Johor · 21 November 2021
4th session, 2nd meeting · 189 turns · 29,441 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan Yang Berbahagia Datuk Haji Gapar bin Gurrohu, bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Mahkota mulai 21 Mac 2004 hingga 13 Februari 2008 telah kembali ke rahmatullah pada 10 September 2021.
Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Marilah kita sama-sama mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam, kita sama-sama membaca Al-Fatihah, yang bukan Islam berdiri bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah (Berdiri).
Terima kasih.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 1.
Nyatakan anggaran impak dan kerugian yang dialami negeri Johor akibat penutupan sempadan negeri Johor dengan Singapura sepanjang pandemik COVID dan apakah langkah kerajaan untuk mengatasinya?
Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.
Apakah perkembangan terkini perundingan ke arah pembukaan pintu sempadan antara Malaysia – Singapura?
Yang Berhormat Bekok, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3.
Sekarang pandemik COVID telah berkurangan. Apakah usaha yang dilakukan untuk membuka semula Tambak Johor?
Yang Berhormat Johor Jaya, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Bila sempadan Malaysia – Singapura akan dibuka?
Yang Berhormat Bukit Batu, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.
Ada kemungkinan besar Singapura akan ada Vaccinated Travel Lane (VTL) dengan Malaysia melalui laluan udara ke Kuala Lumpur tidak lama lagi. Bila kerajaan akan memperkenalkan VTL laluan darat Johor – Singapura yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Johor?
Yang Berhormat Stulang, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.
Terangkan isu yang berkaitan dengan pembukaan sempadan seperti Business Travel Centre (BTC), Vaccinated Travel Lane (VTL) dan sebagainya.
Jemput Yang Amat Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama yang memberi kesempatan ini izinkan saya untuk merakamkan tahniah kepada rakyat negeri Melaka atas kejayaan pilihanraya negeri semalam dan seterusnya dapat membentuk kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan secara bersekali daripada Yang Berhormat Kota Iskandar, Yang Berhormat Johor Jaya, Yang Berhormat Bukit Batu, Yang Berhormat Stulang, Yang Berhormat Pekan Nanas dan Yang Berhormat Bekok berkaitan isu pembukaan sempadan Malaysia – Singapura, Vaccinated Travel Lane (VTL) dan Business Travel Centre (BTC).
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menjawab dahulu berkenaan isu impak dan kerugian negeri Johor akibat penutupan sempadan Malaysia – Singapura. Tidak dinafikan sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan sebuah negara maju yang bersifat ekonomi terbuka, kesan daripada penutupan sempadan pastinya merupakan kesan yang lebih ketara berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Sektor perkhidmatan terutamanya yang melibatkan perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran serta pengangkutan yang paling terkesan. Ia dapat dilihat menerusi penurunan pada kadar 3.4% bagi keseluruhan sektor perkhidmatan di negeri Johor akibat pelaksanaan tempoh PKP dan juga penutupan sempadan.
Oleh itu, bagi memastikan situasi ini tidak berterusan kerajaan negeri telah melaksanakan 3 Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor yang secara keseluruhannya setakat 31 Oktober 2021 telah berbelanja sebanyak lebih RM400 juta dan telah memanfaatkan seramai 1.2 juta penerima.
Selain daripada itu, dalam Belanjawan Johor 2022 juga, tumpuan akan terus diberikan kepada golongan yang terjejas dalam pelbagai sektor ekonomi dan golongan pendapatan yang terdedah kepada kejutan ekonomi akibat perubahan persekitaran.
Menjawab mengenai isu pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Jaya, Yang Berhormat Bekok dan juga Yang Berhormat Kota Iskandar. Untuk makluman Dewan yang mulia, pembukaan sempadan negara sepertimana kita semua sedia maklum adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kedua-dua negara, negara kita Malaysia dan juga negara Singapura. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara.
Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Johor sentiasa berusaha untuk memastikan pergerakan rentas sempadan dapat direalisasikan, terutamanya untuk rakyat Malaysia yang berulang-alik ke republik.
Sehubungan itu, beberapa pendekatan telah diambil oleh kerajaan negeri Johor berhubung perkara ini. Kerajaan negeri Johor akan sentiasa dilibatkan secara langsung di dalam usaha pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura.
Pada 27 September 2021, kerajaan negeri telah membentangkan cadangan SOP yang terkini bagi tujuan ulang-alik daripada Malaysia dan Singapura dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik Bilangan 37 Tahun 2021.
Pasukan Khas juga telah ditubuhkan, satu pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pembukaan Sempadan yang terdiri daripada pelbagai agensi-agensi persekutuan dan juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pasukan ini akan memberi tumpuan kepada usaha pembukaan sempadan darat bagi memudahkan urusan pergerakan warganegara khususnya pekerja antara kedua-dua negara Malaysia dan juga Singapura.
Malaysia dan Singapura telah pun bersetuju bahawa pembukaan sempadan ini akan dilakukan secara beransur-ansur dan sistematik, yang membolehkan aktiviti rentas sempadan di kawasan dalam keadaan paling selamat.
Oleh itu, pendekatan yang bersesuaian dan langkah awalan adalah dengan menetapkan kuota harian bagi aktiviti rentas sempadan ini. Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ini tidak menjejaskan kepentingan kesihatan awam, ujian saringan COVID-19 yang boleh memberikan keputusan pada kadar segera serta tidak membebankan warganegara Malaysia akan dilaksanakan.
Selain daripada itu, pelbagai isu perlu diberikan penekanan dan perhatian termasuklah pengiktirafan sijil vaksinasi di antara dua buah negara, kapasiti semasa sama ada di Tambak Johor (Causeway) mahupun di Linkedua. Kebenaran mengakses maklumat status vaksinasi juga penting oleh Malaysia dan Singapura. Perjalanan bebas kuarantin dan pematuhan SOP kesihatan adalah dari semasa ke semasa perlu diperhebatkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan Vaccinated Travel Lane ini, saya ingin menjawab soalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu dan juga Yang Berhormat Stulang. Malaysia dan Singapura telah pun melancarkan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) ini antara Lapangan Terbang Changi dan juga Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang dijangkakan akan bermula pada 29 November. Di bawah VTL tersebut, pelancong yang telah lengkap vaksin boleh membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura dan tidak perlu menjalani kuarantin atau notis duduk rumah (HSN) Stay Home Notice jika melepasi ujian COVID-19.
Selain itu, satu rundingan bagi VTL melalui laluan darat (VTL Land) kita namakan akan dilaksanakan di kedua-dua buah negara, diharapkan tidak ada perubahan tarikh iaitu pada 29 November melalui pembukaan semula perjalanan merentasi Tambak Johor dan Linkedua.
Pada waktu ini, kerajaan negeri bersama-sama dengan KKM sedang menyediakan, well saya boleh katakan sedang memantapkan, kita dah sediakan lama, kita dah cadang lama, memantapkan SOP berkenaan VTL Land, terutama sekali melibatkan prosedur operasi saringan kepada pengembara yang ingin keluar dan masuk sempadan kedua-dua buah negara. Prosedur ini juga akan memastikan kapasiti saringan, dapat menampung jumlah pengembara di bawah VTL Land ini.
Secara prinsipnya Tuan Speaker, kerajaan negeri menyambut baik inisiatif VTL Land ini dan ia merupakan satu langkah progresif untuk safe reopening sempadan antarabangsa negara. Ia juga merupakan satu lagi kejayaan penting dalam kerjasama Malaysia dan Singapura dan berupaya untuk memulihkan ekonomi kedua-dua negara terutama sekali di Johor.
Sementara berkenaan dengan Business Travel Centre (BTC) Yang Berhormat Tuan Speaker yang mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok, Yang Berhormat Bukit Batu dan juga Yang Berhormat Stulang. Mac lepas, sebuah pusat pelawat perniagaan telah diwujudkan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan ketibaan pelawat perniagaan jangka pendek yang dikecualikan daripada menjalani kuarantin wajib tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.
BTC (Business Travel Centre) ini adalah komponen utama inisiatif pusat sehenti yang diwujudkan kerajaan bagi kelancaran pergerakan serta mempermudahkan kemasukan pelawat bagi tujuan urusan perniagaan ataupun mereka yang bekerja di Malaysia.
Berikutan kejayaan BTC di KLIA, kerajaan persekutuan akan mewujudkan BTC kedua di negeri ini. Untuk itu, peruntukan sebanyak RM10 juta telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2022. Kemudahan BTC ini akan diselaraskan bersama MIDA dan Invest Johor dan dirangka akan dibuka bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk merentas sempadan darat sama ada di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan juga Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi Linkedua terutamanya kepada pengembara jangka masa pendek bagi tujuan perniagaan.
Jadi bagi BTC di negeri Johor, perkara ini adalah di bawah tanggungjawab Invest Johor. Secara amnya dari perspektif pelaburan BTC di Johor dijangka beroperasi pada suku pertama tahun hadapan, akan mempercepatkan pergerakan pelabur dan pengembara perniagaan untuk masuk ke negeri Johor dan memudahkan lagi urusan perniagaan mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan tambahan saya, bagi dalam cadangan kerajaan negeri Johor tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut kuota harian akan dihadkan. So, berapa bilangan atau kapasiti bagi kuota harian iaitu bilangan rakyat yang dapat manfaat, yang dapat melalui program ini?
Terima kasih Yang Berhormat Johor Jaya. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan bilangan, berapa ramai yang boleh? Setakat yang dah dibincangkan dan dipersetujukan oleh kedua-dua negara ialah bahawa VTL Land ini kita kena buka antara Singapura dan Johor. Dan it takes whatever effort dengan izin, kecik, besar, jumlah tak menjadi soal, yang pentingnya kita buka dulu sempadan Johor – Singapura. Jadi untuk itu, berdasarkan kepada keupayaan dan juga persediaan awal untuk membuka sempadan VTL Land ini, jumlah minggu pertama ni, jumlah pergerakan keluar masuk adalah untuk seramai 1,440. Sama ada bilangan ini akan menggunakan kaedah pengangkutan secara public transportation, pengangkutan awam, dengan izin, ataupun dibenarkan melalui kenderaan persendirian. Perkara itu sedang dimuktamadkan. Kita di negeri Johor yang penting untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Johor kita sudah bersedia. Kita telah pun menghantar SOP, cadangan sama ada sistem yang boleh dibangunkan Johor sudah bersedia. Johor Travel Safe semasa RGL dan PCA we have a system, kita dah bangunkan sistem yang dinamakan Johor Travel Safe dan kita telah pun membantu kerajaan persekutuan sewaktu perlaksanaan Periodic Commuting Arrangement (PCA) mahu pun RGL, Reciprocal Green Lane dan ini akan membolehkan sewaktu itu, ianya membolehkan lebih 2,000 sehari sewaktu PCA dan lebih 400 sehari dilakukan ujian upon arrival, untuk membolehkan kejayaan PCA dan RGL. Jadi untuk VTL Land ini, 1,440 Johor telah bersedia. Sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju, kita akan bekerjasama dengan KKM, dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan
kelancaran. Yang Pentingnya Yang Berhormat ialah buka dahulu Yang Berhormat. Buka dahulu, 100 pun tak apa, 200 pun tak apa. Kita sudah bersedia. Itu mesej yang patut Dewan yang mulia ini maklumkan kepada kerajaan persekutuan, kerajaan Singapura dan yang pentingnya ialah rakyat yang ada di luar sana. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih Menteri Besar. Yang berkenaan dengan pembukaan sempadan berperingkat ini ya. Tadi ada menyatakan pada bilangan adalah 1,000 lebih, saya rasa kalau nak dibandingkan dengan dahulu, satu hari ratusan ribu ya, ratusan ribu jadi kalau kita nak mencecah ke angka berperingkat ini dari 1, 000 lebih ke 10,000, 20,000, 30,000 sehari saya rasa adakah kerajaan sekarang telah pun merangka kapasiti saringan dan juga kaedah saringan dengan menggunakan kaedah saringan Spectro Instant Test di mana ia adalah lebih cepat, jitu, sensitif dan peka, di mana kaedah Spectro Instant Test ini telah pun diguna pakai di kebanyakan airport, lapangan terbang antarabangsa di negara Eropah. Jadi untuk mempercepatkan pembukaan dengan bilangan aliran yang lebih ramai. Adakah kerajaan sekarang telah melihat kaedah ini untuk menampung keperluan? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas pandangan daripada Yang Berhormat Stulang. Saya setuju pandangan Yang Berhormat adalah satu cadangan yang forward ke hadapan, bila lebih ramai lagi dijangka dibenarkan untuk berulang alik. Kalau kita perhatikan pada peringkat ini, apa yang telah, hampir dapat dipersetujukan untuk dibuat, pilot testing pada mungkin 22 atau 24 hari bulan akan diumumkan, 22 nak dibuat pilot testing. Sekiranya kalau kita melihat bahawa tidak ada peningkatan kes, antara kedua-dua negara, dengan bilangan yang kita harapkan akan dapat keluar masuk ni, 100,000 mungkin 200,000 setiap hari, saya kira untuk menjalankan ujian di upon arrival ini adalah sesuatu yang perlu menggunakan teknologi seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, apa nama Spectro Testing ni di mana kesemua yang ramai-ramai tu boleh kita tahu akan kedudukan mereka atau pun tahap kesihatan mereka. Jadi untuk itu, saya merasakan bahawa on arrival testing ini berbanding dengan predeparture testing, result yang perlu dikemukakan oleh kedua-dua rakyat, di dua-dua pihak perlu dipertimbangkan oleh kerajaan, sama ada kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Singapura perlu menimbangkan predeparture testing kita dah mengiktirafkan sijil vaksinasi antara kedua-dua negara. Jadi on arrival testing ini bila jumlahnya dah terlalu besar, bukanlah sesuatu yang praktikal lagi. Jadi pandangan Yang Berhormat itu saya kira boleh menjadikan sebahagian daripada jawapan saya bahawa kerajaan perlu menimbangkan pelbagai teknologi dan kaedah apabila kita memperamaikan lagi bilangan mereka yang nak berulang alik. Terima kasih.
Tuan Speaker, boleh, soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekarang saya ingin memohon satu soalan tambahan lebih kepada penjelasan Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat dipetik dalam media yang kata VTL Darat akan dibuka pada 29 November, tahun ini dan kategori orang yang layak adalah long term pass order, ditulis oleh media ialah long term pass order ya, selepas tu Menteri Trade Industry di Singapore semalam dia komen, VTL Darat yang bakal akan diadakan di antara Johor dan Singapore akan cover untuk orang yang telah terpisah daripada keluarga agak lama so soalan tambahan adalah sebenarnya ada berapa kategori orang yang layak untuk masuk VTL ini ataupun sesiapa sahaja juga boleh mohon dan dapat selagi kuota itu dicapai dan satu lagi Yang Berhormat Menteri Besar, apakah timeline kerajaan negeri Johor untuk memastikan sempadan tambak ataupun Second Link dengan Singapura itu kita boleh balik kepada pre-COVID masa, so can go back to pre-COVID time di mana kita boleh masuk keluar seperti biasa, sebab itulah sebenarnya yang dinanti-nantikan oleh rakyat Johor terutamanya di Johor Bahru, sebab kita perlu rakyat kita di Singapore kerja balik dan juga orang Singapore balik untuk sokong mendokong ekonomi kita. Terima kasih.
Jemput Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Batu, Kita tahu bahawa yang dah diumumkan pada 29 untuk VTL dari Changi ke KLIA adalah untuk semua kategori. Bermaksud mereka yang datang berniaga, nak melancong bukan hanya antara rakyat Malaysia dan juga rakyat Singapura, malah rakyat negara-negara luar pun sekiranya mereka berada lebih 14 hari di Singapura, mereka boleh masuk menggunakan VTL Air ataupun VTL Changi kepada KLIA. Kita harap perkara yang serupa juga. Dari segi kerajaan negeri Yang Berhormat ini adalah satu yang kita dah kemukakan dan kita telah meminta supaya kerajaan pusat benarkan menggunakan kategori yang sama seperti mana di KLIA, itu pertama. Kemudian dari segi pelancarannya, saya mendapat gambaran bahawa akan dilaksanakan serentak antara VTL Udara daripada Changi ke KLIA termasuklah VTL melalui jalan darat iaitu pada 29 hari bulan. Sebab itu kita terus meminta, malah mendesak kerajaan persekutuan tarikh 29 itu tidak berubah kekal untuk dilaksanakan.
Berkenaan dengan timeline untuk membolehkan lebih ramai kita dapat kembali seperti biasa, Yang Berhormat pun tahu bahawa kita perlulah mengimbangkan antara live and livelihood ini. Ada sahaja negara-negara yang dah buka seperti United Kingdom, seperti negara yang dah buka tapi terpaksa lock down semula, jadi itu yang kita nak cuba elak kerana kalau kita lihat daripada segi kita melaksanakan Pelan Pemulihan Negara, bila kita dah beralih kepada Fasa 4, kita tidak akan beralih semula ke Fasa 3. Itu harus kita semua sokong usaha kerajaan kita kekal untuk beralih daripada pandemik kepada fasa endemik, jadi untuk itu, untuk makluman Yang Berhormat, gambaran daripada kajian persekutuan dan juga Singapura, 1,440 pada peringkat awal dan kita tengok bagaimana kelancaran dan juga pencapaian dijangka akan meningkat kepada 2,500 dan seterusnya 5,000 pada minggu ketiga. Ini adalah yang dirancangkan untuk membolehkan kelancaran VTL jalan darat. Terima kasih.
Ya, Pekan Nanas.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Johor merupakan negeri yang menerima impak yang paling besar akibat penutupan sempadan Johor dengan Singapura. Faktor keselamatan dan kesihatan awam akan merupakan faktor yang utama untuk pembukaan sempadan Johor dengan Singapura dan saya nak tanya adakah kerajaan negeri Johor bersedia untuk mempercepatkan pengambilan vaksin untuk booster supaya keadaan pandemik di negeri Johor dapat dikawal dengan lebih baik, dan menjadikan dia suatu faktor yang mendorong kita mempercepatkan pembukaan sempadan di antara negara Singapura dan Johor. Sekian terima kasih.
Jemput Yang Berhormat.
Lari sikit soalannya Yang Berhormat Tuan Speaker. Tapi tak apa, Yang Berhormat Pekan Nanas, kita, saya hanya boleh respons dari segi apa yang dilakukan sekarang ini bahawa third jap atau vaksin yang ketiga ini diutamakan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, itu pertama dan kaedah kategori mereka yang diberikan ataupun dibenarkan untuk mendapat vaksinasi ketiga ini adalah tertakluk kepada perancangan yang dibuat secara berperingkat-peringkat, that’s all I know, Untuk sekarang kita tak dapat gambaran bahawa ini akan menjadi suatu yang mandatori diwajibkan, ataupun dah dibuka untuk semua tetapi keutamaan kepada mereka yang berusia 40 tahun dan saya percaya bahawa kadar untuk mereka yang menerima vaksin yang ketiga ini ataupun prosesnya sedang berjalan pada waktu ini. Terima kasih.
Oleh kerana kita dah balik kepada sidang seperti biasa jadi soalan ini akan berakhir jam 11.00 sepertimana sebelum COVID dulu ya. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Penawar. Jemput.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.
Apakah program bantuan yand diberikan kepada ibu-ibu tunggal di negeri Johor sepanjang PKP yang lalu dan apakah program yang telah dilaksanakan?
Yang berhormat Senggarang jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8.
Berapakah jumlah bilangan ibu tunggal di seluruh negeri Johor dan jumlah mengikut kategori B40, miskin dan miskin tegar. Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk mereka?
Jemput, YB EXCO.
Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menjawab bersekali soalan daripada Penawar dan juga Senggarang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, secara keseluruhannya jumlah ibu tunggal yang telah mendaftar di bawah Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) YPKDT sejak 2003 sehingga kini adalah 11,732 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 188 orang ibu tunggal tergolong dalam kalangan wanita B40 iaitu berpendapatan RM1,000.00 hingga RM4,800.00 sebulan, manakala seramai 647 orang ibu tunggal adalah di bawah kategori miskin dan miskin tegar iaitu berpendapatan bawah RM1,000.00 sebulan. Manakala bakinya adalah terdiri daripada golongan M40, tidak bekerja dan tidak menyatakan pendapatan bulanan di dalam borang pendaftaran ibu tunggal. Walau bagaimanapun pada ketika ini, YPKDT sedang menjalankan task force dan pemutihan data ibu tunggal melalui Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART).
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepertimana Ucapan Belanjawan Johor 2021 di bawah Johor Prihatin, kerajaan Johor telah menyalurkan peruntukan kepada YPKDT bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif pemerkasaaan golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah B40 seperti berikut :
Pertama, Women Income Generating Scheme (WINGS). Ini merupakan projek kemahiran menjana pendapatan wanita yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran golongan sasar terutamanya ibu tunggal, belia dan wanita B40. Program ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2003, di mana melibatkan 10,047 peserta dari golongan ibu tunggal dan wanita B40. Namun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini, YPKDT telah melaksanakan inisiatif berbeza bagi menjalankan projek ini pada tahun 2021 di mana kursus-kursus kemahiran dijalankan secara atas talian.
Bagi tahun 2021, YPKDT telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Tinggi seperti Giat MARA bagi menjalankan kursus berfokus Sijil Kemahiran Malaysia di mana melibatkan 60 peserta dari kalangan belia wanita B40 dan anak ibu tunggal. Mereka diberikan peluang mengikuti kursus pendek selama 6 bulan bermula Mac 2021 dan telah berakhir pada September 2021 dengan dua jenis kursus yang sedang diikuti oleh mereka iaitu Kursus Bakery dan juga Kursus Jahitan. Selain itu juga, YPKDT juga menjalankan kursus kemahiran asas secara atas talian dengan mensasarkan penglibatan peserta 240 peserta ibu tunggal dan wanita B40 di seluruh negeri Johor. Program ini juga dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemahiran golongan wanita dalam usaha menjana pendapatan malah meningkatkan pendapatan sedia ada dari rumah. Disebabkan kekangan menjalankan kursus secara bersemuka, YPKDT mengambil inisiatif menjalankan kursus masakan viral secara atas talian seperti masakan sushi viral, bomboloni viral dan Japanese Cream Puff viral. Secara keseluruhannya, seramai 300 peserta di kalangan ibu tunggal dan wanita B40 telah menerima manfaat daripada kursus WINGS 2021.
Yang kedua ialah Skim Bantuan Peralatan Perniagaan iaitu SKIP merupakan projek menjana pendapatan wanita sejak 2003. Program ini mensasarkan bantuan peralatan perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan usahawan home-based business wanita dalam kalangan ibu tunggal, wanita B40 dan usahawan suri YPKDT. Sebelum menyerahkan skim bantuan kepada peserta yang memohon, YPKDT akan menyiasat dan membuat sesi lawatan ke rumah dan kediaman peserta. Sekiranya peserta mempunyai perniagaan sendiri, YPKDT juga akan menjalankan siasatan awal dan lawatan ke premis perniagaan mereka bagi tujuan temu bual dan mendapatkan maklumat.
Yang ketiga ialah Program Sokongan dan Bimbingan Psikososial dengan bekerjasama Kaunselor Berdaftar Universiti Teknologi Malaysia di mana program ini meerupakan kerjasama pertama YPKDT dan UTM dalam memberikan sokongan moral dan bimbingan psikososial secara atas talian dalam bentuk sesi kaunseling kelompok dan sesi perkongsian pengalaman. Sesi bimbingan ini telah pun dijalankan sebanyak 3 kali sesi bagi 3 kumpulan dan seramai 30 orang ibu tunggal negeri Johor telah menerima manfaat pada sesi ini.
Ya, soalan, Senggarang, jemput.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO tentang jumlah bilangan ibu tunggal dan jumlah B40 miskin dan miskin tegar. Saya, Senggarang bukan tak mahu terimalah data ini tetapi macam larilah apa yang saya dapat, Senggarang dapat maklum di lapangan. Senggarang berharap supaya data ibu tunggal ini dikemaskini ya dan cari sebenar jumlah ibu tunggal, contoh di daerah saya sahaja ya, ibu tunggal yang di bawah persatuan Senggarang, saya jadi penaung, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Batu Pahat dah 2,000 yang berdaftar. Itu ada persatuan-persatuan lain lagi ya. Jadi, saya meraguilahkan nombor bilangan, jumlah ibu tunggal yang berada di negeri Johor yang disebut sini 11,372 orang. Adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji semula data ini dan menemui semua, bukan tunggu dia datang ya, bukan tunggu ibu tunggal datang untuk minta bantuan. Maknanya gunakan rangkaian ketua-ketua kampung dan sebagainya untuk melengkapkan data sebenar, berapakah jumlah ibu tunggal yang berada di setiap daerah dan di seluruh negeri Johor supaya saluran bantuan itu dapat diberikan secukupnya kepada mereka ya. Sekarang mendapati banyak rungutan-rungutan di peringkat bawahan khusus ibu tunggal yang mereka, mereka memang segan untuk berjumpakan, mereka ibu tunggal, mereka segan. Tetapi peranan Yang Berhormat EXCO dan juga pegawai-pegawai untuk menemui mereka mendapat data-data yang sebenarkan dan apakah keperluan yang mereka hadapikan. Pasal data ini saya nampak macam miskin, miskin tegar 647 orang ini macam tak berapa kenalah seluruh negeri Johor, 647 orang kan. Jadi itu soalan saya. Yang seterusnya iaitu...
Satu soalan Yang Berhormat, satu soalan...
Ok, terima kasih.
Jemput, EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan. Sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa sekarang ini YPKDT sedang menjalankan taskforce untuk selain daripada pemutihan dan untuk menilai semula kedudukan ibu tunggal. Jadi, kita dalam proses menjalankan apa ini, menjalankan taskforce daripada YPKDT. Insya-Allah, rasanya kita akan capai sasaran sepertimana Yang Berhormat harapkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan.
Ok, Pekan Nanas, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yang mendapati hanya ibu tunggal, dia mereka kehilangan suami kadang-kadang mereka tidak tahu apa-apa cara untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi seperti PERKESO, seperti EPF. Dan, mungkin suami mereka adalah ahli daripada PERKESO ataupun EPF. Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu cara-cara untuk membuat permohonan. Soalan tambahan saya, adakah JKM bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi seperti SOCSO, EPF dan sebagainya untuk memastikan kebajikan dan manfaat mereka dapat dinikmati dan membuat lawatan ke rumah-rumah mereka supaya mereka boleh mendapat bantuan dalam masa yang tersingkat. Terima kasih.
Jemput, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Menjawab soalan itu, sebenarnya kita sebenarnya telah pun turun ke setiap kawasan apabila menyampaikan bantuan bersama dengan portfolio saya iaitu JKM, tetapi sekiranya Yang Berhormat ada mempunyai senarai nama untuk kita jumpa di kawasan DUN Yang Berhormat, saya mengalu-alukan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ha, last.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan isu ibu tunggal ini sebenarnya ada satu kategori yang sentiasa terlepas pandang. Di mana, ada setengah ibu bersama anak mereka tetapi disebabkan mungkin perkahwinan dengan yang tidak lengkap maka dia seolah-olah tidak kahwin. Tapi, dah ada anak.
Perkahwinan tak lengkap tu macam mana?
Sama ada anak luar nikah ataupun kadang berlaku mungkin kekurangan kesedaran di mana mereka kahwin dan beranak tapi tanpa proses yang betul. Di mana, perkahwinan itu tiada pendaftaran yang sah. Tetapi apabila kategori ini, golongan ini mereka cuba memohon bantuan, segala bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan atas nama bantuan ibu tunggal, mereka tak layak. Jadi, adakah kerajaan aware ataupun sedar tentang kewujudan kategori ini dan ada perancangan untuk membantu mereka sebab kebanyakkan mereka ini tanpa, tak ada apa-apa agensi yang membantu mereka.
Ok, jemput.
Terima kasih. Menjawab soalan tersebut, sebenarnya kita sentiasa membantu mereka-mereka ini, tetapi seperti mana yang saya katakan mungkin Yang Berhormat ada apa tu senarai-senarai nama tersebut mungkin kita akan fokus di tempat Yang Berhormat untuk melihat. Walau bagaimanapun, JKM sentiasa terbuka tak kira siapa untuk datang ataupun berjumpa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah untuk mereka-mereka ini dibantu. Jadi, kita tak ada masalah Yang Berhormat.
Ok, soalan seterusnya Yang Berhormat Bukit Batu, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 9.
Bila rakyat Johor akan mula dapat booster vaccine dose?
Yang Berhormat Bentayan, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 10.
Nyatakan jumlah bilangan orang awam yang layak untuk menerima dos ketiga atau dos penggalak di negeri Johor dan juga berapa jumlah orang awam yang telah menerima dos penggalak mengikut setiap daerah?
Yang Berhormat Serom, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 11.
Apakah kerajaan mempunyai bukti-bukti saintifik keperluan dan keberkesanan vaksin dos ketiga atau vaksin penggalak di mana program pemberiannya telah pun semua sedia maklum mula diberikan kepada frontliners?
Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 12.
Apakah tindakan kerajaan negeri Johor bagi mempercepatkan vaksin dos ketiga serta jumlah penduduk yang telah menerima vaksin dos ketiga di negeri Johor?
Yang Berhormat Perling, jemput.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan 13.
Apakah perjalanan aturan terkini untuk suntikan vaksin COVID-19 dos penggalak untuk negeri Johor?
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Batu, Bentayan, Serom, Pekan Nanas dan Perling secara bersekali.
Yang Berhormat Speaker, dos penggalak iaitu booster dose merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang lengkap. Perlaksanaan pemberian vaksin COVID-19 dos penggalak telah pun bermula pada 13 Oktober 2021 dengan menggunakan vaksin Comirnaty iaitu Pfizer. Pada masa ini, pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurang-kurangnya 6 bulan yang lalu dari dos kedua dan penerima vaksin Sinovac sekurang-kurangnya 3 bulan dari dos kedua. Dos penggalak ini diutamakan ketika ini kepada barisan anggota hadapan khususnya kesihatan dan keselamatan, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, individu berusia 40 tahun dan ke atas dan golongan komorbid berusia 18 tahun ke atas.
Yang Berhormat Speaker, perbezaan serial masa jenis vaksin ini adalah berdasarkan maklumat terkini hasil kajian dalam dan luar negara. Penyataan daripada World Health Organization melalui Strategic Advisory Group Of Expert On Humanization mengatakan penerima Sinovac perlu mengambil dos penggalak dalam kadar lebih cepat selepas menerima vaksin primer yang lengkap dan dos yang perlu diberi adalah Pfizer yang mana telah menerima kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan. Seterusnya dos penggalak akan diperluaskan kepada semua penduduk apabila melepasi tempoh yang
disyorkan selepas menerima vaksin dos lengkap. Sehingga kini, golongan remaja dan pelajar sekolah belum disyorkan lagi untuk menerima dos penggalak.
Yang Berhormat Speaker, pemberian dos penggalak diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan Protect Health Corporation Sdn. Bhd. berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan, Bilangan 17, 2021. Penggunaan klinik swasta perlu diutamakan bagi memastikan fasiliti KKM dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang selama ini telah terganggu kerana pandemik COVID-19.
Yang Berhormat Speaker, pelaksanaan kepada pemberian booster dose di Johor adalah seperti berikut : Klinik Swasta GP bagi anggota barisan hadapan, individu berusia 40 tahun dan ke atas dan golongan komorbid berusia 18 tahun ke atas menerusi klinik-klinik swasta. Fasiliti kesihatan kerajaan akan memberi vaksin kepada anggota kesihatan masing-masing. Anggota kesihatan swasta boleh mendapat dos penggalak daripada fasiliti masing-masing. Fasiliti kesihatan Angkatan Tentera Malaysia pula akan menjaga kepada anggota barisan hadapan ATM pula. Manakala individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera.
Yang Berhormat Speaker, sehingga 19 November 2021, seramai 77,010 orang penduduk negeri Johor telah menerima dos penggalak. Terima kasih.
Ya, Pekan Nanas.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita tahu keberkesanan vaksin akan menurun selepas anggaran masa 6 bulan dan sekarang banyak PPV sudah ditutup. Adakah pengambilan booster kepada orang awam kita sempat untuk memberi booster kepada penduduk di negeri Johor dalam masa 6 bulan sebelum keberkesanan vaksin itu sudah berkurangan. Sebab itu saya berasa risau, adakah kalau kita tidak mempercepatkan kadar pengambilan vaksin booster, ada kemungkinan banyak orang pengambilan vaksin keberkesanan dia sudah menurun. Tetapi kita masih tidak sempat memberi vaksin kepada dia, tambahan pula kita banyak pusat PPV sudah tutup. Adakah kerajaan berasa kita yakin untuk menyampaikan vaksin booster kepada penduduk-penduduk di negeri Johor supaya mereka boleh mendapat vaksin dalam masa, lingkungan masa 6 bulan untuk Pfizer dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Dan apakah langkah-langkah untuk mempercepatkan pengambilan vaksin. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai menjawab soalan kepada Yang Berhormat Pekan Nanas, sebenarnya kerajaan menggalakkan pemberian dan penerimaan booster ini, booster dose ini adalah sukarela, it is not mandatory. Jadi kerajaan menggalakkan booster dose ini diberi kepada penerima vaksin dos, penerima yang saya katakan tadi yang telah lengkap sebagai memberi tahanan, memberi imuniti yang lebih kepada mereka selepas mendapat vaksin dos yang pertama dan kedua.
Dan sebagaimana saya katakan tadi bahawa kajian yang menentukan secara saintifik bahawa penerima vaksin Pfizer perlu mengambil 6 bulan untuk menerima booster dose ini. Manakala bagi yang menerima Sinovac ialah sebenarnya 3 bulan. Dan seperti yang saya nyatakan tadi kita telah pun memulakan program ini pada bulan Oktober. Dan seperti biasa kita kena melalui secara berfasa dan buat masa ini kita masih lagi dalam proses memberi vaksinasi kepada mereka-mereka yang memerlukan termasuk yang komorbid 18 tahun ke atas, mereka daripada 40 tahun ke atas pun telah pun diberi appointment melalui MySejahtera. Manakala frontliners juga diberi dan juga warga emas tidak ketinggalan.
Jadi mengikut anggaran kita, kita beranggapan bahawa kita boleh lengkap untuk memberi vaksin ini pada awal tahun 2022. Impossible untuk selesaikan pada tahun ini, tetapi kita sedang pun merancakkan proses pemberian vaksin booster ini dan dijangka awal tahun 2022 kita akan selesai untuk memberi booster vaksin di negeri Johor. Terima kasih.
Ya Serom jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita lihat kepada arahan ataupun cadangan daripada Kementerian Kesihatan mahupun Pengarah Kesihatan, kalau kita lihat di sini pengambilan dos satu dan dos dua adalah diwajibkan kepada semua dan untuk negeri Johor kita mencapai sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, kelmarin sebanyak 97%.
Jadi di sini, pada ketika ini kita juga menggalakkan mereka untuk mengambil dos ketiga ataupun booster vaksin. Jadi di sini terdapat juga kajian-kajian ataupun pemeriksaan secara peribadi tahap keberkesanan imuniti yang dihasilkan daripada pengambilan dos satu dan dos dua, baik pengambilan Pfizer, begitu juga Sinovac. Dan daripada kajian ini, didapati imuniti yang terbentuk daripada pengambilan Pfizer sebanyak 97%, manakala Sinovac mencecah hampir 20% imuniti. Jadi, di sini wujud perbezaan yang sangat ketara bagi pengambilan dos satu dan dos dua untuk Pfizer dan Sinovac.
Jadi, di sini kerajaan terus mencadangkan tanpa membuat sebarang analisis kepada peribadi-peribadi, individu yang dicadangkan untuk pengambilan dos ketiga. Jadi, apakah kerajaan ataupun Jabatan Kesihatan sedia maklum tentang isu ini, jika kita mengambil dos ketiga dalam keadaan imuniti badan kita cukup tinggi? Itu yang pertama. Yang kedua, dari sudut apa ni, Jabatan Kesihatan sendiri, bagaimana perkara ini ditangani kerana ia jelas menunjukkan Pfizer jauh lebih baik berbanding dengan Sinovac, dan kita terus mengambil dos vaksin ketiga tanpa mengkaji adakah kita benar-benar ataupun individu tersebut benar-benar memerlukan dos ketiga? Sekian, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Speaker, sebelum menjawab soalan itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa di negeri Johor setakat sekarang, anggaran bilangan yang layak untuk penerima dos penggalak ini ataupun booster dose ketika ini yang terdiri daripada barisan anggota hadapan kesihatan, keselamatan, warga emas, golongan individu dan mereka yang berpenyakit kronik adalah lebih kurang seramai 500,000 orang. Dan setakat 19 November 2021, seramai 27,089 orang anggota barisan hadapan telah pun menerima booster dose. Manakala warga emas ialah seramai 38,111 orang. Mereka yang berpenyakit kronik seramai 5,583 orang. Lain-lain kategori ialah 6,227 orang, membawa jumlah kepada 77,010 orang.
Yang Berhormat Speaker, sebenarnya sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk memberi booster dose ini, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas Penetapan Polisi bagi pemberian dos tambahan vaksin COVID-19 yang melibatkan pakar-pakar perubatan telah pun diadakan pada 28 Ogos 2021 dan 29 September 2021.
Berdasarkan maklumat hasil kajian dari dalam dan luar negara, panel pakar perubatan telah mencadangkan perluasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan pemberian dos tambahan dan juga dos penggalak. Seterusnya Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 Bilangan 18/2021 pada 30 September 2021 telah bersetuju melaksanakan pemberian booster dose ini kepada penerima yang telah pun menerima vaksin yang lengkap dan ia adalah sukarela.
Objektif pemberian dos tambahan ataupun booster dose ini ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia. Dan ada kajian-kajian yang telah pun dilakukan di luar negara yang menyatakan bahawa kadar
kes jangkitan COVID-19 dan keterukan penyakit adalah lebih rendah di kalangan mereka yang mengambil booster dose ini berbanding dengan warga yang tidak mengambil dos penggalak tersebut.
Jadi, apabila keputusan untuk memperluaskan booster dose dibuat di negara kita ini, beberapa kajian telah pun dibuat dan juga di peringkat Jabatan Kesihatan di negeri Johor juga dan sepertimana saya katakan tadi ia adalah sukarela dan apabila nama mereka dipanggil sama ada melalui MySejahtera ataupun warga emas dan sebagainya, kita memberi mereka maklumat yang terkini tentang apakah benefit ataupun kelebihan menerima dos penggalak ini dan juga sama ada mereka ingin mengambil secara sukarela, ahli-ahli keluarga juga bagi mereka yang warga emas ini kita bincang dengan mereka. Jadi atas dasar sukarela inilah selepas mereka memberi persetujuan barulah dos penggalak ini ataupun booster dose ini diberikan kepada mereka. Jadi, ia bukanlah secara paksaan ataupun bukanlah secara mandatori. Terima kasih.
Ya Kemelah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menanyakan YB EXCO berkaitan dengan statistik yang diberikan tadi. Kalau mengikut statistik yang saya dapat tadi, dianggarkan sekitar 500,000 yang sepatutnya menerima dos booster yang ketika ini sekitar 70,000 lebih. Jadi, kalau ikut kiraan kasar saya, kalau kita ingin mencapai pada awal tahun, Januari tahun 2022, ini bermakna setiap minggu kita memerlukan sekitar 100,000 untuk diberi dos tambahan.
Jadi, persoalan saya adalah saya dapati di klinik-klinik kesihatan bukan setiap hari diberi dos tersebut ya? Iaitu dalam 7 hari, saya rasa 2 atau 3 hari sahaja. Dia bolehkah dengan kemampuan yang ada ini, kita mencapai sasaran untuk pada apa ni awal Januari 2022? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan tadi. Saya setuju dengan apa yang dirisaukan oleh Yang Berhormat. Tetapi kita di negeri Johor ini kita ada pengalaman. Kalau kita lihat pada fasa ketika kita memberi dos pertama dan yang kedua, pada awalnya negeri Johor merupakan antara negeri yang memang dari segi statistiknya berada di belakang, amat perlahan sekali. Tetapi kemudiannya telah dilihat negeri Johor antara negeri yang paling pantas sekali melaksanakan pemberian vaksin kepada rakyat di negeri Johor ini.
Jadi buat masa ini seperti yang saya katakan tadi, pemberian kepada booster dose ini tanggungjawabnya diberikan kepada klinik-klinik kesihatan, klinik-klinik kesihatan swasta. Tapi kita masih lagi dalam proses perbincangan sama ada untuk membuka semula PPV-PPV yang telah kita gunakan sebelum ini untuk memperluaskan pemberian booster dose ini yang pada masa ini ia masih lagi di peringkat perbincangan. Dan sepertimana saya katakan tadi, memang kita ingin mempercepatkan dan menamatkan proses pemberian vaksin booster dose ini. Jadi, sekiranya ada keperluan, sudah pasti kita akan reactivate balik semua PPV-PPV untuk pemberian vaksin di kawasan masing-masing. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Jementah, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 14.
Nilai pelaburan yang diluluskan di Malaysia dalam enam bulan pertama 2021 ialah RM107.50 bilion. Berapakah nilai pelaburan di Johor mengikut pecahan FDI dan DDI dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dan jumlah peluang pekerjaan yang akan diciptakan?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Jementah.
Bagi menjawab soalan yang diajukan kepada saya, iaitu merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh pihak MIDA, negeri Johor telah mencatatkan nilai keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dengan jumlah sebanyak RM6.56 bilion dalam masa enam bulan pertama 2021 dan di mana ianya dijangkakan akan menyediakan sebanyak 7,800 peluang pekerjaan.
Bagi persoalan yang mengenai pecahan nilai pelaburan mengikut sektor dan peluang pekerjaan, ianya adalah seperti berikut: sektor perkhidmatan, jumlah pelaburan keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM2.787 bilion dan dari jumlah pelaburan tersebut, sebanyak RM51.7 juta diperolehi daripada pelaburan asing. Manakala sebanyak RM2.7 bilion adalah nilai pelaburan domestik. Hasil daripada pelaburan tersebut, seramai 757 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
Bagi sektor perkilangan atau pembuatan, nilai pelaburan keseluruhannya yang diterima adalah berjumlah RM3.77 bilion. Nilai pelaburan asing (FDI) bagi sektor perkilangan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM1.37 bilion. Manakala jumlah pelaburan domestik bagi sektor yang sama juga adalah bernilai RM2.3 bilion. Sebanyak 7,103 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan hasil dari pelaburan tersebut.
Setelah mengambil kira situasi PKP dalam tempoh masa yang berkenaan, juga terdapat pertumbuhan yang dijangkakan 15% hingga 20% dari jumlah RM6.56 bilion yang akan berlaku dalam penggal kedua tahun ini. Terima kasih.
Ya Jementah.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan keadaan pandemik COVID-19 pada situasi sekarang kita nampak tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat. Dan pembukaan sempadan negara mungkin akan berlaku tak ada satu masa, tempoh yang di mana kita akan nampak bila secara keseluruhannya untuk negara kita. Maka ia ada impak kepada negara kita untuk menarik pelabur-pelabur asing, khususnya pelabur-pelabur asing. Bagi pelabur tempatan memang kita perlu apa ni, meningkatkan infrastruktur di negeri Johor untuk menarik pelabur-pelabur domestik.
Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mempertingkatkan jumlah pelaburan FDI dan DDI dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang? Sekian, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Jementah, satu soalan yang baik.
Sebagai destinasi pelaburan yang menarik ataupun mesra pelabur, pelbagai inisiatif mahupun perancangan pelan jangka masa pendek secara jangka panjang telah pun diperkenalkan dan sedang dilaksanakan.
Bagi usaha jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif berbentuk penubuhan Jawatankuasa Khas Pelaburan serta jalinan usaha sama strategik dengan beberapa negara serantau. Ianya dapat dizahirkan dengan penubuhan Ibrahim Johor Economic Council, penubuhan Johor Economic Tourism Culture Office dan inisiatif Singapura – Kepulauan Riau.
Kerajaan juga telah merangkakan dan akan menerbitkan Pelan Pelaburan Negeri Johor 2030 bagi menetapkan hala tuju pelaburan negeri bagi tahun tempoh masa 10 tahun. Pelan ini menjadi satu sumber rujukan bagi mengenal pasti serta merancang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memudahkan usaha menarik pelaburan ke negeri Johor. Tapi ia tetap masih mengekalkan prinsip 3H sebagai sektor sasaran iaitu halal, high impact dan high tech. Pelan ini telah ditambah nilai dengan elemen emerging teknologi dan juga kreatif. Bagi jangka usaha jangka masa pendek, antara inisiatif yang telah dan juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai persatuan perniagaan bagi mendapatkan maklum balas dan menunjukkan kerajaan prihatin dengan segala permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri ketika pandemik COVID-19 sekarang.
Kerajaan negeri melalui Invest Johor juga telah mengambil beberapa inisiatif juga mengadakan beberapa sesi dialog dan pertemuan dengan beberapa persatuan pengilangan juga beberapa chamber of commerce mewakili beberapa buah negara bagi memberi sokongan dan juga mengambil tindakan ke atas semua aduan yang telah diutarakan oleh pihak industri. Kerajaan negeri juga melalui Invest Johor telah menambahbaik usaha fasilitasi bagi merealisasikan pelaburan tambahan seperti memperkasakan pematuhan implimentasi projek melalui Projek Acceleration dan Coordination Unit (PACU) bersama pihak MIDA di peringkat negeri agar progres pembangunan projek perkilangan tidak terjejas. Kerajaan negeri juga memperluaskan promosi pelaburan ke peringkat global. Kerajaan negeri melalui Invest Johor akan melancarkan Program Johor Go Global bagi meningkatkan promosi secara dalam talian dengan peruntukan RM450,000.00 Kerajaan negeri juga melalui Invest Johor, akan melaksanakan Program Friendly Johor akan menyantuni pelabur Johor Bahru dan yang sedia ada. Kerajaan juga telah berbesar hati dengan memperuntukkan RM10 juta bagi penyediaan Tabung Fasiliti Pelaburan iaitu dengan izin, Investment Facilitation Fund, yang mana tabung ini akan meningkatkan keupayaan dan daya saing para pelabur dari negeri Johor dalam berbagai bidang. Dan juga kerajaan juga akan meneruskan usaha misi pelaburan iaitu Trade Mission. Dan akan memperkasakan Johor Convention Exhibition Buraeu dengan memperkemaskan peranan serta tanggung jawab dalam usaha merangkakan dan mengkoordinasikan business-business event di negeri Johor. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker
Ya, Skudai.
YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas ucapan yang panjang lebar tu dan Yang Berhormat Tuan Speaker kita perlu faham bahawa untuk menarik pelabur ni dia ada faktor penarik dan faktor penolak. Di mana antaranya sebab yang mungkin menjadi faktor penarik atau faktor penolak ni adalah kecekapan pentadbiran, kecekapan dan sistem birokrasi kita. Kadang kalau kita cekap dia akan jadi faktor penarik. Kalau kita kurang cekap atau pun mengambil masa yang lama untuk memproses satu permohonan dia akan menjadi faktor penolak. Saya bagi satu contoh di mana ada pelabur ingin menggembangkan kilang dia di Muar, tetapi permohonan dia untuk bertahun-tahun tidak diproses atau pun diluluskan. Jadi soalan saya, bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa semua peringkat kerajaan, semua agensi menjadi faktor penarik kepada pelabur-pelabur ni?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih YB. Soalan menarik ni, ada tolak, ada I think dia, YB cuba maksudkan satu kaedah wow factor something la. Ok. Invest Johor ataupun agensi kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa merangka dan merancang dan terus mengadakan sesi libat urus dan kita juga jangan lupa kita dilandai oleh COVID-19 dengan keadaan PKP, MCO Lockdown dan banyak kita punya movement ya, movement kita limited. Jadi, tapi kita tak putus asa. Kita juga mengadakan perbincangan penarikan, dan segala tawaran yang kita buat melalui visual apa ni, conference dan nampak ada keberhasilan dia. Jadi dia tidak sama macam fizikal meeting dengan visual meeting. Sebab apa, pertama, kita kena faham apa pelabur apa punya appetite dan apa pelabur punya wish. Daripada situ kita buat proposal kepada pelabur dan pelabur memerlukan site visit, conduct site visit untuk tengok dan kat sinilah kita terkandas ataupun terbantut langkah-langkah kita. Jadi, kita cuma dapat menghantar dokumen melalui emel jadi alhamdulilah, nampak setelah pembukaan PKP, kita nampak dah ramai yang kita usahakan selama ini dah start coming back to us sebab tu saya sentuh tadi saya very positive pertumbuhan hingga penggal kedua akhir tahun ini dijangkakan 15% hingga 20% yang mana perbincangan kita sebelum ini membuah hasil ya. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Machap, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 15
Apakah usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Johor terhadap tanah wakaf supaya tidak berlaku istilah tanah terbiar dan dapat dimanfaat sepenuhnya?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Machap, apakah usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Johor terhadap tanah wakaf supaya tidak berlaku istilah tanah terbiar dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya?
Yang Berhormat Tuan Speaker, tanah-tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Islam negeri Johor akan dikategorikan mengikut 5 jenis hujah iaitu masjid, surau, sekolah agama, kubur dan kebajikan am. Tanah wakaf ini milik MAIJ ini akan dibangunkan mengikut hujah-hujah wakaf. Majlis Agama Johor telah memberikan kebenaran dan peluang kepada pengusaha-pengusaha yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swasta, inidividu, koperasi dan sebagainya untuk mengusahakan tanah-tanah wakaf di seluruh negeri Johor. Bagi pewakaf yang mewakafkan bangunan atau rumah kediaman mereka, Majlis juga telah menyewakan premis kediaman tersebut kepada masyarakat awam dengan kadar sewa yang telah dipersetujukan oleh pihak Majlis. Hasil sewaan yang diperolehi akan dikembalikan juga untuk tujuan pembangunan mengikut hujah wakaf yang telah ditetapkan. Bagi memastikan supaya pembangunan tanah wakaf dapat berjalan dengan sukses Yang Berhormat Tuan Speaker, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik nazir khas iaitu daripada pihak UTM Skudai, UTHM, Perbadanan Islam Johor, Insitiut Pengajian Tinggi Marsah dan juga 1Com bagi membantu MAIJ menguruskan harta tanah wakaf dan merangka strategi pembangunan tanah wakaf yang berpotensi.
Hasil daripada satu muzakarah untuk makluman Tuan Speaker, Muzakarah Pelan Pembangunan Tanah Wakaf Negeri Johor 2030, satu Jawatan Kuasa Pelaburan Khas telah pun ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengkaji secara menyeluruh pembangunan tanah-tanah wakaf di negeri Johor bagi memastikan bahawa semua tanah-tanah wakaf ini tidak dianggap sebagai tanah-tanah terbiar. Melalui usahasama dengan Perbadanan Islam Negeri Johor (PIJ) sebagai contoh, Majlis Agama Islam Johor merancang untuk melaksanakan satu projek pembangunan hospital pakar dan kebajikan di atas lot
17458, Jalan Tahana, Bandar Baru Uda, Mukim Bandar, Daerah Johor Bahru. Ianya dapat memberikan kemudahan prasarana kesihatan bagi kita bersama. Satu perkara lagi, Majlis Agama Islam Johor juga akan melantik seorang Pengurus Besar, yang menemuduga bagi jawatan Pengurus Besar ini akan diadakan pada 7 Disember. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Machap, Jemput.
Terima kasih di atas penjelasan kepada persoalan yang telah dibangkitkan. Dari pemerihatian saya, terdapat ada tanah wakaf yang terdiri daripada tanah lot yang boleh dibuat rumah, ada juga tanah kebun yang boleh diusahakan dengan pertanian, juga ada juga tanah yang begitu strategik terdapat di bandar-bandar. Jadi di samping ada kerjasama dengan pihak swasta, atau pun badan-badan tertentu untuk memajukan tanah-tanah tersebut supaya tidak terjadi masalah tanah terbiar, adakah tanah-tanah ini boleh dijual kepada individu sekiranya mereka berminat sama ada untuk membina rumah, mengusahakan tanah tersebut untuk pertanian atau pun sebagainya?
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pihak Majlis Agama Islam negeri Johor secara terbuka memang menerima sahaja segala perancangan dan permohonan-permohonan daripada mana-mana pihak swasta atau pun syarikat-syarikat atau perseorangan untuk memajukan tanah-tanah MAIJ yang terbiar, dan juga mana-mana rumah kedai MAIJ yang ada yang belum lagi digunapakai disewakan. Dari segi bagaimana nak menjual tanah wakaf ini kepada individu, atau permohonan perkara ini akan dibawa dahulu kepada Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Johor untuk mendapat ulasan dan pandangan. Sekian Yang Berhormat tuan speaker.
Ya Kota Iskandar.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya rasa sudah sampai masa dan ketikanya sebagaimana yang disebutkan tadi telah diwujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji keseluruhan tanah wakaf yang ada di negeri Johor, saya sangat menyokong supaya diadakan satu forensik inventori supaya setiap tanah wakaf ini dapat dikenalpasti, sama ada tujuan dia wakaf khusus atau pun wakaf awam, yang mana setiap tanah itu boleh dicadangkan sama ada untuk dibangunkan sendiri oleh pihak MAIJ atau pun dibangunkan mengikut konsep yang pernah saya sebut dalam Dewan yang mulia ini iaitu istidal, iaitu kita maintain nilai dia bersamaan nilai tetapi dalam bentuk pembangunan berbeza, katakan daripada tanah wakaf seluas 3 ekar, nilai dia RM10 juta, dibangunkan tetapi ada beberapa lot rumah kedai katakan 4 unit, dikekalkan jumlahnya dia sama dengan RM10 juta disebutkan tadi. Ini adalah merupakan satu konsep yang sangat baik yang saya cadangkan supaya digunapakai oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor supaya tanah-tanah yang berpotensi seumpama ada berlaku di kawasan saya tanah wakaf kubur, tetapi terletak kawasan sangat strategik untuk pembangunan, mungkin boleh digunakan konsep istidal atau diswap dengan kawasan yang lain dengan kerjasama daripada kerajaan negeri. Paling tidaknya tidak perlu kubur ini berada di kawasan yang strategik, berhadapan dengan jalan utama, dengan bandar, contoh macam di kawasan saya tu berhampiran dengan Pekan Gelang Patah, jadi saya minta supaya daripada jawapan daripada EXCO tadi ada inventori dan juga ada forensik dan juga ada status setiap tanah wakaf ini saya harap tidak akan berlaku lagi wujudnya tanah wakaf yang terbiar, yang tidak dimajukan oleh pihak MAIJ. Sekian, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Istidal. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih sebab saya, alhamdulilah salah satu cadangan Yang
Berhormat melalui surat kepada saya, inilah langkah yang akan dibuat dengan melantik Jawatan Kuasa Pelaburan bagi pembangunan tanah-tanah MAIJ di negeri Johor. Terima kasih Yang Berhormat kerana telah menghantar surat kepada kami. Bagi makluman Yang Berhormat tuan speaker, bagi data harta tanah wakaf mengikut hujah, bagi daerah Johor Bahru masjid 147, surau 390, sekolah agama 184, kubur 65, kebajikan am 111. Jumlah 897. Bagi daerah Muar, masjid...
Tak payah baca Yang Berhormat, tu boleh diserah sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya, Kemelah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, lanjutan daripada penerangan daripada YB EXCO Agama, saya ingin mendapatkan pecahan terutama saya ingin dapatkan maklum, keluasan tanah wakaf yang sedia ada di negeri Johor dan juga mengikut 5 kategori yang disebutkan oleh YB EXCO tadi, serta peratusan yang terbiar dan yang telah dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih sahabat saya. Saya ulang balik Yang Berhormat Speaker, data hartanah wakaf mengikut hujah tadi. Dua, Muar; masjid 97, surau 263, sekolah agama 83, kubur 76, kebajikan am 91, jumlah 610. Bagi daerah Batu Pahat; masjid 156, surau 322, sekolah agama 130, kubur 156, kebajikan am 83, jumlah 863. Bagi daerah Kluang; masjid 69, surau 144, sekolah agama 61, kubur 56, kebajikan am 29, masjid dan kubur 1, jumlah 360. Bagi daerah Pontian; masjid 118, surau 180, sekolah agama 83, kubur 127, kebajikan am 78, masjid dan kubur 1, jumlah 589. Bagi daerah Kota Tinggi; masjid 49, surau 74, sekolah agama 45, kubur 56, kebajikan am 35, jumlah 259. Bagi daerah Segamat; masjid 66, kubur 66, sekolah agama 49, kubur 81, kebajikan am 27, jumlah 289. Bagi daerah Mersing; masjid 30, surau 29, sekolah agama 29, tanah kubur 24, kebajikan am 30, jumlah 142. Bagi daerah Kulai; masjid 40, surau 79, sekolah agama 32, kubur 13, kebajikan am 5, jumlah 176. Dan akhirnya bagi daerah Tangkak; masjid 86, surau 169, tanah sekolah agama 85, tanah kubur 86, kebajikan am 69, masjid dan surau 1, jumlah 456. Bagi jumlah keseluruhan tanah-tanah, data hartanah wakaf negeri Johor mengikut hujah, masjid sebanyak 861, surau 1,716, sekolah agama 782, kubur 740, kebajikan am 958, masjid dan kubur 18, jumlah keseluruhan 4,840. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semerah, jemput.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan 16.
Berapakah jumlah galeri serta muzium yang diuruskan di bawah YWJ dan jumlah tambahan dalam perancangan pihak YWJ serta perancangan promosi bagi memastikan semua galeri dan muzium dilawati oleh pelancong tempatan atau luar negara.
Jemput, YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Semerah. Jumlah galeri dan muzium yang diuruskan di bawah Yayasan Warisan Johor adalah sebanyak 6 buah yang terdiri daripada Muzium Kota Tinggi, Muzium Tokoh Johor, Muzium Mersing, Galeri Seni Johor, Galeri Tenun dan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat.
Pada ketika ini, Yayasan Warisan Johor mengekalkan galeri dan muzium sedia ada ini disebabkan oleh bangunan muzium dan galeri memerlukan penyelenggaraan dan menelan kos yang agak tinggi. Justeru, satu pelan pemulihan dan baikpulih bangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di bangunan Muzium Tokoh Johor, Muzium Mersing dan Muzium Galeri Dato’ Onn Batu Pahat dilaksanakan bagi memastikan fasiliti serta bangunan muzium negeri dalam keadaan baik dan selamat untuk dikunjungi. Pelan pemulihan dan baikpulih ini telah dilaksanakan bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Jabatan Kerja Raya bagi tujuan konservasi bangunan muzium dan galeri yang juga merupakan bangunan warisan dan bersejarah yang terdapat di negeri Johor.
Yayasan Warisan Johor juga telah melaksanakan penambahbaikan pengisian dan pameran di muzium dan galeri utamanya di Galeri Seni Johor, Galeri Tenun dan Muzium Kota Tinggi bagi memberi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara dengan tema pameran dan susun atur yang lebih kemas. Yayasan Warisan Johor sedang berusaha untuk mempromosikan muzium dan galeri bagi memastikan muzium dan galeri ini terus kekal relevan dengan perkembangan dan pembangunan yang ada di negeri ini dengan menggunakan kaedah promosi bangunan muzium, pameran dan program secara dalam talian di media-media sosial sejak tahun 2020. Yayasan Warisan Johor telah melaksanakan beberapa program secara dalam talian bagi menarik pengunjung seperti Program Perintis Negeri Johor yang menekankan kelas pengembangan seni khat dan seni visual di setiap daerah selain Program Bual Bicara, Retrorisma dan pelbagai pameran skala seperti Pameran Lukisan Kanak-Kanak dan Remaja Antarabangsa, Pameran 6x6, Pameran Komuniti Geng, Pameran Kias Seniman Selatan, Pameran Pensenjataan Melayu, Pameran Peperangan Battle of Endau, dengan izin, dan Pameran Lukisan Kesenian Murid Malaysia yang merupakan kaedah promosi bagi menarik pengunjung melawat. Mengikuti serta menyertai program yang telah diatur oleh Yayasan Warisan Johor. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Semerah jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Kita tahu muzium-muzium dan juga galeri yang dibawah seliaan Yayasan Warisan Johor ini terletak di Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Bahru. Tetapi kalau kita tengok pengisian di Mersing dan di Kota Tinggi sangat baik. Tetapi Muzium Tokoh banyak kekurangan pengisiannya begitu juga di Galeri Dato’ Onn. Kita tahu muzium ini sebagai satu tempat di mana selama ini kalau semasa saya sebagai EXCO Kebudayaan, kita lihat kebanyakan promosinya dibuat untuk murid-murid sekolah tapi apakah perancangan yang jangka pendek, jangka panjang pihak Yayasan Warisan Johor untuk memastikan kita betul-betul dapat menarik pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa untuk datang melawat. Sebab seperti Muzium Tokoh, orang lalu saja nak ke Mersing tak singgah ke Muzium Tokoh, Muzium Kota Tinggi. Begitu juga Muzium Mersing, berada betul-betul di jeti tapi kurang mendapat perhatian daripada pelancong-pelancong yang hendak ke pulau. Jadi, saya harap dapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat, apakah perancangan jangka pendek, jangka panjang bagi memastikan muzium ini betul-betul relevan dan kita tidak membazir dalam kita menyediakan dan membaikpulih bangunan-bangunan tersebut. Sekian, terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Semerah, Yang Berhormat Speaker. Saya ingin menyatakan tadi bahawa tiga muzium yang disebut oleh Yang Berhormat Semerah, iaitu Muzium Tokoh Johor, Muzium Mersing dan juga Galeri Dato’ Onn tadi dalam proses penambahbaikan. Ambil contoh Muzium Tokoh Johor, kos bagi kerja pemulihan Muzium Tokoh Johor adalah sebanyak RM669,970.00 yang melibatkan kerja-kerja penambahbaikan, kemasan lantai, sistem kalis air kebocoran, keretakan bangunan dan pemulihan tingkap yang dilaksanakan
oleh Jabatan Kerja Raya sebagai pelaksana dan kerja-kerja ini sedang berjalan. Jadi, kita dalam proses untuk penambahbaikan. Dan, akan pada bermula pada 25 Oktober 2021 dan berakhir pada 6 Mac 2022, makna kita dalam proses tersebut Yang Berhormat minta tadi.
Seterusnya Muzium Mersing, kos bagi membaikpulih bangunan Muzium Mersing adalah sebanyak RM300,000.00 dan kerja-kerja mengecat, kerja-kerja elektrikal, kerja-kerja penambahbaikan ruang pameran dalaman dan kerja ubah suai pintu masuk utama. Kerja ini telah bermula 1 Ogos 2021, maknanya kita baru berapa bulan dan dijangka akhir tahun ni kita akan siap. Kita dah arah tersebut dan seterusnya Galeri Dato’ Onn. Kos bagi membaikulih bangunan galeri Dato’Onn sebanyak RM300,000.00 bagi kerja-kerja mengecat bangunan, kerja-kerja elektrikal, kerja-kerja penambahbaikan ruang pameran dalaman dan kerja-kerja konservasi pintu dan tingkap lama. Kerja ini telah bermula pada 1 Ogos juga dan dalam ongoing dan kita jangka ia akan tamat pada akhir tahun ini.
Jadi, Yang Berhormat saya telah menyatakan kita punya langkah-langkah yang kita telah buat kita buat pameran dan sebagainya dan maklumlah dalam keadaan kita dalam peringkat pemulihan, kita punya langkah-langkah kita agak terbatas yang banyak kita boleh buat adalah secara talian. Saya rasa saya tidak perlu nak ulangi langkah-langkah tadi saya dah sebutkan tadi dalam saya punya jawapan masa soalan utama tadi Yang Berhormat. Terima kasih.
Ok, terima kasih daripada Yang Berhormat EXCO. Jam telah 11.03 minit. Saya tamatkan soalan lisan pada pagi ini dan kita berehat sebentar, kita tangguh sidang ini sehingga jam 11.25 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.04 pagi.
Persidangan disambung semula jam 11.25 pagi.
Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 Tahun 2021.Bill
Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut Peraturan 112(2), maka perbahasan atas rundingan itu hendaklah dihadkan kepada lunas-lunas am berkenaan dengan dasar pentadbiran kerajaan sebagaimana tersebut dalam Rang Undang-Undang ini. Dimaklumkan bahawa tempoh perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah selama 4 hari iaitu mulai hari ini 18 November hingga 24 November 2021.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan menyeru nama kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang saya telah perolehi. Untuk perbahasan pertama dan Ketua Pembangkang diberi masa selama 45 minit manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain diberi masa 15 minit hingga 20 minit. Bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya mohon kerjasama semua agar dapat mematuhi masa yang telah diberikan.
Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan 2022 Tahun 2021 dimulakan sekarang. Yang Berhormat Penawar, jemput 45 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat sahabat-sahabat EXCO Kerajaan Negeri Johor, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pemerhati dan wartawan yang dihormati, salam muafakat bangsa Johor.
Izinkan saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk kita bersemuka kembali pada pagi yang mulia ini. Pembukaan perbahasan ini izinkan Penawar menzahirkan seluruh rakyat DUN Penawar merafak sembah menjunjung kasih dengan
ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari esok 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Patik juga mengambil kesempatan menjunjung kasih di atas suntikan idea Duli Yang Amat Mulia Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sempena pelancaran Orang Muda Johor 21 pada hari semalam. Patik amat terharu, Duli Yang Amat Mulia Tunku sentiasa mahu melihat Bangsa Johor terus maju dan mendekati rakyat terutamanya orang muda. Setelah Southern Volunteer menjadi bualan yang begitu positif, kini tercetus lagi gerakan untuk mengaktifkan Orang Muda Johor semoga Allah SWT memberkati Duli Yang Amat Mulia Tuanku Mahkota Johor dan keluarganya. Lagi terharu bila anak jati Kluang terpilih sebagai IKON OMJ 21 semalam. Tahniah kepada saudara Shahrul Azizi bin Azmi, inilah kehebatan orang Kluang, Tuan Speaker. Terima kasih Speaker, kerana memberi peluang untuk...
Ingat orang Penawar, Yang Berhormat, orang Kluang pula dia. Bukan orang Penawar?
Saya dua alam, Tuan Speaker. Terima kasih Speaker, kerana memberi peluang untuk Penawar membuka perbahasan pada pagi ini. Penawar memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana di kesempatan ini dapat Penawar melaksana tugas dan membawa hajat dan hasrat rakyat Penawar demi melaksanakan tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat. Walaupun dalam keadaan yang berdebar-debar, masa diberikan 45 minit selalu diberi 15 minit, hari ni 45 minit tapi percaya dan yakinlah Wakil Rakyat wanita pasti boleh buat.
Tahniah pada Barisan Nasional menang besar di negeri Melaka semalam. Jutaan terima kasih kepada seluruh jentera dan rakyat negeri Melaka kerana BN menjadi pilihan. Terima kasih juga kepada jentera BN seluruh negara dan kepada semua sekali yang bertugas semasa kempen pilihan raya bagi negeri Melaka, yang telah bersama-sama bertungkus lumus berkempen demi kejayaan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama-tamanya Penawar ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni di atas pembentangan Belanjawan Johor 2022, memperhebatkan kesejahteraan Johor pada hari Khamis 18.11.2021. Dalam episod sejarah pembangunan negara bangsa terdapat 5 definisi utama direkayasakan betul ke sebut tu, direkayasakan Yang Amat Berhormat MB...
Cuba sebut laju-laju boleh tak?
Tak apa Yang Berhormat Speaker, tak ada markah kan? Iaitu kepimpinan berintegriti, pembangunan fizikal, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Kelangsungan pentadbiran yang sangat mencabar ini, cabaran yang amat tinggi dan tidak pernah diduga dalam melayari pandemik COVID-19. Tidak pernah terlintas bahawa COVID-19 ini adalah ancaman dalam pentadbiran ekonomi dan pembangunan, kalau tak, silap tadbir boleh muflis negeri Johor. Nauzubillah. Inilah kebesaran Allah SWT dalam menghadapi pandemik ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Hasni terpilih sebagai pemimpin mentadbir negeri Johor, inilah kehebatan nakhoda daripada Barisan Nasional dan ditemani oleh gabungan Parti Perikatan Nasional yang berjaya melayari pelayaran yang sukar ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, rakyat Johor tidak pernah rugi mempunyai Menteri Besar yang amat prihatin terhadap rakyat selaras dengan pekerjaan asal seorang Jurutera yang hebat. Keseimbangan bangunan yang didirikan rupanya pereka bangunan, jalan dan ini
adalah tangan yang boleh mengorak, mentadbir, menyeimbangkan dan menenteramkan negeri bukan sahaja aman, maju malahan dapat mengatasi segala masalah dan rintangan. Setinggi tahniah kepada seluruh rakyat Johor tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa, jantina dan ideologi politik, atau apa juga pekerjaan mereka, driver, peniaga, kurang berkemampuan, sederhana, anak muda, semuanya diberi hak dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan pada hari Khamis lalu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai rakyat Johor kita boleh nilai, bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor amat memahami dan merasai apa yang rakyat hadapi hari ini. Pemimpin yang mentadbir kita hari ini adalah berperwatakan penyayang dan sedaya upaya ingin lihat rakyat sentiasa terbela.
Yang Berhormat Speaker, Penawar yakin dan percaya bahawa banyak pihak dan organisasi boleh menarik nafas lega dengan pembentangan Belanjawan 2022. Bila seorang Yang Amat Berhormat Menteri Besar berani berdepan dengan belanjawan defisit untuk meneraju sebuah negara, negeri yang besar dalam keadaan mendapat mendepani pandemik COVID-19.
Yang Berhormat Tuan Speaker, COVID-19 yang kita tidak tahu bila penghujungnya, esok, lusa, tahun depan atau mungkin 10 tahun yang mendatang, nauzubillah. Banyak inisiatif telah dirancang dan membantu dan mempergiatkan kebajikan rakyat bangsa Johor yang tercinta ini. Di kesempatan ini juga, Penawar ingin mengajak semua Ahli Dewan sekalian untuk sama-sama mengimbau kembali perjalanan belanjawan yang terdahulu, belanjawan-belanjawan yang dilakukan tidaklah mengkhususkan kepada mana-mana Ahli Dewan sekalian. Namun dengan rasa kasih sayang dan belas ihsan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, pada tahun lepas beri semua ADUN peruntukan RM150,000.00 bagi menjadikan kita Wakil Rakyat bertanggung jawab kepada rakyat.
Kehebatan Menteri Besar Johor tanpa ada perasan perkauman, pilih kasih, dendam, yang menyebabkan seluruh bangsa Johor menerima berbagai bantuan dan sentiasa dalam pandangan mata Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sehingga orang sebelah kanan mendapat nikmat sama rasa, sama rata dengan ADUN kerajaan. Itu tak terima kasih lagi ke? Semasa perbahasan daripada sebelah kanan jangan lupa, ucapan jutaan terima kasih dan buat ikrar taat setia akan sama-sama kita mengharmonikan keadaan Dewan Negeri Johor ini nampak walaupun ada pembangkang, ada kerajaan tetapi kita bersatu seperti adik beradik. Tak ada duit, diberi duit, dah bagi duit, nak lagi. Jadi Ahli Mesyuarat Pembangunan Daerah, apa, bukan ada elaun tetapi dengan hati yang mulia, kali ini belanjawan kali ini, Yang Amat Berhormat telah meluluskan ataupun telah membentangkan supaya semua Ahli Dewan Negeri boleh duduk bersama dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah.
Memang pandai orang dulu-dulu berkata, buat perbidalan bagi betis, nak paha. Tahun ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor umum lagi dan beri lagi, bukan sahaja beri tapi dengan tambahan pula, tahun lalu RM150,000.00, tahun ini RM200,000.00 tak cukup RM200,000.00 ditambah lagi peruntukan perayaan, untung-untung. Menteri Besar Negeri Johor, sanggup berkorban membentang belanjawan defisit kerana beri pihak di sana peruntukan tetapi ingat sebenarnya itu untuk kepentingan warga rakyat Johor. Saya tak tahulah Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, dapat ke tak, dia senyap aje. Nampak macam tak dapat, sebenarnya dia dapat berganda-ganda rupanya.
Ya ke Yang Berhormat?
Saya tak tahulah, arwah ayah saya masa jadi ADUN, lama, masa itu DAP itu diwakili oleh Lee Kaw, saya rasa semua orang kenal, tapi dia tak pernah dapat peruntukan. Lee Kaw ni berpenggal-penggal jadi Wakil Rakyat di Kluang bukan sahaja ADUN malahan Ahli Parlimen, tapi dia tak pandai mengecek, dia tak pandai meminta, dia sendiri mempertarungkan nyawa dia kerana dia sedia berkorban untuk rakyatnya.
Masa tu, kenapa BN tak bagi pada dia, Yang Berhormat?
Tak dengarlah, Tuan Speaker.
Masa tu, kenapa kerajaan tak bagi kepada Lee Kaw tu?
Aha, masa tu kenapa kerajaan tak bagi, itu kemuliaan diorang lah, saya tak tahu nak cakap kenapa pula, saya nak tanya pun arwah bapa saya pun dah tak ada.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pantun saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ikhlasnya menjadi budi, hidupnya terus berbakti, jiwanya tidak menguasai diri, untuk negeri yang dicintai. Saya harap masa Yang Amat Berhormat menggulung walaupun mungkin Yang Amat Berhormat tak ada, SETPOL ambil catitan, balas balik pantun saya ni, bukan senang orang Arab nak berpantun Tuan Speaker. Peruntukan ini adalah hak rakyat, jadi kembalikan kepada rakyat, Penawar yakin dan percaya bahawa setiap daripada kita telah diberi kepercayaan yang mutlak oleh masyarakat di kawasan kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selari dengan itu, ingin saya menjentik semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ada dalam Dewan yang mulia ini, gunakanlah sebaiknya peruntukan yang diberi ini untuk kebajikan, kemajuan, kemakmuran bangsa Johor. Jangan ada di antara kita yang menggunakan peruntukan tersebut untuk parti, kepentingan parti kalian dan ketepikan kebajikan bangsa Johor. Ingat, bukan untuk makan dan isi kocek sendiri, ianya untuk rakyat bangsa Johor, saya ulangi ianya untuk rakyat bangsa Johor. Pengundi Yang Berhormat walaupun dulu dia tak undi parti Yang Berhormat tapi ingat dia adalah rakyat Johor, dia adalah bangsa Johor. Jangan tinggalkan rakyat yang tidak menyokong kita, kerana mereka amat memerlukan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ikut dan tauladanilah sikap terbuka dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Inilah cara muafakat Johor yang sentiasa bersatu hati dalam menjaga kebajikan bangsa Johor. Nikmat ini kita tidak dapat rasai jika kerajaan sebelum ini yang memegang tampuk kepimpinan. Pantun kedua saya Yang Berhormat Speaker, tudung dikait berwarna merah, dipakai dara buat perhiasan, permata berkilau MB hadiahkan, jangan tuba diberikan balasan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya beralih kepada bidang pendidikan. Bidang pendidikan adalah satu bidang yang tidak boleh dipandang enteng oleh sesiapa sahaja. Kemenjadian dan kepimpinan anak bangsa akan terserlah apabila bidang ini berjaya, mencapai falsafah pendidikan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Inisiatif yang dibentangkan ini amatlah baik dan perlu diperkasakan perlaksanaan dengan semaksimum mungkin, sebagai contoh program kaunseling dan motivasi seperti yang dinyatakan ini menjadi salah satu tunjang kepada pengurusan emosi anak-anak bangsa Johor yang terkesan dari segi mentalnya akibat pembelajaran dan pengajaran PdPR yang dilaksanakan secara maya.
Jika dipetik melalui statistik yang dikeluarkan oleh tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia pada tahun 2019, hampir setengah juta rakyat Malaysia mengalami simptom tekanan yang melibatkan separuh daripada jumlah tersebut adalah individu yang berusia 14 tahun. Dengan inisiatif kerajaan negeri diharapkan kadar peratus dapat menurun daripada masa ke semasa. Oleh yang demikian, peruntukan yang di fokus pada pendidikan ini, perlulah dilaksanakan mengikut kepada pecahan yang telah dianjurkan. Pendidikan yang jitu kepada anak bangsa akan memberi impak yang positif pada masa depan negara.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Penawar juga menyeru supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bersama-sama berganding bahu, berganding tangan memantau
perjalanan perlaksanaan peruntukan pendidikan ini. Mungkin juga kita boleh menambah baik elemen-elemen baru ini sebagai contoh melantik beberapa badan yang berada dalam organisasi seperti pertubuhan wanita, pertubuhan puteri, pertubuhan pemuda, pertubuhan rukun tetangga dan sebagainya untuk turut sama terlibat secara langsung dalam merealisasikan inisiatif yang dirangkakan. Pecahan boleh dilakukan dalam memantau setiap pelaksanaan seperti modul Lindungi Permata Johor selari dengan itu pasti hubungan di antara masyarakat, pemimpin masyarakat dan Wakil Rakyat akan lebih kukuh dan harmoni.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan Penawar mengolah kaedah pelancongan, ke arah pelancongan. Nama Penawar, bukan sahaja nama tempat itu, malahan nama Wakil Rakyatnya juga, satu nama yang tak asing bagi semua orang terutama dalam Dewan dan bagi Penawar, Bandar Penawar tidak asing bagi industri pelancongan dan kepada kita semua kawasan Penawar, sebut Penawar orang tak tahu, orang kenal Desaru, Penawar tu Desaru, Desaru tu Penawar. Merupakan salah satu kawasan yang menjadi pusat tumpuan pelancongan, dengar betul-betul EXCO Pelancongan. Disebabkan oleh keadaan geografinya yang mempunyai lautan yang terbentang luas. Oleh yang demikian, amatlah dekat bagi Penawar sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam bumi bertuah Desaru yang merupakan pusat pelancongan antarabangsa. Sebab itu bila Yang Amat Berhormat sebut peruntukan yang besar bagi sektor pelancongan bukan sahaja untuk-untuk EXCO mengagihkan malahan Penawar juga menumpang untungnya sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk sama-sama mentadbir urus kawasan di bawah jajahan Kota Tinggi – Desaru maka sudah seharusnya Penawar menyambut baik inisiatif khas yang diumumkan oleh penggiat industri pelancongan dan rancangan sektor pelancongan negeri Johor. Bak kata pepatah, ‘kecil tapak tangan, lautan luas Penawar tadahkan’.
Saya terima kasih dengan EXCO, EXCO tengok saya gitu. Maknanya dapatlah tu apa yang saya mohon ini. Inisiatif ini sebenarnya telah mengukir senyuman yang indah buat bangsa Johor terutamanya di kawasan Penawar. Walaupun tua tapi manis, kerana kedukaan telah diubati dengan suntikan semangat.
Yang Berhormat, biarlah orang lain yang puji.
Lambat sangat. Zaman sekarang ekspres, zaman sekarang pakai TV, jalan. Jadi, kena angkat bakul, bakul angkat sendiri. Saya ulangi, kerana kedukaan telah diubati dengan suntikan semangat untuk keluar daripada kesengsaraan dek kerana COVID-19 yang menyebabkan sektor ini terjejas teruk.
Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan ini telah menjadi satu pemangkin kepada Penawar bagi mempertingkatkan, memperluaskan serta menjadikan lebih terkenal dengan sektor hab pelancongan yang mampu menjulang nama baik Johor. Izinkan Penawar menawarkan diri. Dah Penawar, tawar pulak diri. Tak dapat tak patut. Supaya pelancongan dalam kawasan Penawar bukan sahaja dibangunkan di kawasan sebelah Timur melalui Khazanah tapi perlu juga dibangunkan kawasan pelancongan kampung tradisi. Kita dah ada tempat, duit saja belum ada. Di kampung Tanjung Buai, yakni kampung tradisi di kawasan Penawar. Dan kawasan pelancongan yang kedua yang Penawar ingin menyuarakan ialah kawasan pelancongan Orang Asli di Kampung Sungai Layau. Dua kawasan ini mempunyai potensi dan keunikan tersendiri serta mempunyai ekosistem semulajadi yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara. Bagi merancakkan pelancongan di kawasan Penawar dengan peruntukan yang ada, ini perancangan pembangunan sektor pelancongan sebagai hab pengumpulan pelancongan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, harapan Penawar agar tahun 2022 memberikan ruang untuk Penawar terus menjadi pusat pelancongan yang berdaya maju dan sekaligus dapat menambah ekonomi orang kampung dan Orang Asli. Selain daripada itu, Penawar juga mohon peruntukan bagi membina restoran yang akan dikelolakan oleh pelajar-pelajar PDK dalam kawasan DUN Penawar. Tapak dah ada Yang Berhormat. EXCO tidak ada masalah,
duit sahaja bagi. Hanya tinggal duit untuk bangunan dan modal, lain semua akan diuruskan oleh PDK.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Perkara 6.2.9. berkenaan Belia. Penawar mencadangkan kepada kerajaan negeri agar memberi peruntukan kewangan terus kepada badan induk pertubuhan belia yang berdaftar secara sah seperti Majlis Belia Daerah, Majlis Belia Negeri. Ini penting, agar persatuan belia dapat memainkan peranan penting dalam mentadbir urus persatuan yang lebih efisyen dan cekap sehubungan dasar kepimpinan belia selaras dengan Akta 6648 Pindaan 2019.
Penawar juga ingin menyarankan kepada Yang Berhormat EXCO Belia, pandang dan teliti semulalah had umur menjadi ahli belia 30 tahun. 30 tahun lelaki baru nak matang, dah kena berhenti jadi belia. Dia baharu sahaja nak membetulkan kedudukan, lepas habis belajar, kedudukan hendak berkahwin dan sebagainya baharu nak belajar jadi pemimpin, dah disuruh berhenti kerana umur dah 30 tahun. Jadi Penawar mengharapkan perlu dikaji semula supaya had umur ini dikekalkan sehingga 40 tahun kerana sesuai bagi orang muda untuk bergiat aktif dalam persatuan setelah mereka selesai mengurus tadbir diri mereka sendiri. Bak kata pepatah Inggeris, ‘mens begin at 40’, dengan izin.
Bagi memantapkan peranan belia sebagai pelbagai pemimpin dan agen perubahan pada masa akan datang. Mencadangkan agar kerajaan negeri juga menjemput wakil belia sebagai Ex-Officio bukan sahaja pihak di sana, belia juga harus diketengahkan supaya mereka tahu bagaimana menguruskan pentadbiran negara, setelah kita tidak ada nanti. Sekarang jangan ambil, setelah kita tidak ada. Dalam organisasi pentadbiran daerah, seperti Jawatankuasa Tindakan Daerah, ini penting agar segala permasalahan yang melibatkan kepentingan belia dapat diselesaikan lebih tuntas dan secara tidak langsung kepimpinan belia faham tentang pentadbiran daerah dan segala bentuk perancangan supaya mereka lebih bersedia untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perancangan pihak kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, rupanya lama lagi rupanya Tuan Speaker. Saya tengok baru 23 minit.
Kalau, kalau dah habis point berhenti sajalah.
Kenapa?
Teruskan. Teruskan.
Belum, mana boleh berhenti. Saya merujuk kepada Perkara 6.2.1. Johor Tani. Umum mengetahui bahawa pelbagai kemudahan dan peruntukan disediakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam mendepani isu dan permasalahan yang terdapat di negeri Johor dan khasnya DUN Penawar. Ramai penduduk di kawasan Penawar yang mengadu bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan dari segi peruntukan untuk bercucuk tanam. Oleh hal yang demikian, sebagai ADUN menjadi kewajipan Penawar membawa suara rakyat terutama suara Anak Muda Johor dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Pertama, di Penawar terdapat beberapa kawasan pertanian. Isu yang penawar cuba bangkitkan adalah supaya agensi dalam kawasan Penawar terutama berkaitan dengan pertanian seperti KEJORA, Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian dapat membantu dan membimbing rakyat kawasan Penawar bagi merealisasikan harapan penduduk yang membangunkan perniagaan berasaskan pertanian dengan menyewa dan memajakkan tanah mereka, mewartakan ataupun menawarkan tanah mereka kepada golongan muda yang tidak diguna pakai oleh mana-mana agensi kepada orang Penawar khasnya Orang Muda Johor untuk diusahakan.
Kedua, diharapkan agensi-agensi yang menawarkan pajakan tanah dapat mengkaji semula dan kaedah yang sesuai bagi memastikan golongan-golongan yang menceburkan diri terutamanya anak muda dalam bidang pertanian tidak tertekan dek kerana bayaran pajakan yang saya rasa keterlaluan.
Ketiga, jangan tawarkan khusus kepada golongan kayangan yang mampu untuk memiliki kawasan tersebut.
Yang keempat, di samping itu, agensi-agensi yang menawarkan sewaan dan pajakan tanah ini perlu membuat kajian latar belakang pemohon bagi memastikan tiada pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan di atas tawaran dan kemudahan yang diberikan.
Kelima, di samping itu, pihak Pertubuhan Peladang juga boleh membantu petani-petani dalam mengembangkan sektor pertanian mereka. Saya sedar, Pertubuhan Peladang mempunyai tugasan mereka, namun Pertubuhan Peladang juga boleh membimbing usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan cara mengadakan program Mentor dan Mentee. Ini tidak dapat dinafikan ramai usahawan-usahawan yang berjaya di bawah bimbingan beberapa agensi. Diharapkan agensi-agensi yang terlibat perlu membuat pengkhususan yang lebih dalam bagi memastikan setiap perancangan yang terancang membuahkan hasil yang positif.
Keenam, baru-baru ini Kementerian Kewangan telah mengumumkan sebanyak RM34 juta kepada negeri Johor bagi sektor pertanian dan industri asas tani. Bagi melaksanakan Program Jalinan Bekalan Makanan melalui Jana Semula Ekonomi Negara menerusi pelan ini sebanyak RM16 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Johor. Dengan adanya peruntukan ini, diharapkan pihak kerajaan khususnya agensi yang terlibat dapat memperkasakan sektor pertanian sebagai Zon Pengeluaran Makanan Negara dan Food Security bagi negeri Johor.
Ketujuh, saya mengharapkan agensi yang terlibat, sebulat suara membantu mereka dalam mengembangkan projek pertanian mahupun mereka yang baharu menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Penawar merujuk Perkara 6.2.3. Johor Niaga. Sekalung terima kasih Penawar kepada Belanjawan Johor di bawah cetusan ilham Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Di atas keprihatinan membantu penjaja, peniaga kecil serta PKS dengan pengecualian bayaran pembaharuan lesen, sewa premis dan sebagainya di bawah agensi kerajaan. Terima kasih kepada agensi seperti MARA, PBT dan sebagainya, walaupun mereka dapat pulangan kembali daripada kerajaan negeri. Jika ada peniaga yang baharu mula bertatih, agensi tersebut perlu membantu dan memberikan tunjuk ajar dari zero ke hero. Dalam masa yang sama, Penawar mengharapkan agar peniaga kecil yang berpayung tidak diabaikan. Ada kemungkinan ini adalah tapak permulaan mereka melalui kehidupan baharu selepas COVID-19 ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Penawar merujuk kepada Perkara 6.2.4.3 Jalan Raya Dan Jambatan. Penawar tidak terlepas daripada masalah infrastruktur maka Penawar merayu agar peruntukan RM900,000.00 bagi membina lampu simpang dan sebagainya, jangan ditinggalkan Penawar. Banyak kawasan N38 memerlukan peruntukan ini. Jangan diabaikan walaupun kita jantina lain, tetapi keutamaan adalah untuk rakyat negeri Johor.
Merujuk kepada Perkara 6.2.4.4. Program Khas Rumah Johor. Penawar mengharapkan supaya Rumah Generasi Kedua kepada anak FELDA yang telah diluluskan di FELDA Air Tawar 4, FELDA Air Tawar 5 dan FELDA Sungai Mas berkenaan perumahan kerajaan negeri telah memberikan kelulusan supaya mereka-mereka ini juga diberikan sama seperti mereka-mereka yang duduk di luar FELDA. Fikirkanlah, bagaimana cara untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membayar premium tanah dan kemudahan asas infra seperti jalan raya, api, air dan ada di antara anak generasi ini terdiri daripada golongan B40
dan M40. Maka mereka tidak boleh ambil loan, banyak sangat sekatan-sekatan yang akan dikenakan kepada mereka. Adalah cantik kalau mereka ini diberi ruang untuk mendapat bantuan Program Khas Rumah Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi pembangunan dalam FELDA perlu dilakukan back up plan untuk generasi kedua, ketiga, jika projek Rumah Generasi Baru FELDA gagal. Maka, kerajaan negeri melalui EXCO Perumahan boleh ambil alih dengan mendirikan rumah teres daripada rumah sebuah-sebuah yang akan diberikan kepada generasi kedua.
Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kalam, izinkan Penawar menyuarakan beberapa cadangan untuk kesejahteraan, kemakmuran dan keperluan masalah serta pembangunan dalam kawasan DUN N38 Penawar.
Pertama, pembangunan kawasan DUN Penawar. Bangunan sekolah agama kedua, YB EXCO Agama. Bangunan sekolah agama kedua bagi Bandar Penawar perlu dibina segera memandangkan sekolah agama sedia ada tidak boleh lagi menampung kepadatan pelajar. Maklumlah orang FELDA tidak ada kerja masa COVID, faham-faham sajalah. Memandangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di kawasan Bandar Penawar, maka perlu kemudahan seperti bangunan hab perniagaan dan kemudahan perkhidmatan seperti Bangunan Arked MARA bagi menempatkan agensi-agensi perkhidmatan yang boleh memudahkan masyarakat berurusan. Selain daripada itu untuk destinasi pelancongan perlu ada gerai-gerai perniagaan di tepi jalan utama untuk memudahkan pelancong dari luar membeli juadah makanan dan barangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, wujudkan, Penawar juga mencadangkan untuk mewujudkan pusat pemakanan medan ikan bakar, pusat memancing, maklumlah baru bermalam di Melaka terasa teringin macam mana keadaan Melaka, ikan bakar dibuat. Terasa teringin macam mana teraturnya kedai mereka, begitulah keinginan ADUN Penawar.
Penawar juga mengharapkan pembinaan segera kampus luar Universiti Teknologi Mara di tanah UTM di Jalan Balau, supaya benda ini dapat disegerakan. Marilah sama-sama kita mendoakan agar sahabat kita Yang Berhormat Kempas diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Yang Berhormat Kempas. Apa bantuan yang boleh kerajaan negeri beri kepada kakitangan dan penjawat awam negeri Johor yang mempunyai suami isteri atau anak OKU yang tidak dapat elaun daripada JKM? Ini adalah kerana, dia memang kadang-kadang grednya baik, gajinya pun baik tetapi tanggungannya sehingga mereka terpaksa mencari jalan lain untuk membantu keluarga terutama keluarga yang mempunyai suami yang terlantar ataupun anak-anak OKU.
Penawar juga mengambil kesempatan ucap terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi bonus, bonus setengah bulan gaji pada kakitangan awam tapi saya tak dengar, ADUN-ADUN dapat ke? Tak berani dia orang jawab Yang Berhormat Tuan Speaker. Penawar ingin mencadangkan benda ini adalah perkara yang baik tapi harus dipenambahbaikkan. Penawar mencadangkan supaya mereka ini juga diberikan elaun khas cermin mata setiap tiga tahun sekali sebagaimana syarikat-syarikat GLC buat kepada kakitangan mereka. Akhir sekali, saya dengan rasa rendah diri dengan penuh penghormatan dan penghargaan mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua frontliner, anggota keselamatan, kesihatan, penghantar makanan dan seluruh yang terlibat setiap hari berdepan risiko COVID-19 demi menjaga kesejahteraan rakyat. Dan dengan bangganya COVID-19 negeri Johor dapat dikawalkan.
Yang Berhormat sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bertungkus lumus menjalankan tugas rasmi kita sebagai orang yang dipilih dalam PRU-14. Kita lupakan permasalahan antara parti dan kita teruskan usaha untuk membantu sehabis baik. Pengundian telah memberi undi dan amanah kepada kita. Pantun yang ketiga dan keempat sebelum saya duduk. Biar pendiam tapi berisi, biar berkata tanpa isi, biar usaha menjadi bukti, itulah Hasni nama diberi. (Ketawa).
Lain macam aje.
Nak puji Yang Berhormat Tuan Speaker, tak berapa kenal, tak berani. Sungguh cantik kain pelikat, raginya halus dibentang lebar, janji pemimpin berjiwa rakyat, kritikan pembangkang, tetap bersabar.
Dengan ini Penawar mencadang supaya Rundingan Belanjawan Johor 2022, “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 18.11.2021 disokong oleh semua pembahas kita, sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih kepada Penawar dengan pantun-pantunnya ye. Seterusnya saya persilakan Johor Lama. 15 minit.
Berapa minit Yang Berhormat Tuan Speaker ?.
15 hingga 20. 15 hingga 20. Ya?
Eh, bukan saya menyokong ke ucapan.
Saya sebut tadi 15 hingga 20. Silakan, silakan.
Bismillahirrahmaanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. (Bacaan doa).
Buat pertamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari esok 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga dibawah naungan Tuanku negeri Johor bertambah aman makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana pada hari Khamis 18 November 2021, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri untuk tahun 2022 dengan penuh yakin dan beriltizam. Johor Lama menyifatkan belanjawan ini sangat bersesuaian dengan situasi pada ketika ini. Di mana dalam tahun semasa ini, telah berlaku suatu perubahan yang amat besar dan ketara dalam kehidupan setiap daripada kita. Sama ada seseorang itu yang kaya raya, seorang yang hidupnya senang, seseorang yang sederhana, apatah lagi kepada seorang yang miskin. Seorang ibu tunggal, seorang ibu tua dan tiada pendapatan langsung. Semua di kalangan kita, di kalangan mereka menghadapi saat sukar dan amat menyulitkan. Begitu juga pada pandangan saya dengan pendapatan negeri kita mungkin suatu ketika dulu, bila mana semua sektor bergerak dengan maju dan berjaya. Sektor pelancongan mengamit pelancongan, mengamit pelancong dari serata dunia. Sektor perniagaan makanan semuanya berkembang. Sektor peruncitan, sektor perkilangan semuanya berdaya saing. Kita memiliki simpanan tabungan dan baki kewangan yang mencukupi dan melimpah ruah tetapi kini kejayaan indah ini perlu diteroka semula, perlu dibangkitkan semula. Perlu digerakkan semula dengan apa cara sekalipun. Walaupun dengan merangkak tapi saya amat yakin berkat kerjasama semua pihak khasnya dari penjawat awam, Wakil-Wakil Rakyat dan seluruh masyarakat Johor. Dan seluruh masyarakat, Johor akan kembali ke landasan yang tepat dan sewajarnya.
Justeru tidak hairanlah dan amat munasabah pada pandangan saya, bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan belanjawan yang bersifat defisit untuk tahun 2022. Pendirian Yang Amat Berhormat dan kerajaan yang berterus terang di dalam menyatakan keupayaan kerajaan pada hari ini sangat dipuji. Kerana ianya lebih baik berketulusan ini dipamerkan, ditunjukkan agar rakyat mengetahui dengan jumlah kewangan, jumlah tabungan dan jumlah pendapatan yang terbatas dan terhad ini namun kerajaan masih mampu menguruskan sebuah negeri yang mempunyai penduduk yang ramai dan tanggungjawab yang juga besar.
Walau bagaimanapu,n kita melihat bahawa unjuran hasil dan pendapatan kerajaan dengan perbelanjaan tidak dapat diseimbangkan memandangkan untuk memperhebatkan kesejahtaraan rakyat, kerajaan perlu mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang agak besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, raja dan rakyat berpisah tiada. Masalah rakyat dikongsi bersama. Rakyat mengangkat sistem beraja, negeri Johor makmur sejahtera. Sejarah kepimpinan Johor yang panjang meletakkan Johor sebagai sebuah negara yang mencapai berimpak tinggi dan diteladani oleh banyak negeri, wilayah khususnya di alam Melayu. Hari berganti hari, peralihan masa menyebabkan Johor tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai cabaran. Perubahan semasa dunia menjadikan Johor terkesan terutamanya pandemik COVID-19 dan merancakkan varian baru dan melemahkan sosio ekonomi masyarakat. Hidup mesti diteruskan, pandemik COVID-19 perlu ditangani. Syukur alhamdulillah kerajaan Johor berjaya menangani dengan kadar penerimaan vaksin yang tinggi dan kadar pematuhan SOP yang meningkat. Tahniah di atas pengorbanan warga barisan hadapan frontliners.
Justeru dalam usaha untuk memulihkan ekonomi sekaligus akan mensejahterakan ekonomi rakyat. Kerajaan telah mengambil langkah pendekatan emphasize dalam usaha mendorong memberi inspirasi, motivasi, insentif dan momentum untuk memasarkan kepada belanjawan yang berfokus. Pertama, memperkasa perlindungan sosial dan pemerdayaan modal insan. Kedua, mempertingkatkan jaminan bekalan makanan Johor. Ketiga, memperluaskan pendigitalan. Keempat, memperbaharui ekosistem pelaburan dan ekonomi hijau. Strategi kerajaan Johor yang saya dapati ialah mengoptimumkan segala sumber yang ada kepada kerajaan negeri.
Yang kedua belanjawan hari ini berkonsep counter cyclical spending, ke arah pemulihan ekonomi secara beransur-ansur. Dan, Johor bakal mendapat peruntukan dari kerajaan persekutuan yang dianggarkan sebanyak RM4.6 bilion sebagai perbelanjaan Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ke-12 yang melibatkan projek-projek pembangunan dan infrastruktur. Dengan ini Belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan mengembang dalam usaha menjayakan pelbagai inisiatif dalam merealisasikan objektif belanjawan kerajaan negeri yang tidak bersendirian. Kerajaan menggunakan konsep Muafakat Itu Berkat. Dalam usaha bekerjasama mengembeling tenaga untuk menjayakan Pelan Pembangunan Ekonomi. Untuk merealisasikan belanjawan dan memastikan prinsip semangat pendemokrasian kerajaan banyak memberi inisiatif dalam pelbagai bidang. Contohnya, dalam bidang politik. Kerajaan bersetuju bahawa semua Wakil Rakyat, sama ada wakil kerajaan atau pun wakil pembangkang akan menerima peruntukan tetap sebanyak RM200,000.00 dan tambahan RM50,000.00 untuk sambutan perayaan dan sebagainya. Di sini saya ingin mencadangkan supaya peruntukan ini bolehlah diberikan terus kepada Wakil-Wakil Rakyat dan dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima NGO dalam bentuk sumbangan wang tunai atau pun geran sama ada RM1,000.00, RM2,000.00 atau RM3,000.00. Dan mungkin peruntukan-peruntukan kecil, Wakil-wakil Rakyat boleh memanjangkan kepada PBT atau pun Pejabat Daerah sebab jika RM200,000.00 ini diberikan kepada Wakil Rakyat tetapi dalam masa yang sama Wakil Rakyat meluluskan peruntukan contohnya RM10,000.00 untuk sekolah dan sebagainya tetapi projek-projek ini diuruskan oleh Pejabat Daerah sedangkan kita sebagai Wakil Rakyat tidak tahu bagaimana prosesnya dan kita tahu
kebanyakan peruntukan ini tidak sampai keseluruhannya kepada rakyat. Baru-baru ini kita dengan, bahawa kalau RM10,000.00, 30% dah dicukai oleh pembekal atau pun kontraktor. Jadi maksud saya, duit kerajaan yang diberi kepada kita tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat. Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat juga diamanahkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengenepikan sentimen politik assabiyah dan mengamalkan sikap minda terbuka secara berlapang dada demi kesejahteraan rakyat. Saya bersetuju di peringkat daerah juga, semua Yang Berhormat Pembangkang dijemput untuk menyertai Mesyuarat Tindakan Daerah. Jelas di sini bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar mementingkan kesejahteraan rakyat dari isu-isu dan masalah lain yang remeh temeh yang tidak berkaitan dengan kesejahteraan rakyat.
Di sini, saya ingin menegaskan marilah kita bersama-sama untuk menolak segala anasir buruk dari luar yang cuba menghasut, mencabar serta mengadu domba perjalanan perlaksanaan kerajaan kita pada hari ini. Ibarat peribahasa, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Ni, pemimpin besar bergaduh, rakyat pula yang akan menerima kesusahan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang ekonomi pula saya melihat bahawa kerajaan negeri beriltizam menjadikan negeri Johor sebagai hab makanan untuk pasaran domestik, serantau dan antarabangsa dengan membangunkan Industri Agro Makanan Johor yang mampan dan berdaya saing. Kerajaan Johor mencadangkan melalui Perancangan Ekonomi Negeri Johor akan memperkasakan pelaksanaan program zon pelaburan makanan, zon tanaman makanan dan taman kekal pengeluaran makanan di seluruh negeri Johor.
Inspirasi Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperkasakan perlaksanaan hab makanan dan perlunya kerajaan menyimpan makanan ada kaitannya dengan al kisah Nabi Yusuf AS, yang mentafsirkan mimpi kaumnya dan daripada takwil mimpi itu Nabi Yusuf mengatakan agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun berturut-turut sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu membiarkan di tangkainya untuk kamu makan, kemudian setelah itu akan datang tujuh tahun yang sangat sulit yang menghabiskan apa yang kamu simpan, untuk menghadapi tahun sukar kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan. Ini merupakan jaminan yang baik, yang diilhamkan oleh pihak kerajaan oleh Yang Amat Berhormat untuk mengesan permasalahan yang akan dihadapi pada masa hadapan. Ianya juga memberi impak besar untuk rakyat tempatan dan kawasan persekitarannya.
Kerajaan mengambil langkah dengan memperluaskan pendigitalan Johor sebagai aktiviti seharian dan gaya hidup norma baru secara dalam talian termasuk aktiviti perniagaan. Keadaan ini dapat memperkukuhkan dan berkeupayaan menjalankan mandat, misi dan sasaran. Tidak kira di bandar atau di desa perniagaan secara online yang menggunakan Internet dan talian mudah alih semakin menjadi pilihan. Tak kiralah seorang remaja atau orang dewasa, perniagaan seperti ini menjadi trend yang cukup luar biasa. Manakala pelajar sekolah yang menggunakan dan talian telefon semasa PdPR memerlukan pembukaan lebih banyak pencawang yang perlu dibangunkan dengan segera contoh di kawasan saya, masalah di Gugusan Lok Heng dan persekitaran Sungai Johor kelembapan Internet ini telah mengganggu proses PdPR hampir selama 2 tahun dan juga peniaga-peniaga yang menggunakan talian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang ekonomi juga kerajaan telah memperkasakan perlindungan sosial dan membudayakan modul insan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dan wanita. Perlindungan ini sebagai persediaan terutama pada waktu kritikal. Kerajaan amat terkesan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutama masyarakat luar bandar melalui projek ekonomi rakyat dan kumpulan sasar. Melalui projek ini dapat memberi peluang pekerjaan dan sektor tani secara kecil-kecilan kepada komuniti setempat tanpa mengira kaum, gelandangan dan OKU. Kerajaan Johor berusaha merancakkan lagi aktiviti pelaburan di Johor untuk menarik pelaburan pelabur-pelabur luar.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan merangka road map ekonomi hijau dan Johor Green Deal pada tahun hadapan. Johor amat menitikberatkan pertumbuhan ekonomi yang menekankan aspek pemeliharaan alam sekitar. Jadi, saya bila sebut soal alam sekitar ni, saya memohon kepada pihak BAKAJ ataupun pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan beberapa projek di persisiran sungai khasnya di kawasan Loji Lok Heng. Saya dapati pihak BAKAJ dan FELDA telah meluluskan satu kawasan untuk perlombongan pasir. Sedangkan pihak BAKAJ dan FELDA sendiri tahu bahawa kawasan Lok Heng merupakan kawasan yang kritikal dengan masalah air. Dua bulan yang lepas, empangan untuk pengaliran sisa air perlombongan pasir ni telah pecah dan masuk ke kawasan loji. Jadi adakah pihak BAKAJ tidak memikirkan masalah rakyat sedangkan mereka tahu kawasan Lok Heng ini memang menghadapi masalah air yang sangat teruk.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Johor merupakan sebuah negeri yang terlibat yang secara langsung dengan pelancongan untuk memantapkan bidang ini kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mempergiat industri pelancongan dan rangsangan sektor pelancongan, jadi termasuk di Kota Tinggi. Kota Tinggi setiap minggu pada hari ini ramai rakyat yang berkunjung ke daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi memiliki pantai dan lautan yang luas, sungai dan sejarah, gunung dan air terjun dan juga tempat yang selamat untuk para pekerja tinggal di Kota Tinggi. Rungutan daripada pelancong yang datang ke Desaru, ke pantai-pantai ini dan juga pekerja-pekerja yang berulang alik dari Kota Tinggi ke Johor Bahru, menghadapi dan berdepan dengan sekatan jalan raya. Kalau pekerja setiap hari sekatan jalan raya yang diadakan di PULADA ataupun di Jambatan Desaru – Senai yang terkadang memakan masa yang agak lama dan meletihkan. Mungkin pihak keselamatan ada cara lain yang lebih efisien, lebih profesional untuk membanteras penyeludupan manusia ataupun PATI dan jenayah di Kota Tinggi ataupun menyediakan lorong khas kepada pekerja yang mempunyai sticker yang dikeluarkan oleh pihak Polis dan juga kepada pelancong-pelancong supaya perjalanan mereka tidak disekat dan dihalang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut Mutiara Saujana, jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini. Ada bekas-bekas pemimpin negara jiran kita pernah mengucapkan, mengungkapkan berikanlah saya 10 belia waja nescaya akan saya gegarkan dunia. Remaja berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Langkah kerajaan mensasarkan 1.5 juta golongan belia dan memperuntukkan RM42.5 juta untuk melaksanakan inisiatif menyokong penglibatan dan pembangunan sektor ekonomi dan belia.
Johor amat prihatin terhadap memastikan kesejahteraan rakyat memberi tumpuan kepada lapisan masyarakat, meliputi kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga tua dan Orang Kurang Upaya. Saya amat tertarik pendekatan baru Yang Amat Berhormat untuk membantu anak-anak yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapa mereka akibat COVID-19 dengan memberi pelbagai bantuan dan sokongan. Rasullullah SAW memberi jaminan, bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah setaraf dengan pahala dengan orang yang berjihad bersama dengan bangun di waktu malam bertahajud dan berpuasa di siang hari, kemudian dilanjutkan dengan berjihad ke jalan Allah SWT. Semua orang yang selalu berbuat kebajikan dengan cara menyantuni anak yatim, mereka akan mendapat pahala yang sangat besar tidak hanya saat hidup di bumi namun juga saat di akhirat nanti.
Keprihatinan Johor melalui Program COMB (Mencari Orang Memerlukan Bantuan) memberikan ruang dan usaha, tidak duduk diam untuk terus membantu ini merupakan satu usaha yang baik lebih lagi kepada masyarakat yang terkesan pandemik COVID-19 yang menjadikan rakyat miskin tegar dalam sekelip mata. Saya berpandangan program e-Kasih tidak valid lagi untuk golongan ini pada masa kini, sebenarnya masih ramai yang tidak didaftarkan secara rasmi dan tahap kemiskinan dan kemampuan mereka tidak dapat diukur dengan tepat akibat ada yang kehilangan pekerjaan tiba-tiba, ada yang kematian ketua isi rumah secara mengejut akibat COVID-19.
Kebanyakan rakyat memerlukan bantuan secara dalam bentuk wang tunai antaranya Bantuan Kasih Johor, bantuan awal persekolahan, skim bantuan pendidikan dan pinjaman pelajaran. Kerajaan berjaya memberi bantuan dan dapat meringankan bebanan rakyat yang terhimpit. Kesimpulannya, agenda kerajaan amat prihatin ini membantu memulih dan memperhebatkan semula sektor ekonomi secara menyeluruh ibarat pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Mendepani kehidupan terlalu banyak cabaran, kalau tidak pandai mengatur. Hidup tidak jadi tersasul, lebih baik hidup berdikari tidak melebihi kemampuan diri. Terlalu memanjangkan harapan, itulah yang banyak mengecewakan. Terlalu tinggi kita mendaki, menjadikan kita lupa diri. Orang bijaksana selalu waspada, lebih suka memenuhi ilmu di dada. Lebih baik banyak diam, daripada berkata memudaratkan. Elak dari hasad dengki itulah yang merosak diri. Kita hidup dalam masyarakat, biar ringan tulang empat kerat. Bila kita berjiran tetangga, ambil cakna tegur sapa. Susah senang bala menimpa, jiranlah pertama beri kerjasama. Biar lebih banyak memberi, itulah membahagiakan akan diri, agar hidup dalam berkat hendaklah selalu nasihat menasihat, Quran hadis teman terdekat, insya-Allah hidup dalam hidayat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Johor 2022. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Johor Lama, seterusnya saya mempersilakan Bukit Batu, jemput.
Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam cara Johor. Pertama, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker, kerana benarkan saya untuk berucap kepada sesi pagi ini, kita pun tidak tahu ada berapa peluang lagilah untuk ucap kat Dewan ni memandangkan keputusan Melaka semalam, mungkin pilihan raya pun tak lama lagilah. Kemungkinanlah eh. Tuan Speaker...
Yang Berhormat nak cepat ke nak lambat?
(Ketawa). Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Dewan ni kita ada 56 orang Ahli, Wakil Rakyat, Yang Berhormat, yang telah dipilih oleh rakyat untuk masuk dalam Dewan ni, untuk membawa isu-isu dan suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Ini adalah salah satu tanggungjawab yang penting, yang dipikul oleh sesiapa yang dilantik sebagai Wakil Rakyat. Selain daripada itu, 56 orang Ahli ini juga memikul satu tanggungjawab iaitu daripada 56 orang ni, salah seorang akan mendapat kepercayaan majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar Johor dan seterusnya tubuhkan kerajaan negeri yang baru. Ini adalah termaktub di klausa 4 Bab 2 dalam Rang Undang-Undang Pertubuhan Negeri Johor, Law Of The Constitution Of 1895.
Biasanya dan memang umumnya selepas merdeka, cara pelantikan ni adalah sama, adalah umum, iaitu kita undi pilihan raya, lepas pilihan raya, pihak parti atau gabungan politik yang menang akan tubuhkan kerajaan yang baru itu lazimnya, itu umum, sejak merdeka itulah caranya. Dan, kali terakhir ye sistem ini digunakan adalah pada 9 Mei 2018. Bila rakyat Johor telah memilih gabungan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu di negeri Johor. Tapi malangnya, amalan ini telah tiba-tiba stop bila atas pengkhianatan, atas sikap-sikap ahli politik tertentu. Orang yang telah dipilih oleh rakyat atas bendera Parti Keadilan Rakyat, atas platform Pakatan Harapan telah membuat pengkhianatan bukan sahaja kepada parti, bukan sahaja kepada rakan kerja, bukan sahaja kepada kawan tetapi kepada rakyat dan telah membentuk satu kerajaan lagi baharu, yang sekarang ada ini pada awal Mac 2020.
Saya tidak pernah, saya tidak pernah dispute, sama adakah kerajaan sah atau tidak. Dia memang sah, dia telah dilantik dalam peruntukan ini. Itu satu kerajaan yang sah tetapi
hakikatnya kita ada sebuah kerajaan yang legitimasinya selalu diragui dan di mana hasil daripada pengwujudan kerajaan sebegini tanpa melalui pilihan raya, tidak macam Melaka semalam, saya respect. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana dia menang dalam peti undi, kita respect. Tanpa peti undi ini dia diragukan dan hakikatnya pengkalah, the biggest loser ialah rakyat dan demokrasi. Tengoklah semalam, berapa orang sahaja yang keluar untuk undi di Melaka. Kurang daripada 65% berbanding dengan PRU Ke-14, 85%. Maknanya rakyat ni dia sudah muak dengan politik, muak dengan ahli-ahli politikus dan tidak ada keyakinan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia sejak merdeka.
Itu satu perkara yang sangat penting. Saya tidak kisah, akhirnya, hakikatnya siapa menang. Tapi saya harap rakyat boleh ada keyakinan dalam sistem, sekurang-kurangnya untuk keluar dan undi pilihan dia.
Bukan mereka takut COVID ke Yang Berhormat? Tak nak keluar.
Tidak. Kalau tengok jumlah pengundi yang keluar itu yang rendah, saya rasa COVID mungkin salah satu faktorlah. Saya tidak kata tidak tetapi lebih kepada keyakinan. Tengoklah selepas langkah Sheraton. Saya rasa malulah saya nak cakap di sini. Saya sudah 2 penggal. Ramai antara kita ini sudah dua ada penggal. Sana ada tiga, ada empat penggal. Dulu kita Yang Berhormat Wakil Rakyat bukanlah kita syok sendirilah, at least kita jalan-jalan, orang ada panggil YB sudah makan ke tidak. Selepas langkah Sheraton , langsung tidak ada orang borak, hormat lagi dengan orang politik. Ada cerita ya saya nak cakap kasar sedikit, cerita ni ya. Ada dua orang duduk dalam kedai kopitiam. Dia kata politik, ahli politik ini macam pelacurlah. Just like prostitute. Kawan dia terus cakap, hei jangan cakap macam itu, jangan hina pelacur. Jangan hina pelacur.
Apa maknanya tu?
Ha itu apa makna, sendiri fikir pandai-pandailah. Sampai level itu orang pandang kita, sebab apa? Sebab sistem sekarang ini, sebab di negara sekarang ini terlalu banyak orang ahli politik ini tidak ada prinsip. Orang tak nak jadi katak. Lompat sini, lompat sana. This is not good for the country. Tidak kira dari sebelah sana ke sebelah sini. Dan saya memang haraplah, saya harap di negeri Johor, kita buat Johor way, kita ambil langkah yang wajar untuk meyakinkan balik untuk mengembalikan keyakinan kepada orang Johor bahawa di Johor kita saling hormat menghormati sistem demokrasi.
Kalau pilih awak ke, kita ikut sampai akhir. Bukannya tengah boleh lompat sini, lompat sana. No, that’s not the way. So, saya harap dari Pakatan Harapan, kita sarankan kepada kerajaan bipartisan kita duduk bersama, sama-sama kita bawa satu enakmen anti lompat parti di Johor. Saya rasa masa sesuai, masa adalah matang untuk kita tunjukkan kepada rakyat di Johor kita ada kematangan politik yang cukup untuk sama-sama kita bawa satu enakmen anti lompat parti di Johor ataupun recall election. Kita mesti, wajib, sebagai ahli politik kita mesti dapatkan balik maruah kita dan juga keyakinan rakyat kepada sistem pilihan raya.
Tuan Speaker, baiklah kerajaan sudah tubuhkan. Kita accept, kita akur, saya duduk sana, sini no problem. Tapi bila kerajaan itu ditubuhkan walaupun dengan cara begitu sekurang-kurangnya sebelah sana kena faham, apa satu fungsi kerajaan. Apa fungsi kerajaan? Kerajaan itu hanya ada satu fungsi sahaja iaitu mengurus negara atau negeri dengan baik untuk rakyat, demi rakyat bagi rakyat. Dalam perkataan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat, ‘it is the government of the people, by the people and for the people’. So, sekurang-kurangnya kena buat tulah. Jangan sebab isu-isu politik dalaman, isu-isu politik dalam gabungan itu sampai rakyat menderita, sampai rakyat susah.
Saya bagi satu contoh, di sebelah sana, saya tak tahu nama dia panggil apa. Kerajaan sana negeri, dia ada Parti PPBM ada Perikatan Nasional, ada Barisan Nasional. Dia gaduhlah, dia nak gaduh di Melaka di mana pun tak apa. Tapi di Johor, satu perkara, satu contoh yang mereka tak boleh settle sampai rakyat susah, apa tu? Dari 1 Mac 2020 sampai hari ini, 21 November 2021, kerajaan di sana masih gagal melantik walaupun seorang Ketua Masyarakat Cina dan India. Di Johor, ada hampir 140 kampung baru Cina dan India sampai hari ini tak ada Ketua Masyarakat. 19 bulan mentadbir negeri ini tapi sampai hari ini benda yang asas dia pun tak boleh selesaikan. Saya nak tanya mengapa tak boleh selesaikan benda begitu asas, di luar kita dengar tetapi mungkin kerajaan boleh jelaskan sebab kuota di antara parti itu tak boleh settle. Ada yang nak separuh, dia kata awak 60, saya 40. Adakah itu fair, adakah itu adil kepada rakyat? Bayangkan tiap-tiap hari Tuan Speaker, Ketua Masyarakat yang dilantik zaman Pakatan Harapan bekerja free untuk kerajaan. Semua orang masih cari Ketua Masyarakat kita.
Sekarang masalah kaum Tionghua, kaum India ini yang bermasalah di peringkat bawah ini siapa yang uruskan sekarang?
Ketua Masyarakat kitalah. Sebab tak ada orang baharu, dia cari orang lama. Tapi mereka bekerja free sebab dia bukan lantikan kerajaan negeri, tak ada elaun. Nama pun tak ada elaun pun tak apa tapi kena settle benda. Lagi teruknya Tuan Speaker bayangkan, benda kecillah jangan cakap benda besar, jalan ke, parit ke, sign, minta tanda tangan Ketua Masyarakat untuk masuk sekolah, untuk benda-benda basic tu pun tak ada orang boleh sign. Sebab Ketua Masyarakat baharu tak ada, siapa boleh sign. So, kena pergi jauh-jauh, carilah ini, carilah Ahli Majlis, carilah Ketua Kampung mana-mana pun. Adakah itu adil? Kita hanya nak satu kerajaan yang berfungsi sahaja. Justeru, saya rasa kerajaan ini dia perlu jelaskan, dia perlu jelaskan kepada rakyat mengapa benda ini berlaku dan adakah ini akan berlaku sampai pembubaran Dewan ini. Itu yang saya kata tanggungjawab kena ada.
Contoh satu lagi, saya terbaca tertarik dengan yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ketua Kampung Digital. Apps handphone akan diberi kepada Ketua Kampung, 610,000 katanya. Adakah ini akan diberi kepada Ketua Masyarakat juga, mungkin tidak? Sebab tak ada Ketua Masyarakat? Adakah itu fair, adil kepada 140 Ketua Kampung, kawasan Kampung Baru Cina dan India. Itu saya harap kerajaan boleh jelaskan.
Bukan itu sahaja, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga nak bangkitkan satu perkara yang saya rasa juga tidak adil. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dikatakan RM5 juta untuk bantuan kaum India akan disalurkan di dalam Yayasan Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah. Saya nak jelaskan sekali lagi Tuan Speaker, sudah berapa kali kita nak bangkitkan isu ini. Mengapa duit kerajaan, duit rakyat perlu diagihkan oleh dua Yayasan yang langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan? Kenapa ia tidak boleh diagihkan oleh kerajaan sendiri. Zaman PH kita agihkan, kita park di Pejabat Menteri Besar, lepas itu mana-mana ADUN ataupun NGO boleh pohon terus kepada Pejabat Menteri Besar untuk duit itu dikeluar. Semua ada rekod, bagi siapa, bila, semua ada, bersama dengan Pegawai Pembangunan Pejabat Menteri Besar, itu telus. Tapi sekarang, kita bagi kepada Yayasan. Yayasan itu dia tidak ada akauntabiliti, dia bukan dilantik, dia bukan dipilih oleh rakyat mengapa kita perlu bagi dia. Adakah ini adalah cara Barisan Nasional yang tidak telus, no accountability? Adakah sekarang Yayasan itu wajib untuk bentangkan senarai mereka di dalam Dewan yang mulia ini, tentunya tidak? So, macam mana kita nak tahu adakah duit itu diberi kepada siapa dan adakah betul diberi macam itu juga? Siapa yang dia diberi, adakah dia beri kepada group A sahaja tak perlu group B? Macam mana kita nak tahu. So, saya rasa ada lebih baik cadangan saya ya. Adalah duit ini di park, diletak di Pejabat MB dan dibahagikan kepada 56. Tiap-tiap ADUN boleh mohon melalui Pejabat Menteri Besar dan sebenarnya tidak perlu pada Yayasan-yayasan sebab contohnya setahu saya ya, Yayasan Sultanah Fatimah, ia dipengerusi oleh seorang pemimpin MCA yang kalah tu boleh jaga RM7 juta, yang menang itu tak boleh. Saya rasa itu tak logiklah dari segi demokrasi. So, saya harap duit kerajaan, duit rakyat ini,
saya rasa baik beri peranan ini kepada yang dipilih oleh rakyat oleh Wakil Rakyat semua tak kiralah pembangkang atau kerajaan, sama-sama kita boleh access, dibahagikan kepada kita untuk kita bantu kawasan-kawasan. Sebab kita Wakil Rakyat, tentulah kita lebih tahu adakah contohnya di Kulai, saya lebih tahu Persatuan ABC ke, perlukan bantuan. Kenapa nak bagi satu Yayasan itu jaga satu negeri Johor, betul tak Tuan Speaker?
Selain daripada itu Tuan Speaker, panjang juga saya cerita ini. Isu krisi air juga, saya nak sentuh sikit. Pada 12 Oktober, di kawasan Johor Bahru dan Kulai. Ada berlaku sesuatu insiden di mana Loji Rawatan Air Semanggar TNB power surge terpaksa tutup kapasiti 50%. Semanggar setiap hari boleh keluar 300mm juta air. Ia tutup akibatnya 200 kawasan di Johor Selatan dari Kulai sampai ke Johor Bahru terjejas. 300,000 warga Johor tak ada access air penuh untuk 1 minggu. Yang saya peliknya apa tau Tuan Speaker, satu minggu tak ada satu kenyataan daripada MB, tak ada satu kenyataan daripada negeri Johor. Langsung tak pernah tanya, langsung tak pernah lawat rumah-rumah yang terjejas.
Sibuk Yang Berhormat.
Itu saya tak tahulah. Tahu tak berapa susah rakyat masa itu 1 minggu. Saya rasa bandinglah dengan Menteri Besar Selangor masa tu, masa yang sama. Di Selangor, Klang Valley ada notis, schedule notice stop, tiap-tiap hari, malam Menteri Besar Selangor ada lawat Hulu Langat, tengok air adakah cukup ke tak cukup lawat rumah, bersama-sama dengan Syarikat Air Selangor dia lawat tiap-tiap rumah, kalau boleh. Tapi di Johor, diam. Saya rasa sedihlah macam tu. Saya ada respect kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab dia ambil tanggungjawab air juga dan dia juga expert air tapi bila sampai bab ini saya rasa ramai rakyat rasa sedihlah dan rasa kalaulah kerajaan boleh atleast tunjuk concern ke, touching sikit ke, rasanya mereka akan lebih gembira. Dan persamaan itu juga isu SAJ ini, satu minggu ini ramai complaint. SAJ ini tidak bagi notis awal. Katalah boleh settle dalam 48 jam (2 hari) akhirnya satu minggu. Tangki air tak cukup, maklumat tidak terkini, benda-benda ini saya haraplah bersama dengan BAKAJ ke dengan SPAN ke, kerajaan Johor ambil tindakan untuk pastikan maklumat terkini, tangki air yang cukup boleh dikeluarkan supaya kalaulah ada insiden macam ini lagi, kita harap hakikatnya tidak sama di mana rakyat di Johor ini tiap-tiap hari marah di Facebook. Dan selaras juga dengan itu saya juga nak tanya kerajaan negeri Johor, apakah status projek air Layang 2, Fasa 2 untuk pembinaan air mentah? Tuan Speaker, kalaulah Layang 2 Fasa 2 ini boleh diselesaikan, ia akan mengurangkan pergantungan air di Johor Selatan dengan Semanggar. Di Johor Selatan kita perlu hampir seribu juta liter air sehari, sekarang kita hampir negatif dan tiap-tiap kali ada krisis air loji rawatan air ditutup, maka banyak tempat akan terjejas. Kalaulah Layang 2 Fasa 2 ini disiapkan lagi cepat, saya cukup yakin masalah ini dapat diselesaikan dan adalah amat penting juga Layang 2 Fasa 2 ini untuk menjaminkan kebebasan air kita. Kita tidak perlu selalu bergantung kepada reservoir di Linggiu Singapore PUB.
Seterusnya Tuan Speaker, tanya sikit boleh?
Masa ada lagi ya.
Tadi hari Khamis, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada sentuh kepada Johor Green Deal. Bagus kalau ekonomi Johor nak menghala ke satu tempat yang bergantung kepada environment friendly neutral carbon saya setuju, sangat bagus. Apa kata pertama, kerajaan Johor take a step ambil langkah pertama, kita promo kereta EV (Electric Vehicle). Macam mana kita nak promo? Boleh tambahkan charging station. Charging-charging station di R&R ataupun di petrol kios utama di jalan-jalan utama, banyakkan lebih kepada charging station. Sebab mulai tahun depan, berdasarkan kepada belanjawan, EV dia akan jatuh harga sebab duty stamp semua akan dihapuskan, di waive. So, maknanya lebih banyak kereta EV akan masuk ke pasaran termasuk Johor. So, Johor Government, kerajaan Johor kena menyambut dengan satu
minda, impian lagi besar. Tolonglah orang EV ini, charging station kena banyak, tunjukkan kepada rest of Malaysia, Johor Way, Johor Lead.
Selain daripada itu, apa kata kita letak solar panel, letak solar panel di tiap-tiap atau kebanyakan empangan kita yang ada. Contohnya, kawasan tadahan air di Lebam. Ia sesuai, kita boleh letak solar panel penuh di atas air, jangan bazir sebab matahari itu kita boleh guna untuk tenaga. Benda ini saya sudah buat, saya pernah kaji semasa zaman PH, saya pernah buat lawatan ke Tuas, Singapore dan mereka telah mulakan projek ini. Bayangkan bila kita dah solar panel atas air, beribu-ribu ekar tanah bukan sahaja kita boleh menjana solar power, malah kita boleh tolak itu air yang sudah hakis keluar. Kita akan membantu juga kekurangan air itu keluar, dia jadi steam. So, apa ruginya kalau kita explore benda ini, guna green energy. Last, Bangunan Sultan Ismail ini, tengoklah tempat-tempat mana Dato’ Jaafar, boleh tak kita letak solar panel juga? Kenapa kita tidak guna benda-benda ini? Kalaulah kata sini tidak sesuai, Majlis banyak tempat, bus stop, Johor patut take the lead. We can be better than other, betul tak YB? Ok.
So, saya haraplah kerajaan boleh terimalah saranan-saranan ini. Dua benda lagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada sebut akan beri peruntukan RM200,000.00 kepada semua ADUN. Saya harap Yang Amat Berhormat boleh berikan pecahan RM200,000.00 ini pergi mana? Bukan, mungkin RM100,000.00 untuk pentadbiran ke macam mana? Beri pecahan. Sebab perkataan yang diguna oleh MB adalah peruntukan yang tetap. Dia tak kata rata, sama rata. So, saya terfikir ini, adakah ini bermakna jumlah peruntukan yang diberikan kali ini adakah sama di antara kerajaan atau pembangkang? Sebab dalam Pakatan dia tidak tulis sama rata, dia kata tetap. So, adakah kerajaan dan pembangkang yang sama? Sebab ada orang di luar dalam surat khabar kasi statement kata, terima kasihlah kepada Menteri Besar Johor kerana memberi peruntukan sama kepada semua ADUN. Kalau semua sama saya terima kasihlah, tapi saya hanya nak harap MB boleh jelaskan dan saya nak tahu ini sahaja, adakah pihak kami di pembangkang akan dapat akses juga kepada peruntukan pembangunan? Pembangunan itu kalau pihak sana dapat, kita tak dapat, itu tak sama. So, saya harap MB boleh jelaskan, adakah pihak di sini juga akan dapat akses kepada peruntukan pembangunan yang saya tahu, yang kini pihak kerajaan, ADUN kerajaan, ada akses kepada itu.
Selain daripada itu, MB juga telah dalam ucapan dia kata, ADUN pembangkang dijemput sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Saya nak kata di sinilah, terima kasih MB tapi sebelum kita terima, kita nak pastikan beberapa benda sahaja. Pertama, apa makna istilah pemerhati? We have to know what is pemerhati, kalau pemerhati makna saya pergi, duduk, dengar, keluar, makan. Kalau macam itu, terima kasih tapi kita di Pakatan Rakyat, kita tolak. Pakatan Harapan kita tolak. Kalaulah kita boleh melibatkan dengan hantar soalan, duduk sana, tanya soalan, dapat jawapan, ok kita boleh terima. Kita tidak boleh terima kalau kita hanya setakat pergi, duduk, dengar sahaja dan perlu dijemput. Kita patut boleh berada di situ sebab Ex-Officio. Ex-Officio bermakna kita rakyat duduk di dalam JTD sebab kita adalah Wakil Rakyat yang dipilih rakyat. Saya rasa itulah yang adil.
Terima kasih Yang Berhormat.
Last-last, dua tiga isu lokal ya.
Dua minit je.
Boleh tiga minit ya?
Dua minit.
Selekoh S di Batu 24 Kulai, Yang Berhormat Speaker, projek ini telah dimulakan pada Disember 2017. Sampai hari ini, sudah hampir tiga tahun dia sepatutnya habis 18 bulan tetapi sampai sekarang sudah hampir 36
bulan, masih belum siap sepenuhnya. Isu ini telah dalam zaman BN ke PH ke apa panggil BN-PH ke masih tidak dapat diselesaikan. Dulu saya sudah syorkan kepada JKR, kalau tak boleh siapkan oleh kontraktor ini, kita terminate sahaja, betul tak Tuan Haji ya? Semua orang tahu ini isu Kulai paling famous, terminate sahaja tetapi JKR tak nak terminate, nak juga kontraktor ini. Sampai sekarang sudah hampir dua tahun projek ini masih belum siap. Jalan dua hala, buka satu hala sahaja. Sampai bila benda ini nak dibangkitkan oleh kita? Bukan sahaja ADUN, bukan sahaja Ahli Parlimen, ahli politik di Kulai, kita pun sudah penat dengan benda ini. Bukan penat fight benda ini, penat tunggu kerajaan untuk terminate ataupun boleh tak JKR just terminate agreement dia dan siapkan benda-benda balance tak banyak sahaja, itu sahaja yang kita minta.
Kedua, KKM Kulai ada tulis surat kepada saya, kata minta persetujuan untuk tutup Klinik Rakyat di Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai. Dua kali dia tulis, dua kali saya tolak. Saya hanya nak kata di Dewan ini, haraplah EXCO Kesihatan klinik di Taman Manis itu masih ada peranan dia. Sekarang rakyat susah, isu COVID pun ada, mereka perlukan akses kepada klinik-klinik kerajaan, tak patutlah kita fikir nak tutup pada masa sekarang. Mungkin lepas ekonomi sudah pulih, bila COVID sudah reda, mungkin kalau tidak sesuai kita tutuplah tapi buat sementara masa ini, saya sebagai Wakil Rakyat Bukit Batu saya ambil tegas, saya tidak akan setuju, Klinik Rakyat di Taman Manis ini ditutup.
Akhir sekali isu banjir di Kampung Melayu Bukit Batu. Tiap-tiap kali hujan lebat, Kampung Melayu Bukit Batu confirm akan banjir. So, saya haraplah JPS dan Pejabat Pegawai Daerah bolehlah bersihkan sungai ke, parit ke dan cari penyelesaian jangka panjang untuk memastikan rakyat di Bukit Batu ini tidak tiap-tiap kali hujan semua takut. Itulah saya percaya adalah beberapa isu yang saya boleh bawa untuk sidang kali ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bukit Batu. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Persidangan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Jemput YB Semerah.
Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Puan Speaker, buat pertama-tamanya patik merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam era pemulihan COVID-19 ini, Johor memainkan sumbangan dan peranan yang besar dalam memacu semula kerancakan ekonomi dan kehidupan. Berdasarkan pengalaman lepas, kita perlu memperakui bahawa Johor adalah antara negeri yang terlewat dalam proses pemberian vaksin dan diharap agar perkara sebegini tidak berulang pada masa hadapan. Cabaran dan krisis pandemik yang dilalui sejak hampir dua tahun ini, menunjukkan sektor kesihatan merupakan portfolio yang memerlukan pemerkasaan dan penambahbaikan strategik yang berterusan. Bagi orang
awam terutama bangsa Johor, kesan pandemik dirasai oleh hampir semua seisi keluarga dan susulan kes-kes COVID-19 ini, ramai kalangan mereka yang kini memerlukan rawatan susulan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, Semerah ingin mencadangkan beberapa langkah strategik dalam memperkasa sektor kesihatan awam negeri Johor bagi menjamin tahap keberadaan rakyat. Pertama, terdapat keperluan untuk meneruskan Program Kad Sihat Johor yang telah dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu. Sejak pelaksanaan sekitar suku keempat 2018, ia terbukti telah memberi manfaat kepada warga Johor terutama B40 kerana ia membolehkan keluarga-keluarga mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik panel selain hospital awam. Namun demikian, ia tidak diteruskan setelah kerajaan baharu mengambil alih dan dengan ini Program Kad Sihat Johor wajar diteruskan semula dengan mengambil kira keperluan dan situasi kesihatan semasa terutama pasca pandemik.
Kedua, saya ingin mengambil perhatian terhadap keperluan menaikkan infrastruktur dan fasiliti di hospital-hospital awam, poliklinik, klinik kesihatan dan klinik-klinik desa seluruh negeri Johor sebagai mendukung usaha pemerkasaan sektor kesihatan serta meningkatkan kapasiti perkhidmatan kepada rakyat.
Peruntukan menaikkan taraf ini perlulah meliputi aspek-aspek utama iaitu seperti berikut: Kemudahan fasiliti adalah seperti penambahan katil-katil pesakit di beberapa lokasi yang tidak lagi sesuai untuk menampung kapasiti rawatan dan keselesaan akibat peningkatan penduduk seperti contohnya, di Hospital Kulai yang hanya mempunyai 98 katil. Selain itu, sistem parkir di hospital-hospital awam juga antara aspek yang perlu dinaiktarafkan bagi keperluan jangka panjang. Sebagai contoh, masalah sistem parkir di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan juga Hospital Sultan Ismail di Tebrau yang sentiasa sesak dan memberikan kesukaran kepada para pesakit dan ahli keluarga serta kakitangan hospital. Mengikut tinjauan, terdapat sebilangan klinik-klinik kesihatan yang disifatkan sempit, uzur dan tidak lagi berdaya mampan dan memerlukan penambahbaikan dari segi ergonomik, bangunan dan infrastruktur. Sebagai contoh antaranya, ialah di Klinik Kesihatan Semerah dan juga Klinik Kesihatan Parit Raja serta beberapa tempat lain yang mempunyai masalah ergonomik. Antaranya ialah tempat pemeriksaan mata bagi pesakit-pesakit yang mengalami masalah diabetik. Ianya telah diletakkan di tempat yang tidak sesuai, contohnya di Parit Raja di Klinik Kesihatan Parit Raja diletakkan di bilik yang dipenuhi dengan kotak-kotak dan juga tidak dapat dimasuki oleh pesakit yang menggunakan kerusi roda serta di Klinik Kesihatan Semerah, fundus camera telah diletakkan di bilik kecemasan. Begitu juga, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini baik pulih wad ICU Hospital Sultanah Aminah yang terbakar pada 2016. Oleh itu, saya ingin mengusulkan agar program-program menaik taraf bangunan dan infrastruktur dilakukan dengan segera.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita juga perlu memastikan peralatan-peralatan sokongan yang secukupnya di semua lokasi pusat kesihatan awam terutama klinik kesihatan. Sebagai contoh, katil pemeriksaan yang sesuai bagi pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan ECG di poliklinik, contohnya di Poliklinik Batu Pahat yang masih menggunakan katil tahun 60-an yang mana, seketika saya membawa ibu saya, ia tidak dapat untuk check menjalani pemeriksaan ECG kerana orang yang lumpuh setengah badan, tidak boleh naik di atas katil itu, katil itu tinggi. Jadi ini antara fasiliti-fasiliti yang perlu ditambah baik di poliklinik dan juga klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri Johor.
Selain daripada itu, kita perlu menggalakkan sistem sokongan pendaftaran dan akses kesihatan secara digital bagi mencapai proses perkhidmatan yang lebih efisyen. Sistem yang ada di JKNJ sebenarnya baik, ia perlu ditambah baik dan seperti tadi pagi kita mendengar mengenai masalah untuk kita capai vaksinasi untuk booster. Saya mencadangkan bahawa, kita boleh menggunapakai klinik-klinik desa sebagai tempat pengambilan vaksin booster ini kerana majoriti daripada klinik-klinik desa ini mempunyai peti untuk simpanan vaksin. Jadi saya cadangkan kita perlu perkasakan lagi klinik desa di
seluruh negeri Johor. Untuk itu, saya ingin memaklumkan bahawa di negeri Johor ini mempunyai 98 klinik kesihatan dan 262 klinik desa. Ah ini yang saya cakap kita perlu perkasakan klinik desa ini untuk kita buat program booster. Tidak perlulah kita buka PPV sebab orang kampung boleh terus pergi ke klinik desa untuk mendapatkan perkhidmatan vaksin booster ini.
Untuk makluman, 15 daripadanya klinik kesihatan berada di Batu Pahat manakala 47 klinik desa juga terdapat di Batu Pahat. Ini terutama di luar bandar yang sekiranya diperkasakan menerusi inisiatif-inisiatif ini akan menyumbang kepada kapasiti perkhidmatan yang lebih efisyen dan mengurangkan kesesakan di poliklinik dan klinik kesihatan di luar bandar. Ini dah beberapa kali saya sebut dalam sidang Dewan Negeri kita perlu perkasakan klinik desa ini. Ah, kita perlu, kita ada ramai doktor. Kita boleh hantar doktor-doktor ini tiga hari seminggu ke klinik-klinik desa untuk mereka menjalankan rawatan, mereka-mereka yang ada temujanji, yang terpaksa datang dari luar bandar dan kos yang tinggi, terpaksa pergi ke poliklinik, begitu juga ke klinik-klinik kesihatan di bandar. Yang penting, manfaat pemeriksaan ini dapat dinikmati rakyat jelata untuk mempengaruhi gaya kehidupan, kesempurnaan hidup mereka secara positif. Ini juga sejajar dengan trend dan inovasi terkini dalam industri kesihatan seperti teknologi perubatan, artificial intelligence dan juga perkhidmatan virtual. Saya juga mencadangkan agar pusat rawatan pakar jantung diwujudkan di zon utara dan tengah sebagai memenuhi keperluan pesakit berkaitan jantung di negeri ini. Di mana, buat masa sekarang rawatan pakar jantung di Johor hanya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2021, Johor adalah negeri ke-3 tertinggi kematian disebabkan oleh ischemic heart disease iaitu sebanyak 2,118 selepas Perak dan Selangor. Kematian tertinggi dicatatkan di daerah Johor Bahru sebanyak 600 lebih, Batu Pahat dan Muar, masing-masing sebanyak 300 lebih. Dan ini menunjukkan keperluan pusat rawatan pakar jantung untuk membantu menjimatkan kos menjalani perubatan dan meringankan beban ahli keluarga. Sebagai tambahan, agenda pemerkasaan kesihatan negeri Johor, saya juga ingin mengambil perhatian bagi cadangan pembinaan sebuah klinik kesihatan dalam kawasan DUN Semerah iaitu di lokasi Taman Industri Sri Sulong yang merupakan pekan satelit di Batu Pahat yang juga kini telah mengalami kepesatan dan pertambahan penduduk. Dengan adanya klinik kesihatan baharu di Taman Sri Sulung, ia akan memenuhi keperluan penduduk sekitar secara jangka panjang. Untuk makluman, dikelilingi Taman Sri Sulong ini, hanya terdapat Klinik Desa Parit Maimon dan juga Klinik Desa Kampung Separap dan Klinik Kesihatan Parit Sulong 8 kilometer daripada Taman Sri Sulong.
Sebagai kesimpulan, Agenda Pemerkasaan Sektor Kesihatan Negeri merupakan fokus utama yang perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan bajet demi menjamin tahap kewalafiatan dan kesejahteraan bangsa Johor terutama dalam era pemulihan pandemik COVID-19 ini. Oleh itu, saya juga memohon untuk mendapatkan perincian berapakah peruntukan yang diterima oleh JKNJ untuk tahun 2022 serta apakah yang telah dilaksanakan oleh JKNJ dengan peruntukan yang telah diterima pada tahun 2021?
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan, pembukaan semula sektor sosial dengan kawalan SOP yang ketat, diharap dapat membangkitkan semula status Johor sebagai Permata Selatan yang menjadi tumpuan orang ramai. Namun, terdapat ketidakseimbangan dalam tumpuan inisiatif pelancongan oleh kerajaan negeri yang mana lebih tertumpu kepada Johor Selatan dan juga di Johor Timur dan terlepas pandang di Johor Utara yang melibatkan daerah Muar, Batu Pahat serta sebahagian daripada Kluang. Kerajaan negeri dilihat bergantung kepada agensi persekutuan seperti IRDA di kawasan Johor Selatan, manakala ECER di Johor Timur. Yang mana, kita di Johor Barat serta di Utara ini tertinggal dan kurang mendapat tumpuan dari segi perancangan pelancongan.
Bagi program baucar pelancongan negeri, sebanyak RM1.5 juta, Semerah juga ingin mendapatkan perincian yang lebih jelas tentang saluran dana berkenaan terutama keseimbangan antara Johor Utara dan juga Johor Selatan.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi penaikkan tarafan infrastruktur dan aktiviti pemasaran pelancongan di bawah Majestic Johor, saya ingin mendapatkan maklum balas tentang bagaimana peruntukan ini disalurkan bagi daerah-daerah lain?. Sebagai contoh, Batu Pahat yang terkenal dengan kekayaan makanan seperti nasi beriani, asam pedas dan mee racun serta khazanah unik senibina bangunan lama iaitu di Bandar Penggaram. Manakala, Muar yang mempunyai pelancongan eko-marin pesisir pantai tetapi kurang mendapat perhatian dan promosi khusus seperti mana daerah-daerah pelancongan lain seperti Johor Bahru, Mersing serta Kota Tinggi. Oleh itu, tumpuan pelancongan domestik perlu diperluaskan kepada daerah-daerah yang mempunyai potensi tinggi seperti Batu Pahat dan Muar tersebut. Dalam sektor pelancongan juga, saya ingin menarik perhatian tentang keperluan memperkasa muzium-muzium di negeri Johor sebagai pusat pelancongan sejarah. Disarankan agar kandungan-kandungan dan khazanah bahan-bahan muzium untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelawat terutama generasi muda mengenali negeri Johor.
Selain pelancongan sejarah, pelancongan berasaskan senibina dan kebudayaan juga perlu diperluaskan. Sebagai contoh di Batu Pahat yang kaya dengan senibina bangunan-bangunan unik seperti Pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat, Kelab Batu Pahat, Chinese Chamber Hall, Pejabat Pos, high school dan sebagainya. Manakala, warisan budaya tempatan seperti gambus, ghazal dan zapin di Batu Pahat boleh dijadikan sumber pelancongan, kebudayaan dengan penglibatan aktivis-aktivis seni anak muda.
Oleh yang demikian, apakah usaha-usaha pihak kerajaan negeri untuk menggalakkan pelancongan domestik di daerah-daerah negeri Johor serta ekonomi hiliran berkaitan seperti operator restoran, hotel dan peruncitan? Menyelusuri sektor pelancongan ini, saya juga ingin memohon maklum balas tentang status terkini Muzium Batu Pahat yang bakal bertempat di pejabat sedia ada Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Yang Berhormat Puan Speaker, beralih ke arena sukan. Terutama sekali diucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang menjuarai Liga Super Malaysia untuk kali ke-8 yang dipimpin oleh Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Memandangkan penangguhan SUKMA 2020 ke tahun 2024, saya ingin mendapatkan maklum balas bagi perkara-perkara berikut, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi fasiliti-fasiliti sukan yang bernilai lebih daripada RM150 juta yang dibina untuk SUKMA 2020 seperti velodrum, kolam renang, kompleks olahraga, Kompleks Impian Emas dan lain-lain serta pembangunan atlet di negeri Johor terutama dalam era pemulihan pandemik COVID-19?
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi gelanggang-gelanggang futsal di seluruh negeri Johor, saya juga ingin memohon status pengurusan penyelenggaraan memandangkan terdapat laporan kemusykilan oleh beberapa pihak berkaitan tentang struktur permohonan bajet dan operasi penyelenggaraan. Sebagai menyokong dan menampung kesatuan aktiviti penduduk setempat, saya juga ingin memaklumkan terdapat keperluan bagi dua cadangan pembinaan berikut bagi daerah Batu Pahat. Sebelum itu, mengenai gelanggang futsal, sebelum ini ada beberapa gelanggang yang akan dibaik pulih dan juga sebahagian daripada gelanggang-gelanggang futsal itu akan dilupus, tapi saya tidak pasti status terkini, ah ini saya nak tahulah sebab dah hampir tiga tahun kita tak tahu status, mana yang dilupus dan mana yang akan dibaik pulih. Sebagai menyokong dan menampung kesatuan aktiviti penduduk setempat, saya juga ingin memberi maklum tentang keperluan bagi dua cadangan pembinaan berikut bagi daerah Batu Pahat. Satu, menaik taraf Stadium Batu Pahat dengan kemudahan trek dan balapan olahraga. Cuma, untuk makluman, di Batu Pahat ini tak macam Kluang. Kluang ada di bawah MSNJ, dia ada Perbadanan Stadium Johor, dia ada stadium artificial grass dengan balapan dan juga trek, tetapi di Batu Pahat ini tak ada. Padahal di Batu Pahat ini daerah kedua terbesar selepas Johor Bahru, jadi saya mohon
kerjasama daripada pihak kerajaan negeri melalui EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan untuk mengangkat permohonan ini. Selain daripada itu, saya memohon juga untuk satu mini kompleks sukan di kawasan DUN Semerah iaitu di Taman Industri Sri Sulong yang merupakan pekan satelit dalam daerah Batu Pahat ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi program pemerkasaan belia, saya ingin mohon perincian bagi Program Orang Muda Johor (OMJ) yang bernilai RM42.5 juta. Bagaimanakah inisiatif OMJ ini dapat membantu belia-belia Johor untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana kita sedia maklum keadaan runcing sekarang. Kadar pengangguran negeri Johor meningkat kepada 3.9% pada 2020 berbanding 2.7% pada tahun sebelumnya. Sementara itu, saya, tadi YB Penawar ada sebut tentang untuk bagi bantuan kepada persatuan-persatuan belia, tapi pada saya kita perlu bagikan geran kepada persatuan-persatuan belia di Johor dengan dicadangkan pemberian geran secara modal awalan untuk membolehkan mereka menjana sumber kewangan sendiri sama ada melalui jualan, aktiviti perniagaan, kempen crowd funding dan alternatif-alternatif lain berbanding proses tipikal permohonan bajet bagi melaksanakan program.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin mengetahui status terkini dan lokasi sebenar TMIYC Batu Pahat yang dilihat akan berupaya menyumbang kepada pemerkasaan belia dan generasi muda secara positif. Bagi bantuan Geran Orang Lokal (GOL 4.0) iaitu sekitar RM3.5 juta untuk hampir lebih daripada 500 PKS dan mikro, saya mencadangkan agar peruntukan ini ditambah bagi membolehkan manfaat dapat diterima oleh sehingga maksimum 1,000 pengusaha PKS dan mikro terutama golongan peniaga mikro dan juga usahawan anak muda.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi inisiatif JENDELA bernilai RM700 juta, saya telah pun menerima kunjungan daripada Pengarah SKMM, Timbalan Pengarah SKMM dan juga Penolong Pengarah SKMM untuk menjelaskan tentang inisiatif JENDELA ini, tapi di sini saya cuma nak perincian fasiliti-fasiliti berkaitan yang akan dinaik taraf antaranya seperti dua pemancar baharu untuk kawasan DUN Semerah dan harap mohon status dan lokasi sebenar bagi rujukan bersama. Hasil daripada tinjauan bersama golongan anak muda, ramai yang juga bertanya, bilakah hasil menaik taraf Internet ini dapat direalisasikan di Johor dan juga terutama di daerah Batu Pahat. Ini kerana rata-rata berpendapat ia sangat membantu terutama operator perniagaan anak muda yang sangat memerlukan capaian Internet untuk lebih ke hadapan dalam era digital ini.
Dengan inisiatif ini, diharap ia juga dapatlah menyahut seruan Dato’ MB, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membolehkan kita semua ber tik tok dan ber cyber trooper dengan lebih meriah dengan akses Internet yang lebih padu. Saya nak lawan juga dengan Dato’ Noraini sebenarnya, main ber tik tok.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi projek infrastruktur negeri, saya ingin memohon maklum balas, maklumat terkini status berkenaan dengan konsesi yang akan mengambil alih kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan desa dan jalan kampung yang sebelum ini dilaksanakan oleh Infra Desa Johor serta Pejabat Daerah. Ini memandangkan terdapat laporan kerja-kerja masih belum berjalan dan aktif sepenuhnya. Adakah benar, pihak IDJ sekarang hanya menjalankan kerja-kerja penting serta membersihkan bahu jalan sehingga pertengahan tahun 2022? Dan saya berharap jika pelaksanaan tentang konsesi ini diteruskan, seharusnya kerajaan negeri harus memastikan semua kontraktor yang terlibat sebelum ini yang memajukan kawasan desa dan kampung tidak dianaktirikan. Maksudnya, kontraktor-kontraktor sedia ada yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja, untuk membina jalan kampung dan juga jalan desa ini tidak tertinggal dalam konsesi yang baharu ini.
Tiga minit ya, saya bagi tiga minit lagi.
Ok. Bagi peruntukan RM30 juta jambatan trafik sederhana MTB, ingin dicadangkan agar ia perlu diserahkan kepada pihak JPS iaitu pihak yang lebih pakar dalam penyelenggaraan dan menaik taraf serta bina baharu dan bukan kepada pihak konsesi. Selain itu juga, jalan ladang juga perlu diselia oleh pihak JPS seperti sedia kala. Bagi peruntukan RM6.2 juta Program Infra Struktur Pengairan Saliran Pertanian dan Jalan Ladang, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri agar ianya dapat dinaikkan kepada RM10 juta sebagai inisiatif mengatasi masalah antaranya masalah banjir, banjir bergenang dibanyak kawasan kampung yang merosakkan kebanyakan hasil pertanian masyarakat setempat bukan sahaja di kawasan DUN Semerah tetapi dalam kawasan jiran saya DUN Sri Medan pun sekarang ini pun air sentiasa bergenang tu.
Yang Berhormat Puan Speaker, di sini juga saya ingin mendapatkan makluman tentang status pembinaan Masjid Sri Makmur Parit Sangit yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa lawatan Tuanku ke kawasan Semerah pada April 2019. Mohon maklum bahawa ini adalah kali ketiga, kali ketiga perkara ini dimohon maklum balas daripada pihak kerajaan negeri. Selain itu, hilang pula, sekejap.
Terus gulung ya.
Ok, selain itu, saya ingin menyentuh dan memohon status terkini mengenai peruntukan sekolah daif SK Sri Makmur yang telah dimasukkan dalam Bajet 2020, tetapi belum dilaksanakan sehingga kini. Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan keperluan pelabuhan barter yang baharu bagi mengurangkan kesesakan jalan di kawasan berkenaan iaitu seperti Jalan Shahbandar serta menampung kapasiti pemunggahan yang semakin meningkat. Status terkini pelabuhan kedua seperti di pesisir Sungai Batu Pahat serta di kawasan Peserai dan saya mohon perincian daripada Yang Behormat EXCO.
Selain daripada itu ialah isu perumahan bagi sebilangan mereka yang mendiami tanah-tanah milik perseorangan iaitu status terkini yang telah dibentangkan dalam Dewan yang lepas mengenai cadangan pembinaan rumah rakyat di tanah milik Jabatan Veterinar yang terbiar di Jalan Jeragan Batu Pahat. Dianggarkan hampir 400 keluarga yang terlibat di sekitar kawasan Bandar Batu Pahat, seperti Kampung Petani, Jalan Masjid Kampung Pindang Malam dan Kampung Atap. Untuk makluman, ini kali kedua saya bertanyakan status rumah rakyat ini. Mohon mendapat penjelasan daripada YB EXCO.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam pemerkasaan digital negeri Johor, saya juga ingin mencadangkan pemusatan sistem data, big data secara menyeluruh untuk mengatasi kepincangan sistem maklumat sedia ada. Sebagai contoh, capaian maklumat-maklumat penerima bantuan daripada agensi-agensi berkaitan dan urusan-urusan kerajaan negeri. Saya juga ingin memohon jawapan, apakah rasionalnya hanya jemputan sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah? Mohon Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat menjelaskan secara terperinci perkataan pemerhati itu.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi memperkasakan kualiti perkhidmatan, Semerah juga dengan rendah dirinya memohon agar peruntukan seluruh ADUN negeri Johor dinaikkan daripada RM200,000.00 kepada RM400,000.00 sebab kawasan makin besar, penduduk makin ramai setiap tahun bagi memudahkan tugas semua ADUN tidak kira siapalah untuk menjalankan tugas menyantuni masyarakat di kawasan mereka. Akhir kalam, Semerah mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan barisan hadapan yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memastikan negeri Johor berjaya menyaksikan kita telah melepasi 97% bagi vaksinasi populasi dewasa. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Skudai, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, agak last minute diberikan peluang untuk berucap, apa pun terima kasih, harap dapat kelonggaran masa sikit. Sebab teks tak ada, susah nak kawal masa. Pertama sekali, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi dengan ucapan setinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena hari keputeraan Tuanku pada hari esok.
Yang Berhormat Puan Speaker, Khamis yang lepas kita dengar pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan untuk beberapa kali ucapan Yang Amat Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, sebenarnya saya ada sedikit terharu dan sedikit keliru, adakah hujah-hujah Pakatan Harapan telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat atau pihak sana ataupun akhirnya perjuangan kami untuk mendemokrasikan sistem ini telah mendapat sedikit persefahaman dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Jadi, saya nampak ini mungkin satu norma baharu dalam politik, di mana kalau dulu walaupun Yang Berhormat Semarang, orangnya lembut di luar Dewan tetapi apabila beliau bangun sahaja berucap dalam Dewan ini, cakap jujur kadang kita ada takut sikit, garang sangat. Serupa dengan Yang Berhormat Rengit, apabila sebaik jadi EXCO apabila pertama kali beliau berucap, ini ke Yang Berhormat Rengit yang saya kenal dan semakin lembut dan profesional. Ini saya lihat, satu perkembangan yang baik tetapi apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat semasa penggulungan Yang Amat Berhormat dalam sidang lepas, itu amat penting, iaitu kita perlu jadikan reformasi ini ataupun penambahan baik ini, institusikan segala perubahan ini. Supaya sistem kita menjadi semakin baik, supaya sistem demokrasi di negeri Johor yang merupakan Dewan Perundangan yang pertama di tanah air Malaysia ini sentiasa menjadi contoh kepada Dewan-dewan yang lain. Pada satu ketika kita di hadapan dan kita sentiasa ke hadapan tetapi saya perlu akui pada satu ketika dahulu, kita telah lambat daripada kalau berbanding dengan Dewan-dewan lain seperti Dewan Negeri Selangor, banyak yang perlu kita catch up, banyak yang perlu kita bergerak lebih cepat, lebih pantas supaya Johor masih menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat dalam penggulungan beliau dalam sidang yang lepas, ada memberikan janji bahawa ataupun mungkin dia bagi cadangan ya, bahawa pendemokrasian Dewan Negeri akan dijalankan termasuk melihat bagaimana menubuhkan Jawatankuasa Pilihan dalam Dewan yang mulia ini supaya ahli-ahli Backbenchers dan juga ahli-ahli bukan kerajaan ada satu platfom untuk menggubal atau terlibat dalam penggubalan dasar. Maka, saya perhatikan dalam atur cara mesyuarat kali ini, ada di bawa satu rundingan yang berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan tetapi apa yang kurang, ianya hanya menyebut dua Jawatankuasa yang sedia ada iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan juga Jawatankuasa Peraturan Tetap yang mana sebelum ni telah wujud Jawatankuasa Pilihan ni cuma belum dimaktubkan dalam Peraturan Tetap. Maknanya Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan yang lain, maka saya harap perkara ni boleh dipercepatkan. Pertambahan baik ni benda yang baik kita nak buat biarlah kita buat dengan cepat sikit, supaya dia dapat membuat manfaat. Serupa juga berkenaan dengan Jawatankuasa Tindakan Daerah yang mana saya nampak kali ini, Yang Amat Berhormat ada bagi green light, ada bagi kelonggaran sikit di mana Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dijemput sebagai pemerhati. Saya rasa kalau kita nak buka pintu biarlah buka pintu itu besar-besar biarlah kawan saya Tangkak boleh masuk, kalau buka pintu satu sikit kecil macam mana dia nak masuk? Kesian. Saya harap apa maksud pemerhati tu? Apakah yang boleh dilakukan oleh pemerhati dalam mesyuarat tu? Jadi perkara ini saya harap pihak kerajaan dapat mengkaji semula kalau boleh bagilah supaya duduk dalam mesyuarat itu sebab kami yang duduk di sini bukan nak buat apa, kami di sana dalam hadir dalam mesyuarat pun bukanlah membangkang. Itu bukan platform untuk bangkang, itu untuk membawa masalah rakyat. Saya rasa perkara ini perlu diambil perhatian dan perlu kita laksanakan kalau boleh dengan tak ada perbezaan sangatlah.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita sebenarnya kita sebagai bangsa Johor, kita hidup di Malaysia ni amat bertuah. Kita perlu akui bahawa ada setengah-setengah dasar yang telah dilaksanakan sekian lama itu sebenarnya secara sedikit sebanyak telah menyelesaikan atau
mengurangkan masalah sosial di negara kita. Saya bagi satu contoh, pelaksanaan rumah bersubsidi iaitu dulu kita panggil rumah kos rendah, rumah kos sederhana, pada satu ketika dipanggil rumah mampu milik. Lepas tu ditukar nama pula rumah mampu biaya, lantaklah apa nama pun dia adalah rumah yang bersubsidi. Apa maksud tu? Saya pernah bertanya kepada beberapa pemaju. Sebenarnya untuk sesebuah rumah mampu milik atau rumah mampu biaya ke ok, rumah jenis ni berapa kos dia? Saya dimaklumkan bahawa baik secara bertanah ataupun secara strata, dia kata sebiji rumah, sebuah rumah itu kos pembinaan dia adalah lebih kurang RM150,000.00. Soalan dia, berapa kita jual? Untuk kategori A kita jual RM40,000.00, RM80,000.00 untuk kategori B, kategori C baru nampak ada tampung kos sikit RM150,000.00. Jadi siapa yang bayar yang selebihnya, kos yang selebihnya kalau dijual pada kos. Sudah tentu pemaju tidak akan rugi. Jawapan dia sama ada kerajaan bagi sedikit subsidi dari segi lain, dari segi cukai tanah ataupun pembayaran sesetengah pembayaran dan sebahagian besar sudah tentunya dibayar ataupun ditanggung secara sama rata oleh pembeli-pembeli rumah yang lain. Itu yang menyebabkan kadang kala kita membeli rumah teres dia boleh mencecah RM400,000.00, RM500,000.00, RM700,000.00.
Walau bagaimanapun, saya rasa ini sedikit sebanyak telah membantu menyelesaikan masalah perumahan golongan berpendapatan rendah, kalau dilaksanakan betul. Selepas berpuluh tahun kita melaksanakan dasar ini, kita tahu sana sini ada masalah. Dari segi pengagihan dia kita telah melaksanakan atau permohonan secara berkomputer, atas talian telah kian lama dilakukan. Dan apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kami menghapuskan sistem kuota politik maka secara tidak langsung menjadikan pengagihan dia lebih adil sedikit. Tetapi apabila saya semak di Portal e-Rumah. Saya lihat di Taman Lagenda, daerah Segamat, unit yang dijual atau ditawarkan hanya 13 unit, cuba Yang Berhormat Puan Speaker teka berapa permohonan? 780 pemohon, maknanya 60 kali ganda permintaan dia. Taman Kempas Utama, Johor Bahru, kita bina 146 unit, pemohon dia 1,550, 10 kali ganda. Taman Pulai Mutiara, Johor Bahru, kita bina 336 unit, yang memohon 6,561 pemohon, makna berpuluh-puluh kali ganda permintaannya kalau berbanding dengan bekalan. Bila nak selesai masalah ini? Kalau apabila kami dalam kerajaan, PH dalam kerajaan kami pun agak bimbang bagaimana kita boleh capai sasaran 100,000 unit rumah mampu milik. Dan apabila kita siapkan pun, belum tentu kita boleh memenuhi permintaan yang tinggi ni.
Melalui pemerhatian saya, dia ada beberapa sebab yang mana saya rasa saya bawa untuk dibincang di sini supaya sama-sama kita mencari jalan keluar. Yang pertama, ada di kalangan ni mungkin 10% hingga 20% mereka betul-betul memerlukan rumah. Itu tidak dinafikan. Yang lebih banyak saya rasa di dalam beribu-ribu pemohon ni ramai yang rasa baik saya cuba nasib. Saya cuba nasib sebab apa, sebab saya tahu rumah ini hari ini saya beli, besok saya jual sudah untung RM100,000.00. Sebab kos dia pun sudah RM150,000.00. Dia beli hanya RM80,000.00 kalau kategori B, kalau lagi bertuah kena first price RM42,000.00, orang lain dah subsidi RM100,000.00 tak boleh rugi punya kalau beli rumah ini. Bagaimana kita nak perbetulkan dasar ini sebab bagi saya adalah agak tidak adil bagi saya sebagai pembeli rumah yang lain untuk subsidi orang lain beli untuk cari keuntungan.
Mengapa saya cakap begini? Melalui DH Property, sekejap eh, rumah kos rendah di Taman Tun Aminah, landed rumah teres, rumah kos rendah teres boleh dijual pada harga RM250,000.00. RM250,000.00, bayangkan dulu dia beli RM17,000.00 sekarang dia jual RM250,000.00, ini sudah harga rumah teres yang biasa. Tetapi kita hanya dibenarkan jual kepada B40. Rumah flat Taman Tun Aminah boleh jual sampai harga RM200,000.00., ini kos rendah atau apartment, ini low cost ke apartment, sebab kita tak kawal. Kerajaan ada satu mekanisma tapi dia hanya mengehadkan orang yang memberi pendapatan dia tidak boleh melebihi sekian amount dia. Tetapi kerajaan tak kawal berapa harga penjualan dia,
sub sale harga sub sale tak dikawal. Jadi saya harap perkara ini kita perlu kaji semula supaya perkara ini tidak dimanipulasikan. Kalau saya rasa sekarang ni misal kata kerajaan bagi satu dasar baharu, hari ini kita umumkan Rumah Mampu Milik Johor akan ditetapkan pada satu harga yang tetap misal kata RM80,000.00 dan lepas beli tak ada peluang untuk naik harga. Apa-apa pun dia akan tetap di situ sahaja. Saya rasa yang cuba nasib tak akan datang.
Yang mereka beli hanya untuk sebagai satu pelaburan kononnnya nak try our luck ya, nak beli supaya nanti 5 tahun kemudian nak jual pada harga lebih tinggi apabila tahu sampai hari kiamat pun rumah ni hanya boleh jual pada harga RM80,000.00, sekurang-kurangnya kita boleh menapis separuh daripada 6,000 orang. Mereka tak rasa, tak berbaloi mereka buat pelaburan ni. Jadi saya harap kerajaan boleh lebih berkeras sebab kita perlu faham, saya pernah bincang dengan beberapa orang termasuk ahli EXCO masa tu untuk kita hadkan tapi dia bagitau satu sahaja, dia kata, “Tan kita terpaksa ada free market untuk rumah ni”, tapi kita kena sedar sejak hari pertama adanya rumah mampu milik ini dia sudah bukan free market. Hanya orang yang terpilih sahaja boleh beli apa free market rumah mampu milik ini. Jadi kalau kita nak kawal, kerajaan nak kawal biar dari hari pertama daripada langkah pertama sampailah langkah terakhir, biar daripada penjualan rumah baharu sampai ke sub sale pun kita kawal.
Saya rasa kadang saya rasa sangat sedih apabila saya melawat ke keluarga miskin keluarga pendapatan rendah mereka maklumkan saya mereka duduk di rumah kos rendah itu sewa dengan harga rumah mewah RM650.00 sebulan Yang Berhormat Speaker. Sepatutnya dia dah boleh bayar loan, bayar installment di bank dengan sewa yang dibayar pada tuan rumah. Yang dulunya mungkiin kononnya miskin sebab tu dapat rumah kos rendah tapi sekarang bila dia orang dah selesa dia buat untung ke atas orang miskin. Ni tak sepatutnya berlaku, saya haraplah kita kalau boleh seberapa cepat yang boleh kita mencari satu jalan keluar supaya dasar ini yang sepatutnya membawa manfaat kepada rakyat akan balik kepada pangku jalan. Ini penting Yang Berhormat Puan Speaker.
Satu lagi isu, di mana saya lihat dalam pembentangan Yang Amat Berhormat minggu lepas tu ada sebut tentang ekonomi hijau. Ini bagus, semasa PH dalam kerajaan pun kami ada menubuhkan Majlis Rendah Karbon Negeri Johor sebab kita tahu ekonomi hijau ni kehidupan hijau ni dia perlu dibudayakan, dia bukan sahaja dari peringkat pembuat dasar perlu ada dasarnya tetapi saya rasa dari atas hingga ke bawah perkara itu perlu dijadikan satu amalan dalam hidup. Contoh yang terbaik adalah amalan pengasingan sampah pada punca, saya lihat sekarang ni satu dasar yang cantik, baik tetapi apabila sampai ke dasar ke peringkat pelaksanaan dia sana sini ada kekurangannya. Saya harap kerajaan boleh memperuntukkan satu peruntukan satu jumlah yang dapat kita kata menggalakkan NGO atau perseorangan yang kita kata menjadi penggerak, menjadi mungkin duta kerajaan, duta hijau kerajaan untuk menyebarkan maklumat berkenaan isu ini. Sebab sekarang ini ada satu kekurangan yang sangat besar saya lihat di pihak dari segi pengurusan sampah di Johor.
Saya faham, perkara ini telah kita surrender dan serah kepada kerajaan persekutuan tapi saya yakin kita perlu buat sesuatu untuk mengubah kepada satu dasar yang lebih sesuai untuk negeri Johor. Saya bagi satu contoh, di mana di sekitar Johor ini, ada 373 tapak pembuangan sampah yang haram. 373, Yang Berhormat Puan Speaker. Di kawasan MBIP sahaja, Majlis Bandaraya itu, kita ada 61. Ini bukan saya cakap. Padahal jabatan sendiri dah tahu wujudnya, tapak-tapak haram ini.
Semasa saya duduk sebagai EXCO Kerajaan Tempatan, saya ada berjumpa dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti kontraktor-kontraktor kutipan sampah untuk memahami
apa masalah mereka. Mereka maklumkan saya apabila mereka hantar sampah dan dibuang ke Seelong, ada dua isu yang perlu mereka atasi. Yang pertama, mereka perlu bayar mengikut berat pada masa itu, 1 tan sampah yang hantar dibuang di Seelong, RM70.00. Satu bin roro, tong roro yang dihantar ke sana sekurang-kurangnya 5 tan. 5 tan kali dengan RM70.00, maksudnya kos dibayar secara sah, secara halal, RM350.00. Berapa yang mereka charge kepada pelanggan? Mereka hanya charge pelanggan, ambil dengan pelanggan RM150.00 hingga RM250.00. Maksudnya, satu tong roro dihantar buang di Seelong, mereka rugi RM100.00 hingga RM200.00. Siapa yang akan jalankan satu busuness yang rugi? Tidak ada. Sudah tentunya mereka akan cari jalan yang paling mudah, untuk buang di mana-mana yang mereka lihat. Tepi sungai, tepi jalan kalau kawasan lapang ada, buang aje. Jadi apakah penyelesaian dia? Ini pertama.
Kedua, jauh. Dari Gelang Patah nak hantar ke Seelong sejam perjalanan dia. Pergi, balik, dua jam. Beratur untuk tunggu buang, berapa jam? Sehari berapa trip boleh pergi? Itu juga perlu diambil kira.
Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, saya pernah cadangkan dalam pelbagai mesyuarat supaya kita wujudkan satu tapak pelupusan sisa lengai iaitu kita memproses dan melupuskan sisa lengai iaitu sisa binaan, sisa hijau dan sebagainya di tapak itu,, supaya boleh pada satu tahap mengurangkan tapak-tapak sampah haram yang ada di kawasan bandar raya ini. Tapi apa halangan ataupun masalah yang dihadapi? Apabila mesyuarat dengan pelbagai ketua-ketua jabatan ini, jabatan A kata, YB ini tak boleh, syarat guna tanah tak kena. YB, Jabatan B kata, YB ini tak boleh sebab zoning tak betul. C, ini tak betul, eh B ini tak betul. Ini sampai bila kita nak selesaikan ini?
Yang Berhormat Puan Speaker, kita bukan nak fikir bagaimana benda itu boleh ke tak boleh. Kita nak fikir adakah cadangan itu boleh selesaikan masalah ini ke tidak? Kalau boleh, soalan seterusnya bukan boleh ke tak boleh dah. Ada langgar syarat ke tak ada langgar syarat. Bagaimana kita nak jayakan masalah penyelesaian ini? Orang kita selalu kata, mahu seribu daya tak mahu seribu dalih. Tetapi apa yang kita hadapi selalunya alasan yang membuatkan kita kata tak boleh. Jadi, Yang Berhormat Puan Speaker, saya harap di sini dulu banyak ramai ketua jabatan, sekarang dah tak ada dah.
Yang Berhormat, 2 minit lagi ye. 2 minit.
2 minit tak cukupnya.
Dah hampir..
Ok, saya cuba Yang Berhormat.
Ok, masih ada 4 orang lagi.
Saya, saya, saya... Jadi saya rasa kita perlu mengkaji betul-betul apakah penyelesaian. Sebab apabila kita tak ada satu pelupusan sampah setempat, dia akan menjadi masalah. Terutamanya bagi kontraktor-kontraktor swasta ini, mereka akan cari jalan mudah. Ya, mereka akan cari jalan mudah sebab, bayangkanlah adakah kita nak minta orang awam dari Tangkak jalan 100 kilometer hantar sampah dia ke Bukit Payung untuk dibuang. Berapa duit minyak dah buang dah sana, dah rugi dah. Mungkin untuk SWM tak ada masalah sebab mereka company besar. Dia orang dah dapat konsesi sampah kerajaan, dia tak ada masalah ini. Jadi saya sebenarnya agak alergic dengan perancangan apa tu perancangan kerajaan persekutuan bahawa pelupusan sampah di Johor ini dibahagikan kepada dua. Satu, selatan di Seelong, utara di Bukit Payung. Ini sebenarnya sangat bahaya. Dan saya nampak, dia satu pembaziran. Di mana kalau boleh sampah itu diselesaikan diurus oleh setiap PBT secara lokal dengan teknologi yang sesuai.
Sekarang masalah yang kita hadapi adalah tanah. Tetapi saya sebenarnya dalam, saya rasa sebenarnya amat bertuah, berpeluang menjadi EXCO walaupun satu tempoh yang pendek, tetapi dalam tempoh itu saya diberi peluang untuk mempelajari pelbagai teknologi, untuk melihat bagaimana orang lain, negara maju menyelesaikan masalah sampah mereka tanpa melibatkan, tidak semestinya melibatkan pelaburan yang berbilion-bilion ringgit. Jadi saya harap, Yang Berhormat Puan Speaker, untuk bab ini, kerajaan negeri dapat bincang balik dengan jabatan JPSPN, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk merangka satu dasar yang sesuai untuk negeri Johor. Kita perlu sedar, kita ada 16 PBT, kita satu negeri yang besar. Kalau di sana sini, sekarang ini hanya 300 lebih tapak sampah haram. Saya bimbang apabila dilaksanakan hanya 2 sahaja, utara selatan yang sah, yang swasta ini mereka nak hantar ke mana? Sudah tentu akan hantar ke sungai ataupun tepi jalan.
Sila gulung.
Jadi, Yang Berhormat Puan Speaker. Kita, ada dasar yang cantik. Kita ada penggubal dasar, kononnya Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini adalah penggubal dasar yang hebat. Tetapi apabila sampai ke peringkat pelaksanaannya, itu kita perlu lihat. Dan satu dasar yang baik, setelah berpuluh tahun dilaksanakan, sudah tentu ada yang perlu ditambah baik. Semua ini perlu diambil kira. Kita tak boleh ikut apa yang atuk kita buat, nenek kita buat dan kita ikut sampai sekarang. Dulu atuk kita ke sana sini pakai sarung. Sekarang kalau kita keluar kena pakai smart sikit. Itu perbezaannya.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya harap terutamanya yang isu-isu yang kami pernah bawa masa sesi soal jawab juga perlu diambil perhatian. Antaranya saya telah bawa untuk perhatian beberapa peringkat bahawa ada satu permohonan untuk tukar zoning di daerah Muar. Dah dua kali tukar MB, sampai hari ini tidak selesai. Walaupun pertukaran zoning itu sebenarnya dalam rancangan akan datang, di mana dalam RTB, Rancangan Tempatan Daerah yang terbaru yang akan dilaksanakan dalam 10 tahun akan datang, dah tukar dan zon, cuma yang sedia ada belum tukar. Jadi masa itu, ada cuba bawa untuk Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk supaya sebelum yang future yang akan datang itu untuk dimaktubkan sebagai satu rancangan yang diwartakan, laksanakan dulu melalui SPC. Tetapi apa yang berlaku? Orang yang bawa SPC ini, yang membawa kertas kerja itu, dia yang membantah dalam SPC itu, apabila membuat keputusan. Apa ni?
YB, sila gulung.
Jadi, perkara itu perlu diambil perhatian.
Saya bagi satu minit lagi eh. Satu minit.
Itu sahaja. Saya harap kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat baik dalam Dewan, di luar Dewan ataupun di peringkat kawasan, di peringkat daerah, kami berkhidmat untuk rakyat. Masing-masing dengan niat yang baik. Saya harap ini, saya lihat dalam norma politik yang baru ini, ada tambah baik. Ada lihat perubahan. Saya harap perubahan ini bukan sahaja, tidak akan jadi sekelip mata, tetapi dia akan kekal dan diinstitusikan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB Skudai. Yang seterusnya, saya menjemput YB Senggarang.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaa doa.) Terlebih dahulu, patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November 2021 bersamaan 17 Rabi’ul Akhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor berada di dalam aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Puan Speaker. Pertama-tamanya marilah kita semua bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus hidup di kala 30,000 orang rakyat negara yang telah terkorban, wabak COVID-19. Oleh itu, dalam kesempatan yang Allah berikan ini, saya menyeru diri saya dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan semua dalam Dewan ini supaya kita dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai Wakil Rakyat dengan matlamat untuk kepuasan kepada rakyat. Dan bagi menjadikan Johor sebuah negeri yang lebih maju dan cemerlang pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Puan Speaker, ada beberapa topik yang saya utarakan pada petang ini. Pertama, iaitu pelantikan syarikat konsesi dalam perolehan projek kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, dewasa ini kewujudan syarikat-syarikat konsesi melaksanakan penyelenggaraan telah merubah peluang kerja kepada kontraktor kecil dan kontraktor besar G5 ke atas telah hilang punca peruntukan yang mereka boleh menyertainya. Antara syarikat-syarikat konsesi yang wujud di negeri Johor yang terbaru kan Safwa Global Venture, Penyelenggaraan Jalan PBT Seluruh Negeri Johor. Itu yang negeri Johor panggil. TETO Engineering, penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Johor Zon B, Amona Infra Care Sdn.Bhd. Jalan-jalan negeri Johor Zon A, Infradesa Johor yang tadi Yang Berhormat Semerah ada menyatakan bahawa dah habis tempoh dia untuk penyelenggaraan jalan-jalan kampung dan luar bandar negeri Johor. Banyak lagi penyelengaraan konsesi-konsesi jalan persekutuan, selia senggara dan lain-lain yang saya tak akan sebutkan, tak akan ulas pada petang ini.
Kewujudan syarikat konsesi ini memang dibenarkan. Daripada dulu dan saya pun dulu JKR ya, ramai rakan-rakan JKR di sini dibenarkan. Tetapi kewajarannya diguna pakai boleh dipertikaikan. Saya petang ini ingin mengulaskan, yang lain saya tak nak ulas. Dahulu semasa Kerajaan Pakatan Harapan pun saya membawa usul ini supaya Syarikat Amona Infra Care Sdn. Bhd dan TETO Engineering Sdn. Bhd yang menyelenggara jalan-jalan negeri, konsesi dikaji semula. Dan sekiranya terdapat perlanggaran ditamatkan tetapi tidak berlaku pada masa itu. Pada asalnya Amona Infra Care, Amona dan juga TETO memang, mula-mula memang potong rumputlah, apa rumput tepi jalan tetapi akhirnya semua perkara-perkara yang ambil di jalan negeri semua dia sapu habis. Mula-mula potong rumput dan cuci signboard je. Inilah yang saya nak terangkan ya. Cuma hari ini saya nak terangkan tentang Safwa Global Venture yang mana menjadi kerisauan kontraktor-kontraktor kecil Bumiputera, G1, G2 di luarkan apabila wujud konsesi PBT jalan-jalan PBT MARRIS seluruh negeri Johor yang telah dikonsesikan kepada syarikat Safwa Global Ventures Sdn. Bhd. Begitu juga dengan kewujudan JCCD. Saya faham semasa kami berada di sana kan, diwujudkan JCCD, diwujudkan konsesi Safwa Global ini dan saya faham, dulu pun diwujudkan konsesi-konsesi ini kerana kewujudan kartel-kartel di dalam jabatan kerajaan untuk memberikan kontrak-kontrak kepada rakan-rakan tertentu. Itu wujudlah konsesi supaya orang politik ada kuasa terhadap pemberian kontrak tersebut. Dan perkara ini menjadi amalan. Jadi amalan apabila satu kumpulan tidak puas hati dengan satu kumpulan, pegawai kerajaan dan sebagainya, contohnya Pejabat Daerah atau pun Majlis Perbandaran, kita wujudkan konsesi supaya perkara itu, salah laku yang dibuat oleh Pejabat Daerah dan juga Majlis Perbandaran PBT dapat dihentikan.
Bukan begitu caranya pada saya, pada Senggarang. Sepatutnya apa yang salah laku atau pun salah tatacara yang dibuat oleh PBT dan juga Pejabat Daerah di dalam melaksanakan kerja-kerja MARRIS diperbetulkan bukan kita mewujudkan satu masalah baru di luar yang akhirnya tidak dapat kita selesaikan sehingga kini. Di situlah saya pernah, mengiau-ngiau kat telinga saya peranan JCCD pada masa itulah. Dikatakan hendak mengurus, hendak menyelaras perkara ini supaya lebih adil. Itu sahaja yang saya dengar, angan-angan JCCD itulah kan.
Yang Berhormat Puan Speaker, kalau dulu kontraktor hanya perlu berdaftar dengan PKK dan CIDB tetapi sekarang mereka terpaksa berdaftar di Johor dengan JCCD dan juga syarikat konsesi yang telah dikurniakan kerja oleh kerajaan. Ini menambah lagi dan merumitkan lagi keadaan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya dimaklumkan dan saya sendiri pun membuat semakan harga yang ditawarkan oleh syarikat konsesi adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan dahulu oleh agensi kerajaan. Logiknya, logiknya syarikat konsesi akan mengambil keuntungan dan caj pengurusan dan selebihnya baru di buat sebut harga atau undi kepada kontraktor lain. Manakala kalau peruntukan RM700 juta PBT, 20% dah lari kepada syarikat konsesi. Lebih kurang RM60 juta. Kalau 12% dah RM60 juta dah lari, peruntukan dah tinggal RM240 juta yang hendak diagihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil makna dah hilang RM60 juta. Ini bermakna 15% hingga 20% daripada peruntukan penyelenggaraan akan hilang diberikan kepada syarikat konsesi. Bukan itu sahaja, akhirnya kerajaan dengan duit rakyat yang diuruskan itu, kerajaan terpaksa membayar dua lapis kakitangan. Pertama, kakitangan kerajaan sendiri. Pada penyeliaan untuk kerja-kerja contoh-contoh kerja-kerja jalan negeri diselia oleh JKR. Kakitangan kerajaan negeri kena bayar, kakitangan am pun nanti kena bayar lagi. Begitu juga Safwa. Kakitangan Majlis Perbandaran kena bayar. Pejabat Daerah kena bayar dan Safwa kena kena bayar lagi. Belum lagi JCCD nya lagi. Jadi di situ pertindihan pembayaran gaji kepada mereka-mereka terlibat sangat membazir wang rakyat yang diamanahkan kepada kita. Kalau hasilnya itu baik, Alhamdulillah tetapi hasilnya tidak memuaskan oleh semua mereka-mereka yang terlibat di dalam industri pembinan khususnya kontraktor-kontraktor kecil Bumiputera.
Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam pelaksanaan konsesi, saya rasa dan Yang Berhormat EXCO maklum kontraktor disyaratkan boleh mendapat kerja sekali sahaja dalam setahun. Ini bermakna jika mereka sudah mendapat kerja contohnya RM20,000.00 maka mereka tidak layak untuk dipertimbangkan kerja lain. Ini adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan. Mungkin Yang Berhormat EXCO atau pun pegawai-pegawai di atas tidak maklum tetapi perkara ini dilaksanakan oleh kakitangan konsesi.
Yang Berhormat Puan Speaker, jumlah kontraktor bertambah dari masa ke semasa. Manakala peluang mendapat kerja diperkecilkan. Urusan dah ambil, itu belum keuntungan lagi oleh syarikat konsesi. Kalau dulu duitnya besar, banyak diuruskan oleh agensi kerajaan tetapi sekarang sebahagian besar telah hilang. Adalah bakinya untuk diagihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil sama ada melalui sebut harga atau pun undi. Jadi kita nak melahirkan, kerajaan nak melahirkan kontraktor Bumiputera supaya ramai usahawan Bumiputera yang lahir tetapi dalam waktu yang sama menyempitkan peruntukan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera. Jadi ini tidak selaraslah dengan usaha untuk meramaikan lagi usahawan Bumiputera.
Yang Berhormat Puan Speaker, memang ada laporan. Laporan-laporan yang sedap dengar di telinga, sedap dengar di telinga, halwa telinga laporan berbaur syurgalah yang menyatakan kewujudan syarikat konsesi oleh pihak tertentu banyak memberi faedah kepada kontraktor. Pada saya adalah satu laporan yang dibuat untuk menutup kelemahan sistem konsesi ini. Saya boleh buktikan banyak. Jumpa, saya buktikan apakah kelemahan konsesi di lapangan. Apa yang berlaku adalah indah khabar dari berita dan menang sorak kampung tergadai. Kaedah syarikat konsesi ini adalah menguntungkan individu tertentu sahaja sementara majoriti rakyat kontraktor menghadapi masalah. Mereka adalah rakyat kita dan mereka juga kita yang lahirkan. Kalau dulu-dulu zaman dulu kan banyak kita lahirkan kontraktor, kontraktor berwibawa, macam-macam cara kerajaan nak membantu.
Yang Berhormat Puan Speaker, cadangan saya, cadangan Senggarang, pertama, kerajaan perlu menyemak semula buruk baiknya kewujudan syarikat konsesi yang saya cakap tadi Safwa ataupun lain-lain. Tapi saya tekankan pada hari ini adalah Safwa Global Ventures kerana disebabkan wujudnya Safwa ini memang rungutan di bawah terlalu besar. Kalau dulu Amona, ada TETO tu kurang sedikit tetapi ada Safwa bolotkan, hampir beratus-ratus
juta rungutan bawahan sangat ketara kepada kerajaan. Jadi kerajaan perlu menyemak semula buruk baiknya kewujudan syarikat konsesi ini. Dan saya pun sebenarnya telah membuat laporan, membuat laporan, rasanya sebelum COVID-19, sebelum PKP kepada SPRM sendiri saya telah buat laporan, hantar laporan. Saya tidak berpuas hati terhadap syarikat konsesi khususnya Safwa Global Ventures dan rakan saya, Ahli Parlimen Johor Bahru telah membawa perkara ini ke Parlimen untuk dipertimbangkan kerana peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan pusat. MARRIS ini. Sebab itu saya bawa, saya minta Ahli Parlimen Johor Bahru supaya bawa ke Parlimen. Kedua, agensi yang memantau perlu lebih serius, lebih telus dalam membuat laporan. Kalau tak betul, tak betul. Memanglah sebab itu saya difahamkan sampai ada yang berbulan-bulan tidak dapat bayaran. Konsesi itu saya akan sebut sekejap lagi. Ketiga, harga betul nak wujud konsesi ini wujud cara yang baik. Kalau tak nak tutup sahaja. Harga yang ditawarkan oleh syarikat konsesi mestilah selaras dengan harga yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. Kalau konsesi bagi orang kan lebih murah daripada agensi kerajaan what for, dengan izin kita wujudkan konsesi. Tak ada apa yang membantu kepada rakyat, tidak ada apa yang membantu. Keempat, syarikat konsesi mesti mempunyai kemampuan untuk membayar projek yang telah siap dengan segera. Kebanyakan mereka menunggu bayaran daripada kerajaan barulah mereka membayar subcon. Saya mendapat aduan daripada rakan-rakan kontraktor yang telah bersama dengan Safwa bahawa ada yang sampai tujuh bulan pun tak dapat bayaran dan mereka membawa aduan itu kepada saya, untuk saya bawakan di dalam Dewan ini. Jadi di dalam istilah ini, siapa yang payung siapa. Kontraktor kecil payung kontraktor besar ke, kontraktor besar payung kontraktor kecil. Siapa, konsesi payung ke kontraktor kecil payung konsesi. Kalau kontraktor besar tak boleh payung, tutup sahaja konsesi ini. Tak payah kan, membuang masa sahaja.
Yang Berhormat Puan Speaker, kalau ini berlaku bayaran lewat dan sebagainya sampai ada setahun. Jadi pada saya mereka tidak layak jadi konsesi. Sebab itu kalau kita lihat konsesi Lebuh raya PLUS, betul. Lebuh raya PLUS kita ingat dulu PLUS dulu tak ada lebuh raya dia dapatkan dana dia buat jalan, lebuh raya dia collect tol dan sebagainya. Jadi tol itu dia dapat dana sendiri tetapi dalam bab ini dana disediakan oleh pihak kerajaan. Kelima, banyak syarikat konsesi melantik anak syarikat dia sendiri. Saya ada bukti. Saya ada bukti sama ada Selia Senggara ke, mana-mana, Safwa kat mana anak syarikat sendiri untuk melaksanakan kerja. Memang harga itu rendah siapa nak buat? Akhirnya dia cilok pada syarikat sendirilah subsidiaries sendiri. Ini menyebabkan kontraktor lain tidak dapat kerja. Kenyang. Kita saya lihat banyak syarikat kerja-kerja yang dikeluarkan terlalu kecil. Ada undi RM8,000.00, zaman sekarang RM8,000.00 ini nak untung apa. Apa yang nak diuntung. Kerja kecil RM8,000.00 untuk satu pekerja. Pejabat Daerah pun dululah, Pejabat Daerah ataupun saya cakap tak adalah undi sampai RM8,000.00. Ini betul, saya lihat pihak kerajaan ataupun pihak yang terlibat nak memenuhi citarasa bahawa mesti ada undi, nak ada undi supaya semua orang dapat tapi kalau dapat kerjanya RM8 ribu dalam zaman sekarang bahan yang meningkat apa yang nak dapat, apa yang nak diuntungkan oleh kontrak kecil Bumiputera ni, dahlah RM8,000.00, bayarannya pun lewat, sekarang patut kerja kan, kerja J1 tu dah sampai eh RM200,000.00 dah, RM8,000.00 masih lagi eh masih dilaksanakan, satu perkara yang mengecewakanlah kan atau satu yang, yang orang kata tu kita S.S. kan industri pembinaan ni saya kan YB Sri Medan pun rasa sedia maklum kan, ini satu mengecewakan yang memalukan gitulah kan, sebagai jurutera-jurutera di dalam Dewan ini.
Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, sebab itu had kerja kontraktor J1 adalah RM200,000.00. Ini bermakna semua kontraktor boleh mengambil bahagian dalam undian dan sebutharga selagi nilaian tidak lebih RM200,000.00. Saya faham apabila maknanya kerajaan sama ada agensi kerajaan dengan terikat dengan apa tu Pekeliling RM200,000.00, tetapi apabila jadi konsesi tak terikat, itu memanglah cara lah nak melepaskan diri. Konsesi ni bukan kerajaan jadi boleh lah buat RM8,000.00 boleh RM10,000.00. Jadi amalan ni janganlah digunakan untuk membolehkan kita menafikan hak orang lain.
Begitu juga pemantau perlu dibuat untuk mengelakkan ketirisan berlaku dalam kalangan syarikat konsesi. Yang Berhormat Puan Speaker, sebab itu saya rata-rata, saya memang daripada awal bab-bab konsesi memang saya tergurislah, memang saya tentanglah, habis-habisan sebab pada saya ia melanggar, melanggar tata cara agama. Kita betul kita niat kita untuk lahirkan ramai usahawan, Islam, Bumiputera situ niat yang baik, murni tapi kalau kita imbas dari sudut Islam dengan mengambil contoh sahabat nabi yang paling kaya iaitu Saidina Abdul Rahman bin Auf, kaya raya, hartawan, jutawan ha, kita nak lahirkan orang macam ni. Sahabat Abdul Rahman bin Auf tidak mengambil peluang hak-hak peniaga kecil lain. Tak ambil peluang sebab tu kita lihat, selalu kita dengar ustaz-ustaz cerita dia bersaing dengan pedagang-pedagang Yahudi dalam urus niaga jualan unta sebagai contoh, beliau menjual unta dengan harga kos dan menjana keuntungan dengan menjual tali-tali unta dengan rekaan yang berbagai bentuk dan warna yang menarik. Ini contoh kreatif yang perlu ada pada syarikat-syarikat yang nak jadi jutawan ke hartawan ke, syarikat konsesi yang besar. Bukan mengambil hak kontraktor-kontraktor yang kecil yang sudah ada di lapangan, ambil hak mereka. Ini bukan cara dia. Sebab itu saya cabar lah maknanya saya bukan mencabar dalam Dewan tak akan ke mana, tak akan ke mana syarikat-syarikat konsesi kalau melanggar tatacara, cara yang diamalkan nabi kita Muhammad SAW
Syarikat konsesi seharusnya menggunakan kreativiti-kreativiti dan kepakaran mereka, mereka kan kontraktor-kontraktor besar, pasal besar sebab tu jadi konsesi kan? Untuk membantu peniaga-peniaga yang kecil, itu caranya. Bukan ada peluang, ada peluang, ada ruang itulah peluang aku, aku ambil, aku cari jalan untung kan.
Jadi Puan Speaker, jadi saya mohon supaya Dewan ini, kerajaan mengkaji semula kewajaran syarikat konsesi berada dalam negeri Johor Darul Ta’zim ini yang terkini saya dengar yang akhir sekali saya dengarlah iaitu Qul Holdings (M) Sdn. Bhd., saya dengarlah yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat dari Semerah. Saya tak nak lah negeri kita jadi juara konsesi ya.
Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang kedua yang saya ingin maklumkan yang saya ingin bawa pada hari ini adalah isu tanah. Tanah adalah satu keperluan bagi kehidupan manusia dalam ialah penduduk, kadar penduduk semakin meningkat, keluasan tanah terus kekal tidak berganjak menyebabkan permintaan ke atas tanah melonjak secara berterusan. Walaupun terdapat projek-projek tebus guna tanah paya dan laut namun jumlah keluasan tanah yang terlibat sangat terbatas dan ia hanya dikuasai oleh golongan pengusaha-pengusaha besar sahaja. Adalah menjadi hak rakyat yang mempunyai, setiap rakyat negeri Johor yang tidak ada tanah untuk memohon mana-mana tanah kerajaan yang kosong. Itu dasar tu saya rasa semua orang setujulah kan. Begitu juga adalah menjadi kuasa kerajaan untuk meluluskan atau menolak permohonan-permohonan mereka tanpa perlu memberi alasan. Tapi yang menjadi tanda tanya oleh rakyat khususnya di daerah Batu Pahat kepada saya bahawa apakah kelayakan sebenar bagi seseorang rakyat Johor untuk mendapatkan kelulusan terhadap sesuatu keputusan terhadap tanah yang diajukan? Dalam agama kita…
YB Senggarang, sila gulung.
Ya sekejap, bagi saya ulas tanah dulu ya. Hak satu bidang tanah akan jatuh pada orang yang menghidupkan tanah berkenaan. Konsep ini sangat sesuai sekiranya kerajaan negeri mengambil pakai dasar tersebut. Jika dasar tersebut dilaksanakan sudah pasti ia boleh menyelesaikan permohonan-permohonan tanah yang tertunggak. Terdapat banyak aduan kepada saya, banyak kes-kes di Batu Pahat lah, permohonan tanah yang telah dibuat bertahun-tahun, ada belasan tahun malahan puluhan tahun tetapi sampai sekarang masih tiada jawapan, bukan tiada kelulusan, tiada jawapan. Lulus ke tak lulus, ada permohonan telah bermastautin dan mengambil hasil
pertanian daripada tanah, ada sesetengah kes ada pemohon-pemohon dituduh sebagai penceroboh, dalam proses menunggu ada pemohon yang meninggal pun ada.
Jadi saya harap soal tanah ini supaya Pejabat Tanah khususnya PTG mengambil maklum dan supaya perkara ini dapat diselesaikan secara tuntas. Saya ambil contoh-contoh permohonan-permohonan tanah mungkin dari kawasan YB juga ya, kawasan YB Sri ke kawasan taman bandar, Kampung Bukit, 30 tahun orang duduk tanah tu sampai sekarang tak ada permohonan dah diaju tak ada geran pun, tak ada, tak dapat. Kampung Petani pun sama, dibangkitkan oleh YB Semerah kan? Sampai sekarang sejak Ghani Othman mereka, sejak zaman Ghani Othman betul saya lihat ada cadangan daripada kerajaan untuk membina flat-flat bagi mereka tapi saya katakan pada YB Semerah, YB apa Sri Medan, itu cadangan saya nak lihat realitinya berlaku, pasal cadangan daripada dulu ada cadangan, dulu pun kerajaan Barisan Nasional juga, dah YB dah bertukar ganti dah 5, 6 YB dah tetapi mereka masih di situ juga dengan himpitan sara hidup dia kan, keadaan dah akhirnya terpaksa terpinggir daripada tanah di kawasan, kerana itu bukan hak mereka. Tetapi mohonlah supaya ambil maklum perkara tersebut dan selesaikan masalah tersebut secara tuntas ya.
Yang kedua yang akhir sekali ya saya ingin menyebut di kawasan saya, tadi kawasan saya, saya pernah ajukan satu masalah di Sungai Ayam. Pada 2019 saya pernah bangkitkan perkara ini, pembukaan kuari di Kampung Sungai Ayam, Kampung Belut Putih Sungai Ayam. Sebelah kuari Ni Hong Quarry, saya pernah bantah perkara ini, kuari 100 ekar dan saya nyatakan bahawa kita tidak serik ke, bahawa 2018 banjir besar berlaku di Sungai Ayam dan juga di Sungai Sulong disebabkan oleh Ni Hong, Kuari Ni Hong kalau sebab tu saya bantah dan saya dengar dan ambil maklum bantahan saya dulu diterima dan ada permohonan baru pula untuk mohon di buka kuari 100 ekar di Gunung Banang, Kampung Belut Putih Sungai Ayam. Bagi penduduk-penduduk Sungai Ayam, yang mana kampungnya berdekatan dengan cadangan kuari tersebut, kami semua membantah kuari tersebut yang akan rasanya kalau buka kuari ni orang kampung pun larilah. Sebagaimana berlaku di Kampung Minyak Beku banyak kuari, kuari banyak, tapi kawasan kuari tu orang pun tak ada duduklah orang pun takut nak duduk kat kuari. Jadi kawasan-kawasan tradisi ini saya mohonlah supaya kelulusan kuari khusus di Kampung Banang itu dapat ditolak oleh kerajaan dan demi kesejahteraan penduduk-penduduk di Kampung Sungai Ayam.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker yang telah memberikan saya peluang untuk berbahas mengenai dengan Belanjawan 2022. Sekian, wassalamualiakum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tanjung Surat, jemput.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Selawat). Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu Tanjung Surat ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhim Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda Tuanku pada hari esok, 22 hari bulan November 2021. Patik berdoa agar Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah untuk membolehkan Tuanku terus menaungi bangsa Johor supaya Johor dapat mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa yang akan datang.
Patik juga ingin merafak sembah setinggi tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku pemilik pasukan bolak sepak JDT
yang telah berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia, setelah memenangi Liga Malaysia buat kali ke lapan. Juga tahniah kepada pihak pengurusan dan pemain-pemain JDT, patik berdoa agar JDT melepasi peringkat separuh akhir dan memasuki pertandingan akhir seterusnya memenangi Piala Malaysia bagi tahun ini.
Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohamad, Menteri Besar Johor yang telah membentangkan Bajet Johor 2022 dengan begitu komprehensif, menyentuh keperluan setiap lapisan masyakarat dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi dalam mengharungi pandemik COVID-19 yang berlarutan hampir 2 tahun.
Puan Speaker, sebelum saya teruskan izinkan saya berpantun sedikit sebagai selingan. Kalau roboh kota Melaka, papan di Johor saya dirikan, selesai sudah PRN di Melaka, yang terpilih teruskan tugasan.
Seperti dicadangkan dalam Belanjawan 2022 ini, strategi bagi mempersiapkan negeri dan rakyat Johor akan dipacu oleh 4 impetus ekonomi baharu, izinkan saya menyentuh dua daripada 4 impetus tersebut. Iaitu Memperluaskan Pendigitalan Johor dan kedua, Memperbaiki Ekosistem Pelaburan. Tahniah kepada kerajaan kerana bakal memperkenalkan Pelan Induk Digital Johor, pelan ini bertujuan mempersiapkan rakyat Johor untuk menghadapi cabaran dalam bidang digital. Untuk memastikan kejayaan pelan induk digital ini liputan Internet hendaklah diperluaskan untuk mendapat impak yang maksima.
Memperbaharui Ekosistem Pelaburan, setinggi tahniah kerana kerajaan Johor telah dijemput, maksud saya negeri Johor telah dijemput masuk sebagai anggota baharu Indonesia, Malaysia and Thailand Growth Triangle (MITGT) sudah tentulah dengan penglibatan Johor juga dapat ditambah baik pendekatan SIGORI, Singapore, Johor dan Riau pada kali ini. Semoga sebuah negeri yang berjiran sebagai sebuah negeri yang berjiran dengan Singapura dan Riau sudah tentulah Johor merasai kesan dari suasana pelaburan sekeliling. Memanglah ada pelaburan yang kita boleh bekerjasama. Tapi harus diingatkan, ada juga bidang-bidang yang kita terpaksa bersaing untuk mendapatkan pelaburan. Masing-masing negara ada insentif-insentif tersendiri yang ditawarkan kepada pelabur-pelabur untuk menempatkan pelaburan di negara masing-masing. Kerajaan hendaklah melihat semula insentif yang ada, sama ada masih relevan dan menarik kepada pelabur-pelabur atau perlu dipertingkatkan atau diubahsuaikan. Selain dari itu, pelabur-pelabur yang hendak, yang ada hendaklah didekati untuk mendapatkan isu-isu yang perlu ditangani agar mereka terus kekal melabur di negeri ini, malah lebih baik jika mereka menambah pelaburan di sini.
Saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan Indonesia akan melabur di beberapa kawasan, SIJORI yakni Singapore, Johor, Riau, berhampiran negeri kita. Mereka akan memajukan Pulau Batam sebagai tempat industri aero-angkasa, di Bentan industri logistik dan pelancongan, dan industri minyak dan gas di Riau. Kita di Pengerang ada industri minyak dan gas, di mana Petronas ada hampir 2,000 ekar lagi tanah yang boleh dibangunkan, begitu juga DIALOG yang mempunyai tanah sekitar 600 ekar yang masih belum dibangunkan. Saya yakin jika ada kerjasama serantau dapat diusahakan, kita dan jiran-jiran boleh lengkap melengkapi dari segi pelaburan untuk faedah kesemua pemegang taruh. Saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan Invest Johor dalam menarik pelaburan baru dan mengekalkan pelaburan sedia ada. Tanggungjawab ini amat mencabar tapi insya-Allah boleh dilakukan.
Saya ingin masuk kepada isu perumahan. Syabas kepada kerajaan negeri kerana akan memperhebatkan lagi usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik khususnya untuk menampung keperluan kumpulan sasaran B40 dan M40. Usaha untuk membina
rumah mampu milik ini akan lebih berjaya jika pemain-pemain industri perumahan bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk membantu kerajaan menjayakan program ini. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dengan pembinaan rumah hendaklah lebih cekap dalam menjayakan projek-projek perumahan. Pernah berlaku beberapa kelemahan syarikat-syarikat GLC yakni syarikat berkaitan kerajaan yang seringkali membantut usaha atau melengahkan pembinaan dan seterusnya lewat siap, setelah siap seringkali lambat diserahkan kepada pembeli-pembeli. Rancangan awal yang lemah akan menyebabkan kelewatan dan juga masalah ketika pembinaan. Masalah penyelarasan dengan pihak pembekal utiliti, utiliti juga salah satu sebab kelewatan berlaku yang akan meningkatkan kos dan mengurangkan keuntungan syarikat akhirnya. Setelah siap rumah-rumah ini kadang kala lewat pula di serah kepada pembeli, ada berlaku sampai bertahun kelewatannya. Ini semua boleh menjejas usaha murni kerajaan untuk menyediakan perumahan kepada rakyat.
Pihak bank juga haruslah membantu kerajaan dengan memudahkan pembeli yang berjaya mendapat pinjaman. Sedih juga ada pembeli yang terpilih setelah lama mencuba dan menunggu tapi akhirnya hampa kerana kegagalan mendapat pinjaman bank. Sebelum dapat rumah, kebanyakan mereka ini menyewa rumah dan harus membayar sewa bulanan. Mereka tahu tanggungjawab mereka untuk membayar sewa, begitu juga mereka akan membayar pinjaman bank, jika diluluskan pinjaman kepada mereka. Lagi pun bank banyak, lagi pun bank banyak cara untuk mendapatkan bayaran pinjaman, dapatkan balik bayaran pinjaman jika mereka lewat atau gagal membayar. Kurangkanlah birokrasi bank supaya mereka dari B40 dan M40, kumpulan sasaran ini lebih mudah mendapat pinjaman perumahan. Jika tidak, berapa banyak pun rumah yang dibina, rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan tidak dapat dinikmati oleh orang-orang yang betul-betul memerlukan rumah-rumah mampu milik.
Seterusnya saya menyentuh isu-isu tempatan. Ini telah saya timbulkan beberapa kali tapi saya terus timbulkan kerana masalah itu masalah yang ada ini masih berterusan iaitu rumah-rumah rosak di Taman Bayu Damai, rumah-rumah yang disebabkan oleh beberapa perkara termasuk mendapan, menyebabkan tanah mendap dan juga keretakan bangunan, ini ada yang membahayakan penghuni dan ada juga yang tidak berapa merbahaya. Saya suka cadangkan supaya untuk mengatasi masalah ini bukan setakat kata orang bila dengar ada aduan retak, datang bawa konkrit, tampal. Tidak ada usaha langsung memahami apa yang sebenarnya berlaku. Jadi saya harap satu kajian dapat dibuat kepada rumah-rumah ini melebihi seratus peratus rumah yang rosak ini. Walaupun mereka diduduki, tapi ada setengahnya sangat merbahaya kepada penghuni rumah. Jadi saya mencadangkan supaya dibuat kajian, bukan sahaja mendapan, keretakan yang disebutkan tadi, punca sebenar keretakan itu hendaklah dikaji sebagai usaha mendapatkan penyelesaian jangka panjang. Saya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri agar dapat mempertimbangkan, supaya dapat satu kajian di buat untuk membantu penghuni rumah ini daripada tujuh buah kampung, tapi ada satu kampung, dua kampunglah, Sungai Buntu dan Kampung Teluk Empang kurang terjejas. Lima kampung lagi sangat terjejas. Jadi buat kajian supaya setelah mengenalpasti kenapa berlaku kerosakan ini yang berterusan, kita akan dapat pastikan dengan bantuan pakar-pakar apa yang harus dibuat. Bila dah kenal pasti apa yang harus dibuat, berapa pula kosnya. Berapa bayaran untuk membaiki keadaan itu. Jadi ini adalah usaha-usaha kita supaya masalah kerosakan rumah ini yang terjejas, menjejaskan kehidupan mereka yang tinggal di sana dapat di atasi, kata orang putih, dengan izin once and for all, tidak lagi berlarutan sehingga hari ini.
Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR akhirnya Masjid Taman Bayu Damai, projek ini telah ditanda pada 28.11.2021. Harapan saya agar kontraktor berpengalaman diberi tugas. Janganlah harga terlalu rendah pun di beri projek. Saya ingin membawa contoh, kalau tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke Penawar, lepas bayar tol Penawar itu sepatutnya ada flyover sebelum traffic light untuk ke kanan, tapi malangnya setelah di tender, kontraktor yang paling murah diberi dengan harga yang 40% yang lebih murah daripada anggaran sebenar, akhirnya kontraktor tak buat apa-apa pun. Buat sekarang ini saya difahamkan pihak JKR memanggil tender semula, ini bukankah
mengakibatkan masa, melengahkan projek dan melibatkan kewangan yang bertambah. Jadi, saya harap tidak berlaku pada Masjid Taman Bayu Damai.
Perkara yang ketiga dari kawasan saya yang saya ingin ketengahkan ialah kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan parit, satu oleh JKR dan satu lagi dari JPS. Saya bersyukur akhirnya jalan FT92 dari Penawar terus ke kawasan saya, ke Sungai Rengit telah dimulakan penyelenggaraannya di bawah pengelolaan JKR Kota Tinggi mulai 1 Oktober saya difahamkan, saya harap jalan ini dan jalan-jalan yang ada di kawasan saya dapat diselenggara dengan sebaik mungkin supaya untuk keselesaan dan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di kawasan saya. Begitu juga parit-parit. Kadang-kadang saya tengok banjir di kawasan saya lah, kawasan YB yang lain saya tidak tahulah. Apa yang berlaku ialah penyelenggaraan parit yang sangat lemah. Itu yang menyebabkan banjir, air tidak dapat bergerak, atau air bergerak perlahan. Jadi inilah yang menyebabkan bila hujan terlalu lebat akan berlaku banjir. Kita harap kalau boleh dalam hujung tahun ini atau awal tahun depan tidak berlaku banjir, rasa saya mungkin, tidak mungkin tidak berlaku, tapi kalau harap berlaku pun tidaklah begitu berat untuk, seperti tahun lepas. Jadi mengenai penyelenggaraan kadang-kadang pihak JPS dah menyelenggara parit dengan baiknya, saliran dah ok, tapi bila sampai merentasi parit ke sungai atau pun pari melalui jalan raya, kalbat ataupun betung yang ada tidak sesuai dengan keadaan ataupun aliran air yang bertambah atau pun parit yang telah dibesarkan. Ini memerlukan kerjasama pihak JKR dan JPS supaya JKR perlu mengambil tindakan untuk menukar culvert-culvert pembetung-pembetung ini kepada saiz yang lebih sesuai untuk memastikan aliran air berjalan dengan baik. Jadi dengan sendirinya banjir dapat diatasi atau kesannya dapat dikurangi.
Seterusnya mengenai jalan juga, rasa saya ini kali ke tiga saya sentuh di Dewan ini. Walaupun secara fizikalnya bukan dalam kawasan saya, tapi ia menjejaskan pengguna-pengguna dari kawasan saya juga. Maksud saya Jalan E22, Highway Senai – Desaru. Lebarnya kepada empat lorong, daripada persimpangan Pasir Gudang ke Penawar lebih kurang 27 kilometer haruslah disegerakan pembinaannya kerana jalan ini sangat sesak, sangat berbahaya kerana dengan penambahan lalu lintas termasuk dengan pelancong, kenderaan pelancong-pelancong dan juga kenderaan perniagaan makin mendesak supaya keadaan masih mendesar untuk mendapatkan lebuh raya ini dilebarkan kepada empat lorong. Untuk lebih selamat kepada pengguna-pengguna kerana pengguna-pengguna bayar lebuh raya ini. Patutnya lebuh raya daripada Pasir Gudang hingga ke Penawar tidak payah charge la, tidak payah dikenakan bayaran kerana ini bukan highway, dua lorong saja tapi dikenakan sudah begitu lama dan saya harap peruntukan yang dulu dengarnya telah diluluskan, lepas itu dibatalkan. Harap-harap kali ini kalau diluluskan teruslah segera dilaksanakan.
Saya juga ingin membawa permohonan ataupun cadangan saya supaya kerajaan membantu Majlis Perbandaran Pengerang untuk mendapat bangunan sendiri. Bangunan yang khusus untuk mereka memandangkan peranan mereka yang begitu berat ataupun yang begitu penting bagi masyarakat di Pengerang dengan pembangunan industri minyak dan gas dan pelancongan yang besar ya. Jadi kalau siapa belum pernah pergi ke Pengerang, Majlis Perbandaran Pengerang sekarang ini di rumah kedai, rumah kedai, beberapa rumah kedai disewa untuk dijadikan Majlis Perbandaran Pengerang. Jadi rasa saya masanya telah tiba untuk Majlis Perbandaran Pengerang ini ada bangunan sendiri yang moden, bandar yang pintar ataupun bangunan yang pintar, rendah karbon dan sebagainya untuk memacu Majlis Perbandaran Pengerang ke masa mendatang supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat Malaysia, masyarakat Pengerang dan Johor.
Seterusnya di kawasan saya ada satu kawasan, kawasan pantai yang cantik. Saya namakan Pantai Sungai Musuh hingga ke Pantai Batu Layar sekitar 12 kilometer. Saya sebut pantai ini kerana pantai ini cantik dan pantai ini landai kalau boleh saya gunakan perkataan landai kalau ada yang tak faham minta maaf la ya. Landai ini maksudnya, kalau nak mandi manda di laut itu selamat lah. Kalau surut sampai 1 kilometer air undur ke laut
sana. Begitulah keadaaan dan keadaan pantai yang begitu cantik, saya harap PLAN@ Malaysia, PLAN@Malaysia ini dulu Jabatan Perancang Bandar Dan Desa dapat menengok perkara ini, mencadangkan tempat ini bagaimana hendak dibangunkan untuk mengambil nilai-nilai pelancongan yang ada pada pantai ini.
Kalau Pantai Batu Layar itu kalau hujung minggu memang penuh dengan orang. Tapi malangnya kemudahannya sangat sedikit. Kalau mandi itu laut, nak pergi membilas badan itu, bayar. Bayar nak buang air kecil bayar, ada disediakan oleh orang kampung ya. Jadi saya harap dapat tengokkan apa yang saya cadangkan ini supaya kita dapat memastikan kawasan ini dibangunkan dengan berperancang lah, tidak adhoc ataupun yang tidak teratur. Harap dapat dikaji oleh pihak yang berkenaan lah.
Seterusnya selalu saya ini, nak kata dikecam keras sangatlah, ditegur oleh masyarakat setempat katanya, “Dato’, orang Pengerang ini tiada peluang ke nak kerja dengan RAPID dengan DIALOG?” dia kata banyak orang luar tapi pada hakikatnya ramai orang Pengerang yang kerja di dalam tapi sudah tentulah tidak semua yang dapat kerja. Tapi akhir-akhir ini, bila Petronas akan memulakan pembukaan operasi secara komersial pada hujung tahun ini, kontraktor-kontraktor penyelenggaraan mereka telah dilantik dan mereka ini, syarikat-syarikat ini memerlukan banyak pekerja-pekerja untuk diambil dan khususnya yang berkemahiran. Jadi, alhamdulillah akhir-akhir ini beberapa temu duga telah diadakan untuk mendapatkan pekerja-pekerja dari kawasan Pengerang khususnya, sampai ada di pejabat saya pun jadi tempat temu duga dan ada lagi kekosongan tapi ada yang tidak layak kerana tidak ada kemahiran tapi kalau ada yang berminat, ada kesungguhan kita akan beri peluang dia untuk berkursus, untuk berkursus dan akan diterima oleh syarikat-syarikat ini untuk bekerja dengan mereka. Kursus jangka pendek mengikut pilihan bidang thread mereka yang mereka pilih. Jadi pejabat saya menghubungi sekarang, lepasan-lepasan SPM yang masih belum dapat senarai daripada sekolah yang ditawarkan jika berminat untuk bekerja dengan syarikat-syarikat ini supaya mendaftar diri, supaya kita akan beri peluang untuk mereka sama ada berkursus dulu atau yang dah ada kemahiran sikit boleh pertingkatkan ataupun upgrade kemahiran masing-masing untuk dapat peluang pekerjaan...
YB, sila gulung.
Yang lebih, lebih menguntungkan mereka. Akhirnya saya harap seperti saya sebut beberapa kali, pernah sekali saya sebut, rasa saya kawasan pantai di kawasan DUN Tanjung Surat ini melebihi 70 kilometer panjang. Jadi maklumlah bila kita di tepi laut ini, macam-macam berlaku di pantai ini. Terutama di waktu malam, macam-macam berlaku, ada buangan sisa minyak dan sampah daripada kapal, ada penyeludupan rokok, penyeludupan manusia. Saya menyeru kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini supaya melipatgandakan usaha memastikan perkara-perkara ini dapat dikawal dan kawasan ini sentiasa, laut ini sentiasa terpelihara dan tidak tercemar, kerana kita ada agensi banyak eh, kalau kat laut sekali mungkin kita ada TLDM, tentera laut, lepas itu kita ada APMM, Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia, agensi maritim malaysia. Lepas itu mungkin kita ada Polis Marin, di darat pun ada askar pula di tempat saya ini. Jadi seharusnya perkara-perkara yang saya sebut tadi tak berlaku, tapi masih berlaku. Jadi itulah saya harap dapat dipastikan kawasan ini terpelihara dan sesekali tidak tercemar. Ini untuk membolehkan nelayan mendapat tangkapan yang baik, hasil laut yang lebih memuaskan. Justeru dapat menambahkan hasil pendapatan nelayan-nelayan di kawasan saya. Jadi rasa saya itu saja Puan Speaker. Akhirnya, Tanjung Surat mohon mencadang. Sekian, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok 22 November 2021 jam 9.30 pagi.