Dewan Rakyat · 9 October 2025
15th Parliament, session 4, meeting 3 · not final · 661 turns · 45,007 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.
1. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar]: Kangar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik pemain yang telah dinaturalisasikan sejak 2018 hingga kini, serta apakah kelayakan dan kriteria yang digunakan oleh kerajaan atau Persatuan Bolasepak Malaysia dalam proses penentuan seseorang pemain untuk dinaturalisasikan. Terima kasih.
Silakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih terhadap soalan sahabat saya dari Kangar. Berapa jumlah pemain bola sepak yang telah diberi taraf warganegara melalui jalur naturalisasi. Jawapannya 23 orang. Ya. Berapa banyak permohonan menjadi warganegara? 49,000. Berapa banyak lagi permohonan yang belum dibuat keputusan? 6,000. Sejak saya berada di sini ya. Berapa ramai pemain bola sepak? 23 orang. Baik. Bagaimana proses permohonan warganegara? Dibuat keputusan melalui naturalisasi mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 19. Ya. Iaitu, permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia yang datangnya dari warganegara asing. Isu ini berbangkit Tuan Yang di-Pertua, kerana tindakan yang diambil oleh FIFA ke atas pemain-pemain bola sepak Harimau Malaya. Jadi, saya
jelaskan dahulu bab KDN ini adalah dari hal permohonan menjadi warganegara dan proses yang kita guna pakai. Apa jalurnya? Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kerajaan untuk menimbangkan, memproses dan membuat keputusan tentang permohonan warganegara. Untuk membuat keputusan mengikut jalur 18 – Perkara 19 ini, ada tiga rukun. Yang pertama, pemohon itu sendiri kena memohon. Tak boleh melalui ejen. JPN tak pernah guna pakai khidmat ejen untuk permohonan warganegara. Ada tiga rukun: (i) pemohon kena bermastautin di sini dalam satu tempoh; (ii) dia kena berkelakuan baik, ya. Maknanya clear tapisan keselamatan; dan (iii) pemahaman bahasa Melayu yang mencukupi. Kemudian, bila kita semak perkara-perkara itu, dipatuhi. Di sana, itu sahaja tak cukup. Permohonan itu diproses mengikut juga Kaedah-kaedah Warganegara 1964. Itu membawa kepada Borang C yang dia kena isi. Kena ada pasport dia, kena ada dokumen dia, semuanya itu, pemohon ini patuhi. Maka permohonan warganegara diberikan, baik. Di sana, ada satu perkara lagi. Iaitu FIFA Statutes, yang ini antara Persatuan Bolasepak Malaysia dengan FIFA. FIFA-Statutes ini kata, bagi seorang yang nak bermain dengan sebuah negara ini, maka dia: (i) kena lahir di negara tersebut; (ii) ibu atau bapa pemain dilahirkan di negara tersebut. Bagi tujuh pemain ini ya; (iii) datuk dan nenek pemain dilahirkan di negara tersebut. Maknanya lahir di Malaysia; (iv) kemudian pemain telah hidup secara berterusan dalam mana-mana syarat a, b, c, d, mana-mana satu dipatuhi, maka pemain itu layak untuk mewakili negara dan berdaftar dengan FIFA. Itu urusan FAM. Jadi, saya jelaskan lagi sekali Tuan Yang di-Pertua, permohonan warganegara, berapa ramai yang jadi pemain bola yang bermain bola kita luluskan, 23. Termasuk tujuh yang terbaru. Apakah jalur perundangan yang kita rujuk? Perlembagaan Persekutuan. Lagi? Kaedah-kaedah Warganegara 1964. Lagi? Dia mohon sendiri. Prosesnya
cukup teliti. Datang, kita ambil biometrik, kita temu bual dia, lengkap. Maka dia dapat warganegara. Okey. Hal kelayakan dia dengan FIFA, itu urusan FAM dengan FIFA yang sekarang ini sedang diuruskan di peringkat rayuan dan sebagainya. Terima kasih.
Kangar.
Yang Berhormat, peraturan Dewan. 24(5). Yang Berhormat Menteri menyebut tadi tentang 19(1)(c) iaitu bila saya refer balik, dia mempunyai pengetahuan yang memadai, bukan mencukupi. Jadi, saya mohon diperbetulkan. Sebab ini, terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Kangar.
Okey, terima kasih YB Menteri, jawapan yang nampak telus. Dan baru-baru ini, memanglah FIFA telah mendakwa bahawa Malaysia telah mengemukakan dokumen palsu dalam proses mendapatkan pemain warisan. Dan ini dianggap sebagai bukan isu teknikal, malah dianggap sebagai palsu. Difahamkan, JPN di bawah Kementerian Dalam Negeri dikaitkan apabila didakwa telah mengeluarkan surat. Surat yang mengiktiraf kononnya nenek, datuk, nenek moyang mereka ini lahir di Pulau Pinang, di Melaka. Ini saya rasa apa YB Menteri faham. Dan, maklumat daripada FIFA sebaliknya. Sebaliknya. Dan ini telah mencetuskan... [Dicelah]
Sila tanya soalan.
Okey, soalan— mencetuskan polemik ya, dan menjejaskan imej Malaysia di peringat antarabangsa. Soalan saya, berapa lamakah masa yang diambil oleh JPN untuk menyiapkan dokumen pemain-pemain, sebelum diserahkan kepada FAM, itu satu.
Seterusnya, jika betul berlaku pemalsuan, siapakah pihak yang bertanggungjawab? Kerana isu ini amat memalukan negara. Ketiga, seterusnya, apakah tindakan proaktif KDN dalam menyelesaikan isu ini? Dan, yang terakhir, setelah tamat proses rayuan dengan FIFA, adakah kerajaan bersedia menubuhkan RCI untuk menyiasat kes ini? Kerana ia adalah skandal terbesar abad ini yang melibatkan pasukan bola sepak Malaysia dan agensi kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Kangar. Empat perkara. Bunyi itu gerunlah, tapi meriam kapoq lah yang naik macam itu. Ya, Saya dah sebut tadi, perkara Perlembagaan Persekutuan tak boleh main- mainlah. Saya jawab dalam Parlimen. “Skandal terbesar abad ini” apa? Ya. Bagaimana kita proses Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan? Saya dah sebut masa kita bahas Perlembagaan isu warganegara. Jalur nak jadi rakyat ini, nak jadi warganegara, 15(1), 15(2), Perkara 16, Perkara 19, Perkara 30. Kita proses Perkara 19. Ada kepatuhan? Semua patuh. Patuh Perlembagaan? Ya. Patuh tak Kaedah-kaedah Warganegara 1964? Ya. Borang apa? Borang C. Dia datang sendiri? Ya. Semua proses kita patuh. Baik. Kemudian, dia tanya berapa lama kita proses dia.
Puan Sri Speaker.
Saya kata ada tiga perkara.
Peraturan Dewan.
Saya tengah jawab, Yang di- Pertua. Bagi saya jawab dululah.
36(6). Peraturan Dewan dululah.
Ya. Tengah jawab.
36(6).
Biar Menteri jawab dulu.
Sabar dululah. Saya kata Perkara 19 ada tiga rukun, termasuk syarat bermastautin. Syarat pemastautin di bawah akta― undang-undang lagi ini. Parlimen lulus. Nak buat perkara, nak jawab, rujuk undang-undanglah. Okey, ya? Kita buat undang-undang ini dalam Parlimen. Saya sedang jawab dalam Parlimen. Saya ada tanggungjawab dan saya ada pertanggungjawaban. Akta Pendaftaran Kelahiran ini memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri― saya dan Menteri-menteri sebelumnya untuk turut mengguna pakai Seksyen 20(1)(e)1 untuk memberikan pengecualian bagi syarat pemastautin dan itu saya guna pakai ya, untuk memberikannya. Dan sebab itu, bila tertib ini semua kita selesaikan, menjawab soalan apakah proses pemberian warganegara terhadap tujuh pemain ini mematuhi semua peruntukan Perlembagaan, akta, Kaedah 1 Pindaan oleh YB. Menteri Dalam Negeri melalui surat bertarikh 10 Oktober 2025
Warganegara dan Perlembagaan Persekutuan. Jawapannya, ya. Bold. Sangat jelas. Okey, ya? Di sana ada FIFA Statutes. Itu soal pemain warisan dan kelayakan. Itu FIFA dan juga FAM. FIFA kata maklumat yang diberikan itu sebagai palsu. Itu FIFA ya. FAM kata ini maklumat yang pemain bagi. Itu maklumat pemain. Jadi, biar dispute itu mereka selesaikan. Dari sudut Perlembagaan, sangat jelas yang saya berikan. Terima kasih.
Peraturan tadi, 36(6).
[Bangun]
[Bangun]
Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain. Yang Berhormat Menteri sebut kepada Kangar...
Peluru kapoq.
Peluru kapur. Tak bolehlah macam itu. Menjawab elok-eloklah. Sebab orang tanya― sebab, benda yang dibangkitkan ini, benda yang dibangkitkan ini sebab dah berlaku...
[Dewan riuh]
FIFA telah mengesan ada penipuan. Jadi, dia bangkit, dia tanyalah. Tak bolehlah jawab peluru kapoq, nak tembak tak ada peluru. Jangan macam itu, Menteri. Kita― Menteri ini dia kena jawab mengikut apa yang fakta. Tak perlulah nak sindir apa semua macam itu. Tak boleh. Ini, saya minta tarik baliklah peluru kapur itu.
Saya minta...
Soalan satu pun tak jawab, Menteri.
36(6). Minta tarik balik. Tak boleh macam itu. Orang tanya ikhlas sebab benda yang dah berlaku. FIFA mengesan, kita Malaysia tak kesan. Benda yang berlaku penipuan menyebabkan imej negara kita sangat tercemar sekarang. Saya minta Menteri tolong tarik baliklah. Tak payahlah macam itu.
Dan soalan satu tak jawab tadi, walaupun peluru kapoq.
[Bangun]
Yang lain duduk.
Masa kita mengaji bahasa Melayu di sekolah dulu, itu dipanggil metafora...
[Dewan riuh]
Yalah. Terima kasih.
Bangi.
Ya. Terima kasih.
Kita mengaji masa metafora itu masa kita belajaq...
Yang Berhormat...
...Tapi tak bolehlah diguna bila jawatan Menteri tu dok ada. Kena jagalah disiplin. Inilah Menteri mai pintu belakang ni.
Yang Berhormat pun jagalah disiplin. Sila duduk.
Ini Menteri mai pintu belakang.
Yang Berhormat.
Dia tak bertanggungjawab pada rakyat.
Yang Berhormat.
Ni habis mengaji dah ni. Dulu mengaji habis dah.
Boleh, Timbalan Yang di-Pertua?
Bangi.
Baik. Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Selamat kembali Puan Yang di-Pertua. YB Menteri, saya mendengar dengan teliti apa yang YB Menteri dah maklumkan kepada Dewan yang mulia ini. Kalau kita tengok Perkara 19, YB Menteri, seperti yang YB Menteri maklumkan juga, ada beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh seorang pemohon, iaitu, pertamanya, dia kena bermastautin di dalam negara untuk satu tempoh, dia berkelakuan baik dan dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu. Untuk tujuh player ini yang menjadi pertikaian ini, soalan saya, adakah mereka telah memenuhi ketiga-tiga keperluan yang ada dalam Perkara 19, terutama sekali keperluan permastautinan dan juga keperluan mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu? Sebab, di luar sana polemik yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan sama ada mereka ini telah pun memenuhi keperluan- keperluan ini, Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat jawab persoalan ini dengan tuntas supaya tidak ada lagi polemik berkenaan dengan JPN dan KDN mengenai perkara ini. Sekian, terima kasih.
Silakan, Menteri.
Terima kasih sahabat saya dari Bangi. Tadi saya sebut dalam mengguna pakai Perkara 19, ada tiga rukun yang mesti dipatuhi, ya. Dan Perkara 19 ini, Yang di-Pertua, bukan hanya untuk pemain bola. Amalan KDN dan JPN semasa saya dan sebelum-sebelum ini pun ada yang kita bagi pada ahli gimnastik negara. Ada yang kita bagi pada atlet pejalan kaki mewakili negara― Yuan Yufang. Ada yang kita bagi kepada atlet menembak― Irina Maharani. Then, dia jadi jurulatih. Ada yang kita bagi pada pemain bola keranjang, jurulatih badminton― banyak. Ada yang kita bagi pada ahli sains, doktor, jurutera, CEO. Ini semua kita bagi mengikut jalur 19. Dan pemberian warganegara mengikut jalur atau fasal 19 ini, Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan ini, syarat yang ditanya oleh Bangi tadi yang juga di luar adalah apakah tempoh pemastautin itu dipatuhi. Okey, ya. Dalam Perlembagaan juga, ada satu seksyen namanya seksyen 20(1)(e), di mana Menteri boleh menggunakan kuasa budi bicaranya. Kuasa 20(1)(e) ini, Bangi, bermaksud maksud pemastautin itu sepertimana dalam Perlembagaan adalah keberadaan pemohon itu, di luar pun bolehlah dianggap bahawa dia bermastautin dalam negara. Begitu bahasa perundangan dalam buku ini, dalam kitab ini, ya. Maka, saya guna pakai Seksyen 20(1)(e)2 ini bagi memenuhi syarat pemastautin itu. Baik. Pengetahuan bahasa Melayu yang mencukupi ataupun sahabat saya Jerlun kata memadai. Mencukupi, memadai. Maknanya, kita cakap, dia faham. Dalam Dewan ini juga saya sebut, ada permintaan Ahli-ahli Parlimen, “Boleh tak syarat penguasaan bahasa Melayu ini dipermudahkan terutama bagi pemohon warga emas?” Dalam Dewan ini saya sebut, markah penuh lapan, sekarang saya turunkan kepada dua. Kita guna pakai bagi ujian biasa. Tapi, dalam kes ini, saya guna pakai kuasa di bawah seksyen 20(1)(e) Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin. 2 Pindaan oleh YB. Menteri Dalam Negeri melalui surat bertarikh 10 Oktober 2025
2. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin]: Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bunga tanjung di tepi laman, Harum baunya menyentuh rasa, Biar bertanya berlapik soalan, Asal terpelihara adab bangsa. Gunung Ledang tinggi menjulang, Tempat pahlawan berjanji setia, Amanah bangsa bukan sembarang, Soalan ditanya demi nasib pekerja. Tampin meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan perancangan kementerian bagi melaksanakan perlindungan keselamatan sosial 24 jam sehari kepada semua pekerja termasuk mereka yang bekerja secara syif, sambilan dan pekerjaan gig. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahli dari Tampin dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dia bagi pantun, saya jawablah. Cuba menyenduk baki di hujung, Periuk hitam penuh jelaga; Ayam berinduk sirih berjunjung, Tiap pekerja harus dijaga. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA sentiasa komited untuk memperkukuhkan sistem perlindungan sosial negara agar lebih menyeluruh, inklusif dan mampan. Melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO, KESUMA terus melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan para pekerja dilindungi sepenuhnya dan sasaran kita adalah perlindungan sebanyak ataupun selama 24 jam sehari. Namun begitu, realiti semasa menunjukkan bahawa masih ada banyak jurang dalam sistem sedia ada. Berdasarkan statistik PERKESO, bagi tempoh antara 2018 hingga 31 Ogos tahun ini, 2018 hingga 2025, 31 Ogos sebanyak 538,000 kes permohonan diterima oleh PERKESO dan daripada jumlah itu hampir 27,000 kes tuntutan telah ditolak dan antara kes yang ditolak itu 87 peratus adalah disebabkan kerana kes-kes tersebut bukan bencana kerja. Maka, apabila sesuatu kes itu diputuskan sebagai bukan bencana kerja, orang berinsurans (OB) dan orang tanggungan (OT) tidak layak untuk menerima sebarang faedah di bawah peruntukan Akta 4. Keadaan ini sudah tentu bukan saja memberikan kesan kewangan kepada pekerja dan keluarga mereka, malah turut memberi tekanan kepada sistem kesihatan
awam negara, contohnya laporan audit yang baru-baru ini menunjukkan tunggakan bil perubatan sehingga 31 Disember sebanyak RM360 juta. Jadi, untuk menangani cabaran ini, kerajaan ataupun KESUMA berhasrat untuk memperkenalkan satu Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan ditadbir oleh PERKESO di bawah kerangka Akta Kerja yang saya sebut tadi ataupun kerangka lindung pekerja. Melalui pelaksanaan SKBBK ini, perlindungan 24 jam akan diberikan kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan. Dengan pelaksanaan SKBBK ini kelak, bayaran bil perubatan pencarum yang mengalami kemalangan bukan bencana kerja contohnya, akan ditanggung oleh PERKESO. Jadi, kita yakin bahawa langkah ini bukan saja akan mengurangkan beban kewangan pekerja, keluarga, tetapi juga mengurangkan beban kepada sistem kesihatan awam negara. Jadi, saya mohon nanti kalau dibentangkan dalam Parlimen ini sokongan daripada semua pihak. Terima kasih.
Tampin.
Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan perincian yang telah dikemukakan. Saya menyambut baik hasrat tersebut dan saya juga percaya golongan pekerja turut bersama dengan kerajaan dalam perkara ini. Perlindungan sosial 24 jam bukan hanya soal kebajikan, tetapi merupakan strategi ekonomi jangka masa panjang yang boleh mengurangkan kos sosial dan mengukuhkan daya saing negara. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah sekiranya perlindungan sosial 24 jam ini diperluaskan kepada golongan suri rumah, penjaja dan lain-lain? Serta, adakah KESUMA berhasrat untuk mempertimbangkan agar golongan pekerja asing turut dilindungi skim perlindungan sosial 24 jam ini? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Pertama, tentang pekerja gig ataupun pekerja asing. Dua-duanya kalau mereka berdaftar di bawah kerangka Akta 4, Akta PERKESO, skim lindung pekerja, maka mereka akan layak untuk menikmati Skim Keselamatan Sosial di Luar Bencana Kerja ataupun SKBBK, itu satu. Keduanya, suri rumah. Saya memang cukup tersentuh bahawa YB Tampin ini dia ada keprihatinan terhadap warga suri rumah sebab kita anggap mereka walaupun kadangkala kita lihat suri rumah ini dia kata dia bukan pekerja, dia tak ambil
gaji, dia tidak menyumbang kepada ekonomi, tetapi sebenarnya mereka ini cukup menyumbang. Sayang orang rumah. Syabas kerana sayang orang rumah, mereka cukup antara orang kata barisan hadapan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Kalau tidak ada golongan suri rumah dalam ekonomi jagaan ataupun care economy, ekonomi ihsan ini, maka tidak mungkin kawan-kawan kita di sini. Kalau isteri tak jaga rumah, kita pun tak boleh keluar untuk berkhidmat untuk rakyat. Jadi, itu penting dan suri rumah ini, orang pergi kerja kat luar, dia ada punch in, punch out. Suri rumah ini tidak ada punch in, punch out.
24 jam [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jadi, memang 24 jam. Justeru, di bawah Skim Lindung Kasih, nama pun cantik, lindung kasih, suri rumah sememangnya diberi perlindungan 24 jam oleh kerajaan.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Terima kasih Menteri. Saya mengambil...
Gombak, sebelah sini.
Sebelah sini, Gombak, Gombak sabaq sat.
Pendang.
Saya punya turn actually. Kita punya turn.
Sebelah sini. Pendang.
Terima kasih. Terima kasih Puan Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bagi laluan sebab saya punya turn. Bukan saya nak ambil Menteri Besar punya. Tapi, walau macam mana pun, pada 2020 kita dikejutkan di seluruh dunia dengan satu virus yang disebut COVID yang menyerang seluruh dunia. Jadi, masa itulah COVID-19 ini menyebabkan wujudnya pasaran baharu iaitu perkhidmatan servis gig ekonomi ini. Sebelum ini tak ada.
Jadi, oleh sebab itu, saya nak tanya kepada Menteri, berkenaan perancangan kerajaan. Sejauh manakah pekerja dalam sektor ekonomi gig ini seperti pemandu, penghantar makanan, dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, memandangkan mereka ini hanya akan mendapat perlindungan sekiranya mencarum secara aktif. Maknanya tahun ini dia carum, tahun depan dia tak carum, makna tak aktiflah tu. Jadi, tak ada coverage kalau berlaku kemalangan pada the next following year. Okey, dengan izin. Dan apakah langkah kerajaan memastikan penyedia platform ataupun majikan yang menjana keuntungan besar turut mencarum untuk menanggung sebahagian daripada caruman pekerja-pekerja gig ekonomi ini? Iaitu caruman PERKESO dan EIS bagi pihak pekerja gig, agar wujud tanggungjawab sosial korporat yang setara dengan keuntungan mereka. Sekian, terima kasih. Soalan saya begitu.
Silakan Menteri jawab.
Terima kasih dan terima kasih kepada saudara YB Pendang yang telah menanya soalan tentang perlindungan kepada pekerja gig walaupun ini tentang SKBBK, tapi saya ambil juga sebab beliau juga antara orang yang penting masa itu untuk memastikan perlindungan PERKESO yang lebih baik zaman beliau menjadi Timbalan Menteri di KESUMA. Dan juga sebenarnya benda ini kita dah bincang YB Pendang, masa kita berbahas RUU Pekerja Gig, tapi ketika itu YB direhatkan. Jadi, mungkin tidak ada kesempatan untuk mendengar hujah-hujah saya. Tapi, saya rasa penting untuk saya ulangi benda ini. Di bawah RUU Pekerja Gig ini, skim PERKESO yang lebih baik akan ditawarkan kepada pekerja gig. Contoh satu. Kalau sebelum ini pekerja gig macam seperti yang YB Pendang kata, dia kalau dia kena bayar dulu, dia kena prepaid. Dia bayar dulu baru dia boleh dapatkan perlindungan. Kalau terputus bayaran, maka terputus perlindungan, tapi selepas adanya RUU Gig, kita bagi perlindungan dulu. Maksudnya, dapat perlindungan, dia dah daftar sebagai pekerja gig. Walaupun belum bayar satu sen pun, tapi dah daftar hari itu dia menunggu untuk dapatkan job dah on app itu malang tidak berbau berlaku kemalangan. Walaupun satu sen belum bayar kepada PERKESO, kita anggap sebagai dah bayar dan beri perlindungan penuh. Itu antaranyalah yang kita lakukan untuk memastikan satu model yang lebih baik hasil daripada sesi libat urus juga dengan rakan-rakan di dalam Dewan yang
mulia ini dengan pemegang taruh di luar sana sebab kita nampak ada kelompangan dalam sistem yang sedia ada, maka ditambah baik. Ada banyak lagi perkara, mungkin dalam keadaan sekarang ini tak sempat nak habiskan. Lagi satu contoh, kita buat secara automatik, potongan secara automatik dan berhemah ataupun easy payment-lah dengan kata mudah, kalau hat sekarang la ni, dia kena bayar sekali gus, ada empat pakej. Pakej pertama, RM157.80 setahun. Pakej yang paling akhir, pakej keempat lebih kurang RM600 setahun. Dia kena bayar dulu, baru dapat perlindungan, tapi selepas adanya RUU Pekerja Gig ni, kita buat easy payment, dia beransur-ansur secara automatik dia akan potong, potong berapa? 1.25 peratus ataupun setiap RM1, dia potong satu sen. Ini easy payment. Kaedah pembayaran mudah untuk memastikan pekerja gig ini tidak terputus caruman, tidak terputus perlindungan dan dia affordable ataupun mudah ataupun mampu dibiayai oleh pekerja gig.
Dari segi untuk masa sekarang, memang skim PERKESO untuk pekerja gig ini akan dicarum, dibayar sendiri oleh pekerja gig itu. Dan setakat ini, belum ada lagi rancangan untuk mengenakan kepada syarikat. Tetapi, ini saya anggap sebagai satu cadanganlah untuk penambahbaikan masa depan. Sebab― kenapa? Sebab, mereka ini tidak ditakrif di bawah pekerja dalam erti kata konvensional. Mereka tetap― walaupun dengan akta baru ini, kita nak mengekalkan sifat keanjalan pekerjaan itu. Fleksibiliti. Mereka pun mahu. Dia nak jadi freelancer. Dia tak nak jadi pekerja sepenuh masa. Jadi, sebab dia tidak masuk dalam kerangka pekerja sepenuh masa, maka untuk tujuan PERKESO, skim Lindung Kendiri, mereka akan membayar tetapi liabiliti bayaran itu― itu satu lagi penambah baik. Kalau dulunya liabiliti pembayaran, kalau tak bayar, pekerja yang kena. Tapi, selepas RUU Pekerja Gig, liabiliti akan diletakkan atau tanggungjawab akan diletakkan di atas syarikat untuk membantu mencarum dan membayar kepada PERKESO. Sekian, terima kasih.
Puan Speaker.
Saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli.
Puan Speaker, Puan Speaker, saya nak ucap terima kasih Menteri yang profesional, educated, cara menjawabnya sangat berfakta.
Cukup, cukup. Sila duduk.
Ini yang saya— kita nak Menteri macam inilah. Menteri macam ini kita hendak. Profesional. Terima kasih, Menteri. You are good.
Pendang.
Then, you ada plan for future. Thank you very much.
Saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.
3. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun]: Terima kasih. Dungun minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan garis panduan kementerian bagi memastikan majlis rasmi termasuk yang ditaja pihak swasta atau industri mematuhi Pekeliling Perkhidmatan 3/2003 khususnya larangan menghidang minuman beralkohol dalam program rasmi kerajaan. Terima kasih.
Saya jemput Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peraturan mengenai keraian rasmi dan Pekeliling Perkhidmatan 3/2003 hanya terpakai bagi jamuan rasmi kerajaan yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Saya kasi— Tuan Yang di-Pertua, saya kasi jelas sikit. Akhir saya mahu bagi tahu, ini tidak terlibat sama, apa ini― program bukan rasmi. Mula-mula kita memang berundingan sama penggiat industri pelancongan, tetapi penggiat industri pelancongan tiada confident pasal ini Global Travel Meet 2025, pertama kali kita tubuhkan di Malaysia secara di negara kita. Jadi, kita bukan nak minta B2B tempatan, kita B2B antarabangsa. Penggiat industri pelancongan antarabangsa. So, penggiat industri pelancongan, dia kata, “Kamu orang mula dulu, belakang kalau kita boleh, kita masuk.” Jadi, akhir sekali, kita itu, kita mula. Itulah, kita daripada Tourism Malaysia penghujung bulan Julai ataupun awal bulan Ogos, kita hantar surat. Memang itu ada terlibat sama gala dinner. Kita bagi tahu itu angkat keluar, kita cuma ada pameran saja. Tapi, gala dinner kita masih continue lagi, runding sama penggiat industri. Inilah pameran itu B2B kita mengadakan di WTC Kuala Lumpur. Kita bagi...
Yang di-Pertua, bahasa kurang fahamlah.
Faham, faham.
Kalau Hulu Terengganu...
Tak faham bahasa yang digunakan. Kurang jelas.
Yang Berhormat.
Kita fahamlah.
Kalau Yang Berhormat tak faham, boleh keluar. Teruskan.
Kita...
Bahasa Melayu pun tak faham.
Kita, pameran di WTC Kuala Lumpur itu memang officially anjuran daripada Tourism Malaysia, tapi kita mahu save cost, kita masih lagi continue. Kita penggiat industri pelancongan, kita runding sama dia. Dia kata tunggu dulu, tunggu dulu. Akhir sekali, kita sudah mahu sampai tiba masa 1st October sampai 3 hari bulan Oktober, itu program mahu start. Kita terpaksa 24 hari bulan September, kita keluar surat. Ada punya 22 hari bulan September, kita sudah keluar surat bagi jemputan gala dinner, kita anjur. Tetapi, bila program jalan 1st October, kita terperanjat ada begitu ramai penggiat industri pelancongan daripada antarabangsa around 600. Enam ratus penggiat industri pelancongan daripada luar negara. Dia orang pun pameran itu hari petang dia orang sudah jual dekat 100 juta, termasuklah Muslim friendly package. Akhir sekali, dia orang tiga hari itu dia orang dapat 420 juta. Itulah dia orang kata dia orang sudah dapat 100 lebih juta, dia cakap, “Okey, kamu orang punya gala dinner, kita penggiat industri pelancongan, kita take over”. Jadi private function. Cuma, saya buat kesilapan, saya itu malam saya tidak umum ini tidak ada lagi jadi official dinner. Itulah kita punya backdrop tiada penganjuran. Anjuran daripada Tourism Malaysia. Cuma, kita punya logo sana ada tulis― saya tahu itu masa backdrop sana, dia orang kasi tunjuk di Facebook ataupun TikTok, dia ada tunjuk itu saja― Tourism Malaysia atau Visit Malaysia 2026. Itu saja. Lain-lain bawah punya semua tidak keluar. Bawah punya industri player semua tidak keluar. Inilah kita dalam ini, saya sekali lagi saya dekat sini, itu dinner bukan rasmi, is a private function.
Oleh itu, Pekeliling Perkhidmatan 3/2003 tidak terpakai dan isu berkaitan minuman beralkohol tidak sepatut ditimbul. Saya, pihak MOTAC, sama MOTAC dengan penuh tanggungjawab, dengan takzim menyesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. MOTAC juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas nasihat, teguran membina dan sokongan berterusan terhadap usaha kementerian dalam menggesakan industri pelancongan, seni dan budaya negara. Sekian, terima kasih.
Dungun.
Terima kasih. Dalam kenyataan Yang Berhormat Menteri, sepertimana yang telah dilaporkan oleh The Star bertarikh 5 Oktober 2025, menyatakan bahawa cadangan supaya penganjuran Gala Dinner Global Travel Meet 2025 ini diambil alih oleh pihak swasta telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri demi untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Ini bermakna ia nya masih acara rasmi apabila diluluskan oleh Menteri Pelancongan. Maka, saya ingin untuk kita pastikan bahawa perkara ini tidak berulang untuk masa yang akan datang kerana melibatkan garis panduan kementerian. Majlis, apabila diluluskan oleh Menteri Pelancongan, menjadi majlis rasmi dan ia pula adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan 3/2003. Oleh itu, saya pohon supaya penjelasan yang diberikan juga mengandungi permohonan maaf kepada rakyat Malaysia daripada kesan apa yang telah dilakukan ini... [Tepuk] The damage has been done, tetapi ia mesti menjadi peringatan. Pohon penjelasan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tadi saya sudah diterangkan. Tadi kelulusan itu kita memang daripada rasmi, kita hand over bagi private sector menjalankan dia punya majlis. Itulah saya tadi saya kata, kemungkinan saya punya kesilapan patut itu malam saya umum, “Sekarang bukan daripada kita”. Memang itu surat daripada awal kita sudah keluar. Jadi, ada keliru sikit macam tadi saya kata, tadi kita sudah bagi tahu, sekarang saya kesulitan timbul ini yang amat dikesali. Kita nampak, kita pun lihat WTD, WTC baru-baru kita anjur di Melaka. Tak usah kata itu launching Visit Malaysia 2026. Kita pun ada majlis sana. Ada alkohol kah? Tak ada.
Kementerian sudah dua, tiga tahun. Kita di negara kita, kita mana-mana kita ada majlis banyak juga, ada alkohol kah? Tidak ada. Kita faham. Kita mesti tegaskan kita punya, apa itu Pekeliling Perkhidmatan 3/2023. Itulah tadi saya katakan, Perdana Menteri bagi nasihat, kita setuju, kita terima. Saya kata, jangan kita ulang jadi politik. Kita macam tuduh. Macam kita menghina orang Islam, kita tak ada hina. Kita dalam masa buat apa-apa anjuran, kita tak buat ada alkohol di atas meja. Saya harap Yang Berhormat Dungun, kalau ada apa-apa tak faham lagi, nanti kita berbincang, okey.
[Bangun]
Sri Aman.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya telah mendengar penjelasan atau jawapan Yang Berhormat Menteri ke atas soalan Yang Berhormat Dungun dengan teliti. Saya lebih pentingkan penganjuran Global Travel Meet 2025 yang melibatkan kementerian Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat menjelaskan ia tidak formal ataupun tidak rasmi. Maka, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri secara terperinci. Apakah impak sebenar serta nilai tambah penganjuran tersebut kepada ekonomi negara yang telah terhasil dari penganjuran tersebut? Dan bolehkah kementerian ataupun Menteri mengatakan secara khusus, bagaimana hasil penganjuran program ini dapat menyokong objektif ataupun matlamat Tahun Melawat Malaysia 2026 serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelancong in this region, dengan izin, ataupun serantau? Sekian. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Itulah, ini Global Travel Meet 2025. Memang kita boleh nampak hasil daripada sekarang, daripada pakej-pakej, deal sama B2B. Kita nampak jumlah yang begitu besar, RM420 juta. Dia orang tidak yakin mula-mula boleh dapat. Dia orang mula-mula kita berbincang, dia kata kemungkinan ini anjuran boleh dapat RM50 juta, RM60 juta sahaja kemungkinan, because this is the first time, pertama kali dalam sejarah, tadi saya kata tubuhkan ini Global Travel Meet. Kita semua jual kepada antarabangsa. Itulah kita impak sekarang. Kita rundingan B2B, perdagangan, perniagaan antara penggiat industri tempatan dan antarabangsa, pakej pelancongan kerjasama online travel agency dan MICE yang nilai keseluruhan berjumlah RM420 juta.
Dan daripada itu, anggaran sekitar itu, kurang lebih RM80 juta disambungkan oleh segmen pelancongan mesra Muslim, khususnya daripada pasaran Asia Tenggara, Timur Tengah, China, termasuklah Turki dan lain-lain. Jadi, memang daripada ini impak pun boleh bertolongan kita. Kita lebih 100 wartawan antarabangsa datang juga liputan program ini. Itulah, dia orang nampak program kita yang ada di WTC. Kita memanglah ada perbezaan daripada dia orang dengar, banyak perbezaan besar dia orang nampak. Banyak destinasi yang cukup boleh attract pelancong-pelancong. Bila dia orang balik, dia orang kata full force buat promotion untuk Malaysia kita, untuk Visit Malaysia 2026. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, saya nak untuk ini. Yang Berhormat Menteri cukup mengelirukan Dewan yang mulia, Tuan Speaker.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri. Masjid Tanah, sila duduk. Masa sudah 10.45. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Bukan kali pertama dibuat. Ini adalah kali kedua. Kali pertama pada 2023 dan 2024. Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan.
Yang Berhormat, amaran pertama. Yang Berhormat, sila duduk.
Speaker, air minuman lain banyak lagi. Kenapa arak di hidang juga? Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan Sungai Siput nombor 1.
1. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan untuk merombak dan menambah baik Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang yang antara lain gagal menjalankan tanggungjawab statutorinya di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 sejak tahun 1985.
Silakan Menteri.
Ya, Puan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI amat prihatin dalam melaksanakan agenda reformasi undang-undang, termasuklah peperiksaan kemasukan dalam profesion undang-undang. Sejak tahun lepas, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah secara aktif meneliti penambahbaikan kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang di Malaysia dari segi struktur dan governance, selaras dengan peredaran zaman dan masa. Dalam tempoh tersebut, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM telah mengadakan sesi libat urus berkenaan perkara ini bersama pihak-pihak berkepentingan dalam profesion undang-undang untuk mendengar pandangan semua pihak. Termasuk antara lain, Lembaga Kelayakan Majlis Peguam Malaysia, kakitangan akademik daripada fakulti undang-undang institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar undang-undang sendiri. Hasil daripada penelitian terperinci tersebut, kerajaan pada 1 Ogos 2025 telah bersetuju secara prinsip dengan beberapa penetapan dasar untuk menambahbaikkan Lembaga Kelayakan. Penetapan dasar ini antara lain adalah untuk menjadikan Lembaga Kelayakan secara sebuah pertubuhan perbadanan, body corporate. Penetapan ini akan meningkatkan akauntabiliti Lembaga Kelayakan kepada Parlimen, di mana antara lain, akan menjadi wajib untuk Lembaga Kelayakan mengemukakan laporan aktiviti tahunannya ke Parlimen.
Kedua, untuk keahlian Lembaga Kelayakan ditambah supaya lebih inklusif dengan meningkatkan perwakilan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam profesion undang-undang seperti antara lain, tambahan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, kakitangan akademik daripada fakulti undang- undang, institusi pengajian tinggi swasta dan pengamal undang-undang daripada Sabah dan Sarawak. Ketiga, supaya jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Kelayakan diwujudkan dan Lembaga Kelayakan juga akan dikehendaki untuk bermesyuarat tidak kurang daripada enam kali setahun. Adalah diharapkan dengan penambahbaikan ini, Lembaga Kelayakan akan menjadi lebih efektif dan efisien dalam menjalankan fungsi tugas-tugas berhubung kelayakan kemasukan dalam profesion undang- undang. Berkenaan dengan isu Lembaga Kelayakan yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab statutorinya di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, adalah dipercayai perkara ini merujuk kepada keputusan Lembaga Kelayakan untuk tidak lagi membenarkan pendaftaran bagi kerani berartikel. Dalam hal ini, Lembaga Kelayakan telah mengemukakan justifikasi untuk tidak lagi membenarkan pendaftaran bagi kerani berartikel, termasuk antara lain, bahawa tiada infrastruktur yang tersedia untuk menjalankan kursus kerani berartikel dan terdapat laluan yang mencukupi untuk melayakkan pelajar undang-undang menjadi peguam bela, peguam cara di Malaysia. Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, pada Mac 2025, Lembaga Kelayakan telah mengemukakan cadangan untuk pertimbangan kerajaan bagi meminda Akta 166 untuk memasukkan peruntukan berkaitan dengan kerani berartikel. Cadangan tersebut pada masa ini berada dalam penelitian terperinci Bahagian Ehwal Undang-undang. Akhirnya, adalah ditegaskan bahawa semua pihak berkepentingan dalam profesion undang-undang akan dirundingi untuk mendapatkan pandangan- pandangan mereka dan kajian komparatif dengan negara-negara Komanwel lain akan turut dilakukan sebelum apa-apa keputusan diambil oleh kerajaan terhadap cadangan Lembaga Kelayakan. Terima kasih.
Sungai Siput.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik langkah penambahbaikan LPQB yang telah diumumkan.
Timbalan Menteri, LPQB perlulah menjalankan tanggungjawab dengan lebih serius lagi. Di mana buat masa ini ada beberapa perkara tidak dapat diurus dengan baik. Sebagai contoh, semalam saya telah melayari laman web LPQB dan saya amat terkejutlah kerana saya lihat laman tersebut adalah dari zaman 2000-an, di mana saya tidak dapat akses beberapa maklumat yang saya perlukan. Jadi, perkara ini perlulah ditangani dengan sesegera yang boleh.
Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi jangka masa panjang, adakah kerajaan terbuka kepada mempertimbangkan penubuhan sebuah institute of legal education, sepertimana di Singapura yang bertujuan untuk menambah baik dan mengekalkan standard profesion undang-undang di Singapura dan bukan sahaja hanya bagi mengawal selia kemasukan ke profesion undang-undang sepertimana dilakukan oleh LPQB buat masa ini? Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Siput. Saya hairanlah bahawa web itu tidak pada semasa, it's not current. Ini saya terkejut dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Kalau betullah, saya percaya, Yang Berhormat, kalau betullah sedemikian, kita perlu satu jawapan dari pihak yang berkenaan. Ada pegawai-pegawai di belakang yang boleh memberitahu kenapa it’s not current. Saya percaya bahawa pada masa ini yang artificial intelligence, robotik dan sebagainya, takkan satu laman web yang lama yang berdekad-dekad dan sebagainya. Saya percaya ini adalah satu yang tidak boleh diterima dan saya harap pihak berkenaan akan will make it more current and user-friendly. Itu yang perlu diambil. Saya akan menyiasat perkara tersebut dan maklum balas kepada Yang Berhormat tak lama lagi. Yang Berhormat, mengenai cadangan untuk satu institute of legal education, saya percaya ini adalah satu cadangan yang bagus. Ini sebenarnya telah dilakukan di Singapura pada tahun lepas dan saya percaya dipengerusikan oleh seorang hakim dari Supreme Court. Institut ini melaksanakan peperiksaan bar di Singapura iaitu hanya terdapat satu laluan kemasukan ke dalam profesion undang-undang. Selain itu, institut ini juga boleh beroperasi untuk memantau kemajuan profesion undang-undang termasuklah menyediakan kursus-kursus bagi profesion undang-undang. Pada pandangan saya, ini adalah satu cadangan yang boleh diteliti pada masa hadapan untuk memperkasakan profesion undang-undang di Malaysia. Terima kasih.
Besut.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Menteri ya, kalau kita melihat kepada soalan asal, dia macam nak minta kita rombak sesuatu kerana kegagalan menjalankan tanggungjawab statutori. Soalan saya mudah je. Sebenarnya, LPQB ini ditubuh di bawah seksyen 4 Akta Profesion dan dia mempunyai beberapa fungsi dia. Adakah, setakat ini, maknanya dibuktikan bahawa fungsi-fungsinya telah dilanggar? Maknanya tidak diikuti dan sebagainya. Ataupun ada apa-apa tak daripada bukti rasmi ini, ada keputusan mahkamah ke, sebagainya mengatakan bahawa LPQB ini tidak menjalankan dia punya obligasi statutori dia? Jadi, macam mana? Adakah kerana akhir-akhir ini― Sebab, dia tahun 85 lagi. Makna, lembaga ini ditubuh 85 lagi. Dan daripada 85 sehingga sekarang, hanya 15 tahun terakhir yang didapati bahawa dikatakan lembaga telah gagal menjalankan tugas-tugas dia. Jadi, soalan saya, kerana ada kegagalan dalam peperiksaan itukah oleh peguam-peguam yang nak jadi peguam ataupun atas sebab-sebab lain? Minta Menteri tolong jawab.
Yang Berhormat, sebenarnya pada tahun 1985 sampai sekarang, lembaga ini telah meneliti dan membuat semua yang boleh untuk menjalankan tugas-tugas seperti yang tertera di seksyen tersebut. Tetapi, ada satu seksyen di sana, di mana diwajibkan, ada obligasi untuk menjalankan article clerkship. Pada tahun 1985, pada masa itu lembaga itu telah merekomen kepada kerajaan untuk menghapuskan article clerkship, tetapi kerajaan pada masa itu tidak memberi apa-apa pandangan mereka. Selepas itu, lembaga itu dengan tersendirinya tidak menjalankan tugas untuk mengadakan article clerkship. Itu pada pandangan saya adalah satu yang kecuaian mereka. Tetapi, walaupun sedemikian, dua hari dulu, kes di mana di Mahkamah Persekutuan, di mana satu penuntut yang telah meminta untuk didaftarkan di article clerkship telah didengar di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan telah memberitahu bahawa ini adalah satu obligasi, is a statutory obligation, must be done by the Legal Profession Qualifying Board. Maka, dengan itu, saya percaya mereka akan menjalankan tugas tersebut. Dan mahkamah juga telah memerintah bahawa Legal Profession Qualifying Board membayar RM80,000 sebagai kos kepada pihak pemohon. Dan ini adalah sedikit kekurangan-kekurangan Legal Profession Qualifying Board. Tetapi, pada
keseluruhannya, nampaknya mereka ada menjalankan tugas dengan baik. Terima kasih.
Saya jemput Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.
Terima kasih Yang di- Pertua. Free, Free Palestine, suara kita semua. Soalan Padang Terap, nombor 2.
2. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian rasmi Malaysia terhadap kenyataan Perdana Menteri Iraq yang menggesa penubuhan satu pakatan ketenteraan negara-negara Islam bagi menghadapi dasar penindasan Israel.
Silakan Timbalan Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini. Gesaan penubuhan satu pakatan ketenteraan Islam dibuat oleh Perdana Menteri Iraq, Muhammad Shia Al-Sudani dalam satu sesi temu ramah dengan Al Jazeera Qatar pada 14 September 2025 semasa beliau berada di negara tersebut untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang berlangsung pada 15 September 2025. Cadangan beliau tidak diusulkan semasa sidang kemuncak tersebut. Dasar luar Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip penyelesaian secara aman melalui diplomasi, rundingan dan dialog selaras dengan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. Malaysia komited menentang sebarang bentuk penindasan serta pencabulan hak asasi manusia termasuklah dasar pendudukan dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Malaysia turut konsisten dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan penyelesaian dua negara berasaskan persempadanan pra 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Malaysia merupakan antara negara yang aktif menyokong misi pengaman antarabangsa di bawah panji PBB. Sebagai contoh, sejak tahun 2007, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Batalion Malaysia (MALBATT) telah menyertai Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL). Penyertaan sebegini melambangkan
komitmen berterusan Malaysia terhadap usaha pengaman PBB serta menegaskan pendirian negara dalam menyokong keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa. Justeru, Malaysia bersedia mengambil bahagian dalam sebarang bentuk operasi pengaman di Palestin sekiranya diwujudkan di bawah panji PBB. Sehubungan itu, cadangan untuk menubuhkan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam perlu diperhalusi dengan teliti. Malaysia lebih cenderung untuk berpandangan bahawa sebarang bentuk kerjasama sedemikian hendaklah bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan semata-mata. Pendekatan holistik yang turut merangkumi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kapasiti adalah penting bagi memastikan objektif keamanan dan kesejahteraan dapat dicapai. Puan Yang di-Pertua, Malaysia juga terus aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui koordinasi Kementerian Luar Negeri, agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan turut memainkan peranan penting dalam memudah cara pengagihan bantuan serta memberi gambaran situasi sebenar di lapangan. Pada hemat Malaysia, sekiranya wujud kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara Islam termasuk dari sudut penyelarasan bantuan kemanusiaan, ia berpotensi memperkukuh solidariti umat Islam dan seterusnya meningkatkan keberkesanan usaha membantu rakyat Palestin. Sekian dan terima kasih.
Padang Terap.
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada sesi ke-80 Perhimpunan PBB (UNGA) baru-baru ini, ada satu cadangan ataupun usul daripada Presiden Columbia, Gustavo Petro yang telah menggesa penubuhan satu pakatan ketenteraan untuk menghentikan genosid di Gaza, di mana usul ini menggunakan PBB 377A(V) ataupun disebut Uniting for Peace untuk mengatasi masalah Majlis Keselamatan PBB. Jadi, banyak negara yang menyokong usul yang dikemukakan oleh Presiden Colombia. Soalan saya. Apakah pendirian Malaysia terhadap usul dalam PBB oleh Presiden Colombia? Adakah Malaysia akan menyokong secara diplomatik usul ini, termasuklah menggunakan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN untuk sokongan kepada usul Presiden Colombia ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada Sesi ke-80 Perhimpunan PBB UNGA baru-baru ini, ada satu cadangan ataupun usul daripada Presiden Colombia, Gustavo Petro yang telah menggesa penubuhan satu pakatan ketenteraan untuk menghentikan genosid di Gaza, di mana usul ini menggunakan PBB 377A(V) ataupun disebut “Uniting for Peace” untuk memastikan, untuk mengatasi masalah Majlis Keselamatan PBB. Jadi, banyak negara yang menyokong usul yang dikemukakan oleh Presiden Colombia. Soalan saya, apakah pendirian Malaysia terhadap usul dalam PBB oleh Presiden Colombia? Adakah Malaysia akan menyokong secara diplomatik usul ini, termasuklah menggunakan Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN untuk sokongan kepada usul Presiden Colombia ini? Terima kasih.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya sudah nyatakan tadi, bahawa kita akan terus komited dan konsisten dalam soal ketenteraan, pakatan negara-negara Islam ataupun mana-mana negara sekalipun. Konsistensi kita itu jelas kelihatan tetapi kita ikut arahan daripada PBB.
[Bangun]
[Bangun]
Jika ada usul, jika ada ketetapan daripada PBB, daripada UNEC umpamanya, kita akan ikut. Yang kita hantar MALBATT kita di Lubnan waktu ini adalah di bawah usul, yang diluluskan oleh Panji PBB, di bawah Majlis Keselamatan PBB. Jika ada usul sedemikian, arahan sedemikian, kita akan ikut. Sebagai anggota PBB, kita akan terikat Dato’ Speaker, untuk turut serta dalam apa juga misi pengaman ketenteraan, di peringkat Panji PBB itu, insya-Allah. Terima kasih.
Kuala Pilah.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah pandangan Malaysia terhadap implikasi Pelan Damai (20-Point Plan), yang diumumkan oleh Amerika Syarikat terhadap masa depan rakyat Palestin dan proses keamanan di Asia Barat?
Adakah kerajaan melihat pelan tersebut sejajar dengan usaha antarabangsa untuk mencapai penyelesaian menyeluruh berdasarkan prinsip luar negara dan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya, Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah. Malaysia mengambil maklum dan juga menyambut baik tentang Pelan Damai (20-Point) yang telah pun dibentangkan oleh Presiden Amerika, Donald Trump pada 29 September yang berlalu di Washington D.C. dan berkenaan dengan isu ini, ada beberapa perkembangan terkini, Puan Speaker. Semalam. Semalam, 8 Oktober 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju melaksanakan fasa pertama Pelan Damai bagi menamatkan peperangan di Gaza. Fasa Pertama ini melibatkan pelaksanaan gencatan senjata, pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak, pengunduran tentera Israel dari Gaza ke garisan parameter yang akan dipersetujui, insya-Allah dan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Jadi, Pelan Damai yang dibentangkan oleh Donald Trump ini membuka ruang. Pertamanya, untuk memberhentikan genosid, memberhentikan kemusnahan, memberhentikan pembunuhan. Yang lebih penting ialah membuka ruang untuk kita memulakan penghantaran misi kemanusiaan ke Gaza itu oleh masyarakat antarabangsa. Insya-Allah, Malaysia akan terus mengambil ruang dan peluang dengan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat, dengan negara-negara pengantar termasuk Qatar, Mesir, Turkiye juga insya-Allah, kita akan mengharapkan. Hamas juga mengharapkan bahawa ada rundingan yang begitu jitu, rundingan yang begitu detail untuk membicarakan soal perkara-perkara yang masih belum dinyatakan dengan jelas dalam perkara 20-Point yang dibentangkan oleh Donald Trump itu. Insya-Allah, rundingan yang telah berlangsung di Sharm El-Sheikh, Mesir itu akan menjadi satu titik permulaan, fasa yang pertama untuk ke arah gencatan senjata sepenuhnya dan juga, membenarkan misi kemanusiaan masuk serta-merta, insya-Allah dalam masa terdekat. Terima kasih, Yang Berhormat.
Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 3.
3. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan strategi kerajaan mengembalikan kegemilangan industri koko negara serta langkah menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran koko khususnya melalui projek Cocoa Belt di kawasan Asajaya-Sebuyau-Simunjan dan potensi baharu seperti Kapit bagi meningkatkan bekalan biji koko tempatan serta menjana ekonomi luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM) menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran koko dan Projek Cocoa Belt di Asajaya-Sebuyau-Simunjan berdasarkan kepada pelan pembangunan peningkatan produktiviti koko dan pengukuhan rantaian bekalan yang holistik di kawasan pembangunan produk hiliran, di samping pematuhan kepada piawaian antarabangsa. Di bawah Rolling Plan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas bermula 2022 sehingga 2025, LKM telah melaksanakan lima program utama di Sarawak dengan kos yang bernilai RM7 juta turut melibatkan pembangunan di kawasan Asajaya-Sebuyau-Simunjan melalui Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko. Pada masa yang sama, Program Pembangunan Bahan Tanaman Fine or Flavor koko dan koko organik, Program Pemodenan Pertanian melibatkan 311.4 hektar yang dimiliki oleh 329 petani turut diadakan. Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan penanaman koko mematuhi standard antarabangsa seperti European Union Deforestation-Free Regulation (EUDR), dengan melaksanakan pengurusan tata geolokasi yang bertujuan meningkatkan ketelusan dan kebolehkesanan eksport menerusi sistem jejak koko bagi menembusi pasaran di Eropah. Kesemua program yang dinyatakan bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing industri koko serta memastikan sektor koko terus menjadi penyumbang penting kepada kemajuan ekonomi negara secara mampan dan sentiasa berdaya saing di pasaran global. Berdasarkan kepada strategi yang dinyatakan, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil koko dan menambah keluasan dan kawasan tanaman koko melalui pembangunan tanaman, penukaran klon sedia ada kepada klon fine flavor. Di samping itu, pemberian insentif input dan peralatan pertanian, pemberian mesin mini pembelah buah koko dan pembinaan mini pemprosesan koko dan pemulihan tanaman koko sedia ada berupaya memberi manfaat kepada pekebun
kecil melalui peningkatan harga jualan biji koko kering, daripada harga biasa kepada harga premium. Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko di bawah skop tanaman baru, sejumlah 20 hektar kawasan tanaman baru telah dibangunkan di kawasan Song, Kapit dengan pelibatan seramai empat orang peserta. Program telah dilaksanakan pada tahun 2023 dan diserahkan kepada petani sepenuhnya untuk urusan penyelenggaraan mulai September 2025. Permohonan tambahan seluas 89 hektar di kawasan Song telah membuktikan bahawa tanaman koko masih menerima sambutan menggalakkan daripada petani luar bandar, sekali gus menunjukkan potensi besar koko sebagai pembangkit ekonomi setempat, terutamanya di kawasan pedalaman. Pembangunan tanaman koko di kawasan luar bandar telah membantu kepada peningkatan ekonomi penduduk setempat yang mengusahakan tanaman koko. Sekian terima kasih.
Batang Sadong.
Terima kasih, Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Sabah merupakan pengeluar koko terbesar yang menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah pengeluaran nasional. Namun, Sarawak berpotensi menyerlah melalui Projek Cocoa Belt, seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri tadi ya. Tahun lepas, Sarawak telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan LKM – Lembaga Koko Malaysia, bagi membangunkan 2,500 hektar ladang koko di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Boleh YB Timbalan Menteri jelaskan, apakah bentuk inisiatif ataupun bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyokong usaha pembangunan ladang koko di Sarawak dan sedikit lagi ya, Timbalan Menteri. Adakah kementerian bercadang memperkenalkan program khas seperti Young Cocoa Farmers Scheme ataupun Youth Entrepreneurship Hub bagi menarik penyertaan golongan muda terhadap penanaman koko? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada soalan daripada Batang Sadong. Ya, memang betul. Kerajaan Sarawak telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk membangunkan tanaman koko dekat Sarawak dan apa yang saya terima untuk Sarawak Development Cocoa Programme, yang rancangan ini, yang melibatkan untuk tahun 2026 mulai— ini di bawah RMK13, kita telah memohon untuk pembangunan kawasan bagi tanaman
baru koko, yang melibatkan 500 hektar kawasan dan kita akan bajet RM35,000 satu hektar dalam tempoh tiga tahun. So, ini yang melibatkan lantikan kontraktor, pendaftaran peserta, sama juga pembangunan tanaman koko secara penyumberluaran (outsourcing). So, ini yang skop pertama.
Dan kita juga ada minta daripada RMK13 ini untuk membantu Sarawak adalah bantuan input pertanian dan peralatan pertanian kepada pekebun kecil yang sedia ada untuk 600 hektar dengan penglibatan 800 orang pekebun kecil dengan RM3,000 satu hektar, satu tahun.
[Bangun]
So, ini merupakan usaha-usaha yang kita tengah ambil untuk membantu Sarawak untuk membangunkan tanaman koko di tempat itu dan untuk cadangan yang melibat yang lebih target untuk youth ini, kepada belia ini, kita masih belum membangunkan yang secara khususlah untuk belia. Cuma, kita ada macam-macam program yang untuk menggalakkan koperasi koko dan sebagainya. Terima kasih.
Tangga Batu.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga sahabat saya, Timbalan Menteri. Baik. Saya melihat bahawa data yang dibaca oleh Timbalan Menteri mengatakan bahawa ada 314 hektar koko di cocoa belt dengan pengeluaran sebanyak— dengan pengeluaran, kalau saya melihat bahawa data mengatakan 102 tan. Kalau dibahagi dengan hektar, baru pengeluaran lebih kurang 300 kilo per hektar, sedangkan koko mempunyai potensi kepada 1,000 atau sehingga 1,500 kilo per hektar. Pertanyaan saya, dengan potensi yang ada sebenarnya, di cocoa belt ini ada 1,424 hektar tetapi yang aktif adalah 314 hektar. Apakah rancangan Menteri untuk melihat menggunakan klon-klon seperti Malaysian Cocoa Board Clone 1 ataupun Penang Brown Clone 1, 2, 3 ataupun KKM22 yang mana kawasan ini— di mana klon ini tahan kepada cuaca lembap dan juga penyakit vascular street dieback? Kerana sepengetahuan saya, kawasan ini sebenarnya, kawasan ini merupakan kawasan yang curahan hujannya agak, agak, agak, agak tinggi di kawasan lembap dan koko perlukan satu hingga dua minggu, dia panggil waktu kemarau untuk dia menggalakkan pembungaan.
Kemudian, yang kedua. Saya setujulah sebenarnya kalau dijadikan kawasan ini sebagai fine flavor cocoa kerana seperti kopi, koko ini...
Yang Berhormat, soalan sahaja.
Soalan dah bagi, tetapi nak bagi penjelasan. [Ketawa]
Ya, tak perlu bagi penjelasan. Itu tanggungjawab Menteri. Sila duduk.
Tak, nak tanya soal fine cocoa. Sebab, sebab kita perlu keluarkan special taste daripada Sarawak sepertimana kopi Sik di Kedah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih daripada ini cadangan daripada Tangga Batu. Okey. Memang seperti yang YB yang mengatakan, klon-klon ini yang sekarang kita target-nya lebih kepada convert atau penukaran klon yang tidak produktif kepada klon koko premium, di mana fine flavor cocoa ini yang kita amat galakkanlah. Untuk klon yang lebih tahan dengan kemarau dan sebagainya ini, saya sendiri saya belum melawat lagi cocoa belt dekat Sarawak ini dan untuk kebelakangan ini, saya selalu, saya memang pergi ke Sabah, saya nak memahami yang macam mana rantaian bekalan yang untuk koko ini. Untuk makluman di Dewan Rakyat ini, yang untuk masa sekarang, kesemua biji koko ini dari Sarawak ke, dari Sabah, akan diperdagangkan melalui Tawau sebagai hab perdagangan. So, dengan penglibatan lebih penanam di Sarawak, saya berharap ada hab perdagangan yang lebih meluas daripada Tawau sahaja yang mewakili Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Okey, kita pergi melawat bersama-sama.
Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memperkasakan persatuan dan kelab sukan di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Padang Rengas, bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat desa.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) sehingga 31 Ogos 2025, sebanyak 11,723 badan sukan masih berdaftar di bawah Akta 576 iaitu 202 badan sukan kebangsaan, 1,511 badan sukan negeri, 1,440 badan sukan peringkat daerah serta 8,570 badan sukan peringkat kelab. Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga kelab yang masih berdaftar di Padang Rengas dan 15 persatuan yang masih berdaftar dalam Daerah Kuala Kangsar. Bagi memperkasakan persatuan sukan di semua peringkat termasuk di kawasan luar bandar, kita wujudkan antara lainnya pengukuhan tadbir urus badan sukan. Program ini fokus kepada bimbingan dan latihan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan badan sukan. Selain itu, kita juga sediakan khidmat nasihat proses pendaftaran baru untuk memberi penerangan dan panduan pada badan- badan sukan ini mengenai proses pendaftaran dan pentadbiran, selaras pematuhan Akta Pembangunan Sukan. Untuk lahirkan lebih ramai bakat baru, KBS melalui Majlis Sukan Negara dengan kerjasama pemegang taruh kita seperti persatuan sukan kebangsaan, persatuan sukan negeri, majlis sukan negeri serta Kementerian Pendidikan, kita laksanakan sebanyak empat program latihan yang menumpukan kepada atlet muda antara usia 13 hingga 21 tahun. Ini termasuk program bakat, program pelapis negeri, Program Pembangunan Sukan Olimpik dan program khas. Sehingga kini, 35,446 orang atlet berada di 931 buah pusat latihan di seluruh negara, dikendalikan oleh seramai 1,715 orang jurulatih. Untuk negeri Perak, seramai 2,572 orang atlet di bawah bimbingan 151 orang jurulatih di 84 buah pusat latihan. Untuk kawasan Parlimen Padang Rengas, kita melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah pun laksanakan beberapa program pembangunan sukan untuk tahun 2025. Antara lainnya, Liga Sukan Komuniti Daerah Kuala Kangsar dan sukan bola jaring serta sepak takraw, Program 1,000 Liga dan Program Malaysia Aktif Komuniti. Sasarannya, lebih kurang 500 orang daripada kalangan belia dan juga komuniti tempatan. Untuk membantu dan menyokong badan-badan sukan kita ini, terutama di peringkat komuniti, kita wujudkan dana sukan komuniti dan inilah dana yang digunakan oleh terutama sekali kelab-kelab atau persatuan sukan akar umbi untuk menjalankan program-program yang boleh menarik lebih ramai orang menyertai program ataupun kejohanan-kejohanan di peringkat komuniti masing-masing. Untuk tempoh Januari hingga September tahun 2025, dana sukan komuniti, 172
permohonan telah pun diluluskan untuk negeri Perak melibatkan peruntukan sebanyak RM199,500. Kita akan terus perkasakan kerjasama kita terutama sekali dengan setiap persatuan-persatuan di peringkat daerah ini menerusi banyak lagi inisiatif-inisiatif yang wujud di bawah kerangka kerja Kementerian Belia dan Sukan.
Padang Rengas.
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan saya, adakah kementerian bersedia memperkenalkan satu inisiatif sukan komuniti desa di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi menyediakan peruntukan khas kepada persatuan sukan luar bandar untuk membina kemudahan asas seperti gelanggang futsal, padang serba guna dan pusat latihan belia di kawasan kampung? Adakah kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak pusat sukan komuniti luar bandar sebagai pusat latihan dan riadah rakyat desa? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, faham bahawa kita memang memerlukan fasiliti. Kalau tidak, kita tak boleh nak anjurkan aktiviti sukan seperti yang dikehendaki.
[Bangun]
[Bangun]
Dengan demikian, terutama sekali di bawah Rancangan Malaysia yang akan datang, kita juga menyatakan hasrat yang sama untuk melihat lebih banyak fasiliti sukan untuk komuniti berjaya dibangunkan. Manakala, sekarang tumpuan diberi kepada terutama sekali pembaikpulihan fasiliti- fasiliti sedia ada supaya kita boleh pulihkan dan gunakan semula. Kita juga turut terpaksa melupuskan beberapa fasiliti lama yang tidak lagi diselenggara kerana ada dasar-dasar ataupun praktik lama, yang mana kita bina tanpa ada perancangan yang lebih teliti menjadikan banyak fasiliti-fasiliti di peringkat komuniti kita ini akhirnya terbiar dan rosak tanpa perlu— tanpa boleh dipulihkan semula. Malah, kita ada kes di mana kita tidak dapat kenal pasti pun siapa pemilik ataupun siapa yang mengendalikan gelanggang atau fasiliti yang telah pun dibina bertahun-tahun yang lepas. Yang ini menjadi tumpuan dan juga isu yang sedang kita perhalusi semula, supaya apa pun perancangan, apa pun gelanggang, fasiliti yang kita bina untuk kegunaan komuniti di peringkat akar umbi ini, kita pastikan supaya ada unsur ataupun ada elemen kebertanggungjawaban, terutama sekali kita adakan kerjasama dengan majlis atau pihak berkuasa tempatan dan juga persatuan-
persatuan sukan tempatan agar fasiliti dibina terjaga dan boleh terus digunakan oleh masyarakat.
Batu Pahat.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, bolehkah Timbalan Menteri jelaskan sama ada kementerian ini mempunyai peruntukan khas bagi menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan di kawasan luar bandar seperti gelanggang, padang serba guna ataupun dewan tertutup supaya aktiviti komuniti dapat dijalankan secara tersusun dan berterusan? Terima kasih.
Secara praktiknya, untuk masa sekarang kita tidak wujudkan sebarang peruntukan khas yang boleh diguna atau dipohon oleh mana-mana pihak, bagi tujuan membaik pulih ataupun membangunkan fasiliti sukan seperti yang dinyatakan. Tetapi, kita ada prosedur dan proses yang telah pun kita terangkan banyak kali sebenarnya dalam Dewan ini di mana kita mohon supaya yang pertama, tentu sekali kenal pasti tapak supaya ia nya bebas daripada sebarang masalah terutama sekali dari sudut pemilikan.
Ia nya haruslah tapak yang kalau dirujuk dengan pejabat tanah, ia nya dibenarkan. Yang kedua, kita juga menggalakkan supaya setiap Ahli Yang Berhormat jalinkan kerjasama yang rapat dengan kerajaan negeri terutama sekali kerana kerajaan negeri ada satu kerjasama yang dibuat dengan Kementerian Belia dan Sukan di mana kita mendapatkan senarai daripada setiap kerajaan negeri cadangan- cadangan fasiliti sukan yang nak diwujudkan, nak dibangunkan, nak dipulihkan supaya kita ada penyelarasan yang baik dan kita tidak bazir peruntukan pembangunan yang ada di kementerian. Kita mahu pastikan bahawa setiap peruntukan yang kita belanjakan itu adalah dibelanjakan dengan berkesan dan tidak bertindih dengan apa yang sudah pun mungkin wujud di satu-satu tempat. Jadi saya galakkan supaya Yang Berhormat untuk berbincang, berhubungan, berkomunikasi dengan baik terutama sekali dengan exco sukan negeri masing- masing supaya kita boleh lihat bagaimana kita nak rancang dengan lebih teliti dan menepati apa yang saya sebut pada Padang Rengas sebentar tadi, biar ia nya boleh terus dipulihara dan dipelihara untuk masa hadapan. Terima kasih.
Saya jemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan nombor lima.
5. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejak 2020, jumlah yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) setiap tahun dan sejauh mana ia berkesan meningkatkan bilangan permohonan paten antarabangsa oleh pereka Malaysia dan juga kedudukan negara dalam Indeks Inovasi Sedunia oleh Bangsa- Bangsa Bersatu.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah peruntukan R&D yang disalurkan oleh Kementerian Ekonomi sejak 2020 adalah dalam anggaran RM3.707 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek R&D and C&I diletakkan di bawah pengurusan berpusat, Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) Kementerian Ekonomi dengan menggariskan beberapa inisiatif iaitu yang pertama penetapan minimum satu peratus daripada peruntukan DE untuk program ataupun projek R&D and C&I. R&D is a research and development. C, commercialization dan inovasi. I&C innovation. Yang kedua, penetapan nisbah 60 peratus untuk pembangunan experimental research dan 40 peratus untuk fundamental research, penyelidikan asas daripada keseluruhan peruntukan R&D. Ketiga, memberi fokus kepada R&D berpandukan misi ataupun mission-oriented, dengan izin. Mengenai keberkesanan sektor R&D negara, Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan 2023 yang dilaksanakan oleh MOSTI menunjukkan satu anjakan yang signifikan dalam landskap R&D negara iaitu pada tahun 2022, sumbangan sektor swasta melonjak hampir dua kali ganda kepada RM11.02 bilion berbanding dengan RM5.52 bilion pada tahun 2020. Trend ini ditambah dengan perbelanjaan R&D sektor kerajaan yang lebih bersasar pada nilai lebih— sebanyak RM7.14 bilion sejajar dengan aspirasi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara untuk menjadikan industri sebagai peneraju utama inovasi. Peningkatan ketara ini juga turut didorong oleh kerjasama strategik antara MOSTI dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terutamanya melalui Banci Ekonomi 2023 yang berjaya memperluas liputan data R&D sektor swasta. Momentum positif ini turut dizahirkan secara nyata dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2025 di mana kedudukan Kuala Lumpur di dalam senarai 100 terbaik kluster sains
dan teknologi telah meningkat ke tangga 86 berbanding dengan 93 pada tahun sebelumnya. Pencapaian ini lebih membanggakan kerana Malaysia kini merupakan salah satu daripada 15 negara sahaja di dunia yang mempunyai dua atau lebih kluster dalam senarai 100 terbaik. Dengan kluster kedua adalah kluster rentas sempadan Singapura, Malaysia ataupun Johor Bahru. Kejayaan ini didorong oleh peningkatan ketara dalam aktiviti pemfailan paten, penerbitan ilmiah berkualiti dan pelaburan model teroka. Ia diterajui oleh entiti tempatan berinovasi tinggi seperti MIMOS Berhad, PETRONAS dan Daikin R&D Malaysia Sdn. Bhd. Puan Yang di-Pertua, mengikut laporan Kementerian Ekonomi, permohonan paten oleh warganegara Malaysia pada tahun 2024 adalah sebanyak 993 buah berbanding sasaran sebanyak 2,000 paten menjelang tahun 2030. Strategi seterusnya adalah meningkatkan penciptaan nilai harta intelek (IP) dengan memfokuskan kepada peningkatan pengkomersialan IP bernilai tinggi. Bagi menggalakkan pengkomersialan IP oleh penyelidik, model perniagaan IPTA dan institut penyelidikan awam serta dasar pemilikan hak IP hasil penyelidikan dibiayai oleh kerajaan akan ditambah baik. Beberapa langkah penambahbaikan diperkenalkan seperti pelaksanaan projek perintis IP cagaran jaminan kerajaan, mekanisme bidaan dan jual beli IP secara online serta pindaan syarat pembelian insentif kepada pelabur dan promosi kolaborasi antarabangsa. Dengan langkah-langkah ini, kerajaan yakin Malaysia bukan sahaja mampu mencapai sasaran 20 terbaik dunia dalam Indeks Inovasi Global menjelang tahun 2030 malah berpotensi muncul sebagai hab inovasi serantau yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global. Sekian, terima kasih.
Bagan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri, apakah faktor yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global bagi tahun 2025 telah turun daripada tangga 33 kepada tangga 34 berbanding dengan tahun sebelumnya? Bolehkah Yang Berhormat menyatakan jumlah GERD atau Gross Domestic Expenditure on R&D dengan izin, yang disasarkan sebanyak 3.5 peratus pada 2030? Bagaimana ia boleh dicapai apabila kalau kita lihat sasaran pada 2025, sebanyak 2.5 peratus GERD tidak dicapai juga malah kita hanya kira-kira 1.2 peratus sahaja?
Malah kalau kita lihat angka 2022 adalah di antara 0.6 hingga satu peratus saja. So apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencapai sasaran ini dan membolehkan Malaysia capai ke tahap OECD sebanyak 2.7 peratus? Kita jangan sebut 3.5 peratus. 2.7 peratus tahap OECD pun mungkin tak boleh capai. So dari segi I am talking about R&D intensity, dengan izin. R&D intensity, how are we going to achieve it dari segi nilai? Berapa yang dibelanjakan kalau nak sampai 3.5 peratus? Apakah jumlah yang perlu dibelanjakan? Terima kasih.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Memang ada dua soalan. Satu GII, satu lagi tentang GERD, G-E-R-D. Sebenarnya ini dua adalah berkaitan sebab GII ini juga dia melihat pada GERD iaitu Government Expenditure on R&D. Sebenarnya untuk beberapa tahun kebelakangan ini, memang kedudukan Malaysia memang di sekitar 36 hingga 33. Selalu di sekitar sana. Tetapi sebenarnya kita nampak peningkatan. Sebenarnya kedudukan ke-33 tahun lepas, GII di antara 133 negara merupakan pencapaian tertinggi sejak 2016. Sebab untuk tiga tahun berturut-turut sebelum itu adalah di kedudukan 36 dan kedudukan negara pada tangga 34. Namun analisis Top 100 Innovation Cluster oleh GII 2025 masih mengiktirafkan Malaysia sebagai hab inovasi yang semakin berkembang dengan yang seperti yang saya sebut tadi dengan kedudukan ke-86 daripada 100 kluster sains dan teknologi terbaik dunia. Ada beberapa faktor. Sebenarnya GII ini, kedudukan GII ini dia ada 85 indikator dan indikator ini dia merentasi banyak kementerian termasuklah pendidikan, termasuklah pendidikan tinggi dan lain-lain. Dan itu sebabnya kita perlu adakan satu pendekatan whole-of-government approach di mana perlukan kerjasama bersama dengan semua kementerian yang berkaitan.
Dan itu sebabnya kita perlukan. Itu adalah faktor pertama kita perlukan kerjasama berorientasikan kementerian. Yang kedua, kita perlukan kerjasama daripada sektor swasta juga sebab sektor swasta BERD (Business Expenditure on R&D), dia juga sebahagian daripada indikator. Dan menurut data yang kita terima, BERD sebelum ini memang tidak memuaskan. Antara faktornya adalah COVID-19 yang berlaku sekitar 2021 hingga 2022 dan masa itu...
Ringkaskan jawapan.
Okey, saya akan ringkaskan. Masa itu tak banyak business, private business mereka ada keyakinan untuk melabur dalam R&D. Dan itu sebabnya apa yang berlaku masa itu kita nampak di kedudukan sekarang. Dan saya harap dengan inisiatif yang kita lakukan sekarang seperti meningkatkan pelaburan sektor perniagaan melalui pelaksanaan insentif cukai yang lebih bersasar, grant padanan, matching grant industry dan program accelerator, kerajaan boleh mengukuhkan keupayaan syarikat tempatan dan multinasional untuk melabur secara langsung dalam aktiviti R&D. Dan juga pengoptimuman data kerajaan untuk impak tinggi melalui dana pemacu teknologi strategi, pemacu serta geran misi berimpak tinggi akan terus ditumpukan pada bidang strategik negara seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Dan juga kita akan menubuhkan konsortium R&D dalam sektor strategik seperti semikonduktor dan lain-lain bersama dengan sektor swasta, akademia dan juga kerajaan. Kita harap apa yang kita lakukan hari ini, dia boleh membuahkan hasil dalam lima tahun akan datang, menjelang 2030. Of course, ini adalah satu yang amat mencabar, tetapi kita masih komited dengan target 3.5. Terima kasih.
Speaker, Kuala Terengganu.
Untuk soalan berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Ya, ya. Belanjawan 2025 memperuntukkan dana RM170 juta untuk geran padanan bagi badan swasta dan industri dalam program R&D melalui Malaysia Science Endowment (MSE). Apakah hasil pencapaian yang telah dicapai setakat ini? Kemudian saya juga ingin tahu inisiatif MOSTI bagi membantu pereka tempatan menanggung kos yang agak tinggi bagi pemfailan paten antarabangsa di bawah sistem Patent Cooperation Treaty dari segi penyediaan grant, subsidi, kerjasama dengan universiti dan agensi penyelidikan.
Yang Berhormat Pengerusi, saya juga ingin tahu ada satu program di bawah MRANTI kilang TPM Nexus di Raub. Tahun ini ditutup. Ia menjejaskan banyak usahawan bumiputera. Apakah perancangan MOSTI berhubung perkara ini?
Yang Berhormat Menteri, sila.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Kuala Terengganu. Ada, kalau ada yang melibatkan data itu, nanti saya boleh bekalkan jawapan bertulis. Tetapi, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Kuala Terengganu, MSE mendapat respon yang sangat memberangsangkan. Kita ada masalah kita tak cukup dana untuk matching dengan industri. Sebenarnya, bukan saja industri tempatan tetapi juga industri global yang menunjukkan minat yang begitu tinggi untuk membuat padanan matching grant dengan kita, dana padanan, tapi kita belum lagi mencukupi. Tapi apa yang kita ada sekarang, sudah pun match dengan industri yang lain untuk membolehkan sektor swasta menjalankan aktiviti R&D. Hasilnya belum nampak lagi sebab baru dilaksanakan. Typically dengan izin, R&D projek dia akan mengambil masa lima hingga 10 tahunlah untuk kita menampakkan hasil dan untuk makluman TPM Nexus tu nanti saya bekalkan jawapan bertulis. Terima kasih.
Baik, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Baik, majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Soalan Jelebu nombor 6.
6. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah bahan mentah yang menjadi antara import utama negara dan apakah langkah yang diambil bagi mengurangkan kebergantungan kepada import barangan yang terlibat.
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sila jawab.
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Malaysia, sebagai sebuah negara yang kaya dengan potensi sektor pertanian akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bahan mentah agromakanan. Walaupun terdapat komoditi tertentu yang masih diimport, cabaran seperti kesesuaian iklim dan sumber boleh diatasi dengan penggunaan inovasi dan teknologi pertanian. Peningkatan dan perubahan permintaan pengguna mencerminkan pertumbuhan ekonomi dan perubahan gaya hidup yang positif yang juga memberi peluang kepada petani dan pengusaha tempatan untuk memperkenalkan produk baru serta meningkatkan kualiti pengeluaran. Dengan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti petani, Malaysia berpotensi untuk mencapai tahap keterjaminan makanan yang lebih tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada import. Pada tahun 2024, nilai import agromakanan negara adalah sebanyak RM93.72 bilion. Antara bahan mentah utama yang diimport adalah seperti beras, daging lembu atau kerbau, ikan segar, sejuk dan beku, bawang, daging ayam dan itik, jagung bijian, ubi kentang dan daging khinzir. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bahan mentah ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian tempatan dalam mengurangkan jumlah bahan mentah import. Antara inisiatif dan program yang sedang dilaksanakan adalah seperti: (i) meningkatkan pengeluaran padi dan beras tempatan melalui Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan serta projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun; (ii) meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan dengan sasaran kadar sara diri sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030; (iii) memperkasakan industri akuakultur melalui pelaksanaan program bersasar seperti zon industri akuakultur, Program Integrasi Akuakultur dan Kebun Komuniti MADANI subsektor akuakultur; (iv) menghasilkan benih bawang merah kecil bagi pengeluaran domestik secara komersial dengan menggunakan varieti tempatan dan bagi memenuhi matlamat SSR sebanyak 30
peratus. Kementerian menyasarkan penanaman bawang seluas 1,447 hektar menjelang tahun 2030; dan (v) melaksanakan projek pengeluaran makanan ternakan di bawah Program Pembangunan Industri Jagung Bijian bagi menampung sekurang-kurangnya 30 peratus keperluan dalam negara menjelang tahun 2040. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jelebu, sebentar ya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ucap terima kasih kepada jawatan...
Yang Berhormat Jelebu, sebentar. Ahli-ahli Yang Berhormat di kesempatan ini, saya dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran rombongan lawatan dari Parlimen Cameron Highlands yang berada di galeri pada pagi hari ini. [Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat serta memaham yang lebih mendalam tentang perjalanan sidang Dewan dan ya pengundi-pengundi saya, inilah tugas yang saya laksanakan sekarang. [Tepuk]
[Dewan ketawa]
Baik, Yang Berhormat Jelebu, silakan.
Ahli Parlimen Cameron Highlands sayang pada pengundi, pasal tu dia dapat majoriti besar. Dato’ Yang di-Pertua, saya teliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya sangat bersetuju apabila kita, pihak kementerian mengambil langkah-langkah tertentu di dalam menambah hasil-hasil pertanian untuk menjamin food security kita. Tetapi Dato’ Yang di-Pertua, kita masih lagi bergantung kepada import barangan makanan. Salah satu jawapan Menteri tadi ialah untuk menambah hasil ternakan lembu, bekalan-bekalan daging negara. Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, makanan ternakan ini pula dah mahal sekarang. Dan kita masih lagi bergantung kepada import makanan ternakan.
Pada tahun 2024 kalau tak silap saya, angkanya hampir 1.9 bilion nilai import bahan makanan. Saya nak tanya soalan saya kepada pihak kementerian. Apakah langkah-langkah kementerian yang telah dirancang atau diambil untuk memastikan bahan makanan ternakan ini tidak lagi ataupun kita boleh kurangkan dalam soal nilai import bahan makanan daripada negara luar? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri sila jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Dalam sektor ternakan seperti ayam, keperluan yang paling utama adalah jagung bijian. Dan pada masa ini, negara kita mengimport hampir 100 peratus keperluan jagung bijian dari luar negara, terutamanya daripada negara seperti Argentina dan juga Brazil. Ini disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh kita dalam pembangunan industri jagung bijian seperti kekangan dasar guna tanah, kos pengeluaran yang tinggi, penerimaan petani yang masih kurang mahir dalam bidang ini ataupun ketidaksesuaian cuaca dan alam sekitar dan ketiadaan jaminan pasaran dan ketersediaan dan kualiti benih serta serangan penyakit dan perosak. Maka untuk menangani masalah ini, kita telah mengambil langkah secara jangka masa panjang di mana kita telah membentang kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2025 yang telah bermesyuarat pada 16 Jun tahun ini. Di mana mesyuarat jawatankuasa itu telah bersetuju untuk mewujudkan hala tuju baharu pembangunan industri jagung bijian di Malaysia untuk tempoh 15 tahun yang akan bermula daripada 2026 hingga 2040 yang dibahagikan kepada tiga fasa seperti fasa pertama, untuk memperkasakan asas kawasan pengeluaran dan infrastruktur. Fasa kedua, untuk mengembangkan berskala dan integrasi rantaian nilai dan yang ketiga adalah memantapkan daya saing global secara lestari. Sekian dan terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sik mohon soalan tambahan. Boleh ke?
Silakan Yang Berhormat Sik.
Saya berdiri dulu, Sik.
Boleh, boleh Seputeh ya? Bagi dekat adiklah ya? [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan tadi yang kita lihat beberapa dasar yang dirangka oleh kementerian untuk meningkatkan bahan mentah makanan kita itu dan saya menarik perhatian berkaitan dengan kebergantungan kita kepada daging ruminan yang agak tinggi. Sekarang ini sehingga SSR kita hanya 15.9 peratus dan yang paling memberi cabaran kepada kita ialah soal bagaimana penternak-penternak kecil kita di negeri-negeri di Kedah, di Kelantan, sebagainya
yang masih beroperasi tanpa sokongan yang kekal termasuk skim pembiayaan yang sesuai dan juga program akses kepada pengumpulan hasil itu. Jadi, apakah pihak kementerian melihat bagaimana untuk memperkukuhkan saingan di peringkat penternak kecil ruminan ini termasuk akses tanah untuk melaksanakan ternakan itu yang penting dan juga pembiayaan serta sokongan kepada penternak-penternak kita supaya target kita dalam SSR kita ini meningkat sehingga kepada tadi, 50 peratus? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang betul di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas juga, kita mempunyai sasaran untuk meningkatkan kadar sara diri kita dalam sektor ruminan sehingga ke 50 peratus dan kita akan mengadakan ataupun menggunakan pendekatan daripada pelbagai aspek. Yang pertama adalah kita akan — kita telah mula juga mengimport beberapa pembiakbakaan lembu yang lebih sesuai dan yang boleh meningkatkan populasi kita sebab kita tidak mahu hanya bergantung kepada lembu-lembu import. Sekiranya kita import itu, dia mesti dapat menambah populasi kita di sini. Tetapi hasil kajian yang kita dapat, sekiranya kita membiarkan lembu itu untuk buat apa yang dia sepatutnya buat, kadar ataupun kadar kejayaan untuk menambahkan populasi itu hanya sekitar 30 – 40 peratus sahaja. Maka, kita juga telah mula satu program melalui artificial insemination di mana kita mendapati bahawa success rate itu dengan izin, boleh meningkat sehingga ke 70 peratus. Dan itu antara asas yang kita telah memberi peruntukan kepada DVS sebagai contoh, untuk mengembangkan lagi projek yang seperti itu untuk meningkatkan populasi kita. Daripada segi tanah, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri. Daripada segi pembiayaan dan bantuan geran yang lain, kita sedia untuk membantu khususnya melalui jabatan dan agensi seperti Agrobank, LTP dan sebagainya. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Speaker, boleh saya tanya bagi pihak warga dari Cameron Highlands, boleh? Boleh ya?
Silakan Yang Berhormat.
Ya, terima kasih. Okey. Saya baca dari akhbar, di mana petani, penanam sayur di Cameron Highlands minta kerajaan mengawal import sayur-sayuran dari luar negara khususnya negara China kerana kos pengeluaran dan penanaman di Cameron Highlands di negara kita ini lebih tinggi daripada kos jualan sayur-sayuran dari luar negara. Jadi, adakah kementerian melakukan apa-apa berkenaan dengan permintaan mereka?
Pandai Yang Berhormat Seputeh ini. [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Bagi kita di Kementerian Pertanian, kita ada kekangan kuasa daripada mengawal harga barangan kecuali dia harga barangan kawalan di bawah kuasa kementerian seperti beras sebagai contoh. Harga barangan lain, barangan terkawal, dia adalah di bawah Kementerian Perdagangan. Kita di kementerian, kita bantu untuk meningkatkan kapasiti, membantu meningkatkan hasil pengeluaran para petani. Kita punya stakeholder adalah para petani. So, kita bantu untuk memudahcarakan daripada segi penanaman, penjualan, pemasaran dan sebagainya. Tetapi, dia ada satu imbangan yang perlu kita buat. Apabila harga itu murah consumer happy, tapi mungkin pengeluar itu dia kurang happy. Tetapi kalau harga barang itu naik, pengeluar dia dapat untung, tapi consumer pula tidak berapa happy. Jadi, itulah usaha kita untuk mencari di manakah titik equilibrium untuk mengimbangkan ekonomi kita secara keseluruhan khususnya dalam sektor agromakanan. Sekian dan terima kasih.
Sebelum saya ke soalan yang berikutnya, saya persilakan Yang Berhormat Jerantut untuk alu- alukan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya dengan ini mengalu- alukan kehadiran 38 pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan empat orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang. [Tepuk] Dan untuk pengetahuan semua, pelajar Tingkatan 6 kami adalah di antara yang terbaik di Pahang. [Tepuk] Assalamualaikum.
Baik. Majlis ke urusan. Mempersilakan soalan yang nombor 8. Mempersilakan Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.
Nombor 7 Speaker, nombor 7 Speaker.
Eh!
Ya Yang Berhormat?
Nombor 7 sepatutnya.
Oh, maaf. Nombor 7. Silap, silap. [Ketawa] Saya ter-distracted tadi apa, Yang Berhormat Seputeh, pandai dia. [Ketawa] You know how to find the soft spot-lah Yang Berhormat, dengan izin. All right, baik, berikutnya saya mempersilakan Tuan Haji Jamaludin bin Yahya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Dato’ Dr. Speaker. Bunga melur dalam jambangan, Di atas peti kuntumnya jatuh; Mohon Menteri menjawab soalan, Pertanyaan Pasir Salak nombor tujuh.
7. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan pelan pengurusan sisa radioaktif Lynas yang diguna pakai kerajaan termasuk langkah pemantauan, pematuhan piawaian antarabangsa, mitigasi risiko kesihatan serta strategi jangka panjang memastikan keselamatan penduduk dan alam sekitar terus.
Dipersilakan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Pasir Salak. Orang MOSTI tak pandai jawab pantunlah. So, saya terus kepada jawapanlah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Lynas hendaklah mematuhi dan melaksanakan pelan pengurusan sisa radioaktif yang telah diluluskan oleh Jabatan Tenaga Atom yang antaranya meliputi aspek perundangan iaitu pemantauan, pematuhan piawaian antarabangsa dan pelan mitigasi. Pelan ini boleh disemak dan dikaji semula dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan proses pengurusan semua aktiviti berkaitan sisa radioaktif.
Jabatan Tenaga Atom melakukan pemeriksaan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan pengoperasian syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Akta 304 dan syarat lesen yang ditetapkan. Ini termasuk mengambil tindakan pencegahan awal dan penambahbaikan berterusan penilaian risiko ataupun risk assessment dari masa ke semasa. Bagi aspek berkaitan dengan strategi jangka panjang memastikan keselamatan pekerja, penduduk dan alam sekitar terus dipelihara, Jabatan Tenaga Atom sentiasa melakukan pemantauan radiologi dan alam sekitar di dalam dan di luar kilang secara berkala dan berterusan. Pensampelan ini merangkumi air bawah tanah, air sungai, debu udara, tanah, flora dan fauna terhadap industri atau kilang pemprosesan mineral yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi, Naturally Occurring Radioactive Material (NORM) dengan izin sepanjang tempoh pengoperasian. Tuan Yang di-Pertua, Akta 304 sedia ada telah menetapkan keperluan perlindungan kesihatan dan keselamatan orang awam dan pekerja melalui penetapan hard dose, dedahan orang awam iaitu satu millisievert setahun dan 20 millisievert setahun bagi pekerja sinaran. Ini adalah piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh IAEA. Hasil pemantauan mendapati tiada peningkatan aras sinaran dan data dedahan sinaran menunjukkan bahawa ia nya tidak melebihi satu millisievert setahun untuk orang awam dan 20 millisievert setahun untuk pekerja. Selain itu, pihak JTA juga akan mengesahkan pemantauan aras sinaran kawasan kawalan ini melalui pemeriksaan berkala terhadap dos dedahan pekerja sinaran dan alat pemonitoran kawasan. Pada masa ini, berdasarkan pemantauan JTA, tiada kawasan yang didapati melebihi aras sinaran yang ditetapkan. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Dato’ Dr. Speaker. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Soalan tambahan Pasir Salak. Memandangkan lesen operasi Lynas sedang dipertimbangkan untuk diperbaharui selepas Mac 2026 walaupun kemudahan pelupusan kekal PDF masih
belum siap, bolehkah pihak kementerian menjelaskan sama ada kerajaan telah menetapkan prasyarat teknikal dan kesihatan awam yang jelas termasuk pelaksanaan penilaian impak kesihatan (HIA) bebas terhadap komuniti Gebeng dan pesisir Kuantan sebelum sebarang pembaharuan lesen dipertimbangkan? Apakah milestone serta tarikh akhir konkrit yang dijadikan ukuran bagi memastikan tanggungjawab pelupusan sisa radioaktif ini tidak terus membebankan negara dan rakyat? Terima kasih.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Pasir Salak. Sebenarnya HIA ini dia akan dilakukan sekiranya ada keperluan. Selama ini, kita tidak menerima feedback daripada Kementerian Kesihatan bahawa ada keperluan untuk melaksanakan HIA. Dan sekiranya ada, seperti contohnya kalau ada peningkatan secara drastik ataupun ketara ada kes-kes kesihatan di sekitar kawasan tersebut mungkin ada keperluan untuk melaksanakan HIA, tetapi pada setakat ini belum ada apa-apa laporan yang berkaitan. Dan untuk milestone PDF ataupun kemudahan pelupusan kekal, sebenarnya pembinaan PDF sekarang sudah mencapai 72 peratus. Walaupun sedikit lambat daripada perancangan iaitu 82 peratus, dia 10 peratus di belakang, tetapi boleh dikatakan still in progress, progress yang agak memuaskan dan PDF ini dia akan dibina secara berperingkat. Sekarang sudah ada empat sel, sel A, sel B, sel C, sel D telah pun siap dibina dan sudah pun — sedang dilaksanakan pengisian WLP iaitu waste tersebut dimasukkan ke dalam empat sel ini. Dan untuk menjawab soalan milestone, tarikh yang ditetapkan untuk apa itu, menyelesaikan ataupun selesaikan pembinaan PDF adalah pada hujung tahun 2026 dan itu adalah jawapan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Malaysia menghasilkan jutaan metrik tan per tahun sisa radioaktif termasuklah dari hospital, industri penyelidikan, pendidikan dan sebagainya. Melalui Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030, adakah Malaysia mempunyai pelan strategik keselamatan radiasi dan adakah kerajaan mempunyai pusat
penyimpanan sisa radioaktif secara menyeluruh? Dan apakah perancangan jangka masa panjang kerajaan untuk memastikan atau menangani isu penyimpanan sisa radioaktif ini? Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Memang kita ada satu piawaian yang sangat ketat untuk penyimpanan sisa radioaktif dan Nuklear Malaysia adalah sebagai pusat pengurusan sisa radioaktif kebangsaan. Bahan radioaktif yang tidak lagi digunakan akan diurus oleh Nuklear Malaysia terutamanya daripada industri perubatan dan pendidikan dalam negara. Setakat ini kita ada di bawah Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom 2011 iaitu berkaitan dengan pengurusan sisa radioaktif. Dalam pengurusan sisa radioaktif, pemegang lesen hendaklah pertama menghantar bahan radioaktif terkedap ataupun silk sources kepada pembekal di mana bahan radioaktif tersebut dibeli atau menghantar ke Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif Kebangsaan yang berlesen di bawah Akta 304 untuk dirawat dan distabilkan. Ketiga menyimpan sementara di dalam premis pemegang lesen dan kaedah penyimpanan sementara ini perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Akta 304. Semua peraturan ini dibuat — di bawahnya selari dengan standard IAEA dan amalan terpuji di peringkat antarabangsa. Setakat ini kita ada dua pusat pelupusan sisa ataupun permanent disposal facility. Yang satu di Lahat, Perak dengan kapasiti 90,000 metrik tan yang kedua adalah di Gebeng Pahang dengan kapasiti 1.6 juta metrik tan. RUU yang baru kita luluskan dalam sidang Parlimen lepas kita telah pun menetapkan untuk menubuhkan satu [Tidak jelas] fund untuk pengurusan sisa radioaktif. Dengan penubuhan [Tidak jelas] fund ini kita harap kita boleh menguruskan sisa radioaktif ini dengan lebih baik dan lebih teratur. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke lapan. Dipersilakan Puan Young Syefura binti Othman; Yang Berhormat Bentong.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ada pantun. Pagi cerah indah berseri, Burung berkicau riang di taman; Tiba giliran saya berdiri;
Soalan nombor lapan saya kemukakan.
8. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan terdapat 156 kilang pemprosesan sisa elektronik di seluruh negara untuk memproses bahan sisa elektronik dari dalam negara. Apakah kementerian turut berhasrat untuk memperluas kilang pemprosesan berlesen bagi sisa elektronik dari luar negara dalam menangani aktiviti penyeludupan yang merugikan negara.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bentong. E-waste atau sisa elektrik dan elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW110. Di bawah Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974), e-waste mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri dan kadmium yang boleh mencemarkan tanah, air dan udara serta memberi kesan serius kepada kesihatan manusia jika tidak diurus dengan baik. Oleh itu, e-waste perlu diproses melalui kaedah rawatan yang sesuai dan bagi sisa perlu dilupuskan dan di tapak pelupusan selamat bagi memastikan keselamatan alam sekitar dan kesihatan awam terpelihara. Berdasarkan rekod, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun 2025, terdapat 21 premis yang dilesenkan bagi menjalankan aktiviti full recovery e-waste manakala sebanyak 107 premis yang dilesenkan bagi menjalankan aktiviti partial recovery e- waste di seluruh negara. Kesemua 128 premis yang dilesenkan ini hanya memproses sisa e-waste yang dihasilkan di dalam negara sahaja.
Dasar Malaysia tidak membenarkan kemasukan sisa elektrik dan elektronik untuk diproses di Malaysia. Kementerian tegas untuk tidak membenarkan Malaysia dijadikan tempat untuk menguruskan, melupuskan e-waste dari luar negara. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bentong, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah apakah status terkini pelaksanaan kewajipan pengeluar elektronik dalam menjalankan perluasan tanggungjawab pengeluar iaitu Extended Producer
Responsibility (EPR) secara menyeluruh dan apakah yang telah diperluaskan untuk jenis sisa-sisa yang lain tersebut?
Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bentong. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membangunkan mekanisme pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari isi rumah di Malaysia. Di bawah mekanisme tersebut, JAS telah membangunkan teras peraturan khusus bagi e-waste isi rumah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Peraturan tersebut memberi penekanan kepada enam jenis barang elektrik dan elektronik isi rumah yang utama dikategorikan sebagai item kawalan iaitu televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, komputer peribadi dan telefon bimbit.
[Bangun]
Di bawah mekanisme pengurusan e-waste Extended Producer Responsibility (EPR) dan shared responsibility diterapkan, di mana semua pihak berkepentingan seperti pengilang, pengimport, pengeluar buangan, pengguna, pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan masing-masing dalam memastikan pelaksanaan mekanisme yang holistik dan lestari. Sekian, terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Jerantut.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kita tahu waste management ini akan menjadikan Malaysia sebagai tapak pelupusan elektronik Asia. Namun demikian, kita juga tidak menafikan dengan adanya peluang ini, maka dia boleh meningkatkan pendapatan negara, pertama. Kedua, dia dapat melahirkan ataupun mewujudkan peluang-peluang tenaga kerja mahir. Saya ada pengalaman Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ada daripada waste ini kita boleh keluarkan emas daripada semikonduktor waste, menunjukkan bahawasanya industri ini cukup menarik untuk kita explore. Namun begitu, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah jaminan pihak kerajaan untuk memastikan bahawa dasar ini tidak hanya menguntungkan pelabur asing tetapi dia juga memberikan peluang kepada pemain-pemain industri dalam negara?
Yang keduanya ialah bilakah tempoh moratorium terhadap import teknologi pelupusan sisa elektronik dari luar negara ini akan ditamatkan? Saya dimaklumkan tempoh ini masih lagi dalam — dia masih lagi hanging lagi. Bilakah tempoh ini akan ditamatkan oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. NRES melalui JAS telah mewujudkan eScheduled Waste Information System (eSWIS) yang memantau pergerakan buangan berjadual dari waste generator, waste transporter dan waste receiver. Sistem ini diguna pakai oleh semua industri yang berkaitan buangan berjadual dan juga pegawai-pegawai JAS. Ada tadi itu — ada satu lagi itu, saya tiada jawapan yang berkaitan, itu nombor 2 punya, nanti saya menyediakan jawapan bertulis. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan. Dipersilakan Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Dato’ Speaker. Kalau padi katakan padi, Tidak kami tertampi-tampi; Soalan nombor sembilan tentang pesawah padi, Jawapan Menteri kami ternanti-nanti.
9. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah menyeluruh kementerian untuk meningkatkan pendapatan penanam padi yang masih kekal di bawah Paras Garis Kemiskinan, termasuk reformasi mekanisme harga, peningkatan input pertanian dan sokongan rantaian nilai.
Minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang meliputi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan produktiviti hasil padi yang stabil. Sekali gus, menyumbang kepada peningkatan pendapatan pesawah.
Antara langkah yang diambil ialah yang pertama, menyelaras harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik, berkuat kuasa pada 16 Februari 2025 bagi menampung kenaikan kos upah dan input pertanian. Langkah ini telah meningkatkan pendapatan pesawah sebanyak RM200 setiap tan, menjamin harga minimum yang lebih stabil serta menggalakkan pengeluaran padi secara lebih berdaya saing. Yang kedua, meneruskan pemberian subsidi dan insentif kepada subsektor padi dan beras dengan memperuntukkan sejumlah RM2.6 bilion pada tahun ini bagi pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah, merangkumi RM1.38 bilion untuk input pertanian, RM825 juta untuk output pertanian dan RM397 juta bagi insentif lain. Setiap pesawah menerima anggaran subsidi input pertanian berjumlah RM3,184.40 sehektar semusim merangkumi baja, racun perosak, kerja pengapuran, insentif pembajakan dan benih padi sah. Subsidi output pula diberikan kepada pesawah sebanyak RM500 bagi setiap tan metrik padi bersih yang dijual kepada kilang berdaftar BERNAS yang bertujuan untuk meringankan beban dan menggalakkan peningkatan pengeluaran padi negara. Yang ketiga, pemberian insentif pembajak kepada pesawah pada tahun 2025 dengan melaksanakan pelarasan kadar insentif pembajakan kepada pesawah daripada RM100 kepada RM160 per hektar per musim serta pengenalan insentif baharu iaitu insentif penuaian padi pada kadar RM50 per hektar per musim kepada pesawah. Dan yang keempat, memperkenalkan varieti padi baharu iaitu MRCL3 dan MRCL4 yang lebih tahan penyakit karah dan sesuai untuk program sawah berskala besar ataupun SMART SBB serta program penanaman lima musim dalam dua tahun yang telah dilancarkan bagi meningkatkan hasil dan produktiviti negara. Manakala, dari segi mekanisme harga pula, kementerian berhasrat untuk mengemukakan cadangan mengenai hala tuju pembekalan beras putih dalam negara dengan mengambil kira kos pengeluaran padi dan beras, harga kawalan BPT, trend pasaran, kerangka perundangan, standard piawaian kualiti beras serta kesan kepada pengguna, termasuk mekanisme bagi menangani amalan pencampuran beras untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat sebagai usaha penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh demi keseimbangan dan industri padi dan beras. Sekian dan terima kasih.
Yang Berhormat Bachok, soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih sahabat saya, Timbalan Menteri yang mewakili Menteri hari ini, yang dilaporkan sedang menerima rawatan di IJN. Jadi, kita doakan supaya semoga segera sembuh, insya-Allah. Isu pesawah padi, pendapatan pesawah padi, kita sambut baik usaha kerajaan dan pastinya perlu penglibatan semua pihak. Pihak Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pemain industri, termasuk peranan Lembaga Zakat dan juga koperasi. Untuk soalan tambahan ini saya, Bachok ingin menarik perhatian terhadap wujudnya satu trend yang agak menggusarkan. Semakin banyak tanah sawah, tanah bendang ini yang terjual atau dijual bagi tujuan pembangunan sama ada dibina rumah sendiri ataupun dijual kepada pemaju untuk projek perumahan. Jadi, kalau dilihat kepada statistik, jumlah keluasan tanah semakin menyusut dan usia petani, pesawah ini makin lanjut. Justeru, isu ini perlu diberi perhatian yang serius dipihak kementerian. Jadi soalan saya, apakah tindakan di pihak kementerian dalam bentuk kawalan ataupun advokasi supaya penjualan dan penyusutan kawasan tanah sawah bendang ini dapat dikawal demi menjamin kelangsungan industri padi dan beras negara? Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bachok. Isu-isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi sebenarnya adalah di antara kebanyakan isu yang kita hadapi dalam cabaran kita. Sebagai contoh, isu berkaitan sama tanah. Apabila generasi yang lebih muda itu dia mewarisi tanah daripada ibu bapanya, yang pertama, ramai yang sudah kurang minat dalam bidang menanam padi. Yang kedua, tanah itu kebiasaannya dia akan dibahagi-bahagi di antara beberapa orang anak dan mereka mempunyai hasrat ataupun niat masing-masing. Ada yang nak jual itu tanah, ada yang mungkin boleh meneruskan penanaman ataupun ada yang ingin membina rumah untuk membangunkan tanah tersebut. Jadi, bermakna bahawa keluasan tanah yang ada untuk penanaman itu pun semakin lama semakin berkurang juga. Jadi, kita perlu melakukan satu reformasi padi. Antara satu ialah bagaimana kita menguruskan tanah yang sedia ada untuk memastikan kita mengoptimumkan tanah yang sedia ada. Yang ketiga, menggunakan benih padi yang sah untuk memastikan kita meningkatkan kecekapan
daripada segi benih, baja yang diguna pakai dan sebagainya. Yang ketiga, menggunakan teknologi yang lebih cekap sepertimana yang kita sedang melaksanakan melalui kaedah SMART SBB Ala Sekinchan. Dan juga, kita akan kaji balik harga lantai belian padi supaya dia memberikan lebih banyak insentif kepada pesawah menanam padi. Sekiranya margin itu lebih baik, kita harap itu akan menggalakkan pesawah-pesawah untuk terus menceburi bidang penanaman padi dan beras. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Betong.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Setelah mendengar jawapan daripada Menteri tadi mengenai banyak input dan juga insentif subsidi kepada petani ini. Jadi soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian mengukur keberkesanan bantuan dan insentif input dan output tadi yang diberikan? Adakah ia benar-benar meningkatkan hasil per hektar dan pendapatan padi petani dan mengenai reformasi mekanisme harga dan pendapatan petani, adakah kementerian mempertimbangkan sistem insentif berasaskan produktiviti ataupun performance based incentive dengan izin, berbanding dengan subsidi tetap bagi kita meningkatkan kecekapan dan pendapatan petani. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kita mempunyai sasaran yang agak besar dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk meningkatkan kadar sara diri kita kepada 80 peratus menjelang tahun 2030 dan hasil daripada ini, kita menjangkakan sumbangan ataupun nilai ditambah kepada ekonomi adalah sebanyak RM2.5 bilion daripada sektor padi sahaja. Maka itulah sebab kita mengadakan pendekatan daripada pelbagai aspek untuk memberi pelbagai bantuan. Kita telah meningkatkan harga lantai belian padi, kita meningkatkan insentif seperti insentif pembajakan, insentif penuaian dan juga ada subsidi output juga di mana kita memberikan output bayaran subsidi untuk setiap tan, metrik tan yang dikeluarkan. Tetapi dalam rangka kerja kita, kita mahu juga mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dan holistik. Sebagai contoh, dia mesti ada satu galakan daripada industri ekonomi tersebut supaya orang ada minat untuk terus menanam padi. Itulah
sebab saya sebutkan tadi, kita sedang kaji, kalau kita naikkan harga belian lantai padi ini, secara automatik dia akan incentivize pesawah-pesawah untuk melabur lebih banyak dan juga orang tidak akan discourage untuk mengurangkan keluasan tanah pesawah padi sebab ada insentif tersebut untuk terus dalam bidang padi dan mengeluarkan hasil. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Berikut, Majlis mempersilakan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.
Terima kasih. Soalan saya nombor 10.
10. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kementerian telah melabur dalam usaha pemodenan aset ketenteraan negara khususnya dalam pembelian dron dan peralatan laser bagi pertahanan udara. Adakah terdapat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan di peringkat tempatan dalam industri ini.
Pohon Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Julau atas persoalan yang dikemukakan. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memberi penekanan terhadap pemodenan aset ketenteraan secara berterusan selaras dengan dasar yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP). Dokumen teras ini telah melalui Kajian Separuh Penggal yang turut mengambil kira keperluan dan keadaan geopolitik semasa dan Kementerian Pertahanan sedang melaksanakan perolehan ANKA-S Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) untuk TUDM yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries. Perolehan ini adalah sebahagian daripada usaha pemodenan menyeluruh bagi meningkatkan keupayaan risikan, pengawasan dan peninjauan jarak jauh khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif di Laut China Selatan. Kementerian Pertahanan melalui Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan juga Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) sedang membangunkan satu dokumen rasmi mengenai pembangunan teknologi drone dan anti- drone pertahanan yang melibatkan semua cabang perkhidmatan Angkatan Tentera
Malaysia. Secara khusus, STRIDE sedang menjalankan penyelidikan pembangunan dron untuk tujuan perisikan, pengawasan dan peninjauan yang melibatkan prototaip bagi tiga jenis dron udara secara kolaboratif bersama rakan industri tempatan. Inisiatif ini akan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing selain mewujudkan ekosistem industri pertahanan berteknologi tinggi dan berdaya saing. Setiap langkah pemodenan aset pertahanan termasuk pembelian dron dan teknologi laser adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan ATM agar sentiasa relevan, berdaya saing serta mampu menangani sebarang bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara dan inisiatif ini juga turut memberikan penekanan kepada pembangunan berasaskan teknologi tempatan (local development) bagi menjamin kemandirian serta merangsang pertumbuhan industri pertahanan negara. Itu saja jawapannya.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Julau.
Okey, terima kasih Menteri. Jadi, soalan saya adalah, berapa lama kah untuk kita boleh merealisasikan local development untuk industri ini sampai kita tengok ke commercial development ataupun commercial production?
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Julau atas perkara yang dibangkitkan. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, memang kita sebenarnya sudah bermula daripada tahun lalu lagi. Jadi kalau kita lihat, kita dijangka mendapat dalam fasa pertama prototaip kita adalah pada tahun hadapan, tahun 2026. So, kita ada tiga fasa, 2026, 2027 dan 2028 berdasarkan kepada keperluan tiga domain utama kita. Jadi, melalui kerjasama kita dengan industri ini, kita berharap kita akan dapat membangunkan teknologi tempatan kita dan dalam masa yang sama, saya fikir dia juga boleh memacu ekonomi kita ke hadapan. Itu saja Yang Berhormat.
Terima kasih Menteri. Silakan, Yang Berhormat.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Lumut.
Yang Berhormat Menteri, kita sedia maklum bahawa ramai veteran yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang semasa dalam perkhidmatan. Ada di antara mereka yang dihantar keluar negara untuk kursus lanjutan kepakaran. Oleh itu, satu kerugian besar kepada kerajaan jika mereka tidak ditawarkan bekerja semula dan dilibatkan dalam projek R&D aset ketenteraan. Apakah MINDEF mempunyai perancangan untuk menawarkan veteran yang berkepakaran ini dalam satu projek R&D ataupun projek inovasi? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut atas soalan yang dikemukakan. Kalau kita lihat tentang keupayaan veteran angkatan tentera, penglibatan veteran angkatan tentera bukan sahaja kepada segmen- segmen keusahawanan tetapi sebenarnya industri hari ini kita libatkan juga veteran kita dengan industri-industri, yang paling penting adalah bagi kita. Fokus kita juga termasuk industri pertahanan kita kerana kalau kita lihat, memang ada satu dasar kita di mana kita mahu membawa hampir 30 peratus daripada veteran kita ini kepada industri pertahanan kerana kita tahu bahawa kepakaran mereka sebenarnya, kerajaan sudah membelanjakan jumlah yang agak besar untuk membina kepakaran ini.
Dan kalau kita hentikan kepakaran itu sekadar pencen sahaja sebenarnya dia merupakan kerugian bagi negara kita. Sebab itu kita manfaatkan dia sama ada di industri ataupun kalau kita lihat termasuk kepada GLC-GLC kita kerana kita tahu bahawa industri sebahagiannya adalah di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga, kalau kita tengok macam Boustead Holdings dan seumpamanya. Kepakaran- kepakaran ini kita manfaat, begitulah juga kalau kita tengok macam di LUNAS sebagai contoh. Jadi pembangunan industri maritim itu sebenarnya veteran angkatan tentera terlibat di situ. Sebab itu kalau kita macam tadi disebut oleh Lumut memang kalau boleh kita mahu tingkatkan sehingga 30 peratus. Sebab itu kita pantau industri itu dan dalam masa yang sama kita cuba juga pantau peranan yang boleh dimainkan oleh veteran- veteran kita yang mempunyai kepakaran-kepakaran dalam pelbagai bidang kerana kepakaran ini sebenarnya bukan sahaja secara umum berikan produktiviti pada
negara tapi yang paling penting adalah kesinambungan kepada industri pertahanan negara kita. Itu saja jawapannya.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Silakan Menteri. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Dato’ Yang di-Pertua. “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 seperti di nombor satu dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul- usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 4 petang, hari Jumaat, 10 Oktober 2025.”
Ada Yang Berhormat menyokong?
Saya menyokong.
Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya adalah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
PENERANGAN DARIPADA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN) DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(1)(i)
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dipersilakan memberi penerangan mengenai hala tuju pembangunan Kampong Bharu ke arah memperkasakan identiti Melayu di Kuala Lumpur. Silakan Menteri.
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk menjelaskan dan membuat penerangan berkenaan hala tuju pembangunan Kampong Bharu ke arah pemerkasaan identiti Melayu di Kuala Lumpur. Tujuan utama penerangan ini adalah untuk memberi penjelasan yang menyeluruh, tuntas dan berimbang khususnya berkaitan hala tuju pembangunan Kampong Bharu dan juga dalam masa yang sama memberi pencerahan mengenai fakta sebenar projek pembangunan Kampung Sungai Baru yang telah menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Penerangan ini juga bertujuan untuk menjelaskan pendirian Kerajaan MADANI bahawa sebarang pembangunan tidak akan meminggirkan kepentingan milik asal, warisan budaya dan identiti Melayu-Islam yang menjadi nadi kawasan tersebut. Dua hari lepas, saya menjawab pertanyaan lisan yang dibangkitkan oleh Padang Serai. Saya telah menerangkan tentang status Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di Kampung Sungai Baru yang unik dan berbeza berbanding dengan Tanah Rizab Melayu. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak mengulas jawapan saya dalam konteks yang kurang tepat Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sehubungan dengan itu, hari ini saya akan menjelaskan sekali lagi perkara ini dengan lebih tersusun dan terperinci. Kawasan MAS ini atau MAS ini dikurniakan oleh Sultan Selangor pada tahun 1900 sebagai satu bentuk penempatan khas orang Melayu sebelum wujudnya enakmen rizab Melayu pada tahun 1913 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pewartaan asal MAS adalah melibatkan kawasan seluas 221.5 ekar dan kemudiannya disahkan semula dengan keluasan lebih kurang 220 ekar melalui Federated Malay States Government bertarikh 26 Februari 1932.
Berbeza dengan Tanah Rizab Melayu yang ditadbir terus di bawah enakmen negeri, tanah MAS ditadbir melalui satu peraturan khas dan tersendiri, menjadikannya lebih istimewa dari segi tujuan struktur tadbir urus dan juga semangat penubuhannya. Kemudian pada tahun 1950, Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu telah menggubal kaedah-kaedah MAS Kuala Lumpur 1950 yang kemudiannya dipinda pada tahun 1954. Melalui kaedah ini, maka satu entiti khas yang dinamakan sebagai Board of Malay Agricultural Settlement ataupun Lembaga MAS ditubuhkan di mana keahliannya dilantik oleh Menteri Besar Selangor dengan mandat khusus untuk mentadbir, mengawal selia dan memelihara kepentingan tanah milik orang Melayu di Kampong Bharu. Apabila Kanun Tanah Negara 1965 diperkenalkan, tanah-tanah di dalam kawasan MAS ini pula diberi milik secara qualified title dengan sekatan kepentingan tertulis tanah ini tidak boleh dipindah milik dan diduduki oleh orang bukan Melayu. Dan sebahagian elemen sekatan MAS ini adalah lebih ketat berbanding sekatan yang ditetapkan untuk Tanah Rizab Melayu. Hasrat yang tersurat kepada sekatan MAS pada ketika itu adalah untuk melindungi hak milik Melayu dan juga mengekalkan identiti sosial budaya kawasan tersebut sebagai penempatan warisan Melayu bandar pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1974 pula, selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, urusan pentadbiran pembandaran Kampong Bharu diletakkan di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala terkait hal ehwal tanah pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur. Bagi mengukuhkan peranan penyelarasan pembangunan di Kampong Bharu, maka pada 1 Disember 2012, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu atau PKB telah ditubuhkan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan semula serta penambahbaikan kawasan Kampong Bharu. Pengisytiharan kawasan pentadbiran PKB adalah berkeluasan 300.73 ekar yang meliputi kawasan MAS seluas 219.91 ekar dan bakinya 80.82 ekar lagi adalah di luar kawasan MAS termasuklah Kampung Sungai Baru. Jadi ini adalah peta yang kita dapat ilustrasikan. Kawasan MAS mempunyai 802 lot tanah milik dengan majoriti lot adalah pegangan tanah selama-lamanya ataupun freehold. Manakala bagi kawasan luar MAS sebanyak 415 lot di mana 288 adalah pegangan tanah selama- lamanya dan 127 lagi adalah pegangan tanah pajakan 99 tahun dengan baki pajakan antara 53 hingga 90 tahun saja. Saya kira yang ini, Dato’ Yang di-Pertua, kita kena
faham dengan jelas sebab masih ada lagi banyak salah faham tentang kawasan- kawasan ataupun tanah-tanah di Kampong Bharu secara amnya. Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru menjadi topik hangat ketika mahkamah sedang menguatkuasakan keputusan mengosongkan rumah teres yang terlibat. Tambahan lagi apabila berlaku insiden Tuan OCPD Dang Wangi dilempar dengan batu sehingga menyebabkan perdarahan di kepala beliau. Jadi ada juga di luar sana yang sengaja menimbulkan kontroversi semata-mata untuk content media sosial Yang di-Pertua dan di luar fakta ataupun di luar konteks. Jadi bagi saya ini adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Ada beberapa kekeliruan yang saya akan jelaskan kepada Dewan Yang Mulia ini dan kekeliruan pertama adalah tentang persoalan sama ada Kampung Sungai Baru terletak dalam kawasan MAS ataupun tidak. Dan saya dapati ada pihak terutamanya orang awam yang masih tidak dapat membezakan antara Kampong Bharu dan Kampung Sungai Baru. Sejarahnya, tapak Kampung Sungai Baru ini terbentuk pada tahun 1967 iaitu tujuh tahun sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Persekutuan di mana Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu menjajah dan meluruskan Sungai Klang yang terletak bersebelahan di kawasan tanah MAS yang mengatasi masalah air bah di kawasan tersebut. Pengalihan laluan Sungai Klang ini melibatkan kawasan di sebelah kanan Sungai Klang. Saya harap ini [Sambil menunjukkan paparan di skrin] dapat memberikan ilustrasi yang lebih tepat. Dari hulu sungai ke hilir. Setelah sungai tersebut diluruskan — itu garisan merah maknanya sungai kemudian diluruskan, maka wujudlah tanah baharu yang dianggarkan seluas lebih kurang 16 ekar. Yang itu pink, kemudian yang merah itu.
Tanah baharu inilah yang dinamakan Kampung Sungai Baru. Tetapi tidak termasuk di dalam kawasan rizab MAS yang seluas 219.91 ekar yang seperti saya sebut tadi di awalnya. Tanah ini kemudiannya dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS bertujuan untuk menambah penempatan orang Melayu di sekitar Kampong Bharu. Namun, tiada rekod rasmi yang menunjukkan tanah tersebut adalah tanah MAS atau rizab Melayu walaupun perkara ini ada disebut. Kalau siapa yang membaca oleh Tan Sri Amrin Buang yang merupakan Ahli Dewan di-Raja Selangor dan juga bekas Pengerusi Perbadanan Kampong Baharu.
Saya mohon maaf kerana tidak boleh terus mengulas panjang tentang isu ini memandangkan isu ini masih lagi di dalam proses pengurusan kes di mahkamah. Cuma apa yang saya boleh katakan adalah berdasarkan semakan PTG WPKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tanah tersebut tidak pernah diwartakan sebagai kawasan MAS atau Tanah Rizab Melayu. Kemudian, persoalan kedua, Yang di-Pertua, yang sering dibangkitkan adalah mengenai pemilihan pemaju. Ramai di luar sana, bahkan ada sesetengah Ahli Dewan Rakyat juga, saya lihat keliru dan terus-terusan mengatakan bahawa kerajaan yang terlibat dalam pemilihan pemaju. Untuk maklumat Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penduduk-penduduklah yang sebenarnya bersetuju sendiri mencari, memilih dan melantik pemaju yang mereka inginkan tanpa ada campur tangan daripada kerajaan. Penduduk yang bersetuju untuk membangunkan semula Kampung Sungai Baru telah menubuhkan sebuah persatuan pada tahun 2010 dan persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru sebagai usaha untuk menggerakkan pembangunan semula kawasan tersebut yang melibatkan 328 unit hartanah iaitu 264 unit flat dan 64 lagi unit teres. Persatuan tersebut juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman antara MoU dengan syarikat Ritzy Gloss Sdn. Bhd. yang kemudiannya diambil oleh Suez Capital Sdn. Bhd. pada 2016. Ada juga yang membangkitkan bahawa syarikat tersebut adalah daripada Singapura. Tetapi Yang di-Pertua, semakan dengan SSM menunjukkan sebaliknya, iaitu tuduhan tersebut tidak berasas kerana didapati pemilikan syarikat tersebut adalah 100 peratus warganegara Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri, saya kira boleh membuat semakan ataupun membuat carian di SSM. Untuk pengetahuan semua juga, sejak penubuhan Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru 15 tahun yang lalu sehingga kini, seramai empat orang pengerusi telah menerajui persatuan ini di mana keempat-empat adalah pemilik unit teres. Tiga daripadanya telah pun kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi rajiun dan kini persatuan tersebut diterajui oleh pengerusi keempatnya iaitu Puan Sanita yang juga pemilik unit teres. Tawaran yang dipersetujui secara bersama oleh persatuan dan pemaju adalah merangkumi; (i) unit gantian bersaiz 969 hingga 1,200 kaki persegi, rumah yang akan dibina;
(ii) bayaran persetujuan usaha sama; (iii) kos pindah dan keluar masuk rumah gantian; (iv) ex-gratia ubah suai rumah sedia ada; (v) bayaran sewa sementara atau rumah transit ;dan (vi) bayaran lebihan tunai bagi lot teres, jika nilai unit gantian kurang dari nilai hartanah yang dimiliki. Dalam tawaran tersebut, pemilik flat dijanjikan dengan satu unit rumah ganti yang bernilai antara RM884,000 hingga RM1 juta, manakala pemilik lot teres pula menerima tiga hingga sembilan unit rumah gantian yang dianggarkan bernilai antara RM2.7 hingga RM8.1 juta. Maksudnya, ini nilaian akan datang. Peratus pemilik yang bersetuju dan menandatangani perjanjian adalah seramai 67 peratus ketika itu. Manakala baki tiga peratus yang tidak bersetuju terlibat dengan Akta Pengambilan Tanah 1970 dan kemudian sehingga kini bersetuju dan sehingga kini persetujuan meningkat kepada 72 peratus melalui inisiatif Pakej Harmoni yang diperkenalkan oleh pemaju. Ini menimbulkan persoalan ketiga iaitu ambang persetujuan untuk pembangunan semula Kampung Sungai Baru. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2020, tiada sebarang dasar di peringkat Wilayah Persekutuan mengenai ambang persetujuan yang ditetapkan untuk pengambilan tanah. Maka, di sinilah timbulnya keadaan di mana Akta Pengambilan Tanah itu digunakan untuk penduduk yang tidak bersetuju. Hanya pada tahun 2021, Kementerian Wilayah Persekutuan pada ketika itu, menetapkan nilai ambang persetujuan sekurang-kurangnya 50 peratus sahaja sebagaimana yang dinyatakan dalam Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur. Apa yang sebenarnya berlaku adalah pemaju telah pun menghantar permohonan kepada kementerian untuk mengambil tanah tersebut, termasuklah unit flat dan juga lot teres. Kemudian, permohonan tersebut dipertimbangkan oleh Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Wilayah Persekutuan pada 9 September 20203 dan ini dipengerusikan oleh Menteri pada ketika itu iaitu Tan Sri Annuar Musa. Syor mesyuarat dibawa ke Jawatankuasa Kerja Tanah JKTWPKL yang ke-749/21 atau land exco pada 12 April 2021 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu dan diluluskan pewartaan pada seksyen 4 dan seksyen 8 APT 1960 telah dilaksanakan pada 18. Seksyen 4 pada 18 hari bulan, kemudian seksyen 8 3 Pindaan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) melalui surat bertarikh 24 Oktober 2025
untuk pengambilan itu 21 Jun 2021. Ya, tiga hari saja iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Yang di-Pertua. Jadi, dalam masa tempoh tiga hari ini, kenapa dia hanya tiga hari? Jangan tanya sayalah. Kena tanya Menteri ketika itu disebabkan keputusan yang dilaksana yang tergesa-gesa inilah ya, kini, keseluruhan tanah tersebut telah pun menjadi hak milik pemaju. Dalam keadaan ini, saya juga bersimpatilah juga dengan sahabat saya Arau, yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang juga mewarisi masalah ini. Seperti saya sebut bagaimana saya sendiri berhadapan sekaranglah. Jadi, proses-proses ini berjalan sebelum Arau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan lagi. Jadi, saya faham. Pencerahan ini saya perlu berikan untuk juga memberi sokongan kepada Yang Berhormat Arau. Seterusnya pada tahun 2022, dalam era Yang Berhormat Arau juga, nilai ambang persetujuan untuk pembangunan di Kuala Lumpur ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 75 peratus. Betul ya, Yang Berhormat Arau? Betul? Tak jawab itu tanda, betullah setuju. Namun, pengecualian diberikan kepada kawasan Kampong Bharu yang masih kekal dengan ambang persetujuan sekurang-kurangnya 50 peratus. Hanya pada tahun 2023, Tuan di-Pertua, iaitu pada era Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Wilayah Persekutuan iaitu sebelum saya mengambil alih barulah kadar ambang persetujuan untuk pembangunan di Kampong Bharu ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 75 peratus sama seperti kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, perkara ini telah pun terjadi lebih awal lagi sebelum ambang persetujuan 75 peratus untuk pembangunan Kampong Bharu ditetapkan dan saya berpandangan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kerajaan MADANI perlu mengambil tindakan yang lebih proaktif tanpa mengabaikan kepentingan penduduk majoriti yang bersetuju dengan tawaran usaha sama tersebut. Perkara ketiga yang saya ingin sentuh tentang perkara yang menjadi kekeliruan ialah mengenai sama ada penduduk yang tidak bersetuju menerima pampasan ataupun tidak? Ini juga banyak disebut. Bagi penduduk yang tidak bersetuju pula, mereka telah pun menerima wang pampasan bernilai antara RM800,000 hingga RM2.9 juta bagi lot teres dan RM198,000 hingga RM350,000 bagi unit flat. Pampasan ini mengambil kira nilai pasaran yang telah ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau JPPH, kos pindaan sewaan, fi penilaian, serta kos kehilangan pendapatan. Realitinya semua bayaran ini telah pun
selesai, disalurkan antara Februari 2022 sehinggalah Januari 2023. Fakta ini menangkis tuduhan bahawa ada penduduk yang masih tidak menerima pampasan. Malahan, pampasan turut dibayar bukan saja kepada pemilik tetapi juga kepada penyewa semasa pengambilan dijalankan yang merangkumi nilai kerugian sewa semasa dan juga kos pindah. Dalam masa yang sama, DBKL pada ketika itu, turut menawarkan penempatan sementara di PPR Batu Muda, Bukit Jalil, Sri Aman dan Residensi Sungai Udang kepada mereka yang tidak bersetuju sebagai langkah menyantuni mereka yang terkesan dengan pengambilan tanah tersebut. Bagi penempatan di Residensi Sungai Udang, mereka ditawarkan kadar sewa pada awalnya RM350 sebulan bagi tahun pertama dan ditingkatkan pula kepada RM680 bagi tahun-tahun seterusnya.
DBKL juga meluluskan beberapa permohonan penyewaan PPR kepada mereka untuk tempoh tiga tahun dengan kadar sewa RM124.00 sebulan dan selain daripada itu pihak pemaju juga menyediakan logistik kepada mereka yang bersetuju dengan penempatan sementara ini. Persoalan keempat pula yang dibangkitkan ialah isu ketidakpuasan hati di atas nilaian pampasan pula. Dalam isu ini sekiranya ada pemilik – yang ini saya berulang kali sebut Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya ada pemilik yang tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan itu, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang sedia ada. Kita hormat apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh mahkamah. Sekiranya mahkamah memutuskan pemaju perlu menaikkan nilai pampasan, maka pemaju perlulah menaikkan dan melaksanakannya. Namun, jika mahkamah memutuskan nilai pampasan itu kekal, maka pemilik juga perlu akur dan menghormati atas keputusan mahkamah tersebut. Namun begitu, perbicaraan kes ini tidak menghalang sebenarnya pembangunan Kampung Sungai Baru untuk diteruskan. Saya ingin jelaskan sedikit berkenaan nilai pampasan yang diberikan. Rekod jual-beli pada 2015 dan 2019 pula menunjukkan harga pasaran asal jauh lebih rendah iaitu flat sekitar RM120,000 hingga RM180,000 sahaja dan teres pula sekitar RM200,000 hingga RM480,000 sahaja. Berdasarkan penilaian ini jumlah pampasan yang ditawarkan pada ketika pengambilan tanah itu berlaku adalah lebih menguntungkan dari nilai sebenar pasaran. Perkara seterusnya yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan cadangan merizabkan semula Kampung Sungai Bharu kepada kawasan MAS ataupun tanah
rizab Melayu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua, status semasa menunjukkan keseluruhan tanah Kampung Sungai Baru telah dimiliki oleh pemaju dan juga pemilik-pemilik unit individu. Sebarang cadangan merizabkan kawasan ini perlu diteliti Yang di-Pertua dengan mendalam kerana ia hanya boleh dilaksanakan tertakluk kepada persetujuan kepada keseluruhan daripada pemilik-pemilik tanah termasuk pemaju yang telah juga memiliki sebahagian daripada tanah Kampung Sungai Baru ini kerana tanah- tanah ini telah diberi milik dan cadangan ini perlu dimohon oleh pemilik tanah dan bukannya dimulakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menerangkan status semasa pembangunan Kampung Sungai Baru. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, tanah bagi pembangunan projek ini kini telah menjadi hak milik pemaju sepenuhnya. Pada ketika saya mula-mula dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, saya juga berjumpa dengan kedua-dua pihak iaitu yang bersetuju dan mereka yang tidak bersetuju untuk mendengar sendiri apa yang menjadi kebimbangan ataupun concern mereka. Selepas perjumpaan, pertimbangan yang paling munasabah, yang saya ketika itu membuat keputusan ialah untuk meneruskan projek tersebut. Jadi, sehubungan dengan itu saya menekankan dan mendesak juga pemaju untuk segera memulakan projek pembangunan ini yang akhirnya dapat membawa semula penduduk majoriti yang bersetuju tadi dah dipindahkan keluar masuk semula ke Kampung Sungai Baru. Memandangkan projek ini telah tertangguh hampir sembilan tahun Yang di- Pertua, satu tempoh yang bukan sekejap sejak rundingan dimulakan dari tahun 2016 lagi. Apa yang lebih penting adalah rumah gantian perlu disiapkan segera selagi mana projek ini tidak disiapkan kumpulan yang bersetuju ini tidak akan dapat kembali ke Kampung Sungai Baru dan apa yang terkesan di hati saya ialah apabila dimaklumkan seramai 40 orang daripada mereka telah – ataupun daripada kumpulan majoriti yang bersetuju ini tadi telah pun kembali ke Rahmatullah dan tidak sempat kembali semula untuk menduduki Kampung Sungai Baru. Saya juga telah meminta Perbadanan Kampong Bharu dan DBKL untuk memudah cara proses yang diperlukan. Alhamdulillah, kelulusan pembangunan yang merangkumi kebenaran merancang susun atur atau KMS serta Perintah Pembangunan atau DO telah pun diperolehi oleh pemaju bagi plot satu kalau boleh
lihat di situ plot satu iaitu plot rumah gantian dan juga plot empat yang melibatkan pembinaan pejabat, service apartment dan juga ruang perniagaan. Selain daripada itu juga pemaju telah menerima permit pembinaan, papan dendeng ataupun hoarding serta permit bagi kerja-kerja meroboh bagi sebahagian tapak projek, manakala kelulusan pelan bangunan masih lagi dalam proses penelitian oleh pihak DBKL. Daripada masa ini, kesemua lapan blok flat telah pun dirobohkan, manakala perobohan bagi 60 lot teres dijangka siap dalam masa tempoh sebulan dan insya-Allah dianggarkan projek ini akan segera dimulakan dan akan selesai dalam masa empat tahun lagi. Apa yang utama adalah keperluan untuk menyegerakan pembangunan di plot 1 yang akan melibatkan 580 unit dengan 339 unit diperuntukkan kepada pemilik yang bersetuju manakala baki 241 unit lagi akan dijual serta akan diberikan keutamaan kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Sungai Baru khasnya dan pemilik dan pewaris Kampong Bharu amnya. Reka bentuk rumah termasuk fasad bangunan serta kemudahan-kemudahan di blok rumah ganti adalah hasil persetujuan bersama di antara pemaju, pemilik dan juga PKB dan ini bermakna sehingga kini pemilik yang bersetuju memainkan peranan yang besar dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya akan menerangkan tentang langkah ke hadapan pembangunan Kampung Sungai Baru dan juga Kampong Bharu secara amnya. Ada pihak yang membangkitkan tentang kemungkinan bebanan caj penyelenggaraan. Kita faham bila harga rumah dah meningkat, caj penyelenggaraan atau maintenance charges juga mungkin akan meningkat. Jadi, untuk ini, bagi menangani perkara ini, saya juga telah memanggil pihak pemaju dan meminta mereka untuk mengkaji secara terperinci kaedah atau mekanisme yang bersesuaian untuk mengurangkan beban caj penyelenggaraan tersebut seperti mungkin boleh menggunakan konsep ataupun entiti wakaf atau yang seumpamanya. Pemaju telah pun menyatakan persetujuan dan komitmen mereka untuk mengatasi isu ini. Dan perkara terakhir yang menjadi kebimbangan semua pihak dalam pembangunan ini adalah berkaitan dengan pemilikan Melayu. Namun begitu, perlu difahami terlebih dahulu bahawa tanah yang melibatkan, yang terlibat dalam projek ini iaitu Kampung Sungai Baru, bukan Kampong Baharu. Jadi, saya sengaja ulang ini supaya tak lagi ada pihak yang keliru, tidak mempunyai apa-apa sekatan pemilikan dan juga pegangan pajakan hanya adalah, 99 tahun. Bagi
meningkatkan pemilikan Melayu dalam projek ini, saya juga telah mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan untuk merangka dan mengkaji pelaksanaan dasar serta inisiatif baru termasuklah potensi penglibatan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dalam pembangunan projek ini. Penetapan syarat bahawa rumah ganti hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu. Dan untuk meningkatkan peratusan pemilikan Melayu selaras dengan ketetapan dasar DBKL, saya juga telah mengarahkan satu dokumen dasar digubal yang mewajibkan kepelbagaian jenis pembangunan khususnya di kawasan-kawasan kampung di kawasan Kampung Sungai Baru ini supaya wujudnya kategori-kategori baru. Contohnya mungkin kondominium mampu milik Melayu atau Soho: mampu milik Melayu, rumah kedai mampu milik Melayu dan ruang pejabat mampu milik Melayu selain daripada meneruskan projek Residensi MADANI dan juga Residensi WILAYAH4. Saya juga telah minta pemaju untuk mewujudkan task force Yang di-Pertua yang meneliti kepentingan dan keutamaan orang Melayu dalam pembangunan Kampung Sungai Baru ini termasuk kerjasama dengan GLC seperti UDA Holdings mungkin atau menubuhkan konsortium yang mengumpulkan syarikat-syarikat pembangunan GLC yang lain bagi memastikan kepentingan dan pemilikan orang Melayu kekal terjaga. Jadi, ini adalah usaha-usaha yang kita lakukan Yang di-Pertua. Pihak pemaju juga telah menyatakan keterbukaan mereka untuk meneruskan perbincangan terkait dengan isu tersebut. Di hakikatnya, isu Kampung Sungai Baru ini merupakan satu isu legasi yang diwarisi menelusuri beberapa pentadbiran kerajaan daripada pelbagai parti politik. Hasrat pemilik yang terlibat dalam projek ini adalah agar pelaksanaannya dapat disegerakan memandangkan mereka telah terlalu lama menunggu untuk mendapatkan hak mereka yang sewajarnya dan ini disambut sebagai fokus Kerajaan MADANI pada hari ini untuk menyelesaikan pembangunan di Kampung Sungai Baru sesegera mungkin. Antara impak pembangunan yang dikenal pasti selepas pembangunan Kampung Sungai Baru ini adalah pertama, ia akan menjadi pemangkin utama transformasi Kampong Bharu dengan memberi impak positif dalam aspek pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan juga alam sekitar. 4 Pindaan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) melalui surat bertarikh 24 Oktober 2025
Kedua, menyumbang kepada peningkatan pemilikan hartanah orang Melayu dan Bumiputera sekali gus memperkukuh pegangan komuniti tempatan. Ketiga, meningkatkan nilai hartanah dan merangsang pelaburan pembangunan serta ekonomi di kawasan Kampung Sungai Baru khususnya dan Kampong Bharu amnya. Keempat, pembangunan ini meningkatkan accessibility ke Kampong Bharu melalui jalan baru dari AKLEH dan naik taraf jalan sedia ada di Kampung Sungai Baru dan kelimanya, pembangunan projek ini menekankan pemeliharaan warisan dan budaya Melayu bagi memastikan kelestarian sejarah dan identiti unik Kampong Bharu terus terpelihara selaras dengan garis panduan seni bina Melayu Islam Kampong Baharu.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, kita wajar berlaku adil kepada pemilik yang sejak awal telah menyatakan komitmen dan persetujuan mereka terhadap projek pembangunan semula ini. Manakala bagi pembangunan Kampong Baharu, secara keseluruhan pula ia nya akan digerakkan berasaskan empat fokus utama iaitu pertama, pembangunan fizikal moden yang memenuhi keperluan semasa dan menarik pelaburan baru seperti laluan jalan raya yang lebih lebar dan tambahan pencawang masuk utama TNB yang akan membekalkan kepada keseluruhan Kampong Baharu. Kedua, pengekalan warisan dan budaya Melayu Islam agar identiti Kampong Bharu kekal terpelihara dengan jaminan 100 peratus pemilikan Melayu bagi unit rumah ganti di kawasan MAS, sejajar dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya tanah ini kekal sebagai milikan Melayu. Ketiga, persekitaran bandar yang mampan mengimbangi kemajuan dengan kelestarian melalui model pembangunan wakaf dan konsortium yang melibatkan GLC, GLIC serta pelabur swasta. Dan keempat, terakhir, pemerkasaan ekonomi Melayu. Memastikan komuniti tempatan menikmati limpahan manfaat pembangunan untuk memelihara sejarah dan seni bina Melayu Islam. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kerajaan juga mempunyai perancangan konseptual lagi, ini – perkara ini untuk kita membangunkan tanah-tanah tersepit ataupun pocket land di Kampong Bharu dengan mungkin kilang tanaman sebagai meneruskan legasi kurniaan Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, nenda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kini yang ingin melihat aktiviti pertanian oleh orang Melayu di Kampong Baharu. Perbincangan awal di peringkat
pegawai di antara CEO PKB dan juga Ketua Pengarah MARDI telah pun dimulakan dan insya-Allah, mereka telah melihat beberapa tapak yang akan dikenal pasti, Yang di-Pertua. Seperkara lagi, usaha supaya rumah-rumah tradisi di Kampong Bharu yang menjadi nostalgia kepada rakyat Malaysia seperti Rumah Limas, Rumah Biru, kekal terpelihara sebagai Laman Budaya Kampong Bharu serta akan diselenggarakan menggunakan peruntukan Perbadanan Kampong Bharu sendiri. Kampong Bharu masih meriah, insya-Allah seperti sedia kala dan akan kekal meriah selepas cadangan pembangunan. Jadi, saya – ini gambarannya. [Sambil melihat paparan di skrin] Gambaran artistik-lah insya-Allah. Kalau jadi, pembangunan Kampung Sungai Baru akan menjadi catalyst kepada pembangunan Kampong Bharu secara keseluruhannya. Dan saya jemputlah Ahli-ahli Yang Berhormat untuk turun, sedia melihat wajah Kampong Bharu ya. Banyak makanan-makanan yang sedap di Kampong Bharu, sila pergi ke sana. Pasir Salak, saya masih lagi berhutang jemputan kepada Pasir Salak. Insya- Allah, kita akan jemput Pasir Salak nanti untuk makan-makan.
Terima kasih Menteri.
[Dewan riuh]
Terima kasih. [Ketawa] Kalau – kalau nak juga, boleh hello, hello saya, insya-Allah. Jadi, iltizam akhirnya, iltizam Kerajaan MADANI adalah untuk memartabatkan Kampong Bharu sebagai entiti dan identiti Melayu moden, sebuah kawasan yang bukan saja mengekalkan pemilikan dan warisan bangsa, bahkan turut menjadi keharmonian antara kemajuan, budaya dan nilai Islam di tengah-tengah ibu negara. Sekian, wabillahi taufiq wal-hidayah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan ini dibuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan. Walau bagaimanapun, sebelum saya meneruskan agenda ini, saya ingin mengingatkan, saya faham bahawa topik ini amat sensitif dari perspektif perbahasan. Ingin saya mengingatkan tata-tatacara iaitu jangan lupa Peraturan 36 iaitu isi
perbahasan. Peraturan 37, cara mengganggu dan mencelah dan paling kritikal, adab semasa Mesyuarat bersidang. Selain pada itu, sebelum saya senaraikan mereka yang di bahas - membahas, ambil maklum. Saya dimaklumkan oleh pihak Perhubungan Awam Parlimen, hari ini kita padat dengan pelawat-pelawat. Jadi, Yang Berhormat-Yang Berhormat nampak di belakang itu kan? Level, level cucu-cucu. Level, level anak- anak. Jadi, adab kita di dalam Dewan ini, prihatinlah ya. Kita tidak mahu di luar sana memberi gambaran yang kurang sihat. Jadi, dengan ingatan itu, saya harap perbahasan akan berjalan dengan baik dan lancar. Saya telah menerima senarai, Mesyuarat telah memutuskan empat orang sahaja dibenar untuk berbahas. Walau bagaimanapun, kelonggaran untuk mencelah akan diberi ya. Senarai-senarai mereka yang akan berbahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Arau. Dengan sedemikian, kelonggaran mencelah itu akan diberi waktu. Saya percaya sedemikian akan diputuskan. Walau bagaimanapun, dah hampir pukul 1. Saya percaya tidak – kalau yang pertama panggil pun, dua, tiga minit dah sangkut ya.
[Dewan ketawa]
Saya cadangkan mereka ini memulai perbahasan pukul 2 – pukul 2.30 nanti dan pencelah-pencelah itu berpandulah kepada Pengerusi. Kalau Pengerusi itu diam, teruskan lah. Kalau Pengerusi itu kata berhenti itu, faham-faham lah, ya. Dan habis empat orang pembahas ini, Menteri akan menjawab ya. Baik ya. Dengan sedemikian, saya tangguh Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang, petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.56 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah untuk berbahas, masa lima minit sahaja.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Kuala Pilah menyambut baik penerangan Menteri mengenai hala tuju pembangunan Kampong Bharu bagi memperkasa identiti Melayu di Kuala Lumpur. Hasrat ini bukan sekadar soal pembangunan fizikal, tetapi suatu agenda nasional untuk mengangkat martabat bangsa dan mengukuhkan jati diri Melayu di tengah kota metropolitan. Kampong Bharu bukanlah kawasan biasa. Ia wujud sejak tahun 1899 sebagai tanah simpanan orang Melayu, menjadi benteng identiti, budaya dan warisan bangsa di tengah arus modenisasi Kuala Lumpur. Di sinilah terakam kisah perjuangan adat resam serta memori kolektif masyarakat Melayu bandar yang tidak ternilai harganya. Justeru, Kuala Pilah berpandangan pembangunan Kampong Bharu perlu dipandu dengan prinsip yang jelas iaitu memperkasa, bukan menggadai. Kuala Pilah berharap projek pembangunan Kampong Bharu bukan sekadar menjadi model pembangunan Melayu moden yang maju tetapi tetap berakar pada sejarah dan budaya agar Kampong Bharu terus kekal sebagai mercu tanda kebanggaan bangsa Melayu di tengah-tengah ibu kota. Puan Yang di-Pertua, dalam semangat menyokong, Kuala Pilah ingin menekankan beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan. The fear of the Malays should and must be addressed first dengan izin, di dalam pengendalian isu berkaitan dengan Kampong Bharu dan Kampung Sungai Baru ini. Walaupun hasrat pembangunan Kampong Bharu ini amat dialu-alukan, terdapat kebimbangan terhadap kredibiliti pemaju dan jaminan projek. Kita tidak mahu sejarah projek terbengkalai berulang. Kerajaan mesti memastikan hanya pemaju yang benar- benar berwibawa dan kukuh kewangannya dipertanggungjawabkan dengan adanya bon pelaksanaan, insurans projek serta penalti yang jelas jika berlaku kegagalan. Isu pampasan kepada pemilik tanah dan penduduk asal juga perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan. Pampasan tidak boleh hanya berdasarkan nilai pasaran semasa, tapi mestilah bersifat menyeluruh, holistik, termasuk kos perpindahan, kehilangan pendapatan serta jaminan lokasi penggantian yang setara. Hakikatnya, tanah Kampong Bharu bukan semata-mata aset ekonomi, Puan Yang di-Pertua, tetapi tanah pusaka yang sarat dengan nilai emosi dan sejarah. Pembangunan Kampong Bharu tidak boleh mengulangi kesilapan projek dengan izin redevelopment lain sebelum ini yang akhirnya menyingkirkan komuniti
asal iaitu risiko gentrifikasi. Kita tidak mahu pembangunan ini akhirnya mengusir keluar masyarakat Melayu asal akibat kos sara hidup dan caj penyelenggaraan yang melambung tinggi. Jika ini berlaku, tujuan asal pembangunan untuk memperkasa identiti Melayu akan gagal. Maka keseimbangan antara pembangunan moden dengan kelestarian komuniti mesti dijamin. Puan Yang di-Pertua, dalam hal ini, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan mengenai kes Kampung Sungai Baru yang masih dalam proses pembangunan semula. Adakah kerajaan bersedia mengadakan rundingan lanjut dengan penduduk yang masih enggan berpindah supaya penyelesaian yang dicapai benar-benar adil dan tidak menjejaskan hak komuniti asal? Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah mencadangkan agar pembangunan Kampong Bharu dipandu oleh beberapa prinsip asas. Pertama, Kerajaan wajar menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pemantau yang dianggotai wakil penduduk, pakar profesional seperti jurutera dan arkitek serta pihak kerajaan sendiri. Dalam hal ini, kita tidak boleh mengabaikan peranan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) yang telah sekian lama menjadi institusi tadbir urus Kampong Bharu. Persoalannya, apakah hala tuju Lembaga Pentadbiran MAS dalam konteks pembangunan baharu ini? Adakah ia akan terus diperkasa atau diserapkan ke dalam struktur yang baru? Kedua, kerajaan juga perlu memastikan pampasan dan insentif didedahkan secara terbuka. Segala bentuk bantuan yang diberikan, sama ada pelepasan cukai, geran tanah tambahan atau skim perumahan gantian, mestilah diumumkan dengan jelas agar rakyat tahu hak mereka dan tiada ruang untuk dieksploitasi oleh pemaju. Seterusnya, pembangunan Kampong Bharu mesti menjadi model kepada perumahan mampu milik khusus untuk orang Melayu bandar terutamanya golongan muda. Kuala Pilah berharap agar roh Kampong Bharu terus dipelihara. Kita tidak mahu kawasan ini berubah menjadi deretan kondominium mewah semata-mata. Mesti ada kuota rumah mampu milik untuk anak muda Melayu, ruang niaga untuk usahawan bumiputera dan pusat budaya yang menghidupkan warisan. Dengan cara ini, identiti demografi kawasan dapat dikekalkan dan pada masa yang sama memberi peluang generasi baru menikmati kehidupan bandar tanpa terputus dari akar budaya mereka. Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah yakin bahawa pembangunan Kampong Bharu bukan sekadar soal membina bangunan yang baharu, tetapi membina masa depan Melayu bandar yang berakar pada sejarah, budaya dan warisan. Kuala Pilah
menyokong usaha kerajaan untuk memperkasa Kampong Bharu sebagai mercu tanda identiti Melayu di tengah kota dengan syarat prinsip keadilan, ketelusan dan keterlibatan komuniti sentiasa dijunjung. Tinggi harapan agar Kampong Bharu akan menjadi model pembangunan moden yang tetap mengekalkan jiwa tradisi, sebuah simbol bahawa Melayu mampu maju dalam arus kemodenan tanpa kehilangan akar budaya kerana kita tidak mahu Kampong Bharu hanya tinggal nama dan orang Melayu pula sekadar menjadi penonton di tanah sendiri. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, terima kasih atas ruang yang diberikan. Saya mulakan dengan mengambil berat serta memberi perhatian serius terhadap Titah terkini Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 18 September yang lalu. Titah Baginda bukan sekadar satu kenyataan biasa, tapi merupakan panduan berprinsip yang sangat jelas dalam menangani isu pembangunan Kampong Bharu. Baginda dengan jelas menegaskan tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman. Namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu. Ini menunjukkan kebijaksanaan dan kewarasan Baginda dalam menyelaraskan antara keperluan pembangunan moden dengan kepentingan asasi masyarakat Melayu. Titah Baginda ini sebenarnya menyuarakan prinsip yang sangat asas tetapi sering diabaikan. Pembangunan tidak boleh meminggirkan kepentingan dan maruah pemilik asal. Pembangunan harus bersifat inklusif dan memelihara warisan sejarah yang tidak ternilai. Namun, demikian, persoalan besar yang timbul ialah adakah Kerajaan Persekutuan benar-benar mendengar dan mengambil berat akan pandangan mulia ini atau adakah kerajaan hanya mementingkan naratif pembangunan semata-mata tanpa mempedulikan suara hati masyarakat Melayu. Kita perlu ingat, titah Baginda ini bukan sekadar nasihat biasa tetapi mempunyai kuasa moral dan sejarah yang mendalam. Baginda sendiri mengingatkan kita bahawa Kampong Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1899 dan diiktiraf sebagai pendapatan masyarakat Melayu melalui kurniaan Sultan Selangor Kelima, Sultan Alauddin Suleiman Shah.
Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan bahawa sebarang bentuk pembangunan di Kampong Bharu mematuhi prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Prinsip pembangunan yang berhemah berpihak kepada orang Melayu dan memelihara warisan sejarah. Kerajaan Persekutuan perlu memberikan jaminan yang jelas dan kukuh bahawa prinsip-prinsip ini tidak akan dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan fizikal semata-mata. Inilah yang dituntut oleh Baginda dan inilah wajar: sewajarnya dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Yang Berhormat Speaker, permasalahan ini bertambah rumit dengan status tanah yang tidak konsisten. Seperti yang dijelaskan oleh Tan Sri Ambrin Buang, bekas Ketua Audit Negara dan juga anak jati Kampong Bharu, kawasan Kampung Sungai Baru seharusnya diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) memandangkan lokasinya yang terletak di tebing kanan Sungai Klang seperti yang dinyatakan dalam pewartaan 1932. Beliau dengan tegas mencadangkan agar kerajaan...
Padang Serai, Padang Serai.
Kerajaan Persekutuan meneliti semula dan mewartakan semula Kampung Sungai Baru sebagai tanah MAS.
Padang Serai minta..
Sila, Bagan Serai.
Ha, sama-sama serai.
Terima kasih, Tuan Speaker. Tadi dibentang oleh pihak Menteri berkenaan dengan harga rumah ini lebih kurang RM880,000 dah tentulah yang sekarang ini penyewa flatnya bayar maintenance-nya lebih kurang RM100 atau RM120. Dengan harga RM880,000 ini sudah tentu maintenance bulanannya meningkat sampai RM300 hingga RM350. Adakah mampu mereka yang selama ini bayar RM100 ini, mampu untuk bayar sampai RM300? Akhirnya terpaksa mereka jual rumah ini ataupun berpindah, sedangkan asas yang sebenarnya kita hendak Kampong Bharu ini dikekalkan sebagai kampung yang ditinggal oleh orang-orang Melayu yang berada di tengah- tengah bandar. Apa pandangan daripada Padang Serai?
Terima kasih, Bagan Serai masukkan dalam ucapan saya. Inilah cadangan konstruktif dan praktikal kenapa sehingga kini kerajaan masih teragak-agak untuk mengambil langkah ini. Kegagalan bertindak ini hanya mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan memandang ringan terhadap pemuliharaan warisan dan hak tanah orang Melayu di ibu kota. Yang Berhormat Speaker, saya ingin menegaskan dengan penuh kesedaran bahawa Kampong Bharu bukan sekadar sekeping tanah kosong yang menunggu untuk dieksploitasi. Ia adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900 seperti yang diingatkan dengan penuh hikmah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Kenyataan Baginda ini bukan retorik kosong, tetapi merangkumi kebenaran sejarah yang mendalam tentang peranan dan signifikasi Kampong Bharu dalam naratif perjuangan Melayu. Kawasan bersejarah ini menyimpan memori kolektif masyarakat Melayu. Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di sini bukan sekadar bangunan lama, tetapi merupakan tempat di mana Kongres Melayu Se-Malaya pada tahun 1946 berlangsung perhimpunan bersejarah yang akhirnya mencetuskan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ini adalah bukti nyata bagaimana Kampong Bharu berperanan sebagai benteng perlindungan masyarakat Melayu di saat-saat genting. Daripada perspektif perancangan bandar yang lebih luas, pelbagai kajian akademik dan penyelidikan ilmiah telah konsisten mengenal pasti Kampong Bharu sebagai penempatan tradisional Melayu yang unik di jantung Kuala Lumpur. Kawasan ini mengekalkan nilai sosial, budaya dan komuniti yang tinggi, yang sukar ditemui di mana-mana lokasi lain dalam ibu kota. Keunikan ini merupakan aset warisan yang tidak ternilai yang harus dipelihara, bukan dihapuskan atas nama pembangunan...
Sila gulung.
Namun malangnya, pembangunan yang tidak dirancang dengan sensitiviti sejarah dan budaya hanya akan mengakibatkan terhakisnya identiti penting ini. Apa yang kita saksikan ini ialah, kerajaan seolah-olah terpukau dengan nilai komersial tanah ini, sambil secara sistematik membutakan mata terhadap nilai sejarah dan sentimental yang tidak ternilai kepada masyarakat Melayu.
Kerajaan nampaknya gagal memahami bahawa Kampong Bharu merupakan living monument: monumen hidup yang masih berfungsi sebagai penjaga memori, budaya dan identiti Melayu di Kuala Lumpur. Kehilangan Kampong Bharu bukan sekadar kehilangan tanah tetapi merupakan kehilangan jiwa dan roh masyarakat Melayu di ibu kota. Oleh itu saya menyeru kerajaan akan membuka mata dan hati untuk melihat melampau nilai komersial semata-mata dan menghargai warisan yang tak ketara dipegang oleh Kampong Baharu. Jangan sampai kita menjadi generasi yang dikenang sebagai generasi yang mengorbankan warisan bangsa demi kepentingan material. Jadi, penggulungan saya Yang Berhormat Speaker. Kami menuntut beberapa tindakan segera. Pertama, kerajaan hendaklah menghentikan sebarang usaha pembangunan di Kampong Bharu terutamanya di Kampung Sungai Baru sehingga satu pelan pembangunan yang benar-benar mematuhi syarat Baginda Sultan dan mendapat persetujuan meluas daripada penduduk tanah MAS, dizahirkan. Kedua, kerajaan perlu mengkaji dan melaksanakan cadangan Tan Sri Ambrin Buang untuk mewartakan semula Kampung Sungai Baru sebagai tanah MAS bagi memastikan kepentingan orang Melayu terpelihara,. bukan seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri tadi – permohonan MAS ini dibuat oleh penduduk. Saya minta kerajaan yang melaksanakan tindakan ini. Yang ketiga, kerajaan mesti menunjukkan komitmen yang lebih telus dan tulus dalam mengutamakan pemerkasaan identiti dan ekonomi Melayu bukannya membenarkan kepentingan pemaju mengatasi segala-galanya...
Padang Serai, Padang Serai, boleh saya...
Nanti saya nak gulung dah. Terima kasih.
Nak bertanya, nak tambah sahaja.
Ya, sila.
Tidak boleh, sila duduk.
Tetapi dia benarkan?
Tidak boleh – okey saya nak gulung dah. Terima kasih.
Jadi kami ingin mengingatkan kerajaan, pembangunan yang sebenar tidak meminggirkan rakyat yang asal. Pembangunan yang sebenarnya memelihara warisan sambil maju ke hadapan. Janganlah sehingga menang sorak kampung tergadai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan 36(2). Tadi dalam masa penerangan oleh Menteri, beliau menyedari bahawa isu berkaitan dengan status..
36 berapa?
...(2). Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya, pada Timbalan Pengerusi harus merosakkan kepentingan- kepentingan pihak yang berbicara. Disebut oleh Menteri sendiri bahawa status berkaitan dengan kedudukan Malay Agriculturan Settlement ini masih dalam timbangan mahkamah dan sedang di dalam dibincangkan. Apakah kedudukannya Menteri memaparkan imej di dalam Dewan Rakyat ini yang menunjukkan kedudukan yang absolute bahawa seolah-olah memang Kampung Sungai Baru ini berada di luar daripada kawasan MAS, dan dalam masa yang sama seperti yang telah disebutkan tadi tulisan oleh Tan Sri Ambrin Buang, malah dikongsi sama oleh Laman Rasmi Istana Selangor dan dikongsi bersama dengan kenyataan penuh Tan Sri Ambrin Buang...
Yang Berhormat...
Jadi saya minta petua daripada Yang di-Pertua, terima kasih.
Saya rasa nanti apabila Menteri jawab boleh bagi penjelasan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Saya...
Saya bukan tanya soalan, saya membangkitkan peraturan mesyuarat.
Saya sudah bagi petua, nanti Menteri akan jawab selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambut baik jaminan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan mewakili kerajaan dalam isu pembangunan Kampong Baharu. Bagaimanapun, saya ada beberapa soalan untuk Yang Berhormat Menteri jawab. Yang pertama, adakah pembangunan Kampong Bharu akan tertakluk di bawah Akta Pembangunan Semula Bandar atau URA – U.R.A jika akta itu dalam keadaan seperti rang undang-undang yang akan diluluskan beberapa hari lagi – jika jawapan Menteri ya, saya kata, bahaya. Nanti berlaku seperti di kampung sebelahnya iaitu Kampung Sungai Baru. Jika jawapan Menteri tidak – tidak tertakluk kepada bakal undang-undang URA itu. U.R.A yang akan jadi undang-undang nanti, maka soalan saya, pembangunan Kampong Bharu nanti akan dibangunkan di bawah kuasa undang- undang yang mana?
jika proses pembangunan Kampong Bharu itu nanti terdapat masalah seperti persetujuan daripada pemilik tanah dan penduduk, adakah Kerajaan Persekutuan akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, seperti yang berlaku di Kampung Sungai Baru?
Saya minta jaminan Menteri dan kerajaan. Tentu Menteri menyedari tentang peruntukan Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan tentang perlindungan Perlembagaan terhadap harta rakyat di bawah Perkara 13. Saya sebutkan seperti ini. Di bawah Perkara 13(1), dinyatakan oleh Perlembagaan, "Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang." Di bawah fasal 2, "Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi." Ulang, saya ulang, “Pampasan yang mencukupi.” Yang Berhormat Menteri, perlindungan Perkara 13 yang baru sahaja saya sebut itu telah tidak dilaksanakan dalam isu Kampung Sungai Baru. Itu yang jadi masalahnya. Jadi, apa jaminan hal ini tidak berlaku di Kampong Bharu itu nanti? Kawasan Kampong Bharu lebih luas dan penduduknya lebih ramai berbanding
Kampung Sungai Baru. Dalam pembangunan itu nanti, tentu akan ada pertikaian di mahkamah dalam soal rumah, soal tanah, soal bangunan yang akan dirobohkan untuk pembangunan semula dapat dilakukan. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan, kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pemaju dan juga polis akan menghormati hak penduduk dan pemilik iaitu tidak ada rumah ataupun bangunan akan dirobohkan untuk memberi pemaju milikan kosong dengan izin, vacant possession sekiranya kes-kes mahkamah oleh penduduk belum selesai secara tuntas dan muktamad?
Pasir Gudang, mencelah sikit.
Ya, sila.
Ya. Pasir Gudang, dalam kes Kampung Sungai Baru, dia ada dua kategori. Satu yang flat. Yang flat ini, memang majoriti bersetuju. Yang tanah ini, yang tanah rumah teres ini, sebahagian besar tidak bersetuju, tapi diperlakukan dengan cara yang sama. Apa pandangan?
Ya, untuk jawapan kepada pertanyaan Kuala Terengganu, Yang Berhormat Menteri, di Kampung Sungai Baru itu, dia ada rumah flat dan rumah teres. Rumah flat itu tertakluk di bawah Akta Strata. Akta Strata yang ada, seksyen saya lupa berapa, menyatakan ambang persetujuan 100 peratus. Jadi, itu yang jadi bantahan rakyat. Jadi, saya mahu janganlah berlaku itu nanti di Kampong Bharu sebab minggu depan nanti kita nak luluskan ini, URA ini, saya takut.
Sila gulung.
Ya, saya gulung sekarang. Saya nak tegaskan Yang Berhormat Menteri, saya mendengar dengan teliti taklimat Yang Berhormat Menteri, tapi dalam kes Kampung Sungai Baru, betul, pemaju telah dapat perintah vacant possession. Boleh roboh, tetapi penduduk telah buat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap perintah itu. Perintah Mahkamah itu yang merobohkan rumah penduduk Kampung Sungai Baru itu dikeluarkan bukan oleh hakim, hanya oleh apa dipanggil, Penolong Pendaftar Kanan, bukan bertaraf hakim dan penduduk melalui lawyer dia, telah membuat rayuan. Sebelum rayuan dibicarakan, rumah dah dirobohkan. Ertinya belum exhaustive lagi. Ini tidak adil [Tepuk] Kita kata negara kita ini berjalan berdasarkan hukum. Ini harta rakyat, mereka bukan setinggan.
Mengapa Order 89 digunakan untuk robohkan rumah di Kampung Sungai Baru? Saya seorang peguam, saya tahu hal ini. Kes ini saya pertahankan untuk rakyat biasa. Kenapa di Kuala Lumpur, perkara ini boleh berlaku? Dah ada rayuan dibuat selepas rumah dirobohkan, Hakim Mahkamah Tinggi kata, tak boleh nak apa ini, pinda lagi, rumah dah habis dirobohkan. Tak boleh macam itu. Jadi, ini penggulungan yang betul-betul gulung. Saya percaya, kalau betul kerajaan ini kerajaan yang adil dan MADANI, jangan lakukan kesilapan di Kampung Sungai Baru terhadap pembangunan di Kampong Baharu. Biarlah nama baik Kerajaan MADANI ini kekal harum sebagai kerajaan yang betul-betul memelihara warisan penempatan masyarakat bangsa Melayu di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur ini. Sekian, terima kasih Puan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, semoga cepat sembuh, suara makin pulih. Terima kasih pada Menteri yang telah memberi ucapan tadi dan telah menyebut nama saya, saya ucap terima kasih kerana Menteri ini bagus cara menjawabnya, lain daripada Menteri Pendidikan lah, lebih kurang macam itu. Jadi, dengan pendekatan demikian rupa, saya rasa kita boleh berbincang dengan lebih baik. Yang pertama sekali, 16 Februari 1932, Sungai Baru dan kawasan MAS adalah kawasan rizab Melayu. 1970, Sungai Baru dikeluarkan, tapi Kampong Bharu masih duduk bawah MAS. Saya tak tahu siapa yang keluarkan. Mungkin kerana pembinaan flat PKNS dan juga rumah teres PKNS, tapi yang dikeluarkan 16 ekar. Saya minta kepada Menteri, tunjuk bukti kepada kita, bagaimana tanah ini ditukar daripada rizab Melayu kepada pajakan sebab dalam peraturan rizab Melayu itu disebut dengan terang bahawa kalau sekiranya kita nak ambil kawasan tanah rizab Melayu, mesti diganti. Di mana diganti? Sungai Baru telah diambil, diganti di mana? Kita nak tahu dia berganti dan bila nak ganti? Kita kena ganti ikut keluasan dan juga penilaian. Kemudian selepas itu, kita lihat, bila Sungai Baru telah dibangunkan. Jadi, di zaman moden ini, pada tahun 2016 sampai 2018, pembangunan telah pun dicadang oleh syarikat yang sama dan perkara itu tidak diteruskan. Di zaman saya sebut nama
sini, Khalid Samad, dia telah mencadangkan supaya nilai dinaikkan kepada RM1,000. Ini cadangan yang bagus, tetapi tidak ada dokumentasi yang menunjukkan bahawa ini syarat utama dan apabila tanah ini diambil, yang RM1,000 itu tidak diambil kira. Saya ingin tahu. Kemudian, Notis Pengambilan, Notis Pengambilan. Yang Berhormat sebut- sebut tadi, notis: seksyen 4. Seksyen 4 ini ialah niat, niat kerajaan untuk ambil tanah. Hari Jumaat, Sabtu, Ahad, tiga hari. Hari Isnin, terus notis seksyen 8 iaitu pengambilan. Kita nak tanya, tiga hari ini, apakah syarat yang sebenarnya ditetapkan, yang pengarah boleh buat demikian rupa? Masa itu, masa tersebut ialah masa PKP, orang tak bekerja, Yang Berhormat. Jadi, apakah boleh dibuat demikian rupa? Yang kita nak sebut di sini ialah bahawa pengambilan itu telah dibuat dengan cara yang tidak wajar, tiga hari masa PKP. Masa itu Tan Sri Annuar Musa jadi Menteri, merupakan di antara Menteri yang terbaik dalam menangani COVID-19. Jadi, masa PKP. Saya tak tahu apa yang jadi selepas itu. Yang penting di sini ialah pengambilan itu tidak wajar. Kemudian, yang keduanya diambil pada 18 kemudian 21 dikeluarkan seksyen 8 dan Arau, terima kasih. Arau menjadi Menteri pada bulan Ogos pada tahun yang sama, tetapi Menteri terlupa cerita apa yang Arau telah buat.
Arau telah membuat perundingan menangguhkan sampai satu tahun supaya pengambilan tidak dibuat, tetapi selepas itu kita tidak tahu apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, kita telah membuat rundingan demi rundingan supaya pampasan dibuat. Yang Berhormat, sekarang ini persoalannya ialah pengambilan ini tidak dibuat mengikut cara yang betul. Kemudian yang keduanya, dalam seksyen 30(1B) menyebut dengan terang...
Arau, Arau, boleh? Shah Alam, Arau. Bagi saya peluang.
Bagi saya habis sikit. Sikit saja. Menyebut dengan terang bahawa kerajaan boleh mengambil tanah untuk tujuan awam. Yang keduanya, untuk ekonomi. Kalau awam, kita pakai Jabatan Penilaian dan Harta, tetapi kalau ekonomi kita kena ambil penilaian swasta. Saya sendiri telah dengan daya usaha untuk mendapatkan pandangan daripada Rahim & Co. Ini swasta, tetapi kerajaan ambil tanah dibayar berdasarkan penilaian kerajaan. Ini untuk ekonomi. Penilaian kerajaan
kita boleh bayar kalau sekiranya untuk awam, untuk umum, tetapi ini untuk swasta. Sewajarnya didasarkan kepada penilaian yang dibuat oleh pihak swasta. Jadi, sekarang ini Yang Berhormat, saya nak beritahu penilaian sekarang saya tak tahu berapa.
Arau, sedikit jugalah Arau. Dah nak habis Arau. Arau...
Tapi saya nak bagitau Yang Berhormat bahawa kerajaan telah menjual tanah kerajaan di Kampung Pandan satu ekar, lebih daripada RM90 juta, tetapi di Kampong Bharu ini...
Arau.
... kita di Sungai Baru, pemaju bayar RM56 juta untuk 16 ekar. Yang Berhormat, kalau dia asalkan satu ekar RM50 juta cukup. 16 ekar bererti RM900 juta dibahagi dengan pemaju. Jadi, ini antara perkara-perkara pincang yang harus diberi perhatian.
Arau, sila gulung.
Maka saya cakap, sebab Yang Berhormat...
Speaker, nak tanya Speaker, Arau.
Arau benarkan ke, tak benarkan?
Arau tak bagi laluan.
Pernah jadi Menteri dulu Arau, takkan tak pernah, kan Arau?
Okey Yang Berhormat, cara pengambilan tanah ialah harga pasaran campur 30 persen. Adakah dia ini diambil kira? Kalau tanah di Kampung Pandan dan juga semua tanah lain, Kerajaan Persekutuan telah jual harga pasaran plus 30 percent, tetapi tanah ini telah pun kerajaan ambil. Kerajaan ambil selama dua tahun, tanah ini menjadi tanah kerajaan, tiba-tiba kerajaan tukar kepada pemaju. Kenapa kerajaan tidak ambil kira harga pasaran plus 30 percent? Saya menyedari ya Yang Berhormat tentang apa yang berlaku. Apa yang telah disebut oleh Pasir Gudang tadi iaitu kedudukannya adalah seperti berikut Yang Berhormat. Rumah flat, 236 unit, 38 tak setuju. Tolak, bukan 100 peratus. 38 tak setuju. Rumah teres 64, hanya 27. Yang setuju hanya 27.
Tuan Speaker, Tuan Speaker, peraturan mesyuarat.
Jadi, tak sampai 50 peratus. Ini menunjukkan pengambilan tanah ini tidak mengikut peraturan yang sewajarnya.
Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Saya minta agar Yang Berhormat, supaya bekas KSN, bekas Pengarah Tanah yang sekarang ini bekerja dengan kementerian Yang Berhormat dan juga Datuk Bandar yang sekarang bekerja dengan syarikat itu sebagai penasihat supaya mereka menjawab cara terbuka dan dengan itu mencadangkan supaya URA.
Arau, peraturan mesyuarat Arau. Arau! Speaker, peraturan mesyuarat!
URA Yang Berhormat, URA. Kenapa Menteri menyerahkan kuasanya kepada Menteri KPKT? URA.
Peraturan mesyuarat.
Yang keduanya supaya Sungai Baru dimasukkan semula sebagai kawasan rizab Melayu ...
Merapu dah ni Speaker.
Kemudian, dalam pembangunan sesuatu pembangunan, kita kena libatkan profit sharing.
Arau.
Kalau mereka boleh untung beratus juta di atas tanah orang, bukan tanah kita.
Yang Berhormat Arau.
Kenapa tidak buat profit sharing dengan pemaju? Kenapa bayar RM56 juta nak untung beratus juta? Apa yang mereka boleh untung? Kita tahu bahawa mereka yang dapat rumah ini...
Yang Berhormat Arau.
Mereka akan menghadapi masalah Speaker, dari segi maintenance ya. Akhir sekali...
Yang Berhormat Arau.
Perkara ini tidak wajar dijadikan... [Tidak jelas] UNESCO.
Yang Berhormat Arau, tunggu sekejap.
Tadi, Speaker kata boleh bercakap. Sila, sila.
Mereka bangkitkan peraturan mesyuarat.
Okey, terima kasih. 36(6) Tuan Speaker, seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa. Tadi Arau sebut, pengambilan tanah ini telah dilakukan dengan cara tidak betul. Maknanya dia menyatakan sangkaan yang jahat kepada penjawat awam sedangkan pada masa itu di bawah Menteri sebelum ini Tan Sri Annuar Musa. Kemudian, kemudian Arau mengambil alih. Arau kata pengambilan ini tidak betul, tapi kenapa Arau tidak betulkan pada masa itu? Kerana Arau pada masa itu seorang Menteri. Terima kasih.
Ya very good. Jawapannya senang, Arau hampir membetulkan. Tiba-tiba kerajaan baru ambil alih. Kalau Arau masih jadi Menteri Wilayah, sudah pasti benda ini tak jadi. Terima kasih. Terima kasih Speaker.
Arau, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk menjawab. Masa 10 minit.
Terima kasih Yang di-Pertua. Seronok saya dengar perbahasan ini ya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Kuala Pilah yang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Sesi Penerangan Menteri, Hala Tuju Pembangunan Kampong Bharu Ke Arah Pemerkasaan Identiti Melayu di Kuala Lumpur. Disebabkan saya hanya ada 10 minit Yang di-Pertua untuk menggulung, saya mohon menjawab isu-isu yang dibangkitkan secara bersekali untuk menjimatkan
masa. Tapi apa pun sebenarnya, ada banyak juga persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan telah saya jawab dan nyatakan dalam Penerangan Menteri tadi. Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada Kuala Pilah yang menyentuh isu gentrifikasi, iaitu penyisihan komuniti asal dalam proses pembangunan semula. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada isu gentrifikasi kerana penduduk asal yang sekarang berpindah secara sementara akan kembali semula ke Kampung Sungai Baru apabila rumah sudah siap kelak dan juga untuk meningkatkan bilangan penduduk asal iaitu generasi kedua, ketiga dan seterusnya yang melibatkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Sungai Baru, di mana lebihan rumah ganti akan diberi keutamaan. Ini juga saya telah sebut tadi, pembelian kepada mereka. Di samping itu, seperti yang telah saya sebut dalam penerangan tadi, jenis-jenis pembangunan yang mampu dimiliki orang Melayu akan juga insya-Allah dibina di Kampong Bharu. Kemudian, Pilah juga mohon supaya kerajaan mengadakan rundingan lanjut dengan kumpulan yang tidak bersetuju. Jawapannya boleh saja ya. Tiada masalah sekiranya permohonan rundingan itu datangnya daripada kumpulan pemilik itu sendiri atau mana-mana pihak. Kita terbuka, cuma saya perhatikan yang pihak ketiga sering kali mengapi-apikan isu ini. Jadi, orang kata lebih sudu dari kuah kadang-kadangnya. Berlebih-lebih pula. Lebih daripada kumpulan pemilik. Jadi, Pakej Harmoni, yang ini saya nak sebutlah. Pakej Harmoni yang telah saya sebut juga dalam penerangan tadi, masih boleh dirundingkan. Kalau yang tak bersetuju, kemudian tiba-tiba nak JV, itu masih lagi terbuka. Kemudian, ada yang bimbang dengan masa depan Lembaga MAS, pasca pembangunan Kampong Bharu. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pemerkasaan tadbir urus Kampong Bharu sedang dibincangkan dan satu bengkel yang akan diurussetiakan oleh Perbadanan Kampong Bharu sendiri dengan pihak berkepentingan akan diadakan dalam masa yang terdekat dan masa depan terkait Lembaga MAS akan turut juga dibincangkan. Yang Berhormat saya, Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab beberapa perkara yang dinyatakan oleh Padang Serai berkaitan dengan Titah Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Yang ini juga saya telah jawab beberapa kali. Sudah tentunya kami di peringkat PKB dan juga Jabatan Wilayah Persekutuan menjunjung titah apa yang telah dinyatakan oleh Duli Tuanku. Jadi, yang ini sebenarnya telah juga saya nyatakan dalam penerangan tadi. Saya mohonlah mungkin Yang Berhormat yang tidak dapat mengikuti penerangan
saya tadi untuk refer balik kepada hansard dan situ memang agak lengkap tentang apa yang saya nyatakan dan menjawab juga pertanyaan yang Padang Serai sebut tadi ya. Dan kenyataan Tan Sri Amrin Buang juga. Saya pun telah jawab juga. Kalau saya boleh baca kembali Perkara 18, saya ada sebut di sini. Minta maaf sekejap, tentang perkara ini sebenarnya yang bila saya nyatakan bahawa proses ini adalah dalam proses mahkamah. Tadi Kuala Terengganu juga ada sebut dan saya telah nyatakan tadi bahawa ini adalah berdasarkan kepada semakan PTG WPKL. Maksudnya pejabat tanah dan galian yang kita ada dan tanah tersebut saya dah nyatakan tadi, tidak pernah diwartakan sebagai tanah ataupun sebagai kawasan MAS ataupun tanah rizab Melayu. Jadi, ia tidaklah sebenarnya kita sub judice, sebab itu adalah apa yang ada dalam semakan kita, yang ada dalam dokumen kita ya, okey.
Itu berkaitan dengan kenyataan tadi. Kemudian Padang Serai juga bertanya tentang— berkata juga tentang nilai sejarah. Yang ini juga saya sudah sebut. Kita insya-Allah, ada perancangan. Dan sebenarnya kita sedang dalam usaha untuk membangunkan blueprint ataupun pelan tindakan Kampong Bharu untuk kita mengekalkan identiti Melayu, heritage Melayu di Kampong Bharu. Dan insya-Allah, kita juga sedang bekerjasama dengan pihak-pihak yang profesional dalam perkara ini. Insya-Allah, kita boleh membangunkan sebenarnya. Contohnya, cultural village di Kampong Bharu itu. Itu tak ada masalah, kita sedang usahakan tentang perkara itu...
YB, YB.
...dan untuk memastikan sejarah Kampung Melayu juga dapat dilihat oleh generasi-generasi yang akan datang.
YB Menteri, Kulim.
Kena cepat. Ya.
Terima kasih YB Menteri. Saya juga ingin sikit pencerahan lah. Jika belum dibuat pencerahan sebab saya sayangkan Kampong Bharu. Sebab setiap malam saya makan di situ. [Ketawa] Baik, persoalan saya jika belum dijawab lah. Apakah langkah dan dasar kerajaan bagi memastikan sebarang pembangunan di Kampong Bharu, termasuk projek— contohnya, projek Hotel Tamu, kekal tertakluk kepada kawalan Lembaga Pentadbiran MAS? Terima kasih.
Mungkin saya boleh jawab ringkas sahajalah apa yang dinyatakan ataupun ditanya oleh Kampong Bharu tadi. Sebab tu saya kata, apa yang dipanggil dalam MAS ni, dia istimewa dan sebenarnya lebih ketat berbanding dengan tanah rizab Melayu. Contohnya, kalau disebut Hotel Tamu tadi, memang dia dalam kawasan MAS tapi sekatan-sekatan itu dia perlu— kalau mahu diangkat, dia perlu melalui proses- proses yang sangat sebenarnya rigid dan panjang dan perlu dibawa dan diangkat sehingga ke peringkat exco tanah. Jadi, sebab kalau kita tengok perkataannya ialah ‘tidak boleh diduduki’. Maksudnya, kalau tak boleh duduk itu, maksudnya kalau hotel, mestilah diduduki. Jadi, ini perlu diperhatikan dengan betul-betul dan jika ada nak diangkat sekatan- sekatan itu, perlu dibawa dan melaksanakan proses-proses yang tertentu. Baik, saya teruskan. Dan apa yang dicadangkan oleh Padang Serai untuk kita memberhentikan pembangunan di Kampung Sungai Baru itu. Saya tegaskan di sini, saya tidak bersetujulah. Sebab isu ini adalah isu legasi yang terlalu lama, dah hampir ataupun lebih sembilan tahun. Penduduk yang bersetuju untuk JV itu khususnya, duduk— telah keluar daripada kawasan itu dan saya dah sebut tadi ada yang telah pun meninggal dunia. Maka, kita sebagai kerajaan sekarang perlulah membantu mereka untuk kembali semula dan mendapatkan penempatan ataupun rumah mereka yang sepatutnya mereka miliki. Jadi, ini kita kena pastikan.
Pencelahan?
Inilah tugas Kerajaan MADANI yang sangat ihsan kepada kehendak rakyat.
Pencelahan.
Baik, seterusnya.
Menteri, boleh? [Tidak jelas]
Kena cepat, cepat. Okey.
Tadi dalam penerangan, Menteri sendiri beritahu tentang berapa peratus yang flat bersetuju, berapa peratus yang teres tak bersetuju.
Jadi, majoriti yang teres ini yang pemilik tanah tak setuju. Jadi, kita nak buat pembangunan di atas tanah yang majoriti tak setuju. Yang flat, dia setuju. Tak boleh ke diasingkan? Yang dah setuju tu, you buat. Yang di flat tu.
Yang Berhormat, sebenarnya ketika saya mengambil alih ini, keputusan telah dibuat. Dan keputusan pembangunan itu adalah melibatkan sekian keluasannya, sekitar tujuh ekar yang terdiri daripada kawasan pembangunan flat dan juga rumah teres. Tadi juga saya dah sebut, sebenarnya kehendak penduduk itu bermula dengan mereka yang duduk di rumah teres. Itu saya dah sebut juga tadi. Baik. Menyentuh kepada soalan...
Menteri, Menteri, sikit sahaja Menteri. Sebab kita dah gunakan Akta Pengambilan Tanah yang dilakukan semasa zaman Arau dan juga dia punya kawan daripada Ketereh dulu lah, yang jadi Menteri Wilayah tu. Jadi, bila dah gunakan Akta Pengambilan Tanah ni, maksudnya dah tak ada dakwa dakwi lah maksudnya. Sebab akta tu dah digunakan. Patutnya kalau dia kata bersetuju untuk kita gunakan Akta Pengambilan Tanah, patutnya, maksudnya pembangunan tu kena dilakukanlah. Kalau tak nak maksudnya, hendak demonstrasi, nak bising, nak memekak maksudnya? Setelah mereka gunakan Akta Pengambilan Tanah maksudnya, masa itu tak nak fikir, tak nak miqior masa itu. Kenapa gunakan Akta Pengambilan Tanah untuk paksa warga dan juga masyarakat di Kampong Bharu untuk terima pembangunan? Sedangkan majoriti rakyat, masyarakat di sana berkehendakkan kepada pembangunan. Ini yang jadi masalah tu, dulu dia buat, lepas tu tahi tu dia nak minta kita pula yang cucikan. Dan tadi kalau kita dengar daripada Arau, dia salahkan pula pegawai dan juga kakitangan kerajaan dalam isu pembangunan Kampong Bharu ni. Ini satu tindakan kenyataan yang pada saya melampau dan juga biadab kepada seluruh warga dan juga masyarakat...
Tuan Speaker.
...kakitangan awam yang terdapat dalam negara kita.
Hulu Langat yang melampau.
Terima kasih kepada Menteri.
Hulu Langat dah tersasar kot.
Saya orang Kampong Bharu tau. Saya orang Kampong Bharu.
Siapa yang tolak pembangunan?
Saya orang Kampong Bharu. [Pembesar suara dimatikan]
Hari itu kata Seri Iskandar.
Kenyataan kepada orang yang tak baca buku dan bodoh. Ini bodoh ni, tak baca buku. Dia tak tahu apa yang dia cakap. Dia mula disebut zaman Arau. Arau tak terlibat. Arau masuk Ogos. Tapi tanah tu dia ambil...
Eh! masa tu kerajaan awak lah.
Nanti kejap.
Masa tu kerajaan awak, kalau awak— [Pembesar suara dimatikan]
Hulu Langat, Hulu Langat.
Yang Berhormat, saya minta dia tarik balik sebab dia kata kat saya dulu, dia tidak ada fakta. Saya bagi fakta ni, rumah flat 236, 38 tak setuju. Dalam undang-undang strata Yang Berhormat, kena 100 peratus setuju. Ni 36 tak setuju. Dalam rumah teres 64 lot, 27 yang setuju.
Yang guna Akta Pengambilan Tanah tu? Yang guna Akta Pengambilan Tanah itu?
Saya minta supaya...
Kalau minoriti tak bersetuju, majoriti sudah bersetuju, Arau. [Pembesar suara dimatikan]
Hulu Langat, biar Arau habiskan.
Tak reti bahasa. Saya nak beritahu Yang Berhormat, Menteri Wilayah dan semua orang, kita tidak ada kuasa. Yang ada kuasa ialah KSN iaitu daripada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Wilayah. KSN, PTG, itu kuasa yang ada kepada mereka. Jadi, itu sebab saya minta mereka bagi penjelasan, bukan menuduh mereka. Saya bekas pegawai, Yang Berhormat tak tahu menahu tentang perkara ini. Saya tahu bahawa perkara ini dia kena bagi penjelasan. Kenapa pengambilan dibuat
dalam tiga hari? Kenapa dibuat masa PKP, orang tak bekerja? Itu soalan saya. Saya bukan marah Menteri, Menteri pun bukan ada kuasa. Saya tahu dia nak menjawab sahaja. Kuasa eksekutif...
Zaman tu Arau dalam kerajaan, kenapa tak bantah? [Pembesar suara dimatikan]
Hulu Langat, sila duduk.
[Dewan riuh]
Cukuplah. Saya bagi Yang Berhormat Menteri untuk jawab dan gulung. Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tahu isu ini memang akan jadi panas macam inilah. Banyak perkara yang saya kena jawab lagi tetapi tak apa, masa dah habis. Jadi, seperti yang saya sebut, kalau tak boleh jawab, saya akan jawab secara bertulis. Cuma ada beberapa isu yang saya ingin terangkan di sini. Contohnya, yang seperti Arau sebut tadi, yang bab tiga hari itu tadi kan? Bagi saya, yang— maknanya, daripada sebelah sini, mahupun daripada sebelah sana, sering sebut bahawa perkara ini adalah perkara besar. Perkara ini adalah perkara penting. Jadi, kalau masa tiga hari ini banyak perkara yang kita nak kena teliti. Jadi, tiga hari itu bagi saya tergesa-gesa lah. Jadi tergesa-gesa, baik. Kemudian saya ingin juga menjawab tentang Pasir Gudang tadi tentang apakah perhubungan antara pembangunan Pasir Gudang ini dengan akta baharu yang mungkin akan dibentangkan kemudian nanti iaitu Akta Pembangunan Semula Bandar ataupun PSB. Jadi, saya ingin nyatakan di sini Yang Berhormat Pasir Gudang, bahawa apa ni jika akta ini diluluskan, kita akan selaraskan, ya. Sebab kita di Kuala Lumpur khususnya, kita ada Akta Perancang iaitu Akta 267 yang meletakkan semua fungsi- fungsi Menteri sehingga di situ juga. Jadi, kita akan selaraskan dan kalau kita tengok sebenarnya pembangunan semula ini telah berlaku di Kuala Lumpur lama dah. Maksudnya, contoh yang saya boleh bagi mungkin Kampung Kerinchi ataupun Razak Mansion yang telah berlaku sebelum lagi kita bercerita tentang PSB ini. Jadi, saya kira yang paling penting kalau kerajaan dan Dewan Yang Mulia ini katalah luluskan nanti PSB itu, maka kita selaraskan balik. Jadi, saya kira saya kena tutup dah ni, yang lain banyak lagi yang saya catat tadi.
Yang Berhormat, tolong jawab secara bertulis, boleh tak?
Saya nak gulungkan ni, Yang Berhormat.
Satu.
Nanti kita juga boleh kita jumpa Yang Berhormat, boleh? Kita jumpa, kita bincang lagi.
Penilaian, Kampung Pandan ke KLCC satu kilometer. Nilainya RM90 juta satu ekar tapi 500, yang Sungai Baru daripada KLCC, 500 meter. Nilainya RM56 juta untuk 16 ekar. Jadi, saya tanya, Yang Berhormat jawab secara bertulis, kenapa berlaku perbezaan harga yang begitu ketara? Apakah Yang Berhormat bercadang untuk memastikan supaya MAS mesti dimasuk dalam kawasan rizab Melayu? Sungai Besi telah dimasuk rizab Melayu. MAS boleh dimasukkan, pembangunan berlaku tapi masuk di bawah kawasan rizab Melayu, sebagaimana pewartaan yang asal, kerana pertukaran daripada rizab Melayu ke pajakan, kita tak tahu, kita tidak ada rekod. Sama ada Kerajaan Negeri Selangor buat ataupun Kementerian Wilayah atau Bandaraya, maaf.
Yang Berhormat mantan Menteri, saya pernah nyatakan tadi, saya dah sebut tadi bahawa MAS itu sangat berbeza dengan tanah rizab Melayu dan sekatan ke atas tanah MAS ini jauh lebih ketat daripada tanah rizab Melayu ya. Jadi, yang itu saya sebut dah, saya tak nak cerita panjang lagilah, Yang Berhormat. Banyak lagi sebenarnya perkara yang kita apa ni— sebenarnya yang saya dah nyatakan. Baik, saya gulung, Yang di-Pertua. Jadi, tuan-tuan dan Ahli Yang Berhormat sekalian, isu yang berkaitan dengan Kampong Bharu dan Kampung Sungai Baru ini hendaklah dikendalikan secara orang kata menarik rambut dalam tepung, ya, rambut jangan putus, tepung pula jangan berselerak. Jadi, saya ingin menitipkan pesan agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini untuk membantu ya, saya dalam menjelaskan kedudukan sebenar isu ini selepas saya memberikan penerangan yang panjang lebar tadi ya dan tidaklah menangguk di air yang keruh. Bagi saya, cukup-cukuplah ya. Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah fokus ya untuk menyelesaikan masalah. Ha, itu tugas kita. Dalam rencana pembangunan Kampong Bharu, saya sentiasa menekankan segala amanah ya sepertimana Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,
keputusan Jemaah Menteri dan hasrat pemilik dan pewaris Kampong Bharu ini serta pihak-pihak yang berkepentingan supaya pembangunan di Kampong Bharu ini adalah merujuk kepada nilai sejarah, warisan, budaya dan kepentingan Melayu dan Islam yang dilaksanakan secara adil dan tuntas. Jadi, berikanlah saya ruang dan peluang untuk menyelesaikan perkara ini sebab sekarang saya Menteri, bukan lagi Arau, maka bagi saya izin untuk melakukan yang sebaik mungkin Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan itu, wabillahi taufiq wal hidayah. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]
Arau akan ambil balik nanti.
Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan.
Rang Undang-Undang Rang Undang-Undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025Bill
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 (RUU AP) bacaan kali kedua sekarang. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27] ini merupakan undang-undang induk yang mengawal selia lebih 1,000 agensi persendirian yang menjalankan perniagaan atau aktiviti berkaitan dengan kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian dalam negara ini. Akta 27 ini tidak pernah dipinda sejak mula berkuat kuasa pada 30 April 1971 dan di dalam akta ini terdapat 20 seksyen. Jemaah Menteri pada 1 Oktober 2025 ketika mempertimbangkan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri nombor M642/2025 bertajuk Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 [Akta 27] telah bersetuju dengan cadangan dasar untuk meminda Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27]. Pindaan ini dicadangkan seiring dengan perubahan
landskap keselamatan negara serta perkembangan industri agensi persendirian yang semakin kompleks. Ini merupakan suatu keperluan mendesak bagi memastikan Akta 27 ini terus relevan, berupaya menangani cabaran baru serta selari dengan kehendak dan tuntutan semasa negara. Dengan pindaan ini juga, kerajaan berhasrat memastikan peruntukan undang-undang yang sedia ada diperkukuh agar lebih efektif dalam melindungi kepentingan keselamatan negara dan dalam masa yang sama memacu profesionalisme industri keselamatan persendirian. Bagi tujuan penggubalan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan yang berkaitan, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) dan juga pemain-pemain industri. Secara keseluruhannya, mereka menyokong cadangan pindaan Akta 27 ini dan antara perkara yang disyorkan ialah perkara-perkara berkaitan pengeluaran lesen seperti tempoh sah laku lesen daripada satu tahun kepada dua tahun dengan mengekalkan tarikh luput lesen pada 31 Disember. Pejabat cawangan, agensi persendirian, yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri turut dilesenkan dan mewujudkan kuasa untuk Menteri Dalam Negeri untuk membuat arahan pentadbiran, garis panduan, pekeliling dan sebagainya. Sebanyak enam sesi libat urus bersama stakeholder telah diadakan seperti berikut, 14 syarikat lesen 2A dan 2B pada 13 Januari 2025. Bengkel di Pulau Pangkor bersama dengan penasihat undang-undang pada 21 hingga 23 Februari 2025. Dengan Persatuan PIKM dan empat syarikat lesen 2A, 2B pada 3 Mac 2025. Syarikat lesen 2B pada 14 Mac 2025, sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen pada 7 Oktober 2025 dan taklimat kepada Jawatankuasa Pilihan Keselamatan Parlimen ke- 15 pada 7 Oktober 2025 lalu. Yang Berhormat di-Pertua, Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 mengandungi enam fasal seperti berikut. Fasal 1 tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 meminda seksyen 3 Akta 27 dengan memasukkan seksyen baru (2A), (2B) dan (3A) dalam akta ini. Fasal 3 memotong seksyen 5, Akta 27. Seksyen 5 memperuntukkan senarai agensi persendirian berlesen tambahan dan pemotongan daripada senarai itu hendaklah diwartakan pada Mac setiap tahun. Pemotongan seksyen ini selaras
dengan perkembangan semasa di mana orang awam boleh membuat semakan dan carian status ke atas mana-mana agensi persendirian melalui semakan sistem dalaman KDN secara atas talian pada bila-bila masa. Fasal 4 meminda seksyen 9, Akta 27 dengan memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan surat kelulusan untuk mengambil seseorang bekerja di suatu agensi persendirian. Pada masa ini, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis diberi kuasa untuk mengeluarkan surat kelulusan itu. Fasal 5 meminda seksyen 13, Akta 27 berbangkit daripada cadangan pindaan kepada seksyen 9, Akta 27. Fasal 6 memasukkan seksyen baru 18A ke dalam Akta 27 untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan apa-apa arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis sebagaimana perlu untuk melaksanakan Akta 27. ‘Datuk’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Ada sesiapa yang menyokong?
Yang Berhormat di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Agensi Persendirian 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Ampang, YB Merbok, YB Rantau Panjang, YB Batu Gajah, YB Gerik, YB Kepala Batas, YB Batu, YB Mersing, YB Kuala Krai, YB Betong, YB Pasir Salak, YB Maran dan YB Kulim-Bandar Baharu. Setiap pembahas diberi masa lima minit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya sebenarnya bila melihat tentang rang undang-undang ini, Ampang turut rasa gembira dan melihat atau ingin mengambil bahagian kerana kalau kita tahu rang undang-undang ini tidak pernah disemak sejak digubal pada tahun 1954. Jadi, sudah sampai masanya perkara ini dibuat dan saya juga melihat tiga perkara besar yang telah disemak iaitu tentang pengenalan baru berapa subseksyen yang telah diperbetulkan. Ada beberapa pemotongan yang dibuat iaitu seperti
subseksyen 3(2), 3(4) dan keseluruhan seksyen 5, itu adalah satu perkara yang sewajarnya dan seterusnya penggantian perkataan yang telah diguna pakai supaya perkataan itu lebih kontemporari, dengan izin. Jadi, Ampang menyambut baik niat dan hasrat rang undang-undang ini dan saya nampak ia bertujuan antara lain untuk memodenkan industri keselamatan swasta Malaysia supaya relevan dan selari dengan keperluan dan cabaran semasa serta masa hadapan serta pembangunan pesat pelbagai teknologi dan inovasi selain menambah baik proses pengeluaran dan pembaharuan lesen kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan agensi persendirian ini.
YB Yang di-Pertua, saya rasa perniagaan ini secara umumnya meliputi pelbagai aktiviti, menyediakan perkhidmatan kawalan, perlindungan fizikal demi keselamatan diri, harta, premis, fasiliti, acara perniagaan dan sebagai pemilik orang lain. Makna ada pihak yang menjagakan keselamatan milikan ini bagi pihak orang ketiga, tapi saya rasakan apakah sebenarnya dalam konteks ini kuasa ataupun bidang tugas ataupun bidang kuasa yang ada pada mereka ini patutnya ada diperjelaskan. Saya lihat dalam Perkara 18 yang diletakkan, saya nampak sebenarnya bidang kuasanya mungkin saya tak nampak sebab ini adalah pindaan kan adalah bidang kuasa yang tidak dinyatakan secara tuntas dan kita pun tidak melihat tentang had kuasa yang diberikan oleh agensi yang perkara ini. Jadi, saya mohon sangat supaya pihak kerajaan boleh meletakkan kalau boleh di dalam rang undang-undang ini satu had kuasa yang jelas, kerana apa? Jika tidak, saya nampak ada konflik ataupun ada sedikit pertindihan kerja di antara Polis Diraja Malaysia ataupun pihak keselamatan dengan pihak agensi keselamatan ini. Sebab kalau kita tengok dalam satu kawasan itu jika dijaga oleh agensi keselamatan ini, apa bidang kuasa dia? Polis pula apa bidang kuasanya dan had mana dia boleh pergi untuk menjaga harta orang ketiga ini? Itu di antara perkara yang ingin Ampang bangkitkan. Ampang juga merasakan wajar pemanjangan tempoh maksimum sah lesen. Kalau sekarang satu tahun, sekarang dipanjangkan kepada dua tahun. Ampang juga rasa ini wajar kerana apa? Kerana setahun itu terlalu pendek dan begitu juga dengan adanya sistem yang dibuat sistem digital, Electronic Security Industry Management System (eSIMS) ini, saya rasa ia nya akan menambah baik lagi tata kelola serta mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran, khususnya kepada
kita orang awam yang ingin melihat sama ada agensi keselamatan yang persendirian keselamatan yang dilantik itu, apakah mereka ada kredibiliti untuk menjalankan tugasan mereka. Begitu juga saya tengok dalam rang undang-undang ini, tiada kuasa baru Menteri untuk menetapkan dan mengeluarkan apa jua arahan garis panduan. Saya rasa saya mengharapkan supaya kuasa Menteri yang sebelum ini telah pun dinyatakan, ia nya sudah memadai dengan tiadanya kuasa Menteri baru yang diletak di dalam ini. Yang di-Pertua, Ampang juga ingin mengatakan di sini, walaupun dalam saya mengalu-alukan rang undang-undang ini, suka Ampang kongsikan beberapa perkara yang wajar diteliti dan diperhalusi dengan lebih mendalam supaya semua pindaan yang digariskan benar-benar berpaksikan kepentingan awam, bukan tuntutan pemain industri semata-mata. Jadi, pertamanya saya ingin menjelaskan di sini apakah jaminan sebenarnya keseimbangan di antara kepentingan komersial dan juga keselamatan nasional yang mana agensi persendirian sebenarnya bertindak sebagai pelengkap atau rakan strategik? Tadi saya dah sebut tentang ada ruang tugasan ataupun had yang tidak dinyatakan. Jadi saya takut di situ apakah, kita tak mahu mereka jadi pengganti kepada PDRM. Kita mahukan tengok apakah konteks ini boleh menjadikan rakan strategik tapi dalam masa yang sama saya nak mencadangkan supaya ada MoU. MoU bersama dengan PDRM supaya mereka sebenarnya ada kaitan yang rapat dengan pihak keselamatan untuk keselamatan sentiasa memantau perkara ini. Yang di-Pertua, saya mohon satu minit lagi sebab saya rasa ada beberapa perkara yang saya nak bangkitkan di antaranya adalah bila mana rang undang- undang ini mempusatkan pentadbirannya kepada pihak ataupun PDRM Bukit Aman khususnya, saya rasa saya takut pemprosesan ini akan menjadi lambat. Jadi, mungkin kerajaan perlu nyatakan mungkin ada kaedah baru yang hendak dinyatakan. Yang terakhir saya lihat kebergantungan, kelebihan pada tenaga kerja asing khususnya dari Nepal. Saya tak pastilah kenapa hanya warga Nepal yang diletakkan di dalam konteks ini sebab memang kita tahu pun banyak agensi keselamatan ini mengambil daripada Nepal tetapi saya ada beberapa perkara yang ingin saya cadangkan. Saya harap supaya ada satu had peratusan tenaga kerja asing di samping me-reserve-kan jawatan walaupun kesemua pegawai itu adalah daripada ataupun bukan pegawai, semuanya pekerja itu daripada Nepal, tapi saya
mengharapkan ataupun saya ingin cadangkan supaya me-reserve-kan jawatan penyelia dan ketua pekerja itu adalah daripada warganegara Malaysia. Dan saya juga ingin mengatakan ada konflik di sini berapa sebenarnya kemasukan pekerja Nepal ini di Malaysia sebab bila saya buat satu kajian, saya dapati Persatuan Perkhidmatan Keselamatan Malaysia mengatakan lebih kurang 28,000 pengawal keselamatan Nepal yang berdaftar sehingga 2024, Disember 2024 tetapi menurut Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia menyatakan bahawa seramai 58,780 warga Nepal yang didaftarkan sebagai pegawai keselamatan. Saya sebenarnya, Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan, saya rasa ramai lagi pihak-pihak seperti bekas-bekas tentera kita yang boleh mengisi jawatan ini, kemungkinan besar pihak kerajaan boleh melihat bagaimanakah kita boleh memanfaatkan mereka dengan ini. Dengan ini Ampang menyokong Rang Undang- undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ruang yang turut saya ambil ini adalah untuk membahaskan rang undang-undang iaitu Akta Agensi Persendirian 1971 iaitu Akta 27 yang bertujuan untuk memperkasakan lagi Akta 27 ini. Pindaan ini akan memberikan kuasa kepada Menteri. Ini antara pindaan- pindaannya iaitu mengeluarkan lesen, arahan, garis panduan, surat pekeliling dan notis berhubung pengawalan agensi persendirian dan kuasa kepada ketua polis untuk mengawal pengambilan pekerja di agensi persendirian. Tuan Yang di-Pertua, industri keselamatan swasta kini melibatkan anggaran lebih daripada 250,000 orang dan termasuk daripada Nepal yang dianggarkan seperti yang Ampang kata tadi mungkin mencecah 50,000 yang beroperasi di seluruh negara. Mereka melindungi sekolah, hospital, kompleks, perumahan kilang dan juga bangunan kerajaan. Maka sebarang perubahan dasar melalui pekeliling atau garis panduan haruslah mengambil kira suara pihak industri, majikan dan pengawal itu sendiri. Saya menegaskan bahawa sebarang dasar atau pindaan yang dibuat tidak harus menimbulkan kekeliruan atau beban pentadbiran kepada pengusaha. Kita tidak mahu situasi di mana satu pekeliling baharu tiba-tiba menambah kos operasi
atau mewajibkan prosedur baharu tanpa tempoh peralihan yang wajar. Ini bukan sahaja membebankan syarikat kecil, malah akan menjejaskan kebajikan pengawal keselamatan yang berpendapatan rendah. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat kerajaan ini untuk memperkukuhkan industri keselamatan persendirian. Sektor ini amat penting dan menyokong usaha polis dan kerajaan menjaga keselamatan awam. Namun, fokus utama penguatkuasaan mestilah diarahkan kepada kualiti latihan, ketelusan latar belakang iaitu vetting dan profesionalisme pengawal keselamatan, bukan sekadar memperkukuhkan kuasa Menteri di atas kertas. Saya juga dimaklumkan masih terdapat ahli lembaga pengarah dan pemegang saham yang tidak membabitkan diri secara langsung dalam perniagaan syarikat kawalan keselamatan mereka. Malah ada segelintir yang hanya menerima elaun bulanan tanpa mengawasi dan menyelia perjalanan perniagaan sehingga berlakunya gejala menyewa dan memajak lesen. Syarikat kawalan keselamatan juga diingatkan supaya tidak melakukan kesalahan seperti menggunakan pekerja asing tanpa izin dan memajak lesen kawalan keselamatan kepada pihak lain dan saya memohon kepada pihak kementerian untuk mengambil tindakan tegas kiranya terdapat bukti kukuh amalan tersebut dilakukan. Bagi saya, semua syarikat dan agensi persendirian perlu memastikan setiap kakitangan serta pengawal keselamatan menjalani tapisan keselamatan yang ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Selain itu, sebelum pengawal keselamatan diambil bekerja adalah menjadi tanggungjawab pihak syarikat untuk membuat semakan ketulenan kad pengenalan mereka secara biometrik dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Saya juga memohon kepada pihak Kementerian Dalam Negeri agar tidak akan mempertimbangkan sebarang rayuan ke atas pembatalan lesen agensi persendirian ini sekiranya syarikat kawalan keselamatan yang didapati menggaji pengawal keselamatan yang punya rekod jenayah dan menggunakan kad pengenalan palsu. Pihak kementerian haruslah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program berdasarkan Pelan Tindakan Pembaharuan Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan kawalan keselamatan di dalam negara. Antaranya termasuklah meneruskan pelaksanaan program latihan Certified Security Guard (CSG) dan program latihan lain seperti Train Nepalese Guard (TNG) dan Certified Bodyguard
(CBG) dan juga perlu diteruskan bagi meningkatkan lagi kemahiran pengawal keselamatan Nepal dan pengawal peribadi di negara ini. Selain itu, cabaran utama yang perlu diberi perhatian ialah pengambilan warga asing secara berlebihan, tanpa latihan mencukupi dan semakan latar belakang yang teliti. Ada di antara mereka tidak memahami undang-undang tempatan, tidak fasih berbahasa Melayu dan kurang mahir menangani isu kecemasan.
Ini bukan sahaja menjejaskan imej industri malah berpotensi menimbulkan risiko keselamatan. Oleh itu, Merbok mencadangkan penambahbaikan iaitu dari segi latihan, mestilah berdasarkan piawaian nasional, sistem vetting dan penilaian integriti berkala, penarafan profesionalisme agensi keselamatan, penubuhan majlis perundingan keselamatan swasta dan juga audit tahunan dan pemantauan terbuka untuk menyemarakkan lagi karier pengawal keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru supaya kerajaan melihat industri ini sebagai sektor kerjaya profesional dan juga Tuan Yang di-Pertua, Perikatan Nasional tidak menolak keperluan memperkukuhkan kawalan keselamatan agensi, keselamatan persendirian. Namun, kuasa tambahan yang diberikan kepada Menteri mestilah datang bersama prinsip transparensi, consultation dan akauntabiliti. Kuasa yang tidak diawasi akan mengundang kepada pentadbiran yang lemah dan mudah dipolitikkan. Dengan itu, Perikatan Nasional berdiri menyokong semangat pindaan ini tetapi menegaskan perlunya keseimbangan antara kuasa eksekutif dan integriti pelaksanaan. Sekian, saya mohon mencadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan RUU Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 dan saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada usaha pihak kementerian untuk mengemaskinikan peruntukan di bawah akta ini yang sejak 1971 belum dipinda dan kita mengharapkan ia akan dapat memastikan kawal selia yang lebih berkesan terhadap operasi agensi persendirian di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan terutama dalam akta ini ada beberapa perkara iaitu di mana cadangan pindaan subseksyen (2A) dalam akta ini di mana memanjangkan tempoh lesen sah sehingga 31 Disember untuk tahun berikutnya. Saya ingin tahu, siapakah yang bertanggungjawab untuk audit pematuhan sepanjang tempoh tersebut? Sekiranya agensi ini tidak mematuhi peraturan sepanjang tempoh tersebut, sebelum tamat tempoh, jadi, bagaimanakah tindakan yang akan diambil dan adakah audit tahunan berkanun disediakan untuk memastikan supaya semua agensi ini mematuhi peraturan? Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, iaitu kita ingin tahu tentang sejauh mana penggunaan tadbir iaitu dari sudut menggunakan sistem dalaman KDN sebagaimana yang disebut dalam akta ini. Kita menyokong transformasi digital namun sistem itu mestilah mudah diakses oleh awam. Jadi, kita tengok bagaimana apabila dipusatkan kepada sistem dalaman KDN, jadi sejauh mana persediaan KDN untuk menjamin sistem ini tidak disalah guna, terutama datanya dan begitu juga akses untuk kemudahan awam. Sebab semua rekod-rekod seperti permohonan lesen, pembaharuan lesen, pembatalan lesen dan sebagainya, hendaklah direkod mengikut up-to-date-lah. Jadi, sejauh mana persediaan yang disediakan oleh pihak KDN untuk mengatasi sekiranya berlaku perkara yang boleh menjadikan kelambatan. Begitu juga bagaimana usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian sekiranya berlaku pelanggaran terhadap sesuatu agensi? Ada siapa yang akan bertanggungjawab? Saya ingin tahu, dalam akta ini, siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran sama ada agensi induk, pengurus ataupun pekerja, sebab kita tidak jelas liabiliti dan penalti yang disebutkan dalam akta ini. Begitu juga saya ingin penjelasan tentang kekangan akses dan perlindungan mangsa. Bagaimana jika pekerja dan individu mengalami penyalahgunaan oleh agensi persendirian, boleh membuat aduan dan untuk mendapat pampasan dan perlindungan dengan cepat dan apakah mekanisme yang akan digunakan dan sejauh mana kerajaan memastikan supaya tidak ada agensi haram beroperasi tanpa lesen? Dan sejauh mana pindaan ini telah memberi impak yang optimum terutama dalam melibatkan hak pekerja, faedah sosial dan saringan keselamatan dan sebagainya. Saya ingin tahu juga, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penguatkuasaan sebab satu undang-undang itu tidak ada erti jika gagal di sudut penguatkuasaan. Berapa bilangan lesen agensi persendirian yang telah didaftarkan
setakat ini? Berapa banyak lesen yang telah dibatalkan dan digantung dalam tempoh tiga tahun terakhir kini? Dan berapa aduan berkaitan dengan penipuan agensi yang telah diterima setakat ini? Dan berapa kes yang telah diambil tindakan? Dan berapa serbuan telah dibuat oleh pihak penguat kuasa dalam setiap bulan? Dan berapa kes yang melibatkan yang telah dikenal pasti agensi yang telah beroperasi tanpa permit? Jadi, kita tidak nak wujudnya agensi haram beroperasi dalam negara kita dan begitu juga, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar pindaan akta ini memasukkan keperluan standard minimum latihan dan akreditasi bagi agensi bagi memastikan supaya pegawai keselamatan dan pekerja yang bekerja di bawah agensi ini sensitif dengan undang-undang tempatan, terutama yang berkaitan dengan keselamatan awam. Jadi, di mana klausa dalam pindaan akta ini untuk membolehkan supaya setiap agensi ini mesti mematuhi standard latihan yang diperlukan dan apakah usaha untuk memastikan supaya pekerja hanya jangan negara kita, hanya bergantung kepada pekerja asing seperti Nepal dalam agensi keselamatan. Sudah tentu kita kena sepatutnya untuk buat pindaan untuk masa depan supaya memberi ruang kepada rakyat tempatan terutama di kalangan bekas-bekas tentera, mereka supaya berkhidmat yang sebaiknya kepada negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berbahas dalam Rang Undang-undang Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 yang bertujuan meminda Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27]. Saya ingin terlebih dahulu merakamkan penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana mengambil langkah berani dan proaktif untuk menambah baik akta ini. Langkah ini sangat penting bagi memastikan pengurusan dan kawal selia industri keselamatan persendirian kekal relevan, berkesan dan selaras dengan kehendak semasa. Seperti yang kita tahu, Akta Agensi Persendirian 1971 telah digubal lebih 50 tahun yang lalu. Ketika itu, industri keselamatan persendirian di negara kita masih bersifat asas merangkumi kepada pengawal fizikal, rondaan manual dan kawalan premis yang ringkas. Namun kini, landskap keselamatan telah berubah secara drastik. Industri ini merangkumi pemantauan elektronik, sistem CCTV pintar, kawalan
akses biometrik, pengendalian wang tunai bernilai tinggi, risikan komersial serta penggunaan dron dan teknologi kecerdasan buatan. Undang-undang lama tidak lagi sesuai untuk mengawal selia sektor yang semakin kompleks dan berteknologi tinggi. Tuan Yang di-Pertua, antara aspek utama yang dibawa oleh RUU ini dan mengapa ia wajar disokong sepenuhnya? Pertama, pindaan yang memperkemas pentadbiran pelesenan. Saya menyokong sepenuhnya pindaan kepada seksyen 3 yang memperkenalkan subseksyen baharu (2A), (2B) dan (3A). Langkah ini memperjelaskan tempoh sah lesen yang kini diseragamkan sehingga 31 Disember setiap tahun menjadikan proses pengeluaran dan pembaharuan lesen lebih tersusun dan mudah diaudit. Pendekatan ini akan mengurangkan kekeliruan di kalangan pengusaha agensi keselamatan di samping meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran di peringkat kementerian. Ia juga sejajar dengan usaha kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan awam di mana sistem lesen agensi keselamatan kini sudah boleh diakses dan diperbaharui secara dalam talian. Langkah ini memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mentadbir secara moden dan cekap sambil mengekalkan ketegasan dalam aspek keselamatan negara. Yang kedua, pendigitalan maklumat agensi. Seksyen 5 yang mewajibkan senarai agensi berlesen diterbitkan dalam warta setiap tahun dimansuhkan. Ini memberi laluan kepada pangkalan data digital masa nyata yang lebih fleksibel, tepat dan mesra pengguna berbanding pengumuman secara manual. Yang ketiga, pemberian kuasa baharu kepada Menteri. Saya juga menyambut baik penambahan seksyen 18A yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis yang difikirkan sesuai demi pelaksanaan akta ini.
Kuasa ini amat penting kerana ia memberi fleksibiliti pentadbiran kepada kementerian untuk bertindak secara segera terhadap isu-isu semasa tanpa menunggu proses undang-undang yang panjang. Dalam dunia keselamatan yang semakin berubah, keupayaan kerajaan untuk bertindak cepat adalah penting untuk mengawal selia latihan pengawal keselamatan, penetapan yuran lesen mahupun menangani penyalahgunaan kuasa oleh agensi yang amat diperlukan. Justeru, pindaan ini memperkukuhkan mekanisme kawalan dan memastikan penguatkuasaan lebih efektif serta responsif.
Dan yang keempat, penyeragaman kuasa melalui Ketua Polis Negara. Selain itu, saya juga menyokong pindaan yang menukar sebutan ‘Pesuruhjaya Polis’ atau ‘Ketua Pegawai Polis’ kepada ‘Ketua Polis Negara’. Perubahan ini nampak kecil, tetapi implikasinya besar. Ia membawa kejelasan struktur dan rantaian arahan dan memastikan hanya satu autoriti tertinggi diberi tanggungjawab terhadap pengawasan agensi keselamatan persendirian. Dengan cara ini hubungan kerja antara KDN dan PDRM menjadi jelas, teratur dan efisien. Langkah ini sejajar dengan prinsip akauntabiliti tunggal, di mana Ketua Polis Negara akan menjadi titik rujukan utama dalam segala urusan pelesenan dan pemantauan industri keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, langkah pemodenan ini juga selaras dengan amalan terbaik antarabangsa di United Kingdom. Security Industry Authority (SIA) di bawah Private Security Industry Act 2001 mengawal selia industri melalui lesen berjadual, latihan minimum mandatori dan pangkalan data digital yang boleh disemak oleh pihak berkepentingan. Di Singapura pula, Private Security Industry Act 2007 mewajibkan pengawal keselamatan menjalani latihan dan pensijilan profesional, di samping memperkenalkan sistem pendaftaran digital serta kuasa pantas kepada Kementerian Dalam Negeri mereka untuk bertindak terhadap perkembangan teknologi baharu. Dengan ini saya menyokong pindaan kepada rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, pertamanya terima kasih atas peluang yang turut diberikan bagi Gerik mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 ini. Akta Agensi Persendirian 1971 atau Akta 27, ia nya telah diluluskan lebih 50 tahun lalu ketika negara baru mula membina sistem kawal selia keselamatan swasta selepas tragedi jenayah dan pelbagai pergolakan sosial pasca 13 Mei 1969. Tujuan asalnya jelas memastikan pengawal keselamatan berlesen berdisiplin dan membantu pihak polis dan tentera dalam menjaga ketenteraman awam dan aset negara tanpa menggugat keselamatan negara.
Puan Yang di-Pertua, namun selepas lebih separuh abad dunia sudah berubah. Jenayah kini melangkaui sempadan fizikal melibatkan aset sama ada nyawa, barangan bernilai atau digital dan nadinya negara kita bergantung kepada majoriti pengawal keselamatan persendirian. Di pusat membeli-belah tempat kita berbelanja dan berlibur, bank tempat di mana kita menyimpan wang dan melaburkan wang, pejabat dan kilang pelbagai industri kecil, sederhana atau berat tempat kita bekerja dan tak lupa juga pengawal keselamatan di institusi pendidikan sekolah dan universiti di mana tempat anak-anak kita belajar. Maka, saya bersetuju bahawa akta ini wajar dipinda. Malah ia nya perlu dipinda dengan cermat dan bersungguh-sungguh demi memodenkan sektor keselamatan persendirian dalam negara. Puan Yang di-Pertua, namun begitu saya ingin menegur beberapa perkara pokok dalam pindaan ini yang berpotensi melemahkan prinsip akauntabiliti dan keseimbangan kuasa antara eksekutif, penguat kuasa dan rakyat. Pertamanya pindaan baharu, subseksyen 3(2A) dan 3(2B) yang memanjangkan tempoh lesen daripada satu tahun kepada dua tahun serta memberi kuasa luas kepada Menteri menetapkan syarat tambahan. Walaupun hasratnya untuk mengurangkan beban pentadbiran, ia membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk memantau pematuhan secara berkala. Saya cadangkan agar tempoh dua tahun ini disertakan dengan semakan tahunan mandatori terhadap syarikat berlesen, bukan semakan sekadar selepas lesen tamat. Puan Yang di-Pertua, pemansuhan seksyen 5 iaitu kewajipan mewartakan senarai syarikat berlesen dan dibatalkan juga menimbulkan persoalan berterusan. Benar kerajaan kini mahu beralih kepada semakan atas talian, tetapi saya ingin mengingatkan bahawa akses digital tidak sama di seluruh negara. Di kawasan luar bandar seperti di Gerik seumpamanya, malah di pedalaman Sabah dan Sarawak capaian Internet ada di sesetengah kawasan masih lagi perlahan. Warta rasmi masih lagi relevan sebagai dokumen sah untuk rujukan awam dan undang-undang. Maka, saya cadangkan supaya rekod tahunan dalam bentuk digital dan bercetak tetap disediakan oleh KDN dan disahkan oleh Parlimen untuk rujukan di kemudian hari. Puan Yang di-Pertua, ketiganya saya ingin sentuh pindaan subseksyen 9 dan 13 yang memusatkan kuasa kelulusan dan tapisan keselamatan di Bukit Aman. Saya menghormati profesionalisme PDRM, namun sistem berpusat sepenuhnya boleh melambatkan proses dan mengurangkan sensitiviti terhadap keperluan tempatan.
Saya mencadangkan agar peranan Ketua Polis Negeri dikekalkan sebagai pelengkap sekurang-kurangnya untuk proses tapisan awal atau pengesahan lokasi operasi agensi. Puan Yang di-Pertua, yang keempat berhubung seksyen 18A yang baharu yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan apa juga arahan pentadbiran, garis panduan atau pekeliling. Saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa peruntukan seumpama ini berisiko untuk menjejaskan prinsip semak dan imbang legislatif. Kita tidak mahu satu akta yang membolehkan dasar baharu dilaksanakan tanpa perlu dibahas di Parlimen. Saya cadangkan agar sebarang arahan di bawah seksyen ini juga wajib dibentang dan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Keselamatan Dalam Negeri. Puan Yang di-Pertua, selain itu, saya juga ingin menegur bahawa pindaan ini langsung tidak menyentuh tentang garis panduan atau standard minimum gaji bagi pengawal keselamatan, keperluan pensijilan profesionalisme serta mekanisme galakan kepada rakyat tempatan untuk menceburi bidang ini secara berlesen dan sah. Industri keselamatan persendirian hari ini masih tidak seragam. Ada syarikat membayar di bawah kadar munasabah, tiada latihan berstruktur dan terlalu bergantung kepada pekerja-pekerja asing. Ketiadaan garis panduan yang jelas dalam akta ini menyebabkan sektor ini terus beroperasi dalam keadaan yang murah, tetapi berisiko tinggi. Kerajaan sepatutnya memasukkan peruntukan bagi meletakkan standard nasional bagi latihan, gaji minimum contohnya serta insentif latihan kepada rakyat tempatan melalui kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ataupun HRD Corp. Hanya dengan pendekatan ini profesion pengawal keselamatan akan dihormati sebagai kerjaya profesionalisme dan bukan sekadar pekerja sementara, terutamanya bagi golongan muda. Begitu juga peluang yang lebih luas kepada bekas tentera dan badan beruniform yang telah berpencen atau berhenti awal untuk menyumbang tenaga kepada sektor ini, bukan hanya kita bergantung kepada pekerja asing seperti pekerja Nepal. Jadi, pada akhirnya Gerik menyokong usaha kerajaan untuk memodenkan Akta 27 ini, tetapi RUU ini perlu disemak dan agar ia tidak hanya memudahkan pentadbiran sebaliknya ia mesti memberi peluang ekonomi kepada tempatan, memperkuatkan integriti dan ketelusan serta keselamatan awam. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengerusi di atas ruang yang diberikan dan Kepala Batas mengambil ruang pada petang ini untuk mengucapkan selamat pulang kepada Sukarelawan GSF dan juga didoakan kepada delegasi Malaysia di dalam Kapal LFFC dan TMTG yang ditahan dimudahkan dan selamat. Perkara yang pertama Kepala Batas ingin menyentuh berkenaan dengan pindaan seksyen 3 melalui subseksyen (2A), (2B) dan (3A) berkait dengan fi dan pembahagian lesen yang mana turut memberi kebenaran memohon lesen tambahan bagi Pejabat Cawangan Agensi Persendirian. Adakah terdapat proses penilaian atau audit prestasi diperkenalkan dan dilaksanakan bagi menilai kemampuan pengawal keselamatan yang sedia ada sebelum pemberian lesen tambahan dibuat? Kita sedia maklum bahawa profesion atau pekerjaan sebagai pengawal keselamatan adalah amat penting dalam memastikan proses keluar masuk dan keselamatan premis terkawal mengikut peraturan. Malah tanggungjawab yang terpikul pada mereka sangat berat dan ada kalanya membabitkan nyawa dan keselamatan diri mereka sendiri. Namun, risiko pekerjaan ini berbeza mengikut tempat dan keadaan. Adakah terdapat sebarang kursus ataupun latihan yang perlu disertai sebelum pengeluaran lesen ini dapat dilaksanakan?
Mungkin lebih baik sekiranya kursus dan latihan turut disertai oleh mereka dalam kalangan ahli lembaga pengarah syarikat sebagai proses penjagaan kualiti dan etika agensi. Presiden PIKM - Persatuan Industri Keselamatan Malaysia, turut mencadangkan agar setiap individu yang mahu berkhidmat perlu memperolehi lesen selepas menjalani kursus pra-pelesenan merangkumi undang-undang, prosedur kecemasan, pertolongan cemas dan hubungan awam. Malah, Kepala Batas juga mencadangkan agar kursus bahasa Melayu mestilah wajib bagi pengawal keselamatan warga asing seperti Nepal bagi memudahkan komunikasi di antara mereka dengan rakyat tempatan.
Sebagaimana perbahasan yang disebutkan oleh Merbok sebentar tadi, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham ketika berkomunikasi dengan rakyat tempatan. Ini kan Malaysia. Justeru, cintailah bahasa kebangsaan kita. Yang kedua, pindaan seksyen 9. Semua kuasa berkaitan kelulusan pengambilan pekerja diserahkan kepada Ketua Polis Negara. Ini menyeragamkan hierarki. Namun, dilihat mengurangkan kecekapan sekiranya semua kelulusan perlu datang dari peringkat tertinggi PDRM. Justeru, cadangan pelaksanaan delegasi terhad melalui kuasa subdelegasi kepada Pesuruhjaya Polis Negeri bagi mempercepatkan kelulusan tanpa menjejaskan kawalan Pusat. Selain itu, Kepala Batas turut mencadangkan keputusan audit prestasi tahunan agensi persendirian perlu disenaraikan sebagai salah satu rukun wajib yang perlu diteliti sebelum sesuatu pemberian lesen diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Hari ini jadikan kayu ukur kemampuan sesebuah syarikat bukan saja dari sudut kewangan tapi juga dari segi kebajikan, keselamatan pekerja serta jenis latihan yang diberikan. Yang ketiga, subseksyen baharu 18A. Kepala Batas ingin tahu, apakah terdapat badan ataupun pihak yang akan melaksanakan pemantauan selepas seksyen ini dipinda? Kelulusan pindaan seksyen ini bakal memberi kuasa lebih kepada Menteri seperti mengeluarkan arahan, garis panduan, pekeliling dan mungkin banyak lagi di masa hadapan tanpa perlu melibatkan Mesyuarat Kabinet. Malahan, ini memberi fleksibiliti. Namun, turut membuka ruang kepada pelaksanaan dasar pengawasan Parlimen. Apakah langkah-langkah yang akan dicadangkan bagi mengelakkan kemungkinan kecenderungan penyalahgunaan kuasa yang boleh berlaku dengan tinggi? Mohon pencerahan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dan hatta, sebelum ini pernah ada kes apabila pengawal keselamatan diugut untuk bunuh, hatta dicederakan, malah menghina Islam apabila dicederakan pada bulan puasa. Walaupun perkara ini pernah berlaku beberapa tahun dahulu, maka Kepala Batas mencadangkan, adakah wujud satu seksyen bagi melindungi para pengawal keselamatan dan menyenaraihitamkan para majikan atau pelanggan yang bersikap tidak beretika dalam sistem pangkalan data yang akan diperkenalkan kelak. Yang seterusnya, penambahbaikan taraf kerjaya pengawal keselamatan. Kepala Batas mencadangkan agar senarai pengawal keselamatan yang berlesen ini
turut diserahkan kepada KESUMA sebagai rujukan. Bukanlah tugas KESUMA untuk terlibat dalam proses kelulusan dan pemberian lesen, namun ia membantu pihak kementerian memantau kebajikan dan hak pekerja. KESUMA juga sebelum ini pernah berkerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri membincangkan isu pengawal keselamatan yang tidak dicarum PERKESO. Mungkin satu garis panduan juga dapat diwujudkan selepas ini, melibatkan dua kementerian, melibatkan kebajikan para pengawal keselamatan, termasuklah tindakan ke atas mereka yang mengambil bahan terlarang sama ada dalam ataupun luar waktu bekerja. Kerjasama antara dua kementerian ini dilihat dapat membantu menambah baik kualiti dan imej agensi keselamatan dan kerjaya pengawal keselamatan. RUU ini tidak memperincikan perlindungan terhadap pekerja agensi keselamatan. Sedangkan industri ini sering menghadapi isu upah yang rendah, jam kerja panjang, pelanggaran kontrak oleh agensi tidak berlesen. Kepala Batas bersetuju dengan Presiden PIKM sebelum ini agar KDN menubuhkan pangkalan data rasmi serta badan kawal selia khusus untuk mengurus perlesenan penguatkuasaan. Melalui badan ini, segala maklumat berkaitan individu dan juga agensi dapat dipantau. Kita mahu undang-undang yang bukan sahaja moden dari sudut teks tetapi juga adil dari segi pelaksanaannya dan berpaksikan kepada nilai-nilai kesejahteraan yang membawa manfaat kepada semua. Kepala Batas menyokong hasrat untuk meminda akta ini, namun pada masa yang sama, agar cadangan-cadangan dibangkitkan tadi dapat dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Baik, sebelum saya jemput Batu.
[Bangun]
Batu, duduk dulu. Saya nak maklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran berkenaan kajian peluasan lantikan tetap dan bercarum pada hari Isnin 13 Oktober 2025, jam 8 malam, bertempat di Dewan Serbaguna, Parlimen. Surat jemputan telah pun diedarkan kepada Yang Berhormat pada hari Isnin 6 Oktober yang lalu. Oleh itu, Jabatan dan Parlimen Malaysia dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat semua ke sesi libat urus tersebut dan memohon kerjasama Yang Berhormat untuk mengesahkan kehadiran pada kod QR yang dilampirkan bersama surat jemputan yang telah diedarkan. JPA dan Parlimen Malaysia amat mengalu-
alukan kehadiran Yang Berhormat bagi memastikan hasil kajian ini adalah menyeluruh dan inklusif. Jamuan makan malam juga disediakan. Kajian ini penting kerana ia melibatkan masa depan Yang Berhormat semua, sama ada akan mendapat caruman ataupun lantikan – gaji, pencen kita. Jadi, kepada mereka yang tidak hadir, tolong maklumkan kerana kita memang memerlukan feedback daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum JPA buat keputusan dan sekali gus, ia nya melibatkan masa depan kewangan Yang Berhormat sekalianlah ya. Baik, untuk itu saya jemput Batu, silakan Batu.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Batu. Izinkan saya memulakan dengan menyatakan pendirian saya dengan jelas. Saya menyokong hasrat dan semangat RUU ini. Saya percaya pindaan ini adalah langkah penting untuk memperkukuhkan sistem keselamatan persendirian di negara kita. Untuk makluman Tan Sri, [Akta 27] Akta Agensi Persendirian 1971 sudah berusia lebih lima dekad. Banyak perkara telah berubah dari bentuk ancaman keselamatan hinggalah kepada cara operasi agensi-agensi pengawal keselamatan di lapangan. Saya menyambut baik beberapa perkara utama yang dibawa oleh pindaan ini. Pertama, tempoh sah laku lesen dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun. Langkah ini mengurangkan beban pentadbiran dan memberi ruang kepada agensi untuk menumpukan perhatian kepada peningkatan kualiti perkhidmatan. Kedua, keperluan perlesenan bagi pejabat cawangan. Ini penting untuk memastikan setiap operasi dikawal selia dengan lebih ketat oleh pihak PDRM. Ketiga, pemansuhan keperluan mewartakan senarai syarikat berlesen setiap tahun. Langkah ini menunjukkan satu transformasi digital yang positif kerana semakan kini boleh dibuat secara atas talian. Tan Sri Speaker, semua ini menunjukkan kerajaan benar-benar komited untuk menyesuaikan undang-undang lama dengan realiti baru. Saya juga menyokong usaha kerajaan menyeragamkan proses pelesenan dan tapisan keselamatan di bawah PDRM Bukit Aman. Langkah ini akan mengelakkan pertindihan antara negeri dan memastikan keputusan lebih konsisten di seluruh negara. Saya memahami keperluan untuk memberi kuasa baru kepada Menteri supaya boleh mengeluarkan garis panduan, pekeliling dan arahan pentadbiran tanpa perlu menunggu pindaan undang-undang baru setiap kali keadaan berubah.
Langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti kementerian dan membolehkan kerajaan bertindak pantas apabila timbul cabaran keselamatan baru. Dalam semangat menyokong, saya juga menarik perhatian Dewan kepada beberapa kebimbangan. Tujuannya bukan untuk menolak tetapi untuk memperkukuhkan apa yang telah dicadangkan. Undang-undangnya yang baik bukan saja kuat di atas kertas tetapi juga kukuh dalam pelaksanaannya. Pindaan ini meletakkan hampir semua kuasa pelesenan dan tapisan keselamatan di bawah PDRM Bukit Aman. Peranan Ketua Polis Negeri tidak wujud lagi dalam proses kelulusan. Tan Sri Speaker, kita bimbang bahawa pemusatan ini walaupun bertujuan baik mungkin akan menyebabkan kelewatan dalam urusan di negeri-negeri. Setiap negeri mempunyai konteks keselamatan yang berbeza. Saya mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan mekanisme delegasi kuasa terhad atau sekurang-kurangnya satu mekanisme rujukan, di mana Ketua Polis Negeri boleh memberikan pandangan terhadap permohonan tempatan. Dengan cara ini, kita tidak menjejaskan kecekapan di Pusat tetapi masih mengekalkan kepekaan terhadap keperluan setempat. Melalui seksyen 18A yang baru, Menteri kini boleh mengeluarkan garis panduan pekeliling dan arahan pentadbiran. Kuasa ini memang perlu, namun ia mesti disertai mekanisme ketelusan dan accountability.
Tanpa kawalan, ia boleh membuka ruang kepada keputusan yang bersifat unilateral. Saya mencadangkan agar setiap pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan dilaporkan kepada Parlimen sekurang-kurangnya sekali setahun. Laporan tahunan seperti ini bukan untuk menyekat kuasa Menteri tetapi untuk memastikan segala keputusan dibuat secara bertanggungjawab dan boleh dinilai oleh wakil rakyat di dalam Dewan. Keperluan pelesenan untuk setiap cawangan memang penting. Tetapi bagi agensi kecil dan sederhana, kos tambahan pelesenan mungkin menjadi beban. Kita tidak mahu undang-undang ini akhirnya menguntungkan hanya pemain besar dan menekan agensi tempatan kecil yang baru bertapak. Oleh itu, saya cadangkan agar kementerian pertimbangkan struktur fi berperingkat. Contohnya, kadar lebih rendah untuk syarikat kecil atau insentif bagi syarikat yang mematuhi latihan dan standard kualiti tertentu. Langkah
sebegini akan memastikan pindaan ini tidak hanya mengawal tetapi juga membangun industri keselamatan secara inklusif. Saya juga ingin menyentuh tentang sistem semakan lesen atas talian yang diperkenalkan. Kita menyokong digitalisasi tetapi keamanan siber mesti dijamin. Sekiranya sistem ini gagal atau digodam, ia boleh menjejaskan reputasi kerajaan dan membahayakan data sensitif agensi keselamatan. Saya harap kementerian akan bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan siber negara bagi memastikan sistem pelesenan ini dilindungi oleh protokol keselamatan yang kukuh dan sentiasa dikemas kini. Secara keseluruhannya, saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong penuh RUU ini. Ia adalah satu langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan sistem keselamatan negara kita. Sekian, terima kasih.
Baik, seterusnya, saya jemput Mersing.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita semua sedar bahawa industri keselamatan persendirian hari ini bukan lagi bidang yang kecil dan terasing. Ia kini menjadi sektor strategik melibatkan lebih 1,142 syarikat berlesen. Lebih 160,000 pengawal keselamatan yang menjadi benteng keselamatan di sekolah-sekolah, hospital, premis kerajaan dan kediaman rakyat. Saya ingin bertanyakan, adakah pindaan yang dicadangkan ini suatu reformasi substantif atau sekadar menggambarkan pembaharuan semula yang bersifat kosmetik. Dalam erti kata lain, hanya memperkemas urusan birokrasi semata-mata. Saya menyambut baik hasrat kerajaan memanjangkan tempoh lesen daripada satu tahun kepada dua tahun. Ini membantu mengurangkan tekanan pentadbiran dan memberi ruang syarikat bernafas dari segi kos dan perancangan operasi. Namun langkah ini seakan-akan menjadi risiko besar sekiranya tidak disertai mekanisme pengawalan seperti audit tahunan berkala. Menurut Laporan Tahunan KDN 2024, sebanyak 18.4 peratus syarikat keselamatan gagal memenuhi piawaian latihan dan kebajikan pekerja. Manakala, sekira-kira 6.7 peratus dikenal pasti menggunakan pengawal tanpa sijil. Jika lesen dua tahun diberi tanpa audit berkala, angka ini akan meningkat dan kualiti keselamatan juga akan merosot.
Saya mohon penjelasan daripada kementerian, apakah jaminan bahawa lanjutan lesen yang diberikan ini tidak bermakna lesen automatik dua tahun tanpa ada elemen semak imbang yang jelas dan tegas? Saya berpandangan, tempoh lesen yang sederhana adalah wajar diberikan tetapi mestilah bersyarat. Ada audit tahunan, pematuhan latihan dan pelaporan kebajikan pekerja mesti dijadikan prasyarat untuk pertimbangan pembaharuan lesen. Tan Sri Yang di-Pertua, pada fasal 6, subseksyen 3(2B) dan seksyen 18A memperuntukkan kuasa luas kepada Menteri untuk menetapkan syarat lesen dan mengeluarkan apa-apa arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta 27. Saya tidak menolak keperluan fleksibiliti punca kuasa seperti ini, tetapi fleksibiliti tanpa garis panduan boleh menjadi konsentrasi kuasa yang cukup membimbangkan. Kita harus berhati-hati agar niat untuk mempercepatkan keputusan tidak berubah menjadi memusatkan kuasa oleh pihak eksekutif. Tanpa elemen semak imbang, industri akan dikawal oleh dasar yang berubah-ubah mengikut tafsiran dan kuasa yang ada pada Menteri. Kita mahu RUU ini membina ketelusan, bukan menambah dominasi politik terhadap industri ini. Pindaan seksyen 9 dan 13 yang memusatkan semua kuasa, tapisan dan kelulusan di bawah Ketua Polis Negara yang bertujuan mempercepat urusan pelesenan. Namun kesannya mungkin boleh berlaku sebaliknya. Dengan dianggarkan lebih 6,000 permohonan lesen dan pembaharuan lesen setahun, pemusatan penuh ke Bukit Aman boleh menyebabkan kelewatan struktural dan bottleneck birokrasi. Jika sebelum ini, Ketua Polis Negeri memainkan peranan penting menilai permohonan berdasarkan profil keselamatan tempatan, kadar jenayah kawasan dan keperluan tenaga pengawal setempat. Apabila fungsi ini dah hapuskan, kita kehilangan kepekaan tempatan (local intelligence) yang sangat berharga. Saya faham kerajaan mahu menyeragamkan dasar, tetapi keseragaman tidak boleh mengorbankan konteks dan peranan negeri. Sebagai contoh, kesempatan di Mersing mungkin berbeza dengan di Putrajaya dan sebagainya. Jadi, mengapa fungsi atau kuasa Ketua Polis Negeri ini perlu diketepikan begitu sahaja? Mengapa ia nya tidak dikekalkan? Saya mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan semula dengan mewujudkan mekanisme laporan sokongan keselamatan negeri supaya setiap permohonan lesen tetap melalui input Ketua Polis Negeri walaupun keputusan akhir akan dibuat di peringkat pusat.
Langkah ini akan memperkukuh sistem dengan kepelbagaian pandangan lapangan yang saya fikir boleh menjadi asas keberkesanan sistem pelesenan. Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa lebih 60 peratus tenaga kerja sektor keselamatan ialah warga asing, majoritinya dari Nepal. Sumbangan mereka sangat signifikan, tetapi masalah komunikasi dan kefahaman budaya tempatan jelas semakin ketara. Berdasarkan tinjauan dalaman Bahagian Perlesenan KDN 2024, antara aduan tertinggi pelanggan ialah pengawal tidak memahami bahasa Malaysia dengan baik dan gagal bertindak dalam insiden kecemasan kerana kekangan penguasaan bahasa kebangsaan. Saya mencadangkan supaya syarat penguasaan asas bahasa Melayu dijadikan wajib dalam kursus latihan trained Nepal guard sebelum lesen dikeluarkan oleh pusat latihan keselamatan bertauliah. Kita tidak mahu pengawal keselamatan warga asing sekadar hadir sebagai tenaga kerja murah, tetapi mereka ini faham tanggungjawab sosial mereka. Selain itu, saya menyebut baik usaha kerajaan memodenkan sistem semakan lesen secara dalam talian. Namun sistem ini mesti telus dan mesra rakyat. Saya ingin penjelasan, adakah portal tersebut membenarkan orang awam menyemak status syarikat, sama ada sah digantung atau dibatalkan lesen? Apakah perincian maklumat yang dipaparkan atau sistem ini sekadar akses dalaman yang tertutup kepada pegawai-pegawai di KDN? Jika begitu, pendigitalan ini tidak membawa apa-apa nilai akauntabiliti, hanya hiasan teknologi. Saya mencadangkan agar sistem pengurusan industri keselamatan bersifat masa nyata dan boleh diakses awam dengan mudah, dengan memasukkan fungsi QR code pada kad pengawal dan lesen syarikat agar masyarakat dan pelanggan dapat mengesahkan status fungsi agensi persendirian bagi mengelakkan berlaku sebarang kes penipuan atau penyalahgunaan logo lesen oleh agensi palsu yang mengambil kesempatan terhadap keselamatan sistem itu sendiri. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, sekarang saya jemput Kuala Krai.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya berdiri di medan mulia ini untuk sama-sama menzahirkan pandangan terhadap Rang Undang- undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 yang menyentuh kepada Akta Agensi
Persendirian 1971 ataupun Akta 27. Undang-undang lama yang kini menuntut nafas baharu dalam zaman serba mencabar ini. Pertama sekali, saya menyambut baik usaha Kementerian Dalam Negeri dalam memperkemas urus tadbir industri keselamatan persendirian ataupun syarikat perkhidmatan keselamatan. Satu sektor yang semakin penting dalam konteks keselamatan awam dan ekonomi negara yang sedang berdepan cabaran sosial, digital dan geopolitik baharu. Saya ingin menegaskan bahawa perkara kritikal agar pindaan ini bukan sekadar bersifat pentadbiran, tetapi benar-benar memperkukuh integriti, kebertanggungjawaban dan juga nilai syariah dalam sektor keselamatan persendirian negara. Isu pertama ialah berkaitan dengan kuasa pusat dan keberkesanan pengawasan. RUU ini antara lain memusatkan kuasa kepada Ketua Polis Negara dalam hal pemberian kelulusan pekerja agensi persendirian. Saya setuju dengan hasrat menyeragamkan proses ini, tetapi pemusatan kuasa mesti diimbangi dengan ketelusan dan akauntabiliti. Kita tidak mahu sistem ini akhirnya menjadi satu bentuk birokrasi tertutup yang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa ataupun kelulusan selektif serta melambatkan proses. Dalam semangat good governance, saya mencadangkan agar garis panduan kelulusan yang disebut di bawah seksyen 18A baharu diwajibkan diterbitkan secara awam supaya rakyat dan pemegang lesen tahu dengan jelas piawaian yang diguna pakai.
Isu yang kedua, Tan Sri Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan profesionalisme dan latihan etika. Isu besar dalam industri kawalan keselamatan persendirian ialah berkaitan dengan etika anggota keselamatan. Banyak laporan menunjukkan adanya anggota keselamatan yang tidak cukup terlatih. Ada yang menyalahgunakan kuasa, malah ada yang terlibat dalam kegiatan jenayah. Keselamatan adalah amanah. Dalam maqasid syariah, ia menyentuh hifz an-nafs ataupun penjagaan nyawa. Dan hifz al-mal ataupun penjagaan harta. Saya ingin mencadangkan agar kementerian menetapkan modul latihan berteraskan nilai etika Islam dan kemanusiaan kepada semua anggota agensi keselamatan berlesen. Bukan hanya latihan fizikal ataupun teknikal, tapi juga latihan akhlak dan tanggungjawab sosial. Sebagai contoh, pengawal keselamatan di bank, di sekolah ataupun di hospital bukan hanya sebagai penjaga pintu tetapi penjaga
rasa aman masyarakat. Jika mereka tidak beradab ataupun tidak jujur, maka kepercayaan masyarakat akan hilang. Isu yang ketiga, Tan Sri, digitalisasi dan ketelusan lesen. Saya perhatikan RUU ini memotong seksyen 5, menggantikan kaedah lama penyiaran lesen dalam warta kepada sistem semakan dalam talian. Ini satu langkah moden yang saya sokong. Namun, saya menyeru agar sistem ini tidak sekadar paparan status lesen tetapi dilengkapi dengan mekanisme aduan awam dan pemantauan prestasi agensi. Sebagai contoh, jika rakyat mendapati ada pengawal keselamatan yang tidak beretika atau agensi yang menindas pekerja, maka laporan digital itu mesti disiasat segera tanpa dibiarkan. Isu yang seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, ialah perlindungan pekerjaan pekerja keselamatan. Satu lagi aspek yang paling penting yang perlu kita beri perhatian ialah nasib dan kebajikan pekerja keselamatan persendirian. Terdapat antara mereka dibayar dengan bayaran upah yang rendah, bekerja waktu panjang tanpa perlindungan sosial yang cukup. Jika undang-undang ini hanya menguntungkan pemegang lesen tetapi tidak membela pekerja di lapangan, maka ia gagal menepati prinsip la darar wa la dirar, maksudnya jangan memudaratkan dan jangan dimudaratkan. Saya mencadangkan agar lesen tambahan bagi cawangan seperti yang disebut dalam seksyen 3(3A), juga diwajibkan melaporkan struktur gaji dan syarat kerja minimum sebagai bukti pematuhan kepada hak pekerja. Isu yang kelima, Tan Sri Yang di-Pertua, ialah nilai syariah dalam pengawalan kuasa. Pindaan ini memberi kuasa baru kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan, garis panduan dan surat pekeliling di bawah seksyen 18A. Kuasa ini besar dan besar juga tanggungjawabnya. Maka prinsip takwa dalam pentadbiran perlu ditekankan. Setiap arahan mesti berlandaskan keadilan dan maslahat umum, bukan kepentingan politik ataupun ekonomi pihak tertentu. Isu yang keenam, isu semasa ataupun ancaman keselamatan baharu. Kita juga harus realistik bahawa dunia keselamatan hari ini sudah berubah. Ancaman bukan hanya fizikal tetapi juga siber dan digital. Banyak agensi keselamatan kini menyimpan data sensitif pelanggan dan institusi. Jika pekerjanya tidak dilatih dengan baik dalam keselamatan data, maka risikonya pencerobohan maklumat amat tinggi. Saya mohon agar kementerian menilai semula akta ini secara holistik, memasukkan elemen keselamatan digital dan perlindungan data ke dalam kerangka lesen pada masa depan.
Isu seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, ialah perlindungan pekerja, agensi dan elemen syariah keadilan. RUU ini banyak berbicara tentang lesen agensi dan kawalan pengurusan tetapi kurang memberi penekanan kepada hak dan perlindungan pekerja yang diambil melalui agensi. Contohnya di kawasan saya Kuala Krai, kawasan pedalaman, luar bandar. Banyak pekerja dalam sektor pelancongan, perladangan, pertanian ataupun perkhidmatan bergantung agensi swasta kecil. Mereka sering mendapati, mereka sering menghadapi, satu, kontrak yang tidak jelas, kehilangan kerja tanpa notis, potongan bayaran agensi, tiada jaminan sosial. Sebagai langkah yang baik, saya menyeru agar pindaan ini disertakan bab hak minima pekerja, agensi. Misalnya hak cuti, hak untuk solat kepada pekerja Muslim, perlindungan keselamatan sosial, hak pampasan jika tugas dibatalkan dan keutamaan pelaksanaan syarat kerja yang adil. Dan yang terakhir, Tan Sri Yang di- Pertua, ialah berkaitan dengan penguasaan bahasa kepada pekerja asing tadi yang disebut oleh saudara sahabat saya daripada Mersing tadi, khususnya daripada Nepal yang lebih 60 peratus diambil ataupun bekerja dalam sektor ini, yang kadang-kadang apabila kita berurusan dengan mereka dalam bahasa kita kata dalam macam ayam dan itik, sama-sama tak faham.
Minta laluan, Setiawangsa, minta laluan.
Masa dah...
Boleh? Bagi, boleh? Boleh, okey silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Setiawangsa maklum ini tentang Akta Agensi Persendirian. Tapi adakah Yang Berhormat setuju kalau peruntukan yang sama ya tentang hak pekerja dan sebagainya turut terpakai kepada institusi seperti PASTI.
Saya ingat isu ini sudah banyak, panjang dibincangkan Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, yang tak perlu saya ulaskan di sini. Sebagai kesimpulan Tan Sri Yang di-Pertua, ialah RUU ini membawa niat yang baik, menambah baik pentadbiran industri agensi persendirian. Namun untuk benar-benar mencapai maqasid syariah dalam penggubalan undang-undang ini, ia mesti memastikan keadilan, ketelusan dan kebajikan rakyat menjadi paksi utama. Saya menyokong prinsip RUU ini dengan syarat penambahbaikan dasar pengawasan, kebajikan pekerja dan penerapan nilai syariah di setiap peringkat pelaksanaan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, seterusnya saya jemput Betong.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua ahli Dewan. Rang undang- undang ini bertujuan untuk menambah baik peruntukan berkaitan pengeluaran dan pembaharuan lesen agensi persendirian. Walaupun cadangan ini dialu-alukan, beberapa pindaan perlu disoal dan diperhalusi untuk kita memastikan kecekapan pentadbiran, ketelusan dan penjajaran dengan amalan terbaik global. Jadi, Betong ingin memberi beberapa pandangan kepada beberapa fasal dan isu. Pertamanya, melesenkan pejabat cawangan. Itu di bawah subseksyen baharu (3A). Cadangan membenarkan pemegang lesen untuk memohon lesen tambahan bagi pejabat cawangan yang menjalankan jenis perniagaan yang sama adalah langkah yang baik. Ini menginstitusikan keperluan lesen cawangan, meningkatkan pengawasan dan tanggungjawab setiap operasi fizikal agensi persendirian. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada terdapat keperluan untuk lesen tambahan. Kalau kita lihat secara logiknya, pejabat cawangan bukanlah entiti undang-undang berasingan dan menjalankan jenis perniagaan yang sama di bawah lesen utama syarikat. Jadi, jika hasratnya adalah untuk mengenal pasti pemilik yang memiliki dua syarikat berlainan nombor pendaftaran perniagaan tetapi menjalankan jenis perniagaan yang sama, jelas terdapat keperluan untuk keperluan lesen walaupun dimiliki oleh individu ataupun entiti yang sama. Dikhuatiri keputusan berdasarkan cadangan pindaan ini akan merumitkan proses permohonan. Maka oleh itu, Betong ingin mencadangkan supaya konsep lesen tambahan digantikan dengan mekanisme pendaftaran dan kelulusan pejabat cawangan yang diselaraskan di bawah lesen utama. Ini akan mengurangkan kerenah birokrasi dan membolehkan agensi berlesen meluaskan operasi dengan lebih cekap. Yang keduanya, Tan Sri Yang di-Pertua, ialah pemansuhan kewajipan pewartaan senarai iaitu pemotongan seksyen 5. Seterusnya, bila merujuk kepada pemotongan seksyen 5 ini, yang memerlukan pewartaan senarai agensi berlesen. Saya berpandangan bahawa cadangan ini adalah munasabah. Jadi, penggunaan sistem dalam talian Kementerian Dalam Negeri untuk semakan status agensi oleh orang awam adalah selaras dengan perkembangan semasa dan teknologi menawarkan kemudahan carian pada bila-bila masa.
Jadi, ini akan sudah tentu meningkatkan kecekapan. Jadi, kemudahan semakan secara atas talian melalui SIMS ataupun Electronic Security Industry Management System membolehkan orang awam, majikan dan agensi menyemak status lesen syarikat, tapisan keselamatan pengawal tempatan dan rekod pengawal pada bila-bila masa. Jadi, memandangkan seluruh tadbir urus kini bergantung pada sistem SIMS, kita perlu menjamin integriti data. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada KDN mempunyai mekanisme audit dan jaminan kualiti data yang mantap untuk kita memastikan maklumat status lesen syarikat dan keputusan tapisan keselamatan pengawal adalah 100 peratus tepat dan dikemas kini secara real time dengan izin. Kesilapan data boleh juga menyebabkan syarikat berlesen ditahan ataupun syarikat tanpa lesen terus beroperasi. Yang ketiganya ialah pindaan seksyen 9 dan 13, iaitu pemusatan kelulusan di peringkat KPN.
Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ini memusatkan kuasa, meluluskan permohonan pengambilan pekerja daripada Pesuruhjaya ataupun Ketua Polis Negara kepada ketua polis negeri kepada Ketua Polis Negara (KPN). Jadi, susulan daripada cadangan pindaan ini, saya menjangkakan ia akan meningkatkan risiko kesesakan dan kelewatan memandangkan jumlah permohonan pekerja yang tinggi dari seluruh negara. Jadi, pemusatan kuasa sepenuhnya kepada Pejabat KPN boleh menyebabkan kelewatan yang signifikan dalam pemprosesan. Jadi KPN mengekalkan kuasa dasar dan kawasan selia untuk memastikan keseragaman standard kebangsaan. Saya berpandangan bahawa kuasa untuk memproses dan mengeluarkan surat kelulusan awal perlu diturunkan kembali kepada unit ataupun jabatan polis negeri, daerah yang tetapkan di bawah pengawasan KPN. Ini sudah tentu akan memastikan pemprosesan yang cekap dan pantas sambil mengekalkan integriti dalam kawalan kualiti. Tapi jika cadangan ini diteruskan, saya ingin cadangkan supaya pindaan perlu memastikan terdapat peruntukan yang jelas untuk kemasukan dan penilaian wajib input risikan tempatan oleh PDRM, contingent, dalam proses tapisan keselamatan pekerja. Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, setelah kita meneliti secara mendalam setiap fasal dan cadangan pindaan yang terkandung dalam RUU ini, pendirian saya jelas bahawa pindaan ini adalah langkah progresif dan fundamental
yang sangat diperlukan untuk menggerakkan dan memodenkan landskap industri keselamatan persendirian di negara kita. Jadi inti pati RUU ini adalah transformatif, yang menggantikan akta yang lapuk dengan kerangka perundangan yang lebih responsif, telus dan berorientasikan keselamatan seiring dengan keperluan negara kita pada masa kini. Namun, ingin saya tegaskan setiap kebimbangan dan cadangan yang diutarakan oleh para Ahli Yang Berhormat serta pemegang taruh industri mestilah diambil kira dengan serius oleh pihak kementerian ini bagi memastikan RUU yang diluluskan adalah adil, inklusif dan praktikal kepada setiap pihak yang terlibat. Jadi, adalah diharapkan agar pindaan ini dapat memastikan industri keselamatan persendirian Malaysia beroperasi dengan piawaian yang tertinggi di peringkat domestik dan antarabangsa. Justeru, berdasarkan perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi, Betong mohon menyokong RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.
Baik terima kasih. Seterusnya, saya jemput Pasir Salak.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Pasir Salak untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Akta Agensi Persendirian 1971 atau Akta 27 ini. Isu keselamatan dan ketenteraman awam adalah tunjang kestabilan negara. Justeru, apa-apa pindaan kepada undang-undang yang mengawal selia industri keselamatan swasta perlu diteliti secara serius dan berpaksikan kepada kepentingan rakyat serta kedaulatan undang-undang. Akta ini sudah pun berumur 54 tahun, 1971, sama umur dengan Pasir Salak. Jadi, perlu kepada perubahan kepada akta yang lebih baik atau kalau diluluskan, dikenali sebagai Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2025. Tan Sri Yang di-Pertua, akta ini telah berusia lebih 50 tahun. Ia digubal dalam konteks keselamatan era 1970-an, sedangkan hari ini ancaman telah berubah. Kita berdepan dengan jenayah siber, kecurian identiti digital dan ancaman fizikal yang menggunakan teknologi canggih. Oleh itu, Pasir Salak berpandangan bahawa pindaan ini wajar disertai dengan kerangka pemodenan industri keselamatan termasuk penggunaan sistem pengawasan pintar, latihan berasaskan teknologi dan pensijilan profesional yang diiktiraf.
Pasir Salak mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri menubuhkan Majlis Standard dan Akreditasi Agensi Keselamatan Swasta bagi memastikan setiap pengawal keselamatan mempunyai tahap kompetensi minimum yang seragam di seluruh negara. Tan Sri Yang di-Pertua, lebih 60 peratus pengawal keselamatan hari ini adalah warga asing, terutamanya yang disebutkan daripada Mersing dan Kuala Krai tadi, daripada Nepal. Fenomena ini tidak selari dengan aspirasi dasar ekonomi MADANI yang kononnya mahu memperkasa tenaga kerja tempatan. Pasir Salak berpandangan kerajaan perlu memperkenalkan insentif cukai atau subsidi latihan bagi agensi yang menggaji rakyat warga tempatan. Selain daripada itu, perlu diwujudkan program latihan vokasional keselamatan di bawah HRD Corp. dan MARA bagi menarik minat belia tempatan menyertai sektor ini sebagai kerjaya yang profesional dan dihormati. Pasir Salak amat bimbang dengan laporan bahawa terdapat unsur lesen Ali Baba yang amalan kronis dan amalan kronisme dalam pemberian lesen agensi keselamatan. Kita perlu memperkukuh ketelusan dengan mewajibkan semua permohonan lesen melalui sistem E-Licensing yang dipantau oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau SIAP. Pasir Salak juga mencadangkan agar satu audit tahunan dilakukan terhadap semua pemegang lesen bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan mengelakkan eksploitasi pekerja. Dengan pelaksanaan sistem CCTV, pengimbas wajah dan aplikasi pengawasan, agensi keselamatan kini menyimpan data peribadi pelanggan. Pasir Salak menegaskan bahawa perlindungan data ini mesti selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Maka setiap agensi wajib mempunyai pegawai perlindungan data yang dilatih untuk mengurus akses dan penyimpanan maklumat pelanggan secara selamat. Pindaan ini juga perlu memperjelas bidang kuasa antara agensi keselamatan dan Polis Diraja Malaysia. Pasir Salak mencadangkan satu mekanisme penyelarasan operasi bersama iaitu joint task coordination dengan izin, antara PDRM dan agensi persendirian terutamanya dalam situasi kecemasan atau bencana awam. Ini akan mengelak kekeliruan bidang kuasa dan meningkatkan keberkesanan tindak balas keselamatan. Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, Pasir Salak menyokong prinsip keselamatan yang inklusif dan profesional. Namun, kita menegaskan bahawa pindaan ini mestilah bersifat menyeluruh dan berani menambah baik ekosistem industri, bukan hanya perubahan pentadbiran semata-mata. Kita tidak mahu akta ini
menjadi simbol undang-undang lapuk yang gagal melindungi rakyat dan pekerja dalam sektor ini. Oleh itu, Pasir Salak mencadangkan agar pindaan ini diteliti semula melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ‘JPDP’ bagi memastikan semua aspek perundangan, latihan dan integriti dilaksanakan dengan telus dan berkesan, bersih, stabil dan prihatin demi rakyat dan keselamatan negara. Sekian, terima kasih Dato’, Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Maran.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Agensi Persendirian 1971 (Pindaan) 2025 iaitu Akta 27. Saya mengambil kesempatan ini untuk membahaskan pindaan rang undang-undang ini. Pindaan ini Tan Sri Yang di-Pertua, nampak sederhana pada permukaan tentang lesen, syarat dan kuasa pentadbiran tapi sebenarnya ia membuka ruang besar untuk kita menyemak semula keseluruhan ekosistem keselamatan swasta di negara ini yang kini melibatkan lebih daripada 1,100 syarikat berlesen dan kira-kira lebih kurang 200,000 pengawal keselamatan di seluruh negara. Berapakah – persoalan yang saya tanya, berapakah sebenarnya syarikat berlesen terkini yang telah diluluskan dan beroperasi? Berapakah daripada keseluruhan lesen yang telah diluluskan ini mengikut kaum, lokaliti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Daripada sejumlah lebih kurang 200,000 pegawai keselamatan yang didaftarkan, berapakah jumlah pegawai keselamatan Melayu, Cina, India dan bangsa lain? Berapa ramai kah pula pegawai keselamatan daripada warga asing dan daripada negara mana serta jumlah mereka? Maran ingin juga berbicara dalam perkara ini berkaitan dengan yang pertama ialah bekalan, berkaitan seksyen 3 dan 18A. Apakah jaminan oleh kerajaan supaya kuasa luas Menteri dan Ketua Polis Negara dalam perlesenan agensi serta pengawal individu tidak disalah guna dan kekal telus, berintegriti serta dilaksanakan dengan mekanisme semak imbang yang kukuh dan berkala?
Apakah bukti keberkesanan dan keadilan sistem penapisan serta kelulusan pengawal keselamatan yang digunakan sekarang? Ramai di antara bekas pegawai-
pegawai polis yang mengenal pasti mengepalai syarikat keselamatan ini. Apakah syarat kelayakan utama pemilik-pemilik syarikat keselamatan ini? Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu pertindihan peranan antara polis bantuan dan pengawal keselamatan persendirian. Kita tahu polis bantuan diwujudkan khusus untuk menjaga kawasan larangan dan strategik seperti lapangan terbang, pelabuhan atau fasiliti kritikal kerajaan. Namun, hari ini kita lihat banyak entiti swasta besar termasuk Genting Highlands, pelbagai syarikat utiliti serta institusi pendidikan turut menggunakan khidmat polis bantuan. Di manakah garis pemisah peranan antara polis bantuan dengan pengawal keselamatan swasta? Apakah fungsi sebenar agensi persendirian jika kawasan awam dan institusi pendidikan juga diberi kebenaran khas untuk menggunakan perkhidmatan polis bantuan? Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin tekankan tentang kebajikan dan perlindungan pengawal keselamatan. Saya sedar bahawa akta ini perlu dibaca bersama Akta Kerja 1955 dan peraturan tenaga kerja yang lain. Tetapi apakah kita membahas pindaan yang memberi kuasa lesen dan pelesenan baharu, kita tidak boleh abaikan aspek kemanusiaan dan ekonomi pengawal di lapangan. Hari ini kita terima aduan walaupun gaji minimum ditetapkan sekitar RM1,700 sebulan atau RM13 hingga RM13.50 sejam, namun polisi ini masih tidak disambut secara menyeluruh oleh pengguna perkhidmatan. Hasilnya Tan Sri Yang di-Pertua, pegawai keselamatan bekerja syif panjang kadangkala melebihi 12 jam sehari kerana syarikat tidak mampu bayar lebih ramai pegawai di bawah panas hujan dan risiko keselamatan tetapi ramai tidak mendapat perlindungan sosial pampasan mencukupi dan latihan berkala. Dalam keadaan ini, bagaimana kita mahu mereka menjalankan tanggungjawab dengan profesional dan beretika malah majikan dan tempat mereka kerja boleh terdedah kepada ancaman keselamatan? Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berapa hal iaitu saya ingin mencadangkan supaya rang undang-undang ini disemak bersama oleh KDN dan Kementerian Sumber Manusia untuk mewujudkan satu garis panduan kebajikan pekerja keselamatan swasta. Mesyuarat mediasi antara pemegang taruh ditubuhkan terdiri daripada wakil KDN, kesatuan industri dan kesatuan pekerja supaya setiap dasar baharu mengambil kira kesan langsung kepada pegawai di lapangan. Polis bantuan dan agensi persendirian digabung dalam satu rangka dasar keselamatan awam bersepadu bukan dua institusi yang silo dan bersaing.
Akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dan meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana tahap pematuhan syarikat dan pengawal keselamatan berlesen terhadap syarikat berkelayakan serta piawaian keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 ini. Berapakah jumlah dan peratus pegawai keselamatan yang merupakan bekas anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia? Sejauh mana syarat ini dipatuhi oleh agensi persendirian seperti yang ditetapkan dalam pekeliling KDN bahawa sekurang-kurangnya 20 peratus ataupun satu perlima daripada jumlah keseluruhan pengawal perlu terdiri daripada bekas anggota keselamatan? Akhirnya, berapakah jumlah syarikat dan pengawal dan keselamatan yang telah memenuhi syarat minimum latihan dan pensijilan latihan Certified Security Guard dengan izin, latihan Trained Nepal Guard (TNG) serta berapa peratus pegawai keselamatan warga asing yang berkhidmat di bawah lesen KDN? Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas cadangan pindaan rang undang-undang ini dan kita harap keadilan dapat diberikan kepada pengawal- pengawal keselamatan dan agensi-agensi yang terlibat. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik seterusnya saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana beri saya peluang untuk sama berbahas dalam Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025. Pada hemat saya, pindaan ini amat penting kerana ia menyentuh tentang kawalan, pemantauan dan profesionalisme industri keselamatan persendirian di negara kita iaitu satu sektor yang menjadi pelengkap penting kepada usaha Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan awam. Selepas lebih lima dekad sejak akta ini diperkenalkan iaitu pada tahun 1971, saya kira sudah tiba masanya ia disemak semula agar seiring dengan perubahan zaman termasuk cabaran teknologi keselamatan siber dan isu tenaga asing. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik pindaan terhadap subseksyen 3(2A) yang melanjutkan tempoh sah laku lesen agensi persendirian daripada satu tahun kepada dua tahun. Langkah ini akan mengurangkan beban pentadbiran dan kos pemprosesan bagi para pengusaha. Namun demikian, saya ingin mengajukan persoalan. Adakah kementerian telah menilai kesan pelanjutan tempoh sah laku
lesen ini terhadap keberkesanan pemantauan dan pematuhan syarikat terutamanya bagi agensi yang mempunyai rekod salah laku atau aduan disiplin terhadap pengawal keselamatan mereka? Selanjutnya pindaan subseksyen 3(2B) memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mengenakan syarat ke atas lesen yang dikeluarkan. Ini memberi fleksibiliti kepada kerajaan dalam memastikan syarikat mematuhi standard semasa industri. Pindaan seterusnya yang memperkenalkan seksyen (3A) baharu iaitu mewajibkan pelesenan bagi pejabat cawangan agensi persendirian juga amat dialu- alukan kerana ia memastikan setiap operasi cawangan tertakluk kepada kawalan KDN. Namun begitu, persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah sama ada pelesenan cawangan ini akan melibatkan bayaran tambahan yang tinggi. Jika ya, adakah langkah mitigasi diambil untuk membantu syarikat-syarikat kecil yang beroperasi di luar bandar? Syarikat pengawal keselamatan di kawasan luar bandar misalnya mungkin menghadapi kesukaran untuk menanggung kos tambahan sekiranya struktur fi tidak disusun secara munasabah. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mengambil maklum pindaan yang memansuhkan keperluan untuk mewartakan senarai syarikat berlesen dan dibatalkan setiap tahun seperti termaktub dalam seksyen 5 asal. Ini sewajarnya dengan transformasi digital kerajaan kerana semakan status syarikat kini boleh dilakukan atas talian melalui sistem seperti eSIMS mobile di bawah PDRM. Namun persoalannya sejauh manakah sistem semakan atas talian ini benar- benar stabil, tepat dan mesra pengguna terutamanya bagi orang awam yang serta pihak berkuasa tempatan yang perlu mendapatkan maklumat secara pantas? Kita tidak mahu berhadapan situasi seperti pada tahun 2023 apabila beberapa syarikat yang sudah dibatalkan lesen masih beroperasi kerana kelewatan kemas kini dalam pangkalan data. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya pindaan terhadap seksyen 9 dan seksyen 13 yang menyelaraskan peranan kepada PDRM Bukit Aman dan menggantikan kepada Ketua Polis Negeri dengan Ketua Polis Negara adalah langkah yang ke arah penyelarasan berpusat dan kawalan yang lebih telus. Berkaitan itu, saya ingin bertanya bagaimanakah mekanisme pelaporan dan penyelarasan di peringkat negeri akan berfungsi selepas peranan Ketua Polis Negeri digugurkan. Tanpa sistem komunikasi dan pelaporan yang jelas dikhuatiri akan wujud kelewatan atau kekeliruan antara pengawal di lapangan dan ibu pejabat Bukit Aman terutamanya
dalam kes yang memerlukan tindakan segera seperti pelanggaran lesen atau salah guna kuasa oleh pengawal keselamatan. Pindaan seksyen 18A yang memperuntukkan kuasa baharu kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan pentadbiran, garis panduan pekeliling juga merupakan penambahbaikan yang signifikan.
Namun, apakah bentuk kawalan kita terhadap arahan pentadbiran ini? Adakah setiap garis panduan baharu akan dibentangkan atau disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa? Kita pernah terlibat pada tahun 2022, bagaimana satu pekeliling pentadbiran yang tidak melalui semakan legislatif menyebabkan kekeliruan dalam penguatkuasaan lesen keselamatan peribadi. Oleh itu, semak imbang institusi amat penting bagi menjamin integriti dan peluasan pelaksanaan kuasa undang-undang. Akhir sekali, walaupun tidak disebut secara langsung dalam pindaan ini, saya menyentuh persoalan mengenai pengguguran pengawal keselamatan asing khususnya warga Nepal. Apakah pendekatan baharu kementerian terhadap isu ini agar tidak menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan dan tidak menimbulkan risiko terhadap keselamatan strategik negara? Menurut laporan media pada Julai 2025, hampir 35 peratus pengawal keselamatan berlesen di Malaysia terdiri daripada warga Nepal dan terdapat kes penyalahgunaan permit kerja dalam kalangan mereka. Maka, saya berharap dasar tenaga kerja dalam sektor keselamatan dapat disemak semula agar memberi keutamaan kepada rakyat tempatan serta menjamin kawalan yang lebih ketat terhadap tenaga kerja asing. Secara keseluruhannya, pindaan ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan kawalan, ketelusan dan kecekapan industri keselamatan persendirian di Malaysia. Dengan ini, saya menyokong pindaan RUU Agensi Persendirian ini. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Pembahas terakhir, saya jemput Arau.
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya nak cakap tajuk lain sikit, Yang Berhormat Menteri tapi dia tak termasuk dalam pindaan. Dalam akta ibu, apakah Yang Berhormat bercadang untuk membuat pindaan iaitu berhubung dengan penyiasat persendirian yang termasuk dalam akta
ibu? Kalau saya tak silap sebab saya tak dapat akta ibu ini, saya cuma dapat pindaan sahaja di bawah 74(1), kalau saya tak silap. Apakah Yang Berhormat bercadang untuk membuat pindaan iaitu akta penyiasat persendirian ini, apakah garis panduan yang dipakai dan apakah dia mengikut lunas-lunas Islam ataupun tidak? Allah berfirman dalam al-Quran, [Membaca sepotong ayat al-Quran] , wahai orang yang beriman, kalau datang berita daripada orang fasik, kita kena tapis dulu ya. Kemudian ayat yang kedua ialah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] , wahai orang-orang beriman, jangan kamu mengintai keburukan orang dan jangan kamu — maaf. “Jangan kamu buruk sangka dan mengintai keburukan orang”. Jadi, kalau akta persendirian ini sudah pasti mengintai keburukan orang dan dia sudah pasti menjadi masalah kepada kita di masa akan datang. Contohnya, macam orang nak tahu apa Speaker buat, jadi orang ikut dia. Ini tak boleh. Dalam Islam, buruk sangka dekat dia pun tak boleh. Kena baik sangka walaupun dia tak bersetuju dengan Akta Lompat Parti, kita kena baik sangka tapi jangan pergi hantar orang untuk ikutnya sampai termasuk cerita-cerita yang disebut paparazi yang mana menyebabkan kematian kepada dua tokoh dalam sejarah iaitu Princess Diana dan Dodi dulu. Jadi, dia sebut perkataan paparazi. Jadi, apakah kita ada garis panduan khusus supaya benda ini tak berlaku dan kita nak supaya senarai seperti kawan- kawan sebut untuk pindaan ini supaya ia nya dipapar kepada umum. Saya rasa Menteri pun setuju supaya umum nak mengetahui siapakah syarikat sekuriti dan juga penyiasat persendirian ini supaya bila umum mengetahui, sekurang-kurangnya kita boleh bertindak dengan baik sebab Malaysia saya ingat mungkin tak berapa perlu tapi mungkin juga perlu, wallahualam. Ini ialah negara bebas, orang ada berhak untuk melakukan apa yang mereka perlukan. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, apakah kita nak pamerkan kepada umum nama-nama syarikat sekuriti dan juga yang disebut penyiasat persendirian. Apakah penyiasat persendirian termasuk dalam akta ini sebab kita tak dapat kesan? Yang kita cuma dapat maklumat ialah daripada orang-orang tertentu yang berkepentingan bahawa mereka adalah penyiasat persendirian dan sebagainya. Seperti kawan-kawan saya sebut tadi ialah mengapa dan Yang Berhormat pun akan bertanya mengapa mesti warga Nepal. Dan kita tahu bahawa dalam perniagaan warga asing ini, dia ada rate dia, kadar dia. Kalau kita ambil Indonesia,
ini kadarnya. Kalau kita ambil Nepal, ini kadarnya. Kalau Bangladesh, ini kadarnya. Memang ada kadarnya. Jadi, kalau sekiranya perkara ini telah pun berlaku dan ejen-ejen berleluasa di luar sana. Jadi sudah pasti, apakah Yang Berhormat akan elakkan daripada perniagaan warga asing ini, supaya warga asing yang kita nak untuk berkhidmat yang terbaik ini supaya mereka datang berkhidmat dengan terbaik sebab mereka yang melalui ejen ini, kadang-kadang terpaksa membuat pembayaran yang tinggi, mereka terpaksa bergadai harta di sana dan mereka datang sini untuk bekerja. Tetapi kalau dipermudahkan dan ejen-ejen ini ditentukan panduannya, sudah pasti ini lebih murni. Saya telah menyebut tentang kehebatan beberapa ejen dan beberapa nama besar di Parlimen ini yang mempunyai kuasa mengimport orang asing seperti daripada Bangladesh dan sebagainya. Terima kasih, Tan Sri Speaker di atas peluang terakhir.
Baik, terima kasih. Arau ialah terakhir. Oleh itu, saya minta Menteri silakan respons.
Tan Sri boleh bagi panduan berapa minit?
10 minit, boleh?
Boleh.
Okey, 10 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dalam sesi perbahasan pindaan Rang Undang-undang Agensi Persendirian 1971 pada hari ini. Kami di KDN menghargai pandangan dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Insya-Allah, hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan dan cadangan-cadangan yang diajukan Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memperkasakan apa yang kita bentang pada hari ini. 14 Ahli Yang Berhormat menjawab. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Ampang, Merbok, Rantau Panjang, Batu Gajah, Gerik, Kepala Batas, Batu, Mersing, Kuala Krai, Betong, Pasir Salak, Maran, Kulim–Bandar Baharu dan Gerik. Secara umumnya, perbahasan yang diberikan tadi, secara rumusannya, ia berkait dengan isu berkaitan dengan kuota iaitu pengambilan pekerja asing, berkaitan dengan soal latihan, tapisan keselamatan yang dipusatkan di Bukit
Aman, penubuhan cawangan, isu kuasa Menteri, audit tahunan untuk pembaharuan, sistem eSIMS dan juga perkara-perkara lain. Saya nak mulakan dengan Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang bercakap soal had dan bidang kuasa polis, kuasa agensi. Saya nak sebut di sini bahawa kuasa agensi persendirian iaitu mengadakan, mengawal perlindungan dan bagi keselamatan diri orang lain atau bagi keselamatan harta atau perniagaan orang lain dan mendapat kita beri maklumat mengenai kelakuan aktiviti atau hal ehwal orang lain manakala PDRM kalau kita rujuk pada seksyen 11, kuasa polis untuk menggeledah premis suatu agensi persendirian berlesen. Seksyen 13, kuasa pegawai untuk memasuki dan menggeledah premis yang disyaki digunakan oleh agensi persendirian yang tidak berlesen. Had dan kuasa PDRM yang diperuntukkan antara lain di bawah seksyen 11 atau 12, bertindak untuk mengawal selia perniagaan yang dijalankan oleh agensi persendirian dan tidak menyentuh had dan kuasa perniagaan yang didaftarkan mengikut Akta 27 bagi mengadakan, mengawal keselamatan diri orang lain. Agak besar bezanya antara peranan polis dan juga agensi pengawasan. Yang Berhormat Ampang juga menyebut tentang minta Menteri menjelaskan rasional pindaan seksyen 3(2A). Ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang menyebut perkara ini, yang memanjangkan tempoh sah laku lesen daripada satu tahun kepada dua tahun dan sebab tarikh luput lesen masih dikekalkan pada 31 Disember setiap tahun.
Untuk makluman Ahli Dewan, pindaan subseksyen 3(2A) dibuat bagi mempertingkat kecekapan sistem pelesenan dan mengurangkan beban pentadbiran bagi pembaharuan lesen. Dengan tempoh sah dua tahun, pemegang lesen tidak perlu memperbaharui lesen setiap tahun, sekali gus menjimatkan masa dan kos. Manakala tarikh luput pada 31 Disember adalah peruntukan asal di bawah Akta 27. Ia dikekalkan dan tidak pun dipinda. Maklum balas daripada pemain industri semasa sesi libat urus juga mahukan supaya tarikh bagi tempoh sah lesen pada 31 Disember ini dikekalkan. Ini kerana ia memudahkan urusan pihak syarikat dan pelanggan dari segi pentadbiran, penawaran kontrak kerja. Selain itu, ia membantu pihak KDN dalam menyelaras pengeluaran lesen serta kawal selia. Ampang juga menyebut…
Timbalan Menteri, Speaker, saya sebenarnya nak minta penjelasan. Awal tadi, Timbalan Menteri telah menjawab
tentang had kuasa itu, sebenarnya tentang had kuasa PDRM untuk masuk ke harta persendirian itu saya faham, tinggal lagi soalan saya tadi bukan saya highlight tentang hak PDRM, tetapi agensi persendirian ini, ya. Kalau konflik dia dengan PDRM sebab dia diberikan satu kuasa untuk mengawal — pengawalan, tetapi apakah dia boleh sampai dalam isu pergi kepada harta awam dan sebagainya. Di situ perlu diperjelaskan had kuasa antara agensi persendirian ini dengan PDRM. Itu soalan saya sebenarnya.
Saya dah sebut sedikit tadi bahawa bidang kuasa antara agensi keselamatan dan juga PDRM memang berbeda. Detail ni saya bagi pada Yang Berhormat kerana saya banyak nak sentuh isu lain. Yang Berhormat juga sebut soal bagaimana KDN pastikan syarikat keselamatan mengutamakan penggajian pengawal keselamatan tempatan berbanding asing seperti yang disuruh oleh kerajaan. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat sebut berkaitan dengan perkara ini. Saya nak sebut soal data sedikitlah supaya jelas. Sehingga 9 Oktober 2025, pengawal keselamatan tidak bersenjata seramai 118,196 orang, pengawal keselamatan bersenjata 4,826, pengawal peribadi 1,247, penyiasat persendirian 36, pegawai keselamatan Nepal sebanyak 58,948 orang. Ini angka dan ia tidak benar sebagaimana dakwaan tadi sampai ke peringkat 60 peratus, 70 peratus. Ini angka yang jelas. KDN menegaskan bahawa pengambilan pengawal keselamatan tempatan adalah keutamaan selaras dengan seruan kerajaan. Ini kekal dasar dan polisi kita. Semua agensi persendirian diwajibkan mematuhi syarat mengutamakan penggajian pengawal keselamatan sebelum dibenarkan mengambil pengawal asing. Mesti utamakan tempatan dahulu sebelum ambil pekerja asing. Untuk mengambil pekerja asing hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekurangan tenaga kerja tempatan berkelayakan selepas juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. KDN juga menjalankan audit dan pemantauan berkala serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap agensi yang gagal mematuhi peraturan ini. Selain itu, KDN menggalakkan agensi menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran untuk pengawal tempatan bagi meningkatkan profesionalisme dan mengurangkan kebergantungan kepada pengawal asing. Ini banyak dibangkitkan soal latihan tadi dan KDN menegaskan bahawa Nisbah, dua nisbah satu pengawal keselamatan tempatan dan asing mesti dipatuhi bagi pastikan
peluang pekerjaan kepada warga negara Malaysia terpelihara tanpa kita jejaskan tahap keselamatan. Semua pengambilan pengawal asing hanya dibenarkan sekali lagi disebut dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan hanya apabila berlaku kekurangan dari segi aspek pekerja-pekerja tempatan. Tadi juga disebut, apakah garis panduan dan arahan Menteri boleh disemak oleh umum? Ramai bangkitkan perkara ini tadi. Ini berkaitan banyak perkara. Saya nak sebut bahawa semua garis panduan dan pekeliling akan diterbitkan secara rasmi melalui laman web kementerian. Agensi persendirian yang berlesen akan dimaklumkan secara rasmi melalui saluran komunikasi rasmi kementerian. Ini bagi memastikan keseragaman, pematuhan di seluruh industri dan mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan. Kalau kita nak lihat sistem eSIMS ini, public memang boleh lihat syarikat dari segi statusnya aktif, tidak aktif dan sebagainya. Ini semua dibuat bagi pastikan kredibiliti dan juga menjaga kepentingan masyarakat. Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya – tadi Yang Berhormat Ampang dan Gerik dan juga yang lain juga sebut tadi, bagaimana kementerian pastikan bahawa keputusan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 3 adalah adil dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan tertentu? Baik. Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan laporan oleh bahagian atau jawatankuasa yang terlibat sebelum dikemukakan kepada Menteri. Maknanya ada jawatankuasa, ada bahagian yang buat penilaian dahulu. Sebagai contoh, bagi permohonan lesen syarikat perlu melalui tapisan keselamatan yang dijalankan oleh PDRM, sesi temu duga serta penelitian dokumen permohonan oleh urus setia. Setelah selesai, jawatankuasa akan buat syor [Tidak jelas] kepada Menteri sebelum apa-apa keputusan dikeluarkan. Kementerian juga melaksanakan dasar ketelusan dan integriti dalam proses pentadbiran dan sentiasa terbuka kepada pemantauan dan audit oleh pihak berwajib untuk pastikan keputusan yang adil, bebas daripada sebarang pengaruh luar. Tan Sri Yang di-Pertua, Gerik bangkitkan berkaitan dengan gaji pengawal keselamatan. Bagaimana untuk menarik minat orang bekerja sebagai pengawal keselamatan? Kalau gaji rendah, orang tak mahu bekerja. Saya nak sebut bahawa gaji pengawal keselamatan kini mengikut standard gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Tak boleh mana-mana syarikat langgar apa yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jadi, kerana kita tidak boleh dianggap kerana sektor ini telah berada pada tahap yang lebih kompetitif selain menunjukkan kadar imbuhan bagi pengawal keselamatan adalah lebih menarik. Maknanya kita nak jaga standard syarikat kawalan keselamatan dan pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor ini. KDN juga…
Yang Berhormat Menteri, sedikit tambahan berkenaan gaji tadi yang saya sebutkan itu, memang betul kementerian mungkin akan tetapkan mengikut gaji minimum RM1,700, tetapi hakikatnya di luar sana, banyak syarikat pengawal keselamatan terutamanya di luar bandar, dia tak bagi gaji yang macam itu. Jadi, pada pandangan Gerik, KDN kena ada satu penguatkuasaanlah untuk pemantauan supaya perkara itu berlaku dan barulah perkara ini akan jadi realiti.
Terima kasih Yang Berhormat. Jika ada kes-kes seumpama ini, syarikat melanggar standard gaji minimum boleh lapor kepada Kementerian KESUMA ini untuk diambil tindakan kerana penetapan gaji ini dibuat oleh kerajaan dan semua pihak mesti mematuhinya. Selain daripada itu, bagi kita jaga pengawal keselamatan ini, KDN berpendapat pengawal keselamatan tidak sesuai untuk diberi tanggungjawab- tanggungjawab tambahan seperti menyelenggara premis, melakukan tugas-tugas di luar daripada tanggungjawab sebenarnya. Ini kita tekankan. Jika mana-mana pihak melanggar ini, tindakan-tindakan tertentu boleh diambil oleh KDN. Selain daripada itu, Yang Berhormat Batu sebut, apakah rasional utama kerajaan meminda seksyen 9 Akta Agensi Persendirian 1971 bagi menggantikan kuasa Ketua Polis Negeri kepada Ketua Polis Negara? Banyak dibangkitkan tadi.
Saya nak sebut bahawa pindaan ini bertujuan supaya ia nya selaras dengan proses semasa yang dijalankan sekarang, di mana semua permohonan oleh agensi persendirian bagi surat kelulusan ke atas pekerja yang ditapiskan keselamatan telah dipusatkan dan diuruskan oleh Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman di seluruh negara. Dengan maksud lain, urusan tapisan keselamatan dalam negara dipusatkan di PDRM Bukit Aman, yang mempunyai kawalan lebih menyeluruh dalam proses ini serta disokong oleh pangkalan data berpusat dan pastikan standard saringan adalah sekata di seluruh negara tanpa membezakan tafsiran atau pelaksanaan di peringkat negeri. Ini lebih baik dan lebih diperlukan dalam situasi yang sering berubah. Tan Sri, memang kalau saya nak jawab, pukul 6.00 tak habis, Tan Sri. Saya terlajak sedikit, saya mohon maaf. Namun, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri,
saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan pandangan-pandangan yang cukup baik, termasuk dari Arau tadi.
[Bangun]
Jadi, pandangan- pandangan yang baik, Arau, kita akan kaji dan lihat.
Ya, jawab bertulis ya. Jawab bertulis?
Ini baru nak sambung ayat bertulis ini, yang tak saya jawab tadi, saya bagi bertulis.
Bila boleh, esok boleh?
Secepat yang mungkin. Yang Arau boleh awal, insya-Allah. Untuk itu, sekali lagi bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ucapkan terima kasih. Apa yang kita buat ini dalam usaha kita untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan demi kepentingan negara dan rakyat. Jadi, terima kasih banyak-banyak. Sekian.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang Rang Undang-Undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 — Fasal-fasal 1 hingga 6 –Bill
[Bangun]
Oh, ada.
Ya, sedikit sahaja.
Sebentar, sebentar, ada.
Saya terus kepada fasal 2 yang subseksyen baharu (2A) itu. Maknanya, nak minta lesen itu kena dengan Menterilah, ya? Menteri tetapkan fees–nya juga, berapa banyak, kita tak tahu. Ya. Jadi, kita tengok fasal 2 ini berpusat kuasa kepada Menteri. Itu tadi saya nak tanya, Timbalan Menteri dia tak ada ya? Timbalan Menteri tak ada kuasa? Menteri
sahaja? Okey. Kasihan dengan Timbalan Menteri, bagi kuasa dekat Menteri saja ini. Jadi, kita ini kalau lihat kepada kuasa ini, kalau kuasa penuh sangat kepada Menteri, ada tak potensi salah guna ini? Kalau kita luluskan. Kita sebagai Ahli Parlimen ini kena tentukanlah, kalau nak tentukan bukan kita nak tolak sebenarnya kuasa Menteri ini tetapi ada had lah, ada badan yang mengawal. Kalau tidak, siapa- siapa boleh datang minta. Mana tahu ada sesiapa yang rapat dengan Menteri kah, dengan Timbalan Menteri kah ataupun dengan PM kah. Baru-baru ini ada yang kawan rapat dengan PM, dia dapat projek RM700,000 ini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
RM700 juta kah? RM700 juta. Sorry, sorry, sorry, besar rupanya. Jadi, saya nak tahu jugalah. Jadi, kita sebagai Ahli Parlimen, janganlah kita hendak luluskan undang-undang, bagi kuasa penuh kepada Menteri ini, itu satu. Yang — cuba tengok, banyak lagi fasal lain pun kalau kita tengok, fasal 6 pun Menteri juga kuasa. Makna, dia bagi kuasa yang nak keluarkan surat itu KPN tetapi kena ikut apa yang Menteri tetapkan. Semua disebut dalam fasal 4, semua ikut — ikut apa yang Menteri tetapkan. Jadi, macam mana ini? Jadi, saya mintalah Timbalan Menteri yang tak dapat kuasa ini bagi jawapan kepada saya. Terima kasih.
Silakan, Menteri.
Tetapi kuasa Timbalan Menteri lebih besar daripada kuasa dialah.
[Dewan riuh]
Itu sahajalah. Saya dah jawab tadi. Saya jawab tadi yang disebut oleh Rantau Panjang dan Batu Gajah tadi dan juga setiap keputusan yang dibuat, dia berdasarkan kepada laporan oleh bahagian atau jawatankuasa, sebelum dikemukakan kepada Menteri. Maknanya, Menteri tidak membuat keputusan tanpa ada laporan-laporan dan juga penelitian yang dibuat. Saya dah sebut tadi sebagai contoh, bagaimana kalau nak luluskan lesen. Syarikat perlu melalui tapisan keselamatan yang dijalankan oleh PDRM terlebih dahulu. Tak lepas tapisan keselamatan oleh PDRM, Menteri tak akan luluskan. Mesti melepasi temu duga, yang penemu duganya terdiri kepada mereka- mereka yang berkelayakan untuk meneliti semua dokumen permohonan yang di urus oleh Unit Urusetia. Setelah selesai, barulah kita angkat syor kepada Menteri. Jadi, sebenarnya apa yang kita buat hari ini, dia memang mematuhi peraturan-peraturan dan kita tidak sewenangnya membuat peraturan untuk meletakkan individu mempunyai kuasa mutlak. Terima kasih.
[Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang, hari Jumaat, 10 Oktober, 2025. [Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.18 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad (Jerlun) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Menaik Taraf Jalan Persekutuan Dari Simpang Jengka 21 Sehingga Bandar Pusat JengkaSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Speaker dan warga Parlimen Malaysia seluruhnya di atas peluang di atas Peraturan Mesyuarat 17 di peringkat Kamar Khas ini.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya terhadap keadaan jalan dari Simpang Jengka 21 hingga ke simpang tiga Bandar Pusat Jengka yang merupakan laluan utama ribuan penduduk termasuk pelajar, pekebun kecil, peniaga, pekerja ke pusat serta institusi pengajian dan kemudahan kesihatan. Keadaan jalan ini itulah, semua sedia maklum semakin merunsingkan.
Keluasan agak kecil berbanding jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Bahu jalan pula rendah dan sempit, menyebabkan kenderaan terutamanya motosikal dan lori kecil serta kenderaan kecil terdedah kepada risiko terjunam atau tergelincir bagi mengelakkan kenderaan yang lebih besar.
Permukaan jalan yang berlubang serta berlopak juga memberikan suasana yang amat merbahaya kepada pemandu, terutamanya pada waktu hujan dan juga pada waktu malam.
Lebih membimbangkan jalan ini gelap ya, kerana tidak ada lampu yang mencukupi. Justeru, gabungan jalan yang kecil, berlopak, bahu jalan yang rendah, pencahayaan yang tidak memadai telah mengundang banyak kemalangan termasuk meragut nyawa. Aduan demi aduan yang saya terima daripada penduduk setempat, termasuk yang beberapa kali tular di media sosial.
Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh harapan memohon agar pihak kementerian dapat segera melakukan penilaian secara menyeluruh serta mengumumkan peruntukan serta jadual pelaksanaan bagi menaik taraf jalan ini yang termasuk memperlebar jalan, meninggikan bahu jalan, memperbaiki permukaan jalan yang rosak serta memasang lampu yang mencukupi. Ini adalah
isu mendesak kerana beberapa kali telah saya sebut dalam ucapan sebelum ini.
Besarlah harapan saya agar ia nya dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Krau, Kementerian Kerja Raya menerusi agensi-agensi di bawahnya sentiasa komited memastikan rangkaian jalan raya di Malaysia berada pada tahap terbaik serta memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada penggunanya.
Berdasarkan pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Persekutuan Laluan FT1533, jalan utama Jengka Utara/Barat, daerah Maran/Temerloh di Parlimen Kuala Krau mempunyai panjang keseluruhan 15.18 kilometer. Bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kelancaran laluan utama ini, satu projek telah pun diluluskan di bawah Rolling Plan keempat ya, Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP4 RMK12) iaitu projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT1533, dari persimpangan Jengka 12 hingga ke persimpangan Jengka 24 iaitu jalan utama Jengka Utara/Barat lah yang menghubungkan Bandar Jengka dan Kuala Krau, Pahang sepanjang 11.3 kilometer.
Projek ini dijangka akan ditender pada pertengahan bulan November 2025. Jadi, manakala skop utama yang diluluskan adalah meliputi:
(i) pelebaran jalan sedia ada sepanjang 7.7 kilometer dari persimpangan Jengka 12 hingga ke persimpangan Jengka 25 ya; dan
(ii) pelebaran jalan di lokasi-lokasi terpilih sepanjang 3.6 kilometer dari persimpangan Jengka 12 menuju ke Jalan Persekutuan FT83.
Pelaksanaan projek ini dijangka dapat menangani isu jalan sempit, bahu jalan yang rendah, permukaan jalan rosak dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan atau pengguna melalui reka bentuk jalan yang lebih selesa dan selamat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh tahun 2023 hingga 2024, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM2.27 juta di bawah program penyenggaraan rutin, penyenggaraan berkala pavemen dan penyenggaraan berkala bukan pavemen. Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK) ya dan melibatkan satu bilangan kerja berkala pavemen. Kesemua kerja berkenaan telah disiapkan sepenuhnya pada tahun tersebut.
Dan bagi tahun 2025, kementerian telah mengenal pasti dan merancang pelaksanaan tiga bilangan kerja berkala pavemen bernilai RM4.30 juta serta satu bilangan kerja berkala bukan pavemen bernilai RM130,000 di laluan ini.
Sehingga bulan September 2025 ini ya, satu bilangan kerja bekala bukan pavemen, iaitu kerja-kerja mengecat semula garisan jalan yang pudar di seksyen 3 hingga 7 bernilai RM130,000 telah dilaksanakan melalui Arahan Kerja dan telah siap sepenuhnya.
Kesemua baki kerja yang telah dikenal pasti ini akan dilaksanakan melalui Arahan Kerja kepada syarikat konsesi tertakluk kepada kelulusan peruntukan pembangunan di kementerian ini dan senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya. Berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan ini di seluruh jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini.
Di samping itu, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin, pihak konsesi turut melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin berjadual di laluan tersebut seperti kerja-kerja penampalan lubang ataupun potholes, menggred semula bahu jalan, kerja pemotongan rumput, mencuci perabot jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang tepi jalan dan rondaan rutin. Kementerian ini komited dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan rutin dilaksanakan sepanjang tahun bagi menjamin keselamatan dan ataupun — serta keselesaan pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Kuala Krau untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang saya sebelum [Tidak jelas] dan banyak membantulah terutama Parlimen Kuala Krau. Jadi, terima kasih.
Cuma satu soalan tambahan yang saya ingin kemukakan ialah sejauh mana pemantauan kementerian terhadap tampungan-tampungan jalan yang dibuat setiap kali ada apa itu, kebocoran, apa itu, pecah jalan sejauh mana? Dan sejauh mana kah kerajaan memastikan bahawa tampungan itu tidak berulang dengan sebab kualiti yang tidak memenuhi spec yang sepatutnya yang menyebabkan di tempat yang sama berlaku perulangan kerosakan. Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Ya, untuk menjawab tu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pemantauan yang berjaduallah ya, sentiasa kita jalankan oleh syarikat-syarikat konsesi dan juga JKR untuk kita mengetahui di mana masalah kerosakan jalan, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Jadi, kementerian ini mengambil maklumlah terhadap aduan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan tersebut. Sebab selama ini Yang Berhormat sendiri pun beberapa kali bertanya kepada saya dan berjumpa dan buat aduan sedikit. Jadi, tadi dikatakan kita buat kerja apa, pembaikan.
Jadi, berdasarkan semakan kementerian ini melalui JKR daerah seperti di Temerloh mendapati masalah jalan mendap yang telah berlaku di FT98 Jalan Temerloh – Jerantut seksyen 23.70 itu. Iaitu berhampiran Taman Sentosa sebagai contoh, adalah berpunca akibat daripada kegagalan di sambungan struktur pembetungan jenis reinforced concrete pipe dan sebagainya dan juga corrugated
metal pipe (CMP). Oleh itu, sebagai tindakan kerja kecemasan, pihak konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan telah memasangkan traffic management plan dan sebagainya serta papan tanda amaran dan kawasan tersebut dan pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan oleh pihak konsesi seperti mana telah saya sebut awal tadi, dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, pada masa ini laluan tersebut masihlah boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan. Ini sebagai contoh. Di laluan-laluan lain pun sama juga, bagaimana kita memantau kan. Jadi, terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Ketiadaan Lampu Jalan Jambatan Kuala Krau Yang Mengundang Bahaya Serta MautSpecial Chamber
Silakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih di atas kesempatan ini. Sekali lagi saya menarik perhatian, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya terhadap keadaan jambatan utama di Kuala Krau, yang merupakan nadi perhubungan harian penduduk sekitar. Sebagaimana saya maklum sebelum ini, perkara yang sama telah saya sebut dalam perbahasan dalam banyak di dalam Dewan Rakyat.
Jambatan ini bukan sahaja menghubungkan penduduk ke pekan Kuala Krau, malah menjadi laluan utama untuk murid sekolah, pekerja, peniagaan dan sebagainyalah. Namun sehingga kini, lampu jalan yang sedia ada di atas jambatan tu rosak dan tak pernah diganti. Kadang-kadang ada dan kebanyakan tak ada. Sampai sekarang ni masih gelap gelita lah, ya.
Keadaan gelap pada waktu malam amat membahayakan keselamatan pengguna, terutamanya motosikal dan pejalan kaki. Berdasarkan aduan yang tular di media sosial serta maklum balas penduduk setempat, sekurang- kurangnya hampir 10 nyawa telah terkorban akibat kemalangan di jambatan ini sejak beberapa tahun kebelakangan. Bayangkan sebuah kawasan menjadi laluan utama penduduk tapi gelap dari taman — daripada lampu yang mencukupi.
Keadaan ini benar-benar menyayat hati kerana setiap nyawa yang terkorban adalah suami, isteri, anak atau ibu bapa kepada seseorang.
Ketiadaan lampu jalan ini juga menimbulkan risiko keselamatan jenayah kepada penduduk khususnya warga setempat yang terpaksa melintasi jambatan pada waktu malam. Hal ini bukan sahaja menggugat kesejahteraan masyarakat, malah berpotensi mengundang kehilangan nyawa sekiranya tidak diatasi segera.
Jadi, saya mohon sangat-sangatlah supaya benda ini diambil tindakan.
Kalau tak boleh banyak pun, buh sebatang dua pun okeylah agar orang nampak tu border jambatan tu, sebab dia daripada dua lorong dia pecah jambatan macam tu.
[Sambil menggunakan isyarat tangan] Tengah-tengah tu kadang- kadang tak jelas penanda arah yang menyebabkan kadang-kadang berlaku pelanggaran kepada divider jambatan itulah. Itu saja, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini amat mengambil berat akan isu keselamatan jalan raya, khususnya di Jalan Persekutuan seluruh negara. Kementerian ini melalui program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan ya, di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap, tiada lampu.
Dan bagi skop ini, kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan seperti di persimpangan, di selekoh dan jambatan akan dikenal pasti dan pemasangan lampu jalan akan dibuat secara setempat dan berskala kecil. Bukan bagi tujuan untuk pencahayaan sepanjang jalan ya ataupun sepanjang laluan, ini kerana kita agak terhad dalam segi sumber kewangan kita, tetapi kita tumpu kepada di mana yang perlu kita pasangkan lampu, ya.
Berdasarkan rekod, sebanyak 34 lokasi terpilih dengan kos berjumlah RM3.95 juta telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan di bawah program ini.
Dan di Jalan Persekutuan di negeri Pahang pada tahun 2022 sehingga 2024.
Pada tahun 2025, Yang Berhormat ya, sehingga ataupun sebanyak RM150,000 telah diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan di dua lokasi Jalan Persekutuan terpilih di daerah Temerloh di bawah program ini. Jadi, hasil semakan kementerian KKR ini, Jambatan Kuala Krau yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, terletak di Laluan Persekutuan FT098, Jalan Temerloh – Jerantut, seksyen 31.40, daerah Temerloh, Pahang.
Jadi, berhubung isu lampu jalan di Jambatan Kuala Krau ini, yang telah lama tidak berfungsi, sistem lampu jenis high mast di lokasi tersebut telah mengalami kerosakan akibat aktiviti vandalisme dan kecurian yang berulang, ya.
Jadi, insiden ini melibatkan kehilangan kabel bawah tanah ya dan komponen pada feeder pillar yang menyebabkan keseluruhan sistem pencahayaan gagal beroperasi, Yang Berhormat. Dan sebagai langkah awal, sekarang Jabatan Kerja Raya sedang mengusahakan pemasangan dua unit lampu jalan solar LED secara sementara di lokasi berkenaan yang telah siap pada tanggal 7 Oktober 2025 baru- baru ini. Eh, [Ketawa] 7 Oktober ini, dua hari.
Jadi Kementerian Kerja Raya bersama-sama Jabatan Kerja Raya sentiasa komitedlah, Tuan Yang di-Pertua dalam memastikan tahap keadaan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya.
Sekian, terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Kuala Krau untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih, Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat, Menteri. Jadi 7 hari bulan itu, saya masih di sini dah. Jadi apa pun, terima kasih. Dan saya dapat maklumat, ada kerja-kerja untuk pemasangan lampu solar itu. Jadi, bagi pihak Parlimen Kuala Krau, terima kasih atas perhatian, mudah-mudahan ia nya akan menjadi lebih baik kepada penduduk. Itu saja, tak ada apa dah. Terima kasih.
Ya. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh — sebab tak ada soalan, tapi saya nak bagi. This is — nak tunjuk gambar dah.
[Sambil menunjukkan sekeping gambar]
Ya, okey.
Pemasangan lampu ini. Nampak cerah ya?
Ya, betul.
Okey. Kalau tak cukup, mohon lagi.
[Ketawa]
Ya, betul.
Terima kasih.
Terima kasih.
[Ketawa] Menteri bagus.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Jurang Infrastruktur Tenaga Dan Air Di Sabah Mengancam Keselamatan NegaraSpecial Chamber
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tajuk ucapan pada hari ini bagi saya adalah “Jurang Infrastruktur Tenaga dan Air di Sabah Yang Mengancam Keselamatan Negara” kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, banjir dan tanah runtuh yang melanda Pantai Barat Sabah baru-baru ini telah meragut 12 nyawa dan memaksa lebih daripada 3,000 penduduk berpindah.
Namun demikian, bencana alam ini bukan sahaja membawa kemusnahan fizikal, malah turut mendedahkan betapa lemahnya pembangunan infrastruktur, tenaga dan air di Sabah sehingga menjejaskan keselamatan negara kita. Hujan lebat berterusan di pantai barat telah mencetuskan tanah runtuh di Kolopis, Penampang dan seterusnya menyebabkan sebuah menara penghantaran voltan tinggi tumbang pada jam 5.05 petang, 13 September 2025.
Insiden tersebut telah memutuskan talian grid elektrik Timur Barat Sabah, sekali gus mencetuskan gangguan bekalan elektrik berskala besar di seluruh Pantai Timur Sabah dari Sandakan ke Tawau. Lebih daripada 1.5 juta penduduk terkesan serta-merta, hidup dalam kegelapan dan kekacauan. Keadaan ini bukan sekadar menjejaskan rutin harian, sebaliknya telah mengancam keselamatan negara kerana aset keselamatan yang terkesan termasuk:
(i) Markas Batalion 22 Rejimen Askar Melayu Diraja di Sandakan;
(ii) Markas Wilayah Laut 2, Tentera Laut Diraja Malaysia di Sandakan;
(iii) radar Lapangan Terbang Sandakan yang meliputi ruang udara timur laut negara; dan
(iv) balai-balai polis di seluruh daerah pantai timur.
Gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan turut menjejaskan operasi loji rawatan air Segaliud dan juga Bukit Garam, sekali gus menimbulkan krisis air di Sandakan sehingga memaksa hospital utama di daerah tersebut menghentikan sebahagian perkhidmatannya. Walaupun penjana kuasa sokongan telah digerakkan dengan segera, masih terdapat tempoh kritikal di mana aset keselamatan utama negara terjejas dan terdedah meletakkan keselamatan negara dalam risiko yang nyata.
Ya Tuan Yang di-Pertua, adalah amat mustahak agar kerajaan menangani isu keselamatan negara ini dengan segera. Jadi justeru itu, saya ingin mengemukakan soalan berikut kepada pihak kementerian yang berkaitan dengan usaha menangani jurang keselamatan tenaga dan air di Sabah:
(i) projek Southern Grid Link yang telah tertangguh lama antara Sipitang dan Tawau mampu menambah kestabilan terhadap talian Grid Timur–Barat sedia ada. Adakah projek Southern Link telah dimasukkan di bawah RMK13 untuk dilaksanakan segeranya?;
(ii) kita amat memerlukan sebuah loji jana kuasa dengan kapasiti minimum 300 megawatt dibangunkan di pantai timur bagi menangani ketidakseimbangan besar penjanaan kuasa elektrik di Sabah pada masa ini. Adakah terdapat perancangan oleh kerajaan untuk melaksanakan perkara ini dengan segera?; dan
(iii) selain daripada perkara yang telah disebutkan di atas, apakah perancangan lain yang akan dikemukakan oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan tenaga dan air di Sabah, sekali gus memastikan keselamatan negara terus terpelihara?
Sekian dan terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Sandakan atas soalan yang dikemukakan. Saya mulakan dengan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang meninggal tempoh hari dalam usaha untuk memulihkan bekalan kita di Sabah dan juga penghargaan kepada mereka yang ketika itu cuba sedaya upaya. Malah, kalau kiranya memulihkan bekalan ketika itu agak laju sebenarnya.
Saya juga ada turun ke Sabah baru-baru ini dua minggu lepas, untuk melihat kesan daripada bencana dan juga melihat progress beberapa projek di Sabah. Cuma, untuk persoalan yang dibangkitkan ini, saya cuba menerangkan secara konteks dan gambaran keseluruhan supaya Yang Berhormat boleh melihat
daripada perspektif yang lebih luas. Pada masa yang sama, memahami peringkat- peringkat yang kita perlu lakukan untuk terus membantu dan memastikan bekalan yang stabil di negeri Sabah.
Jadi, berikutan penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada kerajaan Sabah yang berkuat kuasa pada 3 Januari 2024, segala perancangan untuk pelan pembangunan penjanaan elektrik, perolehan, pemantauan dan penyeliaan projek serta penyelesaian isu-isu dan masalah berkaitan pembekalan elektrik di Sabah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah sepenuhnya iaitu melalui Energy Commission of Sabah ataupun lebih dikenali sekarang ECoS selaku agensi kawal selia. Walau bagaimanapun, melalui pakej penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan komited untuk terus menyalurkan subsidi bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah sehinggalah tahun 2030.
Jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. ataupun sekarang telah dijenamakan Sabah Electricity bagi tahun 2024 hingga 2030 yang merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan juga subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT) adalah sebanyak RM3.54 bilion. Jumlah ini adalah berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sekiranya Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan pelarasan tarif elektrik dalam tempoh tersebut.
Subsidi ini perlu dimohon oleh Sabah Electricity melalui Kerajaan Negeri Sabah dan tertakluk kepada rundingan, pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.
Untuk makluman Yang Berhormat, tarif elektrik asas di Sabah adalah pada 34.52 sen per kilowatt jam, manakala kos keseluruhan pembekalan elektrik kepada pengguna adalah pada 52 sen per kilowatt jam bagi tahun 2024, iaitu kalau dibandingkan tahun 2023 kosnya 51.29 sen per kilowatt jam. Tapi tarifnya hanya 34.52 sen per kilowatt jam. Jadi, jurang di antara tarif dan kos telah mengakibatkan syarikat utiliti elektrik di Sabah iaitu Sabah Electricity tidak dapat beroperasi tanpa sokongan subsidi daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tampungan subsidi bahan api, solar berskala besar dan subsidi sokongan tarif kepada Kerajaan Persekutuan adalah diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan tarif dan kos pembekalan elektrik di negeri Sabah.
Kerajaan Negeri Sabah melalui Unit Perancang Negeri (UPEN) Sabah telah mengemukakan permohonan peruntukan untuk pembinaan serta pembangunan talian penghantaran Southern Link ataupun singkatannya TPSL 275kV di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas kepada Kementerian Ekonomi. Bagi membantu Sabah dalam fasa peralihan ini juga, Kerajaan Persekutuan bersetuju supaya permohonan peruntukan pembangunan bagi projek bekalan elektrik negeri Sabah untuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas diberikan secara pinjaman dengan mengemukakan permohonan mengikut rolling plan ataupun RP melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
(PETRA). Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah diminta untuk meneliti semula senarai projek-projek bekalan elektrik yang dimohon secara pinjaman di bawah RP untuk dikemukakan kepada PETRA.
Cadangan pembangunan loji jana kuasa bebanan asas atau dengan izin base load berkapasiti besar di pantai timur pula telah dipertimbangkan sebelum
ini oleh kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Namun, perkara ini hakikatnya menghadapi cabaran disebabkan oleh kos operasi yang tinggi kerana ketiadaan sumber bahan api yang mampu milik di sebelah pantai timur. Walau bagaimanapun, berdasarkan input daripada ECoS, pertimbangan akan dibuat selepas projek-projek penerokaan huluan bagi pembekalan sumber bahan api gas asli oleh syarikat pembekal gas asli berjaya dilaksanakan.
Oleh itu, sebagai langkah penyelesaian tuntas, Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil beberapa langkah proaktif yang lebih efektif dan mampu milik bagi meningkatkan penjanaan Pantai Timur seperti berikut:
(i) peningkatan pembangunan sumber tenaga boleh baharu terutamanya berasaskan solar. Projek Solar Berskala Besar ataupun Large Scale Solar (LSS) dengan jumlah kapasiti iaitu 86 megawatt telah dianugerahkan di Pantai Timur Sabah dan dijangka siap pada tahun 2026 untuk menjadikan jumlah kapasiti LSS 127 megawatt.
Seterusnya, proses perolehan LSS untuk kali kedua akan dilaksanakan jangkaannya tahun ini juga, tahun 2025 dengan kapasiti maksima 250 megawatt dan tumpuan di Pantai Timur Sabah;
(ii) bagi menangani isu intermittency, dengan izin dan juga penyimpanan tenaga lebihan dari projek-projek tenaga solar di atas, maka pembangunan tambahan projek Battery Energy Storage System ataupun BESS akan diteruskan.
Untuk tujuan ini, proses perolehan akan dilaksanakan tahun ini juga bagi pembangunan BESS berkapasiti 200 megawatt per 400 megawatt jam di Pantai Timur Sabah dengan tarikh mula tugas dijangka pada tahun 2027 untuk menjadikan jumlah kapasiti BESS di Pantai Timur sebanyak 300 megawatt per 800 megawatt jam. Yang ada satu BESS yang sebenarnya telah siap baru-baru ini cuma belum diuar-uarkan lagi;
(iii) penganugerahan kelulusan awal bersyarat bagi cadangan projek loji jana kuasa gas ataupun LNG terapung 160 megawatt di Tawau dengan tarikh mula tugas dijangka pada tahun 2028;
(iv) penganugerahan kelulusan awal bersyarat bagi cadangan projek hidro berkapasiti 141 megawatt di Lahad Datu, dengan jangkaan tarikh mula tugas sekitar tahun 2031; dan
(v) pembangunan projek jana kuasa berasaskan geoterma. Ini berasaskan tenaga terma, thermal kalau bahasa Inggeris- nya di Sabah ada potensinya kapasiti 100 megawatt di Tawau yang mana sedang diteliti oleh ECoS untuk proses perolehan pada tahun hadapan jangkaannya.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah melaksanakan projek membina dan menaik taraf talian penghantaran dan pengagihan bagi meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di Sabah oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah ataupun PPKBES di bawah PETRA. Projek-projek PPKBES yang telah siap ini akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah
melalui Sabah Electricity yang akan memiliki dan mengendalikan aset yang telah siap tersebut.
Pada tahun 2024, sebanyak tujuh projek siap telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang merangkumi tiga projek membina dan menaik taraf talian penghantaran, tiga projek talian pengagihan dan satu projek online monitoring system bekalan elektrik bagi Sabah dan juga Labuan.
Seterusnya, selain daripada usaha di atas, Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan juga bekerjasama di dalam langkah penyelesaian jangka panjang seperti berikut:
(i) mempergiatkan dan mempercepatkan usaha ke arah memperoleh sumber bekalan gas asli di Pantai Timur melalui projek-projek penerokaan lapangan gas asli oleh Petronas. Ini adalah bertujuan untuk membekalkan sumber asli yang mampu milik bagi pembinaan loji janakuasa di Pantai Timur Sabah;
(ii) memulakan langkah-langkah ke arah pembangunan sumber nuklear ataupun SMR, small modular reactor iaitu pembangunan polisi, kawal selia, penilaian risiko, penggunaan teknologi bersesuaian, pembangunan modal insan dan lain-lain yang perlu dilaksanakan secara terperinci dan teratur; dan
(iii) memperkukuh Grid Sabah dengan sambung tara sempadan ke Kalimantan Utara yang sedang melalui kajian kebolehlaksanaan oleh pihak Sabah Electricity, ASEAN Centre for Energy ataupun ACE dan juga PLN Indonesia.
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di negeri Sabah agar rakyat dapat manfaatnya serta sistem pembekalan menjadi lebih stabil dan terjamin. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, untuk ke arah pengurusan air, yang ini diuruskan di bawah tanggungjawab Jabatan Air Negeri Sabah ataupun JANS yang melaksanakan fungsinya mengikut peruntukan Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003. Selain itu, hal-hal berkaitan pengawalseliaan bekalan air turut tertakluk kepada Ordinan Bekalan Air 1961.
Dari segi perancangan dan pembangunan infrastruktur bekalan air, ia terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, bagi membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan jaminan akses kepada bekalan air untuk semua, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.9 bilion secara pinjaman di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi pelaksanaan 16 projek bekalan air iaitu projek baharu dan sambungan di negeri Sabah. Daripada jumlah ini, empat projek adalah di bawah peruntukan berjumlah RM300 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu-isu bekalan air di negeri Sabah. Maksudnya diumum di off — di luar RMK12 tempoh hari.
Kesemua 16 projek yang sedang dilaksanakan ini merangkumi pembinaan loji rawatan air ataupun LRA baharu, menaik taraf LRA sedia ada, kajian sumber air, kajian kebolehlaksanaan projek bekalan air dan penyelenggaraan sistem bekalan air. Selain itu, Program Pengurangan Air Tidak Terhasil ataupun NRW
Kebangsaan Pendekatan 1 Fasa 1 juga telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM87.1 juta. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Silakan, Yang Berhormat Sandakan untuk mengajukan soalan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Banyaknya jawapan yang telah dibagi. Saya pun ndak tahu mahu pilih mana satu soalan tambahan saya. Tapi saya akan pilih berkenaan dengan Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). Saya nak tanya kepada kementerian sama ada NEM ada diperluaskan ke negeri Sabah sebab apa yang saya dimaklumkan adalah NEM is not offered in Sabah dan saya ingin tahu what is the reason, kenapa tidak diperluaskan ke kawasan Sabah.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan.
Untuk makluman Yang di-Pertua juga, N-E-M atau pun NEM ini, Net Energy Metering ini adalah satu kaedah yang diguna pakai di Semenanjung, di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga, yang mana bagi membolehkan sama ada pemilik kediaman iaitu domestik ataupun bangunan-bangunan memasuki atau pun memasang solar dan masuk ke dalam sistem bekalan. Jadi, kaedah ini memang yang kita rencanakan, polisi yang kita tetapkan di Semenanjung ataupun di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga.
Jadi yang ini sekiranya kalau untuk kita perkenalkan di Sabah, perkara ini perlu dipersetujui atau pun dilaksanakan oleh ECOS yang mana kalau untuk pandangan — ini pandangan yang berlaku untuk memahami contohnya apa beza LSS (Large Scale Solar) dan juga NEM yang dipasang di kediaman.
Satunya adalah kaedah untuk masuk ke dalam sistem, LSS ini dia masuk di peringkat transmission iaitu di peringkat penjanaan. Manakala NEM ini dia akan masuk di distribution iaitu talian agihan. Jadi di situ ada keperluan untuk melihat sudut keupayaan sistem sebagai contoh.
Yang kedua pula, bagaimana untuk di peringkat kita juga sebagai contoh di bawah PETRA yang melalui dasar di bawah Suruhanjaya Tenaga. Kita juga tahun hadapan kita akan mula mengguna pakai dasar ataupun polisi ATAP. Kita NEM itu telah pun tamat. Sekarang ini NEM sampai 3.0 kerana ada pindaan yang perlu dilakukan di peringkat Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan satu kestabilan sistem yang ada. Kerana kalau di Semenanjung ini kita sudah mencapai ke tahap keanjalan yang paling optimum untuk kita serapkan tenaga yang baharu untuk — tenaga solar masuk ke dalam sistem. Maka selepas itu, harga itu kita akan mengikut harga pasaran. Jadi, di situ juga polisi yang ditetapkan di bawah Suruhanjaya Tenaga inilah.
Jadi, perkara itu memang di peringkat kami bersedia untuk berkongsi dari segi pandangan ataupun maklumat yang ada, supaya di peringkat negeri Sabah juga boleh membuat pertimbangan yang terbaik agar, bila kita nak buat polisi itu dapat menarik minat mereka yang ingin memasang solar di kediaman ataupun di bangunan mereka, tetapi pada masa yang sama dari segi pulangan itu juga perlu cukup menarik minat untuk mereka sertai. Kerana jika terlalu rendah, beban itu
akan ditanggung oleh sistem manakala jika terlalu tinggi, maka mungkin tidak ada pihak yang ingin masuk ke dalam skim tersebut.
Jadi, itu ulasan yang saya boleh kemukakan kepada Yang Berhormat.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Sistem Pembentungan Untuk Kampung Air Sim Sim SandakanSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, tajuk ucapan saya adalah sistem pembetungan untuk Kampung Air Sim Sim Sandakan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, tentang keperluan segera untuk melaksanakan skim sistem pembetungan untuk Kampung Air Sim Sim di Sandakan.
Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, kampung atas air di Sandakan iaitu Kampung Sim Sim merupakan salah satu kampung air di Sabah yang telah diwartakan oleh Kerajaan dan mempunyai geran tanah sendiri.
Kampung Sim Sim juga adalah perumahan kos rendah yang dibina pada tahun 70-an. Kampung ini bukan sahaja kampung, kawasan perumahan mampu milik untuk lebih daripada 7,000 penduduk tetapi ia telah menjadi daya tarikan para pelancong yang melawat ke Sandakan dengan pelbagai jenis restoran makanan laut yang boleh dikunjungi di kawasan kampung ini.
Namun demikian, seperti semua kampung air di negeri Sabah, perumahan-perumahan di Kampung Sim Sim ini dibina di tapak tanpa sebarang kemudahan sistem rawatan kumbahan yang sistematik. Sisa kumbahan penghuni akan dilepaskan secara langsung ke dalam laut sejak sekian lama dahulu dan sudah bertahun-tahun yang telah menjejaskan kehidupan persekitaran penduduk, malah perkara ini telah dikhuatiri berpotensi membahayakan kesihatan mereka dan juga pelancong.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Adakah terdapat mekanisme pemantauan untuk meninjau kualiti air di sekitar kawasan kampung-kampung atas air seperti Kampung Sim Sim, memandangkan ia adalah sebuah kawasan perumahan yang besar? Adakah terdapat perancangan dan peruntukan dari kementerian untuk melaksanakan sistem pembetungan untuk kampung-kampung atas air di Malaysia seperti Kampung Sim Sim supaya penduduk di kawasan itu juga dapat menikmati kualiti kehidupan yang bersih dan tidak tercemar seperti taman-taman perumahan yang lain?
Oleh itu, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan pertimbangan cadangan bagi saya, bagi menyediakan peruntukan untuk melaksanakan sistem pembetungan di Kampung Sim Sim dan menjadikan Kampung Sim Sim sebagai satu perkampungan model atas air yang moden untuk Sabah dan Malaysia. Sekian dan terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Untuk makluman, soalan pertama yang berkaitan dengan isu kualiti air di sekitar kawasan kampung-kampung atas air seperti Kampung Sim Sim adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ataupun NRES.
Tapi, kami pun dapatkan maklumat juga. Jadi sehubungan itu, input yang kami terima daripada pihak JAS adalah seperti berikut.
Pertama. Pada tahun 2017, Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar atau Environmental Quality Monitoring Programme (EQMP) yang merangkumi komponen kualiti udara, air sungai dan marin melalui sebuah syarikat konsesi bagi tempoh 15 tahun. EQMP berfungsi sebagai sistem amaran awal untuk mengesan pencemaran serta membolehkan tindakan pembetulan diambil dengan lebih pantas bagi melindungi sumber alam sekitar khususnya di kawasan pantai.
Di dalam sistem EQMP, terdapat aplikasi amaran awal ataupun dengan izin, alert yang akan diaktifkan sekiranya data pemantauan melebihi had piawaian yang ditetapkan iaitu exceedance limit. Amaran awal ini membolehkan JAS mengenal pasti tahap pencemaran di stesen-stesen pengawasan kualiti marin dengan cepat agar tindakan pembetulan dan pembaikan dapat dilaksanakan segera.
Ketiga, kekerapan pensampelan yang ditetapkan ialah enam kali setahun.
Pengawasan dan pemantauan status kualiti air marin dilaksanakan oleh JAS dan dilaporkan berdasarkan Indeks Kualiti Air Marin Malaysia ataupun IKAMM.
Pengagregatan IKAMM adalah dalam julat daripada 0 hingga 100 dengan 0 hingga 49 menunjukkan kualiti air sebagai tercemar, 50 hingga 79 adalah sederhana, 80 hingga 89 adalah baik dan 90 hingga 100 adalah terbaik.
Keempat, terdapat sebanyak sembilan stesen pengawasan kualiti air marin manual di bawah EQMP yang berhampiran dengan Kampung Air Sim Sim, Sandakan iaitu Stesen Muara Sungai Inanam, Stesen Gaya, Stesen Bangi
(South), Stesen Pantai TLDM, Stesen Pasir Putih Sandakan, Stesen Pantai Batu Sapi, Stesen Pantai Sarina Kunak, dan Stesen Pantai Tinagat. Bagi tahun 2024, dua stesen dikategorikan sebagai baik, manakala tujuh stesen dikategorikan sebagai sederhana.
Stesen pengawasan terdekat ialah Stesen Pantai TLDM yang terletak kira- kira 1.85 kilometer di selatan Kampung Sim Sim. Daripada enam pensampelan yang dilaksanakan pada tahun 2024, stesen ini merekodkan tiga kali status terbaik, satu kali status baik dan dua kali status sederhana. Itu berdasarkan cerapan yang dibuat di sini. Yang Berhormat Sandakan dia senyum. Okey, tak apa.
Menjawab soalan berkaitan perancangan dan peruntukan daripada kementerian ini bagi melaksanakan sistem pembetungan untuk kampung- kampung air seperti Kampung Air Sim Sim, Sandakan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini sememangnya telah diambil perhatian oleh pihak kementerian. Untuk pengetahuan Dewan dan juga Yang di-Pertua yang mulia ini, projek sistem pembetungan Kampung Air Sim Sim, Sandakan pernah dimohon pada tahun 2019 oleh Yang Berhormat Sandakan ketika itu di bawah peruntukan
Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW), yang pada masa tersebut dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Anggaran kos projek pada ketika itu adalah sebanyak RM4 juta. Cadangan skop projek adalah merangkumi penyambungan kira-kira 316 unit rumah di Kampung Air Sim Sim ke loji rawatan kumbahan (LRK) berhala darat yang berdekatan.
Sebagai perancangan pada masa hadapan, kapasiti penduduk setara ataupun PE sebanyak 4,500 bagi rumah-rumah di Kampung Air Sim Sim, Sandakan telah dimasukkan dalam skop projek pembinaan loji rawatan kumbahan (LRK) dan rangkaian paip pembetungan di bandar Sandakan. Dalam projek ini, pembinaan lurang akan dilaksanakan bagi menyambungkan aliran kumbahan dari Kampung Air Sim Sim, Sandakan ke loji skim pembetungan Sandakan. Projek ini kini dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2028. Itu untuk sistem yang di Sandakan.
Pada masa ini, masih belum terdapat sistem rawatan kumbahan yang teratur bagi kawasan rumah atas air di Kampung Air Sim Sim, Sandakan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melaksanakan projek sistem pembetungan di Kampung Air Sim Sim tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi untuk pelaksanaannya.
Pelaksanaan projek ini adalah penting untuk memastikan pengurusan sisa kumbahan di kawasan tersebut adalah efisien, teratur serta dapat melindungi kesihatan awam dan memelihara alam sekitar.
Oleh itu, kementerian ingin mencadangkan agar satu kajian terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti opsyen terbaik untuk penyambungan aliran kumbahan dari Kampung Air Sim Sim, Sandakan ke LRK Bandar Sandakan.
Sejajar dengan penyiapan projek LRK Bandar Sandakan kelak, diharap projek penyambungan aliran kumbahan di Kampung Air Sim Sim, Sandakan boleh dimulakan sebagaimana hasil kajian.
Sebagai langkah mitigasi awal, kementerian mengesyorkan supaya penduduk di Kampung Air Sim Sim mengamalkan kawalan kendiri dalam aktiviti harian termasuk mengelakkan pembuangan terus ataupun dengan izin, direct discharge daripada bilik air, tandas dan sinki untuk mengurangkan punca pencemaran. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dipersilakan Yang Berhormat Sandakan untuk pertanyaan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat terperinci.
Soalan Sandakan adalah, adakah pembuangan sisa kumbahan yang tidak dirawat ataupun pembuangan terus ke laut untuk satu perkampungan yang sudah digazet oleh kerajaan adalah salah dari segi undang-undang Malaysia? Ini adalah soalan. Sebab ada juga di-challenge oleh NGO. NGO di kawasan Sandakan yang menyayangi pantai, ocean, konservatif NGO yang tanya kepada saya. Kalau kampung tersebut telah digazetkan oleh kerajaan dan adanya geran, jadi bukannya sistem perkumbahan adalah termasuk di dalam mereka punya all the housing is a like for example ada pembangunan baharu — Mahu dapatkan OC,
there are certain rules and regulations that we must get sebelum kami dapat itu geran atau OC. So, soalannya adalah daripada NGO-NGO dari Sabah.
Dan seterusnya adakah perancangan untuk mengkaji sistem pembetungan untuk tarik dari semua housing semua perumahan ke LRK akan dimasukkan ke dalam RMK. Sebab untuk satu how to say, to get a consultant to study, untuk study the whole plan ada akan mencecah kos yang besar juga. Jadi, saya ingin tanya kementerian sama ada akan bersiap sedia menyediakan bajet ini untuk for this study dan juga berapakah peruntukan dari kementerian yang telah disalurkan ke kawasan Sandakan untuk projek-projek perkumbahan di kawasan Sandakan? Terima kasih.
Sila Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan.
Bagi persoalan pertama, saya kira itu lebih terkait dengan peranan di peringkat Jabatan Alam Sekitar. Cuma, untuk makluman Yang Tuan Yang di- Pertua, cabaran untuk di sini adalah kampung itu memang ada hak milik tapi di atas air. Yang mana sekiranya kalau dari segi perancangan dan pembangunan itu, kalau kebiasaannya, kelazimannya, perkara itu antara yang diteliti oleh di peringkat OSC ataupun untuk kebenaran merancang dan sebagainya. Cuma, perkara ini, kampung itu dah memang dah wujud di situ. Jadi, semakan juga boleh dibuat ke peringkat pihak berkuasa tempatanlah. Cuma, untuk mengesahkan ya ataupun tidak, dia sama ada dengan Jabatan Alam Sekitar dan dari segi perundangan itu kena tengok dengan pihak berkuasa tempatan.
Bagi persoalan untuk sebagaimana yang saya cuba nyatakan tadi, bila saya sebut di situ sebenarnya dulunya ada satu loji rawatan kumbahan yang mana sebenarnya ketika itu tidak berfungsi sudah. Kemudian, Persekutuan salurkan peruntukan pinjaman iaitu sebanyak RM323 juta. Yang itu untuk keseluruhan di bandar Sandakan. Jadi, projek itu sebenarnya kos yang tinggi.
Jadi, ada beberapa fasa yang telah dibangunkan untuk membolehkan ada satu LRK Sandakan yang tersedia untuk sehingga yang disebut tadi 80,000 PE kemampuan untuk menampung kawasan di Sandakan. Dan bila dibuat jajaran paip itu, yang saya nyatakan tadi juga, maksudnya bila kita reka untuk rangkaian paip dalam bandar Sandakan ini, bila dia melalui berhampiran dengan Kampung Sim Sim itu sudah ada ruang kalau sekiranya untuk disambung. Yang itu, yang disebut ada pembinaan lurang dan juga supaya kalau di ada perancangan masa hadapan untuk membina sistem kumbahan untuk di Kampung Air Sim Sim, perkara itu boleh disambungkan dengan jajaran yang kita bina yang mana kosnya adalah RM323 juta.
Jadi, sebab itu, untuk tujuan ataupun sama ada perancangan masa hadapan walaupun bila saya berbincang dengan pegawai, memang yang hadir pun ada JPP daripada Sabah. Memang beliau datang dari Sabah untuk menerangkan situasi dan sebagainya. Untuk kes ini, kalau tanya pandangan saya, sekiranya cuba dibawa ke Kementerian PETRA, satu, walaupun dalam bentuk kajian kerana kekangan yang ada dari segi proses dan sebagainya pun kami masih ruang yang ada itu adalah dari segi sama ada bentuk pinjaman yang mana agak janggal untuk melaksanakan kajian itu di bawah pinjaman. Tapi itu yang menyebabkan terikatnya komitmen yang kita ada. Malah peruntukan yang disalurkan ke Sandakan itu antara yang terbesar jugalah RM323 juta.
Cuma, di sini juga kalau ditanya sama ada sebelum ini Yang Berhormat juga telah mencuba untuk di peringkat luar bandar. Sebagai contoh, saya difahamkan juga di situ merupakan satu tarikan pelancongan, ada restoran yang agak terkenal, ada pelancong yang sering ke sana. Jadi, di situ mungkin juga ada opsyen, opsyen Yang Berhormat boleh teliti sama ada dari segi keperluan untuk kegunaan pelancongan dan sebagainya. Cuma, di peringkat kami ini, tumpuan ketika ini adalah untuk menyiapkan sistem untuk bandar Sandakan ini yang memang besar kosnya.
Cuma untuk menyambung kepada kawasan ini juga, dia memerlukan kajian. Bila dia sebut kajian supaya Yang Berhormat boleh gambarkan dan juga berbincang dengan kumpulan-kumpulan yang mungkin ada ideanya. Cabarannya bila untuk membina sebagai contoh cabaran teknikal itu, akan adanya keperluan untuk membina sistem paip pembetungan di bawah rumah mereka, yang mana mungkin untuk tujuan pembetungan tetapi juga mungkin menjadi halangan kepada pergerakan bot-bot ataupun kegunaan masyarakat setempat. Malah, kalau ikut, dia ada pemilikan di sini. Jadi, sebab itu bila disebut opsyen untuk kita kaji ini kerana belum ada lagi projek yang kita cuba bina di kawasan yang ada berstatuskan pemilikan ini dan juga bila disebut pembetungan berbeza dengan paip air. Sebagai contoh jajaran paip air.
Saya difahamkan di kampung itu bekalan paip air ada. Bekalan air ada.
Tapi untuk paip pembetungan, dia memerlukan gradien sebagai contoh, sebab dia perlu untuk membawa kumbahan itu daripada rumah kita ke loji. Jadi, paip ini sebenarnya kalau di atas tanah dalam dan dia ada gradien yang untuk turun, untuk membawa najis-najis itu. Maka sebab itu, kajian opsyen itu penting.
Jadi, ini bukan soal sama ada boleh dibuat ataupun tidak, bagi saya itu ada satu keperluan yang kita perlu usahakan. Cuma, bagaimana untuk memastikan perkara ini akan terus diperjuangkan oleh Yang Berhormat.
Sementara JPP-JPP Sabah akan terus memberi nasihat dan juga akan sama- sama membantu Yang Berhormat untuk kita tingkatkan kualiti kehidupan di kawasan tersebut.
Jadi, saya rasa cukup di situ Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak- banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 13 Oktober 2025, jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.28 petang]