernah tanya tentang peperiksaan dan semalam kita sudah lihat mahkamah juga mengatakan lembaga itu buat silap, suruh mereka perbetulkan. Hari ini, kita dengar pula peruntukan hasil yang mereka dapat tak pernah diaudit selama 17 tahun. Apa sudah terjadi? Kita kerajaan, kita nak kan reformasi. Jadi, saya harap supaya kita rujuk perkara ini kepada PAC. Barangkali kita sudah tiba masanya untuk kita merombak anggota dalam lembaga tersebut.
Ya Menteri. Walaupun Menteri dah tutup, saya bagi chance sekali lagi.
Ya, Tan Sri. Saya setuju kepada Kota Melaka. Bila saya jumpa beberapa peguam baru-baru ini, mereka mengatakan, “Ini Kota Melaka, macam mana dia tahu banyak hal?” Walaupun dia mungkin belum lagi menjadi peguam, tetapi perkara yang dibangkitkan adalah bagus. Saya percaya ini mungkin boleh dirujuk kepada PAC untuk siasatan selanjutnya. Satu perkara yang — lagi satu perkara yang diberitahu oleh Yang Berhormat adalah mengenai kes semalam Tan Sri Yang di-Pertua di Mahkamah Persekutuan
di mana satu keputusan telah dibuat mengenai articled clerkship. Ini adalah dari segi undang-undang di mana sesiapa juga yang bekerja di pejabat peguam, mereka boleh melanjutkan pelajaran undang-undang dalaman dengan pertolongan Bar Council dan sebagainya. Tetapi pada tahun 1985, pada masa itu Legal Profession Qualifying Board telah mengesyorkan ia dihapuskan, digugurkan dan telah dikemukakan kepada kerajaan, kerajaan tidak memberi apa-apa jawapan.
Baru-baru ini, kerajaan juga mereka telah merujuk kepada kami dan kita tidak setuju kepada sedemikian dan semalam Mahkamah Persekutuan pula telah mengatakan, “There is a statutory duty for the Legal Profession Qualifying Board to continue doing the articled clerkship”. Maka ini adalah satu teguran yang sangat serius dan saya harap Legal Profession Qualifying Board akan mengambil kira dan mengimplementasi perkara tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Penggulungan Menteri tadi ialah penggulungan yang terakhir ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang kemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025Bill
Sila Menteri, kemukakan rang undang-undang ini.
Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu rang undang-undang, RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Sewa Beli 1967
telah diwartakan pada 11 April 1968. Akta 212 ini digubal untuk mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian sewa beli, hak dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian sedemikian di samping mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 26 Mei 2023 melalui Memorandum Jemaah Menteri No. M305 2023 daripada Menteri Kewangan bertajuk “Cadangan Penggubalan Rang Undang-undang Kredit Pengguna”, bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menambah baik beberapa peruntukan Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] agar lebih adil dan saksama kepada pengguna serta bagi menangani isu kekangan penerimaan digitalisasi dalam aktiviti sewa beli. Ini selaras dengan matlamat dan objektif rang undang-undang kredit pengguna serta peranan KPDN selaku kementerian yang bertanggungjawab dan badan penguat kuasa Akta 212. RUU ini melengkapkan objektif yang telah digariskan melalui penggubalan RUU Kredit Pengguna 2025 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025 dan Dewan Negara pada 4 September 2025. Ini bermaksud pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang- undang ini tidak berdiri sendiri tetapi merupakan sebahagian daripada strategi dan pendekatan dalam menggerakkan reformasi untuk menambah baik ekosistem kredit dan perkhidmatan kredit pengguna di Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan ekosistem kredit pengguna yang lebih adil dan telus sekali gus meningkatkan perlindungan bagi semua pengguna kredit di Malaysia. Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik Akta 212 dan menjadikannya lebih komprehensif dan kondusif bersesuaian dengan peredaran masa, KPDN dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia telah menyemak semula peruntukan-peruntukan dan mendapati beberapa pindaan perlu dibuat bagi tujuan menambah baik dan memantapkan fungsi akta ini. RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini melibatkan cadangan utama seperti berikut. Pertama, pemansuhan kadar sama rata (flat rate) dan Kaedah Peraturan 78 (Rule of 78) bagi pinjaman sewa beli kadar tetap (fixed rate hire purchase loan) serta digantikan dengan penggunaan kadar faedah efektif (effective interest rate) dan kaedah pengurangan baki (reducing balance method). Yang kedua, membenarkan penggunaan teknologi semasa untuk perjanjian sewa beli dan ketiga pengemaskinian kepada peruntukan yang merujuk kepada
istilah kadar asas pinjaman (base lending rate) untuk tujuan penyelarasan dengan rangka kerja kadar rujukan Bank Negara Malaysia yang telah dikemas kini. Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. RUU ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 Oktober 2025 yang lepas. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam RUU ini yang mengandungi 22 fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memotong takrif “base lending rate” dan “statutory rebate” dan memasukkan takrifan “effective interest rate”, “electronic” dan “reference rate” bagi tujuan penyelarasan semula takrifan selaras dengan cadangan penggubalan. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 4(2) dengan memotong perkataan “by delivering it in person” dan “under his hand” untuk membenarkan penggunaan teknologi terkini bagi maksud penyerahan dokumen supaya kaedah penyerahan tidak terhad secara serahan tangan. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4B untuk memasukkan subseksyen baharu (1A) yang menghendaki tuan punya menjalankan suatu proses usaha wajar untuk mengesahkan identiti penyewa. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 4C Akta 212 untuk menggantikan perkataan “base lending rate” dengan perkataan “reference rate” dan untuk mengemaskini rujukan kepada “annual percentage rate” kepada “effective interest rate”. Fasal 6 bertujuan untuk memindah seksyen 4E untuk memastikan rujukan kepada registration certificate selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 5 untuk memasukkan subseksyen baharu (1B) dan (1C) bertujuan untuk mengenakan kewajipan ke atas tuan punya berhubung dengan penyampaian perjanjian sewa beli melalui secara elektronik. Fasal 8 bertujuan untuk memindah subseksyen 6A(2) dengan menggantikan perkataan “base lending rate” dengan perkataan “reference rate”. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan dalam nota bahu seksyen 6B perkataan “base lending rate” dengan perkataan “effective interest rate” dan meminda seksyen 6B berhubung penerima gunaan kaedah baru bagi pengiraan caj
terma bertujuan untuk mengadakan peruntukan tempoh masa bagi tuan punya memberitahu penyewa berkenan dengan perubahan kepada kewajipan kewangan penyewa berikutan apa-apa penyemakan kepada kadar faedah efektif. Cadangan pindaan ini bertujuan untuk menjadikan ia suatu kesalahan sekiranya tuan punya gagal memaklumkan kepada penyewa jika terdapat sebarang perubahan kepada kadar faedah berikutan perubahan kadar rujukan. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 6C untuk menggantikan perkataan “base lending rate” dengan perkataan “effective interest rate”. Fasal 11 hingga 13 bertujuan untuk meminda seksyen 14, 15 dan 18 berhubung penerima gunaan kaedah baharu bagi pengiraan baki bersih yang perlu dibayar atau baki belum dijelaskan di bawah perjanjian sewa beli apabila terdapat penyelesaian awal atau penamatan perjanjian atau jika tuan punya mengambil milikan barang itu. Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 43 bagi menjadikan cara elektronik sebagai salah satu kaedah penyampaian notis. Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 45 bagi memastikan kehendak mengenai format bagi apa-apa dokumen yang ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai tanpa mengira bentuk dokumen itu. Fasal 16 bertujuan untuk mengadakan seksyen baharu 45A untuk mengiktiraf kesahan undang-undang bagi notis atau dokumen yang berkaitan yang dibuat dalam bentuk elektronik. Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan subseksyen baharu 57A(3) bagi mengadakan peruntukan yang memberikan kelonggaran kepada penyewa dan tuan punya yang telah memasuki perjanjian sewa beli sebelum pindaan ini berkuat kuasa untuk memilih kaedah pengiraan baki bersih yang perlu dibayar di bawah perjanjian sewa beli menurut perubahan baharu dalam Jadual Keenam Akta 212 bagi maksud penyelesaian awal sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 14 Akta 212. Fasal 18 bertujuan untuk memindah Bahagian I dalam Jadual Kedua seperti berikut: (i) perenggan 4(a) dengan menggantikan perkataan “Rate” dengan perkataan “Effective interest rate”;
(ii) perenggan 4(b) dengan menggantikan perkataan “rate” dengan perkataan “effective interest rate” dan dengan
menggantikan perkataan “BLR” dengan perkataan “reference rate”. (iii) memotong perkataan “Annual Percentage Rate” dan perkataan “RM...” amaun yang belum ditentukan yang terdapat bersetentangan dengannya; dan (iv) dalam ruangan nota dengan menggantikan perkataan “BLR” dengan perkataan “reference rate”. Fasal 19 bertujuan untuk meminda perenggan (b) Jadual Kelima untuk mencerminkan kaedah pengiraan kos yang disemak yang terpakai bagi barangan yang ditarik balik yang pengiraan yang sama digunakan tanpa mengira sama ada caj terma itu pada kadar tetap atau kadar boleh ubah. Pindaan juga bertujuan untuk mencerminkan penggabungan nilai serahan kontrak insurans yang perlu dipotong daripada baki belum selesai di bawah perjanjian sewa beli itu. Fasal 20 bertujuan untuk menggantikan Jadual Keenam mengenai pengiraan caj terma yang pengiraan yang sama digunakan tanpa mengira sama ada caj terma itu pada kadar tetap atau kadar boleh ubah. Fasal 21 bertujuan untuk memotong Jadual Ketujuh Akta 212 berikutan penggunaan “effective interest rate” yang menggantikan “annual percentage rate”. Fasal 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengecualian dan peralihan. Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 melalui RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh perlindungan pengguna dalam urusan pinjaman sewa beli di Malaysia. Dalam persekitaran kos sara hidup semakin mencabar dan akses kepada pembiayaan menjadi suatu keperluan, pengguna memerlukan undang-undang yang lebih adil, telus dan responsif terhadap keperluan semasa. RUU Sewa Beli bukan saja memodenkan undang-undang sewa beli sedia ada, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam melindungi kepentingan pengguna. Ia adalah satu pembaikan dalam memastikan sistem pembiayaan sewa beli di Malaysia lebih adil, telus dan inklusif. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Baik, terima kasih Menteri. Ada siapa yang menyokong?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sewa Beli 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Saya menerima 20 nama Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Saya akan bacakan semua sekali. Bermula dengan YB Libaran, diikuti dengan Mersing, Batang Sadong, Dungun, Rasah, Rompin, Tebrau, Kulim-Bandar Baharu, Bakri, Masjid Tanah, Pulai, Bayan Baru, Padang Rengas, Kota Melaka, Tenggara, Kuala Krai, Batu Pahat, Betong, Kuala Kedah dan Kluang. Setiap pembahas akan diberikan lima minit. Oleh itu, saya menjemput YB Libaran. Silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 merupakan satu langkah penting ke arah pembaharuan sistem pembiayaan pengguna negara. Pindaan ini menghapuskan kaedah lama seperti kadar tetap sama rata dan Peraturan 78 yang selama ini sering dilihat tidak adil kepada pengguna. Ia digantikan dengan pendekatan baru melalui effective interest rate (EIR) dan reducing balance method iaitu kaedah yang lebih telus dan mencerminkan kaedah sebenar. Namun, bagi memastikan undang-undang ini benar-benar mencapai matlamatnya, masih ada beberapa ruang penambahbaikan yang perlu diperhatikan dan bagaimana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat terutamanya golongan M40 dan juga B40. Tan Sri Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa rang undang-undang ini wajar diperincikan dengan lebih jelas dan tegas dalam menangani isu caj tersembunyi yang sering diamalkan oleh syarikat pembiayaan. Caj tersembunyi ini merupakan nampak kecil tetapi kesannya besar, terutamanya kepada golongan B40 dan M40. Ramai di antara mereka menandatangani perjanjian sewa beli tanpa menyedari mereka sebenarnya membayar lebih daripada kadar yang diiklankan. Bagi syarikat pembiayaan, mungkin ini strategi untuk menampung kos operasi tetapi bagi rakyat, ia adalah beban tambahan yang menjejaskan kemampuan hidup. Sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan garis panduan pendedahan kos penuh dan had caj bukan faedah bagi menjamin keadilan serta semua pihak. Kerajaan wajar mewajibkan semua pemberian pinjaman menggunakan borang pendedahan kos standard seperti production regulation sheet yang diguna oleh institusi perbankan di bawah Bank Negara. Borang ini mesti
mengatakan dengan jelas jumlah keseluruhan yang akan dibayar, pecahan antara prinsipal dan faedah serta semua caj tambahan. Langkah ini akan meningkatkan ketelusan dan mengelakkan rakyat daripada ditipu oleh perjanjian yang rumit. Tan Sri Yang di-Pertua, moratorium khas secara automatik ketika krisis. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan satu bentuk moratorium khas secara automatik bagi golongan M40 dan B40. Moratorium ini adalah bagi mereka yang terjejas oleh keadaan luar jangka. Contohnya mereka yang kehilangan pekerjaan, ditimpa bencana alam atau mengalami krisis kesihatan yang serius. Moratorium automatik ini bukan soal memberi keistimewaan, tetapi memberi ruang bernafas kepada rakyat dalam waktu sukar. Apabila berlaku bencana besar atau krisis ekonomi, tidak wajar rakyat dihambat dengan surat tuntutan ansuran fi dan penalti. Moratorium automatik akan melindungi ribuan peminjam B40 dan M40 daripada kejatuhan ekonomi berantai. Ia juga memberikan peluang kepada syarikat pembiayaan mengekal pelanggan sedia ada tanpa menanggung kerugian akibat penyitaan besar-besaran. Tempoh moratorium tiga hingga enam bulan tanpa penalti akan memberikan mereka ruang untuk stabil semula tanpa dihimpit oleh bebanan hutang. Kita telah melihat bagaimana langkah moratorium semasa pandemik COVID-19 membantu jutaan rakyat bertahan. Maka, pendekatan ini wajar dijadikan mekanisme kekal yang boleh diiktiraf secara automatik apabila berlaku krisis yang menjejaskan ekonomi isi rumah. Tan Sri Yang di-Pertua, banyak kes pertikaian sewa beli melibatkan jumlah yang kecil, tetapi proses penyelesaian panjang dan mahal. Saya mencadangkan penubuhan tribunal khas sewa beli di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Tribunal ini boleh beroperasi secara digital dan mendengar kes bernilai bawah RM100,000 tanpa keperluan peguam. Pendekatan ini lebih cepat, kos rendah dan mesra rakyat. Ia juga akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sistem perundangan sewa beli. Rakyat tidak sepatutnya dibiarkan berdepan dengan tekanan, hanya kerana mahu menuntut hak terhadap syarikat pembiayaan yang tidak telus. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan agar kerajaan ini memperuntukkan insentif kepada pemberi pinjaman yang menawarkan skim pembiayaan hijau dan mesra gig ekonomi. Skim ini adalah khususnya kepada pembeli motosikal elektrik atau kenderaan e-hailing oleh pekerja penghantaran. Ini bukan saja membantu kumpulan ini memiliki kenderaan yang sesuai, malah
menyokong agenda ekonomi digital dan mobiliti hijau negara. Dengan adanya insentif cukai ini, ia akan menggalakkan lagi penawaran pakej pembiayaan khas kepada pekerja gig yang kini membentuk tulang belakang ekonomi digital Malaysia. Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang ini sudah berada pada landasan yang tepat. Namun, tidak lagi harus berhenti separuh jalan. Undang-undang ini perlu dilihat bukan sahaja dari kaca mata teknikal, tetapi dari keperluan sebenar rakyat dengan memasukkan cadangan-cadangan tambahan ini ke dalam pelaksanaan atau pindaan susulan kelak, barulah ia benar-benar menjadi satu instrumen perlindungan rakyat yang menyeluruh, progresif dan adil. Sekian, saya menyokong Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Mersing.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Secara asasnya, pindaan ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan sistem sewa beli di negara kita lebih adil, telus dan seimbang antara kepentingan pengguna dan pemberi pinjaman.
Dalam suasana ekonomi yang mencabar, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, rakyat memerlukan kerangka undang-undang yang benar-benar berpihak kepada mereka. Bukan sekadar indah di atas kertas tetapi berkesan dalam pelaksanaan. Saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk memansuhkan kaedah Peraturan 78 yang selama ini terbukti tidak adil dan membebankan pengguna. Kaedah ini menyebabkan faedah diagihkan lebih banyak pada awal tempoh pinjaman, menjadikan peminjam yang ingin melangsaikan hutang lebih awal tetap terikat dengan baki hutang yang tinggi. Sebagai contoh, seorang pembeli motosikal berharga RM6,000 dengan tempoh pinjaman dua tahun mungkin telah membayar lebih separuh daripada ansuran selepas setahun. Tetapi baki hutang sebenar masih tinggi kerana pengiraan faedah diagihkan secara tidak seimbang. Ini jelas bertentangan dengan prinsip kewangan yang adil. Oleh itu, pindaan untuk menggantikan kaedah 78, dengan kaedah baki berkurangan, reducing balance method amat dialu-alukan. Ia lebih mencerminkan keadilan dan selaras dengan prinsip patuh syariah dalam tadbir urus kewangan Islam di mana pengguna hanya membayar faedah ke atas baki pinjaman yang sebenar.
Walau bagaimanapun, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Pertama, adakah kaedah baharu ini hanya akan diguna pakai untuk kontrak sewa beli baharu atau turut terpakai secara berperingkat kepada kontrak sedia ada supaya semua pengguna menikmati manfaat keadilan yang sama. Kedua, apakah mekanisme pemantauan dan tempoh peralihan yang disediakan bagi memastikan pelaksanaan kaedah baru ini tidak menimbulkan kekeliruan atau pertikaian di peringkat industri? Saya juga menyokong langkah memperkenalkan kadar faedah efektif dalam sistem sewa beli. Ia meningkatkan ketelusan dan membolehkan pengguna memahami kos sebenar pembiayaan. Namun, kita sedar, masih ramai pengguna yang keliru antara kaedah kadar faedah tetap dan kadar faedah efektif. Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan melalui kementerian dan Bank Negara Malaysia melaksanakan program pendidikan kewangan nasional secara berterusan termasuk melalui media digital arus perdana supaya rakyat dapat membuat keputusan pinjaman dengan sumber maklumat yang jelas dan menyeluruh. Selain itu, kerajaan juga boleh mempertimbangkan pembangunan kalkulator sewa bela digital rasmi di platform digital atau aplikasi mudah alih agar rakyat boleh mengira sendiri kadar faedah dan jumlah bayaran sebenar mengikut struktur baharu ini. Ini akan memperkukuh ketelusan serta memperkasa pengguna untuk memahami hak mereka. Tan Sri Yang di-Pertua, saya turut menyokong pindaan fasal 16 seksyen 45A yang memberikan pengiktirafan kepada tandatangan digital dan elektronik dalam urusan sewa beli. Pindaan ini mencerminkan kesediaan negara menuju ke arah transformasi ekonomi digital dan ini amat membantu golongan seperti pekerja gig, usahawan mikro dan penduduk luar bandar untuk mengakses kemudahan pembiayaan tanpa perlu pergi ke premis fizikal. Namun langkah ini juga menutup keselamatan digital yang ketat. Oleh itu, saya ingin mencadangkan, pertama, penetapan piawaian keselamatan Digital Nasional bagi memastikan sistem tandatangan elektronik ini seragam dan selamat. Kedua, penguatkuasaan tegas terhadap pematuhan Akta Pelindungan Data Peribadi agar maklumat pengguna tidak salah digunakan. Ketiga, pembinaan portal semakan kesahihan tandatangan digital supaya pengguna boleh mengesahkan keaslian dokumen secara dalam talian dan mengelakkan risiko penipuan.
Tan Sri Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, pindaan ini bukan sekadar soal teknikal atau perundangan, tetapi manifestasi kepada kehendak politik untuk membetulkan ketidakseimbangan lama dalam sistem pembiayaan negara. Ia memberi mesej jelas bahawa kebajikan pengguna mesti menjadi keutamaan dalam setiap dasar kewangan negara. Namun, pelaksanaan yang berkesan akan menentukan kejayaan sebenar undang-undang ini. Penguatkuasaan yang lemah akan menafikan niat baik pindaan ini. Maka saya berharap pihak kerajaan akan memperkukuh aspek pengawasan, menyediakan garis panduan yang jelas dan memastikan pemberi pinjaman mematuhi sepenuhnya prinsip keadilan serta ketelusan yang digariskan. Pindaan ini juga harus dilihat sebagai peluang untuk memperluas kaedah pengiraan berasaskan baki berkurang kepada bentuk pembiayaan lain seperti pajakan kenderaan, pembiayaan makro dan sewa beli peralatan digital agar prinsip kaedah ini dapat diterapkan menyeluruh dalam sistem kewangan pengguna. Akhir kata, saya menyokong segala usaha ke arah keadilan kewangan dan perlindungan pengguna namun kita perlu terus memastikan setiap pelaksanaan dipantau dengan teliti demi menjaga hak rakyat. Sekian, terima kasih.
Baik. Seterusnya, saya jemput Batang Sadong.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya menyokong RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini kerana ia memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan undang-undang kita kekal relevan dengan realiti ekonomi digital dan amalan pasaran semasa. Pertama, antara pindaan penting ialah kaedah pengiraan caj terma baharu berasaskan kadar faedah efektif menggantikan kaedah lama yang sering berat sebelah terhadap penyewa. Ini bukan soal teknikal semata-mata, tetapi pembetulan struktur pasaran bagi mengatasi masalah asymmetric information antara tuan punya dan penyewa. Dengan kadar faedah efektif yang lebih telus, pengguna akan tahu komitmen sebenar sepanjang tempoh kontrak dan tidak mudah terperangkap dalam caj tersembunyi. Langkah ini sejajar dengan agenda kesejahteraan kewangan, isi rumah dan prinsip keadilan kontrak, asas utama kepada perlindungan pengguna. Tan Sri Speaker, negara lain juga menitikberatkan ketelusan kadar faedah misalnya di Australia, pemberi pinjaman wajib menyatakan comparison rate di bawah National Credit Code. Manakala di Singapura, kadar faedah sebenar perlu
dipaparkan dengan jelas seperti diwajibkan oleh Monetary Authority of Singapore. Ini menunjukkan ketelusan kadar faedah adalah hak asas pengguna bukan sekadar isu kewangan. Namun, saya ingin menegaskan keperluan garis panduan yang jelas mengenai had caj maksimum dan struktur faedah supaya pelaksanaannya tidak menindas pengguna apabila Kadar Faedah Pasaran ataupun OPR berubah-rubah. Kita tidak mahu wujud surcaj berganda atas alasan pentadbiran yang akhirnya melemahkan keadilan kontrak dan keyakinan awam terhadap sistem sewa beli. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua, saya menyambut baik pindaan melalui fasal 7 dan 9 yang membolehkan pendigitalan penuh perjanjian sewa beli termasuk pemeteraian kontrak dan penyampaian dokumen secara elektronik. Ia nya selaras dengan dasar MyDIGITAL dan aspirasi negara menuju ekonomi tanpa tunai. Namun, dalam semangat pendigitalan ini, kita mesti memastikan keterangkuman digital. Rakyat di Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar tidak boleh tertinggal hanya kerana capaian Internet yang lemah ataupun kemahiran digital yang terhad. Sebagai contoh di Thailand melaksanakan sistem yang dinamakan POS Booth Self-Service Kiosk iaitu kiosk kendiri di pedalaman yang membolehkan rakyatnya membuat urusan kewangan dan kontrak digital menggunakan sistem elektronik yang dinamakan eKYC. Saya mencadangkan kerajaan boleh menyesuaikan model ini dengan memanfaatkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional iaitu NADI ataupun pejabat pos sebagai pusat bantuan e-kontrak sewa beli supaya rakyat luar bandar turut menikmati kemudahan yang sama. Seterusnya, perkara yang ketiga, saya turut menyokong peruntukan baharu yang mengiktiraf dokumen elektronik dan e-tandatangan sebagai sah di sisi undang- undang selaras dengan Akta Perdagangan Elektronik 2006. Namun, isu keselamatan data dan kesahihan persetujuan digital, perlu diberi perhatian serius terutama bagi pengguna berusia dan penduduk luar bandar. Saya mencadangkan agar KPDN bersama MAMPU dan CyberSecurity Malaysia memastikan sistem e-kontrak kita dilengkapi dengan pengesahan biometrik, integrasi MyDigital ID dan pematuhan ketat terhadap PDPA. Selain itu, perlu ada mekanisme sokongan alternatif bagi pengguna di pedalaman supaya transformasi digital ini benar-benar selamat, dipercayai dan inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, RUU ini bukan sekadar pindaan teknikal tetapi manifestasi komitmen kerajaan untuk menjadikan sistem sewa beli negara kita lebih adil, telus, moden dan inklusif.
Saya berharap pelaksanaannya kelak disertai penguatkuasaan yang teliti dan pemantauan berterusan agar matlamat asal tercapai iaitu untuk melindungi pengguna, memperkukuh keadilan kontrak, meningkatkan ketelusan pasaran dan menjamin keterangkuman digital di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan semangat itu, saya menyokong pindaan RUU ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dungun.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. [Berselawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin mengulas tentang penggunaan effective interest rate dan pengguguran base lending rate. Merujuk kepada pindaan seksyen 2, pindaan seksyen 4C, pindaan seksyen 6B dan pindaan seksyen 6C, ia memperkenalkan takrif baharu seperti effective interest rate dan reference rate serta menggugurkan terus istilah base lending rate. Secara asasnya, pindaan ini akan membawa perubahan dalam sistem kewangan negara, terutamanya sewa beli. Namun, yang menjadi persoalan ialah apabila kita juga memadamkan konsep statutory rebate. Maka, kita sebenarnya menghapus salah satu bentuk perlindungan asas kepada pengguna, khususnya bagi mereka yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal. Tanpa mekanisme statutory rebate atau rebat berkanun, pengguna boleh dikenakan penalti faedah tanpa hak atas pinjaman yang belum matang. Persoalannya, adakah ianya adil? Saya ingin bertanya, apakah jaminan kerajaan bahawa pengguna tidak akan dikenakan caj faedah yang berlebihan hasil daripada peralihan ini? Apakah bentuk kawal selia yang akan memastikan kadar faedah efektif atau effective interest rate tidak dimanipulasi oleh pihak pemilik atau institusi kewangan? Kita tidak mahu pengguna dibiarkan berdepan dengan risiko kadar berubah atau variable rate yang tidak telus, terutama dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya, berapakah kadar sebenar pengguna dalam sistem sedia ada yang telah diisytiharkan bankrap atau muflis akibat kegagalan melunaskan bayaran sewa beli? Yang kedua, berapakah pula kadar penyewa yang telah gagal membuat bayaran tepat pada masanya atau menanggung tunggakan yang tinggi dan telah di senarai hitam? Jika sistem terdahulu pun telah mencetuskan masalah pembayaran, apakah jaminan bahawa sistem EIR ini yang jauh lebih kompleks dan berasaskan kadar berubah tidak akan menambah kesulitan kepada pengguna? Sepatutnya pindaan ini harus membawa perlindungan yang lebih kukuh kepada pengguna. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat kepada maksud daripada asas dalam kita melihat konteks Malaysia sebagai negara yang mempunyai dua sistem kewangan iaitu konvensional dan Islamik. Saya ingin menarik perhatian kepada satu persoalan yang mungkin kelihatan teknikal tetapi memberi kesan langsung kepada ratusan ribu pengguna Muslim di negara ini. Melalui RUU ini, kadar faedah tidak lagi bergantung kepada base lending rate seperti sebelum ini. Sebaliknya, kita diperkenalkan istilah baharu seperti effective interest rate dan reference rate yang boleh berubah-ubah ditentukan oleh institusi kewangan. Namun, persoalannya di sini ialah, apakah yang berlaku jika seorang penyewa memulakan perjanjian sewa beli secara konvensional kemudian bertindak menukar pembiayaan kepada yang patuh syariah? Adakah kadar faedah konvensional itu masih kekal dalam struktur baharu? Adakah kontrak akan dikira semula di bawah prinsip syariah dengan kadar tetap? Apakah dasar kerajaan bagi memastikan tiada unsur bayaran berganda atau beban faedah bergulung yang menyalahi prinsip syariah? Adakah ia akan menjejaskan proses full settlement sekiranya pelanggan ingin membuat penyelesaian awal? Saya bangkitkan isu ini kerana pindaan ini tidak menyentuh soal perlindungan terhadap pengguna yang memilih untuk berpindah kepada sistem patuh syariah terutama apabila perubahan itu dilakukan dalam tempoh kontrak yang masih berjalan. Yang akhirnya lebih membimbangkan jika kadar effective interest rate dalam sistem konvensional terus diaplikasikan dalam struktur pembiayaan Islamik yang sepatutnya bebas syariah, maka kita bukan hanya berdepan isu ketidakadilan pengguna tetapi juga potensi perlanggaran prinsip asas maqasid syariah dalam kontrak pembiayaan.
Oleh itu, saya mohon nyatakan dengan jelas bagaimana peralihan kontrak ini akan ditangani dalam sistem perbankan dan perundangan sewa beli serta memastikan pengguna diberikan hak penuh untuk menukar sistem pembiayaan tanpa penalti tersembunyi atau tanpa menanggung kadar faedah dua kali dan menyelaraskan pindaan ini dengan kerangka garis panduan syariah oleh Bank Negara Malaysia, agar akta ini tidak menjadi punca konflik antara kontrak sivil dan prinsip syariah. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Rasah.
Terima kasih, Tan Sri atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terus serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 iaitu untuk meminta akta induk, Akta 212 pada petang ini. Saya ucapkan syabas tahniah kepada kerajaan sebab pindaan ke atas Akta 212 pada hari ini sebenarnya selaras dengan RUU Kredit Pengguna 2025 yang telah diluluskan dalam Dewan yang mulia ini pada 21 Julai tahun ini dan ia juga dalam keadaan ataupun dalam menyediakan platform supaya ekosistem kredit pengguna yang lebih adil dan telus kepada pengguna Malaysia. Kita sedia maklum, 15 tahun Akta Sewa Beli tidak dibuat apa-apa pindaan dan pindaan ini saya anggap ia sebagai satu keperluan, selaras dengan keperluan semasa untuk memberikan lebih banyak ketelusan dan keadilan kepada pengguna. Kita sedia maklum apabila sebut sewa beli, hire purchase, ia merujuk kepada pembelian kereta ataupun kenderaan. Dan saya percaya, termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, majoriti besar daripada kita, kita beli kenderaan dengan sewa beli. Jarang, kecuali yang mungkin memang kayalah beli dengan tunai. Jadi, ada keperluan kita sentiasa mengimbas keperluan klausa-klausa dalam Akta Sewa Beli supaya selaras dengan manfaat dan kepentingan pengguna. Dalam Akta Sewa Beli, walaupun pemilikannya hanya ataupun pemunyaan nya hanya dipindahkan kepada pengguna apabila selesai bayaran kepada institusi yang membiayai. Tetapi saya sedia maklum, lebih 60 peratus daripada hire purchase ataupun perjanjian sewa beli ketika ini terlibat dengan penyelesaian awal (early settlement). Sebab apanya? Kalau dulu Tan Sri mungkin ingat waktu tahun 90-an ke atau 80-an, sewa beli lima tahun. Sekarang ini, sembilan tahun. Tapi ramai pengguna lepas lima, enam, tujuh tahun, dia tukar kenderaan. Sebab itu melibatkan early settlement.
Kenapa saya sebut ini? Saya anggap pindaan pada hari ini untuk yang memansuhkan kaedah Peraturan 78 dan diganti dengan kaedah pengurangan baki serta kadar faedah efektif (EIR).
Ia adalah sesuatu yang memberi manfaat dan menjaga kepentingan golongan yang buat early settlement. Untuk mereka yang sebenarnya dia buat settlement penuh di hujung tempoh matang perjanjian, sebenarnya kesan dia tak ke mana, tapi yang buat early settlement, majoriti besar lebih 60 persen akan mendapat manfaat dari ini. Saya nak sebutkan di sini. Saya menyokong sepenuhnya. Cuma saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri KPDN, macam mana mekanisme untuk memantau pelaksanaan? Sebab kita tak nak kita bahas di sini, besok kita luluskan, lepas itu Dewan Negara, lepas itu dilaksanakan, ada syarikat-syarikat institusi tertentu yang membiayai pembelian kenderaan. Dia gunakan cara dia sebab mungkin rakyat di luar itu dia tak tahu. Jadi, macam mana mekanisme pemantauan yang ada pada kementerian KPDN, itu yang bagi saya paling mustahak, yang memberikan makna sebenar terhadap pindaan yang kita bahaskan pada petang ini. Saya juga berharap supaya biar KPDN boleh memastikan lebih banyak proses kesedaran literasi kewangan kepada rakyat. Saya sebenarnya Tan Sri Speaker, saya bahas atas kapasiti selain daripada Ahli Parlimen Rasah, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada hari Isnin, hari pertama kita bersidang tempoh hari yang saya anggap ia sebagai sesuatu yang sangat mustahak. Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri yang telah mengadakan sesi dengan pihak Jawatankuasa Pilihan yang membolehkan kami sebenarnya telah mendalami kesemua 22 fasal yang terlibat dalam pindaan ini, termasuk pengenalan peraturan baru, kaedah baru yang memansuhkan kaedah Peraturan 78. Kita kena fikir, banyak negara maju, UK, Singapore, Australia, New Zealand sebenarnya dah mansuhkan ini lama. Bukan setakat negara maju. Afrika Selatan pun dah mansuhkan. Kita sebenarnya patutnya lebih awal, tapi tak apa lah. Paling kurang, kita telah ambil langkah yang sepatutnya pada hari ini. Cuma satu lagi perkara yang saya nak sebutkan berkenaan dengan perkara ini adalah, saya difahamkan pelaksanaannya hanya akan dibuat lepas 18 bulan ia diwartakan.
Saya mohon penjelasan daripada sahabat saya Yang Berhormat Menteri, kenapa kita ambil masa 18 bulan? Sama ada 18 bulan itu sebagai tempoh akhir ataupun lepas 18 bulan, baru kita nak laksanakan? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan hal ini. Berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 57A iaitu berkenaan dengan hire purchase agreement yang berkuat kuasa sekarang ini sama ada — saya difahamkan boleh, kedua-dua pihak sama ada owner ataupun hirer boleh memilih. Jadi, ada tak tempoh masa tertentu untuk perkara ini? Sebab saya percaya kalau rakyat ataupun penyewa itu tahu manfaatnya selepas pindaan ini, majoriti besar, terutamanya mereka yang akan buat settlement awal sudah tentunya akan setuju dengan yang baru, kaedah pengiraan faedah baru ini sebab dia kurang membebankan rakyat. Kebimbangan saya satu sahaja iaitu dengan elektronik. Pengenalan bentuk elektronik sama ada dari segi tandatangan secara elektronik yang dibenarkan pada kali ini. Sebelum ini tidak. Sebelum ini dia kena hard copy, termasuk serving on notices. Penyerahan notis pun kena secara fizikal. Sekarang ini boleh guna cara elektronik. Ya, saya faham ia selaras dengan keperluan semasa. Keperluan dunia pendigitalan dan banyak akta sebenarnya macam itu. Yang Berhormat Menteri pada tahun lepas ataupun tahun sebelumnya, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad, Akta Syarikat melibatkan klausa yang lebih kurang sama, tapi macam mana perlindungan kepada pengguna? Sebab saya tak mahu esok, banyak pemalsuan, penipuan, identiti orang tertentu yang sebenarnya dia bukan nak beli kereta pun. Dia sudah ada kereta tapi nama dia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan sebab kemudahan teknologi masa kini. Akhirnya, ada yang jadi mangsa. Memang sebelum ini berlaku banyak kes. Jadi, apakah perlindungan kepada pengguna secara umum dalam perkara ini supaya pendigitalan elektronik, kaedah elektronik yang kita perkenalkan melalui pindaan ini tidak mendatangkan mudarat ataupun kepayahan kepada mereka yang tidak bersalah. Akhirnya saya – sekali lagi saya menyatakan sokongan penuh kepada RUU ini dan semoga ia diluluskan. Bagi pihak Jawatankuasa Pilihan Khas, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Yang Berbahagia Datuk Seri KSU dan juga kepimpinan utama yang telah menghadiri libat urus bersama dengan
Jawatankuasa Pilihan pada hari Isnin yang lepas. Sekian. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih Rasah. Sekarang saya jemput Rompin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. Terima kasih juga kepada Menteri yang menunggu dengan teliti, mendengar perbahasan kami pada petang ini. Secara dasarnya, saya menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk memodenkan Akta Sewa Beli 1967 dan meningkatkan perlindungan pengguna, sejajar dengan aspirasi Rang Undang- undang Kredit Pengguna (RUU KP). Jelas matlamat untuk mewujudkan ekuiti, ketelusan dan perlindungan yang lebih baik untuk pengguna adalah sesuatu yang kita semua patut kongsikan bersama. Namun, RUU ini juga harus diteliti dengan cermat bagi memastikan pindaan yang diluluskan benar-benar berkesan dan bermanfaat untuk rakyat, bukan hanya retorik semata-mata atau hanya untung sebelah pihak sahaja. Tan Sri Yang di-Pertua, analisis pindaan fasal-fasal utama. Pindaan ini membawa dua perubahan perundangan yang kritikal yang saya akui dan sambut baik, tetapi ia perlu diperhalusi. Pertama, fasal berkenaan kaedah pengiraan baki melibatkan seksyen 14, 15 dan 18. Fasal-fasal ini adalah pindaan kepada seksyen 14, 15 dan 18 yang menggariskan penerima gunaan kaedah pengiraan baki bersih apabila terdapat penyelesaian awal, penamatan perjanjian atau jika tuan punya mengambil semula milikan barangan. Ini bermakna, RUU ini secara efektif menghapuskan pemakaian kaedah Peraturan 78 dan menggantikannya dengan kaedah pengurangan baki (reducing balance method) untuk pinjaman kadar tetap bagi tujuan penyelesaian awal. Saya berpandangan ini adalah langkah yang wajar kerana kaedah Peraturan 78 didapati menyebabkan pengguna membayar faedah yang tinggi berbanding prinsipal pada peringkat awal pinjaman. Dengan kaedah baru ini, pengiraan faedah adalah berdasarkan baki pinjaman semasa, menjadikan pembayaran faedah dan prinsipal lebih adil.
Walau bagaimanapun, saya juga ingin menyentuh isu berkaitan tempoh penangguhan fasal 22. Pindaan ini juga diiringi oleh fasal 22, kecualian dan peralihan. Melalui fasal ini, penyedia sewa beli diberikan tempoh penangguhan (grace period) selama 18 bulan daripada tarikh warta untuk menambah baik sistem mereka bagi melaksanakan kaedah pengurangan baki. Saya memahami cabaran teknikal, namun 18 bulan adalah tempoh yang terlalu panjang. Selama ini pengguna masih terdedah kepada kaedah pengiraan lama yang tidak adil. Cadangan penambahbaikan. Di sini saya ingin mencadangkan kerajaan untuk mengurangkan tempoh penangguhan 18 bulan ini kepada enam hingga sembilan bulan yang lebih munasabah. Ini perlu untuk mempercepatkan manfaat keadilan kewangan kepada rakyat. Kedua, fasal berkenaan pendedahan kadar faedah dan penggunaan kadar rujukan seksyen 2. Fasal ini merangkumi pindaan kepada seksyen 2, tafsiran untuk memotong takrifan statutory rebate dan based lending rate serta memasukkan takrif effective interest rate (EIR) dan reference rate. Pindaan ini bertujuan mewajibkan pendedahan kadar faedah efektif. EIR menunjukkan peratusan faedah sebenar yang perlu dibayar pengguna berdasarkan baki pinjaman semasa. Ini adalah langkah penting untuk meningkatkan ketelusan, terutamanya apabila kita memansuhkan kadar tetap sama rata (flat rate) yang sering kelihatan lebih rendah, tetapi tidak mencerminkan kos sebenar. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu pilihan paparan kadar. Walaupun EIR ini diwajibkan untuk didedahkan, RUU ini sebenarnya masih membenarkan kaedah tetap sama rata dipaparkan. Selagi flat rate dibenarkan, ia tetap menjadi alat yang mengelirukan pengguna dalam perbandingan kadar.
Saya mencadangkan peruntukan ini diperketatkan untuk mewajibkan hanya EIR sahaja yang boleh dipaparkan dalam semua bentuk perjanjian dan pengiklanan sewa beli bagi menghapuskan kekeliruan secara total. Tan Sri Yang di-Pertua, ketiganya, fasal-fasal lain ke arah pendigitalan melibatkan seksyen 43, 45 dan 45A. Berkaitan fasal-fasal ini, saya tiada masalah untuk menyokong fasal-fasal yang membolehkan pendigitalan urusan sewa beli seperti fasal-fasal berikut. Satu, seksyen 43 dipinda berhubung kaedah penyampaian notis secara elektronik.
Kedua, seksyen 45A pula dimasukkan untuk mengiktiraf kesahan undang- undang bagi dokumen dalam bentuk elektronik termasuk penggunaan tandatangan dan kaedah serahan secara elektronik. Seksyen 2 – Tafsiran juga memasukkan takrifan elektronik. Semua fasal dan pindaan ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mempermudah urusan sejajar dengan keperluan semasa dan memberi fleksibiliti kepada industri dan pengguna. Usaha yang baik, saya tiada masalah untuk menyokong. Sebagai penutupnya, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagai rumusannya, RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini adalah langkah ke hadapan yang perlu disokong. Namun, untuk menjamin keadilan yang hakiki, kita perlu berani dalam menuntut kebertanggungjawaban. Walaupun secara dasarnya saya menyokong, Tan Sri Yang di-Pertua, namun bukanlah 100 peratus kerana masih ada loop hole dan kelemahan yang boleh diperbaiki lagi. Justeru, saya dengan ini memohon agar pihak kementerian dapat meneliti cadangan saya seperti cadangan agar tempoh penangguhan dikurangkan dan paparan flat rate dikeluarkan sepenuhnya. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih, Rompin. Sekarang saya jemput Tebrau.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sekilas pandang rang undang-undang ini mungkin kelihatan seperti pindaan teknikal semata-mata terhadap akta lama. Namun, hakikatnya, ia memberi kesan yang amat besar kepada kehidupan harian rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada skim sewa beli untuk membeli motosikal, membeli kereta, membeli barangan elektrik atau peralatan yang digunakan harian atau untuk perniagaan kecil mereka. Ini adalah satu pembaharuan yang menyentuh secara langsung hak pengguna, ketelusan dalam sistem kewangan dan keadilan dalam pasaran pinjaman. Antara perubahan paling penting dalam pindaan ini adalah pengenalan sistem kadar faedah yang diseragamkan iaitu penggunaan kadar faedah efektif sebagai asas pengiraan. Kaedah ini sudah lama digunakan dalam pinjaman perumahan kerana ia memberi satu gambaran sebenar kos peminjam, bukan hanya berdasarkan jumlah pinjaman keseluruhan tetapi turut mengambil kira baki prinsipal
yang berkurangan setiap bulan serta semua caj awal yang bakal dikenakan seperti yuran pemprosesan. Selama ini, ramai pengguna sewa beli hanya melihat kepada kadar faedah yang tertera di atas perjanjian. Contohnya kalau tulis enam peratus, tetapi selepas semua caj tersembunyi ditambah dan tempoh pinjaman dikira, jumlah bayaran akhir sememangnya jauh lebih tinggi daripada pengiraan asal mereka. Sistem kaedah faedah efektif ini yang bakal kita perkenalkan akan menamatkan kekeliruan tersebut. Ia akan memaparkan dengan jelas kepada pengguna kadar sebenar yang pengguna akan bayar untuk pinjaman tersebut. Apa yang lagi penting lagi, Tan Sri Speaker, sistem ini akan membantu meningkatkan literasi kewangan di kalangan rakyat. Apabila kadar dan struktur pinjaman menjadi lebih mudah difahami dan lebih telus, rakyat akan lebih bijak dalam membuat keputusan kewangan. Mereka akan sedar bahawa dengan disiplin kewangan yang baik dan dengan sedikit ilmu, mereka boleh menjimatkan wang. Contohnya dengan menandatangani perjanjian pinjaman ketika kadar faedah rendah atau memilih penyedia pinjaman yang mengenakan caj yang lebih munasabah, tetapi pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa setiap pembaharuan juga boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak kita jangkakan. Dalam kes ini, saya bimbang pelaksanaan kadar baharu ini akan menjejaskan daya saingan syarikat-syarikat kredit mikro kecil. Bayangkan, Tan Sri Speaker, sebuah bank besar mempunyai 100 pelanggan. Jika seorang daripada mereka gagal membayar, hanya satu peratus saja kerugian perlu ditanggung, tapi untuk satu syarikat kredit yang kecil yang mungkin contohnya ada 20 pelanggan, jika seorang gagal membayar, mereka menanggung risiko kerugian lima peratus. Ini adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding dengan syarikat bank, institusi yang lebih besar. Maka, untuk menampung risiko ini, syarikat kredit kecil terpaksa menaikkan kadar faedah mereka. Dalam sistem ini, kaedah kenaikan ini akan terus terpapar dan angka ini akan nampak lebih tinggi kalau berbanding dengan bank-bank, institusi yang lebih besar. Apa yang akan jadi jika semua pengguna hanya melihat kepada kaedah ini? Syarikat mikro kredit ini atau kewangan akan kehilangan daya saingan, kehilangan pelanggan dan akhirnya kemungkinan terpaksa tutup dan pasaran pinjaman akan dimonopoli oleh beberapa institusi kewangan besar sahaja. Saya rasa mungkin ini tidak sihat dilihat dari segi ekonomi, malah mungkin akan menyebabkan pengguna hilang kuasa pilihan dan terdedah kepada kuasa
pasaran yang tidak dapat dikawal. Saya harap kerajaan boleh mengambil kira isu ini. Reformasi perlu disertai dengan langkah-langkah sokongan yang betul dan dengan baik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menanya kepada Menteri. Harap boleh memberi pencerahan. Setiap tahun, apakah default rate untuk pinjaman di Malaysia? Contohnya, berapa orang yang gagal bayar untuk pinjaman kereta, peratus daripada peminjam, dan berapa kereta sebenarnya yang telah ditarik balik setiap tahun, peratus yang ditarik balik? Bila kita berkata kepada isu kaedah, saya rasa ada satu isu yang saya ingin sentuh yang juga dekat dengan rakyat, Tan Sri Speaker, iaitu isu repossession of car ataupun dalam bahasa senang, tarik kereta. Di kawasan saya, tidak kurang banyak. Tidak kurang, ada lima, enam orang yang telah mengadu kepada saya bahawa bila mereka lambat bayar dan mereka kemungkinan besar bank akan dapat perintah mahkamah dan kereta mereka akan ditarik balik. Saya tak ada masalah kalau seorang itu dia ingkar perjanjian, dia tak bayar, bank pergi dapat order. Itu fair, tapi kita kena pastikan cara dia buat itu kena betul. Ada yang buat aduan datang pada enam ke tujuh pagi. Ada yang datang tanpa apa- apa identity card, tiada― bukan orang polis, bukan pegawai mahkamah, tetapi datang orang yang tak kenal, tak pakai apa dokumen rasmi, tak ada apa petanda, hanya kata mereka daripada syarikat peminjam. Saya rasa tanpa semua benda ini, adalah tidak selamat untuk rakyat bila seorang terus datang dan kata dia nak ambil kereta, tapi tak ada identiti. So, saya harap benda ini boleh diatasi ataupun dalam perhatian kementerian. Saya rasa ini bukan saja melanggar hak asasi pengguna tapi juga merosakkan imej sistem keadilan kita. Jika bersungguh-sungguh mahu reform sistem pinjaman, maka kita juga kena reform cara pengambilan balik harta yang dibuat supaya dia nampak dengan lebih telus dan lebih adil di mata rakyat. Saya sememangnya menyokong rang undang-undang ini dan saya rasa ini adalah langkah yang betul dan baik untuk kita bergerak ke hadapan. Saya hanya kata apabila rakyat benar-benar faham apa yang mereka tandatangani, hanya apabila mereka faham apa yang mereka buat, barulah mereka boleh yakin mereka diperlindungi, barulah mereka yakin apa yang kita buat ini adalah baik dan dengan betul. Dengan itu, Tebrau mohon menyokong Tan Sri Speaker.
Baik. Terima kasih, Tebrau. Sekarang saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik pindaan ini yang memansuhkan kaedah peraturan 78 yang dilihat tidak memihak secara adil kepada para pengguna terutamanya jika mereka ingin membuat penyelesaian awal pinjaman sewa beli serta pindaan yang mewajibkan pengguna.
Kaedah pengurangan baki (reducing balance method) dan pengenalan Kadar Faedah Efektif (EIR) sebagai langkah progresif untuk meningkatkan perlindungan dan manfaat kepada pengguna kredit. Walau bagaimanapun, dalam semangat reformasi dan perlindungan pengguna yang menyeluruh, terdapat beberapa persoalan kritis dan konstruktif yang memerlukan penjelasan daripada pihak kementerian agar matlamat pindaan ini dapat dicapai sepenuhnya. Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan pengenalan Kadar Faedah Efektif (EIR) iaitu yang merupakan peratus kadar faedah sebenar yang perlu dibayar oleh pengguna sepanjang tempoh pembiayaan berdasarkan baki pinjaman semasa yang berselari dengan bayaran ansuran bulanan pengguna. Justeru, persoalan saya berkaitan pengenalan EIR ini ialah bagaimanakah kementerian dapat memastikan kesemua pemilik dapat mematuhi kadar EIR ini secara seragam? Dan bagaimanakah pula kementerian dapat memastikan tiada unsur manipulasi yang perlu oleh pemilik dengan memaparkan kadar tetap sama ada sama rata yang dilihat jauh lebih rendah kadarnya berbanding EIR. Serta adakah terdapat tempoh peralihan yang jelas bagi industri untuk menyesuaikan sistem pengiraan dan kontrak sedia ada. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya salah satu pembaharuan yang penting dalam pindaan ini ialah penggantian kaedah lama iaitu Peraturan 78 dengan kaedah pengurangan baki dalam pengiraan faedah. Peraturan 78 ini yang diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia menetapkan pengagihan faedah secara berat sebelah kepada tempoh awal pinjaman.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Ini bermaksud pada bulan-bulan pertama sebahagian besar bayaran ansuran yang gunakan untuk membayar faedah dan bukan baki pokok pinjaman. Akibatnya pengguna yang ingin menyelesaikan pinjaman awal tidak menikmati pinjaman yang adil kerana mereka telah pun menanggung majoriti faedah di awal tempoh. Kaedah ini walaupun memudahkan pihak pemberi pinjaman, dilihat tidak lagi relevan dalam era bertanggungjawaban kewangan dan perlindungan pengguna yang lebih tinggi. Sebaliknya kaedah baru penggunaan baki yang diperkenalkan melalui pindaan ini mengira faedah berdasarkan baki sebenar pinjaman yang masih belum dibayar. Kaedah ini dilihat lebih adil dan telus kerana ia mencerminkan kos sebenar pinjaman serta memberi manfaat kepada pengguna yang melangsaikan hutang lebih awal. Dato’ Yang di-Pertua, ia juga selaras dengan amalan terbaik yang diguna pakai oleh institusi kewangan di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia melalui EIR. Namun, persoalannya, sejauh manakah industri sewa beli bersedia untuk melaksanakan sistem pengiraan baru ini tanpa penyaluran kos tambahan kepada pengguna. Adakah kerajaan telah menilai kesan peralihan ini terhadap kontrak-kontrak sedia ada dan masih menggunakan kaedah lama? Dan apakah bentuk pemantauan atau penguatkuasaan yang akan dilaksanakan bagi memastikan semua penyediaan pinjaman mematuhi kaedah pengiraan yang lebih adil dan secara menyeluruh? Seterusnya, bagi seksyen 45A, pindaan baharu ini turut memperkenalkan langkah yang progresif melalui pengiktirafan kesalahan dokumen dalam bentuk elektronik serta membenarkan penggunaan tanda tangan digital dan tanda tangan elektronik dalam pinjaman sewa beli. Pendekatan ini selaras dengan perkembangan era digital dan usaha kerajaan untuk memodelkan urusan dokumentasi antara syarikat dan pengguna. Dengan pindaan ini, urusan tandatangan menandatangani perjanjian ataupun menyerahkan dokumen boleh dilakukan bukan sahaja secara fizikal atau melalui pos berdaftar, tetapi juga melalui e-mel dan platform digital yang sah. Ini memberi kemudahan kepada pengguna dan industri terutamanya dalam situasi jarak jauh seperti semasa pandemik COVID-19 dahulu di mana urusan fizikal amat terhad. Namun begitu, beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan bagi memastikan pelaksanaan pindaan ini tidak menimbulkan risiko baru kepada
pengguna ialah sejauh manakah kerajaan dapat menjamin keselamatan dan kesahihan tandatangan digital daripada manipulasi atau penipuan identiti? Bagaimana pula jika timbul pertikaian di mahkamah? Adakah dokumen yang ditandatangani secara elektronik akan diterima sebagai bukti muktamad atau piawaian keselamatan yang akan diguna? Contohnya, sekiranya seorang penyewa beli menafikan tandatangan elektronik yang digunakan dalam perjanjian, siapakah yang akan bertanggungjawab mengesahkan keaslian dan kesahihan transaksi tersebut? Isu-isu ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan kelemahan dalam perlindungan pengguna apabila urusan sewa beli dipindah ke ruang digital. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya begitu juga dari segi penyimpanan data, di manakah dokumen digital ini akan disimpan dan siapakah yang bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat peribadi pengguna? Pindaan ini sememangnya berpaksikan kemajuan, tetapi pelaksanaannya mesti berpaksikan prinsip keselamatan, kebolehpercayaan dan keterangkuman agar manfaat benar-benar dapat dirasai semua lapisan pengguna. Kesimpulannya, pindaan ini adalah satu langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan ketelusan, keadilan dan kebertanggungjawaban industri sewa beli negara. Namun, pemahaman, kebersediaan dan pematuhan oleh semua pihak merupakan kunci kejayaan pelaksanaan pindaan ini dengan baik. Dengan ini, saya menyokong pindaan RUU Sewa Beli 2025 ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Berikut, silakan Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua. Saya pada dasarnya menyokong ke atas pindaan ini kerana ia bukan sekadar housekeeping, bukan sekadar perubahan terminologi ataupun perubahan perkataan dalam akta, tetapi ianya merupakan satu pembaharuan menyeluruh untuk menjadikan sistem sewa beli di negara kita menjadi lebih adil, lebih telus dan lebih moden. Dato’ Yang di-Pertua, selama berpuluh-puluh tahun rakyat Malaysia membeli motosikal, membeli kereta, membeli mesin melalui skim sewa beli. Kadar tiga peratus setahun sebagai contoh ya, nampaknya rendah, tetapi hakikatnya di sebalik angka ini ada banyak perangkap-perangkap yang tersembunyi. Di bawah Peraturan 78, pada peringkat awal pembayaran balik pinjaman, kebanyakan pembayaran balik itu adalah pergi kepada tujuan untuk membayar balik
faedah tanpa disedari. Maka, walaupun lebih daripada separuh tempoh pembayaran balik telah berlalu, baki hutang oleh seseorang peminjam itu sebenarnya masih lagi sangat tinggi kerana seperti yang saya cakap tadi dan banyak Ahli-ahli Yang Berhormat telah sebut, sebahagian besar pembayaran balik itu adalah untuk tujuan membayar faedah. Sebagai contoh, pinjaman RM100,000 untuk tempoh sembilan tahun. Bulan pertama, pembayaran dia adalah 42 peratus untuk membayar faedah. Kalau seseorang peminjam itu ingin membuat early settlement atau pembayaran penyelesaian lebih awal, rebat dia sangat-sangat kecil kerana pihak penyedia pinjaman telah mengambil faedah di peringkat awal pembayaran balik pinjaman.
Dengan pendek kata, sistem sedia ada ataupun sistem lama dia berlaku sebagai saya sifatkan ya, dia satu penindasan ataupun tidak berlaku adil kepada mereka para peminjam yang jujur dan membayar cepat. Ya, good pay master. Sepatutnya mereka ini diberikan ganjaran, diberikan galakan kerana berlaku jujur, tetapi sebenarnya, hakikatnya ialah tiada apa-apa yang baik yang berlaku kepada mereka, tetapi seolah-olah mereka juga dihukum dengan skim atau sistem sedia ada. Dato' Yang di-Pertua, pindaan kali ini telah memperkenalkan dua perkara besar saya lihat iaitu effective interest rate (EIR) dan reducing balance method di mana Yang Berhormat Tebrau tadi ada sebut kaedah ini telah lama dalam negara kita untuk pinjaman rumah cuma kini diperkenalkan atau diguna pakai dalam skim sewa beli ini. Makna, mengikut cara baharu atau ya cara baharu faedah akan dikira mengikut baki sebenar pinjaman. Makna, semakin kecil baki hutang, semakin kecillah atau semakin kuranglah faedah akan dikenakan. Ini akan menjadikan bayaran balik bulanan lebih adil dan menggalakkan penyelesaian awal di kalangan para peminjam. Simulasi telah menunjukkan bahawa kalau pinjaman RM100,000 diselesaikan pada bulan yang ke-54, pengguna boleh jimat lebih kurang RM1,500 kalau berbanding dengan sistem sedia ada. Itulah Yang Berhormat Dato' Yang di- Pertua, wang yang sepatutnya kekal dan berada di tangan rakyat, tetapi bukan hilang di dalam formula yang tidak telus dan wang itu sudah tentu akan memberikan impak dan kesan positif di dalam pasaran. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kalau dulu iklan pinjaman mereka suka menggunakan istilah flat rate 3 peratus sebagai contoh. Nampak cantik, tetapi apabila kita kira dengan betul-betul, kos sebenarnya kadangkala mencecah
sehingga 5 atau 6 peratus EIR. Kini, selepas penguatkuasaan RUU ini, semua penyedia pinjaman, syarikat-syarikat perlu memaparkan kadar EIR sebenar supaya pengguna atau peminjam boleh membanding dengan senang antara satu pinjaman dengan yang lain. Selain ini, pinjaman ini juga mewajibkan bahawa notis perubahan kadar faedah perlu diberikan 14 hari lebih awal dan juga perjanjian elektronik kini diiktiraf sah. Rekod pengesahan identiti penyewa pula perlu disimpan untuk sekurang- kurangnya tujuh tahun. Ini saya lihat semua langkah-langkah ini adalah penting untuk kita membina satu pasaran kewangan yang berintegriti. Dato' Yang di-Pertua, selaras dengan dasar Bank Negara Malaysia dan perlindungan dasar maksimum, minta maaf perlindungan kadar maksimum. Pindaan ini selaras dengan dasar di mana kaedah, kadar faedah, minta maaf. Kadar faedah adalah berpandukan reference rate berasaskan overnight policy rate. Ini telah menjadikan kadar sewa beli lebih stabil, lebih profesional dan lebih telus. Kerajaan juga menetapkan had kadar faedah maksimum EIR tidak melebihi 17 peratus bagi tempoh di bawah lima tahun dan 16 peratus bagi tempoh yang lebih panjang. Ini adalah penting untuk melindungi pengguna daripada caj yang terlampau. Dato' Yang di-Pertua, negara kita sangat bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian.
Yang Berhormat, sila gulung.
Tanpa kenderaan persendirian, kehidupan seharian rakyat akan menjadi sukar. Lebih daripada 78 peratus rakyat membeli kenderaan melalui skim sewa beli. Ini merupakan isu yang berkait rapat dengan isu sara hidup dan kehidupan jutaan keluarga.
30 saat, saya tutup mic.
Apa-apa ketidakadilan dalam sistem ini, ia bermakna beban kepada rakyat. Maka dengan pindaan ini, kita bukan saja tukar formula, tetapi juga menunjukkan inspirasi Kerajaan MADANI bagi mengembalikan keadilan sosioekonomi kepada pengguna dan membetulkan sekiranya ada segala ketidakseimbangan di antara institusi kewangan dan rakyat jelata. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Masjid Tanah untuk sama berbahas bagi rang undang-undang ini yang mana bertujuan untuk meminda Akta Sewa Beli 1967. 58 tahun yang berlalu, dah lebih separuh abad. Jadi, syabas dan tahniah kepada pihak kementerian di atas usaha untuk memberikan penyelesaian yang lebih adil kepada pengguna di bawah perjanjian sewa beli dan termasuklah menyelaraskan had maksimum untuk caj terma berhubung dengan perjanjian sewa beli ini dan juga selari dengan pengawalseliaan semasa dan juga perkembangan teknologi yang ada pada hari ini. Jadi, Masjid Tanah tidak mahu ketinggalan dalam membahaskan kerana kita tahu rakyat di luar sana ramai yang sedikit sebanyak pasti ada saja barangan peribadi mereka yang mempunyai sewa beli ini. Jadi, apabila kita membuat pindaan ini sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Dan hari ini kita melihat bahawa zamannya tak seperti dahulu. Hari ini bila ikut perkembangan semasa, kita tengok kalau dulu motosikal, peti sejuk Singer. Dulu Singer mak ayah kita Singer, boleh beli mesin basuh, peti ais, mesin jahit, guna sewa beli, tetapi hari ini, keadaan sudah berubah. Dengan perkembangan teknologi yang ada pada hari ini, mereka sudah ke arah gaya hidup dan bukan sahaja keperluan semata-mata, tetapi lebih untuk memenuhi kepentingan gaya hidup diri masing- masing. Dan ini pastinya akan memberi kesan terutama sekali kepada golongan anak muda dan juga untuk golongan wanita yang mungkin mudah terpengaruh dengan perkembangan iklan-iklan yang terkini dan juga mungkin dengan perkembangan teknologi seperti social media. Jadi, mereka mudah terpengaruh dan mendorong mereka untuk memasuki kepada perjanjian sewa beli ini. Dan saya lihat juga dan saya bersetuju dengan Bakri dan juga sahabat yang lain bahawa kita perlu bersedia kerana kita khuatir bahawa mereka ini akan masuk kepada perangkap diakibatkan oleh kedesakan hidup mereka ataupun keterujaan mereka untuk memiliki sesuatu barang itu. Dan kita harap mereka tidak akan termasuk di dalam jerangkap samar. Sebab itulah kita harus melihat tentang kebanyakan kontrak sewa beli hari ini Tuan Yang di- Pertua adalah standard form contract dengan izin. Maksudnya pengguna tak ada
pilihan. Mahu tak mahu, dia kena tandatangan kontrak yang ada di depan mata mereka. Kadang-kadang mereka tak faham pun. Sebab dah excited sangat ni nak beli barang ni. Cepat-cepat dia sign. Dia tak faham. Kadang-kadang semua kebanyakan perjanjian tu semua di dalam bahasa Inggeris. Bukannya dalam bahasa Malaysia. Apatah lagi untuk mereka golongan luar bandar, mereka mungkin ― saya tak kata semua, mungkin ramai yang terpedaya disebabkan oleh ketidakfasihan mereka ataupun tidak faham dengan perjanjian yang dikirakan berat sebelah dan tidak memihak kepada pengguna, seperti contoh melibatkan penalti lewat bayar yang melampau, barang ditarik boleh ‘je tarik barang, tanpa cukup notis dan juga kuasa.
Kita lihat, kuasa yang mutlak di tangan syarikat dan tidak memihak kepada pihak pengguna. Disebabkan itu, kita harap ini dengan adanya pindaan baharu ini, dapat melindungi golongan sasar terutama sekali wanita dan juga anak-anak muda belia kerana kebanyakan mereka, kadang-kadang dia pun confused. Dia juga keliru apa itu flat rate, apa itu BLR? Mereka tak tahu, mereka tak sedar apakah itu effective interest. Apakah itu – repossess itu bagaimana? Bagaimana dengan pengambilan semula – pemberimilikan itu bagaimana? Dan yang mereka tahu: oh! Dia nak barang ini cepat, dia nak beli, dia nak barang ini cepat, dia nak guna. Jadi, ini yang kita khuatir. Tak mahu ada pihak-pihak lain yang mengambil kesempatan di atas desakan rakyat Malaysia di atas gaya hidup yang saya sebutkan tadi. Sebab itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk mendidik masyarakat kita ini supaya tidak terjerumus? Ini samalah juga dengan keterujaan Buy Now Pay Later, sama sahaja. Sebab hari ini kita mudah. Kita dekat dalam TikTok boleh beli barang, dekat dalam Shopee dan sebagainya dan juga banyak medium lain. Itu saya cuma menyebut seberapa, tetapi bagaimanakah kalau mereka ini kita lihat mereka tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak memihak kepada mereka. Dan sebab itulah kalau kita tengok dalam pendedahan maklumat, caj-caj tersembunyi ataupun yang mengelirukan kepada mereka ini dan tidak menjelaskan kos penuh, kadar faedah, penalti lewat bayar dan bunga tersembunyi serta caj bayaran awal. Selain daripada itu juga, saya lihat repossess. Repossess ini juga banyak pihak yang telah pun menjadi mangsa. Di kawasan saya sendiri, saya pernah
didatangi oleh seorang ibu yang mana dia gunakan satu sahaja motosikal untuk keluarga dia, tiba-tiba orang ambil balik motosikal dia tengah malam dan bukannya waktu siang. Jadi kasihan. Motor itulah nak pergi kerja, motor itulah nak hantar anak pergi sekolah, motor itulah ke mana-mana. Itu sahaja, tetapi apabila dah diambil secara tanpa dia sedar waktu malam, bagaimanakah kita tengok dari segi kaedah repossess ini. Adakah kerajaan boleh melihat bahawa ada ketentuan ataupun hanya waktu siang sahaja? Jangan diambil waktu malam. Tengah malam macam pencuri, kan. Jadi perkara itu juga saya lihat haraplah dapat diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Dan begitu juga dengan perlindungan terhadap barangan terpakai dan juga kecacatan barangan. Jadi, kita tengok kualiti yang boleh dijual ataupun fitness for purpose sering tidak terpakai kepada barangan terpakai dalam perjanjian sewa beli. Jadi kita tengok mereka yang membeli peralatan rumah ataupun alat elektronik terpakai melalui sewa beli. Sebab dia dah– dia tak ada duit, tetapi dia nak pakai juga. Mungkin dia beli barangan elektrik rumah dengan cara membeli alatan terpakai tanpa dia sedari bahawa alat itu sebenarnya tak dapat function pun. Mungkin dapat beberapa bulan sahaja. Jadi, bagaimanakah mereka ini dilindungi? Jadi untuk itu, saya harap supaya kita dapat melihat keadilan kepada mereka ini dan juga peningkatan pendedahan maklumat secara wajib dalam waktu dunia tanpa sempadan ini digital dan bagaimanakah kita melindungi maklumat pengguna- pengguna yang menggunakan dan juga yang masuk dalam perjanjian Akta Sewa Beli ini supaya kita harus memperjelaskan kepada mereka supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada Akta Sewa Beli yang akan memberikan kepada pihak pengguna ini keadaan yang tidak adil. Saya rasa itu sahaja antara perkara-perkara yang saya ingin sentuh sebab yang lain semua sahabat-sahabat yang lain sudah pun sentuh. Saya ucap terima kasih kepada Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas pindaan ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Pulai.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam
MADANI. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua yang memberikan ruang kepada Pulai untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sudah sekian lama rakyat terperangkap dalam sistem kaedah faedah flat rate dan juga Rule of 78 yang pada zahirnya nampak mudah, tetapi hakikatnya membebankan pengguna. Di bawah sistem lama ini, faedah dikira seolah-olah rata, tetapi sebenarnya pengguna membayar lebih banyak faedah di awal tempoh pinjaman, sedangkan prinsipal belum banyak berkurang. Kaedah lama ini merugikan kepada peminjam yang ingin menyelesaikan hutang mereka di peringkat awal kerana prinsipal mereka masih banyak lagi, sedangkan 60 peratus daripada peminjam menyelesaikan awal hutang mereka. Seolah-olahnya sebelum ini kerajaan suka jika rakyat lambat menyelesaikan hutang mereka. RUU ini memperkenalkan kaedah pengurangan baki (reducing balance method) di mana kaedah dikira berdasarkan baki sebenar pinjaman. Ini bermakna, pengguna hanya membayar faedah yang sebenar, bukan kadar tetap yang menindas. Langkah ini selaras dengan prinsip keadilan dan amanah dalam urus niaga serta menolak unsur faedah berlebihan. Kaedah lama ini telah dilarang dan dihadkan di banyak negara maju seperti Amerika, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada, Australia, Afrika Selatan, Hong Kong dan juga Singapura. Negara-negara ini telah lama beralih kepada kaedah pengiraan yang lebih adil dan telus. Pelabur-pelabur antarabangsa lazimnya menilai tahap ketelusan, keadilan dan kestabilan sistem kewangan sesebuah negara sebelum membuat keputusan pelaburan. Oleh itu, penyeragaman undang-undang ini boleh dilihat sebagai satu strategi penting dalam menarik pelabur langsung asing iaitu FDI dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif. Satu lagi pembaharuan yang penting adalah pengenalan kaedah faedah efektif (EIR) sebagai ukuran sebenar kos pinjaman. Selama ini, ramai pengguna keliru dengan kaedah flat rate tiga peratus yang kelihatan rendah sedangkan kadar sebenar yang dibayar boleh mencecah lebih daripada itu. Dengan EIR, rakyat kini boleh melihat kadar faedah sebenar yang mereka tanggung. Ini menjadikan pasaran pinjaman lebih telus, membolehkan pengguna membandingkan tawaran antara
institusi kewangan secara adil. Ini adalah langkah besar ke arah transparent, akauntabiliti dan literasi kewangan rakyat. RUU ini juga mengemas kini had kadar faedah maksimum bagi memastikan perlindungan pengguna kekal kukuh. Bagi tempoh pinjaman lima tahun dan ke bawah, kadar tidak melebih 17 peratus setahun dan bagi pinjaman lebih lima tahun, tidak melebihi 16 peratus setahun. Lebih penting lagi, penyedia sewa beli diwajibkan mendedahkan kadar faedah efektif sebenar kepada pengguna sebelum perjanjian ditandatangani. Langkah ini memastikan tiada lagi kadar tersembunyi, tiada lagi penipuan kadar, rakyat tahu apa yang mereka bayar, satu kemenangan kepada keadilan ekonomi. Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, RUU ini membawa Malaysia melangkah ke arah digital undang-undang. Kini, perjanjian sewa beli boleh ditangani sama ada secara fizikal, digital ataupun elektronik dan diserahkan melalui kaedah elektronik seperti e-mel dan postal rasmi. Mengikut maklumatnya dalam statistik jenayah komersial tahun 2023 umpamanya, kes pemalsuan secara umum meningkat sebanyak 65.4 peratus dibandingkan dengan tahun 2022. Saya kira, Pulai merasakan bahawa kaedah baru ini dapat mengurangkan pemalsuan ini kerana setiap kali dokumen itu ditandatangani, perlu verify daripada pemilik atau peminjam yang sebenar. Tidak seperti mana secara dokumen, pemalsuan lebih mudah dilakukan. Saya kira dengan kaedah elektronik ini, dapat mengawalnya lebih baik lagi dan mengelakkan daripada pemalsuan dilaksanakan. Maka itu, Pulai menyokong RUU Sewa Beli ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahas Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. Saya mengalu-alukan rang undang-undang ini kerana ini adalah satu undang-undang yang sangat baik kepada rakyat kita dan saya tengah tengok ada ramai adik-adik yang macam sekolah menengah ya. Form 4, Form 5...? [Bertanya kepada pelajar-pelajar sekolah di Galeri Awam] Form 5 ha. Kalau kita selalunya, kita Form 4, Form 5, kita beli motor. Beli motor dengan sewa beli dan selalunya sekarang dan lepas itu, mula kerja, beli kereta. Kereta kecil
dulu lepas itu kereta— tukar kereta seperti Masjid Tanah. Sekarang tukar kereta juga ya? Jadi, lepas itu ada pula beli...
Ini sangkaan jahat ini, Bayan Baru.
[Ketawa] Gurau sahaja, gurau sahaja Masjid Tanah. Okey? Kita kawan ya. Lepas itu, kita ada beli rumah dan kita pun beli perabot dan sebagainya. Jadi, dalam kehidupan kita, banyak yang kita terlibat dengan sewa beli dan rang undang- undang ini sebenarnya membantu rakyat kerana menjimatkan duit. Dan saya telah telefon, baru tadi saya telefon, tanya banker. Sebenarnya mereka tak suka rang undang-undang ini, Menteri ya. Mereka rugi. Dia kata, mereka amat tidak suka dengan rang undang-undang ini. Itu bermaksud baguslah. Ini bagus kerana jika banker tak suka, maksud we have done something right and saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri KPDN dan juga Perdana Menteri kerana membawa satu undang-undang yang bagus untuk rakyat. Dan apabila kita ada beberapa, saya hanya ada, kebanyakan saya setuju dengan apa yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat ini. Saya cuma ada dua tiga soalan saja. Pertama adalah saya nak ambil satu pengalaman sendiri ya. Saya pernah beli satu perabot, massage chair untuk ibu bapa saya. Apabila saya nak beli, dia tawarkan financing melalui credit card. Sebenarnya, saya tidak ditawarkan dengan sewa beli. Kenapa tidak ditawarkan sewa beli? Kalau saya— adakah rang undang- undang ini memastikan bahawa sebenarnya sewa beli ini pun boleh diaplikasikan kepada segala financing, terutamanya contohnya sewa beli untuk perabot dan saya pun pernah pasang solar panel di rumah saya untuk nak jimatkan electricity, tetapi saya tidak ditawarkan dengan kontrak sewa beli. Kenapa saya ditawarkan kontrak yang lain? Jadi, adakah boleh KPDN regulate supaya benda-benda yang baru, yang macam kerana kita hanya sewa beli ini biasanya kereta, motor dan mungkin perabot, tetapi ada banyak produk- produk yang baru di mana mungkin boleh dipakai dengan sewa beli contohnya solar panel. Sebenarnya kita patut go towards net zero. Setiap rumah kalau kita boleh tawarkan sewa beli, kontrak sewa beli yang baik dengan rate yang kadar yang rendah, maka semua kita boleh jimat termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri. Jadi, ini adalah sesuatu yang saya nak minta pandangan daripada Menteri, adakah itu mungkin ditawarkan juga?
Dan saya ingin juga tanya tentang isu tempoh penangguhan selama 18 bulan. Adakah dalam tempoh ini penyedia perkhidmatan iaitu banker masih boleh dibenarkan menggunakan kaedah pengiraan faedah berdasarkan peraturan 78, rule 78 ini, yang kita rasa nak replace itu? Jadi bolehkah masih mereka menawarkan kaedah lama? Jika ya, apakah mekanisme pemantauan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk memastikan pengguna dimaklumkan dengan jelas mengenai kaedah pengiraan yang digunakan dalam produk pembiayaan yang ditawarkan kepada mereka? Ini adalah soalan yang saya harap ada penjelasan daripada kementerian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. RUU ini kelihatan kecil pada permukaannya, tetapi sebenarnya mempunyai implikasi besar terhadap rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 yang menggunakan kemudahan sewa beli untuk memiliki kenderaan atau barangan keperluan asas. Dato’ Yang di-Pertua, sewa beli bukan hanya satu urusan perniagaan, ia merupakan mekanisme mobiliti sosial yang membantu rakyat memiliki motosikal untuk ke tempat kerja, kereta untuk mencari rezeki, malah peralatan perniagaan kecil seperti mesin jahit atau mesin rumput. Oleh itu, setiap pindaan yang dibuat mesti menyeimbangkan dua kepentingan. Melindungi pengguna tanpa menjejaskan kestabilan industri kewangan dan perdagangan. Pertama, saya ingin menyentuh tentang isu ketelusan dan perlindungan pengguna. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperketatkan syarat pendedahan maklumat dalam kontrak sewa beli. Namun, pengalaman di lapangan menunjukkan bahawa ramai pengguna masih tidak memahami sepenuhnya terma kontrak terutamanya kadar faedah efektif dan penalti lewat bayar. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan mewajibkan lembaran fakta ringkas sewa beli, satu dokumen yang satu muka surat yang menerangkan kadar faedah sebenar, jumlah bayaran keseluruhan dan hak pengguna jika berlaku
kegagalan bayaran. Ini boleh dikuatkuasakan oleh KPDN dengan borang standard di bawah undang-undang kecil. Kedua, berkenaan hak penarikan balik kenderaan. Kita sering dengar kisah kenderaan ditarik walaupun pengguna hanya lewat beberapa hari. Ini menimbulkan tekanan emosi dan ekonomi kepada keluarga. Saya berpandangan pindaan kali ini harus memperkenalkan tempoh notis yang lebih munasabah. Sekurang-kurangnya 21 hari notis bertulis sebelum tindakan penarikan dilakukan. Tambahan pula, saya mencadangkan agar proses penarikan diwajibkan melalui ejen berlesen yang berdaftar di bawah Akta Pelesenan Sewa Beli bagi mengelakkan penyalahgunaan dan gangguan terhadap keselamatan pengguna. Ketiga, dari segi pampasan dan bayaran balik selepas penarikan. Dalam banyak kes, selepas kenderaan dijual semula, pengguna masih dibebani baki hutang yang tinggi kerana harga jualan semula tidak menampung baki pinjaman. Saya menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan formula perkongsian kerugian yang lebih adil di mana syarikat pembiayaan turut menanggung sebahagian risiko berdasarkan tempoh penggunaan. Ini lebih selaras dengan prinsip keadilan dan tanggungjawab bersama. Keempat, dari sudut pematuhan syariah dan model alternatif pembiayaan. Saya ingin mengingatkan kerajaan agar tidak melihat isu sewa beli hanya melalui lensa konvensional. Banyak kontrak sewa beli hari ini tidak selaras sepenuhnya dengan prinsip Ijarah Thumma Al-Bai yang digunakan oleh institusi Islam. Saya mencadangkan agar RUU ini memasukkan satu peruntukan yang membolehkan versi Islamik sewa beli dikawal selia secara selari agar pelanggan Islam mendapat pilihan yang lebih patuh syariah tanpa diskriminasi undang-undang. Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali, saya menyokong matlamat untuk memperkukuhkan perlindungan pengguna, tetapi saya juga ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa pindaan ini mesti disusuli dengan penguatkuasaan yang cekap dan pendidikan awam yang berterusan. Undang-undang yang baik, tetapi tidak dikuatkuasakan dengan adil hanya akan menambah kertas di atas meja, bukan keadilan di lapangan. Kita mahu undang-undang yang melindungi rakyat tanpa menjerut ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan amalan perniagaan yang beretika dan berperikemanusiaan.
Dengan itu saya mengesyorkan supaya RUU ini diteliti semula di Peringkat Jawatankuasa bagi memperhalusi mekanisme penguatkuasaan dan perlindungan
pengguna sebelum diluluskan sepenuhnya. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Selanjutnya, saya persilakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih, Datuk Timbalan Speaker yang mengizinkan saya untuk ambil bahagian untuk membahas pindaan Akta Sewa Beli 1967 ini. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa saya sokong 100 peratus ke atas pindaan pada kali ini dan kita ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kementerian kerana membentangkan pindaan ini. Ini merupakan satu pindaan yang bersifat reformasi, di mana memang sudah lama kita menunggu saat-saat ini dan ini adalah sejajar dengan konsep MADANI kita di mana kita menjaga kebajikan rakyat kita. Di mana selepas pindaan ini kita boleh lihat, kadar faedah tetap sama rata iaitu flat rate akan dibatalkan, ia dihapuskan dan digantikan dengan reducing balance method iaitu kaedah pengurangan baki. Di mana seperti yang kita tahu, dahulu kalau kita beli sebuah kereta, ya melalui pinjaman HP, jumlah faedah yang kita bayar itu adalah berdasarkan kepada formula berapa yang kita jumlah pinjaman, darab dengan faedah dan darab dengan tempoh pinjaman berapa tahun. Itulah yang kita perlu bayar, tetapi seperti yang kita tahu, sebenarnya tiap-tiap bulan kita buat pembayaran sepatutnya pinjaman pokok itu akan turun setiap bulan, tetapi kita terpaksa bayar dengan jumlah asal pinjaman kita. Jadi, sudah pasti itu akan menyebabkan peminjam membayar faedah yang lebih tinggi. Maka, dengan pindaan ini di mana ia reducing dan kita adalah daily rest sudah pasti ini akan membantu peminjam menjimat dari segi membayar faedah, ya. Interest mereka dapat jimat. Jadi, ini sesuatu yang kita alu-alukan dan satu saja perkara yang saya ingin bangkit iaitu berkaitan dengan tempoh penangguhan pelaksanaan kaedah pengurangan baki bagi perjanjian sewa beli yang sedia ada di mana saya difahamkan akan diberikan grace period selama 18 bulan. Di sini saya ingin cadang kepada kementerian supaya kita kaji ya 18 bulan tersebut sebab bagi saya itu adalah satu tempoh yang agak panjang sebab rata-rata kita lihat hari ini institusi kewangan mereka sudah ada sistem komputer yang lengkap
yang telah digunakan untuk pinjaman perumahan yang telah mengamalkan reducing balance method. Jadi, bagi saya ini hanya sekadar satu perkara yang mudah saja teknikal yang mudah dapat diatasi. Maka, bagi yang sedia ada saya fikir mereka tak perlu 18 bulan untuk mereka menyesuaikan diri. Jadi, saya rasa barangkali enam bulan sehingga 12 bulan sudah cukup supaya kita dapat memberi peluang kepada peminjam sewa beli yang sedia ada ini dapat menikmati hasil daripada pindaan pada kali ini. Akhir sekali, satu isu yang saya ingin bangkit sungguhpun tiada dalam pindaan pada kali ini yang saya rasa perlu dibangkit dalam perbahasan saya untuk perhatian kementerian dan juga Menteri ialah tentang kes sambung bayar di mana waktu ini kita lihat ia ada berlaku kes yang dinamakan sebagai sambung bayar iaitu apabila seorang dia ambil HP, dia beri, sebuah kereta. Selepas satu dua tahun dia sudah tak boleh sambung bayar. Maka, apa yang dia akan lakukan, ada ejen dia yang kata tak apa you boleh serahkan kereta kepada saya, saya akan tolong anda untuk sambung bayar. Dan ini sudah menjadi satu fenomena yang serius, yang kita lihat bertambah teruk, serius, di mana dalam Facebook, senang saja kita boleh lihat ada orang buat iklan kata mereka boleh tolong sambung bayar ini. Jadi, akibatnya ialah yang kita lihat penyewa iaitu HP yang ambil HP itu, apabila dia serahkan kereta itu kepada orang tengah ini, orang tengah ini pula jualkan kereta itu kepada pihak ketiga dan tanpa buat bayaran ansuran pinjaman kepada apa nama yang memberikan pinjaman iaitu contohnya, bank. Akibatnya ya HP iaitu peminjam yang asal terpaksa juga menanggung risikonya, ya. Jadi, dalam bab ini kita lihat sambung bayar ini bukan saja peminjam akan menghadapi risiko, tetapi bagi institusi kewangan iaitu bank. Mereka juga menghadapi risiko kerugian sebab kereta itu telah dijual kepada pihak ketiga dan tidak boleh dikesan dan pula ada yang pergi beli kereta tersebut dan tidak tahu tentang risiko yang dia akan hadapi sebab selepas dia — sungguh pun dia bayar habis, tetapi kereta itu bukan milik dia. Dia perlu tukar nama balik kepada peminjam yang pertama. Jadi, dalam hal ini saya lihat kes sambung bayar ini adalah sesuatu yang serius di mana saya harap supaya kementerian dalam masa akan datang boleh mengeluarkan satu barangkali perlu buat satu pindaan undang-undang untuk melindungi semua pihak yang terlibat ini. Itu saja daripada saya. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.
[Membaca taawwuz] Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker bagi ruang pada Tenggara untuk bahas juga rang undang-undang yang penting ini. Jadi, Tenggara bersama dan pandanganlah dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain. Sementelah pula memang kita pun terlibat juga dengan hire purchase ini, jual beli sewa— beli ini. Saya ada beberapa baranglah, terutamanya berkaitan dengan peralatan Coway, perabot dan sebagainya, motosikal terlibat dengan sewa beli ini dan saya berharap tempoh 18 bulan yang ditetapkan selepas itu selepas tempoh bertenang itu bolehlah diaplikasikan kepada baki-baki hutang yang lain. Kita harap pihak-pihak pemberi pelan sewa beli ini boleh dilaksanakan sepenuhnya supaya memberi faedah yang lebih baik kepada diri kita lah sebagai pengguna dan rakyat umumnya. Jadi, saya nak ucap tahniah, kebetulan Menteri pun ada hari ini mendengar tentang satu usaha yang kita tahu undang-undang ini telah lebih lima dekadlah akta ini digubal dan memerlukan nafas baharu, selari dengan perubahan ekonomi, teknologi dan hak pengguna dan terma-terma yang tidak lagi relevan perlu diperbaharui dan meliputi aplikasi-aplikasi moden termasuk transaksi digital yang memang kita kena beri pandangan. Untuk rang undang-undang ini, Tenggara berminat untuk sentuh beberapa hal, Yang Berhormat Menteri dan juga Datuk Timbalan Speaker. Pertamanya adalah soal tentang keadilan kewangan dalam Akta 212 ini yang merupakan langkah penting untuk wujudkan sistem kredit yang lebih adil dan saksama dan majoriti rakyat pilih kaedah sewa beli pada bank dan mengikut laporan RHB Investment Bank RHIB April 2025, pinjaman isi rumah meningkat 5.9 peratus setahun dan didorong oleh pinjaman kereta yang naik sebanyak 7.2 peratus, berbanding 6.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Manakala, laporan daripada AmInvestment Bank, kira-kira 80 peratus pembeli kereta jenama Proton dan Perodua memiliki pinjaman untuk tempoh sehingga sembilan tahun merupakan golongan B40 dan M40.
Pindaan akta ini membuktikan keprihatinan kerajaan memperbetul ketidakseimbangan yang wujud dalam sistem sewa beli selama ini, khususnya terhadap pengiraan faedah hak pinjaman dan pada masa kini rata-rata kita menggunakan kaedah flat rate, tempoh awal pinjaman dan digunakan untuk membayar faedah menyebabkan baki pinjaman kekal tinggi akibat tukaran untuk langsaikan pinjaman lebih awal. Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat pindaan ini mengguna pakai kaedah pengurangan baki dan kadar faedah effective interest rate (EIR). Kira faedah berdasarkan baki pinjaman semasa kadar faedah berkurangan seiring dengan baki prinsipal. Persoalannya, sejauh manakah penguatkuasaan, pemantauan serta pematuhan peruntukan undang-undang baharu ini dilaksanakan terutamanya ketika pihak penyewa sewa beli agar pengguna tidak mudah dieksploitasi? Keduanya, apakah tindakan ataupun inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi memastikan pengguna penyewa memahami serta arif terhadap penggunaan kaedah penyerahan hutang baharu ini?
Dan saya difahamkan selepas lapan bulan itu kelak, saya harap semua pemain-pemain untuk yang memberi sewa beli ini, dia bersedialah dengan segala aplikasi dan sebagainya supaya tidak berlaku hiccup ataupun kecelaruan semasa ia hendak dilaksanakan. Dan saya minta juga pihak kementerian ambil kira tentang orang-orang di luar bandar, orang-orang muda yang membeli motosikal dan sebagainya, beli perabot dan sebagainya, yang di luar bandar itu kadang-kadang— ya lah, payslip mereka tak cukup dan sebagainya, dia kredit dengan kedai. Jadi, daripada taklimat yang saya terima juga, maksudnya ada 80 yang dah ready mungkin mudah untuk dilaksanakan seperti bank dan sebagainya. Ada kelompok 20 peratus ini yang memberi sewa beli kepada pengguna, tetapi mungkin mereka lambat nanti untuk take-off. Jadi, saya minta pihak Menteri dan kementerian untuk lihat perkara ini. Dan keduanya adalah berkaitan dengan sistem elektronik. Kita setujulah dengan kaedah penggunaan sistem elektronik, memberi pelbagai manfaat, memudahkan proses tanda tangan kontrak bagi kawasan luar bandar yang jauh daripada institusi perbankan, tetapi harap dapat diberi perhatian supaya tidak dieksploitasi. Kita kan tandatangan-tandatangan, sign, sign ni kan? Terkena pula kepada kita punya pengguna.
Dan akhirnya, saya nak mencadangkan, sepanjang kita menyewa beli ataupun membeli barang ni, perjanjiannya banyak dalam bahasa orang putih, bahasa Inggeris, Yang Berhormat Menteri. Jadi, kawasan-kawasan luar bandar macam saya ni, masyarakat kampung FELDA ni kadang-kadang tak baca pun, main sign saja. Jadi, saya harap dalam ruangan kecil ini, mewakili orang Tenggara lah saya kira. Memang hendak sangat agar dokumen perjanjian yang dilakukan untuk sewa beli ni bolehlah dilakukan dalam bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Kalau tidak pun dalam format dwibahasa lah. Maksudnya, kalau ada bahasa Melayu, boleh juga boleh ada bahasa Inggeris supaya semasa kita menandatangani perjanjian itu dan melaksanakan pindaan-pindaan baharu daripada Akta Sewa Beli ini boleh dilakukan dengan lebih kemas lah, rakyat lebih faham. Kita dah lama dah merdeka, mudah- mudahan Yang Berhormat Menteri dan kementerian boleh tengok perkara ini. Jadi, Tenggara, Yang Berhormat Timbalan Speaker, menyokong penuh hasrat kerajaan meminda Akta 212 dan ia selaras dengan usaha untuk memodenkan perundangan, meningkatkan hak pengguna dan menyesuaikan industri sewa beli dengan era digital. Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, atas ruang yang diberikan untuk Kuala Krai menzahirkan pandangan dalam perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. RUU ini merupakan sebuah usaha menimbang antara hukum dan kehidupan, antara angka dan nurani di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar undang-undang tidak sekadar tertulis di kertas, tetapi hidup dan berlegar di dada rakyat. Rang undang-undang ini pada asasnya bertujuan baik untuk memperkemas Akta Sewa Beli 1967, memperkenalkan kadar faedah efektif, memperbaharui penggunaan elektronik dan menyesuaikan undang-undang dengan teknologi semasa. Namun begitu, sebagaimana api membakar besi untuk menjadi pedang, maka pindaan ini juga wajar diuji dengan neraca keadilan, akhlak dan syariah.
Isu yang pertama saya ingin bangkitkan Dato’ Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan prinsip keadilan dan ketelusan. Keadilan dalam Islam adalah tunjang segala urusan muamalat. Allah berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sempurnakan lah sukatan dan timbangan dengan adil.”, Surah Al-An'am, ayat 152. Dalam konteks sewa beli, keadilan itu bermaksud, tiada pihak ditindas sama ada penyewa mahupun pemilik. Namun realitinya, ramai rakyat marhaen menjadi mangsa sistem kadar faedah yang kabur dan pengiraan baki yang tidak telus. Pindaan ini menggantikan base lending rate dengan effective interest rate dan reference rate, tetapi apakah kadar ini benar-benar mencerminkan kos sebenar pinjaman atau sekadar bahasa baharu untuk kadar lama yang membebankan rakyat? Isu yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, beban hidup dan moral ekonomi. Rakyat kita hari ini tersepit antara gaji yang tidak meningkat, tetapi hutang yang meningkat. Kereta sewa beli bukan lagi kemewahan, ia adalah keperluan untuk bekerja. Namun, statistik menunjukkan lebih 25 peratus peminjam sewa beli berada dalam keadaan gagal bayar selepas tahun ketiga. Ini bukan masalah disiplin semata- mata, tetapi hasil sistem kewangan yang tidak rahmah. Dalam Islam, hutang bukan untuk menindas, tetapi untuk membantu. Nabi bersabda. [Membaca sepotong hadis] “Sesiapa yang memberi kelonggaran kepada orang yang berada dalam kesempitan kerana hutang. Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” Hadis riwayat At-Tirmidzi. Saya menyeru agar pindaan ini disertai dengan prinsip sewa beli ihsan iaitu garis panduan berasaskan maqasid yang melarang unsur gharar ataupun ketidaktentuan, riba tersembunyi dan eksploitasi maklumat. Bank dan syarikat sewa beli mesti diwajibkan menunjukkan simulasi penuh kos sebenar, termasuk faedah berubah, penalti serta nilai susut harga kenderaan, contohnya. Rakyat berhak tahu sebelum menandatanganinya. Selain itu, persoalan bahasa juga, tadi disebut oleh Masjid Tanah, di atas kertas perjanjian juga amat penting. Saya mencadangkan setiap perjanjian perlu dibuat dalam bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak dan diberikan penjelasan sejelas-jelasnya sebelum ditandatangani. Isu yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua ialah isu pemilikan semula dan hak kemanusiaan. Antara bab yang paling menyayat hati ialah isu pemilikan semula kenderaan apabila penyewa gagal membayar. Ramai rakyat marhaen, pekerja
penghantar makanan, nelayan, petani, penoreh getah, kehilangan motosikal atau kereta mereka hanya kerana tertunggak dua bulan bayaran. Kita tidak menolak hak pemunya untuk mengambil semula harta mereka, tetapi proses itu mesti dijalankan dengan keperimanusiaan dan keadilan. Saya cadangkan RUU ini menetapkan bahawa sebelum mana-mana barang diambil semula, pertama, notis bertulis, wajib diberikan sekurang-kurangnya 30 hari ataupun sebulan lebih awal. Yang kedua, peluang penstrukturan semula bayaran, mesti ditawarkan. Yang ketiga, sebarang pemilikan semula perlu dilaksanakan dengan ejen berlesen di bawah pemantauan KPDN, bukan secara samseng penarik kereta seperti yang sering dilaporkan di media sosial. Isu yang keempat Dato’ Yang di-Pertua ialah keadilan digital dan kerentanan pengguna. RUU ini mengiktiraf perjanjian elektronik, ini langkah yang baik, tetapi saya bimbang kemajuan digital tanpa kawalan boleh menjadi alat penindasan baharu. Ramai pembeli di luar bandar, termasuklah di Kuala Krai, tidak memiliki literal digital mencukupi. Mereka mungkin menandatangani e-perjanjian tanpa benar-benar memahami implikasinya. Oleh itu, saya cadangkan peruntukan tambahan yang mewajibkan bukti penjelasan lisan ataupun video sebelum e-perjanjian dimuktamadkan agar unsur penipuan dapat dielakkan. Dalam Islam, akad mesti disertai redha dan tiada unsur gharar ataupun ketidaktentuan ataupun penipuan, bukan sekadar tanda tangan digital. Yang kelima Dato’ Yang di-Pertua, RUU hari ini berkaitan peranan Bank Negara dan tanggungjawab sosial. RUU ini menyebut reference rate yang berasaskan OPR. Namun, kadar OPR sering menjadi senjata yang menikam rakyat kecil apabila dinaikkan atas alasan menstabilkan pasaran. Saya ingin menegaskan bahawa pasaran bukan Tuhan, rakyat bukan eksperimen. Apabila OPR naik, kadar sewa beli naik, rakyat miskin terbeban. Apakah Bank Negara mempertimbangkan nilai ihsan dalam dasar monetarinya? Kerajaan perlu mewujudkan dana perlindungan sewa beli rakyat bagi membantu golongan berpendapatan rendah melunaskan baki hutang sekiranya berlaku bencana atau kehilangan kerja. Inilah roh ihsan dalam ekonomi Islam, bukan sekadar kawal kadar, tetapi menjaga nyawa ekonomi rakyat. Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua ialah aspek syariah dan alternatif pembiayaan. Saya juga ingin mengangkat persoalan syariah, walaupun RUU ini berkait sistem konvensional. Majoriti rakyat Muslim, malah bukan Muslim, kini
mencari pembiayaan patuh syariah. Namun, Akta Sewa Beli 1967 dan pindaan ini masih belum benar-benar mengiktiraf model Ijarah Muntahiyah Bit Tamlik ataupun sewa yang berakhir dengan pemilikan ataupun murabahah, sewa beli Islamik. Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan menambah bahagian khas sewa beli Islamik di bawah akta ini agar ada penyelarasan undang-undang antara transaksi konvensional dan syariah supaya pengguna Islam tidak terus terikat pada sistem yang bercampur aduk dengan unsur riba. Saya juga ingin mencadangkan agar pengguna Islam diberikan pilihan utama kepada sistem syariah dan memberikan galakan dan motivasi supaya memilih sistem patuh syariah jika mereka mahu memilih konvensional. Kita mahu orang Islam yang memilih pembiayaan syariah tidak dihukum oleh sistem yang lebih memihak kepada model konvensional. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut, disilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua Ahli Dewan yang hadir. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Batu Pahat untuk serta dalam perbahasan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Sewa Beli ini. Timbalan Speaker, Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] digubal dengan tujuan utama untuk mengawal selia urus niaga sewa beli, melindungi hak serta kepentingan penyewa dan memastikan maklumat yang berkaitan dengan perjanjian sewa beli disampaikan secara telus dan adil. Akta ini juga menetapkan garis panduan bagi prosedur perjanjian, pemilikan serta proses pengambilan semula barangan yang disewa beli.
Maka, pindaan yang dicadangkan pada kali ini amat penting bagi memperkukuh perlindungan kepada pengguna serta memastikan industri sewa beli kekal relevan dan kompetitif dalam era ekonomi digital serta kemajuan teknologi kewangan. Timbalan Speaker, salah satu pindaan utama ialah pemansuhan kadar faedah tetap dalam perjanjian sewa beli. Sebagai contoh, sekiranya seorang yang membeli kenderaan dengan pinjaman sebanyak RM50,000 dan dikenakan kadar faedah tetap 4 peratus bagi tempoh sembilan tahun, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah tinggi.
Namun, dengan pelaksanaan pindaan ini, kadar faedah akan dikira berdasarkan baki tahunan yang membolehkan pengguna menjimatkan sekitar RM3,000 sepanjang tempoh sembilan tahun tersebut. Ini menunjukkan pindaan ini bukan saja lebih adil, malah membantu meringankan beban kewangan pengguna. Dato’ Timbalan Speaker, sejak tahun 2022, Malaysia telah memperkenalkan Kadar Asas Standard (SBR) sebagai asas kepada kadar pinjaman. SBR ini digunakan oleh semua institusi kewangan supaya kadar pinjaman yang dikenakan adalah lebih seragam dan telus. Penetapan kadar SBR ini dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berdasarkan beberapa faktor ekonomi seperti kadar inflasi, kadar pengangguran, pertumbuhan KDNK dan kadar pertukaran wang. Persoalannya, adakah kadar ansuran pinjaman bulanan akan turut berubah apabila kadar SBR disemak semula? Ini penting kerana sebarang perubahan kadar boleh memberi kesan langsung kepada kemampuan pengguna membuat bayaran bulanan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi peminjam yang telah terikat dengan pinjaman sedia ada, pelaksanaan pindaan ini perlu dilakukan secara berhati-hati. Peminjam dan pihak bank wajar diberi ruang untuk berunding apabila akta ini dikuatkuasakan. Namun begitu, timbul persoalan, apakah yang akan berlaku sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju untuk menerima pemakaian akta baharu ini bagi pinjaman sedia ada? Jika tiada penjelasan dibuat, pengguna mungkin masih terikat dengan sistem lama yang kurang menguntungkan. Justeru itu, dicadangkan agar kerajaan meneliti kemungkinan untuk menetapkan tempoh penyelarasan ke belakang, contohnya bagi pinjaman yang dibuat sejak tahun 2022, supaya mereka juga dapat menikmati manfaat pindaan ini. Statistik menunjukkan bahawa institusi kewangan memberikan pinjaman kenderaan sekitar 600,000 unit setahun. Jika pinjaman menghasilkan perbezaan faedah sekitar RM3,000, sektor perbankan dijangka mengalami pengurangan hasil sekitar RM1.8 bilion dalam tempoh sembilan tahun atau kira-kira RM200 juta setahun. Maka, timbul persoalan penting, apakah langkah yang boleh diambil bagi memastikan sektor perbankan dapat terus menjana keuntungan secara cekap tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi mahupun kesejahteraan pengguna? Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam struktur semasa Indeks Harga Pengguna (CPI), wajaran bagi kategori pengangkutan adalah sekitar 14.5 peratus. Dengan pengurangan kos minyak dan kadar pinjaman kenderaan hasil daripada
pindaan ini, pengguna akan menikmati penjimatan dalam perbelanjaan harian sekali gus meningkatkan pendapatan boleh guna. Namun demikian, persoalannya, adakah wajaran bagi sektor pengangkutan akan berkurang dalam pengiraan CPI kelak? Dan jika ya, sektor manakah yang dijangka akan berkembang sebagai pengganti? Ini penting untuk menilai kesan mikroekonomi jangka panjang terhadap struktur perbelanjaan isi rumah. Satu lagi pindaan signifikan adalah pengiktirafan terhadap kesahan dokumen dan tandatangan dalam pelbagai bentuk termasuk tandatangan fizikal, tandatangan digital dan tandatangan elektronik. Ini selaras perkembangan teknologi kewangan dan urus niaga dalam talian. Namun, satu persoalan besar perlu diperjelaskan. Apakah perlindungan undang-undang yang tersedia bagi pengguna sekiranya tandatangan digital mereka disalahgunakan atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Mekanisme keselamatan dan audit yang kukuh amat diperlukan bagi menjamin kepercayaan pengguna terhadap sistem ini. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan pendapatan benar rakyat, memperkukuhkan daya tahan ekonomi serta melindungi hak pengguna. RUU Sewa Beli yang dipinda ini merupakan salah satu langkah strategik ke arah mencapai matlamat tersebut, memastikan keseimbangan antara kepentingan pengguna dan sektor kewangan. Sehubungan dengan itu, Batu Pahat dengan penuh yakin menyokong pindaan Akta Sewa Beli ini demi kepentingan rakyat dan kemajuan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Betong.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama terlibat membahaskan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini. Dato’ Yang di-Pertua, rang undang-undang ini amat penting kerana ia memperkukuhkan kerangka perundangan yang mengawal selia perhubungan di antara pemberi sewa beli termasuk institusi kewangan dan penyewa beli iaitu pengguna yang menggunakan kemudahan ini untuk memiliki aset seperti kenderaan dan sebagainya.
Jadi, Akta Sewa Beli yang asalnya diwujudkan untuk kita mengawal bentuk dan kandungan perjanjian sewa beli dan menetapkan tanggungjawab dan hak kedua-dua pihak dan memberi perlindungan kepada pengguna daripada amalan yang tidak adil dan menindas. Namun, setelah lebih dua dekad, pelbagai perubahan telah berlaku termasuklah peningkatan kos sara hidup, perubahan dalam teknologi pembiayaan digital dan kemunculan pelbagai bentuk pinjaman mikro serta sewa beli digital. Jadi, justeru, pindaan ini amatlah dialu-alukan. Dato’ Yang di-Pertua, ada beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian terutamanya mengenai ketelusan dan keadilan kontrak. Pindaan ini mesti memastikan perjanjian sewa beli difahami oleh pengguna termasuk kadar faedah sebenar, jumlah bayaran bulanan dan penalti sekiranya berlaku kegagalan pembayaran. Bahasa undang-undang yang terlalu teknikal sering menjadi punca pengguna terperangkap dalam perjanjian yang tidak seimbang. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada fasal 22(3) yang menyediakan peruntukan peralihan yang membenarkan penyewa dan tuan punya yang telah memasuki perjanjian sebelum RUU ini dikuatkuasa untuk secara bersama-sama bersetuju memilih kaedah pengiraan baki bersih yang baharu berdasarkan EIR dan jadual keenam bagi maksud penyelesaian awal iaitu seksyen 14, fasal 22. Jadi, peruntukan ini adillah kerana ia membenarkan pengguna lama mendapat manfaat daripada kaedah pengiraan yang lebih adil. Walau bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada persetujuan bersama dan, yang lebih kritikal, kesedaran pengguna. Institusi kewangan mungkin tidak proaktif dalam menawarkan pilihan ini melainkan diwajibkan, menjadikan hak peralihan ini hanya bersifat teoretikal jika pengguna tidak tahu mengenainya. Dan walaupun seksyen 45 menetapkan format font, bahasa undang-undang dalam perjanjian sewa beli masih kekal kompleks menyebabkan penyewa sering menandatangani tanpa kefahaman sebenar tentang implikasi liabiliti mereka. Maka, dalam hal ini, saya ingin mencadangkan supaya tuan punya diwajibkan untuk menyediakan ringkasan maklumat kewangan yang ringkas dan jelas kepada bakal penyewa. Maklumat ini perlu menggariskan EIR, jumlah kos pinjaman, jadual pembayaran dan juga terma penting seperti klausa penyelesaian awal atau rampasan. Ringkasan perlu disediakan dalam bahasa utama yang digunakan di Malaysia untuk memastikan kefahaman yang maksimum oleh pengguna.
Perkara kedua ialah perlindungan terhadap penarikan balik aset. Dalam banyak kes, kenderaan ditarik balik walaupun pengguna telah membuat sebahagian besar bayaran. Pindaan ini perlu menambah baik prosedur dan hak rayuan agar penarikan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya. Dalam hal ini, saya mencadangkan agar pindaan memasukkan fasal yang memperketatkan kawalan ke atas kelayakan, latihan dan kod etika ejen tarik di bawah seliaan kementerian yang berkenaan. Ketiga ialah akses kepada penyelesaian pertikaian adalah wajar sekiranya pindaan ini memperkukuh peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia supaya pengguna tidak terbeban dengan kos guaman apabila berlaku pertikaian.
Keempat ialah, keseimbangan antara perlindungan pengguna dan daya saing institusi kewangan. Kita perlu berhati-hati agar perlindungan pengguna tidak mengurangkan minat bank dan syarikat kredit untuk menawarkan kemudahan sewa beli. Oleh itu pindaan mesti memastikan ekosistem kewangan kekal kompetitif dan mampan. Dato’ Yang di-Pertua, ada berapa persoalan yang saya ingin utarakan pertamanya dari segi manfaat kepada pengguna. Bagaimanakah pindaan ini akan meningkatkan ketelusan dalam struktur caj dan kadar faedah sewa beli? Adakah ia akan diwajibkan penyediaan lembaran maklumat utama seperti dalam pinjaman perumahan untuk memudahkan pengguna memahami tanggungan sebenar? Bagaimanakah pindaan ini dapat mengurangkan risiko penyitaan tidak adil dan mempastikan proses penarikan semula kenderaan dilakukan dengan memenuhi hak asasi pengguna? Apakah mekanisme pemantauan baharu bagi mengelakkan manipulasi terma kontrak digital oleh penyedia perkhidmatan sewa beli atas talian? Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi persoalan dari segi daya saing dan kesan terhadap institusi kewangan ataupun bank. Adakah pindaan ini akan memberi beban pentadbiran tambahan kepada bank dalam menyediakan kontrak dan laporan kepada pengguna? Bagaimanakah kerajaan memastikan proses kelulusan dan pelaksanaan sewa beli digital tidak menjejaskan kecekapan operasi bank atau meningkatkan kos pembiayaan kepada pengguna akhir? Adakah kementerian telah menilai impak pindaan terhadap kadar keinginan bank untuk membiayai segmen B40 dan M40 yang bergantung besar pada skim sewa beli? Apakah strategi kerajaan untuk menyelaraskan standard sewa beli digital
dan tradisional agar tidak berlaku ketidakseimbangan antara pemain bank dan Fintech? Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya Rang Undang-undang Sewa Beli ini adalah peluang untuk menyeimbangkan hak pengguna dan daya tahan industri kewangan. Maka pindaan yang baik bukan sahaja melindungi pengguna, tetapi juga meningkatkan keyakinan pelabur, kestabilan pasaran dan akses pada kredit yang adil dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, demi memastikan RUU ini benar-benar berfungsi sebagai perisai perlindungan kewangan yang komprehensif, RUU ini mesti disokong dengan peruntukan yang menangani jurang dasar yang kritikal termasuk penetapan siling kadar faedah efektif, kecekapan kaedah pengiraan harus sentiasa diimbangi dengan keadilan harga. Maka dengan mengambil kira cadangan-cadangan penambahbaikan, diharapkan agar RUU ini akan memberikan perlindungan berkesan dalam kita menjamin keadilan kewangan bagi setiap rakyat Malaysia. Sekian, Betong mohon menyokong. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang bertujuan meminda beberapa peruntukan dalam Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] bagi menambah baik ketelusan kadar faedah, memperkukuh integriti transaksi serta mempertingkat perlindungan pengguna dalam sektor pembiayaan pengguna negara. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dua fasal. Pertama, pindaan pada subseksyen 2(1) dengan memotong takrif, “base lending rate” dan menggantikannya dengan istilah baharu, “effective interest rate” (EIR) pada fasal 2, sub fasal 2(a) dan (b). Serta dua penyisipan subseksyen baharu 4B(1A) yang mewajibkan pemunya melaksanakan due diligence terhadap bakal penyewa serta menyimpan rekod semakan tersebut sekurang-kurangnya selama tujuh tahun. Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini bersifat struktur dan substantif yang menggantikan konsep lama Base Lending Rate (BLR) dengan istilah Effective
Interest Rate (EIR) bagi menzahirkan kadar faedah sebenar yang dibayar oleh penyewa berdasarkan dua keadaan iaitu: (a) kadar tetap, fixed rate iaitu kadar yang mencerminkan kos pembiayaan sebenar sepanjang tempoh sewa beli; dan (b) kadar berubah, variable rate iaitu kadar yang ditentukan berasaskan reference rate seperti Standardized Base Rate (SBR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia. Memang tidak dinafikan bahawa kelebihan pindaan ini dapat meningkatkan ketelusan dan menghapuskan kekeliruan antara kadar nominal dengan kadar sebenar. Pengguna kini boleh mengetahui kos pembiayaan sebenar termasuk yuran pemprosesan dan caj tersembunyi sejajar dengan kehendak seksyen 4 dan 6, Akta 212 berhubung pendedahan maklumat pra-kontrak. Kedua, pindaan ini menyeragamkan amalan industri dengan dasar Bank Negara Malaysia yang telah menggantikan BLR dengan SBR sejak 2023. Ketiga, pindaan ini memudahkan pemantauan dan audit penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Bank Negara Malaysia kerana formula EIR akan diseragamkan dan mudah disemak. Dato’ Yang di-Pertua, sehubungan dengan pindaan ini, saya ingin bertanya, sejauh manakah penggantian istilah Base Lending Rate (BLR) kepada Effective Interest Rate (EIR) di bawah pindaan subseksyen 2(1) dapat memastikan ketelusan kos sebenar pembiayaan sewa beli kepada pengguna dan mencegah caj tersembunyi oleh syarikat kredit. Apakah rancangan kerajaan bagi kontrak sewa beli sedia ada yang masih berasaskan BLR supaya tidak timbul pertikaian undang-undang apabila pindaan berkuat kuasa. Bagaimanakah kementerian memantau perubahan reference rate contohnya SBR dalam perjanjian sewa beli berkadar supaya pengguna berpendapatan rendah tidak terbeban dengan kenaikan kadar pasaran. Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan adalah cadangan penambahan subseksyen 4B(1A) pada fasal 4 yang merupakan pembaharuan penting dalam aspek tadbir urus dan kebertanggungjawaban pemberi sewa beli. Peruntukan baharu ini menetapkan bahawa: (a) sebelum sesuatu perjanjian sewa beli dimeterai, pemunya wajib melaksanakan due diligence untuk mengesahkan identiti penyewa yang bakal terlibat; dan
(b) pemunya hendaklah menyimpan rekod lengkap proses due diligence itu sekurang-kurangnya selama tujuh tahun daripada tarikh perjanjian. Dato’ Yang di-Pertua, signifikan pindaan ini adalah untuk mencegah penipuan identiti dan transaksi palsu yang sering berlaku dalam pembiayaan kenderaan yang menyokong prinsip Know Your Customer (KYC) dengan izin, dan anti-money laundering (AML) dengan izin, Bank Negara Malaysia sekali gus menyeragamkan piawaian antara institusi bank dan bukan bank serta ia melindungi pengguna dan pemunya daripada risiko penyalahgunaan nama atau kecurian identiti. Di samping itu, tempoh simpanan tujuh tahun pula selaras dengan piawaian audit korporat dan Akta Syarikat 2016. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah bentuk minimum due diligence dengan izin, yang wajib dilaksanakan oleh pemunya sebelum menandatangani kontrak sewa beli? Adakah kerajaan bercadang untuk mengintegrasikan semakan identiti dengan sistem MyDigital ID Nasional? Apakah penilaian kerajaan terhadap kos pematuhan, compliance cost dengan izin, bagi syarikat kredit kecil untuk melaksanakan keperluan semakan identiti dan penyimpanan rekod tujuh tahun seperti diperuntukkan di bawah seksyen 4B(1A). Memandangkan rekod semakan perlu disimpan selama tujuh tahun, apakah langkah kerajaan untuk memastikan pemunya mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan tidak berlaku kebocoran maklumat pengguna? Dato’ Yang di-Pertua, dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan tadi, maka saya menyokong dengan prinsip Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 dengan syor agar kerajaan: (i) menyediakan peruntukan peralihan bagi kadar EIR; (ii) menggubal garis panduan pelaksanaan seksyen 4B(1A) secara terperinci; dan (iii) memastikan pendidikan pengguna serta keupayaan pematuhan industri dilaksanakan seiring dengan pindaan ini. Sekian, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Berikut, pembahasan yang terakhir dipersilakan, Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas rang undang-undang ini untuk meminda Akta Sewa Beli 1967. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data Bank Negara Malaysia, pinjaman sewa beli kini merupakan kategori kedua tertinggi dalam hutang isi rumah negara kita dengan jumlahnya mencecah RM205.5 bilion bersamaan 15 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah setakat bulan Jun tahun ini.
Maka pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 ini amat penting dan dijangka memberi kesan positif yang besar kepada ekonomi negara kita. Khususnya dalam meningkatkan kecekapan pasaran kredit pengguna serta memperkukuh asas sistem kewangan kita dalam ekonomi moden yang semakin dipacu oleh teknologi dan tingkah laku pengguna yang berubah. Langkah ini adalah strategi tepat bagi memastikan sistem kredit kita kekal adil, telus dan berdaya tahan. Dato’ Timbalan Speaker, antara pindaan paling penting bagi saya ialah pemansuhan kadar faedah rata dengan izin, flat rate dan kaedah Peraturan 78 yang selama ini sering dikritik sebagai membebankan peminjam terutamanya mereka yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal. Kini dengan pengenalan kaedah kadar faedah efektif dengan izin, iaitu effective interest rate ataupun EIR dan kaedah pengurangan baki bayaran balik akan dikira berdasarkan baki pinjaman semasa. Ini menjadikan struktur pembayaran lebih adil, telus dan reflective terhadap beban sebenar peminjam. Akibatnya, pengguna tidak lagi dihukum kerana mahu melangsaikan hutang awal. Malah mereka akan lebih terdorong untuk berbuat demikian sekali gus meningkatkan aliran tunai isi rumah dan daya beli pengguna. Tuan Yang di-Pertua dalam konteks pelaksanaan perubahan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri. Pertama, adakah kementerian akan mewajibkan kesemua bank komersial memaparkan kadar faedah efektif iaitu EIR, jumlah fi pinjaman dan struktur pembayaran secara jelas kepada peminjam kerana transparensi dalam hal ini sangat-sangat penting bagi pengguna kita. Ketelusan maklumat ini sangat penting supaya pengguna boleh membuat perbandingan dan keputusan kewangan yang lebih tepat. Kedua, bagaimana kerajaan― bagaimana pelaksanaan EIR ini akan memberi kesan kepada pasaran kenderaan terpakai? Adakah kerajaan telah menilai
kemampuan pemberi pinjaman bukan bank khususnya mereka yang menyediakan pembiayaan kenderaan terpakai untuk menyesuaikan diri dengan mekanisme baharu ini? Dan juga bagaimana kerajaan akan memantau pelaksanaannya supaya tidak wujud jurang pelaksanaan antara institusi kewangan besar dengan syarikat kecil? Dan ketiga, adakah akan diwajibkan supaya semua bank dan pemberi pinjaman memaklumkan peminjam sedia ada berkenaan hak mereka untuk beralih daripada kadar faedah tetap iaitu flat rate kepada EIR? Ini penting supaya pengguna yang sedang terikat kontrak lama tidak terus dibebankan oleh sistem lama yang tidak adil ataupun tak cukup baik kalau berbandingkan dengan EIR. Dato’ Timbalan Speaker, kesan lebih besar daripada pindaan ini bagi saya ialah pemulihan keyakinan rakyat terhadap sistem kredit. Apabila rakyat yakin bahawa sistem pinjaman adalah adil dan hak mereka dilindungi, mereka akan lebih bersedia untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan sama ada melalui pembiayaan kenderaan, peribadi, mahupun insurans. Keadaan ini bukan sahaja membantu pengguna, tetapi juga memberi manfaat kepada institusi kewangan yang akan menikmati peningkatan pelanggan dan pengurangan risiko kredit kerana sistem kini lebih cekap dan berasaskan maklumat yang tepat. Satu lagi nilai tambah dalam pindaan ini adalah galakan penggunaan teknologi digital dalam urusan sewa beli termasuk dokumen elektronik, tandatangan digital dan pengesahan identiti atas talian. Langkah ini bukan sahaja mempercepatkan proses kelulusan dan penyaluran pembiayaan malah mengurangkan keperluan interaksi fizikal serta risiko penipuan. Ia membawa manfaat dua hala kepada pemberi pinjam yang lebih efisien dan kepada peminjam menikmati pengalaman pengguna yang lebih mudah dan selamat. Secara mikro, pindaan ini akan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara. Apabila struktur kredit lebih telus, risiko kegagalan bayaran dapat dikurangkan dan tahap kepercayaan terhadap institusi kewangan akan meningkat. Ini selari dengan matlamat jangka panjang Kerajaan MADANI untuk mewujudkan ekosistem kredit yang mampan, inklusif dan berdaya tahan. Dalam dunia ekonomi digital yang pantas berubah, kemampuan kita menyesuaikan undang-undang dengan realiti semasa adalah kunci kepada daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta Sewa Beli 1967 ini bukan sekadar kemas kini perundangan, tetapi satu langkah besar ke hadapan untuk membina sistem
kredit yang lebih adil, moden dan berpaksikan pengguna. Ia memperkukuh pasaran kewangan, memperluas akses pembiayaan dan yang paling penting memberikan rakyat peluang mengurus hutang dengan lebih bermaruah. Dengan ini, saya menyokong penuh pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Berikut, saya mempersilakan Menteri untuk menjawab, 15 minit.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Alhamdulillah saya melihat secara keseluruhannya respons adalah positif di samping beberapa syor, cadangan dan tuntutan penjelasan lanjut telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan tadi. Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhan juga saya melihat perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan terbahagi kepada tiga perkara. Pertama adalah isu-isu dan perkara-perkara yang terkait secara langsung kepada fasal-fasal yang terlibat dalam pindaan melalui RUU ini. Yang kedua adalah perkara-perkara lain yang tidak menjurus kepada fasal- fasal yang terlibat namun masih berada dalam ruang lingkup Akta Sewa Beli. Dan yang ketiga adalah isu dan perkara serta cadangan yang menyentuh ekosistem kredit pengguna secara keseluruhannya termasuklah perkara-perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa agensi dan juga kementerian lain yang juga menyentuh tentang kredit pengguna. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, dalam masa yang terhad ini saya akan menjawab perkara-perkara yang terkait secara langsung dengan fasal-fasal yang dipinda dalam Akta Sewa Beli sementara yang lain kita akan kemukakan secara bertulis. Dan saya juga ada perbahasan memberi contoh barang-barang yang disebut dijadikan contoh. Jadi, sukar untuk saya menerangkan sebagaimana di bawah seksyen 1 Jadual Pertama bahawa barang-barang yang dimasukkan ataupun tersentuh, disentuh dalam Akta Sewa Beli adalah semua barangan pengguna. Yang kedua, kenderaan-kenderaan bermotor iaitu kenderaan orang sakit, motosikal, motokar termasuk teksi dan motokar sewa, kenderaan barang-barang di
mana berat muatan maksimum yang tidak melebihi 2,540 kilogram dan juga bas termasuk bas panjang. Banyak perkara yang juga disentuh di awal ini saya fikir saya perlu respons awal adalah tentang tarikh kuat kuasa yang ramai Ahli-ahli Yang Berhormat menganggap bahawa apa yang difahamkan tempoh 18 bulan itu adalah terlalu panjang. Untuk makluman bahawa cadangan itu adalah bersandarkan kepada sesi libat urus yang telah dilaksanakan oleh pelbagai stakeholders. Namun, kita mengambil perhatian apatah lagi pindaan ini adalah amat penting, maka kita akan pertimbangkan melalui siri perbincangan dengan industri dalam masa terdekat. Begitu juga dengan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan supaya tarikh kuat kuasa ini dapat kita pendekkan ataupun dibuat lebih awal daripada perancangan awal untuk tempoh 18 bulan tersebut. Yang penting kita berharapkan bahawa sebaik mana dikuatkuasakan selepas diwartakan kelak bahawa semua pemegang taruh yang terlibat sama ada pengguna ataupun penyedia kredit ataupun perkhidmatan kredit ini telah bersedia untuk melaksanakan transformasi ini dengan lancarnya. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga maklumkan di sini komponen penting yang sebenarnya dibawa masuk dalam pindaan pada kali ini setelah pindaan yang lepas dibuat kepada Akta Sewa Beli.
Pertamanya adalah untuk kita memansuhkan penggunaan kadar rata atau flat rate dan kaedah Peraturan 78 yang tidak adil dan menggantikannya dengan kaedah faedah effective interest rate dan kaedah pengurangan baki (reducing balance method). Langkah ini adalah selaras dengan objektif RUU Kredit Pengguna yang telah pun diluluskan dalam sidang yang lepas iaitu bulan Julai di Dewan Rakyat dan juga bulan September di Dewan Negara. Jadi, untuk memastikan bahawa Akta Sewa Beli yang juga terlibat dengan kredit pengguna ini sejajar dengan kerangka besar untuk penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna melalui RUU Kredit Pengguna tersebut. Maka, yang akan dilaksanakan secara tiga fasa. Maka di peringkat awal ini, KPDN sebagai kementerian yang mengawal selia Akta Sewa Beli perlu untuk membuat pindaan- pindaan tertentu untuk menyesuaikan dengan kerangka besar itu dan yang pertama saya sebutkan tadi adalah pemansuhan Rule of 78 dan juga kadar flat rate tersebut.
Yang kedua adalah penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli. Di mana selepas ini, tandatangan dan juga serahan dokumen tersebut tidak hanya tertakluk kepada secara fizikal, namun boleh dibenarkan melalui kaedah elektronik dan juga digital. Dan yang ketiga adalah, penyelarasan istilah kewangan: base lending rate dengan kadar rujukan ataupun reference rate yang bersesuaian dengan rangka kerja kadar rujukan Bank Negara Malaysia yang terkini. Dato' Yang di-Pertua, mengapakah kita – ada penjelasan lanjut yang saya lihat mungkin agak keliru dengan pindaan yang kita bawa ini. Mengapa kita meminda ataupun memansuhkan kadar rata flat rate dan juga Peraturan 78 ini adalah untuk memastikan pengiraan ansuran bulanan yang adil dan caj faedah yang tidak memudaratkan peminjam yang memilih untuk membuat penyelesaian awal. Pindaan ini turut memperkenalkan penggunaan effective interest rate yang bertujuan meningkatkan ketelusan dalam cara pinjaman sewa beli dinilai dan dipasarkan, yang mana membolehkan pengguna membandingkan pakej pinjaman dengan lebih cepat dan tepat, manakala RBM memastikan pengiraan ansuran bulanan yang lebih adil di mana faedah hanya dikenakan ke atas baki pinjaman yang belum dijelaskan. Maksudnya, khususnya pindaan ini terkait dengan penyelesaian pinjaman awal. Bila mana berlakunya penyelesaian awal, maka dengan kaedah pengurangan baki ini, ia akan memberikan satu keadilan kepada pengguna kerana tidak apabila peringkat awal menggunakan kaedah yang lama, penyelesaian ansuran di peringkat awal itu lebih kepada pembayaran kepada faedah berbanding dengan pembayaran kepada prinsipal ataupun pinjaman yang dikemukakan tersebut. Dato' Yang di-Pertua, dibangkitkan juga cadangan-cadangan tertentu berkaitan dengan kadar faedah efektif ini. Bagaimana kadar faedah efektif ini akan memanfaatkan pengguna? Yang pertama, ia boleh menyebabkan atau membuka akses kepada pengguna membandingkan kos sebenar pelbagai jenis pinjaman dan produk kewangan dengan lebih tepat. Yang kedua, pengguna boleh merancang kewangan dengan lebih baik kerana ia menunjukkan jumlah faedah sebenar yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman.
Dan yang ketiga, mengenal pasti kos tersembunyi seperti faedah terkompaun yang menyebabkan hutang bertambah. Seterusnya, dibangkitkan tentang bagaimana kita dapat memastikan peningkatan kesedaran pengguna khususnya effective interest rate. Dan selari dengan pindaan ini melalui kerjasama dengan Bank Negara Malaysia, beberapa langkah dalam memupuk kesedaran dan pemahaman di kalangan pengguna mengenai kadar faedah efektif telah diambil. Antaranya ialah penyemakan semula dokumen polisi, ketelusan dan penzahiran produk: product transparency and disclosure yang telah dikeluarkan pada Disember 2024. Melalui dokumen polisi tersebut, kesemua bank telah diwajibkan untuk menggunakan kadar faedah efektif dalam penzahiran maklumat- maklumat berkaitan dengan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada pengguna. Ini melibatkan pendedahan kadar faedah efektif di dalam kesemua dokumen berkaitan seperti lembaran penzahiran produk: product disclosure sheet dengan izin, pinjaman yang ditawarkan dan juga termasuk bahan-bahan promosi, pengiklanan dan pemasaran. Melalui syarat yang diperkenalkan ini, pengguna boleh membuat perbandingan di antara tawaran-tawaran pinjaman dengan lebih termaklum. Pada suku kedua tahun ini, pihak Bank Negara Malaysia juga telah menjalankan inisiatif kempen kesedaran mengenai kadar faedah efektif dan kaedah pengurangan baki. Para pengguna boleh menantikan – melihat perubahan yang signifikan dalam tawaran pinjaman runcit (retail financing) oleh industri perbankan. Pihak Bank Negara juga akan mengeluarkan panduan pengguna mengenai pindaan ini sebagai bahan rujukan dalam masa yang terdekat selepas pindaan ini diluluskan dan juga berkuat kuasa. Dato' Yang di-Pertua, terdapat juga kebimbangan tentang keselamatan apabila penggunaan tanda tangan digital dan elektronik. Saya ingin maklumkan di sini bahawa sama ada tanda tangan digital ataupun tanda tangan elektronik, kedua- dua inisiatif yang dilaksanakan melalui pindaan ini akan tertakluk kepada kerangka perundangan sedia ada iaitu contohnya, untuk tanda tangan digital dikawal selia di bawah Akta 562. Akta ini juga telah memperuntukkan cara tanda tangan digital dibuat di samping kawalan ke atas pihak yang dibenarkan untuk mengeluarkan tanda tangan digital yang dikenali sebagai pihak berkuasa pensijilan (certification authority). Maksudnya, ada pihak di bawah Akta 562 yang berkuasa untuk membuat
pengesahan dan mengeluarkan certification kepada tanda tangan digital. Pihak berkuasa pensijilan adalah entiti-entiti yang berlesen di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Oleh itu, penggunaan tanda tangan digital tidak memerlukan campur tangan daripada kementerian untuk mengawal selia penggunaan tanda tangan digital. Manakala untuk tanda tangan elektronik pula, peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2006 tidak mengehadkan jenis tanda tangan elektronik. Pindaan ke atas Akta 212 akan memperkenalkan syarat baharu untuk penyedia menjalankan proses pengesahan untuk peminjam yang membuat tanda tangan elektronik pertama dalam satu perjanjian. Melalui kerjasama pihak Bank Negara Malaysia bersama pemain industri sewa beli, suatu garis panduan industri untuk proses pengesahan identiti tanda tangan elektronik akan diterbitkan. Dato' Yang di-Pertua, seterusnya adalah perkara yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat juga berkaitan dengan syarat-syarat pelesenan yang dikenakan ke atas penyedia pinjaman sewa beli. Untuk makluman, di bawah Akta Sewa Beli, tidak memperuntukkan sebarang rejim pelesenan bagi penyedia sewa-beli. Walau bagaimanapun, untuk jangka panjang sejajar dengan RUU Kredit Pengguna, ini merupakan salah satu cadangan yang akan dilaksanakan, di mana kerajaan dengan Bank Negara Malaysia melalui Suruhanjaya Kredit Pengguna akan melaksanakan secara berperingkat iaitu semua penyedia kredit tertakluk kepada kewajipan pelesenan atau pendaftaran. Jadi melalui pelesenan ini, kawal selia dan juga penguatkuasaan untuk semua bentuk penyedia kredit termasuklah di bawah Akta Sewa Beli dan juga Akta Perlindungan Pengguna iaitu urus niaga kemudahan kredit itu akan mudah untuk di kuat kuasa dan dipantau untuk memastikan pematuhan kepada kerangka perundangan sedia ada. Dato' Yang di-Pertua, bagi pihak pengguna, saya juga ingin menjelaskan di sini. Antara usaha yang ingin kita laksanakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan dengan literasi kewangan dan juga kemudahan kredit. Antara yang kita ingin gerakkan adalah kempen kesedaran awam yang menyeluruh menggunakan bahan-bahan penerangan yang ringkas dan mudah difahami seperti info grafik dan video pendek.
Yang kedua, program jangkauan dan pendidikan kewangan di seluruh negara melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia, Financial Education Network (FEN) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan yang ketiga adalah menyediakan saluran aduan yang jelas dan responsif bagi membolehkan pengguna melaporkan sebarang perlanggaran oleh penyedia perkhidmatan. Melalui langkah-langkah bersepadu ini kerajaan bukan sahaja meminda undang-undang, tetapi juga komited untuk mewujudkan ekosistem di mana hak pengguna dilindungi secara aktif dan penyedia perkhidmatan menjalankan perniagaan secara adil dan bertanggungjawab. Dato’ Yang di-Pertua, perkara-perkara lain saya mohon untuk dijawab secara bertulis dan akhirnya saya ingin sebutkan bahawa pindaan yang dibuat ini bukanlah berdiri sendiri, tetapi ia merupakan sebahagian daripada ikhtiar kerajaan untuk merintis reformasi bagi kita meningkatkan perlindungan pengguna dan mewujudkan ekosistem kredit pengguna yang kondusif, yang lebih adil, yang lebih telus untuk memastikan kesejahteraan rakyat kita yang memerlukan penggunaan ataupun kemudahan kredit pengguna ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya akan memberikan jawapan bertulis kepada isu- isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan dengan itu saya mohon untuk mencadang.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 — Fasal-fasal 1 hingga 22 -Bill
[Bangun]
Yang Berhormat nak bahas?
Ya, sedikit.
Saya ingin ingatkan ya perkara Peraturan 36 dan isu-isu teknikal sahaja.
Ya.
Silakan, tiga minit.
Terima kasih, Datuk Pengerusi. Saya terus kepada fasal 3. Fasal 3 ini untuk meminda subseksyen 4(2) dengan memotong perkataan “by delivering it in person.” Jadi persoalan saya, kenapa perlu dipotong perkataan itu sebab kalau mengikut 4(2) ini maknanya disampaikan dengan hantar serah sendiri. Makna kalau dipotong perkataan itu bermakna disampai. Cara penyampaian macam mana? Sebab kalau mengikut 4 ini adalah syarat-syarat berhubung dengan perjanjian sewa beli ini. Macam mana kita hendak sampaikan? Fizikal kita cakap tadi mungkin fizikal dan juga elektronik yang disebut tadi dan macam mana? Disampaikan dengan cara macam mana sebab hantar serah sendiri dah dipotong. Jadi, minta diberi penjelasan tentang perkara ini. Dan saya juga merujuk kepada fasal 4. Fasal 4 ini untuk memasukkan subseksyen baharu (1A) yang mengehendaki tuan punya untuk menjalankan satu proses usaha wajar untuk mengesahkan identiti. Kalau kita lihat kepada 4B ini sebenarnya, 4B ini adalah satu perjanjian sewa beli yang hendaklah ditandatangani dan sebagainya. Itu yang tajuk dia, tajuk seksyen 4B. Kemudian kita dah pergi kepada perjanjian tersebut ditandatangani oleh semua pihak. Semua pihak akan tandatangani ataupun wakilnya juga boleh tandatangani. Wakil daripada pihak penyewa ataupun owner itu ataupun yang penyewa. Jadi semua wakil boleh dan dengan syarat perjanjian itu semua lengkap, dokumen lengkap baru boleh di tandatangan, tetapi dalam ini disebut maknanya menjalankan suatu proses usaha wajar itu hanya kepada identiti penyewa sahaja, tidak wakilnya. Wakilnya di mana? Adakah identiti wakil tak payah ditentukan dan
juga penjaminnya? Penjaminnya macam mana? Adakah tidak perlu ditentukan penjamin? Ini agak kabur sedikit ya. Dan yang seterusnya adalah fasal 7. Fasal 7 ini makna penyerahan. Ini makna untuk salinan dokumen diserah kepada penyewa di dalam masa 14 hari, dalam tempoh 14 hari. Cuma dinyatakan berkenaan dengan cara penyerahan elektronik ini adakah ianya merupakan satu pilihan ataupun dah serah secara fizikal juga diserah dengan cara elektronik. Sebab hendak serah secara elektronik ini dengan consent daripada penyewa. Kena ada secara bertulis, tetapi tak dinyatakan bertulis itu, makna siapa yang sediakan itu? Maknanya penyewa sediakan kalau hendak pergi secara elektronik. Kita takut bank ataupun pihak owner yang sediakan dan dia minta dia terus kepada penggunaan secara elektronik. Jadi kalau pilihan, boleh nyatakan kenapa perlu buat hanya satu sahaja penyerahan, tidak melalui cara fizikal dan yang akhirnya fasal 9. Ia fasal kesalahan itu hukumannya hanya tak lebih RM3,000 dan juga tak lebih enam bulan penjara ataupun kedua-dua sekali. Jadi, saya rasakan boleh dibuat pindaan bahawa hukuman ini kalau— sebab fasal 9 itu, kalau gagal dia memberitahu ataupun kalau 9 itu dia kata, “Kalau gagal untuk memberitahu penyewa berkenaan dengan perubahan kepada kewajiban kewangan.” Ini satu kesalahan yang berat ini, sepatut dia kena hukuman pun sepatutnya hukuman yang agak berat juga. Itu sahaja yang saya hendak nyatakan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Yang pertama, berkait dengan cara penyampaian untuk kita memansuh— bagaimana yang saya sebutkan di awal pembentangan tadi bahawa selain daripada, melalui pindaan ini selain daripada penggunaan wajib kini secara fizikal dibenarkan juga tandatangan dan penyerahan dokumen secara elektronik juga. Jadi, maksudnya di sini tidak semestinya, contohnya yang kita maksudkan secara elektronik adalah melalui e-mel. Jadi, penyerahan dokumen dan juga tandatangan digital melalui e-mel tersebut sudah tidak memerlukan kewajipan untuk menyampaikan dokumen itu in person, dengan izin.
Yang keduanya adalah pengesahan due diligence pula, yang disebutkan adalah kepada — tidak kepada pihak yang lain, memang ditetapkan kepada peminjam sahaja untuk memastikan bahawa ia dapat mengurangkan risiko dengan izin, fraud. Jadi, ditetapkan hanya untuk peminjam sahaja, due diligence itu dilaksanakan. Jadi, tidak kepada pihak-pihak yang lain. Maksudnya di sini diwajibkan dari segi kaedah untuk selain daripada fizikal tersebut due diligence dilaksanakan kepada peminjam tersebut. Yang ketiga adalah penyerahan secara elektronik. Itu merupakan salah satu opsyen yang saya sebutkan juga tadi bahawa ia boleh dilaksanakan secara fizikal, melalui pos berdaftar pun boleh dan secara elektronik pun boleh. Jadi, melalui RUU ini kita melaksanakan perubahan, penambahbaikan bersandarkan kepada teknologi semasa yang tidak mensyaratkan, yang juga boleh mengurangkan kos kedua-dua pihak khususnya pengguna yang sebelum ini diwajibkan untuk datang secara fizikal untuk melengkapkan proses sewa beli dan bagi cadangan untuk yang dikemukakan tentang bentuk hukuman tersebut, kita akan meneliti perkara tersebut, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat. Fasal-fasal 1 sehingga 22...
Fasal hukuman ya...
Ya?
Fasal hukuman yang tak wajar, hukuman yang agak rendah.
Faham, faham.
Itu tak ada jawapan.
Dah dijawab.
Tak, hukuman, hukuman?
Saya dengar dijawab oleh Menteri bahawa akan dikurangkan.
Ada ‘ke, Menteri ada jawab kah?
Ada jawab, saya dengar. [Fasal-fasal 1 hingga 22 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang udang-undang]
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Datuk Dr. Fuziah binti Salleh) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 9 Oktober, esok. [Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.53 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Projek Naik Taraf Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT001)Special Chamber
Tuan Yang di-Pertua, usul berkenaan status projek naik taraf jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT001) iaitu untuk menambah satu lorong mendaki sehingga susur masuk Taman Amansiara, daerah Gombak, Selangor telah saya bawakan ke Kamar ini sebanyak dua kali iaitu pada 21 Mac 2023 dan 14 November 2023.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, cadangan projek ini telah pun diangkat ke Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) pada 21 Mac 2023 dan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) pada 10 Mei 2023. Namun, di bawah kedua-dua kesempatan, kementerian telah pun memaklumkan bahawa projek ini tidak dapat dijalankan kerana keutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih utama di negeri Selangor seperti menaik taraf jalan Subang – Sungai Buloh (FT15) Petaling, Selangor.
Walau bagaimanapun, kementerian ketika waktu pertanyaan bersetuju bahawa terdapat keperluan mendesak untuk menaik taraf Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT001) dengan menambah satu lorong mendaki sehingga ke susur masuk Taman Amansiara, daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Oleh yang demikian, memandangkan kita sudah pun beralih ke Rancangan Malaysia
(i) apakah status semasa projek menaik taraf Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT001) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)?; dan
(ii) apakah garis masa sebelum projek ini boleh diluluskan memandangkan ia nya telah lama berada di rolling plan Rancangan Malaysia terdahulu?
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang yang bertanya dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya sentiasa mengambil berat akan keperluan pembangunan infrastruktur di negara ini, khususnya dalam memastikan jaringan jalan raya yang selamat, selesa dan dalam memastikan — dan berdaya tahan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Jadi semua Ahli Yang Berhormat sedia maklumlah ya. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kementerian ini telah mengangkat permohonan projek menaik taraf jalan FT001 Tanjung Malim ke Kuala Lumpur ini dari Rolling Plan 3 hingga Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk mendapatkan kelulusan agensi pusat. Dan walau bagaimanapun, projek ini tidak diluluskan bagi memberi keutamaan kepada projek yang lebih mendesak di negeri Selangor.
Jadi, kementerian ini amat memahami keperluan di FT1 Tanjung Malim – Kuala Lumpur memandangkan laluan ini merupakan nadi kepada aktiviti ekonomi, sosial dan logistik penduduk Selayang dan kawasan sekitarnya yang menghubungkan ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kementerian mengambil maklumlah akan keadaan semasa jalan tersebut yang menghadapi isu kesesakan trafik yang semakin meningkat serta isu keselamatan kepada pengguna jalan raya disebabkan kecerunan yang tinggi di kawasan tersebut yang mengakibatkan kenderaan berat seperti lori dan treler akan mengalami masalah untuk mendaki.
Sehubungan itu, pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas
(RP1 RMK13) ya. Kementerian ini telah sekali lagi mengangkat permohonan projek ini melalui projek Menaik Taraf Jalan FT001 Kuala Lumpur – Tanjung Malim dari Kolam Air Panas Selayang hingga Hutan Lipar Templer — Hutan Lipur Templer, sorry. Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan untuk kelulusan agensi pusat. Walau bagaimanapun, keputusan bagi permohonan cadangan projek tersebut akan diketahui selepas pembentangan bajet kerajaan tahun 2026 yang akan datang ini.
Jadi, berkaitan garis masa kelulusan projek yang dibangkitkan, perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa kementerian ini kerana kementerian ini hanya melaksanakan projek yang diluluskan oleh agensi pusat. Dan untuk makluman, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada Kementerian KKR melalui penyelarasan antara Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri yang — dan Jabatan Kerja Raya Negeri.
Dan kementerian ini akan meneliti cadangan projek apabila ia dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada agensi pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan. Seterusnya, agensi pusat akan menjalankan penilaian lanjut sebelum kelulusan diberikan bagi permohonan tersebut.
Jadi, Kementerian Kerja Raya berharaplah cadangan projek menaik taraf FT001 Tanjung Malim – Kuala Lumpur ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan dalam pembentangan Bajet Kerajaan Tahun 2026 yang akan datang.
Kementerian yakin bahawa pelaksanaan projek ini bukan sahaja akan menyelesaikan isu kesesakan dan keselamatan jalan yang dihadapi ketika ini malah akan memberi manfaat besar kepada penduduk sekitar, termasuklah mempercepatkan pergerakan harian, meningkatkan akses kepada peluang ekonomi serta menyokong pembangunan mapan di kawasan Selayang dan sekitarnya.
Jadi, kementerian komited untuk terus merancang dan melaksanakan projek-projek infrastruktur yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Sekian, terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Selayang. Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap dan saya faham tentang kekangan bajet dan saya harap dalam bajet ini kita dapat memberikan kelulusan.
Soalan tambahan saya ialah, apakah langkah jangka pendek dan segera yang boleh diambil oleh pihak kementerian seperti mengehadkan penggerakan jentera berat pada waktu puncak. Sebagai contoh, dalam usaha mengurangkan kesesakan bagi jalan Kuala Lumpur –Tanjung Malim dan apakah garis masa sebelum kementerian boleh menjalankan langkah jangka pendek dan segera ini.
Ini tanpa dana yang bajet tapi di dalam kuasa Yang Berhormat?
Sila, Yang Berhormat, Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, laluan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT001) telah tertakluk di bawah Perintah Pengangkutan Jalan, iaitu (Larangan Penggunaan Jalan) (Jalan Persekutuan) No. 3/2019, ya. Jadi melalui perintah tersebut, larangan penggunaan jalan telah dikenakan terhadap kenderaan bermotor dan jentera bergerak yang mempunyai berat muatan 5,000 kilogram ataupun lima tan dan ke atas, ya. Larangan ini berkuat kuasalah setiap hari kecuali hari kelepasan am, pada waktu 6.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi dan pada pukul 3.30 petang hingga pukul 7.00 petang.
Jadi, langkah ini telah dilaksanakan sejak 14 Ogos tahun 2019 dulu. Dan masih berkuat kuasa bagi mengawal pergerakan jentera berat semasa waktu puncak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang laluan tersebut sementara menunggu pelaksanaan penuh projek naik taraf jalan berkenaan, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Projek Pembinaan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL Node)Special Chamber
Tuan Yang di-Pertua, ini usul yang kedua. Lebuhraya KL NODE merupakan jajaran yang melengkapkan Lingkaran Lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) sebagai sistem
penguraian trafik bagi Lembah Klang secara menyeluruh. Ia terbahagi kepada tiga seksyen lebuh raya, di mana dua daripada seksyen tersebut meliputi kesesakan yang dialami oleh penduduk Selayang:
(i) seksyen 2 yang bermula dari persimpangan Selayang ke Lebuhraya LATAR sepanjang 8.78 km; dan
(ii) seksyen 3 yang bermula daripada persimpangan Selayang ke Lebuhraya DUKE sepanjang 9.62 km.
Menteri, pada Mei 2023 telah pun menyatakan bahawa jajaran Lebuhraya KL NODE dari Persimpangan Bertingkat Templer Lebuhraya LATAR hingga ke persimpangan Jalan Kuching Lebuhraya DUKE akan dibina secara bertingkat
(elevated) di atas jalan sedia ada, FT001 sehingga ke Jalan Kuching. Ia nya dijangkakan akan dapat memberikan aliran trafik yang lancar, terutamanya dari Rawang (LATAR) ke pusat bandar Kuala Lumpur dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan di FT001 dan di Jalan Kuching. Oleh yang demikian,
(i) apakah status semasa projek pembinaan jajaran Lebuhraya KL NODE dari Persimpangan Bertingkat Templer Lebuhraya LATAR hingga ke persimpangan Jalan Kuching Lebuhraya DUKE?; dan
(ii) memandangkan projek Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE) merupakan projek yang dicadangkan pembangunannya di bawah konsep penswastaan melalui kerjasama awam swasta atau public private partnership, apakah garis masa yang boleh diberikan kementerian sebelum projek ini dapat disiapkan sepenuhnya?
Sekian, terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan Lebuhraya Kuala Lumpur Northern Dispersal ataupun KL NODE adalah jajaran lebuh raya yang telah dikenal pasti untuk dibina bagi melengkapkan laluan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Outer Ring Road) ataupun KLORR.
Jadi, cadangan pelaksanaan projek KL NODE ini telah dipertimbangkan pihak Kerajaan Persekutuan dan telah diberikan kelulusan prinsip pada 17 September 2021 dengan tempoh sah laku selama tiga tahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pelaksanaan projek KL NODE ini adalah melibatkan jajaran lebuh raya yang akan dibina secara bertingkat sepanjang 40.46 km yang dibahagikan kepada dua seksyen laluan sebagaimana berikutnya:
(i) seksyen 1 – laluan tiga lorong dua hala menghubungkan Persimpangan Templer Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor ataupun LATAR dan Segambut sepanjang 18.54 km; dan
(ii) seksyen 2 – kombinasi laluan tiga lorong dua hala dan laluan dua lorong dua hala menghubungkan Selayang dan
persimpangan Ukay Perdana, lebuh raya iaitu EKVE, Lebuhraya Lembah Klang Timur sepanjang 21.92 km.
Berkenaan dengan status semasa projek. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh kelulusan prinsip selama tiga tahun bagi pelaksanaan projek KL NODE ini telah tamat pada 16 September 2024. Dan kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya tempoh sah laku kelulusan prinsip tersebut dilanjutkan dengan tempoh 12 bulan sehingga 16 September 2025. Pada masa kini, pihak kerajaan sedang mempertimbangkan permohonan daripada pihak syarikat supaya tempoh sah laku prinsip tersebut dilanjutkan untuk kali kedua selama enam bulan.
Dan berhubung dengan garis masa bagi projek ini disiapkan sepenuhnya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekiranya pihak syarikat berjaya memuktamadkan proses rundingan berkaitan perjanjian konsesi dalam tempoh yang dipersetujui, pihak kerajaan dan perjanjian konsesi ditandatangani.
Jadi, pihak syarikat seterusnya perlu memenuhi semua syarat duluan yang ditetapkan dalam tempoh 12 bulan. Jadi, sekiranya pihak syarikat berjaya mematuhi syarat duluan tersebut, perjanjian konsesi akan berkuat kuasa bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan selanjutnya dilaksanakan di tapak. Jadi, pelaksanaan kerja pembinaan projek KL NODE ini dijadualkan untuk disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri tentang jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah apakah kekangan dan cabaran utama menghadapi projek pembinaan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE) ini dan bagaimana kementerian bercadang untuk menangani cabaran ini bagi memastikan bahawa pembinaan boleh dijalankan pada kadar yang dijadualkan dan kelulusan diberikan untuk lanjutkan masa.
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran laluan KL NODE yang dicadangkan ini dikenal pasti akan melalui beberapa kawasan sensitif yang akan memberi cabaran kepada pelaksanaan projek. Jadi antaranya adalah pelaksanaan kerja pembinaan di kawasan yang akan bersuai muka berserta bersepadanan dengan kawasan perumahan serta laluan jalan raya sedia ada.
Jadi selain itu, cadangan jajaran KL NODE ini juga akan merentasi kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar yang memerlukan tindakan kawalan serta mitigasi yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan projek KL NODE ini kelak dapat dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi perancangan kerja yang telah ditetapkan, pihak syarikat konsesi perlulah memastikan semua impak terhadap alam sekitar, sosial, keselamatan dan sebagainya di peringkat perancangan, pembinaan serta operasi untuk dikenal pasti dan dirujuk kepada agensi yang bertanggungjawab.
Jadi, pihak syarikat selanjutnya perlulah mematuhi semua syarat kelulusan yang ditetapkan oleh agensi yang berkenaan bagi laporan
Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA) dan Traffic Impact Assessment (TIA) yang dikemukakan termasuklah pelaksanaan tindakan mitigasi yang telah dipersetujui. Jadi, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) selaku agensi pengawalseliaan akan memastikan pihak syarikat mengambil tindakan sewajarnya melalui pemantauan di tapak dari masa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan projek ini mematuhi jadual yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Bandar Tumpat Sebagai Bandar Sempadan (Bez)Special Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua, Tumpat mempunyai kedudukan strategik sebagai bandar sempadan Malaysia–Thailand. Potensi ini wajar diterjemahkan melalui pembinaan bandar baharu sempadan Tumpat yang moden tetapi mengekalkan aktiviti kampung Melayu serta diwujudkan bandar pentadbiran baharu Tumpat yang lengkap dengan kemudahan keselamatan, kesihatan, pendidikan dan asas kehidupan rakyat.
Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan:
(i) adakah kerajaan mempunyai pelan pembangunan bandar sempadan? Dan sekiranya ya, apakah blueprint pembangunan bandar sempadan dan bandar pentadbiran baharu Tumpat termasuk dasar guna tanah, reka bentuk beridentiti Melayu, perlindungan warisan serta garis masa pelaksanaan?;
(ii) apakah strategi menjadikan Tumpat, Pengkalan Kubor sebagai zon ekonomi sempadan berdaya saing dengan insentif pelaburan domestik dan asing (FDI) serta langkah menandingi kelebihan komersial Thailand?;
(iii) dengan kawalan sempadan yang lebih ketat, apakah pelan penciptaan pekerjaan setempat termasuk program TVET, skim apprentice, sokongan usahawan desa serta perwujudan zon industri dan kilang produk tempatan setempat?;
(iv) bagaimana kerajaan memperkukuh gastrotourism dengan menjenamakan makanan warisan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi tumpang, solok lada dan keropok serta menunjukkan laluan kulinari rasmi Tumpat?;
(v) apakah langkah menyokong sektor perikanan dan pertanian termasuk naik taraf jeti, rantai sejuk — bukan rantai sejuk ini. Jeti, pusat pengumpulan mekanisasi sawah serta agropelancongan kelapa dan juga padi;
(vi) apakah status projek ECRL dan LPT3 serta adakah perancangan untuk menaik taraf Stesen KTM Tumpat sebagai stesen kereta api paling hujung di Malaysia agar berperanan sebagai hab logistik dan pelancongan serantau?;
(vii) apakah perkembangan Projek Jambatan Pengkalan Kubor – Tak Bai, termasuk kajian kebolehlaksanaan, model pembiayaan serta jadual pembinaan?;
(viii) apakah pakej mitigasi banjir menyeluruh Tumpat yang diselaraskan oleh perancangan bandar baru supaya infrastruktur tahan iklim dan selamat untuk masa depan?;
(ix) apakah kerajaan bercadang untuk membina IPD baharu dan hospital daerah penuh dengan sebagai sebahagian dari bandar pentadbiran baharu Tumpat selaras dengan kedudukan strategik serta pertambahan penduduk?; dan
(x) adakah kerajaan mempertimbangkan penubuhan universiti awam ataupun kampus cawangan di Tumpat serta menaik taraf sistem bekalan air agar kemudahan asas cadangan eksplorasi bandar sempadan yang moden?
Tuan Yang di-Pertua, jelas bahawa infrastruktur besar ini mesti difahami sebagai sebahagian daripada projek bandar baharu sempadan dan bandar baharu Tumpat, bandar baharu pentadbiran Tumpat, bukan projek yang berasingan. Hanya dengan pendekatan menyeluruh, Tumpat akan muncul sebagai bandar sempadan moden, berada di kampung, berdaya saing, serantau serta makmur untuk rakyat setempat. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.
Proses pelaksanaan pembangunan di Semenanjung Malaysia merangkumi tiga peringkat utama perancangan iaitu:
(i) perangkaan hala tuju pembangunan negara peringkat nasional yang memerlukan kelulusan Jemaah Menteri dan dijadikan panduan semua peringkat perancangan di Persekutuan, negeri dan daerah;
(ii) perancangan pembangunan peringkat negeri selaras dengan dasar strategik yang digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara; dan
(iii) penyediaan Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas oleh pihak berkuasa tempatan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas, usaha untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan dan jurang pembangunan antara wilayah, negeri dan desa serta pembangunan kawasan sempadan akan diperhebat dengan mentransformasi struktur ekonomi, melonjakkan pertumbuhan yang terangkum
dan mampan, meningkatkan keseimbangan pembangunan antara wilayah dan pembangunan desa dan memperluaskan integrasi ekonomi pada peringkat global. Pelaksanaan projek dan program di bawah RMK13 akan berasaskan kepada strategik serta inisiatif yang digariskan melalui pendekatan ekonomi MADANI dengan penekanan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tata kelola yang baik.
Pembangunan dalam RMK13 ditumpukan kepada penyediaan peluang yang saksama seperti peningkatan akses kepada pendidikan, kesihatan, perumahan dan penciptaan kekayaan. Ini termasuk peningkatan mobiliti sosial dengan memperkasakan rakyat dalam mengatasi beban kos sara hidup yang merangkumi usaha dalam reformasi pasaran buruh dan pendidikan.
Dari segi pembangunan ekonomi, peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai diberi keutamaan seperti industri high-growth high-value (HGHV) dan sektor strategik berimpak tinggi. Antaranya adalah electrical, elektronik, peralihan tenaga, pertanian, pelancongan kewangan dan pengangkutan udara.
Usaha untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara wilayah dan negeri diberikan penekanan dalam RMK13 melalui empat strategi utama seperti berikut:
(i) mempercepat pembangunan kawasan kurang membangun;
(ii) mempertingkatkan pembangunan dan pengurusan bandar;
(iii) mempertingkatkan kecekapan perancangan dan tadbir urus pembangunan wilayah; dan
(iv) memperkukuh integrasi ekonomi.
Kerajaan juga akan terus memanfaatkan platform kerjasama sub serantau sedia ada seperti Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle dan Brunei– Indonesia–Malaysia–Philippines East ASEAN Growth Area untuk meneroka peluang potensi bagi menggalakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan dengan negara-negara jiran. Pembangunan kawasan sempadan turut menumpukan penambahbaikan infrastruktur asas, peningkatan kemudahan keselamatan serta kepelbagaian aktiviti ekonomi setempat. Akses ke sempadan melalui kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand akan turut diberi perhatian.
Kajian kebolehlaksanaan pembangunan zon ekonomi sempadan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti potensi ekonomi, pelaburan, integrasi sosial dan infrastruktur dengan memanfaatkan kedudukan strategik Pengkalan Kubor, Kelantan bersempadan dengan Thailand. Kajian ini dijangka siap pada akhir tahun 2025. Hasil kajian sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand turut menjadi salah satu pertimbangan penting kerajaan dalam menilai kesesuaian dan keutamaan projek pembangunan agar sejajar dengan potensi ekonomi serta kedudukan strategik Tumpat sebagai bandar sempadan.
Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2035 telah diwartakan pada 14 November 2024 adalah selaras dengan RMK13 dalam memperkukuh pembangunan sempadan. Ini termasuk kemudahan kesihatan dan pendidikan, pusat keusahawanan, zon industri dan keselamatan.
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan sebagai agensi perancang dan penyelaras projek pembangunan negeri boleh mengemukakan cadangan projek untuk pertimbangan kementerian berkaitan di bawah setiap rolling plan. Bagi soalan yang berkaitan kementerian lain, saya mencadangkan agar
(i) soalan nombor 3 di bawah pelbagai kementerian antaranya di bawah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;
(ii) soalan nombor 4, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
(iii) soalan nombor 5, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
(iv) soalan nombor 6, Kementerian Pengangkutan;
(v) soalan nombor 8, Kementerian Kerja Raya;
(vi) soalan nombor 9, IPD adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri dan hospital di bawah Kementerian Kesihatan;
(vii) soalan nombor 10, universiti awam adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi; dan
(viii) manakala, bekalan air luar bandar adalah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya sedar tentang soalan-soalan yang dikemukakan ini tapi ini merupakan suatu rungutan daripada pihak bawah memandangkan RT telah lama disiapkan oleh pihak kerajaan negeri. Tetapi tanpa ada sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, maka ia nya tidak mungkin dapat dibuat.
Saya ingin menyebut kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa Tumpat merupakan bandar — antara bandar yang paling hujung di Malaysia.
Berisiko untuk banjir, bukan sekali, bukan dua kali tetapi baru-baru ini kita hampir lima per enam dari bandar Tumpat itu seluruhnya terkena banjir.
Jadi, bila disebut tentang IPD, hospital. IPD Tumpat sekarang ada beberapa blok yang tak dapat diduduki kerana tak selamat. Wiring dah tak selamat. Jadi, keseluruhan jentera PDRM nak membantu banjir akan bermasalah sebab IPD tak ada.
Saya tahu ini di bawah kementerian KDN tetapi hari ini keselamatan para pegawai dan baru-baru ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, isteri-isteri polis dan juga pihak polis sendiri terpaksa membuka satu pusat pemindahan di balai polis. So, di surau sebab rumah mereka dah habis tenggelam. Jadi, ini memalukan negara kerana mereka ini kena menyelamatkan orang lain. Dan IPD Tumpat
antara IPD yang paling lama yang tak dibaik pulih, yang memerlukan suatu suntikan daripada Kementerian Ekonomi dalam perancangan. Betul, saya dah minta banyak kali dengan minta Menteri KDN tapi dia tak boleh buat apa.
Sama juga dengan Hospital Tumpat. Ketika berlaku COVID-19, hospital ini adalah hospital utama untuk penyakit berjangkit iaitu COVID-19. Hampir keseluruhan dibawa ke Tumpat. Jadi, bila ia nya tidak dibaik pulih dan tidak diangkat dia punya status sebagai hospital yang dipanggil mesra untuk risiko bagi penyakit berjangkit seperti ini, kita akan menghadapi saat-saat yang berbahaya pula pada masa akan datang kerana ia juga hospital yang tidak ada pakar yang ramai. Sikit je pakar yang ada di Hospital Tumpat.
Begitu juga dengan perkara-perkara lain berkaitan dengan tourism sebagai contoh. Saya tahu ini di bawah Tourism tetapi dari segi perancangan ekonomi untuk RMK13, Kementerian Ekonomi kena melihat merentasi kementerian. Saya tak boleh panggil semua menteri datang sini. Jadi, saya perlukan satu jawapan tuntas daripada Kementerian Ekonomi untuk memberikan sokongan kerana Tourism berada di bawah Federal, bukan bawah kerajaan negeri. Di bawah Federal List, dia bukan bawah State List tapi kerajaan negeri buat juga.
Jadi dalam hal ini, kita memerlukan suatu — mungkin penilaian semula daripada pihak Kementerian Ekonomi untuk membantu kerajaan negeri khususnya di Tumpat ini bagi menaikkan taraf bandar tersebut kerana ini bandar yang tidak ada bandar.
[Ketawa] Tumpat adalah bandar yang tidak ada satu pun dewan. Dewan pun tak ada [Ketawa] hotel pun tak ada. Jadi bayangkan kita berada di sebelah Thailand. Sebelah sana bukan main gah, tiba-tiba sebelah kita ni macam — tak tahulah cakap macam mana. Jadi, macam tulah keadaan dia sebab itu saya bawa — terpaksa bawa Kamar Khas ini.
Dan saya kira saya bersedia untuknya dengan semua kementerian tetapi satu perubahan besar kepada semakan perlu dibuat dan saya mohon dari segi polisi untuk pihak Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah polisi sebenar yang kita ingin buat kepada bandar-bandar sempadan kerana kita lihat kalau kita compare antara Tumpat dengan Johor Bahru, sama-sama bandar yang paling hujung sebelum sampai negara lain. Dia punya beza itu jauh sangat. Jadi kita ni sama-sama Malaysia, jadi kalau boleh satu jawapan tuntas daripada pihak kementerian khususnya berkenaan dengan perancangan dan juga polisi supaya dia dilihat seimbang antara negara-negara ASEAN. Jadi sebelah sana jaga, sebelah sini tak jaga, dia jadi macam backfire baliklah kepada kita.
Dan satu lagi kerana sekarang ini dah dibuat suatu garis panduan ketat untuk apa — penyeludupan terdapat disekat menyebabkan aktiviti ekonomi rakyat yang bergantung kepada sumber-sumber itu tadi mereka akan tersepit, mereka tiada sumber yang lain. Jadi, sebab itulah kita memerlukan suntikan daripada Kementerian Ekonomi untuk mewujudkan sumber-sumber baharu. Tadi sebut tentang elektronik, tak mungkin. Yang kami boleh buatnya cuma pelancongan sahaja.
Jadi kalau dapat dibantu itu, saya rasa sangat dah membantu sama juga seperti dengan apa — bukan pelabuhan, jambatan tadi. Itu juga akan membantu kerana pihak JKR baru ini dah meluluskan RM9 juta untuk feri baharu Tumpat tapi feri baharu setiap dua minggu rosak. Jadi, tetap juga bermasalah dan inilah perkara yang saya rasa saya perlu minta perhatian daripada Kementerian Ekonomi. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Insya-Allah, kita akan memperbincangkan dan mengagihkan kepada kementerian-kementerian yang terlibat untuk cuba melihatkan secara keseluruhan. Memang dari segi pembangunan amat diperlukan. Kawasan saya juga mempunyai banyak penduduk di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses jalan raya.
Jangan kata dari segi hospital atau pun klinik. Jadi kita, insya-Allah akan usaha melihatkan bagaimana kita dapat bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang bertanggungjawab bersama untuk mencuba menyelesaikan ini dan saya akan cuba menjawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penginapan Yang Mencukupi Untuk MahasiswaSpecial Chamber
Terima kasih. Usul nombor 4, Yang di-Pertua. Isu penginapan mahasiswa amat kritikal. Asrama bukan sekadar nak tinggal tapi kemudian asas bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan selamat dan kondusif. Kekurangan asrama menjejaskan keselamatan pelajar yang terpaksa berulang alik jauh pada awal pagi atau lewat malam, menyebabkan kerugian masa dari segi pengangkutan, meningkatkan kos sara hidup akibat sewa rumah luar kampus yang tinggi serta membuka ruang eksploitasi sewa oleh pihak tertentu.
Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan dan Kementerian Tinggi berhubung perkara tersebut:
(i) apakah jumlah terkini pelajar tempatan dan antarabangsa di semua IPTA dan IPTS? Serta berapakah kapasiti asrama atau kolej kediaman yang disediakan dalam kampus dan luar kampus yang diselia oleh universiti?;
(ii) apakah nisbah semasa antara jumlah pelajar dengan jumlah penginapan rasmi?;
(iii) apakah data mengenai kekurangan kapasiti asrama iaitu bilangan pelajar yang tidak mendapat tempat kediaman dan terpaksa menyewa di luar dengan kos yang lebih tinggi?;
(iv) apakah garis panduan dalam prosedur operasi standard dari segi keselamatan khususnya mahasiswa yang menghadiri kelas awal pagi dan malam?;
(v) apakah kerajaan akan menyediakan subsidi atau bantuan penginapan kepada pelajar berpendapatan rendah?
Kerana sekarang ini yang di-cover untuk tahun pertama.
Tahun kedua, ketiga tidak ada;
(vi) apakah kerajaan mempunyai garis panduan atau kawalan kadar penginapan dan kemudahan asas mahasiswa di
sekitar kampus bagi mengelakkan caj sewa yang berlebihan?;
(vii) apakah langkah jangka pendek satu hingga tiga tahun dan jangka panjang lima hingga 10 tahun kerajaan dalam memastikan keperluan penginapan mahasiswa dipenuhi termasuk menambah kolej kediaman baharu dan menaik taraf fasiliti sedia ada?; dan
(viii) adakah kerajaan mempertimbangkan kerjasama awam- swasta, public private partnership (PPP) dengan pembelian kolej kediaman baharu untuk melampung kekurangan ini?
Tuan Yang di-Pertua, kesan dan natijah daripada isu ini telah membebankan ibu bapa serta menimbulkan tekanan ekonomi dan mental kepada mahasiswa. Ramai mahasiswa akhirnya terpaksa menyertai gig economy untuk menampung kos hidup lalu menjejaskan kualiti pembelajaran.
Jika berlarutan, ia akan mengurangkan nilai sebenar perlukan tinggi perkara negara kerana negara tidak mendapat pengalaman akademik yang sepenuhnya. Justeru, apakah strategi menyeru kerajaan untuk memastikan setiap mahasiswa dan mahasiswi mempunyai akses kepada penginapan yang selamat, selesa dan mampu milik, serta selaras dengan matlamat membina moral insan unggul bagi masa depan negara. Sekian, terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya menjawab soalan Kamar Khas pada hari ini bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.
Silakan.
Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa peka dan mengambil berat akan keperluan kemudahan penginapan untuk pelajar bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara serta terjamin semasa dalam tempoh pengajian di universiti. KPT telah membangunkan dasar kemudahan kolej kediaman di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) pada November 2024 dan menyasarkan untuk menyediakan kemudahan kolej kediaman sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar prasiswazah sepenuh masa secara fizikal menjelang tahun 2035 di semua IPTA seluruh negara.
Pada masa ini, peratus keseluruhan kapasiti kolej kediaman adalah sebanyak 55 peratus berbanding jumlah enrolmen di IPTA. Pembangunan dasar ini kini disusuli dengan pembangunan garis panduan pengurusan dan pembangunan kolej kediaman di universiti awam yang lebih terperinci sebagai panduan untuk diguna pakai oleh IPTA bagi mendepani isu-isu berhubung
penginapan pelajar. Ia dijangka tersedia sepenuhnya menjelang hujung bulan Disember 2025.
Kementerian berpandangan bahawa dengan adanya dasar dan garis panduan ini akan dapat mengetengahkan amalan terbaik dalam penyediaan dan pengurusan kolej kediaman yang bertunjangkan pada keperluan pembangunan pelajar universiti. Sehingga 31 Disember 2024, bilangan enrolmen pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah seperti berikut:
(i) 611,798 pelajar universiti awam meliputi 558,476 orang pelajar tempatan dan 53,322 orang pelajar antarabangsa;
(ii) 79,119 pelajar tempatan di politeknik;
(iii) 18,419 pelajar tempatan di kolej komuniti;
(iv) 593,837 pelajar meliputi 504,421 pelajar tempatan; dan
(v) 89,416 pelajar antarabangsa di IPT swasta.
Dalam hubungan ini, KPT sentiasa komited dalam memastikan semua IPT menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi menjamin kesejahteraan para pelajar termasuk yang menginap di luar kampus dan perlu menghadiri kelas pada awal pagi ataupun malam. Misalannya, KPT menyemak dan memperkemaskan prosedur operasi standard berkaitan keselamatan dan kecemasan termasuk prosedur keluar masuk pelawat di asrama serta tindak balas pantas sekiranya berlaku insiden.
Dalam masa yang sama, usaha berterusan juga sentiasa dilakukan bagi memastikan penginapan tersedia untuk pelajar sama ada melalui penyediaan kolej kediaman di dalam kampus mahupun penyewaan atau pembelian rumah kedai dan lot-lot rumah di kawasan projek perumahan yang baharu dan sedia ada bagi memastikan aspek kebajikan pelajar dapat diutamakan.
Bagi penginapan dalam kampus, kaedah penempatan pelajar di kolej kediaman yang diguna pakai di universiti awam adalah berlandaskan kepada sistem merit yang memberi keutamaan kepada pelajar daripada golongan sasar untuk mendapatkan tempat di kolej kediaman seperti berikut:
(i) aktif di dalam aktiviti kolej kediaman dan universiti;
(ii) Majlis Perwakilan Pelajar;
(iii) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman;
(iv) badan beruniform seperti PALAPES, KOR SUKSIS, Kesatria, Bomba, PBSM dan KOR SISPA;
(v) pelajar orang kurang upaya;
(vi) pelajar orang asli;
(vii) pelajar yang punya masalah kesihatan yang serius;
(viii) asnaf berkeperluan; dan
(ix) atlet mewakili negara.
Oleh itu, pelajar daripada golongan pendapatan rendah sememangnya menjadi sebahagian kumpulan yang diberikan keutamaan untuk mendapatkan penginapan dalam kampus. Ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Bagi menyantuni para pelajar yang tinggal di luar kampus, kementerian dengan kerjasama universiti awam turut memperkenal Inisiatif Rumah Siswa yang merangkumi dua elemen iaitu penubuhan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus
(UPLK) di semua universiti awam dan garis panduan pengurusan pelajar luar kampus. Melalui perwujudan dan pelaksanaan garis panduan ini, KPT komited untuk terus memastikan mahasiswa luar kampus sentiasa mendapat kediaman yang selamat, mampu milik dan kondusif.
Seterusnya, bagi memastikan kerajaan memenuhi keperluan penginapan mahasiswa di universiti secara berterusan, beberapa inisiatif jangka masa pendek dan jangka masa panjang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian seperti berikut.
Di bawah RMK12, KPT memfokuskan kepada usaha menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur dan peralatan usang di IPTA di seluruh negara secara berperingkat. Dalam konteks peruntukan pembangunan (DE), sebanyak 430 program ataupun projek baharu dengan siling keseluruhan projek berjumlah RM4.250 bilion telah diluluskan kepada KPT melibatkan 189 buah projek baharu, 204 projek sambungan dan 37 projek public-private partnership (PPP) di bawah RP5, RMK12. Daripada jumlah tersebut, terdapat 20 buah projek melibatkan kerja-kerja pembinaan naik taraf penginapan pelajar dengan jumlah siling keseluruhan berjumlah lebih RM138 juta.
KPT juga telah menerima kelulusan peruntukan bagi melaksanakan projek menaik taraf kemudahan usang ini melalui pelaksanaan Projek Infrastruktur dan Peralatan Usang 2021 berjumlah RM50 juta. Projek penyelenggaraan fasiliti universiti awam tahun 2023 berjumlah RM200 juta. Projek penyelenggaraan fasiliti di institusi pendidikan tinggi tahun 2024 berjumlah RM300 juta ribu dan projek penyelenggaraan fasiliti di institusi pendidikan tinggi tahun 2025 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM301.6 juta.
KPKT turut bersama-sama dengan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS) JPM kini sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan projek kolej kediaman baharu secara PPP melibatkan Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah secara request for proposal terbuka.
Selain itu, KPT melalui Jawatankuasa Pemandu Projek Kerjasama Awam Swasta (JPPKAS) KPT telah secara prinsipnya meluluskan cadangan Projek Kolej Kediaman Baharu secara PPP di UniSZA dan Universiti Malaya.
Pembangunan penginapan pelajar ini adalah satu pelan jangka panjang KPT untuk memastikan kemudahan sokongan iaitu ruang penginapan kepada pelajar dapat disediakan khususnya kepada pelajar golongan B40.
Kesimpulannya, KPT sentiasa prihatin akan kepentingan menyediakan kolej kediaman sebagai sebuah penempatan pelajar yang sejahtera, selamat dan berkualiti, inklusif juga bagi pembangunan insaniah dan pembentukan sahsiah pelajar yang merupakan tonggak penting kepimpinan masa hadapan negara.
Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih dan saya berterima kasih kepada YB Timbalan Menteri kerana menjawab bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang saya ingin kemukakan.
Pertama berkaitan dengan tanggungjawab dan aku janji, bila mana pelajar tersebut telah pun masuk ke universiti yang mana menjadi pelajar yang menerima kad matrik daripada mana-mana universiti. Isunya ialah isu keselamatan pelajar ini. Kerana saya percaya kita sedar tentang kes mati, kes rogol dan bunuh yang melibatkan pelajar IPTA baru-baru ini. Begitu juga dengan kes buli yang berlaku.
Jadi, kita tak semak sama ada yang meninggal ini budak-budak asrama ataupun luar asrama.
Sebenarnya daripada sudut keselamatan, kerajaan subjek kepada saman daripada para bapa sekiranya keselamatan ini tidak diberikan perhatian oleh pihak KPT. Jadi, dalam hal ini saya ingin tanya apakah polisi keselamatan untuk pelajar- pelajar yang tinggal luar daripada asrama iaitu unit penginapan luar kampus tadi.
Jadi, kalau dalam kampus ada warden, jadi untuk UPLK ini adakah juga mereka ini ada warden? Dan berapa jarak sebab rumah ini akan scattered, bukan berada setempat. Jadi, akan menyusahkan sebenarnya untuk warden ini dan berapa orang yang akan ditempatkan? Sejauh mana hubungan kita dengan pihak PDRM dalam usaha untuk menjaga keselamatan secara keseluruhan itu yang pertama?
Yang kedua, kita lihat juga bila tadi disebut antara pelajar yang akan diberikan keutamaan adalah pelajar yang terlibat sebagai jawatankuasa asrama.
Tapi kepada pelajar yang berada di luar, adakah wujud sebarang majlis ataupun council ataupun jawatankuasa yang melibatkan pelajar-pelajar sendiri dalam hal memperbincangkan tentang perkara berkenaan dengan penginapan ini? Kerana tadi disebut bahawa sekarang ini hanya 55 peratus sahaja yang dapat duduk dalam asrama. Jadi, kita percaya 45 percent daripada 600,000 ini besar jumlahnya. Jadi, mungkin hampir dekat, dekat dengan 300,000 yang berada di luar daripada kawasan asrama yang saya kira perlu ada satu perwakilan ataupun jawatankuasa dari pihak asrama yang bersekali dengan pihak IPT.
Dan yang ketiga, berkaitan dengan audit. Kalau di asrama, saya tengok — anak saya ada belajar di tiga universiti yang berbeza. Saya pergi UTM lain, saya pergi USIM lain, saya pergi UMK lain. Jadi, anak kita ini belajar. Sekarang ini pihak KPT dalam menentukan yuran asrama, yuran penginapan adakah kita akan melihat fasiliti yang dikemukakan itu sama ke tak sama [Tidak jelas] dari segi yuran, sama.
Yang kedua, dari segi audit. Bila mereka ini berada di luar asrama yang bukan berada dalam asrama dalam kampus. Mahasiswa yang berada di luar kampus ini, rumah mereka duduk, kadang-kadang satu rumah, mereka tempatkan 10 orang pelajar. Cukup, cukup untuk tidur sahaja. Meja pun tak ada. Jadi, dengan tak ada internet-nya, tak ada mejanya, tapi kita mengharapkan mereka akan jadi pelajar-pelajar terbaik mewakili negara. Jadi, adakah wujud sebarang audit oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa pelajar yang berada di luar kampus ini mendapat kemudahan-kemudahan? Kerana mereka ini dekat rumah dia ada segala bendalah. At least adalah katil dia, adalah meja dia. Tapi kalau di asrama ini seolah-olahnya hanya cukup makan.
Dan saya ingat juga oleh kerana isu ini, ramai pelajar-pelajar yang kita sekarang ini lihat kena sakit buah pinggang. Check, check balik kenapa? Mereka ini hidup dengan Maggi je. Sepanjang berada di asrama, bergantung hidup dengan Maggi. Jadi, ini kerana mereka dah tak mampu nak bayar asrama, nak bayar rumah sewa, pengangkutan lagi.
Jadi, saya harap perkara ini diberikan perhatian oleh pihak kementerian kerana kalau nak tunggu 2035 untuk 70 percent ini jauh. Jadi, kalau boleh ada satu tindakan segera yang dibuat jawatankuasa ke sekretariat ke segera untuk memastikan perkara ini kerana saya tak mahu kes buli, kes bunuh dan kes-kes lain yang melibatkan pelajar-pelajar menjadi satu fenomena yang akan berlaku dalam negara kita kerana ketidakmampuan kita menyediakan penginapan yang sebaiknya kepada pelajar dan juga imej kita kepada pelajar antarabangsa. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih atas prihatin kepada anak-anak Malaysia kami. Ia adalah satu perkara yang amat penting. Kita akan mengambilkan maklum dari segi maklum balas dan soalan-soalan Yang Berhormat telah memaklumkan. Saya akan memastikan bahawa KPT akan memberikan jawapannya secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Ekonomi. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar khas hari ini ditangguh sehingga hari Khamis, 9 Oktober 2025, jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.24 petang]