Johor · 22 November 2021

4th session, 2nd meeting · 135 turns · 29,794 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, salam sejahtera. (Bacaan selawat).

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada hari ini, 22 November 2021. Patik dan seluruh Ahli Dewan Negeri merafak sembah dengan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan untuk terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim juga akan terus makmur, aman di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Yang Berhormat Kemelah, jemput.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya ialah soalan nombor 1.

Apakah status terkini daerah Segamat sebagai satu kawasan dalam koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)?

Speaker

Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.

Sejauh manakah Tujuh Ikhtiar Makmur Johor telah memberikan impak kepada proses pemulihan ekonomi Johor pasca COVID-19 dengan memberikan indikator-indikator kejayaannya seperti jumlah pelaburan yang masuk ke Johor, jumlah peluang pekerjaan, jumlah peningkatan hasil negeri, peningkatan jumlah eksport dan sebagainya?

Speaker

Yang Berhormat Jementah, jemput.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3.

Apakah halatuju kerajaan negeri pasca COVID-19 untuk memulihkan dan memperkukuhkan pembangunan ekonomi Johor? Apakah objektif-objektif yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memperkasakan pembangunan Industri Revolusi 4.0?

Speaker

Jemput, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Jementah, Yang Berhormat Kota Iskandar dan Yang Berhormat

Kemelah bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait dan merujuk kepada Hal Ehwal Ekonomi Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Kota Iskandar dan Yang Berhormat Jementah, kesemua inisiatif Tujuh Ikhtiar Makmur Johor ini sedang dalam perlaksanaan dan terbahagi kepada dua fasa. Impak dan keberkesanaan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor dijangka dapat dinikmati dalam jangkamasa yang berterusan. Tujuh Ikhtiar Makmur Johor adalah sebagai panduan strategik dan asas bagi kerajaan negeri untuk memulihkan ekonomi Johor dalam konteks pandemik COVID-19. Tujuh Ikhtiar Makmur Johor ini juga bersifat fleksibel dan boleh diterjemahkan di dalam inisiatif-inisiatif lain mengikut kesesuaian dan juga kedinamikan persekitaran ekonomi. Dia tidak bersifat repetitif namun lebih kepada memberikan fokus kepada pelan dan perancangan ekonomi yang sedia ada. Selain itu Tujuh Ikhtiar Makmur Johor turut selari dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 dan juga Rancangan Johor 5 Tahun.

Pada perlaksanaan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor terdapat beberapa initial milestone, dengan izin yang telah dicapai. Antaranya adalah 2 pelan dan dasar akan dilancarkan pada tahun ini dan pertengahan tahun hadapan iaitu Pelan Pembangunan Digital Johor 2030 dan juga Dasar Agro Makanan Negeri Johor. Kedua-dua pelan dan dasar ini akan menjadi asas kepada menjayakan Agenda Johor Digital dan juga Agenda Jaminan Bekalan Makanan. Bagi Ibrahim Johor Economic Counsil (IJEC), berdasarkan saranan daripada ahli-ahli IJEC adalah penubuhan 2 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penasihat Ekonomi dan juga Jawatankuasa Penasihat Modal Insan. Ahli-ahli yang mengganggotai Jawatankuasa ini bukan sahaja daripada agensi kerajaan bahkan tokoh korporat, profesional serta pemain industri yang berpengalaman.

Jawatankuasa Modal Insan, Penasihat Modal Insan, pra perbincangan telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu bersama pemain industri dan tokoh akademik. Jawatankuasa ini memberi pandangan strategik dalam usaha untuk merangka inisiatif peningkatan kemahiran, program upskilling dan reskilling termasuklah penyediaan skill future platform untuk tujuan pensijilan latihan kemahiran bagi tenaga kerja di Johor untuk berdepan dengan Transformasi Revolusi Industri 4.0.

Bagi Jawatankuasa Penasihat Ekonomi pula, Jawatankuasa ini telah berbincang selama 2 kali dan telah mengesyorkan beberapa inisiatif seperti Halatuju Pelaburan, usaha perkukuh INVEST Johor untuk memastikan ekonomi negeri berada pada landasan tepat dalam mendepani keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Bagi ikhtiar untuk mengaktifkan semula Tiga Segi Ekonomi Johor-Singapura-Riau (SIJORI Capri), Johor telah, baru-baru ini Johor telah dilibatkan dalam Indonesia-Malaysia-Thailand Go Triangle (IMTGT). Satu lagi pembangunan wilayah di negeri Johor. Ia merupakan satu peluang keemasan kepada Johor untuk mempertingkatkan hubungan di antara Johor-Riau. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia, sebagaimana pembentangan Bajet 2022, saya telah menegaskan bahawa Dasar Segi Tiga Ekonomi Johor-Singapura-Kepulauan Riau (SIJORI Capri) ini akan diperkukuhkan ataupun ditambahbaik. Dan penambahbaikan ini dilakukan dengan tidak lagi menganggap usaha Segi Tiga itu, Johor-Singapura dan Riau sebagai sesuatu yang sesuai pada waktu ini, tetapi apa yang lebih sesuai ialah kerjasama Johor-Singapura secara berasingan Johor-Indonesia.

Kerjasama IMTGT akan diaktifkan dengan penubuhan Joint Business Council yang mana Johor adalah antara 11 negeri yang terlibat bersama-sama dengan SME dan pelabur tempatan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam pelbagai peluang ekonomi yang boleh diceburi. Sehubungan itu kerajaan persekutuan pula mensasarkan jumlah pelaburan yang dapat ditarik di bawah IMTGT bernilai hampir RM1 bilion bermula pada tahun 2022 dan 2023 dengan kerjasama sektor awam, sektor swasta, rakan-rakan strategik lain serta institusi antarabangsa seperti Incent Development Bank.

Bagi Johor Economic Tourism and Cultural Office (JETCO) pula, pejabat JETCO akan dibuka secara fizikal di Singapura mulai suku pertama tahun 2022 di mana yang kita sedia maklum, perkara ini tertangguh oleh kerana penutupan sempadan dan juga sop-sop yang telah dibangunkan. Jadi aktiviti serta libat urus bersama pemegang taruh awam mahupun swasta sedang berjalan sementara menunggu pejabat di buka. Dan akan digiatkan lagi bersama pembukaan pejabat JETCO secara fizikal di Singapura pertengahan tahun depan. Kerajaan negeri percaya keberadaan JETCO di Singapura akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk menggiatkan aktiviti ekonomi di antara Johor dan Singapura. Serta menjadi jambatan pengukuh bagi hubungan budaya dan pelancongan yang sudah sedia terjalin.

Untuk jajaran ekonomi baru pula, secara konsepnya ia mengambil peluang limpahan daripada perlaksanaan projek HSR, High Speed Rail. Meskipun pembinaannya tidak lagi diteruskan, Johor masih lagi dapat meningkati limpahan ekonomi daripada pembinaan Rapid Transit System (RTS) Johor Bahru dan Singapura dan juga penerusan projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru. Kedua-dua projek mega ini akan memberi kesan positif kepada Johor dalam pelbagai sektor ekonomi dan secara langsung menjadi infrastruktur pengangkutan di Johor yang lebih moden dan menyeluruh.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Kemelah secara khusus, kertas cadangan kemasukan daerah Segamat ke wilayah ECER telah pun dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2021. Kertas cadangan ini seterusnya akan diangkat untuk pembentangan di Parlimen bagi kelulusan pindaan Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur. Pada masa yang sama, bermula September yang lalu pihak ECER dan kerajaan negeri juga telah mula bekerjasama dalam merangka pelan induk ECERDC di daerah Segamat. Melalui beberapa inisiatif seperti contoh penyelarasan Rancangan Perniagaan Tani dan Agro Pelancongan serta Program Modal Insan ECER. Sudah pasti kerajaan negeri dan ECER akan sentiasa bekerjasama untuk memastikan potensi Segamat akan sentiasa digilap dan disokong terutama sekali untuk menjadikan daerah Segamat sebagai hab utama agro makanan Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya mendapat soalan Jementah, berkaitan status terkini mengenai perkembangan Taman Perindustrian Bukit Gambir dan juga Zon Ekonomi Pagoh, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Taman Perindustrian Bukit Gambir ini dijangka dapat membuka peluang pekerjaan apabila industrti mula beroperasi. Fokus utama pembangunan ini adalah untuk pembangunan industri dan komersial dengan keluasan kasar seluas 850 ekar. Di mana keluasan 430 ekar akan dibangunkan sebagai Sime Darby Industrial Park dengan guna tanah utama adalah industri. Manakala perluasan kasar 420 ekar pula akan dibangunkan sebagai Enterprenuer Park dengan cadangan gunatanah bercampur. Pada masa ini Sime Darby Industrial Park menawarkan sebanyak 212 lot industri dan manakala Entrepreneur Park pula menawarkan 33 lot komersial. Bagi Pagoh Special Economic Zone, ia merupakan satu projek pembangunan oleh Sime Darby Property yang pertama di dalam Zon Ekonomi Khas. Aspirasi Sime Darby Property adalah untuk menjadikan Pagoh sebagai agen pembangunan bagi Wilayah Utara Johor. Di mana inisiatif Pembangunan Pagoh Special Economic Zone Fasa 1 ni, di bandar Universiti Pagoh ini dapat digunakan untuk melonjakkan kawasan ini menjadi perbandaran yang moden dan lestari yang berteraskan pengetahuan serta perindustrian dan digerakkan oleh kerjasama antara pihak kerajaan, sektor swasta, pihak akademia dan juga komuniti setempat.

Selain daripada itu, kawasan Sime Darby Industrial Park merupakan zon industri ringan dan sederhana di mana secara umumnya sasaran industri di Pagoh Special Economy Zone Fasa 1 ini adalah perindustrian khusus berasaskan antara lain produk kejuruteraan, ketepatan automotif, pembuatan berasaskan teknologi hijau dan produk asas pertanian yang bernilai tinggi. Pembangunan ini juga dijangka mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan Pagoh dan sekitarnya dengan memberi peluang pekerjaan dengan anggaran sebanyak 21,200 pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, projek pembangunan di Pagoh Special Economy Zone ini dijangka akan siap dan dalam tempoh masa antara 5 hingga 7 tahun. Kerajaan persekutuan menerusi Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) telah melantik Johor Corporation (Jcorp) untuk menjalankan kajian kemungkinan (Feasibility Study) bagi Pagoh Special Economy Zone dan pembangunan kawasan perindustrian Gambir secara menyeluruh. Kedua-dua kajian ini juga akan mencadangkan halatuju pembangunan yang bersesuaian dengan kedua-dua kawasan yang akan memberi manfaat khusus kepada penduduk setempat dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan juga sosial. Kedua-dua kajian samada Pagoh Special Economy Zone ataupun Pusat Perindustrian Gambir pada laporan awal dan juga laporan penemuan penilaian telah pun siap dan kini berada di peringkat laporan awal atau laporan draf awal. Kedua-dua kajian ini dijangka akan siap menjelang pertengahan tahun depan, tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih di atas jawaban yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Selain daripada dua pelan yang disebutkan tadi iaitu Pelan Induk negeri Johor dan juga Dasar Agro Makanan. Sebenarnya di Johor pun telah dilancarkan sebelum PRU ke-14 Pelan Induk Elektro Johor 4.0 dengan kos pada masa itu lebih kurang RM200 juta. Saya tak pasti adakah merujuk kepada pelan yang sama ataupun sebaliknya. Saya juga difahamkan bahawa Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 juga akan dilancarkan oleh kerajaan negeri. Persoalan yang nak saya bangkitkan adalah merujuk kepada point 7.7, apakah rasional saranan Ibrahim Johor Economic. Council (IJEC) supaya Johor menggunakan khidmat perunding pelaburan ataupun Investment Consultant khususnya bagi menarik pelabur luar negara ataupun keluar negara ke negeri Johor. Apakah ini bermakna bahawa EXCO atau Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Johor serta agensi di bawah beliau iaitu seperti Johor Invest ataupun Johor Convention Exhibition Bureau (JCEB) tidak cukup kompeten untuk melaksanakan tugas bagi menarik pelabur asing ataupun luar negeri ataupun luar negara ke negeri Johor.

Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kota Iskandar. Pelan Induk Pelaburan dibangunkan dengan mengambil kira bahawa kita berhadapan dalam keadaan yang unpresidented, keadaan yang di luar jangka, keadaan yang luar biasa di mana pandemik COVID-19 ini telah bukan hanya kaedah pelaburan, keadah menggalakkan pelaburan tetapi juga penutupan sempadan menjadikan semua perkara perlulah melihat kepada usaha-usaha tambahan yang perlu dibuat. Kewujudan ataupun hasrat untuk melantik perunding pelaburan bukanlah bertujuan untuk mengenepikan ataupun menganggap adanya kelemahan kepada usaha pelaburan oleh pihak MIDA, oleh pihak ET, itu semua menjadi sebahagian daripada usaha tersebut untuk menarik pelaburan ke negeri Johor.

Walau bagaimanapun Johor berpendapat bahawa kita tidak boleh hanya bergantung pada perancangan yang dibuat oleh atau sistem yang sedia ada semata-mata. Tapi Johor sendiri dengan kekuatan yang ada perlulah menggunakan apa nama, usaha sendiri iaitu dengan melantik perunding pelaburan ini yang dapat memberi fokus kepada negara pelabur seperti China, negara pelabur seperti Timur Tengah Itu merupakan salah satu daripada usaha kita. Jadi, oleh kerana kita berdepan dengan keadaan pandemik yang berbeza dari segi iklim pelaburan, dari segi selera, appetite pelabur, maka kita perlu ada satu rujukan, satu pandangan, kajian awal pelaburan dibuat. Jadi kita perlukan kepakaran ini. Saya tidak nafikan bahawa kita perlu perkukuhkan dan kita perlu pertingkatkan Invest Johor kerana berdasarkan kepada keupayaan yang ada berdepan dengan cabaran yang begitu hebat dalam kita menarik pelaburan, bersaing dengan negara seperti Vietnam, negara-negara

seperti jiran kita Indonesia ini semua memerlukan Johor menambah usaha meningkatkan lagi usaha untuk menarik pelaburan. Jadi kita kena tahu keupayaan kita. Maka sebab itu langkah-langkah seperti pelantikan perunding pelaburan itu adalah bertujuan untuk memperkukuhkan dan menambahbaik lagi potensi dan untuk meningkatkan posibility itu bagi membolehkan pelaburan untuk hadir ke negeri Johor.

Walaupun begitu, EXCO Pelaburan, saya sendiri pada saya sebagai menghormati pelabur, akan turut bersama-sama dengan pandangan dan pendapat daripada perunding pelaburan ini, kita sendiri akan keluar untuk berjumpa dengan pelabur. Dan saya amat yakin dan percaya bahawa dengan kepakaran-kepakaran yang kita libatkan mereka-mereka yang pernah menjadi duta di Singapura ataupun di China, mereka-mereka yang pernah menjadi perunding di peringkat antarabangsa saya amat yakin bahawa pandangan dan juga pendapat yang dikemukakan melalui Ibrahim Johor Economic Council ini, jawatankuasa penasihat ekonomi itu, saya amat yakin dan percaya bahawa kita tidak akan membazirkan masa, kita tidak akan membazirkan dana kerajaan negeri dengan hanya meninjau tanpa terlebih dahulu menilai potensi dan juga kebarangkalian kejayaan setiap sesuatu Trade Mission, insya-Allah yang akan kita buat dalam usaha kita menjayakan pelan Induk Pelaburan Johor. Terima kasih.

Speaker

Ya, Kemelah.

Dr. Sulaiman bin Mohd NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menerangkan status terkini daerah Segamat di dalam Wilayah ECER. Saya agak musykil sebabnya ialah apabila melihat kepada Pelan Induk ECER 2.0, 2018 – 2025 telah disebut daerah Segamat sebagai salah satu daerah di dalam Wilayah ECER ya. Tapi yang saya agak apa ni hairan ialah kenapa mengambil masa begitu lama untuk masuk ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebab kita tahu bahawa apabila sebut tentang pembangunan, pembangunan Wilayah Utara ini adalah penting dan saya rasa sepatutnya perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan bahawa tamat tempoh bagi EMP 2.0 ialah 2025 dan sekarang ni baru tahap perancangan jadi saya tak pasti sama ada sempat atau tidak kita melaksana projek-projek yang berkaitan dengan ECER ini dalam tempoh yang begitu singkat. Saya harap apa ni perkara ini dapat kita perjelaskan lagi lah. Terima kasih.

Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bagi pihak kerajaan yang saya pimpin saya rasa tidaklah begitu lewat kerana tidak beberapa bulan setelah kita menerajui kepimpinan kerajaan negeri Johor ni, perkara ini terus diangkat ke Kabinet, adalah hasil usaha kerajaan-kerajaan sebelum ini yang terus mengemukakan cadangan, mengambil langkah-langkah untuk mendesak supaya kerajaan persekutuan segera membentangkan ataupun meluluskan kemasukan Segamat ke dalam ECER. Jadi akhirnya Yang Berhormat berlaku juga, cuma itupun masih lagi menunggu satu lagi proses iaitu untuk pembentangan di Parlimen, yang akan dibuat dalam masa terdekat ini kerana ianya melibatkan Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur, jadi begitu juga Yang Berhormat tentang soal IMTGT bila Johor dimasukkan sebagai anggota, cuma ianya tak perlulah nak dibentangkan di Parlimen. Ianya hanya memadai kelulusan di peringkat Kabinet sahaja. Jadi sebab itu IMTGT ni walaupun baru, tapi kita sudah mula membentuk satu Business Economic Council, Joint Business Council untuk menggerakkan Johor sebahagian daripada IMTGT. Jadi Insya-Allah, saya juga seperti Yang Berhormat Kemelah, sangat-sangat berharap supaya perkara ini dibentangkan di Parlimen segera dan sebab itulah langkah untuk tidak menunggu dibuat. ECER terus turun ke Segamat melihat dan merancang apa yang perlu dibuat dan dah dikenalpasti bahawa Segamat dari segi potensi

untuk menjadi Hub Agro Makanan Negeri dan Negara adalah merupakan potensi yang perlu kita gilap dan perlu kita bangunkan. Selain daripada logistik hab bagi daerah Segamat ini juga adalah merupakan satu potensi untuk dibangunkan kerana infrastruktur accessibility, connectivity ke daerah Segamat ini dengan izin,Tuan Speaker perlu kita bangunkan. Jadi untuk itu, ECER saya amat yakin dan percaya akan segera memulakan perancangan dan sebaik sahaja kelulusan diperolehi maka pelaksanaan perancangan itu dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Jementah, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang diberikan. Seperti kita semua sedia maklum bahawa kerajaan persekutuan telah melancarkan National Food Industry Revolution Policy dengan izin, Jementah ingin tahu apakah peranan yang akan dimainkan oleh negeri Johor dalam polisi tersebut secara ringkas dan khususnya apakah peranan negeri Johor dalam membangunkan industri 4.0 IR ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Jementah betul kita tidak perlu untuk terlalu general dari segi pendekatan untuk menjayakan Industy Revolution 4.0, tetapi lebih fokus, lebih tertumpu dan apakah The Low Hanging Fruit nya. Pertama, saya ingin saya berkongsi dengan Yang Berhormat, the low hanging fruit yang patut kita peroleh daripada segi Industry Revolution 4.0 ini adalah melihat kedudukan negara jiran kita Singapura. Antara inisiatif-insiatif kita bless, kita ni amat bersyukur kerana Johor ni bukan bermula daripada utara seperti yang saya terangkan tadi. Kita ada Pagoh Special Economic Zone, kita ada Bukit Gambil Industrial Park, kemudian kita turun ke bawah sikit kita ada Iskandar Regional Development Authority daripada Kulai, Johor Bahru, sebahagian daripada Pontian, Pasir Gudang ini semua adalah di bawah Pembangunan Wilayah Iskandar, kemudian kita ada ECER. Walaupun negeri Pahang, negeri Terengganu, negeri Kelantan satu negeri itu di bawah ECER tapi Johor pun dapat sama. Mersing malah kita tak berhenti kat Mersing, Segamat pun menjadi sebahagian daripada ECER.

Jadi, semua ini adalah usaha untuk membolehkan Industy Revolution 4.0 ini dilaksanakan sepertimana saya katakan tadi, what is the low hanging fruit? Sewaktu Yang Berhormat menjadi kerajaan pun pernah dicakap tentang soal laluan pejalan kaki Johor–Singapura, itu perlu kita bangunkan supaya kita dapat satu infrastruktur yang baik bagi menjalankan perkara itu. Satu apa nama, working group, the problem is Kedah ni dia punya working group dia, joint Ministry Community Iskandar Malaysia need to be enhance, dengan izin, perlu diperkukuhkan. Jadi Joint Corporation Work Group ini, pertama adalah hasrat kerajaan supaya jalan-jalan kaki, laluan pejalan kaki Johor-Singapura dapat kita bangunkan. Jalinan kerjasama bandar pintar perlu kita bangunkan. Itu juga di bawah salah satu daripada Corporation ataupun Joint Corporation Working Group. Gelembung perjalanan antara Iskandar Malaysia ke Singapura pun dah berjalan dah, dah berjaya pun. Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Hab Penerbangan Kos Rendah dan perkhidmatan pengangkutan udara serantau. Kita punya Senai Airport Yang Berhormat ada 12 domestic flight dan 6 flight antarabangsa itu semua merupakan asas yang menjadi keperluan untuk pembangunan apa nama ke Revolusi Industri. Selain daripada itu Yang Berhormat pun sedia maklum, kita ada rangkaian pengangkutan baru Iskandar baharu ataupun BRT Iskandar Malaysia kemudian kita akan mengenalpasti supaya kemudahan di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar tu perlulah menyokong rangkaian pengangkutan Malaysia-Singapura ni, perlu nak kita bangunkan Alhamdulilah, kita dah ada RTS sedangkan dibangunkan kita biaya, mengusahakan supaya laluan pejalan kaki ni Yang Berhormat kerajaan pun mencadangkan yang akan ada terus berusaha dan kemudian tak

cukup itu, kita perlu ada green lane ya, untuk pelabur strategik dari Singapura sebagai contoh. Jadi, ini adalah beberapa projek yang akan menyumbang kepada industri revolusi industri 4.0 ini kerana kita tahu bahawa negara jiran kita, Indonesia dalam hal sebagai contoh green initiative untuk EV ini mereka juga ke hadapan berbanding dengan kita, we have to catch up, we have to do something Yang Berhormat. Jadi, meningkatkan kerjasama bagi kemudahan sistem, perlulah kita bangunkan dan pelepasan daripada CIQ antara Malaysia – Singapura – Johor atau Malaysia – Indonesia perlu dibangunkan.

Jadi, akhirnya Yang Berhormat Industri Revolusi 4.0 ke, 5.0 ke, kalau kita tidak ada tenaga mahir di negeri Johor ini, kita tidak akan dapat berjaya dalam melaksanakan Industri Revolusi ini. Jadi, inisiatif penganjuran latihan peningkatan kemahiran bagi keperluan tenaga kerja adalah juga sesuatu yang amat penting untuk kerajaan gerakan. Sebab itu tadi saya katakan kita ada rancangan ataupun usaha untuk menyegerakan perjalanan ataupun Pembangunan Jawatankuasa Modal Insan di peringkat negeri. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Panti. Jemput.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5.

Apakah status penganjuran SUKMA 2022 dan SUKMA 2024 dari segi persiapan atlet dan persiapan kemudahan sukan di negeri Johor?

Speaker

Yang Berhormat Pekan Nenas. Jemput.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.

Berapakah jumlah peruntukan kerajaan persekutuan bagi menganjurkan SUKMA di negeri Johor serta apakah impak kerugian apabila SUKMA tidak dijalankan di Negeri Johor?

Speaker

Yang Berhormat Semerah. Jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 7.

Setelah SUKMA 2020 ditangguhkan ke tahun 2024, apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan fasiliti yang sedia ada dalam keadaan yang terbaik sehingga 2024 serta senaraikan kejohanan yang akan diadakan pada tahun 2022 di fasiliti sedia ada.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Bismillahirahmanirahhim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Panti, Yang Berhormat Pekan Nenas dan Semerah atas soalan-soalan yang diajukan. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menjawab soalan-soalan yang melibatkan SUKMA ini secara bersekali.

Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan pada 28 Oktober 2021 bahawa SUKMA 2020 akan dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur dan negeri Johor pula akan menganjurkan SUKMA pada tahun 2024. Bermaksud tahun depan SUKMA akan dianjurkan oleh MSN di Wilayah Persekutuan. Pengumuman itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dan keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan negeri Johor. Sebagaimana kita semua sedia maklum, pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara termasuk juga di negeri Johor. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang

Amat Berhormat Menteri Besar berpendapat bahawa dalam keadaan yang masih tidak menentu ini, SUKMA masih belum lagi dapat dianjurkan secara besar-besaran dan secara gilang-gemilang. Oleh itu, pulangan ataupun return on investment dengan izin, kepada kerajaan tidak mungkin setinggi kalau dilaksanakan di Johor tahun hadapan.

Pada masa sama, kerajaan negeri mahu menumpukan segala resources nya ataupun bajetnya kepada kesejahteraan rakyat pada ketika ini. Sebab itu dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan negeri telah memberikan penekanan terhadap bantuan dan kesejahteraan rakyat. Penangguhan temasya SUKMA Johor ke tahun 2024 dapat memberikan fokus kepada usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik serta memastikan penganjuran SUKMA di negeri Johor dapat memberi limpahan ekonomi yang maksimum kepada rakyat pada tahun 2024, insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker, pada masa yang sama kerajaan negeri sedang dan akan terus berusaha untuk memastikan atlet bersedia untuk SUKMA pada tahun depan dan pada tahun 2024. Persiapan pasukan ini akan melibatkan 31 jenis sukan yang terdiri daripada 16 sukan teras dan 15 sukan pilihan. Seramai lebih daripada 700 orang atlet dan jurulatih dan pegawai sedang dibuat untuk penyediaan pasukan kontinjen SUKMA ini.

Antara usaha jangka sama pendek, kerajaan negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dan Sekretariat SUKMA pada bulan Julai 2020 ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), MSNJ telah melaksanakan pusat latihan tertutup atlet Johor dengan mengikut SOP yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara. Setelah menilai Standard Operating Procedure dan kemampuan untuk mengendalikan kem latihan dalam keadaan selamat, beberapa sukan ditawarkan mengikuti kem latihan gelembung sukan di Stadium Tertutup Kluang. Dijangkakan lebih ramai sukan akan menyertai kem ini secara berperingkat. Beberapa lokasi lain adalah seperti di Kompleks Sukan Johor, Kompleks Sukan Tenis TUTA serta lokasi-lokasi yang dicadangkan oleh persatuan-persatuan sukan masing-masing.

Bagi program pembangunan sukan dalam jangka masa panjang, satu program yang dinamakan program GRIT Johor 2030, Grow Resilience Improve Internations. Program ini merupakan sebuah program khusus yang menekankan konsep pembangunan jurulatih dan atlet yang mengambil masa selama 10 tahun bermula pada tahun ini sehingga 2030. Kaedah perlaksanaan program ini menekankan sukan yang telah dipilih iaitu 4 sukan utama iaitu akuatik renang, berbasikal, karate do dan olahraga. Insya-Allah dengan strategi ini Johor boleh meraih lebih banyak pingat emas pada masa akan datang insya-Allah.

Pelaksanaan program ini adalah mengambil kira proses pembangunan bermula dari akar umbi sehingga peringkat atlet SUKMA yang secara keseluruhan pemantauan pelaksanaan yang menekankan kepada aspek program perkembangan multilateral, perkembangan khusus kepelbagaian dalam latihan memahami ciri-ciri individu dan peningkatan beban yang bersesuaian. Kaedah perlaksanaan program ini dipecahkan kepada 3 fasa iaitu fasa 1, tahun 2001 hingga 2024, yang mensasarkan kepada pembangunan jurulatih secara sistematik dan meningkat tahap pengetahuan dan kemahiran dalam sistem kejurulatihan. Fasa 2, tahun 2025 hingga 2028 memfokuskan kepada perkembangan dan penghasilan produk atlet dan fasa 3 iaitu pada 2029 hingga tahun 2030 yang melihat kepada pencapaian prestasi berdasarkan kuantiti kemenangan pingat SUKMA.

Program ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta setahun bagi pelaksanaan termasuk kos sewaan fasiliti, sewaan pengangkutan dan elaun atlet. Dari segi persiapan kemudahan sukan pula, kemajuan pembinaan kemudahan sukan bagi temasya SUKMA secara keseluruhannya sama ada bina baru mahupun naik taraf telah siap sepenuhnya. Daripada 39 venue yang disediakan 13 venue merupakan venue baru dan 17 venue pula di naik taraf dan selebihnya adalah venue sedia ada. Walaupun COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac 2020, menjejaskan sedikit perancangan dan penyiapan venue-venue SUKMA ini namun agensi pelaksana yang terlibat seperit KPRJ,

JKR dan PBT telah pun memberikan komitmen yang baik bagi memastikan venue-venue ini siap sepenuhnya seperti yang telah dirancangkan. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri Johor sebenarnya telah bersedia untuk menjadi tuan rumah temasya SUKMA.

Kos keseluruhan pembangunan infrastruktur dan kemudahan sukan bagi temasya SUKMA berjumlah RM467.9 juta. Daripada jumlah tersebut, RM142 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat melalui KBS dan pembinaan venue-venue baru seperti Velodrom Johor, Arena Emas, Pusat Menembak Johor, Track BMX, Dataran Bola Sepak, Pusat Pelayaran serta menaik taraf Sukan Hoki MBJB. Bagi memastikan kemudahan ini digunakan sepenuhnya dengan baik dan tidak menjadi isu gajah putih, seperti yang selalu disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekretariat SUKMA Johor telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Johor, Sports Johor Sdn. Bhd., Perbadanan Stadium, Persatuan Sukan Kebangsaan Negara dan juga negeri bagi meneliti sukan-sukan yang boleh dianjurkan di negeri Johor menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk SUKMA ini.

Antara sukan-sukan yang telah diteliti untuk diadakan peringkat awal ini adalah di velodrom untuk basikal, memanah, ragbi, badminton, bola kerajang dan sebagainya. Penganjuran kejohanan diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sedang dirancang sepanjang tahun depan. Fasiliti tersebut juga akan diguna pakai oleh barisan atlet negeri bagi persiapa pasukan menyertai SUKMA pada tahun hadapan. Terima kasih.

Speaker

Ya Pekan Nenas. Soalan tambahan.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita memandangkan kegiatan pelancongan akan bertambah pesat kalau semua dijangka pada tahun yang akan datang, tahun depanlah kerana kita dapati selepas pembukaan sempadan, selepas lock down telah berhenti, banyak tempat pelancongan seperti Pulau Langkawi dan sebagainya mereka mendapat banyak pelancong untuk pergi ke sana. Sebab itu, di sebabkan lock down sudah sangat lama, banyak penduduk dan rakyat Malaysia mereka sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti riadah pelancongan. Adalah lebih sesuai jika semua dapat dijalankan pada tahun 2022 bukan ditangguhkan kepada 2024 kerana banyak industri pelancongan mereka juga amat mengalu-alukan kedatangan pelancong dalam masa yang singkatlah kerana mereka sudah lama tidak ada kunjungan pelancong yang banyak. Sebab itu soalan tambahan saya, saya hendak tanya kalau sekiranya kerajaan negeri Johor sudah siap membuat persediaan, adakah masih kemungkinan kerajaan negeri Johor untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022 tak? Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat Pekan Nenas atas soalan itu. Di peringkat Majlis Tertinggi SUKMA seperti yang saya sebut tadi telah diputuskan bahawa ia akan dianjurkan tahun hadapan melalui Majlis Sukan Negara dan antara sebabnya ialah ada juga negeri-negeri yang mempunyai kekangan untuk menghantar atlet-atlet dan sebagainya. Bermaksud sukan SUKMA yang kita harapkan untuk menjadi satu anjuran sukan yang gilang-gemilang tidak mungkin dapat diadakan tahun hadapan. Sebab itu kemungkinan besar di Kuala Lumpur nanti, penganjurannya tak sehebat macam SUKMA biasa. Jadi, dari segi the return of investment seperti yang saya sebut tadi kurang kalau dibuat pada tahun 2024. Sebab kemeriahan dia kurang Yang Berhormat. Terima kasih.

Speaker

Ya Semerah, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau kita lihat daripada kenyataan media Yang Berhormat EXCO pada 20 November yang menyatakan bahawa sebahagian dari fasiliti itu akan diselia oleh Pihak Majlis Berkuasa Tempatan. Dan selain daripada itu, ada juga statement yang menyatakan bahawa untuk sukan lumba basikal, untuk velodrom dinyatakan bahawa pihak negeri telah

menerima permohonan daripada beberapa pasukan negara selain negara jiran untuk menggunakan fasiliti tersebut. Jadi, saya ingin tahulah negara-negara yang ingin menggunakan Velodrom Johor sebagai pusat latihan, selain daripada itu berkenaan kolam renang. Kolam renang sebab dulu pun kolam renang itu tapak yang lama pun jadi gajah putih. Jadi, sekarang ini telah dibuat baru di naik taraf oleh pihak JCorp, jadi saya ingin pastikan dan juga ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah spesifik kejohanan-kejohanan yang akan diadakan di kolam renang tersebut? Agar ianya tidak menghadapi masalah. Terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat Semerah. Tentang permohonan daripada dari segi penggunaan velodrom, team atlet basikal negara, The Juniors sudah melahirkan dan menzahirkan minat untuk menggunakan velodrom. Malah mereka sudah berkunjung ke velodrom kita untuk melihat kepada keadaan fasiliti di sana. So, it still work in progress eh. Saya kata minat, eh. Sama juga di peringkat Singapura, telah ada permohonan daripada sahabat-sahabat, daripada syarikat-syarikat yang ingin ataupun persatuan-persatuan basikal di Singapura yang mahu menggunakan fasiliti tersebut. Dari segi penggunaan secara terperinci bukan hanya untuk swimming ataupun renang, malah untuk semua aktiviti di setiap venue SUKMA, saya ada senarainya dan kita akan hantar kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Johor Jaya, jemput.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8.

Dugong, Jerung Paus (whale shark), Manta Ray dan ikan lumba-lumba (Dolphin) telah dijumpai di Kepulauan Mersing. Apakah usaha pihak kerajaan untuk melindungi haiwan laut yang berharga ini dan mengambil kesempatan ini supaya dapat menarik pelancong?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Taman Laut Johor adalah taman laut terluas di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada 13 pulau dengan jumlah keluasan 765.65 kilometer persegi. Selain itu terdapat pewartaan tambahan perairan kepulauan Mersing iaitu 7 pulau dan 4 batuan dengan keluasan 299 kilometer persegi. Seterusnya, menjadikan kepada 1,064.65 kilometer persegi taman laut ini. Pewartaan pulau-pulau tersebut sebagai Taman Laut Iskandar, Sultan Iskandar di bawah Seksyen 41, Akta Perikanan 1985 (Akta 317) ini penting atas beberapa justifikasi.

Yang pertama, untuk mengekalkan spesis dan habitat semula jadi hidupan marin yang ada. Perairan ini kaya dengan batuan dan mempunyai habitat terumbu karang adalah merupakan habitat penting bagi pembiakan spesis hidupan marin. Selain daripada itu, kawasan perairan ini juga merupakan laluan penghijrahan utama pelbagai spesis hidupan marin antaranya ialah penyu, ikan lumba-lumba dan dugong. Sekiranya perairan ini diwartakan, hidupan marin di kawasan ini dapat membiak dan berkembang dengan baik tanpa gangguan dan ancaman sekiranya habitatnya dilindungi. Ini akan meningkatkan populasi hidupan marin terutamanya sumber perikanan dan pengekalan pelbagaian sumber genetik.

Kedua, adalah untuk menunaikan obligasi kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sebagai negara ahli kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Malaysia perlu mewartakan sekurang-kurangnya 10% daripada perairan negara sebagai kawasan perlindungan marin. Sehingga kini kerajaan kita hanya dapat mewartakan 4.3% sahaja perairan negara sebagai kawasan perlindungan marin, Marin Protected Area (MPA) di seluruh Malaysia. Usaha pewartaan ini akan menyumbang

kepada pencapaian sasaran yang telah ditetapkan di bawah Aichi Biodiversity Targets, Konvensyen Kepelbagaian Biologi dan Goals 14 Live Below Water di bawah Sustainable Development Gold (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Yang ketiganya, adalah untuk menangani risiko pencerobohan nelayan asing serta pencerobohan zon perikanan yang merosakkan ekosistem marin. Keempat, potensinya dalam bidang penyelidikan farmaseutikal dan bioteknologi adalah besar. Yang kelima, adalah meningkatkan taraf sosioekonomi setempat. Kepelbagaian dan kehidupan marin juga dapat menarik minat pengunjung terutamanya penyelam yang ingin menikmati keindahan di dasar lautan. Perairan pulau-pulau taman laut yang dilindungi ini telah banyak menyumbangkan sumber pendapatan secara langsung kepada penduduk setempat yang menceburi bidang ekopelancongan. Penganjuran dan penyediaan program dan fasilitasi golongan perikanan dilihat mampu untuk mentransformasikan fokus penduduk kampung dan nelayan yang amat bergantung kepada aktiviti perikanan kepada penjanaan ekonomi melalui sektor yang bersandarkan kepada kecantikan dan nilai estetika sumber lautan seperti sektor pelancongan, sektor pengangkutan, sektor perkhidmatan dan lain-lain. Melalui pewartaan sebagai Taman Laut Malaysia, sumber ekonomi nelayan juga akan terjamin kerana kawasan habitat dan pembiakan marin telah dilindungi dan memberikan kesan limpahan sumber perikanan di kawasan tangkapan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perikanan Negeri Johor telah mengenal pasti kehadiran dugong, jerung paus, manta ray dan ikan lumba-lumba di Taman Laut Johor. Bagi perlindungan khazanah-khazanah Taman Laut ini, Seksyen 14, 41 hingga 45 Akta Perikanan 1985 telah menggariskan peraturan mengenai pengurusan larangan dan penguatkuasaan di Taman Laut Johor. Antara aktiviti yang dilarang adalah mengambil, menangkap atau mengganggu mana-mana sumber marin sama ada hidup atau mati dan membina sebarang struktur di kawasan perairan taman laut. Terdapat 32 kes tangkapan yang telah dibuat pada tahun 2021 ini di sekitar perairan Mersing.

Salah satu usaha bagi memelihara khazanah laut ini adalah dengan melalui Program Konservasi Penyu yang menjadi penekanan untuk tahun ini dan seterusnya oleh Jabatan Perikanan Negeri Johor untuk tahun 2022. Pada tahun 2022, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 bukan sahaja untuk mempertahankan konservasi penyu, malah ia juga menjadi sumber pendapatan baru penduduk kampung dengan penjualan telur penyu daripada mereka dan ditetaskan di Pusat Konservasi Penyu di Pulau Tinggi.

Selain daripada itu, bagi memastikan kemapanan sumber turut dijalankan adalah aktiviti seperti Program Kesedaran dan Pengurusan Sumber bersama awam dengan komuniti pulau di Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Sibu. Program penerangan dan kerjasama strategik bersama agensi berkepentingan seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar dan PDRM turut dijalankan seperti Program Pembersihan Pantai, Pembersihan Coast Net, Pembasmian Count of Thorns ataupun COTs, dengan izin. Seterusnya Jabatan Perikanan Negeri Johor turut bekerjasama dengan MOTAC, Persatuan Bot Pelancong dan Pengusaha Chalet dan NGO bagi mempromosi pulau dalam masa yang sama mengurus ekosistem. Kehadiran ikan, karang, rumput laut di Mersing menjadikan ia lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Lokasi yang dikenal pasti akan dijadikan survey tahunan dan dijadikan geospatial bagi tujuan rekod dan hebahan dan pengurusan yang sistematik. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Johor Jaya. Soalan tambahan.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya, kekayaan khazanah ni memang merupakan satu tarikan pelancong. Saya ambil contoh di Australia, kita ada Ningaloo Reef dan di Indonesia ada Cenderawasih Bay yang terkenal dengan pelancong yang mereka pergi ke sana untuk melancong kerana adanya whale shark. So, soalan saya apakah usaha kerajaan negeri

apabila kita mempunyai dolphin, whale shark, manta ray seperti ini, apakah usaha yang kita yang dikatakan Kepulauan Aur ini dianggap sebagai Maldives di Malaysia? So, macam mana kita nak menarik pelancong ke Kepulauan Aur ini? Selain daripada itu saya dapati juga kerajaan tempatan selama ini telah pun membuat satu kajian dan mengusahakan satu mekanisme supaya dapat mengehadkan pelancong khususnya scuba diver untuk diving di Kepulauan Aur. So, saya nak tanya apa status bagi kerja-kerja ini supaya dapat menarik pelancong. Kalau saya tidak dapat, saya haraplah mungkin YB EXCO Pelancongan boleh bagi saya jawapan dalam tulisan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput, EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat Johor Jaya. Seperti mana yang saya maklumkan tadi, ini adalah langkah-langkah kita untuk menjaga khazanah yang sedia ada ini. Dan, tentang produk pelancongan pula ini adalah sebahagian daripada tarikan bagi pengunjung-pengunjung di kawasan tersebut. Sudah pasti pihak Jabatan Perikanan sepertimana saya maklumkan tadi telah bekerjasama dengan MOTAC untuk mempromosikan tempat ini, tetapi yang lebih penting adalah penjagaan sumber yang ada ini. Dan Insya-Allah, dengan usaha yang ada ini diharapkan ianya akan terus mengekalkan kehadiran jerung, manta ray dan ikan lumba-lumba di kawasan kepulauan kita ada dan menjadi satu tarikan untuk pelancong yang akan mengunjungi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Perling, jemput.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Ya, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Cuma, fahaman kita terhadap perairan itu sebenarnya adalah banyak kapal-kapal asing yang menceroboh dan menangkap ikan dekat kawasan situ. Jadi, berapakah tenaga penguat kuasa kita dan tadi ada sebut 32 kes penangkapan yang menceroboh kawasan itu adakah ini kesemuanya adakah asing ataupun kesalahan tempatan? Terima kasih.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan 32 kes tangkapan yang telah dibuat dalam tahun 2021, ini semua adalah tangkapan di kawasan yang dikatakan Taman Laut Johor sahaja. Bukannya nelayan di sebelah luar tetapi kita adalah bercerita berkenaan dengan kawasan Taman Laut Johor yang kita pertahankan. Terima kasih.

Speaker

Ya, soalan tambahan. Jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya ialah ada banyak NGO-NGO Alam Sekitar sangat berminat untuk menyelamatkan kehidupan marin. Adakah apa-apa projek yang sedang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dengan NGO-NGO berkaitan. Terima kasih.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat Bekok. Realitinya, sebenarnya banyak NGO-NGO yang telah mengambil inisiatif untuk terlibat sama dalam kerja-kerja konservasi hidupan marin yang ada di kawasan kita ini. Dan pada masa yang sama juga ada agensi-agensi daripada GLC yang terlibat sama. Dan, sukacita saya ingin maklumkan bahawa kami secara terbuka ingin menjemput para NGO, sama ada GLC untuk bekerjasama agar usaha ini bertambah baik dan kosnya dapat dikongsi sama. Dan kalau ini dapat diusahakan bermakna ianya lebih, melibatkan lebih ramai pihak lagi yang terlibat dan saya kira ini adalah satu perkembangan yang positif dan saya ingin menjemput jika ada yang Ahli-Ahli Yang Berhormat ada bersama-sama dengan NGO untuk boleh hubungi Jabatan Perikanan Negeri Johor untuk kita uruskan program-program yang relevan dengan usaha ini. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Parit Raja, jemput.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.

Minta dinyatakan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam menangani murid bagi memastikan murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tempoh pandemik.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Soalan nombor 103. Jawapannya, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menggerakkan pelbagai usaha dalam menangani masalah 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira dalam kalangan murid khususnya murid-murid tahap 1 iaitu darjah 1, 2 dan 3. Murid-murid dibekalkan dengan modul-modul yang sesuai mengikut aras semasa PKP bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

Selepas pandemik, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menggerakkan penggunaan dia ubah modul iaitu Modul Literasi dan Numerasi Berfokus iaitu dipanggil MOLIB yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru khusus kepada 40 sekolah rintis Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah iaitu (PLAN) singkatannya serta Model Pelan Literasi Dan Numerasi yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Korikulum di bawah inisiatif KPM Perkasaku melibatkan semua sekolah rendah. Negeri Johor menerima sebanyak 51,519 naskah modul Pembangunan Literasi dan Numerasi dan juga telah diedarkan serta diserahkan kepada murid-murid tahap 1 yang dikenal pasti mempunyai masalah penguasaan 3M berdasarkan tahap penguasaan dan penafsiran bilik darjah. Proses telah dijalankan pada akhir tahun bulan Oktober yang lalu dan bimbingan dan pemantauan telah digerakkan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah bagi memastikan penggunaan modul-modul ini digunakan secara maksimum dalam mempercepatkan proses penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Tambahan pula kerajaan negeri Johor yang amat komited dalam memastikan murid-murid tahap 1 menguasai 3M. Justeru itu, kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Educity Iskandar Malaysia telah merangka satu modul yang dinamakan Program Didik Johor yang telah dilaksanakan secara perintis dan program ini telah melibatkan beberapa tempat iaitu komuniti yang dipilih untuk dilaksanakan dan telah dibentangkan untuk dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan melalui bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat iaitu sebanyak RM450,000.00. Terima kasih.

Speaker

Ya, Parit Raja. Jemput Yang Berhormat.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNParit Raja

Terima kasih jawapan daripada pihak Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya adakah pihak jabatan ada buat perincian terperinci sama ada wujud berlaku kluster keciciran ataupun masalah disleksia yang berlaku di kalangan murid-murid, serta mungkin usaha-usaha yang bersesuaian mungkin yang boleh dilibatkan di peringkat DUN-DUN sama ada seperti tuisyen percuma kepada kumpulan sasaran ini. Terima kasih.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri sudah tentunya dari masa ke masa mempunyai kawalan atau pemerhatian pemantauan tentang perlaksanaan program tersebut. Dan untuk ini saya terangkan, kerajaan negeri Johor melalui Program Didik Johor ni mendapat maklumat feed

back daripada sekolah-sekolah dan Program Didik Johor ini melalui Program Educity kita akan memberi latihan kepada program ini 2 plus one iaitu hasratnya, objektifnya 2.

Pertamanya, memberi peluang kepada graduan-graduan yang menganggur untuk mendapat pekerjaan. Yang keduanya tuisyen percuma kepada anak-anak yang tertinggal atau dipanggil Program Pengukuhan Dan Pemulihan, dan ini mereka akan diberi tunjuk ajar dan latihan pedagogi iaitu sistem pendidikan, penyampaian pelajaran dan kaedah pengajaran berdasarkan model Finland yang diguna pakai oleh kebanyakan sekolah-sekolah antarabangsa. Dan pengajar-pengajar ini akan diberi elaun dan diberi peluang untuk mengajar 3M bagi memastikan murid-murid terpilih ini menguasai 3M dalam masa 3 bulan sahaja sebagai perintis. Dan untuk pengetahuan Ahli Dewan, perintis projek ini sedang dilaksanakan untuk 344 pelajar tahun 1 melibatkan daerah Johor Bahru dan juga Kluang. Sebab apa kita pilih Johor Bahru, sebab Johor Bahru melalui Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan dari Kluang ini melalui inisiatif Yang Berhormat Layang-Layang sendiri yang menanggung kos, yang sanggup menanggung kos. Dan jika projek perintis ini berjaya akan diperluaskan tahun depan di seluruh negeri Johor melalui sekolah-sekolah dan pemantauan ini boleh dibuat oleh ADUN-ADUN kawasan. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Penggaram, jemput.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan 10, 11 dan 12.

Soalan 10 Apakah rancangan kerajaan di sepanjang parit Jalan Chengal bermula dari Sungai Batu Pahat hingga persimpangan Jalan Zabedah yang mengalami masalah limpahan air ke jalan-jalan perumahan ketika berlaku air pasang?

Soalan 11 Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah banjir kilat di tiga kawasan sepanjang Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat?

Soalan 12 Apakah rancangan kerajaan di dalam mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Batu Pahat dan sekitarnya akibat dari air pasang surut dan hujan lebat?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Penggaram di atas soalan nombor 10, 11 dan 12. Izinkan saya menjawab sekali soalan Yang Berhormat Penggaram.

Yang Berhormat Speaker, kawasan PBT di negeri Johor kini mudah kerap berlaku banjir kilat. Kerap kita dengar berita melalui media massa, di Johor Bahru, Batu Pahat, Muar dan juga lain-lain bandar utama di negeri Johor. Air hujan menjadi punca banjir atau air laut, sungai yang naik ke darat juga menjadi punca banjir Yang Berhormat Speaker. Air sifatnya Yang Berhormat Speaker dia cari laut untuk bersama. Ada 3 cara air hilang di permukaan bumi ini. Satu, melalui naik ke atas melalui pemanasan, kedua meresap ke bumi dan ketiganya ialah melalui mengalir ke sungai, parit ataupun laut. Air banyak ke laut, tak pernah jumpa air naik ke gunung ataupun ke bukit. Kalau paras laut sudah tinggi, air tak boleh ke laut. Dia bertahan atau bersabar di darat menunggu laut surut.

Yang Berhormat Speaker, kajian menunjukkan menjelang 2100, paras laut di pantai Malaysia ini terutama di pantai barat dia naik 1 meter. Sebab itu Singapura Yang Berhormat Speaker, dah buat persiapan sebab dijangka Singapore naik paras, paras laut dia naik 1.5.

Speaker

Rengit selamat Yang Berhormat?

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Sekali Yang Berhormat, pantai barat. Singapore buat persiapan paras laut dia naik 1.5 menjelang 2100. Dan pada tahun 2019 Perdana Menteri Singapore mengumumkan SD100 bilion untuk membuat persiapan menjelang 2100. Indonesia dah memula memindahkan ibu kota Jakarta ke Kalimantan. Yang Berhormat Speaker, kaitan laut ni, infra saliran ni Yang Berhormat Speaker, dulu di Johor Barat. Untuk makluman sebab ini ada kaitan dengan Yang Berhormat Speaker soalan daripada Penggaram.

Kita ada projek raksaksa infra saliran pada tahun 1971, ketika itu Bank Dunia bagi pinjaman kepada Malaysia RM700 juta meliputi 5 daerah, Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru Utara dan Selatan Kluang ataupun kawasan Simpang Rengam. Johor Barat infra saliran ini, projek saliran Johor Barat ini ditutup 1999 selepas itu diselenggarakan oleh pihak JPS. Saya nak maklumkan Projek Infra Saliran Johor Barat paling besar Yang Berhormat, merangkumi 26 kawasan DUN. 12 kawasan Parlimen di negeri Johor. Selepas 1999 projek Johor Barat tutup infra saliran di kawasan Johor Barat ini disenggara oleh JPS dengan peruntukan yang terhad. Profail benting, pantai, parit, sungai dah banyak berubah selama 21 tahun. Yang inilah ada kaitan jawapan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penggaram ya. Paras laut kita kena ambil kira faktornya, di kawasan Rengit, di kawasan Senggarang hari ini kerap kita dapat banjir.

Saya jawab soalan Yang Penggaram tadi punca terjadinya banjir kilat dan limpahan air ke kawasan jalan ketika musim hujan lebat atau air pasang adalah disebabkan saliran jalan Yang Berhormat sebut Jalan Chengal ke Kg. Merdeka tu yang sedia ada tak mampu menampung kapasiti air ya. Dan saliran di sekitar juga terdapat pasir atau sendiment air yang dibawa bersama dalam saliran yang menyebabkan saliran jalan menjadi semakin cetek. Selain daripada itu, setelah banjir surut pasir ini akan memenuhi jalan tersebut. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah merangka satu projek bagi mengurangkan kesan limpahan air, bagi daerah Batu Pahat dan juga daerah Pontian. Antaranya ialah JPS Batu Pahat telah mengemukakan permohonan pembangunan di bawah RJ, Rancangan Johor 2022 bagi kerja-kerja pembersihan Sungai Batu Pahat sebanyak RM4.0 juta, bagi mengurangkan risiko banjir bagi kawasan sekitar lembangan Sungai Batu Pahat termasuk di Taman di Batu Pahat. Pada masa yang sama perancangan tender juga telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran pada awal tahun 2022. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah merangka satu projek menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam daerah Batu Pahat bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Sungai Suloh dan Peserai dengan kos keseluruhan sebanyak RM32 juta yang melibatkan 2 fasa. Fasa 1 di Peserai dengan kos sebanyak RM7.7 juta dan fasa 2 di Sungai Suloh dengan kos sebanyak RM3.5 juta yang sedang dalam proses pembinaan.

Yang Berhormat Speaker, fasa 2 di Sungai Suloh yang melibatkan 3 kawasan tersebut, status perlaksanaan adalah proses reka bentuk terperinci. Tender untuk fasa 2 tersebut dijangka akan dipanggil pada suku keempat tahun 2022. Lanjutan itu bagi mengatasi masalah jangka pendek, pihak Konsesi Selia Senggara telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan saliran yang telah dipenuhi oleh pasir tersebut sebanyak 2 kali setahun supaya aliran air tidak terhalang dalam saliran jalan tersebut. Pihak Konsesi Selia Senggara akan menyediakan papan tanda sementara dan maklumat laluan lencongan kepada pengguna jalan raya.

Manakala bagi tempoh jangka panjang, pihak JKR akan bersama-sama agensi di peringkat daerah bagi melihat apakah tindakan yang boleh diambil bersama pemillik tanah-tanah persendirian supaya pasir tidak memasuki saliran tepi jalan yang menyebabkan saliran menjadi cetek dan seterusnya menjadi punca banjir kilat. Seterusnya pihak JKR juga telah memohon peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi menaiktaraf pembentung saliran bersaiz 1.2 meter dan 1.2 meter sepanjang 3.1km dari Seksyen 121 sehingga 124 kepada pihak Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan pada 30 Mei 2021. Sekiranya peruntukan ini diluluskan, kerja-kerja menaiktaraf saliran ini akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu pihak PBT juga melaksanakan kerja-kerja menyelenggara, menaiktaraf longkang sedia ada secara berfasa dalam kawasan perumahan Taman Batu Pahat. Longkang-longkang yang dinaiktaraf pada tahun 2020 dan 2021 adalah sebagaimana berikut iaitu Taman Batu Pahat, di Jalan Merawan, Jalan Merawan kawasan lapang, Jalan Seraya dan bagi tahun 2021 Taman Batu Pahat, Jalan Merawan lorong belakang Jalan Merbau, Jalan Merawan dan Taman Damai 2 di Jalan Damai dan juga Jalan Damai 2/3 dan 2/5 lorong belakang. Kos keseluruhan bagi projek ini Yang Berhormat Tuan Speaker ialah RM738,000.00. Itu sahaja Yang Berhormat mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penggaram.

Speaker

Ya, Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh YB EXCO. Di sini saya nak tanya, sebab air laut memang setiap tahun dia meningkat 1cm. Jadi mana-mana sekarang longkang yang dibina atau parit yang dibina semasa sebelum diwujudkan kawasan perumahan, jadi kapasiti sekarang sudah tidak menampung, tidak cukup menampung air pasang dari laut. Jadi apa rancangan JPS supaya selain daripada menggali Kuala Sungai Batu Pahat, apa rancangan yang akan diambil oleh JPS dan juga konsesi yang membuat kerja pembersihan di Jalan Tanjung Labuh, 1 tahun dua kali kita tak boleh tahan air hujan satu tahun dia turun 2 kali sahaja. Jadi macam mana JKR dapat menjalankan kerja tersebut supaya pasir-pasir dan lumpur telah sumbat pembentung di bawah jalan itu dibersihkan selalu. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Speaker

Rengit dengan Penggaram sebelah-sebelah sahaja ni Yang Berhormat ni.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Dia selang dengan Senggarang Yang Berhormat Speaker. Sebenarnya untuk Batu Pahat ini…

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Sorry EXCO, Taman Bandar adalah dikawasan Penggaram.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yalah, faham-faham, tadi dia tanya sebelah-sebelah tadi kan? Rengit dengan Penggaram dia sebelah tapi selang dia ada Senggarang. Rengit, Senggarang, Penggaram.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Batu Pahat ni beruntung, Penggaram ni beruntung Yang Berhormat satu ketika dulu bandar Penggaram ini selalu banjir. Sebab itu nama dia dikaitkan dengan karam ya, bandar yang karam ya. Dan, satu ketika dulu kerajaan negeri Johor telah bersama dengan kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak

RM140 juta untuk memastikan bandar Penggaram itu tidak karam. So, nama dia saliran bandar di Jalan Sultanah, di Jalan Rahmat dan Jalan Moakil itu di bawah semua itu Yang Berhormat ada saliran yang paling besar, tempat lain, daerah lain tidak dapat. Sejak daripada itu, Penggaram tidak banjir lagi. Tapi kita terima hakikat seperti yang saya sebutkan tadi Sungai Batu Pahat ini Yang Berhormat Tuan Speaker, ada orang mengatakan kalau paras laut dia sama dengan paras Simpang Rantai itu Yang Berhormat. Sebab itu kalau Jalan Rahmat Yang Berhormat, YB Penggaram lihat dia ke bawah. Dia mempengaruhi keadaan muka bumi di kawasan Batu Pahat itu sendiri. Sebab itu kita wujudkan saliran dalam bandar. Di bawah jalan-jalan utama di Batu Pahat itu penuh dengan parit, longkang-longkang besar. Saya tidak tahu setakat ini bagaimana penyelenggaraan saliran dalam bandar ini. Sebab peruntukan JPS agak terhad, PBT pun tidak buat jadi pihak JPS harus memikirkan bagaimana hendak maintain, hendak dapatkan peruntukan maintenance untuk saliran dalam bandar itu. Itu kena buat Yang Berhormat. Kadang-kadang kita tidak tahu mana tahu bawah tu ada naga ke, ada ular sawa besar ke, kayu yang tersumbat dia mempengaruhi kepada keseluruhan saliran di kawasan Batu Pahat.

Untuk Jalan Tanjung Laboh Yang Berhormat, saya dah berbincang beberapa kali dengan pihak JPS, dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran kita kena ambil langkah sama ada kita buat kawasan tadahan air, kawasan tadahan. Kalau tidak, dia akan mempengaruhi keseluruhan aliran air ke Jalan Dobi Yang Berhormat. Saya hendak beri contoh kepada Yang Berhormat Penggaram mungkin dia tahu, sebenarnya ketika awal penubuhan Batu Pahat itu, jurutera yang mereka bentuk saliran ini dia dah tahu dekat mana air akan turun. Sebab itu kalau Yang Berhormat ingat di stadium Batu Pahat itu merupakan tasik, dia bukan padang, tasik. Tapi bila orang masuk ini, dia tutup tasik tersebut dia jadikan padang. Itu sebab Yang Berhormat ketika banjir besar baru-baru ini air penuh di Stadium Batu Pahat, penuh depan mahkamah. YB Semerah tahu, itu sebahagian daripada kawasan dia, kemudian penuh depan JKR, penuh dekat Majlis dan TIGS banjir di Jalan Kenangan banjir ya. Sebab air ketika itu tidak boleh ke laut sebab disambut dengan air pasang selain daripada jumlah hujan ketika itu amat tinggi Yang Berhormat.

Jadi, kita dah berbincang kalau boleh pertamanya kena buat kolam takungan sebelum air sampai ke Parit Dobi Yang Berhormat. Itu kena buat dulu yang pertama. Yang kedua parit-parit yang agak kecil saiznya disepanjang SekolahTinggi Chong Hwa itu Yang Berhormat kita kena betulkan balik supaya air itu boleh mengalir dan dipastikan tidak membanjiri kawasan-kawasan yang berhampiran dan penting sekali pintu air Yang Berhormat. Air ni keluar ni dia kena pintu air, sebab itu saya cakap tadi Johor Barat pada tahun 1971, 700 buat pintu air, buat apa semua sekali sekarang ini maintenance nya agak kurang dan kita, saya yakin Yang Amat Berhormat dalam RMKe-12 ni kita hendak dapatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 bilion, sekurang-kurangnyalah untuk memastikan projek saliran Johor Barat ini diperbaiki semula. Kerana profilnya semua dah berubah selama 21 tahun. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah saya akan melihat bersama dengan JPS, bersama dengan pihak Majlis Perbandaran dan juga pihak JKR bagaimana kita kurangkan kekerapan berlaku limpahan air terutamanya di kawasan-kawasan utama. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya Semerah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ni saya tanya kawasan saya Semerah dan juga kawasan yang melibatkan dalam soalan ini. Ok, Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita lihat Parit Dobi seperti yang dimaklumkan Yang Berhormat EXCO dulu merupakan satu parit kecil. Bila dilebarkan oleh pihak JPS ianya untuk menyelia saliran air daripada Taman Tanjung, Taman Mewah, Jalan Kenangan, Taman Bahagia. Tetapi sekarang Parit Dobi menerima air daripada Taman Bukit Perdana, jadi parit itu hanya sesuai untuk beberapa taman sahaja tetapi sekarang Taman Bukit Perdana sendiri mempunyai lebih hampir daripada 3,000 buah rumah. Selain kita tidak mempunyai kolam takungan air, bagaimana kalau kita lihat air daripada Jalan Tanjung Laboh dia turun terus ke Jalan Tanjung Laboh. Jalan Tanjung Laboh pula dibahu jalan tidak

ada parit. Ada parit tetapi selalunya dipenuhi dengan pasir dan saya harap, saya rasa kita telah mohon, YB Penggaram ada mohon mengenai pembinaan parit bahu jalan.

Speaker

Soalan Yang Berhormat.

Selain daripada itu, ini nak cerita sikit. Satu lagi soal tentang faktor manusia dan juga faktor alam sekitar lah. Sebab faktor manusia ni kalau kita lihat Jalan Tanjung Laboh itu ada kerja-kerja pengorekan tanah di belakang Shell yang menyebabkan air lagi laju. Belakang Shell Jalan Tanjung Laboh. Jadi, saya selain daripada itu mengenai saliran dalam bandar ini kita harap pihak JPS menjalankan kerja. So, satu lagi ialah berkenaan apakah, sebab kalau kita lihat Menteri KASA ada maklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM48.5 juta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batu Pahat dan tadi Yang Berhormat ada sebut tentang RM4 juta untuk kerja-kerja pembersihan. Jadi bilakah perlaksanaan Rancangan Tebatan Banjir ini? Kerana bandar Batu Pahat kalau tidak ada kerja-kerja pembersihan parit ini, buat parit macam mana pun, kita ubah parit macam mana pun ianya akan tetap banjir kilat akan berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semerah, saya setujulah sebab pembangunan makin rancak, rumah makin bertambah contohnya di Bukit Perdana hampir 3,000 rumah dan di kawasan Taman Kemajuan dan sebagainyalah. Ketika reka bentuk dibuat ketika itu tidak mengambil kira faktor pertambahan pembangunan di kawasan Taman Bukit Perdana lah. Sebab itu saya sebutkan tadi perlunya kita fikirkan sebelum air ke Parit Dobi itu kawasan tadahan ya. Sama ada isu itu boleh membantu, saya yakinlah sebelum mengalir ke Parit Dobi, dia pergi ke situ dulu untuk sementara selepas itu alirannya terus ke Parit Dobi dan ke Sungai Batu Pahat. Insya-Allah Yang Berhormat tentang beberapa perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita akan lihat dan saya bersama dengan Majlis Perbandaran, pihak Pejabat Daerah dalam lawatan Yang Amat Berhormat semasa sesi libat urus pun dibangkitkan perkara ini dan ada perancangan yang telah kita susun dan supaya kawasan-kawasan yang dibangkitkan dapat kita atasi secara berperingkat. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Lepas ni kita dah boleh bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, apabila semua hadir Dewan dah menjadi Ahli Mesyuarat dan juga turut hadir. So, benda-benda berkaitan dengan perparitan boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah selepas ini.

Jadi, itu sahaja dah pukul 11.00 sekarang ini. Sekiranya ada soalan-soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga jam 11.20 pagi. Sekian.

Persidangan di tangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.Bill

Speaker

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan bagi Bacaan Kali Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dimulakan sekarang. Saya persilakan Bukit Pasir. Jemput.

Kapt (B) Haji Najib bin LepPAS · GSBukit Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirahmanirahhim, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Maha pemurah lagi maha penyanyang yang menguasi hari pembalasan hanya kepada Mu Ya Allah kami menyembah, hanya kepada Mu memohon pertolongan tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Bacaan surah). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam keluarga Malaysia.

Buat pertama-tamanya, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, patik merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor kesihatan yang berterusan dan sentiasa berada dalam rahmat kasih sayang Allah SWT, semoga rakyat Johor menikmati kesejahteraan di bawah naungan tuanku dan keamanan yang berterusan. Insya-Allah, amin.

Patik juga merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Major Jeneral Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan yang terus dilakarkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Malaysia dan mara ke separuh akhir perlawanan. Patik bersama-sama rakyat Bukit Pasir mendoakan kejayaan buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta menyokong erat JDT sehingga ke akhir perlawanan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang menang pada PRN negeri Melaka. Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli Dewa sekalian.

Speaker

BN tu lawan PN tu.

Kapt (B) Haji Najib bin LepPAS · GSBukit Pasir

Muafakat Nasional Yang Berhormat. Sidang Dewan membuka tabirnya membicara perihal isu semasa. Pandemik berakhir, endemik menjelma, khidmat masyarakat diteruskan jua. Perbahasan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 18 November 2021 memberikan gambaran jelas perancangan perbelanjaan serta konsep belanjawan negeri Johor 2022. Justeru, Bukit Pasir memanjangkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta kerajaan Johor atas pembentangan Belanjawan 2022 tersebut. Semoga manfaat yang dirancang dan dibentangkan menjadi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat. Maka Bukit Pasir meneruskan perbahasan dengan menyentuh beberapa perkara yang dilihat perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri agar dipertimbangkan, dikaji dan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, aspek pembangunan negara bangsa merangkumi 5 perkara terpenting iaitu kepimpinan, integriti, pembangunan fizikal, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Maka, Bukit Pasir membentangkan point perbahasan mengikut 5 aspek tersebut agar memudahkan pemahaman serta kepentingan perbahasan yang ingin diketengahkan pada hari ini. Pembahagian harta pusaka. Aspek pertama yang sentiasa menjadi fokus untuk dikaji serta dirujuk semula adalah berkenaan kesejahteraan sosial dalam masyarakat. Point pertama daripada Bukit Pasir adalah berkenaan pembahagian harta pusaka yang sehingga kini menjadi isu terutama apabila berlaku pertambahan jumlah mangsa COVID-19 yang meninggal dunia serta memerlukan urusan segera pembahagian harta yang efisyen dan efektif. Sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 11 September 2021, dicatatkan anggaran sebanyak RM70 bilion harta beku yang tidak dituntut oleh masyarakat setakat tahun 2020 dan 90% harta tersebut adalah milik orang Melayu. Pelbagai perkara yang menjadi faktor melambatkan urusan pembahagian harta, kerajaan

negeri bersama-sama jabatan berkaitan seperti Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi serta Pejabat Tanah yakni Pejabat Pusaka boleh melihat perkara ini dengan lebih teliti demi untuk ditambah baik urusan harta beku yang sepatutnya dapat diusaha dan digunakan oleh rakyat agar menyumbang kepada ekonomi masyarakat serta negeri tidak dapat direalisasikan sekiranya urusan ini masih berada di takuk lama. Antara faktor lain yang menjadi penyebab kepada isu ini adalah kerana masyarakat yang tidak memiliki pengetahuan dan kesedaran berkenaan urusan pembahagian harta pusaka apabila ketua keluarga meninggal dunia. Maka urusan tersebut tertangguh-tangguh selama beberapa tahun dan terus menjadi isu kepada keseluruhan keluarga. Maka cadangan daripada Bukit Pasir adalah agar kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan meletakkan urusan pembahagian harta pusaka sebagai salah satu agenda yang penting dalam perancangan serta pelaksanaan belanjawan negeri. Hari ini, atas sektor yang penting dalam pengendalian urusan harta pusaka dapat ditambah baik dengan kaedah yang lebih efektif dan urusan yang lebih efisyen, mana-mana yang difikirkan perlu. Sepertimana yang disebutkan oleh akhbar tersebut juga, amalan konvensional yang memerlukan waris berkumpul dalam pengurusan harta kematian dilihat memakan masa dan tidak lagi praktikal. Maka, ia dilihat dapat ditambah baik dengan kewujudan teknologi mudah alih kini serta sistem sesawang yang dapat membantu mempercepatkan masa serta usaha yang diperlukan dalam urusan pembahagian harta. Selain itu, Bukit Pasir ingin terus menekankan kepentingan pengendalian harta pusaka ini dengan memohon agar kerajaan negeri dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menguruskan harta pusaka ketua keluarga masing-masing yang telah meninggal dunia. Kesedaran melalui media sosial dan informasi melalui rangkaian TV dan radio dilihat salah satu cara mudah untuk berbicara dan mendidik masyarakat berkenaan pembahagian harta pusaka. Selain itu, kerajaan boleh membantu mereka dalam urusan kos kerana ahli-ahli keluarga yang memerlukan urusan pembahagian harta kebanyakan tidak berkemampuan dan amat memerlukan suntikan bagi memudahkan urusan pembahagian harta mereka. Seterusnya, perkukuh usaha menjaga tanah Rizab Melayu. Bukit Pasir bergerak pula kepada point kedua pada hari ini yang merangkumi hampir semua aspek pembangunan negara bangsa iaitu kepimpinan, berintegriti, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Di bawah isu seterusnya iaitu memperkukuhkan usaha bagi menjaga dan mengekalkan tanah Rizab Melayu. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, direkodkan melalui akhbar Berita Harian pada 22 Oktober 2021, berkenaan kaedah dan langkah-langkah yang dapat diambil bagi memperkukuh dan menjaga tanah Rizab Melayu. Bukit Pasir mengambil kira isu ini sebagai isu penting untuk dibahaskan kepada hari ini. Justeru, Bukit Pasir amat berharap perkara ini akan terus diperbahaskan lagi, dikaji, diteliti oleh kerajaan negeri. Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 7 September 2018, berlaku penyusutan tanah Rizab Melayu di mana hanya 12% berbanding peratus berdasarkan ketetapan Raja-Raja Melayu melalui Enakmen Rizab Melayu mengikut negeri-negeri masing yang mengkehendaki 50% pemilikan tanah Rizab Melayu dipegang oleh orang Melayu. Dilaporkan lagi oleh akhbar tersebut berkenaan pentingnya agar kerajaan mengukuhkan pengawalan dan pengekalan keistimewaan orang Melayu dengan menyelesaikan isu-isu serta kelemahan tadbir urus tanah Rizab Melayu itu sendiri. Maka, Bukit Pasir membuka point perbahasan yang kedua ini dengan menengahkan permasalahan dan kelemahan tersebut dengan harapan agar kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan dapat mengkaji lagi berkenaan isu ini dengan lebih mendalam dan mendapatkan penyelesaian yang terbaik di masa akan datang. Antara kelemahan yang perlu dikaji semula adalah penyimpanan rekod, pembatalan status tanah yang tidak diganti,

geran tanah belum disahkan, tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dan digantikan tidak diwartakan segera, penyimpanan dan pengurusan rekod dan maklumat tanah Rizab Melayu yang tidak lengkap dan tidak dikemaskini serta tahap ekonomi dan kuasa beli bagi masyarakat Melayu yang rendah berbanding masyarakat lain mengakibatkan saiz pemilikan tanah Rizab Melayu yang dimiliki bersama mengikut syer adalah kecil. Maka, Bukit Pasir meletakkan lagi kesedaran kepada semua Ahli Dewan yang hadir pada pagi ini serta masyarakat lain berkenaan betapa pentingnya agar tanah Rizab Melayu ini dapat diperkukuh dan dikekalkan di masa akan datang. Antara langkah-langkah yang ingin Bukit Pasir ketengahkan telah turut dinyatakan dalam akhbar yang sama. Berita Harian yang bertarikh 19 Mac 2020 yang mana pihak kerajaan perlu memperketatkan syarat urus niaga dan pemajuan aset tanah Rizab Melayu. Pembentukan badan atau perundangan bagi memperketatkan syarat urus niaga dalam urusan tanah Rizab Melayu. Pengwujudan pengkalan data khusus untuk menyimpan data tanah Rizab Melayu serta kempen-kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan kepentingan mengekalkan tanah Rizab Melayu masing-masing. Selain itu, melalui penulisan Professor Dr. Ismail Omar, Presiden Persatuan Professional Tanah Melayu, PERTAMA, serta Pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM, turut mengesyorkan melalui penulisannya dengan mencadangkan agar kaedah melepaskan nilai terpenjara tanah Rizab Melayu melalui instrumen wakaf yang dilihat memenuhi Makasid Al Shariah yakni skop kecil dalam syariah berkenaan perkahwinan, kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya. Selain daripada menjana semula ekonomi negara dengan cara memberikan pulangan kepada pewakaf serta pewaris tanah. Isu berkenaan tanah Rizab Melayu merupakan isu yang besar dan boleh dikajikan lagi dengan lebih mendalam oleh pelbagai jabatan yang terlibat. Maka, Bukit Pasir meletakkan harapan yang tinggi agar perbahasan mengenai tanah Rizab Melayu dapat diteruskan dan dibicarakan sehingga dapat difikirkan cara yang terbaik. Bukit Pasir berharap agar modernisasi dan kemajuan negeri dan negara tidaklah sehingga tergadainya tanah Rizab Melayu tanpa pemantauan oleh semua pihak yang bertanggungjawab berkenaan isu ini. Seterusnya, bantuan one off kepada Guru Al Quran. Point terakhir daripada Bukit Pasir di bawah aspek kesejahteraan sosial berkenaan bantuan one off kepada Guru-Guru Al Quran yang kebanyakan mereka bergantung kepada elaun pendapatan yang sebanyak RM300.00 yang turut terjejas sekiranya operasi kelas masing-masing tidak dapat dijalankan. Justeru, dengan atas inisiatif daripada Bukit Pasir untuk menengetengahkan isu bantuan one off ini dalam perbahasan yang terakhir Bukit Pasir berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan golongan Guru Al-Quran yang amat mengharapkan bantuan kepada mereka dapat disalurkan. Ranting kecil dipatahkan, api unggun dinyalakan, Allah SWT telah memerintahkan saling membantu dalam kebaikan. Ambil lidi terus diikat, diikat ketat oleh sahabat, muafakat itu berkat, diingat-ingat slogan sentiasa dipegang erat. Alhamdulillah, maka dengan itu Bukit Pasir menutup perbahasan ini, sekali lagi Bukit Pasir panjangkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri atas pencapaian yang diatasi di sepanjang tahun 2020 serta 2021 dalam mentadbir negeri. Alhamdulillah, Bukit Pasir juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan hadapan yang masih menjalankan tugas dan pekerjaan masing-masing dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat secara amnya. Bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnia nikmat dan ganjaranNya kepada kita hidup di dunia ini walau dipenuhi cabaran namun dipenuhi dengan rezeki dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Semoga Allah SWT memberi kita perlindungan daripada musibah, bala bencana serta seksaan api neraka di akhirat nanti nauzubillahi min zallik. Amin, amin, yarabbal alamin.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Bajet 2022. (Doa). Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Bukit Pasir. Seterusnya saya persilakan Maharani.

(Doa). Segala puji bagi Allah SWT pencipta kita semua, juga yang menciptakan semua yang ada di langit dan di bumi dan di antara keduanya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga dan sahabat Baginda, tabi’, tabi’in, guru-guru kita semuanya. Semoga sentiasa dirahmati Allah hingga hari akhirat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Maharani untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Rakyat. Terlebih dahulu Maharani mohon mewakili semua rakyat DUN Maharani, merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, sempena sambutan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 hari bulan November bersamaan 17 Rabiulawal 1443H. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan keafiatan dan sentiaasa berada dalam rahmat kasih sayang Allah. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor terus aman, makmur, maju dan sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, hadis Rasululullah SAW yang menyebut tentang pemimpin yang adil (bacaan hadis) yang bermaksud daripada Abdullah bin Amru RA, Rasullullah SAW bersabda “Sesungguhnya pemimpin yang adil di sisi Allah nanti akan berada di atas mimbar daripada cahaya, mereka duduk di sebelah kanan Tuhan yang maha pengasih dan sedangkan kedua tangan Allah itu iaitu kanan semua dan yang dimaksudkan dengan pemimpin yang adil itu adalah orang-orang berlaku adil dalam hukum penilaian mereka, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka” sahih Muslim No.1427. Yang Berhormat Tuan Speaker, tahniah Maharani ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Haji Hasni Mohamad di atas pembentangan Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Johor pada 18 hari bulan November yang lalu. Harapan Maharani, 4 hari kita berbahas tentang belanjawan ini akan menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat buat rakyat Johor keseluruhannya dan dapat dibuat penambahbaikan pada belanjawan ini, yang pentingnya hasrat kita untuk memperhebatkan kesejahteraan rakyat ini dapat dilaksanakan. Sesungguhnya kita semua sebagai pemimpin dapat menunaikan amanah kepada rakyat Johor menerusi Belanjawan Johor 2022 ini berdasarkan pertimbangan kebenaran dan keadilan sosial dalam melaksanakan tanggungjawab. Yang Berhormat Tuan Speaker, dampak negatif ke atas kesejahteraan sosial rakyat akibat tekanan COVID-19 ini harus kita depani buat satu tempoh yang lama. Maharani berasa lega dan bersyukur kerana kerajaan negeri kini telah menyedari betapa pentingnya perlindungan sosial yang lengkap khususnya bagi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak. Agenda Johor Prihatin yang beri tumpuan kepada kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga tua dan Orang Kurang Upaya yang digariskan juga seharusnya perlu diberikan peruntukan tambahan dan fokus khusus kepada isu-isu kesejahteraan keluarga yang kian serius dan mencatat statistik membimbangkan di Johor. Tidak cukup dengan meningkatkan sumber ekonomi dan kemahiran kepada wanita tetapi isu-isu kadar perceraian yang tinggi, keganasan rumah tangga, keganasan seksual wanita dan kanak-kanak amat kritikal untuk diberikan tumpuan khusus. Tumpuan khusus dan intervensi di peringkat kerajaan negeri, Maharani memohon kerajaan negeri memohon daripada kerajaan persekutuan khususnya KPWKM untuk menubuhkan pusat sokongan sosial setempat PSSS di daerah Muar

khususnya untuk perlindungan mangsa keganasan rumah tangga. Kerajaan negeri juga harus memulakan inisiatif first support point, khidmat sokongan pertama di semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat Negeri Johor sebagai sokongan awal kepada wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan rumah tangga. First support point ini bakal menjadi langkah awal melaksanakan dasar keluarga selamat di Johor bagi mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Selain itu, daerah Muar mempunyai kadar perceraian antara yang tertinggi di negeri Johor. Isu ini dikhuatiri memberi kesan sosio buruk terhadap kesejahteraan keluarga dan anak-anak yang terjejas. Maka Maharani menyeru kerajaan negeri menyediakan peruntukan khusus untuk intervensi pencegahan perceraian termasuk penambahbaikan kursus pra perkahwinan serta kursus-kursus keibubapaan secara offline dan juga online di negeri ini untuk memperkukuh institusi keluarga. Perlindungan wanita dan kanak-kanak mangsa perceraian serta peruntukan khusus bantuan nafkah kepada anak-anak mangsa perceraian. Bagi Program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB), Maharani meminta agar agihan program ini diperincikan di setiap daerah dan diperhalusi keberkesanannya untuk perlaksanaan program COMB atau pun COMB ini di kawasan Maharani, Maharani sedia bekerjasama bagi mengenal pasti golongan sasar yang tepat supaya program ini mencapai matlamatnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, Maharani memohon kerajaan negeri mempertimbangkan perancangan mewujudkan klinik kaunseling bergerak (caravan) yang sewajarnya digunakan untuk menambahbaik kemudahan kaunseling sedia ada di fasiliti-fasiliti JKM, JPW dan juga LPPKN. Penambahan lay caunselor dan sukarelawan berbanding mewujudkan inisiatif baharu yang memerlukan kos tambahan. Aspek pemerkasaan kesihatan mental juga seharusnya menjadi tumpuan kritikal kerajaan negeri. Peruntukan RM800,000.00 dalam melahirkan panel kaunselor yang terlatih adalah amat dialu-alukan tetapi harus dipantau secara khusus bagi memastikan keberkesanannya dan akhirnya rakyat mendapat manfaat langsung. Inisiatif memberikan kaunseling kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 harus diperluaskan kepada mereka yang kematian ahli keluarga, mengalami simtom long COVID, stress, kemurungan atau trauma psikologi akibat COVID-19. Berdasarkan data dan maklumat sedia ada, khidmat kaunseling ini juga harus dipastikan dilakukan dengan aktif oleh pihak agensi sendiri secara automatik tanpa rakyat perlu melalui proses-proses permohonan tertentu serta dilakukan secara berkala dan berterusan bagi jaminan kesihatan mental rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, Maharani mengambil maklum kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjemput ADUN pembangkang untuk menyertai mesyuarat sebagai pemerhati Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) sebagai responS kepada permintaan ADUN Pakatan Harapan untuk terlibat sama. Maharani menyeru kerajaan negeri meneliti untuk memastikan kami menjadi anggota mesyuarat agar suara rakyat yang kami wakili tetap mendapat ruang dan diambil kira bagi menyatakan solusi kepada keputusan dan permasalahan yang dikemukakan. Wakil-wakil rakyat yang dipilih secara sah dalam proses demokrasi sewajarnya diberikan ruang partisipasi langsung dalam proses membuat keputusan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan defisit sebanyak RM286.47 juta, dan hal ini bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan fokus kerajaan adalah untuk menyelamatkan ekonomi negeri dan memastikan kelangsungan hidup rakyat pasca pandemik. Walau bagaimanapun, anggaran perbelanjaan mengurus masih mencatat peruntukan terbesar berbanding perbelanjaan pembangunan hanya diperlukan sebanyak RM870 juta sedangkan belanjawan pemulihan sebegini harus meningkatkan perbelanjaan pembangunan dan mengambil pendekatan pengurangan atau penjimatan dalam pengurusan serta perbelanjaan lebih berhemah. Maharani menyeru kerajaan mengkaji semula aspek ini di samping memastikan apa jua peruntukan belanjawan ini memberikan manfaat langsung kepada rakyat dan menepati kelompok sasaran golongan.

Speaker

Minum air dulu Yang Berhormat.

Tak ada air pula. Setiap bantuan yang diagihkan hendaklah benar-benar sampai kepada golongan sasar kerana kita tahu masih ada rakyat yang tercicir daripada mendapat bantuan ini. Malah ada yang tidak mendapat maklumat tentang bantuan-bantuan yang boleh dipohon. KPI hendaklah juga menilai keberkesanan bantuan yang disampaikan. Kepada siapa bantuan diberikan dan adakah menepati sasarannya? Bukan sekadar berfokus kepada angka agihan sebagai penanda aras KPI. Dalam konteks ini, kerajaan negeri harus menyemak semula proses permohonan

Speaker

Baik hati Penawar. (Dewan bertepuk)

Dalam konteks ini, kerajaan harus menyemak semula proses permohonan segala bantuan kerajaan negeri kerana kebanyakannya secara atas talian dan proses mengisi borang yang pelbagai. Kerajaan harus memudah cara dan menghapuskan birokrasi dalam permohonan bantuan. Bayangkan ramai rakyat yang susah, kita susahkan lagi dengan proses permohonan yang rumit secara atas talian dan sebagainya. Yang Berhormat Tuan Speaker, penambahbaikan respon kesihatan awam. Maharani menyeru kerajaan negeri memandang serius kemungkinan kemunculan varian baru yang juga difokuskan dalam belanjawan ini. Apakah tindakan spesifik kerajaan negeri untuk menangani kemunculan varian-varian baharu terutamanya apabila sempadan-sempadan antarabangsa mula dibuka? Walaupun kita telah mencapai matlamat vaksinasi, namun persiapan kerajaan harus dipertingkatkan untuk menangani varian-varian baharu yang tiada jaminan, mampu dikawal meskipun selepas sebahagian besar populasi mendapat dua dos vaksin. Apakah perancangan khusus bagi memastikan suntikan dos penggalak atau dos ketiga bagi golongan berisiko tinggi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan? Yang Berhormat Tuan Speaker, pemerkasaan pendidikan agama. Pendidikan anak-anak kita amat terjejas akibat penutupan sekolah kerana penularan wabak ini. Tahun 2020 membawa ke tahun 2021 ini digelar sebagai the lost year of education, dengan izin. Kerajaan negeri harus meneliti kadar keberkesanan PdPR bagi sekolah-sekolah agama negeri Johor dan keciciran pendidikan agama semasa tempoh lock down dan melaksanakan penambahbaikan dalam proses pembelajaran untuk sesi 2022. Justeru, peruntukan khusus harus diberikan untuk tujuan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, fokus Belanjawan Johor 2022, seharusnya tentang pemulihan dan pembinaan semula masyarakat yang holistik bukan semata-mata kemakmuran ekonomi. Pemulihan ini hanya dapat direalisasikan dengan berkesan berdasarkan kerjasama rentas parti yang selari dengan aspirasi rakyat. Bayang dikirim Paduka Bendahara cincin emas bukan suasa, salah pemimpin bawa sengsara, anak bangsa menjadi mangsa. Sekian, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan

Speaker. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Maharani. Seterusnya saya persilakan Bukit Naning, jemput.

Tuan Md. Ysahrudin bin KusniPKR · PHBukit Naning

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bismillahirrahmanirrahim (doa). Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan kesempatan untuk Bukit Naning turut serta dalam mengambil bahagian dalam Perbahasan Pembentangan Belanjawan Johor 2022 Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor pada 18 November 2021 yang lepas. Pertamanya, patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap

selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan dalam rahmat Allah SWT.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022 dengan slogan “Memperhebat Kesejahteraan Johor” seperti gambaran yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas. Sebenarnya bagi Bukit Naning, kurang dirasai oleh rakyat negeri Johor di peringkat bawahan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya rakyat Johor mahukan sesuatu yang lebih menyeluruh.

Speaker

Dah bagi RM250,000.00 tak rasa cukup lagi ke?

Tuan Md. Ysahrudin bin KusniPKR · PHBukit Naning

Tak cukup rasanya Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau boleh RM200,000.00 tambah RM200,000.00 lagi. Iyalah, kita perlu menyentuh pelbagai aspek dalam belanjawan kali ini. Rakyat Johor masih lagi bergelumang dengan masalah ekonomi yang mencengkam pasca COVID-19. COVID-19 bukan sahaja mengancam nyawa, kita ada yang kehilangan nyawa, daripada ada yang kehilangan ibu bapa, malah keluarga ataupun jiran tetangga. Tetapi yang lebih perit lagi, Yang Berhormat Tuan Speaker, COVID-19 mengganggu rantaian ekonomi kehidupan rakyat. Ramai yang kehilangan kerja dan yang baru nak memulakan kerja. Sebelum ini hilang kerja, minta kerja, baru nak memulakan kerja, pasca COVID-19. Bukit Naning dalam lawatan ke kawasan sering mendapat aduan daripada rakyat. Contohnya, ada seorang yang bernama Haron di kawasan Bukit Naning berumur 60 tahun, bekerja kilang, hilang kerja waktu pandemik COVID-19. Anak lelakinya bekerja di kilang yang sama. Dicutikan berbulan-bulan lamanya. Bayangkan eh, keluarga ini ada 6 orang anak-beranak. Yang menyara adalah ayah dan anak lelakinya. Yang perlu ditanggung dan juga menyewa rumah untuk tempat tinggal mereka. Dah tak tertanggung Yang Berhormat Tuan Speaker. Kini, hanya anak lelakinya sahaja yang bekerja untuk menyara keluarga. Kalau dulu hasil gaji anak, dicampur dengan gaji ayah boleh mencecah hingga RM3,000.00, tapi hari ini hasil gaji anak lelakinya sahaja yang lebih kurang RM1,500.00 untuk menyara keluarga, cukup-cukup makan.

Contoh yang kedua Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ada ke Pasar Malam Bukit Bakri, bertemu peniaga-peniaga. Rata-rata mereka menyatakan sedikit lega apabila Johor dalam Fasa ke-4 dibenarkan berniaga. Mereka menyatakan bagai “mati hidup semula”. Apa tidaknya, eh dulu boleh kumpul duit, tapi bila waktu pandemik, hilang duit-duit itu. Habis digunakan untuk waktu pandemik COVID-19. Jadi, ada yang sampai berhutang untuk hidup. Maknanya, ekonomi rakyat Johor dalam keadaan yang sukar Yang Berhormat Tuan Speaker, sangat sukar. Oleh yang demikian, perlu difikirkan bagaimana kerajaan Johor perlu mencari kaedah yang terbaik untuk kembalikan kegemilangan negeri Johor sebelum zaman COVID.

Bukan itu sahaja Tuan Speaker, dalam keadaan ekonomi sukar rakyat hari ini, ditambah pula dengan bebanan dengan kenaikan harga barang. Harga barang meningkat hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Tanpa penguatkuasaan, rakyat seperti sudah “jatuh ditimpa tangga”, seperti pukulan halilintar yang sangat hebat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini harga ayam berapa Yang Berhormat Tuan Speaker? Harga ayam hari ini sekilo RM9.70, ada yang sampai RM10.00 eh. Harga minyak masak 5 kilo dahulunya RM20.00. Hari ini 5 kilo, dah RM30.00. Harga-harga barang lain pun juga turut naik Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau dulu kita masih ingat lagi Yang Berhormat

Tuan Speaker masa zaman kerajaan Pakatan Harapan, Hari Raya ke hari tak raya ke harga ayam baru RM5.00 sekilo. Ini realiti, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dulu masa Pakatan Harapan ada pengawasan harga barang.

Speaker

Bukit Naning kan boleh bela ayam sendiri kat belakang tu..

Tuan Md. Ysahrudin bin KusniPKR · PHBukit Naning

Ayam tak ada kat Bukit Naning Yang Berhormat Tuan Speaker, nanas banyak. Kalau ikutkan Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau dulu kita tahu Menteri yang jaga harga barang ini, daripada KPDNHEP, nama dia Dato’ Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha, Pakatan Harapan. Dia cover, dia tengok semua harga barang. Harga barang dalam keadaan yang cukup baik. Kalau Hari Raya RM5.00 sekilo, kalau 2 kilo RM10.00 harga ayam. Jadi boleh masak ayam kari boleh hantar ke rumah jiran-jiran. Tapi sekarang Yang Berhormat Tuan Speaker, kenapa bila kerajaan baharu, kerajaan, kerajaan apa hari ini? Ya, Kerajaan Perikatan Nasional ataupun tadi Muafakat Nasional ataupun Kerajaan Keluarga Malaysia lah, eh. Ini berkuasa harga ayam boleh mencecah hingga RM10.00 sekilo. Kalau seekor 2 kilo? Makanya kita kena bayar RM20.00. Tak boleh tahan Yang Berhormat Tuan Speaker, terpaksa beli separuh ekor aja. Sebab nak beli barang lain lagi, duit dah tak cukup. Itu bab harga barang dapur Yang Berhormat Tuan Speaker. Bab lain, bab harga-harga pertanian. Saya petani, saya rasa denyut nadi petani-petani kita khasnya di kawasan Bukit Naning. Harga barang pertanian, semua naik mencanak, racun 20 liter segelen ataupun setong jenis serap, racun serap Ken Up. Kalau dulu, sebelum ini harga dia RM200.00, tapi kini harga dia RM400.00. RM200.00 dulu, sekarang RM400.00 Yang Berhormat Tuan Speaker. Baja meningkat, seolah-olah tanpa kawalan. Mana tukang jaga harga barang ini, eh Yang Berhormat Tuan Speaker? Walaupun harga sawit hari ini tinggi, tapi harga-harga lain, macam harga-harga pertanian yang lain masih lagi harga takuk lama. Harga sawit tinggi, harga barang tinggi, tak mengapa. Tapi, harga sawit ini kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Jadi kalau waktu turun, harga barang pertanian tak akan turun. Ini yang menyukarkan rakyat pada hari ini, yang bertani yang menjadi mangsa mereka yang mengusahakan produk pertanian lain, seperti nanas, pisang, sayur-sayuran, tanaman kontan yang lain, terpaksa menanggung kos yang tinggi, namun harga produk tanaman ini tetap kekal rendah.

Itu cerita tentang pertanian Yang Berhormat Tuan Speaker. Belum kenaikan harga barang-barang binaan, harga besi meningkat daripada RM2,000.00 satu tan, kini menjadi RM4,000.00 satu tan. Kalau harga besi dah naik, maknanya harga rumah akan naik, kalau harga rumah naik, rakyat dah tak mampu nak beli rumah, eh. Rakyat negeri Johor, sinonim, kalau sebelum ini ungkapan daripada rakyat, rumah mampu milik sebenarnya kita hanya boleh rumah mampu tengok sahaja. Tapi hari ini kalau harga besi naik, harga rumah naik, ungkapan yang sesuai kita apa? ah, mungkin, nak tengok rumah pun meluat. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam keadaan rakyat berhadapan dengan masalah ekonomi waktu ini, harga-harga naik saya tidak nampak usaha kerajaan untuk mengatasi kenaikan harga barang yang semakin luar biasa ini. Eh, dalam keadaan sukar, dalam keadaan rakyat menderita, barang-barang ini naik tanpa kawalan. Bukit Naning faham, ianya bukan mudah. Kita tahu, ianya sukar Yang Berhormat Tuan Speaker. Tap,i sekurang-kurangnya kita perlu teruskan bantuan-bantuan inisiatif yang boleh mengurangkan beban rakyat hari ini. Sebagai contoh, apa yang dinyatakan semalam daripada ADUN Semerah, Kad Sihat Johor perlu diteruskan. Kerana apa? Kerana Kad Johor ini dapat membantu mengurangkan beban rakyat. Kalau diikutkan Yang Berhormat Tuan Speaker, kita berdepan dengan masalah kesihatan pada hari ini. Kalau kita boleh adakan Kad Sihat Johor ini diteruskan, mungkin dapat mengurangkan kos dan juga menjaga SOP rakyat. Iyalah, kebiasaan rakyat akan pergi ke klinik kerajaan. Bila mengalami masalah kesihatan, mereka bersesak-sesak di klinik kerajaan kerana klinik kerajaan lebih murah tanpa bayaran, hanya RM1.00 sahaja bayar. Tapi kalau kita guna Kad Sihat Johor, kita dapat mengurangkan kesesakan, mengawal SOP,

apabila mereka pergi ke klinik-klinik panel swasta untuk pergi mendapatkan rawatan. Jadi, kita tidak perlu bersesak-sesak di kerajaan, apatah lagi dalam keadaan masa COVID ini masih lagi tinggi jangkitan hariannya. Dan ia sangat mengurangkan beban rakyat, bayangkan Yang Berhormat Tuan Speaker, nilai Kad Sihat Johor itu RM500.00. Sekali pergi ke klinik, swap RM50.00, setahun boleh pergi sepuluh kali oleh seisi keluarga. Rata-rata rakyat sambut baik pemberian Kad Sihat Johor semasa zaman kerajaan Pakatan Harapan. Apa salahnya inisiatif yang baik untuk rakyat ini diteruskan, apatah lagi dalam waktu genting ini.

Kemudian, Bukit Naning ingin menyentuh pengumuman baik dari pembentangan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang memanggil semua ADUN-ADUN Johor tidak kira kerajaan ataupun pembangkang untuk terlibat sama dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD). Namun Bukit Naning tidak pasti, apakah maksud ungkapan pemerhati untuk ADUN pembangkang menyertai mesyuarat tersebut. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti dah launching kita boleh masuk dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah.

Speaker

Bukan launching, menyambut apa disebut oleh Menteri Besar..

Tuan Md. Ysahrudin bin KusniPKR · PHBukit Naning

Tapi saya tidak pasti. Adakah ia hanya pemerhati? Kerana kebiasaannya Yang Berhormat Tuan Speaker, ungkapan pemerhati ini hanyalah untuk hadir, duduk dan tidak boleh bersuara. Dia perhati sahaja, kemudian dia balik. Perhati dan balik. Jadi, apa gunanya ADUN datang mesyuarat, perhati dan balik? Tidak ada gunanya. Ha, pergi makan Yang Berhormat Tuan Speaker, Wakil Rakyat ini adalah dipilih oleh rakyat. Wakil rakyat ini dipilih oleh rakyat. Ha, kita perlu patutnya kita perlu semai semangat demokrasi. Dan setelah apa yang berlaku pada hari ini, ketidaktentuan politik ditambah dengan masalah pandemik COVID-19, kita perlu muhasabah diri.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dalam ucapannya menyatakan bahawa rakyat sudah muak dengan sentimen politik asobiyah. Dan dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sentiasa bersikap minda terbuka berlapang dada. Malah, dan menganggap kami sebagai rakan strategik. Menganggap pembangkang sebagai rakan strategik. Jadi, ini adalah masanya yang paling sesuai untuk lakukan perubahan Yang Berhormat Tuan Speaker. Eh, supaya tidak ada lagi diskriminasi kepada Wakil Rakyat pembangkang pada hari ini. Bayangkan, ada hampir separuh Wakil Rakyat daripada pembangkang apabila dinafikan hak, maka separuh rakyat Johor hilang suara di daerah JTPD. JTPD ini penting Yang Berhormat Tuan Speaker kerana rakyat nampak Wakil Rakyat mereka pilih itu bekerja di kawasan. Biar pun hanya soal parit, soal longkang, soal jalan berlubang tapi ini yang rakyat selalu suarakan dan mahu wakil rakyat mempermudahkan urusan mereka. Dan kita perlu berubah, kita mulakan di Johor ini Yang Berhormat Tuan Speaker.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam masa sukar ini, kita dikejutkan dengan isu yang saya fikir tak perlulah hari ini sepatutnya. Sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta diberikan kepada mantan Perdana Menteri yang keenam. Ini susah Yang Berhormat Tuan

Speaker.

Speaker

Dah tarik dah. Tarik balik.

Tuan Md. Ysahrudin bin KusniPKR · PHBukit Naning

Tapi sekurang-kurangnya, apa yang nak saya ceritakan ini Yang Berhormat Tuan Speaker, pada waktu yang sukar ini Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tak faham kenapa ada pemimpin-pemimpin kita di Malaysia hari ini masih lagi berfikiran begini dalam keadaan sukar. Sepatutnya, perkara-perkara ini

tidak berlaku Yang Berhormat Tuan Speaker. Kenapa tidak ada semangat spiritual, semangat kita untuk kita majukan negara, majukan negeri bersungguh-sungguh demi rakyat bukan selalunya kita hanya retorik sahaja demi rakyat tapi sebenarnya untuk diri kita sendiri. Ini masalah, saya mengharapkan supaya di Johor ini tidak ada berlaku pemimpin-pemimpin yang seperti ini. Kita, kalau boleh kita berubah supaya negeri Johor ini dapat dipacu dengan lebih baik lagi. Sudah-sudahlah. Yang Berhormat Tuan Speaker, akhirnya saya mengharapkan supaya Belanjawan kali ini dapat direalisasikan supaya rakyat mendapat manfaat. Tanggungjawab pemimpin ini besar. Kita pun tak tahulah, kerajaan hari ini pusat, kita pun tak tahu kerajaan apa. Kerajaan PN, BN tapi dekat Melaka kita tengok, antara kerajaan PN dengan BN bertanding antara satu sama lain, kemudian, ada slogan dia. Slogan dia, kalau kita lihat di papan-papan tanda, “Kestabilan Demi Kemakmuran”. Saya tak nampak kebersamaan untuk kestabilan kerajaan pada hari ini. Sebab itulah jadilah pemimpin yang berhati mulia. Bukan pemimpin yang bermuka-muka hanya untuk kepentingan diri. Jadi, saya mengharapkan supaya pada hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker, kita muhasabah diri sebagai pemimpin, apa yang perlu kita lakukan. Apa yang kita kehendak dan apa rakyat mahukan. Jadi, saya mengharapkan supaya Belanjawan kali ini adalah Belanjawan yang boleh dilaksanakan dan Belanjawan yang boleh beri manfaat kepada rakyat. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Bukit Naning. Seterusnya saya persilakan Endau. Jemput.

Terima kasih YB Speaker. (Doa). Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Makmur Johor. Pertamanya, Endau ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker atas peluang dan ruang yang diberikan kepada Endau, untuk Endau sekali lagi berdiri dan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini. Patik dan rakyat DUN Endau merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipetuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa dalam limpahan rahmat dan keampunan Allat SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Sesungguhnya YB Tuan Speaker, peluang keemasan ini akan Endau manfaat sepenuhnya untuk menyampaikan beberapa perkara penting di dalam Dewan yang mulia ini agar pihak-pihak yang berkaitan dapat mendengar seterusnya mengambil tindakan sewajarnya. Alhamdulillah, pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 18 November, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah berjaya membentangkan sebuah Bajet Johor yang bertemakan “Memperhebat Kesejahteraan Johor”. Endau mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat serta seluruh penggerak tenaga yang berusaha sehingga siapnya sebuah Bajet 2022 yang akan membawa kita kepada suatu pencapaian di negeri ini. Ya benar, tanpa perancangan dan strategi yang teliti mana mungkin kita mampu menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang sentiasa membangun dan maju tanpa meminggirkan soal kebajikan bangsa Johor. Inilah teras perbahasan Endau pada kali ini iaitu pembangunan dan kebajikan seiiring demi bangsa Johor. YB Tuan Speaker, dalam penyediaan Bajet 2022 pada kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah berkesempatan untuk mengadakan sesi libat urus untuk Belanjawan Johor 2022 dengan turun ke semua daerah dalam negeri Johor untuk berjumpa,

mendengar serta berdiskusi dengan kepimpinan di peringkat daerah bagi mendapatkan gambaran serta hala tuju daerah untuk diiringkan bersama Bajet kali ini. Endau ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat serta seluruh rombongan Yang Amat Berhormat yang sudi hadir ke daerah Mersing pada 13 November yang lalu serta sudi singgah ke beberapa kawasan pelancongan dalam kawasan DUN Endau. Namun YB Tuan Speaker, jika dilihat di dalam Bajet kali ini, daerah Mersing khususnya ada beberapa perkara yang perlu Endau tekankan pada hari ini kerana Endau merasakan ianya adalah keperluan mendesak dan juga penting bagi orang Mersing. Bajet kali ini tidak begitu banyak menyentuh soal pembangunan di Mersing sedangkan dalam sesi libat urus yang dibentangkan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Mersing, banyak berkait soal pembangunan yang mana kesannya sebenarnya Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh meningkatkan hasil negeri melalui sektor pelancongan memandangkan Mersing merupakan daerah pelancongan. Ini merupakan pembentangan Bajet kali keempat bagi Endau sebagai seorang Wakil Rakyat dan sebanyak 3 Menteri Besar Johor telah membentangkan Bajet negeri ini. Bermula pembentangan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh YB Kempas, Alhamdulillah Endau bersyukur kerana banyak kerangka pembangunan diumum seperti pembinaan jambatan baharu Mersing, laluan kedua atau by-pass dengan izin, untuk Mersing sehinggalah pelebaran dan pendalaman muara Sungai Mersing. Seterusnya dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh YB Bukit Kepong, komitmen daripada YB Kempas sebahagiannya dibawa bersama. Pembentangan Bajet 2021 mengubah sedikit landskap berikutan kita menghadapi satu dugaan yang cukup hebat. Dengan ancaman nyawa yang begitu bahaya iaitu wabak COVID-19 yang mana sehingga kini kita masih berperang melawannya. Namun, sekali lagi pembentangan Bajet 2022 seakan kurang penekanan berkaitan pembangunan buat daerah Mersing. Justeru, Endau ingin menarik beberapa perkara untuk disemak semula oleh kerajaan negeri bagi pertimbangan. Pertama, pelancongan nadi daerah Mersing. YB Tuan Speaker, Endau amat tertarik dengan agenda yang ketujuh iaitu Majestic Johor dalam Belanjawan Johor 2022 ini. Mersing sebuah daerah yang kaya dengan alam semula jadi dan merupakan destinasi pelancongan bagi rakyat tempatan mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam memperkasakan sektor pelancongan, Endau ingin memohon pihak kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula dengan pemberian bantuan secara one-off kepada pekerja-pekerja hotel, chalet dan resort terutama di daerah Mersing yang telah kehilangan pekerjaan sejak berlakunya perintah kawalan pergerakan di negara kita. Dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan negeri, baucar pelancongan Johor yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta perlu disasarkan kepada rakyat tempatan lagi-lagi mereka yang berpendapatan rendah iaitu B40. Ini mampu memberikan peluang kepada mereka yang tidak pernah bercuti dalam negeri dan seumpamanya terutamanya mereka yang tidak berkemampuan. Endau juga memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk mempertimbangkan dalam Belanjawan tahun 2022 dengan menganjurkan pameran dan promosi pemasaran seperti festival pelancongan yang lebih dikenali MATTA Fair bagi mempergiatkan lagi kemasukan pelancong ke daerah Mersing. Dengan pakej-pakej promosi diskaun yang lebih menarik oleh agensi pelancongan, pemilik hotel, chalet dan resort serta boleh dilaksanakan di daerah Mersing secara mini festival. Menyebut hal festival ini, di kesempatan ini Endau merakamkan tahniah kepada saudara Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai Ustaz Tido berasal daripada kawasan Endau yang baharu-baharu ini telah dianugerahkan Ikon Orang Muda Johor Kategori Prihatin, yang telah

disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku mengangkat nilai anak muda negeri ini ke tahap yang dibanggakan. Sekali lagi tahniah Ustaz Tido dan inilah Permata Johor yang berada di kawasan Endau. Yang Berhormat Tuan Speaker, Endau berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kesudian baru-baru ini merasmikan Taman Ecorimba Teluk Arong, Bukit Penyabong, Endau, Mersing dalam siri lawatan sesi libat urus bersama kepimpinan daerah Mersing.

Dengan itu, Endau juga memohon kerajaan negeri untuk mempertimbangkan pelan dan perancangan dalam libat urus di daerah Mersing dalam sektor pelancongan untuk jangka masa pendek dan panjang supaya daerah Mersing terus membangun di samping mengekalkan keindahan alam semula jadi ini. Tidak mustahil satu hari nanti Taman Ekorimba ini akan membuatkan kita seolah-olah berada di Pulau Jeju, Korea Selatan. Selain itu YB Tuan Speaker, Geopark Mersing yang telah memulakan gerak kerjanya sejak tahun 2019 yang mana kita masih belum menerima sebarang berita mengenainya sehingga kini. Endau sering dilibatkan secara terus bersama Jawatankuasa Geopark Mersing dalam persediaan, perancangan, penilaian, perbincangan seterusnya lawatan-lawatan ke kawasan Geopark. Usaha dan kesungguhan Jawatankuasa ini yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo wajar diberikan pujian kerana sentiasa positif dan bersemangat memperjuangkan Geopark Mersing. Justeru, besarlah harapan Endau pada kali ini, hari ini, tika ini dan saat ini agar Geopark Mersing dapat direalisasikan demi limpahan rahmat dan rezeki buat penduduk Mersing. Keduanya yang Endau akan sentuh adalah berkaitan pembinaan sekolah menengah kedua. Endau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana terus memberikan perhatian dan peruntukan yang besar dalam Belanjawan Negeri Johor 2022 ini terhadap pembangunan Modal Insan Johor. Khususnya dalam bidang pendidikan sama ada pendidikan sekolah atau pendidikan tinggi. Perkara yang Endau ingin bangkitkan di sini adalah berkaitan dengan keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah di Pekan Endau. Endau sudah membawa isu ini ketika perbahasan Belanjawan Negeri 2021 yang lalu. Untuk makluman YB Speaker dan sidang Dewan sekalian. Buat masa ini, terdapat hanya sebuah sekolah menengah sahaja di Pekan Endau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin. Keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah adalah kerana infrastruktur yang terdapat di SMK Ungku Husin sudah mencapai kapasiti maksimum untuk menampung pertambahan jumlah murid setiap tahun. Cadangan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah ini bukan satu isu baharu kerana cadangan ini telah lama diutarakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah di kawasan Endau. Di sekitar Pekan Endau terdapat 6 buah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah kebangsaan pedalaman iaitu Kampung Orang Asli Labong dan 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kesemua murid sekolah-sekolah ini akan bersekolah di peringkat menengah di SMK Ungku Husin. Ketika sesi libat urus Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ke daerah Mersing yang lalu, Pegawai Daerah Mersing ketika membentang Taklimat Hala Tuju Strategi Pembangunan Daerah Mersing 2030 ada menyatakan cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu di kawasan Endau-Penyabong. Lokasi yang dicadangkan ini adalah terletak lebih kurang 9 kilometer dari Pekan Endau dan 6 kilometer dari Penyabong. Tanah dah ada, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Untuk makluman YB Speaker dan sidang Dewan juga, murid-murid yang tinggal di Kampung Penyabong juga terpaksa bersekolah di SMK Ungku Husin yang mempunyai jarak sejauh 15km. Keadaan menjadi rumit apabila musim hujan kerana tidak semua murid di kawasan Endau ini mempunyai kemudahan kereta. Ketiadaan asrama juga menyebabkan murid-murid yang tinggal jauh terpaksa berulang alik setiap hari untuk ke sekolah. Cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu ini dicadangkan untuk dibina di kawasan Mukim Penyabong bagi memudahkan murid-murid yang tinggal di kawasan mukim ini dan mukim-mukim yang berdekatan. Oleh itu, Endau secara serius memohon agar pihak kerajaan negeri Johor dapat membawa permasalahan kepada kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diberikan pertimbangan yang serius dalam menyelesaikan masalah ini agar kebajikan rakyat terus terbela dan agar misi kerajaan Johor dalam memperkasa modal insan melalui kemudahan pendidikan yang lengkap dan sistematik akan tercapai. Isu yang ketiga adalah mengenai pertanian pemangkin pendapatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam usaha kerajaan negeri mempergiatkan ekonomi baharu melalui agenda Jaminan Bekalan Makanan Johor, perkara-perkara pokok yang mesti diberi keutamaan adalah berkenaan dengan isu tanah. Sering kali Endau melihat kerajaan negeri memberi perhatian yang serius terhadap permohonan tanah besar-besaran oleh syarikat besar, sebaliknya memandang sepi permohonan penduduk kampung. Endau memahami keupayaan syarikat besar untuk membangunkan tanah secara besar-besaran namun kita juga harus menyediakan tanah kepada penduduk setempat untuk mengusahakan projek tanaman bagi pendapatan mereka. Dalam pemerhatian Endau, petani di kawasan Endau hanya mampu mengusahakan projek tanaman secara kecil-kecilan disebabkan mereka terpaksa menyewa tanah. Secara purata seorang penanam tembikai sebagai contoh, hanya mampu mengusahakan tanaman tembikai seluas tiga hingga lima ekar sahaja. Dengan keluasan tanah yang sebegini, bagaimana mereka mampu mendapat pulangan pendapatan yang tinggi sekaligus mampu untuk menjamin bekalan yang berterusan bagi memenuhi keperluan semasa kita. Sebab itu, bila kita menyebut berkenaan jaminan bekalan makanan, kita juga mesti melihat jaminan pendapatan kepada petani. Endau ingin mendesak pihak kerajaan negeri untuk mengambil jalan bagi memperkasakan petani-petani sedia ada di kawasan Endau dengan menyediakan kawasan baharu projek tanaman makanan yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Endau berharap sangat agar kawasan Endau ini tersenarai di dalam cadangan mewujudkan zon tanaman makanan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan bajet tempoh hari. Seperkara lagi YB Tuan Speaker, berkenaan dengan isu tanah adalah berkaitan dengan tanah milik Setiausaha Kerajaan Negeri diperbadankan iaitu SSI, dengan izin. Endau dapat maklum tanah SSI di kawasan Endau cukup luas. Apa yang ingin Endau cadangkan kepada pihak kerajaan adalah untuk mengkaji semula terma dan syarat bagi pajakan tanah milik SSI ini. Endau difahamkan, pihak SSI menetapkan syarat yang amat membebankan kepada pemohon dengan bayaran pendahuluan sehingga RM7,000.00 untuk 30 tahun yang mana YB Tuan Speaker, jumlah ini perlu dibayar terlebih dahulu sebelum projek dimulakan. Ini bermakna pemohon atau pelabur perlu menyediakan modal awal yang tinggi bagi mengguna pakai tanah SSI. Sebagai contohnya, sekiranya pemohon ingin memajak tanah SSI seluas 50 ekar, maka pemohon perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM350,000.00. Ini satu jumlah yang besar kepada penduduk kampung di kawasan Endau. Diharapkan isu ini mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan negeri. Keempat dan yang terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker, adalah berkaitan rumah asas kehidupan. Endau juga ingin menyentuh berkenaan isu perumahan di kawasan Endau. Isu ini Endau telah bangkitkan di dalam ucapan Endau sebelum ini termasuklah soalan lisan mahu pun bertulis. Endau juga merasa kecewa kerana tidak ada tindakan yang serius oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan rumah penduduk di kawasan Endau. Namun,

Endau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB EXCO Kerajaan Tempatan kerana dapat menyegerakan penempatan baki 30 unit rumah di Taman Dato’ Haji Endau. Hubungan Endau dengan rakyat di kawasan Endau umpama sebagai sebuah keluarga. Ibu mana yang tidak risau bila ada anaknya yang masih belum memiliki tempat tinggal sendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebab itu, Endau akan terus memperjuangkan isu perumahan ini untuk penduduk di kawasan Endau. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan sebelum PRU Ke-14 telah bersetuju untuk membangunkan projek perumahan di Mukim Tenglu. Namun, setakat hasrat ini sedikit tergendala dan terbantut apabila kerajaan telah bertukar pada ketika itu. Lokasi dah dikenal pasti, status tanah telah selesai lama, isu kita bangkitkan sentiasa dan apa tunggu lagi untuk orang Mersing, orang Endau, orang susah, orang yang memerlukan rumah YB Tuan Speaker? Endau amat berharap kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kali ini dapat meneruskan usaha pemimpin-pemimpin sebelum ini. Endau tak nampak projek ini tak dapat diteruskan. Yang Berhormat Menteri Besar kita telah pun umum inisiatif baru iaitu pelaksanaan projek-projek perumahan di negeri Johor. Antaranya adalah melalui peruntukan yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sendiri. Endau harap sangat agar agihan peruntukan ini dapat disalurkan untuk penduduk kawasan Endau. Kalau tak dapat juga dari KPKT, Endau berharap sangat agar cadangan pembangunan projek perumahan melalui inisiatif dana pemaju swasta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat dilaksanakan di Mukim Tenglu. Endau berharap permohonan Endau kali ini mendapat perhatian dari Yang Berhormat EXCO Perumahan kita. Masih ramai lagi generasi baharu di kawasan Endau yang tidak memiliki rumah sendiri. Kebanyakannya masih terpaksa menyewa atau menumpang rumah milik keluarga. Dalam lawatan Endau ke kampung-kampung, ada satu rumah yang didiami sampai tiga keluarga. Endau amat bersimpati dengan mereka ini, nak menyewa rumah lain tak mampu, jadi terpaksalah tinggal bersesak-sesak dalam satu rumah. Sekali lagi Endau merayu, berilah perhatian kepada penduduk di kawasan Endau. Tanah untuk kita bangunkan projek perumahan pun dah ada, cuma tinggal perhatian daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengagihkan peruntukan yang ada bagi meneruskan projek di kawasan Endau. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengakhiri perbahasan Endau, Endau secara istikamah akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan selagi ianya memberi manfaat kepada seluruh negeri dan bangsa Johor. Sedarlah para pemimpin bahawa rakyat di negeri kita sentiasa mahukan kestabilan politik dan kebersamaan kita dalam membela nasib mereka di Dewan yang mulia ini. Penghargaan dan terima kasih buat YB Gambir yang berjiwa besar menolak ketidak sefahaman politik dan mencari titik persamaan dan memikirkan soal rakyat. Semoga negeri Johor pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor terus kukuh, utuh dan jitu bersemangatkan muafakat itu berkat. Kepada Allah kite berserah, Allah peliharakan Sultan. Sekian, Endau menyokong Belanjawan 2022, wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

Speaker

Baik terima kasih kepada Endau, seterusnya saya persilakan Tenggaroh, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menzahirkan seluruh rakyat DUN Tenggaroh merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertua Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam

limpahan rahmat Tuhan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan raya Negeri Melaka baru-baru ini. Sudah menjadi lumrah pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Cuma yang kalah harus menerima kekalahan, yang menang tidak patut mendabik dada, yang pentingnya semua harus menerima dan akur dengan keputusan rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, kestabilan demi kemakmuran, tema Barisan Nasional untuk Pilihan raya Melaka adalah Kestabilan Demi Kemakmuran. Konsep kemakmuran ini amat sinonim dengan negeri Johor sebab tag line kita pun Makmur Johor. Ini bermaksud setiap tindakan kita mestilah ingin mencapai hasrat untuk menjadikan Johor ini lebih makmur. Kemakmuran pula mestilah didasari oleh kestabilan. Saya setuju jika ada undang-undang anti lompat parti diperkenalkan sama ada di peringkat persekutuan dan lain-lain peringkat. Namun, ianya harus diteliti agar ianya menjadi satu enakmen yang difahami dan dihayati semua Yang Berhormat sekalian. Kita harus mempunyai clarity of conscious, dengan izin dalam menjadikan demokrasi kita lebih matang, bukan menjadikan enakmen ini sebagai political mileage setengah orang sahaja. Bukan juga untuk setengah parti atau setengah ahli politik mengambil kredit atas idea dan kewujudan satu undang-undang yang pada pendapat saya dapat menjaga dan menyuburkan demokrasi itu sendiri. Semalam Yang Berhormat Bukit Batu juga membangkitkan bahawa ramai rakyat di luar yang tidak menghormati ahli politik lagi. Yang Berhormat juga ahli politik, gunakanlah sumber yang ada untuk mengembalikan hormat kepada ahli politik semula. Yang Amat Berhormat pun telah berikan peruntukan yang sama rata. Satu tindakan yang ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan pun tak pernah terfikir untuk buat. Oleh itu, untuk meletakkan ahli politik lebih rendah daripada pelacur juga merupakan satu perkara yang kurang elok. Bukanlah kita bangga dengan menjadi ahli politik, jadi ahli politik ini penat, Yang Berhormat pun faham tapi sekurang-kurangnya persepsi negatif terhadap ahli politik itu bukan datang dari satu pihak, satu parti atau satu tempat. Kita semua ahli politik maka kita juga bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kita semua bertanggungjawab untuk membetulkan persepsi rakyat itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022, salah satu usaha dalam Belanjawan Johor 2022 adalah pengurusan fizikal yang berhati-hati. Saya ingin memuji kerajaan negeri kerana berani untuk membentangkan belanjawan defisit selama dua tahun berturut-turut. Ini tidak termasuk dengan Pakej Rancangan Ekonomi Insan Johor 1,2 dan 3 yang diumumkan awal tahun ini dan tahun lepas, semuanya berjumlah lebih RM500 juta dan manfaatkan lebih satu juta penerima. Ada empat pertimbangan dan pengurusan fiskal yang saya lihat kerajaan negeri lakukan. Pertama, kerajaan negeri berbelanja kerana kita boleh berbelanja. Terima kasih kepada kerajaan terdahulu telah meninggalkan kita keadaan fiskal yang baik. Kedua, kita berbelanja untuk inisiatif-inisiatif yang spesifik untuk penerima dan golongan sasar yang spesifik. Kita tidak membazir dan populis dalam inisiatif kita. Kalau populis pun ada rasional line yang kita perhalusi. Ketiga, setiap inisiatif mestilah dapat dibelanjakan dengan secepat mungkin. Kita tidak berlengah dalam setiap perlaksanaan inisiatif ada sebab kerana kenapa lambat? Kenapa 50%, kenapa 20%? KPI nya jelas. Keempat, kita mesti tinggalkan ruang untuk berbelanja lagi jika keadaan pandemik ini menjadi teruk pada masa yang akan datang. Kita anticipate the worst. Macam sesetengah pihak yang suruh kita belanja sahaja dan habis duit rizab. Jadi untuk letakkan perkara ini dalam satu perspektif, tidakkah kerajaan ini cukup responsif dan sentiasa berusaha untuk memastikan kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat terjaga. Kita buat dengan berhati-hati dan sentiasa menganggap sumber yang ada adalah terhad walaupun ianya tidaklah begitu tetapi dalam keadaan tidak menentu sekarang, kita perlu sentiasa berhati-hati. Pengurusan fiskal seperti itu tidak bermakna kita lekuk, ada sahaja masalah kita akan fikirkan jalan penyelesaiannya. Ada sahaja cadangan,

kita akan pertimbang dan lakukannya asalkan cadangannya baik, kita buat. Jadi, dalam konteks Belanjawan Johor 2022, itulah yang menjadi dasar belanjawan kita. Apa yang rakyat dapat secara cepat, itulah sepatutnya menjadi tajuk utama perbahasan kita. Bagaimana cara untuk menjadikan inisiatif yang ada lebih baik? Bagaimana cara untuk tidak ada yang tercicir dan sebagainya? Bukan kita berbahas tentang perkara yang akhirnya rakyat tak dapat apa-apa manfaat, kita sahaja yang syok sendiri. Yang Berhormat Tuan Speaker, naratif besar untuk Johor. Kerajaan negeri sudah membentangkan dua belanjawan. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah mengutarakan naratif besar untuk negeri. Kita ada Makmur Johor untuk orang tahu dan kemakmuran Johor ialah matlamat kita. Kita ada tema belanjawan yang mudah untuk kita faham dan bahaskan. Tahun lepas ialah Berdaya Tahan Demi Kemakmuran. Semua faham rakyat sedang berdaya tahan kerana pandemik masih mengganas. Maka dalam belanjawan itu pun kerajaan negeri membantu mereka yang terjejas. Tidak pernah dan tidak ada kerajaan negeri yang memberikan wang one-off kepada setiap anak bersekolah rendah dan menengah RM100.00 seorang daripada keluarga berpendapatan RM3,000.00 hingga RM7,000.00, hanya Johor sahaja. Kenapa kita beri bantuan kepada golongan ini? Kerana kita sedar bahawa untuk membantu rakyat yang susah kita perlu ada naratif besar yang menjadi panduan kita. Bukan sekadar beri dan sekadar cakap. Kita akan membantu golongan terkesan tetapi siapa dan macam mana. Kita beri RM100.00 kepada keluarga berpendapatan sedemikian kerana golongan tersebut boleh dikatakan tidaklah kaya tidaklah miskin. Sedikit sahaja kejutan ekonomi yang mereka alami, maka susahlah mereka. Kita beri kepada anak-anak mereka kerana merekalah generasi masa hadapan yang tidak seharusnya menanggung dan mewarisi kesusahan keluarga mereka. Itulah kepentingan naratif besar demi kita, dalam kita membuat dasar. Bukannya main celup-celup macam makan steamboat. Oleh itu, amat penting bagi kerajaan negeri menyedari harapan dan expectation rakyat itu berubah-ubah dan tidak mudah untuk dipenuhi, tapi kita akan terus mencuba yang terbaik dan pastikan apa yang diharapkan rakyat dapat dilaksanakan secara beransur-ansur. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana bantuan perlindungan sosial kepada golongan yang memerlukan masih lagi diteruskan dengan data yang lebih terkini. Saya harap ianya tidak akan terhenti di sini dan harus terus dilaksanakan. Kita mesti beri bantuan one-off, geran perniagaan dan yang lain-lain ianya dapat membantu mereka yang begitu terkesan akibat pandemik ini. Data merupakan satu-satu perkara yang penting dan saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat memberikan saranan dan fokus kepada aspek pengumpulan data ini kepada kerajaan negeri ini. Saya percaya, di bawah Agenda Johor Digital ini, usaha akan dilakukan untuk melaksanakan data gathering oleh kerajaan negeri dalam pelbagai aspek dan sektor. Tentu sekali ia memerlukan masa tetapi ianya amat diperlukan. Sekarang pun ada data sosial ekonomi yang ianya amat diperlukan dan perancangan ekonomi negeri Johor dan agensi-agensi lain yang agak komprehensif. Maka dari data itulah, inisiatif perlindungan sosial dapat dirangka. Saya harap ia akan sentiasa dikemaskini untuk kegunaan masa hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Agenda Johor Berkebajikan, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peruntukan RM4 juta untuk Yayasan Sultanah Rogayah untuk membantu aspek-aspek kebajikan, keusahawanan dan pendidikan masyarakat India. Tidak terlupa juga dengan pengwujudan Jawatankuasa Taskforce Masyarakat India yang diluluskan dalam bajet tahun lepas telah mengesyorkan tiga isu masyarakat India dalam bajet tahun ini iaitu penawaran lima pelantikan daripada kaum India meliputi dari pelbagai gred dan jawatan dalam perkhidmatan PBT, menyerahkan krematorium awam kepada PBT berkaitan untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan dan akhirnya dasar dan garis panduan akan diteliti untuk pembukaan tanah perkuburan dan tapak khairat masyarakat India di kawasan terpilih negeri Johor. Ini jelas menunjukkan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor terhadap masyarakat India di

negeri Johor. Saya amat berterima kasih, mewakili kaum India di negeri Johor kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

Dalam masa itu juga, saya ingin membetulkan Yang Berhormat Bukit Batu, semalam dia ada katakan Ketua Masyarakat India belum dilantik. Saya rasa, Ketua Masyarakat India dah dilantik, tahun lepas pun dah dilantik. Dan saya juga, dalam masa ini ingin mencadangkan kepada pihak pembangkang, MB tahun ini pertama kali, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan peruntukan sama rata kepada semua ADUN. Tak pernah saya dengar, sebelum ini bila saya jadi pembangkang saya dapat peruntukan sama rata sebagaimana ADUN kerajaan. Dan saya harap at least berterima kasih dulu sebelum kita. Dia dah buat permulaan, ini adalah satu permulaan yang baik untuk kerajaan yang berdemokrasi (Dewan bertepuk).

Speaker

Permulaan yang dulu, Pakatan Harapan dulu yang buat Yang Berhormat?

Speaker

Permulaan bagi pembangkang itu, Pakatan Harapan dulu yang buat?

Ya, mula. Tapi, tak sama rata. Saya cakap pasal sama rata.

Speaker

Step by step lah..

Yang Amat Berhormat juga memulakan satu inisiatif menjemput ADUN-ADUN pembangkang ke mesyuarat Tindakan Daerah. Bila kita di pembangkang, kita tidak dijemput juga. (Dewan bertepuk). Saya rasa ini adalah satu-satu inisiatif pembaharuan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat. Tidak memuji at least, menyokonglah apa yang dibawa itu. Sebab kita di sini melakukan kerja untuk rakyat. Dan, pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menunjukkan kerajaan yang ada hari ini prihatin kepada rakyat, tidak kira kepada yang menyokong atau tidak menyokong. Dan kita nak tahu kita nak berikan yang terbaik untuk rakyat. Dan akhir kata, sebelum saya nak habiskan ucapan saya, saya harap perbahasan kita Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menjurus kepada hal-hal yang mendesak buat rakyat. Bukan semata-mata menegakkan benang yang basah untuk mencari populariti politik dan lain-lain. Dengan itu, saya mohon menyokong apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Penawar. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada Tenggaroh yang telah menyampaikan ucapannya. Saya tangguh sidang kali ini sehingga ke jam 2.30 petang. Terima kasih.

Persidangan ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari.

Persidangan disambung semula pada 2.30 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Jurutulis

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Puan Speaker.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Bekok, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, salam sejahtera, selamat tengahari. Terlebih dahulu Bekok sebagai Bangsa Johor, rakyat Johor merafak sembah menjunjung setinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021, iaitu hari ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, kejayaan belanjawan negeri bergantung kepada komitmen dan keupayaan, akauntabiliti, dengan izin, dan ketelusan penjawat-penjawat yang terlibat dalam pelaksanaan program. Semua perbelanjaan perlu ada petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas ditetapkan. Harap sebelum pengumuman bajet 2023, kerajaan negeri umumkan laporan impact untuk menggariskan hasil bagaimana inisiatif dari bajet 2022 digunakan kepada orang ramai. Kerajaan negeri diminta mempertimbangkan menubuh satu laman web dengan maklumat kepada rakyat Johor untuk pelbagai penerima dengan proses yang jelas untuk akses manfaat yang diberi untuk agensi-agensi yang terlibat. Segala faedah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri mesti tersedia kepada semua rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama. Perlu ada petunjuk prestasi utama untuk menjejaki kemajuan inisiatif yang diumumkan di bawah belanjawan ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, Menteri Kewangan semasa umum bajet 2022 untuk pembaharuan pemulihan ekonomi dan penyatuan fiskal. Memberitahu bahawa satu akta tanggungjawab fiskal iaitu Fiscal Responsibility Act dengan izin, akan di enact untuk menambah baik tadbir urus akauntabiliti dan ketelusan. Beliau minta pandangan daripada orang ramai. Harap di peringkat negeri juga, kerajaan boleh wujud satu enakmen untuk menambahbaik tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan. Minta kerajaan negeri mempertimbangkan satu enakmen untuk menambahbaik tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan.

Yang Berhormat Puan Speaker, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintan-Perintah boleh mengemukakan tiga cadangan iaitu bilangan 110(A), 110(B) dan 110(C). Tapi hanya 110(A) dan 110(B) ada untuk enakmen di sidang Dewan. Cadangan mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Johor, pendek kata Jawatankuasa Johor ketelusan tidak ada. Itu yang 110(C). Oleh sebab itu, mohon pindaan 110(A) dan 110(B) ditangguh sementara hingga Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah mesyuarat sekali lagi.

Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri Johor belanja beratus-ratus juta ringgit untuk program-program sosial dan ekonomi, tapi untuk mengukuh perpaduan, hanya RM1.5 bilion sahaja diperuntukkan. Ini tidak ada apa-apa kesan untuk mengukuh perpaduan. Mohon bahawa semua program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri mesti terlibat dan termasuk nilai-nila perpaduan. Penglibatan semua kaum Bangsa Johor, baru perpaduan di kalangan masyarakat akan wujud. Kita mula sekarang langkah-langkah untuk menyatu-padukan rakyat. Perbezaan ada di minda orang sahaja, Yang Berhormat Puan Speaker.

Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan Johor ada satu unit, Strategik Modal Insan. Adakah Unit Strategik Modal Insan deraf polisi dan program-program meningkat kemahiran di antara rakyat negeri Johor? Post COVID, di masa post COVID, reskill upskill dan multi-skill dengan izin, sangat diperlukan. Apakah rancangan-rancangan unit ini, membantu dalam keperluan masa ini? Unit Strategik Modal Insan harus melibatkan syarikat-syarikat mutlinasional untuk mengetahui apakah kemahiran khususnya yang diperlukan pada masa terkini dan kemudian membangunkan dasar dan program untuk kerajaan negeri dan ILP, Institut Latihan Perindustrian untuk menyediakan kursus kemahiran yang diperlu. Unit

Strategik Modal Insan sepatutnya menjadi jambatan di antara kerajaan negeri dan multinational companies (MNC). ILP harus melibatkan MNC yang ada di kawasan di sekitar mereka. Pegawai kanan MNC boleh dijemput untuk duduk dalam lembaga atau jawatankuasa mereka. Dengan cara ini, pelajar ILP dapat mengetahui kemahiran terkini yang diperlukan oleh MNC dan ILP dapat menyediakan kokurikulum kemahiran yang diperlukan. Ini akan bantu pelatih ILP dapat pekerjaan di MNC. Biasanya teknologi di MNC terkini,m berbanding dengan mesin dan kokurikulum yang digunakan oleh ILP.

Yang Berhormat Puan Speaker, peruntukan dari bajet persekutuan 2022 sebanyak RM4.6 bilion disediakan untuk negeri Johor. Daripada 434 projek lama, ada 79 projek baru. Minta kerajaan negeri beri senarai dan nilai setiap 79 projek baru ini, iaitu 18% daripada semua projek. Ini akan bantu wakil, semua Wakil Rakyat bantu rakyat tempatan dan juga agensi yang terlibat. Yang Berhormat Speaker, menurut laporan indek iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perdagangan dan pembangunan yang mengumumkan bahawa pelaburan dari luar negara ke Malaysia, turun berbanding dengan negara-negara Asia yang lain, iaitu Malaysia hanya dapat RM7.8 bilion. Oleh sebab itu, saya rasa negeri Johor pun FDI, FDI akan turun juga. Jadi, oleh sebab itu, Malaysia tidak seharusnya, ataupun Johor tidak seharusnya tergantung banyak kepada FDI, tetapi meningkatkan pelaburan langsung domestik, (DDI) dan mengukuhkan asas perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 97% pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah perusahaan kecil dan sederhana, iaitu 97%. Perniagaan ini bertanggungjawab dan hampir 36% KDNK negara, dan juga 65% daripada pekerjaan negara dan hampir 18% daripada eksport Malaysia ialah daripada PKS. Pakar mengatakan bahawa 30% selain daripada KPS Malaysia telah ditutup dalam tempoh 18 bulan lalu, iaitu masa COVID iaitu masa MCO. Mungkin lebih banyak PKS akan ditutup pada Januari 2022 apabila moratorium bank berakhir. Banyak MCO dan SOP yang ketat telah merosotkan banyak perniagaan. Apabila kerugian meningkat, aliran tunai menyusut dengan sangat pantas, pinjaman bank gagal bayar melalui dua moratorium, simpanan habis digunakan dan tiada cahaya di penghujung terowong untuk sebarang pemulihan dalam perniagaan. Banyak lagi PKS menghadapi masalah aliran tunai. Oleh sebab itu, harap peruntukan negeri iaitu RM100 juta dapat diagih kepada PKS secepat mungkin. Dan juga kerajaan persekutuan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin bernilai RM250 bilion untuk PKS. Harap kerajaan negeri juga dapat bantuan daripada peruntukan ini daripada kerajaan pusat.

Yang Berhormat Puan Speaker, persembahan dan sumbangan GLC tidak dimasukkan dalam bajet. Kerajaan keluar banyak peruntukan untuk melabur dalam syarikat GLC tapi apakah sumbangan syarikat-syarikat ini kepada ekonomi Johor? Minta kerajaan negeri buat satu laporan berhubung sumbangan GLC-GLC di Dewan yang mulia ini. Nampaknya GLC adalah off bajet. Adakah kerajaan negeri beri apa-apa jaminan kewangan untuk GLC dan berapa banyakkah jaminan itu?

Yang Berhormat Puan Speaker, dalam peruntukan federal, IRDA dapat RM2 bilion untuk membawa masuk FDI. Bekok minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku Pengerusi IRDA dapat menjelaskan, mengapa mereka memerlukan RM2 bilion dan bagaimana dana ini akan digunakan dan apakah jumlah sasaran FDI, DBI yang dirancang untuk menarik ke Johor. Minta IRDA maklumkan jumlah FDI yang dibawa pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Ketua Pegawai Eksekutif IRDA berkata Johor mempunyai 6 koridor pertumbuhan ekonomi. Minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjelaskan status terkini setiap koridor untuk menarik FDI. IRDA berprofil rendah tetapi sebagai agensi Pembangunan Ekonomi Wilayah mereka mesti proaktif dan menyediakan lebih banyak maklumat kepada komuniti perniagaan dan juga mempunyai penglibatan yang kerap.

Yang Berhormat Puan Speaker, peruntukan untuk masyarakat India dan masyarakat Cina sekarang di outsource kepada dua Yayasan. Yayasan Rogayah dan Yayasan Fatimah.

Tindakan ini tidak bertanggungjawab kepada ke dua masyarakat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberitahu bahawa Yayasan ini lebih profesional dan tanggungjawab tapi tidak ada apa-apa laporan, bagaimana dan kepada manakah peruntukan ini di edar? Kami minta lebih ketulusan dan minta satu laporan kepada Dewan yang mulia ini. Pada masa Pakatan Harapan, satu jawatankuasa untuk bantu masyarakat ini ditubuhkan di bawah Pejabat Menteri Besar dan wakil-wakil daripada jabatan-jabatan berkenaan jadi anggota jawatankuasa ini. Tapi sekarang saya tidak nampak begitu.

Yang Berhormat Puan Speaker, Jalinan Digital Negara (JENDELA) inisiatif terkini untuk keluarga Malaysia. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM700 juta untuk menerusi usaha penyambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 sekolah khususnya di kawasan luar bandar dari negeri Johor. Minta EXCO berkaitan, apakah kawasan-kawasan perindustrian termasuk dan nama sekolah-sekolah luar bandar di Johor ini. Minta kerajaan negeri senarai dan kawasan perindustrian dan juga nama sekolah-sekolah. Secara keseluruhan, masyarakat menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan harian disebabkan rangkaian internet yang lemah, walaupun banyak kali dibuat aduan tapi keadaan belum ubah lagi.

Yang Berhormat Puan Speaker, penubuhan Jawatankuasa Pilihan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada beritahu di Dewan Undangan Negeri Johor di sidang lepas untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan di mana ADUN dari pembangkang juga akan disenaraikan. Pihak kami menanti-nantinya. Kita juga mohon dimasukkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah sebagai peserta bukan sebagai pemerhati sahaja. ADUN pembangkang sebagai Wakil Rakyat minta dibenarkan memberi pandangan dan mengadu tindakan perlu dalam Jawatankuasa Bertindak Daerah. Sekarang Jawatankuasa Tindakan Daerah Segamat ada satu Whats App group di mana ADUN pembangkang pun ditambah tetapi apa-apa yang diadu tidak ada apa-apa balasan.

Yang Berhormat Puan Speaker, di Bekok ada landasan berkembar Gemas – JB, berjalan melalui Pekan Bekok. Bekok adalah sebuah pekan pertanian kecil, ada ramai petani kebun kecil. Landasan kereta api berkembar Gemas - JB potong lintang kawasan ladang-ladang kecil ini. Penduduk Bekok yang tinggal di sebelah landasan kereta api di Pekan tidak boleh pergi ke sebelah lain kerana pagar elektrik di sepanjang landasan kereta api. KTM, MOT, YTL, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah semua dimaklumkan tentang masalah ini. Mereka masih belum beri apa-apa jawapan ataupun penyelesaian lagi. Jalan ke sebelah lain boleh dibuat di bawah jambatan kerajaan kereta api. Mereka pun tahu perkara ini tapi rakyat di situ tunggukan penyelesaian untuk masalah ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, Majlis Daerah dan Bandaran. Apa yang saya nampak sekarang ialah Majlis Daerah dan Majlis Bandaran tidak bercampur gaul dengan rakyat. Mereka hanya bertindak sebagai penguat kuasa dan perintah. Saya mohon bahawa Majlis Daerah dan Majlis Bandaran jadi lebih proaktif dan lebih mesra dengan rakyat dan bantu mereka, bercampur gaul dengan mereka, berdialog dengan mereka, hanya jangan bertugas hanya sebagai perintah atau penguat kuasa. Sebab cukai untuk Majlis ini dibayar oleh rakyat di situ. Oleh sebab itu, saya mohon mereka turun bawah dan bantu rakyat. Jadi, inilah perkara-perkara saya nak bangkit hari ini. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Puan Speaker.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Tangkak, jemput.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana telah mengizinkan Tangkak bersama-sama menyertai dalam Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Puan Speaker, selamat sejahtera. Pertama sekali Tangkak ingin merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ucapan tahniah dan

ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 November 2021.

Yang Berhormat Puan Speaker, kami sedia maklum sektor pertanian merupakan salah satu sektor pemacu utama untuk negeri Johor. Dalam belanjawan tahun 2021, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM51 juta bagi mentransformasikan pertumbuhan sektor pertanian dan sektor makanan. Namun, dalam ucapan pembentangan Belanjawan tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lalu, Dewan ini dimaklumkan bahawa inisiatif Johor Tani yang dibentangkan pada tahun lepas, pencapaian KPI hanya tidak sampai 80%. Berita ini amat menyedihkan kerana kita tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerana pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 bulan Mac, sektor pertanian adalah salah satu sektor yang dapat meneruskan perjalanan dan dia telah menjadi ataupun membantu dalam kegiatan ekonomi negeri Johor sehingga sekarang. Dan pada masa yang akan datang, kami percaya bahawa sektor pertanian akan banyak membantu terutama untuk pemulihan ekonomi di negeri Johor pasca pandemik ini.

Jabatan Pertanian Negeri sebelum ini juga telah mengarahkan ladang penternakan di negeri Johor terutama ladang penternakan ayam untuk menaik taraf atau mentransformasikan reban-reban ayam mereka dari terbuka ke tertutup. Tetapi, kita perlu faham sebahagian besar ladang-ladang ternakan ayam ini adalah ladang ternakan sederhana dan kecil. Bagaimana mereka mampu untuk melaburkan kos yang begitu besar untuk menaik taraf reban ayam mereka ke dari terbuka ke tertutup? Dan ini arahan ini telah menyebabkan banyak penternak-penternak terpaksa pencen awal atau menutup reban mereka kerana tidak ada kemampuan untuk memenuhi permintaan jabatan. Namun, ada juga penternak-penternak ayam atau ladang penternakan ayam yang berkemampuan untuk mengikut transformasi ini. Tetapi Tangkak menerima beberapa pertanyaan dan juga aduan bahawa apabila penternak-penternak ini memohon untuk menaik taraf reban ayam mereka ke, kita panggil reban ayam moden ke ataupun dengan teknologi terkini ke, mereka menghadapi masalah iaitu dari prosedur permohonan permit khas kegunaan tanah. Walaupun mereka mampu atau berjaya mendapat kebenaran untuk ubah syarat tanah tersebut, masalah susulan adalah dari segi permohonan kebenaran merancang (KM). Sebab KM ini perlu dimohon dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Di negeri Johor kebanyakan PBT ataupun boleh katakan kebenaran merancang (KM) dari PBT ini adalah fokus kepada projek pembangunan perumahan, projek pembangunan kawasan komersial dan juga industri. Bagi bangunan-bangunan di atas tanah pertanian ini, syarat-syarat atau garis panduan itu mungkin tidak sama. Disebabkan pihak kerajaan tidak ada sebuah garis panduan yang, terutama untuk penternak-penternak ini, jadi mereka diminta untuk memenuhi ketetapan-ketetapan dalam KM PBT ini. Saya bagi contoh, sebuah reban ayam moden yang dibina dalam kawasan pertanian, jarak dari jalan utama masuk ke tempat itu lebih kurang 10 kilometer. Dan mereka mampu untuk menyambung bekalan elektrik dari TNB, mendapat bekalan air dari SAJ tapi apabila diminta oleh pihak BOMBA untuk membina ataupun menyediakan pili bomba iaitu perlu menyambung paip air yang besar supaya tekanan air cukup bagi kegunaan pili bomba tu, masalah dia timbul. Bayangkan berapakah kos yang perlu ditanggung oleh mereka supaya menyambung paip besar yang cukup tekanan air dari jalan utama ke reban ayam mereka yang berjarak 10 kilometer itu. Bukan itu sahaja, laluan masuk ke reban ayam tersebut disebabkan mengikut garis panduan dari KM PBT pintu masuk ataupun jalan masuk ke kebun itu diminta sekurang-kurangnya lebarnya 4 laluan, tapi laluan tersebut cuma diguna oleh lori yang membawa ayam keluar. Jadi, saya harap pihak berkenaan terutama Jabatan Pertanian dan Veterinar dapat menyampaikan kekangan atau masalah ini ke kementerian supaya menyediakan satu garis panduan ataupun boleh dapat KM untuk sektor pertanian ini.

Satu lagi, sejak berlaku pandemik COVID-19 ini, muncul banyak kluster-kluster terutama di tempat-tempat rakyat kita tidak dapat mematuhi SOP atau sekurang-kurangnya menjaga jarak sosial yang selamat. Jadi, antara salah satu kluster yang banyak muncul adalah dari

kawasan perindustrian ataupun kita panggil dari pekerja-pekerja asing. Disebabkan asrama mereka, tempat kerja ataupun tempat kediaman mereka keadaan tersebut memang tidak memenuhi piawaian ataupun garis panduan yang ditentukan. Oleh itu kerajaan mengikut Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja Tahun 1990, meminta pekilang ataupun tauke-tauke kilang ini ataupun pekebun ini supaya mengikut akta, menurut akta untuk menyediakan asrama pekerja. Tetapi, kalau bagi kawasan perindustrian yang baharu, yang kilang dia akan di bina memang mereka boleh dapat kelulusan dari segi KM dari segi garis panduan, tapi bayangkan berapa banyak kilang-kilang yang terletak di kawasan perindustrian yang sedia ada, tapak kilang mereka mungkin tidak ada ruang lagi untuk membina asrama yang memenuhi piawaian bawah akta ini untuk pekerja mereka. Dan mereka cuba untuk menyewa rumah-rumah daripada kawasan perumahan. Tetapi, di bawah Akta 446, asrama pekerja tidak dibenarkan menggunakan ataupun tidak dibenarkan wujud dalam kawasan perumahan. Mereka pilih alternatif menggunakan tingkat atas rumah kedai, tapi dibawah akta ini pula tidak dibenarkan juga. Jadi, mereka pun tak tahu ke mana pekerja-pekerja mereka perlu dihantar. Takkan nak suruh mereka membeli sekeping tanah mengikut apa itu, apa yang nyata dalam akta ini membina baharu asrama untuk pekerja mereka. Berapakah kos mereka perlu belanja terutama dalam keadaan ekonomi pandemik ini. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam belanjawan tahun lepas juga kerajaan negeri telah menubuhkan 2 perbadanan bagi menjayakan inisiatif digital Johor iaitu Majlis Digital Johor dan Digital Johor Corporation. Tangkak ingin dapat maklumat terhadap keberkesanan dan juga peranan bagi kedua-dua perbadanan ini dan juga kerajaan persekutuan pada tahun lepas telah melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melancarkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Dan ketika itu kerajaan negeri Johor juga mengumumkan mengambil langkah untuk menjadikan jalur lebar sebagai utiliti ketiga dalam permohonan Kebenaran Merancang di negeri Johor iaitu selepas bekalan elektrik dan bekalan air dan ditambah lagi infrastruktur jalur lebar. Ini memang satu apa kata satu-satu inisatif yang baru yang bagus satu langkah yang proaktif. Tapi, apa pulak untuk kawasan-kawasan lama sebelum jalur lebar dijadi utiliti ketiga, bagaimana keadaan mereka. Tangkak bagi satu contoh, terdapat 19 unit kedai 3 tingkat yang terletak di Lot 2185 daerah Tangkak telah siap dibina pada bulan Jun 2018. Walaupun ketika itu jalur lebar bukanlah utiliti ketiga tetapi pemaju tersebut telah secara sendiri menyediakan infrasturktur-infrastruktur Telekom Malaysia untuk setiap kedai yang dibina. Dan permohonan dengan surat telah dihantar kepada Telekom Malaysia setelah kedai-kedai tersebut telah diguna pakai. Malangnya sehingga hari ini kesemua 19 kedai dengan 3 tingkat itu masih tidak dapat perkhidmatan daripada Telekom Malaysia. Oleh itu, Tangkak ingin menarik perhatian kerajaan iaitu walaupun jalur lebar infrastruktur komunikasi ini dijadikan utiliti ketiga tetapi akhirnya apa itu ISP services provider ini apabila mereka enggan untuk menyediakan perkhidmatan. Saya rasa tidak guna juga kami menetapkan utiliti ketiga ini. Jadi saya harap ada satu perbincangan supaya kerajaan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan ada hak ataupun ada punca kuasa untuk mengambil tindakan terhadap masalah-masalah seperti ini.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga dalam pembentangan beliau, memperkenalkan satu inisiatif dinamakan Johor Pay. Dan Tangkak baru perasan pagi tadi, Johor Pay ini rupa-rupanya diperuntukkan RM500,000.00 tapi apabila saya melayari laman web Johor Online Payment iaitu satu-satu portal yang sebelum ini diguna oleh 7 agensi kerajaan negeri seperti pentadbiran tanah Johor, Majlis Agama Islam Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Daerah Labis, Majlis Daerah Kota Tinggi dan Majlis Daerah Yong Peng. Tujuh agensi kerajaan yang menggunakan Johor Online Payment untuk kemudahan menyediakan kemudahan bayaran secara atas talian kepada rakyat Johor, telah tukar nama bermula 21 Oktober 2021 menjadi Johor Pay. Dan Tangkak ingin tanya pada tahun 2010 kerajaan negeri Johor telah menggunakan sejumlah RM41.74 juta mendirikan satu sistem yang dinamakan e-PBT. Atas inisiatif pendigitalan kerajaan dan sehingga hari ini saya rasa sebelum ini YB Skudai, saya, YB Perling pun selalu menekan di Dewan ini kegunaan modul-modul di bawah sistem e-PBT ini masih belum fully utilized dengan izin oleh PBT kita. Dan hari ini kita wujudkan lagi satu Johor Pay RM500,000.00 untuk tukar nama dan apakah sistem e-PBT yang lama ini yang kita telah banyak belanja ini, adakah kita nak rakyat kita dalam handphone cuma untuk satu bayaran ataupun berurusan dengan kerajaan negeri perlu mengguna pelbagai website, pelbagai laman web. Apa kata kita sama-sama menaik taraf ataupun kita menyediakan, mengkaji semula sistem e-PBT ini dinaik taraf supaya menjadi satu portal yang sempurna yang digunakan oleh semua agensi kerajaan negeri Johor supaya ia betul-betul mencapai matlamat salah satu laman web setempat untuk urusan dengan kerajaan Johor ini cadangan Tangkak. Yang Berhormat Puan Speaker, ketika Pakatan Harapan mentadbir negeri Johor pada tahun 2018, Kad Sihat Johor telah dilancarkan ketika itu dan pada tahun 2018 telah menyediakan 4,000 atau memberi Kad Sihat Johor ini kepada 4,000 penerima. Dan sehingga tahun 2020, sejumlah 47,600 penerima di bawah skim Kad Sihat Johor ini. Dalam 2 tahun dari 4,000 penerima meningkat kepada 47,600 penerima menunjukkan ini adalah satu skim yang sangat-sangat disukai oleh rakyat Johor. Dan pada 3 Disember 2020 di dalam Dewan yang mulia ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Johor dalam ucapan pengulungan di Dewan ini telah memberi jaminan apabila ditanya Kad Sihat Johor, beliau menjamin bahawa Program Kad Sihat Johor masih lagi diteruskan bagi tahun 2021 seperti mana yang saya petik dari berbangkit. Tapi adakah program Kad Sihat Johor dijalankan sepanjang tahun 2021. Tidak. Sama juga pada hari yang sama dalam ucapan gulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga atas menambahbaik pentadbiran Dewan Negeri Johor. Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjanji untuk melantik 10 orang pegawai penyelidik bagi membantu semua ADUN-ADUN di Dewan Negeri Johor dan juga berjanji lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Dewan akan ditubuhkan. Tapi sehingga hari ini sudah setahun saya masih tidak tahu, mungkin ada ADUN yang tahu boleh maklum nanti, siapakah 10 orang pegawai penyelidik tersebut, di mana mereka? Ya, bagi Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri, kami telah nampak ada Kertas Mesyuarat Bilangan 50 Tahun 2021 daripada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Negeri Johor telah membentangkan kertas mesyuarat bahawa akan tubuhkan, mencadang menubuhkan dua Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peraturan Dan Perintah Tetap dan juga Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan. Tapi kedua-dua jawatankuasa ini memang wujud sejak

Tangkak masuk dalam Dewan Negeri Johor pada tahun 2013, cuma tidak ada dalam peraturan mesyuarat kita. Ini satu langkah yang baik tetapi Tangkak juga terima jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar soalan lisan yang tidak sempat dijawab pagi tadi. Saya dapat jawapan bertulis bahawa sebenarnya Jawatankuasa Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap sebenarnya mencadang dalam kertas mesyuarat mereka ada tiga jawatankuasa pilihan yang telah disyorkan atau dicadangkan. Tambahan lagi saya tertarik oleh ucapan Yang Berhormat Bekok tadi, membuktikan penyata ataupun syor dan cadangan daripada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap, cadangan dia ada tiga jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Tapi dalam penyataan kertas kerja ini cuma ada dua. Yang hilang itu dalam jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, nama jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Ketelusan Johor dan dengan alasan manakala Jawatankuasa Ketelusan Johor masih memerlukan perincian lebih lanjut. Jadi Tangkak nak tanya, mengikut peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 107, Penyata Jawatankuasa, penyata daripada tiap-tiap jawatankuasa pilihan itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusinya atau jika ia tiada hadir, hendaklah ditandatangani oleh ahli yang pertama mengikut susunan gilirannya dan oleh tiap-tiap seorang ahli jawatankuasa pilihan yang bersetuju dengan isi yang terkandung di dalam penyata itu dan hendaklah dibentangkan di atas meja mesyuarat atau disempurnakan mengikut bagaimana yang diperintahkan oleh Dewan Negeri. Jadi soalan dia, sekiranya ahli jawatankuasa Yang Berhormat Bekok salah seorang yang telah menandatangani penyata ini, mengatakan jawatankuasa yang dicadangkan itu tersebut kurang satu. Siapa yang berhak untuk membuat perincian yang lebih lanjut selain Dewan Negeri Johor? Sebab dalam 107 Perintah Tetap ini menyatakan kenyataan jawatankuasa hanya dihantar sebagai kertas mesyuarat di Dewan Negeri Johor. Jadi, saya minta satu penjelasan siapakah yang di beri hak untuk menarik salah satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Terusan Johor untuk membuat perincian yang lebih lanjut?

Timbalan Speaker

Tangkak sila gulung.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Ok. Yang Berhormat Puan Speaker, Tangkak juga ingin mengambil kesempatan ini menyokong cadangan-cadangan daripada YB-YB dari Pakatan Harapan iaitu hasrat kita sebagai Wakil Rakyat dari Pakatan Harapan untuk menyertai dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan dan pembangunan daerah dan juga minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjelaskan istilah pemerhati tersebut. Kita tahu mengikut Arahan No.1 Tahun 2020, JTPD ini akan cuma dihadiri oleh Wakil Rakyat kerajaan tapi jangan lupa kalau kita betul-betul nak ikut punca kuasa ataupun arahan daripada Arahan No.1 Tahun 2020, baca baliklah. Di peringkat daerah JTPD ini pengerusinya adalah ahli parlimen atau ADUN atau Pegawai Pembangunan Negeri. Tapi di negeri Johor kita tahu di Johor ini kita ada cara kita sendiri, oleh itu JTPD selama ini memang di pengerusi oleh Pegawai-pegawai Daerah kita. Jadi, memandangkan kalau negeri Johor kita boleh tidak mengikut penuh Arahan No.1 Tahun 2020 tersebut, jadi kita juga boleh dengan cara Johor menjemput semua Wakil-Wakil Rakyat di negeri Johor untuk menghadiri mesyuarat JTPD ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, yang terakhir Tangkak ingin bawa satu lagi isu tempatan.

Timbalan Speaker

Masa sudah tidak ada Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Ok saya gulung. Iaitu cadangan membina pusat pentadbiran baru daerah Tangkak Puan Speaker. 200 ekar tanah telah disediakan oleh kerajaan dan sehingga hari ini banyak pejabat-pejabat agensi kerajaan di daerah Tangkak masih menghadapi masalah ruang bekerja yang sangat sempit. Saya bagi contoh, Pejabat Daerah Tangkak, Pejabat Tanah Tangkak, Majlis Daerah Tangkak, JPS, tempat kerja mereka memang dah tidak cukup. Dan kedua, ada juga agensi-agensi kerajaan pejabatnya terpaksa mengguna meminjam tempat Jabatan Kebajikan Masyarakat terpaksa menyewa

bangunan dengan kadar sewa yang sangat-sangat tinggi. Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak terpaksa meminjam tempat Balai Polis Tangkak, kongsi pakai. Pejabat Pendidikan Daerah menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat Tangkak, Angkatan Pertahanan Awam terpaksa meminjam Kompleks Penghulu.

Jadi, saya harap kerajaan negeri Johor dapat membantu untuk meminta yang pertama kerajaan negeri Johor apa yang boleh di buat, mempercepatkan cadangan projek untuk membina pusat pentadbiran baru daerah Tangkak ini. Yang kedua, meminta kerajaan persekutuan supaya menambahkan ataupun melengkapkan pejabat agensi-agensi kerajaan peringkat persekutuan yang tidak ada di daerah Tangkak. Itu sahaja perbahasan daripada Tangkak, terima kasih Puan Speaker.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Paloh, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirahim (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertama sekali Paloh ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ucapan selamat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ke-63.

Pada kesempatan ini juga Paloh ingin menyampaikan beberapa buah fikiran dalam ucapan perbahasan ini dan akan menyentuh empat perkara. Yang pertama ialah berkaitan sedikit tentang politik semasa dan juga di negeri ini. Yang kedua berkaitan dengan memudah cara servis ataupun perkhidmatan Wakil-wakil Rakyat di negeri Johor ini, yang ketiga berkaitan dengan sedikit berkaitan anak muda dan yang keempat adalah beberapa isu lokal yang akan Paloh angkat di kawasan yang diwakili.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau kita lihat pada hari ini sepertimana yang telah pun di sebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat dari banyak kawasan juga, kita melihat politik kita sejak apa yang dikatakan dengan langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 pastilah telah memberi satu gambaran yang agak negatif orang politik dan juga situasi politik di tanah air kita dan di Johor juga tidak terkecuali. Bila kita sebut perkara berkaitan politik ini, saya rasa di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat atau saya dengan jujur sendiri mengatakan perasaan saya, kadang-kadang saya pun rasa malu kadang-kadang nak angkat muka bila bertemu dengan rakyat dan bila kita berjumpa dengan rakyat. Tetapi Alhamdulillah dengan politik cara Johor kita dapat membendung masalah-masalah politik yang berlaku di peringkat persekutuan daripada menular dengan buruknya di negeri ini dan saya memetik satu firman Allah SWT (Bacaan petikan Al-Quran) dari Surah Al-Baqarah, Ayat 216. Adakala satu perkara yang kita tidak suka itu boleh jadi baik untuk kita, dan kadang kala perkara yang kita suka itu boleh jadi tidak berapa baik untuk kita.

Dalam konteks ini, Paloh melihat bahawa banyak drama-drama politik yang berlaku dalam tempoh mutakhir ini. Tetapi nampaknya di negeri Johor yang kita banggakan ini ianya terkawal dan kerajaan dan juga pembangkang dapat bergerak kerja seiring dan sejalan dengan baik demi bangsa Johor.

Namun, selepas daripada pilihan raya negeri Melaka yang baru-baru ini kita telah saksikan. Selepas itu disusuli dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik sepertimana contohnya Timbalan Pengerusi Barisan Nasional menyatakan bahawa inilah masa yang terbaik untuk kita melakukan pilihan raya umum. Dan pada masa yang sama juga ahli-ahli politik yang lain ada juga menyebut dengan ungkapan button ataupun tak button, menekan butang ataupun tak menekan butang, contohnya daripada presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyatakan, bertikam lidah menyatakan soal jatuh bangun kerajaan di peringkat negeri Johor ini. Namun, saya rasa, Paloh berasa bahawa dan Paloh mengharapkan di dalam Dewan yang mulia ini daripada Yang Berhormat kerajaan dan juga

pembangkang, adakah kita boleh sebulat suara dan bersetuju untuk sama-sama kita memastikan jangan berlaku dahulu pilihan raya sehinggalah sekurang-kurangnya isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi rakyat di negeri Johor, yang berkaitan dengan kesihatan rakyat di negeri Johor, pekerjaan dan banyak isu-isu yang terkait untuk memastikan kemakmuran negeri ini selesai, barulah kita boleh berdepan dengan pilihan raya. Boleh atau tidak boleh Ahli-ahli Yang Berhormat?

Yang Berhormat Puan Speaker, timer itu... Timer tu tak berhentikan. Timer tu...

Oh, ya!! Paloh terkejut betul ke 33 minit ini.

Timbalan Speaker

Dah reset, dah reset.

Baru nak naik gear ni, tak sampai gear berapa dah 33 minit ini, kita pun terbantut sekejap. Kalau saya sambung Yang Berhormat Puan Speaker kalau kita boleh bersetuju memberikan fokus kepada rakyat di negeri Johor ini saya mohon kita semua tepuk meja sikit, boleh tak boleh? (Dewan bertepuk). Terima kasih. Kerana saya rasa, Paloh berasa bahawa sehinggalah pada peringkat ini memang betul rakyat sudah cukup jelek dan kalaulah Paloh sendiri cuba meletakkan Paloh pada kasut rakyat biasa, sebenarnya Paloh berasa malu dan Paloh merasa apa benda yang orang-orang politik ini bercakaran sedangkan kita punya negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan juga krisis ekonomi.

Memang betul mungkin Paloh bercakap di sini mungkin akan ada yang tersinggung. Di pilihan raya negeri Melaka dinaikkan banting dan banner seluas-luasnya. Kestabilan demi kemakmuran. Kestabilan demi kemakmuran. Namun kadang-kadang kita lihat sangat cliche, yang berlaku percakaran di dalam politik di negeri Melaka itu sesama parti sendiri, kemudian bila berlaku pilihan raya, selesai mereka menang dan mereka julang balik nama yang sama dan yang cuba triggering dengan izin, yang cuba trigger untuk menyebabkan lebih banyak pilihan raya umum ataupun pilihan raya negeri adalah dari parti yang sama juga. Pada pandangan Paloh, ini bukanlah satu signal yang baik kepada rakyat yang sedang bergelut dengan masalah ekonomi dan juga kesihatan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Puan Speaker yang saya hormati. Yang kedua berkaitan dengan politik, sikit lagi. Paloh juga berpandangan bahawa peratusan keluar mengundi di negeri Melaka itu pada kadar 60% lebih sedikit sahaja yang keluar mengundi bukanlah satu signal yang baik kepada rakyat, bukanlah satu mesej yang baik dari rakyat untuk orang politik. Ini bermaksud lebih kurang 30 lebih peratus yang lain tidak keluar mengundi atas apa maksud sekalipun, tetapi kerajaan yang dipilih adalah kerajaan yang lebih sedikit daripada separuh rakyat yang mengundi sahaja. Dan ini tidak akan memberi gambaran yang baik dan tidak memberi satu suhu yang baik kepada demokrasi di negara kita kalau trend seperti ini terus berlaku.

Yang Berhormat Puan Speaker, Paloh masuk kepada point yang kedua. Tadi tentang politik sikit sahaja. Yang kedua ialah berkait dengan servis ataupun perkhidmatan wakil-wakil rakyat, kita semua yang berada di dalam Dewan ini yang masing-masing ada kawasan masing-masing. Yang pertama sekali dari sidang Dewan yang dahulu, telah berkali-kali dinyatakan bahawa kita perlukan peruntukan yang sama adil untuk seluruh Wakil Rakyat. Betul saya percaya, mungkin ada yang kurang selesa. Ini normal, biasa, khususnya di kalangan Wakil Rakyat kerajaan bila melihat pembangkang mengapa harus diberi peruntukan yang sama? Kalau mengikut skema politik yang lama, tak perlu perkara ini. Biar pembangkang, ha engkau pilih pembangkang nasib engkaulah tidak ada peruntukan. Tetapi kita dah berbahas banyak kali tentang perkara ini dan akhirnya kita cukup berterima kasih juga apabila diumumkan peruntukan RM200,000.00 yang tetap kepada ADUN-ADUN dengan tambahan RM50,000.00 untuk hari-hari keraian atau perayaan.

Pun begitu, Paloh masih lagi tidak meletakan 100% kepercayaan selagi perkara ini tidak diangkat sebagai satu enakmen yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Sekiranya ia diluluskan dalam bentuk enakmen barulah kita percaya dan yakin peruntukan ini akan diberikan. Banyak persepsi, ada yang suka ada yang tidak suka namun, bagi demokrasi Paloh merasakan bahawa perkara ini perkara yang baik, ini bukan untuk ADUN-ADUN pembangkang menang pilihan raya akan datang, tidak. Kalau dikatakan akan datang Pakatan Harapan menjadi kerajaan, ini juga baik untuk ADUN-ADUN yang menjadi pembangkang siapa sahaja mereka untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Dan sekali lagi Paloh nyatakan bahawa, ini bukan soal peruntukan semata-mata kerana peruntukan ini supaya wakil-wakil rakyat boleh berkhidmat sekurang-kurangnya pada kadar yang minima untuk membantu rakyat di dalam kawasan masing-masing. Tidak kira, dia pembangkang atau kerajaan. Kesannya, kesannya apabila peruntukan diberi sama rata, sama adil, kesannya ahli politik di negeri Johor akan bertarung di medan politik dalam kawasan mengikut siapa servis paling kuat. Bukan lagi aku ada peruntukan, kau tak ada peruntukan pastilah aku lebih kuat daripada engkau, tidak. Tetapi bila ada peruntukan yang sama adil, sama rata maka kita akan bertarung di medan dalam kawasan masing-masing sesiapa yang boleh memberikan servis yang paling kuat dia akan disenangi dan disokong oleh rakyat. Ini perkara yang baik juga untuk demokrasi kita. Namun begitu, Paloh masih mengharapkan ada pengumuman yang lain khususnya berkaitan dengan peruntukan terkait dengan pembangunan dan sebagainya. Kalau boleh diberi itu lebih advance dan lebihlah kita alu-alukan dan kita harap-harapkan.

Yang kedua terkait dengan servis ataupun perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat juga, Paloh ingin juga menyentuh yang telah berkali-kali disentuh oleh Wakil-Wakil Rakyat dari kawasan-kawasan yang lain iaitu berkaitan dengan penyertaan di dalam JTPD. Paloh telah menyebutkan dalam ucapan Dewan yang lepas bahawa penyertaan dalam JTPD ini juga adalah suatu yang sihat untuk pembangunan di dalam kawasan DUN-DUN di negeri Johor. Kita telah pun diberitahu dan telah pun disentuh dalam ucapan-ucapan Wakil-Wakil Rakyat yang lain, kita tidak mahu sekadar menjadi pemerhati sepertimana yang disentuh ataupun telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita datang, pembangkang sebagai pemerhati. Namun, Paloh yakin dan percaya itu baru ucapan pembukaan dalam ucapan bajet dalam ucapan penutupan penggulungan nanti pastilah akan diperincikan dan Paloh berharap dalam penggulungan ataupun perincian nanti, yang pertama sekali Wakil-Wakil Rakyat ini tidak kira ADUN kerajaan atau pembangkang boleh masuk ke dalam Dewan bukan lagi dengan syarat kalau ada jemputan datang, tak ada jemputan tak datang. Kita harap Wakil-Wakil Rakyat ini diberi jemputan sama seperti juga Wakil-Wakli Rakyat yang lain dan juga Ahli-Ahli Mesyuarat JTPD yang lain apabila mesyuarat ingin diadakan secara bulanan.

Yang kedua, kita bukan nak bergaduh di dalam JTPD ini. Kita hanya ingin mengangkat isu-isu rakyat. Kita ingin mengangkat aduan-aduan rakyat dan kita harus sedar bahawa Wakil Rakyat ini memang tugas dia berucap di dalam Dewan ini pada perkara-perkara dasar sebagai legislative, tetapi pada masa yang sama, normal di dalam politik ataupun di dalam DUN ataupun parlimen kita Wakil Rakyat ini tempat rakyat mengadu. Baru ini, saya ingat di Paloh ada rakyat telefon saya, telefon saya malam pukul 8.00 malam, dia kata YB tolong tengokan sekolah ini, saya ingat tengok sekolah sebab ada masalah besar, ada kes COVID ke dan sebagainya pukul 8.00 malam call saya pelik juga. Ada masalah, apa nama isu-isu yang besar ke, rupanya dia kata ada 2 pokok di sekolah ini ada ulat bulu, ada ulat bulu YB boleh tolong tak macam mana kita nak elakkan ulat bulu ini? Saya kata carilah bekas Ketua Masyarakat kita, kita pandukan macam mana cara nak buat. Ulat bulu pun kita terpaksa tengok juga. Jadi, ini saya nak, Paloh nak beritahu bahawa Wakil Rakyat memang pembuat dasar di sini. Tetapi pada masa yang sama, normal kita di dalam negeri Johor atau di dalam negeri-negeri di dalam tanah air kita ini, wakil rakyat juga menjadi tempat mengadu rakyat untuk isu-isu setempat dan ruang yang baik adalah di dalam JTPD untuk kita mengangkat isu-isu ini. Justeru, kita tidak mahu sahaja menjadi pemerhati, kita ingin terlibat dengan

jemputan yang rasmi sama seperti jemputan-jemputan lain secara bulanan untuk menghadiri JTPD dan juga kita ingin kita boleh memberi pandangan, memberi cadangan, memberi komentar dan membuat follow up, membuat follow up terhadap isu-isu yang kita angkat di dalam kawasan kita.

Yang ketiga, di bawah tajuk servis ataupun perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat ini saya, Paloh rasa terpanggil untuk mengangkat satu dua sosok yang Paloh rasa perlu dijadikan contoh. Sebagai contoh daripada YB EXCO Kerajaan Tempatan. Apa contoh yang boleh kita ambil daripada sosok ini, iaitu beliau bila turun di kawasan atas nama sebagai EXCO beliau akan juga memanggil, Paloh tidak pasti memanggil secara rasmi ataupun tidak tetapi mendapat banyak cerita daripada orang, bahawa dia akan turun dia akan cari Wakil Rakyat tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang, mungkin YB Speaker boleh sahkan.

Timbalan Speaker

Memang.

Paloh rasa perkara ini perkara yang sangat baik, dan Paloh berharap mana-mana juga Yang Berhormat EXCO bila turun ke kawasan kalau boleh bersama-sama mendapat juga kehadiran daripada Wakil-Wakil Rakyat termasuk pembangkang untuk sama-sama mendapatkan input daripada kawasan yang EXCO turun. Kerana EXCO dia bukan jaga kawasan-kawasan di pihak wakil kerajaan sahaja, dia juga kena mengambil tahu dan kena cater, kena cater segala masalah yang ada dengan izin, tidak kira di dalam kawasan pembangkang ataupun kerajaan selagi dianya berada di bawah jajahan takluk Johor. Jadi, atas dasar itu apabila Paloh berharap apabila Yang Amat Menteri Besar sebagai contoh, ataupun Yang Berhormat YB EXCO sebagai contoh turun ke kawasan, apalah kiranya kalau boleh hello-hello kepada Wakil-Wakil Rakyat pembangkang juga untuk sama-sama duduk minum kopi secawan dua di kedai kopi dan bertanya isu-isu yang berlaku di dalam kawasan masing-masing untuk diangkat. Kerana perkara ini penting, yang pertama EXCO turun dan kita juga terlibat.

Yang kedua, JTPD tadi pun penting juga. Kerana apa? Paloh buat satu contoh, Paloh ucapkan terima kasih atas pembangunan di kawasan Paloh, tetapi ada satu benda yang Paloh kadang-kadang confuse juga. Kita hendak pergi Paloh ini jalan cantik dah, daripada Niyor, Chamek ke Paloh. Chamek ke Paloh ini jalan cantik. Tapi dalam bulan 9, bulan 10 yang lalu diturap lagi jalan yang cantik itu, Paloh pun tak faham juga kenapa diturap jalan yang sama. Dan, bila tanya pada orang kawasan kerana Paloh satu penggal di sini, belum complete pun satu penggal tanya kepada penduduk-penduduk di kawasan Paloh, dia kata memang biasa macam ni YB, dia kata. Dia kata jalan-jalan ini kalau, ini tempat memang tempat buat jalanlah dia kata. Kalau jalan tak ada lubang, pun kita turap juga kalau jalan ada lubang belum tentu diturap kadang-kadang. Tapi yang jalan yang sama ini diturap berkali-kali. Jadi, dengan penyertaan Yang Berhormat ataupun Wakil Rakyat di kawasan itu, walaupun daripada pembangkang, bila EXCO turun padang boleh berjumpa dan bersua muka, maka kita dapat sampaikan hasrat ini mengapa diturap berkali-kali jalan yang masih ok. Sedangkan dalam kawasan Paloh ada banyak isu-isu lain yang belum selesai, mengapa peruntukan itu tidak diberikan kepada fokus-fokus lain yang perlu diselesaikan di dalam kawasan Paloh yang lainnya. Itu sebagai contoh. Jadi, ini tiga perkara berkaitan dengan servis ataupun perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat untuk melancarkan lagi perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat.

Yang ketiga ialah Paloh dah sebutkan tadi menyentuh isu anak muda. Paloh tidak akan menyentuh dengan detail tetapi Yang Berhormat Puan Speaker, serba sedikit yang disebutkan di dalam ucapan Belanjawan Negeri Johor 2022, Paloh ingin memastikan limpahan nikmatnya di rasai juga oleh anak-anak muda. Kita lihat di Johor ya, kita punya data belia daripada EYERES, kita ada lebih kurang 1,692,100 belia berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Lebih kurang 1.7 juta. Dan, kalau dikecilkan sedikit data itu, kita ada 997,600 orang belia berumur 15 hingga 30 tahun di negeri Johor. Beza antara, maknanya berumur 30 ke 40 tahun itu lebih kurang ada 694,500 orang belia di negeri Johor ini. Ini satu jumlah yang pada pandangan Paloh amat besar.

Justeru, Paloh ingin mengambil satu contoh yang mana Paloh katakan tadi dalam setiap aspek yang disentuh dalam Belanjawan 2022 Negeri Johor ini adakah anak-anak muda ini di berikan peluang yang luas untuk mereka? Sebagai contoh, Paloh bersetuju bahawa agenda food security ataupun jaminan bekalan makanan sebagai antara belanjawan, teras Belanjawan Johor 2022 adalah satu langkah yang tepat. Kebergantungan makanan ataupun food dependency Johor dan Malaysia secara umumnya terhadap bekalan import adalah sangat tinggi jumlahnya. Dan juga strategi jaminan bekalan makanan merupakan kesempatan untuk mengurangkan jurang pengangguran kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri menyebut dan Paloh pun pernah menyebut dalam ucapan yang lalu, bahawa jumlah pengangguran belia di negeri Johor ini sangat membimbangkan. Sepertimana yang disentuh bahawa pada tahun 2022 pengangguran belia di negeri Johor meningkat kepada 3.9% berbanding 2.7% pada tahun sebelumnya.

Jadi, bila kita menyebut soal jaminan bekalan makanan, food security kemudian dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar strategi jaminan bekalan makanan merupakan kesempatan untuk mengurangkan jurang pengangguran dengan peningkatan penyertaan modal insan khasnya dalam kalangan belia dalam sektor pertanian, namun apakah bentuk sokongan yang disediakan di bawah impetus mempertingkatkan jaminan bekalan makanan Johor bagi menggalakkan modal insan khususnya di kalangan belia ataupun anak-anak muda? So, banyak tawaran-tawaran kita berikan, kita ada sebagai contoh disebutkan e-mekanik RM2.4 juta diperuntukkan, kemudian geran orang local, Alhamdulillah pada ketika ini sudah pun mencapai tahap geran orang local 4.0 RM3.5 juta, kemudian Digital Johor Startup Grant RM2.2 juta, namun Paloh ingin menegaskan dalam setiap limpahan yang ingin diberikan menerusi Belanjawan 2022 Negeri Johor ini haruslah memastikan jumlah penyertaan belia dan anak muda mesti dipertingkatkan dengan bantuan modal insan, bantuan latihan, re-skilling, up-skilling, insentif kewangan, elaun dan sebagainya untuk menggalakkan lagi dan memastikan isu pengangguran ini dapat kita atasi bersama.

Yang kedua, kalau kita lihat pada ketika ini juga bila kita mendengar ucapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, contohnya agenda Digital Johor, kita melihat bahawa pandemik ini sebenarnya telah menjadi pemangkin kepada digitalisasi, dan kalau kita menurut kajian sebagai contoh Paloh ada memetik di sini, kajian making skills, terdapat lonjakan sekitar 30% produk dan perkhidmatan di seluruh dunia yang mula ditawarkan secara atas talian. Semua sudah balik, sudah pergi kepada atas talian, online. Kalau kita lihat hari ini pun sebenarnya di sekitar kita semua sudah menjadi online. Paloh pun nampak dah kurang orang yang menggunakan buku dan sebagainya, semua guna tablet dan sebagainya untuk dia punya teks ucapan dia pada hari ni. Paloh juga akhirnya pakai buku juga sampai hari ini.

Kita lihat kehidupan seharian kita pun sudah bertukar menjadi digital. Business secara online, politik secara online, siapa yang ada pengalaman berkempen di Pilihan raya Negeri Melaka, semuanya sudah pergi kepada online. Kita bercakap, berceramah bersungguh-sungguh rupanya kalau kita tengok dalam studio itu rupanya dia bercakap dengan kerusi saja sebenarnya nampak ceramah secara online, bila tepuk tu bunyi ramai sebenarnya dah sediakan orang untuk tepuk ramai-ramai, semuanya pergi kepada online.

Servis pun secara online, hiburan pun secara online. Kita tengok tak cukup dengan Netflix, hari ni Disney Hot Star, kena langgan jugak, dengan berbagai rancangan yang dihidangkan secara online. Kemudian baru ini pada bulan 10 yang lalu beberapa tahun kebelakangan sebelum ini Paloh suka mengikuti ada satu konsert Indie ini dia panggi TAPAU Fest. Pada tahun ini awal bulan 10 yang lalu TAPAU Fest pun sudah menjadi konsert di dalam talian, konset Indie di dalam talian, semuanya sudah pergi secara online.

Namun kita ingin tanya dengan semuanya telah beralih kepada pendekatan secara online, di manakah duduknya anak-anak muda untuk merebut peluang-peluang ini. Kalau kita lihat

banyak dinyatakan di bawah agenda Digital Johor yang memberi fokus untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan syarikat-syarikat strata berteraskan digital tetapi kita ingin bertanya sejauh manakah portion limpahan itu akan diberikan kepada anak-anak muda. Sekarang ini anak-anak muda bukan lagi menjadi keutamaan utama semata-mata untuk mendapat padang bola tetapi mereka ingin akses kepada business secara online, game secara online, perkara-perkara yang bersifat digital. Jadi perkara ini pada pandangan Paloh adalah amat penting untuk memastikan kita ada satu pemangkin kepada anak-anak muda khususnya dalam kita membicarakan soal digitalisasi di dalam negeri ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, yang terakhir ialah isu-isu local yang Paloh ingin kemukakan di sini. Yang pertama sekali Paloh ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada pengumuman yang telah dibuat menerusi YB EXCO Kerja Raya yang telah pun membuat pengumuman di dalam media khususnya berkaitan dengan Jalan Paloh – Bekok. Dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM200 juta, betul ya Yang Berhormat, RM200 juta, RM199 juta, lebih kurang ya, lebih kurang RM199 juta. Namun sekali lagi Paloh dan Paloh yakin Bekok juga akan setuju bahawa ramai juga orang berkata selagi belum start ini jangan cakap jadi dulu.

Jadi, Paloh ingin betul-betul dapatkan kepastian daripada EXCO berkaitan dengan Jalan Paloh – Bekoh ini yang akan dibina dikatakan suku kedua, kalau tak silap Paloh suku kedua pada tahun 2022. Yang kedua ialah kalaulah YB EXCO kalaulah boleh dapat Jalan Paloh – Bekok ini mengapa tidak boleh dapat juga Jalan Chamek ke Kangkar Baru. Ini satu wishlist daripada Paloh, kalaulah dapat dibangunkan jalan tidak berapa panjang, kalau tak silap 1.5 kilometer sahaja. Jalan Chamek ke Kangkar Baru dia akan memberikan satu spektrum kepada warga Paloh yang boleh pergi daripada Paloh menuju ke Kangkar Baru. Dan perkara ini sebenarnya sangat boleh kita banggakan kerana sebagai contoh Jalan Paloh – Bekok itu, setahu Paloh adalah jalan yang pertama kalinya diwujudkan menghubungkan 2 daerah iaitu Kluang dan Segamat secara jalan darat ini, terus Kluang ke Segamat. Jadi mengapa tidak kalau dapat juga dibina Jalan Chamek ke Kangkar Baru.

Yang ketiga, ialah isu perparitan, ini yang Paloh sebutkan tadi. Banyak pembangunan dibangunkan juga di Paloh tetapi dia tidak kena kepada nerve yang diinginkan warga Paloh sebagai contoh. Dibinanya jalan itu berkali-kali diturap walaupun tidak berlubang hakikatnya orang Paloh hari-hari merungut kerana sistem perparitan di taman yang sudah hampir 20 ke 30 tahun itu belum pernah dinaik taraf secara menyeluruh. Banyak longkang-longkang yang telah rosak, banyak saliran-saliran yang dah keluar air daripada bawah tanah, banyak bangunan-bangunan kediaman yang sudah mula merekah kerana sistem perparitan di taman-taman di dalam kawasan kota Paloh atau bandar Paloh yang tidak diselenggara sejak 20 ke 30 tahun yang lalu. Jadi Paloh berharap agar perkara ini disentuh dalam ucapan penggulungan YB EXCO nanti berkaitan dengan longkang-longkang dan sistem perparitan di dalam kawasan Paloh khususnya di dalam pekan Paloh.

Yang ketiga Kerajaan Tempatan, berkaitan dengan Taman Perdana. Taman Perdana ini satu taman yang dirasmikan oleh Tun Samy Vellu sejak tak silap 30 tahun yang dulu, daripada Kluang menuju ke Mersing kita akan lalu Taman Putri, Kampung Gajah selepas itu Taman Perdana. Taman yang kecil tetapi di sebelah hadapannya ada taman rekreasi atau taman permainan. Taman ini orang dah tak main sangat kerana pagar dah tak ada dan taman itu betul-betul juga bersebelahan dengan jalan yang hampir menuju ke jalan besar. Pagar sudah tak ada, orang tak berani nak masuk.

Dan infrastruktur sangat teruk dan memerlukan penyelenggaraan daripada pihak Majlis. Jadi di dalam Dewan yang mulia ini, Paloh mengangkat suara rakyat Paloh, di Taman Perdana khususnya untuk dilihat dan diberikan jawapan kepada kita adakah boleh dilakukan penambahbaikan untuk rakyat yang tinggal di Taman Perdana, Jalan Mersing yang berada dalam kawasan DUN Paloh.

Yang keempat, ialah saman-saman ini yang dikeluarkan untuk kedai-kedai, sebab biasa kedai YB dia akan extend ke dia punya kaki lima dan dia akan dikenakan saman oleh Majlis, tetapi Paloh sudah pun membuat surat kepada Majlis beberapa kali tetapi masih belum ada jawapan yang tuntas. Tetapi boleh tak kawasan pekan kecil seperti Paloh ini ianya diberikan sedikit kelonggaran atau bagaimana kaedah Paloh kurang pasti kerana Paloh ini pekan dia kecil sahaja.

Kalau di bandar Kluang itu, kalau kedai dia extend sampai ke susur gajah atau kaki lima memang dia akan menghalang laluan, menghalang lalu lintas dan sebagainya tetapi di pekan kecil macam Paloh, kalau YB pergi pun pukul 7 pukul 8 kedai pun dah tutup sebenarnya. Jadi kadang-kadang ada peniaga-peniaga yang bila barang banyak dia letak di ruang hadapan kedai, adakah perkara ini boleh dipertimbangkan untuk diberikan sedikit kelonggaran walaupun perlu buat surat ke atau perlu buat permohonan boleh nyatakan, YB di kawasan Paloh tu katanya rajin dia akan bantu buat surat-surat kalau diperlukan. Jadi, kalau boleh kita sangat berterima kasih bagi pihak warga Paloh.

Yang terakhir ialah, kesihatan walaupun YB EXCO tidak ada sini, tetapi Klinik Kesihatan Paloh amat-amat memerlukan satu peruntukan untuk dibaik pulih. Silingnya sudah penuh dengan tahi kelawar, beam nya di kawasan dalam klinik sudah mula pecah dan merekah dan klinik ini khusunya pada fasa pandemik ini adalah menjadi tempat yang sangat penting untuk warga Paloh datang ke klinik. Jadi klinik ini perlukan sedikit peruntukan untuk ditambah baik dibaik pulih. Jadi Paloh mengharap supaya perkara ini dapat diambil tindakan dan perhatian dan kalau dapat ditunaikan, Paloh sangat berterima kasih dan berbesar hati. Dan dengan perkara yang telah dinyatakan empat perkara tadi politik, servis wakil-wakil rakyat, anak muda dan pekerjaan dan juga isu-isu local Paloh mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan meneruskan sidang tanpa waktu rehat. Sesiapa yang ingin rehat boleh jamu sendiri di bilik rehat, saya akan meneruskan sidang tanpa waktu rehat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Permas.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya, innayah yang dikurniakan oleh Allah SWT kita dapat bersama-sama bersidang di Dewan yang mulia ini pada hari ini. Ampun Tuanku, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih dan mengucapkan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini iaitu 22 November 2021. Patik mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia serta sentiasa berada dalam keredhaan dan keberkatan Allah swt semoga kedaulatan dan kemakmuran kerajaan negeri Johor dipelihara di bawah naungan Tuanku. Daulat Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini Permas ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan barisan hadapan, NGO-NGO serta seluruh rakyat negeri ini yang berkorban jiwa dan raga mereka dalam membantu menangani krisis pandemik wabak COVID-19. Permas juga merasa bangga dengan keprihatinan kerajaan negeri Johor dalam program vaksinasi rakyat yang kini mencecah 97% kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai ADUN yang berkhidmat di bawah kerajaan negeri Johor, Permas suka mengingatkan segala peringatan serta nasihat yang dititahkan agar amanah yang diberikan serta kepercayaan disandarkan oleh rakyat terus didakap erat demi memastikan kemakmuran negeri Johor ini. Permas menzahirkan ucapan sekalung tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Haji Mohamad iaitu Menteri

Besar Johor atas kebijaksanaan beliau dalam merangka Belanjawan Johor 2022. Permas yakin seluruh rakyat di negeri ini pasti merasa gembira kerana Belanjawan Johor 2022 ini memberikan manfaat kepada semua lapisan peringkat umur selari dengan tema Belanjawan Johor 2022 iaitu Memperhebat Kesejahteraan Johor.

Yang Berhormat Puan Speaker, Permas ingin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian merasmikan peristiwa orang Muda Johor pada 20 November 2021 yang lalu yang diadakan serentak di seluruh daerah di negeri Johor. Permas amat kagum dengan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk memastikan para belia dapat kembali menjalani aktiviti sihat selepas hampir 2 tahun mengharungi pandemik COVID-19. Namun Permas agak terkilan kerana tidak diundang ke majlis tersebut di Pasir Gudang. Bukan setakat tidak diundang di majlis program-program yang ada di Pasir Gudang, termasuk juga kadang-kadang program kedatangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Pasir Gudang pun sama tidak diundang, tidak diberitahu kepada Wakil Rakyat kawasan untuk hadir bersama-sama pada majlis itu.

Dan tidak hairan jugalah Yang Berhormat Puan Speaker, Yayasan Pasir Gudang di mana peruntukan Yayasan Pasir Gudang yang diagihkan makanan bakul kepada rakyat-rakyat di kawasan Permas tidak dilibatkan Wakil Rakyat bersama dalam program bakul di Permas, kawasan Permas. Di sini kita lihat bila saya jumpa dengan pegawai Yayasan saya tanya, kenapa Wakil Rakyat tidak dilibatkan bersama dalam program untuk kita memberi sumbangan bakul daripada duit Yayasan Pasir Gudang tidak libatkan Wakil Rakyat kawasan. Pegawai yayasan bagitahu saya, dia dimaklumkan bahawa Wakil Rakyat tidak boleh libatkan dalam program untuk bagi bakul Yayasan Pasir Gudang. Di sini saya amat terkilan sebab duit Yayasan Pasir Gudang adalah duit kerajaan, duit rakyat, kenapa tidak boleh libatkan Wakil Rakyat bersama dalam majlis ini? Di sinilah kita amat terkilan, jadi saya harap di masa yang lepas itu lepaslah, yang masa yang akan datang ini pihak-pihak yang berkenaan tolong ambil cakna Wakil Rakyat kawasan dalam program-program terutama sekali kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam kawasan Permas.

Yang Berhormat Puan Speaker, Permas tertarik untuk mengulas berkenaan belanjawan yang diperuntukkan menerusi Rancangan Perniagaan dan SAJ iaitu projek menaiktaraf dan pembangunan infrastruktur bekalan air awam yang akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion. Jika dilihat dalam konteks ini, Permas melihat alternatif terkini dikenalkan bagi memastikan tiada masalah bekalan air di negeri Johor pada masa hadapan. Adakah dengan pembangunan sumber air sedia ada mampu untuk mengatasi kemungkinan musim kemarau dan pencemaran air yang boleh menjejaskan sumber bekalan tersebut.

Yang Berhormat Puan Speaker, oleh hal yang demikian, Permas ingin mencadangkan pembangunan infrastruktur loji khas memproses air kumbahan domestik dan sisa air daripada perindustrian untuk dibangunkan sebagai alternatif air bersih dilaksanakan. Selain dapat menjadikan sumber air alternatif air infrastruktur ini juga dapat memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan untuk memperoleh sumber hasil tambahan dan industri apabila pembersihan air dilakukan. Puan Speaker, dalam masa yang sama kerajaan dapat mengatasi isu-isu penceramaran sungai kerana semua sisa air di kawasan perindustrian akan dirawat sebelum dilepaskan ke sungai.

Yang Berhormat Puan Speaker, justeru itu Permas ingin mencadangkan agar Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor ditubuhkan bagi menyelia segala perundangan untuk mengawal keselamatan alam sekitar terutama kualiti udara dan air di negeri Johor. Permas rasa ini kali keempat Puan Speaker Permas cadangkan tapi belum ada lagi, belum ada lagi jawapan daripada pihak kerajaan negeri. Sejajar untuk kelestarian alam sekitar dengan insentif yang diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi meningkatkan mutu sungai-sungai di Johor, Permas yakin dengan peruntukan ini masih belum cukup untuk memelihara sungai di negeri Johor. Ini kerana hanya usaha-usaha membersihkan sampah sarap dan program-program pemulihan sahaja masih belum menjamin kelestarian sungai bagi tempoh jangka masa panjang dan kesedaran rakyat masih rendah.

Puan Speaker, terdapat beberapa sungai yang perlu di naik taraf seperti membina tebing yang kukuh bagi mengelakkan runtuhan tebing cetek dan sempit sehingga menjadi punca berlakunya limpahan air dan banjir kilat di sesuatu kawasan. Oleh yang demikian, Permas menekankan di sini betapa pentingnya penubuhan Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor demi memartabatkan serta menjamin kelestarian alam sekitar negeri ini bagi tempoh jangka masa yang panjang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Permas ingin mengambil contoh seperti di negeri Melaka di mana impak yang drastik dapat dilihat hasil penubuhan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pada tahun 2005. Usaha jitu Perbadanan tersebut dalam meningkatkan mutu alam sekitar membuahkan hasil kejayaan dan menjadi satu faktor tarikan pelancong ke negeri tersebut. Demi untuk merealisasikan impian rakyat Johor untuk menikmati alam sekitar yang lebih sempurna, Permas berharap pihak kerajaan negeri Johor dapat menyokong dalam melaksanakan pertubuhan tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya Permas ingin mengulas berkenaan cadangan kerajaan negeri Johor untuk membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dan berteknologi moden khususnya di Pasir Gudang. Permas melihat perkara ini perlu disegerakan tindakan fasa pertama perlu di ambil bagi mengatasi timbunan-timbunan sampah yang kritikal di tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Puan Speaker, Permas tertarik untuk berkongsi bagaimana negara jiran kita iaitu Singapura sangat efektif dalam menguruskan sampah sarap di negara tersebut. Kerajaan Singapura menjadikan Pulau Semakau untuk mengambus sampah sarap dengan cara yang sangat mengagumkan. Pulau Semakau ialah sebuah pulau yang merupakan kawasan tanah kambus, ekologi, lepas pantai pertama di dunia. Ia direka khusus untuk sekumpulan jurutera-jurutera dan pakar alam sekitar daripada agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura. Mula dilancarkan pada tahun 1999, tapak pelupusan sampah Pulau Semakau yang terletak sejak 8 kilometer dari bahagian selatan negara ini menelan belanja sebanyak SD$400 juta. untuk memastikan standard kualiti diterap dalam sistem buangan ini terdiri daripada 65% abu dan 35% tanah kambus yang tidak boleh di bakar. Permas berharap pihak kerajaan negeri Johor dapat menjalinkan usaha sama dengan Singapura dalam kajian pengurusan sisa pepejal ke arah yang lebih berteknologi. Tidak hairanlah mengapa Permas berulang kali menekankan supaya kerajaan Johor menyokong untuk menubuhkan Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor bagi menguruskan alam sekitar negeri ini ke arah lebih kreatif dan inovatif.

Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya Permas ingin mengutarakan beberapa isu berbangkit yang sering diajukan oleh rakyat terutamanya di Pasir Gudang. Antaranya iaitu Kampung Pertanian. Kampung Pertanian berhadapan dengan Kipmart Home. Bila hujan turun, air akan turun ke bawah ke Kampung Pertanian. Itu menyebabkan banjir kilat. Dan sering kali dah berulang kali saya maklumkan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang supaya dibuat perparitan, supaya air daripada atas tidak turun, tapi sampai sekarang tidak ada apa tindakan yang diambil oleh pihak Majlis Bandaraya. Saya amat terkilan dan tengok setiap kali hujan lebat mesti berlaku banjir. Setiap kali hujan lebat harta benda penduduk di kawasan Kampung Pertanian itu akan musnah. Saya harap tindakan segara boleh diambil supaya harta benda rakyat di Kampung Pertanian terjaga. Perlu dibuat semula sistem perparitan di kawasan pertanian. Itu kawasan setinggan Yang Berhormat Puan Speaker. Walaupun setinggan, yang tinggal di kawasan itu adalah rakyat Johor dan bangsa Johor. Kita harap Majlis Bandaraya mengambil berat perkara ini. Bukan kata setakat perparitan bermasalah di situ, termasuk juga, termasuk juga sampah sarap di mana boleh dikatakan rumput terlalu tinggi mengakibatkan air itu bertakung kat situ dan kawasan situ termasuk dalam kawasan bandar. Jadi untuk menjaga nama baik Bandaraya Pasir Gudang sepatutnya pihak berkenaan ambil cakna perkara ini.

Jangan ambil orang kata ringan, termasuk juga di Kampung Sepakat, Kampung Masjid, setiap kali banjir mesti bah. Setiap kali banjir, setiap kali hujan mesti bah, setiap kali hujan

mesti bah di kawasan. Jadi kita harap bila kita panggil Majlis Bandaraya untuk hadir, mereka tidak datang. Kalau Wakil Rakyat panggil tidak datang, kalau orang kampung panggil lagi tidak datang. Kita harap pihak yang berkenaan seronok sangat duduk dalam bangunan yang tinggi, kena ingat bangunan tinggi itu duit rakyat. Jadi jangan duduk seronok dekat bangunan tinggi itu, tengoklah, cakna-caknalah sikit bawah, rakyat di bawah ini. Jangan kita duduk dalam bangunan yang tinggi seronok sampai kita lupa macam mana nak bantu rakyat. Jadi, termasuk juga seperti penghalang jalan kalau kita tengok lebuh raya Pasir Gudang itu, penghadang jalan ni dah kemek ada, patah ada, itu mengundang lagi orang kata boleh mengundang lagi merbahaya kepada pemandu-pemandu kereta, bila dia langgar bukan setakat langgar divider, tercucuk masuk dalam kereta sebab divider semua patah. Sepatutnya kena cakna, kena lihat perkara ini sebab kita ini dah taraf bandar raya. Bukan Majlis Pasir Gudang lagi. Jadi kita harap sangat, kita harap perkara ini di ambil cakna. Sama juga dengan saya nak beritahu beberapa kali, daripada kita duduk dalam Majlis Perbandaran Pasir Gudang dulu, saya dah beritahu dengan YDP supaya tasik Pasir Gudang itu diterangi oleh cahaya sebab apa, tasik Pasir Gudang itu kita tengok kalau malam dia gelap, itu dekat dengan Bandaraya, dekat dengan pejabat Majlis Bandaraya. Jadi malam ini tidak mustahil kalau kita tengok parking kereta di situ, kita risau takut dia orang ini buat maksiat. EXCO Agama. Kita takut bila buat maksiat ni, itu lah saya beritahu supaya kawasan-kawasan di terang, supaya nampak cantik, nampaklah imej kita ini Bandaraya. Sebab itulah kita harap sangat pihak Majlis Bandaraya ini jangan asingkan Wakil Rakyat, jangan tidak cakna kepada Wakil Rakyat, sentiasa berhubung dengan Wakil Rakyat sebab Wakil Rakyat ini wakil daripada rakyat. Kita banyak isu dengan rakyat kita nak bawa, bawa yang kita nak bawa isu rakyat ini ke Majlis Bandaraya untuk diselesaikan. Jangan abaikan perkara ini. Jangan asingkan kita dalam pelaksanaan apa-apa program, tolong cakna.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Permas selaku pengerusi KEJORA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor bersama Majlis Agama Islam Johor atas keperihatinan dalam proses pembinaan masjid di Bandar Penawar yang akan dilaksana tidak lama lagi. Terima kasih EXCO Agama. Semoga dengan pembinaan masjid ini dapat dimanfaatkan seluruh umat Islam terutamanya rakyat di Bandar Penawar. Semoga Allah merahmati setiap pahala-pahala yang mengalir kepada mereka semua. Namun, KEJORA menghadapi beberapa isu yang dibangkitkan daripada pihak pelaburan antaranya ia kelulusan proses rayuan premium yang memakan masa terlalu lama ini juga mengakibatkan kecacatan pembangunan untuk Wilayah KEJORA.

Timbalan Speaker

Sila gulung.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Puan Speaker, dikesempatan ini Permas sekali lagi ingin mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Ir. Haji Hasni Haji Mohammad kerana telah merangka Belanjawan Johor 2022 dilihat memberi impak yang besar dan menyeluruh Belanjawan Johor 2022 merupakan belanjawan yang disenangi rakyat dan terbaik jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun yang terdahulu. Permas menyokong perisik dan semangat perkongsian semua ADUN dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas memberikan peruntukan sebanyak RM200,000.00 bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan DUN. Bukan itu sahaja peruntukan tambahan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan perayaan besar juga diberikan kepada setiap YB ADUN. Namun Permas memohon jika Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak keberatan untuk memberikan lagi RM50,000.00 peruntukan tambahan kepada semua YB ADUN bagi tujuan khas pengurusan bantuan bencana alam di DUN masing-masing. Dengan ini, Permas menyokong penuh pembentangan Belanjawan Johor 2022. Semoga Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus beristiqomah dalam mentadbir negeri ini. Permas bersama-sama berpegang teguh dengan dua Tag Line Johor iaitu Muafakat itu Berkat dan Kepada Allah Kita Berserah. Kepada Allah kita berserah, yang baik darinya, segala buruk serta kekurangan datang dari Permas sendiri. Semoga rakyat di negeri ini

dihindari dari segala wabak dan penyakit. Sekian wabillahi taufik walhidayah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

YB Yong Peng, jemput.

Puan Chew Peck ChooDAP · PHYong Peng

Yang Berhormat Puan Speaker. Salam sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang mengambil bahagian dalam ucapan Mesyuarat Kedua Belanjawan Johor 2022 Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (Pick) Remaja Di DUN Yong Peng terutamanya pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat (PPD), guru-guru, kakitangan sekolah, polis, RELA, sukarelawan serta anggota pelaksana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penghargaan juga buat ibu bapa kerana memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk menerima suntikan vaksin. Saya berharap usaha ini dapat mengurangkan risiko jangkitan sekaligus dapat mengelakkan wujudnya kluster di sekolah. Yang Berhormat Puan Speaker, saya sedia maklum pihak kerajaan negeri telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat di dalam Belanjawan 2022. Namun terdapat beberapa perkara yang saya ingin ketengahkan antaranya, saya mohon kerajaan negeri untuk memberi rebat pemotongan cukai harta, cukai tanah dan lesen perniagaan sebanyak 50% supaya dapat membantu rakyat yang terjejas dan terbeban akibat krisis ini. Saya juga memohon pihak kerajaan negeri menghapuskan denda lewat bayar cukai. Ini kerana sepanjang krisis ini pejabat saya menerima pelbagai aduan dan masalah rakyat terutama mereka yang hilang pekerjaan. Terputus pendapatan sehingga ada yang mengambil jalan mudah untuk membunuh diri. Besar harapan saya agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan perkara ini bagi mengurangkan beban rakyat, lebih-lebih lagi kini mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang. Yang Berhormat Puan Speaker, peranan Wakil Rakyat bukan sahaja menjadi wakil kepada pengundi mereka sahaja malah sebagai wakil kepada semua rakyat di kawasan tersebut. Wakil Rakyat juga menjadi pengantara antara rakyat dan kerajaan, bagi menyampaikan masalah mereka. Lalu bagaimanakah peranan ini dapat dilaksanakan jika kami rakyat, wakil rakyat pembangkang hanya dijemput menjadi pemerhati sahaja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah tanpa diberi ruang untuk berucap. Bagaimanakah kami ingin menjalankan peranan sebagai Wakil Rakyat jika kami tidak dibenarkan untuk bersuara? Wakil rakyat pembangkang juga mempunyai akses maklumat yang terhad terhadap inisiatif-inisiatif serta bantuan-bantuan pihak kerajaan kepada rakyat. Pelbagai bantuan diumumkan, namun rakyat masih tertanya-tanya dimanakah harus dituju bagi mendapatkan bantuan. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk setiap Wakil Rakyat menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah tersebut tanpa di anak tirikan agar semua persoalan-persoalan dan masalah dapat dibawa serta diselesaikan dengan segera. Pihak kerajaan negeri juga harus membuat hebahan dan memberi maklumat terperinci kepada rakyat agar rakyat faham dan semua bantuan-bantuan ini dapat sampai kepada mereka yang memerlukan. Saya juga memohon segala peruntukan yang diberikan kepada ADUN diuruskan oleh pusat-pusat khidmat ADUN sedia ada bagi memudahkan penduduk mengajukan permohonan dan mendapatkan bantuan. Yong Peng juga memohon agar ada peruntukkan khas RM200,000.00 untuk kerja-kerja kecil dapat diberikan kepada ADUN Pembangkang. Saya berharap pihak kerajaan dapat memperhalusi semula perkara ini agar kami dapat menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat dengan berkesan. Kerjasama ini amat

penting lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat yang susah dan negara sedang bergelut memerangi pandemik COVID-19. Yang Berhormat Puan Speaker, berikutnya saya ingin membangkitkan tentang Kad Sihat Johor. Umum tahu ini adalah inisiatif kerajaan pakatan rakyat yang lalu. Inisiatif ini amat membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di klinik swasta secara percuma namun saya mendapat maklumat kad ini tidak dapat lagi digunakan sejak tahun 2020. Saya amat terkilan, rakyat juga berasa kecewa apabila inisiatif yang baik ini dihentikan, besar harapan saya agar kerajaan negeri dapat mewujudkan semula skim ini bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40. Berhenti sebentar memberi laluan laungan azan.

Puan Choo Peck ChewDAP · PHYong Peng

Yang Berhormat Puan Speaker, walaupun fokus utama kerajaan negeri untuk menangani pandemik COVID-9 namun kerajaan negeri tidak boleh mengabaikan isu-isu melibatkan alam sekitar dan infrastruktur awam. Masalah banjir dan hakisan tanah di jiran Taman Damai Jaya kerap kali saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil. Untuk maklumat sidang Dewan pada, pada 18 Oktober 2021 yang lepas, YB EXCO Kerajaan Tempatan telah turun melawat sendiri masalah di tapak, beberapa cadangan dan jalan penyelesaian telah didengar. Namun masih tiada sebarang tindakan diambil. Penduduk berasa diabaikan dan tidak dipedulikan apabila keselamatan mereka dipandang remeh. Saya berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera menangani masalah ini. Yang Berhormat Puan Speaker, pada persidangan Dewan yang lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan laluan bas, laluan baru Bas Muafakat Johor dari Yong Peng, laluan, dua laluan baru di kawasan Yong Peng. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluluskan laluan tersebut dan berharap akan dimulakan secepat mungkin. Soalan Yong Peng tanya permohonan sudah, kelulusan pun sudah, bila akan dilaksanakan? Yang Berhormat Puan Speaker, saya berharap segala isu yang telah saya bangkitkan dapat diambil tindakan. Segala inisiatif dan bantuan yang diumumkan juga diharapkan dapat diagihkan dengan sempurna serta segala yang diusahakan dapat memberi pulangan yang baik kepada rakyat negeri Johor. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya saya menjemput, Pasir Raja. Yang Berhormat Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih, Yang Berhormat Puan Speaker. Bismillahirahmaanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam makmur Johor. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, demikian juga limpahan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat safaat dan rahmat kelak. Terlebih dahulu dengan hormat dan penuh takzimnya, saya mewakili warga DUN Pasir Raja merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 November 2021 bersamaan 29 Rabiulawal 1443h. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Daulat Tuanku. Di kesempatan ini juga, Pasir Raja menzahirkan jutaan tahniah kepada pasukan jentera seluruh penyokong dan pengundi di atas kemenangan Barisan Nasional di PRN Melaka

yang beroleh kemenangan dengan majoriti 2/3. Terima kasih kepada rakyat Melaka yang telah memilih kestabilan demi kemakmuran. Tahniah sekali lagi diucapkan. Yang Berhormat Puan Speaker, pertama kali izinkan saya mengucapkan, ucap terima kasih kerana diberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyuarakan suara rakyat dan mewakili pendapat, pandangan dan mengemukakan cadangan-cadangan khusus dan turut serta mengambil bahagian di dalam ucapan perbahasan kali ini. Diharapkan agar apa yang dibahaskan ini mampu memberi manfaat dan melakukan yang terbaik buat Johor dan khususnya warga DUN Pasir Raja. Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam Belanjawan Johor 2022 yang bertemakan Memartabat Kerajaan Johor, kerajaan negeri menggariskan strategi pemulihan ekonomi negeri sekaligus mensejahterakan kehidupan rakyat dengan memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.087 billion, sementara RM870 juta diperuntukan untuk perbelanjaan pembangunan yang bakal digunakan bagi melaksanakan 4 impetus dan 12 agenda utama dalam perbelanjaan tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam impetus ekonomi baru strategi pemulihan ekonomi Johor akan dipacu oleh 12 inisiatif dan salah satunya ialah agenda kedua iaitu Johor Digital. Seiring dengan pelaksanaan agenda Johor Digital yang untuk membangunkan sosio-ekonomi rakyat, Pasir Raja memohon agar kerajaan negeri mampu meningkatkan tahap liputan internet di kawasan-kawasan felda dan juga kampung. Di dalam DUN Pasir Raja sendiri terdapat kawasan-kawasan yang menghadapi masalah pencapaian jaringan internet yang masih lemah iaitu, di FELDA Bukit Besar, FELDA Bukit Ramun, FELDA Sungai Sayong, FELDA Pasir Raja, Taman YPJ, Kampung Sungai Telo, Kampung Rantau Panjang dan juga Kampung Sungai Redan.

Yang Berhormat Puan Speaker, disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda dunia, gaya hidup di negara juga berubah dengan norma baharu, sebagai contoh sistem pendidikan di atas talian menjadi salah satu pilihan yang kita ada bagi meneruskan pembelajaran yang terkandas. Namun, dek kerana perkhidmatan jalur lebar yang lemah di beberapa tempat yang disebutkan tadi, para pelajar dan guru menghadapi masalah melaksanakan PDPR. Oleh yang demikian, saya memohon agar perkara asas ini dapat diselesaikan bagi memastikan Agenda Johor Digital ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu, Inisiatif Ketiga Agenda Johor Digital juga turut memperkenalkan aplikasi Web Akses untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan dalam kalangan pelajar di Wilayah ECER, tentang Revolusi Industri 4.0 dengan memperuntukkan RM1.5 juta bagi 3,000 pelajar di daerah Kota Tinggi, Segamat dan Mersing. Besarlah harapan Pasir Raja agar penglibatan para pelajar didalam daerah Kota Tinggi melibatkan 6 DUN dan dibahagi secara saksama. Bukan apa, Yang Berhormat Puan Speaker, selalunya DUN Pasir Raja ini tertinggal memandangkan ia adalah border antara Kulai dan juga Kota Tinggi. Jadi, kebanyakannya sekolah-sekolah di kawasan FELDA kurang mendapat perhatian.

Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam usaha kita untuk membangunkan kawasan, terdapat juga beberapa faktor yang harus dititikberatkan. Sepertimana yang termaktub di dalam Agenda 4 Prasarana Johor, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1.5 juta bagi Program Bantuan Penyelenggaraan Sekolah. Oleh itu, di sini Pasir Raja ingin memohon kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih Sekolah Agama Taman Sri Saujana yang telah beroperasi selama lebih kurang 11 tahun dan mempunyai 1,234 orang pelajar.

Pasir Raja telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang perlu di baik pulih iaitu:

1. Terdapat dua buah kelas yang dipenuhi najis kelawar hingga menyebabkan jangkitan penyakit kulit kepada pelajar. Selain itu, dua buah kelas ini juga berlubang bumbungnya dan menjadi sarang burung merpati. Najis burung menyebabkan keadaan menjadi kotor dan menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar-pelajar. Kini dua buah kelas tersebut terpaksa ditutup.

2. Terdapat enam buah bilik darjah yang lantainya sudah pecah dan berlubang. Habuk simen berterbangan semasa membersihkan bilik darjah dan menjadi punca gejala batuk di kalangan para pelajar.

3. Terdapat kerosakan jenang pintu tandas serta lubang pengudaraan tandas yang telah reput hingga mengundang bahaya kepada para pelajar.

4. Sekolah Agama Taman Sri Saujana itu juga dibina tanpa dewan terbuka untuk para pelajar. Surau yang disediakan juga tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar hingga menyebabkan mereka menunaikan solat di kawasan parking yang berbumbung zink. Ini saya harap EXCO Agama tolong ambil perhatian.

Rumusan hasil lawatan saya ke sekolah itu mendapati hampir keseluruhan bangunan sekolah sudah tidak selamat dan tidak sihat untuk digunakan. Laporan ini telah dibuat kepada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi tetapi masih tiada tindakan sehingga kini.

Yang Berhormat Puan Speaker, selain Sekolah Agama Taman Sri Saujana yang perlu di baik pulih, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Saujana juga perlu di selenggara kerana terdapat gangguan penyelenggaraan dan pendawaian elektrik. Pejabat Pendidikan Kota Tinggi telah pun memohon peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ke Pejabat Pendidikan Negeri Johor pada April 2018 namun, sehingga kini sebarang tindakan lanjut masih belum dijalankan.

Yang Berhormat Puan Speaker, RM80.9 juta telah diperuntukkan di dalam Agenda 4, Prasarana Johor, jalan raya dan jambatan. Oleh itu, Pasir Raja ingin memohon agar kerajaan negeri dapat membaik pulih jambatan dan lampu jalan yang terdapat di dalam DUN Pasir Raja iaitu:

1. Jambatan Kampung Sungai Telo yang sudah retak dan tidak selamat untuk dilalui. Berkenaan dengan jambatan ini, Pasir Raja sendiri telah membuat lawatan bersama JD JPS Daerah Kota Tinggi pada tahun 2019. Namun, sehingga kini ianya masih belum di baik pulih.

2. Lampu jalan di Jalan Kota Tinggi - Kulai. Jalan tersebut adalah laluan utama bagi penduduk 4 buah FELDA dan Kampung Sungai Telo serta kampung rangkaian untuk ke Bandar Kota Tinggi dan Kulai. Jalan sepanjang lebih kurang 10 kilometer tersebut gelap dan merbahaya kepada pengguna. Bukan tak ada langsung lampu tapi perlu ditambah demi keselamatan warga Pasir Raja.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh. Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja melihat di kalangan rakan-rakan di sebelah sana menyatakan keinginan menyertai dan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Kononnya untuk sama-sama menyelesaikan masalah rakyat. Suka Pasir Raja ingatkan kepada rakan-rakan di sebelah sana, bahawa, selama 22 bulan mereka memerintah, adakah pernah mereka terfikir untuk mempelawa ataupun pernah mereka terfikir untuk membenarkan kami di masa itu untuk sama-sama berada di dalam mesyuarat? Bukan setakat hadir sebagai pemerhati, bukan setakat hadir sebagai ahli, tetapi hadir sebagai pemerhati pun tidak dibenarkan. Malah lebih teruk lagi, kami tidak mendapat kerjasama dari ketua-ketua kampung yang dilantik. Apakah pada masa itu kami di sini bukan dipilih oleh rakyat? Apakah pada ketika itu kami tidak berhak membangunkan kawasan yang

kami wakili? Namun, sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, kami terus berkhidmat dan menyantuni rakyat dengan sebaik mungkin.

Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan peruntukan kepada 56 ADUN sebanyak RM200,000.00 dan tambahan RM50,000.00 untuk perayaan. Tapi, ada juga rakan di sebelah sana yang mempertikaikan peruntukan yang diberi. Ada yang minta supaya peruntukan mesti sama rata, sama rasa. Adakah wajar untuk meminta Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperincikan pecahan peruntukan tersebut? Ada yang kata peruntukan RM200,000.00 tidak cukup. Tidakkah mereka ingat, semasa 22 bulan mereka memerintah, kami di sini hanya diberi peruntukan sebanyak RM50,000.00 sahaja. Pandai-pandailah kami nak menguruskan rakyat kami pada ketika itu. Sekarang ini di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan pembangkang dapat menikmati manfaat yang sama. Janganlah menjadi seperti Belanda meminta tanah. Inilah yang dikatakan diberi betis, hendakkan peha. Belajarlah bersyukur, kerana jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmatnya.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mohon pihak JKR mengambil serius untuk membaiki jalan sepanjang lebih kurang 4 kilometer bermula di simpang jalan Kulai - Kota Tinggi hingga ke Taman Sri Saujana. Ianya wajar dibaiki untuk mengelakkan kemalangan terutama waktu hujan dan keselesaan pengguna dan pastinya antara pengguna jalan tersebut adalah kakitangan JKR sendiri. Kerja-kerja baik pulih hendaklah dibuat dengan teliti dan sempurna. Jangan setakat tampal mana yang berlubang dan hasilnya menyebabkan jalan tersebut tidak rata dan beralun.

Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan Johor 2022 ini menyediakan keperluan-keperluan rakyat secara menyeluruh dan bersama-samalah kita bermuafakat melaksanakannya demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri Johor.

Akhir kata dari saya, sawah padi luas terbentang, kuning keemasan indahnya maya, percaya mempercayai asas berpegang, barulah muafakat kekal selamanya. (Dewan Bertepuk).

Untuk rakan-rakan di sebelah sana, harum sungguh bunga melati, hiasan sanggul amat memikat, bertolak ansur hormat menghormati, mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Beras segantang sudah disukat, lalu disimpan di atas para, andai kita bermuafakat, negeri damai rakyat sejahtera. Dengan ini Pasir Raja menyokong penuh Belanjawan Johor 2022. Wabilahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan saya tangguhkan sehingga esok, 23 November 2021, jam 9:30 pagi.

Persidangan di tangguhkan pada jam 4:41 petang.